KENYATAAN MEDIA
TERIMA KASIH MELAKA
Alhamdulillah, saya menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT serta merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keputusan pilihan raya ini membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah, di samping harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk.
PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Keutamaan PAS adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.
Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah menunjukkan kesungguhan, pengorbanan dan semangat kebersamaan sepanjang menghadapi pilihan raya ini.
Semoga Allah SWT memberkati kemenangan ini, memandu setiap langkah kepimpinan yang diberikan amanah, serta mengurniakan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
“PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Jamadilakhir 1448 / 14 November 2026
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi bin Awang (born 20 October 1947) is a Malaysian politician and religious teacher serving as the Member of Parliament (MP) for Marang from 1990 to 2004 and again since 2008. A president of Malaysian Islamic Party (PAS), he served as the 11th Menteri Besar of Terengganu from 1999 to 2004. Hadi previously was the 8th opposition leader from 2002 to 2004 and was formerly a vice-president of the International Union of Muslim Scholars. More on Wikipedia
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MEMAHAMI PILIHAN RAYA AMERIKA SYARIKAT
Konsep demokrasi Barat yang tidak bermoral dan merendahkan agama serta menyembah dolar sedang membakar diri sendiri, sehingga memilih golongan yang bodoh, jahat, suka menipu atau lalai untuk menjadi pemimpin negara.
Ketahanan Islam yang berlandaskan akhlak mulia dan keadilan pasti dapat mengalahkan kejahatan dan kezaliman. Kebenaran Islam pasti terbukti, manakala pembohong dan penipu akhirnya akan tetap diketahui juga. Mendiang presiden Amerika Syarikat yang dibanggakan oleh mereka, Abraham Lincoln pernah menegaskan:
“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.”
Maka, umat Islam wajib beristiqamah dan bersabar di mana sahaja bumi tempat yang dipijak untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia, kerana cahaya Islam dijanjikan sampai ke mana sahaja adanya siang dan malam. Laksanakan Islam pada setiap peluang yang ada di hadapan.
Oleh itu, ambillah peluang daripada prinsip kebebasan yang ada dalam demokrasi Barat untuk menyatakan Islam dan melaksanakannya. Ambillah hak yang tidak dihalang daripada kita untuk mengambilnya dan berjuanglah menuntut hak keadilan dalam aspek kemanusiaan, demokrasi dan hak asasi manusia untuk beragama dan beramal. Apa yang penting, janganlah sekali-kali melampaui sempadan Allah yang meletakkan Islam di jalan yang tengah (al-wasatiyyah). Jangan pernah sekali-kali menyerah kalah dan bertindak secara melampau.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/14/memahami-pilihan-raya-amerika… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Pilihan Raya Negeri Melaka
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Gabungan Perpaduan Selamatkan Negara
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
KESAL PEMBERITAAN MALAYSIAKINI YANG MENGELIRUKAN
1. Merujuk kepada laporan berita Malaysiakini yang bertajuk “Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”, adalah suatu berita yang mengelirukan dan dipetik di luar konteks ucapan Presiden PAS.
2. Ucapan asal Presiden PAS adalah bagi menjelaskan bahawa politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala, yang membawa kepada pemerintahan yang adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.
3. Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka.
PEJABAT PRESIDEN PAS
Bertarikh: 3 Jamadilakhir 1448 / 13 November 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Pembubaran Parlimen
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM MODEL PEMISAHAN KUASA
Negara kita Malaysia pula sedang menyaksikan proses kehakiman yang diganggu-gugat oleh kuasa lain dalam peristiwa pengampunan kepada mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang terkini. Setelah beliau mendapat pengampunan diraja untuk menjalani tahanan rumah, tiba-tiba berlaku apa yang disaksikan oleh masyarakat umum selepas beberapa kenyataan pemimpin DAP.
Apa yang berlaku menunjukkan pengaruh DAP yang berideologi bukan Islam terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH), dan direndah-rendahkan kedudukan Raja yang disebut Daulat Tuanku yang pernah dipermainkan oleh penjajah dengan daulat tanpa kuasa. Apakah kita belum merdeka dan Raja pula dinafikan kedaulatannya kerana pengampunannya tidak bermakna?
Kita tidak mempersoalkan lagi soal keputusan mahkamah yang banyak persoalannya dari segi Islam dan telah pun dibuat keputusan. Kini, apa yang dipersoalkan ialah pengampunan yang dikatakan sebagai pengampunan diraja.
Keadaannya tidak mengambil teladan madani sebagaimana negara Madinah Rasulullah SAW, tidak juga madani versi Rom, Parsi, Eropah, Amerika dan jahiliah yang lain. Inilah Madani Malaysia kini (Islamnya liberal dan progresif bersama DAP yang tidak beragama).
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/11/islam-model-pemisahan-kuasa/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ULAMA’ PENERIMA PUSAKA PARA ANBIYA’
Para ulama’ yang menjadi pewaris dan menerima pusaka ilmu daripada para anbiya’ wajib mengikuti teladan mereka dengan berakhlak mulia, bersifat benar, amanah dan bijaksana, serta menjaga diri daripada sifat-sifat yang buruk. Bahkan, mereka turut berdakwah dan berpolitik, bukan sekadar mengajar tanpa perjuangan.
Sejarah Islam dicatat dengan tinta emas melalui kelahiran para pemimpin dan ulama’ yang bergelar khalifah dan raja, yang berjaya memerintah negara-negara kuasa besar selama beberapa abad lamanya dalam wilayah yang luas, merangkumi tiga benua, iaitu Asia, utara Afrika dan selatan Eropah. Mereka mencipta tamadun Islam dalam ilmu agama dan dunia yang dicatat dalam penulisan buku-buku yang terpelihara sehingga kini, dan banyak daripadanya masih dimanfaatkan oleh dunia pada hari ini.
Hal ini terbukti apabila urusan dunia dipisahkan daripada agama, seperti yang dilakukan oleh Barat yang memplagiat tamadun Islam tanpa al-din, akhirnya membawa bencana kepada dunia kini.
Namun, para ulama’ tidak semuanya terpelihara sebagaimana para anbiya’ AS. Ada yang khianat dengan mencari kesenangan dunia, menyembunyikan ilmu dan melupakan akhirat. Lebih menyedihkan, ada juga yang menjadi pengampu dan memuja sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin walaupun zalim, sehingga mengkhianati ilmu pusaka para anbiya’.
Selain itu, ada kalangan mereka yang berilmu itu tidak amanah, sehingga mereka menyembunyikan ilmunya apabila berdepan dengan pihak yang berkuasa. Mereka dilaknat oleh Allah dan semua makhluk-Nya.
Golongan inilah yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali RH sebagai ulama’ jahat (ulama’ su’), manakala sebahagian lain menyebut dengan ulama’ sultan, iaitu golongan yang mengampu dan memuji sesiapa sahaja yang berkuasa memerintah negara. Termasuk dalam kalangan mereka ialah pihak yang menyokong penjajah bukan Islam pada zaman penjajahan dahulu, sehingga menamakan penjajah sebagai ulil amri yang wajib ditaati dan haram ditentang, serta menuduh mereka yang menentangnya sebagai bughah atau Khawarij.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/09/ulama-penerima-pusaka-para-an… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
BERPERANG KERANA ISRAEL DAN SEKUTUNYA, BUKAN KERANA MASJID AL-AQSA
Kini, wilayah Asia Barat sedang terbakar akibat peperangan, yang dikatakan berpunca daripada perbezaan antara mazhab Sunni dengan mazhab Syiah, antara kebangsaan Arab dengan Parsi, sehingga dikaitkan dengan penentangan Islam dan Majusi yang sudah ketinggalan zaman. Sebenarnya, tujuannya adalah demi menjaga keamanan Israel dan sekutunya.
Hal ini disebabkan keselamatan harta dan takhta dianggap lebih penting daripada membebaskan Bait al-Maqdis. Maka, kedudukan Selat Hormuz dan Bab al-Mandab dipertahankan kerana kedudukannya yang penting dalam menjaga kepentingan-kepentingan tersebut, yang lebih diutamakan dan diletakkan lebih penting daripada Masjid al-Aqsa yang juga dinamakan Bait al-Maqdis .
Bait al-Maqdis merupakan bumi yang dimakmurkan oleh Nabi Ibrahim AS dan menjadi bumi para anbiya’ serta tanah suci bagi umat Islam, Yahudi dan Kristian. Namun, Allah menegaskan bahawa umat Islam paling berhak.
Betapa mulianya Masjid al-Aqsa dan bumi kelilingnya yang diberkati, yang wajib dipertahankan oleh semua umat Islam, bukan bangsa Arab sahaja. Walaupun berbeza mazhab dan berlainan bangsa, namun mereka telah disatukan oleh Islam yang sama rukunnya, iaitu menyembah Tuhan yang sama, Allah Yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya, al-Quran dan Sunnah Nabi yang sama, serta menghadap ke arah kiblat yang sama.
Sekalipun terdapat perbezaan dalam perkara furu‘ dan ada segelintir yang melakukan perkara bidaah dan kesesatan disebabkan oleh kejahilan, perkara tersebut wajib diselesaikan dan diislahkan oleh para ulama’ secara ilmu dalam masalah dalaman, bukan sehingga mencetuskan peperangan yang membakar sesama sendiri, sebagaimana yang pernah berlaku sehingga mencetuskan Perang Teluk yang besar beberapa kali.
Krisis yang berlaku kini adalah antara kerajaan-kerajaan yang lahir selepas pengkhianatan menjatuhkan khilafah oleh para pemimpin yang bekerjasama dengan penjajah musuh Islam. Para pemimpin yang terlibat kemudiannya dilantik menjadi pemimpin kerajaan bagi wilayah-wilayah yang dibahagi-bahagikan dalam kalangan kuasa penjajah. Kerajaan-kerajaan yang ditabalkan oleh penjajah pula menjadikan mereka sebagai raja, amir dan pemimpin, bersama dengan wujudnya negara Yahudi Zionis yang dinamakan Israel.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/06/berperang-kerana-israel-dan-s… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“PAS tidak boleh memberikan Syurga kepada sesiapa kerana Syurga ialah kepunyaan Allah yang dijanjikan kepada sesiapa yang beristiqamah, beramal, dan berjihad menegakkan Islam agar mulia dan memerintah negara.”
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TEMPIAS DAJJAL SUDAH TIBA
Kemunculan Confidence and Supply Agreement (CSA) atau dalam Bahasa Melayu sebagai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan, ialah satu bentuk persetujuan politik di Parlimen. Melalui persetujuan ini, blok pembangkang atau Ahli Parlimen bebas bersetuju untuk memberikan sokongan bersyarat kepada pihak kerajaan.
CSA adalah pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa. Walaupun tidak berlagak menjadi tuhan laksana Dajjal yang besar, tetapi tetap melaksanakan sifat-sifat Dajjal.
Sudah menjadi amalan di negara-negara seluruh dunia bahawa hasil negara ialah hak seluruh rakyat. Hal ini termasuklah hasil yang diperoleh secara langsung daripada pelbagai bentuk cukai seperti cukai barangan, pakaian, makanan, kenderaan, tempat kediaman dan segala kelengkapannya, sama ada dari dalam negara atau yang diimport. Hasil percukaian ini melibatkan penggunaan dan keperluan seluruh rakyat, maka faedahnya wajib dipulangkan kepada semua rakyat, tanpa mengira sama ada mereka mengundi parti kerajaan ataupun parti pembangkang.
Mana-mana parti yang menjadi kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu. Hal ini laksana seorang lelaki yang bakal menjadi suami yang tidak perlu berjanji atau menandatangani aku janji ketika akad nikah untuk melaksanakan tanggungjawab memberikan nafkah apabila menjadi ketua keluarga.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/03/tempias-dajjal-sudah-tiba/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS SENTIASA BERISTIQAMAH DAN BERHIKMAH
Inilah dua aspek dalam perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak ditubuhkan sehingga kini.
Beristiqamah dalam perkara prinsip, ketetapan, hukum, atau pegangan yang menjadi panduan tetap untuk bertindak. Dasar dan rukun hendaklah mengikut jalan lurus dalam perjalanannya berdasarkan Islam yang ditegaskan dalam Perlembagaan PAS berpandukan hukum tertinggi iaitu Kitab Allah (al-Quran), Sunnah Rasulullah SAW, ijmak para ulama’, dan qias yang nyata, mengikut Islam yang dianut oleh Melayu Islam sebagai majoriti penduduk Nusantara. Hal ini berpandukan firman Allah SWT:
Beristiqamah dalam perkara prinsip, ketetapan, hukum, atau pegangan yang menjadi panduan tetap untuk bertindak. Dasar dan rukun hendaklah mengikut jalan lurus dalam perjalanannya berdasarkan Islam yang ditegaskan dalam Perlembagaan PAS berpandukan hukum tertinggi iaitu Kitab Allah (al-Quran), Sunnah Rasulullah SAW, ijmak para ulama’, dan qias yang nyata, mengikut Islam yang dianut oleh Melayu Islam sebagai majoriti penduduk Nusantara.
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) ialah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]
Jalan yang lurus itu bergantung pada doa yang dipohon kepada Allah pada setiap rakaat solat.
Berhikmah (bijaksana, matang, dan sejahtera) pula dalam perkara konsep secara anjal (fleksibel). Konsep ialah idea asas atau pengertian umum tentang sesuatu serta mengatur langkah, tindakan, dan perjalanan mengikut Islam yang sempurna berpandukan dasar yang tidak berubah, di samping pelaksanaan serta pengurusan mengikut situasi dan realiti yang berubah serta berbeza dalam kehidupan manusia.
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah serta pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah al-Nahl: 125]
Berdakwah Islam kepada seluruh manusia supaya mereka berpegang pada Islam (al-din) sebagai ajaran yang sempurna yang dibahagikan kepada aqidah, syariah, dan akhlak (Islam, iman, dan ihsan). Hal ini merangkumi peranan manusia yang diciptakan oleh Allah bertujuan ibadah, khilafah (politik), dan amanah untuk melaksanakan hukum Allah Yang Maha Adil, dengan politik mentadbir segala urusannya merangkumi diri, keluarga, masyarakat, dan negara, di samping ekonomi, pendidikan, dan lain-lain berkonsepkan siasah syar‘iyyah dan maqasid syar‘iyyah.
Berwawasan dunia sehingga akhirat bagi mencapai keredaan Allah dan menuntut Syurga yang dijanjikan-Nya. PAS tidak boleh memberikan Syurga kepada sesiapa kerana Syurga ialah kepunyaan Allah yang dijanjikan kepada sesiapa yang beristiqamah, beramal, dan berjihad menegakkan Islam agar mulia dan memerintah negara.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/11/02/pas-sentiasa-beristiqamah-dan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menziarahi Tun Dr. Mahathir di kediamannya pagi ini.
Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW:
إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
“Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala.”
Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga amilin PAS yang telah kembali ke rahmatullah.
PAS kehilangan mereka yang istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya.
PAS menghargai jasa Ustaz Mohammad Ibrahim, YB Wan Badariah Wan Saad dan Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam usaha mereka membangunkan dakwah, pendidikan dan kebajikan dalam masyarakat.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AWAS! MANUSIA MAKHLUK PEROSAK
Allah SWT mendedahkan dalam al-Quran, terdapat kalangan manusia sendiri menjadi makhluk perosak alam semesta yang diberikan amanah kepada mereka supaya mentadbir semua urusannya.
Pemimpin negara dan masyarakat yang paling tinggi kedudukannya adalah paling ditakuti dan besar pengaruhnya terhadap rakyat seluruh negara, maka mereka menjadi makhluk perosak yang paling membinasakan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya.
Seterusnya, kalangan ulama’ yang berilmu ialah pewaris yang menerima pusaka para rasul dan anbiya’ bagi menyampaikan petunjuk Allah kepada manusia dengan benar dan amanah demi menyambung perjuangannya. Mereka ialah orang yang paling diberikan kepercayaan dalam masyarakat.
Apabila ada yang khianat mencari kesenangan hidup dengan menyalahgunakan ilmu agama pusaka para anbiya’ yang diberikan Allah kepada mereka, lalu menyesatkan orang ramai dengan ilmu mereka yang disalahgunakan, Allah SWT meletakkan mereka sebagai golongan yang paling dimurkai Allah.
Orang berilmu yang mengikut arahan syaitan yang menjadi dalang di belakangnya atau menjadi topeng hidup kerana mencari kesenangan hidup laksana anjing hina yang boleh diarahkan oleh tuannya, syaitan yang memberi makan dalam keadaan sentiasa kelaparan walaupun sudah banyak diberi makan, kerana nafsunya yang sentiasa gelojoh mengatasi akal dan ilmu yang dikurniakan Allah.
Walaupun ayat-ayat tersebut mengenai kalangan Yahudi Ahli Kitab yang mengetahui berkenaan agama dan kitab Allah, termasuk Nabi akhir zaman, ia tetap menjadi iktibar kepada ulama’ yang khianat sepanjang zaman. Betapa bahayanya sehingga mereka disebut dalam Surah al-Fatihah yang dibaca pada setiap rakaat solat.
Kalangan hartawan dan bangsawan juga menjadi makhluk perosak yang membinasakan alam semesta. Pengaruh harta sangat besar dalam masyarakat, termasuk pengaruh bagi merosakkan akhlak dan seluruh kehidupan yang lain.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/10/27/awas-manusia-makhluk-perosak/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pernah berlaku satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW apabila datang rombongan Arab Mudar, penduduk pedalaman padang pasir yang jauh datang menghadap, berjumpa Nabi dalam keadaan berkaki ayam, baju yang koyak rabak, menunjukkan terlalu miskin. Sehingga berubah wajah Nabi, menunjukkan kesedihan melihat rakyat yang terbiar ini, lalu Baginda membaca ayat ini supaya mereka yang hadir memberikan sumbangan yang segera. [Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, jld. 8, hlm. 76]
Maka, berlakulah konsep “negara berkebajikan” yang melibatkan kerajaan dan rakyat bekerjasama, bukan sahaja kerajaan yang menyumbang, malah termasuk rakyat yang membuat kebajikan juga menyumbang, meringankan bebanan kerajaan. Kerajaan dan rakyat bertolong-menolong antara satu sama lain. Ini sangat menarik.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perpaduan umat Islam merupakan asas penting dalam membina kekuatan ummah dan menentukan masa depan negara. Sejarah perjuangan Rasulullah SAW membuktikan bahawa umat yang bersatu atas dasar iman dan petunjuk Allah mampu membina masyarakat yang kuat, adil dan sejahtera.
Islam bukan sekadar agama yang mengatur ibadah individu, bahkan menjadi panduan dalam pemerintahan, pentadbiran dan kehidupan bermasyarakat. Justeru, usaha mendaulatkan Islam menuntut kepimpinan yang amanah, ulama yang berilmu dan berani menegur, serta rakyat yang memahami tanggungjawab mereka terhadap masa depan negara.
Dalam menghadapi cabaran hari ini, umat Islam perlu mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan. Saluran demokrasi dan pilihan raya hendaklah dimanfaatkan dengan penuh kesedaran bagi memilih kepimpinan yang mampu membawa negara berlandaskan prinsip keadilan, amanah dan petunjuk Allah SWT.
Semoga usaha menyatukan ummah terus diperkukuh demi mempertahankan kedudukan Islam, memelihara keharmonian masyarakat dan membina masa depan negara yang lebih baik.
[Himpunan & Munajat Penyatuan Ummah, 23 Oktober 2026, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Belanjawan negara bukan sekadar soal angka, hasil, perbelanjaan dan hutang, tetapi amanah besar yang akan menentukan kesejahteraan rakyat. Setiap dasar kewangan perlu dinilai berdasarkan manfaatnya kepada rakyat, bukan sekadar kepentingan kerajaan, korporat atau golongan tertentu.
Islam menuntut agar pengurusan kewangan negara dilaksanakan dengan amanah, adil dan berpandukan sumber yang baik. Beban hutang, amalan riba, kenaikan harga barang serta ketirisan akibat peranan orang tengah perlu ditangani dengan serius. Kemakmuran sebenar tidak hanya bergantung pada angka belanjawan yang besar, tetapi juga keberkatan, keadilan dalam pengagihan dan kebajikan rakyat yang terbela.
Pembangunan negara juga tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan insan. Sistem pendidikan perlu membentuk manusia secara menyeluruh, merangkumi ilmu, akhlak, rohani dan tanggungjawab sosial. Tanpa asas ini, dasar dan undang-undang semata-mata tidak mencukupi untuk membina masyarakat yang saling bertimbang rasa serta menjauhi kerosakan.
Kerajaan juga memerlukan penasihat yang jujur dan berani menegur, bukannya sekadar mengampu. Setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab, berpandukan prinsip keadilan dan menghormati Perlembagaan. Negara yang baik bukan dibina dengan janji semata-mata, tetapi melalui amanah yang ditunaikan, keadilan yang ditegakkan dan kebajikan rakyat yang benar-benar diutamakan.
[Perbahasan Belanjawan 2027, 21 Oktober 2026, Parlimen Malaysia] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL
1.PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026.
2.PAS kesal dengan tindakan ini yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.
3.Dalam hal ini, PAS mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti, manakala keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah.
4.Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan.
5.PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Jamadilawal 1448 / 21 Oktober 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ikuti siaran langsung Perbahasan Belanjawan 2027 oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang, pada Rabu, 21 Oktober 2026, sekitar jam 11.45 pagi.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekitar Sidang Dewan Rakyat 19 Oktober 2026
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TAUFAN AL-AQSA TIGA TAHUN BERLALU
Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas telah menggoncangkan dunia sehingga dianggap sebagai permulaan kepada Perang Dunia Ketiga yang menakutkan masyarakat antarabangsa. Kebimbangan tersebut semakin memuncak apabila tentera Israel yang selama ini diuar-uarkan sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan, mula mendapatkan sokongan dari negara-negara sekutu Barat, khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, sehingga negara-negara Arab dan Islam turut menjadi makmum berjemaah bersamanya.
Amerika mengerahkan bala tentera yang besar bersama beberapa negara bersekutu bagi menentang Taufan al-Aqsa yang tidak boleh dimatikan, dengan mengetatkan kepungan terhadap Palestin, khususnya Gaza yang semakin sempit.
Namun begitu, hanya Republik Islam Iran sahaja yang menolong Gaza dan Palestin, diikuti oleh beberapa gerakan Muqawamah Islamiyyah di negara jiran, iaitu Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman, serta Taliban hari ini selepas berjaya mengalahkan Amerika. Turut bersama ialah jemaah Islam daripada Sunni yang dikepung oleh kerajaan masing-masing atas propaganda kumpulan pengganas yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Taliban Afghanistan.
Setelah Amerika dan sekutunya, dengan sokongan negara Arab dan Islam yang tidak berjihad, gagal mencadangkan perdamaian dan gencatan senjata yang nyata menipu dan zalim dengan syarat melucutkan senjata Hamas, kumpulan Palestin dan Iran. Lalu, Amerika dan Israel menyerang Iran secara langsung dan melampau, seperti serangan terhadap Gaza, sehingga menggugurkan para syuhada’ daripada kalangan pemimpin besar, rakyat termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta pesakit di hospital.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/10/14/taufan-al-aqsa-tiga-tahun-ber… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KALANGAN YANG JAHIL DAN ZALIM MENUDUH MELAYU PERKAUMAN
Masih ada kalangan yang mendedahkan kejahilannya melalui lisan dan tulisan dengan berlaku zalim terhadap bangsa Melayu, dengan menuduh bersifat perkauman.
Ada orang yang sedar dirinya jahil, maka dia tidak bercakap dalam perkara yang tidak diketahuinya. Ada pula yang jahil murakab, tidak sedar dirinya jahil lalu bercakap dan menulis dengan kejahilannya. Mereka merasa sombong dengan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, lalu membuat kenyataan dalam perkara yang di luar pengetahuannya.
Antaranya, menuduh orang Melayu beragama Islam bersifat perkauman apabila bertindak membela bangsanya yang dizalimi atau ditipu. Walaupun sebenarnya Melayulah yang paling bersifat kemanusiaan dan terbuka setelah menganut Islam sebelum kedatangan penjajah.
Mereka menerima kaum lain kerana Islam mendidik mereka dengan konsep kemanusiaan terhadap seluruh manusia, walaupun pada fitrahnya manusia sayang akan keluarga dan bangsanya sendiri. Sehingga menjadi sifat bangsa Melayu yang beragama Islam tetap berada dalam dirinya, walaupun kedaulatan Islam bersama kuasa rajanya yang berlandaskan syariat telah dibatalkan olah penjajah.
Namun, bangsa Melayu tidak bersikap ekstrem terhadap kaum yang dibawa masuk oleh penjajah dengan tujuan yang jahat dan zalim terhadap penganut Islam. Tindakan penjajah British tersebut adalah bagi melumpuhkan kuasa politik Islam yang dipimpin oleh Melayu Islam setelah mereka menganut Islam secara damai dan memerintah negara selama beberapa abad.
Kejahilan terhadap agama dan sejarah atau berfikiran luar tabii menjadikan sebahagian kecil daripada orang Melayu Islam hilang kecintaan kepada bangsanya, laksana kacang lupakan kulit. Namun, majoriti Melayu Islam terus memelihara konsep hubungan antara kaum sebagaimana ajaran Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/10/08/kalangan-yang-jahil-dan-zalim… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERPADUAN UMMAH MELAYU MEMIMPIN MALAYSIA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai kesinambungan perjuangan untuk melaksanakan petunjuk Allah kepada manusia selepas tiada lagi para rasul, setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.
PAS berpegang kepada mazhab Sunni bahawa pemimpin bagi negara Malaysia hendaklah daripada kalangan Melayu Islam. PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berpegang kepada prinsip sekular, iaitu memisahkan politik daripada agama, dan gagasan Malaysian Malaysia tanpa rupa bangsa.
Fahaman sekular berkonsepkan pemisahan politik daripada aqidah atau iman, menjadikan politik tidak mempunyai roh dan hanya berpandukan akal manusia semata-mata tanpa berpaksikan aqidah, khususnya keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Fahaman ini dilihat gagal dalam memimpin masyarakat majmuk serta menangani salah laku seperti rasuah dan lain-lain.
Tanpa menetapkan rupa bangsa yang bersifat luar tabii, ketetapan Allah akan dilihat bercanggah dengan fitrah manusia.
Sehubungan dengan itu, pemimpin hendaklah daripada kalangan Melayu yang berpegang teguh kepada Islam dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjamin keadilan kepada semua. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersikap fanatik terhadap perkauman seperti sesetengah bangsa lain dalam masyarakat majmuk, walaupun tidak mempunyai kuasa politik.
Sikap ini dapat disaksikan dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Betapa kuatnya pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat apabila seseorang yang memeluk Islam dianggap menjadi Melayu, manakala apabila seseorang itu murtad, dia tidak lagi dianggap sebagai Melayu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/10/01/perpaduan-ummah-melayu-memimp… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PALESTIN: KEBANGKITAN KUMPULAN ISLAM DAN KUMPULAN MENGECEWAKAN
Kita sedang menyaksikan pula kebenaran janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, iaitu kemunculan kumpulan Islam yang gagah berani menentang negara Zionis Israel yang ganas dan semua penjajah selepas kejatuhan kuasa Islam.
Zionis merupakan musuh paling zalim dalam sejarah manusia, bersama negara sekutunya (Amerika Syarikat dan Eropah) dan semua negara kumpulan Zionis dengan bantuan umat Islam yang berkhianat. Negara Yahudi Zionis dibantu oleh tentera dan senjata yang bertali arus daripada semua jenis, mendukung penubuhan negara Israel Raya (Greater Israel) yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis tanah suci umat Islam) bagi menakluk dunia dan menjadi kuasa besar tunggal.
Lahir kumpulan Islam yang berjihad menentang Zionis yang dijanjikan, walaupun musuh mereka melakukan keganasan paling melampau terhadap kumpulan Islam yang awal berjihad menentang Israel. Mereka lahir dari negara Arab, Turkiye, dan Iran bersama para pemimpin mereka seperti Mufti Amin al-Husayni, Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, ulama’ buangan dari Syria, ‘Abd al-Qadir al-Husayni, dan lain-lain.
Turut bersama mereka ialah rakyat Palestin serta negara Arab dan Islam di keliling mereka, termasuk dari Turkiye, Iran, dan lain-lain daripada semua mazhab. Kumpulan Islam bermula sejak penjajahan British yang melaksanakan Perisytiharan Balfour pada 1917 sehingga perisytiharan negara haram Israel pada 1948.
Pada masa yang sama, muncul kalangan yang mengecewakan dari negara-negara Arab dan Islam yang ditubuhkan bersama para pemimpin yang terlibat dalam Revolusi Agung Arab yang menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Mereka menerima gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh negara Zionis.
Negara habuan yang terlibat dalam menjatuhkan kuasa Islam pada abad yang lalu membalas jasa kuasa besar yang terlibat dengan menyerahkan maruah dan hasil bumi mereka kepada musuh serta membenarkan dibina pangkalan tentera musuh.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/29/palestin-kebangkitan-kumpulan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara, pada usia 100 tahun.
Almarhumah merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Sebagai seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, beliau telah memberikan sumbangan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Dalam perjalanan hidupnya, almarhumah turut memainkan peranan dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemasyarakatan, di samping menjadi pendamping kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sepanjang perjalanan panjang khidmat beliau kepada negara.
Sesungguhnya pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh ahli keluarga serta sahabat handai almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Islam mempunyai sistem kewangan negara yang tersusun, termasuk sumber hasil yang digunakan untuk mengurus kepentingan masyarakat. Namun, setiap pungutan yang dikenakan hendaklah dilaksanakan dengan adil dan mengambil kira keadaan serta kemampuan rakyat.
Khalifah Umar bin al-Khattab RA menunjukkan bahawa urusan cukai bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan tanpa pertimbangan. Apabila keadaan berubah dan sesuatu pungutan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, pemerintah mempunyai ruang untuk menilai semula dan menyesuaikannya berdasarkan maslahat.
Keadilan juga mesti dijaga dalam pelaksanaan pungutan. Pernah berlaku pedagang bukan Islam mengadu kerana dikenakan \usyur sebanyak dua kali dalam setahun. Khalifah Umar RA mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak berlaku. Ini menunjukkan bahawa pemerintah tidak boleh mengambil harta rakyat secara sewenang-wenangnya, bahkan setiap pungutan perlu dilaksanakan dengan adil.
Pada masa yang sama, usyur tidak boleh disamakan dengan zakat. Zakat merupakan kewajipan ibadah yang telah ditetapkan syarak, manakala cukai merupakan urusan pentadbiran yang boleh berubah mengikut keadaan. Inilah antara bentuk keadilan dan kebijaksanaan Islam dalam mengurus kewangan negara demi menjaga kepentingan masyarakat.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MANA MODEL NEGARA ISLAM PERJUANGAN PAS
Sudahkah PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya?
Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya.
Rasulullah SAW menolak negara teokrasi bawah kuasa mutlak para agamawan serta menolak slogan “suara rakyat, suara Tuhan” (suara rakyat, suara keramat atau vox populi, vox dei) kerana rakyat akan diperbodohkan, dibeli, dan dibuli.
Islam menegaskan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Menetapkan kepada manusia perkara di luar kemampuan fitrahnya dengan nas yang nyata, namun ada perkara yang diizinkan kepada pemimpin dan rakyat dengan kemampuan akal dan pengalaman berbekalkan ilmu wahyu dan ilmu akal. Demikianlah ajaran Islam yang bersifat wasatiyyah (saksama dan adil).
Percayalah bahawa kerajaan yang berprinsipkan iman dan berkonsepkan adil menunaikan amanah dalam memerintah negara, akan datang keberkatan kuasa yang kuat dan harta yang melimpah ruah kerana keberkatannya yang dijanjikan Allah SWT.
Pemimpin yang ditarbiah dengan ilmu dan perjuangan, bercirikan peribadi yang berintegriti rabbani (sentiasa beribadat), memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, berkebajikan, kehebatan undang-undang mencegah kemungkaran yang mendidik bukan mendera, serta berwawasan jauh daripada dunia sehingga akhirat.
Dibuktikan dengan negara Madinah yang bercirikan madani hidayah (petunjuk Allah), bukan madani jibayah (bergantung dengan kewangan sahaja atau takhta yang berharta).
Islam mampu memimpin dunia selama 13 abad mencipta hadarah Islamiah (tamadun Islam) yang berjasa kepada seluruh dunia. Kedatangannya menjadi penyelamat, bukan penjajah. Kehilangannya pula kerana meninggalkan Islam, bukan kegagalan ideologi yang menjadi ajal kepada semua kuasa besar yang tamat pada zaman dahulu mahupun kini.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/22/mana-model-negara-islam-perju… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perjuangan Islam bukanlah tanggungjawab yang dipikul secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kewujudan jemaah yang menyeru manusia kepada kebaikan, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Inilah antara tuntutan yang disebut dalam Al-Quran dalam membina umat yang terus membawa amanah perjuangan Islam.
Jemaah Islam bukan sekadar berkumpul, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada Islam yang sempurna serta menyampaikan kebenaran dengan ilmu dan hikmah. Tugas ini perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan ruang yang ada, sama ada melalui kuasa pemerintahan mahupun dengan teguran, nasihat dan kritikan terhadap kemungkaran.
Sebab itu perjuangan Islam memerlukan mereka yang memahami ilmu agama secara mendalam dan mampu menterjemahkannya dalam kehidupan masyarakat. Para ulama pula mempunyai peranan besar untuk membimbing, mentarbiah dan melahirkan mereka yang mampu meneruskan amanah perjuangan ini.
Maka, perjuangan Islam perlu digerakkan secara berjemaah dengan ilmu, kefahaman dan kesungguhan. Bukan sekadar mengetahui apa yang benar, tetapi berusaha melaksanakan kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam setiap ruang yang diberikan oleh Allah SWT.
[Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, 19 September 2026, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ), Kuala Nerus, Terengganu] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MAKKAH PERNAH DIGUNAKAN DALAM PERISYTIHARAN REVOLUSI ARAB MENJATUHKAN ‘UTHMANIYYAH
Revolusi Agung Kebangsaan Arab (The Great Arab Revolt atau al-Thawra al-‘Arabiyyah al-Kubra) yang berlaku pada tanggal 10 Jun 1916 M (9 Sya‘ban 1334 H) dinobatkan dengan jenama Makkah yang mulia.
Revolusi ini dimulakan dengan tembakan senapang oleh Syarif Husain (Raja Hijaz) yang memberontak bagi menjatuhkan khilafah dan mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang baharu. Beliau ialah pemimpin berbangsa Arab yang disokong oleh penjajah British bagi menggantikan Khilafah ‘Uthmaniyyah berbangsa Turki yang digulingkan.
Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan lain-lain), yang dinamakan semuanya oleh para ulama’ sebagai Ahli Kiblat. Malah, umat Islam juga masih menunaikan haji di Makkah walaupun mereka berkhilaf. Dalam kalangan mereka, ada yang tersalah dalam berijtihad dan ada yang tersesat kerana kejahilan mereka.
Maka, Makkah digunakan untuk menarik sokongan umat Islam, termasuk mereka yang tersesat bersama musuh Islam.
Di Malaysia, penjajah British bertindak terhadap Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang memimpin rakyat Terengganu menentang penjajah pada tahun 1928 dengan dibuang negeri ke Makkah. Namun begitu, ramai yang mengalu-alukan hukuman itu kerana diasingkannya ke tanah suci Makkah.
Kini, jenama Makkah digunakan semula melalui media yang berpihak kepada negara-negara yang diberikan hadiah atas jasa mereka menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah dahulu yang mengecewakan Palestin dan Bait al-Maqdis. Malah, negara-negara ini juga mengadakan normalisasi dengan Israel dan negara-negara yang mendukungnya, serta bersikap merendahkan pihak yang membela Palestin dan menentang Israel.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/21/makkah-pernah-digunakan-dalam… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Harta kekayaan negara bukanlah untuk dimonopoli oleh golongan tertentu, sebaliknya perlu diurus dengan adil demi kepentingan seluruh rakyat. Inilah antara prinsip yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA ketika mengurus tanah-tanah yang telah dibuka oleh pemerintahan Islam.
Apabila terdapat cadangan supaya tanah dibahagikan kepada tentera sebagaimana harta rampasan perang, Khalifah Umar RA tidak bersetuju. Tanah merupakan harta yang tidak boleh dipindahkan dan manfaatnya boleh dinikmati untuk tempoh yang panjang. Oleh itu, tanah dan hasilnya perlu diurus dengan cara yang lebih menyeluruh agar tidak hanya memberi manfaat kepada kelompok tertentu.
Islam menetapkan bahawa kekayaan negara hendaklah diurus supaya tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya. Kepentingan golongan fakir, orang yang berhijrah, masyarakat yang memerlukan serta generasi yang akan datang turut diberikan perhatian. Pemerintah mempunyai amanah untuk mengurus harta tersebut dengan kebijaksanaan, melalui syura dan berdasarkan hukum Allah SWT.
Inilah antara bentuk keadilan dan al-Wasatiyyah dalam Islam. Kekayaan yang banyak bukan alasan untuk diberikan kepada kelompok tertentu sahaja, sebaliknya ia merupakan amanah yang perlu ditadbir dengan adil supaya manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat secara lebih menyeluruh.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 6 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
NEGARA MENJADI HABUAN KERANA MENJATUHKAN KUASA BESAR ISLAM. APAKAH PERANANNYA?
Genap satu abad umat Islam kehilangan kuasa besar dunia Islam, iaitu Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, akibat kelemahannya sendiri dan pengkhianatan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang membantu musuh sehingga membawa kepada kejatuhannya.
Kerakusan terhadap kemewahan harta dan perebutan takhta untuk berkuasa telah menimbulkan perkelahian yang memecahbelahkan umat Islam yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan berbeza mazhab. Selain itu, keruntuhan akhlak pula menyebabkan hilangnya kehebatan dan timbul sifat takut akan mati kerana banyak dosa yang dilakukan.
Akhirnya, mereka dijajah dan dicatur oleh musuh yang bernafsu melihat kekayaan tanah air umat Islam dan berjaya memperhambakan penganutnya yang mudah diadu domba. Sehinggakan, berlakunya perang antara kaum dan mazhab serta perebutan harta dan takhta.
Akibatnya, mereka berpecah mengikut bangsa dari segi asal keturunan dan berpecah mengikut mazhab. Hal ini demikian kerana, kejahilan umat dalam beragama serta kelemahan ulama’ yang tidak bertafaqquh dalam agama. Seterusnya, hilangnya ikatan iman yang menjadikan hubungan persaudaraan laksana hubungan anggota dalam satu jasad. Mereka bersatu dalam rukun Islam dan iman, tetapi berbeza dalam perkara furu‘ (cabang).
Satu demi satu tanah air Islam dan umatnya dijajah, sehingga akhirnya dicatur bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah yang lemah dan tidak mampu mentadbir serta memimpin dunia Islam. Ada yang dilobi oleh penjajah supaya mengambil alih kuasa Islam daripada bangsa Turki kepada bangsa lain, khususnya bangsa Arab, sehingga membantu musuh yang menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.
Selepas kehilangan kuasa besar Islam, wilayah-wilayah Islam dibahagikan dalam kalangan kuasa-kuasa besar penjajah. Hasilnya dirampas dan dicuri, rakyatnya diperhambakan serta para pemimpinnya diperkuda dengan diberikan habuan takhta dan pangkat untuk mentadbir wilayah dengan arahan penjajah masing- masing. Mereka terdiri daripada kalangan penyokong yang membantu penjajah bagi menjatuhkan khilafah kuasa besar Islam.
Palestin dan Bait al-Maqdis menjadi habuan Yahudi Zionis yang berjuang menegakkan negara agung Israel (The Greater Israel). Ditubuhkan banyak negeri-negeri baharu yang dibahagikan mengikut perjanjian dalam kalangan negara-negara penjajah, laksana membahagikan pusaka Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang telah berjaya dimatikan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/18/negara-menjadi-habuan-kerana-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini terbina daripada kepelbagaian negeri, bangsa dan budaya yang disatukan dalam sebuah tanah air.
Perpaduan bukan sekadar hidup bersama, tetapi saling menghormati, menjaga keamanan dan melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan seluruh masyarakat.
Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, berdaulat dan diberkati Allah SWT, serta rakyatnya sentiasa dipandu dengan nilai agama, ilmu dan akhlak.
Selamat Hari Malaysia 2026.
Semoga nikmat kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi terus dipelihara untuk generasi akan datang. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Berikut merupakan antara perkara penting yang disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS 2026 dan Ucapan Penggulungan Muktamar PAS Kali Ke-72.
Daripada gagasan penyelesaian Islam, penyatuan ummah, pembangunan masyarakat dan pengukuhan organisasi, hinggalah kepada persiapan menghadapi cabaran politik dan masa hadapan.
Teliti 15 rumusan utama daripada setiap ucapan melalui poster yang disediakan. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENYATUAN UMMAH DIWAJIBKAN, BERPECAH DIHARAMKAN
Kita berkeyakinan bahawa ketentuan syurga dan neraka adalah di tangan Allah, sekiranya kita melaksanakan segala arahan dan perintahnya, termasuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
PAS adalah bahtera yang bersifat jemaah atau parti yang diwajibkan melaksanakan perintah Allah dan menyahut seruan-Nya kerana telah ditetapkan janji-Nya.
PAS terus beristiqamah sejak para ulama’ dan pemimpin Islam membina bahtera ini. Ahli PAS diwajibkan wala’ kepada Allah dan Rasul, serta para pemimpin yang setia kepada tujuan PAS ditubuhkan bagi melakukan perjalanan ‘road map’ mengikut ketetapan Allah dengan beristiqamah. Firman Allah SWT:
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]
Ramai orang yang tidak bersedia kerana tidak tertahan banyak ujiannya dan banyak bisikan syaitan yang meragukan dengan berbagai-bagai dalih menolak, bukannya dalil.
Allah berfirman supaya mengambil teladan daripada para anbiya’ yang percaya kepada janji syurga, bukan percaya kepada ahli falsafah dan pemikir yang tidak beriman yang sangat dibanggakan seperti Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan sebagainya. Allah SWT berfirman menjanjikan syurga:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” [Surah al-Baqarah: 214]
PAS adalah bahtera perjalanan yang wajib diadakan. Kami percaya kepada bahtera ini dan kompasnya kerana percaya kepada janji Allah dengan syarat-syaratnya, yang tidak sama dengan ramalan semua manusia sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik, mahupun mereka yang sekadar berselera dengan politik atau benci akan politik. Firman Allah SWT:
“Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.’ Sesungguhnya, Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air, seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelik. (29) Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik. (30) Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka Syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah. (31)” [Surah al-Kahfi: 29-31]
PAS sedia bermuzakarah dengan ilmu dan berakhlak mencari kebenaran dengan sesiapa sahaja, serta berwawasan dunia sehingga akhirat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/07/penyatuan-ummah-diwajibkan-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
[BUKU & INFOGRAFIK]
UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 2026 - PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN
Pada muktamar yang lalu, kita memperingatkan bahawa Islam ialah penyelesaian berpandukan hidayah Allah dan keyakinan bahawa Islam ialah al-Din yang sempurna, tidak sama dengan agama lain dan ideologi ciptaan manusia.
Alhamdulillah, PAS telah dikurniakan pertolongan (nusrah) daripada Allah, memenangi 43 kerusi parlimen, 149 kerusi DUN dan mentadbir 4 buah negeri, di samping melebarkan pengaruh di beberapa negeri pantai barat dan selatan tanah air.
Kini, kita berkewajipan mengisi kemenangan sekadar kemampuan yang dicapai, walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Cabarannya jauh lebih besar daripada mencapai kemenangan.
Maka, Muktamar PAS yang diadakan pada hari ini ialah muktamar terpenting sebelum menghadapi PRU-16. Muktamar yang akan menegaskan hala tuju PAS, mempersiapkan parti untuk mengisi kemenangan, seterusnya mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi.
Pada muktamar ini, kita mengangkat tema, “PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN”.
YB TAN SRI DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
MUKTAMAR TAHUNAN PARTI ISLAM SE-MALAYSA (PAS) 1448H / 2026M
4 - 5 September 2024
Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK)
--------------------------
Dapatkan Buku & Infografik melalui pautan di bawah:
muktamar.pas.org.my/ucapan-presiden.html -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ulama bukan sekadar berperanan menyampaikan ilmu dan memberikan nasihat kepada masyarakat, bahkan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai pewaris para nabi dalam memimpin umat. Para nabi sendiri bukan hanya berdakwah, tetapi turut berhadapan dengan persoalan masyarakat, pemerintahan dan politik. Maka, ulama perlu mewarisi peranan tersebut dengan ilmu, keberanian dan kebijaksanaan.
Dalam memimpin umat, ilmu tidak boleh terhenti pada mengetahui hukum semata-mata. Ulama perlu memahami realiti semasa serta maqasid syariah supaya setiap tindakan benar-benar mencapai tujuan syariat dan tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. Ilmu perlu diterjemahkan dalam tindakan yang tepat berdasarkan keadaan dan kemampuan.
Dalam suasana umat Islam yang berdepan dengan perpecahan dan perbezaan kepentingan, penyatuan umat menjadi suatu tanggungjawab yang sangat penting. Strategi politik pula tidak semestinya sama di setiap tempat, sebaliknya perlu mengambil kira keadaan dan realiti setempat. Namun matlamatnya tetap untuk mempertahankan kekuatan politik umat Islam dan memastikan kepentingan Islam terus dipelihara.
Oleh itu, ulama perlu memahami bukan sahaja apa yang hendak diperjuangkan, tetapi bagaimana perjuangan itu dilaksanakan dengan hikmah. Pendekatan yang tidak tepat boleh menyebabkan umat semakin berpecah, sedangkan tugas ulama ialah membimbing, menyatukan dan memimpin umat berdasarkan ilmu, kebijaksanaan serta kefahaman terhadap realiti.
[Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali ke-65, 3 September 2026, Kelantan Trade Centre] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Pilihan Raya Lebih Awal
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENYELESAIAN YANG GAGAL
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berslogankan perpaduan menunjukkan keretakan yang hanya menunggu masa untuk terbelah. Dijangka hayatnya terlalu pendek berbanding dengan UMNO bersama jenama Parti Perikatan dahulunya, kemudiannya Barisan Nasional (BN) yang pernah disertai PAS. Masanya lebih panjang dan masalahnya tidak separah sehingga boleh mematikannya.
Adapun PH laksana bahtera yang tidak tahan dilambung ombak. Hal ini menyebabkan ada sebahagian daripada mereka yang terjun ke laut, ada juga yang berpindah kapal dan yang menumpang sampan kecil, malah ada yang berenang bersama pelampung dan ada juga yang terus tenggelam ditimbus gelombang politik yang bergelora.
Slogan reformasi dan celupan madani juga kelihatan luntur serta boleh menghilang begitu sahaja, sepertimana slogan hadhari sebelum ini.
Kerajaan campuran yang terdiri daripada pelbagai ideologi seperti DAP, PKR, AMANAH dan lain-lain, menjadi masakan daripada pelbagai ramuan yang tidak sesuai dengan perut rakyat Malaysia daripada semua kaum. Hal ini menjadikan seluruh rakyat menderita dalam kesakitan hidup. Buktinya, apabila masyarakat daripada pelbagai latar belakang seperti pendidik, pegawai kerajaan, peniaga, petani, nelayan, penganggur dan lain-lain, semuanya mengeluh tentang perkara yang sama.
Perkataan tatakelola yang sedap disebut, begitu juga slogan reformasi yang ditempikkan, begitu berat untuk ditanggung. Bahkan, gejala rasuah yang diisytiharkan sebagai perang besar juga turut gagal diatasi, jauh sekali untuk menghapuskannya. Hal ini demikian kerana, longkang yang bernyamuk tidak dibersihkan. Mereka hanya memilih lawan tertentu untuk diambil tindakan, manakala kawan dan lawan yang menyerah pula diselamatkan. Lebih menghairankan, kalangan penyumbang rasuah pula berada dalam kedudukan yang paling selamat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/09/02/penyelesaian-yang-gagal/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini merupakan satu nikmat besar daripada Allah SWT dan hasil pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Nikmat ini hendaklah disyukuri dengan memelihara keamanan, kedaulatan serta keharmonian yang telah dibina bersama.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi amanah untuk membina sebuah negara yang berdaulat, adil dan sejahtera. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan, menghormati kepelbagaian serta menolak segala bentuk kezaliman, perpecahan dan perkara yang boleh merosakkan masa depan negara.
Marilah kita mengisi kemerdekaan dengan memperkukuhkan jati diri, meningkatkan ilmu dan akhlak serta melaksanakan tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan negara. Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan keberkatan serta menjadi sebuah negara yang dihormati dan sejahtera untuk seluruh rakyat. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Muktamar PAS, Kerjasama BERSATU, isu laporan polis terhadap artikel Minda Presiden.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
APA MAKNA KEMERDEKAAN?
Kita telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah asing apabila majoriti Ahli Parlimen menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh penjajah yang tidak dapat merungkai ikatan pengaruhnya, lalu tetap menjadikan kita belum merdeka sepenuhnya dengan sempurna.
Adapun syarat-syarat penerimaan kerakyatan warga asing yang menjadi masyarakat majmuk bertujuan untuk diadudombakan. Akan tetapi, tidak menjadi masalah kepada orang Melayu yang beragama Islam dan masih berpegang dengan ajaran Islam, walaupun membawa konsep perpaduan Melayu, kerana Islam juga membawa konsep kemanusiaan yang adil kepada semua. Hanya mereka yang buta al-Quran menuduh perpaduan Melayu bersifat radikal.
Pada awal kemerdekaan, semua kaum menerima melalui parti-parti (kerajaan dan pembangkang) yang diwakilkan dalam parlimen bahawa Islam ialah agama negara dan hak kebebasan beragama turut diberikan kepada penganut bukan Islam berserta beberapa keistimewaan Melayu Islam yang menjadi penduduk asal terawal.
Apa yang menjadi masalah apabila masih ada kalangan yang mentafsirkan Islam mengikut perkataan ‘religion’ bahasa penjajah, bukan al-din dalam bahasa al-Quran. Hal ini menjadikan Islam tidak sempurna pelaksanaannya, di samping masih ada perkara menghalang yang dicatat dalam perlembagaan yang wajib dimansuhkan. Maka, wajib menolak kalangan yang mempertahankan istilah warisan penjajah.
Banyak urusan pentadbiran British dipengaruhi oleh Tamadun Islam, tetapi dengan mereka membuang aspek roh agama dalam urusan duniawi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kita melaksanakan teori-teori yang gagal dalam aspek duniawi seperti politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, dan lain-lain yang tetap menjadi masalah pada hari ini kepada semua negara penjajah pelbagai ideologi yang telah meruntuhkan Blok Timur dan menjadi tanda keruntuhan Blok Barat. Tempias kegagalannya menyebabkan banyak masalah yang sama menimpa masyarakat kita.
Banyak kumpulan Islam bangkit semula kembali kepada Islam yang sebenar. Namun begitu, Islam yang berjaya tetap dianggap musuh kerana masih dengki terhadap Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/08/28/apa-makna-kemerdekaan/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sesi Libat Urus Pasca PRN Negeri Sembilan Ke-16
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, kita perlu memahami kemampuan serta bidang kuasa yang ada pada kita.
Tidak semua perkara dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila berada dalam kerajaan kerana setiap pihak mempunyai batas kuasa masing-masing.
Apa yang penting, kewajipan tetap dilaksanakan mengikut kemampuan yang ada.
Dalam masa yang sama, kita perlu berhikmah dalam mencegah kemungkaran. Jangan sampai usaha mencegah sesuatu kemungkaran menimbulkan kemungkaran yang lebih besar.
Setiap tindakan perlu mengambil kira keadaan dan akibatnya supaya matlamat yang ingin dicapai tidak membawa mudarat yang lebih besar.
Ketika berada dalam kerajaan, hubungan dengan rakyat dan jentera pentadbiran perlu diberi perhatian. Jangan menjadikan pegawai kerajaan sebagai sasaran permusuhan, sebaliknya dekati mereka dengan baik dan bina pengaruh melalui pendekatan yang berhikmah. Hubungan yang rapat dengan rakyat juga merupakan kekuatan penting dalam mengisi kemenangan.
[Sesi Libat Urus Pasca PRN Negeri Sembilan, 24 Ogos 2026, Klana Resort, Seremban] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Politik bukanlah sesuatu yang terpisah daripada ajaran Islam. Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT, menjadi khalifah dan menegakkan al-Din, termasuk mentadbir urusan negara dengan keadilan. Para nabi sendiri bukan sahaja berdakwah, bahkan berdepan dengan pemerintahan yang zalim dalam usaha menegakkan kebenaran.
Dalam perjuangan politik, matlamat utama ialah menyatukan umat. Orang Melayu menjadi teras kepada penyatuan ini, manakala kerjasama turut boleh dibina bersama kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan bersedia untuk hidup serta berbincang secara aman. Pendekatan ini mengambil teladan daripada pembinaan masyarakat Madinah oleh Rasulullah SAW.
Strategi politik pula hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan realiti setempat. Pendekatan yang digunakan tidak semestinya sama di setiap negeri. Apa yang penting ialah matlamat perjuangan terus dipelihara, termasuk usaha memastikan kepimpinan Melayu-Islam dan menyatukan kekuatan umat.
Dalam melaksanakan strategi yang telah diputuskan, kepatuhan kepada keputusan kepimpinan yang dibuat melalui mesyuarat amat penting. Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada tindakan yang memecahbelahkan jamaah, sebaliknya keputusan bersama hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi mencapai matlamat perjuangan.
[Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka 2026, 23 Ogos 2026, Mudzaffar Hotel Ayer Keroh] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Persediaan PAS Untuk PRN Melaka
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Konvensyen PAS Johor
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perpaduan orang Melayu perlu menjadi asas kepada penyatuan rakyat yang lebih luas. Perbezaan politik tidak seharusnya membawa kepada perpecahan, sebaliknya kerjasama perlu dibina dengan semua pihak yang bersedia berbincang dan menolak sikap ekstrem demi kepentingan negara.
Pendekatan politik yang matang dan sejahtera hendaklah menjadi jalan dalam melakukan perubahan. Kuasa politik tidak sepatutnya dicapai melalui cara yang ekstrem atau menimbulkan kekacauan, tetapi melalui pendekatan yang tenang, baik dan matang demi menyelamatkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum.
Dalam masa yang sama, rasuah dan salah laku dalam pentadbiran perlu diperangi. Pentadbiran yang baik mestilah berasaskan amanah dan nilai Islam, dengan kepentingan rakyat diutamakan mengatasi perebutan kuasa serta kepentingan peribadi.
Negara ini ibarat sebuah bahtera yang dinaiki bersama. Jangan kerana kepentingan sendiri kita menebuk bahtera sehingga akhirnya semua pihak tenggelam. Marilah kita bersatu dalam satu bahtera untuk menyelamatkan negara dan memastikan masa depannya terus terpelihara.
[Konvensyen PAS Johor, 22 Ogos 2026, Dewan Muafakat Ayer Hitam, Johor] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Isu RCI Tabung Haji - Soalan Kepada PM
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
NEGARA ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN BUKAN ISLAM
Islam tidak mengharamkan kecintaan kepada bangsa masing-masing, namun diharamkan bersikap taasub (fanatik) iaitu berlaku zalim terhadap bangsa lain atau membela kalangan kaumnya yang zalim.
DAP menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang disokong oleh British bagi menentang Jepun, yang kemudiannya diharamkan atas faktor politiknya sendiri. Kumpulan komunis itu telah banyak mengorbankan anggota askar dan polis Melayu sewaktu dalam tempoh darurat.
Menteri daripada kalangan DAP mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau lebih dikenali dengan Urban Renewal Act (URA) - walaupun telah ditarik balik oleh jemaah menteri pada 23 Januari 2026 untuk tujuan penambahbaikan secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula di Parlimen - adalah suatu tindakan untuk menghalau orang Melayu yang miskin oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas nama membangunkan semula kawasan bandar.
Selain itu, DAP turut meletakkan calon orang Melayu bertanding di kawasan campuran bagi menguasai kuasa politik selaras dengan perjuangannya. Hal ini berbeza dengan MCA dan MIC, yang merupakan parti yang lebih awal ditubuhkan ketika perjuangan menuntut kemerdekaan. Kedua-dua parti tersebut sama-sama berada dalam parlimen menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan konsep kebebasan beragama kepada penganut pelbagai agama mengikut sempadan hubungan masyarakat majmuk. Begitu juga beberapa parti pecahan daripadanya seperti GERAKAN dan lain-lain. Kesemuanya menerima konsep kerakyatan dalam masyarakat majmuk.
Semua yang saya kemukakan ini merupakan dalil bertulis yang terang dan kenyataan lisan daripada pemimpin DAP itu sendiri.
Ramai dalam kalangan agamawan yang menjadi terompah kayu yang digunakan untuk membela DAP, termasuk kalangan agamawan yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan. Allah SWT memberi amaran yang keras dalam ayat-ayat yang banyak dalam al-Quran.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/08/19/negara-islam-dan-hubungannya-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Islam mengajar umatnya menjadi umat yang wasat, sebagaimana firman Allah SWT bahawa umat Muhammad SAW dijadikan sebagai umat pertengahan agar menjadi saksi kepada seluruh manusia. Namun, al-Wasatiyyah bukan bermaksud mengambil pendirian di tengah-tengah antara kebaikan dan keburukan, atau mencampuradukkan antara yang hak dengan yang batil.
Al-Wasatiyyah bermaksud berlaku adil dan sederhana, tidak melampaui batas dalam melaksanakan kebaikan serta tidak meninggalkan kewajipan untuk mencegah kemungkaran. Islam tidak mengajar umatnya berdiam diri terhadap kejahatan atas alasan bertolak ansur, sebaliknya kemungkaran hendaklah dicegah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Kesilapan memahami konsep ini boleh menyebabkan sebahagian daripada ajaran Islam dilaksanakan, manakala sebahagian yang lain ditinggalkan mengikut kehendak semasa. Sedangkan akidah, syariat dan akhlak merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Setiap hukum Allah SWT mempunyai tempat dan peranannya dalam membimbing kehidupan manusia.
Umat Islam yang sebenar ialah umat yang berpegang kepada seluruh ajaran Islam, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berlaku adil kepada semua, termasuk terhadap mereka yang berbeza agama dan menjadi pihak yang memusuhi Islam. Inilah al-Wasatiyyah yang menjadikan umat Islam sebagai contoh kepada manusia seluruhnya.
(Kuliah Dhuha Jumaat, 30 Safar 1448H, Masjid Rusila, Marang) -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Para ulama siasah syar‘iyyah menetapkan syarat-syarat kepimpinan adalah:
1.Islam iaitu percaya kepada aqidah parti yang berpegang kepada al-din (Islam yang sempurna). Dibuktikan dengan amalan dan perjuangan.
2.Adil (عدالة) iaitu seorang Muslim yang soleh beristiqamah dengan Islam. Malah, tidak fasiq dengan melakukan dosa besar, berterusan melakukan dosa kecil dan perkara yang tidak bermaruah. Juga bersifat benar, amanah, tabligh dan fatanah.
3.Bertafaqquh dalam al-din dan mampu berijtihad sama ada secara individu dan berjemaah (syura). Di samping itu, beristiqamah bersama dasar dan rukun yang tidak berubah serta mampu menghadapi keadaan yang sentiasa berubah dan situasi yang berbeza (ijtihad).
4.Berhikmah dalam mentadbir, mengurus dan memimpin parti dalam setiap pergerakan dan langkah perjalanannya. Hal ini termasuklah mampu mentadbir negara.
5.Berpengaruh dalam parti dan masyarakat.
Namun, keadaan semasa yang sukar untuk mencari seseorang yang memenuhi semua syarat kelayakan yang disebut di atas, maka ia boleh dilakukan secara jama‘i dengan melantik beberapa kalangan ilmuwan daripada beberapa jurusan dan tokoh yang terpilih bagi memperteguh kepimpinan ulama dalam menegakkan Islam dan mentadbir urusan dunia dengan Islam.
PAS menetapkan peranan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat daripada kepelbagaian latar belakang, dan digabungkan dengan Majlis Syura Ulamak secara kolektif bagi memenuhi syarat bertafaqquh bertujuan untuk mengawal dasar dan strategi parti.
[Liqa’ Fikri PAS Pusat, 8 Ogos 2026, Hotel Tenera, Bangi] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH HAPUSKAN MELAYU ISLAM
Tercetusnya kenyataan dan tindakan yang secara terbuka mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, memperlekehkan kedudukan Raja-raja Melayu yang dihilangkan kedaulatannya oleh penjajah, melemahkan kedudukan bahasa Melayu yang dinobatkan menjadi Bahasa Kebangsaan, membela golongan yang murtad dalam kalangan penganut Islam dan memberi tekanan kepada mereka yang memeluk Islam, serta menentang langkah pelaksanaan syariat oleh beberapa buah kerajaan negeri.
Malah, mereka juga meletakkan kalangan bukan Islam, khususnya daripada DAP dalam kementerian penting yang menjadi ancaman kepada Melayu dan Islam, serta merancang agenda politik seperti mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain.
Pilihan raya PBT di Malaysia adalah proses memilih ahli majlis bandar atau perbandaran, yang telah dimansuhkan pada tahun 1960-an dan kini dilantik secara rasmi. Namun, ia menimbulkan perdebatan tentang isu demokrasi serta keutamaan pentadbiran. Pilihan raya ini kemudiannya dibatalkan kerana masih wujud kesan penyusunan masyarakat majmuk yang dilaksanakan oleh penjajah yang pernah dilihat menjadi sebab meletupnya Peristiwa 13 Mei 1969, sejarah hitam yang tidak boleh diulang lagi. Kini, ia menjadi agenda DAP untuk menguasai bandar yang didominasi oleh kaum Cina.
PH bersama DAP menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kaum bagi menyingkirkan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perantaraan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
DAP juga meletakkan calon Islam di kawasan Melayu sehingga berwajah pakaian Islam, di samping calon bukan Islam oleh parti-parti lain dalam komponen Pakatan Harapan.
Akhirnya, DAP yang mendominasi Pakatan Harapan secara terbuka itu mendedahkan perjuangan sekularismenya yang ekstrem dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkannya. Konsep ini mengandungi teori luar tabii yang menentang fitrah ketetapan Allah tentang kewujudan bangsa.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/08/08/dap-memimpin-ph-menyambung-ke… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media Presiden PAS: PRN Melaka, Rundingan Dengan UMNO, Hubungan BERSATU dengan PN, Lantikan Negeri Sembilan
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas pencapaian yang dikurniakan kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan.
Kejayaan ini merupakan satu perkembangan yang amat menggembirakan dan menjadi bukti bahawa usaha memperkukuhkan perpaduan umat terus mendapat sokongan. Bukan sahaja berlaku kemajuan di kawasan Melayu Islam, bahkan turut menunjukkan peningkatan sokongan di kawasan bukan Islam, sekali gus memberi petanda berlakunya satu perubahan yang besar.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan, petugas, sukarelawan, pasukan paramedik serta semua yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen. Semoga segala pengorbanan dan usaha yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Perjuangan ini masih belum selesai. Insya-Allah, kejayaan yang dicapai di Negeri Sembilan akan menjadi gelombang kemenangan yang lebih besar ke seluruh negara. Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, mengisi amanah yang diberikan oleh rakyat serta meneruskan perjuangan demi menyelamatkan agama, rakyat dan tanah air.
Semoga Allah SWT terus memimpin langkah perjuangan ini, mengurniakan kekuatan kepada semua yang istiqamah serta memberkati segala usaha yang dilakukan demi agama, bangsa dan negara.
[Ucapan Presiden PAS Sempena Keputusan PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos 2026, Kompleks PAS Negeri Sembilan] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Keputusan PRN Negeri Sembilan
vt.tiktok.com/ZS4BCpk9r/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Terima Kasih Negeri Sembilan
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Esok merupakan hari yang penting buat seluruh rakyat Negeri Sembilan dalam menentukan kepimpinan negeri. Pilihan raya ialah satu amanah yang besar bagi memilih kerajaan yang mampu mentadbir dengan adil serta memelihara kepentingan agama, rakyat dan negara.
Perikatan Nasional dan Barisan Nasional memilih untuk bekerjasama demi menyatukan kekuatan serta mengelakkan perpecahan. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan agar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan penuh amanah dan memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional serta Barisan Nasional di kawasan yang telah dipersetujui bersama.
Marilah kita bersama-sama keluar mengundi pada esok hari. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional serta menjadikan Negeri Sembilan sebagai titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik demi agama, bangsa dan tanah air.
[Ceramah Perdana Kuala Pilah, 31 Julai 2026, Padang Kundang Manis, Kuala Pilah] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kemaraan DAP Meneruskan Kerja Penjajah
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rakyat Negeri Sembilan bakal diberikan peluang untuk memilih kerajaan dan wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya bukan sekadar proses memilih wakil rakyat, bahkan merupakan satu amanah politik yang penting dalam Islam bagi mentadbir urusan dunia serta menegakkan keadilan kepada seluruh manusia.
Atas pertimbangan tersebut, Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan. Langkah ini diambil kerana keadaan politik semasa memerlukan penyatuan kekuatan bagi menyekat pihak yang dilihat boleh membawa mudarat kepada negara serta memastikan kestabilan pentadbiran negeri dapat dipelihara.
Saya menyeru seluruh penyokong dan jentera PN agar memberikan sokongan kepada calon BN di kawasan yang dipersetujui, sebagaimana penyokong dan jentera BN juga diharapkan membantu dan memberikan sokongan kepada calon PN di kawasan yang ditandingi. Kerjasama ini penting bagi menjayakan usaha yang telah dipersetujui bersama.
Mudah-mudahan Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya demi masa depan agama, bangsa dan negara.
