Selesai sesi di Parlimen, saya meneruskan agenda hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah Bagan Datuk bagi menyelaraskan perkembangan terkini dan melihat semula perkara-perkara yang telah dirancang untuk kawasan ini.
Banyak juga yang sempat kami perincikan bersama, terutama berkaitan pembangunan dan keperluan semasa masyarakat di Bagan Datuk.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terus membantu dan memberikan komitmen dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya.
Insya-Allah, saya akan terus memberikan yang terbaik untuk daerah Bagan Datuk yang sentiasa dekat di hati saya.
#pembangunanbagandatuk
#bagandatukori
#bagandatuknombor1
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid bin Hamidi (Jawi: أحمد زاهد بن حميدي; born 4 January 1953) is a Malaysian politician who is the deputy prime minister since 2022. A president of UMNO since 2018, he represented Bagan Datuk in Dewan Rakyat since 1995. Zahid is also the rural and regional development minister since 2022, as well as the leader and the chairman of the coalition Barisan Nasional (BN) since May 2018. More on Wikipedia
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Semasa sesi MQT di Dewan Rakyat sebentar tadi, saya telah menjawab persoalan mengenai kesiapsiagaan Kerajaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027.
Setakat ini, lebih 101,000 anggota daripada pelbagai agensi telah dikenal pasti untuk digerakkan, disokong ribuan aset dan peralatan menyelamat. Manakala, sebanyak 3,045 lokasi hotspot banjir di seluruh negara turut dikenal pasti bagi membolehkan tindakan dibuat lebih awal.
Saya turut menekankan peranan NGO dan sukarelawan sebagai rakan strategik Kerajaan. Melalui Platform Rakan NADMA sahaja, sebanyak 159 NGO terlibat bersama institusi akademia dan organisasi korporat dalam membantu pengurusan bencana.
Sesungguhnya, banjir dan bencana tidak mengenal warna politik. Yang paling utama ialah keselamatan rakyat serta memastikan setiap mangsa menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan tanpa mengira latar belakang.
Insya-Allah, kesiapsiagaan ini akan terus diperkukuh supaya tindakan di lapangan dapat dilaksanakan dengancekap dan pantas apabila diperlukan.
#nadma
#monsuntimurlaut
#pengurusanbencana
#dewanrakyat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐄𝐗𝐂𝐋𝐔𝐁 𝐊𝐞-𝟔𝟐: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐮 𝐃𝐢 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat MEXCLUB Ke-62 bersama EXCO-EXCO Luar Bandar di Desaru, Johor hari ini.
Banyak isu yang kami teliti bersama, tetapi antara yang paling utama ialah bagaimana kita mahu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan desa.
Saya mahu isu tanah, kelulusan teknikal dan utiliti diselesaikan lebih awal, manakala kesiapsiagaan tapak perlu dipastikan sebelum projek memasuki peringkat tender supaya kelewatan ketika pembinaan dapat dielakkan.
Justeru, antara cadangan yang sedang diperhalusi ialah mewujudkan fast lane pengambilan tanah bagi projek pembangunan luar bandar serta penyelarasan yang lebih rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Insya-Allah, KKDW akan menyelaras tindakan susulan bersama Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan, dengan tanggungjawab dan tempoh pelaksanaan yang jelas. Tumpuan diberikan kepada penyelesaian isu di lapangan supaya projek sedia ada dapat disiapkan demi kelangsungan masyarakat desa yang kita santuni.
#mexclub62
#kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Susulan kemalangan yang melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia di Tapah semalam, Setiausaha Politik saya, Datuk Ir. Abdul Aziz Julkarnain telah mewakili saya untuk menziarahi beberapa anggota yang sedang menerima rawatan di Hospital Slim River.
Saya dimaklumkan keadaan mereka sedang dipantau dan rawatan masih diteruskan. Antara yang terlibat ialah L/Kpl Ridzuan bin Sarizan dari IPD Bagan Datuk yang kini menerima rawatan di hospital ini. Sama-sama kita doakan semoga beliau dan seluruh anggota yang tercedera dipermudahkan segala urusan perubatan serta dikurniakan kesembuhan sebaiknya.
Insya-Allah, esok Datuk Aziz juga akan ke Tumpat, Kelantan bagi menziarahi keluarga Allahyarham L/Kpl Muhammad Shahrul Alif bin Yaacob yang telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian tersebut.
Saya mendoakan semoga seluruh ahli keluarga anggota yang terlibat diberikan ketabahan menghadapi ujian ini dan kepada semua anggota yang masih menerima rawatan, semoga dipermudahkan setiap urusan serta segera kembali sihat bersama keluarga.
Al-Fatihah buat Allahyarham. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐄𝐗𝐂𝐋𝐔𝐁: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Alhamdulillah, sebelum memulakan Mesyuarat MEXCLUB ke-62, malam tadi saya berkesempatan bersama Exco-Exco Luar Bandar dari seluruh negara dalam satu majlis makan malam di Desaru, Johor.
Majlis malam tadi menjadi ruang untuk memperkukuh keserasian dalam kalangan Exco-Exco Luar Bandar dan memperkasa kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebelum kami meneruskan perbincangan secara lebih terperinci dalam mesyuarat yang akan berlangsung sebentar nanti.
Insya-Allah, saya berharap segala pandangan yang dibawa hari ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih berkesan demi kesejahteraan masyarakat desa di seluruh negara.
#mexclub62
#kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Menerima khabar duka mengenai kemalangan yang melibatkan sekumpulan anggota Polis Diraja Malaysia ketika menjalankan tugas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Slim River sebentar tadi.
Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham L/Kpl Muhammad Shahrul Alif bin Yaacob dari IPD Batu Gajah yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Saya turut mendoakan semua anggota yang tercedera agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan, termasuk L/Kpl Ridzuan bin Sarizan dari Bagan Datuk yang turut terlibat dalam kemalangan ini.
Semoga seluruh anggota yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan segera dan dapat kembali bersama keluarga dalam keadaan yang baik, insya-Allah.
Al-Fatihah buat Allahyarham. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐅𝐎𝐈𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐈𝐝𝐞𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ucaptama sempena Festival Idea Putrajaya 2026 yang sedang berlangsung di PICC.
Saya sentiasa percaya bahawa setiap perubahan besar bermula daripada kekuatan fikrah manusia. Tetapi dalam dunia yang bergerak pantas dengan AI, teknologi kuantum, semikonduktor dan pelbagai teknologi baharu.. kita tidak boleh hanya menjadi pengguna kepada apa yang dicipta oleh orang lain.
Saya mahu melihat lebih banyak teknologi yang invented, designed and owned by Malaysians. Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, kita mesti berani untuk melangkah daripada Made in Malaysia kepada Made by Malaysia.
Insya-Allah, cita-cita ini akan terus kita gerakkan bersama supaya lebih banyak idea dan penyelesaian lahir daripada kepakaran anak Malaysia sendiri, seterusnya memberi nilai kepada ekonomi dan manfaat kepada rakyat.
Kepada yang berada berdekatan, jemputlah hadir ke PICC dan luangkan masa di Festival Idea Putrajaya 2026. Mudah-mudahan ada inspirasi atau ilmu baharu yang dapat kita bawa pulang dan gunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain.
#foi2026
#festivalideaputrajaya2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐢𝐬 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malaysia dan Perancis telah lama menjalinkan hubungan yang erat dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, teknologi dan pendidikan.
Pagi tadi, saya bersama barisan Jemaah Menteri hadir ke Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Republik Perancis ke Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden Perancis pada tahun 2017, dan hadir ketika kedua-dua negara sedang membuka ruang untuk meningkatkan hubungan sedia ada kepada Perkongsian Strategik.
Insya-Allah, hubungan Malaysia-Perancis akan terus diperkukuh dengan lebih banyak kerjasama yang mampu membuka peluang baharu serta membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
#malaysiafrance -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Pagi tadi di Bagan Datuk, saya berkesempatan bersama anak-anak Wira Muda Negara sempena Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 4/2026.
Teruja saya melihat wajah dan semangat mereka selepas melalui 45 hari latihan yang membina disiplin, jati diri, semangat patriotisme serta rasa tanggungjawab kepada negara. Alhamdulillah, seramai 1,899 wira muda berjaya menamatkan latihan bagi siri kali ini di lapan pusat latihan seluruh negara.
Bagi saya, PLKN bukan hanya tentang latihan fizikal. Di sinilah anak-anak muda daripada pelbagai latar belajar hidup bersama, memahami erti perpaduan dan membina rasa cinta kepada tanah air.
Tahniah saya ucapkan kepada semua Wira Muda Negara yang berjaya menamatkan latihan. Pesan saya, bawalah bersama segala pengalaman dan nilai yang dipelajari kerana negara ini suatu hari nanti akan berada di tangan kalian. Insya-Allah.
#plkn
#wiramudanegara
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Masih dalam suasana kemeriahan Deepavali, hari ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga besar PPP Malaysia dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Brickfields.
Terima kasih kepada sahabat saya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Presiden PPP atas jemputan dan sambutan yang cukup mesra. Gembira dapat bertemu serta beramah mesra dengan kepimpinan PPP dan masyarakat yang hadir.
Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai. Walaupun berbeza agama, kaum dan budaya, kita tetap hidup bersama dengan saling menghormati serta menghargai antara satu sama lain.
Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua.
Deepavali Nal Valthukkal. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫. 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐮𝐟 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐡
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh atas pelantikan untuk meneruskan amanah sebagai Ketua Menteri Melaka.
Kepercayaan yang diberikan rakyat ini membawa bersama tanggungjawab yang besar untuk meneruskan segala usaha yang telah dibina, di samping memperkukuh kestabilan negeri dan memastikan setiap pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Melaka.
Insya-Allah, saya yakin dengan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki, kesinambungan kemajuan Melaka dapat diteruskan dan lebih banyak peluang dapat dibuka untuk rakyat di seluruh negeri.
Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Datuk Seri Utama dalam memikul amanah ini serta terus memimpin Melaka ke arah masa depan yang lebih maju dan sejahtera.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
#melakamajujaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah
Wa man-nasru illaa min 'indillahil-'aziizil-hakiim
وَمَا ٱلنَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ
“Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.” -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Biarlah mereka nak tulis apa sahaja. Insya-Allah, saya amat yakin rakyat Melaka lebih memahami dan bijak menilai sebaiknya.
Kini, kita serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
“Dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud, ayat 88)
Apa jua ketentuan-Nya, semoga itulah yang terbaik buat kita semua. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢, 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh berkempen melabuhkan tirainya. Alhamdulillah sepanjang kempen ini, Barisan Nasional telah menyampaikan segala tawaran dan perancangan kami untuk masa depan Negeri Melaka.
Kini, keputusan berada di tangan rakyat Melaka. Gunakanlah hak mengundi dengan sebaiknya. Nilailah rekod pentadbiran, pencapaian dan perancangan yang ditawarkan dengan mengambil kira kebajikan rakyat serta masa depan generasi akan datang.
Saya dengan rendah hati menyeru seluruh warga Melaka agar memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional. Berikanlah kepercayaan kepada kami supaya kestabilan dapat dikekalkan dan kemajuan Melaka dapat diteruskan demi kesejahteraan seluruh rakyatnya.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan sepanjang proses pengundian esok, mengurniakan cuaca yang baik serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Insya-Allah.
Selamat Mengundi. Pangkah Barisan Nasional!
#prnmelaka
#barisannasional
#bnsayangrakyat
#kitagengbiru -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Setiap amanah yang diberikan merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah menyerahkan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya. Justeru, jadikanlah kejujuran, keadilan dan keikhlasan sebagai asas dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk memelihara amanah dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh integriti.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Insya-Allah, esok rakyat Melaka akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri Melaka.
Berdasarkan ramalan cuaca MET Malaysia, kawasan Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah dijangka mendung pada sebelah pagi, dengan kemungkinan ribut petir pada sebelah petang sebelum cuaca kembali baik pada waktu malam.
Pesan saya, kalau boleh rancanglah perjalanan lebih awal. Keluar mengundi pada waktu pagi, elakkan perjalanan ketika cuaca buruk dan sentiasa utamakan keselamatan sepanjang berada di jalan raya.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan rakyat Melaka esok dan semoga proses pengundian berjalan dengan lancar. Insya-Allah.
Sumber: @metmalaysia
#harimengundi
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦
Alhamdulillah, selesai sudah Jelajah Esports Melaka Biru 2026 yang melabuhkan tirainya di Merlimau malam tadi. Dari satu DUN ke satu DUN.. saya cukup teruja melihat semangat dan sambutan luar biasa anak-anak muda Melaka.
Saya difahamkan lebih 4,000 penyertaan berjaya dicatatkan secara keseluruhan sepanjang jelajah di seluruh Melaka. Angka ini cukup menggambarkan betapa besarnya minat generasi muda terhadap dunia esports.
Seronok dapat turun beramah mesra dan menyantuni anak-anak muda di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menjayakan jelajah ini terutama anak-anak muda yang mengambil bahagian.
Saya tengok YB Datuk Dr. Akmal Saleh pun memang cukup mesra dengan anak-anak muda.
Insya-Allah. Kalau beginilah semangatnya, saya yakin anak-anak muda di negeri Melaka ini akan terus bersama-sama kita dalam arus “Gelombang Biru”, demi memastikan kegemilangan negeri yang kita cintai ini terus dipertahankan.
Mana lagi?? Melaka lerr..
#jelajahesportsmelakabiru2026
#anakmudamelaka #esportsmelaka
#kitagengbiru #bnsayangrakyat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐮
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat India Muslim di Pengkalan Batu petang tadi.
Terima kasih saya ucapkan atas sambutan yang cukup mesra dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan.
Inilah keindahan masyarakat majmuk di Melaka. Walaupun berbeza kaum dan latar belakang.. kita berkongsi hasrat yang sama untuk melihat keluarga hidup lebih sejahtera dan anak-anak menikmati masa depan yang lebih baik.
Semoga semangat muafakat dan persahabatan ini terus diperkukuh demi kesejahteraan seluruh rakyat Melaka yang kita cintai.
Kita Geng.. BIRU! 💙
#kimma #friendsofbn
#barisannasional #pengkalanbatu
#prnmelaka #kitagengbiru -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Bagi saya, jasa JPKK ini cukup besar. Jalan rosak.. rumah ditimpa musibah.. urusan bantuan rakyat.. ketua kampunglah antara orang pertama yang dicari. Begitulah besarnya amanah yang mereka pikul demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Hari ini di bumi Melaka, saya berkesempatan meluangkan masa bersama barisan kepimpinan JPKK Negeri Melaka dalam satu sesi libat urus di Ayer Molek. Alhamdulillah, gembira dapat bertemu dan berkongsi pandangan dengan mereka yang sentiasa dekat dengan denyut nadi kehidupan masyarakat di pedesaan.
Dalam pertemuan ini, saya turut berkongsi hasrat untuk melihat pembangunan desa di Melaka terus diperkukuh, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan melalui pendidikan TVET, memperkasa usahawan kampung serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh masyarakat luar bandar.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan JPKK Negeri Melaka atas segala khidmat dan pengorbanan selama ini.
Insya-Allah, KKDW akan terus memperkukuh peranan JPKK sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat agar setiap usaha pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada masyarakat desa.
#jpkk #kkdw
#jpkkmelaka
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐍 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐍
Malam tadi saya meluangkan masa untuk hadir ke Ceramah Grand Finale BN-PN di Kampung Krubong, Melaka bagi DUN N.13 Paya Rumput sempena PRN Melaka atas semangat kerjasama, penyatuan ummah dan kesatuan fikrah antara kedua-dua gabungan politik.
Inilah semangat Muafakat Melaka. Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berganding bahu.. memperkukuh persefahaman serta menyatukan usaha dalam menghadapi PRN Melaka kali ini.
Bagi saya, muafakat yang dibina atas keikhlasan dan kesepakatan merupakan asas utama dalam menjayakan sesuatu perjuangan. Semangat kebersamaan inilah yang perlu terus kita pelihara, dengan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Melaka sebagai keutamaan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan BN dan PN yang turut bersama malam tadi. Kehadiran dan kebersamaan semua cukup bermakna dalam memperkukuh hubungan serta semangat muafakat antara kedua-dua gabungan ini.
Penghargaan juga kepada seluruh jentera dan masyarakat Paya Rumput atas sambutan yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadi asas kepada kerjasama yang membawa kebaikan kepada rakyat Melaka.
Muafakat Melaka.. Kita geng BIRU! 💙
#muafakatmelaka
#barisannasional
#perikatannasional
#gelombangbiru
#kitagengbiru -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐮
Meriah sungguh pertemuan bersama jentera dan keluarga besar Barisan Nasional Tangga Batu malam tadi.. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera dan semua yang hadir.
Kita kini berada di penghujung tempoh kempen PRN Melaka. Berbaki kurang dua hari sahaja lagi sebelum tibanya hari pengundian. Pastinya hari-hari terakhir ini cukup sibuk buat semua yang bertugas di lapangan.
Saya amat menghargai masa, tenaga dan komitmen setiap jentera yang terus menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pesan saya, jagalah kesihatan dan utamakan keselamatan.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian. Saya sentiasa mendoakan semoga segala urusan saudara saudari dipermudahkan dan perjuangan ini mendapat keberkatan-Nya.
Kita geng.. BIRU! 💙
#barisannasional
#kitagengbiru
#gelombangbiru
#bnsayangrakyat
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
Sejuk mata memandang melihat anak-anak TABIKA KEMAS berpakaian serba putih memenuhi ruang MITC Melaka sempena Program Khatam Perdana Pra Tahfiz dan Libat Urus Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS hari ini.
Alhamdulillah, inilah antara usaha yang cukup dekat di hati saya. Melihat anak-anak kecil mula mengenal dan menghafaz ayat suci al-Quran, terasa besarnya amanah kita untuk membimbing mereka menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
Sehingga kini, lebih 125,000 murid TABIKA KEMAS di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada inisiatif Pra Tahfiz KEMAS. Saya mahu usaha ini terus diperkukuh agar pendidikan al-Quran yang bermula sejak usia kecil mempunyai kesinambungan hingga ke peringkat lebih tinggi.
Anak-anak inilah generasi yang bakal mewarisi masa depan Melaka. Justeru, dalam kita membina kemajuan negeri, jangan sesekali kita melupakan asas pendidikan dan pembentukan akhlak mereka. Kemajuan yang sebenar mesti seiring dengan lahirnya generasi yang berilmu, beradab dan berpegang teguh kepada nilai agama.
Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan menjadikan mereka generasi yang membawa kebaikan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
#khatamperdana
#pratahfizkemas
#kemas #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya turut berdukacita menerima khabar pemergian mendiang J. Samivel, atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Sam, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jasin hari ini.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang serta keluarga besar Pakatan Harapan dan KEADILAN Melaka atas kehilangan ini. Semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini.
Di kesempatan ini, saya juga ingin berpesan kepada seluruh jentera parti, tanpa mengira warna dan lambang perjuangan, agar sentiasa berhati-hati serta mengutamakan keselamatan sepanjang menjalankan tugas. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa dan keselamatan kita semua.
Semoga segala urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan seluruh petugas pilihan raya sentiasa berada dalam keadaan selamat. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Saya kongsikan antara hasil dan perkembangan yang dicapai sepanjang lawatan kerja saya ke Republik Türkiye baru-baru ini.
Alhamdulillah, pelbagai pertemuan dan perbincangan telah membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dua hala, meneroka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, TVET, teknologi serta kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.
Insya-Allah, segala usaha dan perancangan yang telah dirintis akan terus diberikan perhatian dan tindakan susulan sewajarnya agar kerjasama yang dibina ini dapat membuka lebih banyak peluang dan menyumbang kepada kemajuan serta masa depan Malaysia.
#malaysiaturkiye
#diplomasimalaysia
#turkiye2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐮𝐲𝐨𝐧𝐠, 𝐋𝐚𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚
Teruja saya melihat semangat anak-anak muda Duyong malam tadi yang tetap hadir beramai-ramai ke Jelajah Esports Melaka Biru 2026 walaupun dalam keadaan hujan.
Saya difahamkan seramai 3,200 orang peserta telah mendaftar dari seluruh DUN di Melaka bagi siri jelajah kali ini. Bagi saya, e-sports kini bukan lagi hanya hobi. Kalau digilap dengan betul, bakat anak-anak muda ini mampu pergi jauh, malah boleh menjadi sumber pendapatan.
Terima kasih kepada YB Helmy yang turut bersama-sama menyantuni anak-anak muda Duyong malam tadi. Nampaknya beliau memang dekat dengan anak-anak muda di sini. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh dan mendapat sokongan daripada anak-anak muda Duyong.
Terima kasih semua! Teruskanlah mengejar cita-cita. Insya-Allah, semoga yang terbaik buat anak-anak muda Duyong dan seluruh Melaka.
#jelajahesportsmelakabiru2026
#duyong #kitagengbiru
#gelombangbiru
#bnsayangrakyat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dari Tanjung Kling, saya meneruskan agenda di bumi Melaka dengan bersama-sama para pekebun kecil dalam Program Kemakmuran Pekebun Kecil dan Hari Terbuka RISDA Negeri Melaka 2026 di UCAM, Alor Gajah.
Saya memahami betapa besarnya cabaran yang para pekebun kecil ini hadapi, terutama apabila harga getah tidak menentu dan musim hujan menjejaskan pendapatan.
Sebab itu saya mahu RISDA terus memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan pekebun kecil mendapat pulangan yang lebih bermaruah. Usaha memperkukuh RISDA sebagai pembeli utama getah serta memperluas penggunaan teknologi baharu perlu diteruskan supaya hasil meningkat dan pendapatan mereka dapat dipertingkatkan.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh segala usaha yang telah dibina agar kemajuan sektor ini benar-benar membawa kesejahteraan kepada keluarga pekebun kecil, khususnya di bumi Melaka ini.
#risda #kkdw
#pekebunkecil
#risdamelaka
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢
Pertemuan bersama keluarga besar KEMAS Negeri Melaka di Tanjung Kling hari ini terasa sedikit istimewa. Semangat yang ditunjukkan cukup luar biasa, menggambarkan besarnya jiwa para pendidik yang saban hari mencurahkan bakti kepada anak-anak kita.
Bagi saya, jasa anggota KEMAS cukup besar. Daripada pendidikan awal hinggalah kepada latihan kemahiran, begitu ramai anak desa dan keluarga luar bandar mendapat manfaat daripada khidmat serta pengorbanan mereka.
Alhamdulillah, kita telah melihat pelbagai kemajuan termasuk peluasan kelas Pra-Tahfiz KEMAS serta inisiatif TABIKA Tunas Istimewa yang dirintis di Melaka. Sebab itu saya mahu usaha memperkukuh KEMAS terus diberikan perhatian, termasuk kebajikan dan masa depan kerjaya para anggotanya.
Apa yang baik kita teruskan, apa yang masih kurang kita perbaiki. Kemajuan yang telah dibina mesti terus diperkukuh agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai rakyat Melaka, khususnya generasi yang bakal mewarisi negeri ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KEMAS atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Insya-Allah, semoga setiap usaha kita terus diberkati demi masa depan anak-anak desa dan kesejahteraan rakyat Melaka keseluruhannya.
#kemas #kkdw
#kemasmelaka
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Esok, para pengundi awal di Melaka akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju negeri ini bagi lima tahun mendatang.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan dan semua yang layak mengundi awal. Terima kasih juga atas segala jasa dan pengorbanan saudara saudari yang terus berbakti demi keamanan serta kesejahteraan negara.
Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi masa depan Melaka dan generasi yang akan mewarisinya.
Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan dan semoga proses pengundian esok berjalan dengan lancar serta tertib.
📲 Maklumat Manifesto dan PRN Melaka Ke-16:
prnmelaka.com
📲 AI Chatbot BN (AIRA):
airabn.chat
#gelombangbiru
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat
#barisannasional
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐢 𝐇𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐫𝐢
Sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16 ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat Melaka untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih melalui laman web khas PRN Melaka yang telah disediakan.
Di sini, saudara saudari boleh mengenali calon-calon Barisan Nasional di setiap DUN, meneliti tawaran manifesto serta mendapatkan maklumat demografi pengundi di negeri Melaka.
Kita juga menyediakan AI Chatbot BN (AIRA) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan PRN Melaka melalui platform interaktif.
Manfaatkanlah kedua-dua platform ini sebagai sumber rujukan agar setiap maklumat yang diterima dapat diteliti dengan lebih jelas.
📲 Laman Web PRN Melaka:
prnmelaka.com
📲 AI Chatbot BN (AIRA):
airabn.chat
#prnmelaka
#bnsayangrakyat
#kitagengbiru
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Antara yang menarik dalam Manifesto Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk ditawarkan kepada rakyat Melaka.
Inilah komitmen kita dalam membawa agenda pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan demi masa depan negeri yang lebih baik.
Mana Lagi? Melaka Ler!
#manifestobnpn #prnmelaka #bnsayangrakyat
#gelombangbiru -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐢 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞: 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan rasmi empat hari saya ke Istanbul, Republik Türkiye.
Sebelum berangkat pulang, saya berkesempatan mengadakan sidang media bagi berkongsi hasil dan pencapaian sepanjang lawatan ini, khususnya dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Türkiye merentasi pelbagai bidang kerjasama.
Di sebalik setiap pertemuan, rundingan dan agenda rasmi, ada insan-insan yang tidak pernah jemu menjalankan tugas. Merekalah rakan-rakan media yang sentiasa komited memastikan setiap perkembangan lawatan ini sampai kepada rakyat di tanah air.
Walaupun jadual padat dan pergerakan silih berganti, mereka tetap memberikan yang terbaik. Saya amat menghargai profesionalisme, kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang berada di sini.
Terima kasih kepada seluruh rakan media. Sumbangan anda mungkin banyak berlaku di sebalik tabir, namun peranan anda cukup besar dalam memastikan rakyat terus mendapat maklumat.
Semoga Allah SWT mempermudah perjalanan pulang kita dan mengurniakan keselamatan kepada semua.
Dari Istanbul, kita pulang membawa pengalaman, amanah dan tekad untuk terus berbakti.
#malaysiaturkiye
#mediamalaysia
#istanbul2026
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Malam terakhir di Türkiye, saya meluangkan masa bersama anak-anak Malaysia yang sedang menuntut ilmu serta warga Kedutaan Malaysia dalam satu majlis makan malam di Istanbul. Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Seronok dapat bertemu, bertanya khabar dan mendengar sendiri pengalaman anak-anak Malaysia yang gigih menuntut ilmu di perantauan. Jauh daripada keluarga dan tanah air, namun tetap membawa harapan dan cita-cita besar untuk masa depan.
Lebih membanggakan, seramai 17 pelajar Malaysia merupakan kumpulan pertama penerima tajaan MARA yang melanjutkan pengajian di Sabancı University, Türkiye. Mereka kini mengikuti pelbagai bidang pengajian strategik dengan tempoh pengajian selama empat tahun, dan rata-ratanya baru sahaja memulakan semester pertama.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi pendidikan dengan Türkiye dan saya telah meminta MARA agar menggandakan bilangan ini pada tahun depan agar lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan antarabangsa.
Saya turut menitipkan pesanan agar mereka memanfaatkan setiap peluang untuk menimba ilmu, menguasai kemahiran baharu dan membina jaringan antarabangsa, tanpa melupakan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Kepada anak-anak Malaysia di Türkiye, teruskan melangkah dengan yakin. Tuntutlah ilmu setinggi mungkin, bina pengalaman seluas mungkin, dan suatu hari nanti pulanglah membawa kepakaran untuk menyumbang kepada negara.
Terima kasih kepada seluruh warga Kedutaan Malaysia, para pelajar dan semua yang menjayakan pertemuan penuh bermakna ini.
Walau sejauh mana kita merantau, Malaysia tetap di hati.
#anakmalaysia #malaysiaturkiye #mara #istanbul2026 #diplomasipendidikan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐊𝐋-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Sejurus selesai sesi meja bulat bersama Siyaset, Ekonomi ve Toplum Araştırmaları Vakfı (SETA) atau Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial di Istanbul, saya meneruskan agenda lawatan rasmi dengan menyaksikan pertukaran dua Surat Kerjasama (Letter of Cooperation - LOC) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan Sabancı University dan Yıldız Technical University (YTU), Türkiye.
Kerjasama dengan Sabancı University memberi tumpuan kepada pembangunan program akademik bersama, penyeliaan bersama di peringkat PhD serta penyelidikan dalam bidang bahan termaju, teknologi digital dan tenaga.
Sementara itu, kerjasama UniKL MIMET dengan Yıldız Technical University bakal membuka ruang lebih luas dalam bidang kejuruteraan marin, reka bentuk kapal dan penyelidikan teknologi maritim.
Alhamdulillah, kerjasama pendidikan MARA dengan Türkiye terus menunjukkan perkembangan positif. Ketika ini, 17 pelajar tajaan MARA sedang mengikuti pengajian di Sabancı University, termasuk dalam bidang kejuruteraan, mekatronik dan sains data.
Bagi saya, kerjasama ini bukan sekadar pertukaran dokumen, tetapi langkah strategik untuk memperluas akses pendidikan bertaraf antarabangsa, memperkukuh keupayaan penyelidikan tempatan dan melahirkan bakat yang mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Tahniah kepada MARA, UniKL dan kedua-dua universiti di Türkiye atas inisiatif ini.
#malaysiaturkiye #unikl #mara #pendidikantinggi #penyelidikanstrategik #pembangunanbakat #turkiye2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Saya berkesempatan menyertai Dialog Dasar Peringkat Tinggi bersama barisan penganalisis dan penyelidik Siyaset, Ekonomi ve Toplum Araştırmaları Vakfı (SETA) atau Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial, sebuah institusi pemikir terkemuka di Türkiye.
Perbincangan tertumpu kepada perkembangan geopolitik dunia, keselamatan serantau, kerjasama pertahanan serta peranan Malaysia dan Türkiye dalam menghadapi perubahan landskap antarabangsa.
Kami turut bertukar pandangan mengenai potensi memperkukuh hubungan ASEAN-Türkiye, pemindahan teknologi pertahanan, pembangunan modal insan serta peluasan kerjasama penyelidikan dasar antara institusi kedua-dua negara.
Dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu, negara tidak boleh sekadar menjadi pemerhati kepada perubahan geopolitik, sebaliknya mesti berupaya membaca perubahan, mempertahankan kepentingan nasional dan menentukan hala tujunya sendiri.
Saya percaya hubungan Malaysia-Türkiye perlu terus diperkukuh bukan sahaja melalui perdagangan dan pelaburan, tetapi juga menerusi perkongsian ilmu, kepakaran dan pemikiran strategik yang mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua negara.
Kerana dalam dunia yang sedang berubah, kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada apa yang dimilikinya, tetapi juga pada kebijaksanaannya menentukan masa depan.
#malaysiaturkiye
#diplomasistrategik
#seta -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤
Memulakan agenda hari ketiga lawatan kerja ke Türkiye dengan menerima kunjungan hormat Dato’ Cevdet Sefer, Konsul Kehormat Malaysia di Bursa, bagi meneroka peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan Türkiye.
Antara yang menjadi tumpuan ialah potensi pembangunan hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih kapal (MRO), selain kerjasama dalam industri pertahanan, kewangan Islam, teknologi dan industri halal.
Kami turut membincangkan peluang pemindahan teknologi serta pembangunan tenaga mahir tempatan melalui institusi seperti UniKL MIMET.
Bagi saya, kerjasama ekonomi yang bermakna bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi mesti turut membina kepakaran tempatan, memperkukuh keupayaan industri dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat.
Potensi ini akan terus diperhalusi bersama pihak industri dan institusi berkaitan agar dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang nyata.
#malaysiaturkiye
#diplomasiekonomi
#industrimaritim -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 - 𝐃𝐞𝐞𝐩𝐚𝐯𝐚𝐥𝐢 𝐍𝐚𝐥 𝐕𝐚𝐥𝐭𝐡𝐮𝐤𝐤𝐚𝐥
Saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia, khususnya buat keluarga besar saya di Bagan Datuk.
Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai. Walaupun datang daripada latar yang berbeza, tetapi kepelbagaian inilah yang mengajar kita untuk terus berkongsi kegembiraan, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama masyarakat.
Bersama-samalah kita terus memelihara keharmonian ini kerana di situlah letaknya kekuatan sebenar negara ini.
Happy Deepavali saya ucapkan buat semua yang menyambutnya. Semoga sambutan tahun ini membawa kebahagiaan dan kenangan yang indah bersama keluarga serta insan tersayang.
#deepavali2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃-𝟖: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Selesai pertemuan saya dengan Timbalan Perdana Menteri Lubnan, saya telah menerima kunjungan daripada TYT Duta Besar Sohail Mahmood, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Ekonomi D-8 yang ingin bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota, khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik global.
Perbincangan kami turut menyentuh mengenai potensi pasaran yang merangkumi lebih 1.2 bilion penduduk, D-8 mempunyai potensi besar untuk memperluas perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik antara negara anggota.
Saya juga telah mengetengahkan potensi kerjasama dalam industri halal, TVET, keterjaminan makanan serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar.
Saya percaya kekuatan D-8 bukan sekadar terletak pada saiz pasaran, tetapi pada keupayaan negara anggotanya menterjemahkan kerjasama kepada kemakmuran bersama. Malaysia akan terus komited memainkan peranan aktif bagi memastikan potensi ini dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat. Insya-Allah.
#d8 #kerjasamaekonomi
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐋𝐮𝐛𝐧𝐚𝐧: 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧
Keamanan bukan sekadar berakhirnya peperangan, tetapi bermulanya usaha membina semula kehidupan. Inilah antara perkara yang menjadi tumpuan ketika pertemuan saya bersama Timbalan Perdana Menteri Lubnan, TYT Dr. Tarek Mitri, selepas selesai menyertai TRT World Forum 2026 di Istanbul semalam.
Malaysia dan Lubnan mempunyai hubungan persahabatan yang cukup istimewa, khususnya melalui penglibatan pasukan pengaman negara, MALBATT, sejak tahun 2007. Hampir dua dekad, anggota kita telah memainkan peranan penting dalam menyokong keamanan dan kestabilan di selatan Lubnan.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai usaha pemulihan pascakonflik di Lubnan, termasuk pembangunan semula infrastruktur dan ekonomi komuniti, bantuan kemanusiaan, latihan kemahiran TVET serta kerjasama pertahanan bagi memperkukuh keupayaan dan daya tahan negara tersebut.
Saya percaya komitmen Malaysia terhadap Lubnan tidak akan terhenti dengan berakhirnya misi pengaman MALBATT. Sebaliknya, persahabatan ini perlu diteruskan melalui kerjasama yang membantu rakyat Lubnan membina semula kehidupan, memulihkan masa depan dan menikmati keamanan yang berkekalan.
#malaysialubnan
#trtworldforum2026
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sempena PRN Melaka Ke-16.
Bersama ini saya kongsikan antara 22 komitmen utama yang digariskan dalam manifesto ini, merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat termasuk kebajikan, perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.
Insya-Allah, semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan memberkati setiap usaha yang dirancang demi kesejahteraan rakyat serta masa depan bumi Melaka yang kita cintai ini.
#bnsayangrakyat
#kitagengbiru
#muafakatmelaka
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞: 𝐄𝐧𝐚𝐦 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sejurus selepas kunjungan hormat ke atas Presiden Recep Tayyip Erdoğan semalam, saya telah menyertai TRT World Forum 2026 sebagai ahli panel bagi sesi “Türkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor”, dengan berkongsi perspektif Malaysia mengenai peranan Türkiye sebagai kuasa strategik di persimpangan Eropah, Asia Barat dan Asia Tengah.
Saya telah menekankan kepentingan memperluas kerjasama kedua-dua negara melangkaui perdagangan, khususnya dalam industri pertahanan, teknologi, TVET dan industri halal, di samping memperkukuh hubungan strategik Türkiye dengan ASEAN.
Saya percaya Türkiye mampu memainkan peranan penting sebagai kuasa pengimbang dalam landskap geopolitik dunia, manakala Malaysia akan terus menjadi rakan strategik yang komited bagi memperkukuh kerjasama demi keamanan dan kemakmuran bersama.
#trtworldforum2026
#malaysiaturkiye
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Alhamdulillah, dalam rangka lawatan kerja saya ke Republik Türkiye, saya berkesempatan mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden Republik Türkiye, TYT Recep Tayyip Erdoğan, sejurus selepas menghadiri Majlis Perasmian TRT World Forum 2026 di Istanbul Congress Centre, semalam.
Pertemuan yang cukup bermakna ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Türkiye, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pemindahan teknologi, TVET, pembangunan industri halal serta pengurusan bencana yang mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan bersama.
Kami turut menyentuh perkembangan geopolitik semasa, khususnya isu Palestin dan keamanan serantau, selain kepentingan memperkukuh hubungan ASEAN-Türkiye serta memperluas kerjasama diplomatik dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks.
Saya percaya hubungan diplomatik yang kukuh perlu dibina atas keakraban antara pemimpin, serta diterjemahkan melalui kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat.
Semoga persahabatan erat Malaysia-Türkiye terus diperkukuh demi kemakmuran bersama, sekali gus memperteguh suara kedua-dua negara dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan di pentas dunia.
#malaysiaturkiye
#trtworldforum2026
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐃𝐨𝐥𝐦𝐚𝐛𝐚𝐡𝐜̧𝐞, 𝐈𝐬𝐭𝐚𝐧𝐛𝐮𝐥
Alhamdulillah, di sela-sela jadual lawatan kerja yang padat hari ini, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah tempatan di Masjid Dolmabahçe, Istanbul.
Masjid yang tersergam indah di pesisir Selat Bosphorus ini mempunyai sejarah yang cukup menarik. Ada ketenangan tersendiri apabila dapat berhenti seketika daripada urusan rasmi untuk bersama-sama menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim, lebih-lebih lagi di sebuah masjid yang sarat dengan sejarah dan warisan peradaban Islam.
Semoga Allah SWT memberkati segala urusan kita, memelihara ukhuwah sesama umat Islam dan mengurniakan kesejahteraan kepada seluruh saudara seagama, walau di mana jua mereka berada.
Salam Jumaat dari Istanbul.
#sayyidulayyam
#istanbul
#malaysiaturkiye -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Dalam rangka lawatan ke Türkiye hari ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Dr. Erol Özvar, Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Türkiye (YÖK). Kami bertukar pandangan mengenai peranan pendidikan tinggi dan TVET dalam memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia–Türkiye.
Berlandaskan 99 jalinan kerjasama antara institusi kedua-dua negara, kami membincangkan peluang untuk memperluas pertukaran pelajar dan pensyarah serta penyelidikan bersama. Selaku Pengerusi Majlis TVET Negara, saya turut menggariskan keutamaan Malaysia dalam latihan tenaga pengajar, penempatan industri dan pensijilan bersama.
Saya yakin hubungan erat Malaysia dan Türkiye dapat diterjemahkan kepada lebih banyak peluang untuk generasi muda kedua-dua negara menimba ilmu, menguasai kemahiran dan membina kerjaya dalam industri berteknologi tinggi.
#pendidikantinggi #tvet
#malaysiaturkiye -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐦𝐮 𝐁𝐮𝐚𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐝𝐨𝐥𝐮 𝐀𝐣𝐚𝐧𝐬ı
Saya memulakan hari kedua lawatan kerja rasmi di Istanbul, Republik Türkiye dengan memenuhi sesi temu bual khas bersama Anadolu Ajansı, agensi berita nasional Türkiye, bagi berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia-Türkiye serta beberapa perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.
Sesi ini menjadi ruang yang baik untuk mengetengahkan perspektif Malaysia mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama, di samping berkongsi pandangan tentang kepentingan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Bagi saya, hubungan Malaysia dan Türkiye yang telah lama terjalin perlu terus diperkukuh agar persahabatan dan kerjasama strategik ini dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih luas, khususnya untuk rakyat kedua-dua negara.
Insya-Allah, semoga setiap ruang pertemuan dan perbincangan sepanjang lawatan ini membuka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa kebaikan kepada Malaysia.
#malaysiaturkiye -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Allah SWT telah memuliakan setiap insan sebagai sebaik-baik kejadian. Justeru, hargailah nikmat kehidupan, peliharalah maruah sesama manusia dan gunakanlah segala kelebihan yang dikurniakan untuk membawa kebaikan.
Semoga kita sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur dan menghormati sesama insan.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Patik serta sekalian rakyat merafak sembah dan mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, usia yang diberkati serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT.
Patik turut mendoakan semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh rakyat.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan majlis pada petang ini dan mengurniakan yang terbaik buat rakyat serta masa depan bumi Melaka yang kita cintai. 🤲🏻
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Saya memulakan agenda di Republik Türkiye dengan mempengerusikan Mesyuarat Pre-Council bersama delegasi Malaysia. Banyak perkara diperhalusi, khususnya usaha memperluas kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, TVET, pendidikan tinggi, industri halal dan pengurusan bencana. Kita mahu hubungan Malaysia-Türkiye terus berkembang daripada persahabatan yang erat kepada kerjasama yang membawa hasil.
Antara agenda penting lawatan ini ialah penyertaan saya sebagai panel dalam TRT World Forum 2026 bagi membicarakan topik “Türkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor”. Inilah peluang untuk Malaysia berkongsi pandangan di pentas antarabangsa, khususnya mengenai peranan negara-negara seperti Malaysia dan Türkiye dalam dunia yang semakin mencabar.
Beberapa pertemuan dua hala dan sesi libat urus strategik turut diatur sepanjang lawatan ini. Malaysia dan Türkiye bukanlah sahabat baharu. Kita pernah bersama dalam saat-saat sukar, termasuk ketika tragedi gempa bumi 2023. Kini, persahabatan yang dibina atas kepercayaan dan semangat persaudaraan ini mahu kita bawa ke tahap yang lebih tinggi.
Bagi saya, lawatan ini bukan soal sejauh mana kita pergi atau berapa banyak tangan yang dijabat. Yang lebih penting, apa yang dapat kita bawa pulang untuk rakyat dan negara.
Itulah misi kita di Istanbul. Insya-Allah, semoga setiap usaha ini membuka lebih banyak pintu peluang dan membawa manfaat yang berpanjangan.
#malaysiaturkiye
#trtworldforum2026
#istanbul -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Saya dan isteri menerima khabar duka atas pemergian Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar, ibunda kepada Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib.
Saya sempat menghubungi Dato’ Nizar sebentar tadi untuk menyampaikan sendiri salam takziah kami kepada beliau dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan yang amat dikasihi.
Kehilangan seorang ibu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kami mendoakan semoga Nizar dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐈𝐬𝐭𝐚𝐧𝐛𝐮𝐥, 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Istanbul bagi memulakan lawatan rasmi ke Republik Türkiye bermula 5 hingga 8 November 2026, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan Türkiye.
Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 3.30 pagi waktu tempatan disambut oleh TYT Adlan Mohd Shaffieq, Duta Besar Malaysia ke Republik Türkiye.
Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan ucapan pada sesi awam dan menjadi salah seorang ahli panel bagi sesi bertajuk “Türkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor” dalam TRT World Forum Edisi ke-10 di Istanbul Congress Centre.
Mohon doakan agar segala urusan sepanjang lawatan rasmi ini dipermudahkan dan setiap pertemuan yang dirancang dapat membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Türkiye, sekali gus membawa manfaat yang berpanjangan kepada kedua-dua negara.
#malaysiaturkiye
#istanbul
#turkiye2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Hari ini di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan untuk terus menyelaras usaha pembangunan sukan negara secara lebih menyeluruh merentas kementerian dan agensi.
Bagi saya, pembangunan sukan tidak boleh bergerak secara silo. Kita perlu terus menggunakan pendekatan whole-of-nation dalam menyatukan kekuatan Kerajaan, persatuan sukan, institusi, sektor swasta dan semua pihak yang berkepentingan.
Saya turut menegaskan bahawa setiap program selepas ini mesti mempunyai ukuran keberhasilan yang jelas. Setiap usaha yang dilaksanakan perlu benar-benar memberi kesan, sama ada kepada prestasi atlet, pembangunan bakat, kesihatan rakyat, komuniti mahupun ekonomi negara.
Alhamdulillah, sukan negara terus mencatat pelbagai pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun ini. Insya-Allah, momentum ini akan terus kita perkukuh dengan pelaksanaan yang lebih tersusun, kerana apabila sukan negara hebat, nama Malaysia juga akan terus harum di pentas dunia.
#pembangunansukan
#sukanmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐠
Saya menutup agenda di Melaka hari ini dengan menyempurnakan Program Salam Agrikomoditi dan meluangkan masa bersama para pekebun kecil yang turut hadir memeriahkan program ini.
Sumbangan para pekebun kecil kepada sektor agrikomoditi negara amat besar. Hasil usaha dan titik peluh merekalah yang menjadi sumber rezeki kepada begitu ramai keluarga serta turut menggerakkan rantaian ekonomi negara.
Sebab itu saya melihat usaha meningkatkan produktiviti, pendapatan dan peluang pasaran kepada pekebun kecil serta pengusaha tempatan mesti terus diberikan perhatian.
Insya-Allah, kita mahu kekuatan sektor ini terus memberi manfaat kepada rakyat dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi Melaka serta negara.
#salamagrikomoditi
#agrikomoditi
#pekebunkecil
#melaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧
Saya cukup teruja dapat bersama mahasiswa UiTM Melaka dalam Program Apa Khabar Mahasiswa di UiTM Kampus Alor Gajah sebentar tadi.
Alhamdulillah, saya sentiasa menghargai peluang untuk duduk dekat dengan mahasiswa.. mendengar pandangan dan memahami hasrat mereka tentang masa depan. Daripada peluang pekerjaan dan TVET hinggalah kepada perkembangan teknologi, semuanya memperlihatkan betapa besarnya potensi generasi muda kita.
Saya juga sempat berkongsi mengenai peluang masa depan yang tidak lagi terikat kepada satu laluan. Sama ada melalui pendidikan akademik, TVET atau keusahawanan, setiap anak muda berhak diberikan ruang dan peluang untuk membina kejayaan mengikut minat dan kemampuan masing-masing.
Melaka mempunyai masa depan yang cukup besar di tangan generasi mudanya. Justeru, segala kemajuan yang telah kita bina mesti terus dipelihara dan diperkukuh, agar anak-anak muda hari ini dapat mewarisi sebuah negeri yang lebih maju, stabil dan penuh dengan peluang.
Insya-Allah, dengan bakat dan semangat yang mereka miliki.. saya yakin anak muda Melaka mampu membawa negeri bertuah ini terus maju dan berdiri dengan lebih yakin di pentas dunia.
#apakhabarmahasiswa
#uitm #uitmmelaka
#tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 & 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀
Setiap kali berpeluang bersama anak-anak muda dalam Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA, saya sentiasa teruja melihat semangat dan cita-cita besar yang mereka bawa.
Hari ini di Jasin, saya berpesan kepada anak-anak Melaka supaya jangan takut untuk memilih laluan yang sesuai dengan minat dan kebolehan sendiri. Dunia pekerjaan sedang berubah dengan pantas dan kita mahu mereka bersedia dengan kemahiran, kepakaran serta pengalaman yang benar-benar diperlukan industri.
Melaka hari ini sedang berkembang dengan pelaburan baharu dan peluang pekerjaan yang semakin luas. Saya mahu anak-anak Melaka bersedia lebih awal supaya apabila pintu industri dibuka, merekalah antara yang pertama melangkah masuk dan membina kerjaya di negeri sendiri.
Ayahanda mahu suatu hari nanti, dari bumi Melaka ini lahir lebih ramai pakar AI, jurutera, pencipta teknologi dan usahawan yang mampu pergi jauh.
Bila orang tanya, dari mana datangnya mereka ini?
Dengan bangga kita boleh jawab.. “Dari Melaka ler!”
#tvetmara
#mara #kkdw
#tvetmalaysia
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Saya telah mempengerusikan mesyuarat Malaysia-China Cooperation in Investment, Trade and Economic Empowerment di Kuala Lumpur bersama 58 orang delegasi perniagaan dari China.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan daripada beberapa siri perbincangan yang saya adakan ketika lawatan kerja ke Beijing dan Tianjin baru-baru ini.
Alhamdulillah, terdapat beberapa potensi pelaburan baharu yang sedang dikenal pasti dalam sektor bernilai tinggi termasuk E&E dan semikonduktor, teknologi, bahan industri, pemprosesan makanan dan halal, teknologi kesihatan serta pelancongan.
Insya-Allah, beberapa potensi ini akan diperhalusi lagi melalui sesi ‘business matching’ dan libat urus bersama agensi berkaitan termasuk MIDA serta rakan industri tempatan supaya peluang yang ada dapat diterjemahkan kepada pelaburan sebenar yang memberi manfaat kepada Malaysia.
#malaysiachina
#investment #trade
#economicempowerment -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Seronok saya menerima kunjungan anak-anak hebat MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen sebentar tadi, selepas mereka mencipta kejayaan sebagai juara kategori sekolah menengah Junior Innovathon 2026 menerusi inovasi Roadbloc.
Sebagai institusi di bawah MARA dan KKDW, kejayaan ini tentu cukup membanggakan. Inilah yang kita mahu lihat daripada anak-anak MRSM yang bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi berani bereksperimen dan menghasilkan penyelesaian melalui teknologi serta inovasi.
Bagi saya, program seperti Junior Innovathon sangat baik untuk menyungkil bakat generasi muda dan membina minat mereka terhadap bidang TVET, teknologi serta inovasi sejak di bangku sekolah lagi.
Tahniah saya ucapkan kepada Team Robotiyaz, para guru yang membimbing dan seluruh warga MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Insya-Allah, saya yakin lebih ramai anak muda kita mampu pergi jauh dan berdiri sebaris dengan yang terbaik di dunia.
#mrsm #mara
#kkdw #pejuangdesa
#juniorinnovathon2026
#tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari tu cucu ajak atuk pergi tengok Hot Wheels, kali ini giliran atuk pula ajak cucu-cucu ikut menyaksikan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
MotoGP ini memang dekat dengan saya. Setiap tahun kalau ada kesempatan, memang saya cuba untuk tidak terlepas menyaksikannya sendiri.
Alhamdulillah, seronok bila dapat bawa keluarga sekali. Sekali-sekala atuk pula pilih aktiviti, tetapi apa pun.. masa bersama cucu-cucu ini memang paling berharga.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang menjayakan penganjuran tahun ini, khususnya KBS dan Litar Antarabangsa Sepang. Semoga MotoGP Malaysia terus menjadi antara acara sukan permotoran yang dinanti-nantikan setiap tahun.
#motogp
#petronasmalaysiangp
#sepangcircuit
#sukanpermotoran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Salam takziah saya ucapkan kepada Timbalan Presiden MCA, Dato’ Dr. Mah Hang Soon serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ibunda tercinta, mendiang Lee Kee Hiong.
Sesungguhnya, kehilangan seorang ibu adalah satu kehilangan yang amat besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan seluruh keluarga besar Barisan Nasional turut berdukacita atas pemergian ini.
Sama-sama kita mendoakan semoga Dato’ Dr. Mah Hang Soon dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
Salam takziah daripada kami seluruh keluarga Barisan Nasional. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐢
Bangga saya menerima khabar kejayaan anak-anak MRSM Bagan Datuk daripada Team InnovateZ yang muncul juara Samsung Solve for Tomorrow 2026.
Lebih membanggakan, mereka bukan hanya menghasilkan inovasi untuk pertandingan. Mereka mencipta TheVisionSense.. sebuah alat bantuan pintar menggunakan teknologi LiDAR dan sensor ultrasound bagi membantu golongan masalah penglihatan bergerak dengan lebih selamat dan berdikari.
Alhamdulillah, inilah potensi anak-anak Bagan Datuk yang saya sentiasa percaya apabila diberikan ruang, bimbingan dan peluang, mereka mampu menghasilkan idea yang bukan sahaja hebat dari sudut teknologi, tetapi turut memberi manfaat kepada kehidupan orang lain.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh Team InnovateZ, guru-guru yang membimbing serta ibu bapa yang tidak pernah putus memberikan sokongan. Kemenangan ini satu kebanggaan buat seluruh warga Bagan Datuk.
Insya-Allah, saya yakin anak-anak Bagan Datuk akan terus membuktikan bahawa dengan ilmu dan keberanian untuk mencuba, mereka mampu berdiri sebaris dengan yang terbaik di dunia.
#bagandatuk
#mrsmbagandatuk
#teaminnovatez
#bagandatukori
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya kembali ke kampung halaman bersama dengan masyarakat India di Bagan Datuk dalam Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.
Melihat kemesraan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat mengingatkan kita bahawa keharmonian bukan sekadar dibina melalui kata-kata, tetapi melalui keikhlasan kita untuk saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu sama lain.
Inilah nilai yang perlu terus kita pelihara demi memastikan Bagan Datuk kekal sebagai sebuah komuniti yang bersatu dan harmoni.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga perayaan Deepavali membawa sinar kebahagiaan buat semua.
Happy Deepavali!
#deepavali2026
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sanah helwah buat suri hatiku, Hamidah binti Khamis.
Terima kasih kerana terus menjadi peneman setia dan insan yang sentiasa melengkapi setiap perjalanan hidup ini.
Moga Allah SWT terus mengurniakanmu kesihatan dan usia yang diberkati, serta memelihara rumah tangga kita dengan mawaddah, sakinah dan rahmah hingga ke jannah-Nya, insya-Allah.
بَارَكَ اللهُ فِي عُمْرِكِ
Still grateful for you and still praying for more beautiful years together. 🤍 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Di bumi Melaka hari ini, saya berkesempatan bersama dengan warga KEMAS, ibu bapa dan anak-anak dalam Program GEMA Peringkat Negeri Melaka di FELCRA Ramuan China.
Alhamdulillah, seronok melihat anak-anak TABIKA KEMAS begitu bersemangat. Dalam usia yang masih kecil, mereka bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu, malah turut dibimbing mendekati dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran melalui inisiatif Pra Tahfiz KEMAS.
Bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bermula daripada asas yang kukuh, iaitu keluarga yang sejahtera dan generasi yang dibentuk dengan ilmu, akhlak serta jati diri sejak usia awal.
Melaka mempunyai asas dan potensi yang cukup besar untuk terus melangkah ke hadapan. Apa yang telah kita bina dengan baik perlu terus dipelihara dan diperkukuh supaya kemajuan serta kesejahteraan negeri ini dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.
Insya-Allah, kita mahu melihat anak-anak Melaka hari ini membesar menjadi generasi yang bukan sahaja berjaya, tetapi turut mampu membawa negeri ini lebih jauh pada masa hadapan.
Mana lagi? Melaka ler!
#gema #kemas
#pratahfizkemas
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐒𝐢𝐚𝐩 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐡𝐮𝐭 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧
Semangat luar biasa keluarga besar Barisan Nasional jelas terpancar di DUN Tanjung Bidara! Pagi tadi, saya telah hadir memberikan sokongan dan mengiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka.
Inilah semangat sebuah pasukan yang tidak pernah gentar menghadapi cabaran. Kita datang dengan tekad yang satu, saf yang tersusun dan matlamat yang jelas.. terus berjuang demi rakyat dan masa depan Negeri Melaka.
Insya-Allah. Kita bersama mara, kita terus bekerja dan kita berjuang sehingga mencapai kemenangan yang didambakan.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan calon dan seluruh jentera kami. Berkatilah setiap usaha dan pengorbanan mereka, serta kurniakanlah kepada kami kejayaan bagi membawa kebaikan buat rakyat dan negeri Melaka. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kita Geng Biru!
#gelombangbiru
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat
#barisannasional
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam tadi saya meluangkan masa menyaksikan pementasan Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota di Istana Budaya.
Sebagai anak jati Bagan Datuk, karya yang mengangkat kisah dan warisan negeri Perak tentu memberikan rasa yang cukup istimewa buat saya. Karya ini membawa kita kembali menyelami sejarah dan warisan negeri ini melalui seni bangsawan yang dipersembahkan dengan sentuhan moden.
Bagi saya, inilah antara cara terbaik untuk sejarah dan khazanah budaya kita terus dikenali dan dihargai oleh generasi hari ini.
Saya amat menghargai usaha para penggiat seni yang terus mengangkat karya tempatan sebegini. Apatah lagi dalam Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 ini, kekayaan seni dan budaya kita juga merupakan antara wajah Malaysia yang wajar diperkenalkan kepada dunia.
Insya-Allah, selagi ada karya yang membawa sejarah dan jati diri bangsa ke pentas, selagi itu khazanah kita akan terus bernyawa dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Pementasan Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota masih berlangsung di Istana Budaya sehingga 1 November 2026. Kepada yang berkelapangan, jemputlah datang menyaksikan sendiri karya ini. Bersama-sama kita terus menyokong karya serta penggiat seni tempatan.
#betingberasbasah
#istanabudaya
#warisanperak
#visitmalaysia20262027 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐅𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Hubungan di antara Malaysia dan China bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1974, persahabatan antara kedua-dua negara terus berkembang dan kini ianya sudah memasuki tahun ke-52.
Banyak yang sempat saya bualkan bersama barisan delegasi China yang hadir sebentar tadi. Kebetulan saya sendiri baru sahaja pulang daripada lawatan kerja rasmi ke Beijing dan Tianjin, jadi banyak perkara yang dapat dikongsi dan disambung daripada pertemuan-pertemuan yang berlangsung di sana.
Insya-Allah, saya berharap hubungan Malaysia-China akan terus diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat dan membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Allah SWT mengingatkan kita bahawa setiap insan pasti diuji dengan ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa dan hasil kehidupan. Namun, di sebalik setiap ujian, kesabaran dan keimanan menjadi kekuatan untuk terus melangkah dengan penuh pengharapan kepada-Nya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita hati yang sabar, jiwa yang tabah dan kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan penuh reda.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐆𝐏
Malam tadi memang best dapat duduk sepentas dengan legenda dan ikon sukan permotoran negara yang sesiapa kalau minat sukan permotoran, pasti kenal dengan mereka ini.
Alhamdulillah, teruja saya dapat mendengar sendiri cerita dan pengalaman mereka sambil bertukar pandangan serta sembang santai tentang dunia permotoran yang memang sudah lama saya minati sejak zaman universiti lagi.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bersama-sama pada malam tadi. Saya juga sempat berkongsi tentang TVET dan peluang yang ada dalam bidang automotif serta permotoran.
Hasrat saya, insya-Allah kita mahu melihat lebih ramai anak Malaysia berada di barisan hadapan MotoGP.. bukan sahaja sebagai pelumba tetapi juga sebagai mekanik, juruteknik dan tenaga teknikal yang berdiri sebaris dengan yang terbaik di dunia.
That would be something special for all of us.
#motogp
#sukanpermotoran
#tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐇𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐮𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐲𝐚: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧
Jelajah saya bertemu keluarga besar UMNO di bumi Melaka diteruskan bersama kepimpinan dan jentera UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya.
Saya amat menghargai semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri serta jentera akar umbi dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi PRN Melaka di sini.
Pesan saya, teruslah bekerja dengan penuh kesungguhan. Kukuhkan kesatuan.. perkemaskan gerak kerja dan dekatilah rakyat dengan hati yang ikhlas.
Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan kerja kuat.. kita akan terus melangkah penuh yakin bagi memenangkan DUN Pengkalan Batu dan Ayer Molek.
#umnohangtuahjaya
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡, 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐃𝐞𝐬𝐚
Hari ini saya telah hadir menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, sekali gus mengumumkan agihan keuntungan berjumlah RM190.6 juta, meningkat 50.2 peratus berbanding agihan terdahulu.
Alhamdulillah, menerusi pengumuman ini, agihan keuntungan bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026 ini bakal memberi manfaat kepada hampir 72,000 peserta melibatkan 734 projek di seluruh negara, dengan pembayaran kepada peserta yang layak dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini.
Besar harapan saya agar tanah yang dahulunya menjadi tempat ibu bapa kita mencari rezeki, hari ini menjadi asas untuk para peserta dan anak-anak FELCRA membina masa depan yang lebih cerah.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh ekosistem FELCRA agar kemakmuran yang dibina hari ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Mana lagi? Melaka ler!
#felcra
#kkdw
#pembangunanluarbandar
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Semasa di Parlimen sebentar tadi, saya telah menerima kunjungan hormat daripada tiga Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang akan memulakan penugasan masing-masing di Kanada, Belgium dan Republik Islam Iran.
Saya percaya pengalaman serta kepakaran yang dimiliki oleh TYT Ambassador John K. Samuel, TYT Ambassador Shaiful Anuar bin Mohammad dan TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid akan membantu memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara penempatan masing-masing.
Selamat menjalankan tugas saya ucapkan. Sama-sama kita mendoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan amanah ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi Malaysia yang kita sayangi.
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dont worry. All is well.
Kita Geng Biru. 💙 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧
Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan mesti kekal menjadi keutamaan, dalam masa yang sama keperluan sebenar industri juga perlu terus diambil kira.
Prinsip inilah yang saya tekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing Kali Ke-3 di Parlimen sebentar tadi.
Kerajaan akan terus melaksanakan usaha untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing secara berperingkat, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Saya juga telah meneliti maklum balas daripada semua Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam ekosistem penggajian pekerja asing. Dalam hal ini, kita semua bersetuju bahawa pendekatan collective-decision diperlukan bagi menangani sebarang isu dan cabaran dalam mengurus mekanisme kuota dan kawalan siling Penggajian Pekerja Asing supaya peluang pekerjaan rakyat tempatan kekal menjadi keutamaan kita.
Insya-Allah, kita akan terus memastikan setiap dasar yang dilaksanakan mampu memperkukuh peluang pekerjaan rakyat tempatan yang menyokong keperluan industri sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡: 𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Malam tadi, saya meneruskan siri pertemuan bersama keluarga besar UMNO Bahagian Masjid Tanah yang hadir dengan semangat perjuangan yang cukup luar biasa.
Alhamdulillah pada PRN yang lalu, kelima-lima DUN di Masjid Tanah berjaya kita menangi. Namun, kemenangan itu membawa satu amanah yang jauh lebih besar. Seperti yang sering saya ingatkan.. untuk mencapai kejayaan itu sukar, tetapi mempertahankan kejayaan jauh lebih sukar.
Sebab itu saya berpesan kepada seluruh jentera, jangan sesekali berasa selesa. Gandakan usaha.. terus dekati rakyat dan ceritakan segala kejayaan serta khidmat bakti Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Kita mempunyai track record yang baik untuk diketengahkan kepada rakyat Melaka.
Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, lima DUN yang telah kita menangi akan terus kita pertahankan. Dari Kuala Linggi hingga Taboh Naning, biarlah Gelombang Biru terus teguh di bumi Masjid Tanah.
Mana Lagi? Melaka Ler!
#umnomasjidtanah
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧
Petang tadi, saya meluangkan masa bersama keluarga besar UMNO Bahagian Kota Melaka bagi memperkukuh kesiapsiagaan jentera menghadapi PRN Melaka yang bakal tiba.
Saya amat menghargai semangat kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta seluruh jentera UMNO Kota Melaka yang terus teguh di peringkat akar umbi.
Kalau beginilah semangatnya, insya-Allah saya yakin Telok Mas dan Duyong mampu kita pertahankan. Namun, jangan sesekali berasa selesa. Kepercayaan rakyat mesti terus dibina melalui kerja dan bakti.
Terima kasih keluarga besar UMNO Kota Melaka. Ayuh kita terus mara dengan satu tekad, mempertahankan kemenangan dan terus mengangkat kekuatan Barisan Nasional di bumi Melaka!
#telukmas #duyong
#umnokotamelaka
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭
Saya meneruskan agenda di Melaka hari ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Kemajuan Masyarakat KEMAS 2026.
Bila bercakap tentang KEMAS, saya melihat sebuah institusi yang sudah terlalu lama dekat dengan kehidupan masyarakat. Dari pendidikan awal anak-anak, kemahiran keluarga, keusahawanan desa hinggalah pembangunan komuniti, sentuhan KEMAS ada di banyak lapisan kehidupan rakyat.
Di Melaka hari ini, saya telah menyeru agar kekuatan komuniti ini terus diperkukuh. KEMAS bersama kepimpinan setempat termasuk JPKK mesti menjadi penghubung yang benar-benar memahami keperluan rakyat, mendengar suara mereka dan membantu memastikan setiap program sampai kepada komuniti yang memerlukan.
Dalam masa yang sama, saya juga mahu KEMAS terus bergerak mengikut perubahan zaman. Pendidikan awal perlu membina ilmu, akhlak dan jati diri, manakala program kemahiran serta keusahawanan mesti membantu masyarakat meningkatkan pendapatan dan berdikari.
Saya berharap konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini tidak berakhir setakat perbincangan. Segala resolusi ini mesti diterjemahkan kepada tindakan yang jelas dan benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat.
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#disinibermula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐄𝐋𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚
Teruja saya dapat bersama anak-anak muda UTeM dan para peserta JELITA Open Day 12 Hours Sprint Training di Dewan Canselor UTeM sebentar tadi.
Saya sentiasa percaya kepada kemampuan wanita. Dengan kemahiran dan kepakaran yang betul, saya yakin mereka mampu membina kerjaya, mengembangkan perniagaan dan membuka peluang kepada orang lain. Sebab itu saya selalu katakan, “skills are the new currency”.
Saya juga bangga melihat usaha yang sedang digerakkan di Melaka untuk memperkasa kaum wanita. Ribuan wanita telah mendapat manfaat daripada pelbagai program pembangunan usahawan, dan usaha seperti ini mesti terus diperluaskan supaya lebih ramai wanita mampu meningkatkan pendapatan serta membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka.
Kepada semua peserta JELITA hari ini, jangan biarkan keraguan mengecilkan cita-cita saudari. Mulakan dengan satu kemahiran, bina keyakinan dan teruskan sehingga satu hari nanti saudari pula mampu membuka jalan untuk orang lain.
Insya-Allah, saya yakin wanita Melaka mempunyai kekuatan dan potensi yang cukup besar untuk terus maju bersama negeri ini.
#jelita
#tvetmalaysia
#jompilihtvet
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐.𝟎 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧
Hari ini kita telah melaksanakan Mesyuarat Majlis TVET Negara di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), salah satu daripada enam universiti teknikal utama dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN).
Alhamdulillah, Majlis TVET Negara terus menjadi antara platform utama yang menggerakkan dan menyelaras hala tuju TVET nasional supaya segala usaha pembangunan kemahiran benar-benar bergerak seiring dengan keperluan industri dan masa hadapan negara.
Antara yang diberikan perhatian hari ini ialah pembangunan TVET 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2035 serta cadangan National Competency Index (NCI) bagi membantu kita mengenal pasti jurang kemahiran, memahami tahap kompetensi tenaga kerja dan merancang latihan berdasarkan keperluan sebenar industri.
Insya-Allah, kita mahu TVET terus berkembang sebagai pilihan utama kerjaya dan melahirkan tenaga kerja Malaysia yang kompeten, berdaya saing serta bersedia menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi masa hadapan.
#tvetmalaysia
#majlistvetnegara
#tvet2.0
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula hari ini, 27 Oktober 2026 dan berterusan sehingga Mac 2027.
Menurut MET Malaysia, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027 yang boleh meningkatkan risiko banjir khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Angin kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.
Justeru, saya menyeru semua rakyat khususnya mereka yang berada di kawasan berisiko, supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti ramalan serta amaran cuaca semasa.
Elakkan berada di kawasan yang mudah dinaiki air, jangan mengambil risiko meredah banjir dan patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah.
Pastikan juga dokumen penting, ubat-ubatan, keperluan asas dan nombor kecemasan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia. Keselamatan diri dan keluarga mesti menjadi keutamaan.
Insya-Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang musibah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Sumber : @metmalaysia
#monsuntimurlaut
#mtl2026
#metmalaysia
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐀𝐋𝐁: 𝐁𝐢𝐚𝐫 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat sebentar tadi, saya telah menjelaskan kedudukan sebenar pengurusan kewangan dan pelaksanaan Program Jalan Luar Bandar (JALB) di KKDW.
Saya berharap penjelasan yang telah diberikan dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan membolehkan isu ini dinilai berdasarkan fakta yang lengkap. Setiap peruntukan dan penyelarasan tetap melalui proses serta tatacara kewangan Kerajaan yang ditetapkan.
Yang paling penting, JALB ini adalah untuk rakyat di pedesaan. Apabila projek tertangguh, rakyat juga yang menunggu. Sebab itu kita mesti pastikan wang awam diurus dengan baik dan projek yang diperlukan rakyat dapat disiapkan.
Biarlah fakta yang menjawab. Cukup-cukuplah dengan persepsi yang mengelirukan.
#jalb #kkdw
#pejuangdesa
#dewanrakyat
#parlimenmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dengan kesatuan hati, semangat yang membara dan usaha berterusan, kita akan berjuang sedaya upaya demi memastikan kemenangan Barisan Nasional demi masa depan Melaka yang gemilang...
Kita lawan… LAWAN SAMPAI MENANG!
Mana Lagi? Melaka Ler!
#gelombangbiru
#kitagengbiru
#barisannasional
#melakaler -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Patik mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Baginda Tuanku kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta kekuatan untuk terus memayungi negeri dan rakyat Selangor dengan kebijaksanaan dan kasih terhadap seluruh rakyat.
Semoga negeri Selangor terus berada dalam lindungan-Nya, aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Baginda Tuanku.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧
Anak desa juga mesti mempunyai ruang untuk menguasai teknologi, membina kepakaran dan berdiri sama tinggi di pentas dunia.
Inilah antara perkara yang saya tekankan ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 di Sungai Besar sebentar tadi.
Saya mahu TVET membuka lebih banyak jalan kepada anak-anak muda kita. Bermula dengan kemahiran yang dibina menjadi kepakaran, seterusnya membuka peluang kepada pekerjaan bergaji premium, membina perusahaan sendiri dan akhirnya menerajui industri.
Justeru, saya telah menggariskan tiga inisiatif strategik TVET KKDW bagi memastikan hala tuju ini diterjemahkan kepada pelaksanaan yang lebih berkesan iaitu Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW untuk memperkukuh padanan pekerjaan dan gaji permulaan yang setimpal; TVET Jana Desa bagi membantu graduan membina perusahaan teknikal serta membuka peluang pekerjaan di daerah sendiri; dan Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW untuk menggalakkan pembangunan penyelesaian teknologi yang mampu meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos.
Insya-Allah, inilah masa depan TVET yang sedang kita bina bersama. Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
#ekspotvetkkdw2026
#tvetmalaysia
#jompilihtvet
#kkdw #pejuangdesa
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Semasa di Bagan Datuk, saya sempat memenuhi undangan sahabat saya, Datuk R. Supramaniam ke majlis perkahwinan anakandanya, Shanthiran dan Dhaarshini di Hutan Melintang.
Bila dah balik Bagan Datuk, memang seronok dapat jumpa dengan kawan-kawan. Sempat juga bertanya khabar dan bersembang sekejap.
Tahniah saya ucapkan kepada Shanthiran dan Dhaarshini. Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia dan saling melengkapi hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru.
#bagandatuk
#hutanmelintang
#bagandatukori
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, awal pagi tadi saya sempat pulang ke Bagan Datuk untuk bersama-sama warga di sini memeriahkan Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Bagan Datuk 2026.
Menariknya, acara larian kali ini telah mengumpulkan lebih kurang 1,700 orang peserta bagi kategori 5KM, 10KM dan 21KM, termasuk 37 peserta antarabangsa dari tujuh buah negara.
Insya-Allah, kita akan terus hidupkan Bagan Datuk dengan lebih banyak program seperti ini dan bawa lebih ramai orang datang merasai sendiri apa yang istimewa tentang Bagan Datuk.
#larianjambatansultannazrinshah
#bagandatuk
#bagandatukori
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Kita Geng Biru!
BN Sayang Rakyat!
Mana Lagi? Melaka Ler!
Alhamdulillah, luar biasa semangat keluarga besar Barisan Nasional dari seluruh negara yang memenuhi MITC malam tadi!
Cabaran di hadapan kita besar. Di Johor kita sudah rasa. Di Negeri Sembilan kita sudah tempuh. Kini, semangat itu kita bawa ke Melaka.
Rapatkan saf, ketepikan perbezaan dan rangkul semua kekuatan. Kita turun bekerja habis-habisan, menyantuni setiap lapisan masyarakat. Jangan ada seorang pun rakyat Melaka yang kita tinggalkan.
Insya-Allah, kita bawa semangat ini ke seluruh negeri. Biar Gelombang Biru terus melanda di bumi Melaka!
Selat Melaka luas terbentang,
Bahtera gagah membelah gelombang;
Apa jua rintangan mendatang,
KITA LAWAN… LAWAN SAMPAI MENANG!
Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan memberkati perjuangan kita. Amin ya Rabbal ‘alamin.
#gelombangbiru
#kitagengbiru
#bnsayangrakyat
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Allahuakbar, pilu hati saya menerima khabar dua rakan media daripada BERNAMA dan NST yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan program di Bagan Datuk awal pagi tadi.
Saya dimaklumkan kedua-duanya kini sedang menerima rawatan dan seorang daripada mereka masih berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Saya mendoakan semoga Dina dan Zahra dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang sebaik-baiknya.
Insya-Allah, kita sama-sama doakan agar kedua-duanya segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala. 🤲🏻 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧
Hari ini saya amat berbesar hati dapat meraikan kejayaan anak-anak Huffaz Imtiaz Masjid Tanah dalam Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab 2026.
Imtiaz Masjid Tanah ini begitu dekat di hati saya. Dari sebuah hasrat dan ikhtiar yang bermula sejak 2008, kami telah membangunkannya di atas tanah wakaf kampung kami di Masjid Tanah.
Melalui institusi ini, kami meletakkan hasrat untuk melahirkan generasi muda yang berani memasang cita-cita tinggi, menguasai ilmu dunia dan teknologi, tetapi tetap menjadikan al-Quran sebagai pedoman kehidupan.
Selain itu, saya turut menyatakan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh laluan pendidikan tahfiz agar pelajar tahfiz turut mendapat peluang yang lebih luas bagi menyambung pengajian, membina kerjaya dan menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.
Saya berharap anak-anak Huffaz bukan sekadar menjadi penghafaz al-Quran, malah turut menyumbang di pelbagai lapangan kerjaya profesional dengan membawa nilai al-Quran ke dalam bidang masing-masing.
Kepada semua graduan, teruskan melangkah dengan ilmu, peliharalah hafazan, jagalah akhlak dan jangan pernah berhenti belajar. Jadikan kejayaan hari ini sebagai permulaan untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah.
#imtiazululalbab
#generasiqurani
#huffazprofesional
#membinagenerasiqurani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮, 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Malam tadi saya telah bertemu keluarga besar UMNO Bahagian Jasin dan melihat sendiri kesiapsiagaan jentera kita menghadapi gelanggang Pilihan Raya Negeri Melaka di sana.
Alhamdulillah, saya melihat semangat yang cukup luar biasa. Wanita, Pemuda, Puteri, pimpinan bahagian, orang lama dan generasi baharu semuanya berada dalam satu saf. Inilah kekuatan kita. Apabila yang muda menghormati yang lama dan yang lama menyayangi yang muda, insya-Allah perjuangan itu akan terus hidup.
Pesan saya buat seluruh jentera, susunlah gerak kerja dengan baik, rapatkan saf dan sentiasa turun menyantuni akar umbi kerana kemenangan tidak datang bergolek. Ia memerlukan kerja keras untuk menambat hati rakyat Jasin.
Gelanggang sudah dibuka. Jasin sudah menunjukkan semangatnya. Kini masanya seluruh jentera Barisan Nasional di Melaka bergerak dengan satu tekad.
Johor sudah kita lihat. Negeri Sembilan sudah kita lalui. Insya-Allah, kini kita bawa Gelombang Biru ke Melaka.
Mana Lagi? Melaka Ler!
#gelombangbiru
#gengbiru
#barisannasional
#jasin #melaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Umat Islam hendaklah sentiasa mendidik hati agar mengutamakan keredaan Allah SWT berbanding sanjungan dan pengiktirafan manusia. Setiap amal ibadah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan, semata-mata mengharapkan keredaan dan penerimaan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa memperbaiki niat serta mengikhlaskan setiap amalan agar segala usaha dan ibadah mendapat keberkatan serta diterima oleh Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Insya-Allah, kita akan terus rapatkan saf dan susun langkah dengan sebaiknya. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan yang terbaik untuk perjuangan ini.
#barisannasional
#prnmelaka -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐄𝐬𝐨𝐤!
Insya-Allah, bermula esok kita akan menghimpunkan pelbagai peluang pendidikan, latihan kemahiran, inovasi dan kerjaya menerusi Ekspo TVET@KKDW 2026 di Sungai Besar, Sabak Bernam.
🗓️ 23 - 25 Oktober 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk pameran dan demonstrasi kemahiran, pertandingan inovasi, TVET komuniti, perkongsian kerjaya serta ruang untuk mengenali lebih dekat laluan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi-institusi di bawah KKDW.
Saya mengalu-alukan orang ramai, khususnya anak-anak muda, ibu bapa dan mereka yang sedang merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya untuk hadir dan melihat sendiri peluang yang tersedia.
Jemput datang beramai-ramai dan meriahkan Ekspo TVET@KKDW 2026. Jumpa anda di Sungai Besar!
#ekspotvetkkdw2026
#pilihankemahirananda
#jompilihtvet
#tvetmalaysia
#kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Memulakan langkah di bumi Melaka bersama para huffaz, menadah tangan bermunajat kepada Allah SWT, diiringi alunan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna, memohon keberkatan dan perlindungan-Nya dalam menelusuri liku perjuangan serta cabaran yang bakal mendatang.
Ya Allah, berkatilah setiap langkah perjalanan ini. Lindungilah perjuangan kami daripada segala fitnah dan dugaan. Kurniakanlah kekuatan dalam menghadapi cabaran, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, serta keikhlasan dalam menyempurnakan amanah.
Dari bumi Masjid Tanah ini, kami memulakan langkah. Kepada-Mu, ya Allah, kami berserah. Kepada-Mu jua kami memohon petunjuk, agar setiap langkah perjuangan ini sentiasa berada dalam rahmat dan reda-Mu, ya Allah.
Amin, amin ya Rabbal ‘alamin.
#melakabermunajat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐡
Pagi tadi saya ke Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Asiah Ahmad Syahir yang meninggal dunia dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching baru-baru ini.
Sebagai seorang atuk yang juga mempunyai cucu-cucu seusia Allahyarhamah, hati saya benar-benar tersentuh melihat kehilangan seorang anak kecil yang sepatutnya masih panjang perjalanan hidupnya. Sukar untuk membayangkan betapa dalamnya rasa kehilangan buat ibu bapa dan seluruh keluarga apabila insan kecil yang menjadi penyeri rumah tiba-tiba tiada lagi di sisi.
Saya mendoakan agar seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini. Mudah-mudahan segala kenangan bersama Allahyarhamah menjadi pengubat rindu dan sumber kekuatan untuk mereka meneruskan kehidupan.
Saya juga ingin berpesan kepada semua pengguna jalan raya, pandulah dengan cermat dan berhemah. Setiap keputusan yang kita buat di jalan raya membawa tanggungjawab, kerana satu kecuaian boleh meninggalkan kesan yang sangat panjang kepada kehidupan orang lain dan keluarga mereka.
Sama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah adik Asiah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi Allah dan keluarganya terus diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang.
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦
Hari ini saya berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman bersama para peserta Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan (ALMP) Siri 89 di INTAN Bukit Kiara, khususnya mengenai kepimpinan dan masa depan perkhidmatan awam.
Satu perkara yang saya tekankan sebentar tadi ialah mengenai pentingnya perimbangan antara ‘physical happiness’ dan ‘spiritual happiness’. Benar, kita perlu menyediakan infrastruktur yang baik, peluang pekerjaan, pendapatan dan kemudahan yang mencukupi. Tetapi dalam masa yang sama, soal hati, pemikiran, nilai dan rasa dihargai juga perlu disantuni.
Pesan saya kepada para penjawat awam yang bakal menerajui perkhidmatan awam pada masa hadapan, jadilah pemimpin yang ‘hands-on’, berani membuat keputusan dan sentiasa mencari ruang untuk mencipta ‘game changer’.
Semoga segala perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam perjalanan kepimpinan masing-masing. Insya-Allah.
#almp89 #intan
#perkhidmatanawam
#kepimpinanmasahadapan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐮𝐡𝐚𝐢𝐫𝐢𝐞 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Tahniah saya ucapkan kepada pelumba berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi, atas kejayaan merangkul pingat emas dalam acara ujian masa 1,000 meter C4-C5 lelaki di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan catatan masa terpantas 1 minit 5.361 saat.
Kejayaan ini lebih bermakna apabila Zuhairie menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh atlet para negara untuk terus berjuang, melakar kejayaan dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan.
Tahniah, Zuhairie! Syabas wira negara!
#sukanparaasia2026
#aichinagoya2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐚𝐫𝐥𝐲-𝐓𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚, 𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧-𝐒𝐨𝐡 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐦𝐚𝐫𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, atas kejayaan menamatkan penantian 18 tahun Malaysia dengan merangkul gelaran juara acara beregu wanita Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2026.
Tidak ketinggalan, syabas buat beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, atas pencapaian sebagai naib juara.
Semangat juang dan komitmen tinggi yang ditampilkan sepanjang kejohanan wajar diberikan pujian. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat atlet negara untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Tahniah, wira dan wirawati badminton negara!
#badmintonmalaysia
#denmarkopen2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚
Hari ini, saya telah merasmikan Road Safety Congress 2026 di MITEC Kuala Lumpur yang memfokuskan usaha memperkukuh keselamatan jalan raya melalui penggunaan teknologi pintar, penyelarasan dasar dan kerjasama strategik antara pelbagai pihak demi melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Saya telah menegaskan bahawa kemajuan sistem pengangkutan tidak boleh diukur melalui pengaplikasian teknologi dan kepantasan perjalanan semata-mata, tetapi juga perlu dinilai terhadap sejauh mana kita mampu melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Selain itu, bagi memperkukuh usaha ke arah Vision Zero yang bertujuan melindungi nyawa dan menghidari kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya, saya telah menggariskan tiga keutamaan iaitu memperkukuh keselamatan penunggang motosikal, mengintegrasikan data keselamatan jalan raya antara agensi serta membudayakan keselamatan jalan raya dalam kehidupan seharian.
Insya-Allah, melalui kerjasama semua pihak, penggunaan teknologi dan tindakan yang lebih terselaras, kita mampu mengurangkan kemalangan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
#roadsafetycongress2026
#keselamatanjalanraya
#visionzero -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Setiap kali kalau ada masa lapang, antara perkara yang saya suka buat ialah bawa cucu-cucu keluar.
Saya pernah tanya mereka nak pergi mana… mereka semua kata nak tengok Hot Wheels Monster Trucks!
Saya pun tengoklah apa yang menarik sangat tentang Monster Truck ini. Rupanya, pertunjukan trak gergasi dengan tayar besar yang melakukan pelbagai aksi menarik ini pertama kali diadakan di Asia dan Asia Tenggara, dengan Malaysia menjadi lokasi pertama.
Jadi hari ini, saya bawa lah mereka dan kawan-kawan sekali ke Bukit Jalil.
Begitulah lumrah seorang atuk, bila cucu dah minta, atuk ikutkan saja. Dalam waktu mana pun… cucu selalunya win! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢 𝐘𝐮-𝐆𝐞𝐧𝐞𝐯𝐢𝐞 𝐂𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara, Low Zi Yu-Genevie Lim, yang melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir.
Kejayaan ini sekali gus menamatkan penantian 34 tahun dan menjadikan mereka beregu wanita pertama Malaysia bergelar juara dunia remaja sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992.
Syabas saya ucapkan atas semangat juang yang dipamerkan sehingga ke aksi final. Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat kita semua untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Tahniah, juara muda negara!
#badmintonmalaysia
#worldjuniorchampionships2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Inilah antara hasil yang ingin kita capai melalui pengukuhan hubungan strategik Malaysia-China, merangkumi kerjasama keselamatan, perdagangan, pelaburan, pemindahan teknologi dan pembangunan TVET.
Insya-Allah, melalui usaha ini, negara kita akan terus memperluas peluang latihan, membina kepakaran tempatan serta memperkukuh keupayaan dalam menguasai teknologi demi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.
Semoga segala usaha ini dipermudah dan membawa manfaat berterusan kepada negara serta kesejahteraan rakyat.
#malaysiachina
#beijing
#tianjin
#tvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, berakhir sudah lawatan kerja lima hari saya di Beijing dan Tianjin.
Seperti kebiasaan dalam setiap lawatan kerja ke luar negara, saya akan cuba mencari ruang untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan media yang turut bertugas membuat liputan sepanjang lawatan. Kesempatan ini juga saya ambil untuk bersama mereka di Republik Rakyat China.
Menariknya, kali ini empat orang rakan media kita, menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing ketika berada di China. Selamat Hari Lahir saya ucapkan buat Joseph, Fariz, Anwar dan Azim. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya dalam kerjaya.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan media atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. Saya amat menghargai segala usaha kalian dalam menyampaikan perkembangan lawatan kerja ini kepada rakyat di tanah air.
Insya-Allah, semoga perjalanan pulang dipermudahkan dan semua selamat tiba di tanah air.
#mediamalaysia
#beijing #tianjin
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐝𝐢 𝐓𝐢𝐚𝐧𝐣𝐢𝐧
Petang tadi, saya kembali ke Tianjin Meijiang Convention and Exhibition Center bagi membawa suara Malaysia dalam Ministerial Roundtable Forum, sempena WVTEDC 2026.
Dalam sesi ini, saya telah berkongsi pendirian Malaysia terhadap Beijing Agreement, iaitu kerangka standard pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional dunia.
Alhamdulillah, beberapa pandangan dan cadangan penambahbaikan yang kita kemukakan sebelum ini telah diterima serta dimasukkan dalam teks akhir, sekali gus membolehkan Malaysia memberikan sokongan terhadap kerangka tersebut.
Saya turut mengetengahkan hala tuju TVET negara melalui Dasar TVET Negara 2030, dengan penekanan kepada pembangunan tenaga mahir dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pembuatan termaju dan tenaga bersih.
Insya-Allah, kita akan terus membawa agenda TVET Malaysia ke peringkat antarabangsa demi masa depan anak-anak muda negara kerana saya sentiasa percaya bahawa “skills are the new currency of economic progress.”
#tvetmalaysia
#wvtedc2026
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Alhamdulillah, saya telah selesai menyampaikan Ucapan Khas pada World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026 yang sedang berlangsung di Tianjin, Republik Rakyat China.
Peluang untuk berkongsi pentas antarabangsa ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia, sekali gus memberi ruang kepada kita untuk mengetengahkan kemajuan dan hala tuju TVET negara di hadapan para pemimpin serta delegasi dari serata dunia.
Dalam ucapan tadi, saya telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap Beijing Agreement dan mencadangkan penubuhan World TVET Council dengan China sebagai tuan rumah tetap, sebagai platform kerjasama antarabangsa yang berterusan dalam pembangunan kemahiran dan teknologi.
Saya juga turut berkongsi kejayaan kerjasama TVET Malaysia-China yang telah membuka ribuan peluang latihan kepada anak-anak muda kita, di samping usaha memperkukuh Hi-TVET dalam bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, semikonduktor dan teknologi masa hadapan.
Bagi saya, kejayaan kerjasama ini akhirnya perlu diukur melalui peluang yang dapat kita buka kepada anak-anak muda, kemahiran yang mereka kuasai dan masa depan lebih baik yang mampu kita bina bersama.
Insya-Allah, semoga usaha ini terus mengangkat TVET Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
#tvetmalaysia
#hitvet
#wvtedc2026
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Pagi tadi saya menerima perkhabaran duka mengenai salah seorang staf saya di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Mohd Hazri bin Mansor, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir telah kembali ke rahmatullah.
Berita pemergian Allahyarham amat menyentuh hati saya, apatah lagi beliau merupakan sebahagian daripada keluarga besar kami di pejabat yang selama ini bersama-sama menggalas amanah dan tanggungjawab.
Sepanjang saya mengenali beliau, Allahyarham telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sumbangan serta jasa beliau kepada pejabat dan rakan-rakan sekerja pastinya akan sentiasa dikenang.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan besar ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦
Allah SWT mengingatkan kita bahawa mendustakan agama bukan sekadar pada kata-kata, tetapi turut tercermin melalui perbuatan, termasuk mengabaikan dan mengherdik anak yatim.
Marilah kita menyemai sifat kasih sayang, memelihara kebajikan anak yatim serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal soleh dan mendapat reda Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, selesai sudah agenda lawatan kerja saya di Beijing. Kini, perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya, Tianjin.
Kali ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta api laju dari Beijing South Railway Station menuju ke Tianjin Railway Station bersama isteri. Seronok juga dapat merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api berkelajuan tinggi di China. Selesa dan pantas, sedar-sedar dah sampai Tianjin.
Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan ucapan khas di World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026, membawa suara dan aspirasi Malaysia dalam memperkukuh pembangunan TVET di peringkat antarabangsa.
Doakan semoga segala urusan kami di sini terus dipermudahkan yaa.
#malaysiachina
#beijing #tianjin
#wvtedc2026
#tvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢
Alhamdulillah, hari ini saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat saya, TYT Ding Xuexiang, Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China di Beijing bagi membincangkan beberapa perkara dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia dan China.
Antara perkara utama yang kami bincangkan ialah usaha memperluas pemindahan teknologi dan kepakaran dari China ke Malaysia, termasuk dalam industri berteknologi tinggi, pembangunan ECRL serta teknologi kenderaan elektrik (EV).
Saya turut menghargai sokongan berterusan China terhadap hasrat Malaysia untuk menjadi anggota penuh BRICS. Kami juga bertukar pandangan mengenai peranan Malaysia sebagai ‘bridging country’ dalam memperkukuh kerjasama antara ASEAN, China dan negara-negara Teluk (GCC), di samping cadangan meneruskan Dialog Islam-Konfusianisme di China.
Bagi saya, hubungan erat antara kedua-dua negara ini perlu diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya melalui pelaburan yang berkualiti, penguasaan teknologi, pembangunan kepakaran tempatan serta peluang pekerjaan yang lebih baik.
Insya-Allah, saya akan terus memberikan perhatian kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-China agar peluang yang diteroka ini dapat diterjemahkan kepada hasil yang terbaik untuk negara dan kesejahteraan rakyat.
#beijing
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫
Semasa di Beijing, saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama sahabat saya, Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, TYT Wang Xiaohong, bagi memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang antara Malaysia dan China.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan daripada beberapa siri pertemuan kami sebelum ini. Hubungan baik yang telah lama terjalin ini bukan sahaja mempererat persahabatan, malah membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Alhamdulillah, antara hasil utama pertemuan ini ialah persetujuan untuk mempertingkat perkongsian risikan, memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan serta memperluas kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya dalam isu pengedaran dadah dan penipuan siber.
Malaysia turut mencadangkan penubuhan Joint Working Group antara PDRM dengan pihak berkuasa penguatkuasaan dadah China, yang telah menerima maklum balas positif.
Kerjasama kedua-dua negara sebelum ini juga telah membuahkan hasil, termasuk kejayaan rampasan lebih 1.03 tan fentanyl citrate menerusi Operasi Black Ash dan Blackwood pada Ogos 2025.
Saya percaya ancaman jenayah hari ini tidak lagi mengenal sempadan. Sindiket semakin licik, bergerak pantas dan memanfaatkan teknologi baharu.
Justeru, kerjasama antarabangsa perlu terus diperkukuh agar tindakan penguatkuasaan sentiasa selangkah di hadapan ancaman.
Bagi Malaysia, keutamaan kita jelas, iaitu melindungi keselamatan rakyat, membanteras sindiket jenayah dengan lebih berkesan serta memastikan setiap kerjasama dengan negara luar sentiasa berteraskan penghormatan terhadap kedaulatan dan kepentingan negara.
#beijing
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐞 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐚𝐧𝐣𝐢𝐧, 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Beijing bagi memulakan lawatan kerja selama lima hari di Republik Rakyat China, bermula 12 hingga 16 Oktober 2026 yang turut merangkumi beberapa program rasmi di Tianjin.
Ketibaan saya disambut oleh Mr. Liu Yong, Timbalan Ketua Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Pendidikan China dan Mr. Li Qi, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Asia dan Afrika, bersama Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, TYT Dato’ Norman Muhamad serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia.
Sejurus selepas ketibaan, saya turut mempengerusikan Mesyuarat Pre-Council bersama delegasi Malaysia bagi menyelaras persiapan akhir serta memperhalusi agenda dan perkara-perkara utama yang akan dibawa dalam siri pertemuan rasmi sepanjang lawatan kerja ini.
Lawatan kali ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan erat Malaysia dan China, khususnya dalam meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang pelaburan, perdagangan, teknologi digital, ekonomi hijau, tenaga boleh baharu serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sepanjang berada di sini, saya dijadual mengadakan beberapa pertemuan dengan kepimpinan kanan Kerajaan China selain menghadiri World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026 di Tianjin dan insya-Allah menyampaikan ucaptama pada persidangan tersebut.
Bagi saya, hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China perlu terus diperkukuh melalui kerjasama yang membuka peluang baharu, khususnya dalam pembangunan bakat, pemindahan teknologi, pelaburan berkualiti dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat. Perkara ini turut saya tekankan dalam Mesyuarat Pre-Council agar setiap pertemuan yang dirancang mempunyai matlamat yang jelas dan mampu membawa hasil yang bermakna kepada negara.
Insya-Allah, saya memohon doa daripada semua agar segala urusan kami sepanjang berada di sini dipermudahkan dan lawatan ini membuahkan hasil yang terbaik buat kedua-dua negara, khususnya rakyat Malaysia. Terus ikuti perkongsian saya dari semasa ke semasa mengenai perkembangan lawatan kerja ini.
#beijing #tianjin
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐁𝐊𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan bersama-sama ahli kariah dan masyarakat setempat di Masjid Sultan Azlan Shah, INTIM, Ipoh dalam program Rehlah Perdana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026.
Kami bersama-sama bermunajat memohon perlindungan dan rahmat Allah SWT agar negara serta seluruh rakyat sentiasa dijauhkan daripada segala musibah.
Sesungguhnya, doa dan tawakal mesti berjalan seiring dengan usaha dan kesiapsiagaan. Kita perlu sentiasa bersedia, menjaga keselamatan keluarga serta memupuk semangat saling membantu kerana apabila bencana melanda, tiada siapa seharusnya dibiarkan menghadapinya bersendirian.
Semoga segala usaha ini terus menyuburkan kesedaran dan memperkukuh kebersamaan dalam masyarakat. Kerana dalam menghadapi musibah, persediaan adalah ikhtiar, doa adalah kekuatan dan kebersamaan adalah asas kesiapsiagaan.
#bkn2026
#rehlahperdana
#nadma
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚
Alhamdulillah, hari ini saya telah meluncurkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh, Perak, sebagai usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan seluruh lapisan masyarakat dalam menghadapi pelbagai risiko bencana.
Kesiapsiagaan bencana perlu bermula sebelum musibah melanda. Perancangan awal, maklumat yang tepat dan tindakan yang tersusun amat penting bagi mengurangkan risiko serta melindungi keselamatan dan kehidupan rakyat. Persediaan yang rapi pula menuntut kerjasama semua pihak agar tindakan dapat diambil dengan pantas apabila diperlukan.
Saya turut berkongsi tentang Belanjawan 2027 yang baru diumumkan Kerajaan di mana sebanyak RM260 juta diperuntukkan kepada NADMA, manakala bantuan pembaikan rumah bagi mangsa bencana dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000. Langkah ini mencerminkan kepentingan memperkukuh pengurusan bencana serta membantu keluarga terjejas membina semula kehidupan mereka.
Saya berharap Bulan Kesiapsiagaan Nasional menjadi pemangkin kepada pembudayaan sikap lebih peka, bersedia dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Kesiapsiagaan bukan tugas satu pihak sahaja, sebaliknya amanah bersama demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
#bulankesiapsiagaannasional2026 #nadma #pengurusanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐏𝐔𝐓𝐞𝐑𝐀𝟑𝟓 & 𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟕
Belanjawan 2027 memperkukuh pembangunan Islam melalui peningkatan peruntukan serta sokongan kepada institusi pendidikan Islam dan pondok.
Agenda pemerkasaan Bumiputera diteruskan melalui pembangunan perumahan mampu milik dan endowmen tanah strategik bernilai RM1 bilion di Kuala Lumpur.
Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjutkan hingga 2027 dengan peruntukan RM935 juta bagi pelancongan dan budaya, sekali gus memperluas peluang ekonomi negara.
#belanjawan2027
#putera35
#huffaz
#vm2027 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐌𝐊𝐒 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥
Belanjawan 2027 terus menyokong perkembangan PMKS halal melalui pelbagai inisiatif bagi memperkukuh keupayaan perniagaan dan memperluas peluang dalam industri halal.
Usaha ini diharap dapat membantu lebih banyak perusahaan tempatan berkembang serta meningkatkan daya saing dalam pasaran.
#belanjawan2027
#pmks
#industrihalal -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Hafazan 30 juzuk al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan, tetapi permulaan kepada amanah yang lebih besar. Para huffaz perlu diberi ruang untuk menguasai ilmu, kemahiran dan bidang profesional dengan al-Quran sebagai pedoman.
Ketika berucap di dalam Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara PERMATA Al-Quran Kali Ke-10, saya menekankan kepentingan memperluas laluan pendidikan dan kerjaya huffaz melalui TVET, universiti serta pelbagai bidang profesional.
Seiring usaha ini, Kerajaan menerusi Belanjawan 2027 telah memperuntukkan RM200 juta kepada sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM, termasuk bantuan operasi bagi menyokong kelangsungan institusi ini.
Selain ini, saya juga menyatakan keyakinan terhadap pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara 2.0 yang turut mensasarkan untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.
Semoga para graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara PERMATA Al-Quran Kali Ke-10 ini akan terus menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam setiap langkah, mengembangkan kepakaran dan membawa manfaat kepada masyarakat di mana sahaja mereka berada.
#permataalquran
#huffaznusantara
#pendidikantahfiz -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚
Usaha mengurangkan risiko banjir melalui projek tebatan banjir serta penambahbaikan infrastruktur saliran dan cerun di seluruh negara.
Pada masa sama, kesiapsiagaan bencana diperkukuh melalui peruntukan kepada NADMA, peningkatan bantuan pembaikan rumah mangsa bencana serta penambahan keupayaan operasi menyelamat dan sokongan kepada petugas sukarelawan.
#belanjawan2027
#nadma
#tebatanbanjir
#pengurusanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 & 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar melalui pengukuhan prasarana asas, kemudahan infrastruktur dan akses perhubungan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
Pada masa sama, pelbagai inisiatif turut diperkenalkan untuk menyokong pendapatan pekebun kecil, memperluas peluang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.
#belanjawan2027 #parlimenmalaysia
#kkdw #pejuangdesa
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓
Belanjawan 2027 memperuntukkan RM8 bilion bagi TVET merentas kementerian, termasuk penyediaan latihan berteknologi tinggi melalui Melaka Centre of Excellence.
Inisiatif ini membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk memperoleh kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta pekerjaan bergaji lebih baik.
#belanjawan2027 #parlimenmalaysia
#tvet #tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡
Agensi-agensi di bawah KKDW terus memainkan peranan penting dalam memastikan peluang pembangunan dapat dinikmati oleh masyarakat desa dan golongan yang memerlukan.
Menerusi Belanjawan 2027, pelbagai inisiatif diteruskan bagi memperluas akses pendidikan awal, memperkasa masyarakat Orang Asli, membangunkan usahawan desa serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda Bumiputera.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkukuh agar manfaat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat di seluruh negara.
#belanjawan2027 #parlimenmalaysia #kkdw #pejuangdesa #ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐟𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤: 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡
Pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh pembangunan desa dan memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar di seluruh negara.
Peruntukan sebanyak RM12.68 bilion kepada KKDW bagi tahun 2027, meningkat RM281.08 juta berbanding tahun 2026, mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa ekonomi desa nasional serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
KKDW akan terus memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara berkesan bagi memperluas peluang ekonomi, memperkukuh pembangunan infrastruktur dan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat.
#belanjawan2027 #parlimenmalaysia
#kkdw #pejuangdesa
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧
Alhamdulillah, saya menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang baru sahaja diumumkan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi di Dewan Rakyat yang bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’.
Belanjawan kali ini menyaksikan keseluruhan belanjawan berjumlah RM461.8 bilion. Daripada jumlah ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diperuntukan RM12.68 bilion, merangkumi RM4.85 bilion peruntukan mengurus dan RM7.833 bilion peruntukan pembangunan, meningkat RM281.08 juta berbanding tahun 2026.
Insya-Allah, melalui peruntukan ini, KKDW akan terus komited dalam memperkukuh prasarana asas desa merangkumi jaringan jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan capaian internet, di samping meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli serta memperluas akses pendidikan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas melalui KEMAS, pemerkasaan ekosistem MARA dalam menyediakan latihan kemahiran serta membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada belia Bumiputera dan sebagainya.
Di bawah portfolio Timbalan Perdana Menteri, saya turut menyambut baik komitmen Kerajaan memperkukuh ekosistem TVET dengan peruntukan rentas kementerian sebanyak RM8 bilion bagi tahun 2027, meningkat berbanding RM7.9 bilion pada tahun lalu. Peruntukan ini penting bagi memperluas latihan kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan industri masa hadapan.
Kesiapsiagaan menghadapi bencana turut diperkukuh melalui projek tebatan banjir, penambahbaikan aset penyelamatan serta bantuan kepada mangsa bencana.
Pada masa yang sama, usaha memperkasa PMKS dan usahawan Bumiputera, memperluas pasaran industri halal, merancakkan sektor pelancongan serta memperkukuh institusi pendidikan Islam termasuk tahfiz dan pondok terus diberikan perhatian bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan negara bergerak secara menyeluruh.
Kami akan terus memastikan kestabilan negara terus terpelihara serta setiap dasar dan peruntukan yang diputuskan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Semoga peruntukan ini dapat menjamin usaha Kerajaan khususnya KKDW dalam meneruskan agenda pembangunan desa, seterusnya merapatkan jurang kemudahan asas, memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat meningkatkan taraf kehidupan.
#belanjawan2027
#parlimenmalaysia
#kkdw #pejuangdesa
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧
Allah SWT mengingatkan kita agar sentiasa menunaikan amanah kepada mereka yang berhak serta berlaku adil dalam setiap urusan dan keputusan.
Kita haruslah memelihara amanah, berlaku adil dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh keikhlasan kerana setiap amanah yang dipikul akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟐: 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐫𝐮
Malam tadi, BN Forum kembali untuk siri ke-12 dengan membawa perbincangan mengenai Agenda Malaysia Biru bersama barisan panel yang cukup berpengalaman dan dikenali iaitu YB Dato' Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, saudara Khairy Jamaluddin, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi dan Prof. Dato’ Dr. Sivamurugan Pandian.
Banyak pandangan, teguran dan idea yang telah dikemukakan sepanjang forum ini. Bagi saya, sesuatu gagasan tidak akan menjadi lebih baik jika kita hanya mahu mendengar perkara yang menyenangkan. Ia perlu dicabar, diperhalusi dan diperkukuh supaya akhirnya benar-benar mampu menjawab persoalan yang dekat dengan kehidupan rakyat.
Agenda Malaysia Biru lahir daripada satu persoalan yang saya sering fikirkan iaitu mengenai "Malaysia bagaimana yang mahu kita bina untuk generasi akan datang?" Politik tidak boleh selamanya berputar pada pertelingkahan yang sama. Rakyat mahu melihat pekerjaan yang lebih baik, peluang memiliki, kehidupan yang lebih terjamin dan sebuah negara yang mempunyai keyakinan untuk menentukan masa depannya sendiri.
Sebab itu saya mahu perbincangan mengenai Agenda Malaysia Biru terus diperluas selepas ini dengan melibatkan lebih ramai pakar, industri, anak muda dan masyarakat dari seluruh negara. Kalau ada yang perlu diperbaiki, kita perbaiki. Kalau ada yang lebih baik, kita dengarkan.
Kerana akhirnya, Agenda Malaysia Biru tidak boleh berhenti sebagai sebuah gagasan yang kita bicarakan. Ia mesti menjadi masa depan yang kita bina bersama.
#bnforum
#betternation
#agendamalaysiabiru
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧
Malaysia kini memasuki Fasa Peralihan Monsun yang lazimnya membawa perubahan cuaca dengan cepat, termasuk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat. Dalam keadaan ini, keselamatan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Saya menyeru orang ramai agar sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya ketika berlaku ribut petir. Elakkan berada di kawasan lapang, jauhkan diri daripada struktur tinggi, pokok dan kawasan takungan air serta segera berlindung di tempat yang selamat.
Semoga kita semua terus berwaspada dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca.
Utamakan keselamatan. Sentiasa bersedia.
#fasaperalihanmonsun
#metmalaysia
#kesiapsiagaan
#keselamatanrakyat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐜𝐡𝐢-𝐍𝐚𝐠𝐨𝐲𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh kontinjen Malaysia atas pencapaian membanggakan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan kutipan 9 pingat emas, 7 perak dan 16 gangsa. Setiap pingat yang diraih merupakan hasil kerja keras, disiplin dan semangat juang para atlet negara.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia, malah membuktikan keupayaan atlet kita untuk bersaing dengan barisan terbaik dari seluruh rantau. Penghargaan turut saya rakamkan kepada para jurulatih, pegawai pasukan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada kontinjen negara.
Teruskan berjuang dan melangkah dengan penuh keyakinan. Setiap keringat yang dicurahkan demi Jalur Gemilang adalah kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
#aichinagoya2026
#teammas
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Petang tadi, saya cukup teruja apabila dapat berdiri di hadapan anak-anak muda UiTM yang memenuhi Dewan Agung Tuanku Canselor, sambil turut diikuti secara dalam talian oleh mahasiswa UiTM lain di seluruh negara sempena Seminar Ilmuwan Islam Malaysia.
Seperti yang Ayahanda titipkan kepada anakanda semua sebentar tadi, dunia hari ini bergerak terlalu pantas. Jangan mudah menyerahkan pertimbangan kepada apa yang paling viral atau paling lantang. Semaklah, fahamilah dan fikirkanlah sesuatu dengan matang. Biar tajam hujah kita, tetapi adab tetap terpelihara.
Ingatlah juga pesan Ayahanda, ilmu yang kita miliki mesti membawa manfaat. Kuasai kepakaran, bina kompetensi dan gunakan teknologi untuk mencipta penyelesaian. Insya-Allah, generasi kalian semua lah yang akan memimpin negara menuju 100 tahun kemerdekaan pada 2057 nanti.
Ayahanda mendoakan semoga anakanda semua terus melangkah jauh dan suatu hari nanti menjadi ilmuwan, profesional serta pemimpin yang akan mengangkat martabat umat dan negara. Insya-Allah.
#seminarilmuwanislam
#uitm #mahasiswapewarisbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Bagi saya, kekuatan Bagan Datuk sentiasa terletak pada kebersamaan kita. Walau apa pun cabaran yang datang, selagi kita mampu duduk semeja, berbincang dengan hati yang terbuka dan bergerak dengan satu tekad, insya-Allah banyak perkara dapat kita bina bersama.
