Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.
“Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.”
Riwayat al-Bukhari (3475)
Prime Minister of Malaysia
The prime minister of Malaysia (Malay: Perdana Menteri Malaysia; Jawi: ڤردان منتري مليسيا) is the head of government of Malaysia. The prime minister directs the executive branch of the federal government. The King of Malaysia appoints the prime minister who is a member of Parliament (MP) who, in his opinion, is most likely to command the confidence of a majority of MPs. The prime minister is usually the leader of the party winning the most seats in a general election. More on Wikipedia
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.
Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.
Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.
Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pengangkutan awam lebih murah dan mampan dengan pengenalan MyKOMUTER50 yang menjimatkan sehingga RM160 sebulan untuk 40,000 pengguna KTM Komuter, serta pas bulanan My50 diteruskan untuk 300,000 pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Beban PTPTN diringankan, dengan bayaran ditangguhkan bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan dan bayaran minimum hanya RM50 bagi yang bergaji RM2,500 hingga RM3,000.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi!
Usai pembentangan Belanjawan MADANI Kelima, saya terus ke Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, yang mengadakan Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Insya-Allah, esok kami akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar pandangan terkait isu serantau dan antarabangsa, selain menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Mesir.
======
Welcome to Malaysia, President Abdel Fattah El-Sisi!
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan 2027 yang saya bentangkan hari ini merupakan langkah penting dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat setiap warga Malaysia, dengan aspirasi menggapai di langit dan mengakar di bumi.
Alhamdulillah, belanjawan kali ini cukup bermakna tatkala Kerajaan MADANI akhirnya merungkai permasalahan legasi membabitkan doktor kontrak. Usaha menangani tekanan kos sara hidup turut diperkukuh melalui peningkatan kadar gaji minimum serta langkah memastikan para siswazah menerima upah yang bermaruah, di samping pelbagai inisiatif dan reformasi penting yang lain.
Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memperkukuh ekonomi negara dan memastikan hasil kemakmuran dipulangkan secara adil kepada setiap rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 seorang murid.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, sempurna sudah pembentangan perencanaan kewangan nasional, Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat dengan semangat “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.
Waad Nasional menjadi payung Belanjawan kali ini, yakni janji bersama untuk mengangkat martabat negara dan rakyat, dengan Kerajaan MADANI memikul amanah, meringankan beban serta membuka peluang, sementara rakyat menggembleng ilmu, usaha dan kecemerlangan.
Setinggi mana pun cita-cita negara, kemajuan mesti berakar pada keperluan rakyat demi kehidupan yang lebih bermaruah serta masa depan yang lebih baik buat generasi mendatang.
Negara ini mesti mekar dan mencakup kepentingan semua, dan saya yakin semua menggarap semangat kolektif ini demi negara tercinta.
🇲🇾💪🏻
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Had pelepasan cukai asas individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 buat kali pertama sejak 2010. Skop pelepasan baharu turut diperluas untuk merangkumi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek, langganan AI, kos haiwan peliharaan angkat, serta rawatan selepas bersalin.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Gaji Minimum Kebangsaan naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seramai 9,000 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2027, manakala Kerajaan tidak lagi akan melaksanakan pengambilan doktor secara kontrak selepas ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bantuan SARA kini boleh digunakan untuk membeli barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani FAMA seluruh negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
SARA MADANI Untuk Semua sebanyak RM200 kepada rakyat Malaysia, disalurkan dalam dua fasa iaitu RM100 menjelang Aidilfitri dan RM100 sempena sambutan 70 Tahun Merdeka.
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang meningkat daripada RM100 kepada RM150 sebulan, bersamaan sehingga RM1,800 setahun.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan MADANI Kelima.
Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
Tepian padi ada jerami,
Padi ditampi bawa ke rumah,
Menggapai di langit, mengakar di bumi,
Waad menjalin Belanjawan berhemah.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥𝗢𝗦𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 (𝗣𝗔𝗥𝗔-𝗨𝗠𝗕𝗜𝗟𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik. (2/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜𝗔𝗛
Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah. (2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan kepada Allah SWT jua kita berserah.
Selamat ulang tahun kelahiran Dato' Seri Anwar IbrahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam taklimat khas semalam, saya tegaskan bahawa krisis tenaga global semakin parah dan pemulihannya dijangka mengambil masa panjang. Malaysia masih bertahan, namun hakikatnya situasi kini bukan lagi seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat bagi menampan impak krisis dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion, memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter dan subsidi diesel terus disalurkan kepada golongan yang layak.
Langkah tambahan turut diambil untuk menjamin bekalan tenaga dan mengawal penggunaan bahan api, termasuk pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April.
Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam satu majlis yang sarat makna, saya berkesempatan menyaksikan peluncuran karya penting Aqaid al-Nasafi bersama tokoh-tokoh ilmuwan terkemuka seperti Prof. Ungku Aziz, Prof. Bakar Hamid dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ia menjadi satu penyuguhan khazanah pemikiran yang telah lama mendukung tradisi keilmuan Islam di Nusantara.
Karya ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah tamadun tidak hanya terletak pada pembangunan fizikal tetapi juga pada keutuhan akidah dan kedalaman wacana intelektualnya. Dalam suasana dunia yang kerap berantakan dengan kekeliruan nilai dan penyimpangan makna, usaha menghidupkan kembali teks-teks turath seperti ini adalah satu wahana penting ke arah pemerkasaan umat.
Justeru, saya mengajak kita semua untuk terus menyemarak budaya ilmu yakni dengan membaca, menggarap serta menafsir dengan hikmah agar legasi pemikiran ini tidak sekadar dikenang tetapi terus hidup dalam kehidupan seharian sebagai manusia. Walhasil, di situlah terletaknya kekuatan sebenar sebuah bangsa yang berteraskan tradisi ilmu dan keteguhan iman.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Konflik di Asia Barat yang berlarutan kini mula memberi kesan nyata kepada rantaian bekalan global, khususnya tenaga. Walaupun Malaysia masih bertahan berbanding negara lain, hakikatnya kita sedang berdepan satu fasa baharu yang amat mencabar.
Situasi ketika ini bukan lagi keadaan seperti biasa. It is no longer business as usual.
Kerajaan telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga terjamin, ekonomi kekal stabil, dan kebajikan rakyat terus dilindungi. Antara langkah yang dilaksanakan:
🧭 Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersidang lebih kerap dengan penglibatan wakil industri, nelayan, petani dan sektor berkaitan bagi merangka tindakan susulan
💰 Pembatalan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Persekutuan sebagai langkah penjimatan
⛽️ Penyelarasan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara
🚫 Penguatkuasaan had pengisian diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan
💻 Pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR) bermula 15 April bagi mengurangkan penggunaan bahan api
Dalam masa yang sama, Kerajaan telah bertindak menampan impak krisis tenaga global menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion setakat ini. Hasilnya, rakyat terus menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter, manakala sektor perniagaan, nelayan dan golongan yang layak terus menerima subsidi diesel.
Usaha juga sedang dipergiat untuk mempelbagaikan sumber bekalan tenaga negara bagi menjamin kesinambungan bekalan dalam jangka panjang.
Namun di saat negara berhempas pulas berdepan krisis, ada pihak yang menyebarkan berita palsu untuk mencetuskan kekeliruan, semata-mata meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit. Tindakan ini adalah pengkhianatan kepada negara.
Dalam saat mencabar ini, negara memerlukan kebijaksanaan, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memastikan kestabilan ekonomi, jaminan bekalan tenaga dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I welcome Pakistan’s timely and constructive offer to host dialogue between the United States and Iran. I commend Prime Minister Shehbaz Sharif and the leaders of other friendly nations for stepping forward at a moment of acute regional danger, following the earlier commendable efforts of the leadership of Oman and other friendly countries. Pakistan’s relationships with the relevant parties, and its standing as a credible voice in the Muslim world, place it in a strong position to help create the conditions for meaningful negotiations.
Malaysia supports this initiative and encourages in particular the United States and Iran to respond in the spirit in which it was offered. I note with cautious hope the signals, however incomplete, that suggest some space for diplomacy may still exist. That space should be treated with the seriousness it deserves.
Any negotiation must proceed on the basis of genuine intent: a clear commitment to ending the conflict, not managing its tempo for tactical advantage. The international community has seen too many ceasefires that function as pauses rather than conclusions. The region deserves something more durable.
Malaysia reaffirms Iran’s right to defend its sovereignty, as recognised under international law, particularly in the face of continued Israeli strikes in the country and in Lebanon. At the same time, we call on all parties to exercise maximum restraint and to ensure that civilian populations and the infrastructure of neighbouring states, namely the Gulf states, are not drawn further into a conflict they did not choose. The Gulf states, the region and the world have much at stake — economically, socially and in terms of long-term stability — and their peoples must not bear the consequences of decisions taken elsewhere.
It is also a matter of concern that some of the strongest advocates of the rules-based international order appear to apply it unevenly. International law cannot be invoked selectively. It cannot shield one party from accountability while denying another its inherent right to self-defence. Its credibility depends on consistency.
In recent days, I have held discussions with leaders of the Gulf Cooperation Council, Türkiye, Egypt, Indonesia, Japan, Pakistan and other partners to better understand the situation and to advocate for de-escalation. Malaysia will continue to support every credible effort towards a just and lasting peace. Thank you.
ANWAR IBRAHIMThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Dalam kesatuan ini, kita memperteguh iltizam untuk berkhidmat dengan lebih tekun, berintegriti dan berjiwa besar sebagai cerminan semangat kekeluargaan serta kekuatan sebuah pasukan yang sentiasa bergerak seiring.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Min al-‘aidin wal faizin daripada saya serta seluruh warga Pejabat Perdana Menteri. (3/3)
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.
Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Foto: RPO
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini di Wangsa Maju, saya berkesempatan bertemu penduduk setempat, mendengar suara rakyat, dan bersama-sama menunaikan solat Jumaat. Insya-Allah, amanah ini terus dipikul dengan penuh tanggungjawab.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salah satu peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Baginda Rasulullah SAW adalah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Dimensi solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, namun sarat dengan makna dan dampak bukan sahaja kepada diri namun kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Syeikh Daud Al Fatani dalam kitab klasik Munyatul Musolli telah membahaskan soal tatacara solat namun turut menyentuh perihal siyasah dan tatakelola yang baik. Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah”, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.
Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan di mana masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai.
Menjadi kewajiban sama ada Muslim atau bukan Muslim, bagi berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan, agar keadilan dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.
Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita. Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat.
Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seperti yang telah saya janjikan, bermula hari ini, seramai 3.1 juta individu bujang akan menerima manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara terus ke dalam MyKad masing-masing.
Langkah penambahbaikan SARA ini digubal dengan penuh iltizam bagi memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas secara lebih tersusun, lebih bersasar dan lebih berterusan, sejajar dengan tekad Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat.
Lebih daripada sekadar bantuan tunai, inisiatif ini turut memberi nafas baharu kepada ekonomi tempatan. Penyertaan kedai-kedai kecil dalam rangkaian SARA diperluaskan kepada 10,000 premis di seluruh negara, agar kekayaan negara tidak berlegar di pusat semata-mata, tetapi mengalir kembali kepada peniaga kecil di bandar, di pekan dan di desa.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memastikan tiada rakyat yang tercicir, tiada yang terpinggir, dalam usaha memenuhi keperluan asas kehidupan mereka.
Inilah semangat MADANI yakni kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, melangkah bersama membina masa depan negara berteraskan keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua, selaras dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#ekonomimadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perjalanan ke lokasi makan tengah hari, saya sempat menyantuni anak-anak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju.
Dalam kesempatan tersebut, saya turut bertanya mengenai minggu pertama persekolahan mereka, selain menitipkan pesan agar terus menuntut ilmu dengan tekun, memelihara disiplin serta menjadikan adab dan akhlak sebagai teras pembentukan diri.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum solat Jumaat hari ini, saya singgah makan tengah hari di Restoran Salai-Salai Sri Rampai bersama warga Wangsa Maju. Kesempatan ringkas ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan mendengar secara terus pelbagai hal yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat.
Setelah itu, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah bin Zaid. Khutbah menekankan tentang peranan serta makna besar dari kembara agung Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk Mikraj yang mengingatkan tentang kepentingan solat sebagai tiang agama, disiplin dalam kehidupan serta tanggungjawab kepimpinan yang berpaksikan amanah dan keadilan.
Mudah-mudahan setiap langkah kita dipandu nilai ihsan dan amanah demi Malaysia yang lebih sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Anggaran Awalan menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi Suku Keempat (S4) 2025 melonjak 5.7%, sekali gus membawa pertumbuhan tahun penuh 2025 kepada sekitar 4.9% — mengatasi ambang unjuran rasmi Kerajaan antara 4% hingga 4.8%.
Meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik pada tahun lalu, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI memastikan kesannya tidak membebankan rakyat terbanyak. Subsidi terus disasarkan kepada golongan yang memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata.
Hubungan diplomatik yang diperkukuh dengan pelbagai negara turut menambah keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia.
Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#ekonomimadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#jenteramadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada saat dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan. Dalam suasana itu, ASEAN memilih untuk terus berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang untuk menyatukan pandangan dan merapatkan jurang. Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN.
Setulus penghargaan dirakamkan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada para tetamu sepanjang tahun ini. Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini.
Semoga ia berkekalan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI.
Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara.
#malaysiamadani
#kabinetmadani
#jenteramadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.
Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian.
🇲🇾✊🥇
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#seagames2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.
Al-Fatihah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat ulang tahun buat Azizah, teman hidup dan sandaran hati saya.
Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita.
❤️ -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
TENGKU ZAFRUL AZIZ DILANTIK PENGERUSI MIDA, TANGGUNGJAWAB LAIN AKAN DIUMUM KELAK OLEH PERDANA MENTERI
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.
Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri.
PEJABAT PERDANA MENTERI
3 Disember 2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
TERIMA PERLETAKAN JAWATAN SUPOL KANAN, SPRM BEBAS JALANKAN SIASATAN
Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
(1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.
ANWAR IBRAHIM
26 November 2025
(3/3) -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kembali memperteguh cita nurani untuk kekal meletakkan tumpuan agar limpahan ekonomi dan tatakelola terbaik dirasai rakyat terbanyak.
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
📞📞📞
Dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni sebentar tadi, beliau telah memaklumkan kepada saya sebab ketidakhadiran beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berikutan keperluan mendesak di Rome saat ini dalam merangka serta menggubal undang-undang berkaitan belanjawan serta perbincangan yang berlaku di peringkat Kesatuan Eropah. Saya beritahu PM Meloni bahawa Malaysia memahami sepenuhnya keutamaan dan keperluan domestik yang menuntut tumpuan penuh beliau pada ketika ini.
Dalam perbualan tersebut, saya menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menyambut beliau ke Kuala Lumpur awal tahun hadapan bagi memuktamadkan perjanjian strategik antara PETRONAS dan Eni S.p.A (ENI). Saya turut merakamkan penghargaan atas pendirian Itali yang terus mendukung seruan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagat di Gaza, yakni satu suara hati nurani yang amat diperlukan di pentas dunia saat ini.
Lantas, kedua-dua kami bersepakat dalam mempercepat dan memuktamadkan kerjasama PETRONAS-ENI dalam waktu terdekat. Insya-Allah, hubungan akrab Malaysia-Itali akan terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Foto: Afiq Hambali
🇲🇾🤝🇮🇹
#madanibekerja
#diplomasipenelefonan
#ringring -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dipancarkan melalui kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memacu kerjasama ekonomi serantau, memperkukuh keamanan, dan memperluas misi diplomasi demi kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selesai sudah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan.
Saya menzahirkan penghargaan sedalam-dalamnya kepada semua yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, para petugas kerajaan dan agensi, pasukan keselamatan, sukarelawan, pekerja pembersihan, pihak swasta, rakan-rakan media serta seluruh warga yang menjayakan penganjuran ini dengan penuh tanggungjawab dan semangat cinta negara.
Saya amat menghargai pengorbanan rakyat Malaysia yang telah bersama menjayakan persidangan ini dengan penuh sabar, dan menampilkan kehebatan ‘Malaysian Hospitality’ di hadapan delegasi serta pemimpin dunia.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha kolektif bersama yang memancarkan kekuatan nilai, tekad dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Inilah roh Malaysia MADANI, rakyatnya bersatu hati, bekerja dengan ikhlas, menjunjung amanah dan meletakkan maruah negara di tempat tertinggi.
Saya juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan pemimpin ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan Tetamu Pengerusi atas kehadiran serta komitmen mereka dalam memperkukuh semangat kebersamaan serantau.
Hubungan yang terjalin di Kuala Lumpur ini bukan sekadar simbol diplomasi, tetapi lambang harapan bahawa rantau ini mampu berdiri teguh di atas landasan keamanan, keadilan dan kesejahteraan bersama.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, kejayaan ini adalah cerminan wajah kalian. Teruslah berbakti dengan rendah hati dan keikhlasan yang sama. Negara ini milik kita bersama, dan masa depannya bergantung pada keutuhan nilai, kesungguhan tekad serta kekuatan azam setiap daripada kita.
Foto: Bernama
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kembali ke pejabat.
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar duka, pemergian Allahyarham Mohd Yazid Zakaria, Konduktor Orkestra Tradisional, insan yang bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN baru-baru ini.
Sesungguhnya, pemergian ini merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni tempatan tatkala Allahyarham bukan sekadar seorang konduktor berbakat, tetapi insan seni berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan hati dan memperindah jiwa bangsa.
Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti Allahyarham dalam mengangkat martabat muzik tradisional negara. Dedikasinya akan terus dikenang dan menjadi sumber inspirasi buat generasi mendatang.
Saya turut dimaklumkan bahawa anakanda Allahyarham bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 November ini. Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diteruskan dengan pelbagai agenda penting melibatkan seluruh negara anggota.
Alhamdulillah, Malaysia melabuh tirai Kepengerusian ASEAN dengan penuh kejayaan, semangat perpaduan, dan kebersamaan serantau.
Sepanjang tiga hari persidangan, para pemimpin mencapai pelbagai hasil penting daripada kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11, sehinggalah kepada pengukuhan kerjasama strategik dan ekonomi yang lebih mampan.
Malaysia terus berperanan sebagai pemacu utama dalam memperkukuh dialog, memperjuang keamanan, serta menjulang semangat keterangkuman dan kesejahteraan rantau ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai acara menamatkan sidang kemuncak semalam, saya telah berkesempatan hadir ke majlis makan malam yang dihoskan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste José Manuel Ramos-Horta. Saya menzahirkan penghargaan atas semangat persahabatan kedua-dua negara yang ditonjolkan. Negara ini meniti sejarah panjang perjuangan yang sarat dengan peristiwa derita dan menyayatkan, selain kezaliman dan kebobrokan yang dihamburkan imperalis ke atas warganya.
Malaysia merupakan antara yang terawal mengiktiraf pengorbanan darah dan keringat rakyatnya yang mendambakan kebebasan dan cita serta nurani idealisme yang murni, seawal era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malah, saya sendiri pernah menyatakannya di Parlimen bahawa Timor-Leste adalah sebahagian daripada keluarga rantau yang kita cintai ini.
Justeru, bagi Malaysia, pendirian kita tersedia jelas; yakni mendukung dan mempercepat proses penyertaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN. Saya bicara bahawa Malaysia sendiri dahulunya bukan negara yang kaya, tidak kurang Laos serta Kemboja sewaktu diterima ke dalam ASEAN. Kita juga pernah bergelut ganas membina asas dan ketahanan ekonomi negara. Maka, adalah tidak wajar untuk mengukur nilai keanggotaan hanya pada aspek kekuatan ekonomi semata. Namun, apa yang penting adalah tekad dan iltizam, wawasan serta semangat kenegaraan bangsa tersebut. Walhasil, kita telah mengarahkan Wisma Putra agar mengupayakan kerjasama teknikal dan penempatan pegawai di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia untuk membantu melengkapkan keperluan institusi Timor-Leste untuk maksud ini.
Di dunia hari ini, suara nurani semakin malap dan pudar. Namun, Timor-Leste menyemangati suara itu. Bahawa ia suara yang lahir dari sejarah yang luka dan membekas, ketabahan dan kesungguhan rakyatnya memperjuang kebebasan dan keadilan. Saya pernah membicarakannya bersama mendiang Kofi Annan, dan saya melihat semangat yang sama pada Presiden Ramos-Horta.
Sementalahan, Malaysia punyai keyakinan yang tinggi betapa kehadiran Timor-Leste ke dalam ASEAN tidak sekadar melengkapi jumlah anggota, tetapi yang utama adalah memperkaya jiwa, nurani dan nilai rantau bertuah ini.
Foto: Fath Rizal
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-3 Malaysia–Australia bersama rakan sejawat, @AlboMP, dan delegasi beliau bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Sesi ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama , merangkumi pertemuan empat mata, mesyuarat dua hala serta sidang media bersama, selain pemeteraian memorandum persefahaman yang membuka ruang baharu ke arah masa depan yang lebih mampan dan inklusif.
Antara bidang yang dikenal pasti untuk diperkukuh ialah pendidikan, agrikultur, sektor halal, keselamatan makanan, tenaga, pengurusan air, belia dan sukan, yang semuanya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan serantau yang lebih seimbang dan lestari.
Saya turut menzahirkan penghargaan kepada Australia atas sokongan berterusan terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza, termasuk dalam menentang ketidakadilan serta mendukung usaha penyelesaian konflik secara aman.
Insya-Allah, hubungan strategik Malaysia–Australia akan terus berkembang bukan sekadar sebagai perkongsian, tetapi sebagai visi bersama demi kesejahteraan dan kemakmuran generasi akan datang.
//
Attended the 3rd Annual Malaysia–Australia Leaders’ Meeting with my counterpart Anthony Albanese and his delegation on the sidelines of the 47th ASEAN Summit.
Our discussions were warm and constructive, covering key areas such as education, agriculture, halal industry, food security, energy, water management, youth and sports paving the way for a more sustainable and inclusive future.
Foto: Shahnaz Fazlie, Izzuddin Abd Radzak
🇲🇾🤝🇦🇺
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 diadakan dengan bermakna dengan pelbagai pertemuan dua hala dan sidang kemuncak penting, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN–China ke-28, Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN–New Zealand, dan Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ke-5.
Saya turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Premier China, Perdana Menteri New Zealand, Perdana Menteri Viet Nam, Perdana Menteri Singapura dan Pengarah Urusan IMF untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menandakan berakhirnya himpunan terbesar pemimpin serantau dan rakan dialog di Kuala Lumpur.
Sepanjang tiga hari persidangan, para pemimpin mencapai pelbagai hasil penting termasuk kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11, selain pelbagai pencapaian konkrit dalam memperkukuh integrasi ekonomi, memperluas kerjasama strategik serta mempertingkat daya tahan rantau terhadap cabaran global.
Malaysia turut memainkan peranan utama dalam memupuk semangat keterangkuman, kemampanan dan keamanan serantau serta terus menggalas tanggungjawab sebagai suara yang menyeru ke arah dialog, persefahaman dan penyelesaian aman terhadap sebarang pertikaian.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para petugas media tempatan dan antarabangsa yang telah memberikan liputan menyeluruh serta berkualiti tinggi, kalian menjadi jambatan penting antara dasar dan rakyat, antara semangat ASEAN dan dunia luar.
======
The closing press conference of the 47th ASEAN Summit marked the conclusion of the region’s largest gathering of leaders and dialogue partners in Kuala Lumpur.
Over three days of deliberations, leaders achieved several key outcomes, including the formal admission of Timor-Leste as ASEAN’s 11th Member State, along with concrete progress in strengthening economic integration, deepening strategic cooperation, and enhancing the region’s resilience to global challenges.
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak, Shahnaz Fazlie
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Antara intipati utama ucapan tatkala menyampaikan ucapan penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, akhirnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang dinakhodai Malaysia telah melabuh tabir.
Ia juga menjadi mercu bahawa kepemimpinan ASEAN 2025 kini berpindah dari Malaysia ke Republik Filipina untuk tahun seterusnya.
Sementalahan, mesti ditegaskan bahawa ASEAN di bawah kemudi Malaysia telah merangkul beberapa kekuatan dan semangat baharu dari Tamu Pengerusi ASEAN yakni Brazil dari benua Amerika Selatan dan Afrika Selatan dari benua Afrika, selain merupakan pendiri BRICS.
Tidak dilupakan Rakan Dialog ASEAN yakni Kanada, Persekutuan Rusia, Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China, Republik India, Jepun, Republik Korea, New Zealand, dan Amerika Syarikat yang turut sama berbicara, melontar pendirian serta pandangan dalam membentuk sebuah dunia yang berupaya mempasak harapan dan mengangkat kemakmuran ekonomi ke tingkat yang lebih bermaruah.
Alhamdulillah, saya mendoakan kekuatan kepada sahabat baik saya Presiden Republik Filipina @bongbongmarcos sebagai Pengerusi ASEAN yang seterusnya untuk terus mengangkat suara ASEAN sebagai sebuah ketumbukan serantau yang kekal berpadu dan aman.
Kendati demikian, saya turut terharu saat mengumumkan secara rasmi kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN. Ini kerana saya menginsafi serta menggarap sejarah dan derita Timor-Leste di masa lalu, dan dari sudut hati yang terdalam, saya ucap tahniah setingginya kepada Timor-Leste dan seluruh rakyatnya atas kejayaan besar ini.
Sebagai penutup bicara, penghargaan setingginya dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersabar tatkala kita berusaha menyemarak kerjasama dan mencipta kerjasama baharu. Kalian menyambut barisan Tamu Negara dengan kemesraan, cemerlang, dan mengangkat hospitaliti Malaysia ke tahap tertinggi demi negara. Pasukan penjawat awam dan keselamatan juga berusaha secara sederap menjamin keselamatan yang kemas dan mantap. Tidak dilupakan yang menekuni perjalanan persidangan dalam usaha kita meletakkan diplomasi Malaysia ke tahap yang lebih baik dan membanggakan.
Terima kasih semua. Rakyat Malaysia hebat!
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak, Fath Rizal
#malaysiamadani #madanibekerja #rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, pertemuan dengan Presiden @realDonaldTrump berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur dan produktif. Ia memperkukuh keyakinan bersama terhadap peranan Malaysia sebagai rakan yang berprinsip, konstruktif dan berwibawa dalam membina keamanan serta kemakmuran serantau.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan satu pencapaian bersejarah yang menyerlahkan peranan Malaysia sebagai pemangkin diplomasi damai ASEAN serta lambang kesepaduan rantau dalam menjunjung keamanan dan kestabilan.
Saya juga menzahirkan penghargaan kepada Presiden Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin. Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat. Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah.
======
President Donald Trump’s visit to Malaysia marks an important moment in reaffirming our long-standing relations with the United States and our shared commitment to regional peace and prosperity. Our meeting was grounded in respect for our mutual interest, renewing trade dialogue, advancing supply-chain and critical-minerals cooperation and reaffirming ASEAN’s central role in shaping Asia-Pacific engagement.
As the rotating Chair of ASEAN, we saw this visit not as an endorsement of any power bloc, but as a demonstration that Malaysia can serve as a neutral, dependable and effective partner. Bridging economies, facilitating dialogue, and contributing to stability. The signing of the Kuala Lumpur Peace Accord between Cambodia and Thailand is a clear example of how our strategic diplomatic role adds value.
Looking ahead, we are mindful that meaningful engagement requires more than agreements on paper. We will monitor implementation closely, ensure our people benefit from trade access and safeguard Malaysia’s interests and autonomy. Our position will remain rooted in the principles of peace, prosperity and integrity, working with friends and neighbours. Together, we will chart a path that honours our traditions, embraces the future, and serves the wellbeing of all Malaysians and the people of ASEAN.
Thank you, President Trump, for your visit to Malaysia.
🇲🇾🤝🇺🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan yang produktif dengan Perdana Menteri Singapura, @LawrenceWongST.
Malaysia dan Singapura sepakat untuk terus memperkukuh hubungan melalui dialog dan kerjasama berterusan dalam beberapa bidang utama.
Kami juga bersetuju untuk mengekalkan momentum rundingan sedia ada berasaskan semangat saling menghormati dengan memastikan hasilnya memberi manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
Saya menantikan kesinambungan usaha ini sewaktu Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12 pada bulan Disember ini.
Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura terus subur, berlandaskan kepercayaan, saling memahami serta aspirasi bersama untuk kemakmuran dan kestabilan rantau ini.
======
Held a productive meeting with the Prime Minister of Singapore, Lawrence Wong.
I look forward to sustaining this positive momentum at the 12th Malaysia–Singapore Leaders’ Retreat this December.
May the bonds of friendship and close cooperation between Malaysia and Singapore continue to flourish, grounded in trust, mutual understanding, and our shared aspirations for regional prosperity and stability.
🇲🇾🤝🇸🇬
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN–Australia ke-5, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya menyampaikan penghargaan yang tinggi atas sokongan berterusan Australia terhadap Pengerusian ASEAN oleh Malaysia di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Sokongan ini mencerminkan komitmen Australia yang konsisten dalam memperkukuh kerjasama serantau dan menyokong agenda pembangunan inklusif yang menjadi tunjang keutuhan ASEAN.
Sebagai Rakan Dialog pertama ASEAN, Australia terus memainkan peranan penting sebagai rakan yang setia dan proaktif dalam memperkukuh perpaduan serta kemajuan komuniti ASEAN berasaskan semangat persahabatan, saling percaya, dan kepentingan strategik bersama yang telah lama terjalin.
Australia juga merupakan Rakan Dialog pertama yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan ASEAN 2045: Our Shared Future.
Sokongan ini mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju bersama yang inklusif, mampan dan berpandangan jauh, menjadikan hubungan ASEAN–Australia bukan sekadar kukuh dan bermakna, tetapi juga saling menguntungkan dalam membawa manfaat nyata kepada rakyat di seluruh rantau ini.
///
At the 5th ASEAN–Australia Summit alongside the 47th ASEAN Summit, I expressed appreciation for Australia’s strong support of Malaysia’s ASEAN Chairmanship under the theme “Inclusivity and Sustainability.”
As ASEAN’s first Dialogue Partner, Australia has been a steadfast friend and partner in promoting unity, trust, and shared prosperity.
Foto: Afiq Hambali, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇦🇺
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama rakan-rakan anggota ASEAN dan Perdana Menteri @chrisluxonmp meraikan 50 tahun hubungan erat ASEAN–New Zealand di Majlis Makan Tengah Hari Gala, sambil menikmati hidangan istimewa New Zealand dan persembahan budaya Kapa Haka Māori yang penuh semangat.
Kita akan terus memperkukuh kerjasama ini, satu hubungan yang telah memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak sepanjang lima dekad yang sarat dengan keyakinan dan persefahaman.
Tentunya, hubungan ini akan diperkukuh, termasuk dalam pelaburan dan perdagangan intra-ASEAN yang kini turut diperluas ke New Zealand.
Menulusuri serta menelaah semula nota sejak 1977, hubungan ini kekal kukuh, yakni satu persahabatan yang tidak hanya bertahan, malah akan terus mekar dan disemarak dengan baik.
——
Together with ASEAN colleagues and Prime Minister Christopher Luxon, I celebrated 50 years of close ASEAN–New Zealand friendship at the Gala Lunch, a vibrant afternoon filled with New Zealand’s distinctive cuisine and a spirited Māori Kapa Haka performance that reflected the country’s rich culture and hospitality.
Over the decades, this partnership has brought immense benefit through trust, understanding and shared purpose. We are committed to strengthening it further - expanding cooperation in trade, investment, and regional integration so that this enduring friendship continues to grow stronger for generations to come.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇳🇿
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Antara intipati pertemuan saya dengan Premier Li Qiang serta sekitar Majlis Menandatangani Protokol Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) dan Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-28.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari yang sangat istimewa tatkala hadir memperingati 50 tahun perkongsian ASEAN–New Zealand, yakni satu hubungan yang semakin matang dan erat.
Dipandu oleh visi dan cita ASEAN yang berpaksi pada keterangkumam dan kelestarian, kita melangkah ke hadapan secara bersama dalam memperluas peluang, memperkukuh daya tahan, serta melindungi masa depan untuk generasi penerus.
Aotearoa New Zealand kekal sebagai rakan yang dipercayai dan meyakinkan, dalam kemakmuran dan ketika dihadapkan tantangan. Lantas kami yakin kerjasama ini akan terus diperkukuh pada tahun-tahun mendatang.
——
Today we commemorated 50 years of ASEAN–New Zealand partnership, one that has grown stronger through every challenge.
Guided by our shared ASEAN vision of Inclusivity & Sustainability, we move forward together: widening opportunities, building resilience, and protecting the future for our children.
Aotearoa New Zealand has remained a trusted partner - in prosperity and in adversity, and we look ahead with confidence to deeper cooperation in the years to come.
Foto: Shahnaz Fazlie, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇳🇿
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan siri pertemuan di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.
Pertemuan ini mengukuhkan hubungan erat dan konstruktif antara Malaysia dan IMF yang berteraskan rundingan berkala, bantuan teknikal serta kerjasama dasar yang rapat.
Perbincangan turut menyentuh isu keseimbangan semula perdagangan global, pengukuhan rangka keselamatan kewangan antarabangsa serta pelaksanaan reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
Malaysia kekal komited terhadap disiplin fiskal serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0% hingga 4.8% pada tahun 2025.
======
Received a courtesy call from the Managing Director of the International Monetary Fund (IMF), Kristalina Georgieva.
The meeting reaffirmed the strong and constructive relationship between Malaysia and the IMF, built upon regular consultations, technical assistance, and close policy collaboration.
Foto: Izzuddin Abd Radzak
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya seterusnya bertemu Perdana Menteri Vietnam, Phạm Minh Chính bagi membincangkan usaha memuktamadkan Pelan Tindakan Kerjasama Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara.
Pertemuan kami juga terarah kepada usaha perluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, elektrik dan elektronik (E&E), kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan industri halal, selain memperkukuh kerjasama tenaga hijau menerusi projek Gentari–TNB–Petrovietnam melibatkan tenaga angin dan solar.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global termasuk keselamatan makanan, jenayah rentas sempadan, Laut China Selatan dan Myanmar, dengan komitmen bersama untuk terus memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Semoga hubungan dan kerjasama baik ini dapat terus membawa manfaat buat kedua-dua negara, Insya-Allah.
======
Met with the Prime Minister of Vietnam, Phạm Minh Chính. We look forward to strengthening our close partnership and advancing cooperation that continues to bring lasting benefits to both our nations and peoples.
Foto: Afiq Hambali
🇲🇾🤝🇻🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, @chrisluxonmp.
Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala meliputi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian, perikanan, pembangunan industri halal, pendidikan serta tenaga boleh baharu.
Kedua-dua pihak turut meneliti kemajuan pelaksanaan serta rundingan beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian sedia ada, merangkumi bidang belia dan sukan, pendidikan, pertanian, keadilan jenayah, jenayah rentas sempadan, pengurusan bencana dan kastam.
Malaysia dan New Zealand kekal komited untuk memuktamadkan semakan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–New Zealand (MNZFTA) menjelang akhir 2025, di samping memperkukuh kerjasama dalam sektor halal.
Kami juga bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan di Myanmar dan Palestin, dengan menegaskan komitmen bersama terhadap prinsip keamanan, keadilan dan pembangunan inklusif.
Semoga hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan New Zealand terus mekar, memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
======
Held a bilateral meeting with Prime Minister Christopher Luxon of New Zealand. Our discussions focused on strengthening bilateral relations across a broad range of strategic sectors.
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak
🇲🇾🤝🇳🇿
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN–China ke-28 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya tekankan ini platform dan wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik yang telah lama terjalin antara ASEAN dan China.
Ia juga menegaskan semula kedudukan sentraliti ASEAN berasaskan perpaduan, saling percaya, serta keterlibatan berterusan negara-negara anggotanya dalam memastikan rantau ini kekal stabil, aman dan sejahtera.
ASEAN terus komited untuk menjadi jambatan kerjasama dan persefahaman, bukan sahaja dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tetapi juga dalam aspek sosial, budaya dan pembangunan mampan.
Dalam konteks ini, kami turut menghargai peranan China yang konsisten dan konstruktif dalam menyokong usaha membina kestabilan serantau, memperkukuh rangka kerja ekonomi yang saling menguntungkan serta memupuk semangat kejiranan baik yang menjadi asas keamanan rantau ini.
//
While chairing the 28th ASEAN–China Summit alongside the 47th ASEAN Summit, I emphasized ASEAN’s central role in promoting regional unity, stability, and prosperity.
The summit reaffirmed ASEAN’s commitment to strengthening its longstanding partnership with China, deepening cooperation across economic, social, and sustainable development fields, while appreciating China’s constructive role in fostering peace and good neighbourliness in the region.
Foto: Shahnaz Fazlie, Fath Rizal, Izzuddin Abd Radzak
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebentar tadi, saya bersama Premier Li Qiang menyaksikan Majlis Menandatangani Protokol Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China 3.0 (ACFTA 3.0) sempena Sidang Kemuncak ASEAN–China Ke-28.
Pemeteraian ini menandakan satu fasa baharu dalam kerjasama ekonomi serantau, melambangkan komitmen bersama ASEAN dan China untuk memperkukuh perdagangan terbuka, rantaian bekalan yang berdaya tahan serta kemakmuran yang dikongsi bersama.
=====
This morning, together with Premier Li Qiang, I witnessed the signing of the ASEAN–China Free Trade Area 3.0 (ACFTA 3.0) Upgrade Protocol at the 28th ASEAN–China Summit.
The signing marks a new phase in regional economic cooperation, reaffirming the shared commitment of ASEAN and China to strengthen open trade, resilient supply chains and shared prosperity across the region.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Premier Li Qiang kemudiannya berkesempatan meninjau model terbaharu Proton Saga dan Proton e.MAS 5, yang menjadi simbol keakraban hubungan Malaysia dan China dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan industri automotif serta inovasi teknologi.
Hubungan ini terus berkembang kukuh, mencerminkan keazaman bersama untuk melangkah ke hadapan bukan sahaja dalam sektor automotif, tetapi juga dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan mobiliti pintar, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam rantaian nilai automotif serantau ASEAN.
=======
I had the opportunity together with Premier Li Qiang to view the latest models of the Proton Saga and Proton e.MAS 5, a strong symbol of the close friendship between Malaysia and China and our shared commitment to deepening strategic cooperation in automotive development and technological innovation.
This partnership continues to flourish, reflecting our mutual determination to advance not only in the automotive sector but also in emerging areas such as the digital economy, green energy, and smart mobility, further strengthening Malaysia’s position as a key hub in ASEAN’s regional automotive value chain.
Foto: Fath Rizal, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tugasan hari ini bermula dengan pertemuan bersama sahabat saya, Premier Li Qiang dan delegasi China. Pertemuan ini memperkukuh lagi persahabatan erat Malaysia–China yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati, menjadi simbol hubungan dua hala yang semakin kukuh dan berpaksikan kestabilan serantau.
Perbincangan kami tertumpu kepada pengukuhan perdagangan dan pelaburan dua hala. Malaysia komited memperluas eksport bernilai tinggi dalam sektor E&E, aeroangkasa, perubatan, tenaga boleh diperbaharui dan minyak & gas di bawah kerangka Pelan Kerjasama BRI.
Saya turut menekankan kepentingan projek seperti Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim hasil kerjasama Proton dan Geely, selain peluasan ECRL dan kerjasama pelabuhan antara Malaysia dan China yang bakal memperkukuh kedudukan negara sebagai hab logistik dan maritim serantau.
Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan berterusan syarikat-syarikat China dalam bidang digital, semikonduktor dan teknologi hijau, seiring aspirasi kita untuk menjadi hab inovasi utama ASEAN.
Pertemuan turut menyentuh Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand. Premier Li menzahirkan sokongan China terhadap usaha damai yang dimeterai sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini — satu kejayaan diplomasi ASEAN dalam menegakkan keamanan melalui kepercayaan dan dialog.
China juga menyatakan komitmen berterusan untuk membantu merungkai krisis di Myanmar, khususnya dalam memastikan gencatan senjata dikekalkan serta membawa semua pihak kembali ke meja rundingan demi keamanan dan kemakmuran rantau ini.
Foto: Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menyaksikan pelbagai sesi penting berlangsung, memperkukuh komitmen ASEAN ke arah rantau yang lebih aman, makmur dan inklusif.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menegaskan tekad memperkukuh perpaduan serantau dan memperluas kerjasama strategik dengan rakan luar.
Antara sesi utama yang berlangsung termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-PBB, ASEAN-Kanada, dan ASEAN-India.
Dalam setiap pertemuan, ASEAN menekankan keutamaan memperkukuh keterangkuman, kelestarian dan daya tahan rantau, selaras dengan visi ASEAN 2045: Our Shared Future.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah berbesar hati meraikan para pemimpin negara ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan Tetamu Pengerusi dalam Majlis Makan Malam Gala yang menampilkan keunikan sajian serta kekayaan warisan budaya Malaysia.
Resepsi ini menjadi lambang persahabatan, kesatuan dan semangat kebersamaan yang menjadi teras ASEAN, sebuah komuniti yang diasaskan atas kepercayaan, saling hormat dan kerjasama.
Pada malam yang istimewa ini, kami juga turut meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva seorang sosok yang sentiasa memperjuangkan keadilan sosial, solidariti Selatan-Selatan dan aspirasi dunia yang lebih seimbang.
Saya menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan biduan dan biduanita tempatan, pasukan orkestra serta para penari kebudayaan yang mewakili segenap lapisan dan segmen masyarakat, bersama-sama menyumbang kepada persembahan memukau dan gemilang.
======
Delighted to host the leaders of ASEAN Member States, Dialogue Partners, and the Chair’s guests at the Gala Dinner, which showcases the rich diversity of Malaysia’s culinary traditions and cultural heritage.
This reception stands as a symbol of friendship, unity, and solidarity, the very essence of ASEAN, a community built on trust, mutual respect, and cooperation.
I wish to express my heartfelt appreciation to all who made this event possible, the talented local vocalists and musicians, the orchestra, and the cultural performers representing every segment of our society, whose contributions have created a truly captivating and memorable performance.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Afiq Hambali
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang cukup bermanfaat dengan rangkaian sidang penting bersama Korea Selatan, ASEAN Campur Tiga, RCEP, EAS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di sela-sela persidangan yang padat, saya sempat mengadakan tiga pertemuan dua hala bersama Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung, PM Kanada Mark Carney dan TPM Rusia Alexey Overchuk untuk meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-15, saya mewakili ASEAN menegaskan semula komitmen kukuh terhadap hubungan erat yang sekian lama terjalin dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah perkongsian yang berasaskan aspirasi bersama untuk keamanan, kemakmuran dan kelestarian sejagat.
Seiring pelaksanaan visi ASEAN 2045: Our Shared Future, ASEAN kekal teguh menyelaraskan keutamaan serantau dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030, berpaksikan keterangkuman, kelestarian dan semangat multilateralisme.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung PBB, António Guterres, atas keberanian dan keteguhan prinsip beliau dalam memperjuangkan keadilan termasuk menentang kekejaman yang sedang berlaku di Gaza membuktikan suara beliau mencerminkan nilai kemanusiaan sejati yang wajar kita junjung bersama.
ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan terus memperkukuh kerjasama demi membina sebuah rantau yang aman, berdaya tahan dan inklusif tanpa meninggalkan sesiapa pun di belakang.
//
At the 15th ASEAN-UN Summit, I reaffirmed ASEAN’s strong partnership with the United Nations, built on shared goals of peace, prosperity, and sustainability.
ASEAN remains committed to the ASEAN 2045: Our Shared Future vision and the 2030 Sustainable Development Goals.
I thank UN Secretary-General António Guterres for his courage and moral clarity in speaking out against injustice, including the suffering in Gaza.
Together, ASEAN and the UN will continue to build a peaceful and inclusive region that leaves no one behind.
Foto: Shahnaz Fazlie, Fath Rizal
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia Alexey Overchuk dalam kerangka memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Rusia. Kami bicara mengenai pendidikan, perdagangan dan pelaburan, termasuk usaha memudahcara urusan pembayaran rentas sempadan.
Kami turut sentuh tentang kerjasama di sektor tenaga, bagi penerokaan sumber tenaga yang lebih cekap dan mampan. Kami juga berbincang mengenai potensi peluasan laluan penerbangan Rusia ke Malaysia bagi meningkatkan aliran kemasukan pelancong.
Justeru, Malaysia akan terus menggalakkan pemerkasaan hubungan dengan Rusia berteraskan prinsip saling hormat dan manfaat bersama, seiring peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam mengangkat suara, keseimbangan dan kepentingan rantau ini di persada global.
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇷🇺
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semasa mempengerusikan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), saya tegaskan bahawa, 20 tahun lalu, pimpinan terdahulu menggerak serta menubuhkan Sidang Kemuncak ini sebagai wahana untuk memperkukuh norma sejagat, mengangkat nilai kemanusiaan, dan menegakkan keamanan serantau dengan ASEAN sebagai terasnya.
Hari ini, kita memperbaharui tekad itu dengan memilih dialog mengatasi paksaan, keseimbangan mengatasi pertembungan, kerjasama mengatasi konfrontasi. Kita berdiri teguh mempertahankan keamanan, multilateralisme dan undang-undang antarabangsa.
Malaysia menyambut baik pelan komprehensif Presiden Trump bagi menamatkan konflik Gaza, yakni satu permulaan penting ke arah keamanan yang adil dan berkekalan. Kita akan terus memantau pelaksanaannya agar ia menjelmakan penyelesaian politik yang menyeluruh dan saksama bagi rakyat Palestin.
Terkait situasi Myanmar, Malaysia kekal komited kepada prinsip Konsensus Lima Perkara sambil meneruskan pendekatan kemanusiaan dan keterlibatan dengan semua pihak. Gencatan senjata mesti dihormati, bantuan mesti disalurkan tanpa halangan, dan dialog inklusif perlu diteruskan menuju pemulihan demokrasi.
Dalam isu Laut China Selatan, kita menegaskan penyelesaian mesti dipacu oleh ASEAN berlandaskan undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS 1982 dan bukan melalui tekanan luar.
Kita percaya, jalan keluar bagi sebarang krisis bukanlah pengasingan sebaliknya penglibatan sama ada di Gaza, Myanmar, Ukraine mahupun Korea Utara.
Melalui Deklarasi Kuala Lumpur sempena 20 Tahun Sidang Kemuncak Asia Timur, Malaysia memperteguh keyakinan bahawa kepelbagaian bukan penghalang, tetapi kekuatan yang menyatukan kita.
EAS turut mengalu-alukan kehadiran sahabat dari Brazil dan Afrika Selatan, suara Negara-Negara Selatan yang berkongsi aspirasi dan tekad untuk memperjuangkan demokrasi, solidariti dan kerjasama pelbagai hala.
Malaysia akan terus memimpin dengan prinsip, berpaksikan nilai kemanusiaan dan keadilan, demi membina rantau yang aman, adil dan makmur.
======
Twenty years on, the East Asia Summit stands as a platform for dialogue, balance and cooperation. Malaysia reaffirms its commitment to peace, multilateralism and international law, choosing engagement over coercion and cooperation over confrontation.
We welcome President Trump’s Gaza Peace Plan as a vital step toward lasting peace, while continuing to uphold ASEAN unity in addressing regional challenges. As we mark the 20th anniversary of the EAS, Malaysia believes our diversity is our strength, uniting us in pursuit of a just and peaceful region.
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean
#eas -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi, saya menyambut ketibaan Perdana Menteri New Zealand, @chrisluxonmp ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 sebelum mempengerusikan Sidang Kemuncak RCEP Ke-5.
Sidang hari ini membuka lembaran baharu dalam sejarah kerjasama serantau tatkala kita kembali berhimpun buat pertama kali sejak termeterainya perjanjian RCEP di tengah getir pandemik lima tahun lalu.
Alhamdulillah, RCEP kini berkembang menjadi lambang keteguhan kita tatkala perdagangan, pelaburan dan pertukaran antara rakyat kembali rancak, bukti daya tahan rantau ini yang tidak pernah berputus asa mendepani kegetiran.
Pertemuan di Kuala Lumpur ini bukan sekadar persidangan rasmi, ia cerminan iltizam kita memperbaharui visi bersama untuk Asia-Pasifik dengan penuh keyakinan terhadap saling percaya, saling menghormati dan kemakmuran yang dikongsi.
Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada detik bersejarah ini dan bertindak sebagai jambatan yang menyatukan manusia, membina keakraban dan menyalakan semangat persahabatan yang akan terus berkekalan di rantau ini.
=====
This afternoon, I welcomed Prime Minister Christopher Luxon of New Zealand to the 47th ASEAN Summit before chairing the 5th Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Summit in Kuala Lumpur.
For the first time since the RCEP Agreement was signed amid the uncertainty of the pandemic five years ago, regional leaders gathered once again, renewing the spirit of cooperation that began in adversity and now stands as a symbol of resilience.
Today’s meeting is more than a formal summit, it is a reflection of our shared resolve to build an Asia-Pacific rooted in mutual trust, respect, and shared prosperity.
Malaysia is honoured to host this historic gathering, a bridge uniting peoples, rekindling friendships, and inspiring a future defined by peace, understanding and enduring partnership.
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇳🇿
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Kanada, @MarkJCarney, destinasi pertama dalam rangka lawatan rasmi beliau ke Asia.
Kehadiran ini mencerminkan komitmen Kanada untuk memperkukuh keterlibatan dengan rantau ASEAN, khususnya dalam bidang ekonomi dan pembangunan mampan.
Dalam pertemuan dua hala, kami bersepakat untuk terus memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Kanada.
Kejayaan usaha sama LNG oleh PETRONAS di Kanada menjadi contoh nyata keyakinan terhadap potensi, kekuatan dan saling kebergantungan ekonomi antara kedua-dua negara.
Kami turut berbincang mengenai peluang baharu dalam bidang tenaga hijau, inovasi dan pendidikan, selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan.
//
The 47th ASEAN Summit also welcomed Canadian Prime Minister Mark J. Carney, with Malaysia as his first stop on his official visit to Asia. His visit reflects Canada’s commitment to deeper engagement with ASEAN, especially in economic cooperation and sustainable development.
During our bilateral meeting, we agreed to strengthen economic and investment ties. The PETRONAS LNG joint venture in Canada stands as a strong example of our mutual confidence and partnership.
We also explored new opportunities in green energy, innovation, and education towards inclusive and sustainable growth.
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
🇲🇾 🤝 🇨🇦
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia ternyata gembira dan berbangga tatkala menyumbang kepada kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN.
Malaysia memahami serta menggarap sejarah panjang serta deritanya di masa lalu, lantas kita memanfaatkan peranan ‘Chair of ASEAN 2025’ dengan menempa lembaran baharu diplomasi dan pensejarahan ASEAN yang tentunya akan menjamin masa depan yang lebih meyakinkan buat Timor-Leste dan ASEAN seluruhnya.
Atas nama keluarga majmuk ASEAN, saya tegaskan kita berdiri bersama atas semangat kasih sayang dan saling mendukung, saling hormat dan bergerak sederap ke hadapan. Nilai ini memberi keyakinan bahawa Timor-Leste akan menjadi anggota yang menyumbang kepada kekuatan, suara dan perspektif yang akan memperkaya kepelbagaian serta memperkukuh perpaduan ASEAN, selain menjamin kestabilan dan kemakmuran buat warga Timor-Leste seluruhnya.
🇲🇾🤝🇹🇱
Foto: Afiq Hambali
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Korea, @Jaemyung_Lee di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Kami bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Korea sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik tahun ini, berasaskan kerjasama Strategik yang telah dimeterai pada tahun 2024.
Perbincangan kami juga tertumpu kepada usaha pengukuhan dan peluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertahanan, infrastruktur serta pembangunan bandar pintar termasuk sektor baharu seperti teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
Malaysia menghargai sokongan berterusan Republik Korea dalam memacu pertumbuhan mampan demi manfaat bersama kedua-dua negara.
Saya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Lee dalam menerajui penganjuran APEC 2025 yang bakal memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan kerjasama global.
======
Held a meeting with President of the Republic of Korea, Lee Jae Myung, on the sidelines of the 47th ASEAN Summit.
Both sides reaffirmed our shared commitment to further strengthen Malaysia–Republic of Korea bilateral relations in conjunction with the 65th anniversary of diplomatic ties this year, building upon the Strategic Partnership established in 2024.
Foto: Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇰🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada hari ini, saya menyambut kehadiran Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Qiang, sebelum mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) ke-28 bersama rakan-rakan dari Jepun, China dan Korea Selatan.
Selama hampir tiga dekad, kerjasama APT kekal sebagai rangka kerja kukuh bagi dialog dan kerjasama serantau yang menyokong kestabilan serta pertumbuhan Asia Timur.
Kerjasama APT amat penting dalam memperkukuh daya tahan rantau ini, memperluas integrasi ekonomi, serta memastikan rantaian bekalan, teknologi dan pembangunan mampan terus diperkukuh demi manfaat bersama.
Ketika masyarakat di rantau ini berdepan cabaran global yang semakin kompleks, tanggungjawab kita ialah memperkukuh keyakinan dan memastikan kemajuan yang membawa manfaat kepada semua demi membina Asia Timur yang lebih aman, inklusif dan sejahtera.
——
Today, I welcomed Premier Li Qiang of the People’s Republic of China, before chairing the 28th ASEAN Plus Three (APT) Summit today with our partners from Japan, China and the Republic of Korea.
For nearly three decades, this partnership has provided a steadfast framework for regional dialogue and cooperation that supports East Asia’s stability and growth.
FOTO: Izzuddin Abd Radzak, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini dan sewaktu ucapan pembukaan, saya menegaskan bahawa selama lebih tiga dekad, hubungan dialog ASEAN–Republik Korea menjadi contoh kerjasama berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama.
Kini, hubungan ini telah berkembang menjadi Perkongsian Strategik Komprehensif lantas mencerminkan keyakinan mendalam dan nilai jalinan yang kukuh antara kedua-dua pihak.
Kita bertemu pada ketika dunia berdepan cabaran besar termasuk gangguan teknologi, persaingan strategik, rantaian bekalan yang terganggu serta tekanan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala.
Dalam suasana ini, ASEAN dan Republik Korea kekal berpandangan bahawa kemajuan hanya dapat dicapai melalui semangat kerjasama dan saling percaya.
Penyertaan sulung Presiden Republik Korea, @Jaemyung_Lee, sebagai rakan penting ASEAN dalam persidangan ini diharap dapat memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama strategik antara Republik Korea dan negara-negara sahabat ASEAN dalam pelbagai bidang
//
The ASEAN–Republic of Korea Summit, held in conjunction with the 47th ASEAN Summit, began today.
In my opening remarks, I highlighted that for over three decades, the ASEAN–Republic of Korea Dialogue has been a model of cooperation built on trust, mutual respect, and shared benefit.
Today, this partnership has evolved into a Comprehensive Strategic Partnership, reflecting deep confidence and strong ties between both sides.
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
🇲🇾🤝🇰🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini, saya sekali lagi berkesempatan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat, @realDonaldTrump, sebelum beliau berlepas ke Tokyo, Jepun.
Pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi, dan keamanan serantau.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranan beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang menjadi sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.
Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama, dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat.
======
Had the opportunity once again to hold a brief meeting with the President of the United States, Donald J. Trump, before his departure to Tokyo, Japan.
The meeting provided an opportunity to review the outcomes of the Malaysia–United States bilateral discussions held earlier, including strategic cooperation in the fields of trade, technology, and regional security, and to convey my deep appreciation to President Trump for his instrumental role in advancing the Kuala Lumpur Peace Accord (KL Accord) and the Gaza Peace Plan, both of which serve as beacons of hope for achieving a just and lasting peace.
Foto: Izzuddin Abd Radzak
🇲🇾🤝🇺🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 semalam menyaksikan negara kita menjadi pusat diplomasi dunia dengan kehadiran puluhan pimpinan dunia dari ASEAN, Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Australia, Kesatuan Eropah dan PBB, mencerminkan keyakinan global terhadap peranan ASEAN sebagai pusat perdamaian dan kemakmuran serantau.
Hari bersejarah ini turut menyaksikan termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand serta perjanjian perdagangan baharu Malaysia–Amerika Syarikat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 menghimpunkan pemimpin dari pelbagai rantau, mempertegas peranan Malaysia sebagai pusat diplomasi dunia dan nadi perdamaian serantau.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menutup hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya menghadiri makan malam Bloomberg Business Summit bersama tokoh perniagaan dan kewangan serantau.
Dalam ucapan saya menyeru agar ASEAN memperkukuh perdagangan dan kerjasama serantau, khususnya dalam bidang pendigitalan, kesalinghubungan dan keselamatan maritim bagi membuka sepenuhnya potensi ekonomi rantau ini.
Sebagai negara perdagangan, Malaysia akan terus meneroka pasaran baharu serta memperkukuh hubungan dengan ekonomi utama demi memastikan pertumbuhan dan pelaburan yang berterusan.
//
To close the first day of the 47th ASEAN Summit, I attended the Bloomberg Business Summit dinner with regional business leaders.
I urged ASEAN to boost trade and cooperation, especially in digitalisation, connectivity, and maritime security.
Foto: Shahnaz Fazlie
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perjanjian Damai Kuala Lumpur Kemboja–Thailand termeterai hari ini hasil usaha bersama rakan-rakan ASEAN dan Amerika Syarikat, yang memperteguh tekad ASEAN untuk kekal sebagai rantau yang aman dan makmur.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres bagi memperkukuh lagi kerjasama Malaysia–PBB, termasuk di bawah kerangka ASEAN–PBB.
Saya menzahirkan sokongan penuh Malaysia terhadap agenda reformasi PBB, termasuk Pact for the Future dan UN80 Initiative, serta menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkasa Wawasan Komuniti ASEAN 2045 seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 melalui pelaksanaan Complementarities Initiative 2.0.
Malaysia turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin, serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa.
Malaysia bersedia menyumbang dalam Misi Pengaman PBB ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota OIC.
Kami turut membincangkan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja, memajukan usaha dialog inklusif di Myanmar, serta memperkukuh agenda perubahan iklim global termasuk penyerahan Nationally Determined Contributions (NDC) 3.0 Malaysia menjelang COP30 di Brazil.
Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan pembangunan mampan sejagat.
======
Met with UN Secretary-General António Guterres to strengthen Malaysia–UN cooperation under the ASEAN–UN framework. I reaffirmed Malaysia’s support for UN reform through the Pact for the Future and UN80 Initiative, and our commitment to align the ASEAN Vision 2045 with the 2030 Sustainable Development Agenda.
Malaysia reiterated its unwavering support for Palestine, welcomed the ICJ’s ruling on Israel’s blockade, and expressed readiness to contribute to a UN Peacekeeping Mission to Gaza. We also discussed Malaysia’s role as ASEAN Chair in promoting regional peace and advancing global climate action ahead of COP30 in Brazil.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean
#un -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut berkesempatan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22 bersama sahabat saya Perdana Menteri India @narendramodi yang hadir secara virtual. Hubungan ASEAN-India adalah hubungan yang berpaksi pada nilai persahabatan, keyakinan dan kepentingan bersama, serta terus menjadi antara medan terbaik untuk kestabilan dan kemakmuran serantau.
Antara isu dan perkara yang menjadi tumpuan perbincangan adalah usaha memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) serta pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-India 2026-2030 bagi memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, keterjaminan makanan, dan pembangunan teknologi. Malaysia turut menghargai keakraban yang terpacul dengan India di bidang pendidikan, ekonomi dan pertukaran budaya.
Malaysia turut berkeyakinan kerjasama erat ASEAN-India akan terus memacu kemajuan yang inklusif, berdaya tahan dan saling memanfaatkan. Dengan semangat persahabatan dan saling menghormati antara negara, kita mampu untuk mengangkat rantau ini ke tahap yang lebih seimbang dan mampan untuk semua.
Foto: Fath Rizal, Afiq Hambali
🇲🇾🤝🇮🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun ke-28, saya mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, @takaichi_sanae, dalam suasana penuh mesra, terbuka dan konstruktif.
Pertemuan ini memperkukuh tekad bersama untuk memantapkan kerjasama dua hala, antaranya dalam bidang keselamatan maritim, daya tahan ekonomi, peralihan hijau serta urusan kemanusiaan yang semakin penting dalam lanskap serantau hari ini.
Saya percaya, dengan semangat saling menghormati dan keakraban yang sedia terjalin, Malaysia dan Jepun akan terus memperluas ufuk kerjasama baharu yang lebih progresif, inklusif dan berdaya tahan, demi keamanan dan kemakmuran bersama rantau ini.
//
After the 28th ASEAN–Japan Summit, I met with Japan’s Prime Minister Sanae Takaichi in a warm and constructive bilateral meeting.
Malaysia and Japan will continue to build a progressive and resilient partnership for regional peace and prosperity.
Foto: Afiq Hambali, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Pelepasan Asia (AZEC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini, saya tegaskan keperluan ASEAN untuk meneruskan iltizam peralihan tenaga serantau dengan menghormati keunikan setiap negara dalam menuju masa depan rendah karbon.
Rakan-rakan AZEC perlu memperhebat pelaburan dan kepakaran bagi mempercepat pembangunan ASEAN Power Grid, pemacu utama kepada keselamatan tenaga, akses yang lebih adil dan kos yang mampu milik untuk semua.
