Dilaporkan beberapa kawasan di Terengganu telah mula dinaiki air susulan hujan lebat yang berterusan.
Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan seluruh rakyat, khususnya mereka yang berada di kawasan berisiko banjir agar sentiasa meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Patuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya diarahkan. Utamakan keselamatan diri dan keluarga serta elakkan mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa.
Semoga segala urusan semua yang terkesan dipermudahkan dan kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Jawi: أحمد سمسوري بن مختار; born 16 November 1970) is a Malaysian politician, aerospace engineer and lecturer who has served as the 15th Menteri Besar of Terengganu, Member of the Terengganu State Legislative Assembly (MLA) for Ru Rendang since May 2018, Member of Parliament (MP) for Kemaman since December 2023, and Group Chairman for Terengganu Incorporated (TI Group). He held a brief stint as the 18th Leader of the Opposition from May to June 2026 before being succeeded by Hamzah Zainudin during the RESET Malaysia Convention. He is a member of the Malaysian Islamic Party (PAS), a component party of the Perikatan Nasional (PN) coalition. He has served as the 2nd Chairman of PN since February 2026, and the Vice President of PAS since June 2019. More on Wikipedia
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, usai merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN ke-53 pagi tadi. Terima kasih kepada Presiden Parti GERAKAN dan seluruh kepimpinan parti atas undangan dan sambutan yang mesra. Dalam sebuah gabungan, kita datang dengan sejarah dan pendekatan yang berbeza, tetapi kita tidak perlu serupa dalam semua perkara untuk setia kepada tujuan yang sama. Muafakat menjadi kukuh apabila setiap rakan berasa dihormati, didengari dan diperlukan.
PRN Melaka baru-baru ini memang tidak memihak kepada kita di atas kertas. Namun Ayer Keroh mencatat prestasi terbaik GERAKAN dalam sejarah PN di Melaka, jadi usaha itu tidak sia-sia. Pengalaman di Terengganu juga mengajar kita perkara yang sama. Dari kekalahan 4–28 pada 2004 hingga 32–0 dan 8–0, semuanya hasil kajian, perancangan dan kesabaran bertahun-tahun, bukan kerja sehari dua.
Rakyat berhak tahu apa yang akan kita lakukan dan bagaimana kita melaksanakannya. Sebab itu saya mencadangkan PN membangunkan bersama enam keutamaan. Antaranya meningkatkan pendapatan rakyat, memudahkan rakyat berniaga, membina kerajaan yang bersih dan cekap, pendidikan yang membuka masa depan, kehidupan keluarga yang lebih terjamin serta perpaduan dan pembangunan yang seimbang. Kita mesti berani berjanji secara bertanggungjawab dan bersedia dinilai atas janji itu.
Malaysia ialah tanah air kita bersama. Di sinilah kita mencari rezeki, anak-anak kita membesar, dan kita mahu melalui hari tua dengan aman dan bermaruah. Semoga persidangan ini membuahkan tekad baharu untuk GERAKAN dan Perikatan Nasional demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga setiap PBT di Terengganu dapat membina keupayaan kewangan yang lebih kukuh, seterusnya bergerak dan berlari dengan lebih selesa dalam menyampaikan perkhidmatan serta memenuhi keperluan rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jika dibandingkan 10 tahun dahulu, keadaan pada waktu itu lebih parah. Namun bukan kecenderungan kita untuk membongkar apa yang telah berlaku.
Kita memilih untuk bergerak ke hadapan dan menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan, daripada mengungkit-ungkit perkara yang lalu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Prestasi sesebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak wajar dinilai berdasarkan angka keuntungan atau kerugian semata-mata. Keuntungan yang tercatat di atas kertas perlu diterjemahkan kepada nilai dan manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lima pesanan, satu amanah perjuangan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan Program Pahlawan Subuh yang menghimpunkan kepimpinan Kerajaan Negeri bersama masyarakat setempat di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun pagi tadi.
Semoga program seumpama ini terus menyemarakkan budaya mengimarahkan masjid, mengeratkan silaturahim dalam kalangan yang hadir serta memperkukuh ukhuwah antara kepimpinan dan masyarakat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Diharapkan pembinaan semula Masjid At-Taqwa, Kampung Beris Tok Ku, Setiu ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan disegerakan agar penduduk setempat dapat kembali menikmati kemudahan masjid sebagai pusat ibadah, penyebaran ilmu dan penyatuan ummah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, pagi ini saya bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, para jemaah serta masyarakat setempat berkesempatan berhimpun dalam Program Pahlawan Subuh di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun.
Program turut diserikan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh YM Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, sekali gus memberi ruang kepada kita untuk menambah ilmu dan memperkukuh kefahaman agama.
Penglibatan semua lapisan masyarakat dalam mengimarahkan masjid amat bermakna. Mudah-mudahan budaya solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu dan menghidupkan rumah Allah terus subur dalam kehidupan masyarakat kita.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lensa sekitar Majlis Perasmian Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) dan Sambutan 70 Tahun PAS Kawasan Dungun.
Dungun mempunyai sejarah yang cukup istimewa dalam perjalanan PAS di Terengganu. Penubuhan PAS Cawangan Dungun pada 6 Julai 1956 sebagai cawangan pertama di negeri ini menjadi titik awal perjuangan yang berkembang hingga ke hari ini. 70 tahun perjalanan ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga asas perjuangan, memperkukuh tarbiah, memelihara akhlak dan terus istiqamah dalam membawa amanah.
Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) pula menjadi ruang untuk memperteguh kesatuan, menyatukan semangat dan memperbaharui tekad dalam meneruskan perjuangan. Politik bukan sekadar soal menang atau kalah, tetapi tentang khidmat yang berterusan kepada rakyat, memperkukuh muafakat serta mempersiapkan generasi muda untuk bersama memikul tanggungjawab masa hadapan.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan himpunan malam tadi. Insya-Allah, dengan kesatuan, keikhlasan dan kekuatan yang terus dipelihara, kita melangkah ke hadapan dengan tekad yang lebih besar demi agama, negeri dan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sejak pertukaran kerajaan selepas PRU pada 19 November 2022, pembayaran royalti Terengganu, sama ada disebut sebagai Wang Tunai Petroleum, Dana Khas atau Wang Ihsan, tidak lagi diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri seperti sebelumnya.
Kita terus berdoa dan berharap agar keadaan ini kembali pulih sepenuhnya, sebagaimana yang sepatutnya. Hak Terengganu perlu terus dipelihara dan diperjuangkan demi kepentingan rakyat serta generasi akan datangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai sudah persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Belanjawan 2027.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, persoalan dan cadangan yang dikemukakan sepanjang perbahasan. Setiap cadangan dan kritikan akan kita teliti satu per satu, dan diusahakan pelaksanaannya mengikut keutamaan dan keupayaan kerajaan, insya-Allah.
Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan pada kali ini, daripada pihak Dewan Undangan Negeri, Dato' Speaker sehinggalah kepada pihak yang menyediakan makanan dan kelengkapan, yang menjalankan segala tugas dan amanah, walaupun sekecil-kecilnya.
Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT, dan Belanjawan 2027 ini membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Terengganu, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, saya bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu akan hadir ke Program Pahlawan Subuh di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun.
Program ini turut diserikan dengan kuliah Subuh yang akan disampaikan oleh YM Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang.
Saya menjemput seluruh warga Dungun dan kawasan sekitar untuk bersama-sama mengimarahkan masjid serta menghayati pengisian ilmu pada pagi tersebut.
Insya-Allah, jumpa di sana. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Namakanlah apa sahaja, tetapi kami akan mempertahankan hak Terengganu terhadap royalti petroleum daripada Putrajaya.
Hak royalti petroleum Terengganu bukan perkara yang boleh dipandang ringan atau diketepikan begitu sahaja. Kerajaan Negeri Terengganu akan terus mempertahankan kepentingan dan hak negeri ini berlandaskan perjanjian serta kerangka undang-undang yang telah dipersetujui.
Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikaikan hak Terengganu ini, maka sudah tentu mereka bukanlah pihak yang sewajarnya diberikan apa jua amanah untuk membina negeri dan negara ini.
Untuk rekod, perjanjian pembayaran tunai antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Terengganu telah dimeterai pada tahun 1975, berasaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Perjanjian ini bukan sekadar catatan sejarah yang boleh dirujuk apabila diperlukan. Sebaliknya, ia merupakan dokumen penting yang mesti diberikan perhatian serius dalam menentukan kedudukan hak Terengganu terhadap pembayaran hasil petroleum.
Sudah tentu, apa jua akta yang digubal selepas itu tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menafikan atau membatalkan hak Terengganu yang telah dimeterai lebih awal.
Namun, perkara yang lebih menyedihkan ialah sesuatu yang akan saya ingat sampai bila-bila, bukan sekadar semasa menjadi Menteri Besar; tak jadi Menteri Besar pun nanti, saya tetap akan ingat. Biarlah sejarah merekodkannya: sejak berlakunya pertukaran kerajaan susulan Pilihan Raya Umum pada 19 November 2022, royalti atau apa jua nama yang diberikan kepadanya seperti wang tunai petroleum, Dana Khas Kerajaan Persekutuan mahupun wang ihsan, tidak lagi disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk diuruskan sendiri.
Kita berdoa agar, insya-Allah, keadaan akan kembali pulih seperti sepatutnya sekiranya berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (HTMT) 2.0 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2026 di Arena Square, Dungun.
Pelbagai pengisian menarik telah disusun untuk semua lapisan masyarakat, termasuk kuliah subuh, himpunan muslimat, konvoi anak muda, sukaneka keluarga, briskwalk, santai anak muda, ceramah serta pelbagai aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Semoga pertemuan ini menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam membawa aspirasi dan masa depan Terengganu.
Insya-Allah, kita jumpa di Dungun nanti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat usia dan kesempatan yang masih diberikan untuk terus bernafas, berbakti serta menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan ucapan, hadiah dan doa sempena hari lahir saya. Setiap ingatan, perhatian dan doa yang diberikan amat saya hargai. Mungkin ada yang tidak sempat saya balas satu persatu, namun percayalah, setiap satunya cukup bermakna buat diri ini.
Usia yang bertambah mengingatkan saya bahawa semakin banyak masa yang telah berlalu, semakin besar juga amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Doakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, ketabahan dan petunjuk-Nya untuk saya terus berkhidmat dengan sebaiknya serta menjadikan sisa usia yang ada lebih bermakna dan diberkati.
Terima kasih sekali lagi atas segala ingatan dan doa. Semoga segala kebaikan yang kalian berikan dibalas Allah SWT dengan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda. -
Post not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam persaingan pelaburan yang semakin sengit, Terengganu perlu mengubah pendekatan daripada menunggu kehadiran pelabur kepada usaha aktif mencari pelabur yang berpotensi.
Penilaian rapi terhadap setiap pelabur tetap penting. Namun, ia tidak harus menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan berkualiti yang dapat menjana peluang pekerjaan untuk rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keluarga merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang sejahtera. Di sinilah bermulanya didikan, terbentuknya nilai kehidupan dan terjalinnya kasih sayang yang menjadi kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Bersempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 yang bertemakan “Kasih Keluarga, Jiwa Negara”, saya ingin mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk hadir memeriahkan sambutan peringkat negeri yang akan berlangsung esok, 19 November 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Taib, The Payang Scout Hotel, Kuala Nerus.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), antaranya permainan dan pertandingan kanak-kanak, pameran serta saringan kesihatan, perkongsian ilmu kekeluargaan, gerai jualan dan cabutan bertuah.
Ambillah peluang ini untuk meluangkan masa bersama ibu bapa, pasangan dan anak-anak. Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob atas perlantikan sebagai Mursyidul Am PAS. Tahniah juga kepada Dato’ Dr. Mahfuz Mohammad sebagai Timbalan Mursyidul Am dan YB Ustaz Mohammad Asri Mohammad Daud sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat bagi sesi 2026–2030.
Amanah ini besar. Majlis Syura Ulama’ menjadi tempat jemaah merujuk, menimba nasihat dan mencari panduan dalam setiap langkah perjuangan. Ketika negara berdepan cabaran yang semakin mencabar, kehadiran barisan ulama’ yang berilmu dan berhikmah sangat kita perlukan untuk memastikan perjuangan ini kekal berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan dan istiqamah kepada para ulama’ kita. Semoga kepimpinan ini membawa keberkatan kepada jemaah, ummah dan seluruh rakyat Malaysia.
Siiru ‘ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada pembangunan sumber mineral bernilai tinggi melalui industri hiliran yang lengkap. Langkah ini bertujuan memastikan nilai tambah daripada hasil bumi kekal di negeri ini.
Hasil bumi Terengganu tidak lagi wajar dilombong dan dieksport begitu sahaja tanpa memberikan manfaat yang sewajarnya kepada negeri dan rakyatnya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri akan memperkukuh kedudukan kewangan negeri berlandaskan dua prinsip utama, iaitu keadilan dan keupayaan. Prinsip keadilan menuntut agar hak Terengganu dihormati dan peruntukan pembangunan mengambil kira keperluan sebenar negeri.
Prinsip keupayaan pula menuntut agar sumber negeri diurus dengan cekap, supaya setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan manfaat yang lebih besar kepada seluruh rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Belanjawan Terengganu 2027 memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan pembangunan, iaitu sebanyak 77 peratus, kepada sektor sosial. Selebihnya disalurkan kepada sektor ekonomi dan pentadbiran bagi menyokong agenda pembangunan negeri.
Peruntukan ini mencerminkan keutamaan Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan benar-benar dirasai oleh rakyat dalam kehidupan seharian.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai mengikuti persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pagi tadi, saya meneruskan tugas di Parlimen bagi mengikuti persidangan Dewan Rakyat.
Pelbagai isu yang dekat dengan kehidupan rakyat dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, antaranya persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, kebajikan warga emas dan OKU, bantuan kepada pertubuhan kebajikan serta usaha menaik taraf sekolah daif.
Turut diberikan perhatian ialah ancaman penyalahgunaan teknologi AI melalui kandungan deepfake dan berita palsu, selain isu kecurian kabel telekomunikasi yang menjejaskan keselamatan masyarakat.
Semoga setiap isu yang dibangkitkan diberikan perhatian sewajarnya dan diterjemahkan kepada tindakan yang membawa manfaat kepada rakyat, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bertemu dengan seorang anak Terengganu yang telah mengharumkan nama negeri hingga ke peringkat dunia.
Puan Nur Shazwani Mohd Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman hadir bersama YB Dato’ Dr. Azman Ibrahim, Exco Pertanian Negeri Terengganu dan YBhg Dr Sukati bin Sakka, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu.
Beliau terpilih sebagai antara 100 wanita daripada 609 pencalonan melibatkan 131 negara yang menerima pengiktirafan antarabangsa FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026.
Lebih membanggakan, usaha beliau turut memberi manfaat kepada masyarakat melalui bimbingan petani, perkongsian ilmu dan projek kebun komuniti yang membuka peluang meningkatkan pendapatan keluarga.
Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi untuk memperkukuh sektor pertanian dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini saya hadir ke Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Sidang Belanjawan Terengganu 2027) bagi hari kedua.
Tahniah dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terus memainkan peranan dalam membahaskan perkara-perkara penting berkaitan hala tuju dan pembangunan negeri.
Insya-Allah, semoga segala urusan persidangan hari ini dipermudahkan dan dilancarkan. Mudah-mudahan Allah SWT memandu setiap perbincangan, melapangkan fikiran serta mengurniakan kata putus yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Belanjawan Terengganu 2027 dirangka dengan satu matlamat utama, memastikan pembangunan negeri terus berkembang dan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat.
Dengan anggaran hasil sebanyak RM2.088 bilion, belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada lima fokus utama iaitu memperkukuh tadbir urus dan fiskal negeri, memacu pertumbuhan ekonomi, merancakkan sektor pelancongan, memperkasa pembangunan modal insan serta menyejahterakan kehidupan rakyat.
Keutamaan kita bukan sekadar melaksanakan projek pembangunan tetapi turut memastikan peluang pekerjaan, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberikan perhatian.
Insya-Allah, setiap perancangan akan terus diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat dan masa depan Terengganu.
Rujuk Buku Ringkasan Belanjawan Terengganu 2027 untuk mengetahui perancangan dan inisiatif utama Kerajaan Negeri bagi tahun hadapan.
Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir serta seluruh keluarga besar PEJUANG atas jemputan ke Persidangan Agung Tahunan PEJUANG 2026.
Semoga segala usaha yang digerakkan ini membawa manfaat kepada rakyat dan negara tercinta. Perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik perlu diteruskan dengan tekad dan tanggungjawab bersama.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Post not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2026 kepada semua calon.
Setelah segala usaha dan persediaan dilakukan, hadapilah peperiksaan ini dengan tenang, penuh keyakinan dan kesungguhan, diiringi doa serta tawakal kepada Allah SWT.
Saya mendoakan semoga anak-anak semua diberikan ketenangan fikiran, dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik.
Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan, insya-Allah. Selamat maju jaya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap persidangan membawa amanah dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju negeri serta memperjuangkan kepentingan rakyat.
Semoga segala usaha kita hari ini menjadi asas kepada masa hadapan Terengganu yang lebih baik, insya-Allah.
#dunterengganu
#belanjawanterengganu2027
#melakarbahagiamemacusejahteraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini tercatat satu lagi sejarah buat Negeri Terengganu apabila YB Chan Chee How mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi mewakili masyarakat bukan Islam.
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) GERAKAN Negeri Terengganu dan seorang ahli perniagaan.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan suara dan kepentingan setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, mendapat perhatian serta pembelaan yang sewajarnya.
Tahniah YB Chan Chee How. Semoga amanah ini dapat digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini yang dimulakan dengan sesi soal jawab lisan sebelum pembentangan Belanjawan Terengganu 2027.
Belanjawan Terengganu 2027 bertemakan “Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera” menggariskan hala tuju strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh kedudukan fiskal, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bagi kita, kejayaan pembangunan bukan sekadar diukur melalui angka pertumbuhan ekonomi atau kedudukan kewangan, tetapi sejauh mana ia mampu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih bermaruah dan bermakna.
Insya-Allah, setiap perancangan dan ikhtiar ini akan terus digerakkan dalam menunaikan amanah kepada seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ucapan penuh saya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2027 di Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Bertemakan “Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera”, belanjawan ini menggariskan hala tuju strategik Kerajaan Negeri demi kemajuan negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat Terengganu.
Semoga perkongsian ini memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang perancangan dan ikhtiar kita untuk masa hadapan Terengganu.
youtu.be/7-AzcwzX5TM -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, hari ini saya akan membentangkan Belanjawan Terengganu 2027.
Mudah-mudahan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berjalan dengan lancar.
Boleh ikuti persidangan ini di laman Facebook saya.
www.facebook.com/DrAhmadSamsuri -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, dapat bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Tahunan PEJUANG 2026 di Shah Alam hari ini.
Syukur melihat Tun dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kesejahteraan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima jemputan ke Persidangan Agung Tahunan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) 2026. Terima kasih kepada Presiden PEJUANG, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir, barisan kepimpinan serta seluruh perwakilan atas jemputan dan sambutan mesra yang diberikan.
Penyertaan PEJUANG sebagai anggota baharu Perikatan Nasional merupakan hasil daripada muhasabah yang panjang. Saya menghargai keyakinan dan kepercayaan yang diberikan untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam gabungan ini.
Gabungan yang kukuh bukan sekadar berkongsi nama dan logo tetapi mesti berpaksikan matlamat, prinsip dan tanggungjawab yang sama.
Semoga persidangan ini melahirkan idea yang bernas serta memperteguh tekad kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan membina Malaysia yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Sidang Belanjawan Terengganu 2027) akan bermula esok, 16 hingga 19 November 2026.
Belanjawan ini akan menggariskan perancangan, keutamaan dan hala tuju pembangunan negeri dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi serta pengurusan kewangan negeri secara berhemah dan bertanggungjawab.
Mudah-mudahan segala perancangan yang dibentangkan dapat terus membawa Terengganu ke arah negeri yang lebih maju, berkat dan sejahtera.
Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung persidangan ini menerusi laman Facebook saya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bukan sekadar medan menguji kebolehan membaca dan menghafaz al-Quran, tetapi menjadi usaha berterusan untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap Kalamullah.
Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, khususnya para johan yang akan membawa nama Terengganu ke peringkat kebangsaan di Kuching pada Mei 2027. Mudah-mudahan pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada kita semua untuk terus mendalami al-Quran dan melahirkan generasi yang bukan sahaja hebat dalam bacaan dan hafazan, tetapi turut mencerminkan nilai al-Quran melalui akhlak dan amalan seharian.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Melaka, khususnya para pengundi yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan menyempurnakan tanggungjawab demokrasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari ini.
Penghargaan khusus juga buat seluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), calon-calon yang bertanding, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang telah bekerja keras, menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang perjalanan pilihan raya ini.
Terima kasih juga kepada pihak berkuasa, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta semua pihak yang telah memastikan proses demokrasi berlangsung dengan lancar, aman dan teratur.
Setiap usaha, sokongan dan pengorbanan yang dicurahkan amat besar nilainya. Kesepakatan dan semangat muafakat yang telah dibina antara BN dan PN juga merupakan satu pengalaman penting dalam perjalanan politik negara.
Kepada seluruh jentera dan pendukung sekalian, perjuangan ini lebih besar daripada sebuah pilihan raya. Amanah, prinsip dan kepentingan rakyat akan terus menjadi landasan perjuangan kita. Terima kasih, Melaka. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lensa sekitar Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman yang telah disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail pada Jumaat baru-baru ini.
Penubuhan masjid yang dapat menampung sekitar 2,000 jemaah pada satu-satu masa ini pastinya menjadi kemudahan penting kepada penduduk setempat untuk melaksanakan ibadah serta menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Semoga masjid ini terus diimarahkan dan membawa manfaat kepada seluruh masyarakat setempat.
Menjunjung kasih Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara dan saudari warga Melaka sekalian,
Esok, 14 November adalah hari penentuan buat Negeri Melaka. Sepanjang tempoh kempen ini, sambutan dan sokongan rakyat amat memberangsangkan. Saya melihat sendiri komitmen calon serta jentera daripada semua parti komponen, dibantu rakan-rakan dari negeri lain yang tidak putus-putus hadir memberikan sokongan.
Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, saya menyeru seluruh rakyat Melaka agar keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Berilah sokongan dan undi kepada calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di kawasan masing-masing.
Kepada seluruh penyokong dan petugas parti, kekalkan semangat hingga ke garisan penamat. Teruskan menjaga adab, menghormati perbezaan pilihan dan pastikan ejen kita terus bertugas sehingga keputusan rasmi diumumkan. Ingatlah, kemenangan belum menjadi milik sesiapa selagi proses pilihan raya belum selesai. Selesai mengundi, kita tetap berjiran dan bersaudara.
Teruskan bekerja dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Insha-Allah, usaha yang berterusan akan membuahkan kejayaan.
#muafakatnasional
#prnmelaka
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas perkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman pada hari ini.
Masjid yang siap dibina pada November 2025 ini mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Lebih daripada sebuah tempat untuk menunaikan solat, masjid juga menjadi pusat penyatuan ummah, pengukuhan ilmu dan pembinaan masyarakat yang berteraskan nilai Islam.
Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus mengimarahkan masjid ini dengan pelbagai aktiviti ibadah, ilmu dan kemasyarakatan agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh penduduk setempat.
Daulat Tuanku.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usaha kita belum selesai selagi keputusan belum diumumkan secara rasmi, maka ejen tempat mengundi perlu memastikan seramai mungkin pengundi keluar menunaikan tanggungjawab, manakala ejen pengiraan kekal bertugas sehingga Borang 14 ditandatangani dan diserahkan.
Selepas 14 November, landskap politik negara boleh berubah dengan pantas termasuk kemungkinan pembubaran lebih awal, justeru semua pihak perlu bersiap siaga dan memperkemas gerak kerja kerana PRU akan datang mungkin tiba lebih cepat daripada jangkaan, insha-Allah.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi yang berlangsung malam tadi.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas limpah perkenan Tuanku berangkat ke majlis seterusnya menyempurnakan perasmian penutup program tersebut.
Penganjuran majlis ini bukan sekadar medan memperdengarkan bacaan dan menguji hafazan, malah menjadi usaha berterusan untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap al-Quran serta menjadikannya panduan dalam kehidupan seharian. Al-Quran hendaklah sentiasa menjadi teman dan pedoman kita, walau sesibuk mana sekalipun dengan urusan dunia.
Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, khususnya lapan orang johan yang bakal mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak pada Mei 2027. Mudah-mudahan pencapaian yang diraih kelak bukan sahaja mengharumkan nama Terengganu, bahkan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendalami, memahami dan menghayati al-Quran.
Penghargaan dan syabas juga kepada seluruh jawatankuasa penganjur, urus setia, para hakim serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga usaha memartabatkan al-Quran terus subur dalam masyarakat dan menjadi warisan berharga buat generasi akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Zaman satu parti memerintah sendirian tanpa sebarang semak dan imbang sudah berlalu. Di negara-negara maju pun, tiada pihak yang mampu memegang majoriti sendiri. Mereka perlu bekerjasama, dan inilah realiti politik yang disedari oleh PN mahupun BN.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya telah turun ke DUN-DUN yang Perikatan Nasional bertanding dan mendapat taklimat dari bilik gerakan. Komitmen calon dan jentera daripada semua parti komponen sangat tinggi, ditambah bantuan negeri-negeri lain yang datang bertalu-talu.
Tetapi ingat, dalam mana-mana pertandingan kita belum dikira pemenang sehingga tamat waktunya. Macam main bola, pasukan yang ketinggalan 2-0 pun boleh menang dengan 3 gol dalam lima minit terakhir. Kerusi yang kita rasa underdog pun belum tentu lagi. Teruskan bekerja, insha-Allah kita boleh buat kejutan yang luar biasa.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hujah bahawa calon yang rapat dengan Perdana Menteri lebih mudah membawa pembangunan sebenarnya tidak setepat yang digambarkan. Kedudukan di peringkat pusat boleh berubah bila-bila masa, apatah lagi PRU semakin hampir, sedangkan amanah seorang ADUN berlangsung sepanjang penggal.
Apa yang lebih utama ialah memilih kepimpinan yang benar-benar komited menjaga kepentingan Melaka, iaitu gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, insha-Allah.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sebagai orang yang berlatar belakangkan sains dan kejuruteraan, saya melihat data. Kajian demi kajian menunjukkan tren kepercayaan rakyat terhadap kita semakin meningkat di pelbagai segmen. Persoalannya bukan menyalahkan sesiapa, tetapi sesiapa yang diberi amanah mesti menunaikannya sebaik mungkin.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sabtu ini, 14 November merupakan hari yang akan menentukan hala tuju negeri Melaka. Saya ingin mengajak seluruh warga Melaka untuk memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang bertanding di kawasan masing-masing demi membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil.
Kepada semua penyokong, marilah kita terus memelihara adab sepanjang tempoh kempen ini. Pilihan kita mungkin berbeza, namun hubungan sesama kita jauh lebih berharga. Selepas pengundian nanti, kita tetap jiran, tetap saudara dan tetap bersama membangunkan Melaka.
Buat warga Melaka, luangkan masa dan keluarlah mengundi pada hari Sabtu ini. Insha-Allah, bersama kita teruskan Muafakat Melaka.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Rakyat hari ini lebih bermaklumat dan boleh menyemak sendiri kebenaran sesuatu maklumat. Generasi milenial, Gen Z dan pengundi kali pertama membawa perspektif baharu dalam politik. Mereka mahukan kerajaan yang menyelesaikan masalah, bukan mencari masalah atau mencari alasan untuk tidak menyelesaikannya.
Inilah yang perlu kita bawa, di Melaka dan seterusnya, sekiranya kita ingin bercakap tentang menerajui Putrajaya. Yang paling penting, kita terus membina sikap saling mempercayai antara satu sama lain, insha-Allah.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini saya menyaksikan penyerahan perkongsian keuntungan sebanyak RM1.13 juta daripada TDM Berhad kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bagi tahun kewangan berakhir 2025.
Pulangan ini adalah hasil kerjasama strategik dalam projek perladangan kelapa sawit di Ladang Air Puteh, Kemaman melibatkan kawasan seluas 1,336 hektar yang telah diusahakan sejak tahun 1996.
Apa yang lebih penting, kerjasama ini bukan sekadar tentang angka keuntungan tetapi bagaimana sumber dan aset negeri dapat diurus dengan baik untuk memberikan manfaat kepada rakyat.
Selain menjana pulangan kepada institusi amanah negeri, aktiviti perladangan ini turut merancakkan ekonomi setempat, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong sumber pendapatan masyarakat.
Tahniah kepada TDM Berhad dan LTAWNT atas komitmen serta kerjasama yang berterusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
PAS dan UMNO sama-sama pernah melalui pengalaman kerjasama yang tidak bertahan lama. Pengajaran itu menjadi penanda kepada setiap parti untuk melihat di mana kelemahan dan kekurangan kita sebelum ini. Kali ini kita susun atur dengan lebih baik, kerana objektif yang kita hadapi terlalu besar untuk kita melakukan kesilapan sekali lagi.
Alhamdulillah, penyokong kedua-dua parti hari ini lebih bermaklumat dan lebih terbuka. Insya-Allah, dengan keputusan terbaik di Melaka selepas Negeri Sembilan, kita bina momentum yang jelas untuk bergerak bersama ke PRU-16.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini saya mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri.
Perbincangan menumpukan kepada beberapa perkara penting melibatkan pelaksanaan program pembangunan, kebajikan rakyat serta kedudukan projek-projek utama di seluruh negeri. Setiap keputusan yang dibuat perlu dilihat dari sudut manfaat sebenar kepada rakyat, terutamanya golongan yang paling memerlukan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga setiap usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan membawa kebaikan kepada Terengganu, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semua parti politik dalam negara kita telah melalui pelbagai fasa gabungan, daripada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif hinggalah Pakatan Rakyat. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Setiap parti ada pengalaman tersendiri, dan daripada pengalaman itulah kita tahu kerjasama mana yang paling baik.
Pada saya, konfigurasi kita untuk menuju PRU-16 tidak ada yang lain, melainkan kerjasama antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Melaka adalah langkah seterusnya, insya-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyempurnakan Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu malam tadi.
Majlis ini bukan sekadar medan memperdengarkan keindahan bacaan dan kehebatan hafazan tetapi menjadi usaha berterusan untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap al-Quran.
Apa yang lebih penting, kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mampu membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik, bahkan memahami, menghayati serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Semoga penganjuran majlis ini terus memperkukuh kedudukan al-Quran sebagai panduan dalam membina masyarakat yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenali calon muda berusia 42 tahun ini. Calon Perikatan Nasional N.17 Bukit Katil, Encik Ridzuan Sarif bersama barisan jentera yang bersemangat.
Encik Ridzuan sudah hampir 20 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran, terakhir sebagai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka serta pernah dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka. Di luar kerjaya, beliau orang surau dan aktif dalam komuniti iaitu sebagai Pengerusi dan Imam 1 Surau Ukhwah Islamiah Taman BKP serta AJK Rukun Tetangga Taman Bukit Katil Permai sejak 2014.
Warga Bukit Katil, calon muda, berpengalaman dan dekat dengan masyarakat kini bersedia berkhidmat untuk kalian.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Singgah di Bilik Gerakan DUN Bemban bersama calon Perikatan Nasional N.24 Bemban, Dr Yadzil dan jentera yang tak kenal penat. Ramai yang sudah kenal beliau tapi izinkan saya perkenalkan sedikit “doktor kita” ini.
Dr Yadzil menetap di Jasin dan pernah bersekolah di MRSM Terendak. Selepas menamatkan pengajian perubatan di Bali, beliau pulang berkhidmat sebagai doktor di Hospital Melaka, kemudian sebagai Doktor Bertanggungjawab di Poliklinik Hidayah selama lebih 10 tahun.
Sebagai Penyandang ADUN Bemban sejak 2021 dan Ketua Pembangkang DUN Melaka, beliau sudah biasa merawat pesakit dan kini saya harap rakyat memberikan peluang untuk beliau “merawat” isu rakyat di Dewan. Beliau juga aktif membantu usahawan dan anak muda melalui NGO Gagasan Inovasi & Ekonomi Melaka.
Kepada pengundi DUN Bemban, kenali calon anda dan pangkah Dr Yadzil, Calon No. 3 mewakili Perikatan Nasional. Doktor yang dekat dengan rakyat, insha-Allah amanah untuk Bemban.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ayer Keroh, inilah wajah yang akan memperjuangkan suara anda. Perikatan Nasional menampilkan Dato’ Sri Michael Gan Peng Lam sebagai calon bagi N.16 Ayer Keroh.
Berusia 66 tahun, Dato’ Sri Michael Gan ialah tokoh korporat dan kini Pengerusi GERAKAN Negeri Melaka. Pengalaman beliau dalam dunia korporat dan kepimpinan parti memberi kelebihan untuk memahami ekonomi setempat serta menyusun gerak kerja dengan teratur. Ketika saya singgah di Bilik Gerakan DUN Ayer Keroh, beliau sendiri turun bersama petugas, mendengar maklum balas pengundi dan memastikan jentera bergerak sebagai satu pasukan.
Ayer Keroh perlukan wakil yang matang, berpengalaman dan tahu cara merealisasikan perancangan. Mari sama-sama beri sokongan kepada Dato’ Sri Michael Gan Peng Lam, calon no.3 daripada Perikatan Nasional.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mari kita kenali siapakah calon yang dibawakan oleh Perikatan Nasional untuk rakyat di DUN Kesidang.
Albert Kok merupakan anak jati Alor Gajah dan kini menetap di Cheng. Bermula sebagai jurutera, beliau kemudian menjadi usahawan sejak 2009, malah pernah menerajui syarikat di Kemboja. Yang menarik, pada usia lebih 50 tahun beliau masih menyambung pengajian hingga memperoleh MBA di UTM, bukti semangat belajar yang tak pernah padam. Beliau juga aktif dalam masyarakat sebagai Pengarah Persatuan Penggerak Kasih Harmoni dan pernah menjadi Naib Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka.
Pengalaman sebagai jurutera, usahawan dan penggerak komuniti akan menjadi bekal untuk beliau mengemudi DUN Kesidang. Ayuh berikan kepercayaan kepada Albert Kok, calon no.3 daripada Perikatan Nasional.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya menyeru seluruh rakyat Terengganu, khususnya penduduk di 460 kawasan hotspot banjir, agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan amaran hujan berterusan dan ramalan awal banjir yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Berdasarkan makluman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), risiko banjir diramalkan melibatkan lapan daerah di Terengganu bagi tempoh 9 hingga 11 November 2026, terutama kawasan rendah dan berhampiran lembangan sungai.
Utamakan keselamatan diri dan keluarga. Sentiasa ikuti perkembangan cuaca, sediakan keperluan penting dan patuhi arahan berpindah sekiranya dikeluarkan pihak berkuasa.
Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Terengganu daripada sebarang musibah dan mempermudah segala urusan.
Maklumat terkini: publicinfobanjir.water.gov.my -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pengundi Melaka yang dikasihi, hari yang ditunggu sudah hampir tiba. Bermula dengan undi awal, 10 November, suara anda akan menentukan hala tuju negeri bersejarah ini.
Perikatan Nasional, bersama rakan kita Barisan Nasional menawarkan politik yang matang, bersih dan sejahtera, yang berhujah dengan fakta, menjaga adab dan bersungguh-sungguh membela rakyat. Calon-calon kami ialah anak tempatan yang sudah lama bersama anda termasuk yang sanggup berkorban kerjaya demi berkhidmat kepada Melaka.
PRN Melaka bukan sekadar soal menang atau kalah. Ia peluang untuk kita menjadikan Melaka asas penyatuan ummah dan kebersamaan seluruh rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik. Selamat menjalankan tanggungjawab, moga Allah SWT pandu setiap langkah kalian.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenali Haji Rafie Ahmad, calon Perikatan Nasional bagi N.13 Paya Rumput.
Calon kita ini seorang yang memang mesra dan mudah didekati. Tak hairanlah, kerana beliau sudah lama bersama masyarakat Krubong termasuk pernah menjadi Pengerusi Masjid Ar Rahman, Tanah Merah Krubong dan kini mengetuai NGO Prihatin Melaka.
Di sebalik senyuman itu, ada pengalaman yang luas. Pernah belajar hingga ke Vancouver, Kanada, beliau sudah lebih 25 tahun menjadi Pengarah Menara Cekal Sdn. Bhd. Pada usia 58 tahun pun beliau masih menuntut ilmu dengan Master of Corporate Communication dari UPM tahun ini. Beliau juga Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Tangga Batu, jadi urusan membantu rakyat memang sudah jadi rutin harian.
Insha-Allah, beliau akan menjadi wakil yang turun padang, faham denyut nadi rakyat dan sanggup berkhidmat. Undilah Haji Rafie Ahmad, Calon No. 1, Perikatan Nasional.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
InsyaAllah, sembang-sembang bersama host Channel YouTube Kekal Tenang (www.youtube.com/@KekalTenang) malam ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Persinggahan saya seterusnya ialah Bilik Gerakan DUN Bukit Katil bersama calon Perikatan Nasional, Encik Muhammad Ridzuan bin Mohd Sarif serta barisan jentera yang setia menggerakkan kempen di kawasan ini. Kehadiran para petugas, tua dan muda menunjukkan betapa besarnya harapan rakyat untuk melihat perubahan.
Penat jentera di lapangan tidak pernah sia-sia. Setiap pintu yang diketuk, setiap salam yang dihulur dan setiap rakyat yang ditemui membawa kita lebih dekat kepada harapan untuk membina Melaka yang lebih baik.
Teruskan berkempen secara berhemah, menyampaikan mesej dengan baik dan menghormati semua pihak. Insha-Allah, rakyat akan menilai dengan adil.
Kepada warga Bukit Katil, berilah undi kepada Encik Muhammad Ridzuan yang bersedia untuk berkhidmat dengan amanah dan dekat dengan rakyat. Bersama kita bina Bukit Katil dan Melaka yang lebih sejahtera.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perjalanan diteruskan dengan melawat DUN Bemban bagi bertemu calon Perikatan Nasional, Dr. Mohd Yadzil Yaakub dan para petugas.
Turut meninjau persiapan Bilik Gerakan serta bertemu para jentera yang sedang membuat persiapan menjelang hari pengundian.
Pengalaman Dr. Yadzil dalam pentadbiran dan khidmat masyarakat merupakan antara perkara yang wajar diberi perhatian oleh pengundi dalam menilai kemampuan serta hala tuju kepimpinan di kawasan ini.
Kepada seluruh pengundi DUN Bemban, ambillah peluang untuk mengenali calon, meneliti rekod perkhidmatan serta gagasan yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
Terima kasih kepada seluruh petugas atas komitmen dan sambutan yang diberikan.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berada di Bilik Gerakan DUN Ayer Keroh untuk bertemu dengan calon Perikatan Nasional bagi N16 Ayer Keroh, Dato’ Sri Michael Gan Peng Lam bersama para jentera. Saya juga disambut dengan semangat yang tinggi oleh petugas dan penyokong yang tidak kenal penat lelah.
Kerja yang tersusun dan pasukan yang bersatu adalah kunci kepada kejayaan. Dato’ Sri Michael Gan dan pasukannya berkongsi perkembangan di lapangan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh pengundi dan ini akan menjadi input penting dalam tawaran kita kepada rakyat Melaka.
Terima kasih atas dedikasi semua. Bersama Dato’ Sri Michael Gan, kita mahu menawarkan kepimpinan yang amanah, bersih dan benar-benar mendahulukan rakyat Ayer Keroh.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Susulan amaran hujan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia sehingga 11 November ini, saya menyeru seluruh rakyat khususnya di kawasan terlibat agar sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Elakkan kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh, jangan meredah air yang deras dan sediakan beg kecemasan yang mengandungi dokumen penting, ubat-ubatan, lampu suluh serta makanan ringkas.
Berikan perhatian lebih kepada warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya dan jiran tetangga yang memerlukan dan bersedialah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika diarahkan.
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dan dijauhkan daripada sebarang musibah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Siapa sangka, ziarah kali ini menggamit kenangan sewaktu saya bergelar pensyarah di UPM.
Rupanya, Nur Suraya Sahul Hamid, anakanda Datuk Haji Sahul Hamid Abdul Rahim, merupakan bekas pelajar saya yang pernah saya selia projeknya di Fakulti Kejuruteraan (Aeroangkasa) pada tahun 2008.
Hampir dua dekad berlalu, seronok dapat mengimbau kembali kenangan lama. Semoga Nur Suraya terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk melantik seorang wakil kaum Cina daripada Parti Gerakan sebagai ADUN lantikan.
Keputusan ini selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan pelantikan wakil daripada kaum atau gender yang tidak mempunyai perwakilan dalam Dewan Undangan Negeri.
Semoga pelantikan ini dapat memperluas ruang perwakilan serta menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan masyarakat pelbagai kaum di Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meneruskan perjalanan ke DUN Kesidang bagi meninjau persiapan Bilik Gerakan Perikatan Nasional serta bertemu calon PN, Saudara Albert Kok dan pasukan yang bertugas.
Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri penyelarasan operasi, persiapan petugas serta perkembangan kerja di lapangan menjelang PRN Melaka.
Terima kasih kepada seluruh pasukan atas komitmen dan masa yang dicurahkan.
Kepada seluruh pengundi DUN Kesidang, ambillah peluang untuk mengenali Saudara Albert Kok dengan lebih dekat, meneliti pengalaman serta tawaran yang dibawanya dan membuat pilihan berdasarkan pertimbangan yang terbaik untuk masa depan kawasan ini.
Semoga segala urusan dipermudah.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pagi tadi, saya bersama Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Bakri Jamaluddin, calon Perikatan Nasional bagi DUN Paya Rumput, Haji Rafie Ahmad serta masyarakat setempat menyertai aktiviti brisk walk di Tasik One Krubong, Melaka.
Pertemuan dalam suasana santai seperti ini memberi ruang untuk beramah mesra, mendengar pandangan dan memahami denyut nadi masyarakat. Inilah pentingnya kita sentiasa mendekati rakyat dan tidak membataskan hubungan hanya melalui pertemuan rasmi.
Berbeza latar belakang dan kehidupan, namun semangat kebersamaan menjadi asas yang menyatukan kita. Terima kasih kepada semua terutama penduduk yang meluangkan masa bersama-sama pagi tadi.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menziarahi Datuk Haji Sahul Hamid Abdul Rahim, Pengerusi Masjid As-Salam, Tampoi, Krubong. Beliau merupakan antara tokoh masyarakat yang banyak berbakti kepada umat dan institusi masjid di kawasan ini.
Kami amat menghargai sambutan mesra serta nasihat dan pandangan yang dikongsikan. Pengalaman dan kebijaksanaan para tokoh seperti beliau adalah panduan berharga buat kami dalam memikul amanah memimpin.
Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan. Semoga silaturahim ini terus terjalin dan dikurniakan kesihatan serta kesejahteraan oleh Allah SWT.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini seramai 193 pasangan pengantin diraikan dalam Program Walimatul Urus Perdana 2026 yang berlangsung serentak di seluruh Terengganu.
Program yang dilaksanakan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini sudah dilaksanakan sejak tahun 2018 sebagai salah satu manifesto PAS pada PRU-14.
Mudah-mudahan usaha kecil ini dapat membantu pasangan yang baru melangkah ke alam rumah tangga memulakan kehidupan dengan lebih baik.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada semua pasangan pengantin. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia, penuh sakinah, mawaddah wa rahmah serta sentiasa dalam keberkatan Allah SWT.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya khususnya di Negeri Terengganu dan seluruh Malaysia.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat kalian sekeluarga.
Deepavali Naal Valthukal. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, beberapa pencapaian membanggakan telah diraih oleh anak negeri dan organisasi Terengganu di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atas kejayaan meraih dua Anugerah Emas dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026. Inisiatif mempercepat proses kelulusan pelan bangunan kediaman berskala kecil daripada lima hari kepada satu jam merupakan antara usaha yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Syabas juga kepada pelumba muda negara, Hakim Danish dan Qabil Irfan atas aksi cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang. Hakim Danish berjaya menamatkan perlumbaan Moto3 di kedudukan keempat manakala Qabil Irfan muncul juara Perlumbaan 1 Moto4 Asia Cup.
Tidak ketinggalan, tahniah kepada Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu Sdn. Bhd. (KPKKT) atas kejayaan menerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 bagi Kategori Perhutanan.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas kepada semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Banyak program fun walk dan larian santai dianjurkan di Terengganu sepanjang November dan Disember ini.
Ambillah peluang untuk menyertai aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan kecergasan dan mengeratkan hubungan bersama keluarga serta sahabat.
Tak perlu tunggu benar-benar cergas untuk bermula. Mulakan dengan langkah kecil mengikut kemampuan masing-masing.
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster penganjur masing-masing.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada semua keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Laut, Kuala Terengganu pagi tadi.
Lebih memilukan, tiga buah rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi mengalami kerosakan. Seorang anak muda turut dilaporkan mengalami kecederaan melecur ketika cuba menyelamatkan motosikal daripada kebakaran tersebut.
Semoga mangsa yang cedera dikurniakan kesembuhan dan seluruh keluarga yang diuji diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi musibah ini.
Terima kasih kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta semua pihak yang bertungkus-lumus dalam operasi menyelamat dan memadam kebakaran.
Penghargaan juga kepada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Payong yang segera turun menyantuni mangsa serta mengusahakan bantuan awal, termasuk menyediakan penginapan sementara kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
Insha-Allah, kebajikan keluarga yang terjejas akan terus diberikan perhatian agar mereka mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini termasuk keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap sampel petrol RON95 serta isu pampasan kepada pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan.
Turut mendapat perhatian ialah penguatkuasaan terhadap warga asing yang memandu tanpa lesen sah, selain kegiatan sindiket dadah yang memperalatkan anak muda dan graduan melalui platform dalam talian.
Selain itu, isu-isu rakyat yang lebih terperinci turut dibawa dan dibahas oleh Ahli Parlimen melalui perbahasan Jawatankuasa Belanjawan 2027 melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah.
Semua perkara yang dibangkitkan ini berkait rapat dengan keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat. Justeru, setiap persoalan memerlukan penjelasan yang tuntas, disusuli tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian yang berkesan daripada pihak kerajaan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bendera Malaysia berkibar megah di Korea!
Tahniah dan syabas kepada Haji Ahmad bin Harun atau lebih dikenali sebagai Haji Ahmad De La Temala atas kejayaan muncul juara 2026 Korea Ulsan World Traditional Archery Championship bagi acara Puta 70 Meter.
Kejayaan menewaskan wakil Mongolia, Ganzorig Bat-Erdene dalam aksi akhir merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat beliau serta keluarga malah seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia.
Bermula dari Kampung Temala dan kini menetap di Rusila, Marang, beliau membuktikan bahawa anak negeri ini juga mampu bersaing dan mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Lebih bermakna, kejayaan ini turut mengangkat seni memanah tradisional sebagai warisan yang mempunyai tempat di pentas dunia.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengasah bakat, memelihara warisan dan berani meletakkan cita-cita setinggi mungkin. Tahniah! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meneruskan perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2027 berkaitan Kementerian Ekonomi, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perladangan & Komoditi, dan di samping perhatian kepada beberapa isu penting berkaitan keselamatan negara susulan ketegangan di rantau Asia Pasifik serta hala tuju tadbir urus universiti pascapemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam sesi soal jawab lisan, Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turut mengangkat beberapa persoalan yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Semoga suara yang dibawa di Dewan Rakyat diterjemahkan kepada tindakan dan penyelesaian yang memberikan manfaat sebenar. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Oktober 2026 menjadi bulan yang padat dengan kerja dan amanah.
Sepanjang bulan ini, saya bersama rakan-rakan Menteri Besar SG4, pemain industri dan ahli akademik membincangkan hala tuju ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Saya juga berpeluang bertemu dengan para duta dan wakil negara sahabat untuk meluaskan ruang kerjasama supaya manfaatnya turut dirasai oleh perusahaan tempatan dan rakyat kita.
Di Dewan Rakyat, saya terus menyuarakan keperluan agar peruntukan pembangunan lebih adil dan ikut keperluan sebenar negeri. Di Melaka pula, kita bersama jentera Perikatan Nasional dan rakan Barisan Nasional untuk menghadapi PRN dengan tertib, berhujah dengan fakta dan menghormati lawan.
Semua ini dengan satu tujuan iaitu memastikan setiap usaha benar-benar memperbaiki kehidupan rakyat. Seperti pesan Buya Hamka, "Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja." Kerja kita mesti ada makna dan memberi manfaat kepada orang lain.
Terima kasih kepada semua yang bersama sepanjang perjalanan ini. Banyak lagi amanah menanti, insha-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa isu berkepentingan awam dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang, khususnya berkaitan keselamatan negara dan kepentingan masyarakat.
Antaranya termasuklah keperluan memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk negara bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah dan barangan terlarang, selain persoalan mengenai perubahan dasar tapisan filem klasifikasi PG18 serta hala tuju industri perfileman negara.
Kedua-dua perkara ini bukan sekadar persoalan dasar, tetapi turut menyentuh aspek keselamatan, pembentukan nilai masyarakat dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kepentingan awam terus terpelihara.
Setiap dasar perlu diteliti dari sudut kesan dan implikasinya kepada rakyat. Peranan Parlimen bukan sekadar membahaskan sesuatu perkara, tetapi memastikan setiap persoalan mendapat perhatian, penjelasan dan tindakan yang sewajarnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ukuran akhir dasar bukan sekadar laporan pencapaian, tetapi peluang pekerjaan, pendapatan lebih stabil dan kehidupan lebih baik untuk rakyat. Itulah amanah pembangunan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerjasama Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis bertujuan menggabungkan kekuatan wilayah, membangunkan perusahaan dan meningkatkan sumbangan kepada ekonomi nasional.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Model ekonomi yang lebih adil dan makmur mesti berpaksikan kehidupan rakyat. Pertumbuhan, produktiviti dan tadbir urus hanyalah bermakna apabila meningkatkan kesejahteraan semua.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Mike Walsh, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia dan Tuan Yang Terutama Ajay Sharma CMG, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia tempoh hari menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang.
Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuh dan membuka lebih banyak peluang kerjasama khususnya dalam bidang pelaburan, pendidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan ekonomi yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat, negeri dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramai pelabur bertanya, "kenapa proses kelulusan di peringkat negeri begitu ketat?" Hakikatnya, kita berada dalam perahu yang sama.
Saya akui, mana-mana kelemahan di pihak kita, itu salah kita dan kita terus memperbaikinya. Namun, kita juga berdepan realiti seperti banyak cadangan yang tidak serius, ada yang tiada dana, ada yang sekadar mahu surat kelulusan untuk dibawa ke bank, malah ada penipuan dari awal. Ditambah pula dengan permohonan tanpa dokumen lengkap, projek yang gagal disiapkan dan pertindihan kuasa antara agensi negeri dan persekutuan.
Kita ketat bukan kerana mahu menyusahkan. Kita ketat kerana tanah dan sumber ini amanah rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengikuti persidangan Dewan Rakyat hari ini yang dimulakan dengan sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan sebelum diteruskan dengan perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa.
Pelbagai isu berkepentingan rakyat dan negara dibangkitkan, merangkumi pembangunan industri strategik, sektor ekonomi, kesihatan, pelancongan serta keselamatan. Perbahasan Belanjawan pula memberi ruang kepada penelitian lebih mendalam terhadap peruntukan kementerian, keutamaan pembangunan dan keberkesanan pelaksanaan dasar.
Semoga setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan dapat diterjemahkan kepada penambahbaikan dasar dan tindakan yang membawa manfaat kepada seluruh rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bersama cucu girl yang pertama, empat lagi adalah boys. Perasaan yang sangat indah.
Here in mine arms lies my first granddaughter, blessed with four grandsons besides. O, what wondrous joy doth fill my heart! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, dapat bertemu mata dan beramah mesra dengan anak-anak perantau Terengganu yang berada di Melaka. Walaupun jauh dari kampung halaman, hubungan dan rasa kasih kepada negeri kelahiran pastinya tetap dekat di hati.
Saya berharap semua perantau Terengganu terus menjadi duta negeri di mana sahaja berada, membawa nama baik Terengganu serta memperkenalkan budaya, adat dan keunikan masyarakat kita kepada orang lain. Teruslah menjaga hubungan sesama anak perantau dan kekalkan jati diri sebagai anak Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kekuatan sumber asli SG4 mesti dimanfaatkan untuk membina pemprosesan, teknologi, industri hiliran dan penyertaan syarikat tempatan, dengan perlindungan alam sekitar yang tegas.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ekonomi yang adil ialah ekonomi yang berkembang dengan ruang untuk semua komuniti, sambil memberi keutamaan kepada golongan yang paling memerlukan tanpa mengira latar belakang.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini bermulanya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) buat anak-anak Tahun 5.
Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, mempermudah segala urusan dan melancarkan setiap jawapan sepanjang peperiksaan berlangsung.
Buat anak-anak semua, jawab dengan teliti dan penuh yakin. Semoga segala ilmu dan usaha yang dicurahkan selama ini membuahkan kejayaan serta menjadi bekalan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat.
Semoga berjaya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Nilai pelaburan tidak wajar berhenti pada angka pengumuman. Ia perlu melahirkan pembekal tempatan yang berdaya saing, pekerjaan lebih baik dan pendapatan yang sampai kepada masyarakat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Baru-baru ini, beberapa diplomat EU bertanya kepada saya tentang rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas antara EU dan Malaysia. Jawapan saya jelas. Kita mahu bekerjasama dan mahukan manfaat bersama, bukan hanya untuk syarikat EU, tetapi juga untuk perusahaan dan perniagaan tempatan kita supaya mereka turut makmur dan mampu bersaing di peringkat global.
Angka pelaburan, inflasi dan KDNK mungkin kelihatan cantik, tetapi jika rakyat biasa dan industri kecil tidak merasainya, ia tidak bermakna apa-apa. Kita tidak akan menyelesaikan semua masalah dalam sehari, sama seperti Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Marilah kita teruskan dengan kajian yang serius, dialog yang membina dan kerjasama yang praktikal.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Cadangan formula penyamaan fiskal dan pembangunan antara negeri bertujuan mewujudkan agihan yang lebih telus, konsisten serta responsif kepada keperluan rakyat dan wilayah.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dasar ekonomi hari ini perlu menjaga kesejahteraan generasi akan datang. Pembangunan mesti menyediakan peluang dan ganjaran yang setimpal kepada bakat muda di tanah air.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keadilan membuka peluang kepada semua, manakala keupayaan memastikan peluang itu boleh diterjemahkan menjadi hasil sebenar. Kedua-duanya mesti menjadi asas pembangunan ekonomi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tanggungjawab kita ialah memperbaiki kehidupan rakyat yang kita khidmati. Saya mahu anak-anak muda SG4 mempunyai kemahiran dan peluang untuk membina masa depan di negeri sendiri, tanpa perlu berhijrah jauh dari kampung halaman, namun tetap bebas merebut peluang di mana sahaja yang mereka pilih.
Pada masa yang sama, perusahaan kecil kita perlu berpeluang menjadi pembekal yang dipercayai kepada industri besar, manakala petani dan nelayan wajar menikmati akses pasaran yang lebih baik dan pendapatan yang lebih terjamin. Inilah hasil yang memberi makna sebenar kepada dasar ekonomi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pengukuhan ekonomi negeri bukan persaingan dengan Persekutuan. Apabila negeri lebih produktif, manfaatnya turut menyumbang kepada kekuatan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Gembira dapat bertemu dan meluangkan masa bersama anak-anak Terengganu yang kini menetap di Melaka.
Walaupun sudah lama berada di perantauan, hubungan dengan negeri kelahiran dan kampung halaman pastinya tidak pernah terputus. Dalam pertemuan ini, banyak perkara dapat dikongsi, bertanya khabar dan mendengar sendiri perkembangan serta pengalaman mereka di sini.
Terima kasih atas kesudian hadir dan sambutan yang cukup mesra. Insha-Allah, di mana sahaja kita berada, hubungan sesama anak Terengganu perlu terus dijaga. Semoga semua anak-anak perantau sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Suasana mesyuarat berlangsung dalam semangat yang positif, dengan komitmen dan kerjasama yang baik daripada seluruh pimpinan.
Menjelang PRN Melaka, kita akan terus memperkukuh kesepaduan, menyelaras gerak kerja dan memastikan jentera PN berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik.
Terima kasih kepada semua pimpinan dan petugas atas kesungguhan yang ditunjukkan.
Insha-Allah, kita terus melangkah bersama.
#perikatannasional #prnmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana penamaan calon DUN N.17 Bukit Katil hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran ramai penyokong.
Rakyat Melaka, berikanlah sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN).
Ke arah Melaka dan Malaysia yang sejahtera.
#prnmelaka
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana penamaan calon PRN Melaka hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di pusat-pusat penamaan calon.
Di DUN Bukit Katil, suasana turut ceria dengan kehadiran jentera dan penyokong yang memberikan sokongan kepada calon PN, mencerminkan semangat serta komitmen dalam menghadapi pilihan raya kali ini.
Kesemua calon PN telah selesai menjalani proses penamaan calon bagi kerusi yang ditandingi. Semoga semua calon diberikan kelancaran dalam membawa amanah dan memperjuangkan kepentingan rakyat Melaka.
Kepada penyokong yang hadir di pusat penamaan calon hari ini, kongsikan gambar suasana di kawasan masing-masing dalam ruangan komen. Kita sama-sama merakam detik PRN Melaka ini.
#prnmelaka
#perikatannasional
#bukitkatil -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung kasih KDYMM Tengku Muhammad Ismail, Pemangku Raja Terengganu atas keberangkatan Tuanku merasmikan Malaysian Open – The Royal Patron's Cup 2026 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.
Lebih 250 atlet dari dalam dan luar negara bersaing dalam kejohanan boling padang bertaraf "Gold" World Bowls ini. Selamat maju jaya buat semua peserta.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Projek yang baik akan kekal sebagai cadangan sahaja jika pembiayaannya lemah.
Oleh sebab itu, kita boleh meneroka Hab Kewangan Islam SG4 bagi menghubungkan modal patuh Syariah dengan pelaburan produktif di empat negeri kita daripada sukuk hijau untuk tenaga boleh baharu hingga pembiayaan yang mudah diakses untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, menghadiri Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat hari ini.
Sementara itu, proses penamaan calon PRN Melaka hari ini menyaksikan lima calon Perikatan Nasional (PN) disahkan bertanding di DUN Paya Rumput, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang dan Bemban.
Insya-Allah, PN akan terus memperkukuh gerak kerja dan memastikan kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi pilihan raya ini.
Terima kasih kepada seluruh pimpinan dan petugas atas komitmen yang diberikan.
#perikatannasional #prnmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Peluang untuk berjaya tidak wajar ditentukan oleh lokasi atau negeri kelahiran. Setiap wilayah mesti diberi ruang yang adil untuk berkembang dan menikmati kemajuan negara.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Struktur yang kita guna pakai hari ini dibina pada tahun 1957. Sebab itu dalam perbahasan Belanjawan 2027, saya mencadangkan Formula Penyamaan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri, supaya peruntukan pembangunan lebih telus, konsisten, ikut keperluan sebenar dan jauh daripada sentimen politik. Negeri yang lebih kukuh akan membina Malaysia yang lebih kukuh.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas kepada seluruh pemenang serta penerima Anugerah Apresiasi Media Terengganu 2026 yang berlangsung malam tadi.
Saya amat berbesar hati dengan penganjuran majlis ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap komitmen dan sumbangan pengamal media yang selama ini memainkan peranan penting dalam merakam, melaporkan dan menyampaikan perkembangan negeri kepada masyarakat.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama pada malam tersebut berikutan pertindihan jadual dengan pengumuman calon Perikatan Nasional bagi PRN Melaka.
Kepada seluruh warga media, teruskanlah menjadi perakam sejarah dan penyampai kebenaran. Dalam landskap komunikasi yang semakin mencabar, ketepatan fakta, integriti dan tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat perlu terus menjadi pegangan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak terutama Urus Setia Penerangan Darul Iman sebagai penganjur menjayakan program ini -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertumbuhan ekonomi hanya bermakna apabila rakyat dapat merasainya dalam kehidupan seharian. Ukur kejayaan bukan pada angka semata-mata, tetapi pada pekerjaan, pendapatan dan kos sara hidup yang lebih baik.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap negeri SG4 membawa kekuatan yang berbeza. Tugas kita ialah memahami bagaimana kekuatan itu boleh saling melengkapi. Melalui Koridor Ekonomi Bersepadu SG4, kita mahu kenal pasti peluang, selesaikan halangan pelaksanaan dan bantu syarikat tempatan menyertai rantaian bekalan serantau, supaya rakyat empat negeri sama-sama merasai hasilnya.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kemenangan tidak akan sampai sebelum kita tiba ke garisan penamat, iaitu hari pengundian. Jangan kita rasa selesa dengan apa juga kedudukan kita.
Sama-sama kita bekerja keras, bukan di tempat kita bertanding sahaja, tetapi juga di tempat rakan kita bertanding supaya kemenangan besar boleh kita capai dalam pilihan raya di Melaka ini.
Kita buktikan bahawa kita sangat serius dalam agenda penyatuan ummah dan kebersamaan dengan seluruh masyarakat yang ingin menyokong kerjasama Perikatan Nasional bersama dengan Barisan Nasional.
#perikatannasional
#muafakatnasional
#prnmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri Melaka.
Pengisytiharan ini menandakan bermulanya langkah calon-calon PN untuk menggalas amanah dan membawa suara rakyat Melaka. Setiap calon memikul tanggungjawab untuk memahami keperluan rakyat, memperjuangkan kepentingan negeri serta menawarkan penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi.
Janganlah kita berasa selesa dengan apa jua kedudukan kita. Marilah sama-sama kita bekerja keras, bukan sahaja di kawasan yang kita bertanding sebagai bukti bahawa kita serius dengan agenda penyatuan ummah.
Kepada yang diberikan amanah untuk bertanding, pencalonan ini bukanlah satu kemegahan, tetapi satu tanggungjawab yang besar. Kerja keras daripada setiap calon dan seluruh jentera amat diperlukan.
Kepada semua jentera, marilah kita merapatkan saf dan menyatukan langkah. Pikullah amanah ini dengan rendah diri, berkempenlah dengan tertib, berhujahlah dengan fakta, peliharalah adab dan hormatilah lawan. Tunjukkan bahawa kita berjiwa besar dalam pilihan raya ini. Biarlah ketegasan kita disertai kebijaksanaan dan semangat kita dipandu oleh rasa tanggungjawab.
Buat seluruh rakyat Melaka, marilah kita bersama-sama menyertai proses demokrasi ini dengan menilai rekod, gagasan dan tawaran setiap calon demi menentukan hala tuju negeri untuk masa hadapan.
Semoga semua urusan dipermudahkan dan Pilihan Raya Negeri Melaka berlangsung dengan lancar serta harmoni. Muafakat Melaka, kembalikan sejarah gemilang.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Memperkenalkan barisan calon Perikatan Nasional (PN) yang bersedia membawa perubahan buat rakyat Negeri Melaka.
Kepada yang diberikan amanah untuk bertanding, pencalonan ini bukan satu kemegahan, kerja keras daripada semua calon adalah sangat perlu dan merupakan satu tanggungjawab yang besar.
Kita menawarkan politik yang matang, bersih dan sejahtera, serta bersungguh-sungguh membela seluruh rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik. Dengan iltizam untuk memperkasa ekonomi, memperkukuh tadbir urus dan memperjuangkan kepentingan rakyat, calon-calon kita tampil untuk menggalas amanah serta membawa aspirasi rakyat Melaka.
Semoga usaha ini menjadi langkah ke arah masa depan Melaka yang lebih maju, sejahtera dan terjamin.
#prnmelaka
#perikatannasional
#muafakatmelaka
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah sebentar lagi kita akan umumkan calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang akan membawa suara rakyat Negeri Melaka.
Nantikan.
#prnmelaka
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Melaka untuk hadir memeriahkan Sesi Temu Mata Perantau Melaka bersama Pimpinan Kerajaan Terengganu pada Sabtu (31 Oktober 2026) ini bertempat di D’Villa Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Pertemuan ini akan menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan serta mendengar perkembangan dan kebajikan anak-anak Terengganu di perantauan. Imbas kod QR yang disediakan pada poster bagi mengesahkan kehadiran.
Jumpa di sana, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengikuti persidangan Dewan Rakyat hari ini yang diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat dasar.
Rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang turut membangkitkan pelbagai isu penting, antaranya pembangunan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal, perlindungan rakyat daripada penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) serta usaha memperkukuh kedaulatan teknologi negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.
Semoga setiap persoalan yang dibangkitkan mendapat perhatian dan penjelasan sewajarnya, seterusnya disusuli dengan dasar dan tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, saya turut mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Ajay Sharma CMG, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan hubungan yang telah terjalin menerusi pertemuan terdahulu, sekali gus memperkukuh persefahaman dan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Saya menghargai hubungan baik yang telah dibina dan berharap ia terus membuka ruang kepada kerjasama yang lebih bermakna, khususnya dalam bidang pelaburan, pendidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan ekonomi yang turut memberi manfaat kepada Terengganu.
Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama atas kesudian meluangkan masa untuk pertemuan ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Mike Walsh, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia.
Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh persefahaman serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama, khususnya ekonomi, pendidikan dan pembangunan strategik.
Saya berharap pertemuan ini menjadi langkah awal ke arah hubungan kerjasama yang lebih erat dan membuka peluang baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Terima kasih atas kunjungan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya percaya sudah tiba masanya kita mempertimbangkan Model Ekonomi Malaysia yang diperbaharui dengan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama. Usaha ini perlu dibina berasaskan dasar sedia ada, disertai penambahbaikan yang lebih menyeluruh bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, memperkukuh perusahaan tempatan serta menggalakkan industri bernilai tinggi dan penggunaan teknologi.
Pembangunan ekonomi juga perlu mengambil kira kekuatan dan keperluan berbeza setiap wilayah, disokong oleh tadbir urus yang baik serta pengurusan sumber awam yang bertanggungjawab. Selari dengan Maqasid Syariah, kemajuan yang dicapai mestilah memelihara maruah insan, menjunjung amanah dan memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk generasi akan datang.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, malam ini saya akan bersama-sama dalam Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Detik ini menandakan permulaan satu lagi langkah penting dalam perjalanan kita memikul amanah dan harapan rakyat.
Saya juga ingin mengajak semua untuk bersama-sama menyaksikan siaran langsung program ini di laman Facebook saya. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberkati setiap langkah kita dalam membawa suara serta aspirasi rakyat Melaka.
#perikatannasional
#prnmelaka2026
#kembalikansejarahmelaka
#pengisytiharancalon
#pnmelaka -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
In the recent debate on the Supply Bill 2027, I emphasised two principles: fairness and capability. We need both.
Fairness means that every citizen and every state has a meaningful opportunity to enjoy the nation’s development, wherever they may live. Capability means having the institutions, skills, infrastructure and funding to turn that opportunity into results.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, pertemuan bersama empat wakil diplomatik dari India, Kanada, Singapura dan Amerika Syarikat membuka ruang untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan pelancongan.
Hubungan diplomatik yang kukuh menjadi asas penting dalam membina kepercayaan, memperluas peluang dan mempererat kerjasama antara negara. Insha-Allah, hubungan yang terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama serta kesejahteraan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, saya telah menerima kunjungan hormat daripada empat wakil diplomatik dalam pertemuan berasingan.
Mereka ialah TYT Somnath Ghosh, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, PYT Jodi Robinson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Mr. David H. Gamble Jr., Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Perbincangan menyentuh potensi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi, tenaga dan pelancongan. Terengganu mempunyai ruang yang luas untuk memperkukuh hubungan antarabangsa serta menarik peluang baharu yang mampu merancakkan ekonomi negeri.
Bagi saya, hubungan baik dengan negara luar perlu diterjemahkan kepada hasil yang nyata, khususnya dalam membuka peluang ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kita sentiasa terbuka kepada kerjasama strategik yang saling menguntungkan dan membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat, negeri dan negara. Terima kasih atas kunjungan dan kesudian berkongsi pandangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selepas menyelesaikan urusan rasmi di Terengganu pada sebelah pagi, saya meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kemaman di Dewan Rakyat pada sebelah petang.
Dalam setiap ruang perbahasan dan proses membuat keputusan, kepentingan rakyat perlu terus menjadi keutamaan. Semoga segala usaha yang dilaksanakan menyumbang kepada pembentukan dasar yang adil, pembangunan yang seimbang dan kesejahteraan rakyat yang berpanjangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung kasih KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin atas limpah perkenan Tuanku berangkat merasmikan Seminar Biodiversiti Terengganu 2026.
Seminar Biodiversiti Terengganu 2026 yang bertemakan “Acting Locally for Global Impact: Empowering Terengganu’s Biodiversity for Global Sustainability" menjadi wadah penting untuk memperkukuh usaha pemeliharaan biodiversiti negeri melalui pendekatan berasaskan ilmu, tadbir urus yang berkesan dan kerjasama pelbagai pihak.
Terengganu dikurniakan khazanah alam yang amat bernilai daripada hutan dan kawasan paya bakau hinggalah ekosistem marin. Amanah kita adalah memastikan kekayaan ini terus terpelihara, seiring dengan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Saya berharap perbincangan seminar ini dapat menghasilkan cadangan yang praktikal demi kelestarian alam, pengukuhan komuniti setempat serta masa depan generasi akan datang.
Junjung kasih, Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bersempena Majlis Perasmian Kejohanan Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup 2026 di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Kejohanan yang berlangsung dari 25 hingga 31 Oktober ini menghimpunkan lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara serta mendapat pengiktirafan bertaraf Gold daripada World Bowls, sekali gus menawarkan peluang kepada atlet mengumpul mata ranking dunia.
Penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa ini turut memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai destinasi penganjuran acara sukan di samping membuka ruang kepada atlet tempatan menimba pengalaman dan bersaing dengan pemain terbaik dunia.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ikuti ucapan penuh saya untuk memahami pendekatan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan dan pemeliharaan biodiversiti berjalan seiring demi masa depan Terengganu yang mampan sempena Seminar Biodiversiti Terengganu 2026 yang membawa tema “Acting Locally for Global Impact: Empowering Terengganu’s Biodiversity for Global Sustainability”.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Semoga setiap keputusan dan perancangan yang dibuat terus memacu pembangunan negeri serta memberi manfaat kepada rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selama berdekad-dekad, kita ukur kejayaan ekonomi dengan angka seperti GDP, pelaburan, eksport dan lain-lain. Angka itu penting tetapi bagi rakyat biasa di jalanan, angka itu sering tidak bermakna apa-apa.