Jentera dari Parlimen Bagan Datuk yang merangkumi DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang telah berkampung dalam satu sesi pemukiman untuk bertukar pandangan, memperkemas apa yang masih perlu diperbaiki dan menyatukan langkah demi kepentingan Bagan Datuk.
Banyak perkara yang telah kita bincangkan. Prinsipnya mudah, apa yang baik kita teruskan, apa yang masih kurang kita perbaiki dan apa yang telah dipersetujui mesti kita tunaikan. Yang paling penting, segala usaha kita akhirnya mesti dapat dirasai manfaatnya oleh masyarakat.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh sahabat daripada UMNO dan Barisan Nasional yang bersama dalam pemukiman ini. Semoga pertemuan ini terus merapatkan silaturahim, memperkukuh amanah dan menyatukan langkah kita untuk terus berbakti kepada Bagan Datuk yang kita sayangi.
Kerana akhirnya, apabila berbicara tentang Bagan Datuk, matlamat kita tetap satu iaitu melihatnya terus maju dan rakyatnya terus terbela.
#umno #mca
#mic #ppp
#barisannasional
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐜𝐡𝐢-𝐍𝐚𝐠𝐨𝐲𝐚: 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 '𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭 𝐑𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭𝐦𝐚𝐧'
Alhamdulillah, kita menerima satu lagi khabar membanggakan hari ini. Tahniah saya ucapkan buat Dato' Mohd Azizulhasni Awang yang berjaya menghadiahkan pingat emas kelapan Malaysia menerusi acara keirin lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Semalam kita meraikan gangsa beliau dalam acara pecut individu. Hari ini, 'The Pocket Rocketman' kembali ke trek dan membuktikan sekali lagi jiwa seorang juara dengan pecutan luar biasa pada saat-saat akhir untuk membawa Jalur Gemilang ke puncak podium.
Inilah Dato' Azizulhasni yang kita kenal. Tenang, berdisiplin dan tidak pernah berhenti berjuang sehingga ke garisan penamat.
Tahniah Jijoe! Terima kasih kerana terus memberikan kebanggaan kepada Malaysia. You are truly a legend!
#pingatemas
#aichinagoya2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari ini di pejabat saya di Putrajaya, saya menerima kunjungan hormat perpisahan daripada TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya di negara ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di Malaysia, tentunya banyak pengalaman, pencapaian dan kenangan yang terbina bersama. Saya merakamkan penghargaan atas komitmen TYT Ouyang dalam mempererat hubungan antara Malaysia dan China serta usaha beliau mendekatkan kerjasama antara Kerajaan, sektor perniagaan dan rakyat kedua-dua negara.
Dalam pertemuan ini, kami turut bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-China yang terus berkembang serta ruang kerjasama yang boleh diterokai pada masa hadapan. Bagi Malaysia, hubungan yang telah dibina sekian lama ini perlu terus diperkukuh berasaskan saling menghormati dan manfaat bersama.
Terima kasih TYT Ouyang atas segala khidmat dan persahabatan sepanjang berada di Malaysia. Saya mendoakan semoga beliau terus diberikan kejayaan dalam apa jua amanah selepas ini dan semoga hubungan erat Malaysia-China terus berkembang demi kepentingan kedua-dua negara dan rakyatnya.
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡
Allah SWT mengingatkan kita bahawa setiap ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana-Nya serta berpegang teguh kepada ajaran agama.
Marilah kita sentiasa memperbaiki niat, menjaga solat dan memperbanyakkan amal soleh agar setiap amalan kita mendapat keberkatan dan reda Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟏𝟏 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
Hari ini genap 11 tahun Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menjadi antara tonggak utama dalam pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.
Setiap kali musibah melanda, warga NADMA sentiasa tampil menggalas tanggungjawab untuk menyelaras bantuan, menggerakkan tindakan dan memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara.
Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga NADMA atas komitmen dan kecekalan yang telah ditunjukkan selama ini. Tugas menguruskan bencana bukanlah sesuatu yang mudah, namun semangat kesiapsiagaan terhadap bencana terus menjadi pegangan yang menguatkan kita ketika negara diuji.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan SMART NADMA yang telah berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai INSARAG Heavy Urban Search and Rescue (USAR) Team selepas melalui proses INSARAG External Reclassification (IER) MAS01 2026. Pencapaian ini membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan kita terus berada pada standard antarabangsa.
Alhamdulillah, sebelas tahun ini telah membina satu asas yang kukuh buat NADMA. Saya berharap agar agensi ini akan terus diperkasa sebagai benteng kesiapsiagaan negara yang akan sentiasa selangkah di hadapan dalam menghadapi apa jua kemungkinan dan terus menjadi sandaran rakyat ketika musibah melanda.
#11tahunnadma
#nadma #smart
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐈𝐑𝐔: 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐡𝐭𝐢𝐚𝐫 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Inilah Malaysia yang saya bayangkan melalui lapan ikhtiar Agenda Malaysia BIRU yang telah saya bentangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini.
Insya-Allah, melalui Agenda Malaysia BIRU ini kita mahu mencipta kekayaan negara, membina manusia, memperluas pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional.
Semoga segalanya diberkati Allah SWT.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#agendamalaysiabiru
#melakarmasadepanbangsa
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari ini saya menerima dua orang felo yang akan menjalani penempatan bersama saya sebagai sebahagian daripada Program MADANI Fellowship 2026.
Secara keseluruhan, seramai 76 orang felo telah ditempatkan di kementerian masing-masing bagi mendapatkan pendedahan secara langsung kepada sistem pentadbiran Kerajaan, proses penggubalan dan pelaksanaan dasar serta dinamika kepimpinan dan pembuatan keputusan.
Pesan saya kepada semua felo, manfaatkanlah tempoh penempatan ini sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman, memperluas perspektif serta menyumbang idea dan tenaga sepanjang berada di penempatan masing-masing.
Selamat menjalankan tugas dan semoga pengalaman ini menjadi bekal yang bermakna dalam perjalanan kepimpinan serta khidmat kepada negara.
#madanifellowship2026
#kepimpinanmuda
#khidmatuntuknegara
#generasipemimpin -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤!
Alhamdulillah, saya telah menerima satu lagi khabar membanggakan daripada anak-anak Bagan Datuk yang mewakili Perak di Malaysia AGG National Championship 2026 baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan lelaki bawah 12 tahun yang muncul Johan Kategori Compulsory dan pasukan lelaki bawah 18 tahun yang berjaya meraih Naib Johan Kategori Compulsory.
Alhamdulillah, saya cukup gembira melihat anak-anak kita berani bersaing dan membawa pulang kejayaan. Teruskanlah mengejar impian dan bawalah nama Bagan Datuk dengan penuh kebanggaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Bagan Datuk untuk terus berani mencuba, bersaing dan mencipta kejayaan.
#aggmalaysia #teamperak
#malaysiaaggnationalchampionship2026
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐜𝐡𝐢-𝐍𝐚𝐠𝐨𝐲𝐚: 𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada skuad sepak takraw lelaki negara yang berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara regu lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi di Gimnasium Taman Mizuho, Bandar Nagoya.
Semangat juang yang ditunjukkan hingga ke penghujung perlawanan tetap membanggakan. Keputusan hari ini tidak memadam segala kerja keras, disiplin dan semangat juang yang telah kalian tunjukkan sepanjang kejohanan ini.
Teruskanlah melangkah dengan penuh keyakinan kerana setiap keringat yang dicurahkan itu tetap mengharumkan nama negara.
Syabas wira-wira negara!
#sepaktakraw
#aichinagoya2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta pemerintahan yang terus diberkati demi kemakmuran Negeri Kelantan Darul Naim dan seluruh rakyatnya.
Daulat Tuanku. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh kontinjen Malaysia yang telah menamatkan cabaran di WorldSkills Shanghai 2026 dengan pencapaian yang amat membanggakan.
Syabas saya ucapkan khususnya kepada Sia Xin Wan yang telah menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori Pengujian Perisian serta menerima anugerah Best of Nation dan kepada 13 lagi peserta yang berjaya meraih Pingat Kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Lebih membanggakan, pencapaian kali ini merupakan yang terbaik buat Malaysia di WorldSkills Competition sejak penyertaan negara bermula pada 1995. Ini membuktikan bahawa bakat dan kemahiran anak Malaysia mampu bersaing dengan yang terbaik di pentas dunia.
Penghargaan juga saya ucapkan kepada jurulatih, pakar, keluarga, institusi dan seluruh pasukan yang bekerja di belakang mereka. Teruskanlah melangkah jauh dan mengharumkan nama negara. Malaysia bangga dengan kalian!
#worldskillsshanghai2026
#worldskills #tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐓𝐄𝐑𝐀𝟑𝟓
Pagi tadi di Putrajaya, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera dengan tumpuan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera serta memastikan pelaksanaan PuTERA35 terus dipercepatkan dengan hasil yang jelas dan boleh diukur.
Alhamdulillah, setakat 31 Ogos lalu, tahap pencapaian keseluruhan pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 68.55%. Sebanyak 628 program pembangunan telah digerakkan oleh kementerian dan agensi, dengan 214 program selesai dan 318 lagi sedang dalam pelaksanaan. Ini perkembangan yang baik, tetapi saya mahu momentum ini terus dipertingkatkan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada Bumiputera.
Dalam mesyuarat hari ini, kita turut meneliti langkah memperkukuh ekosistem usahawan Bumiputera, termasuk susulan tujuh deklarasi Konvensyen Usahawan Bumiputera 2035 yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan usahawan wanita, melahirkan 'Bumiputera Champions', memperluas pasaran eksport serta memperkukuh integriti dan tatakelola.
Bagi saya, kejayaan PuTERA35 tidak boleh hanya dinilai melalui jumlah program yang dilaksanakan. Ukurannya ialah sejauh mana kita berjaya meningkatkan pemilikan, penguasaan dan daya saing ekonomi Bumiputera, serta memastikan setiap dasar yang dilaksanakan memberikan manfaat yang terbaik buat rakyat dan negara.
#putera35
#ekonomibumiputera
#majlisekonomibumiputera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Pagi ini, negara berduka atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, seorang tokoh wanita yang begitu dihormati dan dekat di hati rakyat Malaysia.
Saya dan keluarga merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga. Selama puluhan tahun, kita semua menjadi saksi Allahyarhamah menjadi teman hidup Tun, berkongsi hari-hari bersama, membesarkan keluarga dan mendampingi beliau ketika memikul amanah kepada negara. Sukar untuk membayangkan betapa sunyinya kehilangan insan yang begitu lama berada di sisi.
Allahyarhamah juga akan dikenang atas khidmatnya sebagai seorang doktor dan keprihatinannya terhadap kesejahteraan masyarakat. Kelembutan, kesederhanaan dan keteguhan beliau sepanjang hayat menjadikan Allahyarhamah insan yang disayangi serta menjadi contoh teladan kepada rakyat Malaysia.
Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman. Saya juga mendoakan semoga Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐍
Pagi tadi saya hadir menyempurnakan majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia.
18 tahun perjalanan parti ini telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam landskap politik negara, namun Alhamdulillah hubungan dan ruang perbincangan antara kita terus dipelihara.
Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh keluarga Makkal Sakti yang sentiasa bersama Barisan Nasional dalam susah dan senang. Dalam setiap pilihan raya, kalian antara yang turun bekerja siang dan malam menggerakkan jentera. Sumbangan dan kesetiaan itu amat besar nilainya dan seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, Makkal Sakti juga telah menjadi sebahagian daripada perjalanan serta sejarah perjuangan Barisan Nasional.
Saya turut menghargai peranan Makkal Sakti dalam membawa pandangan masyarakat, khususnya masyarakat India, termasuk dalam soal pendidikan, kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan dan kebajikan. Bagi saya, suara rakyat perlu didengar, dibawa ke meja perbincangan dan sedaya upaya diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat.
Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri R.S. Thanenthiran dan seluruh keluarga Makkal Sakti atas kebersamaan selama ini. Semoga hubungan yang dibina terus menjadi ruang untuk kita berbincang, memperbaiki kekurangan dan bekerja demi kepentingan masyarakat dan negara.
#makkalsakti
#barisannasional
#friendsofbn -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟑.𝟎 "𝐌𝐞𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐏𝐨𝐥𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮"
Alhamdulillah, hari ini di bumi Melaka telah berlangsung Musyawarah Nasional yang kini memasuki siri ketiga penganjurannya, dengan mengangkat tema “Membongkar Polemik Tanah Melayu”. Melaka sendiri cukup dekat dengan sejarah tanah air, justeru lokasinya memang bertepatan dengan topik yang kita bincangkan hari ini.
Sebagai pengasas Musyawarah Nasional, saya melihat sejarah sebagai sesuatu yang perlu kita fahami secara menyeluruh, bukan hanya melalui potongan cerita atau naratif yang memenuhi ruang media sosial. Sejarah boleh menjadi cermin yang memberi pedoman, tetapi apabila dibaca tanpa konteks, ia juga boleh menjadi punca salah faham dan perpecahan.
Sebab itu saya mahu lebih ramai, khususnya generasi muda, kembali mengenali perjalanan tanah air ini dengan berpandukan ilmu, fakta dan sumber yang dapat dipertanggungjawabkan.
Sesungguhnya, Musyawarah Nasional diwujudkan untuk membuka ruang sebegini. Kita mungkin berbeza pandangan dan tafsiran, tetapi biarlah perbezaan itu dibincangkan dengan adab, hujah dan keterbukaan untuk mendengar.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh ahli panel, urus setia dan semua yang hadir serta mengambil bahagian hari ini. Semoga daripada sejarah kita memperoleh hikmah, daripada perbezaan kita membina kefahaman dan daripada kefahaman itu kita bersama-sama menjaga masa depan tanah air.
#musyawarahnasional
#membongkarpolemiktanahmelayu -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐜𝐡𝐢-𝐍𝐚𝐠𝐨𝐲𝐚: 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Alhamdulillah, setelah 36 tahun menanti, akhirnya pingat emas kembali menjadi milik Malaysia.
Tahniah saya ucapkan buat skuad sepak takraw lelaki negara atas pencapaian membanggakan dalam acara regu berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.
Satu lagi detik bersejarah tercipta. Syabas wira-wira negara! Teruskanlah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
#pingatemas
#aichinagoya2026
#kitasemuateammas
#sepaktakraw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang hadir dan merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2026 di MITEC Kuala Lumpur.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa masa depan industri halal bergantung kepada sejauh mana kita mampu menghubungkan kekuatan antara negara, industri dan pasaran. Pensijilan adalah titik permulaan, tetapi selepas itu perniagaan memerlukan akses pasaran, pembiayaan, logistik, teknologi serta jaringan yang membolehkan mereka berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.
Dalam majlis ini juga, saya turut mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai satu lagi langkah memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara. Fokus awalnya ialah memudah cara pensijilan, mengurangkan pertindihan proses dan melancarkan perdagangan halal dua hala. Insya-Allah, kerjasama Malaysia-Indonesia ini akan menjadi permulaan kepada usaha membentuk ASEAN Halal Council sebagai kerangka kerjasama halal serantau yang lebih tersusun.
Saya juga mahu peluang dalam ekonomi halal ini sampai kepada lebih ramai usahawan, termasuk perusahaan kecil, usahawan desa, wanita dan anak muda. Kita mahu lebih banyak jenama milik Malaysia berkembang daripada pasaran tempatan ke pentas dunia, dengan keyakinan terhadap halal diterjemahkan kepada peluang perniagaan, pelaburan dan pekerjaan.
Buat seluruh warga Malaysia, jemputlah hadir ke MIHAS 2026 di MITEC yang sedang berlangsung sehingga 26 September ini. Datanglah melihat sendiri pelbagai produk, inovasi dan jenama halal dari Malaysia serta seluruh dunia dan sama-sama kita menyokong pertumbuhan industri halal yang semakin berkembang.
#globalhalalsummit2026
#ghas2026 #mihas2026
#industrihalal #halalmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠
Allah SWT mengingatkan kita agar tidak memandang rendah kepada orang lain dan menjauhi sifat sombong serta membanggakan diri. Sesungguhnya, sifat angkuh tidak membawa kebaikan dan tidak disukai oleh Allah SWT.
Marilah kita sentiasa merendah diri, menghormati sesama manusia dan menjaga akhlak dalam setiap pergaulan. Semoga hati kita sentiasa dipelihara daripada sifat yang boleh menjauhkan kita daripada rahmat dan reda Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟑
Musyawarah Nasional kembali menerusi Siri 3 dengan mengangkat tema “Membongkar Polemik Tanah Melayu”, sebagai ruang untuk menelusuri sejarah serta memahami persoalan berkaitan Tanah Melayu daripada pelbagai sudut dan perspektif.
Kadang-kadang, untuk memahami keadaan hari ini, kita perlu kembali melihat apa yang berlaku sebelum ini. Saya berharap wacana ini dapat membuka ruang kepada perbincangan yang lebih matang dan berpandukan fakta.
📅 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.30 pagi
📍 MITC, Melaka
Semua dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti wacana ini dan berkongsi pandangan dalam semangat musyawarah.
#musyawarahnasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Pagi tadi, saya berpeluang bersama para graduan TVET dalam Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah di Dewan Tuanku Canselor, UPSI.
Teruja saya apabila dapat berdiri di hadapan anak-anak muda yang akan melangkah keluar sebagai tenaga mahir, pencipta idea dan bakal pemimpin industri negara.
Seperti yang sering saya tegaskan, TVET bukan lagi pilihan kedua. Dalam dunia yang bergerak pantas dengan AI, automasi, semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kemahiran yang dimiliki anak-anak muda ini akan menjadi antara kekuatan utama negara.
Kita mahu mereka melangkah lebih jauh dengan menjadi pencipta, inovator dan usahawan yang mampu menghasilkan sesuatu yang boleh kita banggakan sebagai “Made by Malaysian”.
Semasa berucap, saya turut menggariskan tiga perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu penguasaan AI, data dan teknologi digital; memperkukuh inovasi gunaan bersama industri; serta membuka lebih banyak ruang kepada graduan untuk membina perusahaan sendiri.
“Skills may open the first door. Character, adaptability and courage will determine how far you go.”
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh graduan, ibu bapa, keluarga, para pensyarah dan warga POLYCC. Hari ini kita meraikan kejayaan anda. Selepas ini, biarlah Malaysia pula berbangga dengan apa yang anda jayakan. Insya-Allah.
#polycc
#konvokesyenpolycc2026
#tvetmalaysia
#madebymalaysian -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan, mantan Mufti Negeri Sabah yang juga merupakan ayahanda kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas II saya di Pejabat Menteri KKDW, Datuk Maizatul Akmam.
Salam takziah saya ucapkan kepada Datuk Maizatul serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang. Sesungguhnya pemergian seorang bapa adalah satu kehilangan yang amat besar, dan saya mendoakan semoga seluruh keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi saat yang sukar ini.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan Allahyarham, mengampuni segala dosanya serta menempatkan rohnya bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐜𝐡𝐢-𝐍𝐚𝐠𝐨𝐲𝐚: 𝐀𝐝𝐞𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Tahniah saya ucapkan kepada atlet karate negara, Adeola Fay Robert, yang mencipta kejayaan membanggakan apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Pingat emas ini turut menamatkan penantian karate wanita Malaysia sejak edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan. Syabas Adeola!
Teruskan mengharumkan nama negara dan menjadi inspirasi kepada generasi atlet muda untuk terus mengangkat martabat sukan karate di pentas dunia.
#pingatemas
#aichinagoya2026
#kitasemuateammas
#karatemalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam penyelidikan, bakat dan inovasi. Cabaran kita kini adalah memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di peringkat makmal, tetapi dapat diterjemahkan kepada produk, teknologi dan syarikat tempatan.
Dalam ucapan ketika merasmikan University Research and Innovation Investment Summit 2026 (URIIS 2026) hari ini, saya menekankan keperluan untuk merapatkan missing middle dengan memperkukuh hubungan antara kerajaan, universiti, industri dan pelabur.
Penyelidikan juga perlu memberi penyelesaian kepada cabaran sebenar negara, termasuk dalam bidang makanan, kesihatan, tenaga, automasi dan produktiviti. Kawasan luar bandar turut boleh menjadi ruang untuk teknologi baharu diuji, diperhalusi dan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Menuju 2030, kita mahu lebih banyak pengetahuan Malaysia diterjemahkan kepada inovasi, dikomersialkan dan akhirnya menghasilkan nilai serta pemilikan untuk Malaysia.
#uriis2026
#malaysiabiru -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚
Malam tadi, saya memenuhi jemputan sahabat saya, Bapak Surya Paloh untuk menghadiri jamuan makan malam di NasDem Tower, Jakarta bersama barisan kepimpinan Partai NasDem dan delegasi dari Malaysia.
Banyak yang sempat kami bicarakan mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia yang telah lama terjalin sebagai dua negara serumpun. Hubungan ini terus berkembang melalui persahabatan, hubungan sesama rakyat serta rasa saling menghormati yang menjadi asas dalam mengeratkan kedua-dua negara.
Saya turut mengambil kesempatan untuk menjemput Bapak Surya Paloh dan kepimpinan Partai NasDem untuk berkunjung ke Kuala Lumpur pada masa akan datang agar hubungan persahabatan dan ruang pertukaran pandangan ini dapat terus diperluas.
Terima kasih saya ucapkan kepada Bapak Surya Paloh dan keluarga besar Partai NasDem atas sambutan yang begitu baik. Insya-Allah, ukhuwah dan persahabatan yang terjalin ini akan terus menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐤𝐚𝐫𝐭𝐚, 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚
Dalam sela masa yang ada, setiap kali berada di luar negara saya memang cuba mencuri sedikit masa untuk bersama rakan-rakan media yang turut membuat liputan.
Banyak yang mereka tanyakan kepada saya, dan banyak juga yang saya tanyakan kepada mereka. Inilah ruang untuk kami bertukar pandangan, berbual tentang isu-isu semasa dan pada masa yang sama saya dapat memahami dengan lebih dekat cabaran serta tugas mereka di lapangan.
Saya amat menghargai komitmen rakan-rakan media yang sentiasa memastikan setiap perkembangan dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan pantas, walau di mana sahaja mereka ditugaskan.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat. Saya sentiasa mendoakan agar segala urusan rakan-rakan media di mana jua dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan dalam menjalankan amanah.
#mediamalaysia
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚
Pertemuan saya bersama Presiden Republik Indonesia, YM Bapak Prabowo Subianto di Hambalang telah menyentuh beberapa perkara yang memberi kepentingan langsung kepada kedua-dua negara.
Antaranya ialah tawaran Malaysia untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan di Kalimantan. Saya menghargai kesediaan Bapak Presiden menerima bantuan Malaysia, termasuk sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter serta 52 anggota yang bersedia digerakkan bagi membantu operasi pemadaman kebakaran.
Kami turut berbincang mengenai langkah pencegahan supaya isu kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan dapat ditangani dengan lebih tersusun, selain meneroka ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang industri halal dan beberapa sektor lain yang boleh memberi manfaat bersama.
Saya amat menghargai pendirian Bapak Presiden bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia berada pada tahap yang sangat baik. Seperti yang beliau tegaskan, Indonesia dan Malaysia adalah saudara dan hubungan yang baik ini perlu terus dipelihara melalui kerjasama serta sikap saling menghormati.
Bagi saya, inilah semangat yang perlu terus kita bawa. Sebagai dua negara serumpun, kita mempunyai begitu banyak persamaan, kepentingan bersama dan ruang untuk terus bergerak maju sebagai rakan yang saling melengkapi.
Insya-Allah, Malaysia dan Indonesia akan terus memilih jalan kerjasama, mencari penyelesaian bersama dan membuka lebih banyak ruang yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Kredit Foto: Biro Pers, Media, dan Informasi Sekretariat Presiden
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
Alhamdulillah, saya sudah selesai menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Cibubur pagi tadi yang bertemakan “Bridging Bridges: Connecting Nations and Stronger Partnerships through Global Halal Trade & Economy”.
Dalam ucaptama tersebut, saya telah mencadangkan agar kita bergerak ke arah penubuhan rasmi Majlis Halal ASEAN, dengan sasaran untuk dilancarkan di Malaysia pada September 2027 sempena Bulan Halal Malaysia yang diraikan setiap tahun pada bulan September.
Sebagai langkah awal, Malaysia dan Indonesia akan membincangkan cadangan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini. Kita menyasarkan penubuhannya pada Disember 2026, insya-Allah, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.
Pengalaman dan hasil kerjasama ini boleh menjadi asas kepada pembentukan Majlis Halal ASEAN nanti.
Bagi saya, kekuatan industri halal ASEAN tidak seharusnya bergerak secara berasingan atau saling bersaing. Sebaliknya, kita perlu menghubungkan kekuatan setiap negara melalui kerjasama yang lebih tersusun, pengiktirafan bersama, penyelarasan pihak berkuasa serta akses pasaran yang lebih luas kepada usahawan dan pemain industri.
Inilah semangat Diplomasi Halal yang mahu kita bawa. Daripada pensijilan kepada perdagangan, daripada kepercayaan kepada pelaburan, dan daripada kekuatan nasional kepada kekuatan serantau.
Insya-Allah, jika kita mampu menggabungkan kekuatan Malaysia, Indonesia dan seluruh ASEAN, rantau ini mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara peneraju utama ekonomi halal dunia.
#h20summit
#aseanhalalcouncil
#diplomasihalal
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧
Doa Nabi Ibrahim AS mengingatkan kita agar sentiasa memohon keamanan, kesejahteraan dan rezeki yang diberkati daripada Allah SWT.
Marilah kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan serta terus berdoa agar negeri dan seluruh rakyat sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Selepas pertemuan bersama Wakil Presiden Republik Indonesia, saya meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan bersama Menteri Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia, YT Bapak Haji Yandri Susanto.
Pertemuan ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pembangunan Luar Bandar antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Kementerian Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia (KEMENDES PDT).
MoU ini memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan tegar, meningkatkan taraf sosioekonomi serta merapatkan jurang pembangunan masyarakat desa. Pada masa yang sama, ia membuka ruang lebih luas kepada pembinaan keupayaan, pertukaran kepakaran, perkongsian amalan terbaik dan pembangunan modal insan secara lebih sistematik.
Dalam pertemuan ini, saya turut menjemput YT Bapak Yandri berkunjung ke Malaysia untuk melihat sendiri pendekatan pembangunan desa kita serta berkongsi amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan bersama. Sebagai dua negara sahabat dan serumpun, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ruang untuk terus belajar antara satu sama lain.
Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh supaya pembangunan desa bukan sahaja lebih tersusun dan inovatif, tetapi benar-benar mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat di akar umbi.
#pembangunandesa
#kkdw #kemendespdt
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮 𝐑𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧
Saya memulakan agenda rasmi di Jakarta hari ini dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka di Istana Wakil Presiden.
Antara perkara utama yang kami bincangkan ialah kebakaran hutan, jerebu rentas sempadan serta keperluan memperkukuh kerjasama pengurusan bencana antara Malaysia dan Indonesia.
Isu jerebu memberi kesan langsung kepada rakyat kedua-dua negara, khususnya terhadap kesihatan, kualiti udara dan kehidupan harian. Dalam pertemuan selama 45 minit ini, saya menegaskan bahawa isu ini perlu ditangani secara lebih tersusun dan menyeluruh melalui pencegahan awal, perkongsian maklumat, penyelarasan operasi serta tindakan bersama yang lebih berkesan.
Kami turut berbincang mengenai potensi besar kerjasama Malaysia-Indonesia dalam bidang halal, TVET dan pembangunan perdesaan, khususnya melalui perkongsian kepakaran, pembangunan bakat serta peluasan peluang ekonomi untuk rakyat kedua-dua negara.
Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara serumpun yang sentiasa memilih jalan musyawarah dan kerjasama. Insya-Allah, semangat inilah yang akan terus menjadi asas untuk kita merungkai setiap cabaran bersama demi melindungi rakyat serta memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rantau ini.
#malaysiaindonesia
#pengurusanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦𝐩𝐮𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚
Alhamdulillah, selamat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi memulakan lawatan kerja yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
Ketibaan saya disambut mesra oleh Dr. Ir. Ahmad Haikal Hassan, Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Republik Indonesia; TYT Datuk Muzafar Shah Mustafa dan perwakilan Malaysia.
Lawatan kali ini menjadi kesinambungan kepada usaha memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik termasuk industri halal, pembangunan desa, pengurusan bencana serta pendidikan dan TVET.
Insya-Allah, sebentar lagi saya akan mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama yang melibatkan kedua-dua negara.
Saya turut dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5, termasuk menyampaikan ucaptama serta mengambil bahagian sebagai panel dalam sesi forum yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan ekosistem halal serantau, selain beberapa pertemuan lain sepanjang lawatan ini.
Sama-sama kita doakan agar setiap pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sekali gus terus memperkukuh hubungan dua negara serumpun ini.
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malam tadi terasa cukup istimewa apabila saya dapat bersama-sama barisan kepimpinan dan masyarakat di bawah satu bumbung di Kuching, Sarawak untuk meraikan sambutan Hari Malaysia 2026.
Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 September setiap tahun pastinya akan menjadi ruang untuk kita menghayati makna kebersamaan sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian negeri, bangsa, budaya dan latar belakang.
Di sinilah kita dapat menyaksikan semangat dan nilai kebersamaan yang menjadi kekuatan rakyat dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni, makmur dan berdaya tahan.
Marilah kita terus memelihara perpaduan dan memperkukuh rasa cinta kepada tanah air demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
Selamat Hari Malaysia 2026. 🇲🇾
Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
#harimalaysia2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮
Keadaan jerebu yang berlaku dengan pantas memerlukan tindakan yang lebih awal, bukan hanya selepas keadaan menjadi semakin kritikal. Pendekatan anticipatory action penting bagi memastikan langkah pencegahan dan kesiapsiagaan digerakkan berdasarkan ramalan cuaca, data serta penilaian risiko.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara hari ini, aspek kesiapsiagaan agensi, aset, logistik, kesihatan awam serta penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diberi perhatian.
Kita juga perlu bersedia menghadapi kemungkinan cuaca panas dan kering berpanjangan yang boleh memberi tekanan kepada bekalan air serta meningkatkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan tanah gambut.
Insya-Allah, penyelarasan awal dan tindakan yang lebih tersusun akan terus diperkukuh supaya setiap agensi bersedia bertindak pantas, dan yang paling utama, keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#nadma
#pengurusanbencana #kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟗𝟑
Bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta para veteran atas khidmat bakti, pengorbanan dan keberanian dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Ketahanan ATM merupakan asas penting kepada kekuatan pertahanan negara. Dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks, ATM perlu terus diperkasa dengan kesiapsiagaan, keupayaan dan profesionalisme yang tinggi bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat.
Penghormatan turut diberikan kepada para veteran ATM yang telah mencurahkan bakti demi negara. Jasa dan pengorbanan mereka menjadi sebahagian daripada sejarah serta kekuatan yang membentuk ATM hari ini.
Semoga ATM terus gagah berdiri sebagai benteng pertahanan negara, sentiasa teguh dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dan terus mendapat kepercayaan serta sokongan seluruh rakyat.
Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93.
“Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara”
#hariatm93
#angkatantenteramalaysia
#ketahananatmbentengpertahanannegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang. Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.
Perjalanan Malaysia sejak 1963 terus mengajar kita bahawa kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila kita bergerak bersama, saling menghormati dan menjaga keharmonian yang telah kita warisi.
Marilah kita terus memelihara semangat kebersamaan ini, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan dan disegani.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026. 🇲🇾
#harimalaysia2026
#kesejahteraandinikmati -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐋𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝟑𝟔𝟎°
Mungkin ada yang pernah dengar tentang Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, tetapi belum berkesempatan untuk datang dan melihat sendiri keindahannya.
Kini, di mana sahaja anda berada, anda boleh meneroka masjid ini secara maya menerusi pengalaman 360°.
Boleh melihat sendiri ruang utama masjid, seni binanya serta suasana persekitarannya seolah-olah kita sedang berada di sana.
Masjid ini mempunyai nilai yang cukup dekat di hati saya. Justeru, saya berharap kemudahan ini dapat membuka ruang kepada lebih ramai untuk mengenali dan menghayati keindahan Masjid Tuminah Hamidi dari perspektif masing-masing.
Jom terokai Masjid Tuminah Hamidi secara 360° menerusi pautan di bawah. 👇
masjid-tuminah-hamidi.realview.aldealabs.com
Kredit : Islamic Tourism Centre (ITC)
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥
Industri halal merupakan antara sektor strategik yang mempunyai potensi besar untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, memperluas peluang pelaburan dan membuka akses pasaran yang lebih luas.
Sehubungan itu, Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pelaburan serta memperluas akses pasaran, termasuk memperkasa pemudahcaraan pensijilan halal khususnya bagi PMKS.
Pada masa yang sama, Malaysia terus memperkukuh peranan di peringkat antarabangsa melalui platform MIHAS 2026, termasuk usaha mengangkat cadangan penubuhan ASEAN Halal Council serta memperluas kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal global.
Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memperkukuh ekosistem industri halal negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing, berintegriti dan mampan.
#kkdw
#industrihalal
#mihas2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Kasi chance hari ini ayahanda nak spend masa dengan cucu pula. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, #pau2026 telah melabuhkan tirainya. Beberapa hari kita berhimpun di Rumah Bangsa ini… mendengar suara akar umbi, berbahas dengan terbuka dan menyusun kembali langkah perjuangan untuk mendepani medan yang semakin mencabar.
Hari ini saya menutup perhimpunan ini dengan TEKAD 16 sebagai kerangka kesiapsiagaan kita menuju PRU16. Lima tekad ini mesti diterjemahkan kepada gerak kerja yang tersusun dan tindakan yang benar-benar sampai ke akar umbi.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh perwakilan, petugas, sukarelawan dan keluarga besar UMNO yang telah menjayakan #pau2026.
Kepada yang akan memulakan perjalanan pulang, semoga Allah SWT melindungi dan mempermudahkan perjalanan saudara-saudari semua.
Saya tahu, selepas ini akan ada pelbagai pandangan, reaksi dan tafsiran terhadap apa yang telah kita suarakan sepanjang perhimpunan ini. Pesan saya, walau apa pun yang datang, jangan kita mudah goyah dan jangan sesekali membiarkan saf yang telah kita rapatkan kembali renggang.
Ingatlah, kekuatan UMNO bukan kerana kita tidak pernah diuji, tetapi kerana setiap kali diuji kita memilih untuk bangkit bersama. Selagi kita berdiri sebagai satu keluarga dan bergerak dengan satu tekad, insya-Allah tidak mudah untuk sesiapa pun mematahkan perjuangan ini.
Apa pun yang mendatang selepas ini, kita hadapi bersama. Apa pun geloranya, kita kekal bersama. Kerana selagi saf ini teguh, selagi itulah UMNO akan terus berdiri.
Hidup UMNO!
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#tekad16
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya menutup penggulungan #pau2026 dengan memperkenalkan TEKAD 16, yang menggariskan lima ikhtiar utama.
Inilah langkah yang perlu kita gerakkan bersama untuk memperkukuh parti, mendekati rakyat dan bersedia menghadapi medan PRU16.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#tekad16
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Di celah kesibukan hari terakhir #pau2026, saya tetap mencari ruang untuk bertemu dan makan tengah hari bersama para perwakilan dari UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Insya-Allah, setelah selesai #pau2026 ini, pulanglah ke Bagan Datuk dengan membawa semangat yang lebih kuat, tekad yang lebih bulat dan amanah untuk terus bekerja demi Bagan Datuk yang kita sayangi.
Di mana pun kita berada, akar kita tetap di sini. Bagan Datuk tetap nombor satu!
#pau2026
#umno #bagandatuk
#rumahbangsa
#melakarmasadepanbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Assalamualaikum & selamat pagi anakanda semua.
Terima kasih kerana sudi mengikuti ucapan dasar saya semalam, tidak kira anda berada di dalam negara mahupun di luar negara.
Insya-Allah petang ini saya akan menyampaikan ucapan penggulungan. Teruskan bersama saya, di mana jua anda berada.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#melakarmasadepanbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya kongsikan beberapa intipati dan petikan utama daripada Ucapan Dasar yang telah saya sampaikan sebentar tadi untuk sama-sama kita hayati dan renungi.
Semoga setiap mesej yang disampaikan dapat menjadi pedoman, menguatkan tekad dan membakar semangat kita untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Hidup UMNO!
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#melakarmasadepanbangsa
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Usai menunaikan Solat Jumaat sebentar tadi, sebelum bergerak masuk semula ke Dewan Merdeka untuk mengikuti sesi perbahasan usul, saya bersama isteri sempat singgah ke reruai HAWA Malaysia yang turut memeriahkan #pau2026.
Alhamdulillah, sempat juga beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir. Buat yang berada berdekatan, jemputlah singgah ke WTC Kuala Lumpur. Banyak reruai dan aktiviti menarik yang boleh dikunjungi sepanjang perhimpunan ini.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#melakarmasadepannegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Syukur Alhamdulillah, selesai sudah saya menyampaikan Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 sebentar tadi.
80 tahun perjalanan telah mematangkan perjuangan ini. Kita pernah meniti zaman gemilang, kita juga pernah diuji oleh perubahan. Namun setiap zaman mengajar kita bahawa perjuangan tidak boleh sekadar bertahan. Kita mesti berani membaca realiti, memperbaharui langkah dan mencipta kembali kemenangan.
Sebab itu hari ini saya tegaskan kepentingan memperkukuh Rumah Bangsa, membina persefahaman melalui Tafahum Siyasi dan saya hamparkan Agenda Malaysia BIRU sebagai cita-cita besar menuju 100 tahun usia kemerdekaan negara. Akar perjuangan tetap kita pertahankan, namun cabang dan rantingnya mesti terus berkembang seiring perubahan zaman.
Amanat telah saya bentangkan, kini gelanggang perbahasan saya buka seluasnya kepada para perwakilan. Bahaskanlah dengan keberanian dan kebijaksanaan. Suarakan pandangan, perhalusi kekurangan agar daripada Dewan Merdeka ini lahir kesepakatan yang lebih kukuh untuk menentukan langkah perjuangan kita seterusnya.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#agendamalaysiabiru
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐢𝐛𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Di Sayyidul Ayyam yang penuh keberkatan ini, kami berhimpun di Plaza Merdeka bagi menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa, menjadi simbolik pembukaan rasmi #pau2026.
Alhamdulillah, setiap kali Sang Saka Bangsa dinaikkan dan berkibar megah, terserlah di sebalik kemegahannya sebuah sejarah, pengorbanan dan amanah perjuangan yang diwariskan dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Selagi panji ini berkibar, biarlah semangat perjuangan terus menyala dalam jiwa seluruh keluarga besar UMNO.
Sama-sama kita mendoakan mudah-mudahan perjalanan #pau2026 dipermudahkan oleh Allah SWT dan setiap langkah yang kita susun diberi petunjuk serta membawa manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya kongsikan lapan ikhtiar utama AGENDA MALAYSIA BIRU yang telah saya bentangkan sebagai tawaran untuk menyusun semula keutamaan negara dan membina masa depan Malaysia yang lebih kukuh, sejahtera dan berdaya saing.
Inilah antara arah yang mahu kita tuju bersama menuju 100 tahun usia kemerdekaan negara.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#agendamalaysiabiru
#melakarmasadepanbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dengan Gelombang Biru yang kita bawa dan persefahaman politik yang kita bina, saya telah kemukakan AGENDA MALAYSIA BIRU sebagai satu ikhtiar besar untuk membentuk hala tuju negara menjelang 100 tahun usia kemerdekaan.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#agendamalaysiabiru
#melakarmasadepanbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Telah saya gariskan tiga asas yang perlu kita sepakati bersama dalam membina Tafahum Siyasi.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#tafahumsiyasi
#melakarmasadepanbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Petang tadi, saya meluangkan masa bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian seluruh negara dalam satu sesi hi-tea.
Merekalah antara pemimpin utama yang menghubungkan kepimpinan bahagian dengan akar umbi, menyatukan kekuatan dan memastikan perjuangan sentiasa berpijak pada denyut nadi rakyat.
Perkukuhkan setiap bahagian. Rapatkan saf. Insya-Allah, kita bina bersama kekuatan dari bawah untuk membawa UMNO melangkah lebih jauh.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖
Sempat juga saya singgah sebentar ke reruai KKDW di ruang legar pameran WTC Kuala Lumpur. Alhamdulillah, cukup meriah melihat pengunjung yang singgah dan mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di sini.
Buat semua yang hadir ke WTC Kuala Lumpur, jemputlah singgah ke reruai KKDW. Ambillah peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai inisiatif yang kita sediakan di KKDW.
#kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Istimewanya Rumah Bangsa ini, ia bukan hanya dihuni oleh mereka yang telah lama menggalas perjuangan, tetapi turut mempunyai ruang buat generasi muda yang suatu hari nanti akan mewarisi amanah ini.
Saya sempat meluangkan masa bersama perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dan UMNO Siswa sebentar tadi. Seronok dapat berbual dan mendengar sendiri pandangan anak-anak muda yang sedang menimba ilmu serta membina pengalaman di dalam dan luar negara.
Pesan saya mudah.. teruskan menuntut ilmu, luaskan pengalaman dan jangan pernah putus hubungan dengan akar. Ke mana pun kalian pergi, bawalah pulang ilmu, pengalaman dan keyakinan itu untuk memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, parti dan negara.
Rumah Bangsa ini juga rumah kalian. Datanglah dengan idea, pulanglah dengan tekad dan suatu hari nanti sambunglah perjuangan ini dengan cara generasi kalian sendiri.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐟: 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 @𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔
Seterusnya, saya bergerak ke Laman Wanita Kreatif: Wanita Mendunia bagi merasmikan Laman Wanita Kreatif anjuran Sekretariat Pembangunan Ekonomi & Kewangan Wanita UMNO Malaysia.
Teruja saya melihat laman ini menghimpunkan kreativiti, usaha dan semangat wanita yang mahu terus bergerak ke hadapan. Kadang-kadang semuanya bermula dengan langkah yang kecil, tetapi apabila disertai usaha dan keyakinan, ia boleh membuka ruang yang lebih besar.
Teruskanlah berkarya, berniaga dan mencipta ruang untuk maju kerana saya sentiasa percaya bahawa wanita bukan hanya menggerakkan keluarga, tetapi juga menjadi antara nadi utama dalam menggerakkan ekonomi masyarakat dan negara.
#pau2026
#wanitaumno #lwk2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐝𝐢 #𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔
Meluangkan masa menyantuni para pengamal media yang bertugas membuat liputan di WTC Kuala Lumpur sepanjang #pau2026.
Terima kasih saya ucapkan atas komitmen, kesabaran dan profesionalisme seluruh warga media yang terus bersama kami dalam menyampaikan perkembangan sepanjang perhimpunan ini.
Saya amat menghargai peranan kalian dalam membawa setiap isu, pandangan dan perkembangan kepada masyarakat dengan tepat dan bertanggungjawab, agar setiap perkara dapat difahami dalam konteks yang sebenar.
Teruskanlah menjadi jambatan yang menyampaikan fakta dan membawa suara daripada Rumah Bangsa ini kepada rakyat.
#mediamalaysia #pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢
Di Laman Media #pau2026 tengah hari tadi, saya berkesempatan menyempurnakan peluncuran buku 13 Propaganda Perang Sun Tzu karya Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi.
Dalam politik hari ini, medan pertempuran bukan hanya berlaku di pentas atau peti undi. Naratif, persepsi dan cara sesuatu maklumat disampaikan juga mampu membentuk pandangan masyarakat.
Justeru, karya seperti ini membuka ruang untuk kita memahami bagaimana strategi komunikasi dan propaganda bergerak dalam dunia politik yang semakin kompleks.
Mudah-mudahan ia dapat menjadi bahan rujukan yang bermanfaat kepada mereka yang mahu memahami medan politik dengan lebih mendalam.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Memasuki hari kedua #pau2026, saya mengambil ruang untuk bersama-sama para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berhimpun dalam persidangan masing-masing.
Dari satu dewan ke satu dewan, saya melihat semangat yang sama terus membara.
𝑊𝑎𝑛𝑖𝑡𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑔𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛...
𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑢𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛...
𝑃𝑢𝑡𝑒𝑟𝑖 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑤𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑦𝑢𝑡 𝑔𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎ℎ𝑢 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑒 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛...
Rumah Bangsa ini tidak akan berdiri kukuh dengan satu tiang sahaja. Ia diperkasakan oleh mereka yang setia menjaga asasnya, berani mempertahankan maruahnya dan bersedia menyambung legasi perjuangannya.
Teruskanlah membawa suara akar umbi dan bekerja dengan penuh keikhlasan. Kita mungkin berbeza peranan dan berbeza generasi, tetapi kita berhimpun di bawah satu bumbung dan memikul amanah perjuangan yang sama.
Hidup UMNO!
#pau2026
#wanitaumno #pemudaumno #puteriumno
#umno #rumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam ruang masa yang ada, saya sempat meluangkan masa bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO Perak dalam satu majlis ramah mesra.
Sempat juga saya berbual dan mendengar sedikit sebanyak pandangan daripada anak-anak muda yang akan meneruskan perjuangan parti ini pada masa hadapan.
Pesan saya mudah sahaja.. teruslah belajar, teruslah turun bekerja dan jangan takut untuk membawa idea baharu. Generasi pelapis mesti berani tampil, tetapi dalam masa yang sama tetap memahami akar perjuangan dan tanggungjawab kepada rakyat.
Seronok dapat bersama kalian petang tadi. Insya-Allah, ada rezeki kita duduk bersama lagi.
#pau2026
#pemudaumno
#puteriumno
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Bersempena hari pertama #pau2026, saya bersama barisan kepimpinan parti kembali berhimpun di Dewan Merdeka bersama para perwakilan UMNO dari seluruh negara.
Syukur Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat setiap aras dan pelosok Dewan Merdeka dipenuhi lautan merah. Selamat datang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan yang telah datang dari jauh dan dekat membawa bersama suara serta amanah akar umbi ke Rumah Bangsa ini.
Saya berharap apa yang saya sampaikan sebentar tadi dapat menjadi bekal untuk kita sama-sama melihat ke hadapan dengan lebih jelas dan yakin. Jadikanlah perhimpunan ini ruang untuk kita terus menyatukan fikrah, merapatkan saf dan memperkukuh kekuatan parti.
Berbincanglah, berbahaslah dan berikanlah pandangan dengan sebaiknya. Selamat bersidang buat seluruh keluarga UMNO. Rumah Bangsa ini milik kita.. dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaganya, memperkukuhkannya dan mewariskan perjuangannya kepada generasi seterusnya.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐂𝐡𝐚𝐭𝐛𝐨𝐭 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 #𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔
Perhimpunan Agung UMNO 2026 telah membuka tirainya hari ini. Sebaik tiba di WTC Kuala Lumpur, saya meluangkan masa untuk bersama barisan Penerangan UMNO Malaysia dalam Majlis Penerangan UMNO Malaysia 2026.
Dalam kesempatan tersebut, saya turut menyempurnakan perasmian AIRA, chatbot AI Penerangan UMNO Malaysia yang dibangunkan bagi membantu orang ramai memahami sesuatu maklumat dan mendapatkan penerangan dengan lebih tepat serta pantas.
Bagi mereka yang mahu memahami sesuatu isu atau mempunyai persoalan berkaitan penerangan parti, AIRA boleh menjadi salah satu ruang untuk mendapatkan penjelasan.
Teruskan bergerak dan teruslah memperkukuh penerangan kepada rakyat. Dalam zaman maklumat yang bergerak begitu pantas, kita juga mesti sentiasa bersedia untuk menjelaskan dengan fakta dan menjawab dengan baik.
#pau2026 #umno
#peneranganumno
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat datang ke Rumah Bangsa!
Kepada seluruh perwakilan dari segenap pelosok tanah air yang akan berhimpun di WTC Kuala Lumpur, selamat bersidang di Perhimpunan Agung UMNO 2026 saya ucapkan.
Setiap kali kita kembali berhimpun di Rumah Bangsa ini.. kita datang membawa suara, pengalaman dan amanah daripada akar umbi. Di sinilah kita bermuhasabah, bertukar pandangan dan memperkukuh kesatuan dalam menentukan langkah perjuangan UMNO mendepani realiti politik semasa.
Rumah Bangsa ini telah melalui pelbagai zaman, pelbagai ujian dan pelbagai cabaran. Namun, Rumah Bangsa ini terus berdiri kerana kekuatannya bukan sekadar pada sejarah, tetapi pada kesetiaan, kebersamaan dan keyakinan orang-orang yang terus percaya kepada perjuangannya.
Insya-Allah, manfaatkanlah #pau2026 ini untuk kita menyatukan fikrah, merapatkan saf dan membina kekuatan baharu. Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan dan petunjuk daripada Allah SWT.
Selamat bersidang dan salam perjuangan buat semua.
#pau2026
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Berita tragedi yang kita terima malam tadi amat mendukacitakan di mana seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang menaiki helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak petang semalam telah disahkan meninggal dunia.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini. Lebih menyentuh hati, mereka pergi ketika sedang melaksanakan amanah dan tugas untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
Saya mendoakan semoga seluruh keluarga dan waris mangsa yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka amat besar nilainya dan pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Sumber: BERNAMA -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢
Menutup agenda hari ini, saya berkesempatan bertemu 22 orang anak muda negara yang bakal membawa cabaran Malaysia dalam 21 bidang kemahiran di WorldSkills Competition Shanghai 2026.
Mereka ke Shanghai dengan membawa satu iltizam iaitu merealisasikan agenda “Road to Gold”. Saya tahu, bukan mudah untuk bersaing dengan bakat-bakat terbaik dunia, tetapi saya mahu mereka pergi dengan keyakinan bahawa anak Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dan mencipta sejarah di pentas ini.
WorldSkills adalah medan untuk kita melihat sejauh mana bakat, latihan dan standard TVET negara mampu bersaing di peringkat dunia. Kerajaan akan terus memberikan sokongan supaya anak-anak muda kita mempunyai ruang dan peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.
Pesan saya kepada mereka, selain segala latihan, disiplin dan persediaan yang telah dilakukan, jangan lupa bahawa doa ibu bapa juga sangat penting. Mohonlah restu mereka sebelum berangkat. Insya-Allah, doa seluruh rakyat Malaysia juga mengiringi kalian di Shanghai.
Saya yakin kalian sudah bersedia. Gegarkan Shanghai. Cipta sejarah dan bawa pulang emas untuk Malaysia!
#worldskillsshanghai2026
#worldskills #tvet
#tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝟑𝐊 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧: 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧
Masih di WTC Kuala Lumpur, saya meneruskan agenda petang ini bersama keluarga besar Wanita UMNO dalam Majlis Minum Petang Skuad Sayang 3K Kebangsaan.
Saya tahu tugas mereka bukanlah mudah. Ketika musim tengkujuh dan rakyat terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), anggota Skuad Sayang antara yang turun membantu, mengurus kebajikan dan berada bersama mangsa ketika mereka memerlukan sokongan. Inilah khidmat yang mungkin tidak selalu mendapat perhatian, tetapi besar maknanya kepada rakyat.
Hari ini saya turut berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada para penerima anugerah Skuad Sayang dari setiap negeri, termasuk penerima anugerah di peringkat kebangsaan, atas khidmat bakti dan komitmen cemerlang yang telah ditunjukkan.
Penghargaan ini bukanlah penamat, sebaliknya pembakar semangat untuk seluruh anggota Skuad Sayang terus menyantuni mereka yang memerlukan.
Insya-Allah, saya akan terus memberikan sokongan kepada usaha dan gerak kerja Skuad Sayang 3K agar khidmat kebajikan ini dapat terus diperluaskan dan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.
Teruskan menyantuni. Teruskan berbakti. Wanita UMNO sememangnya luar biasa!
#skuadsayang3k
#wanitaumno
#pau2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝟐.𝟎: 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐤𝐬𝐞𝐬 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧
Selesai merasmikan penutupan Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0, saya terus ke Kongres Pendidikan Melayu 2.0 yang turut berlangsung di WTC Kuala Lumpur bagi menyempurnakan majlis penutup seterusnya menerima resolusi kongres.
Dalam soal pendidikan Melayu dan Bumiputera, kita sebenarnya telah melalui perjalanan yang panjang. Pelbagai institusi dan peluang telah dibina sehingga pendidikan berjaya mengubah kehidupan begitu ramai anak bangsa. Namun cabaran hari ini sudah berubah. Kita perlu bergerak ke tahap seterusnya.. daripada akses kepada penguasaan.
Anak-anak kita bukan sahaja perlu mendapat pendidikan dan memiliki kelayakan, tetapi mesti menguasai ilmu, kemahiran dan teknologi yang membolehkan mereka menjadi pencipta, peneraju serta pemilik dalam sektor-sektor ekonomi masa hadapan.
Pendidikan telah banyak mengubah kehidupan individu dan keluarga. Kini, kita mahu kekuatan pendidikan itu turut mengubah kedudukan sebuah bangsa. Inilah anjakan yang perlu kita usahakan bersama menuju 2035.
#kongrespendidikanmelayu
#pendidikanmelayu
#pendidikanbumiputera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐥𝐭𝐚𝐪𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐.𝟎: 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Kita hidup pada zaman yang tidak pernah kekurangan ilmu dan maklumat. Namun cabaran hari ini bukan hanya bagaimana untuk mendapatkan ilmu, tetapi bagaimana membezakan yang benar daripada yang palsu dan memastikan umat tidak kehilangan arah dalam dunia yang berubah begitu pantas.
Semasa berucap dalam Majlis Penutupan Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 sebentar tadi, saya telah tekankan bahawa kita memerlukan ilmuwan yang bukan sahaja mampu membaca kitab, tetapi juga mampu membaca zaman. Kukuh pada turath, memahami teknologi; teguh pada nas, mengerti realiti; jelas pada hukum, tetapi tidak kehilangan hikmah dalam membimbing masyarakat.
Dalam mengurus perbezaan pula, kita perlu kembali kepada Adabul Ikhtilaf. Kita boleh berbeza pandangan, pendekatan malah pendirian politik, tetapi perbezaan tidak seharusnya memutuskan persaudaraan atau membiarkan perkara kecil mengatasi maslahat umat yang lebih besar.
Inilah semangat WAHDAH UMMAH yang saya tekankan iaitu kesatuan yang bekerja, menyelesaikan masalah dan meninggalkan hasil. Ilmu mesti melahirkan pedoman, pedoman mesti menghasilkan tindakan dan tindakan mesti membawa perubahan yang dirasakan oleh umat. Insya-Allah.
#multaqailmuwanislammalaysia
#wahdahummah
#adabulikhtilaf -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐦𝐚𝐫𝐡𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤, 𝐀𝐫𝐤𝐢𝐭𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Ada pemimpin yang dikenang kerana zamannya, dan ada pemimpin yang pemikiran serta legasinya terus hidup merentas zaman. Almarhum Tun Abdul Razak Hussein adalah antara negarawan yang meninggalkan asas begitu besar dalam pembinaan negara kita.
Daripada usaha memperkukuh perpaduan, membina sistem pendidikan kebangsaan hinggalah kepada pembasmian kemiskinan dan pembangunan masyarakat luar bandar, banyak asas yang dirintis Almarhum terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat sehingga hari ini.
Bagi saya, itulah legasi sebenar seorang negarawan. Bukan hanya apa yang berjaya dibina pada zamannya, tetapi bagaimana pemikiran dan perjuangannya terus menjadi pedoman kepada generasi selepasnya dalam membina sebuah negara yang lebih maju, bersatu dan sejahtera.
Al-Fatihah buat Almarhum Tun Abdul Razak Hussein. Semoga segala jasa dan khidmat baktinya kepada agama, bangsa dan negara terus dikenang sepanjang zaman.
#negarawan
#legasinegarawan
#arkitekpembangunannegarabangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐮𝐰𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐬𝐡𝐞𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐝𝐡𝐥 𝐀𝐚𝐥𝐢 𝐃𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐰𝐢
Malam tadi, saya bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkesempatan meraikan Sumuwul Amir Hashem bin Al-Fadhl Aali Dandarawi dalam satu majlis makan malam di Sri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.
Dalam ruang masa yang ada, kami sempat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam beberapa perkara yang menjadi perhatian bersama. Alhamdulillah, saya menghargai kesempatan untuk bertemu dan berkongsi pandangan bersama beliau.
Semoga silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan membuka ruang kepada lebih banyak perkongsian ilmu serta pengalaman pada masa akan datang, insya-Allah.
#malaysiamesir
#ukhuwahislamiah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Sejurus menerima khabar pemergian Allahyarham Imam Sarkowi bin Saleh, Imam Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Nipah Darat ketika berada di Putrajaya sebentar tadi, saya terus pulang ke Bagan Datuk untuk menziarahi Allahyarham di kediamannya.
Kehilangan ini cukup terasa buat saya. Allahyarham merupakan insan yang cukup saya kenali. Banyak kenangan serta kebaikan Allahyarham yang akan sentiasa saya ingati.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal ibadah dan khidmat baktinya serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan yang dikasihi ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Pembangunan yang baik perlu dirancang bukan hanya untuk keperluan hari ini, tetapi juga untuk masa depan. Sebentar tadi, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Bagan Datuk yang akan menjadi antara panduan penting pembangunan Bagan Datuk sehingga tahun 2050.
Bagan Datuk kini sedang melalui fasa perkembangan yang penting, dengan jaringan perhubungan yang semakin baik serta potensi baharu dalam sektor ekonomi dan pelaburan. Justeru, pembangunan selepas ini perlu disusun secara terancang dan bersepadu supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai oleh rakyat.
Dalam usaha ini, peranan sektor swasta juga penting. Kerajaan telah menyediakan hala tuju dan ekosistem yang sesuai, manakala penglibatan serta inisiatif sektor swasta mampu membawa masuk pelaburan, membuka aktiviti ekonomi baharu dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Insya-Allah, kita mahu melihat Bagan Datuk berkembang sebagai sebuah bandar yang berdaya huni, berdaya saing dan mempunyai identitinya sendiri, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan seluruh daerah.
#pembangunanbagandatuk
#bagandatuk #perak
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐃𝐮𝐚 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢
Memulakan tugas pada hari ini dengan merasmikan Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik antara Pusat Komuniti Desa (PKD), KKDW dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kementerian Komunikasi di Cyberjaya.
Bagi saya, rakyat tidak seharusnya dibebankan untuk memahami sesuatu urusan itu berada di bawah Kementerian atau agensi mana. Mereka hanya mahu tahu bagaimana urusan dapat diselesaikan dan bagaimana peluang serta perkhidmatan boleh sampai kepada mereka dengan lebih mudah. Sebab itu, Kerajaanlah yang mesti menyusun sumber, menyatukan kekuatan dan mengurangkan cara kerja secara silo.
PKD dan NADI masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. PKD mempunyai jaringan yang dekat dengan masyarakat desa, manakala NADI pula membawa kekuatan teknologi dan akses digital. Apabila kedua-duanya digerakkan sebagai satu ekosistem yang lebih tersusun, kita bukan sahaja dapat mengurangkan pertindihan dan mengoptimumkan kemudahan sedia ada, malah membuka lebih banyak jalan kepada kemahiran, pekerjaan, pembiayaan dan pasaran.
Saya mahu kerjasama ini turut menjadi sebahagian daripada usaha kita memperluas kerangka Ekonomi Desa Nasional. Dengan 8.1 juta penduduk luar bandar, desa bukanlah kelompok kecil di pinggir pembangunan. Desa mempunyai bakat, produk, sumber dan potensi ekonomi yang besar untuk digerakkan sebagai sebahagian daripada kekuatan ekonomi negara.
Justeru, saya telah meminta agar satu model kerjasama PKD-NADI yang jelas, praktikal dan boleh dilaksanakan dibangunkan, lengkap dengan peranan, garis masa serta ukuran keberhasilan yang boleh dinilai. Kerana akhirnya, kejayaan kita bukan diukur pada berapa banyak program yang dilaksanakan, tetapi sejauh mana ia mampu membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.
#pkd #nadi
#kkdw #kementeriankomunikasi
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Dari Johor, saya turun pula ke Melaka untuk bersama anak-anak muda di sini sempena Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka di MITC.
Seronok melihat semangat dan tenaga anak-anak muda yang memenuhi program ini. Bagi saya, mereka bukan hanya generasi yang akan mewarisi masa depan negara, tetapi generasi yang sedang membina dan mencorakkan masa depan itu dari sekarang.
Justeru, kita mesti terus membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk mereka meneroka potensi, membina kemahiran dan mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tugas kita adalah menyediakan jalannya, tetapi anak-anak muda sendiri mesti berani merebut peluang dan pergi lebih jauh.
Terima kasih anak-anak muda Melaka atas sambutan yang cukup hebat. Teruskan berkarya, teruskan mencuba dan jangan takut membawa idea serta pendekatan baharu. Percayalah pada kemampuan diri, kerana masa depan negara ini turut berada di tangan anda.
#karnivalanakmudamelaka
#anakmuda #melaka
#generasimasahadapan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐥𝐚𝐩
Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat bersama hampir 600 atlet daripada 18 suku kaum sempena Majlis Penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan 2026 di Iskandar Puteri, Johor.
Seronok melihat sendiri semangat dan bakat anak-anak Orang Asli yang turun bertanding. Kita sudah mempunyai ramai anak Orang Asli yang berjaya melangkah ke pentas lebih tinggi, malah ada yang membawa nama negara dalam bidang sukan. Ini membuktikan bahawa bakat itu memang ada. Tugas kita adalah untuk mencungkil, menggilap dan memastikan peluang yang sewajarnya sampai kepada mereka.
Saya mahu KSOA menjadi antara medan untuk kita menemukan lebih ramai bakat baharu. Kalau ada yang mampu kita bawa ke SUKMA, kita bawa. Kalau ada yang berpotensi pergi lebih jauh, kita buka jalannya. Jangan sesekali kita biarkan bakat yang besar terhenti hanya kerana peluang tidak sampai kepada mereka.
Tahniah saya ucapkan kepada semua atlet yang telah memberikan yang terbaik sepanjang karnival ini. Teruskan melangkah, teruskan mencuba dan letakkan cita-cita setinggi mungkin.
Insya-Allah, dengan peluang dan bimbingan yang betul, saya yakin lebih ramai anak Orang Asli mampu melangkah jauh seterusnya mengharumkan nama negara.
#ksoa2026
#jakoa #kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐄𝐬𝐨𝐤
Allah SWT mengingatkan kita agar sentiasa bertakwa dan bermuhasabah dengan melihat kembali segala amalan yang telah dilakukan sebagai persiapan untuk hari akhirat.
Marilah kita terus memperbaiki diri, memperbanyakkan amal soleh dan memastikan setiap langkah kehidupan kita sentiasa berada dalam reda Allah SWT.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum #maha2026 melabuhkan tirainya di MAEPS, Serdang. Kepada yang masih belum berkesempatan datang atau sedang merancang untuk berkunjung, jangan lupa singgah ke Laman Usahawan Desa@MAHA 2026!
Pelbagai produk dan tarikan menarik daripada usahawan desa menanti anda. Inilah peluang untuk kita melihat sendiri potensi dan kreativiti usahawan tempatan, sambil memberikan sokongan kepada produk-produk keluaran desa kita.
Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita meriahkan #maha2026. Sama-sama kita beri sokongan dan semangat kepada usahawan desa untuk terus berkembang dan melangkah lebih jauh.
#maha2026 #lamanusahawandesa #usahawandesa #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐉𝐚𝐮𝐡
Dari Putrajaya, saya terus ke Shah Alam untuk bersama anak-anak muda desa dari seluruh negara dalam Konvensyen Belia Desa 2026 (KBD 2026) anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), KKDW.
Saya percaya anak muda desa bukan sekadar penerima pembangunan. Mereka mesti diberikan ruang untuk turut menentukan bagaimana masa depan desa mahu dibentuk.
Sebab itu KBD 2026 memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan tentang peluang ekonomi, pekerjaan dan kemahiran masa hadapan, digitalisasi dan AI, kepimpinan serta kesejahteraan komuniti.
Melalui Survei Suara Belia Desa dan sesi perbincangan sepanjang konvensyen ini, aspirasi mereka akan diperhalusi sehingga terbentuknya Resolusi Belia Desa 2035.
Kita tidak mahu bercakap tentang masa depan generasi muda tanpa melibatkan mereka dalam menentukan masa depan itu sendiri.
Insya-Allah, KKDW akan terus memastikan suara anak muda menjadi sebahagian daripada agenda membina desa yang lebih progresif, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#kbd2026
#beliadesa
#infra #kkdw
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐬𝐮𝐬𝐮𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧
Saya memulakan hari pertama bulan September ini bersama seluruh warga KKDW dalam Perhimpunan Bulanan dengan satu penegasan iaitu perancangan yang baik mesti disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
Dengan hanya berbaki empat bulan sebelum kita menutup tirai 2026, saya mahu tempoh ini digunakan untuk kita memperkemas pelaksanaan dan menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
Justeru, saya telah mengarahkan seluruh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KKDW untuk melaksanakan ‘Operasi Sifar Tertangguh’, dengan melihat semula segala projek, bayaran, isu tanah, utiliti, kontrak, aset serta keputusan yang masih belum diselesaikan.
Apa yang boleh diselesaikan, selesaikan segera. Apa yang memerlukan intervensi, bawa untuk keputusan.. dan apa yang tidak lagi praktikal, kita mesti berani membuat keputusan dan menutupnya.
Dalam kita membuat persediaan menuju Belanjawan 2027, pendekatan yang sama mesti diterapkan. Keperluan sentiasa lebih besar daripada sumber yang tersedia. Sebab itu, ukuran kita tidak boleh hanya pada berapa banyak yang dibelanjakan atau berapa banyak projek yang dilaksanakan, tetapi sejauh mana setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi nilai dan membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.
Kerana akhirnya, pembangunan tidak selesai apabila sesuatu projek diluluskan atau peruntukan disediakan. Ia hanya mempunyai makna apabila manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
#kkdw
#operasisifartertangguh
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞-𝟔𝟗
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana tahun ini saya sekali lagi dapat bersama-sama ribuan rakyat Malaysia meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.
Setiap tahun kita menyambut Hari Kebangsaan, tetapi semangat yang diperlihatkan rakyat tidak pernah terasa biasa. Di sinilah kita melihat bahawa di sebalik segala perbezaan, kecintaan kepada tanah air sentiasa menemukan kita.
Apabila Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang, kita berdiri sebagai satu bangsa yang berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh kontinjen perbarisan, pasukan keselamatan, para petugas, sukarelawan serta semua yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada tahun ini.
Semoga semangat yang kita zahirkan pada pagi tadi terus segar dalam jiwa setiap anak Malaysia. Kita pertahankan keamanan yang diwarisi, kita pelihara keharmonian yang terbina dan kita terus berganding bahu membawa Malaysia melangkah lebih jauh.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysiaku! 🇲🇾
Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
#harikebangsaan2026
#hkhm2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞-𝟔𝟗
Generasi terdahulu berjuang untuk memerdekakan tanah air. Generasi kita pula memikul amanah untuk mengisi kemerdekaan dan membawa Malaysia terus melangkah ke hadapan.
69 tahun lalu, kemerdekaan telah membuka lembaran baharu buat sebuah negara yang mahu menentukan sendiri masa depannya. Ia dibina dengan pengorbanan, keberanian dan kesatuan hati para pejuang terdahulu. Hari ini, amanah itu berada di tangan kita untuk memastikan Malaysia yang mereka perjuangkan terus aman dan makmur.
Dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian, kekuatan kita sentiasa terletak pada kemampuan untuk hidup bersama, saling menghormati dan meletakkan kepentingan tanah air mengatasi segala perbezaan. Kita mungkin berbeza bangsa, agama, budaya mahupun pandangan, tetapi kita terus berkongsi sebuah tanah air dan masa depan yang sama.
Justeru, marilah kita mengisi kemerdekaan ini dengan memperkukuh perpaduan serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera untuk diwariskan kepada anak cucu kita. Kemerdekaan yang diwarisi mesti terus dipelihara, kemajuan yang dikecapi mesti dinikmati dan masa depan negara perlu kita bina bersama.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!
#harikebangsaan2026
#hkhm2026
#kesejahteraandinikmati -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐚𝐯𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 & 𝐏𝐚𝐯𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤@𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selepas merasmikan Laman Usahawan Desa, saya teruskan dengan melawat ke Pavilion Perak yang turut diadakan sempena penganjuran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026.
Di Pavilion Perak, saya berkesempatan melihat pelbagai produk, inovasi, hasil usahawan serta inisiatif yang diketengahkan oleh negeri Perak. Turut dipamerkan keunikan, kekuatan dan potensi negeri, terutamanya dalam sektor pertanian dan agro di samping membuka ruang kepada jaringan strategik, peluang pasaran dan kerjasama yang lebih luas.
Sebelum bergerak pulang, saya juga sempat singgah sebentar di Pavilion Sarawak yang terletak bersebelahan dengan Pavilion Perak yang turut memaparkan produk dan keunikan Negeri Sarawak.
Saya percaya kekuatan sektor ekonomi negeri Perak dan Sarawak akan terus diperkasa melalui inovasi, penjenamaan dan peluasan pasaran agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai usahawan serta masyarakat luar bandar.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Laman Usahawan Desa, Pavilion Perak dan Pavilion Sarawak di MAHA 2026 serta nikmati pelbagai tarikan istimewa yang terdapat di sini.
#maha2026
#pavilionperak
#pavilionsarawak -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐁𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐋𝐮𝐚𝐬 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Saya telah merasmikan Laman Usahawan Desa@MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, yang menghimpunkan usahawan serta agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Dengan penyertaan lebih 2,000 pempamer dan sasaran empat juta pengunjung sepanjang MAHA 2026, peluang ini tentunya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh usahawan desa untuk memperkenalkan produk, membina jaringan perniagaan dan mencari pasaran baharu.
Di Laman Usahawan Desa, KKDW menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran Desa Kirana, kebudayaan dan kesenian Orang Asli, perkhidmatan TVET, mengetengahkan usahawan-usahawan Rural Business Challenge (RBC) dan pelbagai lagi. KKDW juga menyediakan baucar penggalak jualan keseluruhan bernilai RM100,000 kepada pengunjung bagi membantu merancakkan jualan usahawan.
Saya percaya produk dari desa mempunyai kualiti dan potensi untuk pergi lebih jauh. Usaha seperti ini akan terus membuka pintu pasaran, memperkukuh penjenamaan dan memberi ruang kepada mereka berkembang daripada pasaran setempat kepada pasaran yang lebih besar.
Kepada semua yang berkunjung ke MAHA 2026, singgahlah ke Laman Usahawan Desa dan berikan sokongan kepada produk serta usahawan tempatan desa.
#maha2026 #lamanusahawandesa #usahawandesa #kkdw #desalestarinegaramakmur -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Petang tadi, saya bersama-sama barisan Jemaah Menteri mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026.
Alhamdulillah, beberapa pengumuman yang disampaikan hari ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk terus mendengar denyut nadi rakyat dan memastikan bantuan serta kemudahan yang diberikan benar-benar menyentuh keperluan semasa masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, kami akan terus bersama membawa suara rakyat dan memastikan lebih banyak keputusan Kerajaan berpaksikan kepada keperluan sebenar rakyat.
Insya-Allah, kami akan terus memainkan peranan ini dengan penuh tanggungjawab agar setiap dasar, peruntukan dan keputusan yang dibuat benar-benar memberi manfaat dan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
#harikebangsaan2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐭𝐡𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Seawal pagi lagi, sekitar Kuala Lumpur sudah dibanjiri ribuan pelari dengan semangat dan warna-warni sambutan Hari Kebangsaan.
Alhamdulillah, saya difahamkan seramai 25,000 peserta tempatan dan antarabangsa telah mengambil bahagian dalam Malaysia Marathon 2026 yang julung kali dianjurkan ini dan turut mendapat pengiktirafan World Athletics.
Pagi tadi saya turut berkesempatan menyempurnakan pelepasan 10,000 peserta bagi kategori 5KM Larian Ria di KLCC. Apa yang menariknya sebentar tadi, kita turut menyaksikan Jalur Gemilang sepanjang satu kilometer dibawa bersama oleh 1,000 pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, menambahkan lagi kemeriahan dan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Saya yakin penganjuran acara berskala antarabangsa seperti ini mempunyai potensi besar untuk menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan negara. Sukan mampu membawa manusia dari seluruh dunia bertemu di Malaysia, menikmati keindahan negara kita dan pada masa yang sama merancakkan aktiviti ekonomi serta pelancongan.
Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta dan pihak yang menjayakan Malaysia Marathon 2026. Insya-Allah, saya berharap penganjuran ini dapat terus dikembangkan sehingga menjadi antara acara maraton ikonik di rantau ini dan membawa lebih ramai pengunjung antarabangsa ke Malaysia pada masa hadapan.
#malaysiamarathon2026
#vm2026 #visitmalaysia2026 #harikebangsaan2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Dalam mendepani kedinamikan politik, UMNO mesti mempunyai keberanian untuk berubah. Bukan pada prinsip dan asas perjuangan, tetapi pada pendekatan, gerak kerja serta cara kita memahami denyut nadi rakyat hari ini.
Itulah antara semangat yang saya titipkan kepada para peserta ketika merasmikan Pemukiman UMNO Negeri Terengganu di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik tengahari tadi. Belajarlah melihat realiti, bermuhasabah dengan jujur dan bersama mencari solusi serta merancang gerak kerja yang perlu dilakukan selepas ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan UMNO Negeri Terengganu atas inisiatif menghimpunkan seluruh kepimpinan dalam pemukiman ini. Ruang seperti ini penting untuk kita merapatkan saf, menyatukan fikrah dan memperkukuh kembali tekad bahawa sebesar mana pun cabaran yang mendatang, perjuangan mesti diteruskan.
Kepada seluruh keluarga UMNO Terengganu, jangan sesekali hilang keyakinan. Kekuatan kita masih ada pada ahli, organisasi, pengalaman dan akar perjuangan yang telah lama dibina. Jangan tunggu rakyat kembali kepada UMNO, kitalah yang mesti kembali kepada rakyat.
Insya-Allah, kita bina semula kekuatan ini dengan kesatuan, kerja keras dan keberanian untuk berubah.
#umno
#umnoterengganu
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐚𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭 𝟓
Memulakan pagi dengan solat Subuh berjemaah bersama anakanda-anakanda Sekolah Patriotik UMNO (SPU) Batch ke-5 sebelum kami meneruskan sesi Daurah bersama-sama.
Alhamdulillah, pejam celik sudah lima batch SPU kita lahirkan. Sesi seperti inilah yang sentiasa Ayahanda nantikan untuk duduk dekat, bertukar cerita dan berkongsi kisah perjalanan mengemudi UMNO legasi sebuah perjuangan.
Ayahanda berharap perkongsian mengenai ‘ikhlas’ pagi tadi dapat menjadi bekalan buat anakanda semua. Ambillah yang baik sebagai pedoman, belajarlah daripada setiap pesanan dan bina jati diri dengan ilmu, adab, keberanian serta prinsip yang teguh.
Perjuangan ini memerlukan generasi yang bukan sekadar memahami sejarah tetapi berani mencorakkan masa depannya.
Semoga daripada SPU ini terus lahir generasi pemimpin yang berilmu, berprinsip dan bersedia memikul amanah perjuangan pada masa hadapan. Insya-Allah.
#sekolahpatriotikumno
#patriot5
#umno
#bestariberaniberjuang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫, 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐖𝐞𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Alhamdulillah, terasa lebih manis sambutan kemerdekaan tahun ini apabila saya menerima khabar kejayaan adik Muhammad Ammar bin Azli, pelajar IKBN Wakaf Tapai yang telah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dalam bidang Welding pada Final of Professional Skills Championship (Professionals) 2026 di Kaluga, Rusia.
Tahniah adik Muhammad Ammar! Melihat Jalur Gemilang berkibar di pentas antarabangsa hasil kemahiran anak muda TVET negara tentunya menjadi satu kebanggaan buat kita semua.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan bahawa anak-anak TVET Malaysia mempunyai bakat dan kemahiran untuk berdiri sama tinggi serta bersaing dengan yang terbaik di peringkat dunia.
Syabas juga saya ucapkan kepada tenaga pengajar serta seluruh warga IKBN Wakaf Tapai dan ILKBS yang telah membimbing dan mempersiapkan beliau sehingga mencapai kejayaan ini.
Selepas Rusia, adik Muhammad Ammar bakal membawa cabaran negara ke WorldSkills Shanghai 2026 pada September nanti. Teruskanlah melangkah dengan penuh keyakinan dan berikan yang terbaik untuk Malaysia.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai anak muda untuk melihat TVET sebagai laluan membina kemahiran, kerjaya dan masa depan. Insya-Allah.
#tvetmalaysia
#ikbnwakaftapai
#ilkbs
#worldskillsshanghai2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. UMNO menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law) mesti sentiasa dihormati dan dijunjung. Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang berbidang kuasa.
2. Sebarang tindakan untuk memalukan atau mengaibkan seseorang, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan telah pun bersalah, adalah bertentangan dengan prinsip keadilan, anggapan tidak bersalah (Presumption of Innocence) serta semangat kedaulatan undang-undang.
3. UMNO konsisten bahawa parti tidak akan pernah mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan, penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses undang-undang.
4. UMNO mengambil maklum pelbagai dapatan kajian empirikal yang dilakukan oleh pelbagai agensi dan penyelidik di kalangan ahli akademik yang menjurus kepada sentimen rakyat terutamanya orang Melayu yang mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan dan kepentingan keindukan Melayu menjadi teras kepada kestabilan politik negara.
5. Bersetuju untuk kepimpinan UMNO Negeri melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi Pilihanraya akan datang.
6. Sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan.
7. Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal pada hari Selasa, 8 September iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. Ketiga-tiga program ini terbuka untuk kehadiran orang awam.
8. Mesyuarat turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026, sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS.
9. Mesyuarat malam ini juga telah menyaksikan pelantikan dan upacara angkat sumpah YAB Datuk Ismail bin Lasim sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
SUA UMNO -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐉𝐚𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐝𝐓𝐞𝐜𝐡
Malaysia telah membina kedudukan yang kukuh dalam pembuatan peranti perubatan di peringkat global. Kini masanya kita mengambil 𝑡ℎ𝑒 𝑛𝑒𝑥𝑡 𝑙𝑒𝑎𝑝 daripada 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑓𝑎𝑐𝑡𝑢𝑟𝑖𝑛𝑔 kepada 𝑖𝑛𝑛𝑜𝑣𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛, daripada 𝑝𝑎𝑟𝑡𝑖𝑐𝑖𝑝𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 kepada 𝑜𝑤𝑛𝑒𝑟𝑠ℎ𝑖𝑝.
Ketika merasmikan Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2026 pagi tadi, saya telah menggariskan tiga aspirasi MedTech Malaysia menuju 2030 iaitu sasaran untuk melepasi RM50 bilion eksport peranti perubatan; membina sekurang-kurangnya 10 Malaysian MedTech Champions; serta memastikan sekurang-kurangnya 50% pekerjaan yang diwujudkan melalui pelaburan baharu MedTech terdiri daripada jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan.
Untuk mencapainya, pembangunan bakat mesti bergerak seiring dengan pertumbuhan industri. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya mahu industri bekerjasama lebih awal dengan institusi TVET dan universiti dalam membentuk 𝑓𝑢𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑠𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠, memperluas 𝑎𝑝𝑝𝑟𝑒𝑛𝑡𝑖𝑐𝑒𝑠ℎ𝑖𝑝 dan menyediakan bakat yang diperlukan. “The talent must be ready before the investment arrives.”
Akhirnya, kemajuan MedTech mesti mencipta 𝑒𝑐𝑜𝑛𝑜𝑚𝑖𝑐 𝑣𝑎𝑙𝑢𝑒 𝑓𝑜𝑟 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 𝑎𝑛𝑑 ℎ𝑢𝑚𝑎𝑛 𝑣𝑎𝑙𝑢𝑒 𝑓𝑜𝑟 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎𝑛𝑠, iaitu dengan membina industri bernilai tinggi, membuka peluang kerjaya berkualiti dan memastikan teknologi kesihatan memberi manfaat kepada rakyat termasuk di kawasan pedesaan. Insya-Allah.
#imdec2026
#medtechmalaysia
#medicaldevices
#tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐭𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧
Allah SWT mengingatkan kita tentang pentingnya menunaikan setiap amanah dan janji yang diberikan dengan penuh kejujuran, walau sekecil mana pun amanah tersebut.
Semoga kita sentiasa memelihara amanah dengan sebaik-baiknya kerana amanah merupakan asas kepada kesejahteraan dan kemerdekaan yang hakiki.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐚𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐍𝐞𝐩𝐚𝐥
I am deeply saddened by the devastating flash floods in Nepal, which have claimed lives, displaced families and caused widespread destruction.
My thoughts and prayers are with the people of Nepal, especially those who have lost loved ones and families still anxiously awaiting news of those who remain missing. My immediate concern is also for the safety and well-being of Malaysians affected by this disaster, and I sincerely hope that those who remain unaccounted for will be found safe and reunited with their families soon.
Malaysia stands in solidarity with the people of Nepal during this difficult time. My deepest condolences go to all families who have lost their loved ones, while my thoughts and prayers remain with those still missing and everyone affected by this devastating tragedy.
May all ongoing search and rescue efforts be eased, may those still in danger be brought to safety, and may every family affected by this tragedy be given strength and resilience in the days ahead.
Our thoughts and prayers are with the people of Nepal. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝟐𝟎𝟑𝟓
Kita sudah berjaya membuka ruang yang lebih luas kepada Bumiputera untuk menyertai ekonomi. Kini cabaran kita ialah bagaimana penyertaan itu dapat diterjemahkan kepada pemilikan, kekuatan dan akhirnya penguasaan. Inilah anjakan yang saya tekankan semasa merasmikan Penutupan Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) 2035 petang tadi.
Kita tidak boleh lagi berpuas hati hanya dengan melahirkan lebih ramai usahawan. Kita mesti membantu mereka meningkatkan skala, memiliki teknologi, membina jenama sendiri, menembusi pasaran global dan akhirnya muncul sebagai peneraju dalam industri yang diceburi.
Menuju ke tahun 2035, saya telah menggariskan tiga anjakan yang perlu diberikan perhatian iaitu menyatukan ekosistem keusahawanan; membesarkan usahawan; serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara turut memperkukuh syarikat tempatan.
Kita mempunyai institusi, pembiayaan, bakat dan pelbagai instrumen sokongan. Kini semua kekuatan ini perlu digerakkan secara lebih tersusun dan bersepadu untuk melahirkan lebih ramai Bumiputera Champions.
Insya-Allah, dengan keberanian untuk berubah dan kesungguhan untuk melaksanakan, kita mampu membina kekuatan ekonomi Bumiputera yang lebih besar, mampan dan berdaya saing menuju 2035.
#usahawanbumiputera
#kub2035
#mara #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐮𝐫𝐬𝐲𝐢𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐦 𝐏𝐀𝐒
Sempena kehadiran saya ke Alor Setar, Kedah bagi merasmikan Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) 2035, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Jasin, Mursyidul Am PAS, di kediamannya di Sanglang, Perlis.
Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat keadaan kesihatan Tuan Guru yang semakin pulih. Kami sempat berbual, bertanya khabar dan saling mendoakan. Pertemuan yang ringkas, tetapi cukup bermakna.
Saya sentiasa menghormati Tuan Guru sebagai seorang ilmuwan yang telah lama mendidik masyarakat dan memberikan panduan kepada ummah.
Saya mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru kesihatan yang baik, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan serta memberikan kekuatan untuk terus menyumbang kepada agama, ummah dan negara. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐎𝐱𝐟𝐨𝐫𝐝 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐞𝐬
Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Dr. Farhan Nizami, CBE (Director of the Oxford Centre for Islamic Studies) bersama Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti, FRSA (Kuwait Fellow, Oxford Centre for Islamic Studies).
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan umat Islam di Barat serta hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan Oxford.
OCIS bukanlah asing bagi saya. Pada November 2016, ketika menjalankan amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pernah menyampaikan syarahan bertajuk “De-Rooting Radicalism and Extremism” di OCIS.
Ketika itu, antara yang saya tekankan ialah pengalaman Malaysia memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama serta pentingnya kita menangani persepsi yang salah terhadap Islam yang boleh menyuburkan Islamofobia.
Hampir sedekad berlalu, isu mengenai kefahaman terhadap Islam, hubungan antara masyarakat serta kedudukan umat Islam di Barat terus relevan untuk dibincangkan.
Insya-Allah, saya berharap hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuh melalui pertukaran ilmu, pemikiran dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat Islam secara keseluruhannya.
#oxfordcentreforislamicstudies
#ocis #malaysiaoxford
#islamicstudies -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮: 𝐉𝐚𝐠𝐚 𝐃𝐢𝐫𝐢, 𝐉𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧
Keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara kita ketika ini dijangka berterusan dalam tempoh Monsun Barat Daya yang membawa cuaca lebih kering dan kurang hujan. Justeru, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kesihatan diri serta keluarga.
Sentiasalah memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa, kurangkan aktiviti fizikal di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan gunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di luar. Pastikan juga kita minum air secukupnya dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom yang semakin teruk.
Berikan perhatian khusus kepada golongan yang lebih berisiko termasuk warga emas, kanak-kanak, ibu hamil serta mereka yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru. Dalam keadaan sebegini, langkah pencegahan yang mudah boleh membantu mengurangkan risiko terhadap kesihatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar, MET Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini yang sahih.
Sumber: JAS, MET Malaysia, NADMA dan KKM
#jerebu #monsunbaratdaya
#nadma #metmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞-𝟕𝟕
Daripada kilang Pemuda UMNO inilah saya belajar erti perjuangan, mengenal denyut nadi akar umbi dan memahami bahawa menjadi Pemuda bukan sekadar berada di barisan hadapan, tetapi bersedia memikul amanah ketika parti memerlukan tenaga, fikiran dan keberanian.
Zaman berubah, begitu juga medan perjuangan. Jika dahulu cabarannya berbeza, hari ini Pemuda berdepan dunia yang bergerak pantas.. teknologi berkembang, cara fikir berubah dan suara generasi muda semakin rencam. Sebab itu keberanian sahaja tidak memadai. Ia mesti dipandu kebijaksanaan, disertai ilmu dan diterjemahkan melalui idea serta tindakan yang sesuai dengan peredaran zaman.
Tugas besar Pemuda hari ini ialah memastikan UMNO kekal relevan dan mempunyai tempat dalam hati generasi baharu. Untuk itu, kita mesti berani membuka pintu Rumah Bangsa ini lebih luas.. mendengar pandangan mereka, memberi ruang kepada bakat baharu dan membina keyakinan bahawa dalam UMNO, anak muda bukan sekadar pelengkap, tetapi pewaris perjuangan.
Terima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr. Akmal Saleh, barisan kepimpinan serta seluruh keluarga besar Pemuda UMNO di setiap peringkat yang terus menghidupkan denyut perjuangan ini. Teruslah menyantuni anak muda dalam bahasa mereka, memahami keresahan dan membawa aspirasi mereka ke dalam perjuangan parti.
77 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah himpunan pengalaman, jatuh bangun dan pengajaran yang menjadi bekal untuk melangkah lebih jauh.
Semoga Pemuda UMNO terus menjadi tempat lahirnya keberanian yang berakal, idealisme yang berpijak di bumi dan pemimpin yang bersedia memikul amanah masa hadapan.
#pemudaumno
#pemudacarakita
#umnomalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi, mantan Pengarah Bahagian Latihan MARA (BLM) yang telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham merupakan antara tokoh penting di sebalik cetusan idea dan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Bersama pasukannya, Allahyarham menyediakan dan membentangkan kertas cadangan serta berusaha mendapatkan sokongan sehingga penubuhan MRSM akhirnya diluluskan pada tahun 1970. Beliau kemudiannya turut memainkan peranan dalam pemilihan tenaga pengajar dan pengetua bagi MRSM Seremban, MRSM pertama negara, pada tahun 1972.
Daripada sebuah idea yang diperjuangkan dengan penuh kesungguhan, lahirlah sebuah institusi yang sehingga hari ini terus membuka peluang pendidikan dan membentuk masa depan anak-anak bangsa. Itulah legasi besar yang ditinggalkan Allahyarham dan jasa serta sumbangannya akan terus terpahat dalam sejarah MARA dan dunia pendidikan negara.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐.𝟎 - “𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 & 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐬𝐢: 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢”
Saya mengikuti dengan penuh teliti keseluruhan perbincangan yang berlangsung sebentar tadi termasuk pandangan daripada ahli-ahli panel serta persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh para hadirin.
Inilah sebenarnya semangat yang mahu kita bina melalui Musyawarah Nasional. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang besar dan menyentuh kepentingan ramai, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan hanya berdasarkan apa yang kita dengar atau persepsi yang terbentuk. Duduklah semeja, dengarkan pandangan, teliti fakta dan fahami sesuatu perkara daripada setiap sudut sebelum kita membentuk pendirian.
Kita mungkin tidak sentiasa mempunyai pandangan yang sama, tetapi perbezaan tidak seharusnya menghalang kita daripada berbicara secara matang dan mencari titik kefahaman. Apatah lagi apabila sesuatu perkara itu melibatkan sebuah institusi yang begitu dekat dengan umat Islam serta memikul amanah dan kepercayaan jutaan rakyat Malaysia.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh urus setia, ahli-ahli panel dan semua yang hadir serta mengambil bahagian dalam menjayakan Musyawarah Nasional 2.0 ini.
Semoga Musyawarah Nasional terus menjadi ruang yang menyuburkan budaya perbincangan secara matang dan berfakta. Insya-Allah.
#musyawarahnasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟕𝟕
77 tahun bukan satu perjalanan yang singkat. Sepanjang UMNO merentasi pelbagai zaman, melalui kemenangan dan berdepan ujian, Wanita UMNO sentiasa menjadi antara kekuatan paling penting yang menggerakkan parti ini.
Dari satu generasi ke satu generasi, semangat perjuangan itu terus diwariskan. Ia hidup di setiap negeri, bahagian dan cawangan, dan paling penting, berakar kukuh di tengah masyarakat. Wanita UMNO bukan sekadar tulang belakang parti, tetapi antara wajah UMNO yang paling dekat dengan rakyat.
Kepada seluruh keluarga besar Wanita UMNO, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesetiaan, masa dan pengorbanan yang terus dicurahkan. Ketika UMNO berada di puncak, Wanita bersama kita. Ketika UMNO diuji, Wanita juga antara yang paling teguh memilih untuk terus berdiri dan berjuang bersama parti ini.
Hari ini, medan perjuangan kita telah berubah. Maka peranan Wanita UMNO juga mesti terus berkembang. Kita bukan sahaja perlu mempertahankan kekuatan akar umbi, tetapi mesti lebih berani membawa suara wanita dan keluarga, memahami keresahan rakyat, mendekati generasi baharu dan menjadi jambatan yang membina semula serta memperkukuh keyakinan rakyat kepada UMNO.
Selamat Ulang Tahun Ke-77 kepada Wanita UMNO Malaysia.
Teruslah menjadi kekuatan yang menyatukan, tangan yang menyantuni dan nadi yang menghidupkan perjuangan. Insya-Allah, dengan kesetiaan, keberanian dan kekuatan Wanita UMNO, kita akan terus melangkah bersama membawa UMNO ke hadapan.
#wanitaumno
#wanitaluarbiasa
#umnomalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Surah al-Anbiya’, ayat 107
Salam Maulidur Rasul 1448H saya ucapkan kepada seluruh umat Islam. Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam setiap sisi kehidupan.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyuburkan kecintaan kita kepada Baginda SAW, memperteguh ukhuwah serta mendorong kita untuk menjadi umat yang membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh masyarakat. Insya-Allah.
#maulidurrasul1448h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Insya-Allah, saya hadir.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
“Come and visit Malaysia, but more importantly, come and build with Malaysia.”
Itulah mesej yang saya bawakan ketika merasmikan World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX) Ministers & CEOs Summit 2026 di WTC Kuala Lumpur hari ini.
Pelancongan Muslim kini bukan lagi sebuah pasaran kecil, tetapi telah menjadi antara kuasa penting dalam ekonomi pelancongan global. Malaysia pula mempunyai kelebihan tersendiri setelah 11 tahun berturut-turut diiktiraf sebagai destinasi mesra Muslim terkemuka dunia.
Namun, kita tidak mahu berhenti pada kedudukan dan jumlah pelancong semata-mata. Kita mahu setiap kunjungan turut membuka lebih banyak peluang kepada industri halal, usahawan tempatan, perusahaan kecil dan sederhana serta komuniti desa, sekali gus menjadikan pelancongan sebagai pemangkin kepada perdagangan dan pertumbuhan ekonomi.
Insya-Allah, melalui platform seperti WITEX ini, Malaysia akan terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju ekosistem pelancongan Muslim global yang menghubungkan pelancongan, perdagangan, halal, teknologi dan pelaburan serta membawa manfaat yang lebih luas kepada rakyat.
#witex2026
#islamictourism
#muslimfriendlytourism
#visitmalaysia2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐒𝐁𝐂 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐚𝐥
“Riding is not about reaching the destination, it’s about the journey.” Apatah lagi apabila perjalanan itu turut membawa bersama kerja-kerja amal dan manfaat kepada masyarakat seperti yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Ipoh Superbike Club (ISBC) ini.
Alhamdulillah, petang tadi saya dapat meluangkan masa bersama-sama para riders dalam Majlis Penutupan Program Amal PDRM dengan kerjasama ISBC sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Ambang Merdeka Ke-69.
Sebagai seorang yang cukup dekat dengan dunia permotoran, saya menghargai bagaimana minat dan semangat persaudaraan sesama riders dapat digerakkan untuk tujuan amal serta memberi kebaikan kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, saya turut mengingatkan mereka bahawa di sebalik keseronokan menunggang, soal keselamatan mesti sentiasa menjadi keutamaan. Membudayakan keselamatan jalan raya bukanlah tanggungjawab satu-satu pihak sahaja, tetapi menuntut kesedaran dan kerjasama kita semua sebagai pengguna jalan raya.
Tahniah saya ucapkan kepada PDRM, ISBC serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Teruskanlah membawa semangat persaudaraan, menyantuni masyarakat dan menjadi contoh kepada komuniti permotoran yang lain.
Nikmati perjalanannya, sebarkan kebaikan dan yang paling penting.. tungganglah dengan selamat.
#pdrm #haripoliske219
#isbc #ambangmerdeka69
#keselamatanjalanraya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat Pol. Capt. Anan Boon-Samran, Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Thailand bersama delegasi di pejabat saya di Putrajaya pagi tadi.
Pertemuan ini menjadi ruang yang baik untuk kami bertukar pandangan dalam usaha memperkukuh hubungan yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Thailand serta meneroka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Antara yang kami bincangkan ialah potensi untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang TVET sebagai antara ruang yang boleh terus diteroka dalam usaha memperkasa pembangunan kemahiran dan modal insan kedua-dua negara.
Kami turut berbincang mengenai industri halal memandangkan Pol. Capt. Anan turut bertanggungjawab terhadap hal ehwal halal di Trang. Saya mengambil kesempatan menjemput penyertaan Thailand, khususnya pemain industri dari Trang, ke MIHAS yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 September 2026.
Dalam masa yang sama, sektor pelancongan dan perdagangan juga mempunyai ruang yang besar untuk terus dirancakkan, lebih-lebih lagi dengan hubungan rapat serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.
Insya-Allah, saya berharap pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama yang bersifat praktikal dan memberi manfaat bersama, sama ada melalui TVET, industri halal, pelancongan mahupun perdagangan. Hubungan Malaysia-Thailand bukan sekadar hubungan antara dua negara berjiran, tetapi hubungan yang perlu terus diterjemahkan kepada lebih banyak peluang dan kemakmuran untuk rakyat kedua-dua negara.
#malaysiathailand
#kerjasamaduahala
#tvet #perlancongan
#industrihalal #mihas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐧𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧
Rasulullah SAW diutuskan sebagai rahmat bagi seluruh alam. Sebagai umat Islam, marilah kita menjadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagai landasan dalam memelihara kerukunan serta memperkukuh hubungan sesama kita dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Semoga akhlak, kasih sayang dan teladan Baginda terus menjadi panduan dalam membina kehidupan yang harmoni dan penuh keberkatan.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐚𝐬𝐤𝐡𝐚𝐡 “𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚” 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐝𝐚
Alhamdulillah, sejak buku Menjulang Desa, Menggalas Amanah Negara dilancarkan, ramai sahabat yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan naskhah buku ini.
Jadi kali ini, saya ingin menghadiahkan 50 naskhah kepada 50 orang yang terawal.
Buku ini menghimpunkan sebahagian daripada perjalanan, pemikiran dan pengalaman saya dalam menggalas amanah membangunkan desa serta masyarakatnya. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh direnungi dan dimanfaatkan bersama.
Caranya mudah. Imbas QR Code pada poster atau klik pautan di bawah dan lengkapkan maklumat penghantaran:
forms.gle/6mDLvVfPVGoCvr767
Insya-Allah, kalau sambutannya baik, saya usahakan lagi.
#menjulangdesa
#menggalasamanahnegara
#kkdw #desamalaysia
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, kesemua 50 naskhah sudah ada penerimanya.
Terima kasih atas sambutan yang cukup baik daripada semua.
Kepada 50 orang yang sempat mendaftar, insya-Allah buku anda akan menyusul nanti yaa. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟏: 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐏𝐑𝐍 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Malam tadi, saya kembali bersama dalam BN Forum Siri Ke-11 yang mengangkat satu persoalan menarik untuk direnungi bersama, “Pasca PRN Johor dan Negeri Sembilan: Dinamika Baharu Politik Malaysia?”
Alhamdulillah, rakyat telah memberikan kepercayaan yang besar kepada Barisan Nasional dalam kedua-dua pilihan raya tersebut. Namun kemenangan tidak seharusnya membuatkan kita berhenti bertanya, menilai dan belajar. Di sebalik setiap keputusan pilihan raya, ada suara rakyat yang perlu didengar, perubahan yang mesti difahami dan amanah yang perlu diterjemahkan melalui kerja.
Saya banyak mendengar dan meneliti pandangan yang dilontarkan oleh barisan panel. Politik hari ini semakin dinamik dan pengundi semakin matang dalam membuat pilihan.
Tiada parti boleh menganggap kepercayaan rakyat sebagai sesuatu yang kekal. Ia perlu terus diperoleh melalui prestasi, kerja yang konsisten dan keupayaan memahami denyut nadi rakyat.
Tahniah kepada semua kerana berjaya membawa BN Forum sehingga ke siri yang ke-11. Sambutan yang terus diberikan membuktikan bahawa ruang wacana terbuka dan berilmiah seperti ini masih penting dalam ruang perbincangan politik nasional.
Inilah budaya yang mahu terus kita suburkan dalam Barisan Nasional — bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi berani mendengar, menilai kelemahan, membaca perubahan dan memperbaiki diri untuk kelangsungan masa hadapan.
Kemenangan kita syukuri. Kekurangan kita insafi. Kepercayaan rakyat terus kita santuni.
Kerana akhirnya, better politics must ultimately create a Better Nation. Insya-Allah.
#bnforum
#barisannasional
#betternation -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐨𝐭𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kita semua sukakan gambar yang cantik. Ada yang kita simpan sebagai kenangan, ada yang dibingkaikan menjadi tatapan.. ada juga sekeping gambar yang akhirnya menjadi rakaman sejarah serta rujukan satu dunia.
Namun, di sebalik setiap gambar itu, ada seorang insan yang memerhati, menunggu dan memilih detik yang tepat untuk menekan butang kamera. Kadangkala hanya beberapa saat, tetapi hasilnya mampu menyimpan sebuah cerita untuk puluhan tahun.
Sempena Hari Fotografi Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh jurugambar di luar sana. Tidak kira anda jurugambar profesional, jurugambar media, jurugambar majlis dan kenduri, ataupun sekadar menjadi “jurugambar rasmi” keluarga dan sahabat setiap kali berkumpul. Setiap daripada anda mempunyai cara tersendiri dalam merakam dunia dan mengabadikan kenangan.
Kepada semua jurugambar yang pernah merakam pelbagai momen sepanjang perjalanan saya, terima kasih kerana mengabadikan begitu banyak kenangan untuk saya lihat kembali. Selamat Hari Fotografi Sedunia saya ucapkan kepada kalian semua. Teruskanlah merakam setiap detik, kerana gambar hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok.
Ada yang boleh teka gambar ini dirakam sekitar tahun bila?
#harifotografisedunia
#worldphotographyday
#disebaliklensa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat bercemar duli ke Program Kenduri Rakyat Sempena Hari Orang Asli 2026 di Kampung Orang Asli Sungai Mok, Rompin hari ini.
Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang cukup bermakna buat masyarakat Orang Asli. Ia mencerminkan kasih dan keprihatinan Institusi Diraja yang sentiasa dekat dengan rakyat serta mengambil berat kehidupan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.
Alhamdulillah, saya juga cukup gembira dapat kembali bersama masyarakat Orang Asli di bumi Pahang ini. Bagi tahun 2026, sebanyak RM412 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia. Usaha KKDW melalui JAKOA akan terus diperkasakan merangkumi pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kemahiran dan kerjaya, kebajikan serta infrastruktur.
Saya sentiasa percaya bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai suara, potensi, bakat dan warisan yang perlu terus kita angkat bersama. Justeru, pembangunan yang kita bawa mestilah berjalan seiring dengan usaha memelihara identiti, budaya dan warisan yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Orang Asli yang menyambut kami dengan begitu mesra hari ini. Insya-Allah, KKDW dan JAKOA akan terus menyantuni dan bersama masyarakat Orang Asli dalam perjalanan membina masa depan yang lebih baik.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kesihatan dan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang.
Menjunjung Kasih Tuanku!
#hariorangasli2026
#orangasli
#jakoa #kkdw
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐤𝐞 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕
Saya selalu sebutkan bahawa “stakeholders engagement” sangat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat mengambil kira keperluan sebenar, sekali gus mencapai keputusan yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.
Justeru, pertemuan antara pasukan KKDW dan pasukan Belanjawan 2027 yang diketuai YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II petang ini telah memberikan ruang untuk kami menyatakan hasrat serta inisiatif utama yang mahu diberikan keutamaan dalam meneruskan agenda pembangunan desa.
Saya yakin melalui perbincangan dan penyelarasan yang baik, aspirasi serta keperluan masyarakat desa dapat terus diberikan perhatian dalam Belanjawan 2027 kali ini.
Insya-Allah, kita akan terus mengangkat potensi desa dan memastikan setiap peluang kemajuan dapat dirasai rakyat di seluruh pelosok negara.
#kkdw #mof
#belanjawan2027
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) bagi menyelaras langkah serta tindakan untuk terus meningkatkan tahap keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya di seluruh negara.
Antara yang diberikan perhatian ialah persediaan menjelang pengoperasian RTS Link Johor Bahru-Singapura, khususnya penyuraian trafik serta integrasi dengan sistem pengangkutan awam. Kita mahu kemudahan baharu ini nanti benar-benar memudahkan pergerakan rakyat dan menyokong mobiliti rentas sempadan yang lebih lancar.
Dalam aspek keselamatan pula, pendekatan kita akan terus diperkukuh secara lebih bersasar. Ops Cegah akan dipertingkatkan melalui kerjasama PERKESO, PDRM, JPJ dan majikan, manakala Program Rangka Kerja Keselamatan Jalan Raya (SAFERO) akan dilaksanakan secara berfasa bagi meningkatkan kompetensi serta profesionalisme pemandu kenderaan berat.
Kerajaan juga kekal dengan sasaran untuk mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun 2030. Untuk mencapainya, setiap kementerian, agensi, industri dan masyarakat perlu bergerak bersama kerana keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab kita semua.
Saya berharap keputusan mesyuarat kali ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih pantas, terselaras dan berimpak. Ukuran kejayaan kita bukan berapa banyak kempen atau operasi yang dilaksanakan, tetapi berapa banyak nyawa yang dapat kita selamatkan.
#jkmkkjr
#keselamatanjalanraya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐆𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢
Hari ini saya kembali ke bumi Pahang untuk bersama keluarga besar KEMAS Negeri Pahang dalam Program Ramah Mesra Bersama Warga KEMAS. Seronok dapat bertemu dan bertukar pandangan dengan mereka yang selama ini menjadi antara wajah paling dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
Sudah 60 tahun KEMAS berbakti. Daripada kelas pendidikan dewasa suatu ketika dahulu, KEMAS terus berkembang mengikut perubahan zaman sehingga menjadi antara institusi utama dalam pendidikan awal kanak-kanak negara. Sepanjang enam dekad ini, kira-kira 8.4 juta kanak-kanak telah mendapat pendidikan melalui TABIKA dan TASKA KEMAS.
Kini KEMAS perlu melangkah ke fasa baharu. Apabila ekosistem pendidikan negara berubah dan anak-anak memasuki alam persekolahan lebih awal, peranan pendidikan di TASKA dan TABIKA menjadi semakin penting dalam membina asas mereka. Sebab itu saya mahu pendidikan KEMAS terus diperkukuh dengan dua perkara yang sama pentingnya, iaitu pembentukan nilai dan agama serta penguasaan teknologi.
Selain memperluas penggunaan Smart Class dan smartboard, kita juga mahu memperkukuh pengajian serta hafazan al-Quran buat anak-anak cilik ini di seluruh negara.
Selepas enam dekad membina masyarakat dari akar umbi, KEMAS mesti terus berani berubah tanpa meninggalkan asas yang telah membentuk kekuatannya selama ini.
Kita mahu melahirkan generasi yang kukuh nilai dan jati dirinya, celik teknologi serta mempunyai asas pendidikan yang baik untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah, KEMAS akan terus kita perkasa dan kekal dekat di hati rakyat.
#pendidikanawalkanakkanak
#kemas #kkdw
#desamalaysia
#pahang #pahangfirst -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦
Alhamdulillah, sempurna sudah National Mosque Open Day (NMOD) 2026 yang berlangsung di Bagan Datuk sejak 13 Ogos lalu. Saya amat berbesar hati apabila Bagan Datuk, khususnya Masjid Tuminah Hamidi dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran program ini di peringkat kebangsaan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Islamic Tourism Centre (ITC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak atas kepercayaan ini. Lebih bermakna apabila Masjid Tuminah Hamidi turut dijadikan Masjid Pelancongan yang ke-98, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk masyarakat dari dalam dan luar negara mengenali keindahan Islam, budaya serta kehidupan masyarakat di Bagan Datuk.
Saya sentiasa percaya bahawa masjid yang makmur ialah masjid yang hidup dengan ibadah, ilmu, ukhuwah dan khidmat kepada masyarakat. Melalui program seperti ini, pintu masjid turut kita buka kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk datang, melihat, bertanya dan mengenali Islam dalam suasana yang penuh adab, rahmah dan saling menghormati.
Bagi pihak seluruh warga Bagan Datuk, saya mengalu-alukan kedatangan semua untuk berkunjung ke daerah kami. Datanglah mengenali Bagan Datuk, singgah dan lihatlah sendiri keunikan Masjid Tuminah Hamidi serta keramahan masyarakat di sini.
Mudah-mudahan apa yang bermula di Bagan Datuk ini terus berkembang ke seluruh negara dan membawa lebih ramai masyarakat mendekati institusi masjid, mengenali Islam serta memperkukuh hubungan sesama kita. Insya-Allah.
