Politicians, athletes, journalists, NGOs, companies... They all use
corporation-owned social networks to communicate with us. Citizens
shouldn't have to hand over their data to companies to read content
published by public entities. Public Feeds changes that by making posts
of popular accounts freely available.
Read more.
Ministry of Human Resources (Malaysia)
The Ministry of Human Resources (Malay: Kementerian Sumber Manusia; Jawi: كمنترين سومبر مأنسي), abbreviated KESUMA or MOHR, is a ministry of the Government of Malaysia that is responsible for skills development, labour, occupational safety and health, trade unions, industrial relations, industrial court, labour market information and analysis, social security. On 4 March 2024, the ministry was rebranded and started using the official acronym of KESUMA for all official business related to the ministry. More on Wikipedia
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atas segala jasa, bakti dan kepimpinan beliau.
🚀 SEJAUH MANAKAH ORGANISASI ANDA BERSEDIA UNTUK MASA HADAPAN PEMBANGUNAN BAKAT?
Unit Koordinasi TVET (UKTVET), KESUMA menjemput syarikat dan organisasi daripada pelbagai sektor industri di Malaysia untuk menyertai Kajian Tahap Kesediaan Pembangunan Bakat.
KSU KESUMA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KPPA Putrajaya | 19 Nov 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz sempena persaraan beliau, sebagai tanda penghargaan.#malaysiamadani#kesuma#jpa
SAMBUTAN DEEPAVALI 2026 ERATKAN PERPADUAN WARGA KESUMA 🪔
KESUMA meraikan Sambutan Deepavali 2026 di Menara PERKESO, Putrajaya bagi mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga kementerian dan agensi.
KESUMA PERKUKUH TRIBUNAL PEKERJA GIG Kuala Lumpur | 11–13 Nov 2026 KESUMA melalui TPG menganjurkan persidangan meja bulat dan bengkel pengendalian pertikaian pekerja gig dengan penglibatan pakar ILO serta agensi berkaitan. #malaysiamadani#kesuma#tpg#pekerjagig
KESUMA PERKUKUH PENGOPERASIAN OSC PEKERJA ASING Kuala Lumpur | 17 Nov 2026 YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dan meninjau ruang kerja OSC di Wisma PERKESO bagi memperkukuh kecekapan pengoperasian. #malaysiamadani#kesuma#osc
🪔 SAMBUTAN DEEPAVALI 2026 KESUMA SEMARAK PERPADUAN Putrajaya | 18 Nov 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan meraikan sambutan Deepavali KESUMA yang menyemarakkan keharmonian melalui cabutan bertuah, pertandingan Best Dress dan persembahan artis. #malaysiamadani#kesuma
🎙️ PENYAKIT PENDENGARAN: DOMINASI KES PENYAKIT PEKERJAAN
Ikuti Podcast KESUMA JiWA bersama Ketua Pengarah JKKP, YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, membincangkan risiko penyakit pendengaran di tempat kerja.
🎓 KARNIVAL JOM MASUK TVET 2026 PERKASA BELIA Kajang | 14 Nov 2026 YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon merasmikan karnival dengan 47 reruai pameran serta mengumumkan lanjutan seminggu permohonan UP_TVET bagi ambilan Januari 2027. #malaysiamadani#kesuma#jpk
🎓 Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara atas penganugerahan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dan Anugerah Pelajar Terbaik Pascasiswazah daripada UTM.
🤝 HRD CORP SANTUNI 1,500 KELUARGA TERJEJAS BANJIR 📍 Sungai Buloh | 14 Nov 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan penyerahan bantuan RM937,500 menerusi Program Santuni Kasih MADANI bagi membantu pemulihan pascabanjir. #malaysiamadani#kesuma#hrdcorp
🇲🇾 MALAYSIA PERKUKUH AGENDA PEKERJAAN BERMARUAH DI ILO 📍 Geneva | 12 Nov 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof dan YBhg. Datin Sri Norfaliza Ismail menyampaikan intervensi berkaitan TVET, perlindungan sosial dan DWCP 2026–2030. #malaysiamadani#kesuma#ilo#gb358
🤝 KESUMA PERKUKUH PEMATUHAN PERBURUHAN 📍 KL | 12 Nov 2026 YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar menyampaikan sijil penghargaan kepada Johor Corporation dan SD Guthrie Berhad atas kerjasama projek rintis penilaian kendiri pematuhan perburuhan. #malaysiamadani#kesuma#jtksm
Di sebalik setiap pengiktirafan, tersimpan usaha dan dedikasi. Ikuti perkongsian penerima 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔 dalam meraikan kejayaan dan sumbangan mereka kepada dunia media.
Majlis menghimpunkan pengamal media dan warga PERKESO bagi meraikan kerjasama strategik, dihadiri YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia serta YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof mewakili Malaysia, Brunei dan Indonesia menggesa pengguguran rujukan SOGI dalam belanjawan ILO 2028–2029, tanpa menjejaskan komitmen anti-diskriminasi.
🇲🇾 MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA BURUH ANTARABANGSA 📍 Geneva | 11 November 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof mengetuai delegasi KESUMA di ILO GB358, membincangkan kerjasama DWCP 2026–2030 serta agenda perburuhan serantau. #kesuma#malaysiamadani#ilo
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, dan YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Media PERKESO i LINDUNG u 2026.
🇲🇾 MALAYSIA PERKUKUH KEBAJIKAN PEKERJA DI ILO KE-358 📍 Geneva | 9 November 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd. Yusof mengetuai delegasi KESUMA ke persidangan ILO bagi membincangkan piawaian buruh, kebajikan pekerja dan masa depan pekerjaan. #malaysiamadani#kesuma#ilo
🪔✨ 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲! KESUMA mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya. Semoga Pesta Cahaya membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian buat semua. #kesuma#malaysiamadani#deepavali2026
Ikuti ucapan istimewa daripada warga KESUMA sempena sambutan Hari Deepavali. Semoga perayaan cahaya ini membawa kegembiraan bersama keluarga dan mengeratkan semangat muhibah antara kita.
ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI 2026 ANGKAT MARTABAT BAKAT KEMAHIRAN NEGARA YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,Perdana Menteri,menyempurnakan penyampaian Piala Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri sempena MATEPM 2026 yang menghimpunkan lebih 2,500 kemahiran dari seluruh negara
Unit Koordinasi TVET (UKTVET), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjemput syarikat dan organisasi daripada pelbagai sektor industri di Malaysia untuk menyertai Kajian Tahap Kesediaan Pembangunan Bakat (Talent Development Readiness Level).
MATEPM 2026 ANGKAT MARTABAT BAKAT KEMAHIRAN NEGARA Melaka | 5 Nov 2026 YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyempurnakan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 yang menghimpunkan lebih 2,500 warga kemahiran. Sebanyak 58 bidang dipertandingkan melibatkan 1,787 peserta.#matepm2026
KESUMA–ANGKASA TEROKA KERJASAMA STRATEGIK Putrajaya | 4 Nov 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bagi meneroka kerjasama pembangunan tenaga kerja, latihan kemahiran dan perlindungan sosial. #kesuma#angkasa
KESUMA PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA–KEMBOJA Putrajaya | 4 Nov 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof menerima kunjungan hormat Hon. Vannaroth SOVANN dari Kemboja bagi memperkukuh kerjasama perburuhan, kemahiran dan keselamatan pekerjaan. #kesuma#malaysiamadani
KESUMA PERKUKUH REFORMASI GAJI NEGARA Putrajaya | 3 Nov 2026 KESUMA melalui MPGGN menganjurkan perbincangan meja bulat mengenai struktur gaji, tadbir urus dan Living Wage. Majlis penutup disempurnakan YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar. #kesuma#malaysiamadani
KESUMA PERKUKUH PENGURUSAN DATA KKP SERANTAU Putrajaya | 3–4 Nov 2026 YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar mewakili KESUMA dalam Mesyuarat Teknikal Serantau ILO-JKKP melibatkan lebih 100 pakar Asia Pasifik bagi memperkukuh pelaporan kemalangan dan penyakit pekerjaan. #jkkpxilo
🇲🇾 KESUMA komited memastikan kenaikan gaji seiring kemahiran dan produktiviti, memperkukuh perlindungan sosial pekerja gig serta melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran AI dan teknologi baharu agar kekal berdaya saing. #kesuma#malaysiamadani#pekerjagig
KESUMA PERKUKUH GAJI, PERLINDUNGAN GIG & AI Dewan Rakyat | 3 Nov 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan memaklumkan 51,363 pekerja manfaat DGP, 1.28 juta pekerja gig dilindungi PERKESO serta RM100 juta geran TVET termasuk AI. #kesuma#malaysiamadani
KESUMA PERKUKUH GAJI, PERLINDUNGAN GIG & AI Dewan Rakyat | 3 Nov 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan memaklumkan 51,363 pekerja manfaat DGP, 1.28 juta pekerja gig dilindungi PERKESO serta RM100 juta geran TVET termasuk AI. #kesuma#malaysiamadani
⏳ 1 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
JTM SERASI MADANI PERKASA KOMUNITI Tanjung Karang | 1 Nov 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof merasmikan penutupan JTM SERASI MADANI di Kampung Parit Serong. Program menampilkan inovasi pertanian, TVET dan bantuan kit perniagaan RM5,000. #kesuma#jtm#malaysiamadani
⏳ 2 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
⏳ 3 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
Semangat kesukanan warga KESUMA terus membara menerusi program Pound Fitness anjuran Kelab KESUMA bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2026 yang menghimpunkan hampir 100 peserta! 🔥
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026, Kelab KESUMA telah menganjurkan program Pound Fitness yang menghimpunkan hampir 100 orang warga KESUMA dalam suasana penuh meriah dan bertenaga.
YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, telah menyempurnakan Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara 2025 yang mengiktiraf 35 penerima atas kecemerlangan dalam membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
KESUMA RAIH PLATINUM DAN 6 EMAS RKB 2026 Shah Alam | 28–29 Okt 2026 KESUMA meraih Anugerah Platinum menerusi inovasi i-Weld oleh JTM, ADTEC Kampus Miri serta 6 Anugerah Emas bagi projek pendigitalan, inovasi TVET dan penambahbaikan perkhidmatan awam. #kesuma#rkb2026
⏳ 4 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
KESUMA IKTIRAF 35 PENERIMA ANUGERAH KKP NEGARA 2025 Kuala Lumpur | 29 Okt 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan menyempurnakan majlis pengiktirafan 35 penerima daripada 346 penyertaan bagi memperkukuh budaya kerja selamat dan sihat. #kesuma#jkkp#malaysiamadani
𝗞𝗘𝗡𝗗𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗩𝗘𝗧 YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Program KENDALI MADANI di Bangunan Parlimen Malaysia.
KENDALI MADANI PERKASA PROFESION PENJAGAAN Kuala Lumpur | 29 Okt 2026 YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail meluncurkan KENDALI MADANI yang menyasarkan 5,000 peserta melalui latihan TVET dan persijilan kemahiran penjagaan OKU serta warga emas. #kesuma#jpk
KESUMA terus memperkukuh transformasi digital melalui penganjuran Sesi Pembentangan Akhir dan Penutup Program Applied AI KESUMA Tahun 2026 yang berlangsung di Menara PERKESO, Putrajaya.
🇲🇾 KESUMA perkukuh kebolehpasaran graduan! 📉 Underemployment turun kepada 32.2%, sasaran 30% menjelang 2030. ✅ Gaji permulaan RM2,500 ✅ 2,028 NOSS aktif ✅ 1,391 pusat latihan & syarikat ADI ✅ 98% kebolehpasaran graduan JTM #kesuma#tvet#malaysiamadani
⏳ 5 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
🇲🇾 KESUMA perkukuh TVET dan kerjasama industri bagi menangani ketidakpadanan kemahiran graduan. Fokus utama ialah meningkatkan kebolehpasaran serta memastikan graduan memperoleh pekerjaan setimpal dengan kelayakan, kemahiran dan prospek pendapatan lebih baik. #kesuma#tvet
KESUMA SOKONG REFORMASI BIROKRASI Selangor | 28 Okt 2026 YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, CRO KESUMA, mewakili kementerian ke Persidangan Nasional RKB 2026. KESUMA turut membentangkan 7 projek siap bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. #kesuma#malaysiamadani
KESUMA TANGANI KETIDAKPADANAN KEMAHIRAN GRADUAN Kuala Lumpur | 28 Okt 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan menjelaskan di Dewan Rakyat sasaran mengurangkan guna tenaga tidak penuh siswazah kepada 30% menjelang 2030 melalui TVET dan kerjasama industri. #kesuma
🇲🇾 RM3.28 juta disalurkan kepada 164 rumah ibadat komuniti India menerusi Program Dharma MADANI (RM1.9 juta, 95 kuil Hindu) dan Harmoni MADANI (RM1.38 juta, 69 gurdwara serta gereja). Memperkukuh keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan komuniti. #kesuma#malaysiamadani
⏳ 6 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
KESUMA SANTUNI 22,000 KELUARGA SEMPENA DEEPAVALI Kuala Lumpur | 27 Okt 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan pelepasan Konvoi Bakul Makanan MADANI bagi mengagihkan 22,000 sumbangan keperluan harian kepada keluarga komuniti India yang memerlukan. #deepavali2026
Jom dengarkan perkongsian dan penghargaan daripada penerima sumbangan menerusi Program Dharma MADANI dan Harmoni MADANI! Semoga bantuan ini terus memberi manfaat.
Kerajaan MADANI menerusi MITRA, KESUMA menyalurkan bantuan RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat komuniti India melalui Program Dharma MADANI dan Harmoni MADANI.
Kerajaan MADANI menerusi MITRA, KESUMA, menyalurkan bantuan berjumlah RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat komuniti India di seluruh negara melalui Program Dharma MADANI dan Harmoni MADANI.
⏳ 7 HARI LAGI! Sambutan Hari Integriti KESUMA (HIKE) 2026 bakal berlangsung! 📅 3 November 2026 📍 Dewan Utama, Aras 7, Menara PERKESO, Putrajaya Ayuh semarakkan budaya integriti, amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan awam! #kesuma#hike2026#malaysiamadani
KARNIVAL GEK ESS ZONE 2026 MERIAH DI TAWAU Tawau | 24 Okt 2026 Lebih 2,000 pengunjung hadir ke Karnival GEK ESS Zone 2026. KESUMA menyertai pameran dan forum berkaitan perlindungan pekerja gig, kebajikan serta peluang pekerjaan dan kemahiran. #kesuma#esscom#ekonomigig
KARNIVAL GEK ESS ZONE 2026 MERIAH DI TAWAU Tawau | 24 Okt 2026 Lebih 2,000 pengunjung hadir ke Karnival GEK ESS Zone 2026. KESUMA menyertai pameran dan forum berkaitan perlindungan pekerja gig, kebajikan serta peluang pekerjaan dan kemahiran. #kesuma#esscom#ekonomigig
MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA TVET ASEAN Manila | 22 Okt 2026 YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon mengetuai delegasi Malaysia ke ATC Commemorative Event dan 6th ATC Meeting bagi memperkukuh kerjasama TVET serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran di ASEAN. #kesuma#tvet#asean
PERKESO RAIH ANUGERAH KESELAMATAN JALAN RAYA Kuala Lumpur | 22 Okt 2026 PERKESO meraih Road Safety Solution Award di TXA Awards 2026. Dr. Azlan Darus menerima anugerah ini sebagai pengiktirafan inisiatif Ops Cegah dalam melindungi pekerja. #kesuma#perkeso#malaysiamadani
KESUMA HARGAI JASA 166 PESARA DAN BAKAL PESARA Kuala Lumpur | 22 Okt 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan KESUMA 2026 bagi menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan 166 pesara serta bakal pesara. #kesuma#jasamudikenang
Siapa yang terlibat dengan pengumuman gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan? Adakah semua graduan dan pekerja separuh mahir termasuk dalam kerangka ini?
KESUMA PERKUKUH KERJASAMA TVET ASEAN Manila | 21 Okt 2026 YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Dasar Serantau ATC Ke-5. Ts. Junnaina binti Husin Chua turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam transformasi digital TVET. #kesuma#asean#tvet
MALAYSIA–INDONESIA PERKUKUH PERLINDUNGAN PEKERJA DOMESTIK Bandung | 20–21 Okt 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat JWG Ke-5 bagi membincangkan pelaksanaan MoU penggajian, pemantauan dan kebajikan pekerja domestik migran Indonesia.
📢 JOM KE KAMPUNG ANGKAT MADANI KESUMA, PERLIS! 🇲🇾 📅 24 Okt 2026 (Sabtu) ⏰ 9 pagi–1 tengah hari 📍 Masjid Uthman bin Al-Affan, Utan Aji 🎉 Saringan kesihatan, gunting rambut, tukar minyak motor, jualan RAHMAH, makanan percuma & cabutan bertuah! #kesuma#malaysiamadani
Hari Digital KESUMA 2026 anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KESUMA menjadi platform untuk memperkukuh budaya digital dan menggalakkan penggunaan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan kerja.
KESUMA menerusi BPM telah menganjurkan Hari Digital KESUMA 2026 bertemakan “AIgnite@KESUMA: Ignite Ideas, Innovate Work & Transform The Future” sebagai usaha memperkukuh budaya digital serta menggalakkan penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
MALAYSIA PERKUKUH AGENDA PEKERJAAN HIJAU ASEAN Manila | 19–20 Okt 2026 YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon mengetuai delegasi Malaysia ke AGJF 2026, memperkukuh kerjasama ASEAN dalam kemahiran hijau, TVET, latihan semula dan keselamatan pekerjaan. #kesuma#asean#malaysiamadani
KESUMA PERKUKUH AMANAH DAN TATAKELOLA Putrajaya | 19 Okt 2026 Warga KESUMA diketuai YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar mengikuti amanat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim secara dalam talian, menekankan integriti, kecekapan dan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027. #kesuma
HRD CORP PERLUAS AKSES LATIHAN DI MELAKA Alor Gajah | 18 Okt 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan siri keenam Pocket Talk HRD Corp. Melaka merekodkan 2,867 majikan berdaftar, 39,489 tempat latihan diluluskan dan 24,729 peserta dilatih. #kesuma#hrdcorp
Ikuti perkongsian penghargaan dan harapan daripada penerima anugerah sempena Majlis Penghargaan & Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Negeri Sabah Tahun 2026 dalam usaha terus memperkukuh peranan kesatuan sekerja.
Jom dengarkan perkongsian ringkas daripada penerima anugerah mengenai perasaan dan harapan mereka selepas menerima pengiktirafan sempena Majlis Penghargaan & Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Negeri Sabah Tahun 2026!
KAMPUNG ANGKAT MADANI PERKUKUH KESEJAHTERAAN KOMUNITI Sandakan | 16 Okt 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan meluncurkan Program Kampung Angkat MADANI JKKP di Kampung Pulau Shanghai. Projek jambatan siap, manakala balai raya dijangka siap akhir 2026. #kesuma#jkkp
KESUMA PERKUKUH BUDAYA KESELAMATAN DI SEKOLAH Sandakan | 16 Okt 2026 Tuan Amirul Amin bin Rashid, mewakili YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, merasmikan Program Sekolah Angkat MADANI JKKP di SMK Batu Sapi bagi memupuk budaya keselamatan dan kesihatan. #kesuma#jkkp
KESUMA IKTIRAF KECEMERLANGAN KESATUAN SEKERJA SABAH Kota Kinabalu | 17 Okt 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan merasmikan Majlis Penghargaan Kesatuan Sekerja Sabah 2026 bagi mengiktiraf kepimpinan, sumbangan dan perjuangan kebajikan pekerja. #kesuma#jheks
KESUMA PERKUKUH PERLINDUNGAN SOSIAL RAKYAT Melaka | 17 Okt 2026 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan merasmikan i LINDUNG u Gegar @ Melaka. Antara inisiatif: pelepasan cukai RM150 bagi LINDUNG 24 Jam, 400 suri rumah dilindungi dan RM30 juta untuk pekerja gig. #kesuma#perkeso
KESUMA PERKUKUH DIALOG KESATUAN SEKERJA SABAH Kota Kinabalu | 17 Okt 2026 YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof mengetuai dialog bersama kesatuan sekerja Sabah, membincangkan isu gaji, kebajikan, kemahiran, produktiviti dan cabaran pekerjaan. #kesuma#jheks#malaysiamadani
MAJLIS BACAAN YASIN PERKUKUH UKHUWAH WARGA KESUMA Putrajaya | 16 Okt 2026 YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Penghargaan Sektor Dasar dan Antarabangsa KESUMA bagi memupuk silaturahim, kebersamaan dan budaya saling menghargai. #kesuma
KESUMA perkasa kemahiran pekerja hadapi AI dan automasi! ✅ 74,332 peserta latihan JTM ✅ RM47.67 juta bantuan HRD Corp ✅ 13,080 permohonan latihan PERKESO ✅ 7,971 peserta program AI TalentCorp Memperkukuh tenaga kerja berdaya saing dan bersedia untuk masa depan. #kesuma
Seramai 8,690 calon SPM dan STPM di seluruh negara menerima manfaat menerusi Program Memperkasakan Kecemerlangan Bahasa Tamil Tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak RM901,680 oleh MITRA di bawah KESUMA.