Malaysia sendiri telah melaksanakan beberapa langkah konkrit menerusi penggubalan Akta Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025; Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan, dan pelaksanaan cukai karbon bermula tahun depan.
Menerusi teknologi rendah karbon seperti hidrogen, biofuel dan storan tenaga, Malaysia komited memacu Asia ke arah masa depan yang hijau, inklusif dan berdaya tahan.
=====
During the Asia Zero-Emission Community (AZEC) Leaders’ Meeting held at the 47th ASEAN Summit today, I emphasised the need for ASEAN to sustain its commitment to regional energy transition while respecting each nation’s unique pathway towards a low-carbon future.
I urged AZEC partners to deepen investment and technical collaboration to accelerate the development of the ASEAN Power Grid — a key driver of regional energy security, equitable access, and affordability for all.
Malaysia has taken concrete steps through the enactment of the Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) Act 2025, the upcoming National Climate Change Bill, and the introduction of a carbon tax next year. Through low-carbon technologies such as hydrogen, biofuels, and energy storage, we remain steadfast in driving Asia toward a greener, more inclusive, and resilient future.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Fath Rizal, Apek Hambali
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya turut mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun ke-28 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Jepun baharu, @takaichi_sanae.
Ini merupakan lawatan kerja pertama Perdana Menteri Takaichi ke luar negara selepas memegang jawatan dan sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun, pastinya amat bermakna dan mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha memperkukuh kerjasama serantau.
Sidang kemuncak ini menjadi wadah penting bagi ASEAN dan Jepun memperkukuh ketahanan serantau, merangkumi pembangunan infrastruktur, kesiapsiagaan bencana, serta usaha mempersiapkan generasi muda ASEAN menghadapi ekonomi hijau dan digital masa hadapan.
ASEAN amat menghargai persahabatan erat Jepun serta sokongan berterusannya dalam memperkasa inovasi, rantaian bekalan yang berdaya tahan, tenaga bersih dan pertumbuhan berteraskan insan.
Malah, ASEAN juga berhasrat untuk terus bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Sanae Takaichi dan Kerajaan Jepun dalam memperkukuh hubungan yang berasaskan kepercayaan, nilai bersama serta cita-cita murni demi keamanan dan kemakmuran serantau.
///
As Chair of ASEAN, I was honoured to preside over the 28th ASEAN–Japan Summit — reaffirming a partnership built on trust, shared values, and a common vision for peace and prosperity in our region.
ASEAN deeply values Japan’s steadfast friendship and its support in advancing resilient supply chains, clean energy, and human-centred growth, and looks forward to working closely with Prime Minister Sanae Takaichi and the Government of Japan to advance our shared vision of innovation and resilient growth.
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Shahnaz Fazlie
🇲🇾🤝🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada majlis bersejarah melalui pembaharuan dan pemeteraian MoU antara ASEAN dan FIFA yang dilakukan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Antara yang dimeterai adalah penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA-ASEAN bagi memperkasa pembangunan bola sepak di rantau ASEAN.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak dalam memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial dan keamanan serantau.
Perkembangan pesat bola sepak di ASEAN membuktikan keupayaan sukan ini menyatukan masyarakat pelbagai latar dan budaya.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menekankan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial dan kerjasama serantau dan memastikan sukan ini terus berkembang secara mampan untuk generasi akan datang.
//
Malaysia is honored to host the signing of the ASEAN-FIFA MoU during the 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur.
Among the key outcomes is the launch of the new FIFA-ASEAN Cup, aimed at strengthening football development across the region.
This partnership reflects our shared commitment to use football to foster cultural growth, social progress, and regional unity.
Foto: Shahnaz Fazlie
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hubungan antara ASEAN dan Amerika Syarikat yang berteraskan aspirasi bersama untuk keamanan dan kemakmuran kini diperkukuh melalui kerjasama strategik yang semakin menyeluruh dan berpaksikan manfaat bersama.
Kedua-dua rantau memiliki potensi membuka lembaran baharu perdagangan, pelaburan dan peluang ekonomi yang mampan, memberi limpahan manfaat kepada rakyat di ASEAN dan Amerika.
Sidang Kemuncak ASEAN–Amerika Syarikat ke-13 turut menyaksikan pemeteraian Kuala Lumpur Accords antara Kemboja dan Thailand, satu kejayaan penting yang mencerminkan iltizam politik tinggi kedua-dua negara. Malaysia menghargai peranan signifikan Presiden Trump dalam memudah cara pelan damai bersejarah ini.
Malaysia turut menyambut baik pelan komprehensif yang dikemukakan Presiden @realDonaldTrump bagi menamatkan perang di Gaza, melalui diplomasi dan tekad kepimpinan, keamanan yang adil serta berkekalan dapat direalisasikan.
======
The ASEAN–United States partnership, founded on shared aspirations for peace and prosperity, continues to strengthen through deeper strategic cooperation built on mutual benefit and respect.
Both regions hold immense potential to usher in a new golden era through trade, investment and sustainable economic opportunities that will uplift communities across ASEAN and the United States.
The 13th ASEAN–US Summit also witnessed the signing of the Kuala Lumpur Accords between Cambodia and Thailand, a significant milestone reflecting the strong political will of both nations. Malaysia values President Donald J. Trump’s important role in facilitating this historic achievement.
Malaysia further welcomes President Trump’s comprehensive plan to end the Gaza conflict, a beacon of hope that through diplomacy and steadfast leadership, a just and lasting peace can be realized.
Foto: Fath Rizal, Afiq Hambali
🇲🇾🤝🇺🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand–Kemboja, saya bersama Presiden Amerika Syarikat, @realDonaldTrump, mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Pertemuan ini memperkukuh hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak tahun 1957, sambil membuka ruang baharu bagi memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan serta teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Saya turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Comprehensive Strategic Partnership, serta dalam menjayakan pelbagai inisiatif serantau termasuk usaha memperkukuh keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.
Saya juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan Pelan Damai Gaza, termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang dan proses pembinaan semula wilayah berkenaan dapat dilaksanakan segera demi keadilan dan maruah rakyat Palestin.
Malaysia akan terus memimpin dengan prinsip, bekerjasama atas dasar saling hormat, memperkukuh perdagangan bebas dan menjunjung keamanan sejagat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
Dalam kesempatan ini, kami turut menandatangani Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) dan Memorandum of Understanding on Critical Minerals, sebagai langkah strategik memperkukuh keterjaminan rantaian bekalan serta manfaat bersama antara kedua-dua negara.
Saya mendoakan agar hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump atas kesudian berkunjung ke Malaysia dan atas komitmen beliau dalam mempererat persahabatan antara kedua-dua negara.
//
This meeting further strengthened the diplomatic ties that have existed since 1957, while opening new avenues to deepen cooperation in trade, investment, energy, education, defense, as well as digital technology and artificial intelligence (AI).
I also expressed my appreciation for the United States’ continued support in elevating bilateral relations to the level of a Comprehensive Strategic Partnership and in advancing various regional initiatives, including efforts to strengthen peace and stability in Southeast Asia.
Malaysia also reaffirmed its commitment to the implementation of the Gaza Peace Plan, ensuring that humanitarian aid routes remain unobstructed and that the reconstruction process of the region can proceed swiftly, in the interest of justice and the dignity of the Palestinian people.
On this occasion, both sides also signed a Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) and a Memorandum of Understanding on Critical Minerals, as a strategic step to enhance supply chain resilience and promote mutual benefits between the two nations.
Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak
🇲🇾🤝🇺🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia melakar sejarah apabila menjadi saksi kepada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, sambil disaksikan oleh saya bersama-sama Presiden @realDonaldTrump, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul @prdthailand dan Perdana Menteri @Dr_Hunmanet_PM.
Alhamdulillah, detik ini menandakan kejayaan diplomasi ASEAN dalam menyemai keamanan dan kestabilan serantau, sebagai kesinambungan kepada gencatan senjata yang termeterai pada 28 Julai lalu di Putrajaya.
Saya menghargai keprihatinan rakan-rakan serantau dan antarabangsa yang mendukung usaha ini, termasuk Presiden Trump. Peranan bersama inilah yang mendorong pemimpin Kemboja dan Thailand mencapai kata sepakat serta mengambil langkah berani memilih perdamaian.
Di hadapan Presiden Trump, saya turut tegaskan keperluan memperluas agenda keamanan ini ke wilayah lain yang masih bergolak khususnya di Gaza, agar dunia kembali berpaksikan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Perjanjian ini membuktikan bahawa suara ASEAN kini semakin dihormati sebagai jambatan perdamaian, memperlihatkan bagaimana dialog dan kesederhanaan mampu menamatkan sengketa yang berpanjangan.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa bagi menjunjung keamanan, keadilan dan kesejahteraan bukan sekadar untuk ASEAN, tetapi untuk seluruh umat manusia.
=====
Malaysia marked a historic moment as we witnessed the signing of the Kuala Lumpur Peace Agreement between Cambodia and Thailand, alongside President Donald Trump, Prime Minister Anutin Charnvirakul, and Prime Minister Hun Manet.
Alhamdulillah, this milestone represents a triumph of ASEAN diplomacy, a continuation of the ceasefire concluded in Putrajaya on 28 July in our collective pursuit of peace and regional stability.
Malaysia is proud to have played a key facilitating role in ensuring that dialogue and understanding prevail over division.
I appreciate the support of our regional and international partners, including President Trump, whose engagement helped encourage both Cambodian and Thai leaders to take the courageous step toward reconciliation.
I also stressed the importance of extending this peace agenda to other conflict-ridden regions, particularly Gaza, so that justice and humanity may once again anchor global order.
This accord stands as a testament to ASEAN’s growing voice as a bridge for peace, proving that moderation and dialogue can resolve even the most entrenched disputes.
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025
#perjanjiandamaikualalumpur -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, ASEAN melakar satu lagi detik bersejarah dengan penyerahan Protokol Kedua bagi Pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) semasa sesi pembukaan ASEAN Plenary.
Sewaktu pembukaan ASEAN Plenary, saya maklumkan hadirin langkah ini memperkukuh integrasi ekonomi serantau, pada saat dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan fragmentasi geoekonomi.
Pindaan ATIGA ini bukan sekadar memperkukuh perdagangan lantas mencerminkan tekad bersama negara anggota untuk memperkasa keterhubungan, ketahanan dan daya saing ekonomi ASEAN.
Inisiatif ini turut menzahirkan semangat ASEAN yang komited terhadap sistem perdagangan terbuka, berasaskan peraturan dan berpandangan ke hadapan.
⸻
Today, in conjunction with the 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur, ASEAN marks a historic milestone with the handover of the Second Protocol to Amend the ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) during the opening session of the ASEAN Plenary, a significant step towards strengthening regional market integration at a defining time marked by geopolitical uncertainty and growing geo-economic fragmentation.
The upgraded ATIGA reinforces ASEAN’s shared commitment to an open, rules-based, and forward-looking trading system, reflecting our collective will to build a resilient and connected regional economy.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama para pemimpin ASEAN dan Tetamu Pengerusi menyaksikan detik bersejarah tatkala Timor-Leste diterima dan diangkat secara rasmi sebagai anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini.
Detik bersejarah ini ternyata merangkul semangat kebersamaan dan peluasan keluarga besar ASEAN yang majmuk dan rencam budaya atas semangat kecintaan dan perpaduan yang utuh.
Ia bukan sekadar peristiwa diplomatik, tetapi manifestasi kekuatan perpaduan dan tekad bersama untuk terus membina rantau yang aman, makmur dan berdaya saing.
Ia tentunya membuka jaringan yang lebih luas buat negara anggota baharu Timor-Leste untuk menyemarak kemakmuran, dan ia bukan lagi sekadar satu babak dalam sejarah diplomasi rantau ini, tetapi turut menjadi antara pencapaian terbesar ASEAN setakat ini.
Tahniah Timor-Leste!
//
Today, together with ASEAN leaders and the Chair’s Guests, I witnessed a historic moment as Timor-Leste officially joined ASEAN as its 11th member.
This milestone reflects our shared unity and strength, a powerful step toward a more peaceful, prosperous, and resilient region.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Timor-Leste! Anggota baharu ASEAN.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat datang ke Malaysia Presiden @realDonaldTrump!
Menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Presiden Trump turut dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan yang memperlihatkan keindahan warisan seni dan budaya Malaysia.
Usai sesi di KLIA, kami kemudian bergerak ke KLCC untuk meneruskan agenda sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
//
Welcome to Malaysia, President Trump!
Had the honour of welcoming the President of the United States, Donald J. Trump, at the Bunga Raya Complex, Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
🇲🇾🤝🇺🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Masa depan ASEAN sedang ditentukan oleh wahana yang dipasak hari ini. Tugas dan amanah kepada kita adalah untuk mengolahnya dengan baik dan bijaksana demi kesejahteraan keluarga besar ASEAN.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya dengan penuh syukur mengalu-alukan kehadiran para pemimpin ASEAN, Tamu Negara Pengerusi ASEAN serta negara-negara sahabat dari seluruh dunia serta para tetamu kehormat ke Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beriltizam untuk memperkukuh perpaduan serantau, memperbaharui semangat kerjasama, meluaskan tumpuan dan persahabatan serta memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan seluruh ASEAN.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.
Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.
Sebagai tuan rumah dan Pengerusi, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global dan suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).
Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan.
Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.
//
The 47th ASEAN Summit begins today, bringing together regional leaders and delegates to strengthen cooperation and shape a more inclusive, prosperous, and resilient ASEAN.
As host and Chair, Malaysia leads with confidence and principle, upholding ASEAN as a pillar of stability, guided by the values of Malaysia MADANI toward unity, peace, and shared prosperity.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya turut menerima kunjungan Presiden Republik Afrika Selatan @CyrilRamaphosa, di mana kami berbicara dan menumpukan kepada memperkukuh hubungan dua hala dalam perdagangan, pelaburan, AI, tenaga boleh diperbaharui dan pendidikan.
Malaysia dan Afrika Selatan berkongsi aspirasi yang sama yakni sebuah dunia yang lebih adil, seimbang dan inklusif, terutama bagi negara-negara ‘global south’.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri pra-mesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan bermula esok di bawah kepengerusian Malaysia.
Sebagai tuan rumah, Malaysia beriltizam memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar dan mencapai hasil yang bermakna dalam memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.
Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini menyambut sahabat saya dari Brazil, Presiden @LulaOficial yang berkunjung ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Pertemuan kami berlangsung dalam semangat persahabatan yang erat dan saling meyakini.
Kami sepakat menghampar serta mencorak lembaran kerjasama baharu di lapangan perdagangan, tenaga, teknologi makanan, budaya, penyelidikan dan pendidikan. Saya tegaskan juga bahawa kunjungan ini sangat bermakna buat Malaysia tatkala ia melangkaui protokol dan berpaksi pada persahabatan, keyakinan dan harapan yang tinggi.
🇲🇾🤝🇧🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu lawatan ini juga, saya dan Presiden Afrika Selatan, @CyrilRamaphosa, telah mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala dan pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Dalam sidang media bersama, kami sepakat memperkukuh dan memperluas kerjasama perdagangan, termasuk meneroka pasaran baharu melalui BRICS.
Afrika Selatan mempunyai kedudukan istimewa dan pengaruh besar, khususnya dalam pertahanan, pertanian dan industri berasaskan sumber.
Malaysia berhasrat memperkukuh kerjasama dalam sektor minyak sawit, semikonduktor, halal, pertanian moden, pendidikan, serta penyelidikan dan sains.
Kedua-dua negara akan meneliti langkah susulan agar manfaatnya dirasai rakyat.
///
During the visit, President Cyril Ramaphosa and I led our respective delegations in a warm and constructive bilateral meeting.
We agreed to strengthen and expand trade cooperation, including exploring new markets through BRICS.
Malaysia looks forward to deepening collaboration in areas such as palm oil, semiconductors, halal industries, modern agriculture, education, and scientific research.
🇲🇾🤝🇿🇦
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyambut ketibaan Presiden Republik Afrika Selatan @CyrilRamaphosa di Kompleks Seri Perdana sebagai sebahagian dari kerangka lawatan rasmi ke Malaysia.
Beliau dan delegasi disambut dengan persembahan warisan budaya negara yang menjadi lambang kesatuan rakyat Malaysia dan nilai kenegaraan.
Persembahan ini menjadi manifestasi kesungguhan kita dalam melonjak persahabatan dan kerjasama yang erat Malaysia-Afrika Selatan melalui seni dan budaya, dan ruang dan pentas ASEAN pastinya dimanfaatkan untuk rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Afrika Selatan.
🇲🇾🤝🇿🇦
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini, saya menerima kehadiran Presiden Republik Afrika Selatan, @CyrilRamaphosa, yang berkunjung ke Malaysia sebagai Tamu Negara Pengerusi ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung esok.
Setibanya di Perdana Putra, Presiden Ramaphosa dan delegasi beliau disambut dengan istiadat rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat), simbol persahabatan dan penghormatan antara dua negara.
Lawatan rasmi ini merupakan yang pertama oleh Presiden Ramaphosa sejak beliau memegang jawatan pada tahun 2018, menandakan satu lagi detik penting dalam hubungan dua hala yang terus berkembang pesat sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Afrika Selatan pada awal 1990-an.
//
Today, I welcomed South African President Cyril Ramaphosa to Malaysia as the Official Guest of the ASEAN Chair ahead of the 47th ASEAN Summit.
His first official visit since 2018 reflects the enduring friendship and growing partnership between Malaysia and South Africa.
🇲🇾🤝🇿🇦
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di sela-sela kunjungan rasmi pimpinan antarabangsa di Putrajaya.
Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN, termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.
Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global.
Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.
======
Met with FIFA President Gianni Infantino to discuss collaborative efforts to strengthen the football ecosystem in Malaysia and across the ASEAN region. Our discussion focused on the FIFA Arena development project, designed to nurture local talent, enhance sporting infrastructure, and elevate the overall standard of the game nationally.
We also discussed the ASEAN-FIFA Memorandum of Understanding on Football Development, which signifies a collective commitment to advancing Southeast Asia’s position as a respected force in global football.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia berbesar hati dan berbangga tatkala menerima kunjungan rasmi sahabat saya Presiden @LulaOficial dan isteri dari Brazil hari ini. Beliau adalah pemimpin dan tokoh yang kental memperjuangkan nasib dan maruah kaum pekerja, lantang dalam keadilan sosial serta tegas menggugah prinsip kemanusiaan di pentas dunia, termasuk kezaliman di Gaza dan perjuangan melindungi bumi dan khazanahnya daripada kemelut dan bencana iklim.
Dalam pertemuan hari ini, kami mengangkat tingkat kerjasama di pelbagai bidang yang dekat dengan kedua-dua negara, yakni perdagangan dan pelaburan, sektor tenaga, teknologi makanan, keterjaminan makanan, pendidikan dan budaya, serta teknologi tinggi dan semikonduktor. Malaysia menzahirkan penghargaan setulusnya kepada Brazil atas dukungan yang diberikan kepada Petronas dan Yinson serta peluang yang dihamparkan bagi memperluas kerjasama dalam teknologi pertanian dan industri makanan.
Dalam sidang media bersama, saya turut berkongsi bahawa pemikiran saya turut dipengaruhi seorang tokoh ilmuwan Brazil yakni Dr. Ezraily Vargas yang pernah membimbing saya ketika muda, apatah lagi kini dalam usaha menterjemah serta mengolah dasar penyelidikan negara. Beliau menanam keyakinan bahawa kemajuan sesebuah negara itu mesti berpaksi dan bertunjangkan ilmu, penyelidikan yang ‘rigorous’ dan inovasi yang menepati semangat zaman (zeitgeist).
Justeru, mesti ditegaskan betapa kunjungan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva selain menepati tuntutan diplomatik dan protokol kenegaraan, ia berakar pada nilai bersama (shared values) iaitu, kemanusiaan, keadilan dan harapan untuk dunia yang lebih bermaruah. Lantas, Malaysia dan Brazil berjanji untuk berjalan sederap merapatkan Asia Tenggara dan Amerika Latin sebagai satu ketumbukan perjuangan menjelma kemakmuran dan kemuliaan insan.
—
Malaysia is honoured to receive President Lula and the First Lady of Brazil. President Lula is a leader known for defending workers’ dignity, social justice, and humanitarian principles, including calling for an end to the suffering in Gaza and urging stronger climate action.
We agreed to deepen cooperation in trade and investment, energy, food and agricultural technology, education, culture, and high-tech sectors. I also shared how a Brazilian scholar, Dr. Ezraily Vargas, once shaped my belief that national progress must be rooted in knowledge, research, and innovation.
This visit reflects our shared values of humanity, justice, and dignity — and our commitment to strengthen ties between Southeast Asia and Latin America for a more prosperous and humane world.
🇲🇾🤝🇧🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai sambutan rasmi, saya bersama Presiden Republik Persekutuan Brazil @LulaOficial berangkat ke Kompleks Seri Perdana bagi meneruskan urusan rasmi seterusnya.
Kehadiran beliau dan delegasi disambut dengan persembahan yang menampilkan kekayaan warisan seni dan budaya Malaysia, lambang perpaduan dan keindahan jati diri bangsa.
Acara ini bukan sekadar meraikan persahabatan dua negara, tetapi turut menjadi wadah memperkenalkan keindahan budaya dan seni tempatan ke persada dunia, seiring peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang bertekad mengangkat suara dan citra rantau ini di mata global.
//
After the official ceremony, Brazilian President Luiz Inácio Lula da Silva and I proceeded to Seri Perdana for our next engagement. The delegation was greeted with performances highlighting Malaysia’s rich cultural heritage, a reflection of our unity and identity.
It was a celebration of friendship and a chance to showcase Malaysia’s culture to the world, in line with our role as ASEAN Chair.
🇲🇾🤝🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sahabat dan Presiden Republik Persekutuan Brazil @LulaOficial di Putrajaya pagi tadi yang kini berkunjung ke Malaysia selama tiga hari sebagai Tamu Negara Pengerusi ASEAN.
Medan pertemuan ini selain menjadi ruang memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat kedua-dua negara Malaysia dan Brazil di pelbagai lapangan penting seperti pelaburan dan perdagangan, tenaga, sektor halal, ia antara lain penting dalam menonjolkan reputasi dan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa terutamanya di benua Amerika Selatan.
—
This morning in Putrajaya I welcomed my friend, President of the Federative Republic of Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, who is in Malaysia for a three-day State Visit as the ASEAN Chair’s Guest.
Our discussions focused on strengthening cooperation between Malaysia and Brazil in key sectors including investment and trade, energy, and the halal industry, while further enhancing Malaysia’s presence and engagement in the South American region.
🇲🇾🤝🇧🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya, saya menerima memorandum daripada gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Memorandum tersebut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian dan langkah Kerajaan dalam memanfaatkan peluang kerjasama ASEAN–Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Ia juga menzahirkan sokongan agar Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai pusat keamanan dan dialog serantau, di samping menyeru supaya suara rakyat Malaysia disampaikan dengan jelas dan menolak sebarang dasar yang terus menzalimi warga Gaza.
Saya menghargai keprihatinan dan semangat solidariti yang dizahirkan oleh pelbagai pihak, selaras dengan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan keadilan dan kemanusiaan di peringkat global.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari Jumaat penuh keberkatan ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya.
Khutbah hari ini bertajuk “Menabur Bukti, Menuai Syurga” mengingatkan kita tentang tanggungjawab memuliakan warga emas, generasi yang telah banyak berbakti dan berjasa.
Ia menyeru agar kita terus menebar kasih sayang, bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga dalam masyarakat, agar tiada insan tua yang dibiarkan hidup sendirian tanpa perhatian dan belaian.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan insan yang menabur bakti dan kasih di dunia, demi menuai ganjaran syurga di akhirat kelak.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah menerima kunjungan hormat Ahli Lembaga bagi World Scout Foundation (WSF), YM Puteri Sama bint Faisal Al Saud, di pejabat saya semalam.
Kunjungan Puteri Sama bersempena penganjuran 77th World Baden-Powell Fellowship Event yang berlangsung di Kuala Lumpur mulai semalam sehingga 26 Oktober ini.
Perbincangan kami menyentuh peranan WSF dalam memperkasa generasi muda di peringkat global, termasuk inisiatif Messengers of Peace yang memberi impak positif terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat.
Malaysia dan Arab Saudi berkongsi aspirasi yang sama dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan belia, inovasi sosial dan diplomasi budaya.
Semoga jalinan kerjasama ini terus mekar dan menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan telah bertindak menubuhkan Majlis Pendidikan Negara sebagai usaha dan langkah jangka panjang bagi mendepani kelemahan serta permasalahan yang telah lama mengakar di sektor pendidikan.
Tentunya dalam menjelmakan sebuah sistem pendidikan yang terangkum dan bermaruah, kita memerlukan kesemua pandangan dari pelbagai pihak, terutamanya ibu bapa, guru-guru, cendekiawan serta pemerhati, dan kesemua pandangan itu mesti diselaras dan diambilkira dan diteliti melalui Majlis ini sebagai langkah ke depan untuk negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi di Parlimen saya menyuntik semangat kepada komitmen padu yang ditonjolkan pasukan Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang terlibat serta seluruh ketumbukan penjawat awam dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan mula berlangsung dalam masa beberapa hari lagi.
Saya yakin kesemua mereka—termasuk barisan rakyat Malaysia—mahu bersama menonjolkan imej serta reputasi Malaysia yang seragam dan komited, selain elemen kestabilan dan kemakmuran yang utuh.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan terus komited memastikan hak dan keperluan rakyat Sabah dipenuhi melalui Pemberian Khas Persekutuan, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ia bukan sekadar angka, tetapi lambang kesungguhan Kerajaan memastikan kesejahteraan rakyat di Sabah terus terbela.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal bermula hujung minggu ini, saya bersama Menteri Luar serta Ketua-Ketua Pengarang media tempatan dan antarabangsa malam tadi telah berkongsi pandangan awal mengenai fokus dan harapan kita terhadap penganjuran kali ini yang bukan sahaja penting kepada Malaysia, tetapi turut membawa manfaat besar kepada seluruh rantau ASEAN.
Sidang kali ini mencatat sejarah baharu bukan sahaja dengan kehadiran pimpinan dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Presiden Brazil dan Presiden Afrika Selatan, malah menandakan kebangkitan semula semangat ASEAN yang berpaksikan nilai kesederhanaan, solidariti dan kesejahteraan bersama.
Sebagai Pengerusi, Malaysia akan memimpin dengan prinsip dan keyakinan selain terus mempertahankan Kepusatan ASEAN, memperkukuh perdagangan bebas, memperjuangkan keamanan serantau serta membawa suara Negara-Negara Selatan ke pentas global termasuk dalam isu Gaza di mana Malaysia konsisten menuntut keadilan, keamanan berkekalan dan maruah kemanusiaan.
Sidang kali ini juga amat bersejarah kerana ASEAN akan meraikan penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11, lambang keterangkuman dan semangat kekeluargaan rantau ini yang semakin utuh.
Dalam masa sama, Malaysia menegaskan pentingnya memperkukuh dialog dan persefahaman antara Thailand dan Kemboja dalam menangani isu-isu berbangkit selaras dengan semangat diplomasi damai dan perpaduan ASEAN.
Kita juga kekal menyokong usaha damai di Myanmar melalui pendekatan diplomasi berprinsip dan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara demi keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
Saya yakin kerjasama erat antara kerajaan dan media akan memperkukuh kefahaman rakyat terhadap peranan Malaysia sebagai negara yang memimpin dengan hikmah, berprinsip dalam pendirian dan berani memperjuangkan keadilan sejagat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi saya menerima panggilan telefon dari rakan sejawat Perdana Menteri Republik India Narendra Modi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–India ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.
India kekal sebagai rakan penting Malaysia di lapangan perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama erat di sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau.
Kami turut menyentuh mengenai penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini.
Beliau memaklumkan akan menghadiri secara atas talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di India pada ketika itu.
Saya menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada beliau serta seluruh rakyat India.
Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia–India dan meningkatkan lagi kerjasama ASEAN–India ke arah rantau yang lebih aman dan makmur.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan negara di mana kami menyentuh mengenai strategi untuk memangkin industri pertanian secara menyeluruh.
Seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sektor pertanian perlu diperkukuh melalui pendekatan baharu yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan teknologi.
Satu dasar sedang dipertimbangkan dan dimuktamadkan sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks, menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti. Justeru, dasar tersebut akan memberi penumpuan kepada pengeluaran pertanian dan agromakanan yang cekap dan produktif, kemampanan sistem agromakanan, diplomasi makanan serantau, pemakanan sihat dan seimbang dan pertumbuhan ekonomi yg terangkum.
Dasar ini turut akan diperkukuh dengan perundangan khusus bagi menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan dasar serta tindakan antara pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat. Langkah ini penting bagi memperkukuh tadbir urus, selain memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara secara menyeluruh.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Iltizam memenuhi keperluan pendidikan menengah yang turut menawarkan iklim dini kepada pelajar terus diberi perhatian. Selain pembangunan dan kemudahan fizikal, kepentingan roh pendidikan serta esensi nilai dan akhlak dalam pendidikan anak-anak adalah penting.
Hari ini saya mendengar taklimat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengenai rancangan mengembangkan lagi institusi pendidikan menengah dan pengajian tinggi dibawah MAIWP di Kuala Lumpur.
Semoga perancangan menawarkan pendidikan berkualiti oleh MAIWP ini bermanfaat bagi anak dari keluarga yang memerlukan selain menjadi penyambung amal jariah hasil sumbangan zakat yang sumbangkan di Wilayah Persekutuan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional dan penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025, saya menegaskan bahawa kepentingan negara mesti sentiasa mengatasi segala pertimbangan lain.
Kerajaan tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat hanya kerana perbezaan politik, lantas integriti dan tadbir urus mesti kekal menjadi asas dalam setiap keputusan pentadbiran.
Ini soal integriti, kita mahu jaga negara atau jaga parti? Jika kerajaan lebih mementingkan imej politik hingga mengabaikan keadilan kepada rakyat, itu bukan governans, tetapi penyalahgunaan kuasa.
Kita harus sentiasa ingat bahawa integriti dan tadbir urus bukan sekadar slogan moden, tetapi nilai asas dalam membina semula negara selepas penjajahan.
Perjuangan kita hari ini ialah memperkukuh asas itu dengan integriti, keadilan dan tadbir urus yang berteraskan amanah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI terus menzahirkan komitmen terhadap kemakmuran Sabah dengan meningkatkan Pemberian Khas Persekutuan dua kali ganda kepada RM600 juta pada 2025, kadar tertinggi pernah direkodkan.
Saya maklumkan Dewan Rakyat hari ini, pembayaran penuh telah disalurkan pada 10 September lalu, hasil persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah selaras dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Langkah ini menegaskan tekad Kerajaan MADANI dalam menunaikan janji kepada Sabah serta memperkukuh kemampuan negeri demi kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan Kerajaan MADANI terus menunjukkan kemajuan positif dalam menyelesaikan pelbagai isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi Sabah.
Menerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sebanyak 13 tuntutan utama telah berjaya diselesaikan, membuktikan kesungguhan kerajaan menunaikan janji kepada rakyat Sabah.
Berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, saya maklumkan Kerajaan menghormati proses perundangan dan akan meneliti alasan penghakiman apabila diterima kelak, sebelum mengambil langkah seterusnya berdasarkan nasihat Peguam Negara.
Ini penting demi memastikan setiap keputusan berpihak kepada kebaikan Sabah dan kesejahteraan seluruh Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berucap pada Persidangan GOTRADE 2025, saya menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.
Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini, di samping memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.
Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya.
Justeru, jangan kita alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan, tetapi menjadi keperluan utama yang akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi, saya telah berkesempatan menyempurnakan PNB Knowledge Forum 2025, bertemakan “Transformation” (Transformasi), forum ini menghimpunkan tokoh-tokoh ekonomi dan pemimpin korporat bagi membincangkan fenomena global yang sedang menggegarkan landskap ekonomi dunia.
Hakikatnya, transformasi menyeluruh mesti bukan sekadar dimulakan, tetapi dihidupkan dan digiatkan tatkala dunia kini berdepan kemajuan teknologi yang begitu pesat serta ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing dan menjejaskan kesejahteraan sejagat.
Melalui inisiatif seperti Program GEAR-uP, Sekolah Angkat MADANI, dan Kampung Angkat MADANI, GLIC telah menggerakkan agenda transformasi yang bukan sahaja memacu ekonomi bernilai tinggi, tetapi turut mempertinggi taraf hidup rakyat di seluruh pelosok negara.
Namun sebesar mana pun cita-cita transformasi ini, ia tidak akan bermakna andai tidak diiringi dengan reformasi tatakelola yang berani.
Insya-Allah, selagi Kerajaan MADANI diberi amanah memimpin, kami akan terus menegakkan keadilan, memperkukuh tatakelola, dan memastikan reformasi bukan sekadar retorik tetapi tindakan nyata, demi maslahat rakyat dan kemakmuran sejagat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I congratulate Her Excellency Sanae Takaichi on her appointment as Prime Minister of Japan.
Her elevation to office as Japan’s first woman Prime Minister is a landmark in the country’s political life, a reflection of her resolve and the quiet evolution of Japan’s democracy. Malaysia values its Comprehensive Strategic Partnership with Japan, built on trust, innovation and a shared commitment to regional stability and sustainable growth. I look forward to welcoming Prime Minister Takaichi to Kuala Lumpur next week for the ASEAN-Japan Summit, where our countries will continue to deepen this partnership.
I also extend my appreciation to former Prime Minister Shigeru Ishiba, whose visit to Malaysia earlier this year strengthened the enduring friendship between our two nations.
ANWAR IBRAHIM
Photo : Reuters
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan ke Perak yang sarat dengan makna.
Dari semangat peserta Hari Sukan Negara, tekad pelajar yang bakal menduduki SPM, wawasan mahasiswa Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), keceriaan pelajar yang menyambut perayaan Hari Deepavali, hingga kesungguhan warga sekolah tahfiz, semuanya mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang berwarna, bersemangat dan penuh harapan.
Moga kita semua terus melangkah jauh, membawa sinar untuk Malaysia yang maju dan harmoni selamanya.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Program terakhir saya di Ipoh hari ini ialah menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Warga Sekolah Pondok, sambil berpeluang menyantuni para pelajar, pendidik dan masyarakat setempat.
Saya kagum melihat kemudahan dan infrastruktur di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, yang bukan sahaja selesa tetapi juga mampu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh pembelajaran serta pembentukan sahsiah pelajar.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa pondok di Malaysia, pesantren di Indonesia, zawiyah dan ma‘had di negara lain, semuanya mempunyai sejarah panjang dan peranan besar dalam membina tamadun bangsa.
Di institusi seperti inilah lahirnya insan berilmu, berakhlak dan berjiwa merdeka. Di sinilah juga tertanam semangat menentang penjajahan, mempertahankan maruah serta memperkukuh jati diri umat.
Anak muda hari ini perlu memahami bahawa kekuatan sesuatu bangsa tidak hanya terletak pada kekayaan atau kuasa, tetapi pada ilmu, iman dan nilai perjuangan yang diwariskan oleh institusi seperti pondok dan pesantren ini.
Warisan ilmu dan semangat ini perlu terus kita hidupkan, agar akar budaya, akidah dan jati diri bangsa kekal teguh dalam menghadapi cabaran dunia moden.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Ucapan Belanjawan 2026, saya menukil hikmah peradaban dan kebijaksanaan pemikir serta pujangga ulung untuk membina masa depan yang adil, makmur dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian menyertai Majlis Sumbangan Kasih MADANI sempena Deepavali 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, bersama warga sekolah dan ibu bapa dalam suasana penuh santai serta harmoni.
Dalam ucapan saya, saya tekankan bahawa semakin dunia melangkah ke arah kemajuan dan kecanggihan, semakin penting untuk kita mengekalkan nilai perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain.
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia bukanlah kelemahan yang perlu dipersoalkan, sebaliknya kekuatan yang harus diraikan, kerana inilah asas kepada perpaduan dan keharmonian negara.
Saya turut mengingatkan bahawa meskipun pelajar di sekolah ini datang daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, mereka tetap belajar dan membesar bersama di bawah satu bumbung, sebagai keluarga besar Malaysia.
Malaysia ini negara berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya. Anak-anak kita sama ada Melayu, Cina, India atau Orang Asli, mampu bergaul sebagai satu pasukan anak-anak Malaysia yang bersatu hati.
Sayugia, kita semua harus terus memupuk semangat saling menghormati serta memuliakan kepelbagaian budaya yang menjadi nadi kekuatan bangsa dan negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan MADANI 2026 dirangka dengan tekad meringankan beban keluarga yang saban hari berjuang demi kelangsungan hidup. Sepanjang 2025, lebih RM13 bilion diperuntukkan bagi STR dan SARA yang memberi manfaat kepada hampir 9 juta rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, SARA bulanan membantu rakyat membeli makanan, ubat dan keperluan anak-anak ke sekolah. Insya-Allah, mulai tahun depan bantuan ini akan diperluas:
📌 9 juta penerima STR terima SARA RM100 setiap bulan
📌 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih terima SARA RM200 setiap bulan
📌 Penerima STR kategori bujang terima SARA RM50 setiap bulan
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan agenda di Ipoh, saya berkesempatan menyertai Seminar SPM Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy, bersama ribuan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam sesi tersebut, saya tekankan bahawa kecemerlangan akademik mesti seiring dengan ketinggian akhlak, moral dan etika hidup.
Pendidikan bukan sekadar untuk memperoleh ilmu dan meningkatkan martabat diri, tetapi juga sebagai wadah membentuk insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Saya turut menzahirkan kebimbangan terhadap laporan mengenai masalah disiplin dan gejala sosial yang melibatkan pelajar.
Institusi pendidikan seharusnya menjadi medan untuk membina manusia yang baik, bertanggungjawab dan berakhlak mulia, bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan.
Sebelum beredar, saya juga menegaskan kepentingan membanteras budaya buli di sekolah, yang kini memerlukan perhatian serius sehingga kerajaan menggubal undang-undang anti-buli bagi melindungi pelajar serta memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berperikemanusiaan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setelah berani mengusung reformasi, inilah masanya memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan MADANI Keempat yang saya hamparkan semalam membuka lembaran pertama di bawah RMK13, memaknai erti reformasi yang kini diterjemah kepada tindakan dan hasil nyata.
Ia mengangkat keberanian menegakkan tatakelola, menurunkan defisit, memperkukuh kebajikan dan melonjak ekonomi bernilai tinggi.
Ini adalah belanjawan yang menggabungkan disiplin dan nurani demi masa depan Malaysia yang adil, makmur dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian meluangkan masa bertemu dan berdialog bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas, (UTP), di Seri Iskandar, Perak.
Program bersempena syarahan awam bertajuk “Universiti sebagai Aset Strategik: Merencana Masa Depan Malaysia melalui Bakat, Teknologi dan Transformasi” itu memberi peluang kepada mahasiswa UTP berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan negara.
Sesi dialog tersebut menjadi wadah penting bagi membincangkan isu masa depan pekerjaan, cabaran teknologi baharu serta keperluan membina tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, tetapi juga beretika, inovatif dan berdaya tahan.
Ia turut mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap generasi muda sebagai rakan kongsi penting dalam menerajui transformasi nasional seiring dengan gagasan Malaysia Madani.
Saya turut merasmikan panel solar bumbung tunggal terbesar di Malaysia di UTP, hasil kerjasama dengan Gentari, sebagai simbol komitmen terhadap agenda tenaga hijau dan kelestarian negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Panji Islam terus berkibar, syiarnya terus mekar di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI demi kemajuan ummah.
Menerusi Belanjawan 2026, lebih RM2.6 bilion diperuntukkan bagi memperkasakan institusi Islam: memperluas pendidikan Islam di semua peringkat, menaik taraf sekolah tahfiz dan pondok, serta memperkasa masjid sebagai pusat ilmu dan pembangunan komuniti.
Fitnah kononnya Kerajaan MADANI meminggirkan Islam hanyalah permainan politik sempit yang menunggang agama demi kuasa. Hakikatnya, kerajaan inilah yang benar-benar melaksanakan dasar Islam secara beradab, berilmu dan berpaksikan ihsan, bukan sekadar slogan.
Islam tidak ditegakkan dengan caci-maki atau kebencian, tetapi dengan kebijaksanaan dan keadilan, inilah roh sebenar Islam yang MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Turun ke Ipoh, Perak hari ini bagi menghadiri beberapa agenda penting, dan pada pagi ini saya merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa sukan adalah wadah penyatuan yang menyatukan kita semua tanpa mengira warna kulit, bahasa atau asal usul. Di padang, gelanggang dan trek, kita berdiri sebagai satu bangsa: Malaysia.
Sukan bukan sekadar medan untuk mencari kemenangan, tetapi ruang untuk membina semangat, disiplin dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Kerajaan akan terus memperkukuh sokongan agar semangat kesukanan terus subur, bukan hanya untuk melahirkan juara, tetapi juga untuk membina masyarakat yang berdisiplin, bersemangat dan bersatu hati.
Marilah kita bersama menjadikan sukan sebagai jambatan perpaduan, medan persaudaraan dan lambang kekuatan Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam, pesara, veteran dan petugas agama di seluruh negara:
💰 RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
💰 RM250 kepada pesara dan veteran
💰 RM500 kepada 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI akan meneruskan usaha menyerap 4,500 doktor kontrak ke jawatan tetap, sebagai kesinambungan kepada 12,900 doktor kontrak yang telah diserap sejak 2023.
Selain itu, kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) akan dinaikkan sekitar 40 peratus, manakala kadar fi perundingan pengamal perubatan am disemak semula buat kali pertama sejak 2006.
Ini adalah penghargaan kita terhadap pasukan barisan hadapan yang saban hari menggalas amanah merawat dan menyelamatkan nyawa. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha sedaya upaya menyelesaikan isu kebajikan petugas kesihatan yang telah berlarutan sekian lama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya terharu melihat sambutan luar biasa terhadap inisiatif SARA Untuk Semua yang diperkenalkan Ogos lalu sebagai penghargaan untuk rakyat.
Justeru, Kerajaan akan sekali lagi menyalurkan RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menjelang pertengahan Februari tahun depan. Semoga ia dapat dimanfaatkan untuk persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Belanjawan 2026 menjadi satu lagi langkah besar dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat dan harkat rakyat.
Belanjawan kali ini cukup bermakna kerana kami akhirnya dapat menunaikan hasrat yang tertangguh sekian lama yakni pemansuhan bayaran balik PTPTN untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta dan pendidikan percuma di IPTA bagi keluarga miskin, janji yang saya lafazkan 13 tahun lalu.
Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memakmurkan ekonomi negara, memperkukuh keadilan sosial, dan mengembalikan segala hasil kemakmuran ini kepada rakyat Malaysia yang menjadi nadi perjuangan kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan MADANI Keempat yang saya bentangkan di Dewan Rakyat sebentar tadi memperuntukkan RM470 bilion untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat, di samping memacu pembangunan negara. Antaranya:
🎓 Pendidikan percuma di IPTA untuk keluarga berpendapatan rendah
🧾 Pengecualian bayaran balik PTPTN untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana
📌 🫶 9 juta penerima STR terima SARA bulanan sehingga RM1,200 setahun
💳 SARA Untuk Semua diteruskan – RM100 kepada 22 juta rakyat dewasa
👩💼 Gaji penjawat awam naik melalui SSPA Fasa 2 + Bantuan Khas Kewangan RM500
🩺 4,500 doktor kontrak diserap tetap, dan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dinaikkan 40%
🌾 Pesawah terima bantuan sehingga RM4,300 sehektar setiap musim
⚙️ RM7.9 bilion untuk TVET – fokus bidang AI, semikonduktor, EV dan maritim
🌉 RM12.9 bilion untuk pembangunan Sabah (RM6.9 bilion) dan Sarawak (RM6 bilion)
🌧️ RM2.2 bilion untuk 43 projek Rancangan Tebatan Banjir
☪️ RM2.6 bilion untuk martabat syiar Islam
🚭 Duti eksais produk rokok dinaikkan
🍶 Duti eksais arak naik 10%
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali Malaysia dalam masa terdekat.
Penghargaan saya kepada Kerajaan Türkiye yang membantu permudahkan urusan ini.
Alhamdulillah!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar 13 tahun lalu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk memastikan anak-anak kita dapat menjejak kaki ke menara ilmu tanpa terbeban hutang.
Hari ini hasrat yang tertangguh itu akhirnya terlaksana. Sebagai satu permulaan berani, Belanjawan 2026 menyaksikan pelaksanaan pendidikan percuma untuk anak-anak miskin serta pengecualian bayaran balik PTPTN buat mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya telah menghidangkan perencanaan kewangan nasional yakni Belanjawan MADANI Keempat 2026 di Parlimen.
Belanjawan ini menjadi hala tuju jelas untuk memastikan Kerajaan terus membela rakyat, tanpa menambah beban hutang negara, selain mengekalkan disiplin fiskal yang tegas.
Insya-Allah, Belanjawan 2026 ini akan menjamin masa depan yang lebih adil untuk setiap lapisan rakyat, keluarga dan penjawat awam.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI.
Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
Camar terbang menuju ke darat
Rentasi ombak di pantai suci
Belanjawan dibentang penuhi hasrat
Makmur rakyat bangunkan pertiwi
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah hari ini menunaikan Solat Jumaat di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau, Putrajaya bersama para jemaah lain.
Insya-Allah, selepas ini akan terus ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan MADANI Keempat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Luang waktu seketika menandatangani buku terbaru saya, “Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times” yang akan diluncurkan secara rasmi kelak.
Semoga karya ini menjadi inspirasi untuk kita merenung secara mendalam tentang dunia yang kita diami, serta perubahan bermakna yang perlu kita zahirkan demi membina masa depan yang lebih adil, manusiawi dan beretika.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar tinjauan persiapan akhir Belanjawan MADANI Keempat semalam. Saya berbangga melihat kerja keras pasukan Kementerian Kewangan yang membanting tulang menyiapkan Belanjawan ini yang akan dihamparkan di Dewan Rakyat petang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang berusaha tanpa lelah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk memaknai erti sebenar kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menerusi dokumen ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan MADANI Keempat di Dewan Rakyat.
Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan tetapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
Saksikan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Himpunan Solidariti Bersama Gaza memperlihatkan denyut nadi rakyat Malaysia dan lautan manusia yang penuh dengan emosi, semangat dan tekad membela rakyat Palestin.
Seperti sering saya tegaskan, isu Gaza bukan soal agama semata-mata tetapi ini soal kemanusiaan, soal keadilan, soal menentang kezaliman dan genosid yang tiada noktah.
Selagi bumi Gaza berdarah, kita tidak akan diam. Selagi nyawa tidak berdosa terus diragut, kita tidak akan berhenti menuntut keadilan.
Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka!!!!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan MADANI Keempat di Kementerian Kewangan petang ini.
Saya turut berkesempatan beramah mesra dengan warga kementerian serta menandatangani dokumen-dokumen penting berkaitan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan esok di Dewan Rakyat.
Insya-Allah, usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usah kita cepat menilai atau menghina mereka yang sanggup berkorban demi kemanusiaan. Malaysia lahir sebagai negara merdeka dan berdaulat, bebas menyuarakan kebenaran dan menentang penjajahan dalam apa jua bentuk.
Dalam perjuangan membela rakyat dan menegakkan prinsip, ada yang memilih jalan fitnah dan sangsi, ada pula yang istiqamah berbuat demi kebaikan bersama.
Bila ada yang sanggup membantu, sokonglah dengan hikmah dan kasih. Inilah semangat Malaysia MADANI, berjiwa besar, berpegang pada nilai-nilai kemanusian sejagat, berpandangan jauh dan berpaut pada perpaduan, bukan pada kebencian atau politik sempit.
Malaysia akan terus melangkah dengan berani ke depan, bukan dengan retorik tetapi dengan tekad dan tindakan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelan Damai Gaza menampakkan usaha permulaannya, namun jalan menuju damai masih panjang dan berliku.
Malaysia menyokong semangat persefahaman awal ini bukan kerana kita tunduk, sebaliknya kerana yakin diplomasi yang berani dan berprinsip mampu membuka ruang kepada keamanan sebenar.
Kita tidak puas hati sepenuhnya, namun kita tidak akan berhenti berusaha. Setiap langkah adalah untuk menoktahkan kezaliman dan penindasan yang semakin menggila.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mempersembahkan dokumen cadangan Belanjawan 2026 kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Insya-Allah, esok saya akan membentangkan Belanjawan Keempat Kerajaan MADANI yakni satu ikhtiar berterusan untuk memperkukuh ekonomi rakyat, memacu pertumbuhan negara, dan memastikan kemakmuran dapat dirasai secara adil serta saksama.
Foto: RPO
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia akan terus memperteguh usaha serta ikhtiar termasuk berbincang bersama negara sahabat yakni Mesir untuk mencari laluan terbaik menyalurkan bantuan kemanusiaan buat saudara-saudara kita yang amat memerlukan di Gaza menerusi Sempadan Rafah.
Kita faham cabaran yang besar, namun iltizam kita lebih daripada itu. Setiap usaha rundingan dan koordinasi ini adalah demi memastikan rakyat Gaza mendapat hak mereka untuk hidup, menerima bantuan, dan bebas daripada kezaliman.
Ini isu kemanusiaan dan kita perlu terus berikhtiar serta tidak berganjak dalam pendirian kita memperjuangkan keadilan. Jangan sekali kita menyerah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berunding bukan bererti menyerah, berunding bukan bermakna kita lemah.
Sebaliknya, berunding adalah tanda kebijaksanaan dan kematangan dalam merungkai konflik dan mencari jalan damai.
Kita boleh berbeza pandangan, namun tetap perlu ruang berbincang kerana diplomasi ialah senjata bangsa yang berprinsip dan cintakan keamanan.
Jemputan kepada mana-mana pemimpin dunia, termasuk Donald Trump, bukan soal tunduk menyembah sebaliknya keberanian untuk bercakap terus kepada kuasa besar, agar suara kolektif ASEAN dan dunia Islam didengar.
Inilah erti diplomasi Kerajaan MADANI yakni tegas pada prinsip, bijak dalam langkah, untuk memastikan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa terus diperkukuh, dihormati dan kedaulatan kita untuk bebas bersuara dalam isu-isu yang dekat di hati rakyat akan terus terjamin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I welcome reports of progress in negotiations for a ceasefire in Gaza. This development offers a semblance of hope after months of unbearable suffering and devastation. Every effort that can bring an end to the violence and protect innocent lives must be pursued with sincerity and urgency.
Malaysia stands in full solidarity with the people of Palestine in their quest for justice, dignity and statehood. I urge all relevant parties to seize this opportunity to move towards a comprehensive and enduring peace.
Photo: Reuters
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa berhimpun sebagai satu hati, menyuarakan solidariti buat saudara-saudara kita di Gaza yang terus dizalimi dan dinafikan hak menerima bantuan kemanusiaan.
Saya amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir dengan jiwa penuh kasih dan keberanian. Mereka datang bukan kerana dipaksa tetapi kerana hati nurani yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan. Inilah wajah sebenar Malaysia, bangsa yang berprinsip, berjiwa besar dan tidak rela melihat penindasan bermaharajalela.
Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran. Kita akan terus berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan, menentang kekejaman rejim Zionis dan menuntut agar bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza.
Kita juga akan terus membingkai muafakat dengan negara-negara sahabat, dunia Islam dan blok kemanusiaan sejagat dalam merealisasikan misi bantuan serta membuka jalan kepada keamanan yang hakiki demi melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.
Selagi bumi Gaza terus dibantai dan dinodai, kita tidak akan berdiam diri sebaliknya suara kita akan terus bergema di jalanan, pentas dunia dan di setiap ruang hati rakyat Malaysia.
Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka!
🇲🇾🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan Türkiye sekali lagi telah memberi jaminan akan terus membantu membebaskan sembilan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini ditahan secara haram oleh rejim Zionis Israel.
Buat semua ahli keluarga yang menanti dengan doa dan air mata, percayalah, negara bersama kalian.
Anak-anak Malaysia yang berani ini bukan sekadar sukarelawan berjiwa murni, mereka adalah wira kemanusiaan yang membawa nama negara ke tengah lautan perjuangan.
Kami tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang menuntut keadilan dan pembebasan mereka. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anak-anak Malaysia menempuhi cabaran ini dan mempermudahkan setiap langkah urusan pembebasan mereka.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berbesar hati menerima kunjungan Johan Ghazali (Jojo), atlet Muay Thai muda yang telah mengharumkan nama Malaysia yang telah menempah kejayaan yang amat membanggakan di pentas antarabangsa. Keazaman, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh saudara Jojo mencerminkan nilai sebenar seorang anak muda Malaysia yang tidak mudah mengalah dalam mengejar impian.
Lebih membanggakan, saudara Jojo turut aktif menyuarakan pandangan dan menyertai kempen kesedaran bagi membanteras budaya buli, serta menyuntik inspirasi kepada anak muda untuk membina keyakinan diri, keteguhan jati diri dan semangat positif dalam kehidupan seharian.
Saya yakin dengan semangat dan dukungan berterusan, lebih ramai atlet muda akan lahir untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
Kata mantan Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, “ask not what your country can do for you but ask what you can do for your country” yang menyemai budaya kecintaan kepada negara dan semangat kolektif membangun negara dan masyarakat.
Tahniah Jojo atas kejayaan dan komitmen terhadap negara dan masyarakat. Justeru, teruskan usaha gigih saudara yang menyinar serta meniup inspirasi kepada generasi muda yang cinta serta mahu menyumbang pada negara.
Tahniah sekali lagi buat saudara Jojo!
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada rakan-rakan media tengah hari tadi.
Saya maklumkan, Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.
Justeru, saya tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.
Insya-Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Foto: Awani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 di Istana Negara.
Saya telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini selain persiapan Belanjawan 2026.
Saya turut menyembah maklum kepada MRR mengenai kehadiran Presiden Donald Trump dan pendirian Malaysia berkenaan cadangan Pelan Damai Gaza.
MRR ke-270 akan dipengerusikan oleh DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya hari ini.
Mesyuarat menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama.
Diharap segala keputusan dan perancangan yang dibentuk akan membawa manfaat langsung kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu merasmikan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Bersedia Menghadapi Masa Hadapan, saya tegaskan bahawa sistem pentadbiran awam negara mesti berani keluar daripada kepompong peraturan lama dan bersedia melakukan anjakan besar demi memenuhi tuntutan zaman yang semakin kompleks serta mencabar.
Dalam era yang dipacu oleh teknologi, perubahan iklim, dan desakan rakyat terhadap ketelusan, perkhidmatan awam perlu menjadi lebih tangkas, inovatif dan berani mencuba pendekatan baharu yang lebih relevan serta responsif terhadap keperluan semasa.
Kekuatan sebenar perkhidmatan awam tidak hanya terletak pada pematuhan prosedur, tetapi juga pada keupayaan untuk menyesuaikan diri, bertindak pantas dan berkesan dalam menghadapi cabaran baharu.
Saya juga mengingatkan bahawa kejayaan institusi kerajaan bukan bergantung kepada individu semata-mata, tetapi kepada sistem dan struktur yang kukuh, lestari dan mampu beradaptasi dengan perubahan zaman.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ayuh kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.
Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.
Ketemu esok malam, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dasar Kerajaan jelas dan tegas, tidak membenarkan minuman keras dihidangkan sama sekali dalam mana-mana acara.
Semua pihak di dalam institusi Kerajaan, termasuk berjawatan Menteri harus lebih peka dan sensitif terhadap peraturan dan undang-undang.
Tindakan Menteri dan Kementerian ini amat dikesali dan mereka telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi perkara sama.
Seluruh jentera Kerajaan telah diingatkan supaya tidak cuai berhubung perkara sebegini, dan perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Pakistan, @CMShehbaz dan delegasi di atas lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Lawatan ini mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang sekian lama terjalin, berasaskan saling menghormati dan kepercayaan antara dua negara bersahabat.
Ia turut membuka ruang baharu dalam memperkukuh kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan dan pertahanan, demi kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, @CMShehbaz ke Malaysia merupakan satu manifestasi hubungan persahabatan yang kukuh dan saling menghormati antara kedua-dua negara Islam yang telah lama terjalin.
Malaysia dan Pakistan berkongsi aspirasi untuk membina masa depan yang lebih makmur, aman dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam agenda lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, @CMShehbaz ke Malaysia, kami turut menghadiri majlis bersama komuniti perniagaan bagi memperkukuh potensi ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa kerjasama sedia ada wajar diperkukuh bagi mencapai potensi sebenar serta membuka peluang baharu di peringkat global.
Saya juga yakin kepimpinan kedua-dua negara berkongsi visi dan komitmen untuk merealisasikan kerjasama yang erat antara kerajaan dan sektor swasta.
Kejayaan hubungan dua hala tidak bergantung kepada persahabatan semata-mata, tetapi menuntut komitmen politik yang kukuh dan pelaksanaan dasar yang cekap bagi menjamin ketahanan ekonomi bersama.
//
During the official visit of Pakistan’s Prime Minister Muhammad Shehbaz Sharif, we joined a business community engagement to boost economic, trade and investment ties between Malaysia and Pakistan.
I reaffirmed our shared commitment to strengthen cooperation, unlock new global opportunities, and ensure that strong political will and effective policies drive resilient bilateral growth.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berucap di Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2025, saya tekankan bahawa tadbir urus yang baik ialah kompas moral negara dalam memastikan kemajuan berpaksikan prinsip, amanah dan kesejahteraan rakyat.
Keyakinan pelabur meningkat apabila kerajaan berani melaksanakan reformasi dengan perbelanjaan yang strategik, membina struktur ekonomi inklusif agar kemakmuran dirasai semua lapisan masyarakat.
Justeru, institusi seperti Khazanah mesti terus menyeimbangkan keuntungan dengan tanggungjawab sosial, memperkukuh daya tahan ekonomi dan menjunjung semangat Malaysia MADANI.
Malaysia kekal rakan yang teguh dan berprinsip, menjunjung keterbukaan, keadilan serta kemanusiaan sejagat terutama ketika dunia dilanda ketidaktentuan, dari Gaza hingga ketegangan kuasa besar.
Saya turut berbincang dengan Prof. Sir David Spiegelhalter dari University of Cambridge mengenai cabaran dan kebijaksanaan mengemudi dunia yang tidak menentu ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai urusan rasmi, kami menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan yang memukau, memperlihatkan kekayaan warisan seni dan kepelbagaian budaya kedua-dua negara.
Sesi santai ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, tetapi turut menjadi wadah memperkenalkan keindahan identiti kebangsaan kepada delegasi Pakistan.
Mudah-mudahan, hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Pakistan akan terus diperkasa demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama, membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara.
//
After the official agenda and meetings, we attended a luncheon at Seri Perdana featuring vibrant cultural performances celebrating the rich heritage of Malaysia and Pakistan.
The event strengthened our friendship and highlighted Malaysia’s cultural diversity to the Pakistani delegation.
May Malaysia–Pakistan relations continue to grow in strength and mutual prosperity.
🇲🇾 🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan PM @CMShehbaz turut menyaksikan pertukaran lima Memorandum Persefahaman (MoU) serta satu Pertukaran Nota yang menandakan satu lagi langkah penting dalam mengukuhkan hubungan Malaysia dan Pakistan.
Ia merangkumi bidang pendidikan tinggi, pensijilan halal, pencegahan rasuah, pelancongan, dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) manakala Pertukaran Nota memberi tumpuan kepada latihan bersama untuk para diplomat.
Dalam sidang media bersama, kami turut mengulangi tekad dan aspirasi untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam beberapa bidang baharu dan berimpak tinggi antaranya teknologi digital, semikonduktor, serta pendidikan STEM.
Kami juga sependapat dalam isu Gaza, di mana Malaysia dan Pakistan berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan sejagat bahawa segala bentuk pembunuhan dan pembantaian terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan.
Keutamaan harus diberikan kepada perlindungan hak asasi rakyat Palestin serta usaha yang berterusan bagi merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai mesyuarat dua hala, saya dan PM @CMShehbaz kemudiannya meluncurkan terjemahan buku Membangun Negara MADANI atau SCRIPT dalam Bahasa Urdu.
Saya amat terharu dan menghargai inisiatif kerajaan Pakistan yang menzahirkan penghormatan tinggi terhadap gagasan MADANI dengan menterjemah serta menerbitkan buku ini untuk khalayak mereka.
Langkah ini bukan sahaja memperkukuh jalinan intelektual dan pertukaran ilmu antara Malaysia dan Pakistan, tetapi juga mencerminkan pengiktirafan terhadap nilai, prinsip dan falsafah yang menjadi teras kepada pembangunan Malaysia MADANI.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya meraikan ketibaan Perdana Menteri Pakistan, @CMShehbaz, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam.
PM Shehbaz dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Usai sambutan rasmi, saya dan PM Shehbaz telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala dan pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif.
Lawatan ini bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan.
//
This morning, I welcomed Pakistan’s Prime Minister, Muhammad Shehbaz Sharif, starting his three-day visit to Malaysia.
He and his delegation received an official welcome, including an honour guard inspection by the Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
After the ceremony, we held bilateral talks in a warm, constructive atmosphere.
The visit enhances Malaysia-Pakistan friendship and opens a new chapter of strategic cooperation for our peoples.