[Ceramah Mega Biru-Kan Seremban, 29 Julai 2026, Dewan Perdana KRS, Seremban] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dukacita saya menerima berita pemergian almarhum Saadun bin Sulong (Pak Yek Cikgu Long) yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan saya dan sentiasa melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi. Saya amat menghargai segala jasa dan pengorbanan almarhum sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KAUM DAN PERKAUMAN: MENGAPA MELAYU ISLAM MEMIMPIN DI MALAYSIA?
Ramai kalangan yang tidak memahami dan bingung pendekatan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan kini Negeri Sembilan. PAS sedia hilang satu kerusi yang telah ada di Johor dan menolak kerusi yang ditawarkan. Namun begitu, ia berakhir dengan hilang semuanya dalam PRN Johor, setelah meletakkan calon yang kecil jumlahnya dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi oleh Perikatan Nasional (PN).
Adapun untuk PRN Negeri Sembilan, PAS bersama PN mengadakan kerjasama yang intim secara terbuka dengan BN. Kerjasama ini dilakukan dengan membahagikan kerusi yang tidak berlawanan antara BN dengan PN. Alasannya ialah demi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam.
Kedudukan UMNO yang mengepalai BN masih berada dalam keadaan yang kuat di Johor. Namun begitu, dilihat adanya kemungkinan, dalam sistem demokrasi yang tempang dan pilihan raya yang tidak seimbang yang ditangani oleh kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) yang tidak malu menggunakan jentera kerajaan, menandakan akan berlaku ancaman kepada Melayu Islam. Kemudian, ditambah pula dengan serangan Islamofobia di peringkat nasional dan antarabangsa yang memandang serong terhadap kebangkitan Islam.
Keadaan ini berbeza dengan Negeri Sembilan yang dirampas oleh PH dalam pilihan raya yang lalu, yang menyaksikan UMNO dan BN dalam keadaan yang tidak kuat. Maka, PAS wajib membantu setelah gagal mengambil alih kerajaan negeri melalui akuan berkanun (SD) walaupun sudah mencukupi 19 kerusi (14 UMNO, 5 PN) untuk menjatuhkan PH yang mempunyai 17 kerusi. Malangnya, dua ADUN BERSATU dalam gabungan PN berlaku khianat dan menarik sokongannya, menjadikan jumlah kerusi tidak mencukupi.
Demikianlah pentingnya kuasa Melayu Islam bagi menguasai Negeri Sembilan. Maka, PAS bertindak mengadakan perubahan dalam PN dengan menerima Parti Wawasan Negara yang merupakan pecahan daripada BERSATU dan lain-lain parti. Di samping itu, PAS terus mengadakan kerjasama dengan BN yang didominasi oleh UMNO iaitu parti Melayu Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menangani Melayu yang berpecah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/24/kaum-dan-perkauman-mengapa-me… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dukacita saya menerima berita pemergian almarhum Haji Mohamad bin Hasan, yang merupakan antara guru saya dan telah banyak mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan Islam.
Almarhum telah berkhidmat sebagai mantan Pengetua Maahad Maarif serta guru Bahasa Arab di SMASZA. Saya berkesempatan menimba ilmu daripada beliau, dan sesungguhnya segala ilmu, didikan serta tunjuk ajar yang dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi manfaat kepada anak-anak muridnya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
IKTIBAR PERPECAHAN UMAT MENDATANGKAN BENCANA
PH dapat memimpin kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri dengan UMNO turut menyertai kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri, namun didominasi oleh DAP atau PKR bersama AMANAH.
Dasar DAP yang ekstrem sekular, di samping PKR dan AMANAH yang berideologikan Islam liberal, Islam sekular, dan Islam progresif memberanikan beberapa kumpulan bukan Islam, khususnya DAP untuk membuat kenyataan dan berusaha mengubah Perlembagaan Persekutuan yang melemahkan kedudukan Islam dan Raja-raja yang tidak ada kedaulatan, selain berusaha menawan bandar melalui pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta meletakkan calon Melayu di kawasan Melayu.
Keadaan demokrasi yang lemah, di samping Melayu Islam yang berpecah serta jahil agama dan politik menjadikan negara ini dalam keadaan berbahaya untuk hilangnya kuasa politik Islam.
Keadaan ini mewajibkan langkah perpaduan umat Melayu dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Maka, PAS terpaksa mengambil langkah politik yang berhikmah dengan mengambil teladan Rasulullah SAW yang menyatukan bangsa Arab yang keras berpecah sehingga berperang saudara, diikuti perpaduan umat masyarakat majmuk yang berada di Malaysia.
Bermula dengan perpaduan Melayu Islam bersama UMNO yang berteraskan Melayu Islam bersama bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA dan MIC yang pernah bekerjasama sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
PAS menolak Melayu yang tidak istiqamah seperti PKR dan AMANAH yang bersama DAP yang ekstrem, serta BERSATU yang menyisihkan diri daripada PN sehingga merencatkan usaha untuk menawan Negeri Sembilan daripada PH.
Langkah awal dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui perpaduan Melayu bagi mempertahankan Johor. Walaupun UMNO kuat di Johor dan berkuasa, mereka menyertai pilihan raya yang tidak seimbang kerana menghadapi PH yang berkuasa dalam kerajaan persekutuan.
PAS hanya bertanding secara simbolik untuk menjadi tambahan sekiranya berlaku keadaan yang melemahkan kedudukan Melayu UMNO, laksana pasukan pertahanan perlawanan bola sepak yang tidak ada peluang untuk mendapat gol kerana sekadar menjaga gawang dan bertahan daripada serangan lawan bagi menafikan kemenangan atau mereka mendapat gol yang sedikit, namun tidak menang.
Berbeza dengan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh PH bersama dominasi DAP yang ekstrem dan Melayu yang hanyut. PAS ikut bertanding menjadi anggota penyerang yang membahagikan kedudukan yang berstrategik bagi mengambil alih kuasa Melayu Islam bersama bukan Islam yang tidak ekstrem.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/21/iktibar-perpecahan-umat-menda… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tahniah atas Pelantikan Khalil al-Hayyah sebagai Ketua Biro Politik Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (H*M*S)
Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) serta seluruh rakyat Malaysia yang cinta akan perjuangan Palestin, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (H*M*S) atas pelantikan Khalil al-Hayyah sebagai Ketua Biro Politik H*M*S yang baharu, menggantikan seorang qiadah dan syuhada agung, Almarhum Yahya al-Sinwar yang telah pergi menemui Ilahi dalam medan jihad menentang kezaliman rejim Zionis.
Sesungguhnya kepimpinan dalam sesebuah gerakan jihad ialah amanah yang besar. Ia bukan sekadar jawatan, bahkan merupakan kesinambungan risalah dan wasiat para syuhada yang telah mendahului kita, sepertimana firman Allah SWT:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]
Saya berdoa agar Khalil al-Hayyah diberikan kekuatan iman dan hikmah oleh Allah SWT dalam meneruskan perjuangan menegakkan bumi Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, di samping memimpin H*M*S menuju kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Semoga kepimpinan baharu yang dilantik ini terus beristiqamah bersama Islam sehingga Palestin benar-benar merdeka daripada penjajahan Zionis.
PAS dan seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah akan terus berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan H*M*S serta mendoakan kekuatan dan kejayaan buat seluruh mujahidin di bumi yang diberkati itu.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
6 Safar 1448H / 21 Julai 2026
—————————
Congratulations on the Appointment of Khalil al-Hayya as Head of the Political Bureau of the Islamic Resistance Movement (HAMAS)
On behalf of the Malaysian Islamic Party (PAS) and the people of Malaysia who stand in solidarity with the Palestinian cause, I extend my sincere congratulations and highest commendation to the Islamic Resistance Movement (HAMAS) on the appointment of Khalil al-Hayya as the new Head of its Political Bureau.
He succeeds the esteemed leader and martyr, the late Yahya al-Sinwar, who returned to his Lord on the path of jihad while resisting the oppression of the Zionist regime.
Leadership within a jihad movement is a profound trust. It is not merely a position of authority, but a continuation of the divine mission and the legacy entrusted by the martyrs who have gone before us, as Allah the Almighty says:
Among the Believers are men who have been true to their promises with Allah; of them some have completed their vow (to the extreme), and some (still) wait: but they have never changed (their determination) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]
I pray that Allah the Almighty grants Khalil al-Hayya unwavering faith, wisdom, and strength to continue the struggle for the liberation of the land of Palestine, to defend al-Aqsa Mosque, and to lead HAMAS towards the victory promised by Allah. May this new leadership remain steadfast upon the path of Islam until Palestine is fully liberated from Zionist occupation.
PAS, together with the people of Malaysia, will, God willing, continue to stand firmly with the Palestinian people and HAMAS, while praying for strength, protection, and victory for all the mujahidin in that blessed land.
O Allah, grant victory to our mujahidin brothers in Palestine. O Allah, make firm their footsteps and grant them victory over the disbelieving people.
ABDUL HADI AWANG
President,
Malaysian Islamic Party (PAS)
6 Safar 1448 / 21 July 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dukacita menerima berita pemergian almarhum Zahari bin Mat Rak Soh ke rahmatullah. Beliau seorang yang istiqamah menghadiri Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK KEWAJIPAN DARIPADA ALLAH, BUKAN LAKONAN ATAU PERMAINAN
Di Malaysia, Melayu Islam wajib memimpin kerana mereka mendominasi penganut Islam.
Kewujudan bangsa ialah sifat tabii ciptaan Allah bagi menguji manusia. Tolak kumpulan luar tabii Melayu yang bersama DAP, iaitu kumpulan sekular fanatik dan cauvinis ekstrem yang menjadi ancaman kepada Islam dan bangsa Melayu. Bukan kerana fanatik perkauman, tetapi kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia.
Kumpulan Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku adil dalam menunaikan amanah selepas merampas kerajaan secara menipu dan menggunakan helah yang tidak demokratik melalui rasuah dan ugutan. Mereka juga mengambil tindakan yang salah dan zalim dalam politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, serta bertindak secara terpilih terhadap rasuah dan lain-lain.
Selain itu, diberikan peruntukan yang berbeza antara pihak kerajaan dengan pembangkang, peruntukan untuk Sarawak dan Sabah terhadap bumiputera. Semua ini bersifat langkah politik yang membahayakan kedaulatan Melayu dan Islam, meminggirkan bahasa kebangsaan dalam pelajaran, pendidikan dan pentadbiran.
PH berslogankan madani yang kiblat solatnya ke arah Baitullah (Rumah Allah) di Makkah, adapun kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) di Washington. Mereka juga berkonsepkan Islam sekularisme dan liberalisme berpandukan kaedah politik Barat:
“The end justifies the means.”
“Matlamat menghalalkan cara.”
Allah memberi amaran kepada mereka yang jahil murakkab (jahil yang tidak sedar dirinya jahil) yang menyesatkan orang lain dengan ucapan dan tulisannya termasuk media yang membantunya.
PAS mengajak kepada perubahan berteladankan Rasulullah SAW serta berasaskan kekuatan perpaduan Islam Arab dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Hal ini dilaksanakan melalui umat Melayu Islam bersama bumiputera dan bukan Islam bukan dalam kalangan Melayu yang tidak ekstrem.
Dahulukan PAS bersama UMNO, Barisan Nasional (BN), kumpulan Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA, MIC, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dan lain-lain, diikuti oleh Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/19/politik-kewajipan-daripada-al… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Penamaan Calon PRN Negeri Sembilan
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAKATAN HARAPAN MENYEBARKAN PROPAGANDA ISLAMOFOBIA
Kini, di Malaysia ada yang berpihak kepada DAP dengan menggunakan slogan, “Islam Rahmatan lil ‘Alamin” daripada al-Quran. Mereka sanggup menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata, termasuk kemungkaran ekonomi yang membebankan kehidupan rakyat. Kemudian, ditaja kempen Jualan Rahmah, tanpa sebarang tindakan terhadap penyangak yang membocorkan harta negara dengan rasuah dan bermacam-macam salah laku yang terpaksa ditanggung kesannya serta menyusahkan rakyat.
Seringkali kita mendengar suara yang berdegar-degar memerangi rasuah, sedangkan dalam bala tenteranya sendiri terdapat penyumbang rasuah yang paling ramai dan penagih rasuah yang tegar, serta mereka membina kekuatan dan pengaruh daripada perbelanjaan yang ditaja oleh penyumbang rasuah itu juga.
Begitulah sifat parti yang berideologikan sekularisme yang tidak mempunyai roh agama yang memandunya, kerana tiada sempadan halal dan haram.
Apa yang merisaukan kami ialah adanya dalam kalangan orang Melayu yang berimamkan DAP dan menumpang di belakangnya bagi memberi kemenangan untuk menguasai politik negara. Sehingga ada orang Melayu Islam yang bebal menuduh rasis terhadap orang Melayu yang bersuara mempertahankan hak Melayu Islamnya yang dizalimi. Sebaliknya, mereka mendiamkan diri dan menjadi syaitan bisu terhadap DAP yang fanatik dan cauvinis kepada kebangsaan Cinanya.
Kemaraan DAP bertopengkan PH memimpin Kerajaan Perpaduan telah memberanikan beberapa tokoh mereka mencabar Perlembagaan Persekutuan, khususnya kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, membela murtad dan lain-lain.
PAS mengharapkan sebahagian dalam kalangan UMNO yang bersekongkol dengan DAP kembali ke pangkal jalan, setelah PAS sedia mengorbankan diri menyokong UMNO di Johor supaya gagal ditawan oleh PH DAP, sehingga dikerahkan ahli dan penyokongnya dari seluruh negara, mengorbankan tenaga dan wang ringgit supaya mengundi BN dan mengetepikan salah laku UMNO terhadap PAS, walaupun hilang kerusinya di Johor sehingga PAS bersedia menjadi laksana lilin yang membakar diri bagi menerangi perjalanan saudaranya. Laksana pokok buah-buahan yang menggugurkan buahnya yang lazat kepada kanak-kanak nakal yang merejamnya dengan batu dan kayu.
Maka, PAS mengajak kepada perpaduan umat Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada semua kaum dan agama. Kita mengambil teladan daripada Rasulullah SAW yang melakukan perpaduan bangsa Arab bersama Islam, diikuti perpaduan penganut Islam daripada pelbagai bangsa, serta perpaduan kemanusiaan bersama bukan Islam yang tidak ekstrem.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/16/pakatan-harapan-menyebarkan-p… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
IRAN TIDAK PERLU SENJATA PEMUSNAH KERANA ZIONIS MENYEDIAKANNYA
Adapun negara haram Israel dan sekutu Zionisnya daripada kalangan kuasa besar dan kecil yang bersamanya melakukan serangan paling ganas tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar. Di samping menyediakan senjata pemusnah dan membekalkannya kepada Israel secara bertali arus melalui laut dan udara.
Negara haram itu telah membina sistem jana kuasa nuklear di Beersheba sejak tahun 60-an dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah. Malah, diberikan kebebasan untuk bertindak oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang memberi perlindungan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa veto yang diberikan hak kepada mereka.
Iran mempunyai kekuatan teknologi yang mampu meletupkan nuklear Israel, namun tetap mempunyai perkiraan yang waras kerana luas lapangan mangsanya terhadap rakyat awam Israel sendiri dengan negara jirannya.
Namun, tindakan melampau Zionis Amerika Syarikat dan Israel terhadap penduduk awam, sehingga kanak-kanak di sekolah dan hospital, serta layanan terhadap tawanan perang Palestin yang berbeza dengan Iran dan semua kumpulan Islam, Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, Ansarullah dan lain-lain telah melahirkan simpati masyarakat antarabangsa yang lebih berkesan daripada senjata nuklear dan senjata pemusnah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/14/iran-tidak-perlu-senjata-pemu… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Makan Malam Perdana Nismilan Kito Jago
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENYUMBANG RASUAH BERSAMA PIHAK YANG PALING BERKUASA
Apabila pihak yang paling berkuasa sama-sama melakukan rasuah, maka ramai yang terlepas daripada tindakan undang-undang kerana sama-sama melanggar undang-undang. Pencuri dan perompak tidak menghukum sesama pencuri dan perompak.
Kenyataan yang berdegar-degar memerangi rasuah laksana pencuri melaungkan seruan, “Pencuri! Pencuri!” bagi melepaskan dirinya yang diburu oleh pihak yang mahu menangkapnya.
Islam menegaskan bahawa pendapatan rasuah termasuk dalam harta haram yang berdosa di sisi Allah, bukan hanya di sisi undang-undang dunia. Rasuah juga termasuk dalam harta buruk atau jahat yang menjadi sebab amalan seseorang itu ditolak oleh Allah.
Mereka yang hanya meletakkan kesalahan rasuah dari segi undang-undang ciptaan manusia dan bukannya hukum Allah menganggap diri mereka bebas dalam kehidupan dunia sahaja, maka harta haram seperti rasuah digunakan untuk amal kebajikan seperti haji, umrah, derma kebajikan, dan sebagainya.
Apabila penyumbang rasuah yang sebenar membiayai pihak yang paling berkuasa memerintah negara, lalu menjadi akar umbi yang menyuburkan rasuah, maka perlu dilihat siapa yang menjadi pihak yang paling berkuasa dalam negara terkini berada dalam musim rasuah yang berlaku.
Harta negara yang berapa banyak sekalipun, hasilnya tidak memberikan keberkatan kepada negara sekiranya pemerintahnya tidak bertaqwa kepada Allah.
Muhasabah terhadap jenayah rasuah wajib dilakukan pada semua peringkat, khususnya terhadap golongan yang paling berkuasa dalam kerajaan terkini. Adapun yang sebelumnya dijadikan iktibar, bukan alasan untuk menyalahkan orang lain tanpa melakukan muhasabah diri sendiri.
Seluruh rakyat wajib menjadi hakim yang adil kalau kerajaan tidak berubah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/13/penyumbang-rasuah-bersama-pih… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Takziah atas Pemergian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Bapa Emir Negara Qatar
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Negara Qatar, serta seluruh kerabat diraja, atas pemergian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Bapa Emir Negara Qatar, yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum merupakan seorang negarawan berwawasan yang telah mengubah Qatar menjadi antara negara yang disegani di persada dunia. Sepanjang pemerintahan baginda, Qatar mencapai kemajuan yang amat pesat dalam bidang ekonomi, pendidikan, media dan hubungan antarabangsa, di samping memperkukuhkan kedudukannya dalam dunia Islam serta masyarakat antarabangsa.
Legasi almarhum terserlah melalui pembangunan sektor tenaga negara, penubuhan pelbagai institusi strategik, serta usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa yang memberikan manfaat besar kepada pembangunan serantau dan global. Kebijaksanaan serta komitmen baginda dalam membangunkan negara akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Bagi pihak gerakan Islam, saya merakamkan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, seluruh kerabat diraja, serta rakyat Negara Qatar atas kehilangan besar ini.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
------------------------
Message of Condolences on the Passing of His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Father Emir of the State of Qatar
I extend my deepest condolences to the Government and people of the State of Qatar, as well as to the Royal Family, on the passing of His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, the Father Emir of the State of Qatar, who has returned to the mercy of Allah.
The late Sheikh Hamad was a visionary statesman whose leadership transformed Qatar into one of the world's leading nations. During his tenure, he spearheaded remarkable progress in economic development, education, media, and international diplomacy, while strengthening Qatar's standing within the Muslim world and the global community.
His enduring legacy includes the advancement of Qatar's energy sector, the establishment of enduring national institutions, and the promotion of strategic partnerships that have contributed significantly to regional and global development. His foresight and commitment to nation-building will continue to inspire future generations.
On behalf of the Islamic movement, I convey my sincere condolences to His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, the Royal Family, and the people of Qatar during this time of profound loss.
May Allah SWT forgive the late Sheikh Hamad's shortcomings, accept his righteous deeds, bestow His mercy upon him, and grant him a place among the righteous.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
President of PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ilmu merupakan warisan paling berharga yang ditinggalkan oleh para nabi. Justeru, Allah SWT mengangkat darjat orang yang beriman dan mereka yang dikurniakan ilmu, manakala para ulama dimuliakan sebagai pewaris kepada tugas para anbia dalam membimbing umat ke jalan yang diredai-Nya.
Al-Quran hendaklah menjadi asas kepada seluruh cabang ilmu. Sesiapa yang memulakan perjalanan menuntut ilmu dengan Al-Quran, Allah SWT akan membukakan pintu kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain serta mengurniakan keberkatan dalam kehidupan.
Kepada para guru, teruskanlah amanah mendidik dengan penuh keikhlasan kerana ilmu yang diajarkan akan menjadi pahala yang berterusan selagi dimanfaatkan oleh generasi yang dididik.
Kepada para pelajar pula, tuntutlah ilmu dengan sabar dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana kedudukan atau habuan dunia, kerana keikhlasan itulah yang menjadi kunci kepada keberkatan ilmu.
Semoga Allah SWT memberkati seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing, mengurniakan kefahaman terhadap Al-Quran serta melahirkan generasi huffaz, ulama dan pendakwah yang terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
[Ziarah Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing, 10 Julai 2026, Mersing, Johor] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Masyarakat Cina di Sabah telah membuktikan bahawa mereka mampu membuat pilihan dengan menolak DAP. Rakyat Johor juga mampu membuat pertimbangan yang sama demi masa depan negeri yang lebih harmoni dan sejahtera.
Marilah kita bersama memilih politik yang menyatukan rakyat, bukan yang memecah-belahkan masyarakat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Ceramah Mega N32 Endau Johor
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sarapan pagi bersama calon PAS bagi DUN Endau, Ustaz Hakimi, di rumah waris saya di Mersing.
Turut bersama, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Ustaz Mahfodz Mohamed.
Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan, dan diberikan kemenangan dalam PRN Johor kali ini. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Islam mengajar bahawa politik adalah sebahagian daripada agama yang mesti ditegakkan dengan keadilan. Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam, bahkan menjamin hak mereka mengamalkan agama masing-masing.
Dalam urusan awam, semua rakyat dilayan dengan adil tanpa mengira agama atau kaum. Inilah keadilan yang dibawa oleh Islam.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Grand Finale PRN Johor
Simpang Jeram, 8 Julai 2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor, kerjasama yang dijalin adalah berasaskan keperluan untuk memperkukuhkan kedudukan politik umat Islam serta memastikan kepimpinan negeri terus diterajui oleh mereka yang mampu mempertahankan agama, berlaku adil kepada seluruh rakyat dan memelihara kestabilan negeri.
Perbezaan yang pernah berlaku tidak seharusnya menjadi penghalang kepada penyatuan apabila kepentingan agama, bangsa dan negara menuntut satu kesepakatan. Sejarah juga membuktikan bahawa PAS dan UMNO pernah bekerjasama dalam beberapa perkara penting demi kepentingan umat dan negara.
Rakyat Johor diseru agar menggunakan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab. Setiap undi yang diberikan akan menentukan hala tuju kepimpinan negeri untuk tahun-tahun mendatang.
Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk kepada seluruh pengundi serta memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang demi agama, rakyat dan masa depan Negeri Johor.
[Grand Finale PRN Johor, 8 Julai 2026, Simpang Jeram, Johor] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ilmu sahaja belum memadai jika tidak disertai dengan kefahaman untuk melaksanakan ajaran Islam. Al-Quran bukan sekadar menyeru umat Islam agar mempelajari agama, bahkan memahami bagaimana hukum-hakam Allah dilaksanakan mengikut keadaan, keperluan dan hikmah yang ditetapkan syariat. Inilah yang disebut sebagai tafaqquh fid-din.
Islam bukan agama yang hanya mengatur ibadah khusus seperti solat dan puasa, bahkan membimbing seluruh aspek kehidupan termasuk pentadbiran, ekonomi, muamalat, pendidikan dan kemasyarakatan. Setiap urusan mempunyai sempadan halal dan haram yang perlu difahami agar pelaksanaannya benar-benar menepati kehendak Allah SWT.
Oleh sebab itu, umat Islam memerlukan mereka yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mampu menterjemahkan ilmu kepada realiti kehidupan. Sebab itulah Islam menuntut bukan sekadar mengetahui hukum, tetapi memahami cara melaksanakannya agar matlamat dan hikmah syariat dapat dicapai.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, kefahaman yang benar serta kemampuan untuk mengamalkan dan melaksanakan ajaran Islam dengan penuh hikmah dan istiqamah.
(Kuliah Dhuha Jumaat, 18 Muharram 1448H, Masjid Rusila, Marang) -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERPADUAN UMAT PERINTAH ALLAH, BUKAN PERKARA DONGENG
Kini, umat Islam kehilangan kerajaan kuasa besar Islam dengan kejatuhan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah akibat perpecahan umat Islam yang berlaku. Hal ini disebabkan kejahilan dalam memahami Islam (tafaqquh fi al-din), serta dibayangi dan terperangkap dalam fanatik mazhab dan kebangsaan.
Maka, menjadi kewajipan kepada umat Islam di mana sahaja mereka berada, untuk berjuang menegakkan semula kuasa Islam dalam pemerintahan negara bagi membina semula perpaduan umat yang menjadi kewajipan.
Bangsa rumpun Melayu ialah kumpulan bangsa yang mendominasi umat Islam di Nusantara. Maka, memulakan perpaduan Melayu Islam yang berkuasa adalah kewajipan kita mengikut teladan sunnah Rasulullah SAW, yang bermula dengan bangsa Arab. Oleh yang demikian, perjuangan perpaduan Melayu Islam ialah teladan sunnah Rasulullah SAW, bukannya cerita dongeng yang menjadi kepercayaan manusia yang berada di luar tabii (fitrah).
Pengaruh luar tabii kini menular dalam kalangan masyarakat Melayu. Ada yang melupakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan kebangsaannya. Terdapat juga segelintir pihak yang mabuk akibat arak dan bertindak membunuh diri. Ini bukan sifat masyarakat Melayu yang sangat dekat dengan Islam.
Kembali kepada acuan Islam bukan bermakna perkauman kerana masih ada baki pengaruh Islam dalam kalangan masyarakat Melayu, maka orang Melayu boleh menerima pelbagai bangsa dan agama dalam masyarakatnya.
Tegakkan Islam bersama Melayu, nescaya semuanya selamat. Tegakkan Melayu tanpa Islam, nescaya semuanya tidak akan selamat. Bangsa Arab yang kaya-raya apabila meninggalkan Islam dan berwala’ kepada kuasa besar Amerika Syarikat, mereka tetap kalah menghadapi Israel dan Yahudi Zionis yang kecil. Jadikanlah hal ini sebagai iktibar.
Harta kekayaannya tidak bermanfaat, apabila kebangsaannya dipisahkan daripada Islam yang sempurna (al-din). Walaupun solat dan hajinya menghadap Kaabah (Baitullah) di Makkah, tetapi politik dan ekonominya menghadap ke arah White House di Washington dan New York. Akhirnya, mereka kembali kepada perpecahan. Kekayaannya laksana lembu yang susunya diperah oleh tuannya, sedangkan nasibnya hanya mendapat rumput kering.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/07/02/perpaduan-umat-perintah-allah… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kepada seluruh rakyat Negeri Johor, marilah kita bersama mempertahankan kuasa politik Melayu Islam demi menjamin kestabilan, keadilan dan kesejahteraan Negeri Johor.
#jomjagajohor -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Parlimen, 30 Jun 2026
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 30 Jun 2026
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR
Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 29 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut;
i.Mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Negeri Johor;
ii.Menggerakkan seluruh jentera PAS di 11 kerusi yang ditandingi;
iii.Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan “Jom Jaga Johor”;
iv.Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan;
v.Menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
“KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharram 1448 / 29 Jun 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
I extend my deepest condolences on the passing of Sheikh Syed Salman Husaini Nadwi, a distinguished Islamic scholar from India who has passed away.
The late Sheikh was a renowned scholar who made significant contributions to the fields of Qur'anic studies, Hadith, da'wah, and Islamic thought. Throughout his life, he devoted himself to serving as an academic and educator at Darul Uloom Nadwatul Ulama in Lucknow, while also leading numerous educational, charity, and da'wah institutions that contributed to the development of the Muslim ummah in India and across the Islamic world.
Through his academic works, lectures, and unwavering efforts to strengthen education institutions, the late Sheikh left behind a lasting intellectual legacy that will continue to benefit future generations. Indeed, his passing is a great loss to the Islamic world.
May Allah SWT forgive all his sins, accept his righteous deeds, grant him mercy, and admit him among the righteous.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
President of PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Syeikh Syed Salman Husaini Nadwi, seorang tokoh ilmuwan Islam dari India yang telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum merupakan seorang cendekiawan yang banyak berjasa dalam bidang pengajian al-Quran, hadis, dakwah dan pemikiran Islam. Sepanjang hayatnya, beliau mencurahkan khidmat sebagai tenaga akademik dan pendidik di Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, di samping memimpin pelbagai institusi pendidikan, kebajikan dan dakwah yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di India dan dunia Islam.
Melalui karya-karya ilmiah, syarahan serta usaha memperkasa institusi pendidikan, almarhum telah meninggalkan legasi ilmu yang menjadi manfaat kepada generasi selepasnya. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan Islam.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
WAJIB KELUAR MENGUNDI
Mengundi juga bertujuan menghantar wakil bagi menjalankan kewajipan amar ma‘ruf dan nahi mungkar, sekiranya tidak ditunaikan maka akan ditimpa bala yang besar. Sabda Rasulullah SAW:
لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ، أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ، فَلَيَسُومُنَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ، ثُمَّ يَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَهُمْ.
“Sama ada kamu menyuruh kepada kebajikan dan kamu mencegah kemungkaran atau (kalau kamu meninggalkannya) nescaya Allah (akan menguji kamu) dengan bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu kamu ditimpa azab Allah yang seburuk-buruknya. Kemudian, orang-orang yang baik dalam kalangan kamu berdoa, maka doa itu tidak diperkenankan.” [Hadis diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Fitan, No. 2169, daripada Huzaifah bin al-Yaman. Diriwayatkan juga oleh al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawa’id, No. 12134, daripada Abu Hurairah]
Sebab Islam menjadi syarat memimpin negara yang berkuasa politik kerana politik berada bawah perintah agama yang menjadi rohnya, akan ada balasan pada Hari Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala, perkara yang tidak ada dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia.
Perkara ini bukan bermakna bersikap fanatik terhadap agama dan bangsa kerana Islam mewajibkan adil kepada seluruh manusia dan memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, dengan maksud adanya penglibatan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Namun, pemimpin wajib dikawal dengan adanya roh keimanan kepada Allah dan balasan-Nya. Syarat yang ada dalam Islam (al-din) sahaja, tidak ada dalam agama lain dan semua ideologi yang lain.
Allah meletakkan sempadan hubungan dengan golongan bukan Islam. Firman Allah SWT:
لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]
Di sini kita dapat menyaksikan masyarakat Melayu Islam boleh bermasyarakat majmuk dengan aman bersama kaum lain daripada berbagai-bagai agama. Menunjukkan bahawa bangsa Melayu Islam ialah bangsa yang paling tidak perkauman dalam bermasyarakat kerana pengaruh Islam yang menjiwai diri mereka.
Maka, Melayu Islam wajib bersatu memilih pemimpin Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem dan wajib menolak kalangan bukan Islam yang ekstrem menentang Islam serta merancang menguasai negara bergabung dengan Melayu yang liberal dan tidak cinta akan agama dan bangsanya sendiri.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/06/29/wajib-keluar-mengundi/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlights sekitar penamaan calon DUN N.15 Maharani pagi ini.
Terima kasih kepada seluruh penyokong PAS dan Perikatan Nasional yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohamad Anuar Hayan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada PAS dan Perikatan Nasional.
Undilah PAS. Undilah Perikatan Nasional.
[Penamaan Calon DUN N.15 Maharani, 27 Jun 2026, Pejabat Daerah Muar]This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pagi ini saya mengiringi calon PAS mewakili Perikatan Nasional bagi DUN N.15 Maharani, Mohamad Anuar Hayan, ke Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor.
Kehadiran penyokong PAS dan Perikatan Nasional yang membanjiri perarakan ke pusat penamaan calon mencerminkan semangat perjuangan serta iltizam untuk terus membawa agenda Islam, keadilan dan kebajikan kepada rakyat Johor.
Turut bersama mengiringi calon ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden BERJASA, Ustaz Zamani bin Ibrahim, YB Syahir Sulaiman dan YB Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan calon PAS, Mohamad Anuar Hayan, agar diberikan kekuatan untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat yang berintegriti, berkhidmat kepada masyarakat serta memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Undilah PAS dan Perikatan Nasional di DUN N.15 Maharani demi sebuah kepimpinan yang beramanah, adil dan berkebajikan.
[Penamaan Calon DUN N.15 Maharani, 27 Jun 2026, Pejabat Daerah Muar] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ilmu merupakan asas penting dalam memilih pemimpin, namun ilmu semata-mata belum memadai tanpa kefahaman untuk menterjemahkannya kepada realiti masyarakat. Seorang pemimpin bukan sahaja perlu memahami al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mesti mempunyai kebijaksanaan mengurus manusia, menyelesaikan masalah serta melaksanakan hukum mengikut keadaan dan keperluan masyarakat setempat.
Atas prinsip inilah Khalifah Umar bin al-Khattab RA memilih pentadbir berdasarkan amanah, ilmu dan kemampuan. Mereka yang mempunyai kekuatan dalam bidang tertentu akan dibantu oleh sahabat lain yang memiliki kepakaran berbeza. Pentadbiran Islam dibangunkan melalui gabungan pelbagai kebolehan, agar setiap urusan dapat dilaksanakan dengan adil dan berkesan.
Dalam menyampaikan dakwah juga, pendekatan yang berhikmah amat penting. Bahasa, budaya dan tahap kefahaman masyarakat perlu diambil kira supaya mesej Islam dapat difahami dengan tepat. Kegagalan memahami keadaan setempat boleh membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan dan melaksanakan hukum.
Justeru, kepimpinan Islam bukan sekadar soal jawatan atau kelayakan akademik, tetapi amanah yang menuntut ilmu, kebijaksanaan serta kefahaman terhadap masyarakat. Apabila ketiga-tiga perkara ini digabungkan, barulah lahir pentadbiran yang mampu membawa keadilan, menyelesaikan masalah dan memimpin umat ke arah keredaan Allah SWT.
(Kuliah Dhuha Jumaat, 10 Muharram 1448H, Masjid Rusila, Marang) -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media: Pilihan Raya Negeri Johor
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Parlimen, 23 Jun 2026
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 23 Jun 2026
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISU TAKFIR (KAFIR-MENGKAFIR) SENJATA ADU DOMBA MUSUH ISLAM
Apabila berlaku fitnah takfir (kafir-mengkafir) di seluruh negara Islam, termasuk di negara Arab, Mursyidul Am kedua gerakan Ikhwan al-Muslimin, Hasan al-Hudaibi RH lantas menulis buku bertajuk “نحن دعاة لا قضاة” (Kita Pendakwah, Bukan Hakim).
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganjurkan tarbiah dan saya pula ditugaskan untuk membentangkan kertas kerja bertajuk “Batas-batas Iman dan Kufur” secara bertafaqquh dalam uslub dakwah yang wajib menyelamatkan umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan apabila gejala takfir datang merebak ke negeri kita. Alhamdulillah, terdedah akhirnya bahawa gejala hukum melampau ialah tajaan ejen musuh Islam bagi mengadu domba umat Islam yang wajib bersifat wasatiyyah dan berilmu dalam semua kegiatannya.
Maka, usaha menyelamatkan aqidah secara dakwah dan ilmu hendaklah diutamakan terhadap umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan. Langkah ini mendatangkan hasil yang sangat berkesan apabila kenyataan yang menghina Islam dapat ditenggelamkan, hanya suara kecil sahaja yang masih kedengaran dan golongan itu juga wajib diselamatkan.
Ajaran Islam yang berkait dengan politik, ekonomi, dan ilmu keduniaan yang menjadi fardu kifayah kepada umat Islam dipisah-pisahkan akibat teori sekularisme yang dilaksanakan oleh penjajah pada zaman pemerintahan mereka, sehingga pendidikan agama Islam dan ilmunya dikepung serta pengajian agama dan khutbah Jumaat dikawal oleh jabatan agama Islam yang ditubuhkan oleh penjajah, bertujuan menghalang perkembangan ilmu Islam yang sempurna.
Malangnya, perkara itu masih diteruskan lagi walau kita dikatakan telah mencapai kemerdekaan, khususnya dalam aspek politik sehingga dianggap kotor dan najis, malah mereka yang bergerak memberikan kesedaran politik Islam pula dipersendakan.
Politik ialah salah satu daripada matlamat kejadian manusia dalam tiga perkara, iaitu ibadah, khilafah (politik), dan amanah (menegakkan hukum Allah yang adil).
Allah menetapkan pemimpin politik yang memerintah negara ialah golongan pertama yang mendapat lindungan Allah di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat dan menjadi ciri pertama umat terbaik dan layak mendapat rahmat Allah, kerana peranannya yang besar melaksanakan ajaran Islam yang sempurna dan mempertahankan Islam bersama penganutnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/06/23/isu-takfir-kafir-mengkafir-se… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Parlimen, 22 Jun 2026
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 22 Jun 2026
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:
i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;
ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;
iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;
iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan
v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
RAGU BERSAMA PALESTIN MELAWAN YAHUDI ZIONIS, BERPIHAK KEPADA AMERIKA SYARIKAT BERSAMA ZIONIS
Keraguan dikatakan berlaku dalam menghadapi peperangan yang terjadi di Palestin, khususnya di Gaza yang diganyang oleh Yahudi Zionis dan sekutunya tanpa perikemanusiaan, sehingga menarik simpati masyarakat antarabangsa bukan Islam yang berperikemanusiaan.
Namun, masih banyak negara Islam, termasuk Malaysia yang berslogankan ‘Malaysia Madani’ dalam bahasa Arab yang menarik, tetapi akrab dengan Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa ‘Zionis’) berserta negara Arab yang berbahasa al-Quran berada dalam keadaan ragu dan tidak istiqamah bersama Palestin. Para ulama’ yang mendukungnya masih menjadikan alasan berijtihad wajib taat kepada ulu al-amri.
Keraguan berlaku kerana Iran yang paling kuat bersama Palestin bermazhab Syiah Ithna ‘Ashariyyah dan tidak dipercayai Islamnya, walaupun imam mazhabnya, Ja‘far al-Sadiq RH termasuk dalam kalangan generasi tabiin dan dihormati kerana daripada zuriat Rasulullah SAW yang mujtahid dan diiktiraf ilmunya oleh ijmak ulama’ Sunni. Beliau juga guru kepada beberapa orang ulama’ Sunni, antaranya Imam Abu Hanifah RH yang sehingga mati di dalam penjara kerana membela Imam Ja‘far RH.
Iran juga diragui walaupun Iran yang berjenama Republik Islam mengisytiharkan perang terhadap Zionis Israel.
Sebaliknya, Iran dikira Islam tanpa keraguan terhadap Syiahnya pada zaman Shah dahulu yang bergelar Shahanshah (شاهنشاه – Raja bagi Segala Raja), jenama yang diharamkan oleh Rasulullah SAW [berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari, no. 6205 dan Muslim, no. 2134 daripada Abu Hurairah]. Di samping itu, Shah Iran melakukan normalisasi terhadap Israel dan berpegang dengan prinsip sekularisme, bersama pemimpin Turkiye pada masa itu, Kamal Ataturk yang mengharamkan negara Islam, memaksa al-Quran dengan huruf Latin, dan melaungkan azan dalam bahasa Turki.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/03/09/ragu-bersama-palestin-melawan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM SAHAJA BERJAYA MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Bencana lahir di Amerika Syarikat yang mengetuai kuasa besar yang digunakan oleh Yahudi Zionis untuk bertapak di Israel bagi mengembalikan kerajaan seperti Nabi Sulaiman AS yang dipilih oleh Allah.
Tiba-tiba, Israel menunjukkan kezaliman yang terbuka, sehingga dikutuk oleh seluruh pelosok dunia. Amerika Syarikat pula menunjukkan kemusnahan dengan berjuang melalui penjajahan ekonomi menggunakan senjata tarif. Malah, Amerika Syarikat juga merampas negeri yang banyak sumber kekayaan dengan menyerang negara jirannya, Venezuela dan mengumpulkan bala tentera yang besar di Asia Barat yang kaya, serta mengancam Greenland di Kutub Utara.
Pada masa yang sama, negaranya sedang digemparkan dengan isu Epstein, seorang Yahudi yang menjalankan kegiatan nafsu kebinatangan yang meruntuhkan kemanusiaan.
Inilah jawapan kepada soalan, apakah penyelesaian masyarakat majmuk di Malaysia?
Jawapannya ialah Islam al-din yang sempurna.
Perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung al-Quran sebagai rujukan yang paling tinggi dan mulia. Maka, perjuangannya tidak boleh melampaui sempadan ketetapan Allah dan hikmah (kebijaksanaan) Rasulullah SAW yang mentafsirkan al-Quran secara amali.
Semua pihak wajib mengkaji Islam dan membaca sejarah kejayaannya dengan benar, ikhlas dan adil. Koyakkan topeng Islamofobia yang menjadi senjata Dajjal (pembohong paling besar) untuk merosakkan dunia.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/26/islam-sahaja-berjaya-memimpin… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI PN BAHARU: KOMITMEN PAS
Saya menyambut baik kepercayaan yang diberikan oleh semua parti anggota Perikatan Nasional yang bersetuju dengan cadangan saya untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional baharu.
PAS merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Perikatan Nasional. Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan YB Tan Sri.
PAS terus komited untuk memperkukuhkan PN secara kolektif dan inklusif, seterusnya menterjemahkan nilai kesederhanaan dan keadilan untuk semua, demi kestabilan dan keharmonian negara.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Ramadan 1447 / 22 Februari 2026 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
IRAN TANAH AIR ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN BERSAMA
Ramai dalam kalangan pemimpin Iran terlibat dalam peperangan Palestin menentang Israel sejak awal termasuk Perang Bosnia serta setiap krisis yang dihadapi oleh umat Islam, seperti memberikan perlindungan kepada para pemimpin mujahidin Afghanistan pada masa pencerobohan Kesatuan Soviet (Soviet Union) dan Amerika Syarikat.
Pendiriannya juga tegas dan berani mengharamkan negara Zionis Israel selepas Revolusi Islam dan bersama perjuangan Palestin, khususnya kumpulan Islam untuk mengepalai perjuangan.
Sepatutnya keadaan ini memalukan mereka yang paling berjenama Arab dan Islam apabila Iran paling berani menentang Zionis Israel dan semua kuasa besar, sehingga mengorbankan para pemimpin, panglima tentera, dan harta negara mereka.
Kita menyaksikan negara yang paling kaya hasilnya adalah paling pengecut dan tunduk kepada musuh, sehingga diperhambakan dan melakukan normalisasi terhadap negara haram Israel.
Para ulama’ semua mazhab Ahli Kiblat (Sunni, Syiah, Ibadi, dan lain-lain) bersepakat mencatatkan wajib bagi setiap umat Islam berjihad dan menjadi fardu ain apabila musuh menceroboh mana-mana negara umat Islam.
Sekarang Palestin sudah dirompak begitu lama dan Iran yang bersamanya akan menjadi mangsa semua kuasa besar yang bergabung dalam pasukan Ahzab untuk menyerang Iran.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/16/iran-tanah-air-islam-wajib-di… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENYAKIT TIDAK PEDULI POLITIK DAN POLITIK BERPENYAKIT
Ramai kalangan umat Islam yang menganggap urusan politik pemerintahan negara tidak penting, bahkan ada yang beranggapan politik adalah kerja kotor yang penuh dengan penipuan. Hal ini disebabkan ada pula penyakit dalam politik seperti menipu, rasuah dan lain-lain, lalu menyebabkan ada yang beranggapan lebih baik beribadat sahaja bagi mendapat keredaan Allah pada Hari Akhirat nanti.
Mereka tidak menyedari bahawa inilah penyakit kaum Yahudi yang paling dimurkai Allah dan dilaknat sepanjang zaman, kerana mereka tidak beriman dengan semua yang ada dalam Kitab Allah. Setiap penganut Islam diminta supaya dijauhkan daripadanya melalui doa pada setiap rakaat solat.
Mereka beriman kepada rasul yang dipilih oleh mereka dan menolak rasul yang lain. Mereka tidak menerima semua petunjuk yang terkandung dalam kitab Taurat, bahkan menolak sebahagian besarnya. Antaranya, termasuk urusan undang-undang negara yang melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh kalangan bangsawan, seperti kesalahan yang dijatuhkan hukuman hudud sepertimana yang disebut dalam kitab Taurat.
Mereka juga tidak sepenuhnya bersama para rasul yang berjuang sepanjang zaman untuk menegakkan negara bagi melaksanakan hukum Allah yang telah diwahyukan. Bagi mereka, cukup sekadar membaca kitab Taurat, khususnya pada setiap malam Sabtu, seperti kalangan orang Islam yang membaca Surah Yasin pada setiap malam Jumaat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/15/penyakit-tidak-peduli-politik… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
SURAT TERBUKA KEPADA AHLI PAS PERLIS
Setelah mendengar, menyelidik dan meneliti segala perkara yang berlaku, saya titipkan pandangan dan nasihat ikhlas saya kepada sekalian ahli PAS Perlis.
PAS Pusat yang dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat berkuasa bagi melaksanakan pentadbiran yang tertinggi dalam PAS yang tidak berlawanan dengan dasar dan hukum tertinggi, mengikut Fasal 39(1) dan Fasal 39(9) Perlembagaan PAS.
Adapun pelaksanaan dasar hukum tertinggi PAS iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak ‘Ulamak dan Qias, dipertanggungjawabkan kepada Majlis Syura ‘Ulamak mengikut Fasal 8(1) Perlembagaan PAS yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan ‘Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Pusat dan dilantik anggota tambahan oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri.
Maka, Majlis Syura ‘Ulamak tiada kaitan dengan pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi.
Manakala, PAS Pusat diwajibkan mentadbir dan melantik jawatan-jawatan di semua peringkat dan di bawah pentadbirannya dan mengawasi Kerajaan Negeri. Termasuk jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri, Menteri Besar dan lain-lain yang wajib ditaati arahannya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/11/surat-terbuka-kepada-ahli-pas… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENGGANAS SEBENAR TIDAK MENGAKU DIRINYA PENGGANAS
Kini, kita berdepan dengan dunia yang penuh dengan pembohongan dan penipuan, sehingga orang yang bersalah berlagak dirinya tidak bersalah, pembohong berlagak dirinya yang paling benar, dan penipu pula berlagak dirinya yang paling ikhlas. Kadang-kadang menggunakan helah sebagaimana seorang pencuri sebenar demi menyelamatkan diri, maka dia melaungkan “pencuri” bersama orang ramai yang mengejar pencuri bagi mengelirukan orang ramai yang memburunya.
Tindakannya lebih parah apabila undang-undang binatang buas di rimba dijadikan panduan bagi menghalalkan segala tindakannya. Oleh sebab itu, menjadi kaedah yang diamalkan, iaitu sesiapa yang merasa dirinya kuat dan berkuasa, maka dia pasti benar dan semua tindakannya adalah tidak salah serta memaksa semua pihak menerimanya.
Negara Islam dan umatnya dijadikan mangsa. Mantan Setiausaha (Luar) Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pernah membuat kenyataan bagi pihak tuannya, Zionis bahawa, “Negara Islam ialah penyumbang kepada kumpulan pengganas Islam seperti Hamas dan lain-lain.” Kumpulan Islam yang sedang berjuang menentang kezaliman terhadap mereka dilabelkan pengganas, padahal kumpulan Islam itu menentang Israel yang terkenal dengan keganasan mereka yang melampau terhadap kemanusiaan, malah telah disabitkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan diketahui oleh masyarakat dunia.
Inilah contoh penipuan yang terbuka. Perkara ini boleh difahami walaupun oleh manusia yang paling tidak berpelajaran, cukup dengan perasaan kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang yang berakal, kecuali yang akalnya tidak sihat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/10/pengganas-sebenar-tidak-menga… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
HAPUSNYA BANGSA TEORI LUAR TABII
Teori hilangnya bangsa dan bahasa adalah suatu perkara luar tabii yang menjadi fenomena dunia terkini yang ingin mengubah ciptaan Allah, sehingga mencabar kekuasaan-Nya. Mereka bukan sahaja mencipta teori kemasyarakatan, politik, ekonomi, dan sebagainya, bahkan melahirkan berbagai-bagai ideologi yang menjadi alternatif kepada agama.
Hal ini termasuklah ingin mengubah dalaman diri manusia sendiri sehingga mahu menghapuskan adanya jantina lelaki dan perempuan. Maka, lahirlah kumpulan LGBT yang menyamakan hak asasi manusia dengan hak asasi binatang dan sebagainya. Perbuatan ini menjadi salah satu tanda kiamat yang memusnahkan alam.
Al-Quran menegaskan bahawa antara ciri tabii manusia ialah berbangsa dan bersuku kaum. Kedua-duanya mustahil dihapuskan kerana menjadi ketetapan Allah Pencipta alam.
Maka, menuduh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berprinsip Islam akan menghapuskan bangsa sebenarnya terkeluar daripada hakikat yang sebenar. Teori menghapuskan bangsa sebenarnya teori Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang membawa teori Malaysian Malaysia. Mereka mahu menghilangkan rupa bangsa dalam masyarakat majmuk di Malaysia, sehingga tidak ada Melayu lagi tetapi hanya bangsa Cina sahaja yang ada kerana tidak dapat menghapuskan semangat kecinaan mereka.
Adapun kemusnahan dunia kini berlaku, apabila manusia terkeluar daripada fitrah kejadiannya yang berjasad, bernafsu, berakal, dan bermasyarakat, dengan pengisian yang tidak sempurna. Kemudian, diisi pula jasad, nafsu, dan akal, tetapi dibiarkan rohnya kosong.
Keadaan ini menyebabkan nafsunya melonjak tidak ada sempadan, sehingga menjadi lebih teruk daripada binatang. Selain itu, disalahgunakan akalnya yang tidak berpanduan walaupun berilmu, sehingga merosakkan diri sendiri. Malah, diisi pula tubuh badannya dengan makanan yang haram, sehingga mengganas lebih dahsyat daripada binatang, kerana kehidupannya sudah terkeluar daripada sempadan fitrah ketetapan Allah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/02/09/hapusnya-bangsa-teori-luar-ta… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK KETETAPAN ALLAH YANG BERSIH
Amanah yang terbesar bagi menegakkan keadilan ialah politik mentadbir negara. Inilah ajaran Islam yang diperjuangkan oleh para anbiya’ dan rasul yang dilantik oleh Allah untuk menjadi teladan dan memimpin manusia ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT:
Allah memilih para anbiya’ dan rasul yang wajib bersifat benar, amanah, berani menyampaikan, dan memiliki kebijaksanaan luar biasa bersama tanda mukjizat, serta dikawal oleh wahyu (maksum).
Semua perkara tersebut menjadikan politik Islam yang paling bersih, adil dan sempurna. Bahkan, tiada kekurangan dan kelemahan sedikit pun padanya walaupun sekecil-kecilnya yang dikesan oleh musuh, melainkan secara pembohongan, penipuan dan fitnah.
Tuduhan politik itu kotor adalah ajaran sesat yang dimasukkan oleh penjajah yang mengotorkan politik dengan memisahkan politik daripada agama Allah (Islam) yang dibawa oleh para rasul dan anbiya’.
Allah menghukum mereka yang beramal dengan ajaran Islam yang tidak sempurna itu sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan yang menyesatkan manusia.
Sebenarnya, manusialah yang mengotorkan politik yang bersih, dengan hawa nafsu kebinatangan yang merosakkan akal dan lain-lain perkara yang mulia yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Politik dalam Islam adalah amalan soleh yang bersih, apabila amanah itu dilaksanakan dengan iman, akhlak yang mulia dan niat yang ikhlas.
Maka, politik Islam adalah satu bidang daripada perkara yang berada di atas jalan yang lurus menurut ketetapan Allah Yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan kelemahan. Ia merupakan pancaran daripada sifat Ilmu-Nya yang dinyatakan daripada Kalam-Nya dan disebut dalam semua kitab-Nya yang dibawa oleh semua rasul yang wajib kita beriman kepada semuanya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/01/29/politik-ketetapan-allah-yang-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saksikan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen Marang, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada selasa, 27 Januari 2026 pada jam 12.15 tengah hari.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA
Sebenarnya, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisah daripadanya konsep al-din yang menggabungkan aqidah, syariah, dan akhlak, dengan meletakkan kedudukan Islam dijunjung tinggi melalui perjuangan yang penuh pengorbanan harta, jiwa, dan raga.
Perlembagaan PAS menyatakan hukum Islam adalah paling tinggi dan haram bagi PAS menerima yang lain daripada Islam. Perkara ini tidak dinyatakan oleh semua parti yang lain.
Perjuangan PAS bagi mendapat kuasa politik demi mendaulatkan Islam yang berkuasa memerintah, menjadikan PAS sasaran kepada semua kumpulan yang anti-Islam.
Apa yang menakutkan mereka ialah kebangkitan semula Islam dalam kalangan mereka yang berpendidikan Barat yang asalnya dirancang bagi menentang Islam, tiba-tiba bangkit melawan tuannya.
Peranan parti Islam ialah memimpin umat selepas ketiadaan kerajaan Islam yang berkuasa. Maka, PAS menegaskan dalam Fasal 7(1) Perlembagaan PAS, iaitu meletakkan Islam adalah yang tertinggi dan PAS memperjuangkannya melalui negeri dan persekutuan dengan meletakkan kedudukan Islam sebagai agama yang wajib dimuliakan.
Apabila PAS berkuasa di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, maka konsep tersebut dilaksanakan. Di Terengganu khususnya, PAS berusaha mengembalikan kedudukan Islam sebagaimana dalam Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk (perlembagaan Terengganu sebelum berlakunya penjajahan) dan keputusannya ditandatangani dengan dukungan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pada peringkat persekutuan pula, PAS telah beberapa kali membawa usul persendirian supaya meminda Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang kuasa negeri melaksanakan syariat dengan sempurna.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2026/01/20/pas-berjuang-meninggikan-isla… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS BERSAMA PERPADUAN IKATAN TALI ALLAH, BUKAN TALI CIPTAAN MANUSIA
PAS tidak boleh menerima konsep perpaduan, khasnya yang membisu terhadap kezaliman dan dosa yang diharamkan oleh Allah yang menjadi sebab berlakunya perpecahan.
Maka, dibawa konsep perpaduan Islam mengikut ketetapan Allah. Inilah alasan PAS tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan kumpulan yang menganut fahaman pluralisme, liberalisme, termasuk kumpulan ekstrem serta syaitan bisu terhadap kemungkaran dan lain-lain.
Perpaduan sedemikian yang tidak boleh menyelesaikan perpecahan dalam setiap parti komponennya sendiri, apatah lagi dalam gabungannya yang lebih besar dan kini sedang runtuh memakan diri sendiri. Keadaan ini laksana bersama para penumpang dalam sebuah bahtera yang sedang parah kebocorannya walaupun diberi jenama perpaduan agung, laksana kapal induk yang besar tetapi semakin membesar kebocorannya.
Kita tidak boleh menaiki bahtera yang tidak boleh mengawal para penumpangnya yang bertelingkah dalam mempertahankan kepentingan masing-masing dan mempunyai hala tuju yang berbeza tanpa meraikan pihak yang berbeza atas nama tidak mahu berpecah belah. Nakhodanya pula tidak beristiqamah dalam menghadapi gelombang yang datang dari arah timur dan barat, dan memandu sehingga melanggar batu karang yang memecahkan bahteranya semata-mata kerana ingin meraikan perbezaan yang merosakkan atas nama perpaduan.
Segala perbincangan hendaklah datang daripada kalangan ilmuwan yang bertafaqquh dalam urusan Islam, bukan melalui orang yang jahil.
Tidak juga melalui ilmuwan yang tidak bertafaqquh atau yang meletakkan akalnya ke dalam perutnya, kerana penyelesaian Islam itu bersifat ilmu serta ciri-ciri keilmuan yang luas dan akal yang dimuliakan, berpandukan nas yang tidak berubah dan nas yang boleh menangani perubahan dalam kejadian alam termasuk manusia, serta dasar umum.
Kita mahukan perpaduan yang berpayungkan kerajaan yang menunaikan kewajipan memimpin yang merupakan amanah besar daripada Allah, dan ditaati kerana menghormati keadilannya. Bukan pemimpin yang menjadikan kuasanya kerana harta dan takhta yang dimuliakan, dan mereka dihormati kerana takut akan kezalimannya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/pas-bersama-perpaduan-ikatan-tali-allah-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KONSEP KETAATAN DALAM ISLAM
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewajibkan ikatan baiah ketaatan, dengan syarat yang bukan maksiat, ke atas semua pemimpin dan calon yang bertanding, supaya ketaatan tersebut berpegang kepada prinsip Islam.
PAS juga mengharamkan ketaatan dalam perkara haram seperti salah laku, rasuah dan sebagainya, dan tetap berpegang kepada prinsip walaupun dikalahkan dalam pilihan raya, hilang wakil rakyatnya, atau jatuh sebuah kerajaan.
Jangan ada lagi dalam kalangan PAS yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang berdasarkan al-Quran dan hadis, lalu merujuk dan merayu kepada musuh Islam yang nyata.
Maka, semua ahli PAS di semua peringkat diwajibkan taat kepada arahan parti dan setia kepada baiah yang diucapkan, yang mewajibkan setia kepada Allah dan Rasul, serta pemimpin yang diucapkan dalam baiah.
Pemimpin PAS pula wajib menunaikan amanah dengan bertindak dan menghukum secara berjemaah, bukan secara bersendirian. Pada masa yang sama, dengan mengamalkan syahadah dan tabayyun terhadap kesalahan yang dilakukan melalui saksi dalaman dan siasatan yang adil daripada semua pihak yang beramanah, bukan satu pihak sahaja.
Segala perkara hendaklah dikembalikan semula kepada ucapan baiah yang dilafazkan, yang terikat dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul yang paling tinggi. Bahkan, lafaz ini tidak terikat dengan sesiapa pun, termasuk setinggi-tinggi institusi istana kerana aqidah perjuangan yang dipegang menegaskan kewajipan menegakkan Islam dengan meletakkan Allah dan Rasul pada kedudukan yang paling tinggi mengatasi segala-galanya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/konsep-ketaatan-dalam-islam/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TINDAKAN MENGGAGALKAN PETA BAHARU ZIONIS
Langkah pemulihan diplomatik antara Saudi dengan Iran yang berlainan bangsa dan mazhab dalam satu agama Islam telah memulihkan ketegangan serantau secara khusus dan dalam kalangan umat Islam secara umum yang berbeza mazhab dan bangsa, selain memberikan nafas baharu kepada umat Islam dan Arab yang berpecah.
Langkah ini adalah penting dalam menghadapi perancangan Zionis dan penjajah yang melakukan adu domba di beberapa negara Arab dan Islam melalui peperangan proksi di Sudan, Yaman, Libya, dan Syria, di samping mengadakan peta baharu dan penubuhan negara baharu yang dipecahkan di Somalia serta mengembalikan negara komunis yang pernah ditegakkan di Yaman selama beberapa dekad.
Israel sebagai negara pertama yang mengiktiraf negara Somaliland dan sedia bersama dalam aspek politik, ekonomi, dan keselamatannya menandakan penglibatan musuh yang nyata dan menjadi ancaman kepada negara serantau.
Tindakan yang sama dilakukan oleh negara jahiliah penganjur agama baharu Abraham dan penganjur perdamaian dengan penglibatan Zionis. Lebih menyesatkan apabila mereka mendukung negara komunis yang berideologi tidak percaya kepada semua agama dan tidak beriman akan adanya Tuhan Pencipta alam, menandakan betapa jahilnya mereka.
Maka, langkah tahaluf Saudi menyerang kumpulan kiri yang dikembalikan semula di Yaman Selatan ialah satu kebijaksanaan politik yang wajib disokong.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/tindakan-menggagalkan-peta-baharu-zionis/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TA‘AWUN SIYASI SATU PENYELESAIAN
PAS pernah bertahaluf dengan Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) ketika meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, begitu juga bertahaluf dengan Parti Semangat 46 yang berpecah daripada UMNO. Setelah itu, PAS bertahaluf bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menentang kezaliman dan pencabulan terhadap demokrasi.
Kemudiannya, PAS berta‘awun dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam usaha pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah untuk meminda hukuman sebatan kepada cara Islam yang bersifat mendidik, bukan menyeksa.
PAS tidak boleh bekerjasama dalam membenarkan salah laku, contohnya apa yang baru sahaja berlaku di Perlis, walaupun dilakukan oleh ahli PAS sendiri dan kehilangan kerusi yang boleh menjatuhkan kerajaannya. Hal ini demikian kerana, PAS mempunyai dasar dan akar umbi yang kukuh, serta cabang yang tidak mati kalau dipotong, sebaliknya menumbuhkan tunas yang lebih banyak dan subur.
PAS tidak pernah mengkhianati perjanjian dengan semua pihak dan tidak lemah atau mundur dalam semua kerjasama dengan pihak lain. Hanya segelintir yang gugur dalam perjalanan, namun lebih ramai lagi bersama PAS apabila mereka mengenali PAS dari dekat ketika bersama, dan mereka mengiktiraf bahawa PAS beristiqamah atas prinsipnya.
Islam telah menempa sejarah keemasan dalam negara paling luas sempadan wilayahnya merangkumi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Malah, Islam telah berjaya mencipta tamadun Islam yang dimanfaatkan oleh seluruh dunia sehingga kini.
Maka, bangsa Melayu Islam perlu berusaha mengembalikan semula kedaulatan Islam bagi menyelamatkan dunia, kerana wilayah alam Melayu mempunyai jumlah penganut Islam terbesar, majoriti penduduknya beragama Islam, kaya dengan sumber manusia yang terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk dan sumber alam kurniaan Allah, serta diberikan kelebihan kedudukan dari segi geografi yang strategik dalam jajaran hubungan antarabangsa.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/taawun-siyasi-satu-penyelesaian/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MELAYU ISLAM LAYAK MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Kita wajib membebaskan bangsa kita daripada kejahilan agama yang mewajibkan kita bersatu menjadi bangsa yang kuat. Inilah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW yang bertindak menyatukan kabilah Arab dan semua kumpulannya.
Oleh yang demikian, kita wajib mengambil teladan daripada Rasulullah SAW ini dengan menyatukan kumpulan bangsa kita yang berpecah terutamanya, kerana perbezaan pendekatan politik bukannya perbezaan aqidah dan ideologi, khususnya antara perlembagaan PAS dengan perlembagaan UMNO.
Malangnya, perbezaan pendekatan dijadikan sebab untuk berpecah sehingga ada kalangan UMNO yang terlanjur menganggap PAS lebih bahaya daripada DAP yang nyata ekstremnya, lalu mendakap DAP dan meninggalkan PAS kerana faktor sampingan dan jawatan. Inilah satu pendekatan yang salah dari segi agama kita.
DAP dan kumpulan ekstremnya menjadikan penyertaan kalangan UMNO untuk membina kedudukan yang lebih kuat bagi mengekalkan kuasa politik mereka dalam kabinet serta melakukan tindakan politik yang membahayakan kedudukan Melayu dan Islam.
Kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem pula tidak perlu bimbang dan khuatir akan kedudukan mereka bersama Islam kerana panduan kitab suci al-Quran yang diimani lebih wajib ditunaikan daripada manifesto pilihan raya.
Demi perpaduan umat, maka Rasulullah SAW memaafkan kesalahan jenayah yang besar terhadap mereka yang terlibat melakukannya pada masa Islam belum berkuasa.
Kemaafan dan keampunan bukan sahaja diberikan kepada bangsa Arab yang memeluk Islam, bahkan kepada kaum bukan Islam yang berjanji setia bersama kerajaan Islam.
Oleh itu, keadaan ketegangan yang berlaku antara PAS, UMNO, BERSATU dan beberapa kumpulan, termasuk kumpulan bukan Islam pada masa ini adalah tidak sama dengan kezaliman yang berlaku terhadap Rasulullah SAW pada zamannya. Maka, fikirlah dengan bijak dan matang yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/melayu-islam-layak-memimpin-masyarakat-m… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Media Presiden PAS: Perkembangan semasa Perikatan Nasional (PN)
Agenda kita menyatukan orang Melayu Islam dan orang bukan Islam tidak ekstrem.
youtu.be/mzLMyEzXqlE -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK TIDAK BERPISAH DARIPADA ISLAM
Kepada sesiapa yang berkenaan, sama ada daripada kalangan agamawan ataupun bukan agamawan, ditegaskan bahawa PAS tidak melarang sesiapa pun daripada membuat kenyataan, sama ada menyokong atau tidak menyokong tindakan yang berlaku di Perlis.
Kebebasan bersuara tidak dihalang dalam sebuah negara demokrasi asalkan jangan terbabas atau bercakap tanpa pengetahuan yang betul atau jahil murakkab yang tidak sedar dirinya jahil dan berlagak tahu semua perkara. Akhirnya, akan memalukan diri sendiri.
Prinsip tidak memisahkan Islam daripada politik menjadi aqidah perjuangan PAS, bahkan dimaktubkan dalam perlembagaannya. Segala langkah dan tindakannya dibuat berpandukan fiqh politik yang menepati al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad para ulama’ yang bertafaqquh.
Semua tindakan dilakukan mengikut disiplin jemaah sepertimana yang ditetapkan dalam undang-undang tubuhnya. PAS tidak bercakap dengan cara yang terpilih dalam melaksanakan kewajipan amar ma‘ruf nahi munkar. Bahkan, semua ahli PAS ditarbiah menghadapi sesiapa sahaja dan tidak takut kepada apa-apa tindakan, daripada pihak berkuasa yang paling tinggi dalam negara hinggalah tindakan rakyat yang menghukum melalui pilihan raya.
PAS berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam semua urusan, bukan terpilih mengikut kemahuan atau disebabkan takut-takutan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/politik-tidak-berpisah-daripada-islam/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MARUAH SYARAT WAJIB PEMIMPIN
Malaysia sedang menghadapi krisis maruah dalam kepimpinan, apabila perkara ini tidak diberikan perhatian secara istiqamah.