Penerima Nobel Ekonomi seperti Abhijit Banerjee dan Joseph Stiglitz sudah lama mengingatkan bahawa kenaikan GDP tidak semestinya memperbaiki taraf hidup. Ukuran sebenar ialah pekerjaan yang stabil, akses kesihatan, kualiti pendidikan dan pengagihan kekayaan.
Rakyat tidak hidup dalam GDP. Rakyat hidup dengan sewa rumah, harga makanan, kos pengangkutan dan yuran sekolah anak-anak. Graduan muda yang belum bekerja pula tidak merasai kadar pertumbuhan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
SG4 tidak bersaing dengan sesiapa. SG4 berharap menjadi nilai tambah kepada Malaysia.
Moga usaha ini dipandu Allah SWT dan diberikan kejayaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, pagi tadi menghadiri SG4 Business and Economic Forum 2026, diikuti dengan tanggungjawab di Dewan Rakyat pada sebelah petang sebagai Ahli Parlimen Kemaman.
Semoga setiap usaha, perbincangan dan keputusan yang diangkat menjadi asbab kepada kemajuan negara, kesejahteraan rakyat serta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atas amanat yang begitu bermakna di Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026, yang disampaikan bagi pihak beliau oleh anakanda beliau, YBhg. Tan Sri Datuk Mokhzani Mahathir. Mesejnya jelas: Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis mesti membuka potensi ekonomi masing-masing dan tidak lagi ketinggalan.
Dengan 5.7 juta penduduk, tanah yang luas dan aset semula jadi yang bernilai, SG4 mempunyai asas untuk menjadi wilayah ekonomi yang kukuh. Namun, sumber semata-mata tidak akan membawa kemakmuran. Unsur nadir bumi mesti melahirkan industri bernilai tambah, pertanian mesti lebih berorientasikan komersial, manakala sektor pembuatan, industri hiliran dan perdagangan rentas sempadan mesti membuka ruang pertumbuhan baharu.
Sebagaimana yang diingatkan oleh Tun, aset terbesar SG4 bukan terletak di bawah tanahnya tetapi pada rakyatnya. Rakyat empat negeri ini telah membuktikan kebolehan keusahawanan mereka di seluruh Malaysia. Tugas kita sekarang ialah membina ekosistem yang membolehkan mereka berjaya di negeri sendiri.
Tun turut menegaskan bahawa kejujuran, integriti dan kerja keras mesti menjadi teras kemajuan ekonomi, manakala rasuah, jalan pintas dan mentaliti mahu cepat untung hanya akan menjejaskan pembangunan. SG4 memerlukan kepimpinan yang berani, pengurusan yang profesional, inovasi dan komitmen penuh terhadap perubahan. Akhirnya, kejayaan mesti diukur berdasarkan sejauh mana pertumbuhan ekonomi memperbaiki kehidupan rakyat kita.
Potensinya ada. Sumbernya ada. Rakyatnya ada. Kini tiba masanya untuk menukar potensi menjadi kemakmuran.
Terima kasih, Tun, atas hikmah, bimbingan dan keprihatinan Tun yang tidak pernah luntur terhadap masa depan negara kita. Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan yang baik, usia yang panjang lagi berkat serta kekuatan untuk terus berbakti kepada ummah dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menyampaikan Ucapan Pembukaan di Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 di hadapan para diplomat, wakil Kesatuan Eropah, pemain industri, ahli akademik serta rakan-rakan Menteri Besar.
Kita perlu meluaskan cara kita mengukur kejayaan ekonomi. Pertumbuhan KDNK, pelaburan dan eksport memang penting tetapi semuanya kurang bermakna jika keluarga masih terbeban dengan sewa rumah, harga makanan dan kos pengangkutan. Seorang graduan muda yang menganggur tidak dapat merasai manfaat pertumbuhan ekonomi. Ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar sejauh mana ekonomi berkembang, tetapi sejauh mana pertumbuhan itu memperbaiki kehidupan rakyat kita.
Atas sebab itu, saya menekankan dua prinsip iaitu keadilan dan keupayaan. Keadilan bermaksud setiap komuniti, wilayah dan generasi mempunyai peluang yang tulen untuk menikmati manfaat kemajuan negara. Tempat seseorang dilahirkan tidak sepatutnya menentukan potensinya dan generasi akan datang wajar mewarisi ekonomi yang menghargai bakat dan kerja keras, bukannya beban yang tidak mampan. Keupayaan pula memerlukan institusi yang kukuh, infrastruktur yang boleh diharap, tenaga kerja yang mahir, akses kepada pembiayaan dan tadbir urus yang berkesan, yang digerakkan melalui kepercayaan dan penyelarasan yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
SG4 yang terdiri daripada Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis berpotensi menjadi enjin pertumbuhan serantau yang hebat. Terengganu mempunyai asas yang kukuh dalam industri minyak, gas dan maritim, Kelantan dalam pertanian dan industri halal, Kedah dalam semikonduktor, manakala Perlis dalam perdagangan rentas sempadan dan tenaga boleh baharu. Kira-kira 70 peratus sumber nadir bumi negara juga terletak di rantau kita dan matlamat kita ialah membangunkan industri hiliran bernilai tinggi, bukan sekadar mengeksport bahan mentah.
Saya turut mencadangkan penubuhan Hab Kewangan Islam SG4 bagi menghubungkan modal patuh Syariah dengan projek tenaga, infrastruktur dan PMKS, serta Formula Penyamaan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri bagi memastikan peruntukan pembangunan lebih telus, konsisten dan bebas daripada sentimen politik.
Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Namun, melalui kerjasama yang ikhlas dan praktikal, saya yakin SG4 mampu membantu membina Malaysia yang lebih adil dan lebih kuat, iaitu Malaysia yang meluaskan peluang, meningkatkan pendapatan isi rumah dan menjamin kemakmuran yang mampan untuk generasi akan datang. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 kepada semua calon khususnya anak-anak Terengganu.
Peperiksaan ini merupakan salah satu fasa penting dalam perjalanan menuntut ilmu. Hadapilah setiap ujian dengan tenang, penuh keyakinan dan kesungguhan. Manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari, urus masa dengan baik dan telitilah setiap jawapan sebelum diserahkan. Jangan biarkan tekanan mengatasi keyakinan terhadap usaha dan persediaan yang telah dilakukan.
Kepada semua calon, ingatlah bahawa kejayaan bukan hanya bergantung pada kebijaksanaan tetapi turut menuntut disiplin, kesabaran dan ketekunan. Teruskan berusaha, mohon doa dan restu ibu bapa serta guru-guru, di samping bertawakal kepada Allah SWT. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang baik dan menjadi langkah awal untuk melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu serta membina masa depan.
Saya mendoakan agar semua calon SPM 2026 dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan bermanfaat untuk diri, keluarga dan agama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional semalam.
Memperkukuh kebersamaan, menyelaraskan langkah. Kita terus mara, insha-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai mempengerusikan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebentar tadi. Insya-Allah, PN akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Senarai calon akan diumumkan pada 29 Oktober 2026.
Tumpuan kita kini ialah memperkukuh persiapan, memperkemas gerak kerja dan membawa tawaran terbaik untuk rakyat Melaka.
Terima kasih kepada semua pimpinan yang hadir atas pandangan dan komitmen yang diberikan. Kita terus mara dengan semangat kebersamaan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, esok saya akan bersama-sama dalam SG4 Business & Economic Forum 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.
Forum ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama ekonomi antara empat negeri SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis khususnya dalam membuka peluang pelaburan, memperluas jaringan perniagaan serta meneroka potensi pertumbuhan ekonomi bersama.
Dijemput semua untuk mengikuti siaran langsung forum ini esok, 26 Oktober 2026 bagi mengetahui lebih lanjut usaha dan perancangan dalam memperkasa kerjasama ekonomi SG4 demi manfaat bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengiktirafan ini bukan sekadar menghargai pencapaian dan khidmat bakti tetapi turut mencerminkan komitmen dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berintegriti serta mempunyai semangat kepimpinan dan kesukarelawanan. Sijil Pengakap Raja khususnya merupakan pencapaian tertinggi dalam pergerakan Pengakap Malaysia, yang menuntut kesungguhan, ketahanan diri dan penguasaan pelbagai kemahiran.
Tahniah kepada semua penerima atas pengiktirafan yang diterima. Semoga penghargaan ini menjadi dorongan untuk terus berbakti, memperkukuh semangat kepimpinan dan kesukarelawanan serta menyumbang kepada pembinaan masyarakat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah kepada EPIC Berhad atas kejayaan merangkul Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan (Kategori 4) pada Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 serta kepada empat anak syarikat Kumpulan EPIC yang menerima pengiktirafan pada 44th MSOSH Awards 2026.
Lebih membanggakan, kejayaan EPIC Berhad ini merupakan pengiktirafan AKI kedua buat Kumpulan Terengganu Inc dalam tempoh tiga tahun, selepas KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT) menerima anugerah dalam kategori yang sama pada tahun 2024. Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan syarikat milik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh prestasi perniagaan, kecemerlangan pengurusan serta amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada EPIC Berhad dan seluruh Kumpulan Terengganu Inc untuk terus meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh daya saing serta memacu pertumbuhan yang mampan. Kejayaan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri bukan sekadar diukur melalui prestasi perniagaan tetapi juga melalui sumbangannya dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada Rusila FC atas kejayaan muncul juara Piala YAB ADUN Rhu Rendang 2026 selepas menewaskan Kijing FC dengan keputusan 4-0 pada aksi akhir.
Penghargaan juga kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, urus setia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini dari awal hingga akhir.
Lebih daripada sekadar persaingan untuk meraih kejuaraan, kejohanan seperti ini menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan budaya sukan dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Syabas.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إنا لله وإنا إليه راجعون
Patik serta seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja atas kemangkatan Yang Amat Mulia Dato’ Seri Dr. Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pada pagi ini, Sabtu, 24 Oktober 2026.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhum, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Almarhum dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga dan kerabat diraja dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
Sehubungan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu telah mengampuni perkenan tempoh berkabung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 Oktober 2026. Seluruh rakyat Terengganu dipohon menghormati tempoh berkabung ini serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, termasuk ketetapan pakaian ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari Jumaat merupakan hari yang istimewa buat umat Islam. Antaranya, terdapat satu waktu mustajab doa yang wajar kita rebut dengan memperbanyakkan doa dan memohon segala kebaikan daripada Allah SWT.
Daripada Jabir bin Abdullah R.A., Rasulullah SAW bersabda:
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai dua belas jam. Padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas Asar.”
(Riwayat al-Nasa’i, hadis no. 1389; dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Nata’ij al-Afkar, 2/436)
Marilah kita manfaatkan waktu selepas Asar pada hari ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar dan selawat ke atas Rasulullah SAW. Mohonlah keampunan, kesejahteraan buat keluarga, keberkatan rezeki serta kebaikan untuk seluruh umat Islam.
Semoga Allah SWT menerima doa-doa kita dan mengurniakan kebaikan di dunia serta di akhirat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar perbicaraan di Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan penggantungan notis ROS bagi pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional.
Alhamdulillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KENYATAAN MEDIA
PN TETAP TEGUH, FOKUS PRN MELAKA
Alhamdulillah, kita bersyukur atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menggantung notis ROS berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional.
Pendirian PN jelas. Kita berada pada landasan yang benar dalam mempertahankan hak melalui saluran undang-undang. Usaha pihak yang mahu memadamkan PN tidak akan mematahkan tekad kita. PN tetap teguh dan perjuangan ini akan diteruskan.
Terima kasih kepada semua atas doa, sokongan dan kesabaran, serta pasukan peguam atas usaha gigih mereka. Kita terus menghormati proses undang-undang yang berjalan dan akan mempertahankan hak kita dengan tegas.
Kini, seluruh jentera mesti memberikan tumpuan penuh kepada PRN Melaka. Perkukuh persiapan, eratkan kerjasama dan bawa tawaran terbaik untuk rakyat. Kita terus mara.
DATO’ SERI IR. DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi Perikatan Nasional
22 Oktober 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meninjau pengurusan sisa pepejal dan kumbahan di Pasir Panjang, Pulau Redang. Isu ini memerlukan penyelesaian yang tuntas dan konsisten demi kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan sektor pelancongan negeri.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat ulang tahun ke-79 buat Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang atau lebih dikenali sebagai Ayoh Cik. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat usia yang dikurniakan kepada Ayoh Cik.
Bagi saya, Ayoh Cik ialah sebuah gedung ilmu yang bergerak, tempat kita menimba ilmu hari demi hari. Sepanjang berpeluang mengembara bersama beliau, saya dapat melihat sendiri komitmen dan disiplin yang tinggi dalam menuntut serta menyampaikan ilmu. Tidak kira ketika sihat mahupun kurang sihat, Ayoh Cik tetap bangkit awal pagi untuk menghadap komputer ribanya, membaca berita, meneliti pelbagai bahan dan membaca kitab-kitab sebelum menterjemahkan hasil pembacaannya ke dalam bentuk penulisan.
Apa yang luar biasa, kesungguhan ini tidak terhenti kerana faktor usia mahupun keadaan kesihatan. Ayoh Cik terus menulis dan berkongsi ilmu untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Inilah satu keistimewaan yang amat bernilai untuk kita teladani. Ilmu tidak sekadar dikumpulkan, tetapi perlu terus disampaikan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Terbaharu, pelancaran kitab Tafsir Al-Tibyan oleh Ayoh Cik menjadi satu lagi sumbangan bermakna dalam usaha menyebarluaskan kefahaman terhadap al-Quran. Semoga karya ini menjadi sumber ilmu dan panduan kepada umat Islam di samping segala penulisan serta sumbangan beliau terus memberi manfaat dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Sempena ulang tahun ini, sama-sama kita doakan agar Allah SWT terus mengurniakan Ayoh Cik kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan usia. Semoga beliau sentiasa berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT, serta terus diberikan kesempatan untuk mencurahkan ilmu demi manfaat ummah dan generasi akan datang.
Selamat ulang tahun, Ayoh Cik. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan tanpa lelah buat semua terutama umat Islam. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Apa yang berlaku sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah adalah satu tindakan luar biasa. Memang luar biasa, yang boleh jadi luar tabii.
Semua tindakan yang selari dengan garis masa sebelum pengisytiharan calon pilihan raya Melaka, dalam keadaan pihak SPR baru dua hari lalu menghantar surat kepada "PN" untuk memberi respon penggunaan logo "PN" adalah jelas bermotifkan ketakutan kepada gabungan ini.
Ingatlah, gelombang rakyat tidak akan mudah padam dengan tindakan orang politik yang berselindung di sebalik kuasa.
Apatah lagi mana-mana individu politik yang menjadikan "akan diusahakan pengharaman ini" sebagai key performance indicator (KPI) untuk bersama pihak yang kami hadapi dalam pilihan raya.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah atas kesempatan yang diberikan untuk membahaskan Belanjawan 2027.
Perbahasan belanjawan bukan sekadar soal angka dan peruntukan tetapi turut membawa suara rakyat serta mengangkat persoalan tentang keadilan, peluang dan masa depan negara.
Saya menekankan pentingnya keadilan dalam pembangunan dan keupayaan untuk memastikan setiap dasar serta peruntukan diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat tanpa mengira negeri atau latar belakang.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelumba berbasikal trek para yang berasal dari Marang, Saudara Zuhairie Ahmad Tarmizi atas kejayaan merangkul pingat emas sulung negara di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya sekali gus melakar sejarah dengan memecahkan rekod temasya.
Kejayaan ini pastinya menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dan Malaysia. Ia membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan kesungguhan mampu membawa seseorang melangkaui batas kemampuan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain untuk terus berusaha, berani memasang impian dan membuktikan kemampuan di pentas dunia.
Saudara Zuhairie juga memperoleh Anugerah Olahragawan Para dalam Anugerah Sukan Terengganu bagi Sesi 2024/2025.
Syabas Zuhairie! Terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Mesyuarat Majlis Halal Negeri Terengganu bagi memperhalusi perancangan dan hala tuju pembangunan industri halal negeri termasuk aspek pensijilan, penyelarasan agensi serta pengukuhan sokongan kepada usahawan dan pemain industri.
Industri halal mempunyai ruang yang besar untuk dikembangkan sebagai salah satu pemacu ekonomi baharu Terengganu. Justeru, ekosistem yang lebih tersusun perlu dibangunkan supaya usahawan tempatan bukan sahaja mampu memenuhi keperluan pasaran, malah berpeluang membawa produk Terengganu ke peringkat yang lebih luas, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Shazwani Mohd. Salleh, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman atas pengiktirafan sebagai salah seorang FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems & Rural Development oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO PBB).
Lebih membanggakan, beliau terpilih daripada 609 pencalonan yang melibatkan 131 negara. Pengiktirafan ini merupakan inisiatif global FAO yang diperkenalkan sempena Tahun Antarabangsa Wanita Peladang 2026 bagi menghargai sumbangan penting 100 wanita dalam sektor pertanian, sistem agromakanan dan pembangunan luar bandar di seluruh dunia.
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna sekali gus mengharumkan nama Negeri Terengganu dan Malaysia. Kejayaan ini membuktikan bahawa sumbangan anak negeri dalam sektor pertanian dan pembangunan luar bandar turut mendapat perhatian serta pengiktirafan di persada dunia.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk terus melakar kecemerlangan dan menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap rakyat, di mana jua mereka berada, perlu mempunyai peluang yang setara untuk berkembang maju, termasuk mereka yang tinggal di negeri pembangkang.
Inilah antara ukuran yang saya tekankan dalam menilai Belanjawan 2027: kewangan negara yang kukuh, pembangunan seimbang dan hubungan Persekutuan-negeri berasaskan kepercayaan.
Perbezaan politik tidak sepatutnya menjadi kebimbangan dalam usaha membangunkan negeri dan memenuhi keperluan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pendirian yang konsisten, diplomasi yang matang dan keberanian mempertahankan prinsip merupakan asas kepada keyakinan dunia terhadap Malaysia. Kita mahu negara ini terus memainkan peranan yang bermakna di peringkat antarabangsa, dengan setiap keputusan dibuat secara teliti demi keselamatan, kemakmuran dan masa depan rakyat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerjasama dengan BRICS perlu membawa manfaat nyata kepada Malaysia melalui perdagangan, pelaburan dan teknologi, dengan petunjuk prestasi serta pelaporan kepada Dewan supaya hasilnya dapat dinilai.
Pada masa yang sama, risiko konflik di Selat Hormuz terhadap harga minyak, kos logistik dan bekalan tenaga menuntut persediaan negara yang lebih kukuh, termasuk stok tenaga yang mencukupi.
Dalam perbahasan Belanjawan 2027, saya menegaskan bahawa kepentingan nasional mesti menjadi panduan: memperluas kerjasama dengan semua pihak, mengelakkan negara terperangkap dalam persaingan kuasa dunia dan melindungi rakyat daripada kejutan ekonomi luar.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam suasana ekonomi dunia yang semakin mencabar, Malaysia perlu bijak meneroka pasaran baharu dan memperkukuh hubungan dengan rakan dagang antarabangsa. Setiap peluang kerjasama perlu diteliti berdasarkan kesesuaiannya dengan keperluan dan kepentingan ekonomi negara.
Pada masa yang sama, rakyat wajar mengetahui hasil yang dicapai melalui hubungan tersebut. Penilaian yang telus membolehkan kita melihat sama ada peluang yang dibuka benar-benar menghasilkan pulangan ekonomi, memperkukuh daya saing negara dan memberi manfaat kepada perniagaan serta pekerja tempatan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh saling melengkapi.
Daripada petrokimia dan pelabuhan kepada minyak dan gas, industri maritim, perikanan serta perusahaan halal, potensi ini perlu dibangunkan secara bersepadu.
Saya berpandangan Pantai Timur wajar diberikan perhatian yang setimpal supaya dapat menyumbang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita perlu memastikan projek infrastruktur dan pembangunan industri bergerak dalam satu perancangan yang saling melengkapi. Dengan penyelarasan yang baik, Pantai Timur berpeluang menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh aktiviti ekonomi tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang untuk anak-anak tempatan membina masa depan mereka.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hubungan fiskal Persekutuan dan negeri perlu diperkukuh melalui ketelusan, akauntabiliti dan pengagihan yang adil, dengan mengambil kira kedudukan undang-undang masing-masing.
Prinsip formula yang telus juga wajar dipertimbangkan bagi merapatkan jurang pembangunan antara negeri di Semenanjung.
Formula yang jelas, semakan berkala dan pelaporan terbuka boleh membantu usaha ini dilaksanakan secara lebih konsisten.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Cadangan Formula Penyamarataan Fiskal ini wajar diberikan pertimbangan sebagai langkah ke arah sistem yang lebih tersusun. Dengan kriteria yang dipersetujui dan penilaian yang konsisten, kita dapat memperkukuh kerjasama Persekutuan-Negeri serta memastikan matlamat pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jumlah penduduk sahaja tidak menggambarkan keseluruhan keperluan pembangunan sesebuah negeri.
Keluasan kawasan, taburan penduduk dan tahap infrastruktur turut mempengaruhi kos menyediakan kemudahan asas.
Dalam perbahasan ini, saya mencadangkan mekanisme agihan sedia ada diperkukuh supaya lebih responsif terhadap perbezaan keperluan negeri, termasuk antara koridor yang maju dengan yang belum maju.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita perlu melihat pembangunan negara berdasarkan realiti yang dihadapi oleh setiap negeri. Ada negeri yang mempunyai asas ekonomi dan infrastruktur yang lebih kukuh, manakala ada negeri yang masih memerlukan pelaburan besar untuk mengejar kemajuan.
Perbezaan ini perlu diberikan perhatian dalam menentukan dasar pembangunan negara. Jika kita benar-benar mahu melihat kemajuan yang lebih seimbang, pendekatan yang digunakan mestilah mengambil kira jurang sedia ada dan membantu setiap negeri membina kekuatan ekonominya sendiri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya mencadangkan Formula Penyamarataan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri yang telus, konsisten dan berasaskan keperluan sebenar.
Empat perkara perlu diambil kira: keperluan fiskal negeri, keupayaan menjana hasil sendiri, jurang infrastruktur serta perbezaan kos pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.
Pengagihan peruntukan sewajarnya berpandukan kriteria yang jelas, bukan sentimen kepartian atau nilai keakraban.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Krisis Myanmar dan isu Rohingya memerlukan penyelesaian yang mengambil kira keselamatan negara serta tanggungjawab kemanusiaan.
Saya mencadangkan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian diperkukuh, dengan perlindungan data dan proses penentuan status yang telus.
Kerajaan juga perlu menetapkan pelan tindakan serta garis masa yang jelas, dengan membezakan status dan keadaan setiap kumpulan mengikut undang-undang yang terpakai.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
ECRL perlu dihubungkan dengan pembangunan industri dan logistik supaya manfaatnya melangkaui penyediaan infrastruktur fizikal.
Saya mencadangkan pelaksanaan Pelan Pembangunan ECER 2026–2030 dipercepat dengan menyepadukan Kuantan, Kemaman dan Tok Bali bersama kawasan perindustrian serta rangkaian ECRL.
Hubungan dengan industri hiliran, pembinaan dan pembaikan kapal, pemprosesan makanan serta tenaga baharu boleh memperluas manfaat ekonomi Pantai Timur.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hutang negara tidak semata-mata angka di dalam lembaran kewangan. Setiap pertambahan komitmen membayar hutang adalah membawa kos peluang yang perlu kita pertimbangkan.
Apabila semakin banyak wang diperlukan untuk memenuhi bayaran khidmat hutang, ruang untuk membina sekolah dan hospital, menaik taraf jalan raya, memperluas bekalan air bersih serta meningkatkan kemudahan awam boleh menjadi semakin terbatas.
Akhirnya, rakyat berisiko yang menanggung kesannya melalui pembangunan yang lebih perlahan, kemudahan yang tertangguh dan ruang bantuan yang semakin sempit. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Belanjawan 2027 menyasarkan defisit fiskal sebanyak 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan perkara ini dilihat sering menjadi fokus yang ditekankan oleh Kerajaan.
Saya berpandangan kemampanan fiskal tidak seharusnya diukur melalui penurunan defisit semata-mata. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana Kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan rakyat, membiayai pembangunan dan menghadapi krisis tanpa menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang.
Berdasarkan angka yang dibentangkan kita dapati bahawa bayaran khidmat hutang meningkat sebanyak 6.5 peratus, daripada RM57.3 bilion kepada RM61 bilion. Jumlah ini kini merangkumi 16.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan mengurus Kerajaan Persekutuan.
Pertambahan bayaran khidmat hutang sebanyak RM3.7 bilion sudah pun melebihi pertambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM2 bilion.
Dengan kata lain, pertambahan komitmen untuk membayar hutang adalah lebih besar daripada pertambahan peruntukan yang disediakan untuk pembangunan negara. Keadaan ini wajar menjadi peringatan bahawa ruang fiskal kita perlu diurus dengan lebih berhemat dan berpandangan jauh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dua negeri mungkin menerima peruntukan yang sama, tetapi keupayaan membina infrastruktur, menarik pelaburan dan meningkatkan pendapatan rakyat tidak semestinya sama.
Saya menekankan bahawa keadilan pembangunan tidak boleh dinilai melalui jumlah peruntukan sahaja. Kita juga perlu melihat jurang yang masih wujud dan kesan sebenar dasar terhadap kehidupan rakyat di setiap negeri.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keadilan tanpa keupayaan tidak membawa hasil manakala keupayaan tanpa keadilan tidak menjamin kesejahteraan yang saksama. Kedua-duanya perlu bergerak seiring demi pembangunan yang menyeluruh dan kemakmuran rakyat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama hadir ke Himpunan Taufan @l-4q$a pada hari ini sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat P4l3stin.
Hadirlah dengan semangat persaudaraan, kesatuan hati dan doa yang tidak pernah putus buat saudara kita di bumi P4|3st!n.
Semoga setiap langkah dan suara yang dizahirkan menjadi bukti bahawa mereka tidak pernah bersendirian.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hutang negara bukan semata-mata angka dalam lembaran kewangan. Setiap pertambahan komitmen membayar hutang membawa kos peluang yang perlu dipertimbangkan.
Apabila semakin banyak wang diperlukan untuk bayaran khidmat hutang, ruang membina sekolah dan hospital, menaik taraf jalan serta memperluas bekalan air bersih boleh menjadi semakin terbatas.
Sebab itu, pengurusan hutang perlu dilihat bersama kesannya terhadap kehidupan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam perbahasan Belanjawan 2027, saya membangkitkan pertambahan bayaran khidmat hutang sebanyak RM3.7 bilion, berbanding pertambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM2 bilion.
Perbandingan ini menuntut perhatian terhadap ruang fiskal negara. Disiplin kewangan perlu memastikan kerajaan terus mampu membiayai keperluan rakyat dan pembangunan, bukan hanya mencapai sasaran penurunan defisit.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Belanjawan bukan sekadar angka peruntukan. Ia perlu dinilai melalui keadilan pengagihan pembangunan dan keupayaan kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Dalam perbahasan Belanjawan 2027, saya menekankan bahawa kedua-dua prinsip ini mesti bergerak seiring. Tanpa keadilan, pembangunan tidak dirasai secara saksama. Tanpa keupayaan, janji pembangunan sukar diterjemahkan kepada kenyataan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ucapan Perbahasan RUU Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) saya dalam sidang parlimen hari ini.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 dengan membangkitkan beberapa perkara seperti isu keadilan pembangunan antara negeri, potensi strategik Pantai Timur serta kepentingan mengurus kewangan negara secara berhemat.
Semoga pandangan dan cadangan yang diketengahkan mendapat perhatian sewajarnya demi memastikan pembangunan yang lebih seimbang, ekonomi negara yang mampan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Video sorotan sepanjang September 2026. Mohon doa agar setiap usaha dipermudahkan dan sentiasa diberkati Allah SWT.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-273 di Istana Negara hari ini.
Mesyuarat ini menjadi antara wadah penting dalam membincangkan perkara berkaitan kepentingan negeri-negeri dan negara selaras dengan peranan Majlis Raja-Raja dalam sistem pemerintahan Malaysia.
Kredit foto : Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud dan Wan Rosdy bin Wan Ismail -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Amanah memimpin menuntut lebih daripada membuat keputusan, ia menuntut kesungguhan untuk memastikan keputusan itu dilaksanakan.
Usai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hadir ke Parlimen hari ini bagi mengikuti perbahasan Belanjawan 2027 selain meneliti pelbagai isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah usaha diplomatik Malaysia dalam membela rakyat P4lest1n, penyaluran bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, peningkatan kos input pertanian serta memastikan pembangunan pusat data turut membawa manfaat ekonomi kepada rakyat tempatan.
Semoga perbahasan dan persoalan yang dibangkitkan dapat memberikan penjelasan yang tuntas serta mendorong tindakan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Taufan A|-4q§4 pada 7 Oktober adalah satu peristiwa penting yang mengingatkan kita tentang penderitaan rakyat P4l3§t!n serta perjuangan mereka mempertahankan tanah air, maruah dan hak untuk hidup dengan aman dan bebas.
P@l3s+in bukan sekadar isu sebuah negara, tetapi amanah kemanusiaan yang menuntut keprihatinan seluruh umat. Selagi bumi P4l3st|n masih dijajah dan rakyatnya terus berdepan penderitaan, selagi itulah doa, solidariti dan sokongan kita tidak boleh terhenti. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kemenangan kepada rakyat P4l3§tin serta membebaskan Masjid Al-4qs4 daripada cengkaman penjajahan.
Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama menyemarakkan Himpunan Taufan 4l-4qs4 2026 menerusi pelbagai program yang telah disusun termasuk Perarakan Bot serta Ceramah Mega Taufan A|-4q$4, Sidang Meja Bulat Terengganu International Summit (TIS) dan Konvoi Taufan 4qs@ pada 16 Oktober ini. Khutbah Khas P4l3stin turut akan dilaksanakan di seluruh masjid di Negeri Terengganu pada 16 Oktober ini.
Marilah kita hadir beramai-ramai, menyatukan suara dan memperkukuh solidariti bersama saudara kita di P4l3s+!n. Mudah-mudahan setiap langkah, doa dan usaha yang kita zahirkan menjadi sebahagian daripada perjuangan menegakkan keadilan dan mempertahankan bumi 4l-Aq$4. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Ke-150 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Mesyuarat ini menjadi ruang penting untuk bertukar pandangan dan menyelaras usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri demi memperkukuh pentadbiran serta memastikan agenda pembangunan negara terus berjalan dengan baik demi kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KITA AKAN TERUS MENUNTUT KEADILAN MELALUI SALURAN UNDANG-UNDANG
Kita menyambut baik keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman. Pendengaran seterusnya ditetapkan pada 22 Oktober 2026.
Keputusan ini merupakan satu perkembangan penting yang memberikan ruang kepada persoalan yang kita bangkitkan untuk diteliti melalui proses kehakiman. Ia adalah langkah awal dalam usaha mendapatkan keadilan, dengan perkara pokok permohonan masih perlu didengar dan diputuskan oleh mahkamah.
Kita menghormati kebebasan badan kehakiman dan akan terus mengemukakan hujah melalui saluran undang-undang yang sewajarnya. Pendirian kami kekal berasaskan prinsip keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.
Kami menghargai usaha pasukan perundangan serta sokongan semua pihak sepanjang proses ini. Kita akan meneruskan usaha ini dengan tenang, tertib dan penuh tanggungjawab.
Semoga proses seterusnya berjalan dengan lancar dan keadilan dapat ditegakkan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen blok pembangkang dalam Dewan Rakyat hari ini termasuklah risiko kehilangan pekerjaan akibat perkembangan automasi dan kecerdasan buatan (AI), kapasiti penjanaan tenaga bersih, pelan tindakan untuk membangunkan Ageing Care Economy atau ekonomi penjagaan warga emas, serta komitmen Malaysia dalam memperkukuh perlindungan rakyat P4l3st!n susulan krisis kemanusiaan di G4z4.
Isu-isu ini menyentuh keperluan semasa dan masa depan negara, daripada persediaan tenaga kerja menghadapi perubahan teknologi, jaminan bekalan tenaga dan pembangunan sektor penjagaan warga emas, hinggalah tanggungjawab Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat P4l3st!n.
Semoga setiap persoalan yang dibangkitkan mendapat jawapan yang jelas serta tindakan susulan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Musim tengkujuh sudah mula menampakkan tanda-tanda ketibaannya. Buat seluruh warga Terengganu, sama-sama kita bersedia lebih awal dan mengambil berat keselamatan keluarga serta jiran tetangga.
Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian terhadap persediaan menghadapi musim tengkujuh. Saya juga menyeru seluruh rakyat Terengganu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang, khususnya yang tinggal di kawasan berisiko banjir. Periksa keadaan rumah, bersihkan saliran dan sediakan keperluan kecemasan lebih awal.
Semoga Allah memelihara kita semua dan memudahkan segala urusan sepanjang musim ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perkembangan pelaburan, pelaksanaan projek infrastruktur serta penyelarasan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh pembangunan sektor industri dan pelancongan di Terengganu.
Insha-Allah, kerjasama erat bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan semua pihak berkaitan akan terus diperkukuh bagi memastikan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta membawa manfaat nyata kepada rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) buat semua calon yang bakal menghadapi peperiksaan ini.
Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik dan kemudahan untuk menjawab setiap soalan. Insha-Allah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, persediaan yang rapi serta doa dan tawakal kepada Allah SWT, segala urusan akan dipermudahkan.
Teruskan berusaha dan berikan yang terbaik. Mudah-mudahan segala usaha anak-anak membuahkan kejayaan yang membanggakan serta menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu bagi meneliti beberapa perkara berkaitan perancangan dan pembangunan negeri termasuk aspek yang memerlukan penyelarasan antara agensi serta tindakan susulan.
Semoga segala keputusan yang dicapai dapat memperkukuh perancangan pembangunan Terengganu dan memberi manfaat kepada rakyat, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ke Majlis Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup 2026 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.
Tahniah kepada semua peserta khususnya para pemenang yang berjaya menamatkan saingan dengan cemerlang. Semoga penganjuran Sultan Mizan Cup terus mengangkat nama Terengganu di persada sukan berkuda antarabangsa di samping membuka lebih banyak peluang kepada pembangunan sukan ekuin dan pelancongan sukan di negeri ini.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KENYATAAN MEDIA
BELANJAWAN 2027: DISIPLIN FISKAL DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MESTI DISEIMBANGKAN
1. Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion memperlihatkan komitmen perbelanjaan yang besar. Namun, ukuran sebenar kejayaannya ialah sejauh mana peruntukan ini mampu meningkatkan pendapatan, menyediakan pekerjaan berkualiti dan meringankan kos sara hidup rakyat.
2. Daripada RM459.8 bilion perbelanjaan Persekutuan, sebanyak RM376.8 bilion diperuntukkan bagi mengurus dan RM83 bilion untuk pembangunan. Dengan caj perkhidmatan hutang mencecah RM61 bilion, disiplin fiskal dan kecekapan perbelanjaan perlu terus diperkukuh bagi menjamin kemampuan kewangan negara untuk jangka panjang.
3. Baki RM50.2 bilion yang melibatkan pelaburan entiti berkaitan kerajaan dan kerjasama awam-swasta juga perlu dipantau dengan teliti, supaya manfaat ekonomi dan komitmen kewangannya dapat dinilai secara telus.
4. Saya mengalu - alukan bantuan STR dan SARA serta langkah meningkatkan pendapatan pekerja. Namun, keutamaan jangka panjang mestilah untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal dan memperkukuh perusahaan tempatan.
5. Kita akan meneliti Belanjawan 2027 secara bertanggungjawab di Parlimen. Mana yang baik kita sokong, mana yang perlu ditambah baik kita kemukakan cadangan.
Pada akhirnya, kejayaan belanjawan bukan diukur pada besarnya angka yang diumumkan, tetapi pada manfaat sebenar yang dapat dirasai oleh rakyat.
YAB DATO’ SERI IR. DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Ahli Parlimen Kemaman
11 Oktober 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar aktiviti pelepasan (Flag Off) Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup 2026 yang berlangsung di TIEP, Lembah Bidong, Merang, Setiu.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sesi pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semalam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hadir ke Parlimen bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2027.
Keutamaan kita ialah memastikan dasar dan peruntukan yang dibentangkan dapat meringankan beban kehidupan rakyat, membuka peluang pekerjaan serta memperkukuh ekonomi negara.
Saya akan meneliti cadangan yang dikemukakan, termasuk kesannya kepada rakyat Terengganu dan keseimbangan pembangunan antara negeri.
Semoga setiap perancangan diterjemahkan melalui pelaksanaan yang cekap, telus dan memberi manfaat nyata kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara isu yang diberi perhatian dan dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Parlimen hari ini ialah soal peningkatan pendapatan pekerja dan bahagian pampasan pekerja dalam ekonomi, supaya peningkatan produktiviti turut diterjemahkan kepada gaji yang lebih baik.
Turut diberi perhatian ialah kesediaan graduan menghadapi perubahan pasaran pekerjaan, termasuk penguasaan AI, digitalisasi, semikonduktor, automasi dan bidang-bidang baharu yang semakin diperlukan industri.
Selain itu, fokus perbahasan RUU pada hari ni adalah berkenaan dengan RUU Makanan 1983 (Pindaan) 2026, di mana penambahbaikan dibuat berkaitan dengan keperluan memperkukuh keselamatan makanan, termasuk kawalan terhadap bahan yang bersentuhan dengan makanan, bekalan makanan import serta akses kepada data digital berkaitan produk makanan.
Semoga perkara-perkara yang dibangkitkan ini terus mendapat perhatian sewajarnya agar setiap dasar dan perancangan yang dibuat benar-benar menyumbang kepada kesejahteraan serta masa depan yang lebih baik kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam sebuah organisasi, kejayaan bukan hasil kerja seorang. Daripada tugas yang kecil hingga tanggungjawab yang besar, semuanya saling melengkapi.
Setiap daripada kita memainkan peranan penting tanpa mengira jawatan atau kedudukan dalam pekerjaan yang dilaksanakan.
Itulah semangat kekeluargaan yang perlu kita bina dalam perkhidmatan awam Negeri Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.
Seperti biasa, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri diteliti bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat dapat diteruskan dengan tindakan yang jelas dan teratur.
Bagi saya, keputusan tidak boleh berhenti di meja mesyuarat. Apa yang telah diputuskan mesti dilaksanakan, dipantau dan dinilai hasilnya supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan lawatan ke Pulau Redang bagi melihat sendiri keadaan semasa kemudahan pengurusan sisa pepejal dan kumbahan serta meneliti keperluan penambahbaikan serta penyelesaian isu pembuangan sisa di pulau berkenaan.
Beberapa pilihan penyelesaian untuk jangka pendek dan jangka panjang sedang diperhalusi bersama agensi berkaitan serta pengusaha resort. Yang penting, usaha ini dapat memastikan Pulau Redang terus bersih, selesa dan terpelihara, bukan sahaja untuk penduduk tetapi juga untuk para pengunjung yang datang menikmati keindahan pulau ini, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Apresiasi dan Penyampaian Insentif Kontinjen Terengganu SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan Terengganu dalam temasya kali ini.
Penyampaian insentif kemenangan oleh Kerajaan Negeri merupakan penghargaan atas segala pengorbanan dan usaha para atlet dalam membawa nama Terengganu di pentas SUKMA dan PARA SUKMA.
Pada SUKMA XXII, Terengganu menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa. Manakala kontinjen PARA SUKMA pula meraih 7 emas, 11 perak dan 19 gangsa.
Lebih daripada sekadar jumlah pingat, pencapaian ini mencerminkan kekuatan satu pasukan yang turut didukung oleh jurulatih, persatuan, pegawai, ibu bapa, Bapa Angkat, Jabatan-Jabatan Angkat, Keluarga Angkat serta seluruh penyokong Terengganu.
Pada majlis sama, turut disampaikan Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) dan Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) kepada atlet Terengganu yang berjaya mewakili Malaysia dan memenangi pingat pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland serta Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pembangunan sukan dan menyediakan ruang yang lebih baik untuk melahirkan generasi atlet Terengganu yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam sesebuah organisasi, kecemerlangan bukan hasil seorang atau satu pihak sahaja. Setiap anggota, daripada peringkat pelaksana hingga kepimpinan, mempunyai peranan yang saling melengkapi. Sebab itu, kita perlu melihat perkhidmatan awam sebagai sebuah keluarga besar yang bekerja bersama-sama untuk memastikan urusan Kerajaan Negeri berjalan dengan baik dan manfaatnya sampai kepada rakyat.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2026. Kepada yang belum menerima pengiktirafan pada tahun ini, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi kerana kecemerlangan ialah satu proses yang berterusan.
Semoga setiap amanah yang dilaksanakan, besar atau kecil menjadi amal soleh dan diberi ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT. Bersama-sama kita terus memperkukuh perkhidmatan awam demi membina Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Terengganu bagi meneliti perkembangan semasa serta membincangkan hala tuju pengurusan dan pembangunan sumber mineral negeri.
Pengurusan sumber mineral memerlukan perancangan yang teliti dan pendekatan yang strategik bagi memastikan khazanah negeri dapat dimanfaatkan secara optimum, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peluang pelaburan.
Dalam masa yang sama, aspek kelestarian alam sekitar, pematuhan peraturan serta kepentingan rakyat perlu terus diberi perhatian agar pembangunan sumber mineral dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab dan memberikan manfaat berpanjangan kepada negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Malaysia mengharumkan nama negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Dengan 9 pingat emas, 7 perak dan 16 gangsa, keseluruhannya 32 pingat, pencapaian ini memperlihatkan keupayaan atlet negara untuk terus bersaing dan mencipta kejayaan di pentas Asia. Lebih membanggakan, kutipan 9 emas ini menyamai pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan di Sukan Asia yang turut dicatat pada edisi Guangzhou 2010.
Tahniah buat anak-anak Terengganu yang memperoleh pingat di pentas Sukan Asia ini :
1. Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, emas dalam acara keirin lelaki dan gangsa dalam acara pecut lelaki.
2. Muhammad Zulkifli bin Abd Razak, emas dalam acara sepak takraw berpasukan regu lelaki dan perak dalam acara regu lelaki.
3. Faizal Saari, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Mohd Fitri bin Saari, Muhammad Hafizuddin bin Othman, Nik Muhammad Aiman bin Nik Rozemi, Zaimi bin Mad Deris dan Che Nur Aqil Rullah, perak bersama pasukan hoki lelaki negara.
4. Muhammad Haqqullah bin Ahmad Shahrul, gangsa dalam acara e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.
5. Muhammad Adam Aierell bin Mohd Azizol dan Nor Izniey Humaira binti Mohd Azri, gangsa dalam sukan pelayaran.
Penghargaan juga kepada seluruh atlet anak Terengganu yang mewakili Malaysia. Terpilih menyarung jersi negara merupakan satu penghormatan besar. Usaha, disiplin dan semangat juang anda semua tetap menjadi kebanggaan kita.
Terima kasih kepada seluruh atlet, jurulatih dan pasukan sokongan yang telah memberikan yang terbaik demi Jalur Gemilang. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk kita melangkah lebih jauh dan mengangkat nama Malaysia di pentas dunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah UMT dan UniSZA!
Alhamdulillah, dua universiti kebanggaan Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini berada dalam kelompok 801–1,000 universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027.
Pencapaian ini membuktikan bahawa institusi pengajian tinggi di Terengganu terus bergerak maju dalam aspek pengajaran, penyelidikan, pengantarabangsaan dan impak kepada masyarakat. UniSZA melonjak daripada kelompok 1,001–1,200 pada tahun sebelumnya, manakala UMT terus memperkukuh kedudukannya di peringkat global dengan kekuatan tersendiri khususnya dalam bidang kelautan, sumber akuatik, Ekonomi Biru dan kelestarian.
Syabas kepada seluruh warga UMT dan UniSZA, para pentadbir, akademia, penyelidik, kakitangan serta mahasiswa yang bersama-sama menyumbang kepada pencapaian ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kedua-dua universiti terus melahirkan ilmu, inovasi dan bakat yang memberi manfaat kepada Terengganu, negara dan dunia.
Terus melangkah, membawa nama Terengganu ke pentas dunia.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat bersidang kepada seluruh Ahli Parlimen bersempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas yang bermula 5 Oktober hingga 8 Disember 2026.
Semoga persidangan kali ini dapat dimanfaatkan untuk membahaskan perkara-perkara yang penting kepada negara, memperjuangkan kepentingan rakyat serta memastikan setiap dasar dan keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Selamat menjalankan amanah. Semoga segala urusan dipermudah dan persidangan berlangsung dengan tertib serta penuh tanggungjawab. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn. Bhd. (KUTT).
Mesyuarat meneliti beberapa perkara berkaitan perkembangan serta hala tuju KUTT dalam menyokong agenda pembangunan negeri.
Semoga segala perancangan yang diputuskan dapat diterjemahkan melalui penyampaian utiliti yang lebih tersusun dan berkesan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong pembangunan Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, satu lagi detik istimewa dilakar Datuk Azizulhasni Awang di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Pada usia 38 tahun, setelah melalui segala jatuh bangun, kekecewaan dan ujian sepanjang kariernya, beliau terus memilih untuk mengayuh dan tidak pernah menyerah.
Tahun 2026 menjadi satu lagi lembaran istimewa buat Jijoe. Bermula dengan emas Keirin dan gangsa Pecut di UCI Track World Cup Perth, Australia, diikuti emas Keirin dan gangsa Pecut di UCI Track World Cup Nilai, Malaysia serta emas Keirin di Sukan Komanwel Glasgow 2026, beliau terus membuktikan bahawa pengalaman, disiplin dan ketahanan mampu membawa seorang atlet terus berada di tahap tertinggi.
Semalam, kayuhan itu sekali lagi membawa Jalur Gemilang ke puncak podium apabila beliau meraih emas Keirin lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sekali gus menghadiahkan penutup yang begitu manis buat penampilan terakhirnya di pentas Sukan Asia.
Syabas dan terima kasih, Jijoe. Malaysia dan Terengganu bangga denganmu.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-59 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Integriti bukan sekadar nilai yang diungkapkan tetapi amanah yang mesti diterjemahkan dalam setiap tindakan. Apabila amanah dipelihara dan rasuah ditolak, hak dapat dipertahankan, peluang menjadi lebih adil dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuh.
Semoga usaha membanteras rasuah terus diperkasa dengan keberanian, ketegasan dan integriti demi membina sebuah negara yang bersih, adil serta dipercayai rakyat.
Selamat Hari Ulang Tahun Penubuhan SPRM Ke-59. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita berbeza agama, tetapi jangan bermusuhan. Berbeza kaum, tetapi jangan berprasangka. Berbeza pandangan, tetapi jangan kehilangan rasa hormat.
Kita mungkin berdoa dengan cara yang berbeza, menyambut perayaan yang berbeza dan mempunyai identiti yang berbeza. Namun apabila Jalur Gemilang dikibarkan, kita melihat bendera yang sama.
Jangan kita wariskan kebencian kepada generasi seterusnya. Wariskanlah sebuah negara yang aman, bermaruah dan saling menghormati.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kelmarin saya menulis tentang pertemuan terakhir kami bersama allahyarham Tun Dr Siti Hasmah.
Dalam pertemuan-pertemuan sebelum ini, allahyarham dan Tun Dr Mahathir beberapa kali berpesan supaya kami selalu datang ke rumah. Malam ini kami datang lagi. Namun kali ini dalam suasana yang sangat berbeza.
Saya hadir ke majlis tahlil allahyarham Tun Dr Siti Hasmah bersama ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang hadir mendoakan beliau.
Terasa benar kehilangan seorang insan yang begitu lama menjadi teman hidup, kekuatan dan pendamping kepada Tun Dr Mahathir dalam perjalanan yang cukup panjang.
Saya turut bertanya khabar keluarga dan mendoakan Tun Dr Mahathir yang kini sedang berehat dan menerima pemantauan di IJN. Semoga Tun diberikan kesihatan dan kekuatan, terutama dalam melalui hari-hari yang tentunya tidak mudah selepas kehilangan teman hidup lebih tujuh dekad.
Buat allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, semoga Allah SWT mengampuni segala kekhilafan, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Insha-Allah, pesan untuk selalu datang itu akan kami ingat.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ada pertemuan yang singkat pada hitungan waktu, tetapi lama tinggalnya dalam ingatan. Kesannya akan berbekas sampai bila-bila.
Kini, apabila mendapat khabar pemergiannya, ingatan saya kembali kepada malam seminggu yang lalu : kepada keramahan beliau, keceriaan wajahnya dan cerita tentang hari-hari awal kehidupannya di Kedah.
Saya dan isteri berkesempatan bertemu dan berbual panjang dari kebiasaan, di kediaman Tun Dr M dan Tun Dr Siti pada waktu malam hari Ahad 20 September 2026. Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir untuk kami dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, sebelum beliau pulang bertemu Yang Maha Pencipta pada jam 9.25 pagi hari Isnin 28 September 2026.
Teguran pertama dari Tun Dr Mahathir ialah "lama tak jumpa" yang menyebabkan saya tersipu nak memberi jawapan. Sudah tentu kesempatan bertemu pada malam itu berbagai perkara dibualkan, bermula di ruang tamu hingga ke meja makan.
Tun Hasmah mula membuka bicara dengan semangatnya yang luar biasa, bercerita mengenai "kesedaran aspek kesihatan di kalangan kaum wanita, terutama di desa, yang sebilangan kecil masih mempunyai taboo dalam aspek kesihatan wanita, supaya tidak segan menjaga kesihatan keluarga". "Saya bersedia untuk turun beri talk mengenai kesedaran kesihatan untuk wanita" adalah ungkapan yang masih terngiang di minda kami kerana ianya memberi gambaran semangat juang Tun Hasmah yang tidak pernah pudar untuk bercakap mengenai kesihatan.
Saya masih terkenang wajah Allahyarham yang ceria pada malam itu. Beliau bercerita dengan penuh mesra tentang pengalamannya menjadi doktor di pedalaman Kedah selepas berkahwin dengan Tun Dr Mahathir. "Ye lah, kita dari Selangor, bertugas jadi doktor di Kedah, kena pulak belajar loghat Kedah" ujar beliau. Allahyarham sempat bercerita pengalaman beliau dengan doktor wanita Melayu terawal di Malaysia, iaitu Dr Salmah Mohd Ali, sehingga saya bertanya kaitan dengan beliau kerana nama bapa adalah sama. Rupanya mereka berdua belajar di Singapura, dan merupakan senior beliau dalam pengajian, dan tiada kaitan kekeluargaan. Teringat pula saya apabila lebih setahun lalu semasa di meja makan yang sama, saya pernah bertanya Tun Dr Mahathir di depan Tun Hasmah : "macamana Tun mula bertemu Tun Hasmah dahulu, jumpa di Singapore ke ?", panjang pula cerita Tun M pada ketika itu menceritakan detiknya, seumpama saya sedang menulis autobiografi kedua dua mereka.
Menyambung cerita, Tun Hasmah juga sambil tergelak, menyebut bahawa beliau pernah naik membonceng motor sebagai doktor perubatan, pergi ke kampung di Kedah, dan kenangan yang beliau tidak dapat lupakan ialah terjatuh ke dalam bendang setelah motor tidak dapat dikawal akibat jalan bendang yang berlubang pada waktu.
Dalam kisah itu tergambar kehidupan seorang wanita yang dekat dengan masyarakat, memahami kesusahan mereka dan menjalankan amanahnya sebagai seorang doktor.
Sepanjang perbualan, terasa betapa luas pengalaman yang tersimpan di sebalik tutur katanya yang sederhana. Kami datang sebagai tetamu, lalu pulang membawa kenangan yang amat berharga.
Hidangan makan malam yang ringkas tetapi menyelerakan - kacang panjang masak lemak, bilis goreng sambal rangup, daging masak kicap, ayam masak asam pedas, sayur brokoli goreng, nasi putih, bersama air suam.
Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Hasmah berturutan bicara menyebut bahawa beliau makan dengan kadar sedikit, dan saya juga menyambut bahawa saya pun hanya makan sedikit dan jarang makan nasi sebelah malam. Tun Hasmah menyebut "saya mata tak nampak, makanan nampak kabur, tapi usahakan untuk makan juga".
Beliau terus bercerita mengenai waktu menikmati makan pagi bersama Tun Dr M kebelakangan ini di beranda terbuka di tingkat atas rumah, seekor burung liar (Common myna - Burung Gembala Kerbau) yang sama turut datang makan pagi di meja makan, dan beberapa insiden yang
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
berlaku ketika itu yang menyebabkan kami semua tergelak.
Sisi lain Tun Hasmah yang mengusik Tun M pada malam itu terserlah, apabila beliau menjawab pertanyaan saya mengenai menikmati makan pagi di restoran di luar, dengan penuh bertenaga beliau menyebut "susah juga Dato' kalau makan di luar sana, ramai sangat orang nak selfie dan bergambar dengan dia (sambil memaling wajah beliau kepada Tun M yang sedang menikmati juadah)" dan beliau terus menyebut "ramai nak bergambar, yang muda-muda pula tu..." - menyebabkan kami semua tergelak besar.
Pernah di kesempatan yang lalu, Tun Hasmah bercerita mengenai tragedi pembantu rumah lama beliau yang pernah tersalah memasukkan kain songket peninggalan ayahanda beliau, yang berusia puluhan tahun ke dalam mesin basuh sehingga rosak teruk. Ketelitian beliau terhadap tradisi dan warisan silam ini, membawa Tun Hasmah bersusah payah mencari keluarga tukang tenun songket asal berkenaan dari Terengganu yang masih bertenun, sehingga menghasilkan tenunan baharu yang hampir sama (kecuali kain dan benang yang agak berbeza). Di sini beliau berterusan memuji penenun songket yang sangat teliti untuk menghasilkan tenunan yang terbaik.
Beberapa kali, Allahyarham dan Tun Dr Mahathir berpesan kepada kami untuk selalu datang ke rumah, kerana bicara di rumah adalah lebih dekat berbanding di pejabat atau di tempat awam.
Bagi saya dan isteri, pertemuan itu akan sentiasa menjadi kenangan yang kami syukuri.
Saya merakamkan ucapan takziah yang tulus kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh rahmat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keharmonian tidak bermaksud kita mesti sama. Kita boleh berbeza agama, kaum dan pegangan, tetapi jangan jadikan perbezaan sebagai tembok yang memisahkan kita.
Dalam masyarakat yang pelbagai, pemimpin agama dan masyarakat mempunyai amanah besar untuk membina jambatan ketika berlaku salah faham, menenangkan ketika masyarakat marah dan menyatukan ketika muncul perpecahan.
Lebih-lebih lagi dalam era media sosial, satu kenyataan boleh tersebar dalam hitungan saat. Sebab itu, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab amat penting dalam memelihara keharmonian negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita tak perlu sama untuk saling menghormati. Kita tidak perlu menganut agama atau berkongsi budaya yang sama untuk menjadi sahabat. Kita juga tidak perlu bersetuju dalam semua perkara untuk hidup aman dalam sebuah negara.
Yang kita perlukan ialah rasa hormat, kepercayaan dan kesediaan untuk saling memahami.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak-anak Terengganu yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, manfaatkan peluang Biasiswa YT-TI 2026 (Young Talent Scholarship Programme) yang disediakan oleh Yayasan Terengganu dengan kerjasama Terengganu Inc.
Permohonan dibuka sehingga 1 Oktober 2026. Mohon segera dan semak syarat kelayakan melalui yt.gov.my/penajaan/. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap undi mesti kita usahakan. Setiap hati mesti kita dekati. Setiap kepercayaan mesti kita pelihara.
Biarlah mereka menyerang, kita terus buat kerja dan terangkan kepada rakyat apa yang kita perjuangkan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Majlis Daerah Marang (MDM) dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) atas kejayaan menerima Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 dengan penarafan 5 Bintang.
Turut meraih 4 Bintang ialah Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Setiu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman dan Majlis Daerah Besut. Lebih membanggakan, Majlis Daerah Marang berada di kedudukan ke-7 daripada 92 PBT bagi kategori Daerah Dalam Malaysia.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh warga PBT dalam memperkukuh tadbir urus, pengurusan serta penyampaian perkhidmatan demi memenuhi keperluan rakyat. Tahniah kepada seluruh warga PBT yang telah bersama-sama menjayakan pencapaian ini.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan mutu penyampaian dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat serta Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada pasukan robotik Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) atas kejayaan meraih tiga pengiktirafan dalam Universal Robotics Challenge (URC) 2026 di Osaka, Jepun termasuk tempat ketiga Kategori Python.
Lebih membanggakan, empat lagi murid turut menerima pengiktirafan melalui Engineering Award dan Creativity Award.
Kejayaan bersaing bersama 58 pasukan dari 13 negara ini memperlihatkan kemampuan anak-anak Terengganu dalam bidang STEM dan mampu bersaing di pentas antarabangsa.
Setinggi -tinggi penghargaan buat guru pembimbing, para pelajar yang terlibat, ibu bapa, pihak sekolah serta semua pihak yang memberikan sokongan dan bimbingan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Lebih daripada sebuah kemenangan, pengalaman ini membina keyakinan, ketahanan dan keberanian anak-anak kita untuk menghadapi cabaran serta bersaing di peringkat antarabangsa. Tahniah SAHUT. Teruskan melangkah, membawa nama Terengganu dan Malaysia lebih jauh di persada dunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua rakyat Terengganu untuk hadir ke Program Terengganu Cinta Rasul yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 September 2026 ini di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Pelbagai pengisian ilmu dan kerohanian tersedia seperti tadabbur al-Quran, persembahan berzanji, tausiyah, selawat dan persembahan nasyid bersama para ilmuwan serta pendakwah. Inilah ruang untuk kita menambah ilmu, menghayati sirah dan akhlak Rasulullah SAW serta menyuburkan kecintaan kepada Baginda.
Dalam kesibukan kehidupan seharian, luangkan sedikit masa untuk duduk dalam majlis ilmu dan mengingati Rasulullah SAW. Kadang-kadang, satu majlis yang kita hadir dengan hati yang ikhlas boleh menjadi titik mula kepada perubahan yang besar dalam kehidupan.
Marilah hadir bersama keluarga dan sahabat. Semoga langkah kita menuju majlis ini menjadi langkah yang membawa ilmu, ketenangan, keberkatan dan kecintaan yang lebih mendalam kepada Rasulullah SAW.
Insha-Allah, datang beramai-ramai ke Dataran Shahbandar, sama-sama semarakkan Terengganu Cinta Rasul. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT).
Peranan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bukan sekadar mengurus institusi dan program pendidikan tetapi turut menjadi sebahagian daripada ikhtiar Kerajaan Negeri dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri yang kukuh.
Justeru, setiap perancangan perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat serta memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan generasi Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) bagi meneliti perkembangan semasa serta perancangan berkaitan pusat ini.
PSKT terus memainkan peranan dalam menyebarkan ilmu STEM kepada masyarakat khususnya dalam kalangan murid dan generasi muda. Pusat ini turut memberi peluang kepada anak-anak melihat sendiri bagaimana ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang dipelajari di sekolah dapat diterjemahkan melalui aktiviti yang lebih praktikal, interaktif dan menyeronokkan.
Insha-Allah, usaha memperkukuhkan PSKT akan terus diberi perhatian supaya lebih ramai anak-anak Terengganu dapat meneroka ilmu, membina kreativiti dan mencetuskan minat terhadap bidang STEM sejak di bangku sekolah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Liew Chin Tong sempena Sesi Libat Urus Pra Bajet 2027.
Pertemuan ini dimanfaatkan untuk menyampaikan pandangan serta mengetengahkan keutamaan dan keperluan Terengganu khususnya dalam memastikan Bajet 2027 terus memberi perhatian kepada kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
Semoga hasil libat urus ini dapat memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, beberapa siri ziarah telah dilaksanakan bagi menyantuni keluarga-keluarga di sekitar Rhu Rendang. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang yang terus melaksanakan amanah ini dengan turun padang, menziarahi dan mendengar sendiri keadaan masyarakat.
Walaupun tidak sentiasa dapat berada di setiap tempat, perhatian dan amanah kepada rakyat mesti terus sampai.
Semoga setiap ziarah menjadi tanda bahawa rakyat sentiasa dekat di hati dan kebajikan mereka tidak pernah dipinggirkan. Buat mereka yang sedang diuji, semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran, mempermudahkan segala urusan serta memberikan jalan keluar daripada setiap kesulitan.
Insha-Allah, usaha mendekati serta menyantuni masyarakat akan terus dilaksanakan.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada seluruh graduan Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Pelajar Kumpulan Ketiga yang berjaya menamatkan pengajian selepas melalui tiga peringkat pengajian, Ibtidai, Mutawassit dan Mutaqaddim selama kira-kira enam tahun.
Jadikanlah ilmu yang diperoleh sebagai bekalan untuk terus memperbaiki diri, membentuk akhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Junjung kasih KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas limpah perkenan mengurniakan sijil kepada para graduan.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Negeri Terengganu bagi meneliti kedudukan kewangan serta perkembangan pelaburan negeri, termasuk perancangan untuk memperkukuh asas ekonomi Terengganu dalam jangka panjang.
Dalam mengurus amanah rakyat, kita bukan sekadar melihat apa yang ada pada hari ini tetapi turut memikirkan keperluan generasi yang akan datang.
Setiap ringgit dan setiap peluang pelaburan perlu dimanfaatkan dengan penuh pertimbangan agar kekuatan kewangan negeri terus diperkukuh, ekonomi berkembang dan manfaat akhirnya kembali kepada rakyat, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Terengganu dan beberapa negeri di negara kita ketika ini perlu kita hadapi dengan penuh kewaspadaan.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, khususnya kanak-kanak, warga emas dan golongan yang berisiko.
Sentiasa ikuti bacaan kualiti udara terkini dan ambil langkah sewajarnya demi menjaga kesihatan serta keselamatan bersama. Doakan agar keadaan ini segera pulih. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, program julung kali dianjurkan oleh Ameerah Kawasan Marang ini mendapat sambutan yang sangat baik.
Saya difahamkan kira-kira 1,300 peserta bersama-sama menyertai Hijabi Fun Walk sempena Hari Malaysia hari ini.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, penaja dan barisan urusetia atas usaha menjayakan program ini.
Semoga selepas ini lebih ramai lagi wanita dapat turut serta. Selain menjaga kesihatan, program seperti ini juga boleh menjadi ruang untuk kalian berehat seketika daripada rutin harian, bertemu sahabat dan mengeratkan silaturahim.
Mudah-mudahan ia menjadi ruang ‘healing’ yang baik buat para wanita sambil mengisi masa dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam sebuah negara yang aman, kekuatan pertahanan sering hanya dirasai apabila kita sedar betapa besarnya harga sebuah kedaulatan.
Hari ini, ketika dunia berhadapan dengan perubahan geopolitik dan ancaman keselamatan yang semakin kompleks, peranan Angkatan Tentera Malaysia bukan sekadar mempertahankan sempadan, tetapi memastikan Malaysia terus berdiri teguh, berdaulat dan bebas menentukan masa depannya sendiri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga ATM yang sedang berkhidmat, para veteran yang telah menamatkan perkhidmatan serta keluarga yang sentiasa menjadi kekuatan di sebalik pengorbanan mereka. Tidak dilupakan jasa dan pengorbanan para perajurit yang telah kembali ke rahmatullah dan gugur dalam melaksanakan amanah mempertahankan tanah air.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, keselamatan dan keteguhan hati kepada seluruh warga ATM dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan tanah air.
Selamat Hari Ulang Tahun ke-93 Angkatan Tentera Malaysia.
“Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari Malaysia bukan sekadar catatan dalam kalendar negara. Ia mengajak kita menoleh kepada satu keputusan besar dalam sejarah yang membentuk wajah Malaysia hari ini.
Sebagai rakyat Malaysia, peranan kita bukan sekadar mengingati sejarah tetapi memahami erti pembentukan negara, memelihara perpaduan, menghormati kepelbagaian, mempertahankan kedaulatan serta bersama-sama menyumbang kepada kemajuan negara.
Selamat Hari Malaysia ke-63. Sejarah kita hayati, perpaduan kita pelihara, masa depan kita bina bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas perkenan mengurniakan sijil kepada para graduan dalam Majlis Graduasi Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Pelajar Kumpulan Ketiga Tahun 2026.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada seluruh graduan yang berjaya menamatkan pengajian selepas melalui tiga peringkat pengajian, Ibtidai, Mutawassit dan Mutaqaddim selama kira-kira enam tahun.
Di sebalik kejayaan ini tersimpan pengorbanan, kesungguhan serta sokongan keluarga dan para guru. Lebih membanggakan, seramai 469 graduan daripada tiga kumpulan telah berjaya menamatkan pengajian melalui program SPAIT.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), para tenaga pengajar, warga kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan komitmen dalam memastikan program ini terus berjalan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kepada para graduan, jadikanlah ilmu yang diperoleh sebagai bekalan untuk terus memperbaiki diri, membentuk akhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat. Sijil yang diterima hari ini bukan noktah kepada perjalanan menuntut ilmu sebaliknya amanah untuk terus belajar, berkhidmat dan berbakti.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, satu pengalaman yang cukup bermakna apabila KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail bersama YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’ berkenan melepaskan 500 ekor anak Penyu Agar ke laut sempena Program Lestari Alam 2026 di Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah semalam.
Dari langkah kecil menuju lautan luas, tersimpan harapan besar agar khazanah alam Terengganu terus lestari dan dinikmati oleh generasi akan datang.
Semoga anak-anak penyu ini selamat mengharungi lautan dan suatu hari nanti kembali ke pantai Terengganu.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ke Majlis Perasmian Lestari Alam 2026 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu di Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah, Kertih.
Turut hadir YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Dato’ Sri Fatimatuz Zahra’, selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Pada kesempatan tersebut, turut berlangsung pelepasan anak-anak penyu ke lautan sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan khazanah semula jadi negeri.
Program seperti ini penting dalam menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab generasi muda terhadap alam sekitar, khususnya dalam memelihara khazanah semula jadi serta kepelbagaian biodiversiti negeri.
Semoga usaha ini terus diperkasa dalam melahirkan generasi yang mencintai alam, menghargai khazanah negeri dan bersama-sama memainkan peranan memastikan kelestariannya untuk generasi akan datang.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada Encik Syamsul Farizz Nadzeri, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) atas kunjungan hormat ini.
Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta potensi kerjasama dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi di wilayah Pantai Timur termasuk usaha menarik pelaburan, memperluas peluang pekerjaan dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Taklimat Belanjawan 2027 Negeri Terengganu oleh Perbendaharaan Negeri sebagai persiapan awal menghadapi proses penyediaan Belanjawan Negeri 2027.
Semoga segala perancangan dan usaha ini dipermudah oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan Belanjawan 2027 dapat terus memperkukuh kedudukan kewangan negeri serta memberi manfaat yang sebaiknya kepada rakyat dan pembangunan Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Cawangan Terengganu.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan berkaitan peranan serta sumbangan golongan profesional dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur, kejuruteraan dan kemajuan negeri.
Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkasakan demi manfaat rakyat dan pembangunan Terengganu yang mampan. Terima kasih atas kunjungan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MBI Modal Sdn. Bhd. bagi meneliti perkembangan semasa serta hala tuju pelaburan strategik Kerajaan Negeri.
MBI Modal mempunyai peranan penting dalam mengurus dan mengembangkan aset strategik negeri, meneroka peluang pelaburan baharu serta menjana nilai ekonomi yang mampan.
Insha-Allah, setiap pelaburan yang dirancang akan terus dipandu dengan pertimbangan pulangan jangka panjang, peluang pekerjaan dan manfaat yang lebih besar kepada Terengganu serta rakyatnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perbezaan bukan alasan untuk bermusuhan sebaliknya menuntut kita untuk saling mengenali, memahami sensitiviti masing-masing dan menghormati antara satu sama lain.
Kita mungkin berbeza agama, budaya dan cara hidup tetapi keharmonian hanya dapat dibina apabila kita memilih untuk memahami, bukan sekadar mengetahui tentang satu sama lain.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 menjadi medan kita bermuhasabah, memperkukuh saf dan menyatukan hati. Apa yang dibincangkan dan diputuskan bukan sekadar untuk hari ini tetapi menjadi bekalan untuk kita melangkah lebih jauh pada masa akan datang.
Kita mungkin berbeza latar, berbeza peranan dan berbeza medan tetapi kita disatukan oleh satu cita-cita. Teruskan bekerja dan berkhidmat dan jangan pernah lelah membawa amanah perjuangan ini.
Patah galah di tengah laman,
Disambung rotan menjadi titi;
Biar banyak ranjau halangan,
Istiqamah perjuangan mengejar reda Ilahi.
Insha-Allah, Allah bersama orang-orang yang sabar dan istiqamah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita menerima berita mengenai tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Long Lellang, Sarawak yang mengorbankan lima nyawa termasuk empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang.
Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan waris allahyarham serta seluruh warga KKM yang kehilangan insan-insan yang telah berbakti menjalankan amanah dan tugas demi memberikan khidmat kesihatan kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.
Jasa dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab tidak akan dilupakan. Semoga segala amal bakti mereka diterima dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga yang sedang melalui saat yang amat berat ini.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kepelbagaian Malaysia bukanlah suatu kelemahan yang perlu kita takut. Ia adalah kekuatan yang perlu kita urus dengan penuh kebijaksanaan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Yayasan Terengganu menawarkan diskaun 20% bagi penyelesaian penuh baki peminjam Yayasan Terengganu yang layak.
Buat anak-anak Terengganu yang masih mempunyai baki pinjaman dan memenuhi syarat ditetapkan, rebutlah peluang ini untuk melangsaikan pinjaman dengan penjimatan 20%.
Jangan tunggu sehingga saat akhir kerana tawaran ini hanya dibuka untuk tempoh tiga bulan sahaja iaitu sehingga November 2026.
Semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban peminjam di samping memberi ruang untuk kita melangkah ke hadapan dengan komitmen kewangan yang lebih terurus.
Untuk maklumat lanjut, hubungi pada nombor yang tertera dalam poster. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Buat seluruh atlet Para SUKMA Terengganu yang sedang berjuang di pentas kejohanan, saya ucapkan selamat bertanding dan teruskan memberikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat.
Tahniah kepada atlet-atlet Terengganu yang telah berjaya meraih pingat setakat ini. Setiap pingat yang dimenangi adalah hasil daripada usaha, disiplin, latihan dan pengorbanan yang bukan sedikit. Lebih daripada sekadar warna pingat, keberanian kalian turun bertanding dan membawa nama Terengganu sudah cukup membanggakan kami semua.