🇲🇾🤝🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyambut kehadiran Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024, dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Pelbagai agenda telah diatur dalam lawatan ini bagi meneroka potensi kerjasama baharu antaranya bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.
Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah.
🇲🇾🤝🇵🇰
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sempat berinteraksi dengan para aktivis Malaysia di Istanbul bagi bertanya khabar sebaik dibebaskan dari tahanan rejim Zionis. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan semangat mereka masih kental.
Saya menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi. Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.
Insya-Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur kelak. Kita juga akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza.
🇲🇾🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya di Kementerian Kewangan bersama pasukan Perbendaharaan menumpukan pada perencanaan untuk Belanjawan MADANI Keempat 2026.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.
Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.
Alhamdulillah!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan akan tiba di bumi Istanbul malam ini waktu Malaysia, insyaAllah.
Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia dan usaha berterusan semua pihak yang menggalang seluruh kekuatan akhirnya membuahkan hasil.
Terima kasih kepada sahabat karib saya Presiden Erdogan dan rakan pimpinan negara-negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ramai di kalangan kita telah mengikuti perkembangan terbaru mengenai respon dari pihak Hamas terhadap cadangan ke arah gencatan senjata. Ia tentunya perkembangan yang sangat mustahak tatkala ia pastinya akan menjamin serta membuka ruang untuk menghentikan perang dan pembantaian. Saya yakin ia akan memberi sedikit kelegaan buat warga Gaza pada ketika ini.
Saya juga maklum akan kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump, khusus pada seruannya agar Israel menghentikan serangan dan pengeboman supaya langkah yang kukuh dan teguh ke arah perdamaian dapat digerak dan dijelmakan.
Justeru, aspek dan dimensi yang terpenting saat ini adalah kebijaksanaan dan sikap kesabaran yang tinggi terutamanya untuk menghentikan serangan dalam kadar segera, menjamin tempoh bertenang dan mempercepat serta memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Sementalahan, keamanan yang kekal tidak akan tercapai dalam sekelip mata. Walhasil, ia mesti dibina dengan kesabaran yang jitu, langkah demi langkah, dan kita tidak akan mampu menerima sebarang penangguhan dalam mengakhiri penderitaan warga Gaza. Tragedi sadis yang telah menghentak nurani dunia ini mesti segera dihentikan.
Negara-negara Arab, terutamanya Qatar bersama Turkiye dan dunia Islam khususnya, kini menggalas peranan yang penting dalam memastikan proses gencatan senjata ini berterusan, lantas menghidupkan kembali prospek ke arah penyelesaian politik. Amerika Syarikat juga memikul tanggungjawab yang besar, khususnya dalam memberi tekanan kepada Israel untuk tunduk dan hormati kewajibannya serta mesti memberi ruang dan peluang kepada diplomasi.
Pada akhir bulan ini, saya akan menyambut kedatangan Presiden Trump ke Kuala Lumpur bersempena dengan Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang ASEAN-AS.
Saya menanti serta mengharapkan suatu ruang dialog dan wacana yang segar dan terbuka tentang bagaimana Malaysia, bersama rakan-rakan, dapat menyumbang serta membentuk satu order dunia yang adil dan damai yang berkekalan yang tentunya akan mencakup serta menjamin hak rakyat Palestin dan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan bermaruah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Many of you will have read the news of Hamas’s response to the proposed ceasefire plan. It is an important development — one that opens the door to halting this terrible war and bringing some relief to the people of Gaza.
I am also encouraged by President Donald Trump’s response, especially his call for Israel to halt its bombardment so that real progress can be made towards peace.
What we need now is restraint: an end to the attacks, a genuine pause in the fighting, and the swift delivery of humanitarian aid to Gaza.
Durable peace will not come at once. It must be built patiently, step by step. Yet there can be no delay in ending the anguish of civilians. This tragedy — which has scarred the world’s conscience — must be brought to a close.
The Arab states, particularly Qatar, together with Turkey and the wider Islamic world, have a central role in sustaining the ceasefire process and keeping alive the prospect of a political settlement. The United States also has a vital part to play, especially in applying the pressure needed on Israel to honour its obligations and give diplomacy the space it demands.
Later this month, I will welcome President Trump to Kuala Lumpur for the East Asia and ASEAN–US Summits. I look forward to a candid and constructive exchange on how we, together with our partners, can help shape the path towards a just and lasting peace — one that secures the rights of the Palestinian people and the realisation of a viable and sovereign Palestinian state.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya sempat menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan kita di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang kini berada di tengah laut Mediterranean dan telah memasuki zon kuning.
Saya suntikkan semangat dan mendoakan agar perjalanan dan usaha mereka menuju Gaza dipermudahkan.
Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan adalah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan, tentang erti keberanian, tekad, dan solidariti yang tuntas dan tegas.
Hasbunallahu Wani‘mal Wakil.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah. Seramai 23 aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) warga Malaysia kini dalam proses dibawa keluar dari selatan Israel menaiki pesawat khas ke Istanbul hari ini.
Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan di sana sebelum pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Teruslah kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan mereka kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, 4.30 petang ini saya akan berkongsi perkembangan terkini terkait usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia selain menyentuh Pelan Damai Gaza.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ya Allah, hancurkanlah kekuatan musuh yang zalim, pecahkan kesombongan mereka dan tanamkan kegentaran di hati mereka. Kurniakanlah kebebasan kepada yang tertawan, berikanlah kemenangan kepada pejuang-pejuang kebenaran, dan tegakkanlah keadilan-Mu di bumi Palestin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelan damai yang dibentangkan Amerika Syarikat tidak sempurna, bahkan kita tidak bersetuju dengan sebahagian besar daripadanya. Namun keutamaan kita saat ini adalah menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
Kita boleh terus berpolemik dan berpencak lidah di sini, tetapi hakikatnya yang merana ialah puluhan ribu nyawa yang sudah terkorban di Gaza. Tanggungjawab kita adalah menghentikan kezaliman Zionis, memastikan bantuan makanan dan minuman sampai, serta menyalakan harapan buat mereka yang masih bertahan.
Restu negara-negara Arab dan Islam bukan tanda setuju kepada semua yang digariskan dalam pelan tersebut, tetapi langkah bersama untuk menghentikan pertumpahan darah, menolak pengusiran, dan memberi peluang rakyat Gaza kembali ke tanah air mereka.
Malaysia akan berdiri teguh bersama Gaza, terus memantau, terus bersuara, dan terus membongkar kemunafikan Zionis agar nyawa dan maruah yang tersisa tetap dipertahankan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Jika Malaysia mahu melonjakkan ekonomi, ia menuntut kempen besar-besaran berteraskan perpaduan nasional, merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk komuniti miskin, agar rakyat diperkasa dan tidak terpinggir dalam menghadapi cabaran semasa.
Perkara ini saya tegaskan ketika melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2025-2030 dan Bulan Literasi Kewangan 2025 hari ini.
Bulan literasi kewangan dan dokumen Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030 adalah inisiatif ampuh untuk memupuk kesedaran awam berkaitan kepentingan kewangan yang kukuh dan selamat dalam jangka panjang.
Literasi kewangan mesti dijadikan teras pembangunan masyarakat, supaya pertumbuhan ekonomi dirasai semua rakyat, bukan hanya segelintir elit.
Malaysia memiliki sumber dan bakat untuk berjaya, dan literasi kewangan harus menjadi asas agenda nasional menuju 2030 dan seterusnya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Singgah sebentar ke Restoran Hameediyah, di Semua House City Centre untuk makan tengah hari sebelum meneruskan program rasmi yang telah diatur.
Lauk-pauk Restoran Hameediyah sememangnya menggamit selera dan penuh nostalgia keluarga saya. Moga terus sukses.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan aktivis kita yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dapat dibawa keluar dengan selamat.
Saya sendiri telah menyampaikan permintaan secara langsung kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan, agar semua aktivis Malaysia dibawa keluar dengan segera menerusi pertolongan Türkiye.
Alhamdulillah, beliau selaku sahabat baik dan pemimpin besar dunia Islam telah memberikan persetujuan serta komitmen penuh untuk membantu.
Pada masa sama, Kerajaan turut berhubung rapat dengan Qatar dan Amerika Syarikat, bagi memastikan tekanan kolektif antarabangsa dapat dihimpunkan demi pembebasan segera aktivis kita.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan kita demi menjamin keselamatan dan maruah warganegara, selain menzahirkan solidariti bersama perjuangan kemanusiaan rakyat Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi, Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) keempat tahun ini telah membicarakan hala tuju Strategi Semikonduktor Nasional (NSS). Skop NSS akan diperluas dengan projek Kluster Peralatan Teknologi Termaju bernilai tinggi yang memacu kerumitan ekonomi melangkaui semikonduktor.
Kita mensasarkan lahirnya 10 syarikat gergasi bernilai lebih RM1 bilion serta 100 syarikat juara serantau bernilai sekitar AS$1 bilion. Matlamat ini digerakkan seiring penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi dan peluang baharu untuk PKS tempatan agar manfaatnya dirasai seluruh rakyat.
Mesyuarat turut meneliti perkembangan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di utara Perak, projek strategik yang bakal memacu industri hijau negara dan pembangunan seimbang di wilayah utara.
Perhatian khusus turut diberikan kepada pembangunan infrastruktur dan kesalinghubungan lebuh raya utama bagi menjamin akses, keselamatan serta kelangsungan komuniti setempat yang akan menjadi sebahagian daripada ekosistem pertumbuhan ini.
Kerajaan akan terus menyesuaikan dasar dan inisiatif seperti NSS dengan keperluan industri, agar Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama dunia, bukan sahaja kerana daya saingnya tetapi kerana ekosistemnya yang canggih, hijau dan mampan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Qunut Nazilah dipanjatkan untuk keselamatan para sukarelawan dan aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) yang berjuang membawa amanah kemanusiaan.
Lindungilah mereka daripada segala kezaliman musuh-Mu. Jadikanlah mereka di bawah naungan rahmat, dipelihara dalam perlindungan-Mu yang tidak dapat ditembusi oleh kejahatan.
Kepada Allah SWT kami berserah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tindakan Zionis Israel yang melabel pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah biadab dan tidak berasas sama sekali.
Hakikatnya, kapal-kapal flotilla ini tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya, ia sarat dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan yang amat diperlukan rakyat Gaza yang menderita di bawah sekatan zalim.
Pengganas sebenar ialah rejim Israel sendiri apabila mereka menindas, membunuh orang awam tidak bersenjata, dan menyekat bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada rakyat Gaza yang memerlukan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari Jumaat penuh keberkatan ini saya menyertai masyarakat di Masjid al-Khadijah, Pantai Dalam, bersolidariti menunaikan solat Jumaat, solat sunat hajat menzahirkan harapan dan doa untuk keselamatan dan pembelaan kepada para sukarelawan Global Sumud Fortilla (GSF), serta keadilan dan kemenangan kepada bumi Palestine dan Aqsa.
Khutbah disampaikan Khatib Mohammad Amin Firdaus Sabudin bertajuk, ”Doa dan Solidariti” jelas mengingatkan kita untuk terus berdoa dan menyatukan hati demi agama, kemanusiaan serta terus menentang kezaliman dan kekejaman rejim zionis Israel.
Para jemaah diingatkan akan penderitaan berterusan dirasai rakyat Gaza sehingga membuka mata dunia untuk menentang kekejaman melalui misi dibawa GSF.
Usai segalanya, saya berkesempatan menyantuni masyarakat setempat, bertanya khabar sebelum meneruskan program berikutnya.
Moga setiap langkah hari ini dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya berkesempatan melawat gerai makan di Bazaria Pantai bersama Menteri Wilayah, Menteri Komunikasi, Datuk Bandar Kuala Lumpur selain menyantuni wakil-wakil peniaga serta para pengunjung.
Saya melihat sendiri butiran projek menaik taraf fasiliti gerai makan di sini, di samping mengambil maklum tentang usaha renovasi pasar dan gerai di sekitar Kuala Lumpur yang sedang dan akan dilaksanakan.
Semua proses penaiktarafan ini perlu dipercepatkan dengan mengikut prosedur yang betul supaya rakyat dapat menikmati pembaharuan yang lebih selesa dan moden dengan segera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara (MPN) yang membincangkan hala tuju besar pendidikan kita, daripada Terma Rujukan MPN, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035, Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026-2035 hingga Semakan Semula Mata Pelajaran Umum (MPU).
Saya tegaskan kepada KPM dan KPT bahawa reformasi pendidikan tidak boleh dilaksanakan bersendirian, sebaliknya mesti merangkul seluruh kekuatan dan menghubungkan inovasi, sosial, kecerdasan buatan (AI), agama dan nilai kemasyarakatan, agar pendidikan benar-benar memerdekakan jiwa, membina identiti dan membentuk pemikiran bangsa.
Cabaran kita ialah menggapai langit dalam pendigitalan dan AI, sambil mengakar ke bumi dengan nilai, budaya dan agama yang membentuk kerangka pemikiran bangsa. Inilah keseimbangan yang mesti kita pelihara.
Saya turut tekankan agar Jawatankuasa MPN memperhalusi isu-isu mendesak seperti pelaksanaan STEM, AI, penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah, termasuk kedudukan sekolah agama serta pondok, sambil memperkukuh sinergi universiti dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) demi membina masa depan pendidikan yang berdaya saing dan berakar pada jati diri.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya telah berhubung dengan saudara Sani Araby, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia.
Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya.
Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi menerima kunjungan hormat daripada Anthony Tan, Pengasas-bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc. (Grab) serta delegasi.
Antara yang dibincangkan termasuklah pemberian had kelayakan tambahan kepada pemandu e-hailing susulan pelaksanaan BUDI95. Saya mengambil maklum pandangan yang disampaikan dan Kerajaan akan membantu pemandu e-hailing, selaras peranan penting mereka dalam sistem pengangkutan awam negara.
Kami turut membincangkan peranan lebih besar syarikat multinasional seperti Grab untuk bersama-sama dalam usaha melakar masa depan ekonomi Malaysia, termasuk penciptaan pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan kapasiti dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan akan terus menyokong inisiatif dan komitmen sebegini agar manfaat teknologi dan ekonomi digital dapat dinikmati bersama, sekaligus memastikan kemajuan bergerak seiring dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini juga adalah hari duka buat saya, Azizah dan keluarga tatkala menerima khabar pemergian besan kami, Hajah Sabeena Munir Watanabe. Kami ke Masjid At-Taqwa di Bangi petang tadi untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.
Moga ruh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. Takziah buat anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.
Al-Fatihah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam kesibukan dan kebimbangan global ke atas misi Global Sumud Flotilla (GSF), saya sempat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) pagi ini.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan MyDigital ID yang perlu dipertingkatkan, status MyGov Malaysia yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua kementerian dan agensi.
Juga keputusan Kerajaan untuk mewujudkan Sovereign AI Cloud bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong perkhidmatan Kerajaan serta pembangunan digital negara.
Semua gerak kerja ini adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030.
Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan Dasar Kuantum Negara yang akan dimulakan dengan penubuhan Pasukan Kuantum Negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi perkembangan teknologi kuantum serta ancaman Q-Day yang boleh menjejaskan keselamatan data dan infra digital negara.
Tindakan ini penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
As of this afternoon, I have held direct discussions with the Prime Minister of Qatar, the President of Türkiye, and the President of Egypt to secure their support in demanding the immediate release of Malaysian volunteers and activists unjustly detained.
My team and I have also remained in close contact with other key partners, including the United States Secretary of State, to press for urgent intervention without delay.
I reiterate, in the strongest possible terms, that the atrocities and acts of aggression committed by the Israeli regime must cease immediately.
We demand the immediate and unconditional release of all detainees, and for humanitarian aid to be allowed to reach our brothers and sisters in Gaza swiftly and without obstruction.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setakat petang ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Türkiye, Presiden Mesir, dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.
Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.
Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta. Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.
Dengan penuh keprihatinan, saya berdoa kepada Allah SWT agar semua rakan kita yang ditahan dibebaskan secepat mungkin, dan agar saluran bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh bumi Palestin dapat disampaikan tanpa sekatan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Adrian Zahir⚡
@ForwardsMarch
BREAKING NEWS 🙌🙌🙌🙌🙌🙌
#globalsumudflotilla BOAT, THE MIKENO, IS LESS THAN 15 KILOMETERS (9 MILES) FROM #gaza COASTLINE!!!! -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada Allah SWT kita berserah, disulam usaha menyeluruh yang digerakkan, semoga kesemua mereka dibebaskan dengan selamat. Doa rakyat Malaysia untuk Global Sumud Flotilla.
Hasbunallahu Wani‘mal Wakil
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan pasukan sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.
Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bebaskan mereka segera! Jangan bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I condemn in the strongest terms Israel’s interception of the Global Sumud Flotilla. These vessels carried unarmed civilians and life-saving humanitarian supplies for Gaza, yet they were met with intimidation and coercion.
By blocking a humanitarian mission, Israel has shown utter contempt not only for the rights of the Palestinian people but also for the conscience of the world. The flotilla embodied solidarity, compassion and the hope of relief for those under blockade.
Malaysia will use all legitimate and lawful means at our disposal to ensure that Israel is held to account, especially in matters concerning Malaysian citizens. The safety and dignity of our people are paramount, and we will not allow them to be compromised with impunity.
As long as the Palestinian people are denied their fundamental rights and aspirations, Malaysia will stand unflinchingly with them. We will not relent in demanding an end to the injustice and dispossession that have plagued Palestine for generations.
Photo : Reuters -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi kita menandai ulang tahun ke-58 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan meluncurkan inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC), yang menjadi seruan untuk kita bangkit dari lena, menolak kegelapan rasuah dan menelusuri jalan yang bersih serta suci.
Al-Quran mengajar kita bahawa perjuangan menentang rasuah mesti bermula dari dalam diri, sebelum memancar kepada keluarga, masyarakat dan seluruh negara.
Sejarah membuktikan betapa rasuah menjadi racun yang perlahan-lahan meruntuhkan tamadun. Bangsa yang gagah akhirnya rebah apabila idealisme diganti kerakusan, dan kepimpinan dinilai bukan kerana kejujuran tetapi kerana kekayaan.
Saya menyanjung tinggi keberanian SPRM yang menyusur jalan berliku, berani bertindak terhadap sesiapa pun meski bergelar pembesar. SPRM harus terus menjadi benteng utuh yang menjaga maruah bangsa agar ia tidak tergadai dan cita-cita kemerdekaan tidak terhakis.
Namun perjuangan ini menuntut pengorbanan. Para pegawai SPRM menempuh risiko besar ketika menggeledah mereka yang berpengaruh, yang menggenggam jutaan malah berbilion ringgit.
Teruskanlah usaha besar ini, jangan pernah gentar melawan kegelapan rasuah. Demi anak-anak kita, demi tanah air tercinta, bersihkanlah Malaysia sehingga maruah bangsa kembali gemilang dan nama negara ini terpahat di persada dunia sebagai bangsa yang luhur dan bermartabat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the devastating earthquake that has struck Cebu and neighbouring areas of the Philippines. The loss and hardship endured by so many families weigh heavily on us, and Malaysia mourns with the people of the Philippines in this time of grief.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our heartfelt condolences and sympathies to the Government and people of the Philippines, especially to the families who have lost their loved ones. Our thoughts and prayers are also with the injured, the displaced and all those whose lives have been disrupted by this tragedy.
Malaysia stands in full solidarity with the Philippines. We will do what we can to support relief and recovery efforts, and we pray that the strength and resilience of the Filipino people will carry them through these difficult days.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seluruh dunia menyanjung keberanian para pejuang kemanusiaan, termasuk 34 wira Malaysia dalam Sumud Flotila yang tidak gentar meredah badai demi Palestin. Semangat kalian membelah resah, meruntuhkan tembok kezaliman dan menyalakan harapan dunia bahawa keadilan pasti akan tertegak.
Dari tanah air, doa dan sokongan rakyat Malaysia tidak akan pernah putus. Kami akan terus bersama kalian dan keluarga, memastikan perjuangan ini teguh berdiri hingga selamat tiba ke bumi Gaza.
#malaysiamadani
#gsfThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas pendidikan global, tetapi juga membuktikan bahawa inovasi dan amalan terbaik di sekolah mampu menjadi inspirasi kepada dunia.
Tahniah dan syabas kepada warga sekolah, Kementerian Pendidikan serta semua yang terlibat. Inilah contoh sebenar semangat Malaysia MADANI dalam mendidik, menginspirasi dan membina masa depan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
BERNAMA
@bernamadotcom
SK Putrajaya Presint 11(1) pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
#putrajaya Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat oleh T4 Education, sekali gus sekali lagi mengharumkan Malaysia di pentas pendidikan global.
Kementerian Pendidikan memaklumkan pengumuman itu dibuat menerusi siaran langsung pada Selasa, yang disaksikan pada perhimpunan khas anjuran bersama kementerian dan Yayasan Hasanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut hadir menyaksikan majlis pengumuman itu.
“Diasaskan oleh T4 Education, Anugerah Sekolah Terbaik Dunia merupakan anugerah pendidikan paling berprestij dunia, mengiktiraf institusi yang memberi inspirasi kepada perubahan positif menerusi amalan inovasi yang boleh dicontohi sekolah lain di seluruh dunia.
“SK Putrajaya Presint 11(1) dinamakan sebagai pemenang dan menerima USD50,000 (RM235,000),” kata Fadhlina pada majlis pengumuman tersebut.
Berita penuh: www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2473374
📸 @KemPendidikan
#bernamanews -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi hadir ke Institut Integriti Malaysia untuk menyertai diskusi dan menjawab soalan-soalan terkait integriti, kepimpinan dan reformasi yang menjadi akar perbincangan dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI siri ke-8.
Saya tegaskan tiada kejayaan negara tanpa asas integriti yang kukuh. Sistem hanya berfungsi dengan baik apabila dipimpin insan yang amanah dan berprinsip. Inilah teras tatakelola Kerajaan MADANI.
Namun, integriti jarang dijadikan wacana utama dalam politik dan naratif awam. Rasuah dan kebobrokan nilai dianggap biasa hingga menular menjadi sistemik. Inilah cabaran paling besar yang mesti dihadapi dengan tekad dan keberanian moral.
Sejarah membuktikan keagungan lahir daripada kekuatan dalaman. Salahuddin Al Ayyubi ketika satu dekad awal pemerintahannya menumpukan pada integriti, disiplin dan budaya ilmu, sebelum muncul sebagai panglima besar menakluki Baitulmuqaddis.
Falsafah Ibnu Khaldun juga mengingatkan kita bahawa kebangkitan atau keruntuhan tamadun bergantung pada nilai. Esprit de corps atau semangat kebersamaan menjadi tunjang, manakala rasuah dan sikap permisif membawa kemerosotan. Untuk mengangkat semula martabat Malaysia, kita perlukan satu anjakan paradigma yang digerakkan oleh keyakinan dan keberanian membawa perubahan.
Reformasi bukan sekadar digitalisasi atau transisi tenaga. Ia menuntut pencerahan nilai, pengukuhan etika, dan budaya ilmu yang hidup dalam masyarakat. Hanya dengan asas ini Malaysia boleh membina tamadun yang tidak sekadar hebat teknologinya, tetapi luhur jiwa dan akhlaknya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terharu dan mengujakan saat melakukan lawatan dan tinjauan ke Markas Utama MAPIM untuk Global Sumud Flotilla petang tadi. Kecekalan para perwira berhari-hari membelah samudera demi keadilan lantas menjentik nurani dan menjadi sumber kekuatan, tidak hanya kepada warga Palestin di Gaza, tetapi juga kepada masyarakat dunia yang mengikutinya dengan rasa juang yang tinggi.
Kerajaan kekal mendukung dan bersama, selain memastikan bantuan kemanusiaan segera disalurkan dan apa yang utama adalah para perwira selamat sampai ke bumi Gaza kelak, dan dijangka akan mula memasuki zon merah pada esok hari. Ramai sahabat di rantau ini, termasuk Malaysia, Turkiye, Itali, dan Sepanyol turut gigih menggembleng tenaga. Hubungan akrab dan langsung yang kita terus kekalkan dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa menjadi wahana penting dalam menggerakkan solidariti global.
Justeru, hari-hari yang mendatang ternyata mencabar. Musuh mungkin menggertak, menyerang. Namun, kekentalan semangat saudara-saudara di lautan inilah yang meleraikan resah dan menyala harapan. Sebagaimana 34 anak Malaysia yang kini bersama pasukan flotila ini, ia tentunya menjadi catatan sejarah dalam menegak keadilan dan membela kemanusiaan.
Dalam masa yang sama, pertemuan saya kelak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menjadi medan penting bagi memastikan ruang dialog terus kekal sebagai salah satu aparat utama dalam menjamin keamanan dan pembukaan laluan bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Gaza.
Ini tentunya bukan penyelesaian muktamad, dan tentunya kita tidak pula mahu sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi ia akan menjadi permulaan yang memungkinkan terhentinya segala bentuk serangan dan ancaman, serta akan menjadi ruang untuk suara untuk keadilan dan keamanan dilonjak ke peringkat dan pentas yang tertinggi.
Mari bersama terus berdoa kepada Allah SWT agar usaha ini diberi perlindungan dan menjadi sinar terbaik serta jawapan yang ampuh kepada kezaliman ini. Ia pastinya menjadi detik pensejarahan yang penting serta permulaan kepada era dan order baru dunia yang lebih aman dan yang mampu menjamin keadilan.
#malaysiamadani
#gsf -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan Bil. 3/2025.
Antara agenda mesyuarat ialah penubuhan Felo Kenegaraan, satu inisiatif penting yang menghimpunkan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang merangkumi bidang akademik, profesional, belia, kepimpinan masyarakat, seni budaya dan lain-lain.
Melalui wadah ini, para felo bukan sahaja berperanan sebagai pemikir dan penggerak idea kenegaraan, tetapi juga sebagai rakan strategik kepada Kerajaan dalam merangka agenda besar pembinaan negara bangsa.
Inisiatif ini diharap dapat terus memperkukuh latihan kenegaraan dan memperkasa usaha pembinaan negara bangsa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini, saya menerima pembentangan daripada Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir berhubung Cadangan Semakan Semula Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU).
Cadangan ini dirangka hasil libat urus bersama pelbagai pihak termasuk sarjana, universiti awam, MQA, AKEPT, SPRM, Kementerian Pertahanan dan lain-lain melalui kajian keberkesanan serta hala tuju baharu pelaksanaan MPU.
Saya menyambut baik usaha untuk menambah baik kandungan, bilangan dan pendekatan MPU agar lebih segar, relevan serta berkesan dalam membina nilai kenegaraan dan semangat patriotisme.
Sebagai langkah awal, saya telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk turut berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah diutamakan, termasuk di sekolah swasta dan antarabangsa.
Selain itu, MPU yang disemak semula ini akan diperluas pelaksanaannya bukan sahaja di universiti awam dan swasta, tetapi juga di semua institut latihan di negara kita.
Usul ini juga akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperkukuh kesedaran kebangsaan demi melahirkan generasi yang berilmu, berjiwa besar dan cintakan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxford Centre for Islamic Studies) di pejabat saya hari ini.
Mereka terdiri daripada:
1) Dr Abdullah Gul, mantan Presiden Republik Türkiye
2) Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, mantan Perdana Menteri Kuwait
3) Dr Farhan Nizami, Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies
4) Dato’ Dr Afifi al-Akiti, Felo Oxford Centre for Islamic Studies.
Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dan Barat di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam.
Saya turut menyampaikan penghargaan di atas jemputan untuk melawat dan menyampaikan syarahan di Oxford pada suatu masa yang bersesuaian.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai tugasan di pejabat, saya luang masa dengan riadah santai di kawasan kediaman. Biar peluh keluar. Baru sedap badan. Selamat bersukan, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merasmikan Terminal Bersepadu Gombak, sebuah lagi projek infrastruktur moden dan bersepadu yang menjadi bukti kesungguhan Kerajaan menyediakan ekosistem pengangkutan awam yang lebih sistematik, efisien dan terancang.
Terminal ini adalah manifestasi iltizam Kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menekankan pembangunan prasarana canggih, terkini dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat.
Lebih penting, terminal ini berperanan sebagai pusat penghubung sistem pengangkutan awam darat termasuk rel dan bas termasuk stesen ECRL apabila siap kelak, lantas memperkukuh rangkaian pengangkutan negara.
Namun, kewujudan prasarana serba lengkap ini juga menuntut amalan budaya bersih dan penyelenggaraan yang berterusan, bukan sahaja daripada pihak pengurusan, malah juga daripada para pengguna.
Moga pembangunan ini membawa limpahan manfaat kepada warga Gombak, memperkasa kehidupan mereka, dan seterusnya menjadi salah satu tunjang penting dalam jaringan pengangkutan awam negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berucap di Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 bertemakan “Membentuk Keselamatan Sosial Untuk Dunia Yang Sedang Berubah”, saya maklumkan hadirin perlindungan sosial bukan sekadar sistem birokrasi pemberian faedah, tetapi ia harus dilihat sebagai infrastruktur moral.
Malah dalam tradisi Islam, Baitulmal diwujudkan bagi memastikan sumber kekayaan digunakan untuk membantu golongan miskin, balu, anak yatim dan warga emas dan legasi itu terus menjadi sumber inspirasi kepada negara.
Justeru, berpandukan prinsip-prinsip ini, Malaysia sedang membentuk semula sistem perlindungan sosialnya.
Ini termasuk memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan memperluaskan lagi perlindungan kepada pekerja di luar waktu bekerja dimana, cadangan itu dibuat susulan perubahan waktu serta konsep bekerja yang berubah selari dengan peredaran masa.
Kerajaan sedang meluaskan perlindungan kepada mereka yang selama ini berada di luar jaringan keselamatan, Insya-Allah pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti kehidupan dan cara kerja masyarakat masa kini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keberanian aktivis flotilla antarabangsa, termasuk dari Malaysia, yang berlayar ke Gaza adalah simbol solidariti dunia menentang genosid, penindasan, kekejaman dan keganasan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi saya hadir menyaksikan bagaimana Melaka mempertunjukkan kehebatan warisan dan budaya yang mengakarnya. Bijak laksana Tuah, berani laksana Jebat. Ini bukti betapa sejarah agung Kesultanan Melayu Melaka masih hidup segar dalam denyut nadi bangsa, selain sebagai catatan lampau, menjadi wahana penyatuan seni, budaya, dan ekonomi berasaskan pelancongan di Melaka.
Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan perayaan tarikan pelancongan, dan juga ikhtiar menghidupkan semula lembaran pensejarahan agung, dengan melakar semula sejarah kenegaraan yang tidak dituding dan ditentukan dari lensa imperialis ganas.
Dari kisah Enrique de Malaka, atau Henry The Black atau Panglima Awang yang ditawan sebagai hamba oleh penjajah Portugis, selain belayar membedah samudera bersama pengembara Ferdinand Magellan pada abad 15, hingga ke zaman emas melonjaknya jaringan perdagangan rantau ini. Ia lantas memungkinkan Melaka muncul sebagai tamadun kosmopolitan yang pernah berdiri megah, dan kini kembali menyinari pentas global.
Justeru, saya berbangga kerana Malaysia mampu menonjolkan wajahnya yang sebenar, yakni sebuah tatanan yang bhineka, rencam kaum dan agama, dengan kepelbagaian budaya yang berpadu menjadi kekuatan utama. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya meluncurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 sambil mengajak dunia hadir, menyelami serta menggarap sejarah, menghayati seni dan budaya, serta menyantuni kerencaman budaya kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#visitmalaysia2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai majlis wacana Belanjawan 2026, saya hadir ke Rapat Umum KEADILAN Melaka. Dua puluh tujuh tahun usia perjuangan mengajar kita tentang erti tekad, sabar dan keyakinan bahawa kuasa mesti diolah dan diterjemah sebaiknya dalam membela nasib rakyat.
Kerajaan yang kita pimpin ini berlandaska iltizam ini iaitu menurunkan harga minyak sehingga RM1.99, menaikkan gaji penjawat awam setelah 12 tahun tertangguh, dan berusaha mengembalikan dana awam yang hilang, antaranya. Kita buktikan bahawa kebijakan yang didirikan berasaskan teori ekonomi semata tidak memadai, tetapi ia mesti diseimbangkan dengan ihsan, rahmah dan prinsip keadilan sosial. Itu wajah sebenar reformasi yang kita damba dan perjuangkan bersama rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI.
Justeru, mesti ditegaskan bahawa reformasi juga bermaksud menolak kebejatan, menghentikan ketirisan, mengolah serta mensasarkan subsidi rakyat kepada yang memerlukan, dan pastikan pembangunan yang seimbang tanpa kira kaum, warna kulit, negeri mahupun wilayah.
Sementalahan, Malaysia mesti terus mengungguli dan menjuarai nasib warga yang tertindas dan dizalimi di Gaza dan terus cekal dan tegas menjulang diplomasi dan wacana yang sama sekali tidak menjejaskan pendirian ‘centrality’ kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sejurus tiba dari Sandakan, saya tiba di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bagi bersama dalam sesi wacana Belanjawan 2026 bersama pemain industri dan penggerak sektor pelancongan dan pembuatan yang terus tegak dan tegap mencipta dan melonjak pertumbuhan. Itu lantas menjadi bukti bahawa kekuatan ekonomi negeri dapat menjadi antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negara secara menyeluruh. Tahniah kepada kepemimpinan negeri yang diketuai sahabat saya saudara Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan seluruh pemain industri yang gigih dan cekal menongkah cabaran.
Saya memberi penekanan bahawa dalam merencana dasar dan kebijakan ekonomi negara, kita tidak seharusnya terpukau, malah terikat dengan ‘economic prescription’ teori ekonomi semata. Tokoh ekonomi klasik Adam Smith dan John Maynard Keynes boleh menjadi pembimbing, tapi ia mesti disulam dengan hikmah dan ihsan agar aspek kesejahteraan rakyat itu tercakup dengan mantap.
Dalam premis yang sama, ia turut terkait dalam usaha Kerajaan mensasarkan semula subsidi dan harga petrol RON95, dan mencari kaedah dan wahana yang lebih lunak untuk melaksana, iaitu dengan menetapkan harga yang murah kepada semua. Bermakna kita memberi pilihan kepada rakyat untuk menerima atau tidak menerima subsidi. Namun, apa yang penting, warga yang memerlukan subsidi tidak ada alasan lagi untuk tidak menikmatinya, dan dalam masa yang sama mencantas ketirisan dan kebocoran dana awam.
Saya tegaskan bahawa Malaysia hari ini berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu. Namun, berkat kestabilan politik serta kepercayaan teguh para pelabur, maka kita terus mencatat pertumbuhan yang mampan. Sektor E&E, semikonduktor, digital, dan tenaga baharu pula menjadi pemacu masa depan, dengan Melaka antara negeri ‘forefront’ yang konsisten menarik minat pelabur antarabangsa.
Begitu juga halnya dalam geopolitik dan hubungan luar, serta peranan diplomasi Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa. Malaysia tidak pernah sesekali tergoncang prinsip tegas kita, terutama dalam isu melibatkan warga Palestin yang dizalimi di Gaza.
Meski ada kuasa besar yang tidak semestinya berkongsi pendirian dengan kita, termasuk Amerika Syarikat, itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk negara menutup sama sekali ruang diplomasi untuk terus menyuarakannya dengan lantang dan tegas.
Kita juga ada isu yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kita, samada China, atau India, atau negara-negara tetangga dalam ASEAN mahupun Eropah, contohnya. Namun, ruang wacana masih ada untuk cuba berusaha mencari titik temu, dan dalam masa yang sama mengimbanginya dengan keperluan ekonomi negara. Sekiranya jalan konflik dipilih, apakah kita bersedia untuk mengorbankan kekuatan ekonomi negara, sebagai contoh, ratusan bilion eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat atau China. Akan timbul persoalan bahawa, “who are we actually punishing? Our own people or the intended parties?”.
Maka, Malaysia sebagai negara yang berdagang tidak seharusnya menutup pintu ruang dagang hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar. Ekonomi Malaysia bergantung kuat kepada rantaian ekonomi global. Kebijaksanaan menyeimbangkan pendirian moral dengan kepentingan ekonomi adalah kunci dan kayu ukur utama. Keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan inilah yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang relatifnya kecil tapi suaranya lantang dan tegas di peringkat antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri urusan di Sandakan dengan mengadakan Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Salut saya kepada seluruh warga APMM yang sentiasa menjadi benteng utama keselamatan maritim negara. Keberanian, disiplin, dan pengorbanan kalian amat besar ertinya kepada negara.
Kerajaan MADANI akan terus berdiri teguh bersama APMM. Justeru, pelbagai inisiatif sedang dan akan dilaksanakan daripada memperkukuh aset, meningkatkan latihan, sehinggalah menambah baik kebajikan anggota agar agensi ini terus gagah, dihormati dan berdaya saing dalam mendepani cabaran semasa.
Insya-Allah, melalui Belanjawan 2026, aspek pertahanan negara meliputi pelbagai agensi termasuk APMM akan terus diberikan perhatian sewajarnya supaya kesiapsiagaan pertahanan negara berada pada tahap terbaik.
Pada masa yang sama, saya turut tegaskan bahawa pembangunan Sabah mesti dipacu dengan lebih pesat dan menyeluruh. Antara yang diberi keutamaan ialah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, penambahbaikan bekalan air, peningkatan fasiliti kesihatan serta infrastruktur asas lain.
Semua ini penting untuk merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung, seterusnya memastikan rakyat Sabah menikmati kemudahan yang lebih baik, selesa dan berkualiti.
Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri akan terus berganding bahu kerana kesejahteraan rakyat Sabah adalah keutamaan yang tidak boleh ditangguhkan lagi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan rencana hujung minggu dengan menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Sandakan.
Dalam ucapan ringkas, saya merakamkan penghargaan kepada para pegawai dan anggota ATM yang sentiasa menjadi benteng utama mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Jasa, pengorbanan, kalian adalah tiang seri pertiwi yang tidak ternilai, dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan bangsa.
Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sekali-kali mengabaikan kebajikan para anggota. Usaha terus dipergiat untuk mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur, termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan pembinaan jeti baharu di Pangkalan TLDM Sandakan, demi keselesaan serta kesejahteraan anggota dan keluarga.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan memastikan aset-aset pertahanan diperkukuh serta diperlengkap dengan teknologi terkini, supaya ATM kekal ampuh menghadapi cabaran keselamatan serantau dan global.
Saya menyeru semua pegawai dan anggota agar memperkukuh penguasaan teknologi baharu selain memperluas kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi warga ATM dan keluarga.
Saya turut menitipkan nasihat kepada Kementerian Pertahanan supaya memastikan setiap perbelanjaan dilakukan dengan penuh telus, berhemah, dan bebas daripada ketirisan. Kekuatan pertahanan negara bukan hanya terletak pada aset dan anggota, tetapi turut bergantung pada integriti pengurusan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi malam tadi di Sandakan, Sabah.
Memetik kata-kata Mahatma Gandhi, “There is enough on this earth for everyone’s need but not everyone’s greed.” Ia mengingatkan kita bahawa hasil bumi Malaysia yang melimpah ruah sebenarnya cukup untuk semua rakyat hidup selesa.
Namun jika kekayaan negara dibolot oleh segelintir yang tamak, rakyatlah yang akhirnya merana. Justeru, saya ingatkan agar kita mesti berdiri teguh menyokong pemimpin yang tidak merompak harta negara.
Saya turut menyeru agar rakyat Sabah tidak mudah termakan dengan gerakan pecah belah yang cuba dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.
Hari ini, kita buktikan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri membuahkan hasil, menyelesaikan masalah rakyat dan membawa manfaat untuk semua.
Insya-Allah, 10 Oktober ini, Belanjawan 2026 akan terus memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI merencana pendekatan terbaik demi membantu rakyat, memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berkesempatan bertemu anak-anak dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025.
Saya menitipkan pesanan agar mereka terus belajar dengan tekun, berdisiplin dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.
Semoga dengan ilmu dan usaha yang bersungguh-sungguh, mereka bukan sahaja dapat membanggakan diri dan keluarga, bahkan turut menyumbang kepada kemajuan bangsa serta negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya meneruskan jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Merotai, Tawau.
Sebagai pemimpin, kita wajib menjaga kepentingan rakyat dengan memegang amanah sebaik-baiknya. Dasar dan polisi mesti jelas, demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira wilayah.
Pimpinan harus berusaha memperkukuh ekonomi, anjal dalam beradaptasi dengan teknologi baharu, serta memastikan manfaatnya dirasai rakyat dan negeri.
Sesebuah kerajaan itu mesti benar-benar mendengar dan menyokong kehendak rakyat. Reformasi bukan retorik kosong, tetapi usaha bersungguh-sungguh untuk melindungi, memulih dan memajukan tanah air.
Saya tegaskan, jangan ditabur janji yang tidak mampu ditunaikan, usah dihidupkan fitnah memecahbelah. Rakyat berhak dipimpin oleh mereka yang berpegang pada kata, berkhidmat dengan jiwa, dan menegakkan maruah bangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penghargaan setingginya kepada kedua-dua Kerajaan Itali dan Sepanyol yang telah menghantar kapal perang tentera laut bagi melindungi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini semakin menghampiri Semenanjung Gaza.
Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian. Dunia mendukung terus!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudiannya bersama-sama para penggerak KEADILAN Sabah dalam Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi.
Dalam ucapan, saya menegaskan bahawa seorang pemimpin mesti sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Jangan ada pemimpin yang tamak membolot kekayaan sehingga rakyat terbiar hidup melarat.
Saya juga menyeru agar kita tidak lagi terperangkap dalam permainan sentimen perkauman atau perbezaan wilayah. Dari Perlis hingga ke Sabah, kita adalah sebuah keluarga besar. Kita wajib hidup dalam suasana aman, saling menjaga dan menghormati antara semua kaum serta masyarakat.
Inanam adalah kubu KEADILAN yang teguh di bawah kepimpinan ADUN sedia ada, saudara Peto Galim. Gerak kerja di sini mesti terus diperkukuh supaya rakyat sentiasa terbela. Jangan sekali-kali kita lalai daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Sebagai Perdana Menteri, saya memberi jaminan bahawa kuasa yang dipegang akan digunakan untuk mengurus negara dengan penuh integriti, memperkukuh hubungan dengan setiap negeri, dan memastikan rakyat di seluruh pelosok tanah air benar-benar terbela.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setibanya di Kota Kinabalu, saya terus bergegas ke Kampung Rampayan, Manggatal untuk meninjau keadaan pasca banjir di kawasan berkenaan serta mendengar taklimat mengenai beberapa kerja penambahbaikan infrastruktur yang sedang dirancang di kampung ini.
Lawatan saya kemudiannya diteruskan ke Kampung Inanam Laut bagi menziarahi penduduk yang terkesan akibat banjir beberapa minggu lalu, di samping meninjau cadangan menaik taraf infrastruktur demi meningkatkan kemudahan serta keselamatan penduduk setempat.
Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan memberi keutamaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek pemulihan, menaik taraf infrastruktur agar ia dapat dilaksanakan sesegera mungkin, menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Saya turut menegaskan agar kesiapsiagaan pasukan perlu sentiasa dipertingkat, memandangkan cabaran perubahan iklim yang tidak menentu menuntut keupayaan kita untuk bersedia pada setiap masa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Pasar Tani Putrajaya dan Sambutan Ulangtahun Penubuhan Pasar Tani Yang Ke-40 Peringkat Kebangsaan dengan perasaan yang agak terharu dan membuak-buak.
Ini kerana inisiatif Pasar Tani merupakan satu gagasan ampuh yang diperkenalkan saya sewaktu menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 1985 sebagai wahana dan medan kepada para petani dan pengeluar kecil untuk menjual hasil-hasil mereka, dan dalam masa yang sama menolak peranan orang tengah atau kartel yang menekan harga.
Justeru, Pasar Tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA di Tampoi, Johor Bahru, dan saya telah hadir merasmikannya pada 31 Januari 1985. Ia menjadi detik bersejarah tatkala buat julung kalinya para pengeluar dapat bersemuka terus dengan pengguna dan pembeli, lantas merapatkan jurang antara petani dengan masyarakat yang menikmatinya.
Pada awal penubuhannya dahulu, pasar tani hanya berjumlah sekitar 12 buah sahaja, dengan penyertaan seramai 317 orang peserta. Nilai jualan pada ketika itu sekitar RM1.4 juta setahun. Nilainya agak kecil pada waktu itu, tetapi sangat bermakna. Hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, saya melihat sendiri bagaimana gagasan ini berkembang dan terus memberi manfaat luas kepada rakyat terbanyak.
Walhasil, menyaksikan kelangsungan inisiatif Pasar Tani hingga ke hari ini ternyata menjentik ruang perasaan yang terdalam. Inisiatif kecil yang dimulakan pada masa lalu kini terpasak sebagai legasi yang terus memartabatkan petani dan pengeluar tempatan, mengurangkan jurang harga, dan yang terpenting ia mampu mengangkat maruah petani, nelayan dan penternak kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam amanat saya di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan pagi ini, saya tekankan bahawa penurunan harga petrol RON95 adalah langkah berani Kerajaan MADANI, hasil usaha memperkukuh tatakelola dan kewangan negara.
Subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi menoktahkan ketirisan lama, memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil.
Dasar Kerajaan adalah jelas bahawa warganegara asing dengan kenderaan luar tidak dibenarkan membeli RON95, sementara pekerja asing dan ekspatriat dengan kenderaan tempatan masih boleh membeli pada harga pam.
Walaupun 99 peratus rakyat Malaysia memadai dengan siling 300 liter sebulan, Kerajaan tetap bersedia mempertimbangkan rayuan untuk keperluan khusus seperti bot sungai, janakuasa atau mesin potong rumput.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 7 semalam, perhatian serius diberikan dalam usaha meningkatkan kecekapan agensi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan tahanan terpelihara.
Justeru, mesyuarat bersetuju dengan pelaksanaan Sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di pusat tahanan Agensi PenguatkuasaanMaritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi AntidadahKebangsaan (AADK) seluruh negara.
Pelaksanaan ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) dalam memenuhi keperluan semasa agensi penguatkuasaan menghadapi cabaran keselamatan serta memperkukuh pemantauan terhadap kawasan tahanan.
Kerajaan turut memandang serius insiden berulang melibatkan pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara yang bukan sahaja melanggar kedaulatan maritim negara, bahkan menyebabkan ketirisan hasil laut negara yang menjejaskan ekonomi dan sumber rezeki nelayan tempatan.
Atas keprihatinan dan pendirian Kerajaan untuk tidak berkompromi dalam isu kedaulatan perairan negara, mesyuarat bersetuju supaya isu-isumelibatkan perairan negara diatasi melalui usahasama strategik antara Malaysia dan negara-negara terlibat.
Reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui hari ini mencerminkan iltizam Kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara serta mendukung prinsip kecekapan, ketelusan dan keberkesanan dalam tatakelola sektor awam.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Daripada Kuala Lumpur ke Dili, lawatan rasmi ini melambangkan komitmen Malaysia dan Timor-Leste untuk membina masa depan bersama yang lebih makmur dalam keluarga besar ASEAN.
Ia membuka ruang kerjasama lebih erat dalam bidang pertahanan, komunikasi digital, keterhubungan, pelaburan dan perdagangan.
Semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh dan mencapai pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer, pagi tadi, sebelum perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump yang mengiktiraf peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam memudah cara gencatan senjata Kemboja–Thailand.
Malaysia dan Amerika Syarikat kini menantikan Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan sebagai landasan memperkukuh kerjasama demi keamanan dan kemakmuran serantau.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump sebentar tadi, saya tegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya terkait isu Kemboja–Thailand.
Presiden Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia dan keteguhan ASEAN.
Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai.
Malaysia menantikan kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan, yang akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Perbualan telefon ini berlangsung ketika saya menerima kunjungan hormat Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan delegasi sempena kehadiran mereka ke Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan ini kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua buah negara serta ASEAN terutamanya dari perspektif perdagangan.
Saya tegaskan akan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan hatta ini akan turut dapat mendorong ketentuan arah tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua buah negara.
Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan-rakan perdagangannya lantas akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba ke tanah air dari Timor-Leste semalam, saya terus ke Taman Botani Perdana untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-57 yang menghimpunkan sahabat-sahabat ASEAN dan rakan dialog rantau ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN, saya menekankan bahawa tonggak ekonomi kekal sebagai matlamat utama kita, memacu komuniti serantau yang bersepadu, berdaya saing dan berdaya tahan sejak penubuhan AEC pada 2015.
Hari ini ASEAN berdiri sebagai ekonomi kelima terbesar dunia, dan dengan RCEP serta perjanjian perdagangan yang dipertingkat, kita diyakini mampu melonjak menjadi blok keempat terbesar menjelang 2030.
ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati pasif, sebaliknya mesti memimpin dengan mengukuhkan rantaian bekalan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, melabur dalam kelestarian serta merangkul inovasi.
Langkah bersejarah untuk mengadakan Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN bulan depan akan memperkukuh kesepaduan dalam mendepani cabaran geopolitik dan geoekonomi.
Malaysia komited memastikan pertumbuhan inklusif yang tidak meninggalkan mana-mana negara anggota, menghargai peranan rakan dialog, dan menyambut keanggotaan Timor-Leste yang bakal memperkukuh perpaduan rantau.
ASEAN bukan sekadar sebuah rantau, tetapi sebuah janji tentang potensi tanpa batas yang mesti kita buka bersama demi kesejahteraan rakyat, kerjasama rakan serantau dan masa depan generasi mendatang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima anugerah sivil tertinggi Timor Leste, ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ daripada Presiden Dr José Ramos-Horta.
Anugerah ini sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta komitmen saya dan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala dan serantau.
Saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia dan ia juga sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara.
Sebelum itu, dalam ucaptama siri Presidential Lecture, saya menekankan keperluan negara anggota memperkukuh kesepaduan dan kepusatan ASEAN bagi menghadapi persaingan geopolitik serta cabaran serantau yang kian kompleks.
Sepanjang hampir enam dekad, ASEAN telah melalui pelbagai pasang surut, namun pengajaran yang diperoleh, membuktikan kesepaduan dan kepusatan tidak boleh dipandang ringan.
Kesepaduan ASEAN mesti dipertahankan secara berterusan kerana perpecahan hanya akan melemahkan usaha bersama membina rantau yang aman dan makmur.
//
Honoured to receive Timor-Leste’s highest civilian award, the Grand Collar of the Order of Timor-Leste, from President Dr. José Ramos-Horta, symbolising the friendship between our nations and Malaysia’s commitment to stronger regional ties.
In my Presidential Lecture keynote, I underscored the need for ASEAN to safeguard its unity and centrality amid rising geopolitical rivalry and regional challenges. Only by staying united can we build a peaceful and prosperous region.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menutup lawatan rasmi ke Timor-Leste, saya berkesempatan bertemu media Malaysia dan menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan tuan rumah, satu pengiktirafan kepada rakyat dan negara kita.
Lawatan ini diserikan dengan penghormatan di Parlimen serta sambutan istiadat tertinggi oleh Presiden José Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão.
Perbincangan di peringkat tertinggi pula tertumpu kepada membina masa depan bersama, termasuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, komunikasi digital, keterhubungan, pelaburan dan perdagangan.
Malaysia turut menegaskan komitmen untuk terus menyokong sinergi dengan Timor-Leste melalui program latihan, pendidikan, TVET serta kerjasama pertahanan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden José Ramos-Horta, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão, serta semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan penuh makna ini. Insya-Allah, Timor-Leste bakal disahkan sebagai anggota penuh ASEAN ke-11 pada penghujung Oktober ini.
Semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh dan mencapai tahap yang lebih gemilang pada masa hadapan.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam lawatan rasmi ke Timor-Leste, saya bersama Presiden Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão telah merasmikan pelancaran projek Pusat Konvensyen di Pelabuhan Dili, yang merupakan satu pencapaian bersejarah dan simbol komitmen Timor-Leste untuk terus mara ke arah keanggotaan ASEAN.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengiktiraf serta menghargai usaha berterusan Timor-Leste dalam melaksanakan pelan tindakan keanggotaan ASEAN.
Inisiatif ini bukan sahaja melambangkan kemajuan pembangunan negara tersebut, malah membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih luas antara Malaysia dan Timor-Leste, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan serta masa depan yang lebih makmur bagi rantau ASEAN secara keseluruhannya.
//
During my official visit to Timor-Leste, I joined President Dr José Ramos-Horta and Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão to launch the Convention Centre project at Dili Port, a historic milestone that reflects Timor-Leste’s strong commitment towards ASEAN membership.
As ASEAN Chair, Malaysia values Timor-Leste’s continued efforts in carrying out its membership action plan. This initiative not only marks the country’s development progress, but also opens new opportunities for stronger economic cooperation between Malaysia and Timor-Leste, while contributing to growth, stability, and a more prosperous future for ASEAN as a whole.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menyampaikan Ucapan Khas di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi ini, saya bersama delegasi Malaysia telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão serta barisan kabinet beliau.
Pertemuan ini dimanfaatkan untuk meneroka kerjasama baharu dalam bidang pertahanan, komunikasi dan pendidikan, demi memperkukuh hubungan erat Malaysia–Timor-Leste serta menyumbang kepada kekuatan dan perpaduan ASEAN.
Kami kemudian menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) perniagaan melibatkan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Banco Central de Timor-Leste (BCTL), serta antara Asian Institute of Insurance (AII) dan BCTL dimana ia merangkumi kerjasama dalam sektor kewangan, penambahbaikan dalam pendidikan dan latihan insurans.
//
After delivering my Special Address at the National Parliament of Timor-Leste, I joined the Malaysian delegation in a bilateral meeting with Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão and his Cabinet.
We explored new areas of cooperation, including defence, communications and education, to strengthen Malaysia–Timor-Leste relations and contribute to ASEAN unity.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucapan Khas di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi ke negara ini.
Dalam ucapan, saya menegaskan bahawa Parlimen adalah wadah tertinggi yang mewakili suara rakyat dan mendokong prinsip demokrasi.
Justeru, institusi ini perlu dipertahankan dan diperkasakan sebaik-baiknya, sama ada di Malaysia, di Timor-Leste mahupun di mana-mana negara yang menjunjung demokrasi.
Demokrasi berasaskan kepercayaan rakyat, dan daripada kepercayaan inilah lahirnya kestabilan sesebuah negara yang mengukuhkan peranan sebagai anggota penting dalam keluarga besar ASEAN.
Dalam konteks ini, hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste amatlah signifikan dan Malaysia komited untuk terus menyokong aspirasi Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN, kerana keanggotaan ini bukan sahaja memperkukuh kesepaduan rantau, malah membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pembangunan teknologi.
Seiring dengan cabaran geopolitik semasa, ASEAN memerlukan ketersalinghubungan yang lebih mantap serta penerokaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga hijau sebagai pemacu masa depan yang lebih inklusif dan lestari untuk seluruh rantau.
//
I was honoured to deliver a Special Address at the National Parliament of Timor-Leste during my official visit. I stressed the vital role of Parliament in representing the people and safeguarding democracy, the foundation of national stability and ASEAN’s unity.
Malaysia values its close ties with Timor-Leste and remains committed to supporting its aspiration to join ASEAN, opening greater opportunities for cooperation in economy, education, and technology towards a more sustainable future.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya akan menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden sempena lawatan rasmi saya ke Timor-Leste.
Program ini menjadi wadah penting untuk berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama serantau serta isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama.
Saksikan siaran langsungnya di RTM hari ini.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai program rasmi, saya bersama delegasi telah dijamu pada resepsi makan malam yang dihoskan oleh Presiden, Dr. José Ramos-Horta, serta Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão sempena lawatan rasmi ke Timor-Leste.
Majlis turut diserikan dengan persembahan seni, nyanyian dan kebudayaan tempatan, di samping menjadi ruang berharga untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, serantau dan global.
Semoga kerjasama erat antara Malaysia dan Timor-Leste terus diperkukuh, demi membawa manfaat yang berkekalan kepada rakyat kedua-dua negara.
//
Attended a state dinner hosted by President Dr. José Ramos-Horta and Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão, with cultural performances and fruitful exchanges. May Malaysia–Timor-Leste ties continue to grow for mutual benefit.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tidak sempurna lawatan rasmi ini tanpa sesi bersama diaspora Malaysia di Timor-Leste, yang menjadi jambatan mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat kita di perantauan.
Saya tekankan bahawa lawatan penuh makna ini merupakan satu mercu tanda penting untuk Malaysia dan Timor-Leste memperkukuh kerjasama sedia ada, di samping membuka lembaran baharu peluang sinergi bersama.
/
This official visit would not be complete without meeting the Malaysian diaspora in Timor Leste, strengthening ties between the government and our people abroad.
I highlighted that this meaningful visit marks an important step for Malaysia and Timor Leste to deepen cooperation and explore new opportunities together.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden yang diserikan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan statik sempena lawatan ke Timor Leste.
Usai kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste, Dr José Ramos-Horta, kami kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang menumpukan kepada bidang-bidang berpotensi, termasuk pertahanan, kesihatan, komunikasi, pendidikan, budaya, pengecualian visa, pelaburan dan perdagangan.
Pertemuan tersebut turut menyaksikan pertukaran pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, dalam suasana mesra dan konstruktif.
Hasil perbincangan ini turut kami kongsikan bersama media tempatan dan Malaysia, dengan harapan sinergi baharu dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh persahabatan Malaysia–Timor Leste, malah membuka lembaran baharu kerjasama strategik yang dapat menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau.
//
Honored to receive an official ceremonial welcome at the Presidential Palace, which featured an inspection of the static guard of honour, as part of our official visit to Timor Leste.
Subsequent to our courtesy call with the esteemed President of Timor Leste, Dr. José Ramos-Horta, we convened our respective delegations for a productive bilateral meeting.
During our discussions, we explored several promising avenues for collaboration, encompassing defence, health care, communications, education, culture, visa facilitation, investment, and trade.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato bagi memulakan lawatan rasmi dua hari, bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste.
Ketibaan saya disambut mesra oleh Presiden, Dr José Ramos-Horta, dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão, diiringi persembahan budaya yang penuh harmoni, cerminan persahabatan erat kedua-dua negara.
Dalam satu simbolik istimewa, saya dijemput menaiki Mini Moke, kenderaan klasik berbumbung terbuka yang sinonim dengan gaya Ramos-Horta mendekati rakyat pada majlis rasmi, malah beliau sendiri memandu, dengan saya di tempat duduk hadapan dan Gusmão di belakang, sebelum kami bertiga meneruskan perjalanan bersama ke sebuah hotel berdekatan.
Mohon doa dan dukungan agar segala urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah.
///
Arrived at Presidente Nicolau Lobato International Airport for a two-day official visit aimed at further strengthening bilateral relations between Malaysia and Timor-Leste.
I was warmly received by President Dr José Ramos-Horta and Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão, in a cordial atmosphere that reflects the close friendship between our two nations.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berlepas ke Republik Demokratik Timor-Leste bagi lawatan rasmi atas jemputan sahabat saya, Kay Rala Xanana Gusmão, Perdana Menteri Timor-Leste.
Lawatan rasmi ini penting untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menyokong kesediaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN.
Moga segala perancangan dan agenda yang diatur dipermudahkan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Semoga usaha ini menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang sedang diuji dan menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.
🇲🇾🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#freepalestineThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam landskap global yang sarat dengan ketidaktentuan, Kerajaan MADANI tidak berdiam diri.
Memastikan kos sara hidup yang tidak menekan rakyat, Kerajaan MADANI perlu mengambil langkah berani, adil dan menyeluruh.
Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi dikenakan RM2.60 seliter.
Langkah ini adalah komitmen berterusan untuk melindungi rakyat, memperkukuh kedudukan kewangan negara, mengurus cabaran global dan memastikan manfaat negara sampai terus kepada setiap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama.
Marilah kita terus bersatu padu untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berupaya berhadapan cabaran mendatang demi melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam ucapan saya pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya ingin memaklumkan bahawa mulai 30 September ini, kerajaan akan melaksanakan Program Budi Madani RON95 (BUDI95).
Menerusi inisiatif ini, setiap rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter subsidi petrol RON95.
Seiring dengan pelaksanaan tersebut, harga RON95 turut diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara akan dikenakan harga RM2.60 seliter.
Melalui BUDI95, semua warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, dengan lesen memandu yang sah dan aktif, akan secara automatik menikmati manfaat ini.
Usaha ini bertujuan memastikan subsidi diagihkan secara lebih adil kepada rakyat yang layak, di samping mengelakkan sebarang bentuk ketirisan.
Bagi menjayakan pelaksanaan ini, penggunaan MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjadi asas pengesahan, agar hanya warganegara yang memiliki lesen memandu sah menerima manfaat.
Saya juga ingin mengingatkan rakyat untuk menyemak lebih awal cip MyKad dan lesen memandu masing-masing, supaya tidak timbul masalah teknikal ketika mengisi petrol kelak.
Insya-Allah, Kementerian Kewangan akan memberi penjelasan dan penerangan terperinci dari semasa ke semasa, agar rakyat benar-benar jelas mengenai pelaksanaan ini. Yang penting, subsidi ini akan diagih secara bersasar, telus dan tanpa ketirisan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tinjauan saya di Sabah semalam menyaksikan dugaan berat bencana banjir dan tanah runtuh, namun juga semangat luar biasa urang Sabah serta pengorbanan para petugas yang berjuang tanpa mengenal lelah.
