Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri majlis yang dihoskan oleh PYT Madam Louise Araneta-Marcos, isteri kepada TYT Ferdinand R. Marcos Jr., Presiden Filipina, bersama pasangan Ketua-Ketua Negara yang lain.
Dalam majlis tersebut, saya turut berpeluang beramah mesra dengan pasangan pemimpin dari Laos, Thailand dan Brazil. Kami telah dibawa melawat galeri Likhang Filipino di Bandaraya Pasay yang mempamerkan pelbagai produk tempatan, tekstil asli, kraf tradisional, fesyen kontemporari, kelengkapan rumah, barangan hiasan serta produk makanan serantau. Saya amat tertarik dengan keunikan warisan budaya, kehalusan kraftangan tradisional dan perkembangan industri kreatif Filipina.
Selesai lawatan galeri dan jamuan makan tengah hari, kami seterusnya ke Teater Likhang Filipino bagi menyaksikan persembahan fesyen oleh pereka-pereka tempatan yang menampilkan rekaan berinspirasikan negara- negara Asean dengan mengekalkan identiti budaya dan tradisi.
Peluang mengiringi YAB Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Manila, Filipina ini amat bermakna dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama erat antara negara-negara yang terlibat.
Sumber Gambar : Likhang Filipino Exhibition Halls & Panay News
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah binti Wan Ismail (born 3 December 1952) is a Malaysian politician and the current spouse of the prime minister of Malaysia as the wife of Anwar Ibrahim. She first entered parliament in 1999, and has served as Member of Parliament (MP) for Bandar Tun Razak since 2022 as a member of the People's Justice Party. She is the first woman to serve as deputy prime minister of Malaysia, a position she held from 2018 to 2020. More on Wikipedia
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya amat menghargai pertemuan yang cukup bermakna bersama Madam Brigitte Macron, yang sarat dengan kemesraan serta pertukaran pandangan yang bernas.
Semoga hubungan akrab Malaysia dan Perancis terus diperkukuh, terutama melalui jalinan seni budaya serta kerjasama berterusan dalam memartabatkan warisan kedua-dua negara. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah meraikan Presiden Republik Perancis, @EmmanuelMacron dan isteri, Brigitte Macron, dalam majlis makan tengah hari.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh JKKN, Permata Seni, Mind’ance Kids dan SRFA Arts and Cultural, alunan suara Anuar Zain dan Ernie Zakri serta persembahan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), sekali gus menyerlahkan keindahan seni dan kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Saya percaya persahabatan Malaysia dan Republik Perancis akan terus mekar berteraskan rasa hormat, kepercayaan dan persefahaman yang mendalam, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama yang lebih erat demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron, Presiden Republik Perancis dan isteri, Madam Brigitte Macron di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya berkesempatan membawa Madam Brigitte Macron membuat lawatan ke Muzium Tekstil Merdeka bagi mengenali khazanah warisan tekstil Malaysia serta meneroka potensi kerjasama kebudayaan antara Malaysia dengan Perancis.
Selain itu, beliau juga melihat demonstrasi teknik tenunan tradisional Songket Limar. Madam Brigitte Macron turut menunjukkan bakat mencuba sendiri seni sulaman kelingkan tradisional Kelantan.
Semoga hubungan kerjasama antara Malaysia dan Perancis ini dapat membuka ruang kepada potensi kerjasama antara kedua-dua negara.
Kredit Gambar : @japenmalaysia -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini menerima kunjungan Tamu Kenegaraan, Presiden Perancis, @EmmanuelMacron di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama Presiden Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan. Sambutan ini cukup bermakna tatkala ia berlangsung di mercu bersejarah berusia lebih 100 tahun, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kemerdekaan negara.
Usai istiadat pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan, saya dan Presiden Macron mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam. Kami bicarakan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serta isu lain yang menyentuh kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇫🇷
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang seimbang, berpandukan kepentingan negara serta komitmen memperkukuh kesatuan dan peranan ASEAN di tengah-tengah landskap geopolitik yang semakin mencabar.
Dalam aspek ekonomi, usaha menarik pelaburan dan membawa masuk projek berkualiti perlu bergerak seiring dengan tadbir urus yang baik, integriti serta ketegasan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itulah antara perkara yang saya tekankan ketika berucap pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di Manila, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49. Malaysia bukan sahaja mahu dikenali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik dan berdaya saing, tetapi juga sebagai negara yang menjunjung tinggi integriti, keadilan dan amanah demi memastikan kemakmuran dapat dinikmati seluruh rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama Azizah menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), Manila, yang dipengerusikan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.
Sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan, memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa.
🇲🇾🇵🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian, saya bersama Nana telah hadir ke Bilik Gerakan Utama (BGU) Kelebang untuk menyantuni para jentera yang telah sentiasa bekerja keras dalam memberikan yang terbaik sepanjang pilihanraya ini berlangsung.
Saya turut berkesempatan menyantuni nenda kepada Nana dan seluruh ahli keluarga di kediaman beliau di Kampung Paya Mengkuang. Walau apa pun cabarannya, sokongan padu daripada keluarga terdekat merupakan sumber kekuatan yang amat penting buat seseorang calon yang sedang berjuang di lapangan.
Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda! Keluar mengundi dan pilih Saudari Farzana Hayani, Calon No. 01 dari HARAPAN bagi DUN Kelebang.
#pilihanhatikelebang
#kelebangsayangnana
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seterusnya, saya telah turun ke N.14 DUN Kelebang bagi memberikan sokongan kepada Saudari Farzana Hayani atau Nana, Calon No. 01 dari HARAPAN bagi DUN Kelebang.
Saya telah memulakan siri kempen bersama Nana di Surau Kg Tengah Kelebang Besar, bagi menunaikan solat Maghrib dan Majlis Bacaan Yasin, memohon agar setiap urusan dipermudah, segala perjuangan diberkati dan diredhai Allah.
Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda! Keluar mengundi dan pilih Saudari Farzana Hayani, Calon No. 01 dari HARAPAN bagi DUN Kelebang.
#pilihanhatikelebang
#kelebangsayangnana
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seterusnya, saya telah turun ke N.18 DUN Ayer Molek bagi memberikan sokongan kepada Saudara Hakimin Mokhtar, Calon No. 02 dari HARAPAN bagi DUN Ayer Molek.
Saya dan Saudara Hakimin telah mengadakan walkabout di Pasar Malam Desa Molek sambil menyantuni para penjual dan pengunjung yang hadir. Sangat meriah dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman! Saya dimaklumkan, ini merupakan satu-satunya pasar malam yang terdapat di Ayer Molek, patutlah ia menjadi lokasi tumpuan utama penduduk setempat.
Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda! Keluar mengundi dan pilih Saudara Hakimin, Calon No. 02 daripada HARAPAN untuk DUN Ayer Molek.
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah turun ke N.06 DUN Rembia bagi memberikan sokongan kepada Saudara Khuzaire Kamal, Calon No. 03 dari HARAPAN bagi DUN Rembia.
Saya dan Saudara Khuzaire telah hadir bagi menyantuni para pengunjung di sekitar Kampung Jeram, Rembia yang hadir memeriahkan program Semarak Komuniti TEKUN Nasional. Turut hadir menyerikan majlis ialah Pengerusi TEKUN Nasional, Dato' Haji Abdullah Sani bersama isteri, Datin Faezah. Suasana cukup meriah dengan kehadiran penduduk setempat, memberi ruang untuk kami beramah mesra dan saling bertukar cerita.
Jangan lupa keluar mengundi! Pilih Saudara Khuzaire, Calon No. 03 daripada HARAPAN bagi DUN Rembia.
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seterusnya, saya bersama Saudari Ginie Lim menyantuni penduduk Kampung Tersusun, Melaka Pindah dalam sebuah program santai. Saya kongsikan bersama mereka bahawa dengan pengalaman luas Saudari Ginie Lim, khususnya ketika menerajui Invest Melaka, beliau memiliki kepakaran yang tepat untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Melaka. Pengalaman inilah yang amat diperlukan oleh DUN Machap Jaya demi merancakkan ekonomi dan membawa limpahan manfaat kepada seluruh rakyat Melaka.
Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda! Keluar mengundi dan pilih Saudari Ginie Lim, Calon No. 02 daripada HARAPAN untuk DUN Machap Jaya.
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah turun ke N.08 DUN Machap Jaya bagi memberikan sokongan kepada Saudari Ginie Lim, Calon No. 02 dari HARAPAN bagi DUN Machap Jaya.
Saya dan Saudari Ginie Lim hadir menyantuni Komuniti Cina dan Orang Asli dalam Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Machap Umboo.. Saudari Ginie bukanlah wajah baharu. Beliau pernah diberi mandat pada tahun 2018 dan berkhidmat sebagai EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka. Rekod khidmat bakti ini membuktikan keupayaan beliau untuk terus membela nasib rakyat, justeru kita perlu mengembalikan beliau demi masa depan Machap Jaya yang lebih baik.
Jangan lupa keluar mengundi! Pilih Saudari Ginie Lim, Calon No. 02 daripada HARAPAN bagi DUN Machap Jaya.
#melakarumahkita
#harapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya bersama Saudara Denesh, turut berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Saudara Samivel di Hospital Jasin yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Mendiang merupakan wakil kepada calon HARAPAN Saudara Denesh.
Pemergian Saudara Samivel merupakan satu kehilangan besar buat perjuangan kita. Jasa, pengorbanan dan kesetiaan beliau akan sentiasa dikenang.
Salam takziah sekali lagi saya ucapkan. Saya turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah turun ke N.10 DUN Asahan bagi memberikan sokongan kepada Saudara Denesh, Calon no 02 dari HARAPAN.
Saya memulakan lawatan saya dengan menziarahi beberapa rumah di sekitar FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh. Setiap rumah ada cerita, setiap wajah menyimpan harapan, dan setiap insan mempunyai perjuangan hidup yang mungkin tidak kita ketahui.
Sama-sama kita doakan agar mereka yang sedang diuji diberikan kesembuhan yang segera serta kesihatan yang berpanjangan. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
#melakarumahkita
#pakatanharapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir bersama Datuk Azman Abidin, Calon No 3 dari HARAPAN bagi kawasan N.13 DUN Paya Rumput dalam Majlis Hi Tea bersama sahabat-sahabat usahawan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Turut hadir, Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM; Puan Norkamisah binti Mohd Sam, Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Cawangan Alor Gajah serta Puan Poziah binti Abdul, Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Tun Teja Cawangan Bandaraya Melaka.
Saya selalu berpesan, wanita ini bukan sekadar di dapur. Wanita ini adalah tulang belakang keluarga, tulang belakang ekonomi dan tulang belakang negara.
Saya mendoakan agar semua Sahabat Usahawan AIM Melaka terus maju, terus kuat, terus berani. Semoga perniagaan sahabat-sahabat diberkati, diluaskan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
#no3datukazmanabidin
#sapelagitokmanler
#melakarumahkita
#pakatanharapan
#datukazman4payarumput -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seterusnya, saya bersama Datuk Azman Abidin, Calon No 3 dari HARAPAN bagi kawasan N.13 DUN Paya Rumput berkesempatan memenuhi undangan sempena Sambutan Hari Deepavali dari Saudara Navaseelan dan Adik Narendra.
Terima kasih atas jemputan dan sambutan mesra yang diberikan. Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mekar dalam kalangan masyarakat kita.
#no3datukazmanabidin
#sapelagitokmanler
#melakarumahkita
#pakatanharapan
#datukazman4payarumput -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah turun ke N.13 DUN Paya Rumput bagi memberikan sokongan kepada Datuk Azman Abidin, Calon no 3 dari HARAPAN.
Saya memulakan lawatan saya dengan berkunjung ke Bilik Gerakan Utama DUN Paya Rumput bagi melihat segala persiapan terkini serta menyantuni para jentera yang telah sentiasa bekerja keras dalam memberikan yang terbaik sepanjang pilihanraya ini berlangsung.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
#no3datukazmanabidin
#sapelagitokmanler
#melakarumahkita
#pakatanharapan
#datukazman4payarumput -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Turut berdukacita atas pulangnya ke rahmatullah, tokoh pendidikan tersohor negara, Allahyarhamah Tan Sri Asiah Abu Samah, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Sosok Allahyarhamah amat dekat di sudut hati saya sebagai mantan pengetua ketika saya menuntut ilmu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah melakar legasi besar dalam ekosistem pendidikan Malaysia, khususnya menerusi peranan utamanya memperkasa kurikulum kebangsaan, memartabatkan dasar bahasa, dan menggerakkan penerbitan buku teks asas negara.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarhamah dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahniah kepada seluruh warga Hospital Seberang Jaya serta pasukan pakar jantung atas kejayaan memulakan perkhidmatan angiogram dan angioplasti koronari hari ini. Pencapaian ini melakar sejarah buat Hospital Seberang Jaya sebagai hospital daerah pertama di Semenanjung Malaysia yang menjalankan kedua-dua prosedur tersebut.
Januari lalu, saya telah berkunjung ke Hospital Seberang Jaya untuk merasmikan bangunan baharu hospital ini. Perkembangan hari ini tentunya menggembirakan tatkala peningkatan fasiliti telah disusuli dengan peluasan rawatan kepakaran yang amat diperlukan penduduk Seberang Perai dan sekitarnya.
Peluasan perkhidmatan ini juga dijangka dapat memendekkan tempoh menunggu serta mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada doktor, jururawat, petugas kesihatan serta pengurusan hospital dan Kementerian Kesihatan atas kejayaan ini. Kepakaran dan khidmat kalian memberi harapan kepada pesakit serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan awam negara.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keupayaan hospital awam supaya lebih ramai rakyat mendapat rawatan berkualiti dengan lebih pantas demi memelihara nyawa serta kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bersama dalam Majlis Penghargaan Program Community Feeding (PCF) Bandar: PPR Desa Tun Razak Tahun 2026 bertempat di ruang solat bawah, Masjid Zaid Bin Thabit Desa Tun Razak.
Turut hadir, Dr Rohaya binti Ramli, Pegawai Kesihatan Daerah Cheras; Puan Nor Azah binti Ahmad, Ketua Cawangan Pemakanan, serta Tuan Zolkafli Bin Suhor, Pengerusi Masjid Zaid bin Thabit Desa Tun Razak.
Program Community Feeding (PCF) Bandar ini merupakan intervensi penting yang diterajui oleh Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bersama Pejabat Kesihatan Daerah Cheras serta sokongan padu komuniti PPR Desa Tun Razak. Program Community Feeding (PCF) Bandar ini merupakan intervensi penting yang diterajui oleh Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bersama Pejabat Kesihatan Daerah Cheras serta sokongan padu komuniti PPR Desa Tun Razak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi menjayakan inisiatif murni ini terutamanya para petugas kesihatan, barisan sukarelawan, rakan strategik, dan komuniti setempat. Anda adalah hero tidak didendang yang menjadi inspirasi buat semua. Anda mungkin membantu anak-anak daripada keluarga yang tiada kaitan dengan anda, namun atas dasar kebajikan dan kemanusiaan, semua ini dapat dilaksanakan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut berdukacita atas pulangnya ke rahmatullah Allahyarhamah Wan Badariah Wan Saad, ADUN Mata Ayer, Perlis.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarhamah dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.
Astro AWANI
@501Awani
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar petang ini.
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/adun-mata-ayer-wan-bad… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen tadi, saya berkesempatan mengunjungi beberapa reruai yang telah dibuka di lobi Parlimen Malaysia.
Saya turut tertarik dengan reruai yang dikendalikan oleh Dr. Billy Tang Chee Seng, pengasas PWD Smart FarmAbility, yang mengusahakan inisiatif pertanian bandar bagi memperkukuh keterjaminan makanan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.
Usaha murni ini membuktikan bahawa setiap ruang mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan bersama. Semoga inisiatif seperti ini terus berkembang dan memberikan impak positif kepada masyarakat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, di Parlimen saya berkesempatan hadir bersama dalam Majlis Peluncuran KENDALI MADANI.
Turut hadir, Datuk Haji Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; Datuk Dr. Halimaton binti Hamdan, Pengerusi Yayasan MyPrihatin; Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran; serta Dato’ Hajah Norashikin binti Ismail, Pengerusi KENDALI MADANI.
Saya turut menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan MyPrihatin dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), dengan kerjasama beberapa universiti yang terlibat.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JPK, KESUMA, Yayasan MyPrihatin, rakan-rakan universiti serta semua pihak yang terlibat.
Saya berharap agar pemantauan berterusan dapat dilaksanakan supaya standard serta kualiti yang tinggi sentiasa dititikberatkan, di samping mengamalkan tatakelola yang baik dan integriti yang tinggi seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kerjasama ini akan mewujudkan satu lagi platform bagi memudah cara para pekerja sektor penjagaan diiktiraf melalui pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aaminn YRA.
Sumber Gambar : MediaCIAST-JPK -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Majlis Ilmu MADANI hari ini di Seri Perdana, Putrajaya menerima tamu istimewa, Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara, tokoh dakwah dari Indonesia.
Saya menyentuh peri pentingnya majlis ilmu bersama tokoh seperti Ustaz Abdul Somad dalam menyuburkan kefahaman agama, agar cahaya ilmu menerangi akal, menjernihkan hati dan membimbing amal bersandarkan tradisi akliah yang berakarkan ilmu akidah,
Ustaz Abdul Somad dalam tausiahnya menyentuh tema perpaduan dalam jamak budaya dan agama dengan mengambil ibrah serta tauladan dari Rasulullah SAW. Pada bicaranya, khazanah turath menemukan bahasa kehidupan, persoalan agama menjadi hampir dengan denyut keseharian, sehingga orang ramai dapat menimba makna daripada telaga ilmu yang dalam.
Semoga Allah SWT memelihara hikmah Ustaz Abdul Somad dalam lapangan dakwah, mengurniakan kebijaksanaan serta menjambatani ilmunya ke muara hati insan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, terserempak pulak dengan YB Dr Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, saya berkesempatan melawat reruai anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di perkarangan lobi Parlimen Malaysia.
Saya dimaklumkan bahawa, pameran ini merupakan inisiatif KUSKOP melalui Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) bagi meningkatkan keterlihatan Perusahaan Sosial (Social Enterprise - SE) dan Perniagaan Inklusif (Inclusive Business - IB).
Pelbagai aspek penting diketengahkan, merangkumi penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, pembangunan kemahiran, pertanian dan agromakanan, pemeliharaan warisan batik, perkhidmatan pemulihan, serta pembangunan alat produktiviti.
Usaha berterusan seperti ini amat bermakna dalam memperkasa produk tempatan dan melonjakkan usahawan bimbingan kementerian ke peringkat yang lebih tinggi.
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi kebaikan di dunia serta di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul dan isteri, Puan Sri Noraini Mohd atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa pengantin, atas pernikahan anakanda tercinta, Dr Muhammad Ibrahim dan pasangannya, Dr Fazreena Eleena. Didoakan semoga pernikahan ini dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Selamat Pengantin Baru ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya turut bersama hadir bagi menjayakan Pink ESG Wellness Campaign 2026, BErsempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Kuala Lumpur yang bertemakan "Beyond Awareness, Take Action".
Turut hadir, Professor Dr. Nor'Azim Mohd Yunos, Timbalan Ketua Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM; Datin Paduka Chew Mei Fun, Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Professor Dr. See Mee Hoong, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pink ESG Wellness Campaign 2026 serta Dato' Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavillion Group.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pejuang kanser yang sudi berkongsi pengalaman dan turut megambil bahagian dalam kempen ini.Saya amat menyokong usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya golongan wanita yang berisiko tentang perlunya saringan awal untuk mengesan kanser payudara.
Kita berhasrat untuk membina sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi, penyelidikan dan teknologi, tetapi juga prihatin terhadap kesihatan, maruah serta kesejahteraan sosial seluruh rakyatnya seiring dengan agenda Malaysia MADANI.
Tahnian dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Breast Cancer Resource Center (BCRC), serta UMMC Candy Girls Breast Cancer Support Group atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih mereka dalam menjayakan kempen yang amat bermakna ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen, berkenaan dengan statistik terkini penyertaan wanita dari pelbagai sektor pekerjaan yang mampu memacu KDNK negara hingga ke 12 peratus, dan langkah - langkah proaktif yang telah diambil bagi mencapai matlamat ini.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ketika di Parlimen, saya berkesempatan menyantuni dan bergambar bersama para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taee, Sarawak serta rombongan pelajar dari Sungai Bakap yang sedang membuat lawatan ke Parlimen Malaysia.
Di samping itu, saya turut berkesempatan bersua muka dan bergambar bersama kakitangan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), selain sempat bertukar pandangan serta berbincang ringkas mengenai al-Quran. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Layan cucu main slide
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku penaung bagi Kempen Tabung Pahlawan, saya telah bersama hadir dalam Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur yang bertemakan “1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”
Turut hadir, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia; YB Tuan Adly Bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan Bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat; YBhg. Laksamana Tan Sri Dato (Dr.) Zulhelmy Bin Ithnain, Panglima Tentera Laut; YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Muhammad Norazlan Bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara serta YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah benteng perisai negara yang tidak pernah berhenti mempertahankan setiap inci sempadan tanah air di darat, laut dan udara malah turut menggalas misi kemanusiaan serta bantuan bencana seperti banjir, dan mengibar megah bendera Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di luar negara.
Saya amat menghargai usaha JHEV dalam memperkasakan golongan veteran terutamanya melalui program-program berbentuk pengupayaan seperti Job Matching, Re-skilling dan Up-skilling, serta penempatan khas dengan majikan untuk mempelajari kemahiran baharu.
Terima kasih buat seluruh jawatankuasa penganjur, warga kerja JHEV ATM, para sukarelawan, serta rakan media yang telah bekerja keras menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada semua penyumbang, rakan-rakan strategik dan agensi-agensi yang terlibat. Saya turut menyeru semua pihak agar sumbanglah lebih banyak lagi dalam apa jua bentuk dan bantuan. Beri banyak tanda mampu, beri sedikit tanda ingat !
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat, Aminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen, berkenaan dengan keberkesanan langkah penyelesaian terhadap kadar pengangguran dan ketidakpadanan program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) berteraskan TVET dalam kalangan belia yang menjejaskan kebolehpasaran golongan muda khususnya belia daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan bandar seperti Bandar Tun Razak.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, sebelum ini, saya telah bersama-sama hadir dalam Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak yang telah diadakan bersempena dengan Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara,
Turut hadir, Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lotus Group; Profesor Dato' Dr Hanafiah Harunarashid, Pegawai Bertanggungjawab, KPJ Healthcare Berhad serta Puan Asyqoh binti Yusof, Pengurus DBKL Cawangan Bandar Tun Razak.
Kempen 'Pink October' atau Bulan Kesedaran Kanser Payudara adalah satu gerakan global yang bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan awal, menyokong pesakit dan keluarga mereka, serta menamatkan stigma terhadap penyakit ini. Kempen ini mula digerakkan pada tahun 1985 melalui inisiatif American Cancer Society, dan kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) amat aktif memimpin inisiatif global melalu Global Breast Cancer Initiative.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada barisan urus setia Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KPJ Healthcare, Lotus's Care dan semua pihak yang terlibat atas inisiatif serta komitmen menganjurkan program kesedaran yang amat bermanfaat ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan statistik terkini jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang benar-benar diwujudkan kepada rakyat Malaysia daripada pelaburan pusat data berbanding jumlah nilai pelaburan yang diumumkan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya.
Foto: FMT -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ahad lepas, Alhamdulilah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada Encik Abidin serta isteri, Puan Siti Rohayu atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa pengantin, atas pernikahan anakanda tercinta, Nur Fadilahafizah dan pasangannya, Shahrul Yazid. Didoakan semoga pernikahan ini dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Selamat Pengantin Baru ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis akad nikah di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa pengantin, Tuan Syed Abdul Rahman dan Puan Sharifah Mahani serta Tuan Awang Astillah dan Puan Zarinah atas pernikahan kedua-dua anakanda Syed Saddiq dan pasangannya Dayang Ara Nabellah.
Didoakan semoga pernikahan ini dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Tahniah sekali lagi dan Selamat Pengantin Baru ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah bersama hadir dalam Program “Childhood Memories: Citarasa Nostalgia” bersempena Sambutan Hari Warga Emas 2026 bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur.
Program anjuran Pandu Puteri Trefoil Guild Kebangsaan ini telah menghimpunkan seramai 100 orang peserta dan tetamu dalam suasana penuh ceria, mesra dan nostalgia.
Turut hadir bersama, Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia; YAM Tengku Datin Ramlah Azizah, Mantan YDP PPPMC Terengganu serta Puan Sri Aisyah, TYDP PPPMC Selangor.
Pelbagai pengisian menarik diadakan termasuk aktiviti bertemakan kenangan zaman kanak-kanak serta demonstrasi masakan oleh Chef Celebriti, YBhg Dato’ Chef Ismail Ahmad yang menyorot kembali nostalgia zaman dahulu.
Program ini menjadi wadah untuk meraikan dan menghargai warga emas, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat persaudaraan dalam kalangan ahli Pandu Puteri Guild Trefoil.
Childhood Memories: Citarasa Nostalgia berjaya menghubungkan generasi melalui kenangan, persahabatan dan kebersamaan yang cukup bermakna.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi bagi mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.
Kesejahteraan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan. Belanjawan yang baik bukan sekadar angka dan peruntukan, tetapi perlu membawa manfaat nyata kepada rakyat.
Semoga Belanjawan 2027 terus meringankan kos sara hidup, memperkukuh kebajikan dan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan yang telah bekerja keras menyiapkannya.
Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah hadir bersama dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah GGAM President’s Cup – Public Speaking Competition 2026 yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri Malaysia.
Turut hadir Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM serta barisan kepimpinan PPPM Kebangsaan dan cawangan.
Seramai 116 peserta daripada 16 cawangan di seluruh negara, terdiri daripada 49 Pandu Puteri Tunas, 39 Pandu Puteri Remaja dan 28 Pandu Puteri Renjer, telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bertemakan “Be the Game-Changer” (Menjadi Pencetus Perubahan).
Tahniah saya ucapkan kepada setiap peserta yang telah tampil ke pentas dengan penuh keberanian, keyakinan dan kesungguhan. Keberanian untuk berdiri, bersuara dan menyampaikan pandangan dengan yakin itu sendiri merupakan satu kemenangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada barisan panel hakim atas masa, kepakaran dan bimbingan yang diberikan, serta kepada jawatankuasa penganjur, para pesuruhjaya, guru-guru dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini serta para ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menjadi sumber sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah kembali mengimarahkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-66, tahun 1448 Hijri / 2026 Masihi di Kuala Lumpur malam ini. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh hakim dan peserta dari pelbagai negara yang menjayakan majlis ini.
Saya mengimbau persoalan yang dikemukakan ulama Sambas, Syeikh Muhammad Basyuni Imran kepada Sayyid Rashid Rida pada tahun 1929, yang kemudian dijawab Amir Shakib Arsalan menerusi karya monumentalnya pada tahun 1930: “Mengapakah umat Islam mundur dan umat lain maju?” Kemunduran ini dikaitkan dengan kelemahan penguasaan ilmu, kelunturan akhlak serta hilangnya keberanian dan kesungguhan.
Persoalan ini terus menggugah kita hingga hari ini. Kebangkitan umat menuntut pembaharuan ilmu dan perilaku serta penghayatan agama yang menggerakkan usaha dan tanggungjawab. Justeru, ikhtiar islah mesti melampaui kehadiran di majlis seumpama ini dengan menghayati hikmah al-Quran, seraya berani menguasai ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan, berpaksikan akidah yang teguh dan akhlak yang luhur.
Inilah generasi al-Quran yang unik yang mahu kita lahirkan: hatinya berpaut kepada Allah, tekun menuntut ilmu dan membawa rahmah dalam dakwah. Berakar pada khazanah turath Islam serta meneladani kebijaksanaan dan adab para ulama dan ilmuwan, generasi ini mesti berupaya menterjemahkan petunjuk al-Quran untuk menjawab persoalan kehidupan dan memajukan umat.
Firman Allah SWT
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”
(Surah al-Imran : 159)
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya telah bersama hadir dalam Wacana Kasih Keluarga MADANI yang telah diadakan di Shah Alam.
Turut hadir YBhg. Datin Seri Masdiana Muhamad, Yang Dipertua PEKAWANIS, YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor serta YBTuan Hj. Azli bin Yusuf, Ahli Parlimen Shah Alam.
Tema yang dipilih, “Seimbang Keluarga, Sejahtera Negara” bukan sekadar slogan tetapi adalah seruan untuk kita menilai semula peranan keluarga, tanggungjawab bersama untuk kita saling kuat menguatkan mendepani ujian dengan sabar, hikmah dan kasih sayang.
Didiklah anak-anak dengan ilmu, adab dan akhlak. Tunjukkan contoh yang elok dengan mengamalkan shared responsibility dalam menguruskan keluarga. Terapkan empati yang tinggi, pupuklah good moral compass dan semangat cintakan negara Malaysia yang tercinta. Kita mahu lahirkan generasi yang berdaya tahan dan bertamadun tinggi untuk memimpin negara di masa hadapan dan ini bermula di rumah, bermula daripada institusi keluarga kita sendiri.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PEKAWANIS dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) kerana sudi berkerjasama dengan KASIH Malaysia serta rakan-rakan strategik dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program penuh bermanfaat ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya turut berkesemptan mengunjungi Malaysia International Craft Fair 2026 yang telah danjurkan oleh Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Pelbagai produk kraf yang sangat menarik telah diusahakan oleh para usahawan tempatan dan luar negara dalam memartabatkan industri kraftangan.
Ayuh, sama-sama kita menyokong industri kraftangan Malaysia agar ia terus mekar di persada antarabangsa, membawa nama negara seiring dengan keunikan identiti budayanya. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bersama dalam program Karnival Pendidikan MADANI 2026 yang bertemakan ‘Sehari Bersama Rakyat’ yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.
Turut hadir, Tuan Haji Megat Affandi, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur; Encik Nazir Hussin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan serta Inspektor Tiffany Dila, Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti IPD Cheras.
Karnival ini diadakan sebagai wadah bagi memperkukuh keterlibatan masyarakat dalam ekosistem pendidikan serta memperkasa penyampaian maklumat berkaitan pendidikan kepada komuniti.
Pendidikan juga bukan sekadar proses belajar di dalam kelas semata-mata untuk menduduki peperiksaan dan meraih keputusan cemerlang. Pendidikan ialah proses membina insan yang lebih baik, mengasah akal, dan membentuk akhlak yang mulia. Dalam Islam, ilmu mendapat kedudukan yang sangat mulia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program pada kali ini khususnya warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Pudu/Bangsar, guru-guru, cikgu dan pensyarah selaku tulang belakang insititusi pendidikan negara.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir bagi merasmikan Majlis Apresiasi Wanita KEADILAN Melaka.
Turut hadir, Datuk Haji Azman bin Abidin, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Ginie Lim Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat serta Puan Mahani Masban, Ketua Wanita KEADILAN Melaka.
Pertemuan ini bukan sekadar sebuah majlis, tetapi ruang untuk kita para wanita duduk bersama, bertukar pandangan, mengimbas kembali perjalanan yang telah kita lalui dan yang paling penting, menguatkan semangat antara satu sama lain.
Penglibatan wanita dalam politik amat penting kerana suara dan pengalaman wanita perlu terus dibawa ke meja pembuat dasar dan proses membuat keputusan. Kehadiran wanita yang lebih ramai dan aktif dalam politik turut memperkayakan perspektif dalam memahami keperluan keluarga, komuniti serta masyarakat secara menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan program pada hari ini. Semoga pertemuan hari ini menjadi suntikan semangat untuk kita terus melangkah bersama.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir bersama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib di tahun-tahun lampau.
Tentunya sukar untuk kami berdua menghadam hakikat ini bahawa beliau kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap babak indah yang dikongsi bersama kembali terpancar di depan mata hati yang terdalam.
Justeru, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Kak Hasmah. Dalam ingatan ramai, beliau adalah seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap mereka berasa dekat dan dihargai.
Saya dan Azizah mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus kuat dengan ujian-Nya, terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal bakti dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Antara kenangan manis yang sempat dirakam bersama Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah ❤️
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Aminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
ISTIADAT PENGEBUMIAN PEMBESAR NEGARA BUAT ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI
Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi. Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah.
Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah.
Ingatan dan doa saya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM
28 September 2026 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.
Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.
Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.
Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah adalah seorang tokoh negara yang telah berbakti seluruh hidupnya demi kesejahteraan awam, kesihatan masyarakat, serta ikon pemerkasaan dan kepimpinan wanita selaku antara perintis doktor wanita pertama.
Saya sangat menghormati Almarhumah Tun Siti. Beliau mengajar saya bagaimana membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme yang tinggi. Kebijaksanaan Tun, disertai sifatnya yang begitu mesra dan menyenangkan, menjadikan beliau seorang insan yang sangat disayangi.
Tun membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya hadir melalui suara yang lantang. Kekuatan itu terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan dan keteguhan dalam membawa diri.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Semoga YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian yang berat ini.
Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa' fu'anha.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, malam ini saya dan Azizah dapat meluangkan waktu bertemu sahabat dan teman lama dalam Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi anjuran WADAH, ABIM dan PKPIM di Bangi. Majlis turut meraikan delegasi The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) yang hadir dalam acara ini.
Dalam menghadapi liku perjuangan bersama dengan gerakan Islam, saya sentuh kembali ucapan Almarhum Siddiq Fadzil bahawa Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.
Gerakan kesedaran atas nama Islam tempang sekiranya hanya berpaksikan semangat kemarahan dan menghalalkan adu domba. Kita harus bangkit dengan tradisi akliah dan tegak dengan idealisme. Gerakan apa pun atas nama Islam akan teruji bukan semata-mata pada slogan tapi kepada pelaksanaan perjuangannya.
Justeru saya menempelak kumpulan yang menunggang nama Islam atau Melayu, riuh melaungkan tentang bangsa tetapi mengetepikan soal akhlak dan idealisme perjuangan. Apa ertinya parti atau gerakan Islam sekiranya bergerak dengan meninggalkan prinsip akhlak, penuh dengan kebencian serta menjadikan fitnah dan cacian sebagai senjata dan wirid harian.
Saya juga sentuh kepentingan usrah dalam gerakan dengan tidak meninggalkan tradisi turath Islami yang juga penting dalam memandu gerakan dan perjuangan. Selain tegas dalam melawan rasuah, menentang pemikiran takfiri serta perjuangan membasmi kemiskinan tegar, gerakan Islam juga harus kekal dengan adab, akhlak dan menghormati kebangsaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Puan Yusliza Mohd Yusof, serta suami En Mohd Fardhi Ahmad atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua belah pihak keluarga pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Amirul Hafidzi dan pasangannya Fatin Khairunnisa. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Wacana Inspirasi Pendidikan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026.
Turut hadir, Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM serta Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kepada para guru, terima kasih atas pengorbanan yang tidak semuanya dapat dilihat atau dicatat. Apabila seorang guru menyalakan harapan dalam diri seorang murid, guru tersebut sebenarnya sedang menyalakan masa depan negara.
Semoga Wacana Inspirasi Pendidikan ini terus menjadi wadah memperkukuh kerjasama antara warga pendidik, ibu bapa, komuniti dan semua pihak dalam memastikan setiap anak mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti serta peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam Program Gender Outlook Forum 2026, yang telah dianjurkan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi yang membawa tema “Memeta Masa Depan: Kesaksamaan Gender sebagai Pemangkin Pertumbuhan.”
Turut hadir, YB Puan Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor; YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa UKM; YBhg. Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UKM serta YBrs. Puan Siti Faridah Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif, Wanita Berdaya Selangor (WBS).
