Sebelum ke Parlimen tadi, saya menziarahi keluarga Allahyarham Mohamed Rais bin Salleh di Presint 20, Putrajaya.
Salam takziah kepada isterinya, Puan Juhaida binti Husain, dan seluruh keluarga. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Radzi Jidin
Mohd Radzi bin Md Jidin (Jawi: محمد راضي بن محمد جيدين; born 4 September 1977) is a Malaysian politician and forensic accountant who served as Senior Minister of the Education and Social Cluster and as Minister of Education from 2020 to 2022. He has been the Member of Parliament (MP) for Putrajaya since November 2022. More on Wikipedia
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, terpaksa menjalani pembedahan pemotongan lengan kanan susulan kemalangan motosikal.
Anak muda kelahiran Perlis ini telah mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada beliau dalam menghadapi ujian ini.
KBS perlu memberikan segala sokongan yang diperlukan, termasuk dalam aspek pemulihan, kebajikan dan masa depan beliau. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kenderaan rosak atau pengguna jalan raya cedera akibat jalan berlubang, tetapi nak tuntut pampasan pun susah.
Di Parlimen semalam, saya mencadangkan supaya aplikasi MyJalan bukan sahaja digunakan untuk membuat aduan jalan rosak, tetapi juga untuk membuat tuntutan pampasan dengan bukti yang sewajarnya.
Pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan tidak sepatutnya lepas tangan sehingga rakyat terpaksa menanggung kerugian.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 telah berakhir. Rakyat Melaka telah membuat pilihan. Selamat menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada semua yang terpilih untuk mewakili rakyat.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan undi dan kepercayaan kepada BERSATU. Penghargaan juga kepada semua calon dan jentera parti yang telah bekerja keras sepanjang pilihan raya ini.
BERSATU akan terus bekerja, membawa suara rakyat, mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat serta memperjuangkan kepentingan negara.
Kami kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin, bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Ahli Parlimen Padang Besar.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham, menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga.
Al-Fatihah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seronok dapat bertemu pelajar SMK Lenga, Muar, Johor yang berkunjung ke Parlimen Malaysia hari ini.
Pertemuan ini mengingatkan saya kepada lawatan kerja ke sekolah tersebut pada 15 Februari 2022.
Kepada anak-anak, masa depan pasti ada cabarannya. Teruskan belajar bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa. Percayalah, setiap anak mempunyai potensi untuk melangkah jauh.
Nothing beats hard work! Pak cik doakan semuanya berjaya dan dapat membanggakan keluarga. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
DARA, AMOI DAN KELAT: APA PENYELESAIANNYA?
Isu tiga ekor gajah, Dara, Amoi dan Kelat, yang berada di sebuah zoo di Jepun sudah lama berlarutan. Perkara ini sudah sampai ke peringkat Menteri, Perdana Menteri, malah dibangkitkan di Parlimen.
Saya meminta kerajaan bersikap telus. Jelaskan apa yang telah dilakukan dan apakah langkah seterusnya yang akan diambil.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sempat berbual dengan adik ini ketika menziarahi keluarganya.
Saya tanya, “Adik panggil nenek apa?”
Dia jawab, “Paati!”
Paati bermaksud nenek dalam bahasa Tamil. Comel betul! 😊This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
DR ASMAH SAMAT, ANAK JATI PANTAI KUNDOR UNTUK PANTAI KUNDOR
Saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN N.12 Pantai Kundor, yang turut dihadiri oleh Dr. Asmah Samat, calon nombor 1 bagi DUN Pantai Kundor daripada Parti BERSATU.
Dr. Asmah Samat merupakan seorang pakar kesihatan awam yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara. Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, beliau merupakan antara pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam usaha mengurus dan membangunkan perkhidmatan perubatan negara. Pengalaman beliau sebagai petugas barisan hadapan sepanjang tempoh yang mencabar itu merupakan sebahagian daripada khidmat bakti beliau kepada negara.
Berbekalkan pengalaman luas dalam perkhidmatan awam serta jaringan beliau dengan agensi Kerajaan dan kementerian-kementerian, BERSATU yakin Dr Asmah akan dapat membantu menangani permasalahan penduduk di Pantai Kundor dengan lebih cekap dan berkesan.
Oleh itu, kepada pengundi DUN Pantai Kundor, pada 14 November nanti, undilah calon nombor 1, Dr. Asmah Samat, doktor rakyat!🌺This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, khususnya di Putrajaya.
Semoga sambutan tahun ini membawa kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Selamat Hari Deepavali! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tan Sri Asiah Abu Samah, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang meninggal dunia hari ini.
Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan negara amat besar dan akan terus dikenang.
Semoga Allah SWT merahmati Allahyarhamah dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini, saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2027 bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Antara perkara yang akan saya bangkitkan ialah kebajikan penjawat awam serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk Putrajaya.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mengapa Belum Didedah Nama Syarikat atau Perusahaan Disyaki Memproses Ayam Bangkai?
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Oktober memaklumkan premis di Puchong dipercayai beroperasi sekitar 20 tahun. Hari ini, dilaporkan kira-kira 40,000 ekor ayam diproses sehari dan diedarkan. Nama syarikat masih tidak didedahkan.
Kes ayam sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur mula tular pada 19 Oktober lalu. Sudah 13 hari berlalu, tetapi nama syarikat dan hasil akhir siasatan belum diumumkan.
Elok pihak berkuasa jelaskan apakah faktor-faktor yang menghalang pendedahan nama mereka yang terlibat. Kalau perlu penggubalan undang-undang, kita gubal! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Wan Badariah Wan Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Perlis daripada PAS.
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang beriman serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.
Al-Fatihah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seorang anggota Maritim Malaysia, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang, Kangar, Perlis.
Tiga lagi anggota turut dilaporkan cedera.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya doakan Allahyarham dicucuri rahmat, keluarganya diberi kekuatan dan semua anggota yang cedera segera sembuh. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ketika di IOI City Mall Putrajaya semalam, pakcik disapa oleh anak-anak dari Maktab Tentera Diraja (RMC) yang bakal menduduki SPM tahun ini.
Pakcik doakan semoga segala urusan anak-anak dipermudah. Teruskan usaha, bertawakal dan berdoa. Perjalanan kalian masih jauh. Semoga kalian direzekikan yang terbaik.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan Sofea Nafeesa dan Muhammad Shaiffuddin di Lamanz De Putra, Presint 17, Putrajaya.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai! Saya doakan semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Semoga terus saling memahami, menyayangi dan hidup bahagia hingga ke syurga.
Terima kasih kepada ibu bapa pengantin perempuan, Encik Shamsul Nizam dan Puan Rashidah, atas jemputan dan layanan yang baik.
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Firdaus dan Aida Athirah di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tahniah buat kedua-dua mempelai! Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dilimpahi kebahagiaan dan berkekalan hingga ke syurga.
Terima kasih kepada ibu bapa pengantin, Encik Jamaludin dan Puan Hasnah, atas jemputan dan layanan yang baik.
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Penyeludupan dadah ke luar negara dari Malaysia: Adakah Malaysia menjadi tempat transit atau tempat memproses dadah oleh sindiket antarabangsa?
Pada Isnin lalu, ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Parlimen, saya menyentuh isu kawalan sempadan keluar masuk negara, termasuk kegiatan sindiket counter setting dan penyeludupan dadah ke luar negara melalui lapangan terbang.
Semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM mengeluarkan kenyataan media yang mendedahkan seramai 72 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober 2026.
Sebanyak 48 kes direkodkan melibatkan rampasan kira-kira 1,704 kilogram dadah bernilai RM81.76 juta. Ini yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa luar negara. Kita tidak tahu berapa ribu kilo lagi dadah yang telah melepasi sempadan negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa negara ini atau pihak berkuasa asing.
Thailand mencatatkan tangkapan tertinggi melibatkan 19 orang rakyat Malaysia, diikuti Indonesia (16), Taiwan (8) dan Singapura (8).
Antara kes yang dilaporkan ialah penahanan lima rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Haneda, Jepun pada Oktober ini kerana disyaki cuba menyeludup kira-kira 5 kilogram kokain bernilai RM3.1 juta.
Pendedahan ini menimbulkan persoalan yang amat penting. Adakah Malaysia digunakan sebagai tempat transit oleh sindiket dadah antarabangsa? Atau adakah Malaysia menjadi pusat kegiatan pemprosesan dadah di dalam negara ini sebelum diseludup ke luar negara?
Adalah amat penting untuk Kerajaan memberi penjelasan tentang situasi sebenar yang sedang berlaku di negara ini.
Kita masih ingat, pada tahun 1983, sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat, dadah telah diisytiharkan sebagai Musuh Nombor Satu Negara.
Lebih empat dekad berlalu, ancaman dadah masih menjadi cabaran besar kepada negara. Usaha membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah mesti terus diperkukuh, termasuk kawalan di pintu masuk dan keluar negara.
DRJ
Parlimen Malaysia
22 Oktober 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Datin Hajah Siti Zaitun binti Haji Harun.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Kita doakan agar Allah SWT merahmati Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah.”
— Tun Dr. Mahathir
Sama-sama kita doakan semoga Tun terus kuat dan diberikan kesihatan yang baik. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kes langgar lari bukan perkara kecil. Bayangkan mangsa kemalangan jalan raya dibiarkan tanpa bantuan kecemasan!
Saya bangkitkan isu ini di Parlimen. Menteri Pengangkutan menjelaskan penggunaan dashcam membantu siasatan polis dan hukuman bagi kes langgar lari akan diteliti untuk diperketatkan.
Tindakan melarikan diri selepas melanggar mangsa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan hukuman yang berat!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seorang guru wanita dilaporkan cedera dalam kejadian melibatkan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang membawa senjata di sebuah sekolah swasta di Kuching. Semoga guru berkenaan segera sembuh dan segala urusan dipermudah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Parlimen pagi tadi, saya mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan supaya Kerajaan memberi fokus khusus kepada penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk.
Pemeriksaan dan ujian alkohol mesti dipertingkatkan, termasuk sekatan jalan raya pada waktu tertentu di kawasan berisiko tinggi (hotspot).
Kerajaan mesti beri isyarat jelas bahawa tiada kompromi terhadap pemandu mabuk!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pusat Pemprosesan Ayam Yang Diragui Kaedah Sembelihan dan Status Halal - Jangan Terus Dibiarkan!
Pada malam Isnin lalu, tular video di sebuah pusat pemprosesan ayam yang telah menimbulkan keraguan tentang kaedah penyembelihan yang digunakan. Ramai yang tertanya-tanya sama ada ayam yang dibekalkan oleh pusat pemprosesan tersebut halal.
Semalam, saya minta supaya semua pihak berkuasa yang terlibat mengambil tindakan segera kerana perkara ini melibatkan status halal haram dan keselamatan makanan.
Pihak JAKIM kemudiannya mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan siasatan sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan.
Persoalanya, berapa lama hendak disiasat? Siapa pemilik premis itu? Adakah di sepanjang tempoh siasatan, pusat pemprosesan ayam tersebut dibenarkan meneruskan operasi mereka? Jika ya, ke mana mereka bekalkan ayam yang diragui status halalnya? Apakah ayam yang diragui kaedah penyembelihannya ini akan terus dijual di pasaran sebagai ayam yang halal?
Kita tidak tahu berapa banyak lagi pusat pemprosesan yang mengambil mudah kaedah penyembelihan menyebabkan status halalnya diragui.
Perlu ada penjelasan segera tentang hal ini.
DRJ
Parlimen Malaysia
21 Oktober 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sampai bila rakyat perlu berdepan ancaman anjing liar?
Saya gesa KPKT serta semua kementerian dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera dan menyeluruh.
Jadikan Putrajaya sebagai model kawasan bebas anjing liar.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malaysia bukan merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
Daripada 225,000 pelarian berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, hanya 974 orang ditempatkan ke negara ketiga bagi Januari hingga Jun 2026.
Keadaan ini seolah-olah meletakkan Malaysia dalam satu perangkap!
Sampai bila rakyat Malaysia perlu menanggung keadaan ini?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kecurian kabel semakin membimbangkan. Perkhidmatan MRT dan kereta api terganggu, lampu jalan tidak berfungsi. Akhirnya rakyat yang menanggung akibat.
Kerajaan mesti menyiasat keseluruhan rantaian kegiatan ini. Bukan sahaja pencuri kabel, tetapi juga sindiket dan pihak yang membeli kabel curi.
Tindakan tegas mesti diambil terhadap semua yang terlibat!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramai menghubungi saya berhubung video tular berkaitan pemprosesan ayam dan isu kebersihan di sebuah premis di Kuala Lumpur.
JAKIM perlu segera menyiasat kaedah penyembelihan, status halal serta ke mana ayam tersebut dibekalkan dan dijual.
Siasatan bersepadu bersama DBKL, KKM dan Jabatan Imigresen Malaysia juga perlu meliputi aspek kebersihan, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seluruh jentera kerajaan, termasuk ketumbukan anggota tentera, perlu digerakkan bagi melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara dan menghantar mereka pulang ke negara asal!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kita tidak boleh membiarkan sempadan negara terus longgar begini. Hancur negara jadinya!
Kelemahan kawalan sempadan membuka ruang kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Lebih membimbangkan apabila terbongkar sindiket “counter setting” yang melibatkan anggota penguat kuasa.
Kerajaan mesti memperkukuh kawalan sempadan dengan infrastruktur, peralatan dan anggota penguat kuasa yang mencukupi.
#pati #unchrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pandai berenang sahaja belum cukup. Kita juga perlu tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di air.
Minggu lalu, Taklimat Keselamatan Air telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya bersama peserta dan ibu bapa bagi program PUTRARenang Siri ketiga.
Selain mengikuti kelas belajar berenang, para peserta turut diberikan pendedahan tentang cara mencegah kemalangan di air, tindakan ketika kecemasan serta langkah membantu individu yang berada dalam bahaya dengan selamat.
Ilmu seperti ini penting untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Dalam situasi kecemasan, tindakan yang betul boleh menyelamatkan nyawa.
Kita mahu anak-anak bukan sahaja pandai berenang, tetapi juga tahu menjaga keselamatan diri dan orang lain. 🏊♂️
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini meraikan hari bahagia Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Kami doakan agar Saddiq dan Bella kekal bahagia ke akhir hayat.
#bellsyedyesThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam semalam dapat luangkan masa bersama penduduk Blok C, PPAM Pudina, Presint 17 dalam Majlis Silaturahim.
Terima kasih kepada Ketua Blok C, Saudara Khairil Ahmad atas jemputan.
Seronok dapat berjumpa dan bersembang santai dengan penduduk. Macam-macam cerita dapat dikongsi malam ini.
Semoga hubungan silaturahim kita terus erat. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi.
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat hujung minggu sahabat-sahabat semua! Semoga semuanya berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, pagi ini berlangsung sesi kedua daripada 10 sesi Inisiatif Literasi Pintar Komuniti Putrajaya di Putrajaya Care.
Kelas bimbingan membaca ini kita adakan untuk membantu anak-anak Putrajaya meningkatkan kemahiran membaca serta membina keyakinan diri dalam pembelajaran.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak, bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga dalam perkara yang mereka minati.
Setiap anak mempunyai kemampuan dan kelebihan masing-masing.
#drj #drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Saya diberitahu petugas lapangan terbang sudah dibayar, jadi kami tidak akan diperiksa. Sebab itu saya berasa lega,” dakwa suspek, lapor Fuji News Network (FNN).
FNN tidak menyatakan lapangan terbang mana; dakwaan belum disahkan.
Tapi faktanya, mereka berlepas dari KLIA Terminal 2 sebelum ditahan di Haneda, Tokyo. Amat memalukan negara!
Sistem keselamatan secanggih mana pun boleh dikompromi tanpa integriti. Siasat dakwaan ini! Heret mereka yang terlibat ke muka pengadilan! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama tiga anak muda yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Ezham dalam bidang Pendidikan Ekonomi, Zahid dalam bidang Teknologi Maklumat dan Wafie dalam bidang Perakaunan.
Seronok dapat berbual dengan mereka. Semoga terus cemerlang dalam pengajian, berjaya mencapai cita-cita serta dapat berbakti kepada ibu bapa dan negara. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramai rakyat Malaysia tanya, kerajaan tak ada ke perancangan nak tempatkan pelarian di kawasan terkawal macam pelarian Vietnam di Pulau Bidong dan kem transit Sungai Besi? Hari ini saya bangkitkan persoalan ini.
Dengar jawapan Menteri Dalam Negeri dalam video ni.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini ada sesi Waktu Pertanyaan Menteri mengenai Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh KDN.
Saya telah tegaskan di Parlimen, kerajaan mesti pastikan DPP tidak disalahgunakan sindiket untuk mendaftarkan PATI sebagai pelarian. Jangan sesekali benarkan!
Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
Kerajaan mesti ada perancangan menyeluruh untuk mempercepat penempatan semula ke negara ketiga atau penghantaran balik pelarian ke negara asal. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semua sekolah di Putrajaya akan beroperasi seperti biasa esok, Rabu, 14 Oktober 2026.
Ibu bapa, terus pantau kesihatan anak-anak dan kurangkan aktiviti luar. Sama-sama kita jaga kesihatan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hadir mendengar pembentangan Belanjawan 2027 bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sesibuk mana pun urusan harian, jangan abaikan solat.
Khutbah Jumaat hari ini di Surau Al-Husna, Presint 9 bertajuk “Berjemaah Bertambah Rahmah” mengingatkan kita supaya mengutamakan solat berjemaah dan mendidik keluarga menjaga solat.
Khutbah turut menyentuh kepentingan bersukan untuk kekal sihat dan cergas, mendoakan saudara kita di Gaza serta memohon perlindungan daripada kesan jerebu.
Semoga kita sama-sama terus istiqamah melakukan kebaikan, bermula daripada diri sendiri dan keluarga. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah yang menyebabkan kecederaan atau kematian wajib dihukum berat. Namun mangsa dan waris juga perlu dibela.
Jun lalu, saya bangkitkan di Parlimen supaya pindaan undang-undang baharu ini turut memberi pembelaan kepada mangsa dan waris.
Semalam, Kerajaan memaklumkan mekanisme pampasan sedang diperhalusi sebelum pindaan Akta 333 dibentangkan. Segerakan pindaan ini.
📹 24 Jun 2026 | Perbahasan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seronok pagi ini terserempak dengan anak-anak Sekolah Kebangsaan Segamat Baru, Segamat di Parlimen. 😊
Mereka sedang mengikuti Jelajah SEBARU 2026 ke Putrajaya dan Selangor. Semoga lawatan ini beri pendedahan baharu, tambah ilmu dan menjadi kenangan yang bermakna buat anak-anak. 👋🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Keselamatan Jalan Raya Fasa 10, Presint 9
Kawasan jalan keluar masuk Fasa 10, Presint 9 ke Jalan P9C dilaporkan kerap berlaku kemalangan, selain pandangan ketika keluar dari simpang agak terhad.
Kami telah hubungi pihak PPj untuk melihat penambahbaikan yang sesuai bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Saya harap tindakan yang sesuai dapat dilaksanakan supaya laluan ini lebih selamat untuk penduduk.
#drj #drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BELUM ADA ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE MYANMAR
Saya mencelah ketika YB Jelutong membahaskan Penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia.
Saya minta Kerajaan jelaskan sama ada 1,476 warga Myanmar yang dihantar pulang baru-baru ini turut melibatkan Rohingya.
Semalam, Perdana Menteri memaklumkan berdasarkan rekod, belum ada Rohingya yang dihantar pulang ke Myanmar.
Selain penghantaran pulang ke negara asal, Kerajaan perlu lipat gandakan usaha penempatan semula pelarian, termasuk Rohingya, ke negara ketiga sebelum keadaan menjadi lebih meruncing.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hampir 30 tahun kita mengambil masa mengurus dan menempatkan semula lebih 250,000 pelarian Vietnam yang mula masuk ke Malaysia sekitar 1975. Waktu itu pun bukan mudah walaupun mereka ditempatkan di kawasan terkawal seperti Pulau Bidong dan kem transit. Bayangkan keadaan hari ini apabila pelarian berada di mana-mana dalam masyarakat.
Ketepikan politik. Kita sama-sama selesaikan isu pelarian ini segera. 🇲🇾This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pelajar perempuan berusia 19 tahun di Kuantan ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. Seorang lelaki berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Salam takziah kepada keluarga mangsa.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sampai bila UNHCR akan diberi kuasa untuk menentukan siapa yang layak ditakrif sebagai pelarian? Jika diberikan kebebasan kepada UNHCR, negara kita yang kita cintai ini akan menghadapi krisis limpahan pelarian.
Saya cadangkan kerajaan tidak benarkan lagi pendaftaran pelarian baharu. Sesiapa yang berada di negara ini tanpa permit yang sah dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin. Jika ditangkap, mereka perlu dihantar balik ke negara asal.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menurut polis, seorang pelajar Tingkatan 1 di Kulim cedera parah selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah. Sama-sama kita doakan anak ini diberikan kesembuhan dan dipermudah segala urusan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Langkah paling penting, kerajaan perlu laksanakan operasi bersepadu di sempadan bagi memastikan tiada pendatang tanpa izin, termasuk pelarian, lolos masuk ke Malaysia.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
222,366 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat Jun 2026.
Kalau sekitar 2,000 orang sahaja ditempatkan ke negara ketiga setiap tahun, kita perlukan kira-kira 111 tahun untuk menempatkan jumlah ini.
Itu pun kalau tiada kemasukan pelarian baharu.
111 tahun. Ini tidak masuk akal.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramai warga Malaysia dah hilang sabar dengan isu kebanjiran pelarian Rohingya di kawasan mereka.
Bila bercakap tentang hak asasi pelarian, kita perlu ingat juga tentang hak asasi rakyat Malaysia di tanah air mereka sendiri.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu pelarian, khususnya Rohingya, perlu kita tangani dengan serius.
Hari ini saya bangkitkan beberapa perkara di Dewan Rakyat, termasuk hak rakyat Malaysia, kawalan sempadan, peranan UNHCR dan penempatan semula ke negara ketiga.
Saya kongsikan teks penuh perbahasan.
Kita ketepikan politik. Kita sama-sama selesaikan isu pelarian ini segera.
#drj
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini sidang Parlimen bermula.
Saya akan membahaskan Penyata Pengurusan Pelarian di Malaysia.
KDN menganggarkan terdapat sekitar 295,787 pelarian di Malaysia, dengan hampir 70% daripadanya terdiri daripada etnik Rohingya.
Isu pelarian, termasuk etnik Rohingya, turut memberi tekanan kepada hubungan dengan masyarakat setempat dan membawa pelbagai implikasi sosial yang perlu diberi perhatian serius.
Dalam apa juga pendekatan yang diambil, kepentingan negara dan rakyat Malaysia mesti didahulukan. 🇲🇾
#drj #parlimen #putrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perselisihan dalam keluarga bukan tanda kegagalan. Cara kita menanganinya yang menentukan sama ada rumah tangga bertambah kukuh atau semakin retak.
Itu antara pesanan daripada khutbah hari ini bertajuk “Merungkai Sengketa, Bahagia Rumah Tangga” di Surau Al-Iman, Presint 9.
Dalam setiap perselisihan, ruang untuk saling memahami sentiasa ada. Bertolak ansur, saling menghormati, sabar dan berlapang dada antara perkara yang boleh menguatkan kembali hubungan dalam keluarga.
Pada masa yang sama, maruah dan aib pasangan perlu terus dijaga. Setiap kemelut sebaiknya dirungkai dengan hikmah, bukan dibawa ke media sosial hingga keadaan menjadi lebih sulit.
Kasih sayang yang disulam dengan iman, insya-Allah tidak mudah terungkai. Semoga Allah SWT terus memelihara, menguatkan dan merahmati keluarga kita semua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Amat sayu melihat Tun Mahathir ketika beliau menziarahi pusara isteri tercinta pagi ini. Genangan air mata dan esakan Tun cukup menusuk hati. Manifestasi cinta kasih sejati abadi pasangan yang pernah bersama selama 70 tahun.
Bila Tun bergerak pulang, ramai yang mendoakan Tun. “Tun, terus kuat Tun”, “Semoga Tun terus tabah” dan jelas masing-masing sebak melihat keadaan Tun Mahathir.
Sama-sama kita terus doakan agar Tun diberikan kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik dalam mengharungi saat sukar ini.
Tun, sesungguhnya kami, rakyat Malaysia mendoakan Tun. Terus kuat ya, TunThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian.
Kita semua mendoakan semoga segala urusan Tun dipermudah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
WANITA ROHINGYA TANPA LESEN MEMANDU DITAHAN, MOTOSIKAL TIGA RODA DISITA
Seorang wanita Rohingya yang menunggang motosikal tiga roda tanpa lesen memandu telah ditahan oleh IPD Putrajaya di Persiaran Selatan KM10 pada 22 September lalu, sekitar jam 4.40 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan bersama anaknya memiliki kad UNHCR, namun penunggang tidak mempunyai lesen memandu. Motosikal Honda EX5 yang digunakan turut didapati telah diubah suai menjadi tiga roda tanpa kelulusan JPJ.
Motosikal tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiga saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Pada 17 September lalu, saya menerima aduan daripada warga Putrajaya mengenai motosikal berkenaan yang dipercayai ditunggang oleh warga asing. Aduan tersebut kemudiannya disalurkan kepada IPD Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bukan sahaja memandu tanpa lesen merupakan satu kesalahan, malah mereka yang membenarkan individu tanpa lesen memandu yang sah menggunakan kenderaan di jalan raya juga boleh dikenakan tindakan. Peruntukan ini terpakai kepada semua, termasuk warga asing.
Terima kasih kepada warga yang menyalurkan maklumat serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Putrajaya atas tindakan dan maklum balas yang diberikan.
Keselamatan warga Putrajaya dan semua pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apa sebenarnya punca lif di PPAM Pudina kerap tidak berfungsi? Mengapa masalah ini terus berulang?
Beberapa hari lalu, saya menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah lif di Blok D dan beberapa blok lain. Penduduk turut membangkitkan isu Perakuan Mesin Angkat (PMA) yang telah tamat tempoh pada 23 Jun lalu.
Susulan aduan tersebut, kami telah menghubungi pihak pengurusan dan dimaklumkan bahawa permohonan pembaharuan PMA dibuat pada 27 Julai. Pihak JKKP juga telah menjalankan pemeriksaan pada 24 September lalu.
Saya telah meminta pihak pengurusan meneliti punca kerosakan berulang dan memastikan masalah ini diselesaikan segera. Permohonan pembaharuan PMA juga perlu dibuat lebih awal sebelum tamat tempoh.
Saya turut memohon pihak JKKP memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan lif dan memastikan segala keperluan keselamatan dipatuhi.
Keselamatan penduduk mesti menjadi keutamaan. Kita tidak mahu menunggu sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini baru tindakan diambil. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DR HASMAH MOHD ALI
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Salam takziah kepada YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian YABhg. Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Allahyarhamah telah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan serta kebajikan wanita dan kanak-kanak. Segala sumbangan dan khidmat beliau kepada masyarakat akan sentiasa dikenang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sepuluh tahun, pelbagai fasa dan cabaran telah dilalui. Semuanya menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan BERSATU.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apabila saya lihat tentang filem TERBANG, ramai yang bagi review menarik. Jadi, saya nak belanja 100 anak-anak Putrajaya tonton filem ni! 😄🎬
TERBANG diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh. Bukan sekadar kisah perlumbaan, tetapi turut membawa cerita tentang semangat untuk bangkit semula, kerja berpasukan dan usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Kali ni kita bagi peluang kepada anak-anak Putrajaya yang berumur 16 dan 17 tahun dahulu.
📅 Jumaat, 2 Oktober 2026 🕗 8.00 malam 🎟️ PERCUMA! Terhad kepada 100 orang sahaja.
Pendaftaran di sini: docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfcNixJOKjqu6OwPcuYUvfiE…
Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh Putrajaya Care.
Yang umur lain jangan risau ya. Ada rezeki, kita buat lagi nanti. 😄 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq. Dakwaan buli perlu disiasat dengan teliti demi keadilan buat Allahyarham dan keluarga. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas 36 tahun menanti, akhirnya skuad sepak takraw regu berpasukan lelaki negara kembali meraih emas Sukan Asia!
Malaysia menewaskan Thailand 2-0 dalam aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Tahniah kepada seluruh skuad negara! Memang bangga dengan kejayaan ini! 🇲🇾🥇
📹 - Majlis Sukan Negara Malaysia -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini berlaku insiden kebakaran di Menara Seri Wilayah, Putrajaya.
Tindakan pantas anggota Bomba berjaya mengawal keadaan. Alhamdulillah, semua dilaporkan selamat.
📸 - Media Sosial -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedikit perkongsian daripada ibu bapa peserta berkaitan program PUTRARenang siri ke-3.
Mereka berkongsi pengalaman anak-anak yang sedang mengikuti program ini serta harapan agar anak-anak dapat membina keyakinan dan menguasai kemahiran asas berenang.
Semoga PUTRARenang terus memberi manfaat kepada anak-anak Putrajaya. 🏊♂️
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat pagi! 🇲🇾
Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang berlangsung di Jepun. Seramai 352 atlet negara membawa cabaran Malaysia dalam 156 acara melibatkan 30 jenis sukan.
Sasaran kita kali ini ialah 33 pingat, termasuk 6 emas.
Setakat pagi ini, 9 pingat sudah berjaya dibawa pulang, iaitu 3 emas, 1 perak dan 5 gangsa. Bermakna, kita sudah separuh jalan daripada sasaran 6 emas.
Masih banyak acara yang akan berlangsung. Sama-sama kita doakan dan berikan sokongan kepada atlet negara yang sedang berjuang membawa nama Malaysia! 🇲🇾💪🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Beberapa hari lalu, saya menerima aduan daripada warga Presint 15 serta ibu bapa di Kompleks Sekolah Presint 15 mengenai timbunan sampah dalam jumlah yang besar di kawasan berhampiran Presint 15, Putrajaya.
Kedudukannya yang berhampiran kawasan sekolah menimbulkan kebimbangan terhadap kebersihan persekitaran serta risiko pencemaran sekiranya perkara ini terus dibiarkan.
Saya telah menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan semakan dan tindakan lanjut.
Saya menghargai tindakan pantas Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) yang segera membuat semakan selepas perkara ini dibangkitkan.
Hasil semakan mendapati kawasan yang diadukan sebenarnya berada dalam pentadbiran Negeri Selangor, walaupun lokasinya sangat hampir dengan Presint 15, Putrajaya.
PPTGWP kemudiannya merujuk perkara ini kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDT Sepang) untuk tindakan lanjut oleh pihak yang mempunyai bidang kuasa.
Saya turut menghubungi Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi mendapatkan tindakan susulan.
Terima kasih kepada YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, serta pihak MPSepang atas kerjasama dan respons pantas terhadap perkara yang dibangkitkan.
Hari ini, tindakan bersepadu telah dilaksanakan di lokasi berkenaan.
Operasi ini diketuai oleh PDT Sepang bersama MPSepang, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), PTG Putrajaya serta Perbadanan Putrajaya (PPj).
Sebanyak 9 lot tanah telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati aktiviti pembuangan sampah baharu masih berlaku, selain terdapat kerja-kerja menambak tanah menggunakan jentera berat.
Perkara ini perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya oleh pihak berkaitan bagi memastikan kawasan berhampiran sekolah dan persekitaran sekitarnya tidak terus terjejas.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Emas pertama buat Malaysia! 🇲🇾🥇
Tahniah Adeola Fay Robert atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara karate di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Bangga dengan pencapaian ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima aduan dan pandangan daripada warga Putrajaya mengenai isu keselamatan trafik di Bulatan Putrajaya, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khususnya laluan menuju ke Kompleks A, B, C dan D.
Pada jam 7.00 hingga 9.00 pagi, lorong kanan dibenarkan untuk terus bergerak walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
Papan tanda mengenai waktu pergerakan ini memang telah disediakan. Namun, aspek saiz, kedudukan dan kejelasan maklumat pada papan tanda tersebut wajar diteliti semula, khususnya bagi pengguna yang tidak biasa melalui kawasan berkenaan.
Kekeliruan ini boleh menyebabkan pemandu berhenti secara mengejut dan meningkatkan risiko pelanggaran dari belakang.
Saya turut menerima maklumat daripada warga mengenai kemalangan yang berlaku di lokasi ini.
Terima kasih kepada warga Putrajaya yang berkongsi pengalaman, aduan dan cadangan penambahbaikan.
Pejabat saya telah berhubung dengan pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) serta mengemukakan aduan rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Antara cadangan yang turut dipanjangkan ialah penambahbaikan sistem lampu isyarat, penyediaan papan tanda yang lebih jelas, kawalan kelajuan serta hebahan kepada pengguna jalan raya.
Saya turut memohon PPj melihat isu ini secara menyeluruh dan menentukan langkah penambahbaikan yang paling bersesuaian berdasarkan penilaian teknikal.
Yang penting, kita mahu memastikan aturan pergerakan di lokasi ini lebih jelas, mudah difahami dan selamat untuk semua pengguna jalan raya, khususnya pada waktu puncak pagi.
📹- Warga Threads
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SEMINAR SPM 2026: NOTHING BEATS HARD WORK KEMBALI LAGI! 📚
Peperiksaan SPM 2026 semakin hampir. Saya percaya anak-anak sekarang sedang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan ini.
Bagi membantu anak-anak membuat persiapan dengan lebih baik, Putrajaya Care kembali menganjurkan Seminar SPM 2026: Nothing Beats Hard Work!
Kali ini, kita bawakan tiga mata pelajaran dengan bimbingan dan teknik menjawab soalan bagi membantu anak-anak meningkatkan kefahaman serta keyakinan.
Guru-guru yang akan membimbing anak-anak adalah Cikgu John Liang, Cikgu Hamiliya dan Cikgu Rhoaina.
📚 Jadual Seminar
📅 3 Oktober (Sabtu) – Matematik Tambahan
📅 4 Oktober (Ahad) – Matematik
📅 11 Oktober (Ahad) – Sejarah
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 Petang
Anak-anak yang berminat boleh mengisi borang permohonan di pautan berikut:
📌 docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezt67eTToKC9w3D0g8c2p7Q…
Pihak Putrajaya Care akan menghubungi pemohon yang berjaya terpilih untuk menyertai seminar ini.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu anak-anak membuat persiapan yang lebih baik. Teruskan berusaha dan buat yang terbaik!
Jumpa nanti, insya-Allah. 😊
#drj
#drjdiputrajaya
#spm2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SEDEKAD PERJUANGAN, MENEGUH KESATUAN, MEMIMPIN MASA DEPAN.
Bersama kita teruskan perjuangan. 💪🏻This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini, kepimpinan BERSATU mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi. Pelbagai isu semasa dibincangkan, khususnya berkaitan cabaran negara dan masalah yang sedang dihadapi rakyat.
BERSATU baru sahaja genap 10 tahun pada 8 September lalu. Sedekad perjalanan, banyak pengalaman dan pengajaran yang dilalui.
Walau apa pun cabaran yang mendatang, BERSATU bertekad untuk terus berjuang dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dalam kesibukan menguruskan kerja, keluarga dan kehidupan seharian, jangan kita lupa menyediakan bekalan untuk akhirat.
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan bahawa kesusahan dan kesenangan kedua-duanya adalah ujian. Setiap nikmat, masa dan amanah yang Allah SWT berikan perlu kita manfaatkan sebaiknya.
Begitu juga dengan apa yang kita tulis dan kongsikan. Semak sebelum sebar. Sebarkan perkara yang baik dan bermanfaat.
Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus memperbanyakkan amal kebaikan. Amin.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 173, iaitu pada tahap tidak sihat dan antara 10 kawasan dengan bacaan tertinggi di Malaysia.
Mohon sahabat semua menjaga kesihatan, mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu keluar.
Jaga diri dan keluarga masing-masing ya. 🤲🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sampai di rumah Dr. Sarifah tempoh hari, saya terus perasan banyak pokok dan macam-macam jenis ikan.
Rupanya suami Dr. Sarifah ini, Saudara Zahrin, memang minat pokok dan ikan. Memang genglah!
Bila jumpa geng yang minat benda sama, memang terus ada modal nak sembang. Dari pokok, pergi ikan. Dari ikan, pergi cerita pasal apa lagi nak tambah. 😂
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan gangguan melibatkan seorang warga asing di Jalan Diplomatik, Presint 15, saya telah menerima maklum balas daripada Balai Polis Presint 11. Polis memaklumkan individu berkenaan telah dibawa ke balai untuk proses dokumentasi dan tindakan. Menurut polis, beliau merupakan pelajar di Cyberjaya sejak Oktober 2024.
Terima kasih kepada pihak polis atas tindakan awal. Jika gangguan masih berlaku, boleh hubungi 017-671 8807, Saudara Zakwan 💪🏻
📸 Anggota Balai Polis Presint 11 membawa individu berkenaan ke balai malam tadi. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan gangguan melibatkan seorang warga asing di Jalan Diplomatik, Presint 15, saya telah menerima maklum balas daripada Balai Polis Presint 11. Polis memaklumkan individu berkenaan telah dibawa ke balai untuk proses dokumentasi dan tindakan. Menurut polis, beliau merupakan pelajar di Cyberjaya sejak Oktober 2024.
Terima kasih kepada pihak polis atas tindakan awal. Jika gangguan masih berlaku, boleh hubungi 017-671 8807, Saudara Zakwan 💪🏻
📸 Anggota Balai Polis Presint 11 membawa individu berkenaan ke balai malam tadi. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat Allahyarhamah Hajah Sharifah Zabedah, ibu kepada Dr. Sarifah Norazah di Presint 11, Putrajaya.
Sempat bertemu beberapa anak muda yang pernah belajar di Michigan State University. Saya difahamkan, Allahyarhamah cukup rapat dengan anak-anak Malaysia di sana ketika Dr. Sarifah menyambung pengajian PhD.
Mendengar cerita mereka, terus teringat zaman saya di Australia dahulu. Bila jauh dari tanah air, sesama rakyat Malaysia ni memang terasa macam keluarga sendiri. Saling mengambil berat dan membantu antara satu sama lain.
Alhamdulillah, hubungan yang terjalin sejak zaman belajar itu masih kekal hingga ke hari ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah dan mempermudah segala urusan keluarga.
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam bersama sebahagian penerima komputer riba bagi Fasa 2.
Semoga komputer riba ini dapat dimanfaatkan, khususnya bagi membantu urusan pembelajaran anak-anak yang sedang melanjutkan pengajian di IPT.
Pak cik harap anak-anak akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.
Terima kasih kepada pihak penyumbang yang bersama-sama menjayakan usaha ini.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malaysia bukan sekadar sebuah peta di atas kertas. Malaysia adalah kita. Dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak, dengan pelbagai latar budaya, warna kulit, dan suara yang berbeza. Itulah kekuatan kita yang sebenar.
16 September adalah detik penubuhan negara tercinta ini. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu pastikan semangat perpaduan yang diikat oleh datuk nenek kita dahulu masih terpelihara utuh.
Perjalanan membina sebuah negara yang maju, adil, dan bermaruah memerlukan usaha yang konsisten daripada setiap daripada kita tanpa mengira kedudukan mahupun perbezaan pandangan politik. Perbezaan tidak seharusnya meretakkan, sebaliknya memperkaya warna-warni negara ini.
Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari kita terus melangkah demi masa depan anak cucu kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kalau Cikgu Aziz dan Puan Nahyah jemput, memang saya tak pernah ‘miss’. 😄
Kali ini ke Majlis Perkahwinan Che Ariffin dan Izzaty Liyana Azizah di Astana Sky Garden, Cyberjaya, anak kepada Cikgu Aziz dan Puan Nahyah.
Terima kasih cikgu atas jemputan.
Kebetulan ayah pengantin lelaki, Che Aris merupakan alumni Royal Military College (RMC). Ramai juga tetamu daripada latar belakang RMC dan tentera. Memang panjang sembang bila dah berkumpul. 😄
Tahniah buat Che Ariffin dan Izzaty Liyana. Semoga perkahwinan ini dikurniakan kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya menerima aduan berhubung beberapa insiden yang membimbangkan di 18R13, Blok C, Putrajaya.
Antaranya pencerobohan unit rumah kosong, motosikal yang dirosakkan dan aktiviti mencurigakan di sekitar kawasan rumah penduduk.
Alhamdulillah, IPD Putrajaya telah turun ke lokasi dan mengambil tindakan sewajarnya. Isu berkaitan unit rumah kosong sudah dipanjangkan kepada pihak BPH untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih kepada pengadu yang tampil berkongsi maklumat dengan begitu terperinci. Maklumat daripada penduduk sangat membantu untuk kita susuli perkara seperti ini dengan lebih cepat.
Kepada warga Putrajaya, jika ada apa-apa isu keselamatan atau aktiviti mencurigakan di kawasan kejiranan, jangan simpan. Maklumkan kepada pihak berkuasa atau salurkan kepada kami.
Kita jaga kawasan kita sama-sama. 🤝
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seronok dapat bersama-sama meraikan hari bahagia Mohamad Izham dan Nur Ain Ashiqin di Dewan Sri Seroja, Presint 15.
Terima kasih kepada Mohamad bin Junoh dan Puan Azean Nurhuda yang bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas jemputan dan sambutan yang baik.
Tahniah buat kedua-dua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan Allah SWT.
Selamat pengantin baru, Mohamad Izham dan Nur Ain Ashiqin. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, insya-Allah. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebuah bilik darjah di SK Setia Alam, Selangor terbakar petang tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, bilik darjah berkenaan terbakar 100 peratus. Pihak pengurusan sekolah memaklumkan tiada murid berada di dalam bilik tersebut ketika kejadian.
Semoga seluruh warga sekolah berada dalam keadaan selamat dan segala urusan susulan dipermudah. 🤲🏻
📹 Orang Awam
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat maju jaya buat 10 anak prasekolah Putrajaya! 🌟
Mereka akan mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam acara bola jaring sempena Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2026 yang bermula hari ini.
Main dengan gembira, tunjukkan semangat kesukanan dan buat yang terbaik di gelanggang. 💪🏼
Semoga kejayaan milik Putrajaya! ✨ -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“𝑷𝒆𝒏𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒏𝒊, 𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒚𝒊𝒌 𝒕𝒖𝒕𝒖𝒑 𝒋𝒆 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒂𝒅𝒂 𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕”
Itulah antara keluhan yang kerap kami terima apabila jalan di Putrajaya ditutup kerana penganjuran program atau acara.
Putrajaya memang menjadi lokasi pelbagai program dan acara. Namun, keselesaan dan urusan harian warga mesti terus diberi keutamaan.
Saya menerima pelbagai maklum balas mengenai kesesakan, penutupan jalan, kesukaran keluar masuk kawasan kediaman serta pengurusan parkir susulan beberapa program yang berlangsung semalam.
Ada warga yang perlu bekerja pada hujung minggu dan terpaksa mencari laluan alternatif sehingga lewat tiba di tempat kerja. Ada juga penduduk yang terjejas apabila penutupan jalan menyukarkan mereka keluar masuk kawasan perumahan untuk urusan harian.
Isu ini pernah kami bangkitkan sebelum ini, termasuk cadangan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) supaya maklumat mengenai penutupan jalan, lencongan dan laluan alternatif dikemas kini secara masa nyata di Google Maps dan Waze.
Pada 20 Mei lalu, PPj memaklumkan bahawa cadangan tersebut diterima baik dan kerjasama dengan penyedia aplikasi navigasi akan dipertingkatkan. Namun, aduan yang masih diterima sehingga hari ini menunjukkan bahawa pelaksanaan cadangan tersebut masih belum menyeluruh.
Maklumat berkaitan penutupan jalan serta laluan alternatif perlu disebarkan dengan lebih meluas melalui pelbagai medium dan tidak hanya bergantung kepada media sosial.
Semua aduan berkaitan apa yang berlaku semalam telah saya panjangkan kepada PPj. Perkara ini akan saya bangkitkan di Dewan Rakyat, khususnya berkaitan penyelarasan acara, kesesuaian penganjuran beberapa acara secara serentak, pengurusan trafik dan parkir, akses penduduk serta penyampaian maklumat yang lebih tepat dan konsisten.
DRJ
Putrajaya
14 September 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MASIH BELUM LANCAR MEMBACA? KAMI NAK BANTU. 📚✨
Bagi anak-anak Putrajaya berusia 7 hingga 9 tahun yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, kami menyediakan kelas intensif secara percuma melalui Inisiatif Literasi Pintar Komuniti Putrajaya.
Seramai 30 orang peserta akan dipilih untuk mengikuti 12 sesi pembelajaran, dengan kerjasama Akademi Anak Putrajaya dan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.
Matlamatnya mudah, kita mahu bantu anak-anak membina keyakinan dan menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.
📍 Daftar di sini:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyMgveDMIvYoP3vQrRGhVNb…
Tempat adalah terhad dan peserta yang terpilih akan dihubungi.
Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di 011-7018 1235.
Jumpa nanti! 📚
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memenuhi undangan Majlis Perkahwinan Nursyaffiqah dan Hakim di Kompleks Dewan Serbaguna Presint 16.
Terima kasih Gane Maidin dan Azimah Ismail atas jemputan.
Kehadiran kenalan dari Al-Husna dan Fasa 12, Presint 9 turut menyerikan majlis ini.
Tahniah buat Nursyaffiqah dan Hakim. Semoga perkahwinan kalian dikurniakan kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan hingga ke syurga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam masa berjalan di Pusat Kejiranan Presint 16, dua orang adik ini tiba-tiba panggil nama saya.
Sempat bersembang. Cara mereka menegur cukup sopan dan berbudi bahasa.
Terima kasih adik-adik. Semoga terus membesar jadi anak yang baik dan membanggakan keluarga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi warga PPAM Seruling di Presint 5 dikejutkan dengan berita kejadian seorang remaja jatuh dari bangunan blok A.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga mereka diberi ketabahan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Awak bawa motor sampai rumah berdarah macam ni? Nasib baik tak pitam masa bawa motor tu, Mizi.”
Tempoh hari, saya melawat saudara Tarmizi, Pengerusi Surau Saidina Ali Fasa 11 di Hospital Putrajaya.
Terseret motor di lebuhraya Sungai Besi. Muka luka kena jahit, tulang rusuk nombor 6 cedera.
Dia tahan sakit bawa motor balik rumah sendiri lepas jatuh tu. Bila ditanya kenapa tak bagi isteri?. Jawapan dia, tak nak isteri panik. 🙌🏻
Sama-sama kita doakan Tarmizi cepat sembuh. Kawan-kawan yang selalu menggunakan laluan Sungai Besi, berhati-hati ya!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Dari jauh nampak ambulans. Bila rapat sikit, nampak kereta anak… Allahuakbar, anakku!”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saya menziarahi keluarga Allahyarham Ustaz Amsyar Muzakkir di PPAM Selasih, Presint 17.
Allahyarham baru berusia 21 tahun, seorang hafiz al-Quran dan pernah berkhidmat sebagai imam di Surau Imam Abu Hasan Asy’ari.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Antara Anjing Liar dan Anjing Dibela: Perlu Pendekatan Menyeluruh
1. Saya menetap di Australia hampir 20 tahun meliputi bandar Melbourne, Canberra, Sydney dan Hobart. Di sana, sahabat handai dan jiran tetangga ramai yang membela anjing. Jadi, kami telah biasa dengan persekitaran di mana ramai ahli masyarakat membela anjing.
2. Berdasarkan tinjauan oleh Animal Medicines Australia, terdapat 7.4 juta ekor anjing yang didaftarkan di seluruh Australia.
3. Secara umumnya, warga Australia membela anjing dengan penuh tanggungjawab, termasuk memastikan anjing tidak dilepaskan di luar kawasan rumah.
4. Sekiranya mereka membawa anjing peliharaan bersama ketika keluar beriadah, anjing-anjing ini diikat pada tali yang dipegang oleh tuannya.
5. Kadang-kadang kita lihat ada juga yang membiarkan anjing mereka tidak diikat. Namun, dalam keadaan ini, tuan anjing akan sentiasa memantau anjing mereka. Jika ada anjing yang tidak diikat menghampiri seseorang dan orang tersebut tidak selesa dengan kehadiran anjing, maka tuannya akan memanggil anjing tersebut.
6. Memandangkan kebanyakannya anjing yang dibela ini dilatih dengan baik, anjing tersebut mudah memahami arahan tuannya.
7. Seingat saya, dalam tempoh 20 tahun tersebut, saya tidak pernah nampak seekor pun anjing liar. Ada situasi anjing terlepas daripada rumah pemiliknya. Dalam situasi ini, sekiranya anjing yang terlepas menyerang sesiapa, maka pemilik akan menerima akibat yang berat termasuk didakwa dan dihukum.
8. Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh, syarat pelesenan yang ketat serta kesedaran awam yang tinggi adalah antara faktor yang menjadikan bandar-bandar tersebut bebas daripada anjing liar.
9. Mengambil kira kadar “litigation risk” atau risiko disaman dan didakwa yang tinggi, pemilik anjing akan pastikan pematuhan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
10. Itu sedikit gambaran di Australia berdasarkan pengalaman menetap di sana selama hampir 20 tahun.
11. Keadaan agak berbeza di Malaysia. Kita menghadapi isu anjing liar yang meruncing. Saban hari akan ada serangan dan gangguan anjing liar di seluruh negara. Tidak semua serangan dan gangguan ini dilaporkan di media.
12. Dalam kes terbaharu yang dilaporkan, seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera parah diserang sekumpulan anjing liar di Batu Pahat. Selepas kejadian tersebut, kerajaan negeri mengumumkan bahawa satu operasi besar-besaran bagi menangkap anjing liar akan diadakan di kawasan tersebut.
13. Negara tidak boleh berterusan menangani isu anjing liar secara ad hoc tanpa satu perancangan menyeluruh.
14. Sebab itu, selaku Ahli Parlimen Putrajaya, saya sentiasa tegaskan bahawa Putrajaya perlu dijadikan model oleh Kerajaan sebagai bandar bebas anjing liar.
15. Kerajaan perlu melaksanakan satu pelan tindakan bersepadu melibatkan semua agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan negara bebas daripada anjing liar selepas beberapa tahun. Ini termasuk menggubal undang-undang dan peraturan berkaitan dan memastikan pematuhan melalui mekanisme pemantauan bersepadu.
16. Untuk mencapai hasrat tersebut, tindakan perlu dimulakan di Putrajaya kerana populasi anjing liar di bandar pentadbiran kerajaan ini tidak setinggi di kawasan perbandaran lain.
DRJ
Putrajaya
10 September 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama pasukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, kami terus mengusahakan perkara-perkara yang dibawa dan disuarakan oleh warga Putrajaya.
Antaranya isu kualiti bekalan air di beberapa kawasan, khususnya kuarters kerajaan yang menerima aduan berulang berkaitan air keruh dan kotor. Walaupun perbincangan dan penyelarasan bersama Air Selangor serta agensi berkaitan telah dibuat sebelum ini, aduan masih diterima.
Susulan itu, saya sedang mendapatkan penyelarasan lanjut bersama pihak berkaitan, termasuk pengurusan kuarters kerajaan dan Perbadanan Putrajaya, supaya tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, beberapa permohonan pembangunan untuk Putrajaya turut sedang diusahakan, termasuk Kompleks Sukan baharu, Kompleks Kejiranan baharu, pembinaan SK Putrajaya Presint 14(2) serta pembangunan Perpustakaan Digital Negara di Presint 3.
Kami turut mendapatkan perkembangan terkini pembangunan Stadium Sukan Ragbi.
Sebahagian perkara ini memerlukan pertimbangan dan kelulusan kementerian serta agensi berkaitan. Kita akan terus susuli dan usahakan satu persatu untuk Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari Pertama PUTRARenang 🏊♂️
Semalam telah bermula sesi pertama PUTRARenang bagi kumpulan A yang melibatkan seramai 20 orang anak Putrajaya.
Mereka akan mempelajari kemahiran asas berenang serta aspek keselamatan di air dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat.
Semoga anak-anak terus bersemangat mengikuti setiap sesi latihan, semakin yakin berada di dalam air dan dapat menguasai kemahiran berenang dengan baik. 🏊♂️
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SERAMAI 325 WARGA ASING DITAHAN DI PUTRAJAYA
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan di Putrajaya awal pagi tadi berikutan aduan dan maklumat awam yang diterima.
Dalam operasi yang melibatkan 127 pegawai JIM itu, seramai 740 individu telah diperiksa dan 325 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Apa yang penting ialah tindakan seperti ini menunjukkan bahawa maklumat dan aduan masyarakat memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.
Kepada warga Putrajaya, sekiranya terdapat maklumat atau aduan berkaitan dengan perkara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, anda boleh menghubungi Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di talian 011-7018 1235.
Pihak kami akan membantu menyelaraskan dan memanjangkan maklumat tersebut kepada agensi yang berkaitan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Marilah kita sama-sama membantu dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan Putrajaya.
📸 - Jabatan Imigresen Malaysia
#drj
#drjdiputrajaya
#putrajayacare -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seronok apabila masih diingati untuk bersama-sama meraikan hari bahagia sebuah keluarga.
Terima kasih kepada Saudara Ikhwan Hafiz yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), abang kepada pengantin lelaki, kerana sudi menjemput saya ke Majlis Perkahwinan Hazwan dan Shahirah di WG Luxe Ballroom, D’Gateway Perdana Hotel.
Tahniah buat Hazwan dan Shahirah. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan dan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan bersama.
Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.🤲🏻
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak.
Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan dipermudah segala urusan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Helikopter BO-105 bagi penerbangan Flying Doctor Service terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, Sarawak. Lima individu berada di dalam helikopter.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memenuhi undangan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil Arwah bersama Agustina dan Normazdalia Hana di Jalan P15-12A, Presint 15.
Terima kasih atas undangan dan sambutan yang baik.
Semoga majlis ini diberkati Allah SWT, segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan, dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas arwah serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat ulang tahun ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
10 tahun penuh perjalanan, cabaran dan pengalaman.
Semoga BERSATU terus teguh membawa suara rakyat serta memainkan peranan penting dalam membina masa depan Malaysia yang gemilang.
Perjuangan diteruskan.
#bersatu10tahun
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ada yang sudah selesai Latihan Mengajar, tetapi elaun masih belum diterima.
Saya menerima aduan berhubung kelewatan pembayaran elaun kepada guru pelatih yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya, antaranya guru pelatih UPSI yang tamat latihan sejak 3 Julai 2026.
Berdasarkan maklum balas JPWPP kepada salah seorang guru pelatih yang terlibat, peruntukan kewangan semasa tidak mencukupi dan permohonan peruntukan tambahan telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya telah memanjangkan perkara ini kepada KPM dan JPWPP serta memohon supaya status pembayaran diteliti dan proses berkaitan dipercepatkan.
Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera dan pembayaran elaun kepada guru pelatih yang terlibat dapat dibuat secepat mungkin.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya masih merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Sama-sama kita ambil perhatian dan jaga kesihatan.
Jika tiada keperluan, kurangkan aktiviti di luar buat sementara waktu. Sekiranya perlu berada di kawasan terbuka, gunakan pelitup muka yang sesuai dan pastikan minum air secukupnya.
Semoga kualiti udara di Putrajaya kembali pulih seperti biasa dalam masa terdekat.
Jaga diri dan keluarga masing-masing.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan berhubung isu air di Fasa 8, Presint 9 yang diterima malam tadi telah diambil tindakan hari ini.
Air Selangor telah turun ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan ujian air di meter pukal kuarter Fasa 8, Presint 9. Keputusan ujian adalah seperti yang dikongsikan.
Buat masa ini, Air Selangor sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan untuk mengenal pasti punca serta tindakan seterusnya, termasuk semakan rekod penyelenggaraan tangki air.
Kita akan terus pantau perkara ini dan ikuti perkembangan selanjutnya. Insya-Allah, sebarang perkembangan akan saya maklumkan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada semua yang membuat aduan dan berkongsi maklumat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, tempoh hari bersama-sama dalam Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran oleh Encik Razak Aris dan Puan Rohayu Jais di PPAM Seruling, Presint 5.
Majlis kenduri ini istimewa sedikit sebab nak meraikan anak bongsu mereka, Mohamad Salahuddin Hakim, yang bakal terbang ke Jordan tak lama lagi untuk sambung pengajian di Universiti Yarmouk.
Hebat anak-anak Putrajaya kita!
Tahniah buat En. Razak dan isteri atas kejayaan anak. Kepada Salahuddin, pak cik ucapkan selamat maju jaya dan selamat menuntut ilmu di perantauan.
Jaga diri elok-elok di tempat orang, moga urusan belajar di sana dipermudah dan pulang nanti bawa kejayaan untuk keluarga. Amin! 🤲🏼✈️🇯🇴
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kebersihan Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6
Saya menerima aduan daripada orang awam berserta beberapa keping gambar berhubung keadaan kebersihan di sekitar Kompleks Sukan Air Putrajaya.
Kawasan ini merupakan antara lokasi tumpuan aktiviti sukan dan riadah di Putrajaya serta dikunjungi orang ramai. Sudah tentu kita semua mahu kawasan ini sentiasa bersih, terurus dan selesa.
Putrajaya Care telah menghubungi pihak PPj untuk perhatian dan tindakan.
Dalam masa yang sama, kebersihan kawasan awam adalah tanggungjawab kita bersama. Sebagai pengguna, kita juga perlu memainkan peranan dengan menjaga kebersihan, menggunakan kemudahan dengan baik dan tidak meninggalkan sampah.
Sama-sama kita jaga supaya kawasan ini terus bersih, selesa dan menyenangkan untuk semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya bersama-sama dengan ibu bapa dan anak-anak telah menghadiri Taklimat PUTRARenang Siri ke-3 di Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya.
Anak-anak Putrajaya akan mengikuti program pada kali ini untuk mempelajari kemahiran asas berenang dan aspek keselamatan di air.
Dalam Siri ke-3 ini, setiap peserta turut menerima baju renang, gogal dan topi renang untuk digunakan sepanjang program.
Sesi latihan bagi kumpulan pertama akan bermula esok. Semoga anak-anak dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya dan semakin yakin semasa berada di dalam air. 🏊♂️
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jadikan Putrajaya Bebas Daripada Anjing Liar Sebelum Terlambat
Sayu hati ini bila membaca berita tragis seorang anak kecil berusia dua tahun yang cedera parah diserang sekumpulan anjing liar. Anak kecil ini mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan muka. Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sama-sama kita doakan agar anak ini diberi kesembuhan.
Saban hari kita mendengar cerita berkaitan ancaman anjing liar terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk di seluruh negara.
Di Putrajaya, kami banyak menerima aduan penduduk berkaitan gangguan anjing liar. Saya dan isteri sendiri hampir diserang anjing liar ketika beriadah di Putrajaya. Saya juga pernah membantu seorang penunggang motosikal yang cedera kerana terlanggar anjing liar yang melintas jalan di Putrajaya.
Selaku Ahli Parlimen, telah banyak kali saya bangkitkan isu anjing liar ini, sama ada di Dewan Rakyat atau secara terus kepada pihak berkuasa tempatan.
Saya sentiasa tegaskan bahawa Putrajaya seharusnya dijadikan contoh sebagai kawasan yang bebas daripada anjing liar. Ini bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan, khususnya mengambil kira jumlah populasi anjing liar yang masih boleh dikawal.
Bagi mencapai matlamat ini, operasi-operasi bersepadu secara tersusun melibatkan semua pihak berkaitan bagi menangkap anjing liar perlu diadakan segera. Operasi ini perlu dilaksanakan secara berterusan. Ketika ini pendekatan yang banyak digunakan adalah pemasangan perangkap. Pendekatan ini bukanlah satu pendekatan yang berkesan. Banyak juga situasi di mana perangkap ditinggalkan untuk satu tempoh yang panjang tanpa ada lagi umpannya.
Mengambil kira bahawa terdapat kumpulan anjing liar dari kawasan luar memasuki Putrajaya melalui laluan tertentu, adalah amat penting untuk pihak berkaitan mengenal pasti laluan masuk ini. Pemantauan laluan masuk ini perlu dibuat dan tindakan segera perlu diambil jika didapati terdapat kumpulan baru.
Jika jumlah populasi anjing liar dalam kawasan Putrajaya dibiarkan terus meningkat, adalah amat sukar untuk pihak berkaitan mengawal populasi ini pada masa akan datang. Saya yakin, seluruh warga Putrajaya ingin melihat bandar pentadbiran ini bebas daripada anjing liar. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hadir meraikan majlis perkahwinan M. Syamil dan Nurfarhana di Nafoura, Shaftsbury Putrajaya.
Terima kasih kepada Hajah Normadiah, pemilik Dapur Nenek Presint 16, atas jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau.
Selamat pengantin baru buat Syamil dan Nurfarhana. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan dipermudah segala urusan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga pelajar UiTM yang terkorban semasa sertai Komander Kesatria Endurance Challenge. Moga Allahyarham dicucuri rahmat. Doa saya agar 8 yang lain segera sembuh. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bacaan IPU di Putrajaya telah memasuki tahap tidak sihat sejak jam 2 petang tadi.
Pada jam 2 petang, bacaan IPU direkodkan pada 116 dan meningkat kepada 134 pada jam 3 petang.
Mohon sahabat-sahabat semua ambil langkah berjaga-jaga dan jaga kesihatan, terutama jika melakukan aktiviti di luar.
Sumber - eqms.doe.gov.my/APIMS/main -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Zarina Abdullah, Exco Srikandi BERSATU. Satu kehilangan besar buat BERSATU. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Stesen minyak di Presint 5 kini sudah mula beroperasi.
Ini antara perkara yang sering disuarakan oleh warga Putrajaya, khususnya penduduk Presint 5 dan 6.
Dalam pertemuan awal saya bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 16 Disember 2022, keperluan kemudahan termasuk pembinaan stesen minyak di kawasan ini antara perkara yang saya bangkitkan. Perkembangan projek ini kemudiannya terus saya susuli dan turut dibawa beberapa kali di Parlimen, termasuk apabila berlaku perubahan pada tempoh siap projek.
Stesen minyak ini kini sudah beroperasi dan pastinya memudahkan urusan warga sekitar, termasuk penduduk Kuarters Apartmen 5R1, 5R3, 5R4, 5R6, PPAM Larai, PPAM Seruling, dan Residensi Antara.
Terima kasih kepada PPj serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan projek ini.
Pembangunan dan kemudahan di Presint 5 dan 6 juga perlu terus diberikan perhatian. PPj telah mencadangkan pembangunan Kompleks Kejiranan baharu di Presint 5 yang merangkumi dewan serbaguna, padang, surau, tadika, taska, ruang niaga dan pusat pembelajaran untuk kegunaan komuniti Presint 5 dan 6.
Pada 13 Februari 2026, saya turut mengemukakan surat kepada Kementerian Ekonomi memohon supaya cadangan pembangunan kompleks kejiranan ini diberikan kelulusan di bawah RMK-13.