Buat atlet yang masih berjuang, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan jangan pernah mengalah. Setiap detik di gelanggang adalah peluang untuk membuktikan kemampuan dan memberikan yang terbaik. Menang atau kalah bukan noktah kepada perjuangan, sebaliknya keberanian untuk terus bangkit, melawan dan mencabar diri hingga ke saat terakhir itulah jiwa sebenar seorang juara.
Kejohanan Para SUKMA berlangsung dari 5 hingga 14 September ini. Ayuh rakyat Terengganu, teruskan memberikan sokongan dan doa buat seluruh kontinjen kita. Setiap sorakan dan kata-kata semangat daripada kita menjadi pembakar motivasi buat mereka yang sedang berjuang di medan pertandingan.
Terengganu Nelang!
Kredit Foto : Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Santapan DiRaja sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang diserikan dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
Menjunjung kasih Tuanku atas limpah perkenan serta keberangkatan ke majlis yang penuh istiadat dan bermakna ini. Semoga Allah SWT terus melanjutkan usia, mengurniakan kesihatan serta kesejahteraan kepada KDYMM Sultan Terengganu dalam menaungi Negeri Terengganu Darul Iman.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Majlis Istiadat Penghadapan, Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima darjah kebesaran atas pengiktirafan yang dikurniakan. Semoga anugerah ini menjadi tanda penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti di samping menjadi amanah untuk terus memberikan sumbangan kepada kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Menjunjung kasih Tuanku atas limpah perkenan serta segala kebijaksanaan Tuanku dalam menaungi dan memakmurkan Negeri Terengganu Darul Iman.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Disiplin jemaah versi Muktamar.
Bila depan ke kanan, belakang pun ke kanan.
Tak boleh tiba-tiba seorang kata,
“Sepatutnya ke kiri sebab kiri lebih strategik.”
Dalam jemaah, kita boleh datang daripada latar belakang berbeza, umur berbeza, pengalaman berbeza, bahkan pandangan pun boleh berbeza.
Tetapi apabila sudah diputuskan arah untuk bergerak, kita belajar menyusun langkah dan bergerak bersama.
Itulah antara disiplin sebuah Harakatul Islamiah. Tarbiah membentuk kefahaman, dakwah menentukan medan, siasah menyusun gerakan tetapi semuanya memerlukan kesatuan dan disiplin berjemaah. PAS sendiri bergerak atas jalur tarbiah, dakwah dan siasah yang saling melengkapi.
Bila dah dalam saf, jangan seorang kanan, seorang kiri. Kita bergerak seiring apabila keputusan sudah dicapai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis masing-masing mempunyai kekuatan serta potensi besar yang boleh digerakkan bersama.
Dengan menyatukan kekuatan, kita dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi, memperluas jaringan perniagaan dan memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat. Insha-Allah, SG4 terus diperkukuh sebagai antara pemacu ekonomi ummah dan kesejahteraan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana istimewa sempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS, memperingati perjalanan panjang perjuangan PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951.
Semoga segala perbahasan dan keputusan yang lahir daripada muktamar ini terus memperkukuh saf kita bersama, istiqamah dalam perjuangan serta amanah untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Tahun hadapan, kita jumpa pula di negeri bahagia, Terengganu untuk Muktamar PAS Kali Ke-73. Insha-Allah. 😁
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan sekitar kunjungan ke Pavilion Negeri Terengganu sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang tempoh hari.
Esok berbaki sehari sahaja lagi MAHA 2026. Kepada yang belum berkesempatan hadir, jom singgah dan lihat sendiri pelbagai produk, hasil serta keunikan Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bukan hanya di dalam dewan, kemeriahan muktamar turut terasa di luar dengan pelbagai aktiviti yang menghidupkan suasana.
Deruman konvoi motosikal menambah semangat himpunan, disusuli ceramah bersama Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus yang menarik kehadiran para peserta dan pengunjung.
Muktamar bukan sekadar medan perbahasan para perwakilan. Ia juga menjadi ruang ukhuwah, dakwah dan kebersamaan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu suasana penuh semangat.
Di dalam dewan, idea dan dasar dibahaskan. Di luar dewan, ukhuwah dan dakwah terus disemarakkan.Post not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Post not available here, view on XPost not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Muktamar sebelah petang terus hidup dengan perbahasan para perwakilan yang membawa suara negeri serta entiti dewan-dewan.
Pelbagai pandangan, pengalaman dan cadangan dibawa ke medan muktamar, namun semuanya bertemu pada satu tekad untuk menyahut Ucapan Dasar Presiden dan menterjemahkannya kepada gerak kerja yang lebih tersusun.
Ucapan dasar bukan sekadar untuk didengar dan dibahas. Ia menjadi pedoman untuk seluruh saf memahami cabaran semasa, memperkukuh parti dan menyusun langkah ke hadapan.
Inilah kekuatan muktamar. Berbeza sudut pandang, tetapi satu fikrah, satu saf dan satu matlamat perjuangan.
Semoga perbahasan yang berlangsung terus menyuburkan budaya ilmu, muhasabah dan kematangan dalam perjuangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pameran SG4 yang berlangsung sempena Karnival Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) 2026 memperlihatkan dengan jelas potensi dan kekuatan yang dimiliki oleh empat negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Setiap negeri mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri. Apabila kekuatan ini dikongsi dan digerakkan secara bersama, kita percaya lebih banyak peluang ekonomi dapat diwujudkan, lebih luas jaringan perniagaan dapat dibina dan lebih banyak manfaat dapat dirasai oleh rakyat.
Kerjasama SG4 bukan sekadar tentang empat negeri duduk semeja, tetapi bagaimana kita dapat menyatukan kekuatan yang ada untuk membina sesuatu yang lebih besar.
Daripada usahawan kecil hingga syarikat yang lebih besar, daripada sektor pertanian dan industri hinggalah pelancongan, pendidikan serta teknologi, lebih banyak ruang yang boleh diteroka bersama.
Inilah pendekatan yang mahu kita bawa iaitu saling melengkapi, saling memperkukuh dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat.
Insha-Allah, dengan kesatuan hati, perancangan yang baik dan kerjasama yang berterusan, SG4 mampu menjadi antara kekuatan penting dalam membangunkan ekonomi ummah serta memperkukuh kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meriah, ceria dan penuh semangat! 💚
Suasana sebelum bermulanya Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Kelantan pagi tadi, menghimpunkan para perwakilan dan sahabat seperjuangan dari seluruh negara.
Ukhuwah dipererat, tekad diperbaharui, perjuangan diteruskan!
#muktamarpas72 #pasuntuksemua #kelantanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Muktamar bukan sekadar medan kita berhimpun, tetapi medan untuk bermuhasabah, memperkukuh saf dan memperbaharui tekad perjuangan.
PAS kini memikul amanah yang semakin besar. Maka semakin besar juga tanggungjawab kita untuk mempersiapkan parti, bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya, tetapi untuk membuktikan kemampuan memimpin dan mengurus negara dengan adil, berintegriti serta membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
Teruskan memperkukuh tarbiah, dakwah dan siasah, memelihara ukhuwah serta menyusun gerak kerja dengan lebih strategik.
Selamat bermuktamar. Semoga setiap perbahasan, keputusan dan langkah yang disusun menjadi bekal untuk kita bergerak lebih jauh, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana penuh ceria dan meriah menyambut para perwakilan serta pemerhati sebelum bermulanya Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Kelantan pagi tadi.
Pertemuan yang menghimpunkan sahabat seperjuangan dari seluruh negara ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwah, malah menyatukan kembali tekad dan semangat untuk meneruskan perjuangan demi agama, rakyat dan negara.
Semoga kemeriahan ini menjadi pembuka kepada muktamar yang lancar, matang dan penuh keberkatan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ada tetamu yang kita tunggu bertahun-tahun, akhirnya pulang. Ada pula yang datang untuk kita berikan tempat yang lebih selamat.
Selepas hampir sembilan tahun tidak direkodkan mendarat di Terengganu, ‘Raja Penyu’ kembali ke pantai kita.
Penyu belimbing dipercayai mendarat dan bertelur di Pantai Marang pada 1 September lalu. Sebanyak 44 biji telur ditemukan dan telah dipindahkan dengan selamat ke pusat penetasan di Rantau Abang.
Pada masa yang sama, Terengganu turut menerima ‘tetamu’ istimewa yang lain.
Sulong Chalil, gajah liar jantan yang sebelum ini berkeliaran di sekitar Jalan Raya Timur-Barat, telah dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir untuk mendapatkan habitat yang lebih selamat dan sesuai.
Dua cerita ini mengingatkan kita bahawa Terengganu bukan hanya kaya dengan keindahan alamnya, tetapi turut menjadi tempat penting untuk hidupan liar terus hidup dan dilindungi.
Semoga Raja Penyu terus kembali ke pantai kita dan Sulong Chalil pula dapat menikmati kehidupan yang lebih aman di habitat baharunya.
Alam ini bukan milik kita seorang. Ia amanah untuk kita pelihara supaya generasi akan datang masih dapat melihat sendiri khazanah yang sama.
Selamat datang dan selamat pulang ke Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Majlis Penghadapan dan Upacara Pengurniaan Tauliah kepada Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk serta Jurunikah Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas perkenan menyempurnakan Upacara Pengurniaan Tauliah kepada para pegawai yang telah dilantik.
Tauliah yang dikurniakan bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi hadir bersama amanah dan tanggungjawab besar dalam memastikan urusan kekeluargaan Islam di negeri ini terus dilaksanakan dengan tertib, berintegriti serta berlandaskan hukum syarak.
Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan sebaik-baiknya demi memelihara kesucian institusi kekeluargaan Islam serta memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Pelbagai perkara berkaitan kepentingan rakyat dan pembangunan negeri dibincangkan.
Setiap keputusan diberi perhatian agar pelaksanaannya berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengunjungi Pavilion Negeri Terengganu sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang.
Selain meninjau gerai dan beramah mesra dengan usahawan, saya turut melihat sendiri pelbagai hasil pertanian, produk makanan, kraf, batik, tenunan serta produk hiliran yang diketengahkan oleh anak-anak Terengganu. Seni dan budaya negeri turut dipersembahkan sebagai sebahagian daripada identiti serta kekuatan pelancongan Terengganu.
Turut berkesempatan meninjau Floating Market di bawah LKIM Malaysia yang terletak berseberangan dengan Pavilion Negeri Terengganu. Kunjungan ini disambut oleh Pengarah LKIM dan menarik juga melihat konsep serta pelbagai produk yang diketengahkan di sini.
Dalam kunjungan ini, saya turut menyempurnakan simbolik Visit Terengganu 2027. Kita mahu kekayaan hasil bumi, makanan tradisional, kraf dan budaya negeri diperkenalkan dengan lebih meluas sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan Terengganu.
Kalau teringin nasi dagang asli resipi Terengganu di Lembah Klang dengan harga macam di Terengganu, di sinilah tempatnya.
Jemput hadir ke MAHA 2026 di MAEPS Serdang, yang berlangsung sehingga 6 September 2026.
Mari kenali, rasai dan sokong produk anak Terengganu!
#maha2026
#pavilionterengganu
#visitterengganu2027 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Rumah ini milik kita bersama dan setiap daripada kita ada peranan untuk menjaganya dengan baik demi generasi akan datang.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat bermuktamar saya ucapkan kepada seluruh muktamirin dan muktamirat yang akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72, Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-65, Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66 dan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-67.
Selamat berkonvensyen juga kepada As-Sabiqun PAS Pusat dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat.
Semoga perjalanan setiap muktamar dan konvensyen ini dipermudahkan dengan segala pandangan yang dikemukakan serta keputusan yang dicapai sentiasa mengambil kira kepentingan Islam dan kesejahteraan rakyat.
Siiru ‘ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sama-sama jadikan perbezaan satu kelebihan dalam negara kita yang tercinta.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dari persiapan yang bermula lebih awal, sehinggalah saat perarakan memenuhi Dataran Shahbandar, setiap detik membawa cerita dan usaha daripada begitu ramai insan.
Di sebalik kemeriahan yang kita lihat, ada tenaga, masa dan komitmen yang dicurahkan demi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada tanah air.
Lebih bermakna apabila semangat itu dikongsi bersama tua dan muda, anak-anak kecil bersama keluarga, semuanya hadir dengan satu rasa yang sama, bangga menjadi rakyat Malaysia.
Inilah semangat kemerdekaan yang ingin kita terus suburkan, agar erti kebebasan, pengorbanan dan cinta kepada negara sentiasa hidup dalam jiwa generasi hari ini dan akan datang.
Selamat Hari Kebangsaan 2026.
Dari Terengganu, untuk Malaysia.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.
Keberangkatan KDYMM Tuanku pastinya menambahkan lagi kemeriahan dan kemuliaan sambutan pada hari yang penuh bermakna ini.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026.
Setiap langkah dan semangat yang ditampilkan mencerminkan kecintaan kita kepada negara serta kesungguhan rakyat Terengganu dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Terima kasih kerana menjadikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini lebih meriah, berwarna-warni dan penuh semangat patriotik.
Syabas semua.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Dataran Shah Bandar hari ini.
Junjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang mencemar duli menyaksikan perbarisan dan perarakan hari ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membuat persiapan sejak awal dan bekerja keras bagi memastikan sambutan ini berjalan lancar, khususnya para peserta perarakan dan perbarisan, petugas, pasukan keselamatan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Post not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana yang sempat dirakam sepanjang jalan di sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2026.
Cukup meriah dengan kehadiran rakyat Terengganu yang hadir seawal pagi bersama keluarga dan rakan-rakan, sanggup berpanas untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan yang berlangsung.
Terima kasih atas kesudian hadir, meluangkan masa dan bersama-sama memeriahkan hari yang istimewa ini.
Kehadiran rakyatlah yang memberikan makna sebenar kepada setiap sambutan. Semoga semangat dan kecintaan kepada tanah air ini terus subur dalam jiwa kita. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bila lagu Negaraku berkumandang, bila Jalur Gemilang berkibar, terasa lain semangatnya.
Dataran Shahbandar hari ini dipenuhi wajah-wajah yang datang membawa satu rasa, bangga menjadi rakyat Malaysia. Terima kasih buat semua yang hadir.
Selamat Hari Kebangsaan 2026!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Menyambut Hari Sabah 2026.
Sabah bukan sekadar sebuah negeri di peta Malaysia. Sabah adalah sebahagian penting daripada sejarah, pembentukan dan masa depan negara kita.
Hari Sabah menjadi ruang untuk kita mengenang perjalanan panjang rakyat Sabah dalam membina negeri ini, menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan serta menyemarakkan semangat kecintaan kepada tanah air.
Sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian wilayah, budaya, bahasa dan latar masyarakat, kekuatan Malaysia tidak terletak pada keseragaman, tetapi pada keupayaan kita untuk saling menghormati, memahami dan bergerak secara bersama.
Hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung perlu terus diperkukuh atas semangat federalisme, keadilan dan rasa saling menghormati dengan setiap wilayah diberikan ruang yang sewajarnya untuk berkembang serta memainkan peranan dalam membina masa depan Malaysia.
Saya percaya, masa depan Malaysia yang lebih kukuh hanya dapat dibina apabila seluruh rakyat, dari Perlis hingga Sabah, merasakan bahawa mereka mempunyai tempat, peranan dan masa depan yang sama dalam negara ini.
Semoga Sabah terus maju, makmur dan sejahtera, dengan jati diri serta keunikan yang sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perutusan Hari Kebangsaan 2026
Menteri Besar Terengganu
Mengisi Kemerdekaan, Membina Malaysia Bersama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita masih dapat menikmati kehidupan di bumi Malaysia yang aman dan merdeka.
Setiap kali tanggal 31 Ogos tiba, kita bukan sahaja mengenang sejarah kemerdekaan negara, tetapi kita juga diingatkan tentang tanggungjawab untuk menjaga dan mengisi kemerdekaan yang telah diwariskan kepada kita.
Kemerdekaan tidak datang dengan mudah. Ia dibina dengan pengorbanan, keringat dan air mata para pejuang terdahulu, termasuk para ulama dan tokoh yang berani bangkit mempertahankan tanah air. Daripada perjuangan mereka, akhirnya laungan “Merdeka” bergema pada tahun 1957.
Hari ini, setelah 69 tahun kita menikmati kemerdekaan, tanggungjawab itu berada di bahu kita pula. Kita perlu memastikan Malaysia terus menjadi negara yang aman, stabil dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Makna kemerdekaan juga dapat dilihat melalui kehidupan rakyat setiap hari. Apabila anak-anak mendapat pendidikan yang baik, apabila keluarga mampu menyediakan makanan di atas meja, apabila peniaga dan usahawan dapat mencari rezeki dan apabila rakyat boleh keluar bekerja serta pulang ke rumah dalam keadaan selamat. Itulah antara wajah sebenar sebuah negara yang sejahtera.
Inilah yang terus kita usahakan di Terengganu. Pentadbiran yang baik bukan hanya tentang angka dan pencapaian, tetapi tentang bagaimana hasil pembangunan dan dasar kerajaan dapat dirasai oleh rakyat. Kita mahu kerajaan yang amanah, terbuka dan bertanggungjawab serta sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Dalam kita menikmati nikmat kemerdekaan, jangan kita lupa bahawa Malaysia ialah rumah kita bersama. Negara ini dibina oleh rakyat daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama dan budaya. Setiap kelompok mempunyai sumbangan dan peranan masing-masing dalam membentuk Malaysia yang kita warisi hari ini.
Perbezaan yang ada bukan alasan untuk kita bermusuh. Sebaliknya, perbezaan perlu diurus dengan saling menghormati dan memahami. Kita mungkin tidak semuanya sama, tetapi kita berkongsi tanah air yang sama. Kita juga berkongsi harapan yang sama untuk melihat anak-anak kita hidup lebih baik dan masa depan negara terus terjamin.
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, ancaman kepada negara juga berubah. Ia bukan lagi hanya soal peperangan atau serangan tentera. Kita berdepan dengan penyebaran fitnah, berita palsu, pengaruh yang mengelirukan serta pelbagai perkara yang boleh melemahkan pemikiran dan jati diri masyarakat.
Sebab itulah, pelaburan paling penting untuk masa depan negara ialah membina insan yang berkualiti. Kita mahu anak-anak kita mempunyai ilmu dan kemahiran untuk berjaya, tetapi pada masa yang sama mempunyai akhlak yang baik, integriti dan pegangan agama yang kukuh.
Seterusnya, kita sama-sama membina masyarakat yang lebih bersatu. Kekuatan Malaysia bukan hanya terletak pada pembangunan yang kita bina, tetapi pada hubungan yang kita jaga sesama kita. Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi jangan sampai perbezaan itu memutuskan silaturahim dan merosakkan perpaduan.
Marilah kita belajar untuk lebih banyak memahami daripada menghukum, lebih banyak berbincang daripada bermusuh dan lebih banyak mencari titik persamaan daripada membesarkan perbezaan.
Apabila Jalur Gemilang berkibar, biarlah kita melihatnya bukan sekadar sebagai bendera negara. Biarlah ia mengingatkan kita bahawa kita semua mempunyai tanah air yang sama, sejarah yang sama dan masa depan yang perlu kita bina bersama.
Kemerdekaan bukan sekadar tentang apa yang telah kita capai selama 69 tahun. Kemerdekaan juga tentang apa yang akan kita tinggalkan kepada generasi selepas kita.
Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan, meningkatkan ilmu dan membina ekonomi yang memberi peluang kepada semua. Kita mahu anak-anak kita membesar dalam sebuah negara yang aman, mempunyai peluang untuk berjaya dan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Semoga Allah SWT terus merahmati bumi Malaysia, memelihara keamanan negara, menyatukan hati rakyat dan memberkati setiap usaha kita untuk membina masa depan yang lebih baik.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
30 Ogos 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbeza pandangan bukan alasan untuk kita hilang adab.
Jangan fitnah. Jangan menghina. Jangan jadikan media sosial tempat kita merosakkan imej perjuangan sendiri. Jaga akhlak kita. Biar rakyat menjadi saksi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara mesej penting yang ingin disampaikan melalui Kongres Komunikasi Strategik Negeri Terengganu 2026 ini ialah keperluan membina budaya komunikasi kerajaan yang lebih Telus, Tangkas dan Terjamin (3T).
Telus dalam menyampaikan fakta dan tidak mengelirukan. Tangkas dalam memberikan maklumat yang tepat pada waktunya. Terjamin pula setiap fakta, angka dan kenyataan mempunyai asas yang kukuh, disemak dan boleh dipertanggungjawabkan.
Kerajaan Negeri turut melancarkan Terengganu Media Index, satu instrumen untuk melihat secara lebih tersusun sejauh mana dasar, inisiatif dan maklumat Kerajaan Negeri sampai, difahami serta diterima oleh rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam kehidupan, membentuk masyarakat yang lebih berilmu, berintegriti dan berakhlak mulia.
Sorotan sepanjang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada dua anak Terengganu, Aryan Mikhail dan Qasha Irfan atas pencapaian membanggakan di Ohvale Guangzhou SuperCup 2026 di Guangzhou, China.
Aryan berjaya menamatkan saingan kelas 160cc di tempat ketiga keseluruhan, manakala Qasha turut mencatat keputusan membanggakan dengan menduduki tempat kelima keseluruhan dalam kelas 190cc.
Lebih membanggakan, kedua-duanya beraksi dalam kejohanan yang menghimpunkan 114 pelumba dari 34 negara dan wilayah. Pengalaman seperti ini amat penting untuk membentuk keyakinan, kemahiran dan mentaliti mereka sebagai pelumba muda yang sedang membina langkah ke peringkat lebih tinggi.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ZK Racing Team yang konsisten membangunkan bakat muda dalam sukan permotoran negara termasuk pelumba kelahiran Terengganu seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan.
Tahniah juga kepada ibu bapa, jurulatih dan seluruh pasukan yang sentiasa memberikan sokongan serta bimbingan kepada Aryan dan Qasha.
Teruskan berusaha, belajar dan menimba pengalaman. Insha-Allah, dengan kerja keras dan sokongan yang berterusan, lebih ramai anak Terengganu akan melakar kejayaan dalam sukan permotoran dunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat delegasi Lembaga Tabung Haji (TH) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Timur, Tuan Haji Khoiruddin Ahmad.
Kunjungan ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama antara Lembaga Tabung Haji dan Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya dalam usaha memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat.
Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Janganlah kita berbeza pandangan sehingga kita melupakan matlamat yang lebih besar.
Musuh kepada perpaduan bukanlah perbezaan. Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat tetapi musuh kepada perpaduan ialah apabila perbezaan pandangan itu bertukar menjadi permusuhan.
Marilah kita rapatkan saf, kuatkan ukhuwah dan jangan biarkan perselisihan kecil melemahkan perjuangan yang lebih besar dan lebih murni.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), TW Agro Dinamik Sdn. Bhd. dan Nanyan Holdings Sdn. Bhd. bagi pembangunan Hub Bersepadu Agromakanan dan Penternakan di Kompleks Agro Nanyan, Setiu.
Bagi Kerajaan Negeri, usaha ini bukan sekadar membangunkan sektor agromakanan tetapi sebahagian daripada agenda lebih besar untuk memperkukuh keterjaminan makanan, mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar serta memastikan lebih banyak nilai ekonomi kekal dan dinikmati rakyat Terengganu.
Kita juga mahu hasil agromakanan dari Setiu dan Besut dapat dipasarkan dengan lebih pantas melalui jaringan logistik, termasuk memanfaatkan potensi ECRL apabila ianya siap kelak.
Insha-Allah, apabila ekosistem ini berkembang, lebih banyak nilai ekonomi dapat dikekalkan dalam negeri dan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu.
Seperti biasa, beberapa perkara berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri diteliti satu persatu, termasuk perkara yang memerlukan tindakan susulan daripada keputusan-keputusan sebelum ini.
Kerja membangunkan negeri tidak terhenti pada satu-satu mesyuarat. Ia menuntut perancangan yang berterusan, penyelarasan antara agensi serta pemantauan supaya setiap keputusan dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat. Insha-Allah, kita teruskan amanah ini dengan sebaiknya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu atas perjuangan di SUKMA XXII Selangor 2026.
Dengan 43 pingat emas, 44 perak dan 36 gangsa, Terengganu berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga keseluruhan.
Pencapaian ini adalah hasil kerja bersama. Terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, para pegawai, YB-YB yang diberikan amanah sebagai Bapa Angkat Sukan, Jabatan Angkat serta seluruh pasukan sokongan yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang persiapan dan kejohanan.
Kepada para atlet, setiap keringat dan pengorbanan kalian membawa nama Terengganu amat kami hargai. Bagi yang berjaya, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Bagi yang belum mencapai sasaran, teruskan berusaha kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar masih panjang.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan sukan dan kebajikan atlet agar lebih ramai anak-anak Terengganu dapat melangkah ke pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Terima kasih kepada semua yang telah berjuang untuk Terengganu. Tahniah wira dan wirawati kita.
Terengganu Nelang! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi tanda penghargaan atas jasa, sumbangan dan keteladanan yang telah dicurahkan dalam membina masyarakat serta menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW, memperkukuh kecintaan kepada Baginda dan mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan KDYMM Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448H/2026M yang begitu bererti buat rakyat jelata.
Sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kecintaan kepada Baginda hendaklah diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui akhlak, amalan, kepimpinan dan khidmat bakti kepada masyarakat.
Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh program-program berteraskan ilmu, penghayatan sirah dan pembinaan akhlak agar nilai yang dibawa oleh Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Syabas buat semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis penuh bermakna ini.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui amal serta akhlak yang baik.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap kali hadirnya bulan Rabiulawal, kita kembali mengingati insan paling mulia yang pernah memimpin umat manusia iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Baginda bukan sahaja Rasul yang membawa risalah Islam, tetapi juga contoh terbaik dalam kehidupan. Cara Baginda melayan keluarga, menghormati jiran, membantu golongan yang lemah, berdepan dengan perbezaan dan memimpin masyarakat semuanya menjadi teladan yang sangat berharga untuk kita ikuti.
Sebab itu, kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak seharusnya berhenti pada sambutan Maulidur Rasul, berselawat atau mengingati sejarah perjuangan Baginda semata-mata. Lebih penting, kita berusaha menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh dalam kehidupan kita, dengan menghidupkan sunnah Baginda sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, 33:21)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah, contoh teladan yang terbaik dari segi akhlak, ibadah, kepimpinan, kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan dalam setiap urusan kehidupan.
Semoga semakin banyak kita mengenali Baginda, semakin dalam cinta kita kepada Rasulullah SAW. Dan semakin dalam cinta itu, semakin bersungguh kita berusaha untuk mencontohi akhlak serta sunnah Baginda.
Perbanyakkan selawat, hidupkan sunnah dan ajarkan kecintaan kepada Rasulullah SAW kepada anak-anak serta generasi seterusnya.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Semoga kita semua dikurniakan syafaat Rasulullah SAW dan dihimpunkan bersama Baginda di dalam syurga Allah SWT.
Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
menyumbangkan wang, ada yang memberikan masa dan tenaga, ada yang bersama masyarakat, membantu menggerakkan jentera, malah ada yang menyumbangkan doa. Semuanya mempunyai peranan dalam menggerakkan perjuangan ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang, pimpinan dan jentera yang terus memberikan komitmen. Gunakanlah setiap sumbangan yang diberikan dengan penuh amanah dan berhemah untuk memperkukuh organisasi dan mendekati rakyat.
Insha-Allah, dengan kesungguhan, disiplin dan gerak kerja yang berterusan, PAS dan Perikatan Nasional (PN) mampu membawa perubahan di Negeri Melaka pada PRN nanti.
Sekitar Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita tidak perlu mempunyai agama yang sama untuk saling menghormati, budaya yang sama untuk menjadi sahabat atau bersetuju dalam semua perkara untuk kita hidup aman dalam sesebuah negara.
Yang kita perlukan ialah rasa hormat, kepercayaan dan kesediaan untuk memahami antara satu sama lain. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, bersama dalam Himpunan Penyatuan Ummah di Simpang 3, Kampung Berchang, Kuala Lipis, Pahang.
Himpunan ini menjadi ruang untuk kita menyatukan hati, memperkukuh ukhuwah dan memperkemas tekad dalam menghadapi perjuangan yang lebih besar. Walaupun berbeza pandangan dan pendekatan, jangan sampai perbezaan itu bertukar menjadi permusuhan.
Yang penting, kita meletakkan kepentingan agama, rakyat dan negara mengatasi kepentingan kelompok masing-masing. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam politik, jangan sekali-kali memandang rendah pihak lawan.
Tidak ada satu undi pun yang menjadi hak kekal mana-mana parti.
Sebab itu gerak kerja mesti diteruskan dan rakyat mesti terus didekati.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Politik bukan sekadar mencari mereka yang sudah bersetuju dengan kita.
Yang masih ragu-ragu, kita dekati. Yang belum yakin, kita yakinkan. Yang tidak bersama kita, jangan dimusuhi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pemuda bukan sekadar pewaris kepimpinan, tetapi mereka perlu dipersiapkan dari sekarang dengan ilmu, kemahiran, latihan dan kematangan berfikir untuk berdepan cabaran yang semakin kompleks.
Tenaga muda jangan dibazirkan pada perkara yang kecil, sebaliknya disalurkan untuk membina masa depan yang lebih baik.
Semoga Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu terus istiqamah berkhidmat, memperkukuh saf dan melahirkan generasi kepimpinan yang berilmu, matang serta bersedia memikul amanah pada masa hadapan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak muda bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi rakan penting dalam membentuk masa depan yang kita bina hari ini.
Teruskan berani mencuba, membawa idea dan mengambil peluang. Insha-Allah, dengan ilmu, akhlak dan keberanian, kalian mampu mencipta perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap kudrat, setiap usaha dan setiap perjuangan membawa nama Terengganu.
Teruskan berjuang atlet-atlet Terengganu. Semoga lebih banyak kejayaan dan kutipan pingat dapat dibawa pulang. Terengganu Nelang!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kepelbagaian Malaysia bukanlah suatu kelemahan yang perlu kita takutkan. Ia adalah kekuatan yang perlu kita urus dengan penuh kebijaksanaan. Kepelbagaian kita ini, sekiranya kita urus dengan baik, kita akan melahirkan suatu keunikan negara Malaysia yang jauh lebih baik daripada negara-negara lain yang ada di dunia ini.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Banyak perkara perlu diteliti, banyak keputusan perlu dibuat dan banyak amanah perlu dilaksanakan.
Insha-Allah, kita terus bergerak dengan satu matlamat iaitu memastikan Terengganu terus maju, rakyat terus terjaga dan negeri ini terus berada pada landasan yang baik.
Usai mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Sheikh Haji Abdul Halim bin Abdul Kadir, mantan Mufti Negeri Terengganu dan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham merupakan antara tokoh ulama yang banyak menabur bakti dalam perkembangan dakwah dan pendidikan Islam di negara ini.
Anak kelahiran Jertih, Besut ini pernah menyandang amanah sebagai Mufti Negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga 2004 serta menerajui Persatuan Ulama Malaysia selama beberapa penggal.
Sumbangan dan jasa allahyarham dalam membimbing masyarakat serta memperkukuh syiar Islam, khususnya di Terengganu dan Malaysia amat besar nilainya.
Allahyarham turut pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1443H / 2021M.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan allahyarham, menerima segala amal soleh dan kebajikan yang telah dicurahkan sepanjang hayatnya serta menempatkan rohnya bersama para solihin.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Malaysia ialah rumah kita bersama. Dalam menghadapi cabaran hari ini, khususnya dalam era media sosial yang begitu pantas, pemimpin agama dan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar untuk membina jambatan, meredakan salah faham dan menyatukan masyarakat.
Kita tidak perlu bersetuju dalam semua perkara untuk hidup dengan aman. Yang penting, kita berkongsi satu matlamat iaitu membina Malaysia yang harmoni dan mewariskan sebuah negara yang aman kepada generasi akan datang.
Berbeza agama, jangan bermusuhan.
Berbeza kaum, jangan berprasangka.
Berbeza pandangan, jangan hilang rasa hormat.
Masa depan kita berbeza-beza, tetapi masa depan Malaysia adalah masa depan kita bersama.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Turun padang kelmarin menyaksikan sendiri perjuangan atlet-atlet Terengganu di SUKMA Selangor 2026, khususnya dalam acara olahraga 200 meter di Stadium UPM.
Alhamdulillah, usaha dan kesungguhan membuahkan hasil apabila Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira berjaya meraih pingat emas, manakala Nor Aliya Najihah Muda turut menyumbang pingat gangsa untuk Terengganu.
Melihat kesungguhan, disiplin dan semangat juang anak-anak Terengganu di atas trek cukup membanggakan. Setiap larian membawa harapan negeri dan menjadi bukti bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi lahir daripada latihan, pengorbanan dan usaha yang berterusan.
Tahniah juga buat seluruh atlet Terengganu yang terus memberikan yang terbaik. Setakat ini, kontinjen Terengganu telah mengumpulkan 15 pingat emas, 22 perak dan 14 gangsa sekali gus berada di kedudukan ketiga keseluruhan.
Teruskan berjuang dan berikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat. Insha-Allah, kita terus doakan agar seluruh kontinjen Terengganu dipermudahkan dan terus mencipta kejayaan di SUKMA kali ini.
Terengganu Nelang! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semua di antara kita datang daripada latar belakang yang berbeza-beza. Apatah lagi sekiranya kita datang daripada agama yang berbeza, tentulah budaya juga berbeza. Tetapi kita berkongsi satu perkara yang sangat besar, iaitu Malaysia yang kita berada di dalamnya sekarang ini adalah rumah kita bersama.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bagi Kerajaan Negeri, inisiatif seperti ini membawa pendekatan baharu dalam melihat pengurusan sisa pepejal. Apa yang selama ini dianggap sebagai beban, dengan teknologi yang bersesuaian boleh dipulihkan, diberikan nilai baharu dan berpotensi menjadi sumber tenaga.
Namun, kemajuan teknologi mesti bergerak seiring dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Aspek keselamatan, pematuhan, pemantauan dan kelestarian tidak boleh dikompromi. Jika terbukti berkesan, selamat dan memberi manfaat kepada rakyat serta alam sekitar, pengalaman ini wajar dikaji untuk diperluaskan ke lokasi yang bersesuaian.
Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada langkah membina Terengganu yang maju ekonominya, terpelihara alamnya dan sejahtera rakyatnya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam politik, kemenangan semalam tidak bermakna dan tidak menjamin kemenangan pada hari esok.
Sebab itu gerak kerja bersama rakyat tidak boleh bermusim. Kita turun, ketuk pintu, dengar masalah dan terus berkhidmat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini turun padang menyaksikan sendiri perjuangan atlet-atlet Terengganu di SUKMA Selangor 2026.
Teruskan berjuang dan berikan yang terbaik. Menang atau kalah, setiap usaha adalah satu kebanggaan buat negeri kita. Terengganu Nelang! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pilihan raya mungkin belum bermula, tetapi gerak kerja mendekati rakyat mesti terus diperkasakan, insha-Allah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah buat seluruh keluarga allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul bin Wan Mohd Sofli, jurulatih sofbol Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika berada di padang semasa perlawanan sofbal sempena SUKMA berlangsung semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, pasukan dan seluruh warga sukan Terengganu.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah segala kesalahannya."
Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Malaysia ialah rumah kita bersama. Kita mungkin datang daripada agama, kaum, budaya dan latar belakang yang berbeza, tetapi kita berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.
Kepelbagaian bukan kelemahan. Jika diurus dengan baik dan penuh kebijaksanaan, ia boleh menjadi kekuatan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.
Apabila kita mengenali antara satu sama lain, kita akan lebih memahami pegangan, budaya dan sensitiviti masing-masing. Daripada situ, kita boleh mengurangkan salah faham dan membina kepercayaan.
Kita tidak semestinya perlu bersetuju dalam semua perkara untuk hidup dengan aman. Yang penting ialah ada rasa hormat, kesediaan untuk memahami dan kemahuan untuk mencari titik persamaan.
Saya juga berharap pemimpin dan masyarakat dapat terus memainkan peranan sebagai pembina jambatan, khususnya apabila berlaku kekeliruan atau ketegangan dalam masyarakat.
Kita berbeza agama tetapi jangan bermusuhan. Kita berbeza kaum tetapi jangan berprasangka. Kita berbeza pandangan tetapi jangan kehilangan rasa hormat.
Akhirnya, apa yang kita lakukan hari ini bukan hanya untuk generasi kita. Generasi akan datang akan mewarisi apa yang kita bina. Jangan kita wariskan kebencian. Sebaliknya, kita wariskan sebuah Malaysia yang aman, bermaruah dan dapat didiami bersama.
Sekitar Majlis Perasmian Dialog Meja Bulat Keharmonian anjuran Dewan Ulama PAS Pusat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita mungkin belum mendengar gendang pilihan raya tetapi kerja kita sudah bermula. Kemenangan semalam tidak menjamin kemenangan esok. Sebab itu jentera mesti terus bergerak, bekerja dan mendekati rakyat.
Dari kampung ke kampung, dari rumah ke rumah, kita gerakkan kekuatan yang ada dengan satu amanah iaitu memastikan perjuangan ini terus membawa kebajikan kepada rakyat dan mendapat keredaan Allah SWT.
Insha-Allah, kita bekerja sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Alhamdulillah, bersama jentera PAS Kawasan Kemaman dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU- 16. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya melihat anak muda bukan sekadar sebagai pewaris masa depan, tetapi sebagai rakan penting dalam mencorak dan membentuk masa depan yang sedang dibina hari ini.
Besar hasrat saya untuk melihat lebih ramai anak muda berani membawa impian, idea dan pandangan mereka ke hadapan. Berani mencuba perkara baharu, berani mengambil peluang, dan pada masa yang sama mampu membuat keputusan dengan ilmu, kematangan serta penuh rasa tanggungjawab.
Saya percaya anak muda perlu diberikan ruang untuk bersuara, peluang untuk mencuba dan kepercayaan untuk memainkan peranan. Tidak semua idea akan terus berjaya, tetapi daripada keberanian untuk mencuba itulah pengalaman, kemahiran dan keyakinan akan terbina.
Kadang-kadang daripada secawan kopi dan sembang yang santai, lahir idea yang baik, perspektif yang baharu dan mungkin juga penyelesaian kepada sesuatu yang kita sedang hadapi.
Teruskan belajar, teruskan berusaha dan jangan takut untuk bermula. Impian yang besar tidak semestinya bermula dengan langkah yang besar. Yang penting, ada keberanian untuk mengambil langkah pertama.
Insya-Allah, dengan ilmu, akhlak, kemahiran dan keberanian, anak muda hari ini mampu menjadi generasi yang bukan sahaja berjaya untuk diri sendiri, tetapi turut memberi nilai dan manfaat kepada masyarakat, bangsa dan agama. Semoga lebih banyak ruang dibuka supaya potensi itu dapat diterjemahkan menjadi kekuatan dan perubahan yang nyata. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyempurnakan Majlis Perasmian Kilang bagi Projek Pemuliharaan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Gelugor, Kerteh, Kemaman.
Lebih membanggakan, projek ini merupakan kilang pertama di Malaysia yang dibangunkan menggunakan teknologi Pyrolysis bagi pemuliharaan tapak pelupusan sampah.
Dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta, teknologi ini membolehkan sisa diproses sehingga menghasilkan bahan api diesel untuk kegunaan semula. Ia menjadi satu langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh pengurusan sisa pepejal secara lebih moden, berkesan dan mampan.
Pada masa sama, projek ini turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam pelbagai bidang khususnya teknikal, sokongan dan pengurusan.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus meneroka teknologi dan pendekatan baharu demi memastikan pengurusan sisa di Terengganu dapat dilaksanakan dengan lebih baik serta memberi manfaat kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini selesai merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bagi tahun 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang terus istiqamah mencurahkan tenaga, masa dan fikiran dalam menggerakkan kerja-kerja jemaah serta mendekati masyarakat.
Muktamar bukan sekadar medan menyampaikan pandangan, tetapi ruang untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki diri serta organisasi.
Semoga kalian terus menjadi barisan yang kuat tarbiahnya, luas dakwahnya, matang siasahnya dan kukuh disiplin dalam berjemaah.
Insha-Allah, kita terus melangkah bersama demi bangsa, ummah dan agama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi YB Maliaman Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran buat beliau dalam menghadapi ujian ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit." -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, untuk kali ketiga berturut-turut Terengganu dinobatkan sebagai negeri paling telus dalam pengurusan belanjawan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak muda adalah antara kekuatan utama yang menentukan arah dan masa depan sesebuah negeri dan negara.
Dengan ilmu, kemahiran, kreativiti serta keberanian mencuba sesuatu yang baharu, golongan belia mempunyai potensi besar untuk menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi, teknologi, pendidikan, sukan dan kehidupan masyarakat.
Sebab itu, anak muda bukan hanya perlu dipersiapkan untuk menghadapi masa depan, tetapi perlu diberikan ruang dan kepercayaan untuk mencorakkan masa depan itu sendiri.
Di Terengganu, kita turut menyediakan ruang tersebut melalui ADUN Belia Terengganu sebagai wadah untuk anak-anak muda berkongsi pandangan, membawa suara generasi mereka serta membincangkan isu-isu yang berkait dengan pembangunan sosial dan masa depan anak muda. Pandangan dan idea daripada generasi muda amat penting supaya dasar dan pembangunan yang dirancang sentiasa dekat dengan realiti serta keperluan mereka.
Kerajaan Negeri akan terus berusaha mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang kepada generasi muda untuk membina kehidupan, mengembangkan potensi serta menyumbang kepada pembangunan Terengganu.
Semoga anak-anak muda kita terus menjadi generasi yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan teguh jati dirinya.
Selamat Hari Belia Antarabangsa 2026. Terus melangkah, terus menyumbang dan terus menjadi sebahagian daripada perubahan yang kita cita-citakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Namun, rakan-rakan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang khususnya Perikatan Nasional mengambil pendirian untuk tidak mengikuti sidang tersebut dan keluar dari Dewan selepas usul supaya persidangan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri hadir tidak diterima.
Pendirian ini bukan soal enggan membahaskan isu Tabung Haji. Sebaliknya, ia berkaitan dengan keperluan memastikan satu isu yang begitu besar kepentingannya kepada umat Islam dan para pendeposit Tabung Haji dibincangkan dalam sidang khas yang benar-benar bersifat substantif dengan kehadiran Perdana Menteri sendiri.
Dalam sidang media Perikatan Nasional tadi turut ditegaskan bahawa Sidang Khas yang sepatutnya menjadi ruang untuk membahaskan Laporan RCI akhirnya dilihat lebih kepada sesi penerangan Menteri sedangkan persoalan-persoalan penting yang timbul daripada laporan tersebut memerlukan jawapan dan pertanggungjawaban yang lebih menyeluruh.
Tabung Haji ialah amanah besar umat Islam. Maka, segala persoalan berkaitan pengurusan, keputusan pelaburan, kerugian serta dapatan RCI perlu dijelaskan secara terbuka dan bertanggungjawab.
Kita mahu kebenaran ditegakkan, segala persoalan dijawab dan kepentingan para pendeposit Tabung Haji terus dipelihara. Ini soal amanah. Bukan soal politik semata-mata. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lensa sekitar Konvensyen PAS Perak Kali Ke-23.
Muafakat Menuju Kemenangan, satu tema yang benar-benar memerlukan kesatuan hati, kekuatan saf dan gerak kerja yang tersusun.
Moga Allah SWT pandu setiap langkah dan usaha serta mendapat keredaan-Nya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih buat para renjer, wira yang tidak didendang dalam usaha memastikan khazanah alam Terengganu terus terpelihara untuk generasi akan datang. Selamat Hari Renjer Sedunia 2026.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Merasmikan Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dewan Besar Wisma Darul Iman.
Hari Renjer Sedunia menjadi ruang untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan para renjer yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi hutan, khazanah alam serta biodiversiti negeri.
Tugas mereka bukan mudah. Berdepan cabaran muka bumi, cuaca, pencerobohan hutan dan ancaman pemburuan haram. Para renjer terus melaksanakan amanah dengan keberanian, integriti dan dedikasi.
Sesungguhnya, mereka adalah antara wira yang tidak didendang dalam usaha memastikan khazanah alam Terengganu terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga renjer atas segala jasa dan pengorbanan.
Selamat Hari Renjer Sedunia 2026. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua, khususnya anak-anak muda Terengganu, untuk mengikuti Mesyuarat Ketiga ADUN Belia Terengganu Siri Ke-3 yang akan berlangsung selama dua hari, pada 10 dan 11 Ogos 2026.
Semoga dilancarkan perjalanan persidangan ini dan menjadi ruang terbaik buat barisan ADUN Belia Terengganu untuk menyampaikan pandangan, membahaskan isu serta membawa suara generasi muda demi masa depan Terengganu yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, tahniah kepada pimpinan dan seluruh ahli PAS Perak yang telah menjayakan Konvensyen PAS Perak Ke-23 bertemakan “Muafakat Menuju Kemenangan”.
Tema yang cukup menarik dan relevan untuk dibincangkan, khususnya dalam mendepani arus politik semasa. Kemenangan tidak hadir hanya dengan semangat, tetapi lahir daripada kesatuan hati, kekuatan saf dan gerak kerja yang tersusun. Dalam landskap politik yang semakin mencabar, muafakat menjadi kekuatan untuk kita terus mara, memperkukuh organisasi dan memastikan perjuangan sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat.
Insha-Allah, dengan saf yang semakin diperkukuh, jentera yang terus diperkasa dan seluruh ahli bergerak dalam satu arah, kita hadapi setiap medan dengan penuh keyakinan dan tawakal. Muafakat diperkukuh, perjuangan diteruskan, kemenangan diusahakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kepimpinan bukan sekadar tentang siapa yang berada di hadapan, tetapi ke mana arah yang dibawa. Dalam perjuangan Islam, kepimpinan mesti berpaksikan al-Quran dan Sunnah, dibina atas iman, ilmu, akhlak, keadilan serta wala’ kepada Allah dan Rasul. Pemimpin bukan hanya dituntut untuk memimpin manusia, tetapi memastikan setiap langkah berada di atas al-sirat al-mustaqim.
Sebab itu, kepimpinan ulama perlu terus diperkukuh. Tafaqquh fi al-din, hikmah dalam mengurus perubahan dan kepimpinan secara berjemaah menjadi asas penting untuk memastikan dasar perjuangan kekal teguh, sementara pendekatan mampu mendepani realiti dan cabaran zaman. Ulama dan umara perlu saling melengkapi, bukan bergerak secara terpisah.
Kerana perjuangan ini bukan sekadar mengejar kemenangan di dunia. Kemenangan sebenar ialah apabila perjuangan, kepimpinan dan seluruh amanah yang dipikul mendapat pertolongan serta keredaan Allah SWT. Teguh pada prinsip, bijaksana dalam pendekatan dan istiqamah dalam perjuangan, itulah amanah kepimpinan yang perlu terus dipelihara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hadir mengikuti Liqa’ Fikri PAS Pusat Siri Kedua Tahun 2026 yang mengupas topik “Memperteguh Kepimpinan Ulama: Mendepani Cabaran Bernegara” oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Antara perkara penting yang ditekankan ialah kepimpinan mesti sentiasa berpaksikan al-Quran dan Sunnah, disertai ilmu, akhlak, istiqamah dan kebijaksanaan dalam mendepani perubahan serta cabaran semasa.
Kepimpinan yang kukuh juga bukan bergantung kepada seorang individu semata-mata, tetapi dibina secara jama‘i dengan menggabungkan kekuatan ulama, ilmuwan, profesional dan seluruh anggota jamaah.
Mudah-mudahan terus dipandu Allah SWT dalam memperteguh perjuangan dan melaksanakan amanah kepada agama, rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, kian bertambah kejayaan yang dilakar oleh anak-anak Terengganu, mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah dan syabas kepada SK Bukit Gasing, Marang yang dinobatkan sebagai Sekolah Digital Terbaik Malaysia dalam Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan 2026.
Tahniah juga kepada Kelab Inovasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman atas kejayaan membawa pulang pelbagai pingat di 11th Korea International Youth Olympiad (KIYO) 2026 di Seoul.
Seterusnya syabas buat Persatuan Pengakap Terengganu yang diwakili empat sekolah atas pencapaian dalam CPU 4th ASEAN Grand Prix Youth Robotics & eSports Competition 2026 di Nakhon Sawan, Thailand.
Kejayaan ini membuktikan anak-anak Terengganu bukan sahaja mampu bersaing, malah mampu berada di hadapan dalam pendidikan, teknologi, inovasi dan kreativiti. Teruskan melangkah lebih jauh, mengharumkan nama Terengganu dan mengangkat nama Malaysia. Tahniah dan syabas! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah kepada seluruh warga PDRM serta ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, anak kelahiran Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian renjatan elektrik di Beaufort, Sabah bersama dua lagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan ampunilah kesalahannya.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada barisan Ahli Lembaga Pengarah atas komitmen hadir Mesyuarat Yayasan Terengganu.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh agenda pendidikan, pembangunan modal insan dan kebajikan anak-anak Terengganu.
Semoga setiap keputusan yang dipersetujui menjadi langkah terbaik dalam memastikan Yayasan Terengganu terus berperanan melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negeri yang lebih cemerlang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Terengganu ke SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Wisma Darul Iman.
Bendera yang diserahkan bukan sekadar lambang penyertaan, tetapi amanah untuk dibawa dengan penuh disiplin, semangat juang dan maruah negeri.
Saya yakin setiap atlet telah melalui persiapan yang rapi, setiap jurulatih telah mencurahkan segala pengalaman, manakala pihak pengurusan pula telah bertungkus-lumus memastikan segala keperluan kontinjen berada pada tahap terbaik.
Penghargaan juga saya tujukan kepada barisan bapa angkat kontinjen yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan komitmen sepanjang perjalanan para atlet. Kerjasama erat antara atlet, jurulatih, pengurusan dan bapa angkat inilah yang menjadi kekuatan sebenar kontinjen Terengganu.
Bertandinglah dengan penuh keyakinan, junjung tinggi semangat kesukanan dan berikan yang terbaik dalam bidang masing-masing.
Selamat maju jaya kepada seluruh Kontinjen SUKMA Negeri Terengganu. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan dan kejayaan buat semua. Terengganu sentiasa bersama kalian.
Kredit Foto : Ustaz Sulaiman Sulong -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Julai yang cukup padat dengan pelbagai aktiviti dan cerita.
Antaranya, kita duduk berbincang dengan rakan-rakan dari luar negara, bertukar pandangan dan melihat ruang-ruang baharu yang boleh diterokai untuk manfaat negeri dan negara.
Dalam masa yang sama, perubahan landskap politik negara turut menuntut kita membuat keputusan-keputusan besar. Kita turun padang, bersembang, mendengar cerita dan berkongsi pandangan.
Setiap pertemuan ada ceritanya. Setiap perjalanan ada hikmahnya. Yang penting, kita terus bergerak dan buat yang terbaik untuk agama, bangsa, negeri dan negara.
Sedikit sorotan aktiviti saya sepanjang Julai 2026. Terima kasih kepada semua yang turut bersama dalam perjalanan ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan membanggakan di Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian 8 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa, sekaligus menamatkan saingan di kedudukan ke-10 keseluruhan.
Ucapan penghargaan tahniah yang istimewa juga ditujukan khas buat atlet Terengganu yang mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing. Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak Terengganu memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.
Setiap kejayaan bermula dengan impian, diterjemahkan melalui usaha yang berterusan dan diperkukuhkan dengan kesungguhan yang tidak pernah mengenal putus asa. Seperti yang sering saya sebutkan, kejayaan bukanlah destinasi, tetapi hasil daripada keberanian untuk terus melangkah walaupun jalannya sukar. Teruslah berusaha menjadi lebih baik daripada semalam kerana setiap pengorbanan pasti ada nilainya di sisi Allah SWT.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi dunia sukan, berani mencabar kemampuan diri dan terus membawa Jalur Gemilang serta nama Terengganu ke persada dunia.
Syabas dan tahniah! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pelaburan yang berkualiti tidak hadir dengan hanya menunggu. Ia perlu dirancang, dipermudah dan dipadankan dengan kekuatan yang dimiliki oleh setiap kawasan.
Atas prinsip itu, Kerajaan Negeri menggariskan enam strategi bagi memperkukuh daya saing Terengganu sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi. Tumpuan diberikan kepada pembangunan kawasan industri secara lebih tersusun, pengukuhan infrastruktur, promosi pelaburan serta kerjasama strategik dengan agensi Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Setiap kawasan akan dibangunkan berdasarkan kelebihan masing-masing.
Kertih diperkasakan sebagai hab industri berintensif tenaga dan petrokimia hiliran, termasuk sektor hidrogen hijau, ammonia, metanol, biopolimer dan teknologi hijau.
Telok Kalong pula mempunyai kedudukan strategik untuk industri berat, perkapalan, logistik serta perkhidmatan sokongan minyak dan gas kerana berhampiran Pelabuhan Kemaman.
Di Gong Badak, fokus diberikan kepada industri halal, pemprosesan makanan, pembuatan ringan dan industri bernilai tinggi. Ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan juga akan diperkukuh supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam rantaian bekalan syarikat yang lebih besar.
Kemudahan ECRL, Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Chukai dan pembesaran Pelabuhan Kemaman pula akan membuka laluan logistik yang lebih cekap, menghubungkan Terengganu dengan pasaran domestik serta antarabangsa.
Yang lebih penting ialah berapa banyak pekerjaan bernilai tinggi dapat diwujudkan, sejauh mana syarikat tempatan terlibat dalam rantaian industri serta bagaimana ilmu, teknologi dan kemahiran dapat dipindahkan kepada anak Terengganu.
Insha-Allah, kita akan terus membina ekosistem pelaburan yang lebih tersusun dan berdaya saing agar kekuatan industri negeri dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan serta manfaat yang nyata kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan.
Dari satu daerah ke satu daerah, dari satu pertemuan ke satu pertemuan. Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas sambutan, doa dan sokongan yang diberikan.
Moga muafakat yang telah dibina akan terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan dan kesejahteraan seluruh rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya seterusnya memperkukuh peranan LTAWNT dalam mengurus amanah serta aset warisan negeri secara berintegriti, mampan dan berdaya maju demi manfaat rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Haji Ismail Haji Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Pelantikan ini hadir bersama amanah yang besar untuk memimpin Negeri Sembilan ke arah masa depan yang lebih maju, makmur dan sejahtera. Semoga segala tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan keikhlasan demi kepentingan seluruh rakyat.
Mudah-mudahan semangat kerjasama ini terus diperkukuhkan berlandaskan prinsip saling menghormati, amanah dan tanggungjawab, dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan kebijaksanaan kepada YAB Dato' Haji Ismail Haji Lasim dalam memimpin Negeri Sembilan serta membawa negeri ini ke tahap yang lebih cemerlang.
Siiru ‘ala barakatillah.
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,
Menteri Besar Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan telah selesai. Keputusan telah pun dibuat oleh rakyat.
Bagi pihak Perikatan Nasional, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional atas kemenangan yang membolehkan gabungan ini memperoleh majoriti dua pertiga seterusnya membentuk Kerajaan Negeri Sembilan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada semua calon yang telah menawarkan diri untuk berkhidmat, seluruh jentera parti di setiap peringkat, para petugas, sukarelawan, penyokong serta semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi.
Saya turut menghargai semangat muafakat yang telah dizahirkan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Kesepakatan yang dibina ini lahir daripada hasrat yang sama, iaitu memastikan Negeri Sembilan dipimpin dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat.
Kini tiba masanya untuk kita meninggalkan segala perbezaan yang mewarnai sepanjang kempen dan memberi sepenuh tumpuan kepada amanah yang lebih besar. Negeri Sembilan adalah milik seluruh rakyat.
Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan kebijaksanaan kepada semua yang diberikan amanah untuk memimpin, agar setiap usaha yang dilakukan membawa manfaat kepada rakyat serta keberkatan kepada Negeri Sembilan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lagi kejayaan membanggakan anak Terengganu di pentas antarabangsa.
Tahniah diucapkan kepada Siti Aqilah Farhana Draman, anak jati Kuala Nerus yang mencipta sejarah sebagai atlet angkat berat wanita pertama Malaysia meraih pingat perak di Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.
Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak Terengganu mempunyai potensi besar untuk melakar nama di peringkat dunia apabila disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi.
Semoga kejayaan Aqilah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar impian dan mengharumkan nama negeri serta negara.
Teruskan mengangkat nama Terengganu ke persada dunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
16 tahun yang lalu.
Di Velodrom Sukan Komanwel New Delhi 2010, seorang anak Malaysia bernama Azizulhasni Awang berdiri dengan impian untuk menghadiahkan emas buat negara. Beliau sudah hampir menggapai kejayaan itu, namun takdir ketika itu menentukan sebaliknya apabila pingat emas yang diraih terpaksa ditarik balik susulan keputusan perlumbaan.
Saya percaya ramai daripada kita masih mengingati detik tersebut. Satu momen yang cukup menguji jiwa seorang atlet yang telah memberikan segalanya demi mengharumkan nama Malaysia.
Namun, seorang pejuang sejati tidak membiarkan sebuah kekecewaan menjadi pengakhiran. Azizulhasni memilih untuk terus mengayuh.
Beliau menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap ujian sebagai pembakar semangat dan setiap kegagalan sebagai batu loncatan menuju kejayaan.
16 tahun kemudian, di pentas sukan yang sama, kisah itu ditulis semula dengan penuh gemilang.
Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian panjang apabila menghadiahkan pingat emas acara keirin lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Lebih bermakna, emas ini hadir sebagai penutup tirai penampilan terakhir beliau di pentas Sukan Komanwel. Sebuah pengakhiran yang begitu indah untuk seorang legenda yang telah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya demi Jalur Gemilang.
Tahniah, Datuk Azizulhasni Awang atau Jijoe. Perjalanan Datuk membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang keberanian untuk bangkit, terus percaya dan tidak pernah menyerah.
Terima kasih The Pocket Rocketman, Malaysia berbangga denganmu! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Esok, rakyat Negeri Sembilan akan membuat pilihan.
Ia bukan sekadar hari untuk memilih calon, tetapi hari untuk menentukan arah tuju negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
Gunakanlah hak mengundi dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan. Setiap undi yang diberikan adalah amanah yang akan membentuk corak pentadbiran, memacu pembangunan ekonomi serta menentukan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
Saya mendoakan agar proses pengundian berjalan dengan lancar, aman dan harmoni.
Insha-Allah, dengan tekad dan muafakat, Perikatan Nasional bersama rakan-rakan Muafakat Nasional bersedia memikul amanah untuk menerajui sebuah pentadbiran yang berintegriti, stabil, berwawasan serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan mengurniakan yang terbaik buat Negeri Sembilan.
#perikatannasional
#muafakatnasional
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik, kita semua adalah rakyat Malaysia. Tiada siapa yang sepatutnya dilihat sebagai rakyat kelas kedua. Setiap daripada kita menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara, dalam kapasiti masing-masing.
Insha-Allah, sekiranya diberikan amanah, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional bersedia membawa perubahan yang lebih besar, bukan sahaja untuk Negeri Sembilan, bahkan ke peringkat nasional. Negeri Sembilan boleh menjadi titik tolak kepada perubahan yang kita harapkan bersama.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap perjalanan menuju kejayaan pasti melalui cabaran dan fasa penyesuaian. Begitu juga dengan usaha membina sebuah muafakat politik yang kukuh.
Kerjasama yang dibina memerlukan sikap saling memahami, kesediaan berkompromi dan kesungguhan untuk meletakkan kepentingan yang lebih besar mengatasi perbezaan yang ada.
Cabaran serta pelbagai pandangan akan sentiasa hadir dalam setiap perjalanan, namun dengan komitmen dan iltizam bersama, kestabilan yang diimpikan mampu direalisasikan.
Semoga muafakat yang dibina ini menjadi asas kepada kestabilan baharu di Negeri Sembilan dan seterusnya menyumbang kepada kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.
#nismilankitojago
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keamanan yang kita nikmati hari ini tidak hadir tanpa pengorbanan. Di sebaliknya tersimpan kisah keberanian dan pengorbanan para pahlawan yang sanggup mengorbankan masa, tenaga malah nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada seluruh anggota pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga mereka yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam melaksanakan amanah menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Semoga Malaysia terus kekal aman, berdaulat dan sejahtera, berpaksikan semangat juang, keberanian serta pengorbanan yang diwariskan oleh para pahlawan negara.
Tidak lupa juga, buat seluruh pahlawan negara yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga setiap pengorbanan dan bakti mereka terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan adalah satu bentuk pengorbanan bersama.
Apa yang dilakukan hari ini bukan sekadar soal pembahagian kerusi, tetapi usaha membina muafakat yang lebih kukuh dengan niat yang ikhlas.
Insya-Allah, jika kita memahami tujuan dan matlamat perjuangan ini, pengorbanan yang kecil pada pandangan kita hari ini boleh membawa makna yang besar untuk masa hadapan.
Semoga muafakat yang dibina ini menjadi kekuatan untuk membawa perubahan yang lebih baik buat Negeri Sembilan.
Bersama calon N.05 Serting, Ustaz Fairuz Isa dan N.25 Paroi, Hj Kamarol Ridzuan. Undilah calon-calon Perikatan Nasional pada 1 Ogos ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pilihan raya bukan tentang permusuhan. Ia adalah tentang menentukan hala tuju Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang.
Setiap undi membawa makna yang besar. Ia menentukan corak pentadbiran, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, kebajikan rakyat, pendidikan anak-anak serta masa depan generasi akan datang.
Selepas hari mengundi, kita semua tetap anak Negeri Sembilan. Kita akan terus hidup berjiran, bersahabat dan membangunkan negeri ini bersama-sama.
Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan agar keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Gunakan hak demokrasi anda dengan sebaik-baiknya.
Undilah calon-calon Perikatan Nasional dan calon-calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan.
Semoga Allah SWT memelihara Negeri Sembilan dan mengurniakan yang terbaik buat seluruh rakyatnya.
#perikatannasional
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Melawat Bilik Operasi Perikatan Nasional (PN) DUN Paroi bagi bertemu dengan jentera dan penyandang ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd. Zain yang sekali lagi diberikan kepercayaan oleh Perikatan Nasional untuk mempertahankan kerusi DUN Paroi.
Saya melihat sendiri semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh jentera. Inilah kekuatan sesebuah perjuangan. Apabila hati disatukan, matlamat diperjelaskan dan setiap langkah digerakkan dengan penuh keikhlasan, insha-Allah kita mampu menghadapi apa jua cabaran.
Pilihan raya bukan sekadar soal memilih seorang calon tetapi menentukan hala tuju Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang, sebab itu, mandat rakyat amat penting bagi memastikan kesinambungan khidmat kepada masyarakat dapat diteruskan, di samping membina sebuah pentadbiran yang berintegriti, stabil dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Justeru, saya menyeru seluruh pengundi DUN Paroi agar terus memberikan kepercayaan kepada Kamarol Ridzuan Mohd. Zain dan seluruh calon Perikatan Nasional pada PRN nanti.
#perikatannasional
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
11 calon. Satu tekad. Satu harapan untuk Negeri Sembilan.
Perikatan Nasional menawarkan barisan calon yang berintegriti, berwibawa dan komited untuk membawa suara rakyat ke hadapan.
Setiap calon hadir dengan iltizam yang sama iaitu berkhidmat dengan amanah serta memastikan setiap dasar dan keputusan berpaksikan kepentingan rakyat.
Pilihan raya ini juga menyaksikan semangat Muafakat Nasional diterjemahkan melalui kerjasama bersama Barisan Nasional.
Perbezaan yang ada diketepikan demi matlamat yang lebih besar, iaitu membina sebuah Negeri Sembilan yang lebih stabil, makmur dan mempunyai kepimpinan yang berani membuat keputusan demi masa depan rakyat.
Sebagaimana yang pernah saya ungkapkan, dalam sebuah pelayaran, cabaran sebenar bukan ketika bot sedang bergerak, tetapi apabila ia berhenti. Negeri Sembilan tidak boleh terus berada di tempat yang sama.
Negeri ini memerlukan kepimpinan yang terus bergerak, membawa idea baharu, memperkukuh ekonomi, menjaga kebajikan rakyat dan mengembalikan keyakinan terhadap masa depan negeri.
Insha-Allah, dengan kesatuan hati seluruh jentera, semangat Muafakat Nasional serta sokongan rakyat, kita mampu membuka lembaran baharu untuk Negeri Sembilan.
Undilah calon-calon Perikatan Nasional. Bersama kita bina sebuah Negeri Sembilan yang lebih berintegriti, makmur, sejahtera dan lebih diyakini oleh rakyat.
#perikatannasional
#muafakatnasional
#nismilankitojago
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kekuatan sesebuah perjuangan bukan hanya terletak pada calon yang bertanding, tetapi juga pada ribuan petugas yang bekerja di belakang tabir dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada seluruh petugas di setiap peringkat, daripada jentera pusat, negeri, bahagian, cawangan, hinggalah petugas di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terus bertungkus-lumus memastikan gerak kerja berjalan lancar.
Inilah semangat Muafakat Nasional yang kita bina iaitu dengan mengetepikan perbezaan, menyatukan hati dan tenaga demi satu matlamat yang lebih besar.
Teruskan bekerja dengan penuh disiplin, berhemah dan istiqamah.
Insha-Allah, setiap usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan dipermudahkan dan diberkati.
Bersama sebilangan petugas Perikatan Nasional (PN) di DUN Kuala Pilah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Membina sebuah muafakat politik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perbezaan pandangan dan sejarah yang panjang antara parti-parti politik.
Namun, apabila kepimpinan meletakkan agenda yang lebih besar mengatasi kepentingan parti, ruang untuk membina kerjasama demi kestabilan dapat diwujudkan.
Apa yang berlaku di Negeri Sembilan membuktikan bahawa dengan iltizam, keikhlasan dan kemahuan politik yang tinggi, perkara yang dilihat sukar dapat diselesaikan apabila kepentingan rakyat menjadi keutamaan.
Konfigurasi politik boleh berubah mengikut keadaan, tetapi amanah untuk berkhidmat kepada rakyat mesti kekal menjadi tanggungjawab bersama.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Seperti sebuah perjalanan menaiki bot, cabaran pasti ada. Namun yang penting, perjalanan mesti diteruskan agar destinasi dapat dicapai.
Bersama calon Perikatan Nasional N.04 Klawang, Danni Rais, kita akan terus melangkah dengan tekad untuk membawa kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan buat rakyat Negeri Sembilan.
Sokongan dan kepercayaan rakyat menjadi kekuatan untuk terus membawa perubahan serta pentadbiran yang stabil, berintegriti dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Undilah Danni Rais, calon Perikatan Nasional N.04 Klawang pada 1 Ogos nanti.
#perikatannasional
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bertemu dengan legenda rock tanah air, Dato' Amy Search ketika di Negeri Sembilan tempoh hari.
Merentas bidang tapi mempunyai satu matlamat yang sama. Terima kasih atas sokongan dari penggiat-penggiat seni tanah air. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kestabilan politik bukan hanya memberi manfaat kepada mana-mana kelompok tertentu, tetapi merupakan keperluan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Apabila sesebuah negara mempunyai kerajaan yang stabil, keyakinan pelabur dapat diperkukuh, ekonomi dapat berkembang, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan pembangunan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Pelbagai bentuk konfigurasi politik telah dilalui sebagai sebahagian daripada proses kematangan demokrasi negara. Kini, pengalaman tersebut menjadi panduan untuk membina satu bentuk muafakat yang lebih kukuh demi kestabilan negeri dan negara.
Kerana akhirnya, setiap rakyat mahukan perkara yang sama iaitu sebuah kerajaan yang stabil, mampu mentadbir dengan baik dan membawa kesejahteraan kepada semua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan ampunilah kesalahannya.
Khabar duka yang diterima dari DUN Rhu Rendang hari ini. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Saadun bin Sulong atau lebih kenali sebagai Pak Yek atas kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Allahyarham merupakan mantan pengawal keselamatan YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
Sama-sama kita doakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Politik Malaysia telah melalui pelbagai fasa dan konfigurasi sejak negara mencapai kemerdekaan. Pelbagai bentuk kerjasama, gabungan dan muafakat politik telah berlaku sebagai sebahagian daripada proses kematangan demokrasi negara.
Setiap pengalaman yang dilalui oleh parti-parti politik menjadi satu proses pembelajaran untuk memahami kekuatan, perbezaan serta keperluan membina kerjasama yang lebih baik.
Akhirnya, segala pengalaman tersebut membawa kepada satu kesedaran bahawa kestabilan negara memerlukan formula terbaik yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia. Pertemuan ini menjadi ruang untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara Terengganu dan Rusia.
Antara bidang yang berpotensi diterokai termasuk tenaga, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, penyelidikan, perdagangan serta pembangunan industri bernilai tinggi yang mampu memberi manfaat kepada negeri, rakyat dan negara.
Terengganu sentiasa terbuka untuk membina jaringan kerjasama dengan rakan antarabangsa bagi memperkukuh daya saing negeri dan negara. Mudah-mudahan hubungan baik ini dapat diterjemahkan kepada kerjasama yang lebih bermakna pada masa hadapan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dari N.11 Lobak, N.13 Sikamat hingga N.21 Bukit Kepayang, semangat perubahan terus dirasai melalui setiap pertemuan bersama rakyat.
Di setiap DUN yang dikunjungi, aspirasi yang dibawa adalah sama iaitu membentuk sebuah Kerajaan Negeri Sembilan yang stabil, berintegriti, berwibawa dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
Perjuangan ini bukan tentang seorang calon, tetapi tentang kesatuan seluruh jentera, penyokong dan rakyat yang mahu melihat Negeri Sembilan melangkah ke hadapan dengan kepimpinan yang amanah.
Ayuh pusatkan sokongan kepada Saudara P.M. Kumar (N.11 Lobak), Datuk Razali Abu Samah (N.13 Sikamat) dan Saudara Ah Boon (N.21 Bukit Kepayang) serta seluruh calon Perikatan Nasional.
Insha-Allah, dengan sokongan rakyat, kita mampu merealisasikan perubahan demi masa depan Negeri Sembilan.
#perikatannasional
#muafakatpnbn
#nismilankitojago
#nismilanpilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, bersama calon bersama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) iaitu Ustaz Fairuz Isa calon No.1, serta jentera dan masyarakat di DUN Serting (N.05).
Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini membawa satu matlamat yang lebih besar. Kita mengenepikan kepentingan peribadi dan kepartian demi membina muafakat yang lebih kukuh serta membawa perubahan yang lebih baik untuk rakyat.
Saya menyeru seluruh pengundi, khususnya di DUN Serting, untuk turun mengundi dan tunaikan tanggungjawab kita. Ajak keluarga, sahabat dan kenalan untuk pulang mengundi.
