Pagi semalam saya berkesempatan merasmikan Kejohanan Karom Terbuka 2026 Piala Ahli Parlimen Shah Alam, Vol. 3 anjuran Twenty Four Carrom Club yang berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam.
Selesai menyampaikan ucapan, saya turut mengambil peluang mengimbau kembali bakat mengetik buah karom. Teringat zaman muda dahulu, karom antara permainan yang banyak mengisi masa lapang bersama rakan-rakan. Kemahiran lama masih belum hilang sepenuhnya!
Saya gembira dapat menyatuni peserta daripada pelbagai peringkat usia. Walaupun karom nampak seperti permainan santai, ia sebenarnya menguji ketelitian, strategi, fokus dan kesabaran.
Lebih daripada sekadar pertandingan, program seperti ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyatukan komuniti dan menghidupkan semula permainan tradisional yang semakin kurang mendapat perhatian generasi muda.
Tahniah kepada MPP Zon 8, Friends of Shah Alam (FOSA) serta semua pihak yang turut menjayakan kejohanan ini.
Semoga tradisi ini terus subur dan menjadi aktiviti komuniti yang dinanti-nantikan setiap tahun.
.
Azli Yusof
Azli bin Yusof (Jawi: name ازلي يوسف; born 15 March 1967) is a Malaysian politician who has served as Member of Parliament (MP) for Shah Alam since November 2022. He served as Political Secretary to former Minister of Federal Territories and Shah Alam MP Khalid Abdul Samad from July 2018 to February 2020, Member of the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) Advisory Board from 2018 to 2020, Member of the Shah Alam City Council (MBSA) from 2009 to 2012 and again from 2014 to 2015. He is a member of the National Trust Party (AMANAH), a component party of the Pakatan Harapan (PH) coalition. He has also served as Deputy State Chairman of AMANAH of Selangor since 2019 and Division Chief of AMANAH of Shah Alam since 2016. More on Wikipedia
-
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan meluangkan masa menyantuni para pempamer dan pengunjung Bukit Jelutong Festival (THIS IS BJ 2026) anjuran Bukit Jelutong Residents Association (BJRA).
Tahniah kepada BJRA dan semua pihak yang menjayakan festival komuniti selama dua hari ini di Bukit Jelutong Community Park, Shah Alam.
Menariknya, festival ini bukan sekadar ruang untuk berhibur dan bersantai bersama keluarga, tetapi turut menjadi platform mempertemukan penduduk setempat, usahawan kecil, peniaga dan komuniti dalam suasana yang cukup meriah.
Dengan penyertaan lebih 70 gerai pempamer, pelbagai aktiviti makanan, jualan, sukan, kesihatan, bengkel kreatif dan hiburan, festival ini berjaya menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Inilah contoh aktiviti komuniti yang wajar diperbanyakkan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan kejiranan, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan.
Komuniti yang kuat bermula dengan masyarakat yang saling mengenali, menyokong dan bekerjasama.
Syabas BJRA! Semoga THIS IS BJ menjadi acara tahunan kebanggaan warga Bukit Jelutong.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya menghadiri satu sesi taklimat dan perbincangan penyelarasan berhubung isu banjir di kawasan Plaza Tol Shah Alam menghala ke Lebuhraya NKVE, ELITE dan GCE serta kesannya terhadap aliran trafik dan pergerakan penduduk sekitar.
Perbincangan ini susulan kejadian banjir yang berlaku selama dua hari berturut-turut sehingga menyebabkan laluan dari NKVE tidak dapat dilalui kenderaan. Ia mengakibatkan kesesakan trafik yang serius, malah menjejaskan rutin harian dan keselamatan pengguna jalan raya.
Mesyuarat dianjurkan MPP Zon 19 ini melibatkan pihak PLUS Malaysia, OPUS Consultants, kontraktor RTB Sg. Damansara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), MBSA, pemaju serta wakil-wakil agensi berkaitan. Turut hadir wakil ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk status sistem saliran, punca kejadian banjir, keberkesanan sistem perparitan sedia ada, langkah mitigasi serta penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
Mesyuarat dimaklumkan tentang keutamaan dan tindakan yang akan disegerakan oleh agensi berkenaan persekitaran Plaza Tol Shah Alam ini yang dikenalpasti kawasan hot spot banjir dalam Rancangan Tebatan Banjir, RTB Sungai Damansara.
Selain itu mesyuarat turut dimaklumkan kerja-kerja fizikal RTB sedang dijalankan di Seksyen 13, satu lagi kawasan hot spot banjir. Ia termasuk pembinaan kolam takungan berkeluasan 7 ekar di bersebelahan Hypermarket Giant, berhadapan dengan Pangsapuri Perdana.
Saya percaya RTB Sungai Damansara akan dapat menyelesaikan isu banjir sebagai langkah jangka panjang. Kita akan mengemaskini kemajuan projek ini dari semasa ke semasa untuk makluman orang ramai.
. -
Azli Yusof
@azliby
Cabaran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mendepani perkembangan teknologi dan generasi hadapan setelah 70 tahun ditubuhkan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Menjelang Jubli Platinum - 70 Tahun IKMa. Apakah peranan Institut Koperasi Malaysia dalam membangun gerakan koperasi negara
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Rabu, 11 November 2026
Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Pendidikan Tinggi | Apa jadi kepada Intekma Resort (UiTM)
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Ajaran Baharu PAS! Orang Islam yang bantu bayar RM50 juta kepada DS Najib Razak keluar penjara kerana seleweng Dana 1MDB beroleh pahala.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ni cuti sempena Hari Deepavali. Kami sambung jalan-jalan H2H menyantuni pengundi.
Ramai nyatakan sokongan kepada calon PH, Datuk Ashraf Minghat, anak jati DUN N.09 Durian Tinggal.
Melaka Rumah Kita
Durian Tunggal. Tiada Yang Tertinggal.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jalan-jalan (H2H) santuni pengundi Taman Angkasa Nuri, DUN N.09 Durian Tunggal. Ramai-ramai keluar mengundi Calon No 2, Datuk Ashraf Minghat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pemergian yang agak mengejutkan. Tetapi begitulah takdir dan suratan. Apabila sampai ajal, tiada siapa yang dapat mempercepatkan atau melambatkan. Kerana kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Kami bersaksi atas segala amal, kebaikan dan kebajikan yang beliau lakukan. Semoga Allah SWT ampuni dan cucuri rahmat ke atas rohnya serta tempatkan ia bersama orang yang beriman.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Rabu, 5 November 2026. Perbahasan Belanjawan 2027 - Kementerian Ekonomi
Peruntukan Agihan Kepada Perbadanan Ekonomi Negeri². Kedah, Kelantan & Terengganu dapat banyak. Selangor dapat sikit?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Saya turut merasai keresahan dan kesulitan warga Shah Alam dan sekitarnya akibat beberapa kali kejadian banjir kilat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Kejadian Banjir Kilat yang melanda Kg Melayu Subang, NKVE /Persimpangan Tol Shah Alam dan Seksyen 13 baru-baru ini adalah dalam jajaran Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damansara.
RTB Sungai Damansara melibatkan kos sekitar RM481 juta yang sedang dalam pelaksanaan. Ia bertujuan mengatasi masalah banjir kilat dan limpahan air sungai yang kerap berlaku di kawasan berisiko tinggi.
Projek ini merangkumi keseluruhan jajaran Sungai Damansara, termasuk kawasan:
• Kampung Melayu Subang: Disahkan secara khusus sebagai sebahagian daripada jajaran projek ini. Kawasan kritikal yang kerap terjejas seperti Jalan Merbau, Jalan Tembusu, dan Jalan PKNS termasuk dalam tumpuan kerja-kerja mitigasi awal.
- TTDI Jaya, Bukit Jelutong, & Seksyen 13 Shah Alam: Memandangkan sungai utama atau anak sungainya mengalir melalui koridor Shah Alam ini menuju ke muara di Batu 3 (Lembangan Sungai Klang), kawasan-kawasan ini mendapat manfaat secara langsung.
- Sebagai contoh, sebahagian daripada komponen di bawah pakej Sungai Damansara ini merangkumi kerja tebatan di Anak Sungai Damansara. Ia dibina khusus untuk menangani isu banjir kilat di sempadan Subang/Shah Alam (seperti kawasan stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan kediaman sekitarnya).
- Projek berkaitan seperti RTB Anak Sungai Damansara telah mencapai kemajuan tinggi dan hampir siap sepenuhnya.
Keseluruhan projek RTB Sungai Damansara
melibatkan kerja-kerja struktur berskala besar seperti pembinaan tembok banjir, kolam takungan banjir, rumah pam berkuasa tinggi, dan pendalaman sungai)
Ia dijalankan secara berperingkat merentasi dari hulu Sungai Damansara merentas daerah Petaling dan Shah Alam bagi memastikan impak perlindungan banjir yang menyeluruh.
Pokoknya, kerajaan tidak berdiam diri atau hanya reaktif terhadap kejadian yang berlaku. Masalah telah dikenalpasti. Peruntukan telah disediakan.
Penyelesaian menyeluruh telah direncanakan. Sebahagian rancangan tebatan banjir jangka pendek dan "quick wins" telah disempurnakan. Manakala penyelesaian projek jangka panjang sedang dilaksana.
Apa yang boleh dilakukan untuk menangani kejadian banjir kilat yang mungkin berlaku sementara keseluruhan projek utama disiapkan?
Harapan saya pelaksanaan projek ini tidak tertangguh. Malah kerajaan harus juga menilai semula beberapa langkah interim dan quick win di kawasan hot spot terbaru dan berisiko tinggi.
Saya akan terus membangkitkannya di Parlimen seperti yang saya lakukan sebelum ini. Selain turut mengadakan libat urus dan menyusuli perkembangan terkini dengan kerajaan negeri dan agensi yang berkenaan dari semasa ke semasa.
Usaha ini akan terus saya lakukan sehingga RTB Sungai Damansara disiapkan sepenuhnya sekitar tahun 2031.
. -
Azli Yusof
@azliby
NUTRISEL bina generasi Madani sihat, cergas dan berdaya tahan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Selasa, 3 November 2026
Perbahasan Belanjawaan 2027 Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Kewangan
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Hampir empat jam bersoal jawab, meneliti dan mendapatkan penjelasan mengenai Tabung Haji.
Tanpa disedari, prosiding PAC yang berlangsung tengah hari semalam mengambil masa hampir empat jam.
Prosiding kali ini merupakan prosiding PAC kali ke-9 berhubung Tabung Haji, dengan kehadiran saksi, Tan Sri Abdul Rashid Hussin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Pelbagai persoalan dan perkara telah kami bangkitkan bagi mendapatkan penjelasan yang menyeluruh mengenai pengurusan, kedudukan serta hala tuju Lembaga Tabung Haji.
Sepanjang sesi, Tan Sri Rashid memberikan penjelasan dengan tekun, mengemukakan fakta, hujah yang rasional serta berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan institusi penting umat Islam ini.
Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, beliau juga pernah berkhidmat sebagai salah seorang Pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji.
Bagi kami di PAC, setiap persoalan yang dibangkitkan dan setiap penjelasan yang diberikan amat penting dalam memastikan segala aspek pengurusan Tabung Haji diteliti secara menyeluruh.
Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah institusi amanah yang membawa harapan jutaan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.
Justeru, aspek tadbir urus, ketelusan, akauntabiliti dan kemampanan kewangannya perlu sentiasa diberikan perhatian agar keyakinan para pendeposit terus terpelihara.
Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan Tabung Haji terus kukuh, berintegriti dan mampu melaksanakan amanahnya demi kepentingan umat Islam serta generasi akan datang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi semalam, saya singgah di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan penyempurnaan Program Mega Nutrisel oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Program Nutrisel Asas dan MegaNutrisel merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan sarapan dan minuman petang kepada murid-murid sekolah melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Dengan sasaran manfaat kepada 936,000 murid di seluruh Selangor, termasuk 126,000 murid di Shah Alam, program ini mencerminkan usaha memastikan anak-anak mendapat akses kepada makanan yang berkualiti dan berkhasiat.
Apa yang menarik, inisiatif ini bukan sekadar menyediakan makanan percuma. Lebih daripada itu, ia membawa mesej penting tentang pembudayaan gaya pemakanan sihat, pemilihan makanan bernutrisi serta pengambilan makanan yang betul dan seimbang sejak usia persekolahan.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated (MBI), Yayasan MBI bersama rakan strategik seperti Farm Fresh, Gardenia dan Sunshine.
Kita mahu anak-anak bukan sahaja mendapat makanan yang mencukupi, tetapi juga membesar dengan pemakanan yang berkualiti demi perkembangan fizikal, kecerdasan minda dan kesejahteraan mereka.
Melabur dalam nutrisi anak-anak hari ini bermakna kita sedang membina generasi Madani yang lebih sihat, cergas dan berdaya tahan pada masa hadapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (PMQT). PMX menjawab soalan (1) status Projek Trans Sabah Gas Pipeline (2) kawalan keselamatan dan koordinasi agensi penguatkuasaan kes penyeludupan dadah dan barang terlarang
.
www.facebook.com/share/v/19pFrFBxSP/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Isnin, 2 November 2026.
Bahas Belanjawan JPM - Jabatan Wilayah Persekutuan
8 tahun berlalu, ada banyak pembangunan. Kampong Bharu masih ketinggalan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Dulu masa kecil, arwah abah saya ajar doa ini untuk hilangkan rasa gemuruh bila nak masuk dewan peperiksaan. "La takhaf, wa la tahzan. Innallaha ma'ana".
Alhamdulillah sampai sekarang saya ingat. Emak bapak boleh ajarkan pada anak² dan amalkan sama ... 😅
Selamat menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2026 kepada anak² pelajar Tahun 5 semua.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Selangor 2026 disempurnakan YB Senator DW Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden AMANAH di Dewan MBSJ SS15, Subang Jaya.
www.facebook.com/share/v/1CLNfazzhy/ -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir di hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.28 Sungai Rambai, Saudara Aminuddin Abdul Jalil
DUN Sungai Rambai menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Sdr Aminuddin akan ditentang oleh
Jezlee Pit, calon Barisan Nasional dan
Norrizan Jantan, calon Bebas.
Kehadiran bersama rakan-rakan pimpinan dan jentera parti ini mencerminkan semangat kebersamaan, kesepaduan dan komitmen dalam mengharungi proses demokrasi.
Saya mendoakan agar Saudara Aminuddin serta seluruh jentera PH diberikan kekuatan, kesabaran dan kelancaran sepanjang tempoh berkempen.
Selamat berjuang, Saudara Aminuddin!
Melaka Rumah Kita!
. -
Azli Yusof
@azliby
Khabarnya Ahli² Parlimen PAS pun minat CSA ni. Lama dah. Tapi mereka tak boleh buat apa sebab pimpinan tertinggi jual mahal. Tak tahu apa depa nak. Hmmm....
Perjanjian CSA 2026 (Confidence and Supply Agreement) bukan bermakna pembangkang menggadaikan prinsip atau menyertai kerajaan.
PH sewaktu menjadi pembangkang pernah menandatangi CSA pada September 2021 ketika DS Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya, ia membuka ruang kerjasama demi kepentingan rakyat dan reformasi negara. Ketika itu Akta Anti-Lompat Parti diluluskan dan Undi 18 dilaksanakan.
Terkini pada 29 Oktober 2026, seramai 13 Ahli Parlimen Pembangkang (6 Bersatu, 6 ex-Bersatu, 1 Muda) menandatangani CSA dengan Kerajaan Madani.
Di antara perkara utama yang menjadi asas Perjanjian CSA 2026 :
1. Sokongan terhadap Belanjawan 2027.
2. Komitmen terhadap reformasi institusi.
3. Sokongan terhadap Pengasingan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya
4. Sokongan terhadap Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.
5. Peruntukan pembangunan yang sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang.
6. Pembangkang mengekalkan peranan dan fungsi sebagai semak dan imbang.
Inilah semangat CSA – kerjasama tanpa mengorbankan prinsip.
Kerajaan mendapat kestabilan untuk mentadbir. Pembangkang terus memainkan peranan semak dan imbang, manakala rakyat mendapat manfaat daripada reformasi institusi dan pembangunan yang lebih adil.
Akhirnya, yang paling penting bukan siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana negara dan rakyat mendapat manfaat.
PERJANJIAN CSA 2026: MENANG-MENANG UNTUK SEMUA
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah. Menjelang 6.00pm Belanjawan 2027 telah diluluskan Ahli Dewan Rakyat dengan undian suara. "Siapa yang bersetuju katakan setuju...", "Setuju!!!".
Kehadiran penuh di sebelah MP Kerajaan termasuk MP Pembangkang yang baru menandatangani CSA menyokong kerajaan.
Hanya sebahagian kecil MP Pembangkang yang berada di dalam dewan ketika penggulungan YB Menteri Kewangan II dan belanjawan diluluskan. Hmmm...
. -
Azli Yusof
@azliby
Kesempatan bertemu Ahli-ahli Majlis, Pegawai-pegawai MBSA serta Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dalam program Konvoi Jelajah MPP Zon Tengah di Bukit Bandaraya hujung minggu lepas saya gunakan untuk berkongsi sisi pandang dan menyampaikan harapan warga Shah Alam.
Dalam sebuah bandar yang semakin berkembang pesat seperti Shah Alam, cabaran yang dihadapi warga juga semakin kompleks.
Saya menegaskan bahawa pembangunan bandar bukan sekadar membina infrastruktur, mencantikkan landskap atau menaik taraf kemudahan awam, tetapi yang lebih utama ialah memastikan setiap warga dapat menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan sejahtera.
Isu kesesakan lalu lintas, penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan persekitaran, pengurusan sisa dan kesejahteraan komuniti memerlukan tindakan yang pantas, penyelarasan yang berkesan serta penyelesaian yang menyeluruh.
Saya turut berharap agar MPP terus memainkan peranan lebih proaktif sebagai jambatan penghubung antara masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan.
Suara penduduk mesti didengar, aduan perlu diberikan perhatian dan setiap permasalahan hendaklah ditangani dengan penuh tanggungjawab.
Terima kasih kepada seluruh warga MBSA, Ahli-ahli Majlis dan barisan MPP Zon Tengah atas komitmen serta usaha berterusan dalam membangunkan Shah Alam sebagai sebuah bandar raya yang mampan, inklusif dan sejahtera untuk semua.
Tahniah atas penganjuran Jelajah MPP Zon Tengah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kebetulan terserempak dengan Sdr Mukhlis Mubin yang berkunjung ke Parlimen petang tadi.
Beliau merupakan calon Pakatan Harapan bagi DUN N01 Kuala Linggi dalam PRN Melaka.
Calon lulusan Undang² berusia 23 tahun ini adalah calon termuda yang ditampilkan Parti Amanah Negara / PH bagi mewakili Gen-Z.
Go Mukhlis, Go Gen-Z.
. -
Azli Yusof
@azliby
إنا لله وإنا إليه راجعون
Sebelum ke Parlimen pagi ini, saya berkesempatan untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah ke atas Allahyarhamah Alimah binti Jamil (70) bersama ahli keluarga, sanak saudara dan jemaah Surau at-Taqwa, Bukit Bandaraya Shah Alam.
Salam takziah kepada Sdr Abdul Rahman (jiran kami di Dillenia) dan keluarga atas pemergian ibu tercinta. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para salihin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | 26 Oktober 2026.
MP Shah Alam bangkitkan cerita lama. MP Bagan Serai kepanasan ketika Penjelasan YB Menteri Hal Ehwal Agama berhubung syarat Istito'ah Haji.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tidak ada kebahagiaan yang lebih bermakna selain melihat senyuman kembali terukir di wajah mereka yang sedang diuji dengan musibah. Mungkin apa yang diusahakan kecil pada pandangan kita, tetapi besar ertinya buat mereka yang sedang memerlukan.
Pada petang Jumaat lalu, saya berpeluang bertemu dengan anak-anak murid Tahun 3, ibu bapa serta guru-guru SK Setia Alam untuk menyampaikan sumbangan peralatan sekolah yang musnah dalam kebakaran bilik darjah beberapa minggu yang lalu.
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Cikgu Salahuddin Nayan dan para guru yang mengaturkan majlis ringkas ini. Kepada ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan semua pihak yang menghulurkan bantuan.
Penyerahan sumbangan ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan arahan penutupan sesi persekolahan akibat jerebu.
Namun, Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya kami berpeluang juga untuk bertemu dan menyampaikan sedikit bantuan yang diharapkan dapat meringankan beban mereka.
Saya dapat membayangkan betapa sukarnya perasaan anak-anak ini apabila melihat tempat mereka menimba ilmu dan peralatan persekolahan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka musnah begitu sahaja.
Begitu juga ibu bapa yang pastinya berasa sedih dan bimbang memikirkan keperluan anak-anak mereka.
Mungkin kita tidak mampu menggantikan segala yang telah musnah, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu membantu mengembalikan harapan.
Mungkin sumbangan ini tidak seberapa, tetapi jika ia mampu membuatkan seorang anak kembali tersenyum, mengurangkan keresahan seorang ibu atau meringankan beban seorang ayah, maka itulah kebahagiaan yang tidak ternilai.
Semoga anak-anak ini terus kuat, dipermudahkan urusan mereka dan membesar menjadi insan yang berjaya. Mudah-mudahan setiap kesulitan yang dilalui hari ini menjadi kekuatan untuk mereka melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi, di pekarangan Stadium Hang Jebat bersama lautan merah pendokong dan penyokong Pakatan Harapan. Meraikan Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Melaka.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi Jumaat semalam, saya dan rakan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM diiringi aktivis Amanah Cawangan Padang Jawa meneruskan aktiviti Ziarah Peduli Salam Rahmah.
Kali ini kami turun ke Padang Jawa dengan menziarahi lima buah keluarga, terdiri daripada tiga keluarga Melayu dan dua keluarga keturunan India.
Ziarah ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga tanda keprihatinan dan usaha mendekati masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Sebelum itu kami mengunjungi Kumpulan Mengaji Wanita Sri Kenangan Seksyen dan menyerahkan peralatan kerusi meja untuk kemudahan mereka menjalankan aktiviti.
Semoga sedikit usaha ini membawa manfaat dan meringankan beban keluarga yang disantuni. Insya-Allah, semangat peduli dan kebersamaan ini akan terus kita suburkan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Teringat zaman usrah tahun 80-an dulu. Mengikuti kuliah Subuh tadi seperti mengulangkaji kitab "Apa Erti Saya Menganut Islam" tulisan Ustaz Fathi Yakan. Antara teks usrah yang sering digunakan.
Alhamdulillah, singgah Subuh di Surah al Hidayah Seksyen 11 ditemani Hj Zulkefli Nani dan Hj Maizan Abdul Majid.
Usai solat kami tekuni Kuliah Subuh disampaikan Ustaz Hafiz Abu Bakar. Jazahullahu khairan kathira.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya yang berada di dalam Dewan Rakyat dan mengikuti perbahasan pada hari Rabu, 21 Oktober 2026, tergamam dengan ungkapan ini.
"Kitab Allah bersendikan Perdana Menteri, perdana menteri bersendikan PH, PH bersendikan DAP yang mendominasi dalam Kerajaan".
Begitu ucapan YB Marang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Belanjawan 2027 disambut gelak ketawa Ahli² Parlimen PAS/WAWASAN.
Soalnya bolehkah penciptaan, asal-usul dan sumber Kalam Allah disandarkan kepada manusia dan makhluk. Apatah lagi dijadikan sebagai bahan gurauan.
Subhanallah! Allahu Akbar!
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam, saya telah diamanahkan untuk mempengerusikan Kamar Khas Parlimen Malaysia bagi sesi Ucapan di bawah Usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan menurut Peraturan Mesyuarat 17 (PM-17)
Persidangan kali ini menyaksikan YB Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Ahli Parlimen Pokok Sena, dan YB Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput, menyampaikan ucapan berkaitan perkara-perkara tadbir urus kerajaan, permasalahan dan keperluan di kawasan masing-masing.
Perbahasan turut melibatkan kementerian yang bertanggungjawab, termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Peranan setiap Ahli Parlimen dalam membawa isu, pandangan dan kepentingan rakyat ke dalam Kamar Khas amat dihargai.
Perbezaan pandangan diraikan melalui proses demokrasi yang tertib, berhemah dan berlandaskan Peraturan Mesyuarat.
Justeru, Parlimen adalah medan memperkukuh akauntabiliti, memperjuangkan kepentingan rakyat dan memastikan tadbir urus negara terus dipertingkatkan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Semakin banyak prosiding, semakin banyak saksi dipanggil memberi keterangan, semakin bertambah kefahaman dan keyakinan dengan proses pemulihan Tabung Haji yang sedang dilakukan.
Minggu ini PAC Parlimen Malaysia bermesyuarat lagi untuk kali ke-6 dengan memanggil saksi-saksi, TKSP MOF dan CEO UJSB.
Seterusnya Gabenor Bank Negara Malaysia dipanggil sebagai saksi prosiding ke-7 untuk untuk memberi keterangan bagi memperincikan proses pemulihan Lembaga Tabung Haji.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | 20 Oktober 2026
Isu harga benih padi mahal yang tular.. Itu bukan Benih Padi Sah (BSP) yang dikawal dan mendapat insentif subsidi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PN yang mengasari Bersatu dua kali. Bersatu bantah. ROS beri kad merah. Tiba² PH yang disalahkan. Wooi!!!
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) PMX menjawab soalan PMQT pagi ini berkaitan (1) dakwaan kegiatan Mafia Korporat (2) isu penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan FELDA
.
www.facebook.com/share/v/1Uk5vzEAbv/ -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu baru-baru ini, saya berkesempatan menyantuni para peserta akademi bola sepak sebelum merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Parlimen Shah Alam 2026 sempena Hari Bola Sepak Selangor 2026 di SA Sentral, Shah Alam.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Nadijuara atas komitmen dan berterusan dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dalam membangunkan komuniti serta memperkasa belia melalui sukan bola sepak.
Bola sepak adalah sukan nombor 1 negara. Ia diminati bukan sekadar mengejar polulariti dan kemenangan, malah wadah membentuk disiplin, semangat berpasukan, kepimpinan dan jati diri.
Kejohanan seperti ini membuka ruang kepada bakat muda untuk mengasah kemahiran, membina keyakinan dan berpotensi mewakili Selangor serta negara pada masa hadapan.
Pembangunan sukan akar umbi memerlukan kerjasama persatuan, komuniti, pihak swasta dan kerajaan.
Parlimen Shah Alam akan terus menyokong usaha memperkasa belia melalui sukan dan aktiviti komuniti demi melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai semangat kebersamaan.
Majlis ini turut meraikan pemain-pemain muda akademi FAS yang telah memenangi beberapa antaranya;
- Johan U11 International Youth Football Camp 2026 di China
- Pingat Perak eSport Sukan Asia 2026 di Jepun
- Peringkat Akhir eFootball World Cup 2026
Tahniah kepada penganjur, rakan strategik dan semua pihak yang menjayakan program ini. Dari Shah Alam, kita bina bakat, kita perkasa belia, kita semarakkan bola sepak! -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 | Bhg 6
Macamana boleh berlaku? Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah. 95% wang dibelanjakan, hanya 11% siap. PAC akan adakan prosiding untuk siasatan terperinci.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 - Bhg 5
Masa Perbahasan RCI-TH, keluar dewan. Sekarang baru pembangkang sibuk nak bahas. Timbulkan pula persepsi jahat...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 | Bhg 4
Untuk ringankan kos sara hidup, Bantuan B40 ditingkatkan, M40 tidak diabaikan
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan singgah di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, bersama Tn. Hj. Maizan Abdul Majid dan Tn. Hj. Jamaluddin.
Usai solat Subuh, kami turut mengikuti kuliah Ustaz Mohd Zuwairi Mohd Yusof bertajuk Meneladani Akhlak Rasulullah SAW, sebelum beramah mesra bersama jemaah sambil menikmati sarapan.
Semoga pengisian ilmu dan pertemuan seperti ini terus menyuburkan ukhuwah, menguatkan iman serta menginspirasi kita untuk meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 - Bhg 3
Apa salahnya PETRONAS/KWAP terlibat dalam projek pembangunan strategik negara?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 - Bhg 2
Komitmen Menurunkan Defisit Fiscal
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan Belanjawan 2027 - Bhg 1
Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi - Falsafah Bukan sekadar Slogan
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kepada Gen-Z, jangan relakan anda digelar sebagai Generasi Strawberi. Sahut cabaran yang dilontarkan...
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC Parlimen Malaysia menyambung prosiding ke enam berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH)
Kali ini PAC memanggil saksi, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Dato’ Mohammad Faiz Azmi untuk memberikan keterangan.
Kami begitu asyik dan tertarik mengikuti penjelasan dan pandangan beliau yang disampaikan berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perakaunan, pengauditan, pelaburan dan tadbir urus korporat.
Antara perkara penting yang mendapat perhatian ialah cadangan kerangka kawal selia bagi aktiviti pelaburan Lembaga Tabung Haji.
Ini termasuk peranan Suruhanjaya Sekuriti, tanggungjawab Lembaga Pengarah serta Panel Pelaburan dalam memastikan setiap keputusan pelaburan dibuat secara teliti, berakauntabiliti dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | 13 Oktober 2026
Akhirnya, Traffic Light 199 akan dinaiktaraf menjadi persimpangan bertingkat.
Ketika mengajukan soalan tambahan kepada Soalan Jawab Lisan No 6 hari ini, MP Shah Alam mohon agar Rolling Plan 2 (RP2) memberi keutamaan kepada pelaksanaan Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat sepanjang Jalan Subang.
Projek ini telah diluluskan dan tersenarai dalam Rancangan Plaksanaan RMK-13 (2026-2030)
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | 13 Oktober 2026
MP Shah Alam bangkitkan isu kecukupan dan ketersediaan bekalan tenaga kepada pusat data yang muncul dan berkembang dengan pantas.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
DEFISIT FISKAL MENURUN WALAUPUN HUTANG NEGARA MENINGKAT — APA YANG PERLU KITA FAHAMI?
Setiap kali belanjawan negara dibentangkan, isu hutang baharu dan liabiliti kerajaan sering menjadi perhatian ahli-ahli Parlimen serta masyarakat umum.
Persoalan tentang peningkatan jumlah hutang negara wajar dibincangkan kerana ia melibatkan masa depan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat.
Namun, untuk memahami kedudukan sebenar kewangan negara, kita perlu melihat bukan sahaja jumlah hutang, tetapi juga usaha kerajaan mengawal defisit fiskal.
Apa beza hutang dengan defisit?
Bayangkan sebuah keluarga memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan, tetapi berbelanja RM6,000. Keluarga itu mengalami kekurangan RM1,000. Jika kekurangan tersebut ditampung melalui pinjaman, jumlah hutangnya akan bertambah.
Apabila keluarga itu berjaya mengurangkan kekurangan bulanan kepada RM300, defisitnya sudah mengecil. Namun, hutang terdahulu tidak hilang begitu sahaja.
Begitu juga dengan kerajaan.
Hutang ialah jumlah pinjaman yang masih belum dibayar, manakala defisit fiskal ialah keadaan apabila perbelanjaan kerajaan melebihi hasil dalam sesuatu tempoh.
Negara masih memerlukan pembiayaan untuk membina sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Sebahagian keperluan ini dibiayai melalui pinjaman kerajaan.
Persoalannya ialah bagaimana pinjaman tersebut diurus, bagaimana perbelanjaan dikawal dan bagaimana kemampanan kewangan negara dapat dipelihara.
Di sinilah pentingnya reformasi fiskal.
Melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA 2023), kerajaan memperkukuh kerangka disiplin dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan awam.
Berdasarkan trend 5 tahun terdahulu, nisbah defisit fiskal menurun daripada 6.4% KDNK pada 2021 kepada 5.5% pada 2022, 5.0% pada 2023, 4.3% pada 2024, 3.7% pada 2025 dan 3.6% pada 2026.
Sasaran bagi 2027 pula ialah 3.3%.
Angka ini menggambarkan hala tuju pengurangan defisit secara berperingkat, dengan sasaran menuju 3.0% daripada KDNK. Ini yang sedang dilakukan Kerajaan Madani.
Perlu difahami bahawa defisit yang semakin kecil tidak semestinya bermaksud jumlah hutang negara turut menurun. Selagi kerajaan masih mengalami defisit yang memerlukan pembiayaan, hutang boleh terus meningkat.
Oleh itu, perbahasan mengenai hutang negara perlu disertai penelitian terhadap trend defisit, kos khidmat hutang, pertumbuhan ekonomi, hasil kerajaan dan keberkesanan perbelanjaan pembangunan.
Perbezaan pandangan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat merupakan sebahagian daripada proses semak dan imbang. Yang lebih penting ialah memastikan perbahasan ini berasaskan fakta, angka dan penilaian yang menyeluruh.
Pembangunan perlu diteruskan, hutang perlu diurus dengan bertanggungjawab dan defisit fiskal perlu dikurangkan secara konsisten.
Matlamat akhirnya ialah memastikan kewangan negara kekal mampan, pembangunan dapat diteruskan dan kepentingan generasi akan datang terus terpelihara.
Inilah WAAD HARAPAN.
. -
Azli Yusof
@azliby
BUKTIKAN ANDA BUKAN GENERASI STRAWBERI!
Petang semalam saya berkesempatan merasmikan Konvensyen Wanita Muda Amanah (WARDA) Selangor 2026 di Tadom Hill Resort, Kuala Langat.
Saya berbangga kerana sebahagian besar anggota dan kepimpinan WARDA Selangor terdiri daripada anak muda Generasi-Z.
Mereka bukan sekadar pelapis kepimpinan, malah berpotensi menjadi penggerak perubahan dan pencorak masa depan politik negara.
Namun, saya turut mengingatkan bahawa menjadi anak muda bukan sekadar soal usia, tetapi tentang kematangan, keberanian mengambil tanggungjawab, keteguhan prinsip dan kesediaan menghadapi cabaran.
Jangan sesekali merelakan Gen-Z dilabel sebagai Generasi Strawberi. Generasi yang dianggap kreatif, berpotensi, dan mempunyai kebolehan tinggi, tetapi dianggap rapuh, sensitif, dan mudah "lebam" atau menyerah apabila berdepan dengan tekanan hidup, kritikan, atau cabaran kerja.
Sebaliknya, buktikan bahawa anak muda mampu berfikir secara matang, berjiwa besar, berdisiplin dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Berani menyuarakan kebenaran, sanggup belajar daripada kesilapan dan tidak mudah mengalah apabila berdepan kesukaran.
Dalam perjuangan politik, semangat sahaja tidak mencukupi. Kita memerlukan ilmu, kemahiran, integriti dan kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat. Perjuangan bukan medan mengejar populariti, tetapi medan membina kepercayaan dan membawa perubahan.
Saya telah melontarkan cabaran kepada kepimpinan WARDA Selangor. Jangan takut untuk memimpin. Jangan sekadar menjadi pemerhati ketika perubahan sedang berlaku. Turun ke lapangan, dekati rakyat, fahami denyut nadi masyarakat dan tawarkan penyelesaian kepada masalah mereka.
Kita memerlukan generasi muda yang bukan sahaja lantang bersuara, tetapi juga mampu bekerja. Bukan sekadar berani mengkritik, tetapi berani menawarkan jalan penyelesaian.
Dalam hal ini, Amanah Selangor akan sentiasa memberikan mereka ruang, kepercayaan dan peluang untuk memimpin generasi dan masyarakat yang lahir pada zaman yang berbeza, membesar dengan cabaran yang berbeza dan terpaksa berdepan dengan budaya yang berbeza.
Semoga WARDA Selangor terus melahirkan wanita muda yang berilmu, berprinsip, berdaya tahan dan berani memimpin demi agama, bangsa dan negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
RM510 BILION: BELANJAWAN KABUR ATAU PEMBANGKANG YANG GAGAL MEMAHAMI ANGKA?
Saya mengikuti kenyataan YB Fadhli Shaari, Ketua Penerangan PAS, yang melabelkan Belanjawan 2027 sebagai belanjawan kabur, malah mendakwa Perdana Menteri sendiri tidak tahu dari mana datangnya angka RM510 bilion.
Pada saya, dakwaan ini tidak lebih dari sekadar retorik politik untuk menimbulkan keraguan. Hakikatnya beliau sendiri yang kabur. Atau tertanggal cermin mata.
Pertama, angka RM510 bilion bukan angka yang muncul secara tiba-tiba tanpa penjelasan. Pecahannya telah dinyatakan dengan jelas dalam pembentangan Belanjawan 2027.
Daripada jumlah tersebut, RM376.8 bilion diperuntukkan untuk Belanja Mengurus, manakala RM83 bilion untuk Belanja Pembangunan.
Kedua-duanya menjadikan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM459.8 bilion.
Baki RM50.2 bilion pula merangkumi pelaburan melalui GLIC, kerjasama awam-swasta serta badan berkanun dan syarikat milik kerajaan.
Apabila komponen-komponen ini digabungkan, jumlah keseluruhannya ialah RM510 bilion.
.
Azli Yusof
@azliby
Kedua, kita mesti memahami perbezaan antara perbelanjaan kerajaan dengan keseluruhan pelaburan yang digembleng.
RM510 bilion bukan bermaksud kerajaan Persekutuan membelanjakan keseluruhan jumlah itu secara langsung. Sebahagian daripadanya ialah pelaburan melalui saluran lain yang bertujuan merancakkan kegiatan ekonomi dan pembangunan negara.
Perbezaan ini penting. Kita boleh berbahas tentang kaedah pengiraan, ketelusan dan keberkesanan pelaburan, tetapi jangan mencampuradukkan kategori yang berbeza sehingga mengelirukan rakyat.
Azli Yusof
@azliby
Ketiga, kritikan terhadap belanjawan mesti berpaksikan fakta.
Pembangkang mempunyai hak untuk mempersoalkan keutamaan perbelanjaan, kedudukan fiskal dan keberkesanan dasar kerajaan. Malah, semak dan imbang yang berkesan amat penting dalam sebuah demokrasi.
Namun, apabila pecahan angka telah dinyatakan, adalah tidak wajar untuk terus mendakwa angka itu tidak diketahui asal-usulnya tanpa meneliti penjelasan yang tersedia.
YB Fadzli Shaari, jika ada kelemahan dalam Belanjawan 2027, kemukakan hujah dan angka yang membuktikannya. Kita boleh berbeza pandangan tentang dasar, tetapi fakta tidak sepatutnya diputarbelitkan demi meraih keuntungan politik.
Akhirnya, ukuran sebenar ialah sejauh mana ia membantu rakyat, menjana pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Rakyat tidak memerlukan kekeliruan yang dicipta oleh polemik politik. Rakyat memerlukan penjelasan yang tepat, perbahasan yang matang dan hasil yang benar-benar dirasai.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sekembali dari Parlimen malam kelmarin, saya langsung ke Surau Al-Amin, Seksyen 19, Shah Alam untuk bersama-sama jemaah meraikan Majlis Perasmian Naik Taratf Mihrab surau tersebut.
Ia adalah Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM bagi membantu meningkatkan keselesaan dan mencantikkan ruang solat.
Sekali gus ia mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk jemaah menunaikan ibadah dan mengikuti pelbagai aktiviti pengimarahan surau.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur apabila dapat melihat sendiri hasil usaha bersama ini yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Surau bukan sekadar tempat menunaikan solat, malah menjadi pusat penyatuan ummah, penyebaran ilmu dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan penduduk.
Saya berharap kemudahan yang ditambah baik ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh seluruh jemaah serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau Al-Amin, para jemaah dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan usaha ini.
Semoga setiap usaha memakmurkan rumah Allah mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan dan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat.
. -
Azli Yusof
@azliby
PINDAAN AKTA WAJAR DISEGERAKAN, PENGUATKUASAAN DITINGKATKAN.
Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti diumumkan YAB Perdana Menteri & Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2027 semalam.
Kerajaan akan meminda akta pengangkutan jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.
Sistem telematik akan diwajibkan untuk dipasang di kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan.
Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, sementara kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan.
Seperti dinyatakan, setakat Ogos tahun ini, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah.
Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan.
Dengan pindaan akta ini, pampasan boleh menjadi satu lagi cara untuk memastikan pesalah bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung mangsa dan waris dengan lebih adil.
Pampasan itu sewajarnya menjadi hukuman tambahan, bukan menggantikan hukuman sedia ada seperti penjara, denda atau hilang kelayakan memandu.
www.utusan.com.my/nasional/jenayah/2026/10/pemandu-lori-r…
. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih PMX! Belanjawan 2027 terbaik sepanjang 4 tahun Kerajaan Madani. Belanjawan Madani Kelima bertemakan 'Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi' menggariskan 8 tunas utama;
- Menangani kos sara hidup rakyat
- Mengutama semua negeri
- Membela nasib semua rakyat
- Mengangkat mutu perkhidmatan rakyat
- Menjamin bekalan dan kesiapsiagaan negara
- Memecah siling keupayaan ekonomi
- Memelihara citra nusa
- Menata wang rakyat dengan amanah
Ia menggariskan ikhtiar menyeluruh memajukan negara, melakukan reformasi, menghasilkan pertumbuhan, melaksanakan penjimatan agar manfaatnya terus dikembalikan kepada rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Pembentang Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri. "Malaysia Madani: Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi".
.
www.facebook.com/share/v/19XDFGACBW/ -
Azli Yusof
@azliby
Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada jam 3.30 petang ini.
Moga Belanjawan MADANI kelima akan terus memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, taraf kehidupan ditingkatkan dan dibela secara bermaruah.
. -
Azli Yusof
@azliby
JOM! Sama-sama meriahkan...
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026
Peringkat Parlimen Shah Alam
📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi - 5.00 petang
📍 Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam
Pelbagai aktiviti menarik turut berlangsung sepanjang hari, termasuk Zumba, aktiviti sukan, pocket talk, pertandingan, cabutan bertuah serta perlawanan Selangor Legend vs Shah Alam Legend.
Jumpa di sana! 🇲🇾
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026. Jawaban Menteri Pertahanan terhadap persoalan kelewatan dan keupayaaan tempur Kapal LCS
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026. Isu kelewatan dan Keupayaan Kapal Tempur Pesisir, LCS
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kalau tak sensasikan tak sah. Maka ramailah yang bertempik tuju kepada Menteri KDN, persoalkan bagaimana ia boleh lolos.
Sedangkan akhbar Vientiane Times, yang memetik Lao Security Newspaper berdasarkan laporan polis Laos, menyebut dadah itu dipercayai "hendak dibawa keluar dari Laos" menggunakan sebuah pesawat yang tiba dari Malaysia.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Soalan PMQT pagi ini. YAB Perdana Menteri menjawab soalan berkenaan
(1) Penghantaran pulang warga Myanmar dan langkah menangani keberadaan etnik Rohingya yang berlarutan;
(2) kes-kes yang mengancam pelajar di sekolah walaupun pelbagai garis panduan dan prosedur keselamatan telah ditetapkan kerajaan.
.
www.facebook.com/share/v/1HuueTjpRT/ -
Azli Yusof
@azliby
Benteng terakhir Ahli² Parlimen Penyokong Kerajaan (BBC) di hari pertama Sidang Parlimen yang ditangguhkan 6.45pm hari ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Belanjawan 2027 akan dibentangkan oleh PMX pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026, 3.30 petang.
Agaknya apakah harapan rakyat terhadap Belanjawan 2027?
Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas (2026) 5 Oktober 2026 - 8 Disember 2026 bermula hari ini.
Antara Aturan Urusan Mesyuarat penting pada sidang kali ini adalah
- Rang Undang-undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027)
- Pindaan Perlembagaan berkaitan Pengasingan
Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya
- Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026
- Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2026
- Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025
. -
Azli Yusof
@azliby
Keluarga, guru, rakan sebaya dan masyarakat adalah CCTV paling berkesan. BUDAYA PEDULI adalah sistem kawalan paling mampan.
Tragedi pembunuhan yang berlaku ke atas adik Irene Sofiya, seorang pelajar Tingkatan 4 di Yong Peng amat menyayat hati. Ia turut mengundang kesedihan dan kebimbangan pelbagai pihak.
Termasuk tuntutan agar aspek keselamatan serta kesejahteraan pelajar dinilai semula dan dipertingkatkan.
Pelbagai cadangan dikemukakan, termasuk memperluaskan penggunaan CCTV dan memperketatkan pemantauan di sekolah.
Pada pandangan saya, langkah ini wajar dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada sistem keselamatan yang lebih menyeluruh.
Namun, kita juga perlu memahami satu perkara penting: keselamatan tidak boleh bergantung kepada teknologi semata-mata.
CCTV mampu merakam apa yang berlaku. Tetapi pencegahan memerlukan manusia yang peka terhadap perubahan, mengenali persekitarannya dan berani bertindak apabila melihat sesuatu yang tidak kena.
Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat. Perubahan emosi dan tingkah laku anak mungkin mula dikesan di rumah. Konflik atau tekanan pula mungkin diketahui oleh rakan.
Guru berada dalam kedudukan penting untuk mengenal pasti perubahan dalam interaksi dan pembelajaran. Masyarakat pula boleh membantu mengenal pasti keadaan luar biasa di persekitaran sekolah dan komuniti.
Justeru, saya melihat beberapa perkara perlu terus diperkukuhkan.
Pertama, setiap sekolah perlu mempunyai sistem pelaporan dan intervensi awal yang jelas, mudah diakses dan diyakini oleh pelajar.
Kedua, penggunaan CCTV perlu dirancang berdasarkan penilaian risiko, khususnya di kawasan yang memerlukan pemantauan tambahan, bersama prosedur pemantauan dan tindakan susulan yang berkesan.
Ketiga, kapasiti guru, kaunselor dan warga sekolah dalam mengenal pasti tanda awal buli, konflik, tekanan emosi dan tingkah laku berisiko perlu terus diperkasakan.
Keempat, ibu bapa dan pelajar sendiri perlu menjadi sebahagian daripada sistem pencegahan. Anak-anak mesti tahu bahawa apabila mereka berdepan masalah, mereka mempunyai saluran yang selamat untuk mendapatkan bantuan.
Kelima, komuniti perlu membina budaya peduli dan prihatin. Bukan mencampuri urusan orang lain, tetapi bersedia untuk bersuara apabila keselamatan seseorang mungkin terancam.
Saya percaya kita tidak wajar menjadikan tragedi seperti ini semata-mata sebagai ruang untuk mencari pihak yang dipersalahkan. Sebaliknya, jadikan ia lonjakan untuk memperkukuhkan sistem.
Kerajaan, Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat masing-masing mempunyai peranan. Yang penting ialah penyelarasan, tindakan awal dan kesungguhan untuk memastikan setiap kelemahan yang dikenal pasti diperbaiki.
Kita tidak mahu hanya mempunyai sistem yang mampu menjelaskan apa yang berlaku selepas tragedi. Kita mahu sistem yang semakin baik dalam mengesan risiko dan mencegah tragedi sebelum ia berlaku.
Teknologi adalah alat. Sistem adalah mekanisme. Tetapi budaya peduli ialah benteng pertama.
Keselamatan anak-anak kita bukan tanggungjawab satu pihak. Ia amanah yang mesti kita pikul bersama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Seksyen 7 Shah Alam terus meriah dengan pelbagai program pengimarahan masjid dan surau yang menyatukan masyarakat.
Malam kelmarin, saya berkesempatan mengikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Dato’ Prof. Dr. Farid Ravi di Surau Al-Mustaqimah, sempena Program Madani Kita (PMK) Kota Anggerik @ Parlimen Shah Alam.
Keesokan paginya, saya singgah menunaikan solat Subuh di Masjid Seksyen 7 dan mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid Negeri Selangor, Sheikh Abdul Karim Al-Makki.
Program ini merupakan sebahagian daripada Karnival Masjid Rumah Keduaku @ Masjid Seksyen 7 yang berlangsung selama lima hari.
Pelbagai acara menarik dianjurkan bagi menarik masyarakat pelbagai peringkat umur hadir memakmurkan masjid.
Saya percaya usaha mengimarahkan rumah Allah seperti ini akan terus menyuburkan ilmu, ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan bersama warga Shah Alam di Program MADANI Kita (PMK) Kota Anggerik @ Shah Alam di Dewan Melati, Seksyen 7.
Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, saya sentiasa percaya bahawa perkhidmatan kerajaan perlu hadir sedekat mungkin dengan rakyat. Bukan sekadar melalui pejabat dan kaunter, tetapi turun ke komuniti, mendengar keperluan mereka dan memudahkan urusan.
Hari ini, pelbagai perkhidmatan dibawa terus kepada masyarakat. Antaranya semakan STR, Wang Tak Dituntut, pendaftaran MyDigital ID, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, selain Jualan RAHMAH, Jualan Agro MADANI dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Saya melihat sendiri warga warga Shah Alam mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan, bertanya soalan dan mendapatkan maklumat secara terus daripada agensi kerajaan.
Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, J-KOM, PACU, YB Najwan Halimi, semua agensi yang terlibat menjayakan program ini serta warga Kota Anggerik dan Shah Alam yang hadir memanfaatkannya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Menjunjung kasih atas 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Tengah hari semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tahlil serta Solat Jumaat sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Baginda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk rakyat bersama-sama menzahirkan kesyukuran serta mendoakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan buat Tuanku serta seluruh kerabat Diraja Selangor.
Semoga pemerintahan Tuanku terus dipayungi Allah SWT dan negeri Selangor terus maju, aman, makmur serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.
Daulat Tuanku!
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bersama jemaah Masjid Al Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam menunaikan solat Maghrib, diikuti majlis bacaan Yasin dan tahlil, solat Isyak dan menikmati jamuan sambil beramah mesra.
Pada kesempatan tersebut, saya turut menyerahkan cek sumbangan Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi membantu pembinaan pejabat dan ruang mesyuarat masjid.
Malam sebelumnya pula, saya hadir ke Surau At-Taqwa, Setia Permai untuk menyerahkan cek sumbangan PMR bagi pembinaan menara azan dan sistem siaraya.
Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya akan terus berusaha menyokong keperluan dan membawa suara masyarakat Shah Alam, termasuk membantu usaha menaik taraf kemudahan masjid dan surau.
Bagi saya, rumah ibadah bukan sekadar tempat menunaikan solat, tetapi menjadi pusat penyatuan masyarakat, pendidikan, kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan seluruh komuniti setempat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Nasib umat Islam di Kashmir kekal kompleks, melibatkan hak asasi manusia, identiti, kuasa politik tempatan, keselamatan serta hubungan India–Pakistan.
Petang semalam, saya bersama Dato’ Wira Us. Abdul Ghani Shamsuddin, Tn. Hj. Faizul Salleh dan Pn. Hjh. Norhidayah mewakili kepimpinan Parti Amanah Negara meraikan kunjungan Dr. Ghulam Nabi Fai, Pengerusi World Forum For Peace And Justice.
Beliau telah berkongsi perkembangan terkini tentang tanggapan dunia terhadap perjuangan rakyat Kashmir. Beliau turut ditemani Dr Latiff Ibrahim, Penyelidik Kanan IAIS.
Pada 28 September 2026, Perhimpunan Jammu dan Kashmir meluluskan resolusi menyeru pemulihan status negeri penuh. Perkembangan ini menunjukkan polemik Kashmir masih menjadi isu penting yang memerlukan perhatian masyarakat antarabangsa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Truly Malaysians.
.
Noor Hisham Abdullah
@DGHisham
As Malaysians worry and pray for Tun Mahathir’s health, three dedicated healthcare workers from IJN, one Malay, one Chinese and one Indian stand by his side.
They are a powerful reflection of Malaysia’s diversity, united in caring for him. Thank you to our frontline workers. -
Azli Yusof
@azliby
Islam dan Melayu sangat menghormati keluarga si mati. Jaga adab dan budi pekerti. Pelihara tutur kata dan apa yang diketik jari.
Peringatan kepada sesiapa sahaja yang mengaku terpaling Melayu Islam.
Kalau ada perasaan dengki dan irihati. Itu bukan Islam. Juga bukan Melayu. Itu tanda ada penyakit dalam diri sendiri. -
Azli Yusof
@azliby
Kat mana nak sekolah? Ini persoalan yang sering timbul susulan pembukaan bandar atau kediaman baharu. Shah Alam tidak terkecuali.
Pembangunan dan pembukaan kawasan² kediaman baharu sering menyebabkan kemudahan sekolah sedia ada menjadi sesak atau jauh dari kediaman.
Adakah RMK13 telah memperuntukkan perancangan secukupnya mengatasi kegusaran penduduk Shah Alam?
Apakah langkah kerajaan dan Kementerian Pendidikan menangani cabaran ini?
Saya telah mendapatkan senarai projek pembangunan dalam RMK13 termasuk status pelaksanaan pembinaan sekolah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Suara rakyat didengari. Buat julung kalinya, Seramai hampir 250 orang ramai hadir dalam Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Mengenai Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2026 di Dewan Banquet Parlimen pagi semalam.
Mereka tampil mewakili pelbagai institusi awam dan swasta, NGO, CSO, pelajar dan orang persendirian bagi menyuarakan pandangan dan saranan terhadap RUU yang sedang dimuktamad sebelum ia dibentang dalam Dewan Rakyat.
Sesi ini kendalikan sendiri oleh YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) merangkap Pengerusi JKPK dan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2026.
. -
Azli Yusof
@azliby
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau.
Negara kehilangan seorang tokoh wanita yang telah banyak menabur bakti, khususnya dalam bidang kesihatan, kebajikan masyarakat serta pembangunan wanita.
Ketokohan, kesederhanaan dan sumbangan Allahyarhamah sepanjang hayat beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
YB HJ AZLI YUSOF
Ahli Parlimen Shah Alam
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Dari Parlimen. Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) RUU Kebebasan Maklumat 2026.
www.facebook.com/share/v/1DkZAA87B2/ -
Azli Yusof
@azliby
Seawal jam 5.00 pagi tadi saya ke Alam Avenue, Padang Jawa untuk meraikan dan membuat pelepasan 120 peserta wanita yang menyertai rombongan “Jalan-jalan Madani Siri 2/2026" ke Sabak Bernam.
Tiga buah bas disediakan untuk membawa mereka mengembara ke utara Selangor dalam program anjuran Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Shah Alam dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Turut bersama meraikan pelepasan ialah YB Danial Al Rashid, ADN Batu Tiga merangkap Ketua Pemuda Amanah Selangor.
Sepanjang perjalanan sehari ini, peserta akan berkunjung ke kawasan sawah padi di Sekinchan, ladang buah-buahan dan tanaman kontan serta melihat industri kecil makanan yang diusahakan penduduk kampung Sabak Bernam.
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Semoga perjalanan ini mengeratkan silaturahim, menambah pengalaman dan membuka ruang mengenali kehidupan masyarakat luar bandar dengan lebih dekat.
. -
Azli Yusof
@azliby
JANGAN JADIKAN PENJAWAT AWAM MANGSA POLITIK
Krisis di Negeri Sembilan telah berlarutan melewati pertikaian politik. Ia menyentuh perkara yang lebih besar. Tentang kedudukan, kebebasan dan kehormatan penjawat awam.
Pada 22 September, MMKN Negeri Sembilan memutuskan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.
Persoalannya, adakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?
Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa MMKN Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung kedua-dua pegawai tersebut. Perkara itu tertakluk kepada badan perkhidmatan yang berkaitan.
Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah dalam kemelut politik. Ini soal sempadan kuasa.
Penjawat awam bukan milik mana-mana parti politik. SUK bukan milik UMNO. Penasihat Undang-Undang Negeri bukan milik BN atau PN.
Mereka adalah penjawat awam yang menjalankan amanah berdasarkan undang-undang dan peraturan.
Kalau seorang pegawai memberikan pandangan berdasarkan undang-undang dan bidang kuasanya, jangan kerana pandangan itu tidak menyenangkan pihak politik, pegawai tersebut pula dijadikan sasaran.
Kalau kita mendakwa mahu mengangkat martabat orang Melayu, kita juga mesti menunjukkan bahawa apabila Melayu memegang kuasa, kita menghormati institusi.
Kita mesti pertahankan prinsip ini. Imej Melayu dalam PH bukan sekadar bercakap tentang Melayu.
Kita menghormati undang-undang. Kita menghormati penjawat awam. Kita menjaga maruah institusi kerajaan. Kita juga tidak menggunakan kuasa politik untuk menekan penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.
Di sinilah perbezaan pendekatan yang perlu rakyat lihat.
Apabila PH menjadi kerajaan, antara perkara yang diberi perhatian ialah pengiktirafan, kebajikan dan penghormatan terhadap penjawat awam.
Ini termasuk penambahbaikan gaji, pengiktirafan prestasi, bantuan dan bonus, kebajikan serta usaha meningkatkan imej dan profesionalisme perkhidmatan awam.
Sebaliknya, apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini menimbulkan persoalan yang serius tentang bagaimana BN-PN menggunakan kuasa apabila berhadapan dengan penjawat awam dan institusi kerajaan.
Inilah yang rakyat perlu nilai.
Adakah kita mahu kerajaan yang menjadikan penjawat awam takut untuk memberikan nasihat?
Atau kerajaan yang memberi ruang kepada penjawat awam menjalankan tugas secara profesional, bebas dan berintegriti?
Politik boleh bertukar. Kerajaan boleh berganti. hTetapi penjawat awam dan institusi kerajaan mesti terus dihormati.
Jangan jadikan penjawat awam mangsa apabila politik gagal mengurus perbezaan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berkampung di tengah kota. Teruja melihat 3 menara megah berdiri. Belum pernah panjat Menara Merdeka 118 lagi.
Siapa pernah naik? Apa yang menarik? Sesuai tak kalau bawa bini sambut anniversary?
. -
Azli Yusof
@azliby
Menjelang PRN Melaka.
Bolehkah lagi dipercayai naratif penyatuan ummah. Ataukah ia hanya matlamat untuk berkuasa semata-mata.
Krisis N9 semakin meruncing. BN-PN masih gagal selesaikan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
DUN Melaka sudah bubar. Bahang PRN mula terasa. Pelbagai analisa dan telahan mula diperkata.
Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya. Pasti turut menjadi tumpuan sepanjang kempen pilihan raya. Kalau ditelan panas², boleh terbakau dibuatnya...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Berhenti tugas bukan boleh suka² macam hangpa "walk out" keluar dewan.
Berhenti kerja ada tempoh notis. Ada persetujuan dari ketua atau majikan. Ada tugas yang perlu diselesaikan. Ada proses serah tugas. Ada peraturan dan kebertanggungjawaban.
Nampak sangat YB Pasir Mas tak cukup pengalaman. Tapi... asal boleh komen, bina persepsi jahat kepada lawan.
Apa ada kisah... Itulah PAS.
. -
Azli Yusof
@azliby
Festival Patriotik Shah Alam 2026 bangkitkan semangat patriotik. Memberi makna kepada rakyat yang cintakan negara. Mengangkat gagasan Melayu yang kompeten, berdaya saing, ada nilai harga diri dan integriti. Melayu Yang Bermaruah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan hadir bersama-sama 32 orang Ahli Parlimen dalam Sesi Dialog Khas Belanjawan 2027 Bersama Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) anjuran Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya.
Usai Ucapan Aluan oleh YB Menteri Kewangan II, kami mengikuti penerangan ringkas mengenai kerangka Belanjawan 2027 oleh YBhg Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Seterusnya kami diberi peluang membangkitkan pelbagai perkara termasuk;
- keutamaan pembangunan kawasan, termasuk penambahbaikan infrastruktur tempatan;
- langkah menangani kos sara hidup rakyat; dan
- usaha memperkukuh perlindungan sosial, kebajikan serta peluang ekonomi untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Belanjawan 2027 akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 9hb Oktober 2026.
. -
Azli Yusof
@azliby
RCI Tabung Haji - PAS ambil sikap Baling Batu Sembunyi Tangan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Memperkasa Jentera, Memacu Kemenangan
Pagi tadi saya berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Selangor 2026 di Bagan Lalang, Sepang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hjh Aiman Athirah, Ketua AWAN Nasional merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mewakili Amanah Selangor, saya turut merakamkan penghargaan kepada AWAN Selangor yang terus memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan dan pentadbiran.
AWAN Selangor kini berbangga dengan kepercayaan yang diberikan melalui 30% lantikan Ahli Majlis di seluruh Negeri Selangor. Ia selaras dengan usaha memperluas penglibatan wanita dalam proses membuat dasar dan keputusan.
AWAN juga menunjukkan komitmen untuk tidak hanya menunggu perkembangan politik semasa, sebaliknya terus memperkukuh organisasi, mendekati akar umbi dan memperhebat khidmat kepada masyarakat.
Menjelang PRU16 yang bakal berlangsung, AWAN Selangor bertekad melipatgandakan kesiapsiagaan organisasi, kekuatan jentera dan hubungan yang kukuh dengan masyarakat.
Tahniah kepada seluruh kepimpinan dan warga AWAN Selangor.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan merasmikan Majlis Penutupan 'Festival Patriotik Shah Alam 2026' di Laman Budaya, Tasik Shah Alam, bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Program sehari sarat diisi pelbagai aktiviti dianjurkanPersatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor (PPPKMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM dan MPP Zon 1.
Festival ini menjadi ruang untuk menanam semangat patritisme dan cintakan negara, mengerat hubungan kekeluargaan, memperkukuh perpaduan masyarakat serta memberi peluang kepada usahawan tempatan mengetengahkan produk dan perniagaan mereka.
Inilah wajah Malaysia yang kita mahu — berbeza tetapi bersatu, pelbagai tetapi saling melengkapi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan festival ini. Semoga semangat kebersamaan terus subur di Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
HARAPAN Bangkit! Hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMANAH Melaka pagi tadi.
Seminggu atau dua minggu. Tak boleh tunggu.
Masa semakin singkat. Gerak kerja perlu disusun dan diperkuat. Kawasan tumpuan perlu diberi perhatian agar setiap petugas memahami peranan.
Pelancaran pagi tadi menjadi titik permulaan untuk memperkemas persiapan dan menyatukan gerak kerja.
Tahniah dan Syabas Amanah Melaka!
. -
Azli Yusof
@azliby
Mana boleh pukul rata kata "seluruh rakyat". Siapa beri kebenaran kamu mewakili kami.
Ramai yang mengikuti isu 1MDB melahirkan rasa tidak selesa dengan kenyataan SUA PAS ni. Termasuk kawan² dari ahli dan penyokong PAS sendiri.
. -
Azli Yusof
@azliby
Mengingati kelahiran dan menjadikan Nabi SAW sebagai contoh tauladan bukan hanya pada bulan Rabiulawal. Malah harus berlaku tanpa mengira waktu dan ketika yang tertentu.
Surau al Islah Seksyen terpaksa menunggu bulan Rabiulakhir untuk kesediaan al Fadhil Ustaz Zul Ramli M Razali, pendakwah dan personaliti TV & radio, sebagai panel serta Da’i Azrin bin Md Isa, pendakwah dan pengacara Tanyalah Ustaz.
Alhamdulillah, malam semalam saya berkesempatan menekuni Forum Perdana “Rasulullah SAW Inspirasi Harmoni Keluarga & Masyarakat” yang berlangsung di Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam.
Rasulullah SAW lahir dengan menonjolkan akhlaq mulia, menjadikan sifat tawadhuk sebagai teras kepada kasih sayang, kesabaran, komunikasi yang baik, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama keluarga dan masyarakat.
Tahniah kepada Prof Dr Rozaimi, Pengerusi dan AJK Surau Al-Islah Seksyen 7 yang berjaya menghimpunkan ramai jemaah dan ahli kariah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu.
Saya yakin Islam dan majlis ilmu seperti ini akan terus subur di Shah Alam dan Selangor serta menjadi ruang untuk kita sama-sama memperkukuh kefahaman agama, memperbaiki diri serta membina keluarga dan masyarakat yang lebih harmoni. -
Azli Yusof
@azliby
“Pencil box dia cantik…” kata Cikgu Salahuddin, GB SK Setia Alam merujuk kepada seorang murid yang mengadu kotak pensel kesayangannya tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran sebuah bilik darjah Isnin lalu.
Susulan kejadian kebakaran pada Isnin lalu, Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam telah turun meninjau keadaan dan mendapatkan gambaran sebenar.
Kebakaran melibatkan sebuah kelas di Tingkat 4. Alhamdulillah, ketika kejadian tiada murid di dalam kelas kerana waktu rehat.