Kita terus ikhtiarkan kemudahan yang lebih baik untuk warga Putrajaya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah buat anak-anak Putrajaya yang mencatat keputusan membanggakan dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2026. 🎳👏
Balqis Nurdini berjaya meraih dua pingat perak bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun, masing-masing dalam acara Individu dan All Event.
Bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun pula, pasukan Putrajaya meraih pingat gangsa dalam acara Berpasukan, manakala acara Beregu mendapat tempat keempat.
Pasukan Perempuan Bawah 15 Tahun turut memberikan saingan dalam acara Berpasukan. Walaupun tidak berjaya berada dalam kelompok empat terbaik, tahniah atas usaha dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Syabas kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan.
Teruskan berlatih dan perbaiki diri. Insya-Allah, lebih banyak kejayaan menanti pada masa akan datang. 💪 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan berhubung kerosakan lampu isyarat di simpang menghala Taman Wawasan, Presint 2 dan Presint 18 yang berdekatan dengan SK Putrajaya Presint 18(1) telah diambil tindakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).
Terima kasih kepada PPj kerana mengambil tindakan segera atas aduan yang dipanjangkan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi mengadakan perbincangan dengan pimpinan MUDA.
Perbincangan berlangsung dalam suasana yang baik dan terbuka, dengan tumpuan kepada usaha membina politik yang berpaksikan dasar, penyelesaian serta kepentingan rakyat dan negara.
Mudah-mudahan ruang seperti ini terus membuka jalan kepada lebih banyak kerjasama yang baik demi masa depan Malaysia. 🇲🇾 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima berita daripada salah seorang ibu bapa pemain bahawa pasukan hoki MSSM Putrajaya Lelaki Bawah 12 Tahun berjaya meraih tempat ke-4 dalam MSSM 2026. 🏑👏
Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila anak-anak Putrajaya berjaya mara jauh dan bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik dari negeri lain.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan.
Teruskan usaha dan latihan. Anak-anak Putrajaya mampu pergi lebih jauh. 💪 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah buat keluarga mangsa kemalangan di LPT1 pagi tadi.
Empat nyawa terkorban dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan. Semoga keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memenuhi undangan sahabat, Haji Mustafa ke Majlis Perkahwinan anak lelaki beliau, Muhammad Zulrasyidi dan pasangan, Nurul Azyyati.
Haji Mustafa ini antara kariah Surau Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8 yang selalu saya jumpa setiap kali ke SPAA. 😊
Tahniah buat Haji Mustafa dan Hajah Zakiah. Semoga Zulrasyidi dan Azyyati dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan dalam rumah tangga. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
🇲🇾 Wajah-wajah Malaysia.
Dari Perlis hingga ke Sabah dan dari seluruh pelosok negara, kita berkumpul bersama meraikan Hari Kebangsaan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pokok bunga kemboja di rumah sentiasa berbunga lebat. Namun, kebelakangan ini, nampak pokok tersebut kehilangan daun. Awalnya, saya sangka mungkin kesan daripada cuaca yang agak panas akhir-akhir ini dan mungkin akan tumbuh pucuk baharu.
Ketika menyiram pokok tadi, saya cuba tengok lebih dekat kalau-kalau pokok diserang penyakit. Selepas diperhatikan dahan satu persatu, terlihat dua mata sedang memerhatikan!
Radzi Jidin
@RadziJidin
Inilah kali pertama pokok kemboja kami diserang oleh ulat beluncas Oleander Hawk Moth (Daphnis nerii). Cepat sungguh daun pokok dihabiskannya. Ulat tersebut telah selamat dipindahkan ke pokok lain supaya dapat meneruskan kehidupannya.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berbeza negeri, berbeza latar, tetapi satu semangat menyatukan kita. 🇲🇾
Meriah sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang datang dari seluruh negara.
Malaysia milik kita bersama. Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menuju ke Dataran Putrajaya bagi meraikan Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾
Merdeka! Merdeka! Merdeka!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pengunjung mula memenuhi kawasan di tepi laluan perbarisan Hari Kebangsaan esok. Ada yang sudah membuka khemah dan ada yang bersantai di kerusi. Peniaga-peniaga juga mula membuka gerai jualan.
Berdasarkan pengamatan saya, jumlah tempat duduk bertingkat yang disediakan kali ini tidak sebanyak tahun lepas. Jadi, tentunya masing-masing akan cuba mendapatkan “port” yang terbaik. Insya-Allah, jika kita sama-sama bertolak ansur, semua akan mendapat sudut pandang yang terbaik.
Selain itu, sama-sama kita jaga kebersihan sepanjang sambutan esok. Kita tunjukkan contoh yang terbaik kepada generasi baharu dengan menjadikan kawasan sambutan Hari Kebangsaan esok paling bersih berbanding tahun-tahun sebelum ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pengunjung mula memenuhi kawasan di tepi laluan perbarisan Hari Kebangsaan esok. Ada yang sudah membuka khemah dan ada yang bersantai di kerusi. Peniaga-peniaga juga mula membuka gerai jualan.
Berdasarkan pengamatan saya, jumlah tempat duduk bertingkat yang disediakan kali ini tidak sebanyak tahun lepas. Jadi, tentunya masing-masing akan cuba mendapatkan “port” yang terbaik. Insya-Allah, jika kita sama-sama bertolak ansur, semua akan mendapat sudut pandang yang terbaik.
Selain itu, sama-sama kita jaga kebersihan sepanjang sambutan esok. Kita tunjukkan contoh yang terbaik kepada generasi baharu dengan menjadikan kawasan sambutan Hari Kebangsaan esok paling bersih berbanding tahun-tahun sebelum ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
80 komputer riba untuk pelajar Putrajaya. 💻
Kita tahu keperluannya mungkin jauh lebih ramai. Tetapi buat masa ini, 80 unit komputer riba terpakai yang telah dibaik pulih (refurbished) dapat kita sediakan untuk disalurkan kepada pelajar Putrajaya yang benar-benar memerlukan bagi tujuan pengajian.
Spesifikasinya:
💻 11th Generation Intel Core i7 Processor
Setiap permohonan akan diteliti supaya bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Terima kasih kepada pihak yang sudi menyumbang 80 unit komputer riba ini. Sumbangan seperti inilah yang membolehkan kita terus membuka lebih banyak ruang untuk membantu anak-anak Putrajaya.
Di Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, walaupun kita bergerak tanpa peruntukan, kita akan terus cari jalan dan ikhtiarkan yang terbaik mengikut kemampuan yang ada.
Kalau ada anak-anak Putrajaya yang memerlukan komputer riba untuk pengajian, bolehlah buat permohonan melalui pautan ini:
📌 docs.google.com/forms/d/1xEqOQlL3j8u5cN1PmTMV_umKmIzYkJ-5…
Mudah-mudahan bantuan ini dapat meringankan urusan belajar dan membuka lebih banyak peluang untuk mereka.
#drj
#drjdiputrajaya
#putrajayacare -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu yang timbul antara Azizulhasni, KBS dan MSN harus dirungkai dan diselesaikan. Usahakan yang terbaik untuk Olimpik LA28. 🇲🇾
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Siapa tak sempat mai Putrajaya pagi ni, saya belanja sikit aksi di udara. 😄🚁✈️
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ni bersama anak-anak @generasi_putrajaya datang tengok raptai penuh Hari Kebangsaan di Putrajaya. 🇲🇾
Siapa ada sini pagi ni? 😄This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada YB Dato' Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Mariam Kassim, petang tadi. Semoga YB Dato’ Seri dan seluruh keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu air keruh di Putrajaya terus dilaporkan di beberapa kawasan, termasuk melibatkan rumah bertanah (landed).
Gambar ini dikongsi penduduk di Jalan P14F/2, Presint 14. Pagi tadi, pihak kami turut menerima senarai aduan daripada penghuni Kuarters P14-12, Presint 14, dengan lebih 100 unit melaporkan masalah air kuning dan berkarat.
Isu kualiti air ini telah kami susuli sebelum ini, termasuk melalui mesyuarat penyelarasan bersama agensi berkaitan dan beberapa tindakan susulan telah dipersetujui.
Bagi aduan terbaru ini, pihak kami telah menghubungi Air Selangor untuk pemeriksaan dan tindakan.
Saya berharap BPH, Air Selangor, JKR dan PPj dapat menyelaras tindakan secara bersepadu supaya punca masalah dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan lebih menyeluruh.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Merdeka bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang. 🇲🇾
Merdeka juga tentang bagaimana kita menjaga negara yang telah diwariskan kepada kita.
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan bahawa cinta kepada tanah air perlu diterjemahkan melalui tindakan, tanggungjawab, akhlak dan integriti. Bukan sekadar laungan ketika sambutan Hari Kebangsaan.
Kita mahu anak-anak kita nanti mewarisi bukan sahaja sebuah negara yang merdeka, tetapi jiwa yang merdeka, jati diri yang kuat dan rasa cinta yang mendalam kepada agama serta tanah air.
Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia yang kita cintai.
Merdeka dengan takwa. 🇲🇾This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bau busuk dari longkang mengganggu penduduk di Jalan P11K/1 dan P11K/3.
Aduan ini melibatkan kawasan longkang di belakang SMK Putrajaya Presint 11(1).
Pihak kami telah menghubungi PPj, Alam Flora dan IWK supaya pemeriksaan dapat dibuat dan tindakan sewajarnya diambil.
Kami akan terus susuli perkara ini sehingga punca dikenal pasti dan tindakan diambil.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menziarahi Saudara Nizar dan isteri, Puan Shubatul Islamiah, yang baru kehilangan anak mereka, Allahyarham Amzar.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka sekeluarga serta merahmati Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya kini antara 12 kawasan yang berada dalam kategori Tidak Sihat (Unhealthy) mengikut bacaan IPU semasa.
Mohon semua yang berada di sekitar Putrajaya kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka, dan banyakkan minum air kosong. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri bertemu Encik Tarmizi, Puan Azean dan keluarga di Presint 17.
Kami bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan anak bongsu mereka, Raisya, yang kini sedang diuji masalah kesihatan.
Saya doakan semoga adik Raisya terus diberikan kekuatan dan kesembuhan, serta Encik Tarmizi dan Puan Azean diberikan ketabahan dalam menjaga Raisya dan keluarga.
Semoga segala urusan mereka dipermudah Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Padang (A) Sintetik Presint 4, Putrajaya untuk penutup Kejohanan Bola Sepak Grassroot Piala Red Panthers Junior (RPJ) 2026. ⚽️
Seronok tengok anak-anak turun bermain dengan semangat. Ada yang menang, ada yang kalah, tapi semuanya balik dengan pengalaman.
Tahniah kepada semua pemain dan pasukan yang mengambil bahagian. Syabas juga kepada Red Panthers Junior dan semua yang menjayakan kejohanan ini. 👍
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menziarahi Saudara Mohamad Nor yang sedang dalam proses pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Turut bertemu isterinya, Puan Noraini, yang setia menemani beliau.
Semoga Saudara Mohamad Nor terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih seperti sediakala.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terpandang Jacaranda dengan bunga ungunya ketika beriadah di tepi Tasik Putrajaya tempoh hari.
Ungu Jacaranda ini mengembalikan nostalgia ketika mengajar di UNSW, Sydney. Waktu itu, bila masuk bulan November, pemandangan di luar tingkap pejabat sungguh indah dengan Jacaranda yang mengungu. Bagi pelajar, itulah indikasi musim peperiksaan telah bermula. Kampus juga mula sunyi.
Ahhh..teringat kepada pelajar-pelajar dahulu. Semoga mereka semua menjadi insan membawa manfaat kepada masyarakat. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
Semoga Maulidur Rasul ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.
Nilai amanah, ihsan, kasih sayang dan keadilan yang diteladankan Baginda perlu terus kita hayati dalam membina keluarga, masyarakat dan negara yang lebih baik.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
#drj #drjdiputrajaya #maulidurrasul1448h -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Al-Rawda vs Tabung Haji + Koperasi Permodalan FELDA (KPF): KPF Beri Pinjam Duit Sampai RM127 juta Kepada Al-Rawda Untuk Apa?
1. Bila Laporan RCI Tabung Haji (TH) didedahkan, antara urus niaga yang mendapat perhatian rakyat adalah berkaitan dengan pajakan empat buah hotel di Madinah dan Mekah dengan bayaran secara pendahuluan (up-front) sebanyak 1,426 juta Saudi Riyal atau kira-kira RM1,500 juta.
2. Urus niaga ini melibakan syarikat Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd. (Al-Rawda).
3. Laporan RCI TH mendedahkan bagaimana Tabung Haji pada tahun 2015, 2016 dan 2017 telah membuat perjanjian pajakan empat buah hotel di Madinah dan Mekah dengan membayar secara pendahuluan (up-front) sebanyak 1,426 juta Saudi Riyal atau kira-kira RM1,500 juta kepada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd. (Al-Rawda).
4. Menurut Laporan RCI TH, urus niaga dengan Al-Rawda hanya disandarkan kepada nota janji (promissory note) yang dijamin secara peribadi oleh pemilik syarikat Al-Rawda, Dr Mashhoor Ali Omar Almadoodi.
5. Di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026 Menteri Kewangan II menyatakan bahawa “Jabatan Pengurusan Risiko Tabung Haji ada meminta jaminan bank, tetapi Al-Rawda gagal sediakan. Laporan due diligence juga tidak lengkap.”
6. Urus niaga melibatkan Al-Rawda ini adalah salah satu daripada 14 urus niaga yang disenaraikan oleh Suruhanjaya sebagai “pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik”.
7. Sejak daripada pendedahan Laporan RCI TH, nama Al-Rawda mula mendapat perhatian umum. Apakah terdapat institusi berkaitan dana rakyat lain yang mempunyai urus niaga dengan Al-Rawda? Mari kita lihat.
8. Selepas saya berkongsi tulisan berkaitan pelaburan FELDA dalam syarikat perladangan di Indonesia, Eagle High Plantations, pada hari Sabtu lalu, ada yang meminta saya jenguk-jenguk juga keadaan kewangan Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Katanya ramai yang tengah tunggu giliran untuk tebus saham mereka.
9. Saya sempat meneliti penyata kewangan KPF untuk beberapa tahun. Antara yang menarik perhatian ialah pinjaman yang diberikan oleh KPF kepada Al Rawda Investment for Real Estate Development and Project Management Ltd.
10. Terdapat sedikit perbezaan nama di antara Al-Rawda yang dikaitkan dengan Tabung Haji dan Al Rawda yang dikaitkan dengan KPF yang mana Al-Rawda yang dikaitkan dengan KPF mempunyai perkataan “Investment” dalam nama syarikat.
11. Berdasarkan semakan lanjut, kenyataan media Tabung Haji bertarikh 10 Januari 2018 berkaitan peletakan logo rasmi bagi empat hotel penginapan jemaah haji di Tanah Suci menyatakan bahawa peletakan logo tersebut “adalah lanjutan daripada perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment for Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawdah) untuk tempoh 10 tahun akan datang”. Dinyatakan juga bahawa majlis tersebut turut dihadiri oleh "Dr Mashhoor Ali Al Madodi".
12. Mengambil kira kenyataan media tersebut, maklumat di dalam Laporan RCI serta nota di dalam penyata kewangan KPF, adakah boleh disimpulkan bahawa syarikat Al-Rawda yang dirujuk di dalam RCI Tabung Haji dan di dalam penyata kewangan KPF adalah syarikat yang sama?
13. Berdasarkan penyata kewangan KPF untuk tahun 2014 hingga 2025, jumlah baki pinjaman tertinggi kepada Al-Rawda adalah RM127 juta, iaitu bagi tahun 2018.
14. Rekod menunjukkan pinjaman mula diberikan kepada Al-Rawda pada tahun 2014 dengan nilai baki sebanyak RM2.1 juta. Kemudian jumlah baki ini meningkat kepada RM9.9 juta pada tahun 2015. Pada tahun 2016, nilai baki pinjaman terus meningkat kepada RM40.5 juta. Pada tahun 2017, nilai baki sebelum dibuat penjejasan hutang yang tidak boleh dikutip ialah RM41.3 juta.
15. Untuk tahun 2014 hingga 2017, jumlah yang dipinjam oleh Al-Rawda dinyatakan secara jelas dalam penyata kewangan di bawah kategori “Lain-lain Penghutang”. Untuk tahun 2019 sehingga 2025, jumlah tersebut direkodkan di bawah kategori “Pembiayaan Korporat”.
Radzi Jidin
@RadziJidin
16. Dalam penyata kewangan KPF untuk tahun 2019, di bawah pembiayaan korporat, dinyatakan baki pinjaman yang diberikan kepada Al Rawda berjumlah RM119.4 juta.
17. Pada muka surat 92 penyata tersebut, KPF menjelaskan bahawa mereka “dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut pemulihan jumlah tersebut. Berdasarkan pendapat undang-undang yang diperoleh, pihak pengurusan mempunyai peluang yang tinggi untuk menang kerana pembiayaan yang diberikan kepada Al Rawda adalah sah dan seharusnya dapat dikutip semula”.
18. Berdasarkan penyata kewangan 2020 hingga 2025, baki pinjaman kepada Al-Rawda ini kekal pada RM119.4 juta.
19. Pada muka surat 90 penyata kewangan tahun 2021, dinyatakan bahawa jika Al-Rawda tidak boleh membayar balik pinjaman yang KPF berikan, maka “Dr. Mashhoor Ali Al-Madodi ("Penjamin") akan membayar kepada pembiaya (KPF) dalam tempoh terdekat atas permintaan berkaitan pembayaran hutang dan tanggungan yang mana tertunggak dan belum bayar oleh Al Rawda”.
20. Dinyatakan juga “Penjamin mencagarkan Altahliya Hotel, Jeddah dan Rauda Al Aqiq Hotel, Madinah yang masing-masing bernilai saksama RM223,189,000 dan RM276,754,000”.
21. Pada muka surat 89 penyata kewangan tahun 2025 pula dinyatakan bahawa “Termasuk dalam pembiayaan korporat adalah penghutang pinjaman daripada Al Rawda Investment for Real Estate Development & Project Management Ltd (“Al Rawda”) berjumlah RM119,379,000 (2024: RM119,379,000). Pihak pengurusan kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut pemulihan jumlah tersebut”.
22. Penelitian maklumat berkaitan membawa kepada beberapa persoalan penting:
- Adakah syarikat Al-Rawda/Al Rawda yang disebut dalam Laporan RCI TH dan penyata kewangan KPF adalah sama atau berkaitan?
- Adakah “Dr Mashhoor Ali Omar Almadoodi” dalam Laporan RCI TH dan “Dr. Mashhoor Ali Al - Madodi” dalam penyata kewangan KPF adalah individu yang sama?
- Adakah hotel yang dicagarkan oleh Dr Mashhoor kepada KPF, iaitu “Rauda Al Aqiq Hotel” sama dengan “Hotel Al-Aqiq” yang dipajak oleh Tabung Haji daripada Al-Rawda?
23. Tabung Haji tidak menerima bayaran daripada Al-Rawda sejak bulan Mac 2019. KPF pula pada tahun 2019 menyatakan mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan balik wang berjumlah RM119.4 juta yang dipinjamkan kepada Al-Rawda.
24. Bayaran pendahuluan (up-front) sebanyak RM1,500 juta yang dibuat oleh Tabung Haji kepada Al-Rawda dijamin secara peribadi oleh Dr Mashhoor. Pinjaman sehingga RM127 juta yang diberikan KPF kepada Al-Rawda juga dijamin secara peribadi oleh Dr Mashhoor dengan meletakkan Hotel Rauda Al Aqiq sebagai salah satu cagaran.
25. Tabung Haji dan KPF kedua-duanya menghadapi kesukaran mendapatkan balik wang mereka walaupun dikatakan telah ada jaminan. Pinjaman bernilai RM1,500 juta oleh Tabung Haji dijamin secara peribadi oleh Dr Mashhoor manakala pinjaman RM127 juta oleh KPF dijamin secara peribadi oleh Dr Mashhoor bersama dengan cagaran dua buah hotel.
26. Anggota KPF yang terdiri daripada peneroka dan ahli keluarga, koperasi-koperasi peneroka, kakitangan FELDA dan keluarga serta koperasi kakitangan FELDA tentunya ingin tahu yang sebenarnya berlaku berkaitan pinjaman kepada Al Rawda?
Radzi Jidin
@RadziJidin
27. KPF perlu memberikan penjelasan segera kepada persoalan yang timbul daripada pinjaman ini. Antaranya:
- Apakah tindakan memberi pinjaman kepada Al Rawda bertentangan dengan Seksyen 51(1) Akta Koperasi 1993 dan Fasal 66 Undang-Undang Kecil Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad yang menghadkan pemberian pinjaman kepada anggota koperasi, pekerja koperasi, subsidiari kepada koperasi atau koperasi lain?
- Apakah asas kepada pemberian pinjaman sehingga RM127 juta kepada syarikat Al Rawda?
- Apakah telah dibuat due diligence sebelum pinjaman tersebut diberikan?
- Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan pemberian pinjaman kepada Al Rawda?
- Apakah status sebenar tindakan undang-undang untuk mendapatkan balik jumlah hutang tersebut memandangkan sejak tahun 2019 pihak KPF menyatakan bahawa mereka dalam proses mengambil tindakan undang-undang dan dinyatakan dalam penyata kewangan 2025 bahawa keputusan timbang tara dijangka pada 31 Mei 2026?
- Adakah Rauda Al Aqiq Hotel yang dicagarkan oleh Al-Rawda kepada KPF adalah hotel sama yang telah dipajakkan oleh Al-Rawda kepada pihak Tabung Haji?
28. Apakah terdapat banyak lagi urus niaga sebegini melibatkan institusi yang menjaga dana rakyat?
Nota kaki: Ejaan “Al-Rawda” digunakan di dalam Laporan RCI Tabung Haji manakala ejaan “Al Rawda” digunakan di dalam penyata-penyata kewangan KPF”. Untuk tujuan penulisan, ejaan “Al-Rawda” digunakan dalam keseluruhan teks.
DRJ
Putrajaya
24 Ogos 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya bersama isteri berkesempatan bertemu Puan Nor Afida dan anak-anak beliau di Presint 9.
Puan Nor Afida kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Pihak kami juga telah membuat susulan dengan JKM dan MAIWP, dan kedua-dua pihak telah menghubungi beliau bagi melihat bentuk bantuan yang boleh diberikan.
Semoga Puan Nor Afida terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Meriah tempoh hari di Amazing Football Fiesta di Putrajaya Sports Arena. ⚽🔥
Seramai 16 pasukan turun beraksi, termasuk dari Putrajaya, Perak dan Johor.
Tengok anak-anak ni main bersungguh-sungguh, semangat lain macam. Rasa macam lagi menjadi daripada pemain MU yang kalah 2-0 semalam. 😄
Menang atau kalah itu biasa. Yang penting anak-anak dapat bermain, belajar kerja berpasukan dan bina keyakinan diri.
Tahniah kepada Faris Azwan Mohd Nassran selaku Pengarah Program, Fahmi Amree serta Shadam, bersama seluruh pasukan yang menjayakan program ini. 👏⚽
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri hadir ke majlis perkahwinan Nur Edlin Shezrin dan Muhammad Aidil Fazani di Bizmilla Event Hall, Putrajaya.
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan keberkatan.
Turut kami doakan Wan Mohd Nazree dan Hasniah serta seluruh keluarga agar terus dikurniakan kegembiraan dengan hadirnya menantu dalam keluarga ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah buat keluarga Allahyarham Muhamad Muazam Shah Kamardin, anggota APM yang meninggal selepas dipatuk ular. Semoga tabah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Desiran air yang menenangkan. Indahnya Putrajaya.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Brisk Walk Bersama GenPutra Sempena Bulan Kemerdekaan 🇲🇾
Malam tadi saya dan isteri menyertai Brisk Walk sejauh 6.9 kilometer bersama anak-anak muda Generasi Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Seronok dapat luangkan masa bersama anak-anak muda Putrajaya. Dalam masa yang sama, sempat juga bertemu dan bertegur sapa dengan warga serta pengunjung yang berada di sekitar Putrajaya malam tadi.
Tahniah Generasi Putrajaya atas penganjuran program ini, dan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana.
Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan generasi muda kita. 🇲🇾This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sempat tandatangan bendera adik-adik Tapah Wallaco Football Club yang turun beraksi di Amazing Sport Fiesta, Presint 4. ⚽️😄
Semoga berjaya semua! Pasukan Putrajaya pun turut beraksi. 💪🏻This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini Langkah Merdeka 6.9KM bersama anak-anak Generasi Putrajaya. 🇲🇾
Bermula dari Masjid Putra. Jom jalan! 🏃♂️😀This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Al-Fatihah.
Saya ke Masjid Putra untuk bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham Mohd Helmi bin Johari.
Salam takziah buat isteri Allahyarham serta seluruh ahli keluarga.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sirah Dihayati, Ummah Diberkati
Khutbah Jumaat hari ini mengajak kita melihat kembali sejauh mana kita benar-benar menghayati sirah Rasulullah SAW dalam kehidupan.
Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul dengan pelbagai acara. Namun yang lebih utama ialah bagaimana akhlak dan peribadi Baginda benar-benar hidup dalam cara kita bercakap, bekerja dan bergaul dengan orang lain.
Sirah Pembukaan Kota Mekah memberikan teladan yang cukup besar. Ketika berada dalam kemenangan, Rasulullah SAW tidak memilih pembalasan atau dendam. Baginda memilih kemaafan, kasih sayang dan ihsan.
Inilah antara akhlak Rasulullah SAW yang perlu terus kita hidupkan dalam kehidupan seharian.
Moga sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita terus memperbaiki diri serta menghayati akhlak dan sunah Baginda SAW.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
PUTRARenang kembali! 🏊♂️
Gambar-gambar ini antara kenangan program PUTRARenang yang pernah kami laksanakan sebelum ini. Seronok tengok anak-anak Putrajaya belajar berenang, membina keyakinan diri dan memahami asas keselamatan di air.
Malah, ada antara mereka yang kemudiannya terus mengembangkan bakat dan berani bersaing dalam pertandingan. 👍
Kali ini PUTRARenang dibuka kembali untuk 60 orang kanak-kanak Putrajaya berumur 7 hingga 12 tahun, melibatkan 12 sesi sepanjang tiga bulan.
📌 Maklumat lanjut & pendaftaran:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfigbYGuSHbiuSBo8sapxPGS…
Tempat terhad. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak kami.
Jumpa anak-anak PUTRARenang nanti! 😄🏊♀️ -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan membabitkan penunggang basikal di Presint 5.
Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis. Sama-sama kita doakan semoga segala urusan keluarga dipermudah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini. 🤲🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini meluangkan masa bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sesi perbincangan bersama Srikandi BERSATU. 💪🏻
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ada yang suka tengok aksi pesawat aerobatik? ✈️🇲🇾
Petang ini, Pasukan Aerobatik Krisakti akan menjalani latihan sempena Merdeka Sunset Air Show “Melukis Senja” di ruang udara Putrajaya.
📍 Sekitar Monumen Alaf Baru, Putrajaya
📅 20, 27 & 29 Ogos 2026
⏰ 7.00 hingga 7.30 malam
Bolehlah bawa anak-anak dan keluarga. Sambil menikmati suasana senja Putrajaya, dapat juga tengok aksi pesawat aerobatik di ruang udara. 😊
Kalau ada kelapangan, jom singgah ramai-ramai! 🇲🇾
📹 - Threads @aliffrzk @ai.yooo @rasyiqinsham @ytieeee @spoon.775This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jadual SPM 2026: Elok KPM Pertimbangkan Maklum Balas
Ada yang berkongsi dengan saya tentang keresahan mereka berkaitan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Berdasarkan jadual peperiksaan terkini, tahun 2026 menunjukkan perubahan ketara apabila ujian mendengar dilaksanakan pada hari yang sama dengan ujian bertulis. Situasi ini tidak pernah berlaku sejak ujian mendengar diperkenal semula pada tahun 2021.
Bagi tahun 2026, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada tarikh yang sama iaitu pada 23 November 2026. Begitu juga bagi subjek Bahasa Inggeris, di mana Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis ditetapkan pada 24 November 2026.
Mengambil kira input dan pandangan yang diberikan oleh ibu bapa serta calon SPM 2026, saya berpandangan elok pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti semula jadual ini dan merangka ketetapan yang lebih munasabah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan dilanggar lori di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi.
Semoga keluarga diberi kekuatan dan mendapat keadilan sewajarnya.
📹 - Orang Awam -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tarikh Ujian Mendengar SPM 2026
Ada yang berkongsi dengan saya tentang kekeliruan mereka berkaitan tarikh Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi SPM 2026. Berdasarkan jadual yang disiarkan di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan, tarikh untuk ujian tersebut adalah masing-masing pada 23 & 24 November 2026.
Namun, kenyataan media KPM menyatakan bahawa tarikh untuk ujian tersebut adalah masing-masing 30 November & 1 Disember 2026.
Mohon pihak KPM dapat beri pencerahan tentang perkara ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Peperiksaan SPM 2026 akan bermula pada 26 Oktober 2026.
Selamat maju jaya anak-anak batch 09💪🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi Dr. Haji Ab Halim bin Sulong dan keluarga yang kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Cikgu Zaharah, Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(1) pada 5 Julai lalu.
Sempat duduk berbual dan bertanya khabar. Semoga Dr. Haji Ab Halim dan seluruh keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan, serta dipermudah segala urusan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi Encik Hafizudin dan Puan Afzainizan Ali yang kehilangan anak tersayang, Allahyarham adik Atif Ifwat, murid PPKI SK Putrajaya Presint 18(1), pada 10 Ogos lalu.
Kasih sayang, kesabaran dan perhatian yang dicurahkan kepada adik Atif sepanjang 11 tahun membesarkannya adalah sesuatu yang sangat bernilai. Semoga segala kebaikan dan kasih sayang itu diberikan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
Semoga seluruh keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Adik Atif dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang dikasihi.
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Salam takziah buat saudara Wan Hazmie Juzaili serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham OP Mejar Datuk Haji Wan Abd Halim bin Abdul Majid, yang juga merupakan alumni Maktab Tentera Diraja (Old Putera).
Pemergian Allahyarham pastinya satu kehilangan besar buat keluarga serta sahabat-sahabat yang mengenali beliau.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi adik Nur Qurratu Aini, pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Sukan Selangor yang sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan ACL.
Sudah tentu adik Qurratu rindu untuk kembali ke sekolah dan bertemu kawan-kawan setelah agak lama tidak dapat hadir ke sekolah.
Insya-Allah, utamakan pemulihan dahulu. Pastikan benar-benar sembuh dan mendapat pengesahan doktor sebelum kembali ke sekolah.
Kami doakan semoga adik Qurratu diberikan kesembuhan yang baik dan dipermudah untuk kembali menjalani rutin persekolahan seperti biasa.
Semoga terus kuat dan semangat, adik Qurratu!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mentari senja di Putrajaya
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri memenuhi jemputan ke Majlis Perkahwinan Ahmad Johari dan A’qilah, anakanda kepada Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais dan Puan Sri Datin Siti Zubaidah di Zenith Hotel Putrajaya.
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Ahmad Johari dan A’qilah. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi di Taman Rimba Alam, Putrajaya memang menenangkan. Suasana indah dengan udara yang segar ditemani kicauan burung dan suara alam. 🌳🐦
Inilah antara nikmat tinggal di Putrajaya yang kita harus syukuri. Banyak kawasan hijau, tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk bandar. Memang syok luangkan pagi hujung minggu macam ni.
Ada yang selalu 𝘣𝘳𝘪𝘴𝘬 𝘸𝘢𝘭𝘬 dan 𝘩𝘪𝘬𝘪𝘯𝘨 dekat sini?
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas sembahyang Subuh pagi ini di Surau Nur Perdana, Presint 10, mengikuti perkongsian mengenai kesihatan lelaki oleh Prof. Dato’ Dr. Khairul Asri Mohd Ghani, Pakar Perunding Bedah Urologi.
Antara yang dikongsikan ialah mengenai kesihatan prostat, simptom yang perlu diberi perhatian serta kepentingan pemeriksaan awal.
Perkongsian seperti ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan kepentingan mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar.
Terima kasih Prof. atas perkongsian yang sangat baik pagi ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di sekitar Putrajaya memang banyak pokok yang “rare”, termasuk pokok buah-buahan nadir.
Tadi ketika berbasikal di tepi Tasik Putrajaya, ternampak beberapa biji buah yang telah luruh ke tanah.
Jom tengok, buah apa agaknya?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini di Surau Al-Wehdah 17RK1, Presint 17, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), turut hadir dan menyampaikan ucapan sempena pengisytiharan surau ini sebagai surau Jumaat.
Beberapa hari lalu, kami sama-sama berada di Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji serta tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan.
Beliau mengucapkan terima kasih atas pandangan, cadangan dan persoalan yang saya bangkitkan sepanjang perbahasan tersebut.
Saya jelaskan kepada beliau bahawa dalam soal Tabung Haji, kami Ahli-Ahli Parlimen BERSATU meletakkan politik ke tepi. Apa yang jauh lebih penting ialah kelangsungan Tabung Haji sebagai sebuah institusi penting kepada rakyat, khususnya umat Islam.
Sejarah penubuhan Tabung Haji sendiri lahir daripada semangat penyatuan ummah yang ikhlas dan luhur. Ia bukan bertunjangkan mana-mana parti politik, tetapi bermula daripada cetusan pemikiran Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz untuk membantu umat Islam menyimpan secara teratur bagi menunaikan ibadah haji.
Sehingga hari ini, lebih 1.5 juta umat Islam Malaysia telah menunaikan ibadah haji melalui Tabung Haji sejak penubuhannya. Semoga pahala terus mengalir kepada Pak Ungku dan semua pengasas serta mereka yang telah menyumbang membina institusi ini.
Perbahasan Laporan RCI Tabung Haji tempoh hari hanyalah secebis daripada ikhtiar kami sebagai Ahli-Ahli Parlimen BERSATU untuk memastikan institusi yang begitu dekat di hati umat Islam ini terus kukuh, dipercayai dan tidak sekali-kali rebah menyembah bumi.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bayangkan Kalau Selepas Ini Berlaku Lagi Kerosakan Kepada Institusi Yang Menjaga Dana Rakyat
Kerisauan YB Puncak Borneo seperti dalam video adalah berasas. Bukan sahaja Tabung Haji, tabung-tabung serta dana rakyat yang lain boleh menjadi mangsa sekiranya tiada satu kerangka kawal selia dan pemantauan yang menyeluruh ke atas institusi terlibat.
Kita tidak harus menunggu sehingga berlaku kerosakan besar baru hendak diambil tindakan. Seharusnya kita telah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini kepada insitusi seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Itu belum termasuk isu berkaitan 1MDB, SRC International dan FELDA.
Di Amerika Syarikat, selepas terbongkar kes penyelewengan melibatkan Enron, WorldCom dan beberapa syarikat lain pada sekitar tahun 2001 dan 2002, Kerajaan Amerika Syarikat ketika itu telah mengambil tindakan untuk mewujudkan kerangka kawal selia korporat melalui Sarbanes Oxley Act pada tahun 2002.
Di Australia pula, Kerajaannya telah memperkenalkan Corporate Law Economic Reform Program (Audit Reform and Corporate Disclosure) Act 2004. Bermula daripada sinilah, banyak negara di dunia termasuk Malaysia telah membuat penambahbaikan kepada tadbir urus korporat mereka.
Kita boleh belajar daripada pendekatan yang diambil mereka, iaitu satu pendekatan yang tersusun dan menyeluruh bagi meminimakan risiko perkara yang sama berlaku lagi.
Jika tidak, urus niaga yang tidak masuk akal seperti dalam kes Al-Rawda boleh terus berlaku, apabila Tabung Haji membayar kira-kira RM1.5 bilion secara pendahuluan (upfront) bagi pajakan empat hotel di Makkah dan Madinah, walaupun jaminan bank tidak diperoleh dan transaksi tersebut hanya bersandarkan nota janji (promissory note) yang dijamin secara peribadi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan limpahan air di Blok E, Fasa 4, Presint 9, Putrajaya telah diambil tindakan.
PPj, pengurusan fasiliti, Air Selangor, IWK dan TNB telah turun membuat pemeriksaan. Hasil awal mendapati air tersebut bukan air kumbahan.
IWK dan Air Selangor juga telah menjalankan kerja mengepam keluar air bagi mengenal pasti punca sebenar.
Terima kasih kepada semua pihak yang bertindak.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
RCI Tabung Haji: Apa La YB Kekal Duduk Dalam Dewan Rakyat. Patut Keluar Sekali La!
Ada yang tanya, “Kenapa YB dan geng BERSATU kekal duduk dalam Dewan Rakyat mendengar pembentangan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji sedangkan mereka tiba-tiba tukar Mesyuarat Khas jadi sesi penerangan Menteri sahaja? Patut YB ikut Ahli-ahli Parlimen yang keluar tu”. Katanya lagi, “Mana boleh tiba-tiba tukar jadi penerangan Menteri sahaja pastu tak boleh bahas!”.
Jawapan saya mudah.
Surat yang saya terima daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) bertarikh 30 Julai 2026 menyatakan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada hari Selasa 11 Ogos 2026. Saya kongsikan surat tersebut di sini.
Dalam surat itu dinyatakan bahawa urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Khas adalah Penerangan daripada Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berhubung Laporan RCI Tabung Haji.
Surat itu turut menyatakan bahawa Speaker Dewan Rakyat “telah membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan mengenai Penerangan daripada Menteri”.
Jadi, cerita bahawa tiba-tiba format mesyuarat khas ditukar jadi sesi penerangan Menteri tidak seharusnya timbul kerana perkara tersebut telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar oleh SUDR bertarikh 30 Julai 2026.
Cuma, kami di BERSATU berpandangan bahawa tempoh perbahasan satu hari adalah terlalu singkat. Jadi, saya menghantar surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen supaya sesi dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya dua hari. Namun, sesi masih ditetapkan sehari tetapi telah ditiadakan waktu rehat.
Bagi kami ahli-ahli Parlimen BERSATU, ruang untuk berbahas, mendapatkan penjelasan dan memberi pandangan dalam isu berkaitan Tabung Haji adalah amat penting dalam memikul amanah sebagai Ahli Parlimen.
Kami buat persediaan rapi. Setiap daripada kami membaca Laporan RCI Tabung Haji dengan teliti. Kami adakan sesi perbincangan untuk meneliti perkara-perkara utama yang hendak disentuh. Fakta-fakta yang ada juga disemak.
Kami bukan sahaja ingin melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat serta usaha dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam Tabung Haji. Tetapi kami juga mahukan supaya perbahasan RCI Tabung Haji ini menjadi titik tolak bagi mewujudkan perubahan besar kepada kawal selia untuk semua institusi yang mengumpul dan menjaga dana rakyat. Bukan sahaja Tabung Haji, tetapi juga institusi lain Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). -
Radzi Jidin
@RadziJidin
RCI Tabung Haji: Perlu Ada Super-regulatory Body Untuk Kawal Selia Dana Rakyat
Dalam perbahasan laporan RCI Tabung Haji, saya tekankan bahawa kita perlu belajar daripada apa yang berlaku kepada Tabung Haji. Takkan setiap kali berlaku kegagalan kepada institusi yang pegang dana rakyat hendak ditubuhkan RCI.
Saya cadangkan agar Kerajaan mewujudkan satu kerangka kawal selia yang menyeluruh bagi institusi yang menerima deposit daripada rakyat atau menguruskan dana rakyat. Ini termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Boleh guna model agensi yang diwujudkan di Australia, iaitu Australian Prudential Regulation Authority (APRA) sebagai badan kawal selia untuk kesemua insitusi yang terlibat.
Badan kawal selia yang ditubuhkan nanti akan menjadi sebuah “super-regulatory body” bagi semua institusi yang menerima dan mengurus dana rakyat.
Saya amat berharap kerajaan memandang serius cadangan ini dan hasrat untuk melihat wujudnya “super-regulatory body” akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
🏊♂️ JUMAAT NI, ANAK PUTRAJAYA JOM MANDI KOLAM PERCUMA!
Putrajaya Care bawakan sesi mandi kolam percuma di Kompleks Kejiranan Presint 16.
Terhad kepada 100 peserta terawal. Datang terus ke lokasi dan daftar di kaunter bersama petugas.
Bagi anak-anak bawah 12 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu bersama dan mengawasi sepanjang aktiviti.
Ajak kawan-kawan, bawa keluarga dan kita meriahkan hujung minggu dengan aktiviti sihat dan menyeronokkan. 🏊♀️
Maklumat penuh rujuk poster.
Selamat berenang, anak-anak Putrajaya! ❤️ -
Radzi Jidin
@RadziJidin
RCI Tabung Haji: "Creative Accounting" vs "Fraudulent Financial Reporting"
Antara perkara utama yang dibangkitkan dalam laporan RCI berkaitan Tabung Haji ialah tentang kaedah penilaian aset. Menurut Akta 535, apabila aset Tabung Haji lebih rendah daripada liabiliti, maka dividen tidak boleh dibayar. Kalau dibayar juga, maknanya bayaran dividen itu dibuat daripada duit simpanan pendeposit sendiri dan bukan daripada hasil keuntungan pelaburan.
Macam mana nak jadikan aset melebihi liabiliti?
Saya jelaskan perkara ini semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam.
Adakah tindakan yang diambil oleh mereka yang terlibat semata-mata “creative accounting” atau tindakan tersebut ditakrifkan sebagai “fraudulent financial reporting”?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bila melibatkan amanah hampir 10 juta pendeposit, kita tidak boleh memilih untuk berdiam diri.
Lebih RM90 bilion simpanan rakyat berada dalam Tabung Haji. Apa yang berlaku mesti diteliti, apa yang salah mesti diperbaiki dan institusi ini mesti terus diperkukuh.
Sebab itu BERSATU memilih untuk kekal di Dewan dan membahaskan Laporan RCI Tabung Haji.
Ini bukan soal politik. Ini soal amanah kepada rakyat, khususnya umat Islam.
#drj
#drjdiparlimen
#bersatu
#rcitabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam selepas selesai perbahasan Laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat, saya sempat bertemu Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Tabung Haji memikul amanah besar jutaan umat Islam yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menunaikan haji.
Saya doakan semoga Tan Sri dan seluruh warga Tabung Haji terus dipermudahkan urusan dalam melaksanakan amanah ini, memperkukuh institusi serta membawa Tabung Haji terus maju demi kepentingan para pendeposit.
#drj
#rcitabunghaji -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apa yang diceritakan dalam laporan RCI Tabung Haji ini adalah sindrom memegang dan melabur duit orang lain tanpa ada rasa tanggungjawab dan akauntabiliti yang jelas.
#drj
#drjdiparlimen
#rcitabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menteri Kewangan II sahkan: 7 daripada 14 pelaburan bermasalah yang disenaraikan RCI Tabung Haji rugi 100%.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai membahaskan Laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat.
Cadangan penubuhan RCI ini mula dibincangkan pada 14 Ogos 2020 ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sebelum diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021.
Proses tersebut kemudiannya diteruskan di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga siasatan RCI bermula pada Januari 2022.
Hari ini, Tan Sri Muhyiddin bangun di Dewan Rakyat untuk membahaskan sendiri dapatan RCI tersebut.
Yang penting, segala dapatan ini mesti dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan Tabung Haji terus kukuh, berdaya tahan dan diurus dengan penuh amanah demi kepentingan para pendeposit.
#drj
#drjdiparlimen
#rcitabunghaji -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jangan 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭𝘪𝘻𝘦, YB Hulu Langat.
Kalau ada individu yang salah, ambil tindakan terhadap individu tersebut. Jangan kerana perbuatan seseorang, kamu pukul rata Melayu-Islam sebegitu.
Salah tetap salah. Hukum pelakunya.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Speaker: “Maksudnya pembangkang nak walk out”
YB Kota Bharu: “Yes”
Ahli-ahli Parlimen BERSATU adalah pembangkang. Kami tidak akan walk out. Ini isu penting bagi rakyat dan tidak perlu drama politik. Kami bahkan minta supaya dipanjangkan tempoh perbahasan.
Rakyat perlukan kebenaran. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tiba di Parlimen pagi ini untuk Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan RCI Tabung Haji.
Tabung Haji adalah amanah besar umat Islam. Perbahasan hari ini penting untuk memastikan setiap kelemahan diperbaiki, keyakinan pendeposit terus dipelihara dan masa depan institusi ini kekal kukuh.
Insya-Allah, saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini.
Mohon doa semuanya. 🤲🏻
#drj
#rcitabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini bersama sahabat-sahabat Ahli Parlimen BERSATU membuat persiapan bagi menghadapi perbahasan esok berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Insya-Allah, kami akan mengambil bahagian dalam perbahasan bagi meneliti setiap dapatan dan syor yang dikemukakan, serta memastikan kepentingan dan masa depan Tabung Haji terus diberi perhatian sewajarnya.
Semoga segala urusan dipermudah. 🤲🏻This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Bercakap sahaja.”
Hakikatnya, semua orang boleh bercakap. Tetapi tidak semua orang mampu menyampaikan idea dengan jelas, berhujah dengan baik dan meyakinkan orang lain.
Apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti, bukan sekadar nama universiti atau segulung ijazah yang akan membezakan kita. Cara kita berkomunikasi, berfikir, membawa diri dan menyampaikan pandangan juga akan dinilai.
Sebab itu saya selalu pesan kepada mahasiswa, manfaatkan waktu di universiti untuk membina diri. Berani bertanya. Berani berhujah. Berani membentangkan idea. Jangan takut untuk mencuba.
Ilmu memberi kita kelayakan. Kemahiran membuka peluang. Kesungguhan menentukan sejauh mana kita melangkah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai di Presint 20, saya ke Masjid Mahmoodiah untuk bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah Allahyarhamah Suhaila binti Ramly.
Salam takziah buat suami Allahyarhamah, Saudara Md Yushanizam, serta seluruh ahli keluarga.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat keluarga serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Al-Fatihah.
Saya menziarahi keluarga Allahyarhamah Nur Athirah Batrisyia binti Mohd Radzi, pelajar SMK Putrajaya Presint 16(1), yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini di Hospital Tunku Azizah.
Turut bersama guru-guru dan warga sekolah menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat seluruh keluarga serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya kita, sama-sama kita jaga.
Walaupun kebersihan Putrajaya sentiasa dijaga dan dipantau oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), usaha ini tetap memerlukan kerjasama daripada kita semua.
Pagi ini seorang sahabat berkongsi beberapa gambar sampah di sekitar laluan pejalan kaki. Sayang kalau bandar yang cantik dan menjadi kebanggaan kita dibiarkan begini.
Mudah sahaja. Buang sampah di tempat yang disediakan dan tinggalkan kawasan yang kita gunakan dalam keadaan bersih.
PPj boleh terus membersihkan dan menjaga, tetapi budaya menjaga kebersihan bermula daripada kita sendiri.
Putrajaya tempat kita. Sama-sama kita jaga.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa menziarahi Puan Zalinawati, saya sempat bertemu anak beliau, adik Zahin, yang sedang melanjutkan pengajian ACCA.
Saya titipkan sedikit pesanan supaya terus tekun belajar, bina kemahiran dan kejar cita-cita. Semoga suatu hari nanti berjaya menjadi akauntan profesional yang berintegriti dan dapat menyumbang kepada negara.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Empat ekor anjing liar berkeliaran di Jalan P10C, Presint 10.
Pagi ini, Putrajaya Care menerima aduan daripada warga berhubung kehadiran anjing liar di kawasan tersebut. Perkara ini telah disalurkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Isu anjing liar ini bukan perkara baharu. Saya telah beberapa kali membangkitkannya di Parlimen, di samping terus berhubung dengan agensi berkaitan supaya tindakan dan pemantauan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Semoga usaha ini dapat memastikan keadaan sentiasa terkawal serta keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya terus terpelihara.
Terima kasih kepada warga yang terus menyalurkan aduan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum sembahyang Jumaat hari ini, menghadiri Majlis Pengisytiharan dan Perasmian Surau Al-Firdaus (SAFi), Presint 11 yang dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.
Tahniah kepada Pengerusi Surau Al-Firdaus, Ir. Haji Noor Azidy Ishak, barisan jawatankuasa surau serta seluruh komuniti atas usaha dan komitmen sehingga surau ini dapat dibina dan terus diimarahkan bersama.
Semoga Surau Al-Firdaus (SAFi) terus menjadi tempat ibadah dan pusat kegiatan yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti Presint 11.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat pagi semua. Semoga segala urusan sahabat-sahabat dipermudah pada hari yang mulia ini.
Pagi ini bersarapan dan bertanya khabar bersama sahabat-sahabat di Surau An-Najah, Presint 9.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada keluarga Koperal Chiu Teck Siong, Konstabel Mohamad Nur Hafiz Ibrahim dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, tiga anggota PDRM yang meninggal dunia dalam insiden renjatan elektrik di Beaufort, Sabah.
Semoga diberi ketabahan dan dipermudah urusan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi sahabat saya, Khairil, yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Sempat bertanya khabar. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, memulihkan kesihatannya seperti sediakala serta mempermudah segala urusan beliau dan keluarga. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
AI boleh membantu kita belajar. Tetapi jangan sampai kita terlalu bergantung sehingga hilang keupayaan untuk berfikir sendiri.
Semasa bertemu anak-anak IPT Putrajaya, saya mengingatkan mereka supaya menggunakan teknologi seperti ChatGPT dengan bijak.
Gunakan AI untuk memahami pelajaran, mencari idea dan memperbaiki hasil kerja. Namun, jangan berhenti membaca, menulis dan menyusun pandangan dengan bahasa sendiri.
Teknologi sepatutnya membantu kita menjadi lebih baik, bukan menjadikan kita terlalu bergantung.
Anda guna AI untuk membantu berfikir, atau terus serahkan semuanya kepada AI?
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi Saudara Mohd Fadzly di Hospital Putrajaya dan sempat bertemu isterinya, Puan Syazwani.
Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memulihkan kesihatannya seperti sediakala serta memberikan kekuatan kepada beliau dan keluarga sepanjang melalui proses rawatan dan pemulihan.
Semoga segala urusan dipermudah. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan Kebocoran Paip Berhampiran SK Putrajaya Presint 8(2)
Pagi ini, Putrajaya Care menerima aduan mengenai kebocoran paip di laluan pejalan kaki menghala ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2).
Maklumat berkaitan telah disalurkan kepada Air Selangor, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. dan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk perhatian serta tindakan segera.
Kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan bertindak pantas dalam menyelesaikan aduan ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kejohanan boleh habis dalam sehari, tetapi semangat kebersamaan mesti terus dibawa dalam tugas seharian.
Seronok dapat singgah beramah mesra bersama warga Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 yang menyertai Kejohanan Boling Tertutup 2026, anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.
Program seperti ini bukan sekadar riadah. Ia mengeratkan hubungan, membina semangat berpasukan dan memberi ruang kepada warga kerja yang saban hari berkhidmat kepada masyarakat untuk berkumpul dalam suasana santai.
Tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta. Semoga semangat kebersamaan ini terus diterjemahkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
RCI Tabung Haji: Labur RM259 juta, apa hasilnya?
Pada muka surat 138 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji menyatakan bahawa, “Suruhanjaya telah menerima laporan daripada LTH mengenai pelaburan-pelaburannya yang bermasalah. Suruhanjaya mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat”.
Pada muka surat 139, dinyatakan, “Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti berikut”:. Saya ingin merujuk kepada salah satu pelaburan tersebut yang dijelaskan di muka surat 142 laporan RCI Tabung Haji, iaitu pelaburan dalam Deru Semangat Sdn Bhd.
Dinyatakan bahawa, pada tahun 2014 dan 2015 Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu telah meluluskan untuk Tabung Haji melabur sebanyak RM526.16 juta dalam usaha sama membangunkan ladang sawit di Pahang. Ini termasuk pengambilan 55% saham dalam Deru Semangat Sdn Bhd daripada pemilik asalnya.
Daripada RM526.16 juta ini, RM231 juta adalah untuk beli 55% saham dan RM295.16 juta untuk bangunkan ladang. Bila dah tandatangan perjanjian, maka tentunya perlu dilaksanakan. Sehingga Januari 2021, Tabung Haji telah bayar RM257 juta. Sebahagiannya untuk pembelian 55% ekuiti saham dan sebahagian lagi untuk bangunkan ladang.
Namun, terdapat masalah dengan pembangunan ladang kerana pembangunan turut melibatkan aktiviti pembalakan hutan simpan.
Kemudian, nilai pelaburan yang asalnya RM257 juta telah dirosot nilai kepada RM32 juta sahaja. Jadi, labur asalnya bernilai RM257 juta cuma tinggal RM32 juta.
Akhirnya, Tabung Haji pulangkan balik saham yang telah dipegang kepada pemilik asal. Maknanya, Tabung Haji langsung dah tidak ada saham dalam Deru Semangat Sdn Bhd. Sebagai balasan, Tabung Haji tidak perlu mengeluarkan baki pelaburan lanjutan sebanyak RM258 juta.
Dinyatakan pada muka surat 143 bahawa untuk transaksi melibatkan usaha sama ini, "pembayaran keseluruhan berjumlah RM259 juta" telah disalurkan oleh Tabung Haji.
Soalan saya kepada pihak berkaitan, apa manfaat yang diperoleh Tabung Haji dan pendeposit melalui pelaburan berjumlah RM259 juta ini? Saham dalam syarikat Deru Semangat sudah tidak ada kerana telah dipulang balik kepada pemilik asal. Jadi, labur RM259 juta untuk apa?
RM259 juta ni bukan kecil.
Jumlah ini lebih besar daripada bantuan kewangan haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji untuk tahun 2026 iaitu sebanyak RM210 juta.
Apakah keputusan untuk melabur pada 2014 dan 2015 telah dibuat dengan melalui satu proses yang sepatutnya? Apakah due diligence telah dibuat? Jika ya, apakah telah disemak kedudukan tanah tersebut sama ada melibatkan hutan simpan atau tidak? Banyak persoalan berkaitan pelaburan ini. Oleh itu, saya amat bersetuju agar audit forensik dibuat keatas transaksi ini.
DRJ
Putrajaya
4 Ogos 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Universiti bukan sekadar tempat mendapatkan segulung ijazah.
Tiga atau empat tahun di kampus ialah peluang untuk membina diri, membentuk disiplin dan mempersiapkan diri menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Hari ini, persaingan bukan hanya dengan rakan sekelas, tetapi juga dengan teknologi yang berkembang pantas. Jadi, jangan sia-siakan masa di universiti.
Belajarlah mengurus masa, berkomunikasi dengan baik, membina hubungan profesional, berfikir secara kritis dan berhujah dengan matang. Nilai-nilai inilah yang akan membezakan kita apabila melangkah ke alam pekerjaan.
Terus belajar. Terus perbaiki diri. Pastikan ada kemajuan walaupun sedikit setiap hari.
Itulah pelaburan terbaik untuk masa depan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya telah mengemukakan surat kepada YAB Perdana Menteri merangkap Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi memohon supaya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji yang dijadualkan pada 11 Ogos 2026 dipanjangkan sekurang-kurangnya kepada dua hari.
Cadangan ini selaras dengan saranan Presiden BERSATU, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, agar Ahli-Ahli Parlimen diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk membahaskan setiap dapatan, syor serta tindakan susulan Kerajaan secara menyeluruh.
Laporan RCI ini melibatkan kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji serta umat Islam di negara ini. Setiap dapatan dan syor yang dikemukakan perlu diberikan perhatian serta penjelasan yang sewajarnya.
Tempoh perbahasan yang mencukupi akan membolehkan lebih ramai Ahli-Ahli Parlimen mengambil bahagian dan mengemukakan pandangan yang bernas demi memperkukuh tadbir urus, ketelusan serta pengurusan Tabung Haji pada masa hadapan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Moga urusan pembedahan YAB Datuk Fadillah Yusof berjalan lancar. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna serta dipermudah segala urusan rawatan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama komuniti di Blok A, Presint 15, Fasa 12A bagi meninjau isu kebocoran paip yang menyebabkan banjir serta kerosakan lif.
Saya telah meminta syarikat yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera. Saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin demi keselesaan penduduk, khususnya warga emas, OKU serta keluarga yang mempunyai anak kecil.
Menurut makluman daripada pihak Sigma, lif bomba telah berjaya dibaiki dan boleh digunakan bermula malam ini. Bagi lif-lif yang lain, pihak Sigma akan meneruskan kerja-kerja pembaikan sehingga semuanya kembali beroperasi seperti biasa.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah kepada semua mangsa kebakaran rumah panjang di Bintulu. Semoga setiap keluarga yang terkesa diberi ketabahan dan mendapat bantuan sewajarnya.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi Puan Azlin dan suami di Presint 11H, Putrajaya. Walaupun sedang diuji dengan masalah kesihatan, beliau tetap ceria dan bersemangat. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan serta mempermudahkan segala urusan beliau dan keluarga. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menziarahi Puan Nor Zalinawati binti Razali di kediamannya di PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya.
Alhamdulillah, beliau telah selesai menjalani rawatan dan kini sedang melalui proses pemulihan. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan buat beliau serta dipermudahkan segala urusan.
Sama-sama kita doakan agar Puan Nor Zalinawati segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. 🤲🏻
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah Amir Daniel Abdul Majeed atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam sukan judo di Sukan Komanwel.
Daripada gangsa di Birmingham kepada kilauan emas di Glasgow. Usaha, disiplin dan semangat juang akhirnya mencipta sejarah. Malaysia bangga dengan anda! 🇲🇾🥇
📸 MSN Malaysia -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Rutin biasa bertemu warga Putrajaya yang hadir berkongsi pandangan dan permasalahan.
Insya-Allah, setiap perkara akan diusahakan sebaiknya. Kita terus bekerja dan ikhtiarkan yang terbaik untuk rakyat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pingat emas yang cukup bermakna. 🥇🇲🇾
Tahniah Dato’ Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas pertama Sukan Komanwel dalam karier beliau.
Selepas bertahun-tahun mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, penantian itu akhirnya berakhir dengan penuh bergaya.
Terima kasih kerana terus menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. 🇲🇾
Syabas, Dato’!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat mengundi semua di PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16! 💪🏻
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kepada semua warga DUN Palong, khususnya anak-anak Palong yang berada di luar, jangan lupa pulang mengundi pada 1 Ogos ini.
Berikan sokongan kepada calon tempatan yang membesar bersama masyarakat dan memahami keperluan Palong.
Undilah Saudara Rebin, Calon BERSATU Nombor 3.
Satu undi anda mampu membawa perubahan.
BERSATU DEMI NISMILAN.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan kita bahawa mempertahankan negara bukan hanya tugas anggota keselamatan di barisan hadapan.
Setiap daripada kita memikul amanah mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing. Seorang guru mendidik dengan ikhlas, doktor dan jururawat merawat dengan penuh ihsan, penjawat awam memberi perkhidmatan terbaik, peniaga berlaku jujur, ibu bapa membimbing anak-anak dengan akhlak yang baik, dan setiap rakyat melaksanakan amanah dengan penuh integriti.
Sempena Hari Pahlawan, marilah kita mengenang jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan yang telah mempertahankan kedaulatan negara. Pengorbanan mereka mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah negara bukan sekadar terletak pada kelengkapan pertahanan atau kecanggihan teknologi, tetapi juga pada rakyat yang jujur, pemimpin yang amanah dan masyarakat yang bersatu.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kekuatan untuk terus memelihara amanah, memperkukuh perpaduan dan berkhidmat sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sikamat wajar memberi peluang kepada pemimpin yang berpengalaman, memahami cara kerajaan berfungsi dan tahu bagaimana membawa suara rakyat.
Tun Faisal Ismail Aziz mempunyai pengalaman dalam komunikasi strategik, pentadbiran dasar dan pengurusan kerajaan. Pengalaman ini boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sikamat dengan lebih berkesan.
Pada 1 Ogos nanti, beri peluang kepada Tun Faisal.
Undi BERSATU!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu rakyat di DUN Juasseh.
Di Juasseh, BERSATU menawarkan seorang calon yang bukan sahaja berpengalaman, malah mempunyai rekod kepimpinan yang terbukti. Sebagai bekas Naib Presiden Kanan sebuah institusi perbankan, beliau membawa pengalaman luas dalam pengurusan, pembangunan ekonomi dan tadbir urus.
Negeri Sembilan memerlukan pemimpin yang berintegriti, berwibawa dan mampu membawa penyelesaian kepada rakyat.
Pada 1 Ogos ini, berilah peluang kepada BERSATU.
UNDILAH BERSATU!
BERSATU DEMI NISMILAN.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dirgahayu Tuanku.
Sama-sama kita doakan agar KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang sedang gering diberikan kesembuhan segera. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ibu serta dua anak perempuan berusia 11 dan 12 tahun ditemui maut dalam sebuah rumah di Ipoh. Sedih. Takziah kepada seluruh keluarga. Semoga diberi kekuatan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Juasseh memerlukan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat dan tahu bagaimana membantu mereka.
Mohd Zuhaimi Md Yusof atau Cik Mie pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Affin Bank. Pengalaman luas dalam sektor perbankan dan kewangan menjadi kekuatan beliau untuk membantu usahawan kecil, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memperjuangkan penyelesaian terhadap masalah ekonomi rakyat.
Pada 1 Ogos nanti, pilih calon yang berpengalaman, berkemampuan dan dekat dengan rakyat.
Undi BERSATU!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Anak muda memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital Negeri Sembilan.
Bagi memastikan mereka tidak ketinggalan, BERSATU akan menubuhkan Hab Digital Nogori sebagai pusat sehenti untuk melatih, membimbing dan memperkasa bakat belia.
Melalui latihan, pensijilan dan kerjasama dengan institusi pendidikan serta pemain industri, lebih ramai anak muda dapat membina kerjaya dalam bidang digital.
UNDILAH BERSATU!
BERSATU DEMI NISMILAN.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
𝐑𝐂𝐈 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐯𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐮𝐭𝐢𝐡 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji dibincangkan oleh Jemaah Menteri sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 14 Ogos 2020.
Setelah mengambil kira pelbagai aspek, pada 14 Julai 2021, Jemaah Menteri yang sama telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Laporan RCI berkaitan Tabung Haji ini telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Jemaah Menteri bawah pimpinan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah usahakan yang terbaik untuk memperkasa tadbir urus Tabung Haji melalui penubuhan RCI.
Ramai yang bertanya mengapa selepas lebih 43 bulan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri barulah Kerajaan hendak dedahkan kepada rakyat? Itu Kerajaan hari ini yang kena jawab.
Pendekatan ini berbeza berbanding Kertas Putih FELDA. Kertas ini disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Ketika itu Dato’ Seri Azmin Ali adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Saya menyertai kementerian tersebut sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 17 Julai 2018. Antara tugasan yang telah diberikan kepada saya oleh YB Menteri ialah membantu memantau penyediaan Kertas Putih FELDA.
Kertas Putih bukan sahaja memperincikan isu-isu dalaman FELDA tetapi juga turut mengandungi laporan forensik untuk lapan pembelian atau pelaburan aset.
Selepas sahaja siap dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara, Kertas Putih FELDA terus dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada 10 April 2019.