Seramai 8,690 calon SPM dan STPM di seluruh negara menerima manfaat menerusi Program Memperkasakan Kecemerlangan Bahasa Tamil Tahun 2026 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM901,680 oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah KESUMA.
KESUMA, MINDEF PERKUKUH KERJAYA VETERAN ATM Kuala Lumpur | 14 Okt 2026 KESUMA dan MINDEF memeterai Nota Kerjasama MyBakat Veteran bagi membantu lebih 15,000 anggota dan veteran ATM menjelang 2030 melalui latihan kemahiran, pensijilan SKM/DKM dan pemadanan pekerjaan.#kesuma
💐 KESUMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat bersara kepada YBrs. Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah JTKSM, atas lebih 34 tahun jasa, dedikasi dan khidmat bakti (30 Jun 1992–10 Oktober 2026). Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung. #kesuma#jtksm
KESUMA memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam menerusi Bengkel Pemantapan ARPA di ADTEC JTM Kampus Senai, Johor, 8–10 Oktober 2026. Lebih 70 pegawai terlibat dalam pemantapan ARPA dan RKB bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. #kesuma#arpa
KESUMA komited memperkasa pekerja melalui latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi menghadapi perubahan dunia pekerjaan akibat AI dan automasi. Usaha ini memastikan tenaga kerja Malaysia kekal relevan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. #kesuma
KESUMA PERKASA KEMAHIRAN HADAPI AI Parlimen | 13 Okt 2026 YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan menjelaskan usaha KESUMA menangani impak AI dan automasi melalui latihan semula serta peningkatan kemahiran. JTM latih 74,332 peserta, HRD Corp salur RM47.67 juta. #kesuma
KESUMA PERKUKUH REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM Senai | 8–10 Okt 2026 YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon menghadiri Bengkel Pemantapan ARPA KESUMA bersama lebih 70 peserta bagi memperkukuh tadbir urus, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan. #kesuma#arpa
YBhg. Datuk Hj. Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah merasmikan Simposium Kajian Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar merasmikan Seminar SOHELP Kebangsaan 2026 bagi memperkukuh pencegahan risiko kebisingan, bahan kimia dan ergonomik di tempat kerja. #kesuma#jkkp
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 YBhg. Datuk Hj. Azman bin Mohd Yusof merasmikan Simposium Kajian Kesatuan Sekerja 2026 bagi memperkukuh hak pekerja, dialog industri dan tadbir urus kesatuan. RM3.5 juta diperuntukkan melalui PHEKS. #kesuma#jheks
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) melancarkan MyBakat bersempena Minggu MyBakat 2026 yang menghimpunkan lebih 2,500 peserta, dengan tema “Bakat Negara, Nadi Malaysia”. 🇲🇾
🇲🇾 Belanjawan 2027 memperkukuh kesejahteraan pekerja! ✅ Gaji minimum RM2,000 ✅ RM160 juta untuk pekerja gig ✅ RM8 bilion TVET ✅ 30,000 peluang pekerjaan baharu ✅ RM150 juta untuk MITRA KESUMA komited demi masa depan tenaga kerja negara. #belanjawan2027#kesuma
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas keutamaan kepada inisiatif KESUMA demi kesejahteraan pekerja, pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan lebih baik.
YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia menegaskan komitmen KESUMA melaksanakan inisiatif Belanjawan 2027 melalui kerjasama erat agar manfaatnya sampai kepada pekerja, majikan dan rakyat.
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA menegaskan komitmen warga kementerian memastikan pelaksanaan Belanjawan 2027 terselaras, cekap dan memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh daya saing tenaga kerja.
🇲🇾 TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI! Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI yang menekankan kebajikan pekerja, pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan. #kesuma#fokuskesuma2027
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 🎯 Bakat MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu dengan insentif potongan cukai kepada syarikat. 🌏 Permohonan Pas Penggajian MyABE disasar siap dalam 5 hari bekerja bagi memudahkan akses bakat global. #kesuma#fokuskesuma2027
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 💰 Peruntukan MITRA ditingkatkan kepada RM150 juta bagi memperkasa bakat muda India. 🎓 Fokus kepada latihan kemahiran dan peluang pekerjaan belia India dalam bidang automasi industri, teknologi serta penyelenggaraan pesawat. #kesuma#fokuskesuma2027
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 🎓 RM8 bilion diperuntukkan bagi TVET rentas kementerian. 💰 RM500 juta melalui PTPK untuk membiayai pelatih program kemahiran di institut latihan awam dan swasta berdaftar. Memperkasa bakat dan kemahiran anak muda! #kesuma#fokuskesuma2027
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 🚛 PERKESO menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan untuk pemandu kenderaan perdagangan. 🩺 Bertujuan mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu demi keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya. #kesuma#fokuskesuma2027
🏎️ BELANJAWAN 2027 🇲🇾 Program Advanced Automotive Technology melalui ADTEC JTM membuka laluan kerjaya automotif berkemahiran tinggi, khususnya kepada belia. 🔧 Memperkasa kemahiran teknikal dan bakat muda dalam industri automotif. #kesuma#fokuskesuma2027#tvet
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 🎓 RM8 bilion diperuntukkan bagi TVET rentas kementerian untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran anak muda. 💰 RM3 bilion dana HRD Corp menawarkan 3 juta peluang latihan kemahiran termasuk pembangunan profesional berterusan. #kesuma#fokuskesuma2027
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 💰 Lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp bagi latihan penjagaan warga emas. 👥 8,000 individu bakal dilatih, sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi penjagaan sebagai persediaan menuju negara tua. #kesuma#fokuskesuma2027
📢 BELANJAWAN 2027 🇲🇾 Gaji minimum permulaan RM2,500 sebulan diperkenalkan bagi pekerja separa mahir dan graduan! 🎓 Inisiatif ini bertujuan memastikan upah lebih setimpal dengan tahap kelayakan dan kemahiran pekerja. #kesuma#fokuskesuma2027#malaysiamadani
📢 BELANJAWAN 2027 🇲🇾 Gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027! ✅ Manfaat kepada lebih 4 juta pekerja. ✅ PMKS dengan jualan bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberi ruang penyesuaian. #kesuma#fokuskesuma2027#malaysiamadani
📊 BELANJAWAN 2027 MALAYSIA MADANI Saksikan pembentangan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. 🗓 9 Oktober 2026 (Jumaat) 🕒 3.30 petang 📺 Berita RTM, TV1 & Bernama 🌐 belanjawan.mof.gov.my #belanjawan2027#malaysiamadani#kesuma
𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧𝗖𝗢𝗥𝗣 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗘𝗞𝗢𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 🇲🇾 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan melancarkan MyBakat sempena Minggu MyBakat 2026. MyTRI dan MyBIG diperkenal bagi memperkukuh pembangunan bakat berasaskan data serta keperluan industri masa hadapan.#mybakat
Apakah hala tuju dan keutamaan yang bakal digariskan untuk tahun hadapan? Belanjawan 2027 akan memperincikan langkah dan inisiatif Kerajaan dalam mendepani cabaran semasa serta membina masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera.
📝Transformasi digital terus diperkasa bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan Sistem Pengurusan Perburuhan (SPPB).
📌Antara teknologi yang menyokong pendigitalan SPPB adalah: ☁️ Cloud Native 🤖 AI Chatbot 📊 AI Big Data Analysis 🔐 Cloud Computing
📢Inovasi teknologi ini membantu memodenkan proses pendaftaran tempat pekerjaan, pemeriksaan perburuhan, pematuhan Akta Kerja 1955 serta automasi urusan majikan.
🏆Teknologi diperkasa, perkhidmatan dipertingkat, ekosistem pekerjaan lebih efisien. 🇲🇾
Saksikan Pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 3:30 petang menerusi saluran rasmi Belanjawan 2027.
🎓 National Graduate Career Fair 2026 mencatat >7,200 pencari kerja hadir, dengan 1,401 berjaya mendapat pekerjaan. 52.91% kekosongan menawarkan >RM3,000, manakala tawaran gaji mencecah RM8,000 dan jawatan Pengurus IT sehingga RM17,000.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menghadiri Salam Dari Malaysia @ Jakarta bagi memperkukuh hubungan dengan komuniti bakat Malaysia serta melancarkan Garis Panduan Permit Masuk kategori Returning Expert Programme (REP). #malaysiamadani#kesuma
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗦 🇲🇾🇮🇩YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar mengetuai delegasi KESUMA meninjau model latihan pekerja Indonesia sebelum penempatan ke luar negara, termasuk fasiliti, penginapan pra-pelepasan dan modul latihan industri
Belanjawan 2027 terus mengutamakan kesejahteraan rakyat merentasi pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, belia, pekerja gig, wanita, usahawan, OKU serta pesara.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menghadiri jamuan makan malam dihoskan Menteri Pelindungan Pekerja Migran Indonesia, Mukhtarudin, sempena lawatan rasmi bagi memperkukuh kerjasama ketenagakerjaan, khususnya isu pekerja migran Indonesia di Malaysia. #malaysiamadani#kesuma
𝗡𝗚𝗖𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 1,401 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan atau melepasi saringan temu duga daripada lebih 7,000 pengunjung. Sebanyak 8,000 peluang ditawarkan 200 majikan, dengan 52.91% menawarkan gaji melebihi RM3,000. #kesuma#perkeso#ngcf2026
𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝟱 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 ⭐⭐⭐⭐⭐ | SMPKV Shah Alam terus memperkasa TVET inklusif melalui latihan kemahiran, kolaborasi industri dan sokongan menyeluruh. Pengiktirafan 5 Bintang MTR 2026 membuktikan komitmen melahirkan bakat berkemahiran dan berdikari.
Graduate Career Fair (NGCF) 2026 menyaksikan seramai 4,012 pencari kerja hadir, dengan 683 orang berjaya mendapatkan pekerjaan menerusi platform yang menghimpunkan 200 majikan dan menawarkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA merasmikan program yang menghimpunkan KESUMA, JHEKS, kesatuan sekerja dan komuniti menerusi aktiviti kebajikan, kesihatan serta khidmat masyarakat. #kesuma#jheks
✨ Kenali SPPB – Gerbang Digital Perkhidmatan Pekerjaan!📢
☝️SPPB menghubungkan Jabatan, Majikan dan Pekerja dalam satu platform digital yang lebih cekap dan tersusun.
🔹Jabatan – Mempercepatkan operasi dan perkhidmatan perburuhan melalui automasi digital. 🔹Majikan – Gerbang digital untuk pengurusan dan pematuhan undang-undang perburuhan. 🔹Pekerja – Memastikan rekod pekerjaan dan perlindungan kebajikan pekerja terjamin secara digital.
💻 SPPB: Memacu perkhidmatan pekerjaan yang lebih mudah, cekap dan digital.
Sesi Libat Urus Bersama Kesatuan Sekerja Negeri Perak 2026 di Taiping menjadi ruang dialog dua hala KESUMA dan JHEKS bersama wakil kesatuan. Perbincangan meliputi AI, reskilling, upskilling, kepimpinan, tadbir urus serta ekonomi gig. #kesuma#jheks#kesatuansekerja
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Firdaus Farid bin Abd Rashid, SUSK Menteri, atas pengurniaan D.I.M.P. yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang pada 1 Oktober 2026. Tahniah, YBhg. Dato’! 🇲🇾
📌CUTI PERISTIWA JUBLI PERAK SELANGOR PADA 25 OKTOBER 2026📌
1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa tarikh 25 Oktober 2026 (Ahad) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
2. Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana- mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.
3. Cuti peristiwa ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan hanya wajib diberikan oleh majikan sektor swasta di negeri Selangor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai hari kelepasan am berbayar. Majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya iaitu 26 Oktober 2026 (Isnin) sebagaimana peruntukan yang ditetapkan di bawah seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.
4. Sebagai alternatif, majikan juga boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan hari kelepasan am berbayar tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.
Forum Bicara Integriti bertajuk “Ibrah Rasulullah: Integriti Dijaga, Negara Terpelihara” berlangsung di Menara PERKESO, Putrajaya, sempena penghayatan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026.
KESUMA telah menganjurkan Bengkel Obligasi Pelaporan di bawah Artikel 22, Perlembagaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1981 (No. 155) – ILO Occupational Safety and Health Convention, 1981 (C155) pada 30 September 2026.
KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menganjurkan IMT-GT TVET Forum 2026 bertemakan “Empowering TVET for Next-Generation Rail Systems and Future Rail Technologies”, yang dirasmikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas pengurniaan S.J.M.K. yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 29 September 2026. Tahniah, YB Dato’ Sri! 🇲🇾
YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan merasmikan IMT-GT TVET Forum 2026 yang memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan bakat rel, meliputi AI, IoT, automasi dan teknologi rel masa hadapan. #kesuma#imtgt#tvet
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menganjurkan IMT-GT TVET Forum 2026 bertemakan “Empowering TVET for Next-Generation Rail Systems and Future Rail Technologies” di Swiss-Belhotel Kuantan.
Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Sumber Manusia (OSC KESUMA) akan berpindah ke lokasi baharu di Cyberjaya, Selangor berkuat kuasa 5 Oktober 2026 (Isnin).
IMT-GT TVET Forum 2026 di Kuantan memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan bakat industri rel. Majlis Welcoming Dinner diserikan special remarks YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan serta networking dan persembahan tradisional. #kesuma#imtgt#tvet
Malaysia mencatat pencapaian terbaik di WorldSkills Shanghai 2026 dengan satu pingat gangsa dan 13 Medal for Excellence (MfE) dalam 21 bidang kemahiran. Seramai 22 peserta mengharumkan nama negara di pentas dunia. 🇲🇾🏆 #malaysiamadani#kesuma#worldskillsshanghai2026#tvet
Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026. Semoga roh almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah. 🤲
Ayuh sertai forum serantau bertemakan Empowering TVET for Next Generation Rail Systems and Future Rail Technologies pada 29 Sept 2026, 8.30 pagi–3.30 petang.
KESUMA menyemarakkan Hari Cuci Malaysia 2026 menerusi aktiviti gotong-royong yang disempurnakan YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, TKSU (Operasi). Inisiatif ini menyokong usaha KPKT mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records. #malaysiamadani#kesuma
Sempena World Cleanup Day 2026, KESUMA bersama warga kementerian berganding bahu menjayakan amalan kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat kerja. Ayuh budayakan kebersihan demi suasana kerja yang selesa dan harmoni! #haricucimalaysia#worldcleanupday2026#kesuma
Bos follow je, terus setiap posting macam nak tunjuk betapa produktifnya kita. Datang awal, jawab call, lunch sambil kerja, siapkan report… semua nak update. 👀
Delegasi KESUMA, termasuk Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, dan KSU KESUMA, YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, hadir pada Majlis Pembukaan WorldSkills Competition Shanghai 2026 bagi memberikan sokongan kepada Kontinjen Malaysia.
𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗶𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨 🇲🇾 523 pencari kerja berjaya ditawarkan pekerjaan dengan gaji sehingga RM5,000, daripada kira-kira 2,000 peluang ditawarkan. Seramai 2,654 majikan menerima perkhidmatan PERKESO, manakala lebih 50,000 pengunjung hadir. #ilindungu
929 graduan menerima Diploma dan Diploma Lanjutan pada Konvokesyen CIAST Ke-17. Disempurnakan YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, CIAST kini melahirkan 42,846 pengajar TVET berkompetensi tinggi. #malaysiamadani#kesuma#ciast#tvet
Program JHEKS, KESUMA Prihatin Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras bukan sekadar aktiviti kemasyarakatan, tetapi ruang untuk mendengar sendiri suara dan pengalaman mereka yang disantuni.
SUARA RUMAH KASIH HARMONI: KEPRIHATINAN YANG DIRASAI BERSAMA
Bagi Jamaluddin bin Wahab, Pengetua Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, kehadiran KESUMA dan JHEKS membawa lebih daripada sekadar sumbangan kepada penghuni.
MYFUTUREJOBS: PELUANG KERJAYA LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT
Menerusi Festival Mega iLINDUNGu: KESUMA Bersama Rakyat 2026, pengunjung berpeluang meneroka kekosongan pekerjaan, mendapatkan maklumat kerjaya dan berhubung terus dengan peluang yang ditawarkan melalui MYFutureJobs.
Menerusi MYFutureJobs dan inisiatif KESUMA, pencari kerja bukan sahaja dipertemukan dengan peluang pekerjaan, malah turut mendapat akses kepada sokongan dan panduan yang membantu mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.
Mesyuarat Perbincangan Penetapan Gaji Minimum 2026 dipengerusikan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Putrajaya. KESUMA diwakili YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar. Perbincangan meneliti kepentingan pekerja, pasaran buruh serta keupayaan majikan. #gajiminimum2026
MPGig Bil. 3/2026 berlangsung di Putrajaya, dipengerusikan YBhg. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas. Turut hadir YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (Dasar & Antarabangsa) KESUMA. Perbincangan memperkukuh tadbir urus dan perlindungan pekerja gig. #kesuma#mpgig
Program JHEKS, KESUMA Prihatin Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pengisian bersama penghuni.
🇲🇾 Malaysia meneruskan penglibatan aktif dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pembangunan Sumber Manusia APEC Ke-8 (HRDMM), dengan fokus memperkukuh pembangunan kemahiran masa hadapan, pekerjaan inklusif dan tenaga kerja berdaya saing di rantau Asia-Pasifik. #kesuma#apec2026#hrdmm
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 💙 120 penghuni Rumah Kasih Harmoni disantuni dengan sumbangan keperluan asas, manakala 50 Kotak MADANI disampaikan kepada asnaf Paya Jaras. Inisiatif ini menyemarakkan solidariti dan tanggungjawab sosial. #kesuma#jheks#malaysiamadani
Kesatuan sekerja bukan sekadar wadah menyuarakan kepentingan pekerja, malah berperanan membina jaringan sokongan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. #kesuma#jheks#kesatuansekerja#malaysiamadani
Rakyat bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi pulang dengan peluang pekerjaan, akses perlindungan sosial dan penyelesaian yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka. #kesuma#bersamarakyat
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) terus menyemarakkan nilai ihsan dan kebersamaan menerusi Program JHEKS, KESUMA Prihatin Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Rumah Kasih Harmoni (RKH), Paya Jaras, Sungai Buloh.
Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan hari ini merasmikan Festival Mega iLINDUNGu: KESUMA Bersama Rakyat, yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan, khidmat nasihat serta akses kepada perkhidmatan kerajaan di bawah KESUMA.
Akta ini bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap peranan pekerja gig dalam ekonomi digital, malah menyediakan mekanisme yang lebih jelas bagi memastikan hak pekerja gig dan tanggungjawab entiti kontrak dapat diseimbangkan.
Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung meriah di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak dengan kehadiran 6,000 tetamu, menyatukan rakyat dalam semangat kebersamaan dan perpaduan.
HRDWG APEC 2026: Malaysia perkukuh agenda pembangunan sumber manusia serantau. Nanjing | 17 September 2026 – Malaysia menyertai HRDWG APEC, membincangkan kemahiran masa hadapan, kesiapsiagaan tenaga kerja dan pekerjaan berkualiti. #kesuma#apec2026#hrdwg
Melalui Program Advokasi Aksesibiliti dan Pekerjaan Inklusif KESUMA 2026, KESUMA terus komited memperkukuh ekosistem pekerjaan yang inklusif, adil dan boleh diakses, agar tiada bakat yang terhalang daripada menyumbang.
𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜, 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 🌏🇲🇾 Hubungan antarabangsa membuka ruang pelaburan, pembangunan bakat, kemahiran dan pekerjaan berkualiti. KESUMA memastikan perkembangan ekonomi terus memberi manfaat kepada rakyat. #kesuma#malaysiamadani
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚, 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔! 🇲🇾🔥 Selamat berjuang kepada Kontinjen Malaysia di WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026. Tampilkan kemahiran terbaik, yakin dengan langkah dan percaya pada usaha. 🥇 Malaysia Boleh! #wsc
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚, 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔! 🇲🇾 Selamat berjuang kepada Kontinjen Malaysia di WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026. Tampilkan kemahiran terbaik, berjuang dengan penuh semangat dan keyakinan. AYUH MALAYSIA! 🇲🇾#worldskillsshanghai2026
𝗪𝗘𝗘𝗞𝗘𝗡𝗗 𝗡𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔? 👀 Kalau masih tengah fikir nak pergi mana, apa kata singgah Festival Mega iLINDUNGu KESUMA Bersama Rakyat 2026! Ada pelbagai aktiviti untuk anda, makanan, sukan, saringan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan konsert menarik!
𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗶𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟲 Festival Mega iLINDUNGu KESUMA Bersama Rakyat 2026 menawarkan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik untuk keluarga, termasuk saringan kesihatan percuma, sukan dan cabutan bertuah.
YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (D), menegaskan bahawa aksesibiliti bukan sekadar kemudahan fizikal, tetapi turut merangkumi akses kepada maklumat, perkhidmatan, latihan, teknologi dan peluang pekerjaan secara selamat, berdikari serta bermaruah.
Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK berlangsung meriah dengan kehadiran 6,000 tetamu, mengetengahkan kepelbagaian budaya dan warisan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam semangat perpaduan serta kebersamaan. #malaysiamadani#harimalaysia2026#hkhm2026#perpaduan
🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026 daripada KESUMA! Marilah kita menghayati semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. #kesuma#harimalaysia2026#malaysiamadani
Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-26 (COSH 2026) anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berlangsung di MITEC dan disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
COSH 2026 di Kuala Lumpur memperkukuh agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) melalui kerjasama strategik NIOSH bersama industri, universiti dan agensi. NIOSH kini bekerjasama dengan lebih 200 organisasi. #malaysiamadani#kesuma#niosh#cosh2026
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam siri pertemuan perniagaan di Delhi bagi meneroka pelaburan baharu. Fokus utama ialah pelaburan bernilai tinggi, pembangunan bakat dan pekerjaan berkualiti.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Ethiopia, T.Y.T. Dr. Abiy Ahmed Ali di Delhi. Kerjasama strategik ini memperkukuh pembangunan sumber manusia, kemahiran dan bakat.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungan rasmi kepada T.Y.T. Shri Narendra Modi di Delhi. Malaysia–India perkukuh kerjasama strategik, pelaburan, pembangunan bakat dan peluang pekerjaan berkualiti.#malaysiaindia
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Presiden Iran, T.Y.T. Dr. Masoud Pezeshkian di Delhi. Malaysia–Iran perkukuh kerjasama ekonomi, tenaga dan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia, T.Y.T. Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak BRICS Ke-18 bagi memperkukuh kerjasama strategik, ekonomi dan pembangunan bakat. #brics2026
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke India sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-18. Hubungan Malaysia–India terus diperkukuh demi ekonomi, bakat dan pekerjaan berkualiti.#brics2026
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗗𝗨𝗞𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 🇲🇾 KESUMA memperkukuh pendigitalan, memudah cara urusan rakyat dan industri serta mengurangkan birokrasi demi perkhidmatan kerajaan yang pantas, mudah dan berimpak. #arpa
Dengar perkongsian para penerima Geran Uyarvu MADANI serta ucapan penghargaan mereka kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan dan KESUMA menerusi MITRA atas sokongan yang diberikan.
Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan majlis bersama Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Hj Datuk Azman bin Mohd Yusof, yang menyaksikan pengumuman 7 inisiatif baharu bernilai RM59.76 juta menerusi KESUMA dan MITRA.
Menerusi KESUMA dan MITRA, sebanyak RM59.76 juta disalurkan melalui tujuh inisiatif baharu yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 penerima dan 600 institusi, meliputi aspek ekonomi, pendidikan serta inklusiviti sosial.
Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Uyarvu MADANI Siri 2 Tahun 2026 yang turut menyaksikan pengumuman tujuh inisiatif baharu bernilai RM59.76 juta menerusi KESUMA dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyalurkan RM3.5 juta menerusi PHEKS 2026 bagi memperkukuh kapasiti kesatuan sekerja dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan.
Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan menegaskan kepentingan kesatuan sekerja untuk lebih progresif, responsif serta mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam menghadapi cabaran pasaran kerja masa hadapan.
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyalurkan RM3.5 juta menerusi Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 bagi memperkukuh gerakan kesatuan sekerja, khususnya dalam pendigitalan, pembangunan kapasiti, pendidikan dan tadbir urus.
Kontinjen Malaysia bersiap ke WorldSkills Shanghai 2026 dengan tekad mencipta sejarah dan memburu emas! 🇲🇾🏆 Tiga pegangan utama: “Zero-Reset”, penguasaan pemarkahan & disiplin prosedur serta kesihatan dan disiplin diri. Berlepas 19 September. #kesuma#tvet#roadtogold
Pada 10 September 2026 di Kajang, Karnival Mega LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs & Keusahawanan 2026 menawarkan lebih 5,000 peluang kepada 800 prospek. Sejak 2023, 6,846 prospek telah ditawarkan pekerjaan. #kesuma#lindung#myfuturejobs
Bengkel Jawatankuasa Penyelaras Pusat Transit Pekerja Asing selama tiga hari menjadi platform strategik untuk memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi berkaitan.
Bengkel Jawatankuasa Penyelaras memperkukuh kerjasama antara agensi dalam merangka model operasi, SOP, integrasi data, pengurusan risiko dan pelan pelaksanaan Pusat Transit Pekerja Asing. #kesuma#malaysiamadani#tadbirurus
Majlis Perjumpaan Khas bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi diadakan bagi menyuntik semangat dan memberikan sokongan kepada kontinjen Malaysia yang bakal berentap di WorldSkills Shanghai 2026.
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗦𝗛𝗔𝗡𝗚𝗛𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾 Kuala Lumpur | 8 Sept 2026 22 peserta bakal bertanding dalam 21 bidang kemahiran menerusi agenda “Road to Gold” bagi memburu pingat emas pertama Malaysia.#worldskillsshanghai2026
𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜. Putrajaya | 8 Sept 2026. Diketuai YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, warga KESUMA komited memperkukuh perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat. #malaysiamadani#kesuma
𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜. Putrajaya | 8 Sept 2026. Diketuai YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, warga KESUMA komited memperkukuh perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat. #malaysiamadani#kesuma
YBhg. Datuk Hj. Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), bersama warga KESUMA telah mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi sempena Perhimpunan Bulanan KPK.
JTF-ADR Bil. 2/2026 membincangkan mekanisme ADR bagi mempercepat penyelesaian pertikaian perhubungan perusahaan, termasuk kajian amalan mediasi antarabangsa dan reformasi proses penyelesaian. #malaysiamadani#kesuma#adr
Seramai 308 pelajar Sungai Buloh menerima Bantuan Awal Pengajian IPT berjumlah RM113,500 bagi meringankan beban memulakan pengajian. KESUMA & PTPK terus memperkasa pendidikan dan TVET. #kesuma#ptpk#tvet#malaysiamadani
Mulai 22 Ogos 2026, proses permohonan penggajian pekerja asing dilaksanakan secara dalam talian melalui Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).
Tonton video ini dan ikuti langkah-langkah proses penggajian pekerja asing.
Bagi penerima Bantuan Awal Pengajian IPT, bantuan ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu langkah untuk mereka melangkah lebih yakin mengejar cita-cita.
308 pelajar menerima Bantuan Awal Pengajian IPT berjumlah RM113,500. Karnival PTPK Care turut memperkenal akses pembiayaan pendidikan dan latihan kemahiran. #malaysiamadani#kesuma#ptpk#tvet
🎓💙 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗣𝗧𝗣𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗘 & 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗣𝗧 📅 5 September 2026 (Sabtu) ⏰ 10.30 pagi – 1.00 tengah hari 📍 Dewan Meranti MBSA, Bandar Baru Sungai Buloh Jom hadir menyokong usaha membantu pelajar melanjutkan pengajian ke IPT! 🎓💙
KESUMA menyertai Mesyuarat Kluster Sosiobudaya dan Pendidikan BIMP-EAGA Ke-11, dengan fokus latihan, kemahiran dan pembangunan tenaga kerja. KESUMA terus menyokong pengembangan bakat dan pembangunan modal insan yang berdaya saing di rantau ini. #kesuma#bimpeaga#malaysiamadani
KESUMA menyertai Mesyuarat Kluster Sosiobudaya dan Pendidikan BIMP-EAGA Ke-11, dengan fokus latihan, kemahiran dan pembangunan tenaga kerja. KESUMA terus menyokong pengembangan bakat dan pembangunan modal insan yang berdaya saing di rantau ini. #kesuma#bimpeaga#malaysiamadani
KESUMA menyertai Mesyuarat Kluster Sosiobudaya dan Pendidikan BIMP-EAGA Ke-11, dengan fokus latihan, kemahiran dan pembangunan tenaga kerja. KESUMA terus menyokong pengembangan bakat dan pembangunan modal insan yang berdaya saing di rantau ini. #kesuma#bimpeaga#malaysiamadani
PERKESO menerajui Kontinjen Komponen Ekonomi sempena Hari Kebangsaan ke-69. Kereta berhias “PERKESO LINDUNG Semua” mengetengahkan perjalanan pekerja daripada musibah hingga kembali berdikari. #malaysiamadani#perkeso
Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. Turut hadir YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, TKSU (Operasi) KESUMA serta pegawai KESUMA. #harikebangsaan2026
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia merakamkan ucapan sempena Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh warga KESUMA dan rakyat Malaysia.
YBhg. Datuk Hj Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan sempena Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh warga KESUMA dan rakyat Malaysia.
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🇲🇾 Marilah kita semarakkan semangat patriotisme, hargai kepelbagaian dan perkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. 🇲🇾 Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.#hkhm2026
KESUMA turut hadir ke majlis yang disempurnakan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Amanat menekankan 6 Ikhtiar Untuk Rakyat demi kesejahteraan dan pembangunan negara. #malaysiamadani#kesuma#harikebangsaan2026
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan ke-69, warga KESUMA bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA menyempurnakan Program CSR 2026 anjuran JHEKS Melaka & Negeri Sembilan, memperkukuh hubungan kerajaan, kesatuan sekerja dan komuniti. #malaysiamadani#kesuma#jheks
HIGH-LEVEL BILATERAL MEETING BETWEEN HON. DATO’ SRI RAMANAN RAMAKRISHNAN MINISTER OF HUMAN RESOURCES MALAYSIA AND HON. JULAPUN AMORNVIVAT MINISTER OF LABOUR THAILAND
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Campur Tiga Ke-14 bersama negara Rakan Dialog ASEAN, iaitu Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Julapun Amornvivat, Menteri Tenaga Kerja Thailand. MoU 2003 akan disemak semula, termasuk kerjasama TVET dan mobiliti tenaga kerja. #malaysiamadani#kesuma
Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia hadir ALMM Campur Tiga ke-14 bagi memperkukuh kerjasama kemahiran, TVET, teknologi dan mobiliti bakat ASEAN+3. #malaysiamadani#kesuma
KESUMA meraih tempat ketiga Anugerah Pencapaian Perolehan Produk MySTI Tertinggi Kategori Kementerian sempena NICE 2026. Pengiktirafan diterima YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, TKSU (Operasi). Tahniah! 🇲🇾 #malaysiamadani#kesuma#mysti#nice2026
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menghadiri sesi luncheon sempena ALMM Ke-29 serta mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah ILO, T.Y.T. Gilbert F. Houngbo.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM Ke-29) bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan modal insan dan agenda perburuhan.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia bersama delegasi Malaysia menghadiri Majlis Makan Malam Gala ALMM Ke-29 yang dihoskan Kerajaan Thailand. Majlis menjadi platform mengeratkan hubungan, bertukar pandangan dan memperkukuh kerjasama perburuhan ASEAN.#almm29
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia mengadakan sesi pre-council bersama pegawai kanan KESUMA sebagai persediaan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) Ke-29.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia mempengerusikan sesi pre-council bersama pegawai kanan KESUMA sebagai persediaan menghadiri ALMM Ke-29. YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar turut memberi taklimat berkaitan keputusan SLOM Ke-22 dan SLOM +3.#almm29#asean
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA hadir Majlis Makan Malam Alumni Zon Sabah. Seramai 110 alumni ADTEC JTM diraikan menerusi tema “From Skills to Success” serta pelancaran Kelab Alumni ADTEC JTM Sabah dan W.P. Labuan. #malaysiamadani#kesuma#tvet
KESUMA melalui Unit Koordinasi TVET menyertai TVET Technical Policy Dialogue ASEAN mengenai transformasi digital dan kemahiran masa hadapan, dengan mengetengahkan kesiapsiagaan TVET Malaysia menghadapi AI, automasi dan perubahan dunia pekerjaan. #malaysiamadani#kesuma#tvet
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menghadiri sesi luncheon ALMM Ke-29 serta mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah ILO, T.Y.T. Gilbert F. Houngbo berkaitan pembangunan tenaga kerja, perlindungan dan kebajikan pekerja. #kesuma#almm29#asean#ilo
YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Buruh ASEAN (SLOM) +3 Ke-24.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, menghadiri ALMM Ke-29 bertemakan “Advancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognition” bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan kemahiran, perlindungan sosial dan masa depan pekerjaan.#almm29#asean
CUTI PERISTIWA NEGERI SELANGOR PADA 1 SEPTEMBER 2026📌
1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan tarikh 1 September 2026 (Selasa) sebagai Cuti Peristiwa Negeri Selangor sempena kejayaan kontinjen negeri itu menjadi juara keseluruhan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.🤩
2. Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.✨
3. Hari kelepasan am ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta. Namun begitu, mana-mana majikan di Negeri Selangor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 1 September 2026.✅
4. Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.☝️
TAMAT
Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pengarah 26 Ogos 2026
YBhg. Datin Sri Norfaliza binti Ismail, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KESUMA mengadakan pertemuan bersama wakil International Labour Office (ILO) bagi membincangkan pelan kerja 2026 serta kerjasama di bawah Decent Work Country Programme (DWCP) 2026–2030.
YBhg. Datin Sri Norfaliza binti Ismail, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KESUMA mengadakan pertemuan bersama ILO bagi membincangkan pelan kerja 2026, DWCP 2026–2030 dan persediaan NPAC. Kerjasama ini memperkukuh agenda pekerjaan bermaruah, inklusif dan mampan. #kesuma#ilo
YBhg. Datin Sri Norfaliza binti Ismail, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KESUMA mengadakan pertemuan bersama ILO bagi membincangkan pelan kerja 2026, DWCP 2026–2030 dan persediaan NPAC. Kerjasama ini memperkukuh agenda pekerjaan bermaruah, inklusif dan mampan. #kesuma#ilo
YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA mengetuai delegasi Malaysia ke SLOM +3 Ke-24 bersama China, Jepun dan Korea. Mesyuarat membincangkan TVET, kemahiran, perlindungan sosial dan masa depan pekerjaan. #malaysiamadani#kesuma#asean#slomplus3
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA mengadakan pertemuan dua hala bersama delegasi Republik Filipina yang diketuai oleh Undersecretary Carmela I. Torres, DOLE.
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai Kanan Buruh Ke-22 (SLOM).
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA menghadiri Majlis Makan Malam Kerja sempena Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Buruh ASEAN (SLOM) Ke-22 di Bangkok, Thailand.
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA menghadiri Majlis Makan Malam Selamat Datang SLOM & SLOM Campur Tiga, memperkukuh dialog dan persefahaman serantau. #malaysiamadani#kesuma#asean#slom22
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (D&A) KESUMA mengadakan pertemuan dua hala bersama Undersecretary Carmela I. Torres, DOLE bagi memperkukuh kerjasama perburuhan, TVET dan kemahiran. #malaysiamadani#kesuma#asean#slom22
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA mengetuai delegasi Malaysia ke SLOM Ke-22 bertemakan pengiktirafan sijil kemahiran global. Malaysia turut berkongsi inisiatif AGJF, AYOS 2025 dan ASEAN Labour Inspection Conference.#kesuma#asean#slom22
Aku Berjanji ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai lagu tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. Mengangkat semangat perpaduan, kebersamaan dan cinta akan tanah air, lagu ini mengajak rakyat berganding bahu membina Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA menghadiri Majlis Makan Malam Kerja SLOM Ke-22 di Bangkok, memperkukuh jaringan ASEAN serta persediaan mesyuarat buruh serantau. #malaysiamadani#kesuma#asean
Ikuti 8 langkah utama bermula daripada FWe Approval, eQuota, bayaran levi, SKB, urusan kedutaan, pengambilan di negara sumber, VDR hingga kemasukan pekerja asing. Layari www.fwcms.com.my� untuk maklumat lanjut. #kesuma#fwcms#pekerjaasing
KESUMA melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs X Oil & Gas @ Kota Kinabalu menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan daripada 30 majikan, dengan gaji sehingga RM12,000. #malaysiamadani#kesuma#myfuturejobs#perkeso
YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA mengadakan sesi libat urus bersama 30 wakil kesatuan sekerja Zon Utara bagi mendengar aspirasi, isu dan cadangan pekerja serta memperkukuh hubungan perusahaan yang harmoni. #kesuma#jheks#malaysiamadani
KESUMA mengemukakan keutamaan perlindungan sosial, pembangunan TVET dan kemahiran, serta peluang pekerjaan berkualiti dalam Sesi Libat Urus Bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. #malaysiamadani#kesuma#belanjawan2027
Tribunal Pekerja Gig (TPG) yang diketuai YBrs. Puan Faizah Binti Salleh mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh pengurusan dan pengoperasian tribunal.#kesuma#tpg
🇲🇾 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 Ayuh bersama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air sempena Hari Kebangsaan 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. 📅 31 Ogos | ⏰ 7 pagi 📍 Dataran Putrajaya #hkhm2026
Bagi sesetengah pekerja, bekerja bukan sekadar mencari rezeki. Di sebalik setiap usaha, ada keluarga yang ingin dijaga, impian yang ingin dicapai dan masa depan yang ingin dibina.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini menganjurkan Perhimpunan Bulanan KESUMA Bulan Ogos yang turut diserikan dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menyempurnakan Sambutan Bulan Kemerdekaan KESUMA, termasuk gimik perasmian dan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua jabatan serta agensi KESUMA. #malaysiamadani#kesuma#jiwamerdeka
Majlis Perasmian Manufacturing & Trade Exposition (MTE) 2026 telah disempurnakan oleh YB. Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Bil. 2/2026. Keutamaan terus diberikan kepada pekerja tempatan, manakala penggajian pekerja asing diurus secara strategik, telus dan berintegriti.#pekerjaasing
Mesyuarat MPKK Bil. 2/2026 dipengerusikan YB Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Usaha ini memperkukuh pembangunan kemahiran selari keperluan industri. #malaysiamadani#kesuma#mpkk#tvet
Seramai 1,741 graduan diraikan menerusi Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Wilayah Utara. TVET terus diperkasa bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompetitif dan bersedia menghadapi industri masa hadapan. #malaysiamadani#kesuma#jtm#adtecjtm#tvet
Karnival MYFutureJobs LINDUNG Kerjaya di UTeM memperkasa belia melalui peluang pekerjaan, bimbingan kerjaya dan kemahiran. Turut dilancarkan MYFutureJobs Ambassador dan Oyen MYFutureJobs. #malaysiamadani#kesuma#perkeso#myfuturejobs
Pelajar IPT boleh menjadi MYFutureJobs Ambassador untuk menyebarkan maklumat peluang pekerjaan, pembangunan kerjaya dan perkhidmatan MYFutureJobs. Manfaatkan padanan pekerjaan, nasihat kerjaya dan pemprofilan kerjaya. #kesuma#myfuturejobs
Penganjuran Karnival MYFutureJobs | LINDUNG Kerjaya di UTeM mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI membina pasaran buruh yang dinamik, inklusif dan berdaya tahan, selain menyokong pembangunan kerjaya rakyat. #kesuma#myfuturejobs#malaysiamadani
Karnival MYFutureJobs LINDUNG Kerjaya di UTeM memperkasa belia melalui padanan pekerjaan, temu duga, semakan resume, bimbingan kerjaya serta pelancaran MYFutureJobs Ambassador dan Oyen MYFutureJobs. #malaysiamadani#kesuma#perkeso#myfuturejobs
Tribunal Pekerja Gig (TPG) mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Perundangan Negara (APN) bagi memperkukuh hubungan dan meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan kursus, latihan serta program berkaitan perundangan dan ekosistem pekerjaan gig.