Namun, kesannya kepada 42 murid kelas tersebut amat besar. Buku, beg, alat tulis, meja kerusi dan smart TV turut terjejas.
Buat sementara waktu, beberapa kelas berhampiran turut ditutup bagi membolehkan siasatan dan pemeriksaan keselamatan dijalankan. Namun, pembelajaran diteruskan melalui PdPR.
Insya-Allah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam akan membantu sedaya upaya, khususnya dari aspek kebajikan dan keperluan murid-murid yang terjejas.
Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan, JKR, Bomba dan semua pihak atas tindakan segera dan kerjasama yang diberikan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Menjelang tengah hari saya ke program kelima dan terakhir di Bukit Bandaraya, Seksyen U11 Shah Alam.
Program Karnival Merdeka anjuran Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti komuniti, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan serta kaunter wakaf Pembinaan Masjid Bukit Bandaraya.
Turut hadir bersama YB Najwan Halimi dan Ahli Majlis Sdr. Vincent Chow serta ketua-ketua komuniti penduduk Bukit Bandaraya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Usai di Pasar Seksyen 6, saya singgah di Seksyen 9 untuk menyantuni warga penduduk Rumah Teres Fasa 1 yang menganjurkan Program Gotong Royong Sempena Hari Malaysia 2026.
Kemudian saya ke Surau Alam Suria di Seksyen U10 untuk meraikan Program Fun Wlak Hari Malaysia anjuran bersama MPP Zon 20 dan tiga persatuan penduduk setempat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Seterusnya, saya Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam untuk bersama² menjayakan Program Cabutan Pengunjung Bertuah Sempena Hari Malaysia 2026.
Lebih 400 hadiah berupa pelbagai barangan keperluan harian disediakan untuk para pengunjung, termasuk ayam, daging, ikan, udang, telur, tempe, roti, santan, air, buah-buahan dan lain-lain.
Bukan cabutan bertuah yang biasa-biasa. Yang menyertainya, CONFIRM dapat hadiah! Cuma hadiahnya ikut rezeki masing-masing.
Lebih istimewa, hadiah-hadiah ini merupakan sumbangan daripada para peniaga Pasar Moden Seksyen 6 sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan kepada para pengunjung.
Syabas dan Tahniah kepada Kapten Ismail dan Persatuan Peniaga Pasar Moden Seksyen 6 atas penganjuran program yang cukup meriah dan bermakna. Terima kasih juga kepada Tuan Hj. Maizan, Ahli Majlis MBSA, MPP Zon 1 yang turut hadir sama. -
Azli Yusof
@azliby
Seawal 7.30 pagi, saya berkesempatan bersama-sama memeriahkan Elmina Farm Malaysia Day Walk di Elmina Shah Alam sempena sambutan Hari Malaysia 2026.
Turut hadir, YB Najwan Halimi, Exco Belia dan Usahawan Selangor, Tn. Shakir Ameer, Ahli Majlis MBSA dan Tn Insp Filza, Ketua Balai Polis Bukit Jelutong.
Tahniah kepada Denai Alam Residence Association (DARA) atas initiatif penganjuran program ini yang turut mengetengahkan elemen kesihatan, kelestarian alam sekitar dan komuniti melalui pelbagai aktiviti bersama rakan strategik dan organisasi peringkat komuniti.
Selamat Hari Malaysia 2026!
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati! -
Azli Yusof
@azliby
Kita mungkin berbeza negeri, bangsa, agama dan budaya, tetapi kita berkongsi satu tanah air, satu masa depan dan satu tanggungjawab untuk menjaga Malaysia.
Hari ini mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina melalui kesepakatan, diperkukuh melalui perpaduan dan mesti terus dibangunkan supaya kesejahteraan dapat dinikmati oleh setiap rakyat, di setiap negeri dan wilayah.
Selamat Hari Malaysia 2026
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah memulakan prosiding berkaitan Tabung Haji (TH).
Ia bertujuan menyiasat dan memperincikan dasar, matlamat, hala tuju dan perancangan TH dalam menunaikan mandat kepada pendeposit termasuk komitmen melaksanakan proses pemulihan kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan sebagaimana syor-syor yang dikemukakan RCI-TH.
Antara lain prosiding PAC ini merangkumi aspek-aspek
- Tadbir Urus dan Pindaan Struktur Undang-Undang LTH (Akta 535)
- Status Pelan Pemulihan LTH, Pengurusan Aset UJSB, dan Liabiliti Jaminan Kerajaan (Seksyen 24 Akta 535)
- Pemulihan Portfolio Pelaburan, Tadbir Urus Anak Syarikat/Sekutu
- Kebertanggungjawaban Kerajaan dan Reformasi Pengauditan Awam
- Kelestarian Model Kewangan Jangka Panjang LTH dan Kos Bantuan Haji (HAFIS)
- Akauntabiliti Tindakan Tatatertib
Pastinya, prosiding akan melalui siri yang panjang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan bersama-sama dalam Majlis Sentuhan Kasih Tuan Haji Isa bin Haji Hamzah bersama Usahawan Pasar Tani Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, sempena persaraan beliau sebagai Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sepanjang kira-kira tiga dekad barsama FAMA, beliau telah banyak berjasa dan mencurah bakti.
Bagi pihak Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Isa atas segala jasa, komitmen dan usaha beliau mengangkat martabat serta membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para usahawan Pasar Tani Stadium Shah Alam.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
Selamat Bersara Tuan Haji Isa -
Azli Yusof
@azliby
Singgah Subuh di Masjid As Solihin Padang Jawa. Sempat juga bersarapan dan beramah mesra dengan Nazir, AJK dan jemaah masjid.
. -
Azli Yusof
@azliby
Seterusnya kami menziarahi En. Umar di Bukit Subang, yang kini terlantar di rumah selepas terlibat dalam kemalangan.
Akibat kemalangan tersebut, En. Umar mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala sehingga sebahagian tempurung otaknya terpaksa dibuang bagi membolehkan rawatan dilakukan.
Dalam masa yang sama, beliau juga berdepan dengan ekzema kronik, iaitu masalah kulit yang memerlukan penjagaan dan rawatan berterusan. Keadaan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat En. Umar, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kesabaran kepada seluruh keluarga yang setia menjaga.
#ziarahsalamjumaat #salamrahmah #p108shahalam #askazliazlipeduli -
Azli Yusof
@azliby
Ziarah Salam Jumaat | Menyantuni Keluarga Allahyarham Lt. Muda Fadhlan Fakhry
Pagi tadi, saya dan staf Pusat Khidmat menziarahi Saudara Fellimal sekeluarga di Bukit Subang, yang sedang berduka susulan pemergian anakanda tercinta, Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21 tahun.
Allahyarham, yang merupakan pelajar UiTM Negeri Sembilan, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 5 September 2026, selepas rebah ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di UiTM kampus Jengka, Pahang.
Dalam kejadian tersebut, beberapa peserta lain turut dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital.
Semoga Saudara Fellimal sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Fadhlan Fakhry, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. -
Azli Yusof
@azliby
"Bukan desakan, ini kehendak rakyat", berucap di Perhimpunan Agung Agung UMNO, PAU 2026, DS Ahmad Zahid Hamidi terus gesa segerakan PRU16.
Betulkah rakyat hendak begitu?
. -
Azli Yusof
@azliby
"JASA" yang dikatakan tidak akan dilupakan. Rakyat terpaksa menanggung beban hutang 1MDB bertahun-tahun. Sepatutnya dana awam ini boleh digunakan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Kredit: Soalan Parlimen YB Senator Hasbie Muda.
. -
Azli Yusof
@azliby
Semalam saya berpeluang menghadiri Konvensyen Pendanaan Politik 2026 bertemakan “Reformasi Institusi: Membina Kepercayaan, Memperkukuh Demokrasi” di Kuala Lumpur.
Konvensyen anjuran BHEUU, JPM dengan kerjasama UIAM dan IDEAS ini menghimpunkan wakil parti politik, kerajaan, akademik, NGO, CSO dan badan guaman.
Antara perkara penting yang diketengahkan ialah cadangan penggubalan RUU Pendanaan Politik bagi memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pembiayaan politik.
Sebanyak 72 parti politik diseru menyatakan pendirian terhadap cadangan RUU ini.
Saya mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) melihat reformasi institusi pendanaan politik ini sebagai langkah penting untuk membina kepercayaan rakyat, mengurangkan risiko pengaruh wang serta memperkukuh demokrasi dan tadbir urus negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi kami meraikan Sdri Nursafina Alia binti Arzanil, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik (Kepujian) dari UiTM Puncak Alam.
Beliau telah menamatkan tempoh internship selama 6 bulan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Kami ucapkan terima kasih atas sumbangan dalam bidang reka bentuk grafik dan komunikasi visual serta menyiapkan projek yang ditugaskan sepanjang melalui tempoh internship bersama team pusat khidmat.
Semoga maju jaya dalam kerjaya yang akan diceburi seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara tercinta.
. -
Azli Yusof
@azliby
MAHA 2026 Menutup Tirai. Lebih 4.3 juta pengunjung, 2000 pempamir, RM66.8 juta jualan, RM10.3 bilion komitmen perdagangan melalui MoU.
Pagi tadi saya berkesempataan hadir dalam Majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026 yang disempurnakan YAB Perdana Menteri, dengan tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.”
YAB Perdana Meteri berbangga kerana MAHA 2026 mencatat kemajuan tertinggi dalam sejarah dengan penyertaan peladang, petani, usahawan, pedagang, pelabur dan rakyat yang amat menggalakkan.
Beliau mengingatkan bahawa transformasi pertanian negara mesti disusuli tadbir urus yang baik, perbelanjaan berhemah dan tindakan yang berkesan. Peruntukan boleh ditambah, tetapi mesti diurus dengan amanah agar manfaatnya benar-benar kembali kepada rakyat.
Sementara itu YB Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan makanan dalam ucapannya melaporkan kehadiran pengunjung seramai 4.3 juta setakat 5 September. Jumlah ini berkemungkinan mencecah 5 juta pengunjung apabila MAHA 2026 menutup tirai.
Turut memberangsangkan apabila 2,000 pempamir berjaya menghasilkan nilai jualan mencecah RM66.8 juta, melangkaui sasaran RM58 juta. Manakala MoU dan komitmen perniagaan mencapai RM10.3 bilion berbanding sasaran RM8 bilion.
Beliau turut berbangga melihat kehadiran lebih ramai anak muda dan peningkatan jumlah yang menceburi sektor pertanian dan agromakanan.
MAHA bukan sekadar pameran, tetapi medan memperkukuh ekosistem pertanian, membuka peluang pelaburan dan membina masa depan keterjaminan makanan Malaysia.
Tahniah MAHA 2026 !
. -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN AKAN BERSIDANG, SUARA WARGA SHAH ALAM DIALU-ALUKAN.
Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas bakal berlangsung dari 5 Oktober - 8 Disember 2026.
Saya mengalu-alukan warga Shah Alam untuk mengemukakan cadangan soalan, isu atau perkara yang wajar dibawa dan dibangkitkan di Parlimen.
Kemukakan cadangan anda sebelum 11 SEPTEMBER 2026 Jumaat 5.00 petang.
Imbas kod QR pada poster untuk menghantar cadangan soalan.
Atau tekan Link Dibawah 👇
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfmd2i9dcMxByo8YzlGv762Z…
Suara anda, kami bawa ke Parlimen.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ah sudah! Guane gamok orang kite, nengung je napok?
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari semalam saya berkesempatan menyantuni penduduk Pangsapuri Kiambang, Taman Bukit Subang dalam Majlis Silaturahim & Jamuan Komuniti yang mereka anjurkan.
Turut hadir sama YB Najwan Halimi - ADN Kota Anggerik, Tn Insp Mohd Fildza Che Ibrahim - Ketua Balai Polis Bukit Jelutong, Haji Fauzi - AJK MPP Zon 22 dan pasukan AMANITA Polis Shah Alam.
Alhamdulillah, suasana begitu meriah dan penuh kemesraan. Lebih daripada sekadar jamuan, program seperti ini menjadi ruang untuk berkenal-kenalan, mengeratkan hubungan dan mendengar sendiri suara serta pandangan penduduk.
Kami amat menghargai usaha komuniti Pangsapuri Kiambang yang sentiasa menghidupkan semangat kejiranan dan memupuk perpaduan.
Dalam masyarakat yang semakin sibuk, hubungan sesama jiran perlu terus dipupuk kerana komuniti yang kuat bermula daripada jiran yang saling mengenali, mengambil berat dan membantu antara satu sama lain.
Insya-Allah, kami akan terus berusaha bersama komuniti dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan isu serta keperluan penduduk dapat diberi perhatian sewajarnya.
Terima kasih kepada En Saiful dan AJK persatuan yang baru dilantik. Tahniah atas sambutan yang sangat baik.
Semoga silaturahim ini terus subur dan Pangsapuri Kiambang kekal sebagai komuniti yang harmoni, prihatin dan saling menyokong.
Jiran Sepakat, Komuniti Hebat
. -
Azli Yusof
@azliby
Usai solat Subuh, kami sertai jemaah Surau Al Munawwarah Seksyen 13 menekuni kuliah sirah disampaikan Ustaz Khubaib Asmadi, pengasas 'Seerah Center'.
Bersempena dengan Bulan Maulid, Ustaz turut mengupas tentang beberapa amalan sunnah yang lazim dan mudah kita lakukan iaitu sunnah Jibilliyyah.
Ia merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat atau keperluan Nabi sebagai seorang manusia. Contohnya cara makan, tidur, berjalan atau berpakaian.
Tetapi yang lebih susah dan mencabar ialah mengamalkan sunnah khuluqiyyah yang bermaksud Khuluqiyyah.
Ia bermaksud bagaimana Rasulullah SAW berinteraksi sebagai insan yang berakhlak. Contohnya sabar, pemaaf, penyayang, amanah, tawaduk.
Maka dalam konteks Maulidul Huda, menghidupkan sunnah Rasulullah SAW bukan sekadar meniru bentuk luaran Baginda, tetapi menghidupkan akhlak, rahmah, amanah dan keadilan yang menjadi teras risalah Baginda.
. -
Azli Yusof
@azliby
4 September 2026 | Ziarah Peduli Salam Rahmah
Di saat kita meraikan dan menikmati kesejahteraan serta dikurniakan nikmat kesihatan, ada insan dan keluarga yang diuji dengan pelbagai kesulitan.
Pagi tadi saya dan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM berkesempatan menziarahi tiga buah keluarga di Seksyen 24 dalam Program Ziarah Peduli Salam Rahmah.
Ziarah seperti ini mengingatkan kita bahawa ada keluarga yang memerlukan perhatian, sokongan dan sedikit ruang untuk mereka merasai bahawa mereka tidak bersendirian.
Bantuan mungkin tidak mampu menyelesaikan seluruh masalah, tetapi sebuah kunjungan, doa kata-kata yang menguatkan dan tanda keprihatinan boleh memberi makna yang besar kepada mereka yang sedang diuji.
Inilah semangat Salam Rahmah — membina masyarakat yang saling peduli, mengambil berat dan tidak membiarkan sesiapa menghadapi kesusahan seorang diri.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesabaran dan kemudahan kepada keluarga ini serta mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada mereka.
Kita mungkin tidak mampu membantu semua orang, tetapi kita boleh bermula dengan mereka yang berada di sekeliling kita.
. -
Azli Yusof
@azliby
"Aku terima..."
Bagi sesetengah warga dan kominiti di Shah Alam, waktu saya turun padang adalah peluang untuk mereka mengadu, mengajukan permohonan atau memberi pandangan.
Setiap permohonan kecil atau besar samada dari individu, pihak surau maupun persatuan penduduk kami pertimbangkan dan bantu sewajarnya.
Malam tadi saya berkesempatan bersama jemaah Surau Ar Raudah Seksyen 24 menunaikan kewajipan solat Maghrib dan Isyak yang diselangi dengan majlis bacaan Surah Yasin.
Alhamdulillah, syiar Islam subur dan terpelihara. Ibadah berjemaah ditunaikan dengan tenang dan selesa. Nikmat dari keamanan dan kesejahteraan negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
Buckle Up!
Tak semena-mena DS Ahmad Zahid Hamidi kata Umno, BN mahu PRU16 lebih awal. Sebelum ini beliau bersungguh untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal.
Tak pasti pula apa yang membuatkan beliau berubah pendirian. Saya tidak berhasrat membuat telahan rambang. Tapi terlalu banyak isu sedang diperkatakan. Apakah kerana...?
Apapun PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak akan mengambil mudah perkembangan politik semasa.
Jika benar ada usaha untuk mempercepatkan PRU16, kita hormati proses demokrasi. Cuma barang diingat, mandat rakyat adalah hak rakyat untuk menentukan — bukan milik mana-mana parti.
Yang penting, PH akan terus fokus kepada kerja, menyelesaikan masalah rakyat dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap agenda reformasi serta Kerajaan MADANI.
Bila tiba masanya, kita bersedia.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam, kami di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM menerima kunjungan pegawai² Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM HQ dan Zon Tengah untuk penganjuran Program Madani Kita di Seksyen 7, Shah Alam.
Nantikan program ini nanti pada 3 October 2026.
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bukan main panjang lebar YB Fadhli Shaari komen PM dan MOF. Takda rasa nak marah TPM ke selepas MOF keluar kenyataan. Ke "hot" sahaja?
. -
Azli Yusof
@azliby
Klinik Bola Sepak Nadi Juara.
Program Pemerkasaan Belia dan Pembangunan Komuniti
Siri Ke-2, Tahun 2026
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Musim menanam padi telah tiba lagi. Berbudi pada tanah. Menyumbang kepada kelangsungan sekuriti makanan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Memaknai erti sebuah kemerdekaan bersama komuniti dan warga Shah Alam pelbagai peringkat di Parlimen Shah Alam.
- Gerai Merdeka Medan Selera Seksyen 2
- Sambutan Ambang Merdeka Komuniti Madani Taman Subang MAS
- Sukan Merdeka Futsal dan Dart Pangsapuri Taman Sri Rasau
- Sambutan Ambang Malam Merdeka 69 JPKK Kampung Padang Jawa
- Funwalk Merdeka Surau al Mahdi Taman Bukit Subang
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bekerut dahi masing² bila terpaksa menghadap dan mengemaskini dokumen berjam-jam lamanya. Menekuni dan meneliti setiap patah perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap helaian sehingga selesai.
Pagi tadi kami menyudahkan Mesyuarat Housekeeping Penyata Pengurusan Perkhidmatan Bayaran Wang Jaminan Mahkamah melalui Sistem e-Jamin di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Insya-Allah, laporan yang merangkumi dapatan, rumusan dan syor PAC akan dibentangkan pada Mesyuarat Ke-3 Dewan Rakyat yang akan bersidang Oktober 2026 nanti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ceramah best, makan pun best!
Siapa yang pernah mengikuti ceramahnya pasti setuju dengan saya. Siapa pernah merasa jamuan di situ pun mesti setuju dengan saya.
"Maulidur Rasul juga dikenali sebagai Maulidul Huda. Ia membawa maksud kelahiran seorang insan yang membawa hidayah (pentunjuk)..."
Begitulah ungkapan awal SS Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Selangor ketika memulakan Ceramah Khas Maulidur Rasul di Surau Al Mawaddah Seksyen 7.
Malam tadi saya berkesempatan bersama jemaah yang hadir mengkuti ceramah khas di antara waktu Maghrib dan Isyak.
Sambil menekuni ceramah, jari saya turut sibuk mengetik papan kekunci pada telefon pintar memasukkan hampir setiap butiran yang disampaikan.
Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu kurniaan dan rahmat daripada Allah SWT.
“Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Ia lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” — Surah Yunus, ayat 58
Nabi Muhammad SAW dipilih oleh Allah SWT daripada keturunan yang mulia. Baginda daripada keturunan Nabi Ibrahim AS melalui Nabi Ismail AS, daripada Quraisy dan Bani Hashim. Sehingga akhirnya lahir sebagai Rasul terakhir untuk membawa risalah Islam kepada seluruh manusia.
Sejak kecil, kehidupan Rasulullah dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?” — Surah Ad-Duha, ayat 6
Kemuliaan Rasulullah SAW bukan sekadar pada keturunan dan kedudukannya sebagai seorang Nabi. Kemuliaan Baginda terserlah melalui akhlak dan peribadinya.
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang agung.” — Surah Al-Qalam, ayat 4
Saidatina Aisyah RA menggambarkan Baginda sebagai manusia biasa. Baginda membantu menguruskan urusan rumah, membasuh dan menjahit pakaian sendiri. Memerah susu kambing sendiri untuk diminum.
Baginda juga bukan seorang yang keji tutur katanya, tidak suka mencaci atau mengeluarkan kata-kata kesat, dan bukan seorang yang suka terjerit-jerit, meninggikan suara di khalayak ramai. Tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Sebaliknya, Baginda memilih untuk memaafkan dan berlapang dada.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah.” — Surah Al-Ahzab, ayat 21
“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” — Surah Ali ‘Imran, ayat 31
Keperibadian Rasulullah SAW digambarkan dalam ayat
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat mengambil berat terhadap kamu, dan terhadap orang-orang yang beriman dia amat penyantun lagi penyayang.” — Surah At-Taubah, ayat 128
Daripada ceramah Dato' Mufti malam tadi, kita dapat fahami bahawa mencintai Rasulullah SAW bukan sekadar dengan mengingati kelahiran Baginda atau memperbanyakkan selawat.
Tetapi yang lebih penting ialah berusaha mencontohi akhlak, sifat pemaaf, kasih sayang, kesederhanaan dan kepedulian Baginda terhadap manusia.
Semoga Maulidur Rasul kali ini menjadi ruang untuk kita bertanya kepada diri sendiri. Sejauh mana kita benar-benar mengikuti sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian?
Usai ceramah dan solat Isyak, para jemaah dijamu dengan nasi beryani kambing Pakistan. Setiap malam jumaat pihak surau menyediakan jamuan untuk 500 orang jemaah. Power !
Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad. ﷺ
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan menyaksikan Pelancaran Pelan Strategik Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 2026-2030 disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ia dilancarkan pada Majlis Perasmian Karnival Jom IKMa sempena dengan Sambutan Jubli Platinum 70 Tahun IKMa di Petaling Jaya.
Pelan strategik itu memberi tumpuan kepada inovasi dalam latihan, pengukuhan integriti serta peluasan jaringan kerjasama strategik bagi memastikan IKMa terus relevan, responsif dan berdaya saing dalam mendepani perubahan semasa.
Pembangunan modal insan koperasi menjadi antara keutamaan yang perlu terus diperkasakan, selaras perkembangan ekonomi, teknologi dan perubahan landskap perniagaan yang menjadikan keperluan latihan gerakan koperasi semakin kompleks.
Gerakan koperasi memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi rakyat melalui semangat kebersamaan, keusahawanan dan pembangunan komuniti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Haji Onn Bin Jaafar. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat
kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH).
Bagaimanapun, prosiding ini bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dibuat dengan menyeluruh, sebaliknya akan menumpukan kepada status dan kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI selaras dengan fungsi teras PAC.
Ia diputuskan susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji dari Tahun 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai 2026.
PAC menyifatkan pendedahan RCI berkenaan adalah amat serius dan boleh menghakis kepercayaan umat Islam di negara ini, sekiranya ia tidak ditangani dengan sewajarnya.
Minggu ini PAC meneruskan prosiding berhubung Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
. -
Azli Yusof
@azliby
Korang rasa ?
-
Azli Yusof
@azliby
Seterusnya saya ke Masjid Al Azhariah (Masjid Unta) Seksyen 18 pula untuk bersama jemaah di sana meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1448H.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk perarakan, ceramah, pertandingan pakaian beragam, pertandingan khutbah dll di kalangan kanak2 sekolah.
Tahniah kepada pihak masjid kerana berjaya mengumpul ramai ahli kariah hadir bersama keluarga memperingati kelahiran Rasulullah SAW sebagai rahmat untuk seluruh alam. Sebagai contoh untuk diteladani.
Banyak masjid/surau mengadakan majlis pada masa yang sama sempena cuti hari kelepasan am.
Islam terus subur dan makmur. Syiarnya terus dikembangkan. Sallu ala an-Nabi !
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersalawat banyak², adakan perarakan, buat majlis maulid, ceramah dan forum. Semua itu bagus. sebagai tanda memperingati kelahiran Nabi SAW.
"Tetapi yang terlebih utama ialah menanam perasaan mahabbah dan ittiba' (kecintaan yang mendalam dan meneladani) terhadap Rasulullah SAW".
Itu antara bait² kalimah yang saya ingat dari pesanan al-Fadhil Ustaz Roslan Mohammad ketika Forum Subuh Maulidur Rasul di Masjid Jamek Fastabiqul Khairat, Batu 3 pagi tadi.
Forum diadakan seusai jemaah menunaikan solat Subuh dan mengalunkan salawat ke atas Nabi SAW. Saya tidak dapat bersama dengan para jemaah untuk acara berikutnya kerana bergegas ke majlis seterusnya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Firman Allah SWT,
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Al Ahzab:21
Salam Maulidur Rasul SAW | 12 Rabiulawal 1448H.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tahniah! Selangor muncul sebagai juara keseluruhan acara renang pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan merangkul 20 pingat emas, tujuh perak, dan 11 gangsa.
Petang tadi saya berkesempatan menyaksikan beberapa acara kemuncak renang di Akuatik Selangor, Seksyen 13 Shah Alam. Antaranya acara 50 meter gaya bebas dan 4x100 meter relay.
Secara tidak lansung sukan renang menyumbang kepada jumlah pungutan pingat emas kontingen Selangor yang telah memecahkan rekod lama berjumlah 80 pingat emas.
Pastinya Kontingen Selangor akan mencatat rekod baharu pungutan pingat emas pada SUKMA 2026.
Sama-sama kita tunggu apabila temasya ini melabuhkan tirainya esok.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pasukan Bola Sepak SUKMA Selangor telah memberi saingan sengit dan berjaya mengekang pasukan JDT sehingga ke masa tambahan dengan keputusan seri 1-1.
Namun akhirnya Selangor terpaksa berpuas hati meraih pingat perak setelah tewas 2-4 melalui sepakan penalti.
Saya berkesempatan menyaksikan dan memberi sokongan perlawanan akhir bola sepak lelaki di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bersama ribuan penonton malam tadi.
Saya dapat lihat Selangor tidak ketandusan pemain. Ramai bakat muda dapat dilahirkan melalui pembangunan bola sepak Selangor di peringkat akar umbi. Syabas !
. -
Azli Yusof
@azliby
Seterusnya saya ke Dewan Lavender untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 Kali Ke-5.
Saya sangat berterima kasih kepada persatuan yang banyak berperanan sebagai penghubung antara penduduk dan pihak berkuasa, termasuk kami yang dipilih sebagai wakil rakyat.
Persatuan ini menaungi penduduk yang mendiami 58 blok pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah di Seksyen 7, termasuk lebih daripada 20 buah JMB.
Bukan mudah menganjurkan pelbagai aktìviti untuk menyatukan penduduk. Bukan ringan tanggungjawab untuk mengangkat suara masyarakat.
Saya berharap persatuan terus menjadi wadah yang kuat, mampan dan inklusif dalam membawa isu serta memperjuangkan kepentingan penduduk.
Insya-Allah, saya akan terus memberikan sokongan dan bantuan semampunya untuk memastikan suara penduduk Seksyen 7 sentiasa didengar dan diberi perhatian.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan menyantuni penduduk yang turun beramai-ramai dalam Program Gotong Royong Mega Seksyen 8 Barat 2026.
Majlis perasmian disempurnakan YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan merangkap ADN Kota Anggerik.
Saya dapat rasakan semangat kejiranan yang terserlah apabila penduduk, relawan dan pelbagai pihak berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran.
Dalam kesempatan ini, kami turut mendengar beberapa saranan dan keperluan penduduk berkaitan prasarana setempat.
Kami komited untuk membantu mengusahakan penambahbaikan, termasuk mengadakan trek jogging di Padang Seksyen 8 Barat, pemasangan pagar keselamatan jenis “anti-climb” serta penyelenggaraan laluan jalan kediaman yang telah rosak.
Insya-Allah, setiap cadangan akan diberi perhatian dan diusahakan mengikut keperluan dan keutamaan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pihak Pengurusan JMB dan penghuni Pangsapuri De Kiara Setia Alam kini boleh menarik sedikit nafas lega.
Pagi tadi saya telah usahakan pertemuan dengan YB Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor untuk mengadu dan memaklumkan kronologi masalah yang mereka hadapi.
Isu keretakan blok parkir yang menjejaskan keselesaan serta mengundang masalah keselamatan penghuni kini mendapat perhatian YB Datuk Borhan. Sebelum ini, pelbagai usaha yang pihak JMB lakukan seperti menemui jalan buntu.
Saya menghargai kesediaan YB Datuk Borhan untuk turun mendengar dan mengambil serius perkara ini. Bagi saya, keselamatan dan kesejahteraan penghuni tidak boleh dikompromi.
Beliau memberi komitmen untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit ke meja rundingan dengan segera bagi mengenal pasti punca dan seterusnya mencari kaedah penyelesaian terbaik kepada isu yang dihadapi.
Mudah-mudahan dengan kerjasama semua pihak, punca sebenar dapat dikenal pasti dan penyelesaian yang tuntas dapat dicapai dalam masa terdekat.
Insya-Allah, dengan tindakan segera dan kerjasama semua pihak, ada jalan keluar yang terbaik untuk penghuni Pangsapuri De Kiara Setia Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berhadapan dengan saingan daripada perkhidmatan e-hailing, pengusaha dan pemandu teksi dan kereta sewa terus cekal bersaing demi kelangsungan hidup dan komitmen memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat.
Pagi semalam saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Persatuan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa Giant Seksyen 13 dan Stadium Shah Alam.
Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan para pemandu teksi yang terus berkhidmat kepada masyarakat. Mereka bukan sekadar mencari rezeki, tetapi turut menjadi sebahagian daripada ekosistem pengangkutan awam di Shah Alam. ,
Saya juga berpeluang merasai kepayahan dan meneliti keperluan mereka untuk terus memberi perkhidmatan dalam situasi yang semakin mencabar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tahniah Selangor! Berbaloi saya hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir Futsal Lelaki antara Selangor dan JDT di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Selangor (KOMBES).
Selangor berjaya menewaskan JDT dengan kemenangan 5-3 untuk mara ke perlawanan akhir menentang Pulau Pinang malam esok.
Saya turut terhibur dan teruja dengan semangat juang anak-anak Selangor benar-benar menghiburkan dan membanggakan.
Sama² kita doakan Selangor terus melangkah penuh keyakinan memburu kilauan Emas.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Association of Former Apprentices of Trade School (AFATS) Ke-21 Tahun 2026 di Kelab Shah Alam.
AFATS juga adalah ialah singkatan bagi Armed Forces Apprentice Trade School atau Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera, iaitu sebuah sekolah teknikal ketenteraan di Malaysia.
Ia bertujuan melahirkan tenaga pakar teknikal dan kejuruteraan muda untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya amat menghargai usaha alumni yang terus menghimpunkan bekas pelatih AFATS di samping memelihara hubungan silaturahim dan semangat persaudaraan dalam kalangan ahli.
Pertubuhan seperti ini penting dalam menghargai jasa dan pengalaman generasi terdahulu, selain menjadi wadah untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta menyumbang kepada kebajikan warga AFATS.
Tahniah kepada barisan kepimpinan dan seluruh ahli AFATS atas komitmen yang berterusan. Semoga persatuan ini terus kukuh, aktif dan memberi manfaat kepada ahli serta masyarakat.
Terima kasih atas jemputan dan peluang berkenalan dengan semua yang hadir.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Dana Tabung Haji adalah tabungan 10 juta rakyat biasa. Persoalannya kenapa amanah sebesar ini menjadi isu sehingga RCI terpaksa dilaksanakan?.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kematian mengingatkan kita akan umur insan. Apabila tiba ajal, tidak ada siapa yang boleh mencepatkan atau melambatkannya.
Pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Haji Mustafa (70) ahli kariah Masjid An Nahdhah, Seksyen 18.
Sepanjang hayatnya, beliau istiqamah dengan amal ibadah. Sering terlibat dengan aktiviti bersama masyarakat.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan buat keluarga, sahabat dan komuniti yang mengenalinya.
Semoga segala amal ibadah, jasa dan kebaikan Almarhum diterima Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Laporan Khas RCI-Tabung Haji. Kerugian besar TH dalam FGV. Kenapa? Siapa Pengerusi TH & FGV? Siapa harus bertanggungjawab?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Mesyuarat Khas Laporan RCI Tabung Haji.
Isu sakau dibangkitkan dalam dewan. Penyelewengan mesti disiasat. Pesalah mesti dibawa ke muka pengadilan. Amanah Tabung Haji mesti dipertahankan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PN (PAS/Wawasan) berdalih lagi. Boikot Sidang Khas Dewan Rakyat kononnya sebab tidak ada perbahasan. Tak boleh beri pandangan. Tiada hala tuju ... bla bla bla.
Sepatutnya 15 Ahli Parlimen PAS/Wawasan turut berbahas. Tapi itu lah wajah sebenar mereka. Sekadar suka gebang di luar dewan.
Hakikatnya, setelah sesi penerangan Menteri Hal Ehwal Agam, 36 Ahli Parlimen berbahas termasuk dari PH, BN, BERSATU, GPS, GRS, Warisan dan bebas.
Semua menjadikan sidang hari ini sebagai medan muhasabah. Berbahas dari pelbagai sudut, semuanya demi kepentingan umat Islam dan keunggulan Tabung Haji. Semua direkod, diambil pertimbangan dan tindakan oleh pihak berkenaan.
Persidangan masih berlangsung tanpa masa rehat sehingga jam 8.00 malam. Sepatutnya boleh sampai 10.00 malam. Tapi depa kantoi awai ...
. -
Azli Yusof
@azliby
Memalukan! Pembela Islam konon!
Ahli Parlimen pembangkang (PAS & WAWASAN) keluar dewan ketika Laporan RCI_Tabung Haji dibentang oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Inilah sikap sebenar mereka di saat kepentingan umat Islam terbesar di Malaysia sedang hangat diperkatakan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, Islam hidup subur di bumi Malaysia. Rakyat hidup aman dan damai. Masjid dan surau semakin dipenuhi dengan solat berjamaah. Negeri Selangor pula meriah dengan pelbagai aktiviti kuliah dan imarah.
Malam tadi saya berkesempatan mengikuti Kuliah Maghrib Perdana di Surau Nurul Hidayah, Seksyen 24 Shah Alam. Penceramah tersohor, Ustaz Elyas Ismail diundang menyampaikan kuliah berkaitan erti kemerdekaan seorang Muslim sempena Bulan Kebangsaan.
Malam sebelumnya pula, saya bersama jemaah Surau An-Nur, Cahaya Alam, Seksyen U12 mengikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Zulkhairi.
Beliau mengupas Surah An-Naml, khususnya berkenaan ayat mengisahkan Nabi Sulaiman AS yang mendengar percakapan seekor semut kepada sekalian rakyatnya.
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil tentang kepimpinan, kebijaksanaan dan kehidupan bermasyarakat.
Peluang seperti ini saya manfaatkan untuk beramah mesra dengan AJK masjid dan surau serta ahli kariah. Bertanya khabar dan mendengar sendiri perkembangan kejiranan setempat.
Syukur atas nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Manusia diciptakan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak (bersuku-suku). Tetapi siapakah yang paling mulia di sisi Allah? Melayu, Cina atau India ...? Bugis, Banjar atau Jawa...?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Azli Yusof
@azliby
يَـٰٓأَيُّہَا النّاسُ إِنّا خَلَقنٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ وَجَعَلنٰكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ لِتَعارَفوا ۚ إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللهِ أَتقٰكُم ۚ إِنَّ اللهَ عَليمٌ خَبيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat:13 -
Azli Yusof
@azliby
Marhaban bukan sekadar tradisi. Ia sebahagian daripada jiwa dan warisan kita mengimarahkan syiar Islam.
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Pertandingan Marhaban: Warisan Marhaban, Jiwa Muslimah anjuran Persatuan Usahawan Murni Negeri Selangor (PUMNS) dan Pertubuhan Gabungan Organisasi Wanita Selangor (SCWO).
Saya cukup hargai usaha penganjur menghidupkan kembali tradisi ini dalam suasana yang lebih segar dan dekat dengan generasi hari ini.
Yang menarik, program ini bukan sahaja menghimpunkan wanita, tetapi turut melibatkan belia, keluarga, usahawan mikro dan komuniti setempat.
Inilah cara kita memastikan warisan terus hidup. Bukan sekadar dikenang, tetapi diamalkan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Warisan kita pelihara.
Ukhuwah kita perkasa. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat | 7 Ogos 2026
Ziarah Peduli Salam Rahmah
Kg Padang Jawa, 3 keluarga yang dengan uji dengan masalah kesihatan. Moga dipermudahkan urusan, sembuh segera dan pulih sediakala.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Akuatik Selangor... Itulah nama baharu bagi Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Seksyen 13 Shah Alam.
Pagi tadi, saya turut berkesempatan menyaksikan Majlis Penjenamaan Semula Akuatik Selangor yang disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Akuatik Selangor dijenamakan semula setelah melalui proses penaiktarafan secara menyeluruh.
Ia kini tampil sebagai sebuah fasiliti moden yang
memenuhi keperluan latihan atlet, penganjuran kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, di samping menjadi ruang rekreasi selamat serta kondusif kepada masyarakat.
Pembukaan rasmi Akuatik Selangor bagi penganjuran acara akuatik SUKMA dan Para SUKMA akan dimulakan dengan pertandingan polo air yang dijadual berlangsung pada 12 Ogos, sebagai acara pembuka sebelum pembukaan rasmi pada 15 Ogos.
Selepas berakhirnya temasya sukan ini nanti, Akuatik Selangor akan dibuka sepenuhnya untuk kegunaan awam pada Oktober ini.
#kitaselangormajubersama
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam saya hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (Freedom of Information - FOI) 2026 Bil. 1 Tahun 2026.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
RUU ini telah dibentangkan pada sidang Parlimen yang lalu. Namun, Dewan Rakyat memutuskan agar ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi beberapa peruntukan sebelum dibentangkan semula untuk kelulusan.
Akta Kebebasan Maklumat merupakan satu reformasi penting dalam usaha memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
Melalui undang-undang ini, rakyat akan mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang dimiliki oleh badan awam, tertakluk kepada pengecualian yang munasabah seperti keselamatan negara, pertahanan, privasi individu dan siasatan yang sedang berjalan.
Pada masa yang sama, RUU ini perlu dirangka dengan teliti supaya hak rakyat untuk mengetahui dapat diseimbangkan dengan keperluan melindungi kepentingan awam dan maklumat yang benar-benar sensitif.
Semoga RUU ini menjadi satu lagi pencapaian penting dalam agenda Reformasi Institusi negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pulang dari membantu kempen PRN Negeri Sembilan, kita sambung khidmat di kawasan dan turun padang bersama warga Shah Alam.
Pagi tadi saya menyertai Program Gotong-Royong anjuran JPKK Kampung Padang Jawa, Klang bersama penduduk setempat. Turut hadir sama YB Danial Al Rashid, ADN Batu Tiga.
Seronok melihat semangat jiran-jiran yang sama-sama turun membersihkan kawasan perumahan.
Bila semua berganding bahu, kerja yang berat jadi ringan. Kawasan kediaman pun lebih bersih, cantik dan selamat.
Program gotong royong seperti ini mengingatkan kita bahawa mencegah demam denggi sebenarnya bermula dari rumah sendiri.
Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa kawasan rumah, buang air yang bertakung dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Tahniah kepada Ketua Kampung, Tok Sham dan PKK Kampung Padang Jawa, Ahli Majlis MBSA Tn Haji Firdaus Mokhtar dan semua penduduk yang menjayakan program ini.
Semoga semangat kebersamaan dan budaya gotong-royong terus subur di Shah Alam.
Insya-Allah, dengan usaha kecil yang dibuat bersama, kita dapat mewujudkan kejiranan yang lebih bersih, sihat dan sejahtera.
. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Insya-Allah, menang Pakatan Harapan nanti. Menteri Besarnya akan tetap diterajui oleh pemimpin Melayu Islam.
#bantutokmin
#kekalharapan
#kekalsetiadaulattuanku
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tiada "sakau" dalam Laporan RCI? Cuba baca dan faham betul²...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Keluhan Rakyat! Makcik sedih bila ADAT dicampur adukkan dengan politik.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tongah PRN N9, tibo² borobut jawatan PM. Habih tu Dr Sam (Calon PM dari PAS) nak lotak kek mano? Hampeh boto!
. -
Azli Yusof
@azliby
Kerja pilihan raya yang paling saya suka ialah kempen rumah ke rumah (H2H). Pagi tadi kami teruskan kempen merayu undi di DUN N.09 Lenggeng.
Melalui kempen H2H, kami berpeluang bersemuka dengan pengundi. Memperkenalkan calon, menerangkan tentang pencapaian kerajaan PH dan berkongsi manifesto yang ditawarkan.
Kami dapat menyelami isi hati pengundi, mendengar keluhan, pandangan dan harapan mereka.
Ada yang memberi cadangan, ada yang berkongsi masalah, dan ada juga yang sekadar mahu didengari. Tidak kurang yang memberi teguran untuk penambahbaikan.
Insya-Allah, setiap suara yang kami dengar akan menjadi AMANAH untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.
Jika anda mahukan sebuah kerajaan yang terus bekerja, menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan Negeri Sembilan, berilah sokongan kepada Pakatan Harapan.
#nismilanelokdah
#bantutokmin
#kekalharapan
#harapanuntuklenggeng.
. -
Azli Yusof
@azliby
Nismilan elok dah. Bantu Tok Min kekal HARAPAN. Nismilan maju, rakyat sejahtera.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
"Sey bukan marah, sey goram jo!"
PN-BN asyik ulang-ulang Islam & Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan lah apa yang terancam tu. Bawakan lah bukti kalau kamu di pihak yang benar.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Usai ceramah kelompok di Panchor DUN N.09 Lenggeng malam tadi.
Kerancakan kempen PRN Negeri Sembilan semakin terasa dengan 5 hari berbaki sebelum hari pengundian pada 1 Ogos 2026.
PH terus fokus dengan agenda kestabilan, pencapaian terdahulu dan tawaran manifesto untuk rakyat.
Setakat ini kita masih belum melihat ada hujah yang kuat dari PN-BN menolak kepimpinan kerajaan PH pimpinan Tok Min.
Yang ada hanya sentimen penyatuan Melayu-Islam. Kononnya kuasa Islam dan Melayu akan terhakis jika jika tidak diambil alih.
Malangnya, mereka juga gagal membawakan dalil atau hujah atas dakwaan dan sentimen itu.
Hakikatnya Islam terus diperkasa dengan pelbagai aktiviti pembangunan hal ehwal Islam.
Orang Melayu dan bangsa lain terus dibantu dengan pelbagai initiatif mensejahterakan rakyat khususnya yang memerlukan.
Pokoknya Nismilan elok dah. Bantu Tok Min Kekal HARAPAN. Undi Calon No 1, Pn Hajah Zarina Abu Zarin untuk N.09 Lenggeng.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan hadir di Karnival Pendidikan Madani 2026 di Plaza Shah Alam anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Tahniah kepada seluruh warga PPD Petaling Perdana, para guru, ibu bapa dan rakan strategik yang menjayakan program ini dengan begitu meriah.
Karnival menyediakan pelbagai reruai pameran pelbagai agensi awam dan swasta memperkenalkan pelbagai inisiatif pendidikan, mencungkil bakat murid serta mengeratkan hubungan antara sekolah, keluarga dan komuniti.
Pendidikan merupakan pelaburan terbaik untuk masa depan negara. Melalui semangat Malaysia MADANI, kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Semoga usaha murni seperti ini terus diperkasakan demi membina generasi pewaris negara yang berilmu, berdaya saing dan berintegriti. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pada PRU Ke-14 (2018) DUN Lenggeng dimenangi oleh PH. Atas semangat Kerajaan Perpaduan, DUN Lenggeng diserahkan kepada BN dalam PRN Ke-15 (2023).
Tidak mustahil pada PRN Ke-16 kali ini, rakyat akan kembalikan semula mandat kepada PH. Kenapa...?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Memasuki minggu kedua kempen PRN Negeri Sembilan Ke-16. Pagi tadi saya turut bersama jentera bantu dari Selangor berkempen rumah ke rumah (H2H) di N.09 DUN Lenggeng.
Kempen kami tertumpu kepada pengenalan calon Pakatan Harapan (PH), Pn Hajah Zarinna Abu Zarin, inisiatif dan manifesto Pakatan Harapan.
Setiap rumah yang kami kunjungi memberi pengalaman berbeza. Semua ini menjadi peringatan bahawa politik yang terbaik ialah politik nilai dan menyelesaikan masalah rakyat.
Pengundi harus menilai pencapaian, keupayaan dan kesungguhan untuk berkhidmat. Bukan politik identiti yang berbaur sentimen semata-mata untuk meraih sokongan.
Saya ingin merayu kepada seluruh pengundi DUN Lenggeng agar memberikan peluang kepada calon Pakatan Harapan untuk meneruskan agenda bersama Tok Min membina Negeri Sembilan yang stabil, bersih dan mengutamakan rakyat.
#nismilanelokdah
#bantutokmin
#kekalharapan
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berkesempatan hadir dalam Majlis Perasmian Pesta Buahan-Buahan Negeri Selangor 2026 di Aneka Walk, Shah Alam disempurnakan YB Dato Ir Izham Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian.
Pesta tahunan ini bertujuan mempromosikan hasil pertanian berkualiti tinggi kepada masyarakat awam khususnya rakyat Negeri Selangor.
Warga Shah Alam dan rakyat Negeri Selangor boleh mengunjungi pesta buah-buahan ini yang berlangsung selama tiga hari bermula 24-26 Julai 2026 dari 10 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai jualan dan aktiviti menarik diadakan termasuk jualan 'Happy Hour' dengan harga yang tersangat murah.
Jangan ketinggalan mengunjungi Pesta Buah-Buahan Negeri Selangor 2026!
. -
Azli Yusof
@azliby
Di medan pilihan raya, kami bersaing untuk mendapatkan mandat rakyat.
Namun di dalam bilik mesyuarat PAC, kami bekerjasama merentasi parti bagi menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap pengurusan kewangan negara.
Sepanjang minggu ini kami memperinci dapatan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) serta meneliti keterangan saksi berhubung isu Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).
Tanggungjawab sebagai Ahli PAC menuntut kami mengenepikan perbezaan politik demi memastikan setiap sen wang rakyat diurus secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
Inilah kematangan demokrasi yang perlu terus diperkukuhkan.
Demi rakyat, amanah tetap menjadi keutamaan. Politik ada waktunya, tetapi tanggungjawab kepada negara tidak pernah mengenal musim.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berkesempatan mengiringi Pn. Hajah Zarinna Abu Zarin, Calon Pakatan Harapan (PH), menyantuni para pengundi di N.09 DUN Lenggeng.
Seterusnya saya ikut berkempen dari rumah ke rumah bersama jentera bantu dari Negeri Selangor.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Saya percaya rakyat dan pengundi akan keluar mengundi dan membuat pilihan bijak.
Di bawah kepimpinan Tok Min dan Pakatan Harapan, hasil negeri diurus secara berhemah dan disalurkan semula kepada rakyat melalui perlbagai initiatif kebajikan, merangkumi setiap fasa kehidupan dari kelahiran hingga usia emas.
#kekalharapan
. -
Azli Yusof
@azliby
Cayo tak. Den dah koba maghin. Tak mahu do BN duduk belakang PN ...
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program "Belia dan Koperasi: Mencipta Kekayaan, Membina Masa Depan" di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Ia adalah program perkongsian ilmu anjuran bersama Institut Koperasi Malaysia Zon Tengah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam membina generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan bersedia memimpin ekonomi negara pada masa hadapan.
Saya gembira dapat bertemu dan berkongsi pandangan dengan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin, usahawan dan pencipta masa depan negara.
Hari ini koperasi bukan lagi sekadar tempat simpanan atau kedai kecil.
Bahkan, koperasi mampu menjadi platform untuk membangunkan perniagaan dalam bidang teknologi, kandungan kreatif, pertanian pintar, tenaga hijau dan pelbagai sektor baharu yang berpotensi besar.
Dalam dunia yang berubah begitu pantas dengan AI, ekonomi digital dan teknologi baharu, saya percaya kejayaan tidak lagi bergantung kepada sijil semata-mata, tetapi pada keberanian mencipta peluang, berinovasi dan menyelesaikan masalah.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Dari Senawang N9
.
www.facebook.com/share/v/1BmDHvzYjw/ -
Azli Yusof
@azliby
Belum apa² lagi PN dah mula membajak BN dengan nama "Perikatan Barisan Nasional".
Kawan² dalam BN dah mula rasa tak selesa. Korang rasa ?
. -
Azli Yusof
@azliby
Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16.
Adakah rakyat N9 sanggup dijadikan bahan eksperimen "Penyatuan Melayu-Islam" yang ditaja oleh BN & PN untuk meraih sokongan semata-mata?
Fikirkan sebaik-baiknya?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Bravo! Kebangkitan Sang Merah "La Roja".
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam ini saya berkesempatan menyaksikan Majlis Peluncuran Manifesto Harapan bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 di Seremban.
Majlis disempurnakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.
Pakatan Harapan (PH) menawarkan 10 komitmen utama menerusi manifesto bertema 'Kekal Harapan' iaitu
1. Mengekalkan Kerajaan Stabil, Bersih dan Mesra Rakyat
2. Memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR)
3. Ekonomi Berdaya Saing dan Mewujudkan 30,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi
4. Pendidikan Berkualti Untuk Semua
5. Membina 20,000 Rumah Mampu Milik dan Penyelesaian Isu Tanah.
6. Belia, Wanita dan Keluarga Diberi Keutamaan
7. Pembangunan Pelancongan dan Warisan Adat, Kemajuan Seimbang Bandar dan Luar Bandar serta FELDA
8. Pertanian Moden dan Keterjaminan Makanan
9. Infrastruktur Strategik dan Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
10. Perpaduan Agama, Keharmonian dan Kemajuan untuk Semua.
Manifesto ini turut menggariskan matlamat untuk menjayakan lima projek berimpak tinggi dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan
1. Seremban Sentral dan kekerapan komuter Seremban–Kuala Lumpur (KL)
2. Hospital baharu di Bandar Enstek
3. Nilai pelaburan antarabangsa baharu di Port Dickson
4. pembinaan Rumah Kedua di lot kediaman FELDA
5. merealisasikan Pintasan Senawang-Port Klang.
#kekalharapan
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya melihat slogan 'penyatuan Melayu-Islam' yang diketengahkan oleh BN-PN dalam PRN Negeri Sembilan 2026 tidak lebih dari sentimen politik untuk meraih sokongan dan mendapatkan kuasa semata-mata.
Malaysia tidak memerlukan eksperimen politik yang bersandarkan sentimen agama dan perkauman.
Apa yang rakyat perlukan ialah sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan baik, berintegriti dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka.
Persoalan sebenar ialah apakah agenda bersama mereka untuk meningkatkan ekonomi rakyat, mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperbaiki pendidikan, mengukuhkan kesihatan awam dan mengurangkan kos sara hidup?
Negara ini sejak merdeka lagi dipimpin oleh orang Melayu dan majoriti pemimpinnya beragama Islam.
Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu serta hak-hak Melayu dan Bumiputera terus terpelihara.
Jadi naratif kononnya Melayu dan Islam sedang kehilangan kuasa tidak berasaskan realiti.
Malaysia ialah sebuah negara majmuk yang dibina atas semangat kesatuan dalam kepelbagaian.
Kemajuan negara tidak boleh dibina atas rasa curiga antara kaum atau ketakutan terhadap mana-mana parti politik.
Sebaliknya, negara mesti dipimpin oleh mereka yang mempunyai kemampuan, kompetensi dan integriti, tanpa mengira latar belakang.
Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan bahawa kepimpinannya boleh terus memimpin negara dengan sokongan pelbagai kaum dan parti, sambil mengekalkan kestabilan politik, menarik pelaburan serta melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.
Apa yang penting bukan siapa bergabung dengan siapa, tetapi sejauh mana gabungan itu mempunyai komitmen yang jelas untuk mentadbir dengan baik dan membela seluruh rakyat.
Rakyat Negeri Sembilan berhak menilai bukan sekadar slogan atau retorik, tetapi dasar, rekod dan kesungguhan setiap gabungan dalam membangunkan negeri.
Kalau ia sekadar medan menguji formula politik, rakyat berhak bertanya. Adakah ini benar-benar satu komitmen untuk membangunkan Negeri Sembilan, atau sekadar '"perkahwinan percubaan"' demi pilihan raya?
Negeri Sembilan bukan makmal eksperimen politik. Rakyat memerlukan kepastian, kestabilan dan dasar yang jelas, bukannya hubungan yang masih mahu dinilai dari semasa ke semasa.
Justeru, rakyat wajar kekalkan kerajaan pimpinan Pakatan HARAPAN. Terbukti gabungan yang kukuh dengan matlamat jelas membina dan memelihara kesejahteraan negara dan negeri yang ditadbir.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tiba seawal pagi untuk mengiringi dan memberi sokongan kepada Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.09 Lenggeng di Pusat Penamaan Calon PRN Negeri Sembilan 2026 di Wisma Majlis Bandaraya Seremban, Forest Height.
PH menampilkan calon wanita, Hajah Zarinna Abu Zarin (Calon No 1) dalam pertandingan 3 penjuru menentang calon dari Barisan Nasional (Calon No. 2) dan Bersatu (Calon No. 3)
N.09 Lenggeng
Calon No. 1
KekalHARAPAN
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini saya berkesempatan untuk solat Jumaat di Surau Nurul Iman Padang Jawa (Surau Jumaat).
Usai solat, Tn Haji Aziz Borhan - Pengerusi surau pelawa 'ngobeh' bersama AJK.
Sambil berbual, sempat beliau mengadu cuaca kebelakangan ini agak panas. Ingatkan apa, rupanya nak mohon tambah 2 biji pendingin hawa.
Insya-Allah saya akan usahakan demi manfaat dan keselesaan jemaah beribadah.
Sebelum itu para jemaah telah diperingatkan oleh khatib tentang khutbah bertajuk "Jalan Menuju Hati Yang Sejahtera".
Intipati utamanya menekankan bahawa kebahagiaan sejati bukan diukur pada kemewahan harta atau pangkat, sebaliknya terletak pada hati yang bersih dan tenang.
- Hati yang bersih daripada sifat mazmumah (keji) seperti riak, hasad dengki, sombong, dan dendam.
- Ketenangan hanya dicapai melalui hubungan yang rapat dengan Allah SWT.
- Sifat negatif akan merosakkan ketenangan dan membawa kepada konflik serta keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Semoga Allah berkati dan rahmati kehidupan kita pada hari ini dan seterusnya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat ! Alhamdulillah, malam tadi saya dan rakan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM sempat ke Masjid Seksyen 7, Shah Alam untuk bersama-sama jemaah menunaikan solat Maghrib, membaca Surah Yasin dan bertahlil serta solat Isyak.
Usai solat, kami menikmati jamuan makan malam, hidangan dalam dulang. Sangat menyelerakan, menambah kemesraan dan keberkatan.
Sebelum meninggalkan masjid saya luangkan masa menyantuni dan bertanya khabar para jemaah termasuk kumpulan pelajar. Tidak saya lupakan pasukan dapur yang menyediakan juadah yang lazat.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua dan mengurniakan keberkatan pada penghulu segala hari ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Semakin banyak kenderaan elektrik (EV) memenuhi jalan raya kita. Semakin ramai rakyat Malaysia telah bertukar dan memilikinya.
Ia bukan lagi tanda kemewahan atau kemampuan memiliki kenderaan kedua. Harga pun berpatutan. Ada banyak pilihan. Tidak seperti awal dahulu.
Kenderaan EV sudah menjadi keperluan masa hadapan. Untuk mendepani cabaran bekalan dan harga bahan api. Untuk menyokong agenda pelepasan karbon sifar (Net Zero).
Namun masih ramai yang ragu dan tertanya² dengan kemudahan dan ketersediaan pengecas EV awam di seluruh negara.
Berdasarkan permintaan ramai, saya telah mengajukan Pertanyaan Parlimen kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkenaan status dan rancangan kerajaan berhubung dengan persoalan ini.
Berikut jawapan dari YB Menteri MITI.
. -
Azli Yusof
@azliby
Anda setuju dengan Pengwujudan ADUN lantikan oleh Dewan Undangan negeri?
Isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat sejak kebelangan ini.
Ada yang kata ia perlu untuk melantik kumpulan minoriti.
Ada yang kata ia tidak mewakili pilihan rakyat, boleh dimanipulasi. -
Azli Yusof
@azliby
Ramai yang bertanya kepada saya berkenaan aksesibiliti pengguna pengangkutan awam ke stesen² LRT3.
Ramai juga yang ingin perkhidmatan First Mile Last Mile (FMLM) dari Setia Alam, Puncak Perdana dan Denai Alam yang agak sedikit jauh dari jajaran rel ini.
Saya telah bangkitkan perkara ini melalui Pertanyaan Parlimen dan telah mendapat jawapan dari YB Menteri Pengangkutan.
Berikut ringkasan jawapan Kementerian Pengangkutan (MOT).
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama pimpinan, jentera, pendokong dan penyokong PH dalam 'Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan 2026 di Dataran Kuala Pilah.
PH menampilkan 36 calon yang akan bertanding di kesemua DUN Negeri Sembilan dan berazam untuk mengekalkan kerajaan yang diterajui sejak 2018.
#kekalharapan
. -
Azli Yusof
@azliby
Khabar baik untuk penduduk Setia Alam, Alam Budiman, Puncak Perdana dan sekitarnya.
Saya telah menerima jawapan Menteri Pendidikan terhadap Pertanyaan Bertulis berkenaan rancangan dan status pelaksanaan projek pembinaan baharu SMK Setia Alam (2).
Tapaknya telah dikenal pasti iaitu di Jalan Setia Permai U13/40, Setia Alam. Saya percaya ramai yang lega dengan lokasi tapak ini.
Projek ini dalam fasa perancangan (Prabina) dan dilaksanakan dalam RMK13 (2026-2030). Saya akan susuli lagi progres pelaksanaan dan kemaskini makluman dari semasa ke semasa.
Berikut ringkasan jawapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Based on the 2026 Johor State Election results, do you agree that BN and PH remain the main political contenders in Malaysia?
-
Azli Yusof
@azliby
PRN Johor 2026: Jumlah keluar mengundi sebelah pagi lebih baik berbanding 2022. Ramai anak muda dan Undi18.
Pagi tadi saya berkesempatan meninjau suasana pengundian di 4 buah Pusat Daerah Mengundi dalam DUN Permas - SK Taman Bukit Dahlia, SJKC Masai, SMK Taman Scientex dan SMK Taman Rinting 2.
Saya dapat rasa dan perhatikan 'mood' keluar mengundi yang agak baik. Kehadiran ramai sebaik sahaja pusat² mengundi dibuka. Malah sehingga jam 12 tengah hari, pengundi yang hadir masih lagi bertali arus.
Tidak hairan laporan SPR menunjukkan purata peratusan keluar mengundi 26.43% sehingga jam 11 pagi tadi. Peratusan ini meningkat hampir 25% berbanding tahun 2022.
Turut menarik perhatian saya ialah kehadiran ramai pengundi dari kalangan anak muda dan Undi18.
Ketika ditemubual mereka begitu teruja dengan pengalaman pertama menunaikan hak dan tanggungjawab memilih pemimpin dan wakil rakyat.
Masih ada waktu yang berbaki. Kita mengharapkan agar pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab akan keluar pada waktu petang.
Dan moga cuaca juga baik kerana ada sebahagian tempat yang menunjukkan peratusan keluar yang masih rendah disebabkan faktor hujan pada waktu pagi. -
Azli Yusof
@azliby
Setiap undi anda dikira dan bermakna.
Moga Bangsa Johor keluar dan pulang beramai-ramai untuk menunaikan hak dan tanggungjawab memilih pemimpin.
Johor Ke Depan, Undi Harapan.
Johor Untuk Semua.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, petang semalam saya berkesempatan turun ke Pasar Malam Tongkang Pechah Parit Yaani.
Bersama-sama jentera PH, kami menyantuni pengunjung dan peniaga sambil mengingatkan mereka agar keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin.
Kami merayu agar mereka memilih Sdr Md. Ezam Taslim, Calon No 2 dari Pakatan Harapan bagi DUN N.21 Parit Yaani.
Ini penting untuk perolehi manfaat dan impak maksima gabungan ADUN Parit Yaani dan Ahli Parlimen Sri Gading dari Pakatan Harapan.
Pastikan keluar mengundi beramai-ramai.
Johor Ke Depan, Undi Harapan
Johor Untuk Semua. -
Azli Yusof
@azliby
Saya menerima cadangan dari warga Shah Alam untuk menyuarakan initiatif pelepasan cukai individu penjagaan anak berikutan beban kos sara hidup ditanggung kumpulan M40.
Pertanyaan Jawab Lisan saya telah tersenarai pada 6 Julai 2026 dan dijawab secara bertulis oleh YB Menteri Kewangan. Saya rumuskan seperti tercatat dalam Hansard Parlimen.
Saya alu-alukan pandangan dan cadangan sekiranya terdapat perkara berbangkit.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jika anda pengundi berdaftar di Johor, adakah anda akan keluar / pulang untuk mengundi pada PRN Johor 2026?
-
Azli Yusof
@azliby
Onn Hafiz ni dah 'gabra' dengan sokongan Undi18 dan anak muda terhadap Pakatan Harapan (PH), sampai bimbang episod 2018 berulang. Ketika itu PH menang di Johor.
Hakikatnya, Undi18 hanya mula berkuatkuasa kuasa pada 15 Disember 2021. Ia mula diguna pakai dalam PRN Johor pada 12 Mac 2022.
.
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Perkembangan dan momentum Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang sangat positif.
Berikut ringkasan jawapan Menteri MITI terhadap Soalan Lisan pada 2 Julai 2026 yang saya kemukakan berkenaan status pencapaian NIMP 2030 sejak ia dilancarkan pada September 2023.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya berkesempatan singgah di Dewan Beringin, Seksyen 24 untuk meraikan dan menyantuni para jemaah haji yang telah selamat pulang.
Mereka hadir untuk menerima insentif daripada Kerajaan Negeri Selangor yang disampaikan oleh YB Danial Al Rashid Harun, ADN Batu Tiga.
Setiap jemaah haji muassasah menerima bantuan tunai sebanyak RM1,500 seorang, meningkat RM500 berbanding RM1,000 yang diberikan pada tahun lalu.
Bagi DUN Batu Tiga sahaja, seramai 137 jemaah haji menerima manfaat ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM205,500.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam menghargai pengorbanan dan usaha rakyat yang berjaya menunaikan ibadah haji.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan selepas pulang ke tanah air, di samping menjadi dorongan kepada lebih ramai umat Islam untuk memasang niat dan berusaha menyempurnakan rukun Islam kelima.
Tahniah kepada semua tetamu Allah. Semoga segala amalan diterima, memperoleh haji yang mabrur, dan terus menjadi contoh serta inspirasi kepada masyarakat. Aamiin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kehadiran negeri dan kawasan bantu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati pengundi dari rumah ke rumah.
Memperkenalkan calon dan merayu agar pengundi keluar menunaikan hak dan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan pemimpin yang akan menerajui kerajaan.
Terima kasih kepada team Selangor dari Amanah Kawasan Shah Alam, Sungai Buloh, Damansara dan Subang yang berkempen untuk Sdri Sharon Teo, Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N43 Permas.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN.
Johor Untuk Semua
Permas Kita Settle
. -
Azli Yusof
@azliby
Ketiadaan tandas awam yang selesa. Tempat pembuangan sampah yang kecil dan usang hingga menjejaskan kebersihan. Keperluan sudut khas jualan daging tidak halal demi keselesaan semua pengguna.
Inilah antara rungutan penjaja dan peniaga kecil yang diterima ketika saya bersama-sama YB Adly Zahari mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) DUN Permas, Sdri Sharon Teo, menyantuni peniaga serta pengunjung di Pasar Borneo Johor pagi tadi.