Kini, berlaku dua isu yang sedang hangat dibincangkan. Kedua-duanya menerima hukuman daripada mahkamah dan mengangkat permohonan ampun kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut konsep Raja Berperlembagaan.
Pertama, Anwar Ibrahim yang dihukum dan meminta pengampunan, lalu diluluskan sehingga boleh bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) dan menjadi pemimpin utama negara.
Adapun Najib Tun Razak yang dihukum tetap tidak mengaku salah dan menerima hukuman, kemudian mengangkat permohonan (titah adendum) supaya diringankan, namun ditolak.
Memohon pengampunan bermakna mengaku kesalahan dilakukan, maka pertimbangan diberikan sama ada permohonannya diterima ataupun sebaliknya mengikut proses Lembaga Pengampunan yang memenuhi syarat-syaratnya.
Oleh itu, pihak yang telah dihukum berhak meminta agar hukuman diringankan, walaupun tetap tidak mengaku salah.
Berbeza dengan pihak yang meminta pengampunan, hal ini bermakna dia telah mengaku salah, maka hilanglah maruahnya. Kalau bermaruah, sepatutnya tetap tidak mengaku salah walaupun dihukum. Ada orang sanggup mati kerana mempertahankan maruahnya.
Adakah kita mengutamakan pihak yang tidak bermaruah dalam membuat penilaian yang adil lebih daripada pihak yang ingin mempertahankan maruahnya?
Adakah wajar Pakatan Harapan (PH) melantik pemimpinnya seorang yang tidak bermaruah, yang mafhumnya mengaku salah memohon pengampunan terhadap kesalahannya yang telah diputuskan oleh mahkamah?
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/maruah-syarat-wajib-pemimpin/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISRAEL MENERIMA GENCATAN SENJATA, MENGUKUHKAN PENAKLUKAN DAN MENERUSKAN PEPERANGAN
Gencatan senjata yang diterima oleh Zionis Israel bukan bertujuan perdamaian, tetapi merupakan peluang untuk meneguhkan penaklukan dengan lebih kukuh dan meluaskan wilayahnya di bumi Arab, bukan sahaja Palestin. Inilah perjuangan Zionis yang sebenar ke arah menegakkan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang diisytiharkan secara terbuka kepada umum oleh kumpulan pelampau yang menguasai kerajaan Israel.
Israel terus menyerang Gaza bertubi-tubi, malah bertindak ganas di Tebing Barat dan menceroboh Masjid al-Aqsa, walaupun telah menerima gencatan senjata.
Hanya pihak Palestin sahaja yang menghormatinya dengan tidak bertindak menyerang balas, tetapi mereka terus bersabar walaupun ramai yang sudah menjadi korban senjata ganas dan menghadapi sekatan dalam mendapatkan kemudahan hidup, khususnya makanan dan perubatan. Sekatan ini tetap diteruskan oleh pihak Zionis Israel tanpa mempedulikan syarat gencatan senjata dan bantahan masyarakat antarabangsa.
Bala tentera Israel tetap bertapak di tempatnya yang dikuasai di Gaza tanpa berundur. Mereka juga membuat kenyataan secara terbuka mahu menjadikan tempat itu sempadan yang dikuasainya, walaupun disyaratkan berundur semasa proses gencatan senjata.
Malah, langkah telah diambil bagi mengeluarkan penduduk Gaza secara paksa dengan membuka sempadan oleh sebelah pihak sahaja, tetapi ditutup di pihak Israel. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan pemimpinnya, hal ini merupakan persediaan untuk meluaskan penempatan kaum Yahudi.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/israel-menerima-gencatan-senjata-menguku… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM MENGIKTIRAF KEWUJUDAN KAUM DAN PERANANNYA
Kepada manusia yang buta al-Quran dan lupa akan Allah, lalu dijadikannya pelupa sehingga lupa akan asal usul bangsanya yang telah ditentukan oleh Allah Pencipta alam termasuk makhluk manusia. Bahkan, ramai kalangan yang buta al-Quran itu bercakap atau menulis mengikut selera akal dan perasaan mereka.
Perkara ini menjadi salah satu daripada tanda akhir zaman, dengan kemunculan kalangan yang jahil dan pendek akalnya, walaupun ada dalam kalangan mereka itu banyak ilmunya sehingga mengatasi akalnya sendiri. Lalu mereka berani membuat kenyataan dalam perkara besar yang berkait dengan ketetapan ilmu Allah.
Al-Quran menegaskan adanya kaum dan bangsa dalam kalangan manusia, serta bermasyarakat madani, adalah menjadi ketetapan Allah yang sekali gus menjadi fitrah (naluri) kemanusiaan.
Ciri fitrah adalah ketetapan Allah yang menjadi peraturan alam semesta yang tidak mungkin sekali-kali dapat diubah. Antaranya, perubahan yang boleh berlaku dengan pertambahan bangsa disebabkan adanya percampuran atau digantikan kaum atau bangsa yang terdahulu, kemudian dilahirkan pula berbagai-bagai kaum atau bangsa seterusnya.
Sebagai contoh, kehilangan bangsa Semitik (keturunan Sam) kepada kelahiran cabangnya kepada berbagai-bagai bangsa pula seperti Yahudi, Arab dan lain-lain. Manakala bangsa yang lahir daripada keturunan Yafith seperti bangsa Turki, Cina, Melayu dan lain-lain. Keturunan Ham pula melahirkan bangsa Afrika dan berbagai-bagai bangsa dan suku kaum yang lebih banyak cabangnya.
Antara hikmah sesebuah bangsa itu mendukung para rasul yang dilantik daripada kalangan bangsanya dalam perjuangan membawa risalah Islam daripada Allah yang mempunyai banyak cabaran dan musuhnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/islam-mengiktiraf-kewujudan-kaum-dan-per… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KABINET BERCAMPUR SELERA
Saya tidak mahu campur tangan terhadap pelbagai pihak yang membuat ulasan sama ada secara positif ataupun negatif terhadap anggota kabinet menteri atau ramuannya, sehingga menyebut salah laku dan rekod lama yang terpalit terhadap tokoh-tokoh yang dinamakan.
Mungkin sesuai dengan Malaysia Madani yang bersifat mutlak yang menjadi tabii manusia seperti air mutlak yang dibincangkan dalam kitab fiqh Islam. Bilamana hukumnya boleh berubah mengikut apa-apa yang menjadi campurannya, termasuk yang bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci dan minum, walaupun harum baunya dan jernih pada zahirnya.
Memang sesuai kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang bersifat liberal sekular, sehingga menghilangkan ciri bangsa yang menjadi fitrah manusia dan berprinsip sekularisme yang menjadi perjuangan DAP dan dipacak dalam perlembagaannya.
Kepada Melayu Islam, sila tepuk dada tanya iman, dan kepada Melayu yang bebas pula, sila tepuk dada tanya selera.
PAS berserta kumpulan Melayu Islam dan bukan Melayu Islam tetap tidak berminat dengan hidangan yang begitu rupa kerana tidak ada sempadan halal dan haram, bahkan menjadi syubhah dan keliru hukumnya, termasuk kalangan bukan Islam juga ada yang tidak berselera dengan campuran tersebut.
Demikianlah pendekatan baharu Malaysia Madani, sangat sesuai dengan konsep agama Abraham yang dibawa oleh Donald Trump yang menjadi tetamu yang amat diraikan, membawa pendekatan perpaduan umat baharu bagi menyatukan semua agama yang sangat berbeza aqidahnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/kabinet-bercampur-selera/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
REFORMASI MALAYSIA MEMBUKA PINTU NORMALISASI DENGAN ZIONIS
Langkah Kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan (PH) menjemput Presiden Donald Trump menjadi tetamu kehormat ialah seperti pengiktirafan kepada kepimpinannya, walaupun beberapa negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menunjukkan protes terhadap agendanya yang terlampau meraikan tetamu tersebut, dengan mengambil kesempatan sebagai tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN dan mengheret beberapa orang pemimpin untuk menandatangani perjanjian.
Tunggu dan lihat bahawa lubang yang ditebuk ini akan diikuti oleh normalisasi terhadap negara Zionis dalam aspek yang lebih parah, di samping mengheret negara kepada tujuan yang sebenar daripada program agama sesat Abraham yang terbuka kepada kerjasama ke arah wala’ (kesetiaan) yang dilarang oleh Allah dan melaksanakan agenda Zionisme yang menakluk dunia.
Di samping itu, langkah mengiktiraf agama Abraham juga menentang Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang merupakan penasihat agama kepada Majlis Raja-Raja.
Ketika masyarakat antarabangsa tidak bersimpati lagi terhadap Zionis dan sekutunya kerana kezaliman dan keganasan melampau di Palestin — namun mereka diselamatkan dengan kuasa veto Amerika Syarikat dan sekutunya daripada hukuman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan badan antarabangsa yang lain —, adakah wajar negara kita yang menjadikan Islam agama negara memberikan penghormatan kepada pemimpin yang nyata menjadi syaitan besar pada zaman kini?
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/reformasi-malaysia-membuka-pintu-normali… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KEGAGALAN REFORMASI YANG DIIMPORT
Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipengaruhi oleh gerakan politik Barat, yang bermaksud perubahan atau pembaharuan secara drastik. Tujuannya untuk melakukan pembaikan dalam sesuatu sistem, sama ada sistem sosial, politik, ekonomi, agama, ataupun lain-lain, agar menjadi lebih baik, adil, dan sesuai dengan tujuan yang diharapkan.
Namun begitu, ia masih terus bergayut dengan teguh kepada fahaman sekularisme berdasarkan prinsip ciptaan manusia sahaja yang tidak berpandukan hidayah Allah, Pencipta seluruh alam. Maka, tempias kegagalan ideologi ciptaan manusia turut menimpa reformasi yang dilaungkan dengan semangat, bahkan melebihi laungan takbir yang sekadar dijadikan alat solek sementara.
Kini, kita dapat menyaksikan kesan perkataan reformasi. Perkataan yang diimport daripada bahasa asal penjajah dan menjadi syiar kerajaan PH, yang didominasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang tegas dengan perjuangan sekularismenya itu, sekarang sedang membunuh diri sendiri sepertimana yang menimpa bangsa penjajah sendiri.
Kita menyaksikan wujudnya pemimpin yang sangat megah, apabila menjadi tuan rumah menerima penjajah yang paling besar dan sedia menjadi makmum dalam segala gerak-gerinya. Inilah kelemahan reformasi yang sedang berjalan sekarang, apabila bangsa kita sendiri mengambil alih peranan menjadi penjajah tanah air, sementara bangsanya menjadi abdi kepada penjajah dahulu.
Keadaan ini merobekkan perlembagaan yang telah diusahakan oleh pejuang kemerdekaan yang awal. Mereka telah merancang dan berusaha meneruskan perjuangan memutuskan rantai ikatan penjajah dan membebaskan tanah air dengan kemerdekaan yang sebenar, namun kini sedang dikhianati oleh penjajah baharu daripada kalangan bangsa sendiri.
Maka, muhasabah wajib dilakukan bagi meneruskan perjuangan kemerdekaan yang belum selesai dengan mengambil iktibar daripada sejarah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/kegagalan-reformasi-yang-diimport/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KEGAGALAN SLOGAN REFORMASI MELAWAN RASUAH
Dapat disaksikan dengan terang tanpa bersuluh, betapa slogan reformasi yang dilaungkan laksana gendang kosong yang menarik pada awalnya, akhirnya dicemuh dan menjemukan pendengar disebabkan keadaan negatif terhadap negara yang tidak berubah, khususnya dalam isu rasuah yang paling lantang diperangi yang hanya berdegar-degar dalam kenyataan dan ucapannya.
Rupa-rupanya memberikan natijah tiada perubahan kerana pendekatannya sama dengan pendahulunya yang gagal. Laksana keputusan hisab (matematik), dua kali dua dan dua campur dua, jawapan kedua-duanya adalah empat, sama sahaja tidak berbeza. Alasannya ialah mengulangi penyelesaian yang gagal dan menjadikannya bertambah parah, dengan lebih ramai pelakunya dan lebih besar jumlah angka pendapatannya, sehingga ada yang mahu terjun dari kapalnya, bahkan ada yang mahu menebuknya pula.
Puncanya ialah fitrah materialistik dalam diri manusia yang bernafsu tanpa dikawal oleh akal dan roh kerana tidak dianggap penting.
Perubahan berlaku dalam kehidupan manusia yang bersifat madani itu apabila nawaitu politik mereka ialah takhta yang mendapat harta. Selepasnya, boleh dijangka semua kemahuan nafsu mereka dapat dihasilkan, sehingga menjadi angan-angan yang tidak selesai dan melupakan ajal yang wajib menemui mereka.
Kini, negara kita diperintah oleh kumpulan parah dalam kalangan minoriti Melayu Islam yang ‘dimajoritikan’ atas nama ‘kerajaan perpaduan’ dengan kumpulan yang nyata menolak Islam. Maka, kita menerima nasib kegagalan yang lebih parah dan gagal menyelesaikan masalah dalam segala aspek oleh kalangan Islam liberal dan pluralisme, sehingga terheret kepada hilangnya kedaulatan dan maruah negara.
Kegagalan slogan reformasi dalam isu rasuah juga menerima pukulan keras dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-17 yang lalu apabila parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah kerajaan persekutuan mengalami kekalahan yang teruk, khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mendominasi ditolak oleh masyarakat Cina yang mendukungnya, bersama parti Melayu sebagai penumpangnya yang kecil ikut ditimpa tempias, dalam keadaan demokrasi Malaysia yang sentiasa berpihak kepada parti-parti Kerajaan Persekutuan.
Keadaan yang dianggap tsunami baharu di Sabah itu dibimbangkan melarat memukul Semenanjung, menyebabkan sudah ada parti yang menunjukkan pergerakan melakukan muhasabah kerjasama masing-masing.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/kegagalan-slogan-reformasi-melawan-rasuah/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MUHASABAH TERHADAP MALAYSIA MADANI
Apabila diletakkan slogan Madani kepada Malaysia perlu difahami bukan hanya manusia di Malaysia sahaja satu-satunya yang bersifat madani. Maka, semua manusia dan negara berbagai-bagai bangsa yang bercirikan fitrah (tabii), semuanya bercirikan madani. Oleh itu, janganlah tertipu dengan slogannya sahaja.
Ibn Khaldun juga meletakkan pembahagian hidup seseorang manusia mengikut peringkat umur manusia serta perkembangan kematangannya bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan nyanyuk sebelum tiba ajalnya. Maka, ciri-ciri bangsa, masyarakat dan sifat madani bagi sesebuah negara mengikut pembahagian yang sama.
Ibn Khaldun mentafsirkan kata-kata, “Kemewahan yang bernafsu menandakan nyanyuknya sesuatu umat.”
Bahkan, Ibn Khaldun juga menegaskan bahawa Allah menamatkan ajal umat yang nyanyuk dan digantikan pula generasi baharu yang berjuang melahirkan masyarakat dan negara baharu mengikut proses kehidupan manusia.
Adapun konsep Malaysia Madani disebutkan secara mutlak seperti air mutlak (air kosong) yang boleh berubah sifat pada bila-bila masa, bersih atau kotor, manis atau tidak, keruh atau jernih.
Muhasabah boleh dilakukan dengan nyata, apabila kita sedang menyaksikan keruntuhan moral yang sedang parah berlaku dalam kalangan rakyat; sama ada dalam rumah dan keluarga, di kawasan sekolah dan di lapangan yang luas sehingga gagal dikawal.
Kegagalan pihak kerajaan menangani rasuah dan salah laku, berlaku kezaliman dalam pentadbiran sehingga menafikan hak pembangkang atau sesiapa sahaja yang berani menongkah arus perubahan yang sangat negatif. Pemimpin yang menipu, boleh berlagak menjadi warak beragama dan melakonkan apa-apa sahaja mengikut lakonannya sama ada bersifat ibadat, berzikir dan bersolat atau leka dan lalai menari dan berhibur dengan sesiapa sahaja mengikut gendang yang dipalu.
Sehinggakan madaninya dimajukan ke peringkat antarabangsa dan tersungkur menghilangkan maruah serta kedaulatan negara, hal ini menandakan alamat nyanyuk yang sedang menunggu ajal. Inilah wajah Malaysia Madani yang dapat disaksikan oleh semua.
Maka, ajalnya tiba sekiranya ia gagal kembali ke pangkal jalan dengan melakukan islah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/12/muhasabah-terhadap-malaysia-madani/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KARAMBUNAI BENIH PERTAMA DI SABAH
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah menempa sejarah menumbuhkan benih perjuangannya walaupun satu yang kecil, tidak boleh dihancurkan oleh beberapa kali tsunami politik, akhirnya membesar dan membiak dengan jumlah yang lebih besar dan bertambah banyak.
Bermula dengan satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Pertama Persekutuan prakemerdekaan pada 1955, iaitu hanya satu kerusi di Kerian Laut, Perak, kini memiliki Ahli Parlimen terbesar seramai 43 orang dan memerintah empat kerajaan negeri, di samping mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar di beberapa negeri dan Ahli DUN (ADUN) di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Terkini, PAS tumbuh satu di Malaysia Timur menjadi benih pertama yang bertapak di buminya.
Karambunai dengan izin Allah menjadi benih pertama di Malaysia Timur yang akan mengembangkan pengaruh perjuangan Islam di tanah air kita dan menjadikannya lebih kuat. Maka, kita memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah. Ada yang menangis kerana terlalu gembira dan besarnya harga kemenangan, walaupun hanya satu kerusi sahaja.
Di negara kita, kerusi yang dimenangi PAS pernah berjaya dibenamkan dalam pilihan raya dan negeri yang diperintah sehingga kerajaannya dijatuhkan, namun ahli PAS terus bertambah dan gerak kerjanya terus hidup, bahkan banyak yang bangkit semula dengan lebih kuat, menandakan benihnya tidak boleh dimatikan.
PAS tidak rebah dengan dikhianati perjuangannya, kehilangan pemimpin, atau diharamkan beberapa perjalanannya. Kini, PAS mencapai kejayaan yang lebih besar, walaupun dianggap kecil oleh musuh.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/12/karambunai-benih-pertama-di-sabah/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MENGAPA ISLAM WAJIB MEMIMPIN
Hari ini, kita dapat menyaksikan kegagalan agama dan ideologi dalam memimpin dan mentadbir, menjadikan manusia seperti malaikat, binatang atau alat jentera yang tidak boleh bergerak sendiri. Semua ini menjadi sebab kegagalan serta membawa kerosakan kepada diri manusia dan alam sekitarnya.
Dunia sedang menyaksikan kekosongan rumah ibadat kerana ramai yang meninggalkan agama, berlakunya keruntuhan politik negara dan merudumnya ekonomi. Hal ini demikian kerana, urusan dunia dipisahkan daripada agama sehingga menjadikan akal tidak boleh mengawal nafsu keinginan. Seterusnya, melampaui sempadan hidup bermasyarakat dan gagal menjaga diri sendiri daripada terjerumus.
Kemusnahan berlaku disebabkan ajaran agama dan ideologi lain yang tidak sempurna. Ia tidak memenuhi keperluan hidup manusia mengikut fitrahnya (naluri) dan tidak berwawasan dunia dan akhirat, sebaliknya hanya berwawasan dunia sahaja selain memisahkan fitrah manusia.
Hubungan yang tidak terputus dalam amalan pemimpin yang memerintah negara ialah hubungannya dengan Allah (solat), hubungannya dengan manusia (zakat dan berkebajikan), dan kuasa memerintah dalam negara yang berdaulat (amar ma‘ruf dan nahi munkar). Semuanya akan menerima akibat pada Hari Akhirat dengan dihisab segala amalannya.
Semua perkara ini tidak wujud dalam pemerintahan bukan Islam yang memisahkan urusan dunia dan akhirat, serta tidak meletakkan sempadan halal dan haram dalam urusan pemerintahan negara. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kezaliman dan pelbagai salah laku yang merosakkan negara, kehidupan manusia dan alam sekitarnya.
Keadaan ini berpunca daripada ajaran yang tidak sempurna dan pemimpin yang tidak dikawal oleh sempadan agama, bahkan menafikan adanya balasan pada Hari Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala yang dihisab.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/11/mengapa-islam-wajib-memimpin/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
APABILA ULAMA’ TIDAK BERISTIQAMAH
Ambillah teladan daripada Nabi Musa dan Nabi Harun AS yang apabila berdakwah, Allah mewajibkan mereka supaya beristiqamah.
Allah menerima doa Nabi Musa dan Nabi Harun AS dengan syarat beristiqamah, bermaksud terus berdakwah di jalan yang betul bersama Islam, jangan berundur dan terpesong dari jalan yang lurus, serta jangan terpengaruh dengan harta kekayaan dan pangkat.
Dalam surah yang lain, Allah melaknat Bani Isra’il, pengikut Nabi Musa dan Nabi Harun AS apabila tidak beristiqamah ketika menunaikan kewajipan mencegah kemungkaran.
Terdapat kalangan ulama’ Bani Isra’il yang tidak beristiqamah apabila mencegah kemungkaran yang berlaku. Pada awalnya, mereka mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, tetapi apabila mereka melihat kemungkaran terus juga dilakukan, tiba-tiba mereka tidak memberikan nasihat atau tidak mencegahnya lagi. Berikutnya, mereka menghadiri hidangan bersama dalam jamuan yang diadakan.
Akhirnya, mereka dikira bersekongkol dengan kemungkaran dan dilaknat oleh Allah dalam kitab Taurat, Zabur, dan Injil yang diwahyukan kepada mereka, termasuklah al-Quran, kitab Nabi akhir zaman Muhammad SAW.
Laknat Allah, para malaikat, manusia, dan lain-lain terhadap para ulama’ yang menyembunyikan ilmu mereka dan tidak menyampaikan perkara yang benar kepada orang ramai, kerana merekalah yang menerima pusaka para anbiya’ untuk menyampaikan ajaran Allah dengan istiqamah. Apabila mereka membisu dan bersekongkol dengan kemungkaran, bermakna mereka khianat kepada pusaka ilmu yang diwarisi mereka, melainkan kalau mereka bertaubat membetulkan semula orang ramai yang sesat dengan sebab mereka.
Itulah amaran keras kepada kalangan ulama’ yang mencari makan dengan menyembunyikan Islam yang sebenar, sehingga apa-apa yang diisi di dalam perut mereka sebenarnya ialah api Neraka. Alangkah beraninya mereka terjun ke dalam Neraka kerana menjual agama Allah dengan membeli kesesatan!
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/apabila-ulama-tidak-beristiqamah/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KEMENANGAN AWAL KEPADA HAMAS
Pimpinan tertinggi Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) dalam warkahnya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan penghargaan kepada rakyat Malaysia pada semua lapisan yang bersimpati kepada rakyat Palestin. Begitu juga simpati kepada semua kumpulan Palestin yang berjihad, dipimpin oleh Hamas bagi menghadapi keganasan rejim Zionis dan negara bersekutunya terhadap rakyat Palestin, khususnya wilayah Gaza yang kecil yang dibelasah dengan serangan paling ganas dan melampau.
Hamas juga meminta maaf kerana tidak dapat menghantar wakil ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-71 yang lalu disebabkan faktor keselamatan, selepas para perunding mereka diserang oleh Israel secara tidak bermoral di Qatar pada 9 September 2025 sehingga dikutuk oleh majoriti masyarakat antarabangsa.
PAS turut diminta bersama bertanggungjawab bagi menyertai pandangan dan langkah yang perlu diambil, dalam menghadapi perkembangan mutakhir yang sangat mencabar gerakan Islam di seluruh dunia yang bersaudara laksana anggota pada satu jasad.
Mengikut bacaan politik dan ketenteraan, kesediaan rejim Zionis menerima pelan damai Presiden Donald Trump menunjukkan tanda awal mereka menyerah kalah dan kemenangan awal kepada Hamas, kerana kegagalan rejim Zionis dalam operasi ketenteraan menawan Gaza sehingga mencecah dua tahun, tetapi masih tidak berjaya mengeluarkan Hamas dan menghapuskannya.
Bagi menyelamatkan tentera mereka daripada keadaan terbelenggu oleh serangan balas kumpulan mujahidin Palestin yang dipimpin oleh Hamas, Israel terpaksa menggunakan ‘abang besar’ Amerika Syarikat bagi memujuk Hamas melalui negara Arab dan Islam yang dijadikan perunding, menunjukkan keadaan tentera Zionis yang sudah lemah. Kalau masih kuat, nescaya serangan diteruskan lagi tanpa gencatan senjata sehingga mencapai matlamat yang diisytiharkan.
Langkah Hamas menerima pelan damai Trump adalah dengan kebijaksanaan pindaan serta menolak syarat-syaratnya yang membodohkan supaya Hamas meletakkan senjata, dipaksa menyerah kalah, dan tidak diizinkan berada dalam pentadbiran sementara Gaza. Akhirnya, Trump dan Israel membuat kenyataan menerima penyertaan Hamas dalam rundingan berikutnya.
Langkah Hamas menyambar umpan yang dicampak oleh Trump tanpa menelan mata pancingnya adalah hikmah (kebijaksanaan) politik yang tinggi, mengambil aspek positif yang tersirat dan menolak aspek negatif yang tersurat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/kemenangan-awal-kepada-hamas/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAKATAN ABRAHAM AGAMA SESAT BERSAMA PAKATAN AHZAB
Mutakhir ini, terdapat kalangan yang hendak menyatukan agama atas tujuan perdamaian dunia dengan teori ajaran Abraham berdasarkan sejarah yang salah.
Kini, dijadikan alasan ditandatangani perjanjian normalisasi hubungan diplomatik antara negara haram Israel dengan negara-negara seperti UAE dan Bahrain pada tahun 2020 yang lalu. Agenda normalisasi ini diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Jared Khusner yang dikenali sebagai Abraham Accords.
Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa, ‘Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia.’
Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abrahamic Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.
Kumpulan Yahudi Zionis berjuang untuk menubuhkan sebuah negara besar tunggal (Israel Agung), bagi mengembalikan semula kerajaan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dunia berpusat Jerusalem (Bait al-Maqdis) di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ daripada zuriat Ibrahim AS.
Kesimpulannya, umat Islam menghadapi dua serangan, iaitu melalui serangan bala tentera Ahzab yang bersenjata dan serangan pemikiran ajaran sesat Pakatan Abraham. Kedua-duanya akan dapat dikalahkan dengan izin Allah.
Al-Quran menjadi petunjuk sepanjang jalan, adapun jihad pula menjadi perjalanan bagi mencapai kemenangan dunia dan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/pakatan-abraham-agama-sesat-bers… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PELAN DAMAI SELAMATKAN ISRAEL
Dunia digoda oleh pelan damai Donald Trump bagi gencatan senjata di Gaza. Antara tawarannya ialah memberikan laluan bantuan kemanusiaan serta perdamaian yang kekal di Gaza.
Pelan damai itu juga menyatakan syarat-syarat yang memberikan jaminan keamanan kepada Israel. Terpentingnya ialah melucutkan senjata Hamas serta memulangkan tawanan Israel dan mayat yang mati dengan tukaran membebaskan tahanan Palestin.
Mereka juga mencadangkan tentera pengaman dari negara-negara Arab yang terpilih dan melantik Tony Blair, mantan Perdana Menteri United Kingdom selaku pengarah pentadbiran Gaza; meniru pendekatan ketika Amerika Syarikat menakluk Iraq dahulu.
Israel menerima dengan mudah setelah perundingan antara Trump dengan Netanyahu. Tidak diketahui sama ada ia cadangan Netanyahu ataupun Trump.
Cadangan dilakukan setelah Israel gagal mencapai matlamat operasi menawan Gaza dan ketenteraannya tidak berjaya menghapuskan Hamas.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/pelan-damai-selamatkan-israel/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Usaha payung Islam yang besar dengan menyatukan Melayu Islam bersama bumiputera bukan Islam dan penyertaan bukan Islam yang tidak ekstrem bawah satu payung adalah sangat penting bagi menyelamatkan Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Hal ini adalah bagi melaksanakan Islam yang telah terbukti kejayaannya serta menolak ideologi ciptaan manusia di kedua-dua blok, Timur dan Barat yang membakar diri, malah sedang merudum dan menunggu giliran kejatuhan kerana kelemahan dan kegagalannya disebabkan tidak sempurna. Sehinggakan, merosakkan diri, kemanusiaan, institusi keluarga, masyarakat, negara, dan alam sekitar.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/teladan-rasulullah-saw-membentuk… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PARTI WAJIB DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN KEMENANGANNYA
Kita telah menunaikan satu kewajipan yang besar apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan, kerana ia merupakan perintah Allah yang diwajibkan ke atas kita. Namun begitu, hanya kalangan yang dipilih oleh Allah sahaja yang diberi kurniaan untuk bersama parti ini bagi memikul kewajipan menyambung perjuangan Rasulullah SAW ketika Islam dalam keadaan dagang dan umatnya dalam keadaan lemah.
Parti yang bersifat Islam ini wajib dipelihara bagi menunaikan kewajipan meneruskan perjuangan menegakkan Islam sehingga berkuasa dengan berdaulat, dan terus mengisi kemenangan yang jauh perjalanannya. Dengan berkonsepkan dasar dan kepimpinan yang teguh, parti ini dapat meneruskan perjalanannya bermula dari wawasan dunia hingga akhirat.
Di sebalik pencapaian PAS dengan sedikit kemenangan di negeri-negeri yang kuasanya terbatas, kita diuji dengan sedikit ghanimah jawatan, kedudukan, dan projek kecil yang menjadi rebutan. Semua ini boleh menguji kita, lalu menyebabkan kita menjadi tidak berdisiplin, sehingga memerlukan tindakan bagi menyelamatkan bahtera daripada ditebuk dari dalamnya.
Kesilapan pemimpin yang berkait dengan dasar parti dan keselamatannya boleh diadu dengan hujah yang benar dan saksi yang adil.
Begitu juga tindakan tidak berwala’ kepada jemaah sehingga melemahkan parti, mesti diambil tindakan disiplin dan tidak boleh dibiarkan. Walaupun tidak ada wahyu yang diturunkan untuk membetulkan jemaah, tetapi banyak peristiwa yang dinyatakan oleh al-Quran ialah petunjuk daripada mukjizat ilmu yang berkekalan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/10/parti-wajib-dipelihara-dan-diper… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
APA GUNA PEMIMPIN NEGARA ISLAM BERTEMU TRUMP?
Dilaporkan oleh media bahawa para pemimpin beberapa negara Islam terpilih, termasuk negara Arab, bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengepalai Blok Barat yang mendukung Israel.
Adakah dia layak diajak bermusyawarah atau bertukar fikiran dalam usaha perdamaian yang dicadangkannya? Padahal dia juga mewakili semua pemimpin negara Blok Barat yang berpihak dan bersama Yahudi Zionis, yang terlibat secara langsung sejak penubuhan negara Israel dan membekalkan segala jenis persenjataan, termasuk senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa kepada negara Israel yang sedang melakukan jenayah kemanusiaan paling ngeri.
Amerika Syarikat dan sekutunya juga menggunakan kuasa veto bagi melindungi keganasan Israel yang telah diputuskan bersalah dan paling melampau keganasannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mahkamah antarabangsa, dan segala pertubuhan kemanusiaan masyarakat dunia.
Adakah pertemuan itu sekadar mendengar khutbah Trump atau membawa mesej Islam yang kuat dan beristiqamah?
Adakah mereka yang mewakili umat Islam itu menerima cadangan perdamaian pihak Amerika Syarikat dan sekutunya, dengan syarat menubuhkan negara Palestin yang sekular serta tidak ada kedaulatan Islam dan umatnya yang tidak menjadi ancaman kepada Israel, berserta syarat melucutkan senjata pihak Islam?
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/09/apa-guna-pemimpin-negara-islam-b… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AKIBAT BERSAHABATKAN SYAITAN
Apabila negara kita mengundang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi meramaikan kawan dan sahabat. Seorang yang nyata terlibat bersekongkol bersama Israel melakukan kekejaman yang paling melampau terhadap saudara kita di Palestin, khususnya di Gaza.
Bahkan, sudah puluhan ribu kanak-kanak menjadi korban keganasannya, apatah lebih besar lagi angkanya kalau dicampurkan dengan kaum wanita, warga tua, dan pesakit yang berada di hospital. Pada masa yang sama, Israel juga telah memusnahkan rumah kediaman, khemah pelarian, dan rumah ibadat, sehingga turut membunuh petugas bantuan kemanusiaan.
Jenayahnya telah disabitkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Namun begitu, Amerika Syarikat bukan sahaja menggunakan kuasa veto untuk membatalkan semua keputusan tersebut, bahkan turut membantu dengan segala jenis senjata dan bantuan ketenteraan secara langsung kepada Israel dengan arahan yang nyata oleh presidennya, Donald Trump.
Donald Trump juga menjadi syaitan besar yang menggoda masyarakat dunia, menjadi pendamai yang zalim apabila meletakkan syarat supaya kumpulan rakyat Palestin yang berjuang demi mempertahankan diri dan tanah air dilucutkan senjatanya.
Donald Trump juga turut menggoda rakyat Palestin dengan bantuan kewangan yang paling besar jumlahnya supaya menerima penyelesaian dua negara (two-state solution). Ataupun, mereka dipaksa berpindah dengan meninggalkan Palestin dan menyerah kepada Israel dalam keadaan Israel terus merampas kawasan yang masih menjadi tempat rakyat Palestin yang terpaksa berlindung. Namun, semua tawaran itu ditolak oleh rakyat Palestin yang tinggi maruahnya.
Maka, alasan menjemput Trump datang menyertai Sidang Kemuncak ASEAN kerana ingin meramaikan kawan sedangkan Malaysia tegas dengan pendirian membela Palestin, adalah sangat rapuh dan tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tambahan pula, hal ini berlaku dalam keadaan negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara bukan Islam, malah rakyat Amerika Syarikat sendiri, mula memulaukan Israel yang nyata keganasannya dengan sokongan Trump.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/09/akibat-bersahabatkan-syaitan/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM: PENDIDIKAN DAN PELAJARAN
Pendidikan dan pelajaran merupakan dua aspek berkembar yang tidak boleh dipisahkan. Pendidikan menjiwai pelajaran, dan kedua-duanya dicapai melalui ilmu yang menjadi makanan kepada akal dan roh manusia.
Islam mewajibkan mempelajari ilmu yang terbahagi kepada dua; iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Tujuan mempelajari ilmu fardu ain adalah bagi membentuk peribadi. Ia diwajibkan kepada tiap-tiap orang lelaki dan wanita, serta meliputi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan dengan alam dunia.
Apabila Islam memulakan pendidikan fardu ain kepada setiap individu bagi mendidik keperibadian dan meletakkan semua ilmu termasuk ilmu fardu kifayah dalam kewajipan beragama, ia menjadikan pendidikan sebagai roh kepada pelajaran dalam semua ilmu. Maka, kegiatannya termasuk dalam amal soleh yang memberi pahala.
Maka, semua kewajipan bermasyarakat merupakan fardu kifayah yang diberikan pahala amal soleh, bukan sekadar dalam bidang pertanian sahaja.
Kesempurnaan Islam menjadi asas kemampuan memerintah masyarakat majmuk selama beberapa abad yang merupakan tempoh yang paling lama, paling aman dan paling adil. Hal ini bagi menunaikan perintah Allah SWT.
Maka, diwajibkan memilih pemimpin Islam yang beriman, berilmu agama dan dunia (berpelajaran dan berpendidikan), serta berakhlak dan bermaruah (berintegriti).
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/09/islam-pendidikan-dan-pelajaran/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
APA GUNA PANGKALAN TENTERA BARAT DI NEGARA ARAB DAN ISLAM?
Di sekitar negara Teluk, bertapaknya pangkalan tentera Amerika Syarikat yang terbesar. Kebanyakan negara-negara Eropah lain yang pernah menjajah juga bertaburan pangkalan tenteranya seperti di negara Arab dan negara Islam yang lain, sehingga mencecah puluhan mungkin juga ratusan pangkalan. Ada juga pihak yang memberi kemudahan khidmat kepada armada laut dan pesawat udaranya yang bertaburan di serata lautan.
Negara-negara penjajah tersebut terlibat secara langsung dalam menubuhkan negara Israel yang nyata ganasnya dengan bantuan senjata yang bertali arus, termasuk senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
Adapun negara-negara bekas jajahan lebih bertujuan untuk dicatur bagi penjajah itu menguasai dunia, khususnya bagi menghalang kebangkitan semula negara Islam menjadi negara yang maju dan kuat.
Negara-negara Arab dan Islam dicatur untuk menyertai operasi menentang Islam atau diadu domba dengan perang saudara bagi dilemahkan sesama mereka.
Terdedah juga dengan terlibatnya Barat dalam serangan ke atas Afghanistan dan Iraq, operasi huru-hara di Syria, Libya, dan Sudan. Begitu juga yang terkini serangan ke atas Yaman, Iran dan Lubnan serta disebarkan propaganda Islamofobia menunjukkan sudah kembali kepada perang salib terhadap Islam tanpa mengira mazhab dan bangsa. Permusuhannya terhadap Islam bukan kerana menegakkan kebenaran dan keadilan, tetapi kerana hasad dengki terhadap Islam yang telah berjaya menyelamatkan rakyat yang dizalimi oleh mereka yang pernah menjadi kuasa besar dunia yang menjajah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/09/apa-guna-pangkalan-tentera-barat… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media - Pelantikan PAS Pusat
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ini adalah 'Live tweet' Ucapan Dasar Presiden PAS Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum”, Selamat Datang, dan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan, pemerhati, dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-71 yang diadakan pada tahun ini di Negeri Kedah Darul Aman.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menguasai Pengundi Anak Muda
a. Tanggungjawab utama bagi Pemuda dan Muslimat ialah mengekalkan sokongan anak muda dalam PRU-16.
b. Pemuda dan Muslimat mesti agresif menggerakkan program yang dekat dengan jiwa anak muda dan wanita, merentasi batas politik dan kaum.
c. Pemuda dan Muslimat juga hendaklah menonjolkan lebih ramai tokoh yang menjadi suara rakyat dan ikon kepada anak muda
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mempersada Peranan Ulama’
a. Ulama’ mesti terhadapan untuk menyatukan ahli agama daripada pelbagai aliran ilmu dan madrasah.
b. Dewan Ulama perlu mempergiatkan muzakarah ilmiah secara berterusan, menghimpunkan para ulama’ dan cendekiawan untuk membahaskan isu dengan neraca ilmu serta adab Islam.
c. Hendaklah memperbanyak kajian-kajian ilmiah yang dibahaskan melalui penguasaan ilmu yang tafaqquh, merujuk kitab-kitab ulama’ muktabar dan terkini
d. Menjawab segala salah faham masyarakat terhadap IslamPost not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Memperkasa Tarbiah dan Perkaderan
a. Program-program tarbiah ahli dan pimpinan pada seluruh peringkat hendaklah diperkasakan dan tidak boleh ditinggalkan dengan menumpukan aspek taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah), mendalami ilmu agama secara tafaqquh, seterusnya memupuk nilai ukhuwah, istiqamah, dan Ikhlas.
b. Selain itu, pembinaan pelapis kepimpinan wajib dijadikan agenda utama parti. Mereka perlu diasuh, diberikan peluang, dan dipersiapkan sejak awal untuk menggalas tanggungjawab memimpin parti dan negara supaya kelangsungan bahtera ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Penutup
a. Jadikanlah muktamar sebagai medan muhasabah diri dan seluruh jentera parti
b. Menghayati tema muktamar “Kembali kepada Penyelesaian Islam” sebagai hala tuju tindakan pada setiap peringkat.
c. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan muktamar,khususnya Panitia Muktamar yang dikendalikan oleh pasukan Setiausaha Agung dan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, termasuklah kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-Kawasan, Dewan-Dewan, dan Cawangan-Cawangan dengan penuh tertib.
d. سِيرُوا عَلَىَ بَرَكَةِ اللهِ. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah pada 15 - 16 September 2025.
Muktamar merupakan medan penting PAS sejak ia ditubuhkan daripada gerakan islah dan tajdid yang lahir ketika umat Islam kehilangan kuasa politik akibat penjajahan. Sejak itu, PAS terus mara melalui jalan demokrasi dan pendekatan Politik Matang dan Sejahtera.
Dalam muktamar ini, Presiden PAS akan menyampaikan ucapan dasar yang menjadi panduan hala tuju perjuangan. Para perwakilan pula akan membahaskan isu-isu besar parti, politik negara dan kepentingan ummah.
Muktamar ke-71 bukan sekadar perhimpunan tahunan, tetapi wadah penyatuan fikrah, pengukuhan strategi dan penegasan prinsip bahawa Islam adalah penyelesaian dalam semua urusan kehidupan.
Ayuh ikuti perjalanan penuh bersejarah ini.
#muktamartahunanpaskalike71
#kedahdarulamanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Pada tahun 1955, apabila Pilihan Raya Umum Pertama Persekutuan hendak diadakan pada 27 Julai 1955, PAS didaftarkan sebagai parti politik bagi menyertai pilihan raya dan berjaya memenangi satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Pada waktu itu, politik PAS juga menuntut kemerdekaan yang berbeza dengan UMNO. Beberapa tindakan PAS dilihat kritikal, antaranya mahu menghapuskan jawatan Penasihat British, membantah pengaruh British dalam sektor ekonomi dan ketenteraan, mengetatkan syarat kewarganegaraan asing, hak-hak orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu, dan Islam menjadi agama rasmi negara.
Dalam Mesyuarat Agung Khas PAS pada tahun 1957 yang diadakan di Kuala Lumpur, PAS menolak penyata Suruhanjaya Reid dan bertegas menuntut kemerdekaan disegerakan. Oleh sebab itu, PAS menyokong Rombongan Pilihan Raya ke London dan menyertai Pilihan Raya Umum 1955.
Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan bermula sejak tahun 1511 lagi dalam menentang penaklukan Portugis melibatkan jihad para sultan dan ulama’ di seluruh Nusantara, serta melibatkan semua wilayah Nusantara dan rumpun Jawa, Aceh, Bugis, Banjar, dan lain-lain. Perjuangan itu telah mengorbankan para syuhada’ yang bergelumang dengan darah dan air mata, bukan di atas hamparan permaidani merah yang dihamparkan oleh penjajah pada zaman mutakhir.
Malangnya, tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang asal ditutup dalam lipatan sejarah yang ditulis oleh penjajah. Inilah yang diajar kepada anak-anak sekolah pada zaman penjajah dan sehingga kini dalam keadaan mereka buta akan sejarah yang sebenar.
Akhirnya, kemerdekaan yang dihadiahkan adalah mentah (tidak masak). Walaupun penjajah itu sudah pulang ke tanah air mereka, bayangan mereka masih bertapak atas berbagai-bagai jenama seperti Komanwel dan segala cabangnya dalam mempengaruhi politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/09/pas-dan-perjuangan-kemerdekaan/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KE ARAH KEMERDEKAAN PENDIDIKAN DAN PELAJARAN
Konsep dan prinsip Islam dalam pelajaran dan pendidikan telah berjaya membina jati diri manusia yang dimuliakan oleh Allah sehingga berjaya mendidik manusia yang paling jahil, liar, dan ganas di padang pasir yang terpencil menjadi manusia yang beriman, berilmu, dan berakhlak memimpin dunia selama beberapa abad bersama Tamadun Islam. Namun, Tamadun Islam dijiplak secara tidak sempurna oleh Tamadun Barat yang hanya mencapai kemajuan kebendaan yang terpisah daripada agama.
Negara penjajah menolak Islam kerana dengki, bukan kerana benar. Mereka mengaku bahawa kejayaan umat Islam adalah disebabkan oleh kesempurnaan Islam yang sebenar daripada Allah, lalu mereka mengheret kita supaya meninggalkan Islam, khususnya al-Quran.
Kini, kita mewarisi sistem pendidikan dan pelajaran yang dibawa oleh penjajah melalui pendekatan mereka yang tidak lengkap dan tidak teratur. Kita dapat menyaksikan kesannya yang sangat negatif di negara mereka sendiri sehingga hilang sifat kemanusiaan yang merosakkan jati diri, institusi keluarga, masyarakat, dan alam sekitar. Maka, kita turut terbawa-bawa dengan gejala tersebut.
Pelajaran dan pendidikan mengikut acuan penjajah ini melahirkan gejala negatif seperti yang dialami di negara penjajah, ditambah pula dengan peranan pentadbiran sekular dan media, khususnya terkini media sosial yang tidak ada sempadan menjadi duta kepada penjajah.
Maka, semua perkara negatif yang asing daripada masyarakat kita seperti membuli dianggap sebagai gurauan, walaupun dilakonkan dalam filem. Lebih melampau lagi sehingga gejala mabuk dan khayal dengan arak dan dadah bagi mengisi akal yang sihat, sehingga terlanjur membunuh ibu bapa dan keluarga sendiri atau membunuh diri sendiri yang ganjil berlaku dalam masyarakat Islam, kini boleh berlaku.
Penyelesaiannya ialah hendaklah menyempurnakan kemerdekaan dalam segala aspek, termasuk aspek pelajaran dan pendidikan. Mesti merdeka daripada acuan pelajaran dan pendidikan penjajahan fikiran. Walaupun penjajah sebenar telah keluar pulang ke negeri masing-masing, mereka meninggalkan benih yang lahir daripada anak bangsa kita.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/08/ke-arah-kemerdekaan-pendidikan-d… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
HARI KEBANGSAAN BUKAN HARI KEMERDEKAAN
Tanah air kita telah dijajah selama beberapa abad, bermula dengan Melaka yang dijajah Portugis, diikuti oleh Belanda dan Inggeris, sehingga mematikan kerajaan Islam. Para pendakwah datang bagi membebaskan bangsa kita daripada memperhambakan diri kepada sesama manusia yang menerapkan undang-undang dan peraturan ciptaan pihak berkuasa yang memperhambakan rakyat mengikut hawa nafsu mereka.
Islam hadir dengan konsep memperhambakan diri kepada Allah sahaja. Manusia hanya diberikan kebebasan mengikut kemampuan akal mereka yang dapat mengawal nafsu, di samping mengurus urusan dunia yang berkebajikan demi membawa kebaikan dunia dan berwawasan akhirat yang kekal abadi.
Islam ialah kemerdekaan manusia yang bebas mengikut sempadan sifat fitrah kejadiannya oleh Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, dan Maha Adil kepada seluruh makhluk-Nya. Apabila manusia keluar daripada sempadan Allah, mereka pasti terbabas dan merosakkan diri sendiri.
Apabila memperhambakan diri kepada sesama makhluk yang bersifat lemah, akibatnya akan merosakkan diri kerana keluar daripada sempadan naluri (fitrah) yang ditetapkan oleh Penciptanya disebabkan terbabas, bukannya bebas. Hal ini laksana binatang yang dikuasai nafsu dan diheret ke mana-mana sahaja serta boleh dijual beli.
Islam yang dibawa ke Alam Melayu telah berjaya membebaskan rakyat daripada kesesatan memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah, termasuk kepada sesama manusia yang memerintah dan mentadbir urusan manusia yang diabdikan seperti hamba kepada Tuhan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/08/hari-kebangsaan-bukan-hari-kemer… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MENERIMA NASIHAT MUSUH MERUGIKAN
Allah memberikan peringatan supaya jangan terpengaruh dengan musuh yang selama-lamanya berjuang demi menghina Islam dan memesongkan umatnya, sehingga mendapat kerugian dunia dan akhirat. Malah, dikalahkan di dunia sehingga dijajah.
Nasihat mereka yang manis, tetapi beracun dengan janji kesenangan harta dan mempertahankan takhta adalah bohong semata-mata. Namun, ada yang terpengaruh akibat diperhambakan. Walaupun banyak hartanya dan berada di atas takhta, pada akhirnya akan memperoleh kerugian di dunia, bahkan di akhirat lebih parah dan menyeksa.
Sejarah hilangnya kuasa Islam yang pernah memimpin dunia menjadi bukti nyata yang sepatutnya diambil iktibar. Perkara ini berlaku apabila kalangan orang Islam ditipu oleh musuh daripada kalangan bukan Islam serta munafiq yang berada dalam kalangan umat Islam sendiri yang diperalatkan bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah yang lemah, selain beberapa kesilapan dengan janji menggantikan khalifah baharu kepada sesiapa yang menerima perancangan mereka.
Akhirnya, tanah air Islam dijajah dan dibahagikan dalam kalangan penjajah, dibahagikan takhta yang tidak berkuasa, rakyat diabdikan, hasil buminya dirompak, serta dibantu dengan senjata agar saling berperang saudara dan membunuh diri.
Sehinggakan, tanah suci Palestin, bumi para anbiya’ dirampas menjadi negara Israel dan Masjid al-Aqsa berada di bawah taklukan mereka. Selain itu, banyak negara yang diberikan kemerdekaan mengambil penasihat daripada bekas penjajah dalam berbagai-bagai lapangan.
Hanya janji Allah SWT sahaja yang benar, kerana mustahil bagi Allah memungkiri janji dan tiada kuasa yang dapat mengalahkan kuasa-Nya.
Kini, sejarah berulang lagi apabila Amerika Syarikat dan sekutunya dalam gabungan Ahzab zaman ini menjanjikan kepada negara Arab dan Islam supaya menerima pelan damai yang telah dirancang mereka, dengan syarat-syarat yang nyata memperbodohkan dan zalim serta menjanjikan kerjasama ekonomi dan pertahanan. Mereka juga meletakkan syarat agar melucutkan senjata kumpulan Islam yang dilahirkan semula bagi menegakkan Islam, serta menghalang kumpulan Islam daripada menjadi kerajaan Palestin dengan menyerahkan pemerintahan kepada kumpulan Arab sekular yang tidak mendaulatkan Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/08/menerima-nasihat-musuh-merugikan/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
GOLONGAN YANG MEMECAHKANBELAHKAN AGAMA
Para ulama’ tafsir al-Quran menyatakan mereka yang memecahbelahkan agama itu terdiri daripada kaum Yahudi, Nasrani, Musyrikin, dan daripada kalangan umat ini (umat Islam sendiri) yang memesongkan Islam sebagai satu-satunya agama Allah. Mereka memecahkan pula ajaran Allah atau Islam daripada perkataan al-din.
Agama Islam berbeza dengan semua agama yang lain dan ideologi ciptaan para pemikir Barat yang memisahkan agama dalam urusan agama atau kalangan yang tidak beragama. Mereka percaya kepada sebahagian rasul, namun kufur kepada sebahagian yang lain, atau beriman kepada sebahagian kitab, namun menolak sebahagian yang lain.
Mereka yang memecahbelahkan agama itu termasuk kalangan sekular yang memisahkan urusan dunia daripada agama, di samping mencipta berbagai-bagai ideologi politik dan ekonomi yang sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam.
Bagi menyambung perjuangan para anbiya’, khususnya selepas ketiadaan nabi dan rasul serta tamatnya wahyu, maka wajib adanya kumpulan Islam yang diterjemahkan dengan jemaah, parti, gabungan, dan sebagainya.
Ada kalangan yang menyatakan perkara ini tidak ada dalam agama Islam. Hakikatnya, mereka jahil atau sengaja mengelirukan. Betapa banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan kewajipan kepada adanya kumpulan tersebut.
Ajaran sesat tersebut menjadi senjata penjajah bagi menyekat kebangkitan semula Islam, dengan menggunakan kalangan mereka yang jahil serta para ulama’ yang tidak bertafaqquh atau yang dibeli dengan harta dan pangkat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/08/golongan-yang-memecahbelahkan-ag… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saksikan Perbahasan RMK-13 oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang pada 13 Ogos 2025 (Rabu) sekitar jam 11.45 pagi.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
APABILA BETUL DAN SALAH DICAMPURADUKKAN
Kita menghadapi zaman kini yang mencabar dan menjadi ujian. Islam dicampuradukkan dengan yang lain oleh kalangan sekularisme, liberalisme, dan pluralisme yang meletakkan kebenaran bukan sahaja kepada Islam, malah juga kepada yang lain dengan menggunakan perkataan Islam yang turut sama digunakan oleh semua pihak seperti adil, hak asasi manusia, madani, dan lain-lain, tanpa menyedari adanya perbezaan prinsip dan matlamat.
Meletakkan adanya sekutu bagi Allah bukan sahaja pada patung dan berhala, bahkan termasuk pada sifat dan hukum-Nya, seperti menamakan undang-undang ciptaan manusia menggantikan undang-undang Allah. Perkara ini juga boleh mendapat kecelakaan kerana mengelirukan, lalu terhumban dalam dosa syirik.
Kecelakaan berlaku akibat mencampuradukkan hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia. Inilah antara kesan penjajahan pemikiran yang dilakukan oleh penjajah terhadap umat Islam. Walaupun kita dikatakan merdeka dan penjajah asing sudah keluar dan pulang ke negara mereka, langkah menyesatkan diteruskan pula oleh pengikut-pengikut penjajah yang mewarisi ajaran mereka yang salah.
Berlaku keadaan yang bercampur aduk sehingga hilangnya amanah ilmu Islam dan kepimpinan negara, apabila orang jahil, pembohong, penipu, berlagak alim, atau alim yang tidak faqih (faham) mengambil tempat penting dalam masyarakat umum.
Begitu juga apabila para ulama’ menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran kerana disuap mulut mereka dengan jamuan dan diisi poket mereka dengan duit.
Diberikan sumbangan kepada sekolah agama dan masjid, namun pada masa yang sama diberikan kebenaran dan kemudahan kepada tempat maksiat seperti hiburan yang melekakan, arak, judi, dan sebagainya.
Para ulama’ pula membisu lagi, menyebabkan ramai manusia yang terpengaruh kerana menganggap yang salah itu betul. Maka, akibatnya ialah dilaknat oleh Allah dan semua makhluk yang taat kepada Allah kalau tidak bertaubat.
Pintu taubat dibuka kepada mereka yang mengambil langkah yang salah, dengan syarat kembali ke pangkal jalan dan melakukan islah terhadap mereka yang disesatkan dengan sebabnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/08/apabila-betul-dan-salah-dicampur… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Gerakan ketenteraan di wilayah Syam pada zaman Khalifah 'Umar RA dianggap sebagai fasa kedua selepas kejayaan yang dicapai pada zaman Khalifah Abu Bakar RA. Terutamanya selepas kemenangan besar di medan Yarmuk yang terkenal.
Kemenangan tersebut telah menghancurkan kekuatan bala tentera Rom Byzantine yang paling besar jumlahnya. Namun begitu, mereka mengatur serangan balas bagi menentang kemaraan tentera Islam untuk mempertahankan kerajaan kuasa besar yang sudah merudum kejatuhannya.
Abu 'Ubaidah RA menyerahkan urusan pentadbiran Yarmuk kepada Basyir bin Ka'ab al-Himyari, salah seorang raja wilayah Yaman yang menyertai jihad. Abu 'Ubaidah RA mendapat maklumat perisikan bahawa tentera Rom berkumpul di Fihl (Pella) setelah pengerahan mereka yang berundur dari Yarmuk, serta membawa bala tentera yang berpangkalan di Homs untuk berkumpul di Dimasyq.
Hal tersebut menjadikan Abu 'Ubaidah RA berbelah bahagi yang mana hendak dimulakan serangannya; sama ada menyerang musuh di Fihl terlebih dahulu ataupun menyerang tentera Rom yang berada di Dimasyq sekali gus menguasai kota tersebut. Lalu, beliau menulis sepucuk surat meminta nasihat daripada Khalifah 'Umar RA.
'Umar RA mengarahkan Abu 'Ubaidah RA untuk menawan Dimasyq terlebih dahulu, kerana kedudukannya menjadi ibu kota Rom Timur (Byzantine). Pada masa yang sama, Abu 'Ubaidah RA tidak boleh memandang ringan terhadap musuh yang berada di Fihl, maka langkah juga hendaklah diambil bagi menawan Fihl.
Sekiranya menawan Dimasyq memakan masa, maka Abu 'Ubaidah RA dan Khalid RA diarahkan untuk bersama- sama menentang musuh di Fihl. Gerakan serentak juga dilakukan untuk mara ke Homs dengan Abu 'Ubaidah RA dan Khalid RA juga berkejar ke Homs untuk mengepalai operasinya.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 14 Safar 1447H, Masjid Rusila, Marang -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KUMPULAN DERHAKA MELAWAN SERUAN ALLAH
Kumpulan pada zaman mutakhir ini pernah dipergunakan bagi menjatuhkan kerajaan Islam (Khilafah ‘Uthmaniyyah) pada awal abad yang lalu. Mereka mendapat habuan daripadanya sehingga memiliki kuasa dan harta dengan perlindungan Barat. Akibatnya, mereka melupai Islam yang lahir daripada kalangan mereka, sedangkan Allah telah menjadikan mereka bangsa yang mulia bersama Islam. Namun begitu, mereka bertukar menjadi hina apabila membelakangi Islam.
Di negara mereka ditempatkan pangkalan bala tentera Barat bagi melindungi negara Israel dan sumber ekonomi yang dirompak dan dicuri. Adapun negara-negara dan takhta yang dihadiahkan itu laksana lembu susuan yang diambil susunya, dengan hanya diberi makan rumput dan air bagi menggemukkan badan dan menghasilkan susunya.
Lebih malang lagi, apabila mereka menganggap kemunculan kumpulan Islam yang beristiqamah sebagai sesuatu yang bahaya, kerana mengikut fatwa penjajah. Malah, mereka disokong pula oleh para ulama’ upahan yang bertopengkan gelaran ulu al-amri.
Alangkah malangnya apabila negara-negara Arab yang berjiran dan kalangan negara umat Islam yang lain menunjukkan sikap yang sama iaitu derhaka terhadap seruan Allah. Mereka bersekongkol bersama musuh yang menipu atas nama perdamaian yang zalim dengan tujuan mempertahankan Zionis dan mengecewakan Palestin.
Sehingga mereka memaksa kumpulan Islam yang benar-benar berjihad meletakkan senjata dan menyerah diri kepada musuh atas nama perdamaian, sekali gus meninggalkan perintah Allah untuk bersedia dengan segala kekuatan bagi menentang musuh.
Baca selanjutnya:
www.facebook.com/share/p/1CCBtYk19k/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM WAJIB BERDAULAT
Mereka yang jahil akan agama Islam, berilmu tanpa tafaqquh, mengejar kesenangan dunia sahaja tanpa akhirat, atau bersendirian tidak bersama jemaah Islam akan dapat diheret oleh bala tentera Iblis melalui cabang-cabang yang banyak.
Kita dapat menyaksikan pada zaman kelemahan umat Islam yang jahil akan agama atau mengejar dunia tanpa akhirat, ramai kalangan yang mengaku Islam pada namanya sahaja menjadi alat musuh bagi menjatuhkan kerajaan Islam yang berakhir dengan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada awal abad yang lalu. Termasuk menjatuhkan kesultanan Islam di Tanah Melayu ialah orang Melayu sendiri kerana kejahilan agama atau tidak bertafaqquh dalam urusan agama Islam.
Ketika kejatuhan Kerajaan ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul seorang ulama’ al-Azhar Mesir bernama Syeikh ‘Ali ‘Abd al-Raziq yang mengarang kitab ‘الإسلام وأصول الحكم’ (Islam dan Asas-asas Hukum). Beliau menyatakan, “Bahawa urusan negara Islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hanya perkara dunia yang tidak ada dalam perkara agama.”
Majlis Ulama’ al-Azhar kemudian memanggilnya untuk dibicarakan, bilamana mereka akhirnya memutuskan untuk membatalkan ijazahnya dan melucutkan jawatannya. Hal ini demikian kerana, kenyataannya bercanggah dengan hakikat ajaran Islam; menjadikan hukum syariat untuk dibaca sahaja, bukan diamalkan, di samping bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW serta ijmak para ulama’ sahabat dan tabiin.
Kitab yang menyesatkan itu digunakan oleh penjajah dan bala tentera syaitan bagi membatalkan kewajipan mendaulatkan Islam. Selain itu, ia turut digunakan oleh para ulama’ upahan dan mereka yang dianggap ilmuwan bagi membela penjajah yang menjauhkan Islam daripada penganutnya dan membatalkan kewajipan berjihad menentang penjajah.
Kejatuhan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924 dilakukan oleh umat Islam sendiri. Begitu juga kejatuhan kesultanan Islam di Nusantara oleh orang-orang Melayu Islam yang kuat ibadatnya sahaja, tetapi jahil dalam urusan agama yang bersifat al-din.
Sehinggakan, para ulama’ yang berpendidikan agama Islam yang bertafaqquh dan berjuang mempertahankan Islam dianggap bodoh, bukan ilmuwan, dan tidak profesional, sebaliknya hanya yang berilmu dunia sahaja dianggap ilmuwan dan profesional. Maka, perjuangan Islam yang sempurna dianggap bodoh, menepati sifat golongan munafiq yang didedahkan oleh Allah SWT.
Ada pula yang menipu meletakkan jenama Islam sekadar kosmetik kecantikan yang menggoda seperti Islam liberal, Islam progresif, madani, dan lain-lain.
Inilah punca bencana politik, ekonomi, sosial, dan alam sekitar yang memusnahkan. Oleh itu, wajib kembali semula kepada Islam (al-din), petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui urusan makhluk-Nya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/07/islam-wajib-berdaulat/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ULAMA’ PEWARIS PUSAKA PARA ANBIYA’
Allah mewajibkan para ulama’ menunaikan amanah ilmu Allah bagi menyelamatkan manusia yang terpengaruh dengan bahaya ajaran yang sesat dan terpesong daripada jalan Islam yang lurus.
Ramai yang menghafaz al-Quran, tetapi sedikit sahaja yang memahaminya dan berjuang untuk menegakkannya. Bahkan, ramai juga yang berlagak menjadi pemimpin, tetapi sangatlah payah mencari siapa daripada kalangan mereka yang menunaikan amanah. Namun, Islam tetap dipelihara oleh Allah. Cahayanya tidak boleh dipadamkan oleh musuhnya yang datang dari segenap penjuru.
Para ulama’ wajib menunaikan amanah ilmu para anbiya’ dan berjuang menegakkan Islam mengatasi segala petunjuk yang lain. Allah SWT berfirman menceritakan tentang Bani Isra’il bahawa selepas Nabi Musa AS, adanya para pemimpin yang setia dan istiqamah. Begitulah juga bagi umat Muhammad SAW.
Para ulama’ berperanan menggantikan para anbiya’ apabila menerima pusaka ilmu Islam melalui wahyu dan hikmah sunnah nabawiah. Para anbiya’ wajib bersifat benar, amanah dan tabligh (menyampaikan dengan benar dan amanah). Maka, diharamkan para ulama’ menjadi pengampu kepada pihak yang berkuasa yang zalim dan khianat.
Sesungguhnya, para ulama’ yang tidak istiqamah melaksanakan amar ma‘ruf dan nahi munkar dengan sekuat-kuat iman menjadi contoh yang buruk kepada masyarakat umum. Kalau mereka diam sahaja, nescaya menjadi syaitan bisu yang dipandang bahawa diamnya adalah membenarkan kemungkaran.
Kita sedang menghadapi bencana ramai orang terpelajar, tetapi mereka tidak memahami peranan ilmu dan menunaikan amanahnya. Malah, ramai pula yang tidak berilmu bercakap dalam perkara yang besar secara jahil dan menjadi pembohong yang merosakkan masyarakat. Sesiapa yang terpencil daripada jemaah (kumpulan) Islam yang sebenar mudah menjadi mangsa syaitan yang menggodanya.
Hanya para ulama’ yang benar-benar menjadi pewaris pusaka anbiya’, namanya tetap hidup bersama ilmunya yang berkat bercahaya tidak padam bertali arus. Adapun yang hanya berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya tenggelam ditelan zaman bersama pondok dan pusat pengajiannya dikuburkan bersamanya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/07/ulama-pewaris-pusaka-para-anbiya/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM DAN PLURALISME
Pluralisme agama merujuk kepada konsep yang mengakui dan menerima kepelbagaian agama dalam masyarakat. Ia boleh merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama mempunyai kebenaran, atau sekurang-kurangnya nilai-nilai positif, dan menggalakkan kerjasama serta dialog antara agama-agama yang berbeza.
Islam menerima konsep kepelbagaian agama dalam masyarakat majmuk, tetapi tidak menerima kepercayaan bahawa semua agama mempunyai kebenaran, atau sekurang-kurangnya nilai-nilai positif.
Kepelbagaian agama tidak boleh dihalang kerana Islam tidak boleh memaksa seseorang untuk menganut Islam. Hal ini demikian kerana, Islam hendaklah dianut dengan hati yang ikhlas yang dinamakan iman, bukan sekadar ikrar dengan lidah yang tidak bertulang.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) pernah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan pluralisme agama kerana dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.
Umat Islam wajib meletakkan Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan wajib pula meninggikan Islam mengatasi segala ajaran yang lain, sama ada yang bernama agama ataupun ideologi.
Maka, fahaman liberalisme dan yang bergandingan dengan pluralisme adalah salah dan sesat. Allah melarang orang-orang yang beriman melampaui sempadan yang telah ditetapkan-Nya.
Baca selanjutnya:
www.facebook.com/share/p/19iFxSA8sB/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AMANAH KEPIMPINAN YANG DIHILANGKAN
Al-Quran, kitab firman Allah menyebut bahawa amanah merupakan perkara yang paling besar dan berat kewajipannya.
Amanah yang paling penting dan paling besar ialah melaksanakan hukum yang adil kepada semua manusia yang bermasyarakat majmuk. Meletakkan Islam (al-Quran dan Sunnah) pada kedudukan paling tinggi oleh mereka yang melaksanakannya, yang dinamakan ulu al-amr (para ulama’ yang berilmu dan para pemimpin yang mentadbir dan melaksanakan hukum yang adil) berpandukan hidayah (petunjuk Allah), iaitu hidayah akal dan hidayah al-din (Islam daripada Allah).