Majikan boleh membuat permohonan kuota pekerja asing 100% secara dalam talian melalui Portal FWCMS. Hantar permohonan, muat naik dokumen dan semak status dengan mudah. 📲 Imbas QR untuk maklumat lanjut. #kesuma#fwcms#pekerjaasing
RM6.7 juta disalurkan melalui Tuisyen MADANI, Uyarvu MADANI dan Dharma MADANI bagi memperkukuh pendidikan, memperkasa usahawan serta menyokong kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. #kesuma#mitra#malaysiamadani
KESUMA terus memperkasa TVET menerusi Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Wilayah Timur. Dua sidang meraikan 357 graduan daripada enam kampus ADTEC JTM, sebagai bekalan menuju kerjaya dan industri masa hadapan. #malaysiamadani#kesuma#jtm#adtec#tvet
🇲🇾 Seluruh warga KESUMA mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Semoga dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam memimpin negara demi kesejahteraan rakyat. #kesuma#anwaribrahim
MJPD Bil. 1/2026 dipengerusikan YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin Bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan hala tuju kementerian. #malaysiamadani#kesuma#mjpd
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, bertemu rakyat Malaysia di Singapura menerusi Salam Dari Malaysia @ Singapore. MyHeart Global Connect turut diperkasa bagi mengeratkan jaringan diaspora Malaysia. #malaysiamadani#kesuma
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, mengadakan lawatan ke ITE bagi meninjau TVET berorientasikan industri, teknologi, automasi dan AI. #malaysiamadani#kesuma#tvet
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, bertemu PYT Jasmin Lau, Pemangku Menteri Tenaga Manusia Republik Singapura bagi memperkukuh kerjasama pembangunan bakat, kemahiran dan perlindungan sosial pekerja. #malaysiamadani#kesuma
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Grab bagi meninjau pembangunan bakat, peningkatan kemahiran serta perlindungan pekerja dalam mendepani ekonomi digital dan gig. #malaysiamadani#kesuma#ekonomigig#tenagakerja
Kalau anak anda pilih TVET, adakah anda akan menyokong?
Setiap anak mempunyai minat, bakat dan cara tersendiri untuk membina masa depan. Namun, masih ada yang tertanya-tanya, adakah TVET mampu membuka peluang kerjaya yang baik?
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa) KESUMA, mengadakan perjumpaan bersama pimpinan Tribunal Pekerja Gig bagi memperkukuh penyelarasan fungsi tribunal dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang cekap, adil serta melindungi hak pekerja gig.
TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi laluan utama melahirkan tenaga kerja mahir. Tahniah kepada 1,420 graduan ADTEC JTM Wilayah Tengah! Dengan kebolehpasaran graduan 95.5% dan 97.2% kepuasan majikan, TVET terus memacu bakat, industri dan kemajuan negara. 🇲🇾 #kesuma#jtm#tvet
TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi laluan utama melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri. Tahniah kepada graduan ADTEC JTM! Terus melakar kecemerlangan demi memacu kemajuan negara. 🇲🇾 #kesuma#jtm#adtec#malaysiamadani#konvokesyenadtec2026
Tahniah kepada graduan ADTEC JTM Kali Ke-29 Wilayah Tengah. TVET terus diperkasa sebagai laluan arus perdana negara bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa hadapan. #malaysiamadani#kesuma#jtm#adtec#tvet
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Wilayah Tengah. Pendekatan baharu mengikut wilayah memperkukuh TVET sebagai laluan arus perdana serta mendekatkan ADTEC JTM dengan rakyat dan komuniti. #kesuma#jtm#adtec#konvokesyenadtec
KESUMA melaksanakan Program Inspektorat Pejabat Pemungut di PTK Kuala Krai (2–4 Ogos) bagi memperkukuh pematuhan peraturan kewangan, kawalan dalaman dan tadbir urus. Program diketuai Encik Hafizal bin Ahmad bersama YBrs. Dr. Sayed Alwee Hussnie bin Sayed Hussin.#inspektorat
YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof, KSU KESUMA, memimpin Sesi Dialog bersama Kesatuan Sekerja Kelantan dan Terengganu bagi memperkukuh hubungan tripartit. Dialog memfokuskan AI, upskilling, reskilling, perlindungan sosial dan kesejahteraan pekerja.#kesuma#kesatuansekerja
𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 & 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 kepada YBhg. Dato' Mohamad Zahri bin Samingon atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), berkuat kuasa 3 Ogos 2026. Semoga terus cemerlang memacu pembangunan modal insan dan latihan kemahiran negara.#jtm
𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 & 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha atas jasa, komitmen dan khidmat bakti sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam amanah baharu. #kesuma#jtm
Pahang mencatat kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur iaitu 65.3%. YB Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs Indera Mahkota yang menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan daripada 30 majikan.#kesuma#perkeso#myfuturejobs
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲. Hari ini kita mengenang jasa dan pengorbanan para perwira yang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan negara. Semoga semangat patriotisme terus subur demi Malaysia yang aman dan sejahtera. #haripahlawan2026#kesuma
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pekerja Migran Republik Filipina, TYT Hans Leo J. Cacdac, bersama delegasinya sempena Lawatan Kerja ke Malaysia hari ini di Kuala Lumpur.
KESUMA meninjau kesiapsiagaan fasiliti baharu One Stop Centre (OSC) Pengurusan Pekerja Asing di Cyberjaya. Lawatan diketuai YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Bin Umar dan disertai YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon bagi memastikan operasi OSC berjalan lancar.#kesuma#osckesuma
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka ke Malaysia bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sumber manusia dan buruh.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perburuhan.
Ada isu berkaitan kerja gig? Jangan pendam sendiri.
Selesaikan dahulu dengan pihak platform atau entiti kontrak. Jika masih tiada penyelesaian, gunakan saluran aduan yang disediakan KESUMA. Hak anda penting.
YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA menyampaikan amanat dan aspirasi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9 Kontrak (Interim) Tahun 2026 bagi memperkukuh komitmen dalam perkhidmatan awam.
YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof, KSU KESUMA, mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M9 Secara Kontrak (Interim) 2026 bagi memperkukuh kepimpinan, menyelaras hala tuju organisasi dan memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.#kesuma
Profesionalisme dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) ialah asas tempat kerja yang selamat. KESUMA terus memperkukuh kompetensi, integriti dan standard terbaik menerusi JKKP serta OSHMP30 demi melindungi nyawa dan kesejahteraan pekerja. #kesuma#jkkp#oshmp30#kkp
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan meninjau pelaksanaan inisiatif MITRA di SJK(T) Ladang Senawang dan SJK(T) Ladang Seremban. Peruntukan RM345,900 dimanfaatkan menerusi Kalvi MADANI, Program Perabot MADANI dan Smart Board bagi memperkasa pendidikan masyarakat India.#kalvimadani
KESUMA melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030 (OSHMP30) bagi memperkukuh budaya kerja selamat, kesejahteraan pekerja dan tadbir urus KKP. Pelan ini menyokong tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dan mampan menjelang 2030.#kesuma#oshmp30
KESUMA terus memperkukuh profesionalisme keselamatan dan kesihatan pekerjaan. YB Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan memaklumkan pengiktirafan Orang Kompeten serta pelaksanaan OSHMP30 akan terus memperkasa kompetensi dan tadbir urus KKP negara.#kesuma#jkkp#kkp#oshmp30
Warga KESUMA yang diketuai YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon, TKSU (Operasi), menyertai secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga KPM.
Amanat YAB Perdana Menteri menekankanpenguasaan Bahasa Melayu dan pembangunan modal insan.
Warga KESUMA yang diketuai YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga KPM. Amanat menekankan pemerkasaan Bahasa Melayu, kebajikan guru dan pengukuhan sistem pendidikan negara
Saksikan Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia. 📅 28 Julai 2026 (Selasa) 🕣 8.30 pagi 📺 Tonton siaran langsung di Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. #kesuma#malaysiamadani#kpm
PERKESO komited memastikan empat mangsa kemalangan di Bentong yang layak menerima faedah di bawah Skim LINDUNG 24 Jam dan Skim Keilatan mengikut kelayakan.
𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 diukur apabila lebih ramai rakyat Malaysia mampu meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran. KESUMA komited memperluas akses latihan berkualiti, memperkasa modal insan dan melahirkan tenaga kerja berdaya saing. 🇲🇾 #kesuma#ntw2026#malaysiamadani
𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 ialah apabila setiap rakyat merasakan mereka mempunyai tempat, peluang dan masa depan dalam pembangunan negara. KESUMA komited memperkasa modal insan demi kesejahteraan rakyat selaras aspirasi Malaysia MADANI. 🇲🇾 #kesuma#ntw2026
✨ Hari Pertama Majlis Kemuncak #ntw2026 dipenuhi pengisian bermanfaat dan semangat pembelajaran sepanjang hayat ke arah tenaga kerja yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.
🎥 Sorotan Majlis Perasmian Kemuncak #ntw2026 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
Majlis Perasmian Kemuncak #ntw2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
KESUMA memperkukuh kepimpinan perkhidmatan menerusi penyerahan watikah pelantikan kepada pegawai kanan kementerian dan agensi oleh YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof, KSU KESUMA, bagi memperkasa tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap serta berintegriti.
KESUMA melalui PERKESO terus memperkukuh perlindungan pekerja menerusi pengurusan penyakit khidmat, sokongan kesihatan mental, penambahbaikan garis panduan serta promosi tempat kerja sihat demi melahirkan tenaga kerja yang lebih produktif dan sejahtera.#perkeso#kesihatanpekerja
KESUMA terus memperkasa agenda ESG demi melahirkan tenaga kerja berdaya saing, memperluas peluang pekerjaan berkualiti dan membina ekonomi yang mampan.
KESUMA komited memastikan setiap pekerja mendapat perlindungan, sokongan dan akses kepada persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat serta sejahtera. Bersama PERKESO, kesejahteraan fizikal dan mental pekerja terus diperkasa demi Malaysia MADANI. #kesuma#perkeso
KESUMA terus memperkukuh kecekapan pengurusan pekerja asing menerusi pemantauan operasi OSC Pekerja Asing KESUMA oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Bin Umar, TKSU (Dasar dan Antarabangsa), bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan lancar, cekap dan telus.#kesuma#osckesuma
KESUMA terus memperkukuh perlindungan kesihatan pekerja melalui penambahbaikan garis panduan PERKESO. YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan memaklumkan pelbagai inisiatif turut dilaksana bagi memperkasa kesihatan mental, kesejahteraan dan perlindungan sosial pekerja.#kesuma#perkeso
Ikuti siaran langsung Sesi Jawab Lisan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 (Dewan Negara). 🗓️ 23 Julai 2026 (Khamis) 🕚 11.00 pagi 📺 YouTube Parlimen Malaysia #kesuma#parlimenmalaysia
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia merasmikan ESG Positive Impact Awards 2025 Gala Night. KESUMA komited memperkasa tenaga kerja, memperkukuh ekosistem pekerjaan dan memacu agenda ESG demi ekonomi yang mampan, inklusif serta berdaya tahan.#kesuma#esg
Menghadapi masalah berkaitan kerja gig? Jangan simpan sendiri.
Sama ada anda seorang pekerja gig atau entiti kontrak, Akta Pekerja Gig 2025 menyediakan mekanisme untuk membantu menyelesaikan pertikaian secara adil dan teratur.
💻 Kementerian Sumber Manusia terus memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri yang semakin dipacu teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
💼 Sebanyak 96,700 peluang pekerjaan masih aktif ditawarkan menerusi platform MYFutureJobs bagi memperluas akses kepada peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan dan keperluan semasa.
KESUMA memperkukuh tadbir urus pengurusan pekerja asing menerusi Sesi Libat Urus bersama Pejabat Perwakilan Asing. Inisiatif ini memperkasa pendigitalan proses pengambilan pekerja asing serta mengukuhkan kerjasama demi pengurusan yang cekap, telus dan berintegriti.#osckesuma
KESUMA memperkukuh tadbir urus pengurusan pekerja asing menerusi Sesi Libat Urus bersama Pejabat Perwakilan Asing. Inisiatif ini memperkasa pendigitalan proses pengambilan pekerja asing serta mengukuhkan kerjasama demi pengurusan yang cekap, telus dan berintegriti.#osckesuma
KESUMA memperkukuh tadbir urus pengurusan pekerja asing menerusi Sesi Libat Urus bersama Pejabat Perwakilan Asing. Inisiatif ini memperkasa pendigitalan proses pengambilan pekerja asing serta mengukuhkan kerjasama demi pengurusan yang cekap, telus dan berintegriti.#osckesuma
𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔: Memperluas akses kepada 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗵𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 agar lebih ramai 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 dapat 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁, 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮.#kesuma#perkeso
PERKESO memperkukuh akses perkhidmatan rehabilitasi di Sarawak menerusi kerjasama strategik bersama UNIMAS dan rangkaian panel rehabilitasi. Inisiatif ini memudahkan pencarum mendapatkan rawatan pemulihan yang berkualiti.
KESUMA memperkukuh sistem keadilan perburuhan menerusi Mesyuarat Pasukan Petugas Bersama Mekanisme Pertikaian Alternatif yang dipengerusikan bersama YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar dan YA Dato' Lim Chong Fong di Putrajaya. #kesuma#keadilanperburuhan#jpp#mpm
PERKESO terus memperkukuh akses rehabilitasi di Sarawak menerusi kerjasama dengan UNIMAS serta 14 panel Pusat Rehabilitasi di seluruh negeri, memanfaatkan 756,403 pencarum. Perkara ini dinyatakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan di Dewan Negara. #kesuma#Rehabilitasi
NTW 2026 dilancarkan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Sandakan. Bertemakan Pelajari, Alami, Kuasai, program ini menawarkan ribuan kursus percuma bagi memperkasa kemahiran rakyat dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. #ntw2026
KESUMA memperkukuh perlindungan pekerja gig menerusi penyerahan watikah pelantikan Puan Faizah binti Mohd Salleh sebagai Presiden Tribunal Pekerja Gig oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA, di Putrajaya. #malaysiamadani#kesuma#pekerjagig#tribunalpekerjagig
KESUMA memperkukuh perlindungan pekerja gig menerusi penyerahan watikah pelantikan Puan Faizah binti Mohd Salleh sebagai Presiden Tribunal Pekerja Gig oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA, di Putrajaya. #malaysiamadani#kesuma#pekerjagig#tribunalpekerjagig
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 memperkukuh infrastruktur TVET menerusi penyerahan Kuarters ADTEC JTM Kampus Labuan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, KSU KESUMA. Projek 32 unit kediaman ini meningkatkan kebajikan warga kerja dan menyokong latihan kemahiran berkualiti.
KESUMA memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi Program Kembara KKP Stesen Minyak 2026 yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon. Inisiatif ini memperkasa advokasi serta amalan kerja selamat bersama industri. #malaysiamadani#kesuma#jkkp
𝗠𝗜𝗧𝗥𝗔 terus memperkukuh komuniti India menerusi Program Celik MADANI 2026 Siri 2 & Program Dharma MADANI Siri 3. RM10 juta diperuntukkan bagi pendidikan awal, manakala RM12.54 juta memberi manfaat kepada 627 rumah ibadat Hindu. 117 tadika & 120 kuil turut menerima kelulusan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Jamillah binti Putit atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Semoga terus cemerlang menggalas amanah, memimpin dengan dedikasi, integriti dan komited memperkasa pembangunan sumber manusia negara. #kesuma
Kerajaan MADANI menerusi MITRA terus memperkasa komuniti India melalui Program Celik MADANI 2026 Siri 2 dan Dharma MADANI Siri 3. Seramai 117 pengusaha tadika dan 120 rumah ibadat Hindu menerima kelulusan bagi memperkukuh pendidikan awal, modal insan serta institusi masyarakat.
Permohonan kuota pekerja asing kini 100% dalam talian melalui Portal FWCMS. Daftar/kemas kini ID majikan, muat naik dokumen, hantar permohonan dan semak status dengan lebih mudah, cepat serta telus. Layari fwcms.com.my untuk maklumat lanjut. #kesuma#malaysiamadani
KESUMA menganjurkan Bengkel Kajian Keperluan Strategik Perkhidmatan dan Pendigitalan 2026–2030 yang dirasmikan YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon bagi memperkukuh hala tuju transformasi digital, selaras aspirasi GovTech dan Whole-of-Government. #kesuma#pendigitalankesuma
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Wan Zulkfli bin Wan Setapa, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, atas jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang bersama KESUMA. Selamat bersara dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan.#selamatbersara
1. Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan tarikh 13 Julai 2026 (Isnin) sebagai Cuti Peristiwa Negeri Johor.
2. Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.
3. Hari kelepasan am ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta. Namun begitu, mana-mana majikan di Johor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 13 Julai 2026.
4. Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan cuti tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.
Mulai Isnin, pekerja tempatan yang ingin membuat pilihan opt-out Skim Lindung24 Jam boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti. Caruman pekerja asing kekal mandatori. Layari saluran rasmi PERKESO untuk maklumat lanjut.
𝗢𝗦𝗖 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 kini diperkasa dengan sistem digital bersepadu bagi mempercepatkan proses permohonan kuota pekerja asing, mengurangkan urusan manual dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
KESUMA terus memperkukuh akses latihan kemahiran dan peluang pekerjaan belia di Pasir Salak melalui peluasan Pusat Bertauliah SLaPB, latihan berasaskan industri (ADI) serta padanan pekerjaan melalui MYFutureJobs PERKESO demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya saing.
Dalam tempoh hanya sebulan pelaksanaan, PERKESO telah menyalurkan hampir RM2 juta kepada kes kemalangan bukan bencana kerja dengan purata 27 kes setiap hari.
Sebelum ini pula, sekitar 13 permohonan sehari terpaksa ditolak kerana kemalangan berlaku di luar waktu kerja.
OSC KESUMA kini tampil dengan tadbir urus baharu yang lebih mudah, pantas dan telus. ✅ Permohonan kuota pekerja asing 100% dalam talian, integrasi pelbagai sistem, notifikasi automatik serta proses lebih cekap demi memudahkan urusan majikan. 🇲🇾 #kesuma#osckesuma
LINDUNG 24 Jam kini sukarela untuk pekerja tempatan. Pekerja boleh memilih sama ada ingin mencarum, manakala mekanisme penyertaan akan diumumkan PERKESO. Bagi pekerja asing, caruman kekal mandatori tanpa sebarang perubahan.
KESUMA komited memperluas akses latihan kemahiran dan padanan pekerjaan bagi melahirkan belia yang lebih berdaya saing serta memenuhi keperluan industri. Usaha ini akan terus memperkukuh pembangunan modal insan dan merancakkan ekonomi setempat. 🇲🇾
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan TYT Anutin Charnvirakul sempena lawatan rasmi ke Malaysia. Lawatan ini memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik Malaysia-Thailand demi kesejahteraan serantau
KESUMA terus memperluas latihan kemahiran dan padanan pekerjaan untuk belia, termasuk di Pasir Salak. Melalui JPK, akses TVET diperkasa menerusi SLaPB, ADI dan MYFutureJobs bagi meningkatkan kebolehpasaran serta menyokong pembangunan ekonomi setempat. #kesuma#jpk#perkeso
📢 Saksikan Sesi Jawab Lisan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 9 Julai 2026 (Khamis), 11.00 pagi. Ikuti siaran langsung di YouTube Parlimen Malaysia. #kesuma#malaysiamadani
UI KESUMA mengadakan Sesi Libat Urus bersama JPK dan JTK Sabah bagi memperkukuh tadbir urus serta integriti. Fokus diberikan kepada penubuhan Unit Integriti, pelaksanaan SPINE, OACP dan pemantapan kompetensi pegawai demi penyampaian perkhidmatan yang telus.#kesuma#integriti
🛡️ Perlindungan 24 jam untuk ketenangan pekerja dan keluarga. Skim Lindung 24 Jam PERKESO memperkukuh jaringan keselamatan sosial demi kesejahteraan rakyat.