Rungutan yang diterima bukan berkaitan politik semata-mata, tetapi kemudahan asas yang sepatutnya sudah lama diselesaikan.
Inilah isu sebenar yang dihadapi rakyat setiap hari. Ia tidak memerlukan janji besar, tetapi kepimpinan yang prihatin dan tindakan yang berkesan.
Sdri Sharon Teo dan PH bertekad untuk menyelesaikan permasalahan komuniti Pasar Borneo demi kemudahan dan keselesaan peniaga dan penunjung.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Kejohanan Bola Jaring Anak Muda 2026 seterusnya memperkenalkan Sdri Sharon Teo, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N43 Permas.
Pakatan Harapan (PH) menampilkan calon wanita paling ramai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.
Seramai 12 calon wanita daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan mewakili kira-kira 21.4% daripada senarai calon gabungan tersebut, sekali gus mencerminkan komitmen PH dalam memperkasakan kepimpinan wanita.
Kemenangan beliau nanti bukan sahaja akan menambah bilangan wakil wanita di Dewan Undangan Negeri Johor, malah membawa suara baharu yang lebih segar, inklusif dan dekat dengan denyut nadi rakyat.
Wanita bukan sekadar pelengkap dalam politik, tetapi pemimpin yang mampu menyumbang idea, kecekalan dan sentuhan prihatin dalam membina negeri yang lebih maju serta sejahtera.
Ayuh warga Permas, berikan peluang kepada Sharon Teo untuk berkhidmat.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN.
. -
Azli Yusof
@azliby
Datuk Mohd Nazifuddin Najib beri isyarat bahawa rakyat akan menangkan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor 2026 untuk bebaskan DS Najib Razak.
Adakah anda setuju ...?
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan mengiringi Sdr. Nur Hafiz Roslan, calon PH bagi DUN N26 Machap, menyantuni para peniaga dan pengunjung Pasar Jumaat Simpang Renggam.
Beliau berhadapan dengan calon heavyweight daripada BN, Mantan Menteri Besar Dato Onn Hafiz Bin Ghazi.
Namun dalam pilihan raya, yang menentukan bukan siapa paling besar namanya, tetapi siapa yang boleh memberi khidmat terbaik dan sentiasa mendekati rakyat.
Sepanjang kunjungan pagi ini, kami mendengar sendiri pelbagai pandangan dan harapan daripada para peniaga serta penduduk setempat.
Isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, kemudahan awam dan masa depan anak-anak kekal menjadi keutamaan mereka.
Insya-Allah, dengan sokongan rakyat Machap, Nur Hafiz akan membawa suara masyarakat ke DUN Johor sebagai wakil yang bekerja, mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
Yang paling penting, Sdr Nur Hafiz mendapat dokongan dari Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi oleh DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan.
Johor Ke Depan, Undi Harapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
JOHOR UNTUK SEMUA
Manifesto Pakatan Harapan PRN Johor 2026
Johor Ke Depan, Undi Harapan
. -
Azli Yusof
@azliby
LRT3 Laluan Shah Alam: Isu Laluan Pejalan Kaki Jadi Tumpuan Orang Ramai.
Ikuti ulasan YB Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam mengenai isu laluan pejalan kaki dan akses ke stesen² LRT3 Shah Alam, termasuk usaha dan tindakan yang sedang diambil demi memastikan keselamatan serta kemudahan rakyat terus diberi perhatian.
.
Azli Yusof
@azliby
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, Ahli-ahli PAC Parlimen Malaysia meneruskan mesyuarat sepanjang minggu ini. Kami terpaksa mengurus masa untuk melaksanakan peranan secara berkesan dan lancar.
Antara tumpuan kali ini adalah Prosiding Pengurusan Kutipan Hasil Yuran Pelajar dan Perbelanjaan oleh UKM di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
. -
Azli Yusof
@azliby
Merasai pengalaman menaiki LRT3 Laluan Shah Alam di hari pertama pembukaan kepada orang ramai.
#lrt3 lancar, selesa dan moden.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya berkesempatan mencuba sendiri LRT3 Laluan Shah Alam yang mula dibuka kepada orang ramai hari ini.
Saya mulakan perjalanan dari Stesen Stadium Shah Alam menuju ke stesen terakhir di Bandar One Utama.
Alhamdulillah, saya dapat rasai perjalanan begitu lancar, selesa dan moden. Lebih menggembirakan apabila dapat bertemu serta berbual dengan ramai penumpang yang teruja mencuba dan menikmati kemudahan baharu ini.
LRT3 menawarkan pilihan pengangkutan awam dan memudahkan urusan harian warga Shah Alam.
Ia juga diharap dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan meningkatkan ketersambungan antara kawasan kediaman, pusat pekerjaan serta lokasi tumpuan.
Insya-Allah, esok saya akan mencuba pula perjalanan penuh ke Parlimen dengan menaiki LRT3 hingga ke Stesen Glennmarie. Kemudian menyambung perjalanan menggunakan LRT2 Laluan Kelana Jaya hingga ke KL Sentral.
Seterusnya menaiki bas pengantara Rapid hingga ke Bangunan Parlimen.
Semoga lebih ramai memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Shah Alam 2026 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Senator DS Dr Mujahid Yusof Rawa di IDCC Shah Alam.
Dengan tema "Kekalkan Kemenangan, Penuhi Harapan Generasi Hadapan", mesyuarat tahunan ini menjadi medan penting untuk menilai pencapaian, memperkukuhkan organisasi serta menyusun strategi bagi menghadapi cabaran politik dan masyarakat yang semakin dinamik.
Kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan merupakan satu amanah besar yang perlu diterjemahkan melalui pentadbiran yang berintegriti, dasar yang adil, pembangunan yang inklusif serta khidmat terbaik kepada masyarakat.
Sebagai sebuah kawasan yang pesat membangun, AMANAH Shah Alam perlu terus menjadi contoh politik yang matang, progresif dan berteraskan nilai rahmah.
Kekuatan parti ini bukan sekadar diukur melalui kemenangan pilihan raya, tetapi juga melalui keupayaan mendekati rakyat, menyelesaikan isu masyarakat dan memperjuangkan keadilan untuk semua.
AMANAH Shah Alam bertekad mempertahankan kemenangan dan membina masa depan yang lebih baik demi generasi hadapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jom naik LRT3! Bermula 29 Jun. Tambang percuma hingga 31 Julai 2026.
Persoalan bila LRT3 Laluan Shah Alam akan beroperasi akhirnya terjawab hari ini menerusi Majlis Peluncuran oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi.
Saya turut berkesempatan hadir dalam majlis yang diadakan di Depoh Johan Setia, Klang yang membuka lembaran baharu pengangkutan awam di Lembah Klang.
LRT3 Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer dengan 20 stesen bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta penduduk di sepanjang jajaran.
Laluan ini dijangka mencatat kira-kira 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama operasi dan meningkat kepada 117,000 penumpang sehari dalam tempoh lima tahun.
Projek bernilai RM16.63 bilion ini bukan sekadar menambah satu lagi rangkaian rel moden, malah menghubungkan kawasan kediaman, pusat komersial, institusi pendidikan, hospital dan pelbagai destinasi utama.
Seramai 800 petugas akan mengendalikan operasi laluan ini bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan selamat.
Kerajaan turut menyediakan bas perantara dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand bagi melengkapkan sambungan first mile dan last mile, sekali gus memudahkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dari pintu ke pintu.
LRT3 juga menjadi pemangkin kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD), termasuk pembinaan perumahan rakyat dan rumah mampu milik, selain merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitarnya.
Selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan tambang percuma LRT3 dan bas perantara bermula 29 Jun hingga 31 Julai 2026.
Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan karbon, khususnya di antara laluan paling sesak di Lembah Klang.
Semoga LRT3 menjadi satu lagi langkah penting ke arah sistem pengangkutan awam yang lebih moden, cekap, selesa dan mampu dinikmati oleh seluruh rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Mengiringi Sdr Afif Hamid ke Pusat Penamaan Calon DUN No 4 Kemelah.
#johorkedepanundiharapan
#pakatanharapan
#amanah
. -
Azli Yusof
@azliby
Hadir bersama ribuan rakyat memberi sokongan di Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 di Bukit Gambir malam tadi.
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 56 calon² yang berkupayaan dan berkemampuan memikul tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, mentadbir dan memajukan Negeri Johor setanding dengan negeri² lain diterajui PH.
PH mengambil keputusan untuk bertanding di semua 56 DUN kerana Barisan Nasional (BN) yang merupakan rakan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan memutuskan untuk bertanding solo.
Maka nak berkawan boleh, nak lawan pun boleh.
Selamat berjuang kepada calon² PH Johor.
#johorkedepanundiharapan
. -
Azli Yusof
@azliby
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KE-15 DEWAN RAKYAT
BERMULA HARI INI 22 JUN - 16 JULAI 2026
Beberapa RUU akan dibentang. Antaranya RUU Jenayah Siber dan RUU Pemisahan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah. Terima kasih PMX dan Kerajaan Madani...
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari semalam saya telah berpeluang menyertai Program Derma Darah yang berlangsung di Eco Ardence, Shah Alam.
Alhamdulillah, sedikit sumbangan ini diharapkan mampu membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah serta memberi peluang kedua kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.
Setitis darah yang kita dermakan mungkin kelihatan kecil, namun nilainya amat besar buat insan yang sedang bertarung dengan kesihatan.
Saya mengajak lebih ramai masyarakat, khususnya warga Shah Alam, untuk menjadikan amalan menderma darah sebagai budaya dan tanggungjawab bersama.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur - KRT Setia Impian 5 berserta dengan Persatuan Penduduk Impian 5 Setia Alam dan E Health Sdn Bhd, petugas kesihatan dan para penderma yang sama-sama menjayakan program yang cukup bermakna ini.
Give Blood, Give Live. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pagi tadi saya berbesar hati merasmikan Arena Futsal Padang Jawa serta melancarkan Program Nadi Juara Edisi 2 Tahun 2026.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar Shah Alam serta Pengerusi MPP Zon 6 atas komitmen dan usaha merealisasikan pembinaan serta pembukaan rasmi Arena Futsal Padang Jawa.
Kemudahan ini pastinya memberi manfaat besar kepada penduduk setempat sebagai ruang untuk bersukan, beriadah di gelanggang yang lebih selesa, selamat serta berkualiti untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga Shah Alam, khususnya anak-anak muda di sekitar Padang Jawa.
Melalui Program Nadi Juara pula, pembangunan sukan akar umbi akan diteruskan untuk mencungkil bakat baharu serta membuka lebih banyak peluang kepada belia untuk berkembang dalam bidang sukan dan kepimpinan.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam berterima kasih kepada rakan strategik Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) atas kerjasama dan komitmen menjayakan pelbagai inisiatif pemerkasaan belia dan pembangunan komuniti.
Semoga Arena Futsal Padang Jawa menjadi medan melahirkan atlet berpotensi, membina perpaduan komuniti dan menjadi kebanggaan seluruh warga Shah Alam.
Insya-Allah, kita terus membina komuniti yang aktif, sihat dan cemerlang. -
Azli Yusof
@azliby
19 Jun 2026 | Ziarah Peduli Salam Rahmah
Alhamdulillah, usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Istiqamah di Kayangan Height, saya berkesempatan menziarahi Kapten (B) Fudarizi di Subang Permai.
Seterusnya saya mengunjungi sdr Shaharuddin di Kuarters Kakitangan Hospital Shah Alam Seksyen 7.
Setiap ziarah memberi ruang untuk bertanya khabar, mendengar perkongsian serta mengeratkan lagi ukhwah bersama masyarakat.
Semoga semua yang sedang diuji dengan kesakitan dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin
. -
Azli Yusof
@azliby
Rancangan naik taraf Persiaran Mokhtar Dahari untuk atasi kesesakan trafik dan kemalangan. Penduduk mahu ia disegerakan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PMX dan Kerajaan Madani bekerja keras jalin kerjasama antarabangsa dan eratkan hubungan dua hala. Mereka pula berkeras berebut logo dan bendera.
Macam ni pun ada ...
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, malam tadi sempat bersama masyarakat dalam dua program sempena Awal Muharam 1448H.
Dimulakan dengan Maulid Perdana Maal Hijrah di Masjid Al-Amin, Seksyen 17.
Seterusnya saya ke Dewan Beringin Seksyen 24 untuk bersama dalam Sambutan Awal Muharam DUN Batu Tiga yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti.
Semoga kemunculan bulan Hijrah ini menyuntik semangat dan niat baharu serta keberkatan sebagai pemangkin untuk kita terus menjadi insan yang lebih baik.
Salam Maal Hijrah 1448H -
Azli Yusof
@azliby
FIFA World Cup 2026. Pasukan manakah yang akan merangkul kejuaraan kali ini?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kehangatan PRU semakin mula terasa.
Satu demi satu parti mula menggerakkan jentera, menyusun strategi dan memperkemaskan persiapan menghadapi medan pilihan raya yang bakal tiba.
Pagi tadi saya berkesempatan berkongsi "Overview Senario Politik Semasa" dengan para peserta Kursus Pilihan Raya AMANAH Kawasan Bangi.
Saya menyentuh perkembangan landskap politik negara, cabaran yang sedang dihadapi, trend sokongan pengundi serta strategi yang perlu difahami oleh setiap anggota jentera.
Saya turut mengingatkan peserta bahawa pilihan raya tidak dimenangi pada hari mengundi. Ia dimenangi sepanjang masa melalui kehadiran kita bersama denyut nadi rakyat.
Semoga perkongsian ini menjadi bekalan berguna buat seluruh jentera dalam menghadapi cabaran PRU dengan lebih yakin, tersusun dan berkesan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Maal Hijrah | 1 Muharam 1448H
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah membawa sinar perubahan, memperkukuh perpaduan, serta menyemai nilai-nilai kebaikan dalam kehidupan kita.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga kita terus melangkah ke hadapan dengan keimanan, keazaman dan harapan yang lebih baik.
. -
Azli Yusof
@azliby
Dakwa Universiti jual 30,000 tempat pelajar IPTA kepada golongan tertentu yang tidak layak. Exco PAS Kedah, Dr Haim Hilman mesti bawakan bukti.
Jika tidak, ia hanya suatu pembohongan, membina persepsi buruk terhsdap kerajaan untuk meraih politik murahan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam semalam saya berpeluang merasmikan Mesyuarat Tahunan 2026 Sayap Amanah Kawasan Kuala Selangor.
Saya percaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh sayap Pemuda, Angkatan Wanita Amanah (AWAN) dan Wanita Muda Amanah (WARDA), masa depan parti ini berada di tangan generasi yang bersedia memimpin dan berkhidmat untuk rakyat.
Amanah akan terus membuka ruang dan peluang kepada anak muda dan wanita untuk tampil ke hadapan, membawa idea baharu, menggerakkan masyarakat dan memperjuangkan politik Islam yang progresif berteraskan nilai, integriti serta keadilan.
Mesyuarat tahunan penting untuk muhasabah berkala dan berterusan tentang tanggungjawab memperkukuh organisasi, memperkemas gerak kerja dan mendekati.
Dalam masa yang sama, saya mengingatkan perwakilan agar turun membantu jentera PH ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan dan menjadikannya sebagai pemangkin kesiapsiagaan jentera Amanah Kuala Selangor menuju PRU16 nanti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kesihatan adalah aset paling berharga yang kita miliki.
Tengah hari semalam saya berpeluang merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2026 anjuran Klinik Kesihatan Seksyen 7 di AEON Mall Shah Alam.
Saya amat gembira melihat penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur yang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat dan menyertai aktiviti yang disediakan.
Program seperti ini mengingatkan kita bahawa penjagaan kesihatan perlu bermula dengan kesedaran dan tindakan kita sendiri.
Pemeriksaan berkala, pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif adalah langkah kecil yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua Panel Klinik Kesihatan Seksyen 7, pihak pengurusan dan kakitangan klinik, AEON Mall, rakan² penaja dan pelbagai pihak yang menjayakan program ini demi komuniti Shah Alam yang lebih sihat dan sejahtera.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kusangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari.
Dua minggu lagi Sidang Dewan Rakyat akan bermula.
Saya memang teruja untuk melihat YB Kemaman beraksi sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.
Almaklumlah, beliau calon terbaik ditawarkan PN.
Namun, beliau hanya diberi peluang memegang jawatan itu tak sampai sebulan. Tak sempat menunjukkan ke'henseman'nya.
Tapi ada juga yang kata. Ketua Pembangkang tak semestinya jadi Perdana Menteri.
Betul jugak. Ke guana?
. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
PANAS! Baru sesi panaskan enjin, dah terasa bahangnya!
Malam tadi saya berkesempatan bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan.
Pimpinan dan pendokong berazam untuk mempertahan kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan persekutuan dan dibina berasaskan kepada paksi dan matlamat untuk mengutamakan kepentingan rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
11 Jun 2026 | Surau At-Taqwa Setia Permai, Setia Alam.
Alhamdulillah, malam tadi saya berpeluang menyantuni ahli kariah Surau At-Taqwa Setia Permai, Setia Alam.
Bermula Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahlil, Solat Isyak dan menjamu selera bersama-sama warga setempat.
Saya turut luangkan masa mendengar dan membincangkan permohonan AJK surau untuk membina menara azan.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan membawa kebaikan kepada komuniti setempat. Insya-Allah. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam, saya berpeluang mengikuti program Wacana Aspirasi Minda bertajuk “Antara Impian dan Realiti: Cabaran Kehidupan Generasi Muda Hari Ini” yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), UTM Kuala Lumpur.
Sesi forum menampilkan Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dato’ Lokman Noor Adam sebagai panelis, manakala Prof. Madya Dr. Mazlan Ali bertindak sebagai moderator.
Banyak perkara yang dibincangkan. Daripada isu kos sara hidup yang semakin mencabar, persaingan dalam dunia pekerjaan, hinggalah tekanan media sosial yang sering membuatkan kita membandingkan diri dengan orang lain.
Menariknya, para panel bukan sekadar berkongsi pandangan, tetapi turut mengajak peserta melihat cabaran ini dari sudut yang lebih matang.
Dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan pengaruh media sosial, kita bukan sahaja perlu bijak mengejar impian, tetapi juga bijak membuat keputusan dan menentukan hala tuju hidup.
Kejayaan tidak semestinya diukur melalui kemewahan atau populariti. Sebaliknya, nilai diri, integriti, kesejahteraan mental dan kemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan ukuran kejayaan yang penting.
Program seperti ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk berfikir dengan lebih kritikal tentang masa depan, memahami realiti semasa dan pada masa yang sama terus berusaha mengejar cita-cita tanpa kehilangan nilai dan jati diri.
. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Sepanjang minggu ini, kami ahli-ahli PAC Parlimen Malaysia berkampung lagi di Parlimen untuk Mesyuarat Housekeeping, menekuni dan menyemak penyata-penyata:
1. Pengurusan Lapangan Terbang Awam di bawah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan (MOT) & Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
2. Pengurusan Kenderaan Kerajaan di Bawah Perjanjian Konsesi di Bawah Kementerian Kewangan (MOF).
. -
Azli Yusof
@azliby
KDNK terus berkembang. Beri banyak manfaat kepada negara. Tapi kenapa pula pembangkang dakwa rakyat tak merasa?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 7 Jun 2026
Alhamdulillah, pagi ini berpeluang bersama warga Setia Alam dalam Program Pemberian Bakul Makanan anjuran MPP Zon 21 MBSA bersama Ahli Majlis MPP Zon 21, En. Saravanan.
Program ini merupakan inisiatif murni kerajaan Pakatan Harapan dan Perpaduan yang bertujuan membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
Saya amat menghargai usaha serta komitmen MPP Zon 21 MBSA dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan membawa manfaat kepada para penerima dan menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan untuk seluruh komuniti. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat | 5 Jun 2026
Ziarah Peduli Salam Rahmah di Kampung Kuantan.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi empat buah keluarga di Kampung Kuantan dalam program Ziarah Peduli Salam Rahmah serta menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka.
Program ini turut disertai oleh Ketua Kampung, Tok Johari, Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam serta pasukan yang sentiasa komited membantu masyarakat setempat.
Selesai ziarah, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Kuantan. Kebetulan pada hari yang sama, kami menerima khabar pemergian seorang ahli kariah wanita.
Usai solat Jumaat, kami turut menunaikan solat jenazah dan bersama-sama mengiringi Allahyarhamah hingga ke van jenazah sebelum ke tanah perkuburan.
Semoga segala urusan keluarga yang diziarahi dipermudahkan dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bersama ahli kariah Surau Musolla Al Islah PKNS di Seksyen 17 dalam program pengimarahan malam Jumaat.
Pengisian dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan tahlil arwah, serta diteruskan dengan solat Isyak berjemaah serta bacaan Surah Al-Mulk.
Saya turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan bertukar pandangan dengan ahli kariah dalam suasana yang penuh mesra dan ukhuwah.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan pada malam ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada kita semua.
Terima kasih kepada pihak pengurusan surau serta seluruh ahli kariah atas layanan yang diberikan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Perikatan Nasional. Pertikaian PAS dan BERSATU ibarat retak menanti belah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Parti Amanah Negara
@PartiAmanah
Kerajaan yang stabil penting untuk menjaga kebajikan rakyat, mengukuhkan ekonomi dan menjamin bekalan makanan negara.
Tolak politik perpecahan. Utamakan perpaduan demi Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.
#amanah #pakatanharapan #malaysiamadani -
Azli Yusof
@azliby
DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA
Dilema PMX Menjelang PRN Johor
Semalam, 1 Jun 2026, Menteri Besar Johor telah membubarkan DUN Johor. Lebih awal daripada jangkaan ramai yang menjangkakan ia berlaku ketika persidangan DUN pada penghujung Jun.
Pastinya UMNO/BN mempunyai pertimbangan politik yang tersendiri. Nampaknya lebih cenderung agar PRN Johor diadakan secara berasingan daripada PRU16.
PMX tentu hadapi situasi yang sukar. Samada bubarkan Parlimen sekarang supaya PRU16 berlangsung serentak dengan PRN Johor. Atau biarkan Johor adakan pilihan rayanya terlebih dahulu.
Lazimnya peratusan keluar mengundi dalam PRN atau PRK biasanya lebih rendah berbanding PRU. Dalam PRN Johor 2022 misalnya, peratusan keluar mengundi hanya 54.92%.
Ramai memilih untuk tidak keluar mengundi kerana perlu menanggung kos perjalanan, mengambil cuti dan melalui proses yang sama sekali lagi apabila PRU diadakan kelak.
Kadar keluar mengundi yang rendah beri kelebihan kepada parti yang mempunyai jentera akar umbi yang tersusun dan penyokong tegar yang mudah digerakkan keluar mengundi.
Jika PRU16 diadakan serentak dengan PRN Johor, corak pengundian mungkin berbeza kerana lebih ramai pengundi akan terdorong untuk keluar mengundi.
Bagi UMNO, mempertahankan Johor sebagai kubu tradisi mempunyai nilai politik yang amat besar.
Ramai melihat pembubaran awal DUN Johor sebagai langkah strategik untuk mendapatkan mandat baharu pada waktu yang dianggap lebih menguntungkan walaupun kewajaran bubar DUN awal masih diperdebatkan.
SPR punyai tempoh sehingga 60 hari untuk adakan pilihan raya selepas pembubaran DUN. Maksudnha PRN Johor perlu berlangsung selewat-lewatnya pada penghujung Julai 2026.
Persoalannya, adakah PMX sanggup bubarkan Parlimen dalam tempoh yang begitu singkat bagi membolehkan PRU16 berlangsung serentak?
Enam negeri yang mengadakan PRN pada Ogos 2023 pula masih berada jauh daripada penghujung penggal pentadbiran masing-masing.
Oleh itu, kebarangkalian yang lebih besar ialah Johor akan mengadakan PRN terlebih dahulu tanpa menunggu PRU16.
Keadaan ini berpotensi menyaksikan Pakatan Harapan dan UMNO/BN, rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, bertembung secara langsung di kesemua 56 kerusi.
Cabaran terbesar PH adalah meyakinkan rakyat Johor menunaikan tanggungjawab keluar mengundi dalam jumlah yang tinggi. Adakah pengundi masih menganggap PRN sebagai pilihan raya yang kurang penting?
Apakah rakyat Johor akan menentukan samada mereka mahu mengekalkan kerajaan negeri yang ada dan berasingan dari Kerajaaan Perpaduan di peringkat Persekutuan atau memilih susunan politik yang berbeza?
Di sinilah terletaknya dilema besar yang dihadapi Perdana Menteri. Apa juga keputusan yang dibuat mempunyai risiko politik yang tersendiri — umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam semalam saya berpeluang hadir menyaksikan persembahan SSAAS Band Ensemble Concert "From Silence to Symphony"
di Auditorium Daeng Celak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Kumpulan Pancaragam Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (SSAAS) Seksyen 2 Shah Alam satu-satunya brass band sekolah menengah di Parlimen Shah Alam yang ditubuhkan sejak tahun 1987.
Ramai yang hadir ternyata teruja dengan persembahan yang memukau, penuh tenaga dan menghiburkan sepanjang konsert berlangsung.
Di sebalik alunan muzik yang mempesonakan, terserlah komitmen para pelajar, guru dan jurulatih yang bertungkus-lumus memastikan tradisi kecemerlangan SSAAS Band terus kekal subur.
Kumpulan ini bukan sahaja telah memenangi pelbagai pertandingan di seluruh negara, malah turut aktif menerima jemputan persembahan daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan serta syarikat swasta.
Pencapaian ini membuktikan bahawa bakat anak-anak muda Shah Alam mampu berdiri sama tinggi dengan yang terbaik di peringkat nasional.
Tahniah kepada seluruh warga SSAAS Band dan alumni atas kejayaan menganjurkan konsert From Silence to Symphony.
Semoga usaha ini terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mencabar diri, mengembangkan bakat dan mengharumkan nama sekolah serta Shah Alam di persada yang lebih tinggi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berita baik untuk warga Shah Alam dan sekitarnya.
Minggu lepas saya telah menerima taklimat dari pegawai² JKR Selangor. Saya percaya ramai yang menunggu maklumat ini.
Ia berkenaan perkembangan terkini penyelesaian kesesakan teruk di Jalan Subang - Persimpangan Monfort (Traffic Light 199).
Saya kongsikan perkembangan terkini cadangan naik taraf Jalan Subang (Jalan 3214) di Podcast Suara SAlam Eposide 10.
Mohon ikuti penjelasan sepenuhnya...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan merasmikan upacara penutup Kejohanan Catur Terbuka Kebangsaan 2026 - Piala PMX Kali Ke-3 di AEON Mall Shah Alam.
Kejohanan ini berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan latar belakang suruh negara dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, persaingan sihat serta perpaduan.
Platform seperti ini penting untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat baharu yang bakal menjadi pelapis negara.
Malaysia juga telah melahirkan ramai pemain catur yang berjaya mengharumkan nama negara menerusi pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Menariknya, kejohanan ini turut menjadi medan persiapan dan pemanas badan bagi sebahagian peserta yang akan beraksi di temasya SUKMA Selangor pada bulan Ogos nanti.
Catur bukan sekadar permainan, tetapi medan membentuk pemikiran strategik, disiplin dan ketahanan mental.
Syabas kepada semua peserta, pasukan, jurulatih dan penyokong yang terlibat. Tahniah kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dan AEON Mall Shah Alam atas penganjuran.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi, selepas menghadiri jemputan majlis perkahwinan, saya dan isteri sempat meluangkan masa menziarahi Haji Adam, suami kepada Ketua AWAN Shah Alam, Hajah Zarina Dzulkupli, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital SALAM, Seksyen 19.
Kemudian seusai solat Asar, saya meneruskan ziarah ke kediaman Haji Khair Buyong di Seksyen 7 bagi bertemu anak beliau yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Saya turut ditemani pimpinan Amanah Shah Alam, Haji Zulkefli Nani, Hj Norazmi Mat Noh, Hj Maizan Abdul Majid dan Syed Azizi Syed Zain.
Semoga kehadiran disertai doa yang ikhlas dan kata-kata semangat dapat memberi sedikit kekuatan kepada mereka dan keluarga.
Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan urusan rawatan, mengurniakan kesembuhan yang berpanjangan serta mengembalikan kesihatan mereka kepada keadaan sediakala. Amin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Simpan sini sebagai ingatan dan sumber kekuatan.
Come join me...
. -
Azli Yusof
@azliby
13 Zulhijjah 1447H. Hari ini Hari Tasyrik Ketiga. Hari keempat Aidil Adha. Hari terakhir ibadah korban tahun 2026.
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan bersama-sama sahabat-sahabat dalam Korban Perdana Amanah Seksyen 18/18B, Shah Alam yang berlangsung dengan penuh keinsafan, semangat gotong-royong dan ukhuwwah.
Program ini bukannya baharu. Malah, ia telah dilaksanakan secara istiqamah sejak bertahun-tahun lamanya hasil kerjasama erat antara Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga, Amanah Shah Alam, Angkatan Wanita Amanah (AWAN), Pemuda Amanah, Warda Amanah serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6.
Kesinambungan program ini membuktikan bahawa apabila masyarakat dan organisasi berganding bahu, banyak manfaat hasil dari kesedaran peserta korban yang dapat diagihkan kepada masyarakat setempat.
Ramai tenaga yang dahulunya gagah perkasa kini mula luntur dimamah usia. Tetapi, yang paling menggembirakan adalah melihat penglibatan ramai anak muda yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan ibadah korban.
Ada yang mengurus penyembelihan, melapah, menimbang, membungkus dan mengagihkan daging kepada para penerima. Tidak ketinggalan memasak daging korban untuk dinikmati bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tok Ketua Hj Nor Azlan Jan Khuzaifah Azlan, urusetia, semua peserta korban, petugas, sukarelawan dan hadirin yang menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.
Semoga segala amal dan pengorbanan diterima Allah SWT. Taqabbalallahu minna wa minkum. -
Azli Yusof
@azliby
12 Zulhijjah 1447H. Hari ketiga Aidil Adha.
Hari ini kami menyempurnakan korban keluarga di kampung dengan bantuan jiran-jiran dan ahli² kariah Surau Nurul Hidayah, Jalan Parit 15 Simpang Lima, Sungai Besar.
Alhamdulillah, program korban begini dapat merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli kariah dan masyarakat. Dapat mengumpulkan ahli keluarga yang jauh dan dekat. Dapat memenuhi tuntutan ibadat.
. -
Azli Yusof
@azliby
11 Zulhijjah 1447H. Hari kedua Aidil Adha. Alhamdulillah, tengah hari tadi saya berkesempatan singgah menyantuni peserta dan petugas, ahli kariah Surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 9 dalam Majlis Ibadah Qurban (MIQA) 2026.
Usai solat Zohor bersama para jemaah, saya langsung ke Seksyen U10 untuk menyantuni peserta dan petugas Majlis Korban anjuran MPP Zon 20 dan Persatuan Penduduk Alam Budiman.
Walaupun hari bekerja, ramai tidak lepaskan peluang bersama masyarakat setempat untuk menyempurnakan program ibadah korban yang dirancang mengikut kesesuaian komuniti masing-masing.
. -
Azli Yusof
@azliby
Habis licin tulang dilapahnya. Tak ada tinggal daging langsung. Memang betul² masak sup tulang jadinya.. hi hi.
Alhamdulillah, tengah hari semalam saya berkesemapatan menyantuni Program Qurban Perdana Pemuda Padang Jawa.
Kali pertama dianjurkan, namun semangat anak-anak muda yang turun membantu memang luar biasa.
Daripada proses menyembelih, melapah, memotong daging sehinggalah agihan kepada penduduk, semuanya dilakukan secara gotong-royong penuh kerjasama dan ukhwah.
Pengalaman ini pastinya menjadi kenangan berharga buat mereka, bukan sahaja belajar tentang mengurus ibadah korban, tetapi juga erti pengorbanan, kebersamaan dan khidmat kepada masyarakat.
Tahniah kepada seluruh jawatankuasa dan petugas yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi amal yang diterima Allah SWT dan terus menyuburkan semangat anak muda untuk berbakti kepada komuniti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Lembu sado dan lembu brahman menggamit tumpuan ahli kariah Masjid Unta pada Hari Raya Korban tahun ini.
Alhamdulillah, seusai menunaikan Solat Sunat Aidiladha pagi tadi, saya berkesempatan menyertai Program Korban di Masjid Al-Azhariah (Masjid Unta), Seksyen 18 sambil menysntuni para peserta, petugas dan penduduk setempat.
Saya hadir bersama isteri sebagai tanda kebersamaan dengan masyarakat setempat dalam menghayati erti pengorbanan, memperkukuh ukhuwah dan menyantuni kebajikan rakyat.
Aidil Adha mengajar kita tentang keikhlasan, pengorbanan dan semangat gotong-royong yang menjadi kekuatan sesebuah komuniti.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT serta terus diberkati.
Salam Aidil Adha buat seluruh warga Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam khususnya warga Shah Alam yang saya kasihi.
Aidil Adha mengajar kita bahawa nilai pengorbanan bukan hanya pada apa yang diberi, tetapi pada keikhlasan hati saat memberi.
Kadang-kadang yang paling besar pengorbanannya bukan yang paling banyak hartanya, tetapi yang paling tulus hatinya.
Semoga ibadah korban dan amalan kita sepanjang Aidul Adha diterima Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 peringkat Parlimen Shah Alam & DUN Kota Anggerik
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pada petang hari Sabtu lalu kami berbesar hati meraikan 367 pelajar cemerlang yang hadir bersama keluarga dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7.
Program julung kali ini dianjurkan bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Saya amat berterima kasih kepada YB Najwan Halimi ADN Kota Anggerik atas kerjasama penganjuran. Begitu juga kepada urusetia dan pasukan petugas dari kedua-dua pusat khidmat yang bertungkus-lumus menjayakan majlis penuh bermakna ini.
Sebenarnya majlis ini bukan sekadar anugerah dan pengiktirafan kepada kejayaan dan usaha gigih para pelajar, malah ia juga penghargaan kepada pengorbanan dan dorongan guru-guru dan ibu bapa.
Tahun ini, seramai 450 pelajar dari 11 sekolah dalam DUN Kota Anggerik memperoleh keputusan 7A dan ke atas dalam SPM 2025.
Minggu sebelumnya, kira-kira 150 pelajar dari 5 buah sekolah dalam DUN Batu Tiga turut diraikan dalam majlis berasingan.
Secara keseluruhan, hampir 600 pelajar cemerlang di Parlimen Shah Alam berjaya mencatat pencapaian amat membanggakan.
Kejayaan ini membuktikan generasi muda hari ini memiliki semangat juang, disiplin dan daya tahan tinggi. Lebih istimewa, mereka merupakan generasi pertama tanpa UPSR dan PMR tetapi tetap mampu mencipta kecemerlangan.
Tahniah kepada semua pelajar. Teruskan bermimpi besar dan menjadi kebanggaan warga pendidik, keluarga, masyarakat serta negara.
Di bahu anda terletak segunung harapan sebagai pewaris yang akan memimpin dan membina negara yang maju, adil, demokratik, sejahtera dan inklusif.
. -
Azli Yusof
@azliby
Betul kata Mummy Isma, "walaupun Hari Ibu telah berlalu, tetapi hari-hari adalah Hari Ibu."
Petang tadi saya telah diundang meraikan Program Sentuhan Kasih Ibu anjuran Pertubuhan Ibu Bestari Selangor (PIBS) di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam.
Menurut pengerusinya Puan Ismaliza Ismail, program santai berkonsepkan hi-tea dianjurkan sempena Hari Ibu 2026 sebagai platform untuk meraikan, menghargai serta menyantuni golongan ibu yang sering berdepan cabaran kehidupan.
Program ini turut diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu dari beberapa rakan strategik yang memberi fokus kepada pengurusan kewangan secara praktikal dan mudah difahami.
Saya kagum dengan kegigihan pertubuhan ini memberi dorongan dan menganjurkan pelbagai program sokongan sepanjang tahun kepada ahli dan kumpulan yang memerlukan.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM sentiasa prihatin dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan samada melalui program kerjasama ataupun sumbangan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya turut hadir memberi penerangan kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang benar, penjelasan terhadap isu semasa dan politik yang membawa harapan, bukannya kebencian dan saling menyalahkan.
Apatah lagi yang beralih arah dan saling menjatuhkan.
Ceramah kelompok Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor akan terus disemarakkan.
Credit Photo: Rayme Rahman
. -
Azli Yusof
@azliby
Ada yang berkata, "Untungnya orang Selangor ada Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS). Di tempat kami belum ada seperti ini."
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Majlis Hari Kecemerlangan YANIS Tahun 2025 di IDCC Convention Centre, Shah Alam.
Bagi anak-anak istimewa yang diraikan, kecemerlangan tidak semestinya diukur dengan markah peperiksaan atau pencapaian akademik semata-mata.
Kecemerlangan itu mungkin bermula dengan
keberanian untuk berpisah sebentar daripada ibu, dengan mampu duduk bersama rakan, memberi respons kepada guru, mengikut rutin, menyebut satu perkataan, atau berani berdiri di hadapan orang ramai.
Pada mata orang lain, ia mungkin kelihatan kecil. Tetapi bagi ibu bapa dan guru, itulah kejayaan yang sangat besar.
Saya mungkin tidak melalui pengalaman yang sama seperti sebahagian ibu bapa di hadapan saya hari ini.
Tetapi sebagai seorang ayah yang juga membesarkan anak-anak, saya amat memahami bahawa naluri seorang ibu dan ayah sentiasa mahu melihat anaknya membesar dengan baik, diterima oleh masyarakat, mampu berdikari dan mempunyai masa depan.
Sebab itu, saya tidak melihat YANIS hanya sebagai sebuah pusat pendidikan. Ia adalah sebuah ruang harapan. Di sini anak-anak dibimbing; ibu bapa diperkasakan; guru, terapis dan keluarga bekerjasama membina keyakinan anak-anak sedikit demi sedikit.
Ini bermaksud manfaat seperti YANIS bukanlah perkara kecil. Ia lahir daripada dasar yang prihatin, kestabilan pentadbiran dan keazaman kerajaan untuk memastikan insan istimewa serta keluarga mereka tidak tercicir daripada perhatian negeri.
Sebab itu, apabila sesuatu dasar telah terbukti menyentuh kehidupan rakyat, tugas kita ialah memastikan dasar itu terus dipertahankan, diperluas dan diperkukuh.
“Menyinari Harapan Insan Istimewa”
#kitaselangormajubersama
. -
Azli Yusof
@azliby
Berita baik untuk penunggang² motosikal di Lebuhraya Persekutuan. Tidak lama lagi mereka boleh gunakan laluan lebih selesa dan selamat.
Petang semalam saya berpeluang mengiringi YB Menteri Kerja Raya meninjau projek menaik taraf infrastruktur laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan FT002 melibatkan jajaran Klang hingga Petaling sepanjang 24 kilometer.
Projek bernilai RM20 juta di bawah Rolling Plan 5, RMK-12 ini memberi fokus kepada aspek keselamatan, keselesaan dan kualiti laluan motosikal yang digunakan puluhan ribu penunggang setiap hari.
Tinjauan melibatkan beberapa lokasi bermula dari sekitar Muzium Setem Selangor hingga Batu 3 Shah Alam bagi melihat sendiri keadaan semasa serta skop penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.
Antara lain ia merangkumi kerja baik pulih permukaan jalan, kawasan terowong, longkang, railing dan papan tanda; pengganntian pengadang jalan; menebang dan mencantas pokok; membina tempat berteduh penunggang motosikal; dan memasang lampu jalan Integrated Solar-LED (ISLED).
Semoga projek ini dapat mengurangkan risiko kemalangan dan memberi manfaat besar kepada pengguna motosikal khususnya warga Petaling, Shah Alam, Klang dan sekitarnya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Orang Jawa di Selangor kata, "alon-alon asal kelakon". Pelan-pelan asalkan terlaksana.
Penduduk di kediaman Jalan Intan Taman Batu Tiga dan pengguna Stesyen Komuter Batu Tiga kini boleh menarik nafas lega.
Projek Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Damansara menempatkan kolam On-Site Detention (OSD) dan rumah pam di kedua-dua lokasi tersebut dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2026.
Pagi semalam saya turut bersama YB Dato Ir Izham Hashim, Exco Infrastruktur Negeri Selangor, YB Danial Al Rashid ADN Batu Tiga, Pengarah JPS dan agensi² berkenaan ke lawatan tapak projek RTB Anak Sungai Damansara ini.
Satu lagi kawasan hotspot berisiko banjir di Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Satu-satu kita selesaikan, Insya-Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi ni kita raikan kemenangan EPL dulu.
Victoria concordia crescit (Victory through harmony)...
. -
Azli Yusof
@azliby
Minggu ini berkampung di Parlimen. Sejak semalam, bersama ahli-ahli PAC menekuni dan mengemaskini Penyata Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Caj Hospital swasta serta impak kepada Kesihatan Awam di bawah MOF, MOH & BNM. Minggu yang terasa amat panjang sekali...
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, seharian berada di Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Persada Convention Centre, Johor Bahru. Konvensyen kali ini menjadi saksi tekad madani dalam menunaikan harapan rakyat.
Saya hanya sebahagian kecil daripada ribuan pendokong PH yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air. Kami datang membawa bersama harapan, keyakinan dan komitmen untuk memastikan agenda reformasi terus diperkukuh.
Dalam suasana dunia yang penuh cabaran ekonomi, sosial dan geopolitik, politik mesti kembali menjadi wadah memastikan kestabilan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.
Insya-Allah, dengan iltizam dan semangat yang dizahirkan bersama, Pakatan Harapan akan terus melangkah ke hadapan sebagai gabungan yang setia dan konsisten mempertahankan prinsip tatakelola baik, keadilan sosial dan pembangunan yang inklusif untuk semua.
Tekad MADANI, Harapan Rakyat.
Nak berkawan boleh, nak berlawan pun boleh.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pagi semalam kami meraikan pelajar² cemerlang SPM 2025 bagi peringkat Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga.
Meraikan Kejayaan, Menginspirasikan Masa Hadapan
Tahniah semua !
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
*Ucapan Selamat Hari Guru 2026*
Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang saban hari menggalas amanah besar mendidik anak-anak bangsa dengan penuh iltizam, kesabaran dan kasih sayang.
Di tangan para guru lahirnya generasi berilmu, berakhlak dan berkeupayaan untuk memimpin masa depan negara.
Tema tahun ini, “Guru Bitara Nadi Negara” amat bertepatan dalam mengiktiraf peranan guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan pembina karakter, pencorak budaya masyarakat dan penggerak kemajuan negara.
Guru yang bitara ialah guru yang mendidik dengan jiwa, membimbing dengan hikmah dan menanam nilai kemanusiaan yang luhur dalam diri setiap murid.
Parti Amanah Negara merakamkan penghormatan yang tinggi kepada seluruh guru, pensyarah, tenaga pengajar, warga pendidikan serta semua yang terlibat dalam ekosistem pendidikan negara.
Pendidikan yang berkualiti ialah asas kepada pembinaan masyarakat madani yang berteraskan ilmu, integriti dan daya saing.
Kita percaya bahawa pelaburan terbaik sesebuah negara bukan hanya pada infrastruktur fizikal, tetapi pada pembangunan insan.
Justeru, kebajikan guru, pengukuhan sistem pendidikan dan akses pendidikan yang adil mesti terus menjadi keutamaan demi memastikan tiada anak bangsa tercicir daripada peluang membina masa depan.
Semoga seluruh guru terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk mendidik dengan penuh dedikasi.
Sesungguhnya jasa guru akan terus terpahat dalam sejarah kehidupan setiap insan dan dalam denyut nadi kemajuan negara.
Selamat Hari Guru 2026
Guru Bitara Nadi Negara
Ikhlas daripada
YB Azli Bin Yusof
Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat
Parti Amanah Negara
. -
Azli Yusof
@azliby
Mohon faham betul-betul ya. Kalau hanya dengar cakap² dan sembang pembangkang memang tak akan faham. Tak dapat saya nak tolong.
Jadi, amati kenyataan KPT ini. Tidak ada sekelumit pun disebut tentang pengiktirafan terhadap institusi atau sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan untuk masuk ke IPTA.
Yang disebutkan ialah pelajar yang turut memiliki SPM penuh, mereka layak memohon mana-mana program yang ditawarkan UPUOnline. Maknanya, syarat ke IPTA tetap melalui SPM.
Manakala keluasan kemasukan ke IPTA dipertimbangkan kepada mereka yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dikendalikan oleh LPM. Itupun hanya untuk program yang tertentu sahaja. Apa dia? Rujuk di bawah.
Harap Maklum.
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Hari Guru 2026
"Guru Bitara Nadi Negara"
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari Guru tahun ini akan disambut esok, 16 Mei 2026. Tapi esok Sabtu... sekolah cuti.
Maka, kami dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM mengambil kesempatan hari ini untuk menyerahkan Kek Hari Guru sebagai tanda ingatan dan penghargaan sempena Sambutan Hari Guru 2026.
Sebanyak 51 buah sekolah rendah dan menengah perlu dikunjungi. Kami agih-agihkan tugas agar kesemuanya dapat diselesaikan pada waktu pagi. Saya sendiri sempat mengunjungi 5 buah sekolah.
Terima kasih kepada rakan2 staf dan Ahli-ahli Majlis yang telah menyampaikan tanda kasih bagi pihak saya dan pusat khidmat.
Semoga pemberian yang tidak seberapa dari kami memberi sedikit kegembiraan dan pengiktirafan kepada para guru di atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan, mendidik anak bangsa demi negara tercinta.
Selamat Hari Guru 2026
"Guru Bitara Nadi Negara".
. -
Azli Yusof
@azliby
DAKWAAN NIK ZAWAWI TERHADAP SAIDINA ABU BAKAR DAN UMAR SATU KESILAPAN BESAR LAGI FATAL DARI SUDUT DISIPLIN ILMU
Usaha Tuan Ibrahim Tuan Man mengharmonikan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Zawawi Salleh, berkaitan dakwaan terhadap Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar al-Khattab sebagai suatu khilaf semalam mesti dibantah secara terbuka.
Timbalan Presiden PAS itu menghantar mesej bahawa perkara tersebut kononnya termasuk dalam ruang “khilaf” (perbezaan pandangan), justeru masyarakat diminta berlapang dada dan mengambil pendekatan “keluar daripada khilaf adalah mustahab (digalakkan)” sangat menyalahi kebenaran fakta.
Saya bertemu beberapa tulisan rakan dan pempengaruh di media sosial yang turut mengkritik keras Tuan Ibrahim dalam perkara tersebut.
Moga-moga lebih ramai yang berani dan jujur memberikan teguran kepada tokoh tersebut, bukanlah atas pertimbangan politik sebaliknya demi mempertahankan kemuliaan para sahabat besar Nabi SAW.
Kaedah fiqh yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim berbunyi: “al-khuruj minal khilaf mustahabbun” yang bermaksud “Keluar daripada khilaf adalah digalakkan.”
Maksud sebenar tindakan keluar daripada khilaf ialah merujuk kepada tidak melakukan sesuatu yang masih dalam pertikaian para ulama, sama ada ia boleh dilakukan atau tidak.
Ada hujah ia boleh dibuat dan ada hujah ia mesti ditinggalkan, maka jangan dilakukan. Itulah maksudnya.
Namun hakikatnya, penggunaan kaedah tersebut dalam konteks dakwaan Nik Zawawi bahawa Abu Bakar bapa ceti dan Umar memiliki hobi berzina sebelum Islam mereka adalah satu kesilapan besar lagi fatal dari sudut disiplin ilmu.
Bahkan lebih membimbangkan, ia boleh membuka pintu normalisasi terhadap pendustaan dan fitnah atas nama “khilaf”.
Sumber: m.malaysiakini.com/news/775103
. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 13 Mei 2026
Hari ini saya memilih untuk berada sepenuhnya di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM bagi menumpukan perhatian kepada beberapa sesi pertemuan dan perbincangan yang telah dijadualkan lebih awal.
10.30 pagi - Saya mulakan dengan sesi bersama En Haikal, Pengarah Jab Penerangan Selangor dan En Zahid, Pegawai Jab Penerangan Daerah Petaling. Kami berbincang hal-hal berkaitan Komuniti Madani, penyampaian maklumat, komunikasi awam serta usaha memperkasakan hebahan program dan inisiatif kerajaan kepada masyarakat setempat.
11.30 pagi - Seterusnya saya menerima kunjungan CEO AQUA, anak syarikat Management & Science University (MSU). Pertemuan dan perbincangan berkisar kepada isu penyenggaraan jajaran Sungai Damansara yang berhampiran dengan premis MSU. Saya juga ambil peluang mendapatkan sedikit rancangan pengembangan MSU untuk tahun terkehadapan.
12.30 tengah hari - Temu janji berikutnya bersama YDP dan SU PIBG SRA Kampung Kuantan. Perbincangan tertumpu kepada cadangan kemudahan prasarana untuk kebajikan dan keselesaan murid serta keperluan sokongan kepada pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
2.30 petang - Sesi petang pula diisi dengan temu janji dengan En. Jamil bagi mendengar dan memahami cabaran yang beliau hadapi untuk membiayai pendidikan anaknya di IPT.
Walaupun tidak ke mana-mana hari ini, jadual di pejabat tetap padat kerana khidmat kepada rakyat bukan hanya di lapangan, tetapi juga melalui perancangan, koordinasi dan tindakan susulan yang tersusun.
. -
Azli Yusof
@azliby
Krisis Tenaga. Ketidaktentuan geopolitik dunia menyebabkan kebergantungan kepada sumber tenaga berasaskan petroleum sangat berisiko. Berhadapan dengan kelangsungan bekalan dan peningkatan kos yang mendadak. Akhirnya membebankan negara dan pengguna.
Persoalannya bersediakah kita mendepani sebarang kemungkinan? Apakah alternatif jangka panjang yang ada?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Selasa | 12 Mei 2026
1 Hospital Awam, 2 Klinik Kesihatan dan 4 Hospital Swasta. Apa yang istimewa?
Ya, hari ini adalah Hari Jururawat Sedunia 2026. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya luangkan masa sehari mengunjungi klinik kesihatan dan hospital di dalam Parlimen Shah Alam untuk meraikan para jururawat sempena hari yang cukup bermakna buat mereka.
Kehadiran kami membawa 2,000 paket Chocolate Brownies sebagai tanda penghargaan diharapkan dapat menggembirakan mereka yang komited dan berkorban tanpa mengira masa.
Saya ditemani rakan-rakan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM dan aktivis Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Shah Alam.
Semoga pengorbanan para jururawat dan kakitangan klinik dan hospital di barisan hadapan, memastikan kesihatan setiap warga Malaysia dikenang dan dihargai
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026
"Our Nurses, Our Future"
. -
Azli Yusof
@azliby
Khabarnya Pemuda PAS Selangor akan anjur Himpunan Daulat Tuanku pada hari Sabtu ini untuk menjunjung taat setia terhadap Titah Diraja.
Difahamkan ia bertujuan sebagai peringatan terhadap beberapa insiden dan kenyataan pemimpin politik yang mengundang murka Raja-Raja Melayu.
Baguslah ada kesedaran dan himpunan begitu. Rakyat sedang perhati tindak-tanduk kamu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 10 Mei 2026
Seawal pagi, saya berpeluang menghadiri beberapa program bersama masyarakat sekitar Shah Alam.
7.30 pagi - Turut meraikan Larian Obor Sempena SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Penganjuran temasya dwi-tahunan ini mampu menyemarakkan semangat atlet, menyungkil bakat dan menyatukan rakyat melalui pelbagai acara sukan dipertandingkan.
Sebelum itu bersama² melakukan pelepasan Larian Hari Tanpa Kenderaan MBSA disertai 3,500 peserta warga Shah Alam dan masyarakat yang berhampiran.
8.30 pagi - Merasmikan Temasya Sukan Tahunan 2026 SJK(T) Ladang Ebor Kali Ke-48. Temasya sukan tahunan sekolah menjadi platform penting membentuk disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat daya saing sihat dalam kalangan murid sejak usia muda.
9.30 pagi - Menyampaikan sumbangan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM 21 keluarga kepada Mangsa Ribut Blok 84 Seksyen 24 di PPS Dewan Dahlia. Dalam saat mencabar, kebersamaan dan sokongan kepada mereka amat penting bagi meringankan beban mereka.
10.30 pagi – Hadir memenuhi undangan Majlis Silaturahim Komuniti Jalan Cerun 8/1C Seksyen 8 Shah Alam. Tahniah kepada komuniti atas initiatif mengeratkan hubungan kejiranan dan
memperkukuh semangat muafakat penduduk.
Paling menarik sepanjang majlis berjalan, sambil makan-makan, lagu hari raya didendangkan.
Moga Shah Alam terus aktif dan berdaya huni dengan pelbagai aktiviti kesukanan, kebajikan dan kemasyarakatan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM dan Pertubuhan Wanita Prihatin Shah Alam terus memperkukuhkan agenda pembangunan komuniti dan pemberdayaan wanita.
Wanita memainkan peranan besar bukan sahaja dalam institusi keluarga, malah sebagai penggerak masyarakat dan kekuatan penting dalam membina komuniti yang lebih penyayang, progresif dan saling membantu.
Pembangunan wanita bukan sekadar slogan atau program bermusim. Kita mahu melihat lebih ramai wanita diberi ruang, peluang dan sokongan untuk terlibat secara aktif dalam masyarakat serta menjadi agen perubahan dalam komuniti.
Pelancaran "Sukarelawan Wanita Shah Alam" sempena Hi-Tea Hari Ibu 2026 merupakan sebahagian usaha memperkukuhkan jaringan komuniti wanita di Shah Alam melalui aktiviti kesukarelawanan, pembangunan diri, pendidikan komuniti dan program sosial yang lebih tersusun.
Kita mahu bina satu ekosistem komuniti yang kuat. Bila wanita saling menyokong, saling membimbing dan bergerak bersama, impaknya bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada seluruh masyarakat.
Credit video: Berita Tengah Hari, RTM
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Hari Ibu 2026!
Bunga melur di tepi laman,
Harum mewangi di pagi hari;
Dua insan penuh budiman,
Mencurah kasih tidak terperi.
Terima kasih buat ibuku dan ibu anak-anakku yang sentiasa menjadi doa dan kekuatan, yang saban hari mendidik dan membesarkan amanah Allah dengan penuh kasih sayang.
Juga kepada semua yang bergelar ibu. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian selalu.
Seteguh Kasih Ibu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, lewat petang Sabtu saya sempat juga sampai ke Shah Alam untuk meraikan Majlis Hi-Tea Hari Ibu 2026 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Prihatin Shah Alam dan Wanita Berdaya Selangor.
Tahniah semua! Program yang sangat hebat!
Seteguh Kasih Ibu.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir ke Temu Rapat Presiden Zon Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini menghimpunkan pimpinan dan wakil kawasan dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Ia menjadi medan penting menyelaras gerak kerja turun padang, memperkukuh organisasi serta memperkemas persediaan menghadapi pilihan raya yang semakin menghampiri.
Kami tekuni amanat pimpinan tertinggi, teliti pandangan akar umbi dan susuli strategi terbaik memastikan parti terus relevan, tersusun dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan politik semasa.
Amanah bersedia untuk berkawan atau berlawan.
Setiap langkah dan percaturan mesti diperhalusi dengan cermat bagi memaksimumkan setiap peluang yang ada.
Paling penting komitmen perjuangan bertunjang matlamat membina masa depan rakyat dan negara dengan lebih baik.
Menjelang tengah hari, saya terpaksa bergegas pulang lebih awal untuk bersama Wanita Amanah Shah Alam dalam Hi-Tea Hari Ibu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Singgah di Bagan malam tadi. Pekena Nasi Kandar Pokok Ketapang. Terima kasih Bob Rasta Mohd Khairul Afandi Ibrahim sudi temankan sahabat² dari Shah Alam dan Pemuda Selangor dalam perjalanan ke Temu Rapat Presiden AMANAH Zon Utara.
. -
Azli Yusof
@azliby
PAS dakwa lebih layak jadi ketua berbanding Bersatu. Masing² berebut jawatan pengerusi PN. Macamana nak tadbir Selangor...?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Krisis N9. 14 ADUN tarik sokongan terhadap MB. Kemudian 10 patah balik. Apo kono eh, Jang?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Krisis N9. Ada hikmah ada pengajaran...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) dari Paroi, N9
www.facebook.com/share/v/1ALRLwxJHr/
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari semalam saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-39 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Selangor di Seksyen U5, Shah Alam.
Saya cukup berbesar hati kerana berpeluang bersama insan-insan yang telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada negara sepanjang perkhidmatan mereka.
Pengalaman, pandangan dan kebijaksanaan golongan pesara wajar terus diraikan serta dijadikan panduan kepada generasi hari ini.
Saya amati perkongsian dari YDP PPKMNS berkaitan perancangan, aktiviti dan kebajikan persatuan pesara. Dan bertekad membantu mereka sedaya saya mengikut keperluan.
Semoga hubungan baik antara pemimpin, masyarakat dan para pesara terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari Bomba Sedunia | 4 Mei 2026
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Terima kasih atas keberanian, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan tanpa mengira masa dan keadaan berdepan risiko demi menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Semoga seluruh anggota bomba sentiasa diberikan perlindungan, kekuatan dan dipermudahkan dalam setiap tugasan.
“Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi, saya juga berkesempatan singgah menyantuni pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Cengal Seksyen 24 Shah Alam.
Terima kasih kepada YB Danial Al Rashid ADN Batu Tiga, Pn Siti Aishah Zain atas kerjasama dengan PKPS dan KPDN melaksanakan iltizam Kerajaan Perpaduan membantu rakyat menangani kos sara hidup secara berterusan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Kejohanan Terbuka Karom Bukit Bandaraya Shah Alam di Dewan Kemboja, hasil penganjuran Bossden CC dengan kerjasama MPP Zon 4.
Turut hadir bersama saya ialah Ahli Majlis MBSA, Tuan Vincent Chow serta Pengerusi BBSA, Tn. Haji Hasnor yang sentiasa komited menyokong aktiviti komuniti di kawasan ini.
Program seperti ini ruang untuk masyarakat berkumpul, beriadah dan mengeratkan hubungan kejiranan. Peluang santai bersama rakan-rakan dan keluarga sempena cuti Hari Pekerja. Setinggi penghargaan senua atas segala sumbangan dalam membangunkan negara.
Saya juga berkongsi sedikit penjelasan berhubung isu krisis tenaga dan bahan api global yang memberi tekanan kepada banyak negara.
Kerajaan hari ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk memastikan subsidi bahan api dapat dikekalkan agar rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Ia saat yang sukar, namun keutamaan kerajaan jelas untuk melindungi kebajikan rakyat sambil memastikan ekonomi negara terus stabil.
Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti bersama insan tersayang.
Tahniah kepada semua penganjur, peserta dan sukarelawan yang menjayakan program santai tetapi cukup meriah ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, kerja penggantian bumbung Blok 84 Pangsapuri PKNS Seksyen 24 yang rosak teruk akibat ribut telah bermula hari ini.
Petang tadi saya bersama YB Danial Al Rashid ADN Batu 3 dan Pn Aishah Aishah Mohd Zain Ahli Majlis MBSA Zon 8 mendengar penerangan daripada pegawai LPHS dan kontraktor berkenaan pelaksanaan kerja baik pulih kepada keluarga mangsa yang sebahagian besar ditempatkan di PPS Dewan Dahlia.
Kerja pembaikan melibatkan 17 unit rumah yang mengalami kerosakan teruk termasuk penggantian bumbung, siling dan pendawaian elektrik bagi memastikan rumah kembali selamat diduduki.
Saya mengucapkan setinggi penghargaan YB Dato' Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak pantas meluluskan bantuan kecemasan ini melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Insya-Allah, kami akan terus memantau perkembangan kerja-kerja ini agar semua keluarga terlibat dapat pulang ke rumah masing-masing secepat mungkin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi cuti Hari Pekerja ini saya berkesempatan sarapan bersama Tan Sri Johan Jaaffar di Cafe Tingkap, PJ Old Town. Kami pun terpaksa menunggu dan beratur bersama para pengunjung dari pelbagai tempat.
Setiap kali ada kesempatan santai² duduk semeja dengan Tan Sri, pasti ada sahaja perkara baharu yang saya pelajari.
Pengalaman luas dan pandangan beliau tentang media, politik, sejarah dan masyarakat sentiasa memberi perspektif yang segar dan berbeza.
Terima kasih Tan Sri atas perkongsian, nasihat dan pandangan yang sentiasa bernilai. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara.
Dan boleh teruskan aktiviti panjat gunung. Meneroka dan berkongsi keajaiban alam ciptaan Yang Maha Agung.
. -
Azli Yusof
@azliby
SELAMAT HARI PEKERJA | 1 MEI 2026
Hari ini, 1 Mei, kita menyambut Hari Pekerja. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja yang menjadi nadi pembangunan negara.
Di mana sahaja kita berada — sama ada di pejabat, sekolah, hospital, premis perniagaan, tapak projek, sawah, kebun atau di jalan raya — setiap pekerjaan ada sumbangannya.
Negara ini bergerak hasil usaha dan pengorbanan rakyat yang bekerja setiap hari.
Islam mengajar kita bahawa kerja bukan sekadar mencari pendapatan, tetapi satu amanah.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 105:
“Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”
Ayat ini mengingatkan kita supaya sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh, jujur dan penuh tanggungjawab.
Apa yang kita lakukan bukan sahaja dilihat manusia, tetapi juga dinilai oleh Allah SWT.
Sebab itu, budaya kerja yang baik perlu dibina atas nilai integriti, disiplin dan keikhlasan.
Terima kasih kepada semua pekerja atas segala jasa dan sumbangan. Semoga setiap usaha kita menjadi amal yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Selamat Hari Pekerja 2026
Pekerja Madani KESUMA Bangsa.
. -
Azli Yusof
@azliby
BUDI Diesel. Kenapa Sabah dan Sarawak boleh dapat harga subsidi RM2.15 seliter, Semenanjung tak boleh?
Kenaikan harga bahan api menghangatkan lagi persoalan yang sering ditimbulkan. Apakah sebabnya. Apakah solusi terbaik?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kunjungan Hormat kepada Datuk Bandar Shah Alam.
Petang Jumaat yang lepas, saya dan Pegawai² Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Zabidah Binti Safar sempena pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar Shah Alam Ke-13.
Kami juga telah menarik perhatian beliau terhadap beberapa isu utama yang kerap dibangkitkan oleh penduduk setempat, yang memerlukan perhatian & tindakan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), antaranya :
i. Cadangan Naik Taraf Jalan Subang – Jalan Monfort bagi mengurangkan kesesakan yang semakin meningkat. Saya telah membangkitkan perkara ini di Parlimen, mengadakan pertemuan dengan YB Exco Infrastruktur dan Pengarah JKR Negeri Selangor.
ii. Cadangan Pembinaan Jejambat dari Persiaran Serai Wangi di Seksyen U12 ke Lorong Keluli 1C (I-City) di Seksyen 7 bagi mengurangkan kesesakan laluan utama di Seksyen U12.
iii. Isu Banjir Kilat yang masih berlaku di Seksyen 13 dan Seksyen 9 (berhadapan dengan Hotel Concorde). Saya percaya ia berkaitan dengan kelemahan penyelenggaraan kolam tadahan dan perparitan menyebabkan aliran air tersekat dan menyumbang kepada masalah banjir kilat.
iv. Pengurusan, penyelenggaraan dan penggantian pokok-pokok tua dan berisiko yang perlu disegerakan kerana membahayakan pengguna jalan raya serta kawasan kediaman terutama ketika musim hujan dan angin kencang.
v. Hal-hal lain yang berkaitan dengan fungsi dan peranan MBSA.
Turut hadir sama Ahli-ahli Majlis MBSA, Tn Haji Mohd Firdaus Mokhtar, Tn Haji Maizan Abdul Majid , Tuan Vincent Chow dan Pn Siti Aishah Zain .
Kami sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak majlis untuk membangunkan bandar raya ini serta menangani sebarang permasalahan dan aduan demi keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bila PRU16? Adakah akan diadakan bersekali atau berasingan dengan PRN Negeri Melaka, Johor dan Sarawak? Apa kebaikannya?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
YAB Aminuddin masih kekal sebagai MB. DYMM Yamtuan Besar N9 nasihatkan MB teruskan pentadbiran seperti biasa sehingga ada kejelasan kemelut yang berlaku.