#nationalmosqueopenday2026
#masjidtuminahhamidi
#islamictourism
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari ini di Bagan Datuk, saya memenuhi undangan sahabat saya, Hj Ishak Abdul Shukor ke majlis perkahwinan anakanda beliau di Masjid Tuminah Hamidi.
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan keluarga, sahabat serta warga Bagan Datuk yang turut hadir meraikan pasangan pengantin ini.
Selamat pengantin baharu saya ucapkan buat kedua-dua mempelai. Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini, mengurniakan kebahagiaan, kasih sayang dan rahmat yang berpanjangan. Aamiin.
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Malam tadi sempat saya meluangkan masa menyantuni 55 orang Muslim-Friendly Tourist Guide yang diiktiraf Islamic Tourism Centre (ITC) bersama lapan wakil media yang datang berkunjung dan mengenali beberapa lokasi menarik sekitar Bagan Datuk.
Sebagai orang Bagan Datuk, sudah tentu saya gembira apabila semakin ramai yang datang mengenali daerah kita ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke Bagan Datuk dan saya harap semua dapat berkongsi pengalaman sekali gus mengajak lebih ramai untuk ke Bagan Datuk ini.
Kemudiannya saya terus ke Rayau Cafe di tengah-tengah pekan Bagan Datuk untuk menyempurnakan perasmiannya. Alhamdulillah, satu lagi ‘port’ baharu untuk warga setempat dan pada masa yang sama menambah tarikan kepada mereka yang berkunjung ke sini.
Sedikit demi sedikit kita meriahkan Bagan Datuk. Lebih banyak tempat untuk dikunjungi, lebih banyak aktiviti dan lebih banyak sebab untuk orang datang mengenali daerah yang kita sayangi ini.
Insya-Allah, Bagan Datuk akan terus kita hidupkan dan majukan bersama.
#dataranbagandatuk
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Petang tadi saya duduk bersama sahabat-sahabat AJK UMNO Bahagian Bagan Datuk bagi membincangkan pelbagai perkara serta gerak kerja yang perlu terus kita perkukuh di peringkat Bahagian.
Seperti biasa, bila dapat duduk semeja begini, banyak perkara dapat kita kongsi dan bincangkan bersama khususnya perkara yang dekat dengan Parlimen Bagan Datuk dan masyarakat di sini.
Terima kasih kepada seluruh kepimpinan dan AJK UMNO Bahagian Bagan Datuk yang terus memberikan komitmen. Insya-Allah, kita terus rapatkan saf, kuatkan gerak kerja dan terus bekerja untuk Bagan Datuk yang kita sayangi.
#umno
#umnobagandatuk
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐧
Dalam ruang masa yang ada di Bagan Datuk, saya sempat menziarahi Ustaz Harun bin Othman, sahabat karib kepada Allahyarham ayahanda saya.
Alhamdulillah, gembira dapat kembali bertemu, bertanya khabar dan meluangkan sedikit masa bersama beliau.
Saya mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Ustaz Harun kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya.
#ziarahkasih
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧
Saya meneruskan agenda hari ini dengan melancarkan Modul Aspirasi T.P.M Bagan Datuk bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah SPM 2026.
Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, soal pendidikan anak-anak di Bagan Datuk sentiasa dekat di hati saya dan telah menjadi antara keutamaan sejak sekian lama. Tidak kira apa juga latar belakang mereka, saya mahu setiap anak di daerah ini diberikan peluang dan sokongan untuk mencapai kejayaan.
T.P.M membawa maksud “Target, Praktis dan Mahir”. Modul ini merupakan satu lagi ikhtiar kita untuk membantu calon SPM membuat persediaan secara lebih sistematik dan berfokus, khususnya dalam Bahasa Melayu dan Sejarah yang merupakan syarat asas untuk memperoleh sijil SPM.
Saya amat menghargai kesungguhan seluruh pasukan pendidikan di Bagan Datuk yang selama ini bergerak bersama dalam mengangkat pencapaian anak-anak kita. Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan Muiz, Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk, para pengetua, guru-guru serta Task Force Bahasa Melayu dan Sejarah atas usaha menjayakan modul ini.
Kepada anak-anak SPM 2026, gunakanlah peluang ini sebaiknya. Belajarlah bersungguh-sungguh dan jangan mudah mengalah. Insya-Allah, kita akan terus berusaha memastikan pendidikan menjadi kekuatan yang membuka lebih banyak pintu masa depan buat anak-anak di Bagan Datuk.
#pendidikan #spm2026
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚
Memulakan hari di Bagan Datuk dengan mendengar pembentangan laporan kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Bagan Datuk bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk serta pihak perunding kajian.
Sebagai anak jati Bagan Datuk, sudah tentu saya mahu melihat daerah yang kita cintai ini terus berkembang dengan perancangan yang tersusun dan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.
Selari dengan tema RKK, kita mahu Bagan Datuk terus dibangunkan sebagai “Bandar Pentadbiran Dalam Taman Yang Berdaya Huni, Berdaya Saing dan Beridentiti”, dengan kemudahan dan infrastruktur yang baik, peluang ekonomi yang lebih luas serta persekitaran yang selesa untuk rakyat.
Banyak perkara telah dibentangkan dan diperhalusi bersama pagi tadi. Saya sentiasa yakin bahawa Bagan Datuk kita ini mempunyai potensi yang cukup besar dan tugas kita adalah untuk memastikan setiap potensi itu diterjemahkan kepada pembangunan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.
Insya-Allah, kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik untuk Bagan Datuk.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Allah SWT mengingatkan kita agar tidak mengkhianati amanah yang telah diberikan, sama ada amanah kepada Allah, Rasul-Nya mahupun sesama manusia.
Setiap amanah yang dipikul adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan. Semoga kita sentiasa jujur, ikhlas dan melaksanakan setiap amanah dengan sebaik-baiknya.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Alhamdulillah. Gembiranya melihat Masjid Tuminah Hamidi dipenuhi jemaah yang hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan Majlis Ilmu sempena National Mosque Open Day 2026 malam tadi.
Bermula dengan alunan Zikir Wirdul Latif, solat berjemaah, qasidah yang menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, sehinggalah tausiyyah yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered dan Alfadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid.
Sungguh indah apabila sebuah masjid menjadi tempat kita bertemu, menuntut ilmu, berzikir dan menyatukan hati.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jemaah yang hadir dan bersama-sama menghidupkan suasana di Masjid Tuminah Hamidi malam tadi. Semoga setiap zikir dan doa kita diterima sebagai amal serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.
Insya-Allah, National Mosque Open Day 2026 masih berlangsung sehingga 15 Ogos ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Jemput datang beramai-ramai ke Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk yaa.
#nationalmosqueopenday2026
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, satu lagi khabar yang cukup membanggakan dari Bagan Datuk. Seramai 10 orang anak Bagan Datuk dan dua orang lagi pelajar daripada SM Sains Bagan Datoh telah terpilih mewakili Negeri Perak ke pentas SUKMA 2026 dalam lapan jenis sukan iaitu pelayaran, sepak takraw, olahraga, bola tampar, bola jaring, hoki, kriket dan kabadi.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, sudah tentu saya cukup bangga melihat anak-anak kita diberikan kepercayaan membawa cabaran Negeri Perak. Peluang menyarung jersi negeri ini hadir bersama usaha dan pengorbanan yang cukup panjang. Kini tiba masanya untuk kalian turun dan memberikan yang terbaik buat daerah dan negeri yang kita cintai ini.
Saya turut berbangga apabila dua orang jurulatih olahraga dan badminton para termasuk tiga orang pengurus pasukan dari Bagan Datuk turut diberikan kepercayaan bersama kontinjen Negeri Perak. Tahniah saya ucapkan kepada semua jurulatih, pengurus, petugas sokongan, ibu bapa, guru serta mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada perjalanan anak-anak kita.
Selamat berjuang kepada seluruh kontinjen Negeri Perak, khususnya anak-anak Bagan Datuk. Saya dan seluruh warga Bagan Datuk mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan sepanjang temasya nanti.
Bawa semangat Perak, bawa nama Bagan Datuk. Berjuanglah habis-habisan dan berikan yang terbaik. Kami semua bangga dengan kalian!
#sukma2026
#teamperak
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐕, 𝐉𝐚𝐠𝐚 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚
Saya mengambil maklum pemantauan MET Malaysia terhadap keamatan sinaran ultraungu (UV) ketika negara sedang melalui Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September ini.
Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar, khususnya antara jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang apabila sinaran UV lazimnya mencapai tahap maksimum.
Lapisan ozon merupakan pelindung semula jadi Bumi daripada sinaran UV Matahari. Namun, tahap sinaran UV yang sampai ke permukaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kedudukan matahari, litupan awan, kandungan ozon dan keadaan atmosfera semasa.
Beberapa langkah mudah boleh kita amalkan:
☀️ Kurangkan aktiviti di luar antara 11.00 pagi hingga 4.00 petang
☀️ Gunakan sunscreen SPF 30 atau lebih
☀️ Pakai pakaian yang sesuai, topi dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV
☀️ Berteduh atau berada di kawasan berbumbung jika perlu berada di luar
☀️ Pastikan pengambilan air yang mencukupi, terutama ketika cuaca panas
Perhatian lebih juga perlu diberikan kepada kanak-kanak, warga emas serta mereka yang banyak bekerja di luar bangunan. Satu perkara yang perlu kita fahami, suhu yang panas tidak semestinya bermaksud Indeks UV tinggi kerana kedua-duanya tidak mempunyai hubungan secara langsung.
Jadi, sentiasalah peka dengan keadaan semasa dan ikuti maklumat serta nasihat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia. Jaga diri, jaga keluarga dan jangan ambil mudah apabila berada terlalu lama di bawah sinaran matahari.
Sumber: MET Malaysia
#metmalaysia
#indeksuv
#monsunbaratdaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐀𝐢𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Hari ini di pejabat, saya telah menerima kehadiran YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Ekonomi, Tuan Haji Akmal Nasrullah untuk bersama dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Air Negeri Johor.
Ada beberapa isu berbangkit yang perlu kita selesaikan dan insya-Allah, semuanya akan ditangani secara berperingkat. Yang penting, penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus diperkukuh supaya setiap perancangan dapat bergerak dengan baik dan manfaatnya sampai kepada rakyat Johor keseluruhannya.
#bekalanair #johor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐤𝐡𝐭𝐢𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
Kos sara hidup bukan hanya soal harga barang di rak pasar raya. Ia melibatkan keseluruhan kehidupan rakyat, daripada makanan, kos kesihatan dan pendidikan hinggalah kemampuan sesebuah keluarga menguruskan keperluan harian.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Kali Ke-18 yang saya pengerusikan pagi tadi, antara yang kita teliti ialah hala tuju Beras Putih Tempatan (BPT). Saya mahu sebarang perubahan dasar mengambil kira kepentingan pengguna, khususnya golongan rentan, dalam masa yang sama turut memastikan kelangsungan pesawah serta industri padi dan beras negara agar terus terpelihara.
Mesyuarat turut bersetuju supaya cadangan memperluas penggunaan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) kepada pembelian makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein segar dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat NACCOL yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri. Bantuan yang diberikan harus membantu kuasa beli, sekali gus memberi pilihan pemakanan yang lebih baik kepada keluarga.
Dalam masa sama, tekanan kos yang dihadapi sektor perniagaan, logistik dan agromakanan turut diberikan perhatian. Perkembangan geopolitik serta peningkatan kos pengeluaran perlu dipantau dengan dekat supaya kesannya tidak dipindahkan kepada pengguna.
Keutamaan kita adalah rakyat. Setiap ikhtiar yang dilaksanakan mesti sampai kepada mereka yang memerlukan dan benar-benar membantu mengurangkan tekanan kos kehidupan. Insya-Allah, usaha ini akan terus kita perhalusi dan laksanakan secara berterusan.
#naccol
#kossarahidup -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐨𝐬𝐪𝐮𝐞 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟔
Bermula hari ini sehingga 15 Ogos 2026 (Sabtu), pelbagai pengisian dan aktiviti menarik menanti anda sempena National Mosque Open Day 2026 @ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.
Jemput hadir beramai-ramai:
🗓️ 13 - 15 Ogos 2026
📍 Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak
Ada majlis ilmu, qasidah, pertandingan azan dan mewarna, Street Soccer 3X3, e-Sports, memanah serta pelbagai lagi aktiviti untuk seisi keluarga. Turut menanti pengunjung ialah Cabutan Barakah dengan hadiah-hadiah menarik.
Insya-Allah, malam ini saya juga akan turut serta dalam Majlis Ilmu bersama Alfadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Alfadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered, bermula jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di Masjid Tuminah Hamidi.
Jemput datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. Insya-Allah, jumpa malam nanti di Masjid Tuminah Hamidi yaa.
#nationalmosqueopenday2026
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya mendengar dengan penuh teliti perbahasan-perbahasan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji yang berlangsung di Parlimen, hari ini.
Ruang telah dibuka untuk setiap persoalan diperbahaskan, diperjelaskan dan dirungkai dengan sebaik-baiknya oleh Ahli-Ahli Parlimen. Mudah-mudahan selepas ini, tiada lagi pihak yang memilih untuk melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran.
Apa jua teguran yang membina mesti disusuli dengan tindakan yang penuh bertanggungjawab, bagi memastikan institusi besar umat Islam ini terus kukuh, diyakini dan tidak lagi dibelenggu polemik yang berpanjangan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita kebijaksanaan dalam menilai, hikmah dalam berbicara dan keikhlasan dalam mencari kebenaran… demi kemaslahatan ummah dan kepentingan negara.
Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Petang tadi, saya meluangkan masa menziarahi Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di Institut Jantung Negara (IJN).
Saya mendoakan semoga beliau terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna.
Semoga beliau segera kembali pulih dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa, Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠
Hari ini saya telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) di Kampung Orang Asli Air Banun, Gerik.
Saya percaya pembangunan masyarakat Orang Asli mesti dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, kemahiran dan kesejahteraan komuniti.
Pendekatan whole-of-government penting dalam memastikan setiap kementerian bergerak bersama, mengikut peranan masing-masing, demi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya untuk Orang Asli di seluruh negara.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasakan agar generasi Orang Asli membesar dengan lebih sihat, berdaya maju dan mempunyai peluang yang lebih luas untuk membina masa depan yang lebih sempurna.
#nspsdhoa #jakoa #kkdw #pejuangdesa #desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐞𝐠𝐮 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐂𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki negara, Tee Kai Wun-Yap Roy King dan Soh Wooi Yik-Man Wei Chong, masing-masing muncul sebagai juara dan naib juara Kejohanan Badminton Korea Masters 2026.
Aksi penuh debaran dan sengit dipamerkan oleh kedua-dua gandingan baharu ini dalam pertemuan sesama sendiri. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas usaha serta komitmen yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
#juara
#naibjuara
#masterskorea2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠: 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧
Kekuatan UMNO terletak pada kesatuan saf dan kesungguhan kita untuk terus bekerja demi rakyat. Dengan semangat inilah, hari ini saya telah menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2026.
Saya menghargai semangat serta kesatuan yang ditunjukkan oleh seluruh perwakilan. Ini merupakan kekuatan yang perlu terus dipelihara dan diterjemahkan melalui gerak kerja yang tersusun di akar umbi.
Saya berpesan kepada semua jentera untuk terus turun dan mendekati rakyat kerana kita jangan hanya menunggu apabila pilihan raya tiba. Sebaliknya bina keyakinan rakyat melalui kerja yang konsisten dari sekarang.
Saya yakin UMNO Baling mampu terus menjadi antara kekuatan penting UMNO di Kedah. Dengan kesatuan, disiplin dan semangat berkhidmat, Insya-Allah kita mampu membina momentum yang lebih kukuh untuk perjuangan seterusnya.
Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.
#umno
#umnobaling
#umnokedah
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Masyarakat Orang Asli sentiasa dekat di hati saya. Sepanjang diberikan amanah menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya berpeluang mendekati lebih banyak komuniti Orang Asli, mendengar sendiri suara mereka serta memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi.
Setiap pertemuan bersama mereka memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Di sebalik keunikan adat, budaya dan cara hidup yang terus dipertahankan, saya melihat begitu banyak potensi dalam komuniti ini, khususnya dalam kalangan generasi mudanya yang mempunyai cita-cita dan kemampuan untuk pergi lebih jauh.
Sebab itu, komitmen KKDW melalui JAKOA akan terus diperkasakan. Daripada pendidikan anak-anak Orang Asli, peluang ekonomi dan peningkatan pendapatan hinggalah kepada kemudahan asas serta kesejahteraan komuniti, kita akan terus berusaha memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Banyak yang telah kita usahakan, namun masih banyak lagi yang perlu kita lakukan. Insya-Allah, saya akan terus mendengar, terus turun mendekati masyarakat Orang Asli dan memastikan suara mereka sentiasa diberikan perhatian dalam setiap agenda pembangunan yang kita bawa.
Sempena Hari Orang Asli Sedunia 2026, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli atas sumbangan mereka dalam memperkayakan kepelbagaian budaya dan warisan negara. Teruslah melangkah maju dengan identiti dan jati diri yang menjadi kebanggaan kita bersama.
Selamat Menyambut Hari Orang Asli Sedunia 2026.
#hariorangaslisedunia2026
#orangasli #jakoa
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐧𝐠𝐮𝐬, 𝐊𝐡𝐚𝐳𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Alhamdulillah, hari ini saya terbang ke Kudat untuk bersama masyarakat Rungus dalam Festival Kebudayaan Masyarakat Rungus Malaysia 2026 di Matunggong, Sabah.
Terima kasih saya ucapkan atas sambutan yang begitu mesra. Saya turut berbesar hati apabila disarungkan sigal sebagai tanda penghormatan. Setiap kali berada di Sabah, saya sentiasa kagum melihat kekayaan adat dan budaya yang terus dipelihara serta diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Masyarakat Rungus mempunyai warisan yang cukup istimewa. Daripada bahasa dan adat resam, seni manik hinggalah rumah panjang dan kraftangan tradisi, semuanya mempunyai nilai yang boleh terus diperkasakan sehingga mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi melalui perusahaan desa, pelancongan komuniti dan industri kreatif.
Dalam masa yang sama, pembangunan luar bandar di Sabah akan terus menjadi keutamaan KKDW. Tahun ini sahaja, sebanyak 311 projek pembangunan bernilai RM1.57 bilion sedang dilaksanakan di seluruh Sabah, termasuk 22 projek dan 115 subprojek bernilai RM191.75 juta di Parlimen Kudat.
Saya turut mendengar beberapa perkara yang dibangkitkan masyarakat di sini dan insya-Allah, kita akan teliti serta berikan perhatian sewajarnya.
Saya mahu masyarakat Rungus terus maju tanpa kehilangan identiti yang menjadi kebanggaan mereka. Warisan terus dipelihara, peluang ekonomi terus diperluas dan pembangunan terus kita bawa agar manfaatnya sampai kepada masyarakat di sini.
Inilah kekuatan Sabah dan Malaysia. Berbeza budaya dan latar belakang, namun kita tetap hidup bersama dalam semangat saling menghormati dan kebersamaan.
#sabah #kudat
#rungus
#kkdw #pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐤𝐡𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚
Saya mengambil kesempatan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pagi tadi, untuk melancarkan buku Menjulang Desa, Menggalas Amanah Negara.
Buku ini lahir hasil pengalaman saya sepanjang memimpin KKDW. Setiap catatan merakam idea, dasar dan ikhtiar yang menjadi pegangan paling ampuh dalam usaha membangunkan desa serta memperkasa masyarakat luar bandar.
Antara lain, ia berkisar tentang suka duka perjalanan memakmurkan desa melalui pengalaman, pemikiran dan pendekatan kepimpinan menerajui KKDW yang sememangnya dekat dengan jiwa saya sebagai anak kampung.
Ia bukan sekadar himpunan ucapan rasmi, tetapi turut memaparkan rangkuman idea, dasar dan tindakan yang membentuk agenda transformasi luar bandar Malaysia dalam menghadapi cabaran zaman semakin kompleks, dengan cabaran yang menuntut kematangan.
Lapan tema utama digarap rapi dalam mengupas pelbagai aspek pembangunan desa, merangkumi tadbir urus, pembangunan, pendidikan, ekonomi, keadilan sosial, pemerkasaan agensi dan usaha diplomasi yang dilaksanakan bagi memperkukuh kesejahteraan masyarakat desa. Setiap bab memperlihatkan bagaimana dasar diterjemahkan kepada tindakan dan bagaimana tindakan dilaksana memberi impak kepada kehidupan rakyat.
Lebih penting, buku ini mengangkat kedudukan desa - bukan sebagai kawasan pinggiran pembangunan, tetapi ruang berpotensi besar untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, mobiliti sosial dan kemajuan negara. Di sebalik setiap dasar dan program, terselit kisah manusia, aspirasi komuniti serta ikhtiar berterusan untuk memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negara.
Saya berharap kandungan buku ini dapat dicerna oleh golongan pembuat dasar, penjawat awam, pemimpin masyarakat, mahasiswa dan sesiapa sahaja yang ingin memahami bahawa masa depan negara tercinta ini tidak hanya dibina di kota-kota besar, tetapi turut bermula dari desa yang diperkasa, dimajukan dan dimakmurkan bersama.
Keyakinan saya tidak pernah berganjak, bahawa desa dan luar bandar boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, melahirkan bakat, membuka peluang dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Dengan rasa rendah diri, saya berharap naskhah ini dapat kita selami kandungannya dan memberi manfaat kepada semua yang ingin bersama-sama menjulang desa dan menggalas amanah negara.
Tanggungjawab ini mungkin tergalas di bahu saya, namun gandingannya adalah setiap anak desa yang tidak pernah lelah berusaha menggapai puncak jaya.
#kkdw #pejuangdesa
#desamalaysia
#menjulangdesa
#menggalasamanahnegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Usai Perhimpunan Bulanan KKDW, saya meneruskan jadual hari ini dengan bertemu Ahli Exco Majlis TVET Negara bagi berkongsi hala tuju serta keutamaan dalam memperkasa ekosistem TVET negara.
Dalam sesi ini juga, saya telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 Ahli Exco Majlis TVET Negara yang akan menerajui portfolio strategik masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar untuk mencetuskan idea baharu dan memastikan agenda TVET negara terus bergerak ke hadapan.
Alhamdulillah, hari ini 56.86% lepasan sekolah telah memilih laluan TVET. Ini membuktikan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya semakin diyakini sebagai laluan utama untuk membina masa depan yang lebih baik.
Melalui TVET 2.0, fokus kita adalah untuk memastikan lebih ramai graduan mendapat pekerjaan bergaji premium serta melahirkan usahawan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain. Itulah ukuran sebenar kejayaan yang kita mahukan.
Insya-Allah, saya berharap barisan Ahli Exco yang dilantik akan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran, pengalaman dan jaringan yang dimiliki untuk memperkukuh ekosistem TVET negara. Saya yakin, dengan kerjasama semua pihak, kita mampu melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi yang menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
#tvetmalaysia
#majlistvetnegara
#tvet2.0
#pembangunanmodalinsan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya memulakan pagi tadi dengan bersama seluruh warga KKDW dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian bagi menyampaikan amanat sempena memasuki Bulan Kebangsaan.
Semasa menyampaikan amanat, saya telah menegaskan bahawa apa juga dinamika politik yang berlaku, amanah kepada rakyat tidak pernah mengenal musim.
Tanggungjawab kita adalah memastikan setiap dasar, program dan projek terus dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme serta memberi manfaat kepada masyarakat desa.
Rakyat menilai kita bukan hanya melalui apa yang kita ucapkan, tetapi melalui hasil yang benar-benar mereka rasai.
Pada majlis yang sama, saya telah menyempurnakan pelancaran Pelan Strategik PERDA 2026-2030 sebagai panduan memperkukuh agenda pembangunan luar bandar di Pulau Pinang.
Sebagai simbolik menyemarakkan semangat cintakan negara, saya turut menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKDW.
Semoga semangat kemerdekaan tahun ini menjadi pemangkin untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan serta memastikan tiada masyarakat desa yang tertinggal daripada arus pembangunan.
Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya dan seluruh warga KKDW akan terus berusaha membangunkan desa, mengangkat potensi rakyat dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan sebaik-baiknya demi agama, bangsa dan negara.
#kkdw
#desamalaysia
#bulankebangsaan2026
#kibarjalurgemilang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐨𝐬𝐪𝐮𝐞 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟔 @𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢, 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya ingin menjemput seluruh warga Bagan Datuk dan semua yang berkelapangan untuk bersama-sama memeriahkan National Mosque Open Day 2026 yang akan berlangsung di Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk.
Program ini mengetengahkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, perkongsian ilmu, penyatuan ummah serta destinasi pelancongan Islam melalui pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
🗓️ 13 - 15 Ogos 2026
📍 Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak
Antara pengisian menarik:
✅ Ceramah Khas bersama Al Fadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Al Fadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered
✅ Persembahan Kumpulan Qasidah
✅ Street Soccer 3X3, Futsal & E-Sports
✅ Pertandingan Azan, Mewarna & Demonstrasi Khat
✅ Mosque Tour, Memanah, Brisk Walk, Sand Art, Giant Bubble Station serta pelbagai aktiviti komuniti
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Jemput hadir beramai-ramai. Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#nationalmosqueopenday2026
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Alhamdulillah, saya amat berbangga apabila dimaklumkan anak-anak Bagan Datuk sekali lagi telah mengharumkan nama daerah kita apabila berjaya meraih 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam AG Little Gym Challenge Cup Selangor 2026.
Pencapaian ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang sukan apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet, jurulatih, ibu bapa serta seluruh pasukan yang bertungkus-lumus sehingga membuahkan kejayaan yang cukup membanggakan ini.
Saya mendoakan semoga anak-anak ini terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan apabila beraksi di peringkat kebangsaan nanti. Insya-Allah, semoga lebih banyak kejayaan dapat dilakar.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1
#aglittlegymchallengecup2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Petang tadi, saya telah menerima satu perkhabaran yang amat menyayat hati mengenai pemergian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi atau lebih mesra dikenali sebagai Eddy bersama isteri, anak serta adik iparnya dalam satu kemalangan di Bentong.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa buat Allahyarham Eddy, isteri, anak serta adik iparnya. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, Sukan Komanwel Glasgow 2026 telah melabuhkan tirainya dengan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat negara. Dengan hanya 59 atlet termasuk 22 atlet paralimpik yang beraksi dalam lapan jenis sukan, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang 8 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa sekali gus mengatasi sasaran yang ditetapkan dan mencatat pencapaian terbaik negara sejak tahun 2010.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai, petugas sokongan serta semua pihak yang telah bekerja keras mengharumkan nama Malaysia. Sama ada pulang dengan pingat mahupun tidak, setiap pengorbanan dan semangat juang yang dipamerkan tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini, sekali gus membuktikan bahawa dengan persiapan yang rapi, semangat berpasukan dan iltizam yang tinggi, Malaysia mampu berdiri megah di pentas antarabangsa.
Semoga pencapaian di Glasgow ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan pada kejohanan akan datang. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia.
Well done kontinjen Malaysia. Anda semua kebanggaan negara! 🇲🇾
#teammalaysia
#glasgow2026
#commonwealthgames
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟐𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐌𝐍𝐎
Alhamdulillah, genap 25 tahun Pergerakan Puteri UMNO terus mewarnai perjuangan parti dengan semangat dan keberanian yang tidak pernah luntur.
Dalam kesempatan ini, saya ingin memberikan penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Puteri UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Sepanjang kempen PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan yang lalu, saya telah melihat sendiri kesungguhan anak-anak muda Puteri yang bekerja tanpa mengira siang dan malam.
Ada yang turun dari rumah ke rumah, menggerakkan media sosial, menyusun program dan menjadi tulang belakang jentera di setiap kawasan.
Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan yang dicurahkan.
Saya percaya Puteri UMNO akan sentiasa menjadi wajah anak muda yang dekat dengan rakyat, berani membawa idea baharu dan sentiasa bersedia memikul amanah demi parti. Semangat inilah yang perlu terus dipertahankan kerana masa depan perjuangan banyak bergantung kepada kekuatan generasi muda hari ini.
Selamat menyambut ulang tahun ke-25 Pergerakan Puteri UMNO. Teruskanlah berbakti dengan penuh keikhlasan dan teruskanlah menjadi inspirasi kepada generasi wanita muda negara.
#puteriumno
#25tahunputeriumno
#inizamankita
#perkasaputeripemangkinperubahan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐢𝐭 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠
Semasa di Bagan Datuk, saya turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat memeriahkan Majlis Penutup Cabaran Parit Sungai Batang 2026 di Kampung Sungai Batang, Selekoh.
Alhamdulillah, cukup seronok melihat sambutan yang diberikan. Saya difahamkan lebih 1,000 kaki pancing dari sekitar Bagan Datuk, seluruh Perak dan beberapa negeri lain hadir memeriahkan program ini.
Suasana yang meriah dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang inilah yang sentiasa menghidupkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita di sini.
Saya percaya program seperti ini mampu mengeratkan silaturahim, menghidupkan ekonomi setempat serta memperkenalkan Bagan Datuk kepada lebih ramai pengunjung. Semangat kebersamaan seperti inilah yang perlu terus kita pelihara.
Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta dan penganjur yang telah menjayakan program ini.
Insya-Allah, saya mendoakan semoga Cabaran Parit Sungai Batang terus menjadi antara acara yang dinanti-nantikan dan menjadi kebanggaan warga Bagan Datuk.
#cabaranparitsungaibatang
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐀𝐀𝐑𝐎𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐀-𝐀𝐀𝐑𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐈, 𝐏𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐓𝐀𝐍-𝐌 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐀𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀
Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki dan wanita negara, Aaron Chia-Aaron Tai serta Pearly Tan-M Thinaah, atas kejayaan muncul sebagai naib juara Terbuka Taiwan 2026.
Kedua-dua gandingan memberikan tentangan sengit, namun rezeki super 300 masih belum menyebelahi Malaysia.
Jangan mengalah! Pencapaian ini tetap menjadi petanda positif buat gandingan baharu negara, Chia-Tai, dan juga Pearly-Thinaah yang semakin menemui semula rentak selepas kembali beraksi susulan tempoh rehat panjang akibat kecederaan belakang yang dialami Pearly.
Teruskan melangkah dan bangkit lebih kuat!
#naibjuara
#terbukataiwan2026
##kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Tiada kegembiraan yang lebih besar bagi saya selain melihat anak-anak Bagan Datuk terus melakar kejayaan dalam bidang pendidikan.
Hari ini, saya berbesar hati dapat bersama-sama meraikan penerima Insentif Kecemerlangan STPM 2025 Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Bagan Datuk.
Alhamdulillah, seramai 38 orang pelajar daripada SMK Khir Johari dan SMK Tun Abdul Razak telah menerima insentif sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka. Lebih membanggakan saya, tiga orang anak Bagan Datuk turut berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah Islamiah dan Usuluddin, selain 23 orang pelajar menerima Dana Ehsan Pendidikan YPM.
Bagi saya, kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mempunyai potensi yang besar apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.
Saya sentiasa percaya bahawa pendidikan merupakan pelaburan terbaik untuk mengubah kehidupan dan membina masa depan masyarakat.
Kepada para ibu bapa, teruslah menjadi kekuatan dan pendorong kepada anak-anak dalam mengejar ilmu. Insya-Allah, saya mahu melihat lebih ramai lagi anak Bagan Datuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara, sebelum kembali menabur bakti demi kemajuan daerah yang kita cintai ini.
Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Teruskanlah melakar kejayaan dan mengharumkan nama Bagan Datuk.
#yayasanpelajaranmara
#mara #kkdw
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐋𝐚𝐬𝐢𝐦
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato’ Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Kepercayaan yang diberikan merupakan satu amanah yang besar dan saya yakin ia hendaklah dipikul sebaiknya demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.
Insya-Allah, bersama-sama kita Hebatkan Semula Negeri Sembilan.
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam ini, sejurus berakhirnya proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, saya telah dititah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, di Istana Hinggap, Seremban.
Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah mempersembahkan kepada Tuanku hasil keputusan pilihan raya serta kesepakatan yang dicapai antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Atas perkenaan Tuanku, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.
Barisan Nasional menjunjung kasih atas perkenan Tuanku dan akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, berlandaskan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri serta prinsip kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Barisan Nasional akan terus menjunjung tinggi, memelihara dan menghormati institusi diraja sebagai payung kedaulatan negeri, lambang perpaduan rakyat serta teras kepada sistem Raja Berperlembagaan.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, kebijaksanaan dan inayah-Nya kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi Negeri Sembilan Darul Khusus serta seluruh rakyatnya.
Daulat Tuanku. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ
Wa mā tawfīqī illā billāh.
“Dan tiadalah kejayaanku melainkan dengan pertolongan Allah.”
Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan. Amanah ini akan kami laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.
💙💙
#barisannasional
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟑𝟏 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓
Dalam kejadian bencana, setiap detik mencari dan menyelamat dihitung demi menyelamatkan nyawa. Di sebalik setiap misi yang berjaya, terserlah keberanian, kesungguhan dan pengorbanan anggota yang sentiasa meletakkan keselamatan mangsa mengatasi kepentingan diri. Itulah nilai yang menjadi teras kekuatan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sejak penubuhannya.
Sempena ulang tahun SMART ke-31 pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga SMART atas komitmen, profesionalisme serta dedikasi yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah sama ada di dalam mahupun di luar negara. SMART terus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah pasukan mencari dan menyelamat bertaraf dunia.
Sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara, saya amat menghargai peranan SMART sebagai antara tonggak utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang bencana. Kecekapan, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan bukan sahaja meningkatkan keyakinan rakyat, malah menjadi kebanggaan negara dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana di arena antarabangsa.
Saya turut mendoakan agar SMART terus melakar kejayaan, termasuk memperoleh pensijilan semula INSARAG External Reclassification (IER) sebagai Pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) Team, sekali gus memperkukuh pengiktirafan antarabangsa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan. Selamat menyambut ulang tahun ke-31 Pasukan SMART.
#smart #nadma
#pengurusanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Ada saat dalam perjuangan politik yang tidak perlu diterjemahkan dengan kata-kata. Cukup melihat lautan manusia yang hadir dan semangat yang dibawa bersama kibaran bendera yang memenuhi setiap ruang. Itulah yang saya rasakan ketika menutup siri kempen saya di Dewan Terbuka Kampung Taman Jaya, Bahau petang tadi.
Alhamdulillah, saya melihat sendiri gelombang biru yang cukup luar biasa. Masyarakat daripada pelbagai latar belakang, anak-anak muda serta keluarga hadir bersama dengan satu semangat dan keyakinan terhadap Barisan Nasional.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang meluangkan masa untuk bersama-sama mengakhiri kempen ini bersama saya petang tadi.
Sepanjang tempoh berkempen, kita telah turun padang bertemu rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan membawa tawaran yang berpaksikan kestabilan, pembangunan serta masa depan Negeri Sembilan.
Kini, segala ikhtiar telah kita laksanakan. Segala penjelasan telah kita sampaikan. Selebihnya saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk membuat pilihan.
Jika benar gelombang biru yang saya saksikan petang tadi lahir daripada hati rakyat, maka saya berharap ia akan diterjemahkan di setiap saluran mengundi esok.
Saya merayu kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan agar memberikan sokongan dan mandat kepada Barisan Nasional supaya kita dapat membina sebuah negeri yang lebih stabil, lebih maju dan lebih makmur.
Esok adalah hari menentukan arah masa depan Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang. Ayuh, bersama-sama kita Hebatkan Semula Negeri Sembilan!
#prnnegerisembilan2026
#gelombangbiru
#barisannasional
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢, 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Berbaki kurang beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh berkempen berakhir, saya sempat meluangkan masa menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Batu Peti, DUN Jeram Padang.
Komuniti Orang Asli sentiasa dekat di hati saya. Sebab itu, setiap kali bertemu mereka, saya mahu mendengar sendiri hasrat dan keperluan mereka agar setiap usaha yang kita laksanakan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti ini.
Insya-Allah, komitmen kita untuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli akan terus diperkasa. Saya mahu lebih ramai anak-anak Orang Asli melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, di samping memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada komuniti ini.
Perjuangan ini adalah untuk semua. Insya-Allah, bersama masyarakat Orang Asli dan seluruh rakyat Negeri Sembilan, kita akan bina sebuah negeri yang lebih stabil, lebih maju dan lebih makmur. Bersama kita hebatkan semula Negeri Sembilan!
#prnnegerisembilan2026
#orangasli #jerampadang
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Esok tibalah detik yang akan menentukan hala tuju Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang.
Saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan agar keluar menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kebijaksanaan.
Saya mendoakan semoga hari pengundian berjalan dengan lancar, dalam suasana yang aman dan harmoni, serta segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan segala yang terbaik dikurniakan buat Negeri Sembilan dan seluruh rakyatnya.
Selamat mengundi.
#undibn
#gelombangbiru
#prnnegerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐔𝐍 𝐂𝐡𝐮𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Dalam siri kempen PRN Negeri Sembilan kali ini, saya turut berkesempatan bersama masyarakat di Kg. India, Bukit Pelandok bagi memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional di DUN Chuah, saudara Ah Pau di samping membantu kempen sahabat saya, Dato’ Mohd Faizal Ramli di DUN Linggi. Bersama Acu di DUN Sri Tanjung, mereka bertiga membawa aspirasi Barisan Nasional untuk rakyat di Parlimen Port Dickson.
Saya cukup teruja melihat kehadiran masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang memenuhi majlis ini. Inilah kekuatan yang sentiasa menjadi pegangan Barisan Nasional sejak dahulu, di mana kita berdiri bersama sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Saya yakin.. Ah Pau mempunyai kesungguhan untuk berkhidmat kepada masyarakat Chuah. Begitu juga Dato’ Mohd Faizal Ramli di Linggi dan Acu di Sri Tanjung. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat Negeri Sembilan, mereka bertiga akan terus membawa pembangunan, menjaga kebajikan dan membuka lebih banyak peluang untuk masyarakat di Port Dickson ini.
Insya-Allah, bersama kita hebatkan semula Negeri Sembilan!
#prnnegerisembilan2026
#barisannasional
#gelombangbiru
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Keamanan yang kita nikmati hari ini tidak hadir dengan sendirinya. Di sebalik kibaran megah Jalur Gemilang.. ada pengorbanan dan kesetiaan insan-insan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta.
Sempena sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pasukan keselamatan Malaysia yang terus berkhidmat dengan penuh keberanian dan semangat patriotisme. Kalianlah benteng kedaulatan negara yang sentiasa teguh mempertahankan keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Sebagai insan yang pernah diberi amanah menerajui Kementerian Pertahanan, saya amat memahami bahawa di sebalik setiap uniform yang dipakai, tersimpan seribu satu pengorbanan yang tidak terlihat. Ada keluarga yang menunggu kepulangan, ada masa yang dikorbankan dan ada tanggungjawab besar yang digalas demi memastikan Malaysia terus aman dan berdaulat.
Al-Fatihah buat para pahlawan yang telah pergi mendahului kita. Pengorbanan mereka tidak pernah luput ditelan zaman, malah akan terus hidup dalam ingatan dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi yang akan datang.
Terima kasih, wira-wira negara.
#haripahlawan2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧
Allah SWT mengingatkan bahawa hidup dan mati adalah satu ujian untuk menilai siapa yang paling baik amalannya.
Semoga kita terus memanfaatkan setiap nikmat dan kesempatan yang dikurniakan dengan memperbanyakkan amal kebajikan, melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan serta sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮!
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H.
Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada dalam limpah rahmat dan peliharaan-Nya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus bersemayam dengan penuh kebesaran demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Esok merupakan hari yang cukup penting buat seluruh rakyat Negeri Sembilan. Inilah masanya untuk kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan menentukan hala tuju negeri yang dicintai ini.
Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, kebanyakan kawasan dijangka cerah pada sebelah pagi manakala hujan dan ribut petir berkemungkinan berlaku di beberapa kawasan pada sebelah petang.
Justeru, saya mengajak seluruh pengundi Negeri Sembilan supaya keluar mengundi lebih awal. Rancang perjalanan dengan sebaik-baiknya, patuhi segala arahan petugas pilihan raya dan utamakan keselamatan sepanjang berada di pusat mengundi.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita, mengurniakan cuaca yang baik serta memberkati setiap langkah dalam kita menunaikan amanah kepada negeri yang kita sayangi.
Sumber: @metmalaysia
#prnnegerisembilan2026
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚, 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Dalam perjuangan politik, kekuatan sebenar tidak hanya diukur pada pentas yang besar.. tetapi pada keikhlasan setiap langkah di akar umbi.
Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu serta menyantuni jentera dan penyokong-penyokong Barisan Nasional di Batu Kikir. Terima kasih saya ucapkan atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang kempen ini. Kalianlah nadi kepada kekuatan perjuangan kita.
Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, rapatkan saf dan bekerjalah sebagai satu pasukan. Apabila kita bersatu hati, mengutamakan khidmat kepada rakyat dan meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan, insya-Allah sokongan rakyat akan terus bersama kita.
Ayuh kita bersama-sama hebatkan semula Negeri Sembilan!
#prnnegerisembilan
#bnnegerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya amat menghargai segala liputan dan hebahan yang diberikan oleh rakan-rakan media sepanjang PRN Negeri Sembilan kali ini.
Seperti jentera parti politik, para petugas media juga mempunyai perjuangan dan tanggungjawab tersendiri untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat secara telus dan berhemah, meskipun saya faham terpaksa berdepan pelbagai cabaran serta kekangan sepanjang tempoh pilihan raya.
Dari lubuk hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan-rakan media.
Saya amat memahami tuntutan serta cara kerja media, dan benar-benar menghargai setiap usaha yang dicurahkan sepanjang kempen ini.
Terima kasih kerana memberikan yang terbaik buat Barisan Nasional. 💙💙 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭, 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢
Pembangunan sesebuah negeri tidak hanya bergantung kepada dasar yang baik, tetapi juga kepada keupayaan mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi. Sebab itulah saya sentiasa percaya bahawa setiap pandangan daripada masyarakat perlu diberi perhatian dan diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat.
Dalam ruang masa yang saya ada bersama pimpinan masyarakat dan ketua-ketua kampung Negeri Sembilan petang tadi, saya telah menegaskan hasrat kita untuk melihat Negeri Sembilan kembali muncul sebagai sebuah negeri yang terus berkembang dengan lebih pesat, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, menarik lebih banyak pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Tapi semua ini memerlukan pentadbiran yang cekap, dasar yang konsisten dan insya-Allah.. kita mampu menjadi pilihan terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan.
Saya turut mengambil maklum mengenai pelbagai perkara yang dibangkitkan, termasuk kebajikan JPKK, pelaksanaan projek di peringkat akar umbi serta usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Setiap pandangan ini akan terus diberikan perhatian kerana pembangunan yang baik mestilah bermula daripada keperluan sebenar masyarakat.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan Negeri Sembilan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri yang lebih stabil, maju dan makmur.
#kkdw #pejuangdesa
#desamalaysia #gemencheh
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐨𝐫𝐨𝐥𝐞𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan menyantuni masyarakat di PDM Gadong Jaya, DUN Labu. Sebelum itu, isteri saya sudah lebih awal bersama penduduk kampung di sini dalam Program Borolek Sekampung di D’Kebun Kg Gadong SC. Saya pula sampai malam.. sempatlah makan malam sekali dengan penduduk kampung.
Namun yang lebih penting, saya hadir adalah untuk bersama-sama membantu calon Barisan Nasional bagi DUN Labu, Saudari Maira Hasim.
Saya yakin beliau mempunyai kesungguhan dan iltizam untuk berkhidmat kepada masyarakat serta membawa aspirasi rakyat Labu dengan sebaik-baiknya.
Berbaki kurang 48 jam sahaja lagi sebelum rakyat Negeri Sembilan membuat keputusan.. saya menyeru seluruh pengundi DUN Labu agar memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.
Pilihlah Maira Hasim untuk mewakili anda. Insya-Allah, beliau akan berusaha sedaya upaya membawa yang terbaik buat Labu dan seluruh waghih-waghih di sini.
#prnnegerisembilan2026
#dunlabu #barisannasional
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Anak muda Negeri Sembilan cukup luar biasa!
Sebaik melangkah masuk, saya disambut dengan sorakan yang cukup meriah.
Dari atas pentas saya lihat setiap penjuru dewan kelihatan seperti lautan biru yang dipenuhi anak-anak muda dengan semangat yang luar biasa.
Kemeriahan ini benar-benar menghidupkan suasana dari awal hingga ke penghujung majlis. Saya yakin inilah generasi yang akan mengisi peluang pekerjaan, menggerakkan industri dan menentukan masa depan di negeri ini.
Saya mahu anak-anak Negeri Sembilan menjadi kelompok terawal yang menikmati setiap peluang apabila pelaburan masuk dan industri berkembang nanti. Sebab itu TVET mesti terus diperkasa sebagai laluan utama kepada kemahiran tinggi, pekerjaan yang berkualiti dan pendapatan yang lebih baik.
Insya-Allah, dengan perancangan yang lebih jelas, kepimpinan yang lebih berwibawa dan anak muda yang bersedia.. Negeri Sembilan mampu melangkah jauh lebih besar.
Bersediakah kita untuk hebatkan semula Negeri Sembilan?
#tvet #jompilihtvet
#negerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐱𝐞𝐜𝐮𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐀𝐩𝐩𝐫𝐞𝐧𝐭𝐢𝐜𝐞 𝟐.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Negara tidak kehilangan masa depannya apabila anak-anak muda menimba ilmu di luar negara. Masa depan hanya akan terjejas sekiranya ilmu, pengalaman dan jaringan yang dibina tidak kembali disumbangkan kepada tanah air. Semangat inilah yang mendasari Program Executive Apprentice 2.0.
Sebentar tadi di Putrajaya, saya telah menyempurnakan penyerahan para peserta kepada kementerian, agensi dan pentadbiran kerajaan negeri yang terlibat bagi memberikan mereka pendedahan langsung terhadap proses pentadbiran, penggubalan dasar dan pelaksanaan program untuk rakyat.
Saya sempat berpesan agar mereka memanfaatkan peluang ini untuk bertanya, menimba pengalaman dan berkhidmat dengan penuh amanah. Insya-Allah, pengalaman ini akan menjadi bekalan penting dalam membentuk barisan pemimpin dan pembina negara pada masa hadapan.
#executiveapprentice -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥, 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚
Petang tadi saya berpeluang bertemu para pekebun kecil dari seluruh Negeri Sembilan dalam Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Tengah yang berlangsung di Seremban.
Secara peribadi, saya amat menghargai segala usaha dan pengorbanan mereka yang saban hari bekerja keras demi menyara keluarga, sekali gus menggerakkan ekonomi desa serta menyumbang kepada industri getah negara.
Apa yang paling penting bagi saya ialah memastikan setiap titik peluh para pekebun kecil ini dibalas dengan pulangan yang lebih baik. Justeru, RISDA perlu terus diperkasakan agar pekebun kecil mendapat sokongan yang menyeluruh, daripada peningkatan produktiviti dan penggunaan teknologi sehinggalah kepada akses pasaran yang lebih luas serta harga yang lebih bermaruah.
Alhamdulillah, usaha memperkasakan RISDA sebagai Pembeli Getah Utama (Anchor Buyer) sudah mula menunjukkan hasil yang positif. Di Negeri Sembilan sahaja, lebih 636 tan metrik getah bernilai melebihi RM2.5 juta telah berjaya dikutip tahun ini.
Usaha ini akan terus diperkasa bagi memastikan rantaian pemasaran menjadi lebih cekap, mekanisme harga yang lebih telus dan, paling utama.. lebih banyak nilai dapat kembali kepada para pekebun kecil.
Insya-Allah, saya dan seluruh warga KKDW akan terus komited memperkukuh peranan RISDA dalam membela nasib pekebun kecil serta memastikan lebih banyak inisiatif dapat dinikmati oleh mereka, khususnya para pekebun kecil di Negeri Sembilan.
#risda #kkdw
#pekebunkecil
#negerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧
Saya telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Penggubalan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan rang undang-undang yang digubal bersifat menyeluruh dan memenuhi setiap keperluan yang diperuntukkan.
Kebetulan, di Medan MARA sedang berlangsung Terengganu Showcase 2026. Saya sempat meluangkan masa meninjau reruai-reruai pameran dan menyantuni para usahawan MARA dari Terengganu yang membawa pelbagai produk tempatan yang cukup menarik.
Seronok melihat semangat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan produk yang berkualiti serta berpotensi untuk terus berkembang.
Kepada yang berada berdekatan, jemputlah singgah ke Terengganu Showcase 2026 yang akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Banyak produk tempatan yang menarik ada di sini sambil kita sama-sama menyokong usaha dan hasil tangan usahawan tempatan.
#ruumara
#mara #kkdw
#terengganushowcase2026
#usahawanmara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧
Saya telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Penggubalan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan rang undang-undang yang digubal bersifat menyeluruh dan memenuhi setiap keperluan yang diperuntukkan.
Kebetulan, di Medan MARA sedang berlangsung Terengganu Showcase 2026. Saya sempat meluangkan masa meninjau reruai-reruai pameran dan menyantuni para usahawan MARA dari Terengganu yang membawa pelbagai produk tempatan yang cukup menarik.
Seronok melihat semangat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan produk yang berkualiti serta berpotensi untuk terus berkembang.
Kepada yang berada berdekatan, jemputlah singgah ke Terengganu Showcase 2026 yang akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Banyak produk tempatan yang menarik ada di sini sambil kita sama-sama menyokong usaha dan hasil tangan usahawan tempatan.
#ruumara
#mara #kkdw
#terengganushowcase2026
#usahawanmara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Alhamdulillah, gembira dapat bersama para usahawan Negeri Sembilan petang tadi. Pada saya, mereka merupakan antara watak penting dalam memacu ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan membentuk masa depan pembangunan negeri.
Setiap perniagaan yang dibuka, produk yang dihasilkan dan pasaran baharu yang diterokai memberi kesan langsung kepada kekuatan ekonomi di negeri ini. Sebab itu, dalam usaha menghebatkan semula Negeri Sembilan, usahawan mesti berada di barisan hadapan.
Negeri Sembilan mempunyai potensi besar dalam sektor perindustrian, logistik, halal, pelancongan dan ekonomi digital. Saya mahu MARA terus memperkukuh ekosistem usahawan melalui latihan, pendigitalan, pensijilan, penjenamaan serta akses pasaran agar lebih ramai mampu berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa.
Saya yakin, dengan hala tuju yang jelas serta kerjasama semua pihak, kita mampu memperkukuh kestabilan ekonomi, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti keusahawanan dan mewujudkan kemakmuran yang dapat dirasai seluruh rakyat. Insya-Allah, bersama-sama kita hebatkan semula Negeri Sembilan.
#mara #kkdw
#usahawanbumiputera
#negerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐏𝐑𝐍 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Esok bermulalah proses pengundian awal PRN Negeri Sembilan. Saya merayu agar diberikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih stabil, maju dan sejahtera.
Saya mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan proses pengundian berjalan dengan lancar.
Selamat mengundi. Bersama kita hebatkan semula Negeri Sembilan!
#undibn
#gelombangbiru
#prnnegerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat daripada lima Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara sebelum mereka memulakan penugasan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Vietnam, Mexico, Maghribi dan Azerbaijan.
Seperti yang selalu saya ingatkan kepada setiap Ketua Perwakilan sebelum memulakan penugasan, amanah ini menuntut lebih daripada kebijaksanaan diplomasi. Mereka membawa bersama imej negara, menjaga kepentingan Malaysia dan terus memperkukuh hubungan dengan negara luar.
Saya turut menekankan supaya mereka memberi keutamaan kepada usaha memperluas kerjasama ekonomi, pendidikan, industri halal, pelancongan serta pembangunan TVET, selaras dengan aspirasi negara untuk terus berkembang di persada antarabangsa.
Saya percaya, dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, mereka mampu memperkukuh hubungan dua hala, membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang serta menjadi jambatan yang mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan negara-negara luar.
Selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada semua. Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan dalam memikul amanah demi agama, bangsa dan negara.
#diplomasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Bencana tidak menunggu sehingga kita benar-benar bersedia. Justeru, kesiapsiagaan perlu diperkukuh lebih awal agar setiap tindakan dapat dilaksanakan dengan pantas dan terselaras apabila nyawa manusia menjadi taruhan.
Perkara ini amat dekat di hati saya kerana sepanjang berada dalam Kementerian Pertahanan sebelum ini, saya telah menyaksikan sendiri betapa pentingnya kejelasan arahan, komunikasi yang berkesan dan tindakan yang pantas ketika berdepan sesuatu insiden.
Pengalaman itulah yang saya bawa ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Bencana Udara sempena Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 pagi tadi.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya sentiasa mahu seluruh agensi bergerak sebagai satu pasukan dan bukannya bekerja secara silos.
Dalam pengurusan bencana, prinsip kita mesti jelas: satu sistem, satu arahan dan satu tindakan. Apabila semua pihak berkongsi maklumat, memahami peranan masing-masing dan bertindak dalam satu rentak, kita akan lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh keupayaan pengurusan bencana negara agar setiap kelemahan dapat diperbaiki lebih awal dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#siagabencanaudara2026
#satusistemsatuarahansatutindakan
#pengurusanbencana
#keselamatanpenerbangan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐋𝐀𝐒𝐆𝐎𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩 𝟐 𝐄𝐦𝐚𝐬, 𝟐 𝐆𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Tahniah kontinjen Malaysia!
Syukur Alhamdulillah, kontinjen negara terus mempamerkan prestasi membanggakan di Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila berjaya mengumpul dua pingat emas dan dua pingat gangsa menerusi acara angkat berat serta para powerlifting.
Dua pingat emas negara disumbangkan oleh Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 60kg lelaki dan Muhamad Aznil Bidin dalam kategori 65kg lelaki.
Lebih membanggakan, Aznil turut mencipta rekod baharu apabila menjadi atlet angkat berat Malaysia pertama melengkapkan hatrik pingat emas di Temasya Sukan Komanwel.
Sementara itu, dua pingat gangsa pula diraih oleh jaguh para powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin pada awal temasya serta atlet angkat berat wanita negara, Irene Jane Henry yang berjaya menghadiahkan pingat pada penampilan sulungnya di pentas Sukan Komanwel.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh atlet negara. Teruskan perjuangan, kekalkan momentum dan terus harumkan nama Malaysia di pentas dunia!
#emas
#gangsa
#glasgow2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐒𝐢𝐫𝐚𝐣𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧
Selalunya kita melihat anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam seragam celoreng, sentiasa bersedia menggalas amanah mempertahankan negara. Namun hari ini, di Karnival Hari Keluarga ATM Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, saya berpeluang melihat sisi yang berbeza. Mereka bergelak ketawa, bersukan dan meluangkan masa bersama keluarga dalam suasana yang cukup meriah.
Di sebalik setiap anggota yang berkhidmat kepada negara, ada keluarga yang sentiasa menjadi sumber kekuatan mereka. Isteri, suami, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang turut berkorban masa serta memahami tuntutan tugas yang dipikul demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
Saya turut mengambil kesempatan menyantuni keluarga-keluarga anggota yang hadir. Bagi saya, menjaga kebajikan anggota ATM juga bermaksud menjaga kebajikan keluarga mereka. Sebab itulah Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada aspek perumahan, pendidikan dan kesejahteraan warga ATM agar mereka dapat terus berkhidmat dengan tenang dan penuh dedikasi.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga ikatan kekeluargaan yang diraikan hari ini terus menjadi sumber semangat untuk kita bersama-sama mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
#harikeluargaatm
#atm #gagahsetia
#kemsyedsirajuddin -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐀𝐲𝐨𝐛 𝐊𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐝𝐢𝐧 𝐏𝐢𝐭𝐜𝐡𝐚𝐲
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Tan Sri sepanjang hampir 35 tahun mencurahkan jasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.
Saya mendoakan semoga Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan ruang untuk menyumbang pengalaman dan kebijaksanaan kepada negara walau dalam apa jua peranan selepas ini.
Selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan bersama keluarga tercinta. Saya mendoakan semoga segala jasa dan pengorbanan Tan Sri mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya disisi Allah SWT. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Berita pemergian anakanda Qayyim Ajwad pagi tadi benar-benar meruntun hati saya. Sejak berlakunya kemalangan yang menimpa rombongan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka tempoh hari, saya tidak pernah putus mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang menerima rawatan.
Anak-anak di SM Imtiaz Ulul Albab ini saya sudah anggap seperti anak-anak saya sendiri. Sebab itu setiap perkembangan mereka amat dekat di hati saya dan kehilangan seorang daripada mereka merupakan satu berita yang amat memilukan.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Qayyim Ajwad, warga Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka serta sahabat-sahabat yang turut merasai kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Cukup ramai, cukup meriah!
Malam tadi saya meluangkan masa bertemu dengan masyarakat India Negeri Sembilan dalam satu majlis ramah mesra bersama mereka di Port Dickson.
Kehadiran mereka membuktikan semangat kebersamaan dan keyakinan untuk terus melangkah bersama Barisan Nasional demi masa depan negeri ini.
Saya percaya kekuatan Barisan Nasional sentiasa terletak pada semangat muafakat antara semua kaum dan parti komponennya.
Kepada seluruh masyarakat India di Negeri Sembilan, saya merayu untuk berikan sokongan kepada calon Barisan Nasional.
Saya yakin mereka mampu menjadi suara yang memperjuangkan kepentingan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan Negeri Sembilan.
#barisannasional #bnn9
#hebatkansemulanegerisembilan
#bnterusmantap -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧
Sebaik tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah petang tadi, saya cukup teruja melihat kawasan program dipenuhi ibu bapa bersama anak-anak TABIKA KEMAS yang hadir memeriahkan Sambutan Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Negeri Sembilan dan Program Alpha Gen Talents @ KEMAS.
Alhamdulillah, saya amat menghargai komitmen seluruh warga KEMAS yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pendidikan awal kanak-kanak dan pembangunan kemahiran masyarakat. Dedikasi mereka inilah yang membolehkan KEMAS terus memainkan peranan dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan bersedia menghadapi masa depan.
Saya juga amat gembira melihat perkembangan program pendidikan awal KEMAS yang kini memperkenalkan pengajaran dan hafazan al-Quran kepada anak-anak seawal usia dua tahun. Dalam masa yang sama, pelbagai program kemahiran seperti jahitan, masakan, dandanan dan keusahawanan terus membuka ruang kepada lebih ramai rakyat untuk meningkatkan kemahiran di samping menjana pendapatan dan membina kehidupan yang lebih baik.
Insya-Allah, saya mahu melihat Negeri Sembilan terus melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Dengan sokongan semua pihak, saya yakin KEMAS akan terus menjadi antara pemangkin utama dalam membangunkan modal insan serta memacu kemajuan Negeri Sembilan pada masa hadapan.
#harikemahirankemas
#alphagentalents
#kemas #kkdw
#negerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐨𝐩 𝟏𝟎 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Manifesto ini lahir daripada aspirasi dan keperluan rakyat Negeri Sembilan.
Saya kongsikan antara 10 tawaran utama yang menjadi komitmen Barisan Nasional untuk membina masa depan negeri yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
#hebatkansemulanegerisembilan
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢
Program Salam Agrikomoditi di Kuala Pilah pagi ini menjadi platform terbaik untuk bertemu para pekebun kecil, usahawan dan warga agrikomoditi yang menjadi antara tunjang kepada pembangunan ekonomi di pedesaan.
Saya percaya kemajuan sektor agrikomoditi bukan hanya bergantung kepada dasar yang baik, tetapi juga kepada kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta seluruh agensi pelaksana. Apabila pentadbiran bergerak seiring, lebih banyak peluang, bantuan dan manfaat dapat disampaikan terus kepada rakyat.
Negeri Sembilan mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang. Dengan kestabilan politik, kepimpinan yang berwibawa serta pentadbiran yang baik, saya yakin lebih banyak pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan dapat dibawa demi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap dasar yang dirancang benar-benar diterjemahkan kepada hasil yang dapat dirasai oleh rakyat di Kuala Pilah dan seluruh Negeri Sembilan.
#salamagrikomoditi
#kualapilah
#negerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐞𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Alhamdulillah, malam tadi Barisan Nasional Negeri Sembilan telah melancarkan Manifesto #hebatkansemulanegerisembilan yang menggariskan hala tuju serta komitmen kami untuk membina sebuah negeri yang lebih stabil, maju dan makmur.
Manifesto ini merangkumi 88 usaha yang digerakkan menerusi 9 kluster teras utama, dengan fokus kepada pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat, pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, pertanian, alam sekitar, agama, adat budaya, perpaduan serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.
Insya-Allah, setiap usaha yang digariskan merupakan komitmen Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk memastikan kestabilan dibina, negeri dijaga, rakyat dibela dan kemakmuran dicipta demi kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
#prnnegerisembilan
#hebatkansemulanegerisembilan
#bnterusmantap -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐋𝐈𝐅𝐅 𝐑𝐀𝐊𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐎𝐍𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏
Alhamdulillah, satu lagi rekod baharu buat Malaysia.
Tahniah saya ucapkan kepada jaguh Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship.
Aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok malam tadi menyaksikan Aliff menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao bagi perebutan Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight pada acara ONE: The Inner Circle 23.
Well done, young man! Pencapaian Aliff pastinya menjadi inspirasi kepada generasi muda agar berani mengejar impian dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
#juaradunia
#onechampionship
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Suasana di DUN Chennah petang tadi cukup membangkitkan semangat. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum dan lapisan usia memberikan keyakinan bahawa semakin ramai rakyat mahukan perubahan yang mampu membawa kemajuan kepada kawasan ini.
Saya percaya Chennah mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun. Sebab itu, kawasan ini memerlukan kepimpinan yang bersedia untuk bekerja kuat, turun padang dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Insya-Allah, saya yakin saudara John Seow mempunyai iltizam dan komitmen untuk memikul amanah tersebut. Dengan sokongan padu rakyat, lebih banyak pembangunan, peluang ekonomi dan kemudahan dapat dibawa demi masa depan DUN Chennah yang lebih baik.
Semoga semangat yang dizahirkan hari ini terus diterjemahkan pada hari pengundian nanti. Chennah kita jaga, Negeri Sembilan kita majukan bersama.
#barisannasional #bnn9
#bnterusmantap
#darichennahuntukchennah
#hobinbnhobin -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Alhamdulillah, dapat bersama masyarakat Orang Asli dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Tohor, DUN Chennah petang tadi.
Bagi saya, pembangunan masyarakat Orang Asli perlu digerakkan secara menyeluruh. Pendidikan, peluang ekonomi, kemudahan asas dan kebajikan mesti terus diperkasakan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.
Saya sempat berkongsi mengenai perkembangan yang semakin membanggakan apabila lebih ramai anak-anak Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Inilah bukti bahawa dengan peluang dan sokongan yang berterusan, mereka mampu melakar masa depan yang lebih cerah.
Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda pembangunan masyarakat Orang Asli akan terus diberi perhatian demi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan, khususnya di Negeri Sembilan ini.
#barisannasional #bnn9
#bnterusmantap
#darichennahuntukchennah
#hobinbnhobin -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐚𝐧𝐰𝐞𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sukan Komanwel 2026 kini membuka tirainya secara rasmi di Glasgow, Scotland. Bersama kibaran megah Jalur Gemilang di upacara pembukaan awal pagi tadi, seluruh rakyat Malaysia pastinya mengiringi langkah Kontinjen Malaysia dengan iringan doa dan sokongan yang padu.
Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen negara yang akan membawa cabaran Malaysia sepanjang temasya ini.
Bertandinglah dengan penuh keyakinan, junjung tinggi semangat kesukanan dan berikanlah yang terbaik demi negara.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kesihatan, keselamatan dan kekuatan kepada seluruh Kontinjen Malaysia serta menghadiahkan kejayaan yang membanggakan buat negara.
#sukankomanwel2026
#glasgow2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐑𝐍 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐢 𝐇𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐫𝐢
Segala maklumat berkaitan PRN Negeri Sembilan kini boleh diakses dengan lebih mudah melalui laman web rasmi prnn9.com
Di sini, anda boleh mengenali calon Barisan Nasional di setiap DUN, meneliti tawaran dan manifesto, mendapatkan maklumat demografi serta mengikuti berita, aktiviti dan perkembangan semasa sepanjang kempen.
Layari: prnn9.com
Manfaatkan platform ini sebagai sumber rujukan rasmi agar setiap perkembangan PRN Negeri Sembilan dapat diikuti dengan maklumat yang tepat, sahih dan terkini.
#barisannasional #bnn9
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐦𝐚𝐧, 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧
Keimanan yang disertai dengan pengorbanan dan kesungguhan berjuang di jalan Allah SWT merupakan antara amalan yang tinggi nilainya di sisi-Nya.
Semoga kita terus istiqamah memperbanyakkan amal kebajikan dan tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia serta di akhirat. Insya-Allah.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦
Hari ini, Alhamdulillah isteri saya turut bersama menyantuni warga Lenggeng, Negeri Sembilan dalam Program HAWAHak dan Ziarah Kasih anjuran HAWA Malaysia. Selain ada sesi perkongsian tentang kesejahteraan dan kebahagiaan wanita, program ini turut diteruskan dengan menziarahi beberapa insan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Mudah-mudahan kunjungan ini dapat membawa sedikit kegembiraan dan semangat kepada mereka yang diziarahi. Kami turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan penyakit, dipermudahkan segala urusan buat ahli keluarga yang menjaga serta terus mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka.
#hawamalaysia
#barisannasional #bnn9
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Pembangunan desa tidak seharusnya hanya diukur melalui jalan raya yang lebih baik, bekalan air yang lebih sempurna atau peluang ekonomi yang semakin luas. Semua itu penting, namun pembangunan desa yang sebenar mestilah berteraskan ‘spiritual happiness’ yang bergerak seiring dengan ‘physical happiness’, agar kemajuan yang dicapai turut membina kesejahteraan jiwa, keharmonian keluarga dan kekuatan nilai dalam masyarakat.
Inilah antara perkara yang saya tekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke-61 di Pulau Pinang pagi tadi. Kita mahu memastikan pembangunan desa terus bergerak seiring antara kemajuan fizikal dan kesejahteraan rohani.
Kita tidak mahu membandarkan desa sehingga desa kehilangan identiti dan nilai masyarakatnya. Sebaliknya, desa perlu dimodenkan melalui kemudahan yang lebih baik, teknologi serta peluang ekonomi yang lebih luas tanpa menghakis identiti, budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan masyarakat luar bandar.
Mesyuarat kali ini telah bersetuju untuk memperkukuh Program Desa Lestari menerusi penubuhan sebuah ‘task force’ khas bagi membantu koperasi desa meningkatkan tadbir urus, penjenamaan, akses pasaran dan jaringan strategik.
Saya turut memaklumkan mengenai peluasan Tabika Tunas Istimewa dengan penambahan sehingga 132 kelas baharu menjelang tahun hadapan supaya lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti dan inklusif.
Insya-Allah, pembangunan desa yang kita laksanakan hari ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan semasa, tetapi bagi membina sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, berilmu, berakhlak dan mempunyai daya saing untuk generasi akan datang. Itulah komitmen kita dalam membangunkan desa dan memakmurkan rakyat.
#mexclub
#kkdw #pejuangdesa
#desamalaysia
#desalestari -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Tanggal 22 Julai setiap tahun menjadi hari yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Negeri Sarawak dalam mengangkat jati diri, menyemarakkan rasa bangga serta mengenang perjalanan sebuah negeri yang telah banyak menyumbang kepada pembinaan Malaysia.
Kepelbagaian budaya, keharmonian masyarakat berbilang kaum serta semangat kebersamaan yang menjadi amalan rakyatnya terus menjadi kekuatan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysia.
Sempena sambutan Hari Sarawak tahun ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak atas segala jasa, sumbangan dan komitmen dalam membangunkan negeri serta memacu kemajuan negara.
Semoga semangat Segulai Sejalai terus menjadi inspirasi untuk kita melangkah seiring.. di samping terus memperkukuh perpaduan dan membina masa depan Malaysia yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Sarawak.
“Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai”
#harisarawak2026
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Saya cukup teruja melihat semangat yang dipamerkan oleh warga KEMAS Negeri Sembilan yang memenuhi Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Kampung Pantai, Lenggeng petang tadi. Alhamdulillah, gembira dapat bertemu dan menyampaikan amanat kepada insan-insan yang saban hari mencurahkan bakti dalam mendidik anak-anak serta memperkasa masyarakat hingga ke pelosok desa.
Saya percaya, kekuatan KEMAS bukan hanya terletak pada usaha memberikan pendidikan awal yang berkualiti, tetapi juga dalam membentuk generasi yang seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi. Sebab itulah Program Pra-Tahfiz KEMAS terus diperkasakan agar anak-anak bukan sahaja membesar dengan ilmu dunia, malah turut dibimbing dengan asas agama yang menjadi bekalan sepanjang kehidupan.
Saya juga memberikan penghargaan kepada seluruh guru TABIKA KEMAS yang sabar membimbing anak-anak mencintai dan mendalami al-Quran sejak usia kecil. Insya-Allah, setiap huruf yang diajarkan dan setiap nilai murni yang diterapkan akan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta melahirkan generasi yang mampu memimpin masa depan Negeri Sembilan dengan ilmu dan akhlak yang mulia.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KEMAS Negeri Sembilan atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Teruskanlah menyemai bakti dengan penuh dedikasi kerana setiap usaha yang dilakukan hari ini bukan sahaja membentuk masa depan anak-anak, malah menjadi asas kepada kemajuan Negeri Sembilan serta kesejahteraan seluruh rakyatnya.
#kemas #lenggeng
#kemasnegerisembilan
#kkdw #desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐈𝐦𝐢𝐠𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Pagi tadi saya berpeluang bersama warga Jabatan Imigresen Malaysia sempena Sambutan Hari Imigresen Ke-104.
Jabatan ini sentiasa dekat di hati saya kerana saya pernah diberi amanah menerajui Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atasnya. Pengalaman itu memberi ruang kepada saya untuk melihat sendiri komitmen, dedikasi dan pengorbanan seluruh warga Imigresen dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memastikan setiap pintu masuk negara sentiasa terpelihara.
Dalam ucapan saya sebentar tadi, saya telah menegaskan bahawa dunia hari ini berubah dengan begitu pantas. Justeru, Jabatan Imigresen juga perlu terus melangkah seiring dengan perubahan melalui pemerkasaan teknologi, integriti dan profesionalisme agar kekal sebagai institusi strategik yang diyakini rakyat serta mampu melindungi keselamatan dan kepentingan negara.
Saya juga turut menggariskan Empat Mandat, Satu Arah Transformasi Imigresen sebagai kompas strategik Jabatan Imigresen Malaysia untuk terus kekal relevan, diyakini dan dihormati. Empat mandat tersebut memberi fokus kepada pemerkasaan peranan Imigresen sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi; memperkukuh keselamatan negara; mempercepatkan transformasi digital; serta terus memperkasakan integriti, profesionalisme dan nilai kemanusiaan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Selamat Menyambut Hari Imigresen Ke-104. Saya sentiasa mendoakan Jabatan Imigresen Malaysia terus cemerlang sebagai benteng kedaulatan negara dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
#jabatanimigresenmalaysia
#104hariimigresen
#hariimigresen2026
#melakarwajahbaharuimigresen -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐑𝐔𝐔 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, saya telah selesai membentangkan Bacaan Kedua Rang Undang Undang Jenayah Siber 2026 di Dewan Negara sebentar tadi.
Perkembangan teknologi digital telah membawa pelbagai kemudahan kepada kehidupan seharian rakyat. Namun, pada masa yang sama, ia turut membuka ruang kepada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks, sekali gus menuntut kerangka perundangan yang lebih kukuh dan relevan.
Justeru, RUU ini digubal bagi memperkukuh kerangka perundangan negara supaya lebih bersedia menangani pelbagai bentuk jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, serangan terhadap sistem komputer, penyalahgunaan identiti digital, pemalsuan digital dan jenayah yang melibatkan teknologi baharu.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus berusaha memastikan undang-undang negara sentiasa relevan seiring dengan perkembangan teknologi demi melindungi kepentingan rakyat dan negara.
#dewannegara
#parlimenmalaysia
#ruujenayahsiber2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memeriahkan Bangi Square 2 malam tadi. Seronok dapat meluangkan masa bersama ribuan peminat bola sepak yang hadir menyaksikan Final Piala Dunia 2026.
Inilah indahnya Malaysia.. tidak kira bangsa, agama mahupun latar belakang, kita boleh berkumpul dan berkongsi minat yang sama.
Bagi saya.. tidak kira siapapun yang muncul juara. Apa yang lebih bermakna ialah kebersamaan, silaturahim dan kenangan yang kita cipta bersama.
Alhamdulillah, pagi tadi juga diakhiri dengan Program Semarak Subuh di Surau Al-Hamidiah, Kajang. Terima kasih kepada semua yang terus bersama sehingga qiyam dan Solat Subuh berjemaah. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan diberkati Allah SWT.
#fifaworldcup2026
#bangisquare2
#semaraksubuh
#suraualhamidiah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Semasa di FELDA Palong 8, Jempol semalam, saya berkesempatan bersama rakyat Negeri Sembilan dalam Program GEMA@KKDW. Melihat kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan usia benar-benar menggambarkan semangat kebersamaan yang sentiasa menjadi kekuatan komuniti di sini.
Bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal atau pertumbuhan ekonomi semata-mata. Ia bermula daripada keluarga yang kukuh, masyarakat yang saling membantu dan anak-anak yang diberikan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Setiap kali berkunjung ke tanah rancangan FELDA, saya sentiasa melihat semangat dan kesungguhan para peneroka yang menjadi asas kepada kejayaan pembangunan luar bandar negara. Nilai inilah yang perlu terus kita pertahankan dan wariskan kepada generasi akan datang.
Negeri Sembilan mempunyai potensi yang cukup besar untuk terus maju. Insya-Allah, dengan kestabilan, kesatuan dan sokongan rakyat di negeri ini, lebih banyak peluang serta pembangunan akan dapat dibawa demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih baik.
#feldapalong8
#segalanyafelda
#kemas #kkdw
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐅𝐢𝐧𝐚𝐥 𝐏𝐢𝐚𝐥𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Penyokong Spain?
Penyokong Argentina?
Tak kisah lah anda penyokong siapapun.. saya nak ajak semua peminat bola sepak Piala Dunia yang berkelapangan untuk turun ke Bangi Square 2 tengah malam nanti.
Kita lepak tengok Final Piala Dunia sama-sama. Lepas tu, kita sama-sama tutup awal pagi itu dengan qiyam dan solat Subuh berjemaah.
Insya-Allah, kita jumpa di sana ya!
🗓 20 Julai 2026 (Isnin)
🕛 12.00 tengah malam hingga selesai Solat Subuh
📍 Bangi Square 2
#finalworldcup
#semaraksubuh -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Usai urusan penamaan calon pagi tadi, saya terus ke Dewan Terbuka Kampung Panchor, Lenggeng untuk bersama-sama jentera Barisan Nasional serta bertemu masyarakat setempat di sana.
Di permulaan kempen ini, seluruh jentera mesti terus diperkemaskan. Gerak kerja perlu lebih tersusun.. langkah perlu lebih pantas dan setiap ruang mesti dimanfaatkan untuk mendekati rakyat Negeri Sembilan. Jangan sesekali leka atau berasa selesa kerana setiap undi perlu diusahakan dan setiap hati perlu disantuni.
Insya-Allah, saya akan terus bersama jentera di Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen ini. Ayuh kita bekerja sehabis baik demi memastikan Barisan Nasional kembali diberi mandat untuk meneruskan agenda kestabilan dan pembangunan Negeri Sembilan.
#barisannasional #bnn9
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧
Alhamdulillah, gelombang biru jelas membanjiri seluruh Negeri Sembilan pagi ini. Saya dapat merasakan semangat luar biasa waghih-waghih untuk membawa Barisan Nasional melangkah lebih jauh dan kembali memimpin negeri ini.
Pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi sahabat saya, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau, Majlis Daerah Rembau.
Insya-Allah, saya mendoakan yang terbaik buat seluruh calon Barisan Nasional. Semoga setiap langkah, usaha dan perjuangan kita dipermudah serta diberkati oleh-Nya.
Kini, perjuangan kita memasuki fasa yang lebih penting. Kepada seluruh barisan jentera, teruskan turun padang. Santuni rakyat penuh hikmah, dengari suara mereka dan bawa mesej perjuangan Barisan Nasional ke setiap pelosok Negeri Sembilan.
Kita mesti terus bekerja kuat, bergerak sebagai satu pasukan dan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan Negeri Sembilan ke pangkuan Barisan Nasional.
Insya-Allah, dengan semangat, kesatuan dan kerja keras semua, kita akan sampai ke garisan kemenangan.
#barisannasional #bnn9
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐢𝐰𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Mudah-mudahan dengannya lahir jiwa yang bersih, masyarakat yang berilmu serta akhlak yang mulia.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menyucikan jiwa dengan iman dan amal soleh. Insya-Allah.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan usaha yang berterusan.. kita akan berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan Negeri Sembilan ke pangkuan Barisan Nasional.
Ayuh kita tawan Negeri Sembilan!
Kita lawan.. LAWAN SAMPAI MENANG!
#gelombangbiru
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Gelombang Biru yang membanjiri setiap pelosok perkarangan Stadium Paroi malam tadi benar-benar membangkitkan semangat perjuangan seluruh keluarga besar Barisan Nasional.
Alhamdulillah, semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh ribuan penyokong dan jentera Barisan Nasional malam tadi memberikan keyakinan bahawa rakyat Negeri Sembilan mahukan sebuah Kerajaan yang lebih stabil, lebih berpengalaman dan lebih diyakini untuk memimpin negeri ini.
Kemenangan besar BN di Johor beberapa hari lalu sudah tentu memberikan suntikan keyakinan kepada kita. Namun, keyakinan itu bukan alasan untuk kita berasa megah dan selesa.
Berdoalah, berusahalah dan bertawakallah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati-hati rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional, mengurniakan kemenangan yang terbaik serta memberkati setiap langkah perjuangan kita. Insya-Allah.
Ayuh kita tawan Negeri Sembilan!
Kita lawan.. LAWAN SAMPAI MENANG!
Hidup Barisan Nasional!
#gelombangbiru
#bnterusmantap
#hobinbnhobin
#hobinsampaimenang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚
Sebentar tadi di Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) KKDW bagi meneliti perkembangan pelaksanaan projek dan program pembangunan di bawah KKDW.
Saya sentiasa percaya bahawa penyelarasan yang baik antara kementerian, agensi dan semua pihak yang terlibat merupakan kunci kepada pelaksanaan yang lebih berkesan.
Insya-Allah, KKDW akan terus komited memastikan setiap agenda pembangunan desa dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan masyarakat desa.
#mtpk #kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐤𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Seterusnya saya meluangkan masa bertemu dengan Kontinjen TVET@KKDW yang bakal membawa cabaran Malaysia ke pentas WorldSkills Shanghai 2026.
Saya teruja sebenarnya melihat semangat dan kesungguhan yang terpancar pada wajah mereka. Besar harapan saya agar semangat itu akan terus menjadi kekuatan untuk mereka mengharumkan nama KKDW dan Malaysia di pentas kemahiran dunia.
Seramai sembilan peserta daripada TVET MARA, UniKL dan GIATMARA akan mewakili KKDW dalam sembilan bidang kemahiran. Penyertaan ini merupakan yang terbesar dalam sejarah penglibatan KKDW di WorldSkills sekali gus membuktikan bahawa institusi TVET negara terus melahirkan bakat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sudah tentu saya memberikan sokongan dan keyakinan penuh kepada seluruh kontinjen ini. Buat anakanda sekalian, berikanlah yang terbaik, kekalkan disiplin, terus merendah diri dan jangan pernah berhenti belajar.
Saya mendoakan agar seluruh kontinjen sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan setiap urusan dan diberikan kejayaan dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas WorldSkills Shanghai 2026. Insya-Allah.
#worldskillsshanghai2026
#worldskills #tvet
#kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pagi tadi saya bersama YAB Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Sambutan Negara sempena Lawatan TYT Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura di Istana Negara.
Semoga hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh demi manfaat serta kemakmuran bersama rakyat kedua-dua negara.
Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
#malaysiasingapura -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡, 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐎𝐧𝐧 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐆𝐡𝐚𝐳𝐢
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.
Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu amanah besar untuk terus memimpin Johor Darul Ta’zim ke arah kemajuan yang lebih cemerlang, dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat, kestabilan politik serta pembangunan yang mampan.
InsyaAllah, saya yakin… dengan kepimpinan, pengalaman dan iltizam yang dimiliki, Johor akan terus melakar lebih banyak kejayaan demi manfaat seluruh Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam memikul amanah ini serta terus memimpin Johor Darul Ta’zim ke arah yang lebih gemilang.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Kredit Foto: Royal Press Office
#majujohor
#bangsajohor
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐿𝑎𝑎 ℎ𝑎𝑤𝑙𝑎 𝑤𝑎𝑙𝑎 𝑞𝑢𝑤𝑤𝑎𝑡𝑎 𝑖𝑙𝑙𝑎 𝑏𝑖𝑙𝑙𝑎ℎ.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Syukur Alhamdulillah.
#barisannasional #majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sesungguhnya, Dia-lah pemilik segala hati dan kepada-Nya jualah tempat kami berserah.
HasbunAllah wa ni'mal wakeel.
#undibn #majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh kempen berakhir. Segala usaha telah kita laksanakan dan segala ikhtiar telahpun dilakukan sebaik mungkin.
Petang tadi, saya meluangkan masa bersama penyokong dan masyarakat di Kulai dalam Himpunan Munajat Barisan Nasional.
Kami bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kejayaan kepada Barisan Nasional agar kestabilan dapat dikekalkan dan kemajuan dapat diteruskan.
Sesungguhnya, Dia-lah pemilik segala hati dan kepada-Nya jualah tempat kami berserah.
HasbunAllah wa ni'mal wakeel.
#himpunanmunajatbarisannasional
#prnjohor #kulai
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Tempoh berkempen kini hampir melabuhkan tirainya. Sepanjang kempen ini, Barisan Nasional telah menyampaikan segala yang ingin kami tawarkan kepada Bangsa Johor. Kini, keputusan berada di tangan anda untuk menentukan hala tuju Johor pada masa hadapan.
Gunakanlah hak sebagai pengundi dengan sebaiknya. Pilihlah sebuah Kerajaan yang mempunyai rekod dan iltizam untuk meneruskan agenda pembangunan, menjaga kebajikan rakyat serta membawa Johor terus melangkah maju ke hadapan.
Saya dengan rendah hati menyeru seluruh Bangsa Johor agar memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional.
Berikanlah kepercayaan kepada Barisan Nasional supaya kestabilan dapat dikekalkan dan kemajuan Johor dapat diteruskan demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan sepanjang proses pengundian, mengurniakan cuaca yang baik serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Insya-Allah.
Selamat Mengundi.
Pangkah Barisan Nasional!
Kestabilan Dikekalkan. Kemajuan Diteruskan.
#prnjohor #undibn
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐑𝐢𝐚
Di penghulu segala hari ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat yang terus dikurniakan kepada kita.
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menunaikan Solat Jumaat bersama-sama para jemaah di Masjid Taman Megah Ria, Masai.
Turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan para jemaah serta warga di sini.
Mendoakan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada Johor Darul Ta’zim dan seluruh Bangsa Johor. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
#masjidtamanmegahria
#prnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐧
Solat adalah tiang agama dan kewajipan yang perlu dipelihara pada waktu yang telah ditetapkan. Melaluinya, kita mendidik diri agar sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 78 mengingatkan bahawa setiap waktu solat mempunyai hikmah dan ketetapannya. Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk memelihara solat dengan istiqamah serta meraih rahmat dan keberkatan-Nya.
Salam Jumaat yang penuh barakah.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Dari wajah anak-anak di Politeknik Ibrahim Sultan, saya percaya mereka mahukan kesinambungan dalam kehidupan dan kerjaya mereka.
Insya-Allah, dengan pembangunan pesat Negeri Johor yang mencatat pertumbuhan sehingga 8 peratus, saya yakin akan lebih banyak peluang diwujudkan, khususnya kepada mahasiswa TVET untuk mengisi peluang-peluang baharu di negeri ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, insya-Allah saya bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi akan terus bekerjasama bagi memastikan penyelarasan yang lebih baik, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda Johor.
#apakhabarsiswa #tvet
#politeknikibrahimsultan
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Insya-Allah, esok Bangsa Johor akan menentukan hala tuju negeri yang dicintai ini.
Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, kebanyakan kawasan dijangka berada dalam keadaan baik pada sebelah pagi, manakala beberapa kawasan berpotensi mengalami hujan atau ribut petir pada sebelah petang.
Justeru, saya ingin mengajak seluruh pengundi Bangsa Johor agar keluar lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Rancang perjalanan dengan sebaiknya, patuhi arahan petugas pilihan raya dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan anda semua serta memberkati setiap langkah kita demi Johor yang terus maju dan sejahtera. Insya-Allah.
Selamat mengundi, Bangsa Johor.
Sumber: @metmalaysia
#prnjohor
#harimengundi
#undibn
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐫𝐮 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Teruja saya melihat ribuan penyokong Barisan Nasional yang hadir berhimpun bersama warga Kempas dan Perling di Medan Selera Taman Cempaka semalam. Gelombang biru yang memenuhi setiap ruang malam tadi sudah cukup menggambarkan semangat Bangsa Johor yang mahu terus melihat negeri ini melangkah lebih jauh.
Alhamdulillah, sepanjang dua minggu berkempen.. Barisan Nasional memilih untuk menghidangkan politik yang matang dan beradab. Kita hadir membawa rekod yang boleh dinilai, hala tuju yang jelas serta iltizam untuk meneruskan kemajuan Johor.
Kita bercakap tentang peluang pekerjaan, rumah mampu milik, pendidikan, TVET, pelaburan dan masa depan anak-anak Johor. Itulah politik yang kita bawa. Politik yang bekerja. Politik yang menawarkan penyelesaian.
Inilah keistimewaan Barisan Nasional. Kita tidak meminta rakyat mempercayai kita tanpa asas. Sebaliknya, kita mengajak rakyat menilai rekod, membandingkan prestasi dan membuat keputusan berlandaskan fakta.. bukannya sentimen.
Kini, tempoh berkempen semakin menghampiri penghujungnya. Segala usaha telah kita laksanakan. Segala fakta telah kita bentangkan. Segala tawaran telah kita kemukakan. Kini tiba masanya Bangsa Johor membuat pilihan.
Saya menyeru seluruh pengundi di DUN Kempas dan DUN Perling agar memberikan sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional, Datuk Haji Ramlee Bohani dan saudara Pannir Selvam. Berikanlah mandat kepada mereka supaya agenda pembangunan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.
Insya-Allah, saya yakin Bangsa Johor cukup matang untuk menentukan pilihan yang terbaik demi memastikan kestabilan terus dikekalkan dan kemajuan negeri ini dapat diteruskan.
Maju Johor!
Hidup Barisan Nasional!
#prnjohor #kempas #perling
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Allahuakbar.. pilu hati saya menerima khabar mengenai kemalangan yang melibatkan tiga orang pelajar bersama seorang guru pengiring Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai kejohanan ping pong sekolah-sekolah petang tadi.
Anak-anak Imtiaz ini amat dekat di hati saya.. apabila menerima berita ini, hati saya benar-benar tersentuh dan mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka.
Bersama-sama kita mendoakan agar semua mangsa dikurniakan kesembuhan yang segera, diangkat segala kesakitan yang sedang ditanggung dan dipermudahkan setiap urusan rawatan.
Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa serta ahli keluarga mereka dalam menghadapi saat yang mencabar ini.
Insya-Allah, saya akan terus mengikuti perkembangan keadaan mereka dari semasa ke semasa. Semoga Allah SWT memelihara anak-anak dan guru yang terlibat serta mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat mereka.
Aamiin Ya Rabbal ’Alamin. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐧𝐝𝐚𝐮
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan warga Endau daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk saudara-saudara kita daripada komuniti Orang Asli yang turut hadir memeriahkan majlis sebentar tadi.
Inilah wajah sebenar Bangsa Johor. Kita datang daripada pelbagai latar belakang, namun apabila saling berbicara dan saling mendengar.. matlamat kita tetap sama iaitu mahukan Endau terus maju dan rakyatnya terus menikmati pembangunan.
Sebab itu saya mengajak seluruh warga DUN Endau untuk terus memberikan sokongan kepada calon kita, Hajah Alwiyah Talib (Kak Awi), manakala warga DUN Tenggaroh pula memberikan kepercayaan kepada Mohd Youzaimi Yusof.
Kedua-duanya merupakan anak tempatan yang memahami denyut nadi masyarakat dan bersedia meneruskan agenda pembangunan di kawasan ini.
Kita sudah berada di landasan yang baik. Jangan biarkan momentum ini terhenti di pertengahan jalan. Insya-Allah, dengan sokongan padu warga Endau dan Tenggaroh, kita akan terus melangkah membawa lebih banyak pembangunan, lebih banyak peluang dan masa depan yang lebih baik untuk Parlimen Mersing serta seluruh Bangsa Johor.
Ayuh kita pertahankan kestabilan!
Ayuh kita teruskan kemajuan!
#prnjohor #endau
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Pagi tadi saya meluangkan masa bertemu barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Johor. Seronok dapat mendengar sendiri pandangan, berkongsi buah fikiran dan berbincang tentang pelbagai perkara yang melibatkan kesejahteraan masyarakat di kampung.
Bagi saya, JPKK ialah antara insan yang paling dekat dengan rakyat. Merekalah yang sentiasa menjadi tempat masyarakat mengadu, membantu menyelesaikan pelbagai urusan dan memastikan setiap agenda pembangunan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Sebab itulah saya sentiasa mahu melihat peranan JPKK terus diperkasakan. Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, pembangunan desa bukan hanya tentang membina jalan atau kemudahan asas.. tetapi juga tentang “pembangunan minda” yakni membina masyarakat yang lebih berilmu dan mempunyai masa depan yang lebih baik.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan JPKK Negeri Johor atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Insya-Allah, KKDW akan terus memperkukuh peranan JPKK di seluruh negara agar agenda pembangunan Desa Malaysia dapat terus diperkasakan demi kesejahteraan seluruh masyarakat luar bandar, termasuk Bangsa Johor yang kita kasihi.
#jpkk #kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐝𝐢 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢
Kurang 48 jam sahaja lagi sebelum tempoh berkempen berakhir. Malam tadi saya kembali ke Johor untuk bersama-sama kepimpinan dan seluruh jentera Barisan Nasional di Iskandar Puteri.
Alhamdulillah, semangat yang ditunjukkan benar-benar luar biasa. Kepimpinan semua parti komponen Barisan Nasional turun memberikan sokongan.. setiap ruang dipenuhi masyarakat daripada pelbagai kaum. Inilah semangat Bangsa Johor yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan kebersamaan.
Saya juga dimaklumkan seluruh jentera Barisan Nasional di Iskandar Puteri berganding bahu tanpa mengira parti komponen bagi membantu kempen Datuk Pandak Ahmad di Kota Iskandar dan Nicol di Skudai. Semangat seperti inilah yang benar-benar mencerminkan gagasan Bangsa Johor. Mudah-mudahan rakyat akan terus memberikan mandat untuk meneruskan kestabilan dan kemajuan Johor.
Insya-Allah, saya akan terus bersama seluruh jentera sehingga ke saat-saat akhir kempen. Teruskan bekerja.. teruskan berkhidmat dan teruskan menyantuni rakyat.
#prnjohor #iskandarputeri
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Walaupun ada pihak yang cuba mencari ruang untuk menggugat kebersamaan Bangsa Johor yang majmuk, hati saya kekal tenang ketika berbual bersama masyarakat Cina di Tangkak, Johor.
Ada yang meluahkan pandangan, ada juga yang menyatakan rasa bangga terhadap kemajuan dan kemakmuran yang sedang dikecapi Negeri Johor.
Bagi saya, inilah keindahan Bangsa Johor. Kita datang daripada pelbagai kaum dan latar belakang, namun saling menghormati kerana sedar matlamat kita tetap sama. Bangsa Johor mahu melihat Johor terus stabil, maju dan membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak di dalam negeri ini.
Saya percaya semangat inilah yang mesti terus kita pertahankan. Politik yang menyatukan, bukan memisahkan. Politik yang matang, stabil dan membawa pembangunan untuk semua.
Terima kasih kepada seluruh masyarakat Cina Tangkak yang menyambut baik kehadiran saya. Mudah-mudahan semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan Bangsa Johor demi masa depan negeri yang kita cintai.
#prnjohor #tangkak
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐥
Dalam kehangatan sambutan Hari Peneroka FELDA Ke-70 semalam, pastinya ramai yang menyedari ketiadaan seorang tokoh yang sentiasa menjadi suara dan memperjuangkan kebajikan warga FELDA di seluruh negara, iaitu Datuk Haji Sulong Jamil Mohamed Shariff, Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, yang kini sedang menjalani rawatan di Kuala Lumpur.
Mengenali beliau sebagai seorang sahabat dan pejuang yang tidak pernah mengenal penat demi warga peneroka, sejurus pulang dari Jengka, Pahang, saya sempat menziarahi beliau. Walaupun tidak dapat bersama-sama meraikan Hari Peneroka, ingatan dan perbualan beliau tetap berkisar tentang hal ehwal FELDA serta nasib para peneroka.
Datuk.. kami semua sentiasa mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan, mengurniakan kesembuhan yang segera, mengangkat segala kesakitan, serta mengembalikan kesihatan yang baik buat Datuk agar dapat terus berbakti kepada warga FELDA.
Aamiin Ya Rabbal ’Alamin. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 & 𝟕𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
Alhamdulillah, dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 FELDA bersama semua warga FELDA yang hadir dari seluruh negara di Jengka, Pahang.
Suasana yang cukup meriah, penuh semangat dan nostalgia. Lebih bermakna apabila dapat bertemu, beramah mesra serta menyantuni para peneroka dan keluarga mereka yang menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang kejayaan FELDA selama tujuh dekad.
Dalam majlis perasmian sebentar tadi, beberapa inisiatif baharu diumumkan buat kesejahteraan warga FELDA, termasuk aspek pendidikan, kebajikan serta pembangunan generasi peneroka. Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan ini akan terus memberi manfaat kepada warga FELDA di seluruh negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga FELDA atas sambutan yang begitu mesra. Semoga ikatan silaturahim ini terus utuh dan legasi FELDA terus subur, membawa manfaat kepada generasi hari ini dan akan datang.
Selamat Hari Peneroka kepada seluruh warga FELDA. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi agama, bangsa dan tanah air.
#haripenerokafelda2026
#70tahunfelda
#segalanyafelda
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Konsep Bangsa Johor adalah satu gagasan besar yang menyatukan rakyat negeri ini melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik.
Barisan Nasional juga sejak dahulu telah mempelopori semangat ini dengan membina kestabilan, menjaga keharmonian dan memastikan pembangunan Johor dinikmati oleh semua.
Semangat itulah yang saya lihat apabila ribuan masyarakat India bersama warga Perling daripada pelbagai kaum hadir memeriahkan program bersama Barisan Nasional. Inilah wajah sebenar Bangsa Johor yang sentiasa hidup dalam semangat kebersamaan dan saling menghormati.
Saya yakin Pannir Selvam mampu menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan agenda pembangunan, ekonomi setempat, kesejahteraan keluarga serta kepentingan rakyat Perling terus diberi keutamaan.
Mudah-mudahan, dengan perpaduan dan sokongan Bangsa Johor, kita mampu melakar kemenangan yang bermakna. Bukan sekadar kemenangan Barisan Nasional, tetapi kemenangan untuk kestabilan, kemajuan dan masa depan Perling serta Johor yang lebih baik.
#prnjohor #perling
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik hamparan ladang yang menghijau hari ini, tersimpan kisah ribuan keluarga yang pernah memulakan hidup dengan penuh cabaran. Mereka membuka tanah, membina penempatan dan membesarkan anak-anak dengan impian agar generasi selepas mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.
Bersempena dengan Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga peneroka yang telah menjadi nadi kepada kejayaan FELDA sejak tujuh dekad yang lalu.
Pengorbanan dan semangat yang tidak pernah luntur itulah yang telah membina sebuah legasi yang menjadi kebanggaan negara. Legasi ini pula terus disambung oleh generasi baharu FELDA yang membawa nama tanah rancangan ke pentas yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang.
Mudah-mudahan semangat yang diwariskan oleh generasi peneroka terdahulu akan terus mengalir dalam jiwa generasi baharu, agar FELDA sentiasa melakar kejayaan demi kejayaan dan kekal menjadi kebanggaan negara. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Hari Peneroka FELDA 2026.
#haripenerokafelda2026
#70tahunfelda
#segalanyafelda
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Allahuakbar.. baru sahaja menerima khabar duka mengenai sahabat saya, Allahyarham Datuk Jailani Harun, Pegawai Media saya di pejabat Presiden UMNO telah kembali ke rahmatullah.
Awal pagi tadi saya sempat menziarahi Allahyarham di Hospital Serdang. Pilu hati saya melihat keadaan beliau ketika itu. Saya masih mengharapkan sebuah keajaiban.. namun Allah SWT lebih menyayanginya.
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang insan yang sangat baik.. merendah diri dan sangat disenangi oleh semua yang pernah mengenalinya.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi ini.
Sama-sama kita menghadiahkan doa buat Allahyarham Datuk Jailani Harun. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat-Nya ke atas Allahyarham, meluaskan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Selamat menunaikan tanggungjawab kepada semua pengundi awal serta anggota keselamatan yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2026.
Gunakanlah hak yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Buatlah pilihan yang terbaik demi kestabilan, kemajuan dan masa depan Bangsa Johor.
Semoga seluruh proses pengundian awal anda semua berjalan dengan lancar, aman dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya-Allah #majujohor
Selamat mengundi.
#prnjohor
#bnjohor #barisannasional
#majujohor #bangsajohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Alhamdulillah, hari ini buat julung kali Malaysia menjadi antara negara terawal yang menganjurkan sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026.
Melalui KKDW, sambutan ini telah dianjurkan secara rasmi di Jengka, Pahang sekali gus menjadi pemangkin kepada lonjakan usaha yang lebih besar bagi mengangkat agenda pembangunan luar bandar Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Bagi saya, sambutan ini cukup bermakna. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh KKDW dan agensi termasuk FELDA untuk mengiktiraf dan menghargai peranan seluruh warga desa yang selama ini menjadi tulang belakang pembangunan negara. Petani, pekebun kecil, peneroka, nelayan, usahawan desa, belia, wanita serta pemimpin komuniti merupakan insan yang saban hari menggerakkan ekonomi desa dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
Saya yakin, KKDW akan terus memperkukuh agenda pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan mampu mencorakkan masa depan mereka sendiri. Usaha ini selari dengan hasrat Kerajaan agar komuniti luar bandar terus maju, berdaya saing dan mampu bergerak seiring dengan arus pembangunan negara.
Insya-Allah, Desa Malaysia akan terus melangkah lebih jauh dan menjadi rujukan pembangunan komuniti luar bandar di peringkat serantau dan dunia. Semoga usaha ini dapat melahirkan komuniti luar bandar yang dinamik, makmur dan berjaya demi masa depan Malaysia yang kita cintai ini.
#hplbs2026 #kkdw
#pejuangdesa #desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟔.𝟗 𝐉𝐮𝐭𝐚
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah mengumumkan Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Berhad berjumlah lebih RM126.9 juta kepada 72,048 peserta melibatkan 747 projek yang mencatat keuntungan di seluruh negara.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh peserta FELCRA yang akan menerima agihan ini secara berperingkat mulai hari ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kesejahteraan keluarga serta menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan produktiviti ladang masing-masing.
Apa yang lebih membanggakan saya, pencapaian ini berjaya direkodkan walaupun industri perladangan berdepan penyusutan harga komoditi. Ini membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, disiplin operasi serta komitmen seluruh warga FELCRA mampu menghasilkan prestasi yang membolehkan manfaat terus dinikmati oleh para peserta.
Insya-Allah, saya bersama seluruh kepimpinan KKDW akan terus memperkukuh FELCRA agar kekal berdaya saing dan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi masyarakat desa. Setiap usaha yang kita laksanakan mesti akhirnya kembali memberi manfaat kepada para peserta, keluarga mereka serta seluruh komuniti Desa Malaysia.
#felcra #kkdw
#pejuangdesa
#desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Mulai tahun ini, setiap 6 Julai akan menjadi medan untuk kita menghargai peranan masyarakat luar bandar dan mengangkat agenda pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi.
Pemilihan tarikh ini juga mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri kerana bersempena dengan penubuhan Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP), sebuah organisasi yang sekian lama memainkan peranan penting dalam pembangunan luar bandar di rantau Asia Pasifik.
Bagi saya, #hplbs2026 membawa satu amanah yang besar kepada KKDW untuk terus memperkukuh agenda pembangunan desa secara menyeluruh.
Insya-Allah, selagi diberikan kepercayaan, kita akan terus berusaha memastikan masyarakat luar bandar menikmati peluang yang lebih luas, ekonomi yang lebih kukuh, kemudahan yang lebih baik serta masa depan yang lebih sejahtera seiring dengan kemajuan negara.
Selamat Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026.
“Ke Arah Komuniti Luar Bandar yang Dinamik, Makmur dan Bahagia”
#hplbs2026 #kkdw
#pejuangdesa #desamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐄𝐌𝐀@𝐊𝐊𝐃𝐖
Semasa di Tangkak petang tadi, saya sempat menyantuni masyarakat yang hadir ke Program GEMA@KKDW sambil melihat pelbagai aktiviti komuniti, pameran serta inisiatif yang dibawakan oleh KKDW bersama agensi-agensi dibawahnya.
Bagi saya, kekuatan sesebuah desa tidak hanya terletak pada pembangunan fizikalnya, tetapi juga pada masyarakat yang sentiasa bersatu, saling membantu dan bersama-sama memajukan komuniti masing-masing. Itulah semangat yang saya lihat ada dalam kalangan warga Serom petang tadi.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Serom yang sudi meluangkan masa bersama. Insya-Allah, jika diizinkan, kita jumpa lagi nanti yaa.
#gemakkdw
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤
Dari Iskandar Puteri, saya meneruskan perjalanan ke Muar dan Tangkak untuk bersama-sama anak-anak TABIKA KEMAS dalam Program Alpha Gen Talents @ KEMAS yang sedang berlangsung di sana.
Seronok saya dapat melihat gelagat anak-anak yang begitu bersemangat menyertai pelbagai aktiviti sukan sambil ibu bapa dan masyarakat setempat sama-sama memberikan sokongan.
Saya dimaklumkan hampir 500 orang anak-anak TABIKA KEMAS mengambil bahagian di Muar dan Tangkak menerusi pelbagai acara seperti futsal, bola jaring, Kids Athletics dan pertandingan mewarna.
Alhamdulillah, bukan sahaja anak-anak dapat berseronok.. malah ibu bapa pun dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Mudah-mudahan Program Alpha Gen Talents @ KEMAS akan terus menjadi medan terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi anak-anak sejak awal usia kerana mereka inilah yang suatu hari nanti akan membesar menjadi generasi yang membawa kemajuan kepada Bangsa Johor. Insya-Allah.
#alphagentalents
#muar #tangkak
#kemas #kkdw
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Sebaik melangkah masuk ke Educity Sports Complex sebentar tadi, perasaan saya sukar untuk digambarkan. Gembira.. terharu.. dan pada masa yang sama cukup teruja melihat ribuan anak-anak muda Bangsa Johor dalam ekosistem TVET termasuk TVET MARA, berhimpun bersama dalam Program Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Johor 2026.
Johor hari ini sedang melangkah sebagai antara pemacu utama ekonomi negara. Namun bagi saya, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pelaburan atau pertumbuhan ekonomi, tetapi sejauh mana anak-anak tempatan bersedia mengisi peluang yang sedang diwujudkan. Sebab itulah TVET menjadi antara laluan terbaik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu memacu pembangunan Johor.
Saya juga sempat berpesan kepada anak-anak TVET Bangsa Johor supaya terus melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. Johor sedang berkembang pesat dan saya mahu peluang-peluang yang sedang diwujudkan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak Bangsa Johor sendiri.
Insya-Allah, saya mahu melihat lebih ramai Bangsa Johor memilih TVET, membina kerjaya di negeri sendiri sekali gus menjadi generasi yang menggerakkan kemajuan Johor pada masa hadapan. Mudah-mudahan segala usaha yang sedang dilaksanakan hari ini dapat diteruskan demi masa depan Bangsa Johor.
#tvet #tvetmara
#mara #kkdw
#pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-84.
Patik mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja Kedah sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta terus bersemayam dengan penuh kedaulatan.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐄𝐌𝐀@𝐊𝐊𝐃𝐖
KEMAS kini turut memainkan peranan sebagai penggerak dalam pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di peringkat akar umbi. Ini penting kerana PMKS merangkumi lebih 97% daripada keseluruhan perniagaan di negara ini, menyumbang 38% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menyediakan kira-kira 50% peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sebentar tadi saya sempat melihat pelbagai hasil kemahiran dan produk usahawan desa dalam Program GEMA@KKDW Peringkat Negeri Johor di Kota Tinggi. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada warga Kota Tinggi yang hadir memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan tempatan.
Saya percaya program seperti ini mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan desa untuk mempromosikan produk, meluaskan jaringan perniagaan dan mengembangkan perusahaan mereka. Inilah antara usaha yang sedang kita laksanakan bagi memperkukuh ekonomi desa secara berterusan.
Insya-Allah, mudah-mudahan lebih ramai Bangsa Johor dapat memanfaatkan pelbagai inisiatif yang disediakan untuk membina kehidupan yang lebih baik, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga dan komuniti.
#gemakkdw
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐧-𝐍𝐮𝐫, 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚
Dalam perjalanan ke Kota Tinggi sebentar tadi, saya singgah menunaikan solat Zohor bersama ahli kariah Masjid An-Nur, Kampung Batu 4, Tenggara.
Dijamu pula makan tengah hari dalam talam.. seronok dapat duduk makan begini, bersembang dan berkenalan dengan penduduk setempat.. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada ahli kariah masjid.
Insya-Allah, saya mendoakan agar pembinaan Masjid Baharu An-Nur yang bakal dilaksanakan nanti dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh warga Tenggara.
#masjidannur
#tenggara
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚
Di bumi Johor Darul Ta’zim hari ini, saya meluangkan masa bersama pekebun kecil serta warga Tenggara dalam Majlis Perasmian Program RISDA Agromajestic Negeri Johor 2026.
Alhamdulillah, hasil daripada pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan, termasuk menjadikan RISDA sebagai ‘anchor buyer’ getah negara, harga getah kini dilihat positif dan berada pada antara paras terbaik dalam dekad ini.
Inilah antara ikhtiar Kerajaan untuk memastikan lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara menikmati pulangan yang lebih baik hasil daripada titik peluh mereka.
Saya turut berkongsi bahawa RISDA hari ini tidak lagi hanya memberi tumpuan kepada sektor getah semata-mata. Kita juga sedang menggerakkan transformasi dengan memanfaatkan tanah yang belum diusahakan bagi sektor agromakanan dan penternakan untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import serta mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan kepada masyarakat desa.
Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya akan terus memastikan RISDA kekal menjadi agensi yang membela nasib pekebun kecil, seterusnya mengukuhkan ekonomi desa demi membawa lebih banyak manfaat kepada Bangsa Johor serta seluruh rakyat Malaysia.
#risda #agromajestic
#kkdw #pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐦
Lautan biru yang saya saksikan malam tadi benar-benar menggambarkan semangat kebersamaan yang cukup luar biasa dalam kalangan warga Tiram.
Walaupun hujan turun seketika, ia langsung tidak menghalang kehadiran masyarakat ke Majlis Ramah Mesra bersama pengundi PDM Cahaya Masai dan PDM Kota Pulasan.
Saya turut bersama calon Barisan Nasional bagi DUN Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman, saudara Khairy Jamaluddin serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Tuan Haji Azizul Bachok, menyantuni masyarakat yang hadir.
Semangat dan sokongan yang ditunjukkan malam tadi memberi keyakinan bahawa usaha mendekati rakyat akan terus menjadi kekuatan perjuangan kita.
Saya amat menghargai kehadiran dan sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir. Semoga kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan Bangsa Johor dapat diteruskan, insya-Allah.
#halimanaktiram
#prnjohor #duntiram
#bnjohor #majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Petang tadi saya bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan ke TABIKA KEMAS Bangsa Johor di Larkin Court bagi melihat sendiri pendekatan pendidikan awal yang sedang dibangunkan untuk anak-anak Bangsa Johor di sini.
Saya amat berbangga apabila KEMAS diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada ekosistem Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) melalui penubuhan TABIKA KEMAS Bangsa Johor, yang merupakan kesinambungan daripada titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Inisiatif ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia pada ketika ini.
Inisiatif ini memberi penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris, penggunaan teknologi dalam pembelajaran serta pendekatan pedagogi yang selari dengan keperluan masa depan. Inilah hasil daripada sinergi yang baik antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan pendidikan awal yang lebih berkualiti untuk anak-anak Johor.
Saya percaya, kemajuan sesebuah negeri bermula daripada pendidikan anak-anaknya. Justeru, pelaburan dalam pendidikan awal amat penting bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Insya-Allah, lebih banyak TABIKA KEMAS Bangsa Johor akan diwujudkan agar lebih ramai anak-anak mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Mudah-mudahan segala usaha baik yang sedang dilaksanakan hari ini dapat diteruskan demi masa depan Bangsa Johor.
#kemas #bangsajohor
#kkdw #pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐀𝐬-𝐒𝐨𝐥𝐢𝐡𝐢𝐧 𝐒𝐄𝐃𝐂 𝐓𝐚𝐦𝐩𝐨𝐢
Selesai majlis bersama warga Pulai, saya terus ke Masjid Jamek As-Solihin SEDC Tampoi, menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di sana.
Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan para jemaah di masjid ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Pulai yang menyambut kehadiran saya dengan penuh kemesraan.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus dipelihara dan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan keberkatan serta kesejahteraan buat Bangsa Johor. Insya-Allah.
#masjidassolihinsedc
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢
Terima kasih saya ucapkan kepada warga Kempas dan Perling yang bersama saya pagi tadi. Alhamdulillah, gembira dapat bertemu dan menyantuni masyarakat daripada pelbagai kaum yang hadir.
Saya mendoakan agar seluruh pengundi di DUN Kempas dan DUN Perling diberikan kebijaksanaan dalam membuat pilihan yang terbaik demi masa depan Johor. Semoga Barisan Nasional terus diberi kepercayaan untuk meneruskan khidmat bakti kepada Bangsa Johor.
Maju Johor!
Hidup Barisan Nasional!
#prnjohor #kempas #perling
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐃𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran, mohonlah kepada Allah SWT agar hati sentiasa dipandu dengan petunjuk-Nya.
Insya-Allah kita sentiasa memelihara akidah, menghormati kepelbagaian dengan penuh hikmah dan menjadikan nilai kasih sayang serta saling menghormati sebagai asas dalam kehidupan bermasyarakat.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Risau muka anakanda sorang ni saya nak potongkan rambut dia… 😅
#prnjohor
#barisannasional
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Alhamdulillah, saya lihat sambutan Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Negeri Johor di Dataran Labis sebentar tadi cukup meriah dengan pelbagai hasil kemahiran yang dipamerkan. Kehadiran masyarakat Labis yang turut memeriahkan program ini menjadikan suasana petang tadi lebih bermakna.
Saya juga berkesempatan menyempurnakan ‘flag off’ Konvoi Bermotor Barberpreneur KEMAS, iaitu antara inisiatif yang membawa perkhidmatan gunting rambut terus kepada masyarakat di samping membuka peluang keusahawanan kepada peserta program kemahiran KEMAS.
Saya dimaklumkan sehingga kini KEMAS telah berjaya melahirkan seramai 273 orang Barberpreneur di seluruh negara. Pencapaian ini membuktikan bahawa dengan latihan kemahiran yang tepat mampu membuka ruang kepada lebih ramai rakyat membina kerjaya dan menjana pendapatan sendiri.
Saya sentiasa percaya bahawa kemahiran mampu mengubah kehidupan. Apabila seseorang menguasai sesuatu kemahiran, lahirlah peluang untuk menjana pendapatan, membina perniagaan dan meningkatkan taraf hidup keluarga. Inilah yang sedang diusahakan oleh KEMAS melalui pelbagai program latihan bagi membuka ruang kepada lebih ramai usahawan desa untuk berjaya.
Johor kini sedang melangkah sebagai antara pemacu ekonomi negara. Justeru, saya mahu lebih ramai Bangsa Johor memanfaatkan program seperti ini dengan melengkapkan diri melalui ilmu dan kemahiran. Apabila rakyat mempunyai kemahiran, mereka bukan sahaja mampu memperoleh pekerjaan, malah berupaya mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.
Insya-Allah, KEMAS akan terus menjadi medan melahirkan lebih ramai rakyat yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kemajuan Bangsa Johor serta negara.
#harikemahirankemas
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀
Di sebalik wajah pembangunan Desaru, Pengerang dan wilayah KEJORA hari ini, ada keringat, disiplin dan pengorbanan warga KEJORA yang jarang disebut, namun besar jasanya.
Lebih lima dekad KEJORA memainkan peranan penting dalam membawa pembangunan, membuka peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di Johor, khususnya di kawasan luar bandar dan wilayah pembangunan KEJORA.
Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang meluangkan masa bersama keluarga besar KEJORA dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Santunan Kasih di Desaru.
Saya amat menghargai komitmen seluruh warga KEJORA yang terus bekerja dengan penuh dedikasi sebagai satu pasukan. Sesungguhnya, kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada dasar dan perancangan, tetapi kepada insan-insan yang ikhlas melaksanakan amanah di lapangan.
Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, kebajikan warga KEJORA akan terus diberi perhatian kerana setiap sumbangan, pengorbanan dan khidmat bakti mereka wajar dihargai dengan sebaiknya.
Insya-Allah, selagi warga KEJORA terus melangkah sebagai satu pasukan, saya yakin lebih banyak manfaat dapat kita bawa demi kesejahteraan Bangsa Johor, kemajuan wilayah desa dan pembangunan negara.
#kejora #kkdw
#pejuangdesa
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Dewan Rakyat pada hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026. RUU ini akan memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] dengan tujuan untuk memperkukuh secara komprehensif keupayaan negara dalam membendung ancaman serta kesalahan jenayah siber yang kian sofistikated dan berskala global.
Sesi Perbahasan RUU Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat yang telah diadakan pada 1 Julai 2026 melibatkan sejumlah 48 Ahli-ahli Dewan Rakyat dan antara perkara yang telah dibangkitkan adalah mengenai jaminan hak asasi, hak privasi, semak dan imbang, kebebasan bersuara dan skop RUU, deepfake, kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI) dan teknologi memuncul, perlindungan mangsa, wanita, kanak-kanak dan warga emas, penguatkuasaan bersepadu dan keupayaan negara, hukuman, pencegahan dan literasi siber serta MyDigital ID.
Saya mengulangi pendirian Kerajaan bahawa penggubalan RUU Jenayah Siber 2026 ini adalah sebagai bukti dan terjemahan komitmen Kerajaan untuk membina ruang siber yang lebih berdaya tahan dan dipercayai. Pada masa yang sama, RUU Jenayah Siber 2026 ini akan melengkapkan kerangka perundangan sedia ada negara selaras dengan obligasi di bawah Council of Europe Convention on Cybercrime (Konvensyen Budapest) dan United Nations Convention Against Cybercrime (Konvensyen UN).
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang telah memberikan sokongan padu terhadap RUU Jenayah Siber 2026 ini. Selain itu, sekalung penghargaan turut diberikan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan RUU Jenayah Siber 2026 ini khususnya agensi kawal selia RUU Jenayah Siber 2026 iaitu Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (NACSA, MKN JPM), Jabatan Peguam Negara (AGC), Parlimen Malaysia, Kementerian dan agensi berkaitan, Badan Peguam Malaysia serta pertubuhan bukan kerajaan (non-governmental organisation – NGO). Tidak dilupakan juga pemimpin-pemimpin parti politik yang telah memberikan kerjasama yang amat baik demi menjayakan RUU Jenayah Siber 2026 ini.
#parlimenmalaysia
#ruujenayahsiber -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐑𝐔𝐔 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, selesai membentangkan Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Perkembangan teknologi digital masa kini telah membuka pelbagai peluang kepada masyarakat. Namun, dalam masa yang sama, ancaman jenayah siber juga semakin kompleks dan mencabar.
Penipuan dalam talian, penggodaman, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), ‘deepfake’ serta kecurian identiti memberi kesan bukan sahaja kepada keselamatan negara, malah turut menjejaskan kehidupan seharian rakyat.
Justeru, negara memerlukan satu kerangka perundangan yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh aspek pencegahan, penguatkuasaan dan perlindungan terhadap rakyat serta ruang siber negara.
Saya berharap Rang Undang-Undang ini dapat dibahaskan dengan sebaik-baiknya demi memastikan Malaysia terus mempunyai sistem perundangan yang kekal relevan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.
Insya-Allah, saya akan kongsikan potongan video pembentangan saya di Dewan Rakyat sebentar lagi untuk makluman semua.
#parlimenmalaysia
#ruujenayahsiber -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧
Dalam perjalanan ke Dewan Rakyat sebentar tadi, saya disapa sekumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Muar yang sedang mengadakan lawatan ke Parlimen.
Seronok saya melihat keterujaan mereka untuk mengenali institusi Parlimen dengan lebih dekat. Sempat juga kami berbual seketika dan merakamkan gambar kenangan bersama.
Insya-Allah, daripada lawatan seperti inilah akan lahirnya anak-anak muda yang akan memimpin, berbakti dan meneruskan kecemerlangan Muar, Johor serta negara pada masa hadapan.
#sekolahtinggimuar
#parlimenmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Pilu hati saya tatkala menerima perkhabaran mengenai pemergian adik Muhammad Faith Fatih yang dilaporkan hilang petang semalam di Sungai Sumun, Hutan Melintang sebelum ditemui meninggal dunia malam tadi.
Berita ini benar-benar menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila melibatkan seorang anak istimewa yang masih begitu kecil usianya.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga, khususnya ibu dan ayah Allahyarham. Tiada ujian yang lebih berat buat seorang ibu dan ayah selain kehilangan permata hati yang amat disayangi.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing bagi membincangkan hala tuju baharu pengurusan penggajian pekerja asing di Malaysia agar dapat dilaksanakan secara lebih terselaras dan berkesan.
Alhamdulillah, mesyuarat hari ini telah mencapai beberapa persetujuan utama termasuk persetujuan mengenai keahlian dan terma rujukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing, penyelarasan Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (One Stop Centre) di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia serta penelitian semula keperluan tenaga kerja asing secara lebih bersasar mengikut keperluan industri.
Pada masa yang sama, Kerajaan kekal komited mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui peningkatan penyertaan tenaga kerja tempatan, pengukuhan pekerja mahir serta peralihan industri ke arah automasi.
Matlamat kita adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing menjadi lebih cekap dan berintegriti, di samping mengimbangi keperluan industri, keselamatan negara serta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Insya-Allah, setiap langkah yang diambil akan terus berpaksikan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
#ekonomimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 30 Jun 2026.
Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan DYAM Tunku keafiatan yang berpanjangan, sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya serta terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi Negeri Johor Darul Ta’zim dan Bangsa Johor.
Sembah takzim daripada patik. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧: 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡
Bersama lautan merah keluarga besar UMNO Negeri Sembilan yang hadir membawa semangat yang sama yakni terus memperkukuh perjuangan demi rakyat di negeri ini.
Insya-Allah, saya percaya selagi akar umbi terus teguh berdiri.. selagi itulah obor perjuangan akan terus marak.
Bekerjalah mulai hari ini, kerana kita tidak mempunyai masa lagi. Kita mesti bekerja keras untuk memastikan rakyat Negeri Sembilan kembali mendapat yang terbaik dan BN mestilah menjadi pilihan terbaik buat mereka.
Marilah kita terus berjalan seiring, mendekati rakyat dengan hati yang ikhlas dan membina keyakinan melalui kerja yang berterusan. Insya-Allah, apabila hati bersatu dan langkah sehaluan.. UMNO dan Barisan Nasional akan kembali melakar kepercayaan rakyat demi masa depan negeri beradat ini.
#umno
#umnonegerisembilan
#kitagerakbersama -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐊𝐃𝐖
Di sebalik setiap jalan yang siap dibina, setiap TABIKA yang melahirkan generasi, setiap peluang TVET yang tersedia, setiap usahawan desa yang berjaya, setiap komuniti Orang Asli yang disantuni dan setiap program yang sampai kepada rakyat.. ada warga KKDW yang bekerja dengan penuh dedikasi. Mungkin nama mereka tidak selalu menjadi perhatian, tetapi jasa mereka sentiasa dirasai.
Petang tadi saya hadir meraikan keluarga besar KKDW dalam Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2025. Alhamdulillah, di hadapan saya berdiri insan-insan yang selama ini menjadi antara kekuatan utama di sebalik pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi dalam memacu agenda pembangunan desa dan wilayah.
Penghargaan saya berikan kepada seluruh warga KKDW. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada kepimpinan kementerian dalam menjayakan amanah ini. Tanpa komitmen dan keikhlasan saudara saudari semua, banyak usaha yang kita laksanakan hari ini tidak mungkin dapat diterjemahkan menjadi manfaat kepada rakyat.
Tahniah juga saya ucapkan kepada semua penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebentar tadi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan menginspirasikan seluruh warga KKDW agar kita terus melangkah sebagai satu pasukan.
Insya-Allah, selagi kita terus bekerja dengan hati yang ikhlas dan memegang amanah sebaiknya, selagi itulah KKDW akan terus menjadi penggerak pembangunan desa dan wilayah demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.
#apc2025kkdw
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Pagi tadi saya turut bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi membincangkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi landskap ancaman siber yang semakin kompleks.
Perkembangan pesat teknologi, termasuk kecerdasan buatan generasi baharu menuntut Malaysia untuk bergerak lebih pantas dalam memperkukuh keupayaan teknologi tempatan, melindungi data serta memastikan infrastruktur digital negara kekal selamat dan berdaya tahan.
Saya percaya keselamatan siber hari ini bukan lagi sekadar isu teknologi, tetapi turut melibatkan keselamatan negara, keyakinan rakyat dan masa depan ekonomi digital Malaysia. Justeru, kita mesti sentiasa bersedia mendepani setiap cabaran yang mendatang.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara agar Malaysia kekal berdaya saing dan diyakini dalam era digital yang semakin mencabar.
#keselamatansiber -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐑𝐍 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐢 𝐇𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐫𝐢
Sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri Johor ini, saya ingin mengajak semua untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi PRN Johor.
Di sini, anda boleh mengenali calon Barisan Nasional di setiap DUN, membaca manifesto, mengikuti perkembangan kempen serta pelbagai maklumat terkini berkaitan PRN Johor.
Layari: prnjohor.com
Mari bersama-sama membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih. Insya-Allah, semoga yang terbaik buat Johor Darul Ta'zim.
#prnjohor #bangsajohor
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Sebaik tiba di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah sebentar tadi, saya disambut dengan cukup meriah oleh lautan jentera Barisan Nasional Sri Gading yang hadir daripada pelbagai lapisan kaum dan masyarakat.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua jentera yang hadir. Semangat yang saya lihat sebentar tadi membuktikan bahawa kekuatan Barisan Nasional sentiasa lahir daripada kebersamaan.
Rapatkanlah saf.. bulatkan tekad dan teruslah turun menyantuni rakyat dengan hati yang ikhlas. Perjuangan ini masih panjang. Teruskan bekerja.. terus berkhidmat dan terus membawa suara Bangsa Johor.
Insya-Allah, dengan izin Allah SWT.. kita pertahankan yang telah diberi kepercayaan dan kita menangkan calon-calon Barisan Nasional demi kelangsungan kemajuan Johor Darul Ta’zim.
#prnjohor #srigading
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐏𝐊𝐁 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐒𝐊 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐝𝐚𝐧
Hari ini saya turun ke SK Seri Medan, Batu Pahat bagi merasmikan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB), yang merupakan pusat seumpamanya yang pertama dibina sepenuhnya di atas tapak baharu di negara ini.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa pengurusan bencana yang baik bermula dengan pengurusan yang cekap dan “hands-on”.
Justeru, kita perlu sentiasa bersiapsiaga sebelum musibah berlaku agar setiap tindakan dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselamatan dan kebajikan rakyat.
Insya-Allah, PPKB ini mampu menempatkan sehingga 500 mangsa banjir dalam satu-satu masa, selain boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti komuniti setempat.
Penghargaan saya berikan kepada semua petugas barisan hadapan, agensi penyelamat, pasukan keselamatan, sukarelawan termasuk Southern Volunteers Johor yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika Bangsa Johor memerlukan.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja, terus membuat persediaan dan terus berikhtiar agar Bangsa Johor sentiasa dilindungi serta menikmati pembangunan yang membawa manfaat untuk hari ini dan masa hadapan.
#pengurusanbencana #nadma
#ppkb #batupahat
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢
Selesai sesi bersama warga Benut, saya meneruskan perjalanan ke MRSM Pontian untuk bertemu keluarga besar KEMAS Negeri Johor di sana.
Saya sentiasa percaya bahawa kekuatan KEMAS terletak pada warganya yang sentiasa dekat dengan rakyat. Di TABIKA, TASKA, desa dan komuniti, merekalah yang setiap hari membimbing anak-anak, memperkasa keluarga dan menyantuni masyarakat dengan penuh keikhlasan.
Semasa berucap, saya turut mengingatkan bahawa pembangunan yang sebenar lahir apabila kita berjaya membina insan yang berilmu, berakhlak dan mempunyai peluang untuk mengubah kehidupan. Apabila anak-anak membesar dengan ilmu dan akhlak yang baik, keluarga menjadi lebih kukuh, komuniti menjadi lebih sejahtera dan negara turut melangkah lebih maju.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KEMAS Negeri Johor atas keikhlasan dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Teruskanlah menyemai bakti dengan penuh amanah kerana setiap sentuhan kepada seorang anak hari ini adalah masa depan negara pada hari esok.
Insya-Allah, selagi KEMAS terus dekat di hati rakyat, selagi itulah benih-benih masa depan negara akan terus tumbuh subur di seluruh pelosok desa.
#kemas #kemasjohor
#kkdw #majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐮𝐭, 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐞𝐧𝐮𝐭
Dari Simpang Renggam, saya meneruskan perjalanan ke Benut untuk bersama sahabat saya, Dato’ Mohd Sumali Reduan yang mewakili Barisan Nasional bagi DUN N.53 Benut. Seterusnya kami ke Bilik Gerakan Barisan Nasional untuk bertemu jentera dan menyantuni warga Benut yang hadir.
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan cukup meriah. Nama Dato’ Mohd Sumali Reduan sebenarnya cukup dikenali dalam dunia sukan tanah air. Sebagai Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), beliau telah memimpin skuad negara sehingga muncul juara Piala Dunia baru-baru ini.
Sebagai anak jati Benut, besar harapan saya agar pengalaman dan kecintaan beliau terhadap tanah kelahirannya akan terus dicurahkan demi kemajuan Benut dan kesejahteraan rakyatnya.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan yang terbaik buat Benut serta seluruh Bangsa Johor.
Ingat Benut, Ingat Calon No. 1!
#prnjohor #dunbenut
#barisannasional #bnjohor
#majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Seawal pagi tadi, saya turut bersama lautan jentera Barisan Nasional mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi ke pusat penamaan calon DUN N.26 Machap.
Alhamdulillah, melihat langkah yang seiring, kibaran panji yang megah serta semangat jentera pelbagai kaum yang hadir bersama, saya benar-benar merasakan bahawa asas perjuangan ini adalah kekuatan sebenar Barisan Nasional.
Kepada semua calon dan jentera Barisan Nasional di seluruh Negeri Johor, saya ucapkan selamat berkempen. Berkempenlah dengan sebaik-baiknya. Turunlah menyantuni rakyat dengan hati yang ikhlas dan teruslah bekerja sebagai satu pasukan. Insya-Allah, kita berusaha sehabis baik, kita berdoa, dan akhirnya kita bertawakal kepada Allah SWT agar diberikan kejayaan buat kita semua.
Kepada semua calon yang bertanding, bersama-samalah kita menjadikan pilihan raya ini sebagai medan demokrasi yang matang. Berkempenlah dengan tertib, saling menghormati dan memelihara keharmonian yang selama ini menjadi kekuatan Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap langkah dan mengurniakan yang terbaik buat Johor Darul Ta’zim. Insya-Allah.
#prnjohor #dunmachap
#barisannasional #bnjohor
#majujohor #bangsajohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
Barisan Nasional Johor telah memperkenalkan manifesto yang menggariskan 63 tekad berteraskan enam teras Maju Johor dengan tema “Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan.”
Manifesto ini dibina berasaskan pengalaman mentadbir, rekod yang telah dibuktikan serta keperluan sebenar rakyat Johor demi memastikan kemajuan negeri ini terus dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Kita telah membina asasnya.
Kita telah melihat hasilnya.
Kini tiba masanya untuk kita meneruskan langkah demi Johor yang lebih maju, lebih makmur dan lebih sejahtera.
Insya-Allah.
Pilihlah Barisan Nasional.
#barisannasional
#bnjohorPost not available here, view on X
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠
Tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada semua peserta dari 17 buah negara yang menyertai Kejohanan Karate MILO International Open Championship Ke-25 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Saya melihat kejohanan seperti ini mampu menjadi platform untuk para atlet mengasah bakat, membina keyakinan diri serta mengeratkan persahabatan melalui semangat kesukanan yang dikongsi bersama.
Saya mendoakan agar kejohanan ini berlangsung dengan lancar dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai atlet muda Malaysia untuk terus melakar kejayaan serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, insya-Allah.
#karatemilo2026
#milointernationalopen
#karatemalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Setiap insan memikul amanah dalam kehidupan, sama ada terhadap keluarga, pekerjaan mahupun masyarakat. Apa yang penting ialah kita melaksanakannya dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.
Semoga Allah SWT membimbing kita untuk sentiasa berpegang kepada kebenaran, menunaikan amanah dengan sebaiknya serta istiqamah dalam setiap urusan.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚–𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat TYT Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia bersama YTH. Ir. Dr. Ahmad Haikal Hassan, Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) di Bangunan Parlimen sebentar tadi.
Kami membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Indonesia, khususnya dalam pembangunan industri halal, perdagangan, pembangunan luar bandar serta pembangunan modal insan.
Saya turut menyentuh beberapa cadangan kerjasama yang berpotensi memperkukuh ekosistem halal serantau dan global, termasuk penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia (Malaysia-Indonesia Halal Council - MIHC), ASEAN Halal Council serta World Halal Development Council sebagai platform untuk mengharmonikan piawaian halal, memperluas perdagangan dan pelaburan halal serta memperkukuh kerjasama antarabangsa pada masa hadapan.
Saya percaya hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia akan terus menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem halal serantau dan global. Insya-Allah.
#industrihalal
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫, 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Semasa di Parlimen hari ini, saya hadir menyampaikan ucapan aluan di dalam sesi taklimat bersama Ahli-Ahli Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (Backbenchers Club) mengenai Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026.
Dalam ruang masa yang ada, saya telah menerangkan mengapa negara memerlukan sebuah kerangka perundangan yang lebih kukuh bagi menghadapi ancaman jenayah siber yang semakin kompleks. Hari ini, jenayah siber tidak lagi terhad kepada pencerobohan sistem komputer, malah melibatkan penipuan dalam talian, kecurian identiti, serangan ransomware serta penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin membimbangkan.
Saya turut berkongsi bahawa pada tahun 2025 sahaja, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian direkodkan dengan kerugian hampir RM3 bilion. Di sebalik angka itu ialah rakyat yang kehilangan wang simpanan, peniaga yang menanggung kerugian dan keluarga yang menjadi mangsa jenayah digital yang semakin sukar dibendung.
Saya berharap Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 dapat dinilai berdasarkan fakta, keperluan semasa dan kepentingan jangka panjang negara agar Malaysia terus memiliki ruang siber yang lebih selamat dan mampu melindungi kepentingan rakyat serta negara, insya-Allah.
#parlimenmalaysia
#ruujenayahsiber
#backbenchersclub -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Bangunan Parlimen hari ini.
Mesyuarat kali ini membincangkan pelbagai usaha bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global semasa, di samping meneliti aspek kesiapsiagaan negara menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan kepada bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta risiko cuaca panas dan kering.
Saya percaya kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif yang lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.
Insya-Allah, semangat kesepakatan yang terus diperkukuh ini akan membantu memastikan setiap manfaat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat di seluruh negara.
#mesyuaratmbkm -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐑𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari ini saya telah membentangkan bacaan pertama bagi Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 di Dewan Rakyat. Selanjutnya, Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga RUU Jenayah Siber 2026 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2026 (Rabu).
RUU Jenayah Siber 2026 ini dihasratkan untuk memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] bagi memastikan Malaysia akan dapat memenuhi obligasi antarabangsa di bawah Council of Europe Convention on Cybercrime (Konvensyen Budapest) dan United Nations Convention Against Cybercrime (Konvensyen UN).
RUU Jenayah Siber 2026 ini akan memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah siber dan akan dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (NACSA, MKN JPM).
Pada masa kini, ancaman jenayah siber bukan sahaja melibatkan pencerobohan sistem komputer dan kecurian data, malah turut merangkumi kecurian identiti, penipuan dalam talian, eksploitasi dan serangan perisian tebusan (ransomware) serta penyalahgunaan teknologi memuncul seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI). Justeru, RUU Jenayah Siber 2026 ini adalah penting bagi mencegah dan memerangi jenayah siber yang semakin kompleks.
RUU Jenayah Siber 2026 mengandungi 8 Bahagian dan 61 Fasal yang bermatlamat untuk memperkukuh keupayaan negara bagi menangani ancaman keselamatan siber yang semakin canggih dan kompleks.
Melalui penggubalan RUU Jenayah Siber 2026 ini, saya percaya bahawa ekosistem keselamatan ruang siber di Malaysia perlu ditambah baik bagi menjamin persekitaran digital yang lebih selamat, terpelihara dan dipercayai.
Melalui kerangka perundangan yang lebih mampan nanti, ia bukan sahaja akan melindungi rakyat secara tuntas, tetapi juga menyokong pertumbuhan ekonomi digital, menggalakkan inovasi serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global.
#parlimenmalaysia
#ruujenayahsiber2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐝𝐞𝐬𝐡 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malaysia dan Bangladesh telah lama menjalinkan hubungan yang baik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, tenaga, pertanian dan pengurusan sumber manusia.
Pada tahun 2025, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara telah mencecah RM12.18 bilion, sekali gus mencerminkan potensi besar yang masih boleh diterokai bersama.
Pagi tadi, saya bersama barisan Jemaah Menteri mengiringi YAB Perdana Menteri ke Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi TYT Tarique Rahman, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Ini merupakan lawatan rasmi dua hala pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari lalu.
Insya-Allah, lawatan ini akan membuka ruang kepada perbincangan yang lebih luas bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara, di samping meneroka peluang baharu yang mampu memberi manfaat kepada semua.
#malaysiabangladesh -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳
Alhamdulillah, melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026, Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah strategik bagi menyelaras hala tuju pendidikan tahfiz, standard pengiktirafan serta laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.
Hasrat kita adalah untuk anak-anak tahfiz melihat masa depan yang lebih luas dan terbuka. Daripada madrasah ke universiti, daripada hafazan kepada kemahiran dan daripada institusi tahfiz ke pelbagai bidang profesional.
Insya-Allah, Majlis Tahfiz Negara akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz negara serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi huffaz pada masa hadapan.
#majlistahfiznegara
#pendidikantahfiz -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di saat ramai masih lena dibuai mimpi, ada seorang bapa yang sudah pun memulakan perjalanan mencari rezeki.
Di sebalik wajah yang tenang, tersimpan seribu satu pengorbanan. Demi memastikan keluarga terus dilindungi, anak-anak membesar dengan baik, dan masa depan mereka sentiasa terbela.
Teringat juga ketika menonton filem Papazola, yang mengingatkan kita bahawa kasih seorang ayah sering kali tidak dizahirkan dengan kata-kata. Namun ia hadir dalam setiap usaha, setiap doa, setiap penat lelah dan setiap langkah yang diambil demi keluarga tercinta.
Bersempena Hari Bapa pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar ayah.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kalian.
Kepada anak-anak, hargailah ayah selagi mereka masih ada. Luangkan masa, bertanyalah khabar, dan ungkapkanlah rasa sayang yang mungkin selama ini hanya tersimpan di hati.
Buat mereka yang ayahnya telah pergi, titipkanlah doa penuh kasih buat mereka. Moga setiap jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka terus menjadi kenangan yang hidup dalam hati kita.
Sesungguhnya, sehebat kasih seorang bapa, begitulah besarnya jasa dan pengorbanannya.
Selamat Hari Bapa.
#haribapa2026
#sehebatkasihbapa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐞𝐭 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢
Pagi tadi saya bersama isteri sempat meluangkan masa hadir ke Majlis Perasmian Megaklinik Dr. Suffian di Conezion, Putrajaya.
Saya berkongsi pandangan bahawa kesihatan merupakan antara aset paling berharga dalam kehidupan. Ramai yang berusaha mencari kejayaan dan kekayaan, namun tanpa kesihatan yang baik, segala yang dimiliki sukar untuk dinikmati dengan sempurna.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), saya percaya bahawa pendekatan kesihatan perlu bergerak daripada ‘sick care’ kepada ‘health care’ dengan memberi penekanan kepada pencegahan dan amalan gaya hidup yang sihat.
Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Suffian dan seluruh pasukan atas pembukaan fasiliti ini. Mudah-mudahan lebih banyak usaha seperti ini dapat digerakkan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
#malaysiasihat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sejujurnya, saya amat teruja melihat semangat anak-anak huffaz yang hadir dalam Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 malam tadi. Dari awal hingga ke penghujung majlis, semangat yang mereka tunjukkan cukup luar biasa.
Alhamdulillah, melihat ribuan anak muda berhimpun dengan kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran merupakan satu pemandangan yang cukup menyentuh hati dan memberi harapan besar kepada masa depan ummah.
Semasa berucap, saya telah berkongsi keyakinan bahawa pendidikan tahfiz merupakan antara kekuatan besar umat yang perlu terus diperkasa. Negara memerlukan generasi yang memiliki ilmu, akhlak dan amanah. Sebab itu saya mahu melihat lebih ramai huffaz melangkah jauh dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada sebagai doktor, jurutera, teknokrat, pendidik, usahawan, pegawai tadbir mahupun pemimpin negara.
Saya juga turut menyentuh mengenai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz negara termasuk penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang merupakan antara resolusi utama Kongres Pendidikan Bumiputera 2026. Insya-Allah, langkah ini akan membantu memperkemas hala tuju dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak tahfiz untuk terus melangkah ke hadapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, institusi tahfiz serta semua pihak yang menjayakan himpunan ini. Seperti yang saya sebutkan malam tadi, Pahang telah menunjukkan contoh yang baik dalam membangunkan ekosistem pendidikan tahfiz yang tersusun dan berterusan. Alhamdulillah.. Tahniah saya ucapkan.
Mudah-mudahan daripada bumi Pahang ini akan terus lahir generasi huffaz yang menghafaz al-Quran, berakhlak mulia, berilmu tinggi serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah.
#himpunanhuffazpahang2026
#pahangfirst
#pendidikantahfiz
#majlistahfiznegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡
Setiap perkataan yang diucapkan membawa kesan dan tanggungjawab. Dalam dunia yang pantas hari ini, marilah kita membiasakan diri untuk berkata benar, menjaga adab dan menyebarkan perkara yang membawa manfaat.
Semoga Allah SWT membimbing kita agar sentiasa menggunakan nikmat lisan ke arah kebaikan serta menjauhkan diri daripada perkataan yang boleh memecah-belahkan atau menyakiti orang lain.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Allahuakbar.
Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan agar semua urusan kita dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.
Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Syukur ke hadrat Allah SWT atas perlindungan dan rahmat-Nya.
Kepada semua yang sedang bertugas, jagalah diri sebaiknya. Rehat secukupnya, pandu kenderaan dengan berhati-hati dan sentiasalah mengutamakan keselamatan walau sesibuk mana sekalipun.
Semoga mereka yang terlibat segera pulih sepenuhnya dan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT, walau di mana pun kita berada. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐒𝐓𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 yang menerima keputusan semalam.
Walau apa jua keputusan yang diperoleh, saya percaya setiap usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan. Teruskanlah melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan jadikan pencapaian hari ini sebagai titik permulaan untuk mencapai cita-cita yang lebih besar pada masa hadapan.
Saya turut berbangga apabila Bagan Datuk muncul sebagai daerah terbaik di Negeri Perak dalam STPM 2025 dengan PNGK 3.25 serta mencatatkan 100% pelajar lulus penuh.
Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri mahupun negara.
Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga pendidikan Bagan Datuk yang telah memainkan peranan besar dalam melakar kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga kecemerlangan ini dapat terus dipertahankan dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
#stpm2025
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Menerima khabar duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Kamil bin Misuari, suami kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri yang telah kembali ke rahmatullah.
Salam takziah saya ucapkan kepada YB Dato’ Sri Nancy dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang yang sentiasa menjadi teman setia, pendamping kehidupan serta sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai suka dan duka.
Sesungguhnya kehilangan insan tersayang yang menjadi teman hidup dan sahabat seperjalanan merupakan satu ujian yang amat berat. Saya mendoakan agar Dato’ Sri Nancy dan keluarga terus dikurniakan kekuatan serta ketabahan hati dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.
Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat-Nya.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐌𝐚’𝐚𝐥 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M.
Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan besar yang telah dicurahkan dalam memperkasa umat, mengangkat martabat ilmu serta menyebarkan nilai-nilai Islam yang membawa rahmat, hikmah dan manfaat kepada masyarakat.
Tahniah kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar yang menerima Anugerah Tokoh Kebangsaan serta Prof. Sheikh Dr. Ahmad Al-Raysuni yang menerima Anugerah Tokoh Antarabangsa.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menimba ilmu, berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah, negara serta peradaban Islam.
Selamat menyambut Ma’al Hijrah 1448H.
#maalhijrah1448h
#awalmuharram1448h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan tidak berlaku dengan kata-kata semata-mata, tetapi melalui usaha, disiplin dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Hijrah juga mengajar kita erti pengorbanan dan kecekalan dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan. Nilai-nilai inilah yang perlu terus menjadi pedoman dalam kita memimpin, bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat.
Dalam dunia yang sentiasa berubah, semangat hijrah menuntut kita untuk berani melakukan pembaharuan, memperbaiki kelemahan serta terus berusaha memberikan yang terbaik demi kemajuan bersama.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menguatkan tekad kita untuk terus melaksanakan amanah dengan ikhlas, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
#awalmuharram1448h
#maalhijrah
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐳𝐚𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚
Menjelang berakhirnya tahun 1447H dan bermulanya 1448H, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi medan muhasabah, memohon keampunan atas segala kekhilafan serta mengharapkan keberkatan, rahmat dan petunjuk-Nya untuk menempuh tahun baharu dengan hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih kuat.
Selamat menyambut Awal Muharram 1448H.
#awalmuharram1448h
#salammaalhijrah
#doaakhirtahun
#doaawaltahun -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini bagi meneliti perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) serta beberapa agenda lain berkaitan pembangunan Bumiputera.
Alhamdulillah, sehingga kini pelaksanaan PuTERA35 telah mencapai 64.6% dengan 160 daripada 493 program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan Bumiputera diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Mesyuarat turut meneliti beberapa resolusi yang dikemukakan melalui Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang berlangsung pada 1 Mei lalu, termasuk cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara.
Saya percaya agenda pembangunan ekonomi Bumiputera perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan agar lebih ramai generasi muda mempunyai ilmu, kemahiran, nilai serta daya saing untuk mendepani cabaran masa hadapan.
Insya-Allah, usaha memperkasa pendidikan, TVET, pembangunan bakat dan huffaz profesional akan terus diberikan perhatian sebagai sebahagian daripada ikhtiar melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi, masyarakat dan negara.
#majlisekonomibumiputera
#ekonomibumiputera #putera35
#kongrespendidikanbumiputera2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠
Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berhubung perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027.
Fenomena ini dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang Monsun Barat Daya, sekali gus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya ingin menasihatkan seluruh rakyat agar sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa. Gunakan air secara berhemah, elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas.
Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#kesiapsiagaanbencana
#metmalaysia #mycuaca -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡𝐢 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡
Alhamdulillah, pagi tadi saya hadir ke Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, diiringi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Suasana pagi hari ini cukup menyentuh hati. Ribuan jemaah hadir memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menghidupkan jiwa dengan zikir, mendengar tausiah dan mengingati kebesaran Allah SWT.
Saya melihat sendiri bagaimana alunan zikir Asmaul Husna mampu menenangkan jiwa, menundukkan hati dan menyatukan ummah. Setiap nama Allah yang dilafazkan membawa makna, pengajaran dan peringatan bahawa hidup ini perlu sentiasa kembali kepada-Nya.
Majlis seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan umat bukan hanya terletak pada angka, kedudukan atau organisasi, tetapi bermula daripada hati yang hidup dengan zikrullah, ilmu yang dipandu adab, serta masyarakat yang sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan.
Moga zikir yang dilafazkan, tausiah yang didengar dan doa yang diaminkan pagi tadi menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada kita semua, keluarga kita, masyarakat kita, negeri Johor, negara Malaysia dan seluruh ummah.
Semoga hati kita sentiasa hidup dengan mengingati Allah, langkah kita dipandu dengan hikmah dan kehidupan kita diberkati dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.
اللهم اجعلنا من الذاكرين الشاكرين
#asmaulhusna #majliszikir
#uswatunhasanahjohor
#johorbahru
#islammenyatukanummah
#rahmahhikmahukhuwah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Insya-Allah. Kita bersiap sedia menempuh PRN Johor dan Negeri Sembilan, bersama.
Saya yakin, dengan kesepaduan dan keikhlasan pasukan BN ini.. gerak kerja kita akan diterjemahkan sebagai nilai yang baik di mata rakyat.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya jua.
#barisannasional
#bnjohor
#bnnegerisembilan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐄𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐈
Alhamdulillah, hari ini saya diberi penghormatan untuk merasmikan the 4th Southeast Asia Scholars Conference 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan ini menghimpunkan kira-kira 600 ulama, mufti, ahli akademik, penyelidik dan cendekiawan Islam dari seluruh rantau ASEAN.
Cabaran yang kita hadapi hari ini tidak hanya tertumpu kepada ekonomi atau geopolitik. Apa yang lebih membimbangkan ialah krisis nilai, adab dan kebijaksanaan yang semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat.
Semasa berucap, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti dipandu oleh nilai dan etika. AI, data dan inovasi perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia, manakala Maqasid Syariah perlu terus menjadi kompas yang membimbing arah pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Saya turut menyentuh kepentingan diplomasi intelektual dalam memperkukuh kerjasama sarjana Islam serantau, membina kesepakatan dalam isu-isu utama ummah serta melahirkan lebih banyak cadangan dan penyelesaian yang praktikal bagi menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Muslim World League (MWL) dan JAKIM atas komitmen berterusan menjayakan persidangan ini.
Semoga segala perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kesatuan ummah, mengangkat peranan ilmu dalam pembangunan masyarakat serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada rantau ini, insya-Allah.
#southeastasiascholarsconference2026 #mwl #jakim #malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju keredaan Allah SWT. Ia menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki diri dan meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya.
Setiap hari adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Dengan keazaman, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT, setiap langkah ke arah kebaikan akan dipermudahkan dan diberkati.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju keredaan Allah SWT. Ia menuntut keberanian untuk berubah, memperbaiki diri dan meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya.
Setiap hari adalah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Dengan keazaman, kesabaran dan tawakal kepada Allah SWT, setiap langkah ke arah kebaikan akan dipermudahkan dan diberkati.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:
1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, sehingga Pilihan Raya.
2. Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri.
3. UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
4. Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.
5. UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan.
SUA UMNO -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu sebelum mereka memulakan penugasan di negara masing-masing. Mereka akan mewakili Malaysia di Jepun, Singapura, United Kingdom, Austria, New Zealand, Laos, Oman, Ireland, Finland, Timor-Leste, Chile, Lubnan dan Uzbekistan.
Mewakili negara di pentas antarabangsa adalah satu amanah yang besar. Selain memperkukuh hubungan dua hala, mereka juga membawa bersama suara, kepentingan dan imej Malaysia di mata dunia.
Insya-Allah, saya percaya dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan cemerlang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada negara.
Selamat menjalankan tugas saya ucapkan kepada semua. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞, 𝐒𝐡𝐚𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞
Today, I attended Invest Malaysia 2026, a premier platform that brings together investors, industry leaders and capital market participants from Malaysia and across the globe.
In my keynote address, I emphasised that Malaysia’s next phase of growth must be measured not only by the capital we attract, but by the value we create from it.
Capital is important because it connects ambition with opportunity. It enables businesses to grow, entrepreneurs to scale, companies to innovate and investors to participate in Malaysia’s growth story.
More importantly, capital must open pathways beyond large corporations. It must reach SMEs, young entrepreneurs, TVET talents, rural businesses and regional growth centres, so that more Malaysians can be part of the nation’s progress.
I also announced that EPF, PNB and KWAP will allocate a portion of their capital to support companies committed to value creation and the adoption of MY Value Up principles.
Insya-Allah, Malaysia will continue moving forward as a stable, competitive and investment-friendly economy. One that creates quality jobs, expands opportunities and delivers greater prosperity for our people.
#investmalaysia2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dah puas merayau dekat Bagan Datuk Helmy? Saya dengar dah habis pusing satu Parlimen. Orang Duyong tak rindu ke?
Alhamdulilah. Terima kasih sudi menyantuni orang-orang Bagan Datuk. Maaf tak dapat bersama kali ini. Ada kelapangan masa datang la lagi.
Terima kasih, Helmy. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝟓𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Tiga tahun lalu, kita membawa satu hasrat besar untuk melihat anak-anak KEMAS bukan sahaja mengenal huruf dan angka, tetapi turut dibimbing dengan asas al-Quran, akhlak dan jati diri yang kukuh.
Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat hasilnya. Program Pra Tahfiz KEMAS yang diperkenalkan kini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan awal KEMAS di seluruh negara.
Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen serta dedikasi para pendidik KEMAS yang mendidik dengan sabar, membimbing dengan kasih dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan.
Hari ini, saya bersama dengan warga pendidik KEMAS meraikan Sambutan Hari Pendidik KEMAS Tahun 2026 yang bertemakan “55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”. Selama lebih lima dekad, KEMAS telah menjadi titik permulaan kepada perjalanan pendidikan lebih 8.4 juta anak Malaysia.
Saya percaya kekuatan sebenar KEMAS bukan terletak pada angka semata-mata, tetapi pada jasa para pendidiknya yang membina keyakinan, membentuk sahsiah dan menyemai cita-cita dalam diri anak-anak kecil yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin, profesional dan pewaris masa depan negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik KEMAS atas segala pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. Teruslah menjadi insan yang menyalakan cahaya ilmu dalam kehidupan anak-anak kita. Semoga KEMAS terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berjiwa Qurani dan mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih gemilang, insya-Allah.
#haripendidikkemas
#kemas #kkdw
#disinibermula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di pejabat sebentar tadi, saya menerima kiriman cenderamata berupa key chain #htn2026 hasil kreativiti pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh.
Terima kasih kepada adik Danial Hakim, Danial Harith dan Nabil Hadi atas ingatan ini. Kemas dan teliti hasil kerjanya. Inilah antara bukti bakat serta kemahiran yang dimiliki anak-anak TVET kita.
Saya doakan semoga kalian terus berjaya dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan dan menjadi tenaga mahir yang membanggakan negara suatu hari nanti.
Terima kasih yaa. Key chain ini akan saya simpan sebagai kenangan istimewa Hari TVET Negara 2026.
#htn2026
#politeknikungkuomar
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 telah melabuhkan tirainya semalam.
Saya amat teruja apabila menerima makluman bahawa sambutan kali ini telah mencatatkan kehadiran seramai 510,151 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Dataran Putrajaya. Angka ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap TVET sebagai pilihan utama kerjaya dan masa depan negara.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan #htn2026 ini termasuk kementerian dan agensi, institusi TVET, rakan-rakan industri, tenaga pengajar, pelajar, petugas, sukarelawan, rakan-rakan media serta seluruh pengunjung yang hadir dari seluruh pelosok negara.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Hari TVET Negara 2026.
Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, perjalanan ini akan terus kita perkukuhkan dan saya berharap dapat bertemu lagi dengan anda semua pada Hari TVET Negara 2027.
#htn2026 #tvet2.0
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya kongsikan beberapa intipati daripada amanat yang telah saya sampaikan sempena Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor 2026 semalam.
Inilah pedoman dan haluan yang perlu kita pegang bersama dalam menghadapi medan perjuangan yang bakal ditempuhi.
Insya-Allah, dengan kesepakatan dan semangat juang yang sedang membara ini, kita akan terus melangkah ke hadapan demi Bangsa Johor dan masa depan negeri bertuah ini.
Hidup Barisan Nasional!
Hidup Bangsa Johor!
#barisannasional #bnjohor
#bangsajohor #majujohor
#prnjohor2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐬𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐦𝐩𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐃𝐢 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚𝐧𝐚𝐨, 𝐅𝐢𝐥𝐢𝐩𝐢𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐬𝐮𝐧𝐚𝐦𝐢 𝐃𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada rakyat Filipina susulan kejadian gempa bumi kuat yang melanda wilayah Mindanao pagi tadi.
Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa dan keluarga yang terkesan diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi situasi yang sukar ini. Malaysia sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan sebagai sahabat dan rakan ASEAN yang akrab.
Saya juga mengambil maklum mengenai gegaran yang turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah serta amaran awal tsunami yang telah dikeluarkan oleh MET Malaysia sebelum ini. Alhamdulillah, amaran tersebut kini telah ditamatkan. Walau bagaimanapun, saya menyeru seluruh rakyat, khususnya di Sabah agar terus berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sebagai langkah kesiapsiagaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melaksanakan pemantauan di beberapa kawasan persisiran pantai sekitar Sandakan termasuk di Taman Harmoni, Kampung Forest, Sim-Sim, Pusat Bandar Sandakan dan Pasir Putih. Hasil pemantauan mendapati keadaan di lokasi terlibat berada dalam keadaan baik, selamat dan terkawal tanpa sebarang kejadian luar biasa dilaporkan setakat ini.
Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi MET Malaysia.
Sama-sama kita berdoa agar seluruh rakyat yang terkesan di Filipina dan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat serta dilindungi daripada sebarang musibah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐳𝐞 𝐅𝐞𝐢-𝐈𝐳𝐳𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selepas dua minggu muncul sebagai naib juara Malaysia Masters, beregu profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bangkit menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia.
Tahniah atas pencapaian membanggakan ini. Kemenangan berkenaan sekali gus menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia yang bertaraf Super 1000, selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, di Istora Senayan, hari ini.
Syabas! Teruskan melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.
#juara
#terbukaindonesia2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐍 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫: 𝐒𝐚𝐟 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡
Terus terang saya katakan, semangat yang saya lihat di bumi Johor Darul Ta’zim hari ini sungguh luar biasa! Lautan biru memenuhi setiap ruang stadium. Ada yang hadir lebih awal, ada yang setia berdiri sehingga majlis berakhir.. semuanya datang dengan satu tekad yang sama iaitu mahu melihat Johor terus maju dan makmur.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa kekuatan Barisan Nasional tidak terletak pada retorik semata-mata. Kekuatan kita terletak pada rekod, hasil kerja dan keupayaan untuk terus membawa pembangunan yang dapat dirasai rakyat. Justeru, saya menyeru seluruh jentera supaya turun ke lapangan, menyantuni rakyat dan menceritakan apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan demi masa depan Johor.
Johor adalah bumi perjuangan yang telah banyak menyumbang kepada pembinaan negara. Atas sebab itu, saya percaya rakyat Johor akan terus membuat pilihan yang berasaskan kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Insya-Allah, dengan kesepakatan seluruh jentera, doa yang tidak putus dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita akan terus melangkah ke hadapan membawa harapan dan keyakinan buat Bangsa Johor.
Hidup Barisan Nasional!
Maju Johor!
#bnjohor #bangsajohor
#barisannasional #majujohor -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐂𝐈𝐄𝐀: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Malam tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Diplomasi TVET Malaysia-China di Hotel Tenera, Bangi.
Saya menyambut baik pelancaran Malaysia-China Industry-Education Alliance (MCIEA) yang menjadi satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran serta pembangunan bakat masa hadapan.
Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi dan inovasi, TVET perlu sentiasa bergerak seiring dengan keperluan industri. Kerjasama seperti ini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar untuk mendapat pendedahan kepada bidang-bidang strategik seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, semikonduktor dan teknologi masa hadapan yang lain.
Saya juga menghargai komitmen institusi pendidikan serta rakan-rakan industri dari China yang terus menyokong pembangunan bakat tempatan melalui perkongsian kepakaran, latihan, biasiswa, pemindahan teknologi serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada generasi muda negara.
Insya-Allah, kerjasama yang terjalin ini akan terus memperkukuh ekosistem TVET negara dan melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan.
#mciea #malaysiachina
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐚𝐛𝐚𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧
Daripada cerita embah-embah yang datang membuka penempatan, masyarakat Banjar yang memulakan kampung ini, hinggalah kepada generasi Jawa yang membesarkan dan memajukannya, Kampung Jenjarom mempunyai kisah yang cukup panjang untuk diceritakan.
Alhamdulillah, petang tadi saya sempat meluangkan masa bersama warga Kampung Jenjarom sempena sambutan ulang tahun ke-100 kampung ini. Satu abad perjalanan yang dibina dengan kesungguhan dan semangat kebersamaan generasi terdahulu.
Apa yang menarik, walaupun banyak perubahan telah berlaku, nilai muafakat, hormat-menghormati dan budaya masyarakatnya masih kekal menjadi kekuatan komuniti ini hingga ke hari ini.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga Kampung Jenjarom. Saya mendoakan semoga kampung yang penuh sejarah ini terus maju dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Bangunkanlah kampung ini sebaiknya, tetapi jangan sesekali kita melupakan tradisi dan budaya yang menjadi identiti masyarakatnya. Kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
#100tahunjenjarom
#kampungjenjarom -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, saya bersyukur apabila menerima khabar mengenai Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak telah ditemui dalam keadaan selamat petang tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), termasuk pasukan keselamatan, agensi penyelamat, sukarelawan serta masyarakat Orang Asli yang bertungkus-lumus membantu sepanjang operasi ini dijalankan.
Saya turut merakamkan penghargaan khusus kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu dan Kampung Orang Asli Ampang Woh yang turut memainkan peranan sehingga membawa kepada penemuan Jaslinda dalam keadaan selamat.
Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut menyalurkan bantuan kepada keluarga sukarelawan Orang Asli yang terlibat dalam operasi ini.
Sama-sama kita mendoakan semoga Jaslinda terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dapat segera kembali bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai peruntukan sehingga RM50 juta di bawah Program Berimpak Tinggi (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0.
Insya-Allah, ini merupakan pelaburan untuk masa depan Malaysia dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyokong agenda pembangunan negara.
#htn2026
#tvet20
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢
Saya meneruskan agenda di Hari TVET Negara 2026 ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian GITC TVET Placement Centre (GTPC) bersama rakan-rakan industri.
Alhamdulillah, perkembangan TVET negara hari ini amat memberangsangkan. Peningkatan enrolmen yang berterusan serta semakin ramai anak muda memilih laluan TVET menunjukkan bahawa keyakinan masyarakat terhadap pendidikan berasaskan kemahiran semakin kukuh.
Namun, apabila semakin ramai bakat dilahirkan, kita juga perlu memastikan peluang industri berkembang seiring. Justeru, pelancaran TVET 2.0 dan penubuhan GTPC amat penting dalam memastikan latihan, penempatan industri, perantisan dan peluang pekerjaan dapat dipadankan dengan lebih tersusun mengikut keperluan sebenar pasaran.
Saya percaya GTPC mampu menjadi jambatan yang menghubungkan bakat dengan industri, sekali gus membantu melahirkan tenaga kerja yang benar-benar bersedia untuk memenuhi keperluan sektor strategik negara.
Kejayaan TVET tidak boleh diukur pada jumlah pelajar yang memasuki institusi semata-mata. Kejayaan sebenar ialah apabila kemahiran yang dipelajari diterjemahkan kepada pekerjaan yang berkualiti, pendapatan yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin.
Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, institusi latihan dan industri, kita akan terus memperkukuh ekosistem TVET negara agar kekal relevan dan menjadi antara pemacu utama kemajuan Malaysia pada masa hadapan.
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvet2.0 #gtpc #tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet #malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐.𝟎: 𝐄𝐯𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, Sambutan Hari TVET Negara 2026 hari ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Putrajaya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas sokongan serta komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh agenda TVET sebagai antara keutamaan pembangunan negara. Kehadiran beliau pada Sambutan Hari TVET Negara tahun ini juga merupakan tahun ketiga berturut-turut bersama warga TVET negara, sekali gus mencerminkan kesungguhan kepimpinan tertinggi Kerajaan dalam memartabatkan TVET sebagai Agenda Nasional.
Kemuncak sambutan tahun ini sudah tentu pelancaran TVET 2.0 yang menandakan evolusi baharu pembangunan bakat negara. TVET 2.0 akan memberi tumpuan kepada sistem latihan yang lebih responsif, lebih fleksibel dan lebih rapat dengan keperluan sebenar industri, khususnya dalam bidang-bidang strategik masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, MRO, kejuruteraan maritim dan teknologi baharu yang semakin menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Saya juga menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai penyediaan dana sebanyak RM50 juta melalui PTPK bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0. Langkah ini akan membantu mempercepat pembangunan bakat tempatan selaras dengan permintaan industri yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya percaya TVET 2.0 akan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia untuk memperoleh kemahiran bernilai tinggi, pekerjaan yang berkualiti dan masa depan yang lebih cerah.
Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan utama kerjaya, manakala bakat dan kemahiran menjadi kekuatan yang membawa Malaysia melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvet2.0 #tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet #malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Saya memulakan hari kedua Sambutan Hari TVET Negara 2026 dengan bersiaran secara langsung bersama Selamat Pagi Malaysia dari Dataran Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, saya telah berkongsi mengenai peranan TVET dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan yang semakin dipengaruhi teknologi, automasi dan kecerdasan buatan (AI). Saya turut menegaskan bahawa TVET hari ini merupakan laluan utama yang mampu melahirkan bakat berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan industri serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada generasi muda.
Saya juga turut menyentuh mengenai perkembangan positif ekosistem TVET negara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah, semakin ramai anak muda memilih TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya, selari dengan keperluan industri yang terus berkembang dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Justeru, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Dataran Putrajaya dan merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026. Pelbagai pameran teknologi, peluang kerjaya, seminar industri, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif menanti anda.
Insya-Allah, sambutan ini masih berlangsung sehingga esok. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana TVET sedang membentuk masa depan Malaysia. Jemput hadir beramai-ramai!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet #tvetuntuksemua -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 #𝐇𝐓𝐍𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya kongsikan suasana sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang sedang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan dengan kehadiran pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk melihat sendiri peluang pendidikan, kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan melalui TVET.
Kepada yang masih belum berkesempatan hadir, saya ingin menjemput anda untuk datang memeriahkan hari kedua sambutan ini. Masih banyak aktiviti menarik menanti anda hari ini dan esok.
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jumpa anda di #htn2026!
#haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet
#tvetuntuksemua -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚
Petang tadi, saya meluangkan masa meninjau sendiri suasana hari pertama Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang sedang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Alhamdulillah, saya gembira melihat kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan belia dan pelajar yang hadir untuk meneroka peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan melalui TVET.
Ada juga ibu bapa yang turut membawa anak-anak mereka untuk melihat sendiri potensi besar yang tersedia dalam bidang ini.
Saya turut berkesempatan melawat reruai pameran dan bertemu dengan para peserta serta pempamer yang menjayakan sambutan kali ini. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga kepada para pengunjung yang hadir pada hari pertama. Saya berharap setiap pengisian dan aktiviti yang disediakan dapat memberi manfaat serta membuka perspektif baharu mengenai dunia TVET yang semakin berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.
Di kesempatan ini, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Putrajaya esok bagi sama-sama menyaksikan Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Jemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Masih banyak aktiviti menarik menanti anda sepanjang sambutan ini berlangsung. Kita jumpa esok yaa.
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet #tvetuntuksemua -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢!
Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Sambutan Hari TVET Negara 2026 kini membuka tirainya di Dataran Putrajaya.
Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan sambutan yang akan berlangsung bermula jam 9 pagi hari ini sehingga 7 Jun 2026.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pameran teknologi dan inovasi, karnival kerjaya, pertandingan kemahiran, seminar industri, demonstrasi teknologi serta pelbagai pengisian interaktif untuk seisi keluarga.
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jom bersama-sama kita meraikan bakat kemahiran dan masa depan negara di Hari TVET Negara 2026.
Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓
Saya juga turut menyempurnakan Majlis Kerjasama Strategik antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Perdana Putra hari ini.
Kerjasama ini merupakan komitmen Kerajaan untuk memperluaskan akses kepada latihan kemahiran, peningkatan kemahiran, latihan semula serta peluang pekerjaan yang lebih tersusun kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya dalam sektor pengangkutan.
Saya sentiasa percaya bahawa anggota, bakal pesara dan veteran ATM merupakan aset strategik negara. Mereka memiliki disiplin yang tinggi, pengalaman operasi yang luas serta kemahiran yang amat bernilai untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara selepas menamatkan perkhidmatan.
Alhamdulillah, sebagai langkah awal, sebanyak 3,208 peluang pekerjaan telah dikenal pasti merangkumi pelbagai subsektor termasuk logistik, pelabuhan, rel, pengangkutan awam, pengangkutan darat dan rantaian bekalan. Insya-Allah, ianya akan membuka laluan kerjaya kedua yang lebih mampan kepada veteran ATM, sambil membantu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri pengangkutan negara.
Bagi saya, inilah antara kekuatan sebenar TVET. TVET bukan hanya tentang latihan dan pensijilan, tetapi tentang membuka peluang, meningkatkan kebolehpasaran dan membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Sebab itu saya sentiasa menekankan pendekatan yang menghubungkan latihan kepada pekerjaan dan kemahiran kepada peluang kerjaya sebenar.
Saya berharap kerjasama strategik ini menjadi model kerjasama rentas kementerian yang mampu diperluaskan ke sektor-sektor lain pada masa hadapan. Apabila Kerajaan, industri dan institusi latihan bergerak seiring, insya-Allah kita akan dapat melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri serta membina ekosistem pembangunan bakat yang lebih mampan dan berdaya saing untuk negara.
#mot #mindef #veteranatm
#tvetmalaysia #tvetpilihanutamakerjaya
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧
Selesai Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya terus ke Perdana Putra bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2026.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda strategik bagi memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mempunyai peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.
Bagi sektor pertanian, perbincangan tertumpu kepada keperluan memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran bagi memastikan sektor agromakanan negara terus berdaya saing, produktif dan mampu menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Mesyuarat juga mengambil maklum Pelan Pelaksanaan TVET Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 yang akan memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan, selaras dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh teknologi, automasi dan inovasi.
Dalam masa yang sama, mesyuarat turut meneliti persiapan akhir Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya bermula esok hingga 7 Jun 2026 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”.
Saya sentiasa percaya bahawa TVET akan terus menjadi antara pemacu utama pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan institusi latihan, kita mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.
Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya. Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#jompilihtvet #tvetuntuksemua -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬
Pagi tadi saya bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2026.
Dalam amanat yang saya sampaikan, saya telah mengingatkan warga KKDW bahawa pembangunan luar bandar hari ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar. Desa bukan lagi soal pembangunan fizikal semata-mata, tetapi merupakan asas kepada ketahanan negara, kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi masa hadapan.
Justeru, agenda Ekonomi Desa Nasional perlu terus diperkukuh sebagai usaha menyusun seluruh potensi desa dalam satu ekosistem yang saling melengkapi. Infrastruktur mesti membuka akses kepada ekonomi. Pendidikan mesti melahirkan generasi yang lebih berdaya saing. Latihan kemahiran mesti membawa kepada pekerjaan. Keusahawanan pula mesti disambungkan kepada pasaran yang lebih luas. Apabila semua elemen ini bergerak seiring, desa bukan hanya menjadi kawasan yang menerima pembangunan, tetapi pusat penciptaan nilai dan pertumbuhan baharu negara.
Saya turut menegaskan bahawa kejayaan sebenar tidak boleh diukur hanya melalui jumlah projek yang disiapkan atau peruntukan yang dibelanjakan. Yang lebih penting ialah sejauh mana usaha yang kita laksanakan benar-benar mengubah kehidupan rakyat, meningkatkan pendapatan mereka, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh mobiliti sosial masyarakat desa.
Kita juga kini memasuki pertengahan tahun 2026. Ini adalah masa terbaik untuk menilai semula apa yang telah berjaya dilaksanakan, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memastikan setiap program yang digerakkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Saya yakin, jika seluruh warga KKDW terus bergerak sebagai satu pasukan dengan amanah yang ikhlas, tindakan yang pantas dan fokus kepada keberhasilan, kita mampu membawa pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan negara. Insya-Allah.
#kkdw #pejuangdesa
#ekonomidesanasional
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Di bumi Terengganu Darul Iman petang tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa agenda ekonomi Bumiputera perlu bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Tumpuan tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada penyertaan, sebaliknya mesti diterjemahkan kepada pemilikan, penguasaan teknologi dan keupayaan memimpin rantaian nilai yang lebih besar serta berstrategik.
Dunia sedang berubah dengan pantas. Dalam era ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, Bumiputera perlu berada di barisan hadapan sebagai pencipta nilai, pemilik platform, peneraju inovasi dan pemain utama dalam sektor ekonomi masa depan.
Pada masa yang sama, usaha memperkasa ekonomi Bumiputera memerlukan kerjasama yang lebih tersusun antara Kerajaan, institusi pendidikan, pemain industri, agensi, syarikat berkaitan Kerajaan dan usahawan sendiri. Cabaran yang semakin kompleks menuntut kita bergerak sebagai satu ekosistem yang saling melengkapi dan memperkukuh antara satu sama lain.
Saya berharap KEUB 2026 menjadi titik tolak kepada pelaksanaan yang lebih berani dan berkesan dalam memperkasa ekonomi Bumiputera. Segala idea, cadangan dan resolusi yang dibincangkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu membuka lebih banyak peluang serta meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik negara. Insya-Allah.
#keub2026
#kongresekonomiusahawanbumiputera
#ekonomibumiputera #usahawanbumiputera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari ini, 2 Jun 2026, kita sekali lagi menyambut Hari TVET Negara sebagai manifestasi pengiktirafan terhadap peranan besar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dalam membina masa depan negara.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TVET yang terdiri daripada para pendidik, tenaga pengajar, institusi latihan, pemain industri, majikan, agensi Kerajaan, sektor swasta, rakan strategik serta para pelajar yang bersama-sama menggerakkan agenda pemerkasaan TVET selama ini.
Alhamdulillah, usaha yang dilaksanakan secara berterusan ini sudah mula memperlihatkan hasil yang membanggakan. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kadar kebolehpasaran graduan TVET telah meningkat kepada 95.9% pada tahun 2025 berbanding 95.6% pada tahun sebelumnya.
Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak yang percaya bahawa pendidikan berasaskan kemahiran merupakan antara pemacu utama kepada ekonomi yang lebih berdaya saing dan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
Bersempena dengan Hari TVET Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini.
Pelbagai pengisian menarik menanti anda, termasuk pameran teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Insya-Allah, jumpa anda di sana!
“TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA”
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐊𝐞-𝟔𝟖
Bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-68 hari ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TUDM, sama ada yang sedang berkhidmat mahupun para veteran yang telah mencurahkan bakti kepada negara.
Selama 68 tahun, TUDM berdiri sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara, memastikan kedaulatan tanah air terus terpelihara dalam suasana keselamatan yang semakin mencabar dan kompleks.
Di sebalik kekuatan pertahanan negara, saya juga amat menghargai peranan TUDM yang sentiasa tampil membantu rakyat dalam pelbagai situasi. Dalam urusan pengurusan bencana dan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang saya sendiri ikuti.. Profesionalisme, kepantasan tindakan serta komitmen warga TUDM sentiasa memberikan keyakinan bahawa negara memiliki pasukan yang sentiasa bersedia berkhidmat demi rakyat.
Daripada juruterbang, kru udara, jurutera, juruteknik hinggalah anggota sokongan di darat, setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam memastikan setiap misi dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat.
Saya mendoakan semoga TUDM terus melakar kejayaan dan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
“Kuasa Udara, Perisai Negara”
#tudm #huttudm68
#kuasaudaraperisainegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Menghadiri Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐞-𝟓𝟐
Alhamdulillah, hari ini genap 52 tahun penubuhan Barisan Nasional, sebuah gabungan politik yang lahir daripada semangat persefahaman, kesederhanaan dan kesediaan untuk membina negara melalui kerjasama pelbagai kaum serta latar belakang.
Sepanjang lebih lima dekad, Barisan Nasional telah melalui pelbagai fasa perjuangan. Ada ketika memimpin negara dalam era pertumbuhan dan pembangunan, ada ketika berdepan cabaran serta ujian yang mengajar erti ketabahan dan muhasabah. Namun satu perkara yang tidak pernah berubah ialah komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara.
Dalam landskap dunia yang semakin kompleks, rakyat mahukan politik yang matang, kepimpinan yang bertanggungjawab serta penyelesaian yang mampu menjawab cabaran semasa. Barisan Nasional mesti terus bergerak ke hadapan dengan semangat pembaharuan, berpaksikan pengalaman dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan.
Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang terus setia mendukung perjuangan ini. Kesetiaan, pengorbanan dan keyakinan saudara-saudari semua menjadi kekuatan yang menggerakkan Barisan Nasional hingga ke hari ini.
Percayalah, perjalanan di hadapan tidak akan sentiasa mudah. Kita akan berdepan pelbagai medan sehingga medan terbesar Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Namun saya yakin, selagi kita teguh bersatu, setia kepada perjuangan, memahami denyut nadi rakyat serta terus bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, InsyaAllah, Barisan Nasional akan terus kekal relevan, mendapat kepercayaan rakyat dan kembali memperoleh mandat yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional ke-52.
Hidup Barisan Nasional!
#bn52tahun
#barisannasional
#demimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Patik dan seisi keluarga dengan penuh takzim menjunjung kasih dan mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta terus bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta negara tercinta.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐨𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐝𝐢 𝐆𝐏 𝐈𝐭𝐚𝐥𝐢
Luar biasa!
Kejayaan yang cukup bermakna. Selepas hampir sedekad, Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix (GP).
Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.
#gpitali
#tempatketiga
#malaysiaboleh
#litarmugello -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠
Insya-Allah, bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026, seluruh Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara akan berhimpun dalam Persidangan Tahunan UMNO bagi memperkukuh saf perjuangan serta memperbaharui iltizam kepada parti, rakyat dan negara.
Persidangan kali ini berlangsung dalam suasana dunia yang semakin mencabar dengan tekanan ekonomi global, perubahan teknologi yang pantas serta pelbagai cabaran sosial yang menuntut kita terus berfikir jauh ke hadapan dan menawarkan penyelesaian terbaik kepada rakyat.
Pada usia 80 tahun, UMNO tidak boleh hanya bergantung kepada sejarah perjuangannya semata-mata. Masa depan memerlukan keberanian untuk berubah, kebijaksanaan menyesuaikan diri serta kesungguhan untuk terus kekal relevan dalam memenuhi harapan rakyat.
Justeru, saya berharap persidangan pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperkukuh agenda Rumah Bangsa serta Musyawarah Nasional untuk kita menyatukan pemikiran, mengukuhkan institusi bangsa serta kerjasama yang lebih luas demi kepentingan Malaysia.
Saya menyeru seluruh perwakilan agar memanfaatkan persidangan ini dengan penuh hikmah, matang dalam menyampaikan pandangan serta sentiasa meletakkan kepentingan parti dan rakyat mengatasi segala-galanya.
Insya-Allah UMNO akan terus menjadi wadah yang diyakini rakyat dan kekal memainkan peranan penting dalam perjalanan negara.
Selamat bersidang kepada seluruh warga UMNO.
Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.
Hidup UMNO!
#umno80tahun
#umno
#dulukiniselamanya
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Hari Wesak saya ucapkan kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia yang meraikannya hari ini bersama keluarga dan insan tersayang.
Kepelbagaian agama, budaya dan tradisi yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia terus mencerminkan semangat keharmonian dan saling menghormati yang kita amalkan selama ini. Keunikan inilah yang membentuk identiti negara kita serta menjadi antara kekuatan dan tarikan Malaysia di mata dunia.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua yang meraikannya.
Selamat Hari Wesak 2026.
#hariwesak2026
#vesakday2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚?
Bawa resume anda ke Hari TVET Negara 2026.
Temuduga terbuka, semakan resume, bimbingan kerjaya dan pelbagai peluang pekerjaan berkemahiran tinggi menanti anda di Karnival Kerjaya TVET.
Mungkin kerjaya impian anda bermula di sini. Ayuh cari peluang untuk membina masa depan.
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐰𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Malaysia cukup istimewa kerana kepelbagaian budaya, adat resam dan tradisi yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakatnya. Inilah kekuatan yang menjadikan negara kita unik, harmoni dan kaya dengan warisan yang membentuk identiti Malaysia.
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Dayak serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak mencerminkan rasa syukur atas hasil tuaian, di samping memelihara adat, budaya dan nilai yang terus diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026, keunikan budaya dan kepelbagaian masyarakat seperti inilah yang menjadi antara tarikan utama negara. Ia memperkenalkan keindahan Malaysia kepada dunia, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan yang telah lama menjadi tunjang kekuatan negara kita.
Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan dan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai!
#pestakaamatan2026
#harigawai2026
#visitmalaysia2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐠𝐡𝐟𝐚𝐫
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan padanya terdapat satu waktu yang sangat mustajab untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar pada hari yang mulia ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, melapangkan segala urusan dan mempermudahkan setiap langkah kehidupan kita.
Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐭𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik setiap berita yang sampai kepada rakyat, ada wartawan yang bekerja tanpa mengira waktu demi memastikan maklumat disampaikan dengan tepat, pantas dan penuh tanggungjawab.
Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengamal media tanah air atas komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam dunia kewartawanan negara.
Dalam dunia digital yang bergerak begitu pantas hari ini, peranan wartawan menjadi semakin besar sebagai sumber maklumat yang sahih dan suara yang membantu membina kefahaman rakyat terhadap pelbagai isu semasa.
Saya amat menghargai hubungan baik yang terjalin bersama rakan-rakan media selama ini. Banyak pengorbanan mereka yang mungkin tidak dilihat di hadapan khalayak, namun tetap dilakukan dengan penuh profesionalisme demi memastikan rakyat terus mendapat maklumat yang benar dan diyakini.
Teruskanlah menyampaikan berita dengan penuh integriti dan rasa tanggungjawab kepada negara.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026.
#hawana2026
#hariwartawannasional
#mediamalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟕 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Tinggal seminggu sahaja lagi Dataran Putrajaya akan dimeriahkan dengan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Daripada teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran hinggalah aktiviti santai untuk seisi keluarga, semuanya akan dihimpunkan dalam satu sambutan besar buat dunia TVET negara.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Jemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama-sama kita meriahkan #htn2026!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚
Saya percaya masa depan ekonomi negara akan banyak dipacu oleh tenaga kerja berkemahiran tinggi, teknologi baharu dan budaya inovasi. Sebab itu, Kerajaan terus komited memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan negara dan tonggak penting kepada pertumbuhan ekonomi masa hadapan.
Sebagai usaha berterusan memperkukuh ekosistem TVET negara, Kerajaan telah mengisytiharkan 2 Jun setiap tahun sebagai Hari TVET Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan TVET dalam membina masa depan negara yang lebih progresif, berdaya saing dan berteraskan kemahiran.
Bagi tahun 2026, sambutan Hari TVET Negara akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun dengan pelbagai pengisian menarik yang menghimpunkan institusi pendidikan, pemain industri, usahawan, belia dan masyarakat umum, termasuk pameran teknologi dan inovasi, Karnival Kerjaya TVET, seminar industri berimpak tinggi, cabaran robotik dan Drone Soccer, Future Skills Showcase, platform keusahawanan TVET serta pelbagai aktiviti santai dan interaktif untuk seisi keluarga.
Lebih penting, sambutan ini turut menjadi medan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan bakat yang dilahirkan benar-benar memenuhi keperluan pasaran kerja semasa yang berdaya saing dan berteraskan teknologi, inovasi serta kemahiran selaras dengan keperluan ekonomi negara.
Dengan 1,398 institusi TVET di seluruh negara, TVET kini menjadi sebahagian daripada nadi utama pembangunan negara. Pada tahun 2025, seramai 229,121 pelajar atau 56.86 peratus lepasan SPM dan setaraf telah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, manakala jumlah keseluruhan enrolmen pula telah mencecah 459,558 orang.
Lebih membanggakan, kadar kebolehpasaran graduan TVET negara turut meningkat kepada 95.9 peratus pada tahun 2025 berbanding 95.6 peratus pada tahun sebelumnya. Ini membuktikan bahawa TVET bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan generasi muda, malah berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang benar-benar diperlukan industri dan ekonomi negara.
Saya berharap agar usaha Kerajaan melalui penganjuran Hari TVET Negara berupaya mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya pilihan utama kerjaya yang mampu melahirkan generasi profesional, pencipta teknologi, usahawan dan pemimpin industri masa depan negara.
Ayuh bersama-sama kita jayakan Hari TVET Negara 2026.
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐄𝐃𝐀 𝐤𝐞-𝟒𝟓
Hari ini, genaplah 45 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sejak ditubuhkan pada tahun 1981.
45 tahun ini merupakan satu perjalanan panjang yang sarat dengan pengorbanan dan kejayaan dalam mengubah landskap pembangunan luar bandar di negeri Jelapang Padi.
Alhamdulillah, KEDA terus memainkan peranan sebagai ‘catalyst agent’ dalam mempercepat transformasi desa secara holistik meliputi aspek duniawi dan ukhrawi, demi kesejahteraan masyarakat desa.
Saya percaya kekuatan sebenar KEDA terletak pada keikhlasan seluruh warganya yang sentiasa dekat dengan masyarakat desa dan memahami denyut nadi rakyat.
Teruslah menjadi agensi yang cakna, responsif dan komited dalam memperjuangkan agenda pembangunan luar bandar. Kalau bukan kita yang terus bersama rakyat desa, siapa lagi?
Selamat Ulang Tahun ke-45 saya ucapkan kepada seluruh warga KEDA. Semoga KEDA terus maju, dipermudahkan segala urusan dan kekal menjadi antara institusi penting dalam memacu kemajuan desa dan wilayah negara. Insya-Allah.
#keda45tahun
#keda #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚
Semasa berucap sewaktu Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 dua tahun lalu, saya pernah menyatakan bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya antara laluan utama yang membuka peluang lebih luas kepada generasi muda untuk membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.
Alhamdulillah, hari ini kita mula melihat sendiri perubahan itu berlaku.
Semakin ramai anak muda memilih laluan kemahiran, semakin besar keyakinan industri terhadap graduan TVET dan semakin luas peluang yang terbuka buat mereka.
Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda TVET negara akan terus diperkasakan demi masa depan generasi muda dan pembangunan negara.
Jumpa anda di Sambutan Hari TVET Negara 2026!
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚: 𝐄𝐫𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧
Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi teladan besar tentang kekuatan iman dan kasih sayang dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Semoga sambutan Aidiladha ini mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyemai semangat kebersamaan dan menggalakkan kita terus membantu mereka yang memerlukan.
Ibadah korban juga melambangkan keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki demi kesejahteraan masyarakat.
Kepada para jemaah haji di Tanah Suci, saya doakan agar segala urusan dipermudahkan dan memperoleh haji yang mabrur.
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah.
#aidiladha1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝟏𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Bahang Sambutan Hari TVET Negara 2026 semakin terasa. Insya-Allah, Dataran Putrajaya bakal menjadi lokasi himpunan terbesar bakat, teknologi, kemahiran dan masa depan TVET negara.
Pelbagai aktiviti menarik, pameran teknologi, pertandingan kemahiran, showcase industri serta peluang kerjaya menanti anda semua sepanjang sambutan ini berlangsung.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Simpan tarikh ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀’𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡, 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚
Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari A’rafah. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan.
Kepada seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji, saya mendoakan agar segala ibadah dipermudahkan dan memperoleh haji yang mabrur. Buat yang pulang ke kampung sempena Aidiladha pula, semoga perjalanan anda sentiasa selamat dan dipelihara Allah SWT.
Semoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Insya-Allah.
#hariarafah1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐭𝐮𝐫𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya kongsikan antara aturcara dan pengisian menarik yang menanti anda sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya bermula 5 hingga 7 Jun ini.
Pelbagai aktiviti telah disusun melibatkan pameran teknologi, seminar industri, karnival kerjaya, cabaran kemahiran, keusahawanan TVET serta hiburan berinformasi untuk seluruh keluarga.
Insya-Allah, YAB Perdana Menteri juga dijadualkan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2026 pada 6 Jun nanti.
Justeru, saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak muda, pelajar, ibu bapa serta pemain industri untuk hadir bersama memeriahkan sambutan ini seperti ketetapan berikut:
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jumpa anda di Dataran Putrajaya!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐇𝐚𝐫𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada 49 orang Pemaju Masyarakat Kemahiran bidang Masakan KEMAS yang telah menyertai pertandingan World Chefs Championship 2026 yang berlangsung di Johor Bahru dari 21-23 Mei 2026.
Kejayaan membawa pulang 48 pingat dalam kejohanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara ini merupakan satu pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Penghargaan juga saya ucapkan kepada semua peserta, tenaga pengajar, jurulatih serta seluruh warga KEMAS yang telah bekerja keras dan membawa nama negara dengan penuh semangat serta dedikasi.
Apa yang lebih membanggakan, kejayaan ini turut mengetengahkan identiti kulinari tempatan ke peringkat dunia menerusi kreativiti dan kemahiran yang dimiliki warga KEMAS. Dari masakan tradisional hinggalah kepada seni kulinari moden, semuanya berjaya dipersembahkan dengan cukup cemerlang sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Kejayaan ini membuktikan bahawa institusi latihan kemahiran di bawah KKDW terus relevan dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di pentas global.
Saya percaya dengan pencapaian ini akan menjadikan kualiti Pemaju Masyarakat bidang Masakan KEMAS lebih dipandang tinggi dan menarik lebih ramai anak muda melihat bidang kemahiran sebagai laluan masa depan yang mampu pergi lebih jauh.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga seluruh warga KEMAS terus diberikan kekuatan dan kecemerlangan dalam melahirkan lebih ramai bakat hebat negara. Insya-Allah.
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#tvet #tvetmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐢𝐚𝐥𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐑𝐞𝐠𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧
Aksi penuh mendebarkan.
Alhamdulillah, kemenangan akhirnya menjadi milik Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada skuad sepak takraw negara yang berjaya muncul juara dunia acara regu berpasukan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand dalam aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 malam tadi.
Lebih membanggakan, semangat luar biasa lebih 3,000 penyokong di Stadium Titiwangsa turut menjadi pembakar semangat buat pasukan negara sepanjang perlawanan berlangsung.
Saya tahu ia bukan kemenangan yang mudah.. Well done, boys!
Terima kasih kepada semua termasuk pasukan di belakang tabir yang bersama-sama mencipta kejayaan bermakna ini.
#pialaduniasepaktakraw2026
#juara #malaysiaboleh
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚𝐢 𝟔 𝐇𝐚𝐛 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang 3 hari sambutan ini berlangsung di Dataran Putrajaya nanti.
Antara tarikan utama yang boleh diterokai:
✅ Hab Penglibatan Institusi TVET & Industri
✅ Hab Seminar TVET
✅ Hab Karnival Kerjaya TVET
✅ Hab Usahawan TVET
✅ Hab Cabaran TVET
✅ Hab Hiburan Berinformasi TVET
Daripada teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, seminar industri hinggalah aktiviti santai bersama keluarga.. semuanya ada di sini!
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
Jom datang beramai-ramai kita meriahkan sambutan Hari TVET Negara 2026!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟐 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Insya-Allah, tahun ini kita akan berkumpul di Dataran Putrajaya bagi meraikan bakat kemahiran dan masa depan generasi muda negara.
Pelbagai aktiviti menarik, pameran teknologi, pertandingan kemahiran, showcase industri serta peluang kerjaya menanti anda semua sepanjang sambutan ini berlangsung.
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Simpan tarikh ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026.
Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐮𝐤𝐮𝐟 𝐝𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐟𝐚𝐡
Sempena ibadah wukuf di A’rafah, marilah kita bersama-sama menghayati bahawa di hadapan Allah SWT, semua manusia dihimpunkan tanpa mengira pangkat, harta dan kedudukan duniawi.
Perbanyakkanlah doa, zikir, istighfar dan taubat kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang penuh kemuliaan ini.
Semoga kita semua dikurniakan keampunan, ketenangan jiwa dan rahmat daripada-Nya.
#risalahjumaat
#arafah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐤𝐞-𝟓𝟗
Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, rakyat memerlukan sumber maklumat yang sahih, tepat dan boleh dipercayai. Di saat pelbagai maklumat tersebar tanpa sempadan, kewujudan institusi media yang berwibawa amat penting dalam memastikan rakyat terus mendapat berita yang benar serta berfakta.
Selama 59 tahun, BERNAMA telah memegang amanah besar ini sebagai agensi berita nasional yang menjadi rujukan utama negara. Daripada laporan semasa, dasar kerajaan, ekonomi, sukan hinggalah isu antarabangsa, BERNAMA terus memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.
Selamat Ulang Tahun Ke-59 saya ucapkan kepada seluruh warga BERNAMA.
Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan anda semua dalam memastikan dunia kewartawanan negara terus teguh berdiri sebagai jambatan maklumat kepada rakyat dan negara.
Saya mendoakan semoga BERNAMA terus maju dan kekal menjadi institusi media yang diyakini rakyat serta disegani di peringkat nasional dan antarabangsa. Insya-Allah.
#bernama59
#bernama -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Mungkinkah atau mungkin tidak? -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢!
Insya-Allah, tahun ini kita akan kembali meraikan bakat kemahiran dan potensi anak-anak muda dari seluruh negara dalam Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Sambutan Hari TVET Negara 2026
🗓️ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 Dataran Putrajaya
Pelbagai aktiviti menarik, pameran interaktif, demonstrasi kemahiran, teknologi terkini serta peluang pendidikan dan kerjaya menanti anda sepanjang sambutan ini berlangsung.
Simpan tarikh ini dan jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga serta rakan-rakan.
Jumpa anda di sana!
#htn2026 #haritvetnegara2026
#jompilihtvet #tvetuntuksemua
#tvetpilihanutamakerjaya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis.
Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam kesejahteraan dan lindungan Allah SWT.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚
Selesai Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, saya hadir ke Jelajah AIM TVET Perak dan seterusnya merasmikan Kelab Kemahiran AIM TVET Negeri Perak.
Saya percaya TVET hari ini merupakan jambatan mobiliti sosial yang mampu mengubah kehidupan generasi muda melalui kemahiran, peluang pekerjaan dan masa depan yang lebih baik.
Justeru, Majlis TVET Negara sedang memperkukuh agenda TVET 2.0 dengan memberi fokus kepada bidang bernilai tinggi seperti AI, robotik, Internet of Things (IoT), tenaga boleh baharu dan pelbagai teknologi masa depan.
Melihat sambutan dan minat anak-anak muda dalam bidang kemahiran hari ini juga memberi keyakinan bahawa TVET semakin diterima sebagai laluan pendidikan yang mempunyai masa depan besar.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) atas komitmen menggerakkan inisiatif AIM TVET dalam mendekatkan pendidikan kemahiran kepada generasi muda.
Insya-Allah, usaha memperkukuh agenda TVET akan terus diperkasa demi melahirkan lebih ramai bakat baharu, inovator dan tenaga mahir tempatan yang mampu memacu masa depan negara.
#tvet
#aimtvet
#peraksejahtera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi berpeluang bersama guru-guru dari seluruh negara dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 yang berlangsung di Ipoh, Perak dan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya bersetuju dengan penekanan YAB Perdana Menteri mengenai pentingnya pendidikan dalam membina generasi yang berilmu dan berakhlak. Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, AI dan digitalisasi, negara tetap memerlukan insan yang mempunyai nilai dan adab yang tinggi.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya turut menyambut baik usaha berterusan memperkukuh TVET sebagai antara agenda utama pendidikan negara dalam melahirkan generasi berkemahiran dan bersedia mendepani perubahan industri masa depan.
Namun di sebalik segala agenda pendidikan, teknologi dan pembangunan bakat ini, gurulah yang menjadi nadi utamanya. Di tangan seorang guru lahirnya keyakinan dan masa depan anak-anak bangsa.
Keberanian kita memperluas akses pendidikan dan latihan kemahiran hari ini juga tidak akan membawa makna tanpa peranan seorang guru yang terus mendidik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Guru akan terus menjadi nadi negara dalam membina bangsa Malaysia yang berilmu dan berdaya saing.
Selamat Hari Guru 2026.
#terimakasihcikgu
#hariguru2026
#gurubitaranadinegara
#ilmutanpabatasan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik lahirnya seorang doktor, jurutera, usahawan, pemimpin dan insan berjaya, pasti ada seorang guru yang pernah sabar mendidik dan membentuk siapa diri mereka hari ini.
Seorang guru mungkin tidak selalu disebut namanya, tetapi jasanya sentiasa terpahat dalam kehidupan anak-anak didiknya. Dalam tegasnya ada kasih, dalam penatnya ada tanggungjawab dan dalam setiap ilmu yang dicurahkan, ada harapan besar untuk melihat anak bangsa berjaya.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2026 yang bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara” pada tahun ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di Malaysia atas segala pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik generasi masa depan negara.
Sesungguhnya para guru adalah nadi yang menggerakkan kekuatan ilmu dan mencorakkan masa depan bangsa. Tanpa guru, tidak akan lahir generasi yang berilmu, beradab dan mampu memimpin negara ke arah yang lebih baik.
Terima kasih cikgu.
Selamat Hari Guru 2026.
#hariguru2026
#gurubitaranadinegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐮𝐓𝐄𝐑𝐀𝟑𝟓 𝐏𝐚𝐜𝐮 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi-pengerusi kluster Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya bagi meneliti perkembangan serta hala tuju beberapa agenda strategik di bawah PuTERA35.
Pelbagai perkara dibincangkan melibatkan aspek pendidikan, pembangunan bakat, TVET, ekonomi, keusahawanan, teknologi baharu, pembangunan komuniti serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Saya percaya agenda pemerkasaan Bumiputera tidak boleh digerakkan secara bersendirian. Kerajaan, agensi, institusi pendidikan, industri, GLC, sektor swasta dan masyarakat perlu bergerak seiring agar segala perancangan yang dirangka benar-benar memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi akan datang.
Insya-Allah, segala dapatan dan cadangan yang dibincangkan akan terus diperhalusi supaya agenda yang digerakkan ini kekal relevan, mampan dan mampu memperkukuh masa depan Bumiputera serta negara.
#putera35
#kongresekonomibumiputera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥: 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚
Selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat mendepani cabaran krisis bekalan global dan tekanan ekonomi semasa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama agensi di bawahnya telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi membantu meringankan beban rakyat serta para usahawan di seluruh negara.
Langkah yang dilaksanakan ini selaras dengan komitmen KKDW dalam memperkukuh Agenda Ekonomi Desa Nasional melalui pendekatan yang lebih menyeluruh, responsif dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan usahawan desa serta pengukuhan ekonomi luar bandar.
KKDW telah merekodkan penjimatan sekurang-kurangnya RM250 juta yang tidak melibatkan dana projek pembangunan luar bandar. Penjimatan ini diperoleh hasil daripada langkah pelarasan perbelanjaan dan penyusunan semula program secara lebih efisien. Hasil penjimatan tersebut akan dikembalikan kepada Kementerian Kewangan (MoF) bagi menyokong keperluan subsidi bahan api negara kepada rakyat.
Dalam masa yang sama, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju menurunkan kadar sewaan sehingga 20 peratus melibatkan 7,135 lot premis perniagaan di seluruh negara bagi membantu mengurangkan beban usahawan dan peniaga.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menawarkan diskaun sewaan sehingga 20 peratus melibatkan lebih 400 lot premis di bawah kendaliannya termasuk kadar minimum sewa serendah RM100 sebulan bagi membantu memperkukuh aliran tunai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Selain itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melaksanakan pengurangan kadar sewa premis perniagaan antara 10 hingga 20 peratus melibatkan 355 premis di bawah seliaan agensi tersebut bagi membantu usahawan mendepani tekanan ekonomi semasa.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pula bersetuju melaksanakan pengurangan kadar sewaan sebanyak 20 peratus melibatkan 552 unit premis perniagaan KETENGAH bagi membantu meringankan beban usahawan dan peniaga.
Saya percaya langkah-langkah yang dilaksanakan ini akan membantu dalam memperkukuh daya tahan ekonomi rakyat dan usahawan desa dalam menghadapi cabaran semasa. KKDW akan terus komited memperluas inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat demi memastikan pembangunan ekonomi desa terus mampan, inklusif dan berdaya tahan.
#kkdw #mara
#perda #keda
#ketengah
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Anak muda hari ini adalah kekuatan yang sedang menggerakkan negara. Dalam dunia yang berubah pantas, belia sentiasa tampil dengan idea baharu serta semangat yang besar dalam mencorakkan masa depan Malaysia.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, saya percaya generasi muda memiliki peranan yang amat penting dalam membawa negara terus maju, stabil dan berdaya saing.
Belia hari ini bukan lagi hanya pemerhati, tetapi sudah menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, pendidikan, keusahawanan, TVET, ekonomi kreatif dan kesukarelawanan.
Sempena Hari Belia Negara 2026 yang bertemakan “Menggerak Belia”, saya berharap anak-anak muda akan terus melangkah dengan keyakinan, memperkukuh perpaduan, berani mencipta peluang dan menjadi generasi yang mampu memimpin masa depan negara dengan nilai, ilmu serta jati diri yang kuat.
Terus melangkah, terus mencipta dan terus menggerakkan Malaysia ke hadapan.
Selamat Hari Belia Negara 2026.
#hbn2026
#menggerakbelia
#beliamalaysia
#haribelianegara2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧
Kehidupan yang baik bukan hanya diukur dengan kemewahan atau kesenangan dunia, tetapi lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang beriman dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga kita terus dipelihara dalam keimanan, diberikan kekuatan untuk melakukan amal soleh serta dikurniakan ketenangan dalam setiap langkah kehidupan.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam tadi saya berpeluang menghadiri sesi tayangan khas filem Konspirasi di TGV Alamanda, Putrajaya bersama para krew produksi dan pelakon yang terlibat termasuk En. Ghaz Abu Bakar, Pengarah dan Dato’ Adi Putra, pelakon utama filem ini.
Saya melihat filem ini berjaya membawa mesej positif tentang nilai keberanian dalam mempertahankan kebenaran, integriti, kerjasama, kepercayaan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam sebuah pasukan.
Selain itu, gabungan elemen teknologi dan komunikasi moden telah memberi kekuatan terhadap filem ini dan menjadikannya lebih dekat dengan generasi muda serta relevan dengan cabaran dunia hari ini.
Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pasukan produksi, para pelakon dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Semoga karya tempatan terus mendapat tempat di hati rakyat serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.
#konspirasi
#filemtempatan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐲𝐚
Bermula esok, 14 Mei 2026, negara dijangka akan memasuki fasa Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah serta cuaca yang lebih panas dan kering di kebanyakan kawasan.
Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa, menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Dalam tempoh ini juga, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di beberapa kawasan tertentu. Justeru, sentiasalah berwaspada dan rujuk maklumat cuaca terkini yang sahih melalui MET Malaysia.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah.
Kredit: @metmalaysia
#monsunbaratdaya
#metmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW bagi menyelaras gerak kerja kementerian dan seluruh agensi agar setiap perancangan serta pelaksanaan dapat bergerak dengan lebih tersusun.
Saya juga turut mengalu-alukan kehadiran Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad sebagai Ketua Setiausaha KKDW yang baharu ke dalam saf kepimpinan tertinggi kementerian.
Saya berharap seluruh warga KKDW akan terus bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dan berjiwa besar dalam menjayakan agenda pembangunan desa demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. Insya-Allah.
#mpt2026
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐄𝐕 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Usai sesi meja bulat, saya terus ke dewan utama di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucaptama serta menyempurnakan perasmian “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation”.
Semasa berucap, saya menegaskan bahawa dunia hari ini sedang bergerak pantas ke arah perubahan baharu yang dipacu oleh teknologi, kecerdasan buatan, digitalisasi serta peralihan kepada tenaga bersih dan lestari.
Justeru, Malaysia tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam perubahan industri ini, sebaliknya mesti menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam pembangunan ekosistem EV, bateri dan tenaga baharu di rantau ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya percaya pembangunan bakat dan TVET perlu terus diperkasa kerana masa depan industri ini amat bergantung kepada keupayaan kita melahirkan tenaga mahir, jurutera, teknologis dan generasi muda yang benar-benar bersedia mendepani ekonomi masa depan.
Saya juga menyambut baik penubuhan “Green and Smart Mobility Cooperation Platform” serta pelancaran “Flagship EV Talent Programme” yang menyasarkan pembangunan 10,000 tenaga mahir dalam tempoh lima tahun akan datang melalui kerjasama erat antara industri dan institusi TVET.
Semoga kerjasama strategik seperti ini akan terus membuka lebih banyak peluang pelaburan, pembangunan bakat dan pemindahan teknologi yang mampu memperkukuh daya saing negara serta membawa manfaat besar kepada generasi muda dan masa depan Malaysia. Insya-Allah.
#mcef2026
#tvet #ev
#newenergytalent
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭
Pagi tadi saya turut bersama dalam sesi meja bulat “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation” yang berlangsung di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur melibatkan sesi perbincangan bersama pemain industri, institusi pendidikan, agensi Kerajaan serta rakan strategik dari Malaysia dan China berkaitan pembangunan ekosistem EV, bateri dan tenaga baharu.
Saya mendengar dengan teliti setiap pandangan, cabaran serta cadangan yang dibangkitkan sepanjang sesi ini, khususnya berkaitan tiga fokus utama iaitu “Talent Development & Skills Pipeline”, “Investment, Industrial Collaboration & Legal Certainty” serta “Innovation, R&D & Technology Transfer”.
Insya-Allah, saya yakin hubungan baik antara Malaysia dan China mampu menjadi jambatan dalam pertukaran kepakaran, teknologi, kemahiran serta amalan terbaik industri demi memperkukuh pembangunan bakat dan memacu kemajuan ekonomi negara pada masa hadapan.
#mcef2026
#tvet #ev
#newenergytalent
#malaysiachina -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Senyuman dan layanan penuh ihsan daripada seorang jururawat sering menjadi kekuatan buat pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat sukar.
Dengan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik.
Bersempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia atas jasa dan keikhlasan yang dicurahkan demi rakyat dan negara.
Semoga segala urusan anda semua sentiasa dipermudahkan dan setiap pengorbanan serta kebaikan yang dilakukan dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
#harijururawatsedunia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Johor sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Istana Besar Johor.
Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku amat besar ertinya dan cukup bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO.
Daulat Tuanku!
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat
#istanabesarjohor
#rajadanrakyatberpisahtiada -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡
11 Mei 1946, di Tangga Istana Besar Johor, sejarah besar bangsa Melayu telah terpahat.
Sesungguhnya, di sinilah para pemimpin Melayu berhimpun, menyatukan tekad dan keberanian untuk mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Daripada semangat perjuangan itulah lahirnya UMNO, sebuah wadah yang akhirnya menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara dan pembentukan sebuah negara bangsa yang berdaulat.
Hari ini, saya bersama saf kepimpinan UMNO berpeluang untuk kembali berdiri di tempat yang sama, selepas 80 tahun UMNO melalui pelbagai mehnah dan liku-liku perjuangan.
Bukan sekadar untuk bernostalgia. Bukan sekadar untuk merakam gambar kenangan. Tetapi untuk mengenang jasa generasi terdahulu, menginsafi harga sebuah perjuangan, dan memperbaharui tekad bahawa amanah ini mesti terus dipikul dengan setia, berani dan penuh tanggungjawab.
Setinggi-tinggi junjungan kasih dirafakkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan mencemar duli ke sesi fotografi yang penuh bersejarah ini.
Junjungan kasih jua buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan dan sokongan dalam menyempurnakan detik yang amat bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO.
Sejarah sentiasa mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa lahir daripada kesatuan hati rakyat, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu, serta keikhlasan untuk berkhidmat demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Semoga UMNO terus kekal sebagai wadah perjuangan yang menyatukan, mempertahankan maruah bangsa, menjunjung agama, memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu dan berkhidmat kepada tanah air tercinta.
Dulu, kini dan selamanya. UMNO akan terus menjadi Rumah Bangsa..
Daulat Tuanku!
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat
#istanabesarjohor
#rajadanrakyatberpisahtiada -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝟖 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐰𝐚𝐫𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐫
Tanggal 11 Mei 1946 adalah tarikh keramat lahirnya sebuah perjuangan besar bangsa Melayu yang terus bertahan merentasi zaman. Hari ini, genaplah usia UMNO yang ke-80.
Alhamdulillah, beberapa hari lalu kita telah bersama-sama meraikan Sambutan 80 Tahun UMNO di WTC Kuala Lumpur sebagai tanda memperkukuh tekad untuk terus mempertahankan parti keramat ini. Kehadiran ribuan ahli dari seluruh negara, semangat yang ditunjukkan serta kesetiaan akar umbi yang tidak pernah padam benar-benar menyentuh hati saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh ahli UMNO di seluruh negara yang terus setia bersama perjuangan ini.
Menjangkau usia 80 tahun, UMNO telah melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun. Kita pernah diuji dengan cabaran politik, perpecahan, persepsi dan perubahan zaman. Namun UMNO terus berdiri kerana kekuatannya bukan terletak pada nama semata-mata, tetapi pada jiwa perjuangan ahli-ahlinya yang tetap setia mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Sebagai Presiden UMNO, antara perkara yang paling menggembirakan saya adalah melihat semakin ramai anak muda memilih untuk bersama UMNO melalui pendaftaran keahlian secara dalam talian. Ini memberi isyarat bahawa UMNO terus bergerak seiring peredaran zaman dan masih diyakini sebagai wadah penting dalam mempertahankan kestabilan serta masa depan negara.
Sesungguhnya, perjuangan ini masih belum selesai. Masih banyak yang perlu kita bina, kita satukan dan kita perbetulkan demi generasi akan datang. Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kekuatan akar umbi, UMNO akan terus melangkah gagah menuju usia 100 tahun sebagai “Rumah Bangsa”.. rumah besar perjuangan bangsa.
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80.
Hidup UMNO!
#umno80
#hariumno2026
#rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥: 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧
Alhamdulillah, selesai sudah Musyawarah Nasional yang berlangsung hari ini dengan membawa tema “Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?”.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kelima-lima pengerusi teras yang telah membentangkan dapatan, pandangan serta cadangan meliputi aspek agama, politik, ekonomi, pendidikan serta sosial dan budaya.
Banyak perkara yang telah diketengahkan secara matang, berfakta dan penuh tanggungjawab demi mencari jalan ke hadapan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.
Apa yang penting, Musyawarah Nasional ini bukanlah medan untuk kita menyemarakkan kebencian atau perpecahan. Sebaliknya, ia diwujudkan sebagai ruang untuk kita bermuhasabah, membedah realiti secara matang, memisahkan antara persepsi dan fakta serta mencari penyelesaian secara berhemah berpandukan ilmu, hikmah dan semangat kebersamaan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang hadir, bertanyakan soalan serta berkongsi pandangan sepanjang berlangsungnya Musyawarah Nasional sebentar tadi.
Jelas dapat dilihat bahawa kita semua mempunyai harapan yang sama iaitu mahu melihat bangsa ini terus maju, dihormati dan mempunyai masa depan yang lebih baik di tanah airnya sendiri.
Moga segala usaha dan ikhtiar ini menjadi asbab kepada masa depan yang lebih baik buat agama, bangsa dan tanah air tercinta. Insya-Allah.
#musyawarahnasional
#suarabangsa
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐈𝐛𝐮, 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐆𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚
Di sebalik kekuatan dan keteguhan sesebuah keluarga, ada seorang wanita yang tidak pernah berhenti berkorban. Dalam diamnya ada doa yang tidak putus.. dalam lelahnya ada kasih yang tidak pernah berkurang.
Begitulah besarnya kasih seorang ibu.
Bersempena Sambutan Hari Ibu 2026 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan setulusnya buat seluruh ibu di Malaysia. Anda semua adalah wanita luar biasa.. wanita besi yang sentiasa kuat menghadapi segala cabaran demi anak-anak dan keluarga tercinta.
Selamat Hari Ibu juga saya titipkan buat Allahyarhamah ibu saya yang sentiasa ada dalam doa dan ingatan, buat isteri tercinta yang menjadi ibu kepada anak-anak kami, serta ibu-ibu kepada cucu-cucu saya yang banyak mencurahkan kasih sayang dan pengorbanan kepada keluarga.
Doa seorang ibu itu sangat besar nilainya. Dalam setiap langkah kehidupan kita, ada doa dan restu mereka yang sentiasa mengiringi.
Hargailah ibu kita selagi masih ada di sisi. Luangkan masa untuk mereka, peluk mereka dan ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak pernah mampu dibalas sepenuhnya.
Buat ibu-ibu yang telah pergi menghadap ilahi, kirimkanlah doa dan al-Fatihah buat mereka. Sesungguhnya, seteguh kasih seorang ibu itulah yang menjadi kekuatan dalam membina keluarga yang bahagia, melahirkan generasi yang berjaya dan membentuk masyarakat yang penuh nilai serta kasih sayang.
Selamat Hari Ibu 2026 buat semua wanita hebat di Malaysia.
#hariibu2026
#seteguhkasihibu -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, hari ini saya dapat pulang ke Bagan Datuk untuk bersama masyarakat setempat dalam Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026.
Program MARA Prihatin ini menghimpunkan pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti bagi membantu rakyat yang memerlukan, khususnya anak-anak muda dan keluarga yang sedang berdepan cabaran kehidupan hari ini.
Dalam ucapan sebentar tadi, saya turut menekankan kepentingan memperkukuh agenda pendidikan dan TVET berteraskan teknologi masa depan, di samping memastikan bantuan yang disalurkan lebih bersasar, cepat dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Saya juga sempat menyampaikan beberapa bantuan melibatkan pendidikan, kebajikan serta pembangunan komuniti kepada pelajar, keluarga dan masyarakat setempat, termasuk inisiatif Yayasan Pelajaran MARA, GIATMARA dan Rural Capital Berhad.
Saya berharap usaha seperti ini akan terus menjadi jambatan harapan buat rakyat dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak kita untuk melakar masa depan yang lebih baik. Insya-Allah.
#maraprihatin
#60tahunmara
#bagandatuk
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Insya-Allah, esok saya akan bersama menghadiri Musyawarah Nasional yang akan membincangkan topik “Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?” bersama tokoh masyarakat, ilmuwan, agamawan, profesional, ahli akademik, teknokrat dan pelbagai pemegang taruh dalam pelbagai segmen.
Perbincangan akan memberi fokus kepada lima teras utama iaitu sosial, ekonomi, politik, pendidikan serta nilai dan jati diri dalam usaha mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berimpak terhadap pelbagai cabaran semasa bangsa Melayu.
Insya-Allah, jumpa semua esok.
#musyawarahnasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bertemu Shaykh Mufti Ismail Menk. Banyak pandangan dan perkongsian yang cukup memberi manfaat dapat saya dengar daripada beliau. Sentiasa tenang dan penuh hikmah dalam menyampaikan dakwahnya.
Insya-Allah, Mufti Menk akan berada di program “Beyond Imagination Jannah” yang berlangsung di PICC hari ini.
Moga kehadiran beliau di negara ini terus membawa kebaikan dan memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk terus mendekati ilmu serta memperkukuh nilai dalam kehidupan. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐈𝐌𝐁𝐔𝐍 𝟐.𝟎: 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐣𝐚. 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟. 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭.
Rakyat hari ini mahu melihat perbahasan atau wacana yang membincangkan idea segar, keberanian mengupas agenda dan pencarian solusi yang benar-benar mampu memberi manfaat kepada negara serta masa depan generasi akan datang.
Saya menyambut baik usaha Pemuda UMNO Malaysia menganjurkan RIMBUN 2.0 yang membawa tema “Satu Meja. Pelbagai Perspektif. Satu Matlamat: Kedaulatan Ekonomi Negara”.
RIMBUN 2.0 menghimpunkan pelbagai pandangan, idea dan kepakaran dalam satu meja rundingan demi satu matlamat besar iaitu memperkukuh kedaulatan ekonomi negara. Program ini turut menghimpunkan tokoh, golongan profesional, mahasiswa, usahawan serta anak muda untuk bersama berkongsi pandangan dan membina masa depan negara.
Saya percaya, masa depan ekonomi negara tidak boleh dibentuk tanpa suara dan penglibatan generasi muda.
Kepada yang berkelapangan, jemput hadir bersama esok di Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur yaa.
#rimbun2.0
#pemudaumnomalaysia
#pemudacarakita -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝐑𝐌𝟏𝟒𝟑,𝟐𝟑𝟗.𝟎𝟎 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧
Saya amat tersentuh dengan semangat solidariti dan kebersamaan yang ditunjukkan oleh seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui inisiatif Kutipan Derma Solidariti KEMAS bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.