RM3.01 juta disalurkan bagi memperkasa pendidikan dan kesejahteraan komuniti India di Zon Selatan melalui Program Celik MADANI 2026 & Dharma MADANI Siri 3. Manfaat kepada 45 tadika, 841 kanak-kanak B40 serta 48 rumah ibadat Hindu. #kesuma#malaysiamadani#mitra
KESUMA menerusi PERKESO melancar MYFutureJobs AI+ bagi memperkasa bakat masa depan melalui literasi AI dan latihan kemahiran. Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI turut menawarkan 2,000 peluang kerja daripada 40 majikan dengan gaji sehingga RM9,000. #kesuma#perkeso#myfuturejobs#ai
Kerajaan MADANI terus memperkasa komuniti India menerusi Program Celik MADANI 2026 & Dharma MADANI. Sebanyak RM12.23 juta disalurkan bagi pendidikan awal kanak-kanak dan rumah ibadat Hindu, memberi manfaat kepada ribuan kanak-kanak serta institusi di seluruh negara. #dharmamadani
Kerajaan MADANI terus memperkasa masyarakat India melalui Program Celik MADANI dan Dharma MADANI. Pelaburan dalam pendidikan serta pembangunan komuniti menjadi asas melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan. #kesuma#mitra#malaysiamadani
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan merasmikan Program Celik MADANI 2026 & Dharma MADANI Siri 3 Zon Selatan. Sebanyak RM3.01 juta disalurkan, memanfaatkan 841 kanak-kanak B40 dan 48 rumah ibadat Hindu di Zon Selatan. #malaysiamadani#kesuma#mitra#celikmadani#dharmamadani
KESUMA komited memperkukuh tadbir urus pengurusan pekerja asing melalui penempatan One Stop Center di bawah kementerian. Pendekatan lebih cekap, telus dan bersepadu ini memastikan permohonan kuota diproses berkesan demi kelangsungan operasi industri dan ekonomi negara. #kesuma
🚨 MAJIKAN DIDENDA RM31,500 ATAS KESALAHAN POTONGAN GAJI TIDAK SAH
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Subang Jaya, Selangor telah berjaya mengendalikan kes pendakwaan terhadap sebuah syarikat sektor perkilangan & fabrikasi logam, di Mahkamah Majistret 6 Shah Alam, Selangor.
Syarikat berkenaan telah berdepan dengan 9 pertuduhan di bawah Seksyen 24(1) Akta Kerja 1955 kerana membuat potongan gaji pekerja yang tidak sah.
📌 HUKUMAN: * Jumlah Keseluruhan Denda: RM31,500.00 (Telah dibayar sepenuhnya oleh OKS).
JTKSM ingin mengingatkan semua majikan agar sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan. Hak dan kebajikan pekerja adalah keutamaan kita! Majikan yang culas akan berdepan dengan tindakan di bawah undang-undang.
KESUMA komited memperkukuh tadbir urus pengurusan pekerja asing melalui penempatan One Stop Center di bawah kementerian. Pendekatan lebih cekap, telus dan bersepadu ini memastikan permohonan kuota diproses berkesan demi kelangsungan operasi industri dan ekonomi negara. #kesuma
KESUMA ambil alih OSC mulai Julai 2026 bagi memperkukuh tadbir urus pekerja asing. Sistem FWCMS akan mempercepat permohonan kuota secara digital dan memproses 22,476 permohonan tertangguh, sambil terus mengutamakan pengambilan pekerja tempatan melalui MYFutureJobs.
TVET terus diperkasa menerusi agenda pendigitalan, pengantarabangsaan dan kerjasama strategik industri demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk masa depan negara.
Lewat petang semalam, saya menerima kunjungan daripada YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama delegasi bagi membincangkan hala tuju TVET negara, khususnya dalam memperkukuh pengiktirafan kemahiran, pembangunan bakat dan keupayaan kepimpinan dalam sektor awam.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut dimaklumkan mengenai penganugerahan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 dalam bidang Kepimpinan Korporat kepada kepimpinan perkhidmatan awam menerusi Program The TVET Champions melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Pengiktirafan ini mencerminkan bahawa pengalaman, kepimpinan strategik, tadbir urus berintegriti dan sumbangan dalam pembangunan modal insan negara turut mempunyai nilai kemahiran yang wajar diiktiraf secara profesional. Semoga usaha JPK ini terus memperkukuh kedudukan TVET sebagai laluan pembangunan bakat yang dihormati, berwibawa dan relevan dengan keperluan negara.
🎓 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan merasmikan Persidangan Pengajar TVET Kebangsaan dan Pengurus Pusat Bertauliah 2026, sekali gus memperkukuh ekosistem TVET ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
KESUMA menerusi JHEKS menyalurkan Geran PHEKS 2026 berjumlah RM310,000 kepada 23 kesatuan sekerja di Sarawak. Disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusof, inisiatif ini memperkukuh tadbir urus, kepimpinan dan kebajikan pekerja. #pheks2026#kesatuansekerja
Tahniah kepada YA Puan Rozielawaty binti Ab Ghani atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia. Semoga terus cemerlang memperkukuh sistem keadilan perusahaan serta memelihara hubungan perusahaan yang harmoni, adil dan progresif. #kesuma#malaysiamadani
🤝 Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 Peringkat Sabah telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr.) Musa Haji Aman. Turut hadir YB Datuk Ewon Benedick serta wakil KESUMA dan JHEKS.
Dewan Negara meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. Dibentangkan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, pindaan ini memperkukuh perlindungan sosial, memperkenal Elaun Bantuan Mobiliti serta memperluas peranan PERKESO dalam padanan pekerjaan.#sip2025
KESUMA bersama MOT, PERKESO, JPJ dan MMA melancarkan Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) bagi mengesan awal risiko kesihatan pemandu komersial. Pemandu layak hanya membayar RM30 untuk saringan kesihatan, manakala baki RM55 ditanggung kerajaan dan PERKESO.#kesuma#mot#perkeso
KESUMA meraih dua pengiktirafan pada Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 iaitu Anugerah Projek Berpotensi Tinggi dan Anugerah Projek Siap Terbanyak (26 projek), membuktikan komitmen memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berfokuskan rakyat.
YBhg. Datuk Haji Azman Bin Mohd Yusoff, Ketua Setiausaha KESUMA mengadakan lawatan kerja rawak ke JKKP dan PERKESO Negeri Sembilan bagi meninjau penyampaian perkhidmatan, menyantuni warga kerja serta mendengar isu operasi ke arah perkhidmatan berfokuskan rakyat.#kesuma
🇲🇾 Tahniah Kontinjen Malaysia atas pencapaian cemerlang di WorldSkills Australia 2026 Global Skills Challenge! Membawa pulang 🥇1 emas, 🥈1 perak & 🥉3 gangsa dalam 9 bidang kemahiran. Terus harumkan nama negara menuju WorldSkills Shanghai 2026! 💪
KESUMA mengadakan Sesi Taklimat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bersama PACU, JPM. YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon menyampaikan aspirasi Malaysia MADANI & ARPA kepada 90 warga KESUMA bagi memperkukuh budaya kerja cekap, berintegriti dan berimpak. #arpa#kesuma
KESUMA komited menyokong Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui pemerkasaan tadbir urus, pembangunan modal insan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif serta berorientasikan rakyat. Bersama merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
Terima kasih kepada semua yang singgah ke reruai PERKESO sepanjang MyAERO Summit 2026 bagi mendapatkan maklumat kerjaya, semakan resume dan pelbagai inisiatif yang ditawarkan.
✨ Tahniah kepada 612 warga KESUMA yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.
Semoga pengiktirafan ini terus menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam.
13,309 individu berjaya kembali bekerja setakat 12 Jun 2026 melalui MYFutureJobs. Sebanyak 62,644 penempatan pekerjaan direalisasikan, manakala 2,697 Orang Berinsurans mengikuti program upskilling & reskilling termasuk PACE. #kesuma#perkeso#myfuturejobs#malaysiamadani
Kementerian Sumber Manusia melalui Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) memperkenalkan empat inisiatif strategik bagi memperkukuh peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran serta memperkasa daya tahan ekonomi rakyat.
KESUMA meraikan 612 penerima APC 2025 sebagai penghargaan atas dedikasi dan kecemerlangan perkhidmatan. YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyeru warga KESUMA terus berintegriti, berprestasi tinggi dan menguasai teknologi baharu demi penyampaian perkhidmatan terbaik.#apc2025
JKKP melancarkan Sistem Bersepadu Pengurusan Bahan Kimia Industri (IICMS) bagi memperkukuh pengurusan bahan kimia berbahaya, penilaian risiko dan kesiapsiagaan kecemasan. Inisiatif pendigitalan ini menyokong pematuhan industri serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.
𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus menerusi Sesi Libat Urus Unit Integriti bersama JTK Sarawak di Kuching. Perbincangan memfokuskan cadangan penubuhan Unit Integriti bagi memperkasa pematuhan, pengurusan aduan dan penyampaian perkhidmatan yang telus.
PERKESO terus mempercepat proses tuntutan dan memperkukuh perlindungan sosial menerusi pendigitalan perkhidmatan. Dengan pematuhan Piagam Pelanggan sehingga 99.68%, pencarum kini menikmati perkhidmatan yang lebih pantas, mudah dan berkesan. #kesuma#perkeso#malaysiamadani
PERKESO terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan melalui pendigitalan dan sokongan lapangan menerusi Skuad PERKESO Prihatin. Komitmen ini memastikan setiap pencarum menerima perkhidmatan yang lebih cekap, pantas, mesra pelanggan dan berimpak tinggi. #kesuma#perkeso
KESUMA terus memperkukuh gerakan kesatuan sekerja melalui penyaluran Geran PHEKS 2026 bagi memperkasa hak pekerja dan hubungan perusahaan yang harmoni.
KESUMA terus memperkukuh penyampaian perlindungan sosial melalui pendigitalan PERKESO. Di Dewan Rakyat, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan memaklumkan prestasi pemprosesan tuntutan mencecah 96.86% hingga 99.68% dengan sokongan Portal LINDUNG Faedah dan Skuad PERKESO Prihatin.
RM6.1 juta diperuntukkan melalui PHEKS 2026 bagi memperkasa gerakan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik pembangunan ekonomi negara. Fokus kepada latihan, pendigitalan, tadbir urus, outreach serta kesiapsiagaan pekerja menghadapi era AI. #kesuma#malaysiamadani#pheks2026
📢 Saksikan Sesi Jawab Lisan KESUMA di Dewan Rakyat hari ini. Ikuti perkembangan terkini dasar dan inisiatif memperkasa tenaga kerja serta kesejahteraan rakyat.
📅 24 Jun 2026 | 🕙 10.00 pagi 📺 YouTube Parlimen Malaysia
Kesatuan sekerja ialah rakan strategik dalam memastikan pembangunan ekonomi negara berlangsung secara adil dan inklusif. KESUMA terus memperkukuh peranan kesatuan sekerja demi melindungi hak pekerja serta memupuk hubungan perusahaan yang harmoni. 🇲🇾
KESUMA menerusi JHEKS memperkukuh agenda pemerkasaan kesatuan sekerja melalui Geran PHEKS 2026. Sebanyak RM6.1 juta diperuntukkan di seluruh negara termasuk RM2.88 juta bagi 325 permohonan di Semenanjung Malaysia, demi memperkasa hak pekerja dan hubungan perusahaan yang harmoni.
Pendidikan ialah asas pembinaan modal insan yang berkualiti. Melalui inisiatif seperti Program KALVI MADANI, Kerajaan MADANI terus komited memperluas akses pendidikan dan memperkasa potensi generasi muda demi masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.#kesuma#malaysiamadani
RM20.8 juta diperuntukkan bagi memperkasa pendidikan murid SJKT menerusi Inisiatif Perabot MADANI dan Program KALVI MADANI. Seramai 50,000 murid menerima manfaat melalui kemudahan pembelajaran, tuisyen percuma dan sokongan pendidikan menyeluruh. #kesuma#mitra#malaysiamadani
KESUMA menerusi MITRA melancarkan Inisiatif Perabot MADANI dan Program KALVI MADANI bagi memperluas akses pendidikan berkualiti kepada murid SJKT seluruh negara. RM12.8 juta disalurkan kepada 361 SJKT, manakala RM8 juta diperuntukkan untuk manfaat lebih 10,000 murid B40.
YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan merasmikan Seminar Sinergi Nasional Mencegah dan Membasmi Pemerdagangan Orang dan Eksploitasi Pekerja Zon Tengah 2026 hari ini.
KESUMA memperkukuh kerjasama tenaga kerja Malaysia–Bangladesh bagi memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara, pengambilan pekerja lebih telus dan tadbir urus diperkasa. Langkah ini menolak eksploitasi serta melindungi hak pekerja dan keluarga mereka. #malaysiabangladesh
KESUMA mengalu-alukan pengukuhan kerjasama tenaga kerja Malaysia–Bangladesh susulan pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin negara. Fokus diberi kepada tadbir urus, kebajikan pekerja dan pengambilan beretika demi pasaran buruh yang mampan. 🇲🇾🤝🇧🇩 #kesuma#malaysiabangladesh
YB Dato’ Khairul Firdaus Akbar Khan merasmikan Seminar Sinergi Nasional Zon Tengah 2026 di Kuala Lumpur. Program melengkapkan siri jelajah JTKSM dan memperkukuh kerjasama strategik membanteras pemerdagangan orang serta eksploitasi pekerja. #kesuma#jtksm#mapo#atipsom
KESUMA bakal memperkenalkan Skim Pengembara bagi memperluas perlindungan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Inisiatif ini diumumkan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan di Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI, Johor Bahru. #kesuma#perkeso#skimpengembara
Di Johor, 232,072 rakyat telah diperkasa melalui latihan, manakala 479,905 pekerja menerima manfaat secara langsung. Melalui #skills4johor, pembangunan bakat terus dipacu demi tenaga kerja yang berdaya saing.
Terima kasih kepada semua bapa yang menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan inspirasi dalam membentuk keluarga serta masa depan negara. Pengorbanan dan dedikasi anda amat dihargai.
Kemahiran membuka lebih banyak peluang, kejayaan rakyat mengukuhkan negara. KESUMA terus memperkasa tenaga kerja melalui pembangunan kemahiran agar lebih ramai rakyat berdaya saing, berjaya dan menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Program Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp di Johor. Inisiatif ini mendekatkan dasar, peluang upskilling dan reskilling kepada rakyat serta industri demi memperkukuh pembangunan modal insan negara. #kesuma#hrdcorp
KESUMA menerusi Unit Integriti menganjurkan PNI Siri 2 bertajuk “Institusi Keluarga Bahagia ke Arah Kecemerlangan Prestasi Kerja”. Disertai 338 warga KESUMA, program ini mengangkat nilai integriti, ihsan dan kesejahteraan. #malaysiamadani#kesuma#pni#unitintegriti
Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah di Meru Raya, Ipoh merupakan fasiliti rehabilitasi bertaraf dunia yang dilengkapi teknologi moden serta kepakaran pelbagai bidang bagi menyokong proses pemulihan secara menyeluruh.
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1448H/2026M bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” mengangkat nilai hijrah, ilmu dan kepimpinan ummah. Tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa. #malaysiamadani#kesuma#maalhijrah1448h
Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah memperkukuh landskap rehabilitasi negara dengan teknologi neuro-robotik bertaraf dunia. Dilengkapi 65 robot HAL dan 151 perkhidmatan, pusat ini mampu merawat 3,000 pesakit setahun.
Lebih daripada sebuah pusat rawatan, Pusat Rehabilitasi Sultan Nazrin Shah menawarkan harapan baharu melalui kemudahan moden dan rawatan komprehensif untuk membantu pesakit kembali berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Sultan Nazrin berkenan agar pusat yang reka bentuknya diilhamkan daripada seni tekat timbul benang emas itu dinamakan sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.
Salam Awal Muharam 1448H. Semoga tahun baharu Hijrah membawa keberkatan, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah di Ipoh. Fasiliti terbesar di Asia Tenggara ini memperkukuh rehabilitasi berteknologi tinggi dan Program RTW demi kesejahteraan pekerja. #malaysiamadani#perkeso#kesuma
KESUMA terus memperkukuh ketahanan tenaga kerja negara menerusi MYFutureJobs, program reskilling & upskilling serta intervensi awal sektor kritikal. Dengan 17.33 juta tenaga buruh dan kadar pengangguran rendah 3.0%, Malaysia kekal berdaya saing. #kesuma#pasaranburuh
KESUMA terus memperkukuh agenda pendigitalan menerusi Majlis Penghargaan Kempen Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless) di bawah Pilar Pendidikan KESUMA. Inisiatif ini menggalakkan transaksi digital yang selamat, cekap dan inklusif. #malaysiamadani#kesuma#cashless#pendigitalan
KESUMA menerusi HRD Corp menyalurkan bantuan RM150,000 kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan menerusi Program Jalinan Kasih. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu keluarga terjejas. #malaysiamadani#kesuma#hrdcorp#sandakan
🇲🇾 Malaysia terus memperkukuh peranan global dalam agenda perburuhan dan perlindungan sosial menerusi penyertaan aktif di ILC Ke-114, Geneva. Komitmen terhadap pekerjaan bermaruah, dialog tripartit dan kebajikan pekerja kekal menjadi keutamaan negara. #kesuma#ilc2026#ilo
Di Tokyo baru-baru ini, saya bertemu enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa yang merupakan peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi perkomputeran kuantum, tenaga, automotif berteknologi tinggi, tenaga boleh baharu serta rantaian bekalan global.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama dan pelaburan baharu yang dapat memperkukuh daya saing Malaysia, memangkin pembangunan industri masa depan serta meningkatkan keterjaminan tenaga dan ekonomi negara dalam landskap global yang semakin mencabar.
𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗦𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗡𝗶𝗹𝗮 𝟯.𝟬 anjuran Unit Integriti KESUMA di Kuantan memperkasa kompetensi pegawai dalam pengurusan tatatertib, pematuhan prosedur dan tadbir urus. Inisiatif ini memperkukuh budaya integriti serta akauntabiliti selaras aspirasi Malaysia MADANI.
🇲🇾 Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam membentuk norma baharu perburuhan global menerusi penyertaan di ILC Ke-114, Geneva. Komited memperkasa perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan pasaran buruh yang adil serta mampan. #malaysiamadani#kesuma#ilc2026#ilo
UI KESUMA dan JPPM memperkukuh agenda integriti dan tatakelola menerusi Sesi Libat Urus di Putrajaya. Fokus perbincangan ialah cadangan penubuhan Unit Integriti di JPPM serta pemerkasaan pematuhan dan tadbir urus demi perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berakauntabiliti.#ui
Menyahut saranan YAB Perdana Menteri semasa Hari TVET Negara 2026 minggu lalu, tumpuan saya pagi ini ialah untuk menggerakkan usaha supaya pelajar-pelajar TVET terpilih diberi pendedahan dan latihan kemahiran tambahan dalam empat bidang berteknologi tinggi iaitu kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, peralihan hijau dan aplikasi kriptologi.
Semasa mempengerusikan mesyuarat TVET, fokus diberikan kepada langkah-langkah pelaksanaan bagi memastikan kohort pertama dapat ditempatkan di rangkaian Pusat Penyelidikan Kerajaan seawal Julai ini.
Pelaburan terhadap bekalan bakat TVET yang mencukupi adalah asas kepada kekuatan strategik Malaysia pada masa hadapan.
🇲🇾 Cabaran sebenar bukan lagi sama ada kita mampu menerima perubahan, tetapi sama ada kita dapat membentuk transformasi ini agar kekal adil, inklusif dan berteraskan maruah insan, sambil memastikan tiada sesiapa yang tercicir.
🇲🇾 Malaysia terus memperjuangkan masa depan pekerjaan yang berteraskan insan di pentas antarabangsa. Kemajuan teknologi hanya bermakna apabila ia memartabatkan pekerjaan yang layak serta menjunjung maruah insan.
Malaysia terus komited memastikan kemajuan teknologi dimanfaatkan untuk memperkasa pekerja, meningkatkan produktiviti dan memartabatkan pekerjaan yang layak. AI perlu menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat, bukan menggantikan peranan manusia dalam pembangunan negara.
🇲🇾 Malaysia komited membina masa depan pekerjaan berteraskan insan. Di #ilc114, Malaysia menegaskan AI harus memperkasa manusia, bukan menggantikannya, sambil memperluas latihan digital, perlindungan sosial dan peluang pekerjaan berkualiti untuk semua.#kesuma#ilo#futureofwork
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mengadakan pertemuan bersama UNI Global Union sempena ILC Ke-114 di Geneva. Perbincangan memfokuskan hak pekerja, dialog sosial, Akta Pekerja Gig 2025, OSHMP 2026–2030 dan Skim LINDUNG 24 JAM. #malaysiamadani#kesuma#ilc2026#hakpekerja
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mengadakan sesi libat urus bersama ITUC sempena ILC Ke-114 di Geneva. Perbincangan tertumpu kepada reformasi perburuhan, perlindungan sosial, Akta Pekerja Gig 2025, Skim LINDUNG 24 JAM dan pengukuhan tripartisme. #kesuma#ituc#ilc2026
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menegaskan komitmen Malaysia membangunkan pasaran buruh yang mampan, adil dan inklusif di ILC Ke-114. MYFutureJobs, Skim LINDUNG 24 JAM serta latihan AI terus diperkasa demi kesejahteraan pekerja.