Menurut Per. 42 Perlembagaan Negeri Sembilan sekurang-kurangnya mesti ada 4 EXCO.
Di dalam senarai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdapat 10 orang EXCO termasuk MB.
PH ada 6 jawatan EXCO.
UMNO diberikan 4 jawatan EXCO.
Sekarang semua dah tarik sokongan.
Apo nak dikato... -
Azli Yusof
@azliby
TERKINI. 14 ADUN Umno BN tarik sokongan terhadap MB Negeri Sembilan. Akan bincang dengan PN/PAS. Barangkali untuk ketuai bentuk kerajaan.
Kalau PH beri laluan Pengerusi Umno jadi MB, adakah mereka akan terima?
Tunggu dan lihat... -
Azli Yusof
@azliby
Dosa kecil kalau dilakukan berulang² akan jadi dosa besar. Bagaimana dosa memfitnah di media sosial? Memfitnah tu dah memang dosa besar...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 26 April 2026. Sebelum meninjau kediaman mangsa ribut kencang di Blok 84, Seksyen 24 saya juga telah berkesempatan mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dahlia, MBSA.
PPS ini menempatkan 9 keluarga, 33 mangsa ribut Blok 84 Seksyen 24 Shah Alam. Sementara sebahagian yang lain menumpang di kediaman saudara mara terdekat.
Seramai 17 keluarga telah mendaftar sebagai mangsa ribut yang perlukan bantuan dan pembaikan kerosakan bumbung.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM sedang usahakan kerja² pembaikan dengan kadar segera agar keluarga mangsa dapat kembali ke kediaman masing².
#p108shahalam
#askazliazlipeduli
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kejadian ribut kencang pada petang Sabtu, 24 April 2026 di Shah Alam telah merobek bumbung Blok 84 Pangsapuri PKNS di Seksyen 24 Shah Alam.
Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam akan bantu baiki kerosakan bumbung. Manakala agensi² kerajaan yang berkenaan bantu ikut keperluan. Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian.
#p108shahalam
#askazliazlipeduli
.This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Azli Yusof
@azliby
*Ralat - Sabtu, 25 April 2026
-
Azli Yusof
@azliby
Pastinya kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih pelajar, sokongan berterusan daripada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa komited mendidik serta membimbing.
Majlis seperti ini penting sebagai tanda penghargaan dan motivasi agar lebih ramai pelajar terus berusaha mencapai kejayaan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar terus memperkukuh kerjasama demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan dan penganjuran majlis yang begitu meriah dan gemilang. Menjadi galakan dan ikutan kepada pelajar-pelajar yang akan meneruskan kecemerlangan.
Saya juga telah menyatakan komitmen untuk membantu pihak sekolah menjayakan hasrat untuk menaik taraf dewan terbuka untuk kemudahan dan keselesaan pelajar² berhimpun dan menjalankan aktiviti luar bilik darjah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kenapa banjir masih berlaku di Shah Alam? Isu ini terus mendapat perhatian ramai khususnya warga Shah Alam.
Fenomena hujan lebat luar biasa, air pasang besar dan perubahan iklim memberi tekanan kepada sistem saliran sedia ada.
Benarkah langkah telah dan sedang dilaksanakan kerajaan termasuk menaik taraf infrastruktur perparitan, rancangan tebatan banjir serta penyelenggaraan secara berkala?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berpeluang memenuhi Jemputan Majlis Makan Malam dan Dialog Timbalan YDP Dewan Negara Bersama TYT Jose Luis Pardo Querdo, Duta Besar Sepanyol Ke Malaysia di kediaman rasminya di Kuala Lumpur.
Perbincangan tertumpu kepada hubungan dua hala Malaysia-Sepanyol, sejarah dan geopolitik, aspek ekonomi, perkembangan semasa melibatkan konflik di Timur Tengah dan pendirian Kerajaan Sepanyol mendepani cabaran global yang semakin rencam dan sengit.
Turut hadir sama menemani YB Senator Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan YDP Dewan Negara, adalah beberapa orang Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara penyokong Kerajaan MADANI.
. -
Azli Yusof
@azliby
Nak tanya. Para makmum sekalian yang ikut memfitnah secara berjamaah tak nak mohon maaf sama ka? Tak kena bayar pun.
Semalam, Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, akhbar Harakah dan pengarangnya dah mohon maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Ia berhubung kenyataan fitnah terhadap Fadhlina dan dakwaan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin pada tahun 2023.
Ketiga2 defenden kena bayar RM15,000 kepada plaintif. Fadhlina kata akan manfaatkan kos ini untuk Kempen Solidariti Palestin di Jasin.
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2547087
. -
Azli Yusof reposted
InfoGram
@_InfoGram_
🔴BREAKING : 🇺🇸During his presidency, Donald Trump made 55,654 false statements, averaging nearly 98 lies per day.
-
Azli Yusof
@azliby
Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri kini sampai ke penghujungnya seiring berakhirnya bulan Syawal.
Sepanjang sebulan yang lalu, saya berpeluang memenuhi undangan daripada pelbagai pihak sama ada komuniti setempat, rakan-rakan mahupun individu. Semuanya diraikan dalam suasana penuh kemesraan dan kesyukuran.
Alhamdulillah, kita bersyukur kerana negara kita kekal stabil, aman dan sejahtera. Dalam keadaan ini, rakyat dapat terus menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Suasana rumah terbuka masih meriah, mengeratkan silaturrahim dan menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Walaupun kita tidak terlepas daripada cabaran global seperti krisis ekonomi dan kenaikan harga bahan api, kerajaan terus berusaha memastikan beban rakyat dapat diringankan. Pelbagai bantuan diberikan. Subsidi petrol dan diesel diteruskan agar kesan kenaikan kos sara hidup tidak terlalu membebankan.
Menariknya, majlis jamuan tahun ini turut diselitkan dengan acara meraikan bakal-bakal jemaah haji. Ia satu pendekatan yang baik. Bukan sahaja menghidupkan semangat Aidilfitri, tetapi juga mengiringinya dengan doa dan harapan buat mereka yang akan menjadi tetamu Allah.
Saya ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kesemua jemputan yang terlalu banyak dan bertindih.
Saya juga mendoakan agar semua bakal-bakal haji dipermudahkan urusan, selamat perjalanan, dikurniakan kesihatan dan diterima amalan sehingga beroleh haji mabrur, Insya-Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 28 Syawal 1447H
Bantuan diterima. Berhemah berbelanja ketika krisis tenaga bahan api.
#subsidi #ron95 #diesel
#p108shahalam
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Cannot Brain! Pembangkang bela, pertahankan dan halalkan tiktoker mencaci dan mencarut.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Saya tak boleh 'brain' bagaimana wakil² rakyat pembangkang khususnya dari PAS berduyun membela Tiktoker Jorjet Myla.
Kiriman dan ungkapan yang jelas menghina, mencaci dan mencarut (lucah) oleh seorang 'muslimah' boleh dihalalkan. Dikatakan itu hanyalah kritikan.
Tidakkah mereka boleh bezakan antara komen, kritik dan penghinaan yang menjijikkan? Saya nak siar ulang video-video yang banyak tu pun tak lalu nak makan. Tapi mereka sangat teruja mempertahankan.
Inikah kebebasan bersuara diperjuangkan sebuah organisasi mendakwa perjuangkan Islam yang syumul? Adakah syumul bermaksud terima semua, halalkan semua asalkan kena dengan selera?
Memualkan... Lebih memualkan mereka yang membela dan menghalalkannya.
. -
Azli Yusof
@azliby
KERAJAAN MADANI TAMBAH BAIK BANTUAN DIESEL
Krisis tenaga global yang berlarutan, susulan konflik di Asia Barat, terus memberi
tekanan kepada kos bahan api dan rantaian bekalan di seluruh dunia. Dalam keadaan
ini, Kerajaan MADANI mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan
kepada pengguna diesel bagi meringankan beban rakyat serta memastikan aktiviti
ekonomi terus berjalan lancar.
Penambahbaikan ini dibuat mengambil kira tekanan berterusan dalam pasaran
tenaga global, khususnya gangguan bekalan petroleum di peringkat antarabangsa
yang menyebabkan harga diesel bertapis meningkat ketara sehingga AS$250 setong
– hampir tiga kali ganda berbanding sebelum konflik Asia Barat.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menegaskan
bahawa Kerajaan memahami kesan langsung kenaikan kos ini kepada rakyat dan
telah mengambil langkah segera untuk menambah baik bantuan secara bersasar,
khususnya kepada pesawah, petani, pekebun kecil serta pemilik kenderaan diesel
individu yang layak.
“Keutamaan Kerajaan MADANI adalah jelas: memastikan keterjaminan bekalan
barangan asas untuk rakyat, ekoran kenaikan harga minyak mendadak dan gangguan
rantaian bekalan dunia. Langkah yang diumumkan hari ini melibatkan perbelanjaan
tambahan, antaranya untuk membantu pengeluar makanan, demi kelangsungan
bekalan makanan untuk rakyat,” tambah beliau.
Sehubungan itu, Kerajaan MADANI telah bersetuju melaksanakan langkah-langkah
berikut:
1. Sokongan kepada pesawah diperkukuh
Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026
dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar. Kenaikan ini melibatkan
tambahan dana sekitar RM40 juta, dan dijangka memanfaatkan hampir 200,000
pesawah padi, yang sebahagiannya bakal memulakan penanaman padi pada
bulan ini.
Sebagai bantuan tambahan, tahun lalu juga, Kerajaan MADANI memperkenalkan
Insentif Penuaian sebanyak RM50 untuk sehektar semusim bagi meringankan
beban kenaikan kos input.
2. Bantuan tunai diesel ditingkatkan
Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu dinaikkan daripada
RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026, dan akan disalurkan pada 21
April 2026 (Selasa). Ini adalah kali kedua bantuan tersebut telah dinaikkan
susulan krisis ini.
• BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun
kecil, dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan
• BUDI Diesel Individu dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik
kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia, dengan dana tambahan
sekitar RM15 juta sebulan
Kementerian Kewangan (MoF) dijangka menanggung subsidi sekitar RM7 bilion untuk
April 2026, termasuk dana tambahan RM75 juta, untuk ketiga-tiga ikhtiar bantuan
diesel.
Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memudahcara pembelian diesel bagi
kegunaan selain kenderaan. Syarat keperluan permit khas bagi pembelian melebihi
20 liter akan dilonggarkan. Pemilik mesin atau jentera pertanian dibenarkan membeli
diesel melebihi had tersebut dengan mengemukakan pendaftaran jentera. Kerajaan
akan memperincikan garis panduan pelaksanaan dalam tempoh terdekat.
Kerajaan MADANI, melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), akan terus
memantau perkembangan terkini di Asia Barat serta impaknya kepada Malaysia, dan
sedia mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk membantu golongan rakyat yang
terkesan serta menstabilkan ekonomi.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
14 April 2026
. -
Azli Yusof
@azliby
3. AMANAH menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Kehilangan ini pastinya memberi kesan yang amat besar, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada rakan-rakan serta warga sekolah. Tidak kurang rasa kekesalan kepada guru yang memandu kereta tersebut.
4. Dalam masa yang sama, AMANAH turut menzahirkan penghargaan atas sikap mulia keluarga mangsa yang memilih untuk memaafkan guru yang terlibat. Sikap ini mencerminkan nilai kemanusiaan, keinsafan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi ujian yang amat berat.
5. Sememangnya, malang tidak berbau. Ia boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa, dan kepada sesiapa sahaja. Namun, setiap kejadian seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua.
6. Kemalangan sering berpunca daripada kecuaian, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Pemanduan cuai disengajakan berlaku kerana tidak mematuhi peraturan pemanduan, tanda isyarat, had laju, memandu dalam keadaan mengantuk, keletihan serta tidak menumpukan perhatian ketika berada dalam persekitaran melibatkan orang ramai.
7. Namun, terdapat juga keadaan yang sukar dielakkan seperti kerosakan teknikal kenderaan yang berlaku secara tiba-tiba. Ataupun keadaan persekitaran yang tidak dijangka seperti permukaan licin atau gangguan luar.
8. Dalam situasi kemalangan seperti ini, kejujuran adalah amat penting. Setiap pihak yang terlibat harus tampil dengan jujur dan bertanggungjawab agar sebarang kesilapan dapat dikenal pasti dan kelemahan dapat diperbaiki. Dengan kejujuran juga, keadilan dan pembelaan ke atas mangsa dapat dipenuhi.
9. AMANAH juga menyeru agar semua pihak termasuk institusi pendidikan, guru, ibu bapa dan pihak berkuasa memperkukuhkan aspek keselamatan di sekolah, khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan pelajar.
10. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dan semoga keluarganya tabah menghadapi musibah dan ujian.
YB Azli Bin Yusof
Pengerusi Biro Pendidikan Dan Perubahan Masyarakat
Parti Amanah Negara -
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
🤣🇮🇷🇺🇸 BREAKING: Trump tried to send a U.S. Navy Destroyer through the Strait of Hormuz during the negotiations in Pakistan.
Iran said they didn't care about negotiations and would blow the ship up. Trump then ordered the ship to turn around and go back to the UAE. -
Azli Yusof reposted
Iranian Force
@MrImranPk
Retweet if you believe Netanyahu is a war criminal.
-
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 21 Syawal 1447H
Kenaikan Harga Bahan Api. Nilai dengan adil berdasarkan ilmu dan realiti semasa. Sekalipun berbeza fahaman dan ideologi. Kerana berlaku adil itu lebih hampir kepada takwa. Saranan baik dan teguran membina kita terima.
#budi95 #budidiesel
#madani #p108shahalam
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Over 60 countries join Indonesia to condemn attacks on peacekeepers in Lebanon
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/4/10/iran-war-live-i… -
Azli Yusof reposted
Seyed Abbas Araghchi
@araghchi
The Iran–U.S. Ceasefire terms are clear and explicit: the U.S. must choose—ceasefire or continued war via Israel. It cannot have both.
The world sees the massacres in Lebanon. The ball is in the U.S. court, and the world is watching whether it will act on its commitments. -
Azli Yusof
@azliby
Ceasefire!! The US and IRAN have agreed to a conditional, two-week ceasefire aimed at allowing diplomatic negotiations to resolve tensions, preventing imminent, further strikes by the US.
Hats off to IRAN. Trump accepted IRAN’s 10-point conditions as the basis for negotiations to end the war
1. The U.S. commits in principle to guaranteeing non-aggression.
2. IRAN maintains control over the Strait of Hormuz.
3. Acceptance of enrichment.
4. Removal of all primary sanctions.
5. Removal of all secondary sanctions.
6. Termination of all UN Security Council resolutions.
7. Termination of all IAEA Board of Governors resolutions.
8. Payment of reparations to IRAN.
9. Withdrawal of U.S. combat forces from the region.
10. Cessation of war on all fronts, including against the resistance in Lebanon.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bravo Iran!
Seyed Abbas Araghchi
@araghchi
Statement on behalf of the Supreme National Security Council of the Islamic Republic of Iran:
-
Azli Yusof reposted
Shehbaz Sharif
@CMShehbaz
With the greatest humility, I am pleased to announce that the Islamic Republic of Iran and the United States of America, along with their allies, have agreed to an immediate ceasefire everywhere including Lebanon and elsewhere, EFFECTIVE IMMEDIATELY.
I warmly welcome the sagacious gesture and extend deepest gratitude to the leadership of both the countries and invite their delegations to Islamabad on Friday, 10th April 2026, to further negotiate for a conclusive agreement to settle all disputes.
Both parties have displayed remarkable wisdom and understanding and have remained constructively engaged in furthering the cause of peace and stability. We earnestly hope, that the ‘Islamabad Talks’ succeed in achieving sustainable peace and wish to share more good news in coming days!
@realDonaldTrump
@JDVance
@SecRubio
@SteveWitkoff
@SEPeaceMissions
@drpezeshkian
@mb_ghalibaf
@araghchi -
Azli Yusof reposted
InfoGram
@_InfoGram_
BREAKING 🚨: Qatar SCHOOLED Trump 🔥
🇶🇦Qatar’s FM: This escalation by Trump will get us into a situation where it cannot be controlled. There are no winners in WARS, only humanity losses. 🔥
What a COURAGE 🔥👏This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Roshan Rai
@RoshanKrRaii
BREAKING : Absolute scenes at the UN 🔥
US 🇺🇸 Ambassador to the UN 🇺🇳 Mike Waltz brutally BOOED after he mentioned “ President Trump” in his speech.
People even started shouting things like“WAR CRIMINAL & MURDERER”
Mike Waltz looked visibly ashamed and embarrassed. -
Azli Yusof
@azliby
God is Great!
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
❤️🇮🇷 WATCH: Iranians have started gathering on bridges & power generation stations across the country to prevent them from being targeted
-
Azli Yusof reposted
Masoud Pezeshkian
@drpezeshkian
بیش از ۱۴ میلیون ایرانی غیور تا این لحظه اعلام آمادگی کردهاند جان خود را برای دفاع از ایران فدا کنند. من نیز جانفدای ایران بودهام، هستم و خواهم بود.
#جان_فدا -
Azli Yusof reposted
Mr Sharma
@sharma_views
🚨 REPORTER: Attacking power plants and bridges violates Geneva Convention. Isn’t that a war crime?
TRUMP 🇺🇸: I hope I don’t have to do it… they won’t have nuclear weapons.
REPORTER: That didn’t answer my question.
TRUMP: You are fake news.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya. Bila sampai ajal, tiada siapa mampu menangguh atau mempercepatkannya.
Pemergian yang tidak disangka pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga dan insan tersayang.
Salam takziah saya ucapkan kepada YB Ustazah Mariam Abdul Rashid dan keluarga atas pemergian Allahyarham Hj Abu Bakar Bin Din (66) yang telah kembali ke rahmatullah tengah malam tadi. Moga mereka tabah dengan ujian dan musibah.
Tengah hari tadi, saya berkesempatan menziarahi keluarga, memberikan penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jemaah di Masjid Nurul Amin, Merbau Sempak Sungai Buloh.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah... -
Azli Yusof reposted
Jvnior
@Jvnior
🚨🇺🇸 Catholic pastor says Donald Trump was “sent by God to kill Muslims for jews”
This is what religious terrorism looks like. -
Azli Yusof reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
Israel’s defence minister confirmed an attack on the South Pars gas complex, targeting Iran’s biggest petrochemical plant.
It comes less than three weeks since Trump told Israel to not attack the site again, after Iran retaliated with strikes on energy sites across the Gulf.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Power to the People ☭🕊
@ProudSocialist
Israel's Ambassador to the UN:
"We have the legitimacy to target civilian targets in Iran.”
There it is folks…
Israel openly and brazenly admitting that they target civilians, which is a war crime. -
Azli Yusof reposted
Power to the People ☭🕊
@ProudSocialist
BREAKING: The United States and Israel are bombing Mehrabad International Airport in the heart of Tehran right now. Bombing a civilian airport is a war crime.
-
Azli Yusof reposted
Congresswoman Yassamin Ansari
@RepYassAnsari
Sharif University is Iran’s MIT. They’ve produced a huge number of engineers who’ve gone on to Silicon Valley and founded some of the most successful American tech companies.
Why are we bombing a university in a city of 10 million people? -
Azli Yusof
@azliby
Thank you, Iran. Malaysia stands with you. Allah hafiz...
.
Iran Embassy In Malaysia
@iraninmalaysia
We had said that the Islamic Republic of Iran does not forget his friends.The first Malaysian ship passed through the Strait of Hormuz
Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya.Kapal Malaysia yang pertama yang telah melalui Selat Hormuz -
Azli Yusof
@azliby
Amid escalating tensions and conflict in the Middle East, we are also facing significant domestic challenges regarding the future of the country’s primary energy source.
I have raised my views and concerns during an interview with FMT. Among others, Sarawak’s legal challenge had broadened the dispute by moving beyond clarification of existing arrangements to questioning the Petroleum Development Act itself.
Petronas and Sarawak should have discussions and find the best possible solution. It should be a win-win, not a zero-sum, outcome.
Sarawak’s petition to the Federal Court has widened a dispute over gas aggregation into a broader test of state rights, federal law, and the commercial structure underpinning Malaysia’s oil and gas sector.
www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/04/06/righ…
Leaders in both East and West Malaysia have repeatedly cautioned that disputes over control must be balanced against the need to preserve the national petroleum system.
[VIDEO EXCLUSIVE]
youtu.be/SdCiLHv0zig
. -
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
🚨 🇮🇱 🇱🇧 Israel blew up a village in Lebanon.
Israel is a terrorist state -
Azli Yusof reposted
Bernie Sanders
@BernieSanders
One month after starting the war in Iran, this is the statement of the President of the United States on Easter Sunday.
These are the ravings of a dangerous and mentally unbalanced individual. Congress has got to act NOW. End this war. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 16 Syawal 1447H
Hujung minggu dipenuhi dengan majlis jamuan dan kenduri kendara.
Pagi semalam saya berkesempatan Majlis Sarapan Raya Aidilfitri Masjid Al Ehsan Seksyen 24 dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Surau As Salam Setia Alam.
Seterusnya hadir memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Sdr Kamarudzaman Sanusi di Alam Impian. Beliau sahabat Ketua Whip ketika sama² berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBSA.
Maka dapatlah ketemu ramai mantan ahli Majlis dan staf MBSA yang masih berkhidmat dan yang telah bersara. Macam reunion pun ada.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 15 Syawal 1447H
Saya berkesempatan bersama meraikan kemeriahan Aidilfitri beberapa buah komuniti di Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam yang dianjurkan pada waktu malam
- Jom Raya Surau al Ehsan Pangsapuri Sri Nuang
- Sambutan Hari Raya Komuniti Orang Asli Air Kuning
- Rumah Terbuka Taman Serena
Malam yang berbaki, saya luangkan masa memenuhi undangan Jamuan Raya Persatuan Penduduk Rumah Pangsa PKNS Seksyen 20.
Maaf kerana tidak dapat penuhi kesemua undangan yang kebetulan dianjurkan pada hari dan waktu yang sama. Insya-Allah jumpa lagi dilain ketika.
. -
Azli Yusof
@azliby
[[LIVE]] Bicara Naratif Khas
Mendepani Cabaran Krisis Tenaga Global. Bagaimanana Perang Timur Tengah mempengaruhi harga minyak?
www.facebook.com/share/p/1LNof9K6P4/
. -
Azli Yusof
@azliby
Kemeriahan Ukhuwwah Aidilfitri 2026 Surau Al Ittihadiyyah Seksyen 9, Shah Alam malam semalam.
Terima kasih Dato Kamel Mohamad, Pengerusi dan JK Pengurusan surau atas undangan.
EXCO Belia Usahawan YB Najwan Halimi dan Dr Yaakob Sapari mantan ADN Kota Anggerik pun hadir sama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Baru lagi kita bicara kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian. Hari ini terima berita kematian Sdr Saiful Adli bin Azmi (Azmi Goreng Pisang Sek 18) yang kemalangan di Presinct 4 Putrajaya malam tadi.
Usai solat Jumaat di Masjid an Nahdhah, saya berkesempatan solat jenazah bersama jemaah, sanak saudara dan sahabat handai.
Saya ucapkan takziah kepada Tn Haji Azmi, bapa kepada Allahyarham. Semoga keluarga tabah dengan ujian. Moga rohnya diampuni dan dicucuri rahmat Ilahi.
Malang memang tidak berbau. Oleh itu, sama² kita waspada dan patuhi peraturan di jalan raya. Kerana kecuaian kita boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan kepada orang lain.
. -
Azli Yusof
@azliby
Adakah anda pengguna kenderaan?
-
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 14 Syawal 1447H
Jangan campakkan diri dalam kebinasaan. Sama² jaga keselamatan, elak kecuaian.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Barbarian and coward ...
. -
Azli Yusof reposted
Seyed Abbas Araghchi
@araghchi
There's one striking difference between the present and the Stone Age: there was no oil or gas being pumped in the Middle East back then.
Are POTUS and Americans who put him in office sure that they want to turn back the clock? -
Azli Yusof
@azliby
So, be like US. They don't spend their own money for weapons. They get Arab nations to fund ... LOL.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, pagi tadi saya dan rakan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM sempat ziarah balu dan keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, mangsa kematian pemandu mabuk, di Pangsapuri Rimba Seksyen 16, Shah Alam.
Turut bersama YB Danial Al Rashid (ADN Batu 3), Ahli-Ahli Majlis MBSA, Ketua Kampung Padang Jawa Klang, Bendahari AWAN Shah Alam dan ramai lagi pimpinan masyarakat setempat.
Suasana pilu masih menyelubungi keluarga mangsa. Kehilangan orang tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Tapi dalam masa yang sama, kita bersyukur kerana ramai yang hadir dan terus memberi sokongan. Ia kekuatan gabungan kepimpinan dan masyarakat yang peduli.
Kami hulurkan sedikit bantuan segera bagi meringankan beban dan yang lebih penting memberi semangat dan sokongan kepada keluarga yang ditinggalkan. Kami turut tawarkan pertolongan lanjutan khususnya untuk membantu anak² Allahyarham yang akan meneruskan alam persekolahan.
Insya-Allah, kita tak akan biarkan isu ini berlalu begitu sahaja. Saya maklumkan, kita akan terus perjuangkan penambahbaikan dan pindaan akta untuk pembelaan yang lebih jelas kepada mangsa.
Ia termasuk cadangan diyat atau pampasan mandatori bagi kes kematian atau kecederaan akibat kecuaian pemanduan disengajakan seperti pemandu mabuk, mengambil dadah dan sebagainya.
Kita nak pastikan bukan sahaja pesalah dihukum seadilnya, tetapi keluarga mangsa juga turut terbela.
Semoga keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Dan semoga Allahyarham Amirul dicucuri rahmat Ilahi. Al-Fatihah.
. -
Azli Yusof
@azliby
The government on Wednesday announced the implementation of work-from-home (WFH) arrangements for the public sector and GLCs effective April 15 as a proactive measure to address the global energy crisis.
Do you think similar measure should be adopted by private sectors? -
Azli Yusof
@azliby
Kita tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada petroleum dan gas sebagai sumber tenaga bahan api. Peralihan kepada tenaga boleh baharu, tenaga hijau dan penambahbaikan infra kenderaan elektrik sedang giat diusahakan.
Pagi tadi saya menerima kunjungan pegawai-pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Jabatan Strategi dan Usahasama - Projek Kenderaan Elektrik.
Kami berbincang mengenai perkembangan pembangunan kenderaan elektrik (EV), termasuk cadangan program rintis untuk menyediakan stesen pengecas di lokasi-lokasi strategik sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.
Saya percaya usaha ini akan merangsang dan merancakkan lagi penggunaan EV. Sekaligus menyokong peralihan tenaga dan masa depan yang lebih mampan dan lestari.
Seterusnya, saya ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Kebun Komuniti Seksyen 8 Timur. Terima kasih kepada Datuk Zainuddin Ahmad dan penganjur atas undangan.
Saya amat berbesar hati dapat luangkan masa, beramah mesra dan merasai suasana raya yang penuh dengan semangat persaudaraan.
Selesai menjamu selera, saya ambil peluang untuk menziarahi Haji Jamaluddin Masri yang kini dirawat di Wad ICU Hospital Shah Alam. Beliau orang Sungai Besar dan sangat rapat dengan arwah ayah saya dahulu.
Mohon sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesembuhan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 1 April 2026
Isi minyak 35 liter.
Harga RM135.45 @ RM3.87 seliter.
Tapi saya bayar RM69.65 sahaja.
Kenapa? Kerana kerajaan bagi subsidi BUDI95 sebanyak RM65.80.
Alhamdulillah! Hampir 50% kerajaan tanggung.
Walaupun ada krisis bahan api kerana perang di Timur Tengah, kerajaan tetap bantu rakyat selagi boleh.
Insya-Allah 200 liter cukup. Boleh isi 5-6 kali. Anda bagaimana?
. -
Azli Yusof
@azliby
Tahniah Tony Fernandes! Membenarkan krew penerbangan mengenakan uniform mengikut kepercayaan dan keyakinan masing². Bila pulak saya berpeluang naik pesawat AirAsia. Nak juga berwefie...😅
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon SPM atas keputusan yang diumumkan hari ini!
Usaha, doa dan pengorbanan saudara/i akhirnya membuahkan hasil. Bagi yang berjaya, teruskan melangkah lebih jauh untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.
Bagi yang belum mencapai sasaran, jangan putus asa. Masih ada banyak laluan dan peluang untuk mencapai kejayaan. Yang penting, ada keazaman untuk terus bangkit dan berusaha.
Selamat maju jaya kepada semua.
. -
Azli Yusof
@azliby
PEMANDUAN MABUK MENYEBABKAN KEMATIAN. PAMPASAN KEPADA WARIS MANGSA atau HUKUMAN KEPADA PESALAH?
Dalam negara kita, undang-undang terhadap kesalahan kemalangan jalan raya akibat kecuaian yang disengajakan sememangnya wujud dan semakin diperketatkan.
Pemandu yang mabuk, berada di bawah pengaruh dadah, bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkan mempertaruhkan nyawa orang lain di jalan raya.
Hukuman yang dikenakan juga bukan ringan. Seksyen Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan penjara minima 10 tahun dan maksima 15 tahun bagi kesalahan pemanduan mabuk menyebabkan kematian. Denda RM50 ribu hingga - RM100 ribu. Lesen digantung 10 tahun.
Hukumannya lebih tinggi dari Seksyen 41 memandu dalam keadaan berbahaya. Dalam keadaan tertentu lebih keras dari Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah.
Namun, sama ada di bawah Seksyen 41, 44 Akta Pengangkutan Jalan mahupun Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Semuanya menumpukan kepada menghukum pesalah.
Persoalan lebih besar yang masih belum dijawab secara tuntas ialah dimanakah keadilan untuk keluarga mangsa? Apakah pembelaan kepada waris?
Apabila nyawa melayang, hukuman terhadap pesalah tidak mengembalikan anak kepada ibu, tidak mengembalikan suami kepada isteri, dan tidak mengembalikan ayah kepada anak-anak.
Keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan insan tersayang, malah sering berdepan tekanan kewangan, emosi dan masa depan yang tidak menentu.
Di sinilah kita perlu melihat keadilan dalam dimensi yang lebih menyeluruh.
Dalam Islam, terdapat konsep 'Diat' iaitu pampasan yang wajib diberikan kepada mangsa atau waris dalam kes kecederaan atau kematian.
Konsep ini bukan sekadar hukuman, tetapi satu bentuk tanggungjawab sosial dan keadilan kepada pihak yang terkesan.
Diat mengiktiraf bahawa setiap kehilangan mempunyai nilai yang perlu diganti, bukan untuk “membeli nyawa”, tetapi untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Ia meletakkan keseimbangan antara hukuman kepada pesalah dan pembelaan kepada mangsa.
Saya sendiri pernah membangkitkan Hukuman Diat ini di Parlimen ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada tahun 2024.
< vt.tiktok.com/ZSH8TXvM5/ >
Bahawa sistem keadilan kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada menghukum pesalah, tetapi juga mesti memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.
Sudah tiba masanya kita menilai semula secara serius pendekatan sedia ada. Adakah wajar diwujudkan satu mekanisme pampasan mandatori dalam kes kemalangan akibat kecuaian serius?
Adakah keluarga mangsa harus terus bergantung kepada proses sivil yang panjang dan memakan kos untuk menuntut keadilan?
Keadilan yang sebenar bukan sekadar menghukum yang bersalah, tetapi memastikan yang teraniaya tidak dibiarkan sendirian tanpa pembelaan. Bukan menimbang dari neraca undang-undang semata-mata. Tetapi menilai sudut kemanusiaan hakiki.
. -
Azli Yusof reposted
Earth Hippy 🌎🕊️💚
@hippyygoat
THEY WANTED REGIME CHANGE IN IRAN…
But the Americans are coming out in unprecedented numbers wanting REGIME CHANGE IN AMERICA. -
Azli Yusof
@azliby
Yang pembangkang tak akan tularkan. Ulasan penganalisa kanan JP Morgan mengenai kejutan harga minyak dan pasaran Asia yang paling terdedah kepada gangguan bekalan.
Rajiv Batra, yang menyelia strategi ekuiti bagi Asia dan pasaran sedang pesat membangun, menyatakan bahawa selain China dan Malaysia, “semua yang lain dilihat terdedah”.
Kenapa? Kerana Malaysia jelas mempunyai beberapa tahap penampan (buffer),
1. Hasil daripada eksport tenaga bersihnya
2. Defisit fiskal yang terkawal dengan baik hasil dasar kerajaan Madani
3. Kadar inflasi yang tidak terlalu tinggi
Apapun, kita semua harus berjaga-jaga dan bersiapa siaga dengan keadaan ejonomi yang tidak menentu akibat langsung Perang Iran US-Israel.
www.cnbc.com/video/2026/03/26/beyond-china-and-malaysia-a…
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 8 Syawal 1447H
Ramai mula pulang ke kediaman masing². Yang beraya di kampung pulang ke kota. Yang beraya di kota kembali semula ke desa.
Pelbagai jemputan diterima. Majlis perkahwinan. Jamuan hari raya. Kongsi raya dengan Tahun Baru Cina pun ada. Dari Seremban ke Dengkil. Kemudian ke Kampung Lombong dan kembali Shah Alam. Dari pagi hingga ke malam.
Majlis meriah walau disambut sederhana. Rakyat sedia maklum tentang akibat perang di Timur Tengah. Krisis bahan api paling terasa. Kesan ekonomi lain belum nyata. Namun akan tiba bila² masa sahaja.
Di kesempatan berucap, saya mengingatkan warga Malaysia beruntung kerana dikurnia keamanan dan kesejahteraan. Ketika senang harus beringat kerana langit tidak semestinya sentiasa cerah.
Kita tidak punya senjata rudal untuk dihantar membantu Iran perangi keganasan dan serangan US-Israel. Tapi kita ada doa. Senjata mukmin yang pasti didengari Ilahi menolong hambanya yang dizalimi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Yang pembangkang tak tergamak nak cerita. Harga bahan api di Asia Tenggara terus melonjak. Di Malaysia, harga pasaran masih rendah. Rakyat dapat subsidi Budi Madani RON95 lagi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tahniah YB!
Syed Saddiq
@SyedSaddiq
I asked, she said yes 💍
Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
Allah SWT sebaik-baik perancang.
P/s Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat 😬
#bellasyedyes -
Azli Yusof
@azliby
Yang pembangkang canang, harga pasaran minyak Malaysia lebih tinggi dari Thailand. Itu sahaja.
Yang pembangkang tak beritahu. Kerajaan Malaysia kekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter. Kekalkan subsidi Budi95 sebanyak 800 liter untuk pekerja e-hailing. Naikkan subsidi Budi Diesel dari RM200 kepada RM300.
Yang pembangkang tak beritahu, Thailand tak beri subsidi harga minyak. Bekukan harga minyak hanya untuk sementara waktu.
. -
Azli Yusof reposted
Seyed Abbas Araghchi
@araghchi
Israel has hit 2 of Iran's largest steel factories, a power plant and civilian nuclear sites among other infrastructure. Israel claims it acted in coordination with the U.S.
Attack contradicts POTUS extended deadline for diplomacy.
Iran will exact HEAVY price for Israeli crimes -
Azli Yusof reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
BREAKING: Israeli chief of staff warns that military will 'collapse in on itself' due to shortage of soldiers
🔴 LIVE updates: www.aljazeera.com/news/liveblog/2026/3/26/iran-war-live-u… -
Azli Yusof reposted
Al Jazeera English
@AJEnglish
This 15-year-old volunteer paramedic was killed alongside a colleague in an Israeli air attack that hit their motorcycle while they were helping the wounded in Lebanon.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
🚨🇮🇷🇲🇾BREAKING: Malaysian Prime Minister says Iran has the right to defend its sovereignty.
-
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
🚨🇺🇸 Trump: We need $2 billion a day to reopen the Strait of Hormuz
US Senator: But it was already open before the war? So what was the point of whole war? -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 7 Syawal 1447H
Konflik Timur Tengah. Perang Iran vs US-Israel kian memuncak. Bahangnya terasa ke seluruh dunia.
Malaysia ambil langkah berhemah tangani krisis tenaga global. Terus bantu rakyat. Tidak boros, tidak kikir.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Perang Iran dengan US-Israel berlarutan selama empat minggu. Belum ada tanda ia akan berakhir. Malah semakin memuncak.
Tidak ada siapa yang mahu peperangan berlaku. Akibat dan mudarat pasti dirasai di seluruh dunia.
Negara kita tidak terkecuali. Kali ini kesannya dirasai lansung dan pantas. Melibatkan bekalan tenaga bahan api terpenting, petroleum dan gas asli. Menjadi keperluan harian setiap warga dan industri.
Kerajaan terpaksa bertindak cepat tapi penuh pertimbangan. Petang tadi YAB Perdana Menteri umumkan langkah strategik tangani krisis tenaga global. Mengambil kira keupayaan negara tanpa menjejaskan keperluan rakyat terbanyak.
1. Subsidi Bersasar RON95 (BUDI95) bermula 1 April.
Fokus utama adalah penyelarasan bantuan untuk memastikan golongan yang layak tidak terbeban:
Kadar Bantuan: Diselaraskan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April
Impak Rakyat: Sebanyak 90% rakyat dijangka tidak terkesan dengan perubahan ini (fokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan).
Pemandu E-hailing: Golongan ini mendapat keistimewaan dengan had siling yang lebih tinggi, iaitu kekal menikmati 800 liter sebulan.
2. Kawalan Diesel di Sabah & Sarawak
Langkah sementara ini diambil khusus untuk mengekang isu ketirisan dan penyeludupan di sempadan:
Kenderaan Ringan (Persendirian/Awam/Barangan): Maksimum 50 liter setiap pembelian.
Kenderaan Pengangkutan (Bawah 3 Tan): Maksimum 100 liter setiap pembelian.
Kenderaan Berat (Melebihi 3 Tan): Maksimum 150 liter setiap pembelian.
3. Peraturan Kerja Fleksibel:
Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (seperti bekerja dari rumah) untuk penjawat awam secara berperingkat dan terpilih.
Sektor swasta dan bank-bank juga digesa untuk melaksanakan langkah yang sama.
. -
Azli Yusof reposted
Furkan Gözükara
@FurkanGozukara
Absolute bombshell. Trump openly confesses to systematically assassinating the entire Iranian leadership. He brags about killing the first group and then murdering the replacements. This is state sponsored terrorism and illegal regime change broadcasted live.
-
Azli Yusof reposted
Jvnior
@Jvnior
Donald Trump and Netanyahu just bombed a fish market in Iran. Not a military target. A fish market.
Now you know who the real terrorists are. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 25 Mac 2026
Selamat Hari Polis ke-219 buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Setinggi penghargaan atas segala pengorbanan, keberanian dan komitmen yang tidak mengenal masa dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman negara sentiasa terpelihara.
Terima kasih, PDRM.
. -
Azli Yusof reposted
Alon-Lee Green - ألون-لي جرين - אלון-לי גרין 🟣
@AlonLeeGreen
Today in Tel Aviv: we gathered hundreds of Israelis to declare - we will not serve the war of Netanyahu and Trump
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Megatron
@Megatron_ron
🇮🇷🇺🇸 Pete Hegseth accuses Iran of investing in missiles and weapons instead of people, during a speech in which he's asking for $200 billion for weapons, instead of people.
-
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 1 Syawal 1447H.
Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor.
Dalam perjalanan ke kampung halaman, singgah berhari raya di rumah mak saudara (Cik Noi) di Sungai Gulang-gulang, Tanjung Karang.
Menjelang tengah hari, selamat tiba di Simpan Lima, Sungai Besar untuk berhari raya bersama bonda dan sanak saudara.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Takbir Raya 1447H | 2026M.
AMANAH Kawasan Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Aidilfitri 1447H | 2026M
. -
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
🚨🇮🇷🇹🇯 BREAKING: A massive column of trucks from Tajikistan carrying humanitarian aid is heading to Iran.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Al Jazeera Breaking News
@AJENews
Israeli forces attacked Palestinians with tear gas to prevent them from performing Eid prayers near the Al-Aqsa Mosque compound, which has been closed by Israeli authorities since the start of the US and Israeli war on Iran.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Dua malam terakhir Ramadan. Saya berkesempatan ziarah dan menyantuni ahli kariah surau berdekatan.
Malam Khamis 29 Ramadan, saya solat Isya dan Tarawih di Surau Nurul Ihsan Seksyen 6.
Manakala malam Jumaat 30 Ramadan, saya 'balik kampung' solat Isya dan Tarawih di Surau at Taqwa Seksyen 7.
Saya mohon sejuta kemaaafan kerana tidak dapat ziarah dan menyantuni kesemua ahli² kariah/jemaah surau dan masjid di Parlimen Shah Alam. Insya-Allah, jika ada kesempatan saya akan singgah dan ziarah. Kita ketemu di lain waktu.
Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan kesalahan kita diampuni Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda:
ورَغِمَ أنفُ رجلٍ دخلَ علَيهِ رمضانُ ثمَّ انسلخَ قبلَ أن يُغفَرَ لَهُ ، ورغمَ أنفُ رجلٍ أدرَكَ عندَهُ أبواهُ الكبرَ فلم يُدْخِلاهُ الجنَّةَ
Maksudnya: “Celakalah seseorang itu apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya kedalam Syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah SWT:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Baqarah: 185)
Tahniah kerana berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin.
. -
Azli Yusof reposted
James Melville 🚜
@JamesMelville
Gaza. Completely flattened and destroyed. Over 70,000 dead. Over 20,000 children dead. There is no justification for this. None whatsoever.
-
Azli Yusof
@azliby
Selasa | 27 Ramadan 1447H
Sekitar jam 3.00 petang, kami sudah sedia terpacak di ruang lobi menunggu ketibaan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan ke Hospital Shah Alam Selangor (HSAS).
Sebaik YB Menteri tiba, kami langsung ke Auditorium HSAS bagi pelaksanaan Majlis Ziarah Madani Dan Program PEKA B40 HSAH termasuk penyerahan sumbangan kepada 30 penerima kaki tangan hospital.
Dalam ucapannya YB Menteri telah menjelaskan peranan utamanya menetapkan dasar dan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Antara lain tumpuannya adalah berkenaan pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR), Pelan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas), pengukuhan infrastruktur dan perkhidmatan hospital kerajaan, disamping menangani gejala penyakit tidak berjangkit (NCD).
Datuk Seri Dr Dzulkefli turut mengumumkan kelulusan beberapa keperluan untuk Hospital Shah Alam, merangkumi
- Penggantian QMS (Sistem Pengurusan Giliran)
- Naik taraf siar raya dan layar LED untuk Auditorium
- Penggantian kerusi menunggu dan sofa di wad² yang telah uzur
Beliau juga turut mengambil maklum dan akan memberi perhatian tentang keperluan untuk menyegerakan pembinaan bangunan hospital tambahan berkapasiti 400 katil dan ruangan parkir bertingkat bagi menampung keperluan semasa dan akan datang.
Seterusnya kami mengiringi YB Menteri melawat Wad Pediatrik di Aras 2 dan menyantuni pesakit, penjaga dan keluarga yang menemani mereka.
Terima kasih YB Menteri atas kesudian ziarah dan kepedulian terhadap cabaran dan keperluan HSAS.
. -
Azli Yusof
@azliby
REZEKI RAMADAN! Alhamdulillah, hari ini Lembaga Tabung Haji (TH) umum agihan keuntungan (dividen) sebanyak 3.5% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
- Beri manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit
- Melibatkan agihan sebanyak RM3.22 bilion
- TH telah lunaskan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit.
- Lebih baik dari tahun sebelumnya, 3.25% (2024)
- Kadar tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
. -
Azli Yusof
@azliby
Isnin | 26 Ramadan 1447H
Saya pernah muda dahulu. Juga pernah memimpin pemuda. Jiwa muda memang masih sentiasa tersemat di dada. Cuma kudrat dah tak berapa nak ada.
Terima kasih sayap Pemuda AMANAH Shah Alam kerana menjemput saya dalam majlis iftar dan ramah mesra meraikan pemuda dan mantan² aktivis pemuda Amanah Shah Alam.
Saya cukup gembira melihat semangat kepemudaan terus membara sepanjang zaman dan jalinan ukhuwwah yang kekal berpanjangan.
Usai majlis, saya langsung ke Surau Seksyen 3 untuk solat Isyak dan Tarawih. Seterusnya saya berpeluang menyantuni ahli kariah dan moreh bersama jemaah yang hadir.
Moga kita terus manfaatkan Ramadan yang berbaki dan istiqamah dalam beramal.
Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai kalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawa sanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
. -
Azli Yusof reposted
Joe Kent
@joekent16jan19
After much reflection, I have decided to resign from my position as Director of the National Counterterrorism Center, effective today.
I cannot in good conscience support the ongoing war in Iran. Iran posed no imminent threat to our nation, and it is clear that we started this war due to pressure from Israel and its powerful American lobby.
It has been an honor serving under @POTUS and @DNIGabbard and leading the professionals at NCTC.
May God bless America. -
Azli Yusof
@azliby
"Maaf YB, terpaksa bergelap. Tapi ini dah biasa terjadi", kata En Haidzir Sham YDP PIBG ketika menyambut ketibaan saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-31 SK Seksyen 20 Shah Alam pada pagi Sabtu yang lepas.
Bekalan elektrik bagi blok menempatkan bilik guru dan sebahagian bilik darjah ditutup sementara. Ia bertujuan membolehkan bekalan disambung ke blok menempatkan dewan himpunan. Mesyuarat boleh diteruskan.
Banyak sekolah yang berusia melebihi usia 30 tahun mula menghadapi masalah pendawaian atau lebihan bebanan elektrik. Ini menyebabkan gangguan dan putus bekalan elektrik yang kerap dan berulang.
SK Seksyen 20 tidak terkecuali. Saya dimaklumkan perkara ini telah diajukan kepada pihak atasan. Namun belum ada tanda tindakan akan dilaksanakan.
Barangkali ia akan dilaksanakan bersekali dengan penambahan prasarana dan blok baharu bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat saban tahun.
Berapa lama lagi nak tunggu? Selamatkah keadaan sedia ada? Bolehkah disegerakan? Ini antara persoalan yang saya akan bangkitkan kepada pihak KPM dan dapatkan penjelasan sebagai jawapan kepada kebimbangan pihak sekolah.
Dalam pada itu, keperluan semasa harus diberi perhatian juga. Saya maklumkan bersetuju memperuntukkan sebuah layar LED besar untuk kegunaan dewan himpunan sebagaimana dipohon pihak PIBG.
Moga ia akan memberi banyak manfaat untuk melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), menjimatkan tenaga dan wang serta menarik minat pelajar dengan kaedah pendidikan digital sesuai dengan pendekatan terkini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jangan lupa!! Esok "Jualan Mantai" selama 24 jam bermula jam 8 pagi Selasa hingga 8 pagi Rabu di Stadium Shah Alam.
Sebanyak 10 tan daging lembu segar tempatan akan dijual pada harga RM25 sekilogram selepas diskaun kupon RM5 daripada harga asal RM30 sekilogram.
Warga Selangor khususnya penduduk Shah Alam atau kawasan sekitarnya berpeluang mendapatkan bekalan daging segar pada harga yang lebih murah.
Perkara ini diumumkan oleh En Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA di Pasar Tani Stadium Shah Alam pagi Ahad semalam.
Sebelum itu saya telah menyempurnakan Program Pelancaran Semarak Syawal 1447 @Pasar Tani Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Saya turut luangkan masa hampir 1 1/2 jam menyantuni peniaga dan pengunjung Pasar Tani Stadium Shah Alam. Kami juga adakan jualan "Happy Hour" barangan terpilih termasuk ayam, sayur-sayuran dan lain² pada harga diskaun.
Turut hadir Pengarah FAMA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Isa Hamzah serta Ketua Pegawai Eksekutif Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd, Rusman Md Lizah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 24 Ramadan 1447H
Menjelang minggu terakhir Ramadan, banyak kumpulan tadarus al Quran telah menamatkan bacaan masing².
Menjadi kelaziman, majlis khatam Al Quran dianjurkan bagi meraikan peserta dari kalangan jemaah dan ahli kariah yang mengambil bahagian.
Pada sebelah pagi saya berkesempatan meraikan dan menyantuni peserta khatam Al Quran Masjid Riadhus Salihin Seksyen 17.
Manakala pada sebelah malam pula, saya turut bersama dalam Majlis Khatam Al Quran Remaja Surau Al Amin Seksyen 19.
Moga Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran yang besar kepada kita semua kerana memuliakan al Quran dan menghayatinya dalam kehidupan.
إِنَّ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًۭا كَبِيرًۭا
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [Al-Isra':17]
. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih sahabat² dan Rakan-X atas kiriman doa, ucapan dan ingatan sempena hari kelahiran saya yang ke-59. Doakan saya agar dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesejahteraan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat | 23 Ramadan 1447H
Tepukan dan sorakan bergema sebaik saya menyebutkan bahawa Kolej Tingkatan 6 akan diangkat sebagai pendidikan tinggi sebenar. Diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bermula tahun 2027.
Kegembiraan ini dizahirkan pelajar² ketika saya berucap dalam Majlis Berbuka Puasa 2026 anjuran Friends Of Shah Alam (FOSA) dan Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA).
Alhamdulillah, kesempatan ini saya ambil untuk beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar KTESA serta aktivis/relawan FOSA.
Majlis dianjurkan bersama oleh Penggerak Belia Selangor PeBS, MPP Zon 1, 4, 6 dan 8, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan PKM DUN Batu 3.
Seterusnya, saya mohon untuk beredar menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Kampung Kuantan serta menyantuni jemaah yang hadir.
Sabda Nabi SAW:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ
Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. [Riwayat al-Tirmizi: 696]
. -
Azli Yusof
@azliby
Himpunan al Quds Sedunia @ Kuala Lumpur, Malaysia. Jumaat | 13 Mac 2026
#freepalestİNE
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof reposted
Russia RX
@Russia_RX24
🚨⚡️ BREAKING:
Italy officially announces its withdrawal from the American-led adventure in the Middle East.
Prime Minister Giorgia Meloni told the Senate:
"Italy is not part of the war in the Middle East and will not participate in a war against Iran. -
Azli Yusof
@azliby
Khamis | 22 Ramadan 1447H
Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama jemaah Surau Nurul Iman Padang Jawa.
Kita telah berada pada malam 10 terakahir Ramadan. Hanya tinggal berbaki 7 hari sahaja lagi.
Moga kita tidak melepaskan peluang untuk terus beramal sambil berharap agar dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar kerana kelebihan dan keberkatannya melebihi amal ibadah seribu bulan.
. -
Azli Yusof
@azliby
SKYWAY!! Penyelesaian jangka panjang jajaran jalan raya di Shah Alam. Ikuti jawapan YB Menteri Kerja Raya Malaysia.
Tidak dinafikan. Penambahbaikan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan BRT akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan menampung peningkatan bilangan penduduk dalam bandar raya.
Namun pembinaan lebuh raya bertingkat (skyway) tetap diambil kira untuk menampung dan menangani pertambahan bilangan kenderaan persedirian dan komersil.
Saya bangkitkan isu ini di Kamar Khas Parlimen baru² ini bagi mendapatkan penjelasan dan kepastian dari kerajaan tentang cadangan kajian Shah Alam Transport Master Plan, SATMAS 2035.
Persoalan khusus berkaitan pembinaan skyway sebagai langkah jangka panjang menangani keperluan jaringan jalan raya di Sha Alam.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 21 Ramadan 1447H
Alhamdulilllah, saya berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan kaki tangan KDEB Cawangan Shah Alam dalam Majlis Iftar Ramadan yang mereka anjurkan.
Moga silaturahim begini dapat meningkat kesefahaman demi kebaikan bersama dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
Seterusnya saya ke Surau Al Ittihadiyyah Seksyen 9 untuk solat Isyak dan Tarawih bersama jemaah dan warga setempat.
Solat Tarawih dipimpin oleh imam jemputan, Us Ahmad Adil Luqman Bin Nor Ismail - Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).
Gembira dapat bermakmumkan Us Adil. Saya mengenalinya sejak beliau menjadi anak didik kami ketika belajar di Sek Ren Islam Pintar Shah Alam (SRI Pintar Shah Alam).
. -
Azli Yusof
@azliby
Selasa | 20 Ramadan 1447H
Menjunjung kasih atas perkenan DYMM Sultan Selangor berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 1447H di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Dalam majlis yang diadakan setiap Ramadan di masjid ini, DYMM Tuanku turut menerima bayaran zakat beberapa syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.
Semoga Negeri Selangor terus maju dan makmur serta rakyatnya aman bahagia di bawah naungan dan pentadbiran baginda Sultan.
كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya, (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!
[Surah Saba’:15]
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya amat memahami kesulitan dan keresahan yang dialami warga Shah Alam akibat kesesakan Jalan Subang membawa ke Persimpangan Jalan Monfort yang semakin meruncing.
Perkara ini saya bangkitkan sekali lagi di Kamar Khas Parlimen Malaysia dalam sidang baru² ini untuk mendapat perkembangan terkini.
Ini boleh diikuti di pautan
vt.tiktok.com/ZSuB69LTw/
Alhamdulillah, kali ini YB Menteri Kerja Raya sendiri yang menjawab soalan saya dan memberi penjelasan terperinci tentang solusi kepada permasalahan yang saya bangkitkan.
Agak panjang sikit penjelasan. Tapi sudah nampak sinar dihujung jalan...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Isnin | 19 Ramadan 1447H
Alhamdulillah. Saya berbesar hati dapat berpeluang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H serta Perasmian Masjid Al Ehsan Seksyen 24, Shah Alam.
Masjid ini siap dibina pada tahun 2023 dengan menggunakan sepenuhnya dana kerajaan negeri berjumlah RM14 juta.
Pembinaannya yang bermula pada 2019 mengalami kelewatan disebabkan wabak Covid-19 dan turut terkesan akibat peristiwa banjir besar pada 2021.
Namun ia kini memberi manfaat kepada penduduk setempat menunaikan solat dengan selesa, melaksanakan pelbagai aktiviti dan mampu menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa. -
Azli Yusof
@azliby
Bring it on...
S͎a͎l͎a͎d͎i͎n͎🇸🇴⚖️🕋✍️
@InaHassan3
Iran's ceasefire conditions just dropped and they are not playing:
— Hand Netanyahu to the ICC
— Withdraw to Oct 7 borders
— Cancel Trump's Gaza plan
— Lift ALL sanctions, return frozen funds
— Recognize Iran's nuclear rights
— Leave Lebanon, Syria, Yemen
— Evacuate ALL US bases from Arab soil
— Trump must publicly apologize to Khamenei
— Compensate Iran for every sanction ever imposed
Then they ended it with: "That is no great matter for God."
This isn't a ceasefire list. This is a surrender document handed to the most powerful military on earth.
And the wild part? After blinding the US radar, weaponizing Hormuz, and rejecting every ceasefire call, they might actually have the leverage to mean it. -
Azli Yusof
@azliby
If Iran is called a "terrorist government" for retaliating, then what should we call the US, which initiated the strike against Iran?”
. -
Azli Yusof
@azliby
Amanah promotes value-based politics, avoids extremism.
www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/03/10/aman… -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 18 Ramadan 1447H
Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan majlis penutupan Program Khatam Perdana anjuran Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Shah Alam dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan MPP Zon 4.
Program yang diadakan di Dewan Kemboja Bukit Bandaraya ini agak istimewa kerana berjaya mengumpul 200 orang peserta mewakili hampir 20 kumpulan tadarus muslimah dari pelbagai seksyen di seluruh Parlimen Shah Alam.
Tahniah kepada penganjur dan semua peserta. Moga semangat Nuzul al Quran menjadi obor membakar semangat untuk meningkatkan bacaan, kefahaman dan tadabbur.
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [al Baqarah:185]
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 17 Ramadan 1447H
Buka puasa da tarawih dalam kawasan kediaman di Bukit Bandaraya Shah Alam.
Pada sebelah petang, saya sertai Majlis Iftar Farnese/Laurus bersama jemaah Surau Nurul Iman (Surau Orang Asli). Kami turut memberi sumbangan duit raya kepada anak² Orang Asli dan peserta wanita kelas Fardhu Ain.
Usai solat Maghrib, saya ke Surau At Taqwa (Surau Jumaat) untuk solat Isya dan Tarawih. Saya turut bersama ikuti tazkirah Ramadan disampaikan Ustaz Ghazali Omar.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungan melalui pembantu Amil yang bertugas di Surau At Takwa.
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”
Di negara kita, nilai zakat fitrah dikira mengikut ukuran satu gantang beras, iaitu makanan ruji rakyat Malaysia.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat | 16 Ramadan 1447H
Alhamdulillah, saya berkesempatan berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau al Ihsan Setia Perdana, Setia Alam. Dapat ketemu sahabat lama yang juga merupakan pengerusi surau, Tn Haji Hisham dan Ustaz Faisal Munzir yang memimpin dan menggerakkan aktiviti surau.
Seterusnya saya ke Surau al Muhsineen Setia Wawasan, Setia Alam untuk solat Isyak dan Tarawih serta mengikuti tazkirah disampaikan penceramah jemputan. Dr Yaakop Sapari, mantan ADN Kota Anggerik menetap dan menjadi ahli kariah di sini.
Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan kami dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:
أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أيُّ الإسلامِ خيرٌ ؟ قال : ( تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ )
Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-Bukhari]
. -
Azli Yusof reposted
Jackson Hinkle 🇺🇸
@jacksonhinkle
Massive fire and smoke seen in Tehran.
Trump and Netanayhu are criminals. -
Azli Yusof
@azliby
Khamis | 15 Ramadan 1447H
Berpeluang berbuka puasa bersama kakitangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di One City, Subang Jaya.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
. -
Azli Yusof
@azliby
Cepat sungguh masa berlalu. Dan kita telah sampai kepada malam 17 Ramadan. Malam yang penuh kemuliaan. Kenapa?
Kerana antara kemuliaan bulan Ramadan adalah peristiwa nuzul al-Quran. Peristiwa al-Quran diturunkan sebagaimana firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah;185)
Malam 17 Ramadan yang masyhur dengan malam nuzul al-Quran. Malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara berperingkat.
Manakala penurunan al-Quran pada malam Lailatulqadar adalah malam al-Quran diturunkan dari luh mahfuz ke Baitul ‘izzah secara serentak 30 juzuk.
Moga Allah berkati dan muliakan kita dalam bulan Ramadan dan pertemukan kita dengan Lailatulqadar.
. -
Azli Yusof
@azliby
ISLAM TIDAK TERANCAM, MELAYU TIDAK TERPINGGIR.
Minggu lepas saya dihubungi oleh Pejabat Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanyakan jika saya boleh hadir ke Jemputan Musyawarah Isu-isu Islam dan Bumiputera anjuran UMNO. Saya maklum tidak dapat hadir kerana telah ada program rasmi pada waktu yang sama.
Semalam wakil² UMNO, PAS, PKR dan AMANAH yang hadir telah bersetuju mewujudkan Sekretariat Musyawarah Parti-parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera.
Pada saya, ini adalah langkah kehadapan yang sangat positif. Musyawwarah dan dialog sewajarnya menjadi medan mencari titik persamaan. Secara tidak langsung mengelakkan perbalahan yang sering dijadikan modal politik identiti yang sempit dan merugikan.
Ia sangat menepati Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, Ayat 2 yang bermaksud, "Dan bekerjasamalah atas perkara kebajikan dan takwa, jangan bekerjasama atas perkara dosa dan permusuhan."
Islam, Melayu dan Bumiputera bukan milik eksklusif mana-mana parti. Tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa hanya mereka sahaja yang membela Islam, Melayu atau Bumiputera. Ia menjadi agenda teras bagi kebanyakan parti-parti di Malaysia. Hanya pendekatan dan pembawaan sahaja yang berbeza.
Apa yang lebih utama, setiap perbincangan hendaklah benar-benar menjurus kepada usaha memperkukuh kesejahteraan umat Islam, memperkasa masyarakat Melayu dan Bumiputera serta memajukan negara secara adil dan inklusif.
Pertemuan, persefahaman dan persetujuan pembentukan Sekretariat Musyawarah ini membuktikan bahawa Islam tidak terancam, Melayu tidak terpinggir.
TAHNIAH !
. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 14 Ramadan 1447H
Berbuka puasa di Masjid Al-Hidayah Seksyen 18. YB Danial al Rashid, ADN Batu Tiga dan Tn Hj Firdaus Mokhtar, Ahli Majlis MBSA | Pengerusi MPP Zon 6 pun ada sama.
Usai solat Maghrib, kami ke Surau Al-Amin Seksyen 18 untuk solat Isyak dan Tarawikh bersama jemaah di sana pula.
Saya kagum dengan langkah Hj Zainuddin, Pengerusi Surau mengenal pasti barisan pelapis dan melatih anak² muda menjadi muazzin dan membentuk kumpulan tadarus.
Suara adik darjah 5 yang menjadi bilal azan dan tarawikh sangat merdu dan mantap. Mengalahkan orang dewasa. Syabas!
. -
Azli Yusof
@azliby
Selasa | 13 Ramadan 1447H.
Perjalanan singkat ke Miri menyempurnakan Majlis Penutupan Program Turun Padang Ke Arah Memperkasa Koperasi: Jom@Coop 2026 Siri Platinum sempena Sambutan 70 Tahun IKMa.
Ini kali kedua saya ke program anjuran Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak Cawangan Miri. Tahun lepas di Bintulu, juga di bulan Ramadan.
Baiknya, saya berpeluang berbuka puasa bersama urusetia dan peserta. Merasa pelbagai juadah masakan Sarawak. Seterusnya merasai suasana Ramadan dan solat tarawikh di Masjid At Taqwa, masjid terbesar di Miri.
Koperasi di Sarawak masih berdepan cabaran geografi, kos logistik yang tinggi serta kekangan akses pasaran, khususnya bagi koperasi luar bandar.
Namun, Sarawak mempunyai kelebihan yang unik iaitu keluasan tanah yang besar, sumber asli yang kaya, kepelbagaian budaya dan komuniti yang kukuh.
Ini menjadikan Sarawak negeri yang sangat berpotensi untuk melonjakkan gerakan koperasi ke tahap lebih tinggi dalam sektor:
- Agro-makanan dan keterjaminan makanan
- Pelancongan komuniti dan eko-pelancongan
- Industri hiliran berasaskan pertanian dan perhutanan
- Perusahaan desa dan produk nilai tambah
- Ekonomi digital dan e-dagang
Kehadiran koperasi Sarawak dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh IKMa amat penting bagi merapatkan jurang keupayaan dan meningkatkan daya saing. Seterusnya berdiri setara dengan koperasi di Semenanjung.
Kerajaan sentiasa komited memperkukuh gerakan koperasi sebagai instrumen ekonomi rakyat. Keutamaan ditumpukan kepada pemerkasaan PKS, keterjaminan makanan, pendigitalan perniagaan, pembangunan usahawan komuniti serta transformasi ekonomi luar bandar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Isnin | 12 Ramadan 1447H
Banyak perkara penting berlaku di Parlimen. Ahli-ahli Dewan Rakyat mengikuti penuh minat pembentangan YAB Perdana Menteri berkenaan Usul Mengutuk Serangan US-Israel ke atas Iran. Usul dibahas dan diterima sebulat suara penyokong kerajaan dan pembangkang.
Saya sertai Ahli PAC mengadakan sidang media berkenaan beberapa isu utama yang dipilih untuk diadakan prosiding berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026.
Ini disusuli dengan kenyataan media Angota Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia _ Integriti, Governans dan Anti-Rasuah (KRPPM-IGAR) menuntut reformasi SPRM dilaksanakan segera dan secara tuntas.
Ia bertujuan agar institusi ini bebas daripada tanggapan bahawa ia dicengkam oleh pengaruh Eksekutif, memastikan akauntabiliti langsung kepada Parlimen, serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan institusi anti-rasuah negara.
Seterusnya saya ke Kamar Khas Parlimen untuk membangkitkan isu kesesakan lalulintas di Shah Alam dan Denai Alam - Elmina. Saya berbesar hati kerana YB Menteri Kerja Raya sendiri tampil menjawab, menjelaskan perancangan dan status pelaksanaan kepada persoalan yang saya bangkitkan.