Al-Quran dan hadis mendedahkan sifat mereka yang tidak layak menjadi pemimpin, antaranya ialah yang melaksanakan politik berprinsipkan harta kekayaan, rasuah, menipu, dan merendahkan besarnya amanah tersebut sehingga meminta-minta jawatan dengan mudah.
Apabila tangan salah mengundi pemimpin yang disifatkan dengan ciri-ciri perosak dalam senarainya, iaitu berpolitik dengan kebendaan (rasuah), menipu dengan janji-janji bohong, dan melobi diri menjadi pemimpin, maka datanglah kerosakan aqidah melalui fahaman liberalisme dan pluralisme serta politik sekular yang terpisah daripada agama dan turutannya.
Di samping itu, turut berlaku ekonomi yang membebankan rakyat dengan inflasi disebabkan bergantung kepada jibayah (cukai), bukan hidayah yang memanfaatkan hasil dan sumber manusia. Demikian juga, terjadi keruntuhan moral dengan kemunculan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) serta bertambahnya kadar kemungkaran yang lemah dicegah, diikuti dengan kemusnahan alam sekitar.
Maka, muhasabah wajib dilakukan dengan mengubah kepada pemimpin yang benar-benar beriman dan budiman bersama ilmunya, bukan pemimpin yang berlagak.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/07/amanah-kepimpinan-yang-dihilangkan/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
NAMA NABI IBRAHIM AS DISALAHGUNAKAN BAGI JENAMA AJARAN SESAT
Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang menang dalam pilihan raya dengan sokongan Yahudi Zionis terus membantu negara haram Israel melakukan keganasan dengan semua jenis senjata secara bertali arus. Kini, dia berlagak menjadi pendamai yang menjadi topeng keselamatannya, dengan agenda perpaduan yang bernama agama Abraham bagi menyatukan tiga agama besar Yahudi, Kristian, dan Islam, kerana dikatakan sama-sama berasal daripada zuriat Nabi Ibrahim AS.
Terang lagi bersuluh bahawa meletakkan Islam dalam Abraham Accords (Pakatan Ibrahim) adalah satu penipuan yang halus bagi menyesatkan umat Islam.
Pada masa yang sama, mereka menubuhkan ‘pakatan Ahzab moden’ bagi bersama memerangi Islam. Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan kekalahan dalam menghadapi kumpulan Islam Palestin dan Republik Islam Iran yang dilabelkan sebagai golongan pengganas dan pelampau, padahal merekalah yang mengganas dan melampau, malah dapat disaksikan oleh seluruh pelosok dunia.
Malangnya, terdapat kalangan negara Islam dan Arab yang memisahkan antara dua kiblat; kiblat solatnya ke arah Kaabah (Rumah Allah) di Makkah, tetapi kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) serta Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, Amerika Syarikat yang memimpin pakatan Ahzab baharu.
Umat Islam menghadapi ujian dengan digoncang iman mereka. Ada yang beristiqamah, malah ada juga yang munafiq dan lemah imannya. Namun, majoriti rakyat umat Islam menunjukkan makin beristiqamah, seterusnya menunjukkan masa depan politik dunia ialah berpihak kepada Islam, yang tanah airnya masih ramai sumber manusia dan banyak sumber ekonominya yang perlu disatukan dengan perpaduan umat.
Serahkan masalah kekhilafan mazhab menjadi perbincangan para ulama’ yang tafaqquh fi al-din, bukan kepada orang awam yang jahil dan media yang terbabas mengikuti arahan musuh Islam bagi memecahbelahkan umat yang pernah menjadi agenda penjajah demi melemahkan umat Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/07/nama-nabi-ibrahim-as-disalahguna… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
HIJRAH MEMBAWA RISALAH ISLAM KEPADA MASYARAKAT MAJMUK
Rasulullah SAW mengambil langkah pertama dalam berdakwah dengan mendapatkan perlindungan daripada kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman berdasarkan semangat kekeluargaan dan kemanusiaan. Antaranya, keluarga Baginda SAW daripada kalangan Bani Hasyim termasuk yang belum lagi memeluk Islam, bagi menjaga dan mempertahankan Baginda.
Selain itu, ada juga para pemimpin kabilah dan keluarga bukan Islam yang menentang kekerasan serta mempertahankan Rasulullah SAW. Sehinggakan, para pemimpin yang menentang Rasulullah SAW memberi tawaran menabalkan Baginda menjadi raja atau ketua besar di Makkah. Namun begitu, tawaran itu ditolak oleh Baginda SAW kerana mempertahankan prinsip Islam yang membawa rahmat dan adil terhadap semua.
Apabila tidak diberi tempat kepada Islam yang berdaulat (berkuasa) memerintah negara, maka Rasulullah SAW mencari kaum dan tempat yang bersedia untuk menerima Islam. Sehinggalah kedatangan rombongan dari Madinah ke Makkah bagi menunaikan haji, sebagaimana yang diseru oleh Nabi Ibrahim AS yang menjadi bapa kepada beberapa kaum dan disanjung oleh penganut semua agama daripada kalangan Yahudi, Kristian dan Musyrikin.
Penduduk Madinah, Yathrib atau Taibah (nama asalnya) telah mendapat maklumat awal tentang kelahiran nabi akhir zaman daripada kaum Yahudi Ahli Kitab. Ramai dalam kalangan mereka bermukim di Madinah menunggu kelahiran nabi akhir zaman tersebut yang diharapkan lahir daripada kalangan bangsa Yahudi.
Rombongan Madinah dalam kalangan pemimpin Arab, Aus dan Khazraj menerima Islam dengan mudah dan bersedia menyerahkan tanah air mereka bagi menegakkan negara yang mendaulatkan Islam. Bahkan, mereka melakukan baiah (ikrar kesetiaan) bagi menegakkan Islam dan mempertahankannya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/07/hijrah-membawa-risalah-islam-kep… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM: KETETAPAN ALLAH YANG HARAM DICABAR
Kita masih berada dalam keadaan yang dipaksa oleh penjajah setelah jatuhnya kerajaan Islam. Kini, kita telah merdeka dan penjajah asing sudah pun keluar, sementara telah diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Maka, kedudukan perlembagaan dan undang-undang yang ditanam oleh penjajah yang masih tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dihapuskan.
Pada masa dahulu, para hakim veteran yang bijaksana seperti Tun Suffian Hashim, Tun Salleh Abas, Tan Sri Harun Hashim, Tun Ahmad Fairuz, Tun Abdul Hamid, dan lain-lain melakukan kebijaksanaan dengan merungkaikan yang tersirat tanpa merendahkan Islam, sementara perubahan tetap dilakukan.
Namun begitu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pengikut-pengikut mereka yang mempertahankan warisan penjajah cuba menegakkan kembali langkah sesat yang dilakukan oleh penjajah dahulu bagi merendahkan kedudukan Islam.
Ada kalangan yang mengaku Islam membawa pendekatan haddathah (pembaharuan) yang berjenama Islam dengan membawa perubahan cara Barat sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap agama Yahudi dan Kristian atas nama agama. Mereka membawa pelbagai jenama dengan menempelkan bahasa al-Quran atau menempelkan Islam kepada perkataan bahasa penjajah. Cara ini diberikan amaran oleh Allah SWT:
“Maka, kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dia mengatakan, ‘Ini daripada Allah,’ (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka, kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa-apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa-apa yang mereka kerjakan!” [Surah al-Baqarah: 79]
Langkah biadap terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga ialah langkah mereka yang sumbang terhadap Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/06/islam-ketetapan-allah-yang-haram… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ZIONIS: PERMUSUHAN PALING MELAMPAU ZALIMNYA TERHADAP ISLAM
Allah mendedahkan bahawa kumpulan Zionis merupakan makhluk perosak, iaitu kelompok manusia paling kufur aqidah dan ni‘mat terhadap Allah, serta paling melampau zalimnya dalam sejarah manusia. Mereka terdiri daripada kumpulan pelampau Yahudi dan bukan Islam yang bergabung dengannya yang berjuang untuk menakluk dunia dan memperhamba bangsa lain yang diberi nama goyim, iaitu makhluk yang bertaraf binatang berupa manusia.
Adapun bangsa Yahudi pada asalnya merupakan manusia pilihan Allah, namun berubah menjadi hina apabila mereka derhaka terhadap Allah. Meskipun demikian, mereka berjuang mengangkat diri atas nama Bani Isra’il (zuriat keturunan Nabi Ya‘qub) bagi mengembalikan semula kerajaan agung yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman bin Dawud AS, padahal mereka tidak beramal dengan kitab Allah sepertinya. Sebaliknya, mereka hanya bangga dengan sejarah silam yang telah ditelan zaman.
Zionis ialah kumpulan Yahudi yang sangat terpengaruh dengan kebendaan dan keduniaan sahaja tanpa wawasan akhirat. Mereka membunuh manusia terbaik iaitu para nabi pilihan Allah kerana menyanggah ajaran para nabi yang bertentangan dengan nafsu mereka. Kezaliman mereka menyebabkan mereka hilang sifat kemanusiaan, sehingga sanggup melakukan kekejaman melebihi binatang yang paling buas.
Mereka memesongkan ayat dalam kitab Allah dan hukum-hukumnya, serta mencipta teori yang memuja kemewahan dan nafsu yang jahat, sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka juga yang paling memusuhi Islam yang dianut oleh semua para anbiya’ AS dan pengikutnya yang beriman. Hal ini demikian kerana, Islam menentang kemungkaran, kesalahan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka.
Pada zaman mutakhir, pertubuhan Zionis berjaya mempengaruhi para pemimpin di Amerika dan Eropah dengan kekayaannya dan menguasai media. Akibatnya, mereka turut bersama dalam gerakan Zionis yang menentang Islam secara melulu, bukan demi menegakkan kebenaran dan keadilan kepada seluruh dunia mengikut amanah Allah.
Kumpulan ini menentang Islam dan penganutnya bukan atas sempadan mencari kebenaran. Sebaliknya, disebabkan perasaan dengki dan dendam kerana kejayaan Islam dan perkembangannya yang tidak boleh dihalang dan cahayanya yang tidak boleh dipadamkan.
Mereka mahu supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam dan menghalang segala kemajuannya dalam kemajuan ilmu dunia. Sedangkan Islam telah membuktikan kejayaannya selama beberapa abad menjadi kuasa besar yang menyelamatkan manusia, bukan menjajah dan menakluk secara zalim. Keadilan Islam yang sempurna berjaya menawan hati manusia sehingga ke seluruh wilayah timur dan barat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/06/zionis-permusuhan-paling-melampa… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MALAYSIA, KE ARAH MANA MADANINYA?
Islam menetapkan hala tuju madaninya berdasarkan takrif Islam sebagai al-din, bukan sekadar agama sahaja dalam bahasa lain. Hanya Islam satu-satunya jalan dan menolak segala jalan yang lain.
Bukan hanya Malaysia sahaja yang bersifat madani, malah termasuk dunia lain juga tabiinya bermadani. Masalahnya ialah ‘Malaysia Madani’ dijadikan slogan untuk membodohkan dan menipu dengan kefahaman yang sempit tanpa ilmu, di samping hanya sekadar menipu tanpa haluan dan petunjuk. Slogan itu juga disempitkan sekadar secebis bumi kecil Malaysia di dalam dunia yang luas, menjadikan rakyat laksana katak di bawah tempurung.
Madani yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia. Rasulullah SAW ialah teladan terbesar pada akhir zaman, ketika manusia dikurniakan kemajuan ilmu sehingga menghubungkan seluruh manusia di alam dunia terkini.
Rasulullah SAW memulakan pembinaan masyarakat madani mengikut acuan Allah SWT, dengan menukar nama kota Taibah kepada nama Madinah yang bercirikan madani yang bertaqwa, bermula dengan membina kekuatan umat Islam dengan perpaduan berlandaskan aqidah atau iman.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/06/malaysia-ke-arah-mana-madaninya/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H
Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Islam dan iman, serta mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar melalui kisah agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS.
Hari Raya Aidiladha bukan semata-mata satu perayaan tahunan, tetapi merupakan medan tarbiah yang mengajar kita makna ketaatan, keikhlasan, dan pengorbanan dalam melaksanakan perintah Allah tanpa ragu.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam agar:
1.Menghayati roh ibadah korban dengan sebenar-benarnya. Ia bukan hanya penyembelihan haiwan, tetapi satu simbol pengorbanan hawa nafsu dan kepentingan diri demi mentaati perintah Allah serta memelihara maslahat umat.
2.Menegakkan syiar tauhid dalam kehidupan seharian, dan menjauhi segala bentuk syirik serta fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam.
3.Menolak sebarang usaha untuk mencairkan identiti Islam, termasuk gagasan sesat seperti “Agama Abraham” yang cuba menyamakan Islam dengan agama-agama lain, sedangkan Nabi Ibrahim sendiri adalah Muslim yang hanif, bukan Yahudi, bukan Nasrani, dan bukan Musyrik.
4.Mengambil berat akan penderitaan umat Islam di Palestin, Syria, Myanmar, dan di seluruh dunia yang sedang ditindas. Jika tidak mampu dengan harta atau tenaga, maka bantulah mereka dengan doa dan munajat yang bersungguh-sungguh.
Aidiladha ialah lambang kekuatan iman dan keyakinan terhadap janji Allah. Inilah asas kepada kebangkitan umat Islam melalui taqwa, ilmu, kesatuan dan perjuangan menegakkan kebenaran serta menolak segala bentuk kezaliman.
Semoga Allah menerima segala amalan kita, menyatukan hati-hati kita, dan memelihara umat Islam daripada fitnah yang melanda dunia hari ini.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bi khayr.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PARA ANBIYA’ TIDAK KEBAL DI BAWAH SYARIAT (UNDANG-UNDANG)
Walaupun para anbiya’ AS wajib bersifat maksum (terpelihara daripada dosa) kerana menjadi contoh teladan kepada manusia, namun pada prinsipnya mereka berada di bawah syariat Allah dan bersifat tidak kebal. Hal ini bagi menegakkan konsep adil kepada seluruh manusia.
Keadaan ini menunjukkan bahawa tiada imuniti atau kekebalan di bawah syariat Allah. Konsep ini menjadi amalan semua khalifah dan raja Islam yang menjadi ketua negara, khususnya para Khulafa’ al-Rasyidin RA yang ditarbiah secara langsung oleh Rasulullah SAW.
Islam menganggap para pemimpin dan raja yang meletakkan dirinya mengatasi undang-undang sebenarnya seolah-olah berlagak menjadi Tuhan.
Terdapat dalam kalangan negara demokrasi yang mengambil teladan daripada Islam bertindak terhadap mana-mana Presiden atau Perdana Menteri yang mempunyai salah laku dalam pilihan raya dan sewaktu mentadbir negara. Antaranya, apa yang pernah berlaku dalam skandal Watergate di Amerika Syarikat termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri negara Britain dan Jepun kerana maruah kemanusiaan.
Islam juga bersikap tegas dalam undang-undang peperangan, apabila dilarang umatnya bertindak melampau terhadap musuh atau tawanan kerana perintah Allah SWT.
Islam juga menegaskan proses kehakiman yang adil, antaranya dengan mengemukakan saksi dan bukti yang adil serta hakim yang adil.
Para anbiya adalah tauladan terbaik sepanjang zaman.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/06/para-anbiya-tidak-kebal-di-bawah… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KHUTBAH AIDILADHA 1446H
Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha 1446H oleh Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk para khatib di masjid dan surau.
Semoga Hari Raya Aidiladha ini akan melahirkan sifat taqwa dalam diri kita semua.
Pautan khutbah: -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT
Makhluk manusia ditetapkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan Pencipta alam yang bersifat Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana supaya manusia itu berada di alam dunia, beramal dan bertugas sebelum alam akhirat yang kekal abadi. Mereka ditugaskan di bumi dengan sifat yang khusus dan sifat yang tiada pada makhluk yang lain.
Manusia dijadikan berjasad, berakal, dan bernafsu yang dikawal oleh akal, serta bernyawa dan bergerak, bersifat kedirian, berkeluarga dan bermasyarakat. Segala sifat ini membolehkan mereka mentadbir makhluk yang lain di alam bumi.
Malah, ditetapkan supaya mereka beribadat menyembah Allah dan memperhamba diri dengan menggalas tugas mentadbir dunia serta menunaikan amanah dengan menegakkan konsep adil kepada semua. Semua tugas tersebut menjadi amalan soleh yang dijanjikan pahala dan akan diberi balasan pada Hari Akhirat kelak.
Hari ini umat Islam menghadapi zaman kelemahan dalam ilmu agama sendiri kerana tidak bertafaqquh dan jahil terhadap ilmu dunia kerana leka dengan kemajuan kebendaan kehidupan dunia, bukan menjadikan dunia tempat beramal bagi menunaikan perintah Allah. Bahkan, ada juga yang terpengaruh dengan ideologi yang bertuhankan kebendaan dunia dengan bernafsu mengatasi akal serta meninggalkan hidayah Allah dalam urusan agama dan dunia.
Dunia kini dikuasai oleh blok yang bertuhankan ekonomi kebendaan, sama ada yang ekstrem membela masyarakat yang berbeza sehingga menyekat kekayaan malah ada yang liberal berkiblatkan kebendaan sehingga melampau mencari kekayaan dan menindas golongan yang lemah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/05/dunia-jambatan-ke-akhirat/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AMERIKA JUARA POLITIK WANG (PENJAJAHAN EKONOMI), KE MANA ARAH NEGARA ISLAM?
Amerika Syarikat kini sedang menjemput negara-negara Islam atas nama perdamaian yang zalim dan perkara ini menghina Islam dan penganutnya. Mereka mencadangkan perdamaian dengan melucutkan senjata daripada kumpulan yang menentang Israel serta membekalkan Israel dengan semua jenis senjata atas nama keselamatan bagi Israel sahaja, tetapi berselindung di sebalik slogan perdamaian.
Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada sejarah dengan menjadikannya teladan dan sempadan. Mereka hendaklah sedar bahawa umat Islam yang berwala’ kepada bukan Islam demi mencari kemenangan menunjukkan sifat-sifat munafiq yang menjadi penyakit yang merosakkan iman.
Donald Trump yang menjadi Presiden Amerika Syarikat baharu, melonjak lebih ke arah hadapan untuk memperkasakan Amerika Syarikat dalam kalangan negara sekutunya supaya menjadi kuasa tunggal dunia. Antaranya, dengan mengeluarkan kenyataan mahu menguasai Kanada, membeli Greenland dan ingin menggunakan Terusan Panama dan Terusan Suez secara percuma.
Paling celaka ialah pelaburan dengan angka ratusan bilion (hampir mencecah trilion) oleh negara-negara Arab kepada Amerika Syarikat. Hal ini menjadikan negara Islam yang kaya hasilnya laksana lembu susu yang diberi makanan, adapun susunya diangkut oleh tuannya. Ini termasuklah dalam lapangan teknologi persenjataan yang membantu Israel terlampau mengganas - langkah yang mengecewakan usaha jihad menentang Israel dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
Allah mengharamkan umat Islam menggantungkan kemenangannya dengan bukan Islam walaupun Islam mendahulukan perdamaian terhadap bukan Islam kerana memperkenalkan Islam secara langsung.
Kita yakin dan percaya akan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa segala halangan yang mengecewakan dan melemahkan perjuangan Islam tidak mampu menghalang kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/05/20/amerika-juara-polit… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Wahai umat Islam yang dikasihi,
Ketahuilah bahawa kita kini sedang berdepan dengan cabaran zaman moden yang tidak kurang bahayanya terhadap aqidah dan iman, berbanding zaman dahulu yang menghadapi gelombang falsafah asing seperti Mu‘tazilah dan Qadariyyah.
Namun janji Allah tetap benar: yang batil akan lenyap, dan yang hak akan tetap terpelihara. Tetapi ingatlah bahawa pertarungan antara iman dan kufur tidak pernah berhenti. Ia adalah ujian Allah bagi menguji keikhlasan dan keteguhan kita.
Zaman kini menyaksikan munculnya berhala moden dalam bentuk ideologi, pesta, hiburan, dan pemikiran materialistik yang memesongkan umat tanpa sedar. Ramai yang sudah tergelincir dari landasan iman dan terjatuh ke jurang kufur dan nifaq, walaupun mengaku sebagai Muslim.
Maka saya menyeru umat Islam agar kembali kepada aqidah yang sahih. Inilah asas agama dan kunci kebahagiaan dunia akhirat. Berpegang teguhlah kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, dan jauhilah falsafah yang bersumberkan akal semata-mata tanpa bimbingan wahyu.
Saya persembahkan kitab ‘Aqidah al-Muslimin ini sebagai panduan kepada umat, bermula daripada batas iman dan kufur, agar tidak terjerumus ke jurang yang menyesatkan. Amal tanpa iman tidak akan menjadi pembela di hadapan Allah.
Saya menulis ini dengan merujuk kepada hujah para ulama mujahidin dan mujaddidin yang telah menegakkan kebenaran di zaman masing-masing tanpa gentar kecuali kepada Allah. Semoga kita semua diberi taufiq untuk mengikuti jalan mereka.
Saya mohon kepada Allah agar usaha ini dikira sebagai amal soleh, sebagai jihad dalam menegakkan kalimah Allah, dan sebagai warisan ilmu yang terus hidup walau jasad telah pergi.
Saya serahkan amanah ini kepada para pembaca:
•Teguhkan aqidah kalian.
•Didiklah keluarga dan anak bangsa dengan asas iman yang benar.
•Bangkitlah menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha memesongkan umat.
•Dan jangan lupa mendoakan saya, kedua ibu bapa saya, guru-guru saya, dan seluruh umat Islam.
Semoga Allah menetapkan hati kita di atas jalan yang lurus dan menerima segala amal ini sebagai amal jariah yang berpanjangan.
Raji‘ afw Rabbih,
Abdul Hadi Awang
--------------------
Dapatkan naskhah terbaharu karya YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ensiklopedia Aqidah Muslimin, kini tersedia untuk dimiliki melalui pautan di bawah!
buku.pustakapermataummah.com/order/form/ensiklopediaaqida… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM DAN BANGSA; DIANGGAP PERKATAAN YANG SAMA
Masyarakat Melayu di Malaysia, Arab dan Barbar di Algeria, serta bangsa Bosnia menjadikan bangsa seiring dengan makna Islam. Begitu juga di Indonesia, kalangan kaum Acheh, Bugis, Banjar dan Minang.
Di Malaysia, menjadikan bangsa Melayu itu sinonim dengan Islam dan sebaliknya Islam itu Melayu, sama ada seseorang itu berbangsa Arab mahupun keturunannya Cina Muslim atau India Muslim. Kaum Acheh, Bugis Banjar dan Minang juga menjadikan erti bangsa satu perkataan yang sama dengan Islam, termasuk kabilah Pashtun di Pakistan dan keturunannya yang berada di Malaysia juga dianggap Melayu.
Begitu juga kaum Bumiputera yang Islam, termasuk kaum Jawa yang Islam, Batak yang Islam dan lain-lain semuanya dianggap Melayu. India yang asalnya Islam, dianggap menjadi Melayu; begitu juga Cina yang asalnya Islam, juga dianggap menjadi Melayu.
Dalam syariat Islam, disebutkan uruf menjadi salah satu sumber hukum. Makna uruf ialah perkara yang menjadi ucapan atau amalan masyarakat umum yang tidak bercanggah dengan Islam. Sekali gus menolak sifat yang bercanggah dengan Islam seperti ‘asabiyyah, adat jahiliah dan lain-lain.
Dikatakan semangat kekeluargaan, kebangsaan dan kemanusiaan adalah fitrah atau tabii (sifat semula jadi manusia). Pada akhir zaman ini, kita menyaksikan ada manusia yang keluar daripada tabiinya. Hilang semangat kebangsaannya, sehingga melupakan bangsanya sendiri. Ada pula kumpulan LGBT dan lain-lain yang melupakan jantinanya.
Di sini, ada pula orang Melayu yang tidak suka membela Melayu yang dizalimi dan ditindas, sehinggakan bercakap berkenaannya pula dianggap bersifat perkauman dan cuba diadakan pula suatu akta atau undang-undang mengenai 3R. Walaupun nyata undang-undang tersebut bercanggah dengan ajaran al-Quran yang mewajibkan amar ma‘ruf dan nahi munkar serta memberi nasihat kepada semua. Bahkan, juga bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Ada golongan yang membela binatang lebih daripada membela manusia, malah perbuatan membunuh anjing liar dan gila atau menembak babi hutan dan binatang berbahaya juga dianggap suatu kesalahan yang besar. Sehingga ada yang berjuang supaya dibatalkan hukuman mati terhadap manusia yang membunuh dan bertindak ganas.
Malaysia pada zaman kini, bangsa Melayu adalah mendominasi masyarakat majmuk, maka pendekatan menegakkan negara acuan Rasulullah SAW yang dilaksanakan oleh Sunnah Baginda dalam siasah syar‘iyyah inilah hukum Mazhab Ahli Sunnah.
Adapun yang menetapkan ketua negara tanpa mengira bangsa ialah mazhab Khawarij, berdalilkan pandangan Ansar ketika wafatnya Rasulullah SAW yang ditolak oleh ijmak para sahabat dan tabiin.
Maka, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetap beristiqamah bersama Islam mengajak kepada perpaduan bangsa Melayu Islam dan kemanusiaan bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut Sunnah Rasulullah SAW yang beramal dengan al-Quran dalam amalan politiknya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/05/12/islam-dan-bangsa-di… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
IKHTILAF MAZHAB: ANTARA KHILAF DAN KESATUAN UMAT
Perbincangan tentang Islam adalah difahami daripada perkataan al-din menurut bahasa al-Quran, berbeza dengan perkataan agama atau religion dalam bahasa lain. Hal ini demikian kerana, Islam merangkumi seluruh urusan manusia dalam segala aspek mengikut fitrahnya dari aspek jasad, roh, akal, dan nafsu, serta melibatkan kehidupan secara bersendirian dan bermasyarakat. Malah, dinyatakan tujuan kejadian manusia dalam perkara ibadah, khilafah, dan amanah.
Berlakunya kelahiran pelbagai mazhab dalam perkara cabang (al-mutaghayyirat), tetapi tetap bersatu dalam perkara al-thawabit (perkara dasar, rukun dan fitrah yang telah ditetapkan).
Perbezaan yang diharuskan ialah kekhilafan yang berlaku dalam perkara furu‘ sahaja, dan pecahan-pecahannya dinamakan mazhab.
Adapun perpecahan dalam perkara dasar dan rukun Islam pula dinamakan firqah yang dihukum haram, dan menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam.
Firqah ialah agama ciptaan seperti Qadyani, Baha’i, Yazidiyyah, Druze dan lain-lain. Mazhab yang keluar daripada Islam pula termasuk pelampau Syiah seperti Saba’iyyah, Bayaniyyah dan lain-lain. Demikian juga pelampau Khawarij seperti Azariqah dan lain-lain yang menolak mana-mana rukun dan dasar Islam, serta melakukan perkara yang membatalkan syahadahnya.
Umat Islam seluruhnya yang termasuk kalangan Ahli Kiblat bersepakat dalam perkara dasar serta rukun, wajib bersatu dalam perkara tersebut, sebagaimana para ulama’ mazhab terdahulu yang saling belajar dan mengajar sesama mereka. Contohnya, Imam al-Syafi‘i RH merupakan murid kepada Imam Malik bin Anas RH dan Imam Abu al-Hasan al-Shaibani RH pula ialah murid kepada Imam Abu Hanifah RH. Imam Ahmad bin Hanbal RH pula ialah murid kepada Imam al-Syafi‘i RH.
Begitu juga, Imam al-San‘ani RH daripada mazhab Zaidiyyah mengarang kitab Subul al-Salam, syarah kepada kitab Bulugh al-Maram karangan Ibn Hajar al-Asqalani RH daripada Mazhab Syafi‘i.
Namun begitu, campur tangan asing, khususnya pihak penjajah, turut memainkan peranan dalam memecahbelahkan umat Islam melalui perbezaan antara mazhab dan juga bangsa.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/05/11/ikhtilaf-mazhab-ant… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
UMDAP MEMPERSUCI DAP
Kemenangan UMNO bersama DAP (UMDAP) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak bermakna memberikan kesan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Sifat perubahan dalam arus politik menjadi tabii alam dan dinamik dalam politik, termasuk ke arah yang tidak istiqamah bersama Islam.
Kejayaan calon UMDAP bersama PH dalam PRK Ayer Kuning ialah hasil kejayaan UMNO menubuhkan UMDAP yang mempersuci DAP yang anti-Islam secara terbuka, termasuk beberapa tindakan mempersuci DAP dan PH dalam isu ternakan babi secara haram di kawasan majoriti penduduknya Islam dan dipimpin oleh Melayu Islam.
Namun, Islam yang progresif dan liberal, serta UMDAP yang mempersuci DAP — walaupun bercanggah dengan nas al-Quran, hadis, ijmak, dan qias yang nyata, bahkan bertentangan dengan siasah syar‘iyyah dan maqasid al-syariah kerana ternakan babi memudaratkan kesihatan, alam sekitar, dan nyawa — ditolak oleh sebahagian besar pengundi Melayu Islam di Ayer Kuning bersama calon UMDAP.
UMDAP membawa sebahagian daripada UMNO menjadikan matlamat menghalalkan cara (the end justifies the means) mengikut kaedah politik sekular dan cara politik liberal. Di samping itu, mereka berada dalam kerajaan demi memperoleh jawatan Menteri Besar, Exco, projek, dan kehakiman terpilih bagi menyelamatkan kawan dan sahabat dalam kes yang nyata buktinya seperti jenayah dan rasuah.
Sebaliknya, mereka memilih lawan untuk diseret ke mahkamah dalam kes yang nyata dan belum nyata, termasuk kes yang sengaja diciptakan terhadap sesiapa sahaja yang melawan. Malah mereka boleh berbohong atau bersumpah bohong — padahal ia diharamkan dan diwajibkan kafarah dalam hukum Islam —, di samping melakukan kemungkaran lain yang menjadi amalan Kerajaan PH.
Bersama mereka ialah media seperti Malaysiakini dan lain-lain yang mendukung secara kasar dan halus, berserta kalangan oportunis politik wang dan pangkat yang berjaya dalam PRK Ayer Kuning.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/04/30/umdap-mempersuci-dap/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
RINGKASAN FIQH JIHAD
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai petunjuk dalam perjalanan politiknya bagi menunaikan kewajipan politik yang menjadi penaung dan payung memelihara Islam dan para penganutnya.
Kejayaan politik perdamaian Hudaibiyyah yang menangguhkan umrah menjadi kejayaan, apabila tidak lama selepas itu berjaya dibebaskan Makkah (Fathu Makkah) yang menjadi kiblat umat Islam dan tempat pelaksanaan ibadat haji.
Begitu juga menangguhkan ibadat haji yang wajib menjadi rukun Islam selepas berjaya Fathu Makkah (membebaskan Makkah daripada pemerintah jahiliah). Kejayaan politik Fathu Makkah berjaya memerintah seluruh Semenanjung Tanah Arab dan selepasnya menjatuhkan dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom.
Apabila pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK) segera diadakan, maka hukumnya menjadi wajib mudayyaq yang didahulukan. Adapun haji dan umrah yang wajib, apatah lagi yang sunat wajib bagi peribadi sahaja dan boleh ditangguhkan, maka wajib didahulukan pilihan raya yang segera dan menangguhkan pelaksanaan haji dan umrah.
Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning segera diadakan, PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN) melawan Parti UMDAP (UMNO bersama DAP) dan rakan-rakannya berpandukan amalan Rasulullah SAW iaitu mendahulukan politik yang memayungi semua ajaran Islam.
Akhirnya, kemukakan hujah kamu berdalilkan petunjuk al-Quran, hadis dan ijmak, jangan sekali-kali kamu menggunakan akal sahaja tanpa petunjuk.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/04/23/ringkasan-fiqh-jihad/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Negara-negara Islam dan Arab turut dipengaruhi supaya mengiktiraf negara haram Israel atau melakukan hubungan normalisasi dalam pelbagai aspek dengan Israel. Ada negara yang menerima secara terbuka, dan ada juga yang bersembunyi mengadakan hubungan diplomatik, ekonomi, media dan sebagainya.
Kemuncaknya, pihak pelampau Yahudi bertindak ganas apabila mengisytiharkan Bait al-Maqdis sebagai ibu negara Israel dengan sokongan Amerika Syarikat dan sekutunya. Lebih melampau lagi, mereka menceroboh Masjid al-Aqsa dan mengisytiharkan ingin merampasnya dan melakukan upacara korban bagi mendirikan Haikal Sulaiman (kuil agung penganut Yahudi).
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sedarlah wahai umat Islam! Betapa ‘Syaitan Besar’ itu telah mengisytiharkan perang terhadap Islam. Maka, biarkan kumpulan kafir dan munafiq pergi jahanam di dunia dan di akhirat.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SYAITAN AKBAR MENJADI PENDAMAI
Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya telah mengerahkan bala tentera udara, tentera laut dan tentera darat dengan segala peralatan perang yang besar. Malah, sudah banyak pangkalannya yang wujud di Asia Barat, namun masih gagal menembusi pertahanan kumpulan yang bersama Hamas.
Sebelumnya, Amerika Syarikat yang dibantu beberapa buah negara cuba menjadi pendamai walaupun berpihak kepada Israel melalui cadangan Penyelesaian Dua Negara (Two-State Solution) bagi Palestin dan Yahudi. Begitu juga cadangan alternatif untuk memindahkan rakyat Palestin ke mana-mana negara dengan tawaran bantuan kewangan yang paling besar jumlahnya. Namun demikian, semua tawaran ditolak oleh rakyat Palestin dalam keadaan Israel terus berjuang menegakkan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang bercita-cita menakluk dunia.
Sesungguhnya, cahaya Islam tidak boleh dihapuskan. Disebabkan itulah, musuh Islam menentang semua kumpulan yang berjenama Islam tanpa mengira mazhab. Maka, kumpulan Islam daripada semua mazhab wajib bersatu menentang bala tentera Ahzab dan tentera Salib yang bersatu menentang kebangkitan Islam. Meledaknya Taufan al-Aqsa di Gaza iaitu negara yang berada dalam satu saf dengan kumpulan Islam adalah jihad yang masih hidup.
Kegagalan Zionis dan kuasa besar dalam pasukan Ahzab memadamkan semangat Taufan al-Aqsa adalah disebabkan mesej Islam yang membawa rahmat melalui perdamaian dan peperangan mengikut petunjuk Allah.
Sedarlah wahai umat Islam! Betapa ‘Syaitan Besar’ itu telah mengisytiharkan perang terhadap Islam. Maka, biarkan kumpulan kafir dan munafiq pergi jahanam di dunia dan di akhirat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/04/17/syaitan-akbar-menja… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Infografik
CIRI-CIRI PARTI ISLAM
Kini, berlaku kemunculan parti-parti berjenama Islam atau perkataan yang tersohor dalam Islam seperti keadilan, amanah, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana kekhilafan pemikiran dalam kalangan penganut Islam yang berpunca daripada salah faham dan tidak bertafaqquh dalam urusan agama, seterusnya menyebabkan perpecahan yang merosakkan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS mencapai kejayaan menjadi parti terkuat dalam politik negara, sehingga menjadi parti yang paling banyak memerintah negeri dan menduduki paling banyak kerusi Parlimen. Bukan sebagaimana parti berjenama Islam yang menumpang dalam keadaan Islam dipinggirkan sedikit demi sedikit dan tidak berkuasa, malah dikawal untuk meneruskan pergerakannya dan menjadi agenda penjajah untuk Islam dihapuskan oleh musuhnya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kini, kita sedang menyaksikan di bawah Kerajaan PH, bebasnya kumpulan liberal dan anti-Islam menggunakan media, khususnya media baharu (seperti Malaysiakini dan lain-lain) bagi menimbulkan kefahaman yang salah terhadap Islam. Di samping itu, mereka juga mengambil langkah-langkah mengawal pengajian agama, dakwah, dan khutbah Jumaat di bawah perlindungan konsep demokrasi Barat.
Sebaliknya, kebebasan mengikut acuan liberalisme mendapat perlindungan kuasa politik yang didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang terbesar dalam kerajaan dan kalangan oportunis yang gila menjadi pemimpin tanpa istiqamah. Mereka terus melaksanakan Islam sekular dan Islam liberal ciptaan penjajah dengan jenama Islamnya. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
SOKONGAN TERHADAP FATWA JAWATANKUASA IJTIHAD DAN FATWA KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA BERKENAAN ISU GAZA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung situasi tragik dan berterusan di bumi Gaza yang kini menyaksikan pencerobohan zalim oleh entiti Zionis serta pelanggaran terhadap gencatan senjata yang sepatutnya dihormati.
Ketegasan yang diambil oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini adalah selari dengan pendirian dan seruan PAS yang konsisten dalam isu Palestin, yang menuntut kepada dukungan seluruh umat Islam merentasi perbezaan fahaman dan mazhab melibatkan peranan pemimpin, ulama’ dan masyarakat.
Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/04/07/sokongan-terhadap-f… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERKUKUHKAN KUASA ISLAM DI MALAYSIA UNTUK SELAMATKAN NEGARA
Di Malaysia, negara ini mencapai kejayaan awal dalam rundingan kemerdekaan apabila berjaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan bersama hak istimewa Melayu Islam dan juga bumiputera, disertakan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan sekali gus mengukuhkan kedudukan Islam yang wajib dipertahankan. Raja-raja dikekalkan tetapi dilucutkan kedaulatannya dengan penipuan slogan konsep Daulat Tuanku yang sering diucapkan dan ditulis, dengan dilucutkan kuasanya di bawah perlembagaan sekular.
Penerimaan kalangan bukan Islam yang dibawa masuk oleh puak penjajah, sehingga diterima menjadi warganegara adalah melaksanakan mesej kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Islam, begitu juga hak beragama bukan Islam berkonsepkan tiada paksaan dalam beragama yang dibawa oleh Islam. Kedudukan warga pendatang bersama masyarakat majmuk yang aman sangat berbeza dengan kedudukan minoriti penganut Islam di negara lain yang bukan Islam, di mana penganut Islam dizalimi walaupun mereka juga merupakan penduduk asal.
Maka, adanya perjuangan yang mahu meminggirkan Islam mutakhir ini merupakan suatu bentuk pengkhianatan yang dibawa oleh beberapa buah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hendaklah ditentang dan dihapuskan kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat kini yang berada dalam keadaan baik. Tindakan melampau tidak mengenang budi umat Islam terhadap mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar.
Usaha untuk meminggirkan Islam, melemahkan kedudukannya, bahkan juga mahu memurtadkannya merupakan perancangan penjajah yang telah dilaksanakan ketika kekuasaannya dahulu. Maka, kumpulan yang meneruskan perancangan penjajah itu ialah makhluk perosak yang wajib diharamkan, kecuali bukan Islam yang tidak ekstrem maka mereka tetap dihormati dan dipelihara.
Adanya makhluk perosak yang merancang dan memperjuangkan berbagai-bagai ideologi dan pendekatan merupakan musuh Islam yang terus menerus berjuang menentang Islam serta umatnya secara terbuka, malah berterusan melalui pelbagai pendekatan politik, ekonomi dan media.
Muncul dalam kalangan mereka kalangan yang menganut Islam dan mengadakan kumpulan berjenama Islam, tetapi semuanya diperalatkan oleh musuh bagi merampas kuasa dengan melemahkan umat Islam dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Kini, kita dikatakan telah merdeka daripada penjajah, tetapi ajaran penjajah yang sesat dan langkah menentang Islam masih wujud dengan dukungan warga asing yang diberikan kerakyatan. Begitu juga, umat Islam yang telah disesatkan dalam mempertahankan ajaran yang sesat itu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/04/06/perkukuhkan-kuasa-i… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
SERUAN HIMPUNAN BEBASKAN MASJID AL-AQSA DAN MERDEKAKAN PALESTIN
Situasi tegang yang melampau dalam dunia kini menjadi ujian kepada umat Islam, sama ada beristiqamah bersama Islam, atau mencabut Islamnya dengan mengadakan normalisasi bersama Zionis dan konco-konconya.
Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau.
Namun begitu, Amerika Syarikat dan Eropah tanpa bermaruah melabel Palestin dan semua pihak yang membantu Palestin sebagai pengganas dan pelampau. Sehinggakan, mereka menyerang Yaman kerana menyokong Palestin, mengancam Iran dan semua negara yang menentang Zionis.
Adapun Zionis dan semua negara yang bersamanya berlagak menjadi pendamai dan pengaman. Mereka mengajak bersama negara Arab dan Islam menjadi pihak yang mendamaikan dengan berpihak kepada Israel dan memaksa pihak Palestin menyerah kalah. Pada masa yang sama, mereka membekalkan senjata yang bertali arus kepada Zionis dan ikut bersama mengerahkan bala tentera menyerang negara-negara yang membantu Palestin.
Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan.
Justeru itu, atas kasih dan cinta kepada Islam dan saudaranya di Palestin, saya menyeru kepada umat Islam untuk berhimpun selepas solat Jumaat (28 Mac 2025) di seluruh negara sebagai tanda solidariti bebaskan Masjid al-Aqsa dan merdekakan Palestin.
“BEBASKAN MASJID AL-AQSA, MERDEKAKAN PALESTIN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 26 Ramadan 1446 / 27 Mac 2025 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KHUTBAH AIDILFITRI 1446H
Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 1446H oleh Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk para khatib di masjid dan surau.
Semoga Hari Raya Aidilfitri ini akan melahirkan sifat taqwa dalam diri kita semua.
Pautan khutbah: -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ZIONIS MENJADIKAN DUNIA DIKUASAI UNDANG-UNDANG BINATANG DI RIMBA
Dunia kini dipengaruhi oleh para pemimpin yang sikapnya rakus dengan nafsu kebinatangan, meskipun mempunyai akal yang tidak ada pada binatang. Hal ini menjadikan manusia yang bernafsu dan berakal lebih ganas daripada binatang yang tidak berakal apabila menggunakan akalnya. Sehingga berlakunya pergaulan bebas tanpa sempadan dan peperangan yang melampaui batas kemanusiaan.
Siapa yang kuat dijadikan penentu kebenaran dan keadilan mengikut nafsu yang mengagungkan harta dan takhta. Keadaan ini laksana binatang buas di rimba belantara yang ditentukan oleh binatang yang paling kuat dan ganas.
Kini, dapat disaksikan keganasan melampau yang disambung lagi oleh Yahudi Zionis di Palestin setelah merompak tanah air daripada penduduk asal Palestin bagi dijadikan negaranya. Palestin bukan lagi hak kaum Yahudi kerana mereka hilang kelayakan disebabkan menentang Allah, membunuh para anbiya’ yang dilantik oleh Allah dan para pemimpin yang menegakkan jalan yang betul dan adil.
Mereka menguasai ekonomi dunia dengan kekayaan yang melampau secara haram melalui penjajahan, penindasan dan penipuan. Dengan pengaruh wang, mereka menguasai kepimpinan negara-negara besar, khususnya terkini Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehingga turut mempengaruhi negara Islam dan Arab, serta pertubuhan antarabangsa, media dan perdagangan.
Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya dengan sokongan mereka telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau.
Percayalah bahawa kuasa besar yang mengganas dan negara-negara di bawah naungannya sepanjang zaman akan menerima hukuman Allah yang pasti akan menamatkan riwayat mereka, sebagaimana yang berlaku pada zaman dahulu.
Semua kuasa besar sepanjang zaman telah menerima nasib yang sama. Maka, percayalah bahawa Zionis dan semua negara yang berada di bawah pengaruhnya juga akan menerima ajal yang sama.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/03/24/zionis-menjadikan-d… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
RASULULLAH SAW DITUDUH MENGAMALKAN NEPOTISME DAN KRONISME
Nepotisme atau pilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan, bukannya penilaian secara objektif keupayaan seseorang yang hendak dipilih. Manakala kronisme pula bermaksud amalan yang mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya untuk keuntungan pihak mereka.
Mengikut ilmu mantiq (ilmu logik atau science of reason), pendahuluan ilmu falsafah dan ilmu istilah mestilah bersifat jami‘ (kolektif atau comprise atau compile) dan mani‘ (obstacle). Maka, apa-apa takrif yang digunakan hendaklah memenuhi ciri-ciri yang berkaitan dan menolak perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
Hal ini mendedahkan kejahilan mereka yang merendah-rendahkan martabat Rasulullah SAW dalam ilmu bahasa dan istilah. Sekiranya disiasat, jelas sekali bahawa pemikiran mereka tidak berfalsafah, malah lebih cenderung memperlihat kejahilan dan keruntuhan moral mereka sendiri. Keadaan ini disebut sebagai jahil murakkab, iaitu apabila seseorang bercakap mengenai perkara yang tidak diketahuinya.
Pelantikan keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat RA terkeluar daripada takrif nepotisme dan kronisme. Hal ini demikian kerana, mereka dilantik berdasarkan kelayakan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan pada zaman awal Islam yang jauh daripada matlamat untuk mencari kemewahan dan kesempatan jawatan, ketika Islam dikepung oleh seluruh dunia.
Siasatan dan pemerhatian yang teliti akan mendapati bahawa mereka yang memfitnah Rasulullah SAW sebenarnya terdiri daripada kalangan yang runtuh moralnya sendiri, bersifat jahil dan fasiq, serta mengejar kebendaan dan pangkat. Bahkan, dalam kalangan mereka terdapat individu yang kufur dan munafiq.
Maka, sesiapa yang mempertikaikan sifat mulia yang wajib dimiliki oleh para rasul sebenarnya mencabar Allah dan menghina para rasul-Nya yang wajib bersifat benar (siddiq), amanah, tabligh (menyampaikan), dan bijaksana (fatanah). Malah, Baginda SAW terpelihara daripada sebarang sifat buruk dengan pengawalan wahyu daripada Allah SWT.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/03/18/rasulullah-saw-ditu… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
UMNO MEMBUNUH DIRI SENDIRI
Terdapat kalangan kepimpinan UMNO yang memilih untuk menjadi parti yang menumpang Pakatan Harapan (PH). Sedangkan PH didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu sebuah parti yang membawa konsep sekular yang meminggirkan Islam serta kepimpinan Melayu dan bumiputera. Kononnya, tindakan ini bertujuan untuk menguatkan semula UMNO, tetapi hakikatnya lebih kepada usaha menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kes mega rasuah dan pelbagai isu yang lain lagi.
Terkini, pemimpin utama DAP, Lim Guan Eng, dalam satu majlis makan malam Kelab Veteran Kebangsaan DAP di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengeluarkan kenyataan bahawa, “DAP tidak pernah dikuasai UMNO semasa kita menjadi pembangkang dan tidak akan dikuasai apabila kita berada dalam kerajaan.” Kenyataan ini memperlihatkan bahawa UMNO yang kini mencium DAP, ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Situasi ini menunjukkan bahawa parti-parti Melayu-Islam seperti Parti Amanah Negara, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan UMNO dalam PH laksana mangsa yang dibelit oleh ular besar, sehingga letih lalu akhirnya ditelan sedikit demi sedikit.
Parti Amanah Negara dan pemimpin Melayu dalam DAP sekadar menjadi suara yang berteriak bagi pihak DAP, sementara PKR dan UMNO (UMDAP) terpukau dengan belitan pangkat dan projek mega yang menidurkan. Mereka sanggup bersama DAP asalkan diberikan jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, atau Exco, malah ada yang menagih projek mega. Kesemuanya seolah-olah menjadi semut yang membunuh diri sendiri dalam gula yang manis.
Bukan PAS yang membunuh UMNO jika bersama-sama dalam satu gabungan, seperti yang diuar-uarkan. Sebaliknya, UMNO yang sedang membunuh dirinya sendiri, laksana kelekatu yang terjun ke dalam api kerana tertarik kepada cahaya api yang akhirnya membakar diri.
Allah telah menetapkan sempadan dalam bekerjasama dengan kalangan bukan Islam, iaitu hanya dengan mereka yang tidak bersikap ekstrem, serta menolak pihak yang menentang Islam dan cuba menyingkirkan bangsa Melayu serta bumiputera.
Oleh itu, kita mengajak mereka yang telah terlanjur agar kembali ke pangkal jalan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/03/13/umno-membunuh-diri-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
URA: JENAMA BAHASA YANG MENARIK
Akta Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act disebut dengan huruf ringkas URA daripada bahasa Inggeris, laksana meletakkan label ‘made in England’, sehingga barang itu disangka paling baik dan kukuh daripada negara tuan mantan penjajah kita dahulu, bahkan dirasakan lebih bermutu dan kukuh daripada barangan tempatan. Namun, kesannya yang buruk sampai sekarang dirasakan akibatnya, walaupun kita sudah merdeka yang disambut berulang kali dengan laungan suara “Merdeka” dan kibaran Jalur Gemilang sejak setengah abad.
URA ialah undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembangunan semula kawasan bandar yang usang atau terbengkalai. Akta ini bertujuan memperbaharui infrastruktur, meningkatkan ekonomi tempatan, termasuk menyediakan perumahan dan kemudahan yang lebih moden serta lestari.
Walau bagaimanapun, mereka tidak mempedulikan dari mana asal usul prinsipnya, konsep ekonomi yang mencipta acuannya, dan masa depan politik, tanpa memandang seluruh rakyat di lapangan yang majoritinya masih miskin, iaitu Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal dan awal.
Di sini menunjukkan arkitek ekonomi kita ialah keluaran madrasah penjajah British yang berideologikan liberal kapitalisme, yang memikirkan kemajuan dan kekayaan negara hanya berpusing dalam kalangan orang-orang kaya sahaja, padahal perkara ini dilarang oleh Allah dalam al-Quran.
Maka, apa yang dinamakan URA ini adalah bagi melaksanakan agenda meminggirkan Melayu dan Bumiputera dari kawasan yang boleh menjadi bandar, tempat terletaknya pusat kegiatan ekonomi yang lebih kuat.
Apa-apa yang dikatakan tidak dipaksa hanyalah kata-kata indah yang bukan kenyataan sebenar yang berlaku. Kenyataannya ialah meneruskan apa-apa yang dilaksanakan oleh penjajah British dengan wajah pembaharuan, laksana tikus membaiki labu. Hasilnya dapat dilihat berlaku di Singapura apabila Melayu dipinggirkan, kepulauan Cyprus yang bergolak, dan masyarakat asal di kepulauan Fiji yang bergelora.
Sebenarnya, cara yang keras juga telah dilakukan di kawasan setinggan yang didiami sejak lama tanpa diselesaikan hak milik penduduk di sana kerana hanya digunakan bertujuan politik sahaja sehingga beberapa generasi. Apabila tiba masanya, mereka dihalau dan rumah mereka dirobohkan dengan paksaan menggunakan undang-undang.
Adapun cara halus pula ialah melalui pengambilan dan pembelian yang dirancang atas nama pembaharuan semula bandar, tanpa peduli akan keadaan masyarakat yang masih terbelah bahagi akibat warisan penjajah dahulu yang belum diselesaikan. Inilah perancangan menghakis kuasa politik Melayu Islam yang akan diikuti dengan mengadakan kawasan-kawasan pilihan raya yang baharu selepasnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/03/01/ura-jenama-bahasa-y… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PEMBOHONG MENJADI PEMIMPIN, ALAMAT AKHIR ZAMAN YANG MEROSAKKAN DUNIA
Pembohongan paling besar akibatnya kepada umat, apabila mereka memilih pemimpin dalam kalangan pembohong yang fasiq tersembunyi dan tiada kelayakan yang sebenar-benarnya, sehingga membawa akibat yang merosakkan negara dan rakyatnya.
Berlaku lebih dahsyat ialah dimurkai Allah apabila mengkhianati amanah yang paling besar agar mentadbir dunia dengan petunjuk Allah serta menyerahkan amanah kepada orang yang layak dari sudut iman, akal, ilmu, dan akhlaknya, di samping beriman dan budiman. Firman Allah SWT:
۞ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya (mempunyai kelayakan), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]
Maka, satu kesalahan yang besar apabila memilih pemimpin kerana sogokan harta dan janji pangkat, bukan kerana kelayakannya. Lebih parah lagi kalau ditipu dengan pembohongannya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/02/27/pembohong-jadi-pemi… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 17 Februari 2025
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ULAMA’ TIDAK BERPOLITIK BUKAN WARIS PARA ANBIYA’
Kenyataan yang melarang mendekati ulama’ yang berpolitik adalah bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran membawa cerita para anbiya’ yang tidak memisahkan politik daripada dakwah, bermula dari zaman Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman.
Menjadi tugas para ulama’ untuk menyelamatkan umat daripada kerosakan aqidah dan cara hidup dalam segala aspek kehidupan.
Para anbiya’ bukan sahaja berdakwah mengajak rakyat kepada Islam, bahkan mereka menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu menghadapi raja-raja dan kumpulan al-mala’ (pemimpin) yang memerintah rakyat. Mereka diperintahkan supaya menyeru para pemimpin agar mengikut petunjuk Allah yang dinamakan Islam. Para pemimpin yang menerima Islam, mereka akan dikekalkan, manakala mereka yang menolak kebenaran pula akan dipecat kerana telah sesat dan berlaku zalim.
Para ulama’ tafsir menegaskan bahawa ulu al-amr merujuk kepada gabungan umara’ (pemimpin) dan ulama’ yang menggantikan peranan para anbiya’. Pemimpin bertanggungjawab menjaga amanah kuasa politik, manakala ulama’ memelihara amanah ilmu agama yang memandu seluruh cara hidup manusia.
Sejarah mencatatkan bahawa semua imam mazhab yang besar pernah mengalami penindasan, sama ada dipenjara atau dihukum, kerana keberanian mereka menentang kezaliman pemerintah pada zaman masing-masing. Antaranya, Imam Sa‘id bin Jubair dibunuh dengan dipancung kepalanya, Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara, Imam Malik pula dihukum sebat, manakala Imam al-Syafi‘i dibelenggu dan Imam Ahmad bin Hanbal pula dihukum sebat.
Semua ulama’ yang meninggalkan pusaka ilmu dalam kitab yang muktabar pada hari ini berjuang politik yang menjadi waris para anbiya’ yang mewarisi ilmu dan perjuangan mereka.
Adapun ulama’ upahan akan hilang ditelan zaman kerana mencari kesenangan dunia yang sementara waktu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/02/08/ulama-tidak-berpoli… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KEUTAMAAN MENENTANG DOSA SEKULARISME YANG LEBIH BESAR BAHAYANYA
PAS tetap menghukum salah terhadap mana-mana ahlinya yang salah laku dalam banyak kesalahan, malah ada yang diambil tindakan disiplin dan diberikan amaran. Namun, PAS tetap tidak berganjak dalam menentukan dosa paling besar yang menjadi musuh pertama adalah lebih diutamakan berbanding kesalahan disiplin.
Di sini menunjukkan bahawa dosa besar syirik sekularisme tidak boleh disamakan dengan besarnya kewajipan perjuangan berasaskan aqidah, kerana syirik tidak ada keampunan daripada Allah.
PAS tetap tegas menyalahkan ahlinya yang melampau, namun PAS tetap menentang sekularisme yang menjadi dasar DAP yang merosakkan aqidah kepada sesiapa yang masuk dalam perjuangannya atau berwala’ kepadanya. Hal ini disebabkan oleh kejahilan murakab yang tidak disedari, bahkan berjuang untuk memerintah negara kita secara langsung dengan memperalatkan penganut Islam yang jahil.
PAS memutuskan kerjasama dengan DAP kerana PAS berpegang kepada prinsip aqidah perjuangannya yang menjadi sempadan dan semua isu yang disebut dalam al-Quran ialah teladan yang wajib diikuti.
Maka, PAS tidak tenggelam dalam gelombang politik masyarakat majmuk dalam perjuangannya bagi menegakkan Islam yang adil kepada semua.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/02/05/keutamaan-menentang… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
DOSA SEKULARISME LEBIH BESAR DARIPADA FITNAH DAN MEMBUNUH
Teori sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan manusia daripada agama ialah ciptaan manusia dalam kalangan ahli falsafah bukan Islam, termasuk dalam syirik akbar yang menentang aqidah tauhid yang diperjuangkan oleh semua anbiya’. Syirik akbar ialah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah dan ditutup pintu taubatnya selagi amalan syirik itu tidak dibatalkan.
Sekularisme ialah pintu besar yang membuka fitnah dalam urusan agama Allah yang melahirkan berbagai-bagai ideologi ciptaan manusia, seperti fahaman ateisme yang menolak adanya Tuhan Pencipta alam yang menjadi fitrah manusia. Begitu juga, fahaman liberalisme yang menolak manusia ke dalam konsep kebinatangan yang menghinakan manusia sendiri yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Dapat disaksikan ciptaan teori liberalisme yang melampau sehingga hak binatang disamakan dengan hak asasi manusia. Di samping itu, diciptakan ideologi paling zalim dan senjata paling ganas yang membunuh dan merosakkan kehidupan, dengan hujah nafsu dan salah guna akal yang menggoda kepada kesesatan dan kemusnahan manusia serta alam kelilingnya.
Teori yang sesat ini diimport oleh penjajah ke dalam negara kita pada zaman penjajahannya dan disambung oleh bala tenteranya, termasuk DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) hari ini. Sehinggakan, dimaktubkan dalam perlembagaan parti itu dan menjadi perjuangan yang disuarakan dengan lantang, lantas mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Dinyatakan dengan terang dan nyata dalam fasal 2 matlamat DAP, iaitu menegakkan sekularisme yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Reid dengan meletakkan Islam di bawah panji-panji sekularisme yang berlainan dengan maksud al-din dalam bahasa al-Quran, bukan perkataan ‘religion’ dalam bahasa Barat.
Maka, DAP menerima keahlian semua kelompok manusia, termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak percaya akan adanya Tuhan yang tidak beragama, malah daripada semua ideologi, termasuk kalangan komunis yang paling ekstrem dan kalangan liberal yang paling bebas.
PAS bertindak membatalkan kerjasama politiknya dengan kumpulan ini kerana beristiqamah kepada prinsip perjuangannya, di samping mereka membuat kenyataan terbuka dan bertindak menentang dasar PAS.
Kepada kalangan yang jahil, ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun sekiranya kembali ke pangkal jalan yang betul dan pintu taubat terbuka dengan luas kepada semua dosa selain syirik akbar. Kepada kalangan yang takbur dan degil pula, ketahuilah bahawa Allah Maha Berkuasa dan Perkasa; tiada sesiapa yang dapat melemahkan-Nya dan melepaskan diri daripada-Nya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2025/01/01/dosa-sekularisme-le… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
D-8 DIPANDANG REMEH
Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun atau D-8 (D-8 Organization for Economic Cooperation) merupakan satu langkah untuk kembali semula kepada Islam yang pasti mendapat tentangan daripada kuasa penjajah. Kuasa ini telah sekian lama merosakkan dunia dengan perlumbaan ekonomi yang bertukar kepada perlumbaan politik dan peperangan bersenjata.
Kedudukan bumi Islam yang strategik dalam peta dunia sehingga menghubungkan semua penjuru dunia, ditambah pula dengan kurniaan hasil bumi dan tenaga manusia yang cukup, sepatutnya mampu membawa perubahan.
Oleh itu, D-8 merupakan sebuah kumpulan negara-negara membangun yang membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi bagi meneruskan perjuangan kemerdekaan yang belum selesai.
Objektif D-8 adalah untuk membangunkan kedudukan negara-negara membangun dalam sektor ekonomi, mempelbagaikan dan mencipta peluang-peluang baru dalam perhubungan perdagangan, meningkatkan penglibatan dalam proses membuat keputusan pada peringkat antarabangsa, dan memberikan kehidupan yang lebih baik.
Fokus kerjasama yang utama adalah dalam sektor kewangan, perbankan, pembangunan luar bandar, sains dan teknologi, pembangunan insan, pertanian, tenaga, alam sekitar dan kesihatan.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba menyambung semula langkah D-8 kepada matlamat yang lebih besar. Malangnya, hanya empat negara sahaja yang menyahut seruan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit).
Ketidakhadiran Perdana Menteri Malaysia kini yang membawa slogan Madani menunjukkan perjuangannya bukan Madani Islam yang sebenar bersempena bandar Madinah yang dinamakan oleh Rasulullah SAW. Akan tetapi, perjuangannya bergantung kepada Madani Jahiliah seperti Bank Dunia (World Bank), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan BlackRock.
Keadaan ini menunjukkan bahawa perjuangan kemerdekaan kita belum selesai kerana masih berada di bawah wakil penjajah yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) yang masih berkiblatkan White House dan mengucup BlackRock.
Kenyataan-kenyataan anti-Islam yang berani oleh DAP dan rakan-rakan berwajah Melayu seperti PKR, UMNO dan PAN yang menjadi juru pembelanya yang bersuara bagi pihaknya, sangat nyata wala’ (kesetiaan) kepada musuh Islam.
Inilah sebab Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan bahawa PAS tidak lagi bertahaluf dan berta‘awun dengan jajaran tersebut.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/31/d-8-dipandang-remeh/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS FOR ALL DAN SALING MENGHORMATI
Tercetus persoalan oleh beberapa pihak yang menggunakan akal tanpa panduan yang betul. PAS menjadi sasaran serangan media anti-Islam kerana meletakkan aqidah perjuangannya.
Ramai kalangan yang jahil agama dan buta al-Quran tidak peka bahawa terdapat perbezaan antara fitrah (naluri) tingkah laku semula jadi manusia yang berakal dan beragama dengan binatang dan makhluk lain. Nalurinya berbeza sehingga bernafsu dan tidak berakal.
Aspek agama mewajibkan kepercayaan secara reda dengan ikhlas tanpa paksaan kepada Tuhan dan beribadat kepada-Nya sahaja dengan rela hati tanpa paksaan. Maka, Islam membawa konsep tiada paksaan dalam beragama dan menyerah diri kepada seluruh ajaran Islam, lalu dibenarkan beragama, termasuk agama yang paling salah mengikut prinsip Islam, khususnya beribadat kepada yang lain daripada Allah.
Maka, Islam tidak membolehkan paksaan beragama Islam terhadap penganut agama lain, pada masa yang sama Islam membenarkan melakukan upacara agama masing-masing tanpa gangguan. Namun, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara agama lain dan penganut agama lain juga wajib menghormati hak penganut Islam.
Dalam perkara yang diharamkan dari segi kemanusiaan seperti membunuh yang tidak bersalah, termasuk membunuh diri sendiri, merompak, menyamun harta, menipu, rasuah, mencuri, dan berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, maka Islam mengharamkan terhadap semua tanpa mengira agama kerana diharamkan oleh semua agama, termasuk undang-undang keselamatan jalan raya yang tidak ada perbezaan bangsa dan agama.
Islam pernah mengharamkan upacara Santi (membakar isteri bersama suami) dalam agama Hindu dan korban ratu di Mesir kerana melanggar sifat kemanusiaan, serta semua perbuatan keji dari segi kemanusiaan dan oleh semua agama.
Maka, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam “PAS For All” sehingga memberikan lesen kebenaran membunuh, zina, rasuah, mencuri, dan sebagainya.
Oleh itu, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara ibadat agama bukan Islam dan tidak memaksa penganut agama lain melakukan upacara agama bukan Islam kerana konsep tiada paksaan.
Malangnya, ada parti yang bersuara melanggar sempadan konsep ini. Terdapat pula dalam kalangan penganut Islam yang hanyut sesat bersama kerana fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia yang sesat daripada agama para anbiya’.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/30/pas-for-all-dan-sal… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERJUANGAN MEMINGGIRKAN ISLAM
Allah berfirman banyak perkara yang benar-benar berlaku terhadap Islam sepanjang zaman, sejak Iblis menentang Allah yang mencipta Adam AS iaitu manusia pertama diperintahkan supaya membawa Islam di alam dunia, beribadat hanya kepada Allah, mentadbir urusan dunia berpandukan agama Allah, dan berlaku adil kepada semua. Seterusnya, Islam diperjuangkan oleh semua anbiya’ dan kumpulan Islam yang bertali arus.
Islam ditentang dan dimusuhi kerana keadilannya, sehingga kedatangannya dianggap sebagai penyelamat, bukan pengganas seperti yang disalah lapor oleh musuhnya yang hasad dengki terhadap Islam.
Penentangan terhadap Islam tidak berprinsipkan kebenaran. Perjuangannya bukan kerana benar, tetapi kerana sikap kufur dan ingkar akan Allah serta hasad dengki terhadap kejayaan Islam.
Terkini, seorang diplomat Arab membuat kenyataan kepada media Barat supaya perubahan yang berlaku di Syria wajib berkonsepkan sekular dan jangan disertai oleh semua kumpulan Islam.
Senjata paling berbisa ialah menyebarkan fahaman sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan dunia daripada Islam melalui pentadbiran dan jentera kerajaan, di samping mengawal pengajian Islam melalui sijil kebenaran atau lesen mengajar agama, termasuk mengawal khutbah Jumaat, hari raya, dan lain-lain.
Apabila terpaksa memberikan kemerdekaan kerana penentangan umat Islam terhadap penjajah, tiba-tiba semua langkah tersebut diteruskan melalui kepimpinan negara daripada anak negeri yang bernama dan berwajah Islam yang menjadi syarat penyerahan kepimpinan negara dan pentadbirannya mengikut acuan penjajah. Maka, negara dipimpin oleh kalangan jahil agama yang ditarbiah untuk melaksanakan agenda penjajah. Dibentuk otak pemikiran mereka sehinggalah bahasa dan budaya kehidupan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/29/perjuangan-meminggi… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
BERLAKU ADILLAH TERHADAP MUSUH: JEMAAH ISLAM MEMIKUL KESALAHAN AHLINYA
Apabila Panglima Khalid bin al-Walid RA melakukan kesalahan membunuh tawanan perang daripada kalangan Bani Juzaimah termasuklah merosakkan hartanya, maka Rasulullah SAW mengambil tanggungjawab supaya jemaah mengambil kewajipan membayar diat kepada mangsa, walaupun ketika itu masih belum ada Mahkamah Antarabangsa.
Kejadian ini bukan bermakna Islam membenarkan perjuangan jahiliah, tetapi mengaku salah kerana kesilapan melampau ahlinya. Namun, Islam tetap menolak perjuangan yang sesat.