Kesimpulannya, Kertas Putih FELDA dibentang segera di Parlimen selepas disiapkan manakala Laporan RCI berkaitan Tabung Haji disimpan lebih 43 bulan sebelum dibentang.
DRJ
Putrajaya
30 Julai 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Peniaga dan penjaja kecil adalah nadi ekonomi tempatan.
BERSATU akan membantu mengurangkan beban mereka melalui pengecualian bayaran sewa tapak pasar pagi, pasar tani dan pasar malam selama dua tahun, serta diskaun 50% sewa premis milik PBT.
BERSATU juga akan mewujudkan Dana Nismilan Niaga Prihatin bernilai RM5 juta bagi menyediakan pinjaman mikro tanpa faedah, latihan digital dan khidmat nasihat untuk membantu PMKS mengembangkan perniagaan.
UNDILAH BERSATU!
BERSATU DEMI NISMILAN.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BERSATU hadir di Negeri Sembilan dengan kesungguhan, pasukan berwibawa dan tawaran yang lebih baik demi masa depan rakyat serta negeri ini.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
EMAS KEENAM MALAYSIA! 🇲🇾
Mohamad Syahmi Nor Ghazali menjuarai kategori 94kg lelaki.
197kg clean & jerk.
347kg keseluruhan.
Dua rekod baharu temasya.
Emas kelima daripada kem angkat berat.
Emas keenam buat Malaysia.
Luar biasa, Syahmi. Malaysia bangga! 🇲🇾
📸 MSN Malaysia
#kitasemuateammas
#glasgow2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
3 sekeluarga maut selepas dilanggar pemandu positif dadah. Kes pemandu mabuk dan positif dadah membunuh di jalan raya semakin menjadi-jadi. Undang-undang lebih tegas dan penguatkuasaan bersepadu tidak boleh dilengahkan lagi!
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
RAPAT RAKYAT MEGA LABU
Kita jumpa malam inidi Labu, Negeri Sembilan! Jam, 9.00 malam di Jalan Shahardan, Kampung LBJ, Labu, Negeri Sembilan.
Semua dijemput hadir! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Maso depan Senaling di tangan kito! 🔥
Kenapo nak pilih yang lain kalau kito ado anak tempatan, seorang peguam yang sudah lamo berbakti dan berkhidmat di Kuala Pilah?
Ingat 1 Ogos, bagi peluang kepada calon nombor 2 daripada BERSATU, Mohd Izaffi!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Maso depan Senaling di tangan kito! 🔥
Kenapo nak pilih yang lain kalau kito ado anak tempatan, seorang peguam yang sudah lamo berbakti dan berkhidmat di Kuala Pilah?
Ingat 1 Ogos, bagi peluang kepada calon nombor 2 daripada BERSATU, Mohd Izaffi!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
EMAS KELIMA, SASARAN NEGARA TERCAPAI! 🇲🇾
Tahniah Datuk Abdul Latif Romly yang meraih emas acara lompat jauh T20 lelaki dengan lompatan 7.17 meter, sekali gus melengkapkan sasaran lima emas Malaysia di Glasgow 2026.
Lebih membanggakan, Eljoe Gotuoh turut menaiki podium dengan pingat gangsa menerusi lompatan 6.51 meter.
Satu acara, dua pingat buat Malaysia.
Tahniah Abdul Latif dan Eljoe. Malaysia bangga! 🇲🇾
📸 MSN Malaysia
#kitasemuateammas
#glasgow2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
PENAMPILAN PERTAMA. TERUS EMAS. 🇲🇾
Muhammad Hafizuddin Roslin menjuarai kategori 88kg lelaki di Glasgow 2026.
Bukan satu, tetapi dua rekod baharu temasya — 162kg snatch dan 345kg keseluruhan.
Debut. Emas. Dua rekod.
Luar biasa, Hafizuddin. Malaysia bangga! 🇲🇾
#kitasemuateammas
#glasgow2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Azmin Ali dan Saudara Hilman Idham sempat singgah minum petang bersama penduduk di DUN Klawang.
Dalam suasana santai, kami mendengar sendiri pandangan, harapan dan cabaran masyarakat setempat, khususnya berkaitan peluang untuk anak muda, potensi pelancongan serta kebajikan warga emas.
Klawang mempunyai kekuatan tersendiri. Keindahan alam semula jadi, warisan budaya, hasil pertanian dan kehidupan kampung boleh dikembangkan sebagai sumber ekonomi yang memberi manfaat terus kepada rakyat.
Sebab itu Tawaran BERSATU Demi Nismilan memberi perhatian khusus kepada pembangunan pelancongan dan masa depan anak muda.
Antara yang ditawarkan:
✅ Merancakkan pelancongan berasaskan alam semula jadi serta memperkukuh pelancongan komuniti, aktiviti kebudayaan, warisan, inap desa dan aktiviti lasak supaya manfaat ekonominya dinikmati penduduk setempat.
✅ Memperkenalkan Laluan Warisan NS bagi membangunkan, memelihara dan mempromosikan kawasan adat serta warisan di seluruh Negeri Sembilan.
✅ Memperkenalkan program Nogori Tour Guide untuk melahirkan sekurang-kurangnya 500 pemandu pelancong bertauliah dalam kalangan belia melalui latihan, pensijilan profesional, kemahiran digital dan peluang pekerjaan.
✅ Menubuhkan Hab Digital Nogori bagi melatih anak muda dalam bidang animasi, reka bentuk kreatif, pengekodan, lukisan digital dan pembangunan permainan video.
✅ Memperkenalkan Nogori Innovation Accelerator dengan dana pemula sehingga RM50,000 untuk membantu anak muda membangunkan syarikat pemula dalam sektor kreatif, e-dagang dan pertanian moden.
✅ Memperuntukkan RM2 juta setahun melalui program Tani Belia Nogori bagi membantu usahawan tani muda menggunakan teknologi pertanian pintar dan meningkatkan pengeluaran agromakanan.
✅ Melaksanakan program NS Drone Pilot untuk melahirkan sekurang-kurangnya 500 juruterbang dron profesional berlesen dalam kalangan anak muda bagi sektor pertanian, pembinaan, pelancongan, industri kreatif dan tenaga hijau.
✅ Menyediakan bantuan sehingga RM2,500 bagi pembelian komputer riba atau peranti pembelajaran kepada anak Negeri Sembilan daripada keluarga yang memerlukan dan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
✅ Menubuhkan Nismilan EduFund bernilai RM25 juta untuk membantu kemasukan ke institusi pengajian tinggi, sara hidup mahasiswa dan memberikan insentif kecemerlangan akademik.
Pada masa yang sama, warga emas tidak dilupakan.
✅ Memberikan bantuan RM300 setahun melalui Skim Nismilan SilverPlus kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.
✅ Menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma secara bersasar kepada warga emas dan OKU yang memerlukan untuk mendapatkan rawatan di hospital serta pusat kesihatan.
✅ Membangunkan Desa Emas Nismilan yang dilengkapi kemudahan kerohanian, kesihatan dan rekreasi.
Kita mahu potensi Klawang dibangunkan dengan lebih tersusun.
Anak muda bukan sahaja diberikan bantuan, tetapi dibekalkan dengan kemahiran, modal, latihan dan laluan kepada peluang pekerjaan.
Pelancongan pula bukan hanya membawa orang datang, tetapi mesti membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada masyarakat setempat.
Di DUN Klawang, berikan sokongan kepada Adib Musa, anak tempatan yang memahami denyut nadi serta potensi kawasan ini.
BERSATU Demi Nismilan.
Negeri Dijago. Rakyat Dibelo. Adat Dipeliharo.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semoga keadilan buat Trooper Abdul Hamid Talib, anggota Rejimen 22 Komando.
Pada 11 Mac lalu, beliau dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika berada di Kem Iskandar, Mersing. Laporan perubatan yang didedahkan pada 27 Julai memaklumkan beliau mengalami kecederaan otak traumatik yang teruk sehingga menyebabkan lumpuh keempat-empat anggota badan.
Kementerian Pertahanan perlu memastikan kebajikan beliau dan keluarganya terus terbela, termasuk rawatan susulan, pemulihan serta bantuan selepas keluar hospital.
Siasatan mesti dipercepatkan, dijalankan secara telus dan diselesaikan secara menyeluruh. Pihak yang didapati bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
Semoga Trooper Abdul Hamid diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, begitu juga seluruh keluarganya.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BAPA JUARA. ANAK PUN JUARA. 🇲🇾
Muhammad Erry Hidayat menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia di Glasgow 2026.
Emas, dua rekod temasya dan meneruskan legasi ayahnya, Hidayat Hamidon.
Tahniah, Erry. Malaysia bangga!
📸 MSN Malaysia -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Maso untuk Sungai Lui melangkah lebih jauh! ✊🔥
Bersamo Saudara Mazrul Hisyam, kito perkaso suara dan kebajikan warga DUN Sungai Lui.
Pemimpin yang prihatin, mesra rakyat dan sedia bekerja demi kemajuan bersamo.
Pilih kepimpinan berjiwa rakyat. Pilih Saudara Mazrul Hisyam! 🗳️
BERSATU Demi Nismilan.
Negeri Dijago. Rakyat Dibelo. Adat Dipeliharo.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bila semangat disatukan, tiada yang mustahil. Ayuh bangkit, satukan langkah dan gegarkan medan perjuangan. Gelombang Merah Bunga Raya. Mara sampai menang!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Anak mudo, semangat baru untuk Pertang! ✊🔥
Bersama Saudara Faizal @ Bang Chik, kito bawak perubahan yang nyata.
Pemimpin mesra rakyat. Sedia mendengar. Sedia bekerja. Sedia membelo nasib rakyat Pertang.
Jangan lupo, undi calon nombor 3 daripada BERSATU! 🗳️
BERSATU Demi Nismilan.
Negeri Dijago. Rakyat Dibelo. Adat Dipeliharo.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya memenuhi jemputan sahabat saya, saudara Zaidi, Pengerusi KRT 18R12 dalam sebuah majlis reunion bersama Skot 13 TUDM.
Skot ini mempunyai lebih 400 orang ahli. Walaupun masing-masing dah ada haluan dan kesibukan sendiri, hubungan silaturahim sesama mereka masih tetap rapat. Majlis sebeginilah tempat terbaik untuk berjumpa semula, bersembang santai, dan mengimbau kenangan lama masa berkhidmat dulu.
Tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran majlis yang meriah ini. Semoga ikatan sahabat dan silaturahim warga Skot 13 TUDM terus berkekalan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Emas kedua Malaysia! 🇲🇾
Muhamad Aznil Bidin melakar sejarah dengan hatrik emas Sukan Komanwel selepas menjuarai Gold Coast 2018, Birmingham 2022 dan kini Glasgow 2026.
299kg. Rekod temasya. Tiga edisi. Tiga emas.
Malaysia bangga. Terima kasih, Aznil! 💪🇲🇾
📸 MSN Malaysia -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sabtu lalu, saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Azmin Ali turun ke Paroi untuk bertemu rakyat dalam Ceramah BERSATU Demi Nismilan.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan memberi kekuatan kepada kami untuk terus turun bertemu rakyat.
Di DUN Paroi, BERSATU mempertaruhkan Hj. Nazree Yunus, anak tempatan yang bukan asing lagi dalam kalangan masyarakat Paroi.
Paroi sedang pesat membangun.
Anak muda mahukan lebih banyak peluang pekerjaan.
Peniaga kecil mahukan bantuan untuk mengurangkan kos perniagaan.
Penduduk mahukan jalan, lampu dan kemudahan awam yang diselenggara dengan baik.
Sebab itu Tawaran BERSATU Demi Nismilan membawa beberapa komitmen yang dekat dengan keperluan rakyat Paroi:
✅ Mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 peluang pekerjaan baharu berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun, termasuk dalam sektor semikonduktor, tenaga hijau, pelancongan bernilai tinggi dan pertanian berteknologi tinggi.
✅ Menubuhkan Dana Nismilan Niaga Prihatin bernilai RM5 juta bagi menyediakan pinjaman mikro tanpa faedah, latihan teknologi digital dan khidmat nasihat kepada PMKS.
✅ Memberikan pengecualian sewa tapak pasar pagi, pasar tani dan pasar malam milik PBT selama dua tahun kepada penjaja berdaftar.
✅ Memberikan diskaun 50% sewa selama dua tahun kepada peniaga di medan selera, pasar awam dan premis terpilih milik PBT.
✅ Menubuhkan NS Road Rapid Response Team bagi mempercepat tindakan terhadap aduan jalan berlubang, kerosakan jalan dan lampu jalan.
✅ Melaksanakan Pelan Tindakan Infra Sukan Nismilan untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara padang, gelanggang serta kemudahan sukan awam.
Ini antara ikhtiar yang kita bawa untuk membantu keluarga, anak muda, penjaja dan peniaga kecil di Paroi.
Teruskan turun bertemu rakyat.
Teruskan bekerja.
Berikan sokongan kepada Hj. Nazree Yunus, calon BERSATU bagi DUN Paroi.
BERSATU Demi Nismilan.
Negeri Dijago. Rakyat Dibelo. Adat Dipeliharo.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dua pelajar maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk di SK Seri Setia, Teluk Intan.
Kerajaan wajib segera membawa RUU lebih tegas, termasuk pampasan kepada keluarga mangsa. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Emas pertama Malaysia di Glasgow 2026! 🇲🇾🥇
Tahniah Mohamad Aniq Kasdan, juara angkat berat lelaki 60kg dengan dua rekod baharu Sukan Komanwel. Hebat. Membanggakan. Malaysia bangga! 💪🇲🇾 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Maso untuk anak mudo Klawang berkhidmat! ✊⚡
Adib Musa membesar kek Klawang. Sekolah pun kek sini. Dio kenal tempat ni, kenal orang sini dan faham apo yang rakyat perlukan.
Anak tempatan. Mudo, berani dan sedia bekerja.
Jangan lupo, undilah ADIB MUSA, calon nombor 1 BERSATU! 🗳️
BERSATU Demi Nismilan.
Negeri Dijago. Rakyat Dibelo. Adat Dipeliharo.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tawaran BERSATU DEMI NISMILAN Kini Dilancarkan!
Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan yang berintegriti, stabil, dan prihatin demi kesejahteraan rakyatnya.
Tawaran ini dibentangkan khas merangkumi pelbagai tunjang utama yang berteraskan keutamaan rakyat demi membina Negeri Sembilan yang lebih maju, adil, dan sejahtera.
Imbas kod QR pada poster untuk membaca dokumen penuh tawaran kami.
Bersatu Demi Nismilan!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya dan isteri memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan Muhammad Syahmi Firdaus dan Nurhanis Suraya di Bora Ombak, Putrajaya.
Terima kasih kepada sahabat saya, Mat Rani bin Abd Latif dan Puan Fadzilah binti Teh atas jemputan.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina dikurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah, dipermudah segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT.
Selamat pengantin baharu.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bercakap Tentang KWAP dan Tabung Haji, Tapi Jangan Lupa FELDA
Akhir-akhir ini banyak cerita tentang KWAP dan Tabung Haji. Kita kecewa dengan apa yang berlaku melibatkan kedua institusi tersebut. Tapi jangan kita lupa apa yang berlaku kepada FELDA.
Salah satunya ialah apabila nilai pelaburan RM2300 juta oleh FELDA dalam Eagle High Indonesia pada 2016 cuma tinggal sekitar 13% sahaja. Beli harga 584 Rupiah sesaham dan hari ini nilainya cuma 79 Rupiah sesaham.
Kalau ambil kira kejatuhan nilai Rupiah, nilai yang tinggal hanya sekitar RM200 juta sahaja.
FELDA terpaksa bayar balik hutang RM2.3 billion dan faedah atas hutang untuk beli saham tersebut. Apa yang FELDA dan peneroka dapat daripada pelaburan tersebut dalam tempoh hampir 10 tahun? Tiada. Nothing. Kosong.
Itu baru cerita satu transaksi FELDA.
Apakah kita memilih untuk tidak belajar daripada sejarah atau memilih untuk memejamkan mata daripada melihat yang benar?
DRJ
Putrajaya
24 Julai 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
“Biarlah Jumaatmu Ini Penuh Erti.”
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan kita bahawa Jumaat bukan sekadar rutin mingguan.
Hidupkan hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal, doa, zikir dan selawat. Datanglah lebih awal ke masjid, dengarkan khutbah dengan penuh penghayatan dan manfaatkan setiap ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Yang paling penting, biarlah penghayatan Jumaat itu membentuk akhlak dan kehidupan kita menjadi lebih baik, bukan hanya ketika berada di masjid.
Semoga setiap Jumaat yang kita lalui benar-benar penuh erti dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramai yang bertanya dan meminta supaya pembukaan ruang parkir berhampiran Kementerian Komunikasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dapat dipercepatkan.
Saya memahami kesukaran yang dihadapi warga Putrajaya, khususnya warga kerja kementerian dan agensi di kawasan berkenaan yang berdepan kekangan tempat letak kereta.
Putrajaya Care telah membuat semakan dan berbincang dengan pihak pengendali. Kerja pembinaan dijangka siap pada Oktober 2026 dan sekiranya semuanya berjalan mengikut perancangan, kemudahan ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan November 2026.
Saya berharap kemudahan ini dapat dibuka mengikut jadual dan membantu mengurangkan masalah parkir di kawasan tersebut.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pesalah seksual kanak-kanak yang pernah dihukum di luar negara, adakah rekod mereka turut dikenal pasti di Malaysia?
Saya bangkitkan persoalan ini kerana jenayah seksual terhadap kanak-kanak mempunyai risiko berulang.
Rekod dan pemantauan mesti jelas demi keselamatan anak-anak kita.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya duduk bersama sahabat-sahabat pimpinan BERSATU Negeri Sembilan.
Kita bincangkan gerak kerja kempen dan memperincikan tawaran yang akan dibawa kepada rakyat sekiranya BERSATU diberikan mandat untuk membentuk kerajaan.
BERSATU hadir dalam pilihan raya ini untuk memberikan alternatif dan pilihan kepada rakyat Negeri Sembilan.
Apa pun cabaran yang datang, kita akan terus bekerja, berusaha dan berjuang demi rakyat.
Kita ikhtiar sebaik mungkin. Akhirnya, rakyat yang akan menilai dan menentukan.
#bersatu
#prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ditahan di Australia kerana memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak, kemudian dihantar pulang ke Malaysia. Apa tindakan seterusnya?
Dalam perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, saya bangkitkan kes ini dan meminta Kerajaan menjelaskan tindakan yang telah diambil.
Rakyat berhak tahu.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kes berlaku di luar negara. Rakyat Malaysia perlu lapor kepada siapa? Siapa menyiasat dan siapa mendakwa?
Dalam perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, saya bangkitkan persoalan ini supaya pelaksanaannya benar-benar jelas.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya memenuhi jemputan sahabat saya, Haji Razali, Pengerusi Surau As-Sakeenah, sempena Kendurian @ Sakeenah bersama warga Saujana Aster dan komuniti Presint 11H.
Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran penduduk yang bersama-sama mengeratkan silaturahim dan semangat kejiranan.
Program seperti ini menjadi ruang yang baik untuk kita terus memperkukuh hubungan sesama jiran dan membina komuniti yang lebih rapat serta saling mengenali.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi saya dan isteri memenuhi jemputan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said dan Datin Che Norhayati Salleh di Majlis Resepsi Perkahwinan puteri mereka, Nur Syaheeda, bersama pasangannya, Harif.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah, dipermudah segala urusan serta berkekalan hingga ke syurga, insya-Allah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tengah hari tadi, semasa berada di Seremban, saya menerima aduan mengenai gangguan bekalan air yang menjejaskan penduduk di kuarters Zon 6B, Presint 11.
Sejurus menerima aduan, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya terus menghubungi Air Selangor dan pihak pengurusan fasiliti (FM) bagi mendapatkan penjelasan serta memastikan tindakan pembaikan disegerakan.
Petang tadi, saya turun ke Zon 6B untuk meninjau keadaan. Alhamdulillah, bekalan air sedang pulih secara berperingkat.
Terima kasih kepada penduduk yang menyalurkan maklumat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama Presiden MUDA, Amira Aisya, serta kepimpinan MUDA.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai sudah sesi penamaan calon PRU DUN Negeri Sembilan ke-16.
Terima kasih kepada semua yang terus bersama dan memberikan semangat kepada perjuangan ini. Kini masanya untuk bergerak dengan lebih yakin, bekerja lebih kuat dan mendekati rakyat dengan sebaiknya.
Insya-Allah, berikan sokongan dan undi anda kepada semua calon BERSATU demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih baik.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Gangguan bekalan air di Zon 6B, Presint 11. Kami telah berhubung dengan Air Selangor dan pihak FM bagi mendapatkan penjelasan serta menyelaras tindakan segera.
Semua pihak berkaitan perlu duduk semeja dan menyelesaikan isu ini tanpa berlaku tolak-menolak tanggungjawab.
Kami turut memohon agar bantuan bekalan air melalui lori tangki disalurkan segera bagi mengurangkan kesulitan penduduk. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📍Dewan Majlis Bandaraya Seremban
Mengiringi wakil BERSATU ke sesi penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Semoga segala urusan dipermudah. 💪🏻
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kita melangkah dengan penuh semangat demi rakyat.
BERSATU demi Negeri Sembilan. 💪🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
AIR BERKARAT. AIR KOTOR. AIR KERUH.
Ini antara aduan yang banyak saya terima daripada warga Putrajaya.
Sepanjang April hingga Julai 2026, sebanyak 49 aduan melibatkan 30 lokaliti telah diterima. Sebab itu saya membawa isu kualiti air ini ke Dewan Rakyat.
Menurut jawapan Kerajaan, aduan berkaitan kualiti bekalan air meningkat pada tahun 2026 susulan penyusunan semula agihan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih sekitar April lalu.
Perubahan aliran tersebut menyebabkan mendapan yang terkumpul di dalam paip naik semula, lalu menjadikan air keruh atau berwarna buat sementara waktu.
Dalam isu ini, tanggungjawab melibatkan beberapa pihak.
Air Selangor menguruskan bekalan air di Putrajaya. Bagi paip dan tangki simpanan air di kuarters kerajaan pula, penyelenggaraannya turut melibatkan BPH, PPj dan JKR.
Yang rakyat mahukan bukan penjelasan semata-mata.
Paip dan tangki simpanan air yang dikenal pasti uzur atau menjadi punca masalah mesti segera diganti atau ditambah baik.
Apabila masalah ini berulang, urusan harian rakyat terganggu. Ada yang terpaksa mencuci semula pakaian. Ada juga pakaian yang rosak akibat air berkarat atau keruh.
Air bersih ialah keperluan asas, bukan kemewahan.
Saya akan sentiasa mengikhtiarkan yang terbaik untuk memperjuangkan isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan warga Putrajaya.
#drj #drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Peruntukan undang-undang yang baik perlu disertai pelaksanaan yang jelas.
Dalam perbahasan perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, saya bangkitkan persoalan apabila hukuman atau takrif kesalahan di negara asing berbeza dengan Malaysia.
Perkara ini mesti diperjelaskan agar pelaksanaannya tidak menimbulkan kekeliruan.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
ROHINGYA
Dalam sidang Parlimen kali ini, saya turut membangkitkan isu pelarian Rohingya di Malaysia.
Setakat akhir Februari 2026, 126,144 etnik Rohingya direkodkan berdaftar dengan UNHCR Malaysia.
Saya meminta Kerajaan menjelaskan jumlah yang telah ditempatkan semula ke negara ketiga dan langkah untuk mempercepatkan proses tersebut.
Isu ini perlu diurus secara menyeluruh dan mempunyai hala tuju yang jelas. Kebimbangan rakyat berkaitan keselamatan, penguatkuasaan dan kesan sosial juga mesti diberi perhatian.
Kerajaan perlu tampil dengan penyelesaian jangka panjang yang lebih jelas dan berkesan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Parlimen tempoh hari, saya sempat bertemu anak-anak Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dari SMK Dato’ Ahmad Razali, Ampang.
Pendidikan berperanan membentuk generasi yang berilmu, berkeyakinan, beradab dan memiliki jati diri yang kukuh untuk terus maju serta menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Semoga lawatan ke Parlimen ini memberi pengalaman yang bermakna, membuka ruang pemikiran dan menjadi suntikan semangat untuk terus belajar serta mengejar cita-cita.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kalangan anak-anak kita hari ini?
Kes buli dan pelbagai insiden membimbangkan yang melibatkan anak-anak, khususnya di sekolah, perlu diberi perhatian serius. Dunia mereka hari ini sangat berbeza. Media sosial, internet dan pelbagai tekanan baharu mungkin memberi kesan yang kita sendiri belum benar-benar fahami.
Sebab itu saya cadangkan Kementerian Pendidikan bersama kementerian berkaitan mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan mendalam.
Kita perlu faham apa sebenarnya sedang berlaku dalam kalangan anak-anak kita supaya tindakan yang diambil benar-benar menangani punca sebenar.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Parlimen, saya bangkitkan isu keselamatan dan kesihatan mental anak-anak di sekolah.
Kes buli, pelajar ditikam dan pelbagai insiden yang berlaku kebelakangan ini amat membimbangkan. Persoalannya, apa yang sedang berlaku dengan anak-anak kita?
Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk mereka belajar dan membesar. Kita perlu kenal pasti puncanya, bertindak lebih awal dan pastikan anak-anak mendapat perlindungan serta sokongan yang mereka perlukan.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
PENYELENGGARAAN MASJID, ISU PARKIR, KUALITI AIR DAN HAIWAN LIAR PUTRAJAYA DIBAWA KE DEWAN RAKYAT
Bagi sesi Dewan Rakyat kali ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan lisan yang memberi tumpuan khusus kepada isu serta kepentingan warga Putrajaya.
Antara yang saya bangkitkan ialah pelan tindakan Kerajaan untuk menangani kekurangan tempat letak kereta di kawasan perumahan bertingkat, termasuk penyediaan parkir tambahan atau parkir bertingkat. Saya turut meminta Kerajaan menyemak semula piawaian penyediaan tempat letak kereta bagi pembangunan kediaman baharu agar lebih selari dengan peningkatan jumlah kenderaan, kepadatan penduduk serta keperluan sebenar penghuni pada masa kini.
Saya juga meminta Kerajaan memperincikan aduan berkaitan kualiti bekalan air di kawasan perumahan Putrajaya sejak tahun 2022, punca yang dikenal pasti serta tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan. Perkara ini termasuk peruntukan dan garis masa bagi kerja penggantian atau penambahbaikan sistem paip dalaman serta tangki simpanan air yang telah uzur.
Turut dibangkitkan ialah kerjasama strategik antara PERHILITAN, PPj dan agensi berkaitan dalam menangani konflik manusia dan haiwan liar yang semakin meruncing di Putrajaya, selain keperluan tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan terhadap isu anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk.
Pada masa yang sama, saya membangkitkan aspek penyelenggaraan dan kebersihan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin agar kedua-dua masjid ikonik ini sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan selesa untuk jemaah serta pengunjung.
Kesemua perkara ini merupakan isu yang dekat dengan warga Putrajaya dan perlu diberikan perhatian serius.
#drj
#drjdiparlimen
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bertanya khabar dan beramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
Warga IPG memainkan peranan penting dalam membentuk dan menyediakan generasi pendidik yang akan meneruskan amanah mendidik anak bangsa.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus diberikan kelancaran dalam menjalankan tugas.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya bersama isteri memenuhi undangan ke majlis persandingan Azuan dan Aqilla di Kompleks MAKSAK Malaysia, Presint 14, Putrajaya.
Terima kasih kepada saudara Azlizsham, abang kepada pengantin, atas jemputan.
Semoga Azuan dan Aqilla dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT.
Selamat pengantin baharu buat kedua-dua mempelai.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, syukur!
YB Syed Saddiq bebas sepenuhnya daripada semua pertuduhan mahkamah hari ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semoga yang baik-baik sahaja buat YB Syed Saddiq 🤲🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bertemu dengan anak-anak Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (SESERI) ketika lawatan mereka ke Parlimen tempoh hari.
Semoga lawatan tersebut menjadi pengalaman yang bermakna dan memberi inspirasi buat mereka.
Selamat menduduki SPM buat semua calon. Pak cik doakan urusan anak-anak dipermudah.
Teruskan berusaha dan percaya pada kemampuan diri.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KENYATAAN MEDIA
Saya ingin merujuk kenyataan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bertarikh 11 Julai 2026 mengenai cukup bilang Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menurut Fasal 13.12 Perlembagaan BERSATU, cukup bilang mesyuarat ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Jumlah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada masa ini ialah 23 orang. Maka cukup bilang mesyuarat MPT BERSATU ialah 12 orang.
Dengan ini, peletakan jawatan beberapa ahli MPT BERSATU tidak menjejaskan ketetapan cukup bilang mesyuarat MPT BERSATU.
Justeru, mesyuarat MPT BERSATU dan pengurusan serta pentadbiran parti boleh berjalan seperti biasa mengikut kehendak perlembagaan parti.
Dr. Radzi Jidin
Naib Presiden BERSATU
11 Julai 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Walkabout bersama Muhamad Amerul, calon Perikatan Nasional DUN Tenggaroh, menyantuni dan mendengar sendiri pandangan warga setempat.
Berilah peluang kepada anak muda tempatan ini untuk berkhidmat dan membawa suara rakyat Tenggaroh.
#drj
#perikatannasional
#tenggarohThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai walkabout di Pasar Malam Taman Kota Jaya, singgah sembahyang di Surau Taman Kota Jaya 2 dan Isyak di Surau Umar Ibn Al Khattab, Kota Tinggi.
Terima kasih orang Panti atas doa, sokongan dan semangat yang terus diberikan.
Insya-Allah, kita buat yang terbaik untuk Panti.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebentar tadi di Pasar Malam Taman Kota Jaya bersama calon Perikatan Nasional DUN Panti, saudara Alias Rasman.
Terima kasih atas setiap doa dan kata-kata semangat semua.
Last push untuk saudara Alias Rasman.
Esok, pakat undi No. 2!
#drj
#drjdijohorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini saya bersama Alias Rasman berkesempatan bertemu mantan ADUN Panti, Dato’ Haji Baderi Dasuki, yang telah lama berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini.
Banyak nasihat, pandangan dan pengalaman yang dikongsikan, khususnya berkaitan keperluan serta masa depan Panti. Pengalaman pemimpin terdahulu amat bernilai untuk dijadikan panduan kepada generasi yang mahu meneruskan khidmat kepada rakyat.
Saya percaya Alias mempunyai kesungguhan, tenaga dan komitmen untuk bekerja sebaiknya. Berilah peluang kepada beliau untuk membawa suara rakyat serta berkhidmat kepada warga Panti.
#drj
#perikatannasional
#aliasuntukpanti
#dunpanti -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di DUN Panti untuk membantu saudara Alias Rasman, pemimpin muda Johor. 💪🏻
Berilah peluang kepada anak tempatan ini untuk berkhidmat dan membawa suara rakyat Panti.
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Muhamad Amerul, anak muda tempatan calon Perikatan Nasional untuk DUN Tenggaroh.
Beliau ada kesungguhan, memahami masyarakat setempat dan wajar diberi peluang untuk berkhidmat.
Saya mohon warga Tenggaroh beri sokongan kepada Muhamad Amerul.
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama Alias Rasman, calon DUN Panti, menunaikan solat Subuh bersama jemaah di Masjid FELDA Sungai Sibol.
Saya pernah hadir ke FELDA Sungai Sibol pada tahun 2020 bersama Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu, bagi Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Generasi Baharu FELDA Sungai Sibol.
Alias Rasman merupakan cucu peneroka FELDA dan calon yang memahami perjuangan peneroka serta masa depan FELDA. Saya mohon warga FELDA Sungai Sibol, Lenggiu dan Penggeli Timur di Panti memberikan peluang kepada beliau untuk berkhidmat serta membawa suara masyarakat FELDA dengan sebaiknya.
#drj
#drjdijohor
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tadbir urus berkaitan 1MDB, DAP jangan hipokrit!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Warga Layang-Layang, inilah calon Perikatan Nasional anda, Haji Mutalip bin Haji Abd Rahim.
Tokoh agama berpengalaman yang pernah berkhidmat sebagai ADUN Layang-Layang dan EXCO Agama Johor, serta terus komited membawa suara rakyat dan berbakti kepada masyarakat.
#drj
#perikatannasional
#prnjohor
#layanglayangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Parlimen tempoh hari, saya bertemu anak-anak dari Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah ketika berada di Parlimen.
Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang bermanfaat, menambah semangat untuk terus belajar dan menjadi dorongan mengejar cita-cita.
Selamat maju jaya buat semua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya mula mengenali Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sekitar suku ketiga tahun 2018 sewaktu kami sama-sama berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Pada ketika itu, beliau sudah pun menjawat jawatan sebagai Ketua Perangkaan Malaysia.
Mengimbau kembali tempoh tersebut, banyak yang telah saya pelajari dan berkongsi ilmu bersama dengan beliau.
Apabila ingin mendapat perincian tentang kaedah pengutipan dan pengiraan data, saya akan berhubung dengan beliau. Saya masih ingat sesi perbincangan selama 3 jam yang bermakna untuk saya mendalami kaedah yang digunakan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dalam mendapatkan beberapa data ekonomi.
Hari ini merupakan hari jadi beliau dan semalam beliau telah selesai “clock out” secara rasmi sebagai penjawat awam.
Namun mengenali beliau, saya yakin beliau tidak akan duduk diam dan akan kekal aktif.
Mana taknya, sempena persaraan beliau, beliau telah berjaya menamatkan larian sejauh 60.8 km. Hebat!
Semoga Dato' Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan serta dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Terima kasih Dato' Sri atas segala budi, jasa dan sumbangan besar sepanjang berkhidmat untuk negara. Jasamu akan kami kenang.
Selamat bersara dan selamat maju jaya saya ucapkan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Rasman untuk Sedili.
Ayuh warga Sedili, 11 Julai nanti pilihlah calon Perikatan Nasional, Haji Rasman.
Seorang yang banyak jasa kepada warga Sedili. Mesra rakyat dan mudah didekati.
Pastikan, 11 Julai nanti, undi nombor 3, Rasman!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
ILTIZAM ALIAS RASMAN UNTUK PANTI
Malam ini, Alias Rasman telah menerangkan iltizam yang akan dibawa untuk DUN Panti.
Saya kongsikan iltizam beliau serta mengajak warga Panti memberi peluang kepada anak muda tempatan ini, seorang peguam yang membesar di Taman Kota Jaya, alumni Tun Habab, anak kepada seorang guru di Petri Jaya dan cucu peneroka FELDA, untuk membawa suara rakyat serta memperjuangkan masa depan Panti yang lebih baik.
Panti Berjaya, Johor Juara. Undilah Alias Rasman, Calon DUN Panti.
#drj #perikatannasional #aliasuntukpanti #dunpanti -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tiba di Panti, Tenggara untuk bersama-sama saudara Alias Rasman dalam pelancaran ilitizam beliau untuk warga Panti malam ini.
PANTI BERJAYA, JOHOR JUARA
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dr Maliki untuk Parit Raja.
Ayuh warga Parit Raja, 11 Julai nanti, berilah peluang kepada calon Perikatan Nasional, Dr. Maliki.
Kita tawarkan seorang aktivis belia, anak tempatan yang hebat dan dahsyat kepada warga Parit Raja.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim dimasukkan ke IJN selepas mengalami masalah kesihatan di Parlimen pagi tadi.
Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat mengundi kepada semua pengundi awal PRU DUN Johor ke-16. Tunaikan tanggungjawab anda dan pilihlah Perikatan Nasional. 💪🏻
#bersatudemijohor -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Warga Semarang, berilah peluang kepada Syafiq Aziz, calon No. 1 DUN Semarang mewakili Perikatan Nasional.
Undilah calon yang rajin bekerja, berpengalaman dan komited membawa suara rakyat.
#drj
#perikatannasional
#prnjohor
#semarangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📍Parlimen Malaysia.
Tanggungjawab di Dewan Rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam membawa suara rakyat.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tular video kejadian seorang individu membawa pisau di dalam kawasan sekolah. Seorang pelajar dicederakan. Semoga pelajar yang cedera serta semua pelajar dan guru sekolah tersebut dilindungiNya.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai di Bukit Kepong semalam, saya ke DUN Semarang untuk bersama-sama calon anak muda Perikatan Nasional, saudara Syafiq Aziz, menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Ayer Hitam.
Buat warga Semarang, jangan lupa, pada 11 Julai nanti, pilih Calon No. 1, Syafiq Aziz, demi membawa suara rakyat DUN Semarang.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kepada para pengundi DUN N.24 Senggarang, inilah calon Perikatan Nasional, Dato’ Rashid Hasnon.
Pada 11 Julai nanti, pilih Calon No. 1. Berikan sokongan kepada Perikatan Nasional. 💪🏻
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📍Bukit Kepong, Johor
Pagi ini saya berada di DUN Bukit Kepong untuk memberikan sokongan kepada sahabat saya, Dato’ Sahruddin Jamal.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya bersama-sama Dato’ Rashid Hasnon menyantuni warga Senggarang di Pasar Lambak Senggarang.
Terima kasih atas sambutan dan ruang untuk kami bertemu, bertanya khabar serta mendengar pandangan.
Ayuh warga Senggarang! Pada 11 Julai nanti, undilah calon Nombor 1, Dato’ Rashid Hasnon.
#drj #senggarangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bertemu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Surau Nur Perdana, Presint 10, Putrajaya.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan memberkati segala urusan beliau.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah kepada YB Datuk Seri Ronald Kiandee atas pemergian ibu tercinta, Puan Suzzie Lim, malam tadi. Semoga YB Datuk Seri dan seluruh keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama Alias Rasman, calon Perikatan Nasional DUN Panti, di Surau Dataran Bandar Tenggara.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dari Panti ke Senggarang!
Pagi ini saya berada di DUN Senggarang untuk memberikan sokongan kepada sahabat saya, Dato’ Rashid Hasnon.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Nak kenal saudara Alias Rasman, calon Perikatan Nasional DUN Panti?
Jom!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai menunaikan solat Jumaat, saya bersama calon Perikatan Nasional DUN Panti, saudara Alias Rasman, menziarahi beberapa keluarga di FELDA Penggeli Timur, Taman Anggerik Tenggara dan Bandar Tenggara.
Alhamdulillah, dapat bertanya khabar dan meluangkan sedikit masa bersama mereka. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudah segala urusan dan melimpahkan keberkatan buat semuanya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sampai di Bandar Tenggara bersama Saudara Alias Rasman, calon Perikatan Nasional bagi N.34 DUN Panti.
PANTI BERJAYA, JOHOR JUARA!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dalam perjalanan ke Panti, Tenggara bagi membantu kempen calon Perikatan Nasional, Alias Rasman, anak tempatan berusia 35 tahun dan seorang peguam.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kesedaran bukan pilihan, tetapi keperluan. Kerajaan perlu melaksanakan kempen nasional secara besar-besaran supaya ibu bapa, anak-anak dan masyarakat tahu mengenal pasti, mencegah serta melaporkan jenayah seksual sebelum terlambat.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bertukar pandangan bersama YB Syed Saddiq di Dewan Rakyat mengenai beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Warga Panti, kenali Alias Rasman.
Beliau budak Desa Makmur, anak kepada Cikgu Leha yang banyak menabur bakti mendidik anak-anak Panti, khususnya di sekitar Petri Jaya.
Alias juga cucu kepada Allahyarham Ithnain, atau lebih dikenali orang kampung sebagai Wak Nin Batu Empat.
Alumni SMK Tun Habab, kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan dalam bidang undang-undang di UiTM Shah Alam, Alias hari ini merupakan seorang peguam bela, peguam cara dan peguam syarie.
Pada usia 35 tahun, Alias tampil sebagai calon muda yang berpendidikan, mempunyai akar keluarga yang dekat dengan Panti dan pengalaman dalam bidang undang-undang. Semua ini menjadi kekuatan untuk beliau membawa suara rakyat dengan lebih tersusun, berani dan bersungguh-sungguh.
Berikan peluang kepada Alias Rasman.
Undi No. 2 ✌️ Alias Rasman
PANTI BERJAYA, JOHOR JUARA!
#perikatannasional
#aliasuntukpanti
#bersatudemijohor -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya dan isteri menziarahi Muhammad Hazim, anak bongsu kepada Dato' Roslan, Pengerusi Surau An-Najah Presint 9, yang sedang menjalani proses pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Saya doakan agar Muhammad Hazim terus diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan kembali sihat seperti sedia kala.
#drj
#drjdiputrajaya
#putrajayacareThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Yang paling menakutkan bukan sekadar jumlah kes yang meningkat, tetapi apabila pemangsa ialah individu yang diberi kepercayaan.
Kanak-kanak berhak hidup tanpa rasa takut. Lindungi mereka. Hukum pemangsa seberat-beratnya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Doakan semoga urusan YB Syed Saddiq dipermudahkan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jelutong oh Jelutong!
Tidak perlu nak burukkan Kelantan atau mana-mana negeri sekali pun.
Jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak mengenal negeri.
Ketepikan politik, kita sama-sama perjuangkan pelindungan yang lebih baik untuk anak-anak kita.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya dan isteri memenuhi undangan sahabat saya, Haji Sariff, ke majlis perkahwinan puteri beliau, Syafiqah, bersama pasangannya, Razin.
Tahniah dan selamat pengantin baharu kepada kedua-dua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dikurniakan mawaddah, rahmah dan sakinah, serta dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan hingga ke akhir hayat.
Terima kasih kepada Haji Sariff atas jemputan dan layanan yang begitu mesra. Semoga majlis yang berlangsung ini diberkati Allah SWT serta terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sewaktu isu kenderaan mikromobiliti dibahaskan, saya membangkitkan tentang keperluan menetapkan had kelajuan yang jelas dan selamat.
Penggunaan kenderaan mikromobiliti semakin meluas di kawasan awam. Tanpa satu rangka undang-undang yang menyeluruh, sukar untuk memastikan had kelajuan yang seragam dan penguatkuasaan yang berkesan.
Ketika ini, pelaksanaan banyak bergantung kepada garis panduan dan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan. Keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki tidak boleh dipandang ringan.
Saya berharap Kerajaan dapat meneliti keperluan mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih jelas bagi mengawal penggunaan kenderaan mikromobiliti pada masa hadapan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi telah selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Johor ke-16.
Semoga semua calon Perikatan Nasional dipermudah segala urusan, dikurniakan kekuatan dan istiqamah sepanjang tempoh berkempen. Semoga setiap usaha membawa kebaikan buat rakyat serta masa depan Johor yang lebih baik.
#perikatannasional
#bersatu
#prudunjohorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai di DUN Layang-Layang, saya terus ke DUN Panti untuk bersama saudara Alias Rasman, Calon No. 2 Perikatan Nasional.
Kini masanya turun bertemu rakyat dan menyampaikan tawaran terbaik.
Semoga Allah SWT mempermudah setiap langkah.
#drj
#bersatu
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, urusan penamaan calon selesai.
Calon No.2 di N.27 DUN Layang-Layang, Abd. Mutalip dari PERIKATAN NASIONAL 💪🏻
Kini masa untuk bekerja, turun berjumpa rakyat dan bawa suara mereka ke hadapan.
#drj
#perikatannasional
#bersatudemijohorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📍 Tiba di Pekan Layang-Layang bagi mengiringi calon BERSATU - Perikatan Nasional, Abd. Mutalip bagi DUN N.27 Layang-Layang.
Semoga segala urusan penamaan calon pada hari ini dipermudah.
BERSATU Demi Johor 💪🏻
#drj
#bersatu
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Inilah calon-calon BERSATU - Perikatan Nasional yang terdiri daripada golongan profesional, tokoh berpengalaman, anak muda serta aktivis masyarakat. Mereka bertekad membawa suara rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh demi Johor yang lebih baik.
BERSATU demi Johor.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah di Surau Al-Mizan, Presint 8 hari ini mengangkat tema "Sihat Jasmani, Sejahtera Rohani". Satu peringatan bahawa kesihatan bukan sekadar berkaitan tubuh badan, tetapi turut melibatkan kekuatan jiwa dan hubungan kita dengan Allah SWT. Apabila jasmani sihat dan rohani diperkukuh, insya-Allah lahirlah individu, keluarga dan masyarakat yang lebih sejahtera.
Alhamdulillah, pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mizan yang baharu telah selesai dilaksanakan. Tahniah kepada Haji Mohd Nazim bin Che Meh sebagai Pengerusi dan Encik Mohd Marzuki bin Mat Jusoh sebagai Timbalan Pengerusi, bersama seluruh barisan AJK yang baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Rahman bin Hashim (mantan Pengerusi), Dato' Mohd Dasuki bin Yaa'cob (mantan Timbalan Pengerusi), serta seluruh barisan AJK terdahulu atas segala khidmat bakti dan sumbangan mereka.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha, mempermudahkan urusan barisan AJK yang baharu, dan mengurniakan kekuatan untuk terus mengimarahkan Surau Al-Mizan demi manfaat seluruh kariah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sewaktu membahaskan pindaan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan, saya membangkitkan tentang langgar lari.
Kes langgar lari lebih mudah dibuktikan pada hari ini memandangkan terdapatnya pelbagai teknologi terkini, termasuk kamera di kereta dan CCTV.
Nasib mangsa langgar lari perlu dibela. Saya mohon penjelasan berkaitan dengan hukuman untuk kes langgar lari.
Soalan saya tidak sempat dijawab sewaktu penggulungan YB Menteri. Saya menunggu jawapan bertulis daripada beliau.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Suasana di Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional - BERSATU.
Semoga dipermudah urusan semua.
Bersatu Demi Johor 💪
#drj
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini, ayuh bersama-sama hadir ke Ceramah Umum & Majlis Pengumuman Calon BERSATU - Perikatan Nasional.
Inilah ruang untuk kita bersama-sama menyatakan tekad dan meneruskan perjuangan demi rakyat serta masa depan Johor yang lebih baik.
#bersatudemijohor
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di sebalik setiap tragedi, ada keluarga yang kehilangan suami, isteri, ibu, ayah atau anak.
Sebab itu penguatkuasaan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol perlu dipertingkat dan pembelaan yang sewajarnya mesti diberikan kepada keluarga mangsa yang tidak bersalah.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat petang ini. Beliau sentiasa komited ke Dewan Rakyat.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026, saya membangkitkan isu lumba haram dan menduga kelajuan yang semakin membimbangkan di Putrajaya.
Hukuman yang lebih berat mesti disusuli dengan penguatkuasaan yang tegas dan konsisten. Aktiviti ini bukan sahaja mengancam keselamatan pengguna jalan raya, malah turut mengganggu ketenteraman awam.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan mengenai Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia, saya menegaskan bahawa tekanan akibat ketidaktentuan ekonomi, kos sara hidup dan beban kewangan keluarga memberi kesan langsung kepada kesihatan mental, keharmonian keluarga serta produktiviti negara.
Persoalannya bukan sama ada rakyat cukup tabah untuk terus bertahan.
Persoalannya ialah sama ada dasar yang dilaksanakan benar-benar membantu rakyat hidup dengan lebih bermaruah, selamat dan penuh harapan.
Kerajaan perlu memperkukuh dasar perlindungan sosial, menambah baik kaedah pengagihan bantuan supaya lebih tepat dan berkesan, serta mewujudkan pusat sehenti yang menyelaras data dan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar tiada yang tercicir daripada menerima sokongan sewajarnya.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Orang tua berpesan, sikap pepat di luar, rencong di dalam, lambat laun akan terdedah jua.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kita dikejutkan dengan kejadian demi kejadian melibatkan pelajar jatuh bangunan sekolah kebelakangan ini.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kalangan anak-anak kita?
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Dewan Rakyat, saya membangkitkan persoalan mengapa stok penimbal baja masih dianggap sebagai langkah jangka panjang sedangkan konflik di Timur Tengah masih berlarutan dan tiada siapa dapat memastikan bila ia akan berakhir.
#drj
#drjdiparlimen
#keterjaminanmakanan -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Dewan Rakyat, saya membangkitkan persoalan mengapa stok penimbal baja masih dianggap sebagai langkah jangka panjang sedangkan konflik di Timur Tengah masih berlarutan dan tiada siapa dapat memastikan bila ia akan berakhir.
#drj
#drjdiparlimen
#keterjaminanmakanan -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tekanan yang dihadapi bukan lagi sekadar berpunca daripada individu.
Sebaliknya, tekanan ini turut disumbangkan oleh keadaan persekitaran sosioekonomi negara.
#drj
#drjdiparlimen
#kesihatanmentalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Allah nak tunjukkan perancangan mereka, maka terdedahlah perancangan tersebut melalui cara yang mereka sendiri tidak pernah terfikir.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini seorang pelajar parah jatuh bangunan sekolah. Jumaat lalu seorang pelajar maut. Apa sebenarnya sedang berlaku di bawah sana? Kita doakan yang terbaik.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pemimpin yang jujur dan penuh ketenangan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini di Dewan Rakyat, saya membangkitkan isu kesihatan mental rakyat yang berkait rapat dengan tekanan sosioekonomi, selain isu keterjaminan makanan negara, bekalan baja serta cabaran yang dihadapi petani dan pekebun-pekebun kecil.
Kami kekal bersatu, istiqamah dan tidak pernah berganjak daripada perjuangan membawa suara rakyat serta membangkitkan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kementerian Kesihatan Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia
Suka atau tidak, keadaan ekonomi keluarga adalah antara faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan mental.
#drj
#drjdiparlimen
#kesihatanmentalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada Datuk Halimah Mohamed Sadique atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Dato' Suffian Othman. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini sidang Dewan Rakyat bermula.
Soalan Pertanyaan Lisan saya berada dalam Aturan Urusan Mesyuarat No. 7 kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung langkah intervensi jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah serta akan diambil Kerajaan dalam mendepani kesan krisis perang di Timur Tengah terhadap keterjaminan makanan negara.
Saya juga akan mengambil bahagian dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan DR. 4 Tahun 2026 mengenai Pengukuhan Sistem Kesihatan Mental di Malaysia.
Saya akan terus membawa suara rakyat di Dewan Rakyat serta membangkitkan isu dan perkara yang menjadi perhatian warga Putrajaya.
#drj
#drjdiparlimen
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BERSATU DEMI JOHOR!
Suasana di Pelancaran Jentera BERSATU bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-16. 🔥🔥🔥
#drj
#bersatu
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang semalam saya dan isteri menziarahi adik Anas Mikhail di Presint 18R12 yang sedang menjalani rawatan.
Kami turut meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan ayahnya, Encik Hairulnizam serta ibunya, Puan Zuraida. Sebagai ibu bapa, pastinya bukan mudah melalui ujian seperti ini. Namun, jelas terpancar kasih sayang, kekuatan dan kesabaran mereka dalam menjaga anak yang sedang diuji.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan kepada adik Anas Mikhail, mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan kesembuhan yang baik buatnya. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk adik Anas dan keluarganya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bila semua dah bersedia nak ‘cheers’, saya pula yang terlupa nak mula. 😅
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sama-sama semua anak-anak Putrajaya. ✌🏻
Yang penting semua gembira dan seronok. 😊This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi saya dan isteri memenuhi jemputan sahabat saya, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir dan Datin Sri Zuraidah, ke Majlis Perkahwinan putera mereka, Abdul Azim, bersama pasangan pilihannya, Nur Izzati Iliani di Dewan Seri Siantan.
Semoga pasangan mempelai sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT serta dikurniakan kebahagiaan, ketenangan dan keluarga yang harmoni.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semoga Ahli Parlimen Jasin, YB Zulkifli Ismail dan isteri yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi dipermudah segala urusan. Doa juga buat semua mangsa yang terlibat.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menziarahi adik Muhammad Qayeed Irsyaduddin di Perumahan Penjawat Awam 18R12 yang sedang menjalani rawatan.
Saya turut bertemu dengan ibunya, Puan Aisah. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada beliau dalam menghadapi ujian ini serta dipermudah segala urusan seharian.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar adik Qayeed diberikan kesembuhan yang baik, dipermudah urusan rawatan dan sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada Generasi Putrajaya dan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak atas kejayaan menganjurkan Karnival Mini Komuniti di Presint 9 semalam.
Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran ramai ibu bapa dan anak-anak yang bersama-sama memeriahkan suasana melalui pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, karom, menganyam ketupat serta pemeriksaan kesihatan percuma.
Syabas kepada anak-anak muda Generasi Putrajaya yang terus aktif mendekati masyarakat dan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini ‘brisk walk’ bersama-sama sahabat di Presint 15-12B.
Selamat berhujung minggu semua!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bersama-sama sahabat-sahabat dari Maktab Ketahanan Nasional (NRC), Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Sesi ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai kajian dan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh mereka.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini kami mengadakan sesi libat urus bersama pimpinan BERSATU Johor bagi memperkemas gerak kerja dan persiapan menghadapi PRU negeri Johor. Walau berdepan pelbagai cabaran, fokus kami tetap jelas iaitu bekerja dan terus berjuang demi rakyat.
#drj #bersatu #perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat YB Dato’ Sri Nancy Shukri atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Kamil. Semoga YB dan keluarga diberikan kekuatan. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Keadaan kemudahan awam di Putrajaya yang tular baru-baru ini menunjukkan bahawa isu penyelenggaraan tidak boleh lagi dipandang ringan.
Sebab itu sejak awal saya menjadi Ahli Parlimen Putrajaya, saya telah menggesa kerajaan menyediakan dana khas sekurang-kurangnya RM1.5 bilion setahun bagi tujuan penyelenggaraan kuarters kerajaan, infrastruktur awam, kawasan tumpuan pelancong dan kemudahan sukan di Putrajaya.
Pada masa yang sama, pelbagai isu berkaitan penyelenggaraan yang dibangkitkan oleh warga Putrajaya telah saya suarakan melalui Parlimen, surat rasmi kepada kementerian dan agensi berkaitan serta tindakan susulan oleh pasukan Putrajaya Care. Setiap aduan yang diterima akan dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab dan disusuli sehingga tindakan diambil.
Hakikatnya, penyelenggaraan bukan satu perbelanjaan yang sia-sia. Ia adalah pelaburan untuk memastikan kemudahan awam sentiasa selamat, berfungsi dengan baik dan selesa digunakan. Jika masalah kecil dibiarkan berlarutan, kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti hidup penduduk serta imej Putrajaya sendiri.
Saya berharap kerajaan memberikan keutamaan yang lebih besar kepada aspek penyelenggaraan dan menyediakan peruntukan yang mencukupi supaya masalah yang berulang dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Putrajaya ialah pusat pentadbiran negara. Kemudahannya juga mesti dijaga pada standard yang sepatutnya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama Timbalan Ketua, Setiausaha dan Bendahari daripada BERSATU Wilayah Persekutuan.
Terus fokus, terus berjuang dan terus istiqamah demi rakyat serta masa depan tanah air ini. 💪🏻🇲🇾
#drj #bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya menziarahi Datuk Seri Khairudin Samad di kediaman beliau serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau.
Alhamdulillah, beliau baru sahaja pulang dari hospital selepas menerima rawatan susulan berikutan masalah kesihatan.
Semoga Dato’ Seri Khairudin diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama-sama anak-anak dan ibu bapa yang turut serta dalam Karnival Mini Komuniti anjuran Generasi Putrajaya. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.
BERSATU istiqamah untuk terus memperjuangkan rakyat!
#drj #bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Semoga tahun baharu ini membawa rahmat, keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Moga dipermudah segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang diredai Allah SWT.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dah nak masuk hujung minggu kan? Haaa! Pak cik nak belanja mandi kolam percuma Jumaat ini, 19 Jun 2025, pukul 5 sampai 7 petang di Kolam Pusat Kejiranan Presint 16! 🏊♂️
Program ini terhad kepada 200 orang anak Putrajaya terawal. Boleh terus datang ke lokasi kolam dan maklumkan kepada petugas di kaunter.
Untuk anak bawah 12 tahun, pastikan ada pengawasan ibu bapa walaupun petugas keselamatan akan ada untuk memantau aktiviti.
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster yang dilampirkan. Jom mandi kolam! 😄
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah buat keluarga dua anggota tentera yang terkorban ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart. Semoga keluarga diberi kekuatan dan ketabahan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima khabar duka pemergian Allahyarham Muhammad Azzahari bin Buhri, seorang Penguasa Kastam dan penduduk Kuarters Penjawat Awam 18R12, Presint 18, Putrajaya.
Saya turut hadir menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham bersama ahli keluarga, sahabat handai dan warga komuniti di Masjid Mahmoodiah, Presint 18.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selain Rohingya, kerajaan kena fokus isu pendatang tanpa izin. Sewaktu COVID, jumlah PATI turun mendadak. Sekarang, mereka ada hampir di semua kawasan di Malaysia.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya bukan anak FELDA tetapi FELDA cukup dekat dengan hati saya. Kenapa?
Ini sedikit penjelasan saya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa di Kota Tinggi, saya menziarahi Puan Patimah binti Lagiman di FELDA Bukit Aping Barat yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Semoga Puan Patimah terus diberikan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih kepada anak-anak beliau. Saya turut bertanya khabar dan mendengar pandangan mengenai isu-isu yang dekat di hati penduduk setempat.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ngeteh petang bersama peneroka dan generasi kedua FELDA di Cafe Aiensara F5, Kedai Wawasan FELDA Bukit Waha, ditemani Haji Rasman Ithnain.
Sempat mendengar pelbagai pandangan, pengalaman dan cabaran yang dihadapi. Pertemuan seperti ini sentiasa memberi ruang untuk saya memahami perkara yang dekat di hati warga FELDA.
Ramai generasi hari ini mungkin tidak merasai cabaran yang ditempuh oleh generasi peneroka terdahulu. Mereka membanting tulang, berkorban dan membina kehidupan dari bawah demi memberikan masa depan yang lebih baik kepada anak cucu. Hasil pengorbanan dan keringat merekalah, FELDA berkembang sehingga berjaya mengubah kehidupan lebih 100,000 keluarga serta membuka peluang yang lebih luas kepada generasi seterusnya.
Semoga warga FELDA terus dipermudahkan segala urusan. FELDA wajar terus diperkasakan agar legasi ini terus menjadi sumber harapan dan kemakmuran kepada generasi akan datang.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama saudara Alias Rasman, seorang peguam, cucu peneroka FELDA dan aktivis masyarakat yang aktif di Johor, dalam sesi Yok Ngopi bersama warga Kota Tinggi.
Pelbagai perkara dibincangkan dan ditanyakan oleh yang hadir, antaranya berkaitan potensi pembangunan di Kota Tinggi, masa depan FELDA, peranan anak muda dalam politik serta beberapa isu semasa yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa untuk berkongsi pandangan.
#yokngopi
#kotatinggi
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama saudara Alias Rasman, seorang peguam, cucu peneroka FELDA dan aktivis masyarakat yang aktif di Johor, dalam sesi Yok Ngopi bersama warga Kota Tinggi.
Pelbagai perkara dibincangkan dan ditanyakan oleh yang hadir, antaranya berkaitan potensi pembangunan di Kota Tinggi, masa depan FELDA, peranan anak muda dalam politik serta beberapa isu semasa yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa untuk berkongsi pandangan.
#yokngopi
#kotatinggi
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini bersama saudari Fairuz, penerima Anugerah Pelajaran Diraja UPSI dan anak-anak muda Putrajaya.
Bertukar pandangan dan mendengar cerita anak-anak muda. 💪🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Minggu lalu berlaku kemalangan motosikal melibatkan anjing liar yang berkeliaran di kawasan Presint 8, Putrajaya.
Hari ini, saya menerima lagi perkongsian daripada warga Putrajaya mengenai anjing liar yang berkeliaran di sekitar Presint 8. Isu ini bukan perkara baharu dan telah beberapa kali dibangkitkan kerana melibatkan keselamatan warga Putrajaya. Saya dan isteri sendiri hampir diserang anjing liar di kawasan Presint 8.
Saya telah banyak kali memohon agar pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) serta semua pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi menangani isu ini.
Isu ini bukan sahaja berlaku di Presint 8, tetapi di banyak kawasan di Putrajaya. Cuma kumpulan anjing liar di kawasan Presint 8 ini adalah kumpulan yang sama. Ini seharusnya memudahkan pihak yang bertanggungjawab mengesan kedudukan kumpulan anjing ini serta mengambil tindakan yang menyeluruh dan berkesan.
Pencegahan di peringkat awal ini adalah amat penting sebelum populasi anjing liar di Putrajaya meningkat dengan mendadak.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat YB Manndzri Nasib sekeluarga atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Puan Hajah Ngainon Hj Kasmoin. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
All the best buat anak-anak yang bakal melangkah ke IPT.
Belajar bersungguh-sungguh, jaga solat dan sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Tak boleh kurang daripada ini.
Ingat, #nothingbeatshardwork. 💪🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Makan tengah hari bersama peneroka dan generasi FELDA Gugusan Lok Heng di kediaman Encik Samad Hassan, bersama Haji Rasman Ithnain yang cukup dekat dengan warga FELDA di Kota Tinggi.
Saya mendengar sendiri pandangan, pengalaman dan cabaran yang dihadapi warga FELDA. FELDA sentiasa dekat di hati saya. Ketika di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dahulu, saya turut terlibat dalam penyediaan Kertas Putih FELDA. Sebab itu, walaupun Putrajaya bukan kawasan FELDA, saya tetap mengikuti perkembangan FELDA dan membangkitkan perkara-perkara berkaitan kebajikan peneroka serta masa depan FELDA di Dewan Rakyat.
Terima kasih atas layanan yang cukup baik dan perkongsian yang diberikan. Semoga warga FELDA Gugusan Lok Heng terus maju, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dikurniakan kesejahteraan serta keberkatan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Jamek Al-Firdaus, FELDA Gugusan Lok Heng menyentuh tentang infak dan keprihatinan sesama insan. Sembahyang Jumaat hari ini diimamkan oleh Imam Amirul, anak peneroka FELDA Gugusan Lok Heng.
Kadang-kadang kita merasakan sumbangan yang diberikan itu kecil, namun bagi mereka yang memerlukan, ia mampu membawa makna yang sangat besar. Semoga kita semua terus diberikan rezeki dan kesempatan untuk berkongsi serta berbuat kebaikan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya menziarahi saudara Juki yang sedang menjalani proses pemulihan selepas pembedahan.
Beliau merupakan antara individu yang aktif dalam pembangunan sukan badminton di Putrajaya serta banyak menyumbang kepada komuniti setempat. Anak-anak beliau juga turut aktif dalam sukan tersebut.
Semoga saudara Juki terus diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang proses pemulihan ini. Saya mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudah segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu air berkarat dan kualiti bekalan air sering menjadi antara aduan yang dibangkitkan oleh warga Putrajaya. Sehingga hari ini, saya masih menerima aduan serta gambar daripada penduduk yang menunjukkan masalah tersebut masih berlaku di beberapa kawasan.
Perkara ini telah beberapa kali dibangkitkan dan dibincangkan bersama pihak yang bertanggungjawab. Penduduk juga telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan aduan melalui saluran rasmi seperti SISPAA serta mengemukakan maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan dan tindakan susulan.