Paling menarik perhatian ramai ialah keputusan undian belah bahagian RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang menghadkan tempoh tidak lebih 10 tahun bagi seorang Perdana Menteri.
Usul ini tidak dapat diluluskan kerana tidak mencapai 2/3 majoriti. Kurang 2 undi dari 148 undi yang diperlukan. Seramai 44 Ahli Parlimen Pembangkang untuk tidak mengundi (berkecuali). Ini menyebabkan peluang reformasi institusi ini gagal dilaksanakan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pujian dan penghargaan kepada kerajaan atas keputusan merujuk Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen untuk penelitian lanjut, termasuk aspek akauntabiliti, sebelum dimuktamadkan.
YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi hari ini membentangkan RUU ini bagi bacaan kali yang kedua sebelum usul merujuk kepada JKPK dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Rakyat.
Ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI yang inklusif untuk mendengar pandangan merentasi parti, pakar perlembagaan dan masyarakat umum demi memperkukuh institusi negara secara berprinsip dan berperlembagaan.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) dari Parlimen. Bacaan Kedua RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkenaan Pemisahan Kuasa Peguam Negara Dan Pendakwa Raya (AGPP)
www.facebook.com/share/v/1BDZVhTHYm/
. -
Azli Yusof
@azliby
SANGAT MENGECEWAKAN! Kurang selera berbuka puasa tadi.
Sekitar 6.45 petang, kiraan undi belah bahagian RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 menghadkan tempoh seorang Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Awalnya, saya menjangkakan RUU yang perlukan sokongan 2/3 majoriti (148 undi) ini akan diluluskan melihat kehadiran Ahli Parlimen kerajaan yang memenuhi dewan.
Malangnya reformasi institusi yang penting ini gagal kerana kurang 2 undi.
Menyokong - 146
Tidak mengundi - 44
Tidak hadir - 32
Kesemua Ahli Parlimen AMANAH hadir untuk menyokong RUU ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 11 Ramadan 1447H
PRU16 mungkin akan diadakan lebih awal dan bersekali dengan PRN Melaka, Sarawak dan Johor.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, persiapan gerak kerja pilihan raya tidak boleh dilengahkan lagi.
Mengambil semangat Ramadan dan Badar al-Kubra, kepimpinan AMANAH Shah Alam termasuk sayap pemuda, AWAN, WARDA dan ketua² cawangan telah berkampung selama 2 hari di Batang Kali pada hujung minggu lepas.
Kami beri tumpuan kepada penelitian menyeluruh terhadap angka dan data pilihan raya lalu, termasuk pola pengundian mengikut saluran, demografi, lokaliti serta tren sokongan berdasarkan pusat daerah mengundi (PDM).
Strategi gerak kerja lebih awal dan tersusun dirangka bagi mendekati pengundi secara berfasa. Fokus diberikan kepada pengukuhan jentera di peringkat cawangan dan PDM, peluasan program komuniti, pengaktifan sukarelawan muda serta pemantapan naratif dasar dan pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kami bertekad untuk mempertahankan kemenangan PH di Shah Alam pada PRU16, malah menyasarkan mandat yang lebih kukuh melalui pendekatan berstrategi, data-driven dan berteraskan khidmat kepada rakyat, Insya-Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) dari Parlimen isu serangan US-Israel ke atas Iran
www.facebook.com/share/v/1JC2g76gij/
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 10 Ramadan 1447H
Pagi Sabtu kelmarin, saya telah dijemput merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Setia Alam. Ketibaan saya telah disambut mesra oleh Pengetua -Tuan Mohd Salmi Rosli, YDP PIBG En Yuza Azriel serta barisan AJK PIBG.
Saya amat teruja melihat kehadiran ibu bapa dan guru yang begitu memberangsangkan. Komitmen mereka memberi isyarat jelas bahawa pendidikan adalah tanggungjawab bersama. PIBG adalah medan penting untuk menyatukan pandangan dan usaha demi kebaikan murid.
Dalam ucapan perasmian, saya turut memaklumkan perkembangan terkini SK Setia Alam 2 yang sedang dalam pembinaan, serta kelulusan SMK Setia Alam 2 di bawah RMK13. Ini merupakan berita gembira buat penduduk Setia Alam dan kawasan kejiranan berhampiran yang semakin berkembang pesat.
Pertambahan sekolah baharu ini amat penting bagi menampung pertambahan murid, mengurangkan kesesakan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Pengetua bisik kepada saya tentang beberapa keperluan sekolah yang mendesak. Insya-Allah, saya bercadang menyalurkan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) tahun 2026 untuk membina laluan susur gajah antara dewan dan bangunan bilik darjah demi keselesaan serta keselamatan warga sekolah, khususnya ketika cuaca tidak menentu.
Akhir sekali, saya mendoakan agar pencapaian sekolah dalam SPM tahun 2025 terus meningkat. Semoga usaha gigih para guru, sokongan padu ibu bapa dan kesungguhan pelajar akan membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat | 9 Ramadan 1447H
Usai solat Asar di Masjid Denai Alam, saya berkesempatan ziarah keluarga Allahyarham Rosli Taman Bukit Subang yang meninggal dunia baru² ini. Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya dan beri ketabahan kepada keluarganya.
Seterusnya saya ambil peluang menyantuni peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Denai Alam. Alhamdulillah, hasil tinjauan saya, pelbagai juadah berbuka laris terjual. Kami turut mengedar pek kurma dan bubur lambuk yang disediakan Denai Alam Residence Association (DARA).
Menjelang waktu senja, saya ke Surau al Mahdi untuk berbuka puasa dan solat Maghrib. Pihak surau menyediakan juadah berbuka untuk 300 jemaah setiap hari. Ramai yang datang berbuka bersama keluarga.
Seterusnya saya ke Surau al-Amin Pangsapuri Kiambang Taman Bukit Subang untuk solat Isyak Tarawikh dan beramah mesra dengan ahli kariah.
. -
Azli Yusof
@azliby
I supposed Trump wanted Iran to disagree with "never, ever". So US-Israel can justify the attack. They were wrong and did it anyway. That's the original intention...
Peter Girnus 🦅
@gothburz
I am a diplomatic aide in the Sultanate of Oman's Ministry of Foreign Affairs.
My job is logistics. When two countries that cannot speak to each other need to speak to each other, I book the rooms. I prepare the briefing materials. I make sure the water glasses are the right distance apart. You would be surprised how much of diplomacy is water glasses. Too close and it feels informal. Too far and it feels like a tribunal. I have a chart.
We had a very good month.
Since January, Oman has been mediating indirect talks between the United States and Iran on Iran's nuclear program. The talks were held in Muscat and in Geneva. The Americans would sit in one room. The Iranians would sit in another room. I would walk between them. My Fitbit says I averaged fourteen thousand steps on negotiation days. The hallway between the two rooms at the Royal Opera House conference center is forty-seven meters. I walked it two hundred and twelve times in February. This is good for my cardiovascular health. It was less good for my knees. Both are in the service of peace.
By mid-February, we had something.
Iran agreed to zero stockpiling of enriched uranium. Not reduced stockpiling. Zero. They agreed to down-blend existing stockpiles to the lowest possible level. They agreed to convert them into irreversible fuel. They agreed to full IAEA verification with potential US inspector access. They agreed, in the Foreign Minister's phrase, to "never, ever" possess nuclear material for a bomb. I have worked in diplomacy for seven years. I have never seen a country agree to this many things this quickly. I made a spreadsheet of the concessions. It had fourteen rows. I color-coded it. Green for confirmed. Yellow for pending. By February 21 the spreadsheet was entirely green. I printed it. It is on my desk in Muscat. It is still green.
That phrase took eleven days. "Never, ever." The Iranians initially offered "not seek to." The Americans wanted "will not under any circumstances." We landed on "never, ever" at 2:14 AM on a Tuesday in Muscat. I typed the final version myself. I used Times New Roman because Geneva prefers it. The document was fourteen pages. I was proud of every comma.
Here is what they said, in the order they said it.
February 24: "We have a once-in-a-generation opportunity." — The Foreign Minister, private briefing to Gulf Cooperation Council ambassadors. I prepared the slide deck. Slide 14 was the implementation timeline. Slide 15 was the signing ceremony logistics. I had reserved the Palais des Nations in Geneva, Room XX. It seats four hundred. We discussed pen brands for the signing. The Iranians preferred Montblanc. The Americans had no preference. I ordered twelve Montblanc Meisterstucks at six hundred and thirty dollars each. They arrive on Tuesday.
February 27, 8:30 AM EST: "The deal is within our reach." — The Foreign Minister, CBS Face the Nation. He sat across from Margaret Brennan. He said broad political terms could be agreed "tomorrow" with ninety days for technical implementation in Vienna. He said, and I wrote this line for the briefing card he carried in his breast pocket: "If we just allow diplomacy the space it needs." He praised the American envoys by name. Steve Witkoff. Jared Kushner. He said both had been constructive.
I watched from the Four Seasons Georgetown. The minibar had cashews. I ate the cashews. They were nineteen dollars. The most expensive cashew I have ever eaten. But it was a good morning and we were within our reach.
February 27, 2:00 PM EST: Meeting with Vice President Vance, Washington. The Foreign Minister presented our progress. Zero stockpiling. Full verification. Irreversible conversion. "Never, ever." The Vice President used the word "encouraging." His aide took notes on an iPad. The aide did not make eye contact for the last nine minutes of the meeting. I noticed this. Noticing things is the only part of my job that is not water glasses.
February 27, 4:00 PM EST: "Not happy with the pace." — President Trump, to reporters.
Not happy with the pace.
We had achieved zero stockpiling. Full IAEA verification. Irreversible fuel conversion. Inspector access. And the phrase "never, ever," which took eleven days and cost me two hundred and twelve trips down a forty-seven-meter hallway.
Every American president since Carter has failed to get Iran to agree to this. Forty-five years.
Not happy with the pace.
February 27, 9:47 PM EST: The Foreign Minister's flight departs Dulles for Muscat. I am in the seat behind him. He is reviewing Slide 14 on his laptop. The implementation timeline. Vienna technical sessions. The signing ceremony. The pens.
I fall asleep over the Atlantic. I dream about water glasses.
February 28, 6:00 AM GST: I wake up to push notifications.
February 28: "The United States has begun major combat operations in Iran." — President Trump.
Operation Epic Fury. Coordinated airstrikes. The United States and Israel. Tehran. Isfahan. Qom. Karaj. Kermanshah. Nuclear facilities. IRGC bases. Sites near the Supreme Leader's office. Israel called their half Operation Roaring Lion. Someone in both governments spent time choosing these names. Epic Fury. Roaring Lion. I spent eleven days on "never, ever." They spent it on branding. The President said Iran had "rejected American calls to halt its nuclear weapons production."
Rejected.
Iran had agreed to zero stockpiling. Iran had agreed to full verification. Iran had agreed to "never, ever." Iran had agreed to everything in a fourteen-page document that I typed in Times New Roman.
The President said they rejected it.
I do not know which document the President was reading. I know which one I typed.
February 28, 18:45 UTC: Iran internet connectivity: four percent. — NetBlocks, confirmed by Cloudflare. Ninety-six percent of a country went dark. You cannot negotiate with a country at four percent connectivity. You cannot negotiate with a country that is being struck. You cannot negotiate. This is not a political opinion. This is a logistics assessment.
February 28: The governor of Minab reported forty girls killed at an elementary school.
I do not have logistics for that. There is no slide for that. The water glass chart does not cover that.
February 28: Lockheed Martin: up. Northrop Grumman: up. RTX: up. Dow futures: down six hundred and twenty-two points. Gold: five thousand two hundred and ninety-six dollars. An analyst at AInvest published a note titled "Iran Strikes: Tactical Plays." The note recommended positions in oil, defense stocks, and gold.
The most expensive cashew I have ever eaten was nineteen dollars. The most expensive pen I have ever ordered was six hundred and thirty dollars. The math suggests I have been working in the wrong industry. Defense stocks do not require water glasses. Defense stocks do not require eleven days. Defense stocks require one morning.
February 28: Israel closed its airspace and its schools. Iran launched retaliatory missiles toward US bases in the Gulf. The Supreme Leader promised a "crushing response." Israel's defense minister declared a permanent state of emergency. Everyone is using words I recognize in an order I do not. I recognize "permanent." I recognize "emergency." I do not recognize them next to each other. In diplomacy, nothing is permanent and everything is an emergency. In war it is the reverse.
February 28: The Foreign Minister has not made a public statement.
The briefing card is still in his breast pocket. It still says "within our reach." -
Azli Yusof
@azliby
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei disahkan terbunuh dalam serangan Israel dan Amerika Syarikat.
Serangan tersebut turut mengorbankan ahli keluarga Khamenei termasuk anak perempuan, menantu lelaki, cucu dan seorang menantu perempuan dilaporkan terkorban.
مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ رِجَالٌ صَدَقُوْا مَا عَاهَدُوا اللّٰهَ عَلَيْهِۚ فَمِنْهُمْ مَّنْ قَضٰى نَحْبَهٗۙ وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّنْتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوْا تَبْدِيْلًاۙ
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu. Mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)" - Al Ahzab:23
. -
Azli Yusof
@azliby
Buatkan poster karikature berdasarkan kenyataan ini
Kenyataan Media
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dibuat oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Serangan yang dibuat ini adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan mengancam ketidakstabilan serantau yang sudah rapuh. Sebarang tindakan yang tidak bertamadun dan berperikemanusiaan hendaklah dihentikan serta-merta.
Serangan ini tidak seharusnya berlaku di tengah-tengah rundingan sedang berlangsung di Geneva di mana Israel dan Amerika Syarikat sepatutnya menghormati proses rundingan.
Amanah turut mendesak semua negara Arab untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai solidariti kepada Iran supaya keganasan di rantau Timur Tengah dihentikan segera. Semua pihak harus menegakkan prinsip keadilan dan keamanan bagi mengelak kegawatan di Timur Tengah berterusan.
Mohamad Bin Sabu
Presiden Amanah
28 Februari, 2026
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah! KWSP umum dividen 6.15 peratus Simpanan Shariah, Konvensional. Esok dah boleh mula semak akaun masing².
. -
Azli Yusof
@azliby
Pijak al-Quran. Tindakan tegas mengikut undang² mesti diambil. Pastikan perbuatan menghina agama tidak dinormalisasi. Faham dan hormat sensitiviti kepelbagaian agama, bangsa dan budaya. Tidak ada alasan tak sengaja atau tidak tahu.
Bagi umat Islam. Ramadan adalah bulan al-Quran. Bulan wahyu diturunkan. Bukan sahaja perbanyakkan bacaan. Sama² tadabbur, fahami dan hayati dalam kehidupan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Khamis | 8 Ramadan 1447H
Malam tadi saya berbuka puasa di Majlis Jamuan Makan Malam di Courtyard by Marriot Setia Alam. Terima kasih kepada Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Pengerusi Executive Top Glove atas kesudian mengundang saya ke Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina yang beliau anjurkan.
Saya tidak mengenakan pakaian tradisi Cina. Agak sedikit janggal dengan baju Melayu dan bersongkok. Namun, ia memudahkan saya beredar awal untuk terus ke masjid berdekatan.
Saya fikir ada baiknya juga untuk menampakkan Syiar Bulan Ramadan. Penganjur pun sedia maklum. Tetamu Muslim diutamakan menjamu hidangan lebih awal seusai masuk waktu berbuka.
Ketika Tan Sri Lim menyantuni kami, saya maklumkan untuk beredar lebih awal dan tidak menunggu hingga majlis selesai. Beliau faham dan minta saya tunggu sehingga beliau berucap terlebih dahulu.
Sudah semestinya. Mana mungkin saya lepaskan peluang mendengar ucapan beliau. Sentiasa penuh dengan falsafah kehidupan, sarat dengan nasihat dan menginspirasikan.
Kemudian itu saya mohon beredar untuk ke Masjid Setia Alam menunaikan solat Isyak dan Tarawikh bersama jemaah yang hadir menghidupkan Ibadah Ramadan.
Usai solat, saya luangkan masa beramah mesra, moreh bersama dengan AJK Masjid dan Imam jemputan, Ustaz Lukman dari USIM.
Sabda Nabi SAW.
“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” - Riwayat Ibnu Majah (3251)
. -
Azli Yusof
@azliby
Rabu | 07 Ramadan 1447H
Usai urusan di Parlimen semalam, saya langsung pulang ke Shah Alam dan singgah di Surau Al-Munawwarah Seksyen 13 untuk berbuka puasa dan solat Maghrib bersama jemaah yang hadir.
Seterusnya saya solat Isyak dan tarawikh di Surau Nurudddin, Residensi D'Kayangan. Juga di Seksyen 13. Saya luangkan sedikit masa untuk menjamu juadah moreh sambil beramah mesra bersama AJK dan ahli kariah.
Sebaik beredar, saya menerima berita tentang kebakaran yang berlaku di rumah Ustaz Saparwan Seksyen 19 dan langsung ke sana untuk meninjau keadaan sebenar.
Seusai tiba, keadaan sudah terkawal. Pihak Bomba berjaya tiba awal untuk memadam api dan mengawal kebakaran dari merebak.
Moga Ustaz Saparwan, Kak Hjh Rosminah dan keluarga tabah menghadapi ujian yang menimpa. Apatah lagi insiden berlaku di bulan Ramadan, waktu yang sangat memerlukan ketengangan untuk menumpukan ibadah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Isnin | 6 Ramadan 1447H
Seharian suntuk dengan jadual yang padat di Parlimen semalam. Keluar seawal jam 8.00 pagi dari Shah Alam.
9.00 pagi - Mengikuti Taklimat RUU Perbekalan Tambahan oleh MOF
10.00 pagi - Masuk ke dalam Dewan Rakyat mengikuti Sesi PMQT & Pertanyaan² Jawab Lisan
12.00 tgh - Mesyuarat PAC, Verifikasi Proceeding LCS
01.00 ptg - Mesyuarat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (Integriti, Governance & Anti-Rasuah)
3.45 ptg - Mengambil bahagian berbahas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026.
5.00 ptg - Mengikuti penggulungan setiap kementerian yang dibangkitkan dalam perbahasan LKAN
7.30 mlm - Hadir di Majlis Berbuka Puasa & Ramah Mesra Bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Bankuet Parlimen.
Balik badan dah letih. Rehat dulu sebelum solat tarawikh.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara LKAN 1/2026
Saya telah membahaskan dapatan LKAN yang melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia #ukm khususnya terkait kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan.
#parlimenmalaysia
#p108shahalam
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governans & Anti-Rasuah (KRPPM-IGAR) yang bermesyuarat tengah hari tadi bersetuju melantik saya sebagai Pengerusi yang baharu.
Saya mengambil alih tanggungjawab ini dari YB Syed Ibrahim Syed Noh (MP Ledang) yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri NRES.
Terima kasih atas kepercayaan anggota KRPPM-IGAR. Selamat maju jaya kepada YB Syed Ibrahim.
. -
Azli Yusof
@azliby
Isnin | 5 Ramadan 1447H
Kembali dari Parlimen petang semalam, saya langsung ke Bazar Ramadan Seksyen 23 untuk menyantuni para penjaja dan pengunjung.
Walaupun bazar ini masih baharu, saya seronok melihat semangat usahawan kecil yang gigih mencari rezeki sepanjang Ramadan. Ada peningkatan jualan. Saya percaya bazar ini akan bertambah maju apabila semakin ramai mengetahui kewujudannya.
Seterusnya saya berkesempatan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama jemaah di Surau Al-Jannah Seksyen 23.
Surau ini sedang melalui proses pembesaran. Jadi ruang agak terhad dan khemah sementara terpaksa disediakan untuk jemaah seramai 200 orang berbuka puasa. Terima kasih kepada Pn Siti Nur Aishah, Ahli Majlis yang banyak membantu memudahkan urusan.
Malamnya saya meneruskan ibadah dengan solat Isyak dan tarawih di Surau Raudah Seksyen 24.
Seusai solat, saya luangkan masa berbual santai bersama jemaah sambil menikmati juadah moreh yang disediakan. Setiausaha surau sediakan 2 kuih istimewa orang Banjar, kuih balung hayam dan wadai kipeng. Macam tau² itu kuih kegemaran saya.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
. -
Azli Yusof
@azliby
PMQT pagi ini. YAB Perdana Menteri menjawab dua pertanyaan (1) Tadbir urus AI menangani isu hak cipta dan harta intelek; dan (2) pendirian kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Tarif Trump sebagai tidak sah.
.
www.facebook.com/share/v/1C16vdvou6/
. -
Azli Yusof
@azliby
Ahad | 4 Ramadan 1447H
Sekitar jam 6.00 petang saya luangkan masa menyantuni penjaja dan pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2. Sebanyak 50 tapak gerai disediakan. Penjaja dapat berniaga dan tambah pendaparan. Pengunjung dapat merasa pelbagai jenis juadah yang ditawarkan peniaga.
Seterusnya saya ke Surau Al Ansor Seksyen 2 untuk bersama jemaah yang hadir berbuka puasa. Menjadi kelaziman pihak surau menyediakan hidangan berbuka untuk 200-250 orang setiap hari.
Usai solat Maghrib, saya ke Surau Raudhah Al-Muttaqin Seksyen 4 untuk bersama ahli-ahli kariah menunaikan solat Isyak dan Tarawikh. Turut menemani saya adalah Tuan Haji Maizan Abdul Majid, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 1.
Alhamdulillah, banyak kelebihan yang Allah kutniakan sepanjang bulan puasa. Antaranya hadis Nabi yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
. -
Azli Yusof
@azliby
Sabtu | 3 Ramadan 1447H
Saya berkesempatan solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Riyadhus-Salihin Seksyen 7, Shah Alam.
Alhamdulillah. Nazir Masjid, Haji Abdul Razak (Pak Jak), zahirkan rasa syukur dan kegembiraan kerana pertambahan ahli kariah yang hadir berjemaah. Peserta tadarus juga meningkat termasuk peserta kumpulan remaja.
Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, pengampunan serta pembebasan dari api Neraka
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan hadir di Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Negeri Selangor.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 2 Ramadan 1447H
Puasa dan Takwa. Apa kata Saidina Ali berkenaan takwa?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat menyambut 1 Ramadan 1447H / 19 Februari 2026 kepada sahabat dan umat Islam di seluruh negara khususnya kepada warga Shah Alam. Semoga Allah beri kita kekuatan, kesihatan dan ketenangan untuk melaksanakan amal ibadah.
Ramadan Kareem !
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berkesempatan menziarahi Dr Nur Shahidah dan Dr Shareena Fairuz, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam yang ditimpa insiden pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7 petang semalam.
Menyambut ketibaan kami di Hospital Shah Alam ialah Prof Dr Ismie Roha, Pembantu Naib Canselor - Komunikasi Strategik (UiTM), Pn Zaizah Zainuddin - Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Tn Haji Maizan Abdul Majid - Ahli Majlis MBSA/Pengerusi MPP Zon 1.
Menurut penerangan Dr Rohil, Pegawai Perubatan Ortopedik yang merawat pesakit, kedua² pensyarah dalam keadaan stabil dan dalam pemerhatian pihak hospital sebelum dibenarkan pulang serta menjalani rawatan susulan.
Saya berpeluang bertanyakan khabar dan keadaan mereka, keluarga serta anak². Seterusnya mendoakan agar mereka sembuh segera dan pulih sediakala.
Sementara itu, saya difahamkan susulan dari insiden tersebut, pihak MBSA telah melaksanakan kawalan serta-merta melalui penugasan anggota Penguatkuasa di laluan Persiaran Tun Arshad Ayub serta penutupan sementara jalan bagi memastikan kerja-kerja pemantauan, pengalihan pokok tumbang dan pembersihan dapat dilaksanakan secara terancang, selamat dan terkawal.
Menurut kenyataan media dikeluarkan MBSA, kerja-kerja penyelenggaraan berkala telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 di Persiaran Tun Arshad Ayub yang merangkumi pemangkasan kanopi, pengurangan beban dahan, penebangan pokok mati serta pemantauan visual berkala terhadap pokok matang.
Secara keseluruhan, puluhan pokok di lokasi tersebut telah dipangkas dan pokok mati telah ditebang mengikut keperluan teknikal pada awal Februari sebelum kejadian berlaku.
Walaupun telah ada pelan berkala, saya menggesa agar MBSA memberi keutamaan dan meningkatkan usaha kerja² pemantauan dan penyelenggaraaan pokok yang telah melebihi usia 40 tahun meliputi banyak kawasan di Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Menjunjung Kasih atas perkenan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerima Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam (PKRPSA) dan Shah Alam Nadi Juara sebagai Rakan Strategik Program Pemerkasaan Belia dan Komuniti khususnya bagi membangunkan sukan bolasepak di peringkat komuniti dan akar umbi.
Pengiktirafan ini disempurnakan malam semalam ketika upacara penyampaian hadiah perlawanan akhir Selangor Champion Leagues, SCL 2025 di Stadium MBSJ Subang Jaya yang dimenangi Klang City Sailors FC melawan Cyberjaya Teleflow FC.
Kami telah merintis kerjasama dengan FAS dalam program pemerkasaan belia dan pembangunan komuniti melalui sukan bolasepak sejak pertengahan tahun 2025. Beberapa siri klinik bolasepak remaja yang dikendalikan jurulatih dan pegawai FAS telah diadakan di beberapa kawasan komuniti B40 di bawah Parlimen Shah Alam.
Baginda Raja Muda Selangor juga turut berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Salam Specialist Hospital Shah Alam sebagai Penaja Rasmi Penjagaan Kesihatan - Silver Partner kepada Persatuan Bolasepak Selangor.
Saya sangat teruja dengan kesungguhan, initiatif dan kreativiti Baginda dan FAS membangunkan bakat dan menyediakan platform yang terbaik bagi industri bola sepak di dalam negeri Selangor merangkumi semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kepada rakan² dan kenalan, Selamat Tahun Baru Cina 2026. Dan khusus kepada warga Shah Alam, terima kasih atas sokongan.
GONG XI FA CAI !
. -
Azli Yusof
@azliby
Meriah! Ramai macam di Mina ketika musim Haji. Masing² bersiap sedia untuk melontar. Jangan salah anggap. Bukan untuk melontar batu, tetapi untuk melontar duit membeli barangan keperluan masing².
Begitulah suasana pagi semalam ketika saya berkesempatan meluangkan masa beberapa jam mengunjungi dan menyantuni peniaga dan penjaja Pasar Tani Stadium Shah Alam di Seksyen 13.
Saya juga ambil "feel" menjual ayam bulat pada harga istimewa RM10 seekor. Harga subsidi sumbangan untuk 400 ekor sumbangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM. Habis terjual dalam masa tidak sampai setengah jam.
Ramai pengunjung hadir samada mencari barangan keperluan basah dan kering. Ada juga yang yang datang santai bersama keluarga dan kawan² untuk menikmati pelbagai juadah kegemaran. Apatah lagi kalau ada makanan "viral" yang mesti dicuba.
Rata² peniaga yang saya temui menyatakan peningkatan hasil jualan sejak kebelakangan ini. Ini menunjukkan peningkatan kuasa beli rakyat kesan dari lonjakan ekonomi negara yang bertambah baik.
Sementara itu, Pihak FAMA dan Pengurusan Pasar Stadium Shah Alam sentiasa mengingatkan peniaga agar terus memastikan kualiti barangan dan perkhidmatan. Dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga melihat peningkatan bilangan pengunjung terutama di musim perayaan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, malam semalam saya berkesempatan untuk bersama para jemaah dan ahli kariah Surau Bukit Kuda Klang dalam Majlis Tahlil Kelompok SBK 1447H/2026M.
Majlis diadakan setiap tahun menjadi aktiviti tradisi sempena menyambut ketibaan Ramadan dan menggalakkan ahli kariah memakmurkan rumah Allah.
Moga usaha mereka diberkati Allah. Juga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghidupkan bulan Ramadan yang bakal menjelang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya awalkan tarikh penerbangan balik dari Manila untuk penuhi undangan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup "MERGE Graphic Design Showcase" anjuran Jabatan Grafik dan Media Digital, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Alam) di MBSA Convention Centre Shah Alam.
Sememangnya bidang seni reka sangat dekat di hati saya. Ketika berkhidmat di sektor swasta, saya terlibat secara langsung dalam reka bentuk barangan dan industri. Saya pernah menjawat jawatan Pengurus Seni Reka dan Kejuruteraan Industri tahun 1995 - 1999.
Manakala, seni reka grafik dan media digital memainkan peranan yang sangat penting menyusun strategi komunikasi, membina naratif, mempromosi dan membina persepsi, pemikiran dan penerimaan pelanggan dan masyarakat terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.
Saya teruja dengan hasil kerja projek pelajar tahun akhit ketika melawat reruai pameran. Saya percaya UiTM sentiasa melahirkan ramai graduan berbakat dan tenaga mahir terlatih bagi memenuhi keperluan industri kreatif dan digital yang menyumbang RM20 bilion kepada KDNK negara.
Kerajaan Madani yang memperuntukkan RM127 juta setahun untuk memperkasa Industri Kreatif. Manakala Kerajaan Selangor pula sedang memacu pemerkasaa industri ini melalui Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 pada November tahun lalu.
Tahniah kepada pelajar² tahun akhir yang akan menyambung sesi internship (latihan industri) bagi melengkapkan pengajian mereka sebelum terjun ke dunia sebenar menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
Semoga maju jaya !
. -
Azli Yusof
@azliby
Pasar Moden Seksyen 16 dan Pasar Moden Seksyen 6. Masing² ada keistimewaan tersendiri. Menawarkan pelbagai barangan kering dan basah ikut cita rasa dan kemampuan. Dibuka setiap pagi untuk keperluan harian warga
Shah Alam.
Pagi tadi saya, rakan staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) meluangkan masa menyantuni peniaga dan pengunjung kedua² pasar ini.
Disamping itu kami juga mengedarkan sedikit bingkisan buah tamar Ajwa sebagai tanda ingatan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia.
Ramai yang berpusu² hadir mendapatkan keperluan dan membuat persedian awal kerana pertembungan Perayaan Tahun Baru Cina dan bulan puasa. Yang penting stok barangan mencukupi. Harga berpatutan dan terkawal.
. -
Azli Yusof
@azliby
Macamana nak jadi PM. Parti pun tak ada. Apakah Larut akan sertai PAS. Bagaimana calon PM dari Kemaman yang diangkat ke Dewan Rakyat sebelum ...?
. -
Azli Yusof
@azliby
Magandang Umaga! Selamat Pagi!
Pada hari kedua, kami meneruskan latihan dan bengkel mengenai Langkah Perundangan dan Dasar bagi menangani serta mencegah penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk tujuan Keganasan dan Ekstremisme Ganas.
Sesi-sesi yang diadakan memberi tumpuan kepada pertimbangan Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, respons perundangan di peringkat nasional serta amalan terbaik, di samping peranan pengawasan dan akauntabiliti Parlimen.
Selepas bengkel, kami berpeluang melawat bangunan Parlimen Filipina serta Dewan Plenari yang besar dan mengkagumkan.
.
Azli Yusof
@azliby
Seringkali penggubalan dan pelaksanaan undang² melibatkan jenayah berat, ancaman keselamatan dan keganasan berhadapan cabaran dan konflik dengan tuntutan hak asasi kemanusiaan.
-
Azli Yusof
@azliby
Mabuhay!
Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi baharu membawa peluang besar kepada inovasi, tadbir urus dan ekonomi.
Namun, pada masa yang sama ia turut mencetuskan ancaman baharu apabila disalahgunakan oleh kumpulan pengganas dan ekstremis, sekali gus menjejaskan keselamatan dan keamanan antarabangsa.
Hari ini kami mulakan Kursus/Bengkel tiga hari membincangkan perkembangan terkini AI dan teknologi baharu. Seterusnya memperhalusi perundangan, dasar, perkongsian amalan terbaik dan langkah kehadapan bagi mencegah dan menangani AI dan teknologi baharu yang dieksploitasi untuk kegiatan terorisme dan ekstremisme.
Program anjuran United Nation Office Of Counter-Terrorism (UNOCT) dengan kerjasama AIPA, Majlis Syura Qatar dan Parlimen Philippines menghimpun pembuat dasar dari kalangan Ahli² Parlimen ASEAN, Arab, EU dan Afrika.
Salamat Po -
Azli Yusof
@azliby
Menaiki pesawat MH704 ke Manila, Philippines.
Saya dan MP Wangsa Maju dipilih menghadiri program Latihan Asean Inter-Parliamentary Assembly berkenaan “Legislative and Policy Measures to counter the Use of AI and New Technologies for Terrorism and Violent Extremism Purposes” dari 10-13 Februari 2026.
Kadang² bila laporan kehadiran Parlimen tidak penuh 100%, bukan bermakna kita ponteng atau sengajakan. Sebaliknya kerana menghadiri persidangan ataupun tugasan rasmi yang berlansung pada waktu yang sama dengan Sidang Dewan Rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya bukan terjebak tapi FOMO... 😂
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini saya berpeluang menyapa YB Marang ketika berselisih dengannya di bangunan Parlimen.
Walaupun kini berbeza wadah perjuangan dan sesekali berbeza pandangan/pendekatan, rasa hormat saya kepada TGHH tidak pernah pudar.
Saya doakan YB Tan Sri Dato' Seri Haji Hadi Abdul Awang yang pernah mentarbiah saya agar terus diberi kekuatan dan kesihatan supaya dapat terus berkhidmat kepada negara dan masyarakat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jadual hujung minggu yang sarat dan sedikit meletihkan...
8.30am Perasmian Plogging Perdana COMBI MPP Zon 8 melibatkan 13 lokaliti. Turut bersama PKD Petaling, pelajar Kolej Tingkatan 6 Shah Alam dan pelajar SMK Sek 24.
9.30am Menyantuni warga Persatuan Dravidian Malaysia yang adakan Sambutan Tahun Baru India dan Pesta Ponggal 2026 di Dewan Dahlia Sek 24.
11.30am Meraikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga Di Tokong Chin Tian Kong Kampung Kuantan
1.30pm Memenuhi undangan Majlis Perkahwinan anak sahabat, Tuan Azhar Mat Dali di Armada Hall, Marina Putrajaya
2.30pm Memenuhi Majlis Perkahwinan anak En Abu Bakar (Keluarga Mak Ngah, sebelah isteri) di MAKSAM, Presinct 14 Putrajaya
3.30pm Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Kemudi Maju Seksyen 17
4.30pm Memenuhi Majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat sdr Azrul di Seksyen 17
Saya mohon maaf kerana tidak dapat penuhi semua undangan kerana kesuntukan masa dan keuzuran menjelang matahari terbenam.
Bateri ultraman sudah bernyala merah. Nak kena recharge untuk sidang parlimen dan jadual minggu mendatang yang panjang 😌
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam, saya berkesempatan menyantuni peniaga dan pengunjung bagi meneruskan pengisian program sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan edaran buah limau di Pasar Malam Setia Alam.
Bagi masyarakat Cina, buah limau yang diterima bukan sekadar simbol tetapi membawa harapan agar tahun yang mendatang membawa kesejahteraan, rezeki yang melimpah serta kehidupan yang lebih harmoni buat semua.
Turut bersama menyantuni warga Setia Alam ACP Ramsey Anak Embol - Ketua Polis Shah Alam, Ahli-ahli Majlis MBSA dan pimpinan masyarakat.
Menjelang malam pula, saya hadir di jamuan makan malam Sambutan Tahun Baru Cina di Setia Impian. Warga emas telah turut diraikan dengan sumbangan angpau sebagai tanda ingatan dan keprihatinan, agar sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina mereka.
Kami turut berbesar hati di atas kehadiran YB Najwan Halimi, Exco Belia Sukan dan Keusahawanan merangkap ADN Kota Anggerik. Moga ketibaan tahun baru membawa kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua.
Kedua² program adalah acara tahunan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Yee Aik Setia Alam dan MPP Zon 1, 4, 6 dan 8. -
Azli Yusof
@azliby
Saya mulakan aktiviti hujung minggu pagi tadi dengan luangkan masa menyertai Family Funwalk Day @ Taman Tasik Shah Alam. Persekitaran nyaman yang sentiasa menjadi tumpuan warga Shah Alam beriadah bersama keluarga, rakan dan kenalan.
Program ini dianjurkan oleh Kak Anie Shellrock dengan kerjasama Extrajoss, UiTM, Klinik Ajwa, serta rakan-rakan penyumbang lain. Walaun ringkas dan santai, tetapi penuh makna ini. Bukan sekadar berjalan, tapi ruang untuk berjumpa, bertegur sapa dan berkongsi aura positif.
Kadang-kadang kita lupa, hidup sihat itu tak perlu kompleks atau berbelanja mahal. Cukup dengan berjalan kaki, nikmati udara segar dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Yang paling saya hargai, aktiviti sebegini membuka ruang membina silaturrahim. Kenalan yang jarang berjumpa, pagi ini boleh berjalan seiring. Komuniti terasa lebih dekat, ukhuwwah terjalin.
Saya sendiri telah nyatakan hasrat dan bersedia untuk berkolaborasi dengan penganjur untuk menjadikan Family Funwalk Day @ Taman Tasik Shah Alam sebagai aktiviti bulanan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ziarah Rahmah, Salam Jumaat
6 Februari 2026 | 18 Syaaban 1447H
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi di Parlimen. Saya berpeluang bertanya khabar dan ucapkan tahniah kepada YB Ustazah Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ketika sama² keluar rehat dari Dewan Rakyat.
Dalam perbualan ringkas itu, saya turut menjemput beliau berkunjung ke Shah Alam. Menariknya, beliau menunjukkan minat untuk hadir menyertai Shah Alam Car Free Day. Memang ada kesamaan, kerana Timbalan Menteri ini juga minat bersukan dan pencinta alam sekitar.
Insya-Allah, semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada lebih banyak kolaborasi yang baik untuk masyarakat.
Alhamdulillah, rezeki juga dapat merakamkan gambar bersama beliau dan YB Sipitang sebagai kenangan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Hari ini saya berpeluang bangkitkan soalan tambahan atas Pertanyaan Jawab Lisan MP Sabak Bernam. Menteri KESUMA jamin MITRA akan libatkan Parlimen untuk tingkatkan sosioekonomi komuniti kaum India.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Beza pendekatan Ahli Parlimen menilai penggunaan kalimah syukur, Alhamdulillah oleh Menteri KPKT ... Ikuti video hingga akhir.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tidak seperti yang digambarkan pembangkang!
Katanya nak bertanya, tapi naratifnya lebih kepada dakwaan kononnya tanah negara tergadai hanya berdasarkan laporan sebuah akhbar Indonesia.
Dalam Sesi Penerangan Khas Parlimen terkait Isu Jajaran Sempadan, YAB Perdana Menteri jelaskan bahawa Malaysia dan Indonesia telah melalui proses rundingan tahun 1977.
Perjanjian inilah yang menjadi asas kepada semua keputusan berkaitan jajaran sempadan sehingga kini.
Kerajaan MADANI bertindak berlandaskan fakta, undang-undang dan kepentingan negara tegas mempertahankan kedaulatan Malaysia tanpa kompromi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja.
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Sesi Penerangan oleh YAB Perdana Menteri mengenai Penjajaran Sempadan Outstanding Boundary Problem (OBP) di antara Malaysia dan Indonesia.
.
www.facebook.com/share/v/178nu61bGn/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Saya kongsikan Pertanyaan Jawab Lisan kepada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) dan yang telah dijawab secara bertulis pada 22 Januari 2026.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Shah Alam bandar termahal untuk didiami. Saya bangkitkan usaha KPKT untuk tangani kenaikan kos kediaman...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan hadir di Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban 1447 Hijrah di bertempat di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan Sesi Tausiyah oleh SS Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan sebelum memimpin solat Maghrib.
Beliau mengingatkan hadirin tentang peranan dan tanggungjawab bersama pemimpin, anggota kerajaan dan pemimpin masyarakat mengangkat syiar dan memperkasa keupayaan ummat Islam mentadbir negara, menguasai pelbagai kemahiran sehingga mampu memimpin dunia.
Sementara menanti waktu Isyak, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil dan munajat memohon keampunan, keberkatan dan rahmat dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Majlis turut dihadiri Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri Selangor dan pemimpin masyarakat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Esok 15 Sya'ban 1447H. Ketibaan malam Nisfu Sya'ban sentiasa diingati oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ia syiar yang sering mengingatkan kita bahawa masa terus berjalan, dan Ramadhan semakin hampir.
Nisfu Syaaban bukan sekadar tentang amalan tertentu, tetapi tentang muhasabah diri — menilai semula perjalanan hidup kita, hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita sesama manusia.
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَطَّلِعُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
“Sesungguhnya Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu Dia mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang bermusuhan.”
(Riwayat Ibn Majah)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa pintu keampunan Allah terbuka luas, namun hati yang dipenuhi dendam, kebencian dan permusuhan menjadi penghalang kepada rahmat-Nya.
Maka Nisfu Syaaban mengajar kita untuk membersihkan hati — memaafkan, merendahkan keegoan, dan kembali kepada Allah dengan jiwa yang lebih tenang. Kerana tiada guna banyak amalan jika hati masih keras dan penuh prasangka.
Moga Nisfu Syaaban ini menjadi titik perubahan buat kita semua — untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, memohon keampunan dan rahmat dariNya, melembutkan hubungan sesama manusia, dan mempersiapkan diri menyambut Ramadhan dengan hati yang lebih bersih dan ikhlas.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan menyantuni 600 keluarga penerima² Sumbangan Uncang Rahmah anjuran Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Ummah Charity dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Sumbangan yang disampaikan merupakan keperluan asas harian sebagai persediaan menyambut ketibaan ambang Ramadan yang akan menjelang 2 minggu lagi.
Saya bagi pihak penerima dan warga Shah Alam mengucapkan setinggi penghargaan kepada En Muaz Abdullah CEO Yayasan EZPrihatin dan En Ismail, Pengurus Ummah Charity kerana memilih Parlimen Shah Alam sebagai lokasi program bantuan kebajikan kali ini.
Turut hadir meraikan majlis adalah YB Danial al Rashid - ADN Batu Tiga, Puan Safriah binti Md Adzhar - Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Ahli² Majlis MBSA, ketua² komuniti dan pemimpin² masyarakat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Yasin: 37-38
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Hospital Kapar akan kurangkan kesesakan Hospital Shah Alam. Tapi pembesaran tetap diperlukan untuk penuhi keperluan mendatang...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berpeluang bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan lawatan ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) untuk mendapatkan perkembangan terkini pembinaan Littoral Combat Ship (LCS).
.
www.facebook.com/share/p/1Ai1YFpSYV/ -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | Menghampiri Nisfu Sya'ban - Malam Rahmat dan keampunan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Usai sidang Parlimen petang tadi, lansung mulakan perjalanan ke Lumut. Singgah rehat di Tonggak 7, Sungai Besar. Terima kasih Cikgu Mokhtar Yassin dan Rosly Wakly temankan kami makan sambil bertanya khabar kawan².
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Saya kongsikan Pertanyaan Jawab Lisan kepada Kementerian Digital yang telah dijawab secara bertulis pada 20 Januari 2026.
. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih PMX !! Saringan kemasukan Darjah 1 umur 6 tahun ditiadakan...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru) belanja kami Ahli-ahli PAC dan pegawai² sekretariat makan tengah hari tadi.
Beliau telah bersama kami dalam Jawatan kuasa PAC selama 3 tahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini. Sangat komited dan menunjukkan integriti yang tinggi.
Selayaknya YB !!!
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035. Kenapa perlu saringan masuk umur 6 tahun ?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Mengalu-alukan jiran saya dalam Dewan Rakyat, Yang Berhormat Mohd Kurniawan Naim Moktar yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan pagi tadi. Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Baru masuk Dewan, terus bangun ajukan pertanyaan tambahan PMQT kepada PMX. Hebat!!
. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) PMX menjawab persoalan (1) prestasi dan nilai perdagangan bagi tahun 2025, dan (2) rasional dan kriteria penentuan usia kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 atau 7 tahun.
www.facebook.com/share/v/1ANjmvzNqq/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan Titah YDPA. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang (Sri Muda). Kenapa Lewat?!!
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya telah luangkan masa hadir di sesi Dialog dan Penerangan Bersama Penduduk Seksyen 23 berkenaan kemajuan dan isu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang (Sri Muda).
Sesi ini turut dihadiri YB Danial Ar Rashid ADN Batu Tiga, Pn Siti Aishah Zain Pengerusi MPP Zon 8, Jurutera JPS Selangor dan MBSA serta pengurus projek kontraktor.
Pihak yang bertanggung jawab mengambil maklum tentang teguran dan pandangan dari penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan projek ini untuk dilasanakan dengan kadar segera.
Saya sendiri akan mengangkat isu yang berbangkit di dalam ucapan dan pertanyaan di Parlimen agar mendapat perhatian dan susulan kementerian yang berkenaan.
. -
Azli Yusof
@azliby
BERSATU kah punca UMNO kehilangan kuasa ?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir dan meraikan Majlis Khatam al-Quran Kumpulan Pelajar Nurul Quran 2.0 di Dewan Zara Seksyen 15, Shah Alam
Majlis ini bagi meraikan kumpulan pelajar² yang menamatkan pengajian al-Quran secara "musyafahah" bergurukan al-Muqri' Sheikh Hassan Aly Hassan Muhammad al Thouqi dari Mesir.
Pengajian ini merujuk kaedah pembelajaran Al-Quran secara langsung antara guru dan murid, di mana guru membaca dan murid meniru bacaan sambil melihat pergerakan bibir guru untuk memastikan sebutan makhraj yang betul, mirip cara Nabi SAW menerima Al-Quran dari Jibril.
Kaedah ini, sering digabungkan dengan talaqqi (belajar berhadapan), sangat berkesan untuk memperbetulkan bacaan, memahami tajwid, dan mempercepatkan hafalan kerana bimbingan langsung dari guru
Turut menyerikan majlis adalah alunan bacaan taranum berduet Ustaz Ahmad Tarmizi Ali dan Ustaz Abdul Khair Jalil, Johan Tilawah Antarabangsa 2014 dan 2019.
Para hadirin turut diperingatkan dengan tazkirah oleh Ustaz Uda Kassim dan amanat al-Quran oleh Sheikh Hassan Aly.
Semoga Allah buka dan cerahkan hati kita untuk terus mencintai al-Quran, menjadikan ia panduan kehidupan seterus berharap agar ia menjadi syafaat di Hari Kemudian.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam, saya berkesempatan merasmikan Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 Tahun 2025, SMK Seksyen 7 di Shah Alam Convention Centre SACC.
Majlis tahunan ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada usaha, komitmen dan pencapaian para murid dalam bidang akademik serta sahsiah setelah lima tahun berjuang di sekolah yang banyak mendidik mereka dengan ilmu, kemahiran dan bakat kepimpinan.
Saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru serta ibu bapa atas peranan dan sokongan berterusan dalam membimbing anak-anak sehingga ke tahap ini.
Semoga murid² yang diraikan akan terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi aset
berharga kepada agama, bangsa dan negara.
Syabas dan tahniah kepada PIBG, Guru-guru, Ibu bapa dan semua murid Tingkatan 5 serta warga SMK Seksyen 7, Shah Alam atas kejayaan menganjurkan majlis ini.
Semoga ia menjadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah bersama² dengan petugas² Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam menyerahkan pek kelengkapan "Jom Ke Sekolah 2026" di Dewan Kemboja Seksyen 7.
200 orang dari pelajar² terpilih dari Parlimen Shah Alam telah menerima sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP berupa beg sekolah, pakai dan kasut sekolah berjenama Canggih.
Turut hadir meraikan penyerahan itu adalah Tuan Haji Abdul Aziz Jalal - ALP Yayasan Taqwa, Puan Nur Yusmi Md Yusop - Pengerusi MPP Zon 3 MBSA dan Tuan Haji Maizan Abdul Majid Ahli Majlis MBSA.
Kami rakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Taqwa MAIWP di atas kepedulian dan sumbangan meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah memasuki sesi persekolahan tahun 2026.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan hadir di Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/2026M di Dewan Sharahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran tahun ini yang bertema "Membangun Ummah MADANI" telah berlangsung dari 20 - 23 Januari 2026.
Seramai 54 orang peserta telah mengambil bahagian membariskan 19 peserta tilawah dan 35 peserta hafazan.
Tempat pertama Tilawah Qari lelaki dijuarai
Muhammad Isyraq Bin Shajruddin dengan markah 91.75%. Manakala bagi Tilawah Qariah perempuan adalah Nor Ruzana Natiah Binti Jaafar, 90.25%
Bagi Hafazan 30 Juzuk lelaki, tempat pertama dimenangi Ahmad Faris Iqbal Mohd Roslan dengan markah 94%. Manakala bagi Hafazan 30 Juzuk perempuan adalah Humairourrohmah Binti Mastor, 89.6%
Peserta² yang berjaya di tempat pertama akan mewakili Negeri Selangor ke Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat Kebangsaan pada 13 - 18 April di Terengganu
Tahniah! Sama² kita martabat dan hayati mukjizat al Quran.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berkampung di Hotel Tamu & Suites Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak malam tadi bagi menekuni Persidangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Bersama PAC Kerajaan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026.
Majlis perasmian persidangan pagi ini disempurnakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Dr Johari Bin Abdul.
Persidangan bertemakan "Memperkasa Tadbir Urus, Jaminan Akauntabiliti Awam" yang julung2 kali diadakan ini bertujuan
- meningkatkan imej PAC sebagai badan semak & imbang peringkat Persekutuan dan Negeri²
- memahami kaedah sistem pelaksanaan PAC di DUN seluruh Malaysia
- menyediakan penanda aras bagi hal-hal berkaitan pelaksanaan prosidinf/mesyuarat PAC yang seragam
- memantapkan lagi tadbir urus melalui perkongsian idea-idea baharu
- memahami cabaran masa depan untuk menentukan strategi pelaksanaan PAC
- mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan pihak-pihak yang terlibat
. -
Azli Yusof
@azliby
"Mestikah semua parti² Melayu bergabung menjadi satu? Bila tidak ada pilihan... itu orang kata, letak tunggul kayu pun boleh menang - Atuk Jamz
.This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Azli Yusof
@azliby
Ikuti Podcast penuh di pautan youtu.be/e3oBOxa5P0E
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen, pagi tadi saya singgah dahulu ke Pejabat EXCO Infrastruktur dan Pertanian di Selangor untuk ikuti Taklimat Kemajuan RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) SUNGAI KLANG DI SEKSYEN 25, SHAH ALAM,
DAERAH KLANG, SELANGOR.
Projek RTB ini turut melibatkan perairan Sungai Klang di sepanjang tebing Seksyen 23 di bawah Parlimen Shah Alam. Skop kerja termasuk naik taraf dan meninggikan bund, pembinaan pintu air di beberapa outlet, kolam tadahan dan rumah pam.
Taklimat diberikan Ir Mohammad Ayub Ishak, Jurutera Projek Persekutuan (JPS Selangor). RTB Sungai Klang kini sedang dalam pelaksanaan mengikut jadual secara berperingkat dan dijangka siap pada awal 2029.
Menurut YB Dato' Ir Izham Hashim, EXCO Selangor yang mempengerusikan taklimat, applikasi desktop untuk pemakluman awam sudah hampir siap untuk memudahkan orang ramai mengakses projek² JPS yang dilaksanakan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Penyelesaian kepada politik nilai vs politik identiti
Kalau Fitnah, Takfiri dan Ghulluw berleluasa. Komoditi apa yang dibawa sehingga menguasai pasaran politik dalam negara kita? - Atuk Jamz
Ikuti Podcast penuh di pautan Youtube vt.tiktok.com/ZSaMno5TQ/
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Naratif dimainkan ialah ... buat ladang babi MEGA!!!
Cuba fahami sisi yang lebih luas iaitu usaha kerajaan mereformasikan ndustri ternakan - Atuk Jamz
.This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Azli Yusof
@azliby
Ikuti Podcast penuh di pautan Youtube
youtu.be/e3oBOxa5P0E
. -
Azli Yusof
@azliby
Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 Lonjakan Penting Reformasi Pendidikan Kerajaan MADANI.
1. Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2026 merupakan suatu kejutan dan mengundang pelbagai reaksi banyak pihak.
2. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik RPN ini kerana ia memperlihatkan komitmen jelas kerajaan untuk merombak semula landskap pendidikan negara demi membina sistem yang lebih inklusif, mampan, responsif kepada situasi semasa dan berpaksi masa hadapan.
3. AMANAH mengalu-alukan pendekatan kerajaan menetapkan Kemasukan Tahun 1 mulai tahun 2027 dengan memberi pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak masuk seawal usia 6 tahun secara sukarela, selaras dengan perkembangan kognitif semasa kanak-kanak tanpa memaksa sesiapa yang belum bersedia. Ini menunjukkan pendekatan pendidikan yang lebih fleksibel dan responsif kepada keperluan keluarga.
4. Ketegasan kerajaan memewajibkan pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, sekolah antarabangsa dan sekolah persendirian (termasuk UEC) amat tepat pada masanya. Langkah ini seiring dengan Titah YDPA bagi memperkukuh jati diri nasional, perpaduan dan kefahaman sejarah negara.
5. AMANAH berterima kasih kepada kerajaan kerana peduli dan benar-benar meneliti pandangan pelbagai pemegang taruh terkait pemansuhan UPSR dan PT3 sebelum ini.
6. Melalui kaedah penilaian baharu berpusat, murid Tahun 4 akan dinilai dalam empat subjek teras mulai tahun 2026. Manakala murid Tingkatan 3 dinilai dalam lima subjek asas mulai tahun 2027. Ia bertujuan memastikan standard pembelajaran yang lebih jelas, mengesan kelemahan awal dan meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh.
7. AMANAH berpandangan langkah kerajaan memperkenalkan pelajaran TVET di peringkat sekolah menengah dengan fokus kepada teknologi dan digital adalah tepat bagi memenuhi keperluan semasa.
8. Namun kewajaran membawa Pendidikan TVET seawal peringkat sekolah rendah harus dipersoalkan dan dihalusi tanpa menolak keperluan pendedahan kepada teknologi yang melingkungi kehidupan seharian.
Azli Yusof
@azliby
9. AMANAH menghargai jaminan kerajaan kepada pelajar cemerlang mendapatkan tempat pengajian di IPTA berasaskan keupayaan universiti dan merit. Ia bagi memastikan sistem kemasukan yang lebih adil tanpa mengira latar belakang dan kemampuan.
10. AMANAH juga menyambut baik langkah peduli dan inklusif kerajaan memastikan pelajar 3,000 pelajar OKU mendapat pendidikan percuma di IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti, tambahan 3,000 tempat ke IPTA dan menaikkan bilangan pelajar keluarga miskin tegar yang mendapat pendidikan percuma/ PTPTN dari 5,800 ke 10,000.
11. Keputusan kerajaan memberi erti pendidikan tinggi sebenar kepada Tingkatan Enam dan Matrikulasi dengan meletakkannya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sangat dialu-alukan. Ia bukan sahajq memastikan transisi lebih lancar kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, malah memberi suntikan semangat dan moral kepada pelajar memilih laluan ini.
12. Akhirnya, AMANAH mendokong penuh reformasi pendidikan dilakukan kerajaan melalui RPN 2026-2035 bagi melonjakkan kualiti pendidikan sebagai asas pembinaan modal insan seterusnya membentuk perpaduan rakyat dan menyumbang kepada pembangunan negara.
YB Azli Yusof
Pengerusi - Biro Pendidikan Dan Perubahan Masyarakat
Parti Amanah Negara
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Menjunjung kasih Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah merungkai polemik pengiktirafan sijil pendidikan aliran persendirian/swasta.
"...lebih baik jangan duduk Malaysia". Kenapa? Ikuti hingga penjelasan terakhir. Fahami dan hayati Dasar Pendidikan Kebangsaan, bukan kerana sentimen semata².
.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Azli Yusof
@azliby
Ikuti Podcast penuh di pautan
youtu.be/KTJeZNhT8UQ
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
PMX menjawab soalan berkenaan (1) faktor menyumbang kepada prestasi pertumbuhan ekonomi 2025, dan (2) langkah dan pendirian Malaysia untuk terus kekal sebagai negara berkecuali
.
www.facebook.com/share/v/1Bfyr2bJue/ -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah! Usai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.
Bila ada Menteri/Timbalan Menteri berubah, kedudukan tempat duduk pun berubah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Ada apa hari ini, 19 Januari 2026?
. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih Kerajaan Madani dan PLUS Malaysia jadikan SMK (P) Bukit Kuda sebagai Sekolah Angkat Madani (SAM)...
www.facebook.com/share/p/18C64GcFrB/ -
Azli Yusof
@azliby
Salam Israk dan Mikraj 1447H/2026M.
Israk adalah satu dari tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Taala yang banyak. Dan Mikraj lebih besar dari Israk.
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al Israk : 1)
Semoga kita mengambil iktibar dari mukjizat perjalanan yang dilalui Nabi Muhammad SAW.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ini yang harus difahami, bukan disalah erti!
Sebanyak 116 ladang ternakan babi yang berhampiran dengan kawasan penduduk di Tg Sepat dan Kuala Langat akan ditutup.
Operasi yang berselerak sebelum ini akan dipindahkan ke ladang berpusat moden, terkawal dan mematuhi piawaian terkini di Bukit Tagar, kawasan pelupusan sampah (landfill) yang jauh dari kawasan kediaman dan penempatan.
www.facebook.com/share/p/1C5NsbWtwa/ -
Azli Yusof
@azliby
Sebab itu penting "tabayyun" sebelum tibaiyun...
www.facebook.com/share/1EFNNWs2Rh/
. -
Azli Yusof
@azliby
RUU Hadkan Tempoh Perdana Menteri. Ramai sokong, tapi kenapa PAS masih berdalih?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan hadir memenuhi jemputan ke "Majlis Malam Jalinan Seuntai Kasih" bersama para usahawan Pasar Tani Negeri Selangor, WPKL dan Putrajaya di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.
Majlis ini memberi ruang yang sangat bermakna untuk para usahawan tani saling berkenalan, mengeratkan ukhuwah serta berkongsi pandangan.
Melalui ucapan En Abdul Rashid - Ketua Pengarah FAMA, Tn Haji Isa - Pengarah FAMA dan En Zul Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya; saya dapat mendengar sendiri suara dan realiti yang dihadapi oleh para usahawan kecil dan sederhana yang selama ini menjadi tulang belakang kepada keterjaminan makanan negara.
Terima kasih pihak penganjur di atas jemputan. Tahniah kepada En Latiff dan Jawatankuasa Pasar Tani Stadium Shah Alam kerana memenangi anugerah pengurusan terbaik.
Insya-Allah saya berazam akan terus memberi sokongan dan kerjasama atas penganjuran aktiviti dan program di pasar tani khususnya di Shah Alam bagi menyemarakkan lagi pertumbuhan sosio ekonomi setempat yang diusahakan oleh usahawan tani.
. -
Azli Yusof
@azliby
Peruntukan besar untuk SJKC dan SJKT. Untuk Sekolah Agama Rakyat bagaimana?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Memulakan tugasan pejabat di awal tahun baharu dengan mesyuarat bersama rakan² staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Memperincikan aktiviti dan peruntukan untuk suku pertama tahun 2026. Antara tumpuan adalah
- sumbangan pakaian sekolah
- sumbangan barangan keperluan asas
- kaunter khidmat pelanggan bergerak
- program Tahun Baru Cina
- program persediaan menyambut Ramadhan
- program dan aktiviti sepanjang Ramadhan
- sambutan & jamuan Aidil Fitri
- aktiviti ziarah rahmah
- program sosio-ekonomi
- program pembangunan belia dan pemerkasaan komuniti
- projek mesra rakyat (PMR)*
Kami mengalu-alukan cadangan dan pandangan warga Shah Alam sekiranya terdapat keperluan untuk pelaksanakan PMR* untuk kemudahan dan manfaat orang ramai.
Kam i berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik. Bersedia mempertimbangkan permohonan, menerima aduan & teguran untuk kebaikan bersama.
.
Dari Kiri: Osman, Nathan, Amirul, Sanawi, YB, Hj Jamil, Latiff, Syed Azizi, Lyn. (Juru gambar - Zuhair).
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya berpeluang bersama dalam 'Majlis Keraian Warga Kerja & Keluarga Sri Pintar 2025' di Kelab Shah Alam, Seksyen 13.
Alhamdulillah, Sekolah Sri Pintar Shah Alam yang kami asaskan sejak 1999 telah beroperasi 27 tahun. Model pendidikan berkonsepkan 'sosial enterprise' ini telah wujud sekian lama tetapi mungkin istilahnya tidak diketahui ramai atau tidak sepopular sekarang.
Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan warga kerja dan sokongan keluarga terhadap komitmen mereka bertahun-tahun menabur bakti bersama di sekolah ini. Jutaan terima kasih dan setinggi² penghargaan atas pengorbanan semua. Terutama kepada teman² pengasas En Ismahali dan En Yazsid.
Kewujudannya sedikit sebanyak menampung keperluan sekolah islam integrasi di Shah Alam dan kawasan berhampiran. Ia menjadi pilihan kepada ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah swasta mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Penubuhan banyak sekolah Islam swasta telah mewujudkan persaingan sihat dalam perusahaan sosial sektor pendidikan bagi menampung keperluan semasa.
Dalam masa yang sama ia memberi peluang pekerjaan kepada ramai tenaga pengajar dan warga kerja menabur bakti dalam dunia pendidikan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Seminggu lagi sesi persekolahan akan bermula. Ibu bapa pastinya sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk kemasukan anak² ke sekolah. Bagi Selangor dan negeri² di pantai barat, ia akan bermula pada Isnin, 12 Januari 2026.
Pagi tadi saya telah menyerahkan sumbangan program 'Back To School 2026' kepada kumpulan terakhir penerima daripada Komuniti Pangsapuri Sri Nipah, Pinggiran USJ.
Dua hari lepas, saya turut menyerahkan sumbangan yang sama kepada penerima dari komuniti Pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16.
Mereka adalah sebahagian daripada 1,000 penerima bantuan Program 'Back To School 2026' Anjuran Angkatan Wanita Amanah, AWAN dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam yang dianjurkan dua minggu lepas.
. -
Azli Yusof
@azliby
Podcast Suara●SAlam - Episod 5
MBSA 2026+: Komited Tangani Isu Banjir Kilat
Ikuti Podcast penuh di pautan www.youtube.com/watch?v=SAvYzIckA00
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 12 Rejab 1447H
2026: Tahun Baharu, Azam Baharu
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Podcast Suara●SAlam - Episod 5
MBSA 2026+: Ke Mana Arah Bandar Raya Kita?
Ikuti Podcast penuh di pautan www.youtube.com/watch?v=SAvYzIckA00
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
"Kita diberitahu Israel memang menyekat beberapa barangan antaranya susu formula. Bila ada doktor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertugas di Gaza, mereka ini bawa susu formula tapi apabila sampai sempadan, ia dirampas - Dr Fauziah Mohd Hassan.
.
MyCARE sasar sedia 500 pek bantuan bayi untuk Gaza share.google/EPgakUnkClMuVNflq -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Tahun Baru 2026 !
Memulai tahun baru bersama-sama dengan teman² Hj Norazmi Mat Noh, Hj Maizan Abdul Majid, Ustaz Muhammad Aliff Shukri dll dengan azam tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Menyemak bacaan al-Fatehah secara bertalaqi dengan Muqri' Muallim Sheikh Hassan Aly Hassan Mohammed al-Thouqi dari Kaherah, Mesir.
Beliau berpengalaman lebih 10 tahun sebagai Guru Al-Quran, Tajwid dan Qiraat Al-Azhar Shubro, tahsin Al Quran dan Qiraat 10 Sughra.
Alhamdulillah, semua lulus dengan teguran 😅.
. -
Azli Yusof
@azliby
Imbasan 2025
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
🔴 LIVE PODCAST | Suara●SAlam Episod 05
🎙️ "Shah Alam 2026+: Ke Mana Arah Bandar Raya Kita?"
🗣️ Tetamu 1:
ENCIK SHAHRIN BIN AHMAD
Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA
🗣️ Tetamu 2:
Tuan Firdaus Mokhtar
Ahli Majlis MBSA
🎧 Hos:
YB Azli Yusof
Ahli Parlimen Shah Alam
🗓️ Rabu | 31 Disember
⏰ 9.00 malam
📺 Tonton secara LIVE di YouTube:
👉 www.youtube.com/watch?v=SAvYzIckA00
📢 Jangan lupa Like, Share & Subscribe
💬 Sertai perbincangan dan tinggalkan komen anda!