Perkembangan peranan wanita di Malaysia tidak berlaku secara mendadak. Dalam era sebelum merdeka, wanita dilihat mempunyai tugas yang lebih tradisional dan terhad.Namun, kesedaran awal mengenai kepentingan suara wanita telah pun berputik.
Penglibatan wanita semakin signifikan dalam semua bidang dan sejak 2020-an, bermulalah kemunculan konsep tanggungjawab bersama di rumah, dan kesedaran mengenai Generasi Sandwich serta Ekonomi Penjagaan.
Oleh sebab itu, forum seperti ini diadakan untuk menyediakan platform strategik bagi penggubal dasar, penyelidik, pertubuhan masyarakat sivil, dan pemimpin industri untuk membincangkan kesaksamaan gender, berkongsi amalan terbaik, serta merangka penyelesaian yang boleh dilaksanakan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran Gender Outlook Forum pada tahun ini.
Saya yakin dengan kerjasama erat antara semua pihak terutamanya kerajaan negeri, KPWKM dan agensi-agensi lain di peringkat persekutuan, pihak swasta/majikan, kesatuan pekerja dan sebagainya, lebih banyak kejayaan akan dicapai dan lebih ramai wanita akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara,
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.
Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.
Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.
Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar duka pemergian mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Yahya Lampong yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima amal kebajikan dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah kembali bersama sahabat-sahabat lama, para perintis dan otai Reformasi yang telah melalui segala liku, derita dan pengorbanan sejak awal perjuangan ini. Pertemuan semula ini tentunya mengundang rasa terharu dan sebak mengenangkan perjalanan panjang yang telah kita lalui bersama.
Mana mungkin saya dan Azizah melupakan jasa dan pengorbanan setiap daripada mereka kerana tanpa kekuatan, keberanian dan semangat juang kalian, tidak mungkin saya berdiri di sini hari ini memikul amanah sebagai Perdana Menteri.
Namun perjuangan ini masih belum selesai, maka gilap semula semangat yang sudah ada, usah pernah letih, usah mudah bebal dan jangan biarkan rasa terkilan atau tersinggung memadamkan semangat perjuangan.
Himpunkan semula kekuatan dan pesan kepada anak-anak, keluarga, sahabat serta generasi seterusnya bahawa perjuangan membawa perubahan menuntut keberanian, kesabaran dan daya juang yang tidak pernah padam.
Usia mungkin bertambah dan langkah mungkin semakin perlahan, tetapi semangat jangan sesekali pudar kerana kita pernah jatuh, kalah dan menderita, namun kita juga tahu bagaimana untuk bangkit semula.
Lawan tetap lawan!
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah dijemput hadir bagi merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-22 Asian Breast Disease Association (ABDA) 2026 di Bangsar.
Turut hadir, Professor Dr Humairah Samad Cheung, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur; Professor Dr Gary Tse, Presiden Asian Breast Disease Association serta Dr Farhana Fadzli, Presiden Malaysian Society of Radiologists dan College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia.
Penganjuran ABDA di Malaysia buat kali keempat sememangnya amat bermakna. Ia bukan sahaja mencerminkan hubungan erat antara komuniti perubatan Malaysia dengan rakan-rakan sejawat dari seluruh Asia, malah turut memperlihatkan semangat kerjasama dan persahabatan yang telah dipupuk oleh ABDA sejak penubuhannya.
Tema mesyuarat pada kali ini, “Merangka Strategi Pengurusan Pelbagai Disiplin Penyakit Payudara”, amat bertepatan dan penting. Apabila kita membincangkan penjagaan secara multidisiplin, kita sering memberi tumpuan kepada kesepaduan antara onkologi pembedahan, radiologi, patologi serta inovasi dalam ujian klinikal.
Kita harus menyedari bahawa usaha untuk meningkatkan hasil rawatan bukanlah tanggungjawab golongan profesional kesihatan semata-mata. Ia memerlukan usaha bersama daripada institusi kesihatan, organisasi profesional, pembuat dasar, pihak industri, organisasi pesakit serta masyarakat secara keseluruhannya.
Setinggi penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur, barisan tenaga pengajar, penaja, rakan-rakan industri serta semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan penganjuran mesyuarat ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Bandar Baru Bangi. Terima kasih diucapkan kepada YB Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Redzuan Othman serta isteri Datin Suraiya atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua belah pihak keluarga pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Izzah dan pasangannya Zarif. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku pengerusi KASIH Malaysia, saya telah hadir ke Kempen Sifar Buli Negeri Selangor, sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesan buli terhadap kesihatan mental serta membudayakan persekitaran yang lebih selamat dan prihatin untuk anak-anak dan golongan belia.
Kempen ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama KASIH Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir, Yang Berhormat Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor serta YBrs. Inspektor Natalie Anak Allin, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, & Kanak-kanak, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.
Saya turut berkesempatan menyempurnakan pelancaran Inisiatif Hab Rakan Sokongan SEHAT dan Talian Belia SEHAT di bawah Program Selangor Mental Sihat (SEHAT). Hab Rakan Sokongan SEHAT menyediakan sesi bimbingan psikososial secara percuma dan sulit bersama Rakan Sokongan bertauliah, yang boleh ditempah melalui aplikasi SELangkah. Manakala Talian Belia SEHAT dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar daripada Pusat Kaunseling Selangor dan boleh dihubungi di 1700-82-7536, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Kaunseling Selangor, UIAM, NGO SAPOT dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kempen Sifar Buli dan penambahbaikan initiatif SEHAT.
Membanteras gejala buli adalah peranan semua pihak, bukan tanggungjawab agensi atau satu-satu entiti sahaja kerana buli boleh berlaku di mana-mana, tidak kira peringkat umur, latar belakang sosial dan profesional. Saya menyeru agar semua pihak bantu mempromosikan kempen dan perkhidmatan-perkhidmatan ini agar menfaatnya benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah pulang ke Permatang Pauh sebentar bagi menyantuni para Otai Reformis dalam program ‘Secangkir Kopi, Seribu Bicara’.
Pertemuan ini bukan sekadar untuk mengeratkan silaturahim, tetapi menjadi ruang untuk menghargai jasa dan pengorbanan para otai yang telah bersama-sama melalui pahit getir perjuangan, di samping memperkukuhkan semangat serta roh perjuangan reformasi untuk terus diwariskan kepada generasi akan datang.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh otai dan veteran KEADILAN Pulau Pinang atas segala jasa, pengorbanan dan kesetiaan yang telah dicurahkan.
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita, menyatukan hati kita dan memberikan kekuatan untuk kita terus melangkah bersama menghadapi cabaran yang mendatang.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Comel betul kan? 🥰
Maktok doakan semoga terus membesar menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin YRA. 🤲🏻 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas itu, saya turut berkesempatan hadir ke Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI 2026 Parlimen Bandar Tun Razak
Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia melalui JAPEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini menghimpunkan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti komuniti seperti Rewang Sekampung, Kenduri Rakyat, Jualan RAHMAH, pameran, kaunter perkhidmatan kerajaan dan saringan kesihatan.
Kenduri seperti inilah yang memberi kita ruang untuk berhenti seketika. Kita duduk semeja, berkongsi cerita dan memahami keadaan satu sama lain. Hubungan yang mungkin bermula dengan senyuman boleh berkembang menjadi persahabatan dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti.
Perpaduan tidak terbina melalui slogan semata-mata. Ia bermula apabila kita menghormati jiran, menjaga kemudahan bersama, berkongsi maklumat yang benar dan membantu mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati. Dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah bersama hadir ke Sesi Dialog Isu Pembangunan, Trafik dan Tempat Letak Kereta di Bandar Tasik Selatan.
Tujuan utama sesi dialog ini adalah untuk menyediakan ruang komunikasi dua hala antara penduduk, DBKL dan pemimpin bagi membincangkan secara terbuka isu pembangunan, trafik serta tempat letak kereta di Bandar Tasik Selatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak. Kesediaan untuk duduk semeja, berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian bersama amat dihargai.
Semoga segala usaha dan kerjasama ini dapat menghasilkan penyelesaian terbaik demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan warga Bandar Tasik Selatan. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang membawa empat petugas kesihatan KKM dan seorang juruterbang berhampiran Long Lellang, Sarawak petang semalam.
Ingatan serta doa saya dan Azizah bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini. Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa.
Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, Insya-Allah.
Gambar: Bernama -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir bagi merasmikan Majlis Karnival Wanita Mendunia dan Pelancaran Kajian Suara Wanita (National Women’s Survey 2025/2026) di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.
Turut bersama, anakanda Nurul Izzah Anwar, Pengasas dan Pengerusi Suluh Centre, Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Puan Asyqoh Yusof, Pengurus Cawangan Bandar Tun Razak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Karnival Wanita Mendunia ini bukan sekadar meraikan semangat kewanitaan, tetapi turut menegaskan komitmen kita bersama untuk memastikan wanita Malaysia daripada pelosok kampung hinggalah ke bandar raya mempunyai akses kepada peluang ekonomi, perlindungan sosial, dan penyertaan bermakna dalam kepimpinan negara.
Saya turut berkesempatan melancarkan Kajian Suara Wanita 2025/2026, iaitu satu kajian menyeluruh yang melibatkan lebih 1,000 orang wanita di seluruh Malaysia, disokong oleh penglibatan kualitatif hampir 270 wanita melalui sesi-sesi Wanita Mendunia dan penglibatan komuniti di pelbagai zon negara. Kajian ini penting kerana ia membawa satu mesej yang jelas: dasar yang baik bermula daripada dasar yang mendengar. Ia bukan sekadar angka dan statistik, tetapi merupakan suara sebenar wanita Malaysia tentang apa yang membebankan mereka, apa yang mereka harapkan, dan apa yang mereka perlukan daripada negara ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Suluh Centre serta semua rakan strategik atas usaha murni menganjurkan Karnival Wanita Mendunia dan menyediakan Kajian Suara Wanita ini satu inisiatif yang saya percaya akan menjadi rujukan penting dalam perbincangan dasar berkaitan wanita di negara kita.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir bagi merasmikan Laman Florikultur “Magica Garden” Jabatan Pertanian yang telah dilancarkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang.
Berteraskan tema “Magica Garden”, laman berkenaan menampilkan 12 elemen tumpuan utama serta menghimpunkan 101 jenis bunga-bungaan, tanaman hiasan dan tanaman edibel. Angka 101 dipilih sebagai simbolik penghormatan kepada 101 tahun penganjuran MAHA. Selain reka bentuk landskap berestetika tinggi, pengunjung turut berpeluang menikmati lokasi fotografi menarik atau “OOTD” serta limpahan cahaya artistik pada waktu malam.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), serta seluruh rakan strategik yang telah bertungkus-lumus dalam memelihara keindahan dan membangunkan industri florikultur negara. Tidak dilupakan, terima kasih juga buat semua petugas di setiap peringkat yang menyumbang idea, bakti dan keringat dalam menjayakan program ini.
Kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengunjung MAHA 2026, dijemput datang untuk menghayati keindahan serta meneroka Laman Florikultur “Magica Garden” sepanjang penganjuran acara ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Awal pagi tadi saya bersama ribuan rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dalam suasana yang membanggakan serta rasa kasih dan cinta kepada tanah air.
Perbarisan yang menghimpunkan anggota keselamatan, penjawat awam, anak-anak muda serta pelbagai lapisan masyarakat mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang rencam kaum dan budaya, namun berpadu teguh di bawah satu Jalur Gemilang.
Kemerdekaan yang direbut dan diwariskan para pejuang dan leluhur bangsa tidak semata untuk diingati dan dikenang, tetapi mesti terus diisi dan dismpurnakan dengan keberanian membina negara yang lebih adil, sejahtera dan saksama untuk semua.
Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka!
🇲🇾
#yakinmadani
#merdeka69 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas selesai program di IPGKIK, saya telah hadir bagi merasmikan Program Bandar Tun Razak (BTR) Game Festival 2026 di Stadium Mini Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak.
Pelbagai acara telah diadakan seperti bola jaring, bola sepak jalanan, sepak penalti dan Mobile Legends yang mengumpulkan seramai 300 belia sekitar Parlimen Bandar Tun Razak. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Program seperti ini bukan sekadar memberi ruang kepada anak-anak muda untuk bersukan dan bertanding, malah menjadi platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan diri, memupuk semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan dalam komuniti.
Saya turut mengumumkan bahawa peruntukan sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja penambahbaikan Stadium Mini Seri Permaisuri, demi memastikan kemudahan yang lebih baik, selesa dan kondusif untuk kegunaan masyarakat seluruh Wilayah Persekutuan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada KITA BTR, serta semua agensi, penaja, rakan strategik, sukarelawan dan urus setia yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir pagi tadi bagi merasmikan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang membawa tema “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan” di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Pemilihan tema pada tahun ini amat bertepatan kerana golongan muda merupakan generasi yang akan menentukan bentuk keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan. Justeru, aspirasi mereka perlu didengar, difahami dan diterjemahkan melalui dasar serta tindakan yang berkesan. Semua pihak, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, marilah kita memastikan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan program atau inisiatif mestilah berpaksikan kepentingan rakyat.
Seramai 300 pelajar yang merupakan bakal guru khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas hadir dalam sambutan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (LPPKN WPKL) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Pejabat DBKL Cawangan Bandar Tun Razak, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS), Jabatan Pembangunan Wanita Kuala Lumpur (JPWKL) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir, Datuk Haji Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Dr. Nirwana Binti Mohd. Rashid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas; Encik Irwan Nadzif Bin Mohpal@Mahpul, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Kependudukan dan Keluarga LPPKN serta Puan Asyqoh binti Yusof, Pengurus Kawasan Bandar Tun Razak, Pejabat DBKL Cawangan Bandar Tun Razak.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Datuk Aaron Ago anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YB Yuneswadan Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara serta Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia.
Moduk Integriti Kanak-Kanak (MIKa) adalah ikhtiar Institut Integriti Malaysia yang memperkenalkan nilai tersebut kepada kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun melalui pendekatan yang dekat dengan dunia mereka.
MIKa bermatlamat untuk menjadi satu daripada modul utama pendidikan integriti di peringkat pendidikan awal kanak-kanak yang diguna pakai secara menyeluruh oleh TASKA, TADIKA dan Prasekolah di seluruh negara.
Sebanyak 50 buah TASKA dan TADIKA akan menjadi perintis kepada MIKa yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026.
Pada majlis berkenaan Seri Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra dan menyantuni kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
📷 Sumber Gambar : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
On 25 August 2026, Malaysia lost a true educational visionary: Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab bin Mohd Alwi (MCKK Class of '59), fondly known as the Father of Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Passing away at age 84, he leaves behind a legacy that permanently transformed the nation's academic landscape.
As MARA’s Director of Training under Tun Abdul Razak, he co-authored the blueprint for the MRSM system. He firmly believed talent knew no postcode, opening residential college doors to bright Bumiputera children from rural kampung settlements and smallholdings, ultimately sending over 45,000 students to top institutions worldwide.
He revolutionized Malaysian education by prioritizing active discovery over rote memorization, introducing homeroom mentoring, and instilling his famous lifelong motto: "Never retire your brains." Driven by service rather than status, he famously turned down corporate wealth and declined grand titles, choosing to remain a humble servant of the public.
Allahyarham was laid to rest at Tanah Perkuburan Islam Elmina, but his work endures in every life he elevated. We honor his extraordinary memory by keeping curiosity alive, defending equal opportunity, and ensuring the doors he opened remain wide open for generations to come.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi, pengasas MRSM dan tokoh yang dikenali sebagai “Bapa MRSM”, yang meninggal dunia pagi tadi.
Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.
Hasil usaha tersebut, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah pagi ini hadir dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Saya singgung kepentingan cabaran menghayati sebarang sambutan bukan semata-mata perarakan dan acara, namun lebih dari itu sambutan hanya bermakna sekiranya kita dapat menyuntik semangat baru dengan bukan kekal tahap lama. Oleh dengan itu, risalah dan keteladanan yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi panduan bagi umat Islam agar menjadi contoh terbaik dari pelbagai dimensi untuk menonjol wajah Islam yang rahmah dan punya wibawa.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tokoh Perdana kepada Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim serta Tokoh Maulidur Rasul kepada Maulana Abdul Hamid bin Hj Chin, Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Haji Laman bin Haji Yasim, Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir, Muhammad Mikhael Sathayah, Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin dan Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin.
Firman Allah SWT :
سورة الأنفال: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ﴾ [الأنفال: 24].
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dalam rangka lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Bandar Seri Begawan, saya telah berkesempatan berkunjung ke Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre di Jerudong Park Medical Centre.
Lawatan ini memberi peluang kepada saya untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh pusat tersebut, khususnya dalam bidang rawatan neurologi, strok dan rehabilitasi.
Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Brunei Darussalam terus mekar dan diperkukuh demi manfaat bersama. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berangkat ke Istana Nurul Iman, saya dan Azizah sempat luang masa sertai aktiviti santai mewarna batik anjuran PERWAKILAN (Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri) di Brunei.
Aktiviti seperti ini memberi ruang untuk kita menghayati dan menghargai keindahan seni serta warisan batik tempatan, sekali gus memastikan khazanah ini terus subur merentas generasi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berangkat ke Bandar Seri Begawan ditemani Azizah dan delegasi Malaysia bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27).
Mohon doa teman-teman agar segala urusan dipermudah, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya bersama Ahli Jawatankuasa KASIH Malaysia telah mengadakan kunjungan khas ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh yang kini telah memasuki usia 100 tahun.
Turut hadir, Datin Seri Azlin binti Hezri, Timbalan Pengerusi KASIH Malaysia; Datin Seri Hajah Normah binti Alwi, Isteri kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Dr Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Dr Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor serta Dr Syed Satahkatulah bin Mohamed Kalik, Timbalan Pengarah I, Hospital Sungai Buloh.
Sebelum dibawa melawat ke beberapa tempat sekitar PKKN seperti Klinik Sentral, Galeri PKKN serta menyantuni pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di wad kusta, saya telah diberi penerangan penuh oleh pihak PKKN berkenaan dengan pusat tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa PKKN pernah menjadi pusat pengasingan pesakit kusta kedua terbesar di dunia sebelum Malaysia mencapai status eliminasi penyakit itu pada 1994 dengan kadar prevalen terkini berada pada tahap 0.15 kes bagi setiap 10,000 penduduk, jauh lebih rendah berbanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Sebagai ikon sejarah perubatan negara, PKKN perlulah kita pelihara struktur warisan fizikalnya. Pada masa yang sama, langkah menaik taraf serta meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan di pusat itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa
Saya turut berbesar hati menerima sebuah lukisan potret daripada Madam Tan Cheng Guan, bekas pesakit kusta, serta sebuah buku yang mengisahkan perjalanan hidup beliau. Lukisan dan ilustrasi dalam buku tersebut juga dilukis sendiri oleh beliau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Melaka hari ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026. Dalam ucapan dasar, saya menghimbau ikrar perjuangan menerusi Deklarasi Permatang Pauh 28 tahun lalu, tatkala kita memilih jalan sukar untuk menongkah arus dengan merangkul kekuatan seluruh rakyat merentasi kaum, agama dan wilayah bagi membentuk Malaysia yang lebih demokratik, adil dan manusiawi.
Kita meneruskan cita-cita besar negarawan ulung Allahyarham Dato’ Onn Jaafar yang lebih awal membayangkan sebuah wadah politik melangkaui batas kaum demi masa depan negara.
Perjalanan kita telah melalui jalan raya dan penjara, kekalahan dan kemenangan, serta pengkhianatan yang hampir memusnahkan harapan. Dahulu kita menuntut perubahan. Hari ini, setelah diberikan amanah menentukan arah negara, tanggungjawab kita adalah melaksanakannya.
Alhamdulillah, kestabilan yang dibina bersama rakan-rakan telah memungkinkan beberapa perubahan penting dilaksanakan dalam keadaan ekonomi dunia yang amat mencabar. Namun Kongres ini juga medan untuk kita bermuhasabah dan mengakui bahawa masih ada keresahan rakyat yang belum ditangani sepenuhnya. Kita mesti mendengar dengan terbuka dan memperbaiki segala kelemahan dengan jujur.
Pertumbuhan ekonomi hanya bermakna apabila rakyat merasai peningkatan dalam kehidupan mereka. Pelaburan mesti menghasilkan pekerjaan dan gaji yang bermaruah, manakala pengukuhan fiskal harus meningkatkan kemampuan Kerajaan memperbaiki sekolah, hospital, pengangkutan dan perumahan serta membantu keluarga yang memerlukan.
Pada masa sama, kita masih bergelut dengan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dalam institusi seperti Tabung Haji dan FELDA. Saya tegaskan bahawa kita tidak akan melindungi atau membiarkan sesiapa terlepas, kerana perbuatan sakau segelintir manusia ini telah menyebabkan kita semua, sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta yang lain, terpaksa menanggung akibatnya.
Jika kita tidak bertindak, kita dituduh lemah dan mengkhianati Reformasi. Kalau bertindak pula, kita dituduh berdendam. Katakanlah apa sahaja. Saya tegaskan bahawa sesiapa yang menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat mesti berhadapan dengan hukum serta keadilan.
Saya turut menyinggung usaha reformasi pendidikan yang mesti melahirkan anak Malaysia yang berilmu dan beradab, menguasai teknologi tanpa kehilangan kemanusiaan, berakar pada sejarah dan budayanya serta mampu berdiri sama tinggi dengan sesiapa sahaja di dunia.
Atas keyakinan terhadap kematangan mahasiswa, saya mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI akan meneruskan reformasi ini dengan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Insya-Allah, cadangan pemansuhan ini akan dibawa ke Jemaah Menteri pada Rabu ini.
Kepada generasi pasca-Reformasi dan anak muda, warisan perjuangan ini tidak harus menjadi nostalgia yang membebankan. Saya tidak mahu kalian melalui segala liku dan ranjau yang ditempuh oleh generasi kami, namun ibrah daripada perjuangan itu mesti difahami. Hayati mengapa Reformasi bermula, kemudian tentukanlah maknanya untuk kalian. Saya mahu generasi ini lebih berani, lebih terdidik dan lebih bersedia mencabar pemikiran lama, termasuk pemikiran generasi kami sendiri.
Saya bertekad untuk menyempurnakan agenda perubahan yang masih belum tertunai. Justeru, saya mengajak seluruh kekuatan KEADILAN, Pakatan Harapan, rakan-rakan parti dalam Kerajaan MADANI, badan dakwah dan NGO untuk bersama dalam perjuangan ini, sekali gus melakar sejarah baharu sebuah negara yang lebih adil, bermaruah serta menjamin masa depan setiap rakyat.
Reformasi!
#kitakeadilan
#memugarreformasimembinamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir ke Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak sempena Bulan Kemerdekaan 2026.
Turut hadir, Datuk Tpr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Assisten Commissioner Mohd Rosdi Daud, Ketua Polis Daerah Cheras.
Program semarak merdeka ini menjadi platform untuk kita mengeratkan hubungan antara warga kerja DBKL bersama komuniti dan rakan-rakan strategik.
Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan bukan sekadar satu perayaan, tetapi wadah untuk menghayati erti kebebasan, menghargai jasa pejuang terdahulu dan terus membina sebuah komuniti Bandar Tun Razak yang bersatu, sejahtera dan progresif.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Bapa Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Perdana Sungai Besi.
Turut hadir, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' Khairul Azmizal Bin Ahmad Natal, Panglima Medan Barat Tentera Darat dan isteri, YBhg. Datin Rozita Waty Binti Ridzuan; YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta YBhg. Mejar Jeneral Dato' Norsham Bin Mad Tap, Ketua Staf Am Medan Barat.
Sambutan pada hari ini amat signifikan kerana ia memberikan penghormatan dan ingatan khusus kepada ‘benteng’ utama institusi keluarga iaitu seorang BAPA. Tugas menggalas senjata api dan mempertahankan kedaulatan negara adalah satu amanah yang mulia. Jika di kem dan medan tempur tuan-tuan berpegang kepada disiplin, semangat berjuang dan sedia berkorban serta pantang berundur. Saya yakin jika di rumah pula, semangat itu diterjemahkan melalui ketegasan bertempat, kasih sayang, kepimpinan, dan kehadiran minda serta jiwa buat anak-anak dan isteri.
Terima kasih dan penghargaan kepada KPWKM dan LPPKN, ATM, dan semua pihak yang komited bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam menganjurkan program penuh manfaat ini. Terima kasih dan penghargaan juga kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia yang dapat hadir bersama memeriahkan majlis ini.
Semoga usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah hadir bagi menyempurnakan Program Gotong-Royong Cegah Denggi di PPR Desa Tun Razak.
Program ini bukan sekadar aktiviti membersihkan kawasan persekitaran, tetapi juga merupakan usaha mendidik masyarakat supaya sentiasa mengamalkan budaya menjaga kebersihan. Pencegahan denggi bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa atau Kementerian Kesihatan semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama setiap individu, setiap keluarga dan seluruh komuniti.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kehadiran para penduduk, sukarelawan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta rakan-rakan komuniti membuktikan bahawa semangat kejiranan dan kerjasama masih kukuh dalam masyarakat kita.
Saya turut mengumumkan bahawa, Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kawasan tempat letak kereta Masjid Zaid bin Thabit Desa Tun Razak. Semoga sumbangan ini dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung masjid menjalani ibadah.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semula dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah Dakwah Mesra Komuniti 2.0 Tahun 2026, di Dewan Serbaguna TLKB PA Seri Sabah.
Terdapat pengisian di dalam program seperti ceramah mesra komuniti, aktiviti kuiz mesra komumiti dan penyampaian simbolik sumbangan rezeki mesra komuniti.
Program telah dihadiri seramai 400 orang dari penduduk daripada perumahan awam seri sabah 3A dan 3B. Selain itu, seramai 200 orang telah menerima sumbangan rezeki mesra komuniti bagi meringankan beban kehidupan harian yang merupakan kategori asnaf fakir dan miskin.
Program ini juga telah melibatkàn kerjasama daripada jabatan kerajaan, badan berkanun dan NGO persatuan penduduk. Antaranya JAWI, MAIWP, DBKL, Halal JAKIM, JKM WPKL, PPZ-MAIWP, Kompleks Dar Assa'adah, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 1 Bandar Tun Razak dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam 3A dan 3B Kuala Lumpur.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bekerjasama secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemegahan Malaysia bukan hanya diukur pada pencapaian pembangunan, tetapi pada kekuatan rakyatnya yang hidup bersatu dalam kepelbagaian.
Lebih membanggakan, kebersamaan merentas agama, bangsa, kaum dan latar belakang menjadi tiang seri yang mengukuhkan keamanan serta kemakmuran negara.
Kita mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India serta pelbagai etnik lain, di samping institusi pendidikan termasuk sekolah agama dan Maahad Tahfiz yang berkembang dalam semangat saling menghormati. Keadaan ini tidak datang dengan sendiri, tetapi lahir daripada kesediaan kita untuk menerima kepelbagaian sebagai kekuatan.
Justeru, sewaktu Program Karnival Gelombang MADANI, saya ingatkan hadirin
supaya terus menolak kebencian, prasangka dan perpecahan. Peliharalah keamanan yang kita kecapi hari ini agar Malaysia terus kekal sebagai tanah air yang aman, makmur dan diberkati untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengucapkan tahniah kepada Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial oleh Raja Permaisuri Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana.
Pengiktirafan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan, keupayaan dan sumbangan besar wanita Malaysia yang terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa.
Semoga pengiktirafan ini menjadi ilham kepada lebih ramai wanita untuk terus menyumbang dengan ilmu, kepimpinan dan nilai ihsan dalam membina masyarakat serta menjayakan agenda Malaysia MADANI.
Jentera MADANI pimpinan saya akan terus berusaha memartabatkan peranan wanita, memperluas peluang penyertaan mereka dalam pelbagai bidang, serta memastikan bakat, kepimpinan dan potensi wanita terus diperkasa sebagai antara tunjang utama pembangunan negara.
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr Yasmin Ayob, sahabat saya ketika belajar di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) serta suami, Ir Juarez Rizal Abd Hamid atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua belah pihak keluarga pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Aimran dan pasangannya Shazwani. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Semenyih. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanidah Md Isa dan Puan Norpipah Abu Bakar serta keluarga atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua belah pihak keluarga pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Saadah dan pasangannya Muhammad Khairani. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya dan Azizah bersama keluarga besar Amanah Ikhtiar Malaysia dalam Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI Negeri Sembilan di Port Dickson, bagi mendukung usaha berterusan memberikan peluang, bimbingan dan bantuan modal kepada golongan miskin sehingga mereka mampu mengubah kehidupan.
Hubungan saya dengan Amanah Ikhtiar bermula sejak 1996 tatkala menerajui Kementerian Kewangan. Sejak itu, saya melihat sendiri keberkesanan program ini membantu rakyat miskin, khususnya kaum wanita, serta kekuatan pengurusannya yang berteraskan amanah dan disiplin.
Apabila diberi amanah mengemudi negara pada penghujung 2022, sokongan kepada Amanah Ikhtiar kembali menjadi antara tumpuan penting. Kerajaan MADANI menyalurkan RM10 juta pada 2023, sebelum meningkat kepada RM230 juta dalam Belanjawan 2026 bagi memperluas bantuan kepada lebih ramai usahawan pelbagai kaum serta mengangkat martabat golongan miskin.
Saya amat menghormati disiplin Sahabat Amanah Ikhtiar yang meminjam dalam jumlah kecil, tetapi tekun membayar semula dalam usaha mengubah nasib diri dan keluarga. Saya juga menghargai dukungan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun yang memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Ikhtiar.
Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya akan terus memberikan perhatian kepada Amanah Ikhtiar dalam Belanjawan Negara. Uruslah institusi ini dengan amanah, pertahankan semangat persahabatan dan teruskan membantu keluarga miskin tanpa mengira kaum demi mengangkat martabat rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menghadiri Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara hari ini, bagi mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong cukup menyentuh hati, mengangkat kembali kisah keberanian tujuh anggota keselamatan yang gugur dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Ulu Legong, Baling, Kedah pada 29 Oktober 1981.
Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Prebet Md Said Adam yang terselamat dalam peristiwa itu, Pegawai Pemerintah 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD), Lt Kol Hamzah Othman, serta waris anggota yang terlibat.
Sesungguhnya, keamanan yang kita nikmati hari ini bukan hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada keberanian, kesetiaan dan pengorbanan para pahlawan negara. Jasa mereka akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amanah untuk kita mempertahankan kedaulatan tanah air.
Selamat Hari Pahlawan 2026. Semoga Allah SWT merahmati roh para pahlawan yang telah gugur, mengurniakan kekuatan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan, serta memelihara Malaysia yang aman, berdaulat dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebelum bergerak pulang, saya sempat menziarahi Saudara Radzali Ghani, sahabat lama kami, di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan yang kini terlantar di atas katil akibat kanser pundi kencing yang dihadapinya.
Melihat keadaannya hari ini cukup menyentuh hati. Namun di sebalik ujian yang sedang dilalui, semangat dan ketabahan Saudara Radzali menjadi kekuatan buat keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakannya.
Insya-Allah, kami semua mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan Saudara Radzali kekuatan, ketabahan dan kesembuhan, serta mempermudahkan setiap urusan rawatan dan memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga yang setia berada di sisi. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya turut berkesempatan membantu kempen Saudara Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, calon HARAPAN bagi N.16 DUN Seri Menanti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Gerak kerja kempen dimulakan dengan menziarahi penghuni di lima buah rumah di Kampong Tanjong Ipoh yang terdiri daripada warga uzur serta mereka yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Dalam setiap kunjungan, kami berkesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri keadaan serta keperluan mereka, selain menyampaikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang menjaga dan menguruskan insan tersayang.
Insya-Allah, semoga mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Saya turut berpeluang menyantuni jentera HARAPAN bagi DUN Seri Menanti. Semoga setiap langkah dan usaha yang dilaksanakan terus membawa manfaat kepada masyarakat Seri Menanti.
Ayuh Seri Menanti, Undi HARAPAN
#kekalharapan
#undiharapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya turut berkesempatan menziarahi Saudara Mohd Hatta Ibrahim atau Cikgu Hatta yang kini sedang menerima rawatan di Pantai Hospital.
Cikgu Hatta telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menjalankan tugas sehingga mengakibatkan beberapa tulang patah dan memerlukan rawatan serta pemantauan lanjut.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna kepada Cikgu Hatta, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan untuk kembali pulih seperti sediakala. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bagi merasmikan Program Perisai Kesihatan Wanita Muda 2026 di SMK Sungai Besi.
Turut hadir, Puan Aziah binti Amir, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Dr Zuhrah Musa, Pengarah Negeri, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Puan Asyqoh Yusof, Pengurus Cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bandar Tun Razak serta Puan Eliza binti Elias, Pengetua Sekolah SMK Sg Besi.
Program pada hari ini akan menumpukan kepada penyebaran maklumat dan kesedaran mengenai Kanser Serviks atau Kanser Pangkal Rahim yang merupakan kanser ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia (selepas kanser payudara dan kanser kolorektal). Kita mahukan supaya wanita-wanita muda, ibu bapa dan penjaga didedahkan kepada maklumat yang betul dan langkah-langkah pencegahan yang berkesan. Pastikan kita mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertauliah.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur, Pertubuhan Inovasi Sosial
Pembangunan Wanita Kuala Lumpur (WISDOM), Pengetua dan warga SMK Sungai Besi, para guru dan pelajar, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, LPPKN, TNB, PDRM, DBKL, MPP Parlimen Bandar Tun Razak, JAPEN dan para ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program yang amat bermakna ini.
Kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, sektor korporat dan pertubuhan masyarakat terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai wanita muda mendapat akses kepada maklumat kesihatan yang tepat dan berkualiti. Saya menyeru kepada anak-anak muda, ibu bapa dan guru-guru, gunakanlah perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh kerajaan ini. Ianya khusus untuk kebajikan dan perlindungan kita semua.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian, kempen diteruskan lagi dengan program ziarah kasih ke tiga buah rumah di sekitar Taman Desa Rhu, Seremban bagi menyantuni penduduk yang sedang uzur dan berdepan dengan masalah kesihatan.
Dalam setiap kunjungan, kami berkesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri keadaan yang dihadapi serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka dan ahli keluarga.
Kami turut mendoakan agar mereka diberikan kesihatan yang lebih baik serta dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih kepada seluruh jentera, penyokong HARAPAN dan masyarakat DUN Sikamat atas sambutan mesra, kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang program.
Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kepedulian ini akan terus menjadi kekuatan dalam usaha membawa suara serta aspirasi rakyat.
Ayuh Sikamat, Undi HARAPAN
#undiharapan
#kekalharapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah turun ke Negeri Sembilan bagi siri berkempen bagi membantu Saudara Nor Azman Mohamad, calon HARAPAN bagi N.13 DUN Sikamat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Kempen dimulakan dengan sesi ziarah kasih ke empat buah rumah di Desa Kiara, Seremban. Kami berkesempatan bertemu dan menyantuni penghuni yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan, di samping bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka dan ahli keluarga.
Program kemudiannya diteruskan dengan sesi hi-tea bersama jentera, para penyokong HARAPAN dan penduduk setempat. Pertemuan dalam suasana santai ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, menyuntik semangat serta memperkukuh gerak kerja jentera dalam menghadapi PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Semoga segala usaha dan gerak kerja ini dipermudahkan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Ayuh Sikamat, Undi HARAPAN
#undiharapan
#kekalharapan -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan bersama-sama keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Saya tekankan bahawa keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan. Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia.
Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu. Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara.
Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia.
Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur serta dihormati kepada generasi mendatang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Rozi dan isteri Puan Fatimatuz Zahrah atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Muhammad Faizy dan pasangannya Raudhatul Aqhilah. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2026 di SMK Seri Mulia, Bandar Tun Razak.
Turut hadir, Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Puan Aziah Bte Amir, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur serta Puan Shamsul Marzeni bt Manshor, Pengetua SMK Seri Mulia.
Majlis Anugerah Kecemerlangan bukan sekadar majlis penyampaian hadiah, malah merupakan penghargaan kepada usaha, disiplin dan kesungguhan para pelajar dalam mencapai kejayaan. Kejayaan yang diraikan hari ini juga lahir daripada sokongan ibu bapa serta bimbingan dan pengorbanan para guru.
Dalam usaha memastikan para pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dalam persekitaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif, sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada SMK Seri Mulia bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sekolah, dengan keutamaan diberikan kepada aspek keselamatan dan kebajikan pelajar.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah turun berkempen bersama Saudara Manivanan Gowin, calon HARAPAN bagi N.07 DUN Jeram Padang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Kempen dimulakan di Kampung FELCRA Rompin dengan menziarahi Puan Rohani Binti Mat dan Puan Zainah Binti Sajah Emran yang kini kurang sihat. Kami meluangkan masa bertanya khabar serta menitipkan doa bagi kesembuhan seperti sediakala.
Kami kemudiannya menziarahi Puan Jamaliah Binti Sulaiman yang sedang berjuang melawan kanser tahap tiga. Ujian yang dilaluinya semakin berat apabila anak beliau turut terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami hilang upaya untuk bergerak. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan buat beliau sekeluarga.
Program diteruskan dengan sesi santai bersama masyarakat kampung di kediaman Puan Wan Halimah Binti Wan Abdul Malik. Dalam suasana penuh mesra, kami berpeluang mendengar pandangan, berkongsi cerita serta memahami dengan lebih dekat denyut nadi dan keperluan masyarakat setempat.
Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kepedulian ini akan terus menjadi asas dalam usaha membawa suara serta aspirasi rakyat Jeram Padang.
Teruskan usaha, santuni rakyat dan bawa HARAPAN untuk Jeram Padang. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Usai menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Jabatan Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, saya telah hadir bagi merasmikan Program Jelajah AI MyMahir (JAM) anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang berlangsung di Bandar Tun Razak.
Turut hadir, Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; serta Puan Biruntha Mooruthi, GCEO TalentCorp.
Lebih 6,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah memanfaatkan program Jelajah Al MyMahir TalentCorp.
Program Jelajah AI MyMahir merupakan inisiatif bagi memperkukuh literasi dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan rakyat Malaysia, sejajar dengan usaha melahirkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing, berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia, TalentCorp, rakan-rakan strategik, para fasilitator serta semua pihak yang telah bekerjasama membawa program ini kepada komuniti Bandar Tun Razak.
Semoga lebih ramai warga Bandar Tun Razak dapat memanfaatkan peluang seperti ini untuk meningkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran baharu serta merebut pelbagai peluang yang ditawarkan dalam era teknologi dan pendigitalan. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Jabatan Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.
Turut hadir, Datuk Haji Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 ini bukan sekadar sebuah majlis penyampaian penghargaan, tetapi merupakan satu manifestasi pengiktirafan kepada insan-insan yang telah menunjukkan komitmen, integriti, profesionalisme dan kesungguhan
luar biasa dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab masing-masing.
Pada tahun ini, seramai 746 orang warga pendidik telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan sumbangan mereka kepada dunia pendidikan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pengiktirafan yang diterima merupakan lambang penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan dalam memastikan kecemerlangan organisasi dan keberhasilan pendidikan terus diperkasakan Sesungguhnya, guru dan warga pendidikan merupakan tunjang utama dalam membina masa depan negara. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan demi memastikan setiap anak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah ke Port Dickson semalam dalam siri kempen membantu saudara Yew Boon Lye calon Harapan bagi N.29 DUN Chuah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Kami memulakan program dengan menziarahi Puan Zaiton binti Hassan di Kampung Janging yang sedang berdepan masalah kesihatan.
Seterusnya, kami menziarahi Encik Zaidi bin Isawarnihadi di Kampung Bukit Melintang. Pertemuan ini memberi peluang untuk bertanya khabar, menyantuni keluarga serta mendengar pandangan dan harapan penduduk setempat mengenai pelbagai isu yang dihadapi.
Kami turut berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah di sekitar kawasan DUN Chuah. Setiap kunjungan menjadi medan mengeratkan silaturahim, menyampaikan aspirasi Kerajaan MADANI serta berkongsi komitmen Harapan untuk terus membawa pembangunan yang inklusif, prihatin dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Pelancaran Laporan Futures According to Women, terbitan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) di Cyberjaya.
Turut hadir, YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; serta YBrs. Tuan Ts. Rushdi Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif MiGHT.
Laporan ini merumuskan 62 suara tokoh wanita dalam pelbagai bidang yang membincangkan senario semasa dan peluang yang boleh diterokai wanita di masa hadapan seperti teknologi, kecerdasan buatan (AI), dan transformasi digital.
“Futures According to Women” ini bukan sekadar sebuah laporan. Ia merupakan seruan untuk memperluas perbincangan nasional mengenai masa depan, dengan lebih banyak suara, lebih banyak perspektif dan lebih banyak Malaysia.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas berkenan berangkat menyempurnakan majlis Pengurniaan Sumbangan Wilayah Prihatin Uniti Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Turut hadir, YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Dato’ Fadil Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur; Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan cek curra (mock cheque) sumbangan oleh MAIWP, Pusat Pungutan Zakat dan Habib Jewels Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan RM1.7 juta kepada Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 anak-anak anggota Polis terpilih dan golongan asnaf Wilayah Persekutuan.
Penerima sumbangan akan turut terima bantuan berbentuk cermin mata, komputer riba dan kit kemasukan ke institusi pengajian tinggi, mesin glukosa, kerusi roda dan mesin tekanan darah tinggi.
📷 Sumber Gambar : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berkesempatan bertemu dengan sepupu saya, Chef Yahaya, di majlis perkahwinan anakanda Dato’ Seri Saifuddin Nasution dan Datin Seri Datuk Norhayati Musa sebentar tadi.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah menghadiri majlis walimah anak kepada sahabat serta teman susah dan senang, saudara Saifuddin Nasution Ismail dan Norhayati Musa.
Tahniah buat anakanda Adam dan pasangannya, Sofea. Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini, mengurniakan kebahagiaan, mawaddah wa rahmah, serta dipermudah setiap langkah dalam melayari bahtera rumah tangga.
Seronok juga dapat bertemu ramai sahabat lama. Semoga silaturahmi ini terus terpelihara, Insya-Allah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I mourn today the passing of a dear friend, Professor John L. Esposito, one of the world’s foremost scholars of Islam. I first came to know John in the early 1970s, and our friendship endured for more than five decades since.
John built the intellectual foundations for a deeper understanding of Islam in the West. His contribution to the cause of Muslim-Christian understanding was enormous. He founded Georgetown’s Centre for Muslim-Christian Understanding, edited the “Oxford Encyclopaedia of the Islamic World,” served as President of the Middle East Studies Association of North America, and co-authored, with John Voll, “Makers of Contemporary Islam,” a study of the diverse and often divergent paths taken by modern Muslim political thought. His more accessible works, from “What Everyone Needs to Know About Islam” to his landmark study with Dalia Mogahed, “Who Speaks for Islam?,” carried that same rigour to a far wider audience, particularly after September 11 when the world badly needed it. He built bridges where others were content to build civilisational barriers.
I will remember John as a formidable scholar, yes, but more than that, as a friend whose counsel I valued over many years. John was as generous in private conversation as he was rigorous on the page. And he stuck with me through thick and thin.
On behalf of Malaysia, I extend my deepest condolences to his beloved wife, Jean, and to John’s family, colleagues and students. May his scholarship and the dialogue he spent his life building continue to bear fruit. He was, to the end, a true friend to the Muslim world.
ANWAR IBRAHIM -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berpeluang melawati reruai NADI MCMC yang dibuka di Parlimen bagi memperkenalkan Perkhidmatan Pintar NADI dengan lebih dekat kepada Ahli Parlimen mengenai pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang telah ditawarkan.
Ia sekali gus dapat dapat memperkukuh peranan NADI sebagai pusat pemerkasaan komuniti digital yang menyediakan akses kepada pembelajaran sepanjang hayat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, saya turut berkesempatan melawat beberapa reruai di Lobi Dewan Rakyat. Pameran menarik oleh pelbagai agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) seperti JAKIM, Tabung Haji, MAIWP, YAPEIM, YWM dan JKSM telah berlangsung di Parlimen sehingga hari esok.
Pameran interaktif ini turut mempamerkan kehebatan tadbir urus Islam negara yang kini diiktiraf di pentas dunia. Antaranya termasuklah pencapaian Tabung Haji yang dinobatkan sebagai Juara Dunia sebanyak lima kali melalui Anugerah Labbaitum - Diamond Award.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bersama dalam Majlis ‘A Celebration of Life and Peace’ anjuran ERM Foundation yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Seramai 700 orang kanak-kanak daripada 47 buah sekolah terpilih di Kuala Lumpur dan Putrajaya turut diraikan dalam suasana yang penuh keceriaan, kasih sayang dan nilai kemanusiaan.
Inisiatif murni yang digerakkan oleh ERM Foundation ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan murid daripada keluarga B40 terus diberi perhatian. Usaha seperti ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada anak-anak, malah menjadi pelengkap kepada agenda memperkasa pendidikan, kebajikan serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Anak-anak ini turut diraikan dalam sambutan hari lahir yang penuh keceriaan. Senyuman dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka benar-benar mengusik hati.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ERM Foundation atas kemurahan hati dan keprihatinan menjayakan program yang cukup bermakna, sekali gus menyemai kasih sayang dan memberi harapan kepada anak-anak ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan sejauh mana keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menangani peningkatan trend penggunaan rokok elektronik terutamanya bagi jenis ‘vape’ zombi dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80.
Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mengiringi isteri Presiden Singapura, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam, dalam lawatan ke Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut adalah bersempena Lawatan Negara Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia.
Turut berangkat, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim. Hadir sama, Encik Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara; Puan Jayanthi Menon, isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura dan Puan Chan Jo Rin, Isteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Balai Seni Negara adalah institusi seni yang bertanggungjawab memelihara, mempromosikan dan meraikan warisan seni visual negara dengan himpunan koleksi lebih 7000 karya seni.
Pada lawatan berkenaan, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam dan Raja Permaisuri Agong serta delegasi turut diberi penerangan mengenai himpunan seni yang mendokumentasikan sejarah dan kehidupan masyarakat Malaysia sejak merdeka.
📷 Sumber Gambar: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan Baginda berangkat mengiringi isteri Presiden Singapura, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam, melawat Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi.
Lawatan ini diadakan sempena Lawatan Negara Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia.
Ketibaan Puan Jane Ittogi disambut mesra oleh KDYMM Raja Permaisuri Agong serta YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim. Turut hadir menyambut delegasi ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, YB Puan Lim Hui Ying, serta pengurusan tertinggi KPWKM dan JKM.
Dalam lawatan tersebut, KDYMM Raja Permaisuri Agong dan Puan Jane Ittogi sempat meninjau kemudahan utama seperti Bilik Activities of Daily Living (ADL) dan Bilik Terapi Cara Kerja untuk melihat sendiri pendekatan holistik dan latihan kemahiran harian yang disediakan.
Sehingga Jun 2026, seramai 93,199 individu autisme telah berdaftar dengan JKM. Angka ini dijangka meningkat selaras dengan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi serta akses saringan yang lebih baik.
Kerjasama strategik antara sektor awam dan NGO seperti NASOM serta PDK Damansara Damia dalam menguruskan PPA Bangi amat dipuji. Semoga lawatan ini terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Singapura, terutamanya dalam berkongsi amalan terbaik bagi pembangunan perkhidmatan sosial dan pemerkasaan komuniti autisme. 🇸🇬🇲🇾
📷 Sumber Gambar: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi ke atas tamu kenegaraan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara.
Saya kemudiannya menyertai Seri Paduka Baginda dalam pertemuan bersama Presiden Tharman serta delegasi Singapura, sebelum Baginda Tuanku meraikan delegasi dalam Majlis Jamuan Negara.
Semoga hubungan istimewa Malaysia-Singapura akan terus diperkukuh demi kemakmuran rakyat dan negara.
🇲🇾🇸🇬
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Chung De Cheras Family Fun Run 2026 yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri.
Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Dalam usaha membina sebuah komuniti yang lebih sejahtera, kita perlu sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati, mengambil berat terhadap kebajikan antara satu sama lain serta memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama tanpa membiarkan golongan yang memerlukan terus tercicir.
Penganjuran aktiviti seperti ini wajar diteruskan dan diperluaskan kerana berjaya menghimpunkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, golongan belia, keluarga dan warga emas. Inisiatif sebegini bukan sahaja menyemarakkan semangat hidup sihat, malah memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan dan nilai ihsan dalam membina komuniti MADANI yang lebih inklusif dan harmoni.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran program ini. Semoga usaha murni seperti ini terus menjadi pemangkin kepada masyarakat yang lebih sihat, bersatu padu dan saling menyokong demi kesejahteraan bersama. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan turun bersama YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bagi meninjau pelaksanaan projek naik taraf di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak yang bakal memberi manfaat kepada lebih 8,000 penduduk melibatkan 1,824 unit kediaman di kawasan ini.
Antara projek utama yang dilaksanakan ialah:
• RM7.043 juta bagi kerja-kerja mengecat bangunan untuk meningkatkan keadaan fizikal serta imej keseluruhan PPR Desa Tun Razak.
• RM1.68 juta bagi menaik taraf sistem pencegahan kebakaran dan elektrik melibatkan pemasangan Sistem Pepasangan Kebakaran (PKK), Fire Hose Reel, Sistem Penggera, Sistem CO₂ serta Main Switch Board (MSB) demi memastikan aspek keselamatan penduduk sentiasa berada pada tahap terbaik.
• RM900,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan am termasuk pembaikan jalan, penggantian lampu kawasan dan penambahbaikan kemudahan awam lain bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, bersih dan kondusif.
Turut hadir Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
Semoga usaha ini dapat membawa manfaat yang besar kepada seluruh warga PPR Desa Tun Razak, sekali gus meningkatkan kualiti hidup penduduk serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat, ceria dan sejahtera. Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus menjadi bukti bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan demi membina komuniti yang lebih mampan dan berdaya huni. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selepas itu, saya turut berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Azman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan isteri, Datin Seri Rosmawati atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nursyairah dan pasangannya Munib Park Jin Woo serta Dr Muhamad Irfan dan pasangannya Dr Nur Puteri. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Nor Zuraida dan suami Tuan Ir. Ahmad Zahir atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nur Zawani dan pasangannya Muhammad Izzmer. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Alhamdulillah, turut berpeluang bertemu dan bertanya khabar dengan sahabat lama saya, Kak Min atau Ustazah Datin Aminah Zakaria. Semoga Kak Min sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir ke Majlis Ramah Mesra Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berlangsung di Kempas Lama, Johor.
Majlis ini menjadi platform yang amat bermakna untuk bertemu dan beramah mesra bersama para usahawan AIM yang sentiasa gigih berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga serta menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.
Semoga silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha memperkasakan usahawan kecil serta memperluaskan peluang ekonomi akan terus dipermudah demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir Pn. Noor Aeiza Binti Hassan ,Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Dr. Maszlee bin Malik serta Saudara Muhammad Faezuddin Mohd Puad.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Semoga Amanah Ikhtiar Malaysia terus menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan berjaya dan berdaya saing. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini sekali lagi ketemu PM Anutin bagi menyempurnakan pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.
Sejarah telah lama mengikat bumi Malaysia dan Thailand. Ahli geografi Yunani, Ptolemy, pernah menggambarkan wilayah ini sebagai Golden Peninsula, manakala para pedagang silam mengenalinya sebagai Suvarnabhumi, bumi emas yang menjadi nadi perdagangan dan pertemuan tamadun. Berabad kemudian, penyair Inggeris John Milton turut menyebutnya sebagai Golden Chersonese.
Pembukaan jajaran baharu ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk memperkukuh kesalinghubungan, mempercepat aliran perdagangan dan memudah cara pergerakan rakyat.
Sebagai pintu masuk perdagangan darat paling sibuk antara Malaysia dan Thailand, setiap penambahbaikan di Bukit Kayu Hitam–Sadao membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat.
Pertemuan ini turut membuahkan hasil apabila Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Khas Sempadan, menyelesaikan isu-isu teknikal yang tertangguh serta memperkukuh komitmen mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai USD30 bilion menjelang 2027.
Limpahan manfaatnya bukan hanya di kawasan sempadan, malah akan merancakkan pertumbuhan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan serta peluang pekerjaan.
Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang memastikan setiap hubungan strategik diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
Insya-Allah, Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh hubungan demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
🗳️ SELAMAT MENGUNDI RAKYAT JOHOR! 🇲🇾
Esok adalah hari untuk warga Johor melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan masa depan Negeri Johor.
Gunakan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab. Setiap undi membawa harapan, setiap pilihan membentuk masa depan.
Marilah keluar mengundi dengan semangat demokrasi, saling menghormati perbezaan dan mengutamakan keamanan sepanjang proses pilihan raya.
Semoga proses pengundian berjalan lancar, aman dan diberkati.
Selamat Mengundi!
Sabtu | 11 Julai 2026
#johorkedepan
#undiharapan
#selamatmengundi
#prnjohor2026
#keadilan -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Laksa Johor tiada tandingan,
Warisan nenda dikenang selalu,
Ayuhlah pulang membawa harapan,
Makmurlah negeri bertambah maju.
Buat anak-anak Johor, ayuh pulang mengundi Sabtu ini.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩
#harapan
#memaknaiharapanrakyat
#yakinharapan -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selepas selesai program di Putrajaya, saya telah turun ke N.47 DUN Kempas bagi memberikan sokongan kepada Saudara Muhammad Faezuddin Mohd Puad, Calon no 2 dari Pakatan Harapan. Saya turut menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir ke Pasar Malam Setia Tropika.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Johor Ke Depan, Undi Harapan ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Anutin Charnvarikul, Perdana Menteri Thailand dan isteri Madam Thananon Niramit di Kompleks Bunga Raya, saya turut berkesempatan membawa Madam Thananon Niramit menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Kemudian, demonstrasi mencanting batik di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Thananon Niramit dan delegasi. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Semoga lawatan ini terus mengukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand, serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama demi manfaat kedua-dua negara dan rakyat. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meraikan ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dalam majlis sambutan rasmi di Kompleks Bunga Raya dan Perdana Putra sempena lawatan beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini.
Lawatan rasmi ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026, atas jemputan saya.
Kunjungan ini mencerminkan keakraban hubungan Malaysia dan Thailand yang telah lama terjalin, di samping membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Sharifah Mazrah Mohamed Zain dari Pusat Penyelidikan Kesihatan Persekitaran (Environmental Health Research Centre, EHRC) atas kejayaan meraih Anugerah Pembentang Terbaik dan Anugerah Keseluruhan Cemerlang pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Mikroplastik (1st International Conference on Microplastics – ICM 2026) yang berlangsung pada 1–2 Julai 2026 di Mercure Living Putrajaya.
Semoga terus maju jaya !
Sumber dari : Facebook - Institute for Medical Research -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan isteri Puan Sri Datuk (Dr) Hajah Munirah Che Rose atas jemputan.
Turut bersama saya, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan isteri Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nur Aireen Syafiqah dan pasangannya Muhammad Aimranuddin. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Beranang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Mansor dan isteri Puan Hajah Khairinah atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nurul Iman dan pasangannya Mohammad Afiq. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Perasmian Malaysian Obstetric Anaesthesiology Symposium (MyOASym) 2026 di Kuala Lumpur.
Turut hadir Dr. Mohd Rohisham bin Zainal Abidin, Ketua Kepakaran Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Professor Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); Dr. Azarina binti Zakaria, Pengerusi Persatuan Obstetrik Anestesia Malaysia (POAM) serta Dr. Nur Azreen binti Hussain, Pengerusi Penganjur MyOASym 2026
Bertemakan “Leading the Way in Obstetric Anaesthesia: Innovation, Care & Excellence”, simposium ini diadakan bagi menghimpunkan pakar-pakar serta profesional kesihatan untuk berkongsi aspirasi yang sama dalam mempertingkatkan keselamatan dan memajukan penjagaan kesihatan ibu serta bayi di Malaysia melalui inovasi, kerjasama dan kepakaran.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Persatuan Obstetrik Anestesia Malaysia (POAM), serta semua institusi yang bekerjasama dalam menjayakan penganjuran simposium ini.
Saya yakin MyOASym 2026 akan menjadi platform yang bermakna untuk perbincangan ilmiah, perkongsian idea inovatif, pembinaan jaringan profesional serta kerjasama strategik yang akan terus berkembang walaupun selepas simposium ini berakhir.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan menziarahi Dato’ Ismail bin Yusop atau Tok Abah yang kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas diserang angin ahmar.
Dato’ Ismail merupakan mantan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang telah banyak menabur bakti dalam memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan serta komunikasi bersama masyarakat.
Semoga Allah SWT mengurniakan Dato’ Ismail bin Yusop kesembuhan yang segera, memberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini, serta mempermudahkan segala urusan rawatan. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sediakala. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Mendapat khabar duka pemergian ibunda, Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , Cik Hazwani Kahar.
Saya terus ke rumah kediaman beliau di Taman Jaya, Bandar Tun Razak selepas sesi Dewan Rakyat dan Mesyuarat Khas di Parlimen.
Turut bersama Datuk Haji Azman Abidin; Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan keberkesanan strategi rentas Kementerian yang sedang diusahakan bagi meningkatkan minat dan peratusan penglibatan murid dalam aliran STEM di peringkat menengah atas bagi mendepani cabaran ekonomi digital.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen pagi tadi, saya berkesempatan melawat beberapa reruai di perkarangan lobi utama Parlimen Malaysia.
Antara yang sempat saya kunjungi ialah reruai Bank Negara Malaysia yang menghimpunkan pelbagai agensi dan rakan strategik, termasuk Financial Markets Ombudsman Service (FMOS), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM), Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) serta Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
Inisiatif ini menyediakan pelbagai maklumat dan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan PKS, skim jaminan kredit, pengurusan kewangan, perlindungan pengguna kewangan serta kesedaran mengenai penipuan kewangan (scam).
Semoga usaha seperti ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai usahawan, khususnya perusahaan mikro dan PKS, dalam memperkukuh daya saing serta meningkatkan literasi kewangan. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen, berkenaan dengan apakah insentif-insentif yang diambil oleh Kementerian dalam memperluas inisiatif kepada syarikat-syarikat yang menawarkan latihan industri berbayar kepada graduan tempatan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Bandar Mahkota Cheras. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rahmathulla, dan isteri Puan Sarinah atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nurul Asyiqin dan pasangannya Muhammad Azim. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan, saya telah hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke-44, yang telah diadakan di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Turut hadir bersama, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA serta YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang DiPertua PUSPANITA.
Mesyuarat ini bukan sahaja bagi memenuhi tuntutan perlembagaan PUSPANITA, tetapi ia juga menjadi wadah untuk kita merapatkan ukhuwah antara semua kakitangan yang datang dari seluruh negara.
Saya turut menasihati semua ahli PUSPANITA agar sentiasa menjaga fizikal dan mental walau dalam kesibukan sebagai seorang pekerja dan ibu. Kesihatan sangat penting dalam memastikan kita kekal sihat dan cergas, sama ada di pejabat atau pun di rumah.
Syabas dan tahniah saya ucapkan buat semua yang telah hadir serta tidak dilupakan buat ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat ini.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, saya berkesempatan singgah ke reruai MyNIISe iaitu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Saya telah dimaklumkan bahawa sistem ini dibangunkan sebagai tunjang pendigitalan Jabatan Imigresen Malaysia dan bagi menggantikan sistem legasi MyIMMs yang telah digunakan lebih dua dekad. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Tarique Rahman, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh dan isteri Madam Dr Zubaida Rahman di Dataran Perdana, Putrajaya, saya turut berkesempatan membawa Madam Dr Zubaida Rahman menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Kemudian, demonstrasi mencanting batik di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Dr Zubaida Rahman dan delegasi. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh lagi jalinan persahabatan antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat bersama.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kehadiran Perdana Menteri Bangladesh, @trahmanbnp yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di Putrajaya pagi ini.
Saya menghargai kesudian PM Tarique yang memilih Malaysia sebagai destinasi rasmi pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.
Ini mencerminkan eratnya hubungan persahabatan dan kepercayaan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Bangladesh, serta menjadi penghormatan yang amat bermakna buat negara kita.
Setibanya di Perdana Putra, Tarique dan delegasi disambut dengan istiadat rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan terdiri daripada 105 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dipimpin oleh Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.
Lawatan ini pastinya bakal mengukuhkan hubungan dua hala yang erat selain meningkatkan kerjasama dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama.
//
Welcomed the Prime Minister of Bangladesh, Tarique Rahman, who arrived in Putrajaya this morning for a two-day official visit to Malaysia.
The visit, his first official bilateral engagement abroad since assuming office in February 2026, highlights the strength and significance of Malaysia–Bangladesh relations.
🇲🇾🤝🇧🇩
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir dalam Majlis Perasmian Pameran Tatreez: Memartabatkan Palestin Melalui Sulaman di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), Kuala Lumpur.
Tatreez merupakan perkataan Arab yang merujuk kepada seni sulaman, yang sejak turun-temurun menjadi bahasa visual yang penting dalam kalangan wanita Palestin. Gaya sulaman mengikut wilayah, motif dan palet warna berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain, mencerminkan kekayaan serta kepelbagaian ekspresi kreatif masyarakat Palestin.
Pameran Tatreez: Memartabatkan Palestin Melalui Sulaman ini bertujuan bagi menghidupkan semula warisan budaya yang semakin terancam, sambil menghargai ketahanan rakyat Palestin dan memelihara tradisi berharga yang menjadi identiti negara tersebut.
Pameran penuh kesenian ini telah dibuka untuk dijelajahi di Galeri Khas 1 & 2, bermula 19 Jun 2026 hingga 25 April 2027.
Terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan pengurusan Muzium Kesenian Islam Malaysia atas undangan ini. Semoga usaha untuk mengangkat karya seni seperti diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menziarahi saudara Pak Long Rozi, seorang reformis yang telah lama bersama dalam perjuangan serta seorang sahabat yang amat dihormati. Turut bersama Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.
Pak Long Rozi baru sahaja didiscaj dari Hospital Selayang selepas menerima rawatan akibat masalah kesihatan yang dialami.
Saya mendoakan agar Pak Long Rozi diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan, dikurniakan kekuatan serta kesabaran, dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menzahirkan takziah atas berita duka pemergian Allahyarham Datuk Kamil Misuari, suami tercinta kepada Dato’ Sri Nancy Shukri. Moga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini.
Kami mendoakan semoga ruh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN hari ini, saya memetik kata-kata penyair agung Tatarstan, Abdullah Tukay, bahawa “only in serving the people do I admit true happiness.” Pesanan ini mengingatkan bahawa matlamat utama setiap dasar dan kerjasama ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dunia kini berdepan pelbagai tantangan, daripada ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan hinggalah kepada persaingan teknologi yang semakin sengit. Dalam keadaan ini, kita perlu memperkukuh kerjasama, bukan bergerak bersendirian.
ASEAN telah membuktikan dirinya sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik dan berdaya tahan, berteraskan keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama.
Dalam semangat sama, ASEAN dan Rusia mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, teknologi digital, pendidikan dan pembangunan bakat.
Saya turut mengalu-alukan pembangunan ASEAN-Russia Strategic Programme on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang bakal memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.
ASEAN akan terus mempertahankan sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berpandukan peraturan yang dipersetujui bersama. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, daya tahan ekonomi mesti diperkukuh tanpa mengorbankan semangat kerjasama.
Segala persefahaman yang dicapai mesti diterjemahkan kepada tindakan yang menjana peluang, mencipta kemakmuran dan membawa manfaat nyata kepada rakyat.
======
At the Russia-ASEAN Business Forum today, I underscored the need for stronger cooperation, deeper trust and a renewed commitment to shared prosperity in a rapidly changing world.
Malaysia remains committed to constructive engagement with all partners, guided by mutual respect, openness and the pursuit of peace, stability and inclusive growth.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini merupakan detik yang amat bermakna dan membahagiakan, bukan sahaja buat penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, malah menjadi bukti bahawa pentadbiran yang berteraskan nilai MADANI sentiasa mengangkat keadilan, ihsan dan martabat rakyat sebagai keutamaan.
Setelah 44 tahun menghuni penempatan sementara dalam serba keterbatasan, akhirnya kita dapat menyaksikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara sebagai langkah tuntas ke arah penyelesaian yang sekian lama dinantikan.
Ucapan saya sewaktu majlis tersebut menyentuh usaha Kerajaan yang meneliti jalan terbaik bagi merungkai permasalahan yang berlarutan sejak sekian lama dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat demi memastikan penduduk memperoleh hak serta jaminan kehidupan yang lebih teratur dan bermaruah.
Pengalaman ini mengajar kita tentang pentingnya menghormati proses perundangan serta institusi negara dan Kerajaan tetap berpegang teguh kepada prinsip bahawa hak dan kebajikan golongan yang memerlukan mesti terus dipelihara, dengan keadilan yang dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang selain memastikan agenda membela nasib golongan miskin bandar terus menjadi keutamaan.
Pembangunan yang kita laksanakan mestilah bersifat inklusif dan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat, kerana kemajuan sebenar sesebuah negara hanya bermakna apabila tiada rakyat yang tercicir atau dipinggirkan daripada arus pembangunan.
Di majlis tersebut, saya turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM1 juta bagi membantu meringankan beban penduduk rumah panjang melalui penyediaan subsidi penyelenggaraan kediaman untuk tempoh tiga tahun yang akan diuruskan DBKL sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk terus terpelihara selepas mereka berpindah ke penempatan baharu.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut hadir ke Program Temu Santai bersama dengan para penghuni perumahan Seri Bakawali PPR Kempas Baru Permai.
Turut bersama, YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang, YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai, AJK KASIH Malaysia serta Saudara PU Haris.
Pelbagai aktiviti turut diadakan dan dipertandingkan untuk diisi dan disertai oleh para penduduk.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya bersama Datuk Dr Zaliha Mustafa serta AJK KASIH Malaysia, turut berkesempatan menziarahi penghuni perumahan Seri Bakawali PPR kempas Permai Denai iaitu Encik Husri dan Puan Wati yang sedang terlantar masing-masing kerana sakit jantung dan strok.
Semoga Allah mengangkat segala kesakitan yang dialami tersebut dan memberikan kesembuhan kepada mereka dengan segera serta mempermudahkan segala urusan mereka.
Semoga kita semua turut dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku pengerusi KASIH Malaysia, saya telah bersama hadir dalam Majlis Perasmian Seminar Inspirasi Keluarga MADANI di Kempas, Johor.
Turut hadir YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai; YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang; YB Jimmy Puah Wee Tse, Ahli Parlimen Tebrau; YBrs. Puan Hajah Nordiran Idris, Pengerusi Pertubuhan SALWA Malaysia; YBhg. Datin Sharifah binti Mohd Yusof, YDP Pelitawanis TNB Kebangsaan serta YBrs. Dr. Salmi Jalina Jalil, Pengarah LPPKN Negeri Johor.
Seminar ini merupakan anjuran KASIH Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan SALWA Malaysia, Pusat Khidmat Parlimen Pulai, Akademi Kenegaraan Malaysia, PELITAWANIS, LPPKN, TNB serta rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
Bertemakan “Dari Rumah Ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang dan Sejahtera” adalah sangat dekat dengan realiti kita semua. Keluarga dan rumah adalah unit asas masyarakat. Di rumahlah kita mula belajar tentang kasih sayang, hormat-menghormati, integriti, dan tanggungjawab. Negara yang maju, aman dan makmur tidak diukur dari aspek pembangunan fizikal semata-mata, tetapi ia bermula dari acuan sebuah keluarga yang kukuh dan harmoni melahirkan individu yang penuh nilai kemanusiaan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program pada hari ini terutamanya para ahli panel, penceramah dan peserta.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya telah bersama hadir dalam Majlis Pelancaran Laman Dapur Kasih Parlimen Kota Raja.
Turut hadir, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan merangkap ahli Parlimen Kota Raja serta pimpinan dan Ahli Jawatankuasa KASIH Malaysia.
Inisiatif Laman Dapur Kasih ini merupakan satu usaha murni yang bukan sahaja menggalakkan budaya bercucuk tanam dalam komuniti, malah membantu meningkatkan kesedaran mengenai keterjaminan makanan, gaya hidup sihat serta semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kejayaan penganjuran majlis ini. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Semenyih. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, dan isteri Datin Sharifah Mahiza atas jemputan.
Turut bersama, Y.B. Tuan Lau Weng San, Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Humaira’ dan pasangannya Alif. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima khabar pemergian sahabat baik, Allahyarham Cikgu Abas Awang yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar, khususnya buat keluarga KEADILAN di Pahang.
Jasa, pengorbanan dan komitmen Allahyarham terhadap perjuangan serta pembangunan insan akan terus terpahat dalam ingatan mereka yang pernah mengenali dan bersama-sama berjuang dengannya.
Saya dan Azizah mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selamat kembali ke Tanah Air dan selamat pulang ke pangkuan keluarga!
Semoga dikurniakan haji yang mabrur, diampuni segala dosa dan segala doa yang dipohon di Tanah Suci dimakbulkan Allah SWT. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan berangkat melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur.
Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek; Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Datuk Wan Hashim Wan Rahim; dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad.
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan berupa cek RM30,000 kepada pihak SBJK.
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid serta menyaksikan persembahan tarian tradisional dan pameran hasil kraf tangan murid SBJK.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Salam Aidiladha dan Selamat menjalani ibadah korban. Diiringi doa semoga segala amalan dan ibadah kita ini diterima oleh Allah SWT. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat Hari Arafah! Marilah sama-sama kita memperbanyakkan zikir dan doa.
Selamat Berpuasa Hari Arafah. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang, serta mengabulkan setiap doa yang dipanjatkan. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir ke Majlis Penyerahan Lembu Korban peringkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di Masjid Saidina Othman Bin Affan.
Sebanyak 75 ekor lembu korban telah diserahkan kepada masjid, surau serta persatuan di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak bagi persiapan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang serta pihak pengurusan masjid, surau, dan seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program pada hari ini.
Saya amat berharap agar pengagihan daging korban ini nanti dapat dilaksanakan dengan telus dan teratur, serta sampai terus kepada mereka yang benar-benar layak. Semoga usaha kecil ini bukan sahaja dapat menggembirakan hati para penerima, tetapi juga menjadi asbab untuk kita mengeratkan lagi silaturahim, memupuk perpaduan, dan hidup dalam suasana yang harmoni di dalam kariah ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
SELAMAT HARI GURU 2026 🌸
Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan pengorbanan.
Jasamu kekal abadi dalam setiap kejayaan anak didik. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam Majlis Perasmian Sambutan Semarak Belia sempena Hari Belia Negara bagi peringkat kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.
Turut hadir Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Encik Sabran bin Abdul Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL serta Puan Siti Normala binti Haji Husin, Pengetua SMK Seri Tasik.