Seperti yang dapat dilihat pada gambar-gambar yang dikongsikan, kesan masalah ini bukanlah kecil. Ada penduduk yang mengadu pakaian mengalami kerosakan atau kesan kotoran akibat kualiti air yang diterima. Selain menjejaskan keselesaan harian serta berisiko kepada masalah kesihatan, keadaan ini turut menimbulkan kebimbangan dan rasa kecewa dalam kalangan penduduk yang mengharapkan bekalan air yang bersih dan berkualiti.
Saya menghargai usaha serta komitmen yang telah diberikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu ini. Namun begitu, memandangkan aduan yang sama masih diterima sehingga hari ini, saya berharap tindakan susulan dapat terus dipertingkat dan penyelesaian yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan supaya masalah ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Saya akan terus membawa perkara ini kepada perhatian pihak yang bertanggungjawab dan mengikuti perkembangan tindakan susulan dari semasa ke semasa. Semoga usaha semua pihak dapat membantu memastikan warga Putrajaya menikmati bekalan air yang bersih, selamat dan berkualiti.
📸 - Media Sosial
#drj
#drjdiputrajaya
Radzi Jidin
@RadziJidin
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini bersama anak-anak Putrajaya yang bakal melangkah ke institusi pengajian tinggi. Selamat maju jaya dan terus menggapai cita-cita. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BERSATU diburukkan sedemikian rupa bagi dijadikan alasan untuk putuskan hubungan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care telah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah ketiadaan pencahayaan jalan di beberapa laluan sepanjang Persiaran Selatan, khususnya dari Dengkil melalui Presint 5 menuju ke Desa Pinggiran Putra.
Berdasarkan maklumat yang diterima, beberapa lampu jalan di kawasan berkenaan didapati tidak berfungsi, menyebabkan sebahagian laluan berada dalam keadaan gelap pada waktu malam.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pengguna jalan raya kerana boleh menjejaskan aspek keselamatan serta keselesaan pengguna, terutama pada waktu malam.
Sehubungan itu, Putrajaya Care telah memanjangkan aduan tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memulihkan pencahayaan jalan serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk makluman semua,
Berhubung isu air berbau dan keruh yang dibangkitkan semalam, pihak Putrajaya Care telah meneliti aduan yang diterima dan menghubungi sendiri agensi serta pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tindakan segera.
Bagi penduduk Fasa 14-7, Presint 14, dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Perbadanan Putrajaya telah mengeluarkan Notis Penutupan Bekalan Air bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan tangki air dilaksanakan pada 10 Jun 2026.
Kami berharap tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera di kawasan-kawasan yang turut terjejas bagi memastikan kualiti bekalan air kembali pulih dan penduduk tidak terus berdepan kesulitan.
Terima kasih kepada penduduk yang menyalurkan maklumat serta semua agensi yang sedang berusaha menangani isu ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat membantu memastikan bekalan air yang bersih, selamat dan berkualiti untuk semua penduduk.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan yang diterima daripada penduduk, Putrajaya Care telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada Perbadanan Putrajaya untuk tindakan selanjutnya berhubung dua buah bot terbengkalai di tepi tasik berhampiran Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8.
Keadaan ini dibimbangi boleh menjadi tempat takungan air yang berpotensi menggalakkan pembiakan nyamuk serta menjejaskan kebersihan dan imej kawasan rekreasi yang sering dikunjungi orang ramai.
Terima kasih kepada penduduk yang terus menyalurkan maklumat dan aduan demi memastikan Putrajaya kekal bersih, selamat dan sejahtera.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saya amat bersimpati dengan mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas di Kampung Gok Kapor, Kelantan.
Apa yang berlaku pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada mangsa. Namun saya yakin semangat kebersamaan, keprihatinan rakyat serta bantuan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak akan menjadi kekuatan untuk membantu mereka bangkit semula menghadapi ujian ini.
Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat, petugas keselamatan, sukarelawan serta semua yang tampil menghulurkan bantuan sejak awal kejadian.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada semua mangsa serta mempermudahkan segala urusan pemulihan mereka.
#drj
#drjprihatin
📸 FB YB Dato’ Nik Amar oleh Abd Shukor dan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima aduan daripada penduduk di Putrajaya, khususnya PPAM Jintan Presint 16 mengenai masalah air berbau dan kotor.
Perkara ini sedang di dalam perhatian pihak Air Selangor dan mereka telah turun ke lokasi serta mengambil sampel air untuk tujuan ujian lanjut.
Sekiranya terdapat penduduk di kawasan lain yang turut mengalami masalah yang sama, mohon maklumkan di ruangan komen atau hubungi Admin Putrajaya Care ditalian 01170181235.
Terima kasih kepada penduduk yang telah menyalurkan maklumat dan aduan berhubung perkara ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MetMalaysia mengeluarkan amaran awal tsunami susulan gempa bumi 7.9 magnitud di Mindanao. Penduduk pantai di Sabah diminta berwaspada.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kemalangan motosikal melibatkan anjing liar di Putrajaya!
Dah banyak kali saya tegaskan dan bangkitkan isu ini, bukan sahaja di Parlimen tetapi juga dalam pertemuan bersama agensi-agensi berkaitan. Jika isu anjing liar ini tidak ditangani sekarang, kesannya akan menjadi lebih besar. Hari ini, seorang penunggang motosikal pula menjadi mangsa.
Desakan saya mudah. Agensi berkaitan, sila ambil tindakan yang tegas dan menyeluruh SEKARANG!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
☕️ YOK NGOPI ☕️
Saya akan bersama saudara Alias Rasman dalam program Yok Ngopi di Kota Tinggi.
Alias Rasman merupakan seorang peguam, anak tempatan Kota Tinggi dan aktivis masyarakat yang aktif menyuarakan pelbagai isu rakyat serta memperjuang kepentingan masyarakat, khususnya di Johor.
Jom sertai sesi santai ini untuk bersembang, bertukar pandangan dan berkongsi idea mengenai pelbagai isu semasa.
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang di pautan berikut:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc9tlOoVFtDWikE16_guPqtW…
📅 12 Jun 2026 (Jumaat)
🕗 8.00 malam
📍 Kopi Rumah Singgah, Tepian Sungai Johor, Bandar Kota Tinggi
#yokngopi
#kotarumahkita
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima aduan berhubung keadaan longkang di jalan berdekatan LPPSA Presint 2. Pihak PPj telah mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.
Terima kasih atas keprihatinan dan maklumat yang disalurkan.
📷 Thread : cangnucklez
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Daulat Tuanku.
Patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sentiasa dalam kesejahteraan dan keberkatan.
Sembah takzim daripada Dr. Radzi Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya serta seluruh warga Putrajaya.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kita teruskan tekad dan semangat untuk memperkukuh gerak kerja serta meyakinkan rakyat demi kemenangan BERSATU dan Perikatan Nasional di Melaka serta seluruh negara.
#bersatu
#perikatannasional
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini mereka memegang tali. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi sebahagian daripada didikan mereka tentang erti pengorbanan dan ibadah korban. 🤍
#drj
#aidiladha2026
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini anak-anak kecil ini memegang tali. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi sebahagian daripada didikan mereka tentang erti pengorbanan dan ibadah korban. 🤍
#drj
#aidiladha2026
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Momen hari kedua ibadah korban di Putrajaya.
#drj
#aidiladha2026
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tabik kepada ibu-ibu yang sejak awal pagi lagi bertungkus-lumus merewang dan memasak bagi membantu menjayakan ibadah korban .
#drj
#aidiladha2026
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
10 lokasi korban. Dari pagi sampai petang bersama warga Putrajaya 🤍
Inilah antara suasana yang paling saya suka setiap kali Aidiladha. Semangat gotong-royong, saling membantu dan ukhuwah itu masih kuat hidup dalam masyarakat kita.
Terima kasih kepada semua AJK surau, sukarelawan dan warga yang bertungkus-lumus menjayakan ibadah korban tahun ini.
#drj
#aidiladha2026
#korbanputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di lokasi ibadah korban yang kesembilan hari ini di Surau Putra Al-Amin, Presint 8.
Seronok melihat semangat gotong-royong warga yang bersama-sama membantu sepanjang proses ibadah korban, daripada penyediaan sehinggalah agihan daging korban. Semangat seperti inilah yang terus mengeratkan ukhuwah dalam komuniti.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, pagi ini saya menyembelih seekor lembu korban di Presint 17 bersama warga setempat.
Semoga ibadah korban tahun ini membawa keberkatan buat kita semua.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama warga PPAM Pudina, Presint 17 bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Nor Saufi Mohamad.
Saya turut bertemu Haji Zainudin Malik, Timbalan Pengerusi Surau Pudina Presint 17.
Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam kehidupan.
Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua umat Islam di seluruh negara, khususnya warga Putrajaya.
Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan dan kedamaian kepada kita semua.
Salam Aidiladha.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nur Izzati Humairah. Semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kekuatan buat seluruh ahli keluarga.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pohon meranti teguh berdiri,
Burung tempua hinggap di dahan;
BERSATU teguh jati diri,
Istiqamah menentang Pakatan Harapan.
#drj #bersatuwilayah -
Radzi Jidin
@RadziJidin
200 anak-anak Putrajaya memeriahkan Program Tayangan Movie The Super Mario Galaxy sempena cuti sekolah 🎬✨
Program anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Putrajaya ini diadakan sebagai aktiviti santai dan pengisian cuti sekolah buat anak-anak di Putrajaya.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pihak Putrajaya Care telah menerima aduan berkaitan keadaan jalan mendap di Lingkaran Putrajaya susur ke Jalan P8H berhampiran Yayasan Kepimpinan Perdana.
Keadaan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, aduan ini telah disalurkan kepada pihak berkaitan untuk perhatian dan tindakan lanjut.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ayuh warga Melaka, hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana Rapat Rakyat Melaka pada 30 Mei 2026.
Saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan BERSATU akan turut bersama menyampaikan pandangan berkaitan isu semasa, masa depan rakyat dan hala tuju negara.
Jumpa anda di Klebang, Melaka!
#drj #bersatu #perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada saudari Nur Fatihah Mohd Zakrey atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Kategori Individu Wanita bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 🏆✨
Dalam masa sama, Kelab Rakan Muda Putrajaya turut mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab dari Putrajaya yang tercalon bagi Kategori Pertubuhan.
Saudara Wan Zakwansyarif Zainol Abidin dan Muhammad Nur Anas Rosli pula turut tersenarai sebagai calon mewakili Putrajaya bagi kategori individu lelaki. Semoga pengalaman dan pendedahan ini menjadi dorongan untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
Mudah-mudahan pencapaian ini terus menyuntik semangat anak muda Putrajaya untuk aktif berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.
#putrajaya
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, hari ini saya bersama jemaah menunaikan Solat Jumaat di Surau Al Firdaus (SAFI), Presint 11 yang pertama selepas surau ini menerima kelulusan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dimaklumkan tiga hari lepas berlaku kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal warga Putrajaya di laluan keluar SKVE menghala ke Jalan MARDI.
Kemalangan yang berlaku berpunca daripada keadaan jalan yang berlubang teruk
Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.
Saya telah memaklumkan perkara ini kepada agensi berkaitan dan berharap tindakan segera dapat diambil. Semakan petang tadi juga mendapati keadaan jalan tersebut masih berlubang dan memerlukan perhatian segera.
Saya doakan mangsa yang terlibat diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi bersama YB Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu dalam program Jom Teh Tarik di Q Bistro Presint 2, Putrajaya.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Saya difahamkan ramai yang mendaftar untuk turut serta, namun bagi memastikan sesi lebih dekat dan interaktif, jumlah peserta terpaksa dihadkan. Insya-Allah, sesi seperti ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Apa yang menarik, yang hadir datang daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar sekolah, mahasiswa, golongan profesional, peniaga serta anak-anak muda yang aktif dalam masyarakat.
Banyak soalan, pandangan dan cadangan dikongsikan secara terbuka malam tadi. Antara yang dibincangkan termasuk soal pendidikan, peluang pekerjaan, ekonomi, bantuan kepada usahawan kecil dan sederhana (SME), kebebasan bersuara serta cabaran yang dihadapi anak muda hari ini.
Bagi saya, ruang seperti ini penting supaya lebih banyak pandangan dan idea dapat dikongsikan dalam suasana yang lebih terbuka, khususnya melibatkan generasi muda.
Terima kasih kepada semua yang hadir malam tadi.
#drj
#bersatu
#drjdiputrajayaPost not available here, view on X
Radzi Jidin
@RadziJidin
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
UMNO berdrama kononnya marahkan kebiadapan DAP. Hakikatnya UMDAP berdakap. Nak percaya lagi UMDAP?
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ada rakan-rakan yang bertanya berkaitan status terkini pembinaan sekolah baharu di Presint 17 dan Presint 5 termasuk jangkaan tarikh siap projek tersebut.
Untuk makluman, berikut saya kongsikan status semasa berdasarkan jawapan rasmi soalan bertulis Parlimen yang saya terima.
📍 SK Putrajaya Presint 17(2)
• Projek sekolah baharu 30 bilik darjah
• Status pembinaan: 14.84%
• Jangka siap: Januari 2028
📍 Kompleks Sekolah Presint 5(2)
• 36 bilik darjah sekolah rendah
• 42 bilik darjah sekolah menengah
• Status pembinaan: 8%
• Jangka siap: November 2027
Kedua-dua projek sekolah ini telah diluluskan di bawah RMK12 Rolling Plan 2 pada tahun 2022 bagi membantu mengurangkan kepadatan sekolah khususnya di Presint 17 dan Presint 5.
Saya akan terus memantau perkembangan projek ini dan berharap KPM, JKR serta pihak kontraktor dapat memastikan pelaksanaannya berjalan lancar supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual demi keperluan pendidikan anak-anak Putrajaya.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari bersama dalam Program Rapat Rakyat Selangor di Shah Alam.
Pelbagai isu semasa disentuh termasuk kos sara hidup, tekanan ekonomi, peluang pekerjaan dan keresahan rakyat terhadap keadaan negara hari ini.
Rakyat bukan tak faham apa yang berlaku. Rakyat sedang menilai.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan terus bersama dalam perjuangan ini.
#drj
#bersatu
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
🎬 Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Putrajaya nak belanja anak-anak Putrajaya menonton The Super Mario Galaxy Movie sempena cuti sekolah! ✨
📅 24 Mei 2026
🕗 8.00 malam
📍 Putrajaya
🎟 Terhad kepada 200 peserta terawal sahaja!
📌 Daftar segera melalui pautan berikut:
docs.google.com/forms/d/1gLAnMrGbIIE0vCA1-5Q1W5lvIg7SfLxx…
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📌 Penambahbaikan Hebahan Penutupan Jalan Dalam Google Maps & Waze
Pagi ini saya menerima beberapa aduan daripada warga Putrajaya berkaitan kesukaran mencari laluan alternatif apabila berlaku penutupan jalan semasa program berskala besar di Putrajaya.
Kita sememangnya menggalakkan pelbagai program dan acara diadakan di Putrajaya bagi terus memeriahkan bandar ini. Namun apabila melibatkan penutupan jalan secara besar-besaran, kerja penyelenggaraan jalan atau apa-apa perubahan laluan trafik, maklumat berkaitan wajar turut dikemaskini dalam aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze bagi memudahkan pengguna jalan raya.
Saya dimaklumkan terdapat pengguna yang terpaksa berpusing-pusing mencari laluan alternatif kerana menggunakan aplikasi navigasi tersebut, namun jalan-jalan yang ditutup tidak dikemaskini dalam aplikasi berkenaan.
Saya juga mengambil maklum pihak PPj selama ini telah membuat hebahan rasmi melalui media sosial berkaitan penutupan jalan dan laluan terlibat. Namun penambahbaikan seperti ini wajar dilaksanakan bagi memudahkan pengguna jalan raya dan meningkatkan keselesaan semua pihak.
Sehubungan itu, pihak Putrajaya Care telah menyampaikan secara rasmi cadangan kepada pihak berkaitan supaya maklumat penutupan jalan turut dikemaskini dalam aplikasi Google Maps dan Waze bagi memudahkan pengguna jalan raya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PERIKATAN NASIONAL
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PERIKATAN NASIONAL
KALI KE-2 (2026)
Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada hari ini, 16 Mei 2026 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota.
Mesyuarat hari ini telah memutuskan beberapa perkara, antaranya:
1. Pelantikan Pengerusi PN Negeri-Negeri
Pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri telah diputuskan sebagaimana berikut:
Perlis : YB Dato’ Seri Shahidan Kassim
Kedah : YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pulau Pinang : YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Perak : YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Selangor : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Negeri Sembilan : Ditangguhkan
Melaka : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Johor : YB Datuk Dr. Sahruddin bin Jamal
Pahang : YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Terengganu : YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak
Kelantan : YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob
Sabah : YB Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan
Sarawak : YBhg. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Wilayah Persekutuan : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
2. Kerjasama Pilihan Raya
Mesyuarat bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan Perikatan Nasional.
3. Pelantikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman, untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.
4. Perbincangan Isu-Isu Semasa Negara
Mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara.
Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan.
16 MEI 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hebat guru-guru dari Putrajaya!
Tahniah atas kejayaan menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026.
🏅Pn. Salleha Binti Saleh
Tempat Pertama, Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan (Menengah)
🏅Pn. Suriani Binti Yusoff
Tempat Ke-2, Anugerah Guru Ikon (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
🏅Dr. Norfaridatul Akmar Binti Hashim
Tempat Ke-3, Anugerah Guru Ikon (Guru STEM)
Pengiktirafan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat warga Putrajaya.
Terima kasih cikgu atas segala ilmu, jasa dan pengorbanan.
Saya doakan semoga cikgu-cikgu, khususnya di Putrajaya, terus diberikan kekuatan dan semangat untuk mendidik serta membangunkan generasi pewaris negara.
📷 JPWPP
#drj
#drjdiputrajaya
#selamathariguru -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih cikgu atas segala ilmu dan pengorbanan mendidik generasi pewaris negara. Jasa cikgu sentiasa dikenang.
Selamat Hari Guru 🙌🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
JANGAN PUTAR BELIT FAKTA BERKAITAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN PENGAMBILAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG). SPM TETAP WAJIB!
Susulan keputusan terbaharu Kerajaan berkaitan kemasukan lepasan Unified Examination Certificate (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), timbul semula dakwaan dan fitnah kononnya saya adalah individu yang “meluluskan UEC” untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika berada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tuduhan tersebut tidak benar dan berniat jahat. Faktanya, pengambilan lepasan UEC ke IPG mula dilaksanakan sejak tahun 2011. Pendekatan pengambilan ini diumumkan sewaktu pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 pada tahun 2010 oleh Perdana Menteri ketika itu.
Pengambilan tersebut adalah hanya untuk pengkhususan Bahasa Cina bagi menangani kekurangan berterusan guru Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pengambilan dibuat sejak 2011 adalah berdasarkan keperluan untuk mengisi kekosongan guru Bahasa Cina di SJKC.
Malah, calon bukan hanya dinilai berdasarkan UEC semata-mata. Sebaliknya, mereka tetap perlu memenuhi kelayakan SPM dan tapisan ketat KPM bagi memastikan guru yang dilahirkan memenuhi keperluan Kementerian.
Jadi faktanya, dasar berkaitan pengambilan calon guru Bahasa Cina yang bermula tahun 2011 itu bukanlah pengiktirafan umum UEC dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan UMDAP semalam.
Jangan campur adukan fakta semata-mata untuk membina persepsi politik.
FAKTA TETAP FAKTA!
DRJ
Putrajaya
15 Mei 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kami menerima pandangan daripada warga Putrajaya berkaitan sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM yang digunakan bagi tujuan pemantauan keselamatan dan pemakluman kepada pihak polis, khususnya ketika meninggalkan rumah atau pulang ke kampung.
Terdapat pengguna yang keliru kerana apabila membuka pilihan negeri dalam sistem tersebut, Putrajaya tidak disenaraikan secara terus. Untuk memilih Putrajaya, pengguna perlu memilih negeri Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pilihan daerah Putrajaya dipaparkan.
Kita memahami perkara itu dibuat berdasarkan pentadbiran IPD Putrajaya yang berada di bawah Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Namun memandangkan sistem ini digunakan secara meluas oleh rakyat, penambahbaikan wajar dilakukan supaya lebih mudah dan mesra pengguna.
Sehubungan itu, pihak Putrajaya Care telah memanjangkan cadangan kepada pihak polis agar Putrajaya dapat disenaraikan secara terus dalam pilihan negeri sebagai “Putrajaya” bagi memudahkan pengguna dan mengelakkan kekeliruan.
Sistem ini sememangnya baik dan membantu rakyat. Cadangan ini dikemukakan sebagai penambahbaikan supaya ia lebih mudah digunakan oleh warga Putrajaya pada masa akan datang.
Terima kasih kepada warga Putrajaya yang membangkitkan perkara ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja-kerja menaik taraf sistem lampu isyarat sedang dilaksanakan di laluan bulatan Presint 14 dan Presint 15 menghala ke Alamanda Shopping Centre.
Persimpangan tiga berhampiran bulatan tersebut juga akan ditukar daripada sistem “fixed time” kepada sistem sensor, bagi memastikan kawalan lampu isyarat lebih efisien dan responsif mengikut keadaan trafik semasa.
Projek ini telah dianugerahkan pada bulan Disember 2025, mula dilaksanakan pada Mac 2026 dan dijangka siap dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Kerja-kerja naik taraf ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Putrajaya sebagai usaha meningkatkan kecekapan sistem lampu isyarat serta melancarkan aliran trafik demi keselesaan pengguna jalan raya.
Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya atas inisiatif dan usaha berterusan dalam menambah baik sistem pengurusan trafik demi kesejahteraan serta keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya di Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai Mesyuarat MPT malam ini, kami turut meraikan ulang tahun kelahiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Banyak badai telah dilalui. Namun semangat perjuangan untuk rakyat masih tetap sama.
Semoga Tan Sri terus diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berjuang.
#bersatu
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KENYATAAN MEDIA
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersetuju melantik beberapa Ketua Bahagian (Penaja) baharu bagi memperkukuh kepimpinan parti serta memperkemas gerak kerja organisasi di peringkat akar umbi.
Pelantikan ini melibatkan Bahagian Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Segambut dan Seputeh. Senarai pelantikan adalah seperti di Lampiran.
Pelantikan dibuat berdasarkan penelitian terhadap pengalaman, kemampuan kepimpinan, kekuatan gerak kerja lapangan serta komitmen dalam perjuangan dan khidmat kepada rakyat.
Pada masa yang sama, BERSATU Wilayah Persekutuan turut memperkukuh struktur kepimpinan negeri melalui pelantikan Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri, saudara Mohammed Ridzal Mohd Kamal Ghazalee sebagai Setiausaha, Datuk Safian Mohd Yunus sebagai Bendahari, saudara Iwan Radzuan sebagai Ketua Penerangan, saudara Mohd Firdaus Mohd Zaini sebagai Ketua ARMADA BERSATU Wilayah, saudari Nor Izzatun Udda Mohamed sebagai Ketua Srikandi BERSATU Wilayah dan saudari Irdina Ab Rahim sebagai Ketua Srikandi Muda BERSATU Wilayah.
Gabungan kepimpinan berpengalaman, profesional, tokoh muda dan aktivis masyarakat ini penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
BERSATU Wilayah Persekutuan akan terus memperhebat gerak kerja bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat dan membawa agenda yang lebih dekat dengan keperluan warga kota.
Saya percaya dengan semangat kebersamaan dan kekuatan gerak kerja seluruh pimpinan serta ahli di peringkat Wilayah Persekutuan, BERSATU akan terus bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.
Selamat menjalankan amanah dan teruskan tekad perjuangan.
Dr Radzi Jidin
Naib Presiden BERSATU
Ketua Badan Pimpinan
BERSATU Wilayah Persekutuan
14 Mei 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka yang berlangsung hari ini telah dihadiri pimpinan parti-parti komponen Perikatan Nasional Negeri Melaka.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi, kesiapsiagaan gerak kerja parti serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Selain memperkukuh penyelarasan antara parti-parti komponen, mesyuarat turut meneliti usaha memperkemas jentera di semua peringkat bagi memastikan Perikatan Nasional Melaka sentiasa bersedia menghadapi cabaran politik semasa.
Pada masa yang sama, mesyuarat turut bersetuju memperkukuh struktur kepimpinan Badan Perhubungan Negeri melalui pengumuman barisan kepimpinan negeri seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1.
Perikatan Nasional Melaka komited untuk terus memperkukuh organisasi parti serta mendekati rakyat dengan membawa agenda yang berteraskan kestabilan, kebajikan dan masa depan negeri Melaka.
Dr. Radzi Jidin
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Perikatan Nasional Melaka
14 Mei 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Anak-anak SMK Putrajaya Presint 14(1) sedang menduduki peperiksaan.
Esok akan berlangsungnya sambutan Hari Belia peringkat Putrajaya di sekolah ini.
Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran dewan.
Semoga urusan anak-anak dipermudah.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka bersama pimpinan BERSATU, PAS, GERAKAN dan MIPP.
Satu pasukan, satu semangat dan satu tekad dalam memperkukuh gerak kerja demi rakyat serta masa depan negeri Melaka.
#drj
#melaka -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga Wan Muhammad Adam, pelajar politeknik dari Putrajaya yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Hari Jururawat 💐
Sempena Hari Jururawat hari ini, pasukan Putrajaya Care hadir bertemu wakil daripada Unit Kejururawatan Hospital Putrajaya dan menyampaikan sedikit tanda penghargaan buat mereka.
Terima kasih kepada seluruh jururawat yang sentiasa komited menjalankan tugas menjaga kesihatan dan kebajikan masyarakat setiap hari.
Semoga terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramai orang membela rusa
Rusa dibela di tepi gua
Usah dibuai dengan kuasa
Sampai masa ke tanah jua -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan YB Hilman Idham akan bersama dalam program Jom Teh Tarik di Putrajaya pada 20 Mei 2026.
Program santai seperti ini memberi ruang untuk kita bertukar pandangan dan menyentuh pelbagai isu semasa yang dekat dengan rakyat khususnya melibatkan anak muda, pendidikan dan masa depan negara.
Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh daftar melalui pautan di bawah. Tempat adalah terhad dan peserta yang terpilih akan dihubungi pihak penganjur.
Tarikh: 20 Mei 2026, Rabu
Masa: 8.00 malam
Tempat: Putrajaya
Anjuran ARMADA dan Srikandi Muda Bahagian Putrajaya.
Daftar:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc4bgJMstflyJbQ2wOjgXbFa…
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan YB Hilman Idham akan bersama dalam program Jom Teh Tarik di Putrajaya pada 20 Mei 2026.
Program santai seperti ini memberi ruang untuk kita bertukar pandangan dan menyentuh pelbagai isu semasa yang dekat dengan rakyat khususnya melibatkan anak muda, pendidikan dan masa depan negara.
Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh daftar melalui pautan di bawah. Tempat adalah terhad dan peserta yang terpilih akan dihubungi pihak penganjur.
Tarikh: 20 Mei 2026, Rabu
Masa: 8.00 malam
Tempat: Putrajaya
Anjuran ARMADA dan Srikandi Muda Bahagian Putrajaya.
Daftar:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc4bgJMstflyJbQ2wOjgXbFa…
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, saya menerima aduan daripada pengguna jalan raya berhubung kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 8(1) dan Medan Selera Presint 8, khususnya pada waktu puncak.
Untuk makluman, pihak PPj memaklumkan bahawa perbincangan berkaitan isu ini telah diadakan bersama YDP PIBG, pengetua dan guru besar sekolah terlibat. Ketika ini, beberapa langkah serta perubahan sedang diteliti bagi membantu melancarkan aliran trafik terutama ketika waktu penghantaran dan pengambilan pelajar sekolah. Pemantauan akan terus dilaksanakan dan langkah-langkah susulan juga akan diambil dari semasa ke semasa bagi melihat keberkesanan tindakan yang dilaksanakan.
Dalam masa sama, pengguna jalan raya diharapkan dapat bersama-sama mematuhi peraturan serta mengelakkan parkir di lokasi yang boleh menghalang laluan dan menambah kesesakan trafik.
Semoga kerjasama semua pihak dapat membantu memastikan trafik yang lebih lancar dan selamat untuk warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aktiviti tunggangan motosikal secara berbahaya serta bunyi bising melampau yang mengganggu ketenteraman awam di Putrajaya tidak boleh dipandang ringan.
Saya telah maklumkan perkara ini kepada pihak polis serta pihak berkaitan untuk tindakan lanjut termasuk pemantauan melalui rakaman CCTV bersama Command Centre PPj. Saya juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung gejala ini daripada terus berulang.
Jalan raya bukan tempat untuk berlumba atau melakukan aksi berbahaya. Hormatilah keselamatan pengguna jalan raya lain serta ketenteraman masyarakat sekeliling.
📹 - 7ig3r2060
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas selesai program Jom Ngeteh bersama Perikatan Nasional di Parit Putat, Sungai Rambai, saya turut merasmikan Bilik Gerakan Utama DUN Sungai Rambai.
#perikatannasional #bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini ‘healing’ bersama anak muda Putrajaya di Jambatan Seri Gemilang.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seorang warga emas maut dalam kejadian samun di Ayer Tawar. Adakah nilai belas ihsan semakin terhakis dalam masyarakat hari ini?
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan haiwan liar di Putrajaya bukan isu kecil.
Ia melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan awam yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian penduduk.
Semalam pihak Putrajaya Care telah turun padang bertemu dengan kontraktor yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi meneliti keadaan semasa serta tindakan yang sedang dan perlu diperkukuhkan di lapangan.
Pada 15 April lalu, Putrajaya Care juga telah mencadangkan supaya satu operasi bersepadu dilaksanakan secara berkala di seluruh Putrajaya melibatkan rondaan, pemantauan kawasan ‘hotspot’ serta tindakan kawalan haiwan liar secara lebih menyeluruh dan konsisten.
Bukan tunggu isu tular.
Bukan tunggu kejadian berlaku.
Tetapi tindakan pencegahan yang berterusan.
Perkara ini turut dibangkitkan di Parlimen supaya isu haiwan liar di Putrajaya dapat dilihat secara lebih menyeluruh melibatkan aspek keselamatan, kesihatan awam serta penyelarasan tindakan antara agensi berkaitan.
Putrajaya memerlukan pendekatan yang lebih tersusun, konsisten dan berterusan supaya tindakan yang diambil dapat memberi kesan lebih baik dalam menangani isu haiwan liar di kawasan sekitar.
Insya-Allah, Putrajaya Care akan terus membawa setiap aduan dan pandangan penduduk kepada pihak berkaitan supaya tindakan susulan dapat dipercepat dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada pihak PPj dan kontraktor terlibat atas kerjasama yang diberikan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah kepada keluarga pelajar yang maut akibat renjatan elektrik di Daro. Semoga pelajar yang cedera segera diberikan kesembuhan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Doakan murid Tahun 5 di Batu Berendam yang disyaki dibuli hingga terjatuh dari koridor sekolah segera sembuh dan dipermudah urusan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Pagi ini saya hadir menunaikan sembahyang jenazah bapa mertua kepada Wan Nazri Wan Nasir (Mat Yie), sahabat dari geng Kebun 11K, yang telah meninggal dunia malam tadi.
Jenazah disempurnakan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.
Sama-sama kita doakan agar Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Salam takziah buat Wan Nazrie dan seluruh keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan dipermudah segala urusan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Lampu jalan rosak. Laluan jadi gelap. Risiko meningkat.
Ini antara aduan yang paling kerap saya terima daripada warga Putrajaya, khususnya melibatkan laluan FT029 dan FT030 di sekitar sempadan Putrajaya dan Sepang.
Isu ini bukan baharu.
Saya telah bangkitkan perkara ini di Parlimen sejak tahun 2023. Susulan itu, pihak JKR telah mengambil tindakan dan sebahagian lampu berjaya dipulihkan.
Namun, realitinya hari ini, masih terdapat lokasi yang gelap.
Kenapa perkara ini berulang?
Baru-baru ini, Putrajaya Care telah berbincang dengan JKR Sepang untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan.
Antara cabaran utama ialah isu kecurian kabel.
Ada lampu yang telah dibaiki, tetapi dalam tempoh tertentu kembali rosak akibat gangguan tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak JKR Selangor dan JKR Sepang turut berdepan kekangan peruntukan untuk melaksanakan penyelenggaraan secara menyeluruh.
Ini realiti di lapangan.
Jadi apa tindakan kita?
Saya telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan ini.
Harapan saya jelas. Isu ini perlu diselesaikan segera demi keselamatan pengguna jalan raya.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu fikir jangka panjang.
Saya telah mencadangkan penggunaan lampu solar di laluan ini.
Pendekatan ini lebih sesuai di kawasan yang berdepan isu kecurian kabel, di samping berpotensi menawarkan ketahanan yang lebih baik serta operasi yang lebih stabil.
FT029 dan FT030 bukan laluan biasa.
Ini antara pintu masuk utama ke pusat pentadbiran negara.
Keselamatan pengguna tidak boleh dipandang ringan.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya Selangor, khususnya Cawangan Kejuruteraan Elektrik, serta JKR Sepang atas kerjasama yang baik bersama Putrajaya Care dalam menangani isu ini.
Insya-Allah, saya akan terus pantau dan usahakan yang terbaik sehingga isu ini benar-benar selesai. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerajaan Tidak Perlu Rasa Malu Menggunakan Pendekatan Perikatan Nasional dalam Membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)
Pada 20 Mac lalu, iaitu pada hari ke-21 konflik perang di Timur Tengah berlangsung, saya telah keluarkan kenyataan bertajuk “Perang di Timur Tengah: Rakyat terkesan, peniaga terkesan, Kerajaan masih bersahaja?”.
Ketika itu, tiada satu pendekatan menyeluruh oleh Kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga, khususnya PMKS, sebelum keadaan semakin meruncing.
Susulan itu, saya cadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ketika menangani kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi.
Antara yang disentuh adalah pemberian diskaun atau pengecualian sewa kepada peniaga kecil yang menyewa premis milik Kerajaan. Langkah ini pernah dilaksanakan ketika COVID-19 dan terbukti membantu kelangsungan perniagaan.
Dalam situasi yang tidak menentu ini, ramai dalam kalangan peniaga di premis Kerajaan, termasuklah di sekolah, bertanya mengapa Kerajaan hari ini tidak menggunakan pendekatan pemberian diskaun atau pengecualian sewa sebagaimana yang pernah digunakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini?
Hari ini, baru kedengaran Perdana Menteri mengumumkan agensi Kerajaan seperti MARA dan UDA akan menurunkan kadar sewa premis bermula bulan ini bagi meringankan beban peniaga. PBT dan kerajaan negeri turut digesa untuk mempertimbangkan langkah yang sama.
Selepas 67 hari konflik perang di Timur Tengah berlangsung, akhirnya Perdana Menteri umumkan. Orang putih kata, "better late than never".
Saya berharap pendekatan ini turut merangkumi pengusaha kantin sekolah di seluruh negara yang juga berdepan tekanan kos operasi.
Tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh peniaga, khususnya PMKS, akibat daripada konflik perang di timur Tengah, termasuk kenaikan mendadak kos operasi, tidak boleh dipandang ringan.
Nasihat saya kepada Kerajaan, jangan rasa malu untuk menggunakan pendekatan Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Setiap langkah yang dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional dalam membantu peniaga, khususnya PMKS, sewaktu COVID-19 dibuat bagi memastikan peniaga di pelbagai peringkat terus dapat bertahan dalam situasi ekonomi yang sukar.
DRJ
Putrajaya
5 Mei 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada Yasmeen Suraya dan pasangannya, Muhammad Hadi Naqi atas berlangsungnya majlis perkahwinan. Yasmeen merupakan puteri tunggal Datuk Ainon Mohd dan Encik Yusof Ibrahim.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan tersusun. Dapat juga bertemu serta bertanya khabar dengan sahabat-sahabat lama.
Saya dan isteri mendoakan agar Yasmeen dan Naqi sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya dan isteri memenuhi undangan majlis blok terbuka di Blok 3A, Fasa 3, Presint 9.
Ini juga kali terakhir saya bertemu dengan Allahyarham Abang Ad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 28 April lalu. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Terima kasih kepada Saudara Idris serta sahabat-sahabat di Blok 3A atas jemputan. Jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Hari Bomba kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya para pegawai dan anggota yang bertugas di Putrajaya.
Setiap kali siren berbunyi, kita tahu ada sesuatu yang sedang berlaku. Pada saat itu, anggota bomba bersiap dan terus bergerak, tanpa banyak soal, demi memastikan nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.
Tugas ini bukan mudah. Ada risiko yang perlu dihadapi, ada cabaran yang tidak dijangka. Namun mereka tetap melangkah ke hadapan dengan keberanian dan disiplin yang tinggi.
Penghargaan khusus kepada warga Bomba Putrajaya, Balai 7 dan Balai 14 atas kerjasama serta khidmat berterusan kepada warga Putrajaya.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan, siang dan malam.
Semoga semua anggota sentiasa dilindungi dalam setiap operasi dan terus diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya bersama Balkis menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabat saya, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Datin Haryaty Ibrahim.
Suasana majlis penuh kemesraan. Dalam ucapannya, Datuk Dr Marzuki menyebut bahawa malam ini bukan sekadar majlis perkahwinan anaknya, tetapi juga satu pertemuan keluarga.
Majlis turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Saya doakan moga setiap langkah Hana dan Sharraj dipermudah, urusan dilapangkan, dan kehidupan yang dibina sentiasa dalam ketenangan serta rahmat-Nya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari bersama sahabat-sahabat di Putra Damai, Presint 9 sempena Majlis Hari Raya di Kedai Makan Umi.
Terbaik sup gearbox Kedai Makan Umi! Siap bungkus untuk dibawa pulang!
Terima kasih kepada Encik Zolkipli dan isteri, Puan Norhayati, atas jemputan. Jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menghadiri Majlis Perkahwinan Tun Farah Asyikin dan Ahmad Al-Hadi Nadzmi di Kampung Rinching Hilir, Kajang tengah hari tadi.
Tahniah kepada Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Datin Norhafilah Mohammad Khawari kerana menerima menantu.
Semoga Ahmad Al-Hadi Nadzmi dan Tun Farah Asyikin dikurniakan kebahagiaan, dipelihara dalam sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diberkati dalam melayari kehidupan berumahtangga.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum ini, saya bangkitkan di Parlimen berkaitan keperluan Kerajaan menyemak semula Elaun Perjalanan Kenderaan bagi penjawat awam. Mulai esok, elaun ini akan dinaikkan 15 sen sekilometer.
Tetapi satu lagi isu masih belum selesai.
Bila guna kenderaan sendiri untuk tugasan rasmi, ramai terpaksa guna kuota peribadi untuk isi minyak.
Kini kuota BUDI95 pula dikurangkan dari 300 liter ke 200 liter.
Kerajaan perlu wujudkan mekanisma bagi menangani perkara ini, khususnya bila kuota dikurangkan daripada 300 liter ke 200 liter.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan telah diterima berhubung kejadian hujan lebat dan angin kuat di Fasa 4C, Presint 8 yang menyebabkan beberapa kerosakan termasuk saluran paip air tercabut serta kerosakan bumbung. Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menghubungi pihak berkaitan untuk tindakan segera, dan kontraktor FM telah berada di lokasi bagi melaksanakan pemeriksaan serta kerja pembaikan.
📹 - Penduduk Fasa 4C, Presint 8
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada pihak PPj atas tindakan pantas sejurus menerima laporan berhubung kejadian pokok tumbang di Presint 8.
Setakat ini, pemilik kenderaan yang dipercayai terlibat masih belum dapat dikenal pasti. Jika ada maklumat, mohon salurkan segera di ruangan komen. 🙏🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dalam perjalanan pulang, saya ternampak pokok tumbang berhampiran Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Perkara ini telah saya panjangkan kepada pihak PPj untuk tindakan segera.
Mohon semua terus berhati-hati!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan penduduk berhubung kejadian air keluar melalui ‘manhole’ dan kawasan jalan di kuarters Presint 15-12B, berhadapan Blok A2, kerja-kerja pembaikan kini telah mula dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya (PPj).
Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPj), pihak Facility Management serta agensi terlibat yang bertindak bagi menangani isu ini.
Semoga urusan pembaikan berjalan lancar dan keadaan kembali pulih seperti sediakala demi keselesaan penduduk setempat.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berhubung aduan berkenaan keadaan pokok-pokok berusia di sekitar Putrajaya, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan ke atas pokok daripada spesies sama di beberapa lokasi.
Hasil pemeriksaan mendapati beberapa pokok memerlukan tindakan lanjut, dan kerja penebangan telah dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko.
Pemeriksaan secara Virtual Tree Assessment (VTA) juga akan diteruskan di kawasan lain bagi memastikan tahap keselamatan, kesihatan pokok serta persekitaran sentiasa terpelihara.
Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas tindakan demi keselamatan dan kesejahteraan warga Putrajaya.
📸 - Perbadanan Putrajaya
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, pagi ini bersama jemaah dalam sesi tadabbur Al-Quran muka surat 284 daripada Surah Al-Kahfi yang dipimpin oleh Ustaz Hazim.
Selepas itu, sarapan bersama jemaah, sembang santai dan bertanya khabar.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan berkaitan pokok condong di Persiaran Persekutuan, Putrajaya, kerja pemangkasan dan penyelenggaraan telah dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) semalam.
Tindakan ini penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam terus terjamin, di samping mengekalkan keadaan kawasan yang terurus.
Penghargaan kepada pihak PPj atas tindakan yang diambil.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan berkaitan pokok condong di Persiaran Persekutuan, Putrajaya, kerja pemangkasan dan penyelenggaraan telah dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) semalam.
Tindakan ini penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam terus terjamin, di samping mengekalkan keadaan kawasan yang terurus.
Penghargaan kepada pihak PPj atas tindakan yang diambil.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hujung minggu lalu saya bertemu Abang Ad ketika menghadiri sambutan Hari Raya di Blok 3A, Presint 9. Sempat bertanya khabar dan berseloroh dan beliau.
Walaupun diuji dengan masalah penglihatan, Abang Ad tetap aktif dalam komuniti. Saya sering bertemu beliau dalam pelbagai program di Putrajaya, khususnya di Surau Al-Falah, Surau Al-Muhajirin, Presint 9 serta komuniti berhampiran.
Petang semalam saya menerima khabar duka pemergian Abang Ad. Pemergian ini tentunya amat dirasai oleh ramai yang mengenali dirinya.
Malam tadi saya hadir menunaikan sembahyang jenazah serta mengikuti bacaan Yasin dan tahlil. Abang Ad disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.
Takziah kepada keluarga Abang Ad, khususnya saudara Fawwaz dan kakaknya, Nurfadhilah.
Semoga arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Damailah engkau di sana, Abang Ad. 🤲🏻
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa memenuhi undangan di Putra Damai, Presint 11, saya berkesempatan bertemu adik Ami Issyifa yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Alhamdulillah, adik Ami telah keluar dari hospital dan kini dalam proses pemulihan.
Doa saya agar adik Ami terus kuat dan tabah melalui ujian ini. Semoga dipermudahkan segala urusan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan ke Majlis Hari Raya dan Hari Keluarga KRT P14E, Presint 14.
Walaupun Syawal telah berlalu, suasana raya masih terasa dengan kemeriahan program yang menghimpunkan penduduk setempat.
Terima kasih kepada pihak KRT P14E, khususnya saudara Izwadi selaku Pengerusi KRT, atas jemputan dan usaha menganjurkan majlis ini.
Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran dan terus hidupkan semangat bermasyarakat di Presint 14.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan permohonan pemasangan speed breaker atau bonggol jalan di persimpangan Nexus Putrajaya - Apartmen P15-12 yang telah dikemukakan sebelum ini, dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah memulakan kerja-kerja pembinaan bonggol di kawasan tersebut.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya atas keprihatinan dan tindakan segera dalam meneliti keperluan keselamatan pengguna jalan raya di lokasi ini.
Semoga langkah ini dapat membantu memperlahankan kelajuan kenderaan, meningkatkan tahap keselamatan kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
Terima kasih juga kepada penduduk yang terus menyalurkan maklum balas demi kebaikan bersama.
📸 - Pengerusi KRT Presint 15-12A, Saudara Eddi Abu Hanipah
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jom mengopi sambil bertukar pandangan bersama Dr Radzi Jidin ☕
Anak muda Putrajaya dijemput hadir untuk sesi mengopi pada:
📅 2 Mei 2026 (Sabtu)
🕣 8.30 malam
📍 Lokasi akan dimaklumkan kepada peserta yang berjaya.
Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengopi dan sembang santai serta berkongsi pandangan dan idea bersama Dr Radzi Jidin!
Daftar sekarang melalui pautan berikut:
👉 docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScIyCZ6RnUosWHmH0PqNevVa…
Jom kita mengopi, bersembang dan bincang berkenaan masa depan anak muda bersama!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam kami menerima aduan daripada penghuni di P18R12, khususnya Blok F, yang memaklumkan kerap berlaku gangguan bekalan air di kawasan tersebut.
Susulan itu, pihak kami telah berhubung dengan pihak pengurusan fasiliti (FM) untuk tindakan lanjut. Dimaklumkan penggantian pam baharu bagi blok berkenaan telah selesai dilaksanakan. Ketika ini, proses penstabilan sistem pam dan panel masih dalam pemantauan termasuk kerja flushing bagi memastikan tekanan air kembali normal.
Berdasarkan makluman terkini, bekalan air kepada penghuni telah kembali pulih selepas tindakan susulan dibuat.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau aduan lanjut, boleh terus maklumkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya supaya tindakan susulan dapat diselaraskan dengan pihak berkaitan.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan kesejahteraan penduduk.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Faizal Azumu serta kepimpinan parti menghadiri Konvensyen BERSATU Selangor yang dipimpin oleh YB Dato' Seri Azmin Ali.
Konvensyen ini menghimpunkan wakil-wakil dari seluruh negeri Selangor untuk meneliti hala tuju perjuangan, khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri ini.
YB Dato' Seri Azmin Ali telah membentangkan resolusi yang menekankan keperluan memperkukuh agenda peduli rakyat, memperkasa ekonomi negeri, memelihara kesejahteraan sosial serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Pendekatan berteraskan integriti dan inklusif ini penting supaya setiap dasar yang digerakkan benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Seluruh perwakilan turut mendengar pembentangan dan kupasan daripada panel-panel yang terdiri daripada ahli akademik, pakar ekonomi serta aktivis masyarakat. Perbincangan yang matang ini membantu memperhalusi pendekatan dan solusi berasaskan realiti semasa.
Selangor merupakan negeri yang sangat penting. Dalam PRN 2023, BERSATU memenangi 12 kerusi manakala Perikatan Nasional memperoleh 22 kerusi keseluruhannya.
Kini, fokus diberikan untuk merampas sekurang-kurangnya 10 kerusi. Ini penting bagi membuka laluan kepada Perikatan Nasional mentadbir Selangor, di samping memperkukuh sumbangan kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
Tahniah kepada YB Rafiq Abdullah selaku Pengarah Program serta seluruh jawatankuasa yang memastikan konvensyen ini berjalan dengan teratur dan tersusun.
Insya-Allah, dengan kesatuan dan komitmen semua, fokus jelas, gerak kerja diperkukuh dan kita mara dengan strategi tersusun demi masa depan rakyat yang lebih baik.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan kejadian pokok tumbang di P11K, Presint 11 tempoh hari, kami telah menerima aduan daripada penduduk setempat yang memaklumkan kebimbangan terhadap keadaan pokok-pokok di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Perbadanan Putrajaya untuk tindakan lanjut. Pagi ini, pasukan PPj telah turun padang melaksanakan kerja-kerja pemangkasan serta penyelenggaraan pokok di kawasan berkenaan.
Terima kasih atas tindakan yang diambil demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.
📸 Perbadanan Putrajaya
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Santai Pagi Kejiranan bersama warga P8A dan P8B, Presint 8.
Setiap tahun, program ini seakan menjadi acara wajib untuk saya bersama warga komuniti di sini.
Inilah antara ruang untuk saya bertemu, mendengar sendiri perkongsian warga termasuk isu setempat dan perkara semasa yang dibangkitkan.
Semoga semangat kejiranan ini terus kekal dan diperkukuh.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi menyaksikan penyertaan beberapa tokoh dan anak muda ke dalam BERSATU.
Dato’ Sirajuddin Haji Salleh, mantan TKSU Kementerian Pertahanan dan mantan Dato’ Bandar Ipoh; Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, CEO Humanitarian Development Foundation serta mantan Presiden Alumni USM dan MBM; Assoc. Prof Datuk Dr. Ahmad Khusyairi Khalid, pakar perunding ENT dan pakar bedah robotik.
Turut bersama saudara Alif Anas Md Noor, mantan Presiden GPMS; saudara Muhammad Najmi Samsudin, mantan Ahli Majlis MBSA dan MPS; serta saudara Iskandar Khoo Kuan Yiaw, pempengaruh media sosial dan aktivis anak muda.
Penyertaan ini menunjukkan BERSATU terus mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan. Mereka memilih untuk bersama memperkukuh perjuangan dan membawa suara rakyat.
Insya-Allah, dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen yang dibawa, penyertaan ini akan membantu memperkemas gerak kerja parti dalam memperjuangkan agenda rakyat.
#drj
#bersatu
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ketika beriadah di sekitar Persiaran Perdana pagi tadi, saya disapa oleh anak-anak dari SMKA Pagoh.
Mereka dan guru pengiring berada di Putrajaya untuk menyertai pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.
Semua bersemangat! Pak cik doakan agar anak-anak berjaya dalam pertandingan hari ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam dari pagi sampai malam diisi dengan program bersama warga Putrajaya.
Pagi dimulakan di Santai Pagi Kejiranan KRT P8A dan P8B Presint 8, berjumpa dan bertanya khabar dengan penduduk sekitar. Lepas itu ke Gotong Royong Perdana Persatuan Ragbi Putrajaya bersama Surau Ar Rahim Presint 15.
Sebelah malam pula ke Majlis Hari Raya dan Hari Keluarga KRT P14E Presint 14, kemudian ke Majlis Terlajak Raya Komuniti 4A Presint 9. Seterusnya ke Majlis Mahabbah Raya Blok 3A Presint 9 dan akhir sekali ke Majlis Hari Raya Kedai Makan Umi di Putra Damai Presint 11.
Setiap tempat ada suasana tersendiri, tapi yang sama ialah semangat kebersamaan dan kemesraan komuniti.
Terima kasih atas jemputan dan layanan baik. Jumpa lagi di lain kesempatan!
#drj
#drjdiputrajaya
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hebat The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang. Raih emas keirin UCI 2026, tewaskan juara dunia Lavreysen. Kebanggaan Malaysia 🇲🇾.
📸Astro Arena -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat semalam mengingatkan kita bahawa nyawa manusia adalah amanah yang sangat besar di sisi Islam.
Setiap nyawa itu mulia. Sebab itu, walaupun sesuatu kematian berlaku tanpa sengaja seperti kemalangan, Islam tetap menetapkan tanggungjawab. Keluarga mangsa dibela melalui diyat, manakala pelaku pula menunaikan kaffarah sebagai tanda taubat dan keinsafan.
Ini menunjukkan Islam bukan sekadar menghukum, tetapi menegakkan keadilan dan dalam masa yang sama mendidik manusia untuk kembali ke jalan yang benar.
Namun dalam realiti hari ini, kita berdepan isu yang membimbangkan.
Kes pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang meragut nyawa terus berlaku dan sering menjadi perhatian masyarakat.
Perlu ditegaskan, perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkan jelas bertentangan dengan hukum Islam. Ia bukan kecuaian biasa, tetapi satu tindakan yang sedar dan membuka ruang kepada kemudaratan yang besar.
Apabila seseorang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk atau khayal, dia telah meletakkan nyawa orang lain dalam risiko.
Apabila kemalangan berlaku dan nyawa melayang, ia bukan sekadar musibah yang datang tanpa sebab. Ia berpunca daripada pilihan yang salah sejak awal.
Pengajarannya jelas.
Jangan ambil ringan soal nyawa.Jangan kompromi dengan perbuatan yang boleh membawa kepada kematian orang lain.
Taat kepada perintah Allah, jauhi segala yang memudaratkan, dan peliharalah keselamatan sebagai amanah yang wajib dijaga.
Kerana satu kesilapan, kesannya bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi kepada keluarga mangsa dan masyarakat
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya bersama tulang belakang Persatuan Ragbi Putrajaya di Gotong Royong Perdana di Surau Ar-Rahim, Presint 15.
Program seperti ini bukan sahaja memupuk kerjasama di atas padang, tetapi juga di luar padang. Dalam masa yang sama, ia menjadi platform untuk Persatuan Ragbi Putrajaya mendekati komuniti setempat dan membina hubungan.
Tahniah kepada Saudara Zul, Naib Presiden (Komuniti) yang menyelaras program ini.
Persatuan Ragbi Putrajaya memang aktif menggerakkan pelbagai program termasuk klinik pembangunan bakat untuk mencungkil pemain baharu dalam kalangan anak-anak Putrajaya.
Ketika ini, tumpuan utama Persatuan Ragbi Putrajaya adalah kepada persiapan menghadapi Agong Cup 2026.
Semoga pasukan Ragbi Putrajaya berjaya membawa pulang Agong Cup ke Putrajaya. Saudara Adam sebagai Pengurus Pasukan mengurus pasukan dengan baik ke arah kejayaan, dan Presiden Saudara Anwarrul terus memimpin dengan lancar serta dipermudah segala urusan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini santai bersama warga P8A & P8B.
Selamat berhujung minggu semua! Semoga dipermudah segala urusan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan tinjauan saya ke Perumahan Penjawat Awam 17RK1 petang tadi, lif Blok G kini telah kembali beroperasi.
Penduduk boleh menggunakannya seperti biasa.
Isu seperti ini tidak seharusnya berlarutan.
Kemudahan asas mesti dijaga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan telah diterima daripada penduduk berhubung kejadian air keluar melalui ‘manhole’ dan kawasan jalan di kuarters Presint 15-12B, berhadapan Blok A2, yang disyaki berpunca daripada paip pecah.
Menurut maklum balas, keadaan ini telah berlarutan hampir seminggu dan aliran air semakin bertambah serta mula berubah warna kekuningan.
Tindakan segera diambil dengan menghubungi PPj, IWK dan Air Selangor untuk pemeriksaan di lokasi.
Hasil semakan mendapati kebocoran berlaku selepas ‘bulk meter’. Maklumat terkini daripada PPj pula menunjukkan disyaki terdapat kebocoran paip bawah tanah melibatkan sambungan ke surau dan rumah sampah, dan kini dalam tindakan pihak Facility Management.
Terima kasih kepada Air Selangor dan PPj atas respons segera.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu kesesakan di Putrajaya Sentral, Presint 7A antara perkara yang kerap dibangkitkan warga Putrajaya.
Aduan telah kami kemukakan pada 3 April lalu. Susulan itu, kami turun padang dan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Putrajaya Sentral serta Facility Management di kawasan tersebut.
Dimaklumkan bahawa laluan dan ruang menunggu masih belum dibuka kerana sedang menunggu kelulusan daripada pihak Putrajaya Holdings dan Perbadanan Putrajaya.
Pihak kami telah berhubung dengan kedua-dua pihak bagi mendapatkan penjelasan serta memohon agar kelulusan ini dapat dipercepatkan.
Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan segera bagi membantu melancarkan pergerakan trafik serta meningkatkan keselesaan pengguna, khususnya bas dan kenderaan awam.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan penduduk Putrajaya mengenai bekalan air yang berkarat dan keruh sejak kebelakangan ini adalah antara isu utama yang menjadi perhatian saya untuk ikhtiarkan penyelesaian terbaik. Saya memahami kesukaran yang dihadapi oleh sahabat-sahabat sekalian kerana keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerisauan terhapat kualiti air yang digunakan setiap hari oleh seisi keluarga.
Saya memandang serius isu tersebut dan tindakan awal telah diambil dengan mengadakan perbincangan bersama pihak- pihak yang berkaitan seperti Perbadanan Putrajaya (PPj), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Semua aduan yang diterima melalui Putrajaya Care atau saluran media sosial telah dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan susulan. Pada 13 April 2026, saya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Air Selangor, PPj, JKR dan BPH bagi meneliti isu berkenaan dan mendapatkan kaedah penyelesaian secara menyeluruh.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, aduan air berkarat yang diterima melibatkan pelbagai kawasan, termasuk kediaman bertingkat (apartmen) dan rumah teres. Namun, secara umumnya, aduan lebih kerap dilaporkan di kawasan apartmen.
Secara keseluruhan, kualiti air di loji rawatan serta rangkaian agihan utama berada pada tahap yang mematuhi piawaian yang ditetapkan. Namun, kemungkinan punca berlaku bekalan air berkarat adalah di peringkat sistem dalaman premis, khususnya tangki simpanan dan paip agihan dalam bangunan.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kerja-kerja pembersihan tangki air (atas dan bawah) dilaksana secara menyeluruh dan berkala. Selain itu, kerja-kerja flushing menggunakan kaedah serta tekanan yang bersesuaian, pelaksanaan ujian kualiti air di tangki dan sistem paip, serta penyemakan atau penggantian tangki kuarters yang telah uzur juga merupakan antara pendekatan yang boleh dilaksanakan. Sekiranya isu bekalan air berkarat ini masih berterusan, penelitian lanjut akan dibuat, termasuk pemeriksaan sistem paip dalaman sehingga ke unit kediaman.
Saya dan pasukan Putrajaya Care akan terus memantau isu ini bagi memastikan tindakan susulan diambil sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya terdapat perkembangan terkini berhubung isu tersebut, saya akan kongsikan dari semasa ke semasa.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Pusat Aktiviti Warga Emas Putrajaya. Meriah!
Dapat jumpa dan tanya khabar sahabat-sahabat yang hadir. Kalau berborak dengan orang-orang lama ni memang tak kering gusi. Ada saja cerita dan bahan untuk dikongsi.
Terima kasih atas jemputan! Semoga silaturahim terus kekal erat 😊
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima kiriman video berkaitan aktiviti bermotosikal yang melibatkan aksi berbahaya, termasuk perlumbaan, di sekitar Jambatan Putra, Presint 1, Putrajaya.
Kawasan ini merupakan laluan awam dan tindakan sedemikian adalah berbahaya kepada orang awam yang menggunakan laluan tersebut.
Saya telah memohon pihak Polis mengambil tindakan segera serta mempertingkatkan pemantauan.
Keselamatan dan ketenteraman awam mesti diutamakan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja pemasangan tiang lampu dari lampu isyarat di laluan P11J, Presint 11 menuju ke Garden Residence Cyber yang sebelum ini gelap kini sedang dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) atas tindakan proaktif terhadap aduan serta cadangan warga Putrajaya. Sebelum ini, jalan ini juga telah dinaik taraf.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada keselamatan dan keselesaan penduduk.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ahad lepas, saya dan Isteri hadir ke Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri “Ukhwah Raya 2025” serta Majlis Ramah Mesra bersama Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Putra Damai.
Program seperti ini penting dalam mengukuhkan silaturrahim, menyemai semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan antara komuniti setempat.
Terima kasih kepada Encik Mohd Hafiz selaku Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Putra Damai atas jemputan dan komitmen dalam menganjurkan program yang memperkasa hubungan antara penduduk.
Semoga usaha seperti ini terus diperkasa demi kesejahteraan warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
ADUAN LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI DI HADAPAN PPAM KASTURI, PRESINT 17
Tempoh hari kami menerima aduan berkaitan lampu jalan tidak berfungsi di lokasi ini dan terus berhubung dengan Perbadanan Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan.
PPj memaklumkan bahawa lampu-lampu di kawasan tersebut masih dalam proses pertukaran penama bil akaun kepada pihak PPj. Sebelum ini, akaun masih di bawah Putrajaya Holdings sebagai penama asal. Keadaan ini menyebabkan kerja penyelenggaraan belum dapat dilaksanakan oleh pihak PPj.
Sehubungan itu, kami memohon agar pihak PPj dan PJH dapat menyegerakan penyelesaian perkara ini demi keselamatan penduduk. PPj turut memaklumkan bahawa proses ini sedang dipercepatkan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Setiap kesusahan, pasti ada kemudahan.
Setiap cabaran, kita kena lihat dari sudut yang positif.
#bersatu
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya dan isteri hadir untuk bersama-sama warga Blok A, PPAM Ketumbar Presint 17 dalam Majlis Hari Raya Ketumbar Presint 17 di Surau Al-Aqsa.
Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan syawal tapi apa yang lebih penting merapatkan ukhuwah dalam kejiranan.
Terima kasih kepada Pengerusi, saudara Mohd Rani dan seluruh jawatankuasa atas penganjuran majlis ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ada yang mendakwa Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) untuk melemahkan Perikatan Nasional.
Betul ke? Dengar sendiri penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya memang meriah dengan semangat kebersamaan sempena Aidilfitri. Pelbagai majlis diadakan di setiap kawasan, menghidupkan suasana dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga.
Antara yang berlangsung ialah Hari Raya KRT Blok A & B Putra Damai Presint 11, Rumah Terbuka Presint 14F, Majlis Raya Persatuan Penduduk Blok 3B Fasa 3 serta Majlis Raya Komuniti Presint 9 P9B/4. Jelas komuniti di Putrajaya sentiasa aktif dan bersama dalam setiap program yang dianjurkan.
Majlis Rumah Terbuka Datin Ina bersama suami di P8E/1, Presint 8 juga tidak kurang meriahnya. Seronok dapat bertemu jiran-jiran dalam suasana santai, bertanya khabar dan berkongsi cerita.
Terima kasih atas semua jemputan. Mohon maaf atas kekangan masa. Insya-Allah kita berjumpa lagi di lain kesempatan. 😁This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi saya memenuhi undangan perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam dan Menteri Pertahanan Singapura, sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia.
Pertama kali berjumpa adalah ketika kami mengemudi Kementerian Pendidikan di negara masing-masing, sewaktu dunia melalui zaman perit pandemik COVID-19.
Pertemuan kali ini menjadi ruang untuk kami sama-sama bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa, termasuk hal berkaitan landskap geopolitik dunia, keselamatan serantau, cabaran sosioekonomi, serta perkembangan pesat teknologi digital.
Turut serta bersama saya dalam pertemuan ini adalah tiga pemimpin muda, YB Hilman Idham, saudara Danni Rais dan saudara Fadli Yusoff.
Terima kasih atas jemputan TYT Chan Chun Sing. Semoga pertemuan tadi dapat menyumbang ke arah hubungan dua hala yang lebih baik antara Malaysia dan Singapura.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MetMalaysia jangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Putrajaya hingga 6 petang ini. Sila berhati-hati dan utamakan keselamatan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Walaupun Syawal telah melabuhkan tirainya, semangat Aidilfitri masih terasa dalam Program Ukhuwah Raya Komuniti Fasa 11, Presint 9.