Insya-Allah bersama seluruh rakyat Malaysia, kita akan bangkit memulihkan kehidupan dan harapan di bumi Sabah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya turut berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.
Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian.
🇲🇾🇰🇭
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turun ke beberapa kawasan di Sabah petang tadi untuk meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini.
Terkesan melihat keadaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan pangsapuri Country Heights Penampang yang terjejas teruk dan memerlukan tindakan segera. Justeru saya telah arahkan agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyegerakan proses baik pulih dan meneliti keperluan peruntukan tambahan. Keutamaan ketika ini adalah memulihkan tempat tinggal serta barangan keperluan asas mangsa.
Di sebalik ujian ini, saya amat terharu melihat ketabahan urang Sabah yang masih mampu tersenyum tatkala saya bertemu mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis dan Kampung Sarapung. Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya memulihkan kehidupan kalian secepat mungkin.
Penghargaan tertinggi saya kepada pasukan keselamatan, pengurusan bencana dan sukarelawan yang telah menyabung nyawa demi memastikan keselamatan rakyat yang terkesan. Tidak terkecuali petugas Sabah Electricity yang bekerja tanpa henti memulihkan bekalan elektrik yang terjejas. Takziah dan penghormatan tertinggi buat Allahyarham Masedeh Rosmin yang gugur ketika bertugas. Pengorbanan mu demi rakyat Sabah pasti dikenang selamanya.
Saya turut rakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan jentera Kerajaan Negeri yang bertindak pantas sejak hari pertama bencana, dengan menumpukan sepenuh perhatian pada keselamatan serta kebajikan rakyat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada semua yang terkesan dan mempermudahkan usaha kita bersama dalam memulihkan kehidupan rakyat Sabah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mulakan tugas pada pagi Jumaat ini dengan menghadiri Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 dan seterusnya melawat Pameran Antarabangsa Halal (MIHAS) serta menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Palestin mengenai kerjasama ekonomi dan perdagangan di Kuala Lumpur.
Saya singgung mengenai kepentingan kembali kepada asas dan makna ‘halalan toyyiban’, iaitu suatu pendekatan holistik yang melihat halal sebagai simbol keyakinan dan kepercayaan, selain pertanggungjawaban dan etika dalam penekanan elemen kemampanan, kebersihan dan kesihatan. Maksud halal adalah berasaskan kepercayaan, dan yang ditonjolkan dalam pameran ini juga adalah sebahagian dari mesej dakwah yang dizahirkan melalui amalan, tindakan dan perbuatan kita.
Kedudukan Malaysia dalam bidang halal tentunya bukan perjalanan yang mudah. Saya turut rakamkan penghargaan atas pandangan jauh dan berwawasan almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu telah menggerakkan ikhtiar ini bersama dengan kerjasama dan komitmen pelbagai pihak yang membantu membina keupayaan Malaysia dalam bidang halal yang terbukti kukuh dan dipercayai dunia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya telah bercakap dengan sahabat saya, Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand. Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.
Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja. Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.
Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC). Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
ANWAR IBRAHIM
🇲🇾🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pertemuan saya bersama Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan Sahiba Gafarova pada petang tadi telah menzahirkan tekad kedua-dua negara untuk mempererat hubungan Malaysia-Azerbaijan yang terjalin sejak tahun 1993. Malaysia melihat Azerbaijan sebagai rakan strategik yang punyai potensi yang besar, khususnya dalam bidang tenaga, pelancongan, industri halal serta kerjasama di sektor pembinaan dan mineral. Ini landasan yang akan kita mantapkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Saya menyanjung peranan Azerbaijan dalam mengangkat agenda keamanan serantau, termasuk melalui Washington Framework for Peace baru-baru ini. Kepemimpinan mereka di pentas antarabangsa, khususnya dalam Rangkaian Parlimen NAM, memperlihatkan betapa diplomasi tidak hanya jalur untuk meleraikan konflik, tetapi menjadi aparat untuk menegak keadilan dan kemanusiaan.
Justeru, Kerajaan akan terus menjambatani Timur dan Barat melalui pendekatan dan seni diplomasi kenegaraan. Dalam dunia yang terus berantakan hari ini, Malaysia memilih untuk menjadi suara dan kuasa penengah (mid-tier power) di pentas geopolitik ke arah dunia yang lebih aman dan seimbang.
🇲🇾🇦🇿
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hubungan akrab antara Malaysia dan Republik Sosialis Vietnam akan sentiasa menjadi antara pemangkin dalam memperkukuh rantau ASEAN.
Pertemuan saya bersama Pengerusi Dewan Negara Vietnam Tran Thanh Man hari ini mengesahkan tekad kedua-dua negara tetangga untuk terus memperdalam kerjasama di sektor dagang, pelaburan, tenaga, serta sektor halal yang semakin mendapat rentak di peringkat global.
Kami sepakat menekankan kepentingan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara. Malaysia mengiktiraf peranan Vietnam melalui AIPA sejak tahun 1995 sebagai detik penting integrasi Parlimen di rantau ini. Melalui pertukaran amalan terbaik dalam perundangan, tadbir urus, dan reformasi, kita berjaya memperkuat asas-asas demokratik serta memperluas ufuk kerjasama.
Kami juga satu suara dalam mendukung penyertaan Timor-Leste ke dalam keluarga majmuk ASEAN. Usaha ini melambangkan kesatuan rantau kita, yang bukan sahaja berpaksi pada kepentingan ekonomi, malah turut mencakup idealisme, solidariti, dan semangat kebersamaan di rantau Asia Tenggara.
🇲🇾🇻🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia berbesar hati tatkala diangkat menjadi tuan rumah untuk persidangan AIPA, iaitu ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Ke-46 yang kini berlangsung di World Trade Center, Kuala Lumpur. Demokrasi tentunya mencakup persoalan pertanggungjawaban, atau ‘democratic accountability’, iaitu mesti menjamin ruang untuk berbahas atau ‘reason discourse’, mengkritik, dan menegak hukum dan ketertiban di dalam Dewan sebagai usaha dan upaya kita menyemangati prinsip-prinsip negara yang matang dan demokratik.
Sementalahan, di peringkat ASEAN kita mengangkat serta menjunjung semangat keterangkuman (inclusivity), yakni memastikan suara wanita, anak muda, marhaen serta minoriti didengar. Itu maknanya roh kesatuan kita yang telah menjadikan rantua ini terus damai, stabil dan berkembang pesat seiring tuntutan zaman (zeitgeist).
Justeru, Malaysia konsisten menolak kebejatan, memperjuang prinsip tadbir urus yang baik, selain memastikan pertumbuhan ekonomi itu dinikmati setiap lapisan masyarakat. Mari rapatkan saf ASEAN, teguhkan pusat rantau ini agar ia benar-benar menjelmakan suara nurani dan aspirasi warganya yang kaya dengan nilai sejarah dan budaya ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan DYMM Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu.
Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang.
Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat.
Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) adalah gagasan masa depan, dan merupakan suatu realiti yang sedang kita rintis bersama. Kota pintar berlandaskan prinsip-prinsip MADANI adalah wahana bagi memperkasa rakyat, memperluas akses kepada peluang-peluang yang ada, serta memastikan setiap warga merasa dan menikmati manfaat dari kemajuan teknologi.
Namun, kota yang benar-benar pintar tidak hanya berlandaskan teknologi semata, tetapi mesti menjadi ruang hidup yang inklusif, lestari dan berbudaya. Ibnu Khaldun dalam ‘Muqaddimah’ menegaskan melalui teori Umran Hadari bahawa kota adalah pusat atau pangkalan tamadun, sementara novilis dan pemikir Amerika Syarikat Mark Twain mengingatkan bahawa sebuah kota tidak seharusnya menjadi “hutan konkrit yang tandus budaya”. Justeru, kita mesti membangun kota yang canggih secara teknologi tetapi kekal mengakar pada jati diri, nilai dan warisan khazanah bangsa.
Ikhtiar membangun Kota MADANI dan Smart City Kuala Lumpur adalah tekad kita untuk Malaysia dapat bersaing di bidang ekonomi dan inovasi, di samping menegak keadilan sosial, kelestarian alam, serta maruah nasional.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan ke Pulau Pinang mematri jutaan makna di jiwa, dari kunjungan hormat ke atas TYT Yang Di-Pertua Negeri, mengangkat pusaka bangsa bersama lebih 10,000 Pendekar MADANI, hingga kemuncaknya meraikan Hari Malaysia bersama rakyat dari seluruh negara.
Detik-detik ini menyulam persahabatan dan menyalakan tekad membina Malaysia MADANI yang bersatu.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Gaza is crushed, the West Bank dispossessed, the region bombarded. Israel’s vow against a Palestinian state is a vow of permanent apartheid. Malaysia stands firm for justice, for Palestine.
======
Gaza terus menerus dihancurkan. Ikrar Israel menolak negara Palestin adalah ikrar apartheid kekal. Malaysia tetap tegas demi keadilan buat Palestin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sempat beriadah petang tadi. Alhamdulillah.
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
The attack on Doha is not only a flagrant assault on Qatar’s sovereignty and international law, but a reckless strike at the very heart of regional security. Under the steadfast leadership of Sheikh Tamim, Qatar has stood as a pillar of mediation and peace. To strike Qatar is to sabotage peace itself.
======
Mengebom Doha adalah tindakan rakus, dan biadab. Ia jelas pencabulan terhadap kedaulatan Qatar, pelanggaran undang-undang antarabangsa, serta provokasi berbahaya yang menggugat keselamatan rantau.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi meraikan Sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang bersama sahabat dari Sarawak dan Sabah serta seluruh Semenanjung.
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati tarikh keramat 16 September, tetapi untuk kita menyingkap lembaran pengorbanan bapak-bapak dan ibu-ibu kita dari Semenanjung, Sabah hingga Sarawak yang berjuang menolak penguasaan asing dan menuntut kebebasan yang bermaruah.
Kemerdekaan ini lahir daripada darah, air mata dan keringat, hasil perjuangan yang panjang dan penuh derita melawan kolonialisme dan imperialisme. Kita wajib mengenang keikhlasan dan ketabahan generasi terdahulu yang merintis jalan ini untuk kehidupan yang kita nikmati hari ini.
Wawasan mereka jauh mendahului zaman. Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Temenggung Jugah, Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens bersama ramai lagi pejuang telah menyatukan kepelbagaian untuk membentuk Malaysia yang berdaulat.
Namun cabaran pasca kemerdekaan menuntut lebih daripada sekadar mengganti wajah penjajah. Apa gunanya penjajah diusir, jika penguasa tempatan yang menggantikannya berperangai sama - tamak haloba, rakus, menghina warna kulit dan menggunakan kekuasaan untuk meragut kekayaan?
Inilah warisan sikap penjajah yang masih berterusan hingga kini. Kemerdekaan sejati bukan sekadar bebas jasad, tetapi merdeka jiwa dan pemikiran. Ia harus dibina dengan nilai, akhlak dan tatakelola yang baik, bukan dengan mengulangi kerakusan penguasa terdahulu.
Dalam Malaysia yang merdeka, perpaduan adalah tonggak. Hak Melayu dan Bumiputera dijamin dalam Perlembagaan, tetapi kemajuan negara juga mesti berpaksikan kesaksamaan peluang bagi semua. Inilah yang membezakan kita daripada prasangka dan diskriminasi penjajah.
Hari ini kita berdepan cabaran baharu. Dunia sedang bergolak, termasuk konflik di Palestin yang terus meragut nyawa. Pengajarannya jelas, hanya dengan bersatu, merapatkan jurang kaum, agama dan wilayah, kita mampu pertahankan kedaulatan negara tercinta.
Alhamdulillah, Malaysia terus melangkah dengan kekuatan baharu. Pulau Pinang dan Johor muncul sebagai gergasi industri, Sarawak sebagai hab tenaga serantau dan Sabah dengan potensi pertumbuhan tertinggi. Setiap negeri punyai peranan untuk kemakmuran Malaysia.
Kerangka MADANI mengimpikan kemajuan yang seimbang dengan ekonomi rancak tetapi bersulamkan ihsan, rahmah dan nilai kemanusiaan. Kita mahu negara ini maju dalam teknologi dan tenaga baharu, namun jangan sesekali kita tinggalkan budaya, budi pekerti dan karamah insaniah.
Usai ucapan, saya menyampaikan hadiah kepada peserta gerakan Bersama Malaysiaku yang dilancarkan sejak Julai lalu. Menerusi perkongsian kisah bergambar, gerakan ini mengangkat guru, jururawat, pekerja pembersihan, buruh dan sebagainya sebagai wira sebenar pembangunan negara.
Semoga semangat Hari Malaysia yang diraikan saban tahun terus menyala, memandu langkah kita membina sebuah negara yang makmur, berdaulat dan berakhlak.
🫶🇲🇾❤️
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#bersamamalaysiaku -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
A mission of mercy sails once more toward Gaza, bearing not weapons of war but the lifeline of food and aid for a besieged people. It must reach its shore. To turn it back is to betray humanity itself.
======
Sebuah flotila kemanusiaan berlayar menuju Gaza, bukan membawa senjata tetapi membawa nadi kehidupan berupa makanan dan bantuan untuk rakyat yang dikepung. Ia mesti sampai ke destinasinya. Menghalangnya adalah pengkhianatan terhadap kemanusiaan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan tugasan pada Hari Malaysia ini, saya ke Politeknik Seberang Perai untuk berhimpun bersama lebih 10,000 anak-anak Pendekar MADANI daripada pelbagai persatuan silat untuk mengangkat martabat pusaka agung bangsa Melayu.
Sejarah gemilang Kesultanan Melayu Melaka mengajar kita bahawa kekuatan bukan sekadar kuasa, tetapi kerana ilmu, kepintaran, akhlak, teknologi dan disiplin yang kental. Itulah semangat yang mesti kita hidupkan hari ini, yakni semangat yang membenci kezaliman, menolak penindasan dan menjulang maruah bangsa.
Alhamdulillah, saya diizinkan Allah SWT untuk menimba ilmu, termasuk ilmu persilatan daripada tiga tokoh besar iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, Ustaz Hanafi Ahmad dan Dato’ Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa. Dari mereka saya belajar bahawa kehebatan silat tidak hanya pada sepak terajang semata, tetapi pada disiplin, akhlak dan adab menghormati sesama manusia.
Saya tegaskan bahawa semangat Pendekar MADANI bukan untuk kita bermegah atau bersikap angkuh, tetapi melatih akhlak, menanam hormat sesama insan tanpa mengira kaum dan mengasuh jiwa supaya gagah dalam kehidupan. Jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia harus menjadi benteng sebenar kekuatan kita.
Justeru, selaras iltizam memartabatkan ilmu persilatan, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM2 juta bagi menyelaras gerakan besar menyatukan semua pertubuhan silat di bawah panji semangat Pendekar MADANI.
Dana ini bakal menyemarakkan gelanggang silat di sekolah-sekolah, politeknik, universiti dan institusi pendidikan seluruh negara. Matlamatnya bukan sekadar melahirkan pesilat yang tangkas tetapi membentuk generasi muda berdisiplin, berakhlak mulia, berjiwa besar dan berbangga dengan pusaka bangsa.
Dalam majlis ini juga, saya menerima penghormatan menerusi pertabalan sebagai Imam Khalifah Agong “Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti” oleh Pakndak Majid. Pengiktirafan ini adalah amanah yang melambangkan keluhuran warisan silat serta kesinambungan perjuangan bangsa yang tidak pernah putus sejak turun-temurun.
Bagi saya, Pakndak Majid bukan sekadar guru besar persilatan, tetapi teman setia yang tetap bersama dalam suka dan duka perjalanan hidup saya. Persahabatan ini saya hargai sebagai lambang keikhlasan dan bukti bahawa silat adalah ikatan persaudaraan serta perjuangan yang merentas masa.
Hari ini kita catat sejarah baharu dengan semangat dan kesatuan Pendekar MADANI! Dengan semangat dan kesatuan ini, kita hidupkan roh perjuangan yang diwarisi daripada guru-guru kita, perkasakan jiwa bangsa agar gagah menentang penindasan, dan kita terus mara membina semangat MADANI yang bermaruah di persada dunia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Enough is enough. The world is exhausted by empty condemnations. The time has come for decisive and concrete action. Diplomatic and trade relations with Israel must be severed.
======
Kecaman semata-mata tidak akan menghentikan peluru berpandu yang bertali arus membedil. Ia juga tidak akan membebaskan Palestin. Tindakan tegas mesti diambil, hubungan diplomatik dengan Israel perlu dihentikan, perdagangan mesti digantung, dan hukuman seadilnya mesti ditegakkan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai tiba dari Doha pagi tadi, saya terus mulakan lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara.
Pertemuan yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Komunikasi ini menyentuh pelbagai perkara, daripada perkembangan geopolitik antarabangsa hingga ke pembangunan negara serta kebajikan rakyat di negeri ini.
Sempat menghimbau nostalgia tatkala Tun Ramli menunjukkan gambar lama saya dan Azizah bersama beliau dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang dirakam sekitar 90-an, selepas kami bermain badminton.
Selepas santapan tengah hari, saya berpeluang bergambar bersama keluarga TYT Ramli, sambil menitipkan salam Azizah buat semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini, seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-92.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan para pegawai serta anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.
Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air.
Penghargaan juga kepada para pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka.
Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada.
Dirgahayu Angkatan Tentera Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada tanggal 16 September saban tahun, kita terus diperingatkan tentang lembaran sejarah yang telah menemukan wilayah-wilayah yang berbeza latar dan budaya ke dalam satu cita nasional yang diberikan nama Malaysia. Hari besar negara ini adalah lambang serta tekad leluhur yang berani menyanggah penjajahan, melasah segala bentuk penyimpangan, dan menjunjung tegas maruah bangsa dalam sebuah kesatuan yang rencam tapi berpadu. Ini harinya di mana kita terus-terusan memperbaharui tekad dalam meraikan kerencaman itu sebagai rahmat yang memperkukuh asas persaudaraan.
Sementelahan, saya menegaskan bahawa kekuatan Malaysia berakar dari rakyat yang menyemarakkan kemanusiaan, keadilan dan solidariti, selain institusi kenegaraan serta pentadbiran yang berwibawa. Negara ini ditegakkan dengan darah, keringat dan air mata generasi terdahulu yang menyala serta membakar obor kebebasan. Walhasil, amanah yang dipikul kita hari ini adalah dalam memastikan obor itu terus menyemarak sebagai panduan kita menempuh tantangan di era baharu.
Mari bersama kita menzahirkan Hari Malaysia dengan memperkukuh iltizam dan cita murni, dan komited pada sebuah kerangka yang menjunjung maruah insan, menolak kebejatan, menjauhi perpecahan, dan menjadikan negara ini contoh kepemimpinan yang berwibawa di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.
Malaysia mesti terus dipertunjukkan sebagai tanah yang adil, makmur dan madani yang diwariskan kepada anak cucu sebagai negara bangsa yang teguh dan bermaruah.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan adakan pertemuan ringkas bersama Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Turkiye, Raja Jordan, Perdana Menteri Pakistan dan Putera Mahkota Kuwait di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.
Kami menekankan sokongan penuh terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rakus dan biadab rejim Zionis Israel, di samping memperkukuh kesepakatan untuk membela Palestin.
Fokus utama adalah memastikan tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini dari Doha untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia selain menghadiri rapat umum bersama masyarakat.
Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Antara intipati Kenyataan Negara yang telah disampaikan semasa Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha.
======
Key takeaways from Malaysia’s National Statement at the Emergency Arab-Islamic Summit in Doha.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia bersama warga antarabangsa kekal teguh berdiri bersama rakyat Palestin mendepani kebiadaban Israel yang kini sedang menjalar di negara-negara Arab dan sekelilingnya. Mesej kita jelas; hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan. Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera.
Selain daripada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri, saya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan untuk pembaikan segera kemudahan asas.
Kerajaan MADANI akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan.
Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Doha, Qatar membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemucak Tergempar Arab-Islam.
Mohon doa serta dukungan agar setiap urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah dapat membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam, di Doha, Qatar.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha. Ia bukan sahaja satu pencabulan kedaulatan Qatar, malah satu tindakan rakus dan biadab yang melanggar tatanan undang-undang antarabangsa, serta provokasi berbahaya yang mengancam kestabilan dan keselamatan rantau.
Qatar, di bawah kepimpinan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah memainkan peranan besar sebagai perantara perdamaian. Menyerang Doha bererti merobek usaha mulia tersebut, dan ia mesti dianggap sebagai serangan terhadap kita semua, seluruh dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa yang mendambakan keamanan.
Dalam masa sama, Gaza terus ditenggelami darah dan runtuhan. Kediaman dimusnahkan, hospital dibedil, anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa korban. Israel kini tidak lagi menyembunyikan niatnya, menolak kewujudan negara Palestin, mengisytiharkan satu bentuk apartheid kekal, serta menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan sendiri.
Kecaman semata-mata tidak lagi memadai. Kenyataan sahaja tidak akan menghentikan bedilan roket dan peluru berpandu. Dunia mesti bertindak dengan langkah yang nyata dan berani termasuk menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis Israel sehingga kekejaman dihentikan dan hak Palestin dipulihkan.
Malaysia berdiri teguh bersama Qatar, Palestin, dan setiap bangsa yang dambakan keadilan serta keamanan. Inilah saatnya untuk kita bukan sahaja bersuara, tetapi bertindak.
Semoga Allah SWT mengurniakan keberanian untuk kita melawan kezaliman, serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat.
======
Condemnations alone will not stop the missiles, nor will declarations free Palestine. Malaysia condemns in the strongest terms the barbaric Israeli airstrikes on Doha, a blatant assault on Qatar’s sovereignty, international law, and the peace efforts of His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. From Gaza to the West Bank, Lebanon, Syria, Yemen, Iraq and Iran, Israel’s aggression has become a relentless pattern of lawlessness and apartheid, a total rejection of justice and humanity.
This is the time for courage, unity, and action. Severe measures must follow, from cutting diplomatic ties to suspending trade. And as the flotilla of mercy sails towards Gaza, the world must ensure it reaches its people. Malaysia stands firm with Qatar, Palestine, and all who believe in justice and peace.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berangkat ke Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan Kenyataan Negara bagi menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan biadab Zionis Israel.
Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya. Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini. Kita berdiri teguh bersama Qatar dan Palestin serta seluruh dunia yang cintakan keamanan serta keadilan. Inilah saatnya untuk dunia Arab-Islam, dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan, dan menjamin keselamatan sejagat.
Saya juga akan tegaskan sekali lagi, Malaysia tidak akan tunduk, tidak akan goyah, dan berdiam diri selagi penindasan ini berterusan. Malaysia tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Institusi pengakap, penggiat seni dan budaya adalah tonggak dalam membina jambatan perpaduan di Malaysia.
Mereka bukan sahaja menghubungkan individu daripada latar belakang berbeza, malah membentuk masyarakat yang lebih bertoleransi, menghormati dan bersatu padu lantas memastikan keharmonian dan kestabilan sosial terus terpelihara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai rencana di Johor semalam, saya langsung ke ibu negara untuk menghadiri Malam Gala Festival Budaya Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa. Malam bertatah pesona budaya ini memperlihatkan denyut hati bangsa, menyatukan kerencaman dalam satu pentas yang memukau.
Menjelang Hari Malaysia, festival ini mencerminkan kekuatan kita yang tidak sekadar berpaut pada kepesatan pembangunan ekonomi, tetapi juga berpasak kukuh pada kerencaman budaya yang menyatukan rakyat dan menyalakan semangat persaudaraan.
Dalam gagasan MADANI, pembangunan insan harus seiring dengan jiwa budaya. Warisan pelbagai suku kaum tidak hanya diraikan, tetapi juga dimuliakan sebagai sumber ilham dan kekuatan bersama.
Seni dan budaya kita menjadi lebih bermakna apabila teras Melayu berkembang harmoni bersama warisan Cina, India, Iban, Kadazan, Bajau dan lain-lain, menjadikan kerencaman ini jaminan keharmonian dan kelangsungan negara.
Saya benar-benar terpukau menyaksikan persembahan tarian dan nyanyian yang menjulang kerencaman budaya kita, yang bukan sahaja mempesona rakyat, malah mengundang kekaguman sahabat dunia.
Penghargaan tertinggi buat semua pihak yang menjayakan festival ini. Semoga ia terus menyemarakkan kebersamaan, memperkukuh persahabatan dan menampilkan Malaysia sebagai tanah air yang makmur, aman serta kaya budaya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan menerima patik menghadap sempena lawatan ke Johor hari ini.
Mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan rahmat, kesihatan, kesejahteraan dan berada dalam lindungan-Nya.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Kredit: RPO -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri lawatan kerja ke Johor, saya menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor bersama saf kepimpinan dan anggota KEADILAN negeri dan pusat dalam suasana penuh santai, harmoni dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
Reformasi bukan sekadar slogan, ia adalah iltizam yang berakar pada nilai keadilan, ketelusan dan kemanusiaan.
Saya tekankan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan dengan bijaksana, berprinsip, dan berpandukan visi untuk membentuk sebuah negara yang manusiawi, inklusif dan maju.
Negara yang kita impikan bukan sekadar hebat pada infrastruktur dan angka ekonomi, tetapi yang menjunjung maruah insan, membela yang tertindas, dan meraikan kepelbagaian dalam semangat perpaduan.
Setiap langkah reformasi yang kita pacu hari ini adalah demi generasi akan datang agar mereka mewarisi sebuah Malaysia yang adil, aman dan bermaruah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari ini, saya berkesempatan merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia 2025 (IJPAM 2025), dengan Johor sebagai tuan rumah pada tahun ini.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa penyatuan adalah asas penting dalam pembangunan negara dan masyarakat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Saff menggambarkan kekuatan ummah yang bersatu seperti bangunan yang tersusun kukuh yakni satu perumpamaan yang sangat mendalam dan relevan dengan konteks kita hari ini.
Saya juga melancarkan MySPPIM 2.0, portal baharu Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia yang diperbaharui dengan ciri-ciri pintar, integrasi bersama pelbagai agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri ke arah sistem pengurusan yang lebih efisien dan inklusif, berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Saya mahu agensi-agensi agama terus mara ke hadapan, menyumbang dalam arus kemajuan teknologi, tanpa mengabaikan asas kemanusiaan yang luhur.
Kemuliaan insan (Karamah Insaniyyah) bukan diukur pada persepsi atau emosi semata-mata, tetapi pada ilmu, akhlak, pemikiran, dan integriti yang dibina atas asas al-Quran dan as-Sunnah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Tanjung Leman, Mersing, Johor untuk menyertai Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 2025 bersama warga pengakap dari pelbagai lapisan masyarakat.
Sewaktu sesi ‘Temu Anwar X Pengakap’, saya maklumkan hadirin bahawa institusi pengakap ini masih dan akan kekal relevan apabila dipimpin dengan nilai yang kekal sepanjang masa seperti kemahiran, disiplin, perpaduan yang disaluti dengan nilai kemanusiaan sejagat.
Saya tekankan bahawa nilai manusiawi itu juga, kini perlu bergerak seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) bagi mencorak masa depan generasi pelapis yang bakal memimpin negara dengan bijaksana satu hari nanti.
Dek kesibukan mengejar daya cipta, transformasi digital dan perubahan dunia, kita jangan alpa akan kepentingan nilai manusiawi hingga mencetus kebencian dan perbalahan kaum serta agama yang telah dipertahankan selama ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.
Turut bersama ialah Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Perdana Menteri serta barisan pimpinan Persekutuan dan Negeri.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan status kemajuan terkini berhubung pelaksanaan persetujuan di bawah MA63. Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, hal ehwal pelancongan, kuasa dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, serta pemberian kuasa berhubung pengurusan alam sekitar.
Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan secara harmoni, tertib dan penuh saling hormat bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Dalam semangat MADANI, kita bukan sahaja bertekad menyelesaikan isu-isu berbangkit, malah merealisasikan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti.
Kerajaan MADANI hari ini adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak.
Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat, keikhlasan serta semangat persaudaraan yang sentiasa menjadi sandaran dalam kita menzahirkan Perjanjian Malaysia 1963 secara adil dan bermakna.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#ma63 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya bersama Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Perdana Menteri dan pimpinan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Kuching.
Usai solat kami turut berkesempatan beramah mesra bersama pihak pengurusan masjid dan para jemaah lain.
Semoga kita beroleh keberkatan pada penghulu segala hari, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalai -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi di Samajaya High-Tech Park, saya bersama Premier Sarawak menyaksikan pelancaran X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion.
Komitmen pelaburan berjumlah RM3 bilion ini bukan sekadar meningkatkan kapasiti pengeluaran, tetapi mengangkat Sarawak sebagai peneraju baharu dalam industri semikonduktor dan teknologi front-end fabrication.
Kejayaan ini menjadi bukti nyata keyakinan dunia terhadap Malaysia, khususnya Sarawak yang bukan sahaja muncul sebagai hab tenaga hijau rantau ini tetapi kini turut menonjol sebagai hab semikonduktor ASEAN.
Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama rapat antara industri dan universiti bagi melahirkan tenaga kerja berdisiplin, berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran era automasi dan kecerdasan buatan (AI).
Dengan kestabilan politik, dasar yang jelas serta sokongan padu Kerajaan Persekutuan, saya yakin Sarawak akan menjadi contoh unggul bagi negara sedang membangun dan turut menjadi sebahagian daripada penentu arah masa depan ekonomi global.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalai -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah, tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara.
Saya mohon penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana keselamatan nyawa keluarga adalah keutamaan.
Pihak berkuasa dan agensi keselamatan harus terus dan tingkatkan usaha menyelamat, pastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa dipenuhi dan berikan perlindungan terbaik sehingga keadaan kembali pulih.
Doa kami sentiasa bersama kalian.
ANWAR IBRAHIM
Foto: BERNAMA -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the tragic loss of lives following the flash floods in Bali. My thoughts and prayers are with the families who have lost loved ones, and with all those whose homes and livelihoods have been affected.
At this painful moment, I stand in solidarity with President Prabowo and the people of Indonesia. Malaysia grieves with you, and we will continue to hold the people of Bali in our hearts as they recover from this disaster.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini saya berkesempatan bersama Premier Sarawak, pimpinan Persekutuan dan Negeri, serta komuniti di Kuching dalam suasana penuh keakraban. Kehangatan ini mengingatkan saya betapa pentingnya semangat muafakat, saling percaya dan mendukung yang telah menjadi tiang seri pembinaan Malaysia sejak lebih enam dekad lalu.
Semangat yang diwarisi daripada tokoh-tokoh terdahulu seperti Tun Jugah, Tun Abang Openg dan Almarhum Tunku Abdul Rahman menzahirkan keikhlasan, kebersamaan dan cinta kepada rakyat sebagai asas yang mengatasi segala cabaran.
Hari ini, nilai itu wajib kita pelihara dan perkuatkan. Sarawak terus menjadi contoh negeri yang rukun, jauh daripada politik kebencian kaum dan agama. Perpaduan serta kestabilan politik inilah kunci kepada Malaysia yang aman dan makmur.
Dengan kerjasama erat antara Persekutuan dan Negeri, kita mampu memberi tumpuan kepada agenda masa depan yakni menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau, pusat teknologi digital, medan latihan anak muda serta pembangunan insan berteraskan nilai MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalai -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Negara ini lebih penting dari sikap segelintir yang memilih untuk mengutamakan ego, kepentingan peribadi atau politik sempit hingga sanggup mencetus porak peranda.
Keamanan, kestabilan, dan perpaduan yang kita kecapi hari ini bukan datang dengan mudah dan tidak boleh dikorbankan hanya kerana bisikan kebencian.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menyempurnakan urusan di Limbang, saya terus ke Kuching bagi meneruskan rencana dua hari di Bumi Kenyalang.
Pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak petang tadi menjadi medan penting untuk memperkukuh organisasi parti di setiap peringkat serta menyelaras usaha memperhebat jentera parti di negeri ini.
Dalam kesempatan itu, saya turut memperincikan dasar dan polisi Kerajaan MADANI agar ia dapat difahami, dihayati dan dirasai oleh rakyat Sarawak melalui pimpinan negeri.
KEADILAN bukan sekadar sebuah parti politik, ia merupakan wadah perjuangan rakyat yang sentiasa mendengar denyut nadi masyarakat, membela kepentingan mereka ke meja dasar demi kesejahteraan bersama.
Keberadaan KEADILAN di Sarawak perlu terus dimantapkan agar parti ini benar-benar menjadi suara rakyat keseluruhan serta mampu mengangkat agenda perubahan yang inklusif.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#kitakeadilan -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Limbang hari ini menjadi saksi kepada peluncuran Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2), jalan raya moden yang bakal merentasi bukit bukau, menyeberangi sungai deras, dan menghubungkan pedalaman Sarawak serta Sabah dengan lebih selesa dan selamat.
Bersama Premier Sarawak, Timbalan Perdana Menteri dan kepimpinan Persekutuan serta negeri, kami menyaksikan detik bersejarah SSLR2 sebagai urat nadi pembangunan, menghubungkan Miri, Marudi, Mulu, Limbang dan Lawas, kawasan yang sekian lama menanti limpahan pembangunan kini akan bersama-sama menikmati arus kemajuan.
Pada masa yang sama, saya turut meluluskan pembinaan sebuah klinik kesihatan jenis 5 di Limbang yang akan dimulakan tahun ini, selain mengumumkan sumbangan RM100,000 kepada SMK Mendamit demi kebajikan para guru dan pelajar.
Segala ini adalah hasil persahabatan dan saling percaya antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Ia tidak pernah dijadikan ruang untuk keuntungan peribadi, sebaliknya untuk manfaat rakyat. Inilah semangat Malaysia MADANI, muafakat, kasih sayang dan keadilan untuk semua.
Sarawak kini muncul sebagai gergasi tenaga baharu bertaraf dunia, dan kemajuan ini memberi manfaat kepada seluruh Malaysia. Justeru, kita mesti terus menjaga keamanan, menghormati kepelbagaian budaya dan memperkukuh kesatuan bangsa, demi masa depan yang lebih baik untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalai -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Prinsip kebebasan untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian perlu seiring dengan tanggungjawab mematuhi hukum, adab dan undang-undang demi keselamatan serta keharmonian masyarakat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semoga pengumuman ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga Limbang.
Ia juga menjadi bukti komitmen Kerajaan MADANI untuk terus membela kesejahteraan rakyat, memperkukuh akses kepada kemudahan berkualiti, serta memastikan tiada kawasan dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalai -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur Alhamdulillah. Pagi ini, bersama Azizah, saya menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam Global 2025, satu penghargaan buat semua yang bekerja tanpa jemu, percaya dan berusaha menjulang sistem kewangan Islam berlandaskan Maqasid Syariah.
Daripada komitmen mereka, Malaysia kini berdiri megah sebagai peneraju global dalam mengangkat keilmuan, keadilan dan kesejahteraan sejagat.
Kewangan Islam mesti terus ke hadapan dengan memimpin, bukan sekadar mengikut. Sukuk Hijau, platform digital, zakat dan wakaf semuanya wajar digembleng demi masa depan yang lestari dan inklusif. Kejayaan bukan hanya pada angka, tetapi pada kehidupan yang berubah.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem ini dengan pelaburan dalam bakat, memperkemas regulasi dan memacu inovasi. Paling penting, kita mesti lahirkan pemimpin beretika yang akan memikul amanah ini dengan iltizam, demi kemajuan berteraskan keadilan dan perikemanusiaan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.
Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.
Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.
Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.
Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Utusan -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Andainya Rasulullah SAW bersama kita saat ini, alangkah pilunya hati Baginda melihat umat yang dicintainya dihimpit fitnah, diselubungi penipuan, berpecah belah dan dipagut api perkauman yang merobek persaudaraan.
Di hari penuh barakah ini, seharusnya kita menterjemah rasa rindu, cinta dan kasih pada Baginda dengan kembali kepada iman, ilmu dan akhlak Rasulullah SAW, agar tangisan perpecahan ini berganti sinar penyatuan dan rahmat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#maulidurrasul1447hThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meluangkan masa riadah secara santai di sekitar kawasan perumahan selepas selesai program hari ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum pulang, saya meninjau kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling dan sekitarnya. Jawatankuasa masjid memaklumkan mengenai rancangan membina parkir bertingkat. Saya akan meminta pihak berkuasa memudahkan urusan ini demi keselesaan jemaah tabligh dan penduduk setempat.
Saya turut tekankan keperluan menyediakan ruang gerai berhampiran laluan pejalan kaki di luar masjid agar penjaja kecil dapat berniaga dengan lebih teratur.
Sempat juga singgah minum teh di restoran tomyam Nik Rahimah bersebelahan masjid, mendengar sendiri suara peniaga serta berbicara santai dengan penduduk sekitar.
Moga usaha ini menjadi amal yang membawa rahmat serta kesejahteraan buat rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selesai meraikan sambutan Maulidur Rasul SAW pagi tadi, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama ratusan jemaah tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, pusat dakwah yang telah menyinari ummah sejak lebih tiga dekad lalu.
Selepas solat, saya diberi ruang untuk menyampaikan tausiah bersempena Program Temu Mesra MADANI anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Saya menghimbau semangat perjuangan yang diwariskan oleh Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah, teladan terbaik buat umat manusia.
Sejarah membuktikan bahawa kekuatan umat lahir daripada perpaduan, ilmu dan kesedaran. Saya menyingkap bagaimana Salahuddin al-Ayyubi memakmurkan masjid, menanam roh jihad dan roh Islam, serta membangkitkan kesedaran umat sehingga menjadi kekuatan yang mampu menakluki semula Baitulmuqaddis.
Persiapannya adalah kekuatan masjid, roh perjuangan, perpaduan masyarakat serta peningkatan ilmu. Hari ini, ada yang punya ilmu tetapi tidak ada kesedaran, dan ada pula yang punya kesedaran tanpa keberanian untuk melangkah dalam perjuangan.
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
العنكبوت :٦٩
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang muhsin.
(Surah al-Ankabut: 69)
Saya juga tegaskan bahawa Negara MADANI ini bukan semata-mata soal politik atau ekonomi. Ia terangkum nilai iman, ihsan, rahmah dan keadilan agar pembangunan material seiring dengan akhlak, pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Peningkatan gaji penjawat awam dan gaji minimum misalnya, adalah antara manifestasi prinsip ihsan dalam dasar negara.
Pada masa sama, Kerajaan ini terbuka menerima teguran dan bersedia memperbaiki kelemahan. Namun teguran mesti berlandaskan akhlak, bukan cercaan atau fitnah. Dengan semangat saling menasihati, kita dapat mengangkat martabat umat, keluarga dan masyarakat.
Setiap kali menjejakkan kaki ke Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, saya terkenang jasa ulama dan guru yang mendorong perubahan dengan penuh hikmah. Semoga roh perjuangan dan semangat dakwah bil hikmah ini terus menyinari langkah kita membina Malaysia MADANI yang berakar pada iman, ilmu dan akhlak Rasulullah SAW.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M pagi ini.
Tahniah kepada para penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Lembaga Tabung Haji; Syeikh Haji Wazir Che Awang, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan; Khairul Amin Kamarulzaman, usahawan dan pempengaruh media sosial; Muhammad Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation; Ismail Abdul Ghani, Penolong Pesuruhjaya Bomba; Ardini Angeline Tan, pelakon; dan Dayang Nur ‘Maisarrah Abang Abdul Razak, tokoh belia harapan.
Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar rutin tahunan simbol kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kecintaan atas kisah serta teladan Rasulullah SAW adalah inspirasi kesedaran dan sekali gus penyuntik semangat kepada kita selaku umat yang dahagakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.
Surah al-Anbiya' : Ayat 107
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#maulidurrasul1447h -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan kerja saya ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping telah memperkukuh persahabatan Malaysia–China serta mengeratkan hubungan peribadi saya bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
Mesyuarat perniagaan turut membuahkan potensi pelaburan RM905 juta dan prospek eksport sehingga RM2.2 bilion dalam semikonduktor. Lawatan ini meneguhkan Malaysia sebagai sahabat diyakini, rakan dagang disegani dan suara lantang menegakkan keadilan di pentas dunia.
🇲🇾🫶🇨🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu manusia dahaga tauladan dan contoh budiman, sosok Rasulullah SAW menawarkan wawasan dan aspirasi kemanusiaan yang menyerlahkan suara kejujuran serta kejernihan jiwa terus menjadi panduan.
Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, Baginda juga simbol perpaduan dan pemimpin yang dihubungkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai.
Istilah al-Madinat al-Munawwarah pula mengisyaratkan tamadun kekotaan didasari cahaya (petunjuk wahyu) dan mengakar pada asas tauhid. Ia membayangkan aspirasi pembinaan kota sebagai tapak tamadun yang kemudiannya memberi dampak yang besar kepada dunia.
Melalui kepimpinan beliau di Madinah, Baginda meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak serta nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai-nilai keagamaan.
Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul yang dicirikan oleh iman, nilai-nilai khayr (kebaikan), bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat, beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma'ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar.
Firman Allah SWT:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ
Ali Imran: 110
Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Berakar kepada sunnah kenabian dan berpohon kepada rahmah Allah SWT, ayuh kita hadapi ranjau dalam kembara membina bangsa dan negara dengan contoh dan hikmah ar-Rasul.
Semoga dengan penghayatan dan kefahaman mendalam mengenai esensi ajaran dan warisan Baginda akan terus memandu dan menggerakkan kita semua untuk berkerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan umat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia, saya tegaskan bahawa lawatan kerja ke China kali ini tidak sekadar memperkukuh persahabatan erat Malaysia–China, sebaliknya turut memperteguh kedudukan negara di pentas serantau dan antarabangsa.
Saya amat menghargai hubungan peribadi yang terjalin bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang, yang semakin mekar melalui pertemuan di Tianjin dan Beijing. Persahabatan kami bertunjangkan keikhlasan, membuka ruang luas bagi kerjasama strategik yang akan membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
Di Tianjin, saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan serta bertemu pemimpin dunia untuk membincangkan perdamaian di Myanmar, kerjasama dua hala, dan derita yang terus menimpa Gaza.
Di Beijing pula, saya bersama Presiden Xi serta pimpinan dunia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua, satu simbolik penentangan terhadap penindasan dan penjajahan, tatkala dunia dibelenggu sikap hipokrit kuasa-kuasa besar yang membiar dan mengabsahkan kezaliman terhadap rakyat Palestin.
Dalam perbincangan yang lebih mendalam bersama Presiden Xi dan Premier Li semalam, kami meneroka ruang memperluas kerjasama baharu antara dalam pembangunan infrastruktur, pelabuhan, pendidikan, teknologi serta kecerdasan buatan.
Mesyuarat perniagaan yang diadakan di Tianjin dan Beijing pula membuahkan hasil memberangsangkan, dengan potensi pelaburan bernilai RM905 juta dalam sektor kimia dan telekomunikasi, mencerminkan keyakinan syarikat gergasi China terhadap Malaysia yang semakin utuh.
Ini termasuk komitmen jd.com kepada potensi pembelian produk Malaysia bernilai RM180 juta, manakala pertemuan dengan China Semiconductor Industry Association membuka prospek eksport bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh 1–2 tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri semikonduktor.
Lawatan ini juga telah menampilkan Malaysia di pentas dunia, membawa suara keadilan, menolak penindasan dan memperjuangkan kemanusiaan sejagat.
Penghargaan tertinggi daripada saya dan seluruh delegasi Malaysia atas layanan mesra serta penghormatan luar biasa daripada Kerajaan China yang menghulurkan persahabatan dengan penuh hormat dan keikhlasan.
谢谢,有缘千里再相会。
🇲🇾🫶🇨🇳
=====
At a press conference with Malaysian journalists, I underlined that this working visit to China has deepened the bonds of friendship between our two nations, while reinforcing Malaysia’s place on the regional and global stage.
The warmth of my personal ties with President Xi Jinping and Premier Li Qiang was again evident in our exchanges in Tianjin and Beijing. These relationships, founded on mutual trust and sincerity, open new horizons for strategic cooperation that will bring direct benefit to our peoples.
Beyond bilateral relations, I engaged with fellow leaders on matters of peace and justice. We spoke on Myanmar, on expanding bilateral ties with Turkiye, Pakistan, Nepal, Cambodia and Turkmenistan, and on the continuing tragedy in Gaza. The commemoration of the 80th anniversary of the end of the Second World War in Beijing served as a powerful reminder that sovereignty, freedom, and dignity must be defended, even as oppression and injustice persist in our own time.
In my discussions with President Xi and Premier Li, we focused on infrastructure, ports, education, technology, and artificial intelligence. Both sides affirmed our shared determination to elevate economic cooperation and ensure that its fruits are felt in the lives of ordinary Malaysians and Chinese alike.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
🇲🇾🫶🇨🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen. Sempat salam dan tegur sapa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah memulakan hari terakhir di China dengan memenuhi jemputan Presiden Xi Jinping untuk menyaksikan perarakan memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua di Dataran Tian’anmen, Beijing.
Bersama barisan 26 pimpinan dunia, kami diberi penghormatan untuk menyaksikan perarakan ini dari Gerbang Tian’anmen, monumen bersejarah yang pernah menjadi pintu masuk utama ke Kota Larangan sewaktu Dinasti Ming dan Qing.
Di sebalik pertunjukan aset ketenteraan yang memukau, perarakan ini hakikatnya adalah simbolik penentangan terhadap kezaliman, penindasan, pencerobohan, kerakusan kuasa, kolonialisme dan imperialisme yang menjadi titik hitam dalam sejarah peradaban manusia.
Namun selepas 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, dunia masih lagi dihantui penindasan dan kekejaman yang berlaku secara terbuka, tanpa penentangan daripada kuasa-kuasa besar yang sering mendabik dada tentang demokrasi dan hak asasi manusia. Situasi ini mengingatkan kita bahawa keamanan sejati hanya akan tercapai dengan keberanian dan keyakinan teguh untuk menolak kezaliman dalam apa jua bentuk.
Usai perarakan, saya dan Azizah bersama sahabat-sahabat pimpinan dunia dijemput ke Great Hall of the People untuk jamuan tengah hari yang dihoskan Presiden Xi.
Terima kasih Presiden Xi atas pengalaman bersejarah yang cukup bermakna.
=====
Azizah and I began our final day in China at Tian’anmen Square, Beijing, at the invitation of President Xi Jinping to witness a grand parade marking the people’s uprising in China and the end of the Second World War. Together with leaders from 26 nations, we were honoured to view the event from the historic Tian’anmen Gate, once the entrance to the Forbidden City during the Ming and Qing dynasties.
Beyond the impressive display of China’s military assets, the parade stood as a powerful symbol of resistance against tyranny, oppression, aggression, greed for power, colonialism and imperialism — dark chapters in the history of human civilisation. Yet, eight decades after the war’s end, the world continues to face injustices and atrocities that unfold openly, often without challenge from major powers who speak loudly of democracy and human rights. True peace demands courage and firm conviction to reject injustice in all its forms.
Following the parade, Azizah and I joined fellow leaders for a luncheon hosted by President Xi at the Great Hall of the People. I thank President Xi for this meaningful and historic experience.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kredit/Credit: Xinhua -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the earthquakes that have struck Afghanistan, claiming many lives and leaving families in grief and hardship. It also pains me to learn of the severe landslides in Sudan claiming more than a thousand lives.
My thoughts and prayers are with all those who have lost their loved ones.
Malaysia stands in solidarity with the people of Afghanistan and Sudan in this hour of grief and sorrow.
ANWAR IBRAHIM
Photo: Reuters -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai kunjungan hormat ke atas Presiden Xi, saya dan delegasi Malaysia terus ke Diaoyutai State Guest House bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang dan delegasi China.
Saya sekali lagi menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Sidang Kemuncak SCO, di samping menzahirkan penghargaan atas sokongan China terhadap ASEAN. Malaysia kekal komited membina komuniti strategik bersama China, seiring nilai MADANI.
Kami turut meneroka peluang baharu dalam perdagangan dan pelaburan, khususnya memperkukuh kerjasama di bawah Belt and Road Initiative (BRI) serta inisiatif strategik lain yang melibatkan pembangunan infrastruktur, ekonomi digital, inovasi teknologi dan sumber tenaga.
Kami juga membincangkan isu serantau termasuk perkembangan di Myanmar dan konflik Cambodia-Thailand, di mana Malaysia dan China sepakat mahu melihat penyelesaian damai tercapai menerusi dialog.
Selesai mesyuarat, Premier Li meraikan delegasi Malaysia dalam majlis makan malam eksklusif yang dihoskan khas buat negara kita, lambang persahabatan erat Malaysia–China yang berteras hormat, keikhlasan dan saling menghargai, serta tekad untuk melangkah ke hadapan bersama.
=====
Following my courtesy call on President Xi, the Malaysian delegation and I proceeded to the Diaoyutai State Guest House for a bilateral meeting with Premier Li Qiang and the Chinese delegation.
I once again conveyed my congratulations on the successful SCO Summit, while expressing appreciation for China’s steadfast support towards ASEAN. Malaysia remains committed to building a strategic community with China, in line with the values of MADANI.
We also explored new opportunities in trade and investment, particularly in strengthening cooperation under the Belt and Road Initiative (BRI) as well as other strategic frameworks covering infrastructure development, the digital economy, technological innovation, and energy resources.
Our discussions also touched on regional issues, including the developments in Myanmar and the Cambodia–Thailand conflict, where Malaysia and China share the hope of achieving peaceful resolutions through dialogue.
After the meeting concluded, Premier Li hosted an exclusive dinner for the Malaysian delegation — a gesture that reflects the deep friendship between Malaysia and China, anchored in mutual respect and sincerity, and a partnership set to grow even stronger in the years ahead.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemuncak lawatan kerja saya ke China berlangsung di Great Hall of the People di Beijing petang tadi tatkala saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak SCO yang berlangsung dengan penuh bersejarah.
Pertemuan ini memperkukuh ikatan yang terjalin sejak lawatan negara Presiden Xi ke Malaysia pada April lalu, di mana kita menandatangani 31 MoU dan perjanjian. Alhamdulillah, saya dan Presiden Xi senada untuk terus memperkukuh persahabatan ini berteraskan kepercayaan, hormat dan keikhlasan.
Saya nyatakan bahawa hubungan ini perlu diterjemah dengan pelaksanaan segera terhadap perkara yang telah dipersetujui. Hanya dengan tindakan pantas, hubungan istimewa ini dapat memberi impak yang lebih bermakna buat rakyat kedua-dua negara.
Saya turut menyatakan sokongan terhadap usul dan idea yang digagaskan oleh Presiden Xi, khususnya Belt and Road Initiative (BRI) yang memperkukuh keterhubungan dunia, serta Global Governance Initiative (GGI) yang dicetuskan dalam Sidang Kemuncak SCO kali ini.
Ketika ini, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Nilai perdagangan dua hala tahun lalu mencecah AS$106 bilion, mencerminkan eratnya hubungan ini. Saya nyatakan kepada Presiden Xi akan komitmen Malaysia untuk memperkukuh eksport bernilai tinggi seperti E&E, aeroangkasa, perubatan, farmaseutikal serta minyak dan gas.
Presiden Xi turut menyatakan sokongan penuh beliau untuk menyegerakan penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS, satu penghormatan besar atas dukungan terhadap negara kita untuk terus memainkan peranan penting di pentas dunia.
Saya amat menghargai keikhlasan persahabatan yang dizahirkan Presiden Xi serta penghormatan yang diberikan kepada Malaysia. Meskipun kita sebuah negara kecil, keyakinan, saling percaya dan tekad bersama berupaya menjadi kekuatan besar untuk membentuk masa depan yang lebih aman, adil dan makmur.
=====
The highlight of my working visit to China took place this afternoon at the Great Hall of the People in Beijing, where I paid a courtesy call on President Xi Jinping. I conveyed my congratulations on the historic success of the SCO Summit.
This meeting built upon President Xi’s State Visit to Malaysia in April, where 31 MoUs and agreements were signed. President Xi and I reaffirmed our shared resolve to deepen this friendship, grounded in trust, respect and sincerity, and to ensure that commitments are swiftly translated into meaningful outcomes.
I expressed Malaysia’s support for President Xi’s key initiatives, particularly the Belt and Road Initiative (BRI) to strengthen global connectivity, and the Global Governance Initiative (GGI), introduced at this SCO Summit.
China has also remained Malaysia’s largest trading partner for 16 consecutive years, with bilateral trade reaching USD106 billion last year. Malaysia is committed to enhancing high-value exports such as E&E, aerospace, medical, pharmaceuticals and oil and gas.
President Xi further conveyed his full support to expedite Malaysia’s accession as a full member of BRICS, a profound honour and a testament to China’s confidence in our ability to play a more meaningful role on the global stage.
I deeply value the sincerity of friendship shown by President Xi and the respect accorded to Malaysia. Though we may be a small nation, mutual trust and shared determination can be a great strength in shaping a future that is more peaceful, just and prosperous.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia–China di Beijing petang tadi disertai 120 syarikat dan konglomerat besar China, mencerminkan sokongan serta keyakinan yang mendalam terhadap hubungan erat kedua-dua negara.
Saya tegaskan keperluan memperkukuh hubungan Malaysia–China dengan memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan untuk membuka peluang baharu dalam sektor semikonduktor, nadir bumi, ekonomi biru, pendidikan, penyelidikan dan sebagainya.
Kekuatan Malaysia adalah politik yang stabil dan dasar ekonomi yang jelas, daripada Strategi Semikonduktor Nasional, Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan, hinggalah kepada agenda peralihan tenaga termasuk ASEAN Power Grid.
Di bawah inisiatif Belt and Road, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memberi makna tersendiri kerana ia membawa pembangunan ke wilayah luar bandar dan pedalaman. Insya-Allah, kita akan membincangkan kemungkinan melanjutkan ECRL sehingga ke sempadan Thailand.
China telah membuka banyak peluang di Malaysia, daripada pertanian hingga semikonduktor, pusat data, AI dan telekomunikasi. Malaysia kini muncul sebagai hab tenaga dan semikonduktor rantau ini, dengan banyak syarikat antarabangsa, termasuk dari China, menjadikan negara kita sebagai pusat operasi dan ibu pejabat serantau.
Saya juga sempat menyentuh mengenai ahli perniagaan Malaysia, Robert Kuok. Pada saat ramai pelabur asing menarik diri dari China pada 1989, beliau tetap teguh kerana percaya pada masa depan China dan nilai persahabatan sejati.
Semangat ini wajar menjadi pedoman bahawa keyakinan dan keikhlasan adalah asas dalam membina kepercayaan dan kerjasama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela pertemuan dengan syarikat-syarikat gergasi China, saya sempat melancarkan buku Truly Asia: Malaysia — A Country You Won’t Want To Abandon. Karya ini dihasilkan oleh Dr Yan Lijin, seorang ahli akademik, pakar ekonomi dan ahli perniagaan China yang menzahirkan penghargaan ikhlas beliau terhadap Malaysia.
Buku ini berjaya menggambarkan kepelbagaian wajah Malaysia yang kaya budaya, tradisi dan kemodenan, di samping keindahan alam semula jadi yang memukau. Ia bernilai bukan sahaja untuk pelaburan, pendidikan dan eksplorasi budaya, tetapi juga untuk mengenali pesona Malaysia secara menyeluruh.
Saya menghargai keikhlasan Dr Yan yang berusaha memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China melalui buku ini, sebagaimana utuhnya persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hari ketiga lawatan kerja ke China, saya memulakan rencana di Beijing dengan bertemu pengurusan tertinggi syarikat jd.com, pemain utama dalam industri e-dagang dan logistik.
jd.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, khususnya dalam bidang logistik. Saya menyambut baik hasrat ini, mengambil kira kedudukan strategik Malaysia yang berpotensi muncul sebagai hab logistik serantau, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Pada masa sama, jd.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China.
Saya kemudian bertemu dengan wakil China Semiconductor Industry Association (CSIA), badan induk yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor China. Dalam pertemuan ini, saya tegaskan iltizam Malaysia untuk menjadi pemain utama semikonduktor global, seperti yang digariskan dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan misi di Tianjin, saya menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus yang dipengerusikan Presiden Xi Jinping.
Jemputan ini suatu penghormatan buat Malaysia, tatkala SCO telah mencatat kemajuan besar dalam ekonomi, kesihatan awam, keselamatan dan peralihan tenaga, seiring dengan pendirian Malaysia serta keutamaan ASEAN.
Dalam sidang ini, Presiden Xi memperkenalkan Inisiatif Tadbir Urus Global, gagasan penting ketika multilateralisme semakin rapuh. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak lagi diyakini mampu melaksanakan agenda reformasi, sementara kita terus menyaksikan jurang kesenjangan melebar dan kekejaman berulang tanpa sebarang hukuman.
Malaysia mendukung penuh inisiatif ini, yang berpaksikan keadilan, ihsan, kemanusiaan dan kerjasama, dengan multilateralisme sebagai teras. Prinsip luhur ini mesti diterjemah kepada tindakan nyata.
Hakikatnya, wujud defisit kepercayaan terhadap tatanan dunia. Kegagalan menjamin perdagangan dan struktur kewangan yang adil, serta kelemahan menangani krisis iklim, mendedahkan jurang besar antara retorik yang dilaungkan dengan penderitaan sebenar rakyat di lapangan.
Tatkala kita bakal memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua pada Rabu ini, kita diingatkan akan makna yang mendalam. Hari peringatan ini hakikatnya adalah penolakan terhadap pencerobohan, keangkuhan kuasa, kolonialisme, imperialisme dan penindasan sesama manusia, sesuatu yang masih menghantui kita saat ini.
Kekejaman di Gaza dan Palestin, di mana anak-anak kecil dibunuh tanpa belas, berlaku di depan mata kita. Kesannya turut melimpah ke Lubnan, Iran dan Iraq, sementara dunia seakan tidak berdaya menghalangnya.
Kerana itu, Malaysia teguh mendukung Inisiatif Tadbir Urus Global, dan mendesak agar ia diperkasakan dengan lebih tekad untuk menghapuskan sebarang bentuk imperialisme, kolonialisme dan penindasan. Ayuh kita melangkah dengan penuh keberanian, berpandukan keadilan, kemanusiaan dan ihsan, demi membina dunia yang damai dan harmoni.
=====
Today in Tianjin, I attended the Shanghai Cooperation Organisation (SCO) Plus Summit chaired by President Xi Jinping, where I reflected on the progress of the SCO in economic connectivity, public health, security, and energy transition, aligning with Malaysia’s position and ASEAN’s priorities.
President Xi has introduced at this summit the Global Governance Initiative, an idea that resonates deeply at a time when the multilateral system is faltering. The United Nations no longer carries even the aspiration to reform itself. Between aspirations and reality lies a shadow, one that has allowed disparity to widen and atrocities to be committed with impunity.
Malaysia supports this initiative, consistent with the moderate path of Confucius, Chung Yung, a balance anchored in justice, compassion, humanity, and cooperation, with multilateralism at its core. These ideals must be translated into practical action.
There is today a deficit of trust in the international system. Failures in trade, financial architecture, and climate change response have exposed the disconnect between lofty declarations and the sufferings endured by the masses.
As we gather here and prepare to commemorate the Chinese resistance and the end of the Second World War, let us recall what it truly means. It is the rejection of aggression, arrogance of power, colonialism, imperialism, and oppression of man by man, for these same forces continue to inflict suffering in our time.
The atrocities in Gaza and Palestine, where innocent children are murdered with impunity, stand before our very eyes. They extend to neighbours in Lebanon, Iran, and Iraq while the world remains helpless.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sela program di Tianjin, saya sempat bertemu dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC).
Rianlon Corporation, antara peneraju global dalam bahan tambahan anti-penuaan untuk polimer dan kosmetik, telah menyatakan komitmen pelaburan berjumlah RM820 juta bagi membangunkan kilang serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor, yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat.
Bersama CCCC pula, saya meneliti perkembangan projek ECRL yang kini menjadi lambang persahabatan Malaysia–China di bawah Belt and Road Initiative (BRI). Insya-Allah, ECRL bakal merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Kerajaan MADANI akan terus berusaha untuk merancakkan pelaburan, memberdaya sektor berteknologi tinggi dan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–China yang berakar pada sejarah panjang, sekali gus membuka lembaran masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun. Saya menghargai cenderamata yang dihadiahkan pihak universiti berupa replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900.
Saya berkongsi tentang kepercayaan yang terbina antara Malaysia dan China sejak setengah abad lalu, selain menyinggung soal kegawatan ekonomi dunia ketika ini, juga tentang hikmah sejarah yang mengingatkan kita bahawa konflik adalah pilihan.
Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan. Setiap pertemuan saya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan.
Daripada asas inilah lahir kerjasama merangkumi projek infrastruktur yang menghubungkan ekonomi, kerjasama tenaga hijau dan ekonomi digital, malah kemudahan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara. Dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, keikhlasan persahabatan ini menjadi sesuatu yang amat berharga.
Hari ini kita menyaksikan tatanan dunia yang kian goyah. Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan.
Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua.
Malaysia menawarkan jalan berbeza, yakni kedaulatan dalam kebergantungan. Ia bukan soal tunduk kepada orang lain, sebaliknya seni untuk berdiri teguh tanpa perpecahan. Negara boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama.
Inilah semangat “harmony without uniformity” yang sudah lama berakar di Asia. Dari pelayaran Laksamana Zheng He hingga falsafah hé ér bù tóng, kita belajar bahawa tamadun mampu memperkayakan antara satu sama lain tanpa menghilangkan identiti. Kedaulatan dalam kebergantungan adalah terjemahan moden kepada semangat itu.