Insiden ini juga turut melibatkan empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, selain turut menjejaskan 83 orang kanak-kanak daripada empat kelas TABIKA di kawasan berkenaan.
Melalui usaha murni ini, sebanyak RM143,239.00 berjaya dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu melalui TABIKA, kelas-kelas kemahiran dan program komuniti KEMAS seluruh negara bagi membantu warga KEMAS yang terjejas akibat insiden kebakaran tersebut.
Bagi saya, musibah ini bukan sekadar kehilangan kediaman atau kemudahan pembelajaran, tetapi turut memberi kesan kepada kelangsungan pendidikan awal anak-anak yang merupakan amanah besar kepada negara. Justeru, bantuan yang disalurkan ini amat penting bagi memastikan kebajikan keluarga yang terjejas terus terbela dan proses pengajaran serta pembelajaran anak-anak TABIKA dapat diteruskan secepat mungkin.
Dana yang terkumpul akan digunakan bagi membantu kelurga kanak-kanak TABIKA dan PPMS di terjejas akibat kebakaran di samping membiayai pembelian peralatan dan bahan pembelajaran bagi kanak-kanak tersebut. Ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan secepat mungkin demi kepentingan anak-anak didik KEMAS.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KEMAS, para penyumbang serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha solidariti ini. Semoga nilai kebersamaan dan keprihatinan ini terus menjadi kekuatan kita untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.
#solidaritikemas
#kemas #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
Dalam kehidupan seharian, amanah dan janji adalah tanggungjawab yang mesti dipelihara dengan penuh keikhlasan.
Begitu juga dengan solat, yang menjadi tiang utama dalam membentuk disiplin, keimanan dan hubungan kita dengan Allah SWT.
Semoga kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa istiqamah menjaga amanah dan tidak lalai dalam ibadah.
#risalahjumaat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐝𝐢𝐭𝐢
Setibanya saya di Dewan Sawit, MPOB Bangi petang tadi, saya disambut cukup meriah oleh para pelajar IPT dan anak-anak muda yang hadir menjayakan Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Melihat semangat mereka, saya yakin semakin ramai generasi muda mula melihat sektor agrikomoditi ini sebagai bidang yang mempunyai masa depan yang besar.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa sektor agrikomoditi hari ini perlu bergerak seiring dengan teknologi, inovasi, mekanisasi dan pembangunan industri bernilai tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada anak muda.
Sebab itu, saya mahu agenda TVET Pertanian terus diperkasa bagi melahirkan generasi baharu yang mahir dan mampu membawa sektor ini ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing.
Saya juga percaya Skuad Agrikomoditi yang saya luncurkan sebentar tadi mampu menjadi jambatan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian dan komoditi, di samping membawa lebih ramai belia mendekati sektor yang menjadi antara kekuatan utama ekonomi negara ini.
Tahniah saya ucapkan kepada KPK. Insya-Allah, usaha memperkukuh sektor agrikomoditi akan terus digerakkan supaya lebih ramai anak muda melihat bidang ini sebagai kerjaya masa depan yang membanggakan.
#agrikomoditi #kpk
#skuadagrikomoditi
#tvetpertanian -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Cabaran sosial masa kini semakin kompleks.. semuanya saling berkait dan sedang berlaku di depan mata kita. Kesejahteraan sosial hari ini bukan lagi berkisar soal bantuan atau kebajikan sahaja, tetapi soal keselamatan rakyat dan ketahanan keluarga.
Sebab itu, saya percaya dasar sosial negara tidak boleh lagi bergerak secara terpisah atau menunggu sesuatu isu menjadi parah baru mahu bertindak.
Semasa melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 sebentar tadi, saya telah menggariskan tiga anjakan besar yang perlu diberi perhatian iaitu daripada bantuan kepada keberdayaan; daripada silo kepada satu ekosistem yang bergerak bersama melibatkan pelbagai pihak; serta daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan supaya tindakan dapat dilakukan lebih awal sebelum sesuatu masalah menjadi lebih besar.
Penghargaan saya ucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta semua pihak yang terlibat dalam merangka pelan tindakan ini secara bersama.
Harapan saya, semoga segala usaha yang digerakkan ini benar-benar mampu memperkukuh kesejahteraan rakyat serta membina masyarakat yang lebih terlindung, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
#dasarsosialnegara
#ptdsn20262030 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya banyak terbaca di media sosial kebelakangan ini, ramai yang bertanya sama ada perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan secara LIVE atau tidak.
Alhamdulillah, seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, RTM dan Unifi TV telah dilantik sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia.
Jadi, dah confirm rakyat Malaysia boleh saksikan Piala Dunia secara LIVE nanti.
Sekarang tinggal satu soalan.. nak sokong pasukan mana?
Kredit: BERNAMA
#fifaworldcup2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya sempat singgah ke HAVOC Food Festival di WTC melihat jualan makanan yang disediakan di sini. Memang banyak pilihan.. macam-macam ada 😄
Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan memeriahkan Sambutan 60 Tahun MARA ini. Sokongan anda semua sangat bermakna, terutamanya kepada usahawan tempatan yang berniaga di sini.
Kalau kita buat lagi tahun depan okay ke?
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Usai program di Dewan Merdeka, saya sempat singgah ke Festival Muzik IPMA yang turut berlangsung di WTC KL sempena Sambutan 60 Tahun MARA.
Kebetulan ada persembahan daripada kumpulan MARESMAF Wind Orkestra (MAWO), anak-anak hebat MRSM Ulul Albab FELDA Trolak. Seperti biasa.. persembahan mereka cukup memukau. Kualitinya bukan biasa-biasa, memang bertaraf antarabangsa.
Inilah generasi MRSM yang cukup istimewa. Menghafaz al-Quran, cemerlang akademik.. dalam masa yang sama mampu menguasai muzik hingga menjuarai pentas dunia di Prague tahun lalu.
Bangga saya melihat mereka beraksi. Inilah bukti bahawa MARA telah melahirkan generasi yang serba boleh, berdisiplin dan mampu membawa nama Malaysia ke peringkat global.
Hebat anak-anak MRSM ni.. inilah Gen MARA!
#mara60tahun
#menjunjungamanah
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐆𝐞𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀!
Semasa melangkah masuk ke Perhimpunan Kami Gen MARA pagi tadi, saya cukup teruja melihat Dewan Merdeka WTC dipenuhi ribuan alumni, warga MARA dan keluarga besar ANSARA Malaysia. Semangat Gen MARA ini memang luar biasa.. rasa kebersamaan dan jati diri tu cukup kuat.
Saya turut berpeluang berkongsi pandangan dalam sesi ‘Unplugged ANSARA’ bersama Presiden ANSARA, saudara Taufiq Hussien. Banyak perkara disentuh berkaitan hala tuju masa depan MARA, pengukuhan tadbir urus, agenda pendidikan serta usaha memperkasa keusahawanan di MARA.
Apa yang saya tekankan, MARA perlu terus relevan untuk semua.. di bandar, perdesaan malah hingga ke peringkat global. Kita mahu MARA lebih mandiri dan bersedia untuk jangka masa panjang.
Saya juga cukup teruja melihat keterlibatan aktif alumni ANSARA yang tampil dengan soalan, pandangan dan idea yang bernas. Inilah kekuatan sebenar MARA.. satu ekosistem yang kukuh dengan jaringan insan yang hebat.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan terus menyumbang kepada perjuangan ini. Semangat ini yang akan terus membawa MARA melangkah lebih jauh ke hadapan.
#ansaramalaysia
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Semasa saya melawat reruai usahawan petang tadi, saya dibawa ke reruai FELCRA untuk bertemu dengan Chik Ah.
Pengusaha dodol yang pernah tulis surat kepada saya. Dapat juga saya bertemu dengan Chik Ah. Makin famous Chik Ah sekarang.
Saya doakan semoga Chik Ah terus diberikan kesihatan yang baik dan perniagaan tradisi ini terus beroleh kejayaan. Aamiin. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Dari Putrajaya, saya terus ke WTC Kuala Lumpur untuk bersama para usahawan MARA di sini dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Ekosistem Halal MARA.
Industri halal hari ini membawa makna yang jauh lebih besar. Ia menjadi simbol kepercayaan, kualiti dan integriti yang semakin diyakini di peringkat global.
Saya mahu melihat usahawan Bumiputera berada di barisan hadapan, menguasai pengeluaran, inovasi dan pasaran halal antarabangsa.
Justeru, hala tuju Ekosistem Halal MARA yang saya gariskan sebentar tadi memberi tumpuan kepada pengukuhan kepakaran halal, peluasan program bimbingan dan pensijilan, percepatan pendigitalan melalui MyHALAL MARA serta pembangunan ekosistem pendidikan keusahawanan halal yang lebih tersusun untuk melahirkan bakat baharu.
Insya-Allah, langkah ini akan membuka ruang yang lebih luas untuk usahawan Bumiputera melangkah lebih jauh dan bersaing di peringkat global.
#ekosistemhalalmara
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐔𝐬𝐢𝐚 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧
Perjuangan ini tidak boleh dilihat hanya untuk hari ini sahaja.. tetapi untuk masa depan yang lebih jauh, menuju 100 tahun UMNO nanti.
Kita mahu membina generasi Melayu yang kuat jiwanya, jernih akalnya dan tinggi akhlaknya. Generasi yang mampu memimpin, mencipta dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru, lima teras ini saya gariskan sebagai panduan untuk dua dasawarsa akan datang.
Bukan sekadar untuk memperkukuh parti.. tetapi untuk melahirkan manusia yang berjiwa besar, berilmu dan bersatu dalam kepimpinan.
#konvensyen80tahunumno
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#dulukiniselamanya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya telah menegaskan bahawa ukuran kejayaan kini tidak lagi boleh dilihat pada jumlah projek atau peruntukan semata-mata.. tetapi pada perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kita perlu mempertahankan pendapatan rakyat desa dan pada masa yang sama membina ekosistem yang lebih kukuh. Di sinilah pentingnya Ekonomi Desa Nasional sebagai pendekatan baharu untuk mengangkat desa sebagai pusat nilai dan peluang pertumbuhan.
Kita tidak boleh hanya membantu.. kita mesti membina sistem yang memberi peluang, pasaran dan nilai.
Potensi desa sebenarnya besar. Jika disusun dengan baik, insya-Allah desa boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu negara.
Datuk Muhd Khair Razman telah meninggalkan legasi besar sepanjang menerajui KKDW. Banyak asas kukuh yang telah dibina dan ia akan terus menjadi asas kekuatan kepada kementerian ini.
Hari ini, saya juga mengalu-alukan kehadiran Dato’ Sri Suriani Ahmad sebagai KSU KKDW yang baharu. Dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, saya yakin KKDW akan terus dipacu dengan pendekatan yang lebih dinamik dan berimpak.
Insya-Allah, dengan semangat Amanah, Zahir dan Hasil yang saya gariskan sebentar tadi, KKDW akan terus melangkah ke hadapan dalam mengangkat desa sebagai kekuatan masa depan Malaysia.
#ekonomidesanasional
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐨𝐦𝐛𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Setiap detik kecemasan menuntut keberanian yang luar biasa. Dalam saat genting itulah, anggota bomba tampil ke hadapan tanpa ragu.. menggalas tanggungjawab demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
Bersempena Hari Bomba Sedunia yang disambut pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas komitmen, disiplin serta pengorbanan yang tidak pernah mengenal batas waktu.
Saya mendoakan semoga seluruh warga bomba terus diberi kekuatan, perlindungan dan kecekalan dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini.
Selamat Hari Bomba Sedunia.
#jbpm
#haribombasedunia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧: 𝟑 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐔𝐌𝐍𝐎
Masa depan perlu dibina dengan keberanian untuk berubah dan kebijaksanaan menyusun langkah.
Tiga agenda besar ini menjadi asas kita:
1. Rumah Bangsa
2. Musyawarah Nasional
3. Grand Collaboration
Ini ikhtiar kita bersama untuk memperkukuh perjuangan dan membina masa depan yang lebih baik demi agama, bangsa dan tanah air.
Insya-Allah.
#konvensyen80tahunumno
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#dulukiniselamanya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
MARA bukanlah sekadar tentang sebuah institusi, tetapi tentang kisah anak desa yang diberi peluang, keluarga yang diangkat martabatnya, serta usahawan yang dibimbing sehingga berjaya. Inilah amanah besar yang terus dipikul dalam memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Dalam Majlis Malam Gala Persada MARA malam tadi, saya telah menegaskan bahawa MARA hari ini telah berkembang sebagai sebuah ekosistem pembangunan yang menyeluruh, merangkumi pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan pelaburan strategik.
Kejayaan seperti MRSM serta kebolehpasaran tinggi graduan TVET MARA yang kini mencecah 98% membuktikan bahawa pendekatan yang kita bina mampu melahirkan generasi yang seimbang, berilmu dan berdaya saing.
Melangkah ke hadapan, MARA perlu bergerak daripada sekadar membuka peluang kepada membina penguasaan. Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja menjadi penerima manfaat, tetapi pencipta peluang dan pemimpin masa depan negara.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Persada MARA malam tadi, termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, alumni MARA yang menerima Anugerah Legasi Ikon Alumni MARA.
Sesungguhnya perjalanan ini masih belum selesai. Enam dekad adalah asas.. dan masa depan adalah medan untuk kita melangkah lebih jauh.
Teruskanlah "Menjunjung Amanah Rakyat".
#galapersadamara
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Petang tadi saya meluangkan masa melawat ke reruai-reruai di Karnival Pendidikan MARA 2026 sempena Sambutan 60 Tahun MARA di WTC Kuala Lumpur.
Pelbagai reruai daripada institusi pendidikan di bawah MARA serta rakan pendidikan lain turut mengambil bahagian, mempamerkan kepakaran, peluang pengajian dan laluan masa depan untuk anak-anak muda. Menarik melihat bagaimana ekosistem pendidikan ini terus berkembang dan memberi pilihan yang lebih luas.
Memang meriah! Pelbagai pameran, produk dan inisiatif ditampilkan, mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Sambutan ini akan berlangsung sehingga 5 Mei nanti. Kepada yang berkelapangan, jemputlah datang yaa.
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Enam dekad perjalanan MARA adalah satu legasi besar dalam membina kekuatan bangsa. Ia bermula dengan usaha mengangkat masyarakat desa.. hari ini berkembang sebagai institusi besar yang menjadi tunjang pemerkasaan Bumiputera dalam pendidikan, keusahawanan dan ekonomi negara.
Hari ini di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, saya turut bersama dalam Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun MARA yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa MARA perlu melangkah ke fasa seterusnya dengan lebih berani dan tersusun. Kekuatan dalaman mesti diperkukuh melalui pelaburan strategik, tadbir urus yang kukuh serta keupayaan menjana nilai sendiri agar MARA mampu berdiri lebih mandiri pada masa hadapan.
Saya juga menyambut baik tujuh tujahan strategik yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri. Antaranya memperkukuh MARA sebagai konglomerat bertaraf global; memperluas penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera; memperkasa modal insan mahir; membuka laluan PMKS ke Bursa; membina ekosistem satu bumbung; melahirkan syarikat berdaya saing global serta memperkukuh integriti; dan ketelusan dalam tadbir urus.
Inilah arah yang jelas untuk memastikan MARA terus relevan, sekali gus melonjakkan peranan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dalam ekonomi negara dan ke peringkat global.
Insya-Allah, usaha memperkukuh MARA akan terus menjadi keutamaan kita demi masa depan generasi yang lebih baik.
#60tahunmara
#menjunjungamanah
#mara #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 – 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Pembangunan industri halal yang konsisten telah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju global, merangkumi piawaian pensijilan hingga kepada pengembangan ekosistem ke peringkat antarabangsa.
Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan daya saing negara, malah membuka peluang lebih luas khususnya kepada Bumiputera dalam rantaian nilai global.
Semangat ini seiring dengan aspirasi UMNO dalam memperkasa ekonomi dan memelihara kepercayaan dalam pembangunan industri halal.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Pertama: Sistem pendidikan pelbagai laluan. Tidak semua anak mempunyai bakat dan ukuran kecemerlangan yang sama. Maka, sistem mesti lebih anjal dan adil, dengan laluan akademik, TVET, tahfiz, digital, keusahawanan, seni, sukan dan inovasi yang seimbang.
Kedua: Pendidikan prasekolah perlu diperluas. Pendidikan bermula sejak awal usia, bukan di sekolah menengah atau universiti. Asas yang lemah akan memberi kesan sepanjang hayat. Oleh itu, akses kepada prasekolah berkualiti mesti diperluas, khususnya di luar bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta komuniti rentan.
Ketiga: Wakaf Pendidikan Bumiputera mesti diperkasakan. Tradisi wakaf sebagai sumber pembinaan ilmu perlu dihidupkan semula untuk membiayai biasiswa, membantu pelajar miskin dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan. Wakaf ialah dana jangka panjang demi masa depan bangsa.
Keempat: Guru mesti dimartabatkan. Guru ialah pembina jiwa, bukan sekadar penyampai silibus. Kebajikan, latihan, beban tugas dan kemudahan sekolah perlu diberi keutamaan agar guru dapat fokus mendidik, bukan dibebani urusan pentadbiran.
Kelima: Hala tuju pendidikan negara mesti jelas. Pendidikan bukan sekadar mengejar ranking atau memenuhi pasaran kerja, dan tidak wajar dipolitikkan. Ia mesti bersifat inklusif, progresif dan berteraskan nilai.
#kongrespendidikanbumiputera
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#dulukiniselamanya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Pertama: Pendidikan Mesti Membina Manusia.
Kita tidak boleh melahirkan generasi yang hanya pintar akalnya, tetapi kosong jiwa. Kita tidak boleh membentuk manusia yang hebat teknologinya, tetapi rapuh akhlaknya.
Kedua: Pendidikan Mesti Membina Ekonomi.
Realitinya, Ekonomi masa hadapan memerlukan anak bangsa yang bukan sahaja berilmu, tetapi berkemahiran, celik teknologi dan mampu mencipta nilai dalam dunia yang berubah pantas.
Ketiga: Pendidikan Mesti Membina Negara.
Pendidikan tidak boleh hanya melahirkan pekerja. Pendidikan mesti melahirkan warganegara. Pendidikan mesti membentuk manusia yang memahami sejarah negaranya, menghormati Perlembagaan, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, memartabatkan Bahasa Melayu, menghormati kepelbagaian kaum dan agama, serta memiliki jati diri Malaysia.
#kongrespendidikanbumiputera
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#dulukiniselamanya -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam tadi, juga bersempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80, saya telah merasmikan Pemukiman Penerangan UMNO dan turut bersama dalam sesi bersama barisan penerangan.
Seperti yang sering saya sebutkan, medan komunikasi hari ini telah banyak berubah. Media digital kini menjadi ruang utama rakyat mendapatkan maklumat dan membentuk pandangan. Justeru, pendekatan komunikasi juga perlu bergerak seiring dengan realiti semasa.
Apa yang penting, kita terus memastikan setiap mesej dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh rakyat.
Saya berharap pemukiman ini menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan menyatukan gerak kerja dalam membina kekuatan bersama ke hadapan.
Insya-Allah.
#peneranganumno
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menjelang ulang tahun UMNO ke-100 nanti..
Saya mengimpikan Melayu yang tidak luntur jiwa keIslamannya. Benar-benar memahami rukun agama, tidak terpisah dari jasad dan rohnya.
Saya mengimpikan anak-anak Melayu yang kental jati dirinya, yang menjaga maruah.. yang tinggi adab dan mulia akhlaknya.
Saya mengimpikan Melayu yang menjadi inventor, mencipta idea, mencipta nilai dan memangkin kemajuan nusa dan bangsa..
Saya mengimpikan Melayu yang bersepakat, menenun jaringan dan berpaut pada satu kekuatan.
Saya mengimpikan Melayu yang menjadi ikutan, menjadi tunjang kepada negara majmuk yang rencam, berbilang latar dan lapisan.
Ini lah generasi Melayu yang kita semua dambakan – berakar pada iman, berakal dalam tindakan, berdaya dalam ciptaan, berjiwa besar dalam perjuangan dan bersatu dalam kepimpinan.
#konvensyen80tahunumno
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, selesai sudah Konvensyen 80 Tahun UMNO.
Lapan dekad, UMNO mengikat tali penyatuan bangsa..
Lapan dekad, UMNO mengharungi suka dan duka...
Lapan dekad, UMNO menganjak pemikiran dan jiwa..
Lapan dekad, UMNO mencorak destini masa depan
negara..
Hari ini, UMNO berada di satu detik penentuan. Kita tidak boleh lagi bergerak seperti biasa. Kita mesti berani melakukan anjakan, memperbaiki kelemahan dan menyusun semula kekuatan untuk terus kekal relevan.
Lapan dasawarsa perjalanan ini bukan mudah. Kita pernah diuji, pernah jatuh dan pernah berdepan perpecahan. Namun Alhamdulillah, UMNO tidak pernah mati. Setiap kali diuji, kita bangkit dengan kekuatan yang baharu.
Tiga agenda: Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Grand Collaboration perlu diperkukuhkan dan menjadi asas bagi 20 tahun yang mendatang.
Justeru menuju UMNO ke-100 tahun, saya telah gariskan lima teras yang perlu kita pegang bersama:
1. Memperkasa dakwah sebagai asas kekuatan ummah.
2. Menjadi induk kepada kestabilan politik negara.
3. Membina UMNO sebagai talent factory yang melahirkan cendekiawan dan kepimpinan masa depan.
4. Menyatukan fikrah kepimpinan Melayu.
5. Menyuburkan budaya ilmu dan tafaqquh untuk merencana dasar dan membentuk kefahaman umat.
Inilah arah yang perlu kita bawa, menyatukan kekuatan, membina generasi dan memastikan UMNO terus menjadi wadah yang memberi makna kepada agama, bangsa dan negara.
Insya-Allah, kita teruskan perjuangan ini, bersama.
#konvensyen80tahunumno
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐓𝐕𝐄𝐓 – 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
TVET terus diperkasa sebagai teras pembangunan modal insan negara, membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menjadi tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen dalam membina ekonomi yang berdaya saing, selari dengan keperluan masa depan serta aspirasi pembangunan negara.
Semangat ini juga seiring dengan perjuangan UMNO dalam memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan kemahiran sebagai asas kemajuan.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Memasuki hari kedua Sambutan Hari UMNO ke-80, saya sempat singgah ke pertandingan pidato yang sedang berlangsung di ruang legar WTC Kuala Lumpur.
Hebat-hebat anak muda kita ni berpidato yaa. Saya juga berpeluang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang mengambil bahagian.
Tahniah juga saya ucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah pimpinan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi atas penganjuran pertandingan ini. Inisiatif seperti ini memberi ruang kepada generasi pelapis untuk menyerlahkan bakat dan membina keyakinan diri.
Teruskan momentum ini. Kita perlukan lebih banyak ruang seperti ini untuk melatih suara-suara masa depan.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Semalam kita ber-pickleball.. hari ini saya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menunaikan solat Subuh berjemaah dan bersarapan bersama.
Pemuda UMNO yang diketuai Datuk Dr. Akmal Saleh sebenarnya telah berada di Yayasan Al-Falah sejak semalam lagi, bermalam dan mengisi masa dengan qiamullail.
Alhamdulillah, dalam ruang pagi ini saya sempat mendengar sendiri perkembangan dan aspirasi mereka. Insya-Allah, apa yang saya lihat dan dengar ini akan menjadi sebahagian daripada intipati yang akan saya kongsikan dalam ucapan saya petang nanti.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#pemudacarakita
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Sambutan Hari UMNO ke-80.
Teruja saya bila nampak ramai betul anak-anak muda yang hadir. Saya tengok barisan di kaunter pendaftaran ahli tadi pun boleh tahan panjangnya.. ada yang baru nak mendaftar dan ada juga yang datang untuk ambil kad keahlian khas sempena sambutan kali ini. Alhamdulillah..
Kalau ada sesiapa yang nak mendaftar dan collect kad keahlian, boleh lah datang esok ke WTCKL yaa.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐒𝐮𝐫𝐯𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Pendidikan adalah janji perjuangan. Daripadanya lahir peluang, terangkat martabat dan terbina masa depan bangsa. Namun hari ini, kita tidak boleh sekadar berbangga dengan apa yang telah dibina.
Kita mesti berani melihat realiti dengan jujur. Sistem pendidikan kini berdepan tekanan baharu daripada perkembangan teknologi, kecerdasan buatan dan ekonomi global, di samping isu lama seperti akses, kualiti serta jurang peluang yang masih belum selesai. Pendidikan hari ini bukan lagi sekadar soal bilik darjah, tetapi soal survival bangsa.
Dalam kongres ini, saya telah menggariskan lima fokus pembaharuan iaitu sistem pendidikan pelbagai laluan yang lebih anjal; peluasan pendidikan prasekolah; pemerkasaan wakaf pendidikan Bumiputera; pemartabatan guru; serta hala tuju pendidikan negara yang lebih jelas dan berteraskan nilai.
Pendidikan mesti kembali kepada fungsi asalnya iaitu membina manusia yang seimbang antara ilmu dan nilai. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memperkasa ekonomi dengan mengangkat TVET sebagai laluan bermaruah serta memperluas peranan pendidikan tahfiz dalam melahirkan huffaz profesional.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembentang dan ahli panel atas cadangan serta resolusi yang dikemukakan. Insya-Allah, saya akan memastikan ianya diberi perhatian sewajarnya dalam memperkukuh hala tuju pendidikan negara.
#kongrespendidikanbumiputera
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sebentar tadi, saya sempat luangkan masa ke sesi Meet & Greet Pemuda UMNO bersama Ahli Baharu di gelanggang pickleball The Hood, WTC.
Semalam Dr. Akmal ada seru saya turun ke sini.. mana mungkin saya lepaskan peluang untuk bersama dengan anak-anak muda terutama yang baharu menjadi ahli ini. Memang meriah!
Saya pun tak lepaskan peluang untuk turun beraksi. Kali pertama cuba main pickleball.. sekarang saya dah faham kenapa anak-anak muda suka permainan ni.
Nasib saya pakai baju batik sebab ada back-to-back program je, kalau tak memang saya lagi perform.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#pemudacarakita
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 - 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 & 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠
Di bawah kepimpinan UMNO, inisiatif Huffaz moden terus diperkasa bagi membentuk generasi yang menguasai Al-Quran tanpa mengabaikan kecemerlangan akademik.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan UMNO dalam melahirkan insan seimbang, berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Setibanya saya di WTCKL sempena Sambutan Hari UMNO ke-80 hari ini, saya sempat singgah ke Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026 anjuran Wanita UMNO Malaysia.
Buat julung kalinya pertandingan seperti ini diadakan, dan saya melihatnya sebagai satu usaha yang baik dalam mengangkat seni nasyid sebagai sebahagian daripada identiti yang ingin kita suburkan.
Saya juga sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada semua peserta dari 10 negeri yang mengambil bahagian. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan benar-benar membanggakan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Wanita UMNO Malaysia atas inisiatif ini. Teruskan usaha memperkasa program yang mendekatkan kita dengan nilai, seni dan jati diri.
#umno80tahun
#umno #rumahbangsa
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik kemajuan sesebuah negara, ada usaha yang tidak pernah berhenti dan pengorbanan yang jarang terlihat.. dari sektor awam ke swasta, dari bandar ke desa.. semuanya digerakkan oleh tangan-tangan yang bekerja dengan penuh dedikasi.
Pagi tadi, saya bersama ribuan warga kerja dari seluruh negara dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya sentiasa percaya, kekuatan sebenar negara terletak pada kualiti pekerjanya. Tanpa anda semua, kita tidak mungkin mampu mencapai tahap yang ada hari ini.
Sebagai Menteri yang menerajui KKDW, saya bangga apabila Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPRSM) dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Terbaik Negara bagi kategori Badan Berkanun. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga RISDA atas pencapaian yang cukup membanggakan ini.
Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada seluruh pekerja di Malaysia. Terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan.
Teruslah menjadi tonggak kepada kemajuan Malaysia yang kita cintai ini.
#haripekerja2026
#pekerjakesumabangsa
#kkdw #risda
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Dunia digital hari ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Daripada urusan kewangan, perkhidmatan Kerajaan hinggalah kepada pendidikan dan perniagaan, semuanya kini berlangsung dalam ekosistem yang semakin luas dan pantas.
Di sebalik kemudahan ini, satu perkara menjadi asas kepada segalanya.. “kepercayaan”. Tanpa kepercayaan, sistem digital tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Justeru, aspek keselamatan dan pengesahan identiti digital perlu terus diperkukuh sebagai satu tanggungjawab bersama.
Semasa berucap dalam Forum ‘Powering Trusted Access Across Malaysia’s Digital Ecosystem’ sebentar tadi, saya menyatakan bahawa MyDigital ID memainkan peranan penting dalam membina asas ini. Ia membuka laluan ke arah sistem yang lebih selamat, lancar dan diyakini, dengan pendekatan “one key” yang memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan.
Melalui pertukaran Memorandum Persefahaman antara MyDigital ID Sdn Bhd dan rakan kerjasama strategik yang saya saksikan, jelas menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem digital negara. Kerjasama seperti ini penting bagi memastikan pembangunan digital terus bergerak secara tersusun dan berdaya tahan.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat dan negara secara keseluruhan.
#mydigitalid
#ekosistemdigital
#transformasidigital -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐒𝐎𝐊!!!
Insya-Allah, kita akan berhimpun di WTC Kuala Lumpur untuk meraikan satu detik yang cukup bermakna dalam perjalanan parti ini.
Jemput hadir beramai-ramai untuk kita meriahkan Sambutan Hari UMNO ke-80 seperti ketetapan berikut:
📅 1 - 5 Mei 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur
Pelbagai pengisian menarik menanti. Antara program utama:
✅ Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
✅ Konvensyen 80 Tahun UMNO
✅ Pameran pendidikan dan TVET
✅ Forum akademik dan wacana semasa
✅ Aktiviti Pemuda, Wanita dan Puteri
✅ Program melibatkan usahawan dan anak muda
Inilah ruang untuk kita mengimbau perjalanan yang telah dilalui, sambil menyusun langkah ke hadapan.
Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#hariumno80 #umno80
#umno #dulukinidanselamanya
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐋𝐂 𝐁𝐢𝐨𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Perkembangan global hari ini menuntut kita lebih bersedia, khususnya dalam soal keselamatan tenaga negara.
Sebentar tadi, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Biobahan Api Bil.1/2026. Penubuhan jawatankuasa ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai respons proaktif terhadap krisis tenaga global.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bertindak sebagai urusetia dalam menyelaras pelaksanaan serta memastikan setiap keputusan dapat digerakkan secara bersepadu.
Saya melihat biodiesel daripada komoditi tempatan sebagai langkah strategik yang amat penting kerana ia mampu bertindak sebagai penampan jika berlaku kejutan bekalan luar, di samping membolehkan negara mengawal sebahagian keperluan tenaga secara domestik.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh kolaborasi strategik bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan industri biobahan api menjadi antara pemacu utama kepada keselamatan tenaga, peralihan rendah karbon dan daya saing sektor agrikomoditi negara.
#biobahanapi
#kesiapsiagaannegara
#keselamatantenaganegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
Insya-Allah, kita akan berhimpun di WTC Kuala Lumpur untuk meraikan satu detik yang cukup bermakna dalam perjalanan parti ini.
Jemput hadir beramai-ramai untuk kita meriahkan Sambutan Hari UMNO ke-80 seperti ketetapan berikut:
📅 1 - 5 Mei 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur
Pelbagai pengisian menarik menanti. Antara program utama:
✅ Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
✅ Konvensyen 80 Tahun UMNO
✅ Pameran pendidikan dan TVET
✅ Forum akademik dan wacana semasa
✅ Aktiviti Pemuda, Wanita dan Puteri
✅ Program melibatkan usahawan dan anak muda
Inilah ruang untuk kita mengimbau perjalanan yang telah dilalui, sambil menyusun langkah ke hadapan.
Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#hariumno80 #umno80
#umno #dulukinidanselamanya
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐏𝐅 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
Koperasi Permodalan FELDA (KPF) merupakan sebuah institusi yang sekian lama menjadi tunjang kepada kesejahteraan ekonomi warga FELDA, khususnya dalam menyediakan peluang simpanan, pelaburan serta pulangan dividen kepada ahlinya.
Sebentar tadi, saya telah mendengar pembentangan daripada Pengerusi KPF, Dato’ Mohd Banuri Aris berhubung perkembangan semasa koperasi serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan institusi ini terus terpelihara.
Insya-Allah, usaha memperkukuh KPF akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus dan berimpak, demi memastikan kebajikan serta kepentingan warga FELDA sentiasa terpelihara.
#koperasipermodalanfelda
#kpf #felda
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚, 𝐃𝐏𝐍 𝟐.𝟎 𝐓𝐚𝐦𝐩𝐢𝐥 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Pagi tadi di Cyberjaya, saya telah menyempurnakan majlis Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 bersama barisan penguat kuasa yang menjadi tunjang kepada perlindungan pengguna di negara ini.
Realitinya, cara rakyat berbelanja hari ini sudah jauh berubah. Segalanya kini hanya di hujung jari. Mudah, pantas.. tetapi dalam masa yang sama, risikonya juga semakin besar. Penipuan dalam talian, manipulasi harga, eksploitasi data.. semua ini bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian kita.
Justeru, Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN2.0) diperkenalkan. Kita perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman. Perlindungan pengguna hari ini tidak boleh hanya tertumpu kepada harga dan kualiti, tetapi mesti meliputi risiko dalam ekosistem digital yang semakin kompleks.
Dalam masa yang sama, saya amat menyedari cabaran yang dihadapi oleh pasukan penguat kuasa hari ini. Peranan mereka bukanlah mudah. Mereka berada di barisan hadapan, berdepan dengan pelbagai risiko termasuk aspek keselamatan, demi memastikan hak pengguna terus terpelihara. Medannya juga sudah berubah.. daripada lapangan fizikal kepada ruang digital yang lebih pantas, luas dan mencabar.
Sebab itu saya berpandangan sudah sampai masanya peranan ini diperkukuh ke satu tahap yang lebih tinggi. Secara peribadi, saya merasakan Bahagian Penguat Kuasa ini wajar dipertimbangkan untuk dinaik taraf sebagai Jabatan Penguat Kuasa, selari dengan tanggungjawab dan peranan yang semakin besar hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KPDN dan Penguat Kuasa KPDN atas komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh ekosistem kepenggunaan negara agar lebih telus, lebih adil dan terus diyakini rakyat keseluruhannya.
#dpn2.0 #kpdn
#haripenguatkuasakpdn
#kitapengguna #suarakitakuasakita -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞-𝟗𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐓𝐋𝐃𝐌)
Di sebalik lautan yang luas, berdirinya wira-wira negara yang sentiasa siap siaga menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan tanah air. Dedikasi, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh warga TLDM sentiasa menjadi kebanggaan kita semua.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga TLDM yang tidak pernah mengenal erti lelah demi keamanan perairan negara.
Selamat Ulang Tahun ke-92 saya ucapkan. Semoga TLDM terus kekal sebagai angkatan laut yang berwibawa, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Insya-Allah.
#tldm92
#tldmperkasakedaulatanterpelihara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Saya telah menerima kunjung hormat daripada H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Deputy Chairman of the Board of Trustees Ibn Haldun University dan H.E. Prof. Dr. Erol Özvar, President of the Council of Higher Education Türkiye bersama delegasi Türkiye di pejabat saya di Putrajaya sebentar tadi.
Perbincangan hari ini tertumpu kepada bidang pendidikan, khususnya melibatkan peranan MARA dalam memperluas akses dan kualiti pendidikan, termasuk potensi kerjasama dengan institusi pendidikan kedua-dua negara.
Hubungan Malaysia dan Türkiye dalam sektor pendidikan berada pada landasan yang baik, dengan pelbagai bentuk kerjasama antara institusi kedua-dua negara yang merangkumi pertukaran akademik, penyelidikan serta pembangunan program bersama.
Kami juga sempat menyentuh potensi kerjasama dalam sektor halal yang boleh membuka lebih banyak peluang antara kedua-dua pihak.
Saya berharap pertemuan ini dapat memperkukuh lagi hubungan dua hala Malaysia dan Türkiye, seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, insya-Allah.
#malaysiaturkiye
#pendidikan #mara
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐋𝐂 𝐏𝐚𝐜𝐮 𝐋𝐨𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa Kali Ke-3 bagi menetapkan hala tuju yang lebih jelas untuk mempercepat transformasi desa, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Antara yang dipersetujui adalah usaha mempertingkat infrastruktur sekolah luar bandar melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan MARA, khususnya bagi membantu sekolah di kawasan pedalaman.
Pendidikan awal kanak-kanak di kawasan FELDA juga akan diselaraskan di bawah KEMAS secara berfasa bermula Jun 2026, bagi memastikan penyampaian yang lebih tersusun dan berkualiti.
Dalam masa yang sama, ekosistem digital luar bandar akan terus diperkukuh melalui kerjasama lebih rapat antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pusat Komuniti Desa (PKD) KKDW, supaya kemudahan dan sumber sedia ada dapat dimanfaatkan secara optimum.
Insya-Allah, pendekatan 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒-𝑜𝑓-𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡, 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒-𝑜𝑓-𝑠𝑜𝑐𝑖𝑒𝑡𝑦 dan 𝑑𝑎𝑡𝑎-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑎𝑛𝑐𝑒 akan terus diperkasakan bagi meningkatkan penyelarasan dan keberkesanan pelaksanaan, sekali gus memperkukuh komitmen KKDW dalam merapatkan jurang pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan.
#pembangunandesa
#kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟏
Malam tadi saya turut bersama dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri ke-11 yang mengangkat tema “Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis”.
Forum ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan panel hebat seperti Mr. Necmeddin Bilal Erdoğan, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Mr. Sharif Hasan Al-Banna dan Dr. Khairudin Aljunied, yang masing-masing berkongsi pandangan daripada pelbagai perspektif.
Perbincangan malam tadi membuka perspektif lebih luas tentang bagaimana perkembangan geopolitik memberi kesan kepada kestabilan negara dan kehidupan rakyat. Dalam keadaan yang semakin tidak menentu, kita perlu lebih bersedia, membuat pertimbangan dengan bijaksana serta memperkukuh kesatuan, khususnya dalam kalangan umat Islam.
Semoga wacana seperti ini terus menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan menyatukan pendirian kita dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks.
#fim
#forumilmuwan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 & 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, setiap keputusan perniagaan hari ini dibuat dalam suasana kos yang berubah-ubah dan cabaran global yang sukar dijangka.
Petang tadi saya bersama komuniti perniagaan dalam Majlis Apresiasi Kerajaan bersama Komuniti Perniagaan ACCCIM. Pertemuan seperti ini penting untuk kita berbincang secara terbuka tentang realiti yang dihadapi serta hala tuju yang perlu digerakkan bersama.
Alhamdulillah, asas ekonomi negara kekal kukuh dengan perdagangan yang terus berkembang. Namun, saya amat memahami tekanan yang dihadapi industri hari ini khususnya peningkatan kos operasi dan cabaran rantaian bekalan.
Kerajaan akan terus memperkukuh peranan sebagai pemudah cara melalui penyelarasan dasar, pengurangan birokrasi dan sistem penyampaian yang lebih pantas agar setiap usaha benar-benar memberi kesan di lapangan.
Apa yang penting, kita mesti bergerak sebagai satu ekosistem. Dengan kerjasama erat antara Kerajaan dan komuniti perniagaan, saya yakin kita mampu mendepani cabaran ini dan terus memperkukuh ekonomi negara. Insya-Allah.
#acccim
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.
Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan keafiatan yang berpanjangan serta memberkati pemerintahan Tuanku dalam memayungi rakyat dan negeri dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
“𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭 𝐑𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭𝐦𝐚𝐧” 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐠𝐚𝐫 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
This man is a living legend. Apa yang Dato’ Mohd Azizulhasni Awang lakukan semalam benar-benar luar biasa.
Sesiapa yang menyaksikan pecutan beliau semalam tahu itu bukan sekadar kayuhan biasa, tapi lahir dari semangat dan jiwa seorang juara.
Tahniah Dato’ Azizul. Terima kasih kerana terus mengharumkan nama Malaysia!
#juarakeirinlelaki
#ucitrackworldcup2026
#kitasemuateammas -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Tunku Abdul Rahman bukan sekadar Bapa Kemerdekaan, malah membawa suara Malaysia ke pentas dunia Islam. Sebagai pemimpin UMNO, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama Pertubuhan Kerjasama Islam (1970–1974), mencerminkan kewibawaan kepimpinan negara di peringkat antarabangsa.
Penubuhan OIC lahir susulan Kebakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969, dan kini menghimpunkan 57 negara anggota. Peranan Tunku Abdul Rahman membuktikan UMNO bukan sahaja memperjuangkan kemerdekaan tanah air, tetapi turut mengangkat suara Islam dan Malaysia di persada dunia.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari ini saya terbaca laporan mengenai kisah Chik Ah yang mendapat perhatian BERNAMA.
Terus teringat saya pada beliau melalui sepucuk surat tulisan tangan yang saya terima tempoh hari bersama dodol hasil air tangannya.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menghargai dan menyokong usaha usahawan tempatan, khususnya usahawan desa.
Moga sihat selalu yaa Chik Ah.
BERNAMA
@bernamadotcom
𝗗𝗢𝗗𝗢𝗟 𝗖𝗛𝗜𝗞 𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗚𝗜𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝟭𝟬 𝗔𝗡𝗔𝗞
#ipoh Kematian suami pada 1979 tidak melemahkan semangat Bakiah Omar yang perlu membesarkan 10 orang anak pada ketika itu dan kecekalan tersebut menempatkan wanita berkenaan sebagai antara pengusaha dodol berjaya di Perak.
Berbekalkan resipi asli, Dodol Lemak Manis Memikat Cik Ah menjadi antara kudapan masyarakat setempat, khususnya pada musim perayaan, sejak hampir lima dekad.
Berkongsi perjalanan hidup sebagai ibu tunggal dan pengusaha dodol, Bakiah yang mesra disapa Chik Ah, 89, berkata penglibatannya dalam pembuatan dodol bermula selepas beliau diselubungi kebimbangan untuk mencari wang bagi membeli baju raya anak.
“Selepas suami meninggal, saya menyara anak-anak dengan mengambil upah memetik sayur di kebun orang. Saya gunakan duit itu untuk perbelanjaan harian. Namun, apabila tiba musim raya, saya asyik memikirkan bagaimana hendak cari duit beli baju raya anak-anak,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Jasa, Chemor,.
Berkemahiran membuat dodol - ilmu yang diperoleh ketika membantu jiran mengacau dodol sebagai persiapan menyambut raya dan kenduri - Chik Ah memulakan perniagaan makanan tradisional itu.
Ditemani anak ketujuhnya, Aziati Mohd Salleh yang pada masa itu berusia sembilan tahun, wanita berkenaan cekal menjunjung bakul berisi dodol, menaiki bas henti-henti menuju bandar Ipoh. Pasarannya ketika itu ialah pejabat kerajaan.
lifestyle.bernama.com/news.php?id=2548682
📷 Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA
#bernamanews
#dodol #dodolchikah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐡𝐢𝐧𝐤𝐓𝐚𝐧𝐤@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Saya telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama ahli ThinkTank@KKDW bagi mendengar pembentangan kajian kes yang akan menjadi input dalam merangka dasar pembangunan luar bandar, termasuk sebagai input kepada Rancangan Malaysia Ke-13.
Apa yang dibentangkan oleh pasukan ThinkTank@KKDW semalam adalah berasaskan realiti di lapangan. Perkara ini penting supaya setiap dasar yang digubal benar-benar tepat dan memberi impak kepada rakyat.
Saya turut menggariskan aspirasi agar KKDW kekal sebagai kementerian yang ‘future-ready’. Pendekatan sedia ada perlu sentiasa dinilai semula supaya kita dapat bergerak dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
Budaya kerja berprestasi tinggi, integriti, kebertanggungjawaban serta ‘delivery excellence’ perlu terus menjadi teras dalam kalangan seluruh warga kementerian.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan ThinkTank@KKDW atas komitmen dan pandangan yang dikongsikan.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh kerjasama ini agar setiap usaha yang digerakkan benar-benar memberi hasil terbaik kepada semua pemegang taruh, khususnya masyarakat desa yang kita santuni.
#thinktankkkdw
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐞𝐬𝐢𝐥𝐢𝐞𝐧𝐭 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫
Apa yang kita hadapi hari ini bukan lagi cabaran terpencil. Perubahan iklim dan fenomena cuaca ekstrem telah memberi kesan langsung kepada rakyat, daripada keselamatan nyawa hinggalah kepada kestabilan ekonomi. Persoalannya kini adalah sejauh mana kita benar-benar bersedia apabila bencana berlaku? Semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Resilient Asia 2026 malam tadi, saya telah menyatakan bahawa kesiapsiagaan perlu bergerak lebih pantas dan lebih terselaras. Teknologi seperti kecerdasan buatan dan sistem amaran awal mesti dimanfaatkan sepenuhnya supaya tindakan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat. Malaysia terus memperkukuh keupayaan ini melalui NADMA dengan memanfaatkan data masa nyata serta teknologi seperti Cell Broadcast System (CBS), di samping memperkukuh penyelarasan operasi di lapangan.
Dalam masa yang sama, kita turut memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana melalui penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) bagi memastikan penyelarasan yang lebih menyeluruh di peringkat nasional. Malaysia juga sentiasa bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai rakan strategik dan pusat rujukan dalam pengurusan bencana di rantau ini. Insya-Allah, apabila semua pihak bergerak seiring, kita akan lebih bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. #resilientasia2026 #nadma #pengurusanbencana #kesiapsiagaanbencana #malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 (𝐎𝐏𝐀) 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Alhamdulillah, Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 telah selesai dilaksanakan.
Operasi kali ini dilaksanakan di 8 empangan dan 2 loji rawatan air di negeri Melaka pada 20 hingga 21 April 2026, diikuti negeri Johor pada 22 hingga 23 April 2026.
Bagi siri ketiga di Johor, operasi tertumpu di beberapa kawasan tadahan empangan utama termasuk Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Pulai dan Lebam, serta kawasan Gugusan Lok Heng dan Bukit Waha di Kota Tinggi. Operasi dilaksanakan oleh pesawat TUDM yang berlepas dari Pangkalan Subang dan selesai dalam tempoh kurang tiga jam, meliputi beberapa zon sasaran yang telah dikenal pasti.
Alhamdulillah, beberapa kawasan telah mencatatkan taburan hujan yang signifikan. Di Melaka, taburan hujan antara 2 hingga 24 mm sehari direkodkan, manakala di Johor antara 5 hingga 40 mm sehari di kawasan sasaran.
Keadaan atmosfera yang sesuai sepanjang operasi turut membantu proses pembentukan awan hujan dengan lebih efisien.
Ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber air negara, khususnya dalam menghadapi cabaran perubahan cuaca yang semakin tidak menentu.
Terima kasih saya ucapkan kepada MET Malaysia, TUDM dan NADMA atas kerjasama yang erat dalam menjayakan operasi ini.
Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan memperkukuh usaha yang perlu bagi memastikan kesiapsiagaan serta pengurusan sumber air negara sentiasa berada pada tahap terbaik.
#operasipembenihanawan
#opa #tudm
#metmalaysia #nadma -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟏𝟗𝟓𝟕: 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧
Tahukah anda, tarikh 31 Ogos 1957 bukan ditetapkan oleh British, sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan UMNO bersama pandangan tokoh agama. Tun Sardon bersama Haji Ahmad Badawi dan Mufti Haji Abdullah Fahim menentukannya di Kepala Batas melalui pertimbangan yang teliti.
Peranan ulama dalam penentuan ini mencerminkan bahawa perjalanan menuju kemerdekaan bukan sekadar usaha politik, tetapi turut dipandu oleh hikmah, ilmu dan nilai keagamaan.
Ia menjadi lambang kedaulatan dalam menetapkan hari kelahiran negara, serta mencerminkan kesepaduan antara kepimpinan dan panduan agama dalam membentuk masa depan tanah air. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya menyambut baik inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan sokongan Majlis TVET Negara yang telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian, yang menghimpunkan tujuh kementerian utama dalam ekosistem TVET negara pada 20 hingga 21 April 2026 di Kuala Lumpur.
Bengkel ini memfokuskan kepada penyelarasan program TVET Pertanian merentas kementerian bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi. Usaha ini mencerminkan pendekatan whole-of-government dalam memperkukuh pembangunan bakat bagi sektor pertanian, sebagai antara strategi utama dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta membangunkan bakat masa hadapan.
Bengkel ini turut memberi perhatian terhadap penilaian cabaran semasa sektor pertanian, khususnya dalam usaha menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang ini sebagai kerjaya masa depan yang berdaya maju.
Dalam masa yang sama, perbincangan turut menjurus kepada pengenalpastian program-program berimpak tinggi serta model pelaksanaan yang mampan agar setiap inisiatif yang dirangka mampu memberikan pulangan optimum kepada negara dan rakyat. Keupayaan institusi latihan juga diperkukuh melalui usaha meningkatkan kualiti tenaga pengajar, memodenkan fasiliti latihan serta menyelaras kurikulum berasaskan keperluan industri semasa.
Selain itu, penekanan turut diberikan kepada pengukuhan kolaborasi strategik bersama pihak industri, peluasan peluang penempatan latihan dan peningkatan kebolehkerjaan graduan, serta aspek pembangunan agropreneur terus diperkasa sebagai pemangkin kepada transformasi sektor pertanian yang lebih inovatif, berdaya saing dan menarik minat generasi muda.
Kerajaan menyedari bahawa sektor pertanian perlu melalui transformasi menyeluruh dengan memanfaatkan teknologi, inovasi serta pendekatan latihan yang lebih responsif kepada keperluan industri.
Sehubungan itu, dapatan dan syor daripada bengkel ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis TVET Negara yang akan datang untuk pertimbangan dan keputusan dasar di peringkat tertinggi.
Saya yakin pendekatan yang lebih terselaras ini akan meningkatkan keberkesanan program TVET pertanian, memperkukuh kerjasama antara Kementerian dan agensi pelaksana serta mampu menarik lebih ramai golongan belia menceburi sektor pertanian sebagai kerjaya berdaya maju sekali gus meningkatkan imej dan daya tarikan TVET pertanian.
Kerajaan akan terus memastikan TVET kekal sebagai laluan utama pembangunan modal insan negara, sejajar dengan keperluan ekonomi dan aspirasi Malaysia MADANI.
#tvet #tvetpertanian
#keterjaminanmakanan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟎: 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐟𝐥𝐢𝐤 𝐔𝐒-𝐈𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malam tadi, saya turut serta dalam BN Forum Siri Ke-10 di Menara Dato’ Onn, mengikuti kupasan mengenai kesan konflik US-Iran terhadap Malaysia.
Daripada catatan nota saya, jelas bahawa dunia hari ini semakin saling berkait. Konflik yang berlaku jauh dari kita tetap memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat daripada harga minyak, kos pengangkutan hinggalah kepada harga barangan di pasaran.
Saya bersetuju dengan pandangan para panelis bahawa dalam situasi ini, Malaysia perlu kekal dengan pendirian yang jelas tanpa terlalu berpihak kepada mana mana pihak.
Paling utama, kita menegaskan bahawa konflik seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana akhirnya rakyat juga yang menanggung kesannya, termasuk dalam kehidupan harian mereka.
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, kekuatan negara mesti bertunjangkan kestabilan, dasar yang jelas serta keupayaan untuk bertindak dengan bijaksana.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua panelis dan penganjur yang terus menyediakan ruang wacana seperti ini.
Semoga forum ini menjadi wadah pencerahan yang meningkatkan kefahaman kita semua tentang dinamika geopolitik serta implikasinya terhadap ekonomi dan masa depan negara.
#bnforum
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
8,861 orang memohon menjadi ahli baharu UMNO dalam tempoh tiga hari!
Syukur Alhamdulillah.
Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan selamat datang kepada semua yang telah mendaftar serta memilih untuk bersama perjuangan ini.
Saya juga amat teruja melihat ramai anak muda tampil membantu mempromosikan laluan pendaftaran secara dalam talian ini.
Teruskan usaha mendakap lebih ramai lagi untuk menyertai keluarga besar UMNO ini.
Saya nak tanya, ada yang baru mohon juga dalam tiga hari ini?
#umnomiliksemua -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐀𝐬𝐞𝐚𝐧
Malaysia memainkan peranan penting dalam pembentukan ASEAN sejak tahun 1967, apabila bersama rakan serantau meletakkan asas kerjasama yang berteraskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.
Kepimpinan UMNO ketika itu, melalui tokoh seperti Tun Abdul Razak, mencerminkan keupayaan diplomasi yang berpandangan jauh dalam menyatukan negara-negara Asia Tenggara yang berbeza latar belakang.
Hari ini, ASEAN berkembang sebagai sebuah blok serantau yang signifikan dengan lebih 670 juta penduduk serta kedudukan sebagai antara ekonomi terbesar dunia. Kejayaan ini membuktikan kekuatan kerjasama yang telah dibina sejak awal penubuhannya, termasuk peranan konsisten Malaysia dalam mempromosikan dialog, perdagangan dan pembangunan serantau.
Komitmen ini kekal menjadi teras dasar luar negara, selari dengan semangat yang diasaskan oleh kepimpinan UMNO memastikan Asia Tenggara terus aman, stabil dan makmur demi kesejahteraan generasi masa depan.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada YBrs. Encik Mohd Fahmi bin Tajuid atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
Insya-Allah, dengan pengalaman dan komitmen yang dimiliki, saya yakin beliau mampu meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan di Bagan Datuk, seterusnya membawa pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Hajah Kasmiyati binti Katiman atas segala khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PPD Bagan Datuk.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada RISDA Livestock yang menawarkan Lembu Korban Rahmah, bagi memudahkan lebih ramai melaksanakan ibadah qurban dengan kos yang lebih mampu milik.
Malah, kemudahan bayaran secara ansuran turut disediakan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada orang ramai.
Dalam masa yang sama, ini juga sebahagian daripada usaha kita menyokong ekosistem pekebun kecil dan usahawan desa di bawah RISDA.
Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan bersama RISDA Livestock.
Sama-sama kita sokong usaha ini, sambil membantu memajukan ekonomi desa.
Stok terhad.
Segera buat tempahan melalui imbasan QR di poster atau WhatsApp di talian +6019-646 2199. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟖𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 🇲🇾
11 Mei 2026,
genap lapan dekad sebuah perjuangan yang tidak pernah terhenti.
Bermula pada tahun 1946, sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan tanah air, UMNO lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa. Dari langkah pertama itu, terbina perjalanan panjang yang mencorakkan perjalanan negara dari kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti.
80 tahun bukan sekadar angka, tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan.
Inilah kisah tentang ketahanan, tentang jatuh dan bangkit, dan tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang saya pengerusikan sebentar tadi, tiga inisiatif utama telah dipersetujui bagi memperkukuh peranan belia sebagai ejen perubahan.
Antaranya termasuk meningkatkan kefahaman terhadap demokrasi dan literasi politik melalui Program Kuasa Orang Muda, serta memperkasa kesedaran keselamatan jalan raya melalui inisiatif MyGENTERA.
Pada masa yang sama, perhatian turut diberikan kepada golongan belia dalam kategori NEET (Not in Employment, Education or Training) agar mereka tidak tercicir, sebaliknya dibantu melalui akses kepada pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Kerajaan juga akan terus memperkukuh pembentukan jati diri belia melalui inisiatif Rakan Muda, termasuk pendekatan “Satu Bulan, Satu Gaya Hidup” serta penglibatan 90 Teraju Muda di setiap Parlimen bagi menggerakkan agenda ini di peringkat akar umbi.
Saya percaya kekuatan negara terletak pada kekuatan generasi mudanya. Potensi ini perlu digilap dan diberi ruang untuk terus melangkah ke hadapan, agar mereka mampu menyumbang secara signifikan kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
#jkpb #beliamalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ibadah qurban semakin hampir.
Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada FELCRA melalui program Q-FEL Mega Qurban 2026.
Ini antara usaha untuk memudahkan urusan ibadah qurban dengan bekalan yang terjamin serta patuh syariah.
Dalam masa yang sama, ini juga ruang untuk kita menyokong ekosistem usahawan tempatan, khususnya warga desa yang terlibat dalam rantaian ternakan dan pengurusan qurban.
Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan awal bersama FELCRA Berhad.
Sama-sama kita sokong usaha ini dan terus memajukan ekonomi desa.
🎯 Diskaun khas untuk tempahan 10 ekor ke atas (Tertakluk T&C)
📌 Tempahan mudah di sini:
forms.gle/NLqdDLwjTvp9DDaRA
📲 Sebarang pertanyaan, hubungi:
Hafizuddin: 019-623 3006
Nazif: 012-435 9085
Nabilla: 018-950 7566
⏳ Tarikh akhir tempahan: 6 Mei 2026 (Rabu) -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Hari ini di Dungun Terengganu, saya telah merasmikan MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang harapan dan membina masa depan anak bangsa.
Selama lebih enam dekad, MARA kekal sebagai instrumen strategik Kerajaan dalam memperkasa mobiliti sosial, memastikan akses pendidikan dan peluang ekonomi dapat dinikmati dengan lebih seimbang, khususnya kepada anak-anak dari luar bandar dan keluarga yang memerlukan.
MRSM telah membuktikan peranannya dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai nilai, jati diri dan keyakinan untuk melangkah lebih jauh.
Saya amat berbangga dengan pencapaian MRSM setakat ini. Keputusan SPM baru-baru ini mencerminkan usaha berterusan kita, apabila lima MRSM berada dalam kelompok Top 5 sekolah terbaik negara, dengan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai yang terbaik di Malaysia. Malah, bilangan pelajar yang memperoleh semua A+ turut meningkat kepada 85 orang.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan ini, MARA telah menyalurkan insentif sebanyak RM50,000 kepada MRSM dalam kelompok Top 5, dan KKDW turut menambah insentif RM50,000 lagi kepada setiap MRSM berkenaan sebagai dorongan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang.
Selain itu, saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab.
Walaupun MRSM Dungun masih baharu, saya yakin ia mampu berdiri setanding dengan MRSM lain dan membina identiti kecemerlangannya sendiri. Insya-Allah.
#mrsm #dungun
#mara #kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka!
Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan.
We want you. Kita mahukan anda.
Kerana UMNO adalah milik kita semua.
Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa.
Dulu, Kini & Selamanya. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐢𝐬𝐒𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐆𝐫𝐨𝐜𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, yang merupakan cawangan ke-20 dan antara yang terbesar setakat ini dalam rangkaian jenama RisSMart.
Apa yang kita bangunkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha besar KKDW melalui RISDA untuk mengangkat ekonomi desa ke tahap yang lebih berdaya saing.
Dalam konteks inilah Agenda Ekonomi Desa Nasional kita rangka. Kita perlu melihat pembangunan desa dengan perspektif yang lebih luas dan strategik.
Desa tidak boleh lagi dilihat sebagai kawasan pengeluaran semata-mata. Desa perlu menjadi ruang pertumbuhan ekonomi yang aktif, daripada pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran, sehinggalah kepada akses pasaran yang lebih luas.
Insya-Allah, inilah antara usaha kita untuk memastikan pekebun kecil dan usahawan desa tidak ketinggalan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada enjin pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi yang berdekatan di Kwasa Damansara, jemput singgah ke RisSMart Grocer. Sama-sama kita sokong usahawan desa kita 👍🏻
#rissmart #rissmartgrocer
#risda #kkdw
#usahawandesa
#ekonomidesanasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya berasa sedih melihat insiden kebakaran besar yang melibatkan ratusan buah rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada semua yang terkesan.
Kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata pastinya satu ujian yang amat berat buat mangsa dan keluarga.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, kita akan terus menyelaras usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa terus diberikan perhatian.
Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan mangsa dan bantuan segera di lapangan.
Saya dimaklumkan jentera UMNO Bahagian Batu Sapi telah turut digerakkan sejak awal pagi bagi membantu mangsa, termasuk urusan pendaftaran di PPS serta penyaluran bantuan awal.
Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Kredit foto: APM Sandakan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟐𝟎𝟎𝟒 — 𝐄𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 🇲🇾
Tahun 2004 membuka lembaran baharu dalam kepimpinan negara.
Di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, menekankan pembangunan yang seimbang antara kemajuan dan nilai, dalam usaha membina masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak.
Kepercayaan rakyat diterjemahkan melalui kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2004, apabila Barisan Nasional memperoleh 198 daripada 219 kerusi Parlimen. Satu mandat kukuh yang mencerminkan harapan terhadap pembaharuan.
Perjalanan ini diteruskan dalam era seterusnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan penekanan kepada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Melalui inisiatif seperti BR1M dan pembangunan MRT, usaha dipergiat bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan kehidupan seharian.
Inilah era perubahan, di mana pembangunan bukan sekadar tentang kemajuan, tetapi memastikan setiap lapisan rakyat turut merasainya. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢, 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐢
Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M yang berlangsung di Terengganu telah melabuhkan tirainya malam tadi.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Johan Qari, Encik Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali dari Negeri Perak, serta Johan Qariah, Puan Nur Syakura binti Mohamad Musa dari Negeri Sarawak.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Sama-sama mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah.
#mthqk2026
#membinagenerasialquran
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎
Antara program yang sentiasa saya nantikan ialah Subuh berjemaah bersama peserta Sekolah Patriotik UMNO.
Di sinilah ruang untuk saya bertemu dan berinteraksi lebih dekat dengan anak-anak muda yang mahu memahami serta menyelami erti sebenar perjuangan.
Melihat kesungguhan dan komitmen mereka, saya yakin generasi ini mempunyai potensi besar untuk terus membawa perjuangan ke hadapan.
Seperti yang saya titipkan kepada mereka pagi tadi, perjuangan ini tidak pernah mudah. Berpegang teguhlah pada ilmu, adab dan prinsip. Insya-Allah, di situlah letaknya makna besar kepada diri dan perjuangan kita semua.
Kepada anak-anak muda yang akan join program ini selepas ini, saya nantikan pertemuan kita pada sesi seterusnya yaa.
#sekolahpatriotikumno
#spu #patriot4
#umno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Saya telah menghadiri Sambutan Hari Vaisakhi bersama komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Guru Nanak, Shah Alam.
Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda penghormatan kepada sebuah komuniti yang telah lama menyumbang kepada pembangunan negara. Saya percaya, keharmonian Malaysia terhasil apabila kita saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Komuniti Sikh bukan sahaja kaya dengan nilai keberanian, disiplin dan khidmat, malah turut menjadi contoh melalui semangat kebajikan dan kesukarelawanan yang merentasi kaum dan agama. Nilai inilah yang memperkukuh lagi asas perpaduan negara.
Kepelbagaian yang kita miliki hari ini adalah kekuatan yang menyatukan. Dengan semangat kebersamaan dan saling menghormati, kita mampu terus membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Vaisakhi kepada seluruh komuniti Sikh di Malaysia. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan dan terus mengeratkan hubungan antara kita semua.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 - 𝐊𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦
Lambang keris berwarna hijau pada bendera UMNO membawa maksud yang mendalam, menggambarkan kedudukan Islam sebagai asas penting dalam pembinaan jati diri dan perjuangan Melayu.
Sementara itu, warna kuning menzahirkan ketinggian martabat serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung negara.
Keseluruhan reka bentuk bendera ini mencerminkan prinsip perjuangan UMNO yang berteraskan pemeliharaan agama, pengukuhan bangsa dan pemerkasaan negara.
Nilai-nilai ini terus dipertahankan sebagai panduan dalam menghadapi cabaran semasa demi memastikan kestabilan serta kesejahteraan Malaysia yang berterusan.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧, 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤
Hari ini saya telah hadir merasmikan Perhimpunan Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang ke-46 yang menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan KIMMA dari seluruh negara.
Sebagai sebuah parti yang telah lama mendukung perjuangan bersama Barisan Nasional (BN), saya menyanjung tinggi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh KIMMA. Mereka telah membuktikan bahawa kesetiaan bukan sekadar ungkapan, tetapi telah dibuktikan melalui komitmen dan kepercayaan yang dipelihara bersama.
Saya menegaskan bahawa BN kekal berpegang kepada prinsip kebersamaan dan kesederhanaan dalam mengurus kepelbagaian. Kerjasama dengan rakan-rakan termasuk KIMMA akan terus diperkukuh berasaskan kejelasan pendirian serta matlamat yang sama demi kestabilan politik negara.
Saya yakin, dengan kesetiaan, keikhlasan serta komitmen semua pihak, kita mampu memperkukuh kestabilan dan membina masa depan negara yang lebih meyakinkan.
Insya-Allah.
#barisannasional
#kimma -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢
Alhamdulillah, para jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Seramai 641 jemaah telah selamat berlepas sebagai kumpulan terawal. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat kepada seluruh jemaah Malaysia.
Semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah.
Selamat menunaikan rukun Islam kelima. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kesejahteraan para _duyufurrahman_.
#tetamuallah
#haji2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sebagaimana berikut:
1. Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.
2. Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda.
3. Menyedari cabaran kos sara hidup yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran, Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan.
4. Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.
5. Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti.
SUA UMNO -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐆𝐞𝐥𝐨𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚
MITC hari ini menyaksikan lautan merah yang cukup luar biasa.. himpunan perwakilan UMNO dari seluruh negeri Melaka yang hadir dengan satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan!
Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka Tahun 2026 dan apa yang saya lihat hari ini memberi keyakinan bahawa UMNO Melaka berada dalam keadaan bersedia.
Semangat yang membara ini adalah cerminan kesiapsiagaan jentera menghadapi medan yang semakin hampir. Dari kepimpinan hingga ke akar umbi, semua bergerak dengan satu matlamat untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus diyakini rakyat di Negeri Melaka ini.
Kita sedar, cabaran hari ini tidak sama seperti dahulu. Kita mesti keluar menawan hati rakyat, mendekati mereka dengan keikhlasan dan membuktikan bahawa perjuangan ini benar-benar untuk masa depan negeri Melaka.
Dalam politik, ketegasan menuntut keberanian. Kita memilih untuk berdiri dengan kekuatan sendiri dan pilihan ini hanya akan berhasil jika kita terus merapatkan saf dan bergerak sebagai satu pasukan.
Insya-Allah, dengan semangat yang saya saksikan hari ini, UMNO Melaka akan terus mara! Bukan sekadar mempertahankan kemenangan, tetapi melakar kejayaan yang lebih besar demi rakyat dan masa depan negeri ini.
#melaka #umno
#umnomelaka
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam banyak-banyak juadah yang saya order, ada satu yang menyentuh hati saya.
Saya menerima dodol bersama sekeping surat tulisan tangan.
Terima kasih kepada Puan Bakiah Omar, 89 tahun, atau lebih mesra dikenali sebagai Chik Ah dari Chemor, Perak. Saya difahamkan beliau merupakan peserta FELCRA dan telah mengusahakan dodol sejak tahun 1975.
Saya doakan semoga Chik Ah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, agar lebih ramai dapat merasai dodol tradisional yang dihasilkan dengan penuh kasih ini ☺️ -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡
Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA telah membuat keputusan penting menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).
Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara menyeluruh peningkatan kos pembangunan kebun serta keperluan sebenar di peringkat lapangan, berikutan suasana ekonomi global yang masih tidak menentu serta peningkatan kos input pertanian yang semakin menekan.
Melalui penambahbaikan ini, kadar bantuan di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM13,710 sehektar kepada RM20,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM6,290 sehektar. Bagi negeri Sabah pula, kadar bantuan dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,045 sehektar. Bagi kadar bantuan negeri Sarawak, ia telah diumumkan pada bulan Mac lalu dengan kadar baharu RM23,000 sehektar berbanding kadar lama RM14,805.
Kadar baharu ini akan mula dilaksanakan bermula tahun ini melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi membantu pekebun kecil mengurus pembangunan kebun secara lebih terancang dan berkesan. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan beban kos permulaan yang menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan tanam semula.
Sepanjang tempoh RMKe-13, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 33,000 orang pekebun kecil getah dengan sasaran keluasan tanam semula sebanyak 50,000 hektar, atau purata 10,000 hektar setahun. Dalam jangka panjang, usaha ini diunjurkan mampu membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekitar RM4,700 sebulan sekeluarga melalui hasil getah dan aktiviti ekonomi yang lain.
Saya melihat kenaikan kadar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk terus membela, memperkasa dan memartabatkan masyarakat pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa dan luar bandar.
#kkdw
#risda
#pekebunkecil
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, banyak juadah makanan yang saya pesan tempoh hari sudah pun sampai.
Saya sentiasa percaya, usahawan desa kita mempunyai potensi yang besar. Dengan kreativiti dan kesungguhan yang ada, mereka mampu pergi lebih jauh.
Saya doakan agar semua usahawan, khususnya di desa, dilimpahi rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan usaha mencari rezeki.
Jom sama-sama kita sokong usahawan tempatan kita macam kawan saya dekat sebelah ni. 👍🏻 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏𝟗𝟕𝟒 — 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 🇲🇾
1 Jun 1974, lahirnya satu gabungan yang lebih besar dan menyeluruh.
Perikatan berevolusi menjadi Barisan Nasional. Sebuah kerjasama politik berbilang kaum yang memperluas ruang perpaduan dan kestabilan negara.
Dalam Pilihan Raya Umum 1974, ada jarak besar dan 135 daripada 154 kerusi, mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang dibawa.
Dari titik ini, Barisan Nasional memimpin negara selama 44 tahun, mencorakkan perjalanan Malaysia dalam pelbagai aspek pembangunan dan pentadbiran.
Ini lah kisah sebuah evolusi UMNO dari gabungan kepada kekuatan, yang membentuk landskap politik negara untuk generasi seterusnya. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sebelum berangkat pulang, saya sempat singgah menziarahi Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Datuk Awadnir yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2.
Ziarah ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya terhadap jasa serta pengorbanan beliau yang telah lama berbakti kepada UMNO Sabah dan masyarakat, khususnya di Kota Belud.
Saya mendoakan agar Datuk Awadnir dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
#umno
#umnosabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬
Selepas berakhirnya PRN Sabah, kita tidak berhenti di situ. Kita kembali berkumpul dan terus menyusun langkah ke hadapan.
Hari ini, saya mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bagi memperkukuh kesatuan serta memperjelas hala tuju perjuangan di negeri ini.
Kita perlu terus merapatkan saf, memperkemas gerak kerja dan bergerak sebagai satu pasukan. Kerana perjuangan ini tidak pernah terhenti.
Insya-Allah, dengan tekad yang satu dan komitmen yang utuh, UMNO Sabah akan terus melangkah ke hadapan dan terus menyantuni rakyat di Negeri Sabah ini.
#umno
#umnosabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐏_𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Lepasan SPM dan anak muda yang sedang mencari hala tuju, ini peluang anda.
Ikuti langkah mudah membuat permohonan melalui UP_TVET! Dari pendaftaran sehinggalah hantar permohonan, semuanya hanya di hujung jari! 📲
MUDAH. CEPAT. TERATUR.
❗ Pastikan anda lengkapkan maklumat Profil Pemohon dan pilih kursus yang diminati sebelum hantar.
✅Portal Rasmi : mohon.tvet.gov.my
💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!
#tvetpilihanutamakerjaya
#jommasuktvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐁𝐀𝐋𝐁 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah bersama Kerajaan Negeri Sabah. Mesyuarat ini adalah satu langkah penting bagi mempercepatkan penyampaian kemudahan projek bekalan air kepada rakyat luar bandar di negeri ini.
Langkah ini merupakan satu ‘game changer’ yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan diselaraskan melalui KKDW bersama Kerajaan Negeri Sabah. Melalui usaha ini, pelaksanaan projek BALB dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berimpak tinggi demi manfaat rakyat di Sabah.
Bagi tahun 2026, sebanyak 83 projek baharu dan sambungan di bawah Program BALB Negeri Sabah telah diluluskan kepada KKDW dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM4.06 bilion dengan jumlah peruntukan RM143 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Tahun 2026.
Selain itu, usaha ini turut menterjemah semangat kebersamaan dan persefahaman yang ada di antara pemimpin Negeri Sabah dan Persekutuan. Semangat kebersamaan ini membolehkan usaha pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas kerjasama serta sokongan padu terhadap usaha ini. Alhamdulillah, saya juga telah menyerahkan nota rasmi penyerahan projek kepada Ketua Menteri Sabah di dalam pertemuan bersama beliau semalam.
Semoga usaha ini dipermudahkan, diberkati dan pelaksanaannya membawa kebaikan yang berpanjangan untuk seluruh rakyat Sabah.
#sabah
#balb #kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Malam tadi, saya telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya.
Kehadiran saya ke Sabah kali ini adalah bagi memenuhi agenda mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kepada negeri ini.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut menyerahkan nota rasmi penyerahan pelaksanaan projek BALB bagi pihak KKDW kepada beliau.
Saya yakin, dengan kesefahaman yang terjalin antara kepimpinan Negeri Sabah dan Persekutuan, segala usaha pembangunan yang dirancang dapat digerakkan dengan lebih lancar demi kesejahteraan rakyat.
#sabah
#balb #kkdw
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel:
🌾 Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan
✅ RM160 ➡️ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta.
👨🌾 Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.
🚗 Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
⛽️ Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
🚜 Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global.
✅ Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐏𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟎𝟒: 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Tahukah anda,
Pilihan Raya Umum ke-11 bukan sekadar mencatat kemenangan besar, malah menjadi simbol kemuncak kekuatan politik UMNO dalam menerajui Barisan Nasional.
Di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mandat luar biasa yang diberikan rakyat mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kestabilan, kesinambungan dasar serta pendekatan kepimpinan yang sederhana dan inklusif ketika itu.
Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kerajaan di Parlimen, malah mencatat antara dominasi politik terbesar dalam sejarah negara, mengatasi pencapaian awal Pilihan Raya Persekutuan 1955.
Peristiwa ini kekal menjadi rujukan penting dalam memahami kekuatan mandat rakyat serta peranan kepimpinan negara. Barisan Nasional pernah mendapat keyakinan hampir menyeluruh rakyat Malaysia dan asas keyakinan itu boleh dibina semula melalui kestabilan, pengalaman dan agenda masa depan.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Setibanya dari Kuching, Sarawak, saya terus menuju ke Bukit Damansara untuk menziarahi sahabat saya, Dato’ Sri Tajuddin Rahman di kediamannya.
Di penghujung Syawal ini, suasana Aidilfitri masih terasa dan menjadi lebih bermakna apabila dapat menziarahi sahabat seperjuangan, bertanya khabar serta meluangkan sedikit masa bersama.
Sama-sama kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
#umno
#rumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏𝟗𝟕𝟏 — 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐚𝐫𝐮 🇲🇾
Februari 1971 menandakan permulaan satu fasa penting dalam sejarah pembangunan negara.
Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, dengan UMNO sebagai tunjang utama kerajaan ketika itu, satu pendekatan baharu diperkenalkan untuk menangani jurang ekonomi dan memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pelaksanaan dasar ini turut membuka ruang luas kepada pembangunan luar bandar menerusi FELDA, yang mengubah kehidupan puluhan ribu keluarga peneroka.
Pada masa yang sama, Rukun Negara diperkenalkan sebagai panduan bersama dalam membentuk perpaduan dan identiti nasional.
Satu era bermula, apabila pembangunan negara digerakkan dengan fokus yang lebih seimbang antara kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Saya meneruskan agenda saya pada hari ini dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi.
Alhamdulillah, sempat bertukar pandangan bersama beliau mengenai pelbagai perkara, khususnya berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Sarawak.
Dalam pertemuan ini, saya juga telah menyerahkan nota rasmi penyerahan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi pihak KKDW.
Insya-Allah, semoga hubungan baik ini terus diperkukuh dan memberi manfaat kepada rakyat.
#sarawak
#kkdw
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di penghujung Syawal ini, dalam ruang masa yang ada di Kuching, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat lama saya, Datuk Zainudin bin Hj Suut atau lebih mesra dengan panggilan Abang Din, bersama isterinya di kediaman mereka.
Persahabatan kami sudah menjangkau lebih 30 tahun. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu dan mengimbau pelbagai kenangan yang pernah dilalui bersama.
Semoga ukhuwah ini terus kekal dan berpanjangan. Saya juga mendoakan agar Abang Din dan isteri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐁𝐀𝐋𝐁 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧
Hari ini di Kuching, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bersama Kerajaan Negeri Sarawak.
Langkah ini merupakan satu ‘game changer’ yang digerakkan di peringkat pusat melalui KKDW bagi memastikan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dapat diperkemas dan diselaraskan dengan lebih berkesan di negeri Sarawak ini.
Bagi tahun 2026, sebanyak 80 projek baharu dan sambungan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM141.87 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Pendekatan ini memberi kelebihan dari segi penyelarasan di peringkat negeri serta kelancaran pelaksanaan di lapangan.
Fokus kita adalah untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat akses kepada bekalan air yang lebih baik dan menyeluruh. Ini bukan lagi soal projek, tetapi soal kualiti hidup rakyat.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama serta sokongan padu terhadap usaha ini. Insya-Allah, petang ini saya akan menyerahkan nota penyerahan projek kepada Premier Sarawak.
Semoga segalanya dipermudahkan dan usaha ini terus diberkati.
#kuching #sarawak
#bekalanairluarbandar
#balb #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐡𝐢𝐭𝐡𝐢𝐫𝐚𝐢, 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐕𝐚𝐢𝐬𝐚𝐤𝐡𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐬𝐡𝐮
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Tamil kepada masyarakat Tamil, Selamat Hari Vaisakhi kepada masyarakat Sikh, serta Selamat Menyambut Vishu kepada komuniti Malayalam di Malaysia yang meraikannya.
Perayaan-perayaan ini mencerminkan keindahan kepelbagaian yang kita miliki sebagai sebuah negara. Inilah kekuatan Malaysia, apabila perbezaan diraikan dan menjadi asas kepada perpaduan yang kita bina bersama.
Semoga hubungan antara kita semua terus harmoni, saling menghormati dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam melangkah ke hadapan, demi membina negara yang lebih maju, sejahtera dan makmur untuk semua.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥: 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐒𝐨𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡
Hari ini saya menyerahkan watikah pelantikan kepada lima Pengerusi Teras Musyawarah Nasional yang akan memacu perbincangan dalam bidang kepakaran masing-masing merangkumi agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Bersama Tan Sri Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi Musyawarah Nasional, kami turut meneliti perkara-perkara yang boleh digerakkan demi masa depan pembangunan ummah.
Harapan saya agar Musyawarah Nasional ini menjadi satu platform yang menghimpunkan NGO Islam dan Melayu, ahli profesional, tokoh berpengaruh serta ‘opinion leaders’ untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan merumuskan solusi terbaik kepada cabaran yang dihadapi ummah hari ini.
Semoga usaha yang sedang kita gerakkan ini menjadi medan menghimpunkan hikmah dan membawa manfaat yang besar, bukan sahaja kepada umat Melayu dan Islam, tetapi juga kepada masa depan negara secara keseluruhan.
Insya-Allah.
#musyawarahnasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
TAHUKAH ANDA?
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐤𝐮𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Sempena 31 Ogos 1970, pengenalan Rukun Negara menandakan satu usaha penting dalam membentuk asas penyatuan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Digubal sebagai pedoman kebangsaan, ia menjadi rujukan utama dalam membina masyarakat yang menghargai nilai kenegaraan, menghormati undang-undang serta mengamalkan kehidupan yang berteraskan adab dan tanggungjawab.
Dalam menghadapi cabaran semasa, penghayatan terhadap prinsip-prinsip ini kekal relevan sebagai tunjang kepada kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.
UMNO terus beriltizam untuk memartabatkan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, demi memperkukuh perpaduan nasional dan memastikan Malaysia kekal aman, bersatu serta berdaya tahan.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 (𝐇𝐋𝐂)
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) Program Malaysia My Second Home (MM2H) bagi membincangkan pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tarikan pelaburan negara.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelaras dasar, memperkemas ekosistem serta memperkukuh penawaran Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat serantau dan global.
Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur serta mampu menarik nilai pelaburan berkualiti tinggi.
Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara.
#malaysiamadani
#pelaburan
#ekonominegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tak melepaskan peluang sekali lagi untuk ke “mana lagi…? Melaka ler.”
Kali ini saya memenuhi undangan Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah.
Memang meriah! Orang Melaka ni ramah-ramah belaka, tidak lokek dengan senyuman dan gelak tawa. Sempat juga bertegur sapa dan bertemu ramai yang hadir tadi.
Terima kasih YAB Datuk Seri Utama @ab_rauf_yusoh atas jemputan serta layanan yang cukup baik. Juadah pun sedap belake.
Ada orang Melaka yang hadir sama tadi? -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam kita menikmati keindahan Syawal dengan jemputan rumah terbuka, alangkah lebih bermakna apabila kita dapat mengambil kesempatan juga menziarahi saudara-mara khususnya mereka yang uzur dan diuji kesihatannya.
Hari ini, saya meluangkan sedikit masa menziarahi ibu saudara saya, Saleha binti Hj Radzuan di Kampung Sijangkang yang kini uzur. Saya juga sempat menjengah sepupu saya, Mohamad Kholil Hj Mugeni sebelum meneruskan kunjungan ke beberapa rumah terbuka.
Alhamdulillah, adalah satu nikmat yang besar buat saya apabila dapat meluangkan masa walau seketika bersama keluarga dan sahabat.
Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
Hari ini, anakanda semua banyak rumah terbuka? -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏𝟗𝟔𝟑 — 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾
16 September 1963, lahirlah sebuah negara bernama Malaysia.
Dari gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, terbentuk satu kesatuan yang melangkaui sempadan, menghimpunkan kepelbagaian menjadi satu kekuatan.
Di Stadium Merdeka, ribuan rakyat menjadi saksi, menyambut detik bersejarah yang menandakan bermulanya lembaran baharu. Inilah hasil kepimpinan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan, yang berjaya membina kesepakatan antara kaum serta merintis jalan ke arah pembentukan sebuah negara berdaulat.
Dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, gagasan ini akhirnya menjadi kenyataan dalam menyatukan wilayah, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan bersama.
Malaysia bukan sekadar nama, tetapi simbol perpaduan, harapan dan masa depan untuk seluruh rakyatnya. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐞-𝟓𝟑
Sejak diperbadankan pada tahun 1973, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah memainkan peranan yang besar dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar di Terengganu. Banyak perubahan yang telah digerakkan dan hasilnya dapat dirasai oleh rakyat sehingga hari ini.
Saya melihat KETENGAH mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus melangkah ke hadapan, khususnya dalam memperkasa sektor eko pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta keunikan warisan tempatan.
Dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang konsisten, saya yakin KETENGAH mampu menjadi antara pemacu utama pembangunan wilayah yang mampan, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat.
Insya-Allah, saya mendoakan KETENGAH akan terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan wilayah.
#ketengah
#kkdw
#pejuangdesa
#bersamamembangun -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐟
Untuk tempoh seminggu ke hadapan, MET Malaysia menjangkakan cuaca akan berada dalam keadaan lebih lembap, dengan potensi ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan, khususnya di barat dan pedalaman Semenanjung termasuk Johor dan Melaka, serta pedalaman Sabah dan Sarawak.
Perubahan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan cuaca panas yang kita rasai sebelum ini. Namun, beberapa kawasan di utara dan pedalaman Semenanjung masih berpotensi mengalami suhu yang lebih tinggi.
Dalam masa yang sama, kita perlu lebih berwaspada kerana keadaan ini boleh membawa kepada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dalam tempoh yang singkat.
Bagi Johor dan Melaka, pola cuaca dijangka melibatkan hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam bergantung kepada lokasi, dan ini memerlukan kesiapsiagaan semua pihak.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah paras air empangan di kedua-dua negeri ini yang masih berada pada tahap membimbangkan akibat taburan hujan yang tidak sekata sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai, sebagai usaha meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang kritikal.
Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan melakukan ikhtiar terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan bekalan air sentiasa terjamin.
#metmalaysia
#kesiapsiagaanbencana
#operasipembenihanawan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam tadi saya bersama isteri sempat singgah ke Rumah Terbuka Parlimen Jelebu di Dataran Pertang.
Ramai betul yang hadir yaa. Meriah sungguh. Seronok dapat jumpa dan beramah mesra dengan warga Jelebu.
Terima kasih Datuk Seri @jalaluddinalias atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga terus cemerlang berkhidmat untuk orang Jelebu dan Negeri Sembilan. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sempat berkunjung memenuhi jemputan rumah terbuka hari ini.
Terima kasih atas jemputan serta layanan yang cukup mesra. Seronok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan semua. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Berkesempatan ke Rumah Terbuka Aidilfitri di DUN Duyong, semalam.
Saya lihat ramai betul yang hadir. Penuh Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit. Teruja saya dapat jumpa dan beramah mesra dengan orang Melaka yang datang.
Terima kasih terima kehadiran saya. Tahniah @mnhelmy81 . Semoga terus cemerlang memberi khidmat untuk orang Duyong. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐔𝐌𝐍𝐎: 𝟖𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 & 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧
Tahukah anda, UMNO bakal mencecah 80 tahun pada 2026. Antara parti politik tertua di negara ini.
Dengan sejarah yang panjang, UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan dan perubahan landskap politik, mencerminkan pengalaman, ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara. Seiring peredaran masa, usaha melahirkan barisan pelapis yang berwibawa amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan dan kekal relevan pada masa hadapan.
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏𝟗𝟓𝟕 — 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 🇲🇾
31 Ogos 1957, sebuah tarikh yang terukir abadi dalam sejarah negara.
Di Stadium Merdeka, tujuh laungan “Merdeka!” bergema, membelah langit dan menyentuh jiwa seluruh rakyat.
Tanah Melayu akhirnya bebas. Merdeka tanpa setitis darah, hasil perjuangan, kesatuan dan kebijaksanaan pemimpinnya. Sebelas tahun selepas lahirnya UMNO, impian yang dahulu hanya harapan akhirnya menjadi kenyataan.
Inilah detik sebuah bangsa berdiri sendiri, melangkah ke hadapan sebagai negara yang berdaulat, dengan semangat merdeka yang akan terus hidup selamanya. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐁𝐫𝐮𝐧𝐞𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐥𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman di Putrajaya sebentar tadi, sempena lawatan kerja delegasi beliau ke Malaysia.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang bermakna dalam memperkukuh kerjasama dua hala antara NADMA dan NDMC Brunei Darussalam, meliputi perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta latihan bersama.
Saya turut berkongsi mengenai penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) yang baru diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai langkah memperkemas penyelarasan di peringkat nasional, di samping usaha berterusan melalui Bulan Kesiapsiagaan Nasional dalam membudayakan kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat.
Dalam masa yang sama, Malaysia melalui pasukan SMART komited untuk terus menyokong Brunei dalam usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa INSARAG, termasuk berkongsi kepakaran dalam operasi mencari dan menyelamat (USAR).
Kami juga bersetuju bahawa latihan bersama serta penyelarasan rentas sempadan perlu terus diperkasa, termasuk pembangunan SOP yang lebih jelas bagi memastikan tindak balas yang pantas dan terselaras sekiranya berlaku bencana di kawasan sempadan.
Insya-Allah, kerjasama erat ini akan terus diperkukuh, termasuk melalui Mesyuarat Bilateral NADMA–NDMC yang dijadualkan berlangsung di Langkawi pada Julai nanti.
#malaysiabruneidarussalam
#kesiapsiagaanbencana
#nadma #ndmc
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, hasil daripada Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak semalam menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
Hujan berjaya direkodkan di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor, dengan jumlah taburan yang signifikan antara 29.3 mm hingga 84.8 mm, sekaligus memberi kelegaan awal kepada paras air empangan yang sebelum ini terjejas akibat cuaca kering.
Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan berasaskan sains dan penyelarasan rapi antara MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia mampu memberi impak yang jelas dalam tempoh yang singkat.
Hari ini, operasi diteruskan ke selatan tanah air melibatkan beberapa empangan utama di Johor dan Melaka.
Di Johor, operasi memberi tumpuan kepada Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Lebam dan Pulai, manakala di Melaka melibatkan Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus.
Insya-Allah, kita akan terus memantau keperluan dari semasa ke semasa dan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak terbaik kepada bekalan air, sektor pertanian serta kesejahteraan rakyat.
Sama-sama kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua.
#operasipembenihanawan
#metmalaysia #tudm
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) sebagai langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana negara.
Cadangan penubuhan MPBN ini telah saya lontarkan dan diperhalusi dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) terdahulu, selaras dengan hala tuju Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, yang telah saya lancarkan pada tahun 2024.
Saya melihat keputusan ini sebagai satu langkah kehadapan yang amat signifikan. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, khususnya dengan bencana yang lebih kerap akibat perubahan iklim, pendekatan lama tidak lagi memadai. Kita perlu bergerak lebih pantas, lebih tersusun, dan memastikan tindakan di lapangan digerakkan tanpa kelompongan antara Persekutuan dan Negeri.
MPBN akan menghimpunkan kepimpinan utama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam satu platform tertinggi negara. Melalui mekanisme ini, keputusan dapat dipercepatkan, penyelarasan diperkuat, dan pelaksanaan di lapangan lebih tersusun.
Saya juga ingin tekankan bahawa langkah ini akan terus memberi penekanan kepada kesiapsiagaan, pencegahan, dan pengurangan risiko bencana. Kita tidak boleh hanya bertindak selepas bencana berlaku, tetapi perlu memastikan kita sentiasa bersedia lebih awal.
Insya-Allah, dengan pemerkasaan peranan NADMA serta kerjasama erat semua pihak, usaha ini akan memperkukuh keupayaan negara dalam menghadapi cabaran bencana, demi melindungi rakyat dan kepentingan negara.
#majlispengurusanbencananegara
#mpbn #nadma
#kesiapsiagaanbencana
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏𝟗𝟓𝟓 — 𝐌𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 🇲🇾
27 Julai 1955, menjadi titik penting dalam perjalanan menuju kemerdekaan.
Dalam pilihan raya pertama negara, rakyat bangkit menyuarakan harapan mereka menginginkan sebuah tanah air yang bebas dan berdaulat.
Keputusan yang tercipta cukup luar biasa: Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi, satu mandat besar yang mencerminkan kehendak rakyat. Dari kemenangan itu, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri, memikul amanah untuk memimpin langkah seterusnya ke arah kemerdekaan.
Inilah bukti bahawa suara rakyat mampu mengubah sejarah dan menjadi asas kepada lahirnya sebuah negara merdeka. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno
#bangkitsemula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini telah dilaksanakan dengan baik.
Tumpuan operasi kali ini melibatkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak, yang digerakkan oleh MET Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia. Alhamdulillah, pasukan operasi juga telah selamat kembali ke pangkalan.
Empat tangki bancuhan larutan garam digunakan, setiap satu mengandungi 200 kilogram natrium klorida yang dilarutkan dalam 1,500 liter air sebelum disembur ke dalam formasi awan kumulus menara di kawasan sasaran.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus memastikan operasi ini berjalan lancar.
Sama-sama kita mendoakan agar setiap ikhtiar ini memberi kesan yang baik, khususnya dalam meningkatkan paras air empangan serta menjamin bekalan air untuk rakyat.
Insya-Allah, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan segala usaha akan diperkukuh demi kesejahteraan negara. Semoga setiap ikhtiar ini dipermudahkan dan diberkati. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐬𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
Semalam saya telah hadir melihat persiapan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di Pangkalan Udara Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) Subang yang telah mensasarkan kawasan tadahan Empangan Muda, Pedu, dan Ahning di Kedah, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.
Susulan daripada itu, operasi telah bermula pada jam 3:00 petang di kawasan Kedah dan diteruskan di kawasan Timah Tasoh pada jam 3:40 petang. Teknik yang digunakan adalah semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik TUDM.
Semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang sangat aktif di zon sasaran. Faktor keberkesanan operasi turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera yang tinggi serta keadaan atmosfera yang tidak stabil, yang secara teknikalnya memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap setelah proses pembenihan dilakukan.
Berdasarkan data cerapan radar cuaca, aktiviti hujan mula dikesan di sekitar Empangan Timah Tasoh seawal jam 5:00 petang. Manakala di kawasan Empangan Ahning, hujan mula turun pada jam 7:30 malam dan berlarutan sehingga jam 9:00 malam. Secara keseluruhannya, liputan hujan telah berjaya merangkumi kawasan tadahan utama bagi semua empangan yang terlibat.
Secara keseluruhannya, Operasi Pembenihan Awan pada 7 April 2026 dikategorikan sebagai berjaya. Data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan yang signifikan:
- Perlis: Mencatatkan antara 10 mm hingga 45 mm (jam 7:00 – 8:00 malam).
- Kedah: Mencatatkan antara 6 mm hingga 57.4 mm (jam 7:00 – 10:00 malam).
Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal.
Operasi ini merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Usaha ini memberi fokus kepada 11 empangan utama yang dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga (3) negeri di utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis, serta satu (1) kawasan di selatan Semenanjung iaitu negeri Johor bermula 6 hingga 8 April 2026.
Hari ini operasi akan diteruskan dengan mensasarkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak.
Saya percaya usaha bersepadu seperti ini membuktikan bahawa kesiapsiagaan, tindakan berasaskan sains serta ikhtiar berterusan mampu menjadi benteng utama dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketidaktentuan cuaca.
Dalam masa yang sama, kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua.
Kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan proaktif ini demi menjamin keselamatan bekalan air, kesejahteraan rakyat serta kelangsungan sektor pertanian negara.
#operasipembenihanawan
#metmalaysia #nadma
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Seperti biasa, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bertemu dengan Menteri-Menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional bagi berbincang serta memperhalusi isu-isu penting rakyat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.
Semoga ukhuwah dan kebersamaan ini terus memperkukuh kesepakatan kita, agar setiap keputusan yang diambil benar-benar memberi hasil dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih atas laporan keadaan cuaca pagi tadi. Insya-Allah, perkara ini akan saya sebutkan di dalam Mesyuarat Kabinet sebentar lagi. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selesai menyempurnakan tugasan rasmi di Putrajaya, saya terus melangkah ke Kuala Lumpur bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara, mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik.
Saya sempat bertemu ahli keluarga mendiang dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada mereka. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah turut dirasai oleh rakyat seluruh negara.
Secara peribadi, mendiang merupakan antara mentor saya di luar UMNO. Banyak perkara yang saya pelajari daripada perjalanan perjuangan beliau termasuk bagaimana hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dibina atas semangat seperti sebuah keluarga.
Nilai kebersamaan dan muafakat itulah yang saya bawa hingga ke hari ini dan menjadi asas kepada usaha kita untuk terus memelihara perpaduan dalam Barisan Nasional.
Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang, merentasi masa dan generasi. Pemergiannya hari ini pasti dirasai, bukan hanya dalam MCA dan Barisan Nasional, tetapi dalam sejarah perjalanan negara.
Kepada seluruh ahli keluarga, saya doakan sekali lagi agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚, 𝟏𝟏 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧
Setibanya saya dari Pulau Pinang, saya terus meninjau penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang digerakkan oleh NADMA bersama agensi berkaitan.
Cuaca panas yang berlarutan ketika ini memberi tekanan kepada paras air empangan, khususnya di negeri-negeri utara. Justeru, langkah ini dilaksanakan secara proaktif bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan memastikan bekalan air kekal mencukupi.
Operasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 April 2026 ini memberi tumpuan kepada beberapa empangan utama di Kedah, Perlis, Perak dan Johor yang berada pada tahap waspada, amaran dan kritikal.
Setiap pelaksanaan dibuat dengan penelitian teknikal yang rapi, daripada keadaan atmosfera sehinggalah kepada kaedah pembenihan yang digunakan bagi memastikan keberkesanannya.
Ini adalah antara ikhtiar yang kita lakukan untuk menjamin kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya.
#operasipembenihanawan
#metmalaysia #nadma
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤
Usai menyempurnakan Majlis Pecah Tanah PERDA Halal Park, saya sempat melawat ke Kilang Al-Meswak Mu’min yang turut menjadi antara pemain penting dalam menggerakkan industri halal negara.
Saya gembira melihat perkembangan ini. Kilang ini jelas menyahut seruan Kerajaan untuk mempelbagaikan produk halal yang tidak tertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, tetapi turut merangkumi segmen lain yang mempunyai potensi besar di pasaran.
Inilah arah yang kita mahu. Industri halal perlu terus berkembang dengan lebih luas, lebih inovatif dan mampu menembusi pasaran yang lebih besar.
Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara pemain industri dan agensi Kerajaan, produk halal tempatan mampu pergi lebih jauh. Ayuh kita terus sokong produk halal keluaran tempatan!
#industrihalal
#perdahalalpark
#perda #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Industri Halal Malaysia hari ini berada di landasan yang kukuh. Sistem pensijilan halal negara diiktiraf di lebih 50 negara dan terus menjadi penanda aras dunia. Ini merupakan pengiktirafan yang datang daripada komuniti antarabangsa sendiri.
Namun, potensi sebenar industri ini jauh lebih besar. Pasaran halal global dijangka mencecah sekitar USD5 trilion menjelang 2030. Ini adalah ruang yang perlu kita rebut dengan strategi yang lebih tersusun dan berani.
Dalam konteks ini, pembangunan PERDA Halal Park membawa pendekatan yang lebih menyeluruh. Kita melihat halal sebagai satu ekosistem lengkap merangkumi pengeluaran, teknologi, logistik dan akses pasaran global.
Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, saya melihat keperluan untuk kita memperluas rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan pengedaran serta memanfaatkan teknologi seperti IoT dan ‘blockchain’ bagi memastikan piawaian kualiti yang lebih telus dan diyakini.
Sebagai Menteri KKDW, saya mahu memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus ini. Insya-Allah, PERDA Halal Park mampu membuka ruang kepada mereka untuk berkembang, meningkatkan kapasiti dan menembusi pasaran antarabangsa.
Insya-Allah, dari sini kita akan melihat lahirnya lebih ramai usahawan yang mampu bersaing di peringkat dunia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai kuasa besar industri halal global.
#industrihalal
#perdahalalpark
#perda #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Malam tadi, saya berbesar hati dapat mengadakan sesi kunjung hormat dan makan malam bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di kediaman rasmi beliau di Sri Mutiara, Pulau Pinang.
Alhamdulillah, banyak perkara dapat dibincangkan bersama dalam pertemuan ini. Saya amat menghargai perkongsian pandangan serta pengalaman oleh TYT Tun, yang memberi nilai dan inspirasi dalam usaha memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan rakyat.
Saya mendoakan agar TYT Tun Ramli sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kepimpinan beliau terus membawa kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh rakyat di negeri ini.
Insya-Allah.
#pulaupinang
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Petang tadi saya telah merasmikan forum Voices of HER yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ruang wacana bermakna bagi membincangkan peranan wanita dalam memperkukuh ekonomi negara.
Peranan wanita dalam membina keluarga, memperkasa komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi adalah amat besar. Namun, penyertaan sahaja tidak mencukupi. Wanita perlu diberi ruang untuk memiliki peluang, aset serta keupayaan dalam membuat keputusan agar mereka benar-benar berdaya dan mampu memimpin.
Dalam suasana ketidaktentuan global yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup dan ekonomi domestik, wanita juga menghadapi cabaran ini, sama ada sebagai pengurus kewangan keluarga mahupun sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, usaha memperkasa wanita harus terus diperkukuh melalui akses kepada pembiayaan, latihan kemahiran termasuk TVET dan platform digital, serta peluang untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing.
Saya yakin, dengan kerjasama semua pihak dan pendekatan yang menyeluruh, kita mampu membina ekosistem yang lebih inklusif, adil dan mampan demi memastikan wanita bukan sahaja menjadi peserta, tetapi juga pemimpin dalam pembangunan ekonomi negara.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera.
#malaysiamadani
#pemerkasaanwanita
#voicesofher -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧
Sektor pelancongan global kini turut menerima tempias daripada ketidaktentuan semasa yang sedang dihadapi dunia hari ini.
Petang ini, saya turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) Kali Ke-2 bagi meneliti perkembangan semasa serta langkah seterusnya.
Mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan #vm2026 sehingga penghujung tahun 2027 dan perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut.
Keputusan ini dibuat bagi membolehkan Malaysia memperkukuh strategi promosi, menyesuaikan pendekatan dengan perubahan global serta merebut peluang daripada peralihan aliran pelancong antarabangsa.
Dalam masa yang sama, penyelarasan antara kementerian dan agensi terus diperkasa agar setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berimpak.
Kita mahu memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan yang selamat dan diyakini.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh sektor pelancongan negara agar terus memberi manfaat kepada ekonomi serta rakyat.
#vm2026
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini, fokus kita adalah untuk memastikan ekonomi Bumiputera mampu bertahan dan terus berkembang dalam ketidaktentuan semasa.
Saya telah mengarahkan tiga tindakan utama yang perlu dilaksanakan segera:
i. Pertama, penilaian menyeluruh merentasi sektor kritikal bagi memahami impak sebenar di lapangan;
ii. Kedua, intervensi bersasar melalui pembiayaan yang lebih fleksibel, insentif kos serta pengukuhan rantaian bekalan tempatan;
iii. Ketiga, pelaksanaan yang tegas dan berakauntabiliti tanpa kelewatan, dengan pemantauan yang rapi.
Dalam masa yang sama, kita tidak boleh hanya bertindak secara jangka pendek. Pendigitalan, pemerkasaan usahawan muda serta penerokaan pasaran baharu perlu dipercepatkan supaya ekonomi Bumiputera lebih mandiri dan kompetitif.
Insya-Allah, dengan langkah yang tersusun dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan ekonomi Bumiputera terus kukuh dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#ekonomibumiputera
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢
Dalam suasana Syawal yang masih terasa, saya yakin ramai yang mengambil peluang memenuhi jemputan rumah terbuka.. bertemu saudara, sahabat dan kenalan.
Begitu juga saya dan isteri.. Malam tadi, kami turut memenuhi undangan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak.
Alhamdulillah, seronok dapat bertemu wajah-wajah yang dikenali.. rakan seperjuangan, berbual panjang dan berkongsi cerita masing-masing.
Terima kasih kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain dan isteri atas jemputan.. Juadah yang dihidangkan pun memang sedap-sedap belaka.
#aidilfitri2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
Tahukah Anda? 🇲🇾
Tidak lama selepas kelahirannya, UMNO sudah mula membentuk identiti perjuangannya sendiri.
Pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan. Hanya tujuh minggu kemudian, pada 29 hingga 30 Jun 1946, bendera parti ditetapkan sebagai lambang kesatuan dan semangat bangsa. Bendera ini kemudiannya dikenali sebagai Sang Saka Bangsa. Simbol perjuangan, keberanian dan jati diri yang dibawa sejak awal penubuhan.
Dalam tempoh yang singkat, lahirlah bukan sekadar sebuah parti, tetapi satu identiti yang menyatukan perjuangan orang Melayu dalam mempertahankan tanah air. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno
#bangkitsemula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟏𝟗𝟒𝟖 — 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 🇲🇾
Tanggal ini menjadi saksi kepada satu detik bersejarah dalam perjalanan bangsa.
Selepas gelombang penentangan dan suara yang tidak pernah padam, akhirnya Malayan Union dimansuhkan.
Digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sebuah bentuk pentadbiran yang mengembalikan dan memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menjaga hak dan identiti tanah ini. Inilah kemenangan pertama UMNO.
Bukan sekadar kejayaan politik, tetapi lambang kesatuan, keberanian dan tekad orang Melayu dalam mempertahankan tanah air mereka.
#umno
#80tahunumno
#bangkitsemula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤, 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐲𝐚
Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan rasa syukur dan terharu saya apabila dapat bersama tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan Aidilfitri di Bagan Datuk malam tadi.
Sebagai ahli parlimen Bagan Datuk, momen seperti ini amat bermakna buat saya. Dalam kesibukan berkhidmat untuk negara, Bagan Datuk sentiasa berada di tempat yang paling istimewa di hati saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir khususnya warga Bagan Datuk yang saya kasihi. Walaupun tidak sempat saya bersua muka dengan semua.. tapi percayalah.. kehadiran anda amat saya hargai.
Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah.
#aidilfitri2026
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐤
Dalam ruang masa yang ada, saya sempat menziarahi sepupu saya, Hjh. Siti Aminah binti Samirin bersama suaminya, Ustaz Hj. Md Masron bin Abdul Salam di Kampung Sungai Samak.
Kedua-dua mereka kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Sempat saya berbual dengan ahli keluarga, mengimbau sedikit kenangan lama yang pastinya cukup bermakna buat kami semua.
Doa saya, semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan buat mereka berdua, serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
#ziarahkasih
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧
Petang ini saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2026.
Di Bagan Datuk, saya melihat semangat yang tidak pernah padam. Dari barisan kepimpinan hingga ke akar umbi, semuanya bergerak dengan satu tekad iaitu untuk memastikan UMNO terus relevan, terus diyakini dan terus menjadi wadah harapan rakyat.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyentuh usaha di peringkat nasional dalam memperkasa agenda Melayu dan Islam. Bermula daripada pendidikan awal melalui Pra-Tahfiz, pengukuhan Ulul Albab di MRSM, hinggalah kepada laluan TVET untuk pelajar tahfiz.. semuanya adalah ikhtiar berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.
Perjalanan ini bukanlah mudah.. namun dengan kesetiaan yang utuh serta kebijaksanaan dalam mengatur langkah, saya yakin UMNO akan terus mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berkeyakinan.
Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh UMNO cawangan di seluruh negara. Jadikanlah persidangan ini sebagai ruang untuk merapatkan saf, memperkukuh kesatuan dan menyusun langkah dengan lebih matang.
#umno
#umnobagandatuk
#umnoperak
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dewan utama Masjid Tuminah Hamidi sememangnya menjadi antara lokasi pilihan warga Bagan Datuk untuk majlis perkahwinan.. Kedudukannya yang strategik, bersebelahan muara Sungai Perak, memberi suasana yang cukup indah dan penuh nostalgia buat pasangan yang melangsungkan hari bahagia mereka.
Tengah hari tadi, saya sempat singgah ke majlis perkahwinan saudara Faris dan pasangannya, N’nisa yang berlangsung di sini, serta beramah mesra dengan para jemputan yang hadir.
Buat saudara Faris dan pasangan, selamat melayari bahtera perkahwinan saya ucapkan. Semoga dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan hingga ke jannah. Aamiin 🤲🏻 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Salam takziah yang sedalam-dalamnya saya ucapkan kepada keluarga mendiang Tun Dr. Ling Liong Sik, mantan Presiden MCA dan mantan Menteri Pengangkutan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, khususnya dalam membangunkan sektor pengangkutan negara serta memperkukuh institusi pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi hari ini.
Sepanjang perjalanan kepimpinannya, beliau memperlihatkan komitmen dan kecintaan yang mendalam terhadap negara dan parti khususnya ketika keberadaannya di dalam Barisan Nasional.
Jasa dan sumbangan beliau akan terus terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. Negara turut berkabung bersama kalian. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Hari ini saya bersama warga Bagan Datuk dalam Program MADANI Rakyat anjuran bersama KEMAS Negeri Perak di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk.
Seawal pagi lagi, suasana sudah cukup meriah.. Masing-masing turun padang, bergotong-royong dan berewang bersama. Saya juga sempat bersama penduduk yang sedang menyediakan rendang tok, juadah tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Perak.