Dapat bersama warga setempat, bertegur sapa dan mengeratkan hubungan dalam suasana santai seperti ini memberi makna yang besar. Dalam masa yang sama, saya sempat mendengar sendiri isu dan cabaran yang dibangkitkan oleh warga.
Terima kasih kepada Pengerusi KRT Fasa 11 P9, Haji Tahir Mohamad, Pengerusi Surau Saidina Ali, saudara Tarmizi serta seluruh warga Fasa 11, Presint 9 atas jemputan.
Semoga ukhuwah ini terus diperkukuh dan berkekalan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apabila saya diberi amanah untuk membantu BERSATU dan Perikatan Nasional di negeri Melaka, ada yang tanya saya, "Apakah ini bermakna saya akan bertanding di Melaka?".
Ini penjelasan saya.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih Briged Bakti Malaysia (Putrajaya), khususnya Saudara Nazri selaku Pengerusi, atas jemputan ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlangsung di Abedeen, Cyberjaya semalam.
Suasana majlis cukup meriah.
Semoga ukhuwah dan kerjasama seperti ini terus diperkukuh demi manfaat masyarakat bersama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, saya mengambil kesempatan hari ini memenuhi jemputan rumah terbuka sahabat-sahabat serta komuniti, termasuk juga jemputan majlis perkahwinan di Putrajaya.
Bermula di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau, Presint 11, kemudian ke Dewan Sri Jintan, PPAM Jintan Presint 16. Seterusnya ke rumah saudara Azran Fitri dan saudari Roshaizai di Presint 11, diikuti majlis bersama Haji Subandi dan Mariani di Senna Residences, Presint 12.
Turut singgah ke Majlis Perkahwinan Ahmad Faiz dan Adriana di Bora Ombak @ Marina Putrajaya, sebelum ke rumah saudara Kamal di Presint 18, dan seterusnya jemputan Dato’ Fadzli serta Datin Suraya di Presint 12.
Dalam kemeriahan suasana Syawal ini, setiap pertemuan memberi ruang untuk kita saling bermaaf-maafan, bertanya khabar dan mengukuhkan silaturahim.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya akan memenuhi beberapa jemputan sahabat-sahabat dan komuniti di sekitar Putrajaya.
Pagi ini dimulakan dengan sambutan Aidilfitri bersama warga PPAM Melinjau, Presint 11.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sambutan luar biasa daripada masyarakat!
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tiba di lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Malaysia untuk meninjau persiapan akhir. Segala persiapan berjalan lancar hasil komitmen dan usaha semua jawatankuasa yang terlibat.
Jom hadir bersama, bawa keluarga dan sahabat ke Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Malaysia yang diadakan malam ini di Laman Dato’ Mustapa Ton, Pantai Puteri, Melaka bermula jam 7.00 malam.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan berkaitan kebocoran paip di salah satu laluan pejalan kaki di Putrajaya telah diterima.
Susulan itu, Putrajaya Care telah menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Air Selangor, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. dan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan lanjut.
Diharapkan pemeriksaan dan kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya memenuhi dua jemputan sambutan Hari Raya di Putrajaya.
Bersama warga Surau Saidina Othman Affan, Fasa 6 Presint 9, dan seterusnya di Surau Silaturrahim, Zon 3A Presint 11.
Walaupun baru pulang dari Terengganu, saya tetap hadir. Dapat bertemu, bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat dalam suasana Syawal yang penuh kebersamaan.
Terima kasih kepada saudara Kamaruzaman selaku Pengerusi Surau Saidina Othman dan saudara Zaidi selaku Pengerusi Surau Silaturahim atas jemputan serta layanan yang diberikan.
Majlis seperti ini bukan sekadar meraikan Aidilfitri, tetapi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan hubungan dalam komuniti.
Semoga tradisi ini terus dipelihara dan menjadi kekuatan kita bersama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jemput hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU peringkat kebangsaan malam ini.
Bertempat di Laman Dato’ Mustapa Ton, Pantai Puteri, Melaka dan majlis akan bermula jam 7.00 malam.
Kita jumpa malam ini.
#drj
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
1 hari sahaja lagi! 🔥
Jom hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU di Melaka.
YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin akan turut bersama pimpinan BERSATU untuk bertemu orang ramai.
📍 Laman Dato’ Mustapa Ton, Pantai Puteri, Melaka
🗓 17 April 2026 (Jumaat)
🕖 Bermula 7.00 malam
Jumpa esok! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apakah Benar 127.3 hektar (314.5 ekar) Tanah Milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia?
Kerajaan perlu beri penjelasan segera berkaitan kenyataan daripada Muhammad Qodari, Ketua Staf Presiden Indonesia yang menyatakan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar (314.5 ekar) di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.
ANTARA melaporkan bahawa "Berdasarkan kesepakatan tersebut, wilayah seluas 127.3 hektare yang pada batas lama merupakan bagian dari Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia. Sementara itu, hanya terdapat sekitar 4,9 hektare dari wilayah pada batas lama Indonesia yang kini beralih menjadi bagian dari wilayah Malaysia".
Ini adalah berkaitan dengan kedaulatan negara!p -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan gangguan haiwan liar, khususnya anjing.
Dua hari lepas di Jalan P11K, Presint 11, berlaku kejadian anjing liar merosakkan harta benda penduduk seperti pakaian dan kasut.
Perkara ini telah kita susuli bersama pihak PPj, Jabatan PERHILITAN dan agensi berkaitan. Mereka telah turun ke lokasi untuk tindakan lanjut. Untuk makluman, pihak Perbadanan Putrajaya juga telah mengambil tindakan segera dengan memasang perangkap bagi mengawal populasi haiwan liar serta mengurangkan risiko kepada penduduk setempat.
Isu ini merupakan antara perkara yang kerap dibangkitkan oleh penduduk Putrajaya dan telah saya bangkitkan di Parlimen untuk penyelesaian yang lebih menyeluruh. Setiap aduan akan terus disusuli. Hasil kerjasama baik semua pihak, pelbagai operasi dan tangkapan telah dilaksanakan sebelum ini. Menurut PPj, operasi pengurusan haiwan liar turut dilaksanakan secara berkala setiap minggu.
Dalam masa sama, usaha perlu diperkukuh supaya kawalan lebih konsisten. Kami telah menghubungi pihak PPj bersama-sama Jabatan PERHILITAN serta agensi berkaitan untuk melaksanakan operasi bersepadu berskala besar secara berkala, termasuk meningkatkan kekerapan operasi di kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti.
Demi keselamatan dan keselesaan warga Putrajaya, usaha ini akan terus diperkukuh bagi memastikan kawalan yang lebih berkesan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya bertemu YBhg. Dato’ Sheikh Yahaya bin Sheikh Mohamad sempena sambutan hari raya di kediamannya.
Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Selepas bersara, beliau terus aktif menyumbang kepada komuniti setempat, antaranya sebagai Pengerusi Surau Al-Furqan dan Surau Al-Ehsan.
Kehadiran serta pengalaman luas tokoh seperti beliau amat bernilai. Walaupun telah bersara, beliau terus aktif mencari ruang untuk berbakti, menjadi contoh kepada masyarakat tentang erti khidmat tanpa henti.
Semoga ukhuwah ini terus subur dan memberi manfaat kepada seluruh warga, khususnya di Presint 11.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
2 hari lagi! 🔥
Jangan lupa datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU di Melaka.
Turut bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan BERSATU.
📍 Laman Dato’ Mustapa Ton, Pantai Puteri, Melaka
🗓 17 April 2026, Jumaat
🕖 Bermula 7.00 malam
Pelbagai juadah disediakan, suasana meriah bersama pimpinan dan masyarakat.
Bawa keluarga, kawan-kawan… kita jumpa di sana! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan BERSATU menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.
Turut hadir YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, yang bersama-sama memeriahkan majlis.
Suasana Aidilfitri yang penuh kemesraan ini membuka ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, bertemu masyarakat serta saling bertanya khabar dalam semangat kebersamaan.
Terima kasih YB Datuk Razali Idris atas jemputan serta penganjuran majlis yang menghidupkan semangat Aidilfitri dan kebersamaan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama YB Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu YB Tan Sri Tuan Guru Abdul Haji Hadi Awang di Rusila, Terengganu.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan ke Majlis Raikan Syawal: Eratkan Ukhuwah Komuniti P15-12A Tahun 2026.
Seronok melihat komuniti di sini yang begitu aktif, harmoni dan sentiasa memeriahkan suasana Aidilfitri.
Tahniah kepada Saudara Nik Fitra selaku pengarah program merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk P15-12A, Saudara Shahrul selaku Pengerusi Surau Al-Fateh, Saudara Eddi Abu Hanifah selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), serta Saudara Adib, Pengerusi Blok A P15-12A, bersama rakan-rakan strategik dan seluruh jawatankuasa atas penganjuran majlis yang begitu meriah.
Mohon maaf kerana tidak dapat hadir kali ini atas urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Duit raya untuk anak-anak telah disampaikan melalui wakil saya, Pakcik Hj Tahir.
Semoga silaturrahim ini terus erat dan diberkati.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tinggal 3 hari sahaja lagi!
Jom semua rakyat Melaka hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU Malaysia.
📅 17 April 2026 (Jumaat)
🕖 7 malam
📍 Laman Dato’ Mustafa Ton, Pantai Puteri
Turut hadir Presiden BERSATU Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk makluman, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melaksanakan pemotongan pokok di persimpangan Nexus Putrajaya - Apartmen P15-12 bagi memastikan pandangan lebih jelas di kawasan tiga simpang ini.
Tindakan ini dibuat susulan maklum balas penduduk, dan saya menghargai tindakan pantas pihak PPj dalam meningkatkan keselamatan di lokasi ini.
Untuk rekod, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah mengemukakan permohonan pada 3 Februari 2026 agar pemasangan bonggol jalan atau speed breaker dilaksanakan di persimpangan berkenaan bagi membantu mengurangkan kelajuan kenderaan.
Sehubungan itu, kami memohon agar pihak PPj meneliti keperluan penambahbaikan keselamatan secara menyeluruh di lokasi tersebut.
Dalam masa yang sama, semua pengguna diingatkan supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika melalui kawasan ini demi keselamatan bersama.
Terima kasih atas maklum balas dan kerjasama semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu Kereta Terbiar di Parkir Kuarters Kerajaan Putrajaya
Saya memahami cabaran yang dihadapi penduduk kuarters di Putrajaya, khususnya kekangan ruang parkir yang terhad serta kewujudan kenderaan terbiar yang menjejaskan keselesaan dan menyukarkan urusan harian.
Semua aduan dan maklum balas daripada warga Putrajaya berhubung isu ini telah saya bangkitkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan segera. Semalam, BPH telah mengemukakan maklumat terkini seperti berikut:
Sehingga 9 April 2026, pelaksanaan Fasa Pertama melibatkan 11 daripada keseluruhan 33 fasa telah selesai, dengan sebanyak 342 notis arahan mengalih kenderaan dikeluarkan kepada pemilik terlibat.
Di Presint 14, sebanyak 107 kenderaan dikenal pasti sebelum ini melibatkan:
Fasa 14-7 sebanyak 79 unit kenderaan
Fasa 14-12 sebanyak 28 unit kenderaan
Hasil tindakan setakat ini di Presint 14:
36 kenderaan telah dialihkan oleh pemilik
43 kenderaan masih tersadai
12 kenderaan baharu turut dikesan
Selain itu, sebanyak 25 kenderaan yang bukan milik penghuni kuarters telah dikenal pasti. Semakan telah dibuat melalui rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan emel pemberitahuan akan dihantar kepada penama kenderaan untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.
Mana-mana kenderaan yang masih gagal dialihkan akan dipanjangkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang-undang. Sebanyak 12 kes kenderaan di Blok 14-12 juga telah dipanjangkan kepada pihak PPj untuk tindakan susulan.
BPH juga telah mengambil tindakan melalui sistem demerit terhadap penghuni yang terlibat.
Langkah seterusnya, tindakan pengalihan kenderaan secara towing dijangka bermula Jun 2026.
Satu sesi perbincangan saya bersama BPH dan PPj akan diadakan pada 29 April 2026 bagi memperincikan penyelesaian terbaik serta meneliti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Kita tidak mahu isu ini berlarutan. Soal keselamatan, kebersihan dan keselesaan penduduk mesti diutamakan. Saya akan terus berikhtiar sebaiknya bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan.
Terima kasih kepada semua pegawai BPH dan PPj atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan persekitaran yang lebih teratur, selamat dan selesa buat warga Putrajaya.
Maklum balas berterusan daripada warga Putrajaya amat penting. Saya akan terus berikhtiar sebaiknya bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dilaksanakan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya bersama-sama kariah surau Al-Furqan memeriahkan majlis hari raya mereka. Suasana penuh kemesraan mengeratkan lagi silaturahim sesama komuniti.
Tahniah kepada Pengerusi Surau, YBhg. Dato’ Sheik Yahaya bin Sheikh Mohamad serta seluruh jawatankuasa atas penganjuran majlis ini.
Semoga segala usaha diberkati dan terus memperkukuh komuniti setempat khususnya Presint 11.
Terima kasih atas jemputan. Jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jemput sahabat semua datang ke Rumah Terbuka BERSATU Malaysia 😊
📅 17 April 2026
🕖 Bermula jam 7.00 malam
📍 Laman Dato’ Mustafa Ton, Pantai Puteri, Melaka
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin pun akan turut bersama pada malam tu.
Bawa keluarga, ajak kawan-kawan sekali. Kita jumpa di sana!
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu air berkarat dan air kotor di Putrajaya bukan perkara kecil.
Ramai yang terkesan. Saya faham kegusaran yang dirasai.
Pagi tadi saya adakan pertemuan bersama Air Selangor, BPH, PPj dan JKR. Fokus kita jelas. Kenal pasti punca. Gerakkan tindakan.
Turut dibincangkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan bekalan air kekal bersih dan berkualiti. Terima kasih kepada semua agensi atas kerjasama yang baik. Komitmen ini penting supaya tindakan dapat disegerakan.
Setiap aduan dan maklum balas daripada warga Putrajaya amat dihargai. Insya-Allah, kita usahakan penyelesaian terbaik.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan semalam.
Alhamdulillah, sempat bertemu ramai sahabat dan bertanya khabar.
Jadual padat dengan jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri di Surau Al-Mizan Presint 8, Surau Nur Perdana Presint 10, Surau Intisar Zon 6B Presint 11, kediaman Ustaz Nikky, Fasa 4C Presint 8, kediaman Datuk Roselan serta Blok 4B Fasa 4 Presint 9, selain menghadiri Majlis Pelancaran Buku di Everly Putrajaya.
Walaupun singkat di setiap lokasi, setiap ruang untuk bersua amat dihargai.
Setiap pertemuan membawa makna.
Insya-Allah, kita jumpa lagi.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu air berkarat di Putrajaya.
Pagi ini saya duduk semeja bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).
Isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Tindakan perlu disegerakan.
Saya yakin Air Selangor, PPj, BPH serta semua agensi berkaitan akan bekerjasama dan menyelesaikan isu ini dengan segera demi kesejahteraan warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malaysia Kata Minyak Diterima Filipina Bukan Dari Malaysia, Filipina Kata Dari Malaysia - Mana Satu Betul?
Semalam Petronas mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan syarikat tersebut dalam pembekalan diesel ke Filipina. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pula mengeluarkan kenyataan bahawa diesel yang dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia.
Menariknya, kenyataan rasmi Department of Energy (DOE) atau Jabatan Tenaga Filipina semalam mengesahkan bahawa kerajaan Filipina menerima penghantaran 52.311 juta liter diesel dari Malaysia.
Selain itu, semakan hantaran di Facebook menggunakan nama Sharon S. Garin menjelaskan bahawa sebanyak 52.311 juta liter minyak diesel telah dibeli oleh Filipina daripada Malaysia. Sharon S. Garin merupakan Secretary of Energy atau Menteri Tenaga Filipina.
Kerajaan Malaysia melalui MTEN kata diesel yang dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia. Manakala Kerajaan Filipina melalui Jabatan Tenaga dan menteri sendiri mengesahkan bahawa 52.311 juta minyak diesel yang dihantar ke Filipina adalah dari Malaysia.
Saya mohon Kerajaan segera merungkaikan perkara ini. Sekiranya kenyataan kerajaan Filipina itu tidak tepat, kerajaan Malaysia perlu minta perkara tersebut dibetulkan!
Dalam keadaan seluruh dunia cuba mendapatkan bekalan diesel, 52.311 juta liter itu amat bermakna untuk mana-mana negara sekalipun.
DRJ
Putrajaya
12 April 2026
Nota kaki: Pautan kepada maklumat berkaitan ada di bahagian komen.
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pengesahan MTEN
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2543851
Kenyataan Media Petronas
www.petronas.com/media/media-releases/petronas-denies-inv…
Kenyataan Media DOE
doe.gov.ph/articles/3403247--doe-additional-52-311-millio…
Hantaran Facebook Sharon S. Garin Secretary of Energy atau Menteri Tenaga Filipina
www.facebook.com/share/p/1HeBCFN1yw/ -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Melaka tadi.
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri cukup gembira setiap kali bertemu dengan beliau dan Puan Sri. Banyak pandangan dan nasihat yang beliau kongsikan. Celoteh beliau sentiasa menceriakan suasana.
Saya dan isteri berhajat untuk singgah menziarahi beliau sempena hari raya di rumahnya, namun belum berkesempatan. Kali terakhir kami bertemu beliau adalah semasa kami berbasikal di tepi Tasik Putrajaya berhampiran rumahnya. Ketika itu, beliau ceria beriadah bersama Puan Sri.
Semalam, ketika berada di Melaka, saya menerima perkhabaran duka pemergian beliau ke alam abadi. Sebak di dada apabila mendapat berita sedih ini. Hajat kami untuk menziarahi beliau sempena hari raya tidak kesampaian. Itulah kehidupan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita. Apa yang kita ada hari ini, belum tentu kekal bersama.
Saya bergegas pulang dari Melaka untuk menziarahi jenazah arwah di Surau Al-Mizan, Presint 8. Setibanya di surau, saya tergamam melihat kehadiran saudara-mara dan sahabat handai yang memenuhi surau dan sekitarnya. Jemaah memenuhi dewan surau untuk sembahyang jenazah yang diimamkan oleh anak arwah.
Ramai sahabat dan anak didik arwah dalam kalangan penjawat awam pelbagai peringkat hadir menziarahi. Pemimpin dan mantan pemimpin politik turut hadir.
Dalam hati saya terdetik, “Bertuahnya arwah meninggal dunia pada hari Jumaat dan ramai saudara-mara serta sahabat handai turut sama dalam sembahyang jenazah.”
Semoga jasa dan bakti beliau kepada negara serta budi baiknya kepada saudara-mara dan sahabat handai menjadi bekalan buat kekanda Tan Sri di alam abadi.
Ambo hilang saing hok ambo segani dan hormati. Damailah di sana, kakanda.
Takziah kepada Puan Sri dan seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Hashim Abdullah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Meriah dan penuh suasana di Surau Al-Muhajirin tempoh hari.
Terima kasih kepada Pengerusi Surau, Haji Sulaiman Abdul serta jawatankuasa surau atas jemputan ke Majlis Hari Raya yang mengumpulkan warga komuniti setempat dalam suasana ukhwah dan kebersamaan.
Lebih istimewa, majlis ini turut meraikan bakal jemaah haji.
Semoga semua bakal jemaah dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Semoga usaha ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KENYATAAN MEDIA
KEPIMPINAN BERSATU MELAKA
Setelah selesai perlantikan Ketua Bahagian (Penaja), Timbalan Ketua Bahagian (Penaja) dan Naib Ketua Bahagian (Penaja) bagi BERSATU Bahagian Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Jasin di negeri Melaka, beberapa pelantikan jawatan penting telah dimuktamadkan bagi memperkukuh struktur kepimpinan parti di peringkat negeri.
Dato' Sri Haji Ali Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri. Saudara Nazri Ramli pula dilantik sebagai Setiausaha Negeri. Selain itu, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri dan saudara Mohd Zambri Abu Bakar sebagai Bendahari Negeri.
Bagi sayap-sayap parti, saudara Muhammad Jefri Safry dilantik sebagai Ketua Armada Negeri, saudari Jeehan Adam sebagai Ketua Srikandi Negeri dan Dato’ Chua Lian Chye sebagai Ketua Bersekutu Negeri.
Pelantikan ini akan terus memperkukuh gerak kerja parti dengan keutamaan diberikan kepada isu-isu rakyat serta kesejahteraan masyarakat, disamping memperkasa peranan parti sebagai wadah yang membawa suara rakyat secara berkesan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menjemput seluruh rakyat Melaka untuk hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang akan diadakan pada 17 April 2026, bermula jam 7.00 malam di Laman Dato’ Mustafa Ton, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.
Majlis ini menjadi ruang untuk sama-sama kita mengeratkan silaturahim serta memperkukuh ukhwah dalam suasana kemeriahan Aidilfitri.
Dr Radzi Jidin
Naib Presiden BERSATU
Ketua Badan Pimpinan
BERSATU Negeri Melaka
10 April 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bertemu YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
Setiap langkah disusun bersama, terus memperkukuh gerak kerja perjuangan.
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, selepas selesai majlis di Surau Ar-Rayyan PPAM Larai, saya bertemu saudara Subandi, pemilik Medina Seafood di sini.
Medina Seafood ini juga mempunyai beberapa cawangan dan cukup dikenali, khususnya di Presint 8 yang sentiasa meriah pada waktu malam.
Kalau ke sini, biasanya anda pilih menu apa?
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof semasa menghadiri majlis rumah terbuka Kelab Media Putrajaya di Presint 5.
Selamat hari raya!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya bersama Ahli-Ahli Parlimen dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Bilangan 4 Tahun 2026.
Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II serta YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.
Kami turut mendengar pembentangan mengenai situasi dan konflik di Asia Barat oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi, termasuk implikasinya terhadap ekonomi negara.
Perbincangan berlangsung secara tuntas, berfokus dan terus kepada isu pokok, dengan penekanan kepada kejelasan dasar serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran semasa.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan hantaran saya berkaitan isu air berkarat di Apartmen 17RK1 dan Fasa 4B Presint 8, semakin ramai penduduk tampil berkongsi aduan serta situasi yang dihadapi di kawasan masing-masing.
Kami sedang menyusun dan meneliti setiap aduan yang diterima, dan perkara ini telah pun dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera.
Saya juga meminta agar agensi berkaitan mengenal pasti punca sebenar dan melaksanakan penyelesaian yang menyeluruh.
Isu ini jelas bukan kes terpencil dan memerlukan tindakan tuntas. Kami akan terus memantau rapat sehingga penyelesaian dilaksanakan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di Putra Damai, Presint 11.
Difahamkan kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu memadamkan kebakaran serta kepada penduduk yang sentiasa peka terhadap kejadian di sekitar Putrajaya.
Sama-sama kita terus menjaga kesejahteraan dan keselamatan warga Putrajaya.
📸📹 - Threads syafiqahmazhar -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi saya menziarahi sahabat saya, Khairuddin, Pengerusi Blok A Fasa 4, Presint 9 yang terlibat kemalangan ketika berada di bengkel kreatifnya di Pusat 7.
Beliau merupakan seorang penggiat seni yang aktif menghasilkan arca dan produk daripada bahan kitar semula. Hasil karya beliau turut dipamerkan di beberapa lokasi sekitar Putrajaya.
Semoga beliau terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk kembali berkarya, serta menjadi inspirasi kepada komuniti dalam memelihara alam melalui kreativiti.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan berkaitan air berkarat telah diterima melibatkan Kuarters Penjawat Awam P17RK1 serta Fasa 4B, Blok B, Presint 8.
Menurut maklumat daripada pengadu, masalah ini kerap berlaku dan telah menjejaskan kegunaan harian penduduk. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada pihak penyelenggaraan serta Syarikat Air Selangor (SYABAS), namun masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Pengadu turut memaklumkan bahawa terdapat situasi di mana pihak penyelenggaraan merujuk kepada SYABAS, manakala SYABAS pula merujuk semula kepada penyelenggaraan.
Susulan aduan yang diterima, Putrajaya Care telah berhubung dengan pihak penyelenggaraan serta SYABAS bagi memaklumkan masalah ini.
Maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkaitan, tindakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta menyelesaikan masalah ini.
Sehubungan itu, diharapkan semua pihak dapat bekerjasama dengan lebih baik agar isu ini dapat diselesaikan secara menyeluruh dan tidak berulang.
Putrajaya Care akan terus memantau perkembangan sehingga isu ini diselesaikan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Blok 6F, Fasa 6 Presint 9.
Seronok lihat komuniti di sini yang sangat aktif, bekerjasama dan meriahkan suasana raya.
Mohon maaf tak dapat bersama kali ini kerana urusan di luar kawasan.
Duit raya untuk anak-anak turut disampaikan melalui Pakcik Haji Tahir dan Kak Long Dayana. Semoga menceriakan mereka dan tambah meriah raya.
Semoga semangat kebersamaan seperti ini terus kekal.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat warga Blok 6F, Fasa 6. 🤲🏻
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ada yang kongsikan dengan saya video kemalangan jalan raya hingga mengakibatkan mangsa dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya. Menyedihkan apabila pemandu terlibat tidak berhenti memberi bantuan segera.
Sama-sama doakan kita agar dipermudah urusan mangsa.
📸 Team ShellThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi saya menziarahi keluarga Allahyarham Fitri Badrulhisyam yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Cyberjaya.
Saya sempat bertemu ayahnya, Kapten Badrulhisyam serta ibunya, Puan Laili. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Turut bersama saya, Ketua KRT saudara Diki dan Ketua Blok saudara Amir.
Salam takziah buat seluruh keluarga. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perpaduan antara parti BERSATU, PAS dan UMNO pernah terbina sebelum PRU15. Namun kita tahu apa yang berlaku selepas itu.
PRU15 membuktikan rakyat menilai kejujuran, ketelusan dan kesungguhan Perikatan Nasional sehingga hampir keseluruhan orang Melayu memberi sokongan kepada parti ini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Beberapa blok di PPAM Pudina, Presint 17 dilaporkan berdepan masalah gangguan tikus yang boleh menjejaskan kebersihan persekitaran, keselamatan serta kesihatan penduduk.
Aduan telah disalurkan kepada Bahagian Kesihatan Persekitaran Perbadanan Putrajaya untuk tindakan lanjut dan langkah pencegahan.
Putrajaya Care akan terus memantau perkara ini bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, hadir memenuhi jemputan sambutan Hari Raya di Surau An-Najah. Terima kasih kepada Pengerusi, Haji Ngaini Yusof dan Puan Sarazila, serta Timbalan Pengerusi, Ustaz Amboala atas jemputan.
Semoga majlis sebegini terus menjadi ruang untuk bertemu, beramah mesra, dan mengeratkan silaturahim antara penduduk dan ahli komuniti.
Kehadiran para tetamu seperti Datuk Roslan Othman dan isteri, Puan Mardziyah, Datuk Abd Rahman Awang, Datuk Ibrahim Saad, dan Datuk NorBahri Baharudin menambah seri dan semangat Hari Raya di surau ini.
Jumpa lagi di lain kesempatan. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring Putrajaya atas pencapaian tempat ke-6 dalam Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-40 yang berlangsung pada 1 hingga 4 April 2026 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Usaha, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini amat membanggakan. Teruskan berjuang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang 💪🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, tempoh hari hadir memenuhi jemputan di Surau As-Sakeenah, Saujana Aster Condominium, Presint 11.
Saujana Aster adalah antara perumahan terawal yang dibangunkan di Putrajaya.
Majlis ini memberi peluang untuk saya bertemu dengan komuniti di sini. Semoga ukhuwah antara kita terus utuh.
Terima kasih kepada pengerusi surau, saudara Zainuddin, Pengerusi JMB, saudara Ridhuan, dan saudara Razali atas jemputan. Jumpa lagi di lain kesempatan. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perpaduan bukan soal retorik, cabaran sebenar hari ini ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap politik. Jika kita benar-benar mahu menyatukan, asasnya mesti jelas iaitu kejujuran, ketulusan dan kesungguhan.
Tanpa tiga ini, sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa kita benar-benar berjuang untuk mereka.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah diucapkan kepada keluarga kedua-dua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang terlibat dalam kejadian berkayak semalam. Semoga tabah dan dipermudah segala urusan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kalau nak rasa vibe kampung di Putrajaya, memang kena ke Presint 19. 🌿
Tempoh hari, saya memenuhi undangan Surau As-Solihin, Presint 19. Suasana tenang dan mesra, memang rasa macam balik kampung sendiri.
Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat dan komuniti yang hadir. Dapat borak santai, gelak sama-sama.
Terima kasih kepada Pengerusi Surau As-Solihin dan Persatuan Penduduk, saudara Fauzan serta seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, juga kepada semua yang hadir memeriahkan suasana.
Memang best. 🤝
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada semua yang hadir dalam Program Pidato Penyatuan Ummah sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5 di Kuala Nerus, Terengganu semalam.
Program ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu wadah yang tersusun untuk menyampaikan seruan serta mengangkat nilai kefahaman, kesedaran dan kesepakatan. Di sinilah kita melihat bahawa asas perpaduan yang kukuh tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibina melalui kepimpinan yang berteraskan kejujuran, ketulusan dan kesungguhan.
Penghargaan kepada YAB. Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku tuan rumah atas penganjuran program ini di bumi Terengganu. Semoga segala usaha yang digerakkan terus diberkati dan dipermudah dalam memimpin serta memperkukuh kesatuan ummah.
Semoga segala pengisian yang dibawa menjadi pedoman dan diterjemahkan dalam usaha berterusan memperkukuh perpaduan ummah.
#drj #bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
📍Kuala Nerus, Terengganu
Suasana di Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5.
Tahniah semua! 💪🏻 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Arrr...guano prehh...dulu bereh!
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berhari raya bersama warga Alam Desa Park Village Presint 15. 🌿
Semalam saya memenuhi undangan hari raya di sini. Komuniti di sini memang mudah mesra, suasana pun cukup selesa.
Dapat duduk santai, sembang-sembang dan kongsi cerita raya sama-sama.
Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Ustaz Abdul Rahman dan Pengerusi Perbadanan Pengurusan , saudara Syakirin serta pihak penganjur atas jemputan dan layanan.
Seronok dapat bersama. 🤝
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi saya bersama-sama warga Surau An-Najah, Presint 9 dalam majlis hari raya mereka.
Hujung minggu ini tentunya ramai yang mengambil peluang untuk menghadiri rumah terbuka serta menziarahi sahabat dan kenalan. Semoga setiap perjalanan dipermudah dan segala urusan berjalan dengan baik.
Insya-Allah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, tempoh hari dapat bersama-sama warga Surau Al-Falah serta komuniti Fasa 3 dan Fasa 4 memeriahkan sambutan Hari Raya. 🤝
Terima kasih atas jemputan. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat, berkongsi kegembiraan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Inilah momen yang mengingatkan kita, kekuatan komuniti itu datang daripada kebersamaan.
Terima kasih kepada Ustaz Nasrin, Pengerusi Surau bagi sesi 2024/2025, pengerusi baharu saudara Sheheide, serta seluruh jawatankuasa atas usaha menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha diberkati.
Insya-Allah, kita jumpa lagi di majlis akan datang. 🌙
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, tempoh hari dapat bersama-sama warga Surau Al-Falah serta komuniti Fasa 3 dan Fasa 4 memeriahkan sambutan Hari Raya. 🤝
Terima kasih atas jemputan. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat, berkongsi kegembiraan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Inilah momen yang mengingatkan kita, kekuatan komuniti itu datang daripada kebersamaan.
Terima kasih kepada Ustaz Nasrin, Pengerusi Surau bagi sesi 2024/2025, pengerusi baharu saudara Sheheide, serta seluruh jawatankuasa atas usaha menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha diberkati.
Insya-Allah, kita jumpa lagi di majlis akan datang. 🌙
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Syd dalam kenangan!
Sydney kucing pertama keluarga kami yang dibela sejak 2018, selepas kami berhijrah balik ke Malaysia dari Australia. Anak-anak namakannya Sydney, mengenangkan tempat mereka membesar, Sydney, Australia. Kucing ini dihadiahkan oleh sahabat saya di Ketereh, Abe Mi. Sydney atau kami panggil juga Syd adalah kucing baka American Curl Short Hair.
Setiap kali kami sampai di rumah, Sydney akan datang menyambut kami di kereta. Tidak kiralah dia berada di mana dalam kawasan rumah, bila dengar bunyi kereta dari jauh, dia akan berlari mendekati kami. Sydney hanya akan bermain dalam kawasan rumah sahaja. Amat jarang Sydney meninggalkan kawasan rumah.
Lewat malam tadi, sewaktu sampai di rumah selepas program, tidak nampak kelibat Sydney. Kami beranggapan Sydney mungkin terlena di mana-mana dan tidak perasan kami balik.
Sewaktu balik dari sembahyang Jumaat tadi, sekali lagi Sydney tidak menyambut saya. Hati dah rasa tak sedap. Saya beritahu isteri, “Syd tak datang ke kereta masa sampai tadi. Pelik ni” Isteri maklumkan Sydney tiada di depan rumah masa anak kami nak ke sekolah tadi. Lagi pelik!
Saya buka tingkap rumah, tengok kot-kot Sydney sedang berehat sekitar rumah. Dari jauh nampak sekujur tubuh seekor kucing kaku di seberang jalan. Hati mula sebak, tetapi masih mengharapkan tubuh kaku itu bukan Sydney.
“Kak, mari kita pergi tengok, kalau-kalau tu Syd”, saya ajak anak ikut sekali untuk pastikan sama ada itu Sydney.
Dari jauh anak saya melihatnya, “Memang macam Syd , abah!”. Bila diteliti lebih dekat, memang Sydney!.
Melihat keadaan Sydney, berkemungkinan besar kucing tersebut dilanggar malam tadi.
Hari ini hari duka buat kami sekeluarga. Syd cukup rapat dengan kami, menjadi peneman dan penghibur keluarga selama hampir 8 tahun. Amat terasa kehilangannya.
Selamat tinggal, Syd! Coretan ini sebagai kenangan kami buat Syd. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, Jumaat di Surau Al-Mizan, Presint 8. 🙏
Khutbah hari ini mengingatkan kita supaya bijak menggunakan telefon dan media sosial. Jangan sampai masa dan tenaga terbuang dengan perkara yang tak bermanfaat. Gunakan teknologi untuk belajar, membaca, menambah ilmu dan menguatkan iman.
Mari kita hidup dengan baik, jaga hubungan dengan keluarga dan orang sekeliling, dan sentiasa dekat dengan Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum berlangsungnya Majlis Hari Raya di Surau Al-Falah semalam, pihak surau telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi melantik kepimpinan baharu Surau Al-Falah Fasa 3, Presint 9.
Tahniah kepada saudara Sheheide Sheh Omar atas pelantikan sebagai Pengerusi Surau yang baharu.
Penghargaan juga kepada barisan kepimpinan terdahulu serta jawatankuasa surau yang telah mengimarahkan surau ini dengan penuh komitmen.
Selamat menjalankan amanah kepada seluruh jawatankuasa baharu. Semoga dipermudah segala urusan dan terus menjadi pusat penyatuan komuniti setempat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini bersama-sama sahabat di Surau Al-Falah Fasa 3 Presint 9 dalam jamuan Hari Raya Aidilfitri. 👋🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di P9G telah selesai. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPj), Alam Flora dan pihak yang bertanggungjawab atas tindakan pantas. Warga Putrajaya yang ingin menggunakan jalan sekitar P9G, laluan tersebut telah dibersihkan dan boleh untuk digunakan dengan selamat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi saya bersama sahabat-sahabat di Surau Ar-Rayyan, PPAM Larai menziarahi serta menyertai majlis tahlil buat Allahyarhamah Puan Ruhaniza Ramza binti Ramli.
Salam takziah buat suami beliau, Encik Faris Hilmi, serta seluruh ahli keluarga.
Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Kita doakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pokok tumbang dilaporkan di kawasan P9G, Presint 9.
Selepas menerima aduan daripada penduduk, Pegawai Putrajaya Care telah turun ke lokasi bagi melihat keadaan dan menyelaras tindakan awal di lapangan.
Pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) serta agensi berkaitan telah dimaklumkan dan tindakan sedang diambil bagi memastikan kawasan ini diuruskan dengan segera.
Dinasihatkan kepada penduduk yang melalui jalan ini untuk menggunakan jalan alternatif.
#drj #drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tinjauan Tapak Cadangan Parkir Tambahan, Fasa 4C Presint 8
Susulan aduan dan cadangan penduduk, Putrajaya Care telah memanjangkan perkara ini kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Petang tadi, satu lawatan tapak telah diadakan bersama BPH, PPj, PTG, saudara Zaini, wakil Persatuan Penduduk Fasa 4C Presint 8 dan wakil Putrajaya Care bagi menilai kesesuaian cadangan parkir tambahan di kawasan ini.
Beberapa perkara perlu diteliti dan diuruskan terlebih dahulu sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan.
Kita akan terus usaha dan ikhtiarkan yang terbaik demi keselesaan penduduk setempat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kepada anak-anak lepasan SPM yang akan menyambung pengajian dan sedang mencari peluang untuk mendapatkan biasiswa atau tajaan bagi meneruskan pengajian, pak cik kongsikan maklumat ini!
Terdapat banyak biasiswa dan tajaan pengajian yang ditawarkan, jadi pastikan anak-anak peka dengan tawaran yang ada.
Petronas
Tarikh tutup: 10 April 2026
www.petronas.com/careers/students-graduates
Bank Negara Malaysia
Tarikh tutup: 8 April 2026
www.bnm.gov.my/careers/scholarships
Khazanah
Tarikh tutup: 13 April 2026
www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazana…
PNB
Tarikh tutup: 8 April 2026
scholarshippnb.pnb.com.my
Yayasan TM
Tarikh tutup: 13 April 2026
ytmapps.tm.com.my/Account/Login
Yayasan TNB
Tarikh tutup: 8 April 2026
ytn.tnb.com.my
MARA YTP
Tarikh tutup: 13 April 2026
educationloan.mara.gov.my/V4/sa/
Selain senarai ini, anak-anak yang berkelayakan juga boleh memohon bantuan zakat pendidikan melalui institusi zakat negeri masing-masing.
Pakat-pakat kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan yang mungkin berminat. Jika ada sahabat-sahabat yang ingin berkongsi maklumat tentang biasiswa lain, boleh kongsikan di bahagian komen.
#drj
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu Pencahayaan Persiaran Utara, Putrajaya
Berikutan aduan yang diterima sebelum ini berkaitan keadaan lampu jalan di sepanjang laluan Persiaran Utara, Putrajaya Care telah mengemukakan perkara ini kepada pihak Perbadanan Putrajaya untuk tindakan segera.
Susulan daripada aduan tersebut, pihak PPj memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan kini sedang dilaksanakan. Proses ini dijangka mengambil masa sekitar 4 minggu untuk disiapkan.
Menurut makluman pihak PPj, langkah sementara juga telah dilaksanakan di kawasan yang dikenal pasti terlalu gelap bagi mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya sementara kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Putrajaya Care akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu ini diselesaikan sepenuhnya demi keselamatan dan keselesaan warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, kami menerima aduan daripada penduduk Fasa 4C Presint 8 serta ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3) yang mula beroperasi pada 30 Mac 2026.
Seperti yang telah dibangkitkan sebelum ini, isu aliran trafik di kawasan ini sememangnya dijangka akan timbul sekiranya tidak diurus dengan baik. Usaha perlu digerakkan segera bagi memastikan pergerakan keluar masuk dapat disusun dengan lebih teratur dan trafik di sekitar sekolah ini dapat dilancarkan sebaik mungkin.
Saya sendiri telah turun padang meninjau kawasan ini pada 7 Januari 2026 untuk melihat isu utama di lapangan. Perkara ini kemudiannya saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Januari 2026. Seterusnya, pada 11 Februari 2026, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diteliti dan dipertimbangkan. Cadangan tambahan daripada penduduk juga telah dihantar pada 16 Mac 2026.
Saya menggesa agar semua cadangan ini diberikan perhatian serius oleh pihak berkaitan.
Langkah yang dicadangkan melibatkan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang demi memastikan keselamatan, kelancaran serta keselesaan warga sekolah dan penduduk setempat sentiasa terpelihara.
Pihak Perbadanan Putrajaya (PPj), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Polis Diraja Malaysia dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) juga perlu melihat secara menyeluruh dan mempertimbang cadangan yang telah dipanjangkan agar penyelesaian yang bersesuaian dapat diambil dengan mengambil kira keadaan di lapangan.
Langkah-langkah yang dirancang perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan aliran trafik dapat dikawal dengan lebih baik dan bergerak lebih lancar, khususnya pada waktu puncak.
Kita akan terus berusaha dan ikhtiarkan yang terbaik supaya isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
#drj #drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka.
Tumpuan utama perbincangan adalah mengenai tindakan memperkemas gerak kerja dan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka, di samping mendapatkan maklum balas berkaitan perkembangan penubuhan cawangan-cawangan baharu di peringkat akar umbi.
Terima kasih kepada semua Ketua Bahagian dan jentera yang terus mara dan bekerja keras menggerakkan usaha penubuhan cawangan baharu.
Perbincangan yang berlangsung turut menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat, khususnya di Melaka, serta mendapatkan pendekatan bersesuaian untuk menanganinya. Wadah ini bukan sekadar medan perbincangan semata, tetapi merupakan platform untuk mendapatkan input bagi membawa suara rakyat agar didengari oleh Kerajaan.
BERSATU sentiasa tekad berjuang dan berusaha bagi memastikan gerak kerja yang lebih tersusun bagi melakar kemenangan Perikatan Nasional di Melaka, seterusnya menawarkan khidmat yang jauh lebih baik demi kesejahteraan rakyat Melaka!
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam dilaporkan berlaku kes pecah rumah di Presint 11, Putrajaya, sekitar jam 6 hingga 8 malam. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Penduduk dinasihatkan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan. Bersama-sama kita jaga keselamatan komuniti.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Esok, keputusan SPM2025 akan keluar!
Tak kira apa pun keputusannya, anak-anak telah lakukan yang terbaik!
Gunakan ia sebagai panduan untuk langkah seterusnya. Teruskan berusaha, teruskan bermimpi, masa depan menanti kamu! 🌟
Selamat maju jaya anak-anak batch08!
#drj
#spm2025
#batch08This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kejadian kebakaran di lereng bukit kawasan hadapan Blok 12A1, Fasa 12 Presint 9.
Menurut pihak Bomba dan Penyelamat Presint 7 Putrajaya, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Dinasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati, terutama dalam keadaan cuaca panas ketika ini.
Semoga semua pihak terus peka dan bersama-sama menjaga keselamatan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pengguna jalan raya adalah seorang pembunuh kejam!
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, semalam saya dan isteri menghadiri Majlis Perkahwinan Nawar Fatina dan Muhammad Farihan, adik kepada Ts. Mohd Syazwan dan Nor Elina.
Suasana meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai yang bersama-sama meraikan hari bahagia ini. Semoga kedua mempelai dikurniakan kebahagiaan, keberkatan serta ikatan yang berkekalan hingga ke syurga.
Terima kasih atas jemputan, semoga silaturahim ini terus terjalin erat. ✨🩷
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Apakah Status Pelaksanaan BDR Bagi Penjawat Awam?
Sudah lebih 15 hari Kerajaan umumkan cadangan Bekerja Dari Rumah (BDR) berikutan kemelut perang di Timur Tengah, namun sehingga ke hari ini penjawat awam masih tertunggu-tunggu arahan dan perincian pelaksanaan BDR ini.
Dalam keadaan krisis sebegini, inisiatif BDR akan dapat mengurangkan penggunaan minyak bagi memastikan bekalan minyak bertahan lebih lama, serta para pekerja dapat mengurangkan kos sara hidup memandangkan harga barangan yang dijangka akan meningkat.
Mengapa Kerajaan mengambil masa begitu lama untuk melaksanakan inisiatif BDR ini? Mohon pihak Kerajaan segera memberikan arahan dan perincian mengenai perkara ini agar penjawat awam lebih jelas dengan keputusan yang telah diumumkan oleh Kerajaan, dan syarikat swasta turut digalakkan mengambil inisiatif yang sama.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, Tok Guru Pak Njang Izudin turut bersama menziarahi arwah abang ipar, yang merupakan anak sepupunya. Pak Njang adalah seorang ulama yang disegani kerana keilmuannya.
Datuk kepada Pak Njang Izudin, Tok Guru Haji Ismail Che Dol, pengasas Pondok Gajah Mati, adalah moyang kepada isteri saya. Bonda kepada Pak Njang Izudin, Hajah Zainab, adalah kakak kepada Tok Guru Haji Hussein Dol, Pengasas Pondok Guar Chempedak, yang merupakan datuk kepada isteri.
Ayah kepada Pak Njang Izudin adalah Tok Guru Pak Chu Him, ulama yang meneruskan pengajaran di Pondok Gajah Mati selepas era Tok Guru Ismail Che Dol.
Saya doakan agar Pak Njang Izudin diberi kekuatan dan kesihatan agar dapat meneruskan pengajaran ilmunya kepada generasi pewaris. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan belukar di Presint 14, Putrajaya malam ini.
Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Presint 14 serta semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas mengawal keadaan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran, seperti bermain mercun dan melakukan pembakaran terbuka, termasuk membakar sampah.
📸 Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mengiringi perjalanan terakhir abang ipar, Ahmad Jalaludin Zakaria, di perkuburan Masjid Mohamad Iskandar Wan Tempawan, Derga, Kedah.
Abang Jala seorang insan yang baik budinya. Arwah pergi meninggalkan dunia fana ini sehari sebelum hari lahir ke-70.
Arwah dikebumi berhampiran dengan kubur adik iparnya, arwah Cikgu Din yang meninggal dunia kurang dua bulan yang lalu. Dua insan terdekat meninggalkan kami dalam tempoh yang singkat. Betapa dunia ini cuma persinggahan sementara.
Damailah di sana, Abang Jala. Sama-sama doakan agar arwah dicucuri rahmatNya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Allahyarham adik Hariz.
Baru minggu lalu saya menziarahi Allahyarham, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri di rumah beliau.
Salam takziah buat saudara Herman, isteri Norshahida, dan seluruh keluarga. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Syurga buatmu adik Hariz.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Fitnah dan “information overload”
Di musim raya ni, saya sebenarnya tidak berhajat untuk berikan respon kepada fitnah sebegini.
Cuma, ramai yang berkongsi dan bertanyakan kepada saya sama ada cerita tersebut betul atau tidak. Jawapannya, itu adalah fitnah jahat.
Bukan kali pertama page ini menyebarkan fitnah atas nama parodi. Namun, ada di antara kita memilih untuk mempercayai cerita sebegini.
Sebenarnya, nilah cabaran besar ledakan maklumat di media sosial. Fenomena “information overload” atau telalu banyak maklumat menyebabkan ramai di antara kita sukar untuk membezakan antara cerita betul dan fitnah.
Mereka yang mempunyai tahap “skepticism” atau kesangsian yang lebih tinggi, akan cuba mengesahkan maklumat tersebut sebaik mungkin sebelum menerima cerita tersebut sebagai cerita benar.
Namun begitu, mereka yang mempunyai tahap “skepticism” atau kesangsian yang rendah akan menerima cerita sedemikian sebagai cerita yang betul.
Sebab itu page fitnah yang kononnya hanya parodi terus menerus menggunakan pendekatan ini kerana mereka tahu bahawa akan ada dalam kalangan pembaca yang akan mempercayai maklumat tersebut. Mereka yang percaya akan berkongsi pula dengan orang lain.
Untuk membantu supaya pendekatan ini terus digunakan sebagai medan memfitnah, saya cadangkan supaya kita sama-sama war-warkan page yang menggunakan parodi untuk menyebarkan fitnah. Jadi selepas ini, jika sahabat-sahabat lihat ada hantaran daripada page sebegini, kita pakat-pakat abaikan sahaja.
Mohon sahabat semua kongsi-kongsikan!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Singgah berhari raya di rumah Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut bersama tadi adalah Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Gerakan, Saudara P. Punithan, Presiden MIPP dan Tan Sri Vigneswaran, Presiden MIC.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Nur Perdana, Presint 10.
Bersyukur dapat bertemu sahabat-sahabat yang sama-sama meraikan Syawal di sini.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan serta mengeratkan lagi kasih sayang sesama kita.
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ramadan telah berlalu, meninggalkan kita dengan pelbagai pengajaran dan ruang muhasabah yang mendalam. Moga setiap amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia itu diterima oleh Allah SWT.
Syawal hadir membawa makna kemenangan. Kemenangan dalam menundukkan hawa nafsu, memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada-Nya.
Tenang tasik di Putrajaya indah,
Singgah membeli di Anjung Syawal,
Tarawih di Putra menambah ibadah,
Syawal disambut penuh berkat dan amal.
Dalam kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon ampun dan maaf atas segala khilaf. Semoga kita semua kembali kepada fitrah, dengan hati yang lebih bersih dan jiwa yang lebih tenang.
Marilah kita terus memelihara nilai yang dibina sepanjang Ramadan. Perbanyakkan kebaikan, pelihara akhlak dan eratkan silaturahim sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 🤍
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jom masak peha kambing panggang. Masak dengan api perlahan dalam oven selama empat jam.
Sewaktu di Australia dahulu, ini adalah menu yang kami selalu masak untuk hari raya.
Tahun ini, anak-anak minta buat "roast lamb" seperti waktu di Australia dulu. Saya kata tak sempat cari peha kambing.
Nak dijadikan cerita, sewaktu isteri berada di Pasar Tani Presint 4 semalam, beliau telefon kata ada jual peha kambing di situ.
Apa lagi, kita kasi on! 🔥
Nota kaki: Perkataan bau disebut dengan betul dan tepat😁. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tenang tasik di Putrajaya,
Cahaya Syawal penuh makna,
Taqwa dipupuk sepanjang puasa,
Aidilfitri disambut penuh bahagia.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perang di Timur Tengah: Rakyat terkesan, peniaga terkesan, Kerajaan masih bersahaja?
Hari ini adalah hari ke-21 konflik perang di Timur Tengah melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.
Setakat ini, tiada tanda-tanda bahawa perang ini akan berakhir dalam masa terdekat. Penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan untuk 20% minyak dunia telah memberi kesan besar. Hampir 90% minyak yang melalui Selat Hormuz disalurkan ke pasaran Asia, termasuk China, India, Jepun dan Korea Selatan. Ini antara rakan dagang terbesar Malaysia.
Selain itu, 20% gas asli cecair dunia pun melalui selat ini dan sekitar satu per tiga perdagangan baja dunia pun melalui selat ini. Keadaan menjadi lebih meruncing apabila serangan demi serangan dibuat ke atas loji minyak dan gas, termasuk Ras Laffan di Qatar yang merupakan hab LNG terbesar di dunia.
Hakikatnya, perang ini membawa kepada gangguan besar kepada bekalan tenaga dunia. The Wall Street Journal melaporkan bahawa terdapat jangkaan harga minyak dunia akan mencecah sehingga 180 dolar Amerika setong jika perang berlarutan selepas April.
Tentunya, semua ini akan memberi kesan ketara kepada ekonomi Malaysia. Walaupun harga petrol RON95 bersubsidi kekal, kenaikan mendadak harga diesel sebanyak RM1.60 seliter dalam tempoh dua minggu merupakan satu kejutan kepada rantaian bekalan. Ini belum termasuk kenaikan bahan-bahan mentah di pasaran dunia serta komponen-komponen pengeluaran dan perkhidmatan lain yang terkesan akibat perang.
Akhirnya, kos operasi perniagaan akan melonjak naik dan harga barangan serta perkhidmatan juga akan meningkat. Keterjaminan makanan negara juga akan terkesan akibat konflik perang ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan, kos operasi peniaga terkesan dan sudah tentunya kehidupan rakyat akan terkesan.
Namun, saya lihat seolah-olah Kerajaan tidak terkesan dengan krisis besar dunia ini!
Walaupun konflik perang telah berlarutan 21 hari, Kerajaan seolah-olah hilang punca tentang apa tindakan terbaik yang patut dilakukan. Tidak ada perancangan komprehensif yang diperlihatkan tentang pendekatan yang akan digunakan kerajaan bagi menangani cabaran besar ini. Pengumuman yang dibuat hanyalah kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen bagi dua minggu berturut-turut serta pengumuman bahawa tiada rumah terbuka rasmi Kerajaan.
Sebenarnya, banyak persoalan yang Kerajaan perlu perjelaskan. Kalau hendak disenaraikan semuanya terlalu panjang. Saya kongsikan beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan:
1. Apa yang akan berlaku sekiranya harga minyak dunia terus meningkat?
a) Adakah harga diesel akan terus dinaikkan 80 sen seminggu?
b) Apakah kenaikan harga diesel ini akan meningkatkan risiko penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak kerana terdapat perbezaan harga yang ketara? Apa yang Kerajaan sedang dan akan laksanakan untuk menangani risiko ini?
c) Apakah nilai ambang harga minyak dunia yang akan menyebabkan Kerajaan menilai semula harga petrol bersubsidi RON95?
d) Apakah kerangka keseluruhan model penetapan harga minyak yang akan digunakan sekiranya konflik perang berterusan?
e) Berapakah lamakah simpanan minyak dan gas Malaysia boleh bertahan bagi menampung kegunaan domestik sekiranya berlaku gangguan bekalan?
Radzi Jidin
@RadziJidin
2. Apakah pendekatan Kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sebelum keadaan menjadi lebih meruncing?
a) Langkah-langkah yang pernah digunakan oleh Kerajaan ketika menangani kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini sebagai contoh, ada peniaga kantin sekolah yang bertanya, “Kalau masa COVID dahulu, Kerajaan bagi diskaun serta pengecualian sewa kepada peniaga-peniaga kecil yang menyewa premis kerajaan, takkan dalam keadaan krisis sekarang tak boleh buat yang sama?”.
Sejujurnya, saya cukup risau melihat pendekatan bersahaja Kerajaan menangani kesan konflik perang kepada Malaysia. Kepada Kerajaan, bangunlah!
Usah tunggu bila keadaan semakin meruncing baru hendak bertindak.
DRJ
Putrajaya
20 Mac 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari di PPAM Kasturi, saya berjumpa dengan adik Affan. Ramah betul orangnya.
Mula-mula jual mahal. Lepas tu…
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam tadi menunaikan sembahyang Tarawih bersama sahabat-sahabat di Surau Nur Perdana, Presint 10, yang baru sahaja beroperasi sebelum Ramadan. Tarawih diimamkan oleh Ustaz Muhammad Badrul Amin.
Tahniah sekali lagi kepada Pengerusi Surau Nur Perdana, Tan Sri Ahmad Phesal, dan seluruh jawatankuasa surau atas usaha menjayakan program sepanjang bulan ramadan ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya bersama anak-anak muda Putrajaya mengedarkan juadah sahur kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan mereka yang terus bertugas demi keselamatan masyarakat.
Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang terus menjalankan amanah tanpa mengira waktu.
Dalam bulan Ramadan ini, ketika ramai bersama keluarga, mereka tetap bertugas demi memastikan kesejahteraan masyarakat.
Semoga segala khidmat dan pengorbanan ini dikurniakan ganjaran sebaiknya oleh Allah SWT.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pada 12 Mac 2026, harga diesel di semenanjung naik 80 sen. Hari ini, 18 Mac 2026 diumumkan harga diesel naik lagi 80 sen. Naik 80 sen setiap minggu.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kita kini di penghujung Ramadan.
Sepanjang bulan ini, saya sempat bersama warga Putrajaya berbuka puasa, tarawih, moreh serta pelbagai program komuniti seperti rewang bubur lambuk, tadarus Al-Quran dan ziarah.
Menjelang Aidilfitri, semoga perjalanan pulang dipermudah dan selamat sampai.
Manfaatkan hari-hari terakhir ini sebaiknya. Moga kita dipertemukan lagi di Ramadan akan datang.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, selesai menunaikan zakat fitrah bagi diri saya dan keluarga di Masjid Putra, Putrajaya.
Bagi yang masih belum selesai, tunaikan segera. Kalau di Putrajaya, boleh tunaikan secara pandu lalu sahaja! 😁
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mengapa masih tiada penjelasan Kerajaan berkaitan tindakan Timbalan Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) hadir ke mahkamah bersama orang yang dituduh? Adakah Kerajaan merestui tindakan tersebut?
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa di Masjid Besi tempoh hari, saya berjumpa dengan Shazlan dan rakan-rakan. Anak- anak ini merupakan pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Sains Banting. Mereka baru sampai dari Banting dan akan bermalam di Masjid Besi.
Pak cik doakan yang terbaik untuk semua. Semoga segala perjalanan dan ibadah kalian dipermudah serta mendapat keberkatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi, menunaikan sembahyang tarawih di Antara Residence, Presint 5, Putrajaya.
Sembahyang diimamkan oleh Muhammad Bilal, seorang pelajar antarabangsa dari India. Turut bersama Pengerusi JMB, saudara Syed Sadiq serta Pengerusi Surau, saudara Safiedin.
Seusai sembahyang, bertemu dan bertanya khabar para jemaah yang hadir.
Memasuki fasa akhir Ramadan, moga kita terus diberi kekuatan untuk meningkatkan amal dan mengejar keberkatan di malam-malam terakhir ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini berbuka puasa bersama sahabat-sahabat di Surau An-Najah, Presint 9, Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh kakitangan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), khususnya Ketua Pengarah Eksekutif, Saudara Azril Mohd Amin atas penganjuran majlis berbuka puasa semalam.
Semoga MASA terus menjadi platform yang menyatukan pelbagai pandangan dan usaha ke arah membina masa depan negara yang lebih baik untuk semua.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama-sama sahabat di PPAM Kasturi untuk majlis khatam Al-Quran semalam.
Terima kasih kepada Pengerusi Surau, Saudara Rohaizit Rashid serta seluruh jawatankuasa atas jemputan dan usaha menjayakan majlis ini.
Menjelang Hari Raya yang semakin hampir, saya bersama-sama warga PPAM Kasturi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang meraikan. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Berbuka Puasa Institut Masa Depan Malaysia (MASA).
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih saudara Muhammad Ridzal dan kepimpinan BERSATU Wangsa Maju atas jemputan untuk bersama-sama dalam majlis berbuka puasa semalam.
Kebersamaan seperti ini menjadi ruang untuk kita terus mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan sahabat-sahabat BERSATU, khususnya di Wangsa Maju. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh demi perjuangan parti dan khidmat kepada masyarakat.
#drj
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, semalam saya menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Surau Silaturahim, Presint 11.
Terima kasih kepada Encik Mohd Zaidi bin Abu Zarin, Pengerusi Surau Silaturahim, yang turut mengimamkan sembahyang Isyak dan Tarawih, serta Saudara Zul Azman selaku pengerusi majlis pada malam tersebut.
Dalam kesempatan itu, saya turut berkongsi sedikit pengalaman berpuasa di negara lain dan melihat sendiri bagaimana Ramadan diraikan di tempat yang umat Islamnya bukan majoriti.
Mudah-mudahan Ramadan ini menjadi ruang untuk kita terus memperkukuh amalan, menghargai nikmat kebersamaan serta menghidupkan nilai-nilai keagamaan di mana sahaja kita berada.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya berbuka puasa bersama sahabat di Surau As-Sakeenah, Kondominium Saujana Aster, Presint 11.
Terima kasih kepada pihak surau, khususnya Hj Zainudin Jali, Pengerusi Surau, dan Razali Md Yasin, Timbalan Pengerusi Surau, atas jemputan dan layanan mesra sepanjang program.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini berbuka puasa bersama-sama sahabat BERSATU Wangsa Maju. Terima kasih Saudara Mohamed Ridzal atas jemputan.
#drj
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
BERSATU bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional akan terus bergerak dengan tekad yang jelas untuk rakyat.
Perjuangan ini digerakkan dengan penuh tanggungjawab dan kesungguhan, demi memastikan masa depan negara yang lebih baik dan sejahtera untuk semua.
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada Ustaz Rusmadi Ismail, Pengerusi Surau Fathurrahman PPAM Melinjau, serta seluruh ahli jawatankuasa surau, atas jemputan untuk bersama-sama dalam majlis berbuka puasa serta penyerahan sumbangan kepada anak-anak daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka, membawa kegembiraan kepada anak-anak ini, serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menziarahi adik Muhammad Hariz Iman Mohd Herman yang sedang berjuang melawan kanser Neuroblastoma tahap 4.
Saya turut bertemu kedua ibu bapanya, Encik Mohd Herman Rusli dan Puan Norshahida Md Nayan, yang tabah menjaga dan menemani Hariz Iman melalui ujian yang sangat berat ini.
Sama-sama kita doakan agar Hariz Iman dan keluarganya diberikan kekuatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan.
#drj
#drjdiputrajaya 🤲🏻This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini bersama sahabat-sahabat di Surau Al-Husna, Presint 9 bagi majlis khatam al-Quran.
Mudah-mudahan majlis yang penuh barakah ini membawa kebaikan serta mempereratkan ukhuwah dalam kalangan kita.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, selesai. Perjuangan diteruskan bersama Perikatan Nasional.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional. BERSATU bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional terus melangkah dengan tekad yang jelas untuk rakyat, demi masa depan negara yang lebih sejahtera.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional. BERSATU bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional terus melangkah dengan tekad yang jelas untuk rakyat, demi masa depan negara yang lebih sejahtera.
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam tadi saya menunaikan sembahyang tarawih di Surau Ar-Rayan, PPAM Larai, Presint 6, Putrajaya. Tarawih diimamkan oleh Ustaz Syed.
Tahniah kepada Ustaz Abdul Muhaimin, Pengerusi Surau Ar-Rayan, serta ahli jawatankuasa surau yang lain atas usaha dalam terus mengimarahkan surau ketika Ramadan ini. Semoga kebersamaan ini terus mengeratkan ukhuwah kita semua.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, terima kasih semua yang hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa BERSATU Negeri Perak.
Semoga kita diberikan kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dalam berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini berbuka di Surau Fathurrahman PPAM Melinjau Presint 11 bersama anak-anak dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah di Masjid Besi hari ini mengingatkan kita supaya hidup sederhana dan tidak berlebih-lebihan, terutama dalam makan dan perbelanjaan, walaupun Ramadan hampir melabuhkan tirainya. Ramadan mengajar kita untuk menghargai setiap nikmat Allah SWT, termasuk keamanan, makanan, dan kesejahteraan yang kita nikmati di negara ini, berbeza dengan saudara-saudara kita di beberapa tempat yang sedang menghadapi konflik dan kesukaran.
Khutbah hari ini juga menekankan kepentingan menghargai pengorbanan wanita, khususnya ibu dan isteri yang gigih menyiapkan sahur, berbuka, dan memastikan keluarga terjaga dengan baik. Pengorbanan mereka sering berlaku dalam diam, tetapi ia memainkan peranan besar dalam memastikan keluarga dan masyarakat sejahtera.