Sebagai rantau yang kini memacu pertumbuhan global, Asia memikul amanah untuk memastikan aturan baharu ekonomi tidak membawa perpecahan, sebaliknya membina kemakmuran bersama. Perpecahan bukan sesuatu yang ditakdirkan. Kita boleh memilih jambatan atau membina tembok, memilih kerjasama atau persaingan sempit.
Jika semangat ini kita teguhkan, Asia akan melangkah ke hadapan dengan bermaruah, kekal berpendirian namun terbuka antara satu sama lain. Di situlah lahir kekuatan kita, dan di situlah kita memperteguh Asia di persada dunia.
=====
This morning at Tianjin University, I spoke about the trust Malaysia and China have built across half a century, the turbulence facing the global economy, and the lessons of history that remind us conflict is never inevitable.
Malaysia was the first in Southeast Asia outside the socialist world to recognise the People’s Republic of China in 1974. That bold gesture matured into a steady habit of trust. Each of my meetings with President Xi Jinping has carried this understanding forward, that our nations, different in size yet equal in respect, can act with consistency and candour.
That trust has enabled practical cooperation: infrastructure linking our economies, collaboration in green energy and the digital economy, and even the introduction of mutual visa-free travel. Such steadiness matters most in times of global uncertainty.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
LUAR BIASA. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya dengan penuh dedikasi.
Tidak lupa, terima kasih kepada para hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna ini sebagai satu rakyat, satu negara.
Kehadiran dan komitmen semua melambangkan kekuatan sebenar Malaysia kekuatan yang lahir daripada perpaduan, saling menghormati, dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di Tianjin, saya dan Azizah langsung ke Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin untuk menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak SCO.
Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, yang disampaikan tatkala beliau menyampaikan ucapan di hadapan puluhan pimpinan dunia lain.
Di sela majlis makan malam ini, saya turut ketemu sahabat-sahabat pimpinan antaranya dari India, Turkiye, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Nepal, bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala.
Insya-Allah, Sidang Kemuncak SCO esok akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama rantau ini serta mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Tianjin petang tadi untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam rangka lawatan kerja empat hari ke China atas undangan Presiden Xi Jinping.
Insya-Allah saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang, selain berucap di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
Lawatan ini akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh persahabatan Malaysia-China serta melonjak kerjasama pelaburan, perdagangan dan sektor lain demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, saya dan Azizah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berangkat ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Saya dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), menyaksikan perarakan hari kemenangan sempena 80 tahun tamat perang dunia kedua, serta beberapa pertemuan penting lain.
Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia! ✊🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya bersama bersama rakyat pelbagai latar belakang yang hadir dengan penuh semangat patriotik.
Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh makna turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya amat tersentuh melihat pelbagai persembahan yang bukan sahaja memukau, malah disemai dengan nilai-nilai perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air disambut meriah oleh lautan rakyat yang membanjiri setiap ruang Dataran Putrajaya sejak awal pagi.
Semoga semangat perpaduan ini terus dipelihara dan diperkuatkan demi masa depan Malaysia yang harmoni, sejahtera dan berdaya saing.
Malaysia hanya akan terus maju jika kita melangkah bersama, sebagai satu keluarga besar yang menghargai perbezaan dan meraikan persamaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemerdekaan dicapai Malaysia semakin teguh kerana semangat rakyat yang tidak pernah luntur.
Dari detik kita merdeka hingga hari ini, kekuatan negara terletak pada keazaman rakyatnya yang terus bersatu, bekerja keras dan berjiwa besar.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada seluruh anak muda yang berkecimpung dalam industri gig (penghantar makanan, pemandu e-hailing dan seluruh keluarga pekerja gig), Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang telah diluluskan Parlimen baru-baru ini adalah hadiah untuk kalian.
RUU tersebut memberi takrifan yang lebih jelas kepada profesyen kalian, termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang jelas.
Ada juga yang curiga, selain mendakwa Kerajaan lambat dalam hal ini. Hakikatnya, kita cermat dan berhati-hati kerana RUU ini mengesankan hidup jutaan rakyat. Justeru, bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah, dan kalian punyai sumbangan yang besar pada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rakyatdisantuniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengambil maklum mengenai semakan strategik oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) terhadap pelaburannya dalam kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
Saya menegaskan bahawa selaku institusi yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan nasional dan Bumiputera, PNB perlu mengekalkan peranan serta pegangan dalam aset-aset strategik negara.
Justeru, saya meminta PNB untuk meletakkan kepentingan nasional dan Bumiputera sebagai pertimbangan utama dalam membuat sebarang keputusan.
Proses semakan ini tidak wajar diteruskan sekiranya ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit atau memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pembaharuan semula bandar (URA) dirangka untuk semua kaum supaya setiap warga, tanpa mengira latar belakang, dapat menikmati kemajuan, peluang dan kualiti hidup yang lebih baik.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia berdiri di atas kekuatan perpaduan bercerminkan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama, inilah asas yang menyatukan kita sebagai satu bangsa di bawah satu bendera.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perpaduan, kebersamaan, saling menghormati dan teguh membina warisan negara antara yang saya tekankan sewaktu menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan hari ini.
Di hadapan pelbagai lapisan masyarakat selain ditonton secara langsung menerusi semua saluran media tempatan., saya maklumkan,
kemerdekaan yang kita kecapi bukan datang dengan mudah kerana ia lahir dari pengorbanan, perjuangan dan semangat tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu.
Maka hari ini, tanggungjawab kita pula untuk memelihara warisan ini, memperkukuh keharmonian dan menolak segala bentuk perpecahan.
Warisan perjuangan ini mesti terus hidup agar generasi akan datang dapat menikmati sebuah Malaysia yang aman, makmur dan bermaruah.
Marilah kita terus menghargai kemerdekaan ini dengan bersatu hati, saling menghormati dan membina masa depan negara secara bersama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemerdekaan Malaysia telah lebih setengah abad, justeru cara kita berfikir juga seharusnya bergerak sesuai dengan zaman. Usah terus menanam bibit prasangka kaum yang berlebihan, terutamanya melibatkan pembaharuan semula kawasan-kawasan perumahan di bandar-bandar kerana yang akan menerima akibatnya adalah fabrik sosial masyarakat.
Kita juga mengakui dan sedia maklum bahawa tidak ada undang-undang yang sempurna, termasuk rancangan memperbaharui bandar. Lantas, di Parlimen saya tegaskan bahawa kita terbuka dan bersedia memperbaiki, menambahbaik, dan menyempurnakan tatacara agar kita dapat menangani masalah miskin bandar dan perumahan daif dengan lebih berdampak.
Saya bersikap senang dengan wacana yang ada melibatkan akta ini. Namun, jangan kita kelirukan masyarakat dengan dakyah dan naratif perkauman. Jika isunya adalah kadar ambang, tawarkan alternatif. Dan sekiranya isunya melibatkan ‘gentrification’, maka usul dan bahaskannya dengan penyelesaian yang lebih terangkum. Bukan terus-terusan menghambur kebencian kaum.
Kuasa yang ada mesti dihalakan ke arah mengangkat taraf hidup dan kesejahteraan rakyat. Kita lekas berbangga dengan barisan pencakar langit dan mercu tanda di sekitar kota, gedung-gedung megah mengelilingi bandar tapi sekiranya kita pejamkan mata dan bungkam kepada masalah di depan mata, maka ia adalah puncak ketidakadilan yang nyata.
Mari bersama kita semangati kemerdekaan dengan berikhtiar sebaiknya dan cari jalan yang munasabah agar dapat kita natijahkan keadilan dan kemakmuran bersama.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hari Jumaat penuh berkat ini, saya menyertai jemaah Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5, Puchong, untuk khutbah dan solat Jumaat bersama-sama.
Khutbah Jumaat bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan” jelas memberi peringatan kepada kita semua bahawa tanpa perpaduan, kemerdekaan yang dikecapi boleh terancam oleh perpecahan, kebencian, dan konflik.
Ia menyampaikan mesej bahawa perpaduan adalah amanah dan ibadah, bukan sekadar tuntutan sosial atau politik.
Moga kita semua menanam rasa syukur dan tanggungjawab untuk memelihara nikmat kemerdekaan dan membentuk jiwa rakyat yang cakna, prihatin dan bersedia berkorban demi kepentingan bersama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini hadir merasmikan detik bermakna tatkala merasmikan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) untuk Seksyen 1 yang telah sekian lama tertangguh sejak 2019. Namun, akhirnya telah siap untuk dibuka kepada rakyat. Tentunya manfaat akan dinikmati penduduk di kawasan sekitar yang pastinya membuka serta menghubungkan komuniti, mengurangkan kesesakan dan mensejahterakan kehidupan rakyat.
Saya mengambil kesempatan di majlis yang sama untuk menegaskan tentang semangat kemerdekaan dan juga aspek pembangunan yang merata dan saksama kerana itu janji bapa-bapa serta pendahulu negara saat menjulang sumpah keramat 1957 dan 1963. Bahawa negara ini harus merdeka, bersatu dan iklusif, selain menjamin keselamatan hidup rakyat dan pembangunan yang berciri moden dan seimbang. Dalam menyemangati erti sebenar Jalur Gemilang, kita jangan remehkan seruan kepada perpaduan, keamanan dan mesti tegas menolak sebarang unsur yang merobek fabrik masyarakat.
Saya tegaskan juga bahawa projek ini adalah hasil dari bakat dan kepakaran tempatan yang diusahakan perusahaan dan syarikat Bumiputera serta tenaga anak muda yang gigih. Kebijakan kita juga jelas yakni memberi ruang dan peluang, tetapi jangan dikesampingkan amanah dan pertanggungjawaban. Hanya dengan disiplin, ketelusan dan tunduk patuh pada undang-undang kita dapat menjamin bahawa setiap pembangunan benar-benar dirasai rakyat, bukan menjaga tembolok penguasa.
Di pihak Kerajaan, kita akan terus istiqomah mensejahterakan hidup rakyat, menjamin perumahan yang selesa, kemudahan pengangkutan yang baik, dan pembangunan yang seimbang di seluruh negara demi generasi hari ini dan penerus.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rakyatdisantuni -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahun ini Malaysia diberi kesempatan dan penghormatan menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Pemimpin Agama 2025 bertemakan “Peranan Pemimpin Agama Dalam Penyelesaian Konflik” anjuran Liga Muslim Sedunia (Rabitah al-Alam al-Islami) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Lumpur.
Saya singgung kepentingan para sarjana, wakil agama dan tokoh yang hadir bukan sekadar mendalami masalah hukum-hakam dalam agama masing-masing tetapi juga peka kepada maslahah umum untuk lebih asertif menyeru mesej keadilan, nilai dan kemanusiaan dalam mendepani cabaran besar hari ini.
Perbedaan yang ada sama ada antara agama atau intra agama sewajarnya tidak menghalang kita berikhtiar membina masyarakat yang seimbang dan memupuk semangat Ummatan Wasata. Esensi Maqasid al-Syari‘ah sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Syatibi juga memberi penekanan mengenai perlindungan maruah insan, nyawa dan harta yang secara tidak langsung menunjukkan Islam juga mementingkan aspek kemanusiaan khususnya berkaitan hak asasi manusia.
Saya juga berpeluang meraikan para ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negeri yang hadir dalam acara ini. Semoga persidangan ini memberi manfaat dan meningkatkan tekad kita bersama dalam mengangkat nilai kemanusiaan dan kesejahteraan. Malaysia akan berbuat sedaya upaya yang ada dalam mendukung inisiatif begini untuk kepentingan bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah. Dengan sokongan 125 undian, Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Ini bukan penamat perjuangan reformasi kita. Penggubalan RUU ini hanyalah mukadimah kepada perubahan yang kita dambakan yakni memastikan setiap sen hasil negara dibelanjakan secara berhemah dan berintegriti demi mengangkat darjat Malaysia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di lobi Parlimen, berkesempatan bertemu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan blok pembangkang berkaitan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Pandangan mereka penting dalam usaha memperhalusi pindaan RUU ini agar pelaksanaannya lebih menyeluruh, inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dibentangkan Kerajaan bertujuan untuk menyelamatkan dan memperkasa masyarakat Melayu, khususnya mereka yang tinggal di bandar dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Kepentingan masyarakat Melayu dan Bumiputera akan terus dipertahankan, hatta prinsip ini saya tegaskan semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
RUU ini adalah antara langkah berstruktur untuk memastikan pembangunan bandar tidak meminggirkan golongan yang memerlukan, tetapi sebaliknya membuka ruang kepada penyertaan lebih inklusif, adil dan bermaruah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri dalam aspek pembangunan, sebaliknya, peruntukan terus ditambah berdasarkan keperluan dan keutamaan setiap negeri.
Saya jelaskan perkara ini semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, dan turut menekankan pendekatan kerajaan yang proaktif mengadakan siri perbincangan bersama kerajaan-kerajaan negeri.
Langkah ini penting bagi mendengar secara langsung, menilai setiap cadangan, dan memastikan pembangunan yang lebih seimbang serta inklusif untuk seluruh negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Astaghfirullahalazim, baru perasan - samping terbalik!
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan Negara Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke Malaysia bukan sekadar simbolik malah ia mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang berteraskan sejarah, budaya dan nilai bersama.
Melalui Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei, kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, keselamatan sempadan dan pembangunan serantau khususnya di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.
Hubungan erat antara Malaysia dan Brunei terus menjadi contoh kerjasama serantau yang harmoni, saling mempercayai dan berorientasikan masa depan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tujuh dekad yang lalu di kota Bandung, Indonesia, para pemimpin Asia di dan Afrika bertemu di Konferensi Asia-Afrika 1955 telah bangkit menegaskan bahawa bangsa-bangsa yang baru merdeka dan sedang memperjuangkan kemerdekaan tidak harus kekal sebagai penonton, tetapi mesti menjadi pengukir dan pembina ‘destiny’ mereka sendiri. Semangat mempertahankan kedaulatan dan solidariti yang dipertegaskan di Bandung masih relevan hingga kini yang tentunya menjadi panduan bahawa kebebasan adalah asas penting untuk mana-mana negara bangsa.
Tatkala dunia hari ini dilanda perang dagang, pentas geopolitik yang terus menggugah dunia, serta persaingan teknologi yang masih mengganas, kita teguh menegaskan bahawa ASEAN mesti kekal sebagai medium utama rantau ini. Konsep ‘centrality’ ASEAN menjadi terpenting terutama dalam menjamin kerjasama yang inklusif, terbuka dan berpaksikan hukum. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini bertekad dalam memelihara peranan ini, termasuk melalui inisiatif besar seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) yang dimuktamadkan pada tahun ini dan bakal dibentangkan pada para pemimpin yang akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Di era kesalingbergantungan (interdependency) yang semakin kompleks hari ini, kita ternyata tidak boleh terus tunduk pada hegemoni, atau tidak juga terjebak atau terheret dalam pengasingan (isolationism). Malah, yang utama adalah mengangkat prinsip ‘sovereign interdependence’, yakni satu konsep keterhubungan yang berasaskan pilihan dan ketangguhan. Ini jalan serta jalurnya dalam menjamin Asia, dengan ASEAN sebagai nadinya, terus memimpin rantau dan dunia ke arah keterbukaan, kesaksamaan dan kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Pangkalan TUDM Subang.
Kunjungan Baginda Tuanku atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei (ALC) ke-26 telah memperkukuh lagi hubungan istimewa antara kedua-dua negara, khususnya dalam memperluas kerjasama strategik serta menyelesaikan isu-isu tertunggak yang menjadi kepentingan bersama.
Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata bersama Baginda Tuanku bagi menilai pencapaian kerjasama di samping merangka hala tuju yang lebih utuh antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Kami sepakat serta berkongsi tekad yang sama untuk menyelesaikan isu tertunggak yang telah lama berlarutan. Kesepakatan ini diyakini mampu mengangkat hubungan Malaysia dan Brunei Darussalam ke tahap yang lebih erat dan strategik.
Antara yang dibincangkan termasuk soal sempadan, bidang kerjasama komersial yang merangkumi sektor tenaga, hal ehwal maritim, perdagangan dan pelaburan. Malaysia turut mengalukan penambahan penerbangan Royal Brunei Airlines ke Sabah, pembukaan Sarawak Trade and Tourism Office (STATO) di Bandar Seri Begawan, serta prospek kerjasama dalam bidang pertanian, sekuriti makanan, dan pendidikan.
Selain itu, kami turut mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Myanmar serta perkembangan melibatkan konflik di Cambodia dan Thailand.
Usai pertemuan, saya telah meraikan Baginda Tuanku dan delegasi Brunei Darussalam dalam Majlis Makan Tengah Hari.
Mendoakan semoga hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei Darussalam terus mekar berteraskan ukhuwah, kerjasama strategik dan aspirasi bersama demi kestabilan, kesejahteraan serta kemakmuran rantau ini.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyambut ketibaan Tamu Kenegaraan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ketibaan Baginda dan delegasi disambut dengan laungan ‘Selamat Datang’ dari pelajar Tahun 6 SK Putrajaya Presint 8 (2) selain diserikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum yang mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Kami kemudian menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) merangkumi bidang kesihatan yang penting dalam memperkukuh sistem kesihatan awam dan meningkatkan ketahanan sektor kesihatan kedua-dua negara.
Moga hubungan erat Malaysia-Brunei terus diperkasa atas semangat persaudaraan dan aspirasi bersama demi kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Luangkan masa untuk riadah santai sekitar kawasan perumahan usai segala program hari ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir ke CelcomDigi Hub untuk melancarkan CD:NXT, inisiatif penting oleh CelcomDigi dalam membangunkan bakat muda berkualiti tinggi dalam bidang digital dan teknologi moden, khususnya dalam kecerdasan buatan (AI).
Saya amat menghargai komitmen CelcomDigi yang memperuntukkan RM100 juta untuk menjayakan program ini, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima.
Model sebegini wajar dicontohi oleh lebih banyak syarikat tempatan dalam usaha membentuk generasi muda yang kompeten, celik teknologi dan bersedia memimpin masa depan negara.
Dalam ucapan saya, saya tegaskan bahawa segala perubahan melibatkan teknologi baharu, transformasi digital, peralihan tenaga serta
Grid Kuasa ASEAN (APG) adalah titik-titik perkembangan penting ke arah menaikkan siling pertumbuhan ekonomi negara.
Namun begitu, manfaat daripada perubahan ini mesti dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh masyarakat, khususnya golongan belia yang merupakan pewaris masa depan negara.
Sehubungan itu, penyediaan silibus yang komprehensif dan menyeluruh amat penting, agar belia dilengkapi bukan sahaja dengan pengetahuan teknologi moden, tetapi juga tetap berpaksikan kepada akar budaya dan jati diri bangsa.
Transformasi masa depan harus seiring dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing, menandakan hubungan dua hala yang semakin erat antara Malaysia dan Singapura.
Kami berbincang tentang kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan serantau, selari dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.
Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Singapura dalam menyokong dialog damai Kemboja-Thailand.
Saya juga menyampaikan penghargaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura selain menyatakan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia-Singapura pada Disember nanti.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara bagi menerima kunjungan Tamu Negara, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam.
Semoga hubungan persahabatan istimewa Malaysia dan Brunei terus diperteguh berteraskan semangat persaudaraan, kepercayaan bersama serta kerjasama strategik yang erat.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Last night we stood with tens of thousands in unwavering solidarity with the people of Gaza. The world must not look away while innocent children, women, and families are murdered, their homes destroyed, and their very right to exist denied. This is not war, it is brutal occupation, dispossession, systematic oppression and genocide.
We declare clearly that humanity cannot remain silent. While powers that boast of democracy and human rights choose indifference, we choose justice. Our voices rise not for politics, not for borders, but for the truth that every life matters and every people deserve freedom.
We will not turn away. We will not be silenced. From every corner of the world we send our promise that we stand with Palestine until freedom, dignity, and justice prevail.
RISE GAZA!
FREE PALESTINE!
🇲🇾✊🇵🇸
#malaysiamadani
#freepalestine
#bangkitgazaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 menumpukan kepada menaikkan lantai, bukan hanya mengejar langit.
Fokus utama ialah pemerataan ekonomi untuk mengangkat darjat hidup rakyat, merapatkan jurang antara kaum dan wilayah.
Kita juga membina sistem sosial MADANI yang utuh berasaskan nilai rohaniah, insaniah dan perpaduan nasional.
Perkara ini saya maklumkan sewaktu sesi penggulungam Rancangan Malaysia ke-13 hari ini dan tekankan, inilah usaha menyeluruh untuk menjadikan Malaysia lebih sejahtera, berdaya tahan dan disegani dunia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13, saya menegaskan bahawa Jalur Gemilang mesti sentiasa dihormati sebagai lambang kemegahan dan kemuliaan negara.
Menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, semua pihak perlu memastikan bendera yang dikibarkan dalam keadaan ‘cukup sifat’, bersih, dan mengikut peraturan.
Ini mencerminkan rasa hormat dan cinta kita kepada tanah air.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sempena Lawatan Negara selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Lawatan Negara ini akan turut disusuli dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC) yang akan berlangsung pada Rabu di Putrajaya.
Menerusi platform ini, Baginda dan saya akan menilai kemajuan kerjasama dua hala yang telah terjalin, di samping membincangkan isu-isu tertunggak demi kepentingan bersama.
Kami juga berpeluang bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, khususnya yang berkaitan dengan ASEAN, agar kedua-dua negara terus memainkan peranan proaktif dalam memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Semoga hubungan erat Malaysia dan Brunei Darussalam akan terus terjalin kukuh, diperkasa dengan semangat persaudaraan dan kerjasama yang berterusan. Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi di Dataran Merdeka, saya bersama puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun untuk menyatakan tekad kita bersama rakyat Gaza dan Palestin.
Alhamdulillah, seluruh dunia melihat rakyat Malaysia bangkit bersatu menolak kezaliman, menentang pembunuhan anak-anak kecil dan wanita serta menuntut keadilan yang telah dinafikan sejak puluhan tahun, tatkala tatanan dunia gagal memberi jaminan hidup sebagai manusia buat rakyat Palestin.
Sejak puluhan tahun, tanah Palestin dirampas, rumah dihancurkan, sekolah dimusnahkan, bahkan masjid dan gereja pun tidak terlepas daripada kezaliman Zionis. Apa yang berlaku di Gaza hari ini bukan sekadar peperangan, tetapi penjajahan dalam bentuk paling zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Ini bukan perbuatan manusia, ini perbuatan haiwan! Segalanya dirampas, tanah, rumah, keluarga, nyawa. Namun dunia yang mendabik dada tentang hak asasi dan demokrasi memilih untuk berpaling.
Tetapi Malaysia tidak pernah berpaling. Dalam setiap pertemuan antarabangsa, di Tokyo, Beijing, New Delhi, mahupun Eropah, tidak pernah saya lupa untuk membawa suara saudara kita yang dizalimi di Gaza.
Hari ini saya tegaskan, usaha belum selesai. Kita harus gandakan sokongan. Malaysia bersama rakan antarabangsa terus menyalurkan bantuan, dari rawatan perubatan hingga peluang pendidikan. Dan malam tadi, Kerajaan MADANI mengumumkan tambahan dana RM100 juta untuk rakyat Palestin.
Kita tahu adakalanya perjuangan ini terasa melelahkan. Kadangkala terasa buntu dan tanpa harapan. Tetapi janji Allah jelas. Pertolongan-Nya itu dekat. Kita perlu terus percaya dan teguh melangkah tanpa takut dan gentar. Percayalah, kebenaran dan keadilan pasti akan menang.
Bulan ini bulan kemerdekaan kita. Seperti pejuang-pejuang lampau di tanah air, di Indonesia, India, Vietnam yang bangkit melawan penjajah, maka semangat merdeka itu kini kita teruskan bersama Palestin. Atas semangat ini, kita kirimkan segala usaha dan doa kita buat rakan-rakan aktivis yang akan belayar ke Gaza pada 31 Ogos ini.
Ingatlah, suara yang bergema malam ini bukan suara parti, bukan suara kaum, tetapi suara rakyat Malaysia yang menuntut keadilan. Jangan biarkan perpecahan melemahkan kita.
Kepada saudara-saudara kita di Gaza dan Palestin, ketahuilah kami tidak akan meninggalkan kalian. Kami belajar daripada semangat kalian, kami hormati dan junjung tinggi perjuangan kalian. Dengan izin Allah, kami akan teguh bersama kalian buat selamanya.
Free Palestine!
🇲🇾✊🇵🇸
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#freepalestine -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima kasih kepada Danken Anak Philip, pekebun dari Serian, Sarawak.
Semangat seperti inilah yang menjadi nadi kepada ekonomi negara, khususnya dalam sektor pertanian dan komoditi.
Kerajaan MADANI sentiasa fokus dalam menyokong para pekebun dan peladang melalui pelbagai inisiatif, termasuk program BUDI MADANI bagi bantuan tunai pekebun kecil, skim pembiayaan PRIMA untuk menyokong pertanian berteknologi tinggi, serta Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS) bagi membantu penanaman semula sawit.
Semua usaha ini bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat, mengukuhkan ekonomi negara, dan memastikan sektor pertanian terus berdaya saing.
Ayuh sertai gerakan Bersama Malaysiaku di pautan bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my !!!!
#malaysiamadani
#bersamamalaysiaku -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, saya kemudiannya hadir ke kilang kenderaan perisai Mildef International Technologies di Sendayan yang merupakan satu lagi mercu tanda dalam industri pertahanan negara (military industrial complex). Ia antaranya menjadi lambang inovasi dan kepakaran temparan, selain menjadi simbol kedaulatan yang mengakar pada maruah bangsa. Malaysia tidak seharusnya secara berterusan bergantung pada perolehan dari luar, tetapi sebaliknya mesti membina kekuatan dalam negeri dengan prinsip tatakelola yang telus, kecanggihan teknologi dan penyelidikan yang berpaksi pada kekuatan jati diri bangsa.
Bersempena bulan kemerdekaan ini, kita terus-terusan diperingatkan bahawa keamanan tidak hadir dengan sendirinya. Malah, ia ditegakkan dengan pengorbanan para perwira dan perajurit bangsa, dengan disiplin yang teguh, dan dengan kepemimpinan yang menolak segala bentuk penyimpangan mahupun yang diam terhadap kecurangan. Aspek pertahanan adalah amanah dalam menjaga dan melindungi maruah negara, memelihara Selat Melaka dan Laut China Selatan, serta mempertahankan keamanan rantau ini bersama sahabat-sahabat serantau.
Justeru, saya tekankan bahawa kekuatan industri pertahanan tempatan harus berpadu dengan kesejahteraan rakyat. Bila bumbung ekonomi negara makin tinggi, lantainya juga mesti terangkat supaya pekerja dan keluarga turut menikmati hasilnya. Ini semangat yang madani, yakni pertahanan yang kukuh, ekonomi yang makmur, rakyat yang sejahtera, dan negara yang terus dihormati dunia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini di Nilai, Negeri Sembilan saya tegaskan bahawa transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) mesti menjadi wahana yang memperkukuh tahap khidmat kita kepada rakyat, mengangkat produktiviti, dan memperluas pendedahan rakyat kepada dunia dan ilmu baharu. Namun, mesti kita ingat bahawa dalam keghairahan mengejar teknologi dan disiplin baru, kita remehkan akhlak dan jati diri.
Lantaran itu, AI dan lapangan digital harus meningkat kecekapan bukan melebar jurang. Ilmu baharu mesti kita kuasai; menggapai langit, namun mesti utuh mengakar ke bumi, yakni mesti berpaut pada nilai dan budaya sendiri. Kita pernah lalui pengalaman sewaktu komputer mula diperkenalkan pada 80an, dan hari ini cabarannya lebih besar. Makna kata benteng pertahanan tidak terhad pada teknologi semata tetapi mesti mencakup rumah dan masyarakat.
Saya turut berkongsi tentang iltizam politik setelah terjelmanya Akta Tanggungjawab Fiskal, bahawa pihak Kerajaan mesti ‘answerable’ dan bertanggungjawab kepada Parlimen, selain Akta Perolehan Kerajaan yang menuntut tatacara jelas dan telus dalam soal perolehan dan kontrak.
Di kesempatan merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan hari ini, saya tekankan betapa Negeri Sembilan dengan budayanya yang gagah, kini menjadi tapak penting dalam menzahirkan prakarsa baharu yang menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan akar nilai bangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM), saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara, prasarana gerai, warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan.
Kemudahan asas seperti kebersihan dan infrastruktur perlu sentiasa dipertingkat agar kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengguna.
Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peniaga kecil, saya umumkan kelulusan peruntukan segera sebanyak RM500,000 kepada GPPKMM, dan dana ini akan disalurkan terus kepada gabungan bagi memastikan kelangsungan operasi, program, dan aktiviti persatuan tanpa gangguan sementara menunggu pembentangan Belanjawan akan datang.
Peniaga kecil adalah nadi ekonomi rakyat dan Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus membela dan memperkukuh kedudukan mereka demi masa depan yang lebih baik.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, Ahad ini akan bersama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.
Himpunan ini juga menjadi titik mula kepada gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.
Ayuh kita semarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan di Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza. Semoga doa dan usaha ini menjadi kekuatan untuk saudara kita terus bangkit dalam perjuangan memerdekakan bumi Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Putra, Putrajaya.
Khutbah bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” mengingatkan kita tentang kewajipan umat Islam untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel, dan antara seruan penting adalah menggunakan segala saluran media, ekonomi, diplomasi dan politik bagi menentang kezaliman.
Khatib turut menekankan bahawa budaya buli juga adalah bentuk kezaliman yang ditegah dalam Islam kerana mencemar maruah insan.
Usai solat, saya meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI (MALINDO MADANI) dan pertemuan ini membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama bersaudara.
Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara yang bersaudara ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2025 hari ini, saya tekankan keperluan untuk teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan ditangani menerusi lensa keselamatan.
Negara tidak boleh terus bergantung kepada teknologi asing, sebaliknya perlu membina keupayaan dalaman termasuk pengkomputeran awan berdaulat bagi melindungi maklumat terperingkat dan aset strategik negara.
Justeru, Kerajaan akan terus memperkukuh benteng siber negara dengan melindungi infrastruktur kritikal, meningkatkan kesedaran awam serta mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan rakan antarabangsa. Dari segi perundangan, Rang Undang-Undang Jenayah Siber akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.
Pada masa sama, setiap individu juga harus memainkan peranan dalam melindungi data peribadi apabila berurusan dalam talian, antaranya menerusi penggunaan MyDigital ID, yang pendaftarannya kini mencatat purata 25,000 pengguna sehari hasil integrasi dengan aplikasi seperti MyJPJ, MySejahtera, MyBayar PDRM dan MyGOV.
Komitmen Malaysia turut dizahirkan di peringkat global. Dalam masa terdekat, kita akan menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai jenayah siber di Hanoi, Vietnam, sebagai bukti kesungguhan memperkukuh kerjasama antarabangsa menentang jenayah digital.
Mesyuarat juga menegaskan kepentingan pembangunan teknologi kriptografi pasca-kuantum (PQC) bersama NACSA, penyelidik dan industri. Usaha ini diyakini akan memperkukuh perlindungan infrastruktur kritikal, membendung jenayah siber, dan memastikan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat terus terjamin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak tahun 1957.
Pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau.
Australia mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, terutamanya dalam mengendalikan konflik Myanmar, isu gencatan senjata Kemboja-Thailand, serta kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN.
Malaysia turut menyambut baik hasrat Kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin di Sesi Ke-80 PBB pada September kelak.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu majlis penutup ASEAN Law Forum 2025, delegasi ASEAN tampil dalam busana batik kebangsaan, melambangkan jalinan persahabatan, semangat serantau, dan warisan budaya yang menyatukan satu sama lain.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima kasih kepada Mohd Kamal Dali atas dedikasi beliau dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Tenaga mahir seperti beliau menjadi pemangkin utama kemajuan Malaysia.
Sewaktu membentangkan RMK13, saya maklumkan bahawa Kerajaan MADANI konsisten untuk memperkukuh TVET agar relevan dengan keperluan semasa merangkumi bidang digital, teknologi tinggi, serta memperluas akses kepada golongan luar bandar, asnaf dan komuniti tahfiz.
Alhamdulillah, 95.6% graduan TVET kini bekerja dalam tempoh enam bulan, dengan 212,000 kemasukan baharu pada 2024. Kita sasarkan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu, termasuk 700,000 dalam sektor pembuatan dan 500,000 dalam ekonomi digital.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, jangan lepaskan peluang bagi bersama-sama menyemarakkan dan menjadikan gerakan ini sebagai wadah untuk lebih mendalami erti kesejahteraan, pengorbanan dan keunikan kepelbagaian yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada majlis penutup ASEAN Law Forum 2025 yang julung kali diadakan di Malaysia, saya tegaskan bahawa ASEAN telah berkali-kali membuktikan bahawa pertikaian boleh diselesaikan melalui dialog dan diplomasi yang berprinsip.
Pendekatan ASEAN terhadap keamanan sentiasa berpaksikan kekuatan yang tenang, konsensus, dan saling menghormati.
Nilai-nilai ini harus terus membimbing kerjasama perundangan serantau kerana sejarah mengajar kita bahawa konfrontasi hanya membawa ketidaktentuan, manakala dialog membina kepercayaan dan kestabilan jangka panjang.
Inklusiviti adalah asas keadilan, justeru undang-undang mesti dirasai dalam kehidupan rakyat dan perlu melindungi dan memberdaya, bukan menakut-nakutkan atau meminggirkan.
Kelestarian pula menuntut institusi perundangan yang berintegriti dan sistem tadbir urus yang adil hatta kekuatan sebenar kerajaan terletak pada kepercayaan rakyat terhadap institusinya.
Moga semangat kebersamaan ASEAN terus mekar dalam memperkukuh sistem perundangan yang adil, inklusif dan berdaya tahan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah hadir merasmikan Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat petang tadi yang merupakan sebuah projek gergasi mega yang menjadi manifestasi terpenting negara tatkala menjadi bukti keupayaan anak bangsa menguasai teknologi canggih dalam usaha dan upaya kita memenuhi keperluan strategik rakyat dan negara.
Pembangunan dan pembinaan loji rawatan air ini ternyata menjadi simbol bagaimana ia mencerminkan hasrat kita dalam mengangkat siling ekonomi dan meninggikan lantai kesejahteraan rakyat. Ia tentunya menuntut sikap dan budaya pengurusan yang beringriti dan dan cekap, pasukan tenaga profesional yang terlatih, serta semangat kebersamaan yang tinggi dan erat dalam menjamin antara bekalan asas negara yakni akses kepada bekalan air yang bersih, berkualiti dan mampan.
Saya tekankan betapa air dan sumber tenaga adalah nadi pembangunan, dan tanpa keduanya mustahil negara bangsa ini mampu menjadi destinasi tumpuan untuk pelaburan, pusat teknologi dan menjadi hab data serantau. Lantas, dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan, negeri serta syarikat tempatan, maka kita mampu menjelmakan projek raksasa bernilai berbilion ringgit dengan kepakaran anak tempatan.
Justeru, saya punyai harapan setingginya agar usaha ini dapat memperkukuh daya tahan ekonomi, memantapkan tahap keselesaan hidup rakyat serta memartabatkan prinsip tatakelola yang baik. Sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan Langat 2 yang pastinya menjadi legasi untuk generasi hari ini dan yang akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan saya singgung mengenai pelbagai isu melibatkan perihal sosioekonomi dan kos sara hidup. Saya akur bahawa dalam keadaan masih ramai yang terbeban dengan kos sara hidup, gejala ini mampu untuk terus membengkak.
Memang benar, ramai dalam kalangan orang Melayu masih hidup dalam kemiskinan. Namun, saya juga acapkali mengingatkan bahawa dalam kelompok miskin tegar, ramai datang daripada masyarakat India. Sebab itu juga saya tegaskan betapa besarnya beda antara kumpulan masyarakat yang miskin dan miskin tegar. Kerajaan MADANI membantu bukan atas dasar kaum atau pilih kasih, tetapi demi mengangkat martabat warga miskin dan rentan tanpa mengira latar belakang.
Hasilnya nyata. Bantuan tunai kepada masyarakat India telah meningkat daripada RM578 juta pada 2022 kepada RM972 juta melalui Sumbangan Tunai Rahmah. Ini merupakan kenaikan sebanyak 68% dalam hanya tiga tahun, ketimbang peningkatan kepada etnik lain sebanyak 39% hingga 60%.
Bagi masyarakat Cina, hampir RM14 bilion atau 75% daripada keseluruhan jaminan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) telah dimanfaatkan oleh usahawan Cina, termasuk PKS dan syarikat besar. Untuk masyarakat Melayu dan Bumiputera pula, dasar khusus seperti PuTERA35 telah diluncurkan bagi meningkatkan penyertaan ekonomi secara bersasar.
Saya cakna bahawa isu-isu seperti ini akan terus menjadi tajuk wacana dalam negara majmuk seperti Malaysia. Namun, Kerajaan MADANI memikul tanggungjawab ini dengan iltizam untuk membetulkan masalah asas negara berpaksikan prinsip keadilan dan rahmah untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA).
Perkara ini saya tekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC), iaitu sebuah platform penting dalam merangka dasar fiskal yang jelas dan menentukan hala tuju ekonomi negara.
Kerajaan MADANI perlu terus mencari keseimbangan antara usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan, terutama dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
Meskipun dunia masih bergelut dengan ketidaktentuan, ekonomi negara kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.4% bagi separuh pertama tahun 2025. Kadar pengangguran juga telah menurun ke paras 3%, iaitu yang terendah dalam tempoh 10 tahun.
Pada masa yang sama, Kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5% pada tahun 2022 kepada 4.1% daripada KDNK pada tahun 2024, satu pencapaian yang membuktikan komitmen terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja saudara Hun Manet, saya turut bercakap dengan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai bagi membincangkan situasi semasa berkaitan gencatan senjata Kemboja-Thailand.
Dalam perbincangan tersebut, kami turut memberi penekanan selain perhatian kepada usaha pasukan pemerhati sementara (IOT) yang terus memantau dengan teliti keadaan di sempadan, selain meneliti beberapa ikhtiar lain yang boleh digerakkan ke arah memantapkan operasi pemantauan gencatan senjata.
Selainnya, kedua-dua kami menyentuh mengenai mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Thailand-Kemboja yang akan bersidang pada bulan hadapan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja saudara Hun Manet tengah hari tadi bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini melibatkan gencatan senjata di antara pihak Kemboja dan Thailand.
Kami turut menyentuh perihal pasukan pemerhati sementara (IOT) yang telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan sempadan kedua-dua negara tetangga dan berbincang lanjut mengenai langkah lain yang boleh dilakukan untuk memperkemas keberkesanan operasi pemantauan oleh IOT.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan negara, termasuk kebocoran operasi pertahanan.
Siasatan menyeluruh sedang dijalankan terhadap kes berprofil tinggi, termasuk salah guna kuasa dalam agensi perisikan.
Ia satu malapetaka kepada negara jika tidak ditangani dengan tegas, perkara ini saya jelaskan sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bantuan untuk masyarakat India tidak hanya melalui MITRA, tetapi turut disalurkan secara menyeluruh menerusi pelbagai kementerian meliputi bidang pendidikan, perumahan & perniagaan, selain peruntukan tahunan RM100 juta kepada MITRA.
Itu yang saya jelaskan sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini dimana ini sekaligus menjawab kritikan yang mengatakan seolah-olah kaum India tidak dipedulikan atau peruntukan untuk MITRA tidak diluluskan dengan segera.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan penuh makna antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.
Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.
Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.
Saya berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi ke Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya untuk merasmikan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan (FAIE), satu tonggak baharu dalam usaha negara menguasai teknologi digital dan AI.
Transformasi digital adalah teras ekonomi MADANI, namun penguasaan teknologi mesti berjalan seiring dengan nilai dan budaya bangsa. Kita perlu ‘menggapai langit’ dengan AI dan teknologi baharu, tetapi tetap ‘mengakar ke bumi’ dengan prinsip, nilai dan identiti kita.
Kerangka ini sudah saya gariskan dalam RMK13 iaitu menaikkan siling untuk melonjakkan teknologi dan ekonomi, menaikkan lantai agar semua rakyat menikmati manfaatnya, dan menjadikan tatakelola sebagai tunjang. Tanpa tatakelola, reformasi hanya akan melahirkan rasuah, kronisme dan ketidakadilan.
Saya turut mengulas penemuan dalam laporan UNU dan McKinsey yang memberi peringatan tentang ‘AI Productivity Paradox’, bahawa pelaburan besar dalam AI tidak semestinya menghasilkan produktiviti sebenar. Laporan ini menyedarkan kita untuk memastikan setiap peruntukan diukur dengan hasil dan manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.
Justeru, keutamaan adalah melahirkan bakat muda yang mampu menguasai AI. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada nilai Barat, sebaliknya mesti membina keupayaan sendiri untuk melatih generasi muda sebagai pereka, pencipta dan penggerak teknologi berteraskan identiti kita.
Namun kemajuan ini tidak bermakna jika kita terus dibelenggu budaya kebencian, perpecahan kaum, buli dan rasuah. Pendidikan sejati bukan sekadar ilmu teknikal, tetapi yang mengangkat martabat manusia dengan akhlak, nilai dan rasa hormat sesama insan.
Saya optimis dengan generasi muda Malaysia. Dengan ilmu, nilai dan keberanian, kita mampu menjadikan negara ini maju dan hebat. Jangan biarkan suara kecil yang menanam kebencian mengaburi pandangan kita.
Usai pelancaran, saya berdialog dengan mahasiswa dalam sesi Temu Anwar untuk mendengar pandangan dan kebimbangan mereka tentang pekerjaan, kos sara hidup, kebergantungan kepada AI dan bahaya perkauman yang mengancam perpaduan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am grieved by the devastating floods that have struck Pakistan and India, taking hundreds of lives and displacing countless families. The images of homes swept away, families mourning their loved ones, and rescue workers braving treacherous conditions are deeply heart-wrenching.
In this difficult time, the people of Malaysia stand in solidarity with all those affected. We share your sorrow, and we draw strength from the bravery, compassion, and endurance shown by so many on the frontlines.
Our thoughts and prayers are with all who are grieving, and with those still searching for hope amid this tragedy.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Buli budaya merosakkan dan mesti dihentikan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya singgung dalam era transformasi digital yang pesat, penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan pentadbiran.
Saya menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memanfaatkan kemajuan ini demi mempertingkat hasil kerja serta memenuhi amanah yang diberikan dengan lebih cekap dan berkesan.
Namun, kita juga harus berhati-hati agar tidak terlalu terpukau atau terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi semata-mata.
Teknologi, walaupun membantu, tidak sempurna. Ia boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan, jika tidak dikawal dengan bijak, boleh menjejaskan pengurusan serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat memanfaatkan kecanggihan digital, tetapi juga memastikan pentadbiran kekal berintegriti, berkesan dan berorientasikan rakyat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Teramat Mulia dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Program terakhir saya di Perak hari ini diteruskan dengan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral , sebuah lagi projek berskala besar yang dibangunkan sepenuhnya melalui inisiatif swasta hasil kolaborasi strategik antara Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM6.25 bilion, projek ini bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di tengah-tengah Bandaraya Ipoh, mencerminkan kemajuan yang berpaksikan wawasan jangka panjang.
Dalam ucapan saya, saya nyatakan hasrat agar Ipoh Sentral dapat menjadi contoh terbaik pembangunan berteraskan nilai-nilai MADANI.
Kita tidak mahu lagi pembangunan fizikal yang megah tetapi kosong daripada jiwa budaya. Sebaliknya, setiap pembangunan mesti membawa roh kemanusiaan yang menjunjung prinsip ihsan, hormat, kelestarian, dan maruah bangsa.
Untuk merealisasikan hasrat ini, ia memerlukan sinergi dan kerjasama erat antara pemaju, pihak berkuasa bandaraya, serta kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan, dan agensi-agensi lain yang relevan.
Moga pembangunan ini membuka pintu peluang baharu, menyemai keyakinan warga, dan memperkukuh identiti Ipoh sebagai sebuah bandaraya yang hidup, inklusif dan berdaya saing.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya singgah melawat Dato Mohd Zolkafly Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak yang baru selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.
Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri.
Semoga beliau terus diberikan kesembuhan yang sempurna dan dikurniakan afiyah oleh Allah SWT.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tinjau kemajuan Projek Jalan Baharu Kamunting–Anak Kurau (Fasa 2) di Larut, Perak.
Projek ini bakal memendekkan perjalanan dari 45 minit kepada hanya 15 minit, memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk setempat dan merangsang ekonomi luar bandar.
Antara manfaatnya, ia dapat memberi peluang kepada orang-orang kampung serta pengusaha pertanian dan perladangan antaranya kelapa sawit, durian dan petai bagi mengembangkan lagi perniagaan dalam meningkatkan kegiatan ekonomi dan sosial di Daerah Larut, Matang dan Selama.
Selain itu, ia merancakkan ekonomi di tempat tumpuan rekreasi seperti Lata Sempeneh dan Seven Beret Campsite dengan wujudnya akses jalan raya alternatif ini.
Dengan kemajuan 70.5%, projek ini kini mendahului jadual sebanyak 59 hari dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2026.
Kerajaan akan terus memastikan kemudahan asas terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat luar bandar.
#malaysiamadani
#desamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya berpeluang bersama masyarakat setempat di Pondok Tanjung sempena peluncuran Karnival Usahawan Tenusu MADANI, yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memacu industri tenusu negara.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa Malaysia merupakan negara yang bertuah bukan sahaja kaya dengan sumber, tetapi turut menikmati hubungan erat dengan rakan-rakan serantau, khususnya ASEAN lantas membuka ruang kerjasama luas dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan tenusu, berasaskan keyakinan serta kepercayaan rakan industri serantau.
Kejayaan sektor ini turut disokong oleh kesiapsiagaan sektor swasta, semangat kental usahawan tempatan, serta integrasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI).
Pendekatan ini mempertingkatkan produktiviti, mengukuhkan rantaian nilai industri tenusu dan memacu inovasi pertanian moden.
Melalui Ekonomi MADANI, kerajaan bersama NCIA dan sektor swasta akan terus memperluas peluang ekonomi wilayah, mewujudkan lebih banyak pekerjaan, mengukuhkan kedudukan usahawan tempatan serta memastikan hasil pembangunan dinikmati oleh rakyat.
Sebagai komitmen segera, saya turut umumkan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja infrastruktur mendesak di kawasan Daerah Larut, Matang dan Selama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
“Yang nak maki hamun cerca, itu semua saya tidak peduli dah.”
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Apa manfaat berkawan dengan dengan rakan-rakan ASEAN?
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berjalan petang di sekitar rumah. Jarang jarang dapat waktu riadah. Kepada yang berkesempatan, manfaatkan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) sebentar tadi, saya umumkan beberapa insentif dan inisiatif sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.
Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang terus berusaha, berdisiplin dan komited merealisasikan agenda reformasi yang kita hasratkan bersama.
Insya-Allah, pengumuman lain untuk penjawat awam akan saya sampaikan dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari tadi saya ke Surau Al-Muttaqin di Presint 5 untuk menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya. Khatib hari ini menyampaikan peringatan penting mengenai gerakan-gerakan yang muncul mutakhir ini dan mengancam akidah umat Islam.
Kerana itu, Kerajaan MADANI memperkenalkan pendekatan baharu dengan memperkukuhkan pendidikan agama di sekolah, mendedahkan semua pelajar Islam kepada pengajian al-Quran, termasuk Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi demi menyuburkan budaya ilmu dan pencerahan.
Semoga usaha ini memantapkan kefahaman akidah yang benar serta melindungi umat dan anak-anak kita daripada fahaman dan ajaran yang menyesatkan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah menerima kunjungan anak-anak muda dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) yang sedang bercuti musim panas dan sedang menjalani latihan amali di syarikat swasta dan GLC di Malaysia dan juga di luar negara. Anak-anak muda ini mewakili lebih 16,000 pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan di Republik Ireland.
UKEC yang diketuai oleh saudara Vincent Tang telah mengemukakan cadangan peluang kerjasama yang lebih strategik di antara Kerajaan Persekutuan dengan UKEC melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dalam pelbagai bidang yang ingin diterokai dan dasar sedia ada.
Saya juga mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai bagaimana harus didepani gejala ‘brain drain’ yang telah sekian lama merundung negara.
Saya juga telah menekankan bahawa semua pihak mesti memanfaat serta mengoptimumkan dasar serta struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan struktur atau dasar, dan memastikan libaturus dan wacana bergerak secara berterusan bagi memastikan pelbagai isu dapat diselaraskan dengan berkesan dan sistematik.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rasionalisasi dan penstrukturan semula PETRONAS dilaksanakan dengan penuh ihsan, memastikan kebajikan pekerja dan keluarga mereka terus menjadi keutamaan.
Melalui kerjasama dengan GLC dan GLIC, peluang penempatan baharu disediakan, manakala bersama PERKESO, latihan semula ditawarkan. Pampasan turut merangkumi jaminan gaji sekurang-kurangnya setahun serta kemudahan asas termasuk rawatan perubatan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kurang tiga tahun pentadbiran, Kerajaan MADANI mencatat rekod reformasi undang-undang tertinggi termasuk pemansuhan hukuman mati mandatori, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen, merangkumi 14 akta baharu dan 97 pindaan.
Kerajaan MADANI juga bakal merealisasikan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, satu tuntutan lama demi memperkukuh institusi, menjamin kebebasan pendakwaan dan memastikan prinsip keadilan ditegakkan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Isu berkaitan YB Pagoh telah saya serahkan kepada MCMC untuk siasatan. Jika maklumat yang saya terima terbukti tidak sahih, saya sedia membetulkan dan memohon maaf kepada beliau kerana itu prinsip saya.
Pada masa sama, fitnah terhadap saya terus diulang tanpa sebarang permohonan maaf walaupun terbukti palsu. Jika kita benar-benar menjunjung adab dan kebenaran, biarlah ia diamalkan oleh semua, bukan sekadar menuntut daripada sebelah pihak.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Dewan Rakyat, saya disoal mengenai dakwaan kononnya saya memohon “kekebalan” daripada apa jua tindakan undang-undang.
Ini jelas menyimpang kerana semakan yang dibuat hanyalah untuk mendapatkan pandangan mahkamah berhubung tindakan undang-undang bersifat ‘frivolous and vexatious’ (remeh dan menyusahkan) yang menyalah guna proses mahkamah serta menjejaskan tugasan seorang Perdana Menteri.
Isu ini adalah persoalan undang-undang, dan hanya mahkamah berhak membuat keputusan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjawab soalan mengenai keperluan meminda undang-undang lompat parti pagi tadi, saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI bersedia melaksanakan pindaan selaras dengan cadangan lebih menyeluruh yang pernah diusulkan Pakatan Harapan (PH) ketika undang-undang ini digubal pada pentadbiran lalu.
Faktanya ketika itu wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) sendiri yang menolak cadangan tersebut. Kini, apabila isu lompat parti kembali merunsingkan pembangkang, barulah mereka mahu membawa usul pindaan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli.
Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri saudara Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera.
Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Mohd Azamanizam Baharon, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional, bersama delegasi.
Sebagai sebuah persatuan yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran dan jaringan dalam kalangan ahlinya.
Dalam pertemuan ini, saya menegaskan rasional dan ketetapan Kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami dan dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.
Saya juga menekankan kepentingan koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera, agar setiap usaha berfokus, saling melengkapi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.
Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera serta memperluas peluang ekonomi negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Taj Mahal: An Eternal Love Story
“A thing of beauty is a joy for ever” a superb quote indeed from Keats, but to speak of beauty alone just won’t cut it when we talk about the epic story of the Taj Mahal. That’s the monumental challenge in making the movie, because not only beauty, but like the Taj Mahal, love is eternal.
On Monday, I had the opportunity for a second viewing (the first was more than 10 years ago) of Akbar Khan’s film based on the classic story of the Taj Mahal. To my mind, its success hinges on the ability of going beyond mere historical narration to exploring the profound emotional underpinnings of love and devotion, loss and misfortune – the core that at once uplifts and yet tugs at the heart.
For the riveting visual experience, we shouldn’t be surprised with Akbar Khan’s prowess in generating magnificent cinematography and architectural brilliance but what is particularly captivating for me is the masterly blending of this eternal heartrending love epic evocatively portrayed with the story of the Mughal empire – a Shakespearean feel where it is not a mere retelling of old narratives but one seen from a prism which is less jaundiced and more empathetic (e.g. Julius Caesar) and never short of political intrigue, social strife, and love bondage (e.g. Romeo & Juliet).
What is romance without melodrama and some detractors would consider this to be a fundamental flaw but for me, granted there were occasional ‘schmaltz’, that did not diminish the emotional core of the film. Beauty may be a joy forever but when it fades the joy becomes transient. Not love though for “Love alters not with his brief hours and weeks, But bears it out even to the edge of doom.” (Sonnet 116). Apologies, prison memories of reading Shakespeare resurfacing and reminding me as well of Gabriel Garcia Marquez’s: What matters in life is not what happens to you but what you remember and how you remember it!
In our fragmented world, dominated by AI and other advancements, where relationships are as ephemeral as the disappearing messages in our WhatsApp connections, the themes presented in Taj Mahal: An Eternal Love Story resonate deeply. Kudos to Akbar Khan and his team for this tremendously successful film, of sacrifice and of the labour of love, without which, as Shah Jahan and Mumtaz Mahal show us, life has little meaning.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan rasmi Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus, telah memperkukuh hubungan mesra Malaysia–Bangladesh yang telah terjalin sejak hubungan diplomatik dimeterai pada 1972.
Ini membuka peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama, khususnya dalam memajukan hubungan baik dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara dalam bidang pertahanan, tenaga, kajian strategik dan antarabangsa, selain pembangunan kapasiti dalam bidang teknologi semikonduktor serta promosi perdagangan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di pentas Sidang Kemuncak ASEAN AI, saya berpeluang menyaksikan satu detik bersejarah dengan peluncuran ILMU yakni kecerdasan buatan (AI) merangkap Model Bahasa Besar (LLM) pertama negara, yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan melalui YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya, diperkaya dengan konteks, nilai, dan budaya Malaysia.
ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi cerminan identiti, suara, dan aspirasi negara dalam era AI.
Peluncuran ini juga menandakan bahawa Malaysia kini bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya sudah mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.
Ia dirangka untuk memahami, menghormati, dan meraikan kepelbagaian rakyat, sambil membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam, dan inovasi industri.
Peluncuran ini menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi yang inklusif, beretika, dan berpaksikan nilai-nilai MADANI yang memanfaatkan potensi AI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi, serta kedudukan strategik Malaysia di persada dunia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Wawasan Malaysia dalam Kecerdasan Buatan (AI) bukan sekadar untuk mengejar kemajuan negara lain, tetapi untuk memimpin dan menawarkan kepada dunia satu model inovasi yang berteraskan kepercayaan, berpaksikan keadilan, dan dibentuk dengan penuh bangga oleh nilai-nilai Asia Tenggara.
Harapan ini saya tekankan sewaktu peluncuran ASEAN AI Malaysia Summit 2025 hari ini, bahawa kejayaan AI tidak diukur pada sejauh mana canggihnya teknologi, tetapi pada sejauh mana ia mampu mengangkat taraf hidup rakyat dalam memastikan peluang dicipta, cabaran diatasi, dan tiada sesiapa yang ketinggalan.
Inilah cara kita membina masa depan di mana teknologi benar-benar berkhidmat untuk manusia secara mampan, inklusif, dan adil.
Saya juga memaklumkan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dilancarkan baru-baru ini turut menggariskan keperluan transformasi digital sebagai pemacu utama pertumbuhan yang mampan dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi di rantau ini.
Dengan perpaduan, iltizam, dan semangat juang yang tidak pernah luntur, kita akan memastikan negara ini melangkah jauh ke hadapan dalam era AI demi kemakmuran rakyat dan maruah negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut bersama Profesor Dr Muhammad Yunus @ChiefAdviserGoB di acara makan tengah hari rasmi meraikan beliau dan delegasi Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh.
Sebelumnya kami telah mengadakan sidang media bersama menerima dan menjawab pelbagai soalan mengenai kunjungan ini, termasuk manfaatnya kepada kedua-dua negara sahabat.
Insya-Allah, kedua-dua negara akan terus bekerja dengan rapat dan erat di semua lapangan berkepentingan dan memastikan pulangan yang terbaik kepada rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Bangladesh.
🇲🇾🇧🇩
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kami kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang penuh makna, bagi menilai kemajuan hubungan Malaysia dan Bangladesh selain meneroka bentuk kerjasama baharu yang dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Perbincangan mencakupi pelbagai bidang utama termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pelancongan, pertahanan, serta pengukuhan kerjasama dalam ekosistem halal dan pertukaran budaya.
Saya juga menzahirkan penghargaan atas sokongan konsisten Bangladesh terhadap isu-isu kemanusiaan, khususnya terkait pelarian Rohingya.
Kami turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting yang bakal membuka lembaran baharu hubungan dua hala, merangkumi bidang pertahanan, ekosistem halal, gas asli cecair (LNG), pendidikan tinggi, serta kerjasama strategik antara institusi penyelidikan dan komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Saya percaya hubungan akrab Malaysia dan Bangladesh ini akan terus terjalin berteraskan hormat, kepercayaan, dan komitmen jitu untuk membawa kemajuan bersama, bukan sahaja demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah demi keamanan, kestabilan, dan kemakmuran rantau ini.
🇲🇾🇧🇩
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya meraikan ketibaan sahabat baik saya yang juga Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus @ChiefAdviserGoB yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.
Dr Muhammad Yunus dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Usai sambutan rasmi, saya dan Profesor Dr Muhammad telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala serta pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Lawatan ini bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Bangladesh.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir di sesi pratonton khas filem Taj Mahal: An Eternal Love Story, sebagai tanda menghargai persahabatan lama bersama pengarah tersohor, Akbar Khan.
Karya ini mengangkat kisah cinta agung Maharaja Mughal Shah Jahan dan isterinya, Mumtaz Mahal yang diabadikan melalui pembinaan monumen ikonik, Taj Mahal.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa warisan seni, budaya, dan sejarah adalah jambatan yang merentas zaman, menyatukan hati dan bangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima kasih kepada seluruh warga Pejabat Perdana Menteri atas kejutan sambutan hari lahir tengah hari tadi. Ucapan dan doa kalian benar-benar mengesankan.
Menginjak usia 78 tahun, tiada yang saya impikan selain melihat negara ini tegak bermaruah, makmur dan dihormati. Ayuh teruskan kerja keras kita demi masa depan kita dan generasi mendatang. 💪
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, usai tiba dari Kelantan, saya langsung hadir ke Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali Ke-65 yang melabuhkan tirai pada malam tadi dengan penuh rahmat dan keberkatan.
Malam ini amat istimewa dan dekat di hati saya tatkala majlis ini turut meraikan kehadiran Imam dan Khatib Masjid Nabawi TYT Fadhilatus Syeikh Dr. Solah al-Budair sebagai Tetamu Istimewa.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada kesemua 71 peserta tilawah dan 32 peserta hafazan yang mewakili 49 buah negara, terutama sekali kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebagai anak Malaysia, saya amat bersyukur dan bangga dengan pencapaian peserta Malaysia pada Musabaqah edisi tahun ini. Alfu Mubarak buat Saudara Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan (Johan Kategori Tilawah Lelaki), Saudari Wan Sofea Aini binti Wan Mohd Zahidi (Johan Kategori Tilawah Wanita) dan Saudari Putri Auni Khadijah binti Mohd Hanif (Naib Johan Kategori Hafazan Wanita).
Saya berdoa kehadrat Allah SWT agar risalah al-Quran terus memayungi kita semua dengan hidayah dan petunjuk kebenaran, asbab setiap jiwa terus menekuni dan mentadabbur al-Quran dengan mendalam dan penuh keinsafan. Mendoakan agar kita digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Nya yang bertaqwa.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Ulang Tahun, YAB Perdana Menteri 🇲🇾🎉
Seluruh warga Pejabat Perdana Menteri mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-78 kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
@anwaribrahim
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta terus diberi kekuatan untuk menerajui negara menuju Malaysia MADANI yang makmur, adil, dan sejahtera.
#selamatulangtahunpmx
#malaysiamadani
(2/2) -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama.
Kerajaan MADANI teguh beriltizam memastikan suara, hak dan peluang untuk Orang Asal terus terjamin agar mereka kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam, serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah arahkan agar siasatan penuh, terbuka dan telus dijalankan berhubung kematian anak kita, Zara Qairina di Sabah. Tidak kira siapa pun yang terlibat, orang kenamaan atau orang biasa, tiada tolak ansur! Setiap kematian mesti disiasat tanpa cubaan melindungi mana-mana pihak demi keadilan.
Namun kita tidak boleh jadikan tragedi ini sebagai modal politik. Jangan bina istana di atas pusara. Menggunakan kesedihan keluarga untuk menyerang atau membina keuntungan politik adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Nyawa yang terkorban bukan bahan permainan untuk diperalatkan.
Atas syak wasangka dan mengikut lunas undang-undang, Peguam Negara telah mengarahkan supaya mayat digali semula untuk bedah siasat. Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa kebenaran tidak disembunyikan.