Janganlah didengari syaitan yang bersuara, khususnya kalangan yang berwala’ kepada DAP kerana akan merosakkan wajah Islam laksana kera merosakkan bunga yang cantik.
Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda. Walau bagaimanapun, PAS tetap beristiqamah bersama aqidah perjuangannya dan percaya kepada keampunan Allah dan pahala bertaubat. Inilah perkara yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/28/berlaku-adillah-ter… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERCAYALAH! KUMPULAN ISLAM PENYAMBUNG PERJUANGAN PARA ANBIYA’
Perjuangan Islam yang dilantik para anbiya’ untuk melaksanakannya itu tidak ditamatkan dengan kewafatan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
Selepasnya, Allah mewajibkan adanya kumpulan Islam yang sifat-sifatnya ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran, kitab mukjizat ilmu yang dipelihara daripada penyelewengan yang berlaku kepada kitab-kitab lain.
Di sini menunjukkan wajib adanya kumpulan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW yang melangsungkan perjuangan menegakkan Islam.
Para rasul berjuang bagi menyelamatkan manusia bersama Islam. Maka, begitulah juga kewajipan kumpulan Islam yang menyambung perjuangan mereka, bukan sekadar berdakwah dan mengajar sahaja.
Adapun kejatuhan kerajaan Islam berlaku apabila para pemimpinnya meninggalkan ajaran Islam dan melaksanakan penyelesaian asing ke dalam negara Islam, kerana terpengaruh dengan madani jahiliah dan kemajuan kebendaannya tanpa roh yang sedang membakar madani yang mencipta Tamadun Barat terkini.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/24/percayalah-kumpulan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pertemuan dengan Duta Besar China Ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya amat berbesar hati atas pertemuan dengan Duta Besar China Ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China di Malaysia hari ini.
Kami berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, meliputi aspek budaya, ekonomi dan hubungan antarabangsa.
Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.
Semoga pertemuan ini dapat membawa manfaat ke arah keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, khususnya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
—————————
I am honoured to meet the Chinese Ambassador to Malaysia, His Excellency Ouyang Yujing, at the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia today.
During the meeting, we exchanged views on efforts to further strengthen the existing ties between our nations, particularly in the areas of culture, economy, and international relations.
I deeply appreciate His Excellency’s commitment to fostering closer relations between China and Malaysia, as well as his thoughtful understanding of Malay culture and the broader Muslim world.
I hope this meeting will foster a more harmonious environment and promote greater collaboration between Malaysia and China, particularly in the fields of culture and economy, in the states of Terengganu, Kelantan, Kedah, and Perlis. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
SEJARAH SINGAPURA YANG DIBUTAKAN, BATU PUTEH YANG BERPUTIH MATA
Sejarah Singapura dijajah British penuh dengan kisah penipuan, hasil kebodohan sendiri dan gelojoh harta dan takhta sehingga boleh ditipu oleh penjajah. Cerita benar yang dilupakan dalam lipatan sejarah tanah air sehingga generasi baru jahil cerita tanah airnya.
Senario Singapura terputus daripada Semenanjung Tanah Melayu kerana kejahilan politik bangsa Melayu yang jahil agama, sehingga ditipu penjajah apabila menganggap politik itu kerja menipu dan kotor. Hakikatnya terbalik bahawa sebenarnya yang tidak berpolitiklah menjadi mangsa penipuan diperkudakan dan ditipu. Akhirnya, dicuri kuasa politik tanah airnya.
Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya.
Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah, namun mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/16/sejarah-singapura-y… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ZIONIS BERCITA-CITA BESAR MAHU MENGUASAI DUNIA
Perjuangan menegakkan negara Israel Agung (Greater Israel) tetap menjadi cita-cita besar perjuangan Zionis yang menggila tanpa berundur. Walaupun telah banyak diadakan perundingan bertopengkan perdamaian untuk menipu dan mengelirukan masyarakat antarabangsa. Termasuklah umat Islam yang jahil murakkab (tidak sedar akan kejahilannya) sehingga dapat dijadikan bidak catur.
Kumpulan Zionis terus bersifat fanatik perkauman bangsa Bani Isra’il. Sehingga mereka menganggap Bani Isra’il satu-satunya manusia sebenar yang dimuliakan oleh Allah di atas muka bumi mengatasi bangsa yang lain, tanpa peduli kepada kenyataan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah al-Hujurat: 13]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/12/09/zionis-bercita-cita… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kewajipan kita sekarang adalah untuk menyelamatkan orang Melayu dahulu supaya mereka sedar dan insaf serta bersatu untuk mempertahankan kuasa politik. Selepas itu kita ajak kaum lain bersama dengan kita.
Alhamdulillah kita melihat perkembangan mutakhir menunjukkan kebangkitan anak muda untuk menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu.
Kita menang dengan sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang besar jumlahnya. Hanya kalangan pengundi saluran satu sahaja yang banyak tidak mengundi kita.
Kita mengharapkan kefahaman anak-anak muda ini dapat bertahan supaya kita dapat terus mempertahankan kuasa politik setelah kita menawan Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan kita nak tawan negeri-negeri lain juga.
InsyaAllah Malaysia akan berjaya kita tawan dengan izin Allah SWT.
[Ceramah Majlis Pelancaran Pembangunan Kompleks PAS Melaka, Semabok, 30 November 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
MENENTANG RASUAH KONSEP MADANI YANG TIDAK HOLISTIK
Holistik diambil daripada kata ‘whole’ (menyeluruh) atau daripada pandangan ‘holism’ (daripada bahasa Yunani, holos, yang bererti semua, keseluruhan, total) digunakan dalam segala aspek.
Ibn Khaldun menegaskan bahawa fitrah semua manusia itu bermadani. Hanya dua jenis madani, iaitu antara Islam atau jahiliah. Malaysia juga bersifat madani sejak zaman dahulu kala didiami manusia, zaman Islam, zaman penjajah, dan zaman selepas kemerdekaan yang mewarisi madani penjajah.
Dalam aspek mengatasi rasuah yang hangat diperkatakan, bolehlah dikatakan tindakan Kerajaan Reformasi Pakatan Harapan Madani yang berdegar-degar menangani rasuah tidak holistik memeranginya, kerana tidak bersifat menyeluruh daripada akar umbi dan hanya terhadap penerima rasuah yang terpilih sahaja. Di samping itu, mereka membebaskan pemberi rasuah yang memberikan kerjasama dan para brokernya yang berkeliaran, tetapi bertindak terhadap segelintir penerima rasuah.
Tindakan tersebut laksana menghapuskan penyakit wabak denggi dengan bertindak terhadap mangsa jangkitan, namun membiarkan nyamuk Aedes membiak dan membiarkan kalangan pengotor yang menjadi angkara tempat pembiakan nyamuk.
Rasuah merupakan salah satu penyakit madani jahiliah sepanjang zaman, bukan Malaysia sahaja satu-satunya kononnya kerajaan madani seperti yang diperbodohkan, kerana madani ialah tabii manusia mengikut fitrahnya.
Lebih diragukan, parti dan kerajaan yang dalamannya berpenyakit rasuah dalam semua lapisan pemilihannya, sehingga usaha mendapat kuasa juga membawa penyakit ini dalam semua lapisan sehingga rakyat. Hal ini laksana menugaskan pencuri menangkap pencuri yang diberikan lesen dan mendapat bantuan pencuri yang lain pula.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/11/25/menentang-rasuah-ko… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sejarah Islam menyaksikan nama-nama seperti Lawrence of Arabia, Kapten William Shakespear, Kolonel Henry Mcmahon, Lord Cromer dihantar ke negara Islam bagi menghasut para pemimpin Islam untuk berlawan sesama mereka.
Musuh Islam mengambil peluang pertembungan sesama umat Islam bagi menjatuhkan khilafah dan negara Islam kemudiannya dibahagikan oleh para penjajah.
Kita saksikan apabila para pejuang Palestin syahid, tiada suara yang kedengaran daripada kalangan negara Islam ini. Tetapi mereka berkabung pula apabila Queen Elizabeth mangkat.
Biarpun begitu, Allah menjanjikan bahawa cahaya Islam tidak akan terpadam. Sekarang kita menyaksikan kebangkitan Islam yang hebat di G***.
Sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa. Kita percaya kepada kekuasaan Allah SWT. Apa yang penting adalah untuk kita teruskan perjuangan menegakkan Islam mengikut kemampuan kita.
Majlis yang dianjurkan ini walaupun di Terengganu yang kecil tetapi memberi makna yang sangat besar. Tambahan pula kedatangan tetamu daripada beberapa negara dunia Islam yang turut bersama dalam majlis ini.
[Terengganu International Summit 2024, Duyong Marina & Resort, 23 November 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pelaksanaan Islam yang adil kepada semua dibuktikan contoh teladannya oleh Rasulullah SAW di negara Madinah yang bersifat madani mengikut petunjuk Allah, bukan madani ciptaan manusia yang membawa akibat kehancuran dan kemusnahan semua tamadun kuasa besar pada zaman purba serta kejatuhan kuasa besar yang kaya-raya pada zaman moden terkini, malah ada yang sedang menunggu giliran kejatuhannya.
Seterusnya, Islam telah berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa dan agama yang paling besar, merangkumi sebahagian benua Asia sehingga Asia Tenggara melalui Asia Tengah, Afrika Utara dan Afrika Tengah, serta Eropah Selatan. Di samping itu, Islam berjaya mencipta tamadun Islam (hadarah Islamiah) yang paling berjaya selama beberapa abad melalui ilmu wahyu dan ilmu akal yang menepati fitrah manusia daripada pelbagai bangsa dan agama, walaupun berjauhan kedudukan masing-masing.
Islam mewujudkan perpaduan berkesan sehingga berjaya mengumpulkan ilmu dan kelebihan berbagai-bagai bangsa dengan hidayah Allah, lantas mencipta tamadun dunia. Sehingga kini, masih ada kesannya walaupun selepas kejatuhan kerajaannya. Namun, tamadun itu menempah kemusnahan apabila terpesong daripada Islam.
Barat yang mencipta tamadunnya tanpa hidayah Islam membawa kemusnahan yang sedang disaksikan, melalui kerosakan kehidupan diri manusia, keluarga, masyarakat, dan alam sekitarnya.
Malangnya, Islam dijatuhkan oleh manusia sendiri dengan tangan-tangan mereka yang dengki terhadap kejayaan penganutnya. Mereka mencipta ideologi sendiri dengan meninggalkan petunjuk Allah. Firman Allah SWT:
... إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ... ١١
“...Sesungguhnya, Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...” [Surah al-Ra‘d: 11]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/11/20/perpaduan-teguh-hid… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Al-Quran menceritakan kisah dakwah Nabi-Nabi AS yang mengajak manusia beriman kepada Allah.
Namun, ramai manusia yang melantik tuhan-tuhan selain Allah. Sepatutnya hanya Allah sahaja yang layak disembah.
Apabila sudah melantik tuhan selain Allah, ini menjadikan terpesong daripada Tauhid Uluhiyyah.
Inilah ujian yang dihadapi oleh para nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW dalam usaha mengajak umat kembali beriman kepada Allah SWT.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Jamadilawwal 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Terasa sebak dan sedih di jiwa mendengarkan khabar pemergian ibu mentua, Dayang binti Abdullah.
Pemergiannya menggores rasa pilu buat seluruh anggota keluarga yang sangat rapat dengannya.
Meski tidak lagi bersama, doa terhadapmu akan terus mengalir, mengiringi perjalanan menuju tanah abadi.
Semoga mendapat rahmat daripada Allah SWT, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DAIM ZAINUDDIN
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dato' Paduka Dr. Che Abdul Daim bin Zainuddin.
Almarhum merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia dan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang sangat besar jasanya kepada negara.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Jamadilawwal 1446H / 13 November 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Politik adalah sebahagian daripada feqah Islam yang wajib diajar, wajib dipelajari dan wajib ditunaikan.
Saidina Uthman berkata:
إنَّ اللَّهَ يَزَعُ بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزَعُ بِالْقُرْآنِ.
“Sesungguhnya, Allah memberikan kuasa kepada pemerintah untuk membuat keputusan dalam apa-apa perkara yang tidak disebut oleh al-Quran.”
Ada perkara yang tiada dalam al-Quran maka memerlukan pemerintah untuk menguatkuasakannya. Inilah yang tidak difikirkan oleh orang Islam zaman sekarang yang menyebabkan kuasa politik Islam terhakis.
Marilah kita semua berpakat. Johor ini majoritinya adalah daripada kalangan orang Melayu Islam. Apa yang kita hendak adalah Melayu Islam menguasai negara.
Mudah-mudahan 70 tahun PAS di Johor ini merupakan umur yang sangat dewasa.
[Sambutan 70 Tahun PAS Johor, 9 November 2024, Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perbahasan Belanjawan 2025 Ahli Parlimen Marang.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Yang kuat-kuat, semangat itu duduk belakang, lari. Sedar-sedar jadi Perdana Menteri.”
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
LIDAH BERSAMA PALESTIN, HATI BERSAMA ZIONIS
Lidahnya bersama rakyat Palestin, tetapi hatinya diletakkan ke dalam perut yang menjadi penentu kepentingan kebendaan hidup yang sentiasa menagih kewangan demi mengekalkan kerusi kuasa yang menjadi roh perjuangannya.
Dikatakan, kitalah yang paling berani membuat kenyataan berdegar-degar menentang keganasan Zionis yang tidak berperikemanusiaan dan tidak tunduk kepada Amerika Syarikat dan penyokongnya yang paling kuat dan berpura-pura.
Sangat memalukan apabila ada dalam kalangan negara bukan Islam di Amerika Latin, Asia, dan Afrika membatalkan hubungan diplomatik dan perdagangan terhadap Israel.
Ada yang sedang menunggu pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, hanya menunggu dua wajah gambar sekeping dolar yang sama nilai harga duit, ekonomi, dan politiknya yang menjadi ukuran dan neraca pertimbangan semua negara tumpangan. Kiblat ibadat para pemimpinnya ketika beribadat solat, haji, dan umrah menghadap ke Makkah. Adapun politik dan ekonominya tetap ke arah Amerika Syarikat dan Eropah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/11/04/lidah-bersama-pales… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Surah al-Rum memberikan penekanan terhadap isu antarabangsa. Allah SWT memuji orang Islam kerana mengambil perhatian terhadap isu antarabangsa yang menyaksikan perang antara dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.
Rom terdiri daripada kalangan yang menganut agama kitab iaitu Kristian. Manakala Parsi terdiri daripada penganut agama Majusi yang syirik kepada Allah. Hal ini menyebabkan kalangan Musyrikin Makkah memerli orang Islam disebabkan oleh kekalahan Rom pada awalnya.
Lalu Allah menurunkan Surah al-Rum yang menceritakan kekalahan Rom oleh Parsi tidak berkekalan. Kemenangan Parsi tidak lama dan akan tiba masanya Rom akan kembali memenangi peperangan tersebut.
Allah menyebutkan dalam Surah al-Rum bahawa Rom akan beroleh kemenangan kurang 10 tahun selepas itu. Akhirnya tiba masanya Parsi dikalahkan.
Apa yang penting adalah Islam memberikan perhatian terhadap hubungan antarabangsa.
[Ijtimak Tarbawi 10.0, Tafsir Surah al-Rum, 2 November 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Program Bual Bicara Membina Kecemerlangan Kedah Berpaksikan kepada Kepimpinan Era Kegemilangan Islam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah, kesempatan menziarahi Tun Mahathir di IJN. Didoakan semoga terus dikurniakan kesihatan sebaiknya, insya-Allah.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Dewan Rakyat 23 Oktober 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Dewan Rakyat 23 Oktober 2024
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
TAHNIAH BUAT YANG MULIA BAPAK PRABOWO SUBIANTO
PAS merakamkan ucapan tahniah buat Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto yang telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ke-8.
Tahniah juga kepada Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden Indonesia.
Didoakan agar Yang Mulia Prabowo Subianto kelak mampu memacu dan memimpin Republik Indonesia ke arah lebih baik dan berjaya dalam usaha untuk membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.
Adalah menjadi harapan kelak agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Yang Mulia Prabowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia, seterusnya mampu membuka dimensi dan keakraban baharu dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara demi manfaatkan serumpun mahupun serantau.
“ISLAM ADALAH PENYELESAIAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rabi' al-Akhirah 1446H / 23 Oktober 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Dewan Rakyat 22 Oktober 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Dewan Rakyat 22 Oktober 2024
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Dewan Rakyat 21 Oktober 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Dewan Rakyat 21 Oktober 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
NARATIF ISLAM TERANCAM
Allah memberikan peringatan-Nya dalam al-Quran berulang kali bahawa Islam diancam selama-lamanya, dan ia bukan hanya khayalan. Antaranya dijelaskan melalui firman-Nya:
... وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ كَافِرٞ فَأُوْلَـٰٓئِكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢١٧
“...Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memurtadkan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalan mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.” [Surah al-Baqarah: 217]
Di sini menunjukkan bahawa berterusannya permusuhan terhadap Islam, sehingga semua musuh yang berlainan agama dan ideologi secara bersekutu bersama-sama menentang Islam. Permusuhan ini terjadi sejak Peperangan Ahzab pada zaman awal Islam sehingga bertali arus, dengan terkini menyerang Gaza dengan cara yang paling ganas.
Allah menegaskan pertembungan itu berlaku secara tabii di alam bumi. Bagi menyelamatkan manusia, maka Islam wajib menghadapinya sehingga berkuasa.
Firman Allah SWT:
... وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١
“...Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain (yang benar menentang yang salah), pasti rosaklah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” [Surah al-Baqarah: 251]
Perlawanan antara hak dengan batil adalah semula jadi alam. Maka, Islam yang paling benar daripada Allah wajib menghadapi musuhnya sepanjang zaman.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/21/naratif-islam-teran… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN YAHYA SINWAR
Firman Allah:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel yang telah mengorbankan nyawa Ketua Politik Hamas Palestin, Yahya Sinwar.
PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Yahya Sinwar atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah.
Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.
“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 Oktober 2024
--------------------
PAS President’s Media Statement
PAS STRONGLY CONDEMNS ISRAEL ON THE ASSASINATION OF YAHYA SINWAR
Allah says:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣﴾
“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]
The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the attacks initiated by Israel resulting in the martyrdom of Hamas’s political chief, Yahya Sinwar.
PAS extends its deepest condolences to the family of Yahya Sinwar. May Allah shower those who departed with His blessings.
The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza.
“From the river to the sea, Palestine will be free.”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 October 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM AGAMA ALLAH YANG SEMPURNA, TINGGI DAN BERDAULAT: SUATU PANDANGAN TERHADAP RUU MUFTI
Di Malaysia juga, ada kaum seperti India Muslim dan Cina Muslim yang bermazhab Hanafi, serta pendatang daripada mazhab-mazhab lain dan mengikut tariqah masing-masing. Di Malaysia juga, ada berbagai-bagai tariqah yang menepati al-Quran dan Sunnah serta dianut oleh ulama’ yang bertaraf mufti yang belajar daripada banyak negara.
Maka, berbagai-bagai mazhab dalam Islam tidak sama dengan mazhab dalam agama lain yang menjadikan mazhabnya sebagai agama dalam agama sehingga bertempur sesama mereka.
Islam mewajibkan berilmu dan bertafaqquh (berilmu dengan faham urusan agama) berdasarkan firman Allah SWT:
۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢
“Dan tidaklah sepatutnya orang-orang yang beriman itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa tidak pergi sebahagian daripada mereka (yang tinggal) untuk bertafaqquh (memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama), dan untuk memberikan peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila mereka telah kembali kepadanya; supaya mereka dapat menjaga dirinya (daripada melakukan larangan Allah dengan petunjuk-Nya).” [Surah al-Taubah: 122]
Maka, kalangan yang berilmu tetapi tidak bertafaqquh menyebabkan masalah apabila mereka menjadikan mazhab itu satu agama baharu dalam agama, sama ada kerana tidak cukup ilmu alatnya ataupun tidak boleh menguasai bahasa al-Quran, tidak ada ilmu-ilmu al-Quran, hadis, usul fiqh, maqasid al-syari‘ah, siasah syar‘iyyah dan lain-lain. Kadang-kadang ada yang terpengaruh dengan kitab yang dikarang tanpa menyedari sejarah dan tempat pengarangnya serta pandangannya yang sudah luput ditelan masa.
Adapun yang ditolak kerana bercanggah dengan rukun-rukun agama dinamakan firqah, tidak dinamakan mazhab. Mereka berkeliaran dalam kalangan yang mengaku Ahli al-Sunnah. Malah, ada juga daripada kalangan Syiah, Khawarij dan lain-lain yang bermazhab dari segi politiknya sahaja, tetapi aqidahnya ada sebahagiannya yang menganut Salafi, Asya‘irah dan Maturidiyyah. Semuanya dijelaskan oleh firman Allah supaya jangan terkeluar mengikut firqah yang sesat, sebagaimana dalam ayat ini:
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku (Allah) yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]
Firman Allah SWT:
وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat.” [Surah Ali ‘Imran: 105]
Kalangan firqah ini ada daripada kalangan semua mazhab, sama ada kerana jahil murakab ataupun diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Terkini pula muncul firqah yang dinamakan ideologi dan teori moden yang terpesong daripada rukun al-din dalam aspek aqidah, syariat dan akhlak.
Namun demikian, semua kumpulan tersebut hendaklah diselamatkan dengan tindakan berilmu dan berhikmah atau dengan tindakan undang-undang bagi mencegah kemungkaran kerana bersifat menyesatkan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/18/islam-agama-allah-y… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
HIKMAH KHILAF MAZHAB
Pendapat para imam berkaitan larangan taasub dengan mazhab:
Imam Abu Hanifah iaitu al-Nu‘man bin Tsabit berkata, “Ini pendapatku dan inilah yang paling baik menurut pandanganku. Sesiapa yang membawa pendapat selain ini (yang lebih kuat) kami akan menerimanya. Adalah haram ke atas sesiapa yang tidak mengetahui dalilku, lalu berfatwa dengan pendapatku.” [Asad Haidar, al-Imam al-Sadiq wa al-Mazahib al-Arba‘ah, Jld. 1, Hlm. 187]
Imam Malik bin Anas berkata, “Bahawasanya aku ialah seorang manusia biasa sahaja, mungkin aku berbuat silap dan boleh jadi aku benar. Maka, perhatikanlah kepada pendapatku, semua yang bertepatan dengan al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah (hadis), maka terimalah. Apa yang tidak menepati al-Kitab dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah.” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 60-61]
Imam al-Syafi‘i Muhammad bin Idris berkata, “Sekiranya kamu mendapati daripada Rasulullah SAW suatu sunnah (hadis) yang menyanggahi perkataanku, maka ambillah sunnah itu dan tinggalkanlah perkataanku, sesungguhnya aku berpendapat dengan sunnah itu.”
Dalam satu riwayat lain, katanya, “Semua masalah (fiqh) yang aku berbicara padanya dengan menyanggahi sunnah (hadis), maka aku menarik kembali pendapatku semasa hidupku dan matiku.”
Katanya lagi, “Tidak ada seorang pun kecuali mesti mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan dijauhi pendapatnya (apabila tidak menepati Sunnah), walaupun aku sendiri yang menyebut sesuatu pendapat atau menetapkan sesuatu usul (hukum) padanya yang menyanggahi sesuatu daripada (Sunnah) Rasulullah SAW. Maka, pendapat yang diikuti ialah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dan ia adalah pendapatku (juga).” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 57]
Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Janganlah kamu menulis sesuatu pun daripada pendapatku. Janganlah kamu bertaklid kepadaku, janganlah pula kamu bertaklid kepada seseorang. Hendaklah kamu mengambil pendapat berdasarkan sumber yang mereka ambil. Janganlah kamu bertaklid agama kamu dengan semata-mata mengikut orang-orang lain. Jika mereka beriman, kamu pun beriman dan jika mereka kufur, kamu juga ikut kufur. Disebabkan kurangnya kefahaman agama seseorang itu, maka agamanya adalah mengikut orang-orang lain.” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 61-62 / Al-Shaukani, al-Qaul al-Mufid fi Adillah al-Ijtihad wa al-Taqlid, Hlm. 61]
Semua imam-imam mazhab yang terkenal itu berada pada generasi awal dan kurun Salaf. Adapun dalam perbahasan aqidah, mazhab al-Asha‘irah, al-Maturidiyyah, Muktazilah dan lain-lain pula lahir bukan pada zaman Salaf. Kemunculan mazhab al-Asha‘irah dan al-Maturidiyyah berlaku pada zaman Khalaf ketika sedang bertarung dengan pengaruh falsafah dalam perkara sifat, qada’ dan qadar.
Imam-imam mazhab yang empat itu semuanya merupakan ulama’ yang menjadi rujukan dalam agama yang disepakati ketokohan mereka oleh seluruh umat Islam daripada kalangan semua aliran Ahli al-Sunnah. Para imam tersebut bersepakat pada semua usul-usul fiqh dan berbeza pendapat pada sebahagian perkara-perkara cabang.
Berlakunya perbezaan pendapat hanya dalam perkara cabang ajaran Islam yang berprinsip anjal (fleksibel), menghadapi perbezaan dan perubahan, namun diharamkan masing-masing berpecah dalam perkara rukun dan dasar.
Dalam negara kita sendiri, Islam dibawa dengan pendekatan pelbagai mazhab kerana perubahan tempat dan masa daripada tempat kelahiran Imam al-Syafi‘i RH. Antaranya seperti masalah zakat, kerakyatan, penerokaan tanah (ihya’ al-mawat) dan lain-lain.
Oleh itu, hendaklah kita melihat perbezaan mazhab-mazhab ini sebenarnya mengandungi hikmah yang sangat besar dalam ajaran Islam, dan menerima keluasan ajaran Islam dalam konteks agama bagi negara secara umum.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/17/hikmah-khilaf-mazhab/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah, pertemuan mahabbah bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.
Moga menatijahkan kebaikan untuk negara dan ummah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK ISLAM KERANA ALLAH
Kenalilah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum menyertainya atau menyerangnya.
Politiknya kerana Allah, manakala tujuan penubuhannya tidak ada dalam kamus sekularisme dan segala ideologinya. Kami ialah kumpulan yang sentiasa membaca al-Quran dan mengkaji Sunnah Rasulullah SAW yang menunjukkan cara beramal dengannya sepanjang zaman dalam majlis ilmu, liqa’ fikri, tamrin, dan usrah, di samping sentiasa menunggu untuk melaksanakan mana-mana perintah Allah yang wajib dan boleh dilaksanakan. Jika ada halangan, maka kami berjuang mengatasi halangan itu bagi melaksanakannya supaya menjadi bekalan dunia hingga akhirat.
Kami menerima keahlian daripada semua peringkat ilmu dan taraf kehidupannya. Daripada yang paling tinggi ilmunya sehingga kalangan yang paling jahil, asalkan seseorang ahli itu berakal dan mukalaf. Ijazah ilmu yang berjela-jela atau harta yang banyak, pangkat, dan keturunan tidak ada gunanya kepada kami sekiranya tidak diterima oleh Allah, melainkan melalui amalan atau bercita-cita dengan niat kerana Allah.
Politik Islam pula bukan ciptaan manusia. Politik Islam ialah kewajipan yang ditegaskan oleh firman Allah SWT dalam al-Quran kepada para malaikat:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/16/politik-islam-keran… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Dewan Rakyat, 15 Oktober 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Sidang Dewan Rakyat, 14 Oktober 2024
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Islam mengajar kita apabila negara diceroboh dan rakyatnya dizalimi, maka penentangan terhadap penjajahan menjadi fardu ain kepada setiap rakyatnya.
Kita menyaksikan rakyat Palestin menyahut seruan ini dengan tidak berganjak dari bumi Palestin. Mereka tidak mengalah dalam menghadapi kaum Zionis itu sama ada mendapat kemenangan ataupun mati syahid.
Maka, kita wajib menunaikan tanggungjawab ini dengan melibatkan diri sama ada dengan kewangan, media, mahupun doa kepada para penduduk dan syuhada Palestin.
Percayalah, apa-apa yang berlaku merupakan ujian daripada Allah yang menjanjikan kemenangan buat umat Islam. Tiada sesiapa yang boleh memberikan pengajaran kepada kaum Yahudi yang membunuh para nabi dan rasul selain umat Islam.
Jadikan himpunan ini satu kekuatan yang memperkasakan diri masing-masing. Marilah kita meneruskan perjuangan kita dengan jiwa dan roh kita bersama dengan Palestin.
[Himpunan 1 Tahun Taufan Al-Aqsa, 12 Oktober 2024, Kuala Lumpur] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN MEHMET RECAI KUTAN
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mehmet Recai Kutan, bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye.
Almarhum juga merupakan seorang ahli politik Turki yang pernah memegang jawatan sebagai ketua Parti Saadet.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Rabi’ al-Akhirah 1446H / 9 Oktober 2024
—————————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF MEHMET RECAI KUTAN
I express my heartfelt condolences to the family of Mehmet Recai Kutan, former Minister of Energy and Natural Resources of Türkiye.
He was a Turkish politician who was the leader of Saadet Party.
May his soul be placed among the righteous and be blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 6 Rabi' al-Akhirah 1446H / 9th October 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Makan Malam Dana Assabiqun
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
InsyaAllah ada yang mengatakan bahawa zaman yang akan datang ini merupakan zaman Islam. Di abad yang lalu kuasa besar komunis telah runtuh seperti yang berlaku kepada Soviet Union.
Zaman ini, kita sedang menyaksikan keruntuhan liberal kapitalisme yang dipelopori oleh barat.
Akan tiba masanya Islam akan bangkit semula. Kita sedang melihat berlakunya kebangkitan Islam di Palestin.
Allah berfirman dalam al-Quran:
وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍۢ ٦٠
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan. (Surah al-Anfal:60)
Sekiranya kamu mengumpulkan kekuatan kamu pada kadar kemampuan kamu dengan ikhlas, walaupun berdepan musuh yang berlipat kali ganda kekuatan mereka maka Allah akan memberikan pertolongan kepada kamu.
Syaratnya kita mesti menyumbang dengan ikhlas dan sedia berkorban bagi memenangkan Islam sama ada kita sempat melihat kemenangan atau bertemu kematian terlebih dahulu dan berjaya di akhirat.
[Makan Malam Dana Assabiqun, 5 Oktober 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mengapa kita perlu kembali kepada Islam?
Tujuannya supaya kita dapat tunjukkan Islam yang adil mengikut petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT. Keadilan yang ditunjukkan oleh Allah tidak ada bandingan sama sekali.
Berikan tempoh kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) supaya kita dapat tunjukkan Islam yang berdaulat kepada semua. Hari ini kita masih belum dapat mendaulatkan Islam secara sempurna.
5 syarat yang mesti dicapai bagi menunjukkan kedaulatan Islam iaitu;
1. Adanya negeri
2. Ada rakyat
3. Ada Pemimpin
4. Ada Undang-undang dan Perlembagaan
5. Bebas untuk melaksanakan hukum
Nabi Muhammad SAW melaksanakan kelima-lima rukun ini apabila menubuhkan negara Islam Madinah. Maka kita mesti merealisasikan lima rukun ini.
Walaupun kita menguasai Negeri Terengganu tetapi kita tidak berdaulat kerana kuasa kerajaan pusat lebih banyak dan mereka sendiri tidak menyalurkan bantuan.
[Karnival Sambutan 1 Tahun Pemerintahan PAS Terengganu, 4 Oktober 2024, Kemaman] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hari ini kita melihat kedatangan bala tentera Ahzab selepas peristiwa Taufan al-Aqsa yang berlaku di Gaza. Seluruh kuasa besar dunia bergabung dengan Zionis Israel bagi membantu mereka untuk menentang Gaza yang kecil. Sebuah kawasan kecil berkeluasan beberapa kilometer yang menempatkan beberapa juta orang sahaja.
Gaza dikepung kerana yang berkuasa di Gaza ialah kumpulan Islam Harakah Muqawamah Islamiyah (Ham*s). Kita memperingati setahun peristiwa Taufan al-Aqsa, sebuah operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Ham*s dan disertai oleh kumpulan-kumpulan Islam yang lain.
Genap setahun sedangkan sebelumnya kerajaan-kerajaan Arab boleh berperang hanya beberapa hari sahaja sudah menyerah kalah. Kumpulan Islam di Palestin ini mampu berperang sehingga setahun dan masih tidak berjaya ditundukkan oleh Zionis Israil. Ini satu kejayaan yang sangat hebat.
Dalam masa yang sama, jangan kita lupakan bahawa tahun ini genap 100 tahun pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924.
Selepas kejatuhan Uthmaniyah dilaksanakan Perjanjian Sykes-Pycot untuk membahagikan jajahan takluk Uthmaniyah kepada para penjajah. Mereka yang menyokong menjatuhkan Uthmaniyah dilantik menjadi raja dan pemimpin.
Palestin diserahkan kepada orang Yahudi melalui Perjanjian Balfour setelah Theodor Hertzl, pemimpin Zionis gagal merasuah Sultan Abdul Hamid II yang memimpin kerajaan Uthmaniyah yang sangat lemah ketika itu.
Sementara itu, musuh Islam berjaya memecahkan umat Islam melalui semangat perkauman, semangat kebangsaan dan isu-isu mazhab sehingga berperang di antara satu sama lain.
[Himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa, 6 Oktober 2024, Kuala Terengganu] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Walaupun umat Islam mengalami zaman kelemahan sehingga kejatuhannya dengan dijajah oleh berbagai-bagai musuh, semuanya gagal memadamkan cahaya Islam. Allah menjanjikan kebangkitan semula selepasnya yang silih berganti.
Apabila bangsa Arab yang memulakan Islam mula menunjukkan sikap bakhil setelah menjadi kaya raya selepas kemenangan Islam kerana leka bersama kemenangan yang besar, maka Allah menukar kaum lain untuk memimpin dunia Islam bagi mengalahkan tentera Salib yang datang dari Eropah lalu menakluk bumi umat Islam sehingga Masjid al-Aqsa di Palestin. Mereka dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubi daripada bangsa Kurdi.
Apabila kaum Tatar mengganas dengan menakluki Baghdad, muncul pemimpin Sultan Zahir Baibars daripada bangsa Turki bagi mengalahkan musuh itu. Kini, kita sedang menunggu pemimpin dan kaum yang memimpin semula kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah.
Janji Allah juga berulang secara berterusan. Terkini, kita menyaksikan betapa berlaku semula kebangkitan menegakkan Islam selepas kejatuhannya sehingga tidak ada kerajaan kuasa besar Islam.
Sebaliknya berlaku kejatuhan kuasa negara penjajah, kemusnahan ideologi yang ditegakkan bersamanya, serta kemelesetan agama-agama yang lain.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 30 Rabi’ al-Awwal 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM WASATIYYAH PILIHAN PAS, TIDAK LIBERAL DAN TIDAK EKSTREM
Dalam usaha mengembalikan semula umat kepada kefahaman Islam mengikut landasan yang dibawa oleh Rasulullah SAW, setelah ketinggalan zaman disebabkan oleh penjajahan dan kelekaan, maka muncul dua gejala atau dua keadaan yang menjadi gangguan dan merosakkan perjalanan umat untuk kembali semula kepada Islam.
Pertama, pendekatan liberal kerana terpengaruh oleh kemajuan kebendaan Barat yang berfahaman liberal sekularisme.
Kedua, pendekatan ekstrem (melampau) kerana sayang akan agama, namun tanpa bertafaqquh (membina kefahaman dengan ilmunya).
Allah SWT memberikan peringatan dengan firman-Nya:
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) ialah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]
Rasulullah SAW menerangkan kepada para sahabat RA sambil memegang sebatang ranting, lalu Baginda menggariskan di atas tanah garisan yang betul dan lurus seraya bersabda:
هَذَا سَبِيلُ اللهِ مُسْتَقِيمًا.
“Garis yang lurus ini ialah satu-satunya jalan Allah yang betul.”
Kemudian, Baginda pun melakarkan cabang-cabang di sebelah-menyebelahnya, lalu bersabda:
هَذِهِ السُّبُلُ، لَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ.
“Adapun cabang-cabangnya ini adalah yang terpesong dari jalan Allah yang betul. Di setiap kepala cabang itu ada syaitan yang menggoda supaya mengikutinya.” [Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 4437, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud. Lafaz bagi Ahmad]
Dalam ayat yang lain, Allah menamakannya sebagai jalan al-wasat yang disebut juga sebagai wasatiyyah. Firman Allah SWT:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ ... ١٤٣
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...” [Surah al-Baqarah: 143]
‘Wasat’ atau ‘wasatiyyah’ dalam bahasa al-Quran bererti pertengahan, kesederhanaan, adil, dan saksama, di samping menjadi teladan yang dapat dilihat dengan mudah.
Ditetapkan dalam Perlembagaan PAS bahawa rujukan tertinggi ialah Kitab Allah (al-Quran), Sunnah, Ijmak, dan Qias yang nyata. Majlis Syura Ulamak pula dilantik bagi memelihara segala perjalanan dan tindakannya, termasuk memilih cara damai yang wujud dalam sistem demokrasi yang terkawal dengan konsep Islam yang tertinggi. Perkara ini menjadikan PAS tidak melatah atau tersungkur oleh pihak yang cuba memesongkan perjalanannya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/04/islam-wasatiyyah-pi… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Firman Allah SWT:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ١٠٤
Dan hendaklah ada antara kalian satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali 'Imran: 104)
Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa dalam kalangan kalian yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lisannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya. Dan mengubah dengan hati itu adalah selemah- lemah iman." (Riwayat Muslim 49)
Mengubah dengan tangan membawa maksud mengubah dengan kuasa yang ada padanya. Kalau dalam rumah tangga, ibu bapa memiliki kuasa untuk mencegah anak-anak daripada berbuat kemungkaran.
Termasuklah dalam mencegah dengan tangan itu adalah kerajaan yang memerintah. Nabi SAW berhijrah ke Madinah untuk mendirikan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat Allah SWT.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 23 Rabi’ al-Awwal 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AL-SYAHID HASSAN NASRALLAH YANG KUKENALI
Saya berkesempatan berjumpa dengan al-Syahid Hassan Nasrallah sebanyak dua kali. Kali pertama, saya diajak menghadiri Muktamar Muassasah al-Quds Antarabangsa di Beirut menemani Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Muhsin al-‘Awaji dan seorang rakan dari Algeria. Dalam perjumpaan itu, ditimbulkan masalah takfir terhadap Syiah.
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa beliau juga ditakfirkan oleh puak pelampau. Maka, al-Syahid Hassan Nasrallah berkata:
“Marilah kita perangi Israel dahulu, kemudiannya datanglah bunuh kami yang bermazhab Syiah!”
Selepas beberapa tahun, saya berjumpa beliau buat kali kedua apabila saya dibawa bertemu empat mata di tempat persembunyiannya. Beliau menegaskan kepada saya bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Al-Syahid Hassan Nasrallah dan rakan-rakannya ikut terlibat dalam Perang Bosnia untuk mempertahankan Sunni, bukannya Syiah. Saya mendoakan diterima syahidnya yang ikhlas dengan kematian yang paling mulia di sisi Allah SWT. Akan tetapi, ada pula pendapat yang berpihak kepada bala tentera Ahzab.
Untuk pengetahuan, saya tidak terpengaruh dengan ulama’ mazhab NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan juga Komanwel.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/10/03/al-syahid-hassan-na… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Kunjungan Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Persatuan Guru-Guru Pondok SeMalaysia.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah saya berbesar hati menerima kunjungan Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Persatuan Guru-Guru Pondok SeMalaysia di Masjid Rusila hari ini.
Kami bermuzakarah tentang pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam di dalam dan luar negara.
Semoga menatijahkan suatu kesatuan umat Islam. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Bagaimanakah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini wujud sebenarnya? Siapakah kalangan yang menubuhkan PAS pada peringkat awal ini dan apakah tujuan bagi penubuhan sebuah parti atau persatuan Islam ini?
Dapatkan semua jawapan kepada persoalan-persoalan ini melalui infografik yang disediakan.
—————————
Bagi yang ingin mendapatkan buku Sejarah PAS, anda boleh berbuat demikian melalui pautan di bawah:
buku.pustakapermataummah.com/order/form/sejarahpas -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS President’s Media Statement
CONDOLENCE MESSAGE ON THE PASSING OF AS-SYAHID SAYYID HASSAN NASRALLAH, SECRETARY GENERAL OF HEZBOLLAH
۞فَلۡيُقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يَشۡرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأٓخِرَةِۚ وَمَن يُقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيُقۡتَلۡ أَوۡ يَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ٧٤
“Let those who would sacrifice this life for the Hereafter fight in the cause of Allah. And whoever fights in Allah’s cause—whether they achieve martyrdom or victory—We will honour them with a great reward.” [Surah al-Nisa’: 74]
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤
“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least. (23) (It all happened) so Allah may reward the faithful for their faithfulness, and punish the hypocrites if He wills or turn to them (in mercy). Surely Allah is All-Forgiving, Most Merciful. (24)” [Surah al-Ahzab: 23-24]
PAS extends its heartfelt condolences on the passing of Sayyid Hassan Nasrallah, the Secretary General of Hezbollah, who has departed to meet his Creator seeking His mercy, as a great martyr, a courageous leader, and a devout believer.
We pray that his esteemed martyrdom is accepted and that he is granted the highest intercession for his family, next of kins, and companions.
May Allah bless Sayyid Hassan Nasrallah as a martyr and place him among those whose light remains eternal on the path of faith, following in the footsteps of the prophets and the leaders of martyrs.
We also pray that he attains the highest rewards for his jihad against those who incur the wrath of Allah—the slayers of prophets and the fiercest enemies of the believers.
We firmly believe that he has built a strong foundation, whose roots are deeply grounded, and whose branches extend towards the sky. His martyrdom will not mark the end of the struggle, as strong forces will rise in his path, becoming the torch that lights the way to victory. May Allah reward him with the honour of martyrdom, which is indeed a great triumph.
Verily, we belong to Allah, and to Him we shall return.
ABDUL HADI AWANG
PAS President
2Dated: 24 Rabi‘ al-Awwal 1446 / 28th September 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
بِسْمِ اللَّـهِ الرحمن الرَّحِيمِ
﴿فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾
(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا)
قدم الحزب الإسلامي في ماليزيا، قادة وأعضاء ومؤيدين التعزية والحزن العميقين ودعاء قبول الشهادة العليا والشفاعة الكبرى للأسرة والأقرباء والإخوة والأصدقاء يوم القيامة لاستشهاد سماحة السيد حسن نصر الله، سيد المقاومة، العبد الصالح، انتقل إلى جوار ربه ورضوانه شهيدًا عظيمًا قائدًا بطلًا مقدامًا شجاعًا حكيمًا مستبصرًا مؤمنًا.
وندعو الله أن يكون الشهيد ورفاقه ملتحقًين بقافلة شهداء النورانية الخالدة في المسيرة الإلهية الإيمانية على خطى الأنبياء والأئمة الشهداء.
ونيل فضيلة الجهاد الأفضل، ضد الأعداء المغضوب عليهم وقتلة الأنبياء وأشد الناس عداوة للذين آمنوا.
ونحن على يقين أنه من شجرة طيبة أصلها ثابت وفرعها في السماء، فلا ينقطع الجهاد باستشهاده فسينبت منه الأبطال الأقوياء الذين ساروا على دربه فستنور منه المصابيح التي تنور الطريق المنشود والنصر الموعود. وندعو الله أن ينال الشهيد الفوز العظيم.
فإنا لله وإنا إليه راجعون.
محبكم
عبد الهادي أوانج محمد
رئيس الحزب الإسلامي في ماليزيا
وعضو مجمع التقريب للمذاهب الإسلامية. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AS-SYAHID SAYYID HASSAN NASRALLAH, SETIAUSAHA AGUNG HIZBULLAH
﴿فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾
“Oleh itu, orang-orang yang beriman yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah, lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”. (Surah An-Nisa’: Ayat 74)
(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا)
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24). (Surah al-Ahzab: ayat 23-24)
PAS mengucapkan takziah dengan rasa penuh kesedihan atas pemergian Sayyid Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hizbullah yang telah pergi bertemu Allah dengan mengharapkan keredaan-Nya sebagai seorang syahid yang agung, pemimpin yang berani, dan mukmin yang bijak.
Didoakan agar diterima syahidnya yang tinggi, mendapat syafaat yang besar kepada ahli keluarga, kaum kerabat, saudara dan rakan-rakannya.
Kami mendoakan semoga Allah mengurniakan Sayyid Hassan Nasrallah sebagai seorang yang syahid, dan ditempatkan bersama para syuhada’ yang cahayanya kekal abadi menuju jalan-jalan keimanan dengan mengikut jejak langkah para anbiya’ dan penghulu syuhada’.
Semoga Almarhum juga mencapai keutamaan jihad yang terbaik, melawan musuh yang dimurkai-Nya, pembunuh nabi-nabi, dan orang-orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman.
Kami yakin bahawa dia dari pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit, maka jihad tidak akan berhenti dengan kesyahidannya, kerana tentera-tentera yang kuat akan mengikut jejak langkahnya, tumbuh daripadanya yang menjadi pelita yang menerangi jalan kemenangan. Kita berdoa kepada Tuhan agar Almarhum mendapat ganjaran syuhada’ sebagai kemenangan yang besar.
Maka dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Ahli Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazhab Islam.
Bertarikh: 24 Rabi‘ al-Awwal 1446 / 28 September 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Ada kalangan penganut Islam yang agak terkeliru kerana kejahilannya, apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuka keahlian kepada penganut agama bukan Islam yang dinamakan ahli bersekutu. Ahli bukan Islam menjadi satu sayap baharu kepada PAS.
Lalu ada yang menganggap keputusan ini suatu perkara yang luar biasa, kerana keahlian PAS biasanya mestilah penganut Islam yang berprinsipkan aqidah dan matlamat perjuangannya. Dalam aspek politik pula bertujuan menegakkan sebuah negara Islam yang mengangkat Islam menjadi kuasa tertinggi di Malaysia dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Islam dilaksanakan bukan sekadar untuk penganut Islam sahaja, bahkan Baginda SAW turut mengadakan hubungan dengan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam konteks individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sama ada dengan mengajak kepada menganut Islam ataupun mengadakan hubungan yang baik dan damai dengan bukan Islam.
Bagi menunaikan kewajipan menyambung risalah Islam kepada seluruh manusia, pada awal tahun 60-an, Prof. Zulkifli Muhammad (Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) telah mengemukakan cadangan untuk membuka cabang ahli bersekutu PAS kepada kalangan bukan Islam.
Tiba-tiba, cadangan itu mendapat tentangan daripada para ulama’ Melayu yang terhad pembacaannya. Maka, cadangan tersebut terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga Majlis Syura Ulamak bermuzakarah beberapa kali dan dilihat dari segi kemampuan kefahaman ahli-ahli PAS. Malah, muzakarah turut dilakukan di peringkat antarabangsa melibatkan para ulama’ dan ilmuwan politik parti-parti Islam di luar negara.
Ramai tokoh berminat untuk terlibat dalam muzakarah yang diadakan di Lancaster, United Kingdom, di markas Islamic Foundation, pada tahun 90-an itu. Antaranya ialah Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi, Almarhum Sheikh Faisal Mawlawi, Almarhum Qadi Hussain Ahmad, Prof. Khurshid Ahmad, Almarhum Dr. Kamal Helbawi, Rashid Ghannoushi dan lain-lain.
PAS diwakili oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Almarhum Ustaz Harun Taib, Almarhum Ustaz Hassan Shukri, Almarhum Ustaz Yahya Othman dan saya sendiri yang diamanahkan oleh pimpinan supaya mengemukakan taklimat berkenaan masyarakat majmuk di Malaysia.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/09/28/islam-memimpin-masy… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air setelah bermusafir ke Tehran dan Istanbul.
Di Istanbul, saya mengambil peluang untuk bertemu Temel Karamollaoğlu (Presiden Parti Saadat Turkiye) serta pimpinan gerakan Islam di Sudan, Libya, Lubnan, Iraq dan lain-lain.
Perbincangan tentang pengalaman politik PAS di Malaysia dan situasi terkini taufan al-Aqsa Palestin.
Selain itu, saya juga memenuhi undangan Syarahan Istanbul: ‘Taufan al-Aqsa dan Masa Depan Ummah’ yang dianjurkan oleh NGO International Youth Forum (IYF) dan temu ramah daripada media antarabangsa, antaranya TRT World dan Anadolu Agency Media.
Semoga musafir ini memberi makna yang besar ke arah penyatuan umat Islam agar cahaya Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Abdul Hadi Awang
KLIA, 7 pagi.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Perkara yang paling teruk ialah konspirasi besar daripada musuh-musuh Islam, serta pengkhianatan terbesar daripada segolongan umat Islam yang melakukan kerjasama dengan Israel.
Ini menyebabkan berlakunya penjajahan Zionis ke atas tanah Palestin dan punca kepada kejatuhan Baitul Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga yang suci (selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Nabawi di Madinah), dan destinasi Rasulullah (daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dalam Israk) serta permulaan mikrajnya (ke Sidratul Muntaha).”
Penubuhan negara Israel di tengah-tengah dunia Islam merupakan perancangan pihak Zionis, disamping membina pangkalan tentera di negara-negara Islam untuk melindungi negara haram Israel, pada masa yang sama untuk mempertahankan kepentingan pihak penjajah, melindungi telaga minyak, dan mengawal laluan strategik untuk mengepung dunia Islam, merampas kekayaannya, dan memperhambakan umatnya. Namun begitu, cahaya Islam terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia.”
Abdul Hadi Awang, Istanbul.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Seruan untuk tidak menormalisasi dengan Israel dan membatalkan sebarang kerjasama dengan mereka setelah berlakunya Taufan al-Aqsa adalah suatu kewajipan.
Oleh itu pemboikotan ekonomi pasti akan memberi impak yang besar kerana majoriti sumber ekonomi global berasal dari negara-negara Islam, antaranya minyak dan hasil mahsul yang lain juga berasal daripada negara Islam.
Di samping itu kedudukan strategik dari Selat Melaka ke Selat Bab al-Mandab hingga Gibraltar berada di wilayah Islam.
Jika kita dapat menyatukan di antara umat Islam dan kerajaan ia akan membentuk pengaruh yang kuat untuk menghadapi Zionis.”
Abdul Hadi Awang, Tehran.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya amat bersimpati dan terkejut dengan tindakan yang amat keterlaluan dikenakan ke atas pegawai JAIM yang terlibat.
Berita Harian
@bharianmy
4 pegawai JAIM ditukar, dipecat mengaku papar pemimpin politik video khutbah Jumaat
#bhnasional 4 pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah dikenakan tindakan tatatertib
www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1302073/4-pega… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KE ARAH PENYATUAN UMAT ISLAM SEDUNIA
Alhamdulillah, selesai Muktamar Tahunan PAS tempoh hari, saya berangkat ke Iran bagi menghadiri Muktamar Penyatuan Islam Sedunia Kali Ke-38 anjuran Majma’ Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 19 - 21 September di Tehran.
Majlis perasmian Muktamar telah disempurnakan oleh Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang menekankan perlunya umat Islam menghayati perjuangan Rasullullah yang membawa mesej perpaduan dan keamanan, khususnya dalam suasana umat Islam yang sangat mencabar hari ini.
Saya dan beberapa tetamu diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan ‘Kerjasama Islam Ke Arah Mencapai Nilai Kebersamaan Bagi Mempertahankan Al-Aqsa’, dan memberikan pandangan terhadap ketegasan dunia Islam dalam mempertahankan Palestin melangkaui perbezaan mazhab dan asabiyah perkauman, seterusnya menggembeling kerjasama dalam kalangan ulama’ untuk membangkitkan kesedaran umat Islam.
Seterusnya saya dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib di bawah kepimpinan Syeikh Dr. Abdul Hamid al-Shahriari, serta diberikan penghormatan menghadiri majlis bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Imam Khamenei.
Dalam kesempatan sama, saya turut bertemu rakan-rakan pemimpin gerakan Islam dan ulama’ yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari Palestin, Iran, Arab Saudi, Turkiye, Rusia, Lubnan, Pakistan, India dan Afghanistan, di samping memenuhi undangan temu ramah dengan beberapa agensi berita antarabangsa.
Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam dan perjuangan Palestin, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.
Insya-Allah destinasi seterusnya, Istanbul. Semoga Allah mengurniakan kesihatan untuk saya menjalankan misi ummah ini.
Abdul Hadi Awang, Tehran.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kita menyaksikan kebangkitan Islam di Malaysia apabila generasi muda memberikan sokongan kepada PAS.
Sebahagian daripada ahli UMNO bersama kita, BERSATU bersama kita, orang Melayu bersama kita dan sebahagian orang bukan Islam bersama kita.
PAS menjadi parti yang mendapat undi terbanyak, menguasai empat buah negeri dan memiliki bilangan ahli parlimen paling ramai walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan. Ini merupakan sebuah pencapaian bagi PAS.
Hari ini kita menyaksikan parti Islam di Jordan pula menang besar dalam pilihan raya Jordan. Sebelum ini gerakan Islam juga menang pilihan raya di Kuwait sebelum digantung keputusan pilihan raya tersebut. Inilah antara halangan yang dihadapi oleh gerakan Islam.
Apa yang penting adalah keyakinan kita bahawa Islam dijanjikan kemenangan oleh Allah.
Marilah kita ambil langkah segera melalui peluang kebangkitan anak muda, generasi baru yang ingin mempertahankan Islam. Kita suburkan lagi kebangkitan anak-anak muda ini. Inilah tanggungjawab Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Peranan pemuda PAS sangat besar khususnya terhadap pengundi muda kerana mereka cepat membuat perubahan. Apa yang penting ialah kita isikan kebangkitan pemuda ini dengan kefahaman yang betul supaya mereka beristiqamah.
Dari Kerdau ke Janda Baik,
Terus ke Tumpat turun ke Panchor,
Jaga diri baik-baik,
Jangan melompat ke kapal bocor.
Terus ke Tumpat, turun ke Panchor,
Makan pagi roti keramat.
Mengapa melompat ke kapal bocor,
Bahtera Islam paling selamat.
[Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia, 12 September 2024, Kompleks Al Makmur, Temerloh, Pahang] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dari Kerdau ke Janda Baik,
Terus ke Tumpat turun ke Panchor,
Jaga diri baik-baik,
Jangan melompat ke kapal bocor.
Terus ke Tumpat, turun ke Panchor,
Makan pagi roti keramat.
Mengapa melompat ke kapal bocor,
Bahtera Islam paling selamat. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlights Majlis Penutup Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS President's Media Statement
CONGRATULATIONS TO THE IAF ON THEIR MAJOR VICTORY IN JORDAN'S PARLIAMENTARY ELECTIONS
I extend my heartfelt congratulations to the Islamic Action Front (IAF) for securing the most seats in Jordan's Parliamentary Elections.
I sincerely hope that this victory will not only enhance the Islamic world’s standing but also pave the way for meaningful reforms and positive change in Jordan, ultimately benefiting its people.
Abdul Hadi Awang
PAS President
Dated: 8 Rabi' al-Awwal 1446 / 12th September 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
TAHNIAH IAF ATAS KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN JORDAN
Saya mengucapkan tahniah kepada The Islamic Action Front (IAF) atas kejayaan mendapatkan kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Parlimen Jordan.
Mudah-mudahan kemenangan ini akan memperkukuhkan kedudukan dunia Islam dan dapat membawa perubahan serta Islah kepada negara demi menjaga kemaslahatan umat.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Rabi' al-Awwal 1446 / 12 September 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PH DAN UMNO GAGAL KERJASAMA DENGAN DAP
Kenyataan daripada DAP terhadap urusan agama Islam adalah satu langkah yang silap mengikut sempadan masyarakat majmuk, kerana ia sangat dijaga oleh penganut Islam walaupun mereka yang paling jahil.
Sifat tersebut masih terpelihara dalam diri masyarakat Melayu Islam sejak beberapa abad lamanya di Nusantara, termasuk pada zaman penjajah. Sehinggakan, tidak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan salah faham. Walaupun Islam dengan tegasnya dinyatakan sebagai agama bagi persekutuan, namun hak kebebasan beragama tetap terpelihara kepada semua pihak.
Baru-baru ini, tercetusnya kenyataan yang menimbulkan salah faham sekali gus menandakan berlakunya ketidakfahaman terhadap adab Islam. Sehingga menimbulkan kekeliruan sejak berlakunya kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan DAP, yang kemudiannya disertai oleh beberapa kepala UMNO dalam kerjasama tersebut.
Keadaan yang berlaku seperti sudah tidak mengenali sempadan perbezaan agama yang wajib dijaga, sehingga DAP boleh melanggar sempadannya. Lebih malang lagi, ada daripada kalangan Melayu Islam yang jahil agamanya sendiri bertindak mempertahankan kenyataan yang salah daripada DAP.
Allah menegaskan betapa sempadan halal dan haram wajib dijaga oleh penganut Islam dengan firman-Nya:
وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ ١١٦
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya, orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.” [Surah al-Nahl: 116]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/09/11/ph-dan-umno-gagal-k… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlights Idul Ilmi Maahad Darul Quran Rusila 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Allah SWT menciptakan manusia dengan jasad, tubuh, roh, nyawa, akal dan nafsu supaya dapat menggunakan apa yang ada di atas muka bumi mengikut ketentuan Allah.
Allah memberikan ilmu kepada manusia melalui akal dan juga ilmu wahyu yang tak dapat dicapai oleh akal fikiran manusia. Manusia dipandu dengan wahyu, sebuah perkara yang tiada pada malaikat.
Mengabdikan diri kepada Allah bukan sekadar melakukan syiar ibadat seperti solat dan puasa tetapi termasuk juga mematuhi hukum-hukum dan peraturan yang diturunkan Allah dalam mengendalikan urusan manusia.
Tanggungjawab kita adalah untuk mengembalikan masyarakat kepada petunjuk dan hidayah Allah SWT.
Peranan kita dalam ilmu perubatan ini sangat besar sebenarnya dalam keadaan fitrah manusia yang tidak dapat berlepas diri daripada penyakit.
Sebenarnya banyak panduan-panduan yang ditunjukkan oleh ilmuan Islam tetapi diambil oleh barat dan dibuang sudut agama yang menjadikannya tempang.
Atas dasar tersebut menjadi kewajipan kepada kita untuk membetulkan perkara ini bagi menyelamatkan manusia daripada terus terjerumus dalam malapetaka disebabkan tiadanya petunjuk agama.
[Mesyuarat Agong PAPISMA, 7 September 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Peranan ilmu dan fadhilatnya adalah besar dalam Islam. Perkara ini dapat dilihat daripada wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda Nabi SAW adalah berkenaan ayat-ayat yang berkaitan dengan ilmu.
Firman Allah SWT:
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ﴿ ٥ ﴾
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-ʿAlaq: 5)
Sabda Nabi SAW:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ،
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.”
(Riwayat Muslim: 4867)
Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. (Riwayat Abu Daud: 3641)
Saya mengharapkan supaya para pelajar yang menamatkan pengajian di sini menyambung lagi pengajian dan kemudiannya berkhidmat kepada masyarakat di tanah air kita ini.
Tahniah kepada semua pelajar. Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah SWT.
Siiru 'ala barakatillah, berjalanlah kamu dengan mendapat berkat daripada Allah SWT.
[Majlis Konvokesyen Maahad Darul Quran Rusila, 7 September 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Muhammad SAW pernah berjanji kepada Suraqah bin Malik yang pada ketika itu sedang memburu Nabi SAW.
Suraqah yang tersungkur sebanyak 3 kali dalam usahanya untuk menangkap Nabi akhirnya menyerah kalah dalam usahanya.
Lalu nabi berjanji kepada Suraqah akan menghadiahkan gelang kebesaran Raja Parsi. Nabi yang ketika itu belum lagi sampai ke Madinah dan belum lagi membina negara Islam Madinah sudah menjanjikan hadiah yang besar sebegitu kerana Nabi yakin dengan kemenangan Islam.
Di zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab, Parsi dikalahkan oleh Islam. Khalifah ‘Umar menerima gelang kebesaran Raja Parsi lalu diberikan kepada Suraqah yang dijanjikan gelang tersebut oleh Nabi SAW.
Kita yang dalam perjuangan Islam ini boleh mengambil iktibar daripada kisah ini. Kita percaya kepada janji Allah namun tidak semestinya kemenangan Islam itu berlaku pada masa kita masih hidup.
Apa yang paling penting ialah kita mengakhiri hayat dengan perjuangan Islam. Inilah kejayaan yang paling besar.
[Liqa Qiyadi PAS Negeri Terengganu, 5 September 2024, Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Majlis Pecah Tanah Kompleks Akademik Maahad Darul Quran Rusila, 6 September 2024
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERANAN ISLAM RUMPUN MELAYU DALAM POLITIK NEGARA
Sejarah Islam membuktikan adanya pertukaran bangsa penganut Islam yang memimpin negara yang besar ini sepanjang perjalanannya ke seluruh pelosok dunia, daripada bangsa Arab kepada Kurdi, Turki, dan lain-lain.
Apabila Islam datang ke Nusantara, maka bangsa Melayu daripada pelbagai suku kaumnya menjadi raja dan pemimpin yang menubuhkan kerajaan Islam.
Di Malaysia, berlaku betapa eratnya hubungan antara Melayu dengan Islam sehingga tidak boleh berpisah. Sesiapa sahaja yang menganut Islam dinamakan Melayu walaupun pelbagai suku kaumnya seperti Melayu, Jawa, Aceh, Banjar, Minang, dan lain-lain, termasuk yang asalnya Arab, India, Cina, dan sebagainya dinamakan Melayu juga apabila menganut Islam. Apabila seseorang Melayu keluar dari Islam, maka dia dikira bukan Melayu lagi.
Maka, diadakan lagi ketetapan secara bertulis dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, serta bahasa kebangsaannya ialah bahasa Melayu.
Bahasa Melayu dan tulisannya yang berhuruf Arab dan Parsi menjadi bahasa kebangsaan dan perantaraan masyarakat majmuk. Seterusnya, bahasa Melayu menjadi bahasa agama di samping bahasa Arab sehingga dijadikan bahasa ilmu di Nusantara.
Maka, Melayu Islam boleh dijadikan syarat kepimpinan kerajaan di rantau ini seperti kedudukan raja-raja Melayu yang dikekalkan. Keadaan ini bersempena dengan Rasulullah SAW yang menetapkan semua raja yang memeluk Islam tidak diturunkan daripada takhta mereka apabila Islam menjadi anutan penduduk, seperti Raja Oman, Raja Habsyah, dan raja-raja Yaman pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin RA, Umawiyyah, ‘Abbasiyyah, sehinggalah ‘Uthmaniyyah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/09/06/peranan-islam-rumpu… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
UCAPTAMA TUAN GURU PRESIDEN | KONVENSYEN PAS SABAH 2024
youtu.be/sfWCn-aK0Cg -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS | KONVENSYEN PAS SABAH 2024
youtu.be/qeg7MS1uZuE -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya melihat masa depan PAS di Sabah yang baik kerana ramai yang hadir adalah di kalangan anak muda.
Perkembangan yang berlaku sebelum ini menunjukkan sebuah perubahan yang sangat menarik. Pilihan raya umum yang lepas menunjukkan ramai kalangan UMNO dan anak muda yang memberikan undi kepada PAS sehinggakan kita memerintah di empat buah negeri.
Namun begitu, untuk memerintah Kerajaan Pusat memerlukan kita untuk menang di Sabah.
PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi.
Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing.
Kita ada peluang lima tahun sekali bagi memilih kerajaan. Beri peluang kepada PAS untuk memimpin kerajaan.
Kita mengharapkan perubahan yang telah berlaku kepada anak muda yang merupakan perubahan yang positif kepada Sabah.
[Konvensyen PAS Sabah 2024, 31 Ogos 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-67 buat semua rakyat Malaysia.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mengapa Allah mengecam Firaun dan Namrud dalam al-Quran?
Hal ini kerana Firaun dan Namrud ini boleh berbuat apa sahaja sehinggakan mereka berlagak menjadi tuhan.
Kalau pemimpin berlagak menjadi tuhan, maka perkara ini akan merosakkan agama dan manusia.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TAFSIRAN PLURALISME DAN PERSAMAAN AMALAN AGAMA
Terdapat salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berkenaan tajuk di atas.
Pluralisme agama merupakan satu teori atau konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini ialah:
1. Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
2. Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
3. Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman sehingga dianggap semua agama adalah benar dan betul.
4. Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni antara penganut agama yang berbeza.
Islam
Islam menerima konsep tasamuh terhadap agama lain dengan tindakan tidak ada paksaan terhadap sesiapa untuk menganut Islam dan tidak melarang sesiapa untuk beramal dengan ajaran agama masing-masing, tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama betul. Dengan erti kata lain, Islam tetap diyakini satu-satunya agama yang benar. Hanya penyelesaian Islam yang diterima dan bukan penyelesaian yang lain.
Firman Allah SWT:
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٨٥
“Sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” [Surah Ali ‘Imran: 85]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/08/27/tafsiran-pluralisme… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Melayu Islam sebenarnya masih terbelenggu dengan apa yang dilakukan pada zaman penjajah dahulu.
Penjajah zaman dahulu menggunakan alasan lawan British dianggap melawan raja.
Ajaran ini nampaknya dihidupkan semula.
—————————
Sebenarnya bagaimana 3R ini sepatutnya berperanan?
Nak tahu?
Dapatkan buku terbaharu karya Yb Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang bertajuk 3R: Nasihat Buat Semua.
Dapatkan melalui pautan ini:
ezy.la/BukuBaharuOgos24 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Bicara Merdeka: Masa Depan Islam dan Melayu
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK BOHONG DAN KEBENDAAN TETAP MENJADI PILIHAN UMNO-PH
Kita menyaksikan di negara kita betapa politik wang menyebabkan keruntuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah berkuasa sehingga membarah ke dalam pemilihan partinya di semua peringkat. Seterusnya, membawa pula penyakit ini ke dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam menjadikan mereka mangsa rasuah politik yang merosakkan agama dan bangsa.