Marilah kita terus bersyukur atas segala nikmat Allah SWT, mengamalkan sikap sederhana, menghargai usaha orang di sekeliling kita, dan memastikan amalan baik sepanjang Ramadan diteruskan walaupun Syawal menjelang. Semoga setiap langkah dan keputusan kita sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam semalam saya menunaikan sembahyang tarawih dan menikmati moreh bersama sahabat-sahabat PAS Putrajaya.
Ramadan selalu menemukan kita dalam suasana yang penuh kebersamaan. Saat seperti ini memberi ruang untuk kita merapatkan silaturahim, bertanya khabar dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita.
Sambil menikmati moreh, kami berbual santai dan bertukar pandangan. Saya turut berkongsi sedikit pengalaman ketika berada di luar negara dahulu, termasuk ketika di Australia.
Berpuasa di negara empat musim memang memberi pengalaman yang berbeza. Ada masa tempoh puasanya lebih singkat, ada masa lebih panjang, bergantung kepada musim. Namun di mana pun kita berada, Ramadan tetap membawa makna yang sama.
Bulan inilah waktunya kita berhenti sejenak daripada kesibukan harian. Ramadan mengajar kita untuk “recharge” diri, melakukan muhasabah, memperbaiki hati dan memperbanyakkan amal ibadah.
Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk memanfaatkan Ramadan ini sebaiknya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan pihak Polis Marin Putrajaya untuk bersama-sama berbuka di Pengkalan Polis Marin Putrajaya di Presint 8 bersama anggota dan keluarga.
Polis Marin bukan sahaja bertugas menjaga keselamatan perairan, tetapi juga sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat.
Semoga ibadah puasa yang berbaki ini dipermudah untuk semua, terutamanya para petugas hadapan yang sentiasa bertugas menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berbuka bersama sahabat-sahabat di Pengkalan Polis Marin Putrajaya, Presint 8.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Operasi menyelamatkan dua invididu dan seekor anjing yang terperangkap di tengah-tengah arus deras dalam kejadian banjir besar yang melanda Northern Territory, Australia.
Kagum dengan kecekapan juruterbang helikopter. Hebat!
📹- 9 News AustraliaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian watikah pelantikan Ketua Bahagian (Penaja) tempoh hari, saya mengadakan pertemuan bersama Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian BERSATU Melaka.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan organisasi parti dengan menyusun gerak kerja di peringkat bahagian serta menubuhkan lebih banyak cawangan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.
Pada masa yang sama, pimpinan BERSATU Melaka akan terus mendekati rakyat, memahami keperluan serta cabaran yang mereka hadapi, dan membawa suara rakyat dengan penuh tanggungjawab.
Dengan kesatuan dan gerak kerja yang tersusun, BERSATU Melaka akan menjadi lebih kuat. BERSATU Melaka juga akan bekerjasama erat dengan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional di Melaka.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah malam ini dapat bersama kariah di Surau Al-Muhtadin PPAM Dalur, Presint 18.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang berlaku kebakaran hutan di tepi Lebuhraya MEX menghala ke Kuala Lumpur petang ini. Pasukan Bomba dan Penyelamat kini berada di lokasi dan sedang berusaha memadamkan api.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Laut mana tidak berombak,
Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Ombak dan hujan adalah sebahagian daripada mehnah perjuangan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja-kerja pembersihan hutan belukar di sekitar Jalan P11J telah selesai!
Terima kasih Perbadanan Putrajaya 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa BERSATU di Pusat Konvensyen MPAJ semalam berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Penghargaan kepada seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakannya.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan kita terus melangkah membawa perjuangan BERSATU dengan semangat yang sama.
#drj
#bersatu
Radzi Jidin
@RadziJidin
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Majlis Berbuka Puasa BERSATU sedang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Kebersamaan seperti ini menguatkan lagi ukhuwah serta menyusun saf perjuangan dengan lebih kuat.
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang berlangsung Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU bagi membincangkan perkara-perkara yang memberi fokus kepada isu rakyat dan negara.
Petang ini akan diadakan Majlis Berbuka BERSATU di Pusat Konvensyen MPAJ untuk bertemu pimpinan serta ahli-ahli BERSATU.
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini bersama kariah di Surau Al-Najihin, P12-15B, Presint 15.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sabtu lepas saya meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di Presint 15-12A dalam program memasak bubur lambuk anjuran KRT Presint 15-12A dengan kerjasama NGO Kafeteen Putrajaya serta kariah Surau Al-Fatih.
Program ini diselaraskan oleh Saudara Nik Fitra bersama barisan jawatankuasa yang bertungkus-lumus sejak awal bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik.
Turut bersama Pengerusi KRT Presint 15-12A, Saudara Eddi Abu Hanifah serta En. Ahmad Azri, Pengerusi Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia.
Tuan Haji Omar yang merupakan antara penggerak utama di Surau Al-Fatih bersama kariah surau juga turut turun membantu menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar.
Dalam suasana Ramadan, program seperti ini sentiasa membawa makna yang lebih besar. Bukan sekadar menyediakan juadah berbuka, tetapi menjadi ruang memperkukuh kebersamaan dan semangat gotong-royong dalam komuniti.
Terima kasih atas jemputan dan usaha semua yang terlibat menjayakan program ini. Mudah-mudahan semangat kebersamaan seperti ini terus subur dalam masyarakat kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sabtu lepas saya bertemu sahabat-sahabat di Blok 5A, Fasa 5 yang sedang bergotong-royong menyiapkan gulai kawah anjuran AJK Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Penduduk setempat turut turun membantu menyediakan hidangan untuk dikongsi bersama.
Turut bersama Pengerusi Surau, Haji Rahim Musa, Pengerusi KRT Saudara Dicky Zulkarnain serta Pegawai Perpaduan, En. Helmi.
Inilah antara keindahan Ramadan. Semangat kebersamaan dan gotong-royong yang mengeratkan silaturahim dalam komuniti.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Keputusan #spm2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.
Selamat maju jaya pak cik ucapkan buat anak-anak #batch08. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya bersama isteri menziarahi Puan Syaidatul Norhafizah dan keluarga di Apartmen Fasa 2, Presint 9. Suami beliau, Allahyarham Azman Mustafa, telah kembali ke rahmatullah pada 27 Februari 2026.
Allahyarham telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam selama 22 tahun dan merupakan antara penduduk terawal yang menetap di Putrajaya. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai seorang yang komited dalam tugas serta dekat dengan komuniti setempat.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak. 3 orang daripada anak Allahyarham kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).
Semoga Puan Syaidatul Norhafizah dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan hati dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Azman Mustafa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta keluarga yang ditinggalkan terus dipelihara dan diberkati oleh Allah SWT.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi, saya menunaikan sembahyang tarawih di Surau Ar-Raudhah, Presint 16.
Selepas sembahyang, saya bertemu dan bertanya khabar dengan Pengerusi Surau Ar-Raudhah, Tuan Haji Saifullah bin Mohd Saufi, serta para jemaah yang turut hadir ke surau tersebut.
Ramadan mengajar kita kesabaran, ketekunan, dan keikhlasan. Semoga ibadah yang dilakukan malam demi malam dapat membentuk hati yang tabah dan jiwa yang tenang, insya-Allah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, petang ini saya bersama kariah di Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya.
Sebelum berbuka puasa, kami mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh PU Fakhrul. Beliau mengingatkan bahawa Ramadan adalah ruang untuk kita memperbaiki diri, mendekatkan hati kepada Allah SWT serta bersungguh-sungguh mencari dan menghidupkan malam Lailatul Qadar yang penuh kemuliaan.
Selesai berbuka, kami menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh beliau.
Terima kasih kepada Ustaz Nasrin serta seluruh jawatankuasa Surau Al-Falah atas jemputan.
Mudah-mudahan kebersamaan yang ini terus menghidupkan suasana Ramadan dan menguatkan ukhuwah sesama kita. Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya bersama isteri menziarahi saudara Azimi bin Yunus di kediamannya di Fasa 5A, Presint 9, Putrajaya. Beliau kini sedang menjalani rawatan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang semakin baik buat Azimi, serta mempermudah segala urusan beliau dan seluruh ahli keluarganya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bersama-sama sahabat di Surau Al-Fatih Presint 15 dalam majlis Bubur Lambuk Komuniti P15-12A Presint 15.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi saya bersahur bersama anak-anak muda yang baru selesai menjayakan program khidmat masyarakat di Putrajaya, di Mamak Kembar Presint 9.
Sambil menikmati sahur, kami berbual santai dan bertukar pandangan tentang pengalaman serta cabaran kehidupan.
Seronok mendengar semangat anak-anak muda Putrajaya yang mahu terus menyumbang kepada masyarakat.
Moga Allah SWT memberkati langkah mereka dan mempermudah urusan dalam menempuh perjalanan hidup.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1447H.
Hari ini kita mengingati peristiwa turunnya al-Quran, wahyu pertama yang menjadi petunjuk dan rahmat buat seluruh umat manusia.
Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Di dalamnya terdapat panduan yang membimbing kita supaya hidup di jalan yang benar.
Bersempena hari yang penuh makna ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk lebih mendekatkan diri dengan al-Quran. Perbanyakkan membaca, memahami maknanya dan menjadikannya pedoman dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa mencintai al-Quran dan terus berpegang kepada ajarannya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Feri Perbadanan Putrajaya Terbakar di Limbungan PPj
Satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah feri milik Perbadanan Putrajaya (PPj) dilaporkan berlaku di limbungan PPj hari ini.
Semoga semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan segala tindakan susulan dipermudah.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya berbuka puasa di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya bersama Dato’ Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim, Pengerusi Surau Ar-Rahim serta para kariah di sini.
Sempat juga bertemu Datuk Ghazali yang kelihatan cergas dan bersemangat seperti biasa menyambut para jemaah yang hadir berbuka puasa. Semoga beliau terus diberikan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, kehadiran yang ramai memeriahkan majlis berbuka di surau ini. Moga kebersamaan ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Terima kasih atas jemputan. Insya-Allah, kita bertemu lagi di lain kesempatan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terserempak dengan sahabat saya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi ketika berbuka puasa di Kuala Lumpur. 😁
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berbuka puasa bersama sahabat-sahabat Jawatankuasa BERSATU Bahagian Putrajaya.
Dalam perjuangan, pasti ada saat yang mudah dan ada juga waktu yang mencabar. Namun semoga kita terus kekal teguh, bersatu hati dan melangkah ke hadapan dengan semangat yang sama.
Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan kita semua. Insya-Allah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam ketika berbuka puasa di Surau Al-Iman, saya bertemu YBhg Dato' Ab Razak, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi yang turut merupakan Pengerusi Surau Al Iman Presint 9.
Walaupun kini sudah bersara, beliau terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti surau.
Semoga Allah SWT terus memberi kesihatan dan kekuatan kepada YBhg Dato' untuk terus berbakti kepada komuniti.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan berhubung keadaan hutan belukar yang tidak terurus di belakang Residensi Flora Rosa Presint 11, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan oleh Putrajaya Holdings (PjH).
Terima kasih atas tindakan yang diambil. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara berkala agar kawasan tersebut kekal bersih dan terpelihara, demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk Putrajaya, khususnya warga Flora Rosa dan kawasan sekitar.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam ke-14 Ramadan saya menunaikan sembahyang Tarawih di Surau Flora Rosa, Residensi Flora Rosa, Presint 11.
Sembahyang Tarawih diimamkan oleh Ustaz Banar Yakub dari Kemboja, dengan bilal muda adik Fawwaz Iman, pelajar Tingkatan Satu dari SMK Putrajaya Presint 11(1).
Selepas selesai sembahyang, sempat bertemu dan bertanya khabar Pengerusi Surau, Tuan Haji Mazian serta para jemaah yang hadir.
Ramadan mengingatkan kita untuk terus memperbaiki diri dan menghidupkan rumah Allah dengan amal yang berterusan. Moga setiap langkah kita di bulan yang penuh berkat ini diberkati Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berbuka puasa dan menunaikan sembahyang Maghrib di Surau Al-Iman Presint 9.
Alhamdulillah dapat bersua muka dan berbuka bersama kariah di sini. Terima kasih Datuk Asmawar atas jemputan berbuka puasa. Menghargai kehadiran Datuk Abdul Razak, Pengerusi Surau Al-Iman dan Cikgu Iqbal.
Malam ini turut berlaku gerhana bulan, satu fenomena yang mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT. Semoga ia menambah rasa syukur dan menguatkan keinsafan dalam diri kita.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerajaan Perlu Menginsafi Kejadian Semalam
Aik, nak salahkan orang lain pula?
Kami sudah jelaskan dalam perbahasan semalam bahawa secara asasnya kami menerima pendekatan mengehadkan tempoh khidmat Perdana Menteri.
Namun, kami berpandangan bahawa sebarang pindaan kepada Perlembagaan wajib dibuat dengan penuh teliti dan cermat.
Banyak perkara yang kami, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, sentuh dalam perbahasan semalam. Antaranya ialah keperluan untuk membawa cadangan pindaan Perlembagaan ini kepada Majlis Raja-Raja serta memasukkan ketetapan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan.
Bagi kami, jika benar niatnya mahu mengelakkan pemusatan kuasa, adalah amat penting untuk memastikan Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan.
Sekiranya Kerajaan tidak berhasrat memenuhi permintaan pihak pembangkang agar dilakukan penambahbaikan, maka kerajaan seharusnya memastikan Ahli-ahli Parlimen mereka hadir menyokong pindaan tersebut.
Kerajaan mempunyai 154 Ahli Parlimen. Untuk meminda Perlembagaan, 148 undi diperlukan. Semalam, hanya 146 yang menyokong, kurang dua undi. Lapan orang Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan tidak hadir.
Semoga Kerajaan belajar sesuatu daripada kejadian semalam.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, selepas menunaikan sembahyang tarawih di Surau Al-Aqsa, PPAM Ketumbar Presint 17, penduduk telah membangkitkan isu lalu lintas di kawasan ini.
Keadaan lalu lintas pada waktu pagi semakin sesak, terutamanya di persimpangan Jalan P17B dan Jalan P17, di mana penduduk PPAM Ketumbar sering menghadapi kesukaran untuk keluar dari simpang tersebut.
Sebagai langkah penyelesaian, penduduk mencadangkan penambahan petak kuning dan bonggol di jalan yang menghubungkan P17B dan Jalan P17. Pihak Putrajaya Care telah meninjau lokasi terbabit dan mengusulkan agar pihak berkuasa berkaitan meneliti pendekatan terbaik dan segera mengambil tindakan.
Semoga pihak bertanggungjawab dapat menimbangkan cadangan ini supaya isu lalu lintas di kawasan ini dapat diatasi dengan lebih baik, demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua pihak.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan mengenai hutan belukar di sisi Jalan P11J, kerja-kerja pembersihan kini sedang dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) atas tindakan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
PISAHKAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
Kerajaan hanya cadangkan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri? Bagaimana pula dengan cadangan Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan?
Petang tadi, RUU berkenaan *tajuk penuh* yang dibentangkan oleh Kerajaan gagal mendapatkan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen!
Sebelum ini ramai dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan bersungguh-sungguh melaungkan supaya Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan. Prinsip ini sering dilontarkan atas alasan untuk mengelakkan pemusatan atau penumpuan kuasa yang terlalu besar oleh individu tertentu.
Jika kita lihat antara sejarah skandal kewangan paling besar di dunia, iaitu skandal 1MDB telah berlaku dalam tempoh belum pun sampai lima tahun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memegang jawatan. Ini membuktikan bahawa mengehadkan tempoh 10 tahun dengan harapan untuk mengelak pemusatan kuasa merupakan satu asas atau prinsip yang agak longgar!
Apabila ada ruang untuk membuat pindaan Perlembagaan bagi memperkukuh sistem negara, mengapa perkara tersebut tidak dimasukkan bersekali dengan cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri? Peluang yang ada ini sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya.
Jika benar mahu mengurangkan pemusatan atau penumpuan kuasa, lakukan dengan menyeluruh. Bukan dengan cara pindaan terpilih sebegini!
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerajaan gagal mendapat undi 2/3 untuk meminda Perlembagaan. Kurang dua undi daripada 148 undi yang diperlukan. Kerajaan seharusnya lebih cermat memastikan kehadiran serta sokongan MP mereka.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Fitnah di Bulan Ramadan
Ketika sedang membuat persediaan perbahasan Rang Undang-undang petang ini, saya dimaklumkan terdapat satu fitnah yang sedang tersebar.
Ini merujuk kepada tuduhan bahawa ketika bertemu YB Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS di Rusila pada 18 Februari 2026, saya telah menawarkan diri sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU.
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU dalam pertemuan tersebut.
Fakta atau kebenaran ini boleh disemak dengan sahabat-sahabat yang turut hadir dalam pertemuan itu, iaitu YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, YB Syahir Sulaiman, dan YB Datuk Razali Idris. Bahkan boleh disahkan juga dengan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri.
Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya doakan agar mereka yang menyebarkan fitnah ini insaf.
Mohon sahabat-sahabat kongsikan penjelasan ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Persediaan akhir perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 - Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri.
Semoga dipermudah 💪🏻
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi mendapat perkhabaran duka tentang pemergian Allahyarhamah Thalathiah binti Ahmad, ibu saudara kepada sahabat saya, YB Fathul Huzir, Ahli Parlimen Gerik. Kami menziarahi keluarga allahyarhamah di PPAM Seruling, Presint 5.
Saya doakan semoga seluruh keluarga YB Fathul Huzir diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. 🤲
Al-Fatihah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas majlis berbuka tadi, saya bertemu dan bertanya khabar dengan sahabat-sahabat yang hadir.
Semoga hubungan ini terus erat, dan kita terus teguh bersama BERSATU.
#bersatu
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya menghadiri Majlis Iftar BERSATU Negeri Sembilan dalam suasana yang penuh ukhuwah dan semangat perjuangan.
Ramadan mendidik kita tentang sabar, disiplin dan kesetiaan pada prinsip. Dalam perjuangan juga begitu. Kekuatan bukan terletak pada kata-kata, tetapi pada keteguhan hati, keikhlasan berkhidmat dan kesediaan memikul amanah ketika berdepan cabaran. Selagi prinsip dijaga dan saf dirapatkan, insya-Allah perjuangan ini akan terus mara.
Majlis turut dihadiri oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU, yang terus istiqamah memimpin dan menyatukan kekuatan parti dalam landskap politik yang mencabar.
Terima kasih YB Hanifah Abu Baker, Ketua BPN Negeri Sembilan atas jemputan. Semoga pertemuan ini memperkukuh saf perjuangan, mempererat silaturahim dan menyusun langkah kita ke hadapan dengan lebih tersusun serta penuh keyakinan.
Insya-Allah, kita teruskan amanah ini dengan sabar dan istiqamah.
#bersatu
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bersama-sama sahabat di Surau Al-Muhajirin Presint 9 menunaikan sembahyang subuh berjemaah dan mendengar tazkirah subuh.
Sembahyang subuh diimamkan oleh Ustaz Afiq, manakala tazkirah subuh disampaikan oleh Ustaz Salleh Saad, mantan imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Beliau mengupas beberapa kisah daripada Kitab al-Azkar hasil karya Imam al-Nawawi, sebuah kitab yang menghimpunkan zikir dan doa harian bersumberkan hadis-hadis sahih.
Moga peringatan ringkas ini menyuburkan amalan, menenangkan jiwa, dan menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam kesepuluh Ramadan saya menunaikan sembahyang tarawih di Surau Al-Firdaus, Presint 11. Sembahyang malam tadi diimamkan oleh Ustaz Mohamad Nasharuddin.
Selepas sembahyang, saya bertemu dan bertanya khabar Pengerusi Surau, Ir. Haji Norr Azidy serta para jemaah yang terus setia mengimarahkan surau.
Ramadan mengajar kita erti konsisten dalam ibadah. Amalan yang dilakukan malam demi malam inilah yang membina disiplin, menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
Semoga Ramadan ini terus membawa kebaikan kepada kita semua, dan menjadikan kita insan yang lebih baik, insya-Allah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini saya menunaikan sembahyang jumaat bersama jemaah di Surau Nur Perdana, Presint 10.
Lebih bermakna, inilah sembahyang jumaat pertama selepas surau ini mendapat kelulusan rasmi untuk mendirikan sembahyang jumaat. Satu perkembangan yang amat baik buat warga Presint 10, hasil usaha dan kesungguhan ramai pihak sebelum ini.
Khutbah hari ini menyentuh tentang peranan Solat dan Khutbah Jumaat dalam membentuk ummah. Ia bukan sekadar kewajipan mingguan, tetapi medan tarbiah yang mendidik jiwa, menyusun fikir dan mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba dan sebagai anggota masyarakat.
Mudah-mudahan setiap peringatan yang disampaikan dari mimbar benar-benar menyentuh hati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan kesesakan lalu lintas untuk keluar dari parkir dan sekitar Alamanda
Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya menerima aduan berkaitan kesesakan lalu lintas melibatkan laluan keluar parkir Alamanda serta aliran trafik di kawasan sekitarnya, khususnya pada waktu puncak.
Perkara ini telah kami susulkan dengan Perbadanan Putrajaya (PPj), Polis Trafik dan pihak pengurusan parkir Alamanda untuk penelitian serta tindakan penambahbaikan segera.
Kita berharap penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan agar isu berulang pada setiap waktu puncak ini dapat dikurangkan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas selesai sembahyang tarawih di Surau Al-Quddus PPAM Saderi tempoh hari, saya didatangi dua anak SPM Batch 09 yang meminta saya untuk memberikan ucapan kepada kawan-kawan mereka.
Semoga dipermudah urusan anak-anak semua!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa tarawih di PPAM Ketumbar tempoh hari, adik Harief dari Universiti Islam Selangor datang bertanya, bagaimana cara nak dapat 4 flat?
Saya kongsikan beberapa tip. Semoga bermanfaat!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada keluarga adik Ruby Adalia Balqis binti Mohd Alawi di atas kehilangan lima orang ahli keluarga tercinta dalam kebakaran rumah pagi ini di Raub.
Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada adik Ruby serta keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini.
📸 - FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam kelapan Ramadan di Surau Al-Quddus, PPAM Saderi, Presint 16. Sembahyang tarawih malam ini diimamkan oleh Wan Daniel Hakimi.
Selepas yr tarawih, saya bertemu dan bertanya khabar bersama Pengerusi Surau, Ustaz Hafiz serta jemaah yang hadir.
Ramadan mengajar kita tentang disiplin dan kesungguhan dalam beribadah. Hadir dari malam ke malam adalah latihan untuk terus istiqamah dan tidak mudah alpa.
Semoga amalan ini dipelihara dan Ramadan kali ini membawa kebaikan yang berpanjangan buat kita semua.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kes Lif Fasa 11, Presint 9
Dimaklumkan oleh komuniti setempat bahawa satu lif di Fasa 11 telah rosak hampir dua minggu dan belum dapat digunakan. Pada hari ini, lif yang masih beroperasi pula mengalami gangguan dan tersangkut di antara Tingkat G dan Tingkat 1 ketika lima orang kanak-kanak berada di dalamnya.
Pegawai Putrajaya Care berada di lokasi semasa kejadian dan dimaklumkan bahawa usaha menghubungi pihak penyelenggaraan serta syarikat lif tidak berjaya pada peringkat awal. Susulan itu, bantuan daripada pihak Bomba Malaysia telah dipanggil bagi memastikan semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Sehubungan itu, kami telah memohon agar pihak pengurusan syarikat dan PPj meneliti perkara ini secara menyeluruh, termasuk aspek penyelenggaraan berkala dan saluran respons kecemasan, supaya kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.
Adalah penting untuk semua pihak yang dipertanggungjawabkan mengambil tindakan yang lebih cepat, proaktif dan berkesan, demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan penduduk.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa YB Kapar menyentuh isu makanan ultra-proses dalam perbahasan Penyata JKPK Kesihatan, beliau menegaskan lambakan makanan yang diproses secara berlebihan hingga jauh menyimpang daripada bentuk asalnya.
Saya turut mencelah menyokong pandangan tersebut, khususnya mengenai trend ketagihan gula dalam minuman dan aiskrim yang semakin ketara. Selepas waktu sekolah, kita lihat semakin banyak premis menjual minuman manis dan aiskrim yang menjadi tarikan anak-anak. Jika tidak dikawal, ini boleh membentuk pola pemakanan tidak sihat dalam kalangan generasi muda.
Isu ini perlu diberi perhatian serius. Saya berharap Kementerian mengambil langkah lebih proaktif bagi melindungi kesihatan rakyat, khususnya anak-anak kita.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berjumpa anak-anak A-Levels dari Sunway College di Parlimen hari ini.
Semoga kunjungan ini membuka perspektif baharu dan menjadi pengalaman yang bermakna. Wishing you all the very best ahead!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam Ramadan ketujuh saya menunaikan sembahyang tarawih di Surau Al-Aqsa, PPAM Ketumbar, Presint 17. Sembahyang malam tadi diimamkan oleh Ustaz Luqman.
Selesai sembahyang, saya bertemu dan bertanya khabar Pengerusi Surau, Haji Ali Sulaiman. Tahniah dan terima kasih kepada beliau serta jawatankuasa surau yang sentiasa aktif menyusun pelbagai pengisian dan aktiviti sepanjang Ramadan buat manfaat jemaah setempat.
Ramadan mendidik kita untuk terus istiqamah dalam ibadah, walau dalam keadaan yang serba terbatas. Setiap malam Tarawih menjadi peringatan agar kita kekal konsisten dan ikhlas dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Semoga amal yang berterusan ini diberkati, dan Ramadan kali ini membawa perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama pemimpin-pemimpin muda daripada BERSATU.
Rombongan yang diketuai oleh Saudara Naim Brundage, Exco ARMADA BERSATU Malaysia. Perbincangan santai tetapi penuh makna, menyentuh soal masa depan anak muda dan hala tuju perjuangan.
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja-kerja penebangan pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dan jalan raya di sekitar Kompleks Sekolah Presint 5(1) telah selesai dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya atas tindakan. Langkah ini bukan sahaja melancarkan urusan ibu bapa dan warga sekolah, malah memastikan aspek keselamatan di kawasan tersebut.
Komitmen untuk menyelesaikan setiap aduan rakyat akan terus menjadi keutamaan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan daripada aduan berkaitan pokok-pokok yang berisiko di sekitar Fasa 8R2, Presint 8, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan untuk menyelenggara pokok-pokok yang didapati berisiko. Kerja-kerja ini dijangka selesai pada 28 Februari.
Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan penduduk setempat serta mengelakkan sebarang risiko kepada orang ramai. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menyelesaikan isu ini.
Komitmen PPj untuk mendengar dan bertindak terhadap setiap aduan rakyat terus menjadi keutamaan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
#fasa8r2 #putrajayacare #drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dalam sidang Dewan Rakyat dan juga dalam pertemuan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj), saya telah beberapa kali membangkitkan keperluan penyediaan kompleks kejiranan serta kemudahan sokongan untuk warga Putrajaya khususnya di presint yang masih belum mempunyai kompleks kejiranan seperti Presint 5 dan Presint 17.
Perkara ini saya bangkitkan susulan maklum balas dan permintaan warga yang mahukan kemudahan komuniti yang lebih lengkap dan terancang di kawasan kediaman mereka.
Dimaklumkan bahawa PPj telah mengenal pasti lokasi dan kini dalam perancangan untuk membangunkan kompleks kejiranan yang merangkumi dewan serbaguna, padang, surau, tadika, taska, ruang niaga serta pusat pembelajaran. Antara kawasan yang dicadangkan ialah di Presint 5, Presint 14 dan Presint 17.
Namun begitu, pelaksanaan cadangan ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada agensi pusat. Sehubungan itu, saya telah menghantar surat kepada Kementerian Ekonomi bagi memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk merealisasikan cadangan ini.
Semoga usaha ini dapat direalisasikan. Kita terus usaha dan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
𝐌𝐮𝐡𝐲𝐢𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Suka atau tidak, beliau terlibat dalam mengasas, memberi nama, memilih bendera serta menyusun gerak kerja bersama rakan-rakan komponen untuk membina sebuah gabungan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional pada tahun 2020.
Bertunjangkan kerjasama utuh dengan sahabat parti komponen, dalam masa yang singkat, Perikatan Nasional menjadi jenama gabungan politik yang kukuh dan disegani dengan mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya.
Beliau kemudiannya umum letak jawatan pada 30 Disember *2025.* Bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Perikatan Nasional, Mesyuarat Khas Perikatan Nasional diadakan semalam untuk meluluskan peletakan jawatan tersebut.
Mesyuarat berlangsung dengan penuh harmoni. Selepas diluluskan, Pengerusi baharu Perikatan Nasional dipilih. Semuanya dibuat dengan penuh tertib. Itulah Muhyiddin.
Beliau tenang dan berlapang dada memberi ruang serta mendokong YAB Dr Samsuri Mokhtar menjadi Pengerusi Perikatan Nasional. Tiada drama. Itulah Muhyiddin.
Beliau sentiasa menyatakan komitmen untuk terus menabur bakti kepada Perikatan Nasional termasuk dalam memperkukuh struktur dan memperkasa Majlis Presiden.
Bak kata orang tua-tua, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
DRJ
Putrajaya
23 Februari 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam tadi kami jemaah bersama-sama menunaikan sembahyang tarawih di Surau Al-Furqan, Presint 11, yang diimamkan oleh Sheikh Ahmad Yemeni.
Ramadan mengingatkan kita untuk gandakan amal ibadah, perbanyakkan doa dan terus memperbaiki diri selagi diberi kesempatan.
Tahniah kepada Pengerusi Surau, Dato’ Sheikh Yahaya Mohamad serta seluruh jawatankuasa yang konsisten mengimarahkan Surau Al-Furqan dengan pelbagai program sepanjang tahun. Surau ini bukan sekadar aktif, tetapi menjadi tempat masyarakat berkumpul dan berukhuwah antara satu sama lain.
Moga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saling hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai menjadi tiang seri Perikatan Nasional.
Tahniah kepada jiran saya di Dewan Rakyat, YAB Dr Samsuri, atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.
Saya doakan yang terbaik. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya bertemu Tan Sri Dr. Ismail Ibrahim ketika sembahyang tarawih di Presint 14.
Tokoh ilmuwan ini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dan memimpin IKIM, dengan sumbangan besar kepada pembangunan pemikiran Islam dan negara.
Melihat Tan Sri masih kuat melangkah ke surau benar-benar memberi inspirasi. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan dan kekuatan buat beliau untuk terus menjadi contoh yang baik kepada kita semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya menunaikan sembahyang Subuh di Surau Imam Abu Hasan al-Asy‘ari, PPAM Selasih, Presint 17, Putrajaya. Sembahyang diimamkan oleh Haji Azmi Alang.
Suasana yang cukup damai dan menenangkan. Dalam suasana beginilah, kita diberi ruang untuk bermuhasabah dan memulakan hari dengan hati yang lebih lapang.
Selepas sembahyang, saya bertemu dengan Pengerusi Surau, Saudara Mahfis, serta jemaah-jemaah lain dan bertanya khabar. Pertemuan ringkas seperti ini mengingatkan kita bahawa ukhuwah dan kebersamaan adalah kekuatan yang perlu sentiasa dipelihara.
Ramadan adalah waktu terbaik untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan doa, dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT serta sesama manusia.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MASALAH BEKALAN AIR DI BLOK B PPAM PUDINA, PRESINT 17
Hari ini kami menerima aduan berkaitan masalah bekalan air di Blok B, khususnya melibatkan kediaman di aras 21 hingga aras 25.
Dimaklumkan oleh pihak JMB bahawa inverter bagi sistem bekalan air di Blok B telah rosak dan kini dalam proses pembaikan.
Sebagai tindakan segera, kami telah menghubungi pihak Air Selangor. Pihak mereka akan membantu dengan menghantar lori tangki air serta menyediakan tangki statik di lokasi pada hari ini bagi kegunaan penduduk terlibat
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama pengasas-pengasas BERSATU, Datuk Dr. Shahruddin Salleh, Setiausaha Agung pertama BERSATU, dan saudara Akhramsyah Sanusi Junid, mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, di Surau Al-Manar, Presint 14.
Kami mengimbau kembali kenangan sewaktu parti ini mula ditubuhkan dan perjalanan awalnya.
#drj #drjdiputrajaya #bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya mengikuti Kuliah Subuh Kitab Al-Azkar bersama Ust. Dr. Mohd Aizam Mas’od di Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya.
Kitab ini mengingatkan kita tentang zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Mudah, tetapi besar maknanya untuk kekuatan hati dan jiwa.
Majlis ilmu seperti ini mengingatkan kita untuk sentiasa dekat dengan Allah, dan membawa ketenangan dalam menjalani hari-hari yang mendatang.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam ke-3 Ramadan di Surau Al-Manar, Presint 14.
Ramadan memberi ruang untuk kita menguatkan hati, menyusun kembali keutamaan dan memperbaiki diri. Semoga setiap langkah ini membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Lepas tarawih, moreh santai bersama sahabat-sahabat di Restoran Al-Naz Maju Presint 15. Alhamdulillah, momen sederhana yang mengeratkan ukhuwah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, Jumaat pertama bulan Ramadan tahun ini.
Khutbah di Surau Putra Al Amin, Presint 8, Putrajaya mengingatkan bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan untuk kita mendidik diri, membina disiplin dan memperbaiki akhlak.
Ramadan melatih kita untuk lebih sabar, menjaga tutur kata, mengawal emosi serta terus berusaha melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Inilah tarbiah yang membentuk kekuatan dalaman, agar kita menjadi insan yang lebih tenang, lebih berakhlak dan lebih baik daripada sebelumnya.
Mudah-mudahan Ramadan ini menjadi titik perubahan yang bermakna, dan setiap langkah kita dipermudahkan serta diberkati.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu stesen minyak di Presint 5 sentiasa dibangkitkan oleh komuniti, khususnya warga Presint 5 dan Presint 6.
Sejak awal tahun 2023, perkara ini terus diberi perhatian melalui sidang Dewan Rakyat dan perbincangan bersama agensi berkaitan.
Pada asalnya projek ini dijangka siap pada suku ketiga 2025. Namun, apabila melihat sendiri keadaan di tapak yang menunjukkan tanda-tanda kelewatan, perkara ini dibangkitkan semula di Parlimen untuk mendapatkan kepastian.
Jawapan terkini yang diterima memaklumkan projek ini kini dijangka siap pada suku ketiga 2026.
Kemudahan ini amat diperlukan oleh komuniti setempat, dan usaha ini akan terus diikuti rapat agar ia dapat disiapkan secepat mungkin.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam kedua terawih di Masjid Putra, Putrajaya.
Ramadan mendidik kita tentang istiqamah. Bukan hanya kuat di permulaan, tetapi terus tekal melangkah dalam kebaikan hingga ke akhirnya.
Semoga setiap langkah kita sentiasa dipandu, dikuatkan dan ditetapkan hati oleh-Nya dalam jalan kebaikan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas segala jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad.
Petang ini, saya bersama sahabat-sahabat menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham di Surau Presint 20, selepas beliau kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh amanah, mempertahankan keluhuran undang-undang serta memelihara kewibawaan institusi kehakiman.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Didoakan agar diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan berkaitan pokok condong di laluan pintu masuk Alamanda Putrajaya telah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).
Terima kasih kepada (PPj) atas kerja-kerja pemeriksaan dan pemotongan pokok yang telah dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sempena Tahun Baharu Cina, saya dan isteri berkesempatan menziarahi Uncle Lim di Apartment PRIMA, Presint 11.
Dalam usia yang semakin lanjut, semangat dan senyuman beliau tetap kuat. Pertemuan ini mengingatkan kita bahawa nilai kebersamaan, hormat dan kasih sayang sentiasa menjadi asas keharmonian komuniti kita.
Terima kasih sahabat sahabat komuniti PRIMA dan Presint 11 yang turut bersama. Inilah kekuatan Putrajaya, sebuah komuniti yang saling mengambil berat.
Gong Xi Fa Cai, Uncle Lim. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan rezeki yang berpanjangan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MAJLIS PERASMIAN SURAU NUR PERDANA, PRESINT 10
Alhamdulillah, penantian warga Presint 10 akhirnya menjadi kenyataan. Surau Nur Perdana kini berdiri sebagai lambang kesungguhan, kebersamaan dan kekuatan sebuah komuniti yang tidak pernah berhenti berikhtiar.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau Nur Perdana Presint 10, Dato’ Dr. Haji Mat Saat bin Haji Baki, seluruh AJK pembangunan serta warga Presint 10 yang telah berusaha tanpa jemu sehingga surau ini berjaya direalisasikan. Ini bukti bahawa apabila komuniti bergerak bersama, sesuatu yang besar mampu dicapai.
Penghargaan juga kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), khususnya Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Yahya, atas sokongan yang diberikan sepanjang proses ini.
Majlis penyerahan kunci telah disaksikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta turut diserikan dengan tazkirah oleh YBrs. Tn. Hj. Jamali bin Mohd Adnan dari JAWI. Turut hadir Tan Sri Haji Ahmad Phesal bin Talib, Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 10, bersama kepimpinan dan komuniti setempat.
Semoga Surau Nur Perdana terus dimakmurkan dan menjadi tempat warga Presint 10 memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan syiar Islam serta memanfaatkan kemudahan ini untuk kebaikan bersama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikan. Gong Xi Fa Cai.
Perayaan ini membawa semangat pembaharuan, harapan dan keyakinan untuk melangkah ke hadapan. Dalam dunia yang semakin mencabar, kita mesti terus kekal tenang, bersatu dan berusaha memastikan negara ini berada di landasan yang kukuh.
Tahun Kuda melambangkan keberanian, ketekunan dan kekuatan untuk terus mara. Dengan semangat ini, kita melangkah ke hadapan dengan tekad, memelihara keharmonian, dan memperkukuh asas negara demi masa depan yang lebih baik.
Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa kegembiraan dan makna yang mendalam kepada semua yang meraikan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini bersama sahabat-sahabat Blok D Apartment 8R2 sempena menyambut ketibaan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memenuhi undangan, Tun Faisal Ismail dan isteri yang melangsungkan majlis persandingan anak pertama mereka, Tun Daim dan pasangan, Nur Hazierah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
14 Februari
14 Februari 1997, 29 tahun yang lalu, ketika berumur 20 tahun, saya menjejakkan kaki buat kali pertama ke bumi Australia untuk melanjutkan pelajaran.
14 Februari 2017, sembilan tahun yang lalu, ketika berumur 40 tahun, saya menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Penaja Bahagian BERSATU Ketereh daripada Tun Dr Mahathir, Pengerusi BERSATU. Ketika itu saya sedang berkhidmat sebagai pensyarah di University of Tasmania, Australia.
28 Februari 2018, saya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di University of Tasmania untuk berhijrah balik ke Malaysia bagi membantu BERSATU menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Hari ini, 14 Februari 2026, dalam suasana parti melalui badai, saya menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bagi membantu parti melalui tempoh yang mencabar.
BERSATU adalah parti pertama saya.
Saya sayangkan parti ini.
Insya-Allah, akan terus berkhidmat untuk negara melalui wadah BERSATU selagi termampu.
Doakan yang terbaik buat saya agar perjuangan ini terus diberkati Allah SWT.
DRJ
14 Februari 2026
Putrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat pagi semua.
Pagi ini saya merasmikan program Queen of Pickleball Putrajaya di Pickledoh UNITEN.
Selamat maju jaya kepada semua peserta. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi bersama anak-anak N2 Hornets, kelab ragbi SMK Putrajaya Presint 9(2), yang bakal bertanding di Shah Alam hujung minggu ini.
Pak cik doakan yang terbaik untuk semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari terakhir sidang Dewan Rakyat sebelum kita berehat seketika sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan.
Beberapa minggu ini perbahasan berlangsung dengan padat. Soalan demi soalan dibangkitkan kerana tanggungjawab kita jelas iaitu menyuarakan isu rakyat dan memastikan setiap perkara diberi perhatian sewajarnya.
Hari ini Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyentuh soal kos sara hidup pelajar IPT termasuk isu latihan industri tanpa elaun, hala tuju dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, strategi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PERHILITAN dalam menangani gangguan kera dan monyet yang semakin membimbangkan, isu kesukaran mendapatkan beras tempatan di pasaran serta kelewatan pembayaran balik cukai yang menekan aliran tunai peniaga.
Kita berehat seketika sempena Tahun Baharu Cina dan membuat persiapan menyambut Ramadan yang penuh keberkatan.
Selesai cuti nanti, kita kembali semula ke Dewan Rakyat. Perjuangan diteruskan, komitmen tidak berubah.
Demi rakyat, demi Malaysia.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
APA PUNCA SEBENAR KELEWATAN BAYAR BALIK CUKAI?
Dalam sesi MQT pagi ini, saya membangkitkan isu kelewatan bayaran balik cukai yang terus menjejaskan peniaga, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.
Namun jawapan yang diberikan masih belum menjelaskan secara terperinci punca sebenar kelewatan tersebut.
Jika punca sebenar telah dikenal pasti, ia wajar dinyatakan dengan jelas di Dewan Rakyat supaya semua pihak memahami langkah penyelesaiannya. Jika belum, kerajaan perlu mempercepatkan penelitian dan memaklumkan perkembangan secara berkala.
Bagi peniaga, kelewatan bayaran balik cukai bukan sekadar angka. Ia memberi kesan langsung kepada aliran tunai, bayaran gaji pekerja dan kelangsungan operasi.
Isu ini perlu ditangani secara tuntas dan telus agar keyakinan komuniti perniagaan terhadap sistem percukaian negara terus terpelihara.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, berjumpa dengan anak-anak serta warga pendidik dari SMK Tinggi Port Dickson.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, bersama-sama sahabat Ahli Parlimen dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Ekonomi Bilangan 2 bagi Tahun 2026.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu gangguan haiwan liar seperti monyet dan anjing bukan perkara baharu di Putrajaya.
Saya telah berkali-kali membangkitkannya di Parlimen kerana ia melibatkan keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Susulan itu, saya turut mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan PERHILITAN bagi meneliti punca masalah serta mencari pendekatan yang lebih berkesan dan berterusan.
Namun kini, isu yang sama telah mula memberi kesan kepada komuniti di Presint 10. Kehadiran haiwan liar ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman, malah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya melibatkan keselamatan harian dan kesejahteraan keluarga.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia memerlukan tindakan yang tersusun, kerjasama erat antara agensi berkaitan serta penyelesaian yang menyeluruh demi memastikan keharmonian dan keselamatan warga Putrajaya terus terpelihara.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berhubung Rang Undang-Undang had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh, Perikatan Nasional meminta supaya dimasukkan peruntukan jelas bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan.
Langkah ini penting untuk mengukuhkan semak dan imbang, mengelakkan penumpuan kuasa, serta memastikan pengurusan kewangan negara lebih telus. Kita juga perlu belajar daripada sejarah agar kesilapan tidak berulang.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ahli Parlimen Kerajaan mencadangkan agar topik politik moden, termasuk pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 serta gerakan Reformasi, dimasukkan dalam silibus Sejarah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ahli Parlimen Hulu Langat selalu bercakap tentang keadilan.
Kalau Ahli Parlimen Kerajaan dijemput, jemputlah juga Ahli Parlimen Pembangkang.
Tanggungjawab kita semua adalah untuk rakyat.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Dewan Rakyat hari ini, saya membangkitkan keperluan perancangan aliran trafik sebelum sekolah dibuka bagi sekolah baharu di Putrajaya, khususnya Sekolah Kebangsaan Presint 8(3).
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini di Dewan Rakyat, saya membangkitkan isu kesesakan tempat letak kereta yang semakin meruncing di kawasan perumahan Putrajaya.
Saya memahami Perbadanan Putrajaya ada perancangan jangka panjang. Namun begitu, perlu dilihat penyelesaian segera bagi tempoh jangka pendek dan sederhana supaya tidak menimbulkan konflik dalam komuniti.
Saya mencadangkan supaya Kerajaan meneliti pendekatan secara spesifik di kawasan tertentu bagi memberi kelonggaran parkir pada waktu tertentu seperti yang diamalkan di bandar utama luar negara, supaya penduduk mempunyai ruang yang lebih wajar dan tidak tertekan dengan tindakan saman.
Jika tiada penyelesaian bagi tempoh jangka pendek dan sederhana diambil, isu ini akan terus membebankan kehidupan harian warga Putrajaya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Peritnya Tiada Damai
DRJ
Putrajaya
10 Februari 2026 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terus membawa suara rakyat di Dewan Rakyat hari ini dengan membangkitkan perkara penting yang merangkumi pelbagai sektor strategik negara.
Antara isu yang dibangkitkan termasuk cadangan menaik taraf Darul Quran Kuala Kubu Bharu menjadi universiti penuh, projek pertanian berimpak tinggi serta usaha memperkukuh Keselamatan Makanan Negara, rundingan strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri mineral termasuk Rare Earth Element, langkah Kerajaan membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap tetapi disenarai hitam kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN, kebajikan pelajar B40 yang terpaksa bekerja sambil belajar, selain strategi menangani penurunan tahap sara diri industri padi dan beras negara.
Isu-isu ini menyentuh masa depan pendidikan, keterjaminan makanan, kelestarian sumber asli serta kebajikan anak muda dan rakyat keseluruhannya.
#drj
#perikatannasional
#dewanrakyat -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Generasi pewaris negara!
Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 9 Februari 2026.
Semoga segala urusan dipermudah dalam menggalas amanah ini.
#drj
📸 - Jabatan Wilayah Persekutuan -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya turun untuk meninjau keadaan sekitar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3) dan mendengar pandangan penduduk Apartmen Fasa 4C berkenaan aliran trafik di kawasan ini. Langkah ini bagi memastikan laluan sedia ada dapat diurus dengan lebih teratur dan selamat, serta mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila sekolah mula beroperasi kelak.
Isu kesesakan dan pengurusan laluan trafik di kawasan sekolah turut saya bangkitkan di Dewan Rakyat, termasuk memohon agar Perbadanan Putrajaya meneliti langkah sewajarnya bagi memastikan pergerakan kenderaan di sekitar sekolah berada dalam keadaan terkawal apabila sesi persekolahan bermula.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya turun untuk meninjau keadaan sekitar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3) dan mendengar pandangan penduduk Apartmen Fasa 4C berkenaan aliran trafik di kawasan ini. Langkah ini bagi memastikan laluan sedia ada dapat diurus dengan lebih teratur dan selamat, serta mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila sekolah mula beroperasi kelak.
Isu kesesakan dan pengurusan laluan trafik di kawasan sekolah turut saya bangkitkan di Dewan Rakyat, termasuk memohon agar Perbadanan Putrajaya meneliti langkah sewajarnya bagi memastikan pergerakan kenderaan di sekitar sekolah berada dalam keadaan terkawal apabila sesi persekolahan bermula.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.
Semoga dipermudah urusan 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Majlis sempena menyambut Ramadan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ketika berbasikal bersama isteri pagi tadi, kami berhenti sekejap untuk menyapa Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Puan Sri Balkis, yang sedang beriadah berhampiran rumah mereka.
Tan Sri adalah bekas Pengerusi SPR. Memang tak kering gusi kalau sembang dengan Tan Sri.
Kami doakan agar Tan Sri dan Puan Sri sihat sentiasa. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menghadiri Majlis Tahlil arwah Zainal bin Jamaluddin di Surau Al-Firdaus, Presint 11, ayahanda kepada Saudara Ikhwan Zainal, Ketua ARMADA BERSATU Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama sahabat-sahabat komuniti Blok A, Fasa 4C, Presint 8.
Bila buat program komuniti, orang kuat mesti kena ada 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa sesi penggulungan YB Menteri Pendidikan tempoh hari, saya membangkitkan persoalan berkaitan pendaftaran Tahun 1 pada usia 6 tahun serta keperluan mendaftar prasekolah, khususnya sekiranya permohonan melebihi kapasiti sekolah dan kekeliruan yang mungkin dihadapi ibu bapa.
Dalam jawapan, YB Menteri memaklumkan bahawa persiapan telah dibuat untuk menampung semua permohonan, tiada penolakan murid, dan ibu bapa tidak perlu mendaftarkan anak ke prasekolah sekiranya memohon kemasukan Tahun 1 pada usia 6 tahun.
Penjelasan lanjut amat diperlukan supaya ibu bapa dapat membuat perancangan dengan lebih jelas dan tepat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, selepas sembahyang Jumaat di Surau Muhajirin, Presint 9, saya bertemu dengan Abang Ad dan Haji Akhir.
Haji Akhir pernah berjiran dengan Saad bin Karim atau lebih dikenali sebagai Abang Ad di Blok 4B Fasa 4 Presint 9. Haji Akhir sering menemani Abang Ad ke surau. Abang Ad mempunyai ketidakupayaan penglihatan.
Kini, walaupun Haji Akhir telah berpindah ke Apartment PRIMA Presint 11, beliau masih meneruskan rutin yang sama dengan datang menjemput dan menemani Abang Ad ke surau.
Perkara ini mungkin nampak kecil, tetapi ia mencerminkan sikap saling mengambil berat dan keakraban sesama jiran.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi ketika menjenguk melalui tingkap, saya kata pada isteri, “Ermmm…. dah lebih dua tahun tanam kelapa tu, bila la nak berbuah”.
Petang tadi, saya saja pergi tengok pokok tersebut untuk dibersihkan dan dibaja. Alhamdulillah, nampak ada dua seludang baharu keluar! Phew, selepas menunggu penuh sabar, akhirnya dah nak mula berbuah.
Harapnya lebih banyak seludang keluar, bunganya lekat dan buahnya menjadi.
Saya kemudian mengira berapakah pelepah kelapa yang ada di pokok. Semua sekali ada 20 pelepah.
Mengapa saya sentiasa kira jumlah pelepah? Saya masih ingat ada seorang pekebun cerita kepada saya, “Pelepah di pokok yang belum berbuah jangan buang dulu. Lepas ada sekurang-kurangnya 18 pelepah, insya-Allah akan mula keluar buah”.
Ada yang pernah dengar petua yang sama ke?
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Muamalat Dijaga, Hidup Sejahtera
Khutbah hari ini di Surau Al Muhajirin mengingatkan kita bahawa ajaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ia bukan sekadar tentang ibadah, tetapi juga cara kita bekerja, mencari rezeki dan berurusan sesama manusia.
Dalam kehidupan seharian, nilai kejujuran, amanah dan tanggungjawab mesti sentiasa menjadi asas. Rezeki yang diperoleh melalui jalan yang baik akan melahirkan ketenangan jiwa, manakala sikap cuai serta mengambil mudah hak orang lain hanya mengundang kesempitan hidup dan menghilangkan keberkatan.
Khutbah ini turut menyeru kita agar menjaga adab dalam pergaulan dan berurusan, berlapang dada ketika berbeza pandangan serta sentiasa memilih pendekatan yang membawa keharmonian. Sikap saling menghormati, kebijaksanaan dan kesederhanaan inilah yang menjadi asas kepada muamalat yang baik serta masyarakat yang lebih sejahtera.
Moga peringatan ini menyedarkan kita semua untuk terus memperbaiki diri, memelihara hubungan sesama insan dan membina kehidupan yang seimbang antara tuntutan dunia serta akhirat. Insya-Allah, apabila nilai-nilai ini dipelihara, kehidupan akan lebih harmoni dan diberkati.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini keputusan rayuan MRSM, SBP, SMKA dan KV diumumkan. Tahniah yang berjaya. Yang belum, jangan risau. Terus ikhtiar, anak-anak pasti berjaya. #nothingbeatshardwork
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya bertemu dengan anak-anak dari MRSM Kota Putra, Besut yang datang ke Parlimen Malaysia untuk lawatan sambil belajar.
Saya sempat berkongsi sedikit kata-kata semangat kepada para pelajar SPM supaya terus fokus, yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah berputus asa.
Semoga segala usaha mereka dipermudah dan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan!
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersarapan bersama YB Tuan Haji Dzowahir Abd Ghani, EXCO Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah merangkap ADUN Suka Menanti, YB Amri Wahab, ADUN Derga, Saudara Nik Fazli, Ketua Bahagian BERSATU Sungai Petani, serta Saudara Sofi, Ketua Armada Kedah, dan rakan-rakan lain di Alor Setar Breakfast Station.
Walaupun singkat, pertemuan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan serta menyentuh beberapa isu semasa dalam suasana santai dan penuh muhibah.
Saya doakan yang terbaik untuk semua. Jumpa lagi di lain kesempatan. 😁
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersarapan bersama YB Tuan Haji Dzowahir Abd Ghani, EXCO Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah merangkap ADUN Suka Menanti, YB Amri Wahab, ADUN Derga, Saudara Nik Fazli, Ketua Bahagian BERSATU Sungai Petani, serta Saudara Sofi, Ketua Armada Kedah, dan rakan-rakan lain di Alor Setar Breakfast Station.
Walaupun singkat, pertemuan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan serta menyentuh beberapa isu semasa dalam suasana santai dan penuh muhibah.
Saya doakan yang terbaik untuk semua. Jumpa lagi di lain kesempatan. 😁
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang bertanya khabar dengan anak-anak dari MRSM Kota Putra tadi, terjumpa adik Muaz dari Putrajaya!
Pak cik doakan yang baik-baik buat adik Muaz dan kawan-kawan!
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KAFA, Tahun 1 Usia 6 Tahun dan Sekolah Dua Sesi: Persoalan Penting Yang Perlu Dijawab Kerajaan
Semasa sesi penggulungan YB Menteri Pendidikan petang tadi, saya ada membangkitkan persoalan berkaitan kelas KAFA bagi sekolah-sekolah yang akan dilaksana dua sesi persekolahan. Perkara ini turut disuarakan oleh YB Kapar.
Kami menyuarakan kebimbangan ibu bapa mengenai kelas KAFA anak-anak mereka jika dilaksanakan persekolahan dua sesi kelak. Dalam hal ini, sudah pasti ruang-ruang di sekolah yang diguna bagi kelas KAFA pada masa ini akan digunakan untuk tujuan persekolahan sesi petang. Apakah pendekatan Kerajaan untuk menangani situasi ini?
Saya juga minta penjelasan Kementerian mengenai kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 tahun bagi sekolah-sekolah sedia ada yang melaksanakan persekolahan dua sesi.
Diharap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan dan penerangan dengan segera bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan sewajarnya untuk sesi persekolahan dan kelas KAFA anak-anak.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab, singgah menziarahi keluarga kakak ipar saya di Taman Sri Derga. Suaminya, arwah Cikgu Din, meninggal dunia pagi semalam.
Terima kasih, sahabat. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Innalillahiwainnailaihirajiun. Damailah di negeri abadi, Abang Din.
Selepas sembahyang Maghrib tadi, selesai sudah urusan pengebumian biras saya, Cikgu Shahabudin bin Bakar. Arwah mengajar di SK Jalan Datuk Kumbar. Seorang yang tidak berkira dan baik budinya.
Selepas menerima berita pemergian Allahyarham, kami bergegas balik ke Derga, Kedah.
Alhamdulillah segala urusan dipermudah dan jenazah Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan, Masjid Mohamad Iskandar Wan Tempawan, Alor Setar, Kedah.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang turut membantu dalam melancarkan segala urusan sehingga selesai pengebumian.
Sama-sama kita doakan semoga arwah Cikgu Din ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah diucapkan kepada Ir Hj Che Kob bin Hj Ismail dan Dr Hjh Aspalela binti Hj Alimat atas perkahwinan putera tercinta, Muhammad Kamil Arief bin Che Kob dengan pasangannya, Amirah Zahirah binti Ashmadi.
Semoga dikurniakan kebahagiaan berpanjangan serta menjadi keluarga yang sentiasa berada dalam lindungan-Nya.
Selamat menempuh alam perkahwinan. 💐
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada PPj atas tindakan yang telah diambil berkenaan aduan pokok yang melebihi paras bumbung rumah penduduk di sekitar Jalan P11H.
Kerja-kerja penyelenggaraan masih berjalan dan Putrajaya Care akan terus memantau perkembangan tersebut.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Baru-baru ini santai bersama pelajar SPM 2025 Putrajaya! Seronok mendengar perancangan dan cita-cita masing-masing untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam dunia pendidikan.
Sudah buat pilihan UPU? Ingat, permohonan dibuka hingga 23 Mac 2026. Boleh semak dan mohon di: upu.mohe.gov.my
Nasihat saya supaya teliti setiap program yang dipilih, pertimbangkan minat dan kekuatan diri, serta fikirkan hala tuju jangka panjang. Jangan takut bertanya kepada guru, kaunselor atau ibu bapa sebelum membuat keputusan yang penting ini. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan cita-cita dapat direalisasikan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Cuti panjang, bila nak pergi kerja, barang motor kena curi. 🚨
Pihak Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, telah menerima laporan mengenai kejadian kecurian di Perumahan Penjawat Awam Apartmen 5R3.
Perkara ini telah disusul kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diteliti dan tindakan lanjut. Kami berharap agar kawalan keselamatan bagi penduduk di kawasan ini dapat ditingkatkan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya bersama anak-anak dari Yayasan Tun Razak di Parlimen.
Pak cik doakan yang terbaik buat semua. Semoga segala urusan dipermudah dan terus berjaya dalam setiap langkah kehidupan.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat pengantin baharu kepada Fahmi dan Maizurah. Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia, diberkati serta berpanjangan hingga ke anak cucu.
Terima kasih juga kepada Saudara Romley dan isteri, Puan Zaidah, atas undangan untuk bersama-sama meraikan hari istimewa ini.
Moga kita berjumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Indah sungguh langit senja di Putrajaya menjelang malam Nisfu Sya'ban.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pemilihan UPU adalah satu langkah penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Oleh itu, setiap pilihan wajar dibuat dengan penuh pertimbangan, selaras dengan minat, dan potensi diri masing-masing.
Elakkan membuat keputusan secara tergesa-gesa. Setiap kursus mempunyai tahap persaingan serta keperluan yang berbeza. Kenali kekuatan diri, dapatkan pandangan yang sesuai dan pilih laluan yang benar-benar seiring dengan perancangan masa hadapan.
Gunakan peluang yang ada dan buatlah pilihan yang terbaik.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya menziarahi saudara Ibrahim di Flora Rosa, Presint 11 yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Semoga beliau terus diberikan kekuatan, dipermudah segala urusan dan dikurniakan kesembuhan. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat Saudara Ikhwan Zainal serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Zainal bin Jamaluddin.
Saya bersama sahabat-sahabat lain menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.
Pemergian insan tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam buat keluarga yang ditinggalkan.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, dan seluruh ahli keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan serta kecekalan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan putera kepada YB Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Puan Noor Azira Datuk Ahamad, iaitu Muhammad Iskandar Mirza bersama pasangannya, Nor Aina.
Semoga pasangan ini membina kehidupan berkeluarga yang harmoni, dipermudahkan setiap urusan, serta sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan keberkatan dalam perjalanan hidup mereka.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Majlis perkahwinan Mohamed Yusuf Al-Sadiq dan Sara Sabrina, anak bongsu kepada Dato’ Seri Azmin Ali dan Datin Seri Shamsidar Taharin, yang turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Selangor, serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Permaisuri Selangor.
Mendoakan agar rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah, menjadi sumber ketenangan serta kekuatan buat kedua-dua mempelai dalam menempuh perjalanan kehidupan bersama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya, khususnya sahabat-sahabat di Putrajaya.
Semoga mereka yang meraikan menikmati perayaan ini dengan penuh makna dan kegembiraan bersama keluarga serta sahabat handai.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini kita menyambut Hari Wilayah Persekutuan dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan, mengenang peranan penting Wilayah Persekutuan sebagai nadi pentadbiran serta pemacu pembangunan negara.
Sejarah Wilayah Persekutuan bermula pada tahun 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dengan tujuan memastikan pusat pentadbiran negara dapat dibangunkan secara lebih tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat.
Usaha ini kemudiannya diperluaskan apabila Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1984, diikuti Putrajaya pada tahun 2001 ketika negara dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang membina pusat pentadbiran Persekutuan yang moden dan terancang.
Saya membesar sebagai anak kampung. Pada waktu itu, ibu negara Kuala Lumpur sering diceritakan oleh guru-guru di sekolah sebagai sebuah bandar yang sedang pesat membangun, dengan bangunan pejabat yang mula memenuhi latar kota, jalan raya yang semakin sibuk dan peluang pekerjaan yang terbuka luas. Gambaran itulah yang membentuk imaginasi ramai anak desa tentang peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pertumbuhan negara.
Hari ini, Wilayah Persekutuan merangkumi Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. Tiga wilayah ini memainkan peranan besar dalam menggerakkan ekonomi, pentadbiran serta kehidupan sosial negara. Dengan perancangan rapi dan pendekatan moden, Wilayah Persekutuan menjadi contoh pembangunan bandar yang efisien, progresif dan mesra rakyat.
Namun sebagai wakil rakyat di Wilayah ini, saya sedar kemajuan mesti sentiasa berjalan seiring dengan keperluan warga. Tekanan kos sara hidup, isu perumahan dan parkir, kesesakan lalu lintas serta mutu kemudahan awam adalah realiti yang perlu ditangani dengan serius, teliti dan berpaksikan kepentingan rakyat. Setiap suara, setiap aduan dan setiap cadangan wajar diberi perhatian kerana di situlah terletaknya tanggungjawab kepimpinan.
Wilayah Persekutuan bukan sekadar menempatkan institusi kerajaan, tetapi turut menjadi ruang komuniti, pusat pendidikan, lokasi rekreasi dan kawasan kediaman yang membentuk kualiti kehidupan bandar. Amanah kita ialah memastikan pembangunan yang dirancang bukan hanya indah pada pandangan mata, tetapi benar benar meningkatkan kehidupan seharian rakyat.
Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, kekal inklusif dan berdaya saing serta sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini saya memenuhi jemputan majlis perkahwinan Mohamed Yusuf Al-Sadiq dan Sara Sabrina, anak bongsu kepada Dato' Seri Azmin Ali dan Datin Seri Shamsidar Taharin.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya meluangkan masa menziarahi Tuan Haji Mahadie Chan, Mantan Ketua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Putrajaya. Beliau kini sedang menghidap kanser usus dan baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM minggu lalu.
Kami mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan serta dikurniakan kesembuhan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya turun melihat pembinaan simpang oleh PPj bagi memudahkan penduduk Parcel 15-12A dan 12B ke Kompleks Sekolah Presint 15.
PPj memaklumkan projek ini masih dalam proses penilaian untuk penambahbaikan. Saya turut mencadangkan pemasangan bonggol jalan demi keselamatan.
Terima kasih kepada PPj atas tindakan dan perhatian terhadap perkara ini. Saya akan terus memantau perkembangan ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berkaitan kerosakan eskalator di Masjid Putra, Putrajaya, pihak kami telah meninjau keadaan di lokasi serta mengadakan perbincangan bersama pegawai dari Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Kerja-kerja penilaian kerosakan telah dilaksanakan dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan keperluan teknikal yang dikenal pasti.
Saya menggesa agar pembaikan ini disegerakan serta langkah pencegahan diperkukuh supaya insiden sama tidak berulang.