. -
Azli Yusof
@azliby
What a game! That's the way to celebrate year end with style.
Happy New Year, comrades !!
. -
Azli Yusof
@azliby
KRISIS POLITIK PERLIS | Wajarkah rakyat terus sokong PN/PAS ?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Menarik untuk sambut tahun baru. Tapi kenapa letak jawatan?
Siapa bakal pengganti? Atau tak perlu ganti? Sebab sudah tidak ada keterikatan lagi dalam PN.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam saya amat berbesar hati diundang merasmikan pembukaan RESTORAN KOPITIAM D16 dilokasi No.16, Jalan Pinang 18/D, Seksyen 18, Shah Alam.
Menurut pengasas dan pemiliknya, Encik Asri, cawangan kedua Kopitiam D16 ini dibuka bagi mengembangkan perniagaan mereka setelah berjaya beroperasi beberapa tahun di cawangan pertama di Seksyen 16.
Kopitiam D16 memberi pilihan kepada orang ramai untuk menikmati secawan kopi panas sambil menikmati hidangan melayu tradisional dan variasi masakan Malaysia.
Premis dua tingkat ini menyediakan ruang yang selesa untuk menjamu selera bersama teman2 dan keluarga. Kami doakan perniagaan mereka terus maju dan diberkati Allah. Tahniah !!
. -
Azli Yusof
@azliby
Syukur Alhamdulilah... selesai satu babak penting untuk teruskan perjalanan menyiapkan kajian penyelidikan PhD.
'Proposal Defence' pagi tadi diterima dengan sedikit pembetulan dan penambahbaikan. Seterusnya nak kena tumpu kepada kajian, hasil penyelidikan dan perbincangan. Dah tak banyak masa rehat.
Terima kasih kepada para panel penilai dan penyelia atas teguran, panduan dan dorongan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Mandi minyak? Tak panas ke? Untuk kebal ke...?
Malam semalam saya telah berkesempatan meraikan dan merasmikan Majlis Adat Istiadat Mandi Minyak & Majlis Penyerahan Bengkung Silat Seni Gayong Warisan Purba di Gelanggang Daeng Kuning, Alam Budiman.
Selain menganugerahkan bengkung kepada pelatih yang melepasi tahap tertentu, kami juga dipersembahkan dengan pertunjukan beberapa aktiviti silat yang mereka pelajari.
Saya turut diberi peluang untuk mencuba adat mandi minyak yang menjadi sebahagian dari adat pengamal silat gayong sebagai amalan pengubatan dan menyihatkan badan. Ia juga bertujuan untuk memberi ketahanan dan kekuatan fizikal dan penyucian spiritual.
Saya teruja dengan kesungguhan pengasas dan guru² silat gayong ini memperturunkan ilmu seni mempertahankan diri dan warisan budaya ini kepada generasi muda; anak2 berumur antara 7 tahun hingga remaja belasan tahun sekitar Shah Alam.
Moga usaha mereka terus mendapat sokongan semua pihak termasuk ibu bapa yang memberikan dorongan agar anak² terlibat dengan aktiviti sihat, membentuk disiplin dan membina jati diri menghadapi pengaruh negarif yang semakin mencabar.
Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba diketuai Cikgu Nurul Huda Abdul Rahman berazam untuk terus mengekal dan menyuburkan budaya seni silat gayong warisan purba yang diwarisi turun temurun. Tahniah!!!
. -
Azli Yusof
@azliby
Teruskan ukhuwwah dan gaya hidup sihat.
Pagi tadi saya bersekempatan menyertai Program 'Fun Walk' anjuran Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam (PPBBSA).
Kami berkumpul di perkarangan Warong Sorok, Bukit Bandaraya, melakukan regangan ringan sebelum bersama² berjalan santai mengelilingi kawasan kediaman.
Usai keluarkan sedikit peluh, kami menjamu selera nasi lemak dan kuih muih disediakan Warung Sorok. Memang sedap dan lazat.
Sebelum beredar ke program seterusnya, saya juga berpeluang meninjau rumah hijau yang diusahakan bersama ahli² persatuan penduduk.
. -
Azli Yusof
@azliby
"Agenda kebajikan, kemanusiaan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam teras utama perjuangan AMANAH - YB Mariam"
Petang Khamis baru² ini saya berkesempatan untuk bersama pimpinan AMANAH Nasional, negeri dan para aktivis Amanah Selangor dalam Majlis Majlis Hi-Tea Jasamu Dikenang sempena Satu Dekad AMANAH Selangor.
Majlis dianjurkan oleh Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam (BKKBA) AMANAH Selangor yang berlangsung di Summit Hotel USJ telah disempurnakan oleh Presiden Amanah, DS Muhamad Sabu.
Pengarah program merangkap Pengerusi BKKBA, YB Mariam Abdul Rashid, menegaskan bahawa agenda kebajikan, kemanusiaan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam perlu terus menjadi teras utama perjuangan AMANAH Selangor dalam ucapannya sempena
Beliau turut mengimbau bahawa sepanjang sedekad penubuhan AMANAH Selangor, pelbagai inisiatif kebajikan telah dilaksanakan aktivis dan sukarelawan pelbagai perongkat bagi membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, khususnya golongan terkesan akibat bencana alam dan krisis kemanusiaan.
Menurutnya juga, AMANAH bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah gerakan yang turun padang membantu rakyat ketika mereka paling memerlukan sokongan. Pendekatan kebajikan dan kemanusiaan ini mesti terus diperkasakan.
Majlis dianjurkan bagi menzahirkan kematangan serta komitmen parti dalam berkhidmat kepada rakyat. Tahniah !!!
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 5 Rejab 1447H
Berkata yang baik atau diam...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Peluang cuti peristiwa atau hujung minggu. Sambung rutin ziarah kawasan. Pagi tadi saya ditemani Hj Maizan Abdul Majid singgah Subuh di Surau Ittihadiyyah Sek 9 dan menyantuni para jemaah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Hari Natal kepada rakan² yang meraikannya...
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam kelmarin saya berkesempatan bersama para jemaah dan ibu bapa di “Majlis Kenduri Sekampung” Bagi Meraikan Anak-Anak Yang Menyertai Program Berkhatan Sunathon 2025 Surau Nurul Ihsan Seksyen 6.
Program berkhatan beramai ini merupakan acara tahunan dianjurkan oleh pihak surau. Sebahagian besar kos berkhatan ditanggung oleh pihak surau melalui sumbangan orang ramai.
Tahniah, semoga majlis diberkati dan diganjari dengan sebaik² ganjaran.
. -
Azli Yusof
@azliby
PODCAST Suara▪︎SAlam - Episod 04 | Reformasi Pendidikan MADANI: Apakah yang berubah?
Sistem Pengurusan Latihan SPL-KPM akan dimansuhkan tahun 2026. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan?
Podcast penuh di pautan
youtu.be/KTJeZNhT8UQ
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan menyantuni anak² muda yang mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal Nadi Juara 2025 di Sportizza Shah Alam - Glenmarie. Seterusnya melakukan upacara penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Belia Perpaduan Negara Shah Alam dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Sebanyak 24 pasukan mewakili kategori bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun telah mengambil bahagian. Tahniah kepada pemenang dan yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mempamirkan kebolehan mereka.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan bersama warga Shah Alam dalam Program Back to School Parlimen Shah Alam yang memberi manfaat kepada 1,000 orang pelajar.
Melalui sumbangan baucar kembali ke sekolah, kita cuba bantu sedikit sebanyak perbelanjaan ibu bapa untuk persiapan persekolahan sesi 2026 – daripada baju sekolah, kasut, beg, hinggalah keperluan asas anak-anak.
Program ini dianjurkan oleh Angkatan Wanita Amanah, AWAN Shah Alam dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Alhamdulillah, ia merupakan program tahunan yang telah berjalan sejak tahun 2008. Lebih 15 tahun kita kami anjurkan kerana percaya, pelaburan paling penting adalah pelaburan dalam pendidikan anak-anak.
Sebelum penyerahan baucar, para ibu bapa turut mengikuti sesi motivasi keibubapaan dan kekeluargaan bersama Dr Rubiah K Hamzah. Perkongsian yang sangat menyentuh hati, mengingatkan kita bahawa kejayaan anak-anak bermula daripada rumah, doa ibu bapa dan sokongan keluarga.
Mudah-mudahan bantuan kecil ini dapat meringankan beban, menceriakan anak-anak, dan menjadi pembakar semangat untuk mereka melangkah ke sekolah dengan lebih yakin dan ceria.
Insya-Allah, kita akan teruskan usaha ini demi masa depan anak-anak Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
PODCAST Suara▪︎SAlam - Episod 04 | Reformasi Pendidikan MADANI: Apakah yang berubah?
Tahun 2026 adalah tahun yang 'exciting'? Ikuti bicara bersama Dr Radin Muhd Imaduddin, Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) Menteri Pendidikan
Podcast penuh di pautan
youtu.be/KTJeZNhT8UQ
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
🔴 LIVE PODCAST | Suara▪︎SAlam Episod 04
🎙 Reformasi Pendidikan MADANI: Apakah yang berubah?
🗣 Tetamu:
Dr Radin Muhd Imaduddin
Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) Menteri Pendidikan
🎧 Hos:
YB Azli Yusof
Ahli Parlimen Shah Alam
🗓 Jumaat | 19 Disember
⏰ 9.00 malam
📺 Tonton secara LIVE di YouTube:
👉 youtu.be/KTJeZNhT8UQ
📢 Jangan lupa Like, Share & Subscribe
💬 Sertai perbincangan dan tinggalkan komen anda
. -
Azli Yusof
@azliby
Sesi Sidang Dewan Rakyat akan bermula tidak lama lagi !!
Kali ini, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas yang akan bermula pada 19 Januari (Isnin) sehingga 3 Mac 2026 (Selasa).
Justeru itu saya mengalu-alukan cadangan dan/atau persoalan yang boleh saya angkat menjadi pertanyaan parlimen.
Sila kemukakan sebelum 26 Disember 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang melalui Googleform di: forms.gle/Z5p23fNhBsBo3izH6
Sekian, terima kasih
. -
Azli Yusof
@azliby
Padi sedang masak ranum. Paling sesuai untuk dituai. Dua tiga hari ni masih hujan pula. Terpaksa tangguh dulu memesin.
Musim kali agak mencabar. Hasil sebahagian petani menurun. Banyak padi hampa (takda isi) sebab musim hujan lebat berpanjangan. Ada juga yang kena serang ulat batang. Harap² hasil tuaian esok tidak terjejas sangat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Awal pagi semalam saya berkesempatan menyantuni 120 pelajar² dan guru² pengiring dalam Majlis Perlepasan Murid SMK Seksyen 18 Ke Program Lawatan Sambil Belajar "STI Madani" ke Pusat Sains Negara, Bukit Damansara.
Program ini adalah sebahagian dari initiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar² tentang perkembangan sains, teknologi dan inovasi serta peranannya dalam kehidupan.
Ia diharapkan turut menarik minat dan keinginan mereka mendalami dan menceburi bidang STI seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara menuju high growth, high value nation.
Moga aktiviti ini dapat menzahirkan ungkapan "Orang yang banyak ilmu adalah yang banyak membaca dan mengembara (mencari pengalaman)".
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya berkesempatan hadir di Majlis Appresiasi Komuniti dan Perayaan Warisan Dong Zhi Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertempat di Dewan Konvensyen Bukit Raja MBDK, Bandar Bukit Raja Klang.
Majlis disempurnakan YB Dato' Ng Suee Lim, EXCO Pelancongan Negeri Selangor. Turut hadir Tuan Lau Weng Dan, Speaker DUN Selangor dan Dato' Abdul Hamid Hussin, Datuk Bandar MBDK.
Ada beberapa kawasan Parlimen Shah Alam terletak di bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang MBDK, seperti Bandar Bukit Raja (Timur), Mutiara Bukit Raja, Kampung Kuantan, Bukit Kuda, Taman Rashna dan Padang Jawa Klang.
Tahniah kepada Dr Quah Perng Fei, ADN Bandar Baru Klang serta Ahli² Majlis Puan Ngiang Yoke Mooi dan Tuan Gan Eu Eng kerana atas penganjuran. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk hadir sama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ketika di Seoul, kami sempat ziarah dan solat di Seoul Central Mosque, pusat Islam terbesar di Korea Selatan.
Menurut Imam Abdul Rahman Lee yang berkelulusan Universiti Islam Madinah, masjid ini berusia 50 tahun. Ada 30 masjid di seluruh Korea yang ditadbir oleh Korean Muslim Federation.
Islam di Korea baru menjangkau usia 70 tahun. Ketika ini dianggarkan ada 250,000 orang Islam di Korea. Semoga Islam terus subur di sini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bagus penjelasan Dr Radin berkenaan UEC. Mudah faham....
www.facebook.com/share/p/1ABzjMBAqP/ -
Azli Yusof
@azliby
Semalam, kami keluar awal pagi kerana perjalanan ke pejabat Pejabat Anti-corruption and Civil Rights Commission (ACRC) di Daejeon dari Seoul mengambil masa antara 2-3 jam.
Setiba di bangunan kerajaan menempatkan pejabat ACRC, rombongan Ahli² PAC Parlimen Malaysia disambut oleh Mr Kim Hongjin, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa ACRC.
Setelah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi ACRC, kami diberi taklimat terkait topi khusus yang sangat menarik iaitu "Protection and Rewards for Whistle Blowers".
Korea Selatan telah memperkenalkan "Act on the Protection of Public Interest Whistle Blowers" pada tahun 2011. Sejak itu akta ini telah melalui 36 kali pindaan dan penambahbaikan.
Pada dasarnya akta ini meningkatkan perlindungan pemberi maklumat supaya sesiapa sahaja boleh membuat pendedahan tanpa ada rasa ketakutan. Ia menjamin kerahsiaan, pekerjaan, perlindungan fizikal dan pengurangan kesan dari kemnungkinan dipersalahakan.
Menariknya, pemberi maklumat yang sah diberi ganjaran kewangan yang lumayan sehingga 30% hasil dari pemulangan atau pertambahan pendapatan, penjimatan kos membawa kepada peningkatan nilai kewangan kerajaan dan harta awam.
Pada sebelah petang kami kembali ke Seoul untuk mengadakan kunjungan ke pejabat National Assembly Budget Office.(NABO). Kunjungan kami disambut dan diraikan oleh Mr Dongha Chi, Chief of NABO serta beberapa orang pengarah kanan.
NABO sebuah badan yang diwujudkan oleh Parlimen Korea (National Assembly -ROK) pada 2003. Ia ditubuhkan sebagai sebuah institusi fiskal untuk menyokong aktiviti badan perundangan. Tujuannya meningkatkan kecekapan parlimen dalam menyemak dan memantau operasi kewangan kerajaan.
Institusi ini diberi mandat untuk membuat penyelidikan, analisa, menilai hal² berkenaan RUU belanjawan, penyelesaian akaun, pengurusan dana dan kewangan negara, meramal tren makro-ekonomi dan pentadbiran kewangan disamping menyokong aktiviti² parlimen.
Dapatan kajian NABO dimanfaatkan oleh Ahli² Parlimen untuk membahaskan sesuatu RUU belanjawan dan hal² berkaitan perbelanjaan negara sebelum ianya diluluskan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ketiga di Seoul. Rombongan PAC Parlimen Malaysia mulakan lawatan rasmi ke National Election Commission of South Korea (NEC).
Ketibaan kami disambut Mr Heo Cheol-hoon, Setiausaha Agung NEC beserta beberapa orang pengarah dan pegawai kanan yang lain untuk sesi taklimat dan dialog.
Korea Selatan mengadakan pilihan raya presiden setiap 5 tahun sekali. Manakala pilihan raya untuk memilih Ahli National Assembly. Gabenor, Datuk Bandar dan ahli majlis kerajaan tempatan diadakan secara serentak setiap 4 tahun sekali
Menarik sekali, Korea Selatan telah memperkenal dan menguatkuasakan Akta Pendanaan Politik untuk mempastikan pilihan raya yang lebih bersih, telus dan adil.
Akta ini tidak membenarkan mana² organisasi atau syarikat untuk mendanai parti atau calon bertanding. Hanya sumbangan individu yang dibenarkan mengikut had yang ditentukan. Manakala kerajaan pula akan memperuntukkan dana mengikut kadar undi yang diperlolehi.
Kami juga dibawa melihat ruang pameran dan pendidikan sistem pengundian oleh NEC dan diberi taklimat sistem dan kaedah yang mereka guna pakai.
Canggih... mereka memanfaatkan teknologi pendaftaran pengundi menggunakan mesin pengesan kad pengenalan dan cap jari.
Kertas undi akan dicetak sebaik pengenalan pengundi berjaya disahkan. Seterusnya baharulah pengundi akan memilih calon menggunakan stamp pad yang disediakan.
Setelah tempoh undian selesai. Kertas undian diasingkan menggunakan mesin pengasing mengikut calon. Kemudian baharulah bilangan kertas undi dikira secara manual. Mesin pengira kertas undi digunakan juga, tetapi kaedah pengiraan manual yang diterima pakai.
Pada sebelah petang, kami mengadakan lawatan ke Smart City Integrated Centre (SCIC) untuk Bandaraya Anyang.
Pusat kawalan ini mempunyai lebih dari 8,000 camera CCTV yang dipasang untuk memantau dan mengawal aspek keselamatan, lalulintas, alam sekitar, kebajikan dan perhubungan.
Ia memanfaatkan sepenuhnya teknologi AI dengan pemantauan dan pelaporan secara masa sebenar. Orang ramai diberikan akses kepada applikasi yamg dibangunkan untuk pelbagai kegunaan dan maklumat pengguna.
Kejayaan Anyang SCIC ini telah menarik minat banyak organisasi tempatan dan negara luar termasuk Malaysia untuk mengguna dan mengadaptasi sistem yang sama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari kedua rombongan PAC Parlimen Malaysia, kami mulakan lawatan ke National Assembly of The Republik of Korea (NA-ROK).
Ketibaan kami disambut oleh Timbalan Speaker NA-ROK, Hon Lee Hack-young disertai beberapa Ahli² Parlimen Korea Selatan. Antaranya Pengerusi Jawatankuasa Friendship Group Korea-Malaysia. Kami diberi taklimat dan berdialog tentang perjalanan NA-ROK serta kerjasama dua hala.
NA-ROK mempunyai 300 wakil rakyat yang dipilih melalui sistem pilihan raya untuk menggubal undang², meluluskan belanjawan dan melaksanakan dasar penting negara.
Mereka tidak ada PAC. Tugas itu dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Khas Kewangan dan Ekonomi yang memeriksa perbelanjaan Kerajaan secara berterusan. Manakala Jawatankuasa Khas Belanjawan dan Akaun menilai dan menyemak kewangan secara tahunan.
Menarik juga kami dimaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini NA-ROK memproses 5,000 RUU dan meluluskan sehingga 2,000 setahun. RUU tersebut disemak dan disaring terlebih dahulu sebelum ianya diangkat ke dalam dewan untuk diluluskan. Sangat menakjubkan. Untuk itu mereka bersidang sehingga 10 bulan sepanjang tahun.
Kami turut di bawa melawat Dewan Persidangan Utama, Dewan Persidangan Jawatankuasa Khas Kewangan dan Ekonomi dan Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang lain.
Pada sebelah petang, kami mengunjungi KOREA Investment Corporation (KIC) di State Tower milik KIC. Kami diraikan Chairman and CEO, II Young Park serta pewawai² kanan mereka.
KIC ini umpama Khazanah di Malaysia. Ia sebuah agensi pelaburan dana kekayaan negara Korea Selatan. Berbeza dengan Khazanah yang menumpu sebahagian besar kepada pelaburan dalam negara, KIC menumpukan pelaburan sepenuhnya di luar negara.
Selain daripada pelaburan dalam bidang infrastruktur, mereka juga giat meluaskan skop pelaburan dalam bidang digital dan peralihan tenaga. Sebahagian besar pelaburan mereka adalah di Amerika Syarikat.
Namun mereka juga berusaha melebar dan mempelbagaikan portfolio pelaburan ke negara lain termasuk Malaysia dan rantau Asia Tenggara. KIC diberi mandat yang bebas dan tidak bergantung kepada kawalan kerajaan.
KIC juga mempunyai badan audit bebas dan tidak tertakluk kepada Board of Audit and Inspection (BAI) di mana urus tadbir mereka dikawal sepenuhnya di bawah Akta KIC.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebaik tiba di Seoul awal pagi semalam, saya dan YB Wangsa Maju terus sertai rombongan Ahli² PAC Parlimen Malaysia yang telah tiba dengan penerbangan lebih awal untuk lawatan kerja 5 hari ke Korea Selatan - negara K-Pop, drama dan teknologi.
Agenda pertama adalah kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Dato' Mohd Zamruni bin Khalid dan warga kedutaan.
Seterusnya kami mengunjungi Transparency International-Korea (TIK). Menurut pengerusinya, Mr Lee Sang-Hak, 4 perkara yang menjadi teras kepada penambahbaikan tatakelola dan integriti pentanbiran kerajaan Korea: Tekad politik kepimpinan negara, kesedaran rakyat, perubahan budaya dan penambahbaikan undang².
Mengakhiri agenda hari pertama, kami mengunjungi pejabat Board of Audit and Inspection (BAI). Setelah perbincangan dua hala dengan Presiden Suruhanjaya Audit Korea Selatan, Madam Lee Mi-Hyun, kami diberi taklimat Ketua Pengarah BAI tentang sistem 'Digital Audit' yang mereka telah laksanakan mulai 2022.
Korea Selatan sangat terkehadapan dalam hal pengauditan dan semakan perbelanjaan dan tatakelola pengurusan kewangan negara dengan memanfaatkan teknologi digital semaksimanya.
Sesuatu yang boleh dicontohi terutama dalam era kepesatan teknologi digital dan data raya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi Ahad lepas saya berkesempatan menyantuni dan meraikan sukarelawan Rakan Muda dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di MAJLIS HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025 bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam.
Majlis ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kesukarelawanan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun.
Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) diwujudkan sebagai platform untuk menghargai jasa dan sumbangan sukarelawan serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kerja-kerja sukarela dan menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti kesukarelawanan di seluruh Malaysia.
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan sentiasa komited dalam memastikan setiap inisiatif yang digerakkan mampu memberi impak positif kepada rakyat, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta dasar-dasar kerajaan yang memfokuskan kepada kesejahteraan, kelestarian serta pembangunan belia dan negara.
Aktiviti kesukarelawanan merangkumi skop yang luas, melibatkan penyertaan aktif belia dan komuniti dalam pelbagai bidang kehidupan, bantuan dan khidmat sokongan dalam pembangunan komuniti, pendidikan, kesihatan, sosio-ekonomi, pertanian, alam sekitar, bencana, kebajikan, perpaduan dan lain-lain.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor atas penganjuran program ini, serta ucapan syabas kepada semua peserta yang hadir dan terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari semalam saya berkesempatan menyantuni pengunjung Program Saringan Kesihatan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Anjuran Mpp Zon 3, Dun Kota Anggerik Dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam di Dewan Melati, Seksyen 7.
Pelbagai jenis saringan kesihatan dianjurkan bertujuan menggalakkan masyarakat mengenal pasti masalah kesihatan di peringkat awal.
Tahniah kepada Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan dan warga Shah Alam yang hadir melakukan saringan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam kelmarin saya berkesempatan hadir di Majlis Makan Malam Silaturahim MPP Zon 19 Bersama Ketua² Komuniti Bukit Jelutong di Dewan Bunga Sakura, Jalan Adang U8/18, Bukit Jelutong.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kebersamaan. Lebih 50 wakil komuniti, ketua-ketua residensi, JMB dan MC Bukit Jelutong hadir bagi mengerat dan mengukuhkan hubungan antara Majlis dan pimpinan masyarakat setempat.
Majlis diserikan dengan kehadiran dan ucapan oleh Datuk Bandar Shah Alam. Beliau menekankan komitmen MBSA memantapkan sistem perkhidmatan dan penyampaian di seluruh Bandaraya Shah Alam.
Turut hadir, YB Dr Fahmi Ngah, EXCO Kerajaan Selangor merangkap ADN Seri Setia.
Kami berkongsi perkembangan semasa terkait usaha Kerajaan Persekutuan, Negeri dan PBT yang dilaksanakan untuk menyelesaikan isu banjir, kesesakan jalan raya dan kebersihan.
Kami turut berterima kasih atas pandangan dan pelbagai aktiviti sukarela yang dilakukan pimpinan dan masyarakat setempat memelihara kelestarian Bandaraya Shah Alam.
Terima kasih kepada YM Tengku Ahmad, Ahli Majlis MBSA Zon 19 atas undangan dan initiatif menganjurkan majlis itu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kebenaran Berhijab AirAsia: Saingan Dan Tamparan Kepada MAS?
1. Dua hari lepas, kita menerima satu berita yang cukup positif dalam industri penerbangan negara. AirAsia mengumumkan bahawa krew kabin mereka akan dibenarkan memakai hijab bermula tahun depan.
2. Pastinya ia langkah yang bukan sahaja amat dialu-alukan, tetapi sebenarnya sudah lama ditunggu oleh ramai rakyat Malaysia, khususnya masyarakat beragama Islam.
3. Keputusan ini tepat pada masanya, mendapat pujian ramai kerana ia mencerminkan penghormatan kepada kepelbagaian, identiti dan pilihan peribadi, selari dengan realiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, progresif dan inklusif.
4. Perubahan dasar ini juga dijangka akan melonjakkan rating dan persepsi umum terhadap AirAsia, setelah beberapa tahun syarikat itu berdepan kritikan—sama ada isu kelewatan jadual, beban tempahan, atau pengalaman pelanggan.
5. Kebenaran berhijab ini menjadi satu isyarat kecil tetapi sangat bermakna bahawa AirAsia bersedia berubah, lebih sensitif dan lebih memahami kehendak pelanggan.
6. Namun, persoalan penting tetap perlu kita tanya: Adakah AirAsia hanya mahu memperbaiki imej melalui perubahan kosmetik, tanpa menyelesaikan masalah asas perkhidmatan?
7. Pengguna hari ini bukan hanya melihat kepada wajah luar, tetapi menuntut ketepatan waktu, ketelusan maklumat, pemulangan bayaran yang cekap, dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
8. Pada masa yang sama, langkah AirAsia ini secara tidak langsung memberi tamparan persaingan kepada Malaysia Airlines (MAS).
9. Walaupun MAS berada dalam segmen perkhidmatan yang berbeza—lebih premium, lebih tradisional—namun realitinya, pengguna akan membandingkan tahap keterbukaan dan adaptasi setiap syarikat.
10. Maka timbul satu lagi persoalan: Adakah MAS akan mengikut jejak langkah yang sama, membenarkan pemakaian hijab untuk keseluruhan sektor perkhidmatannya?
11. Kita tidak tahu jawapannya hari ini, tetapi yang pasti, masyarakat kini lebih peka kepada nilai inklusiviti dan hak pekerja untuk tampil mengikut keyakinan dan kepercayaan masing-masing.
12. Akhirnya, sama ada AirAsia atau MAS, pengguna mahukan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti, mesra pelanggan dan menghormati semua kelompok masyarakat.
13. Jika ini dapat dicapai, industri penerbangan negara bukan sahaja akan lebih kompetitif, malah lebih mencerminkan nilai Malaysia yang sebenar—progresif, inklusif dan "accomodative".
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah ! Amal by Malaysia Airlines telah mulakannya pada tahun 2019. Sekarang AirAsia pula akan menyusul tahun depan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan memenuhi undangan Surau al Husna, Seksyen 20 untuk majlis perasmian ruang solat tambahan muslimat.
Selain memenuhi keperluan ruang solat terutamanya pada bulan ramadan, ruang ini juga bermanfaat sebagai ruang jamuan dan pelbagai aktiviti untuk ahli kariah.
Pembinaan ruang ini dijayakan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM) yang diselaraskan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Saya berbesar hati dapat beramah mesra dengan pimpinan dan warga komuniti al Husna terdiri dari empat entiti iaitu Surau al Husna, Persatuan Penduduk, KRT dan Koperasi Al- Husna.
Mereka sering berkolaborasi dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sehingga banyak meraih pelbagai anugerah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Semoga ruang baharu ini memberi manfaat besar buat jemaah dan merangsang agar lebih terpaut untuk memakmurkan rumah Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya tak kenal rapat dengan Allahyarham YB Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan. Namun sepanjang pemerhatian saya, Allahyarham lantang berbahas dan mencelah bila perlu. Isinya terang dan jelas, diselangi kata² pedas dan lucu. Sentiasa ramah dan ceria selalu.
Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama orang² beriman.
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM. JUMAAT | 14 Jamadilakhir 1447H
“Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan jiwa serta kekurangan hasil tanaman; dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya hadir di Majlis Perasmian Taman Anggerik Shah Alam yang telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Datuk Bandar Shah Alam dalam ucapan aluan telah berkongsi latar belakang identiti Bandar Raya Shah Alam yang juga dikenali sebagai Bandar Raya Anggerik sempena bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' sebagai bunga rasminya.
Taman Anggerik Shah Alam berkeluasan 5 ekar ini dibangunkan sebagai ruang untuk mengumpul dan memperaga ratusan pokok anggerik dari dalam dan luar negara.
Mengiringi DYMM Tengku Permaisuri menikmati kecantikan pelbagai jenis dan warna anggerik, saya sendiri teruja dengan potensi taman ini sebagai satu lagi ikon tumpuan ramai di Shah Alam.
Selain menjadi pusat tarikan kepada pencinta pokok anggerik dan pelancong, taman ini juga berperanan mempromosikan lanskap bandaraya Shah Alam agar terus dikenali sebagai bandar yang indah, lestari dan berdaya huni.
Syabas kepada MBSA. Harapan saya, semoga usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti flora dan fauna serta kehijauan di seluruh Shah Alam dapat terus diperkasakan demi kelestarian dan kesejahteraan semua penduduk.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi, sebelum ke Parlimen saya singgah sekejap di Surau Al-Huda, Seksyen 19. Saya ambil kesempatan untuk meninjau sendiri perkembangan pembinaan dewan terbuka berbumbung seluas 2,000 kaki persegi yang sedang dalam pembinaan.
Alhamdulillah, kerja-kerja nampak berjalan dengan teratur. Bila siap nanti, ruang ini boleh diisi sekitar 150 orang untuk pelbagai aktiviti — ruang jamuan, perjumpaan komuniti, program anak muda dan tempat kaum keluarga menunggu urusan jenazah diuruskan. Pendek kata, ia menjadi tempat ahli kariah berkumpul dengan lebih selesa.
Projek ini adalah Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM-ICU) yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam. Kita cuba pastikan setiap sen yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada penduduk.
Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan semua yang bekerjasama membantu menjayakan usaha ini.
Insya-Allah, kita terus buat yang terbaik untuk Shah Alam — perlahan-lahan, tapi sentiasa ke depan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berpeluang membahaskan RUU FINAS (Pindaan) 2025. Saya tekankan peranan FINAS untuk mendorong dan memajukan industri perfileman yang boleh membentuk budaya masyarakat Malaysia yang sejati sekalipun berhadapan dengan cabaran dan citarasa semasa.
-
Azli Yusof
@azliby
PMQT | YAB Perdana Menteri menjawab dua soalan terkait (1) jumlah hutang negara, strategi pembayaran dan prinsip kerajaan mengurangkan pinjaman baharu (2) tindakan kerajaan terhadap teguran keras Perdana Menteri terhadap pegawai.
www.facebook.com/share/v/1FTZzFgdBQ/
. -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | YB Tengku Zafrul menjawab persoalan Ahli² Dewan Rakyat terkait isu² pelaburan di hari terakhir tugasnya sebagai Menteri MITI.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebentar tadi saya telah berpeluang membahaskan Belanjawan 2026 peringkat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Saya turut menyinggung berkenaan dengan dasar dan hala tuju negara memperkasa industri logistik yang sekarang sedang pesat dibangunkan di Shah Alam. -
Azli Yusof
@azliby
Podcast Suara•SAlam | Bicara PRN Sabah Ke-17
Kerajaan Madani tunjang kestabilan Kerajaan Sabah.
Temu bual penuh Podcast di pautan youtu.be/-4ET9QmMoik
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 7 Jamadilakhir 1447H
Memilih PEMIMPIN yang KUAT & AMANAH
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PRN Sabah Ke-17 | Sulabayan Bangkit Untuk Sinar Baru. Berilah peluang kepada Calon HARAPAN, Ustaz Mohd Zulfikar Ab Mijan untuk membuktikannya.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
📢 LIVE PODCAST MALAM INI!
EPISOD 03 — ANAK MUDA & POLITIK KENEGARAAN
Jom bersama dalam siaran langsung SuaraSAlam Media P108 bersama:
🎙 Tetamu: Pn Aishah Zain (Ahli Majlis MBSA)
🎙 Hos: YB Haji Azli Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam)
📅 Khamis, 27 November
⏰ 9.00 malam
📍 YouTube @azliyusof
👉 Link siaran:
youtu.be/YkEX6YznenI
Topik yang sangat relevan untuk anak muda memahami masa depan politik negara.
Jemput tonton, share & ajak kawan-kawan sekali!
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang ini saya berpeluang membahaskan Belanjawan 2026 - Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Saya memberi tumpuan kepada UiTM sebagai IPTA utama di Shah Alam dan menyarankan agar diangkat dan dibangunkan menjadi Universiti Penyelidikan.
www.facebook.com/share/v/1AA3fGFLsV/
. -
Azli Yusof
@azliby
Podcast Suara•SAlam | 3 faktor penentu politik dan PRN Sabah Ke-17 - Prof Madya Dr Mazlan Ali.
Temu bual penuh Podcast di pautan
youtu.be/-4ET9QmMoik
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbang dan mewujudkan Skim Takaful PERKESO sebagai pilihan. Perkara ni saya suarakan ketika menyinggung aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam perbahasan Belanjawaan 2026 peringkat Kementerian Sumber Manusia lewat petang tadi.
-
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi, air banjir di sekitar Padang Jawa Shah Alam sudah mula beransur surut. Ramai penduduk yang terjejas sejak petang semalam sudah pun memulakan proses pembersihan kediaman masing-masing.
Sejak malam kelmarin hujan turun tanpa henti, ditambah pula dengan air pasang. Pertembungan dua faktor ini menyebabkan Sungai Klang melimpah dan seterusnya mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Shah Alam.
Malam tadi saya berkesempatan meninjau kediaman dan kawasan yang terjejas serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Seksyen 16 dan SRA Seksyen 16 yang dibuka untuk menempatkan mangsa.
Pusat Khidmat DUN Batu 3 dan para sukarelawan yang bertungkus-lumus menyediakan dan mengagihkan pek makanan panas dari Dewan Beringin, Seksyen 24. Usai sesi parlimen, saya turut sama membungkus dan mengedar makanan malam kepada mangsa yang memerlukan.
Walaupun keadaan semakin baik, kita semua masih dalam mod siap siaga memandangkan laporan MET Malaysia meramalkan hujan berterusan sehingga 26 November 2025.
Saya mendoakan agar semua urusan pembersihan dipermudah dan keselamatan keluarga kita sentiasa terpelihara. Jika ada keperluan mendesak, sila hubungi bilik gerakan terdekat atau Pusat Khidmat kami.
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat menduduki Peperiksaan SPM kepada semua calon di seluruh negara. Semoga beroleh kejayaan yang diimpikan.
Setelah berusaha sedaya upaya, maka berdoa dan berserahlah kepada Yang Maha Esa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Temu bual penuh Podcast Suara•SAlam bersama Prof Madya Dr Mazlan Ali di pautan youtu.be/-4ET9QmMoik
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
🎙️ PODCAST SuaraSAlam — EPISOD 02
“Sengit. Siapa Bakal Kuasai PRN Sabah ke-17?”
Malam ini secara langsung di YouTube!
📅 Isnin, 24 November
⏰ 9.00 malam
👤 Tetamu:
Prof. Madya Dr. Mazlan bin Ali
Pengarah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UTM
👤 Hos:
YB Azli Yusof
Ahli Parlimen Shah Alam
📺 Tonton di YouTube:
@azliyusof
Jom bersama kami untuk kupasan politik Sabah yang paling terkini dan mendalam.
Jangan lupa Like, Share & Subscribe!
. -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MAlAYSIA | Pagi tadi saya telah mengajukan Pertanyaan Jawab Lisan kepada Menteri KESUMA terkait pekerjaan baharu yang diwujudkan yang melebihi gaji pertengahan RM2,600 sebulan dan sektor² utama yang terlibat.
www.facebook.com/share/v/1Ahu4XkTBM/ -
Azli Yusof
@azliby
"Ni kenapa tak ikut latihan?"
"Bangun lambat..."
Saya menyapa sekumpulan remaja yang berada di pinggir padang memerhatikan rakan² mereka yang sedang menjalani klinik bolasepak di Padang Awam Seksyen 18.
Ya, kalau nak berjaya mesti ada kesungguhan dan disiplin. Belajar mesti ada disiplin. Bersukan pun mesti ada disiplin. Bila belajar, belajarlah sungguh-sungguh. Bila bermain, jangan main-main.
Itu antara nasihat yang saya berikan ketika menyantuni 120 orang remaja bawah 16 tahun yang menerima tunjuk ajar latihan bola sepak secara tersusun dan sistematik dari jurulatih bertauliah.
Klinik Bola Sepak Shah Alam Nadi Juara Siri Ke-4 yang dianjurkan atas kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM dan Persatuan Bolasepak Selangor FAS adalah Program Pembangunan Belia dan Pemerkasan Komuniti yang berterusan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam saya berkesempatan hadir ke Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Tengah di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN). Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuhkan perdagangan domestik, menyokong perkembangan PKS, dan memastikan produk tempatan terus mendapat tempat di hati pengguna.
YB Menteri turut melancarkan Aplikasi EZ-TTPM, sebuah applikasi online Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Aplikasi ini membolehkan tuntutan pengguna didengar secara dalam talian dengan lebih cepat, telus dan mudah di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Tribunal ini diwujudkan sebagai platform penyelesaian pertikaian yang adil dan mesra pengguna, khususnya bagi kes berkaitan pelanggaran hak-hak pengguna.
Saya amat berbesar hati kerana Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi Karnival KPDN sekaligus memberi ruang kepada warga Shah Alam dan Selangor mendapatkan pelbagai barangan daripada usahawan tempatan yang mempamer dan menawarkan pelbagai jualan dengan harga istimewa dan rahmah.
Terima kasih juga kepada KPDN kerana turut memberikan barangan asas rahmah kepada 100 penerima terpilih dari kalangan keluarga B40 di Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Suara SAlam | Bicara Belanjawan Selangor 2026 bersama YB Danial al-Rashid Harun, ADN Batu Tiga.
Temu bual penuh di pautan youtu.be/X1pY1x7crk0
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 30 Jamadilawal 1447H.
Kemuliaan seseorang bukan terletak pada kedudukannya, tapi pada akhlaknya.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang ini saya berpeluang membahaskan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa - KPKT. Saya menyinggung peruntukan pembangunnan (1) Projek Kecil Di PBT (2) Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (3) Pengurusan Sisa Pepejal, dan (4) Penyenggaraan Perumahan.
www.facebook.com/share/v/17QHEZfWc5/ -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | Apakah usaha yang dilaksanakan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memperkasa kepakaran tempatan dalam teknologi satelit ?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebentar tadi, saya telah berpeluang membahaskan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Serious matters. Pembangunan Teknologi Angkasa, Nuklear dan Bioteknologi.
www.facebook.com/share/p/181VPoy7wt/ -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | Menteri Pengangkutan bertegas perangi kenderaan lebih muatan. Sanggup hilang jawatan. Jadi menteri satu penggal pun tak apa hadapi tentangan demi tegakkan peraturan dan keselamatan pengguna.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Usai meluluskan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa KPDN sekitar 8.00 malam tadi; saya, YB Sri Gading dan YB Pulai langsung ke Hospital KPJ Seremban.
Kami ambil kesempatan ziarah Tn Haji Faiz Fadzil, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) yang sedang menerima rawatan.
Kami doakan semoga rawatannya dipermudahkan, sembuh segera, pulih sediakala dan boleh berlari semula 😅
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Bagaimanakah kesediaan perkhidmatan First-And-Last-Mile menghubung LRT3 dengan kawasan kediaman dan komersil...?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Bilakah LRT3 Laluan Shah Alam akan mula beroperasi? Ikuti jawaban Menteri.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((LANSUNG)) PMX menjawab soalan (1) status pelaksanaan Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. (2) punca utama mendorong Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia dan bagaimana ia membantu pembangunan ekonomi
www.facebook.com/share/v/19xS68rXu2/ -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya, YB Tampin dan YB Bentong telah diundang berkongsi pengalaman dalam 'Program Chit Chat Madani Siri 10'.
Tetamu dan peserta kali ini adalah 35 orang pimpinan pelajar Politeknik Mersing, Pengarah dan beberapa orang pensyarah pengiring.
Kami berkongsi aspirasi pengalaman kerjaya, keterlibatan dalam politik, nilai-nilai teras yang diterapkan sebagai wakil rakyat, cabaran dan aspek integriti yang diamalkan sebagai pemimpin.
Moga pelajar-pelajar tahun akhir ini berjaya dalam akademik dan kepimpinan. Seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat apabila mereka berkecimpung di arena itu nanti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 23 Jamadilawal 1447H
Pendidikan bermula di rumah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi semalam, saya sempat singgah di Balai Polis Seksyen 6 bagi meraikan Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada IPD Shah Alam di atas pelbagai inisiatif mendekatkan PDRM dengan masyarakat. Khusus kepada Insp Izzman - Ketua Balai dan seluruh warga Balai Polis Seksyen 6 selaku tuan rumah.
Usaha sebegini pasti memperkukuh kepercayaan, keselamatan dan keharmonian komuniti Shah Alam.
Tahniah juga kepada Tuan Ramsey Anak Embol atas lantikan sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam yang baharu menggantikan Tuan Mohd Iqbal Ibrahim.
Program ini turut dihadiri YB Najwan Halimi - ADN Kota Anggerik, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz - mantan Timbalan IGP, Dato' Pahlawan Zakaria Yusof - Timbalan Ketua Polis Kedah, ketua² komuniti dan orang ramai.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Pendidikan Karakter merentas kurikulum dan kokurikulum. Peranan guru untuk mendidik bukan sekadar mengajar.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
"Saya melihat keputusan ini membuktikan Kerajaan Madani pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati perjanjian MA63 dan bersungguh untuk menyelesaikan kemelut puluhan tahun yang tertangguh demi memberikan hak rakyat Sabah".
selangortoday.online/keputusan-tidak-rayu-bukti-komitmen-…
. -
Azli Yusof
@azliby
Peperiksaan lahirkan generasi burung kakaktua? Biar betul...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Dalam sesi PMQT pagi tadi, PMX menjelaskan bahawa dari 2023 hingga 2025, pelbagai agensi penguatkuasaan negara berjaya merampas dan mengenakan penalti berjumlah:
💰 RM15.5 bilion — hasil ketegasan membanteras rasuah, penyeludupan dan jenayah ekonomi:
🟢 SPRM – RM8 bilion (lucut hak aset)
🔵 PDRM – RM4 bilion (penyitaan)
🟣 Kastam – RM2.5 bilion (rampasan)
🟠 KPDN – RM1 bilion (penalti)
Tahniah atas tekad politik Kerajaan MADANI dan komitmen agensi penguatkuasaan memperkukuh usaha membanteras ketirisan hasil 🇲🇾✨
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Seawal pagi tadi, saya mengambil bahagian mengemukakan soalan tambahan terkait kebajikan pelajar² Sekolah Agama Rakyat (Swasta) termasuk kebenaran menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, berakhir Konvensyen Amanah Nasional 2025 selama dua hari di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam dengan sempurna.
Saya menyusun seribu kemaafan kepada semua para perwakilan dan pemerhati di atas sebarang kekurangan dan kekhilafan sepanjang konvensyen berlansung.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana dan petugas-petugas di atas komitmen dan semangat kerja berpasukan menjayakan Konvensyen Nasional 2025.
Selamat kembali ke kawasan masing-masing. Semoga kita ketemu lagi di konvensyen akan datang.
YB Azli Yusof
Pengarah Jawatankuasa Pelaksana
. -
Azli Yusof
@azliby
Perkara yang paling dibimbangi ketika mengetuai jawatankuasa pelaksana konvensyen ialah jika berlaku sebarang kekhilafan besar. Terutamanya ketika majlis perasmian.
Alhamdulilah, majlis perasmian Konvensyen Amanah Nasional 2025 pagi semalam berjalan lancar. Konvensyen 2 hari diteruskan pada sebelah petang dengan mesyuarat tahunan dan perbahasan pidato Presiden.
Konvensyen Amanah Nasional diadakan buat kesekian kalinya di Shah Alam dengan Selangor diamanahkan menjadi tuan rumah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang ini para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara mula tiba di Shah Alam untuk menghadiri Konvensyen Amanah Nasional 2025 yang akan berlangsung pada 8 - 9 November di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Konvensyen kali ini juga adalah merupakan konvensyen ke-10 Parti Amanah Negara yang ditubuhkan pada 16 September 2015. Amanah akan menetapkan hala tuju dan rangka kerja untuk 10 tahun mendatang dalam mendepani landskap politik negara.
Saya mewakili pimpinan dan ahli-ahli Amanah Shah Alam selaku tuan rumah mengalu-alukan kehadiran semua dan mengucapkan selamat berkonvensyen.
"Menyempurnakan Amanah, Merealisasi Harapan"
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 16 Jamadilawwal 1447H. Sunnah Diplomasi
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Shah Alam mahu 'Skyway' disegerakan. Alu-alukan PPP/PFI.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Congratulations to Zohran Mamdani. Well done !
The New York Times
@nytimes
Breaking News: Zohran Mamdani, a 34-year-old state lawmaker from Queens, will be the 111th mayor of New York. He will be the first Muslim to ever lead the city, as well as its first South Asian mayor and the youngest mayor in more than a century.
www.nytimes.com/live/2025/11/04/nyregion/nyc-mayor-electi… -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya singgah dahulu di Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah Allahyarham Haji Dol Hamid Bin Bakar (87).
Sepanjang hayatnya, Allahyarham seorang yang sangat disenangi, banyak berbakti dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para mukminin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mohon diadakan undian belah bahagi terhadap Usul RUU Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026).
Keputusan undian:
Setuju - 120
Tidak Setuju - 67
Tidak Mengundi - 0
Tidak Hadir - 35
Usul disetujukan!
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Akta Komunikasi dan Multimedia telah dipinda. Tapi fitnah dan berita palsu masih berleluasa. Apakah langkah seterusnya?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) YAB Perdana Menteri menjawab soalan PMQT pagi ini. (1) Kemajuan Pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95. (2) Faedah diperolehi dari Kepengerusian ASEAN di Kuala Lumpur dan Persidangan APEC di Korea Selatan.
www.facebook.com/share/v/1BRduxVQm4/ -
Azli Yusof
@azliby
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan secara rasmi mulai 2021. Setujukan anda jika ia dikembalikan semula untuk menilai pencapaian kognitif murid Tahun Enam dan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
. -
Azli Yusof
@azliby
"Assalamualaikum YB..." Ingat tak lagu ND Lala? Kalau diikuti lirik dalam lagu tu, begitulah lebih kurang kehidupan seorang wakil rakyat yang saya lalui.
Seawal 8.30pagi tadi, saya sudah berada di Gelanggang Tanjung, Taman Botani Negara untuk merasmikan Program Latihan Asas Memanah Tradisional Anjuran Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam. Bagus program ni. Nabi SAW pun galakkan sukan memanah.
Jam 9.45 pagi saya sudah tiba di majlis Hari Sukaneka 2025 Taman Batu Tiga Anjuran KRT Taman Batu Tiga. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk orang dewasa, remaja dan kanak bertujuan mengeratkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat.
Seterusnya saya bertolak ke Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya dan tiba jam 11.30 pagi untuk penuhi undangan perkahwinan anak perempuan Hj Emir Sherrifuddin Dan Hjh Rosnani, sahabat NGO Salam Relief yang sangat komited dengan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Moga majlis mereka sempurna dan diberkati Allah.
Usai menjamu selera dan beramah mesra dengan tuan rumah dan tetamu, saya bergegas kembali ke Shah Alam.
Sekitar jam 1.00 petang, saya tiba di Masjid Al-Azhariah (Masjid Unta) Seksyen 18 untuk solat Zohor. Kesempatan di sini, saya ambil.peluang meninjau kerja pelaksanaan Projek Mesra Rakyat (PMR) untuk naik taraf tandas muslimin dan muslimat. Alhamdulilah, hari minggu pun kontraktor datang buat kerja.
Seterusnya saya diiringi pimpinan Pemuda AMANAH Shah Alam singgah ziarah Sdr Mior Shukri yang kurang sihat dan sedang berehat sementara menunggu rawatan susulan di Hospital Serdang. Moga Sdr Mior sembuh segera dan pulih sediakala.
Jam 2.00 petang saya ke Majlis Sambutan Deepavali 2025 Peringkat Parlimen Shah Alam di perkarangan Dewan Kuil Sri Maha Mariaman, Rimba Jaya Seksyen 16. Ini adalah majlis ke-3 yang dianjurkan dengan kerjasama masyarakat setempat.
Setelah itu saya ambil peluang berehat sebentar berehat dan sempat lelapkan mata sementara menunggu program seterusnya.
Usai solat Asar saya bertolak ke Taman Rashna dan tiba sekitar jam 5.30 petang untuk penuhi jemputan Program Sambutan Depavali 2025 anjura KRT Taman Rashna di Dataran Taman Tugu Keris, Klang. Kawasan kediaman ini terletak di bawah Parlimen Shah Alam walupun di tadbir Majlis Bamdaraya Diraja Klang MBDK.
Peluang bertemu dengan pimpinan masyarakat dan warga Shah Alam begini saya manfaatkan untuk mendengar dan menerima aduan, teguran, cadangan dan permohonan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Alhamdulillah, tiada program atau undangan di waktu malam. Boleh ambil stamina pulihkan tenaga sebelum ke Parlimen esok hari untuk sambung Sidang Dewan Rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan hadir dalam dua majlis jamuan sempena perayaan Deepavali.
Pertama majlis Sambutan Deepavali 2025 anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam dan DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Persatuan Taman Astaka di Dewan Astaka, Bukit Raja.
Seterusnya saya ke Majlis Makan Malam Sambutan Deepavali MPP Zon 20 di Dewan Baiduri, Sunway Alam Suria, Seksyen U10.
Majlis jamuan dan perayaan Deepavali disambut meriah di pelbagai peringkat dan komuniti. Seperti perayaan lain, ia juga lazimnya diraikan selama sebulan dengan semangat perpaduan dalam kepelbagaian oleh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya ke Parlimen menghadiri "2nd Tripartite Forum" yang dianjurkan Parlimen Malaysia dengan kerjasama ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) bertemakan “Bridging the Gap: Ensuring Affordability, Reliability,and Sustainability in Renewable Energy”
Usai majlis perasmian oleh YB Tan Sri Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat, saya sempat mengikuti sesi forum pertama bertajuk "Energy Security in an Uncertain World: Reducing Dependence in Times of Geopolitical Tensions".
Forum ini membincangkan tentang pasaran tenaga global yang semakin dipengaruhi oleh dinamika geopolitik, menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan dan kebergantungan tenaga.
Ahli-ahli panel turut menyentuh peluang, dasar dan peraturan yang menyokong penbangunan tenaga boleh baharu yang dijana hidro, angin, solar, ang, ombak, geoterma, dan biojisim.
Mereka turut mencadangkan bagaimana negara serantau dapat berkolaborasi memperkukuh keselamatan tenaga sambil mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar.
Setelah itu saya ke Tanjung Malim untuk menghadiri majlis perkahwinan anak seorang sahabat sepersekolahan dahulu. Alhamdulillah, majlis begini jadi ruang berhimpun dan bertanya khabar kawan² yang sudah lama tidak ketemu.
Seterusnya saya lansung pulang ke Shah Alam dan singgah di majlis sambutan Deepavali anjuran warga Kebun Komuniti Seksyen 8. Deepavali Nal Valthukal!
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya menerima kunjungan perkenalan dari AJK Biro Sukan dan Keusahawanan AMK Cabang Shah Alam diketuai Sdr Mohd Syafiq Ikram Abdullah. Beliau diiringi Sdr Thivakaran dan Sdri Aifa.
Manakala saya pula ditemani Sdr Mohd Amirul Izuan, Naib Ketua Pemuda AMANAH Shah Alam.
Kami bertukar pandangan tentang senario dan hala tuju politik semasa khususnya melibatkan kerjasama yang boleh dilaksanakan di bawah Parlimen Shah Alam.
Pastinya sebagai senior, saya lebih banyak berkongsi pengalaman dan memberi memberi serba sedikit nasihat.
Tumpuan pastinya tentang peranan dan keterlibatan lebih aktif oleh pemuda Pakatan Harapan dan Perpaduan untuk menyelami pemikiran, cita rasa dan keperluan anak-anak muda.
Seterusnya memimpin mereka dengan semangat patriotisme menyumbang kepada keharmonian, pembangunan dan kemajuan negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
SETUJUKAH ANDA jika kerajaan hanya benarkan warganegara memiliki kad sim prabayar kepada 2 pendaftaran sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi. Manakala bagi warga asing hanya 2 pendaftaran sahaja tanpa mengira syarikat.
Ia bertujuan mengelak kad prabayar disalah guna untuk pelbagai tujuan penipuan dan penyebaran maklumat palsu atau ugutan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | MP Shah Alam bangkitkan isu kekosongan dan penempatan guru.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | REE akan diproses dahulu, ditambah nilai dan dikawal mengikut undang² Malaysia, bukan dieksport mentah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) Pagi ini YAB Perdana Menteri menjawab soalan PMQT berkenaan (1) hasil pertemuan dengan Presiden Trump (2) kemajuan kerajaan menangani isu kemiskinan.
www.facebook.com/share/v/18eE1tRTuS/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Dakwaan Malaysia kompromi isu Halal adalah tidak berasas.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Tengku Zafrul berang dengan Hassan Karim. Kenapa?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Belanjawan 2026 - Krisis nilai di kalangan remaja tanggungjawab bersama.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) Penerangan Menteri MITI berkenaan Perjanjian Tarif Timbal Balas (ART).
www.facebook.com/share/v/17K8aNTo1S/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Belanjawan 2026 - ISLAM terus subur di bawah Kerajaan MADANI
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Belanjawan 2026 - Penanda Aras RMK13. Bagaimana Carcosa Seri Negara beri impak pelancongan?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Congratulation !
Zohran Kwame Mamdani
@ZohranKMamdani
Thank you, New York City.
Now let’s win. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Diplomasi tuntut keamanan GAZA.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam kelmarin saya berkesempatan meraikan masyarakat kaum India yang mengadakan Majlis Jamuan Deepavali Peringkat Parlimen Shah Alam bagi kawasan Batu 3.
Malam tadi saya luangkan masa menyantuni masyarakat Tiong Hua Seksyen 17, 18 dan 24 yang meraikan Pesta Tanglong anjuran MPP Zon 6.
Kedua²nya ada sejarah tersendiri. Tiada unsur keagamaan. Tapi kedua2nya mengambil peristiwa dan meraikan pesta cahaya yang bertujuan membawa sinar dan harapan kehidupan yang lebih baik.
Barangkali ini antara warisan budaya yang boleh mereka ceritakan kepada anak cucu yang hidup di zaman moden. Tidak berpeluang merasai pengalaman terdahulu.
Selamat meraikan Hari Deepavali dan Pesta Tanglung. Terima kasih kepada Sdr Nathan Sri, Manimaran Maniam dan Tn Haji Firdaus Mokhtar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Insya-Allah, sekitar jam 6.00 petang nanti saya akan mengambil bahagian dalam Ucapan Perbahasan RUU Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) peringkat dasar.
Jika masa mengizinkan saya akan menyentuh topik berikut:
1️⃣ Disiplin Fiskal, Defisit & FRA
2️⃣ Tahun 2026 – Penanda Aras RMK13
3️⃣ Islam Terus Subur
4️⃣ Pendidikan & Krisis Nilai
5️⃣ Solidariti Gaza
6️⃣ Pelaksanaan Belanjawan & Akauntabiliti
📅 *Isnin, 27 Oktober 2025*
⏲️ *6.00 Petang*
📍 *Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia*
🔴 *Siaran langsung di:*
👉 www.facebook.com/azliyusof67
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari semalam saya telah diundang untuk berkongsi pengalaman dan dorongan kepada sebahagian dari 214 pelajar, calon SPM 2025 SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SSAAS) Seksyen 2, Shah Alam.
Kebetulan mereka baru selesai mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu dan Sejarah.
Semasa mengambil SPM 40 tahun dahulu, saya ambil Geografi sebagai mata pelajaran pilihan. Jadi saya tidak ada pengalaman teknik menjawab mata pelajaran Sejarah.
Namun begitu, saya katakan bahawa aspek sejarah sangat penting untuk pastikan kita memahami asal usul perjuangan kemerdekaan, penggubalan Perlembagaan Malaysia, asimilasi kaum dan kontrak sosial. Ia menjadi panduan kepada pemimpin negara pastikan hak warga negara, kestabilan, keharmonian dan pembangunan negara.
Mujurlah pada tahun 2013 Kementerian Pendidikan telah menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus, sama seperti Bahasa Melayu, supaya generasi muda memahami sejarah negara dan memperkukuhkan perpaduan.
Selamat menempuh peperiksaan SPM 2025. Saya doakan semua berjaya dengan cemerlang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya penuhi jemputan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 8, Shah Alam. Majlis turut dihadiri YB Najwan Halimi, ADN Kota Anggerik merangkap EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan.
Kebiasaannya saya dan YB Najwan saling berganti hadir memenuhi jemputan penduduk. Kerana banyak permintaan, kami terpaksa agih-agih masa dan peranan.
Tapi dengan En Malik - Pengerusi Persatuan Penduduk Pansapuri Seksyen 8, kami jadi lembik tengkuk. Memang beliau seorang yang sangat ringan tulang, gigih dan komited. Kami sukar menolak permintaannya.
Sebab itulah majlis beliau turut dihadiri En Khairul Hidayat - Penghulu Mukim Petaling, Sarjan Zamri dari Balai Polis Seksyen 6 dan Hj Azril Afendi - YDP Ikram Shah Alam yang sering berkolaborasi dalam pelbagai aktiviti.
Apa pun tahniah kepada En Malik, AJK dan ahli persatuan yang hadir. Moga maju jaya dengan kepimpinan yang baharu. Insya Allah kami akan terus beri sokongan terhadap aktiviti dan keperluan persatuan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sekembali dari Semenyih lewat petang semalam, saya berkesempatan singgah di Surau Nurulhidayah Taman Batu Tiga Shah Alam untuk bersama dalam "Majlis Batu Tiga Bersalawat".
Peluang begini saya sering manfaatkan untuk menyantuni para jemaah surau sambil memberi dorongan atas usaha mengajak masyarakat memakmurkan rumah Allah melalui pelbagai aktiviti keagamaan.
Tahniah kepada pihak pengurusan Surau Nurulhidayah yang menganjurkan program ini bersama dengan JPKK Bt 3.
. -
Azli Yusof
@azliby
PEMUDA PENERAJU GENERASI BAHARU
Petang semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2025 yang diadakan di Setia Ecohill, Semenyih, dan telah disempurnakan oleh YB Adly Zahari, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara.
Konvensyen ini memperlihatkan semangat juang dan idealisme Pemuda AMANAH yang tinggi untuk membina masa depan Malaysia dengan rahmah, amanah, dan adil dengan visi yang jelas.
Golongan pemuda bukan sekadar pewaris, tetapi peneraju generasi baharu yang mampu membawa gagasan perubahan dengan ilmu, akhlak dan nilai perjuangan yang murni.
Dalam dunia yang pantas berubah, pemuda hari ini mesti berfikir jauh ke hadapan — celik teknologi, berjiwa progresif, namun tetap berpaksikan prinsip amanah dan keadilan.
Pemuda Amanah harus menjadi contoh kepada generasi lain, memperjuangkan politik nilai yang berasaskan ilmu, integriti dan kebajikan rakyat.
Saya yakin dengan kekuatan idealisme dan daya tahan anak muda, perjuangan ini akan terus segar. Teruslah melangkah ke hadapan dengan semangat, keberanian dan keikhlasan.
Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Bersama membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan sejahtera. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Mini Karnival SeHEART – 1000 Hari Pertama Kehidupan di Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam.
Karnival ini memberi fokus kepada isu kesihatan awam di kawasan pangsapuri, termasuk nutrisi kanak-kanak, kesihatan mental dan pencegahan denggi.
Antara isu yang amat membimbangkan ialah masalah bantut di kalangan kanak-kanak. Menurut data Bank Dunia, hampir 21% kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah bantut tumbesaran, dan angka ini lebih ketara dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di kawasan bandar.
Melalui program SeHEART (Selangor Health Care for Strata) dan inisiatif 1000 Hari Pertama Kehidupan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, usaha bersama ini menekankan kepentingan pemakanan, kesihatan fizikal, kesejahteraan mental serta stimulasi awal anak-anak sejak dalam kandungan hingga usia dua tahun.
Saya amat menghargai komitmen dan kolaborasi semua pihak yang turun padang; Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8, Perbadanan Pengurusan Anggerik (PPA), Seksyen 24 serta komuniti pangsapuri setempat.
Kesihatan komuniti bukan tanggungjawab individu semata-mata, tetapi amanah bersama. Semoga usaha ini menjadi langkah kecil ke arah komuniti pangsapuri yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Yesterday afternoon, I was honoured to be invited as the Guest of Honour to officiate and share some words of encouragement at the Ebright Annual Festival 2025 at Top Glove HQ, Setia Alam.
It was a wonderful event that celebrates the spirit of public speaking and confidence-building among our young talents.
I was truly inspired to see how Ebright is nurturing the next generation to speak with courage, think with confidence, and dream with purpose.
Since 2016, Ebright Kids Public Speaking has a rich history in helping children develop their speaking confidence through professional public speaking training.
A special appreciation to Tan Sri Lim Wee Chai - Chairman of Top Glove, and to all sponsors and partners for their continued support in empowering our youth and strengthening community development.
Congratulations to Mr. Kevin Khoo - MD of Ebrights, the dedicated coaches, supportive parents, and all the shining students who made this event a success.
"Dare to Dream"
. -
Azli Yusof
@azliby
APMM Serang Masjid RUSILA? Siapa sebenarnya yang bangkitkan keresahan?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi kami Ziarah Peduli Salam Jumaat warga emas yang uzur di Seksyen 4, Shah Alam. Moga mereka diberi kekuatan, kesihatan dan kesembuhan.
Moga kehadiran kami memberi sedikit keceriaan dan kebahagiaan kepada mereka.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 2 Jamadilawwal 1447H.
Syukur dengan nikmat dan ujian.
. -
Azli Yusof
@azliby
Siapakah yang paling wajar dipertanggungjawabkan terhadap krisis nilai di kalangan pelajar/remaja?
-
Azli Yusof
@azliby
DAKWAAN TAPAK MASJID SETIA ALAM 2 AKAN DIGUNA UNTUK TUJUAN KOMERSIL TIDAK BENAR.
Beberapa hari yang lepas, saya menerima aduan dari wakil penduduk berkenaan dakwaan Tapak Masjid Setia Alam 2 yang akan diguna untuk tujuan aktiviti komersil.
Saya langsung bertanya kepada pihak yang berkenaan untuk mendapat kepastian. Alhamdulilah, hari ini pihak MBSA telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Malah MBSA bertegas bahawa tapak tersebut hendaklah digunakan untuk pembinaan masjid dan pelaksanaannya harus disegerakan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Isu krisis nilai di kalangan remaja dan pelajar. Ramai menyuarakan hukuman rotan dikembalikan sebagai sebahagian kaedah mendisiplinkan pelajar.
Adakah anda bersetuju?
. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) Penerangan Khas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh YAB Perdana Menteri.
.
www.facebook.com/share/v/14LGTyLKAA2/ -
Azli Yusof
@azliby
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikan.
Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kejayaan dan kasih sayang dalam kehidupan.
Marilah kita memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Deepavali Nal Valthukkal!
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan meluangkan masa sepenuhnya dalam acara kemuncak Westports FAS Junior League 2025 di Pusat Latihan FA Selangor, Shah Alam.
Saya amat berbesar hati di atas sokongan & kerjasama FAS di dalam mengangkat program Shah Alam Nadi Juara dengan menganjurkan Karnival Nadi Juara sebagai acara penting bersama Westports.
Setinggi penghargaan kepada kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang memberi peluang kepada Shah Alam Nadi Juara untuk berkolaborasi membangunkan bakat & menyediakan platform yang terbaik bagi industri bola sepak di Selangor.
Shah Alam Nadi Juara adalah siri program pembangunan komuniti dan pemerkasaan belia untuk warga Shah Alam anjuran Persatuan Belia Perpaduan Negara Shah Alam dengan kerjasama FAS dan disokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Tahniah kepada perserta² Nadi Juara yang telah dipilih untuk bersama-sama menyertai mengikuti acara tahunan FAS pagi tadi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan meluangkan masa sepenuhnya dalam acara kemuncak Westports FAS Junior League 2025 di Pusat Latihan FA Selangor, Shah Alam.
Saya amat berbesar hati di atas sokongan & kerjasama FAS di dalam mengangkat program Shah Alam Nadi Juara dengan menganjurkan Karnival Nadi Juara sebagai acara penting bersama Westports.
Setinggi penghargaan kepada kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang memberi peluang kepada Shah Alam Nadi Juara untuk berkolaborasi membangunkan bakat & menyediakan platform yang terbaik bagi industri bola sepak di Selangor.
Shah Alam Nadi Juara adalah siri program pembangunan komuniti dan pemerkasaan belia untuk warga Shah Alam anjuran Persatuan Belia Perpaduan Negara Shah Alam dengan kerjasama FAS dan disokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Tahniah kepada perserta² Nadi Juara yang telah dipilih untuk bersama-sama menyertai mengikuti acara tahunan FAS pagi tadi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara merupakan initiatif penting dalam memperkasa kesejahteraan warga emas di peringkat komuniti.
Pagi tadi saya berkesempatan merasmikan PAWE Setia Alam. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPWKM, JKM Shah Alam dan Pertubuhan Warga Emas Setia Alam (PWESA) atas usaha penubuhan ini 9 bulan yang lalu.
PAWE merupakan satu inisiatif dengan matlamat menyediakan ruang aktiviti sosial, rekreasi dan keusahawanan untuk warga emas. Ia menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan warga emas terus aktif, sihat dan dihargai.
Kita sedang berdepan realiti menuju status negara menua menjelang tahun 2030, apabila 15% daripada penduduk Malaysia akan terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Sehingga kini, terdapat lebih 150 buah PAWE di seluruh negara, dan PAWE Setia Alam ini menjadi antara pusat terbaharu daripada 21 kesemuanya di Negeri Selangor.
Kehadiran PAWE bukan sekadar simbol kemudahan fizikal, tetapi satu pelaburan sosial untuk masa depan. Ia tanda pengiktirafan atas sumbangan generasi terdahulu, menyediakan ekosistem sokongan agar mereka terus berperanan aktif dalam masyarakat.
Saya berharap PAWE Setia Alam ini akan menjadi pusat komuniti yang hidup dan inklusif, tempat berkumpul, belajar dan berkongsi pengalaman antara generasi.
Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya PWESA, agensi² kerajaan, sukarelawan, dan warga emas dan semua pihakn yang telah bersama menjayakan karnival warga emas pagi tadi.
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT, 25 Rabiulakhir 1447H | Krisis nilai di kalangan remaja. Salah siapa?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | Ramai mahu kembalikan hukuman rotan di sekolah. Apa pandangan anda?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya singgah dahulu di Surau Al-Irsyadiah Seksyen 17 untuk bertanya khabar dan meninjau kerosakan berikutan angin kuat dan hujan lebat melanda sebahagian kawasan Shah Alam petang semalam.
Insya-Allah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM akan mengusahakan peruntukan membantu membina semula bumbung hadapan yang telah rosak dan uzur. Keluasan kawasan berbumbung ini juga akan ditambah untuk keselesaan jemaah.
Paling teruk terjejas adalah kawasan Meru sehingga 2 PPS dibuka untuk memberi perlindungan kepada keluarga mangsa yang terjajas.
. -
Azli Yusof
@azliby
Krisis pendidikan dan nilai di kalangan remaja yang telah menjadi BOM JANGKA. Perlu tindakan tegas, holistik dan SEGERA.
www.facebook.com/share/p/1B9muuXfbv/ -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | Adakah sekolah kita sudah tidak selamat? Apakah yang perlu kita buat?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen hari ini, saya hadir dulu di Majlis Perasmian Shah Alam Urban Forum, SAUF 2025 bertema disempurnakan oleh YAB Dato' Amiruddin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Sebelum itu saya telah mengambil bahagian sebagai panelis sesi dialog Agenda Komuniti Kita bertajuk Program Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam: Menyemarakkan Kesejahteraan Sosial.
SAUF 2020 berlangsung selama 2 hari di MBSA Convention Centre. Ia mengumpulkan hampir 2,000 penyertaan pembuat dasar dari kalangan warga PBT di Selangor, agensi² kerajaan dan perancang bandar serta penglibatan MPP, Wanita Berdaya, PEBS, komuniti setempat dan NGOs.
Forum ini sangat penting sebagai medan ilmu membolehkan pelbagai pihak berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi menggapai strategi dan pendekatan terbaik untuk menjadikan Shah Alam sebagai sebuah bandar yang lestari dan berdaya huni.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | MP Shah Alam bertanya apakah initiatif kerajaan bantu pekerja GIG miliki rumah pertama. Berita gembira. Dengarkan jawapan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Aktiviti berlapis-lapis di hujung minggu.
- Menyantuni dan memberi dorongan kepada peserta² Klinik Futsal - Program Pembangunan Belia dan Pemerkasaan Komuniti anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam di Dewan Akasia MBSA, Seksyen U12.
- Hadir di majlis appresiasi Komuniti Madani dan perpisahan Tuan Rudianshah, Pegawai Penerangan Daerah Petaling yang bertukar ke MOTAC di Kelab Shah Alam, Seksyen 13.
- Hadir memenuhi undangan majlis perkahwinan adik Tn Haji Firdaus Mokhtar, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 6 di Dewan Teratai, Seksyen 19.
- Menyantuni dan meraikan penerima² sumbangan bantuan persiapan menyambut Deepavali oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan Shah Alam di Dewan Pinang Seksyen 18.
. -
Azli Yusof
@azliby
Moment paling saya tunggu usai solat atau mendengar kuliah ialah jamuan makan. Tapi bukan lah sebab nak tahu apa hidangan yang disediakan. Itu dah kira jatuh nombor dua. Yang utama dapat duduk menyantuni jemaah, bertaaruf, berbual dan bertanya khabar.
Seawal dinihari, saya ditemani Hj Maizan Abdul Majid singgah Subuh di Surau ar Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4. Usai solat kami kekal bersama jemaah ikuti kuliah sehingga selesai sebelum dipelawa menjamu selera. Syukran !
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi punya cerita. HIKING membelah Bukit Cerakah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM sempena Hari Sukan Negara, 11 Oktober 2025.
Pertama kali kami anjur program begini. Tak sangka sambutan tidak terperi. Asalnya tawarkan 100 penyertaan. Baru sejam buka iklan, terus tutup sebab sudah mencapai 250 permohonan.
Di hari kejadian. Timbul pelbagai perasaan. Teruja, gembira, syukur atas sambutan luar biasa. Ramai sekali anak muda yang turut serta. Kami yang tak berapa ada kudrat pun turut rasa bersemangat.
Saya gembira dapat bersama² hiking sehinga ke sasaran destinasi. Expedisi 3.5 jam mengharungi laluan Backyard Trail Shah Alam ke Tasik Cermin. Terima kasih dan tahniah atas penyertaan warga Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam semalam, saya berkesempatan hadir meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Majlis kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor
Saya telah merasai dan menyaksikan pembangunan pesat Shah Alam sejak mula menjejakkan kaki pada tahun 1985.
Pertukaran kepimpinan dan pengurusan MBSA telah berlaku sejak Shah Alam diiktiraf sebagai sebuah bandar raya pada tahun 2000. Semua menyumbang besar kepada pembangunan dan kelestarian Shah Alam sebagai bandar raya berdaya huni.
Semoga kepimpinan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam akan meneruskan pembangunan lestari dan kecekapan perkhidmatan MBSA.
#weloveshahalam
#kitaselangormajubersama
#malaysiamadani
#jubliperakmbsa
. -
Azli Yusof
@azliby
Berita gembira untuk warga Shah Alam. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Kerajaan Madani dan Kementerian Pendidikan.
Tiga puluh lapan (38) buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.
Dua (2) buah sekolah baharu akan dibina di Shah Alam. Satu di Parlimen Shah Alam dan satu di Parlimen Kota Raja.
#belanjawan2026
#kerajaanmadani
#belanjawanrakyat
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 18 Rabiulakhir 1447H. Doa senjata orang mukmin.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
PARLIMEN MALAYSIA | Isu Kampung Sungai Baru. Shah Alam tegur Arau salahkan penjawat awam.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Belanjawan 2026 akan dibentangkan esok. Boleh kongksikan jangkaan dan harapan anda?
. -
Azli Yusof
@azliby
Rata-rata golongan muda yang memenuhi Stadium Axiata malam tadi. Saya tergolong orang tua yang turut bersama belasan ribu yang bersolidariti bersama Gaza anjuran Sekretariat Sumud Nusantara.
Terasa kerdil mendengar semangat juang aktivis Sumud Flotilla Global yang berkongsi pengalaman menempuh gelombang di lautan. Berhadapan dengan tentera Is ra el ketika dalam tahanan mempertahankan hak dan keadilan. Bukan calang² kalau tidak teguh keimanan.
Saya teringat Firman Allah Surah an-Nisa ayat 95. Ayat ini menyatakan tidaklah sama keadaan orang beriman yang duduk sahaja berbanding mereka yang berjihad dengan harta dan jiwanya. Allah lebihkan darjat dan kurniakan mereka ganjaran yang amat besar.
Sumud Nusantara berazam untuk gerakkan misi baharu. Berazam pecahkan benteng Rafah. PMX dan kerajaan Malaysia komited untuk bantu. Moga misi bantuan ini dipermudahkan. Demi Gaza, demi Palestin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jom ! Belum terlewat lagi. Naik LRT dari Stesen Putra Heights - Bukit Jalil.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi kami Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mendengar taklimat Ketua Audit Negara berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 - Penyata Kewangan Persekutuan Tahun 2024 Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan.
Secara amnya, prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2024 bertambah baik dengan penurunan defisit dan nisbah defisit kepada KDNK berbanding tahun 2023. Pinjaman tahun 2024 juga menurun berbanding tahun 2023.
Seperti lazimnya, PAC akan memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk yang dikenal pasti mempunyai unsur 3P1K iaitu Penyelewengan, Penyalahgunaan Kuasa, Pembaziran dan Ketirisan.
Berikutan itu, PAC akan mengadakan prosiding untuk mendapatkan penjelasan berhubung:
i. Sistem e-Jamin; dan
ii. Pengurusan Kenderaan Kerajaan di Bawah Perjanjian Konsesi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kita mungkin tidak mampu belayar seperti mereka. Tapi kita boleh beri sokongan dan tunjukkan kebersamaan. JOM !
#globalsumudflotilla
#sumudnusantara
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat kembali ke tanah air kesemua aktivis dan peserta Global Sumud Nusantara.
malaysiamadani.gov.my/2025/10/23-sukarelawan-global-sumud…
. -
Azli Yusof
@azliby
Dua minggu lepas kami menziarahinya sebaik menerima berita beliau sakit serius. Pagi tadi kami terima berita beliau hembuskan nafas terakhir.
Saya ambil masa rehat sidang Parlimen tengah hari tadi untuk beri penghormatan terakhir dan solat jenazah bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jemaah Masjid Hidayah, Seksyen 18.
Sama² kita doakan semoga roh Allahyarham Yusoff Yaakob (67) diampuni dan dicucuri rahmah serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
. -
Azli Yusof
@azliby
Begitulah sebaiknya. Mengaku dan menyesali kekhilafan dan berazam untuk tidak mengulanginya.
Terbaik PMX atas teguran tegas !
. -
Azli Yusof
@azliby
DUN Sabah sudah bubar bah ...
sabahmedia.com/2025/10/06/hajiji-umum-bubar-dewan-undanga…
. -
Azli Yusof
@azliby
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Rakyat bermula hari ini. Sidang kali ini akan berlangsung selama 35 hari dari 6 Oktober - 4 Disember 2025.
Di antara urusan penting sidang kali ini adalah Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat, 10 Oktober 2025.
. -
Azli Yusof
@azliby
Syukur Alhamdulilah. Kemuncak Himpunan Satu Dekad AMANAH malam tadi berlangsung dengan pengisian dan suasana cukup meriah.
Saya teruja dengan semangat, kesungguhan dan kesetiaan pendokong yang terlibat dari mula penubuhan. Sehingga kepada kemasukan ramai golongan muda yang meyakini perjuangan AMANAH membawa mesej RAHMATAN LIL ALAMIN.
10 tahun berlalu ditempuhi penuh liku. 10 tahun ke hadapan akan didepani penuh HARAPAN.
Parti Amanah Negara
1 Dekad
1 Misi
1 Hati
. -
Azli Yusof
@azliby
Tiba di Stadium Titiwangsa untuk Himpunan Satu Dekad AMANAH petang tadi. Alhamdulillah, ketemu ramai ahli², pendokong dan penyokong yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Parti Amanah Negara
1 Dekad
1 Misi
1 Hati
. -
Azli Yusof
@azliby
Rombongan Cik Kiah Amanah Shah Alam ke Himpunan Satu Dekad AMANAH di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bertolak jam 3.00 petang.
Delegasi diketuai Pengarah Mobilisasi Tn Haji Rafizal Ali. Perjalanan dimulai dengan bacaan doa oleh Ketua Pemuda, Ustaz Aliff Shukri.
Parti Amanah Negara
1 Dekad
1 Misi
1 Hati
. -
Azli Yusof
@azliby
Besar, manis dan rangup !! Pagi tadi saya berkesempatan petik buah Melon Selangor (Melon Sel) yang diusahakan Kebun Komuniti Seksyen 24 Setia.
Ini merupakan kali ke-3 mereka menuai hasil projek pertanian bandar hidroponik "Sejati Madani". Tahniah atas komitmen dan kesungguhan peserta menghasilkan buah berkualiti tinggi. Beli harga tinggi pun puas hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
JOM ! Hadir beramai-ramai petang ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama anak² meraikan kewujudan keluarga ini 32 tahun yang lalu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama ribuan rakyat Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan US menyatakan solidariti bersama Gaza serta bantahan terhadap sekatan dan tangkapan sukarelawan bantuan Sumud Flotilla Global oleh Is ra el.
. -
Azli Yusof
@azliby
JOM! Perhimpunan Aman Solidariti Bersama Gaza hari ni lepas solat Jumaat bermula di Masjid Tabung Haji.
#stand4sumud
#freegaza
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ni 30 September. Saya semak TouchnGO eWallet. Kat situ ada ikon BUDI95; tunjuk kelayakan dan baki subsidi yang boleh digunakan.
Guna eWallet melalui handphone, mudah kan ?
. -
Azli Yusof
@azliby
Berapakah anggaran purata penggunaan petrol RON95 anda setiap bulan ?
-
Azli Yusof
@azliby
Thanks to the 97th minute goal.
New Castle 1 : 2 Arsenal. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya luangkan masa menyantuni pelatih-pelatih Klinik Bola Sepak Shah Alam Nadi Juara – Siri 2 (Hari kedua) yang diadakan di Padang SK Taman Bukit Subang.
Seramai 200 pelatih pelbagai kategori di bawah 16 tahun dari Taman Bukit Subang dan kediaman berdekatan telah menyertai sesi kali ini.
Mereka diberi pendedahan latihan asas dan teknik bola sepak oleh jurulatih berpengalaman dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Acara turut dimeriahkan dengan pertandingan timbang bola untuk kanak-kanak & dewasa, selain jualan peralatan serta pakaian sukan jenama Kelme untuk para peminat bola sepak.
Para pelatih turut teruja dengan penampilan khas Cenzo, pemain bola sepak MSS Selangor Bawah 18 tahun. Mereka berpusu² mengambil peluang mendapatkan tandatangan idola sukan kebanggaan remaja kini.
Program ini terlaksana hasil usahasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam, FAS, Kelab Belia Perpaduan Nasional Bandar Shah Alam, MPP Zon 22 serta SK Taman Bukit Subang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan berkunjung ke Tapak Selangor Agrofest 2025 yang dirasmikan oleh YB Dato Ir Izham Hashim, EXCO Pemodenan Pertanian & Perladangan, Keterjaminan Makanan & Industri Asas Tani Negeri Selangor.
Ekspo pertanian dwitahunan terbesar di Selangor yang berlansung dari 25-28 September 2025 ini mengetengahkan inisiatif kemajuan serta teknologi terkini dalam bidang pertanian di Selangor.
Pelbagai segmen menarik di Tapak Pameran Seksyen 13 Shah Alam menggamit ramai pengunjung termasuk:
- Pameran Hortikultur
- Pameran Tanaman Pertanian
- Peralatan & Kelengkapan Pertanian
- Teknologi Pertanian Terkini
Jualan produk hasil Industri Asas Tani
Agrofest 2025 bukan sahaja menjadi medan pameran, malah ruang terbaik untuk masyarakat mengenali potensi besar sektor pertanian negeri.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya juga berkesempatan menyantuni warga Pangsapuri Bukit Kuda yang mengadakan program gotong royong pembersihan sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025.
Syabas dan tahniah kepada JPKK Kampung Kuantan yang menganjurkan program ini dengan kerjasama JMB Pangsapuri Bukit Kuda dan Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan penglibatan 100,000 peserta sempena HCM 2025 yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini.
Ia dianjurkan seiring dengan 'World CleanUp Day' bagi meningkatkan kesedaran tentang pencemaran sisa dan menggalakkan tindakan bersama untuk persekitaran yang lebih bersih.
Pada majlis ini saya menerima permohonan dari JMB Pangsapuri Bukit Kuda untuk memperbaiki pagar kediaman mereka yang usang dan mengalami kerosakan.
Insya-Allah saya pertimbangkan dan usahakan peruntukan Projek Mesra Rakyat ICU-JPM.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah berkesempatan memenuhi undangan PIBG untuk merasmikan Majlis Aspirasi SPM/PPKI 2025 di SMK Seksyen 19 di Hotel De Palma Shah Alam.
Majlis ini menjadi medan penyuntik semangat buat para calon SPM yang bakal menghadapi detik penting dalam hidup mereka.
SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi penentu arah masa depan. Kejayaan tidak datang bergolek – ia menuntut usaha berterusan, disiplin tinggi, sokongan ibu bapa, bimbingan guru dan doa yang berpanjangan.
Peperiksaan ini hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup, tetapi ia juga menjadi pintu laluan kepada perjuangan masa hadapan.
Tempoh yang berbaki sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian.
Guru-guru telah berkorban tenaga, ibu bapa telah mencurah dorongan, kini tiba masa anda membuktikan semua itu berbaloi.
Insya-Allah, dengan tekad, usaha dan doa, saya yakin calon-calon SPM dari SMK Seksyen 19 akan memperolehi kejayaan cemerlang.
Syabas dan tahniah kepada pihak PIBG dan pentadbir sekolah atas penganjuran majlis penuh bermakna ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya turun bertemu dan menyantuni penjaja di Seksyen 7 Platinum F7/F.
Mereka bertanyakan tentang status Kiosk KPKT yang ditempatkan di kawasan mereka berniaga. Mereka telah dipindahkan sementara menunggu proses penyerahan Kiosk tersebut dilakukan.
Alhamdulillah, saya menghubungi Ahli Majlis berkenaan dan dimaklumkan pihak PBT telah selesai menguruskan proses permohonan, penilaian dan pemilihan penjaja yang layak.
Saya difahamkan penyerahan Kiosk akan dilakukan pada awal Oktober 2025. Semoga memberi kelegaan kepada penjaja agar dapat berniaga dengan selesa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya dan pegawai² Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM berkesempatan meneruskan aktiviti Ziarah Peduli Salam Jumaat.
Kami mengunjungi dan bertanya khabar 3 orang warga Seksyen 18 yang uzur kerana mengidap pelbagai masalah kesihatan; Sdr Sharul Nizar (Abang Boi), En Abdul Razak dan En Yusoff Yaakob.
Kami doakan kesembuhan buat mereka dan semoga urusan rawatan dipermudahkan. Serta kami hulurkan sedikit bantuan sebagai tanda simpati dan peduli. Moga amal kebajikan di pagi Jumaat diberkati Ilahi.
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 4 Rabiulakhir 1447H
Antara hukuman, keimanan dan ketaatan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya jarang layan komen berjela. Kali ni saya cuba layan juga untuk memahami masalah mereka yang kata penyasaran Ron95 tidak membawa manfaat.
Tiba² lain pula sudahnya... 😂
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berbesar hati kerana berpeluang menghadiri majlis perasmian Festival Fabrikasi 2025 di Taman Botani Negara Shah Alam oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Festival anjuran bersama Persatuan Seni Jahitan Kreative Malaysia (SJK) dan Epal Green Sewing dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan serta swasta bertujuan mengangkat seni tekstil berasaskan natural dye dan eco printing.
Ia bukan sahaja menzahirkan kreativiti, malah mendidik tentang pentingnya kelestarian alam, di samping membuka ruang kolaborasi antara penggiat seni, pereka fesyen dan masyarakat.
Matlamat persatuan juga bertujuan memperkasa dan memberi ruang komuniti B40 dan kurang berkemampuan menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan keluarga.
Tahniah kepada Dato Fully Chye Goet Lee, pengasas SJK atas usaha gigih bersama persatuan dan pihak² yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap program yang mereka anjurkan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya jarang layan komen berjela. Kali ni saya cuba layan juga untuk memahami masalah mereka yang kata penyasaran Ron95 tidak membawa manfaat.
Tiba² lain pula sudahnya... 😂
. -
Azli Yusof
@azliby
Thank you Italy
Globe Eye News
@GlobeEyeNews
BREAKING:
Italy sends navy ship to protect Gaza flotilla, which is heading to Gaza to deliver aid, from attacks. -
Azli Yusof
@azliby
BUDI95 | Bagus sangat kah? Apa kebaikan pelaksanaan penyasaran harga Ron95 untuk rakyat dan negara?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya berkesempatan meraikan program Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Pakaian Beragam Kanak² sempena Hari Malaysia 2025 anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil Negeri Selangor (PPPKNS) di Laman Budaya Taman, Tasik Shah Alam.
Saya juga diberi penghormatan merasmikan upacara perasmian penutup program yang bermula sejak awal pagi dengan pelbagai acara; senamrobik, pertandingan melukis kanak², gubahan bunga kaum wanita serta 30 reruai pelbagai jualan oleh penjaja dan peniaga kecil.
Program ini dijayakan dengan kerjasama MBSA, MPP Zon 1, AWAN Shah Alam, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam, PKM Kota Anggerik dan Batu Tiga.
Aktiviti sehari ini telah dirasmikan oleh YB Najwan Halimi, ADN Kota Anggerik pada sebelah pagi dan turut dihadiri oleh YB Danial Al Rashid, ADN Batu 3. Tahniah kepada YDP Persatuan Pn Hanim Mohd Said, pihak penganjur dan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan mengunjungi Pasar Tani Stadium Shah Alam, pasar tani terbesar di Malaysia.
Kawasan Stadium Shah Alam telah dan sedang melalui pelbagai pembangunan menyebabkan tapak pasar terpaksa diubah beberapa kali.
Namun, suasana pasar tani di tapak baharu tetap meriah dengan kehadiran para pengunjung dan peniaga yang menjadikan pasar tani ini lokasi utama untuk mendapatkan produk segar terus daripada hasil tempatan.
Lebih istimewa, pihak pengurusan pasar tani turut mengadakan majlis kesyukuran dan program mesra pelanggan sempena meraikan ulang tahun ke-40 kewujudan Pasar Tani. Ia satu pencapaian besar yang membuktikan peranannya sebagai penghubung penting antara pengeluar dan pengguna.
Turut hadir bersama ialah Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Tuan Haji Isa bin Hamzah, serta Encik Rusman Md Lizah, Chief Executive Officer (CEO) DEFM.
Saya titipkan setinggi penghargaan atas kerjasama FAMA dan DEFM yang komited dan peduli dengan keperluan peniaga dan keselesaan pengguna.
Semoga Pasar Tani terus berkembang maju, memperkasakan ekonomi tani dan memastikan rakyat mendapat bekalan makanan segar, berkualiti serta berpatutan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam di Perhimpunan Agung AIPA ke-46, sekali lagi saya berbesar hati kerana diberi kepercayaan mempengerusikan "Sesi Dialog Negara Pemerhati bersama Timor-Leste".
Dialog kami bertemakan:
“ASEAN Centrality: Catalysing Inclusive Regional Architecture for a Sustainable Future.”
Pertukaran pandangan ini menekankan peranan Keutamaan ASEAN sebagai kuasa penstabil dalam menghadapi kerumitan geopolitik global, di samping memperkukuh kerjasama dengan Negara Pemerhati.
Sesi ini mengikuti ucapan penutup penuh harapan oleh TYT Speaker Maria, Ketua Delegasi Timor-Leste, yang menegaskan komitmen dan semangat berterusan negaranya untuk menjadi anggota ASEAN ke-11.
Mereka sangat bersemangat untuk menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan dan pembangunan rantau ini.
Fokus Malaysia pada tahun 2025 iaitu perdamaian berasaskan dialog, integrasi ekonomi, dan pembangunan inklusif turut mendapat sokongan yang kuat dalam dialog ini.
Ia sekaligus mengukuhkan peranan proaktif ASEAN yang berpusatkan rakyat dalam membentuk masa depan yang mampan.
#aipa2025 #asean #timorleste
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi, saya berbesar hati mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Sosial pada hari kedua Perhimpunan Agung AIPA Ke-46 di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Kami telah membincangkan, memperincikan dan mempertimbangkan lima (5) draf resolusi penting sebelum ianya diterima dan dipersetujui, iaitu
1️⃣ Uniting Parliaments for an Inclusive and Sustainable ASEAN in Addressing Contemporary Drug Challenges
2️⃣ Strengthening Social Protection for Vulnerable Groups in the Face of the Climate Crisis
3️⃣ Promoting the Roles of Parliaments in Enforcing Existing Laws on Alcohol Beverage Control
4️⃣ Promoting Harmonisation of Educational Standards & Recognition of Vocational Skills to Develop ASEAN’s Digital Human Resources
5️⃣ Promoting Access to Affordable and Quality Healthcare for All in ASEAN
Kami turut mendengar intervensi penting daripada Parlimen Nasional Timor-Leste, selaku negara pemerhati, yang telah memperkayakan lagi perbincangan.
Saya telah menekankan semangat solidariti, inklusiviti, dan kerjasama rakan² peserta delegasi dalam membentuk dasar sosial yang memastikan kesejahteraan dan kemampanan komuniti ASEAN.
Hasil kerja jawatankuasa ini mencerminkan komitmen bersama ke arah ASEAN yang menitikberatkan keterangkuman dan kemampanan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Telah sempurna Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Ke-46 Asean Inter-Parliamentarian Assembly (AIPA) oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Saya dan rakan² delegasi berkampung 3 hari di WTC Kuala Lumpur dalam persidangan tahun ini yang bertemakan "Inclusivity dan Sustainability".
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya berpeluang hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Turun Padang Jom @ Coop 2025 disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan.
Program mempromosi latihan dan pendidikan koperasi telah berlangsung selama 6 bulan dengan penyertaan lebih 5,500 ahli lembaga, pengurusan dan anggota koperasi di seluruh negara.
Program ini membuktikan gerakan koperasi bukan sekadar entiti ekonomi, tetapi platform pendidikan, inovasi dan pengukuhan masyarakat.
Kerajaan menyasarkan pencapaian RM73 bilion menjelang 2030 sebagai bukti kekuatan koperasi dalam menjana ekonomi rakyat.
Dalam era baharu, koperasi perlu berilmu dan adaptif. Pendigitalan pentadbiran, kewangan serta pemasaran mesti diberi keutamaan agar terus relevan dan mampu menarik minat generasi muda.
Begitu juga, penglibatan anak muda amat penting kerana merekalah pewaris yang akan memastikan koperasi terus segar, progresif dan berimpak besar.
Selaras dengan semangat Madani, koperasi harus menjadi tonggak kepada ekonomi rakyat yang mampan, menyantuni keperluan masyarakat dan membina kesejahteraan bersama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan memenuhi jemputan untuk meluncurkan Al-Quran Al-Karim (Al-Kamil) Edisi Remaja di pejabat Aster Edu HQ, Seksyen 7 Shah Alam.
Ia satu usaha yang sangat bermakna yang lahir dari kesedaran tentang tanggungjawab mendekatkan generasi muda untuk mempelajari al-Quran.
Lebih istimewa, majlis turut menyaksikan sesi menandatangani MOU kerjasama di antara Tuan Haji Najmie Nasiruddin, CEO One Khalifah Publication dengan Dr Ustaz Zakaria Nasiruddin, Pengasas Kelas Al Quran Kaedah Haraki.
Tahniah di atas usahasama strategik memperluas akses kepada bahan bacaan yang berkualiti serta memperkukuh usaha melahirkan generasi celik al-Quran. Semoga maju jaya dan diberkati Ilahi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Cuti Hari Malaysia hari ini saya manfaatkan untuk ziarah keluarga abang ipar di Jasin, Melaka.
Usai ziarah, saya langsung bertolak ke Bukit Katil. Kebetulan berlangsung Sambutan Satu Dekad Parti Amanah Negara peringkat negeri Melaka.
Saya ambil kesempatan untuk turut sama meraikan majlis dipenuhi pelbagai aktiviti dan diserikan dengan kehadiran Presiden Parti, YB Datuk Seri Mohamad Sabu yang merasmikan acara kemuncak dan penutupan.
Sepuluh tahun bukanlah tempoh yang singkat, malah menjadi bukti keyakinan, ketabahan dan komitmen mendokong nilai-nilai rahmah, amanah, hikmah, muafakat, adil dan hormat yang menjadi teras perjuangan Parti Amanah Negara.
Semoga Amanah terus relevan, teguh bersama rakyat, dan istiqamah membawa agenda politik yang matang serta sejahtera demi Malaysia MADANI yang lebih adil dan makmur untuk semua.
Tahniah Amanah Melaka.
1 Dekad, 1 Misi, 1 Hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Intipati Ucapan YAB Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha, Qatar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Hari Malaysia 2025 !
Hari istimewa ini mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Hari Malaysia bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi memperbaharui tekad untuk membina masa depan yang lebih adil, makmur, dan inklusif.
Semoga semangat MADANI terus memandu kita memelihara keharmonian, mensyukiri nikmat Tuhan serta memastikan kemajuan dinikmati bersama.
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.”
. -
Azli Yusof
@azliby
Menjelang 16 September 2025, genap satu dekad penubuhan Parti Amanah Negara.
Amanah 1 Dekad, 1 Misi, 1 Hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Amanah: 1 Dekad, 1 Misi, 1 Hati
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan menyantuni para peserta dan ibu bapa seterusnya merasmikan "Program Pembangunan Belia dan Pemerkasaan Komuniti - Klinik Futsal" untuk belia 14 Tahun ke bawah di Seksyen 7, Shah Alam.
Program ini dianjurkan oleh usahasama di antara Kelab Belia Perpaduan Nasional Bandar Shah Alam dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Ia didokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada FAS kerana menyahut hasrat kami untuk bekerjasama membangunkan golongan belia dan memperkasa komuniti di Shah Alam melalui sukan nombor satu negara iaitu bolesepak melalui program berterusan yang terancang, sistematik dan profesional.
.
Azli Yusof
@azliby
Turut bersama pagi tadi adalah Setiausaha Agung FAS Sdr Izrin Nabil Ismail dan Duta FAS yang juga merupakan bekas pemain bolasepak kebangsaan dan Selangor Sdr Razman Roslan.
Beberapa siri klinik bolesepak akan diadakan di komuniti terpilih dalam Parlimen Shah Alam seperti di Seksyen 7, Taman Bukit Subang dan Seksyen 18.
Sesi ini juga merupakan saringan uji bakat sebelum peserta dipilih untuk dilatih ke peringkat seterusnya bagi mewakili Parlimen Shah Alam kejohanan dianjurkan FAS.
. -
Azli Yusof
@azliby
Singgah Subuh di Surau Al Husna Seksyen 20 ditemani Hj Norazmi Mat Noh dan Hj Maizan Abdul Majid. Kuliah Subuh disampaikan Us Saiful Khan. Berkesempatan sarapan dan ramah mesra dengan jemaah. Terima kasih... teh tarik memang power.
. -
Azli Yusof
@azliby
SALAM JUMAAT | 19 Rabiulawal 1447H
Ambil Pengajaran dari Rusuhan di Indonesia & Nepal
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
*MALAYSIAN PARLIAMENTARY CAUCUS FOR PALESTINE CONDEMNS ISRAELI AIRSTRIKES ON DOHA*
_10 September 2025_
The Malaysian Parliamentary Caucus for Palestine condemns in the strongest terms the barbaric Israeli airstrikes on Doha. This is not only an attack on Qatar’s sovereignty, but a dangerous precedent that threatens the sovereignty of all nations.
By striking at the capital of a country committed to mediation and peace, Israel has once again shown its utter contempt for international law, for diplomacy, and for civilian lives. Such aggression is indefensible, intolerable, and must never be normalised.
The Caucus stands shoulder to shoulder with Qatar, just as we stand unwaveringly with the people of Palestine. We call on the international community to act — not with silence or empty words, but with real accountability for Israel’s crimes. If the world fails to act now, no nation’s sovereignty will be safe tomorrow.
*SYED IBRAHIM SYED NOH*
Chairman
Malaysian Parliamentary Caucus for Palestine
. -
Azli Yusof
@azliby
Benarkah PMX berkuasa penuh ke atas Perolehan Kerajaan?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Who is next after Qatar?
Casual Geopolitics
@Casualgeopol
BIG BREAKING: 🚨🚨 Israel BOMBS Qatar
Israel has just bombed in Doha, the capital of Qatar
At least 10 explosions are reported in Doha as a result of Israeli strikes.
lsraeI is not compatible with peace.
Source: Barak Ravid (in comments) -
Azli Yusof
@azliby
INGIN SUARA ANDA SAMPAI KE PARLIMEN?
Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelimabelas bakal bermula pada 6 October 2025 hingga 4 Disember 2025.
Saya ingin membuka ruang kepada rakyat, khususnya warga Shah Alam, untuk mengemukakan cadangan soalan Parlimen yang boleh saya bangkitkan.
🗓️ Tarikh tutup: Jumaat, 12 Sept 2025 | 5.00 petang
📲 Hantar soalan melalui imbasan QR di poster berikut
. -
Azli Yusof
@azliby
Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7 Shah Alam hari ini berlangsung dengan penuh iltizam, membuktikan kesatuan serta keutuhan saf perjuangan Amanah Selangor dalam membawa aspirasi rakyat.
Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YB Adly Zahari, Naib Presiden Parti Amanah Negara. Beliau menegaskan pentingnya Amanah Selangor terus memperkasa agenda kebajikan rakyat, menampilkan pendekatan Islam progresif berteraskan prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin serta mengekalkan kesepakatan parti-parti Perpaduan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi parti-parti Perpaduan Selangor termasuk YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, yang memberikan sokongan penuh kepada perjalanan konvensyen.
Konvensyen turut menampilkan ucaptama oleh Pengerusi Amanah Selangor yang memberi penekanan kepada beberapa aspek utama perjuangan parti. Antara intipati ucapan beliau ialah:
- Amanah konsisten bersama perjuangan rakyat Palestin sebagai agenda kemanusiaan sejagat.
- Mengimbau sedekad perjuangan Amanah sejak penubuhan, dengan tekad untuk terus memperkukuh kedudukan parti di persada politik tanah air.
- Amanah komited menerajui politik nilai yang mengangkat keadilan, integriti, serta kepedulian rakyat.
- Menyusun kesiapsiagaan menuju PRU16, dengan penyertaan akar umbi yang padu dan strategi yang tersusun.
Sebanyak enam (6) usul telah dibahaskan dan diluluskan dalam konvensyen kali ini. Dua usul yang menarik perhatian serta mencetuskan perdebatan hangat sehingga menuntut undian ialah:
1. Usul mengekalkan umur persaraan pada 60 tahun.
2. Usul menaikkan had umur Sayap Wanita Muda (WARDA) daripada 35 tahun kepada 40 tahun.
Perbincangan yang berlangsung penuh semangat ini mencerminkan keterbukaan demokrasi dalam Amanah, di mana suara perwakilan diraikan sebagai sebahagian daripada proses pembentukan dasar dan keputusan parti.
Konvensyen ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh kedudukan Amanah di Negeri Selangor setelah ditubuhkan 1 dekad yang lalu.
Amanah: 1 Dekad, 1 Misi, 1 Hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pada hari pertama lawatan ke Thailand, kami juga berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Sheikul Islam Thailand ke-19 (Cula Rajamontri) , H.E Mr Arun Boonchom di pejabatnya di Nong Chok, sejam perjalanan dari Kota Bangkok.
Sebagai pemimpin tertinggi masyarakat Islam, beliau juga merupakan Yang Dipertua Majlis Islam Pusat Thailand yang menaungi dan memimpin 77 Majlis Islam Daerah-Daerah.
Kami diberikan penerangan dan bersoal jawab berkenaan sejarah dan perkembangan hal ehwal agama Islam, kedudukan dan hak disisi perlembagaan, akta pentadbiran pertubuhan Islam dan sosio ekonomi komuniti Islam di Thailand.
Pejabatnya Sheikhul Islam. terletak di Pusat Pentadbiran Hal Ehwal Islam Kebangsaan, bersebelahan dengan National Central Mosque.
. -
Azli Yusof
@azliby
((LIVE)) - KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SELANGOR 2025
Dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Adly Bin Zahari
Tarikh : 7 September 2025
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Midlands Convention Centre
SATU DEKAD RAHMAH UNTUK SEMUA
.
www.facebook.com/share/v/1GKpZti1hi/ -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam kami berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Thailand, Hon. Wan Muhammad Noor Matha diikuti perbincangan dengan Thailand-Malaysia Parliamentary Friendship Group.
Turut bersama meraikan kunjungan kami adalah sebahagian Ahli Parlimen dan Ahli Senator Thailand.
Sebelum itu kami telah berpeluang menyaksikan persidangan Dewan Rakyat Thailand yang boleh menampung seramai 500 Ahli Parlimen dan 200 orang Ahli Dewan Negara.
Menurut Hon. Yang Dipertua, hari ini Dewan Rakyat akan mengundi bagi memutuskan Perdana Menteri yang baharu berikut pemecatan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra serta kabinetnya oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand baru-baru ini.
.
Azli Yusof
@azliby
-
Azli Yusof
@azliby
Ketibaan kami di Bangunan Kementerian Luar Negari Thailand pagi semalam disambut oleh H.E. Ms Lada Phumas, Duta Besar Thailand ke Malaysia.
Seterusnya kami telah membuat kunjungan hormat kepada Hon. Mr. Dusit Manapan, Penasihat kepada Menteri Luar Negari Thailand. Disusuli dengan sesi taklimat oleh Mr Piyapak Sricharoen, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur.
Kami berkongsi pandangan tentang kesamaan antara Malaysia dan Thailand di mana tradisi kepelbagaian etnik, agama dan budaya terjalin dengan harmoni sejak berzaman dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Pendekatan dan keutamaan polisi luar negara kerajaan Thailand sentiasa mendokong tema 'Inclusivity and sustainability' dibawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ ada contoh ikutan yang terbaik.” (Al-Ahzab: 21)
Kelahiran Baginda bukan sekadar sejarah, tetapi membawa rahmah untuk ummah dan menjadi pedoman hingga ke akhir zaman.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sawadee krap ...
. -
Azli Yusof
@azliby
Ada sedikit kelapangan masa malam tadi. Sempat ngopi dengan saing² di Nesken Coffee Troika, Kota Bharu.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tiba di Kota Bharu pagi semalam, kami Ahli-ahli PAC Parlimen Malaysia mulakan lawatan kerja dengan membuat Kunjungan Hormat Ke atas Menteri Besar Kelantan di Kediaman Rasmi Menteri, JKR 10 tengah hari semalam.
Seterusnya kami membuat Kunjungan Hormat Ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan di Pejabat Dewan Negeri Kelantan, MABNA-MBI
Kompleks Kota Darul Naim.
Turut menerima kunjungan kami seramai 7 orang Ahli-ahli PAC Dewan Negeri Kelantan diketuai YB Abdul Fattah Mahmood.
. -
Azli Yusof
@azliby
Musim padi bermula lagi @ Sg Besar, Selangor
. -
Azli Yusof
@azliby
Biasalah atas padang, ada menang ada kalah.
Tapi nak pastikan beras ada, mesti turun sawah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Di Kampung Kuantan semalam, KRT dan JKKK bekerjasama menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dewan Serbaguna MBDK, Kampung Kuantan.
Pelbagai pertandingan bertemakan Hari Kebangsaan dianjurkankan seperti perarakan basikal berhias, pertandingan mewarna, gubahan tepak sirih dan pertandingan memasak.
Saya berkesempatan hadir menyantuni warga Kampung Kuantan yang hadir bersama keluarga menyemarakkan semangat merdeka.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-68.
Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.
. -
Azli Yusof
@azliby
Anak Malaysia sejati. Bangga melihat Chen TJ & Toh EW menyanyikan lagu NegaraKu ketika melodi lagu kebangsaan itu dimainkan. Menambah seri kemenangan mereka sebagai juara beregu campuran Kejohanan Badminton Dunia 2025. Bravo !
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari Kebangsaan Ke-68 disambut pelbagai cara. Di Padang Taman Perumahan Townhouse Puncak Perdana, pelbagai aktiviti sukan dan jualan diadakan mengumpulkan komuniti setempat sempena memperingati hari bersejarah negara.
Saya berkesempatan hadir menyantuni penduduk dan ahli keluarga yang memeriahkan program dianjurkan MPP Zon 20 dan KRT Taman Perumahan Townhouse Puncak Perdana, U10 Shah Alam.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-68.
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.
. -
Azli Yusof
@azliby
Cabutan bertuah kali ni lain macam sikit… sebab semua orang menang!
Pagi tadi saya singgah ke Pasar Moden Seksyen 6 untuk rasmikan Cabutan Bertuah Merdeka di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam.
Setiap keluarga pasti dapat, cuma barangan keperluan yang berlainan – ada beras, gula, telur, daging, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai lagi.
Inilah semangat Merdeka, rezeki dikongsi Malaysia Madani, rakyat disantuni.
Tahniah kepada Persatuan Peniaga Pasar Moden Seksyen 6 yang menghargai pengunjung yang setia, kreatif hidupkan suasana. Memang terbaik lah!
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir dan melakukan pelepasan Program Larian Desa Masjid As Solihin, Padang Jawa Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-68.
Larian 2km dan 5km disertai pelbagai peringkat umur dari kalangan ahli kariah masjid dan penduduk setempat Padang Jawa.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-68
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
. -
Azli Yusof
@azliby
Akta Pekerja GIG 2025 | Hadiah Hari Kebangsaan Ke-68 paling berharga buat Pekerja GIG
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Menjunjung Kasih Kebawah DYMM Sultan Selangor. Atas Titah Perintah Baginda, tengah hari tadi saya berkesempatan untuk turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 5 Rabiulawal 1447H
Kemerdekaan Yang Hakiki
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | RUU Pekerja GIG 2025
MP Machang rujuk Peribahasa Inggeris. MP Shah Alam rujuk Kaedah Syarak.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 lulus dengan undian belah bahagi.
Bersetuju - 125
Tidak Bersetuju - 63
Tidak Mengundi - 1
Tidak Hadir - 32
JUMLAH - 221
* MP Pendang tidak dikira (masih digantung 10 hari)
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | RUU Perolehan Kerajaan 2025
PM serah Kuasa kepada Parlimen
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi semalam, saya singgah dahulu di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam untuk meraikan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2025 Peringkat Negeri Selangor.
Majlis perasmian dan penyerahan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor.
Kerajaan Madani mula memberikan BAP untuk pelajar tingkatan 6 mula pada tahun ini. Ia selaras dengan BAP yang diberikan kepada semua pelajar dari tahun satu hingga tingkatan 5 yang telah dimulakan sejak 2023.
Tahun ini, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM894,750 untuk dimanfaatkan oleh 5,965 murid Tingkatan 6 Semester 1 di seluruh Selangor.
Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa tanpa mengira ambang pendapat isi rumah, serta memberi dorongan kepada anak-anak kita untuk terus berjaya dalam akademik dan kokurikulum.
YAB Dato Menteri Besar juga berbesar hati menyumbang RM1000 setiap seorang bagi 15 pelajar terbaik STPM Negeri Selangor bagi tahun 2024.
Kerajaan Negeri Selangor bercadang meneruskan Insentif ini bagi tahun-tahun mendatang sebagai galakan pelajar tingkatan 6 untuk meraih keputusan paling cemerlang di dalam peperiksaan STPM mereka.
#malaysiamadani
#kitaselangor
. -
Azli Yusof
@azliby
Sekembali dari Parlimen petang semalam saya langsung ke Pasar Malam Seksyen 18 untuk menyantuni penjaja dan pengunjung.
Kami edarkan bendera jalur gemilang bagi menggalakkkan kempen Satu Rumah Satu Bendera dan menyemarakkan Bulan Kemerdekaan Ke-68.
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya sempat luangkan masa bersama 40 anak muda dalam program “Soulvivor: Jati Diri Remaja” di Zipline Adventure, Taman Tasik Shah Alam.
Peserta semuanya remaja berusia 16–17 tahun sekitar Shah Alam. Program dianjurkan oleh Zipline Adventure Shah Alam dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam.
Program berkonsepkan “Ikhtiar Hidup” ini bukan sekadar aktiviti santai dan lasak, tapi penuh dengan pengajaran tentang erti menjadi individu cemerlang.
Mereka didedahkan dengan tiga ciri utama:
Keupayaan – semangat dan keinginan untuk capai matlamat.
Penguasaan – ilmu dan pengalaman yang digunakan untuk berjaya.
Ketangkasan – kebolehan mengatasi cabaran tanpa mudah menyerah.
Gabungan aktiviti adventure dan santai dengan sesi refleksi memberi impak besar kepada peserta. Saya sendiri rasa teruja melihat semangat mereka.
Insya-Allah, saya berazam meneruskan penganjuran program seperti ini pada masa akan datang.
. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) MP Shah Alam | Perbahasan RUU Bekalan Atom (Pindaan) 2025
.
www.facebook.com/share/v/19ZcnXoDF8/ -
Azli Yusof
@azliby
Bersama puluhan ribu rakyat Malaysia pelbagai peringkat, jauh dan dekat dalam Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza menuntut pembebasan serta penamatan kezaliman dan penjajahan ke atas Palestin di Dataran Merdeka malam tadi.
www.facebook.com/share/p/18kowHxDie/
. -
Azli Yusof
@azliby
Ketika sedang berehat di sebuah restoran di Seksyen 9 sekembali dari Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza di Kuala Lumpur, kami menerima berita kebakaran bengkel kereta di Seksyen 24.
Kami segera menghabiskan minuman dan bergegas ke tempat kejadian di Jalan 24/36, berhampiran dengan Medan Selera Delima.
Sejurus tiba, kami dapati api sudah hampir dapat dipadamkan keseluruhannya. Keadaan terkawal.
Menurut Ketua Balai Bomba Seksyen 15, pasukannya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bengkel-bengkel bersebelahan. Tahniah atas tindakan cekap dan pantas.
Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku walaupun kesan kemusnahan kepada bengkel agak besar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama puluhan ribu warga kota dan rakyat Malaysia dalam Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
YAB Perdana Menteri telah menyampaikan Syarahan Umum seterusnya melakukan pelepasan Delegasi 8 buah negara dari Asia yang akan menyertai 1000 Flotilla - Break The Seige dari seluruh dunia.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan memenuhi undangan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Veteran TUDM (PVTUDM) Selangor yang berlangsung di Star Venue Lifestyle Mall, Subang.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada PVTUDM Selangor atas usaha gigih menganjurkan program amal bertujuan meningkatkan dana persatuan. Ia juga menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta mengangkat martabat para veteran yang telah banyak berkorban demi kedaulatan tanah air.
Pengorbanan para veteran TUDM adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan negara yang tidak boleh kita lupakan. Mereka pernah meninggalkan keluarga, menggadai nyawa dan mengorbankan kepentingan diri demi mempertahankan keamanan Malaysia.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan, khususnya dalam membela kebajikan dan kesejahteraan anggota veteran TUDM yang memerlukan.
Semoga segala usaha murni ini diberkati dan memberi manfaat besar kepada semua warga veteran TUDM, di samping menyemarakkan semangat cintakan negara dalam jiwa setiap generasi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Baru terniat nak makan sarapan nasi dagang, rupanya sudah sedia terhidang. Antara makanan pantai timur semenanjung yang memang menjadi kegemaran.
Orang sekarang kata, rezeki tak salah alamat. Rezeki subuh para jemaah Surau Nurul Ihsan Seksyen 6. Saya dan Hj Maizan Abdul Majid dapat tumpang merasa nikmatnya.
Sebelum itu kami dan jemaah surau menekuni Kuliah Subuh tentang Sirah Sahabat, Abdul Rahman Bin Auf, disampaikan oleh Ustaz Suhairi Jairi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan bersama warga Seksyen 7 dalam Program JOM Brisk Walk anjuran MPP Zon 3 di Taman Tasik & Rekreasi Seksyen 7.
Sambil mengamalkan gaya hidup sihat, program kali juga mengajak para peserta dan pengunjung Tasik Seksyen 7 untuk mengebarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan Bulan Kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-68.
Tahniah kepada Tn Haji Maizan Abdul Majid dan seluruh AJK MPP Zon 3 yang menganjurkan program dengan jaya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Menerima berita duka pemergian Almarhumah Ustazah Datuk Hajah Jamilah Binti Ibrahim (78) di IJN pagi tadi.
Sejurus mengetahui tentang urusan jenazah, saya dan isteri terus ke Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis Gombak untuk bersama ahli keluarga, sahabat handai dan para jemaah untuk solat jenazah dan beri penghormatan terakhir.
Solat jenazah diimamkan anak saudaranya, SS Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.
Mengenali Almarhumah seawal memasuki kolej di Shah Alam pada 1986, kami lebih mesra memanggilnya dengan nama Mak Lah. Suaminya kami panggil Pak Aziz sahaja sebagai tanda kemesraan dan keakraban.
Mak Lah pejuang yang gigih. Lama dalam perjuangan sehingga kesihatan tidak mengizinkan. Namun, dalam keadaan uzur pun masih petah berbicara tentang perjuangan.
Setiap kali bertemu, Almarhumah tidak lupa menitipkan nasihat dan meniupkan kata-kata semangat.
Pemergiannya amat mengesankan. Kami doakan Mak Lah diampuni Allah, dirahmati dan ditempatkan bersama para salihin.
Semoga jejak langkahnya menjadi ikutan, peninggalannya menjadi panduan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir dalam Majlis Pembukaan MYDIN yang baharu di Seksyen 13 Shah Alam. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan merangkap ADN Kota Anggerik.
Kehadiran MYDIN Mart di Seksyen 13 amat dinanti-nantikan terutamanya dengan perkembangan penduduk yang semakin bertambah dan dihuni oleh komuniti yang datang dari pelbagai latar belakang dan bangsa.
Pembukaan ini bukan sahaja memperkukuhkan status MYDIN sebagai antara peruncit tempatan yang utama. Namun yang lebih penting lagi, ia menzahirkan komitmen MYDIN kepada pembangunan ekonomi tempatan.
MYDIN terkenal sebagai peruncit yang menawarkan barangan pada harga yang berpatutan, sekaligus berperanan mengurangkan kos perbelanjaan buat warga komuniti yang kurang berkemampuan.
MYDIN Mart Seksyen 13 memberikan alternatif kepada warga komuniti setempat yang memerlukan akses kepada barangan keperluan tanpa perlu pergi mendapatkannya di lokasi yang jauh serta sukar untuk diakses.
Sebagai ahli Parlimen Shah Alam, pastinya saya amat menyambut baik pembukaan ini kerana ianya bakal menyumbang kepada kerancakkan ekonomi kawasan ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak MYDIN di atas undangan ini. Semoga cawangan ini akan berkembang maju dan memberikan manfaat kepada warga Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 28 Safar 1447H
Setiap dari kita pasti hadapi ujian. Jadi, apakah yang harus dilakukan?
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | RMK13 - Penggulungan Menteri Komunikasi. Perbaiki Akta FINAS & Gubal Akta Muzik.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi PAC Parlimen Malaysia telah mengadakan sidang media berhubung dengan Penyata PAC - Perolehan Kereta Api Elektrik (EMU) Secara Pajakan Di Bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, Perbadanan Aset Kereta Api Dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
PAC telah mengesyorkan beberapa perkara penting. Antaranya
- pemakluman umum perbandingan model pajakan berbanding pembelian terus
- keutamaan pemilikan 51% saham kerajaan,
- pemindahan teknologi dan penglibatan 40% tenaga kerja tempatan, dan
- galakan penglibatan syarikat tempatan dalam aspek penyelenggaraan tren sedia ada melalui tender terbuka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, penyata penuh boleh diakses di pautan
www.parlimen.gov.my/pac
. -
Azli Yusof
@azliby
Tengahari tadi kami Ahli-Ahli PAC Parlimen Malaysia telah meraikan En Ahmad Johan Bin Mohd Affandi, mantan Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Jawatankuasa Pilihan, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.
Beliau berpengalaman selama 12 tahun mengurus sekretariat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), memudah cara reformasi dan penambahbaikan yang berlaku sepanjang khidmat beliau.
Kami ucapkan selamat maju jaya kepada En Johan dalam kerjaya dan jawatan baharu yang disandang sebagai Ketua Penolong Setiausaha (JKP) Seksyen Perundangan dan Prosiding, Dewan Negara.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Isu Tabung Haji
PN, PN... Dulu masa kamu Menteri, boleh. Orang lain Menteri, tak boleh pula.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan untuk bersama para jemaah menekuni Ceramah Perdana Sempena Karnival Keluarga Ummah Masjid Al Ehsan Seksyen 24.
Ceramah disampaikan oleh Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri Agama yang juga merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7.
Beliau menekankan pembinaan keluarga bahagia dan soleh mesti berpaksikan ilmu dan agama. Ia tidak boleh terpisah dari tiga aspek iaitu institusi keluarga, insitusi masjid dan institusi pendidikan.
Beliau juga menzahirkan kebimbangan terhadap kemajuan teknologi kecerdasan buatan yang tidak terkawal boleh meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat.
Oleh itu beliau menasihatkan agar penggunaannya mesti dipantau dan dipandu agar mudaratnya tidak melampaui manfaat yang diperolehi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kelmarin saya telah diundang merasmikan Majlis Pengiktirafan Sukarelawan SDG Kampung Kuantan. Ia adalah susulan kejayaan Program Ikhtiar Pasca Banjir Keluarga Madani 2024 disertai 30 peserta dari kalangan penduduk tempatan.
Kumpulan ini telah terpilih melaksanakan program di bawah naungan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) bagi meningkatkan keterangkuman dan kemampanan di peringkat akar umbi.
Program ini menekankan peningkatan kapasiti komuniti untuk menghadapi dan bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran, sama ada ia bersifat ekonomi, sosial atau alam sekitar.
Ini melibatkan penggunaan pendekatan kolektif, holistik dan dipacu komuniti yang menyerlahkan kepentingan penyertaan aktif, kerjasama dan tumpuan kepada kemampanan jangka panjang dalam mewujudkan komuniti yang berdaya tahan.
Saya berazam untuk terus memberikan sokongan dan dokongan agar Sukarewan SDG Kampung Kuantan ini mampu berdikari untuk meneruskan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di samping bersedia menghadapi kemungkinan bencana.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah diundang merasmikan Konvensyen Hartanah 2025 (KOHARTA2025) anjuran Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.
Penganjuran KOHARTA diadakan saban tahun, memperlihatkan betapa pentingnya platform wacana ilmu dan perkongsian pengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran dan perkembangan industri hartanah.
Tema konvensyen tahun ini, "Adaptasi Teknologi: Survival Industri" sangat bertepatan dengan realiti semasa bagi mendepani arus perubahan teknologi yang pesat. Kecerdasan buatan, automasi, analitik data dan teknologi blockchain, semuanya telah mula merubah cara sektor hartanah beroperasi.
Adaptasi terhadap teknologi bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan untuk terus relevan dan berdaya saing.
Bidang hartanah, termasuk perejenan hartanah, bukan sekadar urusan jual beli atau sewaan semata-mata. Ia mencakupi peranan strategik dalam menentukan halatuju pembangunan bandar, akses perumahan mampu milik, pelaburan mapan, dan juga pengagihan kekayaan secara adil.
Di bawah kerangka Malaysia MADANI yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, sektor hartanah turut diiktiraf sebagai pemacu penting dalam menjana kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Inisiatif kerajaan dalam menyediakan ekosistem pelaburan hartanah yang kondusif, memperkukuh pemilikan rumah, serta meningkatkan literasi kewangan dan hartanah, perlu disambut dengan sokongan padu oleh semua pemain industri.
Tahniah kepada penganjur dan peserta yang hadir dari seluruh pelusuk negara. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya ke selatan tanah air memenuhi undangan merasmikan Mesyuarat Tahunan 2025 Parti Amanah Negara Kawasan Batu Pahat.
Saya peringatkan bahawa tahun ini Amanah akan menyambut 10 tahun penubuhannya. Himpunan Satu Dekad Amanah akan diadakan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2025.
Berbekal pengalaman dua penggal mentadbir negara dan negeri, Amanah sudah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, berlari sama laju dan berenang sama deras dengan rakan² dalam PH/Perpaduan.
Saya juga perjelaskan 4 program teras transformasi Amanah; memupuk nilai teras, memperkukuh organisasi, memposisi jenama politik dan mendekatkan Amanah dengan masyarakat.
Dengan PRU16 yang akan berlaku kurang dari 2 tahun, saya menggesa Amanah Batu Bahat membuat persediaan awal dan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kerjasama dengan rakan² dalam Pakatan Harapan mesti dipertingkatkan. Kerana PRU boleh diadakan sekali atau berasingan dengan PRN. Kerana kerjasama 2 penjuru atau pertembungan 3 penjuru, semua kebarangkalian boleh berlaku.
Turut hadir sama YB Onn Abu Bakar, Ketua Cabang PKR Batu Pahat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. Setinggi penghargaan buat beliau kerana sering membantu dan menyokong program kebajikan dan kemasyarakatan dianjurkan Amanah Batu Pahat.
Amanah Satu Dekad, Satu Misi, Satu Hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat | 21 Safar 1447H
Utamakan Persamaan Berbanding Perbezaan
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
((Langsung)) Waktu Pertanyaan² Menteri, PMQT
www.facebook.com/share/v/17DZgW9uXL/ -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | RMK13
Isu lampu jalan. Shah Alam senasib dengan Bentong
. -
Azli Yusof
@azliby
PN, PN.... Cerita sama lagi? PM tak sah pulak...
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini saya berbesar hati mengalu-alukan rombongan 40 pelajar-pelajar SMK Seksyen 7 dan SMK Seksyen 16 Shah Alam.
Lawatan ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Petaling bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang fungsi Parlimen Malaysia sebagai insitusi tertinggi negara yang menggubal undang-undang dan meluluskan perbelanjaan kewangan negara.
Saya berpeluang beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan guru-guru pengiring sambil menjelaskan tentang perananan saya mengangkat suara rakyat Shah Alam yang saya wakili.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 7
Penutup. Pantun RMK13
www.facebook.com/share/v/1B3PEQHhMm/
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 6
Ummah Wasatiyyah & Masjid Bukit Bandaraya
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 5
Penyuraian Kesesakan Jalan Raya di Shah Alam
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 4
Pembesaran Hospital Shah Alam ?
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 3
Surah al Hujurat Sebagai Teras Pembinaan Karakter
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 2
Kematian Zara Qairina, Kes Buli & Penyelesaian?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia | Perbahasan RMK13 - Part 1
Imbangi hasrat pembangunan dan beban hutang negara.
www.facebook.com/share/v/16reqGSsV1/
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam saya telah berpeluang meraikan veteran ATM dan pesara Polis dalam 'Majlis Minum Petang Hari Pahlawan Parlimen Shah Alam' 2025 di Dewan Kiambang, Seksyen 7.
Ini merupakan tahun kedua majlis ini dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dengan kerjasama PKM DUN Kota Anggerik.
Ia diadakan sebagai tanda keinsafan dan hormat kepada semua wira bangsa yang telah berkorban mempertahankan tanah air daripada penjajah termasuk veteran dan pesara yang berjuang memastikan keamanan dan keselamatan negara.
Mereka adalah insan-insan yang tidak pernah mengira penat, lapar atau takut demi memastikan anak bangsa hidup aman merdeka.
Setinggi penghargaan kepada persatuan² dan pertubuhan² veteran dan pesara dari seluruh negeri Selangor yang sudi hadir dalam majlis ringkas tapi penuh bermakna.
Terima kasih kepada PVTUDM Selangor, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor dan pramusaji Kota Anggerik yang telah bekerjasama melaksanakan majlis dengan jayanya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Buat julung kalinya pagi tadi, telah berlangsung 'Kejohanan Bowling Perpaduan Shah Alam' di Wangsa Bowl, Setia City Mall dengan penuh keceriaan dan semangat kekitaan.
Acara ini menghimpunkan 80 peserta dari pelbagai lapisan kepimpinan dan aktivis masyarakat untuk bersama-sama beraksi di 20 lorong bowling.
Selari dengan semangat ‘Sukan Menyatukan’, kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah menjadi platform mengeratkan silaturrahim, membina persefahaman dan memupuk rasa hormat antara satu sama lain.
Sorakan, gelak tawa dan semangat berpasukan yang terpancar jelas membuktikan bahawa sukan adalah jambatan yang menghubungkan hati demi perpaduan komuniti Shah Alam.
Tahniah dan terima kasih semua atas penyertaan dan sokongan semua yang menjayakannya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-78 kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Semoga dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan berterusan dalam memimpin negara ke arah Malaysia Madani yang makmur, adil dan sejahtera.
Terima kasih atas dedikasi serta perjuangan tanpa mengenal penat demi rakyat dan negara tercinta.
. -
Azli Yusof
@azliby
Awal pagi tadi saya berkesempatan sertai Program Santai Bubble Brisk Walk Padang Jawa bermula di halaman Kediaman Puan Sasaliza Sirin.
Program ini dianjurkan untuk memupuk gaya hidup sihat dan semangat kejiranan disamping membina kesedaran patriotik kepada negara memeriahkan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-68.
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.
. -
Azli Yusof
@azliby
JPA akan kaji cadangan naik umur persaraan wajib 65 tahun - KSN
Apa pandangan anda ? -
Azli Yusof
@azliby
Menjunjung Kasih Kebawah DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor yang telah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Yayasan Insan Istimewa Selqngor (YANIS) di Setia City Convention Centre, Setia Alam malam tadi.
Saya turut berkesempatan hadir menyaksikan majlis bersejarah ini. YANIS yang pada asalnya hanya merupakan sebuah Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS), kini mengorak langkah lebih progresif dengan penubuhan sebuah yayasan.
Penubuhan YANIS membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor membela nasib serta masa depan anak-anak golongan orang kurang upaya (OKU).
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, selesai berkurung seharian dalam program ‘Perbincangan Meja Bulat : Dasar Pendidikan Negara Menjelang RMK-13’ anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Program bertujuan memahami dasar, hala tuju dan perancangan kerajaan dalam sektor pendidikan khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 menjulang Aspirasi Pendidikan Negara.