Saya tegaskan sekali lagi, ini Kerajaan MADANI. Tiada sesiapa, termasuk VIP, akan dilindungi jika bersalah. Pembunuh tetap pembunuh, dan undang-undang mesti ditegakkan demi memastikan setiap nyawa dihargai serta keadilan ditegakkan.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mulakan lawatan kerja di Kelantan pagi ini dengan menghadiri Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Machang, bersama Menteri Besar Kelantan.
Ikhtiar penganjuran ijtimak ini adalah sebahagian daripada islah yang dilakukan secara berperingkat. Seruan “Islah Mastata’tu” ( إصلاح مـا اسـتـطـعـتـ) ini bukan mustahil, namun harus didasari dengan hikmah dan bijaksana selaras dengan kehendak agama.
Allah SWT berfirman:
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
(Surah Hud: 88)
Sudah tiba masanya gedung Ilmu yang selama ini menjadi kubu pertahanan akidah umat sewaktu zaman penjajahan diberi nafas baharu. Setelah sekian lama ianya mulai luntur lantaran tidak dapat berkembang dengan baik, saya percaya institusi seperti ini wajar diberi ruang untuk tumbuh kembali.
Saya singgung kepentingan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat dan keupayaan institusi pondok. Kuasa yang diberi wajar digunakan dalam muafakat untuk manfaat pendidikan mengatasi perbedaan pendirian politik demi maslahah umum.
Kita harus merancang untuk membina dan bukan untuk bersengketa. Sebelum ini, pondok adalah kubu pertahanan ilmu dan akidah, namun hari ini kita wajar persiapkan dan bangunkan institusi pondok sebagai benteng melawan pengaruh yang merosakkan dan menyediakan anak kita menghadapi tantangan zaman.
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pertemuan dengan para tuan guru pondok di Bachok malam tadi bukan sekadar silaturahim, tetapi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, teguran dan nasihat mereka. Institusi pondok yang menjadi benteng akidah dan ilmu sejak zaman penjajahan kekal penting sebagai rujukan dalam membimbing hala tuju umat.
Dalam semangat Negara MADANI, setiap pandangan dan kritikan daripada tuan guru adalah amanah yang akan diterjemahkan kepada tindakan. Insya-Allah, dengan bimbingan mereka, kita akan terus memperbaiki pentadbiran dan memastikan pembangunan negara berpaksikan akhlak, ilmu dan kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah malam tadi saya turun ke Kelantan dan langsung ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan di Bachok untuk bertemu dengan guru-guru pondok dan anak-anak pelajar di sini bagi memenuhi undangan Tuan Guru Sheikh Wazir Al-Maki.
Ketika diminta berucap, saya singkap sejarah perjuangan Islam tatkala umat diserang penjajah sama ada di Tanah Melayu, Indonesia, India, Mesir dan seluruh dunia hingga sistem pemerintahan yang ada tunduk dan menyerah kepada kekuatan asing.
Ketika itu sistem ekonomi dan pendidikan ditawan, dan lebih mendalam lagi, seperti disebut Sheikh Muhammad Al Ghazali sebagai Isti’mar Ruh al-Fikr, yakni penjajahan jiwa dan pemikiran.
Namun dalam keadaan seluruh sistem robek dan runtuh, yang bertahan sebagai benteng akidah, ilmu dan ruh perjuangan umat ketika itu hanyalah pesantren dan pondok-pondok. Itulah sejarah yang perlu kita insafi.
Kerana itu setelah memegang tampuk pemerintahan, saya menggariskan gagasan MADANI. Di samping membina kestabilan, memperkukuh tatakelola dan menolak salah guna kuasa, gagasan ini melihat keperluan untuk memperbaharui sistem pendidikan bagi memperkukuh jati diri anak-anak kita.
Justeru semua pelajar Islam kini didedahkan kepada pengajian al-Quran, termasuk Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi, di semua sekolah, bukan hanya di sekolah agama atau pondok.
Selepas bertemu guru-guru pondok di Malaysia, Indonesia dan Pattani, saya sedar benteng ilmu ini makin luntur kerana kekangan perkembangan dan perhatian kerajaan yang lebih tertumpu kepada sekolah arus perdana.
Atas kesedaran itu, sebelum hadir ke Bachok saya telah meneliti keadaan beberapa pondok di sini yang terlalu daif. Maka saya meluluskan peruntukan lebih RM2.1 juta bagi baik pulih segera, yang akan dimulakan dalam beberapa minggu ini.
Inilah sebahagian daripada usaha Negara MADANI, percubaan kita membangunkan bangsa berasaskan keyakinan dan akhlak, seperti digarap dalam karya Allahyarham Syeikh Jaafar Syeikh Idris. Ia belum sempurna, namun dengan bimbingan para guru serta teguran dan kritikan membina, Insya-Allah kita akan terus memperbaiki kekurangan ini demi kemaslahatan umat dan kemuliaan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Kanetsugu Mike, Pengerusi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG), bersama delegasi di Putrajaya.
MUFG, sebuah firma kewangan global terkemuka yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957, memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemasukan pelaburan syarikat Jepun, khususnya dalam sektor pembuatan dan perindustrian.
Saya menghargai komitmen MUFG yang baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mempercepat pelaburan dalam sektor-sektor strategik yang telah dikenal pasti.
Dalam pertemuan ini, saya turut menekankan keutamaan Kerajaan MADANI untuk memacu pelaburan berkualiti tinggi, terutamanya dalam teknologi bernilai tambah, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga hijau.
Dengan dasar ekonomi terbuka dan hubungan erat Malaysia–Jepun yang telah lama terjalin, Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan yang kondusif.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Genap 58 tahun lalu, ASEAN lahir dengan visi keamanan dan kerjasama serantau.
Hari ini, Malaysia sebagai Pengerusi memacu rantau ini menuju Sidang Kemuncak ke-47 Oktober nanti.
Amanah ASEAN bukan hanya menjaga keamanan antara negara, tetapi memperkukuh kedamaian dan kestabilan dalam negara masing-masing.
Inilah kompas moral yang membimbing kita menuju ASEAN yang bersatu, aman, dan makmur untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya berkesempatan untuk meluncurkan terjemahan al-Quran yang ke-30 dalam Bahasa Rusia, dan sekaligus meluncurkan Mushaf Ummah al-Jami’ di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.
Projek ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bersama Yayasan Restu untuk menyebarkan mesej al-Quran ke seluruh dunia melalui terjemahan rasmi dalam 30 bahasa.
Pelancaran Mushaf Ummah al-Jami’ adalah usaha yang mengumpulkan 20 riwayat melalui 10 Qiraat Mutawatir mengikut kaedah rasm Uthmani, yang dihasilkan oleh tenaga pakar anak tempatan Malaysia di bawah Yayasan Restu dan Nasyrul Quran.
Usaha yang memakan masa lebih 5 tahun ini dihasilkan sebagai rujukan global unggul untuk menyebarkan ilmu dan khidmat terhadap al-Quran, demi manfaat umaf Islam seantero dunia.
Penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menjayakan usaha ini, terutama buat Fadhilatus Syeikh Dr. Isa El-Ma’sarowy yang telah memberikan sumbangan ilmu dan kepakaran dalam pembacaan kesemua riwayat qiraat tersebut. Para pencinta al-Quran dan penuntut ilmu boleh mendengar bacaan dari pelbagai riwayat melalui kod QR yang disertakan di dalam mushaf ini.
Saya juga menekankan bahawa tindakan mencetak lebih banyak naskhah al-Quran adalah pendekatan yang penuh hikmah dalam menyampaikan mesej dakwah. Umat Islam adalah umat yang penuh dengan hikmah, pengetahuan dan kearifan, bukan umat yang dipenuhi sikap bengis dan amarah.
Usai Solat Jumaat di Nasyrul Quran, saya bersama seluruh tetamu dan jemaah surau telah membuat majlis pelepasan (Flag-off) Lori 1 kontena yang mengandungi Terjemahan al-Quran Bahasa Inggeris dan Sepanyol untuk diedarkan di luar negara.
Program ini sejajar dengan visi Malaysia MADANI yang memberikan penekanan terhadap aspek nilai, akhlak, dan adab.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Diberi kesempatan untuk mengenang detik bersejarah penubuhan ASEAN yang kini menjangkau usia 58 tahun, kita menzahirkan penghargaan atas visi jauh dan iltizam para pengasas yang telah meletakkan asas kepada kestabilan dan kerjasama serantau hari ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memikul amanah besar untuk mengemudi rantau ini dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks. Kita kini berada di fasa penutup kepengerusian menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober nanti yang akan menghimpunkan para pemimpin ASEAN bersama rakan-rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, serta Pengerusi BRICS dan G20.
Amanah ini bukan sekadar simbolik, dunia sedang memerhati dan kita harus pastikan kepengerusian ini meninggalkan kesan yang bermakna dan manfaat yang tersemat utuh buat seluruh komuniti ASEAN.
Usaha Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja hingga berjaya mengekalkan gencatan senjata merupakan satu pencapaian penting, bukti nyata komitmen kita sebagai pemacu keamanan dan pendamai serantau.
Namun, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan mandat daripada rakan-rakan ASEAN. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia dalam memikul peranan penting ini.
Kemajuan yang dicapai dalam rundingan tersebut cukup luar biasa. Ia mengingatkan kita semua bahawa tanggungjawab ASEAN bukan hanya menjamin keamanan antara negara, tetapi juga memperkukuh kedamaian dan kestabilan dalam negara masing-masing.
Inilah kompas moral dan prinsip yang mesti terus kita junjung dalam membimbing haluan kita, sebuah ASEAN yang bersatu, aman dan makmur untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Diberi kesempatan untuk mengenang detik bersejarah penubuhan ASEAN yang kini menjangkau usia 58 tahun, kita menzahirkan penghargaan atas visi jauh dan iltizam para pengasas yang telah meletakkan asas kepada kestabilan dan kerjasama serantau hari ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memikul amanah besar untuk mengemudi rantau ini dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks. Kita kini berada di fasa penutup kepengerusian menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober nanti yang akan menghimpunkan para pemimpin ASEAN bersama rakan-rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, serta Pengerusi BRICS dan G20.
Amanah ini bukan sekadar simbolik, dunia sedang memerhati dan kita harus pastikan kepengerusian ini meninggalkan kesan yang bermakna dan manfaat yang tersemat utuh buat seluruh komuniti ASEAN.
Usaha Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja hingga berjaya mengekalkan gencatan senjata merupakan satu pencapaian penting, bukti nyata komitmen kita sebagai pemacu keamanan dan pendamai serantau.
Namun, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan mandat daripada rakan-rakan ASEAN. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia dalam memikul peranan penting ini.
Kemajuan yang dicapai dalam rundingan tersebut cukup luar biasa. Ia mengingatkan kita semua bahawa tanggungjawab ASEAN bukan hanya menjamin keamanan antara negara, tetapi juga memperkukuh kedamaian dan kestabilan dalam negara masing-masing.
Inilah kompas moral dan prinsip yang mesti terus kita junjung dalam membimbing haluan kita, sebuah ASEAN yang bersatu, aman dan makmur untuk semua.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu berucap di Majlis Pecah Tanah Rumah Olimpik hari ini, saya maklumkan hadirin bahawa sukan bukan sekadar mencari kemenangan atau mendapat medal sahaja tetapi platform penting penyatuan semua lapisan masyarakat tanpa batasan kaum dan agama.
Kebersamaan rakyat dituntut, baik sebagai individu atau organisasi untuk terus menyokong atlet-atlet negara berjuang meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
Dalam pengalaman saya berinteraksi dengan banyak negara, saya melihat bagaimana sukan dimartabatkan sebagai cerminan jati diri nasional, dibentuk melalui keadilan, pengorbanan dan usaha berterusan, malah inilah juga semangat yang ingin kita semai melalui pembinaan Rumah Olimpik ini.
Teruskan menyokong perjuangan atlet tanah air, dan membina negara dengan semangat kesatuan dan daya juang yang tinggi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya tegur DBKL dan pemaju. Projek perumahan besar mesti sediakan kemudahan asas seperti sekolah, tadika, prasekolah sebelum diluluskan. Kalau tiada sekolah berhampiran, mesti bina sekolah vertikal dengan lif khas. Tadika pula wajib ada dalam bangunan, bukan dua batu jauhnya.
Inilah kerangka MADANI: pembangunan yang benar-benar berpaksikan rakyat. Saya tak mahu komisen atau proses meleret, hanya mahu pelaksanaan bersih, cekap dan utamakan kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah di kota.
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam pertemuan saya dengan delegasi Kemboja dan Thailand di Perdana Putra, Malaysia diberi kepercayaan dan mandat penting untuk terus menyelaras rundingan damai terkait isu sempadan kedua-dua negara.
Malaysia bukan sekadar menjadi pemudah cara, tetapi turut bertindak pantas di lapangan melalui kepimpinan Panglima Angkatan Tentera. Kini, rundingan diteruskan menerusi GBC dan RBC, diselaraskan oleh Malaysia dan dipantau bersama oleh atase pertahanan ASEAN.
Kita akan terus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi keamanan yang berkekalan di rantau ini.
🇰🇭🤝🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyempurnakan Sesi Libat Urus Belanjawan 2026, mukadimah penting kepada perjalanan negara menuju pembentangan Belanjawan MADANI Keempat Oktober nanti.
Belanjawan 2026 merupakan yang pertama di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Justeru, Kerajaan MADANI mengambil pendekatan yang menyeluruh dan inklusif agar limpahan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan rentan dan yang memerlukan.
Acap kali saya tegaskan, setinggi mana pun kita menggapai langit, ia tidak akan bermakna sekiranya kita tidak berpijak pada akar bumi dan mengutamakan maslahat rakyat terbanyak.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang hadir serta mengemukakan pandangan dan cadangan yang konstruktif demi memperkukuh asas ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Insya-Allah, meskipun kedudukan kewangan negara masih dalam fasa pemulihan, Kerajaan MADANI akan terus meneliti setiap saranan yang dikemukakan dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing-masing di Perdana Putra.
Pertemuan ini amat bermakna kerana kami mencapai kesepakatan penting untuk meneruskan dialog dan mengekalkan gencatan senjata di sempadan Thailand–Kemboja yang bermula sejak 28 Julai lalu. Ia mencerminkan iltizam bersama untuk menjunjung keamanan dan kestabilan serantau yang amat mustahak dalam landskap geopolitik hari ini.
Saya menghargai keyakinan yang diberikan oleh Thailand dan Kemboja kepada Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai dan memantau situasi di sempadan, khususnya melalui peranan penting Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Alhamdulillah, kedua-dua negara turut mencapai beberapa persetujuan penting, termasuk komitmen untuk mematuhi sepenuhnya gencatan senjata tanpa sebarang bentuk serangan, tidak menambah kekuatan atau mengubah penempatan tentera, mengelak tindakan provokatif, serta menjamin perlindungan terhadap orang awam dan infrastruktur awam.
Bicara kami selama lebih 30 minit turut menyentuh cadangan penempatan pasukan ASEAN Observer Team (AOT) bagi membantu usaha pemantauan, bantuan kemanusiaan serta pengurusan perubatan di kawasan sempadan.
Insya-Allah, saya dan seluruh pasukan Malaysia akan terus berusaha menyokong proses damai ini atas kepercayaan dan keyakinan bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai melalui dialog, persahabatan dan keikhlasan.
=====
This morning, I received a courtesy call from Cambodia’s Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, General Tea Seiha, and Thailand’s Acting Minister of Defence, General Nattaphon Narkphanit, together with their respective delegations at Perdana Putra.
It was a meaningful meeting that resulted in a key consensus to sustain dialogue and uphold the ceasefire along the Thailand–Cambodia border, in effect since 28 July. I appreciate the trust placed in Malaysia to continue facilitating the peace process, particularly through the leadership of the Chief of Defence Forces, General Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Both sides also reached several important agreements including full adherence to the ceasefire without any form of aggression, no increase or repositioning of troops, avoidance of provocative actions, and a firm commitment to protect civilians and civilian infrastructure.
We also discussed the proposed deployment of the ASEAN Observer Team (AOT) to support monitoring efforts, humanitarian assistance and medical coordination at the border. Malaysia will continue to support this process in the belief that lasting peace is only possible through dialogue, mutual respect and genuine friendship.
🇰🇭🤝🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengalu-alukan keputusan ACWA Power, peneraju global dalam tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau, memilih Malaysia sebagai hab utama mereka di Asia Tenggara.
Ini satu lagi perkembangan positif hasil kerjasama erat Malaysia–Arab Saudi, khususnya selepas pertemuan saya dengan pengasas ACWA Power semasa Sidang Kemuncak ASEAN–GCC.
Pelaburan ini mengiktiraf dasar peralihan tenaga Malaysia, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta memacu pemindahan teknologi.
ACWA Power kini menjalin kerjasama strategik dengan TNB, UEM Lestra dan Terengganu Inc. untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu, hidrogen dan CCGT, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Komitmen ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di pejabat saya hari ini.
Perbincangan kami menyentuh kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas, berintegriti dan diyakini rakyat sebagai tiang seri kepada negara hukum yang adil dan saksama.
Tahniah di atas pelantikan, moga amanah besar ini digalas dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi Malaysia yang lebih adil dan maju.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris di Perdana Putra tengah hari tadi.
Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara, termasuk agenda pemodenan aset strategik serta usaha memperkukuh keupayaan teknologi dalam sistem pertahanan negara yang semakin canggih.
Saya turut titipkan pesan supaya TUDM kekal menjadi sebuah angkatan yang disegani di peringkat serantau sepanjang beliau memikul amanah untuk memimpin pasukan ini.
Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian dan sokongan terhadap usaha memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
#malaysiamadani
#madanbekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza. Beliau turut menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin.
Saya tegaskan komitmen kita yang konsisten, bukan sahaja melalui kenyataan lantang di pentas antarabangsa, malah dengan menggembleng kerjasama pemimpin serantau dan global termasuk Presiden Indonesia, Turkiye, Brazil dan Afrika Selatan. Dunia tidak boleh terus berdiam diri tatkala kekejaman ini telah melampaui batas kemanusiaan.
Kami turut berbicara mengenai hubungan dua hala Malaysia–Iran dan senada untuk terus memperkukuh persahabatan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.
Presiden Pezeshkian turut memanjangkan jemputan rasmi untuk saya mengadakan lawatan ke Tehran dalam masa terdekat, dan saya sampaikan penghargaan atas kesediaan beliau untuk terus mempererat hubungan antara kedua-dua negara.
=====
I received a phone call from the President of Iran, Masoud Pezeshkian, who expressed his appreciation for Malaysia’s firm stance on the issue of Gaza and urged Malaysia to continue leading diplomatic efforts to oppose the ongoing atrocities and acts of genocide in Palestine.
I reiterated our consistent commitment not only through strong statements on the international stage, but also by working closely with regional and global leaders, including the Presidents of Indonesia, Türkiye, Brazil, and South Africa. The world must not remain silent in the face of such grave violations of humanity.
We also discussed Malaysia–Iran bilateral relations and agreed to further strengthen our longstanding friendship, particularly in areas of mutual benefit. President Pezeshkian extended an official invitation for me to visit Tehran, and I conveyed my appreciation for his readiness to deepen cooperation between our two countries.
🇲🇾🇮🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di majlis pecah tanah projek Residensi Aman MADANI hari ini, saya menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak pemaju yang masih belum sepenuhnya menghayati konsep MADANI dalam merealisasikan pembangunan perumahan rakyat.
Saya tegaskan bahawa projek berskala besar seperti ini, dengan ribuan unit kediaman, wajib mengambil kira penyediaan prasarana asas seperti sekolah, tadika dan kemudahan kesihatan. Keperluan asas penduduk bukan sekadar tambahan, tetapi mesti menjadi syarat utama sebelum sesuatu pembangunan diluluskan.
Pegawai perancang, pemaju dan pentadbir bandar perlu benar-benar memahami bahawa konsep MADANI bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah. Saya tidak mahu komisen, tidak mahu proses yang meleret. Apa yang saya tuntut ialah pelaksanaan projek secara bersih, telus dan cekap dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Kita sering berbicara tentang memahami keluh kesah rakyat. Namun hakikatnya, masih ada ibu bapa berpendapatan rendah yang terpaksa menghantar anak ke tadika dan sekolah yang jauh dari kediaman, menanggung kos pengangkutan yang membebankan.
Justeru, perancangan bandar berteraskan MADANI mesti merangkum ikhtiar menurunkan beban hidup rakyat, termasuk memastikan prasarana asas ini disediakan di peringkat pelan pembangunan. Sekiranya sekolah atau tadika ditempatkan dalam bangunan yang sama, bukankah itu lebih berperikemanusiaan? Tentunya Kerajaan akan menanggung kos pembinaan sekolah, yang jauh lebih rendah berbanding kaedah konvensional, jika ia dimasukkan dalam perancangan awal.
DBKL, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh sekadar membina menara tinggi dan restoran mewah, tetapi mesti memastikan penyediaan ruang penjaja, taman permainan, laluan selamat dan kawasan hijau untuk rakyat terbanyak.
Inilah maksud sebenar pembangunan MADANI: menyantuni kelompok tersisih, mengurangkan kos sara hidup, dan mengangkat martabat rakyat dengan perancangan yang teliti dan manusiawi.
Pecah tanah hari ini mesti menjadi titik mula kepada budaya pembangunan yang lebih bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Dewan Rakyat semalam, saya ditanya sama ada wajar dibaca qunut nazilah kepada pihak yang menghentikan peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Saya tegaskan doa ini tidak harus dipolitikkan, hatta terhadap mereka yang saya kurang senangi dan bertindak zalim pada sekolah agama rakyat.
Namun saya sarankan pihak pembangkang untuk menasihati sahabat mereka agar bertaubat dan kembali menyokong usaha memartabatkan Islam secara ikhlas.
Terkait soal pembelian pesawat oleh MAS, saya maklumkan bahawa keputusan ini dibuat oleh MAG tanpa campur tangan politik. Dalam rundingan tarif, Malaysia tegas pertahan dasar Bumiputera dan pensijilan halal. Malaysia negara dagang yang berdaulat dan setiap keputusan dibuat demi rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tuduhan kononnya Kerajaan Pusat zalim tidak berasas. Hakikatnya, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menerima peruntukan lebih tinggi berbanding sewaktu ditadbir pembangkang. Sekolah agama rakyat yang dulu ditarik peruntukannya kini dibantu semula, tanpa memilih siapa penyokongnya.
Peliknya, yang membatalkan peruntukan kepada sekolah agama rakyat itulah yang disanjung dan dipuja ketika ini, manakala kerajaan ini yang memberikan semula peruntukan itu dituduh zalim.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menghadiri Majlis Peluncuran Pameran Ngauman Harimau Mysore: Warisan Haider Ali dan Tipu Sultan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur malam ini.
Pameran ini mengetengahkan warisan Tipu Sultan dan ayahandanya, Haider Ali, tokoh pejuang menentang imperialisme Barat, dengan kepakaran dalam diplomasi, ekonomi, seni dan teknologi ketenteraan yang mendahului zaman.
Buat pertama kali, beberapa artifak asli yang dibawa keluar dari Mysore lebih 200 tahun lalu kini dipamerkan secara kekal di Malaysia hasil usaha gigih Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Saya turut berkongsi pengalaman menjejak legasi Tipu Sultan di Mysore, India, simbol kepimpinan bijaksana, berprinsip dan toleran dalam masyarakat majmuk.
Penghargaan kepada pihak muzium atas kejayaan membawa khazanah sejarah ini demi tatapan dan penghayatan generasi akan datang.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini, saya menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Filipina, khususnya demi masa depan ASEAN yang lebih aman dan bersatu.
Perbincangan turut menyentuh aspek keamanan dan keharmonian di perairan antarabangsa serta sempadan, yang menjadi keutamaan bersama demi kestabilan serantau.
Saya turut berkongsi perkembangan positif rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja, yang dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini melalui kesepakatan Menteri Pertahanan kedua-dua negara yakni satu lagi langkah ke hadapan dalam menjayakan aspirasi ASEAN sebagai rantau yang damai, stabil dan makmur.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini, saya menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Filipina, khususnya demi masa depan ASEAN yang lebih aman dan bersatu.
Perbincangan turut menyentuh aspek keamanan dan keharmonian di perairan antarabangsa serta sempadan, yang menjadi keutamaan bersama demi kestabilan serantau.
Saya turut berkongsi perkembangan positif rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja, yang dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini melalui kesepakatan Menteri Pertahanan kedua-dua negara yakni satu lagi langkah ke hadapan dalam menjayakan aspirasi ASEAN sebagai rantau yang damai, stabil dan makmur.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan sedang berusaha mengurangkan hutang negara, tetapi ikhtiar ini mesti bermula dengan menurunkan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan). Selagi defisit kekal tinggi, hutang negara akan terus meningkat seperti yang berlaku pada 2021 dan 2022 dengan hutang baharu mencecah sekitar RM100 bilion setahun.
Sebab itu defisit diturunkan secara berperingkat, daripada 6.4 peratus pada 2021 kepada 5 peratus pada 2023 dan 4.1 peratus pada 2024. Pendekatan berfasa ini penting agar perbelanjaan untuk rakyat seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur dan bantuan lain tidak terjejas.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selepas mencapai kesepakatan gencatan senjata dengan Thailand dan Kemboja tempoh hari, saya tegaskan bahawa Malaysia sedia membantu pemantauan sempadan jika diminta, bersama Atase Pertahanan ASEAN bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata dan keamanan yang berpanjangan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bil elektrik rakyat telah turun sejak Julai, namun pembangkang masih mengulangi dakwaan kononnya ia meningkat. Sekarang bil air naik di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, mereka langsung membisu.
Jika di bawah Kerajaan Persekutuan, bermacam tuduhan dilemparkan tapi jika mereka yang buat, boleh pula. Beginilah realitinya apabila fakta diketepikan demi naratif politik yang kotor dan tidak jujur.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan menurunkan defisit secara berfasa tanpa membebankan rakyat, antaranya melalui penyasaran subsidi yang membolehkan harga RON95 diturunkan untuk warga tempatan.
Namun, ada Ahli Parlimen pembangkang yang anehnya memilih untuk mempertahankan kepentingan orang asing.
Tanggungjawab kita jelas, lindungi rakyat Malaysia terlebih dahulu. Subsidi adalah untuk mereka yang layak, bukan untuk warga asing.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi bencana melalui pelan pengurusan risiko dalam perancangan bandar dan sistem amaran awal berasaskan AI untuk melindungi rakyat.
Sebanyak 103 projek tebatan banjir bernilai lebih RM20 bilion akan dilaksana di seluruh negara termasuk di Selangor, Kelantan, Johor dan Sarawak bagi mengurangkan impak banjir dan melindungi kawasan berisiko.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima kasih @bujinsbatik. Hari ini saya gayakan batik tempatan tatkala menghampar Rancangan Malaysia Ke-13.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 menetapkan sasaran membina sejuta rumah mampu milik bagi tempoh 2026–2035 untuk memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman selesa dan berkualiti, sekali gus menangani isu harga rumah yang tidak sepadan dengan pendapatan rakyat.
Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli (RTO) akan diperluas, manakala teknologi binaan moden dimanfaat untuk mempercepat pembinaan dan mengurangkan kos. Konsep Kota MADANI juga akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang seimbang dan terangkum.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Reformasi kesihatan menjadi tumpuan penting dalam RMK13 dengan peruntukan RM40 bilion bagi memperluas akses rawatan berkualiti. Kerajaan juga akan memperluas cukai pro-kesihatan untuk merangkumi tembakau, vape dan alkohol, selain menggalakkan pengeluaran ubat tempatan bagi menjamin bekalan.
Hospital dan klinik kerajaan akan dinaik taraf termasuk di Seremban, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak. Pembangunan profesional tenaga kesihatan diperkasa, manakala sistem digital kesihatan akan ditambah baik dengan teknologi AI bagi meningkatkan kualiti penjagaan rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 menggariskan strategi serampang dua mata bagi menangani kos sara hidup, yakni membendung kenaikan harga serta menjamin pendapatan wajar dan akses kepada keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan dan perumahan.
Inisiatif yang mengurangkan beban kepada orang-orang susah dan memerlukan seperti STR, SARA dan Payung Rahmah akan terus dilaksana dan diperhebat demi meringankan beban rakyat.
RMK13 juga memperluas bantuan kepada pelajar melalui 17 bentuk sokongan, termasuk RMT dan Biasiswa Persekolahan. Beban bil utiliti dikurangkan menerusi tarif baharu, manakala Pakej Rahmah untuk internet dan insurans serta subsidi pengangkutan awam dan penerbangan kekal diteruskan, memastikan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 membawa reformasi besar dalam pendidikan dengan peruntukan RM67 bilion untuk membina dan menaik taraf sekolah, termasuk prasekolah di kawasan desa. Pembinaan sekolah juga dijadikan syarat bagi projek perumahan berskala besar, manakala sekolah vertikal diperluas untuk atasi isu kepadatan.
Kerajaan turut mewajibkan prasekolah pada umur lima tahun dan memperkukuh sistem pendidikan agar setaraf piawaian antarabangsa. Penekanan diberi kepada STEM, asas AI, penguasaan bahasa, serta latihan dan pemilihan guru secara lebih telus dan berkesan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan di Dewan Rakyat menetapkan halatuju pembangunan negara bagi tempoh 2026–2030 dengan peruntukan RM611 bilion.
Ia meneruskan usaha menyusun semula struktur ekonomi dan mengangkat martabat rakyat melalui pertumbuhan yang lebih saksama, berdaya saing dan inklusif.
Antara kandungan utama ialah pelaburan besar serta reformasi dalam pendidikan dan kesihatan, pembangunan wilayah yang seimbang, penyediaan sejuta rumah mampu milik, perluasan program TVET, pendigitalan perkhidmatan awam serta penciptaan lebih sejuta pekerjaan bernilai tinggi.
RMK13 juga memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh, pengukuhan sistem sosial berteraskan nilai MADANI, serta ikhtiar berterusan untuk mengurangkan kos sara hidup dan memastikan tiada kelompok yang terpinggir dalam arus kemajuan.
Usaha melakar semula pembangunan ini menuntut iltizam bersama. Kita tidak hanya mahu bergelar negara berpendapatan tinggi, tetapi mahu kemajuan ini benar-benar dirasai seluruh rakyat dari kota ke desa dalam suasana yang adil, sejahtera dan penuh keyakinan terhadap masa depan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunan -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh terus menjadi teras utama dalam RMK13. Ia tidak hanya menyentuh soal pendapatan atau kuasa membeli, tetapi melibatkan pendekatan lebih holistik dengan membina peluang, memperkasa komuniti dan mengangkat mobiliti sosial rakyat tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.
Antara inisiatif yang digerakkan ialah Program SejaTi MADANI, yang menyediakan dana sehingga RM100,000 kepada komuniti terpilih bagi merancakkan ekonomi setempat. Ia suatu pendekatan unik yang dibina atas aspirasi rakyat, digerakkan oleh rakyat dan untuk manfaat rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di bawah RMK13, TVET MADANI distrategikan semula untuk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi, dengan sasaran 1.2 juta peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan ekonomi digital. Skim pembiayaan dan latihan turut diperkenal bagi menggalakkan penyertaan belia.
Pada 2024 sahaja, 212,000 pelajar baharu mendaftar dalam program TVET, termasuk pelajar tahfiz dan huffaz. Pensijilan TVET juga akan dipertingkat ke tahap setara pengajian tinggi, sejajar hasrat RMK13 melahirkan tenaga kerja mahir dan berpendapatan tinggi.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah saya telah selesai menghamparkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat tengah hari tadi, yang menyemangati maksud pembangunan yang mampan dan setara untuk tempoh lima tahun mendatang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunan -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 mengangkat pembangunan infrastruktur berskala besar sebagai pemacu kemajuan wilayah. Projek ikonik seperti ECRL, LRT Mutiara Pulau Pinang, E-ART Johor dan Pan Borneo akan memperluas keterhubungan rakyat sambil merancakkan pembangunan setempat.
Lebih 2,800 km jalan luar bandar akan dinaik taraf, manakala tambahan 1,200 bas, 300 van DRT dan 217 tren baharu akan memudahkan perjalanan harian. Inisiatif road-to-rail pula dijangka gandakan penggunaan rel dan kurangkan kesesakan serta nahas jalan raya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Presiden Trump menghargai peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan konflik Thailand-Kemboja, satu pengiktirafan terhadap keupayaan diplomasi kita dan Kesatuan ASEAN.
Kami turut membincangkan isu tarif, dan selepas penjelasan saya, Presiden Trump bersetuju untuk menyemak semula kadar tarif ke atas Malaysia dengan keputusan selewatnya esok.
Beliau juga mengesahkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur Oktober depan.
🇲🇾🇺🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke istiadat perbarisan sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Majlis penuh istiadat ini diserikan dengan kawalan kehormat, paluan tradisional, serta persembahan khas yang menyentuh jiwa termasuk deklamasi sajak “Darah Terpercik di Baju” dan pengisahan sejarah wira negara dalam “ASP Zabri: Pejuang Saka Biru”.
Daripada lipatan sejarah ke pentas nyata, kisah para perwira dihidupkan semula dengan penuh penghayatan, menyentuh kalbu, menggugah rasa agar generasi kini dan akan datang terus memahami erti sebenar pengorbanan serta menanam cinta mendalam terhadap tanah air.
Pengorbanan dan jasa para pahlawan akan terus terpahat dalam ingatan bangsa sebagai tiang sejarah yang memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara kekal kukuh dan sentiasa dipertahankan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang akan dibentangkan esok akan membawa natijah terbaik buat rakyat dan meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.
Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan agar kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya di Jakarta semalam ketemu sahabat Bapak Presiden @prabowo selain turut menyampaikan pidato kenegaraan di Gedung Sekretariat ASEAN yang berpusat di sana.
Alhamdulillah, kita berjaya mengadakan Rundingan Tahun bersama Indonesia dalam suasana tertib dan saksama, dan dalam masa yang sama memperteguh serta menala semula peranan ASEAN dalam spektrum tertib kutub kuasa (world order).
Dunia kini menyaksikan pergeseran radikal di sisi ini, di mana negara-negara membangun tidak lagi berperanan sebagai pemerhati, tetapi mesti tampil gagah sebagai wajah baharu kerukunan global.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersama-sama anggota pasukan keselamatan dan orang ramai sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Saya turut mengiringi Baginda Tuanku meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman bersama jemaah yang hadir.
Jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira kita, pastinya akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan.
Semoga Allah menempatkan para pahlawan dan perajurit yang telah berkorban darah dan nyawa demi keamanan tanah air dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok. Penyerahan ini menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
RMK-13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.
Penyediaannya melibatkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.
Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok. Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai urusan di Putrajaya, saya kini turun ke Jakarta, Indonesia dalam rangka Lawatan Kerja yang bermula hari ini dan esok.
Insya-Allah, esok saya dijadualkan untuk ketemu sahabat dan Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto.
Doakan Lawatan Kerja kali ini memberi manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata mulai tengah malam ini.
Inilah bukti nyata kekuatan diplomasi ASEAN yang berpaksikan muafakat, rundingan dan prinsip kemanusiaan. Malaysia bukan sekadar memimpin, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara, tuan rumah dan saksi kepada kejayaan persefahaman bersejarah ini.
Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan serantau dan kuasa-kuasa besar yang turut menyokong usaha damai ini.
ASEAN kekal bersatu dan berprinsip. Sama-sama kita doakan rantau ini kekal aman, stabil dan makmur demi masa depan bersama.
#asean
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan-rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak.
Pendekatan damai ini mencerminkan semangat Piagam ASEAN berlandaskan hormat-menghormati, penyelesaian secara rundingan, dan penolakan keganasan demi kemanusiaan.
Kita mesti teguh mempertahankan perpaduan ASEAN agar rantau ini kekal sebagai antara wilayah paling aman, stabil dan makmur di dunia. Keamanan adalah asas kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serantau.
Saya merakamkan penghargaan kepada Thailand dan Kemboja atas penyelesaian diplomatik ini, serta kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping atas peranan menyokong usaha damai ini.
ASEAN terus membuktikan kepimpinan berwibawa di pentas antarabangsa berpaksikan dialog, diplomasi dan nilai kemanusiaan.
======
Alhamdulillah, two fellow ASEAN nations, Thailand and Cambodia, have agreed to end their hostilities through the implementation of a ceasefire, effective from midnight tonight.
As the rotating Chair of ASEAN, Malaysia has been entrusted with the important responsibility of monitoring the implementation and compliance of this ceasefire at the request of both parties together with our regional partners.
This peaceful resolution reflects the true spirit of the ASEAN Charter, which is rooted in mutual respect, dialogue, and the rejection of violence in favour of humanity. Once again, ASEAN affirms its role as a credible and principled force on the global stage, guided by diplomacy and a shared commitment to human dignity.
I express my sincere appreciation to Thailand and Cambodia for choosing the path of diplomacy, and to President Donald Trump and President Xi Jinping for their constructive support in advancing this peace initiative.
#asean
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berbesar hati malam tadi dapat meraikan beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah di Kompleks Seri Perdana malam ini iaitu Syeikh Dr Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Mantan Syeikh di “Umum Al-Maqarii” Mesir; Dr Haifaa Younis, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat; Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia.
Dalam siri Majlis Ilmu MADANI kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respon isu kepada isu pembakaran Al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza. Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut.
Peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu dari para tamu ini memberi inspirasi untuk kita terus berkerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam.
Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu MADANI pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara. Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama.
Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
Surah al-Ma’idah (2)
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bahas ini bukan sekadar gelanggang berhujah. Ia medan membentuk watak, mendidik jiwa dan menyemai adab dalam menegak hujah.
Hari ini saya telah merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50, dengan tajuk yang amat mencabar, yakni, “Pengintegrasian Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sistem Pendidikan Menjadi Cabara Bagi Memperkukuh Reformasi Pendidikan Selaras Dengan Revolusi Industri 5.0”.
Saya percaya negara yang madani tidak hanya berteraskan teknologi atau AI semata, tetapi juga dipandu oleh nilai, akhlak dan adab. Kita boleh berbeza pandangan, boleh tegas dalam menyampaikan hujah tetapi mesti kekal pada landasan ilmu dan intelek.
Pertandingan ini mencerminkan betapa anak-anak kita bukan sahaja bijak berhujah, tetapi juga kukuh nilai dan teguh akidah. Mereka menguasai ilmu, tetapi tetap berpijak di bumi dengan rendah hati.
Saya sendiri pernah menyertai debat semasa Tingkatan Lima. Dari situ saya belajar, bahawa kekuatan berbahas bukan hanya pada hujah yang kita ketengahkan, tetapi pada disiplin akal dan kematangan emosi.
Sebagai suntikan semangat sempena ulang tahun ke-50 pertandingan ini, saya turut menghadiahkan sebuah piala baharu yang akan digunakan dalam edisi-edisi akan datang sebagai simbol penghargaan kepada semangat intelektual dan budaya ilmu anak bangsa.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan menyuburkan budaya ilmu dan adab demi Malaysia yang lebih bijaksana dan berakhlak tinggi.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berkesempatan meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan MUDA, khususnya di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, Kedah.
Inisiatif ini amat dekat di hati saya. Justeru, pelaksanaan yang pantas dan penyelarasan yang berkesan amat penting bagi meningkatkan keupayaan pesawah tempatan serta memastikan hasil tuaian yang lebih mampan.
Saya menyeru Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar terus bertindak dengan segera dan secara bersepadu untuk menjayakan agenda penting ini.
Saya yakin bahawa ikhtiar berani Kerajaan MADANI ini akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuh kadar sara diri beras negara.
Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara pesawah, memahami keperluan mereka, dan berazam untuk terus memperkasa sektor ini melalui pelbagai sokongan serta inisiatif berterusan.
Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membela nasib petani tulang belakang sektor agromakanan negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#bersamamalaysiaku -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mulai 31 Ogos ini, semua warganegara berusia 18 tahun ke atas boleh membelanjakan bantuan tunai SARA sebanyak RM100 di lebih 4,100 kedai seluruh negara.
Inisiatif melibatkan 22 juta penerima dan peruntukan RM2 bilion ini merupakan kali pertama bantuan tunai disalurkan kepada semua orang dewasa di negara ini. Insya-Allah, bagi yang tidak memerlukan, baki yang tidak ditebus akan disalur semula kepada golongan miskin dan rentan tahun hadapan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah umumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
Antara yang saya umumkan:
• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.
Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
A CALL TO CONSCIENCE: AN APPEAL TO THE LEADERS OF THE WORLD
The tragedy unfolding in Gaza is a test of our shared humanity. Entire families are being murdered. Children — even babies — have been killed. Others are wasting away from hunger. This appalling disregard for human life and dignity must end, for it is a violation of the most basic moral code.
Malaysia calls on all world leaders to act with urgency. Every government that believes in international law, every nation that claims to value human life, must speak with one voice.
In this regard, I urge all those with influence over Israel to find the courage to act decisively. I especially appeal to US President Donald Trump to use that influence to press for an immediate end to the killing, stop the indiscriminate bombings, and ensure that humanitarian aid reaches those in need without obstruction.
This is the hour for moral leadership. This is the time to uphold the values we claim to defend.
Malaysia stands ready to work with all nations—North and South, East and West—to bring relief to Gaza, and to restore the basic principles of humanity. Let us not be remembered as those who stood by. Let us be guided by our conscience, to answer suffering with compassion, and to pursue peace for the sake of our humanity.
ANWAR IBRAHIMThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.
Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tanggal 22 Julai adalah satu tanda yang terukir kukuh dalam lipatan persejarahan negara bangsa ini. Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Sarawak yang ke-62 kepada seluruh anak Sarawak; dari Limbang ke Lundu, dari Bintulu ke Betong.
Faktanya, Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia. Sama ada di pedesaan dan pedalaman atau di kota, rakyat Sarawak hidup berukun dalam kepelbagaian yang sarat dengan nilai dan budaya. Lantas ia menjentik dhamir betapa Sarawak merupakan amanah besar yakni perpaduan bukan sekadar retorik tetapi cara dan gaya hidup.
Justeru, Kerajaan di bawah pimpinan saya kekal teguh terhadap usaha menjamin serta melaksana perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.
Atas semangat ini, saya berkeyakinan bahawa Sarawak akan terus di landasan yang tepat terutamanya dalam melakar masa depan yang lebih adil, inklusif dan lestari, selain terus memimpin teguh dalam bidang tenaga boleh baharu, ekonomi hijau, dan pemerkasaan pendidikan serta teknologi. Walhasil, kesatuan kaum dan warisan budaya Dayak, Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melayu dan Cina Sarawak akan terus menjadi lambang keutuhan masyarakat Sarawak yang beragam dan pelbagai.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Dewan Rakyat pagi tadi, saya menjawab soalan YB Muar mengenai tarif unilateral yang dikenakan Amerika Syarikat dan dakwaan kaitannya dengan ketegasan Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Saya tegaskan bahawa Malaysia, sebagai negara merdeka dan berdaulat, tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan luar sama ada berkaitan pendirian kita terhadap Gaza atau hubungan dengan mana-mana negara termasuk Iran.
Rundingan dengan Amerika Syarikat masih berjalan hingga Ogos dan kita telah menyuarakan pandangan secara jelas. Namun apa jua keputusannya, pendirian Malaysia tidak akan berganjak demi mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
“Hari ini hari pertama sidang Parlimen, saya tunggu usul undi tak percaya. Kalau ada majoriti, kalau cukup jumlah, silakan.”
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ada pihak cuba menyebarkan penipuan dan naratif palsu kononnya rakyat terbeban dengan pelaksanaan semula tarif elektrik. Ya, tarif naik tetapi bil elektrik turun untuk majoriti rakyat. Hakikatnya 85 peratus pengguna dikecualikan, dan kos elektrik keseluruhan menurun 19 peratus, daripada 55.95 sen/kWj kepada 45.40 sen/kWj.
Seluruh jentera penjawat awam dan agensi berkaitan harus bersama memperkukuh penerangan dasar-dasar ini agar fakta sebenar tidak terus ditenggelami oleh fitnah dan putar belit.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, kerajaan MADANI berjaya menurunkan defisit fiskal secara berperingkat dari 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus tahun lalu. Hutang baharu tahunan juga terus menurun daripada RM99 bilion (2022) kepada RM77 bilion (2024) hasil pengurusan kewangan berhemah dan berdisiplin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ada yang menuduh lawatan rasmi ke luar negara sekadar makan angin namun faktanya lebih 3,400 projek pelaburan telah diluluskan sejak 2022 dengan kadar pelaksanaan mencecah 86.4 peratus. Suku pertama 2025 sahaja, lebih 40 peratus projek baharu telah dimulakan.
Hasilnya lebih 50,000 pekerjaan diwujudkan dengan gaji median meningkat kepada RM2,745, di samping lonjakan sektor digital dan hijau. Ini hakikat nyata dasar pelaburan Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil, digerakkan bersama penjawat awam yang cekap dan berintegriti.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di majlis bersama para ulama tempoh hari, saya memberikan ruang buat sahabat saya yang juga ulama tersohor dari Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Al-Maki, untuk berucap dan memberikan pandangan serta teguran.
Namun, amat dikesali apabila usaha murni ini dipolitikkan oleh segelintir pihak. Saya menyantuni institusi pondok dan para tok guru demi kepentingan umum, tanpa sebarang niat politik kepartian. Kita harus bebas daripada pemikiran yang terlalu taksub agar dapat bersama-sama memartabatkan institusi pendidikan agama demi manfaat rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 Putrajaya bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan, damai dan ukhuwah.
Solat Jumaat dipimpin Imam dan Khatib jemputan, Zainuddin Abdul Rahman yang menyampaikan khutbah bertajuk “Bayang yang Penuh Dusta”.
Khutbah menyentuh realiti hidup hari ini tentang tipu daya, kepalsuan dan helah yang kian menjadi kebiasaan lantas umat Islam diseru kembali kepada jalan kebenaran, kejujuran, dan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran Islam.
Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.
Mari terus memperbaiki diri, menjaga amanah, dan hidup dengan penuh keinsafan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I condemn the recent Israeli airstrikes on Damascus, which once again violated Syria’s sovereignty and resulted in the loss of innocent lives. These strikes constitute a clear violation of international law and the 1974 Disengagement Agreement between Israel and Syria.
Syria has endured immense hardship over the past decade. Its people deserve peace — not further violence or external interference.
Malaysia stands in solidarity with the Syrian people, and calls for an immediate end to such violations and a renewed commitment to humanitarian principles and the rule of law.
ANWAR IBRAHIM
Photo: Reuters -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.
Mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan ke Terengganu dimaknai dengan pelancaran Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) dan Hab Hidrogen Hijau di Tasik Kenyir serta penutupan Program Madani Rakyat (PMR) di Pasar Kedai Payang.
Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan fokus menjayakan projek pembangunan berimpak tinggi demi kebajikan rakyat dan masa depan ekonomi negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan cemerlang merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia hari ini.
Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan rakyat Johor dan Malaysia, malah memperlihatkan daya saing serta semangat juang tinggi anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa.
Foto: RPO
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sejurus tiba dari Terengganu, saya langsung hadir ke Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. Ia tidak sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai isyarat jelas bahawa bola sepak—sebagai sukan rakyat—wajar diangkat martabatnya ke tahap lebih membanggakan.
Bola sepak bukan sekadar sukan permainan biasa, ia adalah medium perpaduan yang ampuh merentas kaum, agama dan latar belakang. Namun, kita mesti insaf bahawa budaya import seperti ‘hooliganism’ jangan dinormakan. Budaya sukan harus segar, sihat dan sarat nilai murni.
Kerajaan akan terus mendukung pembangunan bola sepak tempatan, termasuk melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengarusperdanakan pembangunan bakat sejak usia muda. Prasarana mesti mencukupi, akademi mesti ditambah baik, dan saya telah maklumkan Menteri Wilayah serta pihak Bandaraya agar memainkan peranan sewajarnya. Justeru itu, Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyokong inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Saya hargai semangat kepimpinan Persatuan serta penaungnya dalam memartabatkan bola sepak tanah air. Kita angkat bola sepak bukan kerana sukan yang glamor tetapi kerana nilainya yang menyatukan rakyat dan mengharumkan nama negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri lawatan ke Terengganu, saya telah mempengerusikan mesyuarat tertutup Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Kelantan dan Pahang lantas menjelaskan pelbagai isu semasa dan terkait kepentingan rakyat.
Bersama barisan pejuang akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti, saya menitipkan pesanan agar terus memperkukuh kesatuan, memperkemas gerak kerja, dan merangkul kekuatan bersama demi mendepani cabaran perjuangan yang menuntut iltizam tinggi dan keikhlasan berkhidmat.
Saya tetap yakin, dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, KEADILAN di Pantai Timur mampu memainkan peranan besar dalam memperjuangkan kebajikan rakyat dan menjayakan agenda reformasi demi agama, bangsa dan tanah air dalam kerangka Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian ke Pasar Payang, yang juga dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang, pusat pasaran tradisional ikonik bagi Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu.
Dengan tema “Pembangunan MADANI, Rakyat Sejahtera”, PMR 2025 Terengganu menampilkan usaha Kerajaan MADANI membangunkan infrastruktur inklusif seperti jalan, jambatan dan kemudahan awam, sambil memperkukuh nilai insaniah demi membentuk rakyat beretika, cakna dan bertanggungjawab.
Dalam ucapan, saya maklumkan Terengganu dipilih sebagai negeri pertama di bawah Program Tuisyen MADANI yang menerima peruntukan sebanyak RM5.27 juta melibatkan seramai 9,408 orang pelajar dengan kerjasama bantuan pengajar daripada guru-guru sekolah seramai 614 orang guru.
Saya percaya, inisiatif ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelajaran, mengurangkan jurang pendidikan, meningkatkan prestasi akademik selain satu pelaburan dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan negara yang lebih sejahtera dan beretika.
Sebelum beredar, saya mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas kononnya kerajaan Persekutuan tidak membangunkan negeri ini.
Hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek bernilai RM1.836 bilion telah diluluskan di bawah RP5 RMK12, iaitu peningkatan RM239 juta berbanding tahun lalu.
Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu terus diperkasa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kelulusan peruntukan RM5.27 juta kepada Negeri Terengganu, melibatkan seramai 9,408 orang pelajar dengan kerjasama bantuan pengajar daripada guru-guru sekolah seramai 614 orang guru.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ingat saya suka terbang ke luar negara? Saya ke luar negara bawa nama Malaysia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rencana pertama dalam lawatan rasmi ke Negeri Terengganu dimulakan dengan meluncurkan projek solar terapung hidro hibrid dan hab hidrogen hijau di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir.
Projek ini merupakan kolaborasi strategik Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan Terengganu Inc, dengan sasaran untuk menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai hab hidrogen hijau seperti yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).
Projek berskala besar ini juga adalah sebagai satu daripada projek utama yang dikenal pasti di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Apabila siap pada 2029 kelak, projek ini akan membantu menghasilkan 2.5 juta tan hidrogen hijau menjelang tahun 2050, selaras seperti yang dihasratkan di dalam NETR.
Saya menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu melaksana projek ini, membuktikan ikhtiar kerajaan MADANI untuk mengangkat agenda kebajikan rakyat yang melangkaui jalur politik.
Saya percaya agenda ini merupakan pembangunan jangka panjang, yang akan memacu ekosistem teknologi hijau negara ke tahap yang lebih baik dan cemerlang di masa hadapan, lantas mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju hidrogen hijau serantau.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Siri kunjungan hormat oleh para pembesar dari Australia, China, Pakistan, Turkiye, Palestin, UNRWA, Kesatuan Eropah dan United Kingdom semalam menyerlahkan peranan aktif Malaysia dalam diplomasi dua hala dan pelbagai hala.
Pertemuan-pertemuan ini membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, pendidikan, teknologi, kemanusiaan dan keamanan serantau, yang mencerminkan komitmen Malaysia sebagai rakan yang berprinsip dan dipercayai di pentas antarabangsa.
🇲🇾🤝🇦🇺
🇲🇾🤝🇨🇳
🇲🇾🤝🇵🇰
🇲🇾🤝🇹🇷
🇲🇾✊🇵🇸
🇲🇾🤝🇪🇺
🇲🇾🤝🇬🇧
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah.
(2/2)
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia mengangkat tema besar yakni memperteguh kesepaduan dan memetakan arah rantau ini menuju 2045. ASEAN tidak lahir dari suasana yang mudah, tetapi terbentuk dari kerumitan dan semangat dialog, dan semangat itu mesti terus dipelihara.
Di tengah pergolakan geopolitik global, dari Gaza, Ukraine, Myanmar hingga Timur Tengah, kita tidak boleh tunduk pada retorik kuasa atau prinsip yang hanya ditegakkan bila ia cocok dengan keadaan semasa. Malah, ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuang keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas.
Dalam menghadapi tekanan luar, kekuatan dalaman ASEAN harus diperkasa. Kita mesti berdagang lebih antara satu dengan yang lain, tingkatkan pelaburan rentas sempadan dan menyegerakan integrasi ekonomi serantau. Ia bukan pilihan tapi keperluan strategik demi ketahanan yang lebih tegap.
Justeru, ASEAN tidak akan membiarkan keputusannya ditentukan oleh kuasa luar. Kita adalah rantau yang berani menentukan nasibnya sendiri, dengan satu suara, keberanian dan tekad yang jitu.
Ini iltizam Malaysia. Ini suara ASEAN.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai tiba awal pagi tadi dari lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, saya terus menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.
Sebelum bermulanya upacara perasmian, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.
Dalam pertemuan ini, saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan Malaysia terhadap komitmen berterusan semua pemimpin dalam memastikan segala isu dan cabaran serantau terus dibincangkan secara terbuka dan kolektif.
Mesyuarat kali ini amat penting dalam merangka masa depan rantau ini, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan cabaran geopolitik, perubahan iklim, serta ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia percaya bahawa perpaduan dan persefahaman antara negara-negara anggota ASEAN adalah kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan daya saing serantau.
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk mengangkat suara ASEAN di pentas global serta memacu agenda keterangkuman dan kemampanan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat rantau ini.
///
After arriving early this morning from an official visit to Italy, France, and Brazil, I attended the 58th ASEAN Foreign Ministers’ Meeting (AMM) and related sessions under Malaysia’s ASEAN Chairmanship 2025, themed “Inclusion and Sustainability.”
Before the opening ceremony, I received courtesy calls from ASEAN Foreign Ministers and ASEAN Secretary-General Dr Kao Kim Hourn. I expressed Malaysia’s appreciation for their continued commitment to addressing regional challenges collectively.
This meeting is crucial in shaping ASEAN’s future amid global uncertainties. Malaysia is committed to leading a united, inclusive, and sustainable ASEAN towards greater stability and prosperity.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah delegasi Malaysia selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi tadi.
Sempat rehat dan bersama keluarga buat seketika sebelum pagi ini turun ke KLCC bagi sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menjadi medan penting memperkukuh solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menghadapi tatangan global.
Semoga dipermudahkan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya tidak bersikap pesimis merujuk kepada hubungan antara Amerika Syarikat dan China. Dalam pertemuan dan maklum balas yang saya peroleh, termasuk dari Presiden Rusia Vladimir Putin, saya berkeyakinan bahawa kedua-dua pihak masih waras dan mahu mengelakkan pertembungan. Meski wujud ketegangan geopolitik, khususnya melibat Taiwan, saya percaya ruang diplomasi dan rundingan masih terbuka luas.
Justeru, kenyataannya jelas bahawa tidak siapa sebenarnya mahu perang. Malah, ketika era Trump sekalipun, saya dapati pendekatannya tidak mendorong kepada peperangan terbuka. Ini memperlihatkan bahawa meski retorik politik kadang kala keras, niat pemimpin utama dunia adalah untuk mengekalkan kestabilan dan mengelak bencana serta musibah yang akan merugikan semua pihak.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya melihat keperluan untuk negara-negara membangun memainkan peranan sebagai suara penimbang tara. ASEAN dan negara-negara selatan global harus menjadi wahana untuk memperkukuh diplomasi, bukan medan medan mempertonjol pengaruh kuasa besar. Kita perlu menzahirkan tindakan yang rasional, mengutamakan damai dan mendukung dialog—bukan konflik. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Akses awam kepada penjagaan kesihatan, sistem perubatan yang kukuh dan berdaya tahan, serta rantaian bekalan global yang selamat bukanlah isu sampingan tetapi ia adalah tunjang kestabilan negara dan keamanan dunia.
Saya tegaskan pendirian Malaysia di Sidang Kemuncak BRICS bahawa apabila kita memperkukuh asas-asas ini, kita bukan sahaja melindungi rakyat kita sendiri malah turut menyumbang kepada kebaikan dunia sejagat.
Dengan solidariti dan tanggungjawab bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih selamat dan sihat untuk semua.
=====
Public access to healthcare, a strong medical system, and a secure global supply chain are vital for national stability and global peace.
By reinforcing these elements, we safeguard our citizens and enhance global well-being, fostering a safer and healthier future for all.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tatkala aturan dunia kian diabaikan, saya tegaskan pendirian Malaysia di Sidang Kemuncak BRICS bahawa multilateralisme mesti membawa hasil nyata, bukan sekadar retorik. Kegagalan menghentikan genosid di Gaza dan keganasan berterusan di Asia Barat menyerlahkan keperluan mendesak untuk kepimpinan berprinsip.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menggerakkan strategi serantau berteraskan daya tahan, kepelbagaian dan pemerkasaan digital. Kami menyambut baik komitmen BRICS terhadap pertumbuhan inklusif, perdagangan yang adil serta tadbir urus AI yang bertanggungjawab.
Masa depan mesti dibentuk oleh iltizam bersama — bukan oleh perseteruan kuasa.
=====
As the global order fractures and rules are increasingly ignored, I addressed the BRICS Summit in Rio to reaffirm Malaysia’s call for a multilateralism that delivers real outcomes. The failure to stop the genocide in Gaza and unchecked aggression in West Asia reflect a world in urgent need of principled leadership.
As Chair of ASEAN, Malaysia is advancing a regional strategy rooted in resilience, diversification and digital empowerment. We welcome BRICS’ push for inclusive growth, fairer trade, and responsible AI governance — ideals that resonate with our own priorities. The future must not be shaped by rivalries, but by shared resolve.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selesai sudah segala urusan rasmi delegasi Malaysia sempena Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil. Kini tiba masanya untuk kembali ke tanah air tercinta.
Alhamdulillah, lawatan kali ini berjaya mencapai matlamat utama iaitu memperkukuh hubungan dua hala bukan sahaja dengan Brazil, malah dengan negara-negara anggota BRICS yang lain dalam memperluas jaringan kerjasama strategik Malaysia di peringkat global.
Nama Malaysia terus meniti di bibir para pelabur antarabangsa hasil komitmen tidak berbelah bahagi seluruh pasukan Kerajaan MADANI dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memacu pertumbuhan dan menjana manfaat buat rakyat.
Usah kita terganggu dengan suara sumbang yang cuba memperlekeh usaha ini. Perjalanan kita masih panjang dan kita akan terus mara dengan tekad serta iltizam membawa perubahan nyata buat negara dan generasi penerus.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua yang menjayakan misi ini termasuk para pegawai dan agensi kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Brazil, pasukan keselamatan serta para petugas media atas dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang berada di sini.
Kita terus melangkah ke hadapan demi Malaysia yang lebih disegani, stabil dan sejahtera.
Obrigado, Brasil. Até nos encontrarmos novamente.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari terakhir di pentas Sidang Kemuncak BRICS 2025 menyaksikan Malaysia terus menegaskan bahawa kesihatan global, keadilan iklim dan pembiayaan mampan bukan isu yang terpisah, tetapi saling berhubung kait dan menuntut pendekatan bersepadu yang holistik, berskala besar dan berteraskan keadilan.
Malaysia menyambut baik pelancaran "BRICS Partnership for the Elimination of Socially Determined Diseases", yang mencerminkan pengiktirafan bahawa usaha menangani penyakit tidak akan berjaya tanpa menangani ketidaksaksamaan sosial dan kemiskinan struktural di peringkat akar umbi.
Saya turut menegaskan bahawa akses saksama kepada vaksin, sistem kesihatan awam yang berdaya tahan serta kawal selia rantaian bekalan ubat global adalah isu keselamatan antarabangsa, bukan sekadar agenda kesihatan. Kegagalan dalam perkara ini boleh mencetuskan ketidaktentuan serantau dan mengancam pembangunan mampan sejagat.
Dalam hal perubahan iklim, Malaysia kekal komited kepada peralihan karbon rendah yang kredibel dan adil, berpaksikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETP) serta sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Namun saya tekankan bahawa dasar tanpa sumber tidak akan membuahkan hasil. Pembiayaan iklim hari ini masih jauh daripada mencukupi, terutamanya bagi negara membangun yang terdedah kepada risiko iklim berganda.
Malaysia menyokong penuh Kerangka Mengenai Pembiayaan Iklim oleh BRICS, namun saya tekankan keperluan untuk menterjemah deklarasi kepada tindakan konkrit termasuk pengwujudan instrumen pembiayaan yang lebih berkesan, akses saksama kepada dana konsesi dan penyelarasan yang lebih erat antara institusi kewangan serantau serta global.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia sedang memacu agenda memperkukuh kesepaduan serantau dalam tindakan iklim, memperluas akses kepada pembiayaan hijau, menyeragamkan piawaian dan menjadikan Asia Tenggara sebagai hab pelaburan mampan yang berdaya saing.