🇲🇾 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mengadakan sesi libat urus bersama #ilo di Geneva dan menyerahkan surat penyertaan Malaysia dalam Global Coalition for Social Justice, menzahirkan komitmen negara terhadap perlindungan sosial, kesejahteraan pekerja dan standard buruh global.
🇲🇾 YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mengadakan sesi libat urus bersama IOE di Geneva bagi memperkukuh pasaran buruh yang inklusif dan berdaya saing. Turut dikongsi Akta Pekerja Gig 2025, OSH 2026–2030 dan Skim LINDUNG 24 JAM. #malaysiamadani#kesuma#ioe#pasaranburuh
Malaysia–ISSA perkukuh kerjasama strategik dalam agenda perlindungan sosial. YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkongsi reformasi negara termasuk Akta Pekerja Gig 2025 dan Skim Lindung 24 Jam bagi memperluas perlindungan pekerja yang lebih inklusif dan mampan. #kesuma#issa
📢 REPOST | KESUMA mencari JuruVideo Kreatif (MySTEP Gred 29)! 🎬 Jika anda mahir videografi, suntingan video dan penghasilan kandungan media sosial, sertai Unit Komunikasi Korporat kami.
💰 RM2,100 📅 Mohon sebelum 10 Jun 2026 📧 sharifahsofea@mohr.gov.my #kesuma#mystep
Kemajuan sesebuah bangsa tidak hanya diukur pada kemakmuran zahir dan pembangunan fizikal, tetapi pada ketinggian ilmu, kekuatan akal budi serta keutuhan nilai yang menjadi pedoman.
Masyarakat yang dangkal ilmunya, tidak berpaksikan kebenaran, tidak menjunjung prinsip keadilan serta kehilangan ihsan dalam pertimbangan dan tindakan, akan mudah terjerumus ke dalam kancah jahiliah yakni suatu keadaan yang lahir daripada kealpaan, prasangka dan kejahilan.
Justeru, dalam era yang menuntut komunikasi yang lebih berkesan dan bertanggungjawab, kita mesti mengangkat wacana yang berteraskan hikmah, ilmu dan adab.
Kebebasan bersuara harus dipandu oleh tanggungjawab moral, manakala perbezaan pandangan tidak boleh menjadi alasan untuk memecahbelahkan masyarakat atau meruntuhkan nilai kemanusiaan yang kita junjung bersama.
Itulah antara penegasan saya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini dan mengingatkan hadirin, dalam menjayakan agenda pembangunan negara, kita tidak hanya dituntut membina kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak, berbudaya ilmu serta bersatu atas landasan kebenaran, keadilan dan ihsan.
Warga KESUMA mengikuti Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. PM menegaskan kemajuan negara perlu berteraskan ilmu, keadilan, ihsan dan adab, selain pembangunan ekonomi serta teknologi.
MINISTRY OF HUMAN RESOURCES (KESUMA) TAKES NOTE OF THE STATEMENT ISSUED BY MACC REGARDING ITS INVESTIGATION INTO ALLEGED IRREGULARITIES INVOLVING CLAIMS UNDER THE DAYA KERJAYA 2.0 PROGRAMME
TVET 2.0 terus diperkukuh! Kerajaan membenarkan sehingga RM50 juta dana Program Berimpak Tinggi PTPK dimanfaatkan bagi pelaksanaan TVET 2.0 dengan kerjasama erat industri dan Majlis TVET Negara demi melahirkan tenaga kerja masa depan. 🇲🇾
Kita tidak boleh lagi terikat dengan pemikiran lama yang meletakkan kejayaan hanya pada satu jalur pendidikan semata-mata.
TVET telah mengangkat martabat pendidikan kemahiran sebagai pilihan yang diyakini dan dihormati, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh daya saing negara dan meneroka peluang baharu dalam dunia yang semakin mencabar.
Hari TVET Negara 2026 memperkukuh agenda TVET 2.0 sebagai pemacu pembangunan modal insan negara. YAB Perdana Menteri menegaskan fokus kepada AI, teknologi masa hadapan dan latihan berimpak tinggi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. #malaysiamadani#haritvetnegara2026
Menarik melihat bagaimana kolaborasi PETRONAS bersama rakan industri membuka lebih banyak ruang pembelajaran, latihan dan peluang kerjaya untuk bakat TVET. 🚀
🚀 Temui 6 hab menarik di Hari TVET Negara 2026! Pameran industri, seminar TVET, karnival kerjaya, usahawan TVET, Drone Soccer League 2026, Future Skills Showcase dan banyak lagi menanti anda.
Tiga pegawai KESUMA menyertai pasukan pengkaji ASEAN di Brunei bagi membangunkan kerangka GERI dalam TVET untuk menyokong agenda Ekonomi Hijau. Penyertaan ini memperkukuh komitmen Malaysia melahirkan bakat masa depan yang mampan, inovatif dan berdaya tahan. #kesuma#tvet#asean
🚀 Hari TVET Negara 2026 bukan sekadar pameran biasa! Terokai 6 hub interaktif yang menampilkan teknologi masa depan, peluang kerjaya, seminar industri, Drone Soccer dan pelbagai aktiviti menarik.
KESUMA will continue strengthening the TVET ecosystem to develop a highly skilled workforce ready to meet global challenges driven by AI, automation and industrial digitalisation. Building future talent, driving national progress. 🚀
GRADUAN institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus menjadi rebutan industri apabila mencatat kadar kebolehpasaran mencecah 95.5 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan. #kesuma#kesumaplus#tvet
KESUMA menerusi Unit Integriti mengadakan sesi libat urus bersama JHEKS bagi memperkukuh budaya integriti, tadbir urus dan pematuhan organisasi. Fokus perbincangan termasuk cadangan penubuhan Unit Integriti di JHEKS. #malaysiamadani#kesuma#jheks#integriti
TVET kini menjadi pemacu utama industri masa depan melalui bidang Semikonduktor, Smart Manufacturing, Ekonomi Digital dan Green Skills. Terokai peluang kerjaya berkemahiran tinggi di Hari TVET Negara 2026.
TVET terus menjadi pilihan utama kerjaya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing. Bersama memperkasa bakat masa depan demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan negara. #haritvetnegara2026
🚨 Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO kini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026! Lebih 9 juta pencarum Akta 4 dilindungi secara automatik daripada kemalangan bukan bencana kerja, termasuk di luar waktu bekerja, hujung minggu dan cuti umum.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Tuanku pada 1 Jun 2026.
🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebijaksanaan dan keharmonian, serta terus menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati dan perpaduan demi Malaysia MADANI yang sejahtera. 🇲🇾#hariwesak2026
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan hari ini mengumumkan 6 inisiatif baharu MITRA 2026 melibatkan peruntukan RM65.5 juta bagi memperkasa pendidikan, ekonomi, kesihatan dan kebajikan masyarakat India. #kesuma#mitra#malaysiamadani#mitra2026
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Y.A. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat bersama KESUMA. Semoga terus cemerlang dalam meneruskan khidmat bakti kepada negara. 🤍
Ikuti temu bual khas bersama YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia mengenai usaha memperkasa pekerja dan tenaga kerja negara. ✨
Ikuti temu bual khas bersama YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia mengenai inisiatif terkini KESUMA untuk rakyat. ✨
🌙 Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof menyampaikan salam dan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, perpaduan dan kesejahteraan buat semua. 🤍
PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR PADA 25 MEI 2026 SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLA SEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENJUARI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/2026
Dalam dunia sekarang, skill itu aset 💡 ADTEC antara institusi TVET yang melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi dunia industri masa depan ⚙️🇲🇾
KESUMA menerusi Unit Integriti menganjurkan Kursus Laporan Penyiasatan Profesional di Kota Bharu bagi memperkukuh kompetensi pegawai dalam penulisan laporan siasatan yang sistematik, telus dan berintegriti. #malaysiamadani#kesuma#integriti
PACE perkukuh mobiliti kerjaya dan lindungi rakyat 🇲🇾
RM710 juta diperuntukkan melalui Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bagi memperkukuh perlindungan sosial, latihan kemahiran, penempatan pekerjaan dan pemerkasaan pekerja gig.
PTPK perkasa budaya bayaran balik pinjaman TVET 🇲🇾
Kempen penghargaan peminjam 2025 merekodkan kutipan RM58.86 juta melibatkan 14,981 transaksi. Turut diumumkan hadiah utama cabutan bertuah 2026 iaitu Proton e.MAS 7 🚗✨
🎬🏆 Tahniah SYARIKAT RITES SDN. BHD. atas kejayaan menjuarai Pertandingan Video Kreatif Hari Pekerja 2026 dan membawa pulang hadiah keseluruhan RM25,000.
Terima kasih kepada semua 14 penyertaan yang turut menjayakan pertandingan ini. 👏✨
1,000 petugas diraikan dalam Majlis Apresiasi Sambutan Hari Pekerja 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga KESUMA yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini. 🤝
Mesyuarat MPKK Bil. 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan memberi fokus kepada pemerkasaan TVET negara termasuk kelulusan NOSS baharu dalam bidang Cyber Security dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
KESUMA menerusi Unit Integriti mengadakan sesi libat urus bersama JTKSM di Putrajaya bagi memperkukuh budaya integriti, tadbir urus dan ketelusan perkhidmatan awam termasuk cadangan penubuhan Unit Integriti di JTKSM. #malaysiamadani#kesuma#jtksm
Mesyuarat HLC MTVET Bil. 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara berlangsung di KESUMA bagi memperkasa ekosistem TVET negara.
Mesyuarat HLC MTVET Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara berlangsung di KESUMA hari ini bagi memperkukuh ekosistem TVET negara.
Town Hall Pelajar TVET bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh di Melaka memperkukuh agenda pembangunan modal insan MADANI. Program turut menyaksikan inovasi pelajar TVET dan perasmian mercu tanda SMART MOBILITY PROTON Institute. #malaysiamadani#kesuma
Persidangan Pegawai Kewangan KESUMA 2026 menjadi platform memperkukuh budaya integriti, tadbir urus dan pengurusan kewangan berakauntabiliti. YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon menegaskan pegawai kewangan ialah “Penjaga Amanah Awam” demi kesejahteraan rakyat.#kesuma#integriti
59.2% pekerja di Malaysia didapati mengalami obesiti atau berat badan berlebihan berdasarkan analisis HSP PERKESO 2023-2025. YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata isu kesihatan pekerja perlu diberi perhatian serius demi kesejahteraan dan produktiviti negara.#kesuma
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis.
📚 Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik Malaysia. 🇲🇾
Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan dedikasi mendidik generasi masa depan negara. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina nilai dan inspirasi anak bangsa. ✨
Sandakan disasar jadi penanda aras pelancongan selamat dan sihat menerusi pemerkasaan budaya KKP. KESUMA, NIOSH dan MOTAC akan memperkukuh latihan keselamatan termasuk program SITI dan OSH-C MADANI demi pelancongan mampan dan komuniti sejahtera. #malaysiamadani#kesuma
Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh belia Malaysia! 🇲🇾
Belia MADANI adalah pemacu perubahan dan masa depan negara. Teruslah menjadi generasi yang berani, kreatif serta berdaya saing demi membina Malaysia yang lebih maju, inklusif dan progresif. 💪✨ #hbn2026
KESUMA perkukuh agenda keselamatan pekerjaan menerusi penyerahan Projek Pembangunan Fasa II Kampus NIOSH Kerteh yang disempurnakan YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon. Inisiatif RM36.94 juta ini perluas latihan KKP dan pembangunan kompetensi tenaga kerja. #kesuma#niosh#kkp
KESUMA menerusi Unit Integriti mengadakan sesi libat urus bersama Mahkamah Perusahaan Malaysia bagi memperkukuh integriti, tadbir urus dan ketelusan perkhidmatan awam termasuk pelaksanaan SPINE dan OACP. #malaysiamadani#kesuma#unitintegriti
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026 kepada seluruh jururawat negara. 💜
Terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan khidmat penuh ihsan dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Jasa anda amat dihargai dan menjadi inspirasi buat negara. 👩🏻⚕️👨🏻⚕️
Majlis ramah mesra antara YAB Perdana Menteri dan mahasiswa India di Universiti Malaya menjadi bukti nyata komitmen Kerajaan MADANI dalam memartabatkan pendidikan inklusif.
Jom dengar sendiri pandangan dan pengalaman mahasiswa bersama-sama! 🤝✨
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Ramah Mesra PM Bersama Mahasiswa India Malaysia di UM. Seramai 3,000 mahasiswa menerima bantuan peranti baharu, manakala RM8.347 juta disalur kepada 4,165 pelajar IPT. #malaysiamadani#kesuma#mitra
📚 Pendidikan adalah asas pembinaan masyarakat maju, berdaya saing dan berkemahiran. Melalui kerangka 2026, MITRA terus memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan masyarakat India demi melahirkan generasi berilmu serta berdaya tahan. 🇲🇾
📚 Kerajaan MADANI terus memperkasa akses pendidikan tinggi dan pembelajaran digital melalui inisiatif MITRA seperti Bantuan Awal Kemasukan IPT 5.0 dan Bantuan Peranti Mahasiswa India Malaysia demi membantu mahasiswa B40 dan M40 rendah. 🇲🇾
Malaysia memerlukan generasi muda yang berilmu, berprinsip dan berani membina jambatan perpaduan demi masa depan negara. 🇲🇾 Anak muda hari ini ialah pemimpin masa hadapan yang akan menentukan arah Malaysia MADANI yang seimbang antara kemajuan dan nilai. #kesuma#beliamadani
Masa depan Malaysia dibentuk oleh generasi muda hari ini. 🇲🇾 Idea, keberanian dan kepimpinan anak muda akan menentukan kekuatan negara pada masa hadapan. KESUMA komited memperkasa bakat belia demi Malaysia MADANI yang inklusif dan berdaya tahan. #kesuma#beliamadani
Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas tambahan peruntukan RM50 juta kepada MITRA, menjadikan jumlah keseluruhan RM150 juta demi memperkasa pendidikan, modal insan, latihan kemahiran dan sosioekonomi masyarakat India selaras aspirasi Malaysia MADANI. 🇲🇾 #mitra
KESTASIS 2026 perkukuh semangat kesukanan dan kesejahteraan warga KESUMA. YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan merasmikan kejohanan yang menghimpunkan lebih 900 peserta seluruh negara di UPNM, melibatkan 19 acara termasuk e-sukan dan kategori veteran. #kesuma#kestasis2026
Forum Perdana Hari Pekerja 2026 bertemakan “Tangan Bekerja, Hati Berdoa” semai keseimbangan kerjaya dan rohani. Program anjuran KESUMA ini tekankan nilai integriti, kesejahteraan dan ihsan selaras aspirasi #malaysiamadani. #haripekerja2026#kesuma
📢 KESUMA memperkukuh agenda pekerjaan inklusif melalui Garis Panduan Sokongan Pekerjaan Golongan Neurodivergen bagi menangani isu underemployment OKU pembelajaran. Neurodivergen bukan sekadar penerima bantuan, tetapi aset negara. 🇲🇾
Garis Panduan Pekerjaan Neurodivergen dilancar bagi tangani underemployment OKU pembelajaran. Inisiatif PERKESO perkasa inklusiviti, sokongan tempat kerja & pemadanan berasaskan data, selaras aspirasi #malaysiamadani#kesuma#perkeso#inklusiviti
KESUMA terima kunjungan Pengerusi MPGig bagi membincang pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872). Fokus kepada perlindungan, kebajikan & ekosistem gig yang lebih adil dan inklusif. #malaysiamadani#kesuma#pekerjagig
Warga KESUMA menghayati amanat YAB Perdana Menteri dengan penekanan terhadap integriti, tadbir urus baik dan keseimbangan pembangunan serta kelestarian 🌱
🎉 HARI PEKERJA 2026: HARI KETIGA 🎉 Keselamatan Diutamakan, Kesihatan Dijamin. 🛡️
Terima kasih kepada semua yang menjayakan hari terakhir ini. Mari kita jadikan budaya kerja selamat bukan sekadar tema tahunan, tetapi amalan sepanjang hayat.
Akhirnya, tirai dilabuhkan untuk Hari Pekerja 2026. Satu perjalanan yang penuh dengan cabaran tapi berakhir dengan kemanisan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang memberi sokongan dari awal hingga ke saat ini.
Warga KESUMA hayati amanat PM secara dalam talian, tekankan integriti, keseimbangan pembangunan & kelestarian. Komitmen diperkukuh ke arah tadbir urus baik, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat selaras aspirasi #malaysiamadani#kesuma
Kerajaan melalui KESUMA komited memperkukuh keselamatan & kesihatan pekerjaan demi kualiti hidup pekerja yang lebih baik. Bersama kita bentuk budaya kerja selamat, sihat & berdaya tahan. #malaysiamadani#kesuma#jkkp#osh#haripekerja2026
KESUMA komited perkukuh keselamatan, kesihatan & kesejahteraan mental pekerja demi persekitaran kerja selamat dan kondusif. Bersama kita budayakan pencegahan & tanggungjawab bersama di tempat kerja. #malaysiamadani#kesuma#jkkp#osh#haripekerja2026
JKKP terus perkukuh keselamatan & kesihatan pekerja, termasuk mental, sempena Sambutan Hari Sedunia KKP 2026. Pelaksanaan Akta 1994 & OSHMP30 pacu persekitaran kerja selamat, sihat dan kondusif. #malaysiamadani#kesuma#jkkp#osh#haripekerja2026
Sayembara Pantun Hari Pekerja 2026 raikan seni & budi pekerja. Tahniah pemenang: Johan Mohammad Faizol, Naib Johan Mohamad Nazaruddin, Ketiga Zeno Kah Chee Kiang. Pantun terus subur, lambang jiwa Pekerja MADANI Kesuma Bangsa.
Bukan sekadar larian, tapi tentang membuktikan limitasi diri. Penat itu pasti, tapi kepuasan melintasi garisan penamat memang tak boleh dijual beli. Satu lagi memori tercipta! 👟🔥
Bukan sekadar larian, tapi tentang membuktikan limitasi diri. Penat itu pasti, tapi kepuasan melintasi garisan penamat memang tak boleh dijual beli. Satu lagi memori tercipta! 👟🔥
Bukan sekadar larian, tapi tentang membuktikan limitasi diri. Penat itu pasti, tapi kepuasan melintasi garisan penamat memang tak boleh dijual beli. Satu lagi memori tercipta! 👟🔥
Bukan sekadar larian, tapi tentang membuktikan limitasi diri. Penat itu pasti, tapi kepuasan melintasi garisan penamat memang tak boleh dijual beli. Satu lagi memori tercipta! 👟🔥
Sesi 2 Wacana Ilmu di Karnival Hari Pekerja 2026 kupas evolusi bahasa dalam era digital. Panel tekankan keseimbangan antara kandungan tular & martabat ilmu agar Bahasa Melayu kekal relevan, beradab dan profesional.
Wacana Ilmu Bahasa Melayu sempena Hari Pekerja 2026 di Bukit Jalil tonjol kepentingan bahasa sebagai pemacu profesionalisme. Panel Sasterawan Negara & penggiat bahasa tekankan BM kekal relevan dalam dunia kerja moden.
TKSU Operasi KESUMA, YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon berjaya tawan Merdeka 118 sempena Vertical Challenge 2026. Pendakian bersama Kelab KESUMA tonjol semangat, daya tahan & gaya hidup sihat, selari aspirasi Malaysia MADANI. #malaysiamadani#kesuma#haripekerja2026
KESUMA anjur Merdeka 118 Vertical Challenge 2026 sempena Hari Pekerja. 2,500 peserta sertai acara ikonik, flag off 7.00 pagi oleh KSU. Cubaan rekod Soh Wai Ching & pendakian simbolik tonjol gaya hidup sihat, OSH dan kesejahteraan pekerja. #kesuma#haripekerja2026
Di sebalik setiap kejayaan negara, ada keringat dan iltizam warga kerja yang luar biasa. Hari ini, kita memberikan penghormatan tertinggi kepada mereka yang telah mempamerkan kecemerlangan melampaui tugas hakiki.
Kerajaan akan terus memperkasa serta mengangkat martabat dan kebajikan warga pekerja, agar sentiasa terbela dan terpelihara, meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi di peringkat global.
Setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan warga pekerja dari segenap lapisan yang membina keluarga, memperkukuh organisasi serta mengangkat martabat negara akan terus dihargai dan dimuliakan.