Alhamdulillah, dapat beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Seronok melihat anak-anak dan keluarga sama-sama memeriahkan program, meluangkan masa bersama dalam suasana Syawal yang penuh makna.
Terima kasih warga Bagan Datuk atas kebersamaan ini. Insya-Allah, kita jumpa lagi malam nanti di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Dato’ Lope Hashim yaa.
#pmr
#programmadanirakyat
#kemas #kkdw
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
[Keluaran Khas #umno80]
𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎 🇲🇾
Di Istana Besar Johor Bahru, sejarah mula terukir. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu berhimpun, bersatu hati dalam satu tekad — mempertahankan tanah air dan maruah bangsa. Dari pertemuan itu, lahirlah UMNO. Bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi simbol kebangkitan orang Melayu yang enggan tunduk.
Di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar, UMNO menjadi suara yang lantang. Jawapan tegas terhadap Malayan Union. Inilah titik permulaan, sebuah langkah pertama dalam perjalanan panjang perjuangan negara menuju masa depan yang lebih berdaulat. 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno
#bangkitsemula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pada usia 26 tahun, seorang anak muda melangkah ke hadapan memikul amanah besar.
Tun Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. Satu permulaan kepada perjalanan kepimpinan yang penuh makna.
Sebagai anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar, beliau bukan sekadar mewarisi nama, tetapi membawa bersama semangat perjuangan yang sama.
Dari langkah awal itu, perjalanan beliau terus berkembang, sehingga akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 dan dikenali sebagai Bapa Perpaduan.
Sebuah kisah legasi, di mana bapa dan anak kedua-duanya pernah memimpin UMNO dan meninggalkan jejak dalam sejarah negara 🇲🇾✨
#umno
#80tahunumno
#bangkitsemula -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Keputusan SPM sudah diumumkan beberapa hari yang lalu.
Sekarang masa untuk menentukan langkah seterusnya.
Bagi yang sedang mencari laluan yang lebih praktikal, berkemahiran dan dekat dengan dunia pekerjaan.. TVET adalah pilihan yang tepat.
Permohonan UP_TVET Ambilan Julai 2026 telah pun dibuka bermula 1 April lalu.
Melalui platform ini, lepasan SPM boleh memohon ke pelbagai institusi TVET awam dan swasta di seluruh negara dalam satu sistem yang lebih mudah dan tersusun.
Peluangnya luas dan kebolehpasaran graduan juga tinggi. Ambil langkah hari ini dan terokai masa depan anda bersama TVET!
Mohon sekarang:
👉 mohon.tvet.gov.my
#spm2025
#uptvet
#tvet
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
Dunia hari ini sedang berdepan ketidaktentuan yang semakin dirasai. Konflik di Asia Barat mula memberi kesan kepada rantaian tenaga global dan tempiasnya turut dirasai dalam kehidupan harian rakyat.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) kali ke-17 yang saya pengerusikan hari ini, fokus kita adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.
Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara tidak munasabah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.
Sebagai langkah segera, NACCOL akan bersidang secara berkala sepanjang tempoh ini bagi memastikan setiap isu ditangani dengan pantas dan berkesan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM54.7 bilion bagi tahun 2026 untuk bantuan sosial, subsidi dan insentif peningkatan pendapatan. Lebih 13.7 juta rakyat kini menerima manfaat melalui pelbagai inisiatif termasuk STR, SARA dan Program Jualan Rahmah.
Inilah komitmen Kerajaan dalam memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah, Kerajaan akan terus berdiri bersama rakyat serta memastikan kesejahteraan sentiasa terpelihara walau dalam apa jua keadaan.
#naccol
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Dalam sesi bersama warga KKDW sebentar tadi, saya telah menegaskan bahawa apa yang berlaku di peringkat global ketika ini termasuk ketegangan geopolitik dan lonjakan harga minyak dunia telah memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.
Apabila harga minyak mencecah sekitar USD115.55 setong dan kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh singkat, kesannya bukan sekadar angka. Ia turut dirasai oleh lebih 8.1 juta masyarakat desa di seluruh negara.. daripada pekebun kecil, petani, nelayan hinggalah komuniti Orang Asli di pedalaman.
Justeru, peranan KKDW hari ini semakin penting. Kita perlu menjadi benteng utama dalam memastikan rakyat desa mampu bertahan dan terus melangkah ke hadapan.
Respons kita mesti jelas dan berfokus dengan menangani tekanan jangka pendek secara segera dan bersasar, mengurangkan kebergantungan kepada kos yang mudah dipengaruhi oleh ketidaktentuan global serta membina sumber pertumbuhan baharu dengan mencipta nilai daripada kekuatan dan sumber yang sedia ada di desa.
Saya yakin, dengan pendekatan yang lebih berani dan tersusun serta komitmen seluruh warga KKDW, kita mampu memastikan desa terus bertahan dan berkembang dalam apa jua keadaan.
Insya-Allah.
#kkdw
#pejuangdesa
#desasejahtera
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐤𝐞-𝟔𝟎
Enam dekad bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia merupakan kisah pengorbanan dan perubahan yang dirasai oleh ribuan keluarga di pedesaan.
FELCRA bukan sekadar membangunkan tanah, FELCRA membina kehidupan. Daripada tanah yang diusahakan.. lahir sumber rezeki, peluang ekonomi dan masa depan yang lebih baik buat masyarakat desa.
Hari ini, peranan FELCRA terus berkembang. Dalam landskap semasa, FELCRA dilihat sebagai ‘strategic nation builder’ yang kekal relevan khususnya dalam agenda keterjaminan makanan serta kesejahteraan luar bandar.
Saya yakin, dengan pengalaman yang dimiliki dan pendekatan yang terus diperbaharui, FELCRA mampu menjadi peneraju dalam transformasi agroekonomi negara.
Insya-Allah, saya mendoakan agar FELCRA terus memperkasa komuniti luar bandar melalui model pembangunan yang inklusif dan mampan, agar manfaatnya dapat dirasai oleh generasi hari ini dan akan datang.
Selamat ulang tahun ke-60 saya ucapkan kepada seluruh warga FELCRA.
#felcra60
#felcra #kkdw
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚
Musyawarah Nasional seperti yang telah diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 adalah sebuah wadah penting untuk menghimpunkan pemikiran dan pandangan serta cadangan strategik daripada pelbagai lapisan masyarakat Melayu mengenai hala tuju masa depan umat Melayu dan negara.
Musyawarah Nasional ini bukan sekadar satu wacana biasa, sebaliknya merupakan usaha bersama untuk mencari titik temu, merumus penyelesaian serta membina konsensus nasional dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menyentuh kepentingan agama, masyarakat, ekonomi, pendidikan dan politik orang Melayu.
Musyawarah Nasional ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani bin Othman yang mempunyai pengalaman luas dalam aspek pentadbiran kerajaan dan dunia korporat khususnya semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Sime Darby Berhad serta Johor Corporation.
Justeru, bagi memastikan perbincangan berlangsung secara tersusun dan menyeluruh, Musyawarah Nasional akan memfokuskan kepada lima (5) teras utama, iaitu:
1. Teras Agama – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta memperkasa kefahaman dan pengamalan Islam yang sederhana dan progresif dalam masyarakat.
2. Teras Politik – dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Zainal Abidin bin Sanusi, yang akan menilai dinamika politik semasa serta merumus pendekatan baharu bagi memastikan kestabilan politik, kesinambungan kepimpinan dan kematangan demokrasi negara.
3. Teras Ekonomi – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Hj. Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir Jamalullail, yang akan membincangkan strategi memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu agar lebih berdaya saing, inklusif dan mampan dalam ekonomi negara.
4. Teras Pendidikan – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya’akub, yang akan meneliti agenda pemerkasaan pendidikan sebagai asas pembinaan modal insan berkualiti serta peningkatan keupayaan generasi masa depan.
5. Teras Sosial – dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, yang akan memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan sosial, perpaduan masyarakat, pembinaan nilai dan budaya, serta pengukuhan institusi keluarga serta komuniti.
Saya yakin dengan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa sebagai pengerusi teras serta penyertaan pelbagai pihak termasuk akademia, pemimpin masyarakat, profesional, golongan muda dan badan-badan bukan kerajaan, Musyawarah Nasional ini mampu menghasilkan rumusan yang konstruktif, realistik dan berpandangan jauh demi masa depan negara.
Akhirnya, saya menyeru semua pihak agar menyertai dan menyumbang pandangan secara terbuka, matang dan bertanggungjawab supaya Musyawarah Nasional ini dapat menjadi satu platform penting dalam memperkukuh kesatuan, memperkasa agenda bangsa dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Pengasas Musyawarah Nasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Sempena Aidilfitri yang penuh keberkatan, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan penuh sukacita menjemput orang ramai khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, eratkan silaturahim dan semarakkan kebersamaan.
Kehadiran anda semua amat dialu-alukan. Jumpa di sana, InsyaAllah.
#aidilfitri2026
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐓𝐌 𝐤𝐞-𝟖𝟎
Selama lapan dekad, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal sebagai “Teman Setia Anda” yang sentiasa mendampingi rakyat dalam setiap detik, sama ada saat gembira mahupun ketika negara diuji.
Daripada siaran radio sehinggalah ke platform digital hari ini, RTM terus memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang sahih dan terkini.
Semoga RTM terus kekal relevan, dipercayai serta menjadi wadah utama dalam menyatukan rakyat Malaysia.
Buat seluruh warga RTM, Selamat Hari RTM ke-80 saya ucapkan.
#rtm80
#temansetiaanda -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐚𝐬 & 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧: 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚
Cuaca panas yang sedang melanda beberapa kawasan ketika fasa peralihan monsun ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Suhu di sesetengah tempat dijangka mencecah antara 35°C hingga 40°C, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya telah mengarahkan supaya kesiapsiagaan di peringkat negeri diperkasa, termasuk pengaktifan Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat semasa.
Dalam masa yang sama, tindakan segera juga sedang giat dilaksanakan. Antaranya penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Perak, Kedah, Perlis dan Johor yang akan bermula pada 6 hingga 9 April ini bagi membantu meningkatkan paras takungan empangan yang semakin menurun.
Dalam kita memperkukuh pendekatan teknikal, keutamaan Kerajaan tetap jelas dalam memastikan setiap bantuan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, termasuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, petani kecil serta komuniti yang bergantung kepada sumber air tempatan.
Saya juga ingin menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara berhemah dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan dapat mengharungi cabaran ini dengan lebih teratur dan berkesan.
#kesiapsiagaanbencana
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧
Saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi bagi meneliti perkembangan krisis tenaga global serta implikasinya terhadap ekonomi negara.
Dunia ketika ini sedang melalui fasa yang semakin mencabar dan tidak menentu. Keadaan ini menuntut kita untuk sentiasa bersiap siaga serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Alhamdulillah asas ekonomi negara kekal stabil dan berdaya tahan. Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif berasaskan data dan realiti semasa, termasuk mengambil kira pandangan industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap keputusan yang dibuat lebih menyeluruh dan berkesan.
Saya turut menyambut baik seruan YAB Perdana Menteri agar kita terus menyokong ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokong usahawan tempatan. Kekuatan dalaman inilah yang menjadi benteng utama dalam mendepani cabaran global.
Insya-Allah, segala usaha ini dilaksanakan dengan satu matlamat yang jelas, iaitu memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮𝐢 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atas pencapaian yang amat membanggakan. Prestasi tahun ini amat memberangsangkan apabila seramai 13,779 calon berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi luar biasa para pendidik, serta doa dan sokongan berterusan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak.
Sebagai individu yang menggalas amanah terhadap MARA, saya amat berbangga dengan pencapaian seramai 7,636 calon SPM daripada 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terus mencipta kecemerlangan termasuk 80 orang calon MRSM yang berjaya memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2025.
Lebih membanggakan, keputusan SPM 2025 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.067 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut. Sebanyak 5 buah MRSM berada dalam kelompok teratas terbaik secara keseluruhan, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah-sekolah harian lain di seluruh negara. Alhamdulilah, ini menjadi bukti jelas bahawa MRSM kekal sebagai institusi peneraju kecemerlangan pendidikan negara.
Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan MRSM sebagai penanda aras kecemerlangan, khususnya dalam melahirkan bakat-bakat dari luar bandar yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat nasional, malah berpotensi untuk menembusi pentas global.
Hari ini, kita turut menyaksikan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila 4 pelajar Orang Asli berjaya memperoleh keputusan 9A, manakala seramai 114 pelajar mencatat keputusan cemerlang 5A ke atas, meningkat daripada 87 pelajar pada tahun lalu.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKOA bersama pelbagai agensi dalam memperkasa pendidikan komuniti Orang Asli, dengan memastikan setiap pelajar mendapat perhatian serta peluang yang saksama tidak kira di mana mereka berada.
Tambahan itu, hasil pelbagai inisiatif berterusan Kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata berdasarkan Gred Purata Kebangsaan (GPK).
Kementerian akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan luar bandar, termasuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif agar setiap pelajar dapat mencapai potensi terbaik mereka.
Apa jua keputusan yang diperoleh, ia bukan penamat tetapi permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih besar. Kerajaan telah menyediakan pelbagai laluan pendidikan, sama ada melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, mahupun melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Melalui institusi seperti TVETMARA, GIATMARA dan lain-lain, para pelajar kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk meneroka potensi diri melalui ekosistem UP_TVET yang lebih tersusun dan menyeluruh.
Hari ini, TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah menjadi arus perdana baharu dalam membina tenaga kerja mahir, berpendapatan tinggi serta relevan dengan keperluan industri masa hadapan. Malah, seramai 53.9 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua calon SPM 2025. Gunakan peluang yang terbentang untuk memilih laluan yang selari dengan minat dan potensi anda. Saya yakin, andalah generasi pelakar perubahan yang akan membina Malaysia yang lebih maju, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di pentas dunia.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
31 Mac 2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dengan penuh kesyukuran atas nikmat Syawal yang kembali menyapa, saya bersama keluarga serta seluruh warga Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk menjemput seluruh masyarakat, khususnya warga Bagan Datuk untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu) | 15 Syawal 1447H
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Lope Hashim, Pekan Bagan Datuk
Marilah kita raikan Syawal ini dalam suasana penuh ukhuwah dan kegembiraan. Kehadiran anda amat dialu-alukan dan pastinya menyemarakkan lagi kemeriahan majlis ini.
Jumpa di Bagan Datuk, insya-Allah.
#aidilfitri2026
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pagi ini pasti ramai yang sedang berdebar menanti keputusan SPM masing-masing.
Buat 413,299 calon yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 di seluruh negara, walau apa jua keputusan yang bakal diterima, take it with an open heart. Ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang.
Yang penting, percayalah you have done your best!
Jangan lupa zahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, keluarga serta guru-guru yang sentiasa menyokong dan membimbing sepanjang perjalanan anda. Kejayaan yang dikecapi hari ini juga merupakan hasil doa dan pengorbanan mereka.
Saya doakan yang terbaik buat semua anak-anak SPM 2025.
Teruskan melangkah ke hadapan.. Choose your path wisely. Insya-Allah, TVET sentiasa membuka ruang untuk anda membina masa depan.
All the best!
#spm2025 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke Putrajaya pada hari ini.
Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, patik berpeluang mempersembahkan pandangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, khususnya melibatkan negeri Perak.
Perbincangan turut menyentuh aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, yang memperlihatkan kecaknaan serta keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam memperkukuh kemajuan negeri dan membangunkan potensi rakyat secara menyeluruh.
Patik amat menghargai limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat, sekali gus mencerminkan peranan penting institusi diraja dalam mendukung agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Patik mendoakan semoga Duli Yang Teramat Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam memayungi rakyat dan negeri.
Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞-𝟐𝟏𝟗 𝐝𝐢 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐎𝐋 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Tatkala saya melangkah masuk ke PULAPOL Kuala Lumpur tadi, banyak kenangan lama kembali bermain di fikiran.
Di sinilah saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana amanah besar digalas dengan penuh disiplin dan keikhlasan. Pengalaman semasa berkhidmat sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu benar-benar membentuk kefahaman saya tentang erti pengorbanan seorang anggota polis.
Hari ini, saya mengiringi YAB Perdana Menteri ke Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 bagi menghargai jasa serta peranan besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.
Bagi warga PDRM, tugas ini bukanlah pilihan tetapi satu tanggungjawab. Mereka berdiri di hadapan rakyat ketika diperlukan, menjadi benteng keselamatan dalam pelbagai situasi termasuk cabaran baharu dalam dunia digital hari ini.
Apa yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan mudah. Ia dibina melalui disiplin dan pengorbanan yang berterusan, diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga PDRM. Sampaikan salam Aidilfitri saya kepada seluruh warga PDRM dan keluarga anda semua yaa.
#haripoliske219
#pdrm
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐓𝐄𝐍 𝐓𝐞𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥, 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧
Walaupun masih dalam suasana Aidilfitri, Kerajaan tetap komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Pagi tadi, saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa serta implikasinya terhadap ekonomi dan keselamatan negara.
Dalam mesyuarat ini, tumpuan diberikan kepada tekanan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat serta langkah-langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.
Kerajaan juga turut memberi penekanan terhadap keterjaminan bekalan tenaga negara melalui usaha mempelbagaikan sumber serta meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan.
Dalam suasana yang mencabar ini, semangat kebersamaan menjadi kekuatan kita untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan. Insya-Allah, segala perkembangan akan terus dipantau dengan rapi dan disampaikan secara telus kepada rakyat.
#mten
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐𝟗 𝐌𝐚𝐜: 𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮
Berdasarkan kenyataan rasmi MET Malaysia yang dikeluarkan pagi tadi, Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei ini, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026.
Sepanjang tempoh ini, negara dijangka mengalami cuaca tidak menentu termasuk ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini berpotensi mengakibatkan kejadian banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.
Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan berisiko serta peka dengan maklumat dan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Elakkan berada di kawasan lapang ketika ribut, jauhi pokok besar dan struktur tidak kukuh serta berhati-hati di kawasan yang berpotensi berlaku takungan air.
Insya-Allah, semua agensi berkaitan berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sama-sama kita utamakan keselamatan diri dan keluarga.
Sumber: MET Malaysia
#peralihanmonsun
#metmalaysia
#kesiapsiagaanbencana
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞-𝟐𝟏𝟗
Selamat menyambut Hari Polis ke-219 saya ucapkan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai Menteri yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri, saya amat memahami cabaran serta tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap anggota PDRM. Ia bukanlah tugas yang mudah. Ianya menuntut keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Namun amanah ini terus digalas dengan penuh komitmen demi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.
Dalam masa yang sama, kekuatan pasukan ini turut terbina daripada hubungan yang erat dengan masyarakat. Kepercayaan dan kerjasama inilah yang menjadi asas kepada keselamatan yang kita nikmati hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga PDRM atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga anda semua terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalankan amanah ini.
Insya-Allah, kita jumpa sebentar lagi di PULAPOL KL yaa.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
#haripoliske219
#polisdanmasyarakatberpisahtiada
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐤𝐞-𝟕𝟒
Tidak semua wira berada di hadapan lensa. Ada yang bergerak senyap, hadir ketika diperlukan dan beredar tanpa mengharapkan perhatian.
Begitulah yang dapat saya lihat pada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Alhamdulillah, hari ini 24 Mac 2026, genap 74 tahun perjalanan APM sebagai pasukan yang sentiasa siapsiaga setiap kali rakyat memerlukan sama ada dalam situasi bencana, kecemasan mahupun saat getir yang tidak dijangka.
Saya melihat sendiri bagaimana anggota-anggota ini turun ke lapangan, membantu tanpa banyak bicara dan melaksanakan amanah dengan penuh disiplin.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga APM atas segala khidmat yang dicurahkan kepada rakyat dan negara.
Selamat Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-74. Teruskan berkhidmat dan berbakti untuk negara tercinta.
#hutpa74 #apm
#pertahananawam
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.
Daulat Tuanku. Sembah takzim daripada patik bersama seluruh ahli keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢, 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐄𝐬𝐨𝐤
Setiap ramalan cuaca yang kita dengar, setiap amaran yang dikeluarkan, semuanya membawa satu tujuan iaitu untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
Hari ini, bersempena Hari Meteorologi Sedunia 2026, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi, khususnya warga Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) atas komitmen mereka dalam memantau, menganalisis dan menyampaikan maklumat cuaca secara berterusan kepada kita.
Dengan tema “Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok”, peranan meteorologi menjadi semakin penting dalam memastikan setiap langkah yang diambil hari ini mampu melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
Terima kasih saya ucapkan atas dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga segala usaha ini terus dipermudahkan, insya-Allah.
Selamat Hari Meteorologi Sedunia 2026.
#harimeteorologisedunia2026
#metmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di pagi Syawal yang mulia hari ini, saya berkesempatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, diiringi YAB Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri.
Khutbah bertajuk “Syawal: Bangkit Daripada Ujian, Bersatu Dalam Keimanan” yang disampaikan sebentar tadi mengajak kita untuk terus memperkukuh kesatuan, menghindari perpecahan serta memelihara keamanan dalam masyarakat.
Alhamdulillah, Syawal ini juga turut mengajak kita untuk kembali kepada fitrah dengan hati yang lebih tenang dan lebih menghargai erti kebersamaan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Daulat Tuanku!
#aidilfitri1447h
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya walau di mana jua anda berada.
Semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan serta dilimpahi rezeki yang luas buat kita semua, insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🌙✨
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd.
Alhamdulillah, Syawal kembali menyapa kita setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada semua umat Islam, walau di mana jua berada.
Dalam kegembiraan menyambut Syawal ini, marilah kita terus menyemai rasa kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus. Hargailah masa bersama keluarga serta insan tersayang.
Insya-Allah, saya mendoakan semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
#salamaidilfitri1447h
#selamathariraya1447h
#raya2026
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐜𝐮𝐫𝐢 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭
Takbir bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi pengakuan dalam hati bahawa segala nikmat, kekuatan dan hidayah datang daripada Allah SWT. Setiap ibadah yang disempurnakan adalah tanda ketaatan serta rasa syukur kita kepada-Nya.
Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa membesarkan Allah dengan penuh keinsafan dan mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan.
#risalahtaalim30
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Ramadan kian sampai ke penghujungnya. Hati terasa sayu kerana belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga segala amal ibadah diterima dan segala kekhilafan diampunkan. Moga semangat serta nilai kebaikan yang dibina sepanjang Ramadan terus kekal dalam kehidupan kita.
#risalahtaalim29
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐠𝐚𝐝𝐢
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Ugadi kepada seluruh komuniti Telugu di Malaysia.
Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya komuniti Telugu di seluruh negara.
Wishing you a year filled with happiness and prosperity.
#tahunbaharuugadi
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
Sepertiga malam adalah waktu yang sangat istimewa untuk kita bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Bangunlah walau seketika untuk berdoa dengan penuh harapan. Mudah-mudahan setiap doa yang dipanjatkan menjadi jalan kepada perubahan dan kebaikan dalam hidup kita.
#risalahtaalim28
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢
Menjelang Aidilfitri ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan melaksanakan Op Prihatin 2026 bagi membantu memastikan perjalanan pulang rakyat ke kampung halaman berlangsung dengan lebih selamat.
Seramai 2,364 pegawai dan anggota bersama 650 aset logistik digerakkan di seluruh negara untuk melaksanakan rondaan, bantuan kecemasan serta khidmat kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, saya ingin mengingatkan semua agar sentiasa memandu dengan berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Pada masa yang sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca serta arahan pihak berkuasa memandangkan MET Malaysia turut menjangkakan hujan di beberapa kawasan sepanjang musim perayaan ini.
Walau apa pun keadaan, keselamatan mesti sentiasa menjadi keutamaan. Saya mendoakan agar semua yang pulang ke kampung halaman dipermudahkan perjalanan, selamat sampai ke destinasi dan kembali semula dengan selamat bersama insan tersayang.
#aidilfitri2026
#utamakankeselamatan
#apm #metmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟐,𝟕𝟕𝟑 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝟐𝟕 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐂𝐢𝐥𝐢𝐤
Hati siapa yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang anak kecil berdiri di hadapan, menjadi imam dan memimpin solat tarawih dengan penuh keyakinan. Masya-Allah.
Malam 27 Ramadan satu momen yang cukup indah apabila seramai 19,533 anak-anak TABIKA KEMAS di 2,773 premis seluruh negara menunaikan solat tarawih dengan berimamkan rakan sebaya mereka sendiri. Satu pemandangan yang amat menyentuh hati dan perasaan ramai yang melihatnya.
Inilah antara hasil usaha yang telah kita mulakan melalui Program Pra Tahfiz KEMAS dalam menyemai kecintaan kepada al-Quran sejak usia muda.
Alhamdulillah, apa yang kita usahakan hari ini telah mula menampakkan hasilnya.
Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh pihak pengurusan dan guru-guru KEMAS di seluruh negara yang sabar membimbing serta mendidik anak-anak ini, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan penuh sehingga impian ini dapat direalisasikan bersama.
Saya doakan agar anak-anak ini terus membesar dengan baik, menjadi contoh kepada generasi akan datang dan membawa sinar harapan buat masa depan negara.
Insya-Allah, inilah permulaan kepada generasi al-Quran yang kita harapkan.
#ramadan1447h
#pratahfizkemas
#kemas #kkdw
#membinagenerasialquran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐡𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡
Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri serta kembali mendekatkan hati kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap langkah ke arah kebaikan diterima dan segala kekhilafan diampunkan oleh-Nya.
#risalahtaalim27
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐍𝐢𝐩𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭
Di malam-malam terakhir Ramadan, dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat di kampung halaman sendiri benar-benar membawa makna yang berbeza.
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan pulang ke Bagan Datuk untuk bersama kariah Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Nipah Darat, berbuka puasa serta menunaikan solat berjemaah bersama mereka.
Bertemu wajah-wajah yang saya kenali sejak dahulu dan dapat berborak panjang sementara menunggu waktu berbuka benar-benar membuat saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bersama masyarakat di tanah kelahiran sendiri.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kariah Masjid Al-Falah serta sahabat-sahabat di Sungai Nipah Darat yang turut bersama pada malam tadi. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan, insya-Allah.
#bagandatuk
#ramadan1447h
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚
Dalam mendepani ketidaktentuan global, Kerajaan kekal komited untuk memperkasa sektor komoditi getah negara melalui pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berimpak tinggi, demi memastikan kemampanan ekosistem pembangunan negara khususnya yang melibatkan komuniti pekebun kecil.
Selaras dengan aspirasi tersebut, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA akan terus memperkukuh peranan sebagai Pembeli Getah Utama (anchor buyer), sekali gus meningkatkan purata harga belian oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) daripada sekitar RM3.00 kepada RM3.70 sekilogram.
Sebelum ini, harga getah di peringkat ladang hanya sekitar RM3.00 sekilogram, menyebabkan pekebun kecil berkeluasan satu hektar hanya memperoleh kira-kira RM750 sebulan.
Peningkatan ini secara langsung melonjakkan purata pendapatan bulanan pekebun kecil daripada RM1,125 kepada RM1,387.50, dengan tambahan sekitar RM387.50 sebulan atau RM4,650 setahun bagi setiap pekebun kecil. Bagi kebun seluas 1.5 hektar, pendapatan dijangka mencecah RM1,708 sebulan, manakala bagi keluasan 2.0 hektar ke atas, berpotensi mencapai sekitar RM2,278 sebulan.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Program Pengeluaran Getah dengan pelantikan RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) sebagai agen pelaksana bagi pembelian getah secara runcit dan berkelompok. Langkah ini berlandaskan peruntukan di bawah Akta RISDA 1972 (Akta 85) yang memberi ruang kepada RISDA memainkan peranan lebih aktif dalam rantaian perdagangan getah negara.
Melalui pelaksanaan ini, RISDA memperkenalkan pendekatan yang lebih adil dan telus, termasuk penetapan potongan harga maksimum di Semenanjung, penambahbaikan insentif berasaskan output, rundingan harga yang lebih kompetitif bersama kilang pemprosesan, serta pemanfaatan 181 depo pengumpulan sedia ada di seluruh negara. Bagi kawasan tanpa kemudahan depo, perkhidmatan Pemasaran Getah Bergerak (PGB) turut diperkenalkan bagi memudahkan urusan pekebun kecil.
Dalam tempoh pelaksanaan aktif sejak awal Januari 2026, RISDA telah berjaya membeli dan mengumpul sebanyak 1,197.77 tan metrik getah pekebun kecil dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari. Ini membuktikan bahawa dasar yang tepat mampu mengembalikan keyakinan pekebun kecil untuk kembali aktif mengusahakan kebun mereka.
Lebih penting, inisiatif ini dijangka memberi impak signifikan kepada negara. Pengeluaran getah domestik berpotensi meningkat sehingga 75 peratus, dengan sasaran kutipan 300,000 tan metrik pada tahun 2026, sekali gus menyumbang sekitar 29 peratus kepada keperluan domestik.
Langkah ini amat penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import getah asli yang dianggarkan bernilai RM7.6 bilion pada tahun 2024.
Inisiatif RISDA sebagai Pembeli Getah Utama merupakan langkah strategik untuk mengangkat semula martabat industri getah negara, memperkukuh rantaian bekalan tempatan, meningkatkan pendapatan rakyat desa, serta memastikan masa depan sektor komoditi ini kekal berdaya saing.
Kerajaan akan terus memastikan agenda memakmurkan lebih 508,000 pekebun kecil di seluruh negara dapat direalisasikan secara menyeluruh, selaras dengan semangat Aspirasi Desa MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi dan pembangunan yang saksama.
#risda #kkdw
#pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡
Zakat fitrah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan serta membantu menggembirakan golongan yang memerlukan menjelang Syawal.
Tunaikanlah kewajipan ini dengan penuh keikhlasan agar Ramadan yang dilalui menjadi lebih bermakna dan diberkati.
#risalahtaalim26
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah.
Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin, yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO.
Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.
Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya.
Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut - biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita.
Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini.
#rumahbangsa
#umno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐐𝐢𝐲𝐚𝐦𝐮𝐥𝐥𝐚𝐢𝐥
Niatkan segala usaha kerana Allah SWT. Kurangkan makan sebelum tidur, ambil waktu qailullah pada siang hari dan perbanyakkan istighfar sebagai persediaan untuk bangun beribadah pada waktu malam.
Usaha yang kecil tetapi dilakukan secara konsisten mampu membuka pintu keberkatan yang besar, insya-Allah.
#risalahtaalim25
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Dalam suasana sepuluh malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan ini, dapat duduk bersama masyarakat di Kampung Niup, Kota Samarahan benar-benar memberi makna yang tersendiri kepada saya.
Bagi saya, pekebun kecil merupakan antara wira sebenar negara. Mereka bangun seawal pagi, menoreh getah dan mengusahakan tanah dengan penuh kesabaran demi memastikan keluarga terus mempunyai sumber rezeki. Atas sebab itulah Kerajaan melalui KKDW dan RISDA akan terus berusaha memastikan kebajikan serta masa depan komuniti pekebun kecil sentiasa terbela.
Sebagai langkah memperkukuh sektor ini, saya turut mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Tanam Semula Getah kepada RM23,000 bagi setiap hektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,915 atau 55% berbanding kadar sebelumnya. Mudah-mudahan ikhtiar ini dapat membantu pekebun kecil meneruskan usaha mereka dengan lebih yakin dan terjamin.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan atas sambutan yang begitu mesra serta usaha beliau menyantuni masyarakat di kawasan ini.
Penghargaan juga saya ucapkan kepada RISDA selaku agensi pelaksana, serta kepada seluruh pekebun kecil yang hadir memeriahkan Majlis Santunan Kasih Ramadan & Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak kali ini.
Semoga silaturahim yang terjalin ini terus berkekalan. Terima kasih rakyat Sarawak atas sambutan yang penuh kemesraan. Moga kita dipertemukan lagi pada kesempatan akan datang, insya-Allah.
#sarawak
#risda #kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦-𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭
Pada sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah SAW menghidupkan malam dengan ibadah serta mengejutkan ahli keluarganya untuk turut sama berqiyamullail.
Marilah kita menghidupkan malam-malam ini dengan solat, doa dan bacaan al-Quran. Mudah-mudahan kita dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
#risalahtaalim24
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐃𝐞𝐭𝐢𝐤 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Ramadan bukan bulan untuk kita bermalas-malasan. Kurangkan tidur yang berlebihan dan manfaatkan waktu yang ada dengan memperbanyakkan ibadah serta amal kebajikan.
Setiap detik di bulan yang mulia ini adalah peluang untuk kita menambahkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
#risalahtaalim23
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐭𝐚𝐤𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Dua mesyuarat penting dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini.
Pertama, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang membincangkan pelbagai langkah strategik bagi memperkukuh amalan tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
Kemudian, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang meneliti perkembangan ekonomi semasa serta merangka langkah-langkah strategik untuk memastikan momentum pertumbuhan negara terus kukuh dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
Kedua-dua platform ini perlu bergerak seiring. Tatakelola yang baik dan hala tuju ekonomi yang jelas merupakan dua asas penting bagi memastikan pembangunan negara terus mampan serta manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat.
#jkktn #mten
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦-𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Malam-malam terakhir Ramadan adalah waktu yang sangat bermakna untuk kita memperbanyakkan ibadah, doa serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Marilah kita menghidupkan malam-malam ini dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima serta dikurniakan rahmat dan keampunan daripada-Nya.
#risalahtaalim22
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐝𝐨𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐝𝐫𝐚𝐭𝐮𝐥𝐥𝐢𝐲𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Minggu lalu saya telah meminta YB Timbalan Menteri saya, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang untuk menziarahi adik Nadratulliyana binti Ab Malek di Melaka sebagai tanda sokongan kepada beliau yang bakal membawa cabaran negara ke WorldSkills Shanghai 2026.
Pertandingan ini menghimpunkan peserta terbaik dunia dalam pelbagai bidang kemahiran. Penyertaan anak muda seperti beliau mencerminkan potensi besar generasi TVET negara hari ini, sekali gus membuktikan bahawa laluan kemahiran mampu melahirkan bakat yang berdaya saing di pentas antarabangsa.
Saya mendoakan agar adik Nadratulliyana diberikan kejayaan dalam membawa cabaran negara di Shanghai nanti. Insya-Allah, semoga usaha dan bakat yang dimiliki akan terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
#worldskills
#worldskillsshanghai
#tvet #kkdw
#giatmara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐂𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫
Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menjadi peluang yang amat besar untuk kita melipatgandakan ibadah serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Hidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan doa, zikir dan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan hamba yang dipilih untuk merasai keberkatan malam yang mulia ini.
#risalahtaalim21
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫
Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, gandakanlah usaha dalam beribadah. Inilah waktu Rasulullah SAW meningkatkan amalan Baginda dan menghidupkan malam dengan qiyam serta doa.
Jangan biarkan malam-malam yang penuh keberkatan ini berlalu begitu sahaja. Mungkin inilah peluang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
#risalahtaalim20
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐍𝐎𝐎𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) yang diketuai oleh Pengarahnya, Ms. Aarti Holla-Maini di pejabat saya di Putrajaya.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembangunan teknologi satelit negara, termasuk inisiatif Centre of Excellence (COE) for Satellite Technologies melalui kerjasama UniKL–ReOrbit serta pembangunan bakat melalui pendekatan High Technology TVET (Hi-TVET).
Usaha ini adalah untuk memastikan generasi muda negara mendapat pendedahan awal kepada bidang teknologi angkasa, daripada reka bentuk sistem satelit hingga kepada aplikasi pemerhatian bumi.
UNOOSA turut menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama akademik dan industri, termasuk pembangunan program Space Law serta jaringan dengan universiti dan syarikat teknologi angkasa di peringkat antarabangsa.
Saya menghargai komitmen yang dizahirkan oleh UNOOSA dalam menyokong usaha Malaysia membangunkan ekosistem teknologi satelit dan bakat tempatan. Insya-Allah, langkah ini akan membantu negara melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi masa depan.
#unoosa
#tvet #hitvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧
Dalam setiap ibadah, yang paling utama bukanlah banyaknya amalan, tetapi keikhlasan dan kesinambungan melaksanakannya. Amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit lebih dicintai oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam setiap kebaikan, sama ada kecil mahupun besar, agar ia menjadi bekalan berharga di sisi-Nya.
#risalahtaalim19
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
Pagi tadi saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti perkembangan semasa berkaitan kos sara hidup rakyat.
Mesyuarat ini turut mengambil kira perkembangan geopolitik di Asia Barat yang berpotensi memberi kesan kepada bekalan tenaga dunia, harga minyak serta kestabilan pasaran bahan mentah global. Perkembangan seperti ini boleh memberi implikasi kepada ekonomi dan kos barangan di banyak negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa langkah intervensi segera bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga barangan, di samping meneliti Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2026–2030 sebagai langkah jangka sederhana untuk terus melindungi kesejahteraan rakyat.
Insya-Allah, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan langkah yang diambil sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat.
#naccol
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧-𝐖𝐨𝐨𝐢 𝐘𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐥 𝐄𝐧𝐠𝐥𝐚𝐧𝐝 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik atas kejayaan naib juara di kejohanan All England 2026.
Aksi sengit dan bertenaga yang dipamerkan sepanjang kejohanan sungguh mengagumkan. Walaupun kali ini rezeki belum berpihak kepada Malaysia, semangat juang yang ditunjukkan kalian menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Keep it up, boys! Teruskan fokus, jangan mengalah, dan bawa semangat juang ini ke perlawanan seterusnya.
#allengland2026
#naibjuara
#aaronwooiyik -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐎𝐧𝐞 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐎𝐧𝐞 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡: 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐢 𝐌𝐨𝐫𝐞𝐡 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐑𝐢𝐝𝐞
Ada yang sempat bersama-sama saya ride, semalam?
Alhamdulilah. Selesai menunaikan solat tarawih malam tadi, saya telah dapat bersama-sama lebih 500 peserta konvoi motorsikal Moreh Night Ride ke kotaraya Kuala Lumpur.
Program ini menjadi ruang mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti bikers dan orang ramai yang hadir memeriahkan suasana Ramadan.
Konvoi ini telah berjalan dengan lancar dan tiba di lokasi dengan selamat. Selain mengeratkan silaturahim bersama rakan-rakan bikers, saya turut berpeluang menyantuni anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak.
Terima kasih kepada semua yang menyertai dan menjayakan konvoi ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua, insya-Allah.
#morehnightride
#onethrottleoneummah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Saya menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh ilmuwan Islam yang amat dihormati di negara ini, Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia keilmuan Islam serta negara. Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang sarjana dan pemikir agung yang telah mencurahkan sumbangan besar dalam bidang falsafah Islam, pendidikan serta pembangunan pemikiran dan peradaban Melayu-Islam. Karya-karya dan gagasan beliau terus menjadi rujukan dalam dunia akademik hingga ke hari ini.
Allahyarham adalah seorang ilmuwan yang tinggi adabnya, mendalam ilmunya serta besar jasanya dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam. Sumbangan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ketika di Bagan Datuk, saya sempat meluangkan sedikit masa bertemu dengan barisan AJK UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Setiap kali pulang ke Bagan Datuk dan bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di sini, keyakinan saya semakin bertambah bahawa kekuatan perjuangan ini terletak pada kebersamaan kita sebagai satu keluarga besar. Saya harap semangat ini akan terus mekar dan berkekalan selamanya.
Bagan Datuk bukan sekadar kawasan yang saya wakili. Bagan Datuk adalah rumah, dan masyarakatnya sentiasa dekat di hati saya.
Alhamdulillah, satu malam yang cukup bermakna bersama warga Bagan Datuk.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚
Dalam setiap ibadah yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, pasti ada ganjaran dan kegembiraan yang Allah SWT janjikan. Begitulah juga dengan ibadah puasa yang bukan sahaja melatih kesabaran, tetapi menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan yang tersendiri.
Semoga Ramadan ini mengajar kita erti syukur, sabar dan pengharapan, agar setiap amalan menjadi bekalan menuju pertemuan dengan-Nya.
#risalahtaalim18
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita hebat di Malaysia, di mana jua anda berada. Terus melangkah dengan keyakinan dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan.
#hariwanitaantarabangsa2026
#memartabatkanwanitamemperkukuhnegara
#wanitaluarbiasa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya mengakhiri program di Bagan Datuk dengan Majlis Santunan Kasih Ramadan, berbuka puasa bersama masyarakat setempat, anak-anak tahfiz dan pelajar-pelajar dari Kolej FELCRA Seberang Perak.
Dalam majlis ini turut diumumkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad Malaysia Tahun 2025 berjumlah RM302,912,987.00.
Tahniah saya ucapkan kepada FELCRA Berhad dan seluruh peserta. Semoga ia menjadi suntikan semangat untuk terus meningkatkan usaha dan memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada FELCRA Berhad selaku agensi pelaksana serta seluruh masyarakat Bagan Datuk yang hadir memeriahkan program hari ini.
Moga Ramadan ini terus membawa keberkatan dan mengeratkan lagi kebersamaan kita semua, insya-Allah.
#felcra #kkdw
#bagandatuk
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐡𝐲𝐚’ 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dapat bersama masyarakat dalam Program Ihya’ Ramadan melalui Majlis Sumbangan kepada Asnaf Parlimen Bagan Datuk di DUN Hutan Melintang dan DUN Rungkup.
Program ini setiap tahun menjadi antara momen yang saya nantikan kerana di sinilah kita dapat bertemu dan menyantuni masyarakat secara lebih dekat di bulan yang mulia ini.
Petang tadi, seramai 781 penerima di DUN Hutan Melintang dan 603 penerima di DUN Rungkup terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, OKU serta ketua isi rumah menerima sumbangan sempena Ramadan.
Bertemu mereka, bertanya khabar dan berkongsi sedikit rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini sentiasa memberi makna yang tersendiri buat saya. Moga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga masing-masing sepanjang Ramadan ini, insya-Allah.
#ihyaramadan
#bagandatuk
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam perjalanan ke program seterusnya, saya sempat singgah sekejap di MYDIN Mart Bagan Datuk.
Ramai juga yang datang membeli barang keperluan harian dan ada juga yang membeli untuk persiapan berbuka puasa. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫
Ramadan mendidik kita untuk bersabar dalam menjaga lisan, sabar menahan nafsu dan sabar dalam melaksanakan ibadah dengan istiqamah.
Sabar bukan kelemahan, tetapi kekuatan jiwa yang sebenar. Semoga latihan kesabaran sepanjang Ramadan terus kekal dalam diri kita walaupun selepas bulan mulia ini berlalu.
#risalahtaalim17
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya meneruskan perjalanan ke Masjid Tuminah Hamidi untuk bersama masyarakat setempat dalam Program Ihya’ Ramadan melalui Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Bagan Datuk.
Sebaik melangkah masuk ke ruang solat masjid ini, hati saya tersentuh melihat kehadiran jemaah yang memenuhi masjid untuk bersama-sama mengimarahkan program ini.
Bersempena sambutan Nuzul Al-Quran pada hari ini, suasana di masjid terasa cukup tenang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca bersama oleh para jemaah.
Semoga keberkatan bulan yang mulia ini terus menyinari Bagan Datuk dan seluruh negara, insya-Allah.
#tadarusalquran
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Perjalanan saya di Bagan Datuk hari ini dimulakan di Simpang Masjid Al-Quro’, menyempurnakan pelancaran laluan baharu hasil Projek Menaiktaraf Jambatan Sempit yang sekian lama menjadi antara laluan utama penduduk setempat. Alhamdulillah, jambatan lama yang uzur dan sempit kini telah digantikan dengan struktur baharu yang lebih selamat dan selesa digunakan.
Selain meningkatkan aspek keselamatan, projek ini juga membantu mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Pekan Bagan Datuk, terutamanya pada hujung minggu apabila kawasan ini menerima kunjungan pelancong ke pelbagai lokasi tarikan seperti Masjid Tuminah Hamidi, Dataran Bagan Datuk, Taman Bunga Matahari dan Sky Mirror.
Projek bernilai RM2.1 juta ini dilaksanakan melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-12 dengan KKDW sebagai kementerian penyelaras dan JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana. Menariknya, projek ini berjaya disiapkan lima bulan lebih awal daripada jadual asalnya dengan penjimatan sebanyak RM800,000.00. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan.
Insya-Allah, kemudahan ini akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 penduduk dari sembilan kampung sekitar serta terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Bagan Datuk.
#kkdw #jkr
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya dikurniakan kesempatan dan kesihatan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah bersama penduduk setempat serta para pelajar tahfiz Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.
Selain dapat beribadah bersama, malam ini turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-14 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka yang terus memainkan peranan penting melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada Al-Quran.
Saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh institusi ini. Semoga Imtiaz terus melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, tetapi juga membesar sebagai insan yang mencintai Al-Quran serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Mudah-mudahan segala usaha ini terus diberkati dan Imtiaz Ulul Albab akan melahirkan lebih ramai insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
#smimtiaz #melaka
#generasiululalbab
#membinagenerasialquran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.
Kehadiran masyarakat setempat termasuk penggiat industri gig khususnya para rider yang hadir berbuka puasa bersama-sama jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus subur dalam pelbagai latar masyarakat.
Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa dekat di hati rakyat dan tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, antaranya peruntukan sebanyak RM11.9 juta sebagai bantuan persediaan Ramadan kepada golongan asnaf di negeri ini.
Ketika berucap, saya turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini menjadi sumber rezeki kepada ramai rakyat Malaysia. InsyaAllah, penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) nanti akan dapat memperkukuh perlindungan serta kebajikan golongan ini agar mereka tidak dipinggirkan, sebaliknya terus dihargai atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara.
Semoga usaha berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat memberi manfaat serta meringankan beban masyarakat, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah.
#santunankasihramadan
#melaka
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Al-Quran adalah mukjizat agung yang menjadi asas pembinaan tamadun dan kekuatan umat. Peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa kebangkitan sesuatu bangsa bermula dengan ilmu, iman dan akhlak.
Firman pertama yang diturunkan, “Iqra’”, menegaskan betapa pentingnya ilmu sebagai teras kemajuan. Daripada wahyu inilah lahir generasi yang memimpin dunia dengan nilai, membangunkan masyarakat dengan keadilan, serta menegakkan kebenaran dengan hikmah.
Dalam kita mendepani cabaran semasa ketidaktentuan ekonomi, perubahan sosial dan ujian perpaduan, Al-Quran mesti terus menjadi pedoman. Ia bukan sekadar dibaca dan dihafaz, tetapi dihayati dan diterjemahkan dalam kepimpinan, pentadbiran serta kehidupan seharian.
Saya menyeru agar kita semua memperkukuh hubungan dengan Al-Quran, membentuk keluarga yang cintakan ilmu dan melahirkan generasi yang berintegriti, berakhlak serta berdaya tahan.
Semoga Nuzul Al-Quran 1447H ini memperbaharui tekad kita untuk terus memimpin dan membina berlandaskan petunjuk Ilahi.
#nuzulalquran
#ramadan1447h
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫
Dunia digital hari ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat. Seiring dengan perkembangan teknologi, cabaran baharu turut muncul termasuk ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan merentasi pelbagai sektor.
Petang tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti beberapa aspek teknikal berkaitan kerangka perundangan serta usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber di negara ini.
Insya-Allah, Kerajaan komited untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem perundangan yang lebih komprehensif dan berupaya menangani cabaran keselamatan siber dalam era digital yang terus berkembang.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐫
Puasa adalah perisai yang melindungi diri daripada dosa, kemarahan dan perbuatan sia-sia. Ia mengajar kita mengawal emosi serta menjaga tutur kata dalam setiap keadaan.
Apabila diuji dengan kata-kata atau provokasi, ingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa. Didiklah jiwa untuk menang dengan kesabaran, bukan dengan emosi.
#risalahtaalim16
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
FELDA mempunyai sejarah yang besar dalam pembangunan luar bandar negara. Ia telah mengubah kehidupan ratusan ribu peneroka dan keluarga mereka serta menjadi antara model pembangunan tanah yang berjaya di dunia.
Pagi tadi di Menara FELDA, saya telah mengadakan perjumpaan bersama barisan Pengurusan Tertinggi FELDA bagi membincangkan hala tuju institusi ini ke hadapan.
Dalam pertemuan ini, kami telah menyentuh beberapa perkara bagi memastikan FELDA terus kekal kukuh, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan, tanpa mengabaikan kepentingan peneroka yang menjadi tunjang kepada kewujudan FELDA sejak awal penubuhannya.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh FELDA agar ia kekal menjadi tonggak penting dalam agenda pembangunan luar bandar negara.
#felda
#segalanyafelda -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓
1. Sempena keberkatan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang mengajak umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah, UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti.
2. Hakikatnya, sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada kekuatan struktur organisasi, tetapi terbina atas sokongan, dokongan dan kebersamaan seluruh ahlinya di setiap peringkat.
3. Atas semangat tersebut, UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini untuk menyertai UMNO.
4. Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.
5. Sehubungan itu, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin akan menyelaraskan proses ini dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan UMNO.
6. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
6 Mac 2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟑𝟎 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀
Alhamdulillah, hari ini genap tiga dekad penubuhan Institut Kemajuan Desa (INFRA), sebuah institusi latihan di bawah KKDW yang sejak tahun 1996 telah memainkan peranan besar dalam membina kapasiti dan kepimpinan masyarakat luar bandar negara.
Sepanjang tempoh tersebut, INFRA telah melatih ribuan pemimpin institusi desa, wanita dan belia luar bandar serta usahawan komuniti melalui pelbagai program latihan yang memupuk kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan. Bagi saya, INFRA memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan, mengasah potensi dan memperkasa komuniti desa.
Dalam dunia pembangunan luar bandar yang semakin dinamik, peranan INFRA terus relevan sebagai pusat kecemerlangan pembangunan desa, hab kepimpinan komuniti serta pemangkin kepada agenda transformasi luar bandar negara. Ke hadapan, kita mahu INFRA terus memperkukuh latihan kepimpinan desa, memperluas program pembangunan modal insan serta melahirkan lebih ramai pemimpin komuniti yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.
INFRA juga telah diberi mandat baharu bagi meneraju pemerkasaan modal insan pemimpin luar bandar melalui penganjuran program di peringkat Diploma dalam bidang pelancongan dan pengurusan yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di samping itu, INFRA akan melaksanakan Program Eksekutif kepada pemimpin luar bandar secara kolaborasi strategik dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta program SKM Pengurusan Desa Tahap 4.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga INFRA dahulu dan kini, serta semua rakan strategik dan masyarakat desa yang telah bersama membina legasi institusi ini selama tiga dekad.
Selamat ulang tahun ke-30 INFRA. Teruskan membitara dan memaju desa demi masa depan luar bandar yang lebih gemilang, insya-Allah.
#jublimutiarainfra
#infra30tahun
#infrakkdw #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧-𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Pembangunan negara memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Apabila kedua-duanya bergerak seiring, dasar dan perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun sekali gus memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat.
Petang tadi saya telah hadir ke Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya bagi menyelaras pengurusan kewangan negara serta memperkukuh kerjasama pembangunan antara Persekutuan dan Negeri.
Kehadiran pimpinan negeri dari seluruh negara mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri terus kukuh demi kemajuan negara.
Insya-Allah, kerjasama ini akan terus menjadi asas kepada pembangunan yang seimbang serta kesejahteraan rakyat di seluruh Malaysia.
#majliskewangannegara
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚
Allah SWT menjanjikan jalan keluar bagi setiap kesulitan kepada mereka yang bertakwa. Dalam setiap ujian, ada pertolongan dalam setiap kesempitan, ada kelapangan yang disediakan olehnya.
Berusahalah membina takwa dalam diri, kerana di situlah letaknya kemuliaan dan keberkatan hidup yang sebenar. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang dipelihara dan dipermudahkan segala urusan.
#risalahtaalim15
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧
Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini telah menetapkan sasaran baharu iaitu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13. Setakat Disember 2025, kadar penyertaan telah mencapai 53.9%, menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut.
Beberapa inisiatif baharu turut dipersetujui termasuk program Digital Freelancing TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global, program TVETPreneurs untuk melahirkan usahawan muda TVET, serta pengukuhan latihan melalui PERHEBAT bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bakal bersara memasuki sektor pekerjaan baharu.
TVET juga akan diperluaskan ke sektor strategik seperti agromakanan melalui TVET Pertanian, di samping membuka laluan kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang setara diploma, sekali gus memperluas peluang kerjaya dalam bidang kemahiran profesional.
Mesyuarat hari ini turut menetapkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya sebagai platform menghimpunkan institusi TVET, pemain industri serta komuniti bagi memperluas peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.
Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan masa depan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
#mtvet #tvet
#tvetmalaysia
#jompilihtvet -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bertujuan membentuk jiwa yang bertakwa. Takwa lahir daripada kesedaran bahawa setiap perbuatan dan niat sentiasa berada dalam pengetahuan Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap ibadah yang kita laksanakan menjadi langkah menuju perubahan diri yang lebih baik dan lebih dekat kepada-Nya.
#risalahtaalim14
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖
Memasuki Ramadan yang ke-14 hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW di Putrajaya.
Dalam mesyuarat ini, saya bersama barisan kepimpinan kementerian dan agensi menyelaraskan pelbagai agenda serta memastikan setiap perancangan dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Bagi saya, penyelarasan yang kukuh antara kementerian dan agensi amat penting supaya setiap dasar dan inisiatif yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa di seluruh negara.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
#kkdw
#pejuangdesa
#desasejahtera -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐚-𝐬𝐢𝐚
Tiada satu pun amalan yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Setiap sedekah, setiap doa, setiap bantuan yang dihulurkan adalah bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh.
Marilah kita terus memperbanyakkan amal dan pada masa yang sama memohon keampunan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
#risalahtaalim13
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Bagi saya, pembangunan tidak boleh terhenti pada kelulusan atau pengumuman semata-mata. Ia mesti dilaksanakan secara tersusun dan benar-benar dirasai oleh rakyat.
Atas komitmen itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Bagan Datuk bagi memastikan setiap projek dan inisiatif di kawasan Parlimen ini dipantau secara berterusan serta bergerak mengikut jadual yang ditetapkan.
Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 35 projek telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1, RMK-13 melibatkan pelbagai komponen pembangunan termasuk infrastruktur pentadbiran, pendidikan, jalan perhubungan, kawalan hakisan pantai, pembangunan usahawan, pertanian berteknologi serta kemudahan komuniti. Beberapa projek baharu turut berada pada fasa awal pelaksanaan dan perancangan.
Selain itu, projek di bawah KKDW seperti Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) terus menjadi fokus kerana inilah tunjang utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Saya turut menekankan kepentingan penyelarasan yang lebih berkesan antara kementerian, agensi, GLC serta semua pihak berkepentingan supaya tiada kelewatan yang boleh menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap usaha dipantau dengan rapi dan dilaksanakan sebaiknya. Insya-Allah, kita akan terus bekerja demi kemajuan Bagan Datuk agar setiap agenda pembangunan selari dengan keperluan sebenar masyarakat.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Ramadan adalah bulan al-Quran, petunjuk dan cahaya buat seluruh manusia. Inilah waktu terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan kalam Allah SWT melalui bacaan dan penghayatan yang berterusan.
Jadikan al-Quran teman harian kita dan bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan. Semoga ia menjadi cahaya yang memimpin langkah kita.
#risalahtaalim12
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡
Rentetan dari Pemukiman KKDW 2026 baru-baru ini, saya telah meminta agar diadakan satu sesi khusus untuk saya duduk semeja bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat di bawah KKDW. Bagi saya, hala tuju kementerian tidak boleh bergerak secara silo. Ia mesti diselaraskan dengan jelas, profesional dan berasaskan strategi yang sama.
Alhamdulillah, hari ini kami dapat berkumpul di Parlimen dalam satu pertemuan khas. Saya gunakan ruang ini untuk berbincang mengenai pelan tindakan ke hadapan, keperluan membina sinergi yang lebih kukuh serta memperkemas tadbir urus agar setiap entiti bergerak seiring dengan agenda pembangunan desa yang kita pikul bersama.
Saya juga menitipkan beberapa panduan kepada semua Ketua Pegawai Eksekutif bahawa kepercayaan datang bersama tanggungjawab dan prestasi mesti diterjemahkan dalam bentuk hasil yang boleh dirasai rakyat.
Insya-Allah, dengan pengurusan yang profesional dan kesatuan haluan, kita mampu memperkukuh peranan anak-anak syarikat KKDW sebagai pemangkin ekonomi desa.
#kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, selesai menyempurnakan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2026 di Dewan Negara sebentar tadi.
Saya merakamkan penghargaan kepada sembilan Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta mengemukakan pandangan, cadangan dan soalan berkaitan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawah seliaan saya termasuk Sekretariat MTVET, NADMA dan FELDA.
Dalam penggulungan ini, saya telah menegaskan komitmen berterusan Kerajaan untuk memperkukuh agenda pembangunan luar bandar, memperkasa TVET, meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana serta memastikan kebajikan dan masa depan komuniti di bawah tanggungjawab kementerian terus terpelihara.
Insya-Allah, segala pandangan yang dibangkitkan akan terus diteliti dan diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
#dewannegara
#kkdw
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Masih terasa suasana semalam.. lautan putih #genhuffaz yang memenuhi ruang Masjid Wilayah.
Allahuakbar.
Rindu pada semangat itu, rindu pada alunan ayat-ayat suci yang menyatukan ribuan jiwa dalam satu niat dan tujuan yang sama.
Buat anak-anak Huffaz yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan semoga selamat tiba ke destinasi masing-masing. Insya-Allah kita jumpa lagi nanti ya.
#genhuffaz
#membinagenerasialquran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam suasana Masjid Wilayah Persekutuan dipenuhi ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA, saya turut dimaklumkan bahawa hampir 400 peserta wanita telah berhimpun dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Wanita UMNO Wilayah Persekutuan 2026, menghidupkan Ramadan dengan alunan kalam Ilahi serta semangat ukhuwah yang begitu indah.
Alhamdulillah, penghargaan saya berikan kepada Wanita UMNO Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad atas komitmen menganjurkan inisiatif seperti ini, yang memperkukuh silaturrahim serta mendidik jiwa agar perjuangan sentiasa berpaksikan iman dan nilai al-Quran.
Teruskan istiqamah beramal dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Moga segala usaha kita diberkati Allah SWT.
#tadarus
#khatamalquran
#wanitaumnomalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫, 𝐉𝐢𝐧 𝐖𝐞𝐢 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐁𝐇 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐚𝐩𝐨𝐫𝐞 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, atas kejayaan muncul juara di SBH Badminton Singapore International Challenge 2026, sekali gus menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali menjulang gelaran utama.
Kemenangan ini amat bermakna bukan sahaja buat beliau, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perjalanan penuh liku seorang atlet yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
Bangkit daripada kecederaan dan pelbagai cabaran, beliau membuktikan bahawa kerja keras, disiplin dan keyakinan mampu mengatasi segala rintangan.
Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan. Malaysia bangga dengan anda.
#juara
#gohjinwei
#sbhbadmintonsingaporeinternationalchallenge2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞-𝟔𝟎 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐤𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐀𝐑𝐀
Ketika melangkah masuk ke Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi, saya disambut dengan pemandangan yang cukup menyentuh hati apabila ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA memenuhi ruang masjid ini.
Alhamdulillah, saya kagum apabila dimaklumkan hampir 10,000 Gen Huffaz berjaya dihimpunkan sempena ulang tahun ke-60 MARA melalui Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026. Sambutan berteraskan al-Quran, tadarus dan qiamullail ini membuktikan bahawa MARA bukan sahaja melahirkan profesional dan teknokrat, tetapi membina generasi berteraskan iman dan akhlak.
Dalam ucapan perasmian, saya telah menegaskan bahawa selepas enam dekad, MARA telah melahirkan ramai profesional dan teknokrat yang menyumbang kepada negara. Ke hadapan, saya secara peribadi meletakkan sasaran untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang tahun 2050 di mana generasi yang menguasai ilmu, berpegang teguh kepada nilai al-Quran dan mampu memimpin masa depan negara dengan integriti.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga MARA, para pendidik dan semua yang telah mencurahkan khidmat membina generasi ini. Terima kasih juga kepada semua Gen Huffaz Teknokrat MARA yang hadir.
Selamat ulang tahun ke-60 MARA. Semoga terus melakar kecemerlangan dan membina legasi yang diberkati untuk masa depan negara, insya-Allah.
#mara60tahun
#genhuffaz
#genhuffazteknokratmara
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧
Ramadan mendidik kita tentang keikhlasan dan kesabaran dalam beribadah. Ia melatih jiwa untuk menahan diri daripada larangan, memperbaiki akhlak serta mendekatkan hati kepada Allah SWT dalam setiap detik yang dilalui.
Jangan biarkan bulan yang mulia ini berlalu tanpa perubahan pada diri kita. Jadikan bulan Ramadan ini sebagai titik pembinaan peribadi yang lebih baik.
#risalahtaalim11
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟗𝟑
Pada hari yang penuh bermakna ini, kita turut memperingati Hari Tentera Darat Malaysia Ke-93 sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada seluruh warga serta veteran Tentera Darat Malaysia atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Selama lebih sembilan dekad, Tentera Darat Malaysia kekal sebagai benteng utama keselamatan tanah air, berpegang teguh kepada semangat “Gagah Setia” dalam melindungi negara yang kita cintai.
Bertepatan dengan tema tahun ini, “Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat,” ia mencerminkan tekad dan iltizam berterusan untuk memperkukuh kesiapsiagaan serta profesionalisme pertahanan dalam mendepani cabaran semasa.
Saya sentiasa mendoakan semoga Tentera Darat Malaysia terus unggul, berwibawa dan sentiasa menjadi perisai pertahanan negara demi memastikan keamanan serta kestabilan tanah air kekal terpelihara.
#tenteradaratmalaysia
#gagahsetia
#htd93
#pemangkinkeperkasaantenteradarat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢
Sempena Sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia ke-95 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pengurusan bencana, operasi menyelamat serta bantuan kemanusiaan.
Setiap kali negara diuji dengan bencana seperti banjir, kebakaran mahupun tanah runtuh, anggota pertahanan awam sentiasa menjadi antara pasukan terawal yang turun ke lapangan. Mereka hadir dengan penuh dedikasi, berganding bahu bersama agensi penyelamat lain, menghulurkan bantuan dan memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti, latihan serta kesiapsiagaan APM selaras dengan usaha membina Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan risiko bencana yang semakin kompleks.
Sesungguhnya, dedikasi dan pengorbanan wira dan wirawati pertahanan awam dalam menjaga keselamatan serta kebajikan rakyat amat besar maknanya kepada negara. Semoga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus kekal teguh, berwibawa dan menjadi benteng keselamatan rakyat. Insya-Allah.
#haripertahananawamsedunia
#angkatanpertahananawammalaysia
#apm #malaysiamadani
#sediapantasdanberintegriti -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐤𝐞-𝟔𝟎
Tanggal 1 Mac 1966, lahirnya MARA sebagai manifestasi tekad negara untuk mengubah nasib dan masa depan Bumiputera. Enam dekad kemudian, MARA berdiri sebagai institusi yang telah membuka jutaan pintu peluang dalam melahirkan generasi profesional, usahawan, tenaga mahir dan pemimpin yang menyumbang kepada kemajuan negara.
Di sebalik setiap kisah kejayaan, ada peranan MARA yang membina keyakinan, membentuk keupayaan dan membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. MARA telah menjadi jambatan harapan, mengubah potensi menjadi pencapaian dan impian menjadi realiti.
Hari ini, MARA kekal kukuh dan relevan sebagai pemacu pembangunan Bumiputera, selari dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar dan kompetitif. Peranannya akan terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai anak bangsa mampu melangkah lebih jauh dan berdiri sama tinggi di pentas dunia.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MARA, dahulu dan kini, atas dedikasi dan khidmat yang telah mencipta begitu banyak kisah kejayaan.
Semoga MARA terus melangkah maju dalam membina legasi yang lebih besar dan menjadi simbol kekuatan dan masa depan Bumiputera. Insya-Allah.
Selamat Hari MARA ke-60.
#harimara
#mara60tahun
#mara #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Dalam keberkatan Ramadan yang mulia ini, saya berkesempatan berkumpul bersama barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.
Alhamdulillah, sesekali dapat duduk bersama dalam suasana sebegini, dapatlah kami menyegarkan semula ukhuwah dan memperkukuh semangat perjuangan yang telah sekian lama menjadi tunjang kekuatan kita.
Sesungguhnya perjuangan ini tidak pernah terhenti. Selagi ada keyakinan, selagi itu langkah akan terus diatur. Dengan kebersamaan dan iltizam yang sama, Barisan Nasional akan terus berdiri teguh, setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah.
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚
Ramadan adalah waktu yang penuh keberkatan untuk kita memperbanyakkan doa dan pengharapan kepada Allah SWT. Setiap doa yang dipanjatkan dengan hati yang ikhlas adalah tanda kehambaan dan keyakinan kepada-Nya.
Gunakanlah kesempatan ini untuk memohon keampunan, kesejahteraan dan kebaikan dalam setiap urusan. Semoga segala doa kita diperkenankan.
#risalahtaalim10
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Semalam di Bagan Datuk, saya berkesempatan bersama masyarakat India setempat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk 2026 di Dewan Serbaguna Datuk Hj Abdullah Ahmad, Simpang Empat.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya sentiasa meletakkan pendidikan sebagai keutamaan. Saya percaya apabila kita membantu seorang anak untuk berjaya, kita sebenarnya sedang meringankan kehidupan ibu bapanya, malah sedang membina asas kekuatan masa depan negara.
Insya-Allah, komitmen ini akan terus diperkukuhkan. Masa depan mereka adalah amanah yang mesti kita pelihara bersama, selamanya.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1
#pendidikanuntuksemua
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐘𝐃𝐈𝐍 𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐊𝐞-𝟕𝟓 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Alhamdulillah, MYDIN Mart Bagan Datuk, cawangan ke-75 telah mula beroperasi dan insya-Allah sedikit sebanyak akan dapat memudahkan penduduk tempatan untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih dekat dan pada harga yang berpatutan.
Kehadiran kemudahan seperti ini amat penting, khususnya bagi masyarakat di kawasan perdesaan, agar akses kepada keperluan asas menjadi lebih mudah sekali gus merancakkan pergerakan ekonomi setempat.
Dalam ucapan perasmian, saya turut mengingatkan bahawa setiap kejayaan perniagaan perlu seiring dengan tanggungjawab sosial, termasuk menyantuni masyarakat, membantu yang memerlukan serta menunaikan kewajipan seperti zakat, kerana di situlah terletaknya keberkatan dan kelestarian sesuatu usaha.
Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya mahu rakyat di sini turut menikmati kemudahan yang terbaik tanpa perlu keluar jauh. Insya-Allah, saya yakin pembukaan ini akan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi komuniti setempat.
#bagandatuk
#bagandatuknombor1
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Patik merafakkan sembah dan mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta segera beransur pulih.
Semoga Seri Paduka Baginda sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT dalam terus memayungi negara dan rakyat jelata.
Daulat Tuanku. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧
Bulan yang mulia ini mengajar kita bahawa memberi bukan sekadar amalan, tetapi tanda kasih dan keikhlasan hati.
Marilah kita hidupkan budaya bersedekah dan berkongsi rezeki, sama ada dengan menyediakan juadah berbuka, membantu yang memerlukan atau sekadar menggembirakan hati orang di sekeliling kita.
#risalahtaalim09
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Patik menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli serta pembangunan luar bandar di Negeri Pahang.
Titah Baginda mengenai pelaksanaan projek bekalan air, pewartaan kampung Orang Asli serta penekanan terhadap kemudahan asas mencerminkan komitmen berterusan institusi Kesultanan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela tanpa mengira latar belakang. Keprihatinan Tuanku ini menjadi lambang kepimpinan berjiwa rakyat yang sentiasa meletakkan kebajikan masyarakat sebagai keutamaan.
Sesungguhnya, perhatian berterusan Tuanku terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli serta pemeliharaan hak dan kesejahteraan rakyat menjadi sumber kekuatan kepada usaha memperkasa komuniti luar bandar secara menyeluruh dan mampan.
Patik merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan dan kepimpinan Tuanku.
Daulat Tuanku!
Kredit Foto: Kesultanan Pahang -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐔𝐌𝐍𝐎
Saya berkesempatan meluangkan masa bersama rakan seperjuangan keluarga besar UMNO dalam Majlis Berbuka Puasa UMNO yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan.
Kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat mencerminkan kekuatan serta kesepaduan yang terus menjadi tunjang perjuangan parti keramat ini.
Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita memperkukuh silaturahim, merapatkan saf dan memperbaharui iltizam perjuangan, lebih-lebih lagi apabila kita berkumpul di bawah bumbung yang sama.
Saya amat menghargai komitmen dan kesetiaan seluruh ahli UMNO yang terus istiqamah mendukung perjuangan ini. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Ramadan ini terus menyatukan hati kita dan memperkukuh langkah perjuangan kita. Insya-Allah.
#ramadan1447h
#umno
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik diri agar menjaga lidah, pandangan serta hati daripada perkara yang tidak membawa manfaat.
Ramadan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam setiap tutur kata dan tingkah laku. Semoga setiap usaha kecil kita menjadi asbab perubahan yang lebih baik.
#risalahtaalim08
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐀𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐝𝐚𝐡
Ancaman dadah di negara ini masih berada pada tahap yang serius dan semakin kompleks, dengan corak pengedaran serta penyalahgunaan yang lebih tersusun dan merentas sempadan.
Sepanjang tahun 2025, nilai rampasan dadah dan bahan racun mencecah RM3.19 bilion, peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya, melibatkan 89 tan dadah dan 132 tan bahan racun. Angka ini mencerminkan skala ancaman yang sedang dihadapi negara.
Laporan terkini turut merekodkan seramai 191,832 individu terlibat, membuktikan bahawa isu dadah bukan lagi semata-mata isu jenayah, tetapi telah menjadi cabaran besar terhadap keamanan dan kemakmuran negara.
Sehubungan itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) sebentar tadi bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan tindakan secara menyeluruh merentas kementerian serta agensi penguatkuasaan.
Tindakan kita mesti bersepadu, pantas dan berimpak tinggi dalam memerangi gejala yang semakin kompleks dan tidak boleh lagi ditangani secara bersendirian atau berasingan.
Pendekatan whole-of-government dan whole-of-society mesti diterjemahkan kepada tindakan konkrit dan boleh diukur. Perjuangan memerangi dadah bukan tanggungjawab satu pihak sahaja tetapi memerlukan komitmen bersama keluarga, komuniti, institusi pendidikan dan sektor swasta.
Kerajaan akan terus bertindak tegas, berasaskan data dan tanpa kompromi dalam memastikan keselamatan rakyat serta melindungi masa depan generasi Malaysia.
#perangidadah
#lebihbaikcegah
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐡𝐮𝐫
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk bersahur kerana di dalamnya terdapat kebaikan yang besar.
Semoga setiap sahur menjadi kekuatan dan pahala yang berpanjangan kepada kita semua. Insya-Allah.
#risalahtaalim07
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐀𝐦𝐚𝐥
Setiap amal bermula dengan niat. Bulan Ramadan adalah kesempatan terbaik untuk kita memperbaharui dan meluruskan kembali niat mengharapkan reda-Nya.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita sepanjang Ramadan ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
#risalahtaalim06
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐨𝐥𝐢𝐬𝐭𝐢𝐤
Pendekatan 𝑊ℎ𝑜𝑙𝑒 𝑜𝑓 𝑁𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 terus menjadi teras dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat ditangani secara menyeluruh dan berimpak tinggi melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri, sektor swasta serta masyarakat.
Sejajar dengan pendekatan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional (JKKN) yang saya pengerusikan di Putrajaya sebentar tadi menandakan fasa baharu tadbir urus kesihatan negara melalui integrasi agenda utama kesihatan nasional di bawah satu kerangka strategik yang lebih tersusun dan holistik.
Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan penurunan ketara kes denggi sebanyak 54.7% pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, manakala kematian akibat komplikasi denggi turut menurun. Walaupun pencapaian ini memberangsangkan, usaha pencegahan akan tetap terus diperkasa melalui pelaksanaan inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD) serta penglibatan aktif masyarakat.
Kerajaan juga terus memberi tumpuan kepada usaha menangani beban malpemakanan kanak-kanak melalui kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti, demi memastikan generasi masa depan membesar sihat dan sejahtera.
Kesihatan adalah pelaburan terpenting negara. Insya-Allah, usaha memperkukuh sistem kesihatan nasional akan terus diperkasa demi membina Malaysia yang lebih sihat, produktif dan sejahtera.
#jkkn
#kesihatanuntuksemua
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐢 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐒𝐚𝐡𝐮𝐫
Di saat kebanyakan manusia masih lena, ada peluang untuk kita bangun, berdoa dan memulakan hari dengan niat yang lebih ikhlas.
Jangan kita sia-siakan waktu yang singkat tetapi bernilai ini. Semoga sahur menjadi kekuatan jasmani dan rohani untuk kita menempuh puasa dengan sabar, syukur dan istiqamah. Insya-Allah.
#risalahtaalim05
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐂𝐄𝐑 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐨𝐦𝐞𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧
Dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pagi tadi, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sekali lagi mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan apabila merekodkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion serta mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun 2025.
Lebih membanggakan, NCER turut berjaya melahirkan 4,000 bakat tempatan yang memenuhi keperluan industri melalui program di bawah Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC), sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan selari dengan keperluan pelaburan berteknologi tinggi.
Mesyuarat turut meneliti perancangan pelaburan baharu bagi memperkukuh ekosistem ekonomi wilayah utara.
Saya menyambut baik hala tuju yang digariskan ini dan yakin NCER akan terus memainkan peranan penting dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi wilayah, membuka lebih banyak peluang kepada rakyat serta mengukuhkan daya saing negara di peringkat serantau dan global, insya-Allah.
#ncer
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐬𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐦𝐩𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Susulan kejadian gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga. Rondaan juga turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat dan kawasan sekitar bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal.
Menurut makluman Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah iaitu kira-kira 49 km barat dari Kudat, Sabah pada jam 12.57 pagi. Gegaran dilaporkan dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan, dan MET Malaysia akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.
Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Sehubungan itu, saya memohon penduduk di kawasan berhampiran agar sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang dan tidak panik. Dapatkan maklumat sahih daripada Portal Bencana atau media sosial rasmi MET Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain yang berkaitan.
Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara-saudara kita di Sabah sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Semoga Allah SWT memelihara kita semua, insya-Allah.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#metmalaysia
#gempabumi -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚
Antara sunnah yang dianjurkan ialah berbuka dengan tamar, atau tegukan air. Amalan yang ringkas ini mengajar kita bahawa keberkatan tidak terletak pada kemewahan, tetapi pada kesederhanaan dan ketaatan.
Semoga setiap berbuka kita disertai keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah.
#risalahtaalim04
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧
Dalam melaksanakan ibadah puasa, terdapat adab dan sunnah yang dianjurkan agar ia lebih sempurna dan diberkati.
Perkara yang kelihatan kecil, jika dilakukan dengan niat mengikuti ajaran Rasulullah SAW, membawa nilai yang besar di sisi Allah SWT.
Marilah kita menghidupkan setiap amalan dengan tertib dan disiplin, sebagai tanda kecintaan serta kesungguhan kita dalam meneladani sunnah Baginda SAW.
#risalahtaalim03
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐨𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Ketika umat Islam di seluruh negara menyambut Ramadan dalam suasana penuh rahmat, saudara-saudara kita di Sabah sedang berhadapan dengan ujian banjir yang menjejaskan kediaman, keselamatan dan kehidupan harian mereka.
Semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan. Keutamaan kita adalah keselamatan rakyat, kebajikan mangsa serta pemulihan kawasan terjejas secepat mungkin.
Saya mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑝𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎-𝑠𝑎𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ. 𝐴𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑙𝑖𝑡𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑙𝑖𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑟𝑛𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑎𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑖 𝑢𝑗𝑖𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑖. 𝑃𝑒𝑟𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑏𝑎𝑖𝑘. 𝐴𝑎𝑚𝑖𝑖𝑛.
#doauntuksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐣𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.
Inilah janji yang memberi harapan dan kekuatan kepada setiap insan yang ingin kembali kepada-Nya.
Ramadan adalah ruang terbaik untuk memperbaiki diri, melipatgandakan amal dan mendekatkan hati kepada Allah SWT.
#risalahtaalim02
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐃𝐢 𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐠𝐡𝐫𝐢𝐛
Saat azan Maghrib berkumandang dan tibanya waktu berbuka, marilah kita melafazkan doa dengan penuh penghayatan dan rasa kehambaan.
Lafaz yang dibaca itu bukan sekadar di bibir, tetapi tanda syukur atas nikmat rezeki serta kekuatan untuk menyempurnakan ibadah sepanjang hari.
Semoga ia menjadi asbab bertambahnya rasa syukur, melembutkan hati dan mendekatkan lagi hubungan kita kepada-Nya
#risalahtaalim01
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadan 1447H hari ini.
Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Insya-Allah, sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, saya menjemput sahabat semua untuk bersama-sama mengikuti sesi Tadarus Ramadan secara langsung di platform media sosial saya.
Butiran program:
📅 Sepanjang Ramadan 1447H
⏰ 10.30 malam - 11.30 malam
📺 Akaun rasmi Facebook & Tiktok Ahmad Zahid Hamidi
Bersama-sama kita hidupkan malam Ramadan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Semoga setiap bacaan menjadi asbab keberkatan dan menghidupkan jiwa Ramadan dalam kehidupan kita semua. Insya-Allah.
#tadarusramadan
#ramadan1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Alhamdulillah, tahun ini kita sekali lagi dipertemukan dengan Ramadan al-Mubarak.. bulan penuh rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.
Malam pertama Ramadan saya berpeluang menunaikan solat tarawih bersama sahabat dan masyarakat setempat di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.
Alhamdulillah, lebih kurang 500 jemaah hadir mengimarahkan malam Ramadan di sini, dipimpin oleh Ustaz Azri bin Mohd Nasli. Semoga semangat ini terus istiqamah, insya-Allah.
Selamat menunaikan ibadah puasa saya ucapkan kepada semua.
#ramadan1447h
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐈𝐦𝐭𝐢𝐚𝐳 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Saya kongsikan sedikit teaser perkembangan pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di Mukim Rungkup, yang insya-Allah bakal menempatkan kira-kira 400 orang pelajar tahfiz tidak lama lagi.
Projek ini bermula pada 1 Mei 2024 dan kini sedang giat dilaksanakan, dengan sasaran siap menjelang akhir tahun ini, insya-Allah.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan menjadi manfaat besar kepada masyarakat Bagan Datuk serta generasi akan datang.
#smimtiaztuminahhamidi
#membinagenerasialquran
#generasiululalbab
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menjelang Ramadan yang bakal tiba, kesempatan berbuka puasa bersama keluarga adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.
Buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita, hanya doa yang mampu dikirimkan dari hati yang penuh rindu. Rindu yang tidak pernah padam, walau masa terus berlalu.
Semoga Allah SWT merahmati roh bonda, ayahanda dan seluruh ahli keluargaku yang telah pergi, melapangkan kubur mereka, mengampuni segala dosa, serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat.
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐁𝐮𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Hari kedua Sambutan Tahun Baharu Cina saya luangkan masa bersama keluarga angkat saya, keluarga Beh Song Wan atau lebih mesra saya panggil Bujang di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang.
Ini memang tradisi tahunan yang sentiasa saya nantikan. Di sinilah terjalinnya hubungan kekeluargaan yang telah terbina sekian lama, penuh kasih dan keikhlasan.
Majlis Silaturrahim Tahun Baharu Cina anjuran Bujang dan keluarga turut dihadiri sahabat-sahabat kepimpinan tempatan. Seperti biasa, suasana dipenuhi gelak tawa, hidangan enak dan pelbagai topik perbualan yang membuatkan masa terasa berlalu begitu cepat.
Terima kasih Bujang dan keluarga yang saban tahun menjemput saya dengan sambutan yang penuh kemesraan. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kekal erat dan diberkati, insya-Allah.
Gong Xi Fa Cai!
#tahunbaharucina2026
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Ramadan hadir sebagai bulan tarbiyyah yang mendidik jiwa agar kembali tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Inilah bulan untuk kita melipatgandakan ibadah, memperbanyakkan taubat, berlumba melakukan kebaikan serta meninggalkan segala keburukan.
Allah SWT berfirman bahawa puasa diwajibkan agar kita mencapai darjat ketakwaan. Justeru, manfaatkanlah setiap detik Ramadan ini untuk membersihkan hati, memperbaiki amal dan memperkukuh hubungan sesama insan.
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa dan istiqamah dalam kebaikan, bukan sahaja sepanjang bulan mulia ini, tetapi juga selepas ia berlalu.
#ramadan1447h
#ramadankareem -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐂𝐀
Tahun ini sekali lagi saya tidak melepaskan peluang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Setiap kali hadir, suasananya sentiasa meriah, penuh kemesraan dan jelas terasa semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan negara kita.
Ketibaan YAB Perdana Menteri pagi tadi turut menyerikan majlis yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat. Setibanya di Wisma MCA, kami disambut mesra oleh sahabat saya, Presiden MCA, Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong selaku tuan rumah.
Hidangan tradisi, persembahan budaya dan keakraban sahabat daripada pelbagai latar belakang benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang berbeza budaya, namun berkongsi rasa hormat, kegembiraan dan semangat kekitaan yang sama.
Terima kasih atas jemputan. Semoga semangat perpaduan seperti ini terus subur dan menjadi kekuatan kita bersama, insya-Allah.
#tahunbaharucina2026
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Menjelang tibanya Tahun Baharu Cina, suasana pasti terasa berbeza… rumah dihias indah, keluarga berkumpul, hidangan tradisi disediakan dan yang paling bermakna adalah saat bersama insan tersayang yang mengeratkan hubungan dan kasih sayang.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kejayaan dalam setiap langkah yang diusahakan.
Dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki, inilah keindahan Malaysia yang sebenar di mana kita meraikan perbezaan dengan penuh hormat, berkongsi kegembiraan bersama dan terus melangkah sebagai satu keluarga besar yang bersatu hati.
Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak harapan dan kesejahteraan buat negara yang kita cintai.
Gong Xi Fa Cai.
#tahunbaharucina2026
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐅𝐆𝐕, 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 𝐅𝐆𝐕
Susulan daripada amanah baharu yang diberikan kepada saya untuk mengelola dan memantau urusan FELDA serta FGV Holdings Berhad (FGV), hari ini saya mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, Kuala Lumpur bagi bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi FGV.
Lawatan ini memberi ruang untuk saya melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran yang dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka bagi memastikan institusi penting ini terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.
FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan FELDA dan kesejahteraan warga peneroka. Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi nilai kepada rakyat.
Insya-Allah, dengan komitmen bersama semua pihak, kita akan terus memperkukuh FGV sebagai institusi yang mampan, progresif dan menjadi pemangkin kemakmuran generasi peneroka hari ini dan masa hadapan.
#felda #fgv
#pejuangdesa
#desasejahtera
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐛𝐢𝐚𝐡, 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡
Alhamdulillah, Program Rehlah Islahiyah selama tiga hari di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk telah berakhir dengan penuh penghayatan dan pengisian yang sangat bermakna buat seluruh jemaah.
Saya bersyukur kerana berpeluang bersama-sama para jemaah dalam suasana tarbiah yang menyatukan hati, menghidupkan ukhuwah serta menguatkan kembali hubungan kita dengan Allah SWT.
Apa yang lebih penting, rehlah ini menjadi medan untuk memperkukuh adab, membina kesatuan jiwa, dan menyuburkan semangat islah dalam kehidupan bermasyarakat dan amalan seharian serta memulih kerinduan para jemaah untuk berada dalam majlis ilmu dan ibadah yang menenangkan.
Saya turut tersentuh apabila Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed semasa sesi Ta’lim Muzakarah yang mengingatkan para jemaah tentang kepentingan adab, keikhlasan, serta usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan menjaga hubungan sesama manusia.
Justeru, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, termasuk 60 orang peserta konvoi bermotosikal yang turut memeriahkan perjalanan dan semangat kebersamaan sepanjang Rehlah.
Semoga segala amal ibadah dan setiap pengisian ilmu yang dilalui sepanjang program ini diterima Allah SWT. Mudah-mudahan Rehlah Islahiyah menjadi titik kekuatan untuk para jemaah terus istiqamah, memperbaiki diri, dan membawa nilai-nilai kebaikan ini pulang ke dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah.
#rehlahislahiyah
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Setibanya saya di Masjid Tuminah Hamidi, kami terus mengikuti pengisian program Rehlah yang dianjurkan dimulai dengan menunaikan solat zohor berjemaah, diikuti dengan bacaan tahlil.
Program kemudian diteruskan dengan sesi Ta’lim Muzakarah yang disampaikan oleh Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed, yang membawa pengisian penuh makna tentang kepentingan adab, ukhuwah serta usaha memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dalam kehidupan seharian.
#rehlahislahiyah
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah. Selamat tiba di Bagan Datuk.
Seronok rasa lama tak ride balik ke Bagan Datuk. Kalau ada rezeki lepas ini jom kita ride sekali. Ada yang nak join ke?
#rehlahislahiyah
#akhiratdidepan
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam perjalanan menuju ke Bagan Datuk, kami singgah sebentar ke majlis perkahwinan anak sahabat saya di Teluk Panglima Garang. Alhamdulillah dapat berkongsi kegembiraan bersama keluarga mempelai sebelum meneruskan perjalanan.
Insya-Allah konvoi bermotosikal kami dijangka tiba di Masjid Tuminah Hamidi menjelang waktu Zohor untuk solat berjemaah dan seterusnya mengikuti pengisian Rehlah yang telah dijadualkan.
Semoga perjalanan kami terus dipermudahkan.
#rehlahislahiyah
#akhiratdidepan
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Bismillah.. hari ini saya dan isteri memulakan perjalanan konvoi bermotosikal menuju ke Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk bagi menghadiri Rehlah Islahiyah.
Doakan perjalanan kami dipermudahkan, dilindungi sepanjang perjalanan dan selamat tiba ke destinasi, insya-Allah.
#rehlahislahiyah
#akhiratdidepan
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Encik Mohamed Ismi bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad yang baharu.
Saya berharap pengalaman dan kepakaran yang dimiliki beliau dalam bidang pengurusan organisasi serta perakaunan dan kewangan dapat dimanfaatkan bagi meneruskan agenda pengukuhan keupayaan FELCRA, khususnya dalam memastikan kesejahteraan peserta terus diberi perhatian serta pembangunan luar bandar diperkasa secara mampan.
FELCRA mempunyai peranan penting dalam membina kekuatan ekonomi komuniti desa. Insya-Allah, dengan komitmen seluruh warga FELCRA serta kerjasama semua pihak, saya yakin organisasi ini akan terus bergerak lebih progresif dan kekal menjadi institusi yang membawa manfaat besar kepada warga peserta serta pembangunan luar bandar negara.
#felcra #kkdw
#pejuangdesa
#desasejahtera
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Insya-Allah bermula petang ini, Program Rehlah Islahiyah di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk akan membuka tirainya.
Saya menjemput warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama hadir mengimarahkan program ini bermula jam 3.00 petang dengan pelbagai pengisian rohani yang insya-Allah memberi manfaat kepada kita semua.
Jumpa anda semua di sana.
#rehlahbagandatuk
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Saya ingin menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama menyertai Program Rehlah yang akan berlangsung esok di Masjid Tuminah Hamidi. Program ini menghimpunkan pelbagai pengisian rohani yang insya-Allah memberi manfaat kepada seluruh jemaah yang hadir.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
📅 13 - 15 Februari 2026 (bermula jam 3 petang)
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk
Antara pengisian program:
✅ Bayan Hidayat, Bayan Maghrib, Bayan Subuh & Bayan Perdana
✅ Ta’lim dan Muzakarah Adab serta 6 Sifat Sahabat
✅ Program Gash (Ziarah Saudara Islam)
✅ Pengisian rohani berterusan sepanjang program
Jemaah-jemaah tabligh dan masyarakat umum dijemput hadir. Para jemaah juga disarankan untuk membawa kelengkapan peribadi seperti alas tidur, pakaian dan keperluan harian sepanjang program berlangsung.
Insya-Allah, jumpa anda di sana.
#rehlahbagandatuk
#masjidtuminahhamidi
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Petang tadi di Putrajaya, saya hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil.1/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks dan dinamik.
Mesyuarat turut meneliti kemajuan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) sebagai entiti berpusat yang menyatukan fungsi kriptologi dan keselamatan siber negara di bawah penyelarasan NACSA dan Majlis Keselamatan Negara.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh cadangan dasar baharu Rang Undang-Undang Jenayah Siber termasuk usaha menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan seperti 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑓𝑎𝑘𝑒, penyebaran kandungan tidak bermoral serta aspek pengekalan data bagi memperkukuh siasatan dan pendakwaan.
Saya menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri agar seluruh pemegang taruh memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan siber negara sentiasa berada pada tahap tertinggi, selaras dengan cabaran geopolitik dan perkembangan teknologi digital yang pesat.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkasa ekosistem keselamatan siber negara secara menyeluruh bagi menjamin kestabilan, melindungi kepentingan ekonomi serta memastikan ruang digital negara kekal selamat untuk rakyat dan generasi masa hadapan.
#keselamatansiber
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐀𝐑𝐀-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧
Hubungan Malaysia dan Jepun telah terbina sejak sekian lama berteraskan kepercayaan serta budaya kecemerlangan yang saling melengkapi. Kerjasama antara MARA dan OISCA yang bermula sejak tahun 1967 menjadi bukti bagaimana diplomasi antarabangsa mampu diterjemahkan kepada pembangunan modal insan apabila ribuan belia Malaysia telah mendapat latihan industri, pendedahan teknologi serta pengalaman global yang membentuk mereka menjadi tenaga kerja mahir, usahawan dan pemimpin industri.
Malam tadi di Langkawi, saya telah menyempurnakan The 7th MARA-OISCA International Business Forum 2026, sebuah platform yang memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pemain industri, institusi latihan serta rakan antarabangsa, khususnya dari Jepun.
Dalam era yang dipacu oleh 𝑑𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑡𝑒𝑐ℎ𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖𝑒𝑠, 𝑎𝑟𝑡𝑖𝑓𝑖𝑐𝑖𝑎𝑙 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑙𝑙𝑖𝑔𝑒𝑛𝑐𝑒, 𝑎𝑢𝑡𝑜𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 dan industri hijau, kerjasama Malaysia-Jepun perlu bergerak ke fasa yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan. TVET harus menjadi teras utama bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan teknousahawan yang mampu mencipta nilai, membina syarikat dan menjana peluang pekerjaan baharu.
Melalui kerjasama ini, kira-kira 70% daripada pelajar tersebut kini bekerja dalam sektor swasta, dengan sebahagian besarnya berkhidmat di syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.
Saya yakin, kerjasama MARA-OISCA akan terus menjadi jambatan pembangunan generasi baharu, memperkukuh daya saing industri negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.
Insya-Allah, hubungan strategik ini akan terus diperkasa demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing global.
#malaysiajapan
#mara #kkdw
#oisca #tvet
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐢𝐫, 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐳𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Sebelum bertolak pulang, saya bersama ahli-ahli MPT KKDW berkesempatan meninjau sendiri keindahan Tasik Kenyir melalui pengalaman eko pelancongan yang cukup mempesonakan di Kenyir Geopark. Kami dibawa menaiki ‘cruise’ menyusuri Tasik Kenyir sambil menikmati panorama alam semula jadi yang sangat menarik.
Kami dibawa singgah ke Taman Herba Kenyir di bawah kendalian KETENGAH yang menempatkan pelbagai spesies tanaman herba sebagai khazanah warisan alam. Menariknya, pengunjung yang hadir berpeluang merasai sendiri minuman herba asli seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa yang disediakan secara percuma sebagai pengalaman unik kepada pelawat.
Di Taman Herba ini juga, saya bersama Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, menyempurnakan gimik penanaman pokok Tongkat Ali Putih dan Mahkota Dewa sebagai simbol komitmen kita dalam memelihara khazanah biodiversiti negara serta memperkasa potensi eko pelancongan berasaskan sumber alam semula jadi.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang amat bermakna. Tasik Kenyir membuktikan potensi besar sebagai destinasi eko pelancongan bertaraf antarabangsa dengan keindahan alam semula jadi serta pelbagai tarikan unik.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 saya ingin mengajak semua untuk meneroka destinasi indah dan pelbagai aktiviti yang menarik di negara kita.
#tasikkenyir
#kenyirgeopark
#ekopelancongan
#visitmalaysia2026 #vm2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚, 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐤𝐮𝐫
Prestasi kewangan anak-anak syarikat agensi di bawah KKDW tahun 2025 membuktikan bahawa perubahan minda serta disiplin pengurusan yang lebih berfokus telah membuahkan hasil apabila pendapatan keseluruhan melepasi RM5 bilion dengan lonjakan keuntungan yang ketara berbanding tahun sebelumnya.
#kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Alhamdulillah, selesai sudah Permukiman KKDW dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026. Hasil permukiman pada kali ini, kementerian telah merangka 28 𝐺𝑎𝑚𝑒 𝐶ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 baharu bagi tahun 2026 merangkumi tujuh kluster utama. Inisiatif ini dirangka secara strategik bagi memastikan pembangunan desa bergerak secara sistematik, inklusif dan memberi impak nyata kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.
𝐺𝑎𝑚𝑒 𝐶ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 ini dibangunkan berteraskan pendekatan baharu KKDW yang menekankan evolusi organisasi, penggunaan teknologi, pemikiran korporat serta budaya kerja berasaskan 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒. Fokus kita jelas, di mana kita mahu setiap perancangan mesti menghasilkan perubahan sebenar dalam kehidupan rakyat desa.
Permukiman turut menegaskan peranan syarikat milikan agensi sebagai jentera ekonomi desa yang mampan dan berdaya saing. Semasa membuat penggulungan, saya telah mengingatkan agar setiap kejayaan perlu disertai pertanggungjawaban syariah dan tanggungjawab sosial agar keuntungan yang dijana membawa keberkatan serta manfaat kepada masyarakat.
Ke hadapan, saya mahu permukiman ini menjadi asas kepada pembinaan legasi pembangunan desa yang lebih kukuh. Kita sedang menetapkan penanda aras baharu dalam tadbir urus luar bandar, memperkukuh ekosistem ekonomi desa serta membina generasi yang berdaya saing melalui pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan kementerian, agensi, syarikat milikan agensi, sekretariat serta KETENGAH selaku tuan rumah atas komitmen menjayakan permukiman ini.
Insya-Allah, segala perancangan yang dirumuskan akan diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi demi memakmurkan desa, memperkasa rakyat dan membina masa depan negara yang lebih seimbang dan inklusif.
#permukimankkdw2026
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Sesi Permukiman KKDW 2026 diteruskan dengan sesi bersama Syarikat Milikan Agensi yang menghimpunkan Pengerusi Agensi, Ketua Agensi, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan syarikat di bawah KKDW bagi memperkukuh hala tuju syarikat sebagai pemacu ekonomi luar bandar.
Dalam sesi ini, saya telah menegaskan bahawa syarikat milikan agensi perlu bergerak sebagai entiti yang berdaya saing, mampan dan berorientasikan keberhasilan yang memberi pulangan nyata kepada rakyat.
Alhamdulillah, anjakan daripada 𝑐𝑜𝑠𝑡 𝑐𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒 kepada 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑖𝑡 𝑐𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒 mula membuahkan hasil apabila prestasi kewangan subsidiari menunjukkan peningkatan pendapatan dan keuntungan yang lebih kukuh. Namun pencapaian ini hanyalah asas untuk melangkah lebih jauh.
Keutamaan seterusnya ialah memastikan setiap keuntungan diterjemahkan kepada manfaat rakyat melalui pemanfaatan aset secara optimum, pengukuhan rantaian nilai industri luar bandar serta penggunaan data sebagai sumber baharu penjanaan pendapatan.
Saya turut menegaskan bahawa tadbir urus yang telus, berintegriti dan berprestasi tinggi mesti menjadi asas pengurusan syarikat. Dalam persekitaran korporat yang kompetitif, setiap kepimpinan perlu berani membuat keputusan strategik demi kelangsungan organisasi.
Saya yakin, dengan kepimpinan berani dan disiplin pelaksanaan yang konsisten, syarikat milikan agensi KKDW mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar yang lebih progresif dan mampan, insya-Allah.
#permukimankkdw2026
#kkdw
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Kebetulan berada di Terengganu, saya menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.
Banyak yang dapat kami bincangkan, mendapatkan perkembangan terkini serta berkongsi pandangan bagi memperkukuh lagi perjuangan parti ini di Negeri Terengganu.
#umnoterengganu
#umno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Sepanjang hari ini, saya duduk bersama, mendengar dan meneliti pembentangan daripada lima kluster utama kementerian iaitu Kluster Usahawan Desa, Modal Insan, Jaringan Prasarana, Sistem Penyampaian Perkhidmatan serta Ekonomi Desa.
Setiap pembentangan memberikan gambaran menyeluruh mengenai cabaran semasa, potensi penambahbaikan serta hala tuju baharu pembangunan luar bandar yang lebih berimpak dan berfokus kepada keberhasilan. Perbincangan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang benar-benar menyentuh keperluan rakyat desa dan memberi manfaat yang nyata di lapangan.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan ThinkTank@KKDW, sebuah platform pemikiran strategik yang akan berperanan sebagai pusat rujukan dasar dan penyelidikan pembangunan desa. Penubuhan 𝑡ℎ𝑖𝑛𝑘 𝑡𝑎𝑛𝑘 ini adalah manifestasi kepada seruan saya pada amanat awal tahun lalu bahawa perubahan tidak berlaku hanya dengan niat yang baik, tetapi memerlukan sistem yang jelas, disiplin pelaksanaan dan konsistensi tindakan.
Saya yakin, melalui pengukuhan peranan ThinkTank@KKDW, kementerian akan terus bergerak dengan lebih dinamik, berasaskan bukti dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat desa. Insya-Allah, setiap langkah yang diambil akan memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa, sekali gus memakmurkan kehidupan rakyat desa secara lebih mampan dan inklusif.
#permukimankkdw2026
#thinktankkkdw
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi reposted
Kem. Kemajuan Desa dan Wilayah
@kkdw_gov
Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026–2030 dirangka hasil pelaksanaan bengkel dan libat urus secara menyeluruh, dengan 20 strategi dan 49 inisiatif telah dikenal pasti bagi memacu pembangunan luar bandar yang holistik dan mampan, sekali gus memberi manfaat kepada kesejahteraan 8.17 juta penduduk desa atau 24.0 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Berpaksikan hala tuju yang jelas, KKDW komited memperkukuh pembangunan desa melalui pemerkasaan ekonomi desa, modal insan, jaringan prasarana, usahawan desa, dan sistem penyampaian perkhidmatan dalam tempoh lima tahun. Usaha ini bertujuan melahirkan komuniti luar bandar yang berdaya tahan, berdaya saing dan sejahtera.
#kkdw
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#pejuangdesa
#taatsetia
#pelanstrategikkkdw20262030 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐊𝐃𝐖
Malam tadi, saya bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama peserta Permukiman KKDW yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, anjuran KETENGAH.
Momen seperti ini memberi ruang untuk kami duduk bersama dan terus mengeratkan hubungan dalam keluarga besar KKDW. Saya percaya apabila hubungan sesama kita diperkukuh, gerak kerja kementerian akan menjadi lebih tersusun, lancar dan bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan desa dilaksanakan dengan berkesan.
Majlis malam tadi turut diserikan dengan peluncuran buku “Ijtihad Demi Rakyat” yang menghimpunkan sebahagian pemikiran, gagasan serta perjalanan transformasi KKDW dalam menterjemahkan dasar kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat desa.
Terima kasih saya ucapkan kepada KETENGAH atas penganjuran majlis yang cukup bermakna ini. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita dalam memperjuangkan agenda pembangunan desa dan kesejahteraan rakyat.
#permukimankkdw2026
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat mengadakan sesi permukiman bagi menyusun hala tuju kementerian untuk tahun 2026 dan seterusnya.
Sepanjang tiga tahun menerajui KKDW, saya melihat pembangunan desa perlu digerakkan melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat. Melalui Aspirasi Desa Makmur dan Aspirasi Desa MADANI, kita telah memperkukuh perancangan pembangunan desa secara lebih sistematik, berteraskan 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒 dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat di perdesaan.
Alhamdulillah, hasil usaha bersama warga KKDW serta semua agensi di bawahnya, beberapa pencapaian telah berjaya direkodkan termasuk penurunan kadar kemiskinan tegar, peningkatan kebolehpasaran graduan TVET KKDW serta pelaksanaan ribuan projek prasarana luar bandar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat desa.
Memasuki fasa baharu, Pelan Strategik KKDW 2026-2030 yang saya lancarkan hari ini akan menjadi asas kepada pembangunan desa yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan. Pendekatan ini turut digerakkan melalui kerangka 5P iaitu 𝑃𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒, 𝑃𝑙𝑎𝑐𝑒, 𝑃𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦, 𝑃𝑟𝑜𝑠𝑝𝑒𝑟𝑖𝑡𝑦 dan 𝑃𝑟𝑜𝑝ℎ𝑒𝑡𝑖𝑐 yang telah saya perkenalkan sebagai panduan hala tuju pembangunan desa.
Saya yakin kekuatan KKDW terletak pada kesatuan pasukan, pemikiran strategik, keberanian meneroka pendekatan baharu serta kesungguhan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Insya-Allah, agenda pembangunan desa akan terus diperkasakan agar masyarakat luar bandar menikmati kemajuan yang inklusif dan bermaruah.
#kkdw
#desamadani
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤
Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai dalam kalangan kita mula membuat persiapan bagi menyambut bulan penuh keberkatan ini. Daripada keperluan dapur, persiapan berbuka puasa sehinggalah kelengkapan menyambut Aidilfitri, semuanya memerlukan perancangan yang baik agar keluarga dapat menyambutnya dengan tenang dan sempurna.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen “Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal” anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad di MYDIN HQ USJ Subang, yang mencerminkan komitmen berterusan kita dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dan kelengkapan hari raya pada harga mampu milik, di samping memperkasa produk tempatan agar terus berkembang dalam pasaran arus perdana.
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (EXEC-NACCOL), saya percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu. Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long yang bakal memasuki rangkaian pasaran MYDIN. Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara.
Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah.
#megarahmah
#produktempatan
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Timo kasih semuo. Insya-Allah ado joki kito jumpo laie ❤️
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Hari ini, saya berpeluang sekali lagi menyertai konvoi bermotor di Negeri Sembilan dalam suasana santai dan penuh kemesraan bersama masyarakat setempat.
Perjalanan ini membawa saya ke Masjid Kariah Pantai, Lenggeng dan seterusnya ke Masjid Daerah Jelebu. Lawatan ringkas sebegini memberi ruang untuk saya berjumpa, beramah mesra serta mendengar secara dekat denyut nadi dan harapan rakyat.
Terima kasih semua pihak yang menjayakan program ini. Insya-Allah, silaturahim ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
#azh
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan nilai-nilai murni dalam membentuk insan seimbang dari aspek intelek, rohani dan akhlak.
Pada hemat saya, maahad ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, bahkan ia merupakan ruang pemuliaan wahyu, tempat al-Quran dijunjung, dipelihara dan disematkan dalam jiwa para penuntut sebagai pedoman hidup serta asas pembentukan peribadi.
Pendidikan tahfiz bukanlah pendidikan pinggiran seperti yang sering disalahfahami. Sebaliknya, ia adalah pendidikan yang membina kekuatan akal, menyucikan jiwa dan mendisiplinkan akhlak.
Seiring dengan itu, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Kerajaan komited menyusun pendidikan tahfiz secara lebih tersusun, berperingkat dan sistematik merangkumi pemantapan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap serta Skim Pembiayaan Huffaz, agar para huffaz kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pembangunan negara.
Insya-Allah, maahad ini akan terus berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan huffaz berkualiti serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara.
#maahadtahfizalmashrafe
#majlisanugerahhuffaz
#membinagenerasialquran
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐌𝐀𝐔𝐒
Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sekolah Menengah Agama Al Ulum Al Syar’iyyah (SMAUS), Batu 20, Bagan Datuk atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025.
Pencapaian membanggakan ini turut menyaksikan empat orang pelajar memperoleh Mumtaz Sofi dan tujuh orang pelajar mencapai Mumtaz, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi barisan pendidik serta kesungguhan para pelajar.
Semoga kejayaan ini terus menyuburkan kecemerlangan pendidikan Islam dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing. Insya-Allah.
Foto: Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk
#stam2025
#smaus
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan penghargaan kepada atlet, pasukan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan serta kecemerlangan dalam sukan permotoran negara.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel atas penganugerahan Anugerah Ikon Sukan Permotoran, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan besar beliau dalam mengangkat sukan permotoran Malaysia.
Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
#mamawards2025
#motorsportsmalaysia
#driftmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 (𝐌𝐂𝐈)
Hari ini saya telah mengadakan sesi perbincangan bersama TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, bagi membincangkan kerjasama strategik dua hala, khususnya berhubung cadangan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).
Pada peringkat awal, MCI akan beroperasi menggunakan kemudahan GIATMARA sedia ada di Bagan Datuk, sebelum pembangunan kampus tetap baharu yang akan dibina di atas tanah seluas 60 ekar nanti. Institut ini disasarkan untuk menampung sehingga 2,000 orang pelajar dengan tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi (High- Growth, High-Value).
Kerjasama TVET antara Malaysia dan China yang telah dibincangkan termasuklah pembangunan modal insan, latihan pengajar (training of trainers), sokongan peralatan serta kemahiran teknikal, termasuk keperluan penghantaran tenaga pengajar bahasa Mandarin ke MCI. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penubuhan MCI berpotensi menjadi platform strategik bagi memperkukuh pertukaran pengetahuan, kepakaran dan latihan antara institusi Malaysia dan China.
Sebanyak 18 bidang TVET telah dikenal pasti untuk pelaksanaan awal, antaranya melibatkan bidang automotif, kenderaan elektrik (EV), automasi industri, tenaga solar, robotik, Internet of Things (IoT) serta agroteknologi.
Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama di samping melaksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor-sektor berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan bakat dan keperluan industri masa hadapan.
#malaysiachina
#tvet#MCI
#pembangunanmodalinsan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
Pagi ini, saya menghadiri Istiadat Menghadap serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat ini sebagai satu penghargaan tertinggi negara kepada individu-individu yang telah menabur bakti dan sumbangan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan Wilayah Persekutuan.
Menjunjung kasih ke hadapan Tuanku atas perkenan menyempurnakan istiadat ini. Semoga penganugerahan tersebut terus menyemarakkan semangat untuk berkhidmat dengan amanah, keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada negara.
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia & BERNAMA
#istananegara
#wilayahpersekutuan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Komitmen Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan komuniti nelayan serta kelestarian industri perikanan negara terus diperkukuh melalui pendekatan lebih strategik dan menyeluruh. Semasa berada di Parlimen hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan Bil.1/2026 yang kini dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP).
Penjenamaan semula ini mencerminkan hala tuju baharu Kerajaan dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem industri perikanan negara meliputi perikanan tangkapan, perikanan darat serta sektor akuakultur secara lebih bersepadu dan mampan.