Saya akhiri sesi intervensi dengan menyeru agar COP30 di Belém, Brazil menjadi detik peralihan sebenar daripada retorik kepada pelaksanaan. Keadilan iklim bukan hanya tentang niat, tetapi tentang bagaimana kita mengagih modal, mengurus risiko dan memikul tanggungjawab secara kolektif. Masa untuk berhujah telah berakhir.
Kini adalah masa untuk bertindak dengan bersama dengan berani serta dalam skala yang mampu menyelamatkan masa depan bersama.
Di sela-sela sidang ini juga saya berkesempatan bertemu Presiden Indonesia, Presiden Chile, Premier China, Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Menteri Luar Rusia, Menteri Luar UAE dan Menteri Luar Republik Islam Iran sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan kesemua negara tersebut.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari yang padat dengan rangkaian diplomasi antarabangsa dan pemerkasaan pelaburan strategik.
Ia bermula dengan misi perdagangan serta sesi pertemuan dua hala bersama pemimpin negara dan organisasi antarabangsa, sebelum saya ke pentas utama Sidang Kemuncak BRICS bagi menyampaikan sesi intervensi Malaysia yang tegas, berprinsip dan berpandangan jauh yang menjunjung multilateralisme, keadilan ekonomi dan kedaulatan negara membangun.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala, bagi membincangkan peranan badan itu dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.
Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif.
Malaysia juga menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO, selain menyatakan keperluan untuk badan ini diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun.
🇲🇾
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berpeluang adakan pertemuan singkat bersama Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly.
Kami sepakat melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang.
Turut dibincangkan adalah terkait perkembangan terkini di Gaza serta situasi kemanusiaan di Iran di mana Malaysia dan Mesir sepakat bahawa sebarang bentuk penindasan mesti dihentikan segera, dan komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Afrika Selatan, @CyrilRamaphosa.
Pertemuan ini membolehkan kami menilai semula pelbagai bentuk kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.
Saya zahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin, termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.
Saya turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November.
🇲🇾🇿🇦
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengambil bahagian pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang memberi fokus kepada memperkukuh multilateralisme, reformasi dalam sistem ekonomi dan kewangan global, serta tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang beretika.
Dalam sesi intervensi, saya tegaskan pendirian Malaysia bahawa masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik, sebaliknya dibentuk melalui semangat kerjasama, perkongsian kemakmuran dan komitmen kolektif terhadap masa depan digital yang adil, selamat dan inklusif untuk semua.
Saya memandang serius senario pertembungan 'geopolitics of tech' atau teknologi berpaksikan kuasa geopolitik yang membawa risiko terhadap inovasi dan kestabilan bermasyarakat dan bernegara.
Multilateralisme kini bukan lagi satu pilihan, ia merupakan keperluan mutlak untuk menjamin kestabilan global, keadilan ekonomi dan kedaulatan negara-negara membangun agar tidak terus terpinggir dalam arus peralihan geopolitik dan teknologi.
Dalam menghadapi realiti ini, Malaysia memilih jalan kerjasama yang berprinsip, bukan konfrontasi, selaras dengan prinsip keadilan, keterangkuman dan kedaulatan sejagat.
Malaysia turut menggesa agar dunia supaya tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran. BRICS mesti bangkit sebagai suara keadilan sejagat, menolak penindasan dan memartabat maruah insan.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memperjuangkan agenda yang selari dengan aspirasi BRICS termasuk reformasi sistem perdagangan global yang lebih adil, terbuka dan berpaksikan pembangunan.
Selain itu, Malaysia juga menyambut baik kenyataan BRICS yang menekankan tadbir urus AI berasaskan nilai etika dan kesejahteraan sejagat. Kita sendiri telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Negara serta Garis Panduan Tadbir Urus AI dan kini memimpin inisiatif penubuhan jaringan ASEAN AI bagi memperkukuh keupayaan, ketelusan dan piawaian serantau dalam teknologi canggih ini.
Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan BRICS dan negara-negara rakan bagi membentuk sebuah sistem ekonomi global yang lebih saksama, persekitaran digital yang selamat dan diyakini serta multilateralisme yang benar-benar berfungsi demi masa depan bersama umat manusia.
🇲🇾
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima kunjungan hormat sahabat dan rakan sejawat, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami menilai tahap kemajuan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Vietnam, merangkumi perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, maritim, perikanan serta tenaga hijau dan petroleum.
Saya turut membangkitkan keperluan memperkukuh kerjasama dalam menangani isu aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, sambil menzahirkan harapan agar pendekatan yang lebih konstruktif dapat dirintis demi memastikan kelestarian sumber laut serta memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara.
Malaysia juga menyokong penuh potensi pelaburan dalam tenaga boleh baharu di selatan Vietnam, termasuk inisiatif kabel dasar laut yang mampu memperkukuh jaringan tenaga dua hala, malah seiring dengan aspirasi pembentukan ASEAN Power Grid, sebuah infrastruktur untuk menjamin keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan.
Saya menantikan pertemuan susulan bersama beliau di Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Oktober nanti, dalam usaha memperkukuh lagi hubungan strategik dan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Vietnam.
🇲🇾🇻🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Dilma Rousseff @dilmabr , tokoh berpengalaman yang pernah menerajui Brazil dan kini meneruskan khidmat sebagai Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB).
Saya ucapkan tahniah atas pemilihan semula beliau dan menyatakan keterbukaan Malaysia untuk meneroka potensi kerjasama bersama NDB dalam kerangka pembangunan mampan, pembiayaan infrastruktur dan pengukuhan kerjasama Selatan-Selatan.
Sebagai bank pembangunan pelbagai hala yang ditubuhkan oleh negara-negara membangun, NDB menawarkan alternatif pembiayaan yang berdaya saing, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mempelbagaikan sumber pembangunan infrastruktur dan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau.
Malaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam NDB, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk komitmen yang diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi tersebut.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan bersama syarikat pengeluar pesawat Brazil, Embraer yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Francisco Gomes Neto, bagi membincangkan peluang pelaburan strategik di Malaysia.
Saya tekankan komitmen kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem industri penerbangan melalui dasar mesra pelabur, pembangunan bakat tempatan dan kerjasama teknologi berimpak tinggi selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di rantau ASEAN yang memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi serta ekosistem industri yang kukuh dan berdaya saing.
Perbincangan menyentuh potensi pelaburan Embraer di Malaysia termasuk kerjasama bersama syarikat penerbangan Malaysia.
Malaysia juga mengalu-alukan penyertaan Embraer dalam pembangunan pusat penyelenggaraan, latihan juruterbang, rantaian bekalan serta inovasi pesawat rendah karbon sejajar kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Aeroangkasa Negara 2030.
Saya turut menghargai minat Embraer untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pertahanan melalui yang mampu mempertingkat keupayaan mobiliti udara Angkatan Tentera Malaysia.
Kerajaan komited memastikan segala bentuk kerjasama ini diterjemah kepada peluang pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif untuk rakyat Malaysia.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari pertama di Rio de Janeiro, saya terus memulakan program dengan berkongsi pentas bersama Presiden Lula di Forum Ekonomi BRICS, sebelum menghadiri majlis makan malam bersama delegasi negara bagi meraikan kejayaan serta hubungan kukuh syarikat Malaysia, Yinson Holdings Bhd di Brazil.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri majlis makan malam anjuran Yinson Holdings Bhd di Rio de Janeiro yang meraikan hubungan kukuh dan berterusan antara Malaysia dan Brazil.
Majlis ini turut menandakan kejayaan pengeluaran minyak pertama FPSO Atlanta, iaitu FPSO ketiga Yinson di Brazil yang dibangunkan bagi pihak Brava Energia.
Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan teknikal, malah menjadi lambang kerjasama strategik yang erat dan komitmen bersama ke arah kemajuan dan kesejahteraan kedua-dua negara.
Dalam ucapan saya menyeru syarikat-syarikat Malaysia agar lebih proaktif meneroka pasaran baharu dan memanfaatkan platform seperti BRICS yang membuka ruang pertumbuhan di luar pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat dan China.
Selain itu saya juga tegaskan bahawa kejayaan syarikat seperti Petronas dan Yinson di Brazil membuktikan keupayaan kita bersaing di ekonomi pesat membangun.
Malah Presiden Brazil, Lula da Silva turut kagum apabila dimaklumkan tentang jejak perniagaan Malaysia di negaranya, bukti potensi besar yang harus terus kita teroka.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.
Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di Rio De Janeiro, Brazil saya terus diberi penghormatan untuk bersama-sama Presiden Luiz Inacio Lula da Silva @LulaOficial membuka pentas Forum Perniagaan BRICS.
Saya tegaskan dengan penuh keyakinan bahawa negara-negara membangun tidak lagi wajar dianggap sebagai pemain pinggiran dalam sistem global. Kita bukan sekadar pewaris sejarah pasca penjajahan. Kita kini bangkit sebagai kuasa bermaruah yang memiliki kekuatan tersendiri dalam teknologi, perdagangan, kepimpinan dan suara moral dunia.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Lula atas kepimpinan beliau yang berani dan berprinsip. BRICS hari ini melangkaui retorik politik. Ia adalah gabungan kuasa politik, ekonomi dan masyarakat sivil yang bergerak seiring dalam menuntut sistem global yang lebih adil dan saksama.
Keunikan BRICS terserlah dengan penyertaan aktif sektor swasta, wanita, belia dan masyarakat madani, menjadikan perjuangan ini bukan sekadar wacana elit tetapi gerakan kolektif yang inklusif dan berdaya tahan.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berkongsi aspirasi ini. Kita di Asia Tenggara memperjuangkan multilateralisme, memperkukuh perdagangan intra ASEAN dan mempelopori penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga rentas sempadan sebagai langkah konkrit ke arah sistem kewangan yang lebih stabil dan bebas daripada dominasi unilateral.
Anggota BRICS dan ASEAN juga perlu terus mempererat kerjasama strategik, termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan rentas rantau demi manfaat bersama negara-negara membangun.
Saya turut menyeru reformasi besar-besaran terhadap institusi global seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Dunia agar lebih mencerminkan realiti semasa dan keperluan negara membangun, bukan terperangkap dalam struktur usang pasca Perang Dunia Kedua.
BRICS 2025 bukan sekadar kesinambungan usaha lalu sebaliknya detik kebangkitan baharu. Dengan kepimpinan politik yang berwawasan, sektor swasta yang progresif dan perpaduan Selatan Global yang kian kukuh, kita punya peluang sebenar untuk membentuk semula landskap global.
Terima kasih Presiden Lula, kita akan teruskan momentum ini di Kuala Lumpur Oktober nanti.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#brics2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Olá e bom dia, Rio de Janeiro!
Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di destinasi seterusnya bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 atas jemputan Presiden Lula da Silva.
Kehadiran ini merupakan satu penghormatan besar kepada Malaysia selaku Negara Rakan dan Pengerusi ASEAN.
Sepanjang Sidang Kemuncak, saya dijadualkan mengadakan pertemuan bersama beberapa pimpinan negara lain yang turut hadir, selain menyantuni komuniti perniagaan tempatan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dan pelaburan baharu.
Insya-Allah, penyertaan Malaysia dalam BRICS kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan dan membawa suara ASEAN ke pentas global secara lebih berkesan.
🇲🇾🇧🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Daripada istiadat sambutan rasmi hingga ke meja rundingan, lawatan rasmi ke Paris membawa makna besar buat masa depan hubungan Malaysia dan Perancis.
Pertemuan empat mata bersama Presiden Macron menjadi kemuncak lawatan, memperkukuh hubungan dua hala yang dibina atas asas kepercayaan, nilai bersama dan komitmen terhadap keamanan sejagat.
Malaysia dan Perancis bukan sekadar rakan dagang, tetapi rakan strategik yang berkongsi aspirasi membina masa depan lebih adil, mampan dan inklusif.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, sempurna sudah urusan rasmi di Paris, Republik Perancis, saya dan delegasi Malaysia kini menuju ke Rio De Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Ke-17.
Kunjungan ke Perancis ini telah mencapai matlamat utama iaitu memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama strategik yang lebih meluas antara dua negara sahabat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.
Salut saya buat seluruh pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Paris, para petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memastikan kelancaran setiap aturcara sepanjang berada di kota ini.
Merci et à très bientôt, Paris.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perbincangan saya bersama Presiden @EmmanuelMacron berlangsung dalam suasana yang amat terbuka dan jujur, mencerminkan tradisi keterbukaan, toleransi dan kebijaksanaan yang menjadi tunjang demokrasi Perancis.
Saya mengangkat semangat ini sebagai asas penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta mendepani pelbagai cabaran global dengan berani dan berprinsip.
Kerjasama strategik Malaysia dan Perancis terus berkembang merentas sektor berimpak tinggi, daripada teknologi aeroangkasa menerusi Airbus, tenaga bersih bersama PETRONAS dan syarikat Perancis, hinggalah pendidikan tinggi, kecerdasan buatan, serta pertukaran pelajar.
Saya menyatakan sokongan terhadap usaha Presiden Macron dalam memperjuangkan keamanan dan kestabilan dunia.
Saya juga menghargai ketegasan Presiden Macron yang mendesak agar rejim Israel menghentikan keganasan di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan segera. Malaysia kekal konsisten menolak keganasan terhadap orang awam dan segala bentuk pilih kasih.
Kami menyinggung tema yang saya utarakan dalam ucaptama di Sorbonne sebelum ini iaitu konsep ‘Habits of the Heart’ yang diperkenalkan Alexis de Tocqueville, merujuk kepada nilai-nilai bersama dan sifat kewarganegaraan yang menyatukan masyarakat.
Dalam dunia hari ini yang sarat dengan ketidaktentuan, kami sependapat bahawa kerjasama tulen mestilah berlandaskan rasa saling menghormati, kepercayaan dan kejelasan moral untuk melihat satu sama lain bukan sebagai alat kepentingan, tetapi sebagai rakan setara dalam membentuk suatu tertib dunia yang lebih adil.
Malaysia akan terus menjadi rakan yang konstruktif dan komited dalam memperkukuh multilateralisme serta usaha ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi dunia yang lebih aman.
Terima kasih Presiden Macron atas sambutan yang amat mesra dan komitmen beliau terhadap hubungan erat Malaysia dan Perancis.
Saya turut mengundang beliau untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia demi meneroka potensi baharu dalam kerjasama dua hala, ASEAN dan peringkat global.
======
I had a frank and constructive discussion with President Macron, reaffirming our shared commitment to strengthening Malaysia–France ties across key sectors, including aerospace, clean energy, and education. I also welcomed his principled stance on Gaza, which aligns with Malaysia’s consistent rejection of violence against civilians and all forms of double standards.
We agreed that true partnerships must be grounded in trust, mutual respect and shared values, not mere transactions. I invited President Macron to Malaysia to explore deeper cooperation bilaterally, within ASEAN and on global platforms.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Istana Élysée dan disambut mesra oleh Presiden @EmmanuelMacron, satu penghormatan besar yang mencerminkan hubungan akrab dan saling menghormati antara Malaysia dan Perancis.
Pertemuan ini bukan sahaja dapat memperkukuh kerjasama strategik dua hala, malah memperluas jalinan persahabatan yang memberi manfaat kepada Malaysia, rantau ASEAN, Perancis dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan.
======
Arrived at the Élysée Palace and warmly received by President Emmanuel Macron, reflecting the close and respectful ties between Malaysia and France. This meeting strengthens strategic bilateral cooperation and deepens friendships that benefit Malaysia, ASEAN, France and the European Union as a whole.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah menyaksikan pemeteraian perjanjian pembelian pesawat A321XLR antara AirAsia dan Airbus yang akan memperkukuh keupayaan operasi syarikat penerbangan itu bagi laluan jarak dekat dan sederhana. Perolehan ini bukan sahaja memperluas rangkaian penerbangan, malah menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab penerbangan utama di rantau Asia.
Saya turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara 3P Capital Adviser dan Ardian, syarikat pelaburan persendirian terkemuka dari Perancis, dalam usaha meneroka peluang pelaburan dalam pasaran persendirian. Inisiatif sektor swasta ini mampu membuka akses lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap pelaburan alternatif.
Dalam pertemuan bersama Imerys, syarikat pemproses mineral industri yang telah bertapak di Malaysia lebih 25 tahun, saya dimaklumkan mengenai komitmen mereka untuk memperluas operasi dan menyokong pembangunan sektor pembuatan bernilai tinggi dan mesra alam di negara ini.
Saya juga bertemu dengan Arkema, peneraju global dalam bidang kimia khas yang sedang menilai potensi pelaburan baharu di Malaysia. Ia berupaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi, mempercepat pemindahan teknologi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama bioekonomi di rantau Asia.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, institusi tersohor yang bukan sahaja membentuk tamadun Perancis tetapi turut menyumbang besar kepada perkembangan pemikiran dunia moden.
Dalam syarahan bertajuk “Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement” saya menegaskan keperluan untuk merombak semula bentuk hubungan antara Asia Tenggara dan Eropah agar lebih adil, setara dan saling menghormati. Hubungan ini harus dibina atas dasar kesaksamaan dan kepercayaan bersama, bukan berlandaskan dominasi atau warisan penjajahan yang lama membelenggu hubungan antarabangsa.
Saya turut mengangkat suara Asia Tenggara sebagai rantau yang dinamik, matang secara politik dan berkembang pesat secara ekonomi. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa berasaskan prinsip keamanan, kemakmuran bersama serta kedaulatan yang dihormati.
Dalam konteks global, saya suarakan keprihatinan mendalam terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza yang menuntut tindakan segera dan tegas masyarakat antarabangsa. Keganasan yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia tidak boleh lagi ditanggapi dengan sikap berdiam diri. Keadilan tidak boleh bersifat terpilih. Nilai hak asasi dan maruah manusia harus dilindungi untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama atau geografi.
Saya turut mengangkat isu Islamofobia yang semakin berleluasa di sesetengah tempat di Eropah. Fraternité, prinsip luhur dalam tamadun Perancis, tidak seharusnya berhenti di sempadan identiti. Ia perlu diterjemah sebagai solidariti sejagat yang menjunjung maruah dan hak semua manusia.
Dalam dunia yang semakin terpolarisasi, saya percaya dialog antara budaya, ketamadunan dan agama mesti terus diperkasa. Sejarah telah membuktikan bahawa peradaban Islam dan Barat pernah menjalin kerjasama yang membuahkan kemajuan bersama.
Maka, tugas kita kini ialah membina semula jambatan kepercayaan, menjadikan perdagangan, teknologi dan nilai kemanusiaan sebagai medium perpaduan, bukan perseteruan.
Eropah dan Asia adalah dua dunia yang berbeza, namun perbezaan bukan alasan untuk berpecah. Sebaliknya, dengan tekad dan keberanian moral, kita mampu melangkaui batas lama dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih adil, inklusif dan bermaruah untuk generasi akan datang.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.
Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai-nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.
Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis.
Usai pertemuan, saya bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat bersama 40 kepala industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia, bagi membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi di peringkat global.
Malaysia menawarkan kedudukan yang strategik sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN, disokong oleh kestabilan politik, dasar mesra pelabur dan ekosistem industri yang dinamik.
Antara yang hadir dalam sesi ini termasuk syarikat-syarikat Perancis seperti Air Liquide, L’Oréal, Axens, Schneider Electric dan Thales telah lama bertapak di Malaysia dan terus menunjukkan komitmen kukuh.
Saya tekankan bahawa Malaysia kini menjadi hab utama dalam sektor tenaga bersih, semikonduktor, elektrik dan elektronik, serta terus memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas. Potensi ini turut diperkukuh dengan pelaksanaan inisiatif fasilitasi pelaburan oleh agensi kerajaan.
Kerajaan turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan PKS agar dapat menyertai rantaian bekalan global dan menjadi rakan kongsi strategik kepada pelabur asing, termasuk melalui pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan bakat.
Saya juga menggalakkan syarikat Perancis meneroka Zon Ekonomi Khas dan taman halal di Malaysia serta menjalin kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, CCUS, ekonomi digital, pertahanan dan aeroangkasa selaras dengan agenda reformasi ekonomi negara yang inklusif dan mampan.
======
Chaired a Roundtable Meeting with 40 French industry leaders operating in Malaysia to explore strategic investment opportunities in high-impact sectors.
I emphasised Malaysia’s position as a gateway to the dynamic ASEAN market, supported by political stability, investor-friendly policies, and a robust industrial ecosystem.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan PM @bayrou kemudiannya menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasi bidang pertahanan, ekonomi dan teknologi.
Perjanjian persefahaman antara Malaco dan Carester menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumi Malaysia, selari dengan komitmen ESG dan inisiatif tenaga baharu negara.
Surat tawaran kepada Thales LAS pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu.
Manakala kerjasama antara MATRADE dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai sambutan rasmi, saya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri @bayrou sekali gus membuka lembaran baharu hubungan Malaysia dan Perancis.
Kami menyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, kerjasama tenaga bersih, pertahanan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara menerusi penglibatan aktif syarikat seperti ENGIE, Total dan Thales.
Saya juga menekankan kepentingan komitmen pihak Airbus terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG), bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.
AirAsia turut menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk memperoleh sejumlah pesawat Airbus, sekaligus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negara.
Sebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam EU, saya yakin hubungan ini akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif.
Saya memanjangkan undangan kepada PM Bayrou untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai langkah memperteguh hubungan erat kedua-dua negara.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada Kerajaan Perancis, satu penghormatan tinggi yang mencerminkan keakraban dan saling menghormati dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis yang sekian lama terjalin.
Upacara ini turut melambangkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama, serta menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran serta keamanan serantau.
======
Honoured to receive an official ceremonial welcome from the Government of France, a meaningful and dignified gesture that reflects the longstanding friendship and mutual respect between Malaysia and France.
As we navigate an increasingly complex global landscape, Malaysia remains steadfast in working with partners such as France to champion multilateralism, reinforce peace and stability, and build a more just and sustainable future for all.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari terakhir di Rom diakhiri dengan pertemuan bermakna bersama PM Giorgia Meloni yang memperkukuh komitmen bersama untuk memperluas kerjasama strategik demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Usai pertemuan tersebut saya dan delegasi Malaysia langsung meneruskan perjalanan ke Paris, Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron dan turut berkesempatan ketemu diaspora Malaysia di sini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela-sela lawatan rasmi ke Paris saya mengambil kesempatan menghubungi Perdana Menteri Mark Carney, untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.
Malaysia kekal komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Kanada, merangkumi pelbagai bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama pertahanan, tenaga bersih, transformasi digital serta teknologi baharu.
Saya menyambut baik penglibatan berterusan PETRONAS dalam projek LNG Canada, yang merupakan simbol kukuh kerjasama tenaga antara kedua-dua negara dan berpotensi menjadi pemangkin kepada inisiatif hijau dan peralihan tenaga masa depan.
Sebagai anggota CPTPP, Malaysia dan Kanada berkongsi tekad dalam memperjuangkan prinsip perdagangan bebas, terbuka dan berasaskan multilateralisme yang adil serta inklusif.
Saya turut menyuarakan harapan agar Kanada dapat mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia, selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala.
Kami juga menegaskan kepentingan memperkukuh Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada, dan berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama.
Saya turut menjemput PM Carney untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.
======
I took the opportunity to speak with Prime Minister Mark Carney to extend my heartfelt congratulations on the Liberal Party’s recent electoral victory.
I look forward to working closely with PM Carney and his new administration to strengthen the longstanding Malaysia-Canada partnership for the mutual benefit of our peoples.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pertemuan bersama warga Malaysia di Perancis membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
Dalam ucapan saya, saya tekankan bahawa Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
Saya menasihati mereka agar menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, kerana kejayaan dalam apa jua bidang bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Malaysia memerlukan generasi muda yang cemerlang, berprinsip dan bersedia memikul amanah besar. Jadilah agen perubahan yang akan menerajui kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Saya turut berkongsi tentang ikhtiar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan pembaharuan menyeluruh merangkumi pertumbuhan ekonomi yang inklusif, tadbir urus yang berintegriti serta keadilan sosial yang memartabatkan setiap lapisan rakyat.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bonjour Paris!
Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron.
Insya-Allah, esok saya akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Macron di Istana Élysée, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.
Kami turut akan meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat.
Saya juga dijadual menyertai Sesi Meja Bulat bersama tokoh industri utama Perancis bagi memperluas peluang pelaburan dan perdagangan selain menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne.
Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Perancis, demi manfaat bersama dan kemajuan serantau serta global.
======
Safely arrived in Paris with the Malaysian delegation to begin an official visit at the invitation of President Emmanuel Macron.
I look forward to engagements that will further strengthen the enduring friendship between Malaysia and France, and advance meaningful cooperation for the benefit of our peoples and the global community.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selesai urusan rasmi di Rom, Republik Itali, saya dan delegasi Malaysia kini meneruskan perjalanan ke Paris, Perancis.
Alhamdulillah, kunjungan ke Itali telah mencapai matlamat dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan Itali dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama.
Penghargaan kepada Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, atas jemputan rasmi serta layanan penuh mesra dan semangat persahabatan kepada delegasi Malaysia.
Terima kasih juga buat pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Rom, para petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap aturcara sepanjang berada di bumi Itali.
Addio e grazie di cuore, Italia.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pertemuan bermakna bersama PM @GiorgiaMeloni telah membuka ruang kepada perbincangan yang produktif dan menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek kerjasama dua hala termasuk pelaburan strategik, pertahanan, tenaga lestari serta pembangunan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan.
Saya menyambut baik pelaburan syarikat-syarikat terkemuka Itali seperti Leonardo, Fincantieri dan ENI di Malaysia, dan mengalu-alukan penglibatan lebih meluas syarikat negara ini dalam Zon Ekonomi Khas serta pelaksanaan program latihan industri yang berpaksikan kepakaran dan pemindahan teknologi.
Kami turut bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang memerlukan penyelesaian kolektif berlandaskan prinsip keamanan sejagat, keadilan dan saling menghormati.
Kunjungan ini memperteguh tekad bersama untuk memperluas kerjasama strategik yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara, berpaksikan semangat persahabatan yang tulus dan saling mempercayai.
Sebagai Pengerusi ASEAN, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara ASEAN dan rakan-rakan antarabangsa, termasuk Itali demi menjamin kestabilan, keamanan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan di rantau ini.
Malaysia amat menghargai keterbukaan, kesungguhan dan komitmen Itali sebagai rakan kongsi penting dan yakin bahawa hubungan erat ini akan terus berkembang demi kemajuan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih cerah bersama.
======
Had a productive and meaningful meeting with PM Meloni, where we reaffirmed our shared commitment to strengthening Malaysia–Italy relations.
Our discussions focused on deepening strategic collaboration across key sectors including investment, defence, sustainable energy, and advanced technologies.
We also exchanged views on critical regional and global developments. As Chair of ASEAN, I highlighted Malaysia’s role in enhancing ASEAN’s engagement with key international partners such as Italy and EU.
Grazie, PM Meloni.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sambutan rasmi daripada rakan sejawat, Perdana Menteri @GiorgiaMeloni, di Palazzo Chigi, hari ini.
Kunjungan ini mencerminkan hubungan dua hala yang erat dan saling menghormati antara Malaysia dan Itali, yang terus diperkukuh melalui dialog berterusan serta kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang.
======
Received a gracious and official welcome from my counterpart, PM Giorgia Meloni, at Palazzo Chigi today, a reflection of the warm and longstanding diplomatic ties between Malaysia and Italy, built on mutual respect and shared aspirations.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua di Rom sarat dengan misi pengukuhan ekonomi dan pelaburan selain beberapa pertemuan penting, termasuk bersama komuniti Islam di Itali.
Saya juga berkesempatan bertemu dengan pasukan penterjemah buku Asian Renaissance dalam bahasa Itali, satu usaha yang memperkukuh lagi jalinan intelektual dan pemahaman antara kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama komuniti Islam di sini yang diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Saudara Abdellah Redouane.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah.
Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali.
Sebagai tanda ukhuwah, saya turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas, selain 10 lagi naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol persaudaraan dan penyebaran ilmu.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya terharu dengan penterjemah, Andrea Fais dan penerbit, Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya ‘The Asian Renaissance’ ke dalam bahasa Itali.
Karya ini, yang diterbitkan lebih dua dekad lalu, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia melalui nilai-nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana Barat.
Saya amat menghargai dedikasi sarjana Itali dalam menterjemahkan karya ini, yang membolehkan idea-idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami lebih meluas oleh khalayak antarabangsa.
Usaha ini bukan sekadar kerja penterjemahan, tetapi merupakan jambatan pemikiran dan idea merapatkan jurang kefahaman Timur dan Barat terutama dalam lanskap dunia yang berpecah belah.
Moga karya ini terus menjadi sumber inspirasi dalam usaha kita memperjuangkan kebangkitan semula nilai-nilai kemanusiaan, ilmu dan keadilan sejagat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali, @Antonio_Tajani, kemudiannya mempengerusikan Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia Itali yang menghimpunkan lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara, merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan serta agensi dan pertubuhan industri.
Sesi ini mencerminkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan dagang dan membuka ruang pelaburan strategik yang lebih luas antara Malaysia dan Itali.
Saya menegaskan bahawa Malaysia kekal komited kepada prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan. Dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa merupakan asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan.
Sesi ini turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia. Penyertaan aktif syarikat-syarikat terkemuka menyerlahkan potensi kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama.
Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Republik Itali, @Antonio_Tajani, di Rom hari ini.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain.
Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).
Kami juga bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global seperti konflik di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.
Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama.
======
Held a cordial meeting today with the Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs of the Republic of Italy, Antonio Tajani, a testament to our shared commitment to further strengthening the longstanding Malaysia–Italy partnership, anchored in mutual respect and strategic cooperation.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama Republik Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.
Pertemuan bersama Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.
Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau Asia Tenggara.
Saya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama PETRONAS di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama.
Saya manfaatkan sesi ini untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini.
Saya juga menyeru agar segala komitmen yang telah dizahirkan disusuli dengan tindakan konkrit agar pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Rom dan terus mengadakan sesi pertemuan bersama rakyat Malaysia di Itali.
Insya-Allah, pelbagai lagi peluang akan dapat diteroka dengan komitmen pihak Itali untuk mengeratkan lagi hubungan Eropah bersama Malaysia dan ASEAN secara keseluruhannya.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai tiba di Rom, saya terus menghadiri sesi ramah mesra dan makan malam bersama diaspora Malaysia yang menetap di Itali.
Dalam pertemuan penuh makna ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta hala tuju masa depan negara.
Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa.
Justeru, saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Rom, Republik Itali dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di sini.
Kunjungan ini terjelma atas jemputan rakan sejawat saya, Perdana Menteri Giorgia Meloni lantas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling hormat.
Malaysia melihat Itali sebagai rakan strategik penting di benua Eropah dan kita komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan serta sektor peralihan tenaga.
Selain itu, selaku Pengerusi ASEAN, kunjungan ini juga akan memperhebat nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik dan geoekonomi yang terus mencabar.
Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjak hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik.
======
Arrived in Rome to strengthen Malaysia–Italy ties and deepen strategic cooperation. Also here to elevate ASEAN–EU engagement in a challenging global landscape.
🇲🇾🇮🇹
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Salam Maal Hijrah 1447H / 2025M
Semoga tahun baharu ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih baik, memperkukuh semangat hijrah dalam diri, dan memperteguh tekad untuk terus berkhidmat dengan amanah, cekap dan berintegriti.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Bersama-sama kita melangkah ke hadapan demi kemajuan rakyat dan kesejahteraan negara. (2/2)
"Membangun Ummah MADANI"
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap saudara Fahmi Reza.
(1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada. Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya.
PEJABAT PERDANA MENTERI
8 Jun 2025
(3/3) -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan lembu korban bagi pihak YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Kelab Media di Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Kedah serta Perlis.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan para pengamal media kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI.
Semoga ibadah korban kali ini membawa keberkatan kepada semua, Insya-Allah.
(2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga hari yang mulia ini mengingatkan kita tentang erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Ilahi, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.
Salam Aidiladha.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai! 🌾
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazandusun dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada komuniti Dayak yang meraikan Hari Gawai.
(1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kedua-dua perayaan ini bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil pertanian, malah turut mencerminkan kekayaan budaya, warisan dan semangat muhibah yang menjadi tunjang kekuatan negara kita.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Marilah kita bersama-sama meraikan kepelbagaian ini dengan rasa hormat, kasih sayang dan kebersamaan. (3/3)
Selamat menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai!
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
*KENYATAAN MEDIA*
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.
Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri. (2/2)
PEJABAT PERDANA MENTERI -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sebelah malam, saya meneruskan perencanaan kedua belas hari ini dengan menghadiri Forum Ekonomi Fortune ASEAN-GCC-China yang berlangsung bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta Sidang Kemuncak pertama ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur.
Dalam ucapan, saya ketengahkan usaha gigih pimpinan ASEAN selama dua hari ini yang menunjukkan iltizam jelas untuk menangani isu-isu rumit dengan semangat muafakat dan persahabatan.
Kita bersetuju bahawa ASEAN harus kekal sebagai blok yang kukuh dan bebas yang bersatu dalam melindungi kepentingan serantau dan menjayakan agenda pembangunan bersama GCC dan China.
GCC kini muncul sebagai kuasa ekonomi berpengaruh di Asia Barat dengan kekuatan dalam sektor tenaga, pelaburan teknologi baharu, digitalisasi dan kecerdasan buatan. Kerjasama rapat dengan GCC membuka ruang bagi pembentukan pasukan serantau yang benar-benar berwibawa dan berdaya saing.
Hubungan erat dengan China pula amat penting kerana kedudukannya sebagai jiran serantau yang komited terhadap keamanan dan pembangunan. China membuktikan kemampuannya dalam mengangkat ekonomi, teknologi serta prinsip keadilan sejagat.
Saya berbangga apabila ASEAN, GCC dan China berjaya mencapai kesepakatan terkait tatakelola, dasar ekonomi yang jelas serta pembelaan terhadap hak dan kebajikan rakyat. Ia membuktikan dialog terbuka dan semangat kolektif mampu mengatasi perbezaan.
Kini, tanggungjawab beralih kepada komuniti perniagaan dan pemain industri. Kepimpinan politik telah menyediakan dasar yang stabil dan jelas. Tiba masanya untuk sektor swasta mengambil langkah berani, memanfaatkan peluang dan merealisasikan aspirasi ini secara bersama.
======
I continued with my twelfth engagement of the day by attending the Fortune ASEAN-GCC-China Economic Forum, held in conjunction with the 46th ASEAN Summit and the inaugural ASEAN-GCC-China Summit in Kuala Lumpur.
In my remarks, I highlighted the tireless efforts of ASEAN leaders over the past two days, which reflected a strong commitment to resolving complex issues through consensus and friendship. We agreed that ASEAN must remain a strong, independent bloc, united in protecting regional interests and driving a shared development agenda with the GCC and China.
The GCC has emerged as a rising economic power in West Asia, with strengths in energy, and bold investments in emerging technologies, digitalisation, and artificial intelligence. Deeper collaboration with the GCC opens the door to building a credible and competitive regional alliance.
Equally, China plays a crucial role as a close neighbour committed to peace and development. Its track record in advancing economic transformation, technological progress, along with its clear stance in promoting peace, security, justice and fairness underscores the value of our enduring partnership.
I take pride in the consensus reached between ASEAN, the GCC and China on good governance, policy clarity, and the protection of people’s rights and welfare. It reaffirms our belief that open dialogue and collective leadership can overcome even the most contentious challenges.
The baton now passes to the business community. With a stable and transparent policy framework already in place, it is time for the private sector to take bold steps forward, seize emerging opportunities, and turn this shared vision into meaningful progress for our region and our people.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mengadakan pertemuan bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa.
Pertemuan ini memberi ruang untuk menilai kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain, susulan lawatan rasmi saya ke Manama pada Februari lalu.
Antara tumpuan utama kerjasama adalah dalam sektor pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, industri halal, semikonduktor, pertanian dan agri-komoditi, serta kesalinghubungan termasuk dalam sektor pelancongan.
Kami turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan perkembangan berhubung isu-isu antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Usai pertemuan, saya dan Putera Mahkota telah menyaksikan pertukaran tujuh dokumen penting yang meliputi bidang diplomasi, logistik, pendigitalan, sumber manusia, pendidikan tinggi, perdagangan dan pelaburan.
Antara yang dimeterai termasuk memorandum persefahaman (MoU) dalam pengurusan sumber manusia sektor awam, kerjasama antara institusi pengajian tinggi, serta kolaborasi antara dewan perniagaan kedua-dua negara sebagai asas penting memperkukuh jaringan ekonomi dan pembangunan modal insan.
Malaysia dan Bahrain turut memeterai MoU dalam pembangunan serta promosi taman perindustrian, langkah signifikan ke arah pelaburan yang lebih mampan dan menyeluruh.
Kami juga menyaksikan pertukaran nota yang melibatkan penubuhan Mekanisme Konsultasi Politik, pengiktirafan Malaysia sebagai Global Logistics Sea to Air Partner, dan pelaksanaan inisiatif Data Sovereignty yang akan mengangkat keupayaan digital negara ke tahap lebih tinggi.
Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Bahrain serta masa depan yang lebih cerah dan makmur.
🇲🇾🇧🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya amat berbesar hati menerima kunjungan dari Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB) Masato Kanda di sela Sidang Kemuncak ASEAN hari ini. Pertemuan ini ternyata penting buat Malaysia terutama dalam usaha memperkukuh hubungan antara Malaysia dan ADB dalam semangat kerjasama serantau yang terangkum dan berwawasan.
Beliau menyampaikan tahniah atas penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN kali ini dan menzahirkan komitmen ADB untuk menyokong kepimpinan Malaysia memacu integrasi ekonomi rantau Asia Tenggara dengan menyediakan pembiayaan bagi projek merentasi sempadan seperti ASEAN Power Grid. ADB juga memperaku asas kekuatan ekonomi Malaysia yang terus rancak mencipta peluang, tidak hanya kepada rakyat Malaysia, malah buat rantau Asia Tenggara secara keseluruhan.
Dalam konteks yang sama, saya menzahirkan penghargaan setingginya kepada komitmen ADB untuk memperhebat kerjasama dengan Malaysia, khususnya dalam bidang pembiayaan sektor swasta bagi pembangunan infrastruktur strategik, peralihan tenaga yang mencakup tenaga hijau dan boleh baharu (renewable energy), serta usaha memperkukuh penyelidikan dan perkongsian pengetahuan.
Malaysia beriltizam untuk terus menjadi rakan strategik ADB dalam menjelmakan masa depan yang lebih hijau, berdaya saing dan tahan demi kelangsungan rantau ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia menutup tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan penuh bermakna. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama erat pelbagai kementerian dan agensi serta pasukan keselamatan negara.
Dalam sidang media penutup persidangan, saya zahirkan penghargaan tertinggi buat semua sahabat-sahabat pimpinan ASEAN atas semangat setiakawan luar biasa yang ditunjukkan.
Sidang kali ini merupakan antara yang paling substantif dalam sejarah ASEAN bukan sahaja dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan penuh makna.
Kerjasama dengan GCC dan China turut mencatat kemajuan ketara. Tidak lagi bersifat formaliti semata-mata, perbincangan kali ini jauh lebih teliti, menyentuh isu-isu seperti tarif, projek bersama serta peranan bersama dalam mendukung keamanan dan kestabilan rantau.
Saya tegaskan bahawa keutamaan ASEAN kekal pada kesejahteraan rakyat, perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi yang saksama. Berpegang kepada prinsip kepusatan ASEAN, kita akan terus menjalin kerjasama strategik dengan semua kuasa besar dunia sama ada China, Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain demi kepentingan serantau.
Berhubung penyertaan Timor-Leste, ASEAN mencapai kesepakatan untuk menerima kemasukan sebagai anggota penuh menjelang Oktober, tertakluk kepada beberapa langkah pematuhan akhir dalam aspek ekonomi yang telah ditetapkan sebelum ini.
Sidang turut bersetuju memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ASEAN dan GCC bagi membuka ruang baharu untuk memperluas pasaran, menggalakkan pelaburan dan memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
Banyak isu penting yang lazimnya dibincangkan kemudian telah diselesaikan lebih awal daripada kebiasaan, termasuk mengenai Myanmar, tarif dan perdagangan intra-ASEAN. Kini, tumpuan utama kita ialah menjelmakan kesepakatan ini kepada tindakan nyata menjelang pertemuan seterusnya pada Oktober.
Saya percaya semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin ASEAN kali ini mencerminkan tekad baru untuk menjadikan ASEAN benar-benar berpaksikan rakyat demi masa depan yang lebih mampan dan terangkum.
=====
Alhamdulillah, Malaysia concludes the 46th ASEAN Summit on a meaningful and high note. This success is the result of the tireless efforts and close cooperation of various ministries, agencies, and our national security teams.
At the closing press conference, I expressed my deepest appreciation to fellow ASEAN leaders for their extraordinary spirit of solidarity throughout the summit.
This has been one of the most substantive ASEAN Summits to date, not only in the depth of discussions but also in the strength and significance of the Joint Statement that followed.
Engagements with the GCC and China also marked significant progress. No longer merely formal in nature, the deliberations this time were far more thorough, covering issues such as tariffs, joint projects and our shared role in promoting regional peace and stability.
I reiterated that ASEAN’s priorities remain rooted in the well-being of its people, trade, investment and inclusive economic development. Guided by the principle of ASEAN centrality, we will continue forging strategic partnerships with all major global powers including China, the United States and others in the interest of the region.
On Timor-Leste’s membership, ASEAN reached a consensus to admit the country as a full member by October, subject to the completion of a few outstanding compliance measures under the economic pillar.
The Summit also agreed to launch negotiations for a Free Trade Agreement between ASEAN and the GCC, which would open new avenues to expand markets, stimulate investment and deepen regional economic integration.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam ketidaktentuan situasi dunia dan perubahan geopolitik semasa, Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) kekal sebagai contoh pengukuhan dan kebersamaan kerjasama serantau antara negara-negara anggota.
Saya maklumkan perkara tersebut sewaktu berucap di Sidang Kemuncak IMT-GT ke-16 dan percaya, kerjasama yang ada ini boleh diperluaskan dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam bidang infrastruktur, kewangan hijau, teknologi dan pembangunan modal insan.
Malaysia memberi sokongan penuh kepada IMT-GT dan mahu inisiatif ini berkembang dengan lebih berani, pantas dan memberi impak sebenar.
//
In a time of fragmentation, IMT-GT exemplifies regional cooperation. We should strengthen partnerships with China, Japan, and South Korea in infrastructure, green finance, technology, and human capital.
We value the collaboration between the ASEAN Secretariat and CIMT, and believe IMT-GT should support ASEAN’s goals in connectivity, tourism, and sustainable urbanization.
Malaysia fully backs IMT-GT's ambitious growth. Let's empower our Ministers to take bold actions for a greener, more connected, and resilient subregion.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, buat julung kalinya pentas ASEAN Ke-46 pada kali ini berjaya menghimpun serta mempertemukan entiti gergasi yang kaya dengan khazanah sejarah dan tamadun—ASEAN, China dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC)—dalam usaha dan upaya kita menjelmakan kerjasama serta sinergi yang berpasak pada prinsip saling hormat dan persefahaman yang jitu.
Dalam konteks memajukan agenda ASEAN pada kali ini iaitu ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ ke hadapan, tentunya pertemuan bersejarah ini menjadi lembaran baharu dalam memungkinkan kesejahteraan yang dikongsi secara bersama.
Dalam lipatan sejarah, jalur perhubungan ini telah terjalin lama dahulu, dari Laluan Sutera, ke Melaka sebagai hab dan pusat maritim terkemuka, hinggalah terwujudnya jaringan dan laluan perdagangan moden yang kita saksikan hari ini. Maka, Malaysia berkeyakinan tinggi ASEAN mampu mencungkil serta mencambah peranan yang sama sebagai pusat global bagi inovasi, perdagangan serta pertukaran ilmu dan budaya.
Pada tahun 2023, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN telah mencecah $3.8 trilion, lantas meletakkan kedudukan ekonomi rantau ini di tangga kelima terbesar dunia. Perdagangan antara ASEAN dan GCC pula bernilai $130.7 bilion dengan pelaburan asing sebanyak $390.2 juta, manakala perdagangan ASEAN-China mencatat angka tertinggi yakni sebanyak $696.7 bilion dan pelaburan asing sebanyak $17.3 bilion. Justeru, potensi pertumbuhan yang masih belum diterokai adalah amat besar dan luas.
Malaysia punyai keyakinan bahawa falsafah dan semangat regionalisme yang dipatri atas faham konsensus, prinsip keterbukaan dan saling hormat akan terus menunjangi kekuatan keseluruhan ASEAN. Walhasil, ia memungkinkan kerjasama strategik yang baharu dengan iltizam yang dibina secara bersama dengan masa depan yang lebih terjamin, kukuh dan makmur untuk generasi yang akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#gcc
#china -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan menerima kehadiran para pemimpin ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China, dan Timor Leste dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.
Kebijaksanaan dan kepimpinan Baginda Tuanku selaku Ketua Negara amat dihargai dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama serantau yang mendukung kestabilan, kemakmuran dan keharmonian antara negara-negara sahabat.
Peranan aktif Seri Paduka Baginda dalam mengangkat martabat diplomasi negara amat bermakna dan menjadi tonggak kepada hubungan erat Malaysia dengan negara-negara luar.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc
#aseanchina
Kredit: RPO -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tema Kepengerusian Malaysia, ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, mencerminkan aspirasi bersama untuk membina pertumbuhan serantau yang adil, inklusif dan berteraskan rakyat, dengan menekankan matlamat jangka panjang demi kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kerangka Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028 yang dimeterai sewaktu Sidang Kemuncak Pertama di Riyadh menjadi landasan penting dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua rantau, khususnya dalam tiga tonggak utama yakni politik dan keselamatan, ekonomi, serta sosial dan budaya.
Semoga kita terus berusaha memperkukuh hubungan strategik ASEAN-GCC, selain meneroka ruang kerjasama yang lebih luas demi manfaat bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangccThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim.
Pertemuan ini turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih, Kim Sang Sik.
Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok. 😅
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#mufc
#aseanallstars -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 bermula pagi ini di Kuala Lumpur. Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah dan pengerusi bersama sidang kemuncak penting ini yang menghimpun dan menyatukan pimpinan dari dua rantau berbeza.
Dalam ucapan pembukaan, saya zahirkan penghargaan atas kehadiran semua pimpinan, yang menjadi tanda komitmen bersama untuk mempererat hubungan strategik ASEAN-GCC dan meneroka kerjasama yang lebih luas demi kepentingan bersama.
Saya turut tegaskan bahawa tema Kepengerusian Malaysia, ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ mencerminkan aspirasi kita untuk membina pertumbuhan serantau yang saksama berpaksikan rakyat dan matlamat jangka panjang.
Kerangka Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028 yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak pertama di Riyadh menjadi panduan penting untuk memperkukuh kerjasama dalam ketiga-tiga tonggak yakni politik dan keselamatan, ekonomi, serta sosial dan budaya.
Tahun lalu, GCC merupakan rakan dagang ketujuh terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah USD130.7 bilion. Aliran pelaburan juga menunjukkan peningkatan, yang menjadi petanda jelas keyakinan terhadap masa depan kerjasama ini.
Saya nyatakan bahawa dalam landskap global yang semakin mencabar dan tidak menentu ini, kerjasama erat antara ASEAN dan GCC menjadi semakin mustahak sebagai teras kestabilan dan pemacu pertumbuhan yang mampan.
Sidang ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk menzahirkan cita-cita kolektif dan menterjemahnya kepada tindakan nyata yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat di kedua-dua rantau.
Semoga persidangan ini membuahkan hasil yang bermanfaat dan memperkukuh asas kerjasama jangka panjang antara kita, Insya-Allah.
=====
The 2nd ASEAN-GCC Summit officially begins this morning in Kuala Lumpur. Malaysia is honoured to host and co-chair this important gathering, which brings together and unites leaders from two dynamic regions in pursuit of deeper strategic ties.
In my opening remarks, I expressed appreciation for the presence of all leaders, a strong signal of our shared resolve to strengthen ASEAN-GCC cooperation and to explore broader, forward-looking partnerships for the benefit of our peoples.
I emphasised that Malaysia’s ASEAN Chairmanship theme, Inclusivity and Sustainability, reflects our collective aspiration to foster equitable, people-centred growth anchored in long-term vision and regional solidarity.
The ASEAN-GCC Framework of Cooperation 2024–2028, adopted during the inaugural summit in Riyadh, now serves as our strategic roadmap to advance collaboration across political and security, economic and socio-cultural pillars.
Last year, the GCC ranked as ASEAN’s seventh largest trading partner, with total trade amounting to USD130.7 billion. Investment flows are rising, underscoring growing confidence in the long-term potential of our partnership.
In a global environment marked by uncertainty and volatility, closer ASEAN-GCC ties are not only timely but necessary as anchors of regional stability and engines of sustainable growth. May this summit yield meaningful outcomes and lay stronger foundations for enduring cooperation.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 bermula dengan persidangan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Ke-16.
Dalam ucapan pembukaan, saya tekankan keperluan mempercepat integrasi ekonomi, memudah cara perdagangan rentas sempadan dan membina rangkaian pengangkutan darat, laut dan udara yang benar-benar menyatu. Semua ini mesti disokong penyelesaian digital yang inklusif.
Mendepani ancaman perubahan iklim, saya tegaskan pelaburan mesti diselaraskan dengan strategi hijau termasuk tenaga boleh baharu, sistem pengangkutan tahan iklim, pelancongan karbon sifar dan perlindungan ekosistem.
Saya turut zahirkan komitmen Malaysia untuk memperkasa Sekretariat BIMP-EAGA sebagai kesungguhan kita menjadikan BIMP-EAGA sebagai model kerjasama serantau yang berpaksikan rakyat.
=====
The second day of the 46th ASEAN Summit began with the 16th Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Summit.
In my opening remarks, I stressed the need to accelerate economic integration, facilitate cross-border trade and develop truly interconnected land, sea and air transport networks, supported by inclusive digital solutions.
In the face of the climate crisis, I underscored the importance of aligning investments with green strategies, including renewable energy, climate-resilient transport systems, carbon-neutral tourism and ecosystem protection.
I also reaffirmed Malaysia’s commitment to strengthening the BIMP-EAGA Secretariat. This is a reflection of our resolve to advance BIMP-EAGA as a people-centred model of regional cooperation.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan empat mata dengan Premier China Li Qiang dalam memperkukuh kerjasama strategik melalui Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China demi kepentingan bersama.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025, menghargai komitmen China dalam memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan dua hala terutama dalam menghadapi cabaran global dan perubahan geopolitik semasa.
Sinergi antara kedua negara penting untuk dipertingkatkan khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi, projek infrastruktur dan pengangkutan seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), menangani pertikaian di Laut China Selatan, mengemaskini perkembangan perjanjian Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA), industri halal dan perdagangan.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 mencerminkan usaha Malaysia dalam memimpin benua ini dengan matlamat memperkukuh kesepaduan, memacu kerjasama ekonomi dan menangani isu serantau secara diplomatik dan pragmatik.
//
I met with China’s Premier, Li Qiang, to enhance strategic cooperation before the ASEAN-GCC-China Summit.
As ASEAN Chair in 2025, Malaysia appreciates China's dedication to regional collaboration, especially in tackling global challenges.
We emphasized the importance of synergy in areas like the economy, technology, and transportation projects such as the East Coast Rail Link (ECRL).
We also addressed South China Sea disputes, the ASEAN-China Free Trade Area upgrade, promoting the halal industry, and boosting trade.
The 2025 ASEAN Summit reflects Malaysia’s commitment to regional unity, economic cooperation, and diplomatic solutions to issues.
#malaysiamadan
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan yang bermakna bersama Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Kami berbincang secara mendalam mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lebih 50 tahun lalu yakni satu ikatan persahabatan yang terus berkembang erat dari semasa ke semasa.
Perbincangan meliputi pelbagai bidang strategik termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan. Kami juga sepakat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.
Kami juga sepakat mempercepat beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara.
Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan erat ini. Semoga persahabatan Malaysia dan Qatar terus utuh dan berpanjangan, Insya-Allah.
======
Held a meaningful and substantive meeting with the Emir of Qatar, His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
We had an in-depth and constructive discussion on further strengthening the longstanding bilateral ties between our nations, an enduring friendship that has flourished over the past five decades and continues to grow with time.
🇲🇾🇶🇦
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia berbangga menerajui Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, satu dokumen penting yang menandakan iltizam seluruh rantau untuk membina ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.
Deklarasi ini membawa hala tuju baharu ASEAN pasca 2025, merangkumi empat tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan keterhubungan. Ia menekankan pertumbuhan adil, penyertaan yang terangkum serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi dan tekanan geopolitik.
Di bawah kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kita tampil dengan wawasan yang bukan sahaja menyatukan rantau ini, malah meletakkan ASEAN sebagai pemacu utama perubahan global berlandaskan nilai dan kekuatan serantau.
=====
Malaysia is proud to have led the Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045: Our Shared Future, a landmark document that signals our region’s united commitment to building a more resilient, innovative, dynamic and people-centred ASEAN.
The Declaration charts a new course for ASEAN beyond 2025 anchored on four key pillars: political-security, economic, socio-cultural and connectivity. It reaffirms our collective resolve to pursue fair growth, inclusive participation and future-readiness in facing climate challenges, technological shifts and geopolitical uncertainty.
Under Malaysia’s leadership as ASEAN Chair in 2025, this vision positions ASEAN not only as a united regional bloc, but as a driving force for global transformation built on shared values and regional strength.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#kldeclarationThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China mencerminkan komitmen bersama ke arah kemakmuran serantau dan global.
Transformasi luar biasa GCC sebagai blok ekonomi yang pesat berkembang dan stabil menjadikannya rakan strategik penting untuk ASEAN memperkukuh kerjasama dan merancakkan perdagangan serta pelaburan.
ASEAN juga menghargai China sebagai sahabat sejati dalam menghadapi cabaran geopolitik yang kompleks.
ASEAN kekal komited terhadap penglibatan yang konstruktif dan saling menguntungkan demi kestabilan, keamanan dan kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc
#aseanchinaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah berbesar hati meraikan para pemimpin negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China, dan Timor Leste dalam Majlis Makan Malam Gala yang menampilkan keunikan sajian serta kekayaan kebudayaan Malaysia.
Majlis ini bukan sekadar lambang persahabatan serantau, tetapi turut mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan warisan budaya yang pelbagai dan membanggakan.
Penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan seniman dan seniwati antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, Shila Amzah, Bob Yusof, Asmidar dan Yasmin Aziz, diiringi oleh Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), para penari kebudayaan serta anak-anak PERMATA Seni yang telah menyumbang kepada sebuah persembahan yang memukau dan penuh jiwa.
Kita teruskan usaha memperkukuh hubungan serantau melalui rasa saling menghormati dan kekayaan budaya yang dikongsi bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc
#aseanchina -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai pertemuan bersama Premier Li Qiang, saya meneruskan sesi perbincangan dengan Putera Mahkota Negara Kuwait, Yang Mulia Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah.
Pertemuan ini menzahirkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Kuwait, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan yang berkaitan dengan sektor minyak dan gas, pertahanan serta pendidikan.
Pada masa sama, kedua-dua pihak juga turut menyentuh mengenai peluang kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Saya yakin hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Kuwait akan terus diperkasa ke tingkat yang lebih tinggi demi manfaat bersama kedua-dua negara, Insya-Allah.
======
Following my engagement with Premier Li Qiang, I had the honour of holding a constructive and cordial discussion with His Highness Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, the Crown Prince of Kuwait.
Our meeting reaffirmed the shared commitment of Malaysia and Kuwait to further strengthening our longstanding bilateral relations and exploring new avenues for cooperation.
🇲🇾🇰🇼
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN 2025, saya telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Premier China Li Qiang, dan menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.
Kami senada untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Kuala Lumpur ini.
Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global, yang secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.
Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN.
Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh.
//
On the sidelines of the ASEAN Summit 2025, I met with China’s Premier Li Qiang, where we discussed enhancing strategic cooperation, particularly through the ASEAN-GCC-China Summit in Kuala Lumpur.
We focused on key areas like the economy, the halal industry, trade, transportation (especially the East Coast Rail Link), green energy, and artificial intelligence.
I expressed gratitude for China’s support in our modernization efforts, highlighting the solidarity of the Global South.
This collaboration will benefit Malaysia, China, and ASEAN, fostering regional economic growth.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia berbangga menjadi pemacu utama di sebalik lahirnya Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, yang ditandatangani oleh sahabat-sahabat pimpinan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hari ini.
Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa deklarasi ini adalah lambang tekad bersama untuk memacu integrasi serantau, menjunjung kemakmuran yang adil dan membina masa depan ASEAN yang lebih bersatu, berdaya tahan dan berpaksikan rakyat.
Menerusi deklarasi ini, ASEAN berikrar untuk tidak hanya menyesuaikan diri tetapi turut menerajui perubahan, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), inovasi digital serta ekonomi hijau dan biru.
Saya turut gariskan keperluan membina pertumbuhan mampan dengan memperkasa potensi insan, merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan taraf hidup seluruh warga rantau ini.
Deklarasi Kuala Lumpur mencerminkan iltizam Malaysia dan negara anggota ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai tiang seri kestabilan, tatkala dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan ekonomi global.
Namun dalam kita menggapai langit menerusi inovasi dan teknologi baharu, saya tegaskan bahawa usaha ini mesti diurus secara berhemah agar kemajuan tidak mengorbankan keadilan dan kesejahteraan sosial.
Wawasan ASEAN 2045 ialah ikrar kepada generasi akan datang bahawa masa depan rantau ini harus dibina atas asas kemampanan, keterangkuman dan kemakmuran bersama.
Semoga ikhtiar ini menjulang ASEAN ke mercu tertinggi dan menjadi sumber kebanggaan kepada seluruh rakyat di rantau ini.
=====
Malaysia is proud to have played a leading role in shaping the Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045: Our Shared Future, signed today by fellow ASEAN leaders at the 46th ASEAN Summit.
In my remarks, I emphasised that this declaration represents a shared resolve to deepen regional integration, uphold equitable prosperity and build a future ASEAN that is more united, resilient, and people-centred.
Through this declaration, ASEAN commits not only to adapt to change but to lead it, particularly in the fields of artificial intelligence (AI), digital innovation and the green and blue economies. This is a clear signal of ASEAN’s intent to remain at the forefront of transformative global shifts.
I also underscored the importance of building sustainable growth by empowering human potential, narrowing development gaps and improving the quality of life for all people across the region.
At a time of mounting geopolitical tensions and global economic uncertainty, the Kuala Lumpur Declaration reflects the collective determination of ASEAN member states to uphold the region as a pillar of stability and a force for good.
As we reach for the skies through innovation and progress, we must ensure that this pursuit is guided by wisdom and fairness so that the benefits of change are shared, and no one is left behind. This is the spirit of ASEAN 2045: a legacy of sustainability, inclusivity and shared prosperity for the generations to come.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan ucapan pembukaan dalam sesi Libat Urus Pemimpin ASEAN bersama wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) petang tadi, saya tegaskan bahawa dunia hari ini menuntut kita membina daya tahan yang kukuh sama ada di peringkat nasional mahupun dalam kerangka serantau.
ASEAN perlu bersiap siaga menghadapi cabaran seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim dan tekanan ekonomi global yang semakin meruncing.
Justeru, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta amat penting untuk memperkukuh inovasi, memperluas perdagangan serta pelaburan intra-ASEAN, dan menjamin kemakmuran yang lebih saksama dan mampan kepada seluruh negara anggota.
ASEAN-BAC harus memainkan peranan penting dalam mengemukakan pandangan dan cadangan strategik yang memperhalusi dasar serta mempercepat usaha menjayakan agenda integrasi ekonomi serantau.
=====
At the ASEAN Leaders’ Interface with representatives of the ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) this evening, I delivered opening remarks underscoring the urgent need to build strong resilience — both nationally and across the region.
ASEAN must be ready to face growing challenges, including geopolitical uncertainty, climate change, and mounting global economic pressures.
In this context, close collaboration between governments and the private sector is essential to drive innovation, expand intra-ASEAN trade and investment, and ensure a more equitable and sustainable prosperity for all member states.
ASEAN-BAC must continue to play a vital role in providing strategic insights and recommendations that help refine regional policymaking and accelerate ASEAN’s economic integration agenda.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi membincangkan beberapa urusan yang menjadi kepentingan bersama.
Saya dan PM Lawrence nyatakan komitmen untuk terus memperkasa kerjasama pelaburan dan perdagangan selain memberi fokus kepada projek utama seperti JS-SEZ dan RTS Link.
Kami turut bersetuju untuk perluas kerjasama dalam ekonomi digital, tenaga mampan dan ASEAN Power Grid.
Malaysia dan Singapura juga sepakat untuk menyelesaikan isu dua hala konstruktif demi kebaikan bersama serta hubungan jangka panjang yang harmoni.
======
I had the privilege of holding a meeting with the Prime Minister of Singapore, Lawrence Wong, to deliberate on matters of mutual importance and strategic interest.