Aspek keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih atas perhatian semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kemakmuran sesebuah komuniti tidak bermula dengan bangunan tinggi atau projek besar, tetapi dengan nilai takwa dalam diri manusia.
Khutbah hari ini di Surau Al-Mizan Presint 8 mengingatkan kita bahawa asas wilayah yang sejahtera ialah takwa, syukur, amanah dan adab. Apabila nilai-nilai ini subur, kepercayaan akan tumbuh dan keharmonian dapat dipelihara.
Wilayah yang benar-benar makmur bukan sekadar maju dari segi fizikal, tetapi juga harmoni, aman dan sejahtera untuk semua.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Damailah kau disana, sahabat 🤲🏻
Tiga hari lalu, saya dan isteri menziarahi sahabat, Ikhwani, di Hospital Putrajaya ketika beliau masih menerima rawatan rapi.
Lewat malam tadi, saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke alam abadi. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua yang mengenalinya.
Takziah buat isteri beliau, Cikgu Fiza, serta seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Awal pagi semalam, saya bersama wakil komuniti Presint 14 turun ke sekitar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) untuk melihat sendiri keadaan trafik pada waktu puncak.
Kami meneliti perkara-perkara yang boleh diperbaiki bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjadikan pergerakan di kawasan ini lebih teratur, khususnya untuk ibu bapa dan pelajar.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Sulaiman Mohd Rizlan, Guru Besar SK Putrajaya Presint 17(1) yang telah kembali ke rahmatullah.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga Putrajaya, khususnya seluruh warga SKPP 17(1). Allahyarham dikenang sebagai seorang Guru Besar dan warga pendidik yang penuh dedikasi dalam membimbing anak-anak, serta sentiasa komited melaksanakan amanah dengan sebaiknya, khususnya dalam memimpin SKPP 17(1).
Saya menziarahi serta menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham di Surau Presint 20 sebelum pengebumian dilaksanakan malam tadi.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu Parkir Perumahan di Putrajaya Perlukan Penyelesaian Jangka Masa Panjang!
Masalah parkir di Putrajaya sudah lama menghantui warga bandar ini. Dengan projek Residensi Wilayah yang bakal menambah sehingga 10,000 unit kediaman, serta peruntukan hanya satu petak parkir bagi setiap unit, tekanan terhadap ruang sedia ada dijangka menjadi lebih serius.
Saya telah beberapa kali membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan keselesaan hidup rakyat serta perancangan bandar yang mampan.
Kerajaan perlu tampil dengan pendekatan jangka panjang yang realistik dan menyeluruh. Menawarkan perumahan di kawasan padat tanpa perancangan parkir yang mencukupi bukanlah jalan keluar kepada masalah sebenar.
Isu ini menuntut tindakan lebih awal sebelum krisis menjadi semakin besar.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa saya turun meninjau kesesakan lalu lintas di Presint 15 tempoh hari, penduduk telah mencadangkan satu laluan alternatif ke Kompleks Sekolah Presint 15 melalui Taman Rimba Alam. Namun ketika itu, terdapat sebahagian jalan yang masih belum diturap.
Susulan pandangan tersebut, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah memanjangkan perkara ini kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan lanjut.
Semalam, PPj memaklumkan bahawa jalan berkenaan telah diturap dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu ini, termasuk pemasangan papan tanda, garisan jalan raya dan kerja keselamatan lain.
Laluan alternatif ini diharap dapat memudahkan penduduk Presint 15, khususnya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, serta membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Terima kasih kepada PPj dan semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas dalam melaksanakan penambahbaikan ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan media berhubung pendaftaran murid Tahun 1 pada usia enam tahun bagi sesi akademik 2027. Pendaftaran ini adalah secara sukarela oleh ibu bapa.
Namun demikian, banyak lagi persoalan-persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya ibu bapa yang perlu diperjelaskan oleh KPM.
Adakah semua pendaftaran secara sukarela ini akan mendapat tempat di sekolah nanti atau hanya sebahagian saja yang memohon mendapat tempat di sekolah.
Sekiranya KPM menjangkakan tidak semua pendaftaran secara sukarela ini akan mendapat tempat, saya minta agar KPM bersedia beri penjelasan kepada ibu bapa lebih awal dan memaklumkan kriteria pemilihan murid berusia 6 tahun untuk mendapat tempat di Tahun 1 secara telus.
Berkaitan perkara ini, saya pernah cadangkan pendekatan kohort kelahiran.
Pakat kongsi-kongsikan.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Meninjau Kesesakan Lalu Lintas di Presint 14
Pagi ini, saya bersama penduduk di Kariah Surau Al-Manar, Duta Villa dan P14A turun ke lapangan bagi meninjau secara langsung keadaan kesesakan lalu lintas di kawasan Presint 14, termasuk di sekitar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1).
Hasil pemerhatian mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan ditambah baik bagi mengurangkan kesesakan, khususnya pada waktu puncak.
Usaha penambahbaikan melibatkan kerjasama semua pihak yang bertanggungjawab penting demi memudahkan perjalanan harian penduduk serta memastikan aliran trafik yang lebih lancar dan selamat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kesesakan Lalu Lintas di Putrajaya: Isu yang Semakin Membimbangkan.
Kesesakan lalu lintas di Putrajaya semakin memberi tekanan kepada kehidupan seharian penduduk dan pengguna jalan raya, khususnya di sekitar kawasan sekolah dan laluan utama. Antara kawasan yang terjejas ialah Presint 9, Presint 8, Presint 11, Presint 14 dan Presint 15.
🔴 Presint 8
Penduduk terpaksa bersaing dengan kenderaan dari Ayer@8, kuarters dan perumahan sekitar termasuk Tamara setiap pagi. Keadaan ini dijangka menjadi lebih serius apabila Sekolah Kebangsaan Presint 8(3) mula beroperasi sekiranya pengurusan trafik tidak dirancang dengan rapi.
🟠 Presint 9
Laluan P9B ke Lebuh Perdana Barat sering sesak pada waktu pagi akibat ketidakselarasan lampu isyarat, memanjangkan masa perjalanan pengguna.
🟡 Presint 11
Laluan P11 menuju simpang empat P11A dan P11B kini mengambil masa jauh lebih lama ketika waktu puncak, memberi kesan besar kepada penduduk dan pekerja.
🟢 Presint 14
Kawasan apartmen 14-7 dan perumahan teres menuju ke bulatan jalan turut mengalami kelewatan perjalanan yang ketara.
🔵 Presint 15
Sejak pembukaan Kompleks Sekolah Presint 15(1), laluan Sungai Merab dan Jalan Abu Bakar Baginda semakin perlahan dan menjejaskan pergerakan harian warga.
Tempoh hari, saya telah membangkitkan isu kesesakan lalu lintas ini di Dewan Rakyat. Isu-isu ini juga telah dimaklumkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj), dan usaha sedang digerakkan untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik demi keselesaan warga Putrajaya.
Saya mengambil maklum usaha PPj beralih kepada sistem lampu isyarat pintar berasaskan AI, namun pelaksanaannya perlu dipantau rapi agar benar-benar memberi kesan di lapangan.
Antara cadangan yang diketengahkan:
1. Segerakan penyediaan laluan alternatif bagi mengurangkan tekanan trafik.
2. Pastikan sistem lampu isyarat pintar diselaraskan terlebih dahulu di kawasan hotspot serta lokasi yang sering mengalami kesesakan agar aliran trafik menjadi lebih lancar dan berkesan.
3. Perkukuhkan pengangkutan awam serta perancangan laluan bas bagi mengurangkan beban kenderaan persendirian.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah Puan Hartini dan seluruh ahli keluarga Allahyarham Ismail yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Pagi tadi, saya menziarahi serta menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya minta KPM jelaskan tentang kaedah pelaksanaan Pengukuran Pembelajaran Tahun 4 dan Tingkatan 3. Adakah pengukuran ini dilaksanakan secara peperiksaan berpusat, iaitu diadakan serentak di seluruh negara dan menggunakan soalan yang seragam, ataupun diadakan di peringkat sekolah menggunakan bank soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, sama sebagaimana yang pernah diumumkan oleh KPM pada tahun 2022.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sekiranya KPM tetap hendak meneruskan pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 tahun pada 2027, mengambil kira kekangan bilik darjah dan guru, pelaksanaannya perlu dibuat secara berperingkat seperti yang digambarkan oleh Menteri Pendidikan.
Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, saya mengemukakan pendekatan 3K:
Kapasiti - jumlah sebenar bilik darjah, guru dan fasiliti yang mampu disediakan.
Kelahiran - kemasukan berperingkat ditentukan berdasarkan bulan kelahiran sejajar dengan pertambahan kapasiti sekolah.
Kelonggaran - ibu bapa diberi pilihan untuk menentukan sama ada anak memulakan Tahun 1 pada usia enam atau tujuh tahun.
Dalam konteks pertumbuhan anak-anak, pendekatan ini lebih natural. Ini kerana perbezaan umur antara murid yang lahir di hujung tahun dan awal tahun berikutnya tidak terlalu ketara.
Pendekatan ini turut membuka ruang kepada pembentukan budaya baharu permulaan persekolahan pada usia enam tahun yang lebih tersusun dan terancang.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sekitar jam 12 tengah hari ini, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perbahasan Titah Diraja.
Saksikan siaran langsung ucapannya di Facebook rasmi beliau!
#perikatannasional
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semoga dipermudahkan segala urusan penduduk yang terjejas akibat kebakaran tanah gambut di Sungai Kapal & Bayu Damai, Pengerang serta kebakaran belukar di Taman Bukit Mewah, Johor Bahru.
Saya mendoakan agar semua yang terlibat diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik. Semoga keadaan segera pulih.
Terima kasih kepada pihak bomba dan semua agensi terlibat atas tindakan pantas dalam mengawal keadaan.
📸 - Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
#drj
#johor -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat tadi, saya mencadangkan supaya kadar Imbuhan Tetap Perumahan penjawat awam disemak semula. Kenaikan terakhir dibuat pada tahun 2015 dan kadar terendah ketika ini hanya RM300 bagi gred 1 hingga 9.
Sebagai contoh, penjawat awam di Putrajaya, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sewa bilik sahaja boleh mencecah RM600 manakala sewaan sebuah apartmen bermula sekitar RM1,200. Jurang ini menunjukkan Imbuhan Tetap Perumahan tidak lagi seiring dengan realiti semasa dan perlu dinilai semula dengan mengambil kira keadaan semasa demi kebajikan penjawat awam.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
𝟯𝗞 - 𝗞𝗮𝗽𝗮𝘀𝗶𝘁𝗶, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻.
Empat hari lalu, saya memberikan pandangan ringkas berkaitan pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 tahun, iaitu:
“Pandangan saya, tidak wajar dilaksanakan ujian diagnostik kepada anak-anak berusia 5 tahun bagi kemasukan ke Tahun 1 pada umur 6 tahun. Lebih baik guna pendekatan 3K…”
Ketika Perbahasan Titah DiRaja di Dewan Rakyat sebentar tadi, saya menyentuh secara lebih mendalam cadangan tersebut. Di sini saya kongsikan penjelasan berkaitan dengan cadangan pelaksanaan kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 tahun secara berperingkat yang saya sentuh dalam perbahasan tadi:
1. Berdasarkan data kelahiran untuk tahun 2021, adalah dijangkakan terdapat sekitar 440,000 orang anak-anak yang mencecah usia 6 tahun pada 2027. Sekiranya purata setiap kelas adalah 35 orang murid, maka lebih 12,500 bilik darjah diperlukan. Tentunya amat mencabar untuk KPM untuk menyediakan kesemua bilik darjah tersebut dalam masa 11 bulan ini. Itu belum termasuk keperluan untuk menyediakan guru-guru terlatih dan fasiliti lain.
2. Mengambil kira kekangan ini, salah satu pilihan yang ada adalah untuk KPM menangguhkan sedikit pelaksanaanya bagi memberi ruang penyediaan bilik-bilik darjah dan juga guru-guru serta fasiliti yang diperlukan.
3. Sekiranya KPM hendak teruskan juga pelaksanaanya pada tahun 2027, mengambil kira kekangan bilik-bilik darjah dan juga guru-guru serta fasilitii, tentunya KPM akan melaksanakan kemasukan berperingkat. Inilah gambaran yang diberikan oleh Menteri Pendidikan.
4. Persoalannya, bagaimanakah kemasukan berperingkat ini akan dilaksanakan?
5. Di sini saya ingin berkongsi cadangan dengan pihak KPM dalam konteks pelaksanaan kemasukan berperingkat. Cadangan pendekatan kemasukan berperingkat ini melibatkan 3K iaitu kapasiti, kelahiran dan kelonggaran.
6. Pertama, KPM perlu meneliti apakah kapasiti sebenar yang dapat disediakan pada Januari 2027 untuk tambahan pengambilan murid Tahun 1 di usia 6 tahun. Kapasiti ini melibatkan ketersediaan kelas, guru dan fasiliti. Seharusnya, data-data kapasiti tambahan ini telah pun tersedia sebelum pengumuman dibuat. Selain itu, KPM juga perlu membuat unjuran kapasiti untuk tahun-tahun yang berikutnya.
7. Kedua, KPM seharusnya menentukan kemasukan berperingkat berdasarkan tarikh kelahiran anak-anak dan bukannya membuat saringan melalui ujian diagnostik. Katakan pada tahun 2027 KPM mempunyai kapasiti untuk mengambil tambahan 100,000 orang murid di seluruh negara untuk kemasukan ke Tahun 1 pada umur 6 tahun, maka, KPM boleh menetapkan anak-anak yang mencecah umur 6 tahun pada bulan tertentu layak untuk memasuki Tahun 1.
8. Sebagai contoh, KPM boleh menetapkan murid yang mencecah umur 6 tahun di antara Januari hingga April 2027 akan diterima masuk ke Tahun 1. Untuk tahun-tahun berikutnya, berdasarkan pertambahan kapasiti, KPM boleh mengambil lebih ramai murid dengan meluaskan julat umur yang layak berdasarkan bulan kelahiran.
9. Ketiga, ibu bapa kepada anak-anak yang layak memulakan Tahun 1 pada umur 6 tahun berdasarkan bulan kelahiran diberikan kelonggaran membuat pilihan untuk mulakan persekolahan anak mereka pada usia 7 tahun. Katakan seorang anak mencapai usia 6 tahun dalam bulan kelahiran yang ditetapkan dan layak memasuki Tahun 1, ibu bapa boleh membuat pilihan sama ada mendaftarkan anak mereka untuk ke Tahun 1 pada tahun tersebut atau pada tahun berikutnya, iaitu pada usia 7 tahun.
10. Pendekatan yang dicadangkan ini adalah lebih natural, dengan izin, dalam konteks pertumbuhan anak-anak. Perbezaan umur dan pertumbuhan di antara anak-anak yang lahir pada bulan 12 tahun sebelumnya dengan yang lahir pada awal tahun berikutnya tidaklah begitu ketara.
11. Pendekatan ini memberi peluang kepada pembinaan budaya baharu permulaan persekolahan pada usia 6 tahun dalam keadaan yang lebih harmoni dan tersusun.
DRJ
Putrajaya
27 Januari 2026
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tengku Bidin Tengku Jusoh yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Saya mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ikhtiar sehabis baik demi membawa suara rakyat.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini sekitar jam 3.00 petang, saya akan mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Fokus perbahasan kali ini ialah soal kesejahteraan rakyat dan kepentingan warga Putrajaya yang perlu terus diberi perhatian.
Ikuti siaran langsung di Facebook rasmi saya.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan kesesakan lalu lintas di Presint 15, Putrajaya, khususnya di laluan daripada Kuarters Presint 15–12A dan 15–12B ke Kompleks Sekolah Presint 15(1), pembinaan satu simpang baharu telah dimulakan sebagai langkah penyelesaian.
Perbadanan Putrajaya (PPj) kini melaksanakan kerja-kerja tersebut dan dijangka siap pada 31 Januari ini. Apabila siap kelak, akses dari kawasan kuarters ke kompleks sekolah dijangka menjadi lebih lancar.
Terima kasih kepada PPj atas tindakan pantas menangani isu ini. Beberapa langkah lain bagi penyelesaian jangka panjang juga sedang diikhtiarkan.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada warga Putrajaya, khususnya ibu bapa dan pelajar. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mohon sama-sama doakan agar sahabat saya, Ikhwani, dikurniakan kesembuhan dan keluarganya terus diberi kekuatan.
Ikhwani dan isteri, Cikgu Fiza, pernah menetap di Sydney sewaktu kami di sana dahulu. Sabtu lalu, kami menerima berita beliau dimasukkan ke hospital. Sebelum ke Parlimen hari ini, saya dan isteri menziarahi beliau di Hospital Putrajaya.
Ikhwani masih memerlukan rawatan rapi. Semoga cepat sembuh, sahabat. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tiba di Parlimen sebentar tadi, saya berkesempatan bertemu anak-anak daripada Universiti Malaya yang datang mengisi masa ‘study break’ mereka. Katanya, mahu “study” di sini pula. 😄
Semoga kunjungan ini memberi pendedahan tentang proses Parlimen Malaysia, dan semoga semua terus cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya dan isteri berkesempatan menziarahi Ustaz Mohamad bin Salan, Pengerusi Surau Pudina Presint 17.
Beliau dikenali sebagai antara tokoh yang aktif dalam kerja dakwah serta khidmat komuniti, selain pernah berkhidmat sebagai Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Kini beliau dijaga oleh anak bongsunya, Ustaz Md Nor Saufi yang juga merupakan Imam Surau Pudina.
Sama-sama kita doakan agar Ustaz Mohamad dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusannya. 🤲
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sesi santai petang semalam bersama anak-anak muda Putrajaya yang telah menamatkan SPM 2025 di Restoran Miker Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri memenuhi undangan YB Datuk Seri Jamil Salleh dan Datin Seri Dr. Asmah Samat ke majlis perkahwinan anak lelaki mereka, Muhammad Imran, dan pasangannya, Nurlaeeqa Anissa, yang berlangsung di Dewan Seri Endon.
Tahniah buat YB Datuk Seri Jamil dan Datin Seri Dr. Asmah atas penerimaan menantu. Kepada pasangan mempelai, Imran dan Nurlaeeqa, selamat pengantin baharu dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini, pagi sampai petang bersama sahabat-sahabat di Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya
#putrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada sahabat saya, Mohammad Nawawi Mat Idris dan isteri Zurita Md Zain atas perkahwinan anak sulung mereka. 💐
Selamat pengantin baru buat Muhammad Izzuddin dan Fadilah Hanim. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah, penuh kasih sayang dan berkekalan hingga ke akhir hayat. 🤍
Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada dua anak sahabat saya ini, Nurul Izzah di IPG Bangi dan Muhammad Nazmi di IPG Ipoh. Semoga terus cemerlang dan menjadi pendidik berjiwa besar yang menyemai ilmu, membentuk akhlak serta mencorak masa depan generasi pewaris negara. 🌱📚
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang semalam, saya dan isteri menziarahi Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(1), Puan Hajah Zaharah binti Hashim, yang baru keluar dari Institut Kanser Negara.
Beliau kini dalam proses pemulihan akibat kanser hati. Sama sama kita doakan agar dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Melancarkan Kejohanan Takraw Tertutup Putrajaya di Gelanggang Sukan 18R8 pagi ini. 🏆
Selamat beraksi kepada semua peserta. Semoga berlangsung dengan semangat kesukanan dan penuh aksi menarik.
#drj
#drjdiputrajaya
#takraw -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu!
Pagi ini saya bersama-sama sahabat di Blok 4B Fasa 4 Presint 9!
Terima kasih Persatuan Penduduk Blok 4B Fasa 4 Presint 9 terutamanya saudara Zaki, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Shahrizal, Pengarah Program atas jemputan.
Semoga ukhuwah antara kita terus terjalin erat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya bertemu dengan adik Khairul Hanafi bin Mohd Khairul Anwar yang terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).
Alhamdulillah, adik Khairul sudah sembuh! Pak cik doakan yang terbaik untuk adik Khairul.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, khutbah Jumaat hari ini di Surau Putra Al-Amin, Presint 8 yang disampaikan oleh Imam Wan Abdul Halim Md Yusoff mengingatkan kita tentang kepentingan menghayati wasatiyyah serta menjauhi sikap yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Islam mendidik kita untuk bersikap adil, seimbang dan saling menghormati dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.
Semoga peringatan ini menjadi pedoman untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini saya berjumpa wakil-wakil daripada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG).
Kawasan Parlimen Putrajaya (P125) telah dipilih sebagai salah satu lokasi gerak kerja bagi tahun 2026.
Perbincangan ini melibatkan kerjasama antara Ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti dalam menyokong Agenda SDG di peringkat kawasan.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seramai 276 orang telah menerima Suntikan Typhoid @TY2 di Putrajaya Care. 💉
Ini merupakan salah satu insentif bagi membantu peniaga kecil di Putrajaya.
Disebabkan permintaan yang tinggi, khususnya daripada peniaga di kawasan sekitar dan sempadan Putrajaya, saya sedang berbincang bersama pasukan serta pihak doktor untuk menganjurkan lagi program Suntikan Typhoid @TY2 untuk peniaga kecil dengan harga berpatutan. Nanti saya akan maklumkan di media sosial.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Minggu pertama sesi Parlimen menyaksikan pelbagai isu rakyat dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, termasuk soal kos sara hidup, pendidikan, ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan komuniti.
Kami akan terus berjuang dan ikhtiarkan yang terbaik demi rakyat.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Masuk Darjah 1 umur 6 tahun dengan ujian diagnostik untuk anak pada usia 5 tahun?
Sedikit ulasan saya.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Program Suntikan Typhoid @ TY2 telah berjaya dilaksanakan semalam di Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.
📌 Penyertaan masih dibuka hari ini, 22 Januari 2026
⏰ 4.30 petang – 7.00 malam
💉 Harga: RM40
Kepada yang berminat, boleh walk-in terus ke pusat khidmat.
Program ini merupakan salah satu usaha kami untuk membantu peniaga kecil di Putrajaya, khususnya dalam memastikan pematuhan keperluan kesihatan dengan kos yang lebih berpatutan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian Putrajaya Care di +6011-7018 1235.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, perbincangan bersama Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional.
Berjuang demi rakyat, bersatu untuk Malaysia. 🇲🇾
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dahulu, Pakatan Harapan lantang menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan.
Namun, apabila di bawah Kerajaan PH-BN, kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh individu yang sama.
Perikatan Nasional tidak mempunyai masalah untuk menyokong had tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal, namun ia mesti disertakan dengan prinsip yang jelas.
Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan demi memastikan integriti, kebertanggungjawaban, serta pentadbiran negara yang lebih telus.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, selepas habis sesi Parlimen, sempat bertanya khabar dengan YB RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong.
Dalam perbualan ringkas itu, beliau berkongsi kisah peribadi tentang mendiang ayahnya yang telah pergi pada 3 Disember 2025 lalu.
Perbezaan pandangan tidak menghalang kita untuk terus menjaga silaturahim serta adab dan rasa hormat sesama manusia.
#drj
#drjdiparlimen
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas selesai sesi di Parlimen,
malam ini saya menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU, menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama BERSATU Bahagian Setiawangsa.
Turut hadir Dato' Seri Azmin Ali, Setiausaha Agung BERSATU.
Ruang pertemuan ini dimanfaatkan untuk mengukuhkan silaturahim, bertukar pandangan serta berkongsi perkembangan semasa, demi meneruskan perjuangan untuk rakyat dan negara.
Terima kasih kepada Ewan Radzuan, Ketua Bahagian, serta seluruh Ahli Jawatankuasa BERSATU Setiawangsa atas penganjuran majlis ramah mesra ini.
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ahli Parlimen Kerajaan menerima peruntukan sekitar RM3.7 juta setahun, manakala Ahli Parlimen Perikatan Nasional? RM0.
Ini bukan soal politik, tetapi soal prinsip keadilan dan masa depan demokrasi untuk generasi akan datang.
Setiap Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat dan wajar diberikan peruntukan yang adil untuk berkhidmat di kawasan masing-masing, tanpa mengira kerajaan atau pembangkang.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kota Melaka oh Kota Melaka!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SPM hanya permulaan!
Bila bercakap tentang SPM, ramai yang berpandangan kalau keputusan tak elok, itu pengakhiran segalanya. Sebenarnya, SPM hanyalah permulaan. Selepas SPM, perjalanan kita masih panjang. Yang penting adalah apa yang kita buat selepas ini.
Di universiti, bukan sekadar untuk mendapatkan sijil, tetapi untuk membina diri, membentuk karakter, dan mempersiapkan diri menghadapi dunia luar. Setiap peringkat hidup kita memberi peluang untuk berkembang menjadi individu yang lebih matang dan siap berhadapan dengan segala cabaran yang akan datang.
Jadi, jangan hanya fokus pada sijil. Yang lebih penting adalah bagaimana kita membentuk diri kita untuk mencapai apa yang kita impikan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya menghadiri perjumpaan santai bersama dengan anak-anak Kelantan yang diadakan di Kafeteria MARDI, Perniagaan Acik Maju, MAEPS Serdang.
Terima kasih kepada sahabat saya, saudara Haziman, atas jemputan untuk turut sama hadir.
Tahniah kepada penganjur. Insya-Allah kita juppo di lain kesempatan pulok.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Baru selesai perbincangan bersama Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional menjelang Perbahasan Titah Diraja yang akan bermula esok.
Fokus perbincangan adalah untuk menyusun keutamaan isu rakyat, khususnya tekanan kos sara hidup, cabaran ekonomi semasa serta keperluan memastikan setiap suara rakyat dibawa secara berfakta, berdisiplin dan bertanggungjawab di Dewan Rakyat.
Setiap perbahasan akan dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai wadah semak dan imbang demi kepentingan rakyat serta masa depan tanah air tercinta.
#drj
#perikatannasional
#dewanrakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih sahabat ambo, YB Hulu Terengganu!
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas, yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Patik menjunjung setinggi-tinggi titah Tuanku sebagai pedoman dalam menggalas amanah dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan, demi kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara.
Daulat Tuanku.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama sahabat-sahabat Ahli Parlimen pagi ini sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas.
Semoga segala urusan dan perjalanan sidang Parlimen kali ini dipermudah, berjalan dengan tertib serta membawa manfaat terbaik untuk rakyat dan negara.
#drj
#drjdiparlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang semalam bersama anak-anak muda Putrajaya yang baru menamatkan #spm2025.
Berkongsi cerita dan menyuntik semangat untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Semoga berjaya semua!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada saudara Nasrudin dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Sabariah binti Sidek.
Saya menziarahi serta menunaikan sembahyang jenazah Allahyarhamah bersama sahabat-sahabat dari sekitar Putrajaya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa, menerima amal kebajikan serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Didoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, semalam saya menghadiri majlis kesyukuran saudara Shahrol dan isteri, Puan Rosmani sempena kejayaan anak sulung mereka, adik Ahmad Danish Danial, yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Jerman.
Tahniah kepada Shahrol dan isteri atas segala usaha, pengorbanan dan doa yang dicurahkan demi kejayaan anak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi serta membawa keberkatan buat seisi keluarga.
All the best buat Ahmad Danish Danial dalam menimba ilmu di bumi Jerman. Semoga dipermudah segala urusan dan terus melangkah cemerlang.
Terima kasih atas jemputan. Semoga terus dimurahkan rezeki.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya menziarahi saudara Hamry yang kini sedang dalam fasa pemulihan setelah menjalani pembedahan. Kami doakan agar saudara Hamry terus kuat untuk mengharungi ujian ini.
Semoga kekuatan ini dapat memberi semangat dan kesembuhan yang segera buatnya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada Dato’ Sri Mohamad Shukri bin Abdull dan Datin Sri Norzah binti Ahmad atas jemputan.
Tahniah diucapkan atas perkahwinan anak tercinta. Semoga ikatan yang dibina diberkati dan kekal hingga ke Jannah.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, pagi ini saya bersama jemaah setempat mengikuti Kuliah Subuh di Surau Ar-Rahman, Presint 16 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil bertajuk “Ibrah Israk Mikraj Dalam Pembinaan Iman & Solat”.
Pengisian yang menyentuh hati, mengingatkan kita tentang kepentingan solat sebagai tiang agama serta asas pembinaan iman dalam kehidupan seharian. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi peringatan berterusan dan menguatkan amal kita semua. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat berhujung minggu semua. Semoga segala urusan kita dipermudah.
Pagi ini saya bersama sahabat-sahabat di Surau Ar-Rahman, Presint 16, Putrajaya. 🤲🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam Israk dan Mikraj buat seluruh umat Islam.
Marilah kita menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj, sebuah perjalanan penuh pengajaran yang mengingatkan kita untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini saya menziarahi Ts. Mohd Syazwan Zahari yang sedang menjalani rawatan kanser. Beliau merupakan salah seorang penggerak dan Ahli Jawatankuasa Surau Presint 12 yang sedang dalam proses untuk dibina.
Saya mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan oleh Allah SWT. Semoga setiap urusan rawatan dipermudah serta beliau sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan kita bahawa saat kehidupan terasa semakin menghimpit, rahmat Allah tidak pernah terhenti daripada menaungi hamba-Nya yang sabar dan berpegang teguh pada iman.
Peristiwa Israk dan Mikraj mendidik kita tentang makna amanah, disiplin ibadah dan tanggungjawab memimpin diri, keluarga serta masyarakat dengan ihsan dan kejujuran.
Sebagai Muslim, kita dituntut untuk terus istiqamah, memikul amanah dengan penuh kesedaran dan meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keputusan dan ujian kehidupan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu Penutupan Lampu Jalan Awal di Sekitar Apartmen P15-12A, P15-12B, dan Kompleks Sekolah Presint 15(1)
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya, khususnya Tuan Haji Mohd Fauzi bin Haji Ismail, Pengarah Penguatkuasa PPj dan pasukan pegawai penguatkuasa yang telah turun padang meninjau sendiri keadaan lalu lintas di Presint 15 pagi ini.
Antara tindakan awal yang telah diambil ialah penempatan kon sementara di bulatan Lebuh Perdana Timur bagi melancarkan pergerakan penduduk Apartmen P15-12A dan P15-12B, serta ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Kompleks Sekolah Presint 15. Penambahbaikan sistem lampu isyarat di kawasan ini juga membantu mengurangkan kesesakan.
Namun begitu, masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan perhatian segera. Antaranya keperluan laluan alternatif khusus untuk penduduk apartmen tanpa perlu melalui bulatan utama, selain isu lampu jalan yang dipadamkan sekitar jam 6.45 pagi sedangkan keadaan masih gelap dan berisiko kepada keselamatan anak-anak yang berjalan kaki atau berbasikal.
Kami juga memohon pertimbangan agar laluan Bas Nadiputra Putrajaya ditambah dan dihubungkan terus ke Kompleks Sekolah Presint 15 demi kemudahan dan keselamatan pelajar.
Terima kasih kepada semua pihak yang pantas bertindak dan terus bekerjasama demi kelancaran serta keselamatan warga Putrajaya. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan kesesakan lalu lintas di Presint 15, pagi ini saya turun sendiri ke lokasi untuk meninjau keadaan sebenar di lapangan.
Alhamdulillah, kesesakan lalu lintas telah berkurang berbanding hari-hari sebelum ini hasil beberapa penambahbaikan sementara yang telah dilaksanakan. Namun begitu, masih ada beberapa perkara penting yang perlu diteliti secara lebih menyeluruh agar penyelesaian jangka panjang dapat dibuat dengan lebih berkesan dan lestari.
Terima kasih kepada semua pihak yang pantas bertindak serta terus memberi kerjasama demi keselesaan dan keselamatan warga Putrajaya. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama-sama sahabat di Surau Al-Muttaqin Presint 5.
Semoga ukhuwah ini terus terjalin, insya-Allah!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Aduan Kesesakan Lalu Lintas di Kawasan P15-12A dan P15-12B, Putrajaya
Pagi ini, saya menerima beberapa aduan daripada penduduk berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan P15-12A dan P15-12B, Putrajaya. Kesesakan ini dipercayai berkait dengan pengoperasian Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 15(1) yang mula beroperasi sejak awal tahun ini, sekali gus menjejaskan kelancaran pergerakan penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan sekitar.
Mengambil kira pembukaan kompleks sekolah tersebut bermula sesi persekolahan tahun 2026, isu berkaitan pengurusan lalu lintas telah pun saya bangkitkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya pada tahun 2025 agar perhatian sewajarnya dapat diberikan terhadap pengurusan laluan trafik di kawasan berkenaan.
Susulan keadaan lalu lintas yang masih belum lancar sejak beberapa hari awal sesi persekolahan ini bermula, saya telah menghubungi pihak Perbadanan Putrajaya pada pagi ini bagi meneliti langkah-langkah penyelesaian segera untuk melancarkan pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, saya turut menekankan keperluan penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh agar isu kesesakan ini dapat ditangani secara berkesan dan tidak berulang.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya menerima kunjungan Intan Laman Khaira Aged Care Centre bagi membincangkan keperluan pusat jagaan warga emas.
Permintaan terhadap pusat jagaan warga emas semakin meningkat dan penerimaannya dalam masyarakat juga semakin baik sebagai alternatif penjagaan yang lebih tersusun dan menyeluruh.
Keperluan ini wajar diberi perhatian agar kebajikan serta kesejahteraan warga emas dapat ditangani dengan lebih terancang.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum bergerak ke Surau Al-Muttaqin 5R6 tempoh hari, saya singgah di Surau Jannatul Firdaus PPAM Seruling, Presint 5 untuk berjumpa dengan geng-geng dapur surau.
Mereka sedang menyediakan laksam. Tapi memandangkan dah janji dengan sahabat-sahabat di Surau Al-Muttaqin, kena datang lain kali nampaknya.😬
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya berpeluang mengadakan perbincangan bersama Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Malaysia, Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan serta Jabatan PERHILITAN Selangor, yang diketuai oleh En. Mohd Taufik Abd Rahman, Pengarah Bahagian Konservasi Hidupan Liar PERHILITAN.
Antara perkara yang dibincangkan ialah peningkatan kehadiran haiwan liar seperti kera, monyet dan babi hutan di sekitar Putrajaya yang semakin kerap berlaku dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga setempat. Saya memahami bahawa situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, malah berkait rapat dengan keseimbangan ekologi dan persekitaran.
Dalam perbincangan ini, saya membangkitkan keperluan agar isu ini ditangani secara lebih menyeluruh dan berjangka panjang, bukan sekadar langkah sementara. Antaranya, saya meminta penjelasan mengenai perancangan jangka panjang pihak PERHILITAN, termasuk sama ada sumber dan kawasan asal haiwan-haiwan ini telah dikenal pasti, memandangkan Putrajaya bukan habitat semula jadi mereka.
Saya juga membangkitkan isu laluan masuk atau access point yang membolehkan haiwan liar ini memasuki Putrajaya supaya langkah pencegahan yang lebih berkesan dapat dirangka melalui kerjasama antara agensi berkaitan.
Pendekatan yang seimbang amat penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga Putrajaya terus terpelihara, dalam masa yang sama menjaga kelestarian alam sekitar serta kebajikan hidupan liar.
Terima kasih kepada pihak PERHILITAN atas keterbukaan, kesediaan mendengar dan kerjasama yang baik. Insya-Allah, perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah penyelesaian yang lebih tersusun dan mampan demi kepentingan bersama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersatu dalam muafakat, teguh melangkah demi masa depan rakyat dan negara.
#bersatu #perikatannasional
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berikhtiar demi rakyat, berkhidmat sepenuh hati dan berjuang tanpa gentar demi masa depan yang lebih baik, insya-Allah.
#bersatu #drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
KEROSAKAN LIF DI BLOK D APARTMEN 5R3
Tempoh hari berlaku kerosakan pada lif di Blok D Apartmen 5R3, Presint 5 akibat kebocoran air. Berdasarkan pemeriksaan pihak pengurusan fasiliti, beberapa komponen lif telah terjejas akibat kebocoran tersebut.
Hari ini, selepas usaha pembaikan dijalankan, kedua-dua lif di Blok D Apartmen 5R3 telah selesai dibaiki dan kini dapat berfungsi semula. Pihak pengurusan fasiliti masih memantau keadaan kedua-dua lif tersebut untuk memastikan operasinya berjalan lancar.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sahabat-sahabat di Kebun Komuniti P11K memaklumkan bahawa benih nanas MD2 yang disumbangkan kepada mereka sebelum ini telah mula dituai hasilnya! 🌟
Bagi warga Putrajaya yang berminat untuk mendapatkan nanas segar ini, boleh terus hubungi Pak Tam di talian +60 13‑581 1950. Jangan lepaskan peluang, kerana stok terhad! 🤩 Katanya, dah hampir 'sold out'!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya bersama wakil Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan dan Jabatan PERHILITAN Selangor bagi membincangkan isu gangguan hidupan liar di Putrajaya.
Semoga segala urusan dipermudah. 💪🏻
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat kembali ke sekolah. Semoga anak-anak kita memulakan tahun 2026 dengan penuh bersemangat untuk menimba ilmu dan melangkah ke hadapan dengan keyakinan.
Kami telah ikhtiarkan yang terbaik dan apa yang termampu untuk membantu meringankan urusan ibu bapa di Putrajaya dalam menyediakan keperluan anak-anak bagi sesi persekolahan 2026.
Buat anak-anak Putrajaya, ingat pesan pak cik, #nothingbeatshardwork!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari terserempak dengan bakal-bakal pemain hebat takraw negara, adik Nik Adeeb Emir dan kawan-kawan yang lepak di tepi gelanggang takraw.
Sempat bertanya khabar dengan mereka.
Nanti kita jumpa lagi, pak cik nak tengok korang punya lipat pula ya! 😄
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya dan isteri menziarahi Encik Mohd Asarani, yang diuji dengan masalah kesihatan akibat kemalangan. Dalam keadaan kesihatan yang serba terbatas, beliau kini dijaga oleh isterinya, Puan Lasiah, bersama anak sulung mereka, Puan Norazyyati.
Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada keluarga ini, serta memberikan kesembuhan kepada Encik Mohd Asarani, di samping dipermudah segala urusan mereka.
Turut hadir bersama ketika ziarah ialah Haji Yusairi Amir Nik Abas, Timbalan Pengerusi Surau Jannatul Firdaus dan isteri, Hajah Salmi Mohd Nor, saudara Shamsulhaizan Nor Samsani, Setiausaha Surau dan Ustaz Ahmad Jalaluddin Al Islami Mohsin, Imam Surau Jannatul Firdaus PPAM Seruling Presint 5.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, belanja anak-anak Putrajaya mandi kolam di Pusat Kejiranan Presint 11 Putrajaya.
Seronok betul semua! 😁 Lusa sekolah bermula semula. Semoga anak-anak masuk kelas dengan semangat baharu untuk belajar 📚
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, khutbah Jumaat hari ini mengingatkan kita tentang peranan seorang bapa sebagai qawwam, pemimpin keluarga yang memikul amanah besar, sering berkorban tanpa disedari.
Seorang bapa bukan sekadar pencari nafkah, tetapi pendidik dan pembimbing yang membentuk akhlak, iman serta masa depan anak-anak melalui teladan dan tanggungjawab.
Menjelang sesi persekolahan, seorang bapa terus memastikan keperluan anak-anak dilengkapi agar mereka dapat belajar dengan selesa.
Ramai bapa berjuang dalam diam, terus memikul tanggungjawab walaupun berdepan cabaran kehidupan. Setiap usaha ini mungkin tidak selalu terlihat, namun besar nilainya di sisi Allah SWT.
Semoga Allah menguatkan para bapa, mempermudah segala urusan mereka, dan menjadikan setiap pengorbanan sebagai amal yang berpanjangan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini bersama YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada sebahagian alumni PASTI Putrajaya sebagai ikhtiar mengikut kemampuan yang ada bagi meringankan sedikit keperluan awal persekolahan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang semalam, saya menziarahi Ustaz Muadz, imam bertugas di Surau Al-Manar Presint 14, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di susur keluar Lebuhraya MEX ke Putrajaya.
Semoga beliau cepat kembali pulih dan dipermudah segala urusan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH
PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL (PUSPAHANAS)
Petang ini, kami menyampaikan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada keluarga warga PUSPAHANAS bagi membantu persiapan persekolahan anak-anak.
Bersama Kapten Shamsuddin Hamdani TLDM, Pengarah Pengurusan PUSPAHANAS, dalam meraikan para penerima.
Seramai 58 penerima melibatkan 124 orang anak-anak menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Semoga bantuan ini memberi kelegaan kepada keluarga terlibat. Saya mendoakan yang terbaik buat semua, khususnya agar anak-anak terus bersemangat dan dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
🚧 Isu kualiti jalan raya di Putrajaya perlu diberi perhatian berterusan.
Dalam pertemuan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj), saya membangkitkan soal kualiti pembaikan jalan, dan Presiden PPj memaklumkan perancangan pelaksanaan Pavement Condition Assessment (PCA) sebagai langkah penambahbaikan jangka panjang.
Terima kasih atas kesediaan mendengar dan komitmen demi kualiti infrastruktur Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH - BOMBA PUTRAJAYA
Petang semalam, saya menyampaikan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada keluarga anggota bomba sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada masyarakat.
Majlis ini turut dihadiri Yang Setia Tuan Aswadi Ismail, Penguasa Kanan Bomba Putrajaya, Yang Setia Tuan Mohd Yusri Mohd Yusof, Pegawai Penguasa Balai Bomba Presint 7 serta Yang Setia Puan Dianti Husin, Pegawai Penguasa Balai Bomba Presint 14.
Bantuan ini memberi manfaat kepada 32 keluarga melibatkan 43 orang anak-anak yang sedang membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban persiapan persekolahan serta memberi manfaat dan semangat kepada keluarga yang terlibat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang semalam, saya meluangkan masa menziarahi Ustaz Gunawan, pendakwah dan penceramah yang aktif di Putrajaya, yang kini sedang menjalani rawatan dan dalam proses pemulihan kesihatan.
Beliau banyak menyumbang melalui dakwah dan pengisian ilmu. Saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan buat beliau dan keluarga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Di Surau Al-Mizan tempoh hari, adik Aswad Dualli, pelajar SMK Putrajaya Presint 8 (1), bertanya tentang laluan untuk menjadi seorang Menteri.
Saya kongsikan sedikit pandangan, mudah-mudahan bermanfaat. Pesannya ringkas, belajar rajin-rajin dan teruskan mengejar cita-cita. 🤲🏻
#drj #drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini saya menyampaikan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada anggota Bomba Balai Presint 7 dan Presint 14.
Semoga bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban persiapan persekolahan serta memberi manfaat kepada keluarga yang terlibat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi, gempa bumi melanda Rantau Kepulauan Filipina dengan 6.4 magnitud.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dah nak habis cuti sekolah kan? Haaa! Pak Cik belanja mandi kolam percuma jumaat ini, 9 Januari 2026, di Kompleks Kejiranan Presint 11! 🏊♂️
Program ini terhad kepada 100 orang anak Putrajaya terawal. Boleh terus datang ke lokasi kolam dan maklumkan kepada petugas di kaunter.
Untuk anak bawah 12 tahun, pastikan ada pengawasan ibu bapa walaupun petugas keselamatan akan ada untuk memantau aktiviti.
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada poster yang dilampirkan. Jom mandi kolam! 😄
#drj
#drjdiputrajaya
#putrajayacare -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, malam tadi kami meneruskan pemberian sumbangan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada anggota-anggota polis yang bertugas di Putrajaya.
Terima kasih atas khidmat bakti dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan warga Putrajaya. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan persediaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2026.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora sehingga 11 Januari. Pastikan keselamatan diutamakan, terutama bagi penduduk dan pengunjung di kawasan pantai.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam kami menyalurkan Bantuan Kembali ke Sekolah di Pustaka Rakyat, Presint 15.
Walaupun Ahli Parlimen Perikatan Nasional dinafikan peruntukan kawasan hampir RM4 juta setahun, itu bukan alasan untuk kami berhenti berkhidmat. Selagi ada ruang dan kemampuan, kami akan terus berusaha ikhtiarkan yang terbaik untuk rakyat.
Kami memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak. Mudah-mudahan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan memberi kelegaan kepada keluarga yang terlibat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Usaha berterusan untuk memberikan bantuan kembali ke sekolah bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih baik.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi semangat baru untuk tahun yang lebih cemerlang!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN sekitar 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediaman. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerjasama Demi Kesejahteraan Warga Putrajaya
Pertemuan bersama pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) berlangsung dalam suasana yang baik dan konstruktif. Terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir atas kesudian menerima kunjungan hormat pertama sejak pelantikan beliau.
Perbincangan menyentuh beberapa perkara penting yang dekat dengan kehidupan seharian warga Putrajaya, termasuk aspek keselamatan, kemudahan awam, pengangkutan awam, isu parkir serta cadangan penambahbaikan infrastruktur bandar.
Setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan adalah demi memastikan Putrajaya terus selesa didiami, terurus dan mesra rakyat.
Moga kerjasama ini dapat diterjemahkan melalui tindakan susulan yang memberi manfaat nyata kepada warga Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini kami teruskan Bantuan Kembali ke Sekolah di Pustaka Rakyat, Presint 15, Putrajaya. 📚
Sedikit ikhtiar, mudah-mudahan besar manfaatnya buat keluarga penerima.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga Syakirah Hanan Mazli, pelajar UniSZA yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kuala Terengganu.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, saya mengadakan pertemuan bersama Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu, Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir.
Pertemuan ini memberi ruang perbincangan yang konstruktif berkaitan kesejahteraan warga Putrajaya, khususnya isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian penduduk.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya ttemu mato bersama sahabat-sahabat alumni SMK Ketereh yang kini masing-masing berada dalam bidang dan kerjaya tersendiri.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertanya khabar, berkongsi perkembangan semasa serta bertukar pandangan secara santai dan terbuka.
Banyak pandangan dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang pertemuan ini. Saya amat menghargainya dan mendoakan agar semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudah segala urusan masing-masing.
Terima kasih deh Tuan Haji Abdullah atas jemputan sesi ttemu mato kali ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat maju jaya Iman, Amin dan Naim!
Tempoh hari semasa program tayangan Papa Zola The Movie, saya berjumpa dengan 2 daripada kembar 3 seiras di Alamanda, Iman dan Amin.
Semalam, ketika sembahyang Jumaat di Masjid Putra, terjumpa pula dengan adiknya, Naim.
Pak cik doakan yang terbaik untuk semua. Semoga dipermudah urusan dalam apa sahaja kerja atau bidang yang diceburi!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bantuan Kembali Ke Sekolah Parlimen Putrajaya untuk anak-anak anggota Pasukan Polis Marin Putrajaya.
Turut hadir ASP Mohd Shamsso bin Abdullah, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan memudahkan urusan persekolahan anak-anak.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Putra mengajak kita merenung makna sebenar sebuah azam. Azam bukan sekadar dilafazkan, tetapi menuntut usaha yang berterusan untuk memperbaiki diri.
Perubahan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia bermula dengan muhasabah yang jujur, diikuti langkah-langkah kecil yang konsisten, hari demi hari. Dari situlah lahir kekuatan untuk membentuk diri yang lebih baik.
Memperbaiki akhlak, memperkemas ibadah, menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab serta berusaha menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara merupakan terjemahan sebenar kepada azam yang tulus.
Moga setiap azam yang kita lafazkan benar-benar dizahirkan melalui amal yang dijunjung, dan setiap usaha memperbaiki diri sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya merasmikan Majlis Penutup Kem Anak Soleh Smart Solat di Surau Fathurahman, Presint 11, Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Ustaz Khairul Anuar, serta semua tenaga pengajar yang telah bekerja keras dan memberi komitmen penuh bersama anak-anak ini selama dua hari. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
Terima kasih juga kepada pihak Surau Fathurahman, khususnya Pengerusi Surau, Tuan Rusmadi Bin Ismail, atas inisiatif dan penyediaan program bermanfaat ini sempena cuti sekolah.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ketika sedang berjalan bersama keluarga di tepi Tasik Putrajaya untuk melihat pertunjukan bunga api malam tempoh hari, saya disapa oleh Amir dan kawan-kawan. Mereka pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Saya doakan yang terbaik untuk kalian semua. Semoga lebih cemerlang di tahun 2026. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di Presint 12, Putrajaya, bersempena tahun baharu. Sempat bertukar cerita dan bertanya khabar.
Saya doakan semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kebaikan buat kita semua. Jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memasuki tahun 2026, semoga segala urusan kita dipermudah dan berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan setiap hari yang dilalui memberi manfaat serta kelancaran dalam kehidupan seharian serta setiap ikhtiar kita dapat diusahakan dengan baik.
Insya-Allah.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berikutan sambutan yang amat menggalakkan semasa pendaftaran awal, Putrajaya Care mengambil inisiatif menambah sesi tontonan kali kedua Papa Zola The Movie bagi memenuhi permintaan ibu bapa dan anak-anak. Seramai 213 orang kanak-kanak telah terlibat dalam tayangan kali ini.
Mudah-mudahan anak-anak ini dapat mengambil pengajaran dan nilai-nilai positif daripada cerita yang ditonton, khususnya tentang menghargai pengorbanan ibu bapa serta membentuk sahsiah yang baik dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada para ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan terhadap setiap inisiatif Putrajaya Care.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pada Isnin lalu, Smart Solat Siri ke-6 anjuran Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah selesai dilaksanakan di Surau Al-Huda, Apartment 5R4, Presint 5.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Surau Al-Huda, khususnya Ustaz Mohd Firdaus, Pengerusi Surau, serta pihak KRT Apartment 5R4, khususnya Puan Aziza binti Johar, Timbalan Pengerusi KRT, atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada Ustaz Nik Syahriman Nik Mat selaku Ketua Pengajar, bersama barisan tenaga pengajar atas bimbingan yang diberikan, serta sokongan ibu bapa dan penyertaan anak-anak sepanjang program ini berlangsung. Semoga usaha murni ini memberikan manfaat yang berpanjangan. Jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi, saya bersama anak-anak Putrajaya di Surau Fathurrahman, PPAM Melinjau, Presint 11.
Tahniah kerana telah menghabiskan Kem Anak Soleh Smart Solat 2025 selama dua hari! Semoga apa yang dipelajari dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah kepada keluarga Datuk Madeline Berma. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
Sumbangan beliau dalam pendidikan, ekonomi, dan pembangunan komuniti akan terus dikenang.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
SPM dah habis, tetapi masih ramai anak-anak lepasan #spm2025 yang masih keliru dan belum pasti hala tuju selepas ini.
Ada yang masih menimbang pilihan, ada yang ikut kawan, dan ada juga yang baru mula mencari jurusan serta peluang yang sesuai.
Hakikatnya, situasi ini adalah perkara biasa. Namun, dalam kehidupan anak-anak perlu membuat keputusan dengan maklumat dan panduan yang betul.
Mengambil kira keadaan ini, pak cik akan adakan program #tanydrj – Apa Selepas SPM? khusus untuk membantu anak-anak Putrajaya lepasan #spm2025 memahami pilihan pendidikan dan laluan yang ada selepas SPM.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan- https//tinyurl.com/DRJApaSelepasSPM
Jom sertai, kita berbincang secara santai tetapi berisi supaya anak-anak lebih yakin melangkah ke fasa seterusnya.
Kepada ibu bapa dan guru-guru, mohon jasa baik untuk membantu sebarkan maklumat ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya memenuhi undangan untuk merasmikan Majlis Graduasi Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down Putrajaya Tahun 2025.
Saya merakamkan penghargaan kepada Puan Nor Azian binti Che Mok Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Mohd Ruslan bin Wagiman, Pengerusi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down Putrajaya dan Puan Hanizan binti Hussin, Pengerusi Persatuan Sindrom Down Malaysia atas komitmen berterusan dalam memperkasa agenda pemulihan dan pembangunan anak-anak sindrom down.
Ucapan terima kasih juga kepada para pelatih, ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menjadi tunjang sokongan kepada anak-anak istimewa ini.
Tahniah pak cik ucapkan kepada anak-anak graduan PDK Sindrom Down Putrajaya atas pencapaian yang membanggakan dan semoga terus melangkah ke hadapan dengan yakin.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang berlangsung malam ini melibatkan seramai 213 orang anak-anak Putrajaya, dengan dua dewan tayangan disediakan khas untuk mereka menikmati Papa Zola The Movie 🎬✨
Ini merupakan sesi kedua, meneruskan usaha menceriakan anak-anak sempena cuti sekolah.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang ini bersama-sama anak-anak Putrajaya yang menghadiri Smart Solat Siri Keenam di Surau Al-Huda Apartment 5R4, Presint 5, Putrajaya.
Seronok ya semua habis kelas! 😁
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada penganjur Liga Beregu Badminton Putrajaya!
Saudara Mohd Hasrul bin Abdul Hamid, Pengarah Program, saudara Muhammad Ikhwan, Pengerusi Youth Power Club Putrajaya dan saudara Muhammad Aiman Syahiran bin Zaiful Bahazrin, Ketua Pengadil. Syabas atas usaha dan komitmen kalian menjayakan liga semalam.
Inisiatif seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, tapi juga menjadi ruang membina ukhuwah dalam kalangan komuniti Putrajaya. Teruskan usaha murni ini!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi, saya dan isteri menziarahi saudara Khairi, Pengerusi Surau Al Musthofa Fasa 4, Presint 9.
Kami mendoakan agar saudara Khairi dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan untuk kembali aktif berkhidmat bersama komuniti setempat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini saya merasmikan Liga Beregu Badminton di Dewan PRIMA, Presint 11.
Semoga liga ini berjalan lancar, menyemarakkan gaya hidup sihat serta menjadi ruang mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya kongsikan video saya panjat, ini saya kongsikan aksi anak-anak Putrajaya pula.
Terima kasih atas jemputan untuk turut sama hadir tempoh hari.
Ada masa kita ‘repeat’ lagi!
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada pasangan Mohd Zaid Irfan dan Adreena Sofea atas majlis persandingan hari ini.
Semoga terus bahagia, saling melengkapi, dipermudah urusan dan kekal hingga ke syurga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada Hajah Che Normadiah, pemilik Dapur Nenek, Medan Selera Presint 16, di atas majlis perkahwinan anakanda tercinta.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya bersama warga Surau As-Solihin Presint 19 bagi meraikan anak-anak yang baru sahaja menamatkan Kem Easy Sifir dan Kem Ibadah Terokai Ilmu.
Tahniah kepada semua anak-anak atas semangat dan kesungguhan menimba ilmu. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak surau, khususnya Encik Mohd Fauzan bin Mohd Hardi, Pengerusi Surau As-Solihin, atas penganjuran dan jemputan. Turut hadir, Encik Nafis Isnin, Ketua Wilayah Selatan Air Selangor.
Terima kasih atas layanan dan jemputan yang penuh makna. Insya-Allah, jumpa lagi di lain kesempatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam mencuba sukan lasak rock climbing bersama anak muda Putrajaya di Taman Cabaran (Wall Climbing), Presint 5. 💪🧗♂️
Dari cara naik dengan cara turun tu, lulus tak?
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas menunaikan solat Asar, saya meraikan anak-anak yang menyertai Kem Easy Sifir dan Kem Ibadah Terokai Ilmu di Surau As-Solihin, Presint 19.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jumaat terakhir tahun 2025, khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Tingkatkan Ilmu, Manfaatkan Waktu” mengingatkan kita bahawa masa adalah amanah yang perlu dimanfaatkan sebaiknya, manakala ilmu pula menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.
Sepanjang tahun ini, setiap cabaran dan kejayaan hadir dengan pengajaran yang mematangkan. Menjelang tahun 2026, marilah kita menutup lembaran lama dengan muhasabah dan melangkah ke hadapan dengan tekad untuk terus memperbaiki diri, berbuat kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan untuk kita semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kebakaran di PPR Dato Senu, Sentul. Semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya menerima aduan berhubung keadaan jalan di persimpangan Presint 8 menuju ke Jalan Presint 8C.
Walaupun kerja penurapan semula telah dilaksanakan, masih terdapat permukaan jalan yang tidak rata serta sisa batu kecil yang tidak dibersihkan sepenuhnya, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.
Aduan ini telah dikemukakan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kesihatan anak-anak bermula daripada apa yang mereka lalui dan amalkan setiap hari. Pemakanan yang diambil sejak kecil akan memberi kesan besar dalam jangka panjang.
Soal pemakanan dan gaya hidup wajar diberi perhatian bersama, supaya setiap usaha yang dilakukan benar-benar membawa manfaat.
Membina generasi sihat bukan sekadar tentang memberi, tetapi tentang membentuk asas yang betul sejak awal.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari cuti adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Isi dengan aktiviti bermanfaat seperti bersukan atau beriadah ringan bagi mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti bersama keluarga turut mengeratkan hubungan dan menjadikan cuti lebih bermakna.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menziarahi Cikgu Mohd Rizal bin Omar, guru di SK Putrajaya Presint 14(1), yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Kami mendoakan agar Cikgu Mohd Rizal dikurniakan kesembuhan, dipermudah segala urusan rawatan serta terus diberikan kekuatan untuk kembali sihat dan meneruskan khidmat mendidik anak-anak Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikannya.
Semoga sambutan ini membawa kegembiraan dan kebersamaan bersama insan tersayang.
Selamat bercuti.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selesai tayangan sesi pertama Papa Zola The Movie di TGV Alamanda, Putrajaya.
Tayangan ini bukan sekadar hiburan, malah membawa mesej positif tentang persahabatan, keberanian, nilai kejujuran dan semangat melakukan perkara yang baik, selari dengan perkongsian positif ramai penonton di media sosial.
Semoga detik ini memberi keceriaan serta kenangan manis buat anak-anak Putrajaya sepanjang cuti sekolah.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta ibu bapa yang memberi sokongan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa beramah mesra bersama anak-anak yang hadir ke tayangan Papa Zola The Movie tadi, saya sempat bertemu dan berbincang dengan Inspektor Hilmi, Ketua Balai Polis Presint 7.
Dalam pertemuan tersebut, saya membangkitkan kebimbangan berkaitan isu keselamatan di Putrajaya, khususnya kes kecurian kasut dan parcel yang dilaporkan kerap berlaku kebelakangan ini.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak polis sedang mengambil tindakan susulan. Warga Putrajaya juga digalakkan mengambil langkah pencegahan dengan memastikan barangan peribadi disimpan di tempat yang lebih selamat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menziarahi Datin Hajah Kamsurina di Hospital Putrajaya.
Beliau merupakan isteri kepada sahabat saya, Dato’ Haji Nazaruddin, dan ketika ini sedang menerima rawatan. Kami mendoakan agar Datin Hajah Kamsurina dikurniakan kesembuhan, dipermudah segala urusan serta diberikan kekuatan sepanjang proses rawatan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima laporan bahawa beberapa kes kecurian kasut telah berlaku di sekitar Presint 9, melibatkan Fasa 1, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 12.
Warga Putrajaya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta memastikan barangan peribadi disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Polis telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang mengambil tindakan susulan.
Bagi penduduk yang terkesan, sila tampil membuat laporan polis dengan segera.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Wanita warga emas pemandu e-hailing parah diserang di Sepang. Mangsa kini sedang dirawat di hospital. Semoga urusan rawatan dipermudah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
SERAHAN SUMBANGAN TNB CERIA KE SEKOLAH
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyampaikan Sumbangan Ceria Ke Sekolah kepada 100 orang penerima di kawasan Putrajaya, dengan nilai RM100 bagi setiap penerima.
Program ini bertujuan membantu meringankan persiapan persekolahan anak-anak serta memberi dorongan awal agar anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan bersemangat.
Turut hadir ialah Encik Norzaide Mohd Nor, mewakili Pengurus Besar TNB Putrajaya/Cyberjaya.
Terima kasih TNB atas komitmen berterusan mendekati dan membantu masyarakat, khususnya dalam menyokong kebajikan serta pendidikan anak-anak Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam, saya dan isteri meluangkan masa menziarahi Tengku Bidin Tengku Jusoh yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari Kedua Kelas Asas Pickleball Rally Rookies Putrajaya!
Peserta bagi sesi ini berbeza daripada hari pertama. Setiap sesi melibatkan 20 orang peserta bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lebih teratur, fokus dan berkesan.
Kelas asas pickleball ini merupakan sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya sempena cuti sekolah.
Sepanjang cuti ini, pelbagai program bermanfaat turut dianjurkan untuk anak-anak Putrajaya, antaranya Program Berkhatan Komuniti, Smart Solat, menonton Papa Zola The Movie serta aktiviti lain yang bersifat mendidik dan menyeronokkan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya dan isteri menghadiri Majlis Perkahwinan Mohamad Fikry dan Azreen Athirah, anak lelaki kepada Dr. Haji Mohd Shaharin dan Hajah Intan Fazilah, yang berlangsung di Boraombak Marina.
Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, dipermudahkan urusan membina kehidupan berkeluarga dan sentiasa diberkati dalam setiap langkah ke hadapan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya menghadiri majlis perkahwinan Mohd Saiful dan pasangannya, Nabihah yang berlangsung di Dewan Serbaguna Presint 8.
Terima kasih kepada Mat Sidek dan Che Yah, ibu bapa pengantin lelaki, atas jemputan serta layanan yang baik.
Semoga pasangan pengantin sentiasa diberikan kebahagiaan, keberkatan dan dipermudahkan urusan dalam menjalani kehidupan berkeluarga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang berlangsung!
Hari ketiga bersama anak-anak Putrajaya dalam Rally Rookies Putrajaya di Pickledoh @ Uniten.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya merasmikan Liga Penalti Komuniti P9G di Presint 9. Program berlangsung dengan baik dan lancar.
Terima kasih kepada penganjur, sukarelawan serta semua peserta yang telah menjayakan liga penalti ini. Semoga inisiatif seperti ini terus memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Minggu ini anak-anak kita telah mula bercuti. Insya-Allah, mereka akan kembali ke sekolah pada awal Januari 2026.
Seperti kebiasaan, menjelang sesi persekolahan baharu, ibu bapa akan mula membuat persiapan awal termasuk membeli pakaian sekolah, kasut, alat tulis serta keperluan asas lain untuk anak-anak.
Sehubungan itu, Putrajaya Care ingin menawarkan warga Putrajaya yang mempunyai anak bersekolah untuk memohon Kupon Bantuan Kembali Ke Sekolah Parlimen Putrajaya bagi tahun 2026.
Sumbangan melalui kupon ini diharap dapat membantu meringankan sebahagian beban perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak, khususnya buat keluarga yang memerlukan.
Mohon lengkapkan maklumat melalui pautan ini docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSel3R1FIe-5LQ0346a97AUYX… atau imbas kod QR yang terdapat di dalam poster.
Kupon bantuan adalah terhad. Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari pertama Kelas Asas Pickleball Rally Rookies Putrajaya.
Ada anak-anak yang baru pertama kali mencuba, ada juga yang sudah biasa bermain. Yang penting, semua dapat belajar asas sukan pickleball ini.