Ingatlah, perjuangan ini belum selesai selagi kita belum sampai ke hari pengundian. Berilah sokongan dan undi kepada Ustaz Fairuz Isa, calon bersama PN-BN, demi merealisasikan matlamat kita untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik, stabil dan mampu berkhidmat untuk rakyat Negeri Sembilan, Insha-Allah.
Semboyan telah berbunyi. Ayuh kita bekerja bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir, dengan ikhtiar yang terbaik dan tawakal kepada Allah SWT.
Buat rakyat Negeri Sembilan, undi anda menentukan masa depan Negeri Sembilan. Undilah Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
#nismilankitojago
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Negeri Sembilan mencatat sejarah baharu apabila semangat muafakat menjadi asas kepada perubahan dan kestabilan.
Kerjasama yang dibina atas kepentingan rakyat ini menjadi inspirasi bahawa apabila kita bersatu dengan matlamat yang sama, perubahan yang lebih besar mampu direalisasikan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyedari besarnya tanggungjawab untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Sembilan, satu persefahaman politik telah dibentuk antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sembilan 2026.
Persefahaman ini berasaskan kematangan politik, semangat persaudaraan serta kesediaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mengatasi segala perbezaan.
Manifesto bersama ini bukan sekadar sebuah dokumen tetapi merupakan iltizam, amanah dan kontrak moral kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Dengan sokongan dan mandat daripada rakyat, insha-Allah segala komitmen yang digariskan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi membina sebuah Negeri Sembilan yang lebih maju, makmur dan sejahtera.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap tawaran yang dibawa kepada rakyat mestilah berasaskan realiti, kemampuan dan perancangan yang jelas, bukan sekadar janji yang indah didengar tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Perikatan Nasional (PN) komited membawa tawaran yang dirangka secara bertanggungjawab dengan mengambil kira keupayaan kewangan Kerajaan Negeri, mengoptimumkan hasil sedia ada, memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan secara mampan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Muafakat bukan sekadar penyatuan dua gabungan, tetapi penyatuan tekad demi masa depan rakyat.
Inilah lembaran baharu yang sedang diusahakan di Negeri Sembilan. Sebuah ikhtiar untuk membina kestabilan politik yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi, keyakinan pelabur, peluang pekerjaan serta kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Perjalanan ini pastinya tidak mudah. Akan ada cabaran, perbezaan pandangan dan ujian yang perlu ditempuhi. Namun, dengan semangat saling memahami, berlapang dada serta meletakkan kepentingan negeri dan negara mengatasi kepentingan politik, insha-Allah segala cabaran dapat diatasi.
Semoga Muafakat Nasional yang dimulakan di Negeri Sembilan menjadi titik tolak kepada sebuah Malaysia yang lebih stabil, lebih kukuh dan lebih dihormati.
#muafakatnasional
#perikatannasional
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Negeri Sembilan memiliki potensi besar hasil kedudukannya yang strategik. Namun, pembangunan mesti membawa manfaat yang nyata kepada rakyat.
Perikatan Nasional menawarkan pendekatan yang berpaksikan rakyat dengan memperkasa ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan perumahan dan memperkukuh pentadbiran dengan amanah dan integriti.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
SERUAN PENGUNDIAN AWAL PRN NEGERI SEMBILAN
Saya merakamkan penghargaan kepada semua yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok.
Penghargaan khusus kepada anggota keselamatan, pasangan dan keluarga masing-masing. Khidmat, disiplin dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa dihormati dan dihargai.
Setiap undi membawa amanah untuk menentukan hala tuju Negeri Sembilan. Negeri ini memerlukan sebuah pentadbiran yang stabil, cekap, berintegriti dan berlaku adil kepada seluruh rakyat.
Saya menyeru semua pengundi awal agar membuat pilihan dengan tenang, bebas dan bijaksana. Nilailah calon berdasarkan integriti, kemampuan, keupayaan membina muafakat dan kesungguhan untuk berkhidmat.
Selaras dengan persefahaman yang dicapai, berikanlah kepercayaan kepada calon Perikatan Nasional atau Barisan Nasional yang bertanding di kawasan masing-masing untuk membentuk sebuah pentadbiran baharu yang lebih stabil, adil dan sejahtera.
Marilah kita menjaga keamanan, keharmonian dan masa depan Negeri Sembilan dengan berpegang kepada adat serta memperkukuh muafakat.
Nismilan kito jago.
Beradat, muafakat, berkat.
Kepada Allah SWT kita berserah.
YAB. DATO’ SERI IR DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi Perikatan Nasional
#nismilankitojago
#beradatmuafakatberkat -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini menjadi bukti bahawa kekuatan sesebuah perjuangan bukan terletak pada seorang calon semata-mata tetapi lahir daripada kesepaduan seluruh jentera, penyokong dan rakyat.
Muafakat politik yang terjalin antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan merupakan satu lembaran baharu dalam sejarah politik negara. Apa yang dianggap mustahil oleh sesetengah pihak akhirnya berjaya direalisasikan hasil kesediaan semua pihak meletakkan matlamat bersama mengatasi perbezaan.
Dalam perjuangan ini, setiap orang mempunyai peranan. Ada yang turun bertemu pengundi, ada yang mengurus gerak kerja, menyediakan keperluan jentera, menyusun strategi dan memastikan seluruh operasi berjalan lancar.
Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun adalah sebahagian daripada kemenangan yang ingin kita capai bersama.
Teruskan melangkah dengan penuh semangat hingga ke saat terakhir. Insha-Allah, dengan usaha yang tidak mengenal lelah, kita mampu membawa perubahan yang diharapkan oleh rakyat Negeri Sembilan.
Ayuh beri sokongan kepada Calon Perikatan Nasional N.13 Sikamat, Datuk Razali Abu Samah dan bersama kita realisasikan perubahan untuk Negeri Sembilan.
#perikatannasional
#muafakatpnbn
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Muafakat bukan sekadar penyatuan politik, tetapi iltizam untuk mengembalikan kestabilan demi masa depan negara.
Dalam politik, setiap parti sudah tentu mahu memperjuangkan kepentingan parti masing-masing.
Namun, apabila kepentingan negara menjadi keutamaan, kepimpinan yang berjiwa besar perlu berani melangkaui perbezaan demi rakyat.
Kestabilan politik bukan hanya penting kepada kerajaan, malah menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi, keyakinan pelabur, peluang pekerjaan, pembangunan pendidikan dan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau agama.
Apa yang sedang dibina di Negeri Sembilan bukan sekadar kerjasama menghadapi pilihan raya, tetapi ikhtiar membentuk satu konfigurasi politik baharu yang lebih stabil, matang dan mampu membawa manfaat kepada negara.
Akhirnya, kerjasama politik boleh berubah mengikut zaman, tetapi amanah untuk berkhidmat kepada rakyat tidak boleh berubah.
Ikuti ucapan penuh saya semasa Program Muafakat Nasional (PN–BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan hayatilah mengapa kestabilan perlu menjadi agenda bersama demi Malaysia yang lebih kukuh, makmur dan dihormati.
#nismilankitojago
#perikatannasional
#nismilanpilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Program santai bersama calon Perikatan Nasional N.21 DUN Bukit Kepayang, Saudara Ah Boon.
Bukit Kepayang bukanlah kawasan yang asing buat Parti Gerakan. Benih perjuangan pernah ditanam di sini suatu ketika dahulu dan hari ini benih itu disuburkan kembali melalui muafakat politik antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional demi membawa suara yang lebih kuat untuk rakyat.
Saya menyeru seluruh penyokong Perikatan Nasional, Barisan Nasional, pengundi muda, pengundi baharu serta semua yang mahukan perubahan agar memberikan sokongan kepada Ah Boon pada hari pengundian nanti.
Setiap undi amat bermakna. Setiap kerusi menyumbang kepada usaha membentuk sebuah Kerajaan Negeri Sembilan yang stabil, berintegriti dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Insha-Allah, dengan usaha, kesungguhan dan sokongan semua, kita mampu melakar perubahan.
#perikatannasional
#muafakatpnbn
#nismilankitojago
#nismilanpilihbiru -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Secara umumnya, dalam dunia politik, setiap parti politik ingin mengutamakan kepentingan parti masing-masing. Namun, terdapat situasi tertentu apabila agenda yang lebih besar perlu diberi keutamaan dan inilah yang memerlukan kerjasama antara beberapa parti politik yang berbeza.
Agenda yang lebih besar kali ini adalah untuk mencapai kestabilan, yang merupakan kunci utama kepada kehidupan rakyat yang sejahtera. Bagi mencapai matlamat ini, ‘political will’ yang sangat tinggi amat diperlukan dalam kalangan pemimpin parti-parti politik yang terlibat.
Insha-Allah, kita doakan agar muafakat antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan ini membuahkan hasil yang terbaik.
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang media bersama YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan selepas Program Muafakat Nasional (PN-BN) sempena PRN Negeri Sembilan.
Intipati:
1. Muafakat PN-BN berjalan lancar.
2. Dakwaan PH bahawa BN mahu rampas Negeri Sembilan kerana hasil negeri sudah meningkat tidak benar.
3. Dakwaan PAS suka meratib isu DAP?
4. Isu antara YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor
5. Dakwaan PH bahawa gabungan PN-BN mencetuskan perkauman hanyalah propaganda pihak lawan - rakyat sudah celik untuk menilai
6. Manifesto PN-BN
7. Jentera PN-BN bergerak secara satu pasukan, tidak timbul isu jentera tidak memberi kerjasama.
8. Pandangan muafakat PN-BN yang dikatakan tidak sesuai di beberapa negeri.
9. Keyakinan pengundi atas pagar kepada PN-BNThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kuala Nerus (Bukit Tok Ris FC) atas kejayaan muncul sebagai Juara Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2026 selepas menewaskan pasukan Besut dengan keputusan 2-1 dalam aksi akhir petang semalam.
Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan mempamerkan disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan pengadil yang telah menjalankan amanah dengan penuh profesionalisme serta kepada urus setia, petugas, pasukan keselamatan, sukarelawan, penyokong dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2026.
Semoga kejohanan ini terus menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu, mengeratkan ukhuwah dan silaturahim serta memperkukuh ekosistem pembangunan bola sepak Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pagi tadi mengiringi calon Perikatan Nasional DUN Klawang, Danni Rais menyantuni masyarakat serta bersarapan bersama jentera Perikatan Nasional (PN) di DUN Klawang.
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Pertemuan sebegini sentiasa menjadi ruang terbaik untuk mendengar sendiri pandangan, harapan dan denyut nadi rakyat di samping menyemarakkan semangat para jentera yang tidak pernah mengenal penat.
Insha-Allah dengan sokongan dan dokongan seluruh rakyat, PN akan terus menawarkan khidmat serta pentadbiran yang berintegriti, stabil dan berorientasikan kebajikan rakyat.
Mohon sokongan dan doa buat calon Perikatan Nasional N. 04 Klawang, Danni Rais agar diberi kekuatan dan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat yang berkhidmat dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan.
#perikatannasional
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Manifesto bukan sekadar janji, tetapi amanah yang mesti ditunaikan.
Perikatan Nasional mengemukakan 14 tawaran tambahan berteraskan enam bidang utama iaitu pentadbiran, belia dan keluarga, ekonomi, kebajikan, pendidikan serta pekerjaan.
Tawaran ini melengkapi Manifesto Barisan Nasional sebagai ikhtiar bersama untuk membentuk sebuah kerajaan Negeri Sembilan yang stabil, amanah dan berkeupayaan.
Setiap komitmen dirangka secara realistik dan bertanggungjawab dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri serta keperluan sebenar rakyat daripada kos sara hidup dan perumahan, kepada peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan ekonomi serta kebajikan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Muafakat ini meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala perbezaan.
Ikuti ucapan penuh saya sempena Pelancaran Manifesto Sepakat Perikatan Nasional dan nilailah tawaran yang kami kemukakan untuk masa depan Negeri Sembilan.
Ayuh kita melangkah bersama, membina harapan baharu dan mencipta masa depan Negeri Sembilan yang lebih gemilang, insha-Allah.
#nismilankitojago
#perikatannasional
#nismilanpilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional yang mengemukakan 14 tawaran tambahan berteraskan enam bidang utama iaitu pentadbiran, belia dan keluarga, ekonomi, kebajikan, pendidikan serta pekerjaan.
Tawaran ini melengkapi manifesto Barisan Nasional dalam kerangka muafakat yang dibina untuk membawa perubahan kepada Negeri Sembilan. Setiap komitmen dirangka secara realistik dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri serta keperluan sebenar rakyat.
Muafakat ini bukan sekadar untuk menghadapi pilihan raya. Ia merupakan ikhtiar bersama untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil, amanah dan berkeupayaan, merancakkan ekonomi, membuka peluang pekerjaan berkualiti serta memastikan pembangunan dinikmati secara lebih seimbang.
Kepentingan rakyat mesti mengatasi segala perbezaan.
Ayuh kita melangkah bersama, membina harapan baharu dan mencipta masa depan Negeri Sembilan yang lebih gemilang, insha-Allah.
#nismilankitojago
#perikatannasional
#nismilanpilihbiru -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bersama-sama calon Perikatan Nasional (PN) N.11 Lobak, P.M. Kumar dalam sembang santai bersama penduduk-penduduk sambil berkongsi aspirasi perjuangan PN.
Janji dan komitmen kami adalah untuk berikan yang terbaik demi rakyat Negeri Sembilan.
Insha-Allah, pusatkan sokongan kepada P.M. Kumar di N.11 Lobak dan seluruh calon Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, berwibawa dan mengutamakan kebajikan rakyat.
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Buat rakyat Negeri Sembilan yang dikasihi.
Buatlah pilihan bijak, kenali calon-calon di setiap kawasan kalian.
Undilah Perikatan Nasional, kita tawarkan calon yang berintegriti dan berwibawa untuk kalian. Insha-Allah.
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saksikan dua pasukan berentap petang ini dalam Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2025/2026.
Dijemput hadir memeriahkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah jam 3.45 petang ini.
Berikan sokongan terbaik pada pasukan pilihan sama ada Kuala Nerus ataupun Besut.
Semoga berjaya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, semalam bersama masyarakat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Springhill, Lukut dalam suasana sembang santai yang cukup bermakna.
Pertemuan seperti ini memberi ruang untuk kita bertukar pandangan, mendengar denyut nadi masyarakat serta memahami isu-isu yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat.
Yang lebih penting, malam tadi kita turut memperkenalkan calon Perikatan Nasional bagi DUN Lukut, Saudara Sathes Kumar, calon nombor dua. Beliau hadir untuk membawa suara rakyat Lukut dan menjadi wakil yang dekat dengan masyarakat, bersedia mendengar serta komited untuk berkhidmat kepada semua.
Terima kasih kepada seluruh warga Springhill, Lukut yang hadir memeriahkan sesi sembang santai ini. Semoga usaha kita untuk menjaga negeri, membina keyakinan rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang amanah serta berwibawa dipermudahkan oleh Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyantuni para peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Bandar Sunggala, Bagan Pinang petang tadi.
Pasar malam bukan sekadar medan ekonomi rakyat, malah menjadi ruang terbaik untuk bertemu, mendengar dan memahami sendiri denyut nadi masyarakat. Setiap pandangan, harapan dan teguran yang dikongsikan menjadi amanah untuk terus diperjuangkan.
Perikatan Nasional komited membawa pendekatan yang beradat dalam kepimpinan, mengutamakan muafakat dalam mencari penyelesaian dan membina sebuah pentadbiran yang berintegriti serta benar-benar mengutamakan kebajikan rakyat.
Terima kasih kepada para peniaga, pengunjung dan seluruh warga Bagan Pinang yang sudi meluangkan masa bertegur sapa serta berkongsi pandangan sepanjang sesi walkabout ini.
Insha-Allah, semoga usaha kita untuk menjaga negeri, membina keyakinan dan membentuk kerajaan yang amanah dipermudahkan oleh Allah SWT.
#nismilankitojago
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bilangan yang ramai merupakan satu kelebihan, namun kekuatan sebenar sesebuah perjuangan terletak pada ukhuwah, kesatuan hati dan keikhlasan berkhidmat.
Apabila setiap lapisan jentera memainkan peranan masing-masing serta terus bergantung kepada pertolongan Allah SWT, insya-Allah kita mampu membina sebuah pasukan yang teguh, berdisiplin dan sukar digugat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sabtu ini, Masjid Kampung Kelulut akan menjadi pusat pelbagai aktiviti kemasyarakatan menerusi Program Bersamamu Rakyat: Indahnya Hidup Bersyariat.
Bukan sekadar program, tetapi ruang untuk rakyat mendapatkan manfaat secara langsung melalui Pasar Berkat, khidmat dan pameran agensi, ziarah kebajikan, pertandingan memasak, mewarna, congkak, shoot netball, kuiz terjah serta pengisian kuliah Dhuha dan Maghrib.
Program ini menghimpunkan unsur kebajikan, pendidikan, kekeluargaan dan komuniti dalam satu hari yang penuh manfaat.
Jemput pakat hadir bersama keluarga. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pandangan rakyat amat penting dalam membantu Kerajaan Negeri Terengganu memahami keadaan sebenar yang sedang dihadapi oleh masyarakat, khususnya berkaitan ekonomi semasa, perbelanjaan harian dan kos sara hidup.
Sehubungan itu, saya ingin mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk meluangkan sedikit masa mengisi Tinjauan Keyakinan Pengguna Terengganu 2026 yang sedang dijalankan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).
Dialu-alukan berkongsi pandangan kalian menerusi pautan tiny.cc/TinjauanKeyakinanPengguna sebelum 25 Julai 2026 ini. Setiap maklum balas kalian amat bermakna demi masa depan Terengganu yang lebih baik. Terima kasih. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap minggu, banyak keputusan penting dibuat. Namun yang lebih penting ialah bagaimana setiap keputusan itu memberi manfaat kepada rakyat.
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi meneliti pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, pembangunan dan kebajikan rakyat.
Setiap agenda yang dibincangkan hari ini membawa matlamat yang sama iaitu memastikan pembangunan negeri terus bergerak seiring dengan keperluan rakyat, ekonomi terus diperkukuh, perkhidmatan awam dipertingkatkan dan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga setiap usaha yang dirancang dipermudahkan Allah SWT dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai memperingati detik bersejarah pada tahun 1963 apabila pentadbiran sendiri diserahkan daripada kerajaan British kepada pemimpin tempatan. Peristiwa ini menjadi asas penting dalam perjalanan Sarawak sebelum bersama-sama Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
Hari Sarawak bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi juga mengingatkan kita tentang nilai sebuah Persekutuan yang dibina atas semangat saling menghormati, kepercayaan serta pengiktirafan terhadap keunikan dan hak setiap negeri.
Sarawak telah membuktikan bahawa kepelbagaian identiti, budaya dan kekayaan sumber mampu menjadi asas kepada pembangunan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan apabila diurus dengan visi yang jelas serta tadbir urus yang baik.
Semoga Sarawak terus melakar kejayaan, dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan dan hak-haknya sebagai rakan dalam Persekutuan sentiasa dihormati selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mudah-mudahan hubungan antara semua negeri dalam Malaysia terus diperkukuh berasaskan semangat federalisme yang adil, saling melengkapi dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat.
Selamat Hari Sarawak 2026. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anakanda Danish Zikry Shaiful Bakhtiar, pelajar SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun atas kejayaan muncul sebagai Juara Kategori Bawah 15 Tahun Lelaki bagi Kejohanan China Squash Junior Open 2026 yang berlangsung di Shandong, China.
Kejayaan ini tentunya amat membanggakan keluarga, sekolah dan seluruh warga Terengganu. Ia membuktikan bahawa anak-anak Terengganu mempunyai bakat dan potensi besar untuk bersaing di pentas antarabangsa apabila diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya.
Teruskan berlatih dengan tekun, jangan cepat berpuas hati dan sentiasa percaya kepada kemampuan diri. Jadikan kejayaan ini sebagai langkah awal untuk melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.
Semoga Danish terus cemerlang dan mengharumkan nama Terengganu serta Malaysia di persada dunia. Teruskan melangkah dan terbang lebih tinggi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menziarahi YB Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Haji Hanafiah Mat yang baru selesai menjalani pembedahan lutut.
Alhamdulillah, keadaan beliau baik dan kini memerlukan sedikit masa untuk berehat serta menjalani proses pemulihan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan sepanjang tempoh pemulihan.
Sama-sama kita doakan agar beliau kembali sihat dan cergas seperti sediakala, seterusnya dapat kembali menyambung amanah dan khidmat kepada rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, baru-baru ini kita menyaksikan satu demi satu berita membanggakan lahir daripada anak-anak Terengganu yang mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.
Tahniah kepada anakanda Qabil Irfan yang berjaya meraih podium pertama dalam Moto4 European Cup, sebuah kejuaraan yang menjadi medan melahirkan pelumba ke peringkat Moto3 sehingga MotoGP.
Selain itu, tahniah juga buat anakanda Adam Akymie dan Shid Aryan Rizqi dari SK Chukai yang kini membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia ke Donosti Cup di San Sebastian, Sepanyol.
Syabas kepada anak Terengganu, saudara Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal bersama pasangan regunya Low Zi Yu yang muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026, sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama 19 tahun untuk kembali merangkul gelaran beregu campuran.
Dalam bidang pendidikan pula, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut mencipta sejarah apabila meraih 26 pingat dan enam Anugerah Khas dalam pertandingan inovasi antarabangsa BIICC/MYSO 2026, membuktikan bahawa institusi pendidikan Islam negeri mampu melahirkan generasi yang cemerlang dalam penyelidikan, inovasi dan teknologi.
Tidak ketinggalan, SK Manir, Kuala Terengganu yang mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Active Lifestyles Outstanding Award dalam pertandingan AIA Healthiest Schools di Bangkok, Thailand.
Kejayaan-kejayaan ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada usaha yang berterusan, sokongan ibu bapa, dedikasi para guru dan jurulatih, dasar pembangunan pendidikan serta sukan yang konsisten dan yang paling utama, izin Allah SWT.
Semoga lebih ramai anak-anak Terengganu terus melangkah jauh, membawa nama negeri dan Malaysia dengan penuh integriti, kecemerlangan serta jati diri. Terengganu sentiasa berbangga dengan setiap kejayaan kalian.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Di sebalik setiap kemenangan, ada latihan yang panjang, ada pengorbanan yang tidak semua orang nampak dan ada semangat untuk bangkit setiap kali diuji.
Teruskan melangkah, Hakim Danish. Terengganu dan Malaysia bangga dengan Hakim.
#nokmenangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Apabila kita bercakap tentang pelaburan, ia bukan sekadar angka di atas kertas. Yang lebih penting ialah bagaimana pelaburan itu mampu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pertumbuhan perniagaan tempatan dan peningkatan kesejahteraan rakyat.
Alhamdulillah, bagi suku pertama tahun 2026, Terengganu berjaya merekodkan hampir RM400 juta pelaburan yang diluluskan melibatkan sektor perkhidmatan dan perkilangan. Lebih membanggakan, sebahagian besar daripada pelaburan ini datang daripada pelabur domestik. Ini menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap kestabilan, dasar pembangunan dan potensi ekonomi negeri kita.
Apa yang rakyat perlu tahu ialah, setiap pelaburan yang masuk akan membawa kesan berganda kepada ekonomi negeri. Ia membuka peluang pekerjaan baharu, mewujudkan permintaan kepada kontraktor dan pembekal tempatan, menghidupkan aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta merancakkan sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, perdagangan dan pelancongan.
Lebih penting, Kerajaan Negeri tidak hanya mengejar jumlah pelaburan semata-mata. Fokus kita ialah menarik pelaburan yang berkualiti, mampan dan memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri dalam jangka panjang. Sebab itu, kita turut memberi perhatian kepada sektor strategik seperti tenaga boleh diperbaharui, logistik, hospitaliti serta pembangunan industri bernilai tinggi yang mampu menjadikan Terengganu lebih berdaya saing pada masa hadapan.
Insha-Allah, usaha ini akan terus diperkasakan melalui kerjasama erat antara kerajaan, agensi berkaitan, pelabur dan pemain industri. Matlamatnya jelas, iaitu membina sebuah ekonomi yang lebih kukuh, mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat, dan memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap pelaburan yang dibawa masuk benar-benar memberi manfaat kepada negeri dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Terengganu.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang berakhir, namun amanah untuk berkhidmat kepada rakyat terus dipikul. Dengan iltizam dan rasa tanggungjawab, suara rakyat akan terus diperjuangkan demi kepentingan negara.
Terima kasih atas doa, sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga setiap usaha ini dipermudahkan dan membawa kebaikan buat seluruh rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap keputusan yang dibuat hari ini merupakan langkah ke arah memperkukuh agenda pembangunan negeri, sekali gus memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan berkesan demi memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan organisasi serta memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan baik demi manfaat dan kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hubungan yang baik bukan sekadar pertemuan diplomatik, tetapi membuka ruang kepada kerjasama yang mampu membawa manfaat kepada rakyat, ekonomi dan masa depan Terengganu.
Terima kasih atas kunjungan hormat Puan Yang Terutama Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan bermakna demi kemajuan Terengganu, Malaysia dan Switzerland.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan. Tahniah kepada semua yang hadir dan menyumbang buah fikiran.
Mesyuarat ini menjadi medan untuk bermuhasabah, memperkukuh saf perjuangan dan menyusun gerak kerja yang lebih tersusun. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadi pegangan agar setiap amanah dipikul bersama dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
Marilah kita terus memelihara adab berjemaah, mengeratkan ukhuwah serta memberikan sokongan dan kerjasama kepada pimpinan yang telah diamanahkan mengikut keputusan organisasi.
Semoga setiap langkah dipandu dengan hikmah, setiap usaha diberkati, dan setiap pengorbanan menjadi amal yang diterima di sisi-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, barisan calon pun telah kita umumkan.
Teruskan usaha dengan penuh berakhlak, doa sungguh-sungguh dan tawakal kepada-Nya untuk mencapai kemenangan.
Undilah calon Perikatan Nasional.
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, barisan calon pun telah kita umumkan.
Teruskan usaha dengan penuh berakhlak, doa sungguh-sungguh dan tawakal kepada-Nya untuk mencapai kemenangan.
Undilah calon Perikatan Nasional.
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sebuah perjuangan memerlukan lebih daripada sekadar calon.
Ia memerlukan keberanian, amanah dan kesediaan untuk berkhidmat.
Semoga setiap langkah yang diambil membawa harapan baharu kepada rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia.
Alhamdulillah, selesai mengiringi calon Perikatan Nasional di DUN Bagan Pinang, Ustaz Abd Fatah Zakaria pagi tadi.
#nismilankitojago
#nismilanpilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi calon bagi N31 DUN Bagan Pinang, Ustaz Abd Fatah Zakaria menuju ke pusat penamaan calon.
Terima kasih juga kepada yang turut hadir memberikan sokongan kepada calon-calon Perikatan Nasional.
Insha-Allah, tugas kita hanyalah berusaha sehabis baik, selebihnya kita serahkan kepada-Nya.
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bermula di Negeri Sembilan. Demi Malaysia.
Setiap perubahan besar bermula dengan satu langkah.
Malam tadi bukan sekadar pengisytiharan calon. Ia adalah permulaan sebuah perjuangan yang lebih besar iaitu membina keyakinan rakyat, menawarkan kepimpinan yang berintegriti dan membuka lembaran baharu untuk Malaysia.
Insya-Allah, dengan izin Allah dan sokongan rakyat, langkah ini akan terus mara.
#perikatannasional #prnnegerisembilan
#nismilankitojagoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional PRN Negeri Sembilan malam tadi telah merungkai wajah-wajah yang bakal bertanding mewakili Perikatan Nasional.
Insha-Allah, calon yang kita tawarkan merupakan calon yang berintegriti dan berwibawa.
Semoga dipermudahkan segala urusan daripada awal kempen sehingga ke hari pengundian.
Undilah Perikatan Nasional demi keharmonian Negeri Sembilan dan Malaysia amnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Inilah barisan calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan, insha-Allah.
Mohon doa, sokongan dan dukungan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
#perikatannasional
#prnnegerisembilan
#nismilankitojago -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Ke-15.
Setiap kali persidangan menghampiri penghujungnya, yang lebih penting bukan sekadar berapa banyak isu dibangkitkan, tetapi sejauh mana perbahasan itu mampu diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Antara perkara yang menjadi perhatian hari ini ialah usaha memperkukuh pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD), persediaan negara menghadapi fenomena El Nino yang memberi kesan kepada sektor pertanian dan bekalan makanan serta reformasi tadbir urus DBKL yang menyentuh hak pemilikan harta dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.
Ketiga-tiga isu ini kelihatan berbeza, namun berkongsi matlamat yang sama iaitu melindungi kesejahteraan rakyat. Pencegahan NCD yang lebih berkesan bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup, malah mampu mengurangkan beban kos rawatan dalam jangka panjang. Persediaan menghadapi El Nino pula penting bagi memastikan bekalan makanan negara terus terjamin, harga kekal stabil serta kebajikan petani dan penternak sentiasa diberi perhatian. Pada masa yang sama, usaha memperkukuh tadbir urus DBKL perlu memastikan hak rakyat terus dipelihara di samping meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Pada akhirnya, ukuran kejayaan sesebuah persidangan bukan terletak pada panjangnya perbahasan, tetapi pada keberkesanan pelaksanaannya. Dasar yang baik ialah dasar yang dapat dirasai manfaatnya oleh rakyat dalam kehidupan seharian.
Semoga segala usaha yang dibincangkan sepanjang persidangan ini menjadi asas kepada sebuah Malaysia yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Perikatan Nasional bersama pimpinan lima parti komponen bagi memuktamadkan beberapa perkara penting menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Insha-Allah, kesepakatan yang dicapai akan memperkukuh gerak kerja Perikatan Nasional dalam menawarkan kepimpinan yang berintegriti demi kestabilan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Mesyuarat Khas Perikatan Nasional (PN) bersama pimpinan tertinggi parti komponen hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pilihan raya bukan sekadar medan meraih kemenangan, tetapi ruang untuk meneruskan amanah tarbiah, dakwah dan khidmat kepada rakyat.
Dengan semangat ukhuwah, akhlak yang mulia serta kebergantungan kepada Allah SWT, seluruh jentera terus bersiap siaga menggalas amanah perjuangan.
Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan membawa manfaat kepada agama, bangsa serta negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semalam saya berpeluang menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia.
Pertemuan-pertemuan ini mencerminkan minat dan keterbukaan rakan antarabangsa untuk meneroka potensi kerjasama dengan Terengganu, sekali gus membuka ruang bagi memperkukuh hubungan yang dapat diterjemahkan kepada manfaat lebih besar buat negeri dan rakyat.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang tenaga, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, penyelidikan, perdagangan serta pembangunan industri bernilai tinggi yang selari dengan agenda pembangunan Terengganu.
Sebagai sebuah negeri yang sedang melangkah ke hadapan, Terengganu sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik yang berupaya mempercepat pemindahan ilmu dan teknologi, memperkasa pembangunan modal insan, menarik pelaburan berkualiti serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
Dalam dunia yang semakin saling berhubung, hubungan baik dengan rakan-rakan antarabangsa merupakan aset penting dalam memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh daya saing negeri dan negara.
Mudah-mudahan jalinan yang dibina ini menjadi asas kepada kerjasama yang lebih bermakna, sekali gus menyumbang kepada pembangunan Terengganu yang mampan dan kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara isu yang dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini ialah potensi biogas sawit sebagai sumber tenaga negara, pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, penambahbaikan kualiti perkhidmatan internet, serta ketelusan Program Jualan MADANI.
Kesemua perkara ini mempunyai kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Pembangunan tenaga lestari mampu memperkukuh keselamatan tenaga negara, sistem pendidikan yang lebih berkesan melahirkan modal insan berkualiti, perkhidmatan internet yang stabil menyokong pembelajaran dan aktiviti ekonomi digital, manakala pengurusan subsidi yang telus memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.
Setiap dasar dan pelaksanaan yang dibincangkan perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat kerana ukuran kejayaan sebenar bukan sekadar pada perancangan, tetapi pada manfaat yang dirasai oleh masyarakat dan kemajuan negara secara keseluruhannya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap minggu, pasti ada cabaran yang berbeza. Setiap cabaran pula menuntut penyelesaian yang matang.
Alhamdulillah, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu berlangsung pada hari ini bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam mentadbir sebuah negeri, tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Ada isu yang memerlukan tindakan segera, ada masalah yang menuntut penelitian lebih mendalam dan ada keputusan yang perlu dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut serta kesannya kepada rakyat.
Cabaran tidak boleh diselesaikan dengan tergesa-gesa. Ia memerlukan maklumat yang tepat, penyelarasan yang baik dan kesediaan semua pihak untuk mencari jalan keluar yang paling berkesan.
Yang penting, setiap masalah perlu dihadapi, bukan dielakkan. Setiap kelemahan perlu diperbaiki, bukan disembunyikan.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus bekerja secara berpasukan, menilai setiap keadaan dengan teliti dan mencari penyelesaian yang praktikal demi kepentingan rakyat serta masa depan Terengganu.
Semoga setiap kesukaran dipermudahkan dan setiap usaha yang dilaksanakan membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak ini tak berhenti buat kita bangga.
Bukan baru semalam saya kenal Hakim Danish.
Sejak dia bermula sebagai pelumba cilik lagi, jatuh, cedera, bangkit semula, kemudian menjadi juara Asia Talent Cup, kita sudah nampak ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya.
Beberapa tahun lalu, ketika saya melawat Hakim Danish dan Qabil Irfan di Litar Sepang, tempat mereka menjalani latihan, saya tinggalkan satu pesanan ringkas, '#nokmenang'.
Bukan sekadar mahu menang perlumbaan.
Tetapi mahu menang melawan rasa takut, menang melawan keletihan, menang melawan keraguan dan bangkit setiap kali diuji.
Hari ini, Hakim terus membuktikan semangat itu.
Anak muda kelahiran Kuala Terengganu ini sekali lagi mencipta pencapaian yang membanggakan di pentas dunia.
Hari ini saya berpeluang bertemu dan meraikan kejayaan terbaharunya.
Di sebalik setiap trofi, ada latihan yang panjang, pengorbanan keluarga, disiplin yang tinggi dan keberanian untuk terus bergerak walaupun jalannya tidak mudah.
Terima kasih juga kepada Hakim atas hadiah sebuah helmet. Hadiah yang cukup istimewa, apatah lagi datang daripada seorang anak muda Terengganu yang sedang membawa nama negeri dan negara ke pentas dunia.
Tahniah, Hakim.
Teruskan berlumba dan mencipta sejarah.
Terengganu dan Malaysia bangga dengan Hakim Danish.
#nokmenang -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semalam saya menerima kunjungan Puan Yang Terutama Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan tentang bagaimana hubungan antarabangsa boleh diterjemahkan kepada manfaat yang lebih nyata kepada negeri dan rakyat.
Switzerland mempunyai reputasi yang kukuh dalam bidang inovasi, teknologi berketepatan tinggi, pendidikan, penyelidikan serta pembangunan ekonomi yang mampan. Terengganu pula sedang bergerak untuk memperkukuh sektor-sektor bernilai tinggi, membangunkan modal insan dan membuka lebih banyak ruang kepada pelaburan berkualiti.
Di sinilah saya melihat adanya titik pertemuan yang boleh diterokai bersama.
Antaranya melalui kerjasama dalam pemindahan teknologi, pembangunan bakat, pendidikan teknikal dan profesional, pelancongan bernilai tinggi serta pengembangan ekonomi hijau dan mampan.
Hubungan diplomatik Malaysia dan Switzerland yang telah terjalin sejak 1963 menyediakan asas yang kukuh untuk memperluas kerjasama ini. Kehadiran hampir 170 syarikat Switzerland di Malaysia juga menunjukkan keyakinan yang berterusan terhadap potensi ekonomi negara.
Bagi Terengganu, setiap hubungan yang dibina dengan rakan antarabangsa perlu membawa nilai tambah. Bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi membuka jalan kepada jaringan baharu, pertukaran kepakaran, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih berkualiti.
Saya percaya negeri yang mahu terus maju tidak boleh bergerak secara bersendirian. Kita perlu membina hubungan yang matang, terbuka dan saling menguntungkan dengan dunia luar, tanpa kehilangan arah dan keutamaan sendiri.
Terima kasih kepada Puan Yang Terutama Chantal Moser atas pertemuan yang baik ini. Semoga ia menjadi satu lagi langkah ke arah kerjasama yang lebih bermakna antara Terengganu, Malaysia dan Switzerland. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Fokus isu yang dibawa oleh ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional di Dewan Rakyat hari ini ialah mekanisme kawalan supaya hasil royalti sumber asli benar-benar memberi manfaat kepada komuniti yang menanggung kesan aktiviti pengeluaran, selain isu pencemaran yang melibatkan sumber air penduduk serta sektor pertanian.
Kemajuan negara tidak boleh diukur hanya melalui angka pertumbuhan ekonomi atau hasil yang dikutip semata-mata. Kemajuan sebenar ialah apabila kekayaan negara diurus dengan amanah, manfaatnya dirasai secara adil oleh rakyat dan pembangunan dilaksanakan tanpa mengorbankan alam sekitar yang menjadi warisan generasi akan datang.
Selain itu, Dewan Rakyat turut membahaskan dua Rang Undang-Undang penting yang memberi manfaat kepada rakyat. Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 bertujuan memperkukuh perlindungan kepada saksi agar lebih ramai berani tampil membantu siasatan dan prosiding mahkamah tanpa rasa takut, sekali gus meningkatkan keberkesanan sistem keadilan negara.
Sementara itu, Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial 2026 pula mengiktiraf dan mengawal selia profesion kerja sosial melalui standard kelayakan, etika dan kompetensi yang lebih jelas bagi memastikan golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan mangsa keganasan menerima perkhidmatan yang lebih berkualiti dan profesional.
Perikatan Nasional akan meneliti kedua-dua RUU ini serta beberapa RUU lain secara konstruktif demi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu Inc. memikul tanggungjawab penting sebagai pemacu pelaburan dan pembangunan strategik negeri. Justeru, setiap keputusan yang dibuat perlu berteraskan tadbir urus yang baik, pengurusan berhemah dan perancangan yang berpandangan jauh agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Terengganu.
Usai mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, berilah kesejahteraan kepadanya dan maafkanlah segala kesalahannya."
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Baginda Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, seluruh kerabat diraja, kerajaan dan rakyat Negara Qatar atas pemergian Baginda Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, mantan Emir Negara Qatar yang juga merupakan bapa kepada Emir Negara Qatar.
Almarhum merupakan seorang negarawan yang meninggalkan legasi besar dalam pembangunan moden Negara Qatar. Di bawah kepimpinan baginda, Qatar berkembang sebagai sebuah negara yang berdaya saing, berpengaruh dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa melalui kemajuan dalam sektor ekonomi, pendidikan, tenaga, media dan diplomasi.
Kebijaksanaan serta visi kepimpinan almarhum telah meletakkan asas yang kukuh kepada pembangunan negara, di samping memperluas peranan Qatar di peringkat serantau dan antarabangsa menerusi pendekatan diplomasi, kerjasama strategik serta pembangunan institusi yang mampan.
Sesungguhnya pemergian almarhum merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Negara Qatar, bahkan kepada masyarakat antarabangsa yang menghargai sumbangan dan komitmen baginda terhadap pembangunan negara serta pengukuhan hubungan antara bangsa.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhum, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hari ini berlangsung Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas.
Persidangan mungkin hanya berlangsung sehari, namun amanah yang dipikul tidak pernah terhad kepada tempoh persidangan. Setiap isu yang dibangkitkan, setiap pandangan yang dikemukakan dan setiap keputusan yang dibuat menuntut iltizam untuk diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kekuatan kepada kami untuk terus melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi Terengganu yang lebih maju, sejahtera dan diberkati. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai pelancaran gerak kerja Jentera Pilihan Raya PRU-16 DUN Rhu Rendang.
Pilihan raya bukan sekadar soal pertandingan politik tetapi amanah untuk terus menyantuni rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan menawarkan kepimpinan yang berteraskan integriti, keadilan serta kebajikan.
Kekuatan sesebuah perjuangan tidak hanya diukur pada jumlah jentera, tetapi pada keikhlasan hati, kesatuan saf, disiplin dalam bekerja dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Apabila setiap langkah disandarkan kepada nilai-nilai tersebut, insha-Allah setiap usaha akan menjadi ibadah dan setiap cabaran akan dihadapi dengan penuh hikmah.
Terima kasih kepada seluruh jentera, petugas dan sukarelawan yang sentiasa bersedia memikul amanah ini.
Teruskan melangkah dengan semangat berkhidmat, bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya, tetapi demi membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita, mengurniakan kekuatan serta mempermudahkan perjalanan perjuangan ini hingga mencapai natijah yang terbaik, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat Agung Tahunan bukan sekadar memenuhi agenda organisasi, tetapi menjadi ruang memperkukuh ukhuwah, menyusun gerak kerja dan memperbaharui tekad perjuangan.
Dalam apa jua medan, termasuk pilihan raya, setiap amanah yang dilaksanakan dengan ikhlas adalah sebahagian daripada tarbiah dan dakwah. Semoga Allah SWT memandu setiap langkah perjuangan ini demi kebaikan ummah dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Segala usaha yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada tekad untuk membawa perubahan. Dengan doa dan sokongan semua terutamanya rakyat, kita terus melangkah membina Terengganu yang lebih baik.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRN Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada seluruh jentera Perikatan Nasional yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen.
Pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan menjadi bukti bahawa perjuangan ini digerakkan dengan penuh kesungguhan demi membawa khidmat terbaik kepada rakyat.
Apa jua keputusan yang telah ditentukan, kita menerimanya dengan hati yang terbuka, penuh rasa hormat terhadap proses demokrasi.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan doa yang diberikan. Insha-Allah, Perikatan Nasional akan terus istiqamah menjadi suara rakyat, membawa politik yang matang, berintegriti serta mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan semua.
Terima kasih, Johor. Semoga Allah SWT memberkati negeri ini dan seluruh rakyatnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap ziarah membawa amanah untuk menyampaikan keprihatinan, menghulurkan bantuan dan memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.
Sepanjang beberapa siri Ziarah Prihatin yang dilaksanakan oleh wakil Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, beberapa keluarga telah disantuni termasuk mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, kematian serta warga emas yang memerlukan perhatian.
Semoga segala bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan, yang sedang diuji diberikan ketabahan, dan keluarga allahyarham terus dikurniakan kekuatan serta rahmat daripada Allah SWT.
Insya-Allah, usaha menyantuni dan menjaga kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap perbahasan yang bermakna bermula dengan amanah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap ahli adalah aset perjuangan. Teruskan berkhidmat dengan ikhlas, berlapang dada dalam berbeza pandangan dan teguh dalam matlamat yang sama.
Jadikan mesyuarat ini sebagai titik tolak untuk bekerja lebih kuat, bukan sekadar tempat membuat keputusan tetapi medan memperbaharui tekad dan iltizam.
Usai merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pendang hari ini. Moga segala gerak kerja kita sentiasa diberkati-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Esok, rakyat Johor akan melaksanakan satu amanah besar dalam sistem demokrasi negara. Setiap undi yang diberikan bukan sekadar menentukan wakil rakyat, malah mencorakkan hala tuju negeri untuk tahun-tahun yang mendatang.
Keluarlah mengundi dengan penuh rasa tanggungjawab, berlandaskan pertimbangan yang matang dan mengutamakan masa depan Johor. Pilihlah kepimpinan yang bersih, berintegriti, berprinsip dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
Perikatan Nasional hadir dengan iltizam untuk membina Johor yang lebih maju, sejahtera dan ditadbir dengan amanah.
Semoga proses demokrasi berlangsung dengan aman, tertib dan harmoni. Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Johor.
Undilah Perikatan Nasional. Bersama kita bina masa depan Johor. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
“Sorry Germany…”
Saya fikir, sebelum bercakap tentang pelaburan, pembangunan dan hubungan antarabangsa, apa kata mulakan dengan topik yang hampir semua orang minat saat ini iaitu bola sepak.
Sedikit usikan mengenai keputusan Piala Dunia berjaya menceriakan suasana sebelum sesi rasmi bersama para Duta Kesatuan Eropah.
Walaupun masing-masing menyokong pasukan yang berbeza, semangat kesukanan mengajar kita satu perkara penting, kita boleh bersaing di atas padang, tetapi terus bekerjasama di luar padang.
Terima kasih kepada seluruh delegasi Kesatuan Eropah atas kunjungan ke Terengganu. Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh melalui persefahaman, saling menghormati dan kerjasama yang memberi manfaat kepada semua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-101 kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia.
Lebih satu abad perjalanan hidup yang diisi dengan pengalaman, jasa dan pengorbanan dalam membina negara. Sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah dan menjadi rujukan kepada generasi pemimpin masa kini serta akan datang.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tun kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kekuatan untuk terus menyumbang pandangan yang bernilai, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Nya.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran, Tun. Semoga terus dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Wartawan ada bertanya saya, komen mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan yang menafikan Terengganu untuk menuntut sebahagian kos LPT2.
Jawapan saya, sudah tentu Terengganu kecewa. Nampaknya ada satu cara sahaja untuk kami perolehi semula hak-hak kami yang dinafikan.
Ini kali, tanpa perlu bahas berjela-jela, satu cara sahaja iaitu kita ubah kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU16 nanti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Masyarakat India di Johor dan Malaysia telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pembangunan negeri dan negara. Dari sektor perladangan, perindustrian, pendidikan, kesihatan, kejuruteraan, perniagaan hinggalah kepada perkhidmatan awam, mereka sentiasa menjadi sebahagian daripada kekuatan Malaysia. Sumbangan itu tidak harus dikenang dalam sejarah tetapi diterjemahkan dalam bentuk peluang yang lebih baik pada masa hadapan.
Saya dengan penuh rendah hati memohon sokongan masyarakat India di Johor agar memberikan kepercayaan dan undi kepada calon-calon Perikatan Nasional (PN) daripada MIPP dalam pilihan raya ini.
Marilah kita bersama-sama membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak kita, demi Johor yang lebih sejahtera dan Malaysia yang lebih makmur serta berintegriti.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap undi yang kalian berikan hari ini akan menentukan hala tuju Johor untuk lima tahun akan datang. Oleh itu, pilihlah dengan bijaksana demi sebuah negeri yang terus maju dengan semak dan imbang yang berkesan serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Johor bukan sekadar pilihan raya negeri.
Ia adalah mesej yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat mahukan perubahan yang lebih besar. Perubahan yang bermula di Johor dan menuju ke Putrajaya, insha-Allah.
Semoga perjuangan ini diberkati Allah SWT, berjalan aman, lancar dan membuahkan kemenangan buat rakyat.
Johor Bangkit. Malaysia Berubah.
Perikatan Nasional untuk rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu remains committed to exploring meaningful partnerships that create long-term value for the state, unlock new opportunities for sustainable development, and deliver tangible benefits to its people.
May this relationship continue to grow from strength to strength, founded on mutual trust, mutual respect, and shared prosperity.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Parlimen hari ini. Antara yang diberi perhatian oleh rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional ialah cadangan supaya projek naik taraf jalan yang mempunyai keperluan kritikal dapat dipertimbangkan melalui mekanisme khas, walaupun tidak berada dalam senarai keutamaan negeri. Dalam masa yang sama, isu penempatan guru di sekolah yang masih berdepan kekurangan tenaga pengajar serta kesiapsiagaan menghadapi peningkatan kemasukan murid prasekolah turut dibangkitkan.
Perancangan yang baik bukan sekadar menyelesaikan isu semasa, tetapi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang benar-benar memenuhi keperluan mereka. Infrastruktur yang lebih selamat mengurangkan risiko dan melancarkan pergerakan harian, manakala sistem pendidikan yang bersedia dengan guru, bilik darjah dan kemudahan yang mencukupi memberi peluang kepada setiap anak untuk belajar dalam suasana yang lebih kondusif. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan pembangunan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat di setiap peringkat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sebuah pertemuan bukan sekadar menghimpunkan wakil-wakil negara, tetapi membuka ruang untuk saling memahami, membina kepercayaan dan meneroka peluang yang memberi manfaat bersama.
Saya kongsikan semula ucapan pembukaan sempena lawatan Delegasi Duta-Duta Kesatuan Eropah ke Terengganu.
Semoga perkongsian ini memberi gambaran tentang potensi negeri, kepentingan membina hubungan strategik serta aspirasi yang kita bawa untuk manfaat rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
May this meeting serve as the foundation for a stronger and more meaningful partnership between Terengganu and the European Union, built on mutual trust, shared aspirations and cooperation for the benefit of all.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Thank you to the Ambassadors and diplomatic representatives of the European Union Member States for your visit.
Your presence in Terengganu, the Land of Faith, Darul Iman, has been a great honour and will remain a cherished memory for us.
May the friendship and ties we have forged continue to grow stronger, whether through strategic collaboration or simply as valued friends.
Until we meet again.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Beberapa isu penting telah dibincangkan dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini melibatkan usaha menambah baik perkhidmatan awam, memperkukuh ekonomi tempatan serta mempercepat pembangunan infrastruktur. Perbincangan seperti ini penting bagi memastikan setiap dasar yang digubal benar-benar menjawab keperluan rakyat.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah pelaksanaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang terus menjadi tumpuan kerana projek ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Pantai Timur. Selain meningkatkan hubungan antara negeri, memendekkan masa perjalanan dan memperkukuh aspek keselamatan pengguna, LPT3 juga dijangka memudahkan pergerakan barangan, merancakkan sektor pelancongan serta membuka lebih banyak peluang pelaburan. Justeru, aspek pelaksanaan, kadar tol dan rundingan konsesi perlu diurus dengan teliti agar manfaat projek ini dapat dinikmati rakyat tanpa menambah beban kepada mereka.
Turut dibincangkan ialah keberkesanan digitalisasi sistem kesihatan awam melalui penggunaan MySejahtera dan rekod kesihatan elektronik. Sekiranya dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, usaha ini mampu mempercepat urusan pesakit, mengurangkan tempoh menunggu serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di hospital kerajaan.
Selain itu, usaha memperkasa industri batik tempatan turut mendapat perhatian melalui sokongan kepada pengusaha dari aspek pembiayaan, peningkatan kapasiti pengeluaran, daya saing dan pemasaran. Langkah ini bukan sahaja membantu mengembangkan perusahaan tempatan, malah berpotensi membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam suasana kita berhadapan dengan pilihan raya, kita bukan sekadar melaksanakan tugas siasah, berpolitik atau menggerakkan parti. Hakikatnya, inilah medan untuk kita meneruskan amanah tarbiah dan dakwah.
Setiap gerak kerja pilihan raya, ziarah, pertemuan dengan masyarakat adalah sebahagian daripada proses tarbiah buat diri kita sendiri. Ia menjadi ruang untuk menyampaikan dakwah, sama ada melalui lisan mahupun melalui akhlak dan teladan yang baik.
Mesyuarat Agung Tahunan adalah medan kepada usaha memperkukuhkan parti, mempererat ukhuwah sesama ahli serta menyusun strategi dan gerak kerja bagi memastikan perjuangan parti terus berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Setiap daripada kita memikul amanah yang berbeza. Masing-masing mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri. Apabila setiap orang melaksanakan amanah mengikut bidang tugas masing-masing dengan penuh disiplin dan kefahaman, barulah seluruh saf perjuangan menjadi kukuh.
Kita saling melengkapi, saling menguatkan dan akhirnya mampu membawa parti serta perjuangan ini bergerak dengan lebih tersusun, berkesan dan diberkati Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, kerjasama ini bukan sahaja mampu memperkukuh ekonomi Terengganu, malah memberi nilai tambah kepada pembangunan negara melalui pelaburan berkualiti, pemindahan teknologi, pembangunan modal insan dan pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.
Semoga segala usaha yang dirintis ini membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat, Negeri Terengganu dan Malaysia keseluruhannya.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Di Dewan Rakyat hari ini, beberapa isu yang memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat telah dibangkitkan untuk mendapat perhatian dan tindakan kerajaan.
Daripada usaha memperkasa institusi masjid agar lebih mesra musafir dan bersedia menghadapi kecemasan, memperkukuh ekosistem penyelidikan universiti, mempertahankan kebebasan media, hinggalah kepada kebajikan usahawan PMKS yang sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi.
Setiap soalan yang dikemukakan lahir daripada keperluan untuk memastikan dasar kerajaan sentiasa diteliti, diperkemas dan benar-benar menjawab keperluan semasa rakyat.
Tanggungjawab di Parlimen bukan sekadar membahas, tetapi memastikan setiap suara rakyat dibawa dengan fakta, hujah dan penyelesaian yang membina demi masa depan negara yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Makan malam santai menutup rangkaian lawatan rasmi delegasi Kesatuan Eropah, mengukuhkan jalinan persahabatan serta membuka lembaran baharu kerjasama demi manfaat Negeri Terengganu.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis makan malam santai bersama delegasi Kesatuan Eropah di Elysium, Jambatan Angkat Kuala Terengganu malam tadi.
Pertemuan dalam suasana yang lebih santai ini melengkapkan lagi hubungan baik yang telah terjalin.
Semoga kedatangan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat dan kerjasama yang berterusan demi manfaat bersama serta kemajuan Negeri Terengganu.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meneruskan lawatan rasmi delegasi Duta-Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Terengganu dengan sesi taklimat bersama Kerajaan Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman.
Sesi ini menjadi wadah untuk berkongsi hala tuju pembangunan Negeri Terengganu serta potensi yang dimiliki dalam pelbagai sektor strategik seperti ekonomi, pelaburan, industri, tenaga, pelancongan, pendidikan, inovasi dan pembangunan lestari.
Lebih daripada sekadar pembentangan, sesi dialog dua hala yang berlangsung turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan secara terbuka dan konstruktif, berlandaskan semangat saling menghormati serta kepercayaan.
Dalam dunia yang semakin mencabar, hubungan antarabangsa yang kukuh perlu terus diperkasakan melalui kerjasama, persefahaman dan usaha mencari titik persamaan demi manfaat bersama.
Kesatuan Eropah merupakan antara rakan penting Malaysia dalam pelbagai bidang. Justeru, lawatan ini diharapkan dapat memperluas peluang kerjasama dalam perdagangan, pelaburan berkualiti, pemindahan teknologi, tenaga boleh baharu, inovasi, pendidikan, pembangunan modal insan serta bidang-bidang baharu yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan Negeri Terengganu.
Terima kasih kepada TYT Tuan Rafael Daerr serta seluruh delegasi Kesatuan Eropah atas kesudian berkunjung ke Terengganu Darul Iman. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat, jalinan kerjasama yang berkekalan dan masa depan yang lebih sejahtera untuk semua.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu sentiasa bersedia untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakan-rakan antarabangsa yang berkongsi aspirasi ke arah pembangunan mampan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Semoga setiap perkongsian, perbincangan dan jaringan yang terjalin sepanjang lawatan delegasi Kesatuan Eropah (EU) hari ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pelaburan berkualiti, pemindahan teknologi, pembangunan modal insan serta kerjasama strategik yang mampu membawa manfaat jangka panjang kepada Negeri Terengganu Darul Iman dan seluruh rakyatnya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat datang ke Terengganu Darul Iman kepada delegasi Duta-Duta Kesatuan Eropah (EU) yang diketuai oleh TYT Tuan Rafael Daerr.
Berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi EU di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman. Pertemuan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkepentingan bersama, selain mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang sedia terjalin.
Mudah-mudahan lawatan ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang, sekali gus membawa manfaat kepada Terengganu, Malaysia dan negara-negara Kesatuan Eropah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi delegasi diplomatik Kesatuan Eropah (EU) yang diketuai oleh TYT Tuan Rafael Daerr, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia menghadap KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Rombongan disertai para duta dan wakil diplomatik dari 15 buah negara iaitu Croatia, Romania, Belanda, Lithuania, Ireland, Republik Czech, Sweden, Finland, Belgium, Austria, Jerman, Itali, Denmark, Slovakia dan Sepanyol.
Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan persahabatan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada Terengganu, Malaysia dan Kesatuan Eropah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi delegasi diplomatik Kesatuan Eropah (EU) yang diketuai oleh TYT Tuan Rafael Daerr, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia menghadap KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Rombongan disertai para duta dan wakil diplomatik dari 15 buah negara iaitu Croatia, Romania, Belanda, Lithuania, Ireland, Republik Czech, Sweden, Finland, Belgium, Austria, Jerman, Itali, Denmark, Slovakia dan Sepanyol.
Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan persahabatan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada Terengganu, Malaysia dan Kesatuan Eropah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Nerus yang menjadi medan untuk memperkukuhkan parti, mempererat ukhuwah sesama ahli serta menyusun strategi dan gerak kerja bagi memastikan perjuangan parti terus berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan. Moga diberkati Allah SWT.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ke Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2026 di TIEP, Lembah Bidong, Setiu.
Tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Buat peserta yang tidak meraih podium, teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti mencabar kemampuan diri.
Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi wadah memperkukuh pembangunan sukan ekuestrian di Terengganu.
Tahniah juga kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran kejohanan ini. Semoga segala usaha ini terus membawa manfaat kepada pembangunan sukan dan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada seluruh warga SMK Bukit Sawa atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan UAV Avionics Integration sempena MyAero Challenge 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Kejayaan di peringkat kebangsaan ini amat membanggakan kerana dicapai dalam saingan yang menghimpunkan 34 pasukan daripada MRSM, Kolej TENTERA Diraja (RMC) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari seluruh negara.
Lebih membanggakan, pasukan SMK Bukit Sawa mempertandingkan Composite V-TOL UAV Super Stingray with Optimised Winglet, sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) yang direka bentuk dan dibangunkan sendiri oleh para pelajar.
Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Mat Nasir Draman selaku Ketua Kontinjen merangkap pengetua, serta guru-guru pembimbing iaitu Cikgu Badrul Hisyam Zakaria dan Cikgu Noor Azmi Sulaiman atas dedikasi membimbing para pelajar sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri.
Tahniah juga kepada semua anak-anak pelajar yang telah mengharumkan nama SMK Bukit Sawa yang terdiri daripada:
* Danish Irfan bin Abd Halim Azmi
* Danish Haikal bin Abd Halim Azmi
* Muhammad Shafiq Danial bin Mohd Shaifuddin
* Ahmad Yusuf Azfar bin Mohd Abas
* Nufail Akif bin Norazli
* Muhammad Haziq Ammar bin Abd Wahab
* Ahmad Irfan Mufid bin Saidi
* Muhammad Ammar Amaluddin bin Abd Rani
* Muhammad Harith Danial bin Azha
Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila ilmu, minat, disiplin dan bimbingan digabungkan, anak-anak kita mampu menghasilkan inovasi yang bukan sahaja membanggakan sekolah, malah berpotensi menyumbang kepada pembangunan teknologi negara pada masa hadapan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda untuk terus meneroka bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), serta melahirkan lebih banyak inovator yang mampu membawa nama Terengganu dan Malaysia ke persada dunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing tak kira lapisan mana pun kalian berada.
Yang kita rasakan sekecil-kecil sumbangan itulah kadang-kadang mampu memberi kesan yang besar kepada sebuah perjuangan.
Yang pasti, tiada yang sia-sia di sisi Allah SWT sekiranya kita lakukannya penuh ikhlas demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Usai merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus tadi. Moga setiap usaha diterima sebagai amalan oleh-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada para pemenang dalam acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2026.
Moga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai yang terbaik dalam bidang yang diceburi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada semua yang terus mengikuti perkembangan sidang Dewan Rakyat dan bersama-sama menelusuri pelbagai isu yang dibahaskan demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyambut keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menunaikan Solat Jumaat di Masjid Losong Haji Mohd, Kuala Terengganu.
Junjung kasih, Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ke Majlis Hol Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, Almarhum Tengku Ampuan Bariah dan Allahyarham Tengku Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas almarhum dan almarhumah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita menubuhkan PAS pada tahun 1951. Dalam pilihan raya pertama sebelum kemerdekaan pada tahun 1955, kita memenangi satu kerusi Parlimen di Krian.
Sejak hari itu hingga ke saat ini, kita tidak pernah berundur daripada medan perjuangan. Parti lawan silih berganti. Ada yang datang dan pergi. Ada yang hanya mula bekerja apabila pilihan raya semakin hampir. Biarkan mereka dengan cara mereka.
Yang penting, kita tahu mengapa kita berjuang.
Perjuangan ini bukan sekadar mencari kemenangan politik. Kita memikul amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Setiap usaha, setiap pengorbanan dan setiap kebaikan yang kita lakukan adalah sebahagian daripada bekalan kita untuk bertemu dengan-Nya.
Sebab itu, kemenangan tidak datang hanya dengan semangat yang berkobar-kobar.
Kemenangan memerlukan strategi yang jelas, disiplin yang tinggi, pengorbanan yang berterusan dan gerak kerja yang konsisten.
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat akan mengeluarkan arahan. Arahan itu akan disusun daripada peringkat pusat, negeri, kawasan sehinggalah ke cawangan. Walau sesukar mana sekalipun untuk dilaksanakan, laksanakanlah dengan penuh amanah. Yakinlah bahawa setiap arahan telah disusun dengan teliti supaya seluruh jentera bergerak dalam satu saf, satu haluan dan satu matlamat.
Akhirnya, setelah kita merancang, berusaha dan berkorban sedaya upaya, kita berserah kepada Allah SWT. Apa pun pendekatan parti lain, itu urusan mereka. Yang penting, kita melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Pertahankan apa yang telah kita bina. Perkukuhkan apa yang masih lemah. Yang kuat, bantulah yang lemah.
Insha-Allah, jika kita terus bersatu, berdisiplin dan istiqamah dalam perjuangan, kita bukan sahaja mampu mencapai kemenangan, bahkan memperoleh keredaan Allah SWT.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kekuatan, keikhlasan dan kemenangan yang diberkati. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, sesi Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang konstruktif demi memperjuangkan kepentingan rakyat.
Antara isu yang dibangkitkan ialah pencemaran alam sekitar akibat aktiviti penternakan babi, termasuk langkah penguatkuasaan dan pemulihan sungai serta pantai yang terjejas. Turut diberi perhatian ialah isu berkait pembangunan industri Rare Earth Elements (REE), khususnya keberkesanan penyelarasan rentas agensi bersama MITI dan MOSTI bagi mengelakkan pertindihan dasar serta memastikan pembangunan sektor strategik negara berjalan dengan lebih tersusun.
Insha-Allah, Perikatan Nasional akan terus konsisten membawa isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, memastikan setiap persoalan mendapat perhatian sewajarnya serta memperjuangkan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti. Semoga setiap usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan membawa manfaat kepada rakyat serta negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mohamad Anuar Hayan untuk N15 DUN Maharani dan Muhammad Amin Sailan untuk N16 DUN Sungai Balang mewakili Perikatan Nasional bagi PRN Johor kali ini. Kenali calon-calon Perikatan Nasional, teliti wawasan, keupayaan dan komitmen yang dibawa, kemudian buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan Johor yang lebih sejahtera.
Terima kasih kepada seluruh warga Johor atas sambutan yang begitu mesra dan penuh ukhuwah. Semoga segala usaha yang digerakkan dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan natijah yang terbaik, insha-Allah.
#perikatannasional
#prnjohorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, penganjuran Terengganu International Bike Week (TIBW) 2026 yang telah berlangsung baru-baru ini sekali lagi membuktikan bahawa industri permotoran bukan sekadar hobi atau gaya hidup, malah mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Kehadiran ribuan peserta dan pengunjung dari dalam serta luar negara memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan, penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniaga tempatan. Inilah kesan berganda ekonomi yang ingin terus diperkasakan oleh Kerajaan Negeri.
Terengganu memiliki pakej yang lengkap seperti laluan pantai yang indah, warisan budaya, makanan tradisi dan masyarakat yang mesra. Melalui penganjuran program seperti TIBW, kita bukan sahaja mempromosikan negeri sebagai destinasi pelancongan, bahkan mengangkat Terengganu sebagai hab pelancongan permotoran serantau.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong penganjuran program dan aktiviti yang mampu merancakkan ekonomi serta menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, selagi ia tidak melanggar syariat Islam dan mematuhi segala peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan. Pendekatan ini penting bagi memastikan kemaslahatan semua pihak sentiasa terpelihara, khususnya para pengunjung dan rakyat tempatan.
Mudah-mudahan usaha ini terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, di samping mengekalkan identiti Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyantuni masyarakat di sekitar DUN Maharani bersama calon PAS mewakili Perikatan Nasional bagi DUN Maharani, Ustaz Mohamad Anuar Hayan, serta calon Perikatan Nasional bagi DUN Sungai Balang, Ustaz Amin Sailan sempena Pilihan Raya Negeri Johor.
Turut bersama, pimpinan-pimpinan PAS serta Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Antara lokasi yang diziarahi ialah District 84 Galeri Muar, Stesen Bas Muar dan Medan Selera Cina. Setiap persinggahan membuka ruang untuk bertemu pelbagai lapisan masyarakat, mendengar pandangan mereka serta berkongsi hasrat membina sebuah pentadbiran yang berteraskan integriti, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Terima kasih kepada seluruh warga Maharani atas sambutan yang begitu mesra. Semoga ukhuwah yang terjalin serta setiap usaha yang digerakkan menjadi asbab kepada masa depan Johor yang lebih sejahtera, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, usai merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Keahlian Lembaga Rayuan Negeri Terengganu bagi Sesi 2026–2029 di Wisma Darul Iman hari ini.
Tahniah kepada semua ahli yang telah menerima watikah pelantikan. Amanah ini bukan sekadar satu penghormatan, bahkan merupakan tanggungjawab besar untuk memastikan setiap rayuan dipertimbangkan secara adil, telus, profesional dan berpaksikan peruntukan undang-undang.
Lembaga Rayuan memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem tadbir urus serta menjamin keseimbangan antara kepentingan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Justeru, saya berharap semua ahli yang dilantik dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab demi kemajuan serta pembangunan mampan Negeri Terengganu.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberkati setiap khidmat yang dicurahkan demi bumi Darul Iman yang kita cintai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perbahasan Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026, satu langkah penting ke arah memperkukuh kerangka perundangan negara dalam menghadapi ancaman jenayah siber yang semakin kompleks seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia digital.
Dalam masa yang sama, beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat turut diberi perhatian melalui sesi pertanyaan lisan. Antaranya ialah usaha memperkasa perpustakaan desa sebagai pusat ilmu dan integrasi masyarakat, keperluan menangani impak ajaran sesat terhadap institusi keluarga serta kesejahteraan komuniti, dan cadangan mengkaji semula model pembiayaan SUHAKAM agar terus kekal bebas, berwibawa serta mampu melaksanakan fungsi hak asasi dengan lebih berkesan.
Perbahasan yang matang dan berteraskan fakta akan sentiasa menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara yang lebih adil, berintegriti dan berpandangan jauh. Mudah-mudahan setiap usaha di Dewan Rakyat membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, saya akan bersama calon-calon dan jentera-jentera DUN Simpang Jeram dan DUN Maharani hari ini bersempena Pilihan Raya Negeri Johor.
Kita jumpa petang dan malam ini di Warung Mahat Parit Raja Sari dan District 84. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Memulakan lembaran bulan Julai dengan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi menyelaras agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Terengganu.
Insha-Allah, setiap perancangan yang dibincangkan hari ini akan diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan, berpandukan prinsip tadbir urus yang baik, amanah dan berintegriti.
Semoga segala usaha yang digerakkan sepanjang bulan ini dipermudahkan Allah SWT serta membawa manfaat yang besar kepada negeri dan seluruh rakyat.
Moga Terengganu terus melangkah maju dengan keberkatan dan kesejahteraan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sejarah mengajar kita bahawa kemenangan tidak pernah dibina oleh seorang tokoh semata-mata. Pembukaan Kota Baitulmaqdis adalah hasil usaha, kesabaran dan pengorbanan ramai insan yang memainkan peranan masing-masing selama ribuan tahun.
Begitu juga dalam perjuangan hari ini. Tiada peranan yang terlalu kecil apabila dilakukan dengan ikhlas. Setiap sumbangan, sama ada di hadapan mahupun di belakang tabir, adalah sebahagian daripada jalan menuju kejayaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sejarah mengajar kita bahawa kemenangan tidak pernah dibina oleh seorang tokoh semata-mata. Pembukaan Kota Baitulmaqdis adalah hasil usaha, kesabaran dan pengorbanan ramai insan yang memainkan peranan masing-masing selama ribuan tahun.
Begitu juga dalam perjuangan hari ini. Tiada peranan yang terlalu kecil apabila dilakukan dengan ikhlas. Setiap sumbangan, sama ada di hadapan mahupun di belakang tabir, adalah sebahagian daripada jalan menuju kejayaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Parlimen bukan sekadar tempat untuk memberi jawapan, tetapi medan untuk memastikan setiap dasar sentiasa dinilai dan dipertanggungjawabkan.
Antara isu yang dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional dalam sidang hari ini ialah keperluan menyediakan lebih banyak litar sukan permotoran yang selamat untuk golongan belia, menilai keberkesanan skim mySalam dalam melindungi golongan B40, mengukur impak program Career Comeback Programme (CCP) dalam membawa wanita kembali ke pasaran pekerjaan serta meneliti usaha kerajaan menangani peningkatan kadar perceraian dan memperkukuhkan institusi keluarga.
Soalan-soalan ini bukan bertujuan mencari kelemahan mana-mana pihak. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk memastikan setiap peruntukan, setiap program dan setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi nilai kepada rakyat.
Semoga setiap jawapan yang diberikan disusuli dengan tindakan yang berkesan kerana rakyat bukan sekadar mengharapkan penjelasan, tetapi juga hasil yang dapat dirasai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Dukacita menerima berita pemergian Syeikh Syed Salman Husaini Nadwi, seorang tokoh ilmuwan Islam yang disegani dari India, yang telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham merupakan seorang cendekiawan Islam yang banyak menabur bakti dalam bidang pengajian al-Quran, hadis, dakwah dan pemikiran Islam. Khidmat allahyarham sebagai pendidik dan tenaga akademik di Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan umat Islam, bukan sahaja di India bahkan di seluruh dunia Islam.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
Semoga Allah SWT menerima segala amal solehnya, mengurniakan ganjaran syurga yang terbaik, serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang soleh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, EPIC Berhad telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 di Kuala Lumpur.
Bagi tahun kewangan 2025, EPIC Berhad mencatatkan perolehan sebanyak RM411.9 juta, iaitu catatan perolehan tertinggi dalam sejarah Kumpulan EPIC.
Prestasi ini turut disokong oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM36.9 juta dan keuntungan selepas cukai kepada RM20.6 juta.