Sesungguhnya, setiap amanah yang dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab merupakan asas kukuh kepada kekuatan serta kemajuan negara.
📢 PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA HARI PEKERJA 2026 🇲🇾
Kerajaan komited perkasa pekerja & ekonomi: 🔹 EPCB sokong ibu kembali bekerja 🔹 PERKESO luar negara lindungi pekerja rentas sempadan 🔹 PACE RM710 juta lindungi kerja & tingkat kemahiran
📢 Pengumuman YAB Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2026 🇲🇾
Inisiatif progresif: EPCB sokong ibu bekerja, Inisiatif PERKESO lindungi pekerja luar negara, PACE RM710 juta perkasa pekerjaan & kebolehgajian, serta latihan & pekerja gig diperkukuh.
Pekerja MADANI teras kemajuan & kesejahteraan. Ekonomi 5.2%, pengangguran 2.9%, penyertaan wanita meningkat. Kebajikan diperkasa, standard buruh lebih baik & perlindungan sosial diperluas. Terus tingkat kemahiran, pimpin dengan ihsan.
Sempena Hari Pekerja 2026, hargai peranan setiap pekerja sebagai tunjang kekuatan negara. Seperti ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tanpa rakyat dan pekerja, tiadalah kemajuan yang dikecapi. #haripekerja2026#pekerjamadanikesumabangsa
Penghargaan atas liputan & sokongan menjayakan Sambutan Hari Pekerja 2026. Peranan anda penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan memeriahkan sambutan ini 🇲🇾
KESUMA tinjau persiapan akhir Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena. YB Dato’ Sri Ramanan & YB Datuk Khairul Firdaus pastikan kesiapsiagaan program, dengar taklimat & hargai warga kerja KESUMA.
KESUMA perkukuh kerjasama negeri melalui MEX KESUMA bagi lindungi pekerja & perkasakan TVET hadapi krisis global. Fokus Akta Pekerja Gig, reformasi undang-undang & Skim Lindung 24 Jam PERKESO.
KESUMA, TalentCorp & USIM laksana kajian pampasan pekerja gig di Sarawak. Sesi libat urus di Miri & Kuching himpun input industri bagi sistem lebih adil, telus & mampan.
KESUMA perkasa hebahan Hari Pekerja 2026 menerusi temubual Bernama TV bersama YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon. Fokus pengisian 1–3 Mei di Unifi Arena, Bukit Jalil termasuk karnival kerjaya, padanan kerja & aktiviti rakyat. #malaysiamadani#kesuma
KSU KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof tampil di Selamat Pagi Malaysia berkongsi inisiatif pemerkasaan pekerja & hala tuju pasaran buruh sempena #haripekerja2026.
UI KESUMA perkukuh budaya integriti melalui SLU bersama JKKP. Fokus kepada tadbir urus telus, pengurusan aduan, latihan integriti & pemantauan audit demi perkhidmatan awam berakauntabiliti.
Program Dharma MADANI terus perkasa komuniti India dengan agihan RM6 juta kepada 300 kuil. Keseluruhan RM9.24 juta manfaat 462 rumah ibadat sebagai pusat pembangunan komuniti. Selaras teras Kesejahteraan, Ihsan & Keadilan.
KESUMA tamatkan jelajah Program Bicara Menelusuri 1 Mei 2026 di Sandakan sebagai persiapan Hari Pekerja. Platform dialog pekerja, majikan & kesatuan. Pasaran buruh kekal kukuh, reformasi diteruskan demi kesejahteraan.
Ikuti kupasan mengenai sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 bersama tetamu di studio, YBRS Encik Sutekno Bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi),Kementerian Sumber Manusia pada Selasa, 28 April 2026 pukul 10.15 pagi.
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India Malaysia melalui latihan kemahiran masa depan. Inisiatif RM10 juta manfaat 2,000 peserta, bina kerjaya & tingkat kebolehpasaran. Lebih 8,000 telah dilatih sebelum ini. #malaysiamadani#kesuma#hrdcorp
🎙️ Podcast KESUMA Jiwa sempena Hari Pekerja 2026! Kupasan keselamatan & kesihatan di tempat kerja bersama YBrs. Ir. Ts. Puan Hajah Hazlina Binti Yon, Ketua Pengarah JKKP.
Kunjungan hormat CEO baharu TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi kepada YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof perkukuh kerjasama strategik KESUMA dalam pembangunan bakat negara, selari keperluan industri & ekonomi masa depan. #malaysiamadani#kesuma#talentcorp
1 Mei: Perhimpunan Mega & Khutbah Khas 1–3 Mei: Karnival Kerjaya & Reruai 2 Mei: Vertical Challenge PNB118 3 Mei: World OSH Day 7 Mei: Forum Islam 17 Mei: Run & Ride
KESUMA menzahirkan rasa dukacita atas kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang menjejaskan ratusan keluarga. Semoga mangsa diberi kekuatan, dipermudah segala urusan dan sentiasa dalam lindungan serta kesejahteraan. #kesuma#solidariti
KESUMA lantik Puan Biruntha Mooruthi sebagai CEO baharu Talent Corp. Pelantikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan perkukuh agenda pembangunan bakat negara, selari keperluan industri & ekonomi masa depan. #malaysiamadani#kesuma#talentcorp
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Biruntha Mooruthi atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TalentCorp berkuat kuasa pada 15 April 2026.
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh usaha pembangunan bakat negara serta memacu inisiatif strategik dalam memperkasa tenaga kerja yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada: Pengurusan Tertinggi dan warga KESUMA
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Edward Ling, mantan Ketua Eksekutif TalentCorp, atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bersama Kementerian Sumber Manusia.
⛽️ Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
🚜 Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global.
Bermula 15 April 2026, pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) telah dimulakan di sektor awam dan GLC sebagai langkah memastikan kesinambungan operasi dalam menghadapi krisis tenaga global.
Melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada majikan.
Majikan digalakkan untuk mengambil inisiatif dalam membenarkan aturan kerja fleksibel di pejabat untuk kemudahan pekerja dalam penjimatan petrol pada waktu kritikal sekarang.
Some just need the space to stay. When life changed — pregnancy, relocation, starting a family — her career didn’t have to stop.
With Flexible Work Arrangements (FWA), she continued contributing, growing, and doing work she loves — from home, with trust and support. When employers offer flexibility, talent stays, and when employees feel supported, everyone wins.
Permohonan AKF: pekerja mohon secara bertulis & nyatakan alasan. Majikan wajib beri maklum balas dalam 60 hari, termasuk sebab jika ditolak. Kelulusan boleh ikut tempoh tertentu.
Warga KESUMA diketuai YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon mengikuti amanat YAB PM secara dalam talian. Penjawat awam diseru perkukuh kecekapan, tadbir urus & kesiapsiagaan hadapi cabaran ekonomi demi kesejahteraan rakyat. #malaysiamadani#kesuma
FWA bukan sekadar fleksibiliti tapi tentang cari titik tengah yang sesuai untuk pekerja dan organisasi. Bila dilaksanakan dengan baik, ia boleh bantu kekalkan produktiviti sambil jaga kesejahteraan.
Di TalentCorp, kami menyokong pelaksanaan FWA yang lebih tersusun, praktikal dan sesuai dengan keperluan operasi.
Malaysia perkukuh OSH melalui bengkel ILO C155 & C187 serta kerjasama tripartit. Dirasmikan YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin Umar, inisiatif ini perkasakan tadbir urus, pindaan Akta 1994 & Pelan Induk OSH 2026–2030 ke arah tempat kerja lebih selamat.
KESUMA gerak sesi libat urus nasional kajian semula Gaji Minimum 2024 libat ~400 peserta di Putrajaya. Kajian hingga Sept 2026 di 21 lokasi bagi dasar lebih inklusif & berasaskan data. Kadar semasa RM1,700.
Pemergian Allahyarham Amirul Hafiz akibat pemandu mabuk bukan sahaja meragut nyawa, tetapi meninggalkan seorang balu dan tiga anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Malaysia perkukuh ekonomi gig melalui Akta Pekerja Gig 2025 dengan penubuhan TPG & MPGig. Inisiatif ini manfaatkan 1.64 juta pekerja gig, selaras Malaysia MADANI demi perlindungan, keadilan & kesejahteraan.
KESUMA lancar Program Bicara Menelusuri 1 Mei 2026 sempena Hari Pekerja. Inisiatif perkukuh hubungan tripartit dan angkat suara pekerja. Akta Pekerja Gig 2025 lindungi 1.64 juta pekerja, selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Tahniah YBrs. Encik Raveendran Nair A/L K. Kesavan Nair atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MITRA berkuat kuasa 24 Mac 2026. Semoga terus cemerlang memacu transformasi dan pembangunan masyarakat selaras aspirasi Malaysia MADANI. 🇲🇾 #kesuma#tahniah
KESUMA umum penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] mulai 31 Mac 2026. YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan tegaskan komitmen perkukuh perlindungan sosial, kebajikan dan keadilan pekerja gig serta ekosistem ekonomi gig negara.
SESI LIBAT URUS: KAJIAN SEMULA PENETAPAN GAJI MINIMUM 2024
Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang menjalankan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2024 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji semula perintah gaji minimum (PGM) semasa dengan mendapatkan maklum balas berhubung keberkesanan PGM dan implikasinya ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Sehubungan itu, satu sesi libat urus (SLU) akan diadakan bagi mendapatkan pandangan berhubung impak pelaksanaan PGM 2024.
Majikan / Persatuan Majikan / Pekerja /Kesatuan Sekerja yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan url-shortener.me/FA0Q.
Pendaftaran juga boleh dibuat melalui pengimbasan kod QR yang tertera di poster atau menghubungi urusetia program melalui talian telefon rasmi JTKSM dan disambungkan ke Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (BDPS).
Mestilah di Program Madani Rakyat 2026, yang akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Perak dari 3 April 2026 sehingga 5 April 2026. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan di sana, jadi pastikan datang!
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan umum penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] berkuat kuasa 31 Mac 2026. Inisiatif ini perkukuh perlindungan sosial dan kebajikan pekerja gig serta ekosistem ekonomi gig negara.
📢 Sayembara Mencipta Pantun Hari Pekerja 2026 kini dibuka! Tema: “Pekerja Kesuma Bangsa”. Hantar penyertaan anda sebelum 13 April 2026. Imbas kod QR atau layari pautan untuk sertai. Serlahkan kreativiti anda! #haripekerja2026#kesuma
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mempengerusikan Sesi Pre-Council Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] sebagai persediaan penguatkuasaan pada 31 Mac 2026. Sesi menyelaras pelaksanaan dan perkukuh perlindungan pekerja gig.
100 Hari YB Menteri Sumber Manusia: Memacu reformasi pasaran buruh melalui pemerkasaan TVET, keselamatan pekerja, pendigitalan perkhidmatan & inisiatif inklusif. Komitmen KESUMA demi pekerja sejahtera & ekonomi berdaya saing. #kesuma#malaysiamadani
100 Hari YB Menteri Sumber Manusia: Memacu reformasi pasaran buruh melalui pemerkasaan TVET, keselamatan pekerja, pendigitalan perkhidmatan & inisiatif inklusif. Komitmen KESUMA demi pekerja sejahtera & ekonomi berdaya saing. #kesuma#malaysiamadani
Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting: ⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan 🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing 🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan 👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
Makluman penting ⚠️ Talian telefon Kementerian Sumber Manusia sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Sebarang urusan boleh hubungi melalui emel atau talian alternatif yang disediakan. Terima kasih atas kesabaran anda.
Saksikan ucapan Aidilfitri daripada YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin Bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia.
🇲🇾 KITA BERSAMA: Perpaduan Tanggungjawab Kita Semua
Dalam menghadapi cabaran isu agama, kaum dan institusi diraja (3R), marilah kita terus memupuk sikap saling menghormati dan memahami demi memastikan Malaysia kekal aman dan bersatu.
Perkongsian oleh Ustaz Haji Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Walau sesibuk mana bekerja, luangkan masa berbuat kebaikan. Jadikan Ramadan lebih bermakna kerana setiap amalan dijanjikan pahala berlipat ganda.#ramadan#kesuma
HRD Corp menganjurkan Program Ziarah MADANI Ihyā Ramadan 2026 di Kota Damansara dengan agihan bubur lambuk, 1,000 Bakul MADANI serta sumbangan RM20,000 kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz. Program disempurnakan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah JKKP baharu, YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon bersempena pelantikan beliau berkuat kuasa 16 Mac 2026. Pertemuan memperkukuh kerjasama agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara. #jkkp
Tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berkuat kuasa 16 Mac 2026. Semoga terus cemerlang memacu agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.
📢 VIDEO KHAS AIDILFITRI KESUMA 2026 Di sebalik senyuman, ada pengorbanan pekerja dalam diam. Saksikan karya khas "Di Sebalik Senyuman" sempena Aidilfitri ini. 🎬 16 Mac 2026 di YouTube KESUMA. #disebaliksenyuman#rayakesuma2026#kesuma#malaysiamadani
📢 Anugerah Hari Pekerja 2026 Sertai 14 kategori anugerah KESUMA untuk pekerja, majikan, kesatuan & media. 🏆 Hadiah RM10k & sijil! 📅 Tutup: 20 Mac 2026 📍 1 Mei | UNIFI Arena 🔗 Daftar di: ahp2026.com.my #anugerahharipekerja2026#kesuma#malaysiamadani
HRD Corp menganjurkan Program Ziarah MADANI Ihyā Ramadan 2026 di Kota Damansara dengan agihan bubur lambuk, 1,000 Bakul MADANI serta sumbangan RM25,000 kepada rumah anak yatim dan pusat tahfiz. Program disempurnakan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
KESUMA melancar Konvoi Ziarah MADANI sempena Aidilfitri dengan pengagihan 16,500 bakul makanan kepada golongan memerlukan di seluruh negara. Inisiatif disempurnakan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan sebagai usaha menyantuni rakyat dan meringankan kos sara hidup.#ziarahmadani
KESUMA menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadan bagi memperkukuh nilai kerohanian dan semangat kebersamaan warga kementerian. Majlis disempurnakan YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon, TKSU (Operasi), serta menghimpunkan warga KESUMA dan PERKESO Putrajaya.#khatamalquran
Kelab Kebajikan dan Sukan KESUMA menziarahi Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof di Hospital Putrajaya selepas pembedahan. Lawatan diketuai YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin Umar sebagai tanda sokongan serta doa agar beliau segera sembuh dan kembali bertugas.#kesuma
Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dibentang bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Negara oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan bagi memperkukuh perlindungan pekerja dan jaringan keselamatan sosial negara.
KESUMA akan memperkenalkan “crash programme” berimpak tinggi bagi memperkukuh pasaran buruh dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja. Perkara ini diumumkan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan sempena Perhimpunan Bulanan KESUMA Mac 2026 di Putrajaya.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran melancar Kempen Bayar & Menang! 2026 bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman kemahiran secara konsisten. Majlis disempurnakan YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dengan pelbagai ganjaran termasuk motosikal bernilai RM35,000.
Jangan skip sahur. Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan.” Sahur bukan sekadar makan, tetapi waktu mustajab untuk berdoa. 🌙
Malaysia komited mematuhi piawaian buruh antarabangsa (ILO) melalui pembaharuan undang-undang, pengukuhan tadbir urus pasaran buruh serta perlindungan pekerja bagi memastikan persekitaran kerja yang adil, selamat dan inklusif.
Kerajaan komited memperkukuh perlindungan pekerja melalui pembaharuan perundangan dan pindaan akta perburuhan selaras piawaian antarabangsa bagi menambah baik tadbir urus pasaran buruh serta memastikan pembangunan ekonomi yang adil, inklusif dan berdaya saing.
KESUMA menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) bagi menyelaras dan memperkukuh ekosistem ekonomi gig negara. Inisiatif ini selaras dengan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] bagi memastikan sektor gig berkembang secara mampan, telus dan adil.
Kerajaan komited mematuhi piawaian buruh antarabangsa selaras keahlian Malaysia dalam International Labour Organization sejak 1957. YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan memaklumkan Malaysia telah meratifikasi 7 daripada 10 Konvensyen Teras ILO.
Warga KESUMA mengikuti siaran langsung perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Beberapa inisiatif MADANI diumumkan termasuk STR, bantuan khas kewangan dan FLYsiswa.
Warga KESUMA mengikuti siaran langsung perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Beberapa inisiatif MADANI diumumkan termasuk STR, bantuan khas kewangan dan FLYsiswa.
Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof merasmikan Majlis Pentauliahan Program NCS:004-2017 Train The Trainer (TTT) di Lora Dash Skills Academy, Petaling Jaya. Inisiatif ini memperkukuh kualiti latihan kemahiran negara.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada semua wanita yang terus menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Bersama kita memartabatkan wanita demi memperkukuh negara.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga KESUMA.
Majlis Iftar Bersama Masyarakat Sungai Buloh disempurnakan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, menghimpunkan komuniti setempat dalam semangat kebersamaan dan perpaduan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Majlis Iftar Bersama Masyarakat Sungai Buloh anjuran National Institute of Occupational Safety and Health, memperkukuh perpaduan, kebersamaan dan nilai Malaysia MADANI.
Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan menyempurnakan Program Sumbangan Bakul Makanan & Edaran Bubur Lambuk JPK KESUMA 2026 di Saujana Utama. Inisiatif ini membantu golongan sasar serta memupuk semangat kebersamaan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
JPPM dan UPM memeterai MoU bagi memperkasa kepakaran perhubungan perusahaan melalui inisiatif DIREX yang menumpukan pembangunan kapasiti, penyelidikan dan perkongsian kepakaran. Inisiatif ini menyokong usaha KESUMA memperkukuh keharmonian perusahaan negara.
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, T.Y.T Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo bagi membincangkan kerjasama Malaysia–Indonesia dalam pengurusan dan pembangunan tenaga kerja.
PERKESO melengkapkan kajian kebolehlaksanaan Skim Pengembara bagi memperkukuh perlindungan sosial rentas sempadan, khususnya untuk kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Inisiatif ini selaras komitmen KESUMA memperluas jaringan perlindungan sosial negara.
Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, T.Y.T Manjurul Karim Khan Chowdhury kepada YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan di Putrajaya membincangkan kerjasama tenaga kerja Malaysia–Bangladesh termasuk kebajikan pekerja dan tadbir urus pengambilan buruh yang lebih telus.
Serdang | 6 Mac 2026 — JPPM dan UPM memeterai MoU bagi memperkasa kepakaran perhubungan perusahaan melalui inisiatif DIREX. Majlis dihadiri YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon mewakili KESUMA bagi memperkukuh pembangunan kepakaran dan keharmonian perusahaan negara. #kesuma
Petaling Jaya | 5 Mac 2026 — PERKESO selesai kajian Skim Pengembara bagi lindungi ±300,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura. YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan: perlindungan sosial mesti rentas sempadan. Pelaksanaan dijangka hujung tahun ini. #kesuma#perkeso#lindung
Putrajaya | 5 Mac 2026 — YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan hadir Mesyuarat MTVET Bil.1/2026 dipengerusikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sasaran 70% lepasan SPM sertai TVET menjelang RMK13. TVET diperkasa sebagai laluan utama bakat negara. #malaysiamadani#kesuma#mtvet
Putrajaya | 5 Mac 2026 — YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Ahmad & menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sempena TVET Champion. Perkasa pengiktirafan kemahiran selaras teras Malaysia MADANI. #kesuma#tvet#skm
KESUMA memperkukuh TVET, melindungi pekerja gig melalui Akta 872 dan memperkasa tadbir urus pekerjaan. Pendekatan ADI serta dasar pekerja asing yang seimbang memastikan pembangunan modal insan negara kekal mampan dan berdaya saing.
Kerajaan terus memperkukuh ekosistem TVET, melindungi kebajikan pekerja gig dan memastikan tadbir urus pekerjaan yang telus serta berintegriti demi pembangunan modal insan negara yang mampan.
YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan menggulung Usul Titah Diraja di Dewan Negara (3 Mac 2026). KESUMA perteguh TVET, kuat kuasa Akta Pekerja Gig 2025 (1.25% mikro-potongan) & perkasakan tadbir urus pekerjaan selaras Malaysia MADANI. #kesuma#tvet#pekerjagig#titahdiraja
Great Place To Work® telah mengumumkan senarai sulung Best Workplaces in Malaysia 2026 di Malaysia bagi tahun 2026. Ini merupakan kali pertama pengiktirafan seumpama ini diberikan di Malaysia berdasarkan maklum balas pekerja sepenuhnya.