Antara fokus utama mesyuarat adalah memperkasa pembangunan industri tuna sebagai sektor bernilai tinggi yang berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab tuna serantau. Pembangunan rantaian bekalan tuna yang lebih cekap daripada pendaratan hingga pemprosesan diyakini mampu membuka peluang ekonomi baharu serta meningkatkan daya saing industri perikanan negara.
Mesyuarat turut meneliti cadangan pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan di Hutan Melintang, Perak dan Sandakan, Sabah sebagai langkah strategik memperkukuh infrastruktur industri serta meningkatkan kecekapan operasi dan pemasaran hasil perikanan tempatan.
Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan termasuk pemodenan vesel nelayan menggunakan teknologi automasi dan mesra alam, pemerkasaan kapasiti limbungan bot serta pembangunan fasiliti sokongan industri.
Dalam masa yang sama, Kerajaan kekal komited memastikan kebajikan komuniti nelayan terus terbela melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan, insentif hasil tangkapan, diesel bersubsidi serta bantuan perumahan khusus untuk nelayan B40.
Saya yakin melalui kerjasama erat antara kementerian, agensi serta pemain industri, sektor perikanan negara mampu berkembang secara lebih progresif, berdaya saing dan kekal menjadi sumber rezeki mampan kepada komuniti nelayan.
Insya-Allah, agenda memperkasa komuniti nelayan akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara.
#nelayanmalaysia
#pejuangdesa
#keterjaminanmakanan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu sarat dengan kebijaksanaan serta panduan yang jelas demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Patik menjunjung kasih atas amanat Baginda Tuanku yang menekankan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan bidang pendidikan, merancakkan pembangunan sektor perumahan, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh kecekapan sistem pengangkutan awam.
Menerusi sesi perbahasan kali ini, seramai 35 Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan dan pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawah seliaan saya termasuk TVET, NADMA dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
Dalam ruang masa yang diperuntukkan, saya telah menjawab beberapa persoalan utama yang dibangkitkan melibatkan pengukuhan institusi TVET, agenda transformasi desa, ancaman keselamatan siber dan pengukuhan keselamatan negara serta perkara berkaitan pengurusan bencana melalui NADMA.
Insya-Allah, saya akan kongsikan beberapa potongan jawapan saya untuk makluman semua sebentar lagi.
#dewanrakyat
#parlimenmalaysia
#pejuangdesa
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan hadir ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya bagi menyempurnakan Program Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, satu inisiatif berterusan yang mengangkat al-Quran sebagai pedoman hidup dan warisan ummah.
Program Wakaf Al-Quran ini telah digerakkan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun ke-19. Sepanjang tempoh tersebut, jutaan naskhah al-Quran telah dimanfaatkan, bukan sahaja di dalam negara malah sampai ke pelbagai pelosok dunia termasuk komuniti Islam minoriti dan golongan yang memerlukan. Inilah hakikat wakaf yang sebenar, memberi tanpa putus dan membina kebaikan yang berpanjangan.
Setiap naskhah al-Quran yang diwakafkan membawa doa pewakaf, harapan para pendidik dan sinar hidayah kepada mereka yang membacanya. Ia adalah sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir selagi kalam Allah ini dibaca, difahami dan diamalkan.
Saya yakin, dengan sokongan berterusan masyarakat, institusi serta rakan strategik, Program Wakaf Al-Quran akan terus menjadi jambatan kebaikan yang menghubungkan ummah merentas sempadan dan generasi. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat. Insya-Allah.
#wakafalquran
#membinagenerasialquran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐭𝐡𝐮𝐥 𝐆𝐨𝐮𝐭𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐁𝐫𝐢𝐜𝐤𝐟𝐢𝐞𝐥𝐝
Sempena malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan, saya berpeluang hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields yang telah berkembang dari sebuah surau kecil sejak tahun 1987, kini menjadi pusat aktiviti buat warga kota yang ingin berhenti sejenak untuk solat, bermuhasabah dan mencari ketenangan.
Apa yang membanggakan, bangunan baharu ini telah dapat dibina hasil daripada wakaf, sumbangan masyarakat, sokongan institusi agama termasuk Kerajaan. Ia membuktikan bahawa apabila komuniti bergerak seiring, pembangunan berteraskan nilai dapat direalisasikan dengan lebih bermakna.
Ketika berucap, saya menyebutkan keunikan kawasan Brickfields ini di mana terdapat masjid, gereja, kuil dan tokong berdiri berdekatan. Oleh itu, peluasan surau ini perlu hadir dengan amanah yang lebih besar, bukan hanya tempat ibadah, tetapi tempat membentuk akhlak, adab dan kefahaman hidup bermasyarakat.
Di sinilah nilai toleransi beragama dipupuk, nilai Islam dizahirkan melalui sikap saling menghormati, budi pekerti yang baik dan keupayaan hidup bersama secara harmoni tanpa mengorbankan prinsip agama.
Harapan saya agar Madrasathul Gouthiyyah terus berperanan dalam memartabatkan syiar Islam dan membawa kebaikan kepada warga kota, khususnya masyarakat Islam di Bandaraya Kuala Lumpur.
#malamnisfusyaaban
#madrasathulgouthiyyah
#brickfield #kualalumpur -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan bersama Datuk Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani serta para jemaah di pusat ilmu dan dakwah Darul Jailani, Setiawangsa, sempena malam Nisfu Syaaban untuk mengimarahkan malam yang mulia ini dengan amalan dan munajat.
Semoga hati kita terus dipelihara dan langkah kita dipermudahkan dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐢𝐬𝐟𝐮 𝐒𝐲𝐚𝐚𝐛𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan malam Nisfu Syaaban, malam penuh rahmat dan keampunan, sebagai persiapan rohani menyambut kedatangan Ramadan yang mulia.
Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri, semoga Allah SWT menerima amal kita serta mengurniakan keberkatan, keampunan dan kekuatan iman kepada kita semua. Insya-Allah.
#nisfusyaban1447h
#menujuramadan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Alhamdulillah, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Bagan Datuk yang muncul Juara Kumpulan G dalam saingan Liga Perak Sejahtera 2030 malam tadi.
Saya amat bangga melihat semangat dan kesungguhan anak-anak muda kita yang terus mengharumkan nama daerah ini melalui sukan. Inilah bukti bahawa Bagan Datuk kaya dengan bakat, disiplin dan semangat berpasukan.
Teruskan melangkah jauh..
Bagan Datuk nombor 1!
#bagandatuk
#bagandatuknombor1
#ligaperaksejahtera2030
#pialayabmenteribesarperak -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐔𝐌𝐍𝐎: 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢
Alhamdulillah, genap setahun penubuhan Sekolah Patriotik UMNO sebagai sebuah inisiatif parti dalam melahirkan generasi pelapis kepimpinan yang memahami realiti politik semasa serta menjiwai nilai dan roh UMNO yang sebenar.
Malam tadi saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik UMNO. Program ini mencerminkan kesungguhan UMNO untuk membina kepimpinan masa depan secara lebih tersusun, berdisiplin dan berpandangan jauh.
Saya berkeyakinan Sekolah Patriotik UMNO yang diperkenalkan sejak 26 Januari tahun lalu mampu melahirkan barisan pemimpin baharu yang bersedia memikul amanah perjuangan parti pada masa hadapan, bukan sahaja dari sudut kemahiran politik, tetapi juga keteguhan prinsip dan jati diri.
Inisiatif ini turut membuka ruang kepada pembaharuan dalaman parti, khususnya dalam memperkukuh kepimpinan akar umbi yang lebih segar, progresif dan relevan dengan tuntutan semasa. Untuk terus diyakini rakyat, UMNO perlu berani keluar daripada zon selesa dan berfikir melangkaui kebiasaan.
Tahniah saya ucapkan kepada Naib Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, serta seluruh barisan pengurusan dan pensyarah yang terus memperkukuh Sekolah Patriotik UMNO sebagai medan pembinaan kepimpinan politik baharu parti.
Insya-Allah, usaha ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembinaan UMNO yang lebih matang, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
#sekolahpatriotikumno
#spu #umno -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐦𝐞𝐣 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Bersempena pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, satu lagi inisiatif telah digerakkan melalui penganjuran Larian Visit Malaysia 2026 yang berlangsung petang tadi di Pavilion Kuala Lumpur. Saya berkesempatan menyempurnakan acara ‘flag off’ sebagai tanda sokongan terhadap usaha ini.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Tahun Melawat Malaysia 2026 serta Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan, saya menyokong penuh penganjuran program seumpama ini yang menggabungkan gaya hidup sihat, penglibatan komuniti dan semangat kebersamaan dalam satu platform yang inklusif.
Penyertaan yang melepasi jangkaan, dengan lebih 5,000 peserta hadir berbanding sasaran awal sekitar 3,000 orang mencerminkan minat dan kesedaran rakyat terhadap inisiatif yang mengangkat kesejahteraan, perpaduan dan kebanggaan terhadap negara. Kehadiran peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang turut menyerlahkan kekuatan Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk yang harmoni.
Saya berharap penganjuran acara seterusnya, termasuk marathon yang dirancang pada Ogos akan datang dapat menarik penyertaan yang lebih besar, termasuk dari peringkat antarabangsa. Dengan publisiti yang berkesan serta sokongan berterusan semua pihak, insya-Allah usaha ini mampu meningkatkan ketibaan pelancong, merancakkan ekonomi dan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang bertenaga dan inklusif.
Semoga inisiatif seperti ini terus diperkasakan demi kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Insya-Allah.
#larianvisitmalaysia2026
#visitmalaysia2026 #vm2026
#malaysiatrulyasia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬: 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐆𝐨𝐡 𝐉𝐢𝐧 𝐖𝐞𝐢
Tahniah diucapkan kepada perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei atas pencapaian merangkul naib juara Kejohanan Badminton Thailand Masters 2026.
Biarpun terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir atas faktor kecederaan, pencapaian mara ke pentas final tetap satu kejayaan memberangsangkan dan membanggakan, sekali gus menyaksikan beliau melakar sejarah tersendiri sebagai wakil negara pertama berjaya beraksi di pentas berprestij kejohanan ini bagi acara perseorangan wanita.
Syabas Goh Jin Wei! Semoga segera pulih dan terus melakar kejayaan lebih gemilang di pentas antarabangsa.
#naibjuara
#thailandmasters
#gohjinwei -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐨𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢: 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang menuntut fokus dan komitmen berterusan, ruang untuk menenangkan hati dan memperbaharui kekuatan dalaman amat diperlukan. Pagi tadi, saya berkesempatan hadir dan menyempurnakan majlis Doa Dari Hati yang berlangsung di Grand Ballroom, Premiera Hotel Kuala Lumpur.
Saya menghargai inisiatif Hotel Premiera yang tampil dengan pendekatan untuk menjadikan hotel sebagai ruang majlis ilmu serta pengisian rohani. Ini mencerminkan satu anjakan pemikiran yang positif, di mana ruang hospitaliti bukan sahaja menjadi tempat persinggahan, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan nilai dan jiwa masyarakat.
Kehadiran penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Muhammad Assad dan Ustazah Oki Setiana Dewi, turut menyerlahkan semangat ukhuwah Nusantara yang berpaksikan ilmu dan nilai bersama. Perkongsian mereka memperkayakan lagi pengisian majlis ini dengan pendekatan yang menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan.
Saya berharap program seperti Doa Dari Hati ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa hadapan kerana manfaatnya jelas dalam memperkukuh nilai serta mendekatkan masyarakat kepada makna kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna. Insya-Allah.
#doadarihati -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan..
Selain daripada menjadi pusat pentadbiran dan nadi ekonomi negara, ianya turut mencerminkan kematangan sebuah wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya.
Tahun ini, tema “Wilayah Persekutuan Kita” sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa wilayah ini adalah milik bersama. Ia perlu terus dipelihara, diperkasa dan dibangunkan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami.
Setiap kemajuan yang dicapai hari ini lahir daripada komitmen berterusan pelbagai pihak termasuk penjawat awam, komuniti, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada pembangunan wilayah.
Marilah kita terus memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab ini supaya Wilayah Persekutuan kekal menjadi lambang kemajuan, perpaduan dan masa depan negara.
Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026.
Semoga wilayah ini terus makmur dan dirahmati oleh Allah SWT.
#hariwilayahpersekutuan2026
#wilayahpersekutuankita
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐩𝐮𝐬𝐚𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟔
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya.
Kepelbagaian budaya dan agama merupakan antara asas utama yang membentuk jati diri negara. Dalam perbezaan, kita belajar untuk saling memahami. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan untuk terus hidup sebagai satu masyarakat yang bersatu.
Saya percaya keharmonian yang kita nikmati hari ini lahir daripada sikap saling menghormati serta kesediaan untuk berkongsi ruang sebagai sebuah negara yang berpaksikan perpaduan. Nilai inilah yang mesti terus dipelihara agar keamanan dan kestabilan negara kekal terjamin untuk generasi akan datang.
Selamat menyambut Thaipusam kepada semua yang meraikannya. Semoga perpaduan kita terus dipelihara dan Malaysia kekal aman, stabil serta sejahtera untuk generasi hari ini dan masa hadapan.
#thaipusam2026
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐃𝐢𝐦𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧, 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚
Pagi tadi saya menghadiri Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Tuanku atas perkenan berangkat menyempurnakan majlis bersejarah ini. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan lambang warisan negara yang sarat dengan nilai sejarah dan kenegaraan, menjadi saksi penting kepada perjalanan pembinaan Malaysia sejak era awal pentadbiran hingga ke hari ini.
Usaha pemuliharaan ini mencerminkan iltizam bersama dalam memelihara khazanah negara agar terus terpelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai asas jati diri serta kebanggaan nasional.
Pembukaan semula bangunan ini turut memberi nilai tambah kepada landskap bandar raya Kuala Lumpur, di samping menyokong sektor pelancongan dan ekonomi setempat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Semoga warisan bersejarah seperti ini terus dipelihara dengan penuh tanggungjawab, dihargai dengan kesedaran sejarah dan diwariskan sebagai simbol identiti serta kebanggaan negara.
#bangunansultanabdulsamad
#warisankl
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Bil.2/2026 yang saya pengerusikan hari ini menumpukan kepada langkah-langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem industri halal negara dan meletakkan Malaysia sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing.
Antara fokus utama mesyuarat ialah pelaksanaan lima inisiatif berimpak tinggi, termasuk pembangunan Pelabuhan Mesra Halal pertama negara di Pelabuhan Kuantan, yang dijangka menjana nilai ekonomi besar serta membuka ribuan peluang pekerjaan dalam jangka panjang. Inisiatif ini penting untuk memperkukuh rantaian logistik halal, meningkatkan kebolehkesanan dan melonjakkan eksport halal Malaysia ke peringkat serantau dan global.
Mesyuarat turut memberi perhatian kepada isu akses pembiayaan industri halal, khususnya melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Saya menekankan keperluan penyelarasan yang lebih kukuh antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan institusi kewangan agar sokongan pembiayaan dapat disalurkan dengan lebih inklusif dan berkesan.
Dalam sektor pelancongan pula, peranan pelancongan mesra Muslim terus diperkukuh melalui penyelarasan standard dan pengiktirafan bagi meningkatkan keyakinan pelancong Muslim terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan. Usaha ini selari dengan prestasi positif pelancongan Islam yang terus menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan.
Saya juga mengalu-alukan pendekatan proaktif beberapa Kerajaan Negeri dalam membangunkan pelan industri halal masing-masing, termasuk usaha memperkukuh tadbir urus taman industri halal dan menarik pelaburan strategik. Pendekatan seimbang antara persekutuan dan negeri ini penting bagi memastikan pembangunan industri halal yang mampan dan menyeluruh.
Insya-Allah, dengan komitmen bersepadu semua pihak, industri halal Malaysia akan terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan simbol keyakinan global terhadap keupayaan negara.
#halalmalaysia
#industrihalal
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bil. 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menjaga kepentingan, membela nasib serta memperkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh dan inklusif.
Perbincangan menekankan peranan strategik entiti berkaitan Kerajaan dalam memperkasa pembangunan usahawan Bumiputera, termasuk pengukuhan sokongan melalui pendekatan berasaskan data serta peluasan inisiatif pembiayaan dan pemudahcaraan agar manfaatnya dapat dirasai secara meluas di semua peringkat.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dilaksanakan secara tersusun, berimpak tinggi dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.
#meb
#ekonomibumiputera
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟗: 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Malam tadi, saya berkesempatan hadir dan menyampaikan ucaptama dalam BN Forum ke-9 yang mengangkat tema 𝑀𝑜𝑑𝑒𝑙 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝐵𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙: 𝐴𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑇𝑟𝑎𝑑𝑖𝑠𝑖 𝑃𝑜𝑙𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑢𝑛𝑡𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛.
Forum ini menjadi ruang perbincangan terbuka untuk menilai kedudukan serta hala tuju Barisan Nasional dalam landskap politik semasa, dengan mengambil kira realiti demografi, dinamika pengundi baharu dan keperluan kepada strategi yang lebih segar serta berkesan menjelang pilihan raya akan datang.
Saya menghargai pandangan yang dikongsikan oleh barisan panel dari dalam dan luar negara yang memberikan perspektif akademik serta empirikal mengenai politik gabungan, kestabilan negara dan cabaran yang perlu ditangani secara bijaksana serta berstrategi.
Perbincangan seperti ini penting untuk membantu kita berfikir dengan lebih tenang, rasional dan berpandangan jauh. Politik menuntut kebijaksanaan, keupayaan menyesuaikan diri serta keberanian membuat keputusan yang tepat demi masa depan negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur; sahabat saya Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku moderator; dan semua panel yang menjayakan BN Forum ke-9 kerana terus menyediakan medan wacana yang membina, sebagai ruang pemikiran dan perbincangan untuk memperkukuh Barisan Nasional serta demokrasi negara.
#bnforum
#barisannasional
#politikmatang
#betternation -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟐𝟓 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀
Sejak sekian lama, TVET MARA menjadi antara tunjang utama dalam membina mobiliti sosial Bumiputera melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Menerusi rangkaian Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MJII, ribuan anak muda telah dilahirkan sebagai tenaga mahir industri, teknousahawan dan profesional teknikal yang menyumbang kepada ekonomi negara.
Hari ini di Pulau Pinang, saya hadir merasmikan Majlis Peluncuran Penjenamaan TVETMARA di Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara. Pada saya, penjenamaan ini membawa mesej yang jelas di mana TVET MARA kini melangkah ke fasa baharu dengan identiti yang lebih kukuh, standard yang lebih tersusun serta hala tuju yang selari dengan keperluan industri masa hadapan.
Penjenamaan ini menyatukan 25 institusi di bawah satu jenama unggul iaitu TVETMARA sebagai komitmen MARA untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi, diyakini industri dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, automasi serta peralihan teknologi hijau dan tenaga.
Saya turut melihat IKM Seberang Perai Utara mempunyai potensi besar untuk menjadi hab TVET wilayah utara, khususnya dalam bidang elektrik dan tenaga. Dengan pelaksanaan Pelan Transformasi ke arah ‘National Electrical Energy Specialist Academy’ (NEST), institusi ini berperanan penting dalam melahirkan pakar tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, selari dengan agenda peralihan tenaga negara.
Insya-Allah, usaha memperkasa TVETMARA ini akan terus diperkukuh demi melahirkan modal insan yang berdaya saing, berintegriti dan mampu memacu kemajuan negara.
#jompilihtvet
#tvetmara
#ikmseberangperaiutara
#mara #kkdw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 179 graduan Institut Kemajuan Desa-INFRA yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen INFRA Kesembilan hari ini, serta seluruh warga INFRA atas penganjuran majlis yang berjalan dengan baik.
Alhamdulillah, saya bangga melihat pencapaian para graduan dalam bidang TVET seperti ‘Homestay’, Alam Semula Jadi dan Pengurusan Desa. Kejayaan ini mencerminkan peranan INFRA dalam melahirkan modal insan luar bandar yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memacu ekonomi desa, selari dengan aspirasi Desa Kirana serta sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.
Penghargaan juga saya rakamkan kepada pihak pengurusan dan tenaga pengajar INFRA yang konsisten memastikan latihan dilaksanakan secara berkualiti dan memberi impak nyata kepada komuniti luar bandar.
Tahun 2026 turut menjadi detik bermakna buat INFRA apabila menyambut Jubli Mutiara 30 Tahun penubuhannya. Pencapaian ini membuktikan peranan signifikan INFRA sebagai pemacu potensi warga desa. Majlis Konvokesyen Kesembilan hari ini turut menjadi antara acara utama sambutan tiga dekad tersebut, menzahirkan sumbangan INFRA sejak penubuhannya pada 6 Mac 1996.
Insya-Allah, KKDW akan terus menyokong INFRA dalam memperkukuh agenda TVET dan pembangunan modal insan desa agar kekal relevan, progresif serta menjadi rujukan di peringkat nasional dan serantau.
Tahniah sekali lagi kepada semua graduan.
Teruskan melangkah jauh dan berbakti untuk desa dan negara.
#konvokesyenke9infra
#30tahuninfra
#infra #kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐌𝐨𝐤𝐭𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Kinabatangan mempunyai makna yang besar kepada seluruh rakyat di daerah ini. Di sinilah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menumpahkan seluruh jiwa dan baktinya. Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang sahabat seperjuangan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, berpegang teguh pada prinsip dan berani mempertahankan kebenaran.
Hari ini, anakandanya melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan amanah yang besar. Amanah untuk menyambung khidmat, menjaga kepercayaan rakyat dan mengangkat suara Kinabatangan dengan penuh tanggungjawab. Saya melihat ini sebagai kesinambungan perjuangan yang lahir daripada didikan dan pengorbanan seorang ayah yang telah banyak berjasa.
Saya mendoakan agar YB Naim Moktar dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam memikul amanah ini. Jadilah wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat, berani memperjuangkan kepentingan kawasan dan konsisten berpegang pada prinsip.
Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak, khidmat dan sumbangan Allahyarham Bung Moktar akan terus hidup melalui usaha dan komitmen anakandanya di Dewan Rakyat. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
#kinabatangan
#dewanrakyat
#parlimenmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧
Seterusnya di Parlimen, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) Bil. 1/2026 bagi memperkukuh penyelarasan merentas kementerian dalam memacu sektor pelancongan negara menjelang Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Industri pelancongan terus menjadi antara pemacu utama ekonomi negara. Dengan rekod 42.2 juta ketibaan pelawat sepanjang 2025, peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya, asas yang kukuh telah dibina untuk memastikan VM2026 dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.
Dalam mesyuarat ini, penekanan diberikan kepada pendekatan 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒 𝑜𝑓 𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 melibatkan pengangkutan, keselamatan, penerbangan, komunikasi dan ekonomi supaya usaha menarik pelancong antarabangsa, memanjangkan tempoh tinggal serta meningkatkan perbelanjaan pelancong dapat digerakkan secara menyeluruh.
Beberapa isu dasar turut dibincangkan termasuk MM2H, Program Visa Premium (PVIP), kawal selia kenderaan pelancongan, pembangunan hab transit umrah serta potensi pelancongan kapal persiaran. Semua ini memerlukan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta dan penggiat industri dengan MOTAC sebagai peneraju.
Insya-Allah, dengan kesepaduan semua pihak, Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
#visitmalaysia2026
#vm2026
#pelanconganmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐤𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Pada tengah hari tadi, saya menerima taklimat mengenai satu inisiatif baharu melibatkan sebuah projek nasional berkaitan TVET yang dirangka untuk memacu pembangunan modal insan, khususnya melalui pendekatan industri kreatif dan animasi berimpak tinggi.
Saya melihat animasi sebagai satu ekosistem ekonomi yang mampu melahirkan tenaga mahir, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mengangkat imej Malaysia ke peringkat global. Pendekatan yang menghubungkan latihan, industri dan penciptaan harta intelek ini wajar diteroka secara serius dan berperingkat.
Insya-Allah, agenda TVET akan terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan industri masa hadapan, termasuk dalam sektor kreatif digital yang sedang berkembang pesat.
#tvetmalaysia
#modalinsan
#industrikreatif
#animasimalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐤𝐚𝐫𝐭𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pemain negara atas kejayaan cemerlang di BWF World Tour Super 500 Indonesia Masters 2026 hari ini.
Tiga wakil negara berjaya merangkul kejuaraan di pentas final. Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat badminton Malaysia.
Tahniah saya ucapkan kepada Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani yang muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan pasangan tuan rumah. Kemenangan ‘straight set’ ini mencerminkan kematangan permainan dan mental juara sepanjang kejohanan, sekali gus mengekalkan gelaran beregu lelaki buat Malaysia.
Syabas juga kepada Pearly Tan–M. Thinaah yang dinobatkan juara beregu wanita, menamatkan penantian 15 tahun Malaysia dalam acara ini.
Dan tahniah kepada Chen Tang Jie–Toh Ee Wei yang mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasangan beregu campuran Malaysia pertama menjuarai Indonesia Masters. Kemenangan penuh semangat juang ini mencerminkan kebangkitan generasi baharu badminton Malaysia yang semakin matang dan berdaya saing di peringkat dunia.
Insya-Allah, kejayaan di Jakarta ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian membanggakan sepanjang musim 2026.
#indonesiamasters2026
#badmintonmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐄𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Hujung minggu ini saya pulang ke Bagan Datuk untuk menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park di QL Foods Sdn Bhd, Hutan Melintang. Saya menyambut baik langkah strategik QL Foods yang terus memperluas peranan mereka daripada peneraju produk makanan berasaskan ikan seperti bebola ikan dan surimi, kepada pembangunan ekosistem makanan halal berteknologi tinggi.
Saya melihat pembangunan QL Innofood Park ini membawa makna besar kepada masa depan keterjaminan makanan negara, pengukuhan industri halal serta pewujudan lebih kurang tiga ribu peluang pekerjaan berkemahiran. Ia membuka ruang baharu kepada belia tempatan dalam bidang teknologi makanan, automasi, logistik sejuk beku dan jaminan halal, selari dengan agenda TVET serta keperluan industri masa hadapan.
Sebagai anak jati Bagan Datuk, saya berasa bangga melihat daerah ini terus berkembang daripada kekuatan pertanian dan perikanan, kepada hab industri makanan halal berteknologi tinggi.
Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan komuniti setempat, usaha seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar yang lebih seimbang, mampan dan berorientasikan masa hadapan.
#industrihalal
#hutanmelintang
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐠
Syukur Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag atas mandat yang telah diberikan dalam pilihan raya kecil ini. Keputusan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan dan kestabilan yang diharapkan untuk kawasan ini.
Kemenangan Saudara Naim Kurniawan Moktar di Parlimen Kinabatangan dan Saudara Mohd Ismail Ayob (MIHA) di DUN Lamag adalah sebuah amanah besar untuk meneruskan legasi khidmat Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang sepanjang hayatnya meletakkan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangan.
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional serta rakan-rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersama-sama memastikan kemenangan ini.
#barisannasional
#bnsabah
#kinabatangan #lamag -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Hari ini saya meluangkan masa menyertai konvoi motosikal di Melaka yang turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka. Walaupun ringkas, perjalanan ini cukup bermakna kerana memberi ruang untuk saya singgah, berjumpa dan menyantuni masyarakat setempat.
Perjalanan bermula di Pondok Darul Muttaqin, Paya Rumput, diteruskan ke Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) di Bukit Katil, sebelum berakhir di Masjid Al Falihin, Alai. Sepanjang lawatan ini, saya berpeluang duduk bersama, makan tengah hari, beramah mesra dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama anak-anak yatim, pelajar tahfiz serta warga setempat.
Saya turut gembira dapat bertemu ikon TVET Telok Mas, Adik Nadaratuliyana binti Ab Malek, graduan Teknologi Fesyen GIATMARA yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Kejayaan beliau meraih Pingat Perak WorldSkills Malaysia 2023 dan 2024, diikuti Pingat Emas WorldSkills ASEAN Manila 2025 serta WorldSkills Asia Taipei 2025 amat membanggakan. Insya-Allah, beliau akan mewakili Malaysia ke WorldSkills Shanghai 2026 pada September ini.
Sama-sama kita doakan agar beliau terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari ini. Insya-Allah, jika ada peluang dan kesempatan, kita jumpa lagi.
#melaka
#konvoimotosikal -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐏𝐀𝐏𝐓𝐈 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐮𝐦𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Saya sentiasa melihat hubungan Malaysia-Indonesia sebagai satu hubungan yang istimewa, dibina atas asas persaudaraan serumpun yang hidup dalam budaya, bahasa dan pengalaman bersama. Keakraban ini terasa dekat dan terus relevan merentas generasi.
Malam tadi di WTC Kuala Lumpur, saya berbesar hati merasmikan Majlis Makan Malam Perdana sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI). Alhamdulillah, gembira melihat bagaimana PAPTI kekal menjadi jambatan yang menyatukan alumni kedua-dua negara, membawa nilai pendidikan, persahabatan dan kerjasama merentas generasi.
Saya turut berpendapat bahawa dalam dunia yang semakin mencabar, jaringan seperti PAPTI amat penting dalam memperkukuh kerjasama pendidikan, TVET dan pembangunan modal insan serantau.
Tahniah saya ucapkan kepada PAPTI atas 50 tahun sumbangan yang berterusan. Semoga ikatan persaudaraan serumpun ini terus subur dan memberi manfaat kepada generasi akan datang. Insya-Allah.
#papti50
#malaysiaindonesia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 | 𝐏𝐑𝐊 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 & 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐠
Esok, 24 Januari 2026, rakyat di Parlimen P.187 Kinabatangan dan DUN N.58 Lamag akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Sehubungan itu, saya dengan rendah hati mengajak seluruh warga Kinabatangan dan Lamag untuk menunaikan hak sebagai pengundi serta membuat pilihan yang terbaik, demi kesinambungan khidmat dan kepimpinan yang dapat membawa kemajuan yang berterusan.
Rancanglah perjalanan anda dengan sebaiknya. Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan.
Pilihlah Calon Nombor 1,
Calon Barisan Nasional!
#p187kinabatangan
#n58lamag
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Dari Kuamut, saya meneruskan perjalanan ke Dataran Pekan Kota Kinabatangan untuk bersama masyarakat setempat dalam Program KKDW Santuni Rakyat.
Setibanya saya di sini, banyak kenangan yang datang menerpa, khususnya mengenang sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang telah lama mencurahkan khidmat dan baktinya untuk Kinabatangan dan Lamag.
Banyak usaha yang dilakukan hari ini berakar daripada pemikiran jauh Allahyarham yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dan memastikan suara masyarakat di sini sentiasa didengari.
Program ini juga adalah kesinambungan usaha yang telah lama digerakkan di kawasan ini melibatkan KKDW dan agensi seperti FELCRA, RISDA dan MARA yang menyediakan bantuan kebajikan, pendidikan, perniagaan serta sokongan kepada pekebun kecil yang disalurkan secara langsung kepada rakyat. Pendekatan turun ke lapangan inilah yang sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat desa benar-benar terpelihara.
Insya-Allah, dengan kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, usaha memakmurkan Kinabatangan akan terus diperkukuh demi masa depan rakyat yang lebih sejahtera.
#felcra #risda #mara
#kinabatangan #sabah
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧
Hari ini saya kembali ke Sabah untuk bersama penduduk Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Tongod, dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Kuamut, 𝐵𝑎𝑐𝑘 𝑇𝑜 𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙 TABIKA KEMAS Parlimen Kinabatangan 2026.
Saya gembira melihat keterujaan anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan ini. Inilah fasa awal yang penting dalam membentuk minat belajar serta asas masa depan mereka.
Terima kasih saya ucapkan kepada KEMAS, KEMAS Sabah, KEMAS Kinabatangan serta sokongan Yayasan Pelajaran MARA yang bersama-sama menyantuni masyarakat di sini dengan penuh komitmen.
Pendidikan awal bukan pilihan, tetapi satu keperluan. Insya-Allah, melalui usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, anak-anak Kinabatangan akan terus dibimbing dengan asas yang kukuh untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
#kemas #ypm
#kinabatangan #sabah
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sama-sama kita mendoakan agar Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Please take good care, brother. Wishing you a smooth treatment and a speedy recovery. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
KENYATAAN MEDIA
DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL
1. Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah bersetuju melantik Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Sabah seperti berikut:
a. Pengerusi : Yang Berhormat Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
b. Timbalan Pengerusi : Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin
c. Setiausaha : Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Hasnol bin Ayub
2. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut menerima penyertaan semula Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) sebagai parti komponen Barisan Nasional, selaras dengan semangat memperkukuh gabungan politik berbilang kaum di bawah satu payung perjuangan yang inklusif dan progresif.
3. Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Nor atas pelantikan Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin sebagai Menteri dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Anil Sandhu sebagai Pembantu Menteri, serta sokongan beliau kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil P.187 Parlimen Kinabatangan dan N.58 DUN Lamag.
4. Barisan Nasional (BN) juga sedang mempertingkatkan gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi dua Pilihan Raya Kecil tersebut, dengan memberi penekanan kepada penyelarasan jentera, strategi kempen yang berkesan serta komitmen berterusan untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.
SUA Barisan Nasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟓: 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya menyambut baik pengumuman yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC Putrajaya sebentar tadi.
Pada saya, pengumuman tersebut terasa dekat dengan denyut nadi sekolah dan universiti hari ini. Pengenalan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga mulai 2027 bagi subjek teras memberikan bacaan awal yang lebih jelas tentang tahap penguasaan murid, sekali gus membolehkan intervensi dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat.
Saya juga melihat penyusunan semula Tingkatan Enam dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 2027 sebagai langkah yang dapat memperkemas laluan pra-universiti agar lebih tersusun dan selari dengan keperluan pendidikan tinggi.
Dalam masa yang sama, penambahan 3,000 tempat pengajian pada 2026 dalam bidang kritikal seperti undang-undang, kewangan, AI, data sains, bahasa dan media merupakan langkah strategik dalam membina bakat masa depan negara.
Saya mendoakan agar Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan seluruh ekosistem pendidikan dapat melaksanakan agenda besar ini dengan rapi, konsisten dan berimpak demi melahirkan generasi yang bersedia memimpin masa depan negara. Insya-Allah.
#rancanganpendidikannegara
#pendidikanmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Alhamdulillah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia telah melaksanakan amanah Kepengerusian ASEAN 2025 dengan pencapaian yang membanggakan.
Kejayaan ini bukan sahaja diiktiraf dalam kalangan negara ASEAN, malah turut menarik perhatian dunia terhadap keupayaan Malaysia mengemudi kepimpinan serantau dengan penuh keyakinan dan berwibawa.
Petang tadi, saya telah mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bagi memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan amanah besar ini.
Terima kasih saya ucapkan atas iltizam dan pengorbanan semua. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan kita dalam membawa Malaysia melangkah yakin di pentas serantau dan antarabangsa. Insya-Allah.
#myasean2025
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas perkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas pada hari ini.
Patik menyambut penuh takzim titah Baginda Tuanku yang menegaskan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia mesti menjadi teras dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan jati diri, perpaduan dan masa depan bangsa, selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta roh Perlembagaan Persekutuan.
Patik turut menjunjung titah Baginda Tuanku berhubung ancaman moden terhadap keselamatan negara, termasuk keselamatan digital, integriti maklumat dan penyalahgunaan teknologi seperti ‘deep fake’ yang membuka ruang kepada penipuan serta menggugat kestabilan sosial. Penegasan agar jenayah berat, keganasan dan isu yang menyentuh sensitiviti 3R ditangani dengan tegas mencerminkan keprihatinan Baginda dalam memelihara keharmonian antara kaum dan kedaulatan negara.
Patik sekalian menjunjung titah Baginda Tuanku agar Ahli-Ahli Parlimen melaksanakan amanah dengan kebijaksanaan, integriti dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya ketika negara melangkah ke fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sentiasa dikurniakan kesejahteraan, dilanjutkan usia serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Menjunjung kasih, Tuanku.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐏𝐏 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Saya berharap apa yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung PPP hari ini dapat membuka ruang yang lebih luas kepada seluruh ahli untuk terus berkhidmat dan menyumbang bakti kepada rakyat.
Mudah-mudahan kekuatan dan kesepaduan ini akan terus memperkukuh Barisan Nasional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat yang majmuk dan pelbagai, demi kestabilan serta kemakmuran Malaysia.
#perhimpunanagungppp72
#ppp
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧
Menjelang pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas yang akan bermula esok, pagi tadi saya bersama barisan Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional telah mengadakan sesi pre-council sebagai persediaan menghadapi sidang kali ini.
Insya-Allah, Barisan Nasional akan terus memainkan peranan secara konstruktif dan berprinsip dalam Sidang Parlimen ini. Setiap isu yang menyentuh kehidupan rakyat akan kami bangkitkan dengan tegas, berhemah dan berpaksikan kepentingan negara.
#barisannasional
#parlimenmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓
Alhamdulillah. Perhimpunan Agung UMNO 2025 telah berlangsung sempurna.
Sepanjang beberapa hari ini, saya mendengar suara yang jujur, pandangan yang berani dan cadangan yang lahir daripada denyut nadi akar umbi. Ada yang menyokong, ada yang menegur, ada yang mengingatkan. Semuanya datang daripada rasa cinta kepada parti dan tanggungjawab kepada bangsa.
Di dewan keramat ini, kita tidak berkumpul untuk bernostalgia semata-mata. Kita berhimpun untuk menilai diri dan menyusun langkah ke hadapan.
Saya percaya, kekuatan UMNO bukan terletak pada retorik, tetapi pada kesediaan kita untuk bersatu dan bekerja bersama. Ingatlah bahawa UMNO adalah Rumah Bangsa, tempat kita kembali merapatkan saf, menyusun langkah.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan, petugas, sukarelawan dan seluruh keluarga besar UMNO yang telah menyumbang masa, tenaga dan buah fikiran. Kepada yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi.
Insya-Allah, kita jumpa lagi di #pau2026 yang akan datang..
#pau2025 #umno
#umnorumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 #𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟓
Di sebalik kelancaran setiap langkah sepanjang #pau2025, ada sekumpulan insan yang bekerja tanpa banyak bicara. Datang awal, pulang lewat.. sentiasa bersedia.
Mereka berkhidmat dengan penuh disiplin dan keikhlasan, tanpa mengira usia atau keupayaan fizikal, demi memastikan keselamatan para perwakilan dan kelancaran perjalanan #pau2025.
Terima kasih Skuad Sabil dan semua pegawai keselamatan pada perhimpunan kali ini. Khidmat kalian mungkin tidak selalu di depan kamera, tetapi sangat besar ertinya untuk parti ini.
Teruskan berbakti..
Kami hargai sepenuh hati..
#skuadsabil
#pau2025 #umno
#umnorumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐇𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥
Semalam saya berkesempatan merasmikan Ekspo Agri Komoditi - Women in Halal Industry (WHI) 2026 di Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur.
Sejak dilancarkan pada Jun 2025, lebih 150 syarikat telah dibimbing melalui program ini. Saya melihat sendiri bagaimana WHI menjadi antara platform yang baik untuk mengetengahkan peranan wanita sebagai peneraju inovasi dan pertumbuhan ekonomi halal.
Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad dan pasukan Kementerian Perladangan dan Komoditi atas penganjuran program ini. Insya-Allah, saya akan terus menyokong usaha seperti ini agar industri halal Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global.
#whi2026
#womeninhalal
#industrihalal
#halalmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧, 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠
Ada perjuangan yang tidak memerlukan sorakan, tetapi tetap besar maknanya. Program Senyuman Autisme anjuran HAWA Malaysia ini adalah contoh bagaimana nilai keprihatinan ini boleh membentuk komuniti yang lebih kuat dan penyayang.
Saya kagum melihat komitmen HAWA Malaysia dalam menyokong anak-anak dalam spektrum autisme. Dengan peningkatan jumlah kanak-kanak autisme yang dikesan dan berdaftar, saya lihat inisiatif seperti ini sangat penting.
Ia membantu kita memahami dengan lebih baik, memecahkan stigma dan memastikan keluarga tidak berasa bersendirian dalam perjalanan ini. Paling besar pengorbanannya adalah ibu bapa dan penjaga. Pada saya, merekalah wira sebenar.
Teruskanlah berbakti dengan hati yang ikhlas. Setiap anak, tanpa mengira keadaan mereka, punya tempat dan potensi tersendiri. Mereka juga adalah sebahagian daripada masa depan negara yang perlu kita jaga bersama.
#hawamalaysia
#pau2025 #umno
#umnorumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Salam Israk Mikraj 1447H buat seluruh umat Islam. Peristiwa agung ini mengingatkan kita tentang perjalanan iman yang menuntut keyakinan, ketaatan dan keteguhan hati.
Semoga penghayatan terhadap Israk Mikraj terus menyuburkan hubungan kita dengan Allah SWT, memperkukuh amalan solat dalam kehidupan seharian serta membimbing langkah kita ke arah kesejahteraan ummah dan kemajuan negara. Insya-Allah.
#salamisrakmikraj
#israkmikraj1447h -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya mulakan ucapan dasar saya pada pagi yang penuh bermakna hari ini dengan menyatakan kejujuran dari hati, berkongsi rasa yang selama ini terpendam dalam jiwa ahli UMNO sepanjang tiga tahun kita menggalas amanah kenegaraan dalam suasana politik yang penuh cabaran.
Saya telah menegaskan bahawa UMNO mesti kekal berprinsip, setia kepada amanah bangsa dan agama, di samping tetap memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan negara. Dalam tempoh ini, kita telah membuktikan bahawa kesabaran, keikhlasan dan tanggungjawab mampu diterjemahkan kepada pencapaian untuk rakyat, walaupun harga politiknya mahal.
Dalam ucapan ini juga, saya telah menggariskan keperluan UMNO untuk kembali berfungsi sebagai Rumah Bangsa. Rumah yang menyatukan orang Melayu dengan jiwa besar, bukan dengan amarah. Justeru, saya telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa sebagai wadah menerima kembali saudara-saudara kita agar kekuatan Melayu dapat dihimpunkan semula di bawah satu rumah yang kukuh.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwakilan yang setia mendengar, meneliti dan memberi sokongan. Harapan saya, intipati Ucapan Dasar ini menjadi pegangan bersama dalam mengemudi UMNO menghadapi realiti politik semasa dan menatap PRU ke-16 dengan lebih terarah.
Semoga Allah SWT memberkati perjuangan ini dan memandu langkah kita semua.
#pau2025 #umno
#umnorumahbangsa
#penyatuanrumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sang Saka Bangsa Berkibar, Amanah Perjuangan Dijunjung
Hari yang penuh makna ini saya mulakan langkah #pau2025 dengan menyertai perbarisan serta upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa.
Detik ini bukan sekadar simbolik, tetapi menyuntik semula semangat dan mengingatkan kita kepada amanah perjuangan yang diwariskan — amanah yang menuntut kesetiaan, keberanian dan kejujuran dalam setiap keputusan dan tindakan.
Di sinilah bermulanya #pau2025, dengan tekad untuk menyatukan langkah, memperkukuh saf perjuangan dan memelihara rumah besar kita bersama.
Mudah-mudahan #pau2025 berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan, serta membawa manfaat besar kepada parti, agama, bangsa dan negara.
Insya-Allah.
#pau2025
#umnorumahbangsa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐚 & 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐍𝐊𝐁𝟏𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Sempat saya bersama dengan semua ahli Kelab NKB1Malaysia dalam Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra yang berlangsung dalam suasana santai serta penuh kemesraan.
Pertemuan sebegini menjadi ruang untuk mengukuhkan hubungan, bertukar pandangan dan menghargai semangat kebersamaan di antara kita, insya-Allah.
#nkb1malaysia
#umno
#pau2025
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚
Selain Wanita, Pemuda dan Puteri, saya turut melihat mahasiswa sebagai antara kekuatan penting dalam perjalanan perjuangan parti ini.
Dari dahulu hingga hari ini, mereka antara suara yang membawa keberanian dan perspektif yang segar. Mereka memahami realiti generasi sendiri, mampu bergerak pantas dengan perubahan teknologi dan berada paling hampir dengan pemikiran anak muda di kampus serta universiti.
Insya-Allah, saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak muda ini. Selagi mereka terus bersama perjuangan, saya yakin kesinambungan kepimpinan UMNO akan kekal berakar dan relevan untuk masa depan negara.
#umno
#pau2025 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚, 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐮𝐤𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Alhamdulillah, Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah melabuhkan tirainya. Setiap cadangan dan pandangan yang dilontarkan, tersurat mahupun tersirat - lahir daripada satu tekad yang sama: memastikan kelangsungan parti keramat ini terus terpelihara.
Seperti lazimnya, saya mengambil ruang masa untuk mendengar sendiri luah rasa para perwakilan yang hadir. Dari utara hingga ke selatan, saya bertemu para pejuang parti yang hadir dengan semangat dan keazaman untuk terus menyusun langkah perjuangan.
Dari lubuk hati, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kebersamaan dan kesetiaan saudara-saudari semua.
Teruskanlah menggalas obor perjuangan ini dengan penuh keikhlasan. Dekatilah pengundi, dengarlah suara rakyat, dan berkhidmatlah dengan amanah.
Kita dipandu oleh matlamat yang satu. Susunlah gerak langkah dengan teratur supaya perjuangan ini berakhir dengan kemenangan yang kita semua dambakan.
#umno #pau2025 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malam tadi, saya bersama dengan para jemaah di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South dalam Majlis Tahlil Allahyarham Tun Haji Abdul Razak & Tun Hajah Rahah sempena memperingati 50 tahun pemergian Tun Abdul Razak.
Bersama-sama, kita menadah tangan memohon agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Insya-Allah, legasi pengorbanan dan amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham akan terus menjadi pedoman buat kita semua dalam memimpin dan berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air.
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥
Saya sentiasa percaya bahawa kepelbagaian budaya di negara ini adalah kekuatan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa.
Perayaan seperti Hari Ponggal memperlihatkan keindahan nilai saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat di negara ini.
Selamat Menyambut Hari Ponggal saya ucapkan kepada semua yang meraikannya. Wishing you a joyful Ponggal!
“Ponggal Nal Valthukal”
#hariponggal -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐄𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥
Simposium Politik Era Digital 2026 membuka ruang perbincangan bermakna tentang bagaimana UMNO perlu menguasai perubahan landskap politik digital dan komunikasi dalam era baharu yang berteraskan ilmu, nilai dan kefahaman rakyat.
Ia juga adalah medan untuk menentukan bagaimana kuasa politik rakyat akan dibentuk melalui ruang digital dalam dekad mendatang.
Kepercayaan rakyat hari ini tidak lagi lahir dari pentas sahaja, tetapi dari skrin di tangan mereka dan UMNO mesti berada di situ dengan hujah yang kuat, data yang tepat dan nilai yang tidak goyah.
Jadi, dalam menghadapi realiti baharu ini, UMNO mesti mengapai kepercayaan rakyat melalui platform sebaiknya agar parti ini terus kekal relevan dan diyakini.
#simposiumpolitikeradigital
#umno
#politikdigital -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Semoga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dibawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik serta hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Menjunjung Kasih Tuanku. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Malam tadi saya duduk, mendengar dan meneliti setiap pembentangan dalam Konvensyen Memperkasakan Pendidikan Melayu. Banyak perkara yang membuatkan saya berfikir panjang tentang masa depan anak-anak Melayu.
Satu perkara yang jelas adalah isu pendidikan ini bukanlah isu biasa. Bagi orang Melayu, ia adalah soal survival. Ia menentukan sama ada anak kita mampu berdiri sebagai pencipta masa depan atau sekadar penumpang dalam ekonomi sendiri.
Kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam landskap pendidikan dan mobiliti sosial hari ini, termasuk soal kebolehpasaran graduan, jurang pembangunan bandar dan luar bandar serta keperluan memperkukuh peranan Sekolah Kebangsaan, TVET dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Namun di sebalik cabaran ini, wujud ruang besar untuk penambahbaikan. Melalui penyelarasan sistem pendidikan yang lebih menyeluruh, pemerkasaan TVET dan Tahfiz, pengukuhan Sekolah Kebangsaan serta pemartabatan Bahasa Melayu, saya yakin kita sedang membina asas yang lebih kukuh bagi masa depan pendidikan dan kemajuan anak bangsa.
Terima kasih saya ucapkan kepada Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO Malaysia serta semua ahli panel dan peserta yang berkongsi idea dan pandangan pada malam tadi. Perbincangan ini bukan tentang hari ini semata-mata, tetapi tentang masa depan anak-anak kita.
Insya-Allah, UMNO akan terus memikul amanah ini. Pada saya, pendidikan inilah obor perjuangan dan di situlah terletaknya maruah serta masa depan bangsa.
#pendidikanmelayu
#umno #pau2025
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓
Selamat datang dan selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO yang berhimpun di WTC Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 17 Januari 2026.
Manfaatkanlah #pau2025 kali ini sebagai medan untuk kita memperkukuh kesatuan dan menyusun langkah parti ke hadapan dengan lebih yakin dan tersusun. Dalam suasana politik yang semakin mencabar, kekuatan UMNO terletak pada kebersamaan dan kejelasan hala tuju.
Saya mendoakan agar segala perbahasan dan keputusan yang lahir daripada persidangan kali ini akan membawa kebaikan kepada parti, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Insya-Allah.
Selamat bersidang.
#pau2025 #umno
#bersatubersetiaberkhidmat
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝟑𝐊
Seterusnya, saya meluangkan masa bersama Wanita UMNO dalam Majlis Pelancaran Jom Sihat anjuran Skuad Sayang 3K Kebangsaan. Kagum saya melihat suasananya yang cukup bersemangat, seiring dengan jiwa gerakan ini sendiri.
Sebagai wadah NGO Wanita UMNO, saya melihat sendiri bagaimana Skuad Sayang 3K yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan ini sentiasa tampil membantu rakyat ketika mereka diuji. Sama ada berdepan bencana, keperluan rawatan atau urusan kebajikan, mereka sentiasa berada di barisan hadapan. Inilah wajah sebenar keprihatinan UMNO apabila rakyat memerlukan.
Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Skuad Sayang 3K Kebangsaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad, serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli yang hadir dari segenap pelusuk negara.
Insya-Allah, saya akan terus memberikan sokongan penuh kepada gerakan ini.
Teruskan berbakti..
Teruskan menyantuni..
Wanita UMNO sememangnya luar biasa!
#skuadsayang3k
#wanitaumno
#pau2025
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐒𝐏𝐔: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎
Petang tadi, saya melangkah masuk ke Dewan Tun Hussein Onn dengan satu perasaan yang sukar digambarkan.. bangga, syukur dan penuh pengharapan.
Bersama graduan Patriot 2 dan Patriot 3, saya menyaksikan sendiri wajah-wajah muda yang telah melalui satu proses pembentukan yang bukan mudah. Ilmu, disiplin dan jati diri menjadi asas mereka untuk tampil sebagai pelapis perjuangan UMNO.
Saya juga sempat berkongsi dengan para ibu bapa yang hadir tentang perjalanan anak-anak mereka di Sekolah Patriotik UMNO. Salah satu modul yang dijalani ialah sesi Daurah di Yayasan Al-Falah. Di sana, mereka belajar teori kepimpinan dan pada masa yang sama mendalami ilmu fardhu kifayah, termasuk pengurusan jenazah.
Di sinilah maknanya pembinaan yang seimbang di mana kita tidak hanya melahirkan pemimpin yang tahu mengurus organisasi, tetapi juga insan yang faham tanggungjawab kepada manusia dan Allah SWT. Ilmu dunia dan akhirat berjalan seiring.
Kepada semua graduan SPU hari ini, tahniah saya ucapkan. Perjalanan sebenar baru bermula. Teruskan melangkah dengan yakin, jujur pada amanah dan ikhlas dalam perjuangan. Insya-Allah, di tangan andalah UMNO dan Malaysia akan dibawa ke masa depan yang lebih bermaruah.
#sekolahpatriotikumno
#pau2025 #umno
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐮𝐥𝐭𝐚𝐪𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚’ 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐚𝐫𝐚’
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyampaikan amanat sempena Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia anjuran Majlis Ulama’ UMNO di WTC, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini menghimpunkan umara’ dan ulama’ dalam satu ruang dialog yang menyatukan amanah kepimpinan dengan hikmah keilmuan demi kebaikan agama, rakyat dan negara.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa Islam mesti dipandu dengan ilmu, adab dan keseimbangan, bukan emosi atau sentimen sempit. Peranan ulama’ hari ini amat besar sebagai nurani negara dalam membimbing masyarakat dengan hikmah, menimbang realiti semasa dan menjaga kesatuan ummah. Saya turut mengingatkan bahawa Islam dalam kenegaraan mesti menjadi panduan membina dasar dan institusi, bukan alat untuk memecah belah atau memanipulasi perasaan.
Saya juga turut mengangkat manhaj Fiqh al-Mīzān sebagai pendekatan utama dalam kepimpinan dan wacana awam iaitu menimbang antara maslahat dan mudarat, antara tuntutan akhirat dan realiti dunia. Inilah neraca yang perlu memandu keputusan negara agar kestabilan, keadilan dan keharmonian dapat dipelihara.
Dalam konteks ini, saya turut menyeru para ilmuan untuk terus memainkan peranan memandu, menimbang dan memelihara iaitu memandu fikiran ummah, menimbang setiap keputusan dengan hikmah dan memelihara agama serta kestabilan negara.
Insya-Allah, selagi ilmu dipandu dengan amanah dan kuasa ditimbang dengan hikmah, Islam akan terus menjadi rahmat, dan Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang stabil, sejahtera dan dihormati.
#multaqailmuwanislammalaysia
#majlisulamaumno
#pau2025 #umno
#3tahunmenggalasamanahkenegaraan -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟒𝟎 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀
GIATMARA telah menyaksikan empat dekad kisah ribuan anak muda yang bangkit membina masa depan melalui kemahiran dan keyakinan diri. Sejak ditubuhkan pada 12 Januari 1986, GIATMARA terus menjadi antara tunjang utama dalam membentuk tenaga kerja mahir negara.
Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar dan berasaskan teknologi, peranan TVET hari ini menjadi semakin kritikal. Alhamdulillah, GIATMARA sentiasa menjadi antara institusi yang terkehadapan dalam menyediakan anak-anak Malaysia dengan kemahiran sebenar yang diperlukan industri, membuka laluan kepada pekerjaan berkualiti, keusahawanan dan mobiliti sosial.
Saya bangga melihat bagaimana GIATMARA kekal relevan dan terus berkembang seiring keperluan semasa. Insya-Allah, dengan semangat 40 tahun ini, saya mendoakan agar GIATMARA terus menjadi pemacu utama agenda TVET negara dan pemangkin kepada masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda kita.
#ulangtahunke40
#giatmara
#majlisamanahrakyat
#kkdw #pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧–𝐖𝐨𝐨𝐢 𝐘𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki kebanggaan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, atas pencapaian cemerlang sebagai naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026.
Walaupun tirai awal 2026 belum berpihak untuk mengangkat gelaran juara, kejayaan mara sehingga ke pentas akhir membuktikan kecekalan, disiplin dan kualiti juang yang tidak pernah luntur. Ia bukan sekadar satu keputusan, tetapi manifestasi usaha berterusan dan kematangan permainan di peringkat tertinggi dunia.
Setiap langkah yang diambil hari ini adalah asas kepada kejayaan yang lebih besar esok hari. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, bangkit dengan semangat yang lebih ampuh, dan jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk menawan kejayaan yang lebih gemilang.
Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang kalian. Kami bangga, percaya dan sentiasa menyokong perjuangan ini hingga ke puncak tertinggi.
#naibjuara
#terbukamalaysia2026
#aaronwooiyik -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dalam ruang masa yang ada, saya sempat menziarahi Dato’ Sri Suriani, KSU KKM yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah, saya gembira melihat beliau berada dalam keadaan yang semakin baik dan ceria.
Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐀𝐪𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Saya telah menerima kunjungan tetamu istimewa, Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di pejabat saya di Putrajaya.
Alhamdulillah, dalam pertemuan singkat ini kami sempat bertukar pandangan mengenai Masjid Al-Aqsa serta masa depan Al-Quds, selain menyentuh keprihatinan berterusan terhadap nasib rakyat Palestin.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan menguatkan tekad kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara kita di Palestin dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan, insya-Allah.
#malaysiapalestin -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬, 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢
Hari ini saya berkesempatan bertemu dengan warga NADMA dan Pasukan SMART dalam Sesi Amanat Tahun Baharu 2026. Pertemuan ini merupakan ruang muhasabah untuk kita mengingatkan diri bahawa di sebalik setiap statistik bencana, ada nyawa, maruah dan harapan rakyat yang bergantung kepada kecekapan serta kecepatan tindakan kita.
Melangkah ke tahun baharu 2026 ini, saya telah menggariskan tiga hala tuju strategik yang perlu menjadi kompas kerja NADMA dan SMART:
Pertama, kesiapsiagaan berasaskan sains, data dan teknologi supaya kita bertindak lebih awal, tepat dan berasaskan bukti.
Kedua, tindakan yang pantas, terselaras dan berdisiplin dengan struktur arahan yang jelas serta peranan SMART sebagai pasukan elit negara yang sentiasa siap digerakkan.
Ketiga, pendekatan kemanusiaan berteras nilai dan empati, meletakkan keselamatan serta maruah mangsa sebagai keutamaan, dengan setiap bantuan disampaikan secara cepat, adil dan berintegriti.
Insya-Allah, dengan hala tuju ini, NADMA akan terus diyakini rakyat dan lebih berdaya tahan dalam menghadapi apa jua bencana. Selain itu, saya turut menegaskan bahawa pengurusan bencana hari ini menuntut anjakan cara fikir dan cara kerja. Kita tidak boleh bergantung kepada pendekatan lama atau bergerak secara silo. NADMA mesti terus berperanan sebagai institusi teras negara yang menyatukan maklumat, menangkis kekeliruan dan memastikan kebenaran sampai kepada rakyat tepat pada waktunya.
Saya yakin, dengan kesatuan pasukan, profesionalisme dan integriti yang tinggi, NADMA dan Pasukan SMART akan terus berdiri sebagai benteng kemanusiaan negara yang sentiasa bersedia sebelum diuji, cekal ketika krisis dan berkhidmat dengan sepenuh hati apabila rakyat memerlukan kita.
#amanattahunbaharu2026
#nadma #smart
#pengurusanbencana
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧
Alhamdulillah, saya memulakan tahun baharu bersama seluruh warga KKDW dalam satu pertemuan yang memberi ruang untuk saya menyampaikan amanat serta harapan saya bagi tahun ini. Insya-Allah, ini menjadi titik mula bagi tahun 2026 untuk kita terus menyusun langkah dengan lebih kemas dan berfokus dalam meneruskan amanah pembangunan desa.
Semasa berucap, saya telah tekankan bahawa tahun 2026 menuntut anjakan pemikiran dan cara kerja yang lebih berani. Kita mesti beralih daripada zon selesa kepada budaya kerja yang berpaksikan realiti rakyat. Dasar perlu dibentuk secara 𝑏𝑜𝑡𝑡𝑜𝑚-𝑢𝑝 𝑎𝑝𝑝𝑟𝑜𝑎𝑐ℎ, kejayaan mesti diukur melalui 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒 yang dirasai, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi nilai, komunikasi kementerian mesti membina kepercayaan dan perancangan dasar perlu disokong data serta pemikiran strategik yang tersusun. Pendek kata, perubahan tidak berlaku kerana niat semata-mata, tetapi kerana sistem yang jelas dan disiplin pelaksanaan yang konsisten.
Sebagai panduan bagi hala tuju KKDW pada tahun 2026 ini, saya turut menggariskan kerangka 5P sebagai asas pembentukan masa depan KKDW. Pembangunan desa mesti bermula dengan 𝑃𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒 iaitu membina mobiliti sosial dan peluang hidup yang lebih luas. 𝑃𝑙𝑎𝑐𝑒 menuntut desa dibangunkan sebagai kluster pertumbuhan berasaskan kekuatan setempat. 𝑃𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦 memastikan usaha kita benar-benar meningkatkan pendapatan rakyat. 𝑃𝑟𝑜𝑠𝑝𝑒𝑟𝑖𝑡𝑦 menekankan kesejahteraan menyeluruh yang mampan. Dan 𝑃𝑟𝑜𝑝ℎ𝑒𝑡𝑖𝑐, sebagai kompas nilai kepimpinan yang berpaksikan teladan Rasulullah SAW agar setiap kemajuan duniawi yang kita kejar sentiasa seiring dengan tanggungjawab ukhrawi.
Insya-Allah, jika kita bergerak sebagai satu pasukan, berani berubah dan fokus kepada hasil sebenar, tahun 2026 mampu menjadi tahun kita memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan Kerajaan. Selagi desa belum benar-benar terangkat, selagi itulah tanggungjawab kita belum selesai.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KKDW atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Insya-Allah, amanah ini akan terus saya pikul sebaiknya, bersama-sama anda semua.
#kkdw
#pejuangdesa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Petang tadi saya berkesempatan bertemu calon-calon Barisan Nasional bagi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan.
Alhamdulillah, sempat saya menitipkan pesanan dan doa kepada Saudara Mohd Ismail Ayob (Miha), calon BN bagi DUN Lamag serta Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi Parlimen Kinabatangan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada calon-calon kita untuk terus berbakti kepada warga Lamag dan Kinabatangan, insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih saya ucapkan atas doa dan ingatan semua. Maaf saya tidak sempat membalas satu persatu, namun setiap doa dan ucapan anda semua amat saya hargai.
Semoga Allah SWT membalas setiap doa dan kebaikan anda dengan rahmat serta keberkatan daripada-Nya. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, tahun baharu hadir sebagai lembaran baharu untuk kita semua melangkah ke hadapan dengan kejayaan dan pencapaian yang lebih baik.
Setiap tahun membawa cabaran dan peluang tersendiri. Apa yang penting adalah untuk kita terus memelihara nilai kebersamaan, saling menghormati dan semangat untuk membina masa depan yang lebih sejahtera demi agama, bangsa dan negara.
Saya mendoakan agar tahun 2026 membawa kesejahteraan serta kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.
Selamat Tahun Baharu 2026!
Semoga tahun ini membawa kebaikan kepada kita semua, insya-Allah.
#tahunbaharu2026 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Alhamdulillah, ketika berada di Bagan Datuk tadi saya sempat meraikan dua mempelai Muhammad Amel Aliff bin Hj Nor Adzmi dan pasangannya Noor Nabilah Syahida binti Abd. Rahman.
Tahniah buat Hj Nor Adzmi sekeluarga. Berkesempatan juga jumpa kawan-kawan dan warga Bagan Datuk sepanjang keberadaan saya di sana.
Saya mendoakan pasangan pengantin ini sentiasa diberi kebahagiaan, keharmonian dan keberkatan hingga ke Jannah, insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Seterusnya, saya terus pergi membuat lawatan ke Tapak Cadangan Pembangunan Pusat Data Bagan Datuk, hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, MARA Inc, Silver Streams dan FELCRA.
Pusat data ini diklasifikasikan sebagai Tier IV, menjadikannya antara pusat data terbesar dan berkapasiti tinggi di Malaysia. Ia direka untuk menyokong pembangunan digital dan ekonomi setempat dengan tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi.
Insya-Allah, pembangunan pusat data ini bakal membawa manfaat melalui pelaburan, limpahan ekonomi serta peluang pekerjaan kepada penduduk Bagan Datuk. Fasa pertama berkapasiti 10MW dijangka siap dan mula beroperasi pada pertengahan 2027, manakala fasa kedua berkapasiti 25MW akan disiapkan pada tahun berikutnya.
Menerusi lawatan ini, saya sendiri berpeluang untuk menilai dan memantau perkembangan projek-projek pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan di sini. Ia penting bagi memastikan setiap projek memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan khususnya di Bagan Datuk.
#pusatdatabagandatuk
#pelaburanmampan
#peluangpekerjaan
#bagandatuk
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 (𝐑𝐓𝐁) 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤: 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Hari ini saya meninjau perkembangan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk yang dirancang bagi menangani isu banjir yang kian berulang.
Masalah banjir di kawasan ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya taburan hujan yang tinggi, keadaan lebih 1,900 lintasan air, sistem saliran sedia ada serta faktor topografi kawasan yang menyebabkan takungan air.
Untuk penyelesaian jangka panjang, RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta telah dirancang dan dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun 2026. Projek ini merangkumi kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran di Tebuk Semani dan juga kolam takungan banjir di Sungai Balai Baroh.
Dalam masa yang sama, langkah jangka pendek perlu dilaksanakan segera melalui kerjasama antara agensi berkaitan, khususnya dalam usaha menambah baik lintasan air dan parit sedia ada, sementara menunggu pelaksanaan projek berskala besar ini.
Saya yakin pelaksanaan RTB Bagan Datuk dapat memberikan perlindungan banjir yang lebih berkesan serta menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat di kawasan ini.
#rtbbagandatuk
#tebatanbanjir
#kesejahteraanrakyat
#bagandatuk
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam takziah saya ucapkan atas pemergian Saudara Huzaini bin Abas, atau lebih dikenali sebagai Atuk, kakitangan Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.
Pemergian Allahyarham pastinya amat dirasai oleh ahli keluarga serta seluruh warga Pemuda UMNO yang mengenali jasa dan komitmen beliau sepanjang berkhidmat.
Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga ahli keluarga serta rakan-rakan dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟑 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐎𝐥𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Alhamdulillah. Satu pencapaian yang membanggakan!
Tahniah saya ucapkan kepada tiga murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor atas kejayaan luar biasa mereka merangkul pingat emas Kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) di Olimpiad Robot Antarabangsa Ke-27 (IRO 2025) di Gold Coast, Australia baru-baru ini.
Dari desa ke pentas dunia, kejayaan ciptaan robot ‘rover’ ini membuktikan bahawa anak-anak Malaysia memiliki bakat dan potensi besar untuk bersaing di peringkat global. Satu pencapaian yang membanggakan dan wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk anak-anak muda negara terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Insya-Allah.
#emas #juara
#iro2025
#orangasli #jakoa -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selamat Menyambut Hari Natal buat semua yang menyambutnya. 🎄
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Keluh hati saya menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Allahyarham Sharifuddin bin Abd Hamid, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Allahyarham bukan sekadar seorang sahabat, tetapi insan yang setia menemani perjalanan ini — bersama dalam susah dan senang. Saya yakin, pemergian beliau turut dirasai dan ditangisi oleh ramai yang mengenali keperibadiannya.
Saya mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya, serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧
Hari ini di Putrajaya, saya telah mengadakan pertemuan bersama Datuk Abdul Halim Hamzah, KSU Kementerian Komunikasi yang baharu. Alhamdulillah, saya sempat merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau serta penghargaan atas khidmat cemerlang yang telah beliau curahkan sepanjang menerajui NADMA sebelum ini.
Saya seterusnya bertemu Ketua Pengarah NADMA yang baharu, Tuan Meor Ismail Meor Akim. Perbincangan kami tertumpu kepada aspek kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, selain pengukuhan keupayaan tindak balas bencana agar lebih tersusun dan berkesan.
Saya juga turut menerima kunjung hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, dengan penegasan terhadap peranan penting APM sebagai barisan hadapan dalam menjamin keselamatan rakyat. Sesi ini disempurnakan dengan penyerahan Watikah Tauliah Ketua Pesuruhjaya APM kepada beliau.
Insya-Allah, semua pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa bersedia, tersusun dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
#nadma #apm
#pengurusanbencana
#kesiapsiagaannegara -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧
Alhamdulillah, Masjid Tuminah Hamidi hari ini dipenuhi dengan para pencinta al-Quran dari seluruh pelusuk tanah air yang berkumpul di Bagan Datuk sempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara.
Bahagianya rasa bila melangkah masuk, disambut senyuman tulus anak-anak tahfiz dan para huffaz, dalam suasana yang terpahat indah, diiringi alunan ayat-ayat suci al-Quran dan qasidah yang mendamaikan serta menenangkan jiwa.
Saya sempat berbicara seketika, menegaskan bahawa pendidikan tahfiz mesti terus diangkat dan diperkasakan. Sebentar tadi, saya turut melancarkan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) sebagai satu ikhtiar penting untuk memperkukuh ekosistem tahfiz agar lebih tersusun, berkualiti dan terjamin masa depannya, insya-Allah.
Kemudian, kemuncak kepada program hari ini sudah tentu yang paling dinantikan yakni Bicara Hati Umat bersama Ustaz Prof. Dr. Abdul Somad Batubara. Masya-Allah, terasa sekejap sahaja satu jam bersama beliau.. penuh dengan nasihat yang menyentuh hati, sederhana tetapi sangat dekat dengan realiti kehidupan seharian.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya saya sangat gembira dapat bersama para pencinta al-Quran hari ini, lebih-lebih lagi di Bagan Datuk. Saya mendoakan semua yang hadir memperoleh manfaat dan semoga kecintaan kita kepada al-Quran terus subur dalam diri, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah.
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐛𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Malam 1 Rejab menandakan tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum kita dipertemukan dengan madrasah agung Ramadhan — bulan yang sentiasa dinanti dengan penuh rindu dan harapan.
Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mula mempersiapkan diri, memperbaiki amalan, memperbanyakkan kebajikan serta menjaga kesihatan agar kita mampu beribadah dengan lebih sempurna apabila Ramadhan tiba.
Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan keberkatan pada bulan Rejab dan Sya‘ban, serta mempertemukan kita dengan Ramadhan dalam keadaan hati yang bersedia dan iman yang diperkukuh, dengan doa:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐤𝐭𝐢
Saya memulakan hari ini dengan menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 Parti Makkal Sakti di Pulau Pinang.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami menilai perjalanan perjuangan yang telah dilalui serta memperkukuh muafakat dalam menghadapi landskap politik yang sentiasa berubah.
Saya percaya kekuatan sesebuah gabungan terletak pada semangat kebersamaan, kesetiaan, sikap saling menghormati serta kesediaan mencari titik persamaan. Politik yang matang menuntut keterbukaan untuk bekerjasama, berdialog dan bergerak seiring, walaupun berbeza latar dan pandangan.
Insya-Allah, dengan kepimpinan yang berterusan serta sokongan akar umbi yang kukuh, saya mengharapkan agar Parti Makkal Sakti terus melangkah ke hadapan sebagai rakan politik yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
#makkalsakti
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟓𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐆𝐀𝐏𝐄𝐍𝐀: 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐚
Seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama di Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah sempena Sambutan 55 Tahun Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) malam tadi.
Alhamdulillah, perjalanan lebih lima dekad GAPENA mencerminkan ketekunan dan kesetiaan para penulis serta budayawan dalam mempertahankan jati diri dan warisan persuratan negara.
Tahniah saya ucapkan kepada enam penerima Anugerah Tokoh GAPENA pada malam tadi. Pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang wajar atas karya dan sumbangan mereka dalam membentuk pemikiran masyarakat serta memperkayakan khazanah sastera tanah air.
Saya mendoakan agar GAPENA terus melangkah ke hadapan dengan yakin dan kekal relevan dalam mendukung bahasa dan budaya bangsa, seiring perubahan dunia yang semakin pantas. Insya-Allah.
#gapena
#55tahungapena -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈!
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hari ini.
Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian.
Jemput hadir beramai-ramai:
📅 Hari ini (Ahad), 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Antara pengisian menarik yang menanti anda:
✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara
✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran
✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa
✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET
✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah
✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga
Tema Pakaian
• Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih
• Wanita: Jubah Hitam
Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Insya-Allah, kita jumpa di Masjid Tuminah Hamidi!
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐋𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭
Alhamdulillah..
Tahniah saya ucapkan buat seluruh Kontinjen Malaysia atas kejayaan cemerlang di Sukan SEA Thailand 2025!
Syukur Alhamdulillah! Malaysia menamatkan temasya ini dengan hasil kutipan 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa, berada di kedudukan ke-4 keseluruhan sekali gus mencatat rekod pungutan emas terbaik sejak 2019 serta berjaya melepasi 200 pingat.
Terima kasih wira dan wirawati negara, serta setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada para jurulatih dan barisan sokongan.
Semangat juang dan pengorbanan kalian menjadi inspirasi serta kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Well done, guys! you’ve made us proud!
#malaysiaboleh
#teammalaysia
#sukanseathailand2025 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐬𝐤𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐦
Usai menyempurnakan program di Kampung Batu 23, saya singgah sebentar di Jalan Rizab Kusin, Tali Air 7, menziarahi Puan Miskiah Kasim dan keluarga di kediamannya di sini.
Dalam pertemuan singkat ini, kami sempat berborak dan bertanya khabar. Saya amat menghargai kecekalan beliau sekeluarga serta semangat kebersamaan yang terpancar walau berdepan ujian kesihatan.
Sama-sama kita doakan agar Puan Miskiah dikurniakan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐊𝐢𝐫𝐚𝐧𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, KKDW terus komited memperkasa desa sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi yang berteraskan komuniti, warisan dan keindahan alam, di samping menjana peluang ekonomi setempat secara mampan.
Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan. Inisiatif ini meletakkan komuniti desa sebagai pemain utama dalam rantaian pelancongan, sekali gus membuka ruang peningkatan pendapatan serta kesejahteraan penduduk setempat.
Sebanyak 25 Pakej Lengkap Desa Kirana telah diumumkan di seluruh negara sebagai destinasi pelancongan desa bernilai tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa, dan Kampung Batu 23 yang indah ini merupakan salah satu daripadanya.
Saya berharap inisiatif Desa Kirana ini tidak terhenti setakat Tahun Melawat Malaysia 2026, sebaliknya terus diperkukuh dan ditambah baik sebagai agenda jangka panjang.
Insya-Allah, usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan negara yang lebih inklusif, sambil meningkatkan kualiti hidup dan daya saing kawasan perdesaan.
#desakirana
#tahunmelawatmalaysia2026
#kkdw #pejuangdesa
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐒𝐎𝐊!
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Satu hari sahaja lagi!
Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Antara pengisian menarik yang menanti anda:
✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara
✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran
✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa
✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET
✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah
✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga
Tema Pakaian
• Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih
• Wanita: Jubah Hitam
Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Insya-Allah, jumpa anda di sana.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧
Malam tadi, saya meluangkan masa bersama Ahli-ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dalam Majlis Makan Malam dan Penghargaan yang dianjurkan bagi menghargai usaha serta komitmen semua Ahli Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Barisan Nasional.
Dalam kesempatan yang ada, saya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh wakil rakyat Barisan Nasional yang hari ini memikul amanah besar dalam pelbagai peranan dan tanggungjawab. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah amanah yang menuntut setiap keputusan dan setiap tindakan benar-benar berpaksikan kepentingan negara serta kesejahteraan masyarakat di lapangan.
Alhamdulillah, Barisan Nasional sentiasa bergerak sebagai satu pasukan. Kejayaan seorang adalah kekuatan bersama dan setiap kekhilafan pula memberi kesan kepada keseluruhan wadah perjuangan ini. Justeru, prinsip kebersamaan dan disiplin perjuangan mesti terus diperkukuh, sama ada di Parlimen, Dewan Undangan Negeri mahupun di kawasan masing-masing.
Kita mungkin tidak dijanjikan laluan yang mudah, namun kita dituntut untuk kekal berani, konsisten dan berprinsip. Insya-Allah, Barisan Nasional akan terus kekal relevan sebagai wadah perjuangan yang bekerja, menyantuni dan mempertahankan rakyat.
#barisannasional
#wakilrakyat
#parlimenmalaysia
#dewanundangannegeri -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐏𝐨𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
Petang tadi, saya telah menerima kunjung hormat Jawatankuasa UMNO Bahagian dan pemimpin tempatan Pontian yang sudi datang dari jauh hingga ke Kuala Lumpur. Saya menghargai kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan, apatah lagi pertemuan ini diatur sebagai ruang silaturahim dan perkongsian pandangan khususnya bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.
Walaupun pertemuan berlangsung singkat, saya gembira dapat bertemu dan bertukar pandangan bersama semua yang hadir. Setiap pertemuan seperti ini sentiasa bermakna kerana mencerminkan semangat kebersamaan akar umbi untuk terus bergerak seiring dalam memperkukuh perjuangan parti.
Saya mendoakan agar seluruh kepimpinan dari Pontian agar terus diberikan kekuatan serta kesatuan dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat. Insya-Allah, semangat ini akan terus menjadi asas kepada usaha yang lebih besar dan berterusan.
#pontian
#umnopontian
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎
Selesai menunaikan solat Jumaat, saya berpeluang untuk hadir bertemu barisan kepimpinan dan pegawai pelaksana KEMAS dari pelbagai peringkat yang telah mengikuti Bengkel Pemetaan Strategik KEMAS (BAIAH@KEMAS) di Institut Latihan KEMAS, Kuala Lumpur.
Di sini, saya menyaksikan perancangan fasa dan hala tuju baharu KEMAS menjelang tempoh 2026 hingga 2030 yang bakal membawa perubahan landskap sosial melalui pendekatan yang lebih segar, tersusun dan berimpak dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat terus relevan dan berkesan.
Lebih penting, saya mahu sesi ini turut menjadi medan penyelarasan semula peranan dan rantaian penyampaian perkhidmatan antara Ibu Pejabat dan KEMAS Negeri, ini bagi memastikan agar pelaksanaan program di lapangan lebih terselaras, cekap dan mengelakkan pertindihan.
Semoga bengkel ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa KEMAS sebagai agensi pembangunan masyarakat yang progresif, berdaya tahan dan benar-benar menyentuh denyut nadi komuniti, selaras dengan aspirasi Kerajaan dan keperluan rakyat.
#kemas
#kkdw
#pejuangdesa
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬
Saya memandang serius serta melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang tular baru-baru ini melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah dan rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz.
Kerajaan menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi medan pembinaan akhlak, ihsan dan kasih sayang. Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah.
Sehubungan itu, saya berharap tindakan undang-undang diambil secara segera dan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada, demi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang.
Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa insiden terpencil ini tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz negara. Majoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab.
Bagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan sedang mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan. Dasar ini akan memberi tumpuan antaranya kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang; pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan; pemerkasaan modal insan dan tadbir urus institusi; peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz.
Dalam masa yang sama, bersempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilancarkan sebagai mekanisme penting untuk menyeragamkan standard kualiti institusi tahfiz, meliputi aspek tadbir urus, kebajikan pelajar, kualiti pengajaran, prasarana serta pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan berakhlak.
Saya yakin langkah-langkah bersepadu ini akan menjadi asas kukuh dalam memulihkan keyakinan masyarakat, memperkasa institusi tahfiz secara berhemah serta memastikan pendidikan al-Quran terus berkembang dalam kerangka yang berperikemanusiaan, berperaturan dan berteraskan nilai rahmah.
Moga ikhtiar ini menjadi asbab institusi tahfiz terus dimartabatkan sebagai medan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan dihormati, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan pembangunan negara.
#standardpengiktirafantahfizmalaysia
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Antara pengisian menarik yang menanti anda:
✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara
✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran
✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa
✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET
✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah
✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga
Semua dijemput hadir seperti ketetapan berikut:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Simpan tarikh ini dalam kalendar anda.
Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ketika meninjau keadaan banjir di sekitar UNIPSAS petang tadi, saya sempat singgah seketika di sebuah ‘food truck’ yang sedang menyediakan makanan. Sempat saya bersembang dan menyantuni mereka yang berada di kawasan ini.
Sempatlah juga masak nasi goreng ya, walaupun masih tak boleh lawan Dr. Ahmad Maslan.
Namun di sebalik momen ini, hati saya benar-benar tersentuh. Dalam keadaan kawasan sekeliling yang dilanda banjir, masih ada rakyat yang cekal dan saling membantu dengan cara dan kemampuan mereka sendiri.
Saya mendoakan semoga Allah SWT melindungi mereka, mempermudahkan urusan semua yang terjejas dan menggantikan setiap kesukaran dengan kebaikan yang lebih besar. Insya-Allah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧
Petang ini, saya turun ke Kuantan, Pahang bagi memantau secara langsung situasi banjir yang sedang melanda negeri ini.
Antara lokasi yang sempat saya lawati termasuk kawasan Sri Damai dengan menaiki lori MAN TGM 5 tan, memandangkan paras air yang tinggi telah menenggelami sebahagian laluan utama dan menyukarkan pergerakan kenderaan biasa.
Saya kemudiannya meneruskan pemantauan ke kawasan sekitar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) menggunakan bot Sealegs Amphibious bagi membolehkan saya meninjau sendiri kawasan yang dinaiki air, sebelum singgah melihat keadaan di sekitar Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Saya turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Paya Besar. Ketika lawatan ini, seramai 640 keluarga dengan keseluruhan 1,484 mangsa sedang ditempatkan di PPS tersebut. Kecekalan dan semangat saling membantu yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat benar-benar menyentuh hati saya.
Setiap lokasi yang dilawati memberikan gambaran jelas tentang cabaran yang sedang dihadapi oleh penduduk setempat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
Sehingga jam 7 petang tadi, Pahang merekodkan tujuh daerah terjejas banjir dengan 79 Pusat Pemindahan Sementara dibuka, melibatkan 3,983 keluarga dan seramai 12,053 mangsa. Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah, langkah kesiapsiagaan awal yang telah digerakkan oleh semua agensi berkaitan, termasuk pembukaan PPS lebih awal, penempatan aset dan koordinasi antara agensi, telah membantu memastikan proses pemindahan serta pengurusan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terkawal.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa serta memastikan bantuan dan sokongan disalurkan dengan sebaiknya demi keselamatan dan kebajikan rakyat.
#situasibanjir
#nadma
#kuantan #pahang
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐔𝐏𝐓𝐌 𝐊𝐞-𝟑: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Sejak lebih lima dekad lalu, MARA telah berdiri teguh dengan satu keyakinan yang tidak pernah berubah iaitu pendidikan adalah tangga utama mobiliti sosial dan pemangkin masa depan bangsa. Daripada legasi itulah lahirnya Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), sebuah institusi yang dibina untuk menjawab tuntutan zaman dan realiti masa hadapan.
Pagi tadi, saya berbesar hati menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPTM ke-3 bagi Sidang Pertama di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, meraikan kejayaan 2,075 graduan yang melangkah keluar dengan amanah untuk menyumbang kepada negara.
Alhamdulillah, saya melihat UPTM kini sedang berada di landasan yang tepat. Pelancaran program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI), pensijilan profesional bagi sebahagian besar program, status Platinum ACCA serta kadar kebolehpasaran graduan mencecah 93.4% berbanding 91.5% pada tahun sebelumnya membuktikan pendekatan 𝑎𝑝𝑝𝑙𝑖𝑒𝑑 𝑎𝑛𝑑 𝑖𝑛𝑑𝑢𝑠𝑡𝑟𝑦-𝑟𝑒𝑎𝑑𝑦 ini benar-benar hidup dalam DNA UPTM.
Kepada para graduan, hari ini bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan amanah baharu. Bawalah nilai 𝑇𝑟𝑢𝑠𝑡𝑒𝑑, 𝐶𝑎𝑟𝑖𝑛𝑔, 𝑅𝑒𝑠𝑖𝑙𝑖𝑒𝑛𝑡 dan 𝑅𝑒𝑠𝑝𝑒𝑐𝑡𝑒𝑑 ke mana jua anda melangkah. Gunakan ilmu untuk memberi manfaat, kerana kejayaan sebenar diukur pada sumbangan kita kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah.
#uptm #mara
#konvouptm03
#amazinguptm -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀, 𝐊𝐏𝐅𝐁 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐂𝐚𝐭𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧
Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) merupakan sebuah koperasi yang telah melalui perjalanan panjang lebih empat dekad bersama peserta FELCRA di seluruh negara. Bermula sebagai gerakan berteraskan kebajikan, KPFB hari ini tampil sebagai koperasi matang yang diurus secara profesional dan berupaya menjana pulangan sebenar kepada ahlinya.
Malam tadi, saya berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan KPFB Kali Ke-43 sebagai penghargaan kepada kepimpinan, para perwakilan dan seluruh warga koperasi yang terus konsisten menggalas amanah membangunkan ekonomi peserta FELCRA.
Alhamdulillah, berlandaskan prestasi kewangan yang stabil serta pengurusan yang berkesan, saya telah mengumumkan bahawa dividen berasaskan operasi KPFB bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15%. Ini merupakan bukti bahawa koperasi yang diurus dengan baik mampu memberikan pulangan yang adil dan mampan kepada ahlinya.
Saya mendoakan semoga KPFB terus melangkah lebih jauh sebagai pemacu ekonomi koperasi peserta FELCRA serta mampu menjadi contoh kepada gerakan koperasi di Malaysia, insya-Allah.
#kpfb #felcra
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Insya-Allah, tiga hari sahaja lagi, Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi saksi pertemuan para pencinta al-Quran dalam Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara, yang turut akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara.
Saya menjemput seluruh masyarakat untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi menghayati majlis ilmu ini seperti ketetapan berikut:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Simpan tarikh ini dalam kalendar anda.
Insya-Allah, kita jumpa di sana nanti.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚
Sehingga hari ini, negara masih berdepan situasi cuaca tidak menentu susulan Monsun Timur Laut yang sedang melanda, khususnya di beberapa negeri Pantai Timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan perkembangan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan ambil mudah risiko banjir, elakkan meredah air deras dan pastikan aspek keselamatan diutamakan. Dapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi seperti MET Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Dalam masa yang sama, saya ingin mengingatkan para ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah yang akan bermula. Pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan berisiko seperti sungai, parit, longkang besar atau kawasan yang dinaiki air, kerana kelalaian kecil boleh mengundang tragedi besar.
Kepada calon-calon SPM yang masih menduduki baki peperiksaan sehingga 23 Disember ini, saya doakan agar kalian terus fokus dan menjaga keselamatan diri. Ibu bapa digalakkan merancang pergerakan anak-anak dengan teliti sekiranya perlu keluar rumah, terutamanya di kawasan yang terjejas banjir.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Insya-Allah, dengan sikap berhati-hati, keprihatinan dan kerjasama semua pihak, kita dapat mengharungi musim ini dengan lebih selamat.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#situasibanjir
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Salah satu tarikan utama Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara pada kali ini ialah Pameran Nasyrul Quran yang menampilkan keindahan dan kehalusan seni berteraskan kalam Ilahi.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini pada:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Simpan tarikh ini dalam kalendar anda.
Insya-Allah, kita bertemu di sana nanti.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan kami dalam memikul amanah serta melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah.
#barisannasional
#kerajaanmadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Petang ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penyusunan semula Kabinet Kerajaan MADANI sebagai langkah untuk terus memperkukuh tadbir urus, melancarkan pelaksanaan dasar serta memastikan keberkesanan Kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dan masa depan negara.
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu. Semoga amanah yang diterima ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi demi kemajuan Malaysia.
Khususnya, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi serta Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Juga diucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kini menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan Timbalan Menteri yang turut menerima amanah baharu. Tahniah kepada Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Dato’ Sri Abdul Rahman selaku Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Dikesempatan ini, setinggi penghargaan turut saya tujukan kepada para menteri yang telah menamatkan perkhidmatan mereka di Kementerian masing-masing. Sumbangan dan legasi yang ditinggalkan menjadi asas penting yang akan terus diperkukuh oleh kepimpinan baharu.
Dalam Kerajaan, kesinambungan dasar dan semangat kebersamaan adalah kunci kerana matlamat kita tetap satu iaitu untuk membina sebuah negara yang lebih makmur, stabil dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.
Insya-Allah, dengan iltizam yang diperbaharui dan pasukan Kabinet yang diperkukuh, saya doakan agar kita dapat terus melangkah ke hadapan dan bersama memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐄𝐗𝐂𝐋𝐔𝐁 𝐤𝐞-𝟔𝟎
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam agenda pembangunan desa merupakan kunci utama kepada kemajuan luar bandar yang benar-benar berkesan. Hanya melalui kesepakatan yang kukuh di kedua-dua peringkat, kita mampu memastikan setiap dasar, perancangan dan peruntukan diterjemah menjadi hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di desa.
Justeru, dalam Mesyuarat Penyelarasan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-60 di Ipoh hari ini, kami meneruskan usaha memperteguh sinergi ini dengan membina rangka kerja yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan keperluan sebenar masyarakat luar bandar.
Saya telah menegaskan bahawa pembangunan desa hari ini tidak lagi boleh terhad kepada kerangka tradisi semata-mata. Aspek seperti TVET, pendidikan awal, industri halal dan pengurusan bencana kini telah menjadi sebahagian penting dalam ekosistem luar bandar. Oleh itu, saya telah meminta Exco-Exco Luar Bandar untuk memperkukuh kerjasama rentas jabatan di peringkat negeri, serta memainkan peranan lebih proaktif dalam membangunkan model pembangunan desa yang lebih efisien dan holistik.
Untuk Belanjawan 2026, KKDW telah diperuntukkan sebanyak RM12.4 bilion, di mana RM7.788 bilion khusus untuk pembangunan desa. Ini termasuk RM2.5 bilion bagi pembinaan dan pembaikan jalan perhubungan desa serta RM700 juta bagi bekalan air bersih dan elektrik termasuk pemasangan solar di kawasan pedalaman. Pelaburan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk menjamin kemajuan yang seimbang dan menyeluruh.
KKDW juga akan terus memperkukuh pendidikan awal melalui pembinaan enam Taska dan Tabika KEMAS baharu serta pembekalan Smart TV kepada 10,800 kelas KEMAS di seluruh negara. Bagi pemerkasaan ekonomi desa, Kerajaan telah memperuntukkan RM150 juta bagi menyokong syarikat pemula strategik dan menaik taraf 365 premis MARA.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat kali ini adalah penggunaan Sistem e-Penghulu Negeri Perak akan diperluas ke seluruh negara bagi memperkemas tadbir urus di peringkat akar umbi. Ini merupakan satu langkah strategik ke arah digitalisasi pentadbiran luar bandar.
Insya-Allah, dapatan dan cadangan dasar daripada MEXCLUB ke-60 ini akan menjadi input utama kepada Pelan Strategik KKDW 2026–2030 yang bakal dilancarkan Februari depan. Dengan kesepaduan antara Persekutuan dan Negeri, saya yakin pembangunan luar bandar dapat digerakkan dengan lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi demi kesejahteraan seluruh masyarakat desa yang kita santuni.
#mexclub
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi Masjid Tuminah Hamidi akan menjadi tuan rumah bagi Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara.
Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk, Perak dan kawasan sekitar untuk hadir bersama-sama mengimarahkan majlis ini.
Butiran program:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Simpan tarikh ini dalam kalendar anda.
Insya-Allah, jumpa anda semua di sana nanti.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐅𝐫𝐚𝐧𝐜𝐡𝐢𝐬𝐞 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝𝐬 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐅𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐢𝐬 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Industri francais hari ini telah berkembang menjadi antara pemacu utama ekonomi moden Malaysia. Ia membuka peluang keusahawanan yang lebih tersusun, menyokong puluhan ribu pekerjaan dan membina mobiliti sosial rakyat melalui model perniagaan yang berdaya tahan dan berdisiplin.
Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri Malaysia Franchise Awards Night 2025 untuk menghargai sumbangan para usahawan francais, pemain industri serta institusi yang selama ini konsisten memperkukuh ekosistem francais negara. Kejayaan yang diraikan ini mencerminkan keyakinan terhadap jenama tempatan yang semakin matang dan bersedia bersaing di peringkat antarabangsa.
Dengan lebih 2,060 perniagaan francais berdaftar di seluruh negara, sektor ini terus menunjukkan pertumbuhan yang meyakinkan walaupun berdepan cabaran kos dan persaingan global. Saya percaya, francais merupakan platform strategik untuk membawa jenama Malaysia menembusi pasaran serantau dan global, selari dengan sasaran RM100 bilion jualan menjelang 2030.
Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada malam tadi. Terima kasih juga kepada Malaysian Franchise Association, PERNAS dan KUSKOP atas peranan berterusan dalam membina industri yang kukuh dan berdaya saing.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus menyokong industri francais sebagai antara pemangkin utama ekonomi dan masa depan keusahawanan negara.
#mfa2025
#franchiseawards
#perniagaanfrancais
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐧𝐢𝐊𝐋 𝐁𝐌𝐈 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Saya telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL British Malaysian Institute (BMI) untuk meninjau sendiri fasiliti latihan serta inisiatif TVET berteknologi tinggi yang sedang digerakkan di kampus ini.
Alhamdulillah, saya bangga melihat komitmen UniKL BMI dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik. Dengan kadar kebolehpasaran graduan yang mencapai 97.2% pada tahun lalu, jelas sekali model latihan berpaksikan industri di sini sedang membuahkan hasil.
Bersempena dengan lawatan ini juga, saya turut merasmikan Sustainable Energy Living Lab (SELL), bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia yang menjadi pusat latihan penting dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan tenaga pintar di mana ianya selari dengan hala tuju negara ke arah peralihan tenaga masa depan.
Apa yang saya lihat di UniKL BMI hari ini menambahkan lagi keyakinan saya bahawa TVET Malaysia sedang berada di landasan yang tepat untuk menghasilkan tenaga kerja kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri global.
Insya-Allah, saya akan terus memantau perkembangan institusi TVET di seluruh negara agar ekosistem TVET Malaysia terus diperkukuh demi masa depan anak-anak kita.
#unikl #uniklbmi
#mara #kkdw
#tvet #tvetmalaysia
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝟐𝟎𝟐𝟓 & 𝐒𝐢𝐦𝐟𝐨𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚
Saya menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Majlis ini akan diserikan dengan pengisian istimewa bersama penceramah jemputan, Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara yang insya-Allah akan menyuburkan iman serta memperteguh semangat dakwah dalam kehidupan seharian.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
📅 Ahad, 21 Disember 2025
⏰ 11.00 pagi – 4.30 petang
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak
Antara pengisian menarik yang menanti anda:
✅ Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara
✅ Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran
✅ Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa
✅ Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET
✅ Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah
✅ Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga
Tema Pakaian
• Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih
• Wanita: Jubah Hitam
Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Insya-Allah, jumpa anda di sana.
“𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛𝑖, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝐺𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑅𝑎𝑏𝑏𝑎𝑛𝑖”
#himpunanhuffaz2025
#simfonidakwahnusantara
#membinagenerasialquran
#bagandatuk -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Malam tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kali Ke-46 di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan bersama para pemain industri ini, saya telah menegaskan keperluan pelaksanaan saringan yang lebih tersusun terhadap kontraktor agar hanya mereka yang benar-benar aktif dan berkeupayaan terus diberi ruang dalam sektor pembinaan negara. Langkah ini adalah bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang akhirnya merugikan kontraktor sebenar dan menjejaskan kelangsungan industri secara keseluruhan.
Saya juga menekankan bahawa kepercayaan terhadap sistem dan kementerian perlu diperkukuh supaya pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lancar. Isu kelewatan projek harus dilihat secara adil dan menyeluruh, termasuk faktor pembayaran yang tertangguh, kerana kontraktor tidak mungkin dapat meneruskan kerja tanpa aliran peruntukan yang teratur.
Kerajaan komited untuk memastikan ekosistem industri pembinaan yang lebih telus, berdaya saing dan mampan. Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara Kerajaan, persatuan dan pemain industri, sektor pembinaan negara dapat terus diperkasa sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat.
#pkmm
#industripembinaan
#kontraktormalaysia
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝: 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 & 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐠𝐮 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤 𝐄𝐦𝐚𝐬
Tahniah dan syabas Malaysia!
Hari ini satu lagi detik bersejarah buat negara kita apabila penantian selama 34 tahun akhirnya berakhir dengan kejayaan skuad sepak takraw negara merangkul pingat emas acara regu berpasukan di temasya Sukan SEA Thailand 2025!
Alhamdulillah, kejayaan ini turut menyaksikan Malaysia menewaskan musuh tradisi dan juara bertahan, Thailand. So proud of you, guys! Saya pasti kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Tahniah buat semua termasuk di belakang tabir yang telah menghasilkan kejayaan bermakna ini.
Tidak dilupakan, our favourite Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Sukan SEA bagi acara beregu wanita. Tahniah!
Kejayaan-kejayaan ini membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kesungguhan para atlet dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk ramai lagi atlet untuk mencapai lebih kejayaan dalam temasya ini. InsyaAllah. Yang tidak berjaya hari ini, tak mengapa.. teruskan kerja keras, kami yakin gold medal akan menjadi milik anda satu hari nanti. Keep it up!
#teammas
#sukanseathailand2025
#badminton #sepaktakraw -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐏𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧, 𝐃𝐞𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Selesai sahaja Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) sebentar tadi, saya pulang dengan hati yang benar-benar tersentuh melihat semangat dan kesetiaan keluarga besar IPF yang tidak pernah goyah sejak lebih tiga dekad bersama kita.
IPF telah menempuh perjalanan panjang sejak lebih tiga dekad yang lalu, melalui pelbagai cabaran dan perubahan. Di bawah kepimpinan Datuk T.Loganatan, saya melihat semangat yang konsisten untuk terus bekerjasama dalam kerangka besar Barisan Nasional. Sebagai Pengerusi BN, saya amat menghargai komitmen ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan kesediaan untuk terus membina masa depan BN secara kolektif.
Saya turut mengingatkan bahawa dalam politik, kita semua sedang melalui fasa yang menguji kesabaran dan kebijaksanaan. Ada masa kita diuji ketika berada di luar kuasa, dan ada masa kita diuji ketika diberi sedikit ruang kuasa. Namun saya percaya, dengan kesabaran dan gerak kerja yang tersusun, kita akan dapat melangkah ke hadapan dengan lebih kukuh. Yang penting, setiap keputusan mesti dibuat secara berhemah, tanpa desakan emosi dan berlandaskan kepentingan bersama.
Apa yang saya lihat hari ini adalah semangat baharu yang menyatukan kita untuk terus memperkukuh perjuangan BN dalam wajah politik yang semakin kompleks. Perhimpunan ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah gabungan bukan hanya terletak pada bilangannya, tetapi pada iltizam untuk bekerja bersama, saling melengkapi dan menghormati peranan masing-masing.
Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan fokus yang jelas, kita akan terus membawa perjuangan ini ke arah masa depan yang lebih stabil sekali gus memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.
#perhimpunanipf
#ipfmalaysia #bn
#barisannasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤
Semasa di Bangkok, saya turut berpeluang untuk hadir menyantuni warga Kedutaan Besar Malaysia di bangunan baharu mereka di Bangkok dalam satu sesi makan tengah hari bersama.
Terima kasih saya ucapkan atas layanan yang begitu baik kepada saya dan delegasi sepanjang lawatan kerja di sini. Walaupun lawatan singkat, Alhamdulillah segala aturan kita dipermudahkan oleh-Nya.
Saya sentiasa mendoakan semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mempermudah urusan warga kedutaan dalam terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#embassyofmalaysia
#malaysianembassybangkok
#malaysiathailand
#bangkok #thailand -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐇𝐚𝐫𝐨𝐨𝐧, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤
Saya bersama delegasi berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon yang terletak di tengah-tengah kesibukan pusat bandar. Masjid ini bukanlah asing buat saya kerana saya pernah berkunjung ke sini sebelum ini.
Alhamdulillah, saya gembira melihat pelbagai penambahbaikan yang telah dilaksanakan untuk keselesaan jemaah. Kemudahan dan ruang yang tersedia kini telah dapat menyokong pelbagai aktiviti bermanfaat khususnya untuk komuniti Islam setempat.
Selain daripada keindahannya dari sudut seni bina, masjid ini juga menarik dengan pelaksanaan khutbah Jumaat yang dimulakan dalam bahasa Thai dan disambung dalam bahasa Inggeris.
Pendekatan ini menjadikan Masjid Haroon sebagai tumpuan komuniti Islam tempatan serta jemaah dari pelbagai negara yang berada di Bangkok.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Bangkok, Masjid Haroon boleh dijadikan salah satu persinggahan dan itinerari lawatan yang menarik bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, tetapi juga untuk mengenali kehidupan komuniti Islam setempat.
#sayyidulayyam
#masjidharoon
#bangkok #thailand
#malaysiathailand -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝟏𝟒𝐭𝐡 𝐀𝐌𝐑𝐃𝐏𝐄 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤
Alhamdulillah, saya telah selesai menyampaikan kenyataan Menteri di Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ke-14 (14th AMRDPE), mewakili Malaysia dalam membincangkan hala tuju strategik pembangunan luar bandar di peringkat serantau.
Dalam pertemuan ini, saya telah menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkasa pembangunan luar bandar yang inklusif dan berdaya tahan, dengan penekanan kepada inovasi, penglibatan komuniti, pendigitalan serta peluasan TVET sebagai pemacu kesejahteraan rakyat dan usaha pembasmian kemiskinan.
Saya turut berkongsi pelaksanaan inisiatif Desa Kirana yang menampilkan 25 destinasi agro dan ekopelancongan, selari dengan hasrat memastikan masyarakat luar bandar dapat memanfaatkan peluang ekonomi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bagi mengukuhkan kerjasama serantau, Malaysia telah mencadangkan penubuhan ASEAN Rural Development & Innovation Council (ARDIC) sebagai platform tetap untuk menyelaras dasar, berkongsi inovasi serta memperkukuh pembangunan luar bandar secara kolektif dalam kalangan negara ASEAN.
Selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 6 Julai tahun ini, Malaysia juga akan memperkenalkan Hari Pembangunan Luar Bandar pada tahun hadapan bagi menonjolkan peranan penting komuniti desa dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Insya-Allah, Malaysia akan terus memainkan peranan yang aktif dan berwibawa dalam kerangka ASEAN demi memastikan komuniti luar bandar menjadi penerima manfaat utama pembangunan serantau menuju ASEAN 2045.
#amrdpe
#asean #myasean2025
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiathailand -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐮𝐚 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
Malam tadi saya menghadiri Official Dinner dan 7th AMRDPE Leadership Awards Ceremony bersama delegasi dari seluruh ASEAN. Majlis ini menjadi ruang untuk kami memperkukuh hubungan serantau dan berkongsi pandangan mengenai masa depan pembangunan luar bandar.
Majlis tersebut turut membawa kebanggaan kepada Malaysia apabila dua organisasi tempatan, Energy Action Partners (ENACT) dan GE Nitrate Solutions telah menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan luar bandar dan usaha pembasmian kemiskinan.
Penganugerahan ini membuktikan kemampuan rakyat Malaysia melahirkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat sebenar kepada komuniti, selaras dengan aspirasi ASEAN untuk membina wilayah yang lebih berdaya tahan dan inklusif.
Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua organisasi atas pengiktirafan berprestij ini. Insya-Allah, Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh inisiatif seumpama ini demi memastikan masyarakat luar bandar menikmati peluang ekonomi dan sosial yang lebih baik melalui kerjasama serantau yang berterusan.
#amrdpe
#asean #myasean2025
#kkdw #pejuangdesa
#malaysiathailand -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐖𝐢𝐫𝐚 & 𝐖𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐚𝐭𝐞 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), saya mengambil kesempatan untuk turun sendiri memberi sokongan kepada atlet-atlet negara yang beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 di mana petang tadi telah berlangsungnya acara karate kata lelaki berpasukan.
Saya sempat beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada skuad karate negara sebelum mereka beraksi. Alhamdulillah, pasukan negara kita telah menghadiahkan dua pingat buat Malaysia iaitu pingat perak bagi acara kata lelaki berpasukan dan pingat gangsa bagi acara kata wanita berpasukan. Tahniah saya ucapkan! Anda semua telah memberikan yang terbaik untuk negara.
Terima kasih juga kepada barisan jurulatih, pegawai, serta penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan. Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk kontinjen Malaysia terus mengutip lebih banyak pingat sepanjang temasya ini.
Kepada atlet-atlet lain yang bakal turun bertanding, saya ucapkan selamat maju jaya. Jaga diri, jaga kesihatan dan berjuanglah dengan penuh semangat!
#teammas
#seagames2025
#bangkok #thailand -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝
Seterusnya, saya telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul. Ini bukanlah pertemuan pertama kami tahun ini dan kesinambungan hubungan kerja yang baik ini membolehkan perbincangan kami berlangsung dengan lebih terbuka dan produktif.
Pertemuan hari ini telah memberi ruang untuk kami meneliti beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama, termasuk kerjasama keselamatan serantau, kesiapsiagaan bencana rentas sempadan, pembangunan luar bandar serta usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
Kami turut bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang TVET merangkumi latihan kemahiran, teknologi digital dan mobiliti pelajar. Selain itu, perbincangan turut membuka peluang baharu dalam pelaburan serta perdagangan halal antara kedua-dua negara.
Malaysia amat menghargai hubungan erat dengan Thailand dan kekal komited untuk memperkukuh kerjasama ini demi manfaat rakyat serta masa depan ASEAN yang lebih stabil dan berdaya tahan.
#malaysiathailand
#bangkok #thailand
#asean #amrdpe
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐝𝐢 𝐓𝐡𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐬𝐞𝐦𝐛𝐥𝐲 𝐨𝐟 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝
Saya memulakan perjalanan rasmi di Bangkok hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama sahabat lama saya, TYT Wan Muhamad Noor Matha, President of the National Assembly dan Speaker of the House of Representatives Thailand, di The National Assembly of Thailand.
Pertemuan yang berlangsung ini mencerminkan hubungan akrab yang telah terjalin lebih sedekad antara kami. TYT Speaker telah menzahirkan penghargaan kepada Malaysia, khususnya kepada YAB Perdana Menteri atas peranan aktif dan sokongan Malaysia dalam membantu usaha diplomasi berkaitan konflik Thailand–Kemboja.
Saya turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Thailand atas bencana banjir di wilayah selatan, termasuk di Hat Yai, serta merakamkan penghargaan atas kerjasama pantas pihak berkuasa Thailand yang membantu menyelamatkan 6,222 rakyat Malaysia yang terjejas.
Pertemuan hari ini telah membuka ruang dalam mempertingkatkan kerjasama dua hala, termasuk dalam aspek pembangunan luar bandar, keselamatan, perdagangan dan mobiliti rakyat.
Insya-Allah, saya dan delegasi Malaysia akan meneruskan rangka agenda kerja sepanjang hari ini dan esok bagi membawa pulang manfaat terbaik kepada rakyat dan negara.
#malaysiathailand
#bangkok #thailand
#myasean2025 #asean
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤
Saya memulakan tugas rasmi di Bangkok pagi tadi dengan mempengerusikan sesi pre-council bersama delegasi Malaysia bagi meneliti setiap agenda dalam rangka lawatan kali ini agar semuanya teratur dan mencapai objektif yang disasarkan.
Hari ini diisi dengan beberapa pertemuan rasmi bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand, termasuk sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul.
Insya-Allah, esok saya akan mewakili Malaysia untuk menyampaikan Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-14 (AMRDPE).
Doakan agar segala urusan saya dan delegasi di Bangkok berjalan lancar, sekali gus dapat membawa pulang manfaat yang terbaik buat negara.
#malaysiathailand
#amrdpe #asean
#kkdw #pejuangdesa
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, kebahagiaan dan kebesaran serta diberkati pemerintahan Tuanku dengan rahmat, kemuliaan dan kewibawaan yang berpanjangan.
Daulat Tuanku. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Bangkok, Thailand. Negara yang dikenali sebagai 𝑇ℎ𝑒 𝐿𝑎𝑛𝑑 𝑜𝑓 𝑆𝑚𝑖𝑙𝑒𝑠, kaya dengan budaya, kepelbagaian dan semangat serantau yang amat dekat dengan Malaysia.
Insya-Allah, sepanjang lawatan kerja ini, saya akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-14 (AMRDPE), selain mengadakan sesi pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Thailand.
Semoga urusan sepanjang misi diplomasi ini dipermudahkan dan membawa manfaat besar kepada Malaysia, insya-Allah.