Ini membuktikan bahawa syarikat berkaitan Kerajaan Negeri mampu terus berdaya tahan, berkembang dan mencipta nilai walaupun berdepan cabaran industri serta ketidaktentuan ekonomi global.
Lebih penting, kejayaan ini bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh asas ekonomi negeri, menambah nilai kepada ekosistem minyak dan gas, memperkukuh Pelabuhan Kemaman serta memastikan GLC negeri terus memberi pulangan manfaat kepada rakyat dan komuniti.
Melangkah ke hadapan, EPIC Berhad mensasarkan perolehan RM441.3 juta bagi tahun kewangan 2026, berpandukan pelaksanaan Pelan Strategik Perniagaan EPIC 2025–2030.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan GLC yang berdisiplin, cekap dan bertanggungjawab, bukan hanya untuk keuntungan semasa, tetapi untuk nilai jangka panjang negeri dan rakyat Terengganu.
Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, EPIC Berhad telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 di Kuala Lumpur.
Bagi tahun kewangan 2025, EPIC Berhad mencatatkan perolehan sebanyak RM411.9 juta, iaitu catatan perolehan tertinggi dalam sejarah Kumpulan EPIC.
Prestasi ini turut disokong oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM36.9 juta dan keuntungan selepas cukai kepada RM20.6 juta.
Ini membuktikan bahawa syarikat berkaitan Kerajaan Negeri mampu terus berdaya tahan, berkembang dan mencipta nilai walaupun berdepan cabaran industri serta ketidaktentuan ekonomi global.
Lebih penting, kejayaan ini bukan sekadar angka di atas kertas. Ia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh asas ekonomi negeri, menambah nilai kepada ekosistem minyak dan gas, memperkukuh Pelabuhan Kemaman serta memastikan GLC negeri terus memberi pulangan manfaat kepada rakyat dan komuniti.
Melangkah ke hadapan, EPIC Berhad mensasarkan perolehan RM441.3 juta bagi tahun kewangan 2026, berpandukan pelaksanaan Pelan Strategik Perniagaan EPIC 2025–2030.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan GLC yang berdisiplin, cekap dan bertanggungjawab, bukan hanya untuk keuntungan semasa, tetapi untuk nilai jangka panjang negeri dan rakyat Terengganu.
Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).
TSIS memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi yang menyumbang kepada penghasilan kajian, analisis dasar dan pemikiran strategik dalam membantu proses membuat keputusan yang lebih berkesan.
Dalam masa yang sama, nilai integriti perlu terus menjadi teras dalam setiap aspek pentadbiran dan pembangunan negeri.
Semoga TSIS terus diperkasakan sebagai wadah yang menghimpunkan kepakaran, pengalaman dan idea-idea bernas demi melahirkan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat serta memacu Terengganu ke arah pembangunan yang mampan, berdaya saing dan berkat.
Terima kasih kepada seluruh ahli, barisan kepimpinan dan warga TSIS atas komitmen yang dicurahkan. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak Terengganu yang terus mengharumkan nama negeri dalam pelbagai bidang, sekali gus membuktikan bahawa Terengganu memiliki generasi muda yang cemerlang, seimbang dan berdaya saing.
Tahniah kepada Adam Mukhriz Mohd Hazman, Muhammad Alif Firdaus Mohd Risham dan Abdullah Abbas Abdul Hakim atas kejayaan muncul johan dalam Musabaqah al-Quran Itqan Peringkat Kebangsaan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi pencinta al-Quran yang berilmu, berakhlak dan beramal.
Syabas juga kepada Qasha Irfan dan Airel Marzuki yang membuktikan kehebatan anak Terengganu di pentas permotoran apabila muncul juara dalam MotoMini Malaysia 2026. Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang wajar dicontohi oleh generasi muda.
Tahniah kepada SK Manir, SK Beting Lintang, SMK Tok Dor dan SMK Kuala Jenderis atas pencapaian membanggakan dalam Anugerah AIA Healthiest Schools Malaysia 2026. Pengiktirafan di peringkat kebangsaan ini adalah hasil usaha gigih warga pendidik, sokongan ibu bapa serta komitmen para pelajar dalam membudayakan gaya hidup sihat dan kecemerlangan pendidikan.
Kejayaan SK Manir muncul sebagai johan turut melayakkan sekolah tersebut mewakili Malaysia ke Pertandingan AIA Healthiest Schools di Bangkok, sekali gus membawa nama negara ke pentas antarabangsa.
Sekalung tahniah juga kepada Muhammad Zulhusni Che Razali atas penerimaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bagi melanjutkan pengajian Sarjana (Penyelidikan) di Imperial College London, United Kingdom. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak Terengganu untuk terus menimba ilmu di peringkat tertinggi dan kembali berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Setiap kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja membanggakan keluarga dan institusi masing-masing, malah turut mengangkat martabat Terengganu di persada nasional dan antarabangsa.
Semoga Allah SWT terus memberkati segala usaha serta mengurniakan lebih banyak kejayaan kepada anak-anak Terengganu pada masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai mempengerusikan Mesyuarat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi meneliti agenda pembangunan, pelaburan serta pemerkasaan ekonomi negeri.
Semoga setiap keputusan yang dibuat menjadi langkah terbaik dalam memperkukuh kemajuan Terengganu, menarik lebih banyak peluang pelaburan, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lensa pengumuman calon-calon Perikatan Nasional yang mewakili PAS.
Semboyan telah berbunyi. Kini tiba masanya untuk kita melangkah ke medan perjuangan.
Semoga setiap langkah dipermudah, setiap usaha diberkati dan setiap pengorbanan dikurniakan kemenangan yang terbaik oleh-Nya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dadah bukan sekadar merosakkan individu, bahkan menghakis institusi keluarga, melemahkan masyarakat dan menjejaskan masa depan negeri serta negara.
Sempena Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah, marilah kita memperkukuh iltizam untuk bersama-sama memerangi penyalahgunaan dadah melalui usaha pencegahan, pendidikan, penguatkuasaan dan pemulihan yang menyeluruh.
Di Terengganu, komitmen ini dizahirkan melalui penubuhan Perkampungan Darul Barakah, sebuah pusat pemulihan dadah holistik yang mula beroperasi pada Jun 2021. Kini memasuki tahun kelima penubuhannya, Darul Barakah menjadi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mengembalikan insan yang terjebak ke pangkal jalan melalui pendekatan berteraskan agama, pembinaan sahsiah, kemahiran hidup dan peluang untuk membina semula kehidupan.
Marilah kita berganding bahu membina Terengganu yang bebas daripada penyalahgunaan dadah, demi melahirkan generasi yang sihat, berakhlak, berilmu dan menjadi aset kepada agama, bangsa serta negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Teguh memegang busur dan panah,
Bergerak melangkah satu arah,
Tugas dipikul dengan amanah,
Kepada Allah kita berserah.
Sekitar pengumuman calon Perikatan Nasional daripada PAS yang bakal bertanding dalam PRN Johor.
Semoga segala proses dan perjalanan menangkan calon-calon ini sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.
#perikatannasional
#prnjohor -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang media selepas Majlis Pengumuman calon PAS Perikatan Nasonal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Johor
Intipati Sidang Media
1. Rundingan sebelum ini
2. Perkembangan PAS-PN selepas ini
3. Individu yang mahu bersama PAS
4. Perubahan kerusi calon/penyandang
5. Sebab berlaku perubahan calon
6. Muka lama dan baharu
7. Pertimbangan PAS kali ini berbanding pilihanraya lalu
8. Sasaran PAS
9. Pertembungan kerusi dengan BERSATUThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bismillahirrahmanirrahim.
Inilah barisan calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding mewakili PAS dalam Pilihan Raya Negeri Johor, insha-Allah.
Dengan tekad, integriti dan semangat khidmat untuk rakyat, kami menawarkan kepimpinan yang berteraskan kestabilan, kebajikan serta pembangunan yang seimbang demi masa depan Johor yang lebih sejahtera.
Mohon doa, sokongan dan dukungan seluruh rakyat Johor.
#perikatannasional #prnjohor
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai pengumuman calon-calon yang akan membawa amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.
Didoakan agar seluruh jentera dan calon diberikan kekuatan, kebijaksanaan serta keikhlasan dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini.
Perjuangan politik bukan sekadar soal kemenangan, tetapi tentang khidmat, amanah dan komitmen untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyat. Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan sentiasa berada dalam rahmat serta petunjuk Allah SWT.
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terus mengangkat isu-isu yang dekat dengan denyut nadi rakyat.
Antaranya persoalan berkaitan peluang pekerjaan dan kelangsungan perniagaan dalam suasana ekonomi global yang mencabar, usaha memperkukuh sistem Pendidikan Islam dalam membentuk generasi berilmu dan berdaya fikir serta isu berkaitan perpaduan nasional yang memerlukan pendekatan lebih berkesan dan mampu menyatupadukan masyarakat.
Setiap soalan yang dikemukakan bukan sekadar untuk mendapatkan jawapan semata-mata, bahkan ia adalah untuk memastikan dasar dan polisi yang dirangka oleh Kerajaan benar-benar dilaksanakan dengan efisyen serta memberikan manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya tahan nasional dan menjamin masa depan negara yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ikuti secara langsung Majlis Pengumuman Calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada malam ini untuk mengetahui barisan calon yang akan membawa aspirasi rakyat di setiap kawasan.
Bersama mengikuti detik penting menuju PRN Johor 2026.
#prnjohor2026
#pasjohor
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
PN Fokus PRN Johor, Tegas Pertahan Disiplin Gabungan
Alhamdulillah, proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor telah diselesaikan secara muafakat melalui mekanisme rasmi Perikatan Nasional (PN). Sehubungan itu, saya telah menandatangani watikah pelantikan calon-calon PN bagi menghadapi pilihan raya tersebut.
Kini adalah masanya untuk semua parti komponen, kepimpinan dan jentera PN memberikan sepenuh tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya. Keutamaan kita ialah menawarkan kepimpinan yang berintegriti, dasar yang membela rakyat serta membawa harapan baharu demi kesejahteraan rakyat Johor.
Saya mengambil maklum kenyataan media Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertarikh 23 Jun 2026 berhubung beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.
Saya ingin menegaskan bahawa PN adalah sebuah gabungan politik yang bergerak berdasarkan Perlembagaan, disiplin organisasi dan keputusan bersama. Setiap parti anggota, termasuk BERSATU, mempunyai ruang sepenuhnya untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan bantahan dan mempertahankan pendirian masing-masing dalam mesyuarat.
Namun, apabila sesuatu ketetapan telah dibuat melalui mekanisme rasmi gabungan, semua pihak wajib menghormatinya. PN tidak boleh dijadikan medan untuk mana-mana parti memilih keputusan yang mahu diterima dan mempertikaikan ketetapan yang tidak selari dengan pendirian mereka.
Saya kesal apabila perkara dalaman gabungan dibawa ke ruang awam selepas mesyuarat berakhir.
Mengenai penggunaan simbol PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor, saya ingin menegaskan bahawa penggunaan simbol PN datang bersama tanggungjawab politik. Mana-mana parti yang diberikan amanah bertanding menggunakan simbol PN hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan calon, gerak kerja pilihan raya, pengurusan kempen serta prestasi kerusi yang ditandingi.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi Perikatan Nasional
25 Jun 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Malam tadi saya menandatangani watikah pelantikan calon-calon Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.
Setiap tandatangan bukan sekadar memenuhi proses pencalonan, tetapi amanah besar untuk membawa suara rakyat, menawarkan penyelesaian dan membina masa depan yang lebih baik untuk Johor.
Semoga Allah SWT merestui dan mengurniakan kemenangan kepada calon-calon Perikatan Nasional dan dipermudah segala urusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terus memainkan peranan semak dan imbang dengan membangkitkan isu-isu strategik yang memberi kesan langsung kepada masa depan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.
Antaranya, persoalan berhubung status pelaksanaan Cukai Karbon dalam Belanjawan 2026 yang melibatkan sektor besi, keluli dan tenaga. Selain komitmen negara terhadap agenda penyahkarbonan, kerajaan perlu memastikan hasil kutipan cukai ini disalurkan semula secara berkesan sebagai dana peralihan hijau dan insentif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan agar mereka tidak terbeban dalam menyesuaikan operasi kepada ekonomi rendah karbon.
Turut dibangkitkan ialah keperluan memperkasakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam memantau kemungkinan amalan antipersaingan dan manipulasi pasaran dalam sektor perumahan. Pasaran yang telus dan kompetitif merupakan prasyarat penting untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada perumahan yang lebih adil dan mampu dimiliki.
Dalam masa yang sama, perhatian turut diberikan kepada aspek kelestarian sumber air negara melalui cadangan mewujudkan kerangka perundangan yang lebih jelas bagi industri pusat data. Pertumbuhan ekonomi digital perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan sumber strategik negara demi kepentingan generasi akan datang.
Perbahasan dan penelitian terhadap dasar-dasar seperti ini penting bagi memastikan pembangunan negara bukan sahaja berkembang dari sudut ekonomi, tetapi juga lestari, adil dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan sekitar Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Ke-149.
Kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah kunci kepada tadbir urus yang baik, pembangunan yang mampan serta kesejahteraan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, prestasi cemerlang TDM Berhad bagi tahun kewangan 2025 membuktikan anak syarikat Kerajaan Negeri mampu berkembang secara mampan apabila dipacu dengan tadbir urus yang baik, perancangan strategik yang jelas dan komitmen seluruh warga kerja.
Pencapaian hasil tertinggi dalam sejarah kumpulan sebanyak RM768.1 juta, meningkat 19% berbanding tahun sebelumnya, bersama lonjakan keuntungan sebelum cukai kepada RM42.4 juta, adalah petunjuk bahawa usaha transformasi yang dilaksanakan berada di landasan yang tepat.
Kejayaan ini didorong oleh kekuatan dua sektor teras TDM iaitu perladangan dan penjagaan kesihatan yang terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri serta penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pencapaian ini bukan sekadar angka dalam laporan kewangan, tetapi mencerminkan keupayaan kita membina institusi ekonomi negeri yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampu mencipta nilai jangka panjang untuk rakyat Terengganu.
Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga TDM Berhad atas dedikasi yang dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi asas yang lebih kukuh untuk meneruskan agenda pembangunan, memperkasa ekonomi negeri dan membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat pada masa hadapan.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tiada kuasa veto dalam menentukan keputusan. Setiap keputusan dibuat secara kolektif melalui proses musyawarah yang teliti, berasaskan data, fakta dan pandangan pelbagai pihak.
Inilah budaya yang menjadi kekuatan organisasi dengan mengutamakan syura, muafakat dan kebijaksanaan bersama demi memastikan setiap keputusan membawa kebaikan kepada ummah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Dewan Rakyat hari ini menyentuh beberapa isu penting yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, kesejahteraan negara serta kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Antara yang dibangkitkan ialah usaha strategik kerajaan bersama komuniti antarabangsa dalam mendesak penghentian kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat P4l3st!n, di samping memastikan pengurusan bantuan kemanusiaan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat P4l3st!n dilaksanakan secara telus dan berintegriti. Rakyat berhak mengetahui bahawa setiap sumbangan yang diberikan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Turut mendapat perhatian ialah isu penganjuran Rain Rave Water Festival yang mengundang pelbagai pandangan masyarakat. Ketelusan penggunaan dana awam, pemeliharaan identiti negara serta keutamaan terhadap nilai dan sensitiviti masyarakat perlu sentiasa menjadi pertimbangan dalam setiap program yang dilaksanakan.
Dalam sektor kesihatan pula, cadangan memperkukuh kerjasama antara klinik kerajaan dan pengamal am swasta bagi pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) dilihat mampu meningkatkan akses rawatan, mengurangkan kesesakan hospital serta mempercepatkan perkhidmatan kepada rakyat. Pada masa yang sama, usaha menyelaras pengurusan sumber manusia kesihatan secara lebih bersepadu penting bagi memastikan negara memiliki tenaga kerja kesihatan yang mencukupi dan berkualiti.
Perbahasan dan soalan yang dikemukakan bukan sekadar memenuhi proses demokrasi, tetapi bertujuan memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan memberikan manfaat sebenar kepada rakyat, menggunakan wang awam secara berhemah serta menjamin masa depan negara yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ke-149 bagi membincangkan pelbagai isu strategik berkaitan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan, semangat federalisme yang matang dan konstruktif amat penting bagi memastikan setiap negeri mendapat ruang untuk menyuarakan pandangan, berkongsi keperluan serta bersama-sama mencari penyelesaian terbaik terhadap cabaran yang dihadapi.
Hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bukan sahaja memperkukuh tadbir urus negara, malah memastikan dasar dan keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi manfaat rakyat.
Perbezaan latar belakang, keutamaan dan cabaran setiap negeri sewajarnya diraikan dalam kerangka kerjasama yang saling menghormati serta berteraskan kepentingan negara.
Mudah-mudahan segala perbincangan yang berlangsung dalam mesyuarat ini dapat memperkukuhkan amalan federalisme, mempererat hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta menghasilkan keputusan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan hari pertama Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.
Alhamdulillah, berpeluang menyuarakan pandangan berkait penilaian impak insentif fiskal dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk potongan cukai serta geran melalui CRADLE dan MRANTI terhadap kadar inovasi industri tempatan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Teknologi strategik bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi menjamin keselamatan, kedaulatan dan daya saing negara.
Di Dewan Rakyat hari ini, saya membangkitkan keperluan untuk Malaysia membangunkan teknologi strategik melalui kerjasama erat antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan institusi penyelidikan negara agar ia dapat diangkat sebagai agenda nasional demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional semalam.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional tadi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lensa hari pertama Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.
Saya telah mengemukakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung penilaian impak insentif fiskal dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk potongan cukai serta geran melalui CRADLE dan MRANTI terhadap kadar inovasi industri tempatan.
Saya turut mendapatkan penjelasan mengenai dasar terkini kerajaan dalam menarik syarikat multinasional melaksanakan aktiviti R&D yang lebih substantif di Malaysia.
Dalam soalan tambahan, saya menekankan kepentingan penguasaan teknologi strategik sebagai aset negara yang berkait rapat dengan aspek keselamatan, kedaulatan dan daya saing ekonomi.
Sehubungan itu, saya membangkitkan keperluan perancangan yang lebih menyeluruh melibatkan MOSTI bersama kementerian berkepentingan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi serta institusi penyelidikan negara bagi membangunkan teknologi strategik yang boleh diangkat sebagai agenda nasional.
Usaha ini penting kerana pembangunan teknologi tempatan bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi luar, malah berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, menarik pelaburan berkualiti serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Pada akhirnya, manfaatnya perlu dapat dirasai oleh rakyat melalui peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan yang lebih baik dan kesejahteraan hidup yang lebih terjamin.
Pada masa yang sama, rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional turut membangkitkan pelbagai isu penting bagi memastikan setiap dasar dan perancangan kerajaan sentiasa diteliti, diperkukuh serta ditambah baik demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan perjalanan sehingga melangkah masuk ke Dewan Rakyat bagi Sidang Mesyuarat Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pagi ini.
Moga setiap perbahasan, pandangan dan keputusan yang dibawa sepanjang persidangan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai Mesyuarat Agung Tahunan yang menjadi medan muhasabah dan medium komunikasi antara pimpinan serta ahli.
Moga segala keputusan yang dibuat secara bersama mendapat keberkatan daripada Allah SWT.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perjuangan dalam parti PAS bukan tentang seorang pemimpin atau satu kelompok sahaja, tetapi tentang kesungguhan seluruh ahli yang terus istiqamah melaksanakan amanah di medan masing-masing.
Apa yang kita kecapi hari ini adalah hasil usaha yang dibina sejak sekian lama. Ada yang memimpin, ada yang mengatur strategi, ada yang bekerja di lapangan dan ada yang berkorban tanpa dikenali. Setiap sumbangan mempunyai nilainya di sisi Allah SWT.
Perjalanan masih panjang dan cabaran sentiasa berubah. Namun selagi kita bersatu, ikhlas dalam perjuangan dan tidak mudah berputus asa, insha-Allah masa depan yang lebih baik dapat dibina bersama.
Teruskan melangkah, perkemaskan gerak kerja dan kukuhkan saf perjuangan. Amanah ini bukan hanya untuk hari ini, tetapi untuk generasi yang akan datang.
Usai merasmikan Mesyuarat Agung Tahun PAS Kawasan Kuala Krau kali ke-40. Terima kasih atas jemputan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Hakim Danish Ramli atas kejayaan muncul juara Moto3 GP Czechia di Litar Brno.
Kemenangan ini bukan sahaja cukup manis buat Hakim Danish, malah menjadi detik yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila penantian selama 10 tahun untuk melihat Jalur Gemilang berkibar megah di pentas Moto3 akhirnya tercapai.
Teruskan bekerja keras, kekal merendah diri dalam setiap kejayaan dan jangan pernah berhenti menuntut ilmu serta memperbaiki diri.
Semoga Hakim Danish terus melakar kejayaan, mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di persada dunia.
Kredit : ZK Racing -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjawab soalan media selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Krau Kali Ke-40.
Intipati
1. Pembahagian kerusi PRN
2. Intipati Mesyuarat Perikatan Nasional
3. Komposisi Perikatan NasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga Sidang Mesyuarat Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang bakal bermula esok berlangsung dengan penuh hikmah, matang dalam perbahasan dan menghasilkan keputusan terbaik demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Malaysia.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kemenangan bukan satu destinasi dan perjuangan adalah sebuah perjalanan. Terus istiqamah memimpin dan berkhidmat untuk rakyat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keterjaminan makanan adalah antara cabaran strategik yang perlu ditangani secara tuntas.
Justeru, pewartaan hampir 4,000 hektar tanah bagi pembangunan sektor agro-makanan di Terengganu merupakan langkah penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan pengeluaran makanan, menarik pelaburan berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada import.
Fokus kita bukan sekadar membuka tanah, tetapi membina ekosistem agro-makanan yang mampu menjamin bekalan, mewujudkan pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.
Terengganu akan terus menyediakan ruang dan kemudahan yang kondusif kepada pelabur serta pengusaha yang serius untuk bersama-sama memperkukuh agenda sekuriti makanan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) selaku badan pemikir Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati sekiranya kalian dapat kongsikan maklum balas berkait ekonomi dan perniagaan Terengganu.
Imbas kod QR atau isi menerusi pautan tiny.cc/TinjauanEkonomiTerengganu. Moga maklum balas kalian dapat membantu kerajaan dalam membangunkan ekonomi negeri ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap hari, ada insan yang bergantung kepada ihsan dan keprihatinan masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Dalam banyak keadaan, setitis darah yang didermakan mampu menjadi pemisah antara harapan dan kehilangan.
Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama menjayakan Kempen Amal Mega Blood Donation 2026 "Semarak Kasih Amal" yang akan berlangsung di seluruh daerah bermula 26 Jun ini.
Budaya menderma darah bukan sekadar amalan kebajikan, tetapi manifestasi nilai kemanusiaan, solidariti dan kasih sayang yang menjadi teras masyarakat bertamadun. Sumbangan yang kecil daripada kita mampu memberi peluang kedua kepada mereka yang sedang berjuang mendapatkan rawatan.
Marilah kita sama-sama menyahut seruan ini. Jadilah penyumbang harapan, penyelamat nyawa dan pencetus kebahagiaan buat keluarga yang memerlukan.
Semoga setiap titisan yang didermakan menjadi amal kebajikan yang besar nilainya di sisi Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta semua pihak yang menjayakan Dialog Pelaksanaan Syariah Bersama JPKK, Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Masjid.
Program seperti ini amat penting sebagai medium penyampaian maklumat yang tepat berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah serta memperkukuhkan kefahaman para pemimpin masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam mendidik serta membimbing rakyat.
Kerajaan Negeri Terengganu kekal komited untuk memperkasakan institusi dan perundangan syariah agar sentiasa relevan, berkesan dan mampu memenuhi tuntutan semasa dalam memelihara agama, akhlak serta kesejahteraan masyarakat.
Tinggi harapan agar segala penerangan dan perkongsian yang disampaikan dalam program ini dapat diteruskan kepada peringkat kepimpinan akar umbi untuk disebarluaskan kepada rakyat. Kefahaman yang jelas mengenai syariah dan peruntukan undang-undang yang berkaitan adalah asas penting dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan menghormati kedaulatan hukum Islam.
Semoga usaha murni ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar berterusan untuk memperkukuhkan syiar Islam serta memartabatkan pelaksanaan syariah di bumi Darul Iman. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semangat hijrah menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki kekurangan dan membina masa depan yang lebih baik berasaskan iman, ilmu serta nilai-nilai murni.
Semoga kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih bermakna buat kita semua demi kesejahteraan rakyat, kemakmuran negeri dan keberkatan buat negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Terengganu sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.18 dalam peperiksaan STPM 2025, sekali gus mengatasi Purata Nasional 2.88. Lebih membanggakan, pencapaian ini melanjutkan rekod kecemerlangan negeri yang berjaya dikekalkan selama tujuh tahun berturut-turut.
Tahniah juga diucapkan kepada 112 orang calon yang berjaya memperoleh keputusan semua A penuh (PNGK 4.00), meningkat berbanding 110 orang pada tahun lalu. Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan, disiplin dan iltizam tinggi anak-anak Terengganu dalam menuntut ilmu serta mengejar kecemerlangan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan khusus kepada para guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, penjaga serta seluruh warga pendidikan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini. Sesungguhnya setiap usaha, doa dan pengorbanan yang dicurahkan telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.
Insha-Allah, usaha memperkasa pendidikan akan terus menjadi keutamaan dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan Terengganu yang lebih gemilang. Teruslah melakar kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam mengurus sebuah organisasi yang besar, setiap keputusan perlu melalui proses perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang mendalam.
Semoga segala usaha ini menjadi asas kepada sebuah Perikatan Nasional yang lebih kukuh, tersusun dan bersedia memikul amanah rakyat pada masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas kepada seluruh calon STPM 2025 Terengganu atas pencapaian yang membanggakan. Kejayaan hari ini adalah hasil usaha gigih, disiplin serta doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa, guru dan semua yang sentiasa menyokong perjalanan anda.
Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk melangkah lebih jauh. Bagi yang mungkin belum mencapai sasaran yang diimpikan, yakinlah bahawa setiap perjalanan mempunyai hikmah dan peluang tersendiri untuk berjaya.
Fasa seterusnya kini menanti. Teruskan menuntut ilmu, membina kemahiran dan memperkukuhkan jati diri demi masa depan yang lebih gemilang. Kerajaan Negeri komited untuk melahirkan seramai mungkin modal insan yang berkualiti, berilmu, berintegriti dan berdaya saing, yang bukan sahaja mampu menyumbang kepada pembangunan Terengganu, malah berpotensi meneraju negara pada masa hadapan.
Negeri Terengganu sentiasa mengharapkan lahirnya generasi muda yang berakhlak mulia, berfikiran besar dan bersedia memikul amanah untuk memimpin masyarakat serta negara ke arah kemajuan yang lebih cemerlang.
Semoga kejayaan hari ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keutamaan kita ialah memastikan Perikatan Nasional kekal kukuh, tersusun dan bersedia menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Demi memperkukuh Perikatan Nasional dan mempersiapkan organisasi menghadapi cabaran mendatang, beberapa penstrukturan pentadbiran telah diputuskan berkuat kuasa serta-merta.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mengajak kita semua menghayati makna hijrah sebagai satu proses perubahan yang membina tamadun, memperkukuh masyarakat serta membentuk masa depan yang lebih baik berteraskan iman, ilmu dan akhlak.
Hijrah Rasulullah SAW merupakan titik perubahan agung dalam sejarah umat manusia. Melalui pembentukan masyarakat Madinah dan Piagam Madinah, Baginda SAW telah meletakkan asas pemerintahan yang adil, menghormati kepelbagaian serta memelihara keharmonian masyarakat. Semangat inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam usaha kita membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat.
Tahniah kepada semua penerima anugerah sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1448 Hijrah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur, urusetia, agensi terlibat dan seluruh hadirin yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga tahun baharu hijrah ini membawa keberkatan, memperkukuhkan perpaduan dan menggerakkan kita ke arah Terengganu yang lebih maju, sejahtera dan diredai Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pembangunan Projek Terminal Regasifikasi (RGT) di Kemaman memperlihatkan betapa pentingnya Pantai Timur dalam landskap keselamatan tenaga negara.
Malaysia memerlukan infrastruktur tenaga yang kukuh, cekap dan berdaya tahan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi serta memenuhi keperluan industri pada masa hadapan. Dalam konteks ini, Kemaman mempunyai kelebihan strategik yang menjadikannya antara lokasi penting dalam rantaian bekalan tenaga negara.
Bagi Terengganu, pembangunan ini turut memperkukuh ekosistem industri sedia ada, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan merancakkan aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.
Apa yang lebih utama ialah memastikan setiap pelaburan strategik diterjemahkan kepada peluang sebenar untuk rakyat tempatan, pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang mempunyai sistem tenaga yang selamat, stabil dan berdaya saing. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perutusan Maal Hijrah 1448 Hijrah / 2026 Masihi
Hijrah Membina Masa Depan Ummah
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan kasih sayang-Nya, kita dipertemukan sekali lagi dengan tahun baharu dalam kalendar Islam, iaitu tahun 1448 Hijrah.
Sambutan Maal Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa agung penghijrahan Rasulullah SAW yang menjadi titik perubahan besar dalam sejarah umat manusia. Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, bahkan suatu proses pembinaan tamadun yang berteraskan keimanan, ilmu, keadilan dan perpaduan.
Justeru, kita diajak untuk menghayati nilai-nilai yang membina masyarakat berakhlak, berintegriti dan bertanggungjawab. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah ummah yang kuat, bersatu dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Dunia hari ini sedang berubah dengan begitu pantas. Perkembangan kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan inovasi baharu sedang membentuk landskap ekonomi dan kehidupan manusia. Umat Islam tidak boleh sekadar menjadi pengguna kepada perubahan tersebut, sebaliknya mesti menjadi peneraju yang mencipta nilai, membangunkan teknologi dan memimpin kemajuan berasaskan prinsip Islam yang seimbang.
Kita mengimpikan lahirnya generasi yang menguasai ilmu, teknologi dan kepimpinan, namun dalam masa yang sama tetap teguh berpegang kepada akidah, akhlak dan identiti Islam. Generasi inilah yang akan menjadi kekuatan negeri dan negara pada masa hadapan.
Dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa termasuk kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan sosial yang semakin kompleks, semangat hijrah mengajar kita bahawa setiap cabaran mesti dihadapi dengan ilmu, kesabaran, kesatuan dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT.
Marilah kita menjadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai medan untuk memperbaharui azam, mempererat perpaduan dan memperkukuhkan komitmen dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara dan ummah.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan mengurniakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara.
“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
16 Jun 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan kunjungan hormat daripada Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, TYT Tuan Rafael Daerr bagi membincangkan potensi kerjasama antara Terengganu dan negara-negara Kesatuan Eropah dalam pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan serta pembangunan lestari.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Tuan Rafael Daerr hari ini ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama antara Terengganu dan negara-negara Kesatuan Eropah dalam pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan serta pembangunan lestari.
Saya menghargai komitmen Kesatuan Eropah dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia khususnya Terengganu dan berharap lebih banyak peluang kerjasama dapat diterokai demi manfaat bersama, khususnya dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi serta membuka peluang baharu kepada rakyat di negeri ini.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh ke arah mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi pada masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri Selangor yang diketuai oleh YB Dato’ Dr. Halim Tamuri ke Terengganu Darul Iman. Turut hadir bersama Persatuan Isteri-Isteri YB ADN dan Parlimen PAS Selangor (HUMAIRA).
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh ukhuwah ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan negeri, kebajikan rakyat, pengukuhan institusi pentadbiran dan pelbagai isu semasa yang melibatkan kepentingan bersama.
Kunjungan yang merentas sempadan negeri ini diharap dapat terus memperkukuh jalinan silaturahim, membuka ruang kerjasama yang lebih luas serta menyumbang kepada kemajuan negeri, negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sumber air merupakan aset strategik yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri. Justeru, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian serius terhadap usaha memperkukuh keselamatan bekalan air, memelihara khazanah sumber air dan meningkatkan kecekapan sistem pengurusan secara menyeluruh.
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) turut membincangkan pelbagai inisiatif serta perancangan jangka panjang bagi memastikan pengurusan sumber air di Terengganu dilaksanakan secara mampan, berdaya tahan dan memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.
Insha-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus memastikan pengurusan sumber air negeri berada pada tahap terbaik demi kemaslahatan rakyat dan kemajuan Terengganu yang berterusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krai.
Semoga segala perbahasan, pandangan dan keputusan yang dicapai menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan membawa manfaat kepada agama, bangsa serta negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ahli yang setia, ikhlas dan berprinsip adalah antara kekuatan kepada sesebuah parti dan PAS sangat bersyukur kerana kita masih mempunyai ramai ahli yang seumpama ini.
Walau apa jua badai yang melanda negara, kita sentiasa bersedia dan tetap akan teruskan perjuangan demi syiar Islam dan penyatuan ummah.
Moga setiap keputusan dan tindakan kita diberkati Allah SWT dan mendapat reda-Nya.
Terima kasih atas jemputan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krai Kali ke-48. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Konvensyen RESET Malaysia yang berlangsung di Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Saya percaya Konvensyen RESET hari ini boleh menjadi satu titik permulaan yang penting ke arah membentuk kesatuan pembangkang yang lebih luas, lebih matang dan lebih berwibawa.
Jika kita benar-benar mahu membawa perubahan kepada negara, maka kita mesti meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan parti.
Kita mesti meletakkan masa depan negara mengatasi kepentingan individu tanpa menggadaikan prinsip yang dipandu dengan agama Islam.
Marilah kita bersama-sama membina satu kesepakatan baharu, satu harapan baharu dan satu masa depan baharu untuk Malaysia, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan Konvensyen RESET.
Sirru ‘ala barakatillah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam perjuangan ini, kemenangan tidak lahir daripada semangat semata-mata. Ia menuntut strategi yang jelas, disiplin yang tinggi, pengorbanan yang berterusan dan gerak kerja yang konsisten.
PAS hari ini berada pada tahap yang lebih besar tanggungjawabnya. Keputusan tidak dibuat secara gopoh atau bersendirian, tetapi melalui musyawarah, data, analisa dan pertimbangan yang jauh ke hadapan. Kita bukan lagi bermain di gelanggang kecil, sebaliknya memikul amanah besar untuk memimpin rakyat dan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
Saya menyeru seluruh jentera agar terus bekerja dengan nafas yang panjang. Jangan menunggu pilihan raya diumumkan baru mahu bergerak. Setiap rumah yang diziarahi, setiap masalah rakyat yang disantuni, setiap fitnah yang dijawab dengan sabar dan setiap arahan yang dilaksanakan dengan disiplin adalah sebahagian daripada kemenangan yang sedang kita bina.
Kemenangan bukan sekadar untuk berkuasa, tetapi untuk melaksanakan amanah, membina masyarakat, mendidik ummah, memperkukuh institusi dan membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.
Teruskan gerak kerja. Susun langkah. Kukuhkan saf. Panjangkan nafas perjuangan.
Insya-Allah, dengan usaha yang tersusun dan tawakal kepada Allah SWT, kemenangan yang dibina hari ini akan menjadi asas kepada masa depan yang lebih cerah untuk agama, rakyat dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perjuangan PAS tidak bermula ketika pilihan raya diumumkan dan tidak berakhir selepas keputusan pilihan raya diketahui. Perjuangan PAS adalah perjuangan yang berterusan. Ia merangkumi usaha membina masyarakat, mendidik umat, memperkukuhkan institusi dan membawa penyelesaian kepada pelbagai permasalahan rakyat.
Dalam perjalanan perjuangan yang panjang, akan ada ujian yang menguji kesabaran, kebijaksanaan dan kesatuan kita. Akan ada cabaran yang datang daripada luar dan ada juga ujian yang hadir dari dalam perjalanan perjuangan itu sendiri.
Namun PAS telah membuktikan sejak sekian lama bahawa kita tidak dibina atas kekuatan individu semata-mata, bahkan yang menjadikan PAS itu kuat adalah disebabkan kekuatan jamaah, disiplin organisasi dan kesetiaan kepada perjuangan.
Tahniah PAS Kedah atas pelancaran jentera pilihan raya malam tadi.
#pas #perikatannasional #kedahsejahtera
#malaysiasejahtera -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hujan tidak melunturkan semangat. Perjuangan ini menuntut strategi, disiplin, pengorbanan dan gerak kerja yang berterusan.
Kemenangan bukan sekadar untuk berkuasa, tetapi untuk melaksanakan amanah, membina masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat.
Teruskan gerak kerja. Kukuhkan saf. Panjangkan nafas perjuangan.
#pas #perikatannasional #kedahsejahtera
#malaysiasejahteraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Sama-sama kita jadikan amalan pada setiap penghulu segala hari. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Pengerusi Perikatan Nasional
PN Akan Terus Diurus Secara Tertib, Berprinsip dan Berlandaskan Perlembagaan
Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.
PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.
Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.
Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
11 Jun 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kepimpinan yang baik bukan sekadar merancang masa depan, tetapi memastikan setiap keputusan hari ini membawa manfaat kepada rakyat pada hari esok.
Insha-Allah, segala keputusan yang dipersetujui akan diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara dan negeri Terengganu Darul Iman. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan beberapa perbincangan khusus bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu semalam.
Terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Takziah buat semua mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Filipina. Semoga usaha bantuan dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan lancar.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Ajay Sharma demi memperkukuhkan hubungan antara dua pihak.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih buat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Ajay Sharma atas kunjungan hormat hari ini.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang yang mampu membawa manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
Semoga jalinan hubungan yang terhasil akan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif strategik pada masa hadapan. Terengganu sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama yang dapat membuka lebih banyak ruang perkongsian kepakaran, pelaburan serta pembangunan modal insan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi Tuan Yang Terutama Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia menghadap KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail pagi tadi di Istana Syarqiyyah.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan aktiviti saya sepanjang Mei 2026.
Setiap program, pertemuan dan inisiatif yang dilaksanakan mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan Terengganu sentiasa menjadi keutamaan.
Terima kasih kepada seluruh rakyat atas sokongan, kepercayaan dan kebersamaan yang menjadi kekuatan dalam membina Terengganu yang lebih maju, sejahtera dan diberkati.
Semoga segala usaha yang digerakkan memberi manfaat kepada negeri dan generasi yang akan datang.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Malaysia sedang berdepan satu realiti yang sama di semua negeri; kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada sumber ekonomi tradisional semata-mata.
Ketika ini Negeri Terengganu sedang mengorak langkah melalui agenda Transformasi Ekonomi Baharu Terengganu (TNEXT) untuk mempelbagaikan asas ekonomi negeri dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor masa hadapan seperti tenaga boleh baharu, teknologi hijau, pembuatan bernilai tinggi, logistik, pelancongan, penjagaan kesihatan dan ekonomi digital.
Perubahan landskap ekonomi global menuntut kita berfikir lebih jauh daripada kitaran politik lima tahun. Negeri dan negara perlu mempunyai perancangan jangka panjang yang mampu mewujudkan pekerjaan berkualiti, menarik pelaburan berimpak tinggi serta meningkatkan daya tahan ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan dunia.
Masa depan tidak boleh dibina hanya dengan bergantung kepada apa yang berjaya semalam. Ia perlu dibina dengan keberanian merancang, kesediaan berubah dan komitmen melaksanakan dasar yang konsisten.
Semoga lebih banyak negeri dan institusi dapat meneroka pendekatan yang berorientasikan masa hadapan demi kemakmuran rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari Alam Sekitar Sedunia bukan sekadar mengingatkan kita tentang keindahan alam, tetapi juga tentang tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama.
Pembangunan dan kemajuan ekonomi perlu bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar. Kemakmuran yang dicapai hari ini tidak akan bermakna jika generasi akan datang mewarisi sungai yang tercemar, hutan yang musnah dan ekosistem yang semakin terancam.
Malaysia mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai. Justeru, pendekatan pembangunan yang lestari, penggunaan teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan sumber asli yang bertanggungjawab perlu terus diperkasakan demi memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam. Selaras dengan pendekatan yang sering ditekankan oleh Kerajaan Negeri, pembangunan mesti mengambil kira faktor ESG (Enviromental, Social dan Governance), tenaga bersih dan agenda kelestarian jangka panjang.
Alam sekitar bukan sekadar warisan untuk dinikmati, tetapi amanah yang perlu dipelihara. Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan kualiti kehidupan generasi masa depan.
Selamat menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.
Menjaga alam bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama demi masa depan yang lebih lestari. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Adiguru Kraf Songket Tenun Terengganu dan juga Tokoh Kraf 2002, allahyarhamah Puan Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat atas pemergian insan tercinta.
Kehilangan ini merupakan kehilangan sangat besar pada negeri dan negara. Sumbangan allahyarhamah dalam menjaga nilai tradisi dan budaya melalui seni tenun songket ini sangat besar.
Semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini buat seluruh ahli keluarga allahyarhamah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mewakilkan Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas saya di DUN Rhu Rendang, menziarahi Encik Mohd Zahidi bin Mamat Yusof yang diuji dengan musibah bot karam akibat cuaca buruk tempoh hari.
Walaupun bot tersebut telah berjaya diapungkan semula, namun kerosakan yang dialami agak besar, khususnya melibatkan peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk menangkap ikan. Keadaan ini juga memberi kesan kepada sumber pendapatan beliau dan keluarga.
Dalam ziarah tersebut, sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan. Pada masa yang sama, permohonan bantuan susulan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut diusahakan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.
Semoga Encik Mohd Zahidi dan keluarga terus diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya rakamkan kepada Jabatan PASTI Negeri Terengganu atas kejayaan membanggakan apabila menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai Best Preschool of the Year sempena World School Summit 2026 di Bangkok, Thailand.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bukan sahaja kepada warga PASTI di Negeri Terengganu, malah kepada Malaysia secara keseluruhannya.
Pencapaian ini bukan sekadar sebuah anugerah, bahkan merupakan pengiktirafan global terhadap komitmen berterusan PASTI dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam, sekali gus membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan memiliki jati diri yang kukuh.
Saya melihat kejayaan ini sebagai hasil kesungguhan para pendidik, pentadbir, ibu bapa serta seluruh warga PASTI yang tidak pernah jemu berusaha membangunkan pendidikan berkualiti berasaskan prinsip tarbiah dan pembentukan insan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada PASTI untuk terus melakar kecemerlangan serta memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
*RALAT
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Paya Bunga Hotel, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu atas kejayaan membanggakan dalam World Chefs Championship 2026 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre.
Dalam pertandingan berprestij yang menghimpunkan ribuan peserta daripada hampir 10 negara dan melibatkan 146 kategori ini, Paya Bunga Hotel berjaya meraih dua pingat emas cemerlang, lima pingat emas dan dua pingat perak. Pencapaian ini membuktikan keupayaan, kreativiti serta profesionalisme warga kerja hotel dalam bersaing di pentas antarabangsa.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Paya Bunga Hotel, malah turut mengangkat imej Negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan, hospitaliti dan kulinari yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat global.
Berikut merupakan nama-nama peserta yang telah meraih kejayaan dalam pertandingan tersebut:
1. Sharifah Nur Asykin Syed Akir
– Excellent Gold Medal (Artistic – Fruit or Vegetable Carving)
– Gold Medal (Patisserie – Chocolate Showpiece)
2. Abdullah Abdul Kadir
– Gold Medal (Patisserie – Bread Showpiece)
– Gold Medal (Patisserie – Plated Dessert Asian/Continental)
3. Mohamad Fairusz Anuar Omar
– Gold Medal (WCC Special Event Hot Meal – Special Fried Rice)
– Silver Medal (Western Cuisine – Spaghetti Challenge)
4. Muhammad Thaqif Azmi
– Gold Medal (Barista Challenge – Latte Art)
– Silver Medal (Showmanship – Teh Tarik Free Style)
5. Dina Qistina Mohamad Zaheerul
– Excellent Gold Medal (Barista Challenge – Latte Art)
Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta terus memperkukuhkan nama Terengganu di persada antarabangsa. Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Paya Bunga Hotel. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Marang dan Simpang Renggam baru-baru ini.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini. Al-Fatihah.
Tragedi seperti ini sangat menyentuh hati rakyat kerana melibatkan soal keselamatan awam dan masa depan anak-anak. Saya berharap siasatan dijalankan secara telus serta tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang.
Dalam masa sama, aspek penguatkuasaan, pemanduan tanpa lesen dan keselamatan jalan raya perlu diberi perhatian lebih serius agar tragedi seperti ini tidak terus berulang.
Keselamatan rakyat di jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang tidak boleh diambil mudah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Perikatan Nasional
Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor
Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.
Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.
Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut Hari Gawai khususnya buat masyarakat Dayak di Sarawak.
Hari Gawai yang diraikan sejak tahun 1965 merupakan perayaan yang cukup bermakna, melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian serta menjadi wadah memelihara warisan budaya, adat resam dan identiti masyarakat berbilang etnik di Sarawak.
Kepelbagaian budaya yang mewarnai negara ini merupakan anugerah yang memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat. Dalam semangat saling menghormati dan memahami antara kaum, marilah kita terus memelihara keharmonian yang menjadi asas kekuatan Malaysia sejak sekian lama.
Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini berlangsung dengan meriah, aman dan menggembirakan bersama keluarga serta insan tersayang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan oleh seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Selama 68 tahun, TUDM terus menjadi benteng pertahanan negara yang teguh, sentiasa bersiap siaga menggalas amanah menjaga keselamatan tanah air di samping melaksanakan operasi-operasi kemanusiaan dan membantu rakyat dalam saat-saat memerlukan.
Di sebalik setiap kejayaan dan keamanan yang kita kecapi hari ini, terselit pengorbanan para perwira dan wirawati TUDM yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga malah nyawa demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
Sempena Ulang Tahun Ke-68 Tentera Udara Diraja Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TUDM serta para veteran yang telah menabur bakti dan jasa kepada negara.
Semoga TUDM terus cemerlang, berwibawa dan kekal unggul dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia.
“Kuasa Udara, Perisai Negara” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah buat anak jati Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli atas pencapaian membanggakan meraih podium P3 di Moto3 Grand Prix Itali.
Saya mengikuti perkembangan beliau sejak usia yang masih muda lagi. Dari sebuah bakat kecil yang penuh potensi, kini beliau berdiri di pentas dunia membawa nama Malaysia dengan penuh berani dan disiplin.
Kejayaan ini pasti lahir daripada kerja keras, pengorbanan ahli keluarga, pasukan, jurulatih serta semangat yang luar biasa daripada adik Danish.
Hakim Danish telah membawa mesej penting kepada generasi muda negara bahawa kejayaan memerlukan kesungguhan, fokus dan keberanian untuk bermimpi lebih besar daripada kebiasaan.
Semoga terus istiqamah, kekal rendah diri dan terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Malaysia bangga dengan anda. Syabas Hakim Danish!
Kredit foto : ZK Racing -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Patik mewakili Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku.
Dirgahayu Tuanku! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas tidak pernah sia-sia. Anggaplah ia sebagai ibadah, insya-Allah pasti tersimpan hikmah dan ganjaran di sisi-Nya.
Lensa aktiviti sepanjang Aidiladha 1447H. Semoga segala amal, pengorbanan dan kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Majlis Korban Perdana Peringkat DUN Rhu Rendang telah berlangsung dengan lancar di Dewan Sivik Darat Pak Chan, Marang.
Program tahunan ini menjadi medan menghayati semangat pengorbanan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, di samping mengeratkan ukhuwah melalui gotong-royong serta pengagihan kepada para penerima.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa, petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program penuh bermakna ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Marang, YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan isteri.
Semoga segala amal dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta terus membawa keberkatan dan kebajikan kepada seluruh masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, saya dan isteri menerima satu nikmat yang sangat bermakna dalam keluarga kami.
Anak lelaki kami, Fahmi Samsuri, dan anak perempuan kami, Jasmin Samsuri, masing-masing telah pun melangsungkan perkahwinan dan memulakan fasa baharu dalam kehidupan mereka.
Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat anak-anak membina keluarga sendiri, melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh harapan dan doa.
Mohon doa daripada semua agar kedua-dua pasangan sentiasa dikurniakan kebahagiaan, ketenangan, mawaddah wa rahmah, serta dipermudahkan segala urusan dalam melayari kehidupan berkeluarga.
Semoga Allah SWT memberkati perjalanan baharu ini dan menjadikan rumah tangga mereka penuh kasih sayang, kesabaran dan keberkatan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah yang meraikannya.
Bagi mereka, Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, tetapi menjadi lambang kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan serta penghargaan terhadap adat, budaya dan warisan yang dipelihara dari generasi ke generasi.
Kepelbagaian budaya yang kita warisi inilah yang menjadi antara kekuatan dan keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk dan harmoni.
Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini membawa kegembiraan dan kesejahteraan kepada semua, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta rasa saling menghormati antara kita.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Korban di cawangan Rhu Dua, Marang.
Daging-daging tersebut telah diagihkan kepada asnaf, penduduk kampung serta golongan yang memerlukan.
Terima kasih dan tahniah kepada komuniti, para petugas dan mereka yang melakukan ibadah korban pada tahun ini.
Moga setiap tenaga, masa dan harta yang disumbangkan diterima oleh Allah SWT sebagai amal ibadah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Di sebalik setiap berita yang sampai ke tangan rakyat, ada insan yang bekerja tanpa mengira waktu, turun ke lapangan, meneliti fakta dan menyampaikan maklumat dengan penuh tanggungjawab.
Wartawan bukan sekadar pelapor berita, tetapi antara benteng penting dalam membina masyarakat yang celik maklumat, matang berfikir dan memahami realiti semasa dengan lebih adil serta seimbang.
Dalam dunia yang semakin pantas dipenuhi pelbagai maklumat, kewartawanan yang berintegriti menjadi semakin penting. Ketepatan fakta, etika dalam pelaporan dan keberanian mempertahankan kebenaran perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan negara.
Terima kasih kepada seluruh pengamal media, wartawan, jurugambar, editor, kru produksi dan semua yang berada di belakang tabir atas jasa dan pengorbanan anda.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026. Semoga terus istiqamah menyampaikan maklumat yang benar, berfakta dan membina masyarakat.
"Media Berintegriti, Teras Kredibiliti" -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selain Cawangan Batangan, Cawangan Darat Pak Chan turut mengadakan Majlis Korban cawangan-cawangan terpilih di DUN Rhu Rendang pada tahun ini.
Alhamdulillah, sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk kampung serta golongan yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutama para petugas dan penduduk kampung yang bertungkus-lumus sehingga selesai.
Moga ibadah korban kita semua menjadi amal dan diterima oleh Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail mencemar duli menyaksikan ibadah sembelihan korban di Istana Badariah.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hadir ke Majlis Korban Cawangan Batangan pagi tadi yang diadakan di PASTI Kampung Batangan, Rhu Rendang, Marang.
Suasana penuh meriah dengan semangat gotong-royong dan ukhuwah yang cukup baik dalam kalangan penduduk setempat.
Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa, petugas dan penduduk Kampung Batangan atas kerjasama menjayakan ibadah korban hari ini.
Semoga segala amal dan pengorbanan diterima Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
Turut hadir, YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu dalam Majlis Takbir Malam Raya Aidiladha di Balai Islam, Istana Syarqiyyah.
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga tentang pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah kehidupan. Dalam suasana dunia yang semakin mencabar, nilai-nilai ini menjadi semakin penting untuk terus dipelihara dalam masyarakat dan pentadbiran negara.
Takbir yang bergema malam ini mengingatkan kita bahawa setiap kekuatan sesebuah negeri dan bangsa lahir daripada hati yang bersatu, saling menghormati dan sanggup berkorban demi kebaikan bersama.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan semangat kebersamaan buat seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Taqabbalallahu minna wa minkum. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
𝗣𝗲𝗿𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳/𝟮𝟬𝟮𝟲
“𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻: 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵”
𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 𝘈𝘬𝘣𝘢𝘳, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 𝘈𝘬𝘣𝘢𝘳, 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 𝘈𝘬𝘣𝘢𝘳, 𝘞𝘢𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩𝘪𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidiladha, sebuah perayaan besar yang bukan sahaja mengangkat syiar Islam, tetapi mendidik manusia tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab dalam membina sebuah kehidupan yang lebih baik.
Aidiladha membawa kita kembali menghayati kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang mencerminkan simbol ketaatan yang melangkaui kepentingan diri demi memenuhi perintah Allah SWT. Daripada peristiwa inilah lahir pengajaran bahawa setiap kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang ingin dicapai oleh sesebuah bangsa memerlukan pengorbanan yang besar.
Aidiladha mengingatkan kita kepada semangat yang sama.
Dalam kehidupan bernegara hari ini, pengorbanan bukan hanya tentang menyerahkan sesuatu yang kita sayang, tetapi juga kesediaan untuk mendahulukan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri, kelompok atau percaturan politik jangka pendek.
Ada kalanya keputusan yang perlu dibuat tidak mudah. Ada waktunya pemimpin perlu memilih jalan yang lebih sukar demi kestabilan masa depan. Ada ketika rakyat juga terpaksa bersabar menghadapi cabaran ekonomi, tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan dunia global. Namun sejarah mengajar kita bahawa bangsa yang kuat ialah bangsa yang mampu menghadapi kesusahan dengan sabar, matang dan saling mempercayai.
Rasulullah SAW membina tamadun bukan dengan kemarahan, tetapi dengan hikmah, kesabaran, ilmu dan penyelesaian. Dalam dunia hari ini yang semakin mencabar, negara memerlukan budaya politik yang lebih matang, kepimpinan yang tenang dan masyarakat yang bersedia bergerak bersama membina masa depan yang lebih baik.
Kepada anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman, manfaatkanlah Aidiladha ini untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Dalam dunia yang semakin laju dan sibuk hari ini, nilai kekeluargaan dan hubungan sesama manusia menjadi sesuatu yang semakin mahal.
Semoga Aidiladha kali ini semakin mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan mengingatkan kita tentang tanggungjawab besar memelihara keharmonian, membina negeri dan mempertahankan masa depan generasi akan datang.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
9 Zulhijjah 1447 / 26 Mei 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari Arafah mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keinsafan dan doa yang tidak pernah putus.
Dalam dunia yang semakin mencabar, manusia mudah terperangkap dalam persaingan, tekanan dan perbezaan. Namun Hari Arafah mengingatkan kita bahawa sebesar mana pun kedudukan, pangkat atau kuasa, akhirnya kita semua tetap kembali sebagai hamba yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
Semoga hari yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, melembutkan hati, menguatkan ukhuwah dan mendoakan kesejahteraan negara serta rakyat seluruhnya.
Doakan juga saudara-saudara kita di P@lest1n dan seluruh dunia yang sedang diuji dengan penderitaan, peperangan dan kehilangan.
Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal, mengampunkan dosa-dosa kita dan memimpin negara ini dengan keamanan, keadilan serta rahmat-Nya.
Salam Hari Arafah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ini merupakan buku kelima yang saya terima daripada junior SESMA, Saudara Bekok Cobbong.
Terima kasih kerana sentiasa mengingati saya setiap kali terbitnya buku baharu. Semoga terus istiqamah berkarya dan berdakwah dengan cara tersendiri.
Kadang-kadang sebuah buku mampu menyentuh hati, membuka fikiran dan mengubah cara seseorang melihat kehidupan.
Pena yang digunakan dengan niat yang baik boleh menjadi saham akhirat yang panjang pahalanya.
Teruskan menulis, menyebar manfaat dan menjadi suara yang membawa pemikiran segar, nilai yang baik serta kesedaran kepada masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Takziah diucapkan buat seluruh keluarga mangsa tragedi melibatkan tiga pekerja pelantar minyak yang terkorban selepas bot penyelamat terjatuh ke dalam laut di perairan Terengganu-Kelantan semalam.
Pemergian mereka dalam usaha mencari rezeki buat keluarga adalah satu kehilangan yang sangat menyentuh hati. Semoga segala pengorbanan mereka dinilai sebagai amal kebaikan di sisi Allah SWT.
Marilah sama-sama kita panjatkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ
“Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, sejahterakanlah mereka dan maafkanlah mereka.”
Didoakan juga buat ahli keluarga yang ditinggalkan agar dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita boleh cadangkan apa jua dasar, tetapi penyampaian berkenaan kelebihan dan manfaat dasar itu perlu benar-benar boleh difahami dan diterima oleh rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua untuk hadir Program Malam Lambaian Arafah yang akan berlangsung hari ini.
Sama-sama kita tambahkan ilmu dan moga menjadi motivasi untuk kita bersungguh-sungguh menghayati dan merebut kelebihan Hari Arafah nanti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah atas sambutan Ulang Tahun ke-58 Parti GERAKAN Rakyat Malaysia. Terima kasih atas jemputan ke konvensyen ini.
Konvensyen yang dianjurkan oleh Parti GERAKAN Rakyat Malaysia tidak hanya menjadi satu pertemuan biasa, malahan menjadi satu komitmen dalam memperkukuh organisasi, membawa suara masyarakat majmuk, memperjuangkan kesederhanaan dan menjadi jambatan perpaduan sebagai satu parti yang bernaung di bawah Perikatan Nasional.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita berazam untuk memimpin naratif penyatuan Melayu-Islam dan perpaduan antara kaum di Malaysia sebagai prasyarat kepada kestabilan nasional yang akan menjamin kesejahteraan setiap rakyat tanpa mengira warna kulit dalam negara Malaysia yang tercinta ini.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hadir ke Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti GERAKAN Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur petang ini.
Usia 58 tahun bukan sekadar angka, tetapi satu perjalanan panjang perjuangan politik yang telah melalui pelbagai perubahan zaman, cabaran nasional dan gelombang landskap politik negara.
Saya percaya GERAKAN mempunyai peranan penting sebagai jambatan persefahaman, khususnya dalam membina keyakinan antara Perikatan Nasional dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Malaysia perlu bergerak ke arah politik yang lebih matang, rasional dan berorientasikan penyelesaian. Politik yang bukan hanya membangkitkan sentimen, tetapi membina masa depan negara dengan kestabilan, keadilan dan keupayaan mentadbir yang lebih baik.
Terima kasih kepada seluruh kepimpinan dan ahli GERAKAN atas sambutan yang diberikan. Semoga GERAKAN terus memainkan peranan strategik dalam membina Malaysia yang lebih stabil, adil dan harmoni untuk semua rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sempena Hari Penyu Sedunia, kita diingatkan bahawa lautan bukan sekadar pemisah antara negara, tetapi ruang yang menghubungkan rantau ini melalui ekosistem, perdagangan, keselamatan makanan dan kelestarian alam.
Penyu yang merentas perairan ASEAN hingga ke Laut China Selatan memberi gambaran bahawa cabaran alam sekitar hari ini tidak mengenal sempadan negara. Isu pencemaran laut, perubahan iklim dan kemerosotan biodiversiti memerlukan kerjasama serantau yang lebih erat serta tindakan yang konsisten.
Usaha memelihara penyu dan ekosistem marin juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG14: Life Below Water) yang menekankan kepentingan memulihara serta menggunakan sumber laut secara lestari demi masa depan dunia.
Terengganu amat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada ekosistem marin penting di rantau ini. Justeru, pemeliharaan penyu bukan sekadar tanggungjawab terhadap alam sekitar, tetapi juga sebahagian daripada komitmen membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
Negeri yang menghargai alam akan lebih bersedia menghadapi masa depan.
Selamat Menyambut Hari Penyu Sedunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Cuti sekolah kali ini agak panjang. Gunakan peluang ini untuk luangkan masa berkualiti bersama keluarga, berehat seketika daripada kesibukan harian dan cipta memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila.
Kadang-kadang, yang paling mahal bukan destinasi, tetapi waktu yang dapat diluangkan bersama insan tersayang.
Rancang perjalanan dengan baik, utamakan keselamatan di jalan raya dan isi cuti dengan perkara yang bermanfaat.
Bawa anak-anak mengenali tempat menarik, belajar perkara baharu, balik kampung menziarahi keluarga atau sekadar menikmati suasana santai bersama orang tersayang pun sudah cukup bermakna.
Dalam masa sama, saya juga mengalu-alukan kehadiran para pelancong ke negeri Terengganu Darul Iman. Insya-Allah, Terengganu bukan sahaja indah dengan pantainya, malah kaya dengan budaya, makanan tradisi dan keramahan rakyatnya. Datanglah menikmati keindahan negeri ini dan bawa pulang pengalaman manis untuk dikenang.
Selamat bercuti sekolah. Semoga setiap perjalanan dipermudahkan dan setiap detik bersama keluarga menjadi kenangan paling berharga. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita tidak mahu setiap kali berlaku krisis global, negara kembali semula ke titik mula.
Malaysia mesti lebih bersedia, lebih berdaya tahan dan tidak terlalu bergantung kepada faktor luar yang berada di luar kawalan kita.
Inilah antara perkara yang dibincangkan dalam Perbincangan Meja Bulat Krisis Asia Barat 2026: Strategi Intervensi dan Kesiapsiagaan Nasional.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham Ahmad bin Puteh atau lebih dikenali sebagai Che Mat Putih, mantan Timbalan Pengarah MTD Rhu Rendang yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga besar PAS. Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin komuniti yang banyak berjasa, istiqamah dalam perjuangan serta disenangi ramai. Walaupun diuji dengan keadaan lumpuh selepas menjalani pembedahan tumor kepala sebelum PKP lalu, allahyarham tetap menunjukkan ketabahan dan semangat yang tinggi.
Pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Tokoh Istiqamah dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang tahun lalu menjadi bukti atas komitmen dan pengorbanan allahyarham sepanjang hayatnya.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau, maafkanlah beliau, muliakan tempat kembalinya dan luaskanlah tempat masuknya.”
Semoga segala amal kebajikan allahyarham diterima Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bagi memastikan kejayaan sesuatu dasar yang diperkenalkan, ia juga perlu melihat kepada cara pelaksanaan pihak kerajaan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Krisis di Asia Barat bukan hanya memberi kesan kepada rantau tersebut, tetapi turut mempunyai implikasi kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.
Sebab itu, kita perlu melihat isu ini bukan semata-mata dari sudut konflik, tetapi juga dari sudut persediaan ekonomi, keselamatan tenaga, makanan, kestabilan kewangan dan daya tahan negara.
Dalam apa jua keadaan, dasar yang baik tidak cukup sekadar baik di atas kertas. Ia mesti realistik, boleh dilaksanakan, difahami rakyat dan mampu memberi kesan sebenar kepada kehidupan mereka.
Kita tidak mahu setiap kali berlaku krisis global, negara kembali semula ke titik mula. Persediaan perlu dibuat lebih awal, dengan pendekatan yang tersusun, berfakta dan berpandangan jauh.
Malaysia mesti lebih bersedia, lebih berdaya tahan dan tidak terlalu bergantung kepada faktor luar yang berada di luar kawalan kita. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Encik Wah Wee Tun yang kehilangan anakanda tersayang, Mendiang Wah Han Keong yang terkorban dalam kemalangan di Losong.
Semoga keluarga mendiang diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Tragedi ini juga menjadi peringatan kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya, memandu dengan cermat dan menghormati keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Setiap nyawa amat berharga, dan setiap kecuaian boleh membawa kesan yang sangat besar kepada keluarga serta masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, beberapa perkembangan mutakhir ini memberi gambaran bahawa perancangan pembangunan Terengganu sedang bergerak dengan baik dan tersusun.
Peningkatan prestasi TDM Berhad, pelaksanaan projek tukun tiruan untuk manfaat nelayan, pencapaian IADA KETARA Besut dalam pengeluaran padi negara, serta pengoperasian Santong BESS sebagai sistem penyimpanan tenaga bateri berskala besar yang disambungkan kepada grid nasional, semuanya bukan berlaku secara kebetulan.
Ia adalah sebahagian daripada usaha kita membina kekuatan negeri secara berperingkat. Ada yang menyentuh sektor korporat dan pelaburan, ada yang menyentuh keterjaminan makanan, ada yang memberi manfaat terus kepada nelayan, dan ada pula yang menyediakan asas kepada masa depan tenaga yang lebih stabil dan mampan.
Bagi saya, pembangunan yang baik bukan sekadar dilihat pada angka dan projek, tetapi pada sejauh mana ia akhirnya memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Nelayan mendapat ruang rezeki yang lebih baik. Pesawah dibantu meningkatkan hasil. Syarikat negeri diperkukuh supaya mampu menyumbang semula kepada ekonomi. Infrastruktur tenaga pula disediakan supaya Terengganu tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi dan keperluan masa depan.
Kita tidak mendakwa semuanya telah sempurna. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan. Tetapi perkembangan ini menunjukkan bahawa apabila perancangan dibuat dengan teliti, pelaksanaan dipantau dan hala tuju negeri disusun dengan jelas, hasilnya mula dapat dilihat sedikit demi sedikit.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus bekerja dengan tenang, berdisiplin dan berfokus. Yang penting, setiap perancangan mesti akhirnya kembali kepada manfaat rakyat dan masa depan Terengganu yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Pelan Tindakan Rangsangan Ekonomi Negeri Terengganu Fasa 1
Krisis Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan sekutunya telah memberi kesan besar kepada ekonomi negara, khususnya melalui peningkatan kos bahan api, logistik dan insurans. Keadaan ini menyebabkan pengeluar dan peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi menampung kos operasi yang semakin tinggi. Kesan ekonomi dijangka menjadi lebih ketara dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila kenaikan kos terus mempengaruhi rantaian bekalan dan harga pasaran.
Bagi menangani krisis ini dan langkah proaktif untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi, menyokong kelangsungan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan membantu aktiviti pengeluaran padi, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Pelan Tindakan Rangsangan Ekonomi Negeri Terengganu Fasa 1 dengan beberapa inisiatif berikut:
1.Membuat penilaian semula Jadual Kadar Harga (JKH) bagi bahan binaan terpilih dan penyelarasan kos kontrak dilaksanakan dengan mengambil kira perubahan kos semasa bahan binaan yang terlibat.
2.Penumpuan kepada pelaksanaan projek kecil yang 𝘩𝘪𝘨𝘩 𝘪𝘮𝘱𝘢𝘤𝘵 dan 𝘭𝘰𝘸-𝘩𝘢𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘳𝘶𝘪𝘵.
3.Pemberian moratorium kepada peminjam di bawah Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) selama tujuh (7) bulan bermula Jun hingga Disember 2026. Inisiatif ini dijangka memberikan manfaat kepada 783 peminjam dengan nilai pinjaman tidak dikutip berjumlah RM 2.1 juta. Selain itu, Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk menambah saiz dana sebanyak RM 2 juta pada tahun 2026 agar lebih ramai usahawan dapat dibantu.
4.Pemberian moratorium kepada peminjam di bawah Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) bermula Mei 2026 hingga April 2027. Inisiatif ini akan melibatkan nilai pinjaman tidak dikutip berjumlah RM 2.9 juta dengan bilangan penerima manfaat seramai kira-kira 400 orang peminjam.
5.Pemberian insentif kepada pesawah sebanyak RM 100 untuk setiap tan metrik yang dikeluarkan. Bagi pengeluaran melebihi 10 tan metrik, insentif maksimum RM1,000 diberikan kepada setiap pesawah. Insentif ini dijangka akan memberikan manfaat kepada 4,513 orang pesawah dengan jumlah peruntukan RM 3 juta.
6.Belanjawan 2026 akan dibuat penyelarasan semula berdasarkan keperluan dan strategi yang lebih bersasar ke arah pengukuhan ekonomi.
Diharapkan inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain-pemain dalam sektor-sektor terlibat. Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memastikan keseluruhan rakyat terus dibantu dan keadaan ekonomi kembali pulih kelak.
Sekian terima kasih.
“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
20 Mei 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pembukaan Ujana Tenaga PETRONAS menjadi simbol kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS dalam memperkasa pendidikan, pembangunan modal insan dan budaya ilmu.
Semoga pendekatan interaktif serta berteraskan teknologi moden yang dibawa menerusi Ujana Tenaga PETRONAS ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan menyemarakkan minat generasi muda terhadap sains, tenaga dan inovasi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pembukaan Ujana Tenaga PETRONAS hari ini menjadi lambang hubungan erat serta kerjasama strategik yang kukuh antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pembangunan modal insan dan pembudayaan ilmu.
Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi dan inovasi, pendekatan yang dibawa menerusi Ujana Tenaga PETRONAS ini amat bertepatan dengan keperluan generasi masa kini. Muzium tidak lagi hanya menjadi tempat menyimpan sejarah, bahkan berkembang sebagai pusat pembelajaran interaktif yang menghubungkan masyarakat dengan ilmu sains, tenaga, teknologi dan kelestarian alam secara lebih dekat dan menarik.
Semoga inisiatif ini mampu memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda, pelajar serta penyelidik, sekli gus menyemarakkan budaya ilmu demi masa depan Negeri Terengganu dan negara yang lebih gemilang, insya-Allah.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu atas limpah perkenan mencemar duli berangkat ke majlis ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Program Pemerkasaan Masyarakat: Training of Society telah berlangsung dengan jayanya di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam.
Program ini menjadi lebih istimewa apabila diserikan dengan ucaptama daripada tokoh disegani iaitu mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
"Luka Umat Tanggungjawab Kita" yang menjadi tema program merupakan mesej yang jelas bahawa pentingnya kesedaran dan peduli kita terhadap saudara kita di P4l3stin.
Tahniah kepada semua yang hadir dan diharapkan agar segala intipati yang diperoleh daripada program ini juga dapat disebarkan dan disampaikan kepada masyarakat sekeliling.
Moga dengan keprihatinan kita dapat mengubat walau sedikit 'luka' yang berbekas dalam kehidupan saudara kita di sana. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengadakan pertemuan santai bersama TYT Tuan Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia berbincang dan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara termasuk usaha memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam pelbagai bidang.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Puan Marie-Claire Joyce, Kaunselor Ekonomi dan Politik serta Puan Farah Nor, Ketua Institusi dan Tadbir Urus.
Semoga hubungan baik antara Terengganu dan United Kingdom terus diperkukuh demi manfaat bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berangkat ke Majlis Cerapan Hilal Zulhijjah semalam.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berangkat ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi di Stesen Cerapan Hilal, Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Cerapan hilal Zulhijjah amat penting sebagai penentu bermulanya bulan Zulhijjah dalam kalendar Islam, seterusnya menjadi panduan bagi umat Islam dalam menentukan tarikh ibadah besar seperti Hari Arafah dan sambutan Aidiladha.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Zulhijjah. Sepuluh hari terawal adalah hari-hari yang sangat besar fadilatnya di sisi Allah SWT. Inilah saat terbaik untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuhkan hubungan sesama insan serta mendidik hati agar terus tunduk dan kembali kepada Tuhan.