Bertemakan ‘Menggerak Belia’, ini merupakan inisiatif penting Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk memastikan sambutan Hari Belia Negara dapat dirasai sehingga ke peringkat akar umbi selain menjadi simbol pengiktirafan kerajaan terhadap peranan besar golongan belia sebagai aset utama pembangunan negara.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur yang telah bekerja keras dalam memastikan program penting ini berjalan dengan lancar.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli bagi menyempurnakan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 yang diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Turut hadir, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YBhg. Datuk Dr Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM; YBhg. Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim, Pengerusi LPPKN serta YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.
Bertemakan “Seteguh Kasih Ibu”, sambutan ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada ketabahan, pengorbanan dan kasih sayang luar biasa golongan ibu dalam membentuk kesejahteraan keluarga serta pembangunan masyarakat.
KPWKM menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut memperkenalkan Anugerah Khas Inspirasi Ibu sebagai penghargaan kepada wanita yang berjuang mendapatkan zuriat, selain menjadi sumber inspirasi kepada pasangan lain yang sedang menjalani rawatan subfertiliti.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah telah menamatkan kunjungan singkat ke Kota Cebu, Republik Filipina dalam konteks membawa misi kenegaraan ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang baru selesai.
Di sidang ini, Malaysia memainkan peranannya dalam menggilap semangat ASEAN terutamanya dalam merapatkan jurang pembangunan, memperluas serta mencipta jaringan perdagangan, merancak pelaburan, memperkasa liputan dan fungsi digital, keterjaminan makanan, selain menjulang sikap dan prinsip yang selari dengan norma dan undang-undang antarabangsa.
Walhasil, Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam mempererat hubungan antara negara ASEAN, terutamanya dalam mendepani kemelut bekalan tenaga yang bersifat sejagat dan yang sedang merenggut semua.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#asean48 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mabuhay ang Pilipinas!
Alhamdulillah, saya dan Azizah baru sudah mendarat di Kota Cebu, Republik Filipina tengah hari ini. Saya di sini bagi mewakili negara untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang pada tahun ini dipengerusikan Filipina.
Sidang ini akan memberi tumpuan antaranya kepada kemelut bekalan tenaga global saat ini, selain menggilap idealisme dan semangat ASEAN sebagai keluarga dan kesatuan yang erat, kuat dan bertanggungjawab.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#asean48 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku penaung Kempen Tabung Pahlawan, iaitu satu kempen yang dilancarkan bagi menyantuni veteran serta balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), saya telah bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah turun bagi menyantuni tiga veteran serta dua balu veteran menerusi Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan.
Turut Hadir, Mej Jen Datuk Semaon Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM; Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; serta Lt Kol Azwadi Bin Jamian, Ketua Eksekutif Yayasan Veteran ATM.
Program ini bertujuan sebagai salah satu usaha kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah berkhidmat untuk negara selain membantu meringankan bebanan masalah yang sedang dihadapi mereka.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Kajang, Selangor. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr Luqman Haji Abdullah, mantan Mufti Wilayah Persekutuan serta isteri beliau, Datin Dr Wan Marhaini atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Abbad dan pasangannya Nurulhuda serta Abdullah dan pasangannya Aziani. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ameer Ali, pegawai khas saya ketika di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta isteri beliau, Puan Hajjah Faizah@Maznah atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Ahmad Najmuddin dan pasangannya Ain’ Najihah. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
.
Saya turut berduka atas pulangnya ke rahmatullah Allahyarhamah Datuk Seri Maria Menado, seorang seniwati legenda tanah air.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah. Diiringi doa agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.
AL-FATIHAH -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Yang Dipertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia, saya telah bersama hadir dalam Program Induksi Islahiyah bersempena dengan Mesyuarat Agung Kali ke-38 PPIM.
Objektif utama adalah bertujuan untuk menyuntik semangat kekitaan demi memperkukuh strategi pengurusan kepimpinan, sekaligus mencorakkan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti yang lebih berkesan dalam kalangan ahli puteri.
Marilah sama-sama kita mengorak langkah memperkukuh kesefahaman, mempererat tekad dan azam demi memastikan masa depan Puteri berada di landasan yang benar mengikut syariat Islam.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah Bandar Tun Razak! 🎉
Berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang baru diumumkan pada 31 Mac 2026. Parlimen Bandar Tun Razak telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan:
• 🏆 Ranking No. 1 bagi kategori Parlimen di Kuala Lumpur.
• 📉 Gred Purata Sekolah (GPS): 4.16 — jauh lebih baik berbanding purata kebangsaan (4.42) dan purata Kuala Lumpur (4.57).
• 👏 Satu peningkatan kualiti pendidikan yang sangat signifikan bagi komuniti kita!
Syabas diucapkan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa di Bandar Tun Razak atas usaha gigih ini. Teruskan kecemerlangan! 📚✨ -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam, saya telah berkesempatan hadir ke Majlis Raya Karyawan Bersama Komuniti Sejahtera serta Pelancaran Kiosk Telekesihatan untuk komuniti Bandar Tun Razak.
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri; YBhg. Dato’ Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia serta YBrs. Encik Chong Yeow Siang, Ketua Pegawai Operasi BIG CARING Group.
Saya dimaklumkan kemudahan kiosk telekesihatan ini membolehkan pengguna mendapatkan laporan kesihatan secara digital serta dapat berhubung dengan doktor melalui telekonsultasi sekiranya diperlukan. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang amat baik dalam memudahkan komuniti mendapatkan akses kepada saringan kesihatan asas secara cepat dan mudah. Melalui kiosk ini, penduduk boleh menjalankan pemeriksaan seperti tekanan darah, suhu badan, komposisi badan dan tahap oksigen dalam darah dalam masa yang singkat.
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama kepada Persatuan Karyawan Malaysia dan BIG CARING Group atas penganjuran program ini serta tidak dilupakan barisan artis jemputan dan pemain industri yang turut hadir bagi memeriahkan majlis seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Saudara Ito serta Saudara Helmi Gimmick selaku pengacara majlis.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Terima perkhabaran duka pulangnya ke rahmatullah, Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady, Mantan Timbalan Presiden ABIM ( 1987 - 1995).
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarham dan tempatkannya bersama para solihin. Aamiin YRA
Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, selepas Program Senaman Aerobik Komuniti Wilayah Persekutuan 2026 (PSKWP2026), saya telah hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke -42 serta perasmian Dewan Baharu SK Bandar Tun Razak (1).
Mesyuarat Agung PIBG bukan sahaja menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa, malah mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan pendidikan yang holistik buat anak-anak.
Dewan RazakOne yang baharu ini pastinya akan memberikan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif untuk pelbagai aktiviti sekolah, sekali gus menyokong proses pembelajaran serta pembangunan sahsiah murid secara menyeluruh.
Semoga dewan ini memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga sekolah serta komuniti setempat.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di alkhirat. Aaminn YRA.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam pelancaran Program Senaman Aerobik Komuniti Wilayah Persekutuan 2026 (PSKWP2026) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh hari ini di Dataran Perumahan Awam Sri Sabah 3B, Bandar Tun Razak.
PSKWP2026 merupakan inisiatif yang memberi fokus untuk memperkenalkan program yang lebih dekat dengan komuniti, khususnya di ibu negara selain bertujuan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), melalui pendekatan yang inklusif, mudah disertai dan berterusan.
Pada majlis pelancaran hari ini, program senaman aerobik berlangsung secara serentak di 25 lokasi PPR/PA di Kuala Lumpur. Sepanjang hujung minggu ini, program diperluaskan melibatkan keseluruhan 44 lokasi dengan 33 di Kuala Lumpur, 6 lokasi di Putrajaya dan 5 lokasi di Labuan, menjadikan ia antara program komuniti berskala besar di Wilayah Persekutuan.
Program ini juga dijalankan secara percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat, serta akan dilaksanakan secara mingguan dan berterusan sepanjang tahun 2026.
Pelaksanaannya turut disokong melalui kerjasama strategik Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) serta pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh dan berimpak tinggi.
PSKWP2026 dijangka mampu menarik penyertaan yang konsisten di setiap lokasi serta berpotensi menjadi program “signature” komuniti Wilayah Persekutuan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat secara berterusan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara.
Usai solat sunat, saya berkesempatan mengiringi Baginda Tuanku untuk beramah mesra dan bersalaman bersama para jemaah serta tetamu yang hadir.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesederhanaan namun sarat makna, selain menghadirkan kebahagiaan yang tulus serta mengangkat doa dan harapan kita semua.
Eid Mubarak buat seluruh rakyat Malaysia.
❤️
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan turun bersama YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam lawatan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi meninjau fasiliti serta perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan selain menyantuni pesakit melalui penyampaian sumbangan duit raya sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Turut hadir, YB Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras; YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datin Dr. Haliza binti Haji Abdul Manaf, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya; serta Encik Muhammad Azri bin Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Dalam sidang media, YB Hannah Yeoh turut mengumumkan bahawa peluasan laluan percuma Bas Go KL yang kini akan berhenti di HRC bermula 1 April 2026. Inisiatif oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini bertujuan memudahkan akses pengangkutan awam kepada pesakit, warga emas serta warga kota yang mendapatkan rawatan rehabilitasi, sekali gus meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup mereka.
HRC merupakan satu-satunya hospital rehabilitasi khusus di Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan pemulihan komprehensif kepada pesakit pasca kecederaan, strok serta penyakit kronik. Peranan hospital ini amat penting dalam membantu pesakit memulihkan fungsi fizikal, meningkatkan mobiliti dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup mereka.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas program bersama MCMC, saya telah hadir ke program Majlis Penyerahan Bakul Harapan Ramadan 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) bersama CIMB Islamic Bank di Masjid al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Hasan Bin Bahrom, Yang Dipertua YADIM; YBrs. Nor Jannah Nor'azam, Ketua Pejabat Pengurusan Perniagaan CIMB Islamic Bank; YBrs. Syed Amru Bin Syed Abdullah, Pengerusi Masjid al-Najihin serta YBhg. Dato' Haji Abdul Hamid Bin P.V Abdu. Pengasas Ehsan Group of Companies.
Majlis ini bukan sekadar sebuah acara simbolik, tetapi ia merupakan satu usaha murni yang membawa mesej besar tentang keprihatinan sosail, kebersamaan dan nilai kemanusiaan, khususnya dalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak YADIM, CIMB Islamic Bank, Ehsan Group of Companies serta semua pihak atas komitmen dan usaha yang berterusan dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga segala usaha kita ini diberkati, dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam Majlis Perasmian Bazar Raya NADI 2026 dan Kempen Internet Selamat bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din, Pengerusi MCMC; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Bin Mohd. Zin, Anggota MCMC; YBrs. Tuan Mohd Rosli Bin Daud, Ketua Polis Daerah Cheras serta YBrs. Puan Asyqoh Binti Yusof, Pengurus Kawasan DBKL Bandar Tun Razak.
Penganjuran Bazar Raya NADI ini telah memberi peluang kepada komuniti setempat memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat, khususnya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Paling istimewa, Bazar Raya NADI pada tahun ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara melalui rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak MCMC, jabatan serta agensi kerajaan dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati, dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya turut hadir ke program Majlis Sumbangan bersama Komuniti Asnaf dan B40 di Penara dan Cendana anjuran Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; serta YBrs. Encik Muhammad Heikal Bin Othman, Pengerusi KRT Cendana.
Dalam Islam, golongan asnaf dan B40 merupakan kelompok yang perlu diberi perhatian dan dibela kebajikannya. Kekuatan sesebuah komuniti bukan terletak pada kemewahan segelintir, tetapi pada keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Semangat kebersamaan inilah yang perlu terus dipupuk agar tiada sesiapa pun yang tercicir daripada arus pembangunan dan kebajikan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya turut hadir ke program Majlis Perasmian Program Nur Ramadan bagi Wilayah Persekutuan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBrs. TPr. Haji Rosli bin Nordin, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL; YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; serta YBrs. Ustaz Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Seperti tahun-tahun yang lalu, Program Nur Ramadan ini akan meraikan golongan asnaf di setiap kawasan parlimen di Kuala Lumpur yang mana seramai 300 orang daripada golongan asnaf id kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan agensi yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Semoga usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bersama dalam Majlis Nur Ramadan dan Iftar Jamaie anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM; YBhg. Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM serta YBrs. Puan Noor Aeiza Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM.
Sejak penubuhannya, AIM telah membantu ratusan ribu keluarga berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembiayaan mikro serta program pembangunan keusahawanan. Usaha ini sangat bertepatan dengan semangat Islam yang menekankan pembangunan ekonomi umat dan pembelaan terhadap golongan yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebagai Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan, saya telah hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan kali ke-43 serta Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF).
PUSPANITA adalah platform penting dalam menyatukan warga wanita penjawat awam, sama ada yang masih berkhidmat, yang telah bersara mahupun isteri atau suri kepada penjawat awam lelaki. PUSPANITA juga merupakan sebuah gerakan yang membantu melahirkan kepimpinan wanita yang berdaya saing serta aktif dalam program kebajikan, pendidikan, dan pembangunan sahsiah.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Saya yakin PUSPANITA Cawangan MOF akan terus menjadi rakan strategik yang signifikan dalam menyokong agenda kementerian serta mendukung aspirasi pembangunan negara.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa, saya menekankan betapa pentingnya institusi keluarga sebagai asas dalam membentuk peribadi, sahsiah dan nilai kemanusiaan seseorang.
Walau dunia berubah pantas didorong kemajuan teknologi dan arus pembangunan sejagat, nilai moral serta akhlak yang tinggi tetap menjadi tiang seri yang tidak boleh digugat.
Andai institusi keluarga rapuh, ruang akan terbuka kepada pelbagai gejala negatif yang akhirnya merosakkan tatanan masyarakat dan masa depan negara.
Natijahnya, institusi keluarga berperanan besar dalam menyemai kasih sayang, mendidik dengan hikmah serta memupuk nilai tanggungjawab dan hormat antara satu sama lain, sehingga lahirnya generasi yang berintegriti, berakhlak dan mampu memimpin masyarakat dengan baik.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah bersama hadir ke Majlis Iftar Ramadan MADANI (IRAMA) Peringkat Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung di Masjid Zaid Bin Thabit yang dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; YBhg. Dato’ Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; serta Puan Asyqoh binti Yusof, Pengurus Cawangan DBKL bagi kawasan Bandar Tun Razak.
Program IRAMA dianjurkan ini bukan hanya sekadar majlis berbuka puasa, tetapi sebagai satu usaha untuk merapatkan jurang antara kepimpinan negara, agensi kerajaan dengan masyarakat di peringkat akar umbi. Program IRAMA ini juga telah dan akan dilaksanakan di 14 negeri di seluruh Malaysia dengan sasaran untuk menyantuni sekitar 1,000 orang jemaah di setiap lokasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama pihak JAWI, MAIWP, JAKIM serta Ahli Jawatankuasa Masjid Zaid bin Thabit yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Penghargaan terima kasih juga kepada Kedutaan Emiriah Arab Bersatu di Malaysia, yang telah bersama-sama menzahirkan semangat solidariti kemanusiaan dengan menyumbang 500 bungkus nasi Arab, 50 kotak sumbangan makanan serta baucar bernilai RM200 kepada 100 orang kanak-kanak.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
.
Terima khabar duka pulangnya ke rahmatullah Allahyarhamah Jamaliah Binti Ngah, ibunda kepada YBhg. Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, isteri kepada YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah saya ucapkan kepada Datin Seri Muhaini dan Datuk Seri Ismail Sabri serta seluruh ahli keluarga. Diiringi doa agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.
AL-FATIHAH -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Pengerusi Pertubuhan KASIH Malaysia, saya telah hadir bersama dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar KASIH Malaysia di Putrajaya.
Turut hadir, YB Senator Marhamah Binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan muhasabah, bulan untuk kita menilai semula diri, niat, dan tanggungjawab kita sebagai manusia, sebagai pemimpin masyarakat, dan sebagai warganegara.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang sebagai ruang untuk menambah ilmu serta mengukuhkan silaturrahim, merapatkan jurang perbezaan, serta memperbaharui komitmen kita semua untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Semoga kita terus komited dalam membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I was deeply saddened to learn of the passing of Royal Laureate Professor Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas. He was, by any measure, one of the greatest minds of our age, a philosopher who asked not just what we know, but what knowledge is for. Through his voluminous and seminal works including “Islam and Secularism” and his magnum opus “Prolegomena to the Metaphysics of Islam,” he challenged the secularisation of knowledge and set out the intellectual foundations of an Islamic worldview. Malaysia heard him. The Muslim world heard him.
He leaves us on the 18th of Ramadan, at the age of 95. That is a life well lived and a departure well earned.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend my deepest condolences to his family and to all who sat at his feet. May Allah grant him His mercy and the highest station among the righteous. Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir dalam program di Bandar Tun Razak iaitu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang telah diadakan di PPR Seri Malaysia.
Program ini telah melibatkan penyertaan penduduk dari PPR Seri Malaysia, PPR Desa Petaling, Pangsa Puri Seri Malaysia, Kampung Malaysia dan Kampung Malaysia Tambahan. Program turut diisi dengan perkongsian ceramah daripada YBhg. Dato’ Siti Nor Bahyah dan suami Ustaz Wan Akashah.
Terima kasih kepada semua pihak secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di diunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan, saya telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran PUSPANITA yang bertemakan “Semarak Ramadan 1447H: Inspirasi Generasi Madani” di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.
Turut hadir, YBhg. Puan Sri Maheran Binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA.
Program yang telah menghimpunkan kira-kira 1,000 penjawat awam wanita ini merupakan kemuncak pengisian kerohanian Ramadan, bertujuan memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan penghayatan Al-Quran serta mendukung aspirasi Kerajaan MADANI dalam membentuk Generasi Madani yang berakhlak, berilmu dan berprinsip.
Antara pengisian program termasuk solat sunat tasbih berjemaah, tadarus dan khatam Al-Quran, perkongsian ceramah, pemberian sumbangan kepada pusat kebajikan serta 50 orang pelajar tahfiz selain mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk kepada semua yang hadir.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir dalam Program Bubur Lambuk Setulus Kasih Ramadan anjuran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Datin Seri Norhayati Musa, isteri kepada YB Menteri Dalam Negeri; YBrs. Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah Agendi Pengrurusan Bencana Negara (NADMA); Yang Amat Setia Tuan Mohamad Abiddin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM); YBrs. Encik Peter Yu Kok On, Pengarah Urusan Dunkin’ Malaysia serta YBrs. Encik Johan Bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM.
Aktiviti rewang dan bergotong-royong yang dilaksanakan pada hari ini adalah contoh terbaik perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan kita rakyat Malaysia. Tahun ini juga, sebanyak 2000 pek makanan yang mengandungi bubur lambuk, donat, kurma dan air minuman akan diagihkan kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang sebagai juadah berbuka.
Tahniah dan terima kasih kepada YFBM dan semua pihak yang terlibat terutamanya para petugas dan sukarelawan, Dunkin’ Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NADMA, APM dan JAKIM atas usaha murni yang dilaksanakan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.
Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita.
❤️
#sampaisyurga -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam ini.
Majlis turut dihadiri Jemaah Menteri, pimpinan kerajaan serta perwakilan asing.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Peluncuran Banci Ekonomi 2026 (BE2026) yang telah dirasmikan oleh YB Tn Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi di PICC, Putrajaya.
Turut hadir, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi; YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan YBrs. Puan Siti Asiah binti Ahmad, Timbalan Ketua Perangkawan Program Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia.
BE 2026 merupakan projek nasional penting bagi mentransformasikan sistem data ekonomi Malaysia ke arah yang lebih holistik, bersepadu dan berdaya saing. Ia merangkumi semua pertubuhan perniagaan berdaftar dan tidak berdaftar, termasuk pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, bagi menggambarkan keseluruhan landskap ekonomi Malaysia. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengenal pasti kemunculan industri serta produk baharu selari dengan perubahan struktur ekonomi, pendigitalan dan keperluan pasaran global yang dinamik.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan dipermudahkan dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan apakah keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan sistem sebelum ini yang berorientasikan peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau PT3 bagi penilaian pembentukan jati diri dan masa hadapan pelajar.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir ke Majlis Penyempurnaan sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn Bhd kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir YDH Dato' Sri Haji Mohd Khalid Haji Ismail, Ketua Polis Negara; YBhg Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Mazlan bin Lazim, Penaung Yayasan Seri Negara serta YBhg Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
Seramai 200 penerima dalam kalangan warga PDRM disantuni pada majlis berkenaan melibatkan 100 orang dari Bukit Aman manakala bakinya dari lbu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan lbu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Bantuan yang disalurkan melalui mekanisme zakat wakalah kepada anggota PDRM berperanan membantu meringankan beban kewangan penerima termasuk perbelanjaan harian, pendidikan anak-anak dan keperluan asas keluarga khususnya dalam situasi kos sara hidup yang mencabar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya pihak pengurusan zakat dan PDRM yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan anggota serta keluarga sentiasa diberi perhatian.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan kepasa penerima.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
When a young photographer asked YB BTR to pose for his mini camera 📸✨
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan turun bagi melawat Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri bagi meninjau suasana serta menyantuni para peniaga dan pengunjung.
Lawatan ini juga bertujuan bagi memastikan kemudahan dan pengurusan bazar berjalan lancar demi keselesaan semua.
Turut bersama YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), serta YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam. Semoga bulan penuh rahmat ini membawa keberkatan dalam hidup kita. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah meluncurkan Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dan Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030, dengan satu keyakinan yang jelas bahawa kesejahteraan negara tidak boleh hanya diukur melalui angka pertumbuhan atau pembangunan fizikal semata, tetapi mesti mencakup aspek jiwa, kestabilan emosi dan keharmonian institusi kekeluargaan. Negara boleh mencatat prestasi terbaik di ASEAN, ringgit boleh mengukuh, tetapi jika keluarga rapuh, masyarakat akan tetap goyah. Keluarga adalah unit asas dalam pembentukan sahsiah dan nilai. Justeru, apabila keluarga kukuh, masyarakat akan teguh dan negara lebih berdaya tahan menghadapi cabaran sosial serta ekonomi.
DKKN digarap sebagai kerangka dasar sosial yang komprehensif, berpaksikan nilai KASIH iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu serta Harmoni yang merangkumi keseluruhan kitaran hayat keluarga daripada perkahwinan hingga kepada penyelesaian konflik. Pendekatan ini lantas inklusif dan responsif terhadap realiti semasa, termasuk cabaran keluarga rentan agar tiada yang tercicir daripada usaha pemerkasaan.
Seiring dengan itu, Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) diteruskan sebagai jaringan keselamatan sosial untuk melindungi isi rumah yang layak daripada musibah yang tidak dijangka. Walhasil, institusi kekeluargaan mesti dilindungi, malah diperkasa demi kestabilan sosial dan masa depan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang semalam, meraikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib bersama isteri, YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah dalam majlis minum petang di Seri Perdana.
Pertemuan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan silaturahim yang telah lama terjalin.
Kami turut bertukar pandangan terkait hala tuju pembangunan Pulau Pinang, dengan penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta potensi negeri sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku penaung Akademi Badminton Malaysia (BAM), saya telah hadir sendiri bagi mendengar taklimat dari pihak pengurusan dan Ahli Majlis BAM mengenai kemajuan program dan persediaan atlet negara kita terutama dalam menjulang kembali Piala Thomas 2026 yang dijadual akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan.
Selain itu, saya turut meluangkan masa bertemu dengan para pemain serta jurulatih kebangsaan yang telah hadir.
Turut hadir, YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Presiden BAM; YBhg. Datuk V. Subramaniam, Timbalan Presiden BAM; serta Ahli Majlis BAM seperti YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Lee Chong Wei dan YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr.) Gooi Hoe Soon.
Semoga segala usaha kita ini sentiasa diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan berapakah peratusan warga emas di pusat penjagaan sepenuh masa kendalian Kerajaan yang masih mempunyai anak dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi mengatasi pengabaian dalam penjagaan warga emas oleh anak-anak mereka.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan apakah dasar dan pelaksanaan ke atas sistem sokongan di sektor awam dan swasta bagi menangani isu pekerja wanita yang terpaksa berhenti kerja selepas melahirkan anak bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga pekerja.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
“Piala tetap kena angkat; tak kira saiz”
- Majlis Perasmian UNIREADY 2026
11 Februari 2026
Universiti Tenaga Nasional -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya juga telah berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Pejabat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF.
Penubuhan pejabat ini adalah hasil kerjasama strategik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menandakan pewujudan Pusat Strategik Pencegahan Jenayah Komuniti di ibu negara.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MCPF KL) terus membuktikan komitmen tinggi apabila berjaya melaksanakan 84 program pencegahan jenayah sepanjang 2025.
Turut hadir YBhg. Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCPF Kuala Lumpur; YBhg.Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato' Fadil Haji Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah hadir ke Majlis Perasmian UNIREADY 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB); YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; YBrs. Professor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Naib Canselor UNITEN; YBrs. Tuan Faizal Iqram Ibeni Yanin, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta YBrs. Encik Saifulizan Haron, Pengurus Besar Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.
Program UNIREADY2026 @ UNITEN ini merupakan platform khas untuk pelajar lepasan SPM, STPM, dan graduan diploma, bagi memberikan pendedahan awal kepada
landskap pengajian tinggi di UNITEN.
Program ini juga bukan sekadar persediaan melangkah ke alam universiti, tetapi merupakan satu usaha besar dalam membina keyakinan, memperkasa potensi, dan menyemai impian anak-anak kita agar berani melakar masa depan yang lebih gemilang.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada UNITEN, pihak penganjur dan semua rakan kerjasama yang telah menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam Karnival Kampung Angkat MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama Pejabat Perdana Menteri di Padang Awam, Kampung Labu Lanjut, Sepang.
Turut hadir, YB Datuk Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang; YBhg. Dato’ Dr. Roslan Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia; YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir Majid, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor serta YBrs. Dr. Aini Ahmad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang
Inisiatif ini membuktikan Kerajaan Perpaduan sentiasa cakna dengan kualiti hidup rakyat hingga ke peringkat akar umbi, bukan sahaja di bandar besar. Seperti hasrat YAB Perdana Menteri, kemajuan digital dan ekonomi mestilah seiring dengan kemudahan asas yang mampan untuk semua.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AKM dan semua pihak yang terlibat terutamanya penduduk kampung melalui JPKK atas usaha murni yang telah dilaksanakan dalam inisiatif Kampung Angkat MADANI ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Kredit Gambar : Akademi Kenegaraan Malaysia
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Azizah hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Balairung Seri, Istana Negara.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga terus laksana amanah dengan penuh keikhlasan serta memperteguh iltizam berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan usaha yang akan dilaksanakan bagi menggalakkan pembangunan projek Residensi MADANI khususnya di kawasan bandar, memandangkan setakat ini hanya dua projek sedemikian sahaja telah dilaksanakan di Kuala Lumpur, tujuh projek di Putrajaya dan tiada di Labuan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesmpatan turun ke Program Borak Belia Kita BTR X YSD di Taman Tasik Permaisuri.
Belia adalah nadi dan pemangkin utama masa depan Malaysia yang adil, makmur, serta berdaya saing.
Belia juga berperanan sebagai ejen perubahan yang perlu menguasai ilmu, berintegriti, dan berinovasi bagi memacu pembangunan negara masa hadapan.
Semoga belia di negara ini sentiasa perkasakan diri dengan ilmu agar dapat mendepani cabaran.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Usai program belia, saya telah hadir ke Majlis Perasmian Karnival KL MADANI.
Karnival Kuala Lumpur (KL) MADANI menjadi platform terbaik mendekatkan dasar, perkhidmatan dan inisiatif kesejahteraan rakyat secara langsung kepada warga kota.
Semoga Usaha ini dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan membawa pelbagai perkhidmatan kerajaan terus ke kawasan komuniti. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia diatas kesudian bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Peringatan Sedunia (World Thinking Day) Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.
Turut berangkat menerima keberangkatan Raja Permaisuri Agong, DYTM Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah, merangkap Yang Dipertua PPPM Cawangan Kedah.
Turut berangkat hadir, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimahuz Zahra’ binti Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, selaku Yang Dipertua PPPM Cawangan Terengganu.
Turut hadir, YBhg. Datuk Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.
Tema “Persahabatan Kita” yang telah dipilih pada tahun ini adalah sebagai satu bentuk komitmen menghargai apa jua bentuk hubungan yang positif dan memberi manfaat lebih-lebih lagi dalam konteks keutuhan keluarga, keterangkuman (inclusivity), perpaduan kaum dan bangsa dalam negara kita.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Pandu Puteri di setiap peringkat khususnya Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Kedah yang telah mencurah bakti menjayakan semua program pada tahun 2025.
Semoga Tahun 2026 ini akan membawa lebih banyak kecemerlangan dalam pelaksanaan program dan aktiviti yang lebih berimpak tinggi.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan dasar dan advokasi seperti program PROSTAR 2.0 yang dilaksanakan dalam mewujudkan kesedaran dan membendung masalah gejala seksual berkaitan hubungan sejenis dan keberkesanannya.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.
Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.
Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.
Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.
Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani
#rancanganpendidikannegara -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya dan anggota pentadbiran negara hadir di MAEPS, Serdang bagi menyampaikan penghargaan tertinggi kepada puluhan ribu petugas kementerian dan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, sukarelawan serta sektor swasta yang menjayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan iltizam, disiplin dan keikhlasan mengangkat nama negara.
Alhamdulillah, kita telah membuktikan keupayaan menghimpunkan pemimpin dunia serta mengendalikan persidangan dengan cekap, tersusun dan berintegriti. Setiap tetamu pulang dengan keyakinan terhadap profesionalisme, keramahan dan disiplin negara kita.
Lebih penting, Kepengerusian Malaysia telah mencatat kejayaan bermakna dan bersejarah, termasuklah pemeteraian dokumen ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, memudah cara Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, serta menyambut keanggotaan penuh Timor-Leste sebagai keluarga besar ASEAN.
Namun kejayaan tidak harus melalaikan. Kestabilan politik, tatakelola yang baik, kepimpinan beramanah serta dasar yang jelas mesti terus diperkukuh agar keyakinan dunia diterjemahkan kepada kemajuan yang benar-benar memberi makna kepada rakyat.
Malaysia memilih untuk memimpin ASEAN dengan nilai, menolak keangkuhan kuasa serta membina masa depan serantau berteraskan tanggungjawab, kepercayaan dan kemanusiaan, berlandaskan keterangkuman dan kemampanan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani
#asean2025 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-15 pagi tadi yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Titah Tuanku menegur keras amalan rasuah yang sistemik dan telah berakar umbi, yang mesti diperangi habis-habisan kerana ancamannya terhadap kebajikan rakyat, keselamatan negara serta integriti pentadbiran, malah disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
Tuanku turut menzahirkan keperluan memperkukuh reformasi institusi demi mempertegaskan sistem demokrasi, di samping melaksanakan reformasi pendidikan yang berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan, serta menggesa semua pihak memelihara perpaduan antara wilayah.
Moga persidangan kali ini akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat dan negara dari sudut perkembangan ekonomi dan kemajuan negara tercinta kita semua, dengan hendak-Nya, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Selayang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ismail Othman dan isteri, Puan Rozilah Zainal Abidin atas jemputan.
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Inas Taqiyyah dan pasangannya Mohamad Syafiq Haiqal. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah hadir bagi merasmikan Majlis Penyerahan Cek CURA Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2026 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
BAP merupakan bantuan tunai one- off sebanyak RM150.00, diberikan tanpa mengira pendapatan isi rumah kasar bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Tahniah diucapkan buat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah atas komitmen bagi memastikan kelancaran agihan BAP.
Harapan saya semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ibu bapa atau penjaga dan murid. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamduillah saya telah berkesempatan hadir bersama dalam Majlis Perasmian Hutan Rekreasi RIMBA di Bangunan Satelit, Terminal 1, KLIA.
Turut hadir, Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi, Pengerusi Malaysia Airports; Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Dato’ Mohd Izani bin Ghani, Pengarah Urusan Malaysia Airports.
RIMBA merupakan sebuah ruang khas yang menempatkan tumbuhan hijau, lanskap menarik, pintu gerbang dan binaan artistik bertemakan flora dan fauna yang dijadikan ruang dan peluang untuk pengguna KLIA merehatkan diri sebentar sambil menikmati suasana rimba buatan sebelum meneruskan perjalanan. Ia juga merupakan satu usaha bagi mengurangkan jejak karbon serta kesan gas rumah hijau.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak KLIA, MASB, MAHB, MOT dan semua yang terlibat dalam merancang, membangunkan, dan menjaga ruang khas ini.
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berkesempatan hadir ke Program Ceria Ke Sekolah bagi Pelajar Tingkatan 5 bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Seramak 1821 orang pelajar di Parlimen Bandar Tun Razak telah mendapat beg sekolah berserta wang tunai berjumlah RM 100.
Sumbangan ini adalah bertujuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa dalam perbelanjaan anak-anak apabila bermulanya musim persekolahan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya juga telah berkesempatan hadir ke Majlis Penutup Malaysia Brand Day 2026 di Kuala Lumpur.
Malaysia Brand Day 2026 (MBD) merupakan pameran dan gerakan penjenamaan nasional pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), yang telah diwujudkan bagi menampilkan, meraikan dan mengangkat jenama-jenama tempatan Malaysia merentasi pelbagai industri.
Ia telah dianjurkan sebagai platform strategik nasional bagi memperkukuh ekosistem jenama Malaysia serta meningkatkan daya saing jangka panjang perusahaan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta koperasi.
Semoga jenama produk Malaysia menjadi jenama terkemuka dan utama dunia di masa hadapan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah bersama hadir dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah, Parlimen Bandar Tun Razak.
Sumbangan ini adalah inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan kerjasama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak yang mencerminkan komitmen berterusan AIM dalam menyokong aspek pendidikan.
Seramai 600 pelajar sekolah rendah dan menengah di Parlimen Bandar Tun Razak menerima bantuan bernilai RM 150 sorang.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Azman Haji Abidin, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Ketua Amanah Bandar Tun Razak, Ir. Hayatul Kamil.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dalam rangka lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Republik Türkiye, saya telah berkesempatan berkunjung ke Perpustakaan Nasional Presiden yang telah dihoskan oleh Madam Emine Erdoğan, isteri kepada Presiden Republik Türkiye.
Saya telah dibawa untuk menelusuri koleksi buku-buku yang terdapat di perpustakaan tersebut termasuklah dari Malaysia yang mencerminkan persahabatan, kefahaman dan perkongsian ilmu antara kedua-dua negara.
Saya turut berbesar hati menerima naskhah terjemahan bahasa Melayu kitab Mesnevi, karya agung penyair terkenal Uthmaniyyah, Mevlana.
Semoga ikatan persahabatan antara Malaysia dan Türkiye terus mekar dan diperkukuh demi manfaat bersama.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah, bersama delegasi Malaysia, berbesar hati diraikan oleh Presiden Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan, dalam Majlis Makan Malam Rasmi yang berlangsung dengan penuh keindahan, kehangatan dan kemuliaan persahabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya zahirkan kepada Presiden Erdoğan dan keluarga serta teman-teman di Ankara atas layanan yang cukup luar biasa, penuh keikhlasan dan persaudaraan.
Saya mendoakan agar Presiden Erdoğan, Emine dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin Türkiye ke arah keamanan, kemakmuran dan keadilan yang berterusan, demi kesejahteraan rakyat dan dunia Islam seluruhnya.
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan syarahan umum di Ankara bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye, ketika dunia sedang melalui peralihan kuasa global yang mendalam melibatkan ekonomi, keselamatan, teknologi dan tatakelola antarabangsa.