Yang dah belajar tu bolehlah teruskan latihan dan ajak ibu bapa atau keluarga main sama-sama.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Program Berkhatan Komuniti Parlimen Putrajaya telah berlangsung semalam di Surau Abdul Rahman Auf, Fasa 4A, Presint 11.
Terima kasih kepada Pengerusi Surau, YBrs. Tuan Hj. Muhammad Shukeri Mohamad, serta seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu sehingga program ini dapat berjalan dengan baik dan teratur.
Turut sama membantu ialah Balai Bomba Presint 14. Penghargaan diucapkan kepada Puan Dianty Hussain, Pegawai Penjaga Bomba Presint 14, serta semua anggota balai yang turut bersama membantu dan memastikan kelancaran program sepanjang ia berlangsung.
Terima kasih juga kepada Zahra Travel yang tampil sebagai antara penyumbang utama dalam membiayai kos berkhatan. Dengan dukungan semua pihak, alhamdulillah, semua anak-anak dapat berkhatan secara percuma.
Buat anak-anak yang berkhatan semalam, tahniah kerana berani. Kejap sahaja rasa tak selesa itu, insya-Allah lepas ini cepat pulih. Teruskan membesar menjadi anak yang kuat, berdisiplin dan membanggakan keluarga.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari kedua bersama anak-anak Putrajaya dalam Rally Rookies Putrajaya di Pickledoh @ Uniten.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Cuti sekolah dah bermula! 😄
Dengar nasihat adik Firras dan kawan-kawan ni.
Cuti bukan sekadar berehat, tapi masa terbaik untuk aktif, cuba benda baharu dan isi masa dengan aktiviti bermanfaat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada YB Dr. Zaliha Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang, atas pemergian bonda beliau.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Catur bukan sekadar permainan.
Ia melatih cara berfikir, menilai sebelum bertindak dan memahami kesan setiap keputusan. Asas penting membentuk anak-anak yang matang, yakin dan bersedia menghadapi cabaran.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah pagi tadi dapat bersama-sama anak istimewa dalam Majlis Graduasi Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down Putrajaya di Chancery Place Presint 15.
Tahniah buat anak-anak semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah buat Mat Sidek dan Che Yah atas majlis perkahwinan anak ketiga, Nabihah dan pasangannya Saiful.
Semoga ikatan yang dibina diberkati Allah SWT, dipermudah segala urusan, serta dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan hingga ke akhir hayat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Program Berkhatan Komuniti Parlimen Putrajaya di Surau Abdul Rahman Auf, Fasa 4A, Presint 11.
Buat adik-adik yang berkhatan hari ini, sekejap saja rasa tak selesa tu. Insya-Allah cepat pulih, lepas ni boleh main semula seperti biasa 🙂
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Papa Zola The Movie untuk anak-anak Putrajaya. Pada awalnya, penganjuran ini dibuka dengan peruntukan sebanyak 100 tiket.
Namun selepas menerima sambutan dan permohonan yang amat menggalakkan, jumlah tiket telah ditambah kepada 337 tiket.
Program ini akan dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu pada 24 Disember 2025 dan 29 Disember 2025.
Terima kasih diucapkan kepada Zahra Travel atas tajaan tambahan tiket yang diberikan.
Pihak Putrajaya Care akan menghubungi ibu bapa peserta terpilih yang telah mendaftar melalui pautan pendaftaran sebelum ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Khutbah Jumaat hari ini di Surau Al-Mizan, Presint 8 mengangkat tema “Halal: Benteng Keutuhan Akidah”, yang disampaikan oleh Ust. Muhammad Adam Iman.
Khutbah ini mengingatkan bahawa menjaga halal dan haram bukan sekadar soal pemakanan, tetapi prinsip asas yang membentuk iman, akhlak dan keberkatan hidup.
Dalam dunia yang semakin mencabar, kepekaan terhadap halal menjadi benteng penting dalam memelihara akidah dan jati diri umat Islam.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima aduan penduduk berhubung keadaan gelanggang futsal Presint 15 yang memerlukan penyelenggaraan segera. Antara perkara yang dibangkitkan termasuk tiang gol yang patah, pokok yang tidak diselenggara di sekitar pagar, serta keretakan pada permukaan gelanggang.
Aduan ini telah dipanjangkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk perhatian dan tindakan lanjut demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna kemudahan awam, khususnya anak-anak yang bermain futsal di gelanggang ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari semasa berjumpa dengan anak-anak silat Putrajaya, saya berkongsi tentang kepentingan kebolehan dan kemahiran kehidupan.
Selain pendidikan akademik, anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran sejak usia muda. Akademik adalah sebahagian daripada pembangunan, namun dalam kehidupan jangka panjang, lebih banyak ilmu dan kebolehan yang dimiliki akan memberi lebih banyak kelebihan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima aduan berhubung kon kerja-kerja simen penghadang jalan di Jambatan Seri Wawasan yang sering terlepas ke laluan jalan raya dan membahayakan pengguna.
Aduan ini telah dipanjangkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) agar tindakan segera diambil.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selepas menunaikan sembahyang Zuhur di Surau Al-Furqan, Presint 11, saya bersama sahabat-sahabat menziarahi serta menunaikan sembahyang jenazah bapa kepada Datin Sabariah, datuk kepada Adi Ikmal Isa, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di kediaman beliau di Presint 10.
Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya bersama sahabat-sahabat menziarahi saudara Khairil Anuar Ahmad di kediamannya, PPAM Pudina, Presint 17.
Saya mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta dikurniakan kesihatan yang baik.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya dan isteri memenuhi jemputan Brigedier Jeneral Dato’ Hamdan Ahmad dan isteri, Datin Rahimah Daud, ke majlis kesyukuran mereka.
Saya mendoakan agar Brigedier Jeneral Dato’ Hamdan Ahmad serta keluarga sentiasa dipermudah segala urusan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham OP Afdal Izal Md Hashim yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Saya hadir menziarahi dan menunaikan sembahyang jenazah Allahyarham, yang telah diimamkan oleh anak Allahyarham sendiri, Afdal Muhammad Ilhan, serta disertai kehadiran ramai rakan-rakan OP yang turut memberikan penghormatan terakhir.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham, mengampunkan segala dosa, menerima segala amal kebajikan serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Didoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al-Fatihah. 🤲This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari bersama anak-anak 14One Warriors Chess Club yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan dalam sukan catur. Tahniah pakcik ucapkan kepada semua anak-anak atas usaha, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan.
Teruskan mengasah kemahiran berfikir, strategi serta kesabaran melalui permainan catur yang sarat dengan nilai pembinaan diri. Kepada anak-anak yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah, jangan berhenti di sini.
Teruskan penglibatan dalam catur dan jadikan ia medan untuk mempertingkat keyakinan diri serta membangun sahsiah diri.
Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Shahidan bin Zainuddin Zainal Abidin, Encik Mohd Rashdan bin Abdul Razak, Cikgu Nor Asyikin binti Musa, Ustaz Abdul Halim bin Abdul Jalil, Cikgu Zuhaida binti Ab Rahman, Coach Muhamad Faqrul Azuan bin Mazlan serta Datin Nurhidayah binti Abdullah yang sentiasa komited menyokong pembangunan dan kejayaan anak-anak dalam sukan catur.
Insya-Allah, kita jumpa lagi di lain kesempatan 💪🏻
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sempena musim cuti sekolah ini, pak cik ingin mengajak anak-anak Putrajaya untuk menonton Papa Zola The Movie, anjuran Srikandi serta Srikandi Muda BERSATU Putrajaya.
Ini peluang yang baik untuk anak-anak berhibur sambil menghayati kisah yang sarat dengan nilai kekeluargaan, kasih sayang, dan pengajaran yang dekat di hati. Jadikan aktiviti ini sebagai pengisian cuti sekolah yang menyeronokkan dan bermakna buat anak-anak.
📅 24 Disember 2025
⏰ 10.30 pagi
Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 100 orang anak-anak sahaja. Ibu bapa kepada peserta terpilih akan dihubungi oleh pasukan Putrajaya Care bagi tujuan pengesahan kehadiran.
Jangan lepaskan peluang! Boleh imbas kod QR di dalam poster tau daftar di puatan ini: docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfC8wPVaJjVfRNrZOnlDR1kA…
Jumpa pak cik di sana ya 😊
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya menziarahi sahabat saya, saudara Nik Hisyamudin yang pernah berkhidmat di Majlis Keselamatan Negara.
Semoga beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan serta diberikan kekuatan dan kesihatan yang lebih baik.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima aduan daripada penduduk berkaitan limpahan air yang keluar dari penutup longkang di laluan pejalan kaki berhampiran simpang tiga Fasa 12 dan Fasa 8. Keadaan ini menyebabkan permukaan laluan tersebut menjadi berlumut dan licin, sekaligus membahayakan keselamatan pejalan kaki yang menggunakan laluan berkenaan.
Susulan aduan ini, perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan segera, termasuk pembaikan saliran dan pembersihan kawasan terjejas. Keselamatan pengguna jalan sentiasa menjadi keutamaan dan insya-Allah perkara ini akan terus dipantau.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi saya menziarahi Saudara Saiful Nizam Hashim yang terlibat dalam kemalangan.
Semoga beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang proses pemulihan.
Doa kami agar Saudara Saiful Nizam sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. 🤲
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) ialah YB Hannah Yeoh dan timbalannya ialah YB Lo Su Fui.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, saya hadir menunaikan sembahyang jenazah isteri kepada Koperal Mohd Khairil Ahmad Suratin di Surau Amaniah, IPD Putrajaya, yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah kepada Koperal Mohd Khairil serta seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah. 🤲
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama datuknya terbabas dan terbalik malam tadi. Semoga urusan keluarga dipermudah dan diberikan ketabahan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih atas jemputan untuk bersama warga Apartment Putra Damai, Presint 11 dalam program Az Zakirin Open Day 2025 anjuran Surau Az-Zakirin dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Nasional (NKF).
Tahniah kepada Ustaz Kamaruzzaman, Pengerusi Surau Az-Zakirin serta seluruh jawatankuasa atas penganjuran program yang sarat dengan pengisian bermanfaat, termasuk pertandingan hafazan, azan, mewarna serta pemeriksaan kesihatan untuk komuniti setempat.
Semoga ukhuwah dan silaturahim yang terjalin terus diperkukuh, dan program sebegini menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima aduan berhubung kejadian siling jatuh di ruang solat luar Surau Al-Iman, Presint 9, dipercayai berpunca daripada hujan lebat semalam.
Susulan aduan tersebut, perkara ini telah disalurkan kepada pihak JAWI dan pasukan JAWI dijadualkan hadir sebelum tengah hari ini bagi menjalankan pemeriksaan awal (preliminary inspection) di lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca kejadian serta menentukan tindakan susulan yang perlu diambil.
Terima kasih atas tindakan pantas pihak JAWI dalam menangani aduan ini.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebagai seorang yang pernah tinggal di Sydney dan selalu ke Bondi Beach, sedih bila mendapat tahu sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam satu insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
Keberanian seorang lelaki awam telah membantu mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Beliau berjaya merampas senapang yang digunakan oleh salah seorang penembak.
Sumber: Sydneymorningherald -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah Malaysia!
Tahniah buat pasukan regu lelaki sepak takraw atas kejayaan menumpaskan Thailand dan merangkul emas.
Kali terakhir kilauan emas adalah di Sukan Sea Manila 1991, 34 tahun dahulu.
Sumber - Astro Malaysia
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi menerima cenderahati daripada Kumpulan Muslimah Marhaban Soutun Najah, Surau An Najah Presint 9.
Insya-Allah, saya akan terus menyokong usaha-usaha murni Kumpulan Muslimah Marhaban Soutun Najah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti Putrajaya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada YB Datuk Mohamad Alamin atas pemergian ibunda, Hajah Juliah Saman. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Syabas beregu negara. Aaron–Wooi Yik dan Pearly–Thinaah berjaya menempah tempat ke final Sukan SEA. Terus kekal fokus dan berikan yang terbaik.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Memenuhi undangan Majlis Perkahwinan Amir Izzwan dan Farah Madiena di G2G Garden Hall.
Amir Izzwan merupakan antara Felo Perdana yang pernah ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika saya berada di kementerian tersebut.
Tahniah buat Amir dan Farah. Semoga rumah tangga dibina dipermudah dan diberkati.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat hujung minggu semua.
Hari ini program bersama komuniti Putrajaya padat dari pagi sampai ke malam.
Pagi tadi bermula bersama sahabat-sahabat di Az-Zakirin Open Day 2025, Surau Az-Zakirin, Putra Damai Presint 11.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) atas usaha dan tindakan pantas melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di Presint 15H, Jalan 3/3 demi keselamatan penduduk.
Kami amat menghargai kerjasama yang diberikan.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hujan lebat dan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Johor Bahru petang tadi.
Kepada semua yang terjejas, jaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga urusan dipermudah dan keadaan kembali pulih segera.
#drj
Sumber - Orang Awam -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care menerima aduan daripada warga Putrajaya mengenai jalan yang mendap di kawasan lampu isyarat berhampiran Apartmen PPAM Dalur, Presint 18.
Isu ini telah pun dipanjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan segera demi keselamatan pengguna jalan raya.
Terima kasih kepada penduduk yang peka dan terus menyalurkan maklumat.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, hari ini, 12 Disember 2025 merupakan kali pertama Surau Imam Abu Hasan Asy’ari di PPAM Selasih Presint 17 dapat mendirikan sembahyang Jumaat secara kekal. Sembahyang Jumaat sebentar tadi diimamkan oleh Ustaz Amirul.
Selepas lapan tahun sejak penubuhannya, surau ini akhirnya dibenarkan untuk mendirikan sembahyang Jumaat secara tetap.
Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa surau, khususnya Pengerusi, Ustaz Mafis, atas usaha dan komitmen mereka. Penghargaan juga kepada pihak JAWI sebagai badan pelulus serta Ustaz Hafizan yang hadir bagi memantau perjalanan sembahyang Jumaat pada hari ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berita gembira buat anak-anak di Putrajaya!
Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya dengan kerjasama Akademi Anak Putrajaya dan Youth Power Club Putrajaya akan menganjurkan program Rally Rookies Putrajaya, iaitu program asas pickleball khas untuk kanak-kanak dan remaja.
Pickleball kini menjadi antara sukan yang sedang meningkat naik di seluruh dunia kerana ia mudah dipelajari, selamat dan sangat menyeronokkan.
Melalui program ini, anak-anak akan didedahkan kepada:
• Asas permainan pickleball seperti cara memegang ‘paddle’, servis, ‘rally’ dan ‘footwork’.
• Kemahiran koordinasi, fokus dan ketangkasan yang penting untuk perkembangan fizikal.
• Keyakinan diri serta semangat berpasukan melalui aktiviti interaktif dan permainan mini.
Apa yang menarik? Selain mencuba sukan yang sedang berkembang pesat, anak-anak juga dapat mengisi cuti sekolah dengan aktiviti yang sihat, ceria dan bermanfaat.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Rally Rookies Putrajaya dan beri peluang kepada anak-anak untuk mencuba sukan baharu yang seronok dan aktif ini!
Kepada yang berminat boleh mendaftar melalui pautan ini, docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFF1tsI4EzyMiTjS4eGjFXh….
Maklumat lengkap berkaitan jadual, lokasi dan masa latihan turut disediakan di laman tersebut. Ibu bapa peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Putrajaya Care.
Jumpa di gelanggang!
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari saya disapa oleh adik Aqeela dari SMK Putrajaya Presint 14(1) yang ingin menyerahkan hasil lukisan beliau kepada saya.
Terima kasih adik Aqeela atas lukisan ini. Teruskan berkarya dan yakin dengan diri sendiri.
Semoga adik Aqeela terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU telah bermesyuarat malam tadi bagi menyelaras agenda parti dan memperkemas hala tuju ke hadapan. Mesyuarat berjalan lancar dengan komitmen penuh kepimpinan parti.
Dengan mandat yang dipikul, BERSATU kekal konsisten menyumbang dalam Perikatan Nasional demi kepentingan rakyat.
#drj
#bersatuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah buat keluarga pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Bentong–KL malam tadi. Semoga diberi kekuatan dan urusan dipermudah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya menerima aduan mengenai lif rosak ke ruang solat tambahan wanita di Masjid Besi. Semakan bersama JKR menunjukkan pembaikan hanya dijangka siap sekitar pertengahan 2026, satu tempoh yang terlalu lama bagi kemudahan asas jemaah.
Memandangkan keperluan ini penting untuk wanita, warga emas dan OKU, pejabat saya telah segera menghubungi Pejabat Menteri Kerja Raya untuk memohon agar kerja pembaikan dipercepatkan.
#drj
#putrajayacare -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berkhidmat sepenuh hati, berjuang tanpa gentar.
#bersatu #drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada skuad hoki 5s lelaki atas kejayaan meraih emas pertama Malaysia pada Sukan SEA 2025 di Thailand.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerja pemeriksaan dan tindakan berkaitan pokok tinggi di Presint 15H kini sedang dilaksanakan oleh pihak PPj. Terima kasih kepada PPj atas respon pantas dan tindakan segera demi keselamatan penduduk.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perikatan Nasional akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi rakyat Malaysia.
Setiap langkah dan gerak kerja yang diambil adalah demi masa depan yang lebih stabil, makmur dan inklusif.
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam ini berlangsung Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk meneliti perkembangan politik semasa dan isu-isu utama yang menuntut perhatian segera.
Perikatan Nasional bertekad untuk terus melangkah ke hadapan, memperkukuh gerak kerja dan memastikan suara rakyat sentiasa diutamakan.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care telah menerima aduan daripada penduduk mengenai beberapa pokok yang sangat tinggi dan dibimbangi berisiko tumbang di Presint 15H. Penduduk memaklumkan bahawa keadaan pokok tersebut menimbulkan kebimbangan, khususnya ketika angin kencang atau hujan lebat.
Aduan rasmi telah dihantar kepada PPj untuk pemeriksaan segera serta tindakan seperti pemangkasan atau penebangan sekiranya diperlukan demi keselamatan penduduk.
Kami akan terus memantau sehingga tindakan diambil.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari, saya menziarahi sahabat saya, Datuk Ghazali, yang kini sedang melalui proses pemulihan.
Beliau seorang yang sangat aktif bersama komuniti, khususnya di Surau Ar-Rahim Presint 15. Semoga beliau diberi kesembuhan segera agar dapat kembali meneruskan khidmat dan usaha yang beliau lakukan selama ini.
Moga Allah SWT mempermudah segala urusan beliau, mengurniakan kesihatan yang lebih baik dan memberikan kekuatan sepanjang tempoh ini.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Gegaran bermagnitud 7.5 melanda timur laut Jepun dan mencederakan 30 orang. Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kemungkinan gegaran lebih kuat.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) atas perhatian terhadap aduan jalan berlubang di Presint 8. Kerja-kerja pembaikan seperti ini amat penting bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.
Semoga usaha menjaga kualiti jalan raya di Putrajaya dapat diteruskan demi kesejahteraan semua.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sesi persekolahan 2026 akan bermula tidak lama lagi. Dalam tempoh beberapa hari ini, saya menerima aduan daripada ibu bapa yang menyuarakan tentang isu anak-anak mereka ditempatkan di sekolah yang jauh daripada kawasan kediaman masing-masing. Dalam aduan tersebut, ada juga dimaklumkan bahawa terdapat anak-anak yang tinggal di luar Putrajaya mendapat penempatan di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya apabila ibu bapa menggunakan alamat kediaman individu lain di Putrajaya atau “alamat dummy” dan bukannya alamat kediaman sebenar mereka semasa membuat permohonan.
Antara aduan yang diterima, seorang murid yang kini mengikuti kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) tidak ditawarkan tempat untuk Darjah Satu di sekolah yang sama. Sebaliknya, murid tersebut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3), sedangkan abangnya yang akan memasuki Darjah Tiga tahun hadapan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1). Bapa berkenaan turut mendakwa bahawa ramai pihak menggunakan alamat “dummy” bagi mendapatkan keutamaan penempatan sekolah.
Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk menguruskan persekolahan anak-anak, terutama pada waktu puncak.
Oleh yang demikian, saya telah memanjangkan aduan tersebut kepada Kementerian Pendidikan (KPM) serta Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dan juga memohon perjumpaan dengan pihak terlibat untuk berbincang mengenai masalah yang berbangkit. Matlamatnya adalah untuk mencari penyelesaian terbaik agar isu penempatan sekolah dapat ditangani secara adil dan memudahkan ibu bapa serta anak-anak warga Putrajaya.
Saya amat berharap pihak-pihak yang terlibat dapat memberi perhatian serius ke atas isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera. Penempatan sekolah bagi sesi 2026 hendaklah diuruskan dengan telus dan keutamaan penempatan murid perlulah diberikan kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan sekolah bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak di Putrajaya. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah Red Panthers U16!
Pasukan Red Panthers U16 berjaya menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak Kanak-Kanak Viper Super Sunday 2025 semalam.
Syabas kepada semua anak-anak yang bertanding. Setiap pasukan memperlihatkan komitmen, disiplin dan kesungguhan yang terserlah sepanjang kejohanan.
Penghargaan kepada pihak penganjur, Kelab Bolasepak Lestari Vipers (Lestari Vipers FC), yang terus menjadi platform penting dalam pembangunan bakat muda.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seorang pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia terkena tembakan bakakuk. Takziah kepada keluarga, semoga kuat menghadapi dugaan.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sewaktu hari terakhir Sidang Parlimen Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat, saya berjumpa dengan sahabat-sahabat dari Putrajaya dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang dekat dengan warga kita.
Terima kasih atas keprihatinan yang dikongsikan. Putrajaya ni tentang kita semua. Kita jumpa lagi pada kesempatan akan datang.
#drj
#drjdiparlimen
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah menerima aduan mengenai keadaan jalan yang tidak rata di terowong Presint 9 menuju Presint 11, termasuk beberapa bahagian sambungan jalan sepanjang laluan berkenaan.
Keadaan ini boleh mendatangkan risiko, terutamanya kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut setiap hari.
Aduan ini telah kami panjangkan kepada pihak bertanggungjawab untuk semakan dan pembaikan segera.
Terima kasih kepada penduduk yang peka dan segera melaporkan. Keprihatinan anda membantu memastikan keselamatan komuniti kita terpelihara.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Petang tadi saya merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Liga Bola Sepak Kanak-Kanak Viper Super Sunday 2025 yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Lestari Vipers (Lestari Vipers FC). Kejohanan seperti ini sangat penting untuk memberi ruang kepada bakat muda berkembang, selain memupuk disiplin, keyakinan dan minat terhadap sukan sejak awal.
Tahniah kepada semua pemenang, dan syabas kepada setiap pemain yang telah menunjukkan komitmen terbaik sepanjang kejohanan. Penghargaan juga saya rakamkan kepada ibu bapa, jurulatih serta komuniti setempat yang terus menjadi tulang belakang program ini dari tahun ke tahun.
Terima kasih kepada Presiden Kelab Bola Sepak Lestari Vipers, saudara Mohd Tarmizie Mohd Shahidan, atas dedikasi dan usaha berterusan membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Semoga inisiatif seperti ini terus diperkukuh demi membina generasi masa depan yang aktif, berdaya saing dan berjiwa besar.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Wilayah Persekutuan.
Perbincangan kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai isu dan keperluan rakyat di Wilayah Persekutuan, memastikan setiap keputusan dan gerak kerja parti benar-benar berpijak pada realiti serta cabaran semasa.
Kesepakatan yang dibentuk meneguhkan iltizam kepimpinan untuk terus memperkasa parti dan merapatkan koordinasi di semua peringkat.
Insya-Allah, usaha yang tersusun ini akan memperkukuh keyakinan rakyat dan memastikan BERSATU bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 dengan lebih bersedia.
#drj
#bersatu -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada warga PPAM Kasturi, Presint 17 khususnya saudara Rohaizit, Pengerusi Surau Kasturi, atas jemputan untuk saya turut serta dalam ceramah akhir tahun tempoh hari.
Semoga perkongsian yang disampaikan oleh penceramah pada malam tersebut, Ustaz Syamsul Debat, memberikan manfaat dan penghayatan kepada semua yang hadir.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi pada kesempatan yang lain.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Dua beradik lemas, hanyut ketika cuba mengambil bola.
Takziah buat keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi dugaan ini. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Syaikh Ismail Muhammad, bekas Imam Besar Masjid Negara, yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Al-Fatihah. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tempoh hari bersama Ustaz Syamsul Debat di Surau Kasturi PPAM Kasturi Presint 17 sempena ceramah Akhir Tahun Kasturi.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semalam saya menziarahi adik Hasif Danial bin Mohd Azdatul Haizad, seorang calon SPM yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang.
Walaupun diuji dengan keadaan kesihatan, semangat Hasif luar biasa. Tetap fokus, tetap berusaha, dan tak pernah hilang keinginan untuk menamatkan SPM. Sokongan daripada keluarga dan para guru juga sangat menyentuh hati.
Sikit lagi SPM nak selesai. Terus kuat, Hasif. Insya-Allah segala urusan dipermudah. Apa pun keputusan nanti, yang penting kamu sudah berusaha sehabis baik. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Moga Hasif diberi kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan. All the best untuk kertas yang tinggal.
#drj
#drjdiputrajaya
#spm2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di laluan Hulu Terengganu–Gua Musang. Semoga diberi kekuatan. Al-Fatihah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada penduduk yang menyalurkan maklumat mengenai pokok berhampiran terowong di Jalan P9 yang didapati berpotensi tumbang, khususnya ketika hujan lebat dan angin kencang.
Pasukan Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, telah membuat semakan di lokasi, dan aduan telah dihantar kepada pihak PPj untuk tindakan pemeriksaan serta penyelenggaraan segera demi keselamatan semua pengguna jalan.
Kami akan terus memantau perkembangan isu ini.
Keselamatan komuniti sentiasa menjadi keutamaan.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sembahyang Jumaat di Surau Sekolah Alam Shah, Putrajaya.
Bertanya khabar dengan anak-anak Fighters 2125.
Pak cik doakan semoga semuanya dipermudah, diberikan ketenangan, dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan #spm2025.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pada sesi Parlimen kali ini, sekali lagi saya menegur dan mencadangkan agar Kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara yang dibangkitkan khususnya melibatkan FELDA. Saya percaya sudah tiba masanya untuk melantik seorang Menteri yang khusus untuk menjawab perkara berkaitan FELDA agar hal ehwal yang dibahaskan dapat ditangani secara tuntas, dan Kerajaan mampu memberikan respons serta solusi yang jelas.
Dalam Sidang Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat ini, saya turut membangkitkan beberapa perkara penting, antaranya isu pelaburan FELDA dalam Eagle High Plantations yang menyumbang kepada sebahagian besar beban hutang yang masih ditanggung oleh FELDA. Memandangkan komitmen pelaburan tersebut dibuat melalui entiti kerajaan, saya mencadangkan agar Kerajaan mengambil langkah konkrit dan bertanggungjawab penuh terhadap baki hutang FELDA berjumlah sekitar RM2.77 bilion. Ini penting supaya proses pemulihan FELDA dapat berlangsung dengan lebih berkesan dan tidak terus dibayangi implikasi keputusan lalu.
Saya juga meminta penjelasan mengenai status terkini pelaksanaan Kertas Putih FELDA. Walaupun beberapa syor dan inisiatif telah bermula, pelaksanaan yang konsisten serta pemantauan berterusan amat penting bagi memastikan matlamat meningkatkan kesejahteraan peneroka benar-benar dapat dicapai.
Walaupun saya bukan anak FELDA dan tidak dibesarkan dalam komuniti FELDA, saya tetap menegaskan bahawa FELDA adalah institusi besar yang menjadi tulang belakang pembangunan luar bandar serta penyumbang penting kepada ekonomi negara. Kejayaannya bukan sahaja memberi manfaat kepada peneroka, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan negara secara keseluruhan. Justeru, perhatian serius dan tindakan nyata daripada Kerajaan amat diperlukan untuk memastikan FELDA kekal relevan dan mampu memberi manfaat kepada generasi akan datang.
#drj
#drjdiparlimen
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa berjumpa dengan anak-anak SK FELDA Purun tempoh hari, saya sempat bertanya daripada mana mereka belajar berdebat. Semua murid jawab: “Daripada cikgu!”
Tahniah kepada para guru atas usaha mendidik dan membimbing generasi pewaris negara untuk bijak berhujah. 🙌📚
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah,sidang Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat tahun 2025 telah melabuhkan tirai semalam.
Tempoh hari, kami Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional berkumpul bagi memperteguh tekad dalam usaha perjuangkan suara rakyat.
Semoga kita dapat terus meningkatkan khidmat kepada rakyat dan negara. Berjumpa kita di sidang Parlimen tahun hadapan.
#drj
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Damailah di negeri abadi sahabat, DS Bung Moktar. Semoga dicucuri rahmatNya. Takziah kepada keluarga arwah.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya tegaskan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan boleh lakukan banyak perkara apabila meneliti sesuatu perkara tetapi tidak boleh dilaksanakan di dalam Dewan.
Dalam jawatankuasa, kita boleh panggil saksi, teliti dokumen satu per satu dan bentangkan secara terperinci. Itu semua mustahil dilakukan dalam Dewan.
Kalau ada yang tersalah fakta ini, betulkan. Jangan segan-segan!
#drj
#drjdiparlimen
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya ingatkan sahabat-sahabat Ahli Parlimen kerajaan agar memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk bincang dan perhalusi isu berkaitan kenyataan YB Kota Bharu.
Mereka tidak sepatutnya menggunakan kuasa majoriti di dalam Dewan Rakyat untuk menghukum YB Kota Bharu sebelum dibawa ke jawatankuasa. Jika sewaktu di sebelah pembangkang dulu mereka selalu meratib tentang keadilan, inilah masa untuk buktikan!
#drj
#drjdiparlimen
#perikatannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bertemu dengan para guru dan anak-anak SK Felda Purun, Bera, Pahang yang hadir ke Parlimen semalam.
Lima murid ini, Siti Nurnadhirah Najwa, Aisyah Nadira, Nur Khairina, Nur Imanina dan Nur Amani baru sahaja bergelar Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2025. Tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini.
Semoga Cikgu Norfaizah Mat Diah, Cikgu Mohd Shukri bin Hussin dan seluruh warga pendidik terus dikurniakan semangat untuk membimbing generasi pewaris negara dengan penuh dedikasi dan iltizam.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu keselamatan sentiasa saya berikan perhatian. Antara perkara yang kerap disuarakan penduduk ialah keperluan pemasangan CCTV di kuarters kerajaan serta penambahan CCTV di lokasi strategik sekitar Putrajaya.
Pada sesi Parlimen kali ini, saya bangkitkan semula perkara ini melalui soalan bertulis kepada Menteri bagi mendapatkan status pelaksanaan, peruntukan dan garis masa yang jelas.
Saya akan terus memastikan usaha ini diberi keutamaan agar keselamatan warga Putrajaya benar-benar terjamin.
#drj
#putrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) dan pihak penyelenggara atas usaha membaik pulih gelanggang futsal Presint 11A serta menambah baik kemudahan yang tersedia untuk penduduk setempat.
Kerjasama yang diberikan benar-benar membantu memastikan kemudahan riadah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa, khususnya untuk anak-anak muda yang memanfaatkan gelanggang ini sebagai ruang aktiviti sihat.
Semoga perhatian dan penyelenggaraan berterusan dapat terus dikekalkan demi kesejahteraan semua.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pada 20 Disember ini, Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya dengan kerjasama Zahra Travel akan menganjurkan Program Berkhatan Komuniti Parlimen Putrajaya Siri 9.
Kepada Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak boleh mengisi borang melalui pautan: docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeZzUl4FfYYGJ2iz8sqF_i6B… atau mengimbas kod QR pada poster.
Penyertaan adalah percuma dan tempat terhad kepada 50 peserta sahaja. Mohon daftar segera.
Pihak pusat khidmat akan menghubungi peserta yang terpilih untuk maklumat lanjut.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pihak Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, telah menerima aduan daripada penduduk berhubung keadaan jalan interlocking brick di kawasan Presint 16 yang semakin membimbangkan.
Hasil tinjauan Putrajaya Care mendapati terdapat bahagian jalan yang tidak rata, selain beberapa batu ‘interlocking’ yang tercabut, longgar dan rosak. Keadaan ini boleh mengundang risiko kemalangan, terutamanya kepada pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal, basikal serta pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut.
Aduan ini pernah dipanjangkan sebelum ini dan kerja pembaikan telah pun dilaksanakan, namun kerosakan kembali berulang. Sudah tiba masanya penyelesaian yang lebih menyeluruh dan tahan lama dilaksanakan.
Perkara ini telah dipanjangkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan pembaikan segera bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
#drj
#drjdiputrajayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kematian kadet PALAPES, arwah Syamsul Haris, pada 28/7/25 diklasifikasi sebagai kes bunuh. Semoga ada keadilan untuk arwah dan keluarga.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perikatan Nasional terus komited untuk memastikan tadbir urus kerajaan diperketat, pembangunan infrastruktur diperkukuh, warisan budaya dipelihara serta ekonomi luar bandar dipacu dengan lebih berkesan.
YB Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, meminta penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada Kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai-pegawai Menteri susulan teguran YAB Perdana Menteri agar para Menteri memantau pegawai mereka dengan lebih tegas.
YB Merbok, Tuan Mohd Nazri Abu Hassan, menyoal Menteri Kerja Raya mengenai tahap kajian keberhasilan penggunaan teknologi baharu turapan Cup Lump Modified Asphalt (CMA) yang diperkenalkan untuk menggantikan teknologi asfalt sedia ada.
YB Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menjelaskan pelan komprehensif Kementerian bagi menjamin masa depan kebajikan serta sosioekonomi artis budaya tradisional dan para veteran penggiat seni.
YB Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, pula meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai kaedah penilaian keberkesanan Belanjawan 2024 dalam memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya di Sabah.
Persoalan yang dibangkitkan ini menggambarkan kepentingan isu-isu tadbir urus, pembangunan, kebudayaan dan ekonomi rakyat dalam perbahasan Parlimen hari ini.
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Susulan aduan daripada Encik Mohd Hasrul dan sahabat-sahabat di Zon 6B berhubung gangguan haiwan liar di kawasan perumahan P11K dan Zon 6B, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan dengan memasang perangkap dan berjaya menangkap beberapa ekor haiwan liar di kawasan tersebut.
Terima kasih kepada PPj dan Jabatan PERHILITAN atas kerjasama dan tindakan yang telah dijalankan. Usaha pemantauan ini diharapkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.
Nota: Haiwan yang ditangkap akan dipindahkan dan dilepaskan semula ke habitat semula jadi mereka.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Selamat berkhidmat kepada YBrs. Encik Nadimin bin Abdul Aziz atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan utama saya buat warga Putrajaya. Justeru, menjadi keutamaan untuk memastikan SK Putrajaya Presint 8(3) dan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 15 dapat beroperasi menjelang sesi persekolahan baharu tahun 2026 bagi memenuhi keperluan semasa penduduk.
Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek Kompleks Sekolah Presint 6(1) dan SMK Presint 17(1) yang telah dibangkitkan sejak 2023 dan kemudiannya diluluskan melalui Belanjawan 2026 perlu diteruskan mengikut garis masa yang ditetapkan agar kapasiti pendidikan di Putrajaya dapat diperkukuh.
Saya juga menerima banyak pandangan daripada ibu bapa mengenai peningkatan keperluan pendidikan khas di Putrajaya. Sehubungan itu, saya telah membawa perkara ini kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan penambahan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dapat dilaksanakan secara terancang, termasuk di sekolah baharu yang akan dibuka serta sekolah sedia ada yang mempunyai ruang sesuai. Keperluan ini wajar diberikan perhatian oleh kepimpinan baharu JPWP kerana ia melibatkan akses pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas.
Saya turut mencadangkan agar cadangan pembinaan SK Putrajaya Presint 14(2) serta sebuah Kolej Tingkatan Enam di Putrajaya diberikan pertimbangan sewajarnya. Dengan pelantikan Pengarah baharu ini, saya berharap keseluruhan keperluan pendidikan di Putrajaya dapat dilihat secara menyeluruh demi manfaat jangka panjang warga Putrajaya.
Sumber - SK Putrajaya Presint 16(2)
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Isu kos sara hidup bandar, pembangunan belia, pertahanan negara, keterjaminan makanan dan kebajikan veteran menjadi fokus persoalan di Dewan Rakyat hari ini.
Kesan sosial urbanisasi di Wilayah Persekutuan turut dibangkitkan oleh Dato’ Azman Nasrudin (Padang Serai), khususnya berkaitan persaingan sosial dan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan penduduk setempat.
Bagi pembangunan belia, Tuan Afnan Hamimi (Alor Setar) menyoal keberkesanan peruntukan RM40 juta kepada persatuan sukan komuniti dalam memupuk gaya hidup sihat dan perpaduan anak muda.
Dalam sektor pertahanan, Tuan Haji Muhammad Fawwaz (Permatang Pauh) mengangkat isu penilaian semula kilang pemasangan helikopter AW149 di Melaka, manakala Dato’ Sri Ikmal Hisham (Tanah Merah) membangkitkan pelupusan 20 kenderaan berperisai Lipan Bara susulan perolehan baharu kenderaan 4x4 Tarantula.
Soalan mengenai keterjaminan makanan pula ditimbulkan oleh Tan Sri Muhyiddin (Pagoh), termasuk hala tuju dasar selepas tamat Program Beras Putih Tempatan (BPT) pada Ogos 2025.
Kebajikan veteran juga diberi perhatian apabila Komander Nordin TLDM (Bersara) (Lumut) meminta penjelasan tentang objektif dan impak Program Veteran Desa Madani (VDM) terhadap veteran asnaf dan B40.
Keseluruhan pertanyaan ini menunjukkan keprihatinan Ahli-Ahli Parlimen terhadap isu yang dekat dengan rakyat — dari tekanan hidup di bandar kepada kelangsungan pertahanan dan kebajikan mereka yang memerlukan.
#parlimenmalaysia
#suararakyatdidewan -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pihak Putrajaya Care, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya, telah menerima aduan daripada penduduk mengenai keadaan jalan ‘interlocking brick’ di persimpangan Jalan P9G, Presint 9.
Hasil tinjauan pihak pusat khidmat mendapati beberapa bahagian jalan tidak lagi rata dan terdapat batu ‘interlocking’ yang rosak serta pecah. Keadaan ini boleh mengundang risiko kemalangan, khususnya kepada penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Perkara ini telah dipanjangkan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan pemeriksaan dan pembaikan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
#drj
#drjdiputrajaya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tahniah kepada Datuk Dr Aliakbar Gulasan di atas kemenangan di Dewan Undangan Negeri N.16 Karambunai.
Tentunya satu kenangan manis kepada penyokong dan seluruh jentera Perikatan Nasional Karambunai yang telah bertungkus-lumus berikhtiar di sepanjang tempoh kempen. Kemenangan ini juga adalah satu catatan sejarah bagi sahabat parti komponen Perikatan Nasional, PAS, di negeri Sabah.
Selamat menjalankan tugas, Dr Aliakbar.
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih kepada rakyat Sabah yang telah keluar mengundi dan memberikan kepercayaan kepada calon-calon Perikatan Nasional dalam PRU Dewan Undangan Sabah ini.
Kita menghormati keputusan rakyat. Perikatan Nasional akan terus menjalankan peranan dalam memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat Sabah tanpa mengira apa jua keputusan pilihan raya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera Perikatan Nasional yang bekerja keras siang dan malam sepanjang kempen. Komitmen, disiplin dan kesungguhan anda menjadi tulang belakang perjuangan kita.
Perjalanan kita tidak berhenti di sini. Dapatan pilihan raya ini akan kita teliti sebagai panduan untuk memperbaiki gerak kerja dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap Perikatan Nasional pada masa hadapan.
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedikit perkongsian buat sahabat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17.
Pakat kongsi-kongsikan ya.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pesanan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi Sabah.
Undio’ Noh Perikatan Nasional! Kasi Bagus Sabah!
#perikatannasional
#kasibagussabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk para pengundi N.17 Darau,
Calon Perikatan Nasional untuk N.17 ialah Nabila binti Norsahar, seorang anak muda berpendidikan undang-undang yang dikenali kerana keberanian bersuara dan keaktifannya bersama komuniti. Nabila membawa semangat baharu, idea segar dan tekad untuk memperjuangkan pembangunan Darau secara lebih tersusun dan inklusif.
Pilih suara muda yang berani bekerja untuk rakyat.
Undi Nabila binti Norsahar, Calon No. 5 Perikatan Nasional!
#perikatannasional
#kasibagussabah
#kasibagusdarau -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semangat rakyat Sabah bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin membara. 🔥
Pada 29 hari bulan ini, marilah kita semua membuat pilihan yang membawa perubahan besar.
Undio’ noh Perikatan Nasional! 💪
#drj
#kasibagussabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Langkah Baharu Jerry di Negeri Sabah Bumi Bertuah!
Anak-anak muda di negeri Sabah bakal merasa pelbagai peluang bagi membolehkan mereka bergerak maju dan pantas ke depan sekiranya Perikatan Nasional diberi mandat untuk mengemudi Sabah.
Ayuh, sama-sama hayati kisah Jerry ini.
Selepas Perikatan Nasional menerajui pentadbiran Negeri Sabah, ramai anak muda akan mula merasai angin perubahan. Ambil contoh, Jerry. Beliau adalah seorang anak muda dari Tenom yang sejak kecil membantu keluarganya bercucuk tanam di kampung.
Jerry bukan lulusan universiti, tapi dia bercita-cita besar. Dia mahu menjadikan pertanian sebagai kerjaya moden yang bakal mengubah kehidupan seluruh keluarganya. Bila diumumkan Dana Tani Belia RM100 juta untuk bantu anak muda gunakan teknologi dan automasi, Jerry tak tunggu lama dan dia terus mohon. Dalam masa beberapa bulan, kebunnya mula berubah dengan penggunaan pelbagai teknologi dan automasi. Kini ada sistem hidroponik dan fertigasi.
Bila ada masa terluang, Jerry kerja sebagai rider p-hailing. Dulu, bila motosikal rosak, dia terpaksa berhenti kerja beberapa hari sebab tak mampu baiki. Tapi selepas wujudnya Skim Bantuan P-Hailing Sabah, dia dapat bantuan RM500 untuk penyelenggaraan motosikal dan insurans.
Jerry pula tak berhenti di ladang. Dia masuk Program Sabah Drone Pilot sebab mahu jadi juruterbang dron bertauliah. Siapa sangka, seorang anak tani kampung kini dapat membantu Jabatan Pertanian buat pemetaan ladang guna dron. Dalam masa yang sama, dia juga ambil kursus digital dari Sabah Creators Lab dan belajar reka bentuk 3D.
Dari situ, Jerry jumpa minat baru. Dia mula hasilkan animasi pendek tentang kisah petani moden Sabah. Animasi dia tular, dan syarikat luar mula ambil dia bekerja secara jarak jauh. Dulu hanya pegang cangkul, kini Jerry pegang stylus dan dron controller.
Melihat potensi besar dalam dunia pertanian dan teknologi, Jerry sertai Sabah Innovation Accelerator. Dia dan rakan cipta startup agrotech yang bantu petani kampung akses pasaran luar melalui aplikasi mudah alih. Mereka menang pitching dan terima dana permulaan RM100,000.
Hari ini, Jerry bukan sekadar petani. Dia pencipta, inovator, dan inspirasi buat ramai anak muda Sabah.
Jerry seterusnya terlibat dalam inisiatif Susun Niaga Sabah (SNS). Melalui SNS, Jerry diberikan bantuan khidmat nasihat dalam penstrukruran perniagaan, pemasaran dan kewangan yang akhirnya memberi peluang kepada Jerry untuk mengembangkan perniagaannya.
Setelah menempa pelbagai kejayaan, menerusi Program Mentor Digital Sabah (MDS), Jerry dilantik sebagai salah seorang daripada 1000 orang untuk menjadi mentor kepada 3,000 usahawan PMKS terpilih.
Semua ini hanya akan terjadi sekiranya anak Sabah memberikan peluang kepada Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Negeri Sabah.
Undilah Perikatan Nasional! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kepada sahabat-sahabat pengundi N.17 Darau.
Calon Perikatan Nasional di N.17 Darau ialah Nabila binti Norsahar, seorang peguam, wanita dan anak muda yang mempunyai hala tuju jelas untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri. 💪
Pilih wakil yang berdisiplin, berprinsip dan fokus kepada khidmat. Undio’ noh Nabila binti Norsahar, Calon No. 5 Perikatan Nasional!
#perikatannasional
#kasibagussabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Bersama-sama rakan seperjuangan di Parlimen Malaysia sebelum menghadiri mesyuarat Kaukus Parlimen mengenai pengenaan tarif timbal balas ke atas Malaysia oleh Amerika Syarikat Bilangan 1 Tahun 2025.
Dengan tekad yang sama, kita perjuangkan kepentingan negara.
#drj
#drjdiparlimen -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk pengundi-pengundi di N.4 Tanjong Kapor, video ini khas untuk anda!
Undio’ noh Muhammad Affan Jumahat, Calon No. 11 - Perikatan Nasional. 💪
Di bawah tawaran Kasi Bagus Sabah, sekiranya Perikatan Nasional diberi mandat mentadbir Kerajaan Sabah, antara perkara yang akan dilaksanakan ialah:
• Dana Pulih Niaga Sabah (RM50 juta) untuk membantu peniaga mengganti peralatan perniagaan yang rosak akibat banjir dan tanah runtuh.
• Pembinaan rumah percuma di atas tanah milik sendiri bagi golongan miskin tegar, miskin dan mereka yang benar-benar memerlukan.
• Perlindungan Tanah Adat Anak Negeri Sabah (PTAANS) melalui pendigitalan geran NCR, dokumentasi tanah adat yang lebih teratur serta penyelesaian pertikaian tanah secara bebas dan profesional.
• Penaiktarafan pelabuhan utama di Sabah, termasuk pelabuhan komersial di Kudat, bagi mengukuhkan perdagangan antarabangsa dan menarik lebih banyak pelaburan asing.
#drj
#perikatannasional
#kasibagussabah -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Malam tadi di N.52 Sukau!
Calon daripada Perikatan Nasional, seorang anak muda berusia 38 tahun,
Pengiran Petra, calon No. 7!
Undio’ noh Perikatan Nasional!
#drj
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perikatan Nasional akan memberi tumpuan besar kepada pembangunan kapasiti wanita Sabah. Di bawah Tunjang 8: Kasi Bagus Wanita Sabah, dua tawaran utama yang dibawa ialah:
1. Memperkasa 10,000 Usahawan Wanita Sabah
Geran sehingga RM15,000 untuk setiap usahawan berpotensi, disokong latihan komprehensif, pementoran industri, pendigitalan perniagaan dan pemantauan berterusan — supaya perniagaan wanita Sabah berkembang maju, mapan dan berdaya saing.
2. Bantuan Lahir Sabah – RM500 untuk Setiap Ibu Baharu
Sokongan awal bagi meringankan keperluan asas selepas kelahiran. Diberikan terus kepada ibu sebagai penghargaan terhadap peranan dan pengorbanan mereka dalam membina masa depan Sabah.
Kasi Bagus Wanita Sabah. Kasi Bagus Masa Depan Sabah.
#kasibagussabah
#tawarankasibagussabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kebangkitan rakyat di N.58 Lamag semakin jelas terasa.
Jika mahukan perubahan, undilah Haji Mazlin bin Madali, calon Perikatan Nasional.
Saya doakan seluruh jentera Perikatan Nasional dipermudahkan urusan dan terus cekal berkempen hingga ke detik-detik terakhir sebelum hari mengundi.
#kasibagussabah -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk para pengundi N.52 DUN Sungai Sibuga
Pada 29 hari bulan ini, pilih calon no. 3, saudari Norani Asmatil daripada Perikatan Nasional.
Perikatan Nasional akan memperkenalkan Skim Bangkit Niaga Bayu (SBNB), iaitu skim mikro kredit tanpa faedah berjumlah RM300 juta bagi mengukuhkan perniagaan usahawan kecil, merangkumi sokongan kepada wanita, anak muda dan kumpulan terbuka.
Undio’ noh Perikatan Nasional
#drj
#perikatannasional
#kasibagussabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sokongan rakyat di Sungai Manila dan Sungai Sibuga! 🔥
Undio’ noh Perikatan Nasional!
#drj
#drjdisabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semangat anak muda di Sungai Sibuga! 🔥
Semoga dipermudah urusan calon no.3 daripada Perikatan Nasional, Puan Norani Asmatil bagi N.52 Sungai Sibuga.
#drj
#drjdisabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ucapan istimewa buat semua calon yang bakal menduduki kertas bertulis #spm2025 esok.
Semoga segala urusan dipermudah, diberikan ketenangan fikiran ketika menjawab peperiksaan, dan dikurniakan kejayaan cemerlang.
Semoga berjaya!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Untuk para pengundi N.51 DUN Sungai Manila!
Pada 29 haribulan ini, pilih calon No. 3, saudara Yusri bin Abu daripada Perikatan Nasional.
Sekiranya PN menubuhkan Kerajaan di negeri Sabah, Perikatan Nasional akan menjadikan perikanan antara tunjang ekonomi biru Sabah dengan
mewujudkan Zon Perikanan Bersepadu bagi mengoptimumkan hasil laut melalui penyediaan infrastruktur, kemudahan logistik dan bantuan peralatan yang turut melibatkan nelayan pesisir pantai.
Undio’ noh Perikatan Nasional.
#drj
#perikatannasional
#kasibagussabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semangat Perikatan Nasional semakin terasa di Sungai Manila 🔥
Pada 29 hari bulan, Sabtu ini, jangan tengok yang lain! Pilih calon no.3! Saudara Yusri bin Abu untuk N.51!
#drj
#drjdisabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sedang membaca akhbar Daily Express Sabah edaran hari ini.
Di muka surat 3, terpapar senarai penuh semua calon Perikatan Nasional yang akan bertanding dalam PRU Dewan Undangan Sabah ke-17.
Undio’ noh Perikatan Nasional pada 29 hari bulan ini!
#drj
#kasibagussabah
#perikatannasional -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menteri Pelancongan telah memberi jawapan kepada persoalan ramai tentang ketiadaan visual masjid di dalam montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 sedangkan visual rumah ibadat lain ada dimasukkan.
Antara lain, Menteri kata video masjid tidak dimasukkan kerana "Video ini hanya sebuah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat".
Oooo ye ke?
Ini ada pertanyaan lanjut ini daripada sahabat-sahabat. Harap Menteri boleh jelaskan ya.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini kami bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Sesyen Gua Musang untuk pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap beliau.
Semoga dipermudah urusan Abah! 🤲🏻
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi ini di POS Pasik bersama sahabat ambo, Dr. Ronald Kiandee. Ttemu mato #setkito di sini.
#setkito sini royat, orang asli loh ni pakat pakoh buley! Calon No.1!
Kalu #setkito di POS Pasik doh undi buley, bakpo #setkito hok lain toksey #undibulan?
Pakat #undibulan deh?This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Penuh #setkito di Jerek malam tadi!
Semalam telah berlangsung ceramah Grand Finale Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri di Jerek.
Terima kasih kepada semua yang datang dan memberi sokongan. Terima kasih juga buat seluruh jentera yang telah bekerja keras dalam memastikan kempen pilihan raya ini berjalan lancar.
Semoga sokongan warga Nenggiri malam tadi diterjemahkan kepada undi untuk calon no. 1, Rizwadi Ismail, pada 17 hari bulan ini.
Pertahan Nenggiri, Undi Bulan! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Larian Obor Kemenangan Sungai Bakap ke Nenggiri telah sampai ke Gua Musang pagi ini!
Insya-Allah, obor ini akan terus menyala hingga ke grand finale malam ini di Jerek, Nenggiri!
Ayuh, teruskan perjuangan hingga ke garis penamat! 💪🔥
#drj
#sungaibakapkenenggiri
#guamusang -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Seharian bersama sahabat-sahabat Orang Asli di Pos Tohoi.
Kiro jadi tu deh #setkito di Pos Tohoi...pakat undi bulle belako💪🏻💪🏻💪🏻
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
UMNO tak boleh nak sorok hakikat bahawa mereka sekarang dah kahwin dengan DAP.
UMNO pun tak boleh nak sorok hakikat bahawa DAP yang dominan dalam kerajaan madanon.
Bila DAP berdehem sikit.....This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Betapa hipokritnya Pakatan Harapan!
Apabila sesuatu perkara itu menguntungkan mereka hilang sudah prinsip-prinsip yang diperjuangkan!
Apabila sesuatu perkara itu tidak menguntungkan mereka, dipusing-pusing mencari alasan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Jual 30% blok saham MAHB untuk cepatkan urusan di lapangan terbang???
Kalau isunya nak mempercepat urusan di lapangan terbang, takkan sampai nak jual blok besar 30% saham MAHB kepada syarikat asing?
Dengar ni! -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerajaan MADANON diibaratkan seperti kerajaan lembu kenyang.
Ini penjelasan saya!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Adakah benar setelah harga diesel naik sebanyak 56% tiada kesan kepada rakyat dan harga barang? Mai saya cerita sikit.
🌾 Pengusaha pertanian makin sengsara
👨🏻🌾 Tidak semua yang memerlukan dapat bantuan
⛽️ Diesel digunakan untuk pelbagai aspek pertanian, bukan sahaja kenderaan
🚜Penyedia perkhidmatan pertanian, termasuk sewaan jentera, terbeban.
Ini baru sektor pertanian.
Banyak sektor lain lagi yang terkesan.
Cukuplah sembang kayangan, Madanon. Bukalah mata, rakyat sedang susah.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sehingga hari ini, Menteri Pendidikan masih kekal dengan keputusan mengumumkan keputusan SPM 2023 bagi batch 06 pada 27 Mei 2024.
Ini sedikit pandangan marhaen, kot-kot Menteri nak dengar.
Anak-anak Batch 06 dan guru-guru, kongsi-kongsikan supaya sampai kepada Menteri.
#spm2023
#fyp
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Penat, YB?
Ini nasihat saya.
Kongsi-kongsikan nasihat ini.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kerajaan Sarawak umum bahawa agensi dan pihak berkaitan di Sarawak tidak perlu bantu daftarkan penduduk Sarawak dalam sistem PADU sehingga dimaklumkan kemudian.
Dah banyak kali saya berikan pandangan untuk tambah baik PADU.
Ini satu lagi perkongsian tentang PADU!
Kongsi-kongsikan.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Kebebasan bersuara versi MADANON?
Saya bangun bertanya kepada Menteri Komunikasi apakah kebebasan bersuara yang dijulang oleh pemimpin Pakatan Harapan ini hanya terpakai apabila mereka menjadi pembangkang?
Menteri kata, "Kalau tak ada kebebasan bersuara, akaun Yang Berhormat dah tak ada dah. Dalam platform ini. Bukan hanya akaun Yang Berhormat tidak ada dalam platform TikTok, tetapi dalam semua akaun media sosial”.
Kalau ikut penjelasan Menteri, maknanya kalau kandungan diturunkan tapi akaun masih ada, maka itu menunjukkan kebebasan bersuara masih ada?
Wah! Adakah ini definisi baharu kebebasan bersuara?
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Tindakan kerajaan yang menyalahkan faktor luaran semata-mata di atas kejatuhan nilai Ringgit seolah-olah cuba menutup hakikat bahawa terdapat faktor dalaman yang amat ketara, iaitu kecelaruan dalam pembuatan dasar!
Saya berikan contoh berkaitan arahan Perdana Menteri terhadap keputusan pelaburan KWSP.
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya mendapat banyak maklum balas berkaitan kesan sebenar pengenalan SST 6% untuk perkhidmatan logistik, khususnya daripada pemain industri dan pengguna.
Dalam video sebelum ini, saya tunjukkan SST 6% yang dikenakan di pelbagai peringkat rantaian bekalan dan saya mohon Kementerian Kewangan menjelaskannya, termasuk isu cukai ke atas cukai.
Di Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan II memberikan penjelasan berkaitan hal tersebut. Namun, saya berpandangan penjelasan yang diberi oleh YB Menteri Kewangan II tidak memberikan gambaran sebenar.
Di sini saya kongsikan penjelasan terperinci mengapa dikatakan sedemikian.
Secara peribadi saya melihat SST 6% ke atas perkhidmatan logistik memberi kesan besar kepada industri dan pengusaha. Mereka seterusnya akan menaikkan harga akhir yang dikenakan kepada pengguna.
Kerajaan perlu cermat tangani perkara berbangkit tentang SST bagi perkhidmatan logistik ini.
Mungkin ada yang bertanya, 'Kenapa tak tanya di Parlimen?'. Untuk makluman semua, masa untuk setiap Ahli Parlimen berbahas adalah amat terhad. Masa sesi soal jawab Menteri dan penggulungan Menteri juga terhad.
Jadi saya buat video ini supaya mesejnya jelas. Kalau apa yang saya jelaskan tidak tepat, mohon Kementerian Kewangan betulkan!
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pesan Abah kepada YAB Tambun!
#drj -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Berdasarkan poster yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi, perkhidmatan logistik tak terkesan dengan kenaikan SST sebanyak 2%.
Betul ke sektor logistik tak terkesan dengan SST?
#drjThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Eksport Malaysia jatuh selama 10 bulan berturut-turut!
Kali terakhir eksport jatuh selama lebih 10 bulan berturut-turut adalah 15 tahun yang lalu.
(1/2)This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Hari ini Dewan Rakyat bersidang sehingga ke malam. Gambar blok Menteri dan Timbalan Menteri ini saya ambil pada jam 8.17 malam.
Saya yakin setiap daripada mereka ada urusan tertentu menyebabkan mereka tidak dapat hadir malam ini.
(1/4) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Lembu punya susu
Sapi dapat nama
Tok Pa buat dulu
Ada mengaku dia punya -
Radzi Jidin
@RadziJidin
PH Jangan Hina Penjawat Awam
Saya membaca tulisan P Ramasamy bertajuk "Ossified public service badly in need of reform". Dalam ayat mudahnya Ramasamy berkata perkhidmatan awam Malaysia telah lapuk atau tepu dan amat-amat perlu direformasikan.
(1/16) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Ini fitnah apa pula? DSAI kata, beliau telah batalkan kemudahan kereta untuk bekas-bekas menteri yang baru ini.
Soalnya, sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Batalkan perkara yang tak wujud?
Bantu banteras fitnah ini, tolong kongsi-kongsikan. -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi saya dan isteri berpeluang untuk sertai sahabat-sahabat di kejiranan Presint 12 yang sedang bergotong-royong.
Masing-masing cukup bersemangat bergotong-royong. Dibantu pula dengan pasangan masing-masing, itu yang lagi semangatkan?
(1/2) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sewaktu berbincang dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) tempoh hari, saya telah sampaikan hasrat warga Putrajaya agar kadar cukai pintu dapat diturunkan.
Alhamdulillah, diumumkan tadi kadar cukai pintu bagi unit kediaman berharga bawah RM300,000 dikurangkan sebanyak 30%.
(1/4) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, Saudara Rafizi, pernah menulis di Facebook bahawa beliau telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang PM daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.
(1/10) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Pagi tadi saya bersama isteri membawa anak bongsu kami untuk menerima dos kedua vaksin #pickids di Putrajaya.
Sempat bertanya khabar dengan ibu bapa yang turut membawa anak masing-masing mendapatkan dos kedua hari ini.
(1/3)
Radzi Jidin
@RadziJidin
Menurut ibu bapa, anak-anak mereka cukup teruja untuk dapatkan vaksin pagi ini.
Proses vaksinasi yang dilaksanakan di sekolah tadi berjalan dengan lancar.
(2/3)
Radzi Jidin
@RadziJidin
Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan PICKids khususnya @KKMPutrajaya dan @Khairykj
P/S: Doktor kata cucuk vaksin pun boleh puasa ya dik! 😁
(3/3) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Alhamdulillah, selesai sudah libat urus di Negeri Sembilan pada hari ini yang melibatkan lima sesi bersama PIBG sekolah rendah, PIBG sekolah menengah, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah dan juga pentadbir sekolah.
(1/4)Post not available here, view on X
Radzi Jidin
@RadziJidin
Setelah 15 sesi libat urus berlangsung, kami telah menerima pelbagai pandangan dan input dalam menyiapkan pelan pembukaan sekolah yang lengkap dengan mengambil kira aspek-aspek penting.
(3/4)
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semua pandangan ini akan diteliti sebaiknya bagi memastikan sesi persekolahan yang berlangsung kelak adalah selamat untuk seluruh warga sekolah.
Terima kasih PIBG.
Terima kasih cikgu.
Terima kasih pentadbir sekolah.
KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik.
(4/4) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Sebelum memulakan sesi ketiga libat urus hari ini, saya mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Mesyuarat turut dihadiri pengurusan tertinggi KPM dan SPP.
(1/3)
Radzi Jidin
@RadziJidin
Perkara utama yang kami bincangkan adalah mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off.
(2/3)
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited untuk membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru. Usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
(3/3) -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Semasa sesi libat urus bersama warga pendidik di Wilayah Persekutuan Labuan, saya mengambil kesempatan melawat SK Pantai dan SMK Labuan yang sedang dalam proses naik taraf dan penyelenggaraan.
1/4 -
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya kongsikan ringkasan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM untuk kawasan PKP, PKPB dan PKPP sepertimana yang dijelaskan dalam sidang media tadi.
-
Radzi Jidin
@RadziJidin
Saya kongsikan infografik berkaitan pengumuman KPM pagi tadi mengenai pengoperasian sekolah dan tarikh baharu peperiksaan awam untuk makluman semua.














































































































































































































































































































































































































































































































































































