Pegawai Kadet PTD KESUMA sertai sesi libat urus berasingan bersama YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Umar & YBrs. Encik Sutekno Ahmad Belon di Putrajaya (3 Mac 2026) bagi memperkukuh kefahaman dasar, tadbir urus & kepimpinan. #malaysiamadani#kesuma#ptd
Majlis Berbuka Puasa YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri KESUMA bersama Ketua-Ketua Pengarang di De.Wan 1958 by Chef Wan memperkukuh sinergi KESUMA–media demi penyampaian maklumat tepat, telus dan berintegriti.
Majlis Berbuka Puasa YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan bersama Ketua-Ketua Pengarang di De.Wan 1958 by Chef Wan perkukuh sinergi KESUMA–media termasuk Bernama & Astro Awani demi penyampaian maklumat tepat, telus dan berintegriti. #malaysiamadani#kesuma
Kunjungan Hormat KSU KESUMA, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof ke atas KSU KKM, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, bagi penyelarasan sebelum MJM berkaitan Hospital Keselamatan Sosial PERKESO dibentang. Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. #kesuma
Majikan wajib patuhi Akta 446: keluasan bilik minimum, kemudahan asas mencukupi, keselamatan & kebersihan terjamin serta had sewa maksimum RM150 sebulan. Kebajikan pekerja mesti diutamakan demi persekitaran kerja yang selamat dan bermaruah.
Malaysia perkukuh komitmen pekerjaan layak menerusi DWCP 2026–2030 yang dimuktamadkan dalam Bengkel Tripartit bersama International Labour Organization, Malaysian Employers Federation dan Malaysian Trades Union Congress. Selari teras Kesejahteraan & Kemampanan Malaysia MADANI.
Video ni bukan sekadar nak bagi semua lebih berhati-hati, tapi juga ingin kongsi tips untuk mengelakkan diri ditipu dalam dunia ‘freelance’ yang makin mencabar ni.
Kerajaan memperkukuh strategi brain circulation melalui platform MyHeart, Program Kepulangan Pakar (REP), insentif Knowledge Worker serta FWA@Workplace bagi mewujudkan persekitaran kerja dinamik dan menarik bakat diaspora kembali menyumbang kepada negara.
Siapa cakap kena ‘hustle’ 24/7 baru berjaya? Rahsia produktiviti sebenarnya ada pada rehat yang berkualiti. Siapkan tugasan dengan padu, lepas tu raikan kehidupan dengan syahdu.
Kerajaan komited beralih daripada brain drain kepada brain circulation dengan memperkukuh jaringan diaspora, menawarkan insentif kompetitif dan mewujudkan persekitaran kerja dinamik agar bakat Malaysia terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Kerajaan perkukuh strategi brain circulation tangani penghijrahan tenaga mahir. YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan tegaskan fokus tarik dan hubungkan diaspora melalui MyHeart, REP, KW JS-SEZ serta AKF bagi pacu sumbangan bakat kepada negara.
KESUMA perkukuh kerjasama strategik bersama FMM bagi memperkasa pembangunan tenaga kerja sektor perkilangan. Pertemuan di Wisma HRD Corp fokus pemadanan latihan, perlindungan sosial & daya saing industri demi pertumbuhan ekonomi mampan.
KESUMA perkukuh padanan kemahiran graduan melalui HRD Corp–ITS, TalentCorp–MYMAHIR SkillsLab dan MYMAHIR FSTC. Kerjasama Kerajaan–Institusi–Industri serta perancangan bakat berasaskan data diperkasa agar latihan selari teknologi dan ekonomi semasa.
Pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan, institusi latihan dan industri terus diberi penekanan bagi memastikan pembangunan bakat negara sentiasa selari dengan perubahan teknologi dan ekonomi.
KESUMA perkukuh kerjasama bersama SAMENTA di Wisma HRD Corp bagi memperkasa PKS dan pembangunan modal insan. Fokus kepada latihan, pembiayaan kemahiran & daya saing tenaga kerja demi pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
KESUMA perkukuh padanan kemahiran graduan dengan keperluan industri digital. Melalui 18 MyMahir FSTC, ITS oleh HRD Corp & MyMahir SkillsLab TalentCorp, latihan dirangka berasaskan data industri bagi tingkat kebolehpasaran & gaji graduan.
KESUMA perkukuh dialog bersama persatuan pekerja gig di Bangsar. YB Menteri turun padang dengar aspirasi komuniti e-hailing, p-hailing & sektor bukan platform. Komitmen pastikan ekosistem gig inklusif, mampan dan adil selaras Akta Pekerja Gig 2025.
RPEL diperluas sebagai laluan pensijilan rasmi tanpa latihan sepenuh masa, mengiktiraf pengalaman usahawan & pekerja sektor tidak formal. Selari agenda TVET, ia memacu produktiviti serta memperkukuh Ekonomi MADANI.
Mesyuarat JK Eksekutif DGP Bil.1/2026 dipengerusikan bersama Menteri Sumber Manusia & Menteri Ekonomi bagi perkukuh pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Reformasi ini pastikan gaji bermaruah, setimpal produktiviti & pasaran buruh lebih adil serta stabil.
Kerajaan–MyGig perkukuh kerjasama bangunkan ekosistem ekonomi gig lebih tersusun & inklusif. Komitmen laksana Akta Pekerja Gig 2025 serta cadangan SEGiM demi seimbang pertumbuhan industri dan perlindungan pekerja.
RPEL diperkasa sebagai laluan pensijilan rasmi bagi mengiktiraf pengalaman modal insan sektor formal & tidak formal. Inisiatif ini menyokong agenda TVET serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kelangsungan Ekonomi MADANI.
RPEL diperluas sebagai laluan pensijilan rasmi iktiraf pengalaman usahawan Bumiputera & sektor tidak formal. Di bawah MQF, calon boleh peroleh SKM/DKM/DLKM tanpa latihan sepenuh masa. Permohonan digital MySPIKE, fi bermula RM300.
HRD Corp lantik 5 tokoh nasional ke Lembaga Pengarah bagi perkukuh tadbir urus, akauntabiliti & prestasi pengurusan dana levi majikan. Pelantikan disempurnakan YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, 23 Feb 2026, Kuala Lumpur.
MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) seliaan PERKESO menjadi penghubung strategik antara bakat dan industri, disokong RM5 juta bagi ekosistem kerjaya fizikal & dalam talian.
MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) seliaan PERKESO menjadi penghubung strategik antara bakat dan industri, disokong RM5 juta bagi ekosistem kerjaya fizikal & dalam talian.
KESUMA perkukuh dialog bersama persatuan pekerja gig menerusi Majlis Perjumpaan & Moreh di Bangsar. YB Dato’ Sri Ramanan turun padang dengar aspirasi industri bersama kepimpinan KESUMA. Komitmen perkasa ekosistem gig inklusif & mampan.
YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri KESUMA menyempurnakan pelantikan 5 Ahli Lembaga Pengarah baharu @HRDCorp bagi memperkukuh tadbir urus, integriti & mandat pembangunan bakat negara. 💼✨ #kesuma#hrdcorp#malaysiamadani
MYCEC dilancar dengan peruntukan RM5 juta bagi perkukuh ekosistem hala tuju kerjaya negara.
Menurut YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, hab imersif ini hubungkan bakat & industri, tangani isu mismatch hampir 2 juta belia. Dikuasakan AI & MYFutureJobs.
Warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sertai siaran langsung amanat Perdana Menteri sempena Perhimpunan Bulanan KDN & Ihya’ Ramadan di Menara PERKESO, mencerminkan komitmen penjawat awam memperkukuh integriti, ihsan dan kesejahteraan selaras aspirasi Malaysia MADANI. #kesuma
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan mengucapkan Salam Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan membawa keberkatan, ketenangan serta memperkukuh ihsan, integriti & kesejahteraan.
Ikhlas daripada Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Semoga Ramadan membawa keberkatan, ketenangan serta memperkukuh ihsan, integriti & kebersamaan. Semoga amalan diterima dan silaturahim diperkukuh.
Ikhlas daripada Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Semoga Ramadan membawa rahmat, ketenangan serta memperkukuh integriti, ihsan dan kebersamaan. Semoga amalan diterima & silaturahim diperkukuh.
Kementerian Sumber Manusia mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan membawa ketenangan, memperkukuh kebersamaan serta menyemarakkan nilai ihsan, integriti & kesejahteraan.
📢 HEBAHAN SIARAN LANGSUNG | Perjumpaan YAB PM, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bersama warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri & Ihya’ Ramadan.
🗓 19 Feb 2026, 8.00 pagi 📍 Menara PERKESO 🔴 LIVE di FB Rasmi KDN
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia & warga KESUMA mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun ini membawa kemakmuran & mengukuhkan perpaduan kita.
YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat rakyat Malaysia. Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesihatan & keharmonian berpanjangan. 🧧✨
Datuk Azman Mohd Yusof, KSU KESUMA mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga sambutan ini membawa kemakmuran & memperkukuh perpaduan kita bersama. 🧧✨
Sekalung penghargaan buat YB Steven Sim atas khidmat bakti & kepimpinan di KESUMA. Segala sumbangan YB dlm memperkasa dasar sumber manusia, perlindungan sosial & pembangunan bakat negara amat dihargai. Selamat maju jaya YB! 🌟 #kesuma#malaysiamadani#terimakasihyb
Setinggi-tinggi penghargaan kpd YB Steven Sim & YB Dato’ Sri Abdul Rahman atas khidmat cemerlang di KESUMA. Terima kasih atas kepimpinan YB berdua dalam memacu agenda TVET, perlindungan sosial & pembangunan modal insan. Selamat maju jaya di kementerian baharu! #kesuma
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 pada 22 November 2025 / 1 Jamadilakhir 1447H.
Majlis Pelancaran NOSS Seni Kulinari & Gastronomi disempurnakan KDYMM Tengku Ampuan Pahang di Lipis, Pahang. Inisiatif KESUMA-JPK ini perkukuh TVET berteraskan budaya tempatan & piawaian global. #noss#tvetmalaysia#kesuma#malaysiamadani#senikulinari#gastronomi
Belanjawan 2026 menegaskan komitmen KESUMA memperkukuh pasaran kerja — menjamin peluang, perlindungan & gaji bermaruah. Dari RUU Pekerja Gig 2025 hingga Gaji Progresif & TVET berasaskan AI, inilah masa depan kerja Malaysia! 🇲🇾✨ #belanjawan2026#malaysiamadani#kesuma
🇲🇾 YB Steven Sim Chee Keong mengiringi kepulangan TYT António Luis Santos Da Costa 🇪🇺 di KLIA usai Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Hubungan strategik ASEAN–EU terus diperkukuh demi pembangunan mampan serantau. 🌍 Adeus!
🇲🇾 YB Steven Sim Chee Keong mengiringi kepulangan TYT António Guterres 🇺🇳 di KLIA usai Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Malaysia & PBB terus komited menjalin kerjasama serantau yang inklusif, aman & mampan. 🌏 Adeus!
🇲🇾 YB Steven Sim menyambut ketibaan TYT António Guterres 🇺🇳 & TYT António Costa 🇪🇺 ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Kehadiran mereka mencerminkan sokongan antarabangsa terhadap agenda serantau yang inklusif, aman & mampan. Bem-vindos! 🇵🇹
🎯 Wanita MyWira Accelerator 2025–2026 aims to train 1,000 women, engage 1,000 employers, and unite 200 partners to build an inclusive, future-ready workforce. 💪🌸
Majlis Gala Dinner ASEAN Year of Skills 2025 meraikan kejayaan kerjasama serantau memperkukuh pembangunan kemahiran di era digital & hijau. Malaysia terus komited memacu tenaga kerja masa depan yang inklusif, berdaya saing & mampan. 🇲🇾🌏
Ketua Pengarah @ILO, @GilbertFHoungbo memuji kepimpinan YB @scheekeong sebagai antara Menteri Sumber Manusia paling dinamik dan berpandangan jauh di rantau ini.
Pengiktirafan terhadap komitmen Malaysia dalam memperkasa tenaga kerja serantau melalui ASEAN Year of Skills 2025.
At #globalskillsforum2025, YB Steven Sim thanked ILO DG H.E. Gilbert F. Houngbo for his leadership in championing decent work & social justice. His visit marks a new chapter in 🇲🇾–ILO ties towards a resilient, inclusive & future-ready labour ecosystem. 🌍🤝 #malaysiamadani#ilo
Kemudahan baharu di Melaka, Perak, Terengganu & Pulau Pinang berkapasiti 250 katil akan memperkukuh sistem pemulihan pekerja, selaras dengan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan tenaga kerja negara. @scheekeong
Antara perkara yang perlu diketahui mengenai kejayaan platform kebangsaan MYFutureJobs yang kini diiktiraf sebagai model terbaik padanan kerja digital oleh negara anggota OIC di Bengkel OIC: Empowering Job Seekers di Kuala Lumpur :
📊 Prestasi Jan–Mei 2025: • 111K pencari kerja berdaftar • 633K+ kekosongan kerja diiklankan • 74K penempatan kerja berjaya
💼 Bidang pertumbuhan pekerjaan: • AI & Data Analitik • Teknologi Hijau • Keselamatan Siber • Penjagaan Kesihatan
🛠️ Inisiatif sokongan: • Career Bridge • Career Exploration Programme (CEP) • Menyumbang kepada pengurangan pengangguran kepada 3.1%
🤝 Perkongsian strategik: • MoU antara PERKESO, Azerbaijan & Türkiye • Kukuhkan kerjasama serantau dalam inovasi pekerjaan digital
SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2025
Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya | Isnin, 28 April 2025
Sempena memperingati Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World Day for Safety and Health at Work), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan sambutan peringkat kebangsaan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.
Majlis yang bertemakan "Merevolusikan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan: Peranan Kecerdasan Buatan (AI) & Pendigitalan di Tempat Kerja" ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, termasuk YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan diikuti oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Pelbagai acara menarik diadakan termasuk nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta pelancaran “Kempen Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara” yang berjaya memecah rekod Malaysia Book of Records sebagai “Most Pledges Received for a Safety Campaign”. Ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh budaya kerja selamat dan sihat, dengan pendekatan baharu melalui teknologi dan pendigitalan.
Program ini turut menampilkan pameran inovasi keselamatan pekerjaan daripada syarikat industri terkemuka seperti TM Berhad (OSHE Intelligence), Prasarana, Petronas dan NIOSH, memperlihatkan integrasi teknologi moden termasuk penggunaan AI dalam meningkatkan standard keselamatan di tempat kerja.
Dalam ucapan perasmian, YB Steven Sim menekankan pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagai sebahagian daripada teras Malaysia Madani, khususnya nilai Kesejahteraan, Daya Cipta dan Keutuhan dalam membentuk tenaga kerja yang berdaya tahan, inovatif dan produktif.
ASEAN WORKSHOP ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT - OPERATIONALIZING THE MALAYSIA MADANI EDUCATION & TRAINING PROGRAM
Universiti Sunway, Kuala Lumpur | Isnin, 13 Januari 2025
Bengkel ASEAN bertemakan "Sustainable Development: Operationalizing the Malaysia MADANI Education & Training Program" telah berlangsung pada hari ini, menumpukan kepada usaha memperkukuh pembangunan mampan melalui pendidikan dan latihan di rantau ini.
Bengkel ini disertai wakil negara-negara ASEAN, pemimpin industri, dan pakar pendidikan yang membincangkan strategi pelaksanaan program Malaysia MADANI, dengan fokus kepada pendidikan inklusif dan latihan teknikal serta vokasional.
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, turut dijemput sebagai ahli panel utama. Beliau berkongsi pandangan tentang pentingnya kolaborasi serantau dalam membangunkan bakat tenaga kerja yang berdaya saing serta sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.
Acara ini menjadi platform strategik bagi merangka pendekatan bersama dalam mencapai matlamat pembangunan mampan ASEAN melalui pendidikan dan latihan yang berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
SESI TAKLIMAT KHAS RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SARAWAK (PINDAAN) 2024
Parlimen Malaysia , Kuala Lumpur | Rabu, 11 Disember 2024
Pada hari ini telah berlangsung Taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang telah diadakan di Parlimen Malaysia hari ini.
Sesi ini bertujuan memberi penerangan terperinci kepada Ahli Dewan mengenai pindaan yang dicadangkan, yang bertujuan memperkukuh perlindungan pekerja serta menyelaraskan undang-undang buruh Sarawak dengan keperluan semasa.
Taklimat tersebut turut memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk memahami implikasi pindaan ini terhadap sektor pekerjaan dan hak pekerja di Sarawak. Program ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan dasar buruh yang lebih adil dan progresif.
LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESUMA KE PEJABAT KESATUAN SEKERJA POS MALAYSIA BERHAD
Jalan Thambhapillai, Kuala Lumpur | Rabu, 4 Disember 2024
Pada hari ini YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Kesatuan Sekerja Pos Malaysia Berhad bagi meninjau operasi serta berinteraksi dengan ahli dan pemimpin kesatuan. Pejabat tersebut menempatkan tiga kesatuan utama iaitu Kesatuan Pekerja-pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia, Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia dan Kesatuan Penolong Eksekutif Pos Malaysia Berhad.
Dalam lawatan ini, YB Menteri mengunjungi setiap tingkat pejabat kesatuan bagi mendengar aspirasi, cabaran, dan cadangan daripada wakil kesatuan. Sesi dialog diadakan secara langsung untuk memahami keperluan pekerja dan merangka langkah-langkah memperkukuh hubungan antara kesatuan dan majikan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memperkasakan hak pekerja serta memastikan kebajikan mereka terus menjadi agenda utama. Dialog dua hala ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan operasi kesatuan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan produktif di sektor perkhidmatan pos.
FIRESIDE CHAT BERSAMA YB STEVEN SIM CHEE KEONG, MENTERI KESUMA
St Regis Hotel, Kuala Lumpur | Selasa, 3 Disember 2024
Sesi "Fireside Chat" bersama YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, telah berlangsung di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Kuala Lumpur Business Club dengan tujuan menyediakan platform interaksi eksklusif antara pemimpin industri dan YB Menteri.
Program ini telah berjaya menyediakan ruang perbincangan yang membina antara kerajaan dan pihak swasta, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani untuk membentuk masa depan ekonomi negara yang lebih mampan dan inklusif.
PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA KE KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (RUM)
Brickfields, Kuala Lumpur | Selasa 26 November 2024
Pada hari ini, YB Menteri Sumber Manusia, Encik Steven Sim Chee Keong, telah mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) di Pejabat RUM, Brickfields, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan kesatuan serta memahami isu-isu yang dihadapi oleh pekerja dalam sektor perkhidmatan rel.
Semasa lawatan, YB Menteri berdialog bersama wakil kesatuan dan ahli RUM mengenai kebajikan pekerja, syarat kerja, dan inisiatif latihan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Beliau turut memberi jaminan komitmen kementerian dalam menyokong usaha kesatuan untuk menjaga hak pekerja dan memajukan sektor perkhidmatan awam rel.
Program ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan, sekaligus menyumbang kepada kemajuan sektor pengangkutan negara.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KESUMA 2024 telah berlangsung dengan cukup meriah di perkarangan Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya pada harini ini. Program ini melibatkan semua warga kerja KESUMA dan sukan rakyat telah diambil sebagai tema sambutan. Acara pada kali ini dimulakan dengan ucapan dari YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia seterusnya merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KESUMA 2024.
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung antaranya adalah seperti pertandingan tarik tali, terompah kelapa, sepak raga dan banyak lagi. Semoga Sambutan Hari Sukan Negara akan terus diadakan setiap tahun kerana ia dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga KESUMA, sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha KESUMA telah menyerahkan surat penempatan kepada YBrs. Ir. Dr. Azmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Tahniah dan Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.
Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024 dan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 masing-masing diluluskan dngn lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong.
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan menerima menghadap pagi ini di Istana Negara bagi menyembah maklum urusan Kementerian Sumber Manusia.
KENYATAAN MEDIA: Malaysia Ratifikasi Konvensyen No.155 Occupational Safety And Health, 1981 (No. 155) Bersempena Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi Ke-112 Di Geneva, Switzerland
YB MENTERI SUMBER MANUSIA SERTAI PERSIDANGAN BURUH ANTARABANGSA SESI KE-112 DI GENEVA, SWITZERLAND PADA 10 HINGGA 14 JUN 2024 🇲🇾🌏 . Semoga delegasi Malaysia dapat membawa balik hasil yang bermanfaat dan memenuhi Misi 3K KESUMA ✨
🇲🇾🇮🇩 Sekitar Mesyuarat Kali Keempat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) bagi Memorandum Persefahaman Di Antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia Mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekhidmat Domestik Indonesia.