Dalam landskap antarabangsa yang semakin mencabar, aturan lama tidak lagi memadai. Malaysia dan Türkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar, khususnya dalam isu penindasan berterusan di Gaza serta konflik di Venezuela. Negara-negara membangun harus sedar bahawa masa depan mereka tidak semestinya bergantung kepada mana-mana kuasa besar secara tunggal.
Kemajuan teknologi, khususnya kecerdasan buatan, mesti dipandu oleh nilai dan kebijaksanaan agar memperkasa manusia, bukan mencipta ketidaksamaan baharu atau menghakis maruah insan.
Undang-undang antarabangsa tidak boleh diamalkan secara selektif. Kekejaman di Gaza tidak boleh dinormalisasi atau dijadikan preseden. Malaysia dan Türkiye akan terus bersuara, bertindak dan menuntut keadilan.
Tatkala dunia yang sarat persaingan kuasa, Malaysia dan Türkiye mesti memperkukuh kerjasama strategik, mempertahankan prinsip bersama, dan memastikan hukum terus membatasi kuasa, bukan sebaliknya.
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-Allah.
BERNAMA
@bernamadotcom
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.
Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.
Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.
“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital.
"Saya difahamkan beliau telah terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu,” katanya.
#bernamanews #tunmahathir #ijn -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berlepas ke Republik Türkiye ditemani Azizah serta delegasi Malaysia bagi rangka lawatan rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Lawatan ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai persahabatan dan saling menghormati yang telah terjalin sekian lama.
Semoga segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
My deepest condolences to the family and loved ones of the late Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, former Chief Commissioner of the Girl Guides Association Malaysia.
Her unwavering commitment and dedication throughout her many years of service to the Girl Guides Association of Malaysia are deeply appreciated.
May her family bear this loss with patience and forbearance. My thoughts are with them during this painful period. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah bersama hadir ke Program Ceria Ke Sekolah bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Program ini yang telah dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak bersama ERM Foundation merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial yang dilaksanakan bersempena dengan permulaan sesi persekolahan baharu. Ia bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dalam menyediakan wang tunai bagi membeli keperluan asas persekolahan anak-anak.
Seramai 800 murid telah menerima bantuan pada program hari ini yang terdiri daripada 500 pelajar sekolah rendah dan 300 pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40 dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Turut hadir, YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan; Datuk Azman Bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta YBrs. Cik Xiner Li, Pengasas ERM Foundation.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak ERM Foundation, Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak serta semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga dengan bantuan ini ia dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang memerlukan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ucapan Khas Tahun Baharu 2026
Oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah hadir ke Majlis Pelancaran Skuad Bencana MADANI yang telah diadakan di Laman Tun Razak, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Datuk Azman Bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Tuan Anaz fazreen Bin Badrul hisham, Ketua Polis Balai Polis Salak Selatan; serta Puan Asyqoh Binti Yusof, Pengurus Cawangan DBKL bagi kawasan Bandar Tun Razak.
Skuad Bencana MADANI berperanan sebagai pasukan sukarelawan sokongan komuniti yang sentiasa siap siaga untuk digerakkan dalam situasi bencana termasuk membantu pemindahan mangsa, pengagihan bantuan dan pengurusan keperluan asas di pusat pemindahan sementara (PPS). Penubuhan Skuad Bencana MADANI juga sebagai memperkukuh bantuan kebajikan dan sokongan kecemasan kepada rakyat terkesan akibat bencana.
Kita berharap agar Skuad Bencana MADANI ini bukan sekadar sebuah pasukan, tetapi menjadi lambang yang kukuh kepada keprihatinan yang tulus, serta menjadi mercu tanda kesediaan kita dalam mendepani apa jua cabaran. Semoga penubuhan Skuad Bencana MADANI dapat memberi sokongan menyeluruh kepada mangsa-mangsa bencana.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya amat terkesan dan berdukacita tatkala menerima perkhabaran bahawa Setiausaha Kerja (SUK) Pulau Pinang, Allahyarham Hasbul Syafiqi Hasbullah, atau lebih mesra dikenali sebagai Black, telah kembali ke rahmatullah.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan kerja-kerja KEADILAN di Pulau Pinang, khususnya di Permatang Pauh, tempat yang begitu dekat di hati saya.
Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the passing of Dr Yaqub Mirza. He was a long-time figure in the world of Islamic scholarship, finance and institution-building, and a true and dear friend of the family who dreamed mighty things for the Muslim world. He was a man of few words, someone who preferred to build quietly rather than talk about what he was building.
I first knew him through his long association with the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in the United States. Over the years, what stood out was his calm discipline and his instinct to focus on what mattered: strengthening institutions, supporting scholars, and helping communities think about their future. He never sought recognition, yet many relied on him for guidance for his magnanimity knew no bounds.
His work reached far beyond any single organisation. He played a formative role in Islamic finance through the Amana Funds, and he founded the Center for Islam in the Contemporary World at Shenandoah University, creating a space for serious engagement with the challenges facing Muslims today. He gave his time freely and selflessly to younger leaders and community workers, always with the same quiet encouragement.
His passing is a huge personal loss to me and my family, and an even greater loss to those across continents who benefited from his integrity, his counsel, and his example. The institutions he shaped and the people he supported will remain an integral part of his legacy.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua atas ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahiran saya pada hari ini. Maaf kerana tidak berkesempatan membalas setiap ucapan yang diterima.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan untuk negara kita, serta buat negara-negara lain yang sedang diuji dengan bencana dan pelbagai dugaan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dirahmati dan dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Terima kasih !
DR WAN AZIZAH DR WAN ISMAIL -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dapat batik handbag gift daripada jiran dalam dewan.. Cantik kan?
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah bersama hadir dalam majlis Hari Apresiasi Tabika dan Taska KEMAS bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di Institut Latihan DBKL.
Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Hanafiah Bin Man, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat; Datuk Azman Bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Tuan Chua Kok Lian, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras.
Tujuan majlis pada hari ini diadakan bukan sahaja tanda penghargaan kepada anak-anak kita, malah turut diadakan sebagai pengiktirafan dedikasi warga pendidik serta sokongan padu para ibu bapa yang menjadi tulang belakang pembentukan generasi masa hadapan negara ini.
Kita sama-sama doakan agar anak-anak ini membesar menjadi generasi yang bukan sahaja berilmu dan berakhlak, tetapi mampu berfikir jauh ke hadapan serta yang paling penting, menjadi insan yang beradab, berempati dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara pada suatu hari nanti.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program pada hari ini terutamanya para guru dan ibu serta semua anak-anak yang diraikan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan bagaimana Kerajaan memastikan pemulangan aset dana awam yang telah berjaya dipulihkan daripada kes berprofil tinggi sejak 2022 dimanfaatkan untuk projek pembangunan rakyat dengan mekanisme pemantauan yang telus dan berkesan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya telah hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Warga Emas Tahun 2025 Peringkat Daerah Sepang yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, dengan kerjasama KASIH Malaysia, Panel Kesihatan Daerah Sepang serta rakan strategik lain.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan sumbangan warga emas kepada pembangunan negara, di samping memupuk gaya hidup sihat, aktif dan produktif dalam kalangan masyarakat berusia.
Kita mahu bangunkan Warga Emas yang aktif dan sihat selain meningkatkan kesedaran mengenai risiko penyakit kronik, mempunyai emosi yang stabil dan dapat meminimumkan kebergantungan kepada penjagaan jangka panjang dan lebih berupaya menyumbang kepada komuniti.
Turut hadir, Pegawai Daerah Sepang, Tuan Khairi Azali Bin Ibrahim; Pengarah JKM Negeri Selangor, Tuan Haji Azmir Kassim; serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sepang, Tuan DSP Abdul Hasan Bin Ismail.
Terima kasih dan syabas diucapkan buat semua pihak yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti serta pihak swasta yang telah bersama menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, semalam saya telah berkesempatan hadir bersama dalam majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM); serta Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB);
Kanak-kanak adalah aset negara yang paling berharga dan generasi pewaris kepimpinan masa hadapan. Tema “Hari ini, Suaraku” melambangkan tekad kita untuk memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyuarakan pandangan, kepentingannya diambil kira dalam setiap keputusan, dan hak mereka dihormati.
Saya percaya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan masa depan kanak-kanak terjamin melalui pelaksanaan dasar yang melindungi hak dan memperkukuh suara mereka. Kita perlu pastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik dan mampu memenuhi potensi diri mereka.
Kita mahukan anak-anak ini membesar dengan seimbang dari sudut fizikal, rohani, dan spiritual, dengan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni, akhlak mulia, jati diri, dan semangat cintakan negara yang tinggi, selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Tahniah dan terima kasih kepada KPWKM melalui JPKK dan JKM atas penganjuran program penuh manfaat ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di bawah PNB atas kesediaan dan kesudian berkolaborasi. Kerjasama ini menggambarkan keprihatinan pelbagai pihak demi memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak di Malaysia.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Program Intervensi Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bermula sejak Ogos 2024 serta apakah indikator utama yang digunakan kementerian untuk menilai pencapaian program 3M ini.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di majlis PPPM, bergambar bersama Mr Godfrey Ooi, penyanyi undangan dari Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) serta Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah berkesempatan hadir bersama dalam Sambutan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang ke-109.
Turut hadir, YM Dato’ Hajah Tengku Shireen binti Almarhum Dato’ Tengku Suleiman, Timbalan Yang Dipertua PPPM serta Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.
Kita bukan sekadar meraikan kejayaan lalu, tetapi juga menghargai sebuah legasi yang utuh, hasil jasa dan bakti para pemimpin dan ahli terdahulu. Teruskan bekerja dalam satu pasukan yang kuat, patuhi lunas perlembagaan, dan jadilah wanita yang celik teknologi, seimbang rohani dan jasmaninya, serta teguh jati dirinya demi agama, bangsa dan negara.
Jadikan ulang tahun ke-109 ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui iltizam dan semangat demi kebaikan dan kemajuan PPPM.
Jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua ahli Pandu Puteri di seluruh negara yang telah bersusah payah menabur bakti, menyumbang tenaga dan buah fikiran, berkorban masa bagi memastikan setiap program dan inisiatif berjalan dengan lancar. Usaha dan bakti anda amat dihargai.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas itu, saya telah bersama hadir dalam Majlis Perasmian program YSD SEPAKAT dan Hari Bersama Komuniti di PPR Seri Malaysia.
Turut hadir, Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sime Darby serta Dato’ Nor Sam Binti Alwi , Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian Malaysia.
Program ini adalah anjuran Yayasan Sime Darby dengan kerjasama Kementerian Kewangan yang merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan di bawah Belanjawan 2025 untuk memastikan agar kesejahteraan rakyat benar-benar dirasai di akar umbi.
Program ini bukan sekadar memberikan sokongan kewangan dan peluang menambahkan pendapatan, tetapi menyediakan bengkel kepimpinan dan latihan digital kepada golongan belia.
Dengan menggabungkan ‘mentorship’ dan kepakaran rakan projek YSD yang berpengalaman, ia dapat meningkatkan kemahiran mengurus projek berimpak tinggi dan memastikan tadbir urus persatuan penduduk yang lebih baik.
Tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program pada hari ini.
Semoga manfaat ini dapat diperluaskan lagi kepada semua penduduk agar kita saling bantu-membantu dan sama-sama berdaya saing serta menjadikan PPR sebuah hab komuniti yang positif.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya hadir bagi menyantuni penduduk Kampung Malaysia Tambahan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut di Dewan Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Tambahan.
Majlis ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan segera kepada penduduk yang terkesan akibat bencana ribut baru-baru ini. Majlis ini melibatkan seramai 46 orang penerima daripada kalangan penduduk Kampung Malaysia Tambahan dan Kampung Malaysia Raya yang telah mengalami kerosakan harta benda akibat bencana tersebut
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan memenuhi jemputan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ke Program Finance Summit 2025 anjuran Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dengan kerjasama Islamic Finance Students’ Association (IFSA) di Ibu Pejabat AIM, Bandar Sri Damansara.
Program yang telah berlangsung selama tiga hari ini telah menghimpunkan lebih 200 pelajar-pelajar dalam bidang kewangan dari pelbagai universiti dan telah mencapai objektif terutamanya dalam pelbagai isu yang membabitkan cabaran dunia kewangan mikro pada hari ini.
Turut hadir, Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri; Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga AIM; Prof. Dr. Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Timbalan Rektor (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan) UIAM serta Dato’ Mohamed Shamir bin Abdul Aziz, Pengarah Urusan AIM.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian, saya berkesempatan hadir ke Rumah Terbuka Sempena Hari Deepavali Bandar Tun Razak.
Majlis ini merupakan hasil kerjasama erat antara Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, komuniti India setempat dan agensi kerajaan seperti DBKL. Selain jamuan dan sambutan perayaan, turut dilaksanakan agihan sumbangan tunai kepada keluarga memerlukan.
Saya berharap sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi tanda komitmen kita bersama untuk membina masyarakat yang saling menyokong, menghormati dan memahami.
Marilah kita terus menyalakan cahaya perpaduan dan kasih sayang agar ia kekal menerangi kehidupan kita semua, bukan sahaja semasa Deepavali tetapi sepanjang masa.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selesai melawat kebun komuniti semalam, saya telah hadir ke Program Pusat Sehenti Kesejahteraan Sosial (OSC) dan Hari Bersama Komuniti (HKB) di Bandar Tun Razak yang diadakan di Dewan TLKB Seri Sabah.
Turut hadir, Tuan Nik Shafiruddin bin Nik Shahar Shah, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM); Dato’ Nor Sam Binti Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian; Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod, Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Program One Stop Centre atau OSC ini diwujudkan sebagai pusat sehenti khidmat kesejahteraan sosial yang menggabungkan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform. Matlamatnya adalah untuk memudahkan akses rakyat kepada bantuan, maklumat serta peluang peningkatan sosioekonomi, tanpa perlu melalui proses yang rumit dan berulang.
Sebanyak 15 agensi dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta bergabung dalam menawarkan perkhidmatan secara lebih teratur dan mudah dicapai oleh penduduk setempat antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), GIATMARA, KEMAS, YAPEIM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia Productivity Corporation (MPC) serta pelbagai agensi lain.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak ICU JPM selaku penyelaras utama program ini, serta rakan strategik utama iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Pertanian dan Prudential BSN Takaful serta semua agensi-agensi pelaksana yang bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya sempat melawat ke Kebun Komuniti di Bandar Tun Razak, iaitu Kebun Komuniti Perumahan Awam Seri Sabah 3A yang telah menerima Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) serta insentif Sejati MADANI bersama dengan Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Sri Johor 4A
Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) ini dapat menjamin hasil pertanian yang berkualiti, selamat, produktif dan lestari, serta memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja ladang terpelihara.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian atas bimbingan, panduan serta khidmat teknikal yang telah diberikan sehingga komuniti berjaya mencapai tahap ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir bersama dalam majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang telah berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.
Turut hadir, Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Bertemakan “KASIH Keluarga, Bahagia Bersama”, ia adalah seruan kepada masyarakat untuk menghayati nilai K.A.S.I.H merangkumi Kasih sayang , Akhlak mulia, Sihat dan selamat, Ilmu serta Harmoni yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara.
Sedar tidak sedar, anak-anak kita kini berdepan dengan tekanan dan pengaruh yang semakin kompleks daripada media sosial, rakan sebaya hinggalah kepada cabaran kesihatan mental. Namun, dalam setiap cabaran, kita harus sedar bahawa keluarga adalah benteng perlindungan utama.
Di sinilah pentingnya usaha KPWKM dan LPPKN untuk terus memperkukuh institusi keluarga melalui penyediaan pelbagai ilmu dan maklumat serta kemahiran keibubapaan, kemahiran komunikasi keluarga dan sokongan kaunseling agar kita mampu jadi ibu bapa yang relevan dengan peredaran zaman.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada KPWKM dan LPPKN atas inisiatif menjayakan program yang memberi impak besar kepada usaha kerajaan memperkukuh institusi keluarga berdasarkan teras MADANI.
Sumber Gambar : UKK @KPWKM
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, selaku yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah hadir dalam Majlis Centennial Hi-Tea sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka.
Turut hadir, YABhg.Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Penaung PPPM Cawangan Melaka; YBhg. Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM; YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Aziz, Penasihat Kehormat PPPM Cawangan Melaka serta YABhg. Datin Wira TS Hjh Nurazlina binti Md Sanusi, Yang Dipertua PPPM Cawangan Melaka.
Sepertimana kita sedia maklum, PPPM menumpukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan, kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan anak-anak gadis kita. Mereka ini adalah golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan negara.
Saya menyeru agar semua ahli Pandu Puteri terus menyemarakkan semangat perjuangan, menjaga perpaduan dan saling hormat-menghormati. Kita mestilah berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh integriti demi agama, bangsa dan negara.
Tahniah diucapkan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka atas sambutan 100 tahun penubuhan yang bersejarah dan bermakna ini. Saya doakan seluruh warga PPPM Cawangan Melaka dan kita semua sihat sejahtera dan akan terus cemerlang daan berdedikasi. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan pemerkasaan kumpulan sasar khusus RMK13 dan Dasar Wanita Negara 2025-2030 serta apakah tindakan Kementerian menangani isu warga emas terutamanya golongan wanita yang ingin kembali bekerja.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bagi merasmikan Pameran Fabrik ASEAN : Keindahan Tenunan bertempat di Jabatan Muzium Malaysia bersempena Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN tahun ini yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia.
Turut hadir, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara; PYT Ms. Maria Angela A. Ponce, Duta Besar Filipina ke Malaysia serta Ybhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.
Pameran seperti ini bukan sahaja memperlihatkan keindahan seni dan tenunan warisan ASEAN, tetapi turut menzahirkan kekuatan yang lahir daripada kepelbagaian budaya.
Pameran yang mengangkat tema “Keabadian Tenunan” ini, sedang berlangsung bermula dari 20 Oktober sehingga 31 Disember 2025 di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia. Pelbagai koleksi yang terdiri daripada tekstil, bahan tenunan, alat tenun tradisional, dan kostum pakaian masyarakat serantau telah ditampilkan dan disusun dalam empat segmen utama yang membawa pengunjung menelusuri warisan tekstil ASEAN, proses pembuatan kain, keindahan motif, dan cabaran mengekalkan seni tenunan dalam dunia moden.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia atas kejayaan menganjurkan Pameran Fabrik ASEAN: Keabadian Tenunan, serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikannya.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dikhabarkan bahawa tokoh sarjana sejarah tempatan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam telah kembali ke pangkuan ilahi petang tadi.
Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.
Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian allahyarham.
Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian.
Love, Azizah ❤️
#tulangrusuk -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah saya telah hadir ke Majlis Anugerah Kecermelangan SPM 2024 Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.
Majlis tahunan ini dianjur oleh Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama dengan rakan strategik Yayasan MyPrihatin bertujuan meraikan pencapaian 450 pelajar cemerlang SPM 2024, selain mengiktiraf peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam melahirkan generasi berilmu serta berakhlak tinggi.
Ini memberi peluang meraikan anak-anak cemerlang Parlimen Bandar Tun Razak mengikut dasar dan pelaksanaan Malaysia MADANI yang memacu aspirasi negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara membangun yang terangkum dan mapan di samping mempromosikan kesejahteraan rakyat.
Setinggi – tinggi penghargaan kepada Yayasan MyPrihatin, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Bandar Tun Razak, guru – guru, PIBG serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang membantu menjayakan majlis ini.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Halimaton Hamdan, Pengerusi Yayasan MyPrihatin dan YBrs Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk berusaha lebih gigih dalam akademik dan bidang lain.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah bersama hadir dalam Majlis Makan Malam Amal “A Night To Care” yang telah dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Bangsar, Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM.
Majlis ini dianjurkan dalam usaha membantu para pesakit yang kurang berkemampuan untuk menerima perawatan di PPUM. Dana diperlukan khususnya bagi membantu pesakit dari golongan B40 dan M40 yang mengalami kekangan kewangan untuk menampung ubat-ubatan, peralatan perubatan dan kos prosedur khas.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua penyumbang yang telah bersama menjayakan misi murni ini. Setiap sumbangan membawa harapan baru buat pesakit yang memerlukan. Sumbangan yang terkumpul sebanyak RM5.5 juta ini akan disalurkan ke Tabung PPUMCare.
Tahniah dan syabas juga saya ucapkan buat semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya dapat bersama hadir dalam Sambutan Hari Strok Sedunia peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.
Turut hadir bersama Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM; Profesor Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Pengarah Urusan HSAAS UPM; Profesor Dr Hamidon Basri, Pakar Neurologi HSAAS UPM serta Dr. Anna Misya’il Abdul Rashid, Pengarah Program Hari Strok Sedunia 2025 Peringkat HSAAS UPM.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak HSAAS UPM atas inisiatif menganjurkan sambutan ini, yang bukan sahaja memperkukuh kesedaran awam tentang strok, tetapi juga menzahirkan komitmen institusi ini terhadap kesejahteraan rakyat.
Sambutan tahun ini yang bertemakan, “Every Minute Counts” atau “Setiap Minit Bermakna” adalah amat bertepatan dengan realiti penyakit strok. Setiap detik amat berharga, setiap minit dan saat mampu membezakan antara kehidupan yang berkualiti dan kehilangan fungsi kekal akibat strok.
Tahniah juga saya ucapkan kepada pihak HSAAS UPM atas inisiatif penubuhan Regional Emergency Stroke Quick Response (RESQ) sebagai pusat sehenti pertama di Malaysia.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di alkhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan hadir ke Majlis Sumbangan Ihsan MADANI bagi Sekolah Menengah di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Seramai 100 murid sekolah menengah daripada sembilan buah sekolah di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak telah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM500 setiap seorang. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh agenda keprihatinan sosial dan pembangunan pendidikan parlimen.
Turut hadir YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, YBrs. Cik Xiner Li, Pengasas ERM Schools Foundation dan YBrs. En Nazir bin Hussin, Wakil Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak ERM Schools Foundation, Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak serta semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang memerlukan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
KPWKM
@KPWKM
Program Pasangan Kepada Ketua-ketua Negara Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
www.facebook.com/share/p/17XTEcCMrY/ -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berasa amat berbesar hati berpeluang meraikan para isteri kepada Ketua Negara/Kerajaan dalam Program Pasangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang telah berlangsung di Seri Negara, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YM Datin Seri Dato' Hjh. Raja Salbiah binti Tengku Nujumuddin, isteri kepada YB Menteri Luar Negeri, serta YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berpeluang memperkenalkan kekayaan warisan Malaysia serta sejarah pemuliharaannya menerusi pameran miniatur menarik yang menonjolkan masyarakat dan makanan tradisional ASEAN, selain menampilkan Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia seperti mek mulung, silat, makyung dan songket.
Majlis turut diserikan dengan Pertunjukan Kebaya Malaysia, yang memperagakan lima rekaan kebaya tradisional dari pelbagai negeri termasuk Kebaya Nyonya Pulau Pinang, Kebaya Negeri Sembilan, Kebaya Kelantan, Kebaya Selangor dan Kebaya Pahang.
Turut dipersembahkan demonstrasi secara langsung seni sulaman kasut manik oleh artisan Ong Bee Hong, yang telah memberikan gambaran mengenai ketelitian dan kehalusan hasil seni tangan.
Para tetamu turut diberi peluang melaksanakan aktiviti menghasilkan terarium dengan bimbingan kurator tempatan.
Saya juga berbesar hati dapat menghoskan majlis jamuan makan tengah hari kepada para tetamu dengan pelbagai hidangan tradisional Malaysia seperti keropok lekor, apam balik, sate, soto, nasi kerabu, laksa Penang serta bubur pulut hitam.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah dan perpaduan antara negara-negara ASEAN terus diperkasa dalam usaha membina rantau yang makmur, stabil dan berdaya saing.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sahabat dan Presiden Republik Persekutuan Brazil @LulaOficial di Putrajaya pagi tadi yang kini berkunjung ke Malaysia selama tiga hari sebagai Tamu Negara Pengerusi ASEAN.
Medan pertemuan ini selain menjadi ruang memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat kedua-dua negara Malaysia dan Brazil di pelbagai lapangan penting seperti pelaburan dan perdagangan, tenaga, sektor halal, ia antara lain penting dalam menonjolkan reputasi dan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa terutamanya di benua Amerika Selatan.
—
This morning in Putrajaya I welcomed my friend, President of the Federative Republic of Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, who is in Malaysia for a three-day State Visit as the ASEAN Chair’s Guest.
Our discussions focused on strengthening cooperation between Malaysia and Brazil in key sectors including investment and trade, energy, and the halal industry, while further enhancing Malaysia’s presence and engagement in the South American region.
🇲🇾🤝🇧🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, atas limpah perkenan Baginda menyempurnakan penganjuran Festival Taman Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa.
Turut berangkat, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Puan Sri Maheran Jamil, isteri kepada Ketua Setiausaha Negara; Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; serta Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, festival tahun ini mengangkat tema “Kesatuan ASEAN Dalam Kepelbagaian” dengan menampilkan keunikan budaya dan warisan Malaysia serta menyerlahkan keindahan laman, arca, tumbuhan dan reka bentuk taman dari negara-negara anggota ASEAN.
Festival yang berlangsung dari 17 Oktober hingga 26 Oktober 2025 ini turut mengetengahkan pelbagai aktiviti berasaskan kelestarian, inovasi hijau serta seni reka landskap — seiring dengan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya beridentiti hijau, inklusif dan lestari.
Antara tarikan utama festival termasuklah Malaysia Heritage Garden, ASEAN Market Place, Environmental Art, dan Garden of Heaven.
Edisi kali ini turut membawa dimensi yang lebih sejagat serta berprestij antarabangsa dengan meraikan keunggulan landskap dan reka bentuk alam sekitar di peringkat global. Ia juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi hijau bandar melalui peningkatan aktiviti pelancongan, perhotelan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menjunjung Kasih Tuanku !
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya telah hadir dalam Majlis Pelancaran Program Pensijilan dan PsyQiQ Plus yang dianjurkan oleh Open University Malaysia (OUM) dengan kerjasama Pertubuhan KASIH Malaysia di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Turut hadir, Profesor Dr Ahmad Izanee Awang, Presiden merangkap Naib Canselor OUM; Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan) OUM; serta Prof Madya Dr Hamidah Mat, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) OUM.
PsyQiQ Plus merupakan satu aplikasi berasaskan web yang dibangunkan OUM hasil daripada projek penyelidikan untuk menjalankan program pemprofilan psikometrik terhadap pelajar. Ia merupakan inisiatif bagi memperkukuh sokongan psikososial di institusi pendidikan.
Empat program pensijilan baharu turut diperkenalkan, iaitu Sijil Asas Kaunseling, Sijil Profesional Kaunseling Kesihatan Mental, Sijil Profesional Psikologi serta Sijil Pengajian Islam Lanjutan.
Perkhidmatan sokongan psikososial yang mampan dan mudah diakses perlu diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat bantuan segera.
Ini juga merupakan langkah bagi memperkukuh penyediaan perkhidmatan sokongan psikososial yang lebih menyeluruh, mudah dicapai dan responsif bagi memastikan rakyat Malaysia dapat memperoleh bantuan kesihatan mental dengan segera.
Semoga segala usaha kita ini diberkati, dan kita semua sentiasa dilindungi serta dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya berkesempatan menyambut kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) yang telah selamat tiba di tanah air petang tadi.
Turut hadir bersama, YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, serta YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Mereka merupakan sebahagian daripada 150 peserta dari 25 negara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Conscience dan Umm Saad yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali.
Seluruh rakyat Malaysia berasa amat bangga atas keberanian dan komitmen pasukan Malaysia yang telah berjuang membawa mesej kemanusiaan dan keamanan untuk rakyat Gaza melalui misi ini.
Perjuangan membebaskan Palestin tidak akan berhenti di sini. Kita akan terus mengukuhkan solidariti dan menyuarakan keadilan untuk rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk dan saluran.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bagi merasmikan program ASEAN - China Art Exchange Exhibition 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan dianjurkan oleh Persatuan Promosi Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa Malaysia.
Turut hadir bersama Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia; Datuk Sim Tiak Choo, Presiden Persatuan Promosi Budaya dan Seni Antarabangsa Malaysia; Datin Joelyn Teoh Lay Fung, Konsul Kehormat Republik Chile di Pulau Pinang; Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia; Encik Mohd Azmi Mat Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Pusat Kajian MADANI serta rakan-rakan ASEAN.
Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif yang amat bermakna ini. Saya juga menghargai usaha pelbagai pihak serta organisasi lain yang turut serta dalam memperkayakan dan memperkukuh lagi warisan seni negara kita.
Melalui pertukaran seni ini, ruang seni yang diwujudkan di luar sidang kemuncak mampu menjadi pemangkin dalam memupuk hubungan antarabangsa yang lebih baik.
Diharapkan usaha ini dapat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, hab logistik, destinasi pelancongan utama, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hab pusat data yang semakin mendapat perhatian.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sekitar sesi pembentangan Belanjawan 2026 yang berlangsung di Parlimen sebentar tadi.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku penaung bagi Kempen Tabung Pahlawan, saya telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Turut hadir bersama YB Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima-Panglima Perkhidmatan; pegawai kanan ATM serta wakil persatuan veteran dan syarikat penyumbang.
Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dengan sokongan Kementerian Pertahanan (MINDEF) ini diadakan bagi memperkukuh usaha kebajikan dan sokongan kepada komuniti veteran ATM di seluruh negara dengan tema “Satu Rakyat, 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”,
Terima kasih diucapkan diatas sumbangan korporat daripada pelbagai syarikat seperti LTAT, PETRONAS, MBSB Bank, Affin Bank, Affin Islamic Bank, Destini Prima Sdn. Bhd. serta pertukaran Nota Kerjasama antara Yayasan Veteran ATM (YVATM), JHEV ATM, Focus Point Vision Care Group, UNISZA dan Klinik Dr. Zulfikar bagi memperkukuh inisiatif kesihatan dan sosioekonomi veteran ATM.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen, berkenaan dengan langkah-langkah strategik yang sedang dan akan diambil oleh kementerian bagi memastikan keselamatan siber negara terjamin, khususnya dalam menghadapi peningkatan kes scam yang menggunakan teknologi Weaponized AI.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.
Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.
Alhamdulillah!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bagi merasmikan Majlis Serah Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Residensi Amansuri di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Penyerahan kunci ini menandakan satu lagi kejayaan usaha kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa, mampu milik, dan berkualiti kepada penjawat awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Seramai 803 pegawai awam bakal memiliki kediaman sendiri di lokasi strategik di tengah ibu kota.
Turut hadir ialah Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta wakil-wakil pemaju projek Residensi Amansuri serta pegawai-pegawai PPAM yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengurusan projek ini.
Semoga rumah ini menjadi titik tolak kepada kehidupan yang lebih baik dan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini juga adalah hari duka buat saya, Azizah dan keluarga tatkala menerima khabar pemergian besan kami, Hajah Sabeena Munir Watanabe. Kami ke Masjid At-Taqwa di Bangi petang tadi untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.
Moga ruh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. Takziah buat anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I condemn in the strongest terms Israel’s interception of the Global Sumud Flotilla. These vessels carried unarmed civilians and life-saving humanitarian supplies for Gaza, yet they were met with intimidation and coercion.
By blocking a humanitarian mission, Israel has shown utter contempt not only for the rights of the Palestinian people but also for the conscience of the world. The flotilla embodied solidarity, compassion and the hope of relief for those under blockade.
Malaysia will use all legitimate and lawful means at our disposal to ensure that Israel is held to account, especially in matters concerning Malaysian citizens. The safety and dignity of our people are paramount, and we will not allow them to be compromised with impunity.
As long as the Palestinian people are denied their fundamental rights and aspirations, Malaysia will stand unflinchingly with them. We will not relent in demanding an end to the injustice and dispossession that have plagued Palestine for generations.
Photo : Reuters -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian saya telah hadir di Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan kepada kontinjen atlet pekak yang akan beraksi di Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang ke - 22 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Oktober 2025.
SOPMA adalah bukti bahawa negara kita komited untuk memartabatkan sukan inklusif, dan memberikan ruang yang adil dan saksama kepada atlet kelainan upaya untuk menyerlahkan potensi masing-masing.
Semoga kontinjen Wilayah Persekutuan akan membawa pulang kejayaan yang membanggakan, serta menambah satu lagi lembaran emas dalam sejarah SOPMA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras bagi melancarkan Kempen Sifar Kemiskinan Haid peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.
Turut hadir bersama En Nazir bin Hussin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pudu; Saudara Khairul Rizam bin Dato Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan; serta Encik Madhu Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif UniLavendar Sdn Bhd
Kempen ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan menangani isu kemiskinan haid yang masih membelenggu remaja perempuan serta wanita di Malaysia.
Saya turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan UniLavender Sdn Bhd, sebuah syarikat menghasilkan tuala wanita lavender. Sebanyak 13 buah sekolah menengah sekitar Bandar Tun Razak akan menerima sumbangan tuala wanita daripada UniLavender.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terutama kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan, UniLavender, NGO-NGO terlibat, serta pihak sekolah yang telah bersama-sama berusaha menjayakan kempen ini.
Semoga usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan AUEGCAS Kali Ke-13 bagi Sesi (2025-2028)
AUEGCAS bukanlah satu nama asing dalam landskap perkhidmatan awam negara. Saya yakin sejak penubuhannya, AUEGCAS telah menjadi suara penting yang memperjuangkan hak dan kebajikan para pekerja dalam perkhidmatan kerani dan bersekutu.
Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan baharu AUEGCAS bagi sesi 2025–2028. Pemilihan ini adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan saya percaya, AUEGCAS akan mampu mengorak langkah lebih jauh dan signifikan dengan kerjasama erat bersama persatuan-persatuan lain seperti CUEPACS, MTUC dan Public Servis International (PSI).
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut hadir bagi merasmikan Majlis Pelancaran 100 tahun Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) mencatat sejarah sebagai sekolah menengah pertama di Malaysia yang menubuhkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI). Makmal itu akan menjadi model rujukan bagi pendekatan pembelajaran berasaskan inovasi, projek serta penyelesaian masalah, sekali gus menjadi pemangkin kepada masa depan baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, murid-murid SMTKL, PIBG, ALUMTEK, serta barisan ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menyokong kecemerlangan akademik dan pembangunan anak-anak.
Saya menyeru agar pelajar-pelajar terus berani berinovasi, guru-guru terus membimbing dengan dedikasi, dan alumni meneruskan sokongan kepakaran serta jaringan.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas itu, saya telah hadir ke Padang Bola Sepak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi merasmikan Klinik Bola Sepak Bandar Tun Razak yang merupakan satu program kerjasama diantara Komuniti MADANI Bandar Tun Razak bersama WeFutbol Dan Kelab Bola Sepak Perdana Bandar Tun Razak.
Klinik Bola Sepak ini adalah sebahagian daripada usaha kita menyokong Dasar Sukan Negara yang menekankan penglibatan menyeluruh masyarakat ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengasah bakat dan kemahiran anak-anak muda dalam sukan bola sepak, ia juga dijadikan sebagai medium untuk membentuk disiplin,semangat kesukanan, serta nilai kerja berpasukan.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur,jurulatih serta semua yang terlibat dalam menjayakan klinik ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan penuh dalam menyokong minat serta bakat anak-anak dalam bidang sukan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan hadir bagi merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SK Seri Cheras kali ke 29 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Sukan tidak hanya sekadar pertandingan untuk menentukan siapa yang paling pantas atau paling kuat. Lebih daripada itu, ia merupakan satu wahana pendidikan yang mengajar kita erti kerjasama, disiplin, daya saing yang sihat, serta semangat tidak mudah berputus asa.