#malaysiathailand
#thelandofsmiles
#amrdpe #asean
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐊𝐓 𝐔𝐌𝐍𝐎
Malam ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat MKT UMNO di WTC Kuala Lumpur yang merupakan mesyuarat penting untuk memperkukuh hala tuju parti dan memastikan UMNO terus berdiri teguh dalam landskap politik yang mencabar.
Mesyuarat dimulakan dengan tahlil dan doa buat Almarhum Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Pemergiannya satu kehilangan besar, namun semangat perjuangannya tetap hidup dalam jiwa UMNO.
Alhamdulillah, perbincangan berjalan harmoni dan penuh kesepakatan. Insya-Allah, keputusan hari ini akan menguatkan gerak kerja kita dan memacu UMNO ke hadapan.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
#umno
#umnomalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-9 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya.
Mesyuarat ini memberi tumpuan terhadap platform perlindungan sosial, produktiviti sektor penjagaan serta penyelarasan keselamatan sosial melalui inisiatif Sosial Synergy.
Saya turut meneliti pembentangan Siri Bantuan Sosial dan Inklusif di Malaysia yang menekankan kepentingan memperluas jaringan perlindungan sosial, khususnya kepada kumpulan rentan agar tiada sesiapa yang tercicir dalam menerima bantuan yang sewajarnya.
Komitmen Kerajaan jelas bahawa setiap dasar sosial perlu digerakkan secara lebih tersasar, berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.
Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara semua kementerian dan agensi, sistem perlindungan sosial negara akan terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
#myspc
#perlindungansosial
#kesejahteraanrakyat
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝: 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐉𝐚𝐲𝐚, 𝐀𝐭𝐥𝐞𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Saya mendoakan yang terbaik buat semua atlet yang menggalas cabaran Malaysia di Sukan SEA Thailand, yang akan bermula esok sehingga 20 Disember 2025.
Seramai 1,652 anggota kontinjen negara, terdiri daripada 1,138 atlet dan 514 pegawai, akan menyertai temasya kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar Malaysia sejak Sukan SEA Singapura 2015.
Kontinjen Malaysia bakal bersaing dalam 457 daripada 573 acara yang dipertandingkan. Teruskan berjuang dengan semangat luar biasa, disiplin tinggi dan fokus yang tidak pernah goyah.
Yakinlah kepada kemampuan diri sendiri. Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang anda, sentiasa memberikan sokongan serta doa yang tidak berbelah bagi.
Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama. All the best, Team MAS! Pulanglah dengan pencapaian yang membanggakan negara. Ayuh Malaysia, lakukan yang terbaik!
#malaysiaboleh
#sukanseathailand
#allthebest -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Petang ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPD) bilangan 2/2025. Kerajaan komited memperkemas tatakelola melalui pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur, pangkalan data yang sahih serta pengurusan yang menepati kepentingan dan keselamatan negara.
Data semasa menunjukkan berlaku peningkatan ketara dalam kes jenayah melibatkan pelarian dan pemohon suaka, dengan 899 kes dan 1,148 tangkapan direkodkan dari tahun 2023 hingga 2025. Daripada jumlah ini, 90.2% melibatkan lelaki, manakala 97.5% tangkapan terdiri daripada warga Myanmar, diikuti Bangladesh, Yaman dan Thailand.
Atas faktor keselamatan, ekonomi dan keharmonian sosial, kerajaan menekankan bahawa DPP bukanlah satu keistimewaan kepada pelarian, sebaliknya mekanisme kawal selia bagi mengurangkan risiko jenayah, mengekang penyalahgunaan dokumen serta memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Insya-Allah, melalui kerjasama antara agensi dan pelaksanaan dasar yang lebih tersusun, kerajaan akan terus memastikan keselamatan rakyat terpelihara dan perkhidmatan awam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
#keselamatannegara
#pengurusanpelarian
#kemanusiaan
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐓𝐚𝐭𝐚𝐤𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟖 𝐁𝐢𝐥.𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟓
Saya memulakan hari ini dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 Bil.3/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya.
Melalui perbincangan rentas kementerian, kita akan terus menambah baik sistem penyampaian, memperkukuh integriti dan memastikan dasar dilaksana dengan lebih telus dan berkesan.
Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membawa negara ke arah pentadbiran yang lebih mampan dan berdaya saing.
#tatakelolanasional
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐌𝐋𝐁𝐁
Malam tadi, Kuala Lumpur bergema dengan sorakan yang luar biasa. Saya sendiri dapat merasakan semangat ribuan anak muda yang hadir dan Alhamdulillah, kita semua menjadi saksi saat bersejarah apabila Malaysia muncul juara Grand Final World Esports Championship (WEC) MLBB 2025.
Bukan sekali, tetapi 𝑏𝑎𝑐𝑘-𝑡𝑜-𝑏𝑎𝑐𝑘 𝑐ℎ𝑎𝑚𝑝𝑖𝑜𝑛𝑠! Kemenangan bersih 3-0 ke atas Cambodia membuktikan bahawa anak-anak muda kita sememangnya berada pada kelas dunia.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pegawai pasukan dan barisan sokongan. Kemenangan ini bukan sekadar mengangkat nama Malaysia di pentas dunia, tetapi membuktikan bahawa bakat e-sukan kita setanding pencabar global.
Sebagai tuan rumah WEC 2025, Malaysia sekali lagi menunjukkan kemampuan menganjurkan kejohanan bertaraf dunia. Terima kasih juga saya ucapkan kepada MESF, KBS, IESF, para penggiat industri dan komuniti e-sukan yang menjadikan acara ini begitu luar biasa.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan e-sukan sebagai industri masa depan yang mampu membuka peluang kerjaya, membina ekonomi digital dan melahirkan lebih ramai wira negara.
Tahniah Malaysia! Kita juara dunia sekali lagi! 🇲🇾🔥
#wec25
#mlbb
#malaysiajuara
#esportsmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐢 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐤𝐮
Usai sesi forum pagi tadi, saya bersama YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya.
Sejak pagi, saya melihat ribuan pengunjung memenuhi ruang acara, hadir dengan penuh semangat untuk mendekati Kerajaan, memahami dasar-dasar negara dan merasai sendiri ekosistem Malaysia MADANI. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan sokongan rakyat untuk bersama-sama membina masa depan negara.
Saya juga berpeluang berkongsi pentas dalam sesi Townhall bersama YAB Perdana Menteri. Dalam sesi tersebut, saya berkesempatan untuk berbicara tentang perkara yang amat dekat di hati saya antaranya transformasi desa yang kita jayakan dalam tempoh tiga tahun ini, usaha memperkukuh pendidikan inklusif kepada anak-anak desa dan komuniti Orang Asli, serta agenda pemerkasaan TVET yang menjadi tulang belakang tenaga mahir negara.
Insya-Allah, kami akan terus bekerja sehabis baik, memperkukuh dasar, mempercepatkan penyampaian dan memastikan setiap inisiatif Kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐆𝐢𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭
RUU Pekerja Gig 2025 menjadi mercu tanda penting apabila lebih 1.2 juta pekerja gig kini dilindungi melalui undang-undang baharu. Ini merupakan satu langkah bersejarah untuk memastikan kebajikan mereka terus terjamin dan terpelihara.
Dalam masa sama, kesiapsiagaan bencana negara juga terus dipertingkatkan menerusi 1,798 stesen hidrologi telemetri, 197 kamera pemantauan, 36 model ramalan banjir dan 614 siren amaran awal di kawasan berisiko. Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#ekonomigig #kesiapsiagaanbencana
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦
Pagi tadi, saya bersama sahabat saya YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof dalam satu sesi Forum yang membincangkan topik Retrospektif dan Pemetaan Jalan ke Hadapan bersama para penjawat awam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin.
Dalam sesi ini, saya telah berkongsi pencapaian yang telah kita capai bersama sepanjang tiga tahun di bawah Kerajaan MADANI di mana ianya merupakan satu perjalanan yang penuh cabaran, tetapi juga sarat dengan hasil dan kemajuan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Saya amat menghargai sesi seperti ini kerana ia membuka ruang terus kepada kami di peringkat kepimpinan negara untuk menjelaskan hala tuju, dasar serta usaha yang sedang digerakkan, terus kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan di lapangan.
Saya turut melontarkan beberapa pandangan untuk kita gerakkan bersama termasuk keperluan memperkukuh peranan penjawat awam sebagai penggerak utama penyampaian dasar, mempercepatkan 𝑡𝑖𝑚𝑒-𝑡𝑜-𝑑𝑒𝑙𝑖𝑣𝑒𝑟𝑦, serta memperkasa budaya 𝑢𝑝𝑠𝑘𝑖𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 melalui penguasaan AI, data, ekonomi dan hal ehwal global agar perkhidmatan awam kekal kompetitif, responsif dan relevan dalam dunia yang semakin pantas berubah.
Saya berharap sedikit perkongsian pengalaman dan wawasan yang disampaikan tadi dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan tekad dan berintegriti.
Insya-Allah, bersama-sama kita akan terus menggerakkan negara ke arah masa depan yang lebih maju, stabil dan sejahtera.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Industri halal terus mencatat prestasi cemerlang apabila menyumbang 7.94% kepada KDNK bernilai RM118.17 bilion. Nilai eksport meningkat kepada RM50.74 bilion dengan penyertaan 1,525 syarikat pengeksport.
MIHAS @ Shanghai 2025 pula mencipta rekod transaksi RM3.2 bilion, mengatasi sasaran asal dan menegaskan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global. Ini bukti bahawa industri halal semakin diyakini dunia.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#industrihalal #halalmalaysia
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Pagi ini, kita menerima perkhabaran duka mengenai pemergian seorang tokoh agama yang amat dihormati di negara ini, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, bekas Imam Besar Masjid Negara.
Pemergian Allahyarham meninggalkan kehilangan besar buat umat Islam di Malaysia. Sepanjang hayatnya, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, tetapi juga sebagai seorang pendidik, mursyid dan tokoh al-Quran yang mencurahkan ilmunya tanpa jemu. Khidmat beliau sebagai hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa turut mengangkat martabat negara di mata dunia.
Allahyarham adalah insan yang lembut tutur katanya, tinggi ilmunya dan besar jasanya dalam memartabatkan al-Quran, ilmu dan dakwah. Keperibadian beliau akan kekal menjadi contoh sepanjang zaman.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠
Pembangunan ekonomi desa terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Program Gate to Global telah membuka laluan eksport dengan potensi jualan lebih RM123 juta, sementara Wakaf MARA MADANI pula telah mengumpul dana mencecah RM58 juta bagi memperkasa sosioekonomi Bumiputera.
FELCRA kini menghasilkan 1.5 juta ayam setahun melalui kompleks ternakan moden, manakala inisiatif RISSMART memperluas akses pasaran dengan jualan sehingga RM150,000 di setiap lokasi. Ekonomi desa kini bukan lagi di pinggiran, tetapi ianya sedang menuju arus perdana.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐅𝐞𝐬𝐌𝐚’𝟐𝟓 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐨𝐟 𝐑𝐞𝐜𝐨𝐫𝐝𝐬
Malam tadi, saya hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Festival KEMAS 2025 (FesMa’25) di MAEPS Serdang, yang turut diserikan dengan acara kemuncak Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents@KEMAS.
Allahuakbar, sebak dan terharu rasanya apabila melihat wakil anak-anak TABIKA KEMAS dari seluruh negara membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu lancar, merdu dan penuh keyakinan. Inilah impian yang pernah saya titipkan beberapa tahun lalu agar pendidikan awal kanak-kanak tidak hanya berorientasikan akademik, tetapi bertunjang kepada nilai, adab dan cinta terhadap al-Quran. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KEMAS yang telah menjadikan impian ini satu kenyataan.
FesMa’25 kali ini turut mencatat sejarah apabila 2,540 kanak-kanak telah menyertai Majlis Khatam Perdana Pra Tahfiz, sekali gus melakar rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Ini ialah satu pencapaian besar yang membuktikan kekuatan ekosistem pendidikan KEMAS dan potensi luar biasa generasi kecil kita hari ini.
Hari ini merupakan hari terakhir FesMa’25. Kepada ibu bapa dan keluarga yang berada berdekatan, saya jemput untuk hadir ke Dewan A, MAEPS Serdang kerana banyak aktiviti menarik menanti dan insya-Allah, pasti menjadi kenangan manis buat anak-anak anda.
Jemput hadir beramai-ramai!
#fesma25 #kemas
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Pendidikan awal terus diberi keutamaan. Program Pra-Tahfiz KEMAS kini telah melahirkan 123,435 huffaz cilik, manakala TABIKA Tunas Istimewa mula membuka ruang pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan bakal berkembang kepada 132 TABIKA menjelang 2027. Di bawah JAKOA pula, seramai 1,349 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke IPT sejak 2023.
Setiap anak yang kita bimbing hari ini adalah harapan negara pada hari esok. Insya-Allah, KKDW akan terus memastikan setiap pintu pendidikan dibuka seluas-luasnya, agar lahir generasi masa depan yang lebih berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐑𝐞𝐫𝐮𝐚𝐢 𝐝𝐢 𝐅𝐞𝐒𝐌𝐀’𝟐𝟓
Saya turut tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar ke Festival KEMAS 2025 (FeSMa’25) yang turut berlangsung meriah di dewan bersebelahan. Dari jauh lagi sudah kedengaran suara gelak tawa anak-anak dan keriuhan pengunjung yang sedang beraktiviti di sini.
Di FeSMa’25, kemeriahannya juga tidak kurang hebatnya. Reruai penuh dengan aktiviti menarik, hasil kreativiti warga KEMAS, jualan komuniti dan ruang interaktif yang sentiasa dikerumuni pengunjung.
Sempat saya berjalan dari satu reruai ke reruai yang lain, bertegur sapa dengan para pengunjung dan melihat sendiri keterujaan anak-anak kecil yang seronok menyertai aktiviti yang disediakan.
Kepada yang belum berkesempatan hadir, saya jemput untuk datang bersama keluarga. Jika ada anak kecil, lagilah seronok sebab ada banyak aktiviti yang pasti menceriakan mereka. FeSMa’25 ini akan berlangsung sehingga jam 6 petang esok di Dewan A, MAEPS Serdang.
Jemput hadir beramai-ramai!
#fesma25 #kemas
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Dalam tempoh tiga tahun ini, lebih RM7.7 bilion telah dilaburkan untuk menyediakan kemudahan asas luar bandar termasuk jalan, air, elektrik dan prasarana sosial agar rakyat desa dapat menikmati kehidupan yang lebih moden dan setara.
Melalui Program PPRS pula, lebih 10,000 rumah telah dibina atau dibaik pulih, memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada keluarga yang memerlukan. Inilah wajah pembangunan desa yang kita perjuangkan bersama.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐣𝐢𝐰𝐚
Masih segar dalam ingatan saya, ketika awal tahun lalu saya menyuarakan hasrat supaya KKDW mengadakan Hari Keluarga, sekadar satu impian kecil untuk kita berkumpul sebagai satu keluarga besar. Alhamdulillah, hari ini impian itu menjadi nyata… dan lebih meriah daripada apa yang saya bayangkan.
Sejurus saya melangkah masuk ke dewan MAEPS pagi tadi, suasananya hidup dengan gelak tawa anak-anak dan warga KKDW yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan berpakaian ‘Retro Kampung’ yang sungguh kreatif.. ada yang saya lihat siap bawa props sendiri.
Alhamdulillah, hari ini kita semua berkumpul, bekerjasama, bersaing dalam aktiviti santai, tapi yang paling utama adalah kita dapat berkenalan, bersembang dan mengeratkan hubungan sebagai satu keluarga besar KKDW. Kerja tetap kerja… tapi sekali-sekala begini kita raikan kebersamaan, reset minda dan isi semula semangat.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KKDW yang hadir. Kalianlah nadi kementerian ini. Setiap hari kalian bekerja dengan penuh komitmen, dan hari ini adalah hari untuk kita menghargai antara satu sama lain sebagai satu keluarga besar.
Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita untuk melangkah ke tahun hadapan dengan lebih yakin dan lebih bersedia bagi menghadapi cabaran baharu.
Terima kasih, keluarga besar KKDW.
Kalianlah kekuatan saya.
#harikeluargakkdw2025
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮 𝐓𝐕𝐄𝐓, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
TVET terus menjadi agenda nasional yang membuka peluang masa depan anak muda negara. Tahun ini, kadar kebolehpasaran graduan meningkat kepada 95.1%, manakala kemasukan pelajar melonjak kepada lebih 212,000 orang. Ini merupakan satu isyarat jelas bahawa keyakinan terhadap TVET semakin kukuh.
Penubuhan Suruhanjaya TVET Negara yang dipersetujui Jemaah Menteri pula bakal menyatukan standard, penyelarasan dan hala tuju seluruh ekosistem TVET negara. Insya-Allah, seluruh usaha ini akan menjadikan TVET sebagai pilihan utama dan pemangkin tenaga mahir masa depan negara.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#tvetmalaysia #jompilihtvet
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓
5 Disember 2025, genap tiga tahun saya menggenggam amanah untuk berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Tiga tahun yang sarat dengan cabaran, penuh dengan pengalaman baharu dan Alhamdulillah, banyak pencapaian yang membawa makna kepada rakyat serta negara.
Sepanjang tempoh ini, tumpuan saya hanyalah satu iaitu untuk memastikan setiap dasar, setiap keputusan dan setiap langkah kerja benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Daripada memperkukuh ekosistem pembangunan desa, mengangkat pendidikan TVET, memperkasa ekonomi bumiputera, mengembangkan industri halal, memodenkan pengurusan bencana sehingga menyantuni komuniti luar bandar di seluruh negara, semuanya digerakkan dengan iltizam bahawa tiada siapa harus tercicir dalam arus kemajuan negara.
Segala pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu daripada seluruh jabatan yang saya kemudi, warga KKDW, agensi-agensi di bawahnya, rakan-rakan kementerian, kepimpinan negara dan pastinya rakyat Malaysia yang terus percaya kepada usaha yang sedang kita jalankan. Terima kasih atas kepercayaan dan doa yang tidak pernah putus.
Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Perjalanan ini masih panjang dan masih banyak yang perlu kita jayakan bersama. Moga Allah SWT terus memandu langkah kita untuk memastikan Malaysia melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah dan sejahtera.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭
Hari ini, di bumi Sabah yang menjadi gelanggang perjuangannya sekian lama, saya hadir dengan hati yang hiba dan langkah yang terasa sayu… untuk memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, suasana sebak yang menyelimuti para hadirin seakan-akan menggambarkan betapa besar kasih rakyat Sabah terhadap beliau.
Ramai yang datang bukan sekadar untuk mengiringi jenazah… tetapi untuk mengirimkan doa, menitipkan rasa cinta dan penghargaan atas seluruh bakti seorang pejuang yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam berbakti.
Saya dan kepimpinan tertinggi UMNO berdiri bersama, menunaikan solat jenazah dengan dada yang sarat. Sarat dengan kenangan, dengan rasa hormat dan dengan doa seolah-olah mahu memegang sekejap masa yang sedang menangisi pemergiannya...
Allahyarham pergi ketika perjuangannya tidak pernah surut. Beliau pergi dengan hati yang masih memikirkan rakyat, masih memikirkan Sabah, masih memikirkan amanah yang dipikulnya.
Semangatnya yang tegas, keberaniannya yang tidak pernah goyah dan kesetiaannya yang tidak pernah retak tetap hidup dalam hati kami yang mengenali beliau.
Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat. Tetapi UMNO kehilangan seorang pejuang. Dan Sabah kehilangan seorang anak watan yang tidak pernah berhenti mencintai tanah kelahirannya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan yang dimuliakan.
Terima kasih, sahabat.
Terima kasih atas setiap jasa, setiap langkah, setiap perjuangan yang kau tinggalkan untuk kami teruskan.
Al-Fatihah... -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah… Luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini.
Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat sejati yang begitu dekat di hati, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.
Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. Yang tinggal hanyalah doa, mengiringi segala kenangan dan kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami di dunia ini.
"𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑜𝑠𝑎𝑛𝑦𝑎, 𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑎𝑚𝑎𝑙 𝑏𝑎𝑘𝑡𝑖𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑟𝑗𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑢𝑟𝑛𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑛𝑖𝑘𝑚𝑎𝑡 𝑠𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎-𝑀𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑏𝑎𝑑𝑖..."
Kami di seluruh saf kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan seluruh rakyat khususnya di Negeri Sabah berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dilimpahi keampunan, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga kalian semua dikurniakan ketabahan, ketenangan dan kekuatan dalam melalui saat yang amat berat ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah… -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Seterusnya di Parlimen, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara bagi memperkukuh hala tuju dan penyelarasan ekosistem TVET. Antara keputusan utama yang dicapai hari ini ialah penubuhan Jawatankuasa Interim Data Raya TVET sebagai struktur penyelarasan nasional yang lebih berautoriti dalam pengurusan data.
Langkah ini membolehkan Kerajaan melaksanakan 𝑑𝑎𝑡𝑎-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑑𝑒𝑐𝑖𝑠𝑖𝑜𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑖𝑛𝑔 dalam perancangan TVET termasuk penyelarasan kursus, kurikulum dan unjuran pasaran kerja. Ia juga bagi memastikan kesinambungan pembangunan Data Raya TVET di bawah RMKe-13 untuk meningkatkan kecekapan pemantauan serta impak program latihan.
Mesyuarat turut meneliti kemajuan pelbagai inisiatif seperti Hi-TVET, program techno-huffaz, pencapaian di Worldskills ASEAN, TVET Penjara Malaysia serta program GiatMARA yang terus meningkatkan kebolehpasaran dan pendapatan peserta.
Keseluruhannya, keputusan hari ini menegaskan komitmen Kerajaan untuk membina ekosistem TVET yang lebih bersepadu, kompetitif dan berpaksikan masa depan. Dengan kerjasama kementerian, agensi dan rakan industri, kita akan memastikan TVET kekal menjadi pilihan utama anak muda dan pemacu pembangunan modal insan negara. Insya-Allah.
#tvetmalaysia #majlistvet
#pembangunanmodalinsan
#datarayatvet
#kemahiranmasadepan
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara hari ini, yang turut menyaksikan pelancaran Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026–2030. Kerangka ini menjadi halatuju penting merangkumi 17 bidang keutamaan serta 102 inisiatif yang akan digerakkan bersama pelbagai kementerian.
Mesyuarat juga meneliti isu gelandangan, termasuk keperluan memperkenalkan undang-undang baharu menggantikan Akta Orang-Orang Papa 1977. Pendekatan yang lebih berperikemanusiaan diperlukan agar intervensi menjadi lebih tersusun dan memberi kesan yang nyata.
Kami turut membincangkan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian hampir RM800 juta sehingga April 2025. Kerajaan akan memperkukuh usaha pencegahan dan kerjasama antara agensi demi melindungi masyarakat.
Saya berharap agar pelaksanaan dasar-dasar sosial dapat diperkukuh melalui kerjasama erat semua pihak, demi membina masyarakat Malaysia yang lebih sejahtera dan inklusif.
#majlissosialnegara
#dasarsosialnegara
#ptdsn
#kesejahteraanrakyat
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐊𝐃𝐖
Tiga tahun lalu, saya melangkah masuk ke KKDW dengan satu tekad bahawa desa mesti dimajukan, rakyat luar bandar mesti diangkat dan kementerian ini harus menjadi nadi kemakmuran negara.
Alhamdulillah, hari ini apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat satu perjalanan yang luar biasa. KKDW bukan sekadar melaksanakan projek, tetapi berjaya membina ekosistem kehidupan yang mengubah wajah desa dan membawa makna kepada jutaan rakyat.
Sepanjang tiga tahun ini, keyakinan negara terhadap KKDW semakin kukuh. Peruntukan meningkat saban tahun daripada RM11.04 bilion kepada RM12.04 bilion tahun hadapan. Ini merupakan satu pengiktirafan besar bahawa pembangunan desa kini berada di landasan strategik yang tepat.
Dengan 42 Game Changers yang telah mencapai pelaksanaan melebihi 95%, serta 7,000 usahawan baharu yang berjaya dilahirkan dengan nilai jualan mencecah RM1.77 bilion, kadar kebolehpasaran graduan TVET KKDW pula terus cemerlang.
Dalam masa yang sama, agenda pembangunan infrastruktur dan perumahan turut menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila lebih 10,000 unit rumah PPRS telah dibina dan dibaik pulih, 310km Jalan Perhubungan Desa serta 157km Jalan Luar Bandar berjaya disiapkan, selain pembekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada ribuan rumah di seluruh negara.
Semua kejayaan ini hadir daripada kerja keras seluruh warga KKDW, daripada pegawai di ibu pejabat hingga petugas lapangan di pedalaman. Kalianlah tulang belakang transformasi ini. Terima kasih atas segala keringat dan pengorbanan. Moga Allah SWT terus memberkati perjalanan ini dan memberi kekuatan untuk kita terus berkhidmat dengan tekad yang utuh.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝟑 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Hari ini genap tiga tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk pada saat negara suatu ketika berdepan ketidaktentuan politik dan ekonomi serta keperluan mendesak untuk memulihkan kestabilan nasional.
Dalam tempoh tiga tahun ini, Kerajaan MADANI walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran berjaya menetapkan semula haluan negara, memulihkan keyakinan rakyat dan mengembalikan fokus kepada agenda pembangunan jangka panjang yang lebih inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, keutamaan kami adalah untuk memastikan pembangunan desa tidak tertinggal, malah diangkat sebagai pemacu utama pertumbuhan negara. KKDW telah menstruktur semula ekosistem pembangunan desa dengan pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berimpak.
Usaha ini diterjemahkan melalui pelaksanaan infrastruktur asas merangkumi jalan, air, elektrik, kemudahan sosial dan prasarana desa. Lebih RM7.7 bilion telah digerakkan dalam tempoh tiga tahun bagi merapatkan jurang pembangunan bandar–desa dan memastikan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan moden yang setara.
Pada masa yang sama, transformasi modal insan melalui pendidikan TVET menunjukkan keberhasilan yang kukuh. Kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 95.1% daripada 9.45% tahun sebelumnya, manakala kemasukan pelajar melonjak kepada 212,022, menandakan keyakinan yang semakin tinggi terhadap TVET sebagai laluan kerjaya utama anak muda Malaysia.
Program Pra-Tahfiz KEMAS telah melahirkan 52,000 huffaz cilik, manakala TVET MARA dan TVET Teknopreneur telah melahirkan lebih 800,000 pelajar berkemahiran. Seramai 420 pelajar Orang Asli kini melangkah ke universiti - suatu pencapaian tertinggi dalam sejarah pentadbiran negara.
Ekonomi desa turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan. MARA, RISDA dan FELCRA berjaya melahirkan 7,000 usahawan baharu, menjana 15,000 peluang pekerjaan dan mencatat nilai jualan melebihi RM1.77 bilion. Malaysia turut mengukuhkan kedudukannya dalam industri halal global melalui MIHAS@Shanghai 2025, yang menghimpunkan 200 reruai, 250 syarikat dan merekodkan transaksi lebih RM3.2 bilion, selari dengan aspirasi Halal Industry Master Plan 2030.
Dalam aspek kesiapsiagaan bencana, JPS kini mengoperasikan 1,798 stesen hidrologi telemetri, 197 kamera pemantauan, serta 36 model ramalan banjir di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang menggunakan pendekatan hidrodinamik dan sebanyak 614 siren amaran banjir awal turut dipasang di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan makluman segera kepada penduduk.
Kerajaan juga dalam usaha untuk memperkasa Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada tahun lalu dengan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan selain menggesa Kerajan Negeri untuk membangunkan Strategi dan Pelan Tindakan Pengurangan Risiko Bencana Peringkat Negeri sebagai rangka kerja komprehensif untuk menjadikan Malaysia lebih selamat, lebih berdaya tahan dan lebih bersedia menghadapi perubahan iklim ekstrem.
Kesemua pencapaian ini membuktikan bahawa kestabilan politik ialah prasyarat kepada kemajuan, dan bahawa agenda pembangunan desa serta pendidikan TVET adalah komponen strategik dalam mendaya Malaysia menjadi negara yang lebih makmur, sejahtera dan berdaya saing.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, penjawat awam dan rakyat Malaysia atas kepercayaan yang berterusan kepada Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah, amanah ini akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab agar Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai negara yang stabil, makmur dan dihormati.
#3tm #mengupayadesamenjulangnegara
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐘𝐆𝐀𝐌𝐄–𝐂𝐨𝐏 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐓𝐀𝐑 𝟐.𝟎: 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚
Hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Kali ke-6 di Parlimen untuk menyelaras dasar pembangunan belia secara inklusif, terancang, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan komitmen Kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing.
Mesyuarat hari ini bersetuju dengan dua inisiatif utama yang memberi impak besar kepada kesejahteraan dan keselamatan belia. Kedua-duanya ialah Malaysia Against Malicious Exploitation – Community of Practice (MYGAME–CoP) bagi mencegah ekstremisme dalam ruang permainan digital, dan PROSTAR 2.0 ke Arah Mengakhiri AIDS 2030, yang menekankan kesihatan belia serta peranan mereka sebagai agen perubahan dalam komuniti.
MYGAME-COP bakal menjadi pelindung baharu keselamatan digital negara. Ia dibangunkan untuk menangani eksploitasi ruang permainan dalam talian, mencegah pengaruh ekstremisme, memperkukuh literasi digital serta memposisikan Malaysia sebagai peneraju keselamatan siber serantau khususnya dalam dunia e-sukan dan komuniti ‘gamers’. Langkah ini penting kerana ruang digital adalah dunia besar anak muda hari ini.
Sementara itu, PROSTAR 2.0 memberi tumpuan kepada kesihatan belia melalui pendidikan seksual dan reproduktif yang menyeluruh, intervensi awal bagi tingkah laku berisiko serta penglibatan belia sebagai rakan pendidik (peer educators). Inisiatif ini menyokong komitmen negara untuk mencapai sasaran Ending AIDS 2030 dan melahirkan generasi muda yang lebih sihat, lebih peka serta bebas stigma.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang membina generasi muda Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan bersedia memimpin masa depan. Belia ialah nadi negara dan masa depan mereka adalah amanah yang harus dijaga sebaik-baiknya.
#pembangunanbelia
#jkpb2025
#mygamecop
#prostar2.0 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Inovasi kini bukan lagi dilihat sebagai satu cabang sektor, tetapi nadi kemajuan dan mata wang baharu yang menentukan daya saing global. Malaysia sendiri telah melonjak ke tangga ke-33 dunia dalam 𝐺𝑙𝑜𝑏𝑎𝑙 𝐼𝑛𝑛𝑜𝑣𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐼𝑛𝑑𝑒𝑥 dan ini merupakan satu petanda jelas bahawa rantau ini sedang bangkit melalui perancangan dan usaha yang terarah.
Selaras dengan aspirasi tersebut, hari ini saya telah merasmikan Cyberjaya Conversations Summit 2025, sebuah platform yang menghimpunkan para pemikir, pemain industri dan pembuat dasar untuk memperkukuh rangka kerja diplomasi sains ASEAN. Forum ini turut membuka ruang kerjasama baharu dalam bidang teknologi masa hadapan, termasuk nilai ekonomi angkasa yang diunjurkan mencecah USD 1 trilion dalam dekad ini.
Saya yakin, pelaksanaan ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI 2026–2035) akan menjadi tunjang utama dalam menyatukan dasar, penyelidikan, modal dan bakat di seluruh ASEAN. Pelan ini merupakan komitmen bersama untuk membangunkan ekosistem inovasi yang inklusif, mampan dan mampu memberi nilai tambah kepada lebih 700 juta penduduk serantau.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemacu utama inovasi ASEAN sekali gus memastikan setiap langkah yang diambil membawa manfaat nyata kepada rakyat.
#cyberjayaconversations2025
#aseaninnovation
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh kontinjen negara yang berjaya mengangkat Malaysia ke tempat ketiga dalam WorldSkills Asia Taipei 2025.
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang manis dan membanggakan buat Malaysia sekali gus membuktikan bahawa anak-anak muda TVET kita memiliki kemahiran bertaraf dunia dan mampu berdiri setanding dengan negara-negara terbaik di Asia.
Kemenangan ini juga membuka lembaran baharu dalam pembangunan kemahiran negara serta menunjukkan potensi besar yang bakal membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam landskap TVET serantau.
Malaysia boleh! You’ve made Malaysia proud!
#malaysiaboleh
#demimalaysia
#worldskillsasiataipei2025
#worldskillsmalaysia -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di penghujung tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk bertemu kementerian serta agensi-agensi di bawah seliaan saya bagi memperhalusi gerak kerja, menilai pencapaian semasa dan menetapkan hala tuju menjelang tahun hadapan. Justeru, hari ini, saya telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad untuk meneliti perkembangan sebuah organisasi penting dalam memperkasa masyarakat desa.
Melihat kepada prestasi dan perkembangan yang dibentangkan, saya telah meminta FELCRA Berhad untuk mengemukakan Pelan Strategik Perniagaan 2026–2036 pada suku pertama tahun 2026. Pelan ini amat penting untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan jangka panjang, pengukuhan daya saing korporat serta kejelasan hala tuju FELCRA dalam dekad yang akan datang.
Pada masa yang sama, FELCRA Berhad turut mencatat kejayaan baharu apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu yang disampaikan pada Majlis Penyampaian Dividen Subsidiari & Syarikat Bersekutu FELCRA Berhad pagi ini. Pencapaian ini mencerminkan prestasi kewangan kumpulan yang kukuh serta keberkesanan strategi pengurusan yang dilaksanakan di semua peringkat.
Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan yang padu dan hala tuju strategik yang jelas, FELCRA Berhad akan terus menjadi kebanggaan masyarakat luar bandar sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja memikul amanah sosial, tetapi juga menjadi penggerak kemakmuran korporat yang berdaya saing.
#kkdw #felcra
#pejuangdesa
#pembangunanluarbandar
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧
Saya turut pulang ke kediaman saya di Sungai Nipah Darat, Rungkup, untuk melihat sendiri keadaan selepas banjir melanda. Rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga kami selama ini juga tidak terlepas daripada ujian kali ini.
Melihat kesan limpahan air memasuki ruang yang penuh kenangan pasti dirasai sedalamnya. Jika saya sendiri merasai kesannya, saya dapat membayangkan betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh penduduk lain yang turut terjejas jauh lebih besar daripada itu.
Saya juga sempat singgah meninjau perkembangan pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi, bagi memastikan kerja-kerja berjalan mengikut jadual dan tidak terjejas akibat cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Pendidikan anak-anak kita tetap menjadi keutamaan walau apa pun cabarannya.
Saya berdoa agar semua keluarga di kawasan yang terkesan akibat banjir ini terus diberikan ketabahan dan dilindungi Allah SWT. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala bantuan yang diperlukan dapat disegerakan.
#situasibanjir
#bagandatuk
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬 𝐀𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Hari ini saya pulang ke Bagan Datuk untuk melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan melihat sendiri keadaan penduduk yang terkesan akibat banjir.
Di PPS Dewan UMNO, PPS Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk dan PPS Dewan Dato’ Lope Hashim, saya sempat bertemu dengan keluarga yang ditempatkan di sini. Melihat keadaan mereka benar-benar menyentuh hati saya, lebih-lebih lagi kerana ramai antara mereka saya kenali. Mereka inilah keluarga besar saya di Bagan Datuk.
Saya hadir bagi mendengar sendiri keperluan mereka, memastikan bantuan disalur tanpa lengah dan menegaskan agar semua agensi kekal bersiaga rapi. Dalam keadaan begini, keselamatan serta kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kita.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua anggota keselamatan dan agensi yang bertungkus lumus membantu, termasuk NADMA, APM, bomba, PDRM, JKM, pihak berkuasa tempatan, sukarelawan serta NGO, Pejabat Parlimen, UMNO Bahagian Bagan Datuk termasuk Wanita, Pemuda, Puteri dan semua yang telah mengurus pemindahan dan bantuan di lapangan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para petugas PPS yang memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga.
Insya-Allah, kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa dan memastikan setiap keperluan rakyat, khususnya di Bagan Datuk, diberi perhatian sewajarnya. Semoga keadaan segera pulih dan semua keluarga dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.
#situasibanjir
#bagandatuk
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata bantuan tambahan sentiasa tersedia dan telah dikoordinasi supaya pembayaran bantuan wang ihsan dilakukan segera.
Berita penuh : www.bernama.com/bm/news.php?id=2497448
📸 Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA
#bernamaimages
#bernamanews
#banjir #pps
@DrZahidHamidi
@mynadma -
Ahmad Zahid Hamidi reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐆𝐄𝐋𝐎𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑, 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀
#bagandatuk : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir, selain memastikan koordinasi bantuan wang ihsan dan keperluan mangsa dilaksanakan segera.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesiapsiagaan itu dipertingkatkan susulan fenomena cuaca luar biasa termasuk kejadian ribut tropika senyar dari Selat Melaka, yang jarang berlaku dan menyebabkan kawasan yang sebelum ini tidak terjejas turut dilanda banjir.
📸 Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA
#bernamaimages
#bernamanews
#banjir #pps
@DrZahidHamidi
@mynadma -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓
Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN. Kita menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang menyaksikan seramai 596 calon telah bertanding sebagai suatu manifestasi kesuburan demokrasi di negeri ini.
Keputusan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik Sabah.
Sebagai sebuah parti yang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah Kerajaan baharu untuk kestabilan politik Negeri Sabah.
BN menyeru seluruh rakyat Sabah untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung. Perjalanan Negeri Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak, dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri ini terus melangkah ke arah kemajuan dan kemakmuran.
#barisannasional
#prnsabah2025
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐫 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚
Saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa berwaspada dengan paras air sungai di kawasan masing-masing.
Beberapa sungai di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan kini berada pada aras Waspada, Amaran dan Bahaya mengikut laporan terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Orang ramai boleh menyemak status semasa menerusi laman Public Info Banjir:
publicinfobanjir.water.gov.my
Sekiranya berada berhampiran sungai, elakkan kawasan berisiko, terutama ketika hujan berterusan. Sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, jauhi arus deras dan patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan urusan.
#pantauparasairsungai
#pengurusanbencana
#nadma #jps
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 | 𝐏𝐑𝐍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hari ini adalah hari penting buat seluruh rakyat Sabah yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini.
Segalanya kini terletak di tangan anda. Gunakanlah hak dan kuasa yang diberikan untuk memilih wakil terbaik demi masa depan negeri ini. Pilihlah dengan hati yang tenang dan pertimbangan yang matang.
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, saya juga ingin menasihatkan para pengundi agar merancang perjalanan dengan baik, mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang proses pengundian.
Saya mendoakan semoga segala urusan anda dipermudahkan dan proses pengundian berjalan dengan lancar serta teratur. Insya-Allah.
Selamat mengundi, rakyat Sabah!
#prnsabah2025
#selamatmengundi
#sabahmengundi -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐍 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝, 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐚𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫
Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, saya mengambil peluang ke PDM Senagang dan PDM Kemabong untuk menyantuni barisan jentera BN yang terus setia berkhidmat di lapangan untuk meraih kemenangan buat Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi, Calon BN N.41 Liawan dan Rahmah Jan Binti Sulaiman, Calon BN N.43 Kemabong.
Saya melihat sendiri semangat akar umbi yang begitu membara, kekal istiqamah dan bekerja dengan tekun. Inilah lambang kekuatan sebenar BN yang didokong dengan keikhlasan, disiplin dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
Sempat juga saya menyuntik kata-kata semangat agar seluruh jentera terus memperkukuh gerak kerja, memperkemas strategi dan kekal fokus hingga ke saat akhir. Insya-Allah.
Demi rakyat, demi Sabah.
Kita Bikin Balik Sabah!
#barisannasional #bnsabah
#liawan #senagang
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐭-𝐓𝐚𝐪𝐰𝐚, 𝐊𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐚𝐮
Usai menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa@Liawan, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid At-Taqwa, Masjid Daerah Keningau.
Selesai solat, saya beramah mesra bersama ahli jemaah yang hadir. Dalam suasana penuh makna itu, terserlah keikhlasan, kemesraan dan semangat kekeluargaan yang menjadi asas kekuatan komuniti masyarakat di sini.
Saya percaya, daripada ruang-ruang inilah lahirnya perpaduan yang tulen, kebersamaan yang utuh dan semangat saling menghormati yang menjadi tunjang kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, aura keharmonian yang saya rasai di Keningau hari ini akan terus menyuburkan semangat perpaduan di seluruh pelosok negara
#masjidattaqwa
#keningau #sabah
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐋𝐢𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Program Sentuhan Kasih Desa@Liawan berlangsung penuh meriah dengan kehadiran masyarakat setempat yang turut bersama menjayakan pelbagai pengisian bermanfaat. Suasana harmoni dan keramahan penduduk menjadi nadi kepada kejayaan program kali ini.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan desa yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Liawan kekal menjadi antara kawasan yang menerima perhatian untuk diperkasa.
Insya-Allah, inisiatif seperti ini akan terus diperluas bagi memastikan setiap komuniti luar bandar mendapat akses kepada peluang yang seimbang, seterusnya menikmati kemajuan yang sama rata dengan kawasan lain.
#sentuhankasihdesaliawan
#kkdw #pejuangdesa
#liawan #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚
Dalam setiap perjalanan saya di Sabah, dari kampung ke kampung, dari PDM ke PDM.. saya melihat wajah rakyat yang sabar, tabah dan penuh hasrat.. Impian yang tidak pernah padam, meskipun diuji pelbagai kekurangan dan kesulitan.
Ada waktu, kita diuji.. Ada masa, langkah kita disalah tafsir.. Ada hari di mana penat terasa lebih berat daripada biasa.. Namun setiap kali saya berjumpa rakyat Sabah… setiap kali saya melihat masa depan anak-anak kecil negeri ini… hati saya kembali kuat.
Kerana perjuangan ini bukan tentang saya..
Ia tentang agama yang perlu dipelihara,
Tentang bangsa yang perlu dibina,
Tentang negeri yang mesti dimajukan untuk kemakmuran bersama.
Hari ini, segala usaha telah dilaksanakan..
Kita sudah bergerak sedaya yang mampu..
Selebihnya, saya serahkan kepada Allah SWT,
Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati dan niat perjuangan ini.
Semoga setiap langkah yang diambil, setiap salam yang disambut, setiap doa yang dititipkan… menjadi saksi bahawa perjuangan parti ini ikhlas untuk rakyat Sabah yang saya sayangi.
Moga Allah menentukan yang terbaik.
𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭,
𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡,
𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚.
#prnsabah
#barisannasional
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐬, 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐫, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Bagi memenuhi agenda lawatan saya ke Sabah, saya telah turun padang menyaksikan perkembangan Projek Menaiktaraf Jalan Bukit Manggis, Papar, yang akan meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan serta kesalinghubungan penduduk setempat.
Projek ini merupakan salah satu inisiatif di bawah KKDW merangkumi jajaran sepanjang 29.3 kilometer melibatkan tujuh buah jambatan dan dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk di 11 buah kampung di Papar dan Kimanis.
Selain itu, projek ini akan memberi penjimatan masa perjalanan yang sebelum ini mengambil masa sekitar 60 minit, kini dijangka dapat dikurangkan kepada hanya 30 minit, sekali gus meningkatkan mobiliti, keselamatan dan kualiti hidup penduduk setempat. Insya-Allah projek ini boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 2027 nanti.
Saya berharap agar projek ini dapat menjadi pemacu dalam merancakkan pembangunan setempat dan memperkasa kesejahteraan rakyat Papar, Kimanis dan Sabah keseluruhannya.
#papar #sabah
#kkdw #pejuangdesa
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
Merujuk amaran terbaharu yang dikeluarkan MET Malaysia malam tadi, beberapa negeri dijangka mengalami hujan lebat berterusan sehingga 29 November 2025, melibatkan kawasan dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada di seluruh Semenanjung.
Saya menyeru semua yang berada di kawasan terlibat terutamanya di Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan perkembangan cuaca semasa.
Elakkan kawasan rendah yang mudah dinaiki air, arus deras dan sungai yang melimpah. Sekiranya menerima arahan berpindah, patuhi segera demi keselamatan diri dan keluarga.
Insya-Allah, semua agensi berkaitan telah berada dalam kesiapsiagaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sama-sama kita berdoa agar keadaan kekal terkawal dan semua dilindungi daripada sebarang musibah.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#amaranhujanberterusan
#metmalaysia
#kesiapsiagaanbencana -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐍
Dalam perjalanan di Bongawan petang tadi, saya sempat singgah ke PDM bersama calon kita di N.30 Bongawan, YB Datuk Mohamad Alamin - seorang pemimpin berpengalaman, rendah hati, tetapi punya tekad besar untuk rakyat Sabah.
Saya lihat jentera Bongawan benar-benar luar biasa. Tetap hadir, tetap bekerja, tetap setia walaupun kempen semakin menghampiri penghujungnya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terus menggerakkan perjuangan ini dari pagi hingga malam. Teruskan kerja keras dan kekalkan fokus hingga ke garisan akhir. Insya-Allah, Bongawan akan bersama Barisan Nasional!
Demi rakyat, demi Sabah.
Kita Bikin Balik Sabah!
#barisannasional #bnsabah
#bongawan #kimanis
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧
Saya meneruskan perjalanan hari ini ke program Sentuhan Kasih Desa@Bongawan yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Bongawan. Terima kasih kepada warga Bongawan yang menyambut saya dengan begitu mesra. Memang sporting orang Bongawan!
Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak KEMAS yang menerima anugerah kecemerlangan sebentar tadi. Saya yakin ibu bapa pasti berbangga melihat usaha dan kejayaan mereka.
Penghargaan juga saya berikan kepada guru-guru KEMAS yang menjadi tulang belakang pendidikan awal anak-anak kita. Kesabaran, kasih sayang dan dedikasi mereka inilah yang membentuk asas masa depan generasi Sabah.
Insya-Allah, inilah generasi baharu yang akan menikmati Sabah yang lebih stabil, teratur dan sejahtera seperti yang kita usahakan bersama.
#sentuhankasihdesa
#bongawan #kemas
#kkdw #pejuangdesa
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐤𝐚𝐫 𝐔𝐦𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡
Seterusnya, saya ke PDM Pimping menyantuni jentera Barisan Nasional di sana bersama calon kita, Cikgu Rusman Dulamit, yang bakal membawa suara rakyat di N.31 Membakut.
Di Membakut, saya melihat semangat jentera yang tidak kurang hebatnya. Tetap teguh, tetap berjuang dan tetap bersatu melaksanakan amanah rakyat. Inilah kekuatan sebenar kita iaitu hati yang seiring, langkah yang seirama, tekad yang tidak pernah goyah.
Sempat juga saya menyuntik semangat kepada mereka di PDM ini sebentar tadi agar teruskan bekerja rapat dan istiqamah demi kemenangan di N.31 Membakut. Insya-Allah, setiap usaha dan setiap titik peluh ini akan membuahkan hasil.
Demi rakyat, demi Sabah.
Kita Bikin Balik Sabah!
#barisannasional #bnsabah
#membakut #sabah
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐟𝐨𝐫𝐭, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐍
Jentera adalah nadi perjuangan. Tangan yang bekerja, hati yang setia dan tenaga yang menggerakkan gelombang perubahan. Tanpa mereka, tiada calon mampu berdiri megah; tanpa mereka, perjuangan hanyalah kata-kata tanpa arah. Jentera inilah yang menjadi tulang belakang kebangkitan Barisan Nasional.
Tengah hari tadi, di PDM Limbawang, saya bersama dengan keluarga besar jentera BN Parlimen Beaufort dalam Majlis Santai Jentera BN, ditemani dua calon yang kita pertaruhkan, Datuk Awang Aslee Lakat (N.33 Kuala Penyu) dan Tuan Haji Osin Jilon (N.32 Klias). Di wajah mereka, saya melihat keyakinan; di semangat mereka, saya membaca kemenangan yang sedang menghampiri.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera yang hadir dengan tekad yang tidak pernah pudar. Kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan adalah kekuatan terbesar kita. Dengan gerak kerja yang tersusun, hati yang seiring dan langkah yang jujur, kita mampu menawan kedua-dua kerusi ini. Insya-Allah.
Demi rakyat, demi Sabah.
Kita Bikin Balik Sabah!
#barisannasional #bnsabah
#pdmlimbawang #beaufort
#kualapenyu #klias
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐊𝐥𝐢𝐚𝐬: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐈𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐩𝐚, 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤
Hari ini di bumi Sabah, saya kembali ke Klias untuk bersama masyarakat dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Klias di Dataran Bagandang, Beaufort.
Majlis penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Kanak-Kanak TABIKA/TASKA KEMAS 2025 turut berlangsung dengan penuh meriah.
Saya benar-benar kagum melihat komitmen ibu bapa di Klias yang hadir bukan sekadar melihat anak-anak diraikan, tetapi menzahirkan keyakinan mereka kepada KEMAS untuk mendidik generasi kecil ini dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Di sinilah bermulanya asas pembentukan generasi Sabah yang berakhlak, berilmu dan berjati diri.
Saya mendoakan agar anak-anak ini membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga dan negeri ini. Inilah perjuangan kita bersama dalam membina masa depan Sabah melalui pendidikan awal yang berkualiti, kasih sayang keluarga dan sokongan komuniti yang tidak pernah luntur.
#kemas #sabah
#pejuangdesa
#klias #beaufort
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 & 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1)
Barisan Nasional juga akan memastikan setiap rakyat Sabah, tanpa mengira latar dan lokasi, menikmati akses kesihatan yang lebih adil, mudah dan menyeluruh.
Sabah mesti menjadi negeri yang menjaga kebajikan rakyatnya, khususnya mereka yang sedang berdepan kesukaran dan penyakit kritikal.
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#rps1 #barisannasional
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐃𝐌 𝐋𝐢𝐤𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐮
Saya juga sempat singgah di PDM Likas Baru malam tadi, bersama calon muda kita, Saudara Joe Arfan, anak muda yang bakal membawa suara rakyat di DUN N17 Darau.
Saya hadir untuk meniup semangat kepada jentera yang terus bekerja tanpa mengira waktu. Dalam keletihan mereka, saya lihat kesungguhan; dalam senyuman mereka, saya baca wajah penuh harapan.
Terima kasih saya ucapkan kepada para jentera dan penduduk setempat yang sudi duduk semeja, berkongsi cerita dan pandangan tentang masa depan Darau. Kebersamaan seperti inilah yang menguatkan perjuangan kita.
Insya-Allah, dengan tekad yang satu dan kerja yang jujur, usaha ini akan membuahkan hasil.
Demi rakyat, demi Darau, demi masa depan Sabah!
#barisannasional #bnsabah
#darau #likasbaru
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Malam tadi, saya berpeluang meluangkan masa bersama komuniti India di BTC Inanam. Sebuah komuniti yang kecil bilangannya, namun besar peranannya dalam membentuk wajah Sabah yang harmoni.
Sejak dahulu lagi Sabah telah menjadi contoh terbaik dalam meraikan kepelbagaian. Agama, budaya dan bahasa hidup sebumbung dengan penuh keharmonian dan saling hormat menghormati. Inilah asas perpaduan yang mesti terus kita pelihara, tidak kira siapa pun yang diberi amanah mentadbir negeri ini.
Dalam perbualan santai malam tadi, saya turut menyentuh tentang pentingnya pendidikan, TVET dan pembangunan ekonomi yang adil untuk semua. Sabah memerlukan lebih ramai tenaga mahir, peluang pekerjaan yang luas dan kestabilan yang kukuh demi masa depan yang cerah untuk seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mengalir menjadi kekuatan kita bersama dalam membina sebuah Sabah yang maju, sejahtera dan bersatu hati.
#komunitiindia
#inanam #sabah
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 & 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1)
BN akan memastikan hak Sabah diperkasa, dijaga dan ditegakkan melalui tadbir urus yang berintegriti serta politik yang stabil. Setiap komitmen yang digariskan adalah langkah jelas untuk memastikan suara Sabah dihormati dan kedudukan negeri ini dalam Persekutuan benar-benar dimartabatkan.
Inilah iltizam Barisan Nasional untuk membina sebuah pentadbiran yang lebih telus, teratur dan bertanggungjawab demi masa depan Sabah yang berdaulat.
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#rps1 #barisannasional
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐬𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧
Setibanya saya di Kota Kinabalu petang tadi, saya meluangkan masa menyantuni masyarakat Lumadan dalam Program FELCRA MADANI Santuni Rakyat@Lumadan.
Alhamdulillah, rakyat Sabah sentiasa menerima kehadiran saya dengan penuh mesra dan pertemuan ini memberi ruang untuk saya mendengar sendiri keluhan serta keperluan mereka di lapangan.
Antara isu utama yang dibangkitkan adalah masalah banjir yang kerap melanda kawasan ini, sehingga menjejaskan pergerakan harian dan keselamatan penduduk. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya amat memahami keperluan untuk melihat isu ini secara tuntas.
InsyaAllah, saya akan memperhalusi langkah-langkah yang boleh dilakukan termasuklah melihat keutamaan membina Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan berdekatan sebagai penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan dan berstruktur.
Insya-Allah, saya akan memastikan perkara ini diberi perhatian segera demi kesejahteraan rakyat Negeri Sabah.
#felcramadanisantunirakyat
#kkdw #pejuangdesa
#lumadan #bikinbaliksabah
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Dari Kolej Komuniti, saya terus ke Kampus IPG Tawau untuk turut bersama dengan anak-anak muda dalam Program Jelajah TVET MARA Negeri Sabah di sana. Alhamdulillah, semangat mereka di sini juga tidak kurang hebatnya. Benarlah, TVET kini semakin menjadi pilihan utama anak muda Sabah.
Semasa menyampaikan ucapan sebentar tadi, saya sempat menitipkan pesanan kepada anak-anak muda di sini bahawa TVET adalah pilihan terbaik untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hari ini, lulusan TVET merupakan tenaga mahir yang paling dicari oleh industri dan peluang untuk memperoleh gaji yang lebih tinggi terbuka luas bagi mereka yang bersedia membina kemahiran.
Inilah sebabnya Sabah memerlukan lebih banyak peluang TVET, lebih banyak laluan kerjaya dan lebih banyak ruang untuk anak muda melangkah lebih jauh. Melihat keyakinan di wajah mereka sebentar tadi, saya percaya masa depan Sabah akan dipimpin oleh generasi yang berkemahiran, berdikari dan berdaya saing. Insya-Allah, kita realisasikan ianya bersama.
#jelajahtvetmara
#jompilihtvet #tvetmara
#tawau #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Pagi tadi di Kolej Komuniti Tawau, saya hadir merasmikan Program Eksplorasi TVET Komuniti yang menerima sambutan meriah daripada anak-anak muda di sini. Keterujaan mereka mencari ruang, peluang dan masa depan melalui TVET benar-benar memberi harapan baharu untuk Tawau.
Tawau memiliki potensi besar dalam pelancongan, perikanan, pertanian moden, logistik dan ekonomi digital. Semua sektor ini memerlukan tenaga kerja mahir dari kalangan anak tempatan sendiri dan inilah yang sedang kita perjuangkan.
Dalam agenda ini, tiada siapa akan tercicir kerana kita tidak melihat latar belakang sesiapa. Yang kita mahu ialah memastikan setiap anak muda Sabah mendapat peluang pendidikan terbaik dan jaminan masa depan yang lebih cerah.
Insya-Allah, usaha memperkasa TVET dan membuka lebih banyak laluan kerjaya berkualiti untuk anak-anak Sabah akan terus dipertingkat selari dengan aspirasi kita untuk melihat negeri ini terus maju, makmur dan sejahtera.
#tvet #jompilihtvet
#kolejkomunititawau
#tawau #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐫𝐨𝐩𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐨𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚)
MET Malaysia telah mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika. Ribut tropika tersebut dikesan berada pada Latitud 4.5° Utara dan Longitud 97.9° Timur. Ribut ini bergerak ke arah Barat Barat Daya dengan kelajuan 9 km/j dan kelajuan angin maksimum 83 km/j. Kedudukan terdekat dengan Malaysia adalah kira-kira 284 km ke Barat Daya Georgetown, Pulau Pinang. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang, dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my
, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#metmalaysia
#nres
#monsuntimurlaut
#caknacuaca
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1)
Tiada anak Sabah yang harus tercicir daripada masa depan mereka hanya kerana kekangan peluang dan kemampuan.
Setiap insentif, bantuan dan sokongan pendidikan yang ditawarkan disusun untuk membuka jalan, meringankan beban dan memastikan pendidikan berkualiti benar-benar dapat dinikmati oleh semua.
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#rps1 #barisannasional
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 & 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐨𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1)
BN turut memberikan perhatian penuh kepada dua kekuatan terbesar Sabah iaitu wanita yang menjadi nadi keluarga dan belia yang menjadi penggerak masa depan.
Setiap tawaran disusun untuk membuka peluang baharu, mengukuhkan perlindungan wanita, serta memastikan anak muda Sabah mampu melangkah lebih jauh dalam pendidikan, kerjaya dan keusahawanan.
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#rps1 #barisannasional
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐃𝐚𝐭𝐮
Dari Tawau, saya meneruskan perjalanan ke Lahad Datu untuk bersama dengan komuniti FELDA Sahabat di sana.
Kehadiran di sini membawa saya kembali mengimbau detik sewaktu terlibat dalam operasi keselamatan di Lahad Datu ketika memegang amanah sebagai Menteri Pertahanan dahulu.
Di bumi inilah Tragedi Tanduo 2013 merakam keberanian luar biasa para perwira negara dan komuniti FELDA Sahabat antara yang menjadi saksi betapa mahalnya nilai keselamatan serta kedaulatan pada ketika itu.
Saya telah tegaskan bahawa mempertahankan seinci tanah Sabah adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat dan kepimpinan negara, bukan hanya dipikul oleh tentera dan polis semata-mata.
Insya-Allah, dengan semangat permuafakatan dan kesedaran terhadap sejarah yang pernah kita lalui, kita akan terus membawa Sabah menuju masa depan yang lebih selamat, stabil dan makmur bersama.
#feldasahabat
#lahaddatu #sabah
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Hari ini saya kembali ke Bumi Tawau, merasmikan Program Khatam Perdana Pra Tahfiz TABIKA KEMAS Peringkat Negeri Sabah dan Program Sentuhan Desa KEMAS 2025 di Kompleks Sukan Tawau.
Apa yang benar-benar menyentuh hati saya hari ini ialah saat seorang anak kecil, adik Muhammad Adiff Aiman dari TABIKA KEMAS Jawa Lanut, memimpin bacaan doa dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Masya-Allah… dari suara kecil itu, terserlahlah masa depan Tawau yang sedang tumbuh di depan mata kita.
Melihat keyakinan dan kecerdasan anak-anak ini, lahir keyakinan dalam diri saya bahawa selagi ibu bapa terus menaruh kepercayaan kepada KEMAS, insya-Allah amanah ini akan kami pikul sebaik mungkin dalam memastikan anak-anak Sabah dibimbing dengan pendidikan awal yang seimbang, berakhlak, berilmu dan bersedia menempuh masa depan mereka.
Untuk Tawau dan seluruh Sabah, saya ingin tegaskan, iltizam kami akan kekal utuh. Kita akan pastikan setiap usaha dan setiap pembangunan membawa manfaat terus kepada rakyat Sabah. InsyaAllah.
Demi Rakyat, Demi Sabah!
#tawau #sabah
#kemas #kkdw
#pejuangdesa
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 & 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 1 (𝑅𝑃𝑆1)
Barisan Nasional menawarkan sebuah pelan yang realistik, terancang dan menyentuh denyut nadi kehidupan rakyat. Daripada rumah mampu milik, peluang masa depan anak Sabah, infrastruktur moden hingga bekalan air, tenaga dan internet yang lebih stabil.
Inilah komitmen BN: bukan sekadar janji, tetapi penyelesaian yang digerakkan dengan kesungguhan demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran Negeri Sabah!
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#rps1 #barisannasional
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Selamat menunaikan tanggungjawab saya ucapkan kepada semua pengundi awal serta anggota keselamatan yang akan mengundi esok, 25 November 2025 dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.
Gunakanlah hak tuan-tuan dan puan-puan dengan penuh hikmah. Buatlah keputusan yang terbaik, undilah dengan bijaksana demi kestabilan serta kemakmuran negeri dan rakyat Sabah.
Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya, insya-Allah.
Selamat mengundi!
#prnsabah
#barisannasional #bnsabah
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝟕 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢: 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚
Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga jam 4.00 petang hari ini merekodkan 4,844 keluarga melibatkan seramai 13,915 orang mangsa telah terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang terus melanda di beberapa negeri seluruh negara.
Negeri Kelantan antara yang terjejas teruk dengan rekod mangsa banjir tertinggi melibatkan 3,487 keluarga dan 9,503 orang mangsa, diikuti Negeri Perak 485 keluarga dan 1,538 orang mangsa, Perlis 426 keluarga dan 1,426 orang mangsa, Kedah 168 keluarga dan 542 orang mangsa, Pulau Pinang 106 keluarga dan 414 orang mangsa, Selangor 94 keluarga dan 283 orang mangsa dan Terengganu 78 keluarga dan 209 orang mangsa.
Sehingga kini, Kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan NADMA telah menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di setiap peringkat yang bertindak pantas dengan sokongan pelbagai aset termasuk telah mengaktifkan 63 Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di seluruh kawasan yang terjejas.
Kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh. Ketika ini lebih 1,205 anggota APM Negeri Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa.
Bagi memastikan keselamatan rakyat, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.
Selain itu, operasi pemantauan situasi cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko turut dipertingkatkan melalui pemantauan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam bersama Langkah Mandatori dan Tindakan Proaktif APM termasuk:
i. Pengaktifan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di semua daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok dan daerah yang berisiko.
ii. Rondaan berkala menggunakan aset darat dan air di kawasan berisiko banjir.
iii. Hebahan maklumat terkini melalui media sosial APM serta kerjasama rapat dengan agensi lain pengurusan bencana.
Kerajaan juga telah memastikan semua mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibekalkan dengan barang keperluan bencana yang secukupnya seperti makanan asas, khemah, barang keperluan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.
Justeru, saya ingin menggesa semua mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS dan penduduk yang berada di kawasan berisiko agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.
Saya juga menyarankan agar semua pihak mendapatkan maklumat dan amaran semasa situasi banjir melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 & 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Seterusnya di Bagan Datuk, saya turut merasmikan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak 2025 yang bertemakan “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
Tema ini amat dekat di hati kerana ia mengingatkan kita bahawa memelihara bumi ialah amanah bersama, daripada anak kecil di sekolah hinggalah kepada seluruh komuniti.
Saya turut teruja melihat penyertaan yang begitu besar, termasuk lebih 71 sekolah yang berjaya mengumpul 38 tan metrik 𝑒-𝑤𝑎𝑠𝑡𝑒, serta masjid masjid yang mengumpul 11 tan 𝑒-𝑤𝑎𝑠𝑡𝑒. Ini membuktikan bahawa apabila pendidikan hijau dan kesedaran rohani digerakkan seiring, impaknya sangat bermakna.
Kerjasama erat antara Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pendidikan, JAIPK, PBT dan rakan industri melalui program kitar semula plastik dan kempen Hindari Plastik Sekali Guna menunjukkan budaya hijau semakin kukuh dalam masyarakat. Usaha ini seiring dengan hasrat kita untuk membangunkan kawasan luar bandar secara seimbang dari segi ekonomi dan kelestarian.
Pada masa yang sama, saya turut menegaskan bahawa penguatkuasaan terhadap isu pencemaran perlu diteruskan bagi memastikan sungai dan udara di Perak kekal bersih untuk generasi akan datang. Kesihatan bumi hari ini adalah bekalan masa depan anak anak kita.
Saya yakin Perak mempunyai potensi untuk menjadi model negeri hijau melalui gabungan warisan, inovasi, spiritual, budaya dan teknologi. Saya menyeru agar usaha kelestarian ini diteruskan dan diamalkan setiap hari demi kesejahteraan masyarakat kini dan generasi seterusnya.
#harialamsekitarnegara2025
#alamsekitartanggungjawabbersama
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐍𝐌𝐒 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Walaupun jadual saya di Sabah sangat padat sejak beberapa hari ini, saya tetap mencari ruang untuk meluangkan masa bersama masyarakat Bagan Datuk yang sentiasa dekat di hati saya.
Alhamdulillah, sambutan masyarakat dalam Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Moh Kita Sihat di Dewan Dato’ Lope Hashim pagi tadi cukup luar biasa.
Saya lihat seawal pagi lagi, warga Bagan Datuk telah hadir dengan penuh semangat untuk mengikuti pelbagai aktiviti kesihatan, termasuk Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah yang menghimpunkan hampir 2,000 peserta dari dalam dan luar negara. Kehadiran pelari antarabangsa dari 10 buah negara menjadikan Bagan Datuk terus bersinar sebagai destinasi program kesihatan bertaraf antarabangsa.
Saya turut menghargai usaha komuniti dalam Program Gotong-Royong Mega Perangai Aedes 2.0 yang berjaya menggerakkan 400 peserta untuk memastikan kampung kekal bersih dan bebas denggi.
Begitu juga dengan inisiatif MY CHAMPION yang kini menyantuni lebih 90,000 komuniti di seluruh negara. Inilah bukti bahawa jaringan kesukarelawanan kita semakin kuat dan matang.
Insya-Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, saya akan terus turun bersama masyarakat Bagan Datuk dan seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh budaya hidup sihat, membina komuniti yang lebih peka, lebih aktif dan lebih berdaya tahan demi masa depan keluarga serta negara.
#anms
#malaysiasihat
#bagandatuk
#bagandatuknombor1 -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
Saya ingin mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pahang sehingga 25–26 November 2025 ini.
Kepada yang berada di kawasan berisiko, khususnya di Bagan Datuk dan daerah-daerah yang berada dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada, saya nasihatkan agar sentiasa berwaspada, peka dengan perkembangan semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Elakkan kawasan banjir, arus deras serta sungai yang melimpah. Sekiranya diarahkan berpindah, patuhi segera demi keselamatan diri dan keluarga.
Insya-Allah, agensi-agensi berkaitan sedang bersiapsiaga dan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Sama-sama kita berdoa agar semua dilindungi daripada musibah.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#amaranhujanberterusan
#metmalaysia
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya mengakhiri program hari ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Sabah di Dataran Kinabatangan. Satu inisiatif strategik yang memperkukuh peranan MARA dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dari negeri di bawah bayu.
Saya lihat, sambutan anak-anak muda di sini benar-benar membanggakan. Mereka hadir dengan semangat ingin mencari peluang latihan, hala tuju kerjaya dan kemahiran masa depan yang mampu mengubah kehidupan keluarga. Inilah semangat anak muda Sabah yang saya kagumi.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja keras untuk memastikan anak muda Sabah diberikan ruang yang adil dan saksama untuk melangkah maju. Saya yakin usaha seperti ini akan membantu membuka lebih banyak pintu rezeki kepada belia di DUN Lamag dan negeri Sabah secara keseluruhannya.
#jelajahtvetmara
#tvet #sabah
#lamag #kinabatangan
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐫𝐮, 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐠. 𝐆𝐚𝐬 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢
Selesai program di Sungai Sibuga, saya terus bergegas ke Kg. Gas untuk melihat bangunan baharu TABIKA KEMAS Kg. Gas, Parlimen Batu Sapi.
Apa yang sangat menyentuh hati saya ialah kisah anak-anak kecil di sini yang belajar lebih setahun di rumah Pembantu Pendidik Masyarakat kerana surau yang digunakan sebagai tabika di sini sedang dinaik taraf. Namun para guru tetap cekal mengajar tanpa mengeluh, memastikan pendidikan anak-anak tidak terhenti walau dalam apa keadaan sekali pun. Benarlah seperti yang saya sebutkan sebelum ini, orang Sandakan memang hebat!
Alhamdulillah, bangunan baharu ini kini siap sepenuhnya dan telah digunakan sejak dua minggu lalu. Inilah bukti bahawa usaha membawa pembangunan pendidikan ke akar umbi sedang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan komitmen.
Iltizam saya, selagi saya diberi amanah di KKDW, usaha memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan terbaik, kemudahan asas yang adil dan pembangunan yang seimbang akan sentiasa menjadi keutamaan.
#kggas #batusapi
#sandakan #sabah
#kemas #pejuangdesa
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧
Saya sangat teruja apabila tiba di Dewan Masyarakat Bandar Sibuga Jaya sebentar tadi. Sambutan urang-urang Sandakan yang cukup mesra membuatkan saya berasa dekat dengan semua yang hadir.
Saya difahamkan bahawa ibu bapa dan anak-anak ini sudah berada di dewan sejak awal pagi lagi bagi sambutan Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS 2025@Sungai Sibuga. Melihat mereka kekal bersemangat hingga ke akhir program membuatkan saya semakin kagum dengan orang Sandakan. Memang hebat!
Semangat beginilah yang menguatkan lagi keyakinan saya bahawa Sandakan dan seluruh Sabah ini mempunyai masa depan yang sangat cerah!
Insya-Allah, dengan usaha yang berterusan dan sokongan rakyat, kita akan mampu membawa lebih banyak perubahan baik untuk anak-anak dan keluarga di negeri ini.
#sandakan #sabah
#kemas #skd2025
#kkdw #pejuangdesa
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
Monsun Timur Laut 2025/2026 telah bermula pada 13 November dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026, dengan beberapa episod hujan lebat berterusan diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di seluruh negara.
Saya menyeru rakyat, khususnya di kawasan berisiko banjir, agar sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Langkah kesiapsiagaan awal amat penting untuk melindungi keselamatan keluarga dan harta benda.
Kerajaan melalui NADMA, MET Malaysia dan semua agensi penyelamat akan memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik sepanjang musim monsun ini. Utamakan keselamatan.
#metmalaysia
#siagabencana
#monsuntimurlaut
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟏 (𝐑𝐏𝐒𝟏)
Masa depan Sabah mesti dibina dengan perancangan yang jelas, bukan janji sementara!
Saya kongsikan lima inti pati tawaran BN, pelan yang dirangka untuk mengembalikan semula hak-hak Sabah, memulihkan perkhidmatan asas, memperkukuh pendidikan serta memastikan kemakmuran sampai ke setiap daerah.
Demi Rakyat, Demi Sabah!
Untuk melihat hala tuju sebenar masa depan Sabah yang kita perjuangkan, sila layari: prnsabah.com
#prnsabah
#bnsabah #rps1
#demirakyatdemisabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hari ini di bumi bertuah Sabah, Barisan Nasional melangkah dengan penuh keyakinan dengan melancarkan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang merupakan denyut baharu perjuangan kita untuk mengangkat masa depan negeri ini ke martabat yang lebih tinggi dan bermaruah.
RPS1 ini merupakan peta jalan yang berakar pada realiti rakyat. Ia memandu usaha kita membina sebuah Sabah yang stabil, makmur dan sejahtera dari ekonomi yang rancak, pendidikan yang terbuka luas, peluang untuk wanita dan anak muda, sehinggalah kepada tadbir urus yang bersih, kesihatan rakyat yang terjamin dan alam yang terpelihara. Setiap tawaran digarap untuk menyantuni keresahan sebenar rakyat Sabah.
Saya turut nyatakan dengan tegas, jika mandat diberikan kepada BN, setiap komitmen dalam RPS1 akan dipantau melalui KPI dan KRA yang jelas. Janji bukan untuk dilaungkan, tetapi untuk ditunaikan. Amanah bukan untuk dihias, tetapi untuk dilaksanakan. Sabah berhak mendapat pentadbiran yang tersusun, bertanggungjawab dan stabil.
Semoga Sabah kembali bangun, kembali tersusun, kembali melangkah dengan maruah sebagai negeri yang kaya potensinya dan besar jiwanya.
Inilah perjuangan kita bersama.
Inilah waktu Sabah bangkit semula.
Inilah langkah memulihkan sebuah negeri yang terlalu lama menunggu hari cerahnya semula.
Demi Rakyat, Demi Sabah!
Kita Bikin Balik Sabah!
#bnsabah #rps1
#demirakyatdemisabah
#radutatapradu
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.
Patik sekalian mendoakan semoga Tuanku sentiasa dianugerahkan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, serta dilimpahi keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Malam tadi di Papar, saya berpeluang bersama anak-anak Pra Tahfiz KEMAS dalam Majlis Khatam Perdana sempena Program Sentuhan Kasih Desa@Papar.
Alhamdulillah, melihat anak-anak kecil ini membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu lancar benar-benar menyentuh perasaan. Inilah benih generasi al-Quran yang kita impikan untuk dibentuk sejak usia kecil.
Perkembangan Pra Tahfiz KEMAS di Sabah ini begitu memberangsangkan. Daripada hanya 2 kelas perintis pada 2023, program ini berkembang kepada 198 kelas pada 2024, kemudian meningkat kepada 531 kelas aktif pada 2025. Hari ini, sebanyak 731 kelas di seluruh Sabah telah membimbing lebih 8,300 anak-anak kecil mendalami asas al-Quran.
Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan guru-guru KEMAS dan kepercayaan ibu bapa di seluruh Sabah.
Inilah harapan kita. Kita mahu memastikan anak-anak Sabah membesar dengan asas nilai dan ilmu yang kukuh, agar masa depan mereka lebih terarah dan penuh keyakinan.
Terima kasih saya ucapkan kepada para guru, ibu bapa dan seluruh masyarakat Papar yang hadir memeriahkan majlis malam tadi. Insya-Allah, selagi saya masih berada di KKDW, usaha memperkasa Pra Tahfiz KEMAS akan terus diperkasa.
#pratahfizkemas
#kkdw #pejuangdesa
#sabah #papar
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟏
Esok kita melangkah ke fasa utama dalam usaha memacu kebangkitan Sabah. Di bawah gagasan 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎, Barisan Nasional membawa hala tuju yang jelas, terancang dan realistik untuk masa depan negeri ini.
Insya-Allah, dengan kesatuan tenaga seluruh jentera, kita akan memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.
Inilah masanya untuk kita bangkitkan semula keyakinan.
Inilah masanya untuk membawa Sabah ke landasan pembangunan yang sebenar.
Demi Rakyat, Demi Sabah!
#bnsabah
#sabahmembangunbersama
#bikinbaliksabah
#demirakyatdemisabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sebelum bertolak pulang, saya meluangkan masa singgah ke Masjid Tuminah Hamidi untuk menunaikan solat Zohor berjemaah dan seterusnya bersama-sama menyempurnakan solat jenazah Allahyarhamah Puan Saminang Yuhdi, ibu mertua kepada sahabat saya, En. Salihin Asmawi, AJK Bahagian merangkap Ketua Cawangan Sungai Balai Darat, Rungkup.
Saya turut mengambil kesempatan menyampaikan salam takziah serta mendoakan beliau dan seluruh keluarga agar dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini.
Bersama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, serta Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim atas limpah perkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk pagi tadi.
Alhamdulillah, patik serta seluruh warga Bagan Datuk menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran atas keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke tanah bertuah ini sekali lagi. Keberangkatan ini amatlah bermakna, mencerminkan keprihatinan Duli-Duli Tuanku terhadap pendidikan tinggi teknikal, pembangunan modal insan dan masa depan anak-anak muda di negeri Perak.
Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah hari ini mengangkat martabat sebuah institusi yang akan menjadi pusat ilmu, inovasi dan latihan maritim yang strategik. Dengan kedudukan Bagan Datuk sebagai kawasan maritim yang penting, politeknik ini bakal melahirkan generasi pelaut, jurutera dan teknokrat maritim berkemahiran tinggi, sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030 serta aspirasi negeri melalui Perak Sejahtera 2030.
Di bawah nama dan naungan Tuanku, insya-Allah politeknik ini akan terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan TVET maritim di Pantai Barat Malaysia dan pemangkin kemajuan ekonomi sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Perak serta negara.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, taufik dan kesejahteraan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja. Patik berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan kekal makmur, aman dan diberkati Ilahi.
Daulat Tuanku! -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐆𝐂𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐋𝐨𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧
Dalam dunia yang sedang berubah begitu pantas melalui kemajuan kecerdasan buatan, teknologi hijau dan perubahan besar dalam rantaian bekalan global, Malaysia perlu melangkah ke hadapan dengan lebih berani dan lebih strategik.
Semasa berucap ketika merasmikan The Global Chinese Economic and Technology Summit (GCET 2025) di Kuala Lumpur pagi tadi, saya telah menekankan bahawa sebagai Pengerusi ASEAN 2025, peluang yang berada di hadapan kita sangat besar.
ASEAN-China kini muncul sebagai salah satu koridor ekonomi paling pesat berkembang di dunia, manakala hubungan perdagangan Malaysia-China terus menunjukkan peningkatan kukuh dan telah melebihi RM200 bilion setakat tahun ini.
Pertumbuhan ini terhasil daripada komitmen bersama untuk memperdalam kerjasama dalam bidang teknologi, pelaburan, TVET, halal, inovasi digital dan ekonomi hijau. Saya sendiri telah terlibat secara langsung melalui tiga lawatan kerja rasmi ke China bagi membuka laluan baharu kerjasama yang kini mula membuahkan hasil nyata untuk negara.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh kedudukan sebagai rakan ekonomi yang lebih kompetitif, lebih inovatif dan lebih bersedia menghadapi masa depan, sambil membuka peluang baharu untuk warga Malaysia khususnya anak muda yang bakal memimpin ekonomi generasi seterusnya.
#gcet2025
#malaysiachina
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa Bil. 2/2025 bagi menyelaras dasar serta pelaksanaan pembangunan desa secara holistik, bersepadu dan selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dalam mesyuarat ini, beberapa langkah utama telah ditetapkan bagi memperkukuh pendidikan awal, membuka peluang ekonomi baharu dan memodenkan ekosistem pembangunan desa. Antara yang diberi keutamaan ialah penyelarasan pendidikan awal di kawasan FELDA, termasuk penyerapan lebih 3,200 pelajar ke pusat KEMAS yang mempunyai kurikulum standard dan tenaga pengajar bertauliah. Tumpuan turut diberikan kepada pendidikan inklusif melalui perluasan Tabika Tunas Istimewa untuk kanak-kanak autisme.
Mesyuarat juga bersetuju menggerakkan pembangunan bakat belia luar bandar melalui penyelarasan program kepimpinan, sukan, kesihatan mental dan kesukarelawanan di bawah KBS. Di samping itu, kerjasama strategik KKDW-FELDA diperkukuh bagi memperluas latihan keusahawanan, pensijilan produk dan pemasaran digital untuk manfaat lebih 112,000 peneroka.
Selari dengan agenda pendigitalan negara, mesyuarat turut memandatkan pembangunan Papan Pemuka Data Pembangunan Desa Nasional sebagai instrumen tadbir urus masa hadapan untuk memastikan setiap keputusan dasar dibuat secara tepat, berfokus dan berasaskan data sebenar.
Insya-Allah, melalui pendekatan yang lebih teratur, inklusif dan berpaksikan data ini, kita akan terus mempercepat pembangunan desa, merapatkan jurang wilayah dan membina masa depan yang lebih makmur untuk seluruh komuniti luar bandar.
#pembangunandesa
#kkdw #pejuangdesa
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧
Pagi tadi di Kuala Lumpur, saya telah merasmikan 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐨𝐧 𝐂𝐡𝐢𝐥𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧, sekali gus membuka tirai sebuah perbincangan penting mengenai keselamatan kanak-kanak dalam dunia digital yang semakin kompleks.
Dalam era di mana bahaya tidak lagi muncul di jalanan semata-mata, tetapi juga melalui skrin dan algoritma. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak ASEAN membesar dalam ruang digital yang selamat dan beretika.
Semasa berucap, saya telah berkongsi realiti yang sedang kita hadapi di mana satu pertiga pengguna internet hari ini ialah kanak-kanak, dan hampir 30 kes buli siber dilaporkan setiap hari di Malaysia. Ancaman baharu seperti 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑓𝑎𝑘𝑒, pencurian identiti digital dan eksploitasi dalam talian menuntut tindakan pantas dan terkoordinasi.
Justeru, Malaysia telah mengetengahkan tiga keutamaan serantau iaitu 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐶ℎ𝑖𝑙𝑑-𝑃𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐼𝑛𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐸𝑥𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒 𝑁𝑒𝑡𝑤𝑜𝑟𝑘, 𝑆ℎ𝑎𝑟𝑒𝑑 𝐷𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝐹𝑜𝑟𝑒𝑛𝑠𝑖𝑐𝑠 𝑃𝑟𝑜𝑡𝑜𝑐𝑜𝑙, serta 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐷𝑖𝑔𝑖𝑡𝑎𝑙 𝐺𝑢𝑎𝑟𝑑𝑖𝑎𝑛𝑠ℎ𝑖𝑝 𝐶𝑢𝑟𝑟𝑖𝑐𝑢𝑙𝑢𝑚 sebagai langkah membina ASEAN sebagai zon digital yang selamat untuk kanak-kanak.
Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pihak yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah bertungkus-lumus merangka Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak 2026–2030 yang turut saya lancarkan sebentar tadi.
Insya-Allah, dengan iltizam yang jelas, kerjasama serantau yang kukuh dan sokongan masyarakat, kita akan membina sebuah ekosistem digital yang lebih selamat, lebih beretika dan lebih berdaya tahan untuk anak-anak yang bakal mewarisi rantau ini.
#asean #myasean2025
#childonlineprotection
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Setiap hari, kita mendengar kisah kehilangan nyawa di jalan raya. Ada yang keluar mencari rezeki, ada juga yang dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga. Seperti yang saya nyatakan minggu lalu, secara purata sebanyak 18 orang terkorban setiap hari di jalan raya. Angka ini menggambarkan realiti yang menyayat hati dan menuntut tindakan segera daripada kita semua.
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Kali Ke-7 bagi meneliti langkah baharu dalam menangani isu kesesakan serta kadar kemalangan yang semakin membimbangkan.
Fokus utama Kerajaan kini ialah memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan kenderaan perdagangan melalui pelaksanaan 𝑆𝑝𝑒𝑒𝑑 𝐿𝑖𝑚𝑖𝑡𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝐷𝑒𝑣𝑖𝑐𝑒 (SLD) yang telah bermula secara berfasa sejak 1 Oktober 2025 serta tindakan tegas terhadap syarikat yang berulang kali membawa muatan berlebihan.
Kerajaan melalui Belanjawan 2026 turut memperuntukkan sebanyak RM13 bilion bagi menaik taraf jalan persekutuan dan negeri serta RM2.5 bilion untuk kerja penyelenggaraan dan pencahayaan di kawasan berisiko tinggi. Ini termasuk pemasangan 3,000 lampu LED baharu di kawasan kemalangan utama bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya pada waktu malam.
Insya-Allah, melalui gabungan dasar, penguatkuasaan dan kesedaran rakyat, kita akan membina budaya mobiliti yang baharu. Jalan yang lebih selamat, sistem yang lebih cekap dan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di jalan raya.
#keselamatanjalanraya
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#malaysiamadani -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐓𝐮𝐫𝐤𝐦𝐞𝐧𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Saya telah menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Muhammetnyyaz Mashalov, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia, di Parlimen hari ini.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan yang telah terjalin selama lebih tiga dekad. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi aspek halal, sumber asli, pendidikan, TVET, pelaburan, pelancongan serta kerjasama dalam sektor teknikal dan latihan kemahiran.
Turkmenistan merupakan antara rakan penting Malaysia di rantau Asia Tengah, dengan pelaburan strategik PETRONAS yang merupakan antara syarikat pelabur luar terbesar di sana. Hubungan erat ini mencerminkan keyakinan bersama terhadap potensi kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
Saya menghargai kunjungan mesra TYT Mashalov dan berharap hubungan baik ini akan terus berkembang demi manfaat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah.
#malaysiaturkmenistan
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞-𝟖𝟐: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐮 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya memulakan tugas hari ini di Putrajaya dengan menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Majlis ini menjadi platform penting untuk memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal tanah di seluruh negara.
Dalam mesyuarat kali ini, KKDW telah membentangkan kertas mengenai cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan dan hal ehwal tanah.
Pindaan ini bertujuan memastikan tadbir urus tanah yang lebih teratur dan inklusif, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk melindungi kepentingan komuniti Orang Asli tanpa menjejaskan peranan serta bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus memperkukuh dasar yang adil, telus dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
#majlistanahnegara
#kkdw #jakoa
#pejuangdesa
#madanibekerja -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 & 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya teruja melihat ribuan orang hadir ketika saya tiba ke Program Santuni Pekebun Kecil RISDA di SICC Kota Kinabalu petang tadi.
Program ini adalah sebahagian daripada salah satu usaha Kerajaan melalui KKDW dan RISDA dalam memperjuangkan pemerkasaan ekonomi masyarakat desa Sabah.
Memandangkan terdapat lebih 74,600 orang pekebun kecil di seluruh negeri Sabah yang mengusahakan hampir 75,000 lot kebun getah yang berkeluasan lebih 200 ribu hektar, saya mahu agar segala usaha digembleng bagi memastikan nilai ekonomi dan sosial mereka dapat terus dipertingkat.
Melalui pelaksanaan Model Transformasi RISDA (MTR) 2026–2030, Kerajaan menyasarkan agar hasil getah pekebun kecil di Sabah dapat diurus secara berkelompok melalui pembinaan rangkaian 10 depo pengumpulan hasil menjelang 2026. Langkah ini insya-Allah akan memperkukuh ekosistem pemasaran getah negeri sekali gus membuka jalan ke arah menjadikan Malaysia kembali sebagai pengeluar getah utama dunia menjelang 2030.
Justeru, RISDA akan terus memberikan komitmen padu bagi memastikan usaha komuniti pekebun kecil ini dibantu sebaiknya, termasuk melalui pelbagai program pembangunan yang dirancang khusus untuk mereka.
Saya berharap agar usaha ini menjadi sebahagian daripada langkah penting dalam memperkukuh daya tahan ekonomi komuniti desa dan pekebun kecil di Sabah, sambil memastikan kemajuan serta kemakmuran negara dapat dinikmati dengan lebih saksama, insya-Allah.
#risda #kkdw
#pejuangdesa
#kotakinabalu #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐚𝐫𝐥𝐲–𝐓𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐦𝐚𝐦𝐨𝐭𝐨 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬
Tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah atas kejayaan menjuarai Kumamoto Masters di Jepun sebentar tadi. Cukup hebat!
Kemenangan ini bukan sekadar memberi inspirasi bahkan menggegarkan sejarah badminton negara apabila menjadi pasangan Malaysia pertama yang menjuarai kejohanan berprestij.
Lebih membanggakan, ini merupakan gelaran ketiga Jelajah Dunia BWF buat mereka. Inilah bukti ketabahan, disiplin dan semangat juang mereka yang tidak pernah luntur.
Pearly-Thinaah telah membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia. Teruskan mengorak langkah dan teruskan memburu kejayaan yang lebih besar. Seluruh rakyat Malaysia bangga dan akan terus berdiri di belakang kalian!
Tahniah, JUARA!
#malaysiaboleh
#pearlythinaah
#juarakumamotomasters2025
#bwfworldtour -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐢𝐫𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦 𝐋𝐨𝐤 𝐊𝐚𝐰𝐢
Selesai program di Kota Belud, saya meneruskan perjalanan ke Kem Lok Kawi untuk bertemu serta menyantuni para perwira negara yang setia berkhidmat di sini.
Setiap kali bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia, saya kembali menyemai rasa tentang pengorbanan besar mereka, pengorbanan yang tidak pernah mengenal lelah demi menjaga kedaulatan tanah air tercinta.
Terima kasih saya ucapkan atas kesempatan yang diberikan hari ini. Pertemuan ringkas, namun cukup bermakna dan mendalam.
Saya mendoakan agar seluruh warga ATM khususnya di Sabah ini sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah yang besar ini. Percayalah, kalian semua adalah kebanggaan negara.
Sampaikan salam saya kepada rakan-rakan yang lain dan juga kepada ahli keluarga masing-masing ya.
#kemlokkawi
#angkatantenteramalaysia
#perwiranegara
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐌𝐘𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞𝐉𝐨𝐛𝐬 𝐆𝐚𝐥𝐚𝐱𝐲: 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 & 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Pagi tadi di Bumi Sabah, saya kembali lagi ke Kota Belud dan kali ini untuk bersama masyarakat setempat dalam Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs@Kota Belud yang turut menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kepada para pencari kerja yang hadir.
Pada majlis ini turut berlangsungnya pelancaran MYFutureJobs Galaxy oleh PERKESO, satu platform pintar yang menggunakan teknologi data untuk memadankan kemahiran rakyat dengan keperluan sebenar industri.
Semasa berucap, saya telah berkongsi bahawa kadar pengangguran di Sabah kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional manakala median gaji di Sabah pula antara yang terendah di Malaysia.
Angka-angka ini penting untuk kita perincikan dan melihat segala usaha untuk memastikan ia dapat ditangani sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda di masa hadapan.
Justeru, penganjuran karnival ini diharapkan bukan sahaja membuka pintu rezeki, tetapi membuka ruang ke arah melahirkan para belia tempatan yang berkemahiran tinggi melalui pendidikan TVET yang kini menjadi laluan utama kerjaya.
#myfuturejobs #perkeso
#myfuturejobsgalaxy
#kotabelud #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐩𝐢-𝐊𝐮𝐩𝐢 𝐅𝐌: 𝐁𝐮𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐕𝐄𝐓
Selepas bersama rakan-rakan media Sabah petang tadi, saya singgah pula ke studio Kupi-Kupi FM untuk satu sesi rakaman santai tapi bermakna.
Kami berbicara tentang “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, agenda besar Kerajaan Perpaduan untuk memastikan anak muda kita memiliki masa depan yang cerah, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Saya juga sempat kongsikan bahawa di seluruh negara kini terdapat 1,398 institusi TVET, termasuk 102 di Sabah. Inilah bukti bahawa ekosistem latihan kemahiran negara semakin meluas dan inklusif.
Terima kasih saya ucapkan kepada kru Kupi-Kupi FM atas jemputan dan layanan yang sangat mesra.
Harapan saya, semoga perbualan ini dapat membuka mata lebih ramai anak muda bahawa TVET bukanlah laluan kedua, tetapi laluan masa depan yang menjanjikan peluang dan kemajuan khususnya di Negeri Sabah. Insya-Allah.
#kupikupifm
#tvetmalaysia
#kkdw #pejuangdesa
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐒𝐞𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Di tengah kesibukan berkempen hari ini, saya meluangkan sedikit masa bersama rakan-rakan media - berkongsi pandangan, memberikan pencerahan, dan lebih penting, mendengar sendiri cerita, cabaran dan pengalaman mereka di lapangan.
Saya amat menghargai peranan besar yang dimainkan oleh rakan-rakan media dalam memastikan maklumat tepat, sahih dan seimbang sampai kepada rakyat, khususnya dalam suasana PRN Sabah yang penuh dinamik dan mencabar ini.
Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir dan meluangkan masa petang tadi.
Semoga urusan kalian dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta terus bersemangat menunaikan amanah besar ini demi kebenaran dan kesejahteraan rakyat.
#mediasabah
#kkdw #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Kesempatan saya berada di Sabah, saya turut hadir meraikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana & Forum Makanan Baik dan Sihat TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di IKM Kota Kinabalu. Program ini bukan sahaja menyuburkan jiwa dengan kalam Allah, tetapi juga membina tubuh yang sihat. Dua elemen yang saling melengkapi dalam membentuk insan seimbang.
Ketika berucap, saya menzahirkan kebanggaan melihat perkembangan luar biasa KEMAS Sabah. Dalam tempoh hanya tiga tahun, KEMAS Sabah berjaya mewujudkan 731 kelas Pra Tahfiz melibatkan 8,347 kanak-kanak yang diasuh dengan asas Al-Quran sejak usia awal.
Hasilnya, Laporan Penguasaan Pra Tahfiz Sabah 2025 merekodkan seramai 972 kanak-kanak berada pada Tahap 5, telah menghafal lebih 21 surah Juz ‘Amma. Ini bukan angka kecil; ini bukti keberkatan usaha yang dilaksanakan di bumi Sabah dan seluruh negara sejak tiga tahun lalu.
Tentunya perkembangan ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada kasih, dedikasi dan iltizam para guru, penyelia dan warga KEMAS Sabah yang mendidik anak-anak ini dengan penuh amanah dan kesungguhan. Mereka bukan sekadar mengajar, tetapi turut membina jati diri ummah.
Semoga KEMAS terus berperanan sebagai institusi pembangunan insan luar bandar yang mendidik minda, membentuk akhlak dan mengangkat martabat ummah untuk generasi akan datang.
#membinagenerasialquran
#pratahfizkemas
#kemas #sabah
#bikinbaliksabah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐏𝐨𝐫𝐭 𝐃𝐢𝐜𝐤𝐬𝐨𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡
Semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Port Dickson pada petang tadi, saya telah tegaskan satu perkara utama iaitu ahli-ahli UMNO mesti mempunyai daya tahan dan semangat untuk terus beristiqamah.
Dalam gelombang politik yang serba mencabar ini, bukan retorik yang menyelamatkan kita, tetapi kesetiaan dan kebersamaan sebagai satu pasukan.
UMNO bukanlah parti yang mudah goyah dengan ujian. Kita pernah difitnah dan diasak dari pelbagai sudut. Namun, kita tetap berdiri teguh kerana kita yakin dan percaya bahawa perjuangan kita ini benar dan selayaknya dipertahankan.
Saya juga menyatakan bahawa UMNO parti yang tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak, sebaliknya memimpin dengan penuh tanggungjawab.
Saya yakin UMNO Port Dickson mampu bangkit di bawah teraju Dato’ Faizal yang terus membuka lembaran baharu tanpa mengetepikan jasa generasi terdahulu.
Kini tibalah masanya untuk kita rapatkan barisan, perkukuh pasukan dan perbaiki persepsi rakyat dengan semangat kesatuan.
Insya-Allah, dengan tekad dan iltizam bersama, UMNO dan Barisan Nasional mampu melakar kemenangan menjelang PRU16 nanti.
#umno
#umnoportdickson
#umnonegerisembilan
#bersatubersetiaberkhidmat -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐑𝐊 𝐍.𝟐𝟗 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚
Pagi ini, saya mengiringi calon No. 01, Saudara Syed Hussien bin Syed Abdullah ke sesi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
Seperti Azmawi, kita tawarkan lagi seorang calon muda, berwibawa dan sering berkhidmat dengan masyarakat terutamanya di Mahkota ini.
Nasihat saya buat Hussien, selaku wakil parti - pikul lah amanah ini dengan sebaiknya-baiknya.
Buat jentera BN dan Perpaduan, aturlah perancangan, geraklah berpasukan - mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan. Insya-Allah.
#barisannasional
#n29mahkota
#prkmahkota
#mahkotakita -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Meninjau Keadaan Banjir di Kemaman, Terengganu.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Senyum itu sedekah. Senyum tika senang dan susah. Senyum tika menang atau kalah… Nasihat bersama kepada semua sahabat dan teman seperjuangan serta seluruh rakyat Malaysia.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Merasmikan Kursus Pilihan Raya Umum ke 15 UMNO Bahagian Bagan Datuk di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Janda Baik.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Kita rasa amat berdukacita menerima perkhabaran mengejutkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Hashim bin Jahaya menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 60 tahun awal pagi tadi. -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sekali lagi hari ini kita telah dikejutkan dengan pemergian tokoh yang sangat besar jasanya kepada kita khususnya negeri Sabah iaitu mantan Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai awal pagi tadi.
-
Post not available here, view on X
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
BN tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi kerana wabak Covid-19 perlu dielakkan daripada menular. Kesejahteraan dan kesihatan rakyat perlu diutamakan.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Halatuju parti selepas PRN Sabah akan dibincangkan dlm Biro Politik UMNO & dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO. Ini soal penting.Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh. Pimpinan parti boleh beri pandangan.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Meraikan perbezaan pendapat & saling memaafkan, perlukan seseorang yang berjiwa besar & sentiasa berlapang dada. DS Bung Mokhtar & DS Rahman Dahlan merupakan contoh terbaik.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Loyalty isnt grey. Its black and white. You're either loyal completely or not loyal at all. Stay loyal to UMNO.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari Arafah yg penuh keberkatan dan keampunan. Marilah kita penuhi dgn amalan yg baik dan dituntut oleh Islam. Banyakkan bersedekah dan berdoa kpd Allah SWT agar negara kita & seluruh dunia dibebaskan dari wabak Covid-19. Jaga SOP & jaga kesihatan, berhati-hatilah dlm perjalanan.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selamat Menyambut Hari Kelahiran DS @NajibRazak. Semoga kekal beristiqamah. Bersemangat. Didoakan agar kebenaran akan memihak kepada DS.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. (wasiat Imam Shafie). Juga jadilah insan budiman - berbudi dan beriman. Harap semua YB jaga adab dan budi bahasa di Dewan Rakyat hari ini dan hari seterusnya. Kita memimpin.
#kitajagasikapkita -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Jom RT
callmefriday
@farahimbasri
Hi semua. My friend just got laid off. Wife tak kerja and baru je dapat first baby. He has talent in editing and designing. Super talented. Won't charge a lot for simple designs. If you guys ada any job I can forward to him do let me know. I can share his contact.
RT PLEASE 🙇🏻♀️ -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin.Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan.Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan.Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Salam takziah kepada keluarga YB DS Abu Bakar bin Harun, Adun Chini yang telah kembali ke Rahmahtullah awal pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. ALFATIHAH.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Patuhi arahan, kita duduk di rumah melayan keluarga. Masa yang sangat berharga
#juststayathome
#hanyadudukdirumah -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
UMNO tidak 'melobi' untuk jawatan TPM di dalam kerajaan, sebaliknya UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen (BN) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak. www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-tak-lobi-jawatan-…
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tindakan terbaharu golongan pembangkang. Pejuang Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional harus menentang niat jahat mereka ini.
Mereka cuba merobek ukhwah sesama kita. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini.
#muafakatnasional -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya di mahkamah semula petang ini untuk sambungan perbicaraan kes. Saya akan membersihkan nama saya melalui perbicaraan mahkamah.
malaysiagazette.com/2020/03/02/selepas-pmo-keluar-kenyata… -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di Istana Negara menunggu Majlis Angkat Sumpah PM.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Setia kawan KIMMA sbg parti gabungan UMNO sejak tahun 2010 amat dihargai. Mereka tetap teguh bersama UMNO ketika senang & susah. Hari ini saya merasmikan Perhimpunan Agung ke-41. KIMMA punyai ahli seramai 170k yg terus bergerak bersama UMNO sbg parti pembangkang. KIMMA bangkit !!
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Melakar sejarah baharu hadir di Muktamar Tahunan PAS. Suatu langkah mula permuafakatan parti2 pembangkang. Putaran roda politik ini suatu petanda kematangan politik Malaysia. Rakyat akan jadi penentu bila kesedaran baharu muncul. Jalinan Umno-Pas & parti2 lain akan buktikannya.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dari Madinah saya mendoakan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Dlm 100 hari kerajaan baharu kita mengharapkan sesuatu yg lebih baik. Jika berlaku sebaliknya kesedaran rakyat harus dibangkitkan. Yg baik datang dari Allah. Yg sebaliknya angkara manusia.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Mengkaji semula MEP suatu langkah ke belakang & tidak menghormati Perkara 153 Perlembagaan. Dasar MEP tidak ketepikan lain2 kaum. Menolak MEP bererti Perlembagaan dinafikan Pembangkang menolak saranan kerajaan. Ianya bangkit kemarahan Bumiputra.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tahniah pasukan bola sepak negara U19 menjuari Piala AFF semalam. Semangat juang anak muda yg tinggi ditunjukkan berjaya harumkan nama negara. Teruskan momentum ini. Syabas sy ucapkan 👍
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Saya ingin menafikan rakaman suara yg bermain di media sosial bahawa saya memarahi Pemuda UMNO Msia, ITU BUKAN SAYA. Kpd ahli2 UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. InshaAllah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan & kekuatan perjuangan kita. #umno72
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menyambut ulangtahun ke-6 cucu tersayang Aleyna dan Aditya yang ke-2 bersama anak dan menantu... Alhamdulillah semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah Taala dan dilimpahi kegembiraan dapat peluang berkumpul bersama meraikan saat bahagia ini.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Merasmikan Himpunan Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di MAEPS, Serdang.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Perasmian Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa di Hotel Casuarina @ Meru Raya, Ipoh, Perak. @ZambryOfficial
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menikmati nasi bungkus bersama MB Kedah, KM Penang, Tok Non, Tim Menteri Luar & mangsa banjir di Kepala Batas.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Berada di Sepang menonton MotoGP. Sy tidak pernah terlepas setiap tahun sebagai biker tegar utk berada di sini.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Dewan Rakyat: Daesh & Masalah Pemerdagangan Orang: youtu.be/gDRmLPVvTzs @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sempat imamkan solat Zuhur di Masjid yg belum siap di Kutubdia dekat dgn Cox's Bazar salah satu tempat penampungan Rohingya. Sama2 kita doa.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Melawat dan bertanya khabar pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya Cox Bazar, Bangladesh.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Majlis Makan Malam Anugerah Kepimpinan Industri Minyak Sawit di Hotel ShangriLa KL. @mpob_tweets @mahsiewkeong8 @MyMPIC
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Malaysia & China Akan Bertukar Pandangan Mengenai Kerjasama Keselamatan Dua Hala Termasuk Inisiatif Counter-Terrorism. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Beraksi Muay Thai bersama MB Negeri Sembilan selepas Perasmian Ekspresi Negaraku di PD. Kehadiran sangat ramai berangsangkan penganjuran.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Marilah kita bersama berikan sokongan pada atlet #paraasean2017 🇲🇾 di #kl2017. Doakan kejayaan buat mereka. #bangkitbersama #kamiluarbiasa
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selepas dari Sibu, saya terus ke Kawasan Kebakaran Sekolah Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah. Semoga semuanya ditempatkn bersama para Syuhada'.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Salam takziah buat keluarga anak2 tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar pagi td. Semoga dicucuri rahmat Allah. Al Fatihah
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selamat Maju Jaya Buat Anak2 Yang Akan Menduduki Peperiksaan #upsr2017. @KemPendidikan
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Konvoi Bermotosikal ke Tapak Merdeka Rides & Perasmian Penutup Merdeka Rides 2017 di Putrajaya.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Di Istana Negara hadiri Hari Keputeraan YDP Agung. Tahniah penerima Anugerah. Moga anugerah yg duterima jadi motivasi utk bakti kpd negara.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Daulat Tuanku. Semoga Allah Lanjutkan Usia DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. #negaraku
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sy menyeru seluruh rakyat Malaysia & semua pihak bersatu menentang kezaliman terhadap rakyat #rohingya di Myanmar.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tkasih @KBAB51 setiap jasa yg diberikan dlm @PDRMsia. Tahniah DS Mohamad Fuzi KPN yg baru. Selamat maju jaya. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pendirian kerajaan terhadap Tragedi Memali:
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tahniah pasukan Bola Sepak negara menang 2-1 ke atas Singapura. Semangat juang berpasukan yg tinggi diberikan. #kl2017 #bangkitbersama 🇲🇾
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pelancaran E-Visa Communication Centre disempurnakan oleh YAB PM @NajibRazak di @imigresenmy Putrajaya.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pelancaran Buku POCA - Nafas Baharu Banteras Jenayah, pagi tadi di Marriot Hotel. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Perhimpuan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pagi tadi. @KDNPUTRAJAYA #negaraku
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Melihat Majlis Tanda Tangan Ikrar Bebas Rasuah @PDRMsia bersama @SPRMMalaysia. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Assalamualaikum wrt wbt kpd sahabat maya saya.Sila layari saluran telegram rasmi saya untuk perkembangan terkini. TQ t.me/ahmadzahidhamidi
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Majlis Perkahwinan Anakanda Tn Hj Rosli di Bagan Datuk. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Slmt datang ke Bagan Datuk.
Semoga semua selamat dlm perjalanan ke Rumah Terbuka Bagan Datuk di SMK Hutan Melintang. Sy menanti anda di sini -
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menerima kunjungan hormat Duta Qatar Ke Malaysia di pejabat saya sebentar tadi.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ada orang curi2 ambil gambar kami sewaktu saya berselfie dgn PM ketika menanti waktu berbuka puasa di PWTC kelmarin.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Negeri Kelantan: youtu.be/0-lqUdIZz7g @Mustapa_Mohamed @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
InshaAllah hari ini saya berbuka puasa & Solat Tarawih di Kelantan. Rakan2 semua dijemput hadir. Kita jumpa di sana. @Mustapa_Mohamed
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selamat Menyambut Ulangtahun Ke 59 kpd seluruh anggota & pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia. Sentiasa di Angkasa Raya. @airforcenextgen
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menerima Kunjungan Hormat Timb Menteri Pertahanan Thailand, TYT General Udomdej Sitabutr di Pejabat AKSEM Bkt Kayu Hitam. @AksemK
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Hari Terbuka KDN 2017. Tahniah penganjuran yg baik. Aktiviti2 menarik & perkhidmatan yg disediakn utk kemudahan rakyat. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Closing Ceremony International Conference on Rohingya (ICR) at Marriott Putrajaya. @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tahniah @LeeChongWei Juara All England 2017. Kejayaan yg merupakn kebanggaan buat negara. Tahniah juga kpd pasangan beregu campuran. #yae17
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Antara perkara utama telah dicapai hasil perbincangan semasa lawatan kerja rasmi ke Qatar selama 4 hari. Tkasih semua.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Selamat Menyambut Hari W. Persekutuan. Smga kemakmuran trus dikecapi oleh semua warga KL, Labuan & Putrjaya. Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham YB Hj Kamarol Zaki B Hj Abd Malik (Adun Sg Air Tawar) yang meninggal dunia pagi tadi. #alfatihah
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Sidang Media Hari Terakhir Lawatan Kerja ke #china di #kunming
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Meninjau persiapan terakhir untuk Majlis Pengisytiharan Daerah #bagandatuk oleh DYMM Sultan Perak, esok.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk yg akan disempurnakn oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pd 9 Januari 2017. Org2 kampung sy dijemput hadir.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Terima kasih atas ucapan
KDN🇲🇾
@KDNPUTRAJAYA
Selamat Hari Lahir YAB Dato' Seri Dr. Ahmad @Zahid_Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri daripada seluruh warga @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Al-Fatehah. Adik sy Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia jam 11.30 malam td. Jenazah akan dikebumikn di Bagan Datuk slps solat Jumaat.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pelancaran Program Saringan Kesihatan utk seluruh anggota polis & PERKEP di slrh negara. Suatu program peduli kesihatan. Manfaat utk semua.
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Pelancaran Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan Untuk Anggota @PDRMsia Seluruh Negara di IPD #hilirperak #telukintan
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Menghadap DYMM Tuanku Sultan Johor. @OfficialJohor #dszh
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Terima kasih UMNO Bhgn Ampang atas jemputan. @IsmailKijo #dszh #umno
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Kerjasama antara Malaysia-Australia bsama Scott Morrison, Menteri Imigresen & Keselamatan Sempadan @KDNPUTRAJAYA
-
Ahmad Zahid Hamidi
@DrZahidHamidi
Tahniah @PDRMsia di atas kejayaan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) @KBAB51 @KDNPUTRAJAYA

























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