Zulhijjah mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan tanpa syarat. Dalam dunia yang semakin sibuk mengejar kedudukan dan keuntungan, ia hadir mengingatkan bahawa nilai sebenar seorang manusia bukan terletak pada apa yang dimiliki tetapi sejauh mana dirinya dekat dengan Allah SWT dan bermanfaat kepada masyarakat.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan hari-hari yang penuh keberkatan ini dengan zikir, sedekah, puasa sunat, membaca al-Quran serta memperbanyakkan doa buat kesejahteraan negeri dan negara.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan mengurniakan keberkatan buat kita semua.
Salam Zulhijjah 1447. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional semalam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Syabas Terengganu Marvels, pasukan bola jaring Terengganu atas kejayaan yang dirangkul melawan Johor Jewels malam tadi.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan media Perikatan Nasional.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional hari ini.
Banyak perkara dibincangkan bagi mencapai matlamat secara bersama.
Insya-Allah, komitmen ini akan terus dilaksanakan sebaiknya demi negara tercinta. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik daripada peringkat tadika hingga universiti, guru mengaji, guru tuisyen, pendidik di taska dan semua insan yang bergelar guru, yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing serta melayan kerenah pelajarnya setiap hari.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan yang dicurahkan selama ini. Guru hadir seawal daripada seorang anak yang tidak mengenal huruf sehinggalah berjaya menjadi insan berguna.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah turut membentuk akhlak, disiplin dan masa depan generasi. Amanah ini bukan mudah, namun kalian terus cekal dan istiqamah memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Sesungguhnya, gelaran guru adalah gelaran yang cukup istimewa. Sekali menjadi guru, selamanya tetap seorang guru kerana tiada istilah 'bekas guru' dalam kehidupan. Ilmu, tunjuk ajar dan jasa yang dicurahkan akan terus hidup dalam setiap kejayaan anak-anak didik.
Sekali lagi, terima kasih buat guru-guru saya serta seluruh warga pendidik atas jasa dan bakti yang tidak ternilai dalam membangunkan anak bangsa serta masa depan negeri dan negara.
Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah yang mulia ini.
Selamat Hari Guru 2026.
“Guru Bitara, Nadi Negara.” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan Terengganu Marvels dan Johor Jewels malam tadi untuk aksi CelcomDigi NSL Regional Cup 2026.
Satu pengalaman yang cukup mendebarkan dan membanggakan.
Ketinggalan pada suku pertama dan kedua namun bangkit pada suku ketiga dan keempat.
Moga momentum kemenangan ini diteruskan hingga ke aksi akhir. Tahniah Terengganu Marvels. Terbaik!
#celcomdiginsl
#nslregionalcup2026
#terengganumarvels -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Terengganu Marvels, mengekalkan momentum rekod tanpa kalah untuk saingan CelcomDigi NSL Regional Cup 2026 menewaskan Johor Jewels sebentar tadi.
#celcomdiginsl
#nslregionalcup2026
#terengganumarvels -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Minum petang santai meraikan kejayaan pasukan bola jaring Terengganu Marvels.
Tahniah sekali lagi buat semua pemain, barisan jurulatih dan pengurusan pasukan atas kejayaan mencipta sejarah serta mengharumkan nama Terengganu dalam arena bola jaring negara.
Semoga momentum cemerlang ini dapat diteruskan dan insya-Allah Terengganu Marvels akan terus melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.
Malam ini, Terengganu Marvels akan berentap sekali lagi menentang Johor Jewels dalam aksi CelcomDigi NSL Regional Cup 2026.
Ayuh sama-sama kita memberi sokongan buat pasukan Marvels. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026.
Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak perubahan hari ini.
Semangat, keberanian dan kesungguhan anak muda adalah kekuatan besar dalam membina masyarakat dan negara yang lebih baik.
Jangan takut untuk bermimpi besar, mencuba perkara baharu dan terus melangkah ke hadapan.
Setiap usaha dan pengorbanan anak muda hari ini mampu menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Terus maju, terus berbakti memberi manfaat kepada masyarakat dan tanah air.
“Menggerak Belia”
#haribelianegara
#menggerakbelia -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
15 Mei 1948, detik bermulanya tragedi Na@kb@h buat rakyat P@lest¡n.
Sejarah hitam yang menjadi saksi atas kezaliman Z¡on¡s ke atas ribuan rakyat P@lest¡n.
Pengusiran, perampasan hak dan bermulanya kemusnahan kehidupan yang telah dibina sejak sekian lama.
Sehingga hari ini, luka itu masih belum sembuh. Rakyat P@lest¡n terus bergelut mempertahankan maruah, hak dan kebebasan mereka di tanah air sendiri dalam keadaan penuh derita dan ujian.
Semoga kita tidak pernah berhenti mengambil peduli. Terus bersuara, berdoa dan bersolidariti agar mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap perbezaan perlu diraikan dan diselesaikan dengan penuh berhikmah untuk memastikan kedamaian negara kita ini terus dikecapi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Seperti yang saya pernah sebutkan sebelum ini, kita akan terus mencari inisiatif meningkatkan hasil negeri tanpa kebergantungan penuh kepada royalti petroleum. Namun begitu, kita tetap akan terus pertahankan royalti Negeri Terengganu kerana itu adalah hak rakyat negeri ini.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, diskusi buku secara bulanan akan diteruskan dengan buku seterusnya, buku Fiqh Siasah Khulafa' Al-Rasyidin #3 Siri Khalifah 'Uthman r.a yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tahniah kepada semua yang memberi komitmen terutama Ustaz Nik Nasri Nik Malek, Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu sebagai ketua diskusi. Moga diberkati majlis ilmu ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta hal ehwal pentadbiran.
Semoga setiap keputusan dan perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kemajuan negeri dan manfaat seluruh rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Apabila rakyat mampu hidup dalam suasana rukun dan damai, di situlah terletaknya nilai sebenar sebuah tamadun yang berjaya.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Banyak yang boleh dicontohi dan dijadikan pedoman apabila kita menyelami serta memahami corak kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab r.a, khalifah kedua dalam Khulafa’ al-Rasyidin. Kepimpinan beliau dibina atas asas amanah, keadilan dan rasa takut kepada Allah SWT dalam setiap keputusan yang dibuat.
Setiap jawatan yang diamanahkan kepada kita bukanlah suatu kemuliaan untuk dibanggakan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak. Sebab itu, seorang pemimpin bukan sekadar perlu bijak mentadbir, tetapi juga mesti memiliki jiwa ihsan, ketegasan serta keberanian untuk berlaku adil kepada semua tanpa mengira agama, bangsa mahupun latar belakang.
Dalam memimpin juga, banyak perkara perlu dipertimbangkan dengan penuh hikmah kerana setiap keputusan memberi kesan kepada rakyat dan organisasi. Namun kita meyakini bahawa Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan yang dikurniakan-Nya. Amanah yang berat akan mampu dilaksanakan apabila digalas dengan keikhlasan, kesabaran dan pergantungan penuh kepada Allah SWT.
Antara perkara yang sempat saya kongsikan dalam diskusi bersama kakitangan Pejabat Menteri Besar yang dipimpin oleh Ustaz Nik Nasri Nik Malek, Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu. Alhamdulillah, hasil komitmen dan istiqamah semua dalam diskusi berkala bulanan ini, kita berjaya mengkhatamkan buku Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin #2: Siri Khalifah Umar r.a karya Abdul Hadi Awang yang dimulakan pada 27 Ogos 2019.
Moga kita sentiasa dalam keberkatan Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Penyatuan ummah bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 buat seluruh warga jururawat yang sentiasa komited menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Tema sambutan tahun ini, “Our Nurses, Our Future, Empowered Nurses Save Lives” cukup bermakna dalam mengiktiraf peranan besar jururawat sebagai barisan hadapan yang menjadi kekuatan kepada sistem kesihatan negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam menjaga serta merawat masyarakat tanpa mengira waktu dan keadaan.
Semoga semua jururawat terus diberikan kekuatan, dipermudah segala urusan dan sentiasa dihargai atas jasa yang tidak ternilai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bukan sekadar sebatang pokok, tetapi sebuah legenda yang masih hidup.
Di tengah hutan yang menyimpan seribu rahsia, berdirinya cengal tua yang telah merentas zaman, menyaksikan perubahan generasi demi generasi.
Diamnya bukan tanda lemah, tetapi lambang kekuatan alam yang bertahan ratusan tahun.
“One forest. One legend. One ancient cengal.”
Sebuah warisan alam yang tidak ternilai.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail berangkat meninjau Pokok Cengal Besar di Dungun, Terengganu.
Difahamkan, pokok cengal yang terdapat di Dungun ini dianggarkan berusia menjangkau 1,300 tahun dan merupakan pokok cengal terbesar di Malaysia pada ketika ini.
Selain itu, terdapat juga beberapa batang pokok cengal lain di kawasan ini yang turut dipelihara rapi.
Kawasan ini juga telah dijadikan sebagai kawasan konservasi bagi memastikan kelestarian spesis cengal terus terpelihara sebagai khazanah alam yang amat bernilai buat negeri dan negara.
Usaha pemuliharaan ini wajar diteruskan agar spesis-spesis berharga ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
Junjung kasih kepada KDYMM Pemangku Raja Terengganu atas keberangkatan mencemar duli serta setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Perhutanan atas komitmen berterusan dalam menjaga khazanah hutan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keluar pagi mencari roti
Untuk bekalan sehari dua
Ayam disembelih setiap hari
Lama-lama tinggal reban jua -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah buat pasukan Terengganu Marvels atas kejayaan mencipta sejarah muncul juara CelcomDigi Netball Super League 2026 buat kali pertama selepas menewaskan Johor Jewels di pentas akhir.
Lebih membanggakan, perjalanan mereka ke peringkat akhir disempurnakan tanpa sebarang kekalahan, satu rekod pencapaian yang amat cemerlang dan membuktikan kekuatan serta konsistensi Marvels sepanjang musim ini.
Kejayaan ini turut diserikan dengan pengiktirafan individu kepada Adalia Jasmine Mustazal yang menerima Anugerah Best Defender serta Siti Maisarah Affandi yang dinobatkan sebagai Best Shooter dan Queen of the Court.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pemain, barisan jurulatih serta semua pihak yang telah bekerja keras mengharumkan nama Terengganu di pentas sukan negara.
Junjung kasih atas keberangkatan YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimahtuz Zahra’ yang mencemar duli hadir memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan malam tadi.
Terima kasih juga kepada YB Zuraida, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu (TNA) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan bola jaring serta pemerkasaan atlet wanita Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada KMI Healthcare atas pengiktirafan berprestij sempena The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026 bagi kategori Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Mesra Muslim.
Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan komitmen tinggi KMI Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan patuh syariah, bahkan turut mengangkat Malaysia sebagai antara peneraju ekosistem penjagaan kesihatan halal di peringkat antarabangsa.
Semoga pembangunan hospital baharu di Chukai, Terengganu menjadi pemangkin kepada akses kesihatan yang lebih baik buat rakyat serta terus memperkukuhkan sektor perubatan negeri ini pada masa hadapan. Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan perjalanan aktiviti saya sepanjang April lalu.
Alhamdulillah, segala urusan dapat dilaksanakan dengan izin Allah SWT serta dukungan semua pihak yang sentiasa bersama dalam setiap langkah ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saudara kita di bumi P4l3stin terus melalui episod penderitaan yang panjang dan dinafikan hak untuk hidup aman di tanah air sendiri.
Namun di sebalik segala ujian itu, rakyat P4l3stin tetap berdiri dengan penuh sabar dan keberanian mempertahankan maruah, tanah air serta Masjid Al-4qs4 yang menjadi lambang kesatuan umat Islam.
P4l3stin adalah isu kemanusiaan, soal keadilan dan amanah yang menguji sejauh mana dunia masih mempunyai hati dan nurani.
Sama-sama kita panjatkan doa agar pasukan sukarelawan dan aktivis Sumud Flotilla sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta objektif untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke G4z4 berjaya dicapai.
Teruskan menyumbang dan membantu mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin kita tidak mampu berada di medan perjuangan, tetapi jangan sampai hati kita berhenti peduli terhadap penderitaan saudara seagama di P4l3stin. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Mohamed Harrif Saleh, jaguh berbasikal jalan raya negara atas kejayaan menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup (Lifetime Achievement Award) daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) baru-baru ini.
Saudara Harrif merupakan antara atlet berbasikal kelahiran Terengganu yang telah mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa. Pengiktirafan ini amat bertepatan dengan segala jasa, pengorbanan serta dedikasi beliau sepanjang perjalanan karier sebagai atlet profesional.
Semoga pengiktirafan yang diterima beliau menjadi suntikan semangat serta inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus melakar kejayaan dan mengikuti jejak langkah kecemerlangan beliau. Syabas dan tahniah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Tertak Batu, Marang.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Makan malam meraikan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Kanan Singapura, Tuan Lee Hsien Loong ke bumi Darul Iman hari ini.
Moga pertemuan ini tidak sekadar menjadi satu siri lawatan rasmi, tetapi terus membuka ruang kerjasama yang lebih luas serta memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin demi manfaat bersama khususnya kepada rakyat Negeri Terengganu dan Singapura.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Singapura, Tuan Lee Hsien Loong bersama delegasi di Wisma Darul Iman.
Pertemuan ini menjadi medan penting untuk memperkukuh hubungan erat antara Terengganu dan Singapura, di samping membuka ruang kerjasama strategik dalam mendepani cabaran ekonomi serta landskap pembangunan masa depan ASEAN.
Semoga pertemuan ini dapat memperkukuhkan hubungan dua hala dan memberi manfaat terutama kepada rakyat Negeri Terengganu dan Singapura. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perkongsian dan taklimat yang disampaikan diharapkan dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur terutama bagi Republik Singapura yang datang ke Negeri Terengganu hari ini.
Moga jalinan hubungan antarabangsa ini membuahkan hasil yang terbaik demi manfaat buat rakyat Terengganu tercinta.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Taklimat Pembangunan kepada delegasi Menteri Kanan Singapura, Tuan Lee Hsien Loong di Wisma Darul Iman hari ini. Pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan dan penerokaan kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi serta hubungan serantau.
Turut hadir bersama adalah Tuan Zhulkarnain Abdul Rahim, Menteri Negara di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Cik Joan Pereira, Ahli Parlimen Singapura, Tuan Edwin Tong, Menteri Undang-undang dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan Tuan Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia.
Kerajaan Negeri berkongsi berkenaan aspirasi pembangunan melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) termasuk potensi Terengganu sebagai hab tenaga hijau menerusi projek seperti Hybrid Hydro Floating Solar (HHFS) di Tasik Kenyir, pembangunan Terengganu Silica Valley, serta kelebihan infrastruktur strategik seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelabuhan Kemaman. Ini adalah langkah penting untuk memastikan Terengganu terus bergerak seiring dengan perubahan ekonomi global yang semakin berteraskan teknologi, tenaga lestari dan pelaburan bernilai tinggi.
Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi membuka lebih banyak peluang pelaburan, pelancongan dan pembangunan mampan buat rakyat Terengganu dan rantau ini, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat datang ke Terengganu Menteri Kanan Singapura, Tuan Lee Hsien Loong serta delegasi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, pencapaian ini adalah hasil kerjasama banyak pihak dan kepercayaan para pelabur dalam pelbagai sektor.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri membuka ruang kepada pelaburan berasaskan teknologi hijau seperti pusat data hijau, hidrogen hijau dan industri berasaskan tenaga bersih yang memerlukan bekalan tenaga stabil serta kos kompetitif.
Moga usaha dan kejayaan ini dapat memberi pulangan manfaat terutama kepada rakyat negeri ini sekali gus bantu lonjakkan ekonomi negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Thank you Her Excellency Danielle Heinecke, High Commissioner of Australia to Malaysia for the visit yesterday.
Hopefully, this meaningful engagement will further strengthen bilateral relations and open new avenues for strategic cooperation for the mutual benefit of both parties.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
It was a great honour to receive a courtesy call from Her Excellency Danielle Heinecke, High Commissioner of Australia to Malaysia, today.
The meeting provided an opportunity to strengthen bilateral relations and expand strategic cooperation across various fields for mutual benefit.
Also present were Ms Imogen D'Souza, Second Secretary, and Mr Nik Mohd Yusof bin Nik Farid, Political Officer at the Australian High Commission. Thank you for the visit. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pasti ramai yang ketahui tentang video yang telah tular melibatkan pemilik akaun facebook minyak hitam jalanan original yang membaiki motosikal seorang pelanggan berbangsa Cina yang dalam kesempitan tanpa mengambil upah.
Inilah gambaran sebenar naluri kita yang rindukan perpaduan dan cintakan keharmonian. Kita perlukan lebih banyak video dan naratif sebegini untuk mengepung kembali rakyat Malaysia ke arah perpaduan bukannya perpecahan.
Tinggi harapan agar bumi Terengganu dapat menjadi pemangkin penyatuan yang merapatkan jurang, memadam prejudis dan membina semula negara-bangsa yang rukun, damai serta dihormati di persada dunia. Insya-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada ahli mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atas komitmen yang diberikan.
Moga setiap keputusan yang dibuat dan tindakan yang dilakukan diredai oleh Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar atas pelantikan sebagai Dato’ Mufti Negeri Terengganu yang berkuat kuasa kelmarin, 4 Mei 2026.
Sebelum ini beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Mufti Negeri Terengganu sejak tahun 2023. Insya-Allah dengan pengalaman dan kelayakan yang ada pada beliau mampu menggalas tugas ini dengan baik.
Dalam era yang penuh cabaran pemikiran dan pertembungan nilai, peranan institusi mufti bukan lagi sekadar memberi fatwa tetapi menjadi benteng kebijaksanaan, merapatkan jurang antara tradisi dan realiti semasa.
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan setiap langkah, mengurniakan petunjuk dalam setiap keputusan, serta memberkati usaha dalam memimpin urusan agama di negeri ini.
Siiru ‘ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut Hari Bidan Antarabangsa 2026.
Pengorbanan dan dedikasi para bidan dalam memastikan keselamatan ibu serta kelahiran zuriat yang sihat amat besar nilainya.
Peranan ini bukan sekadar tugas, tetapi satu amanah mulia yang ditunaikan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Terima kasih buat Bidan Hajjah Mak Cik Wook (Mek Wook binti Hussain) yang telah menyambut kelahiran saya pada tanggal 16 November 1970.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga atas khidmat bakti tidak ternilai semua bidan yang berkhidmat untuk ibu-ibu di dunia ini.
Semoga para bidan sentiasa dilancarkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semua rakyat tanpa mengira parti, anutan agama seseorang, kaum dan etnik, tua atau muda berdepan dengan tekanan ekonomi yang sedang berlaku.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Bomba Sedunia 2026. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersiap siaga bukan sahaja memadam kebakaran, malah menggalas pelbagai tugas penyelamatan, pengurusan bencana serta khidmat kemanusiaan demi keselamatan masyarakat.
Dalam masa yang sama, tingkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dengan mengelakkan pembakaran terbuka, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.
Terima kasih warga bomba atas komitmen dan dedikasi yang berterusan demi kesejahteraan bersama.
“Bomba Tonggak Penyelamatan Negara” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kelulusan Rang Undang-Undang Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2026 oleh DUN Terengganu merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh dasar pemilikan dan pembangunan tanah untuk kepentingan masyarakat Melayu di negeri kita.
Pindaan ini juga merupakan langkah strategik untuk memperkasa pembangunan tanah serta meningkatkan penglibatan agensi berkaitan dalam penyediaan kemudahan, khususnya perumahan untuk rakyat.
Lebih signifikan, inisiatif ini dilaksanakan tanpa beban kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri sekali gus mencerminkan pendekatan tadbir urus yang berhemah dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.
www.trdi.my/dun-terengganu-lulus-pindaan-enakmen-tanah-si… -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita doakan agar semua jemaah haji yang berpeluang menunaikan rukun Islam kelima ini dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan kembali semula ke tanah air dengan haji yang mabrur.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita mesti yakin, bahawa masyarakat majmuk yang kita warisi ini adalah merupakan satu nikmat Tuhan yang tiada taranya, namun tanpa pengurusan yang bijak, ia boleh berubah menjadi malapetaka, sebagaimana yang telah meranapkan keharmonian di negara-negara luar termasuk negara yang menjadi juara demokrasi dan hak asasi manusia.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga pelaksanaan Kiosk Layan Diri Terengganu Pay ini benar-benar mencapai matlamatnya sebagai pemudah cara urusan rakyat sekali gus mempercepat akses kepada perkhidmatan secara lebih cekap, pantas dan mesra pengguna.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Penyempurnaan Keberangkatan Jemaah Haji Ke Tanah Suci bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi untuk penerbangan KT012T malam tadi.
Turut bersama, YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Tahniah buat 1,870 bakal-bakal haji Negeri Terengganu yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.
Semoga semua jemaah haji dipermudahkan urusan di Tanah Suci dan dapat melaksanakan semua rukun dan wajib haji dengan sempurna sekali gus mendapat haji yang mabrur.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Program PKM Cakna Komuniti Sejahtera di Perkarangan Masjid Kampung Gong Beris, Marang.
Program yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang ini menghimpunkan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk pameran daripada agensi kerajaan serta aktiviti kemasyarakatan.
Pendekatan turun padang sebegini penting bagi memastikan keperluan masyarakat sentiasa didengar dan diberi perhatian sewajarnya.
Semoga usaha berterusan ini menjadi jambatan yang mengukuhkan hubungan antara kepimpinan dan rakyat demi membina komuniti yang lebih sejahtera dan berdaya saing.
Terima kasih buat semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan program hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap langkah yang diambil, setiap peluh yang menitik, ia merupakan perjuangan peribadi, mencabar kebolehan diri.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Terengganu Marathon 2026.
Terima kasih kepada semua peserta dan mereka yang hadir ke bumi Terengganu ini. Harapannya kenangan indah yang di bawa pulang.
Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, insya-Allah orangnya baik-baik.
Hingga berjumpa lagi di program-program akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah atas kesungguhan dan semangat buat 33,000 peserta Terengganu Marathon 2026 (TM26). Terima kasih kepada para petugas, sukarelawan dan pasukan keselamatan atas komitmen dalam memastikan kelancaran program ini.
Insya-Allah, kita akan terus perbaiki dan memastikan mutu kualiti penganjuran yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah, selesai Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Terengganu Marathon 2026.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas saya di DUN Rhu Rendang menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan buat Encik Wan Ghazali bin Wan Mahamood atau Pok Zali yang diuji dengan musibah kebakaran rumah di Pengkalan Jeti, Pantai Kekabu, Marang minggu lalu.
Semoga beliau sekeluarga dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan dan digantikan dengan yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para atlet, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam membangunkan industri sukan Terengganu.
Tahniah buat semua penerima anugerah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail menunaikan Solat Jumaat di Kampung Teluk Pasu, Manir Kuala Terengganu.
Solat Hajat untuk KDYMM Tuanku Sultan Mizan juga diadakan serentak di semua masjid selepas Solat Jumaat, manakala di peringkat surau pula selepas Solat Isyak malam ini.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Marilah kita bersatu demi kemaslahatan ummah dan membina sebuah kepimpinan yang teguh dan dihormati.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut Hari Pekerja 2026.
Tarikh ini bukan sekadar simbol cuti umum tetapi berakar daripada sejarah perjuangan pekerja dunia yang menuntut keadilan waktu kerja.
Peristiwa Haymarket Affair di Chicago pada tahun 1886 menjadi titik penting yang mengangkat suara golongan pekerja sehingga akhirnya 1 Mei diiktiraf sebagai hari memperingati sumbangan dan hak mereka di seluruh dunia.
Pada hari ini, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negeri dan negara. Setiap usaha, komitmen dan pengorbanan kalian menyumbang kepada kemajuan yang kita kecapi bersama.
Terima kasih warga pekerja. Kalian adalah nadi kekuatan negara.
“Pekerja Madani Kesuma Bangsa” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada delegasi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang diketuai oleh Pengarah BSN, YBhg. Encik Mohd Kabir Ali atas kunjungan hormat yang penuh bermakna.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam usaha mempertingkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat Terengganu.
Semoga jalinan ini terus diperkukuh untuk manfaat bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu Inc, anak syarikat Kerajaan Negeri bakal membangunkan projek solar terapung berkapasiti sehingga 7.5GW, satu inisiatif yang berpotensi meletakkan Terengganu sebagai antara pengeluar tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia.
Langkah strategik ini diyakini mampu menarik pelaburan berimpak tinggi, merangsang pertumbuhan ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan industri berkaitan.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada negeri serta rakyat seluruhnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Penjajaran semula anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) pada tahun 2019 lalu termasuk beberapa transformasi pengurusan telah berjaya meningkatkan hasil pendapatan anak-anak syarikat sekali gus memberi manfaat buat negeri dan rakyat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Walaupun Kerajaan Negeri berhadapan dengan pelbagai tekanan yang bolehlah kita katakan sebagai “paksa – rela” ini dengan kaedah pembayaran yang ajaib berbanding dengan negeri yang sama parti antara Negeri dan Persekutuan tetapi kita tetap berjaya meningkatkan hasil janaan negeri yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Marilah kita menghidupkan semula roh Integrasi Nasional dengan semangat saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain kerana kekuatan sebenar lahir daripada perpaduan yang ikhlas.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai merasmikan Pelancaran Kiosk Layan Diri Terengganu Pay hari ini.
Sebagaimana yang telah digariskan dalam Belanjawan Terengganu 2020, Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan penggunaan e-pembayaran melalui penjenamaan Terengganu Pay, sebagai asas kepada pembinaan sebuah masyarakat tanpa tunai yang lebih cekap, telus dan moden.
Antara objektif utama kita menyediakan kiosk ini adalah untuk memudahkan urusan rakyat tanpa mengira latar belakang serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Untuk fasa permulaan, sebanyak 8 unit kiosk telah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik termasuk Wisma Darul Iman, Pejabat Tanah serta daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Semoga inisiatif ini bukan sekadar mengejar kemajuan teknologi, tetapi memastikan teknologi itu benar-benar memberi nilai dan manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama delegasi semalam.
Pertemuan ini mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara Negeri Terengganu dan TNB khususnya dalam memacu Projek Solar Kenyir sebagai salah satu inisiatif utama ke arah pembangunan tenaga lestari.
Usaha ini mencerminkan komitmen bersama dalam mempercepat agenda tenaga boleh diperbaharui negara (TBB) sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api fosil.
Terima kasih atas kunjungan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Insya-Allah, tanggungjawab berterusan demi kesejahteraan bersama. Terima kasih atas komitmen semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri mengambil maklum isu penyaluran royalti petroleum yang masih belum sepenuhnya disalurkan.
Dalam masa yang sama, kita terus memberi fokus kepada pengukuhan hasil negeri sehingga berjaya mencapai pencapaian tertinggi dalam sejarah pada tahun 2025.
Komitmen kita jelas iaitu untuk terus mempertahankan hak negeri dan dalam masa yang sama, kita membina masa depan ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga setiap keputusan yang dicapai dalam dewan persidangan DUN Negeri Terengganu ini akan menjadi titik tolak kepada kemakmuran yang lebih bermakna buat seluruh rakyat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) merupakan sumber pendapatan baharu yang berpotensi besar untuk diterokai sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan memastikan perancangan serta garis panduan yang teliti agar sumber mineral ini dapat diuruskan dengan sebaiknya sekali gus memberi pulangan kepada negeri dan rakyat.
Sekitar Mesyuarat Majlis Mineral NR-REE Negeri Terengganu 2026. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga tokoh pemimpin dalam sektor korporat dan organisasi negara, allahyarham Dato' Sri Dr. Qamarul Naim Mohd Faizal yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam syurga yang tertinggi.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Sama-sama kita hadiahkan bacaan al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperhalusi agenda penyelidikan serta penggubalan dasar strategik yang lebih tersusun sebagai pemangkin kepada kemajuan Negeri Terengganu yang mampan dan berterusan.
Semoga setiap dapatan dan inisiatif yang dirangka mampu diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara holistik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan bersama-sama dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu bagi meraikan kejayaan dan menghargai sumbangan seluruh warga sukan negeri.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para atlet, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan. Setiap kejayaan yang diraikan bukan datang dengan mudah, tetapi hasil disiplin, latihan yang konsisten dan pengorbanan yang berpanjangan.
Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkukuh pembangunan sukan sebagai agenda strategik termasuk memberi penekanan kepada pembangunan bakat di peringkat akar umbi agar kesinambungan kecemerlangan ini dapat diteruskan.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan melangkah dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Semoga lebih banyak kejayaan dapat dilakar, bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, tetapi juga di pentas antarabangsa. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menerima kunjungan hormat daripada rombongan Maybank yang diketuai oleh Ybhg. En. Mohamad Yasin Abdullah, Group Chief Executive Officer (GCEO) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Islamic Berhad.
Kunjungan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara sektor perbankan dan Kerajaan Negeri di samping membuka ruang perbincangan berhubung potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat buat kedua-dua pihak. Terima kasih atas kunjungan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Ulang Tahun yang ke- 92 buat warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Terima kasih atas jasa, pengorbanan, komitmen dan dedikasi berterusan warga TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
Moga warga TLDM diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan sepanjang berkhidmat dan dalam lindungan-Nya selalu.
“TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Aktiviti pembalakan di Terengganu dalam keadaan terkawal meskipun masih wujud aktiviti pembalakan haram.
Walaupun begitu, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencerobohan sehingga boleh menjejaskan ekosistem serta sumber semulajadi ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan syarikat perlombongan yang diberi lesen agar mematuhi syarat lesen termasuk mengurus dan menyelesaikan sebarang isu yang timbul seperti aduan awam, bantahan penduduk dan sebagainya.
Antara tindakan yang dilaksanakan ialah dengan menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu dan pemantauan berterusan oleh agensi-agensi berkaitan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Detik-detik kemenangan Dato' Jijoe semalam yang membanggakan kita semua warga Malaysia dan khususnya rakyat Terengganu.
Tahniah The Pocket Rocketman.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Kolej Universiti TATI (UC TATI) atas kejayaan yang diraih UC TATI Racing Team di perlumbaan Formula Student Malaysia 2026.
UC TATI Racing Team menamatkan penantian lebih sedekad untuk kembali meraih podium setelah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga keseluruhan di perlumbaan tersebut.
Mereka juga berjaya mendominasi sebahagian besar podium bagi kategori Formula 150cc Stock Production (F150SP) yang mempertaruhkan 8 acara keseluruhan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa para pelajar kejuruteraan UC TATI memiliki keupayaan teknikal dan bakat-bakat muda yang berkemahiran tinggi setanding dengan institusi lain.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengangkat nama institusi ke tahap yang lebih gemilang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ya Allah, lanjutkan usia dan berkatilah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu sempena ulang tahun ke-64 hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.
Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim daripada patik, kerajaan dan seluruh rakyat Terengganu Darul Iman.
Dirgahayu Tuanku! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah dan tahniah Jijoe atau Dato’ Azizulhasni Awang atas kejayaan meraih juara acara keirin Piala Dunia Trek UCI 2026 sebentar tadi.
Malam ini sekali lagi kami hadir memberikan sokongan buat beliau. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Halim Aman atas pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkuat kuasa 13 Mei 2026 ini.
Semoga amanah ini dapat digalas dengan baik dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam melaksanakan tugasan baru ini. Siiru ‘ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berkunjung ke UCI Track World Cup di Nilai yang menghimpunkan pelumba-pelumba basikal dari pelbagai negara. Turut bersama saya, Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
UCI Track World Cup Nilai 2026 ialah salah satu pusingan kejohanan berbasikal trek berprestij dunia yang telah berlangsung sejak kelmarin sehingga 26 April 2026 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Kami berkesempatan menyaksikan Dato' Azizulhasni Awang menjalani sesi latihan bersama barisan pelumba lain dengan penuh fokus, disiplin dan semangat juang tinggi.
Inilah komitmen sebenar mereka dalam bidang sukan, kerja keras di sebalik pentas demi mengharumkan nama negara. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada generasi muda. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, suku pertama 2026 menyaksikan hasil negeri mencecah RM218.7 juta bersamaan 10.95% daripada sasaran hampir RM2 bilion.
Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh tadbir urus kewangan, memperluas sumber hasil dan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara berdisiplin serta berimpak tinggi.
Insya-Allah, dengan usaha berterusan dan dukungan semua pihak, sasaran yang ditetapkan akan dicapai dan manfaatnya dipulangkan semula kepada rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Terengganu kekal komited mengurus kewangan secara berhemah dan berstrategi.
Data sehingga 31 Mac 2026 ini menunjukkan baki pinjaman berada pada paras RM114.68 juta, dengan trend pengurangan yang konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan.
Di samping menyelesaikan hutang yang ada, kita juga sentiasa mencari peluang untuk terus tingkatkan hasil demi menjamin kesejahteraan rakyat tercinta. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman Yang Kelima Belas 2026 setelah berlangsung selama empat hari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang sidang DUN ini dijalankan, tidak lupa juga buat Bentara Dewan yang menjalankan tugas dengan penuh cemerlang.
Terima kasih juga buat para media atas liputan dan kesungguhan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat termasuk semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang persidangan ini.
Marilah kita terus bersama-sama berusaha dengan lebih baik dan mempertingkat iltizam untuk menjadikan rakyat dan negeri Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Membaca bukan sekadar hobi tetapi ia adalah pelaburan intelektual yang membentuk cara kita berfikir, membuat keputusan dan memandu masa depan seseorang.
Sempena Hari Buku, marilah kita hidupkan budaya membaca dalam setiap lapisan masyarakat terutama keluarga kecil kita. Ibarat hujan yang menyuburkan tanaman, ilmu yang dibaca akan menyegarkan minda, menguatkan pemikiran dan lebih besar kesannya untuk membina peradaban.
Dalam dunia yang bergerak pantas, mereka yang membaca akan sentiasa selangkah ke hadapan, lebih tajam analisisnya, lebih luas pandangannya dan lebih matang dalam menilai arah tuju.
Marilah jadikan membaca itu satu amalan bukan sekadar hobi di masa luang. Bangsa yang kuat bukan hanya dibina dengan tenaga, tetapi dengan ilmu yang berakar kukuh.
Bacalah apa sahaja buku asalkan ianya bermanfaat buat diri dan boleh jadi bacaan atau ilmu itu berguna untuk masyarakat sekeliling.
Selamat Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Di sebalik helaian demi helaian buku ini, tersimpan kisah usaha, pengorbanan dan harapan yang tidak pernah padam.
Buku Kejayaan Negeri Terengganu ini bukan sekadar catatan pencapaian, tetapi lambang perjalanan kita bersama antara kerajaan dan rakyat yang saling berganding bahu, mengharungi cabaran dan mencipta kejayaan demi masa depan negeri tercinta.
Setiap kejayaan yang terpahat bukan milik satu pihak, tetapi milik kita semua. Terima kasih kepada seluruh rakyat Terengganu, penjawat awam, barisan kepimpinan dan semua yang menyumbang, secara langsung atau tidak langsung.
Kita bina bersama, kita kecapi bersama. Moga semuanya dalam keberkatan Allah SWT.
drsamsuri.blogspot.com/2026/04/buku-kejayaan-terengganu-2… -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah buat saudara Muhammad Adam Azmi, anak jati Besut dan merupakan pelajar UiTM Dungun dalam bidang Asasi Perakaunan atas kejayaan luar biasa meraih Tempat Pertama Malaysia dan Ketiga Dunia dalam peperiksaan ACCA FIA bagi kertas Management Information sesi Mac 2026.
Ini bukan sekadar keputusan cemerlang. Ini signal jelas bahawa anak Terengganu bukan sahaja mampu bersaing tetapi dapat mendahului di pentas global.
Saya percaya bahawa kejayaan ini pasti lahir daripada disiplin, konsistensi dan keberanian untuk berfikir jauh melangkaui kebiasaan.
Moga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.
Teruskan melangkah, kekal merendah diri dan jadikan ilmu sebagai asas membina ummah dan negara.
Terima kasih kerana telah membanggakan negeri dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berlangsung dalam suasana yang tertib, teratur dan penuh makna.
Selain sesi menjawab soalan lisan, tumpuan turut diberikan kepada perbahasan titah KDYMM Pemangku Raja Terengganu yang menjadi panduan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negeri secara menyeluruh dan berstrategik.
Dalam masa yang sama, dua agenda turut dilaksanakan iaitu Kempen Jom Membaca serta majlis ringkas pembukaan pejabat baharu Backbenchers Club (BBC).
Penambahbaikan kemudahan ini bukan sekadar menaik taraf ruang fizikal, bahkan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa peranan Ahli Dewan Undangan Negeri agar lebih bersedia, selesa dan efektif dalam melaksanakan tanggungjawab sebelum bersidang.
Mudah-mudahan segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini memberi manfaat yang berpanjangan serta selari dengan objektifnya, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih anak-anak pelajar dan guru dari SMK Kuala Telemong yang hadir menyaksikan sidang DUN hari ini.
Semoga pengalaman hari ini memberi inspirasi dan pendedahan yang berguna buat anak-anak semua melangkah lebih jauh pada masa depan. Mana tahu, suatu hari nanti ada dalam kalangan kalian yang akan kembali ke dewan ini sebagai pemimpin pula. 😊 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi kasih atas perkenan KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas hari ini.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai sudah Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas hari ini yang disempurnakan oleh KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447/2026.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat bersidang buat para Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Insya-Allah, dijemput semua untuk ikuti siaran langsung Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undang Negeri Terengganu yang akan bermula esok sehingga 23 April 2026 menerusi laman Facebook rasmi saya.
Mudah-mudahan Allah SWT lancarkan setiap tutur bicara, diberikan petunjuk dalam membuat keputusan dan permudahkan perjalanan persidangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah atas komitmen hadir Mesyuarat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.
Insya-Allah, perbincangan berkala sentiasa diadakan bagi memastikan setiap perancangan berjalan seperti yang direncanakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya merangkul kemenangan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah termasuk dua orang peserta Terengganu iaitu Saudara Abdul Hadi bin Che Halim dan Saudari Nor Jannah binti Abd Rahman yang berjaya memperolehi tempat ketiga kategori Tilawah Al-Quran bahagian qari dan qariah.
Kejayaan ini bukan sekadar lambang kecemerlangan dalam seni bacaan dan hafazan, bahkan mencerminkan ketekunan, kesabaran serta keikhlasan dalam mendalami kalam Ilahi.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mencintai dan mendekati al-Quran dalam kehidupan seharian.
Buat semua peserta, sama ada yang berjaya atau tidak, sesungguhnya usaha kalian amat mulia dan diberkati. Teruskan istiqamah dalam memartabatkan al-Quran sebagai panduan hidup.
Semoga al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi hati dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Kredit poster : JAKIMPost not available here, view on X
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447/2026.
Menjunjung setinggi kasih atas perkenan Pemangku Raja Terengganu, KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan majlis semalam.
Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang turut serta. Teruslah menjadi inspirasi buat masyarakat.
Terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Moga kita semua diberkati-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447/2026.
Menjunjung setinggi kasih atas perkenan Pemangku Raja Terengganu, KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan majlis semalam.
Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang turut serta. Teruslah menjadi inspirasi buat masyarakat.
Terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Moga kita semua diberkati-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Malaysia di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka semalam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Pemangku Raja Terengganu, KDYMM Tengku Muhammad Ismail dan YAM Tengku Seri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az ke Majlis Hol Almarhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Almarhumah Tengku Ampuan Intan Zaharah, Almarhum Sultan Zainal Abidin, Allahyarham Tengku Tengah Zaharah, Allahyarham Tengku Farah Quraishah dan Allahyarham Tengku Norhana Fatihah di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan Almarhumah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima cenderahati daripada YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN Membakut yang disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Encik Abd Wahid Abd Razak.
Terima kasih atas tanda ingatan dan berharap dapat bertemu mata dengan YB Datuk Haji Mohd Arifin di suatu masa yang lain nanti. Moga hubungan ini dapat terus diperkukuh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
"Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-Isra, ayat 82)
Lensa sekitar Majlis Apresiasi sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447/2026.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Biarpun Syawal hampir melabuhkan tirainya, namun kemeriahannya masih dapat diraikan dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.
Terima kasih diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) atas jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri BERSATU Malaysia yang dilaksanakan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka tadi. Semoga jalinan silaturahim yang terjalin terus subur dan diberkati. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, berkesempatan bersama dalam Majlis Apresiasi sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 di Negeri Terengganu Darul Iman.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dari seluruh negara, para hakim dan juri, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta seluruh jawatankuasa dan agensi yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dengan penuh dedikasi.
Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi asbab memperkukuh syiar Al-Quran serta menyuburkan kecintaan terhadap kalam Allah dalam kalangan masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ucapan saya di Majlis Apresiasi Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447/2026.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mudir Markaz Dirasah Islamiah Kemasik merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Asatizah Terengganu (PAKAT), al-Fadil Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tuan Guru Haji Hussin Deraman.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam syurga yang tertinggi.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Sama-sama kita hadiahkan bacaan al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat berangkat kepada para duyufurrahman yang dipilih Allah SWT untuk menyahut panggilan ke Tanah Suci pada tahun ini.
Semoga setiap langkah dilindungi, setiap amalan diterima dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.
Doa kami mengiringi dari tanah air, berangkat dengan selamat dan pulang dengan penuh keberkatan serta mendapat haji yang mabrur, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, sempat juga meraikannya bersama sejurus tiba dari Kuala Lumpur.
Terima kasih buat semua yang hadir meriahkan dan menghidupkan suasana majlis ini.
Tahniah juga buat pihak penganjur dan semua yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan tahunan ini. Moga kita semua diberkati-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada Mohamad Armin Zahryl bin Abdul Latif atas kejayaan cemerlang merangkul pingat emas dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura ke-86 2026.
Saudara Armin merupakan atlet olahraga Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang mewakili negara ke kejohanan tersebut.
Pencapaian yang diraih beliau bukan sekadar membanggakan Negeri Terengganu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk beliau terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan seterusnya mengangkat martabat sukan negara ke tahap yang lebih tinggi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Walau Syawal telah tamat, moga pertemuan di Majlis Ramah Mesra Anak Terengganu di Sarawak dapat sedikit sebanyak mengubat kerinduan kepada kampung halaman.
Jemput datang berkumpul dan meriahkan majlis pada 29 April 2026 ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jemput datang semua yang berkelapangan bersama keluarga masing-masing.
Moga kehadiran kalian akan menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Terengganu esok. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bermulalah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447/2026 yang berlangsung di bumi Darul Iman.
Dijemput semua hadir bersama keluarga bagi menghayati dan mengambil ibrah bersama.
Semoga membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis yang begitu bermakna pada tahun ini.
Penganjuran Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan ini harus dilihat dalam kerangka yang lebih besar iaitu sebagai satu gerakan membina kesedaran ummah. Ia juga merupakan medan untuk mengangkat al-Quran dalam kehidupan bernegara.
Selamat maju jaya buat para peserta yang mengambil bahagian, semoga setiap ayat yang dialunkan dan dihafaz menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran majlis ini, khususnya kepada JAKIM, Kerajaan Negeri Terengganu serta seluruh jawatankuasa pelaksana.
Semoga majlis ini berlangsung dengan jayanya serta dipenuhi keberkatan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Langkah berakhir di hujung hari,
Kenangan tercipta menjadi memori;
Seharian program di Terengganu hari ini,
Selamat pulang ke destinasi.
Moga dilancarkan perjalanan YAB Perdana Menteri bersama delegasi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pendidikan tahfiz adalah suatu keperluan penting bagi umat Islam dan ia wajar diperkukuh melalui kerjasama pelbagai pihak.
Sekitar Majlis Ramah Mesra MADANI YAB Perdana Menteri Bersama Pelajar Tahfiz Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu hari ini telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Negeri komited memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Insya-Allah, dengan kerjasama erat semua pihak, segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang direncanakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai Majlis Ramah Mesra MADANI YAB Perdana Menteri Bersama Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu yang berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu.
Negara boleh membina bangunan yang tinggi, namun kekuatan sebenar terletak pada manusia yang dibentuk dengan nilai dan prinsip yang betul. Justeru, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meletakkan pendidikan sebagai keutamaan. Ia bukan sahaja dilihat dari aspek pencapaian akademik, bahkan yang lebih utama sebagai usaha membina insan yang seimbang iaitu berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada agama.
Kita juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memperkasa sektor tahfiz. Ini termasuk usaha penyelarasan institusi, penambahbaikan kurikulum, sokongan kepada tenaga pengajar serta peningkatan kemudahan pembelajaran.
Dengan kesungguhan dan kerjasama yang berterusan, kita mampu melahirkan generasi al-Quran yang menjadi kekuatan sebenar negeri dan negara, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke bumi Darul Iman hari ini.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, Marang yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Insya-Allah, pembinaan ini bakal menjadikan Terengganu sebagai lokasi kolej matrikulasi ke-16 di Malaysia dan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan pra-universiti negara.
Inilah pelaburan masa depan bagi melahirkan lebih ramai generasi muda berilmu, berkemahiran dan berdaya saing tinggi selari dengan aspirasi pembangunan negeri dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat datang YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Negeri Terengganu.
Moga dilancarkan perjalanan program dan dipermudah urusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Johor yang berlangsung di Bukit Pasir hari ini.
Majlis seperti ini bukan sekadar menikmati juadah yang disediakan, malah menjadi medan penting untuk memperkukuh ukhuwah, merapatkan hubungan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Suasana penuh ceria dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat jelas mencerminkan keindahan Aidilfitri sebagai jambatan perpaduan dan kasih sayang.
Terima kasih atas jemputan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin atas perkenan pelantikan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu, berkuat kuasa 15 April 2026.
Semoga Allah SWT memelihara Negeri Terengganu di bawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak perantau di bumi orang,
Rindu kampung tidak terperi,
Terima kasih semua yang datang,
Memeriahkan suasana Aidilfitri.
Terima kasih buat semua anak perantau Terengganu di sekitar Lembah Klang yang hadir menceriakan sambutan semalam. Jumpa lagi di kesempatan yang akan datang, insya-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Walau kita terpisah oleh jarak dan komitmen, kita bina suasana Aidilfitri di perantauan dengan penuh makna.
Kehadiran kalian telah membuktikan bahawa semangat kebersamaan anak Terengganu tidak pernah luntur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, terima kasih buat semua perantau sekitar Lembah Klang yang hadir menceriakan sambutan semalam. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, Terengganu terpilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1447/2026 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Selamat datang buat semua hadirin ke Negeri Terengganu Darul Iman. Moga diberkati majlis ilmu ini dan mendapat kenangan indah selama berada di sini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, usai Mesyuarat PAS Pusat, hadir ke Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka.
Suka saya melihat tetamu yang datang daripada pelbagai latar belakang, sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri ini meriah dan begitu bermakna.
Terima kasih buat semua. Moga majlis ini diberkati dan terus menjadi ruang mengeratkan ukhuwah yang terjalin antara kita semua, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ijtimak Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat ini menjadi titik penting dalam merangka strategi menghadapi cabaran yang semakin kompleks.
Di sinilah segala pandangan dan keputusan yang dipandu dengan tanggungjawab demi memastikan perjuangan tidak tersasar dan kemenangan bukan sekadar angka tetapi membawa makna.
Kita tidak bergerak atas emosi semata-mata. Kita bergerak dengan asas dan tradisi perjuangan yang telah lama berakar serta dengan pandangan jauh ke hadapan.
Politik boleh berubah, landskap boleh bergoncang tetapi prinsip tetap menjadi paksi.
Moga setiap keputusan yang dibuat membawa kepada kekuatan dan membuka jalan menuju kemenangan yang diberkati. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara pesanan yang disampaikan ketika majlis pidato sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah tempoh hari.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga setiap peringatan ini menjadi pedoman kita bersama termasuk diri saya sendiri untuk terus memupuk kesatuan, memperkukuh ukhuwah dan membina masyarakat yang sejahtera.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jemput semua anak Terengganu yang berada di Sabah untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 18 April 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.
Sahkan kehadiran kalian dengan imbas kod QR yang disediakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Peluang pendidikan berteraskan al-Quran buat anak-anak Terengganu kini dibuka.
Kemasukan ke Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah dibuka khusus kepada lepasan SPM yang berhasrat mendalami pengajian Islam dan al-Quran secara lebih tersusun dan berfokus.
Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada generasi al-Quran yang memimpin ummah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, sempena Syawal yang mulia, dijemput semua anak perantau di Kedah dan Perak untuk hadir ke Jelajah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu di Perantauan 2026.
Ini bukan sekadar majlis raya, ini ruang kita menyambung silaturahim, menguatkan ukhuwah dan mengingatkan bahawa sejauh mana kita melangkah, akar kita tetap di bumi Darul Iman.
Pakat datang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita bina jaringan, kita jaga kebersamaan. Negeri ini bukan hanya tempat lahir tetapi ia tempat kita kembali.
Insya-Allah, kita jumpa di sana untuk raikan Aidilfitri ini seperti satu keluarga besar. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pantai ni memang anugerah yang sangat indah. Bukan saja cantik dipandang, tapi juga sumber rezeki dan tempat kita lepaskan penat. Tapi semua tu takkan kekal kalau kita sendiri tak jaga.
Tambahan pula, Terengganu dah dikenali sebagai negeri paling bahagia. Rugi kalau kita rosakkan suasana tu dengan sikap tak ambil peduli soal kebersihan.
Sekarang dah masuk musim mencandat sotong, memang meriah. Ramai turun ke laut, berkumpul dengan kawan-kawan, cari rezeki sambil berhibur. Tapi dalam seronok tu, jangan lupa tanggungjawab kita.
Mudah je, sampah jangan tinggal. Plastik, botol, bekas makanan, semua tu bawa balik. Laut bukan tong sampah, pantai pun bukan tempat buang sisa.
Kalau kita jaga, semua orang boleh terus nikmati keindahan ni. Tapi kalau kita sendiri tak kisah, lama-lama rosak juga.
Jadi sama-sama kita jaga. Benda kecil, tapi besar maknanya. Terima kasih buat yang sentiasa prihatin dan sayangkan negeri kita. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada hari ini usai rutin mengadap KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Semoga segala keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini terus memacu pembangunan negeri secara mampan serta memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengiktiraf tiga bandar di negeri ini sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia.
Bandar yang terpilih ialah Bandar Kuala Terengganu, Bandar Permaisuri, Setiu dan Bandar Marang.
Pencapaian ini merupakan refleksi kepada kesejahteraan hidup, keharmonian komuniti dan kecekapan tadbir urus yang dirasai rakyat di peringkat akar umbi.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan serta seluruh masyarakat yang terus memainkan peranan menjadikan negeri ini bukan sahaja maju, tetapi benar-benar membahagiakan untuk didiami.
Teruskan momentum ini. Bahagia itu bukan kebetulan, ia adalah hasil usaha yang konsisten daripada setiap rakyat negeri ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS), sebuah institusi penting yang memelihara khazanah sejarah serta memperkukuh kefahaman perundangan negeri.
Dalam perbincangan ini, kita meneliti peranan strategik R-TIHiLS sebagai wadah pengkajian yang bukan sahaja merakam sejarah, tetapi juga membimbing pembentukan dasar berasaskan nilai, tradisi dan perundangan yang kukuh. Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi menjadi asas dalam membuat keputusan yang lebih bijaksana untuk masa depan negeri.
Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkasa usaha penyelidikan dan dokumentasi agar warisan Terengganu kekal terpelihara, di samping memastikan prinsip kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung dalam setiap aspek pentadbiran.
Insya-Allah, dengan sinergi yang berterusan antara institusi dan kerajaan, kita mampu membina sebuah negeri yang bukan sahaja maju, tetapi berakar kuat pada sejarah dan nilai yang diwarisi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usaha yang berterusan tidak akan pernah mengkhianati hasil. Semoga bulan-bulan yang mendatang, membawa lebih banyak peluang, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.
Sorotan aktiviti sepanjang bulan Mac yang lalu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat serta komitmen berterusan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Semoga segala usaha dan perancangan yang dibincangkan akan terus diberkati serta memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput seluruh anak perantau Terengganu untuk terus memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Terengganu 2026 yang diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya jamuan raya anak Terengganu di Pulau Pinang dan Johor. Terima kasih buat yang hadir.
Imbas kod QR yang disediakan untuk pendaftaran bagi lokasi seterusnya. Semoga kehadiran anda semua akan terus menyerikan majlis serta memperkukuh silaturahim sesama anak Terengganu walau di mana jua berada. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, pembentang, pemidato serta tetamu dari dalam dan luar negara yang telah menyumbang pandangan dan idea sepanjang ijtimak ini berlangsung.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Didoakan agar semua bakal dhuyufurrahman akan dipermudahkan setiap urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan dalam menunaikan setiap tuntutan ibadah di Tanah Suci nanti.
Sorotan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Terengganu tahun 2026.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga segala keputusan yang dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu hari ini akan memperkukuh agenda pembangunan Terengganu demi manfaat seluruh rakyat, insya-Allah.
Terima kasih atas komitmen semua pihak yang terlibat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ikuti ucapan penuh saya semasa Majlis Pidato Penyatuan Ummah sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali yang kelima malam tadi.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2026.
Kejohanan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, malah menjadi wadah penting dalam memperkasa sukan ekuestrian, menyemai semangat kesukanan yang tinggi serta melahirkan atlet berdaya tahan yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Syabas semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai sudah satu himpunan yang bukan sekadar program tetapi pertemuan hati dan kesatuan fikrah ummah.
Sepanjang tiga hari ini, kita melihat sendiri bagaimana tokoh, ilmuwan dan masyarakat dari pelbagai latar belakang duduk bersama. Berbincang, berkongsi pandangan, dan yang paling penting mencari titik persamaan.
Banyak perkara besar disentuh.
Tentang bagaimana kita mengurus perbezaan.
Tentang kepimpinan umat di rantau ini.
Tentang kekuatan ekonomi kita sendiri.
Dan tentang jati diri yang perlu terus diperkukuh.
Dalam dunia hari ini, cabaran semakin kompleks.
Tapi satu perkara yang jelas ummah ini masih kuat, jika kita memilih untuk bersama.
Terima kasih kepada semua yang hadir, yang menyumbang idea, tenaga dan doa sepanjang program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 berlangsung.
Semoga segala yang dihimpunkan di sini tidak terhenti di pentas, tetapi dibawa pulang menjadi gerak kerja dalam kehidupan masing-masing.
Semua pemimpin di pentas yang sama, terus berjuang demi ummah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perasmian Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026.
Syarahan pagi tadi telah menghimpunkan tokoh-tokoh besar yang membawa suara ummah ke pentas antarabangsa. Bukan sekadar ucapan, tetapi medan menyatukan fikrah, memperkukuh jati diri dan merangka masa depan umat.
Gabungan kepimpinan, ilmu dan pengalaman daripada Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, mantan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, TYT Valiollah Mohammad Naserabadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia dan Dr Zakir Abdul Karim Naik, pengasas serta presiden Islamic Research Foundation (IRF) menjadi simbol bahawa perpaduan bukan retorik, tetapi satu keperluan.
Kita tak boleh lagi sekadar bernostalgia tentang kegemilangan lalu. Ini masa untuk bangkit, susun langkah dan bina semula kekuatan ummah dengan lebih tersusun dan berstrategi.
Banyak kupasan menarik dan bermanfaat telah disampaikan oleh tokoh-tokoh hebat ini. Tahniah buat semua yang hadir. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Insya-Allah, konvoi ini menjadi manifestasi kebersamaan dan solidariti ummah yang dizahirkan secara santai, namun sarat dengan makna.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Konvoi pagi tadi bukan sekadar perjalanan di jalan raya, ini simbol perjalanan kita sebagai satu ummah.
Kita berhimpun dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 kerana ingin membawa mesej jelas iaitu apabila kita bersatu, kita akan kuat. Tiada beza negeri, latar atau bangsa tetapi yang ada hanya satu tujuan demi memperkukuh ukhuwah dan masa depan bersama.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan konvoi ini dengan penuh semangat.
Insya-Allah, langkah kecil hari ini akan jadi asas besar untuk masa depan ummah yang lebih kukuh. Moga diberkati usaha kita. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Didoakan agar seluruh jemaah diberikan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan ketenangan jiwa sepanjang menunaikan rukun Islam kelima ini. Persiapkan diri bukan sahaja dari sudut ilmu dan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah kekuatan rohani serta keikhlasan niat.
Ambillah kesempatan ini untuk memperbanyakkan doa, bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi juga untuk kesejahteraan negeri dan negara. Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah diberkati dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah.
Alhamdulillah, selesai merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Terengganu bagi Musim Haji 1447/2026 semalam. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri semalam bagi menyelaras tindakan yang tersusun antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mendepani perkembangan krisis tenaga global yang semakin mencabar susulan konflik di Asia Barat.
Insya-Allah, dengan kesepakatan dan iltizam bersama, segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi menjamin kestabilan dan ketahanan negara dalam menghadapi cabaran global ini serta mampu memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Autisme bukanlah kekurangan, tetapi satu keunikan. Di sebalik cabaran yang dihadapi, ramai anak-anak autisme telah membuktikan kemampuan mereka dalam pelbagai bidang sama ada akademik, seni, teknologi sehinggalah ke sukan.
Terbaru, salah seorang pelajar autistik, Nur Syahirah Syazwani Zailani telah berjaya meraih keputusan cemerlang 10A dalam SPM 2025 sekali gus membuktikan bahawa autisme bukan penghalang untuk cemerlang. Malah, ramai lagi insan istimewa ini terus melakar pencapaian membanggakan dalam bidang masing-masing.
Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam memastikan kebajikan dan pembangunan anak-anak istimewa ini terus diberi perhatian. Penubuhan Pusat Autisme Sejahtera Terengganu merupakan antara inisiatif penting dalam menyediakan sokongan intervensi awal, latihan kemahiran serta ruang perkembangan yang kondusif buat anak-anak autisme dan keluarga mereka.
Sesungguhnya, setiap anak autisme mempunyai keistimewaan tersendiri. Tanggungjawab kitalah untuk membuka ruang, menghapus stigma dan membina persekitaran yang inklusif agar mereka dapat menyerlahkan potensi sebenar.
Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia, marilah kita memperkukuh kefahaman bahawa autisme bukanlah batasan, sebaliknya satu spektrum keunikan yang menyimpan potensi luar biasa.
Dialukan juga untuk salurkan sumbangan bagi menyokong usaha dan kebajikan anak-anak autisme Terengganu agar lebih ramai dapat dibantu melalui Persatuan Autisme Terengganu (PAUT) [Bank Muamalat (M) Berhad: 13010007419710]. Moga setiap sumbangan kalian diganjarkan pahala yang mengalir tanpa henti, seperti air zam-zam.
Selamat menyambut Hari Kesedaran Autism Sedunia 2026. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam bukan sekadar angka dan gred di atas kertas, tetapi mencerminkan usaha gigih, doa yang tidak putus serta pengorbanan besar setiap pelajar, guru dan ibu bapa serta semua pihak yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.
Saya amat berbangga melihat pencapaian yang diraih oleh anak-anak pelajar kita lebih-lebih lagi melihat pretasi sekolah baharu seperti Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI) di bawah rangkaian Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah yang cemerlang setanding dengan institusi berprestasi tinggi yang lain.
SMIDI Dungun yang baru memasuki tahun kedua melahirkan calon SPM telah berjaya melahirkan dua orang pelajar memperoleh semua A+ serta beberapa pelajar semua A, dengan Gred Purata Sekolah 2.17.
Lebih membanggakan, kesemua SMIDI termasuk SMIDI Dungun, SMIDI Kuala Nerus, SMIDI Besut dan SMIDI Hulu Terengganu berjaya mengatasi Gred Purata Negeri (GPN) dan kebangsaan.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Sekolah-Sekolah Menengah Yayasan Terengganu yang terus konsisten berada dalam kelompok terbaik negeri serta Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Terengganu yang turut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh kualiti pendidikan, melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri dan ummah secara menyeluruh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Wacana untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam dan Alam Melayu mesti berasaskan kepada penilaian yang jujur terhadap kapasiti semasa kita hari ini merangkumi pelbagai aspek.
Tidak cukup untuk kita sekadar meraikan sejarah lalu, sebaliknya perlu bersungguh-sungguh membina semula asas yang pernah menjadikan kita relevan di persada global suatu ketika dahulu.
Dalam hal ini, sekurang-kurangnya terdapat lima perkara penting yang perlu kita berikan perhatian.
Pertama, hubungan antara Islam dan identiti Melayu perlu diperkukuh secara substantif, bukan hanya simbolik. Dahulu, Islam bukan sekadar ritual, tetapi berfungsi sebagai kerangka tadbir urus, ekonomi dan budaya. Kita mesti menterjemahkan secara praktikal prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini melalui pembangunan dasar awam.
Kedua, pembaharuan pendidikan serta tradisi keilmuan. Sebelum ini, rantau ini telah melahirkan ramai ulamak, ilmuwan dan pusat pengajian yang memiliki hubungan dengan dunia luar. Penting bagi kita untuk membina semula budaya intelektual meliputi pemikiran kritis, penyelidikan dan penguasaan pelbagai ilmu moden.
Ketiga, pembentukan semula jaringan global. Alam Melayu pada masa lalu kuat disebabkan oleh keterhubungan melalui perdagangan, ilmu dan diplomasi. Dalam konteks hari ini, kita mesti mempunyai kedudukan dalam rantaian nilai global, kerjasama pendidikan dan pengaruh dalam wacana antarabangsa.
Keempat, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi ia membentuk cara fikir. Sekiranya bahasa kita lemah dalam bidang ilmu yang penting, kita akan selamanya bergantung kepada bahasa dan cara fikir luar.
Kelima, pengurusan cabaran kontemporari dengan kematangan. Proses Islamisasi memerlukan keseimbangan. Kita tidak boleh terlalu tegas sehingga mengabaikan realiti semasa dan tidak terlalu longgar sehingga kehilangan asas. Ini memerlukan dialog berterusan antara ulamak, akademia dan penggubal dasar agar dapat membetuk pendirian dan sikap yang sejajar dalam sesuatu isu.
Hakikatnya, semua ini bukan kerja sehari dua. Ia menuntut kesungguhan, kekuatan institusi dan keazaman politik yang mesti digembleng secara besar-besaran walaupun kadangkala ianya tidak mudah. Inilah antara hasrat besar di sebalik penganjuran Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu yang akan bermula esok.
Saya mewakili Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu dari dalam dan luar negara. Buat rakyat negeri ini, saya menjemput semua untuk bersama-sama hadir bukan sekadar memeriahkan, tetapi mengambil manfaat daripada program yang penuh makna ini.
Mudah-mudahan segala usaha ini diberkati oleh Allah SWT, dan menjadi langkah awal ke arah kebangkitan yang bermaruah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Ulang Tahun buat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ke-80 tahun.
Peranan JPJ bukan sekadar urus lesen atau cukai jalan tetapi mereka adalah barisan hadapan yang memastikan disiplin di jalan raya terus terjaga, keselamatan rakyat terus menjadi keutamaan dan sistem pengangkutan negara bergerak dengan teratur.
Dalam dunia yang semakin laju dan mencabar, kecekapan, ketegasan serta kejujuran JPJ menjadi penentu keyakinan rakyat. Teruskan memperkukuh amanah ini kerana setiap tindakan hari ini memberi kesan langsung kepada nyawa dan kesejahteraan masa depan negara.
Terima kasih atas khidmat bakti yang tidak pernah kenal lelah daripada seluruh warga JPJ. Selamat maju jaya, terus komited dan berintegriti demi Malaysia yang lebih selamat dan berdisiplin di jalan raya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat menyambut ulang tahun ke-80 Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Lapan dekad menemani masyarakat, RTM kekal teguh sebagai suara rasmi negara, menyatu hati rakyat merentasi generasi, menyampaikan maklumat, mendidik serta menghibur dengan penuh tanggungjawab.
Terima kasih atas dedikasi dan komitmen tanpa henti. RTM, Teman Setia Anda. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Terengganu atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Terengganu berjaya mencatatkan keputusan SPM terbaik dalam tempoh 10 tahun dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.17 sekali gus mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), para guru yang berdedikasi serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 Negeri Terengganu yang mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam pendidikan kalian.
Buat anak-anak yang tidak mendapat keputusan seperti diharapkan, jangan berputus asa. Masih banyak ruang dan peluang untuk berjaya. Ingatlah bahawa keputusan hari ini bukanlah penentu mutlak masa depan, sebaliknya hanyalah satu daripada banyak langkah dalam perjalanan kehidupan.
Teruskan berusaha dan kejarlah cita-cita dengan penuh iltizam. Semoga setiap daripada kalian diberi kejayaan yang berpanjangan dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kejayaan anak-anak ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, dalam suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang dan PAS Kawasan Kemaman yang penuh keberkatan ini, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama meraikan atas faktor kesihatan yang kurang mengizinkan.
Terima kasih kepada semua yang hadir, kerana kehadiran kalian menambahkan kemeriahan dan keceriaan majlis ini. Tahniah juga kepada semua jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjadikan rumah terbuka ini menarik dan menyediakan juadah yang sedap-sedap untuk dinikmati bersama.
Walaupun tidak dapat hadir secara fizikal, ingatan dan doa sentiasa bersama semua. Semoga Aidilfitri ini terus mengeratkan silaturahim dan membawa kegembiraan buat kita semua. Insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam kegembiraan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan lepaskan peluang untuk terus istiqamah dengan puasa enam di bulan Syawal.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)
Di tengah kesibukan harian, inilah peluang kita untuk 'reset' diri, mengukuhkan disiplin dan meneruskan momentum ibadah selepas Ramadan. Mulakan sedikit demi sedikit, tetapi yang penting konsisten.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menyempurnakan puasa enam dan meraih ganjaran yang dijanjikan. Insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput seluruh warga Rhu Rendang dan masyarakat Kemaman untuk sama-sama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat DUN Rhu Rendang dan Parlimen Kemaman pada esok, 29 Mac 2026.
Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut di samping dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan Syawal. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, pada 2 hingga 4 April 2026, Kompleks Sukan Negeri Terengganu akan menjadi saksi kepada himpunan besar umat iaitu Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026.
Ini medan untuk kita berkumpul sekali gus menjadi sebahagian daripada gelombang perpaduan yang lebih besar.
Pelbagai pengisian menarik menanti kalian seperti wacana ilmu, forum tokoh, bicara keluarga dan wanita, sehinggalah program anak muda, kesenian, keusahawanan dan sebagainya.
Dijemput semua hadir bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat hidupkan majlis penuh makna ini. Sama-sama kita memperkasakan agenda perpaduan ummah sejagat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan EPIC.
Alhamdulillah, bagi tahun 2025, Kumpulan EPIC telah mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dengan merekodkan hasil perolehan tertinggi dalam sejarah serta peningkatan keuntungan berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun berdepan cabaran susulan pengurangan aktiviti dalam sektor minyak dan gas, prestasi ini berjaya disokong oleh peningkatan ketara dalam aktiviti pelabuhan dan marin, sekali gus mencerminkan keupayaan syarikat untuk menyesuaikan strategi dan mempelbagaikan sumber pendapatan.
Insya-Allah, Kumpulan EPIC akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh kedudukan perniagaan serta memastikan kelestarian operasi dalam jangka masa panjang, demi memberi manfaat berterusan kepada ekonomi negeri dan rakyat keseluruhannya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pembangunan dan pembesaran Pelabuhan Kemaman bukan sekadar projek infrastruktur, sebaliknya merupakan pelaburan masa depan negeri ini.
Menjelang tahun 2030, kapasiti pelabuhan ini dijangka meningkat kepada 30 juta tan setahun, satu lonjakan signifikan yang akan:
- Memperkukuh peranan Terengganu dalam rantaian logistik serantau
- Menarik lebih banyak pelaburan industri berat dan hiliran
- Mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat tempatan
- Meningkatkan kecekapan eksport, khususnya sektor minyak dan gas serta komoditi
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan yang dibangunkan adalah berimpak tinggi, berstrategi dan berjangka panjang.
Kita tidak hanya membina pelabuhan tetapi kita juga sedang membina ekosistem ekonomi masa depan Terengganu.
www.dagangnews.com/article/terkini/pembesaran-pelabuhan-k… -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah mudah, mereka berdepan risiko, tekanan dan cabaran yang semakin kompleks. Namun, apabila integriti dijaga dan amanah dipelihara, di situlah lahirnya kepercayaan dan rasa terjamin dalam kalangan rakyat.
Terima kasih atas khidmat dan pengorbanan seluruh warga PDRM untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.
Teruslah berbakti dengan penuh dedikasi. Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga PDRM. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Menyambut Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) KALI ke-74.
Semoga APM terus unggul sebagai petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, sentiasa bersiap siaga menghadapi apa jua cabaran serta kekal komited dalam memperkukuh budaya kesiapsiagaan demi masa depan negara.
“APM Nadi Kesiapsiagaan Masa Hadapan” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KENYATAAN MEDIA
KEPERLUAN PENDEKATAN NON-PARTISAN DAN PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN DAN INTERVENSI EKONOMI NEGARA
Dunia pada hari ini berdepan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meruncing susulan konflik berterusan di Asia Barat. Kesan geopolitik ini mula dirasai secara langsung melalui kenaikan harga bahan tenaga, gangguan rantaian bekalan dan tekanan terhadap ekonomi global. Ketidaktentuan ini telah meningkatkan kos logistik, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran dan operasi merentasi pelbagai sektor ekonomi.
Kesan rantaian ini tidak dapat dielakkan dan dalam tempoh beberapa bulan mendatang, negara berkemungkinan berdepan dengan kenaikan harga barang asas dan makanan, peningkatan kos pengangkutan dan logistik, kenaikan kos utiliti dan perkhidmatan bahkan lebih besar lagi impaknya adalah risiko tekanan kepada sektor pekerjaan, termasuk kemungkinan pengurangan tenaga kerja dalam industri yang terjejas.
Tanpa intervensi dasar yang proaktif, risiko pemberhentian pekerja boleh meningkat, khususnya dalam sektor pembuatan, logistik, perusahaan kecil dan sederhana yang amat terkesan susulan kenaikan kos bahan mentah.
Sehubungan itu, Malaysia memerlukan pendekatan non-partisan yang mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan politik kepartian, termasuk keperluan untuk lebih inklusif dan berasaskan tindakan.
Saya mencadangkan penglibatan semua pihak secara menyeluruh termasuk : kerajaan, pembangkang, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, pemain industri serta wakil masyarakat sivil dalam satu forum seumpama Majlis Perundingan dan Intervensi, agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan negara secara kolektif.