Saya berharap agar anak-anak murid semua dapat menjiwai nilai sukan dengan sebenar-benarnya. Menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang lebih penting ialah keberanian mencuba, semangat untuk berusaha dan daya tahan dalam menghadapi cabaran.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ada gaya tak?
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berkesempatan bersama-sama kariah Surau Taman Jaya dalam Sambutan Maulidur Rasul yang telah melibatkan Surau Al-Ittihadiah dan Surau Al-Mustaqimah di Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Semoga program seperti ini dapat sentiasa diteruskan kerana ia menjadi platform untuk mempererat silaturahim antara penduduk setempat serta menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bagi merasmikan Putrajaya Parks Day yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dan telah berlangsung di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.
Program yang akan berlangsung selama dua hari sejak semalam ini telah bertemakan “Raikan Belia, Menginspirasikan Masa Depan”. Saya turut berkesempatan melawat beberapa laman taman seperti Laman Anggerik, Laman Malaysia MADANI serta Laman Rusa yang menjadi tarikan baharu di sini.
Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) serta Datuk Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj).
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir ke Majlis Hi-Tea Jiwa Senandung Merdeka 2025 bagi menyantuni asnaf dan anak yatim di Bandar Tun Razak anjuran Pertubuhan Amal Asnaf dan Anak Yatim Sejagat Negara (PAYASEN) dengan kerjasama Infrasel dan Kl Engineering.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Tuan Mohd Azmi Mat Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif MADANI Research Centre Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, berpeluang hadir di Majlis Perasmian Kejohanan Wushu Wanita ASEAN–China 2025 di Royale Chulan Hotel, Seremban.
Turut hadir YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, serta YBhg. Dato’ (Dr.) Chong King Fatt, Pengasas & Presiden Persekutuan Wusyu ASEAN–China.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang cukup baik dalam memastikan kejayaan kejohanan berprestij ini.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua atlet – semoga anda terus bertanding dengan maruah dan keberanian. Terima kasih kepada pegawai, pengadil & sukarelawan atas dedikasi yang luar biasa.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) saya telah berkesempatan hadir bagi merasmikan Jade Camp Peringkat Kebangsaan tahun 2025 anjuran PPPM yang telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Objektif utama program ini adalah untuk membina semangat perpaduan, patriotisme dan jaringan persahabatan positif merentasi sempadan negeri. Program ini juga telah menghimpunkan lebih 1,000 orang ahli pandu puteri remaja dari seluruh negara, termasuk penyertaan pelajar Sekolah Orang Asli Pahang serta sekolah bandar dan luar bandar dari Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM; YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); serta YBrs. Datuk Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini terutama kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada berbentuk kewangan, barangan atau perkhidmatan.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan hadir dalam Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) serta Program Muhibbah Kasih MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja, serta Pertubuhan KASIH Malaysia yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sentosa, Klang, Selangor.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyantuni komuniti di sini seperti Jualan Rahmah MADANI, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak, Pertandingan Rona MADANI, Saringan Kesihatan & Imunisasi, perkhidmatan Bas Bergerak Mekar oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan banyak lagi.
Turut hadir bersama YB Tuan Dr. Gunarajah a/l R. George, ADUN Sentosa; Datuk Ismail Yusop, Ketua Pengarah J-KOM serta ahli-ahli jawatankuasa KASIH Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebentar tadi di Galeri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Macam kenal kan? -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Yang DiPertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), saya telah bersama hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Puteri MADANI yang diadakan bersempena dengan Hari Puteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang telah berlangsung di Kompleks Darul Puteri.
Majlis yang telah dihadiri oleh 1000 orang puteri-puteri PPIM ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dipertandingkan
Turut hadir bersama, Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Binti Baharuddin, Bendahari Kehormat PPIM serta YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Binti YAM Tengku Besar Tengku Kamil Ismail, mewakili Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran karnival ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur Alhamdulillah. Pagi ini, bersama Azizah, saya menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam Global 2025, satu penghargaan buat semua yang bekerja tanpa jemu, percaya dan berusaha menjulang sistem kewangan Islam berlandaskan Maqasid Syariah.
Daripada komitmen mereka, Malaysia kini berdiri megah sebagai peneraju global dalam mengangkat keilmuan, keadilan dan kesejahteraan sejagat.
Kewangan Islam mesti terus ke hadapan dengan memimpin, bukan sekadar mengikut. Sukuk Hijau, platform digital, zakat dan wakaf semuanya wajar digembleng demi masa depan yang lestari dan inklusif. Kejayaan bukan hanya pada angka, tetapi pada kehidupan yang berubah.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem ini dengan pelaburan dalam bakat, memperkemas regulasi dan memacu inovasi. Paling penting, kita mesti lahirkan pemimpin beretika yang akan memikul amanah ini dengan iltizam, demi kemajuan berteraskan keadilan dan perikemanusiaan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) 2025 di Kuala Lumpur.
Sidang selama dua hari ini telah menghimpunkan lebih 200 peserta daripada ASEAN, pertubuhan antarabangsa dan masyarakat sivil untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu penting termasuk peranan wanita dalam pencegahan konflik, kesan perubahan iklim, ekstremisme ganas serta cabaran keselamatan digital.
Kita mengetahui bahawa agenda pemerkasaan dan perlindungan wanita membentuk kekuatan keluarga, keselamatan komuniti serta ketahanan negara. Hari ini kita berhimpun dengan tujuan yang sama, iaitu untuk membina dunia yang lebih aman dan selamat.
Turut hadir YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; serta YBhg. Dato’ Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama pegawai kanan kementerian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Yang DiPertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), saya telah bersama hadir dalam Majlis Salawat Perdana PPIM Peringkat Kebangsaan Sempena Maulidur Rasul 1447H yang telah berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Majlis yang telah dihadiri oleh lebih 2,000 orang puteri-puteri PPIM ini turut diisi dengan bingkisan tausiah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Turut hadir bersama, YB Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Naib Yang DiPertua II PPIM serta Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langusng dalam penganjuran majlis ini, terrutamanya kepada pihak JAKIM, Masjid Putra, YADIM, Kementerian Pendidikan serta wakil-wakil NGO.
Tahniah diucapkan buat PPIM atas penganjuran majlis yang sangat bermanfaat. Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M pagi ini.
Tahniah kepada para penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Lembaga Tabung Haji; Syeikh Haji Wazir Che Awang, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan; Khairul Amin Kamarulzaman, usahawan dan pempengaruh media sosial; Muhammad Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation; Ismail Abdul Ghani, Penolong Pesuruhjaya Bomba; Ardini Angeline Tan, pelakon; dan Dayang Nur ‘Maisarrah Abang Abdul Razak, tokoh belia harapan.
Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar rutin tahunan simbol kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kecintaan atas kisah serta teladan Rasulullah SAW adalah inspirasi kesedaran dan sekali gus penyuntik semangat kepada kita selaku umat yang dahagakan kejayaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.
Surah al-Anbiya' : Ayat 107
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#maulidurrasul1447h -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah memulakan hari terakhir di China dengan memenuhi jemputan Presiden Xi Jinping untuk menyaksikan perarakan memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua di Dataran Tian’anmen, Beijing.
Bersama barisan 26 pimpinan dunia, kami diberi penghormatan untuk menyaksikan perarakan ini dari Gerbang Tian’anmen, monumen bersejarah yang pernah menjadi pintu masuk utama ke Kota Larangan sewaktu Dinasti Ming dan Qing.
Di sebalik pertunjukan aset ketenteraan yang memukau, perarakan ini hakikatnya adalah simbolik penentangan terhadap kezaliman, penindasan, pencerobohan, kerakusan kuasa, kolonialisme dan imperialisme yang menjadi titik hitam dalam sejarah peradaban manusia.
Namun selepas 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua, dunia masih lagi dihantui penindasan dan kekejaman yang berlaku secara terbuka, tanpa penentangan daripada kuasa-kuasa besar yang sering mendabik dada tentang demokrasi dan hak asasi manusia. Situasi ini mengingatkan kita bahawa keamanan sejati hanya akan tercapai dengan keberanian dan keyakinan teguh untuk menolak kezaliman dalam apa jua bentuk.
Usai perarakan, saya dan Azizah bersama sahabat-sahabat pimpinan dunia dijemput ke Great Hall of the People untuk jamuan tengah hari yang dihoskan Presiden Xi.
Terima kasih Presiden Xi atas pengalaman bersejarah yang cukup bermakna.
=====
Azizah and I began our final day in China at Tian’anmen Square, Beijing, at the invitation of President Xi Jinping to witness a grand parade marking the people’s uprising in China and the end of the Second World War. Together with leaders from 26 nations, we were honoured to view the event from the historic Tian’anmen Gate, once the entrance to the Forbidden City during the Ming and Qing dynasties.
Beyond the impressive display of China’s military assets, the parade stood as a powerful symbol of resistance against tyranny, oppression, aggression, greed for power, colonialism and imperialism — dark chapters in the history of human civilisation. Yet, eight decades after the war’s end, the world continues to face injustices and atrocities that unfold openly, often without challenge from major powers who speak loudly of democracy and human rights. True peace demands courage and firm conviction to reject injustice in all its forms.
Following the parade, Azizah and I joined fellow leaders for a luncheon hosted by President Xi at the Great Hall of the People. I thank President Xi for this meaningful and historic experience.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kredit/Credit: Xinhua -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan–M. Thinaah, atas kejayaan membanggakan di pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis.
Terima kasih wirawati kami kerana telah berjuang demi Malaysia ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya telah hadir bersama isteri-isteri Ketua Negara/Kerajaan dalam majlis yang dihoskan oleh PYT Peng Liyuan, isteri kepada TYT Presiden Republik Rakyat China.
Saya turut berkesempatan bertemu dengan isteri-isteri Ketua Negara/Kerajaan dari negara Turkey, Iran, Uzbekistan, Azerbaijan, Nepal, Mongolia, Armenia dan Egypt. Kami telah dibawa menaiki cruise bagi menikmati keindahan sekitar Tianjin.
Peluang mengiringi YAB Perdana Menteri dalam memenuhi jemputan ke Sidang Kemuncak ke-25 Majlis Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) amatlah bermakna bagi mempererat hubungan dan kerjasama semua negara yang terlibat.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di Tianjin, saya dan Azizah langsung ke Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin untuk menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak SCO.
Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, yang disampaikan tatkala beliau menyampaikan ucapan di hadapan puluhan pimpinan dunia lain.
Di sela majlis makan malam ini, saya turut ketemu sahabat-sahabat pimpinan antaranya dari India, Turkiye, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Nepal, bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala.
Insya-Allah, Sidang Kemuncak SCO esok akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama rantau ini serta mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kejayaan yang membanggakan apabila muncul sebagai juara di pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis.
Terima kasih wira dan wirawati Malaysia!💪🏻🥇 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, saya dan Azizah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berangkat ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Saya dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), menyaksikan perarakan hari kemenangan sempena 80 tahun tamat perang dunia kedua, serta beberapa pertemuan penting lain.
Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia! ✊🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya bersama bersama rakyat pelbagai latar belakang yang hadir dengan penuh semangat patriotik.
Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh makna turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya amat tersentuh melihat pelbagai persembahan yang bukan sahaja memukau, malah disemai dengan nilai-nilai perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air disambut meriah oleh lautan rakyat yang membanjiri setiap ruang Dataran Putrajaya sejak awal pagi.
Semoga semangat perpaduan ini terus dipelihara dan diperkuatkan demi masa depan Malaysia yang harmoni, sejahtera dan berdaya saing.
Malaysia hanya akan terus maju jika kita melangkah bersama, sebagai satu keluarga besar yang menghargai perbezaan dan meraikan persamaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas itu, saya telah hadir ke Program Sentuhan Kasih 3.0 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Lestari Niaga, Jalan Jujur serta Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan.
Turut hadir bersama, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta Dato’ Seri TPr (DR.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri KPKT telah mengumumkan peruntukan sebanyak hampir RM60 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan melibatkan 117 projek prasarana awam di ibu negara, termasuk penyelenggaraan lif perumahan, naik taraf taman, pembinaan hentian bas serta pembangunan balai bomba. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui KPKT ini adalah seiring dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini, Malaysia MADANI:Rakyat Disantuni.
Saya menyambut baik Program Sentuhan Kasih anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini kerana bagi saya, program turun padang sebegini amat diperlukan supaya mereka yang daripada agensi-agensi kerajaan dapat melihat sendiri apakah keperluan rakyat dan memahami apakah inisiatif yang praktikal untuk dilaksanakan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri KPKT kerana sudi meluangkan masa mengadakan lawatan turun padang ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
Semoga usaha ini akan memudahkan penduduk untuk menyelesaikan urusan harian dengan lebih mudah dan selamat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bersama warga Bandar Tun Razak dalam Majlis Perasmian Program Ambang Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak yang telah berlangsung sejak semalam. Pelbagai acara menarik telah dianjurkan bagi menyemai perpaduan antara rakyat Malaysia.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.
Dalam ucapan saya, saya telah menyeru agar setiap daripada warga Bandar Tun Razak menjadi Ejen Perpaduan. Jangan biarkan perbezaan warna kulit, bahasa dan agama menjadi jurang yang memisahkan, sebaliknya jadikanlah ia jambatan muhibah yang menghubungkan hati-hati kita. Marilah kita perbaharui ikrar taat setia kepada negara. Tanah air ini bukan sekadar warisan untuk dibanggakan, tetapi amanah yang wajib kita jaga maruahnya, pertahankan kedaulatannya dan bangunkan masa depannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran karnival ini, terutamanya rakan strategik dari jabatan dan agensi kerajaan, NGO, NGI serta syarikat swasta. Semoga kita terus mengecapi kesejahteraan hasil perpaduan yang utuh yang telah kita bina.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan bancian statistik kes jenayah 2024 yang melibatkan penagih dadah telah meningkat serta apakah langkah-langkah diambil bagi pengurusan kes penagih ini serta kepulihan untuk memastikan tidak berulang lagi.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seterusnya, saya telah hadir ke Program Penyerahan Set Bersalin Ibu dan Anak kepada warga Bandar Tun Razak.
Pelaksanaan inisiatif murni seperti majlis sumbangan ini adalah amat bertepatan. Bantuan kelengkapan bayi dan ibu yang disumbangkan ini bukan sekadar bantuan material, tetapi ia membawa mesej yang jelas bahawa masyarakat dan negara sentiasa prihatin dan menyokong institusi kekeluargaan, terutamanya kepada para ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Sebanyak 36 pek set bersalin telah disalurkan kepada penerima menerusi sumbangan daripada Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan isteri Puan Sri To’ Puan Seri Esther Tan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha gigih untuk merealisasikan program yang murni ini.
Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk tampil membantu dan menyokong institusi kekeluargaan di negara kita. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah menghadiri sesi taklimat Projek Pembangunan Semula Taman Ikan Emas, iaitu projek pembangunan semula terbesar di Kuala Lumpur melibatkan kawasan seluas 145 ekar.
Penduduk flat usang di Flat Sri Pulau Pinang, Flat Sri Melaka, Flat Sri Johor dan Taman Ikan Emas yang akan mendapat rumah gantian yang bertunjangkan Aspirasi Kerajaan MADANI.
Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dato' Seri TPr (DR.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur
Semoga Pembangunan semula ini memberi kediaman yang lebih selesa dan kondusif kepada penduduk -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, saya berkesempatan bertemu dengan ratu wushu negara, Tan Cheong Min, yang telah mencipta sejarah dengan meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara wushu di Sukan Dunia di Chengdu, China baru-baru ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pang Pui Yee atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara gabungan changquan, jianshu dan qiangshu, serta kepada Sydney Chin yang memenangi pingat gangsa dalam acara gabungan taijiquan dan taijijian.
Tahniah diucapkan atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa hadapan. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-64 Tahun 2025 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur dengan tema “Menghargai Wanita dalam Pembangunan Negara”
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, bertitah agar suara wanita di Malaysia didengari dan diambil kira di peringkat tertinggi dalam penggubalan dasar serta proses membuat keputusan pembangunan negara.
Seri Paduka Baginda turut bertitah, walaupun wanita Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan, masih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan peranan mereka diiktiraf sepenuhnya dalam pembangunan negara.
Turut hadir bersama, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM; Professor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Yang di-Pertua NCWO; Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong dan YBhg. Dato' Seri TPr (DR.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : Official Sultan Ibrahim -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Usai sesi libat urus, Majlis telah diteruskan dengan Majlis Peluncuran I-Medik Yayasan Sime Darby Mobile Repro Alert iaitu sebuah kenderaan bergerak interaktif bertujuan memberi pendidikan kesihatan reproduktif, dalam usaha mencegah isu sosial seperti kehamilan tidak dirancang dan penyakit jangkitan seksual.
Mobile ReproAlert akan mendekati sekolah, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan komuniti luar bandar di seluruh negara bagi menangani pelbagai maslah sosial yang timbul.
Turut hadir YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan; Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby; serta Prof. Dr. Azizi Ayob, Presiden Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya telah bersama hadir dalam Sesi Libat Urus Belanjawan 2026, Memperkasa Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak.
Sesi libat urus ini merupakan satu cadangan inisiatif Belanjawan 2026 yang menumpukan kepada agenda kemasyarakatan yang berbangkit kepada kesejahteraan, kemakmuran dan kelestarian warga setempat.
Turut hadir YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan.
Terima kasih kepada semua warga Bandar Tun Razak yang telah menyuarakan sama ada secara individu atau melalui pewakilan demi pembentukan Bandar Tun Razak yang progresif. Semoga yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat di Bandar Tun Razak. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Parkroyal Collection Kuala Lumpur.
Majlis ini telah menyaksikan penganugerahan diploma kepada 126 graduan baharu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Bangladesh, India, Pakistan, Mesir dan Nigeria dalam bidang pembedahan dan pergigian serta turut meraikan penerima pingat antarabangsa atas pencapaian cemerlang dalam aspek akademik dan profesional.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Profesor Rowan Parks, Presiden RCSEd serta seluruh pengurusan RCSEd atas Anugerah Felo Kehormat dalam pembedahan yang telah diberikan. Tahniah juga diucapkan buat para graduan dan penerima anugerah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna Alam Damai, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Mental yang sihat merupakan pra-syarat kepada pembentukan individu yang sejahtera dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang produktif, penyayang dan seimbang dari segi emosi, sosial dan rohani. Sekiranya ada yang berhadapan dengan masalah mental, tampillah untuk mendapatkan bantuan melalui mana-mana saluran yang sesuai.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut terlibat menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial dan kesihatan mental seperti Talian Kasih 15999 yang turut boleh dihubungi menerusi aplikasi whatsapp 019-2615999. Talian ini beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), KASIH Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia selaku penganjur bersama dan juga barisan rakan strategik yang lain.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
KPM
@KemPendidikan
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik langkah-langkah menangani salah laku buli bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
#7teraskpm
#malaysiamadani
#pendidikanmanusiawi
#taatsetia -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan bagaimana melalui garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan (AI) dapat mengawal sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) dan apakah langkah-langkah diambil untuk mengatasi kegunaan deepfake AI dalam isu 3R.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Usai sesi libat urus FOM JWP, saya sempat singgah ke pameran Mahkamah Bergerak di Perkarangan Parlimen Malaysia bersama YB Yuneswaran, Ahli Parlimen Segamat; YB Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani; serta YB Young Syefura, Ahli Parlimen Bentong, sebelum bermulanya sesi Dewan Rakyat.
Inisiatif ini sangat bermanfaat kerana memudahkan rakyat luar bandar mendapatkan akses kepada sistem keadilan bagi kes-kes kecil tanpa perlu ke bandar. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berkesempatan untuk hadir dalam sesi libat urus YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama Friends of Ministry (FOM) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) pagi tadi di Kuala Lumpur City Gallery, Medan Pasar.
Seramai 15 orang FOM dalam kalangan Ahli Parlimen Backbenchers telah dilantik sebagai ruang untuk mereka bertukar pandangan dan memberi input tentang dasar dan isu rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan secara menyeluruh. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir bagi merasmikan program Asia International Symposium for Occupational Safety and Health (AIS-OSH) yang telah dianjurkan oleh Malaysia Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) di Kuala Lumpur.
Penganjuran Simposium AIS-OSH 2025 yang bertemakan “The New Generation of OSH World” adalah sangat bertepatan dengan perkembangan dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Tempat kerja yang selamat akan melahirkan pekerja yang sihat, produktif, dan bermotivasi tinggi.
Saya yakin Simposium AIS-OSH 2025 ini mampu menjadi platform percambahan ilmu yang bermanfaat dan signifikan buat para peserta.
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen, saya telah berkesempatan hadir memeriahkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2025 anjuran Parlimen Malaysia yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Acara turut dimeriahkan dengan gimik pelancaran serta persembahan orkestra lagu-lagu patriotik oleh Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya di bawah pimpinan Konduktor YM Raja Muzafar Shah.
Turur hadir, YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia,YB Senator Ahli Dewan Negara dan YB Ahli Dewan Rakyat.
Kredit Gambar : Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung kasih DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir merangkap Canselor UKM dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud diatas kesudian mencemar duli menyempurnakan Majlis Konvokesyen Khas Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Auditorium Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.
Majlis Konvokesyen Khas ini telah diadakan bagi memberikan Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Perniagaan Sosial) kepada TYT Prof. Dr. Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh atas pencapaian cemerlang beliau dalam mengurangkan kemiskinan dan mengubah kehidupan masyarakat di Republik Rakyat Bangladesh.
Turut berangkat, YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor UKM.
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Datuk Rafiah Binti Salim, Pro-Canselor UKM; YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; Profesor Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM serta pengurusan tertinggi UKM.
Tahniah diucapkan kepada TYT Prof. Dr. Muhammad Yunus atas penganugerahan tersebut. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen sebentar tadi, saya singgah ke pameran mengenai penyakit jarang jumpa yang dianjurkan oleh Malaysian Rare Disorders Society dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pameran ini berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Ogos 2025.
Saya juga berkesempatan bertemu dengan delegasi daripada Universiti Sains Malaysia yang sedang membuat lawatan ke Parlimen. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berkesempatan menghadiri program bersama komuniti dalam program Budaya Komuniti @ BTR 2025 di Padang Bola Sepak Sri Johor anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Program yang telah diadakan selama dua hari bermula semalam merupakan satu inisiatif bagi memasyarakatkan seni budaya melalui pengisian berbentuk pendidikan, kesenian, aktiviti berorientasikan kekeluargaan dan komuniti.
Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Saudara Shantesh.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berkesempatan hadir bersama ke Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-25 Open University Malaysia (OUM) di Putrajaya malam tadi.
OUM telah melakar kedudukan tersendiri dalam landskap pendidikan tinggi negara dengan memperjuangkan pembelajaran fleksibel di luar bilik darjah.
Turut hadir, Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim serta Presiden dan Naib Canselor OUM, Profesor Dr. Ahmad Izanee Awang.
Saya mendoakan OUM terus mencapai kejayaan, sentiasa menjadi sumber inspirasi, dan meraih pencapaian yang lebih gemilang pada tahun-tahun akan datang. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menikmati keindahan malam dari Skyview di Tamu Hotel dan sempat bergambar berlatarkan bangunan KLCC, Menara KL dan Merdeka 118 mercu tanda kebanggaan Malaysia
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berkesemparan hadir bersama dalam Majlis Temu Rapat YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa Bersama Ahli Parlimen & Pemimpin Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Lim Lip Eng, YB Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan, YB Tuan Fong Kui Lun, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Tan Kok Wai. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen tentang langkah intervensi menyeluruh yang dirancang berkenaan dengan dasar penetapan 1 rumah 1 petak parkir di perumahan awam khususnya di Kuala Lumpur yang semakin padat dengan kapasiti peningkatan kenderaan sehingga menjejaskan laluan akses utama kecemasan seperti bomba dan ambulans.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Usai Majlis Pecah Tanah semalam, saya telah hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kebakaran PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.
Kebakaran ini menyebabkan tujuh keluarga hilang tempat tinggal.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringakan beban mangsa kebakaran. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di majlis pecah tanah projek Residensi Aman MADANI hari ini, saya menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak pemaju yang masih belum sepenuhnya menghayati konsep MADANI dalam merealisasikan pembangunan perumahan rakyat.
Saya tegaskan bahawa projek berskala besar seperti ini, dengan ribuan unit kediaman, wajib mengambil kira penyediaan prasarana asas seperti sekolah, tadika dan kemudahan kesihatan. Keperluan asas penduduk bukan sekadar tambahan, tetapi mesti menjadi syarat utama sebelum sesuatu pembangunan diluluskan.
Pegawai perancang, pemaju dan pentadbir bandar perlu benar-benar memahami bahawa konsep MADANI bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah. Saya tidak mahu komisen, tidak mahu proses yang meleret. Apa yang saya tuntut ialah pelaksanaan projek secara bersih, telus dan cekap dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Kita sering berbicara tentang memahami keluh kesah rakyat. Namun hakikatnya, masih ada ibu bapa berpendapatan rendah yang terpaksa menghantar anak ke tadika dan sekolah yang jauh dari kediaman, menanggung kos pengangkutan yang membebankan.
Justeru, perancangan bandar berteraskan MADANI mesti merangkum ikhtiar menurunkan beban hidup rakyat, termasuk memastikan prasarana asas ini disediakan di peringkat pelan pembangunan. Sekiranya sekolah atau tadika ditempatkan dalam bangunan yang sama, bukankah itu lebih berperikemanusiaan? Tentunya Kerajaan akan menanggung kos pembinaan sekolah, yang jauh lebih rendah berbanding kaedah konvensional, jika ia dimasukkan dalam perancangan awal.
DBKL, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh sekadar membina menara tinggi dan restoran mewah, tetapi mesti memastikan penyediaan ruang penjaja, taman permainan, laluan selamat dan kawasan hijau untuk rakyat terbanyak.
Inilah maksud sebenar pembangunan MADANI: menyantuni kelompok tersisih, mengurangkan kos sara hidup, dan mengangkat martabat rakyat dengan perancangan yang teliti dan manusiawi.
Pecah tanah hari ini mesti menjadi titik mula kepada budaya pembangunan yang lebih bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan status terkini projek pembangunan semula melibatkan Perumahan Awam (PA) dan Perumahan Rakyat (PPR) khususnya Sri Melaka, Ikan Emas, Sri Pulau Pinang, Sri Labuan dan Sri Johor yang masih tertangguh serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan projek ini dapat dimulakan dengan serta merta.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya utus takziah kepada Timbalan Menteri Kesihatan YB Dato Lukanisman Awang Sauni atas pemergian ayahanda tercinta almarhum Awang Sauni Bin Pengiran Anis. Pemergian ini ternyata mengesankan keluarga, dan pastinya saya turut berduka dan mendoakan agar segala dosanya diampunkan dan dikurniakan tempat yang terbaik oleh Allah SWT, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen mengenai langkah dan usaha Kementerian untuk memperkenalkan undang-undang yang lebih menyeluruh bagi melindungi warga emas daripada pengabaian dan penderaan dalam kalangan ahli keluarga.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan tindakan dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mencegah kes kebakaran yang berlaku di premis sekolah.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian, saya turut berkesempatan memenuhi jemputan majlis pernikahan di Cyberjaya. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr Maziah dan suami Tuan Ahmad Khuzaimi atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Ahmad Akmal dan pasangannya Nur Umaimah. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Faiz Fadzil dan isteri, Puan Noralis atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Farah A’lia dan pasangannya Muhammad Aiman. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung kasih KDYMM DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis diatas kesudian mencemar duli menyempurnakan Program Kesedaran Sindrom Tourette dan Majlis Pelancaran Tourette Association of Malaysia (TAM) yang bertempat di Auditorium Zecon Hotel, Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.
Tuanku berdua turut berkenan melawat wad kanak-kanak serta menyantuni pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital ini.
Turut hadir bersama YB Dato’ Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia; YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia serta Encik Ahmad Shahril Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.
Menjunjung kasih Tuanku ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Penaung PUSPANITA, saya telah hadir bersama dalam Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-43 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA serta YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA.
Turut dilancarkan dalam majlis ini Skuad Sukarelawan PUSPANITA. Skuad Sukarelawan PUSPANITA merupakan satu inisiatif strategik yang menggabungkan semangat kesukarelawanan wanita penjawat awam dengan berpaksikan ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial. Bertemakan ‘Kebersamaan, Kesyukuran dan Keterangkuman’, Skuad Sukarelawan PUSPANITA akan digerakkan bagi menjalankan misi-misi kesukarelaan dan bantuan semasa bencana, krisis atau memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bersama dalam Majlis Perasmian Kejohanan Catur Pasukan Terbuka Kebangsaan MCF 2025 – Piala PMX di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.
Kejohanan Catur Pasukan Terbuka Kebangsaan MCF 2025 – Piala PMX ini ditaja oleh Chess Hub Sdn Bhd dan disokong (dan dihoskan) oleh International Youth Centre (IYC).
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Saya telah dikejutkan dengan pemergian sahabat karib saya almarhum Datuk Dr Muhammad Nur Manuty yang baru sahaja menyahut panggilan ilahi.
Almarhum merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), selain bergerak sangat aktif di lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual serta KEADILAN. Saya terkesan dan sangat sedih dengan pemergian beliau tatkala kami sempat ketemu beberapa hari yang lalu.
Mendoakan ruh beliau diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan diberi tempat bersama para syuhada, serta keluarganya diberi kekuatan, kecekalan, dan ketabahan olehNya, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini menyaksikan detik yang sangat bersejarah tatkala meluncurkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, yakni satu pelan paling menyeluruh dalam sejarah perancangan bandar di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ia tertangguh lama sebelumnya akibat serangan COVID, namun apabila Kerajaan MADANI mengambil alih, kita mula mengusulkan agar semakan dan rombakan besar-besaran agar pembangunan kota ini benar-benar berteraskan pembangunan yang manusiawi. Kita mahu pelan ini bersifat inklusif, mengambil kira ‘emerging ideas’ seperti digital dan AI, selain keperluan rakyat marhaen termasuk perumahan mampu milik dan ruang yang kondusif untuk peniaga-peniaga kecil.
Kita tidak mahu pembangunan hanya memihak atau memenuhi keperluan golongan yang telah selesa sahaja. Kita mahu “a development with soul, values and humanity”, iaitu pembangunan yang terangkum, yang juga memberi ruang kepada warga yang berpendapatan rendah dan menengah untuk hidup selesa dan bermaruah di kota yang kita kongsikan bersama ini.
Saya dahulunya pernah tinggal di Segambut Dalam. Masih segar di fikiran saya bagaimana pembangunan di kawasan itu berjalan tanpa perancangan asas yang baik—tiada taman, padang atau kemudahan yang cukup untuk rakyat. Saya bingung bagaimana kelulusan dijalankan sebegitu rupa tanpa memikirkan keselesaan dan keperluan asas penduduk. Itu maksud saya tatkala membicarakan tentang ‘governance’ atau tatakelola yang baik.
Saya tekankan juga bahawa kita tidak mengusulkan pembangunan kota yang baharu ‘from scratch’ seperti Putrajaya kerana kita masih terikat dengan struktur lama, tetapi mesti bijak menyesuaikannya dengan keperluan masa kini, termasuk kemudahan asas, kawasan hijau dan kemudahan seperti padang dan taman-taman. Ia tidak soal estetika semata tetapi soal keadilan dan kesejahteraan semua.
Pelan ini tentunya tidak sempurna tetapi ia merupakan langkah penting ke arah pembangunan yang tidak mengabaikan golongan pekerja dan miskin kota. Jangan kita hanya fikir soal gedung-gedung gah dan raksasa sahaja tetapi akhirnya—seperti yang diungkapkan Mark Twain—‘culturally barren’, gersang seni, budaya, ruh dan nilai.
Saya gesa semua pihak; elit, pemaju, warga dan pengusaha untuk bersama bina kota yang adil dan inklusif. Kuala Lumpur bukan milik mana-mana kelompok tetapi adalah rumah untuk semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#ptkl2040 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah berduka menerima khabar pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg awal pagi tadi.
Seluruh ingatan kami pada keluarga allahyarhamah, terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini.
Kami sekeluarga menitipkan doa semoga ruh allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku mantan ADUN Kajang, saya telah dijemput bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Kajang Bersih, Kajang DiHatiku (KBKD) 2.0 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang bertempat di SMK Taman Jasmin 2, Kajang.
Kempen ini bertujuan untuk menyemai semangat cintakan kebersihan dan penjagaan persekitaran dalam kalangan komuniti.
Semoga kempen ini dapat memberi kesedaran yang lebih dan meningkatkan semangat membina komuniti yang lebih bersih, sihat dan sejahtera. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan menghadiri Program Dialog Kepimpinan Islam dan Konfusianisme yang dianjurkan bersama oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Konfusian Antarabangsa (ICA).
Sesi dialog yang bertemakan "Pertukaran dan Pembelajaran Bersama antara Budaya Konfusianisme dan Tamadun Islam" ini amat signifikan dalam membina jambatan persefahaman antara dua peradaban agung dunia.
Turut hadir dalam program ini ialah Presiden Persatuan Konfusian Antarabangsa, Sun Chunlan; Duta Besar China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing; Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan; Presiden UIAM merangkap Pengerusi Lembaga Gabenor UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; serta Naib Pengerusi Majlis ICA, Tan Sri Ong Tee Keat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
16 JUN 2025
Penjelasan Berkaitan Gambar Tular Bersama YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail.
Merujuk kepada gambar yang tular melibatkan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail bersama individu bernama Siti Nur Atiqah Baba di Facebook, Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak ingin menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil semasa program Bengkel Rahsia Senang Jawab SPM Bahasa Melayu & Matematik yang telah diadakan pada 8 Disember 2023 bertempat di Dewan Serbaguna IPD Cheras.
Untuk makluman, program tersebut merupakan salah satu inisiatif pendidikan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk para pelajar dan sukarelawan dan tiada sebarang kaitan politik atau penglibatan rasmi YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail dengan individu berkenaan.
Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak sentiasa menghargai semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program-program untuk kebaikan rakyat.
Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak ingin menegaskan bahawa gambar dan sijil tersebut juga bukanlah pengiktirafan kepada perniagaan, skim pelaburan atau apa-apa aktiviti lain yang tidak berkaitan oleh individu tersebut.
PEJABAT AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah berkesempatan menghadiri Istiadat Penganugerahan Keahlian Inaugural Royal College of Physicians (MRCP) serta penyampaian sijil Program Latihan Parallel Pathway anjuran College of Physicians Malaysia.
Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan para graduan dalam bidang Perubatan Dalaman menerusi Program Parallel Pathway yang merupakan inisiatif penting yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memperkasa latihan pakar perubatan.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur Lah diatas perkenan mencemar duli untuk menyampaikan anugerah kepada para graduan.
Tahniah diucapkan buat para graduan dan penerima anugerah. Semoga kejayaan ini dapat memastikan rakyat Malaysia terus menerima rawatan yang berkualiti tinggi daripada tenaga pakar yang terlatih dan bertauliah.
Saya ingin merakamkan penghargaan juga buat College of Physicians Malaysia atas penganugerahan Eminent Educator Award yang telah diberikan.
Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berkesempatan melawat Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur yang baru-baru ini terkesan akibat insiden kebakaran yang memusnahkan beberapa bahagian penting sekolah termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal dan kemudahan lain.
Melihat sendiri impak kemusnahan itu cukup menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah, tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.
Saya telah meminta agar laporan siasatan lengkap disediakan segera supaya segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.
Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP, Presiden Poland dan isteri Madam Agata Kornhauser-Duda di Dataran Perdana, Putrajaya, saya turut berkesempatan membawa Madam Agata Kornhauser-Duda menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Demonstrasi mencanting batik oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Agata Kornhauser-Duda dan delegasi. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh lagi hubungan dua hala serta meluaskan lagi kerjasama strategik yang sudah sedia terjalin antara kedua-dua negara. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya meraikan Presiden Poland, Andrzej Duda @prezydentpl yang sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia.
Lawatan ini amat signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meluaskan kerjasama strategik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Menariknya, lawatan Presiden Duda ini berlangsung selari dengan posisi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Poland selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) bagi separuh pertama tahun 2025.
Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Ogos 2015, sekali gus mencerminkan hubungan erat dan mesra yang telah terbina antara kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1971, berlandaskan prinsip saling menghormati.
Setibanya di Perdana Putra, Presiden Duda dan delegasi beliau telah diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Lawatan ini dijangka akan merintis jalan ke arah pengukuhan sinergi sedia ada serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, pertanian, sektor halal dan agrokomoditi, pelancongan, serta pendidikan, demi manfaat dan kemajuan bersama-sama.
//
This morning, I welcomed the President of Poland, Andrzej Duda on his first official visit to Malaysia.
This visit is significant for strengthening the long-standing bilateral relations and strategic cooperation between our nations.
President Duda's engagement in Malaysia, since his assumption of office in August 2015, reflects the amicable ties established since our diplomatic relations began in 1971, based on mutual respect.
Upon arriving at Perdana Putra, he was warmly welcomed, and the guard of honour was ceremonially inspected.
This visit aims to enhance synergies and explore collaboration in trade, investment, defense, agriculture, tourism, and education for the mutual benefit of both nations.
🇲🇾 🇵🇱
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.
Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.
Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi. Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti.
Astro AWANI
@501Awani
Bas yang membawa pelajar UPSI kemalangan semasa dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, awal pagi tadi.
www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-15-pelajar-ups…
#awaninews #awanipagi -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, bersama Azizah menyertai ribuan jemaah menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya dalam suasana yang penuh ketenangan dan harmoni.
Selain mengalunkan takbir Aidiladha secara bersama-sama, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk mendengar Khutbah bertajuk “Korban dan Semangat Kebersamaan” yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali.
Para jemaah diingatkan untuk mengorbankan ego, sifat kedekut, kejahilan dan kealpaan yang membelenggu diri demi kebaikan agama, masyarakat dan diri sendiri.
Sebelum pulang, kami sempat bersalaman, bertegur sapa dan bergambar bersama para jemaah, sebagai kenangan dalam meraikan hari yang penuh barakah dan kemuliaan ini.
Semoga Aidiladha kali ini menjadi titik tolak permulaan yang lebih baik, dipenuhi kasih sayang, ketenangan, kekuatan dan keberkatan buat kita semua, Insya-Allah.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, wa lillahil hamd.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas program lawatan di Hospis Malaysia, saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Qurban sempena Aidiladha peringkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.
Sebanyak 65 ekor lembu qurban telah diserahkan kepada 61 penerima yang terdiri daripada masjid-masjid, surau-surau, NGO, serta persatuan-persatuan penduduk di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. Lembu-lembu tersebut merupakan hasil sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah disalurkan melalui Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan diakhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan berangkat melawat Hospis Malaysia, Kuala Lumpur. Lawatan ini merupakan antara acara yang dianjurkan sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2025.
Raja Zarith Sofiah juga berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk cek kepada Hospis Malaysia menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak dan dewasa yang sedang menjalani rawatan paliatif di Hospis Malaysia.
Hadir sama, YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan; Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Jabatan Perdana Menteri); Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM; Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan; dan Dr. Ednin Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Azizah petang tadi hadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Mendoakan Baginda Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja diberikan kesihatan berpanjangan serta berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.
Dirgahayu Tuanku!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Semasa ucapan menyembah tahniah, saya zahirkan penghargaan atas titah-titah Baginda yang sentiasa menjadi panduan luhur bagi Kerajaan MADANI dalam membentuk serta melakar dasar dan melaksanakan tanggungjawab, menjunjung aspirasi rakyat serta memastikan kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati bersama.
Kerajaan MADANI di bawah naungan dan titah pandu Tuanku akan terus komited melaksanakan agenda reformasi menyeluruh
berpaksi prinsip yang MADANI.
Pembangunan kebendaan semata tentunya tidak mencukupi. Malah, ia mesti diseimbangkan dengan nilai-nilai manusiawi, keadilan sosial dan karamah insaniah.
Patik mewakili Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Baginda Tuanku yang bijaksana, dan sentiasa menjadi lambang penyatuan dan keluhuran negara.
Dirgahayu Tuanku!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah mengiringi isteri-isteri pemimpin ASEAN sempena sesi lawatan ke reruai jualan dan pameran bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Penganjuran reruai ini telah menghimpunkan 25 pengusaha dan syarikat tempatan bagi mempromosikan produk serta perkhidmatan buatan Malaysia. Antara kategori yang diketengahkan termasuk kraftangan, makanan dan minuman, serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan syarikat korporat tempatan.
Turut hadir, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah binti Tengku Nujumudin, isteri kepada Menteri Luar Negeri dan YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berasa amat berbesar hati berpeluang meraikan para isteri kepada pemimpin kerajaan dan negara ASEAN dalam Program Pasangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang telah berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut memperkenalkan kekayaan dan keindahan warisan kesenian Malaysia menerusi demonstrasi kraf tempatan oleh Kraftangan Malaysia. Para tetamu dan delegasi diberi peluang menyaksikan secara dekat proses pewarnaan batik, sulaman tekat benang emas, serta teknik tradisional pembuatan wau lambang kehalusan seni warisan bangsa.
Majlis turut diserikan dengan pameran eksklusif songket dan telepuk yang dikelolakan oleh Yayasan Hasanah, serta pameran orkid VIP oleh Perbadanan Putrajaya.
Majlis jamuan makan tengah hari pula diserikan dengan persembahan Choral Speaking oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, tarian tradisional oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor, dan iringan muzik daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Kehadiran para tetamu turut disambut meriah dengan paluan gendang dan kibaran bendera oleh murid-murid sekolah rendah sekitar Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga hubungan baik dan semangat kekeluargaan ASEAN terus diperkukuhkan demi mengangkat martabat rantau ini ke tahap yang lebih gemilang. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Vietnam dan isteri Madam Le Thi Bich Tran di Dataran Perdana, Putrajaya, saya turut berkesempatan membawa Madam Le Thi Bich Tran menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Demonstrasi teknik ukiran kayu untuk hiasan dinding bermotifkan bunga raya bertemakan ASEAN Malaysia 2025 yang telah dihasilkan pereka ukiran kayu oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Le Thi Bich Tran dan delegasi pada sesi tersebut.
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Vietnam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah berbesar hati meraikan para pemimpin negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China, dan Timor Leste dalam Majlis Makan Malam Gala yang menampilkan keunikan sajian serta kekayaan kebudayaan Malaysia.
Majlis ini bukan sekadar lambang persahabatan serantau, tetapi turut mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan warisan budaya yang pelbagai dan membanggakan.
Penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan seniman dan seniwati antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, Shila Amzah, Bob Yusof, Asmidar dan Yasmin Aziz, diiringi oleh Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), para penari kebudayaan serta anak-anak PERMATA Seni yang telah menyumbang kepada sebuah persembahan yang memukau dan penuh jiwa.
Kita teruskan usaha memperkukuh hubungan serantau melalui rasa saling menghormati dan kekayaan budaya yang dikongsi bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#aseangcc
#aseanchina -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima kunjungan hormat rakan sejawat saya, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, yang kini dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari 24 hingga 28 Mei ini.
Lawatan ini merupakan satu manifestasi komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, memperluas kerjasama strategik serta mempereratkan lagi solidariti dan kesepaduan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Usai acara sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), kami terus mengadakan perbincangan mendalam yang menyentuh beberapa perkara penting melibatkan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Antara bidang utama yang menjadi tumpuan dalam pertemuan ini termasuklah kerjasama dalam industri halal, pembangunan sektor semikonduktor, keselamatan siber, pendidikan, kecerdasan buatan (AI), inovasi, serta bidang sains dan teknologi.
Perbincangan ini mencerminkan aspirasi bersama untuk meneroka peluang baharu dan memperkukuhkan lagi asas kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Vietnam.
Malaysia menyambut baik kesediaan Vietnam untuk terus menjadi rakan strategik yang aktif dan dinamik dalam usaha membina rantau yang aman, stabil dan makmur melalui kerangka ASEAN.
//
I welcomed the Prime Minister of Vietnam, Pham Minh Chinh, during his official visit from 24 to 28 May, aimed at strengthening bilateral relations and ASEAN unity.
After his arrival and inspection of the guard of honour, we discussed key areas like the halal industry, semiconductors, cybersecurity, education, artificial intelligence, and innovation for our mutual benefit.
🇲🇾 🇻🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao dan isteri Madam Vandara Siphandone di Dataran Perdana, Putrajaya, saya turut berkesempatan membawa Madam Vandara Siphandone menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Demonstrasi teknik ukiran kayu hiasan dinding bermotifkan bunga raya yang dihasilkan pereka ukiran kayu oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Vandara Siphandone dan delegasi pada sesi tersebut.
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Lao PDR terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya meraikan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.
Ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri pada Disember 2022.
Usai tiba di Perdana Putra, Siphandone dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
Kami seterusnya menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu khususnya
perkembangan hubungan dua hala yang berterusan dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian, dan industri halal.
Turut disentuh dan dibincangkan terkait peranan yang boleh dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN khususnya dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bagi membawa rantau ini ke tahap lebih maju selain perkembangan terkait situasi di Myanmar dan status keanggotaan dan penyertaan Timor Leste dalam ASEAN.
//
This morning, I welcomed the Prime Minister of the Lao People’s Democratic Republic, Sonexay Siphandone, during his official visit to Malaysia, which began on Sunday.
This is his first visit since taking office in December 2022.
At Perdana Putra, he received an official welcome, including a guard of honor inspection. We then held a closed-door meeting to discuss strengthening bilateral relations in trade, investment, defense, education, renewable energy, transportation, tourism, capacity building, agriculture, and the halal industry.
Also highlighted and discussed was the role Malaysia can play as the ASEAN Chair, particularly during the 46th ASEAN Summit, in advancing the region to greater heights.
Discussions also touched on developments related to the situation in Myanmar and the status of Timor-Leste’s membership and participation in ASEAN.
🇲🇾 🇱🇦
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, saya diberi ruang dan amanah untuk menyampaikan Ucapan Dasar selaku Presiden KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-18 malam tadi.
Ucapan ini saya sampaikan bukan sekadar sebagai rangkuman dasar-dasar kerajaan, tetapi sebagai seruan dan tekad perjuangan untuk memastikan KEADILAN terus menjadi obor harapan rakyat.
Saya menegaskan bahawa perjuangan reformasi mesti diteruskan tanpa gentar memperkukuh integriti, menolak rasuah dalam apa jua bentuk, dan memastikan tadbir urus negara berteraskan prinsip keadilan, ketelusan, dan akauntabiliti.
Kita mesti menjadi benteng yang tegas menolak politik kebencian, fitnah, dan perkauman sempit yang hanya memecah belahkan rakyat dan melemahkan negara.
Saya juga mengajak seluruh pimpinan dan anggota KEADILAN untuk terus menjadi suara rakyat yang menderita, pembela kepada yang lemah, dan penegak kepada nilai kebenaran meski jalannya tidak mudah, serta perjuangannya panjang.
Saya menekankan betapa pentingnya kita terus mendukung pencapaian dan hala tuju Ekonomi MADANI:
- Peningkatan pelaburan asing dan domestik yang memacu pertumbuhan ekonomi mapan.
- Reformasi subsidi bersasar yang lebih adil dan menyeluruh.
- Usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak demi kemampanan jangka panjang.
- Tumpuan khusus kepada kesejahteraan rakyat termasuk peningkatan gaji penjawat awam dan perlindungan kepada golongan miskin.
Kerajaan MADANI akan terus memacu reformasi struktur yang memperkukuh sektor pendidikan, kesihatan, dan perumahan rakyat.
Inisiatif seperti Program Sumbangan Tunai Rahmah, serta pelbagai kemudahan asas luar bandar, adalah manifestasi komitmen kita untuk membela nasib rakyat terbanyak.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada tokoh-tokoh KEADILAN seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah, yang tidak pernah berhenti menyumbang tenaga dan idea demi parti dan rakyat.
Perbezaan pandangan harus diraikan dengan hikmah, bukan dijadikan alasan untuk memecahbelahkan. Kita bukan musuh antara satu sama lain sebaliknya saudara dalam perjuangan yang sama.
Reformasi bukan soal gopoh atau populariti semata. Ia menuntut kebijaksanaan, kesabaran, dan strategi yang jelas. Kita harus belajar dari tokoh sejarah seperti Umar Abdul Aziz dan Václav Havel yang membuktikan bahawa perubahan yang bertahan adalah perubahan yang dilakukan dengan kesungguhan dan hikmah.
Saya menyeru semua pimpinan dan anggota KEADILAN untuk perkuat organisasi, perluas jaringan, dan persiapkan diri menghadapi Pilihan Raya yang mendatang.
KEADILAN bukan sekadar parti politik, ia adalah wadah gerakan rakyat yang membawa suara perubahan sebenar.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#keadilan -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Astro AWANI
@501Awani
Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia digalak menggunakan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) untuk melaksanakan program berimpak tinggi.
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-pandu-puteri-perl… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah hadir ke Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kali ke-60 Tahun 2025 di Kota Bahru, Kelantan
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan berangkat bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kali ke-60 Tahun 2025.
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang juga merupakan Penaung Diraja PPPM, bertitah bahawa PPPM mempunyai peranan yang amat penting dalam menyediakan ruang dan peluang untuk ahli memahami serta menyesuaikan diri dengan teknologi masa kini.
Turut berangkat bersama-sama bercemar duli ke majlis itu, DYMM Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 PPPM berlangsung empat hari dari 19 hingga 22 Mei.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berpeluang hadir ke Majlis Santapan Malam Kurniaan DYMM Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kelantan.
Majlis santapan ini telah diadakan bersempena dengan Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-60 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 2025.
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan berangkat ke majlis santapan tersebut.
Berangkat mengiringi Raja Permaisuri Agong, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Turut berangkat, DYMM Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah serta DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Majlis santapan tersebut turut diserikan dengan persembahan kesenian tradisional negeri Kelantan.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah bersama hadir dalam Program Hari Keluarga Parlimen Bandar Tun Razak Sempena Sambutan Hari Ibu di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
Turut hadir, YBhg. Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri; YBrs. Puan Juwairiya Binti Zulkifli, Timbalan Pengerusi LPPKN serta YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.
Kita adakan sambutan pada hari ini untuk memperingati kepentingan keluarga dan juga ibu, insan yang paling penting buat kita semua. Kita mahukan agar warga Bandar Tun Razak mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menjaga integriti institusi keluarga. Kita mahukan ibu-ibu di Bandar Tun Razak sentiasa dihargai dalam keluarga yang bahagia dan harmoni.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DBKL Cawangan Bandar Tun Razak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan, serta semua rakan strategik dan komuniti setempat yang telah berganding bahu menjayakan program yang sangat bermakna ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dn di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir dalam Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040, yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1.
Ini adalah satu inisiatif strategik jangka panjang bagi memperkukuh usaha pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh dan mampan di ibu kota serta sejajar dengan Program Perdana DBKL ke-8 - Ke Arah Sifar Sisa KL, yang menekankan pendekatan advokasi, penglibatan, pengaktifan dan penguatkuasaan dalam menyokong agenda pembangunan rendah karbon dan kelestarian bandar.
Turut hadir bersama YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YB Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, pengurusan tertinggi DBKL dan JWP serta ketua-ketua jabatan dalaman DBKL.
Semoga segala usaha kita ini diberkati. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terkedu saat menerima pemergian Dato’ Rasammah Bhupalan pagi ini yang merupakan satu nama yang tidak kecil di Malaysia. Mendiang adalah seorang pejuang dan tokoh yang secara teguh dan konsisten dalam isu-isu mengenai keadilan dan kesetaraan gender selain keamanan. Legasi yang ditinggalkan sudah tentu akan membekas serta memberi inspirasi besar kepada perjuangan kaum wanita di Malaysia, selain pernah mencurahkan bakti sebagai guru di Methodist Girls’ School Penang.
Dalam lembaran sejarah, nama beliau terukir sebagai insan yang tegas memperjuangkan hak wanita, termasuk mempersada prinsip “gaji yang munasabah untuk kerja yang setara”, yang merupakan antara perjuangannya yang dinikmati generasi hari ini meski terlupakan.
Secara peribadi, saya mengenang sosok ini sebagai seorang yang tidak hanya berdiri teguh untuk keadilan, tetapi juga sebagai seorang yang dekat dan mendukung saya sedari awal. Di era gelap 1998, beliau antara suara yang memberi sinar dan menjadi sumber kekuatan kepada saya dan keluarga. Pemergiannya pasti meninggalkan bekas yang mendalam tidak hanya kepada saya secara peribadi, malah kepada negara dan rakyat juga.
Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Dato’ Rasamah Bhupalan atas pemergiannya. Semoga legasinya dihayati oleh semua terutama dalam usaha dan upaya kita mengangkat suara dan hak kaum wanita sebaiknya.
ANWAR IBRAHIM -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Salam Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya Pasukan Simpanan Persekutuan (IPSP) Unit 5 di Teluk Intan, Perak hari ini. Diiringi doa agar sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Aaminn YRA
Saya mohon agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang menyeluruh, demi memastikan tragedi kemalangan sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen pagi tadi, ketika sedang menunggu sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya berpeluang hadir ke Majlis Santapan Petang KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bersama ahli jemaah Menteri wanita, ketua perwakilan asing wanita dan isteri ketua perwakilan asing di Istana Negara.
Turut berangkat YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Majlis santapan petang Raja Permaisuri Agong bersama ahli jemaah Menteri Wanita dan ketua perwakilan asing wanita merupakan yang julung kali diadakan sejak Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Para tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan tarian kebudayaan masyarakat Johor antaranya tarian Zapin Siti Nurbayah, Zapin Tenglu, Zapin Gemersik Ombak daripada artis budaya Yayasan Warisan Johor.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : FB Sultan Ibrahim Sutan Iskandar -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sayu saat menerima berita pemergian isteri kepada Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak Puan Noor Aishah. Almarhumah meninggal pada usia 91 tahun serta merupakan seorang tokoh wanita yang telah memainkan peranan penting kepada Singapura pada ketika identiti nasional Singapura dibentuk.
Sosok Puan Noor Aishah tidak sekadar seorang isteri kepada Presiden pertama Singapura tetapi juga menjadi lambang kesetiaan, kelembutan dan keanggunan yang diteladani kaum wanita di rantau ini.
Sebagai seorang wanita yang turut mendampingi suami di lapangan politik, saya tentunya dapat menggarap serta menyelami pengorbanan yang dilalui oleh Puan Noor Aishah. Keupayaan beliau untuk tetap teguh dalam setiap derap langkah kehidupan amat mengagumkan.
Justeru, Puan Noor Aishah akan terus dikenang sebagai wanita yang setia serta penuh dedikasi, kerendahan hati dan berjiwa besar. Saya bersama seluruh rakyat Malaysia menyampaikan salam takziah setulusnya kepada keluarganya dan kepada seluruh rakyat Singapura. Mendoakan ruhnya dikurniakan tempat terbaik oleh Allah SWT. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the passing of His Holiness Pope Francis.
He will be remembered not only as the first pope from the Global South, but as a moral voice of compassion, humility and justice in a turbulent world. His commitment to interfaith understanding, environmental stewardship and the dignity of the marginalised resonated far beyond the Catholic Church.
Pope Francis was a steadfast advocate for peace, and his efforts to build bridges across faiths and cultures earned the respect of many, including in the Muslim world. He spoke with moral clarity on the immense suffering in Gaza, reminding the world that we must show the same compassion to all victims of violence, wherever they may be. He also championed the dignity of migrants and refugees, urging the international community to respond to their plight with humanity and conscience.
His life of service and quiet strength brings to mind the words of the Bard: “His life was gentle, and the elements so mix’d in him that Nature might stand up and say to all the world, ‘This was a man.’”
On a very personal note, I had the honour of visiting Pope Francis during his early days at the Vatican. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to the Holy See, to Catholics around the world, including especially to the Catholic community in Malaysia.
May his legacy endure.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bandar Tun Razak di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis seperti ini bukan sahaja menjadi wadah untuk kita menyambut hari raya bersama-sama, tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dan ukhuwah yang amat kita hargai sebagai rakyat Malaysia.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis pada hari ini.
Semoga usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis sumbangan bagi mereka yang terkesan akibat kebakaran yang meranapkan kediaman di Jalan Mewah 5, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Turut hadir YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut berkesempatan melawat 3 buah rumah yang telah terkesan dan satu buah rumah telah musnah sepenuhnya.
Program sumbangan ini adalah anjuran Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, DBKL, JKM, APM, dan ICU JPM.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan sumbangan ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
.
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Terima perkhabaran duka pulangnya ke rahmatullah, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya masih teringat, ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, beliau telah sudi bertemu saya dan Nurul Izzah semasa Anwar masih di penjara agar mendapat rawatan di hospital.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tun Abdullah adalah seorang pemimpin yang berpegang teguh pada nilai-nilai integriti dan ketelusan. Beliau juga mencerminkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dengan sentiasa mendengar dan memahami perasaan rakyat dengan penuh keprihatinan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sikap beliau turut mencerminkan keikhlasan dan komitmen beliau terhadap tanggungjawab sebagai pemimpin.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarham dan tempatkannya bersama para solihin. Aamiin
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Takziah diucapkan kepada Tun Jeanne dan seluruh ahli keluarga Allahyarham. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.
Al-Fatihah -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada lima orang pelajar dari SJK (T) Rawang, Selangor, yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat emas dan perak dalam Pertandingan Ciptaan & Inovasi Antarabangsa Hong Kong 2025 yang berprestij, yang berlangsung dari 13 hingga 16 Mac lalu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya!
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Pakar Perubatan Kardiologi, Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Dr. Chee Wei Shen dan Dr. Raymond Ong Yu Ying serta Dr. Lim Lee Yee dari Hospital Queen Elizabeth II, Sabah kerana telah mengukir nama..
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
..di persada antarabangsa apabila berjaya berada dalam kelompok 10 negara terbaik di Pertandingan Electrocardiography (ECG) Dunia Edisi ke-5 yang telah berlangsung serentak dengan Kongres European Heart Rhythm Association (EHRA) pada 30 Mac hingga 1 April 2025 di Vienna, Austria.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya !
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berkesempatan melawat mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang kini menerima rawatan di Hospital Serdang.
Turut bersama, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, dan isteri.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan, serta diiringi doa agar segera sembuh dan pulih
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan penyelamat, doktor, serta petugas perubatan yang telah menangani situasi ini dengan penuh dedikasi. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mendoakan urusan semua para petugas di Putra Heights dipermudahkan.
Saya juga meminta Kerajaan Negeri serta agensi terlibat beri bantuan sewajarnya kepada mangsa yang dipindahkan. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai solat sunat Aidilfitri, saya dan Azizah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.
Majlis turut disertai Anggota Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, dan Pegawai Kanan Kerajaan.
#malaysiamadani
#aidilfitri2025 -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah pagi ini bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Khutbah Aidilfitri pagi ini disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah bertajuk “Berdamai Dalam Dakapan Syawal”. Khatib antara lain mengungkap hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba dengan suatu kemaafan melainkan kemuliaan.”
Hadis ini sarat dengan mesej yang menggambarkan sifat pemaaf bukan tanda kelemahan. Sebaliknya ia merupakan jalan menuju kemuliaan dan kehormatan di sisi Allah SWT dan manusia. Seseorang yang memilih untuk memaafkan, Allah akan menggantikannya dengan kemuliaan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Semoga di pagi yang mulia ini kita sama-sama hulurkan kemaafan, merangkul persaudaraan dan kasih sayang dalam mengangkat kemuliaan insan.
#malaysiamadani
#aidilfitri2025 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Sebalik Tabir: Rakaman Video Ucapan Raya Bersama Staf Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Melayan cucu-cucu di malam Raya..
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
من العائدين والفائزين والمقبولين
Minal aidin wal faizin wal maqbulin
Mohon Maaf Zahir dan Batin. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
من العائدين والفائزين والمقبولين
Minal aidin wal faizin wal maqbulin
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga seluruh amalan kita diredhai oleh Allah. Kita mohon doa agar kita diizinkanNya melaksanakan Ramadhan pada tahun-tahun mendatang.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH DR WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar, yang berkenan berangkat ke Program World #quranhour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahun ini, World #quranhour telah mencapai satu dekad pelaksanaannya dan mengangkat tema “Saving the Ummah” bagi menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Allah SWT.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan dalam usaha menyebarluaskan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia, serta semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin, ya Rabbal ‘Alamin
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Program Sumbangan Kasih MADANI & Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Mustaqimah Taman Jaya
Turut disampaikan sumbangan tunai beserta bakul makanan rahmah kepada 200 orang penerima dari golongan yang memerlukan di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Program Jaulah MADANI Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia di Masjid Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama YB Fadhlin Sidek, Menteri Pendidikan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sumbangan ini telah disalurkan kepada anak yatim, golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal bagi mengurangkan beban perbelanjaan.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah memenuhi jemputan daripada YB David Cheong, ADUN Kajang untuk hadir ke program Bubur Lambuk Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang di Masjid Jamek Pekan Kajang. Majlis turut diisi dengan sumbangan kepada rumah kebajikan dan anak yatim sekitar DUN Kajang.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seusai program bersama ADUN Kajang sebentar tadi, telah munculnya pelangi indah tanda rahmat dan keberkatan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Program Ilmu MADANI Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah dan Cendera Kasih Aidilfitri di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pada majlis tersebut turut disampaikan sumbangan hari raya kepada 1,000 wanita yang memerlukan dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut memenuhi jemputan Majlis Belia Malaysia ke Majlis Perasmian Berbuka Puasa Perpaduan Belia Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pada majlis tersebut, turut dilancarkan Jawatankuasa Harmoni MBM sebagai langkah proaktif dalam membantu dan memperkukuh peranan wakil belia dalam Jawatankuasa Harmoni Kebangsaan
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ia juga berfunsi sebagai platform perbincangan, advokasi dan pelaksanaan dalam menyokong perpaduan serta keharmonian antara kaum, agama dan budaya dalam kalangan belia di Malaysia
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, KSU Kementerian Belia dan Sukan; serta YBhg. Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Program Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri di Pangsapuri Seri Penara, Bandar Tun Razak. Program ini bertujuan bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan raya bagi golongan yang tidak berkemampuan ketika menghampiri bulan Syawal tidak lama lagi.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Program Bantuan (Pek Ceria Raya) MADANI Rakyat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Bantuan ini telah diagihkan kepada golongan asnaf, kurang upaya dan ibu tunggal bagi meringankan beban perbelanjaan harian.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebagai Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan, saya telah menghadiri Program Tadarus & Khatam Quran PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan yang diadakan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Program ini turut diisi dengan sesi Tazkirah dan Tadabur Al-Quran yang disampaikan oleh YBrs. Ustazah Hajah Nawiyah Abu.
Turut hadir, YBhg. Datin Seri Aidah Abu, isteri kepada YB Menteri Kewangan II, serta YBhg. Datin Ida Murni, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga kita semua dilimpahi kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin YRA.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama kariah di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan, Sungai Long petang ini.
Saya berpeluang menyantuni kariah-kariah dan anak-anak dari sekolah tahfiz dari Pahang dan Negeri Sembilan sambil bertanyakan khabar dan bertukar pandangan mengenai isu semasa.
Moga kehadiran bulan suci ini membawa keberkatan untuk kita semua khususnya dalam meningkatkan amalan dan ibadah menjelang 10 malam terakhir Ramadan ini, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi menyempurnakan Majlis Semarak Ramadan 1446H anjuran PUSPANITA Kebangsaan yang berlangsung di Dewan De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis telah diisi dengan sesi ceramah bertajuk “Ramadan: Satu dan Menyatukan”, yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ceramah ini mengupas peranan Ramadan dalam menyatukan umat serta memperkukuh nilai spiritual dalam kehidupan seharian.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 200 penerima, merangkumi orang kurang upaya (OKU), warga emas, anak yatim, dan asnaf dari sebelas pusat jagaan serta institusi sekitar Lembah Klang.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selain itu, sebanyak 800 bekas bubur lambuk diedarkan kepada semua yang hadir, menambah keberkatan dalam suasana penuh harmoni.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Sumber Gambar : Jabatan Perdana Menteri -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Serta Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al- Ansor, Pangsapuri Sri Malaysia, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis ini sebagai satu cara agar para wanita dapat berkenalan dan membina ukhwah antara satu sama lain selain dapat menghidupkan lagi suasana Ramadan di sekitar Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom, pelumba berbasikal trek negara kerana telah berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye.
Syabas diucapkan dan semoga terus maju jaya ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Program Sumbangan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa ini di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Nur Ramadan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengurusan Masjid Al Muqarrabin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sumbangan ini telah diberikan kepada seramai 300 orang penerima yang terdiri dari golongan asnaf, kurang upaya dan ibu tunggal.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga sumbangan ini dapat menambahkan keceriaan di bulan Ramadan ini dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini saya bersama Azizah dapat meraikan para ilmuan, asatizah, asnaf dan aktivis dakwah dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis juga mendapat manfaat tausiah oleh Sahibul Fadilah Dato’ Badli Shah Alauddin, Timbalan Mufti Pahang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah Madani”. Dato’ Badli Shah banyak menyentuh kepentingan sisi manusiawi di sebalik ibadah rutin sepanjang Ramadan yang wajar mempunyai sıfat ihsan.
Semoga majlis seperti bukan sahaja mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kıta tanpa mengira pangkat, malah lebih dari İtu kıta jadikan kegiatan ini untuk kıta membuat refleksi dan mempertingkatkan sifat keihsanan sesama insan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ
Maksudnya : ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya’’. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W : ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah S.A.W menjawab : ‘’Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’’.
Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 hari ini, saya tegaskan dalam membangunkan negara, peranan wanita adalah integral dan tidak harus dilupakan kerana mereka paksi dalam kehidupan masyarakat dan memperkukuh pembangunan negara.
Wanita adalah watak penting bagi pembinaan generasi bersalut kasih sayang selain mengajar erti kehidupan, kemanusiaan, ihsan dan juga didikan agama.
Sosok lembut ini juga diangkat sebagai tokoh-tokoh utama dalam Kerajaan MADANI yang diberikan peluang dan kedudukan yang baik, dengan prestasi yang membanggakan.
Saya turut menggesa sektor swasta meneliti faktor kekurangan wanita di peringkat tertinggi pengurusan syarikat dan menambah jumlah penglibatan mereka.
Marcapada menuntut kebersamaan semua untuk meningkatkan program pemerkasaan wanita supaya dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dan juga kepada negara secara keseluruhannya.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dua wanita terpenting dalam hidup saya ialah ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Azizah.
Mereka adalah tulang belakang saya, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.
Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan, dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.
Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan.
Selamat Hari Wanita! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hari ini, kita meraikan kecekalan, kebijaksanaan, pengorbanan, dan dedikasi wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih maju dan berjaya, yang bermula daripada institusi kekeluargaan.
"Wanita Beraspirasi Membina Legasi"
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH), semalam saya telah bersama hadir dalam Majlis Iftar Bersama KASIH Malaysia 2025. Turut hadir bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis telah dimulai dengan Tadarus al-Quran dan bacaan doa khatam oleh YBrs Ustazah Nor Ruzana kemudian diteruskan dengan tazkirah oleh YBrs Ustazah Muzayyanah.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 !
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya hadir ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima, moga terus berbakti sepenuh hati dan bulatkan iltizam kepada agama, bangsa dan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama tetamu jemputan yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir dalam Majlis Perasmian dan Bazar Ramadan Aidilfitri Kuala Lumpur 2025 di Taman Tasik Permaisuri, yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Program Bazar Ramadan dan Aidilfitri ini merupakan kerjasama antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyediakan 42 lokasi bazar di sekitar ibu negara sehingga 30 Mac depan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
DBKL, melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), akan melakukan pemantauan kesihatan dan keselamatan makanan di bazar-bazar tersebut bagi memastikan kebersihan serta kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai terjamin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada semua serta kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan keberkesanan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk menambah baik penyediaan infrastruktur digital terutamanya di Wilayah Persekutuan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga ramadan ini dapat meningkatkan lagi roh keimanan dan ketaqwaan kita semua dan moga kita ditemukan dengan malam lailatul qadar. Aaminn YRA
Ramadan Kareem !
DR WAN AZIZAH DR WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, saya dapat bersama hadir dalam Majlis Ilmu di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bersama dengan YBhg. Ustazah Salbiah Omar, penerima Anugerah Khas Tokoh Wanita MADANI Negeri Sembilan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis Ilmu kali ini membawakan tajuk Ramadan Al Mubarak : Menggapai Taqwa Meraih Keberkatan. Terima kasih kepada Ustazah Salbiah Omar atas kesudian berkongsi ilmu dan nasihat dalam majlis ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadikan kita lebih bersedia untuk menyambut ramadan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di alkhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil dalam pembangunan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di IPT dalam negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Murid-Murid Tingkatan 5 tahun 2025 di SMK Bandar Tasik Selatan.
Pendidikan sangat penting, bukan sahaja untuk diri anak-anak itu sendiri, sebaliknya mampu merubah nasib keluarga agar lebih baik pada masa akan datang
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya mendoakan agar anak-anak kita semua dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan penerokaan kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak sebagai jelapang padi bagi meningkatkan pengeluaran beras negara serta sejauh manakah usaha ini dapat menjamin bekalan beras negara dan memastikan harga beras kekal di Semenanjung Malaysia.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, diatas kesudian mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Peringatan Sedunia (WTD) Peringkat Kebangsaan 2025 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hari bersejarah ini telah disambut sejak tahun 1926, di mana ahli-ahli Pandu Puteri seluruh dunia berhubung dan meraikan persahabatan yang terjalin sekian lama. Seramai 1,500 peserta daripada 16 kontinjen seluruh Malaysia menyertai pelbagai aktiviti yang berlangsung sejak Sabtu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut mengiringi YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Dato' Indera Haji Mohamed Moiz serta Datuk Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.
Menjunjung Kasih Tuanku !