Both PM Lawrence and I reaffirmed our strong commitment to further strengthening investment and trade cooperation, with particular emphasis on key initiatives such as the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) and the Rapid Transit System (RTS) Link project.
We also agreed to broaden our collaboration in emerging and forward-looking sectors, including the digital economy, sustainable energy, and the ASEAN Power Grid.
🇲🇾🇸🇬
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama para pemimpin ASEAN berpeluang mengadakan sesi libat urus bersama delegasi belia ASEAN.
Saya tegaskan bahawa golongan ini bukan sekadar pewaris masa depan, namun bertindak selaku rakan setara dalam membentuk masa depan ASEAN. Suara, semangat, dan daya juang mereka adalah denyut nadi kepada hala tuju rantau kita.
Golongan belia ASEAN adalah aset paling berharga dan pembawa harapan serta keberanian dalam menghadapi tantangan semasa antaranya akses kepada pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan yang setara, impak perubahan iklim, dan cabaran serta peluang daripada revolusi kecerdasan buatan (AI).
Kita tidak harus menidakkan peranan mereka, sebaliknya golongan ini mesti diberi peranan sewajarnya di barisan hadapan. Dalam dunia yang sedang berubah pantas, kreativiti, keberanian dan idealisme anak muda adalah kekuatan yang tidak ternilai.
Rangka Kerja Pelan Tindakan Belia ASEAN menjadi panduan kita untuk menangani isu-isu kritikal ini. Saya dan seluruh pimpinan ASEAN beriltizam untuk memastikan pandangan dan idea golongan beliau rantau ini diberi perhatian sewajarnya.
======
I had the opportunity to engage in a dialogue session with fellow ASEAN leaders and a delegation of ASEAN youth.
I emphasised that young people are not merely heirs to the future, but equal partners in shaping the future of ASEAN. Their voices, spirit, and resilience are the lifeblood of our region’s direction.
ASEAN youth are our most valuable asset, bearers of hope and courage in confronting today’s challenges, including access to quality education, equal employment opportunities, the impacts of climate change, and the challenges and opportunities presented by the artificial intelligence (AI) revolution.
We must not sideline their role. Instead, young people must be given their rightful place at the forefront. In a rapidly changing world, the creativity, courage, and idealism of our youth are invaluable strengths.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseanyouth -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia, Singapura dan Vietnam hari ini mencipta sejarah dengan menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama untuk meneroka potensi eksport tenaga elektrik boleh diperbaharui dari sumber tenaga angin luar pesisir antara ketiga-tiga negara.
Di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, saya bersama rakan sejawat dari Singapura dan Vietnam telah menyaksikan pertukaran perjanjian penting ini yang melibatkan MY Energy Consortium dari Malaysia (gabungan TNB dan PETRONAS), PTSC dari Vietnam (anak syarikat Petrovietnam), serta Sembcorp Utilities dari Singapura.
Projek ini memberi tumpuan kepada pemanfaatan sumber tenaga angin luar pesisir Vietnam bagi menjana elektrik bersih yang akan disalurkan merentasi sempadan melalui kabel dasar laut yang dicadangkan, dan disambungkan ke grid nasional di Semenanjung Malaysia.
Inisiatif ini sejajar dengan visi Grid Kuasa ASEAN dan menyokong agenda nyahkarbon serantau, bertujuan menyediakan bekalan elektrik yang stabil, rendah karbon, serta memperkukuh kerjasama tenaga serantau dan membangunkan model perdagangan tenaga boleh diperbaharui rentas sempadan yang berskala.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk terus memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh integrasi serantau, dan membina masa depan rendah karbon untuk seluruh rantau ini.
//
In a significant advancement for regional energy cooperation, leading energy companies from Malaysia, Singapore, and Vietnam have signed a Joint Development Agreement to explore the export of renewable electricity from Vietnam to Malaysia and Singapore.
On the sidelines of the 46th ASEAN Summit, I, along with my counterparts from Singapore and Vietnam, witnessed the signing of this landmark agreement involving Malaysia’s MY Energy Consortium (which includes TNB and PETRONAS), Vietnam’s PTSC (a subsidiary of Petrovietnam), and Singapore’s Sembcorp Utilities.
This partnership aims to harness Vietnam’s offshore wind resources to supply clean electricity across borders through a proposed subsea cable that will be integrated with Peninsular Malaysia’s national grid.
This initiative aligns with the ASEAN Power Grid vision and supports our shared decarbonization goals. Its objectives include delivering stable, low-carbon electricity, strengthening regional collaboration, and establishing scalable models for cross-border renewable energy trade.
As ASEAN Chair in 2025, Malaysia is proud to play a central role in fostering sustainable and resilient regional growth. This agreement, signed on May 26, 2025, in Kuala Lumpur, marks a key milestone in our collective journey toward a greener ASEAN future.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebagai sebahagian daripada agenda penting Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, saya menyampaikan ucapan pembukaan dalam sesi Libat Urus antara Pemimpin ASEAN dan wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) tengah hari tadi.
Sesi ini membuka ruang untuk menyatukan suara rakyat melalui institusi Parlimen dalam usaha memacu kemajuan Komuniti ASEAN. Saya tegaskan peranan AIPA sebagai rakan strategik ASEAN dalam menjayakan aspirasi rakyat, memperkukuh tiga tonggak utama kerjasama serta mempertingkat daya tahan dan kesiapsiagaan rantau ini.
Saya turut mengalu-alukan komitmen AIPA terhadap isu-isu utama seperti keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital dan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif. Penyelarasan dasar dan perundangan di peringkat nasional dan serantau amat penting bagi memastikan agenda ini direalisasikan.
Dalam menyusun dasar dan hala tuju rantau ini, suara komuniti yang diangkat melalui wakil rakyat harus terus menjadi keutamaan. Inilah semangat ASEAN yang perlu digarap untuk memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar berakar pada aspirasi rakyat.
=====
As part of the key agenda of the 46th ASEAN Summit, I delivered the opening remarks at the Interface session between ASEAN Leaders and representatives of the ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) earlier this afternoon.
This session provides a platform to unite the voice of the people through parliamentary institutions in our collective pursuit to advance the ASEAN Community. I underscored AIPA’s role as a strategic partner in realising the aspirations of our people, strengthening ASEAN’s three key pillars and enhancing the region’s resilience and preparedness.
I also welcomed AIPA’s continued commitment to key issues such as food security, climate change, digital transformation, and inclusive economic development. Policy and legislative alignment at both national and regional levels will be critical to ensure the successful delivery of our shared agenda.
As we shape the region’s policy direction, the voice of our communities, channelled through their elected representatives, must remain at the core. This is the spirit of ASEAN we must embrace, that is rooted in the aspirations of the people.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Kami membincangkan terkait kerjasama antara kedua-dua negara yang perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama.
Ia meliputi bidang pelaburan dan perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga, pertahanan, pelancongan, pertanian serta pendidikan.
Kerjasama erat ini adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur.
======
Held a productive meeting with Cambodian Prime Minister Hun Manet on the sidelines of the 46th ASEAN Summit.
We discussed ways to further strengthen the longstanding partnership between our two nations, with a focus on delivering mutual benefits and shared prosperity.
🇲🇾🇰🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam ucapan di sesi plenary Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, saya tekankan betapa pentingnya perpaduan dan pemusatan ASEAN untuk terus maju dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perubahan sistem perdagangan dunia.
Saya juga menyentuh penganjuran bersejarah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang mencerminkan kekuatan kerjasama serantau dalam dunia multipolar hari ini.
Malaysia menghargai sokongan padu semua pihak dalam menjayakan kepengerusian ASEAN ke arah pertumbuhan yang adil, mampan dan berdaya tahan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pencapaian satu dekad sejak penubuhan Komuniti ASEAN, memberi semangat dan keyakinan baharu kepada rantau ini, yang dicerminkan oleh daya tahan luar biasa meskipun dunia kini semakin kompleks dan penuh cabaran.
Saya lontarkan perkara penting itu sewaktu berucap pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini.
Mengambil kira peralihan dalam susunan geopolitik dan sistem perdagangan global kini, saya maklumkan bahawa pemusatan ASEAN dan persaudaraan antara negara-negara anggota penting untuk terus bersatu menghadapi cabaran yang ada ini secara bersama.
Menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama, ini adalah cerminan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini hatta melambangkan kekuatan perpaduan blok serantau yang pastinya akan memberi kesan positif kepada dunia.
Saya turut nyatakan penghargaan Malaysia kepada dukungan semua pihak dalam memastikan bahawa kepengerusian ASEAN kali ini dapat membawa kita semua ke arah pertumbuhan yang adil dan mampan serta daya tahan yang berterusan.
//
Celebrating a decade of the ASEAN Community highlights our resilience in an increasingly complex global landscape.
During my speech at the Plenary Session for the 46th ASEAN Summit, I emphasized the importance of unity and centrality among ASEAN Member States in facing geopolitical challenges.
The historic first ASEAN-GCC-China Summit showcases a successful shift in cooperation models for a multipolar world and the strength of regional unity.
I also thanked all parties for their support in ensuring Malaysia’s ASEAN Chairmanship leads us toward equitable, sustainable growth and lasting resilience.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bermula hari ini di Kuala Lumpur, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelosok rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan.
Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini.
Sebagai tuan rumah, Malaysia komited untuk menerajui ASEAN dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia dan menjadi kebanggaan bersama rakyat rantau ini.
=====
The 46th ASEAN Summit officially begins today in Kuala Lumpur, bringing together thousands of delegates from across the region to strengthen cooperation and shape a more inclusive and sustainable future for ASEAN.
This morning, I had the honour of welcoming the Leaders of ASEAN Member States before commencing the first official meeting under Malaysia’s Chairmanship this year.
Malaysia is committed to leading ASEAN with unity, courage and a clear vision so that ASEAN continues to rise, earns global respect and becomes a shared source of pride for the peoples of our region.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean
#asean2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China yang akan bermula esok di Kuala Lumpur.
Mesyuarat malam ini memberi fokus kepada perincian pelaksanaan serta penyelarasan isu-isu utama yang bakal dibangkitkan, termasuk dalam sesi perbincangan dua hala bersama rakan sejawat serta para pemimpin serantau dan antarabangsa.
Perbincangan turut meliputi pendekatan Malaysia dalam memperkukuh kesepaduan ASEAN, memperluas kerjasama strategik, serta memperjuang kepentingan bersama demi kestabilan dan kemakmuran serantau.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kementerian, agensi, dan petugas terlibat atas dedikasi dan kerjasama padu dalam memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini mengikut perancangan.
Insya-Allah, Malaysia bersedia memikul amanah ini dengan sebaiknya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#asean -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani, malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira.
(1/5)This media couldn't be displayed. See it on the original post.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Segalanya bermula di dalam bilik darjah. Guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang.
(2/5)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Maka, sempena Hari Guru ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik.
(3/5)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Setiap guru adalah seorang satria yang sabar membentuk akhlak. Satria yang teguh mempertahankan nilai. Tugas kita belum selesai, kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan.
(4/5)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ia adalah amanah yang berterusan, dari satu generasi ke generasi seterusnya, demi meneruskan pembinaan masyarakat MADANI.
(5/5)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga semangat Hari Wesak yang menekankan belas ihsan, kebijaksanaan dan kesederhanaan terus menyuburkan nilai-nilai demi membangun Malaysia MADANI serta membina masyarakat yang beradab, sejahtera dan saling menghormati antara satu sama lain. (2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Hari Ibu 2025!
Dengan tema “Sentuhan KASIH Ibu”, kita raikan insan istimewa yang menjadi tunjang keluarga dan masyarakat.
Kasih ibu adalah anugerah terindah, menyinari hidup kita dengan cinta tanpa syarat dan pengorbanan yang tidak ternilai.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga Tuhan limpahkan rahmat dan keberkatan kepada para ibu yang telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Kurniakanlah kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan buat mereka di dunia dan akhirat. (2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA DAN SARAWAK SEPAKAT SELESAI
ISU PETRONAS–PETROS SECARA RUNDINGAN
(1/5)Post not available here, view on X
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama PETRONAS dan PETROS dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan. Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN. (4/5)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan.
Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan. (5/5)
PEJABAT PERDANA MENTERI
9 Mei 2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi telah pergi dalam tenang, meninggalkan negara dalam duka yang dalam.
Gugur satu bintang, negarawan berjiwa luhur, pemimpin penuh hikmah.
Kami titipkan Al-Fatihah, dengan doa yang tidak akan putus. Semoga rohmu dihimpunkan bersama para solihin
*Lagu iringan merupakan sajak bertajuk ‘Ku Cari Damai Abadi’ hasil nukilan Pak Lah yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sosok Pak Lah pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada rakyat dan negara.
Berehatlah, Pak Lah. Malaysia ternyata terhutang budi atas jasa sang negarawan yang membumi. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat dan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Masjid Negara.
Usai solat jenazah, saya turut menyertai keluarga besar Allahyarham dalam Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan.
Allahyarham merupakan tokoh besar yang telah mencurahkan sepenuh jiwa dan raga dalam mengemudi negara dengan penuh kebijaksanaan, ketulusan dan nilai-nilai murni.
Sumbangan besar dan jasa Allahyarham kepada negara akan terus dikenang oleh rakyat keseluruhannnya.
Sekali lagi kepada Tun Jeanne, anakanda Kamaluddin, Nori dan Khairy serta seluruh keluarga Allahyarham, saya dan Azizah ucapkan takziah atas kehilangan ini.
Semoga ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
Al-Fatihah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd
Mari kita zahirkan takbir Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah kita melepasi latihan Madrasah Ramadan, Kullu Aam Wa Antum Bikhair.
(1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Aidilfitri merupakan sebahagian daripada kelestarian ibadah dan ketaatan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Semoga hari istimewa ini menjadi titik pembaharuan, muhasabah, dan penghayatan atas segala keberkatan dalam hidup.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin
(3/3)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
PERUTUSAN AIDILFITRI 2025/1446H OLEH YAB PERDANA MENTERI
#malaysiamadani
#madanibekerja
#aidilfitri2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Saksikan Perutusan Aidilfitri 2025 oleh YAB Perdana Menteri di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#aidilfitri2025 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Semoga kita diberkahi dengan cahaya petunjuk-Nya, menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan panduan dalam setiap langkah kita. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Al-Baqarah 2:185)
(2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025!
Wanita merupakan aspirasi negara dalam memacu pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.
“Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Ramadan yang penuh berkat!
Di bulan penuh berkat ini, mari kita tingkatkan keimanan, ketaqwaan, dan kebaikan.
Semoga setiap amal ibadah kita menjadi pintu menuju ampunan dan rahmat Allah SWT.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Have a blessed Thaipusam!
Semoga perpaduan dan kepelbagaian masyarakat di negara ini terus dirai dengan harmoni demi kesejahteraan Malaysia yang tercinta.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat bersidang buat semua Ahli Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula pada 3 Februari sehingga 6 Mac 2025.
Semoga semua urusan lancar demi kemakmuran dan keharmonian negara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menyantuni para media dengan menghantar buah tangan sebagai tanda ingatan.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagian buat kita semua! (2/2)
Gong Xi Fa Cai! 🍊
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2025!
Mari kita jadikan Tahun Baharu Cina ini sebagai peluang untuk memperkukuhkan perpaduan dan semangat muhibah.
Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang serta kebahagian buat kita semua.
GONG XI FA CAI!!
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
I’m pleased to announce the resumption of negotiations for the Malaysia-European Union Free Trade Agreement (MEUFTA), a major milestone in strengthening our ties with one of the world’s largest trading blocs.
(1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
The MEUFTA will open new opportunities for Malaysian exports and attract EU investments in key sectors like green energy and advanced manufacturing, supporting our goals under the New Industrial Master Plan 2030.
(2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
This partnership will further solidify the EU’s role as one of Malaysia’s top trade and investment partners.
(3/3)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Prime Minister's Media Release on Malaysia and the EU Resuming Negotiations for a Landmark Free Trade Agreement Between Malaysia and the European Union (EU)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Tiba di London, United Kingdom atas jemputan rakan sejawat Keir Starmer. Semoga dipermudahkan misi delegasi Malaysia selama lima hari di sini, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#g20 -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi destinasi pertama sebagai lawatan kerja ke luar negara tahun ini dan ia berjaya menarik sinergi pelaburan yang begitu positif dan cukup membanggakan.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Lawatan pertama sebagai Pengerusi ASEAN 2025 ini mencerminkan ketersediaaan Malaysia untuk menerima lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan baharu dari seluruh negara termasuk dari benua Asia Barat ini.
(2/2)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan MADANI akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar menerusi MyKad bermula esok.
(1/4)Post not available here, view on X
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Penambahbaikan kepada SARA ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap
tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
(3/4)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dikongsikan kepada mereka yang memerlukan, selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam MADANI.
(4/4)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sinergi padu antara Malaysia dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.
(1/4)Post not available here, view on X
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Tidak mustahil, pelaburan jangka panjang dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga, Insya-Allah.
(3/4)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
The robust partnership between Malaysia and the Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) reflects an unwavering confidence in the nation’s remarkable potential for sustainable and competitive economic growth.
(4/4)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
New Year clean up
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Tahun Baharu 2025! Tahun baharu yang membawa semangat baru. Mari kita mulakan perjalanan tahun ini dengan tekad yang lebih kuat dan keyakinan yang lebih tinggi membangun Malaysia MADANI.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sepanjang 2024, pelbagai inisiatif reformasi dlm pentadbiran Kerajaan telah dimulakan, termasuk pembentukan JKKTN serta reformasi dlm agenda membanteras rasuah, institusi & perundangan, Parlimen, perkhidmatan awam, & reformasi fiskal. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Iltizam Kerajaan MADANI adalah menggandakan usaha ini untuk tahun-tahun mendatang, antaranya dengan penekanan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital untuk meniup nafas baharu dalam perkhidmatan awam. (2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Insya-Allah, kita akan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, terangkum dan berintegriti, serta diangkat darjat dan martabat di mata dunia. (3/3)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Insya-Allah, esok akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk kita menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menghamparkan matlamat dan hala tuju negara untuk tahun 2025. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Amanat ini boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial pada jam 9.00 malam.
Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat dan negara. (2/2)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eskport negara serta menjulang negara di persada dunia.
Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan kita dalam memperjuangkan isu-isu global, terutama dalam mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.
Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan. Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
Raikanlah dengan penuh kegembiraan dan keceriaan bersama yang tersayang.
Ikhlas daripada Warga Pejabat Perdana Menteri.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan untuk terus melonjakkan ekonomi negara sepanjang tahun ini bagi melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun-tahun mendatang untuk memacu masa depan kita yang lebih sejahtera, Insya-Allah. (2/2)
#malaysiamadani
#sorotan2024
#madanibekerja -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Setiausaha Akhbar Kanan Tunku Nashrul Abaidah bersama pegawai Bahagian Media & Komunikasi Strategik telah mewakili YAB PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ziarah ke atas ahli keluarga 2 orang petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yg kembali ke rahmatullah bulan lalu. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Saudara Tunku Nashrul telah menyampaikan ucapan takziah selain menyerahkan sumbangan bagi pihak YAB Perdana Menteri kepada isteri Allahyarham Jazarul Arif, saudari Suridanila Abu Bakar dan kakak Allahyarham Khairul Azli Rahim, saudari Norfaizah Rahim. (2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. (3/3)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Disember 2024 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:
2 Disember 2024 (Isnin)
8.00 pagi
Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
Tonton siaran langsung melalui FB PMO dan JPM
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Salam takziah buat keluarga mendiang Ananda Krishnan, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pejabat Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada keluarga RTM atas pemergian dua kakitangan yakni Allahyarham Khairul Azli Rahim dan Allahyarham Jazarul Arif Jamaludin.
Mendoakan keluarga mereka juga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara dan melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjak negara ke tingkat tertinggi. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ini adalah antara inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara. (2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Namun perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi MADANI. Justeru, Kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak rakyat terbanyak, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
PM ajak orang ramai hadir program 2 tahun Kerajaan MADANI. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula hari ini hingga Ahad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Jom bersama-sama kita jumpa di sana! Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dan mendapatkan informasi berkaitan pencapaian negara di reruai pelbagai agensi Kerajaan yang disediakan.
#2tm
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Syukur di atas limpah kurnia dan rahmatNya diberi kesempatan meraikan 2 tahun Kerajaan MADANI.
Pelbagai cabaran berjaya diharungi dengan penuh tekad dan kebersamaan, demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Madani di hati, Rakyat Disantuni
#2tm
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula esok 22-24 November 2024 jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
(1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pelbagai pameran dan aktiviti menarik disediakan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan. Jangan lepaskan peluang ini, kita jumpa di sana! (2/2)
"MADANI di hati, rakyat disantuni"
#2tm
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ini jawapan-jawapan saya dalam sidang media di Lima, Peru tatkala menjawab tohmahan pembangkang yang cuba memesongkan kenyataan saya terkait isu negara haram Israel.
#malaysiamadani
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
National Statement By YAB Prime Minister At The Extraordinary Arab And Islamic Summit, Riyadh, Saudi Arabia
#malaysiamadani
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Remarks By YAB Prime Minister On The Conferral Of An Honorary Professorship By Tsinghua University, Shanghai
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Public Lecture By YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Prime Minister, “Stronger Together: A Vision For The Muslim Ummah Through Tech, Social And Economic Empowerment” At Al Azhar Conference Centre, Al Azhar University, Cairo, Egypt
#malaysiamadani
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sempena perayaan Hari Deepavali esok, wakil daripada Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada petugas dan pengamal media dalam meraikan keharmonian dan kesejahteraan pelbagai masyarakat di negara ini. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Moga kehadiran Pesta Cahaya ini membawa sinar harapan yang lebih baik kepada semua yang menyambutnya. (2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗚𝗮𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝗱𝗶𝗹, 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 💼✨
Dgn strategi terkini, Perintah Gaji Minimum baharu bukan sekadar membantu meningkatkan pendapatan, tapi mengukuhkan daya saing & menarik bakat berkualiti ke negara kita. (1/4)Post not available here, view on X
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
🔹Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FAQ PGM, sila imbas Kod QR yang tertera di poster atau klik pautan dibawah 👇🏻 (3/4)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
🔗 www.mohr.gov.my/images/mpgn/FAQ.pdf
#belanjawan2025 #malaysiamadani” -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan MADANI terus komited dengan usaha pembangunan syiar Islam di Malaysia.
#belanjawan2025
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahun ini Kerajaan MADANI berjaya memastikan kedudukan ekonomi negara terus mengukuh.
📌 Pertumbuhan ekonomi Q2 2024 ⬆️ kepada 5.9 peratus.
📌 Pengangguran ⬇️ kepada 3.2 peratus, terendah sejak Januari 2020.
📌 Inflasi ⬇️ kepada 3.2 peratus.
📌 Pelaburan diluluskan separuh pertama 2024 ⬆️ kepada RM160 bilion.
📌 Ringgit mengukuh 14.4 peratus ketimbang US$, pencapaian terbaik sejak 1973!
📌Nilai pasaran ekuiti domestik 📈 melepasi RM2 trilion.
📌 Indeks Bursa FBM KLCI 📈 melepasi 1,600 mata.
🗓️ 2025 - Ekonomi negara diunjur berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, disokong strategi dalam Belanjawan 2025.
Pengukuhan ekonomi hasil inisiatif memperbaiki tatakelola, menutup ketirisan, penyasaran subsidi dan peningkatan hasil menjadi tunjang untuk Kerajaan memberikan bantuan lebih bermakna kepada rakyat dalam Belanjawan 2025.
#malaysiamadani
#belanjawan2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan mengambil langkah serta kebijakan ekonomi menerusi peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
📌 4.1 juta penerima STR akan terima SARA
📌 Kadar maksimum STR + SARA untuk isi rumah ⬆️ kepada RM4,600
📌Bantuan Warga Emas ⬆️ kepada RM600 sebulan
📌 Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin ⬆️ kepada RM250 (6 tahun ke bawah) dan RM200 (7 hingga 18 tahun)
📌Kadar Bantuan Am untuk Wilayah Persekutuan ⬆️ kepada RM150
📌 STR + SARA + JKM 🟰 Tiada rakyat berpendapatan kurang RM1,100 sebulan (belum mengambil kira bantuan Zakat, Yayasan, Kerajaan Negeri).
#malaysiamadani
#belanjawan2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ini antara bantuan dan inisiatif yang telah saya umumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam bagi membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.
#malaysiamadani
#belanjawan2025
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan konsisten dengan tekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.
#belanjawan2025
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85% rakyat.
#belanjawan2025
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI.
Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
#belanjawan2025
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pastinya akan memberi manfaat buat rakyat terbanyak selain memperkukuh ekonomi dan pembangunan negara, Insya-Allah.
#belanjawan2025
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Saksikan Pembentangan Belanjawan 2025 secara langsung oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan semua saluran media utama.
#belanjawan2025
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Rakyat | 14 Oktober - 12 Disember 2024
Saksikan secara langsung menerusi Youtube Rasmi Parlimen Malaysia
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Hari Sukan Negara!.
Terus tekad untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan budaya sihat.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion. (1/5)
#malaysiamadaniPost not available here, view on X
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Penting bagi tenaga kerja & syarikat tempatan merebut peluang sebaiknya daripada pelaburan-pelaburan ini. Dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat, YAB PM tekankan kepentingan perluasan manfaat jangka panjang kepada Malaysia. (4/5)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran Ekonomi MADANI akan dapat dicapai, Insya-Allah. (5/5)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semalam YAB Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, YAB Perdana Menteri akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa. (2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkenaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Malaysia 2024!
Semoga semangat perpaduan dan keharmonian antara kita terus utuh demi masa depan yang lebih cerah. Malaysia di hati kita semua!.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada seluruh umat Islam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI
MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS KABINET TATAKELOLA NASIONAL (JKKTN) SIRI 4 BILANGAN 3 TAHUN 2024
#malaysiamadani
www.facebook.com/share/p/yxeWKE8mnMyd81i2/ -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Lawatan kerja dua hari YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok merupakan rangsangan besar bagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menegaskan setiap negara berhak mengambil pendirian yang bersesuaian dengan kepentingan masing-masing.
#awaninews #awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/menteri-luar-poland-ho… -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang kesatuan hati rakyat Malaysia. Tanamkan sikap perpaduan dan kecintaan kepada tanah air yang Merdeka.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 kepada semua.
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!
#malaysiamadani
#jiwamerdeka -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Saksikan amanat daripada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2024 pada hari ini pukul 5.00 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di semua stesen TV tempatan dan Facebook Live.
#malaysiamadani
#jiwamerdeka -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris!
#paralympic2024
#kitasemuateammas -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
1 hari lagi‼️
Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada:
🗓️ 30 Ogos 2024 (Jumaat)
⏱️ 4.30 petang
📍Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
#jiwamerdeka
#harikebangsaan2024
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan pada ketetapan berikut:
🏢Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
📆30 Ogos 2024 (Jumaat)
⏱4.30 petang
#malaysiamadani
#jiwamerdeka -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Rangkuman pelancaran Amazon Web Services (AWS) Asia Pacific (Malaysia) Region bersama-sama komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion.
Pengumuman AWS semalam adalah susulan beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
global seperti Nvidia, Google, Microsoft, Infineon dan lain-lain yang berjumlah puluhan bilion ringgit.
Kepercayaan pelabur terhadap dasar-dasar negara yang jelas di bawah kerangka Ekonomi MADANI, antaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Tenaga Negara (NETR) dan Strategi Semikonduktor Nasional (SSN), akan memacu lonjakan pertumbuhan ekonomi negara dan memacu limpahan kemakmuran kepada rakyat Malaysia.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menyambut baik pengumuman oleh Amazon Web Services (AWS) terkait pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region serta komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion.
Insya-Allah, keyakinan yang ditunjukkan oleh para pelabur terhadap kestabilan dan dasar Ekonomi MADANI akan melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan dukacita memaklumkan bahawa Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di PMO, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang tadi kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.
Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya.
BAHAGIAN MEDIA & KOMUNIKASI STRATEGIK
PEJABAT PERDANA MENTERI -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
Prestasi ekonomi Malaysia pada suku kedua 2024 telah diterbitkan hari ini. Dapatkan maklumat lanjut tentang sorotan ini dan perkembangan lain dalam laporan kami melalui bnm.gov.my/qb24q2bm
Baca siaran akhbar penuh melalui bnm.gov.my/gdp2q24pr
#gdp #2q2024bnmquarterlybulletin -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
The performance of the Malaysian economy in the second quarter of 2024 was released today.
For highlights and more, read our report at bnm.gov.my/qb24q2en
For the full press release: bnm.gov.my/gdp2q24pr
#gdp #2q2024bnmquarterlybulletin -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya telah mengumumkan secara rasmi berkenaan kenaikan gaji penjawat awam yang berpangkal serta berpaksi pada aspek prestasi, disiplin dan ketangkasan sebagai menyemangati kerangka besar reformasi pasukan penjawat awam.
Saya tekankan bahawa gaji atau tahap saraan penjawat awam mesti diberi selayaknya dan yang adil, setimpal dengan keadaan semasa dan setelah 12 tahun tidak dikaji. Kita tegaskan bahawa Ekonomi MADANI berpaksi pada usaha dan upaya memperkasa rakyat, dan ia termasuk penjawat awam.
Saat kita mempertegas kebajikan penjawat awam, rakyat terbanyak tidak pernah dikesampingkan. Malah, pelbagai bantuan telah ditingkatkan sejak tahun lalu melibatkan pelbagai lapisan dan golongan masyarakat.
Saya amat berharap dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasukan dan keluarga besar penjawat awam untuk mencermin serta menjelmakan budaya dan etika baru kerja dalam usaha melonjak negara dan bangsa ke tahap yang terbaik.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗞𝗘-𝟭𝟵 𝟮𝟬𝟮𝟰
“𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜”
Amanat khas YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sempena MAPPA Ke-19 Tahun 2024 pukul 8.00 pg (16 Ogos 2024 (Jumaat) (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
MAPPA Ke-19 boleh juga disaksikan secara maya melalui FB LIVE Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (2/2)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia MADANI.
Layari belanjawan.mof.gov.my/ms/ atau imbas QR Code yang disertakan.
#malaysiamadani
#belanjawan2025
#ekonomimadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.
Selamat ulang tahun kelahiran buat YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
#malaysiamadani
www.facebook.com/share/v/NYzg6TZDBtEMh9Qp/ -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri mengenai pelantikan YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri mengenai Pertemuan antara Bahagian Media dan Komunikasi Strategik dan Meta Platforms Inc (Meta).
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)
📆 𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰️ 𝟖.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞' 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐧, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ayuh hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada Ahad ini, 4 Ogos 2024 jam 8.00 mlm di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Orang ramai dijemput hadir bermula jam 6.30 ptg.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.
Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.
Peringatan tegas saya terhadap Meta - usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!
==========
PRESS STATEMENT
Let this serve as a clear and unequivocal message to Meta: Cease this display of cowardice and stop acting as instruments of the oppressive Zionist Israeli regime! -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
We condemned the actions of the Instagram platform provider, Meta, which took down the post of YAB Prime Minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim meeting with the leader of Hamas in Doha, Qatar last May.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
This action clearly shows discrimination against the situation in Palestine and the country's leaders.
Therefore, we demand an explanation and urge Meta to apologize regarding this matter.
MEDIA AND STRATEGIC COMMUNICATIONS, PRIME MINISTER’S OFFICE -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Bahagian Media & Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar pada bulan Mei lalu.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Tindakan ini ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf.
BAHAGIAN MEDIA & KOMUNIKASI STRATEGIK, PEJABAT PERDANA MENTERI -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan serta menjaga keselamatan tanah air tercinta.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sukan Olimpik Paris 2024
Kepada semua rakyat Malaysia zahirkan sokongan dan suntikan semangat kepada semua atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kita Semua Team MAS!
#teamkbs #malaysiamadani #kitasemuateammas -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semua jentera kerajaan yang berkaitan telah digerakkan bagi memantau rapi situasi ini termasuk proses membawa pulang rakyat Malaysia.
This post is unavailable. See it on X. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah! Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua.
Tema Maal Hijrah 1446H "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI"
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
YAB Perdana Menteri menziarahi Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), saudara Rozaid Rahman yang sedang menerima rawatan di hospital.
Mendoakan agar beliau diberi kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Perjumpaan YAB PM Bersama Warga JPM Bagi Bulan Julai 2024 akan diadakan seperti yang berikut:
1 Julai 2024 (Isnin)
8.00 pagi
Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
Tonton siaran langsung melalui Facebook PMO Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Perjumpaan YAB PM Bersama Warga JPM Bagi Bulan Jun Tahun 2024 diadakan mengikut ketetapan seperti yang berikut:
📆 𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒
🕰️ 𝟖.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
Tonton secara langsung melalui FB PMO dan JPM.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Lautan meliputi 70% lebih daripada bumi dan kaya dengan sumber makanan serta ubat-ubatan.
Bersempena dengan Hari Lautan Sedunia, marilah kita memastikan khazanah negara dilindungi agar habitat hidupan di laut & kelestariannya pada ekosistem terus dipelihara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia!
Bersama-samalah kita menjaga bumi ini bagi memastikan kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem dijaga dengan rapi dan kelestarian alam terus dipelihara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia.
Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar USD3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030.
Pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.
Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.
Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.
Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikan. 🌾
Semoga perayaan ini penuh dengan kegembiraan, kesejahteraan dan persahabatan yang berkekalan.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Wesak kpd seluruh rakyat Malaysia yg beragama Buddha.
Hari utk memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan, melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi & kasih sayang.
Semoga ianya membawa kebaikan & kesejahteraan kepada semua.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ikuti Perutusan Negara oleh YAB Perdana Menteri secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang dikasihi.
Semoga cahaya ilmu yang dicurahkan menjadi penerang bagi setiap anak didikmu.
Anda semua guru-guru yang hebat!
#hariguru2024
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Belia Negara (HBN)
Peranan belia dlm mencorak masa depan Malaysia adalah amat penting & boleh menjamin jatuh bangun sesebuah bangsa. Ayuh belia, bangkitkan semangat juang demi menggapai Malaysia MADANI yang gemilang.
Belia Malaysia Yakin Boleh!
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat pd jururawat utk memberikan khidmat bakti yg terbaik buat rakyat Malaysia.
Sumbangan & jasa kpd perkhidmatan kesihatan awam patut dihargai oleh semua.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2024!
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Hari Ibu bukan hanya tentang mengucapkan terima kasih, tetapi juga tentang menghargai setiap detik bersamamu. Semoga cinta dan kasih sayangmu sentiasa mengalir dalam hidupku.
Selamat Hari Ibu, ibu tercinta!
#malaysiamadani
#terimakasihibu -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Wisma Putra
@MalaysiaMFA
PRESS RELEASE: MALAYSIA WELCOMES THE UN GENERAL ASSEMBLY’S RESOLUTION FOR THE UN SECURITY COUNCIL TO RECONSIDER PALESTINE’S APPLICATION AS A FULL MEMBER OF THE UN
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Saksikan Program Soal Jawab Perdana Menteri di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.
Insya-Allah, YAB Perdana Menteri akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia!
Mewakili Kerajaan MADANI, saya ucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat kalian selama ini.
Kerajaan MADANI juga akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih tidak terhingga di atas dedikasi kepada pembangunan negara yang mampan & terbilang.
Semoga kita semua diberkati & dilimpahi rezeki atas khidmat menabur bakti kepada agama, negara & bangsa. #malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif bersama-sama delegasi Pakistan di hari terakhir Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh.
Saya dan PM Shehbaz menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dan perkongsian strategik antara Malaysia dan Pakistan, termasuk meningkatkan hubungan perdagangan kedua-dua negara yang kini bernilai AS$1.4 bilion.
Kami turut bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut terkait usaha mengembangkan kerjasama dalam industri dan pensijilan halal antara kedua-dua negara, khususnya menerusi JAKIM dan Pihak Berkuasa Halal Pakistan.
Malaysia dan Pakistan juga berhasrat meneruskan lebih banyak kerjasama dalam bidang pendidikan, pertahanan, pelancongan dan sumber manusia.
Perbincangan turut menyentuh kepengerusian ASEAN tahun depan. Malaysia menerusi ASEAN terbuka untuk meneroka ruang kerjasama ASEAN-Pakistan yang dapat memanfaatkan negara serantau.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian langsung mengadakan pertemuan dengan Mohammad A Abunayyan, Pengerusi ACWA Power serta wakil pengurusan tertinggi syarikat, seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
ACWA Power adalah antara syarikat pembangunan tenaga terbesar di dunia dan terbesar di Timur Tengah.
Dalam pertemuan ini, ACWA Power menyatakan minat dan komitmen terhadap pelaburan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia bersama-sama rakan kongsi strategik tempatan.
Syarikat ini turut membentangkan cadangan pelaburannya, termasuklah kerjasama dalam membangunkan beberapa projek tenaga di Terengganu, Kelantan, Perlis, Sarawak dan Johor.
Saya zahirkan penghargaan atas komitmen ACWA Power untuk meningkatkan pelaburannya di Malaysia dan memaklumkan negara ini sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat.
Kerajaan MADANI akan terus melaksanakan dasar mesra pelaburan dengan memberi tumpuan terhadap inisiatif memastikan setiap urusan pelaburan dipermudah dan disegerakan.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketemu Menteri Luar Turkiye, Dr Hakan Fidan di sela-sela Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bersama-sama Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
Perbincangan kami selama hampir 30 minit itu menyentuh perihal kepentingan kedua-dua negara, termasuk berbicara panjang lebar dalam isu kemanusiaan yang terus memburuk di Palestin.
Saya nyatakan penghargaan atas usaha Turkiye yang tanpa henti membantu warga Palestin dan menjadi penyumbang kedua terbesar yang menyalurkan bantuan ke Gaza. Malaysia terbuka untuk bekerjasama dengan Turkiye untuk meneruskan usaha mulia ini.
Pada masa sama, kami turut senada dalam hasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dan Turkiye, terutama menjelang ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun ini.
Perbincangan kami turut menumpukan soal usaha meneroka lebuh lanjut potensi pelaburan dan perdagangan semasa dan baharu, antaranya membabitkan minyak sawit, industri halal, aeroangkasa, kesihatan, ekonomi digital dan hijau, kecerdasan buatan (AI), pertahanan serta elektrik dan elektronik.
Di akhir pertemuan, saya sekali lagi menyampaikan undangan buat Presiden Erdogan untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketemu dengan Ibu Sri Mulyani Indrawati, pakar ekonomi yang juga Menteri Kewangan Indonesia di kota Riyadh usai majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
Sempat bertanya khabar dan berbual panjang dengan Ibu Sri Mulyani seputar perihal teman-teman di Indonesia, selain berkongsi pandangan terkait isu-isu serantau.
Kami turut singgung soal pembaharuan fiskal Kerajaan serta agenda memajukan kewangan Islam selaras dengan cabaran semasa termasuk keperluan membiayai peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan menangani kemiskinan.
Beliau turut maklumkan akan hadir ke Malaysia bulan depan bagi menghadiri Global Forum on Islamic Economics Finance (GFIEF) yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 Mei 2024 di Kuala Lumpur.
Turut dibincangkan adalah bidang kerjasama ekonomi untuk diperkukuhkan di peringkat ASEAN mengambil kira peranan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun depan.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari terakhir di Riyadh saya mulakan dengan mesyuarat bersama Presiden dan Pengerusi Bank Pembangunan Islam (IsDB), Dr Muhammad Al Jasser. Saya diapit Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Perbincangan ini tertumpu pada usaha mengeratkan kerjasama antara Malaysia dan IsDB, terutama peranan Centre of Excellence IsDB di Kuala Lumpur untuk inovasi kewangan Islam.
Ini selaras dengan peranan Malaysia yang sejak sekian lama telah menerajui pembangunan kewangan Islam, khususnya dalam aspek pembangunan produk kewangan Islam yang setanding produk kewangan konvensional.
Saya tegaskan kepentingan untuk mengembangkan usaha menerusi pembangunan produk kewangan Islam baharu berdasarkan prinsip maqasid syariah yang mengutamakan keadilan dan perkongsian risiko serta pulangan yang saksama.
Usai perbincangan, saya bersama Dr Muhammad menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SC dan IsDB. MOU ini adalah kesinambungan lawatan saya ke Pejabat IsDB tahun lalu di Jeddah.
Insya-Allah, MoU ini berupaya meningkatkan pembangunan kapasiti, perkongsian pengalaman, dan pelaksanaan projek-projek teknikal secara bersama antara SC dan IsDB, khususnya bagi memudah cara inovasi dalam teknologi kewangan Islam, menggalakkan aliran pelaburan asing ke dalam pasaran swasta dan pembangunan kewangan sosial Islam.
Usaha ini juga sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI untuk memastikan Malaysia menerajui kewangan Islam di peringkat dunia.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah juga buat saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenagi pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) di Maghribi. Terus pamer prestasi terbaik dan harumkan nama negara di persada antarabangsa.
#malaysiamadani
BERNAMA
@bernamadotcom
[Sukan] 'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech
www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2292273
#bernamanews -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syabas dan tahniah kepada saudari Nor Farah Ain Abdullah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk atlet lain dalam mengharumkan nama negara di arena sukan tempatan dan antarabangsa.
#malaysiamadani
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
"Saya bukan lagi jaguh kampung, saya dah buktikan! Demi Malaysia!" -- Nor Farah Ain Abdullah
#nadiweekend #astroarena #bolingpadang #kejohananduniaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sebelah malam, saya dijemput untuk hadir dan menyampaikan ucaptama di majlis Sambutan Jubli Emas Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Makan Malam Gala di Riyadh.
Turut bersama dalam majlis itu adalah Gabenor Riyadh, Putera Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al-Saud serta Pengerusi Lembaga Gabenor IsDB yang juga Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan.
Malaysia punya sejarah yang panjang bersama IsDB apabila negara kita terlibat dalam penubuhan bank ini, terutama menerusi peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Setiausaha Agung OIC pertama.
Ketika menyampaikan ucaptama di hadapan ratusan pimpinan dunia dan ketua-ketua industri, saya tegaskan betapa institusi perbankan seperti IsDB punya peranan penting membantu mengangkat darjat golongan miskin dan terpinggir, khususnya di negara-negara Islam yang dihimpit perang dan konflik berpanjangan.
Namun usaha seumpama ini perlu melangkau lebih daripada sekadar menangani cabaran tradisional. IsDB perlu turut memainkan peranan bagi mendepani tantangan baharu seperti isu kemampanan alam sekitar, krisis keselamatan makanan, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).
Sekalung tahniah buat IsDB yang telah menyumbang bakti terhadap pembangunan komuniti miskin dan terpinggir selama 50 tahun. Saya percaya usaha ini akan berterusan, dikembangkan dan diperhebat oleh pimpinan IsDB.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan delegasi Malaysia turut mengadakan mesyuarat meja bulat bersama lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan pelbagai sektor dari seluruh pelusuk dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Turut bersama Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Antara syarikat yang menyertai sesi ini termasuklah Samsung, Chevron, BrainBox AI, Cisco Systems, omnibot.ai, TotalEnergies, Lulu Group International, Deutsche Bank dan Saudi Industrial Development Fund.
Ruang ini saya gunakan untuk memaparkan keutamaan, inisiatif strategik serta kadar pertumbuhan ekonomi dan fiskal negara, selain kewujudan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan.
Sesi ini penting untuk saya dan rakan-rakan meyakinkan pemimpin industri untuk melabur di Malaysia, sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi buat rakyat Malaysia.
Ramai pemimpin industri dan perniagaan yang hadir menunjukkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik negara dengan menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang.
Saya beri jaminan urusan pelaburan mereka akan dipermudah dan disegerakan, terutama selepas Kerajaan berjaya menangani isu kerenah birokrasi yang berlanjutan sejak sekian lama sebelum ini.
Saya percaya lebih banyak pelabur-pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan NVIDIA.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA
📌Kerajaan Persekutuan berpendirian Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) lulus di Parlimen, sah di sisi Perlembagaan Persekutuan
📌Walaupun DUN Terengganu tolak Akta 750, ia masih sah & terpakai seluruh Malaysia kecuali diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
📌Kerajaan Persekutuan sentiasa beri peruntukan pembangunan kepada semua negeri termasuk Terengganu
📌Akta 750 digubal bagi pelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia, jamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah
-- Pejabat Perdana Menteri -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Wisma Putra
@MalaysiaMFA
PRESS RELEASE: WORKING VISIT OF PRIME MINISTER DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM TO RIYADH, SAUDI ARABIA, IN CONJUNCTION WITH THE SPECIAL MEETING OF THE WORLD ECONOMIC FORUM, 27 – 29 APRIL 2024
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Kementerian Ekonomi - Laman Rasmi
@EkonomiMalaysia
Di mana Malaysia sekarang dalam sektor semikonduktor dan ke mana hala tuju kita seterusnya?
Di KL20 Summit 2024, semuanya akan terjawab.
Daftar kehadiran anda di kl20.gov.my atau boleh tonton secara langsung menerusi platform media sosial kami pada 22-23 April 2024 nanti.
#malaysiamadani
#kl20
#kementerianekonomi
Rafizi Ramli
@rafiziramli
In Malaysia's vibrant Electronics and Electrical (E&E) industry, we've established a strong foothold in essential back-end activities such as assembly and testing. Yet, as we gaze towards the frontier of design, fabrication, and higher-value components, the need for advancement becomes starkly apparent.
This realization isn't new. The pivotal question remains: Are we satisfied with maintaining the status quo, or are we poised to transcend our current capabilities?
Enter KL20. This initiative is not about resting on our laurels but about seizing leadership in the global E&E sector. The KL20 Action Paper serves as our strategic roadmap to climb to new heights.
Here’s a critical insight: Our research and development efforts, though substantial, have yet to spark widespread innovation. Our public sector R&D institutions are underleveraged, and our brightest minds are often siloed in production rather than leading breakthroughs.
The KL20 Action Paper addresses these issues decisively. It calls upon researchers, policymakers, and industry captains to unite and transform our landscape. We envision a thriving ecosystem where creativity is cultivated, facilities are leveraged to their fullest potential, and talent is developed for pioneering R&D.
This mission goes beyond mere ambition; it is about recognizing and harnessing our latent potential. With the right strategy and collective effort, Malaysia is poised to become a powerhouse in the global E&E industry. KL20 marks our bold leap forward.
Join the conversation. Be a part of this transformative journey.
Together, let's redefine the future of Malaysia's E&E sector.
Let’s shape Malaysia’s tomorrow, today. Register your interest at www.kl20.gov.my to be part of the #kl20summit. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Kementerian Ekonomi - Laman Rasmi
@EkonomiMalaysia
Mengapa Sidang Kemuncak KL20 2024 yang akan diadakan pada 22-23 April ini penting?
Sidang kemuncak yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi ini bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka.
Ia juga berhasrat mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula (startup) terbaik global menjelang 2030.
Sidang ini juga bakal menyaksikan pelancaran Kertas Tindakan KL20, iaitu pelan hala tuju komprehensif yang menggariskan inisiatif pembaharuan ketara.
Tujuannya adalah untuk mencapai titik penyatuan di kalangan pemegang taruh utama – pengasas, pemodal teroka, bakat, inkubator dan pemecut, bagi memacu sektor teknologi pemula Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.
Jemput hadir ke sidang ini dengan mendaftar di laman kl20.gov.my
#malaysiamadani
#kementerianekonomi -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga, moga tabah dan kuat dalam menerima khabar duka akan pemergian Tan Sri Joseph Kurup hari ini.
Takziah saya utuskan kepada keluarga mendiang.
Jasa dan pengorbanan mendiang sewaktu menjadi menteri di peringkat persekutuan dan negeri, pastinya akan dikenang rakyat serta negara.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Semoga bulan Syawal, bulan kemenangan ini diraikan bersama yang tersayang dengan penuh rasa kesyukuran. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Warga Pejabat Perdana Menteri.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya umumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat memperingati Nudzul Quran, semoga kita sentiasa mendapatkan hidayah-Nya.
Di malam penuh berkah ini, mari kita perbanyak zikir dan doa sebagai ungkapan syukur atas nikmat Al-Quran.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Polis ke-217 kepada semua Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para veteran. (1/2)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan keselamatan rakyat Malaysia. (2/2)
‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
“2024: At the frontline of climate action” atau “2024: Barisan hadapan kepada tindakan iklim” adalah tema bagi Hari Meteorologi Sedunia tahun ini. (1/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Tema ini dipilih untuk menunjukkan pentingnya peranan bidang meteorologi dalam mengkaji, meramal dan memberikan informasi untuk mengatasi impak perubahan iklim demi kesejahteraan masa depan kita bersama. (2/3)
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sebagai rakyat Malaysia, banyak perkara yang boleh dilakukan dalam membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dalam kehidupan seharian. Tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan bumi ini. (3/3)
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Press Statement
Prime Minister
23 March 2024
On behalf of the people of Malaysia, I wish to convey my deepest sympathies and profound condolences to the victims, their families, as well as the people of Russia. This gruesome and barbaric rampage has no place in the civilised world. The fact that the attack took place in a major concert hall, an epicentre of culture, is almost certainly by design, calculated to inflict maximum damage.
Additionally, as a Muslim, I feel compelled to underscore that this utterly despicable atrocity can never be said to represent Islam or, indeed, any religion. We must therefore stand firm against allowing such wickedness and evil to eclipse the peaceful and noble teachings of the world’s great faiths.
Malaysia stands ready to work with all its partners, including the Russian Federation, in our common struggle against terrorism.
Photo: AFP -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 23 Mac 2024 bersamaan 12 Ramadan 1445 Hijrah.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
Allah Peliharakan Sultan. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Saksikan Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mac Tahun 2024
🗓️ 18 Mac 2024 (Isnin)
🕰️ 8.00 pagi
📍Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
Siaran secara langsung boleh diikuti melalui saluran Facebook JPM -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada semua umat Islam. Semoga kita mendapat keberkatan dan kerahmatan pada bulan yang mulia ini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2024!.
Terima kasih atas dedikasi dan ketekunan sebagai tunggak terpenting dalam pembinaan keluarga dan komuniti Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#wanitadijulangnegaragemilang -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Lapan inisiatif baharu bagi memperkasa bumiputera hasil KEB 2024.
#malaysiamadani
#keb2024
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Jika benar ada anggota Jemaah Menteri yang terpalit dengan rasuah, mana-mana individu berkenaan boleh digugurkan daripada barisan Kabinet.
Saya singgung perkara itu ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 hari ini seraya diapit Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid.
Sayugia, SPRM bebas menyiasat mana-mana pemimpin dalam kerajaaan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya sebagai prakarsa menghapuskan ‘penyakit’ tersebut yang akan menjalar nescaya melemah longlaikan semangat bangsa di negara ini.
Saya tekankan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan korupsi perlu diheret ke muka pengadilan hatta mereka tidak lagi berada dalam pemerintahan kerajaan.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selagi hayat dikandung badan, saya berikrar untuk tidak berputus asa berjuang demi rakyat. Sebagai Perdana Menteri, saya telah diamanahkan untuk melunaskan janji reformasi yang saya laungkan selama ini. Banyak yang Kerajaan perlu lakukan untuk merubah kebobrokan dalam institusi negara dan ekonomi serta mengangkat darjat kehidupan rakyat.
Hatta, sukacita saya berkongsi bahawa Kerajaan MADANI telah meluluskan pelaburan langsung sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023. Ini merupakan jumlah pelaburan terbesar yang pernah direkodkan oleh mana-mana kerajaan dalam sejarah Malaysia. Ini adalah satu manifestasi keyakinan yang nyata kepada Kerajaan MADANI, kepada cita-cita kita bersama.
Dengan pelaburan yang baharu diluluskan ini, insya-Allah ia akan mula mengalir ke dalam ekonomi negara dalam masa terdekat.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelaburan langsung baharu ini, waima domestik atau antarabangsa, membawa makna yang melangkaui daripada sekadar pekerjaan baharu yang lebih bermakna. Pelabur-pelabur ini memberi tanda keyakinan terhadap negara kita, keyakinan yang amat mencukupi untuk bukan sahaja melaburkan wang mereka di sini, bahkan melabur kepada kalian untuk dikongsi dengan semua serta dikembangkan berganda-ganda.
Pelaburan baharu bermaksud matlamat baharu, pendekatan segar untuk mencapai kemajuan ekonomi, serta peluang baharu bagi lebih ramai rakyat Malaysia melonjakkan tahap pemikiran dan kemahiran agar menjadi berdaya saing dalam ekonomi abad ke-21. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Janji saya kepada kalian adalah Kerajaan MADANI tidak akan berhenti di sini sahaja. Lebih banyak pelaburan baharu yang kami sedang usahakan. Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong dengan kertas-kertas dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bakal menjayakan transformasi ekonomi Malaysia.
Industri-industri baharu seperti keterjaminan makanan, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu ini akan menarik minat lebih ramai pelabur serta merancakkan lagi ekonomi negara. Walhasil, manfaatnya akan dikecapi rakyat.
Saya tahu keadaan hari-hari ini sangat mencabar untuk ramai orang. Yakinlah bahawa Kerajaan MADANI peka akan rintihan kalian. Saya mendengar kalian. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sebelah petang, saya mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor yang dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan di Johor.
Seraya diapit Timbalan Perdana Menteri II, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat, mesyuarat telah membincangkan status terkini kemajuan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Special Economic Zone (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).
Hatta saya telah meminta Kementerian Ekonomi untuk menyelaraskan mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli cadangan-cadangan berhubung JS-SEZ.
Beberapa program dan projek menaik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat juga dibincangkan, antaranya:
1. Lebuhraya Senai ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan Senai ke Desaru
2. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi daerah Segamat, Kota Tinggi dan di Batu Pahat
3. Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dan kerja-kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah
4. Kerja-kerja menaik taraf Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)
5. Cadangan penyuraian, pengurusan trafik dan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru serta hala tuju Iskandar Rapid Transit (IRT)
6. Bekalan air Johor melibatkan Sungai Pontian Besar, Sungai Sedili Besar, Sungai Gembut, Air Layang 2 dan Sungai Johor.
Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi terima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc., saudara Anthony Tan seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.
Saudara Anthony adalah usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat. Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak USD 12.34 bilion.
Dalam pertemuan ini saya telah dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia. Ini terkait dengan perniagaan seperti GRAB dan Jaya Grocer. Selain itu, pengoperasian GX Bank dijangka akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Kami juga membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan. Semoga kecekalan saudara Anthony menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov yang dalam rangka kerja Lawatan Rasmi selama tiga hari di Malaysia.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Luar, Dato' Seri Mohamad Hasan, kami berbincang mengenai usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala Malaysia-Uzbekistan dan juga isu-isu serantau.
Kami turut menyatakan komitmen untuk memperhalusi kerjasama terutama dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik kedua-dua negara.
Pada masa sama, kami turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk kerjasama dalam OIC, situasi di Gaza serta perkembangan di Afghanistan.
Saya percaya pertemuan akan memperkukuh dan mempertingkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih atas kesudian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.
Titah Tuanku yang menzahirkan hasrat untuk memelihara kestabilan politik negara menjadi kekuatan buat patik dan seluruh jentera Kerajaan untuk berusaha sehabis baik membela nasib rakyat dan mengangkat kembali martabat dan darjat Malaysia.
Semoga Malaysia kekal qarar dan dilimpahkan kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan, antara prakarsa bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Fungsi akademi ini antara lain melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif, selain memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan.
Hatta ia juga dapat membangun kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta membangun kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan berkualiti tinggi.
Mesyuarat ini antara lain bersetuju agar Akademi Kenegaraan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya singgah ke Parlimen hari ini bagi menyampaikan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan daripada pemerintahan seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata serta negara.
Dalam kesempatan yang sama, saya turut merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan Dewan Rakyat kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari tadi menghoskan Perdana Menteri Kemboja TYT Hun Manet untuk jamuan makan tengah hari di Kompleks Seri Perdana.
Alhamdulillah, pelbagai isu yang dekat dengan kepentingan kedua-dua negara berjaya disentuh serta diputus secara bersama hari ini yang melibatkan hal pelaburan, pensijilan halal, sektor tenaga menjadi antara perkara yang dibincangkan.
Hubungan Malaysia-Kemboja mesti terus padu dan mekar selari dengan kepentingan dan kehendak bersama kedua-dua negara tetangga, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia hari ini, kami sempat menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam inovasi kewangan dan pembayaran.
Ia dimeterai dan ditangani Gabenor BNM Abdul Rasheed Ghaffour dan Gabenor NBC Chea Serey.
Dalam sidang media bersama, saya tekankan kepentingan MoU antara kedua-dua bank pusat itu adalah suatu yang bermakna kerana ia merupakan salah satu usaha bagi menangani isu atau masalah dengan mata wang.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.
Sayugia, perbincangan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjaya diperkukuhkan lagi.
Beberapa aspek lain akan dipertingkatkan khususnya kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, tenaga, keselamatan, maklumat dan komunikasi, serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Kemboja.
Saya percaya, lawatan rasmi ini akan mengukuhkan lagi nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Alhamdulillah, kerja keras sepanjang setahun lalu membuahkan hasil. Kita berjaya catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah!
Tahun ini Kerajaan MADANI akan lipat gandakan usaha demi kemakmuran rakyat.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Seluruh warga Pejabat Perdana Menteri merakamkan ucapan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Mantan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali kerahmatullah pada 21 Februari 2024M bersamaan 11 Syaaban 1445H.
Al-fatihah -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita atas pemergian mantan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.
Saya mewakili pentadbiran Kerajaan MADANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.
Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.
Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.
Al-Fatihah. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Hari ini YAB Perdana Menteri akan berada di Melaka sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu Ke-68 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Bandar Hilir, Melaka. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan ini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam ucapan di Melaka, saya tegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terkait undang-undang syariah di Kelantan jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak terlibat dalam keputusan ini.
Bahkan kes ini hanya terkait soal percanggahan bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri, bukan cubaan mengancam undang-undang syariah seperti yang cuba dimomokkan pihak tertentu.
Rakyat usah tertipu dengan cubaan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan memainkan sentimen kononnya pentadbiran saya menentang syariah Islam, sedangkan Kerajaan inilah, bersama-sama Majlis Raja-Raja, yang sedang berusaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahun Naga, menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma, selain sifat kreativiti dan keyakinan.
Justeru, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.
Di pihak Kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya. Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.
Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Sebuah perjalanan yang agung dan penuh hikmah dalam peristiwa Isra Mikraj harus selalu kita ingat. Semoga hikmah sejarah agung ini memberikan kesempurnaan iman dalam kehidupan kita.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyentuh soal Lembaga Pengampunan terhadap mantan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, saya singgung keperluan untuk menghentikan segala perdebatan atau pertikaian terkait isu ini setelah penjelasan lanjut diberikan.
Terdapat beberapa bidang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan yang menjadi wewenang dan budi bicara sepenuhnya bagi KDYMM Yang di-Pertuan Agong. Ini termasuk Perkara 42(1) terkait kuasa memberi ampun, tunda hukum dan meringankan hukuman.
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bulan Februari Tahun 2024 akan diadakan pada:
𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
𝟖.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
Tonton siaran langsung melalui 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐏𝐌𝐎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan menerima patik menghadap di Istana Negara, hari ini.
Dalam sesi menghadap ini, beberapa perkara telah disembah maklum kepada Duli Tuanku antaranya terkait perkembangan terkini negara serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.
Daulat Tuanku!
Kredit Foto: Official Sultan Ibrahim -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.
Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini.
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50 khususnya kepada semua warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya &Labuan.
"Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni"
#malaysiamadani -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Intipati ucapan YAB Dato' Sri @IsmailSabri60 Perdana Menteri sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, Sabah.
➡️ Tingkatkan penglibatan belia dalam sektor Agromakanan -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI
TARIF ELEKTRIK DAN AIR DI SEMENANJUNG KEKAL, HARGA AYAM TIDAK DIAPUNGKAN
24 JUN 2022
#keluargamalaysia
#bekerjabersamarakyat -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak
-
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Berkaitan Program Komprehensif Untuk Peminjam B50 Yang Terjejas Pada 13 Oktober 2021
#keluargamalaysia #bekerjabersamarakyat
#pm9 #ismailsabri #pejabatperdanamenteri #b50 #urus -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Berkaitan Keputusan Mesyuarat Kabinet 8 Oktober 2021 www.pmo.gov.my/2021/10/kenyataan-media-berkaitan-keputusa…
#kenyataanmedia #mesyuaratkabinet
#keluargamalaysia #bekerjabersamarakyat
#pm9 #ismailsabri #pejabatperdanamenteri -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Kenyataan Media Berkaitan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan www.pmo.gov.my/ms/2021/09/kenyataan-media-berkaitan-trans…
@MYParlimen -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Ikuti dan Sertai 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 untuk mendapatkan maklumat 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 dan 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇!
✅www.facebook.com/PejabatPerdanaMenteri/
✅x.com/MalaysiaPMO
✅www.instagram.com/malaysiapmo/
✅www.youtube.com/c/PejabatPerdanaMenteriMalaysia -
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
[𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍]
Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) - 1GB Data Internet Percuma sehingga 31 Disember 2021!
@kkmm_gov @MCMC_RASMI
#pemulih #internetpercuma
www.facebook.com/PejabatPerdanaMenteri/posts/349657226668700

































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