Pendekatan ini bukan soal politik, tetapi soal kelangsungan negara. Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, Malaysia tidak boleh bergerak secara berpecah mengikut garis kepartian. Sebaliknya, kita mesti menghimpunkan kekuatan seluruh negara dengan merentasi perbezaan politik dan latar belakang untuk menghadapi cabaran ini secara bersama. Apabila kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat menjadi taruhan, keutamaan kita semestinya kesejahteraan dan daya tahan Malaysia.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi Perikatan Nasional (PN)
22 Mac 2026
------------------------------------------------------------------------
MEDIA STATEMENT
THE IMPERATIVE FOR A NON-PARTISAN APPROACH AND THE ESTABLISHMENT OF THE NATIONAL ECONOMIC CONSULTATION AND INTERVENTION COUNCIL
The world today stands at a critical crossroads, grappling with escalating economic uncertainties fuelled by the protracted conflicts in West Asia. The geopolitical tremors of this crisis are now felt directly through surging energy prices, fractured supply chains, and mounting pressure on the global economy. These instabilities have driven up logistics costs, subsequently inflating production and operational expenses across every economic sector.
This ripple effect is unavoidable. In the coming months, our nation faces the stark probability of rising prices for basic goods and food, increased transportation and utility costs, and perhaps most significantly, severe pressure on our labour market. Without decisive action, we risk a wave of workforce reductions, particularly within the manufacturing, logistics, and Small and Medium Enterprise (SME) sectors, which are most vulnerable to the rising costs of raw materials.
Given these challenges, Malaysia needs a non-partisan approach that prioritises national interest over party politics. Our response must be inclusive, unified, and driven by a commitment to collective action.
I am proposing the comprehensive involvement of all stakeholders : the government, the opposition, Non-Governmental Organisations (NGOs), academics, industry leaders, and civil society representatives in a forum akin to a Consultation and Intervention Council to ensure that every policy decision reflects the collective will and the best interests of our nation.
This
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
is not a matter of politics; it is a matter of national survival. In an increasingly volatile global landscape, Malaysia cannot afford to be divided by partisan lines. We must harness the total strength of our nation, transcending differences and backgrounds, to confront these challenges as one. When the stability of our economy and the welfare of our people are at stake, our priority must be to the prosperity and resilience of Malaysia.
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Chairman of Perikatan Nasional (PN)
22 March 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua anak perantau yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kepimpinan PAS Terengganu pada esok, 23 Mac 2026.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut idaftar.jso.my.
Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi keberangkatan tiba KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid AlMuktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
Turut bersama putera puteri baginda, DYTM Yang Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az, YAM Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Dato’ Sri Nadhirah Zahrah serta YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perutusan Khas KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Hari Raya Aidilfitri 2026/1447.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bersama-sama kita dengar dan amati Perutusan Khas KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Takbir raya dialun tanda kesyukuran. Takbir raya tadi dipimpin oleh Bilal Masjid Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Ustaz Ahmad Zuhurul Hassan bin Othman (Bilal Masjid Tengku Zaharah), Ustaz Muhammad Sodiq bin Mudrikah (Bilal Masjid Abidin) dan Ustaz Muslim bin Mokhtar (Bilal Masjid Sultan Ismail).
Bersama DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az dalam Majlis Takbir Malam Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering Kuala Terengganu.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga merupakan ruang untuk kita kembali kepada fitrah dengan membersihkan hati, merapatkan silaturrahim dan memaafkan dengan penuh keikhlasan.
Yang jauh didekatkan, yang retak diperbaiki, kerana akhirnya, hidup ini bukan tentang siapa paling hebat tetapi siapa yang paling tulus dalam setiap hubungan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah / 2026 Masihi
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Mengukuhkan Kebersamaan, Memacu Kesejahteraan
Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 dengan penuh kesyukuran.
Hari Raya Aidilfitri ini adalah saat untuk kita kembali kepada fitrah iaitu fitrah yang bersih, fitrah yang mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang lebih sabar, lebih prihatin dan lebih bertanggungjawab terhadap sesama insan.
Sepanjang Ramadan yang lalu, kita belajar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Namun lebih daripada itu, kita sebenarnya dilatih untuk menahan diri daripada sifat-sifat yang merosakkan seperti amarah, keangkuhan dan perpecahan.
Ramadan juga mengajar kita tentang erti kebersamaan. Kita melihat masjid dan surau dipenuhi dengan jemaah, keluarga berkumpul untuk berbuka puasa dan masyarakat saling membantu mereka yang memerlukan. Semangat inilah yang perlu kita bawa bersama selepas berakhirnya Ramadan ini.
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama. Namun di sebalik kepelbagaian itu, kita berkongsi satu harapan yang sama iaitu untuk hidup dalam sebuah negara yang aman, stabil dan sejahtera.
Sebagai Kerajaan Negeri, kami komited kepada kesejahteraan rakyat dan akan terus berusaha memainkan peranan yang konstruktif dalam memastikan suara rakyat didengari, kebajikan rakyat dipelihara dan masa depan negeri dan negara dibangunkan dengan penuh tanggungjawab.
Kita percaya bahawa kemajuan sesebuah negeri tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal atau angka ekonomi semata-mata, bahkan juga melalui kekuatan nilai, keutuhan institusi, dan perpaduan dan kesejahteraan masyarakatnya. Oleh itu, marilah kita jadikan Aidilfitri ini sebagai titik permulaan untuk memperkukuhkan semula semangat kebersamaan kita bersama.
Buat anak rantau yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah ketika di jalan raya. Utamakan keselamatan agar kepulangan kita dapat diraikan bersama sanak saudara tersayang. Semoga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan.
Kepada mereka yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan sederhana atau berdepan dengan cabaran hidup, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Semangat solidariti dan keprihatinan sesama rakyat Malaysia sentiasa menjadi kekuatan kita sebagai sebuah bangsa.
Semoga nilai kesabaran, keikhlasan dan keinsafan yang kita pelajari sepanjang Ramadan ini akan terus membimbing langkah kita dalam membina sebuah Malaysia yang lebih adil, lebih makmur dan lebih bersatu-padu.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
19 Mac 2026 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Indah berbalam di pagi Syawal,
Takbir bergema menyentuh kalbu,
Salah dan silap harap dihalal,
Kasih terjalin erat bersatu.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, tahniah kepada semua penerima rumah bagi Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Beting Lintang, Besut dan Pulau Sekepeng, Kemaman.
Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat berteduh yang selesa, membawa kebahagian dan kehidupan yang lebih selesa, insya-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berita gembira menjelang Syawal.
Kerajaan Negeri sejak dari awal, sentiasa komited dalam sebarang usaha rundingan.
Alhamdulillah, semoga hasil rundingan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan FELDA ini menoktahkan segala kekusutan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) yang sekali lagi mencatat rekod tersendiri dengan penyerahan kutipan hasil kepada Kerajaan Negeri yang tertinggi sejak ditubuhkan.
Melalui Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021, LAUT telah menyerahkan sebahagian besar kutipan bagi tahun 2025 kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM47, 375, 589.93.
Jumlah ini diperolehi melalui komitmen Ahli Lembaga Pengarah Sumber Air Terengganu yang diterjemahkan secara berkesan oleh kakitangan Lembaga Sumber Air Terengganu.
Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT). -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kita tidak dapat memilih cara kita dilahirkan, tapi kita boleh memilih cara bagaimana kita mendepani kehidupan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih buat mereka yang menyokong bukan sahaja pasukan kerja Pejabat Menteri Besar, tetapi juga ahli keluarga yang berkorban masa dan perasaan dalam setiap amanah yang dipikul.
Seperti kata Hamka, “Orang yang berjasa bukan hanya yang kelihatan di hadapan, tetapi juga mereka yang bekerja di belakang, tanpa mengharap pujian.” Inilah rantaian sumbangan yang jarang disebut, tetapi sangat besar maknanya.
Semoga Allah SWT berkati setiap peranan dan tugas yang dilaksanakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, hadiah Syawal bermakna buat hampir 100 orang nelayan hari ini dengan penyerahan kunci rumah kepada mereka melalui Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Benting Lintang, Besut dan Pulau Sekepeng, Kemaman yang lengkap dengan semua kemudahan.
Kos keseluruhan pembinaan 50 buah rumah di setiap tapak adalah sebanyak RM33 juta. RM13 juta merupakan sumbangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala selebihnya ditanggung Kerajaan Negeri, termasuklah kos menambun tapak projek dan tanah.
Terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), SUK Perumahan serta semua pihak atas kerjasama menyelaras dan menjayakan pembangunan projek ini.
Kerajaan Negeri Terengganu akan terus komited untuk memastikan agenda pembangunan perumahan rakyat sentiasa diberikan keutamaan. Usaha ini akan ke kawasan-kawasan lain agar lebih ramai di kalangan rakyat Negeri Terengganu akan mendapat manfaat.
Saya juga ingin menyeru kepada semua penerima rumah agar menghargai kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya. Saya berharap agar penempatan semula nelayan di Benting Lintang dan juga Pulau Sekepeng ini akan menjadi sebuah contoh komuniti yang harmoni untuk penempatan nelayan di tempat-tempat lain di masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramadan bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Dalam kesibukan kita membuat persiapan raya, jangan lupa tunaikan kewajipan kita membayar zakat.
Mudah-mudahan ibadah yang kita laksanakan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada kita semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga kunjungan TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia akan menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa depan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia menghadap KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Semoga kunjungan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala antara Perancis dan Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan Tuan Yang Terutama (TYT) Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia dan beberapa perkara telah dibincangkan demi kepentingan bersama.
Antaranya ialah potensi kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua pihak, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kerjasama pendidikan termasuk Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri marin serta beberapa bidang lain yang berpotensi untuk dimajukan.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang pada masa hadapan, sekali gus membawa manfaat kepada negeri dan rakyat Terengganu khususnya, insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kumpulan Epic Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, telah membuat penyerahan zakat korporat sebanyak RM3.3 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Sepanjang tempoh Oktober 2025 hingga Mac 2026, MAIDAM telah menerima jumlah keseluruhan RM12,112,711.35 daripada 56 buah syarikat yang menunaikan zakat perniagaan.
Alhamdulillah, inilah yang sering saya sebutkan. Apabila syarikat atau anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mencatat keuntungan, manfaatnya turut dirasai oleh masyarakat sama ada melalui pembayaran zakat mahupun pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Tahniah kepada semua anak syarikat yang telah berjaya menunaikan kewajipan zakat perniagaan ini. Semoga zakat yang disumbangkan menjadi benih kebaikan, menyuburkan kasih sayang dalam masyarakat serta membawa keberkatan daripada Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Balai Islam, Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu.
Alhamdulillah, begitu tenang berada dalam majlis sebegini. Moga kita semua istiqamah menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian kita. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu Kali Ke-186 bagi meneliti hala tuju dan perancangan Yayasan Terengganu dalam memperkasa pendidikan serta kesejahteraan rakyat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai dapat terus memperkukuh kedudukan LTAWNT sebagai pemangkin penjanaan hasil negeri serta memelihara warisan negeri untuk manfaat generasi kini dan akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berenang di kolam tidak sama dengan berenang di laut terbuka. Cabarannya berbeza. Menuntut kecekalan, ilmu dan kemampuan menyesuaikan diri.
Semoga mahasiswa-mahasiswa Terengganu terus melangkah dengan yakin kerana kalian adalah aset penting negara pada masa depan.
Sekitar Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai penyampaian sumbangan kepada 271 anak yatim yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Soud bin Said, Setiausaha Politik saya dalam Majlis Sinar Kasih Anak Yatim DUN Rhu Rendang 1447H/2026M.
Ramadan mengajar kita tentang erti kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab untuk saling membantu, khususnya kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat menceriakan serta memberi kegembiraan buat mereka dalam menjalani ibadah puasa.
Mudahan setiap usaha kebajikan ini menjadi amal yang diterima dan membawa keberkatan kepada seluruh warga DUN Rhu Rendang. Insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada hari ini. Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan baik dan lancar.
Semoga segala keputusan yang dipersetujui akan memperkukuh kesepaduan serta memperkasa usaha kita bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga Allah SWT memberkati dan meredai setiap langkah serta keputusan yang dibuat, serta memandu perjalanan ini ke arah kebaikan dan kesejahteraan bersama.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional kali 1/2026 telah diadakan pada hari ini mulai jam 11.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Gerakan, Cheras, Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Mesyuarat dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi PN yang mewakili semua Parti Anggota – BERSATU, PAS, GERAKAN dan MIPP.
Agenda utama mesyuarat hari ini adalah pemilihan dan pelantikan Pegawai-Pegawai Parti Perikatan Nasional berdasarkan Fasal 8.2 dan Fasal 8.3, Perlembagaan Parti Perikatan Nasional.
Pelantikan yang dibuat adalah sebagaimana dalam Lampiran.
Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional ditangguhkan ke mesyuarat akan datang setelah lawatan kerja dilakukan oleh Pengerusi PN ke semua negeri-negeri selepas Hari Raya Aidil-Fitri nanti.
Mesyuarat juga memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen dari PAS, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir bulan Mac 2026.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Terima kasih.
IR. DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi Perikatan Nasional.
14 Mac 2026
LAMPIRAN
PEGAWAI-PEGAWAI PARTI PERIKATAN NASIONAL
1. Pengerusi YAB. Dato’ Seri Ir. - Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
2. Timbalan Pengerusi - YB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin
3. Timbalan Pengerusi - YBhg. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
4. Timbalan Pengerusi - YBhg. Tuan Punithan Paramsiven
5. Timbalan Pengerusi - YB. Dato’ Sri Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man
6. Setiausaha Agung - YB. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
7. Timbalan Setiausaha Agung:
- YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
- YB. Tuan Wong Chia Zhen
- YBhg. Dato’ Sivakumar Krishnan
8. Ketua Penerangan - YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa
9. K/Prgh Pilihan Raya - YB. Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
10. Bendahari Agung - YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
11. Ketua Wanita - YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi
12. Ketua Pemuda - YB. Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddeen
13. Pegawai Awam - YBhg. Haji Zaidy bin Abdul Talib -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing sama ada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat yang berbilang bangsa serta agama, dan yang lebih besar lagi ialah peranan kita untuk membangunkan ummah secara keseluruhannya.
Jangan sesekali menganggap bahawa kerana kita berada di universiti maka kita tidak mempunyai peranan. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing.
Jadikan universiti tempat untuk melatih diri sebelum kita berada dalam masyarakat sebenar. Berenang di kolam renang tidak sama dengan berenang di laut terbuka. Cabarannya berbeza dan memerlukan kecekalan serta kemampuan menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan.
Tahniah Yayasan Terengganu dan Sekretariat Permata Kebangsaan atas penganjuran dan terima kasih buat kira-kira 600 orang pelajar dari 22 universiti dalam negara yang hadir majlis penuh makna ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBrs Sr Maznah binti Ngah, Pengarah Penilaian Negeri Terengganu bersama rombongan tadi.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai peranan serta perkembangan sektor penilaian harta tanah di negeri ini, khususnya dalam menyokong perancangan pembangunan dan pengurusan aset secara lebih tersusun serta berdaya saing.
Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian pandangan yang amat dihargai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi meneliti perkembangan semasa projek serta perancangan strategik yang sedang dilaksanakan demi memperkukuh pembangunan ekonomi Negeri Terengganu.
PMINT memainkan peranan penting sebagai pemacu pelaburan, pembangunan hartanah dan pertumbuhan industri di negeri ini. Turut dibincangkan perkembangan projek strategik serta langkah penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negeri terus bergerak dengan tersusun dan berkesan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) atas komitmen yang berterusan ini.
Bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri dan bayaran konsensi kepada Perbadanan Menteri Besar Terengganu ini merupakan bukti kerjasama strategik antara syarikat milik Kerajaan Negeri dengan pentadbiran negeri dalam memperkukuhkan ekonomi serta mempercepat pembangunan infrastruktur digital di Terengganu.
Insya-Allah, dengan sinergi yang berterusan antara Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan, kita akan terus memperkasa sektor teknologi dan telekomunikasi demi masa depan Terengganu yang lebih maju, berdaya saing dan inklusif. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan memberi kegembiraan buat para penerima bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Barisan pimpinan negeri berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat, dalam memastikan segala matlamat dan dasar yang digariskan oleh Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan, di samping terus mewakili kepentingan serta suara masyarakat setempat.
Ahli-ahli Majlis juga dituntut untuk sentiasa peka terhadap keperluan dan kepentingan awam. Peranan ini bukan sekadar menghadiri mesyuarat, tetapi membawa idea, pandangan dan cadangan yang bernas kepada PBT masing-masing bagi menambah baik mutu perkhidmatan serta memacu pembangunan kawasan secara lebih tersusun dan berkesan.
Terima kasih atas segala perkembangan yang telah dimaklumkan serta komitmen yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat dalam memastikan amanah ini dapat digalas dengan sebaiknya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan atas kerjasama antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Etiqa Family Takaful Sdn. Bhd. dalam usaha memelihara serta memartabatkan penyebaran al-Quran kepada masyarakat.
Menerusi inisiatif ini, sebanyak 5,000 naskhah Mushaf Sultan Mizan telah dicetak dan diagihkan kepada 20 universiti awam di seluruh negara. Selain itu, 1,600 naskhah turut dihibahkan kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) untuk diedarkan melalui program “Jom Exchange Al-Quran”.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Majlis Pengurniaan Bantuan kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) yang berlangsung di Balai Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah atas limpah perkenan mengurniakan bantuan kepada para penerima.
Turut bersama anakanda-anakanda baginda, DYTM Yang Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az, YAM Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Dato’ Sri Nadhirah Zahrah serta YAM Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu atas kunjungan hormat.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri di samping memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh dan berkualiti kepada rakyat.
Semoga pertemuan ini dapat mempererat kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri dalam merangka langkah yang lebih berkesan demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat serta memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di Terengganu, Insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Majlis Perasmian Hibah Mushaf Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut bersama, anakanda-anakanda baginda, DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az dan YAM Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Dato’ Sri Nadhirah Zahrah.
Program ini merupakan kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Etiqa Family Takaful Sdn. Bhd dalam usaha memelihara dan memartabatkan penyebaran Al-Quran kepada masyarakat.
Sebanyak 5,000 naskhah Mushaf Sultan Mizan telah dicetak dan diagihkan kepada 20 universiti awam di seluruh negara dan 1,600 naskhah dihibahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diedarkan melalui program "Jom Exchange Al-Quran".
Turut berlangsung, majlis penyerahan sumbangan zakat kepada peserta-peserta Program Asnaf to Asnaf (A to A) yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Hayl Harith Mohd Syafaeez, bayi berusia empat bulan yang telah meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ketika kejadian, ibunya, Puan Ummu Habibah Wahab sedang bertugas di Hospital Seberang Jaya. Semoga urusan siasatan dipermudah dan kebenaran dapat ditegakkan, agar keluarga yang diuji ini memperoleh keadilan yang sewajarnya.
Takziah juga diucapkan kepada keluarga Wan Umair Zafri Wan Muhammad Hadi, 8 bulan yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan bersama ibu dan ayahnya di Kelulut, Marang.
Sesungguhnya tiada kata yang mampu meredakan peritnya kehilangan insan tersayang, lebih-lebih lagi anak yang menjadi permata hati.
Semoga kedua-dua keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menziarahi YB Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Buluh Gading yang diuji dengan masalah kesihatan dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.
Alhamdulillah, kini keadaan beliau bertambah baik. Bersama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan serta dapat menjalankan rutin harian seperti sediakala. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MBI Modal Sdn. Bhd. memberi ruang untuk menilai prestasi semasa serta membincangkan perancangan masa hadapan syarikat.
Setiap perbincangan dan keputusan yang dibuat diharap mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Junjung kasih DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az atas kurniaan Hari Raya kepada penerima-penerima dari Daerah Kemaman dan Dungun, kelmarin.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lailatulqadar bukan sekadar malam ibadah, tetapi malam untuk kita menilai kembali perjalanan hidup, sejauh mana kita memaknai nikmat, memikul amanah, dan berusaha menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain.
Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kesempatan untuk bertemu dengan malam yang penuh keberkatan ini.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan, setiap air mata taubat yang gugur, dan setiap amal yang dilakukan menjadi saksi bahawa kita pernah bersungguh-sungguh mencari reda-Nya.
Moga Ramadan ini bukan sekadar singgah dalam kalendar, tetapi meninggalkan bekas dalam jiwa. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, mengiringi DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Sri Muhammad Mua’az ke Majlis Kurniaan Hari Raya kepada penerima-penerima dari Daerah Kemaman dan Dungun di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar yang telah ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands untuk bercuti bersama keluarganya beberapa hari yang lepas.
Sesungguhnya kehilangan insan tersayang dalam keadaan yang tidak diduga adalah satu ujian yang sangat berat untuk ditanggung. Semoga keluarga allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat,mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Prof. Diraja Terpuji Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
Sepanjang kerjayanya dalam dunia akademik, allahyarham menghasilkan puluhan karya ilmiah dalam pelbagai bidang termasuk falsafah, sejarah, keusasteraan dan tamadun Islam.
Allahyarham juga terkenal sebagai tokoh ilmuan yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan pendidikan Islam moden di peringkat antarabangsa.
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta diberi ganjaran atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang hayat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dalam perjuangan, kekuatan bukan sekadar pada strategi, tetapi pada kesatuan hati dan keikhlasan niat.
Seperti sering diingatkan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang dihormati, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, “Perjuangan ini bukan untuk mencari kemasyhuran, tetapi untuk menegakkan kebenaran dan memikul amanah.”
Moga setiap keputusan yang dicapai dipandu dengan hikmah dan diberkati Allah SWT demi kebaikan ummah dan Malaysia tercinta. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pagi tadi Tokki cuba buat ais krim goreng untuk cucu.
Nampak mudah, tapi ada juga “formula”.
Aiskrim tak boleh terlalu banyak, nanti cepat meleleh. Roti kena tekan kemas, kalau tidak gorengan tak menjadi.
Projek dapur pun ada teknikalnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang dihormati.
Wanita memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara. Kecekalan, kebijaksanaan serta pengorbanan wanita sering menjadi kekuatan di sebalik kejayaan ramai.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terbalas buat dua wanita istimewa dalam hidup saya iaitu ibunda dan isteri yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.
Semoga setiap wanita terus dihargai, dihormati serta diberi ruang dan peluang untuk menyumbang dalam pelbagai bidang demi kemajuan bersama.
Selamat Hari Wanita Sedunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara keirin pada siri pembukaan UCI Track Nations Cup di Perth, Australia semalam.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi beliau yang menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Dedikasi yang ditunjukkan bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi kebanggaan rakyat Terengganu khususnya.
Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk melakar lebih banyak kemenangan di pentas antarabangsa, seterusnya mengangkat martabat sukan negara. Tahniah sekali lagi dan teruskan mengayuh dengan penuh gemilang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Urusan kerja bawa saya ke sini, dan sempat juga ambil peluang pusing-pusing tengok suasana di Kompleks Pekan Rabu yang penuh kenangan dan tradisi.
Memang betui kata orang, kalau mai Kedah tapi tak singgah sini, rasa macam tak lengkap lagi perjalanan tu.
Terima kasih atas keramahan orang Kedah. Insha-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi pada lain masa. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Ustaz Haji Hashim Jasin yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan serta mengangkat segala kesakitan buat Tuan Guru, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok, yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai “Langkah Bangkok” seperti yang dilaporkan.
Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya.
Saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan nama saya dengan perkara yang tidak berlaku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Firman Allah SWT dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3, “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam yang penuh keberkatan; sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.”
Semoga kita terus istiqamah mendampingi al-Quran, menghayati isi kandungannya, serta menjadikannya pedoman dalam menjalani kehidupan.
Salam Nuzul al-Quran 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Majlis Kewangan Negara.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Saya mendapat banyak pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa “Dr Sam adalah Pengerusi Perikatan Nasional dan bukan calon PM”.
Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.
Yang pasti TSMY juga bukan lagi calon PM. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) atas kunjungan.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan khususnya dari segi kebajikan anak-anak Terengganu yang berada di luar bumi Darul Iman.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pada masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga Aafiya Fahira, 18 hari, anakanda kepada Mohamad Fahkurazi dan Nur Farah Hanun membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan membawa kebahagiaan kepada keluarga serta masyarakat.
Diberi ruang untuk mentahnik adik Aafiya semalam. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, dapat bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Kemaman dalam majlis berbuka puasa semalam.
Dalam kesempatan yang sama, turut menyantuni rakyat Kemaman yang berbuka puasa di MJ Event Space, Cukai Kemaman.
Pergi ke bendang menanam padi,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Ramadan datang menyucikan diri,
Semoga ukhuwah kekal abadi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Terengganu, patik merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku berdua serta memberkati pemerintahan Tuanku demi kesejahteraan negeri dan seluruh rakyat Terengganu.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15, beberapa soalan penting telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional di Dewan Rakyat.
Antaranya YB Datuk Seri Shahidan Kasim (Arau) meminta Perdana Menteri menjelaskan status siasatan Polis Diraja Malaysia berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta isu penyelewengan dan penyalahgunaan wang negara.
YB Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin) pula bertanyakan kepada Menteri Kesihatan mengenai statistik terkini penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk luar bandar dan langkah kementerian untuk membendung kos rawatan dialisis melalui penambahan pusat satelit di daerah kecil.
Sementara itu, YB Tuan Hj. Muhammad Ismi Mat Taib (Parit) bertanya kepada Menteri Dalam Negeri tentang strategi menangani peningkatan jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan perumahan padat.
Persidangan diteruskan dengan pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. RUU ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
Semoga segala keputusan dan perbahasan yang dibangkitkan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Awal maghrib hari ini, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT dan disyariatkan untuk diisi dengan amal ibadah.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dilaksanakan sama ada selepas Maghrib atau selepas Isyak. Gerhana dijangka berlaku antara jam 7.26 malam hingga 9.17 malam.
Jadikan malam Ramadan ini lebih bermakna dengan memperbanyakkan doa dan munajat, serta menghayati kebesaran-Nya dalam suasana penuh khusyuk dan tawaduk.
Ambillah juga kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan kemenangan buat umat islam di P4l3stin, Iran, Syria serta di mana-mana jua mereka ditimpa ujian dan kezaliman.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keamanan serta rahmat-nya kepada seluruh ummah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih The Star Media Group atas layanan mesra serta sesi perbincangan yang penuh bermakna. Semoga jalinan ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bacaan kali kedua, yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026, yang memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjadi antara tumpuan utama Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pendirian tegas Malaysia berhubung isu antarabangsa turut mendapat perhatian. Perikatan Nasional menyatakan sokongan terhadap kenyataan Perdana Menteri yang mengecam tindakan ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, selaras dengan prinsip keadilan antarabangsa dan keamanan sejagat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
“Boleh kami hadiahkan akhbar lama ini kepada Dato’ Seri?”
“Saya amat menghargainya.”
Naskhah tersebut merupakan antara cetakan terawal ketika syarikat berkenaan mula ditubuhkan, dengan edisi bertarikh 9 September 1971. Gaya iklan dan susun atur pada era itu jarang lagi ditemui hari ini, menggambarkan suasana media dan pendekatan pemberitaan pada zamannya.
Zaman telah berubah, dan dunia kewartawanan kini berada dalam fasa yang sangat berbeza. Namun, nilai sejarah tetap kekal. Naskhah itu akan dibingkaikan sebagai tanda penghargaan, kerana ada perkara yang tidak boleh dinilai dengan wang, ia membawa legasi, memori dan perjalanan panjang sebuah institusi media. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kunjung hormat The Star Media Group hari ini dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dengan institusi media arus perdana.
Ruang pertemuan ini membuka peluang untuk bertukar pandangan secara matang dan profesional kerana dalam landskap kini, naratif yang jelas, berfakta dan berimbang adalah asas kepada kepercayaan rakyat.
Terima kasih pasukan The Star sudi menerima kehadiran kami. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semak dan imbang (check and balance) boleh datang dalam pelbagai bentuk, terutama pada zaman sekarang ini.
Setiap rakyat menjadi elemen semak dan imbang (check and balance) bahkan bukan rakyat Negeri Terengganu sahaja, malah termasuk rakyat-rakyat di negeri lain seluruh negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).
Sejak penubuhannya, TDM kekal teguh sebagai benteng utama kedaulatan negara. Mereka sentiasa bersiap siaga dan melangkah ke hadapan setiap kali tanah air memerlukan.
Di sebalik uniform yang segak, berdiri insan-insan yang setia mempertahankan bumi tercinta tanpa mengenal penat dan lelah. Disiplin yang tinggi, keberanian yang utuh serta pengorbanan yang tidak ternilai bukan sekadar tuntutan tugas, tetapi amanah besar yang digalas dengan penuh kehormatan.
Semoga seluruh warga TDM sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, terus diperkukuh dengan semangat juang yang tinggi serta keupayaan yang lebih strategik dalam mendepani cabaran masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) bagi membincangkan hala tuju serta inisiatif memperkasa pendidikan sains, teknologi dan kreativiti di negeri ini.
Fokus kita bukan sekadar program, tetapi bagaimana PSKT boleh jadi ruang untuk mencetus minat, membina bakat, dan membuka minda generasi muda untuk berfikir lebih jauh.
Insha-Allah, usaha ini akan terus diperkukuh agar manfaatnya sampai kepada lebih ramai anak Terengganu. Masa depan negeri ini bermula dengan pelaburan pada ilmu hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jauh berkelana pelbagai tujuan,
Kampung halaman tetap dikenang,
Ramadan bertamu makin kerinduan,
Insha-Allah, Syawal nanti kembali pulang.
Iftar bersama anak-anak Terengganu di perantauan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Lembah Klang malam ini menyatukan hati dan jiwa anak-anak perantauan dari Terengganu.
Biarpun jauh dari bumi Darul Iman, tautan kasih tetap utuh. Di mana sahaja kita berada, semangat muafakat menjadi pengikat, menyumbang dengan doa, buah fikiran dan kesetiaan yang tidak pernah luntur.
Insha-Allah, semoga kita terus melangkah sederap membina Terengganu yang lebih maju, diberkati dan sejahtera untuk semua.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah. Peluang berbuka puasa bersama warga DUN Rhu Rendang.
Ramadan dirai, ukhuwah dipateri.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekalung tahniah diucapkan buat Adik Nurul Aina Solehah Zainudin, pelajar SK Kubang Ikan, Kuala Terengganu atas pengiktirafan sebagai Pelajar Terbaik UPKK 2025 Kategori Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Penglihatan dengan pencapaian 8A 1B.
Dalam tempoh hanya dua tahun mengikuti kelas KAFA, Nurul Aina Solehah membuktikan bahawa kekangan penglihatan bukanlah halangan untuk mencipta kecemerlangan.
Keazaman yang tinggi, disiplin dalam menuntut ilmu serta sokongan padu keluarga dan guru-guru telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.
Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh anak-anak Terengganu.
Syabas dan tahniah! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sejarah politik Terengganu mengajar bahawa ketegangan dan pilih kasih hanya melahirkan kitaran dendam yang tidak berkesudahan. Apabila diberi amanah mentadbir, pendekatan yang diambil jelas. Hentikan budaya balas membalas, berlaku adil kepada semua tanpa mengira latar politik.
Kepimpinan bukan untuk menyambung dendam lama, tetapi untuk meredakan luka dan membina semula kepercayaan rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga Allah SWT mengurniakan kesabaran atas ujian yang berlaku dan menggantikan kehilangan ini dengan rezeki yang lebih baik.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam memperkasa institusi perundangan syariah, sekali gus memastikan keadilan terus ditegakkan dengan penuh hikmah dan integriti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah buat Haji Zuwislan bin Awang atas pelantikan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kemaman yang baharu.
Semoga amanah ini dapat digalas dengan baik dan sentiasa diberikan petunjuk oleh-Nya dalam memperkasa pembangunan serta kesejahteraan masyarakat di Terengganu, khususnya di Kemaman.
Selamat menjalankan tugas. Siiru ‘ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri memberi tumpuan kepada pengurusan sumber secara mampan, telus dan berimpak tinggi kepada ekonomi negeri.
Perbincangan merangkumi usaha memperkukuh tadbir urus, memperkasa pemantauan serta memastikan setiap hasil bumi diurus dengan penuh amanah demi manfaat rakyat.
Kita tidak boleh sekadar mengejar hasil jangka pendek, tetapi perlu membina ekosistem yang lestari, berintegriti dan berdaya tahan untuk generasi akan datang.
Insha-Allah, setiap keputusan yang dibuat demi kepentingan negeri, kesejahteraan rakyat serta kelangsungan alam sekitar. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ujian datang tanpa kita duga. Namun saya percaya, di sebalik setiap musibah pasti ada hikmah yang Allah sembunyikan.
Petang semalam, saya sempat menziarahi dan melihat sendiri keadaan rumah kedai milik Saudara Yusof bin Jusoh atau dikenali sebagai Pok Usop di Kampung Baru Rhu Muda yang musnah akibat kebakaran yang berlaku pada 4 Ramadan lalu.
Premis yang menjadi sumber rezeki Pok Usop sekeluarga kini hilang sekelip mata, bahkan kejadian ini turut memberi kesan dan mengundang simpati penduduk setempat yang sering menjadi pelanggan beliau.
Kebakaran ini turut mengakibatkan rumah inap desa milik Saudara Amirul Izzat Abdullah yang berhampiran rumah kedai Pak Usop terkena tempias api. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Setakat ini, pihak agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Marang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun dan melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan dan semalam, saya juga telah menyampaikan sedikit sumbangan daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mereka yang terlibat.
Bersama-sama kita doakan agar Allah SWT mengurniakan kesabaran atas ujian yang berlaku dan menggantikan kehilangan ini dengan rezeki yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, berpeluang berbuka puasa bersama warga DUN Rhu Rendang, dan mengagihkan sumbangan barangan dapur serta wang tunai kepada 300 orang asnaf di sini hari ini.
Sebuah momen sederhana yang mengikat ukhuwah dan menyuburkan rasa kebersamaan.
Usai berbuka, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Rusila. Semoga setiap detik yang dilalui dalam keberkatan Ramadan ini terus menguatkan iman, mempererat silaturahim dan membawa rahmat kepada seluruh komuniti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meneliti, memperhalusi dan membuat keputusan demi kepentingan rakyat serta kemajuan negeri.
Semoga setiap langkah yang diatur membawa kebaikan dan kesejahteraan bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Syabas dan tahniah kepada semua anak pelajar Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 yang menerima keputusan hari ini.
Keputusan yang diperoleh hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang panjang. Yang lebih penting ialah ilmu, adab dan disiplin yang dibentuk sepanjang proses pembelajaran.
Yang cemerlang, teruskan usaha dengan rendah hati. Yang belum berjaya, jadikan ia titik kebangkitan. Kejayaan sebenar terletak pada kesungguhan untuk bangkit dan terus berusaha.
Sekalung penghargaan juga buat para ibu bapa dan guru yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak ini. Tahniah semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim usai berakhirnya persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.
Pertemuan santai ini membuka ruang interaksi yang lebih dekat antara ahli-ahli Dewan, merapatkan saf serta mengukuhkan silaturahim merentas latar politik dan pandangan. Dalam suasana sederhana namun penuh makna, terserlah semangat kebersamaan yang menjadi teras kepada kestabilan, kematangan serta kebertanggungjawaban dalam sistem demokrasi berparlimen negara.
Alhamdulillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara isu yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional ialah berkait pelaksanaan audit harga barangan asas di seluruh negara agar selari dengan realiti kos sara hidup semasa, di samping langkah proaktif Kerajaan dalam memastikan kadar air tidak berhasil (NRW) dapat dikurangkan dengan lebih optimum.
Turut dibangkitkan ialah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia berhubung keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang mengisytiharkan tarif yang diperkenalkan oleh Donald Trump sebagai tidak sah.
Perkara ini penting bagi menilai implikasi terhadap landskap perdagangan global serta kesannya ke atas hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, khususnya melibatkan sektor eksport utama negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Kerajaan Negeri Hormati Proses Undang-Undang
Saya mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan. Kerajaan Negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.
Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan.
Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional.
Semoga kita semua terus dipandu dalam melaksanakan amanah ini.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
24 Februari 2026M/06 Ramadan 1447H -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian allahyarham Ustaz Haji Mohamad bin A Bakar, ayahanda kepada Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh husnul khatimah.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional Bilangan 1 Tahun 2026 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya semalam.
Mesyuarat ini meneliti secara menyeluruh keutamaan kesihatan awam negara seperti denggi, tuberkulosis (TB), masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak serta pelaksanaan dan pemerkasaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Penekanan turut diberikan kepada penyelarasan dan tindakan bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menerusi pendekatan Whole of Nation bagi memastikan setiap inisiatif kesihatan dilaksanakan secara inklusif, berimpak tinggi dan berterusan demi kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Dewan Rakyat hari ini berbangkit persoalan oleh beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional berkaitan penyakit talesemia dan kaedah rawatan Gene-Theraphy di negara kita, pelan penyelenggaraan berkala dan solusi kepada kerosakan jalan yang berulang, strategi jangka panjang untuk industri automotif dan langkah Kerajaan meringankan beban rakyat dengan kos kenderaan yang meningkat.
Moga setiap persoalan ini mendapat jawapan dan penyelesaian terbaik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terus doakan agar kes adik Faiq dapat segera diselesaikan dan beliau balik ke samping keluarga dengan sihat dan selamat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kenyataan Media
Pelantikan Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional
Saya ingin merakamkan setinggi – tinggi ucapan terima kasih atas kepercayaan dan amanah sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, yang diputuskan oleh semua Presiden parti anggota PN dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (MPT PN) yang bermesyuarat khas pada hari ini, Ahad 22 Februari 2026.
Saya turut merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi yang besar dalam Piihan Raya ke 15 yang lalu.
Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio ekonomi.
Saya akan berbincang dengan kepimpinan MPT PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.
Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
22 Februari 2026/ 4 Ramadan 1447H
BRIEF PRESS STATEMENT
Appointment as Chairman of Perikatan Nasional
I would like to express my deepest gratitude for the trust and mandate entrusted to me as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), as resolved by all the Presidents of PN component parties and members of the PerikatanNasional Supreme Council (MPT PN) during a special meeting held today, Sunday, 22 February 2026.
I extend my highest appreciation to YB Tan Sri Muhyiddin Yassin for his dedicated service as the Chairman of PN since its inception, alongside the entire leadership of the MPT PN, for building PN into a foundation of political consensus that has progressed excellently, enabling us to secure a significant number of seats in the recent 15th General Election.
This new responsibility bestowed upon me is immense, heavy, and challenging, particularly amidst the high expectations placed by various parties and the public upon PN to serve as a political consensus capable of bringing meaningful change for all Malaysians across diverse religions, races, ethnicities, and socio-economic backgrounds.
I will engage with the MPT PN leadership to convene an MPT PN meeting to determine the appointments for the necessary designations in accordance with the PN Constitution.
What must be expedited at this critical juncture is the consolidation of this political consensus, alongside the implementation of structural and operational enhancements that will position PN as the nucleus of people's hopes.
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Sunday, 22 February 2026 / 4 Ramadan 1447H -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sama-sama kita doakan Tuan Guru Haji Hashim Jasin. Semoga dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kesembuhan buat Mursyidul Am PAS yang dikasihi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, dapat hadir memenuhi jemputan bagi merasmikan Majlis Penutup Pemukiman Jentera Pilihan Raya PAS Pahang.
Semoga segala perancangan yang dirangka diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan demi kemenangan yang berlandaskan prinsip, dipandu hikmah dan diraih dengan penuh tanggungjawab kepada agama dan masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan yang mengikat hati dalam keluarga dan dalam masyarakat.
Petang ini, saya dan Kak Zah berkesempatan ke Bazar Ramadan Marang. Melihat anak-anak memilih juadah, ibu bapa berbincang menu berbuka, dan peniaga yang gigih mencari rezeki, semuanya mengingatkan bahawa Ramadan adalah tentang kebersamaan.
Dalam kesibukan menyediakan juadah, semoga kita tidak lupa menyediakan jiwa dengan sabar, syukur dan kasih sayang.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Ya Allah, jadikan Ramadan ini medan tarbiah buat keluarga kami dan seluruh rakyat Terengganu, lembutkan hati, eratkan hubungan, lapangkan rezeki dan kurniakan keberkatan dalam setiap rumah.
Semoga setiap detik Ramadan membawa rahmat dan ketenangan buat kita semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut, Kolej Universiti TATI (UC TATI) dan calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 Terengganu atas pencapaian yang amat membanggakan.
Saya percaya, kejayaan ini lahir daripada kesungguhan guru yang mendidik dengan sabar, pelajar yang berusaha tanpa jemu, serta ibu bapa yang tidak pernah putus doa.
Pendidikan membentuk karakter, integriti dan jatidiri generasi pewaris negeri. Kemajuan Terengganu bergantung pada kekuatan ilmu, akhlak dan daya saing anak-anak pelajar negeri ini. Sebab itu, pencapaian hari ini membawa makna besar kepada masa depan negeri.
Teruskan melangkah dengan keyakinan. Dunia bergerak pantas, dan kita mesti sentiasa selangkah ke hadapan tanpa meninggalkan nilai yang menjadi tunjang kekuatan kita.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pendidikan melalui PITAS2030 untuk melahirkan seramai mungkin insan berkualiti sebagai aset terpenting negeri.
Tahniah sekali lagi. Terima kasih buat kami, rakyat Terengganu berbangga dengan kalian. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sama-sama kita amati Perutusan Khas KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Bulan Ramadan al-Mubarak.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Titah KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Ramadan al-Mubarak.
Junjung kasih Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Allah SWT masih memilih kita untuk bertemu Ramadan pada tahun ini.
Ramadan datang bukan sekadar untuk kita menahan lapar dan dahaga. Ia datang untuk melembutkan hati, menenangkan jiwa, dan memberi kita ruang untuk perbaiki diri. Mungkin selama setahun ini kita terlalu sibuk, terlalu penat, terlalu banyak dengan urusan dunia, justeru, Ramadan hadir untuk kita mengaudit diri.
Marilah kita menyambut Ramadan dengan sederhana tapi penuh makna. Dekatkan diri dengan al-Quran, hidupkan masjid, jaga hubungan sesama kita, hulurkan bantuan walau sedikit kerana yang kecil itu kadang-kadang paling besar nilainya di sisi Allah SWT.
Semoga Ramadan kali ini benar-benar dihayati dan menjadikan kita insan yang lebih baik. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Gong Xi Fa Cai.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mengiringi KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin bersama DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato' Sri Muhammad Mua'az menziarahi maqam di Masjid Al Muktafi Billah Shah dan Masjid Abidin, seterusnya ke Istana Syarqiyyah sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lima pesanan ringkas ditujukan khas buat semua terutama diri saya sendiri sepanjang bulan Ramadan ini.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Malam ini merupakan malam terakhir bulan Syaaban sebelum menjelangnya Ramadan, bulan yang dinanti dan dirindui oleh seluruh umat Islam.
Sebagai persiapan, mari kita hayati doa yang diriwayatkan oleh Yahya bin Abi Katsir, yang juga diamalkan oleh para sahabat dan tabi’in:
اَللَّهُمَّ سَلِّمْنـِي إِلَى رَمَضَانَ وَسَلِّمْ لِـي رَمَضَانَ وَتَسَلَّمْهُ مِنِي مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, hantarkanlah aku hingga sampai Ramadan, dan hantarkanlah Ramadan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadan.” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menjawab pertanyaan media selepas sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina GERAKAN 2026.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Anak Terengganu di perantauan, ini jemputan khas untuk kalian.
Insya-Allah, Sabtu ini (28 Februari 2026), kita akan bersama dalam Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan di Dewan A, MAEPS Serdang bermula jam 5.00 petang.
Saya menjemput semua anak Terengganu yang berada di luar negeri untuk hadir bersama keluarga dan sahabat. Kita berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah, bertukar pandangan, dan mengeratkan silaturahim sesama anak negeri.
Daftar kehadiran melalui QR pada poster.
Insya-Allah, saya nantikan kehadiran anda semua.
#terengganumajuberkatsejahtera #iftarperantau2026 #anakterengganu -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara keunikan Terengganu ialah terletak pada keharmonian masyarakatnya. Setiap budaya dan tradisi saling melengkapi, menjadikan negeri ini lebih berwarna dan bermakna. Perayaan Tahun Baharu Cina salah satu ruang untuk kita terus menghargai antara satu sama lain.
Inilah masanya untuk kita terus memperkukuh ikatan, menyemai persefahaman, mempererat silaturahim dan memelihara kesejahteraan di Negeri Terengganu yang kita kasihi.
Terima kasih kepada masyarakat Tionghoa yang menjadi sebahagian rakyat Terengganu yang menyumbang kepada kemakmuran di negeri kita. Marilah kita terus berganding bahu dan bekerjasama membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kadang-kadang, momen paling bermakna itu hadir tanpa dirancang.
Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sempat bertemu dan bergambar bersama YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah atas pelantikan dan amanah besar yang dipikul demi kesejahteraan rakyat. Semoga terus diberi kekuatan memimpin sektor kesihatan negara dengan cemerlang.
Juga terharu apabila orang Tranung kita dari Sura, Dungun turut menyapa dan merakam kenangan bersama. Pertemuan ringkas, tetapi penuh makna. Inilah keindahan rakyat Terengganu yang ramah, santun dan sentiasa menyokong.
Terima kasih juga kepada semua yang sudi menyapa, bersalaman dan bergambar walau di mana kita berjumpa, di lapangan terbang, kedai kopi, program rasmi atau di mana-mana persinggahan.
Setiap sapaan itu bukan sekadar gambar, tetapi tanda kebersamaan dan doa yang menguatkan langkah untuk terus berkhidmat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga kita dipilih menjadi tetamu Ramadan, bukan sekadar hadir, tetapi pulang daripadanya sebagai insan yang lebih bertakwa.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar kami berkesempatan menyambut bulan Ramadan yang akan bertamu lagi dua hari dan sampaikanlah kami dengan hati yang benar-benar bersedia.
اللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tiga hari lagi menjelang Ramadan Kareem.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Menjelang Aidilfitri, pelbagai persiapan lazimnya dilakukan dengan rapi dan teratur.
Seiring itu, Ramadan juga wajar disambut dengan persediaan yang sebaiknya dengan memperbetulkan niat, memperkukuh azam dan merancang amalan agar bulan yang mulia ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Semoga Ramadan yang bakal tiba membawa keberkatan dan meningkatkan kualiti diri serta taqwa kepada Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mentadbir negeri bukan sekadar soal angka dan dasar, tetapi pertimbangan antara prinsip dan realiti, serta menilai maslahat dan mafsadah dengan penuh tanggungjawab.
Pentadbiran ibarat mengemudi kapal di lautan terbuka. Ombak tidak dapat dikawal, tetapi haluan mesti ditentukan dengan hikmah, muwazanat dan ketenangan agar tidak karam dan tidak tersasar dari destinasi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ejen penerangan bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi memikul amanah membentuk kefahaman, memperteguh keyakinan dan memandu masyarakat dengan fakta yang benar serta hikmah yang bijaksana.
Semoga himpunan ini terus memantapkan jentera penerangan sebagai penyampai maklumat dan pemangkin kestabilan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Nadwah Ulama’ pada hari ini menjadi medan wacana yang sangat bermakna dalam memahami realiti pentadbiran melalui kerangka Fiqh Siyasah dan Fiqh Muwazanat.
Saya berkongsi pengalaman mentadbir negeri bukan sekadar dari sudut angka dan dasar, tetapi dari sudut pertimbangan antara prinsip dan realiti. Dalam pentadbiran, kita tidak sentiasa berdepan pilihan hitam atau putih, sebaliknya kita sering berada di persimpangan, menilai maslahat dan mafsadah dengan penuh tanggungjawab.
Pentadbiran itu ibarat mengemudi kapal di lautan terbuka. Kita tidak boleh mengawal ombak, tetapi kita boleh menentukan haluan. Jika terlalu keras melawan arus, kapal boleh karam. Jika terlalu mengikut arus, kita hilang destinasi. Maka di situlah perlunya hikmah, muwazanat dan ketenangan dalam membuat keputusan.
Harapan saya agar peserta nadwah pulang dengan kefahaman bahawa siyasah syar’iyyah bukan sekadar idealisme di atas kertas, tetapi seni mengimbangi tuntutan syariah, batas perlembagaan, keperluan ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara bertahap dan berstrategi.
Islam tidak mengajar kita logik “semua atau tiada”. Islam mengajar kita prinsip tarjih, tadarruj dan pertimbangan jangka panjang demi maslahat ummah.
Semoga nadwah ini memperkukuh peranan ulama’ sebagai penasihat nilai, jambatan penerangan dan rakan strategik dalam pentadbiran moden agar negeri terus maju, dan rakyat terus sejahtera.
Terima kasih kepada semua yang hadir dengan jiwa yang terbuka dan tekad yang tulus. Kita bina kefahaman, bukan sekadar polemik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita adik Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, anak jati Terengganu dari Kampung Manir yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan di Jepun.
Justeru, kami bertemu dengan ibu bapa serta ahli keluarga beliau bagi mendengar sendiri kronologi kejadian dan mendapatkan perkembangan terkini berhubung situasi yang sedang dihadapinya di Jepun. Pertemuan ini penting bagi memastikan setiap tindakan susulan dibuat berasaskan maklumat yang jelas, tepat dan menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dizahirkan kepada ADUN Manir, YB Hilmi Dato’ Harun yang telah pergi ke Jepun untuk bertemu dengan adik Faiq serta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan di sana bagi membantu menguruskan urusan perundangan dan kebajikan beliau.
Insha-Allah, dengan kerjasama semua pihak dan doa rakyat, kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan adik Faiq dapat dibantu sebaik mungkin dan dibawa pulang ke tanah air dengan selamat. Doa dan sokongan semua amat kami hargai. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis Makan Malam Infaq Ramadan PAS Kawasan Kemaman.
Moga setiap infaq yang diberi menjadi asbab keberkatan dan terus menyatukan hati dalam perjuangan sekali gus memperkukuh lagi gerak kerja serta kebajikan masyarakat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Parlimen bukan sekadar ruang perbahasan, tetapi medan semak dan imbang yang mesti dimanfaatkan sebaiknya. Setiap persoalan yang diangkat adalah suara rakyat yang mahukan penyelesaian. Insha-Allah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perbincangan bersama Menteri-Menteri Besar SG4 dalam suasana yang santai, harmoni dan penuh keterbukaan.
Insha-Allah, kerjasama SG4 ini masih berjalan seperti biasa dengan matlamat yang sama.
Kita teruskan komitmen sedia ada dan agenda bersama terus digerakkan demi kepentingan negeri-negeri terlibat serta kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar mesyuarat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri kali ke-148 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Minggu keempat Sidang Parlimen Mesyuarat Pertama 2026 diteruskan dengan isu-isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional merangkumi perkara-perkara yang menyentuh secara langsung kebajikan rakyat dan kecekapan tadbir urus negara.
Dalam sektor kesihatan, perhatian diberikan kepada langkah pencegahan kluster tibi yang memerlukan pendekatan lebih proaktif dan menyeluruh. Turut dibangkitkan ialah perancangan Kerajaan untuk mewujudkan Majlis Latihan Kepakaran Perubatan bagi memperkemas penyelarasan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, isu Akta Optometris serta penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian turut dipersoal berikutan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan mata pengguna.
Persoalan berkaitan Dasar Kanak-Kanak Negara (DKN) sebagai instrumen penting turut dibangkitkan dalam memastikan kebajikan, perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak terus terjamin. Isu pembinaan pasar awam yang tergendala akibat proses pertandingan reka bentuk di bawah KPKT juga dibangkitkan, memandangkan keperluan mendesak rakyat dengan kemudahan tersebut.
Apa yang paling penting, perkara-perkara yang dibangkitkan ini akan diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan demi kepentingan rakyat dan kelangsungan tadbir urus yang lebih berkesan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selesai mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri kali ke-148 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Tinggi harapan agar perbincangan bersama tadi akan mengukuhkan lagi kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira warna parti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
“Lelaki Qawwam, Pelindung Wanita” yang diangkat sebagai tema Terengganu Hijab Day 2026 mengingatkan kita bahawa lelaki dipertanggungjawabkan bukan sekadar sebagai ketua, bahkan sebagai pelindung yang memimpin dengan amanah, hikmah dan akhlak mulia.
Hijab wanita akan lebih bermakna apabila disokong oleh peranan lelaki yang menjaga pandangan, tutur kata serta tingkah laku. Inilah keseimbangan yang dituntut Islam dalam membentuk masyarakat yang harmoni, beradab dan saling menghormati.
Sempena Terengganu Hijab Day 2026, orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama mengangkat kefahaman, memperkukuh peranan dan menyemarakkan budaya saling menjaga, sekali gus menikmati pelbagai pengisian bermanfaat dan mendidik untuk seisi keluarga. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
“Lelaki Qawwam, Pelindung Wanita” yang diangkat sebagai tema Terengganu Hijab Day 2026 mengingatkan kita bahawa lelaki dipertanggungjawabkan bukan sekadar sebagai ketua, bahkan sebagai pelindung yang memimpin dengan amanah, hikmah dan akhlak mulia.
Hijab wanita akan lebih bermakna apabila disokong oleh peranan lelaki yang menjaga pandangan, tutur kata serta tingkah laku. Inilah keseimbangan yang dituntut Islam dalam membentuk masyarakat yang harmoni, beradab dan saling menghormati.
Sempena Terengganu Hijab Day 2026, orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama mengangkat kefahaman, memperkukuh peranan dan menyemarakkan budaya saling menjaga, sekali gus menikmati pelbagai pengisian bermanfaat dan mendidik untuk seisi keluarga. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dan Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Kuala Lumpur hari ini yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dan Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Kuala Lumpur hari ini yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai akan diterjemahkan secara berkesan melalui pelaksanaan yang berimpak tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti serta kesejahteraan rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Parlimen Perikatan Nasional menumpukan isu pembangunan industri REE berlandaskan semangat federalisme, pengukuhan tahap sara diri padi dan beras negara, pelaksanaan projek pertanian berimpak tinggi serta agenda keselamatan makanan negara.
Turut dibangkitkan ialah kebajikan graduan dan pelajar B40 berkaitan bantuan PTPTN, peluang pekerjaan dan cabaran bekerja sambil belajar.
Perbahasan ini mencerminkan komitmen berterusan Ahli Parlimen PN dalam memastikan dasar negara terus berpaksikan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi dan masa depan generasi akan datang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Lebih daripada satu juta rakyat Negeri Terengganu, tanpa mengira usia dan latar belakang, meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan kontinjen negeri yang akan bertanding dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor. Kontinjen ini bukan sahaja membawa nama Terengganu di pentas sukan negara, malah memikul amanah dan kepercayaan seluruh rakyat.
Sama-sama kita mendoakan agar para atlet dan pegawai kontinjen sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilindungi daripada sebarang kecederaan serta dikurniakan kekuatan fizikal dan mental sepanjang temasya berlangsung. Semoga usaha dan pengorbanan yang dicurahkan membuahkan kejayaan, seterusnya mengharumkan nama Negeri Terengganu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap posisi mempunyai saham dan peranan, termasuk para guru dan pendidik yang membentuk generasi pelapis. Perjuangan ini bukan hanya di pentas hadapan, tetapi merangkumi setiap medan amanah sama ada ringan atau berat agar setiap usaha menjadi amal kebajikan yang diberkati dan diterima di sisi Allah SWT.
Terima kasih atas kunjungan para pentadbir dan guru-guru Maahad Darul Quran (MDQ), Rusila, Marang. Semoga MDQ terus istiqamah melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berperanan besar dalam meneruskan perjuangan ummah dan agama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri akan terus berusaha menyediakan ekosistem terbaik melalui kerjasama dengan industri, syarikat dan entiti strategik demi masa depan anak-anak Terengganu.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Terengganu dan Batik Air. Memorandum kerjasama ini melibatkan Yayasan Terengganu dan Batik Air melalui pensijilan CAA Part 66 Kategori A1 bagi melayakkan mereka untuk mengesahkan kerja teknikal dalam bidang penyelenggaraan pesawat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis Tazkirah yang diadakan di Balai Islam, Istana Syarqiyyah semalam.
Junjung kasih KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang berkenan berangkat sama ke majlis tazkirah ini.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Zulharisan Awang yang telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi.
Almarhum merupakan bekas pemain bola sepak Terengganu dan pernah bersama pasukan membawa pulang Piala Malaysia pada tahun 2001 untuk negeri tercinta.
Semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin serta diberi ganjaran atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang hayat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen serta Bapa dan Jabatan Angkat Kontinjen Negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi.
Kehadiran semua pihak menjadi isyarat jelas bahawa kita bergerak seiring sebagai satu pasukan yang bersatu, menghimpunkan tenaga, kepakaran dan komitmen daripada fasa perancangan hingga pelaksanaan, demi kebajikan atlet serta pembangunan sukan Terengganu yang lebih tersusun, strategik dan berimpak tinggi.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen. Warga Terengganu sentiasa berdiri teguh di belakang anda semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu atas kesungguhan, komitmen serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun 2025.
Segala kejayaan dan pencapaian yang diraih adalah hasil kerja berpasukan dan disiplin tinggi dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan profesionalisme. Usaha berterusan ini bukan sahaja memacu kemajuan pentadbiran negeri, malah memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Antara pencapaian yang diperolehi ialah:
1. Pengurusan Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dilaksanakan secara tersusun dan efisien hasil kerjasama erat semua agensi negeri.
2. Tahun 2025 menyaksikan 8.5 juta pelancong berkunjung ke Terengganu, dipacu keunikan produk pelancongan dan layanan mesra penduduk negeri paling bahagia ini.
3. Kerajaan Negeri berjaya menerima Sijil Audit Bersih (Pendapat Tanpa Teguran) menerusi Laporan Ketua Audit Negara hasil tadbir urus kewangan yang berintegriti dan konsisten.
4. Kutipan hasil negeri mencecah RM454.33 juta, tertinggi pernah direkodkan.
5. Pejabat Tanah dan Daerah Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu mencatat prestasi cemerlang kutipan Cukai Tanah Semasa.
6. Pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mengatasi GPN Nasional 4.49 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) terbaik untuk 6 tahun berturut-turut dengan PNGK 3.12 mengatasi PNGK nasional sebanyak 2.85.
Semoga segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan terus diberkati, serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan berkhidmat dengan tekad dan iltizam demi Terengganu yang maju, sejahtera dan dirahmati. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Terengganu dan Batik Air hari ini membuka laluan profesional kepada 10 anak jati Terengganu dalam bidang penyelenggaraan pesawat melalui pensijilan CAA Part 66 Kategori A1.
Program ini merangkumi latihan teori, latihan praktikal serta on-the-job training mengikut standard industri penerbangan antarabangsa bagi memastikan peserta bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi benar-benar kompeten dan bersedia memasuki alam pekerjaan.
Alhamdulillah, 10 orang peserta ini merupakan kumpulan perintis di bawah tajaan Yayasan Terengganu dengan kerjasama strategik Batik Air. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Batik Air atas kesediaan membuka ruang dan peluang kepada anak-anak Terengganu.
Ini bukan sekadar latihan, tetapi pelaburan jangka panjang yang membekalkan ilmu dan kemahiran untuk membina masa depan sendiri, bukan sekadar bergantung kepada bantuan semata-mata. Kerajaan Negeri akan terus berusaha menyediakan ekosistem terbaik melalui kerjasama dengan industri, syarikat dan entiti strategik demi masa depan anak-anak Terengganu. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah diucapkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat atas amanah baharu ini.
Semoga diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan untuk terus memperkasa pentadbiran bandar raya sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat serta Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), komitmen berterusan melalui perbincangan dan keputusan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.
Turut berlangsung Majlis Angkat Sumpah YBrs. YM Dr. Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Ibrahim sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Tahniah atas pelantikan ini, semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap insan diuji dengan cara yang berbeza. Ada ujian yang terasa ringan, ada pula yang hadir dengan beban yang sangat berat untuk dipikul. Namun kita yakin, setiap ujian itu tidak pernah datang tanpa hikmah. Bagi mereka yang diuji dengan kesakitan dan penderitaan yang besar, insha-Allah ganjarannya juga besar di sisi Allah SWT, apabila ia dihadapi dengan sabar dan penuh reda.
Sebagai seorang insan yang pernah berdepan dengan ujian kanser, saya memahami betapa getirnya perjalanan ini. Ia bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga ujian emosi, mental dan keimanan. Ada hari yang terasa lemah, ada detik yang hampir membuat kita berputus asa. Namun, di situlah kita belajar erti sebenar pergantungan kepada Allah SWT.
Kekuatan bukan datang daripada diri kita semata-mata, tetapi daripada rahmat dan kasih sayang Allah yang tidak pernah putus. Selagi kita tidak berputus asa, selagi itu harapan sentiasa ada.
Sempena Hari Kanser Sedunia, saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tingginya kepada ahli keluarga, petugas kesihatan, rakan-rakan, serta orang-orang di sekeliling pejuang kanser yang tidak pernah lelah memberikan sokongan dan semangat buat kami.
Semoga semua pejuang kanser terus diberikan kekuatan dan kesembuhan. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah SWT. Sesungguhnya setiap kesakitan itu tidak sia-sia, dan setiap kesabaran itu pasti ada hikmahnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pendekatan “memberi joran, bukan ikan” merupakan prinsip yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri sejak awal pentadbiran hingga kini dalam usaha membantu rakyat. Pendekatan ini terbukti lebih berkesan kerana ia bersifat kekal dan berupaya membawa perubahan jangka panjang terhadap taraf hidup masyarakat.
Sejajar dengan prinsip tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperkasa ekonomi rakyat melalui pelbagai bantuan termasuklah pelaksanaan Skim Dana Usahawan Terengganu (DUTE) di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
Skim ini diwujudkan bagi menyediakan suntikan modal permulaan kepada para usahawan, khususnya golongan belia, sama ada untuk memulakan perniagaan baharu atau memperkukuh perniagaan sedia ada agar lebih berdaya maju dan berdaya saing.
Bantuan yang disalurkan adalah dalam bentuk barangan asas perniagaan berdasarkan keperluan sebenar penerima, sekali gus memastikan sokongan yang diberikan bersifat praktikal, bersasar dan memberi impak yang tinggi.
Pada tahun 2025, seramai 1,025 orang usahawan di seluruh Negeri Terengganu telah menerima manfaat melalui skim ini, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM1,585,369.66.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri.
Diharapkan agar bantuan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti, pengukuhan daya saing dan kejayaan berterusan para usahawan. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu Khas Tahun 2026.
Mesyuarat ini menjadi medan penting untuk memperhalusi hala tuju pembangunan Negeri Terengganu bagi tahun 2026, dengan penekanan kepada perancangan yang realistik, berimpak tinggi dan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.
Setiap cadangan dinilai secara menyeluruh agar selari dengan keperluan semasa, kemampuan fiskal negeri serta agenda pembangunan jangka panjang yang bukan sekadar cantik di atas kertas, tetapi praktikal untuk dilaksana dan mampu dirasai manfaatnya oleh rakyat. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara isu utama yang dibangkitkan oleh blok Perikatan Nasional hari ini ialah soal kebajikan rakyat, khususnya keberkesanan pelaksanaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bagi memastikan tiada isi rumah yang tercicir. Turut dibangkitkan ialah keperluan kajian semula harga padi bagi memastikan pulangan yang lebih adil kepada pesawah, selain isu pengeluaran lesen sampan yang memberi kesan langsung terhadap kelangsungan hidup nelayan kecil.
Selain itu, Ahli-ahli Parlimen pembangkang menegaskan keperluan penyelesaian segera terhadap tunggakan kes harta pusaka kecil yang berlarutan dan membebankan rakyat. Isu jumlah peruntukan serta kriteria pemberian geran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut dibangkitkan bagi memastikan dana awam disalurkan secara lebih telus, bersasar dan memberi impak sebenar kepada pembangunan ekonomi digital negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih serta pegawai sokongan yang telah mengharumkan nama negara melalui pencapaian cemerlang dalam Sukan Para ASEAN 2025 di Bangkok, Thailand.
Kejayaan ini turut diserlahkan dengan penglibatan anak-anak Terengganu yang menjadi sebahagian penting dalam pasukan negara, menyumbang tenaga, bakat dan pengorbanan demi mengangkat martabat sukan tanah air di pentas serantau.
Berikut merupakan nama-nama atlet Terengganu yang telah mejadi sebahagian daripada penyumbang pingat untuk negara:
BOCCIA
Muhammad Hanafi bin Mohd Rosli
PARA MEMANAH
Muhammad Azaruddin bin Mat
PARA BADMINTON
Muhammad Ikhwan bin Ramli
Mohamad Faris bin Ahmad Azri
PARA PING-PONG
Mohd Hazlin bin Abdullah
Nurul Nasuha Mohd Anuar
PARA OLAHRAGA
Ahmad Zuaiman bin Shamsuddin
Nani Shahiera binti Zawawi
PARA BASIKAL
Zuhairie bin Ahmad Tarmizi
WHEELCHAIR BASKETBALL
Razali bin Cantik
Muhamad Atib bin Zakaria
Muhammad Hafiz bin Ramli
BLIND FOOTBALL
Luqman Hakim bin Mohd Sukri -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terengganu tidak pernah memilih untuk berdiam diri apabila keadilan diinjak dan nilai kemanusiaan dicabar.
Perhimpunan Drive4Gaza 1K 4x4 ini bukan sekadar konvoi kenderaan, tetapi satu suara solidariti yang jelas, satu manifestasi keprihatinan, dan satu mesej tegas bahawa rakyat Terengganu berdiri bersama perjuangan rakyat P.
Saya mengajak seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang atau jenis kenderaan untuk turun bersama-sama menyertai perhimpunan ini pada 30 dan 31 Januari serta 1 Februari 2026 di Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Hadirkan diri, bawa keluarga, dan kibarkan solidariti sebagai tanda kebersamaan.
Dari Terengganu, kita hantar satu isyarat yang jelas serta tegas bahawa keadilan tidak boleh ditangguhkan, dan penindasan tidak boleh dinormalisasikan.
Terengganu berdiri teguh bersama P. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini, rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional meneruskan perbahasan isu-isu dasar strategik yang memberi impak kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian pembangunan negara.
Perbincangan merangkumi pembangunan sukan negara, cabaran pekerjaan graduan yang tidak setimpal dengan kelayakan, kesan penurunan kadar kesuburan terhadap ekonomi serta usaha mengurangkan beban bukan pengajaran dalam kalangan guru.
Semoga segala komentar dan cadangan penambahbaikan yang dibangkitkan sepanjang sidang diambil cakna dan maklum oleh pihak Kerajaan demi kebaikan rakyat dan negara secara menyeluruh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan membanggakan yang terus mengharumkan nama Terengganu di persada antarabangsa. Pencapaian ini bukan hadir secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada kekuatan modal insan dan budaya kecemerlangan yang telah lama membentuk jati diri anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman.
Antaranya keberanian Ustaz Haji Muhammad Zamri bin Nik (JHEAT), Ustaz Haji Mohd Rusydi bin Mansor (PA Daerah Kuala Terengganu) dan Ustaz Ahmad Ridhwan bin Md. Radzi (Imam Masjid Al-Muktafi Billah Shah) sehingga berjaya menawan Annapurna Base Camp (ABC), Nepal pada ketinggian 4,130 meter pada 25 Disember 2025 lalu.
Dalam masa yang sama, kejayaan pasukan debat SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang terdiri daripada Umair bin Lokmanulhakim, Muhammad Adam Syafiq bin Sulaiman dan Muhamad I’zzat Mujahid bin Mohd Fauzi apabila meraih Naib Johan 7th International Schools Debating Championship (Kategori Non-Native) di Doha, Qatar membuktikan keupayaan intelektual anak muda Terengganu bersaing secara matang, berfikir kritis dan berani berhujah di pentas global.
Turut membanggakan, empat mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terpilih membawa suara Malaysia ke Global Student Leadership Summit (GSLS) 2026 di Universiti Tsukuba, Jepun. Pendedahan kepimpinan di peringkat antarabangsa ini merupakan pelaburan strategik dalam melahirkan barisan pemimpin masa depan yang berwawasan dan berintegriti.
Terengganu akan terus komited memperkasa bakat, menyuburkan potensi dan membuka laluan agar anak-anak negeri ini terus melangkah jauh demi mencapai impian dan kejayaan seterusnya bermanfaat buat diri, agama dan negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Junjung kasih KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas limpah perkenan untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Ecoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT) anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) Tahun 2025 yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.
Pengiktirafan ini julung kali diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada Institusi Pendidikan Islam yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Penganjuran program ini juga bertujuan untuk memastikan sektor pendidikan Islam persendirian atau swasta yang beroperasi di Negeri Terengganu dapat mewujudkan sistem pembelajaran yang kondusif, selesa serta mencerminkan pendidikan Islam yang sebenar sekali gus menjadi contoh terbaik.
Tahniah kepada semua penerima anugerah.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Parlimen hari ini, saya telah mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi berhubung peratusan graduan yang bekerja dalam pekerjaan separa mahir serta di luar bidang pengajian bagi tempoh 2021 hingga 2025, termasuk langkah intervensi dan usaha strategik Kerajaan dalam mengurangkan peratusan tersebut secara berperingkat saban tahun.
Sesi hari ini juga turut menyaksikan perbahasan berkenaan soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, keterjaminan makanan, tadbir urus pendidikan serta peranan kerajaan dalam memperkukuh dasar-dasar strategik demi kesejahteraan negara secara menyeluruh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Isu Graduan Bekerja di Luar Bidang: Data Kebolehpasaran dan Strategi Intervensi Kerajaan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Soalan saya hari ini, insha-Allah.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat daripada Tuan Haji Ramli bin Mat, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bersama rombongan.
Belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada Tuan Haji Ramli atas amanah baharu ini. Menjadi pengarah bukan sekadar memegang jawatan, tetapi memikul amanah untuk membuat keputusan yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan organisasi.
Moga diberikan petunjuk mengemudi jabatan ini dan kerjasama antara jabatan serta Kerajaan Negeri terus diperkukuh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Kali ke-64.
Semoga segala perancangan dan urusan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar serta dipermudah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kunjungan hormat daripada Encik Machida Shinya, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang. Semoga hubungan yang terjalin akan terus kukuh dan membawa manfaat buat kedua-dua pihak.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar reposted
Hamzah Zainudin
@hamzahzainudin_
Ketua-Ketua Portfolio Ahli Parlimen Perikatan Nasional telah bermesyuarat dan membuat ketetapan berkenaan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (Urban Renewable Act, URA) dan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar sidang parlimen hari ini. Alhamdulillah dapat hadir bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu minggu ini menumpukan kepada penyelarasan dasar, pemantapan pelaksanaan serta penilaian berterusan terhadap keutamaan rakyat dan pembangunan negeri.