Setinggi penghargaan terima kasih kepada pegawai² dari KPM dan KPT yang membuat pembentangan. Juga kepada panel² pengulas pakar.
Syabas dan tahniah kepada semua 30 peserta mewakili kesemua negeri-negeri yang telah mengambil bahagian.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah IDAMAN Bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor, DS Amirudin Shari.
Pangsapuri mampu milik 3 blok, 20 tingkat ini menyediakan 1026 unit kediaman berkeluasan 1000 kps dengan 3 bilik tidur dan dua bilik air.
Menariknya kediaman berharga RM250,000 ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan, kolam renang, pusat fitnes, dewan serbaguna, laman rekreasi, taman atas bumbung dan pelbagai kemudahan lain.
IDAMAN Bukit Jelutong dibangunkan oleh Nadi Cergas Development SB. Memang beruntung kepada yang berjaya dan terpilih memilikinya. Tahniah !
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 14 Safar 1447H.
Jauhi prasangka, mencari aib orang dan mengumpat.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi, PAC Parlimen Malaysia menerima Kunjungan Hormat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai Pengerusinya, YB Muhammad Fauzi Yusoff - ADUN Sungai Dua.
Kami berkongsi pandangan tentang punca kuasa PAC, Peraturan² Mesyuarat serta aspek-aspek penambahbaikan tatakelola, perolehan, dasar dan initiatif hasil daripada prosiding dan syor PAC. -
Azli Yusof
@azliby
Semalam, ketika Dewan Rakyat ditangguhkan untuk waktu rehat, kami dijemput ke Jamuan Makan Tengah Hari dan Penyampaian Surat Watikah Friends Of Ministry (FOM) Bagi Kementerian Komunikasi (MOC) oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.
FOM-MOC ialah jaringan Ahli Parlimen Kerajaan (Backbenchers) yang akan membantu kementerian menyalurkan suara rakyat dari bawah, khasnya isu semasa, liputan internet, literasi digital & keselamatan maklumat.
FOM-MOC juga akan membantu dalam penggubalan dasar yang lebih berpaksikan realiti rakyat serta menjadi jambatan untuk menjelaskan dasar-dasar komunikasi kerajaan secara terus & mudah difahami.
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum memulakan agenda rasmi pagi tadi, saya singgah dahulu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 untuk bertemu dengan Pn Hana, YDP PIBG untuk meninjau hasil naik taraf fasiliti sekolah melalui peruntukan ICU-JPM yang disalurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Kami juga membincangkan keperluan lain yang diperlukan pihak sokolah yang telah berusia 41 tahun dan merupakan sekolah kedua dibina di Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
Dalam mesyuarat tengah hari semalam, kami Ahli-ahli PAC Parlimen Malaysia diberi taklimat berkenaan Perolehan Kerajaan dan Pentadbiran Kontrak oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Taklimat disampaikan oleh Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP). Ia penting bagi membantu kami memahami punca kuasa, SOP dan tatakelola perolehan kerajaan seterusnya memudahkan kami menjalankan urusan prosiding.
. -
Azli Yusof
@azliby
Semalam saya sekeluarga berpeluang meluangkan masa santai-santai hujung minggu sambil merapatkan ukhuwwah dalam program Family Day Amanah Shah Alam 2025 yang berlangsung dengan meriah di Taman Botani Negara, Shah Alam.
Cuaca yang baik dan suasana alam semula jadi yang tenang menambahkan lagi keceriaan program. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun seperti senamrobik, tazkirah, sukaneka, menangkap ikan keli dalam sawah, tarik tali dan cabutan bertuah.
Anak-anak amat seronok dapat berlari bebas dan bermain bersama rakan sebaya, sementara kami yang dewasa berpeluang berkenalan dan beramah mesra sesama ahli keluarga besar Amanah Shah Alam.
Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara ahli dan keluarga, tetapi juga membina semangat kekitaan serta memperkukuh kesepaduan dalam gerak kerja parti memperjuangkan agenda rakyat.
Terima kasih kepada urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan lancar. Semoga ketemu lagi dalam Family Day tahun hadapan.
. -
Azli Yusof
@azliby
RMK13 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri akan mula dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen pada hari ini selama dua minggu.
Giliran saya berbahas ialah pada Isnin minggu hadapan. Saya mengalu-alukan sebarang isu, pandangan atau cadangan yang sdr/sdri/tuan/puan ingin bangkitkan.
rmk13.ekonomi.gov.my
. -
Azli Yusof
@azliby
Mekanisma skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP sedang diteliti bertujuan mempastikan pendapatan yang berterusan selepas bersara dan sebagai jaminan simpanan persaraan yang pada usia tua.
Apa pandangan anda ?
A. Kekal Kaedah Pengeluaran KWSP sedia ada
B. Setuju Kaedah Gabungan iaitu Pengeluaran sebahagian KWSP ketika bersara dan sebahagian lagi skim pencen secara bulanan
C. Tidak Pasti. Lihat dahulu perinciannya -
Azli Yusof
@azliby
Tarif US turun dari 25% ke 19%.
Adakah Malaysia gadai kedaulatan dan kompromi pensijilan Halal?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir meraikan Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Negeri Selangor 2025 anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertempat di Taman Tasik Shah Alam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Kebawah DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.
Di antara yang menarik perhatian saya ialah pelancaran maskot rasmi LUAS bernama SUMAITA. Ia adalah akronim kepada 'Sumber Air Kita'.
Maskot rasmi LUAS ini bersifat futuristik, aktif, comel, mesra bersama rakyat dan sesiapa yang melihatnya terutama golongan pelajar dan remaja.
Maskot ini akan digunakan dalam pelbagai program² advokasi dan pendidikan seawal usia muda tentang tanggungjawab bersama memelihara semua aspek yang menyumbang kepada sumber air bermula dari rumah, sekolah, tempat awam, premis perniagaan, industri dan alam sekitar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah berkesempatan memenuhi undangan Majlis Perasmian Pertandingan Badminton Tertutup Bukit Bandaraya Shah Alam di Dewan Kemboja.
Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama MPP Zon 4.
Tahniah kepada Tn Haji Hasnor - Pengerusi, Sdr Vincent Chow - Ahli Majlis MBSA, Pengerusi² residensi serta semua peserta yang mengambil bahagian. Pertandingan ini bukan sahaja suatu amalan gaya hidup sihat, malah mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat di samping ruang menyungkil bakat.
Saya kata pemenang pertandingan ini nanti akan kami angkat mewakili Bukit Bandaraya Shah Alam ke kejohanan terbuka yang lebih mencabar. 😂
. -
Azli Yusof
@azliby
Saya mewakili kepimpinan dan pendokong AMANAH Shah Alam mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di atas pemergian Allahyarham Hisham Fauzi, AJK Biro Guaman Amanah (KANUN), awal pagi tadi.
Pemergiannya satu kehilangan besar buat kita semua, khususnya keluarga besar AMANAH Kelantan. Allahyarham sentiasa menunjukkan komitmen, kesetiaan dan semangat perjuangan yang tinggi demi parti dan rakyat.
Kami doakan semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas rohnya, serta tempatkan ia bersama para salihin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Singgah Subuh pagi tadi di Surau al-Islah Seksyen 7 ditemani oleh Hj Maizan Abdul Majid dan Hj Norazmi Mat Noh.
Seusai Solat kami ikuti Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Sahar. Nasihat Ustaz, bukan sekadar pastikan ibadah sah, tapi nak kena pastikan diterima Allah. Jaga pahala juga kerana Iblis boleh ganggu dengan pelbagai cara yang boleh hilangkan atau kurangkan pahala.
Selepas itu kami dan luangkan masa bersarapan dan beramah mesra dengan ahli kariah dan jemaah surau.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Membina Sambungan Jalan Di Antara Persiaran Pulau Angsa, Seksyen U10 (Puncak Perdana) Dan Persiaran Seri Hijau Permai, Seksyen U9 di Cahaya SPK Resort Club.
Ia adalah susulan daripada mesyuarat sebelum ini dan bertujuan untuk memuktamadkan beberapa perkara yang tertangguh terkait kelulusan reka bentuk dan kos pendanaan projek.
Mesyuarat dipengerusikan Tn Haji Noranizam Alias, Pemangku Pengarah Perancang MBSA. Turut Hadir En Ahmad Syakir Pengerusi MPP Zon 22, Pegawai² Perancang dan Kejuruteraan MBSA, Pejabat Daerah Petaling, Prolintas/DASH, SJ Properties dan KCSB.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Haji Mohd Khidir Bin Majid, Pengarah ICU-JPM Selangor yang baharu dan memulakan tugas sebulan yang lalu.
Kami membincangkan pelbagai hal terkait peruntukan Projek Mesra Rakyat, sokongan aktiviti kemasyarakatan dan bantuan kebajikan untuk miskin bandar termasuk program Sejati Madani dan lain-lain.
Dato Mohd Khidir menggantikan Datuk Mohd Razali Bin Wahab yang bertukar ke Agensi NADMA. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama sepanjang khidmat Datuk Razali sebelum ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 7 Safar 1447H.
Larangan memperolok-olok, mencela dan menggelar dengan gelaran yang buruk.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Ketahui tentang RMK13 dalam masa 2 minit.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini ada perkara penting untuk negara. Apa dia, JOM ?
Ikuti siaran langsung di pautan www.facebook.com/azliyusof67
. -
Azli Yusof
@azliby
Perbahasan RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025. "Ini bukan cobaan..."
www.facebook.com/share/v/1CZgnLgGZx/
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi, saya berkesempatan bersama ahli keluarga, kenalan dan jemaah Surau al-Ansar Seksyen 2 memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah Allahyarham Cikgu Haji Ab Aziz Bin Isa (88) yang disempurnakan seusai solat Asar.
Ketika hayatnya beliau dan isteri menjadi contoh tauladan kerana sering dilihat bersama dalam perjuangan, mendalami program keagamaan dan menabur bakti dalam aktiviti kemasyarakatan.
Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para salihin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Di Parlimen hari ini, kami Ahli PAC Parlimen Malaysia menerima kunjungan Mr. David Elder - Advisor, Parliamentary Strenghening dan rombongan dari United Nations Development Programme (UNDP).
Kami bertukar pandangan dan pengalaman tentang aspek-aspek yang boleh memperkasa pentadbiran dan peranan PAC. Berkongsi beberapa reformasi dan initiatif yang dilakukan PAC Parlimen Malaysia sejak 7-8 tahun yang lalu.
Kami juga mempelajari amalan-amalan baik dari PAC Parlimen Australia dan negara² Komanwel yang lain. Kunjungan dan sesi seperti ini sentiasa memberi manfaat ke arah penambahbaikan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ini baru betul-betul TURUN
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Superb !
-
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya ke utara Negeri Selangor untuk merasmikan Mesyuarat Tahunan 2025 Amanah Kawasan Sabak Bernam di Dewan Sepakat, Taman Berjaya.
Saya berterima kasih kepada Cikgu Samad Hashim, Ketua Kawasan dan Ahli Jawatankuasa di atas jemputan merasmikan mesyuarat tahun ini yang bertema 'Sedekad Menjulang Amanah, Sabak Bernam Terus Melangkah'
Saya menyedari dan menghargai komitmen dan kesungguhan seluruh pimpinan dan pendokong menabur bakti dan menjaga kebajikan masyarakat Sabak Bernam dengan pelbagai aktiviti tanpa henti.
Saya cukup yakin, Amanah Sabak Bernam sedang bangkit dan membuat persiapan untuk memenangi semula DUN Sabak pada PRU16 akan datang.
Parti Amanah Negara 10 Tahun.
Satu Dekad, Satu Misi, Satu Hati.
. -
Azli Yusof
@azliby
Parlimen Malaysia: Pertanyaan Jawab Lisan.
Isu Letupan Paip Gas PETRONAS Putra Heights.
MP Shah Alam kemuka soalan tambahan, bangkitkan kebimbangan.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini telah berlangsung 'Fiesta Joran Parlimen Shah Alam 2025' di Taman Tasik & Rekreasi Seksyen 7 disertai 524 pemancing dari Shah Alam dan kawasan berdekatan.
Saya berkesempatan melakukan pelepasan dan menyantuni peserta pesta joran kali ini yang menawarkan hadiah tertinggi sebanyak RM5,000.
Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada penganjur; Pejabat DUN Kota Anggerik & Batu 3; MPP Zon 3, 4, 6 & 8 serta semua pihak yang memberi sokongan dan kerjasama.
Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua para peserta yang memeriahkan pesta joran kali ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya Hj Maizan Abdul Majid berkesempatan hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam 2025 di Dewan D'Kathira, Bangunan Kumpulan Muara.
Perasmian disempurnakan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.
Saya berterima kasih kepada Datuk Azhari Shaari dan AJK UMNO Bahagian di atas jemputan. Saya juga amat hargai sokongan dan kerjasama yang diberi UMNO Bahagian di atas semangat Perpaduan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malam tadi saya berkesempatan memenuhi undangan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Veteran Jurutera Letrik dan Jentera Diraja Malaysia di Kelab Shah Alam.
Terima kasih Dato Seri Kamalauddin Saidon, Presiden PVJLJD atas undangan. Majlis diserikan dengan kehadiran Brig. General Ts Haji Ahmad Jaidi Ali, Pengarah KJLJD.
Semoga majlis begini dapat mengeratkan ukhuwwah sesama Veteran serta membantu persatuan menambah dana bagi membantu tabung kebajikan ahli dan pesara.
. -
Azli Yusof
@azliby
Kehadiran Himpunan 'Turun Anwar' bukan suara rakyat terbanyak.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah memenuhi undangan KARNIVAL KEMPEN INTERNET SELAMAT NEGERI SELANGOR ANJURAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) di SK Seksyen 9 melibatkan 8 buah sekolah rendah di bawah Parlimen Shah Alam.
MCMC kini sedang giat melaksanakan Kempen Internet Selamat di sekolah-sekolah seluruh negara termasuk di negeri Selangor yang melibatkan sebanyak 942 buah sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Dalam usaha ini, MCMC Negeri Selangor mengambil pendekatan strategik untuk menyokong pelaksanaan ini dengan menganjurkan Karnival Kempen Internet Selamat Negeri Selangor.
Platform penyampaian maklumat ini direka untuk menyediakan pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan kepada kanak-kanak serta membimbing mereka supaya tidak menggunakan media sosial sebelum berumur 13 tahun melalui pengisian program masa lapang yang bersesuaian.
Turut hadir YB. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi dan YBrs. Encik Mano Verabathran Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU (T)), Kementerian Komunikasi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ucapan penghargaan dan selamat dari YAB Perdana Menteri...
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Azli Yusof
@azliby
Reformasi ala Perikatan Nasional. Usul turunkan Anwar di atas jalanraya, bukan usul di Parlimen.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berhimpun. PDRM tangkap?
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 29 Muharram 1447H.
Menghargai pemberian, tanda bersyukur. -
Azli Yusof
@azliby
Saya seharian di Parlimen. Pengurus dan pegawai² Pusat Khidmat teruskan aktiviti ziarah rahmah di lapangan.
www.facebook.com/share/p/16yd4vn639/ -
Azli Yusof
@azliby
Saya telah mengambil bahagian membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023
www.facebook.com/share/v/16bMpnoysQ/
. -
Azli Yusof
@azliby
Sebelum ke Parlimen pagi tadi, saya ke Bangunan SUK Selangor untuk menghadiri Mesyuarat Kemajuan Infrastuktur terkait isu² Infra melibatkan Taman Rashna, Projek SMG, Kg Kebun Bunga dan Taman Batu Tiga.
Mesyuarat dipengerusikan YB Dato Ir Izham Hashim, Exco Infrastruktur dan Pertanian dan turut dihadiri ADN Batu Tiga, YB Danial Al Rashid serta pegawai² dari JKR Selangor, JPS, MBSA, WCE dan SMG.
Perbincangan tertumpu kepada 'quick win' dan pelan jangkamasa sederhana terkait isu banjir dan penyelenggaraan infra yang berkaitan.
Terima kasih YB Exco atas masa dan komitmen untuk menyelesaikan isu² berkepentingan awam.
. -
Azli Yusof
@azliby
MP Shah Alam | Perbahasan RUU Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025
www.facebook.com/share/v/19xjT7YdGX/ -
Azli Yusof
@azliby
Berdebar dan bersabar menunggu pengumuman jam 10.30 pagi
-
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT)
www.facebook.com/share/v/16zAg9ZwJN/ -
Azli Yusof
@azliby
Usai pulang dari Program Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Port Dickson malam tadi, saya berkesempatan menyantuni peserta kejohanan karom yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir.
Kejohanan Karom Beregu Piala Ahli Parlimen Shah Alam bertempat di Dewan Teratai Seksyen 19 disertai 210 regu yang mengambil bahagian di dalam kejohanan sehari bermula seawal pagi hingga tengah malam tadi.
Tahniah kepada pemenang. Teruskan martabat sukan tradisi yang sangat diminati segenap lapisan masyarakat ini.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini bermula Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 hingga 28 Ogos 2025.
Antara agenda penting sidang kali ini adalah Bacaan Rang Undang-undang, Pembentangan RMK13, Laporan Ketua Audit Negara serta Laporan dan Penyata Tahunan Suhakam
.
www.facebook.com/share/v/19CMwNpP4k/ -
Azli Yusof
@azliby
Kita diajar dan dituntut untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang zahir (lihat atau dengar), bukan berdasarkan sangkaan apa yang tersembunyi dalam hati atau niat seseorang.
.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1242778/ulama-kelantan…
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama ribuan hadirin mengikuti syarahan perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sempena Festival Turath Islami Selangor 2025 (FTIS 3.0) malam tadi.
Syarahan bertajuk “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” disampaikan pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Dr Adi Hidayat.
Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan yang turut menekuni syarahan yang disampaikan.
YAB Menteri Besar menzahir rasa gembira dan berpuas hati di atas sambutan orang ramai terhadap penganjuran festival ini. Beliau menyatakan keazaman untuk meneruskan program tahunan ini agar pengajian ilmu turath menjadi budaya dan cabang menimba ilmu rakyat negeri Selangor.
. -
Azli Yusof
@azliby
((LANGSUNG)) Syarahan Perdana oleh Ustaz Dr Adi Hidayat sempena Festival Turath Islami Selangor 2025
www.facebook.com/share/v/16t1dJiueJ/ -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan ikuti Daurah Surah Pilihan - Surah Al-Hujurat yang disampaikan oleh Ustaz Dr Adi Hidayat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor.
Daurah pagi tadi merupakan sesi ke-16 dan terakhir sesi daurah yang menelusuri dan mengupas Tafsir Jalalain As-Suyuti yang menjadi fokus utama dalam Festival Turath Islami Selangor 2025.
Alhamdulillah, ribuan yang hadir menadah kitab bukan sahaja terdiri dari pelajar² sekolah dan pondok jauh dan dekat. Malah turut dihadiri ramai warga Shah Alam dan kawasan yang berhampiran. Ramai juga yang saya kenali dan sering berjumpa. Dan ada juga yang sudah lama tidak ketemu.
Semoga peluang mendalami ilmu al-Quran dengan bersungguh², mengajarkannya dan beramal dengannya akan mengangkat kedudukan kita termasuk dalam golongan terbaik dan mendapat rahmat di sisi Allah.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 22 Muharram 1447H.
Taati Allah, taati Rasul dan pemimpin daripada kalangan kamu.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berada di pejabat memenuhi jadual temu janji yang telah disusun untuk hari ini.
Pertama, saya terima kunjungan dengan Tn Haji Wan Mohd Azeelan, Pengurus Besar Bhg Perdagangan Komersil Angkasa Coop. Kami membincangkan kerjasama penganjuran Jualan Rahmah Madani di kawasan terpilih dalam Parlimen Shah Alam.
Kedua, saya penuhi temu janji dengan Tengku Azlan, membincangkan mengenai aspek keselamatan di kawasan kediaman Taman Subang Impian dan status kawasan penjaja di Alam Budiman, U10.
Ketiga, saya menyerahkan sumbangan kepada penganjur pertandingan Carrom Terbuka Parlimen Shah Alam yang akan diadakan pada Ahad, 20 Julai 2025. Sebanyak 400 peserta dijangka akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari itu nanti.
Keempat, saya mendengar penerangan dari Rangers Rugby berkenaan penganjuran Liga Ragbi Touch Juniors Shah Alam 2025 yang akan diadakan disertai 16 pasukan sepanjang Ogos-September 2025.
Kelima dan terakhir, saya menerima kunjungan dari wakil aktivis Biro Integrasi Nasional Amanah Negeri Selangor membincangkan tentang aspek kebajikan dan aktiviti yang perlu dipertingkatkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
. -
Azli Yusof
@azliby
Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Hasan Bahrom atas pelantikan sebagai Yang DiPertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh peranan YADIM dalam memperkasakan dakwah, meningkat kefahaman ummah dan mengerat perpaduan nasional berteraskan nilai-nilai Islam Rahmatan Lil ‘Alamin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dizahirkan kepada Datuk Hasanuddin Mohd Yunus atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menerajui YADIM sebelum ini.
Komitmen beliau dalam memartabatkan dakwah dan agenda kebajikan amat dihargai.
Semoga kedua-dua tokoh ini terus diberkati dan dirahmati Allah SWT dalam khidmat dan perjuangan masing-masing.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya telah menyerahkan cek kepada 13 penerima peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2025 yang disalurkan ICU JPM melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.
Sebanyak 15 permohonan telah diluluskan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini untuk serahan fasa pertama hari ini.
Sementara itu, kami sedang memproses permohonan yang berbaki. Penyerahan peruntukan bagi fasa kedua dijangka akan disempurnakan sekitar bulan Oktober 2025.
Peruntukan PMR bertujuan memenuhi keperluan rakyat selari dengan arus pembangunan dan memerlukan bantuan segera; menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas; meningkat dan memantapkan pembangunan sosioekonomi di kawasan parlimen berkenaan.
Di antara penerima sumbangan kali ini adalah pelbagai insitusi pendidikan, masjid dan surau, rumah ibadat bukan Islam (RIBI), persatuan penduduk dan komuniti.
Di harap peruntukan ini dapat memberi impak dan manfaat segera sebagai tanda Keperihatinan Kerajaan Madani terhadap keperluan dan masalah rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ramai tak sedar ...
. -
Azli Yusof
@azliby
Isu Pelantikan Ketua Hakim Negara. Kenapa ramai keliru?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya dan Sdr Mohd Sanawi Mohd Sanusi telah berkesempatan mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seksyen 19 Shah Alam.
Ketibaan kami disambut oleh Tuan Haji Amal bin Abdul Aziz - Pengarah MCMC Selangor, Encik Ruddyansjah Bin Mahtar Hams - Pegawai Penerangan Daerah Petaling, Ridza Zainal Abidin - Head of Section, Digital Centre, USP, CelcomDigi dan Encik Muhammad Ikram bin Mohamad Sharif - Pengurus Nadi Seksyen 19.
Kami telah diberi taklimat panjang lebar tentang peranan, objektif, program dan aktiviti yang dijalankan oleh NADI Seksyen 19 untuk masyarakat setempat.
Saya amati ada perkara yang Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM boleh bekerjasama dengan NADI untuk memperjelaskan isu semasa dan initiatif kerajaan agar dapat difahami dan memberi manfaat kepada masyarakat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Malaysia patut tolak Nick Adams sebagai Duta AS, seorang yang membawa retorik kebencian, perkauman dan islamofobia.
Sila RT jika anda tidak mahu Malaysia menjadi medan ujikaji MAGA-AS. Kita mahu negarawan yang hormat terhadap nilai kemajmukan dan keamanan serantau.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya hadir di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Dillenia Worldwide, Bukit Bandaraya. Perasmian disempurnakan SM Khairi Helmi dari Balai Polis Seksyen 6.
Dalam ucapan aluan, saya turut menyentuh aspek keselamatan kediaman kami yang berhampiran dengan jajaran paip gas Petronas.
Mengambil iktibar insiden kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini, saya telah mengajukan melalui soalan Parlimen berhubung langkah kehadapan untuk mitigasi dan kawalan agar insiden ini tidak berulang.
Seterusnya saya penuhi jemputan majlis perkahwinan anak Hj Khairuddin, Pengerusi Surau Mawaddah Sek 7. Moga majlis yang diadakah di Courtyard Setia Alam tadi sempurna dan diberkati Ilahi.
Pada waktu tengah hari saya diundang merasmikan Majlis Penutupan Kem Perkhemahan Unit Beruniform dan Pemimpin Muda Peringkat Daerah Petaling Perdana 2025 di SK Seksyen 17, Shah Alam.
Program disertai 250 pelajar dari 7 buah sekolah bertujuan membentuk nilai kepimpinan, disiplin, jati diri serta semangat berpasukan dalam kalangan murid-murid. Tahniah kepada penganjur dan guru² pembimbing.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ada sedikit kelapangan masa. Malam tadi saya ambil peluang ke Masjid Negeri untuk ikuti Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (Sesi 3) oleh Sheikh Abdul Fattah al-Awari di Festival Turath Islami Selangor 2025.
Dalam sesi ini Sheikh mengupas Pengantar Ilmu Tafsir oleh Imam As-Suyuti dalam bahagian Asbab An-Nuzul dan Lafaz-Lafaz al Quran secara mendalam.
Subuh tadi pula saya ikuti pula kuliah disampaikan Sheikh Mohd Nazrul Abd Nassir, pengasas pusat pengajian Zawiyah Nasiriyyah di Kedah.
Beliau menghuraikan perkara-perkara pokok yang sering menjadi perbincangan tentang al-Quran khususnya berkenaan mukjizat dan keajaiban al-Quran yang merupakan kalam Allah.
Festival Turath Islami Selangor berlansung selama 9 hari dari 12-20 Julai 2025. Maklumat program dan aktiviti boleh diakses melalui pautan berikut sebagai panduan untuk orang ramai hadir.
turathislamiselangor.com
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya berkesempatan hadir dalam majlis perasmian 'Festival Turath Islami Selangor 3.0' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor. Ia disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.
Tetamu istimewa tahun ini adalah Prof Emeritus Dr Sheikh Abdul Fattah Abdul Ghani Al-Awari, Mantan Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar, Mesir.
Usai majlis perasmian, saya terus bersama dengan peserta-peserta menekuni kupasan pertama Sheikh Abdul Fattah dalam 'Daurah Pengantar Ilmu Tafsir (Sesi 1)' berpandukan kitab Pengantar Tafsir Jalalain karangan Imam Jalaluddin as-Suyuti.
Festival bermula pada tahun 2023 ini merupakan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dengan matlamat untuk menyegarkan roh ilmu turath disamping menyuburkan minat mendalami khazanah warisan Islam oleh tokoh ilmuan besar seperti Imam Al- Ghazali, Imam An-Nawawi dan Imam As-Suyuti.
Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha menganjurkan program dan aktiviti Islami bertujuan mencari keseimbangan dan kemurnian kehidupan seiring dengan kepantasan dan kepesatan pembangunan duniawi.
Dalam masa yang sama ia bertujuan memberi kefahaman tentang pemikiran beragama yang wasatiyyah (sederhana/pertengahan) sesuai dengan pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekaligus menolak pemikiran yang ghuluw (melampau) dan jalur yang keras.
Pelbagai acara menarik sepanjang 9 hari festival ini berlangsung dari 12-20 Julai 2025 boleh diakses melalui pautan berikut sebagai panduan untuk orang ramai hadir.
turathislamiselangor.com
. -
Azli Yusof
@azliby
Semalam saya berada di pejabat menguruskan hal ehwal rutin dan memenuhi beberapa temu janji.
Temu janji pertama dengan Cikgu Nazri untuk memperincikan program jati diri dan kepimpinan di kalangan remaja Shah Alam.
Temujanji kedua dengan Bonda Hanim Mohd Said, Pengerusi dan AJK Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Shah Alam memperincikan program bertemakan patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan.
Seterusnya saya dan rakan² staf solat Jumaat di Masjid Kampung Kuantan. Usai solat, kami menjamu selera bersama Imam & Bilal, Tok Ketua Kampung dan jemaah masjid.
Menu sup tulang kambing dan telor berlada di gerai berhadapan dengan Masjid. Tak ditemui di tempat lain. Hanya di Kampung Kuantan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hamzah Zainuddin saran PMX bercuti.
Lantik PM Interim... Biar betik !
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam kami menerima kunjungan dari pihak pengurusan dan pegawai² Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) diketuai Setiausaha Agung, Sdr Muhammad Izrin Nabil.
Selain merupakan kunjungan balas, pertemuan ini juga membincangkan secara lebih terperinci program dan initiatif menjadikan sukan bolasepak sebagai penjana impak sosial di peringkat komuniti di bawah Parlimen Shah Alam.
Melalui kerjasama di antara Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam, Friends of Shah Alam - FOSA FC dan FAS, kami berharap dapat membina komuniti yang lebih erat dan ceria di samping mempastikan kesaksamaan dan kemampanan pembangunan bandar.
Saya sangat teruja dengan kesungguhan dan ketangkasan pihak FAS yang diterajui kepimpinan muda menggunakan medium sukan menyemai pertumbuhan individu, penglibatan komuniti dan semangat kekitaan di kalangan penduduk.
Nantikan kemunculannya... !
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 15 Muharram 1447H
Usaha, Tawakkal & Redha
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama Ahli² PAC Parlimen Malaysia menelusuri 7 prosiding berturut-turut sepanjang minggu ini bermula Isnin dan berakhir tengah hari tadi.
Prosiding hari ini memanggil YB Menteri Kewangan II untuk memberi keterangan sebagai saksi terakhir prosiding ke-17 mengenai Pengurusan Lapangan Terbang Awam di bawah Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Sebelum itu, minggu ini PAC turut memanggil pengurusan tertinggi KWAP, PNB, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Hong Leong Investment Bank dan mantan CEO MAHB sebagai saksi penting untuk hadir memberi keterangan.
Ahli² PAC akan membuat rumusan dan syor berkenaan isu penswastaan MAHB yang pernah menimbulkan perdebatan hangat sebelum ini.
Laporan penuh PAC akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sidang yang akan datang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Lima tahun dahulu, kami ziarah Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Hari Lahir ke-95 di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Hari ini Tun menyambut Hari Lahir ke-100. Suatu umur yang jarang dikecapi oleh rakyat Malaysia dan dapat dinikmati dalam keadaan yang sihat.
Selamat Hari Lahir Tun. Semoga terus memberi inspirasi kepada negara, diberkati dan dirahmati Yang Maha Esa.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ingatkan ANWAR turun, rupanya OPR yang turun.
www.astroawani.com/berita-bisnes/terkini-bnm-turunkan-kad… -
Azli Yusof
@azliby
Tarif Import Amerika 25%. Bagaimana kedudukan Malaysia ?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya berkesempatan ziarah Sdr Shahrul di rumah ibunya di Taman Keramat. Beliau sedang menjalani rawatan kesihatan di HKL. Jadi mudah ulang alik dan berurusan.
Tak lama, kami dikejutkan dengan kemunculan Chef Wan yang turut datang ziarah. Rupa2nya ibu Shahrul adalah guru Sejarah kepada Chef Wan.
Saya terpaksa mengundur diri lebih awal kerana harus ke Parlimen menyambung Prosiding PAC sesi petang.
Ketika beredar, terserempak pula dengan Kapt (B) Hj Mohamad Yahaya dan isteri yang baru tiba. Tak tanya pulak dari mana. Mai dari Perlis la kot.
Sama² kita doakan kesembuhan buat Sdr Shahrul . Moga dipermudahkan urusan rawatan, diringankan kesakitan dan pulih segera seperti sediakala.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang semalam telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara Kawasan Shah Alam 2025 di KT Ballroom, Kompleks Warga Emas, Seksyen 24.
Majlis perasmian disempurnakan YB Tn Hj Adly Zahari, Naib Presiden Amanah Nasional merangkap Timbalan Menteri Pertahanan.
Beliau menghargai setiap pengorbanan kepimpinan dan ahli² peringkat akar umbi yang setia dan komited mengangkat dan menjayakan agenda Islam Rahmatan Lil Alamin. Seterusnya menjadikan Amanah sebagai sebuah parti yang progresif dan peduli.
Tahun ini Amanah akan menyambut Tahun Ke-10 penubuhannya dengan tema 1 Dekad, 1 Misi, 1 Hati. Sudah pasti pelbagai pengalaman diperolehi dan dikongsi menjadikan Amanah parti yang turut menyumbang dalam mencorak dinamika politik tanah air.
Amanah diberi peranan untuk bersama² dengan Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan diperingkat Persekutuan dan Negeri² memikul mandat membina negara dan membela nasib rakyat.
Pelbagai isu dibangkitkan dalam mesyuarat tahunan kali ini merangkumi aspek kebajikan rakyat, keperluan infrastruktur lebih baik, perpaduan, pendidikan, hal-ehwal orang asli, pengupayaan kaum wanita dan peranan anak muda dalam kepimpinan.
Mesyuarat kali ini turut meluluskan usul Sayap Pemuda yang mahu tempoh umur persaraan wajib dikekalkan pada 60 tahun.
selangortoday.online/amanah-shah-alam-lulus-usul-pemuda-k…
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi semalam saya telah diundang merasmikan Program Wellness On Wheels (WOW) Health Tour Bersama Ahli Parlimen Anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur & Barat dan Pusat Kesihatan Daerah Petaling di Pusat Komuniti Persatuan Penduduk, Seksyen 17.
WOW adalah merupakan initiatif Kementerian Kesihatan sejak negara keluar dari Pandemik Covid-19 bertujuan menyediakan khidmat pendidikan, advokasi dan kesedaran kesihatan di peringkat komuniti.
Saya telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk berinteraksi dan menyantuni peserta dan mengunjungi reruai yang disediakan dalam program yang bertemakan Ke Arah Kesihatan Optimum.
Program ini mendapat sambutan sangat menggalakkan komuniti dan penduduk setempat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Tahniah atas usaha gigih dan persiapan rapi yang dilakukan persatuan. Syabas kerana initiatif ini mendapat kerjasama hampir 50 pihak terdiri dari agensi awam, pihak swasta dan NGO yang berkolaborasi sebagai penaja pempamer produk kesihatan dan khidmat pelanggan.
Saya berharap lebih banyak lagi Persatuan Penduduk yang bersedia dan sanggup menganjurkan program WOW Health Tour untuk manfaat kesihatan dan kebaikan bersama.
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi, saya penuhi undangan merasmikan Mesyuarat Tahunan 2025 Parti Amanah Negara Kawasan Taiping dan Bukit Gantang di Taiping, Perak.
Setinggi penghargaan atas kesudian mengundang saya. Tahniah kerana Amanah Taiping dan Bukit Gantang berjaya menempatkan parti dalam politik setempat. Bekerjasama menyumbang kepada kerajaan Perpaduan Negeri Perak memberi khidmat dan kebajikan kepada rakyat Negeri Perak.
Amanah bukan parti anak lagi. Malah akan menyambut perayaan 10 tahun penubuhannya di Kuala Lumpur dengan tema 1 Dekad, Satu Misi, Satu Hati.
Kepimpinan Amanah pelbagai lapisan sudah berpengalaman memimpin kerajaan persekutuan dan negeri bersama rakan² PH dan Perpaduan. Duduk, sama rendah, berdiri sama tinggi, berlari sama laju dan berenang sama deras.
Justeru penting agar keharmonian dan kerjasama dalam perpaduan dikekalkan. Kerana yang menjadi keutamaan ialah kestabilan dan kemajuan untuk terus membina negara dan membela nasib rakyat jelata.
Usai majlis perasmian, saya tidak lepaskan peluang jalan² cari Mee Udang Kuala Sepetang sebelum pulang ke Shah Alam.
. -
Azli Yusof
@azliby
From Taiping with Love 😘
. -
Azli Yusof
@azliby
Langkah Atasi Kesesakan Trafik di Elmina dan Denai Alam
Petang semalam saya telah hadir dalam 'Mesyuarat Penyelarasan Isu Kesesakan lalulintas di Denai Alam dan Elmina' di Wisma MBSA.
Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Datuk Bandar MBSA. Turut hadir Ahli² Majlis dan Pegawai² Kanan MBSA, pegawai² mewakili Sime Darby Property (SDP) selaku pemaju dan Prolintas selaku pengendali GCE dan DASH.
Beberapa langkah interim dan adhoc sedang dilakukan oleh SDP untuk menyuraikan aliran trafik.
Terlebih penting, 2 langkah jangka panjang akan dilaksanakan tidak lama lagi apabila mendapat kelulusan rekabentuk dan permit pembinaan, iaitu
- Naik taraf persimpangan 3504 ke Shah Alam (clover leaf) oleh SDP/MBSA
- Pembinaan akses terus dari Pembangunan Elmina West ke Damansara Shah Alam Elevated Exspressway (DASH) oleh Prolintas/DASH
Saya percaya kegusaran penduduk dan pengguna jalanraya di Elmina dan Denai Alam terhadap kesesakan trafik akan berakhir tidak lama lagi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Cepat sungguh masa berlalu. Dah masuk bulan Julai ie penggal kedua tahun 2025.
Seperti biasa, pagi tadi saya dan rakan² staf bermesyuarat untuk pastikan pentadbiran, operasi, program dan peruntukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam diurus dengan baik demi kebajikan warga Shah Alam.
Dari kiri: En Osman, Syed Azizi, Nathan, Sanawi, Saya, Hj Jamil, Amirul, Latiff, Lyn.
Tiada dalam gambar, Zuhair.
Sebab dia yang ambil gambar 😄
. -
Azli Yusof
@azliby
'Himpunan Turun Anwar'.
Tapi nak ganti dengan siapa?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Ketibaan kami di Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor pagi tadi disambut mesra oleh Pengarah SPR Selangor, Tuan Abang Irzarruddin Abang Alias beserta Timbalan Pengarah En Mohd Rizal Abdullah dan beberapa pegawai-pegawai SPR Selangor.
Turut bersama dalam Kunjungan Hormat tadi ialah Tn Haji Zaky Arifin - Timbalan Pengarah Biro Pilihan Raya Amanah Selangor, Tn Haji Firdaus Mokhtar - Naib Ketua Amanah Shah Alam, Tn Haji Maizan Abdul Majid - Setiausaha Amanah Shah Alam, Sdr Mohd Sanawi Mohd Sanusi - Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan Sdr Mohd Amirul Izuan - Naib Ketua Pemuda Amanah Shah Alam.
Sambil menghulur salam taaruf, kami juga turut membincangkan beberapa perkara penting terkait urusan pilihan raya antaranya:
- Pertambahan jumlah pengundi, khususnya susulan pelaksanaan pendaftaran automatik Undi18
- Usaha pendidikan dan advokasi tentang hak serta tanggungjawab mengundi khusus di kalangan pengundi muda
- Isu perpindahan pengundi berdasarkan alamat pada kad pengenalan
- Cadangan penambahbaikan terhadap proses pendaftaran dan pengundian
Terima kasih kepada Tn Pengarah dan SPR Selangor atas kesudian menerima kunjungan kami dan layanan mesra.
Semoga kerjasama ini terus memperkukuh sistem demokrasi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pilihan raya.
. -
Azli Yusof
@azliby
Ucapan Takziah buat kerabat YDM Tengku Setia, Tengku Dato' Sulaiman Shah Alhaj bin Tengku Abdul Jalil Shah Alhaj, Orang Besar Istana yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2 Julai 2025 bersamaan 6 Muharram 1447H.
Pagi tadi saya bekesempatan bersama keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan jemaah Masjid SSAAS, Masjid Negeri Selangor untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah diimamkan anakanda Almarhum.
Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para mukminin.
. -
Azli Yusof
@azliby
SST bebankan rakyat. Betulkah?
Jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah.
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Kunjungan ke Pejabat Operasi FAS Subang Jaya baru² ini.
Credit: Instagram faselangormy -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini saya berkesempatan memenuhi dua undangan. Pertama majlis perkahwinan anak Tn Haji Yusree Yahaya & Hjh Fauziah Salleh di Dewan Tengku Zara, Shah Alam.
Sesudah itu saya balik ke kampung Sungai Besar untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Sdr Alzahari Mohd Noh & Habibah Hassan di Dewan SMKA Tun Rahah.
Moga majlis mereka sempurna dan diberkati Ilahi. Semoga Allah memberkati pasangan pengantin dan menyatukan mereka dalam kebaikan... Amin. -
Azli Yusof
@azliby
Masa untuk pulang ke kampung halaman. Ada sedikit masa sementara menunggu masa penerbangan.
Atas undangan Ustaz Idris, Imam Masjid An Nur di Christchurch, kami berkesempatan bertandang ke rumah beliau. Istimewa katanya.
Kami dijamu makan tengah hari. Hidangan sup kambing dan kambing bakar masakan isteri Ustaz memang lazat sekali.
Ustaz Idris telah datang ke Christchurch pada 2014 dan kini menetap bersama keluarga. Memimpin masyarakat Islam di sini dan menyebarkan dakwah kepada masayarakat tempatan.
Seekor kambing telah disembelih oleh Sdr Faris yang memiliki ladang kambing di sini. Beliau berhijrah ke sini hampir 22 tahun yang lalu. Keluarganya telah menjadi warga tetap New Zealand.
Terima kasih Ustaz Idris, Sdr Faris dan keluarga serta semua diaspora Malaysia di Christchurch yang sudi bersama² meraikan kehadiran kami.
Pasti nak datang lagi jalan² ke sini untuk nikmati dan terokai keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Jumaat 27 Jun 2025. Pagi ini kami mengadakan kunjungan hormat kepada Mr Phil Mauger, Datuk Bandar Christchurch City Council.
Majlis Bandaraya ini dianggotai oleh seorang Datuk Bandar dan 16 orang Ahli Majlis yang dipilih setiap tiga tahun sekali melalui proses pilihan raya.
Topic perbincangan banyak tertumpu kepada proses pemulihan dan pembangunan semula Bandar Christchurch yang ranap akibat peristiwa gempa bumi yang melanda pada 22 Februari 2011 dan mengorbankan 185 jiwa.
Melalui Lembaga Pemulihan Gempa Bumi, kerajaan telah membelanjakan sejumlah $40 Billion untuk memulih dan membina semula bangunan dan infrastruktur yang rosak.
Pada waktu tengah hari, kami ambil kesempatan untuk menunai solat Jumaat di Masjid an Nur. Kami berpeluang menyantuni Ustaz Idris, imam Masjid dan beberapa orang lagi jemaah yang berasal dari Malaysia.
Masjid ini terkenal dengan peristiwa tembakan rambang mengorbankan 51 orang dan mencederakan 89 orang jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat pada 15 March 2019.
Dalam khutbah kedua, imam di sini masih mengekalkan bacaan doa khusus untuk mereka yang terkorban pada peristiwa menyayat hati tersebut.
Pada sebelah petang kami mengadakan kunjungan hormat kepada Mr Sam Broughton, Datuk Bandar Selwyn District. Turut bersama beliau adalah beberapa Ahli Majlis yang turut menerima kehadiran kami.
Ia sebuah daerah di pinggir Bandar Christchurch didiami 84,000 penduduk.
Kami dibawa melihat meninjau pusat bandar daerah yang semakin membangun dan menjadi tumpuan destinasi kediaman kerana kelestariannya dan berdaya huni.
Dalam majlis ringkas yang diatur di Selwyn, kami berpeluang bertemu dengan beberapa orang diaspora dari Malaysia.
Sebahagiannya telah menjadi warga tetap Australia, dan tidak kurang juga yang datang bekerja, belajar dan menetap di Christchurch dan Selwyn.
. -
Azli Yusof
@azliby
Khamis 26 Jun 2025, hari ketiga di Wellington, Ahli² PAC Parlimen Malaysia teruskan program lawatan kerja yang telah disusun.
Pertama kami adakan perbincangan dengan Mr Joseph Mooney, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Sosial dan Komuniti.
Antara isu tumpuan mereka adalah berkenaan dengan isu skim pencen, perumahan awam, penjagaan kanak², penyiaran awam dan sukan.
Seterusnya kami mengadakan perbincangan dengan Mr Cameron Brewer, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Perbelanjaan.
Antara cabaran yang mereka hadapi adalah memastikan perbelanjaan perkhidmatan kebajikan sosial yang mampan, mewujudkan peluang agar rakyat New Zealand kembali ke dalam sektor pekerjaan, mengurus belanjawan skim pencen yang semakin meningkat berikutan peningkatan usia, dan mengurangkan hutang dari 49% berbanding GDP kepada paras di bawah 40%.
Antara perkara menarik perhatian kami ialah New Zealand telah lama mengubah dasar subsidi pukal kepada subsidi bersasar sejak awal 1990-an.
Ini memastikan perbelanjaan yang mampan dan hanya mereka yang benar-benar memerlukan layak mendapat bantuan.
Terakhir, kami mengunjungi Mdm Samantha Barras, Ketua Eksekutif Lembaga Pasaran Kewangan New Zealand.
Lembaga ini terletak di bawah Kementerian Perdagangan, Inovasi dan Pekerjaan. Ia bertanggungjawab mengawal selia perkhidmatan perancangan kewangan, perbankan, pasaran modal, insurance dan kemudahan pinjaman.
Initiatif baharu yang mereka lakukan ialah memberi tumpuan kepada perlindungan untuk pelanggan. Antaranya memastikan fair conduct program dianjurkan oleh pemberi khidmat kewangan dan insuran.
Menjelang lewat petang kami akhiri agenda di Wellington, berlepas ke Christchurch untuk meneruskan lawatan kerja di sana.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai atas pemergian Allahyarham Dato' Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para salihin, Amin.
. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini hari kedua Lawatan Kerja Ahli² PAC Parlimen Malaysia ke 'Aoteorea - The Land of the Long White Cloud'. Kami berada seharian di Parlimen New Zealand dengan jadual yang padat.
Ketibaan kami disambut oleh pihak Urusetia Parlimen dengan upacara tradisi kaum Maori. Mereka mengekalkan budaya ini sebagai suatu keunikan budaya tempatan menyambut tetamu dan simbol menjalin pertautan sesama manusia.
Setelah itu kami membuat kunjungan hormat kepada Speaker Dewan Rakyat, RT Hon. Gerry Brown Lee.
Parlimen New Zealand dianggotai 123 Wakil Rakyat. Seramai 68 Ahli Parlimen dari 3 buah parti bergabung membentuk kerajaan. Manakala 55 Ahli Parlimen dari 3 buah parti membentuk barisan pembangkang.
Seterusnya kami dibawa melawat Bangunan Parlimen New Zealand yang terdiri daripada The Parliament House yang menempatkan Dewan Persidangan, pejabat Speaker dan pengurusan parlimen dan bilik² mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Khas.
Kedua, The Beehive menempatkan pejabat Perdana Menteri dan pejabat Menteri-menteri. Ketiga, The Parliament Library yang menjadi sumber penyelidikan dan sumber rujukan.
Pada sebelah petang kami bertuah kerana diberi peluang untuk masuk ke dalam Dewan Persidangan Dewan Rakyat.
Kehadiran kami diumumkan oleh Speaker Dewan sebaik sidang dimulakan pda jam 2.00 petang.. Kami berkesempatan ikuti sesi soal jawab lisan selama lebih kurang 30 minit.
Antara yang sempat kami adalah soalan berkaitan kewangan, perikanan dan perumahan. Agak sedikit berbeza kerana Speaker membenarkan soal jawab pendek yang agak kerap sebelum soalan tambahan dikemukakan.
Berlaku juga perdebatan hangat sehingga terpacul perkataan 'dickhead' oleh seorang Menteri kepada MP Pembangkang yang didakwa cuba mengganggu penjelasannya. Namun, akhirnya beliau meminta maaf atas arahan Speaker dan Peraturan Mesyuarat.
Seterusnya kami mengadakan perbincangan dengan beberapa orang Ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) berkenaan Keadilan diketuai oleh Pengerusinya, Andrew Bayly.
Melalui perbincangan, kami mendapat tahu bahawa Rang Undang-undang Persendirian (Private Members Bill) kerap juga diangkat untuk dibahas dan diluluskan.
Di sini Jawatankuasa Pilihan Khas berperanan penting membincang dan memperincikan sesuatu Rang Undang² agar persetujuan dasar dapat dicapai oleh Ahli Parlimen dari pelbagai parti sebelum ianya dibahas untuk diluluskan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pada hari pertama lawatan kerja Ahli² PAC Parlimen Malaysia ke Negara Kiwi, kami telah mengunjungi Pejabat Ketua Audit Negara New Zealand. Ia terletak di bangunan yang sama digunakan oleh Pasukan Rugby 'The All Blacks'.
Kami telah diberi taklimat dan bertukar pandangan dengan Deputy Auditor General Mr Andrew McConnel dan Assistant Auditor General Mr Russel Bates.
Kami bertuah kerana Auditor General Mr John Ryan yang ada urusan lain sempat juga hadir di penghujung sesi perbincangan.
Antara perkara menarik kami pelajari ialah Ketua Audit Negara dipilih dan dicadangkan melalui proses permohonan, saringan dan kelulusan oleh jawatankuasa yang dianggotai Ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti.
Ini bertujuan mempastikan Ketua Audit Negara bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan kepada badan eksekutif.
Ia kemudian dilantik secara rasmi oleh Ketua Gobenor New Zealand. Proses yang diwarisi sejak dari zaman Pemerintahan British.
Yang menarik juga ialah aspek pengauditan mereka tidak lagi sekadar tertumpu terhadap aspek kewangan, pengurusan dan tatakelola seperti kebiasaan.
Mr John Ryan telah wujudkan initiatif pengauditan terhadap prestasi dan pencapaian nilai perbelanjaan dana kerajaan untuk rakyat bagi sesebuah kementerian dan agensi kerajaan.
Mereka telah mulakan dengan hal ehwal kesihatan dan penyediaan perumahan. Perkara yang sangat dekat dengan keperluan rakyat.
. -
Azli Yusof
@azliby
Trump beri tempoh dua minggu hubungan diplomasi sebelum ambil apa² tindakan terhadap Iran.
Dua hari selepas itu US serang 3 pusat strategik nuklear Iran.
Iran serang balas Pengkalan Tentera US di Qatar, pengkalan terbesar US di Timur Tengah.
Trump kata Israel dan Iran setuju genjatan senjata. Iran kata tiada apa² persetujuan dicapai.
Lagi nak percaya propaganda dan ikut naratif US ? -
Azli Yusof
@azliby
Boarding MH145 to Auckland. Then NZ441 to Wellington, NZ.
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami tidak berkuasa menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
. -
Azli Yusof
@azliby
Luas pelayaran banyak pengalaman. Banyak kesabaran, timbul rasa keinsafan. Pada tawakkal, ada makna keredhaan. Pada kesungguhan, ada erti kepuasan.
Alhamdulillah, selamat pulang dari misi mencandat dan menawan sang janggut di Laut Cina Selatan. Syukur atas nikmat Tuhan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 23 Zulhijjah 1446H.
Awasi SIS guna nama Islam. Sebar fahaman Liberalisme & Pluralisme
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Hari ini kembali ke Parlimen untuk menyambung dua prosiding PAC berhubung Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan Dan Caj Hospital Swasta Serta Impak Kepada Kesihatan Awam.
Sebelah pagi dengan persatuan² pengamal insurance LIAM, MTA dan PIAM. Manakala pada sebelah petang dengan Bank Negara Malaysia, BNM.
. -
Azli Yusof
@azliby
Dewan Rakyat Yang Kelima Belas Penggal Keempat Mesyuarat Kedua akan bersidang pada 21 Julai 2025 (Isnin) hingga 28 Ogos 2025 (Khamis).
Oleh itu, saya ingin mengalu-alukan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan dan diangkat sebagai Soalan Parlimen.
Sila imbas QR Code di bawah dan hantarkan cadangan soalan sebelum 25 Jun 2025, jam 5.00 petang.
. -
Azli Yusof
@azliby
My article was published in The Parliamentarian , Issue 2 - 2025 (The Journal of Commonwealth Parliaments)
'Strengthening Accountability and Transparancy' - Parliamentary reforms in Malaysia through the Public Accounts Committee (PAC)
Here is the link : issuu.com/theparliamentarian/docs/the_parliamentarian_202… -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah, selesai lawatan kerja 2 hari bersama ALP IKMa di Semporna. Teruja melihat melihat kejayaan Koperasi North Borneo Semporna Berhad mengusahakan 2 buah resort terapung yang eksklusif di Pulau Bum Bum.
Singkat sangat trip kali ini. Saya berazam akan datang lagi ke Semporna jika ada kesempatan.
Tapi bukan untuk urusan kerja. Nak santai² menikmati keindahan alam semula jadi dan meneroka lautan yang kaya dengan pelbagai khazanah.
Kami juga melawat Koperasi Kurnia Sabah Berhad mengusahakan perusahaan kaca, aluminum dan aksessories.
Koperasi ini boleh berkembang maju lagi jika mendapat bimbingan SKM/IKMa dan sokongan institusi kewangan.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam dan selamat pagi dari Semporna.
. -
Azli Yusof
@azliby
Terima kasih Dr Uzam Ab Mijan, Ketua Kawasan dan AJK Pimpinan Amanah Kawasan Semporna yang sudi terima kunjungan saya petang tadi.
Walaupun agak baru tetapi semangat dan usaha gigih mereka memperkenal dan memasyarakatkan Amanah sudah mula diterima masyarakat tempatan.
Tahniah dan semoga maju jaya !
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang tadi saya berkesempatan hadir menyantuni dan beramah mesra dengan komuniti India dalam Majlis Jamuan Makan Sempena Hari Ibu Bapa Ke-16 di Dewan Lavender MBSA, Seksyen 7.
Majlis ini diadakan setiap tahun, menggabungkan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka khususnya warga emas dalam mendidik dan membesarkan anak² hingga menjadi insan yang berguna.
Majlis dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Era Baru Tamilar Shah Alam dengan kerjasama Ahli Parlimen Shah Alam, ADN Kota Anggerik, MPP Zon 3, Komuniti Madani, KKI dan dermawan yang turut menyumbang.
. -
Azli Yusof
@azliby
Worth reading !
Douglas Macgregor
@DougAMacgregor
In the last 72 hours, Israel launched a preemptive strike against Iran when negotiations between Washington and Tehran were still ongoing.
Iran was caught off-guard. But Iran recovered more quickly from its Pearl Harbor moment than Israel expected.
In less than 18 hours after Israel’s surprise attack, Iran responded firing hundreds of ballistic missiles including hypersonic missiles into central Tel Aviv and across Israel.
Meanwhile, Israel's Iron Dome failed. Israeli intelligence failed. Now Netanyahu is pleading with Washington to intervene with American Military Power to rescue Israel from certain defeat; a defeat Netanyahu crafted with encouragement from Washington.
At the same time, Russia, China, Pakistan and most of the Muslim World are rallying to Iran’s defense.
Supplies, equipment and technical assistance are pouring into Iran.
It’s time for a reality check:
Washington burned through $12 trillion in the Middle East since 2003. Result? 7,000 dead Americans. 50,000 wounded, open borders and 100,000 Americans dying yearly from Fentanyl poisoning.
Today, the United States is $37 trillion in debt, a sum that does not include so-called “agency debt.” 77 million Americans voted for President Trump because he promised to end the overseas conflicts and halt the march to WW3.
Trump’s mandate is unchanged: Secure America’s borders, ports and coastal waters. Deport illegal aliens, crush the criminals r-ping and murdering Americans. Restore the rule of law. But not one more drop of American blood for foreign wars.
One Israeli strike on Kharg Island—where 90% of Iran's oil exports flow—or Bandar Abbas terminals, and Iran closes the Strait of Hormuz. That's 20% of global oil supply.
That means disrupted supply chains and runaway inflation. Gas hits $7/gallon overnight. Every working family crushed. Truckers can't deliver food. Economy crashes. For what? So Israel that started this insane war can drag Americans into a wider regional conflict with the potential for nuclear war?
We have 40,000 troops in UAE, Qatar, across the Persian Gulf. They are sitting ducks. Iranian Shahed-136 Drones cost $20,000 each. American Patriot Missiles cost $4 million per interceptor.
Do the math. We will run through our inventory of missiles and go broke while Americans come home in boxes.
The Middle East is on the brink. Here's what Washington must do to defuse conflict:
1. Ask for an Emergency UN Security Council meeting. Ask for an Immediate ceasefire making it clear that Washington opposes the destruction of Iran, Israel and any other state in the Middle East.
2. Demand that Israel stop the killing of Palestinians in Gaza and withdraw its forces from Gaza and the West Bank.
3. Suspend all military aid to Israel until Israel agrees to remove its troops from Gaza and permit humanitarian assistance to reach the people of Gaza.
4. Propose the commitment of Armed Forces from non-aligned nations to police Gaza and the West Bank. 5. Propose that the United States, Russia, China, India and Brazil convene a peace conference to arbitrate the dispute between Israel, Iran and Israel’s neighbors.
I led American Soldiers under fire into action. I've seen plenty of flag-draped coffins. I don’t want to see any more. Washington’s warmongers had 22 years. They failed. They lied.
They profited while America bled. Time's up.
America First means AMERICA FIRST. Not Israel first. Not Ukraine first. Not NATO first. AMERICA FIRST. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya berkesempatan memenuhi undangan majlis perkahwinan anak En Aznam Md Som (Ane) di Setia Ecohill Semenyih, rakan semasa sama² belajar di Universiti of Missouri-Rolla
Alhamdullillah, dapat ketemu rakan² 'The Miners' yang seangkatan termasuk yang senior dan junior. The Miners adalah nama rasmi pasukan athletic UMR, merujuk kepada program kejuruteraan dan sejarah penubuhan universiti ini.
Jarang² jumpa kerana kesibukan. Sekali bertemu terubat rindu. Moga majlis sempurna dan diberkati Ilahi.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pagi tadi saya diberi kepercayaan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk mengisi Slot 8 - Penerangan Fokus Isu: Pendidikan dan TVET kepada 73 peserta yang terpilih dalam proses saringan Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2025 di Petaling Jaya.
SIWANIS merupakan program simulasi Sidang Dewan Negeri yang mengumpulkan wanita dalam satu platform bagi mengasah keupayaan serta mencungkil bakat kepimpinan terutamanya di peringkat pembuatan dasar.
Pada tahun 2025 Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) diteruskan bagi tahun ketiga dengan membawa matlamat yang sama iaitu Ke Arah Mencapai 50 Peratus Perwakilan Wanita.
Objektif pembentangan saya bertumpu kepada peningkatan kesedaran mengenai peluang TVET untuk wanita, sokongan terhadap pembangunan sosioekonomi wanita Selangor serta kerjasama dan strategi yang sedang dijalankan.
Pendidikan TVET penting kerana ia membuka laluan kerjaya yang fleksible dam inklusif, memberi potensi pendapatan yang stabil dan menyokong pemerkasaan ekonomi keluarga.
Penglibatan wanita dalam TVET semakin meningkat khususnya dalam bidang fesyen, F&B, keusahawanan digital, dan kosmetik. Kita juga lihat semakin ramai wanita berjaya menjadi tenaga pengajar, usahawan dan teknologis hasil daripada TVET.
Banyak bidang yang semakin popular dalam kalangan wanita termasuk
– Fesyen, spa dan kosmetik
– Pembuatan makanan, bakeri, e-dagang
– Teknologi digital dan kandungan kreatif
– Teknologi dron dan automasi ringan
Saya mengucapkan setinggi tahniah WBS atas initiatif penganjuran dan syabas kepada peserta SIWANIS 2025.
Semoga maju jaya melalui proses persediaan sebagai pemimpin wanita di pelbagai peringkat pembentukan dasar dan polisi dalam pentadbiran Kerajaan mahupun dalam parti politik.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berkesempatan bersama meraih tuaian pertama hasil Program Kebun Komuniti Penanaman Sayur Daun dan Herba oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok 29-37 Pangsapuri PKNS Seksyen 7 Jalan Plumbum.
Tahniah kepada pihak pengurusan JMB atas initiatif memanfaatkan geran Sejati Madani.
Saya percaya ia mampu menjana dana untuk aktiviti di samping menawarkan keperluan sayuran pada harga rahmah kepada warga komuniti.
. -
Azli Yusof
@azliby
Diundang menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 2024 (MAKA) SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2.
Setinggi tahniah kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, terutamanya dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan semua ujian, pentaksiran dan penilaian.
Peningkatan peratus kelulusan keseluruhan sebanyak 2.26% berbanding tahun sebelumnya, membuktikan bahawa usaha gigih, komitmen berterusan dan semangat juang murid-murid telah membuahkan hasil.
Penghargaan juga kepada para guru yang menjadi tunjang kejayaan murid. Pengorbanan masa, tenaga serta pendekatan inovatif guru-guru dalam mendidik anak-anak bangsa amatlah dihargai.
Begitu juga kepada ibu bapa dan penjaga yang merupakan rakan strategik utama sekolah dalaM meningkatkan motivasi dan prestasi akademik murid.
Kecemerlangan anak-anak pada hari ini jelas terhasil daripada sinergi kukuh antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Kejayaan murid hari ini bukan penamat, tetapi langkah pertama menuju cabaran yang lebih besar. Semoga majlis ini menyemai semangat kecemerlangan yang berterusan di SMK SSAAS.
. -
Azli Yusof
@azliby
Berita baik untuk warga Setia Alam!
Pagi tadi saya berkesempatan melawat tapak Projek Pembinaan Baharu Sekolah Kebangsaan Setia Alam (2) di Jalan Setia Impian U13/6 yang baru mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM).
Kami telah diberi penerangan tentang pelaksanaan projek reka dan bina ini oleh Ir Nazmi Jaafar mewakili Pgh JKR Selangor serta En Hafiz dan En Faizul mewakili Kontraktor Utama, AM Rich Constructions & Development Sdn Bhd.
Projek yang dijadualkan siap pada Disember 2027 mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.
Mewakili warga Shah Alam, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Madani, KPM, dan KKR yang mempastikan projek dilaksanakan pada tahun ini.
Tidak lupa kepada pihak MBSA dan semua agensi terlibat yang memudahcara dan meluluskan KM bagi membolehkan pembinaan dilakukan mengikut jadual.
. -
Azli Yusof
@azliby
Salam Jumaat, 16 Zulhijjah 1446H.
Cabar Fatwa, apa aksi kita?
.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Azli Yusof
@azliby
Tengah hari tadi saya dan Pengurus Pusat Khidmat, Mohd Sanawi Mohd Sanusi berkesempatan ziarah Sdr Hisham Mohd Aris (Sek 18) yang sedang menerima rawatan di Avisena Specialist Hospital Shah Alam.
Sudah agak lama beliau menerima rawatan di sini. Kami amati kesakitan dialami penuh simpati. Sama2 kita agar urusan rawatan dipermudahkan. Dan agar Sdr Hisham sembuh segera dan pulih sediakala. Amin....
. -
Azli Yusof
@azliby
Petang ini, Ahli Parlimen Pembangkang bangun menolak Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024.
Maka kelulusan RUU ini telah ditentukan secara undian belah bahagi.
Jumlah Ahli Parlimen - 222
Tidak Hadir - 90
Setuju - 77
Tidak Bersetuju - 55
RUU baharu yang diluluskan ini menjadi Akta yang menetapkan Kewajipan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Berlesen dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Berlesen
- kewajipan melaksanakan langkah² untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan.
- kewajipan membolehkan pengguna mengurus keselamtan dalam talian
- kewajipan menjadikan mekanisma pelaporan kandungan memudaratkan
- kewajipan menjadikan mekanisma bantuan penggguna tersedia
- kewajipan melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak²
- kewajipan mengadakan mekanisma bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioroti tidak dapat diakses
- kewajipan menyediakan Pelan Keselamatan dalam Talian
. -
Azli Yusof
@azliby
Bersama rakan² Ahli Parlimen Malaysia menaiki TH416/TG574 ke Vientiane, LAOS.
. -
Azli Yusof
@azliby
Pesanan terakhir Allahyarham DS Salahuddin Ayub sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
. -
Azli Yusof
@azliby
Alhamdulillah. Shah Alam dapat dua sekolah baru di bawah Bajet 2023.
1. SMK Denai Alam
2. SK Setia Alam 2
Terima Kasih PMX, KPM dan Cikgu YB Fadzlina Sidek 😀.












































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