Kini, UMNO yang rosak bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya. Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada Dajjal.
Mereka membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya menyokongnya, pada masa yang sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi. Sedangkan mereka telah mengambil cukai daripada semua rakyat, termasuk pembangkang. Maka, terbukti mereka lebih daripada Dajjal yang tidak memungut cukai.
PH menipu dengan slogan Rahmah yang dilaksanakannya, walhal ia merujuk sifat Allah Yang Maha Rahmah yang rahmat-Nya melimpah-ruah. Hal ini demikian kerana, Allah memberi kurniaan kepada hamba-Nya dengan adil kepada semua, sama ada yang taat ataupun yang derhaka. Adapun kesalahan dosanya dibicarakan dengan adil di tempat yang lain.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/08/22/politik-bohong-dan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dapatkan buku terbaharu karya YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
📙Buku 3R Nasihat buat Semua: RM20 ( Harga Asal: RM23)
📕Buku Sejarah PAS Pasang Surut Perjuangan: RM26 (Harga Asal : RM29)
📚 Kombo Siasah: RM44 (Harga Asal: RM52)
🔖 Bonus Webinar Sejarah PAS
Beli di sini:
ezy.la/BukuBaharuOgos24
-------------------------------------
Sertai Live Pelancaran Buku Terbaharu kami dan dapatkan promosi sempena pelancaran sebagaimana berikut:
• 22 Ogos 2024 (Khamis)
• 9:15 PM
• Facebook Pustaka Permata Ummah
#bukuppu #bukutghh
#3rnasihatbuatsemua
#sejarahpaspasangsurut
#permataummah
#mesejsampai -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menerima kunjungan daripada Asif Luqman Qazi, Pengarah Hal Ehwal Luar Jamaat Islami Pakistan dan Ahsanul Mahboob Zubair, Pembantu Setiausaha Agong Jamaat Islami Bangladesh.
Kami berbincang situasi terkini di Pakistan dan Bangladesh serta isu-isu umat Islam khususnya di bumi Palestin. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Highlight Kunjungan daripada Jamaat Islami Pakistan dan Bangladesh.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menerima kunjungan daripada Syeikh Ahmad Ratib Subhi Allawi, salah seorang ulama’ al-Quran di Damsyik, Syria.
Semoga Allah merahmatinya dalam memberi pengajaran ilmu al-Quran kepada masyarakat. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kemerdekaan yang bakal kita raikan dalam bulan Ogos tahun ini terbahagi kepada dua iaitu kemerdekaan tanah air dan juga kemerdekaan fikiran serta kefahaman.
Kita sudah berjaya membebaskan tanah air kita daripada terus diduduki oleh para penjajah. Biarpun begitu, penjajah telah berjaya menjajah pemikiran dan kefahaman kita. Penjajahan fikiran yang paling berbahaya ialah kefahaman bahawa dalam Islam tiada perkara politik.
Fahaman bahawa politik itu kotor, tidak perlu kepada politik, politik penuh penipuan sehinggakan hendak diserahkan urusan politik kepada orang lain.
Fahaman ini berasal daripada kitab Injil (Bible) yang menerangkan bahawa apa yang berkait dengan Tuhan, serahkan kepada Tuhan. Apa yang berkait dengan pemerintahan, serahkan kepada raja.
Inilah ajaran politik suku, agama suku. Kitab Injil ini yang telah disesatkan lalu dibawa ke dalam masyarakat kita menyebabkan politik dianggap tidak penting.
[Santai Murabbi: Sepetang Bersama Tuan Guru, 17 Ogos 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PEMBEKAL SENJATA KEPADA PENGGANAS MENJADI PENDAMAI
Inilah antara perkara luar biasa dalam dunia yang perlu ditambah lagi dalam senarainya, bersama piramid lambang kezaliman Firaun di Mesir dan lain-lain yang dianggap sebagai tamadun bersejarah pada zaman purba yang disenaraikan kerana kehebatannya yang menakjubkan tanpa mengira keadilan atau kezalimannya.
Boleh dianggap luar biasa tindakan dan peranan Amerika Syarikat serta negara blok Barat bersamanya yang menjaja demokrasi dan hak asasi manusia, apabila mereka terbabit menubuhkan negara haram bernama Israel dengan cara yang ganas iaitu merompak bumi Palestin. Sehinggakan, bertindak menghalau penduduk asalnya secara paksa, merompak dengan cara yang paling melampau, malah membunuh dan berperang sehingga melanggar undang-undang antarabangsa yang telah disabitkan keputusannya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice – ICJ).
Kedudukan dan keputusannya laksana sarang labah-labah yang hanya mampu menangkap serangga kecil dan lemah, namun dapat dimusnahkan dengan mudah oleh helang yang ganas. Inilah sifat Amerika Syarikat dan sekutunya yang tiba-tiba menonjol menjadi pendamai nombor satu bagi memaksa Palestin yang dizalimi berdamai terhadap Israel yang paling zalim itu.
Amerika Syarikat dan sekutunya tetap berpegang kepada dasar yang menjadi prinsip imperialisme dan kolonialisme silam dengan menegakkan politik penjajahan yang salah dan paling zalim. Sehinggakan, apa yang dilakukan itu membatalkan sifat fitrah kemanusiaan dan berkuasa dengan melaksanakan undang-undang hutan rimba dalam kalangan binatang buas, bahkan lebih dahsyat dan lebih hina daripada binatang yang tidak berakal seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩
“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]
Sifat binatang ternak adalah lebih bodoh daripada binatang liar yang mengganas kerana boleh dipergunakan dan disembelih menjadi makanan, tidak semudah binatang liar yang buas.
Negara besar itu yang menamakan kumpulannya sebagai pejuang kebebasan dan pelindung hak asasi manusia serta pejuang demokrasi dunia, dalam pada itu boleh pula bersama kumpulan Yahudi Zionis yang paling dimurkai dan dilaknat Allah, kerana kezaliman melampau mereka yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sejagat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/08/19/pembekal-senjata-ke… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menerima kunjungan daripada Syeikh Ahmad Ratib Subhi Allawi, salah seorang ulama’ al-Quran di Damsyik, Syria.
Semoga Allah merahmatinya dalam memberi pengajaran ilmu al-Quran kepada masyarakat. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
POLITIK ISLAM YANG DIMULIAKAN ALLAH, DIHUKUM KOTOR
Betapa eratnya hubungan politik dalam ajaran Islam sehingga pergerakannya dimulakan oleh Rasulullah SAW di Masjid Nabawi. Kemudiannya, diikuti oleh para khalifah Islam dan raja-raja yang berpegang teguh kepada agama Islam yang sempurna, berdaulat dan berkuasa dalam sebuah pemerintahan negara.
Penulisan para orientalis yang berperanan pada zaman penjajah mendedahkan bahawa pemisahan politik daripada agama Islam sengaja dilaksanakan terhadap umat Islam yang dijajah. Pemisahan tersebut berlaku melalui pelaksanaan ideologi sekularisme yang termaktub dalam kitab Injil yang telah dirosakkan untuk menyesatkan agama Kristian.
Kuasa agama Islam yang berada di bawah raja-raja dan ketua negara Islam dirampas apabila dilengahkan. Hanya tinggal kuasa dalam urusan ibadat dan kekeluargaan sahaja. Para ulama’ dilarang mengajar politik Islam dengan peraturan yang dinamakan tauliah mengajar agama untuk melarang berpolitik di masjid. Tujuannya supaya urusan politik negara sepenuhnya di bawah kuasa penjajah serta dapat melemahkan perjuangan menentang penjajah.
Umat Islam terus tenggelam dalam kejahilan agama, para ulama’ upahan penjajah pula digunakan untuk menyebarkan ajaran sesat yang memisahkan politik daripada agama Islam yang sempurna.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/08/17/politik-islam-yang-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perikatan Nasional meletakkan calon yang disepakati bersama di antara PAS dan BERSATU iaitu saudara Rizwadi Ismail.
Kita tolak calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Kita mesti memilih parti yang betul dan benar, jangan pilih parti yang bohong dalam menunaikan janjinya.
Jadi di PRK N43 Nenggiri ini pilih Perikatan Nasional, pangkah simbol bulan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya terbaca berita yang menerangkan bahawa di Thailand, Perdana Menterinya diminta untuk meletakkan jawatan oleh mahkamah kerana melantik kalangan yang memiliki kes mahkamah.
Negara kita macam mana pula? -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat ilmu daripada al-Quran yang menjadi petunjuk kepada seluruh manusia sepanjang zaman dan di seluruh penjuru dunia. Baginda diperintahkan supaya menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.
Wajib ditegaskan bahawa sesungguhnya al-Quran ialah sebuah kitab yang paling benar dan betul. Sekiranya terdapat sebarang kajian yang bercanggah dengannya, sudah pasti kajian yang dilakukan itu salah dan tidak tepat sama sekali.
Ternyata kini, kajian yang dilakukan di bumi hingga angkasa lepas telah membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, maka ternyata kajian itu salah kerana adanya sifat kelemahan manusia yang mewajibkan mereka untuk menerima petunjuk Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran.
Contohnya, perkara yang diharamkan oleh al-Quran semestinya membawa kemudaratan dan penyakit dalam kehidupan manusia. Sebaliknya, perkara yang halal khususnya perkara yang wajib itu adalah baik untuk manusia.
Al-Quran turut mengandungi perkara dasar dan hukum dari segi aqidah, syariat dan akhlak, termasuklah cerita pada zaman dahulu dan saat berlakunya Hari Kiamat nanti. Segala perkara yang terkandung dalamnya adalah benar tanpa diragukan sedikit pun, kerana semuanya datang daripada Allah SWT.
Kesempurnaan petunjuk al-Quran yang dinamakan dengan Islam itu ditegaskan oleh Allah SWT, sehinggakan ia tidak mampu dicabar lagi oleh seluruh agama dan ajaran yang lain. Oleh itu, umat Islam tidak lagi berhajat kepada petunjuk yang lain daripadanya dalam segala urusan kehidupan mereka.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 4 Safar 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS SERANGAN DI SEKOLAH AL-TABIN, BANDAR GAZA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam keras serangan ganas regim Zionis Israel ke atas Sekolah Al-Tabin di bandar Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 100 warga Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita serta ramai lagi warga Palestin dilaporkan cedera.
Serangan ganas yang tidak berperikemanusiaan ini wajar dikecam sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa dan selayaknya dijadikan asas utama ke atas regim Zionis Israel untuk dikenakan tindakan keras, sekatan mahupun pemulauan oleh negara-negara di dunia mahupun PBB.
Ia sekaligus membuktikan bahawa regim Zionis Israel sememangnya melakukan pembunuhan beramai-ramai atau “genocide” ke atas warga Palestin di Semenanjung Gaza termasuk mencabuli undang-undang antarabangsa dan piagam PBB.
Demi keadilan untuk warga Palestin, negara-negara di dunia khususnya negara Dunia Islam wajar memutuskan hubungan dengan regim Zionis Israel seterusnya mengheret regim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan ke atas warga Palestin.
Takziah diucapkan buat keluarga warga Palestin yang menjadi mangsa jenayah perang regim Zionis Israel. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka, dikurniakan ganjaran syahid dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Bebaskan Al-Quds, Merdekakan Palestin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh : 6 Safar 1446 / 11 Ogos 2024. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN YAHYA SINWAR
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah atas pelantikan Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu bagi menggantikan sang mujahid yang dikasihi, Almarhum Syeikh Ismail Haniyeh yang telah beroleh syahid. Mudah-mudahan, Allah merahmatinya dan mengangkat darjatnya ke darjat yang tertinggi bersama para syuhada’ yang hidup di sisi Tuhannya yang mendapat rezeki.
Pelantikan Yahya Sinwar sebagai pemimpin utama pergerakan Hamas merupakan satu keputusan yang tepat, bahkan sesuai dengan keadaan dan tentangan yang sedang dihadapi oleh gerakan jihad di lapangan kini.
Kita sama-sama menantikan kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, diberikan keberkatan dan petunjuk. Maka, berjalanlah dalam keberkatan di sisi Allah.
Daripada saudara kalian seluruh penggerak PAS,
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TENTERA AHZAB DATANG SEMULA
Kini, muncul dalam kalangan negara dan umat Islam, kumpulan-kumpulan yang beristiqamah bersama Islam bagi menghadapi tentera Ahzab baharu.
Sebahagian umat Islam dan negaranya bersatu teguh bersama Islam tanpa berpecah kerana perbezaan bangsa dan mazhab, tetapi menjadi Ahli Kiblat yang satu dalam mendirikan solat, melaksanakan haji, dan menggerakkan politik bersama menghadapi kumpulan Zionis. Negara yang paling terbuka dan berterus terang ialah Republik Islam Iran yang berjuang dengan nyawa, senjata, dan harta.
Malangnya, ada pula negara Arab dan Islam yang melakukan normalisasi bersama Zionis dalam hubungan politik, ekonomi, bahkan ketenteraan bersama negara-negara dalam kumpulan Ahzab.
Ada juga yang masih banyak bercakap dengan alasan perbezaan mazhab dan ideologi politik mengeluarkan kenyataan yang memecahkan perpaduan umat Islam, sehingga ada yang berbeza kiblat solat dan haji mereka ke arah Kaabah (Rumah Allah) di Makkah, namun kiblat politik, ekonomi, dan urusan duniawi mereka ke arah Amerika Syarikat dan Eropah yang berkiblatkan White House (Rumah Putih) dan mengucup BlackRock berimamkan Zionis. Hal ini disebabkan oleh wawasan dunia tanpa ke akhirat, sehingga ada yang mengeluarkan ucapan memperkecilkan mereka yang berjihad dan mati syahid di medan perang yang terbuka.
Mereka menolak jihad menentang Zionis dan sekutunya yang mengganas di Gaza kerana Hamas dan Tanzim Jihad yang bermazhab Sunni menentang Zionis dibantu oleh Iran yang bermazhab Syiah, sehingga semuanya disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.
Akan tetapi, mereka membisu apabila kerajaan mereka bersama Amerika Syarikat menyerang Afghanistan, menyerang Iran dalam Perang Teluk Pertama, menyerang Iraq dalam Perang Teluk Kedua, serta menyerang Syria dan Yaman, di samping tidak berperasaan kemanusiaan terhadap keganasan Zionis yang paling melampau sehingga dikutuk oleh seluruh dunia. Mungkin kerana kiblat politik mereka sudah ke sana, walaupun mazhab aqidah mereka Salafi, Asha‘irah, dan Maturidiyyah serta solat mereka bermazhab empat.
Mereka mengucapkan takziah dan melawat kematian pemimpin Israel, Shimon Peres, tetapi membisu terhadap gugur syahidnya pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan panglima Hizbullah, Fuad Shukr, bahkan ada yang bergembira bersama Zionis dan sekutunya kerana syahidnya Qasem Soleimani, panglima yang ditugaskan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/08/06/tentera-ahzab-datan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Ibrahim AS, bapa para anbiya’ yang disanjung oleh penganut semua agama diberikan penghormatan, dengan Baginda diperintahkan supaya membuka Makkah yang kering dan sunyi untuk meletakkan puteranya yang baru dilahirkan, Isma‘il AS bersama Hajar RA, ibunya. Ibrahim AS juga diperintahkan untuk mendirikan Kaabah bersama puteranya, Isma‘il AS.
Doa Ibrahim AS dijadikan penentuan Allah bagi memilih rasul akhir zaman iaitu daripada zuriat keturunannya yang paling diberkati Allah.
Allah menetapkan Nabi Muhammad SAW daripada zuriat Nabi Isma‘il, putera Ibrahim, bukan daripada zuriat Ishaq, puteranya juga yang banyak melahirkan nabi-nabi daripada Bani Isra’il. Dikatakan antara sebab orang-orang Yahudi menolak Nabi Muhammad SAW adalah kerana fanatik keturunan yang diharamkan.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 26 Muharram 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pada zaman mutakhir ini lahir ajaran-ajaran dan badan-badan yang boleh merosakkan aqidah, selain berjuang ke arah merosakkan pegangan manusia terhadap Islam dengan berbagai-bagai cara dan nama yang menarik lagi mengelirukan.
Ada yang melahirkan simpati dan berpura-pura tidak bercanggah dengan Islam, malah dengan beraninya menisbahkan Islam kepadanya. Ada juga yang pada zahirnya kelihatan membantu untuk memajukan Islam, tetapi dalamnya ditaburkan racun-racun perosak aqidah yang sangat berbahaya.
Konsep liberalisasi hari ini telah menghilangkan harga diri manusia di negara yang beramal dengannya. Runtuhnya harga diri manusia dan musnahnya hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan, sehingga manusia menjadi lebih hina daripada binatang.
Mereka membenarkan perkahwinan sejenis atas nama kebebasan setelah mereka mengizinkan hubungan tanpa perkahwinan yang telah merosakkan institusi kekeluargaan. Bukan sahaja pakaian dan makanan yang tanpa peduli akan halal dan haram, bahkan telah membawa penyakit roh dan jasad.
PAS yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya.
[Bicara Tokoh Bersama Ayah Chik, bertajuk Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam, 3 Ogos 2024, Anjuran Jabatan PAS Luar Negara] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PRK DUN NENGGIRI: SOKONGAN TERHADAP CALON PERIKATAN NASIONAL
1. PAS menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Saudara Mohd Rizwadi Ismail, calon terbaik yang dipilih bagi mewakili Perikatan Nasional dalam pilihan raya kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri.
2. Pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran.
3. Berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang telah teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Saudara Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon Perikatan Nasional, seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri.
4. Justeru PAS telah menggerakkan jentera parti di peringkat Negeri Kelantan dan seluruh negara bagi memenangkan Saudara Rizwadi, yang akan menggunakan lambang ‘Bulan’ dalam PRK ini, dan diharapkan proses penamaan calon dan tempoh berkempen akan berlangsung secara matang, adil dan saksama.
“Pertahan Nenggiri, Undi Bulan”
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
Bertarikh: 27 Muharram 1446H / 2 Ogos 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka yang telah mengakhiri hayat dalam perjuangan, atau yang beristiqamah dan sabar menunggu sama ada menang atau mati, tetap mendapat kemenangan.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Memori bersama almarhum Sheikh Ismael Haniyeh ketika menerima kunjungan almarhum bagi menzahirkan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS President’s Media Statement
PAS STRONGLY CONDEMNS ISRAEL ON THE ASSASINATION OF ISMAIL HANIYEH
Allah says:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣﴾
“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]
The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the attacks initiated by Israel in Iran’s capital, Tehran, resulting in the martyrdom of Hamas’s political chief, Ismail Haniyeh and one of his bodyguards.
PAS extends its deepest condolences to the family of Ismail Haniyeh and his bodyguard for this tragedy. May Allah shower those who departed with His blessings.
The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza.
“From the river to the sea, Palestine will be free.”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 25 Muharram 1446 / 31st July 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH
Firman Allah:
﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel di ibu kota Iran, Tehran yang telah mengorbankan nyawa Ketua Politik Pasukan Pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya.
PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah.
Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.
“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Muharram 1446 / 31 Julai 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISRAEL DI BARISAN HADAPAN MENENTANG KEMARAAN ISLAM
Perkara ini merupakan kenyataan terbuka Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam ucapannya di persidangan Kongres Amerika Syarikat bersama Senat dan Dewan Perwakilan. Dalam ucapannya itu, dia menegaskan bahawa negara Israel berada di barisan hadapan menghadapi kemaraan semua parti berjenama Islam dan kumpulannya yang berjuang mengembalikan semula kuasa Islam yang berdaulat.
Apabila Perdana Menteri Israel diberikan tempat dalam persidangan tersebut, ia menunjukkan betapa kuat dan mendalamnya pengaruh Zionis Yahudi dalam semua kerajaan blok Barat. Bermula dengan kuasa paling besar sehinggalah negara di bawah naungan Barat di seluruh dunia, termasuk kalangan negara-negara Islam dan Arab, walaupun sudah diisytiharkan kemerdekaannya.
Walau siapa pun yang memimpin atau parti mana pun yang memerintah Amerika Syarikat dan sekutunya, sama sahaja keadaannya, laksana dua sisi yang berbeza pada sekeping duit syiling yang sama. Mereka akan tetap berada di bawah pengaruh Zionis.
Adapun negara Islam dan kumpulan Islam yang ditampal jenama sekular atau liberal dan yang sama sepertinya mendapat tauliah kebebasan, apabila tidak memberi tempat kepada pelaksanaan Islam yang sempurna. Hal ini demikian kerana, pelaksanaan Islam dianggap ancaman kepada Zionis dan semua ideologi ciptaannya.
Israel dianggap sebuah negara paling bertamadun (madani) dan demokratik. Semua pihak yang berwajah Islam daripada semua mazhab dilabel pengganas yang wajib diganyang habis-habisan, walaupun ada kalangan mereka itu memilih demokrasi dan pendekatan damai. Itu juga yang berlaku di negara Islam yang dianggap sebagai madani, tetapi menuduh kumpulan Islam sebagai pengganas dan pelampau hanya kerana mahu melaksanakan Islam yang sempurna.
Kini, berlaku pertempuran antara yang berjenama tamadun (madani) dalam menghadapi keganasan yang dijenamakan kepada Islam. Kumpulan Hamas yang memenangi pilihan raya umum di Palestin hanya boleh menubuhkan kerajaan di wilayah Gaza yang kecil, kemudiannya diserang dan dikepung dengan mengguna pakai segala jenis jenayah perang. Hanya kerana Islam menjadi dasar dan matlamat perjuangannya, maka tidak akan diizinkan berkuasa dan dianggap tidak bertamadun atau madani.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/07/31/israel-di-barisan-h… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH DI SELURUH NEGARA PADA SABTU 3 OGOS 2024
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mencadangkan 3 Ogos ini diisytiharkan sebagai hari solidariti terhadap penduduk Gaza dan tahanan Palestin di penjara Israel.
Justeru itu, saya dengan ini mengarahkan seluruh ahli PAS, dan mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengadakan solat hajat dan qunut nazilah di seluruh negara pada hari Sabtu, 3 Ogos 2024.
Semoga Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepada rakyat Palestin serta menghancurkan bala tentera Israel dan sekutunya yang bertindak zalim tanpa perikemanusiaan.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Muharram 1446 / 31 Julai 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Terakhir Muhammad SAW
Kedatangannya bagi menutup kerasulan dan kenabian, serta menamatkan wahyu. Baginda dilantik kepada seluruh manusia dan jin di seluruh alam pada akhir umur dunia.
Selepas itu, berlakulah Hari Akhirat yang menjadi ajal dunia dan selepasnya masuk ke alam Kiamat yang kekal abadi.
Zaman ini, manusia dikurniakan kemuncak ilmu akal dan pengalaman hidup, sehingga diberikan kemampuan mencipta alat kemudahan yang canggih bagi perjalanan meneroka seluruh pelosok dunia dan mendapat maklumat yang cepat walaupun jauhnya jarak perjalanan.
Maka, cukup dengan seorang rasul sahaja yang diberikan keistimewaan untuk menghadapi manusia dan memimpin seluruhnya. Kelahirannya diberitahu dalam kitab-kitab suci umat terdahulu dan oleh rasul pada zaman masing-masing.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 20 Muharram 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Berbesar hati menerima kunjungan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di Rusila semalam, diketuai oleh YB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yahya, Pesuruhjaya PAS Kedah.
Saya memberikan beberapa pesanan dan nasihat setelah mendengar dengan teliti pembentangan perjalanan PAS Negeri Kedah serta Urus Tadbir Kerajaan Negeri Kedah.
Semoga kunjungan ini dapat memberikan lonjakan usaha dan semangat kepada PAS Negeri Kedah dalam menerajui Negeri Kedah ke arah yang lebih baik.
[Kunjungan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, 25 Julai 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ANTARA FIRQAH DAN MAZHAB
Semua imam mazhab yang besar melarang mazhab mereka dikhususkan menjadi mazhab negara dan umat. Masing-masing terbuka menerima hujah yang terkuat.
Kerajaan Islam yang mentadbir urusan agama dan para mufti, menjadi jumud apabila berdepan dengan masalah baharu dan keadaan yang berbeza jika hanya mengkhususkan satu mazhab. Inilah cara penjajah memenjarakan kuasa agama Islam yang ada pada raja-raja.
Kepada orang awam yang tidak berilmu atau sedikit ilmunya dibenarkan bertaqlid (mengikut sahaja) mana-mana mazhab yang dipilihnya. Para ulama’ pula perlu berhikmah dalam bermuzakarah, jangan mengelirukan orang awam. Adapun yang cetek ilmunya dan tidak mampu menguasai ilmu Islam yang luas, janganlah taasub mazhab dan ikut berijtihad sehingga merosakkan agama dan memecahkan umat apabila dipergunakan oleh musuh Islam.
Al-Quran menegaskan penyelesaiannya dengan firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya (Muhammad SAW) serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]
Ulu al-Amr ialah para ulama’ yang tinggi ilmu mereka serta mendalam kefahaman dan kebijaksanaan mereka, begitu juga para pemimpin negara yang beriman dan beramal dengan Islam yang sempurna.
Para ulama’ al-Azhar telah menubuhkan sebuah badan yang dinamakan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah (مجمع البحوث الإسلامية) pada tahun 1961 yang mengumpulkan ensiklopedia hukum Islam daripada lapan mazhab yang terbesar dan memiliki kitab-kitab rujukannya, iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i, Hanbali, Zahiri, Ithna ‘Ashariyyah, Zaidiyyah, dan Ibadi. Kemudian, disahkan oleh Muktamar Ulama’ di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Jordan pada tahun 2006.
Di samping itu, banyak lagi mazhab kecil yang diriwayatkan dalam kitab-kitab yang muktabar yang menjadi khazanah ilmu Islam yang luas. Mereka dinamakan sebagai ‘Ahli Kiblat’, yakni penganut Islam yang sah kerana mereka menghadap kiblat dan menunaikan haji di Makkah, selain semua ajaran mereka termaktub dalam perbahasan ilmu Islam.
Adapun firqah pula ialah kumpulan yang melanggar rukun Islam dan dasarnya. Jika mereka berbuat demikian disebabkan oleh kejahilan, maka selamatkanlah mereka. Wajib diusahakan bagi menyelamatkan mereka daripada kesesatan kerana kejahilan agama. Namun, jika mereka menderhaka bersama musuh Islam, maka tentanglah mereka.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/07/26/antara-firqah-dan-m… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah atas limpah perkenan menerima patik menghadap di Istana Syarqiyyah, hari ini.
Semoga KDYMM Tuanku Sultan sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menziarahi kubur dan menunaikan solat jenazah ke atas seorang kakitangan Maahad Darul Quran Rusila, Mohamad bin Dollah yang telah dijemput Ilahi Jumaat lepas.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحةThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Persidangan Nicea (Council of Nicea)
Menurut perkiraan para ahli sejarah, kitab Injil yang masih asli tanpa adanya campur tangan para pendeta masih ada sehingga tahun 325 Masihi. Namun, selepas tahun fersebut, kitab tersebut mulai dinodai oleh Raja Konstantin Rom (Constantine the Great) dalam Persidangan Nicea
Semasa persidangan tersebut, berlakunya suatu perdebatan dan pertentangan pendapat mengenai isu ketuhanan dan kenabian 'Isa AS. Perdebatan yang berlaku menyentuh ajaran pokok dan aqidah yang dianuti oleh mereka.
Satu pendapat (golongan Saint Arius) mengatakan bahawa Nabi 'Isa AS hanyalah seorang manusia dan nabi yang membawa ajaran agama daripada Tuhan. Satu pihak lagi pula mengatakan bahawa Baginda AS ialah 'anak Tuhan'. Pendapat tentang 'Isa AS sebagai seorang 'anak tuhan' ini didukung oleh pihak gereja dari Iskandariah (Alexandria) yang diketuai oleh penolong Biskop Iskandariah bernama Saint Athanasius.
Raja Konstantin mempunyai niat tersirat untuk bertindak campur tangan dalam hal agama, demi menjaga hak politiknya agar tidak jatuh ke tangan orang lain. Semasa persidangan tersebut, sebanyak 2,048 orang uskup atau biskop telah hadir untuk membincangkan perselisihan pendapat mengenai Nabi 'Isa AS.
Seramai 1,730 orang telah setuju bahawa Nabi 'Isa AS ialah seorang manusia biasa yang diutuskan Allah SWT, manakala seramai 318 orang pula mengatakan bahawa Baginda AS ialah 'anak Tuhan'. Walau bagaimanapun, majoriti pendapat ini ditolak mentah-mentah oleh Raja Konstantin, lantas mengambil pendapat minoriti iaitu Nabi 'Isa ialah seorang 'anak Tuhan' sebagai pendirian.
Mereka yang menentang keputusan yang sesat itu diburu dan dibunuh, malah ada juga sebahagian daripada mereka itu diseksa dengan zalim sehingga ramai yang memilih untuk beruzlah di tempat yang terpencil. Hal yang tersebut adalah untuk menyelamatkan aqidah yang benar dan menunggu kelahiran nabi akhir zaman yang telah dijanjikan
[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Muharram 1446H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Dewan Rakyat, 16 Julai 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Dewan Rakyat, 15 Julai 2024
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
HIJRAH MODEL PENYATUAN MASYARAKAT MAJMUK
Kini, hijrah disambut ulang tahunnya yang ke-1446, suatu tempoh yang mencecah abad ke-15. Peristiwa hijrah memberikan pengajaran terbesar kepada seluruh manusia sepanjang zaman. Allah SWT memerintahkan pelaksanaan hijrah, setelah pihak jahiliah Makkah menolak tawaran menegakkan negara Islam daripada Rasulullah SAW iaitu sebuah negara yang menjanjikan konsep adil kepada semua manusia.
Para pemimpin Makkah menolak tawaran itu, walaupun mereka percaya kepada kemuliaan peribadi Rasulullah SAW dan kebijaksanaannya. Akan tetapi, mereka tidak percaya kepada ilmu Allah dan petunjuk-Nya. Allah SWT menceritakan peristiwa itu melalui firman-Nya:
﴿وَقَالُوٓاْ إِن نَّتَّبِعِ ٱلۡهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَآۚ أَوَ لَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا ءَامِنٗا يُجۡبَىٰٓ إِلَيۡهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَيۡءٖ رِّزۡقٗا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٥٧﴾
“Dan mereka berkata, ‘Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami (Makkah).’ (Allah bertanya): Adakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka di dalam daerah Tanah Haram (tanah suci Makkah) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan daripada segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagi kamu) daripada sisi Kami? Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Surah al-Qasas: 57]
Mereka mempunyai sangkaan buruk dan jahat terhadap Islam yang dituduh akan menjadi ancaman kepada mereka. Malah, mengatakan bahawa Islam akan ditolak oleh seluruh dunia dan diserang oleh semua pihak yang akan menghancurkan perjuangannya, sehingga menjadi fobia terhadap Islam.
Rasulullah SAW pula secara tegas menolak cadangan pelantikan Baginda menjadi pemimpin Makkah dengan penabalan jawatan raja atau menjadi pemimpin yang ditawarkan kuasa mutlak dan diberikan harta yang melimpah ruah dengan mengekalkan kuasa takhta walaupun zalim, tanpa mendaulatkan Islam yang menjanjikan keadilan kepada semua.
Rasulullah SAW terus mengajak seramai mungkin masyarakat untuk menganut Islam tanpa paksaan dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam yang tidak ekstrem, dengan membawa tema adil kepada semua. Perkara ini berpandukan firman Allah SWT:
﴿۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨﴾
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu melaksanakan segala amanah (tanggungjawab) kepada sesiapa yang layak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]
Baginda SAW menyampaikan perintah Allah kepada sesiapa yang mahu menerimanya dan mencari sesiapa yang sedia menyerahkan tanah air, serta berjuang demi menegakkan negara yang meletakkan Islam berkuasa dan berdaulat di dalam sesebuah negara.
Akhirnya, penduduk Madinah yang terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk kaum Arab menerima Islam bersama golongan bukan Islam yang cinta akan perdamaian, terdiri daripada kalangan kaum Yahudi dan Kristian Najran, di samping sebahagian daripada Arab Musyrikin yang sedia menerima Islam memimpin negara. Hal ini demikian kerana, mereka bosan dengan kekejaman yang berlaku dalam masyarakat di seluruh pelosok yang tidak mampu ditangani oleh negara kuasa besar dan pelbagai agama yang sedia ada pada zaman itu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/07/15/hijrah-model-penyat… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Menziarahi kubur dan menunaikan solat jenazah ke atas sahabat saya, Tuan Guru Haji Jalaludin Bin Abdul Wahid yang telah dijemput Ilahi baru-baru ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحةThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hari ini saya bersama dengan para pimpinan PAS dalam Liqa Fikri PAS. Dalam ucapan saya menyebutkan berkenaan Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam.
Kemunculan ajaran baharu yang meletakkan jenama Islam bersamanya, iaitu Islam liberal, mengikut pengaruh liberalisme Barat adalah berkonsepkan kebebasan daripada ikatan agama dan akhlak.
Fahaman liberalisme berakar umbi daripada Zaman Pencerahan (Enlightenment) di dunia Barat setelah mengalami zaman kegelapannya. Perubahan berlaku selepas mereka terpengaruh dengan Hadarah Islamiah (Tamadun Islam) dengan memisahkannya daripada agama Islam yang sempurna.
Konsep liberalisasi hari ini telah menghilangkan harga diri manusia di negara yang beramal dengannya. Runtuhnya harga diri manusia dan musnahnya hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan, sehingga manusia menjadi lebih hina daripada binatang.
Mereka membenarkan perkahwinan sejenis atas nama kebebasan setelah mereka mengizinkan hubungan tanpa perkahwinan yang telah merosakkan institusi kekeluargaan. Bukan sahaja pakaian dan makanan yang tanpa peduli akan halal dan haram, bahkan telah membawa penyakit roh dan jasad.
PAS yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya. Konsep ini nyata mencabar Islam dan konsep kepimpinannya, sama ada oleh satu parti seperti DAP dan sepertinya ataupun kerjasama gabungan seperti Pakatan Harapan dan komponennya walaupun berjenama Islam.
PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dalam titik persamaan yang tidak mengheret PAS keluar dari prinsip beristiqamah, beraqidah Islam, dan berkonsepkan Islam memimpin bukan dipimpin.
PAS membatalkan kerjasama dengan parti-parti yang mengheretnya keluar dari sempadannya apabila nyata memusuhi Islam, menafikan kedaulatan dan kepimpinannya seperti sekularisme, atau memesongkan dari dasar dan hala tujunya dengan menggunakan istilah yang menarik dan bahasa yang menggoda seperti liberal, progresif, madani, dan lain-lain.
[Liqa’ Fikri Parti Islam SeMalaysia, 13 Julai 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pernah terjadi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz, seorang gabenor meminta untuk menaikkan cukai, lalu Khalifah ‘Umar memecat gabenor tersebut.
“Engkau tak pandai memerintah.”
Lalu dilantik orang lain.
Nak tambah hasil negeri bukannya melalui kenaikan cukai sebaliknya mesti mengurus dan mentadbir dengan baik dan adil bagi mendatangkan keberkatan. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TERIMA KASIH PENGUNDI SUNGAI BAKAP
Alhamdulillah syukur dan tahniah kepada pengundi atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih tinggi.
Kemenangan ini sangat bermakna kepada PN yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi yang tempang dan rasuah politik yang berleluasa.
Keputusan PRK ini adalah isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan bangsa.
Terima kasih kepada seluruh jentera PN Pulau Pinang dan jentera negeri-negeri yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan di Sungai Bakap.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya mengucapkan Salam Awal Muharram 1446H kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW iaitu kejayaan Baginda SAW dalam pelaksanaan perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia.
Pendekatan berdasarkan acuan hijrah Rasulullah SAW perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk. Kejayaan Baginda SAW telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama.
Dimulakan dengan perpaduan umat Islam serta diajak kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak senang dengan perpecahan.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mendapat perkhabaran berita yang menyedihkan, sahabat saya yang sangat rapat Tuan Guru Haji Jalaludin Bin Abdul Wahid telah kembali ke rahmatullah.
Almarhum pernah menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka.
Di atas jasa dan pengorbanan almarhum, PAS telah mengurniakan anugerah Tokoh Istiqamah PAS pada Muktamar Tahunan PAS tahun lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rasa sedih menyelubungi suasana pagi ini tatkala mendapat perkhabaran pemergian Mohamad Kamal Dali, salah seorang petugas yang telah lama berkhidmat di Pejabat Agung PAS telah dijemput kembali kepada Ilahi.
Almarhum asalnya akan menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Agung PAS pada 5 Ogos 2024 atas faktor genap usia 60 tahun dan hari terakhir beliau di Pejabat Agung PAS adalah pada hari Jumaat ini, 5 Julai 2024.
Almarhum merupakan seorang yang sangat istiqamah dan taat pada jemaah, tidak berkira untuk menolong orang lain dan wajahnya tidak lekang dengan senyuman.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Moga beroleh ganjaran ribat di jalan-Nya.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS wajib mengikut hala tuju yang ditetapkan oleh Allah bagi menegakkan Islam dan bekerjasama dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah dan Sunnah Nabi SAW.
Para pemimpin PAS wajib beristiqamah dan berjiwa besar memenuhi ciri-ciri parti hizbullah yang menegakkan ajaran Allah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Penyelesaian ‘Two-State Solution’ ini ditolak secara terbuka oleh Israel khususnya selepas peristiwa pembantaian Gaza yang sangat kejam dan telah ada keputusan Mahkamah Antarabangsa.
Penyelesaian Dua Negara ini juga bercanggah dengan ideologi Zionisme yang berimpian untuk menubuhkan Negara Israel Agung.
Mengapa kita tidak mengambil tindakan untuk mengkaji semula langkah normalisasi bukan sahaja politik termasuk ekonomi?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Apabila tiba Hari Kiamat, manusia akan kehilangan akal dan tenggelam punca untuk berfikir secara rasional dek berada dalam ketakutan.
Ketika itu juga, orang yang beriman sudah tiada di atas dunia kerana telah dimatikan terlebih dahulu oleh Allah SWT.
Mereka yang tinggal hanyalah golongan kafir, iaitu yang mengingkari ajaran Allah SWT. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya bertanyakan soalan kepada Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Mohamad Hasan, berkenaan dengan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk menyemak semula dasar 'two-state solutions' atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen hari ini.
Jawapan yang diberikan tidak melambangkan ketegasan Malaysia dalam isu berkenaan Palestin.
Berikut merupakan cadangan PAS yang saya kemukakan dalam artikel tulisan saya - PAS Bersama Palestin, Tidak Berbelah Bahagi.
1) PAS tolak solusi penyelesaian dua negara
2) PAS menolak wujudnya negara haram Israel.
3) PAS hanya menerima satu negara Palestin yang tidak dibelah bahagi yang dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya menegaskan kepada Menteri Luar dalam Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan soalan tambahan di Dewan Rakyat bahawa Israel sendiri tidak menerima penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan Malaysia.
Malahan para pemimpin utama Israel juga tidak menyetujui penyelesaian dua negara ini dan menumpukan kepada pembesaran wilayah Israel.
Merujuk tulisan saya sebelum ini, PAS berbeza dengan pihak yang lain kerana PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘dibelah-bahagi’.
PAS bersama gerakan Islam (Hamas), Tanzim Jihad, Ansarullah, dan semua kumpulan Islam, serta negara Iran, Syria dan Algeria, menolak wujudnya negara haram Israel.
PAS hanya menerima satu negara Palestin yang tidak dibelah bahagi yang dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk.
[Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Ahli Parlimen Marang, 24 Jun 2024, Parlimen Malaysia] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Keadilan Allah SWT yang Maha Sempurna dan Luas merangkumi segala aspek. Allah Maha Bijaksana yang meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya dengan membawa kebaikan kepada hamba-Nya dalam segala aspek dan semua keadaan.
Keadilan Allah meliputi semua makhluk-Nya di langit dan di bumi, yang nyata dan yang ghaib, serta memenuhi segala keperluannya, sama ada terhadap roh dan jasad mahupun terhadap individu, masyarakat, dan alam sekeliling.
Selain itu, keadilan Allah SWT juga tiada bandingan dan tandingan. Maka, agama Islam yang datang daripada-Nya ialah pancaran keadilan-Nya yang mutlak dan kebijaksanaan-Nya yang tiada bandingan serta amalannya yang sebenar kerana daripada rahmat, kebijaksanaan dan keadilan Allah yang Maha Besar.
Setiap manusia mengaku dirinya berlaku adil. Adapun Iblis yang dilaknat dan para diktator yang paling jahat dalam sejarah manusia seperti Namrud dan Firaun juga mengaku bahawa diri mereka itu adil, sedangkan ia adalah sebaliknya.
Manusia yang zalim sanggup menjual propaganda keadilan palsu walaupun dengan bayaran kepada sesiapa sahaja. Mereka ingin melemahkan iman umat Islam supaya terjerumus ke dalam kebinasaan. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Allah SWT mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, khususnya dalam kalangan mereka yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mencari kebenaran daripada-Nya.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Jangan sesekali berpecah sehingga mewujudkan permusuhan sesama Islam. Akhirnya menerima bencana sebagaimana yang ditimpakan ke atas umat pada zaman dahulu. Balasannya ialah kecelakaan di dunia dan azab neraka pada hari akhirat.
Musuh-musuh Islam telah merungkai perpaduan Islam sehingga ada di kalangan mereka yang berpaling semula kepada jahiliah dengan meninggalkan petunjuk Islam.
Keadaan ini menyebabkan tanah air umat Islam dipecahkan mengikut sempadan negara dan bangsa yang dicipta oleh penjajah, sehingga mereka sanggup berkelahi dan berperang sesama sendiri.
Namun mereka menunaikan ibadat haji di Makkah dan Ka’bah menjadi qiblat bersama seluruh umat. Al-Quran pula terus dipelihara bacaannya menandakan tali Islam tidak boleh diputuskan. Maka manusia mesti kembali semula dengan bergantung kepada tali Allah yang teguh ini iaitu Islam. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pok Aziz telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pemandu saya, jasanya sangat besar dalam mempermudahkan urusan perjalanan saya di Terengganu dan di luar negeri.
Baru sahaja saya bertemunya selepas solat aidiladha pada hari Isnin lalu bersama Che Ngah.
Ucapan takziah daripada saya kepada keluarga Pok Aziz (Haji Mohd Zalzali bin Awang), semoga tabah dan sabar.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1445H
Seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim AS yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam menyembelih binatang ternakan dan melakukan ibadat korban sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Mereka melaksanakan ibadat ini semata-mata kerana Allah SWT.
﴿لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ٣٧﴾
“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya.” (Surah al-Hajj: 37)
Allah SWT memerintahkan kita umat Nabi Muhammad SAW mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim AS untuk menjadi seorang Islam yang sebenar. Allah menegaskan Islam sahaja agamaNya. Adapun agama dan ajaran yang lain termasuk yang diciptakan oleh akal manusia bukan daripada ajaran Islam.
Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang dirakamkan dalam al-Quran sebagai suatu semangat dan motivasi untuk berhadapan dengan ujian dan musibah yang melanda hari ini. Begitu juga menghayati falsafah ibadat haji yang menekankan soal perpaduan yang menjadi teras kekuatan umat Islam.
Akhirnya, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua kalian berada. Mudah-mudahan, Allah SWT senantiasa memberkati kita semua.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KHUTBAH AIDILADHA 1445H
Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha 1445H oleh Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk para khatib di masjid dan surau.
Semoga Hari Raya Aidiladha ini akan melahirkan sifat taqwa dalam diri kita semua.
Pautan khutbah: -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Ibrahim AS diperintahkan untuk mendirikan Kaabah bersama puteranya Isma‘il AS, seterusnya menjadi kiblat kepada umat Nabi akhir zaman yang menjadi Rasul kepada seluruh manusia dan seluruh alam.
Satu penghargaan apabila Nabi Muhammad SAW dipilih daripada zuriat keturunan Ibrahim dan Isma‘il AS. Makkah pula menjadi tempat perhimpunan ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam.
Perhimpunan haji adalah sebagai ibadat menegakkan agama tauhid beriman kepada Tuhan yang Maha Esa dan menolak syirik (adanya tuhan yang lain daripada Allah).
Kita disuruh bertakbir memuliakannya. Himpunan ini juga menyatukan umat Islam dengan persaudaraan dan bermaafan sesama mereka. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Taqwa itu laksana orang yang berjalan di jalan yang penuh duri. Sentiasa mengkaji dan berhati-hati agar tidak bercanggah dengan hukum Allah SWT dan cermat dalam segala hal kehidupan seharian.
Mereka yang bertaqwa jika hendak melakukan sesuatu, pasti akan bertanya dahulu apakah hukum Islam dalam sesuatu masalah yang hendak dilakukan. Mereka takut kepada Allah daripada terkena duri kemaksiatan yang mengazabkan diri di dunia dan akhirat.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Berbeza dengan mereka yang tidak bertaqwa kepada Allah SWT, mereka melakukan sesuatu tanpa memperhitungkan halal dan haram.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Taqwa itu di sini (Nabi SAW mengisyaratkan jarinya ke arah hati). (Riwayat Muslim 2564)
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Apa yang dikatakan taqwa ialah perasaan yang terdetik di dalam hati yang orang lain tidak melihatnya, hanya orang itu dan Tuhan sahaja yang tahu.
Oleh yang demikian perbetulkanlah hati terhadap Allah SWT termasuk soal perasaan gerun dan merasa gentar hati kepadaNya. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
PAS BERSOLIDARITI TERHADAP RESOLUSI D-8 DALAM ISU PALESTIN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik resolusi yang dicapai di antara Malaysia dan negara-negara anggota Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) berkaitan situasi di Gaza.
Negara-Negara Anggota D-8 menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merealisasikan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan, keahlian penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua resolusi yang berkaitan dengan Isu Palestin di forum antarabangsa.
Isu Palestin telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kesatuan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Kezaliman Zionis yang melampau dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dan masyarakat antarabangsa telah keluar membuat bantahan bagi membela hak rakyat Palestin. Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media daripada negara-negara Afrika dan Amerika Latin serta laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah.
PAS turut menyatakan pujian terhadap Turki yang terkehadapan dalam usaha memperjuangkan nasib umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin. Usaha yang direncanakan melalui D-8 ini adalah kesinambungan daripada idea Almarhum Prof. NajmuddinErbakan yang telah dilaksanakan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1995.
AL-QUDS MILIK UMAT ISLAM.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1445 / 11 Jun 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya hadir ke Pejabat Kedutaan Iran di Malaysia bagi merakamkan pengiktirafan atas jasa besar Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, meninggal ketika sedang berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Mereke memainkan peranan utama dalam membantu perjuangan Palestin.
Semoga hubungan Malaysia - Iran lebih erat dalam mengukuhkan dunia Islam. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PRESIDEN IRAN
PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terbunuh dalam nahas helikopter di utara Iran, pagi ini. Turut terlibat dalam tragedi ini ialah Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian.
Semoga Al-Marhum Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Zulkaedah 1445 / 20 Mei 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kita berhimpun pada hari ini bagi menyatakan bantahan kepada bangsa yang paling dimurkai oleh Allah SWT iaitulah bangsa Yahudi.
Perkara ini disebutkan dan diabadikan Allah dalam ayat terakhir Surah al-Fatihah.
Mereka ini merupakan bangsa yang paling berbangga dengan diri sendiri dan mengangkat diri sendiri. Bangsa inilah yang menjadi pembunuh para nabi-nabi.
Hari ini kita melihat rakyat Palestin bangkit bagi menentang bangsa yang paling dimurkai Allah ini.
Atas dasar ini, marilah kita sama-sama bangkit untuk menghadapi bangsa yang melampau ini mengikut kemampuan yang ada pada kita.
Sekurang-kurangnya kita bersama melibatkan diri dalam perjuangan bagi membebaskan bumi Palestin dan al-Aqsa.
[Himpunan 100K Bela Palestin] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
DOA MANGSA KEZALIMAN TIDAK DITOLAK, GUNAKAN SENJATA INI
Firman Allah SWT:
وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ ٢٢٧
“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” [Surah al-Shu‘ara’: 227]
Allah juga memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang zalim, sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis Qudsi oleh Rasulullah SAW bahawa Allah SWT berfirman:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya, Aku telah mengharamkan kezaliman berlaku daripada diri-Ku sendiri, dan Aku mengharamkannya berlaku dalam kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman sesama kamu.” [Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, No. 2577, Abu Zar al-Ghifari]
Rasulullah SAW juga memberi peringatan bahawa pada akhir zaman, kezaliman akan tersebar dengan luas ke seluruh pelosok bumi kerana manusia meninggalkan petunjuk Allah. Sehinggakan, ia berlaku secara meluas dan disokong oleh media yang suka menyebarkan fitnah dengan bayaran yang murah sehingga tersebar ke seluruh pelosok dunia. Pada masa yang sama, disokong pula oleh banyak pihak yang mengejar kesempatan dari sudut pangkat dan harta atas kezaliman yang berlaku dengan alasan tidak mampu melawan.
Allah SWT memberikan amaran dengan firman-Nya:
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
“Maka, tetaplah kamu berada pada jalan yang benar, sebagaimana yang telah diperintahkan kepada kamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112-113]
Allah juga mendedahkan kalangan mereka yang berkhidmat kepada golongan yang zalim ketika kematiannya, sebagaimana firman-Nya:
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَـٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا ٩٧
“Sesungguhnya, orang-orang yang diwafatkan oleh malaikat dalam keadaan menzalimi diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya, ‘Bagaimanakah keadaan kamu ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami ialah orang-orang yang tertindas di negeri (mesti mengikut arahan).’ Para malaikat berkata, ‘Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah dari bumi itu?’ Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu merupakan seburuk-buruk tempat kembali.” [Surah al-Nisa’: 97]
Pada akhir zaman, kita menghadapi bencana kezaliman laksana wabak yang tersebar tanpa sebarang halangan, namun kepada golongan yang beriman pula mereka percaya kepada janji Allah SWT dan Rasul-Nya bahawa doa ialah senjata orang yang dizalimi, senjata yang tiada perisai dapat menghalangnya. Senjata yang diizinkan oleh Allah SWT untuk digunakannya. Firman Allah SWT:
۞لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا ١٤٨
“Allah tidak menyukai ucapan buruk yang diucapkan secara berterus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah ialah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Nisa’: 148]
Maka, janganlah merasa lemah apabila berada dalam perjuangan Islam, jagalah diri untuk terus beristiqamah, dan Allah itulah sebaik-baik tempat mengadu apabila diganggu dalam perjalanan menegakkan Islam. Hampirkanlah diri kepada Allah dengan bermunajat dan bertahajud, sama ada secara berjemaah mahupun secara bersendiri apabila diganggu oleh musuh.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/04/30/doa-mangsa-kezalima… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kelahiran pelbagai mazhab dan firqah dalam aspek aqidah, syariah, tasawuf, dan siasah di tengah-tengah masyarakat Islam merupakan fenomena yang dipengaruhi oleh perkembangan ilmu Islam yang bercampur pula dengan kejahilan agama yang ikut serta dalam perbahasan oleh kalangan yang bukan ahlinya. Fitnah ini menguji umat dan aspek yang asing daripada prinsip aqidah Islamiah yang beristiqamah.
Walaupun berlaku beberapa kekhilafan pada peringkat generasi awal umat ini, pegangan mereka masih kukuh kepada al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber asal kepada ajaran Islam. Kedua-duanya merupakan petunjuk yang menyelamatkan umat daripada terjebak ke dalam kancah penyelewengan aqidah yang ketara.
Begitu juga dengan kewujudan generasi al-Salaf al-Salih yang beraqidah unggul dan dijalin ikatan ukhuwah Islamiah yang diutamakan daripada ikatan yang lain sehingga tidak berjaya digugat oleh cabaran dalaman dan luaran. Walaupun mereka berkhilaf mazhab, mereka tetap berguru dan bermurid dengan semangat ukhuwah Islamiah dan adab ikhtilaf yang tidak memecahkan umat Ahli Kiblat.
Perkembangan mutakhir ini apabila musuh Islam menentang Islam dari luar dan dalam sehingga melibatkan aspek aqidah melalui serangan kefahaman telah memberikan kesan yang berbahaya. Serangan ini sama ada dalam kalangan mazhab dan firqah yang lama ditumbuhkan ataupun ideologi moden pada zaman penjajahan yang dilahirkan oleh fahaman ‘ilmaniyyah (sekularisme Kristian).
Fahaman tersebut dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam, malah ada yang disalurkan dengan jenama Islam pula. Keadaan ini telah mewujudkan fenomena baharu yang lebih mempengaruhi dan membahayakan aqidah.
Saya tonjolkan kajian “Sejarah Mazhab Aqidah dan Firqah Umat Islam” secara ringkas ini dengan pengajian, bacaan, muzakarah, dan setelah beristikharah di hadapan Allah bagi melakukan kajian yang sukar, payah, dan berbelit-belit untuk menjadi tatapan dalam bab aqidah, agar kemudiannya aqidah dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya, walau apa-apa jua bentuk cabaran yang dihadapi.
Hal ini demikian kerana, gerakan islah dan tajdid dalam perkara aqidah terus-menerus menyelamatkan kita dalam bentuk dan ulasan yang berbeza mengikut perubahan masa, tempat, situasi, dan realiti.
Mudah-mudahan, sumbangan ini diterima Allah dan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk generasi masa ini dan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Raji ‘afw Rabbih, khadim al-‘ilm,
ABDUL HADI AWANG
———————
Kelebihan buku Sejarah Mazhab Aqidah dan Firqah Umat Islam.
✅ Menghuraikan 7 punca perpecahan, 13 mazhab, 73 kelompok mazhab dan 7 ideologi barat.
✅ Mengandungi kod QR rakaman penuh siri kuliah ‘Sejarah Mazhab Aqidah dan Firqah Umat Islam’ oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk penjelasan dan pemahaman yang lebih tuntas.
✅ Disempurnakan dengan takhrij (rujuk silang) sumber atau riwayat dari pelbagai kitab dan susunan serta persembahan yang kemas.
Dapatkan buku ini segera bermula:
🗓️ 25 April 2024 (Khamis)
🕘 10 pagi
💻 Facebook Pustaka Permata Ummah
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya merakamkan ucapan takziah kepada para keluarga mangsa tragedi menyayat hati dua helikopter TLDM yang terhempas ketika membuat raptai di Lumut pagi tadi.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN SYEIKH ABDUL MAJID AL-ZINDANI
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama haraki yang terkemuka dalam dunia Islam yang mengasaskan Universiti Iman. Sana'a, Yaman.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Syawwal 1445H / 23 April 2024
—————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF SYEIKH ABDUL MAJID AL-ZINDANI
I extend my heartfelt condolences to the family of the late Syeikh Abdul Majid al-Zindani, a renowned Muslim scholar in the Muslim world and the founder of the Iman University in Sana'a, Yemen.
May his soul be placed among the righteous and blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG, President of PAS.
Dated: 14 Syawwal 1445H / 23rd April 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
GAZA DIGANYANG KERANA ISLAMNYA
Kini, Hamas daripada kalangan mazhab Sunni di Palestin yang menumpukan kuasanya di Gaza yang kecil dengan sokongan kumpulan Tanzim Jihad daripada kalangan Sunni, kalangan Syiah Republik Islam Iran, kumpulan Hizbullah dari Lubnan, Ansarullah dari Yaman, kumpulan Islam Iraq dan lain-lain.
Tiba-tiba seluruh kuasa besar Barat yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Eropah dan semua negara di bawah pengaruhnya datang mengganyang Gaza dan Palestin, bahkan memaksa dunia supaya menerima negara sekular untuk Palestin dan Yahudi. Perkara itu bukanlah ditolak oleh rakyat Palestin secara demokrasi liberal, tetapi semata-mata kerana ingin menegakkan Islam berkonsepkan al-din dan berprinsipkan aqidah Islamiah. Justeru, ia ditentang dengan segala tenaga dari sudut politik, ekonomi, media dan ketenteraan.
Al-Quran menunjukkan mukjizat ilmu Allah SWT yang berfirman:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا ٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ ١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا ١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا ١٢﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatanmu dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat kuat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya’. (12)” [Surah al-Ahzab: 9-12]
Apa yang berlaku hari ini, sebenarnya mengulangi semula peristiwa Ahzab yang telah mengumpulkan seluruh musuh bagi menghancurkan Islam dan negaranya. Namun, Allah menjanjikan bahawa akan tetap ada kumpulan Islam yang mempertahankan Islam dengan gagah dan berani.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/04/15/gaza-diganyang-kera… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
TAUFAN AL-AQSA DAN PENYATUAN UMMAH
Taufan al-Aqsa yang dicetuskan oleh Hamas di Gaza dan disertai oleh kumpulan jihad seperti Hizbullah dan Ansarullah, gerakan-gerakan Islam, beberapa orang pemimpin daripada negara-negara Islam, dan majoriti rakyat daripada kalangan umat Islam. Mereka hanya melaksanakan kewajipan besar ini untuk melaksanakan perintah jihad dalam batas-batas yang ditentukan Allah SWT. Hal ini dijelaskan melalui firman-Nya:
﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.” [Surah al-Baqarah: 190]
Pejuang-pejuang Islam hanya menyasarkan pihak tentera musuh dan tidak melebihi had ketetapan syariat yang adil dalam melaksanakan operasi ketenteraan mereka. Perkara ini disebarkan oleh media massa di serata dunia sehingga masyarakat dunia mula menolak Zionis dan demonstrasi mula meledak di seluruh dunia.
Taufan al-Aqsa telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kesatuan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Melampaunya Zionis dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dari seluruh dunia Islam telah keluar membuat bantahan dari satu benua ke satu benua, bermula dari Tangier (Maghribi) ke Jakarta (Indonesia) dalam demonstrasi menyokong Taufan al-Aqsa.
Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media yang menyatakan sokongan dari negara-negara Afrika dan Amerika Latin serta laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah yang menyuarakan bantahan terhadap dasar negara-negara yang bersekutu dengan pakatan Zionis.
Zionis yang bertindak balas untuk menghadapi Taufan al-Aqsa, berserta pasukan tentera Barat yang telah bergabung untuk menyokong mereka adalah pakatan Ahzab moden yang mahu menentang Islam dan menyekat laluannya ke seluruh dunia selepas agama selain Islam menjadi lemah dan ideologi-ideologi yang merosakkan turut gagal. Kebangkitan Islam semakin berkembang di tanah air mereka dan cahayanya sampai di tanah penjajah, lalu menembusi temboknya yang telah runtuh.
Negara-negara Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat cuba menutup kelemahan mereka dalam keganasan di Gaza dengan menghantar bantuan melalui laut atas nama kemanusiaan kepada penduduk Gaza, walaupun mereka tetap menghantar senjata ke negara Israel melalui darat, laut, dan udara dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan kejam berkali-kali ganda.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/04/14/taufan-al-aqsa-dan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Marilah kita menyambut hari raya pada tahun ini dengan memperingati peristiwa kemenangan Peperangan Ahzab yang disebutkan bersama takbir, yang berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat Hijrah (riwayat al-Bukhari) atau tahun kelima Hijrah (riwayat Ibn Hisyam) pada zaman Rasulullah SAW.
Pada masa yang sama, bagi mengubati luka hati umat Islam pada akhir zaman ini, yang kalah dijajah kerana meninggalkan ajaran Islam.
Akibat pengkhianatan pemimpin-pemimpin yang menyeleweng daripada Islam dengan menubuhkan negara mengikut arahan penjajah (musuh Islam), sehingga umat berpecah belah menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah pada tahun 1924 (kini sudah genap seratus tahun).
Akibatnya, Palestin ditakluk oleh kaum Yahudi yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah pada tahun 1948 dan terkini mereka sedang menceroboh Masjid al-Aqsa yang mulia.
Walaupun pada tahun 1948 ketika itu, ada beberapa kumpulan Islam bersama para ulama’ yang berjihad mempertahankannya, tetapi mereka dikhianati oleh negara-negara yang meninggalkan Islam dengan bersekongkol bersama musuh menyebabkan Bait al-Maqdis ditawan pada tahun 1967.
Kini, kumpulan Islam kembali semula bangkit berjihad menentang kaum Yahudi yang dilaknat Allah itu dan berjaya menawan daerah Gaza. Hal ini menyebabkan kaum Yahudi menubuhkan pasukan Ahzab yang baharu bagi menentang kumpulan Islam.
[Khutbah Aidilfitri, 1 Shawwal 1445H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PAS 1445H
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas kurniaan taufiq dan hidayah sebagai hamba-Nya dapat beribadat sepanjang bulan Ramadhan dengan sempurna.
Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal kita melalui ibadat puasa dan ibadat-ibadat yang lain bagi mengejar martabat taqwa sebagai matlamat utama yang ingin dicapai di penghujung Ramadhan.
Bulan Ramadhan juga menggalakkan kepada umat Islam agar memperbanyak infaq dan sedekah, serta menunaikan kewajipan zakat fitrah bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia menjadi jambatan agar umat Islam terus menjalinkan hubungan persaudaraan dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain.
Oleh itu, marilah pada hari raya yang diberi Allah ini, supaya kita bergembira kerana bersyukur menunaikan ibadat puasa yang banyak fadilatnya bagi diri kita. Bukan sahaja pahalanya yang besar, bahkan mengajar kita supaya menjadi manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan persaudaraan sesama kita.
Tunjukkan kesyukuran itu pula dengan bukti bertambah kuat berpegang kepada Islam dengan kuatnya hubungan kita kepada Allah dan tunjukkan kebaikan Islam kepada mereka dengan bersaudara dan bermaafan.
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, sama ada yang berada di dalam negara mahupun di perantauan.
Mudah-mudahan, kita beroleh ketaqwaan dan terus beristiqamah dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
تقبل الله منا ومنكم، كل عام وأنتم بخير.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KHUTBAH AIDILFITRI 1445H
Oleh: Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Muat turun di sini:
drive.google.com/drive/folders/1IWOHWqGDdUh4JuTYM5Pcf-5Yv… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
WAJIB BERJIHAD MEMPERTAHANKAN BAIT AL-MAQDIS
Hukum Islam daripada semua mazhab Ahli Kiblat yang menghadap ke arah Rumah Allah (Baitullah) di Makkah mewajibkan seluruh umat berjihad mempertahankan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Isra’ Rasulullah SAW, dan bermulanya Mi‘raj, kecuali kalangan penganut Islam yang memisahkan agama dan politik dengan memandang jihad itu suatu perkara yang remeh-temeh. Hal ini demikian kerana, kiblat politiknya menghadap Rumah Putih (White House) di Washington, walaupun masing-masing melaksanakan solat, haji, dan umrahnya menghadap Rumah Allah di Makkah. Inilah bencana aqidah yang sedang menimpa umat Islam.
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Republik Islam Iran yang secara rasmi mengisytiharkan Jumaat akhir Ramadan sebagai Minggu Bait al-Maqdis sejak menangnya revolusi Islam di sana, yang perubahannya ditolak oleh beberapa pihak yang dikatakan paling kuat berpegang kepada Sunnah hanya disebabkan Iran bermazhab Syiah Imamiyyah, walaupun Muktamar Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah dan Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah di al-Azhar, Mesir mengisytiharkan Syiah Imamiyyah termasuk dalam Ahli Kiblat dan umat Islam yang satu.
Namun, mereka boleh pula mengiktiraf Iran pada masa pemerintahan Shah Iran yang ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah mengikut fatwa Rumah Putih di Washington, lalu disokong oleh beberapa orang ulama’ upahan rasmi, khususnya yang berbangsa Arab kerana semangat kebangsaannya pernah menjemput penjajah bagi menjatuhkan kuasa besar Islam lebih 100 tahun yang lalu.
Langkah Iran hari ini yang mendahului OIC adalah sangat dialu-alukan, kerana keadaan kini lebih terpanggil untuk wajibnya menyahut seruan jihad bagi menentang Zionis yang sedang menggila menceroboh Masjid al-Aqsa dan paling mengganas di Gaza.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/04/05/wajib-berjihad-memp… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK SERANGAN ISRAEL TERHADAP PEJABAT KONSULAT IRAN DI SYRIA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel terhadap Pejabat Kaunselor Iran di Syria yang telah mengorbankan 7 nyawa dan dua daripadanya merupakan pegawai tertinggi tentera iaitu Brigadier Jeneral Mohammad Reza Zahedi, seorang panglima kanan dalam Pasukan Elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan timbalannya, Jeneral Mohammad Hadi Hajriahimi.
PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban.
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.
“Adil, Prihatin & Berkebajikan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Ramadan 1445 / 2 April 2024
——————
PAS President's Media Statement
PAS CONDEMNS ISRAEL'S ATTACK ON IRAN'S CONSULATE IN SYRIA
The Malaysian Islamic Party (PAS) vehemently condemns the attacks initiated by Israel on Iran's consulate in Syria, which resulted in the loss of seven lives including two high-ranking military officers; Brigadier General Mohammad Reza Zahedi, a senior commander in the Elite Quds Force of the Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC), and his deputy, General Mohammad Hadi Hajriahimi.
PAS extends its deepest condolences to the Iranian government for this tragedy. May Allah shower those who departed with His blessings.
The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza.
“Justice, Compassion & Benevolence”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 22 Ramadan 1445 / 2nd April 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
RAMADAN DITURUNKAN AL-QURAN KITAB MUKJIZAT ILMU
Para ulama’ meriwayatkan bahawa al-Quran itu diturunkan secara keseluruhannya dari Lauh Mahfuz ke kawasan Bait al-‘Izzah di langit dunia. Kemudian, ia diwahyukan sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 23 tahun bagi menyatakan ajaran Islam yang sempurna dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak, serta menyatakan hukum, jawapan kepada sebab yang berlaku, soalan, ilmu kejadian alam, cerita yang diambil iktibar, berita akhirat dan perkara alam ghaib dan lain-lain. Adapun kitab suci para rasul terdahulu, ia diturunkan sepenuhnya sekali gus.