Setiap keputusan dibuat secara kolektif dan mengikut realiti semasa supaya dasar tidak hanya berhenti di meja mesyuarat, tetapi diterjemahkan dengan pulangan manfaat kepada rakyat Terengganu. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan Machida Shinya, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang. Kunjungan beliau ke bumi Darul Iman turut bagi menghadiri Majlis Perasmian Pameran Kembara Kebudayaan Japan Foundation bertajuk "I Love Sushi" di Muzium Negeri Terengganu, sebagai simbol pertukaran budaya serta pengukuhan jalinan hubungan dua hala.
Terengganu sentiasa terbuka untuk memperkukuh hubungan antarabangsa yang berteraskan saling hormat, kepercayaan dan manfaat bersama, bukan sekadar hubungan diplomatik, tetapi kerjasama yang berimpak langsung kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pelbagai isu strategik telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, menuntut penjelasan dan jawapan yang jelas daripada pihak Kerajaan. Isu-isu utama termasuk keperluan peruntukan pembangunan bersasar bagi Kampung Baru Cina, usaha memperkukuh peranan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan sempadan, serta perkembangan kerjasama sistem pengangkutan pintar dengan Korea Selatan, yang harus diterjemahkan kepada manfaat yang jelas kepada rakyat dan ekonomi negara.
Selain itu, perhatian juga diberikan kepada mekanisme pengurangan kemiskinan luar bandar yang memerlukan pelaksanaan berdisiplin, pemantauan rapi dan penilaian berasaskan hasil. Penekanan harus diberikan agar setiap dasar dan peruntukan awam dilaksanakan dengan telus dan berimpak tinggi bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat diperkasa secara menyeluruh. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertemuan santai bersama pimpinan PAS Kawasan Dungun.
Insha-Allah, siri pertemuan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha memperkemas saf kepimpinan, memperkukuh ukhuwah dan memastikan agenda perjuangan dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai Sidang Parlimen hari ini, beberapa isu penting telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional melibatkan hala tuju negara dalam suasana geopolitik semasa, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan pendidikan tinggi.
Persoalan-persoalan ini mencerminkan keperluan negara untuk lebih bersedia, berwaspada dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan dasar. Apa yang dibangkitkan di Dewan Rakyat Malaysia bukan hanya untuk menjawab keperluan semasa, tetapi demi masa depan negara dan generasi seterusnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
30 hari lagi kita bakal bertemu dengan bulan yang mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Tempoh ini wajar kita jadikan sebagai ruang peringatan untuk mula bersedia, bukan sekadar pada pengisian ibadah, tetapi juga pada sikap dan akhlak seharian. Ramadan hadir untuk mendidik jiwa dan membentuk peribadi, bukan hanya mengubah rutin makan dan tidur.
Marilah kita sama-sama membetulkan niat, memperkemaskan amalan serta melatih diri agar lebih berdisiplin. Tidak perlu menunggu sempurna, memadai dengan usaha yang konsisten dan berterusan.
Moga apabila Ramadan tiba, kita menyambutnya dengan jiwa yang lebih bersedia dan hati yang lebih tenang.
اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Rakyat memberi peringatan terbuka bahawa jawatan datang bersama amanah dan amanah tidak boleh dikompromi.
Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong, kita diingatkan dengan jelas bahawa rasuah mesti diperangi tanpa pilih kasih, integriti mesti ditegakkan tanpa takut, dan kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi kepentingan politik.
Parlimen bukanlah pentas lakonan tetapi medan keputusan yang menentukan masa depan negara. Moga dipermudahkan persidangan pada sesi ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas yang telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Junjung kasih Seri Paduka Baginda atas Titah Diraja yang mengangkat kembali peringatan besar tentang amanah, adab dan tanggungjawab dalam mentadbir negara.
Saya mengajak seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia untuk mengikuti sidang ini, meneliti isu-isu yang dibangkitkan dan memahami perbahasan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan kita bersama.
Daulat Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sidang Parlimen bermula. Doa dan amanah rakyat dibawa bersama ke Dewan.
Moga setiap bicara memberi manfaat untuk Negeri Terengganu dan Malaysia.
Ikuti perkembangan sidang penggal ini menerusi laman Facebook TVPAS. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga dipermudahkan dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT dalam menggalas amanah baharu ini.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana Majlis Perasmian Minggu Al-Quds Sedunia 2026 di Masjid Rusila, Marang semalam. Ia bukan sekadar sebuah program, tetapi manifestasi suara umat yang tidak pernah padam dalam mempertahankan Al-Quds dan G4z4.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, pertubuhan, sukarelawan serta rakyat Malaysia khususnya Terengganu yang terus istiqamah menunjukkan solidariti tanpa jemu buat rakyat P.
Sokongan ini, sama ada melalui kehadiran, sumbangan, doa mahupun penyebaran kesedaran, menjadi sinar harapan kepada mereka yang sedang diuji di bumi yang diberkati itu.
Semoga usaha kecil yang digerakkan dengan keikhlasan ini dicatat sebagai amal besar di sisi Allah SWT.
Al-Quds bukan isu jauh, ia isu aqidah, kemanusiaan dan maruah umat. Kita mungkin terpisah jarak, tetapi hati dan doa kita sentiasa bersama P.
Al-Quds akan terus diperjuangkan. G4z4 tidak pernah bersendirian. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Di saat kita berdepan dengan pelbagai cabaran, tekanan emosi dan ketidaktentuan masa depan, Israk dan Mikraj hadir sebagai peringatan bahawa kekuatan umat bermula dengan hubungan yang kukuh bersama Allah SWT.
Hari ini, setiap perkara menuntut kita untuk sentiasa bergerak, sentiasa respons, sentiasa mengejar.
Namun Israk dan Mikraj mengajar kita satu perkara penting, mengajak kita memperlahankan langkah, menenangkan jiwa dan membina kekuatan rohani dengan sujud kepada-Nya.
Solat yang difardukan melalui peristiwa agung ini bukan sekadar ibadah rutin, tetapi asas pembentukan jiwa yang tenang, disiplin dan berprinsip.
Semoga peringatan Israk dan Mikraj mengajak kita kembali menyusun keutamaan hidup, memperbaiki ibadah dan memperkukuh nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Salam Israk dan Mikraj 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Al-Quds bukan sekadar nama dalam buku sejarah. Ia adalah amanah ummah. Ia luka yang belum sembuh.
Dijemput seluruh rakyat Terengganu untuk hadir bersama dalam Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2026 yang akan berlangsung esok, 16 Januari 2026 bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.
Kehadiran kita adalah simbol pendirian bahawa Terengganu tidak pernah berdiam diri dalam menghadapi kezaliman dan penindasan.
Pakat hadir beramai-ramai untuk zahirkan solidariti melalui doa, ilmu dan kesatuan suara.
Insha-Allah, Terengganu berdiri bersama Al-Quds. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertemuan khusus bersama Setiausaha Kerajaan Terengganu yang baharu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, serta Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak.
Sebelum pelantikan ini, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham menjawat jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri, manakala YB Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak pula berkhidmat sebagai Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
Kini, kedua-duanya telah ditukar jawatan selepas persaraan mantan SUK Terengganu, YB Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli bin Ali yang telah bersara pada 10 Januari lalu.
Tahniah saya ucapkan. Semoga dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan cekap, adil dan saksama demi kesejahteraan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Memimpin bukan sekadar memberi arahan, tetapi mencari solusi untuk permasalahan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Sorotan lensa sekitar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini, usai rutin mengadap KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dalam mesyuarat tersebut, turut berlangsung majlis angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri yang baru, YB Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta majlis kesyukuran ringkas.
Mohon sentiasa doakan saf kepimpinan kita agar sentiasa diberi kekuatan, kebijaksanaan, dan kelancaran dalam memikul amanah ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua warga Terengganu dan sekitar untuk hadir ke Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Israk Mikraj Peringkat Negeri Terengganu yang akan berlangsung di KTCC Mall pada pagi esok.
Insha-Allah, kalian akan turut disajikan dengan Program Bual Bicara Israk Mikraj bersama Ustaz Syed Mohd Bakri (PU Syed).
Jemput hadir semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Cerita semalam. Singgah makan di Kedai Roti Payang Jamal di Dungun.
Terima kasih warga Dungun yang mesra dan ramah-ramah belaka.
Yang penting, Roti Payang Jamal memang terbaik. 👍🏻😊This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (MMKN) dilaksanakan sebagai ruang strategik untuk barisan kepimpinan negeri melakukan penilaian, penyelarasan dan penetapan keutamaan pentadbiran secara menyeluruh.
Dalam suasana yang lebih tenang dan fokus, pemukiman ini memberi peluang kepada ahli MMKN untuk bermuhasabah terhadap pelaksanaan dasar sedia ada, menilai cabaran semasa serta merangka pendekatan baharu yang lebih berkesan dan realistik demi kepentingan rakyat.
Insha-Allah, hasil daripada pemukiman ini akan diterjemahkan melalui tindakan yang lebih tersusun, keputusan yang lebih tepat dan dasar yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.
Bagaimanapun, kita hanya merancang, Allah SWT yang akan menentukan. Moga Allah tunjukkan jalan buat kami. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Singgah sebentar di Kedai Roti Payang Jamal, Dungun, ambil ruang yang ada untuk bertegur sapa dan sembang santai dengan rakyat yang sedang menikmati sarapan pagi.
Terima kasih orang Dungun yang saya jumpa tadi. Pagi-pagi disambut dengan senyuman ikhlas dan cukup menenangkan hati untuk meneruskan tugas hari ini.
Insha-Allah, moga ada rezeki kita bertemu lagi di lain waktu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Peluang khas ini dibuka buat anak-anak Terengganu, khususnya lepasan SPM, untuk merebut peluang menyambung pengajian di Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) yang menawarkan pendidikan berteraskan Al-Quran dan ilmu profesional bagi membina masa depan yang seimbang serta berdaya saing.
KQT turut menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan termasuk peluang mendapatkan biasiswa, pinjaman boleh ubah khas untuk anak Terengganu serta pinjaman pendidikan.
Lebih menarik, KQT juga membuka peluang kepada mereka yang sedang bekerja melalui Program Diploma Eksekutif hujung minggu dengan kaedah pembelajaran secara hibrid.
Anak-anak Terengganu, jangan lepaskan peluang ini demi masa depan yang lebih baik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Gelagat ibu-ayah dan anak-anak di hari pertama persekolahan 2026.
Semoga sentiasa bersemangat untuk ke sekolah pada hari-hari seterusnya.
Kongsikan momen anak-anak pada hari ini di ruangan komen. 😊 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak pelajar. Ada yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan dengan penuh keterujaan, dan ada juga yang meneruskan perjalanan ilmu ke darjah yang seterusnya sebagai kesinambungan proses pembentukan sahsiah dan masa depan.
Pembukaan sesi persekolahan 2026 kali ini diselubungi rasa dukacita apabila beberapa tragedi telah berlaku. Kita kehilangan Allahyarham Adik Muhammad Zarif Mohd Hazahari, yang sepatutnya memulakan persekolahan PASTI hari ini, namun meninggal dunia akibat dihanyutkan ombak besar di Pantai Sauh, Batu Rakit pada petang Jumaat lepas.
Pada hari yang sama juga, tiga buah rumah di Kampung Kubang Buyung Cabang 3 telah musnah dalam kejadian kebakaran.
Awal pagi hari ini, kita dikejutkan pula dengan pemergian seorang pelajar Tingkatan 3 dari SMK Padang Midin akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kepong (Pengadang Baru).
Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang diuji. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Liqa’ Fikri Siri 1/2026 merupakan medan penting memperkukuh kefahaman, kesatuan fikrah dan kematangan siasah ahli PAS dalam mendepani realiti politik semasa.
Program ini menegaskan bahawa perjuangan politik Islam bukan sekadar soal strategi, tetapi amanah yang menuntut keikhlasan, serta keberanian berprinsip dalam setiap keputusan dan tindakan.
Insha-Allah, pengisian yang dibentangkan mengajak seluruh saf kepimpinan dan ahli PAS untuk terus memelihara perpaduan ummah, memperteguh disiplin jemaah serta memimpin dengan tenang, berfakta dan berwawasan ke arah PRU16 demi Islam dan Malaysia yang sejahtera. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih yang tidak terbalas buat Dato’ Nara Setia, Dato' Zulkifli Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, atas hampir 35 tahun khidmat bakti yang penuh dedikasi, ketegasan berprinsip dan kebijaksanaan dalam memacu pentadbiran negeri ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, banyak kejayaan dan kemajuan negeri berjaya dicapai hasil kepimpinan yang tenang, berpengalaman serta berteraskan integriti. Ia bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi satu amanah yang ditunaikan dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab.
Usai mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (MMKN), kita turut mengadakan majlis bagi meraikan beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 10 Januari 2026, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Doa kami agar YB Dato’ Nara Setia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta keberkatan dalam setiap langkah selepas ini. Insha-Allah, segala jasa beliau akan terus terpahat dalam sejarah pentadbiran Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (MMKN), mesyuarat pertama bagi tahun 2026 selepas selesai menghadap KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Walaupun kita telah melangkah ke tahun baharu, ia bukan bermakna semuanya bermula dari kosong. Ada dasar dan inisiatif yang wajar diperkukuh, ada yang perlu diteruskan, dan ada juga yang harus dinilai semula atau dimansuhkan, selari dengan keperluan semasa serta kesannya kepada masa hadapan negeri dan rakyat.
Insha-Allah, setiap keputusan yang dibuat berpaksikan amanah, tanggungjawab dan kesejahteraan Terengganu seluruhnya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, penyampaian sumbangan untuk meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak di peringkat 32 DUN dalam Negeri Terengganu. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN bersama NGO Iman Care dan juga beberapa NGO sokongan.
Insha-Allah, bantuan seperti set kelengkapan sekolah, khidmat gunting rambut percuma ini bakal memberi manfaat kepada anak-anak yang memerlukan di samping beberapa bentuk bantuan lain yang turut disalurkan oleh DUN masing-masing.
Semoga inisiatif ini membawa keceriaan dan menyuntik semangat kepada anak-anak untuk melangkah masuk ke sesi persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pelbagai program berteras inovasi, kreativiti, teknologi digital, biodiversiti dan robotik telah dirangka oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu sepanjang tahun 2026 bagi memperkukuh sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.
Mari sama-sama kita hidupkan budaya STEM di Terengganu bagi mencungkil bakat tempatan, memupuk minat generasi muda dan membawa negeri kita melangkah lebih jauh ke arah masa depan berteknologi tinggi.
Semua ibu bapa atau para guru dialu-alukan untuk bawa anak-anak serta pelajar turut serta, belajar perkara baharu, mencungkil bakat dan merasai sendiri keseronokan dunia sains, teknologi dan inovasi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sepanjang tahun 2025, setiap langkah digerakkan dengan satu niat iaitu berkhidmat untuk rakyat dan membangun Terengganu dengan penuh amanah.
Setiap keputusan yang diambil adalah demi masa depan negeri, dilalui sebagai satu perjalanan bersama barisan kepimpinan dan rakyat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Terengganu atas doa, sokongan dan kepercayaan yang tidak pernah putus.
Insha-Allah, langkah ini akan terus diperkukuh. Bersama-sama kita bina Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Fenomena air pasang tinggi yang diramal berlangsung sehingga Isnin ini, merisikokan 64 perkampungan yang terletak di 13 muara sungai di semua daerah di Terengganu kecuali Hulu Terengganu, dinaiki air.
Berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan tragedi tidak diingini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, syukur kepada Allah untuk penutup tahun 2025.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Suasana Malam Munajat Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang penuh ketenangan dan keinsafan.
Semoga setiap lafaz doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT, diampunkan segala khilaf serta dikurniakan keberkatan dalam mengharungi hari-hari mendatang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat melangkah ke tahun baharu 2026 kepada semua.
Pengalaman lalu bakal menjadi pengajaran dan moga yang lebih baik buat tahun mendatang.
Sama-sama kita bina masa depan yang lebih sejahtera buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menziarahi Saudara Aminuddin Umat, Pegawai Penyelidik Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) yang terlibat dalam kemalangan ketika berada di Sabah bulan lepas. Beliau dalam tugasan membuat pemantauan pelaksanaan Pilihanraya Umum Negeri Sabah ke-17.
Alhamdulillah, keadaan beliau dilihat semakin pulih dan menunjukkan peningkatan yang positif serta semakin baik.
Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan, memberi kekuatan dan kesihatan untuk beliau kembali menjalankan tugas harian seperti sediakala. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perutusan Tahun Baharu 2026
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Memperkukuh Perpaduan, Membina Masa Depan Bersama
Alhamdulillah, kita melangkah ke Tahun Baharu 2026 dengan rasa syukur dan harapan yang besar. Setiap tahun yang berlalu mengajar kita banyak perkara iaitu tentang sabar dan usaha serta tentang pentingnya kita saling berganding bahu.
Tahun baharu ini membawa harapan untuk kehidupan yang lebih baik, masa depan yang lebih terjamin dan sebuah Malaysia yang terus maju dengan hati yang bersatu.
Malaysia dan Terengganu dibina atas kepelbagaian. Kita berbeza kaum, budaya dan latar belakang, namun di situlah terletaknya kekuatan kita. Apabila kita saling menghormati, memahami dan hidup dengan penuh muhibah, perpaduan akan terus terpelihara dan keamanan dapat dinikmati bersama.
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, kita sedar tidak semua perjalanan itu mudah. Namun, dengan ilmu, nilai murni, sikap prihatin dan semangat kebersamaan, kita mampu membina sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga sejahtera dari segi akhlak, sosial dan keadilan.
Kerajaan Negeri akan terus memikul amanah ini dengan sebaik mungkin. Setiap perancangan dan pembangunan akan dilaksana secara adil dan inklusif agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, kedudukan atau latar belakang. Pembangunan yang seimbang adalah asas kepada perpaduan yang berkekalan.
Mudah-mudahan tahun ini menjadi ruang untuk kita saling memahami dengan lebih baik, bekerjasama dengan lebih erat dan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan sebagai satu keluarga besar.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga setiap langkah kita dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan setiap kejayaan dapat dinikmati bersama demi Terengganu dan Malaysia yang lebih baik.
Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
31 Disember 2025 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Parlimen Kemaman.
Bertandinglah dengan semangat kesukanan, penuh disiplin dan hormat-menghormati.
Buat para penonton, jemput hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Jaga adab masing-masing.
Sama-sama kita jayakan kejohanan ini dalam suasana aman dan berhemah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) Terengganu membincangkan hala tuju strategik serta memperkukuh tadbir urus demi kelangsungan manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri.
Terima kasih atas komitmen dan kerja keras setiap ahli mesyuarat. Insha-Allah, kita menutup lembaran tahun ini dengan penilaian, persediaan dan tekad untuk melangkah lebih baik pada tahun hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Manfaatkan peluang menimba ilmu bersama al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki bermula 29 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026 di beberapa lokasi sekitar Terengganu.
Semoga kehadiran semua dapat memperkukuh kefahaman dan membimbing kita semua menuju keredaan Allah SWT, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menutup tirai tahun 2025 dengan munajat, selawat dan pengharapan.
Dua malam yang penuh makna, menghimpunkan hati-hati yang rindu kepada rahmat dan keampunan Allah SWT.
Bermula dengan Malam Sejuta Selawat pada 30 Disember 2025 (Selasa), disusuli Malam Munajat Terengganu- Ramadan Dirindui pada 31 Disember 2025 (Rabu) sebagai ruang bermuhasabah, menenangkan jiwa serta memperbaharui tekad menuju tahun baharu.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai. Semoga setiap lafaz selawat dan munajat menjadi saksi kesyukuran, serta membawa sinar rahmat buat negeri dan seluruh ummah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri sentiasa serius dan komited dalam memastikan mutu serta kualiti perkhidmatan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) berada pada tahap terbaik.
Usaha ini dizahirkan melalui pelaksanaan kajian, kursus kepimpinan serta latihan berterusan bagi memperkasa kecekapan dan profesionalisme pasukan PKM.
Komitmen ini adalah sebahagian daripada iltizam berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa terpelihara, merangkumi keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN), demi perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berintegriti.
Sekitar Kursus Kepimpinan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Negeri Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan komitmen terbaik. Semoga Allah memberkati setiap usaha yang dicurahkan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Gambar ini mengingatkan saya kepada satu fasa penting dalam hidup.
Zaman 90-an. Ketika saya masih memikul amanah sebagai Setiausaha PAS Cawangan Changkat Batu Gajah, Perak. Duduk bersila, berbincang dalam suasana yang sangat sederhana bersama rakan-rakan AJK.
Tiada kemudahan, tiada perhatian luar dan tiada siapa pun yang bercakap tentang jawatan atau masa depan.
Yang ada hanyalah rasa tanggungjawab terhadap organisasi dan keyakinan bahawa kerja kecil yang dibuat dengan ikhlas akan membentuk sesuatu yang besar suatu hari nanti.
Di peringkat inilah saya belajar bahawa organisasi tidak bergerak dengan slogan semata-mata. Ia bergerak dengan disiplin, kesabaran dan kesanggupan untuk memikul amanah walaupun tiada siapa melihat.
Kerja organisasi bukan tentang menonjolkan diri. Ia tentang kesediaan untuk hadir, mendengar, berbincang dan melaksanakan keputusan bersama.
Saya belajar menghormati sistem. Belajar bekerja dalam pasukan. Belajar bahawa kepimpinan yang sebenar lahir daripada kefahaman akar, bukan kedudukan.
Hari ini, apabila diberi amanah yang lebih besar, saya tidak pernah melupakan detik-detik seperti ini. Kerana di sinilah asasnya dibina iaitu di cawangan, dalam ruang kecil dan dengan jiwa besar.
Kerja organisasi bukan tentang siapa paling ke hadapan tetapi siapa paling istiqamah memikul amanah.
Segala yang kita lihat hari ini bermula daripada kesetiaan semalam. Selagi organisasi dijaga dengan disiplin dan keikhlasan, insha-Allah ia akan terus hidup dan berfungsi untuk rakyat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setakat jam 9.00 pagi, sebanyak 4 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan 112 buah keluarga yang terkesan akibat banjir.
Hujan lebat dan berterusan sejak semalam turut menyebabkan beberapa jalan tidak dapat dilalui.
Saya mendoakan agar segala urusan mangsa dipermudahkan, keselamatan semua pihak sentiasa terpelihara serta hujan segera reda dan tidak berlarutan.
“Wahai bumi, telanlah airmu dan wahai langit, berhentilah daripada curahan hujanmu.” (Surah Hud: Ayat 44)
Semoga Allah SWT melindungi negeri Terengganu dan mengurniakan ketabahan serta kekuatan buat seluruh rakyat yang diuji. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, tahun 2025 mencatat satu pencapaian membanggakan buat Negeri Terengganu apabila berjaya menarik 8.5 juta pengunjung dengan sumbangan ekonomi mencecah RM6.7 bilion.
Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan keyakinan, sokongan dan kecintaan ramai terhadap Terengganu sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh pelancong domestik dan antarabangsa, serta semua penggiat industri pelancongan termasuk pengusaha hotel dan inap desa, peniaga, pengusaha produk pelancongan, penganjur acara, agensi kerajaan dan swasta, pihak berkuasa tempatan serta seluruh rakyat Terengganu.
Sumbangan, komitmen dan kerjasama anda semua menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Melangkah ke tahun 2026, khususnya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, diharapkan Terengganu terus melakar kejayaan yang lebih besar melalui penganjuran acara berkualiti, produk pelancongan yang mampan dan pengalaman unik berteraskan budaya, alam semula jadi serta nilai murni negeri ini.
Semoga Terengganu terus maju sebagai destinasi yang berdaya saing, sejahtera dan memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat serta negara. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat bahaya dan buruk bagi Negeri Terengganu. Cuaca ini dijangka akan berterusan berlaku sehingga 29 Disember 2025.
Rakyat dinasihatkan berwaspada serta cakna arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semoga Allah melindungi kita semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Fenomena air laut pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pesisir pantai Negeri Terengganu bermula 24 hingga 31 Disember 2025.
Keadaan paras air laut yang tinggi ini berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut serta boleh menyebabkan limpahan dan kejadian banjir setempat, khususnya di kawasan rendah, muara sungai dan pesisir pantai terutama jika berlaku hujan serentak.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Itqanul Muluk Bi Ta’dillil Suluk bukan sekadar warisan ilmu, tetapi asas pembinaan jati diri Negeri Terengganu.
Fasal 51 dalam Itqanul Muluk Bi Ta’dillil Suluk ada disebut bahawa sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan serta ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini ialah Kerajaan Islamiah, Melayuwiah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan.
Sebagai rakyat Negeri Terengganu, kita mestilah meneruskan amanat ini dengan semampu kudrat masing-masing. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Koridor Utiliti Negeri Terengganu dipertanggungjawabkan membangunkan pengurusan pangkalan data bersepadu utiliti merangkumi tenaga elektrik, bekalan air, telekomunikasi, paip gas, sistem kumbahan dan utiliti lain di rezab jalan negeri, selaras dengan perjanjian konsesi bersama Kerajaan Negeri.
Semoga kerjasama strategik ini terus memperkasa ekonomi negeri, mempertingkat kecekapan pengurusan utiliti dan memberi manfaat langsung kepada rakyat Terengganu.
Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koridor Utiliti (KUTT) Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara pelbagai program menarik, berilmu dan menyeronokkan sedang menanti untuk seisi keluarga.
Jangan biarkan cuti sekolah anak-anak berlalu begitu sahaja. Bawa anak-anak, ajak kawan-kawan, isi cuti dengan aktiviti bermanfaat dan jadikan setiap detik satu pengalaman yang bermakna. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi menilai prestasi keseluruhan sepanjang tahun semasa serta memperhalusi perancangan strategik menjelang tahun baharu.
Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pencapaian kewangan, keberkesanan tadbir urus serta kemajuan pelaksanaan projek-projek sedia ada, di samping meneliti hala tuju baharu yang lebih mampan dan berimpak tinggi.
Setiap keputusan yang dibincangkan adalah berteraskan kepentingan pembangunan sosial rakyat dan kemajuan Negeri Terengganu. Insha-Allah, PMINT akan terus memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri demi memastikan pembangunan Terengganu yang seimbang dan berterusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, kita telah menyambut ketibaan 1 Rejab, bulan yang penuh keberkatan dan kesempatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap langkah kebaikan, doa dan amalan soleh akan dicatat oleh Allah SWT dan dibalas sesuai janji-Nya.
“Sesungguhnya apa yang kamu usahakan untuk dirimu, kamu akan menemuinya di sisi Allah.” (Al-Baqarah: 110)
Marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memperbaiki diri dan hati serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi tahniah buat seluruh atlet Malaysia dan pasukan kejurulatihan Sukan SEA, khususnya atlet-atlet anak Terengganu yang telah mengharumkan nama negara. Sebanyak 27 pingat telah disumbangkan oleh mereka yang terdiri daripada 6 emas, 9 perak dan 12 gangsa. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.
Dalam masa yang sama, syabas kepada Hotel Primula atas kejayaan menerima Anugerah Majikan Terbaik 2025 oleh KWSP Kuala Terengganu. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen tinggi pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan pekerja serta menjadikan kebajikan pekerja sebagai keutamaan.
Semoga setiap kejayaan yang digapai ini akan menjadi inspirasi dalam bidang yang masing-masing cebur. Teruskan kecemerlangan di masa hadapan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Perginya salah seorang ahli pasukan komposer yang mencipta lagu Terengganu Maju Berkat Sejahtera nyanyian Soutul Amal, Dr. Megat Suhaimi bin Megat Idrus.
Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman. Beliau meninggalkan jejak amal dan karya perjuangan yang selalu menaikkan semangat kita, terutama untuk PAS melalui penciptaan lagu-lagu perjuangan bersama pasukannya.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat perjuangan Islam dan masyarakat. Jasa, sumbangan serta keikhlasan allahyarham akan sentiasa dikenang.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Saya mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Majlis Khatan Perdana Peringkat DUN Rhu Rendang, satu inisiatif yang bukan sahaja memudahkan urusan keluarga, malah mengeratkan silaturahim masyarakat setempat.
Tahniah anak-anak semua, berani dan hebat. Semoga cepat sembuh dan menjadi anak soleh yang membanggakan keluarga. 😊 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri Majlis Makan Malam sempena Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Tempat lama memang mengusik rasa. Kembali menjejak kaki ke kampus ini mengimbau kenangan sekitar tahun 2003 hingga 2008, ketika diberi amanah sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa.
Lebih manis, dapat bertemu semula rakan-rakan lama. Wajah mungkin berubah, namun ukhuwah dan kenangan tetap segar di ingatan. Alhamdulillah, momen yang sarat makna dan nostalgia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih sahabat seperjuangan, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah atas kunjungan singkat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dijemput semua untuk sertai pelbagai aktiviti yang bakal disajikan di Tranung Batik Fest 2026 pada 2 Januari 2026.
Pakat hadir bersama ahli keluarga. Kehadiran kalian pasti akan menambahkan seri dan meriahkan lagi festival ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, menerima penyerahan cek cura bayaran royalti bagi tahun 2025 daripada Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang berjumlah RM697,131.03.
Penyerahan ini melambangkan komitmen berterusan syarikat GLC negeri dalam menunaikan tanggungjawab serta menyumbang kepada pengukuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur utiliti negeri.
Terima kasih buat KUTT atas kerjasama strategik ini demi kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Jemput semua untuk hadir ke Forum Bicara Santai bersama Murabbi Sejuta Ummah, al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus malam ini, sempena Program International Golden Monsoon Ride & Run 2025.
Sertai juga acara-acara menarik sepanjang penganjuran tersebut yang disediakan pihak penganjur.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Dimaklumkan juga, beberapa jalan utama akan ditutup bermula 18 Disember hingga 20 Disember 2025 bagi melancarkan penganjuran program ini.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan dan kelancaran bersama.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Seri Iman (ASI) 2025 anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
Penganjuran semula ASI 2025 yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa serta memartabatkan industri pelancongan Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Seramai 39 orang pemenang telah menerima pengiktirafan daripada 20 kategori utama yang dipertandingkan, melibatkan pelbagai sektor industri pelancongan negeri.
Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memperkukuh daya saing industri pelancongan Terengganu dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelancong. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan dan pertukaran pandangan berhubung peranan SUHAKAM dalam mempromosikan, melindungi serta memperkasa hak asasi manusia termasuk perlindungan dan kebajikan hak kanak-kanak. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Amaran hujan sangat lebat dan dijangka berterusan sehingga 18 Disember 2025 telah dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menjadi penyumbang utama untuk Program Ceria Ke Sekolah peringkat DUN Rhu Rendang, melibatkan penyerahan bantuan persekolahan kepada 150 orang murid Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) Rhu Rendang.
Mudahan ia akan menjadi pembakar semangat untuk anak-anak pelajar bagi memulakan persekolahan di sesi baru, tidak lama lagi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Keuntungan dalam bentuk wang ringgit bukanlah matlamat akhir kita.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meninjau kawasan hakisan parit di belakang Maahad Darul Quran (MDQ), Rusila yang melibatkan sepanjang kira-kira 60 meter dan berisiko menjejaskan pagar asrama perempuan akibat pergerakan bawah tanah.
Isu ini berada dalam perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan akan ditangani melalui kerja-kerja penyelesaian di bawah projek Sungai Kijing.
Kawasan ini merupakan saliran utama penduduk serta beberapa buah kampung dan termasuk dalam perancangan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kijing bagi penyelesaian jangka panjang.
Terima kasih kepada Pegawai Daerah Marang, Encik Zulkifly bin Isa, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Tuan Haji Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood serta Jurutera Daerah Teknikal JPS Daerah Marang, Encik Jaohari bin Abdul Fatah yang turut bersama meneliti situasi di lapangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, penyerahan lima buah rumah bina baharu Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan tiga buah rumah mangsa kebakaran di DUN Rhu Rendang, Marang.
Sesudah gelap terbitlah terang, semoga rumah ini membawa ketenangan dan kehidupan yang lebih baik buat lapan keluarga penerima.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih atas komitmen dan kerja keras semua yang terlibat.
Walaupun kita belum tiba di puncak, tetapi setiap pencapaian adalah kemenangan bersama untuk negeri dan rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan penyerahan rumah mangsa kebakaran di DUN Rhu Rendang Daerah Marang pagi tadi.
Sebanyak 5 buah rumah bina baharu PPTS dan 3 buah rumah bagi mangsa kebakaran telah diserahkan kepada penerima sekali gus memberi sinar harapan dan kehidupan yang lebih selesa buat lapan keluarga terpilih.
Semoga rumah ini membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada semua seisi keluarga. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program hari ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekitar Program Ceria Ke Sekolah peringkat DUN Rhu Rendang yang berlangsung pagi tadi.
Seramai 150 orang pelajar Sekolah Rendang Islam Darul Quran (SRIDQ) Rhu Rendang menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut sesi persekolahan baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja utama serta semua pihak yang berganding bahu menjayakan program ini.
Semoga sumbangan ini menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu dan melangkah ke sekolah dengan penuh keyakinan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga atas pemergian al-Fadhil Ustaz Engku Ali bin Engku Endut, Tokoh Ulama Negeri Terengganu ke rahmatullah.
Allahyarham merupakan permata ummah dalam Islam dan pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, bahkan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu.
Allahyarham dikenali sebagai seorang alim, pendidik dan pendakwah yang istiqamah, ikhlas serta tekun menyampaikan ilmu dan membimbing masyarakat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Segala jasa, sumbangan serta legasi ilmu yang ditinggalkan oleh allahyarham akan terus dikenang dan menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya, insha-Allah.
Semoga segala usaha dan pengorbanan allahyarham dalam memartabatkan ilmu Islam serta membina kefahaman ummah diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah serta berdoa agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bangunan Kompleks Kakitangan Kastam di Gawi, Kenyir yang terbiar lebih satu dekad kini diberi nafas baharu dan dimanfaatkan sebagai pusat pendidikan agama, sekali gus bakal menampung ratusan pelajar Kolej al-Quran Terengganu (KQT).
Semoga segala usaha Kerajaan Negeri ini dipermudah dan diberkati.
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Amaran ribut petir dan hujan lebat telah dikeluarkan oleh METMalaysia di hampir semua negeri di Malaysia. Diingatkan kepada semua supaya sentiasa berwaspada.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga al-Fadhil Ustaz Jamaludin Jusoh al-Hafiz, Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu merangkap Ketua Tarbiah PAS Kawasan Dungun yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi Jumaat yang barakah ini.
Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja buat keluarga yang ditinggalkan tetapi kepada jemaah parti PAS khususnya buat insan-insan yang sentiasa menadah ilmu, mendapatkan nasihat dan mendapat tarbiah daripada beliau.
Segala jasa, ilmu dan pengorbanan beliau untuk jemaah akan terus dikenang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Semoga allahyarham ditempatkan bersama para solihin, para ulama yang dikasihi Allah serta diberi ganjaran atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang hayat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Walaupun kita datang dari latar yang berbeza, namun kita tetap bergerak sebagai satu keluarga demi kemajuan dan masa depan Negeri Terengganu.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Meninjau Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru yang merupakan salah satu premis milik Yayasan Terengganu dan berfungsi sebagai pusat penginapan serta kemudahan untuk pelajar serta rakyat Terengganu yang berada di Kuala Lumpur.
Tinjauan ini memberi kesempatan kepada saya untuk meneliti keadaan fasiliti serta membincangkan penambahbaikan yang wajar dilaksanakan agar Wisma ini terus berfungsi dengan baik dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi tahniah diucapkan kepada dua syarikat anak Terengganu yang terus mengharumkan nama negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.
Syabas buat PB Hotel Management Sdn. Bhd. (Paya Bunga Hotel) atas penganugerahan Muslim-Friendly Accommodation Recognition (MFAR) bertaraf Platinum oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Pertima Trengganu Sdn. Bhd. atas kejayaan meraih Anugerah Emas ‘Excellent Malaysian Homegrown Food Brand’ (Manufacturing) di Lang International Corporate Titan Awards 2025 (LICTA).
Kedua-dua pencapaian ini membuktikan kemampuan syarikat-syarikat tempatan untuk mengekalkan standard perkhidmatan terbaik serta bersaing secara kompetitif di peringkat lebih tinggi. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh inovasi, kualiti dan daya saing produk keluaran anak-anak Terengganu.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pemain industri di Terengganu untuk terus melakar kecemerlangan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap kali menghadiri mesyuarat, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa kerja berpasukanlah yang menguatkan matlamat yang ingin kita capai bersama.
Selesai mempengerusikan Mesyuarat Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi meneliti pengurusan, perancangan dan pelaksanaan inisiatif peningkatan bekalan air negeri.
Visi SATU untuk menyediakan perkhidmatan air yang berkualiti, mampan dan berdaya saing, serta misinya memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa kompromi terus menjadi asas setiap keputusan yang dibuat.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja dengan amanah, telus dan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tidak semua yang banyak itu berkat, tetapi yang berkat pasti membawa kebaikan. Insya-Allah.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Mesyuarat ini menjadi medan untuk kami memperkukuh hala tuju pengurusan aset dan dana negeri agar terus berperanan sebagai pemangkin kesejahteraan rakyat.
Keutamaan kami adalah memastikan setiap nilai yang diuruskan memberi pulangan yang mampan, telus dan berimpak langsung kepada pembangunan negeri agar amanah ini benar-benar kembali kepada rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Inilah antara tujuan Kerajaan Negeri menubuhkan anak-anak syarikat.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarhan Asmadi bin Karim@Zakaria yang telah dijemput Ilahi pagi tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Pok Awang Ya merupakan Pengerusi JPKK Kampung Pulau Kerengga dan insan yang banyak berjasa kepada penduduk kampung.
Takziah buat seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang. Moga Allahyarham Pok Awang ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu bagi membincangkan kelulusan perancangan, hala tuju serta strategi pembangunan negeri bagi fasa yang akan datang.
Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk memastikan setiap projek pembangunan dirangka secara teratur, mampan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Terengganu.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen, dapatan serta perkembangan yang dikemukakan. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh perancangan demi kemajuan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Belajarlah dan faqihkan diri dalam setiap bidang yang diceburi kerana ilmu serta kefahaman yang mendalam menjadi nilai tambah yang besar kepada organisasi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Hakim Syarie Terengganu, Yang Arif Tuan Haji Wan Abd. Malik bin Wan Sidek.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu berkuat kuasa 25 Oktober 2025.
Semoga amanah ini dipikul dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan integriti, serta terus memperkukuh institusi kehakiman syarie di Malaysia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tidak boleh memandang ringan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan, kerana semuanya akan dihitung di akhirat nanti.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr. Syaikh Ismail Muhammad, Mantan Imam Besar Masjid Negara yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Allahyarham merupakan tokoh yang amat dihormati, pernah membimbing generasi huffaz Terengganu, memimpin Ma’had Tahfiz al-Quran Terengganu, menjadi Ahli Lembaga Institut al-Quran Terengganu serta mantan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Selain itu, allahyarham juga aktif memperkasa tilawah serta pengajian al-Quran sejak puluhan tahun dahulu.
Pemergiannya merupakan kehilangan besar buat negara, khususnya rakyat Terengganu dan para pencinta al-Quran.
Segala jasa, ilmu dan pengorbanan beliau akan terus dikenang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para solihin, para ulama yang dikasihi Allah, serta diberi ganjaran atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang hayat. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap lukisan ada ceritanya. Karya ini pula lahir dalam suasana yang ramai tak akan lupa iaitu ketika PKP, saat dunia seolah-olah berhenti seketika dan kita dipaksa memperlahankan langkah untuk melihat hidup dari jarak yang lebih dekat.
Prosesnya bukan sekadar semburan warna di atas kanvas. Setiap lapisan warna memerlukan perancangan, kesabaran dan fokus. Warna asas dibina dahulu, kemudian bayang, tekstur planet, kabus nebula, bintang halus dan akhirnya cahaya terang yang menjadi pusat komposisi.
Jika satu lapisan tersilap, ia perlu ditutup, diperbaiki dibina semula dan memberi ruang untuk warna seterusnya melekat dengan betul.
Di sebalik lukisan ini ada simbol yang lebih besar dan penuh makna. Lapisan-lapisan warna ialah perancangan. Apa yang kita siapkan hari ini menentukan bagaimana lapisan seterusnya akan kelihatan.
Tekstur planet mencerminkan cabaran. Kasar, halus, pudar semuanya membentuk gambaran akhir. Percikan bintang melambangkan harapan. Kadang kecil, kadang tak sengaja, tapi tetap mencantikkan keseluruhan perjalanan.
Planet-planet itu pula ialah pilihan hidup. Berbeza warna, saiz dan bentuk, sama seperti keputusan hidup dan kerja yang membentuk ‘galaksi’ kita sendiri.
Lukisan ini mungkin tentang angkasa jauh, tetapi ia membawa ingatan tentang satu masa yang mengajar kita nilai paling penting iaitu hasil yang baik tidak datang terburu-buru. Ia memerlukan perancangan, ruang untuk bernafas, dan keberanian untuk memperbaiki lapisan demi lapisan.
Lukisan ini juga salah satu hobi saya dan ia terhasil di celahan ruang dan waktu yang ada. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setiap kali saya melawat projek, meninjau tapak, atau berbincang tentang masa depan negeri, saya tahu saya tidak pernah berjalan seorang diri.
Di belakang saya, ada insan-insan teknikal yang bekerja tanpa mengira masa seperti jurutera, arkitek, teknologis, juruukur, dan ramai lagi.
Di sebalik setiap bangunan yang berdiri kukuh, setiap jalan yang memudahkan rakyat dan setiap sistem yang memajukan negeri adalah kerana penat lelah kalian yang bekerja dengan penuh amanah.
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang pembangunan negara secara senyap tetapi memberi makna yang besar demi keselamatan dan rakyat.
Selamat Hari Profesion Teknikal Negara. Moga Allah memberkati setiap titis usaha anda semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sorotan aktiviti saya sepanjang November 2025.
Alhamdulillah, antaranya bermula suatu pertemuan telah membuahkan hasil sehingga terjalin kerjasama dua hala demi manfaat rakyat negeri ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah dia, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga YB Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan atas pemergian beliau pada awal pagi tadi.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan menerima segala kebaikan semasa hayatnya sebagai amal soleh.
Al-Fatihah -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, laporan separuh pertama 2025 menunjukkan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Terengganu meningkat kepada RM6 bilion, angka tertinggi dalam tempoh sedekad.
Walaupun hanya melibatkan enam projek utama, purata nilai setiap projek adalah yang tertinggi di Malaysia, menandakan tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi dan berimpak besar, khususnya dalam sektor kimia, mineral bukan logam dan pemprosesan makanan.
Peningkatan ini adalah hasil daripada dasar pelaburan negeri yang konsisten, kestabilan pentadbiran serta sokongan berterusan daripada pelbagai pihak. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan negeri, pihak pengurusan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, pemain industri serta semua agensi yang terlibat atas dedikasi dan komitmen tinggi dalam menarik pelaburan strategik ke negeri ini.
Kita akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi negeri ini kekal seimbang, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat melalui peluang pekerjaan, pembangunan industri serta kesejahteraan ekonomi yang lebih meluas, insha-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi daripada Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUFG Bank Malaysia, Motohide Okuda.
MUFG merupakan antara kumpulan kewangan terbesar di dunia dan institusi perbankan utama Jepun, dengan rangkaian operasi global merentasi puluhan negara meliputi perbankan komersial, pelaburan, pengurusan aset serta pembiayaan korporat. MUFG turut memainkan peranan penting dalam ekosistem perniagaan Malaysia sebagai bank utama kepada lebih dua pertiga syarikat Jepun yang beroperasi di negara ini.
Pertemuan ini membuka ruang dialog yang bermakna mengenai potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor kewangan, pembangunan infrastruktur serta projek-projek yang mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang dapat memperkukuh ekosistem ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.
Semoga hubungan dua hala ini terus berkembang sebagai kerjasama jangka panjang yang mendukung aspirasi Terengganu sebagai negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pembentangan belanjawan negeri bukan tentang angka semata-mata.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU), saya ingin menzahirkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh komuniti OKU yang turut menyumbang kepada masyarakat di negeri ini.
Setiap daripada kalian mempunyai kekuatan dan keupayaan yang tersendiri. Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited memastikan akses, peluang dan kemudahan yang adil dapat dinikmati semua tanpa ada yang tersisih.
Saya percaya bahawa sebuah masyarakat yang maju ialah masyarakat yang meraikan kepelbagaian dan menghormati setiap insan tanpa mengira batas keupayaan.
Terima kasih kepada semua individu, keluarga serta organisasi yang terus memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti OKU.
Insya-Allah, kita akan sama-sama berusaha membina Terengganu yang lebih prihatin dan peduli terhadap masyarakat sekeliling. Selamat menyambut Hari OKU Sedunia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertemuan bersama Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Deraman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), pagi tadi merupakan kunjungan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan pada Khamis ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala bakti, dedikasi dan komitmen yang beliau curahkan sepanjang berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Terengganu.
Legasi kerja dan sumbangan beliau pastinya terus menjadi rujukan serta ingatan.
Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati setiap langkah dan dipermudahkan urusan dalam melalui fasa baharu selepas persaraan nanti. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Usai mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad.
Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen yang diberikan. Banyak perkara dikenal pasti untuk dikemas kini serta ditambah baik demi memperkukuh hala tuju syarikat pada masa hadapan.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja sehabis baik sebagai peneraju industri minyak dan gas, agar EPIC Berhad dapat kekal konsisten menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negeri Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, menghadiri Majlis Syarahan Hadith Al-Bukhari bersama Al-‘Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India malam tadi yang berlangsung di Balai Islam Istana Syarqiyyah malam tadi.
Pagi ini, beliau turut berkongsi mutiara ilmu bersama rakyat Terengganu di Masjid Abidin, Kuala Terengganu dan ini merupakan satu keberkatan besar buat kita semua.
Syukur atas kunjungan tokoh ulama yang begitu dihormati ini. Moga negeri dan rakyat Terengganu terus dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada-Nya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara perkara yang disuarakan oleh rakan blok pembangkang dari Perikatan Nasional adalah peruntukan untuk persatuan sukan, pelan jangka panjang yang melibatkan agropreneur muda, langkah strategik kerajaan menangani isu kekurangan doktor dan jururawat serta pelbagai lagi isu lain.
Isu-isu ini mungkin tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat namun ia perlu menjadi keutamaan Kerajaan dalam mencari solusi terbaik kerana melibatkan kebajikan rakyat.
Saya juga sempat menyantuni beberapa pegawai yang menjaga reruai di hadapan Dewan Rakyat seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) dan 'Financial Markets Ombudsmen Service' (FMOS). -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kem Jurruh 7.0 peringkat DUN Rhu Rendang kembali lagi untuk edisi tahun 2025.
Ia bukan sekadar program cuti sekolah, tetapi peluang untuk membina sahsiah, keyakinan diri dan disiplin anak-anak di samping membantu mereka bergaul dalam suasana positif, mengasah kemahiran berpasukan serta menikmati aktiviti 'outdoor' yang sihat dan mencabar.
Tempat terhad. Daftar segera sebelum 4 Disember 2025. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Momen sekitar Program Penghayatan Majlis Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk Negeri Terengganu 2025.
Tinggi harapan kita agar negeri ini akan terus subur dengan program-program dan majlis ilmu seumpama ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Antaranya:
1. Terengganu Inc atas pengiktirafan Anugerah Zakat Kebangsaan 2025 (Kategori Syarikat Persendirian) sempena Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2025.
2. EPIC OG Sdn. Bhd. (Anak syarikat EPIC Berhad) atas kejayaan meraih Anugerah Platinum IMPEC 2025 bagi kategori Pembangunan Bakat dan Pembinaan Keupayaan sempena International Malaysia Project Excellence Congerence (IMPEC) 2025.
3. EPIC Berhad atas penganugerahan Human Resources Minister Award (Kategori “Mid-Large Employer”) sempena HRD Awards 2025.
4. Sukma Samudra Sdn. Bhd. (anak syarikat EPIC Berhad) atas kejayaan meraih Perak bagi kategori East Coast Region SME sempena HRD Awards 2025.
5. Kolej Universiti TATI (UC TATI) atas anugerah Excellence in Technical Vocational Education and Training (TVET) Award sempena HRD Awards 2025.
Semoga deretan kejayaan ini menjadi pencetus inspirasi, menyemarakkan semangat kecemerlangan serta mengukuhkan lagi reputasi Terengganu sebagai negeri yang dinamik, berdaya maju dan terus mara ke hadapan.
Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah, moga terus melakar lebih banyak kejayaan yang membanggakan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, cuaca di Terengganu semakin bertambah baik hari ini.
Perkembangan ini turut menyaksikan penurunan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri kita.
Semalam, saya berkesempatan menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS SK Bukit Tunggal, Kuala Nerus bagi meninjau keadaan mereka secara langsung.
Semoga keadaan terus pulih sepenuhnya dan semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
MoU antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Malaysia Rail Link (MRL) dimeterai bagi pembangunan TOD di jajaran stesen ECRL.
Hampir 600 ekar tanah telah dikenal pasti, dan kerja tapak di Cukai, Kemasik serta Dungun sudah bermula. Insya-Allah, tidak lama lagi rakyat Terengganu bakal menerima manfaatnya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh jentera dan pengundi DUN Karambunai atas kemenangan bersejarah Perikatan Nasional dalam PRN Sabah kali ini.
Kemenangan ini juga membuktikan bahawa apabila jentera bergerak tersusun, berstrategi dan berdisiplin dengan ilmu dan hikmah insha-Allah natijahnya hadir bersama keberkatan. Ia selari dengan tarbiah yang kita pegang: usaha bersungguh itu kewajipan, kemenangan itu hadiah daripada Allah.
Tahniah juga saya ucapkan buat semua calon dan jentera Perikatan Nasional yang hadir membantu dari seluruh negara, semuanya tanpa bayaran. Semoga Allah SWT menerima amalan kita.
Semoga amanah yang diberikan di Karambunai ini menjadi permulaan rekod khidmat yang lebih kuat, berpaksikan integriti, kebajikan rakyat dan pembangunan yang berkualiti.
Teruskan bekerja sebagai satu pasukan untuk membina keyakinan, mengukuhkan akar sokongan dan memastikan setiap dasar yang dibawa benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.
Moga kemenangan ini menjadi asbab kebaikan untuk seluruh Sabah dan menjadi antara langkah penting menuju Malaysia yang lebih stabil, sejahtera dan berprinsip.
Tahniah Karambunai. Tahniah Perikatan Nasional.
Kita terus mara dengan strategi, akhlak dan wibawa. Insya-Allah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, Majlis Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk peringkat Negeri Terengganu 2025 di bawah seliaan YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah telah berlangsung dengan penuh jayanya serta berjaya menarik kehadiran ramai pencinta ilmu terutama dari bumi Darul Iman.
Tahniah diucapkan atas penganjuran yang begitu tersusun dan bermakna ini. Negeri Terengganu sentiasa mengalu-alukan para ulamak, syeikh, cendekiawan dan ahli ilmu untuk terus memakmurkan bumi bertuah ini dengan pengisian yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Semoga majlis ilmu seperti ini terus menjadi tradisi yang memperkukuh kesatuan umat dan membawa keberkatan kepada seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyantuni mangsa banjir di PPS SK Seri Langkap dan SK Batu 29, Setiu sambil meninjau sendiri keadaan serta memastikan segala keperluan mereka terjaga. Semoga semua mangsa diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Setakat hari ini, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan, dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS semakin bertambah.
Sehingga jam 9 pagi ini, sebanyak 128 PPS telah dibuka di seluruh negeri membabitkan jumlah mangsa seramai 10,355 orang daripada 3,170 keluarga.
Agensi-agensi berkaitan berada di lapangan melaksanakan pemindahan, pemantauan dan bantuan dengan penuh kesiapsiagaan.
Alhamdulillah, cuaca di Kuala Terengganu cerah pagi ini. Semoga cuaca kembali baik dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. 🤲🏻 -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat mengundi kepada semua warga Sabah esok. Setiap satu undian kalian adalah suara yang menentukan masa depan negeri ini.
Keluar awal, tunaikan tanggungjawab, dan pilihlah kepimpinan yang benar-benar mampu membawa perubahan yang tulen serta berkesan.
Sabah berhak maju dengan pentadbiran yang berintegriti, berkualiti dan mementingkan rakyat. Undilah calon Perikatan Nasional.
Semoga perjalanan pergi dan pulang ke pusat mengundi dipermudahkan, lebih-lebih lagi dalam cuaca tengkujuh yang tidak menentu ini.
#prnsabah
#perikatannasional -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hari ini kami ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Pulau Serai, Dungun.
Hujan di Terengganu hari ini bukan lagi sekadar rintik-rintik yang jatuh perlahan. Ia turun tanpa henti sejak awal pagi, titisan berat, rapat, dan panjang.
Di banyak laluan utama, air sudah mula melimpah ke permukaan jalan. Ada yang ditutup demi keselamatan. Ada yang masih dibuka tetapi hanya dilalui perlahan-lahan oleh kenderaan yang cuba mencari ruang untuk pulang atau berpindah.
Di PPS keadaan juga semakin padat.
Para petugas sibuk menguruskan pendaftaran, memastikan anak kecil mendapat ruang selesa, warga emas dipindahkan dengan aman, dan ibu bapa dibantu menempatkan keluarga mereka di sudut-sudut yang disediakan.
Dalam keadaan ini, kita mengambil langkah berjaga-jaga, kekal peka terhadap makluman rasmi dan saling memberi sokongan.
Ya Allah, lindungilah rakyat negeri ini. Ringankanlah ujian banjir yang melanda, jauhkanlah mudarat, dan pulihkanlah keadaan dengan penuh kebaikan.
Semoga Terengganu kembali cerah, kembali tenteram dan kembali selamat untuk semua. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hujan berterusan masih berlaku di hampir semua kawasan di negeri kita. Setakat pagi ini, sebanyak 66 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka, melibatkan 4,458 mangsa daripada 1,350 keluarga.
Hujan lebat dijangka berterusan susulan kesan Ribut Tropika Senyar yang kini melanda beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Walaupun ramalan menunjukkan negeri kita tidak terjejas secara langsung dengan ribut ini, saya menyeru semua pihak agar terus berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca semasa.
Marilah kita berdoa agar negeri dan negara kita dijauhi daripada segala bentuk musibah dan diberikan perlindungan oleh Allah SWT.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa bersiap sedia serta mengikuti maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia dari semasa ke semasa. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ucapan Majlis Perasmian Program Penghayatan Itqan al Muluk biTa'dil As Suluk Peringkat Negeri Terengganu
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Program Penghayatan Itqanul Muluk Bi Ta’dil as-Suluk 2025 hari ini mengingatkan kita bahawa asas sebuah pemerintahan yang baik bertumpu pada dua prinsip utama iaitu Itqan (ketelitian) dan Al-Adl (keadilan).
Semoga semangat Itqan dan Ta’dil ini terus menjadi asas dalam pentadbiran, kepimpinan serta kehidupan bermasyarakat demi membawa Terengganu ke arah negeri yang maju, sejahtera dan diberkati.
Usai merasmikan Majlis Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk Negeri Terengganu 2025. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Gasing di samping melihat sendiri perkembangan semasa banjir.
Insya-Allah, kita akan memastikan keperluan mereka mencukupi agar kebajikan mereka sentiasa terjaga sepanjang tempoh penempatan.
Terima kasih semua agensi dan pihak yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir di semua PPS.
Setakat jam 8 pagi ini, sudah 47 PPS dibuka di seluruh Terengganu melibatkan 3,503 mangsa.
Doakan agar mereka yang diuji ketika ini diberikan ketabahan dan dipermudah segala urusan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, memohon perlindungan Allah SWT agar negeri kita sentiasa dalam keadaan selamat.
Jaga diri, jaga keluarga. Utamakan keselamatan, jauhi kawasan berisiko, patuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca.
Semoga Allah SWT memudahkan urusan semua mangsa banjir, menguatkan hati mereka serta memelihara seluruh rakyat Terengganu daripada sebarang musibah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, memohon perlindungan Allah SWT agar negeri kita sentiasa dalam keadaan selamat.
Jaga diri, jaga keluarga. Utamakan keselamatan, jauhi kawasan berisiko, patuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca.
Semoga Allah SWT memudahkan urusan semua mangsa banjir, menguatkan hati mereka serta memelihara seluruh rakyat Terengganu daripada sebarang musibah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk merupakan undang-undang Kerajaan Terengganu yang digubal pada 11 Zulkaedah 1329 Hijrah bersamaan 2 November 1911 Masihi.
Dijemput semua rakyat Terengganu untuk hadir ke Majlis Perasmian Program Penghayatan Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk sekali gus bersama-sama suburkan tradisi ilmu dan mengukuhkan kefahaman kita terhadap panduan pentadbiran Islam yang menjadi warisan ulamak terdahulu.
Program ini akan diadakan esok, 27 November 2025 bertempat di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.
Semoga majlis ini diberkati, membawa manfaat serta membuka pintu kebaikan buat seluruh rakyat Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pagi ini, beberapa kawasan di Terengganu sudah mula dinaiki air berikutan hujan berterusan yang menyebabkan paras air meningkat dan memasuki kediaman penduduk.
Agensi-agensi berkaitan kini giat melaksanakan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Antara lokasi yang terjejas ialah daerah Marang dan Besut.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memandangkan beberapa jalan utama telah ditenggelami air. Gunakan laluan alternatif, elakkan kawasan rendah serta pantau perkembangan semasa melalui saluran rasmi.
Semoga semua dipermudahkan dan sentiasa dilindungi. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hujan berterusan yang berlaku di negeri kita dijangka akan meningkatkan paras air sungai di beberapa kawasan Terengganu.
Susulan itu, amaran banjir telah dikeluarkan di beberapa kawasan yang diramal berlaku pada 27 November sehingga 29 November ini.
Semua penduduk di kawasan berisiko diingatkan supaya berjaga-jaga dengan keadaan semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, rasa syukur yang sukar digambarkan bila melihat sendiri kepulangan Asmawi Mukhtar dan Ustaz Mad Kecik dari misi Global Sumud Flotilla dalam keadaan sihat dan selamat.
Mendengar kisah mereka yang penuh keberanian dan keikhlasan, hati ini tersentuh. Saya sempat bertanya khabar tentang rakan-rakan sukarelawan lain yang masih berada di ibu negara, semoga semuanya juga dalam lindungan Allah.
Terima kasih saudara Nadir Al-Nuri berkongsi perjalanan mengendalikan misi ini. Mereka bukan sekadar membawa pulang pengalaman, tapi juga semangat kemanusiaan yang luar biasa.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Majlis perasmian Centre for Offshore Renewable Energy (CEFORE) yang telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.
Penubuhan CEFORE melalui kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan PETRONAS ini bakal menjadi pemangkin penting dalam memacu agenda tenaga lestari negara.
Berfungsi sebagai platform Industry on Campus, CEFORE menghubungkan akademia, penyelidik dan industri bagi menjana penyelesaian praktikal terhadap cabaran tenaga dengan penumpuan kepada tenaga baharu seperti angin, ombak, arus pasang surut, solar terapung, hidrogen hijau dan teknologi penyimpanan.
CEFORE juga bakal menjadi rakan Strategik negara dalam mempercepatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui seiring dengan Pelan Induk Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju tenaga hijau serantau, malah membawa manfaat kepada komuniti tempatan serta memperkukuh peranan Terengganu sebagai hab kecemerlangan maritim dan tenaga lestari.
Junjung kasih Tuanku. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
RXZ 7.0 di Kuala Terengganu 2025
1. Selamat datang dan bertandang ke Negeri Terengganu dari saya pada semua peserta RXZ 7.0 kali ini.
2. Saya doakan agar semua peserta selamat dan program berjalan dengan baik dan teratur.
3. Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ bagi meraikan semua peserta.
4. Apa nak buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan Kerajaan Negeri yang sentiasa dengan anda semua telah ditiadakan.
5. Akhirnya tak pasal pasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya/KL.
6. Ini lah contoh politik low class yang saya selalu sebut. Orang di Terengganu sebut "politik komang spanar".
7. Walau fizikal saya dan rakan Exco tidak dapat bersama semua, tetapi hati kami tetap bersama anda para RXZ bikers.
8. Tungganglah motor dengan hati hati dan cermat. Semoga selamat sampai dan pulang.
9. Jangan lupa jaga solat dan amalkan kebaikan sepanjang perjalanan. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Semoga segala perbahasan dan cadangan ini memberi nilai tambah kepada dasar negara. Kami akan terus komited menyuarakan pandangan rakyat demi kebaikan bersama.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kerajaan Negeri Terengganu kini semakin kurang kebergantungan terhadap hasil royalti petroleum berbanding pentadbiran sebelum tahun 2018.
Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa kami tidak mempunyai inisiatif sendiri dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramalan awal yang dijangka berlaku banjir di beberapa buah negeri termasuk Negeri Terengganu bermula 18 November hingga 21 November ini.
Mohon semua waspada dan ambil langkah berjaga-jaga serta selalu peka dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan.
Moga kita sentiasa dalam perlindungan dan jagaan Allah SWT. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sudah tiba masanya Kerajaan memperkenalkan mekanisma baru seperti “Independent Grants Council” agar pemberian kepada negeri diberikan secara lebih berobjektif dan tidak dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara beberapa perkara yang saya cadangkan demi penambahbaikan sistem pentadbiran negara tercinta. Semoga dalam perhatian pihak Kerajaan Persekutuan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kami tetap akan terus menuntut agar royalti petroleum dipulangkan kepada akaun Negeri Terengganu.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sekalung penghargaan kepada semua jentera Perikatan Nasional yang telah menyumbang masa, tenaga dan harta dalam usaha memenangi PRK kali ini. Hanya Allah SWT yang mampu balas dengan sebaik-baik ganjaran.
Teruskan berbakti, belum menang tidak bermakna kita perlu berhenti berkhidmat untuk masyarakat dan orang sekeliling.
Terima kasih kepada warga DUN Nenggiri yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Syukur Alhamdulillah.😊
Terima kasih kepada semua pengundi atas kepercayaan yang diberikan kepada calon Perikatan Nasional.
Terima kasih juga diucapkan khusus buat para petugas yang telah menyumbang dan bantu dari pelbagai aspek. Usaha kalian telah membuahkan hasil.
Moga Allah SWT permudahkan dan tunjukkan jalan buat Abang Abidin mengisi kemenangan dan berkhidmat dengan baik buat warga DUN Sungai Bakap.
Allahu Akbar! -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Mesyuarat Menteri Besar SG4 tadi diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Ada beberapa cadangan daripada beliau untuk memperkasakan keperluan rakyat di negeri masing-masing.
Terima kasih Ayah Chik. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Perkongsian ilmu, pemikiran dan budaya kerja dari pemimpin-pemimpin berkaliber negara amat saya hargai. Pada penggal lepas, Bicara Darul Iman yang menampilkan tokoh-tokoh dan pakar dalam bidang pengurusan, kewangan, diplomatik telah dibawa bagi berkongsi pengalaman dengan ...
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah kepada sahabat seperjuangan saya, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah bagi sesi 2023.
Semoga diberikan kekuatan dan petunjuk dalam memandu Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Siiru 'ala barakatillah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Parti ini tidak kaya dengan wang ringgit, tapi kita kaya dengan ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang demi matlamat yang sama.
Jentera parti merupakan antara tulang belakang kepada calon-calon yang bertanding malah kekuatan PAS juga banyak bergantung kepada jentera-jentera yang -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah. 33-0.
Terima kasih buat semua pengundi yang memilih kami Perikatan Nasional-PAS.
Insya-Allah, kami akan menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terjah Setiu bersama calon-calon PAS/ PN.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ziarah Parlimen Besut hari ini berakhir di DUN Hulu Besut. Hari ini calon N04 Mohd Husaimi Husin atau lebih mesra dengan panggilan Abe Mie bawa saya ziarah penduduk di Kampung Baruh Kual.
Kami juga bertemu mata dengan pengundi di Warung Kayu Kelat. Terima kasih menyambut dan -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Moga segalanya berjalan lancar esok.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Teguh Pertahan. 💪
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Beruntung orang Korea tahun ini.
Jadi muda setahun atau dua. Sebelum ini, Korea mempunyai sistem mereka tersendiri dalam pengiraan umur. Biasanya akan lebih tua setahun atau dua berbanding usia di peringkat global atau biasa disebut 'international age'. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tarikan terbaru pelancongan di Terengganu iaitu Payang Walk.
Beroperasi setiap Jumaat dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam. Jemput hadir semua ye.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih saya dedikasikan buat semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri serta semua pihak atas sokongan dan dukungan yang diberikan sehingga kita dapat meraih begitu banyak pencapaian dalam
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Untuk membentuk Malaysia yang lebih baik, ianya bukan hanya tugas orang-orang profesional dan teknokrat sahaja malah semua lapisan masyarakat termasuk para nelayan, petani, surirumah, para pelajar dan semua tiada terkecuali yang perlu mainkan peranan masing-masing.
Insya-Allah, -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, sekali lagi Terengganu mengungguli keputusan terbaik dalam STPM 2022 dengan mencatatkan PNGK negeri 3.04 berbanding PNGK kebangsaan iaitu 2.82.
Lebih manis lagi, seramai 112 orang pelajar memperoleh semua A dengan PNGK 4.0 iaitu peningkatan hampir sekali ganda -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Pertemuan dua negarawan.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Beberapa potensi sedang dipertimbangkan untuk dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu dan seterusnya berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri kita.
Terima kasih YBM Datuk Seri Tengku Zafrul atas kesudian menerima kehadiran saya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Sedikit perkongsian buat anak-anak pelajar. Moga sentiasa dipermudahkan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Menghadiri taklimat mengenai perkembangan banjir di Pejabat Daerah Kemaman pagi tadi.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Antara bantuan-bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri buat rakyat Terengganu. Doakan agar dipermudahkan.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramai silap faham. Kerajaan Perpaduan akan terbentuk apabila semua parti terlibat bersama dalam pembentukan sebuah kerajaan.
PN kekal sebagai pembangkang. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Tahniah sahabatku, Datuk Haji @HajiAmzad kerana bakal meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Semoga dipermudahkan urusan sahabat, dan diberikan kekuatan berbakti untuk rakyat Terengganu.
Terima kasih kepada rakyat yang memilih calon Perikatan Nasional-PAS. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selepas berhempas pulas, jatuh bangun, turun naik, kini TDM Berhad berjaya menempa nama sebaris syarikat gergasi korporat lain di sektor perladangan dan penjagaan kesihatan.
Semasa mula-mula Kerajaan PAS Terengganu mengambil alih Kerajaan Negeri pada tahun 2018, kita telah -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih buat semua pengundi. 😊
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih kepada 1.14 juta orang pelancong yang datang ke Terengganu.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, KDNK Negeri Terengganu meningkat dan merupakan "top 3" pada tahun 2020.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah bertambah ahli pasukan.
Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja Raja Yang ke-260 di Istana Negara pada pagi ini. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Alhamdulillah, selesai sudah saya membentangkan Belanjawan 2023 Terengganu Darul Iman tadi.
Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan membelanjakan sejumlah RM1.991 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, RM500 juta untuk Perbelanjaan Pembangunan dan RM30 juta untuk Perbelanjaan -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya-Allah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan sesi pembentangan Belanjawan 2023 bagi negeri Terengganu.
Jemput semua saksikannya secara siaran langsung menerusi Facebook saya. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Selamat ulang tahun PAS ke-71.
Apa yang anda suka dengan PAS?
#pasbest #pasforallThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Kekalkan orang lama jika dia seorang yang buat kerja, tiada rasuah dan tiada timbulkan kontroversi. Tiga perkara ini adalah antara ciri-ciri untuk kita memilih pemimpin.
Ustaz Haji Wan Hassan, calon no. 5 ini sudah lama berkecimpung dalam pentadbiran kerajaan. Dua penggal -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Hulu Terengganu sudah ada Dato Rosol Wahid, kenapa perlu yang lain? 💪🏻
Bekas guru ini ramah orangnya serta sentiasa terbuka menerima aduan rakyat. Peribadi beliau juga membuatkan orang Hulu Terengganu menyukainya.
Tambahan pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen Hulu -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Ramai yang memang dah mengenali Ustaz Zukirnain Abd Kadir, calon no.2, P034 Parlimen Setiu ni. Ada yang kenal sebab selalu jumpa kat pasar, warung, datang rumah, di sekolah dan sebagainya.
Kata mereka, masa Ustaz Zukirnain jadi Ahli Parlimen, senang mereka nak mengadu. YB Ustaz -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Bereh lake awok-awok kite kat Kg Langgar ni.
Jangan lupa undi calon PAS. Dato Rosol Wahid bagi orang-orang Parlimen Hulu Terengganu. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka dalam Perikatan Nasional kerana mereka memberi keyakinan bahawa agenda untuk mengangkat syiar Islam akan menjadi salah satu matlamat dalam meneraju Malaysia.
Sebab itu PAS berada dalam Perikatan Nasional. Bukan kerana kopiah. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih banyak YB Dato' Seri Ahmad Said yg menerima kunjungan saya hari ini, Jumaat 17 Apr 2020 dan seterusnya menikmati makan tengah hari bersama.
Alhamdulillah kami dpt berbincang dlm suasana ceria harmoni tentang suasana semasa di Terengganu dan Malaysia. -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terbaik anak muda.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan
Sumber Istana Negara -
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Hj Wan Mutalib dan Koperasi Khidmat Batu Buruk (KO KHIDMAT). Beliau merupakan mantan ADUN Batu Burok & juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu penggal 1999-2004 yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan & Alam Sekitar.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
KENYATAAN MEDIA
—————————-
BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU AKAN TERUS DIMAJUKAN DI BAWAH KEPIMPINAN BAHARU
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
1. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kini dipimpin oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Presiden dan YB Hishamuddin Abdul Karim sebagai Timbalan Presiden setelah Kongres Luar Biasa yang telah diadakan pada 7 Julai 2018 bagi tujuan pindaan statut jawatan Presiden
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Insya Allah, Kerajaan Negeri setuju taja tangan palsu Adik Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli. Semoga keluarga tabah dengan ujian. Terima kasih atas siaran @BuletinTV3.
-
Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
@DrAhmadSamsuri
Terima kasih YAB Tun Mahathir Mohamad, kerana menerima kunjungan kami ke pejabat beliau pagi ini. Semoga hubungan rapat dan positif antara kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan terus diperkukuhkan untuk kepentingan negara dan negeri serta rakyat seluruhnya.
@chedetofficial













































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