Al-Quran ialah mukjizat ilmu yang diberikan kepada Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Perkara ini berbeza dengan mukjizat para rasul sebelumnya mengikut zaman masing-masing yang diwahyukan sepenuhnya sekali gus.
Al-Quran menyatakan petunjuk semua ilmu yang berkait dengan seluruh ajaran Islam yang sempurna, berkenaan urusan dunia dan akhirat, alam nyata dan alam ghaib, hubungan manusia dengan Allah, dirinya sendiri, jasad, roh, akal, keluarga dan masyarakat. Turut dinyatakan ilmu agama dalam urusan ibadat, dan ajaran agama dalam urusan mentadbir dunia dengan agama, dalam aspek politik negara, ekonomi dan semua urusan kehidupan dan hubungannya dengan semua keperluan. Termasuklah sains dan teknologi dalam segala jurusannya mulai aspek alam sekitar dunia sehingga ke angkasa lepas dan alam ghaib yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia, sehinggalah ilmu sihir yang diharamkan.
Selain itu, al-Quran menegaskan pula dasar semua ilmu agama dan dunia yang tidak berpisah daripada mengikut petunjuk Allah dan hukum Islam, sama ada menjadi fardu ‘ain ataupun fardu kifayah. Sehinggakan, terciptanya Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) yang berprinsip aqidah, pada masa yang sama berkonsepkan hidayah daripada al-Quran dan Sunnah, apabila urusan dunia menjadi jambatan kepada wawasan dunia dan akhirat.
Semua perkara tersebut hanya berada dalam al-Quran yang menjadi hidayah kepada kalangan mereka yang bertaqwa melalui tarbiah Ramadan.
Al-Quran hanyalah sebahagian daripada ilmu Allah yang tiada bandingan. Firman Allah SWT:
﴿قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادٗا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّي لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّي وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدٗا١٠٩ قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا١١٠﴾
“Katakanlah, ‘Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).’ (109) Katakanlah, ‘Sesungguhnya, aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku; bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa.’ Sesiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya. (110)” [Surah al-Kahfi: 109-110]
Maka, alangkah takburnya sesiapa yang berani mencabar al-Quran!
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/03/28/ramadan-diturunkan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
TAKZIAH BUAT RUSIA DAN RAKYATNYA
PAS mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas yang dilancarkan ke atas Moscow Crocus City Hall di Moscow, Rusia yang sehingga kini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 133 orang terkorban dengan lebih 100 orang lagi dilaporkan cedera.
Serangan pengganas yang tidak bertanggungjawab ini telah meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa dan dikhuatiri akan memburukkan lagi situasi geopolitik dan ketidakstabilan serantau khususnya di timur Eropah berikutan perang antara Rusia dan Ukraine yang semakin memuncak.
Serangan pengganas sebegini wajar dipatahkan dan dihentikan kerana dikhuatiri akan mengundang tindak balas mahupun peperangan yang lebih besar di timur Eropah. PBB khususnya Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak lebih proaktif dalam mengusahakan pelan damai antara Rusia dan Ukraine bagi memastikan kestabilan dan keamanan serantau yang berkekalan dapat direalisasikan.
PAS merakamkan takziah buat Rusia dan rakyatnya di atas insiden serangan pengganas yang tidak berperikemanusiaan ini. Semoga Rusia dan rakyatnya mampu mengharunginya dengan sabar dan cekal seterusnya bangkit semula dengan lebih gigih dan berjaya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Ramadan 1445 / 25 Mac 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA
TAHNIAH BUAT PRABOWO SUBIANTO
PAS merakamkan ucapan tahniah buat Prabowo Subianto kerana telah disahkan memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia (PEMILU) 2024 dan bakal menjadi Presiden Republik Indonesia yang baharu menggantikan Joko Widodo setelah tamat penggalnya kelak.
Didoakan agar Prabowo Subianto kelak mampu memacu dan memimpin Republik Indonesia ke arah lebih baik dan berjaya dalam usaha untuk membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.
Adalah menjadi harapan kelak agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo Subiantio sebagai Presiden Republik Indonesia, seterusnya mampu membuka dimensi dan keakraban baharu dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara demi manfaatkan serumpun mahupun serantau.
“ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Ramadan 1445 / 24 Mac 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
GAZA TELADAN ISTIQAMAH
Seluruh dunia menyaksikan penduduk Gaza telah memilih Hamas (kumpulan Islam) untuk mentadbir wilayahnya yang sangat kecil secara demokrasi, namun ia tidak diiktiraf kerana Islamnya. Sekalipun demokrasi pilihan rakyat dianggap suara Tuhan (Vox Populi, Vox Dei) atau diubah suai di sini oleh kumpulan Madani dengan slogan suara rakyat suara keramat, namun sistem demokrasi itu tetap diharamkan bagi Islam memenanginya.
Hanya bukan Islam yang diiktiraf sahaja, sama ada berhaluan kanan atau kiri termasuk kalangan Islam liberal yang menjadi sekular terpesong daripada ajaran Islam sebenar dan hidayah Allah yang telah dinyatakan dalam Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah Rasulullah SAW (Sunnah).
Akibatnya, rakyat Gaza dikepung dalam penjara wilayahnya, disekat ekonominya dan dibunuh para pemimpin Hamas dan Tanzim Jihad sehingga seorang demi seorang gugur syahid. Ia bermula dengan syahidnya pengasas Hamas iaitu Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abdul Aziz al-Rantisi dan lain-lain diikuti dengan berkali-kali serangan tentera Israel dan terkini dilakukan serangan paling besar dan ganas yang melampaui undang-undang antarabangsa, tanpa peduli terhadap warga tua, kanak-kanak, kaum wanita dan pesakit di hospital dan pusat rawatan, rumah ibadat masjid dan gereja, termasuk khemah perlindungan tanah perkuburan.
Semua serangan itu dilakukan dengan ganas dan melampau. Perkara ini dinyatakan sebabnya oleh firman Allah SWT:
﴿وَمَا نَقَمُواْ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ٨ ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ ٩﴾
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Terpuji. (8) (Tuhan) yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah itu Maha Menyaksikan segala sesuatu. (9)” [Surah al-Buruj: 8-9]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/03/23/gaza-teladan-istiqa… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
MENYUMBANG SENJATA KEPADA ISRAEL BERSAMA SUMBANGAN KEMANUSIAAN KEPADA GAZA
Kini, tersebar berita yang dicanangkan oleh media ke seluruh pelosok dunia bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan beroperasi menghantar bantuan kemanusiaan, kemungkinannya akan diikut serta oleh beberapa negara Islam dan Arab.
Kononnya, negara-negara ini mahu membantu Gaza yang dibelasah penduduknya dengan cara yang paling melampau oleh negara haram Israel yang melakukan keganasan dengan pembunuhan secara beramai-ramai.
Sehinggakan, sekiranya bilangan mereka yang hilang di bawah runtuhan bangunan sangat besar jumlahnya, ditambah lagi dengan mereka yang mendapat kecederaan dan berada dalam kelaparan.
Tanpa mengira sama ada daripada kalangan warga tua, kanak-kanak, wanita, atau pesakit di hospital termasuk mereka yang telah mati di dalam kubur.
Adapun bantuan senjata dan kewangan kepada Israel berlipat kali ganda besarnya dan disalurkan secara bertali arus melalui laut, udara dan darat.
Berbanding dengan bantuan kemanusiaan dan jambatan terapung sementara yang terumbang-ambing dilambung ombak dan di bawah peluru serta roket serangan Israel yang berterusan boleh membunuh penduduk Gaza ketika datang mengambil bantuan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Inilah yang dinamakan politik kotor dan paling kotor sepanjang sejarah manusia iaitu tindakan menutup kezaliman yang paling melampau dengan sedikit kebajikan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.org/index.php/2024/03/12/menyumbang-senjata-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
AHLAN YA RAMADAN!
Ramadan adalah bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT bagi menyahut seruan Allah SWT melalui firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ﴿ ﴾١٨٣
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” [Surah al-Baqarah: 183]
Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadan yang penuh kerahmatan dan keampunan.
Pada bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani yang menyuburkan kehidupan kita di dunia menuju ke alam akhirat. Hidangan yang kita dapat bukan sahaja amalan puasa yang diwajibkan, bahkan pahalanya berlipat kali ganda yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Hasil ibadah puasa adalah meningkatkan sifat taqwa, dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut kemampuan makhluknya. Adapun yang tidak berkemampuan tidak dipaksa, tetapi digantikan dengan puasa pada hari dan bulan lain apabila ada kemampuannya. Kalau tidak mampu juga hendaklah membayar fidyah (sumbangan) kepada saudara yang memerlukan pertolongan.
Amalan yang dikerjakan di bulan Ramadan juga untuk melahirkan rasa syukur seorang hamba kepada Allah SWT dengan mendidik ruh, akal dan jasad mereka. Kita juga digalakkan untuk solat tarawih, bacaan al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain serta memperbanyakkan bersedekah dengan mengorbankan harta benda dan mensucikannya melalui kefardhuan zakat fitrah. Sepatutnya dibulan inilah umat Islam dididik untuk lebih terkehadapan dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Marilah kita bersama-sama mengejar ganjaran besar yang disediakan oleh Allah SWT dan menambah kebajikan sebanyak-banyaknya sesama kita umat Islam. Semoga kedatangan Ramadan memberikan kekuatan dan mampu memupuk semangat penyatuan umat seluruhnya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Sya’ban 1445H / 11 Mac 2024M -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISRAEL NEGARA PEROMPAK
Penubuhan negara Israel tidak sah dari segi sejarah, agama dan politik, kerana ia dilakukan secara rompakan dengan memaksa penduduk asal Palestin yang paling awal berhak ke atasnya. Tanah air rakyat Palestin dirampas secara kekerasan dengan membunuh, merampas rumah kediaman, perniagaan dan kebun kepunyaan mereka sejak beberapa abad lamanya.
Kita menyaksikan penentangan terhadap Israel berlaku secara berterusan di Bait al-Maqdis dan kini muncul kumpulan Islam berorganisasi daripada Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah dan Ansarullah termasuk beberapa buah negara Islam dan Arab bersama mereka yang tidak ramai. Sebahagian besar daripadanya mengecewakan, bahkan ada yang melakukan normalisasi berpihak kepada Israel dan bala tentera Ahzab bersamanya. Akan tetapi, majoriti rakyat umat Islam bersama perjuangan Palestin.
Kita sedang menyaksikan cerita al-Quran berulang lagi dengan kemaraan kumpulan Islam menentang Zionis Israel yang menggelabahkan semua kuasa besar bersamanya, sehingga digerakkan bantuan senjata dan dihantar pasukan tentera. Mana-mana negara dan kumpulan disenaraikan sebagai pengganas sekiranya membantu menentang Israel dengan alasan menjaga keamanan dunia tanpa peduli terhadap keganasan melampau yang dilakukan oleh Zionis Israel yang sebenarnya menjadi ancaman.
Kini, mereka membina tembok dan kubu bawah tanah yang banyak, serta bersenjatakan kenderaan berperisai, pesawat udara dan senjata jarak jauh daripada kuasa-kuasa besar. Namun, kelihatan perpecahan sesama mereka sehingga mencetuskan politik dalaman yang parah.
Keganasan yang melampau terhadap rakyat Palestin kini sehingga ke tahap pembunuhan beramai-ramai yang menyebabkan kebencian seluruh pelosok dunia sehingga di Amerika, Eropah, Amerika Latin dan Afrika. Adapun pendirian memalukan negara-negara Islam dan Arab yang menunjukkan kelemahan iman mereka yang mengecewakan terhadap agama sendiri, disebabkan hilangnya semangat persaudaraan Islam dan sifat kemanusiaan.
Lebih malang lagi, ada kalangan negara yang menghantar bantuan terlebih dahulu melutut meminta kebenaran daripada negara haram Israel, dalam keadaan menjadi penonton pesta pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis bersama bantuan senjata yang berterusan dan menentang kumpulan Islam yang menguasai Palestin.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.org/index.php/2024/03/04/israel-negara-perom… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
UNDANG-UNDANG DI RIMBA MENGATASI MAJLIS KESELAMATAN PBB
Kini disaksikan oleh seluruh dunia, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kemenangan kepada Afrika Selatan yang membawa tuduhannya dan memutuskan negara haram Israel bersalah dari segi undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan prinsip demokrasi. Padahal ia menjadi perkara yang paling menjadi kebanggaan negara blok Barat (Amerika dan sekutunya) yang meletakkan diri mereka menjadi hero demokrasi dan hak asasi manusia.
Keputusan tersebut sekadar menjadi berita, tidak diterima oleh Israel dan diikut sama oleh negara Barat tersebut yang membekalkan segala jenis senjata secara bertali arus kepada Israel. Kononnya, atas hujah menjaga keselamatan dan keamanan negara haram itu lebih diutamakan, walaupun dengan segala keganasannya yang paling melampau. Begitulah dilakukan terhadap semua keputusan yang menghukum negara haram Israel.
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi Majlis Keselamatan dibatalkan melalui kuasa veto Amerika Syarikat dengan sokongan sekutunya yang mahukan peperangan tidak dihentikan. Bahkan, terus dibantunya dengan senjata dan lain-lain secara bersama oleh semua negara tersebut kepada Israel yang terus mengganas.
Pada masa yang sama, mereka sibuk melangkah dan terbang ke sana ke mari menunjuk-nunjuk kononnya apa yang dilakukan untuk mewujudkan perdamaian dan menegakkan hak asasi manusia.
Semua negara bersekutu itu mendabik dada sebagai pendukung demokrasi, hak asasi manusia dan semua slogan yang terbaik. Kini, mereka mendedahkan kepura-puraannya tanpa maruah kemanusiaan yang sebenar, sehingga menjadikan masyarakat antarabangsa dikuasai oleh undang-undang hutan di rimba.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.org/index.php/2024/02/26/undang-undang-di-ri… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS BERISTIQAMAH BERTUNJANGKAN PRINSIP
Kita menolak anggapan atau salah faham terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang beraqidah Islam apabila dikatakan terlibat dalam politik dan berubah dengan berubahnya pemimpin. Mereka yang menuduh tidak mengambil kira aqidah perjuangan PAS yang teguh dan pendekatannya yang anjal, bersama Islam yang mampu memimpin sepanjang zaman.
PAS bukan agama secara keseluruhan, namun kewujudan PAS adalah sebahagian daripada keperluan agama Islam apabila ia ditubuhkan untuk menunaikan kewajipan agama Islam yang sempurna mengikut perintah wajib daripada Allah. Hal ini bertujuan untuk menghadapi dan menangani perubahan dunia serta kehidupan masyarakat manusia yang sering kali berubah. Islam teguh dan tetap tidak berubah dalam perkara dasar dan rukun, namun tetap mampu menangani perubahan dunia dan cabarannya, khususnya dalam membawa risalah akhir zaman kepada Rasulullah SAW.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.org/index.php/2024/02/23/pas-beristiqamah-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KETINGGIAN ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN
Saya sekadar memberikan peringatan kepada penganut Islam supaya menjaga dan mempertahankan aqidah masing-masing, bukanlah menghina, khususnya pengamal undang-undang dan semua yang terlibat dengannya daripada kalangan para hakim dan peguam, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bahkan raja-raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja.
Hal ini demikian kerana, firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ١٨﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa-apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah! Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Hashr: 18]
Ketika Allah Maha Berkuasa, semua manusia dihilangkan pangkat dan kedudukannya. Bahkan, menunggu di dalam kubur di alam barzakh lebih lama tempohnya daripada alam dunia ini. Ketahuilah bahawa tugas dan jawatan mereka di dunia akan disoal di alam kubur serta dihisab pada Hari Akhirat nanti, sama ada menepati perintah Allah ataupun tidak.
Kita telah diperangkap oleh penjajah (bukan Islam) supaya terpengaruh dengan nasihat mereka yang sesat daripada petunjuk Allah. Sedangkan, kita diajar oleh Allah SWT supaya memohon pertolongan-Nya dalam setiap rakaat solat:
﴿إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧﴾
“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan ni‘mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7)” [Surah al-Fatihah: 5–7]
Berwaspadalah, jangan sekali-kali terpengaruh dengan mereka yang dimurkai Allah (Yahudi) dan yang sesat (Kristian dan Musyrikin).
Baca selanjutnya:
harakahdaily.org/index.php/2024/02/20/ketinggian-islam-wa… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Almarhum Ustaz Haji Idris Omar, mantan Timbalan Mursyidul Am PAS dan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malam Isra’ dan Mi’raj menyaksikan perjalanan Nabi SAW sebelum berjumpa Allah diganggu oleh Yahudi dan Kristian.
Inilah juga yang mengganggu perjalanan umat Islam sehingga tanah air kita dijajah mereka sampai berjaya menubuhkan negara haram Israel di Palestin.
Amerika Syarikat dan sekutunya membekalkan Israel dengan senjata-senjata termasuklah senjata yang diharamkan. Berbekalkan senjata tersebut, mereka menyerang hospital, masjid, orang tua, kanak-kanak dan wanita.
Atas dasar tersebut masyarakat dunia mengecam tindakan Israel. Sekarang seluruh dunia membenci Israel sehingga Presiden Amerika Syarikat terpaksa membuat kenyataan tidak bersetuju Israel terlalu ganas demi menjamin kemenangan dalam pilihan raya.
Ghazzah dan Palestin menyedarkan dan menyatukan seluruh umat Islam. Semua orang Islam bersatu menyokong perjuangan jihad di Palestin.
Tujuan majlis malam ini adalah untuk kembali mengaktifkan sokongan kita kepada Palestin.
Teruskan perjalanan dengan mendapat berkat daripada Allah.
[Ceramah Perdana Dan Majlis Perasmian Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Malaysia 2024] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SPECIAL CHINESE NEW YEAR MESSAGE
YB TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Assalamualaikum and greetings to all.
I would like to extend my warmest greetings to the Chinese community in Malaysia as we celebrate the Chinese New Year.
We all aspire for a prosperous Malaysia, where communities live in harmony, peace, and fairness. The diversity of races and ethnicities is celebrated as a sign of Allah's magnificence and is part of nature in the creation of humanity.
Islam, which is the guiding principle of PAS, guarantees justice, peace, and well-being for all races and religions in this country. PAS holds to the concept of no compulsion in religion even when Islam is in full authority.
PAS, through its governance in Kelantan, Terengganu, Kedah, and Perlis, has successfully shown that religious freedom for other faiths is not obstructed, places of worship are not demolished, and economic activities are not restricted. This allows non-Muslims to live peacefully and prosperously under PAS administration, with the rights to religious and other freedoms.
In this multicultural society, it is also important for us to understand each other's cultures, visit one another, and respect each other, so that we can continue to live in a harmonious and joyful atmosphere. I, myself, continue to learn about the cultures and practices of other communities in Malaysia.
Therefore, my hope during this Chinese New Year celebration is for the unity of races in Malaysia to be continuously strengthened and fortified. For those returning to their hometowns to celebrate this occasion with family, I pray for your safe journey. 新年快乐,万事如意!
“Justice, Compassion and Benevolence”
ABDUL HADI AWANG
PAS President -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
回教党主席丹斯里哈迪阿旺的农历新年献词
我们都希望拥有一个繁荣,社会和谐、安宁、公正的马来西亚。各种族和民族的多元性被视为真主的伟大迹象。
伊斯兰是回教党奋斗的根基,也为这个国家的所有族群和宗教提供了公正、安全和繁荣的保证。 回教党坚持无强迫性的信仰,即使回教全面统治,也保证其他宗教的信徒拥有宗教信仰自由。
回教党也通过管制下的州属 - 吉兰丹、登嘉楼、吉打和玻璃市,成功证明了由回教党治理的州属,非回教徒一样拥有宗教信仰自由。 除了保留非回教徒的宗教膜拜场所以外,也对非回教徒的经济活动持有开放性政策,让非回教徒也一样过着和谐安宁的生活,并享有宗教和社会自由。
在这个多元文化的社会中,我们也应该互相了解彼此的文化,互访并且尊重彼此,以便我们能够继续过着和谐安宁的生活。我自己也在不断学习马来西亚其他族群的文化和习俗。
我在此恭祝马来西亚华裔新年快乐, 万事如意。
在庆祝农历新年之际我希望马来西亚的民族团结能够继续加强。对于那些回乡与家人共度佳节的游子,我祝您们一路平安, 早日抵达家门和家人团聚。
回教党公平对待各族人民,关怀人民,也照顾人民的福祉。
回教党主席丹斯里哈迪阿旺 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERUTUSAN KHAS TAHUN BARU CINA
YB TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua kaum Cina di Malaysia.
Semua kita mahukan negara Malaysia yang sejahtera, di mana masyarakat hidup harmoni, aman dan saksama. Kepelbagaian kaum dan bangsa diraikan sebagai tanda kebesaran Allah dan merupakan fitrah kejadian manusia.
Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama di negara ini. PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.
PAS melalui pemerintahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah berjaya membuktikan bahawa kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah-rumah ibadat tidak dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat, sehingga orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat.
Dalam hidup bermasyarakat majmuk ini, kita juga hendaklah saling mengenali budaya antara satu sama lain, saling kunjung mengunjungi dan saling hormat menghormati, supaya kita terus hidup dengan suasana yang penuh harmoni dan gembira. Saya sendiri terus belajar tentang budaya dan amalan kaum-kaum lain di Malaysia.
Justeru itu, harapan saya sempena perayaan Tahun Baru Cina ini agar perpaduan kaum di Malaysia terus dieratkan dan diperkukuhkan. Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan ini dengan keluarga, saya doakan semoga perjalanan anda selamat. 新年快乐,万事如意!
“ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PERPADUAN BERDASARKAN PETUNJUK ALLAH
Ajaran Islam yang sempurna menetapkan petunjuk khusus dalam aspek perpaduan yang diwajibkan bagi menyempurnakan peranan manusia. Dengan itu, manusia boleh melaksanakan tujuan mereka diciptakan oleh Allah dalam urusan ibadat, khilafah (mentadbir) dan amanah untuk menegakkan hukum yang adil kepada semua.
Islam mewajibkan solat Jumaat, pada masa yang sama menggalakkan sembahyang berjemaah dan secara berjemaah berusaha menegakkan hukum Allah seperti perhimpunan haji. Tujuannya adalah untuk meneguhkan perpaduan umat melalui ibadat roh, jasad dan harta.
Allah sebagai Pencipta alam telah menetapkan sempadan tugas kepada seluruh makhluk-Nya, termasuk manusia. Khususnya tugas dalam perkara yang berkait dengan kepentingan umum, bukan sahaja kepentingan dirinya. Secara khusus lagi, ia berkait dengan aspek tujuan manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi makhluk yang mentadbir urusan dunia yang mewajibkan mereka bersatu dalam perkara berkonsepkan kebajikan dan taqwa. Sebaliknya, haram sekiranya mereka bersatu dalam perkara dosa dan pencerobohan.
Allah Pencipta alam termasuk manusia, telah menunjukkan wajibnya perpaduan mengikut petunjuk Allah dan jangan melakukan sebab perpecahan yang diharamkan oleh Allah melakukannya. Di sana ada hikmah yang telah disebutkan di atas iaitu berlakunya perbezaan dan kelainan dalam kalangan manusia kerana adanya pembahagian peranan, keadaan yang berbeza dan tugas tersebut yang ada berlainannya. Maka, berlakunya pembahagian.
Disebabkan itu, adanya perpaduan yang diwajibkan dan ada perpaduan yang diharamkan. Begitu juga perpecahan yang diharamkan dan perpecahan yang diwajibkan. Di sana ada pula perbezaan yang diharuskan dan diizinkan dalam kalangan manusia.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/02/06/perpaduan-berdasark… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PENYELESAIAN GAGAL WARISAN PENJAJAH
Kalangan orientalis yang tersohor seperti Lord Cromer, Christian Snouck Hurgronje dan lain-lain mencadangkan agar diberikan kemerdekaan kepada semua negara Islam di bawah jajahan takluk mereka. Tujuannya bagi menghalang semula kebangkitan negara Islam yang dianggap menjadi ancaman besar terhadap mereka, walaupun ramai daripada kalangan mereka menyedari tentang jasa tamadun Islam yang menyelamatkan mereka daripada zaman kegelapan.
Sejarah juga pernah membuktikan bahawa penjajah rela menyerahkan pemerintahan negara Islam selepas diberikan kemerdekaan kepada mana-mana sahaja ideologi, termasuk ideologi yang menjadi musuh mereka, asalkan bukan politik Islam yang berkuasa.
Maka, negara yang terpaksa diberikan kemerdekaan kerana kebangkitan rakyat yang tidak boleh dipadamkan, dilaksanakan dengan cara meminggirkan kumpulan Islam yang dari awal berjuang dan berjihad menentang penjajah. Bahkan, digantikan dengan kumpulan yang baharu diadakan untuk mengambil alih kepimpinan negara, sama ada aliran kanan mahupun aliran kiri, asalkan bukan daripada kumpulan Islam.
Hal ini menunjukkan bahawa umat Islam juga dijajah fikirannya, bukan sahaja tanah air dan jasad rakyatnya. Penjajah berlagak menjadi penasihat, namun di sebaliknya mengambil peluang untuk masuk di tengah-tengah umat Islam yang berpecah kerana meninggalkan petunjuk Islam dan berlaku kejahilan terhadap agama sendiri. Allah memberi amaran dalam banyak ayat-ayat al-Quran yang menjadi petunjuk. Firman Allah SWT:
﴿وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ١٢٠﴾
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya, petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya, jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [Surah al-Baqarah: 120]
Penjajah yang tersesat daripada agama mereka telah memisahkan urusan kehidupan dunia, bermasyarakat dan bernegara melalui teori sekularisme yang mencipta berbagai-bagai ideologi, sama ada liberal yang bebas atau sosialis atau komunis.
Penjajah telah berjaya mencipta penganut yang berjuang atas nama rakyat dan kemajuannya melalui semua ideologi tersebut bagi memerintah negara. Selepas mereka mencapai kemerdekaan yang dirancang itu, ia bertukar menjadi hadiah yang beracun sehingga merosakkan negara dan rakyat. Keadaan ini menimpa semua negara Islam di Asia dan Afrika, sama ada yang ditakluk oleh penjajah blok barat liberal kapitalisme atau blok timur sosialis dan komunis.
Adapun kumpulan Islam, sama ada diharamkan kalau pengaruhnya besar atau dibiarkan lemah di tengah rakyat yang terumbang-ambing dalam kejahilan. Selain itu, kegiatan Islam dikawal dan diawasi dengan pelbagai undang-undang yang menyusahkannya. Semua ini dilakukan atas nama kuasa agama berkonsepkan sekularisme yang dipisahkan daripada politik, dan berada dalam kawalan pentadbiran agama yang menjaga sempadannya supaya tidak berkuasa. Keadaan ini menjadikan Islam agama yang ditadbir, bukannya mentadbir.
Kemenangan parti Islam melalui demokrasi dibatalkan di beberapa negara dengan membatalkan kemenangannya atau menjatuhkan kerajaannya dan mengharamkan parti Islam itu. Contohnya, kemenangan Parti Islam Masyumi di Indonesia dijatuhkan, kemenangan pilihan raya oleh parti Islam di Algeria dibatalkan, Turki mengharamkan penubuhan parti Islam, dan Bosnia mensyaratkan sekularisme untuk diberikan kemerdekaan dan lain-lain.
Semua negara Islam yang diperintah dengan ideologi asing gagal menyelesaikan masalah negara dan rakyat, serta tidak mencapai kemajuan, walaupun kaya-raya hasil buminya dan tenaga manusianya mencukupi. Bahkan, negara-negara ini turut sama tenggelam dalam kegagalan ideologi tersebut seperti di negara asalnya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/01/31/penyelesaian-gagal-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
KUMPULAN ISLAM PEMULA MENENTANG PENJAJAH
Para orientalis seperti Lord Cromer, Snouck Hurgronje dan lain-lain membuat andaian bahawa kebangkitan semula Islam yang menegakkan negara asalnya dengan kuasa politik Islam adalah kebangkitan paling berbahaya kepada negara Barat. Maka, mereka merancang bagi menghalang penubuhan semula negara Islam dengan melahirkan kumpulan sekular, tanpa mengira kanan atau kiri, dengan diberi kuasa memerintah negara selepas merdeka pada namanya dengan ideologinya.
Maka, dibentuk kumpulan kanan dan kiri untuk diserahkan kemerdekaan itu. Ramai kalangan yang jahil agama terperangkap dengan kumpulan kanan liberal serta kumpulan kiri komunis dan sosialis, apabila mereka menganggap politik bukan sebahagian daripada ajaran Islam.
Maka, berlakulah usaha merampas perjuangan Islam di beberapa negara di benua Asia dan Afrika. Mereka lebih rela kerajaan diserahkan kepada kumpulan kiri oleh penjajah Barat mengikut kesesuaiannya, walau tidak berjaya diserah kepada kumpulan pro-Barat sekalipun, yang penting bukan kumpulan Islam.
Di Malaysia, kumpulan pro-Barat menggagalkan kuasa komunis selepas kekalahan Jepun kerana komunis didominasi oleh kaum Cina. Adapun di Indonesia, kumpulan pro-sosialis pada zaman Sukarno berjaya digerakkan, sehingga berlaku rampasan kuasa komunis yang gagal pada tahun 1965.
Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy telah berjaya menyelamatkan kumpulan Islam dengan penubuhan Hizbul Muslimin. Setelah parti itu diharamkan, kemudiannya ditubuhkan PAS (Persatuan Islam Se-Tanah Melayu). Mereka yang jahil politik Islam walaupun kuat amalan agamanya, ada yang menyertai komunis atas nama menentang penjajah, kerana menurut fahamannya politik berpisah daripada agama Islam. Ada yang masih mendirikan solat dan melaksanakan haji, tetapi berideologi komunis.
Masih ramai dalam kumpulan Melayu yang bersemangat kebangsaan Melayu tanpa ideologinya, maka mereka terselamat dalam istilah sehingga tidak ada beza antara Melayu dan Islam. Mereka sangat mudah kembali kepada Islam yang sempurna, maka ramai yang tidak terpengaruh dengan komunis yang menentang penjajah atas prinsip yang sesat dan salah. Sebaliknya, mereka yang bebal politik Islam sahaja yang menghargai kumpulan komunis.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/01/21/kumpulan-islam-pemu… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
NEGARA BERSEKUTU BERMATIAN BERSAMA ZIONIS, NEGARA ISLAM DAN ARAB PULA ADA YANG MENGECEWAKAN
Seluruh dunia menyaksikan melalui media bebas tiada sempadan, betapa kekejaman melampau Zionis dengan nama negara haram Israel yang diwujudkan melalui rompakan, tidak berubah amalannya sejak dahulu kala sehingga kini, malah tidak terlindung lagi betapa ganasnya mereka.
Kalau dahulu mereka membunuh para anbiya’, manusia terbaik pilihan Allah dan orang-orang baik yang menegakkan kebenaran, kini mereka membunuh pula kanak-kanak, warga tua, dan kaum wanita. Sehingga mereka bertindak menyerang hospital, sekolah, rumah ibadat, malah termasuk khemah pelarian yang daif tempat berlindung serta kawasan perkuburan; ini menunjukkan sifat tidak berperikemanusiaan mereka.
Sehinggakan, kenyataan terbuka para pemimpin mereka menganggap bangsa bukan Yahudi ialah binatang berupa manusia yang boleh dihapuskan. Namun, negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah bermati-matian bersama Zionis, bahkan menjadikan Zionis sebagai rakan akrab sehidup semati.
Pendedahan oleh Afrika Selatan secara terbuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai betapa jenayah tidak berperikemanusiaan oleh Israel tidak mampu dinafikan oleh pihak Israel, sehingga dapat disaksikan secara langsung oleh seluruh pelosok dunia. Namun, negara Barat bersekutu tetap bersama negara haram Israel.
Barat bukan sahaja membekalkan segala jenis senjata, bahkan terlibat berperang secara nyata dan tidak boleh bersembunyi. Serangan Amerika Syarikat dan British ke atas Yaman ialah penglibatan secara langsung dalam peperangan bagi membantu Israel dan demi menyelamatkan ekonomi negara haram itu, disebabkan sekatan Yaman terhadap Israel.
Adapun kebanyakan negara Islam dan Arab pula mengecewakan. Mereka hanya menjadi penonton atau ada yang menjadi buah catur yang diatur oleh Zionis dan negara sekutunya, supaya melakukan normalisasi terhadap Zionis yang nyata kekejamannya. Zionis juga memaksa Palestin menjadi mangsa kekejaman yang paling dahsyat itu untuk mengikuti arahan, supaya Palestin menyerah kalah, rakyat asalnya berpindah mengikut tempat yang ditentukan oleh Zionis, atau mewujudkan negara boneka kepada Zionis.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/01/18/negara-bersekutu-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS KUTUK SERANGAN DI YAMAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain terhadap Yaman.
Amerika Syarikat dan Britain sepatutnya menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan bukannya mewujudkan peperangan baru.
Serangan terhadap Yaman ini terang-terangan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Britain sememangnya bersekongkol dgn zionis dalam peperangan di Gaza.
Seluruh dunia sepatutnya mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Britain ini.
“Adil, Prihatin & Berkebajikan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Jamadilakhir 1445H / 12 Januari 2024
—————————
PAS President's Media Statement
PAS CONDEMNS ATTACKS ON YEMEN
The Malaysian Islamic Party (PAS) vehemently condemns the attacks initiated by the United States and Britain on Yemen.
Rather than inciting new conflicts, the United States and Britain should leverage their influence to halt Israel's attacks on Gaza.
This blatant attack on Yemen underscores the collaboration between the United States, Britain, and Zionists in the Gaza conflict.
The global community should unequivocally denounce the actions of the United States and Britain.
“Justice, Compassion & Benevolence”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 30 Jamadilakhir 1445H / 12th January 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AL-SYAHID WISSAM AL-TAWIL
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Syahid Wissam al-Tawil, komander kanan Hezbollah yang terbunuh dalam serangan dron Israel di Selatan Lubnan.
Almarhum merupakan Timbalan Ketua Pasukan Elit Radwan
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Jumada al-Akhirah 1445H / 9 Januari 2024
—————————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF AL-SYAHID WISSAM AL-TAWIL
I express my heartfelt condolences to the family of al-Syahid Wissam al-Tawil, a senior Hezbollah commander who was killed in an Israeli drone attack in South Lebanon.
He was the Deputy Leader of Hezbollah's Elite Radwan forces.
May his soul be placed among the righteous and be blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG,
President of PAS
Dated: 28 Jumada al-Akhirah 1445H / 9th January 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
GEMPAR LANGKAH DUBAI
Dimulakan jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’. Kemudiannya, mereka meletakkan jenama Langkah Sheraton dan kerajaan tebuk atap kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat Akuan Berkanun (SD) yang mencukupi mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Pihak yang mengambil langkah dan berusaha menarik wakil-wakil rakyat, melakukannya dengan janji diberikan jawatan menteri, kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain. Di samping itu, mereka memberi sogokan wang bagi menjatuhkan Kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN), sehinggakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terpaksa diadakan.
Maka, terbentuklah sebuah Kerajaan Perpaduan yang setiap parti komponennya mempunyai masalah dalaman masing-masing, apa lagi kalau mahu membentuk perpaduan dengan komponen lain yang nyata mempunyai ideologi yang berbeza dan saling bercakaran antara satu sama lain dalam kempen pilihan raya yang baru saja berlalu.
Saya sangat bersetuju dengan komen wartawan veteran, Abdul Kadir Jasin berkenaan politik wang dan Langkah Dubai, bahawa ia mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang dan menguasai kalangan yang diharapkan mendapat wang, dikatakan mahu bertindak menjatuhkan kerajaan yang berjenama Madani. Sedangkan, pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah.
Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita. Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan.
Kerajaan Madani yang tidak nyata asas tamadunnya telah menubuhkan kerajaan laksana pokok yang reput akarnya, sehingga ditakuti ia akan tumbang disebabkan oleh angin yang bertiup perlahan sahaja, apa lagi kalau berlaku taufan dan tsunami.
Mendengar guruh di langit sahaja sudah disangkakan mesti akan datang angin yang dapat menumbangkan pokoknya yang tidak berakar tunjang kuat. Laksana kata-kata dalam pantun Melayu yang tidak lupa:
Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang yang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul dikata hantu.
Telah ditubuhkan sebuah kerajaan berjenama perpaduan dan Madani yang kabur makna madani yang diuar-uarkan, sehingga dikatakan penyokong juga ikut membangkang terhadap ucapan-ucapan di Parlimen dan kenyataan media secara terbuka.
Malah, banyak janji yang tidak mampu ditunaikan, cakapnya pula tidak serupa bikin. Banyak kenyataan yang bercanggah, sekali gus menandakan kerapuhannya umpama retak mencari belah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024/01/05/gempar-langkah-dubai/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS President's Media Statement
PAS CONDEMNS ATTACKS ON IRAN
The Malaysian Islamic Party (PAS) unequivocally condemns the attacks that have resulted in the loss of over 100 lives and injuries to more than 200 civilians in a bombing incident in the city of Kerman, Iran, yesterday.
PAS extends its deepest condolences to the government and the people of Iran affected by this tragic event. May the departed souls find solace in Allah's blessings, and may those injured be granted a swift recovery through His mercy.
The Muslim world must collectively denounce the perpetrators of these attacks for their disregard of civilian lives and blatant violation of the teachings of Islam.
“Justice, Compassion & Benevolence”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 14 Jumada al-Akhirah 1445H / 4th January 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS KECAM SERANGAN DI IRAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan yang telah membunuh lebih 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 orang awam lain dalam tragedi pengeboman di bandar Kerman, Iran semalam.
PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera.
Sewajarnya dunia Islam mengutuk dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Adil, Prihatin & Berkebajikan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Jumada al-Akhirah 1445H / 4 Januari 2024 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
2023 bakal melabuhkan tirainya beberapa detik sahaja lagi.
Jadikanlah segala ujian dan cabaran yang kita hadapi sebagai pengajaran yang berguna dalam mencorakkan masa depan negara yang lebih cerah.
Mudah-mudahan kita semua akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT pada tahun 2024.
Selamat Tahun Baharu 2024.
Allahu Akbar. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
OIC DAN LIGA ARAB MENGECEWAKAN
Sidang kemuncak tergempar bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab mengeluarkan resolusi yang tidak bermaya, ketika Gaza diganyang oleh bala tentera Zionis Israel dengan sokongan negara besar bersekutu. Mereka membantai dengan senjata yang bertali arus dan kerahan bala tentera.
Sidang kemuncak tergempar bersama OIC dan Liga Arab yang diadakan tidak mampu membuat keputusan yang kuat dan tegas bagi membela umat Islam yang sedang dibelasah dengan kejam. Resolusi yang diumumkan sangat mengecewakan dan gagal menyampaikan bantuan kemanusiaan, malah terlalu jauh untuk menghantar bala tentera bagi menyahut seruan Allah SWT yang berfirman:
﴿وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦﴾
“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah, baik dalam kalangan lelaki dan wanita, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, dan berilah kami pelindung daripada sisi Engkau, dan berilah kami penolong daripada sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, manakala orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut. Oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya, tipu daya syaitan adalah lemah. (76)” [Surah al-Nisa’: 75–76]
Mengapa seruan Allah tidak mampu dilaksanakan ketika saudara seagama dibelasah dengan kejam dan secara paling melampau, dalam keadaan jumlah umat Islam kini melebihi satu bilion? Walhal Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa umat Islam tidak boleh dikalahkan kalau jumlah mereka mempunyai 12,000 orang sahaja.
Kini, jumlah umat Islam adalah paling ramai dan berada di bumi yang kaya dengan sumber tenaga dan ekonomi, namun mereka semuanya tidak bermaya. Inilah yang berlaku daripada ramalan Rasulullah SAW melalui sabdanya:
"يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا".
“Hampir berlaku ke atas kalian (umat Islam) dikepung oleh musuh daripada berbagai-bagai jenis agama dan bangsa, mengajak sesama mereka mengepung kalian laksana pemakan yang rakus dijemput mengelilingi hidangan makanan (yang lazat) bagi mencubit dan meratah makanan dengan lahap.”
فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: "بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ".
Lalu salah seorang sahabat bertanya, “Adakah jumlah kita (umat Islam) pada masa itu sedikit?” Rasulullah menjawab, “Tidak begitu. Sebenarnya, jumlah kalian terlalu ramai, tetapi kalian laksana banyaknya buih dan sampah sarap yang dihanyutkan oleh air banjir. Allah mencabut kehebatan kalian yang dirasakan oleh musuh selama ini, dan Allah meletakkan ke dalam diri kalian penyakit wahan (lemah).”
فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: "حُبُّ الدُّنْيَا، وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ".
Lalu ada seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah maksud wahan (lemah)?” Rasulullah menjawab, “Terlalu cinta akan kehidupan dunia dan takut akan kematian.” [Riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Malahim, No. 4297, dan Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, No. 22397, daripada Thawban bin Bujdud]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/29/oic-dan-liga-arab-m… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Jatuhnya kuasa pemerintahan Islam apabila umat Islam alpa dan tidak mengambil berat terhadap urusan politik atau pemerintahan.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AHLI KIBLAT WAJIB BERSATU MENENTANG PENGGANAS BALA TENTERA NEGARA AHZAB
Umat Islam kini sedang menghadapi ujian paling getir dan dahsyat, jika dibandingkan sepanjang perjalanan sejarahnya.
Mereka diganyang oleh pengganas bersifat negara besar yang mengadakan suatu Pakatan Ahzab, iaitu barisan bersekutu yang melakukan serangan ganas yang terdiri daripada kalangan Yahudi Zionis dan disertai bala tentera Barat yang diketuai oleh negara kuasa besar.
Amerika Syarikat bersama negara-negara sekutunya Eropah, Great Britain, Perancis, Jerman dan lain-lain yang nyata politiknya dipengaruhi oleh Zionis, dengan membantu Israel dan mereka rela berkorban sepenuhnya walaupun ia merosakkan ekonomi negara sendiri.
Antaranya, dengan menghantar segala jenis senjata, termasuk senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa, serta bantuan kewangan bagi menampung krisis ekonomi negara haram Israel yang mereka pertahankan.
Sasarannya ialah Palestin dan khususnya Gaza yang dikuasai Hamas (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah). Serangan yang paling bacul dilakukan apabila mereka bertindak membunuh kanak-kanak, kaum wanita, dan warga tua.
Dalam pada itu, mereka turut menyerang kawasan kediaman dan penempatan awam, termasuk hospital, sekolah, rumah ibadat (masjid dan gereja) dan khemah penempatan sementara, termasuk kawasan perkuburan.
Semua itu dilakukan tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa dan kesalahan jenayah perang, serta bantahan rakyatnya yang tidak dapat menahan perasaan perikemanusiaan.
Segala keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula dibatalkan oleh kuasa veto (pembatal) yang menjadi hak negara kuasa besar yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang tidak boleh dipertikaikan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/24/ahli-kiblat-wajib-b… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PENENTUAN BANGSA MENJADI KETUA NEGARA DAN KEKHILAFAN MAZHAB
Kenyataan DAP untuk mengambil alih kepimpinan Melayu Islam adalah provokasi yang merosakkan hubungan kaum yang terjalin dan makin terancam dengan sebab beberapa kenyataan politik yang menjurus ke arahnya, seperti cadangan diadakan Pilihan Raya PBT, peranan medianya menyokong orang Melayu murtad dan menghalang sesiapa yang mahu memeluk Islam serta mencabar undang-undang syariat yang telah dimusnahkan oleh penjajah dahulu dengan cara yang halus tetapi dapat dilihat dengan nyata.
Keadaan ini laksana pepatah yang menyebutkan burung unta yang menyelamatkan diri, menyembunyikan kepalanya yang kecil ke dalam pasir dalam keadaan badannya yang besar dapat dilihat dengan nyata. Hanya orang-orang Melayu yang bodoh sahaja kabur fikirannya dan kelabu pandangannya masih tidak memahami politik DAP dan rakan-rakannya.
PAS mendukung perpaduan rakyat Melayu Islam, bumiputera dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Dalam pada itu, menolak DAP dan sekutunya yang menegakkan sekularisme dan liberal pragmatik yang sesat serta merosakkan negara.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/22/penentuan-bangsa-me… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS dan DAP pernah melaksanakan kerjasama politik sebelum ini dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.
Namun apakah yang menjadi sebab kepada runtuhnya kerjasama di antara kedua-dua parti ini
Lihat bebenang yang disediakan.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik?
Bagaimanakah politik ini dilaksanakan mengikut Islam?
Apakah perbezaan politik mengikut Islam dan Barat?
Lihat bebenang ini.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS DAN DAP BERKAWAN DAN BERLAWAN
PAS tidak mampu digoda dan dipengaruhi oleh semua pihak lain kerana pegangan aqidahnya yang teguh dan pendekatannya yang anjal (fleksibel). Sehinggakan, PAS tidak boleh diputuskan daripada dasarnya atau dihanyutkan dalam perjalanannya.
Maka, PAS bekerjasama dengan pihak lain dalam masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbagai-bagai agama dan idelogi, sejak awal penubuhannya sebelum merdeka bagi menentang penjajah dan selepas merdeka bersama kerajaan dan pembangkang, termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas tahun 1990-an. Kerjasama itu berlaku pada titik persamaan yang wujud dari aspek kemanusiaan dan pendekatan, tanpa memaksa mana-mana pihak meninggalkan ideologi masing-masing.
Apabila DAP secara terbuka menentang PAS dalam pelaksanaan syariat Islam di Kelantan dan Terengganu yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan menjadi hak penganut Islam mengikut Perlembagaan Persekutuan, maka PAS tidak boleh berdiam diri kerana tindakan itu menyentuh dasar PAS secara langsung.
Demikian juga apabila timbulnya isu pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) bagi memperkenalkan sebatan mendidik, bukan menyeksa.
Selain itu, isu negara Islam juga pernah dijadikan polemik oleh DAP ketika bersama PAS dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Maka, PAS wajib menjawab dan memberi penjelasan secara bersemuka dalam beberapa kali dialog yang diadakan. Ternyata ada dalam kalangan DAP yang bersikap terbuka dan ada juga yang ekstrem menentang kerana kepentingan politik untuk mendapatkan sokongan bukan Islam, sehingga DAP membuat keputusan keluar daripada BA. Walau bagaimanapun, PAS tetap mempertahankan prinsip Islam yang menjadi aqidah perjuangannya.
Apabila isu negara Islam sehinggalah kepimpinan negara diwajibkan kepada Melayu Islam, PAS tegas berpendirian kepada pegangan secara ilmu dan tarbiah, sehingga Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP.
Adapun kalangan yang keluar daripada PAS kerana isu tersebut adalah daripada kalangan yang menumpang PAS tanpa mengikuti program ilmu dan tarbiah berjemaah bersama PAS.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/18/pas-dan-dap-berkawa… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Ibrahim AS ialah contoh individu yang mempunyai keislaman diri dan istiqamah dalam menghadapi kerajaan kuasa besar dunia yang tunggal pada zamannya tanpa menyerah kalah.
Baginda AS pernah dihalau oleh keluarga dan negara yang kafir, lalu bermusafir atau berhijrah ke Palestin dan Mesir, sebelum Baginda kembali bermukim di Palestin sehingga kewafatannya pada usia 175 tahun.
Adapun kerajaan Babylon dan rajanya itu dibinasakan oleh Allah SWT di alam dunia, sebelum mereka menerima hukuman yang lebih dahsyat pada Hari Akhirat kelak.
Nabi Ibrahim AS dikurniakan zuriat yang meneruskan perjuangan yang panjang secara bertali arus dan mendapat kelebihan kerana panjang perjalanannya.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 2 Jumada al-Akhirah 1445H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN HASAN BITMEZ, AHLI PARLIMEN TURKIYE
PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Almarhum Hasan Bitmez, Ahli Parlimen Turkiye daripada Parti Saadet yang telah kembali ke rahmatullah.
Beliau telah mengalami serangan jantung dan rebah di Parlimen ketika memberikan ucapan mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Jumada al-Akhirah 1445H / 17 Disember 2023
—————————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF HASAN BITMEZ, MEMBER OF THE NATIONAL ASSEMBLY OF TURKIYE
PAS extends its heartfelt condolences to the family of the late Hasan Bitmez, a Member of the National Assembly of Turkiye from the Saadet Party who passed away.
He suffered a heart attack and collapsed in the Turkish Grand National Assembly after delivering a speech condemning Israel's brutal onslaught on Palestine.
May his soul be placed among the righteous and be blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG,
President of PAS.
Dated: 5 Jumada al-Akhirah 1445H / 17th December 2023. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
AMERIKA SYARIKAT BERSAMA ZIONIS ISRAEL MAKHLUK PEROSAK DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA
Zionis secara khusus berjuang bagi menubuhkan negara haram Israel di Palestin dengan merampas daripada penduduk asalnya yang telah bermukim sejak awal sebelum kedatangan Ibrahim AS.
Kejayaan Zionis memeteraikan Perisytiharan Balfour yang terkenal bagi menubuhkan negara haram Israel di bumi Palestin, dengan melakukan rompakan yang ganas dan membunuh. Selain itu, bangunan, tanah kebun, rumah kediaman, dan perniagaan dirampas dan diambil alih oleh pendatang Yahudi yang bersenjata atau kumpulan ganas yang dibantu oleh polis dan tentera.
Tindakan zalim yang sama terus dilakukan sehingga kini pada masa Amerika Syarikat dan sekutunya mencadangkan teori dua penyelesaian negara (two-state solution). Dalam keadaan Israel tidak mempedulikannya, Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya terus menghantar senjata bertali arus bagi membantu Israel atas nama menjaga keselamatannya.
Israel juga diberikan kekebalan boleh melakukan apa-apa sahaja keganasan tanpa tindakan undang-undang antarabangsa dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana dibatalkan oleh kuasa veto negara besar tersebut.
Mereka juga mencatur mana-mana negara demi kepentingan politik dan ekonomi Israel dan sekutunya. Mereka membatalkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan mempertahankan diktator atas nama menjaga keamanan negara haram Israel. Beberapa pilihan raya turut dibatalkan dan kerajaannya dijatuhkan oleh tentera mengikut kemahuan percaturan bekas negara-negara penjajah iaitu Amerika Syarikat dan Eropah.
Kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya terus membantu Israel dengan membekalkan senjata yang lebih banyak dan ganas, di samping tindakan politik menggunakan kuasa veto bagi membatalkan segala cadangan dan usul menghukum jenayah Israel yang nyata.
Oleh itu, terang lagi bersuluh bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah menjadi makhluk perosak dunia yang paling ganas melebihi binatang di rimba.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/14/amerika-syarikat-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
GOLONGAN MUNAFIQ BERADA DI MANA-MANA DAN SEPANJANG ZAMAN
Sekiranya pada zaman generasi terbaik dan di tempat yang mulia pun terdapat kalangan munafiq, sementelah di tempat yang lain di seluruh dunia dan sepanjang zaman pasti akan ada golongan munafiq.
Allah SWT sangat murka terhadap golongan munafiq, tetapi masih membuka pintu taubat kepada mereka.
Banyak ayat al-Quran dan hadis menyebut berkenaan sifat-sifat munafiq supaya setiap orang yang beriman berwaspada, pada masa yang sama memberi peluang kepada kalangan yang benar-benar munafiq agar bertaubat dan insaf.
Nifaq ialah sifat yang halus masuk ke dalam hati manusia yang merasakan dirinya sangat bijak, kerana boleh berada dengan semua pihak, sama ada kalangan Islam atau kalangan yang menentang Islam, demi kepentingan dirinya tanpa peduli terhadap agamanya.
Mereka menganggap dirinya bijaksana dan pandai mengambil kesempatan. Adapun orang yang tidak sepertinya pula dianggap bodoh.
Antara sifat mereka ialah menghina orang miskin yang berderma kerana Allah. Selain itu, antara sifatnya juga mencari kemenangan dunia dengan berwala’ kepada kalangan bukan Islam yang bermusuh terhadap Islam.
Sepatutnya setiap orang melakukan muhasabah ke atas dirinya, bimbang jika ada pada dirinya sifat-sifat munafiq yang merosakkan iman dan amalannya. Janganlah jadi seperti orang yang menyembunyikan penyakit kurap dan gatal dalam bajunya, apabila disebutkan perkataan gatal lalu mereka menggaru.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/13/golongan-munafiq-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISLAM MENENTANG SEKULARISME
Sekularisme ialah satu teori ciptaan manusia yang muncul di Eropah bagi memisahkan urusan duniawi daripada agama.
Sekularisme lahir dalam kalangan masyarakat Kristian yang dibawa ke Eropah sebagai suatu teori yang terpisah daripada kesempurnaan agama Allah, sebagaimana ajaran yang telah dibawa oleh Nabi ‘Isa AS yang diutuskan kepada Bani Isra’il supaya beramal dengan kitab Injil bersama ajaran Taurat dan kebijaksanaannya.
Agama Kristian yang dianut oleh Raja Rom telah mengalami perubahan yang parah mengikut sejarahnya, apabila ajarannya disesuaikan dengan agama keberhalaannya yang telah diamalkan sebelum menganut Kristian. Lalu diharamkan Kitab Injil yang asal, di samping kitab Injil menjadi banyak jumlahnya kerana diselewengkan.
Sehinggakan, bertindak memisahkan kuasa raja daripada agama, maka berlaku pemisahan kuasa pemerintah daripada agama. Termaktub dalam kitab Injil yang telah diubah:
“Render unto Caesar the things which are Caesar's, and unto God the things that are God's.”
“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia), dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan.” (Matthew: 21)
Apabila urusan duniawi terpisah daripada agama, maka lahirlah daripadanya teori liberalisme dan kehidupan bermasyarakat. Dalam aspek politik pula, mencipta demokrasi kuasa rakyat yang ditipu, apabila politiknya tidak beragama, atau bersifat diktator secara individu atau berkumpulan. Dalam aspek ekonomi pula, dicipta fahaman liberal kapitalisme atau sosialisme dan komunisme yang berkonsepkan kebendaan semata-mata.
Kini, kita menyaksikan liberalisme dalam masyarakat Barat berprinsipkan kebebasan yang melanggar fitrah manusia, sehinggakan manusia bebas seperti binatang dan bersikap melampau lebih daripada binatang kerana menyalahgunakan akal mereka.
Lahirnya pelbagai kumpulan seperti LGBT, LGBTQ dan sebagainya, sehingga mempertahankan hak asasi binatang itu lebih utama daripada hak asasi manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Dalam aspek politik yang menjadi amanah terpenting telah dikhianati, apabila ia terpisah daripada agama sehingga telah melahirkan pemimpin yang berkuasa dengan menipu, rasuah, menyalahgunakan kuasa dan tidak bermoral. Lantas, kuasa dijadikan peluang kehidupan yang selesa bagi diri atau kumpulannya, manakala pemimpin itu ditaati kerana sifat zalimnya bukan dihormati kerana sifat adilnya.
Para pejuang kemerdekaan telah berjaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain diberikan hak kebebasan untuk menganutnya.
Apa yang penting adalah mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dengan takrif mengikut ajarannya yang sebenar, bukan mengikut teori sekularisme. Sepatutnya parti-parti yang berada di dalam Parlimen ketika awal kemerdekaan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut maknanya yang sebenar.
Pakatan Harapan (PH) yang dipengaruhi oleh sekularisme yang dibawa oleh penjajah hendaklah ditolak, sama ada parti yang nyata dalam undang-undang tubuhnya menegakkan prinsip sekularisme atau parti yang bersikap pragmatik laksana lalang yang ditiup angin.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/12/islam-menentang-sek… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PEMBOHONGAN ZIONIS TERDEDAH DI GAZA
Pembohongan kumpulan Yahudi Zionis yang paling dimurkai Allah telah terdedah walaupun mereka cuba menutup kezaliman yang mereka lakukan dengan menggunakan kekayaan yang dimiliki. Begitu juga menerusi penguasaan media yang dilindungi hasil daripada kejayaan mereka mempengaruhi aspek politik, ekonomi dan sosial, khususnya di Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia bersama sekutunya di Eropah dan lain-lain.
Kezaliman mereka terhadap Palestin yang dirompak dengan alasan pembohongan sejarah telah diputarbelitkan dengan pengakuan bahawa merekalah yang berhak dan dizalimi. Al-Quran iaitu Kitab Allah mendedahkan sifat bohong mereka terhadap agama dan para rasul yang lebih parah pembohongannya. Jika mereka boleh berbohong dalam perkara yang melibatkan agama dan rasul, maka dalam perkara yang lain lebih mudah untuk mereka berbohong.
Melalui kerjasama Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad, mereka boleh menyediakan laporan bohong bagi menyerang dan membunuh jutaan manusia, demi mengukuhkan pengaruh dan kuasa mereka di mana-mana sahaja. Peristiwa dua perang dunia, serta peperangan di Korea, Afghanistan dan Iraq menjadi contoh hidup tentang perkara ini.
Kini, mereka membelasah Palestin dan negara-negara jirannya, khususnya serangan ke atas Gaza yang luasnya tidak sampai 100 kilometer persegi disebabkan oleh serangan Hamas sangat bijak. Sebelum ini, mereka sengaja menafikan kemenangan Hamas secara demokrasi dalam pilihan raya dengan mengharamkan Hamas daripada menubuhkan kerajaan di Palestin. Walau bagaimanapun, Hamas berjaya bertahan di Gaza dengan menjadi kumpulan yang paling kuat mendapat sokongan rakyat.
Tiba-tiba, mereka mengepung Gaza laksana penjara besar, malah rakyat Palestin di wilayah yang lain pula dirampas rumah-rumah kediaman, kedai-kedai dan kebun, bahkan ditukar hak milik kepada pendatang Yahudi. Pendatang-pendatang haram ini diberikan senjata malah dilindungi oleh polis dan tentera, sehingga mereka boleh menceroboh Masjid al-Aqsa, dan menggerakkan usaha melalui upacara untuk merobohnya supaya dapat dibina Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) di atas tapak yang sama.
Oleh itu, Hamas terpaksa bertindak dan berjihad dengan senjata serta harta yang mereka ada. Tindakan mereka yang gagah berani itu telah mengejutkan Zionis dan sekutunya daripada kalangan kuasa besar dunia, sehingga mereka terpaksa memunggah senjata bagi membantu Zionis Israel dan membawa bala tentera yang besar untuk menghapuskan Hamas di Gaza yang kerdil, namun usaha tersebut menemui kegagalan.
Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dengan cara yang paling melampau. Apabila gagal menghadapi Hamas, mereka menyerang kanak-kanak, warga tua, kaum wanita, termasuklah pesakit dan mayat di hospital. Ini merupakan serangan paling pengecut. Adapun mereka pula berlindung di sebalik kubu, kota, kereta kebal dan kenderaan berperisai dengan didukung oleh armada kuasa besar.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/12/11/pembohongan-zionis-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi atas kemenangan yang besar dalam PRK Kemaman.
Tahniah kepada jentera pilihan raya yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada PAS dan Perikatan Nasional.
Peningkatan majoriti yang lebih besar ini menjadi isyarat yang jelas penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan ala-PH.
Kepada Dr. Samsuri, tanggungjawab lebih besar menanti. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PALESTIN: GENCATAN SENJATA BERSAMA KEMENANGAN AWAL KUMPULAN ISLAM
Peperangan ialah suatu tindakan politik yang terpaksa dicetuskan, apabila perdamaian yang menjadi keutamaan menemui kebuntuan. Inilah petunjuk al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Perdamaian lebih diutamakan kerana memberi lebih peluang bagi semua pihak mengenali Islam.
Begitu jugalah peperangan yang berlaku di Gaza, diikuti pula dengan peperangan yang tercetus di sekelilingnya yang boleh merebak dengan lebih parah. Maka, peluang gencatan senjata dicadangkan oleh Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (Hamas) dengan syarat-syarat yang akhirnya terpaksa diterima oleh Israel. Hal ini demikian kerana, Israel berhadapan dengan tekanan untuk membebaskan tawanan mereka yang ramai jumlahnya melalui pertukaran dengan membebaskan tahanan Palestin.
Tentera Israel yang datang menyerang Gaza bukan sahaja gagal menawannya, sebaliknya kenderaan berperisai dan senjata mereka pula banyak dimusnahkan. Keadaan ini menyebabkan banyak tentera Israel terbunuh, cedera dan ditawan, sehingga menyebabkan menurunnya semangat dan menebalnya ketakutan dalam kalangan mereka yang tersebar dan keadaan ini diketahui umum.
Apa yang berlaku kini, kabinet Israel sudah berpecah dan rakyatnya keluar berdemonstrasi supaya dibebaskan tawanan dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Apa yang tinggal hanyalah beberapa pemimpin ekstrem Zionis sahaja.
Walaupun Amerika Syarikat dan sekutunya berjaya menggunakan kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelamatkan Israel daripada hukuman antarabangsa, mereka gagal menghadapi protes rakyat di seluruh dunia yang semakin bertambah. Keadaan ini menjadikan Zionis kalah dari segi peperangan diplomatik dan media.
Amerika Syarikat dan Eropah yang menjadi sekutu Israel dan penyokong mutlak tanpa sempadan pula terpaksa menghadapi masalah dalam negara masing-masing. Semua ini berpunca daripada sikap menipu dalam konsep demokrasi dan hak manusia yang dicabul dengan parahnya kerana bekerjasama dengan Israel dalam melakukan keganasan di Gaza.
Maka, Palestin mendapat kemenangan dari sudut moral dan peperangan dalam pusingan awal dan seterusnya, walaupun hanya segelintir sahaja daripada kalangan negara-negara Arab yang berjiran dan negara Islam yang menyokongnya.
Gencatan senjata ialah suatu tindakan politik dan diplomatik dalam keadaan Hamas berada di tapak yang kuat dan lebih teguh daripada Israel dan sekutunya yang berpijak di tapak yang salah dan lemah. Gerakan berpolitik dan berperang memerlukan beberapa pusingan yang tidak berlaku dengan cepat dan gopoh. Namun, masa jelas berpihak kepada Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/28/palestin-gencatan-s… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
ISU MEMULAUKAN BARANGAN ISRAEL DAN PENYOKONGNYA
Kini, kempen memulaukan barangan Israel dan negara yang membantu Israel sedang giat dilakukan. Hal ini disebabkan Israel sedang membunuh umat Islam di Palestin dengan melampaui batas sifat kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa yang dipersetujui oleh semua negara dan mereka yang berperikemanusiaan.
Dalam tajuk pemulauan ekonomi, pemulauan barangan, atau sekatan bekalan, perkara ini termasuk dalam maksud jihad yang memberikan makna konsep yang luas dan umum daripada al-Quran dan Sunnah Nabawiah yang mentafsirkannya. Kemudian, konsepnya dipanjangkan oleh para ulama’ pada setiap zaman dengan mengambil iktibar ketika menghadapi musuh pada zaman Rasulullah SAW, melalui penurunan ayat al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman serta dihuraikan oleh hikmah Sunnah Nabawiah.
Antaranya ialah firman Allah SWT:
﴿ٱنفِرُواْ خِفَافٗا وَثِقَالٗا وَجَٰهِدُواْ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٤١﴾
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 41]
Berjihad hendaklah dengan harta dan jiwa raga. Dengan harta itu adalah dengan memberikan sumbangan bagi persediaan dan bekalan kepada yang menegakkan Islam untuk memenangkannya secara damai atau melalui peperangan. Termasuklah berjihad dengan harta itu secara melemahkan musuh Islam dari segi ekonomi dan menyekat bekalannya.
Disebut dalam hadis yang sahih dan kitab sirah bahawa musuh Islam pernah memulaukan Rasulullah SAW dan keluarganya ketika Marhalah Makkiyyah.
Kemudian, disebut dalam Sahih al-Bukhari, bahawa Thumamah bin Uthal RA, seorang peniaga yang setelah memeluk Islam, beliau tidak mahu menjual gandum kepada mereka yang menentang Islam kecuali diizinkan oleh Rasulullah SAW.
Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah melakukan operasi menyekat rombongan Musyrikin yang berniaga ke Syam bagi menyekat ekonomi mereka. Seterusnya, Baginda menerima cadangan seorang sahabat supaya menyekat sumber air terhadap pasukan Musyrikin ketika berlakunya Perang Badar.
Di samping itu, Rasulullah SAW turut pernah memerintahkan supaya menebang pohon kurma dan membakar kebun tamar milik Yahudi Bani al-Nadir dengan perintah Allah SWT yang berfirman:
﴿مَا قَطَعۡتُم مِّن لِّينَةٍ أَوۡ تَرَكۡتُمُوهَا قَآئِمَةً عَلَىٰٓ أُصُولِهَا فَبِإِذۡنِ ٱللَّهِ وَلِيُخۡزِيَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٥﴾
“Apa-apa sahaja yang kamu tebang daripada pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasiq.” [Surah al-Hasyr: 5]
Tindakan tersebut sebagai tindak balas terhadap perancangan mereka yang berniat membunuh Rasulullah SAW. Walaupun hukum asal memusnahkan tanaman adalah tidak dibenarkan, tetapi dikecualikan dalam keadaan tertentu bagi melemahkan kekuatan ekonomi yang menyumbang kepada musuh yang melampau.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/26/isu-memulaukan-bara… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
MEMPERGUNAKAN HARTA DAN KUASA
Kini, ternyata di Malaysia yang menjadi medan gerakan Islam pasti menghadapi cabaran yang sama. Pihak yang berkuasa mendapat bantuan kekayaan para Qarun pada zaman kini walaupun gerakan Islam dituduh mendapat bantuan tauke judi dan penyumbang rasuah. Suatu tuduhan dengan hujah yang bodoh, apabila pihak yang mahu mengharamkan dan menghapuskan judi serta rasuah dibantu supaya kuat dan menang.
Semua orang boleh berfikir siapa yang menegakkan negara dengan harta yang melimpah-ruah yang datang dari luar dan dalam, perkara ini tidak boleh dinafikan sekali-kali. Mereka membentuk kerajaan melalui kerusi minoriti dengan cara membeli parti dan wakil rakyat dengan bantuan Qarun-Qarun yang mengumpulkan kekayaan melalui pengaruh kekuasaan mereka.
Ternyata DAP yang jelas menentang Islam pada dasarnya, medianya, dan pergerakan politiknya bersama dengan para tauke yang berharta, kini tidak perlu lagi bekerja sendiri.
Hal ini demikian kerana, mereka sudah dapat menggunakan khadam-khadam mereka, termasuk daripada yang berwajah Islam untuk bercakap, menulis, menjadi calon, dan sebagainya, bagi menembusi kekuatan Islam yang dinamakan ‘gelombang hijau’ dan ditasawurkan (digambarkan) dengan suatu ketakutan jika Islam berkuasa memerintah negara.
Perkara itu menjadi sebahagian daripada agenda Islamofobia yang dicipta menjadi senjata baharu bagi menentang Islam.
Islamofobia itu terkoyak topengnya dengan tindakan ganas Israel terhadap Gaza, dengan bantuan negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang dikuasai oleh Zionis. Keadaan ini menjadikan penyokongnya di Malaysia berada dalam keadaan gelabah dan serba salah.
Mereka berdemonstrasi kononnya bersimpati dengan Palestin, tetapi dilaksanakan tanpa takbir, takut akan kanak-kanak yang membawa replika senjata, lalu demonstrasi dibuat semula dengan takbir pula.
Padahal mereka menyokong pendekatan pembentukan dua negara (two-state solution) dan normalisasi yang dirancang oleh Zionis dengan naungan Amerika Syarikat yang menjadi pengelola. Perkara ini laksana melantik pencuri dan perompak menjadi penjaga untuk menipu, bagi memberikan masa kepada negara Israel meneruskan kemasukan pendatang Yahudi Zionis yang dilatih menggunakan senjata serta merampas rumah dan penempatan asal rakyat Palestin.
Hal ini setelah mereka mengisytiharkan Bait al-Maqdis menjadi ibu negara besar Israel serta merancang untuk merobohkan Masjid al-Aqsa. Oleh sebab itu, Hamas di Gaza bertindak pantas dengan melancarkan serangan Taufan al-Aqsa terlebih dahulu.
Malaysia juga dipengaruhi oleh perkembangan politik antarabangsa yang menghalang kebangkitan semula Islam. Beberapa peristiwa yang menyekat kemenangan kumpulan Islam telah berlaku, sejak pengharaman Partai Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi) yang memerintah Indonesia sehinggalah menjatuhkan semua kemenangan parti Islam di negara lain, sama ada secara demokrasi menipu, politik merasuah rakyat, ataupun rampasan kuasa tentera.
Terkini, serangan dilancarkan ke atas Gaza yang dimenangi oleh Hamas secara pilihan raya, setelah mereka gagal membeli dengan kekayaan harta bagi menubuhkan negara Palestin di luar tanah airnya, termasuk menyerahkan Bait al-Maqdis kepada Zionis.
Di Malaysia kini, kita sedang menghadapi usaha membeli wakil rakyat oleh para Qarun dengan bayaran yang mahal setelah ditekan dengan menafikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang, khususnya daripada Perikatan Nasional (PN). Bukan sahaja menafikan hak hasil negeri kepada negeri yang diperintah oleh PAS secara khusus, malah termasuk yang wajib mengikut Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian yang wajib ditunaikan, menggunakan pendekatan yang sama mengikut cerita al-Quran.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/15/mempergunakan-harta… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISRAEL: PENUNGGU SYAITAN BESAR, PENGHALANG KEBANGKITAN SEMULA ISLAM
Serangan bernama Taufan al-Aqsa yang dimulakan oleh Hamas daripada kelompok Sunni Palestin didukung oleh semua gerakan Islam dan umat Islam, tanpa mengira kaum dan mazhab.
Keadaan ini menjadi ujian kepada umat Islam Ahli Kiblat (menghadap kiblat), sama ada mereka beriman, lemah iman dan bodoh atau munafiq. Begitu juga kepada bukan Islam yang tidak melampau yang bersimpati atas sifat fitrah kemanusiaan atau melampau tanpa perikemanusiaan bersama Zionis.
Situasi terkini menterjemahkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا١١﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepada kamu tentera-tentera (Ahzab), lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah kamu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (kamu) dan hati kamu naik menyesak sampai di tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat dahsyat. (11)” [Surah al-Ahzab: 9–11]
Perkembangan terkini akhirnya memecah keraguan yang diadakan oleh syaitan yang meragukan, apabila berlakunya penapisan daripada Allah daripada peristiwa Ahzab yang dinyatakan oleh al-Quran, petunjuk yang kekal sepanjang zaman.
Peristiwa ini mendedahkan siapa yang benar-benar beriman, golongan munafiq, mereka yang lemah imannya yang terpengaruh dengan munafiq dan menjadi penakut dengan berbagai-bagai alasan yang salah.
Semuanya mendedahkan diri apabila syaitan penunggu bernama Israel menjelma, maka datang syaitan besar membawa bala tentera Ahzab yang ramai jumlahnya dan banyak senjatanya. Namun begitu, mereka tidak mampu menghadapi kekuatan iman yang tidak boleh dipadamkan.
Firman Allah SWT:
﴿وَإِذۡ زَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَعۡمَٰلَهُمۡ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ ٱلۡيَوۡمَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَإِنِّي جَارٞ لَّكُمۡۖ فَلَمَّا تَرَآءَتِ ٱلۡفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّنكُمۡ إِنِّيٓ أَرَىٰ مَا لَا تَرَوۡنَ إِنِّيٓ أَخَافُ ٱللَّهَۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ٤٨ إِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ غَرَّ هَٰٓؤُلَآءِ دِينُهُمۡۗ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ٤٩﴾
“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhias kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata, ‘Pada hari ini, tidak ada sesiapa pun daripada umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu.’ Maka, apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata, ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksa-Nya.’ (48) (Ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang mempunyai penyakit (syak) dalam hatinya berkata, ‘Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya).’ Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (49)” [Surah al-Anfal: 48-49]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/13/israel-penunggu-sya… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM MELAWAN LIBERALISME
PAS yang berpegang kepada aqidah Islam dan syariatnya yang sempurna menentang langkah ke arah perubahan berjenama progresif atau liberal yang berkonsepkan sekularisme serta sesiapa yang bersekongkol dengannya.
Konsep ini nyata mencabar Islam dan konsep kepimpinannya, sama ada oleh satu parti seperti DAP dan sepertinya ataupun kerjasama gabungan seperti Pakatan Harapan dan komponennya walaupun berjenama Islam.
Rasulullah SAW mentafsirkan ayat di atas dengan melakar satu garisan yang lurus di atas tanah. Kemudian, Baginda melakar cabang-cabang yang di setiap cabang itu adanya syaitan yang menggoda supaya terpesong dari sampai ke hala tuju, yakni jalan yang lurus mengikut petunjuk Allah.
[Hadis riwayat al-Nasa’i, al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, No. 11109, dan Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukhthirin min al-Sahabah, No. 4437, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud]
PAS membatalkan kerjasama dengan parti-parti yang mengheretnya keluar dari sempadannya apabila nyata memusuhi Islam, menafikan kedaulatan dan kepimpinannya seperti sekularisme, atau memesongkan dari dasar dan hala tujunya dengan menggunakan istilah yang menarik dan bahasa yang menggoda seperti liberal, progresif, madani, dan lain-lain.
PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak secara tahaluf atau ta‘awun dalam sempadan prinsip dan rukun perjuangannya. Tindakan ini berpandukan firman Allah SWT yang diulangi dengan tegas beberapa kali:
﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩﴾
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]
PAS mempunyai pasukan ilmuwan yang memelihara hukum nas dan ijtihad secara jama‘i dalam Majlis Syura Ulamak serta kepimpinan berbagai-bagai lapangan yang cukup dalam segala jurusan. Hal ini adalah bagi memelihara ilmu dan mentadbir dalam lapangan perjuangannya mengikut huraian Imam al-Mawardi RH:
“Ilmu yang memelihara sempadan hukum serta menangani perubahan dan perbezaan kehidupan manusia mengikut sempadan Allah.”
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/11/islam-melawan-liber… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Allah SWT telah memilih ramai dalam kalangan kaum Yahudi para anbiya’ dan raja besar, namun ramai dalam kalangan para rasul dan pemimpin yang adil menjadi mangsa pembunuhan mereka. Hal ini demikian kerana, mereka dibejati hawa nafsu yang rakus terhadap kehidupan dunia yang menjadi ujian kepada manusia, sehingga mereka menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat memuaskan hawa nafsu.
Mereka berbangga dengan sejarah zaman silam nenek moyang mereka terdahulu yang terdiri daripada kalangan para anbiya’ (Bani Isra’il), tetapi mereka tidak beriman kepada Allah, Kitab dan para rasul yang dikurniakan kepada mereka. Lebih malang lagi, mereka menukarnya kepada fahaman yang sesat dan merosakkan diri, serta berusaha merosakkan umat manusia bersama kesesatan yang dicipta oleh mereka.
Selain itu, mereka juga melancarkan gerakan melalui dua pertubuhan dengan tujuan untuk menguasai dunia; iaitu Freemason dan pertubuhan Zionis atau dalam bahasa Hebrew disebut “Tsiyonut” bagi memperkasakan kebangsaan kaum Yahudi. Kedua-dua pertubuhan ini, kemudiannya melebarkan urusannya melalui pelbagai usaha dengan mempengaruhi parti-parti politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh yang berada di bawah pengaruhnya.
Di samping itu, pertubuhan yang ditubuhkan ini juga berusaha menanam teori-teori sesat yang membawa semangat kemuliaan kaum Yahudi yang dianggap sebagai bangsa pilihan Allah sepanjang zaman yang berkekalan. Sehingga, meletakkan bangsa bukan Yahudi hanyalah bertaraf binatang berupa manusia yang dinamakan Goyim.
Fahaman ini disebarkan melalui teori Darwin, seorang yang diletakkan taraf sebagai ahli falsafah dan pemikir agung berbangsa Yahudi. Charles Darwin membawa teori evolusi kejadian alam yang tercipta dengan sendiri, bukan terjadi dengan ciptaan Allah SWT.
Maka, kejadian manusia juga melalui perubahan evolusi kejadian alam daripada berbentuk monyet sebelum berubah menjadi bentuk manusia. Teori ini disebarkan secara halus memasuki sistem pelajaran dan pendidikan di seluruh dunia, termasuk juga Malaysia. Maka, tinggallah kaum Yahudi sahaja yang berasal daripada Adam dan Hawa mengikut ilmu wahyu daripada Kitab Allah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISRAEL: ZIONIS MAKHLUK PEROSAK ALAM
Puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel.
Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.
Dalam aspek ekonomi pula, mereka menyebarkan muamalat riba yang diharamkan oleh Allah SWT. Kini, mereka menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Melalui kekayaan ekonomi dan pengaruh media, mereka menentukan supaya calon yang menang menjadi ketua kerajaan mestilah menyokong Israel dan melindunginya, sekali gus menjadikan semua calon yang dipilih menang dengan sokongan Zionis.
Melalui negara-negara tersebut, ahli-ahli Zionis berjaya berada dalam pentadbiran PBB dan cawangannya, seperti Majlis Keselamatan dan lain-lain.
Oleh sebab itu, semua negara kuasa besar terlibat dalam menubuhkan negara haram Israel walaupun perbuatan itu diharamkan oleh agama Yahudi sendiri. Kumpulan sekular yang mempengaruhi fahaman, pemikiran dan kehidupan masyarakat melalui gerakan Zionis berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkannya.
Bahkan, mereka menarik para pemimpin negara Barat yang berjaya dipengaruhi oleh mereka untuk sama-sama berjuang menegakkan dan mempertahankannya.
Sehingga mereka bertindak mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang bertopengkan konsep liberalisme dan hak bangsa Yahudi bagi mempertahankan negaranya dengan menghalalkan segala cara, tanpa dihalang oleh undang-undang dan sempadan hak asasi manusia.
Pada masa yang sama, mereka cuba mempengaruhi masyarakat antarabangsa dengan ICERD, Statut Rom, Kelab Rotary dan lain-lain.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/11/08/israel-zionis-makhl… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Cerita yang menjelaskan berkenaan Nabi Ibrahim AS antara cerita yang paling banyak diulang dalam beberapa surah al-Quran. Bahkan, kisahnya juga disebutkan dalam kitab suci daripada pelbagai agama, termasuklah agama yang bukan kitabi.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baginda AS menghadapi tentangan daripada kalangan keluarga dan kaum. Bahkan, Raja Namrud yang menakluk dunia dan menjadi kerajaan kuasa besar tunggal pada zamannya turut menentang, sehingga dirinya berlagak tuhan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Allah SWT menyebutkan cerita yang panjang ini secara berulang kali dalam al-Quran.
[Kuliah Duha Jumaat, 19 Rabi’ al-Akhirah 1445H] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
AHZAB YANG MENGUJI IMAN
Kini, muncul kumpulan yang menyatakan keislaman mereka bernama Hamas dan Tanzim Jihad daripada mazhab Sunni dan Hizbullah daripada mazhab Syiah, dalam kalangan mereka yang berada di Bait al-Maqdis dan sekelilingnya.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malah ada yang telah menghantar bala tentera bagi mendukung serangan balas Israel, walaupun sudah melampaui batas undang-undang antarabangsa dan undang-undang peperangan bagi menghancurkan Gaza tanpa mengira sesiapa mahupun tempat. Mereka menjadi satu gabungan Ahzab yang sama.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/26/ahzab-yang-menguji-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PENDAMAI YANG RAKUS BERPERANG
Adakah boleh dipercayai, negara-negara yang sangat rakus berperang dengan nafsu kebinatangan cuba menjadi kepala pendamai?Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka bertindak mencabuli hak asasi manusia sewenang-wenangnya, dengan segala tindakannya dengan label berjenama demokrasi dan kebebasan yang dicanangkan oleh media yang melindunginya sehingga membodohkan seluruh dunia.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka mengizinkan berlakunya pemerintahan diktator (dictatorship), menipu, mengamalkan rasuah dan membeli rakyat, termasuk merampas kuasa dan menghapuskan pemimpin yang dikehendakinya, demi mewujudkan negara yang menjadi khadam mereka.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/17/pendamai-yang-rakus… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS PARTI BERISTIQAMAH BUKAN MENUMPANG SESIAPA SAHAJA
PAS yang ditubuhkan oleh para ulama’ pada tahun 1951 menjadi mata rantai perjuangan Rasullullah SAW yang tidak mati dengan kewafatan Baginda, bahkan jalannya yang lurus ditunjukkan dan tidak boleh menyimpang sekali-kali.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Walaupun diharamkan jemaah yang berbagai-bagai nama sebelumnya dan dihapuskan nama atau pemimpinnya sahaja dengan berbagai-bagai cara, tetapi petunjuk Allah menjadi cahaya yang tidak boleh dipadamkan, tetap diikuti oleh kalangan umat yang setia pada sepanjang zaman.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka melangsungkan kewujudan kumpulan Islam yang telah dinyatakan ciri-cirinya.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Marilah bersama bahtera perjuangan PAS yang teguh menghadapi arus dan gelombang bersama perjalanan ahli yang istiqamah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS bukan bahtera yang dipenuhi lanun, penipu, perompak, dan pemabuk yang membahayakan perjalanan dan juga membinasakan para penumpang.
Baca selanjutnya:
shorturl.at/HQSW0 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Setelah gagal menghalang kemaraan Islam melalui propaganda Islamofobia, kalangan musuh Islam menukar pendekatan mereka dengan menimbulkan syubuhat (salah faham) dan tasykik (keraguan) terhadap Islam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) ialah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia. Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya (yang sebenar). "
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
"Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/16/salah-faham-terhada… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
TAUFAN AL-AQSA: HARI PERTOLONGAN ALLAH
Pada hari Hamas melancarkan operasi Taufan al-Aqsa, ia merupakan salah satu daripada hari-hari Allah (أيام الله) yang membuktikan kebenaran firman-Nya apabila benteng pertahanan negara haram Israel berjaya ditembusi.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Persediaan yang dilakukan dengan mengikut keadaan semasa; bermula dari aspek tenaga manusia, peralatan, mahupun infaq (perbelanjaan) sekadar kemampuan daripada golongan kaya dan miskin.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Walaupun persediaan yang dibuat tidak sama dengan jumlah anggota musuh dari sudut kelengkapan dan kekayaan mereka yang berlipat kali ganda dan melimpah-ruah. Hal ini demikian kerana, selebihnya pasti Allah menjanjikan pertolongan-Nya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/15/taufan-al-aqsa-hari… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kepada saudara kami semua daripada Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (HAMAS) dan sekalian para pejuang Islam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya ingin mengatakan kepada kalian, bahawa sesungguhnya hari ini yang mencabar adalah hari yang sama buat kami juga. Bukan sahaja hari kalian bersendirian. Kita bersama dalam satu perjuangan Islam yang sama.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Meskipun kita berjauhan dari sudut jarak, dan berbeza dari sudut waktu, tetapi kami sentiasa mengikuti perkembangan kalian sejak mula hingga akhir. Sehinggakan, kita semua akan mencapai kemenangan yang nyata sepertimana sabda Rasulullah SAW.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
KEMPEN KIBARKAN BENDERA PALESTIN
Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang berhadapan dengan serangan dan pengeboman yang amat ganas oleh tentera regim zionis Israel.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kementerian Pertahanan negara haram Israel juga telah mengarahkan supaya diwujudkan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza, tiada elektrik, makanan dan petroleum.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya kibarkan bendera Palestin di rumah kediaman, premis kedai dan kenderaan bagi menunjukkan sokongan kita bersama rakyat Palestin.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Rabi' al-Awwal 1445 / 10 Oktober 2023 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS BERSAMA ISLAM YANG WAJIB ISTIQAMAH
Saya ingin menarik perhatian berhubung pendedahan penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) bersama PH yang dikatakan berlaku hasil muzakarah antara DAP, PKR, mereka yang dipecat atau keluar daripada PAS serta NGO Islam dan bukan Islam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Maka, PAS membuat keputusan dengan berpegang teguh kepada dasar, prinsip dan konsep yang dinaskan dengan nyata dan berjtihad berpandukan kepimpinan Majlis Syura Ulamak (kumpulan yang mengkaji nas dan hukum) dan kumpulan pelaksanaan mengikut keadaan, situasi dan realiti.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Inilah peringatan kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang berminat mengenali PAS, supaya PAS tidak dikelirukan oleh musuh Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/08/pas-bersama-islam-y… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
LGBTQ KEMUNGKARAN BESAR YANG WAJIB DICEGAH
LGBT ialah suatu akronim yang merujuk kepada kelompok lesbian, gay, biseksual (dwiseks), dan transgender, malah adakala ditambah queer (menjadi LGBTQ).Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:
“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf dan mencegah daripada perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” [Surah Ali ‘Imran: 104]
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Berpandukan ayat di atas, bermakna gagal dan celakalah bagi sesebuah negara dan umat yang tidak melaksanakan kewajipan tersebut.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/10/03/lgbtq-kemungkaran-b… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
UMAT ISLAM SEDANG DIRATAH
Kini, mereka menggunakan umat Islam yang berpecah kerana kejahilan agama yang masih berlaku.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Oleh kerana semua itu berlaku disebabkan kejahilan agama, maka perjuangan mengatasi kejahilan agama hendaklah diutamakan dengan gigih dan sabar.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Khususnya, perjuangan terhadap kumpulan jahil murakab yang tidak sedar diri mereka itu jahil, sebaliknya merasakan diri mereka sangat bijak.
baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/30/umat-islam-sedang-d… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
AL-QURAN TIDAK BOLEH DITAFSIR SEWENANG-WENANG
Al-Quran itu Kalam Allah (Kata-kata-Nya) yang tidak mampu dicipta sepertinya oleh manusia dan makhluk yang lain, baik dari segi susunan kata-kata bahasa dan juga ilmunya.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kelemahan mereka bergantung kepada keimanannya kepada al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW, diikat pula dengan aqidah keimanan kepada Allah dan balasan pada Hari Akhirat yang diimani. Ciri-ciri ini tidak ada pada diri mereka yang tidak beriman.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Maka, Ulu al-Amr itu bukan sembarangan Ulu al-Amr, sehingga Abu Bakar RA yang dilantik sebagai khalifah menegaskan dalam ucapan dasarnya:
أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَلا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul-Nya (al-Quran dan al-Sunnah). Sekiranya aku bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tiada lagi ketaatan kamu untukku.” [Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, Jld. 3, Hlm. 210, dan Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld. 9, Hlm. 415]
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/26/al-quran-tidak-bole… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
AQIDAH DIKETEPIKAN DAN HILANG MARUAH MELAKUKAN APA-APA SAHAJA
Para khalifah dan para raja Islam mengikuti teladan Baginda Nabi SAW bersikap terbuka dan sedia dihukum di alam dunia kerana mengelak daripada dibicarakan di alam akhirat.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kepercayaan mereka bahawa dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) secara salah tidak boleh membebaskan mereka di mahkamah Allah pada Hari Akhirat. Islam menegaskan konsep keadilan yang tegas dan adil, bahawa seseorang yang dituduh tidak dianggap bersalah selagi belum dibuktikan.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Maka, Islam mengharamkan para hakim yang arif dan bijaksana diperlakukan seperti robot atau lampu isyarat jalan raya yang dinyalakan lampu hijaunya untuk membebaskan laluannya, tanpa diketahui bilakah lampu merahnya dinyalakan atau jalannya ditutup.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Jika mereka bertanya, dari mana sumber ilmu kamu? Jawabnya, daripada al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW serta para ilmuwan yang berpandu kepadanya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/18/aqidah-diketepikan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saksikan Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK-12 oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang pada 13 September 2023 (Rabu) jam 12 tengah hari.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya pernah melawat negara China beberapa kali, menyaksikan beberapa masjid bersejarah yang dibina pada masa awal kedatangan Islam pada era Khulafa’ al-Rasyidin.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Islam menimba tamadun ilmu bermanfaat daripada negara China kerana sifat terbuka dengan menerima semua perkara yang baik daripada semua kaum serta menolak perkara yang buruk dan zalim walaupun datangnya dari Makkah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Masih banyak lagi masjid di China tidak dirobohkan oleh Revolusi Kebudayaan ketika era Mao Zedong kerana disesuaikan bangunannya dengan seni bangunan Cina yang tidak mempunyai apa-apa lambang agama.
Gambar: Great Mosque of Xi’an -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
CINA TAKUT PAS KERANA ISLAM?
Saya merasa terpanggil apabila ada dalam kalangan Melayu yang buta sejarah agamanya sendiri, membuat kenyataan bahawa bangsa Cina takut terhadap Islam yang dibawa oleh PAS.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran."
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
"Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/12/cina-takut-pas-kera… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Khalifah ‘Ali KW yang sedang berjalan di pasar pada suatu hari, tiba-tiba beliau melihat baju perisai kepunyaannya yang hilang hendak dijual oleh seorang bukan Islam (Ahli Kitab) di pasar itu.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kemudian, si ahli Kitab itu terus menyerahkan baju perisai tersebut kepada Khalifah ‘Ali RA, lalu beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan menganut Islam.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Khalifah ‘Ali RA pula menghadiahkan perisai itu kepada Ahli Kitab itu dan beliau menjadi seorang pejuang Islam yang berjihad dengan ikhlas.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW terhadap diri Baginda sendiri, apabila Baginda membeli seekor kuda daripada seorang A‘rabi (Badwi).
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
[Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Dawud, No. 3607, al-Nasa’i Dalam al-Sunan al-Kubra, No. 6098 dan Ahmad, No. 21883 daripada ‘Umarah bin Khuzaimah]
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang dilantik oleh Allah SWT mengatasi jawatan segala raja dan pemimpin negara, tidak menggunakan kedudukan Baginda untuk mempengaruhi sistem kehakiman yang mewajibkan keadilan Islam kepada semua.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM DAN PEMBAHAGIAN KUASA
Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “separation of powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Setelah mereka bersetuju dengan harga kuda itu, hanya Baginda belum menjelaskan bayarannya kerana berlaku hal yang lain, tiba-tiba si Badwi itu mempelawa kepada sesiapa sahaja untuk membelinya dengan harga yang lebih mahal dan ada pula yang mahu membelinya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Apabila Rasulullah SAW memanggil untuk membayarnya, tiba-tiba si Badwi itu tegas mahu menjual kepada orang lain dengan tawaran harga yang lebih mahal.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang dilantik oleh Allah SWT mengatasi jawatan segala raja dan pemimpin negara, tidak menggunakan kedudukan Baginda untuk mempengaruhi sistem kehakiman yang mewajibkan keadilan Islam kepada semua.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baca artikel selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/07/islam-dan-pembahagi… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SIAPA PELAMPAU SEBENAR?
Pelampau ialah kalangan mereka yang melanggar sempadan Allah SWT yang terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa dan dianut oleh para nabi dan rasul AS.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Cukuplah semua itu menjadi bukti betapa hubungan wala’ (kesetiaan) dalam kalangan parti berjenama Melayu dan Islam dengan DAP sehingga mendukung sepenuhnya PMX daripada jenama Melayu dan Islam.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hal ini sekali gus menjadi bukti yang nyata telah mengulangi keadaan yang sama dengan pelantikan Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura yang pertama dahulu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/09/06/siapa-pelampau-sebe… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
PAS BERISTIQAMAH BERSAMA ISLAM
Sila baca laporan berita berikut:
*
DAP keluar BA sebab negara Islam
Parti Bertindak Demokratik (DAP) hari ini mengumumkan parti itu menarik diri daripada pakatan pembangkang Barisan Alternatif (BA).Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Pemimpin DAP dan Parti Islam Semalaysia (PAS) telah bertemu selama dua jam di Kuala Lumpur pagi tadi bagi berbincang dan menyelesaikan isu penubuhan negara Islam,” katanya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
“Selepas perbincangan itu, parti DAP telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi melihat laporan perbincangan itu dan menerima usul penarikan diri parti ini,” katanya.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tiga belas undi menyokong usul tersebut, dua menentang dan tiga undi berkecuali.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sementara itu seorang sumber memberitahu Malaysiakini bahawa 11 pemimpin DAP dan enam pemimpin daripada PAS telah hadir semasa perbincangan pagi tadi.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/08/25/pas-beristiqamah-be… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tunaikan kewajipan mengundi buat seluruh rakyat di enam negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri.
Undilah Perikatan Nasional. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Selamat mengundi kepada semua pengundi awal Pilihan Raya Negeri.
Buatlah pilihan yang bijak dan pilihlah Perikatan Nasional supaya enam negeri ini dipandu oleh pemimpin yang prihatin, bersih dan stabil.
Undilah calon Perikatan Nasional.
#pntetapbest
#bersihdanstabil -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malam tadi saya berceramah di Ceramah Mega PN Best Pulau Pinang di DUN Sungai Dua.
DUN Sungai Dua dahulunya dalam Parlimen Permatang Pauh yang pernah diwakili oleh Almarhum Ustaz Haji Zabidi Ali.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Beliau merupakan guru saya yang pernah bertugas di Terengganu pada tahun 1959, ketika itu ditadbir oleh PAS.
Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Persatuan Islam Se-Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). No keahlian almarhum nombor 16.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya berpesan kepada rakyat Pulau Pinang, marilah kita membuat perubahan dalam pilihan raya negeri ini supaya Perikatan Nasional dapat mengambil alih kerajaan di peringkat pusat insya-Allah.
[Ceramah Mega PN Best Pulau Pinang, 1 Ogos 2023] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PEMERINTAHAN KAKISTORASI
Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan istilah ‘kakistokrasi’ terhadap kerajaan pusat. Menurut beliau, ia membawa makna negara yang diperintah oleh orang yang tidak tahu memerintah.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kesimpulannya, maksud kakistokrasi ertinya sesebuah pemerintahan itu berada bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ada juga kalangan mereka yang menghuraikan istilah itu dengan memetiknya melalui bahasa Melayu yang mudah, bermaksud mereka memimpin dengan menggunakan kaki tanpa berfikir dengan menggunakan otak di kepala yang berakal sihat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/08/01/pemerintahan-kakist… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Insya-Allah pagi esok saya akan turun di DUN Paya Jaras untuk mengiringi Calon N38 DUN Paya Jaras, Dato’ Dr. Halim Tamuri ke tempat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Semalam saya bersama dengan para pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu dan Perikatan Nasional dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN/PAS Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dinamakan sahaja Madani namun kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang ditadbir secara ikut suka, dengan penuh bercelaru, kacau bilau dan sibuk menyaman pengkritik.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Atas dasar ini, harapan besar supaya seluruh jentera di setiap Dewan Undangan Negeri untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan mutlak 32-0 di Terengganu.
[Majlis Pengisytiharan Calon PN/PAS PRU DUN KE-15 Terengganu] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pilihan raya adalah suatu proses demokrasi untuk menarik sokongan rakyat. Maka setiap pengundi perlu disantuni dengan baik, dan sebarang bentuk provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan hendaklah dielakkan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Semoga pilihan raya di 6 negeri ini berjalan dengan aman, matang, dan harmoni.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malam tadi saya bersama dengan para pimpinan Perikatan Nasional dan juga tetamu kehormat Tun Dr. Mahathir Mohamad duduk sepentas dalam program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan & Amanat Pimpinan.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Biarpun hujan turun dengan lebatnya ketika pertengahan program, ia tidak melemahkan semangat rakyat Kelantan yang datang, malah sanggup menunggu di dalam hujan sehingga ke akhir program.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Insya-Allah dalam Pilihan Raya Negeri ini, kita kekalkan Kelantan bersama Perikatan Nasional.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minum petang bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Bharu.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERBANDINGAN MADANI RASULULLAH SAW DENGAN MADANI PAKATAN HARAPAN
Bersempena dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang bersejarah kepada umat Islam, perlulah diambil teladan daripada negara masyarakat madani yang telah ditegakkan oleh Baginda Nabi SAW.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Apa yang ada pada mereka hanyalah jenama sahaja bagi menarik sokongan rakyat, dalam keadaan mereka bersifat menipu, berbohong dan lain-lain, serta bersifat seperti binatang sesumpah yang boleh berubah-ubah warnanya bagi menggoda rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kerjanya hanyalah mencari keredaan manusia, malah sokongannya bukan ikhlas kerana Allah SWT.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/21/perbandingan-madani… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya mengucapkan Salam Awal Muharram 1445H kepada seluruh umat Islam.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kejayaan Baginda SAW telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama.
Dimulakan dengan perpaduan umat Islam serta diajak kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak senang dengan perpecahan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pendekatan berdasarkan acuan hijrah Rasulullah SAW perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PEDOMAN 3R DALAM AL-QURAN
Khilafah itu mentadbir urusan dunia berpandukan petunjuk Allah, dalam urusan manusia dan makhluk yang lain oleh seorang ketua negara yang dinamakan Khalifah, Raja, Sultan, Amir, Presiden, Perdana Menteri dan segala jenteranya.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlak tanpa pilihan kerana Allah SWT itu Maha Suci daripada sebarang kelemahan dan kekurangan, manakala Rasul itu pula dikawal oleh wahyu.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Adapun ulu al-amri pula ialah para umara’ (pemimpin) yang melaksanakan hukum dan para ulama’ yang memelihara ilmunya selagi mentaati Allah dan Rasul.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/18/pedoman-3r-dalam-al… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM DITAKUTI KERANA ADILNYA
Kini, pengaruh ajaran Islam telah memasuki ke dalam negara yang melaksanakan pendekatan Islamofobia bagi menyekat kebangkitan semula kuasa politik Islam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ambillah teladan Rasulullah SAW yang telah menyatukan kaumnya dan bangsa Arab dahulu, walaupun kerasulannya kepada seluruh manusia. Kemudian, perpaduan itu diikuti dengan berbagai-bagai bangsa yang menganut Islam dan diikuti kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perpaduan itu diteguhkan dengan hijrah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar (Aus dan Khazraj), seterusnya dijinakkan dengan diberikan pengampunan secara beramai-ramai ketika peristiwa Fathu Makkah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/17/islam-ditakuti-kera… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
APABILA UMAT ISLAM TIDAK BERPOLITIK
Hari ini, kita menyaksikan kelemahan dan kehinaan umat Islam, walaupun jumlah mereka kini lebih daripada satu bilion dan dilimpahi dengan hasil bumi yang banyak kurniaan Allah SWT.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Benarlah sabda Rasullullah SAW apabila umat Islam sekarang diperintah oleh mereka yang jahat, suka berbohong, mengambil rasuah, dan melakukan berbagai-bagai maksiat yang nyata dan tersembunyi.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Semua ini kesan daripada umat Islam meninggalkan kewajipan politik memilih pemimpin untuk mendapat kuasa kepimpinan Islam, dalam keadaan bukan Islam pula berlumba-lumba keluar mengundi bagi merampas kuasa politik.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pelbagai penipuan dilakukan bagi mengelirukan umat Islam dengan mengekalkan jenama Islam tanpa kuasa tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan, sehingga hukum Allah menjadi lebih rendah daripada hukum manusia.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Lebih membahayakan lagi, apabila melihat kalangan berilmu yang meletakkan akalnya ke dalam perut, bukan dijunjung di atas kepala.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/13/apabila-umat-islam-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Nabi Muhammad SAW mengIslamkan politik kenegaraan yang melibatkan hubungan manusia dengan sesama manusia dan makhluk yang lain bagi memudahkan mereka menjalankan peranan di dunia sebagai khalifah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Semua urusan itu ialah satu amanah dan kewajipan yang akan dipersoalkan semula apabila meninggal dunia kelak.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
DAP PARTI TERBESAR PAKATAN HARAPAN
DAP ialah parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH), bukanlah sebuah parti yang buta politik, ekonomi, masyarakat, dan media.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hal ini demikian kerana, mereka berjaya melantik jurubicara daripada kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya, malah menganggap Melayu sangat rasis apabila bersuara membela Melayunya atau Islamnya fanatik jika bercakap mengenai Islam.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Seterusnya, disambung pula oleh media seperti Malaysiakini dan rangkaiannya bagi promosi yang makro dan mikro.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/08/dap-parti-terbesar-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
IBADAT HAJI, POLITIK, DAN EKONOMI TIDAK BERPISAH
Rasulullah SAW dan sahabatnya RA yang telah berpakaian ihram untuk mengerjakan umrah, tiba-tiba dihalang dan tidak dibenarkan masuk ke Makkah.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam keadaan bukan Islam mengerah semua pengundi dan mengeluarkan sebanyak mungkin duit, termasuk duit judi yang haram bagi mengambil alih kuasa politik negara.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sedangkan Rasulullah SAW pun menangguhkan umrah dan haji yang wajib kerana menyegerakan urusan politik yang memberikan kuasa kepada Islam untuk memerintah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/07/ibadat-haji-politik… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ANAK MUDA MENGULANGI SEJARAH
Surah al-Kahf menjelaskan cerita benar yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW, malah cerita yang sama juga disebutkan dalam Taurat iaitu kitab suci kaum Yahudi sekali gus menandakan kebenaran kerasulan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Asalnya mereka secara berasingan ingin mengasingkan diri tidak menyertai pesta yang sesat itu, tidak turun memuja, menari dan berhibur dengan leka.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Namun akhirnya, mereka ditemukan oleh Allah berkumpul seramai tujuh orang. Sikap mereka yang anti-kerajaan terdedah, lalu mereka berpakat mahu mengasingkan diri daripada dipaksa kepada kesesatan.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/04/anak-muda-mengulang… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PARA PEMINAT HAJI DAN UMRAH PATUT TAHU
Kini, disaksikan ramai yang berminat datang ke Makkah dan Madinah, termasuk penganut agama Yahudi yang mengambil peluang dengan kelonggaran yang berlaku dalam hubungan diplomatik ke arah normalisasi yang bersifat liberal.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hal ini disebabkan semua agama mengaku berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim AS yang merupakan insan pertama memakmurkan Makkah dengan perintah Allah berserta mendirikan Kaabah dan menyeru manusia untuk menunaikan haji.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Firman Allah SWT:
“Bukanlah Ibrahim itu seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani (Kristian), sebaliknya dia seorang yang tetap lurus lagi berserah diri kepada Allah (Islam) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk daripada golongan orang-orang Musyrik.”(Surah Ali ‘Imran: 67)Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tidak diketahuinya akan kewajipan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW melalui peristiwa Baiah al-‘Aqabah di Mina yang berlaku pada musim haji, tempat yang tetap menjadi kunjungan puak Arab jahiliah kerana mereka semua ingin memuliakan Nabi Ibrahim AS.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baginda SAW tetap menunaikan dakwah kepada seluruhnya bagi mengesakan Allah. Tugas ini merupakan perjuangan semua nabi termasuk Nabi Ibrahim AS dan ia memerlukan kuasa politik bernegara yang meninggikan Islam dalam memerintah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/07/03/para-peminat-haji-d… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatal dan menolak petisyen yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang.
Susulan keputusan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kekal sebagai ahli Parlimen Marang.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Baca selanjutnya:
www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1119671/mahkam… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SEKULARISME DAN ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ WAJIB DITOLAK
Dua konsep perjuangan DAP yang wajib diketahui oleh semua pihak ialah sekularisme ekstrem dan ‘Malaysian Malaysia’.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kini, terserlah kesan yang sangat negatif apabila politik kehilangan moralnya kerana telah hilang rohnya apabila tidak beraqidah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/06/19/sekularisme-dan-mal… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KAUM CINA DAN INDIA JANGAN TERTIPU OLEH DAP
Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang ditubuhkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan, cuba menggantikan parti MCA (Persatuan Cina Malaysia) dan parti MIC (Kongres India Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak belum kemerdekaan lagi.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ia tidak boleh ditafsirkan mengikut bahasa penjajah, kerana salah makna dan tujuannya yang sebenar, sekali gus memberikan maksud yang tidak sempurna dan bermakna Islam tidak berdaulat dalam negaranya sendiri.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kaum Melayu dan rumpunnya lebih awal berada di sini. Mereka menganut Islam yang sempurna dalam sebuah negara berdaulat yang menjadikan Islam berkuasa, di luar daripada takrif sekularisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam keadaan Islam berkuasa, Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran supaya menerima hakikat adanya berbagai-bagai bangsa dan bahasa yang tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam keadaan adanya juga bahasa tonggak yang menjadi bahasa rasmi bagi pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa perantaraan sebagai asas perhubungan antara kaum.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/06/07/kaum-cina-dan-india… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
BUKAN ISLAM TIDAK SELAMAT KALAU MELAMPAU TERHADAP ISLAM
Kini, kita menyaksikan isu Islamofobia dibakar di Eropah dan Amerika Syarikat. Namun Islam tetap mendapat sambutan yang luar biasa, khususnya dalam kalangan ilmuwan yang mengkaji Islam secara terperinci.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sehingga kini, mereka melakukan provokasi dengan membantu Ukraine, negara yang dikuasai oleh kumpulan Yahudi dengan bantuan Israel yang berperang menentang Rusia.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Negara-negara Pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan blok Barat diminta membekalkan senjata kepada Ukraine, satu langkah yang salah terhadap keamanan antarabangsa.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/31/bukan-islam-tidak-s… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM SUNNI PULA DITUDUH PENGGANAS
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin membuat kenyataan terbuka dengan mengatakan bahawa Islam Sunni ialah pengganas yang paling menjadi ancaman terkini kepada Eropah dan juga negara Barat.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sebaliknya, kita perlu menumpukan perhatian terhadap musuh Islam yang bersatu melabelkan Islam semuanya adalah pengganas, tanpa merujuk kepada ajaran Islam yang asasi iaitu aspek yang menjadi persamaan pegangan semua mazhab.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hakikatnya, ajaran Islam bersifat wasatiyyah menentang konsep melampau dalam semua perkara, termasuk dalam hubungan dengan golongan bukan Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/26/islam-sunni-pula-di… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya mengucapkan terima kasih kepada anak-anak Terengganu di perantauan yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya sempena Karnival TMBS Perantau di MAEPS Serdang, Selangor.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tidak sedikit anak Terengganu yang merantau mencari rezeki di luar negeri. Harapan kami adalah supaya kalian terus memperkenalkan keunikan Negeri Terengganu dan menonjolkan akhlak rakyatnya yang baik kepada semua.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mudah-mudahan tarbiah daripada Ramadan yang telah kita lalui mengukuhkan lagi iman yang tertanam dalam sanubari.
[Majlis Sambutan Hari Raya Anak Terengganu di Perantauan Sempena Karnival TMBS Perantau] -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KERAJAAN LALANG DITIUP ANGIN
Kerajaan campuran ciptaan PH menamakan campurannya dengan jenama Kerajaan Perpaduan yang agak berlainan daripada istilah sebenar dalam kamus politik semua bahasa. Cara mereka mengumpulkan sokongannya juga agak luar biasa daripada amalan biasa.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kerajaannya dipimpin oleh parti yang lebih kecil berprinsipkan pragmatik dan didominasi oleh parti lebih besar yang nyata ideologinya, turut bersamanya kumpulan kecil dan individu yang oportunis. Gerak-gerinya selepas berkuasa laksana lalang yang mengikut tiupan angin.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Adapun konsep perpaduannya adalah meraikan semua pihak tanpa sempadan agama, ideologi dan moral atau fitrah manusia asalkan mendapat kehendak yang difikirkan majoriti kerusi.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Termasuk juga kalangan yang tidak bersih kerana telah dihukum kesalahannya dan kalangan yang masih menanti keputusan mahkamah yang diusahakan untuk digugurkan atau dilepaskan kerana pendakwaan kes mahkamahnya dilakukan secara terpilih.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Begitu juga, kalangan mereka yang sedang menunggu dan kalangan yang mahu menyelamatkan diri kerana kesalahannya atau kalangan oportunis daripada semua pihak.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/19/kerajaan-lalang-dit… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERISTIWA NAKBAH: UMAT ISLAM DAN ARAB WAJIB BERSATU BERSAMA PALESTIN
Memperingati 75 tahun peristiwa Nakbah, bencana yang menimpa Palestin ini wajib ditanggung dosanya oleh umat Islam, bukan sahaja ditanggung oleh penduduk Palestin dan Arab di sekelilingnya yang berdiam diri.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Maka, Palestin ialah bumi Islam pilihan Allah, diletakkan sebagai kiblat pertama sebelum Kaabah, serta menjadi tempat perjalanan Isra’ dan bermulanya Mi‘raj bagi Nabi akhir zaman Rasulullah SAW yang menjadi tetamu Allah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Di Palestin juga, roh para rasul dikumpulkan dan mereka bersama-sama sembahyang berjemaah dengan diimami oleh Rasulullah SAW, apabila kedatangannya sebagai Nabi akhir zaman dikhabarkan dalam semua kitab suci oleh para rasul terdahulu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/18/peristiwa-nakbah-um… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
HUBUNGAN PAS DENGAN SEMUA PIHAK MENGIKUT SEMPADAN AGAMA ISLAM
PAS tetap berpegang dengan konsep bahawa politik itu sebahagian daripada agama, bukan agama menjadi sebahagian daripada politik sehingga agama boleh diperalatkan.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Politik ialah alat kepada agama bagi melaksanakan seluruh ajarannya, memelihara dan mempertahankannya. Maka, politik ditadbir oleh agama.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Para ulama’ menegaskan maksud khilafah atau pemerintahan dalam al-Quran melalui tulisannya:
مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS dalam keadaan yang terkawal dan tidak pernah dapat dipermain-mainkan atau ditipu oleh semua pihak, dalam keadaan tetap berjaya dari sudut kerjasama dan hubungan, dan PAS tidak lemah dan mati apabila ia dibatalkan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS mengadakan kerjasama dengan pihak lain atas titik persamaan kemanusiaan dan keadilan kepada semua tanpa melanggar sempadan prinsip Islam dan konsep yang menjadi kewajipan PAS.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/17/hubungan-pas-dengan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERPADUAN UMAT BERSAMA ISLAM MENGHAPUSKAN PERMUSUHAN DAN DENDAM
Mesej dakwah untuk menyelamatkan manusia bersama Islam hendaklah diutamakan, khususnya kepada keluarga dan kaum bangsa sendiri.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka yang diampunkan itu memeluk Islam dan menjadi sahabat yang setia kepada Rasulullah SAW yang tidak murtad selepas kewafatannya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mereka menentang golongan murtad dan terus bersama pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, sehingga berjaya menumbangkan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang menjadi permulaan kejayaan Islam ke seluruh pelosok dunia.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/14/perpaduan-umat-bers… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS BEKERJASAMA MENGIKUT ISLAM
Banyak kalangan yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan pihak lain, mengapa ia boleh berubah? Malah, PAS dianggap mengkhianati kerjasama, kerana sepatutnya tetap tidak boleh diubah, khususnya kerjasama bersama DAP yang telah dibatalkan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS kerap bekerjasama dengan pihak lain dengan tujuan melaksanakan perpaduan umat, dan untuk memperkenalkan politik Islam sehingga dapat mengadakan kerjasama bagi menegakkan negara bersama parti-parti politik dan NGO dalam kalangan Islam dan bukan Islam.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PAS menjadikan petunjuk daripada perspektif Fiqh Siyasah Syar‘iyyah dalam keadaan teguh dan tidak berganjak, serta beristiqamah dalam perkara prinsip aqidah perjuangan Islam dan matlamatnya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Namun, bersikap anjal (fleksibel) dalam beberapa tindakan dan pendekatan, mengikut realiti dan situasi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/12/pas-bekerjasama-men… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
RASULULLAH SAW TELADAN PERPADUAN UMAT
Dalam lapangan Malaysia, peranan kaum Melayu bersama Islam sehingga tidak berpisah antara Melayu dengan Islam, menjadi suatu konsep masyarakat Melayu yang mudah menerima Islam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ketepikan mereka yang tenggelam dalam mengejar apa sahaja cita-citanya, sehingga matlamat menghalalkan segala cara dan menyerang tokoh-tokoh Melayu secara peribadi yang berjaya dalam politik, ekonomi, akademik dengan berbagai-bagai ungkit-mengungkit dan sindiran.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Pada masa yang sama, mereka itu bersekongkol dengan kalangan yang nyata bukan Islam dan bukan Melayu yang paling besar dan banyak penyakaunya, paling ramai yang kaya-raya menjadi penyumbang dan penerima rasuah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/rasulullah-saw-tela… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
GERAKAN MENYINGKIRKAN ISLAM DI SUDAN
Apabila kerajaan pimpinan Presiden Omar al-Bashir dikuasai oleh kumpulan Islam, banyak penyelesaian dalam negaranya berlaku secara aman.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dalam pada itu, Sudan pula kaya sumber buminya khususnya kesuburan bumi yang berada di Lembah Nil, banyak membantu sumber makanan kepada negara Afrika Timur dan negara Arab.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hasil perut buminya banyak menjadi sumber yang masih terpendam khususnya emas, nadir bumi, petroleum dan uranium yang menarik perhatian semua pihak.
Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Maka, banyaklah langkah bertindak terhadap negara Sudan diambil, bermula daripada kepungan ekonomi, politik dan media, sehingga menyeret Presiden Omar al-Bashir ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana tuduhan jenayah yang sengaja diada-adakan ke atasnya.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Walaupun tindakannya sebelum itu adalah menentang pemberontakan yang berlaku di wilayah Darfur dan Selatan Sudan yang juga dicetuskan oleh campur tangan asing.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/07/gerakan-menyingkirk… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERANAN KAUM MENEGAKKAN ISLAM
Diadakan pertemuan dan perbincangan bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang sangat panjang dan banyak pengalamannya. Malah, beliau juga pernah dua kali menjadi Perdana Menteri.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Seterusnya, mendedahkan strategi politik mereka yang mahu menguasai negara dengan memancing Melayu menjadi alat sementara waktu sebagai Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Datuk Bandar dan lain-lain bagi memancing kuasa.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kini, sudah ramai orang Melayu yang memakan pancing tersebut.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/05/04/peranan-kaum-menega… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Al-Faj’ah al-Sulami
Nama sebenarnya ialah lyas bin 'Abdi Yalail yang merupakan salah seorang pemimpin Bani Sulaim. Dia datang menemui Khalifah Abu Bakar RA dengan berpura-pura mengaku masih Islam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Akhirnya, tentera Islam dapat menewaskannya dan berjaya menawan al-Faj'ah yang terlalu kejam itu lalu dibawa ke Madinah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Khalifah Abu Bakar RA menjatuhkan hukuman bunuh dengan membakar jasadnya; hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang telah dilakukannya.
[Kuliah Duha Jumaat, 7 Syawwal 1444H]
Tonton kuliah ini di:
www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/245517251356862 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SELUANG YANG TIDAK BOLEH DIPANCING
Kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang merosakkan pemimpin dan rakyat. Menyebabkan merebaknya penyakit rasuah bermula dalam soal pentadbiran sehinggalah ke dalam parti politik yang memerintah negara yang dipengaruhi politik wang.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri akan diadakan yang menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sekalipun, anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/04/27/seluang-yang-tidak-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KHUTBAH AIDILFITRI 1444H
Oleh: Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Muat turun di sini:
shorturl.at/lnuCT -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
POLITIK CARI MAKAN, MAHUKAN JAWATAN
Kata-kata sinis seperti politik untuk mencari makan atau mahukan jawatan sering kali diucapkan oleh masyarakat umum tanpa pengetahuan yang mendalam.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Walaupun tawarannya tidak mengutamakan kebendaan tetapi hanya menginginkan pahala daripada Allah SWT, dituduh juga ingin mencari makan. Sekalipun bersama PAS ini menyebabkan lebih banyak halangan untuk mencari makan.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Al-Quran mendedahkan bahawa kata-kata ini pernah diucapkan oleh golongan jahiliah yang menentang para rasul yang dipilih oleh Allah SWT untuk berdakwah dan berpolitik serta menjadi teladan kepada seluruh manusia.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/04/18/politik-cari-makan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mendapat perkhabaran berita sedih awal pagi ini, 26 Ramadan 1444H, Tuan Guru Nik Razi Nik Mat telah kembali ke rahmatullah.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Semoga pemergian almarhum di bulan Ramadan yang mulia ini mendapat rahmat daripada Allah SWT, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
الفاتحة. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PERUBAHAN YANG MENAKUTKAN ZIONIS ISRAEL
Hari ini kita dapat menyaksikan kegagalan dan kelemahan strategi Amerika Syarikat yang menjaga kepentingan dirinya sahaja. Sehinggakan, mereka berlagak seperti polis dunia yang angkuh mempergunakan negara lain demi menjaga kepentingannya.Post not available here, view on X
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Manakala kumpulan pelampau Yahudi pula lebih mengganas dan dipersenjatai, sehingga mencetuskan keadaan yang lebih membakar dan meningkatkan semangat juang rakyat Palestin yang cintakan mati.
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Keadaan ini berbeza dengan orang Yahudi yang sangat takut kepada kematian, walaupun mereka bermegah bahawa merekalah bangsa yang paling hampir kepada Allah SWT di Hari Akhirat.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2023/04/13/perubahan-yang-mena… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saksikan Perbahasan Belanjawan 2023 oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang pada 28 Februari 2023 (Selasa) jam 12 tengah hari.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tuduhan yang mengatakan PAS merasuah pengundi ketika pilihan raya adalah terlalu kecil bagi menghadapi orang yang bersedekah.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perjuangan adalah sifat para Nabi AS. Kalau kita nak mengikut jejak langkah para Nabi maka kita kena menghadapi cabaran.
Tasawuf ini pada hati sahaja beruzlah, sedangkan tubuh badannya berjuang menghadapi cabaran menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Hari pertama Mesyuarat Parlimen Penggal Pertama Parlimen Ke-15.
Sidang kali ini akan melantik Speaker Dewan Rakyat, mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, serta undi percaya ke atas Perdana Menteri. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sejarah mencatatkan bagaimana Islam berjaya menyatukan masyarakat majmuk dan mengutamakan keamanan melalui pendekatan secara matang dan sejahtera.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kita mengikut contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW apabila hendak menegakkan sebuah kerajaan yang mengikut lunas Islam.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Alhamdulillah, 71 tahun perjuangan PAS di Malaysia semakin diterima oleh rakyat apabila berjaya memenangi kerusi parlimen paling banyak dan memperoleh undi popular tertinggi dalam PRU-15.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas dukungan dan kepercayaan kepada PAS dan PN. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ceramah Umum PRU-15 Port Dickson
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita melihat betapa besarnya ancaman yang dibawa oleh Pakatan Harapan terhadap agama, bangsa, dan kedaulatan negara ini. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kita haruslah belajar daripada sejarah PAP di Singapura, bagaimana mereka berjaya menawan hati orang Melayu dengan meletakkan orang Melayu sebagai boneka untuk memimpin rakyat. Namun, mereka mengawal dasar negaranya mengikut selera dan pemikiran mereka.
#bersihdanstabil
#best -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
KEPUTUSAN PRN JOHOR -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
UKRAINE MANGSA BUAH CATUR
Langkah provokasi Barat itu laksana mengacu senjata di atas kepala secara langsung, sehingga mencetuskan tindakan yang sewajarnya oleh Rusia bagi mempertahankan negaranya yang sedang diancam secara dekat.
harakahdaily.net/index.php/2022/03/06/ukraine-mangsa-buah… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
HIKMAH DI SEBALIK PEPERANGAN
Barat mencatur berlakunya perang proksi di tanah air umat Islam yang dianggap menjadi pencabarnya tanpa mengira anutan politik mahupun mazhab.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/02/28/hikmah-di-sebalik-p… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PEMIKIRAN YANG MASIH DIJAJAH
Perjuangan umat Islam belum selesai lagi, selagi Islam tidak dimuliakan setinggi-tingginya. Setiap golongan yang beriman percaya bahawa kemuliaan umat Islam tetap ada selagi mereka bersama Islam.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/pemikiran-yang-masi… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
DARIPADA MANA DATANGNYA INTEGRITI?
Hanya sifat taqwa yang lahir daripada iman yang ikhlas kepada Allah SWT sahaja mewajibkan seseorang itu berintegriti dengan konsisten bukannya secara berpura-pura.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/02/17/daripada-mana-datan… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KE ARAH PENDIDIKAN ISLAM YANG MERDEKA
Islam mempunyai acuan untuk membentuk jati diri manusia bagi memenuhi keperluan fitrahnya yang mencukupi, melalui ilmu fardu ‘ain dan fardu kifayah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/27/ke-arah-pendidikan-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM DAHULU MENENTANG PENJAJAH, ISLAM JUGA PENUTUP ZAMAN
Kedatangan penjajah ke dunia Islam adalah kesinambungan daripada Perang Ahzab dan Perang Salib yang pernah berlaku dahulu.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/21/islam-dahulu-menent… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
ISLAM TERUS DIGANYANG, UMATNYA DIHIMPIT
PAS menolak sebarang agenda yang tidak mengikut acuan Islam tetapi bertujuan menghimpit gerakan Islam dan menyempitkan perjalanannya sehingga sesat berpecah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/17/islam-terus-diganya… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
APABILA MEDIA MENJADI HAKIM
Islam menegaskan bahawa seseorang yang dituduh masih dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/09/apabila-media-menja… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PETUNJUK ALLAH SWT DALAM MENGHADAPI BENCANA
Bala bencana yang melanda merupakan hukuman Allah SWT dan ia berlaku akibat dosa masing-masing dalam perkara ibadat, ekonomi, politik dan sosial, apabila tidak mengendahkan dakwah para Rasul.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/08/petunjuk-allah-swt-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
EKONOMI MATANG, BIJAK DAN SEJAHTERA
Konsep ekonomi Islam adalah berasaskan konsep wasatiyyah yang tidak bebas dan terlepas sepertimana liberal kapitalisme dan tidak mengongkong sepertimana sosialisme dan komunisme.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2022/01/07/ekonomi-matang-bija… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL MEMPERTAHANKAN PERIKATAN NASIONAL
PAS tidak boleh diheret ke dalam lingkungan perkauman yang sempit. PAS wajib memecahkan tembok yang mempertahankan elemen perkauman. Jadi, PN merupakan pemecahnya.
Baca selanjutnya:
shorturl.at/jlFQY -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
HIKMAH BENCANA MENYEGARKAN PERPADUAN
Hikmah yang muncul ketika berlakunya darurat bencana, iaitu perpaduan dari segi simpati kemanusiaan. Inilah titik persamaan yang wajib dipegang secara bersama, bukannya melecehkan sesama sendiri.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2021/12/29/hikmah-bencana-meny… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
PENDEKATAN TA‘AWUN SIYASI
Ta‘awun ialah bertolong-tolongan dan bersama dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan sahaja, serta tidak boleh bersama tanpa kedua-dua asas tersebut.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2021/12/27/pendekatan-taawun-s… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
SYABAS BARISAN HADAPAN HADAPI BANJIR
Fadilat besar kepada para sukarelawan serta penyumbang harta dan tenaga percuma yang mendapat kelebihan daripada janji Nabi SAW kepada sesiapa yang membantu bagi melepaskan kesusahan saudaranya.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2021/12/23/syabas-barisan-hada… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Penggunaan Lambang Perikatan Nasional Dalam PRN Melaka
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Isu Palestin adalah isu umat Islam.
Maka seharusnya setiap umat Islam mengambil berat terhadap perjuangan membebaskan al-Aqsa dari rejim Zionis.
Malaysia bersama Palestin.
Palestin,
Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim.
#aid4palestine
youtu.be/qbjOnxJILAE -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Minda Presiden PAS
BALA TENTERA ALLAH SWT TIDAK BOLEH DIKALAHKAN
Antara sebab kejatuhan kerajaan Islam kerana ajarannya ditinggalkan oleh para penganutnya. Berbeza dengan agama yang lain kerana kesesatan ajaran masing-masing.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2021/06/12/bala-tentera-allah-… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Update Terkini
Barang keperluan asas dan ubat-ubatan diisi ke dalam kotak oleh Duta Muhibbah #aid4palestine, Saudara Abu Ayesh An Najjar dan para petugas untuk diberikan kepada keluarga-keluarga saudara Palestin.
Palestin,
Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Status Terkini. Tahniah #aid4palestine!
Sukacita saya ingin berkongsi laporan yang disampaikan oleh Sekretariat #aid4palestine bahawa sumbangan yang terkumpul telah berjaya disalurkan oleh sukarelawan yang sedang bertugas di lapangan kepada penduduk Gaza yang terjejas. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
MUHASABAH TANGANI RASUAH
Jangan saling salah-menyalahkan apabila bercakap mengenai penyakit rasuah, laksana kanak-kanak yang mendendangkan lagu bangau oh bangau, berpusing-pusing dan tidak mahu muhasabah diri sendiri.
Baca selanjutnya:
berita.pas.org.my/muhasabah-tangani-rasuah/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN SHEIKH DR ABDUL GHAFFAR AZIZ
PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Marhum Syeikh Dr Abdul Ghaffar Aziz, Naib Ameer Jama’at Islami Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Perbahasan Maqasid al-Syariah dalam menangani wabak COVID-19.
Ini bebenang (Thread) 👇🏻 -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mengenangkan pengalaman bermusafir bersama guru saya, Dr. Najmuddin Erbakan dan ahli-ahli Parlimen parti Islam ke Amerika Syarikat pada tahun 1990.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Merasmikan Seminar Pemahaman Dasar-Dasar Kerajaan yang dianjurkan oleh PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini.
Saya mengingatkan kepada para pemimpin dan wakil rakyat PAS khususnya Menteri dan Timbalan Menteri supaya menjalankan tugas dan amanah sebaiknya. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Calon MCA ini mewakili kita semua. PAS turun ke Tanjung Piai untuk menyokong calon MCA di sini.
Pilihan raya ini besar maknanya untuk memberi isyarat kepada PRU-15. Marilah kita sama-sama membuat perubahan.
(Ceramah Perdana PRK Tanjung Piai, 6 November 2019) -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sepatutnya kerajaan membela nasib golongan tani dengan pendekatan holistik, bukan sekadar memberi bantuan hidup, tetapi dibangunkan teknologi pertanian, industri hiliran & sistem pemasaran yang efektif untuk meningkatkan produktiviti & sumbangan segmen ini kepada ekonomi negara.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai limpahan rezeki dan hasil bumi.
Tanggungjawab kerajaan supaya diurus dan dikongsi secara adil kepada rakyat berbilang bangsa dan agama.
Budaya integriti adalah tunjang kekuatan negara, manakala budaya rasuah amat berbahaya. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rasa sedih menyelubungi petang tadi tatkala mendapat perkhabaran pemergian Allahyarham Abdullah Atan, Pegawai Teknologi Maklumat PAS Pusat ke rahmatullah.
Saya ucapkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KEPUTUSAN KES INKUES ALLAHYARHAM MOHD ADIB – POLIS DAN PEGUAM NEGARA PERLU BERTINDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Diskriminasi terhadap kaum lain tidak boleh menjadi alasan perjuangan 'Malaysian Malaysia kerana Melayu dan Bumiputera lebih awal berada di sini dan menentang penjajah.
#tolakmakhlukperosak -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mengapa PAS boleh terima Umno
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Transkripsi Sidang Media Presiden PAS
Dijemput baca transkripsi di: www.facebook.com/146911248727335/posts/2324457047639400/ -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Wartawan tanya saya mengenai pelawaan pimpinan PH untuk PAS sertai mereka, saya jawab ringkas "tiada selera".
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dengan ini dimaklumkan bahawa Kuliah Dhuha Jumaat bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, pada 7 Jun 2019 (Jumaat), jam 9 pagi berjalan seperti biasa.
Semua dijemput hadir khususnya para perantau yang pulang beraya di kampung halaman.
(Admin) -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Seusai Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Rusila, saya meraikan para tetamu di Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Parlimen Marang yang turut dihadiri kawan-kawan bukan Islam.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Tegaknya negara haram Israel 1948 adalah hasil pengkhianatan bersejarah menolong musuh menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah sehingga berlangsungnya Sykes-Picot Agreement dan Balfour Agreement, laksana membahagikan harta pusaka (faraid) terhadap tanah air kepunyaan umat Islam.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
SERUAN KETENTERAMAN UNTUK INDONESIA
1. PAS melahirkan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di Indonesia berikutan pengumuman keputusan Pemilihan Umum 2019 (PEMILU) yang menimbulkan ketegangan dan kekecohan sejak beberapa hari. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Ya, kerana mereka penyambung pewaris perjuangan Islam.
Syahir Sulaiman
@syahirnomic
Semua Pemuda PAS adalah anak saya - Ayah Chik 😊😊
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Bila duduk bersama anak muda, rasa bersyukur dan gembira kerana perjuangan Islam tidak mati dengan matinya pemimpin.
Pasti perjuangan ini terus disambung dari satu generasi ke generasi seterusnya sehingga Hari Kiamat.
Tamrin Qiadi Dewan Pemuda PAS Malaysia | 11 Mei 2019 |Kerdau -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA
1. PAS mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Gaza di ambang Ramadan yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
DOA UNTUK PASIR GUDANG
Saya mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Salah seorang menantu saya ialah orang Cina.
Bila tiba Tahun Baru Cina, dia buat majlis dan saya hadir meraikannya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Malaysia perlu acuan pendidikan Islam untuk membentuk masyarakat yang memacu sesebuah tamadun.
www.teganukita.net/2019/01/malaysia-perlu-acuan-pendidika… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rasa sedih menerima berita malam ini, pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.
Baca lagi: www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/8823-ice… -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sidang Parlimen 8 Ogos 2018
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Memenuhi jemputan ADUN Rhu Rendang merangkap YAB Menteri Besar Terengganu, @DrAhmadSamsuri ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN RHU RENDANG di Dewan Majlis Daerah Marang Kg Paya hari ini.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Meraikan jemputan Majlis Ifthar bersama YAB Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan kakitangan Wisma Darul Iman di Kediaman Seri Iman, Batu Burok semalam.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sebagai pembangkang, PAS boleh bekerjasama dengan BN untuk membangkang secara matang apa sahaja yang negatif daripada Kerajaan PH. Namun dalam mempertahankan kedaulatan negara, PAS boleh bekerjasama dengan Kerajaan PH. PAS tidak terikat dengan PH ataupun BN.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Sepatutnya selepas pilihan raya, kurangkan politiking dan utamakan mengurus negara.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Dia sentiasa di sisi, menemani di waktu senang dan susah. Suri hati setia ❤️
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Terima kasih @501Awani dan krew atas peluang yang diberikan untuk berkongsi pandangan bersama rakyat Malaysia.
Kita perlu membawa rakyat ke arah politik matang dan sejahtera dengan memberikan maklumat yang tepat dan telus bukannya fitnah.
@nazrikh @ashwadismail Zakiah Koya -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Bismillah.
In Sha Allah akan bersiaran langsung di Studio @501Awani pukul 2 petang esok (Isnin), bagi mengupas peranan PAS pasca PRU 14. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Temu ramah bersama wartawan @BuletinTV3 di Pejabat Agung PAS Pusat, Kuala Lumpur pagi ini.
Banyak soalan berkaitan perkembangan politik semasa pasca PRU 14 dan hubungan PAS dengan Kerajaan Persekutuan telah dijawab. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Petang tadi bertemu dengan pimpinan PAS Selangor dalam Majlis Berbuka Puasa.
Memberi nasihat dan pesanan supaya terus beristiqamah bersama Islam sama ada menang atau kalah. Ujian pasti datang supaya kita bermuhasabah dan membetulkan diri. Satukan hati-hati, teruskan perjuangan. -
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Rakyat mengeluh kos sara hidup tinggi sehingga pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan hidup seharian.
-
Abdul Hadi Awang
@abdulhadiawang
Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema “BN Menang, Kedah Senang”. Tak malu sudah memerintah 51 tahun,... www.facebook.com/hadipas/posts/10150261868437839





































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