Sumber Gambar : Kesultanan Pahang -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Majlis Makan Malam KEADILAN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis makan malam ini menjadi satu medan pertemuan yang bermakna buat kita semua, khususnya kepada semua ahli KEADILAN dari segenap pelosok Wilayah Persekutuan dan sahabat-sahabat dari luar Wilayah yang turut hadir untuk bersama meraikan kebersamaan kita dalam perjuangan ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, terutamanya kepada barisan penaja dan ahli jawatankuasa penganjur yang telah bekerja keras bagi memastikan kelancaran program ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya turut menghadiri Program anjuran bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) serta Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Program ini melibatkan Projek Membaik Pulih Rumah Asnaf, Skim Bantuan Awal Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bantuan Khas & Bakul Makanan di kawasan Parlimen berkenaan di Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seramai sembilan penuntut menerima bantuan awal sebanyak RM700 setiap seorang dan diberikan secara one-off sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
Selain itu, tiga individu menerima bantuan rawatan dan ubat daripada YWP manakala 100 penduduk menerima bakul makanan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pada majlis ini turut melawat penghuni rumah yang dibaik pulih, Rokiah Ismail yang berumur 68 tahun terletak di aras bawah kediaman tersebut. Rumah tersebut siap dua minggu lalu selepas dibaik pulih dengan kos sekitar RM30,000.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama secara langsung atay tidak langsung dalam menjayakan program pada hari ini.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Program Kesihatan Kasih MADANI peringkat Pejabat Kesihatan Cheras 2025 anjuran bersama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak di Kompleks Sukan Desa Tasik.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya seperti Pameran Kesihatan, Saringan Kesihatan Percuma dan Pemeriksaan Gigi khusus untuk 1,000 orang pengunjung.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hari ini, saya berkesempatan menghadiri majlis perasmian pelancaran MIMOS Junior Academy (MJA) di MIMOS Berhad, Bukit Jalil.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Penubuhan MJA bertujuan membuka ruang kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk meneroka keajaiban Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) melalui kurikulum yang telah diberi nafas baharu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi kebaikan di dunia serta di akhirat. Aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan inisiatif Kementerian untuk mengurangkan kos sara hidup, terutama harga makanan asas yang terus meningkat.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam saya berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Puchong. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Anis Rizhana dan suami atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Alia Helina dan pasangannya Firdaus. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Cucu berjaya menjaringkan satu lagi gol!
Alhamdulillah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Harini saya hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Murid-Murid Tingkatan 5, Sekolah-Sekolah Menengah Harian Di Parlimen Bandar Tun Razak di Institut Latihan DBKL, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, kita telah merancang untuk memberikan sumbangan kepada 2000 orang pelajar. Tetapi ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan diselaraskan oleh Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan anak-anak.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua hambaNya dalam melaksanakan ibadah. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seusai acara lawatan di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, saya turut berkesempatan mengiringi Madam Emine Erdoğan menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Demonstrasi mencanting batik oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Emine Erdoğan dan delegasi dari Türkiye. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Türkiye terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dalam rangka lawatan kerja Presiden Republik Türkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Madam Emine Erdoğan ke Malaysia, saya telah berkesempatan mengiringi Madam Emine Erdoğan melawat Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Beliau turut berkesempatan mengunjungi reruai pameran Pengurusan Sisa Sifar Kuala Lumpur, Renergy Bumi Hijau, serta Malaysia Green Technology and Climate Change (MGTC). Sebagai simbol penghijauan bandar, beliau turut menanam pokok Merbau (Intsia palembanica, Leguminosae).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Turkiye terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah seterusnya meraikan Presiden Republik Türkiye @RTErdogan dan isteri, Emine Erdoğan dalam majlis makan santai dan penuh harmoni di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena kerangka Lawatan Rasmi dua hari ke Malaysia ini.
Ruang ini untuk kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai sinergi baharu dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Usai, kami sempat meninjau kawasan sekitar sebelum pulang berehat bagi mempersiapkan diri bagi program-program rasmi yang telah disusun atur esok.
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini Malaysia menyambut kunjungan Presiden Republik Türkiye @RTErdogan yakni tidak hanya sebagai sahabat karib saya, malah sebagai seorang negarawan yang mencorak masa depan negaranya dengan impak yang tidak kecil kepada dunia.
Selama lebih dua dasawarsa, Presiden Erdoğan telah melonjakkan Türkiye ke era transformasi yang sangat luar biasa. Hari ini Türkiye bukan sekadar bertindak balas terhadap perubahan tata dunia, tetapi turut sama membentuk dan mengaturnya. Negara Türkiye tidak lagi sekadar menjadi pemerhati dalam percaturan geopolitik global tapi turut muncul dan bangkit sebagai antara adikuasa yang dihormati dan digeruni, tidak hanya di rantau Asia Barat, tapi di dunia juga.
Dalam ucapan aluan di Majlis Syarahan Umum Presiden Türkiye lewat tengah hari tadi, saya mengetengahkan hakikat ini selain mengalu-alukan kunjungan Presiden Erdoğan ke Malaysia.
Kunjungan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam melonjak hubungan akrab kedua-dua negara di pelbagai lapangan, selain memperkukuh semangat persahabatan kedua-dua rakyat Malaysia dan Türkiye.
Selamat datang ke Malaysia, Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri Emine Erdoğan!
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Azizah menyambut ketibaan sahabat baik saya, Presiden Republik Türkiye @RTErdogan dan isteri, Emine Erdoğan serta delegasi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pastinya lawatan Presiden Erdoğan ini akan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Republik Türkiye selain mengukuhkan dunia Islam.
Saya percaya menerusi siri perbincangan yang akan berlangsung bersama Presiden Erdoğan esok akan membawa hasil yang terbaik buat rakyat dan negara, Insya-Allah.
Selamat datang ke Malaysia!
🇲🇾🇹🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi meraikan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur bersama warga Bandar Tun Razak.
Sambutan Tahun Baru Cina ini bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga satu wadah penting untuk kita mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan kepada semua dan marilah kita terus bersama dalam membina sebuah negara MADANI yang aman, makmur, dan sentosa insha-Allah.
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! -
Post not available here, view on X
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaankepada semua dan marilah kita terus bersama dalam membina sebuah negara MADANI yangaman, makmur, dan sentosa insha-Allah.
Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Kuai Le! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan buat adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan 63rd GASCA International English Recitation Competition.
Syabas dan semoga terus berjaya di masa akan datang ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Majlis perkahwinan Nurul Huda & Mas Ari Amry, tetamu turut dihiburkan dengan alunan piano sangat merdu yang dimainkan oleh kakak kepada pengantin.
Sedap kan? 😍 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Damansara. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rohana dan keluarga atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nurul Huda dan pasangannya Mas Ari Amry. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terserempak juga dengan sahabat lama, Datin Ropeah Hassan yang turut sama hadir bagi meraikan pasangan pengantin
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya telah hadir ke Majlis Perasmian Program Pemerkasaan ‘Women Law Enforcement – Beauty, Strength and Excellence’ MADANI 2025 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah bt Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bertempat di Institut Latihan DBKL, Cheras.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Program ini adalah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara pegawai penguat kuasa wanita dan meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan jenayah dalam kalangan mereka.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM; YDH CP Dato' Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur; dan YDH DCP Dato Aida binti Abd Hamid, Pengerusi JK Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana telah berjaya mendapatkan tempat ketiga dalam pertandingan Piala Pastri Dunia 2025 yang telah diadakan di Lyon, Perancis.
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya !
Sumber : Facebook - France in Malaysia -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih atas kesudian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 (2025) hari ini.
Titah Tuanku jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata.
Patik dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan memastikan kek ekonomi ini digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.
Tuanku dalam titah turut menyentuh kepentingan menggunapakai teknologi tinggi dan terkini dari aspek digitalisasi dan keselamatan siber, justeru patik percaya, ini akan membawa kepada revolusi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik apabila selesai dinaiktaraf sepenuhnya.
Memanjatkan doa dan harapan semoga bumi bertuah Malaysia ini kekal aman makmur dan berdaya saing berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah semalam saya juga berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr Zaliha Mustafa dan suami, Dr Ahmad Adzlan atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Afif Salman dan pasangannya Siti Ellyka. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin dan isteri, Ustazah Nor Asmahan atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Nafisatul Ilmi dan pasangannya Abrar. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Port Dickson. Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun serta isteri YABhg. Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Irfan dan pasangannya Farisha. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi merasmikan Program Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Sumbangan Khas Kepada PIBG Sekolah-sekolah di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak kita
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan anak-anak untuk kembali ke sekolah pada sesi akan datang
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bandar Tun Razak yang diadakan di SJKC Naam Kheung bagi meraikan sahabat-sahabat komuniti Thionghua yang bakal meraikan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebagai sebuah Keluarga MADANI yang mencintai keharmonian berbilang kaum kita harus terus perkukuhkan perpaduan masyarakat dengan menghargai pelbagai sambutan kebudayaan di Malaysia.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan tahun baru ini memberikan kebahagiaan buat kita semua.
Xin Nian Kuai Le! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Sambutan Perayaan Pesta Ponggal bersama komuniti masyarakat India di Desa Tun Razak.
Semangat perpaduan amat penting sebagai teras keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk yang meraikan kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia tercinta.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Dalam kemeriahan majlis, pelbagai aktiviti telah dipenuhi mengikut adat kebudayaan perayaan ini.
Turut hadir bersama ADUN Sentosa, YB Tuan Dr Gunarajah A/L R George
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Desa Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
NADI memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat yang tepat dan terkini berkenaan inisiatif kerajaan. Melalui pusat ini, rakyat dapat memahami dasar dan peluang yang disediakan oleh kerajaan, memastikan tiada seorang pun yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
NADI Desa Tun Razak merupakan salah satu daripada tiga (3) NADI baharu yang beroperasi sejak 17 September 2024, menjadikan jumlah keseluruhan NADI di Kuala Lumpur setakat ini sebanyak 24 buah NADI.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama, Pengerusi Eksekutif MCMC YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir dalam Majlis Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Tahun 2025.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak merupakan inisiatif kerjasama strategik yang diselaraskan oleh Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dengan beberapa agensi kerajaan dan juga NGO-NGO yang prihatin.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kita bawakan beberapa jabatan/agensi daripada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan secara terus buat warga Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Inisiatif ini akan dilaksanakan lebih kerap dalam usaha kita untuk menjadikan seluruh warga Bandar Tun Razak sebagai masyarakat yang sihat dan sejahtera dan mampu menyumbang dalam agenda negara, membangun Malaysia MADANI.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong, Pengerusi IJN Foundation; Datuk Dr. Halimaton Hamdan, Pengerusi Yayasan Myprihatin; Profesor Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Sdn Bhd;
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN; Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara serta Dr. Faizul Nizam Bin Abu Salim, Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program pada hari ini.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan diakhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “ASEAN-Even Stronger Together” bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada jam 9 malam ini waktu Malaysia.
Insya-Allah, saya akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini serta peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global.
Ikuti ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi ini secara langsung malam ini menerusi Facebook RTM dan Bernama serta siaran Awani.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di majlis siang tadi juga, saya telah terserempak dgn Dr. Tan Seng Giaw, seorang tokoh veteran politik daripada DAP serta mantan YB Kepong. Kenangan bersama beliau cukup bermakna, kerana beliau banyak membantu saya ketika mula menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita sentiasa diberkati dan dirahmati. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada Dr Syed Azman atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Syed Mukmin dan pasangannya Siti Aishah. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut bersama, YB Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan isteri serta Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan isteri.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya turut bersama hadir dalam Program Kembali ke Sekolah, hasil kerjasama antara Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) dan Pertubuhan Wanita Mutiara.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Program ini bertujuan meringankan beban keluarga golongan yang memerlukan dalam menghadapi sesi persekolahan baharu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama Puan Tan Lean Kee, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara; Datin Seri Norhayati Musa, isteri kepada YB Menteri Dalam Negeri serta Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail, isteri kepada YB Menteri Hal Ehwal Agama.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Setibanya di Pulau Pinang, saya berkesempatan hadir bagi merasmikan Program Back to School Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Sumbangan ini adalah dari Yayasan MyPrihatin iaitu seramai 500 orang pelajar dari 35 buah sekolah.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semua harus sedar tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pihak kerajaan dan yang paling penting, manfaatnya benar -benar sampai kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Semoga segala usaha kita diberkati serta kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pemandangan ketika dalam perjalanan menuju ke KLIA2..
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah ! Skuad boling lelaki negara mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan Piala Dunia Boling IBF (Persekutuan Boling Dunia) di Kowloon, Hong Kong dalam acara berpasukan, hari ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kejayaan membanggakan dari Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhd Rafiq Ismail dan Ahmad Muaz Fishol squad Malaysia yang menewaskan Puerto Rico 3-2 di pentas final.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir dalam Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Auditorium Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebanyak RM34,113,450 diperuntukkan bagi inisiatif BAP untuk manfaat 227,423 orang murid di Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan serta Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Megat Affandi Bin Datuk Wira Haji Ismail,
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Kredit Gambar : Kementerian Pendidikan Malaysia -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menghadiri jemputan majlis pernikahan di Gombak. Terima kasih diucapkan kepada YB Hajah Rodziah dan suami atas jemputan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Robihah dan pasangannya Fadlun. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia. Pencapaian saudari luar biasa dan sangat membanggakan.
Juga sekalung tahniah kepada Rafiq Ismail yang mendapat pingat perak bagi acara perseorangan lelaki.
Moga kejayaan kedua-dua individu ini menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia!
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum mengakhiri pertemuan dengan PM @shigeruishiba kami bergerak ke Seri Perdana bersama delegasi kedua-dua negara untuk menikmati jamuan makan tengah hari.
Saya gembira melihat PM Ishiba dan delegasi Jepun terhibur dengan tarian kebudayaan, dendangan muzik instrumental serta nyanyian lagu-lagu tempatan dan Jepun yang dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
PM Ishiba dan delegasi Jepun antaranya tertarik dengan kemerduan nyanyian lagu klasik Jepun, Sukiyaki (Ue o Muite Arukou), serta lagu Mirai E yang popular di Malaysia.
Terima kasih atas kunjungan yang cukup bermakna hari ini. Semoga persahabatan Malaysia-Jepun terus diperkukuh dan diperluas demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
==
Before concluding our meeting, Prime Minister Ishiba and I, along with our delegations, proceeded to Seri Perdana for a luncheon.
I was pleased to see Prime Minister Ishiba and the Japanese delegation enjoying the cultural performances, including traditional dances, instrumental music, and renditions of local and Japanese songs organized by the National Department for Culture and Arts (JKKN).
The delegation was particularly captivated by the heartfelt performances of the classic Japanese song Sukiyaki (Ue o Muite Arukou) and Mirai E, a piece well-loved in Malaysia.
Thank you for today’s meaningful visit. May the friendship between Malaysia and Japan continue to strengthen and expand for the prosperity of our peoples.
🇲🇾🫶🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Shigeru Ishiba, Perdana Menteri Jepun dan isteri Madam Yoshiko Ishiba di Dataran Perdana, Putrajaya, saya turut berkesempatan membawa Madam Yoshiko Ishiba menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Demonstrasi mencanting batik oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Yoshiko Ishiba dan delegasi dari Jepun. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi meraikan Tamu Kenegeraan dari Jepun, Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia. Ia adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan Perdana Menteri Jepun pada Oktober tahun lalu.
Sebaik tiba di Perdana Putra, PM Ishiba dan delegasi Jepun diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.
Saya menghargai penghormatan diberikan PM Ishiba kepada Malaysia yang dipilih sebagai negara pertama untuk mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala. Ini menggambarkan keutuhan persahabatan dan kepentingan kerjasama Malaysia-Jepun.
Usai istiadat, saya dan PM Shiba menghadiri mesyuarat terhad bersama beberapa pimpinan bagi membicarakan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara, serta usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang kini di tahap perkongsian strategik komprehensif.
==
This morning, I welcomed Japan’s Prime Minister Shigeru Ishiba on his inaugural official visit to Malaysia, marked by an official ceremony and Guard of Honour inspection at Perdana Putra.
Malaysia is honoured to be chosen as PM Ishiba’s first destination for an official bilateral visit, reflecting the strong ties and importance of the Malaysia-Japan partnership.
Following the ceremonial proceedings, we convened a closed-door meeting with key leaders to discuss strategic issues of mutual interest and explore ways to further strengthen Malaysia-Japan relations, which are now at the level of a Comprehensive Strategic Partnership.
🇲🇾🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Bulu burung kuang raya yang asli dikenakan oleh salah seorang penari daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) semasa persembahan khas kepada Perdana Menteri Jepun.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11, saya dan PM Lawrence langsung ke Kompleks Seri Perdana untuk makan tengah hari.
Di samping menghidangkan lauk-pauk tempatan, saya turut menjamu PM Lawrence dan delegasi Singapura dengan buah durian Musang King, selain kami menyaksikan persembahan kebudayaan Malaysia.
Alhamdulillah, kunjungan PM Lawrence dan delegasi Singapura hari ini telah mempererat hubungan persahabatan serta kepercayaan antara kedua-dua negara jiran, selain membawa persefahaman dan kemajuan penting dalam rundingan merungkai isu-isu tertunggak.
Semoga hubungan kedua-dua negara sahabat ini terus mekar untuk kita bersama-sama melakar masa depan yang cemerlang buat rakyat Malaysia dan Singapura, Insya-Allah.
🇲🇾🤝🇸🇬
#malaysiamadani -
Post not available here, view on X
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Demonstrasi mencanting batik oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Puan Loo Tze Lui dan delegasi dari Singapura. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura pagi ini dimulakan dengan meraikan Tamu Kenegaraan PM Lawrence Wong dan delegasi dengan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.
Ini adalah kunjungan penting dan cukup bermakna tatkala hubungan dua hala Malaysia-Singapura menginjak usia enam dekad tahun ini, di mana kedua-dua negara komited untuk mempererat persahabatan dan persefahaman yang terjalin sejak sekian lama.
Usai istiadat, saya dan PM Lawrence sempat mengadakan pertemuan singkat sebelum kami mengetuai delegasi masing-masing dalam Mesyuarat Terhad Malaysia-Singapura (ALR) bagi berbincang dan merungkai beberapa isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara sahabat.
🇲🇾 🤝 🇸🇬
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Nampak macam salji kan?
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian saya hadir ke program penyampaian Bantuan Bakul Makanan MADANI anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Dapoq Street Cheras, Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis turut dihadiri oleh barisan warga kerja SKM, pihak pengurusan DBKL, wakil Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF) dan rakan-rakan kerjasama yang lain.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pagi tadi saya berkesempatan hadir di Pasar Sg Besi sempena sesi menandatangani Memorandum Persefahaman oleh Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, DBKL serta rakan-rakan strategik Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Inisiatif ini berfungsi bagi mentransformasikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bersih, indah serta selesa didiami oleh wargakota dan pengunjung tempatan serta asing yang hadir melancong.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Dato’ Dr Ahmad Shukri Mohamed.
Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998. Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri.
Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, Insya-Allah.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian, dengan titipan agar hari ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Perasmian Galeri Tenaga sempena Ulang Tahun ke -75 TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.
Galeri Tenaga adalah bukti bahawa TNB terus berinovasi dan melangkaui peranan tradisionalnya sebagai pembekal tenaga elektrik.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Galeri ini bukan sahaja mempamerkan karya seni yang memukau, tetapi juga menjadi platform yang menghubungkan sejarah, budaya dan inovasi di bawah satu bumbung.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga galeri ini menjadi sinar yang menerangi dunia seni dan budaya kita, sekaligus menjadi kebanggaan generasi hari ini dan masa depan.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini menerima kunjungan rakan sejawat saya , Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan saya bermula semalam.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu.
Usai tiba, Paetongtarn dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.
Insya-Allah, lawatan ini dijangka akan membuka lebih banyak ruang dalam mempertingkat hubungan persahabatan dan kerjasama antara dua negara berjiran ini ke tahap lebih baik di masa hadapan.
—
This morning, I had the pleasure of welcoming my esteemed counterpart, Prime Minister Paetongtarn Shinawatra of Thailand, who is currently on an official visit to Malaysia at my invitation, which began yesterday.
This visit marks Prime Minister Paetongtarn's first trip to Malaysia since she took office last August, and it is a significant step toward strengthening the strong ties between our two nations.
🇲🇾 🇹🇭
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di Shah Alam pagi ini bagi memutuskan pindaan perlembagaan KEADILAN bagi memantapkan proses dan memaknai demokrasi dalam pemilihan parti.
Alhamdulillah, lebih dua pertiga perwakilan telah menyatakan persetujuan sewaktu pengundian, sekali gus meluluskan usul pindaan perlembagaan ini.
Di permulaan ucapan penangguhan, saya zahirkan penghargaan buat pejuang parti yang telah meninggal dunia, terutama Almarhum Syed Husin Ali yang menggagas idea dan prinsip perjuangan KEADILAN, terutama dalam membela nasib rakyat miskin.
Saya tegaskan bahawa KEADILAN selaku parti yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi harus segera mengadakan pemilihan parti bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan.
Barisan kepimpinan parti harus melibatkan gandingan baharu dan lama. Namun pimpinan muda usah gelojoh apabila diberi mandat kerana pengalaman getir pimpinan lalu yang dihina, ditekan dan dianggap sebagai musuh negara suatu ketika lalu yang mengizinkan KEADILAN kukuh bertapak pada saat ini.
Saya turut singgung tindakan segelintir pimpinan dan Ahli Parlimen KEADILAN yang terperangkap dalam sentimen dimainkan pembangkang hingga tergamak menyatakan belas kasihan pada pihak yang telah mencuri berbilion ringgit wang rakyat.
Pimpinan dan Ahli Parlimen KEADILAN seharusnya bingkas menjawab dan melawan dakwaan pembangkang dengan fakta, umpamanya kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dalam kes Batu Puteh.
Pimpinan juga perlu segera memberi penjelasan pada rakyat terhadap sentimen dangkal kononnya Melayu dan Islam terancam ketika ini, sedangkan hakikatnya hanya mereka yang mencuri berbilion ringgit wang rakyat terancam di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.
Setiap anggota dan pimpinan KEADILAN harus terus membela nasib rakyat dan bekerja dengan baik. Jawatan yang disandang ini bukan penyelesaian, tapi ruang untuk melaksanakan cita-cita dan perjuangan kita.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tadi terserempak dengan anakanda Muhammad Aqif bersama ibunya puan Rohani.
Tertarik dengan ayat di baju anakanda Aqif :
"Bukan diriku yang kuat, tapi doa ibuku yang hebat"
MashaAllah ! Betul kan? -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
KENYATAAN BERSAMA BERKENAAN DAKWAAN TUN DR MAHATHIR BERKAIT ISU PULAU BATU PUTEH
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Terima perkhabaran duka pulangnya ke rahmatullah, Allahyarhamah Wak Suardi Sawai, Ahli Reformis 98.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarham dan tempatkannya bersama para solihin. Aamiin
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan yang tersayang
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tugasan rasmi saya hari ini bermula dengan menyempurnakan penanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba Parlimen Malaysia.
Inisiatif ini menandakan pencapaian program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, awal daripada sasaran yang ditetapkan, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang menyokong terhadap pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan agenda global untuk pembangunan lestari.
Prakarsa ini adalah sebahagian daripada komitmen negara pada persidangan bumi 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan hutan.
Agenda nasional ini bermula pada 5 Januari 2021, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) yang turut melibatkan penyertaan kerajaan negeri dan sektor swasta.
Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuh agenda kemampanan di bawah konsep MADANI dalam memastikan pembangunan Malaysia yang seimbang dan manusiawi.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah ! Team BTR menang. Tahniah !
www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1334105/xin-yi-bant… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hari ini saya telah berkesempatan melawat Batik Lestari Festival yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dengan kerjasama MyCreative Ventures dan Royal Selangor bersempena dengan Hari Batik Malaysia.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pelbagai pameran dan aktiviti menarik berkenaan dengan batik telah dan akan diadakan.
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta @drwanazizah. Semoga terus kuat dan diberi kesihatan yang berpanjangan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Maktok, berapa umur?
27? Eh.. dah 72! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen pagi tadi sejurus selepas keluar daripada dewan.
Terima kasih atas ucapan dan doa dari semua sempena hari ulangtahun saya. Semoga kita semua juga sentiasa dirahmati dan dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pakar Kardiologi Negara, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad diatas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-64.
Syabas dan tahniah ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan aaya di Parlimen berkenaan dengan statistik terkini warga emas terbiar atau dipinggirkan keluarga yang telah dimasukkan ke institusi-institusi JKM serta apakah langkah-langkah untuk melindungi warga emas tersebut.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen, saya berkesempatan melawat reruai daripada Jabatan Muzium Negara.
Saya turut bergambar bersama wakil Ketua-Ketua Blok FELDA dari Parlimen Pengerang yang sedang membuat lawatan ke Parlimen. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen hari ini berkenaan data UNICEF yang telah merekodkan 12.3 peratus remaja berumur 15 - 17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri.
www.facebook.com/share/v/j74EZ8rPowjhQt3Q/This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, yang disambut pada 25 November setiap tahun bertemakan, ‘UNiTE! Invest to Prevent Violence Against Women and Girls’ di peringkat antarabangsa.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tema ini menyeru seluruh masyarakat untuk mengambil tindakan serius dalam menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Di Parlimen, saya turut berpeluang menzahirkan sokongan terhadap Kempen Bersama Hentikan Dan Laporkan Keganasan Terhadap Wanita.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima khabar pemergian Seniman Negara Tan Sri Datuk Seri Ahmad Khan Nawab Khan, dengan rasa dukacita yang mendalam.
Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna.
Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai lagenda yang tiada galang gantinya.
Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan ruh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah. Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Bersama hadir dalam Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tahniah diucapkan buat semua penerima anugerah. Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Persamian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kompleks Desa Tasik, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan Datuk Rizalman Mokhtar Setiausaha Politik YB Menteri Perladangan dan Komuditi.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat.
Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.
Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.
Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati.
Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca.
Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan imej Malaysia gah di seantero dunia.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kemudian, saya juga sempat berkunjung ke Pet Universe sebuah Hospital Veterinar di Ampang, Selangor bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi tujuan meningkatkan kebajikan haiwan peliharaan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sebuah Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Persatuan Rakan Kucing Malaysia dan Pet Universe telah dimeterai hari ini disaksikan sahabat-sahabat pencinta kucing dan aktivis-aktivis untuk kebajikan haiwan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Diharapkan MOU yang ditandatangani pada hari ini menjadi satu titik tolak untuk penambahbaikan advokasi kepada kebajikan haiwan-haiwan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur insyaAllah.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berksempatan mengadakan kunjungan Ziarah kasih MADANI di beberapa buah rumah di sekitar kawasan Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Lawatan kali ini meliputi rumah Encik Abdul Kareem di Alam Damai yang telah berlaku kebakaran. Kemudian, saya menziarahi Encik Zakaria yang lebih dikenali sebagai Pak Ya di Kampung Malaysia Tambahan yang telah menjalani pembedahan dibahagian perut yang kini sedang berehat.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sejurus itu, saya berangkat ke rumah Puan Nur Hidayah di Lorong Makmur pesakit kencing manis yang telah menjalani pembedahan di bahagian kaki sehingga kehilangan jari-jari kaki beliau dan kemudian saya ke rumah Puan Munah di Jalan Mewah merupakan warga emas yang telah uzur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan lawatan ziarah pada hari ini.
Semoga sumbangan dan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perbincangan kami semasa mesyuarat dua hala tertumpu kepada usaha bagi meningkat serta merapatkan hubungan dan kerjasama dua hala khususnya terkait industri halal, pertahanan dan keselamatan, digital, pelaburan, dan tenaga. Malaysia juga menyambut baik cadangan Vietnam untuk mempertingkat kerjasama strategik yang lebih komprehensif di antara kedua-dua negara.
Malaysia dan Vietnam juga bersetuju untuk meneroka sektor perikanan agar kita dapat bekerjasama dalam kerangka keyakinan dan persahabatan yang tinggi.
Republik Sosialis Vietnam adalah rakan dagangan ke-10 terbesar Malaysia di peringkat global dan rakan dagangan ke-4 di peringkat ASEAN. Untuk tempoh Januari hingga September 2024, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Vietnam direkodkan mencecah RM80 bilion.
Semasa sidang media bersama, saya turut mengambil kesempatan untuk menelusuri sejarah kemerdekaan Vietnam yang keras menentang penjajahan dan lantang menyanggah imperialisme menerusi asas perjuangan yang dihampar Bapa Negara Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Justeru, dengan cebisan sejarah yang hebat itu maka saudara To Lam akan sudi untuk mengiringi saya ke Dien Bien Phu kelak, Insya-Allah.
🇲🇾🇻🇳
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selepas acara Sambutan Rasmi TYT To Lam, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam dan isteri Puan Ngo Thi Phuong Ly di Dataran Perdana saya turut berkesempatan membawa Puan Ngo Ngi Thi Phuong Ly menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Demonstrasi mencanting batik oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Puan Ngo Thi Phuong Ly dan delegasi dari Vietnam. Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Vietnam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini menerima Tamu Kenegaraan dari Republik Sosialis Vietnam iaitu Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam TYT To Lam dan isteri Puan Ngo Thi Phuong Ly yang dalam rangka lawatan rasmi satu hari ke Malaysia.
Usai sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja, TYT To Lam dan saya langsung ke Sesi Pertemuan Khas yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri serta delegasi dari Vietnam.
Hubungan kerjasama erat Malaysia dan Vietnam mesti terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.
🇲🇾🇻🇳
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen selepas slot PMQT, bergambar bersama YB Puan Lim Hui Ying, YB Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Tanjong serta rombongan dari Parlimen Tanjong yang sedang membuat lawatan ke Parlimen
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen, bersama pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang sedang mengadakan lawatan ke Parlimen.
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, program di Brazil dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini.
Dalam pertemuan ini kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini.
Saya juga nyatakan komitmen Malaysia dalam membantu terkait urusan halal selain usaha memartabatkan Islam menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.
Selain itu, Malaysia juga akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.
Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan senaskah Al-Quran cetakan khas manakala 10 naskah lagi adalah terjemahan dalam bahasa Portugis.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), saya telah bersama hadir dalam Majlis Sambutan ke-108 tahun sekaligus melancarkan Jualan Biskut Tabung PPPM bagi Tahun 2024.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hasil daripada jualan ini akan dimanfaatkan bagi program latihan dan aktiviti pembangunan holistik untuk gadis-gadis dan wanita muda di seluruh negara melalui cawangan-cawangan PPPM di peringkat negeri dan daerah.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM
Kredit Gambar : BERNAMA Official -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.
Saya berduka atas kehilangan Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Beliau merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, selain merupakan seorang sahabat yang baik. Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta diampunkan segala dosa almarhum, Insya-Allah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
15 NOVEMBER 2024
Menjunjung Kasih KDYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PPPMCNS) diatas kesudian mencemar duli berangkat ke ..-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis Hi Tea bersempena dengan Sambutan 100 tahun PPPMCNS di Dewan Pekerti, Seremban.
Turut hadir bersama Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Yang DiPertua PPPMCNS serta Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga PPPMCNS terus cemerlang dalam setiap bidang dan aktiviti yang dilakukan serta kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Menjunjung Kasih Tuanku ! -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima penghormatan tertinggi Kerajaan Peru, anugerah pingat "El Sol del Peru" yang dikurniakan oleh Presiden Dina Ercilia Boluarte Zegarra.
Pingat "El Sol del Peru" ini dianugerahkan kepada raja, ketua negara, ketua kerajaan, menteri luar negeri, menteri negara, duta asing bertauliah atau presiden pihak berkuasa awam.
Saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia dan ia juga sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara.
Penganugerahan ini juga diharap menjadi permulaan baharu kepada perhubungan yang lebih kukuh antara kedua-dua negara.
======
Received Peru’s highest honour, the "El Sol del Peru". The conferment of decoration was done by Peruvian President Dina Ercilia Boluarte Zegarra.
I accept this distinction on behalf of the people of Malaysia. We will cherish this as a symbol of the enduring friendship between our two nations.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan kawasan pertanian yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut dan alternatif pertanian lain yang diambil untuk mengurangkan kerugian pada musim monsun.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bersama dalam Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK2024) yang telah berlangsung di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Mengangkat tema “KASIH Keluarga, Jiwa MADANI”, menunjukkan Kerajaan akan terus komited dalam memperkasa institusi kekeluargaan di negara ini dari aspek fizikal, nilai, moral dan kerohanian.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sambutan yang berlangsung selama dua hari ini sangat meriah dengan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah diadakan.
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan penyelarasan semua bantuan dari semua agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan untuk jaminan kesamarataan bagi golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hari ini di Parlimen, berkesempatan melawat reruai Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ini merupakan konsep baharu KKM ketika mereka turun ke lapangan bersama komuniti selain mengadakan program saringan kesihatan, ujian darah dan seumpamanya.
Syabas KKM !
Semoga segala usaha ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan statistik terkini kes jangkitan MPox di Malaysia dan golongan sasaran yang akan menerima antivirus Tecovirimat (TPOXX) dan Vaksin MVA-BN bagi virus MPox.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen berkenaan dengan statistik program-program perkaderan kepimpinan muda (Nurturing Young Leaders) berdasarkan "Landasan Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Tinggi 2024"
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada filasuf dan ilmuwan ulung, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Ternyata pelantikan ini memberi makna besar kepada seorang tokoh yang begitu berjasa kepada dunia Islam dan dunia pemikiran.
Sepanjang hidup, saya amat bernasib baik kerana dapat mendampingi beberapa ilmuwan besar, dan Prof Al-Attas merupakan salah seorang daripada tokoh tersebut.
Beliau memberikan saya bimbingan dan pendedahan dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya sebagai mahasiswa di Universiti Malaya dan semasa saya berkhidmat sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bahkan dalam bidang falsafah, pengaruh beliau terhadap generasi kami begitu mendalam.
Prof Al-Attas bukan sahaja sedia mencurahkan ilmu tetapi sebagai seorang sahabat setia yang turut memberikan dorongan serta semangat ketika saat genting tatkala saya terbungkam di Kamunting menerusi serangkap pantun:
Kemunting buah pedada,
Digoncang gugur tak jadi;
Bunga tersunting di atas dada,
Jasa pagar memakan padi.
Dorongan ini membakar jiwa untuk terus bertahan di Kamunting, lalu saya sampaikan mesej pada Prof Al-Attas dengan pantun:
Kemunting di dalam pagar,
Mekar layu gugur sendiri;
Dengan helah pencak pendekar,
Takkan tergugat pahlawan sejati.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Di Parlimen semalam bersama Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik PMX, Datuk Dr Muru, Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia serta rakan-rakan ahli parlimen yang lain
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan telah diluluskan di Parlimen semalam.
Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selaku Pengerusi KASIH Malaysia, saya telah bersama hadir dalam Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa di Masjid Sri Sendayan anjuran KASIH Malaysia, BAKRIYAH Negeri Sembilan, Wanita IKRAM Malaysia dan Masjid Sri Sendayan bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama YABhg. Datin Seri Wan Hasni, Yang diPertua BAKRIYAH Negeri Sembilan; YBhg. Ustazah Sallawahiu, Ketua Wanita IKRAM Malaysia serta YBhg. Puan Sri Hani Yang, wakil Pengerusi Masjid Sri Sendayan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pelbagai aktiviti turut dianjurkan sepanjang program berlangsung iaitu Solat Dhuha & Bacaan Al-Mathurat Sughra, Tadabbur Surah Al-Insyirah bersama Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Forum Kesedaran Kesihatan Mental, Klinik Kaunseling dan pelbagai reruai menarik.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Kredit Gambar : mediambns -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya seterusnya mengadakan tinjauan bagi melihat perkembangan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha (20JLH) Fasa 2 dan Sistem Agihan di Belakang SK Pasir Hor, Jalan Pasir Hor, Kota Bharu.
Dalam sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), saya dimaklumkan bahawa tahap kemajuan projek yang bernilai RM54.9 juta ini berada pada tahap 13%.
Insya-Allah, projek yang akan siap pada 2026 ini dijangka dapat meningkatkan liputan bekalan air terawat kepada rakyat di sekitar Kota Bharu.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Istiadat di Istana Negeri, Kubang Kerian, saya langsung ke Pasar Besar Siti Khadijah bagi bertemu para peniaga dan warga Kelantan.
Saya zahirkan penghargaan kepada komuniti peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah dan menyentuh keperluan untuk membangunkan lokasi ini sebagai hub ekonomi utama masyarakat setempat khususnya bagi penduduk Kota Bharu.
Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi kerja-kerja pembersihan, membaik pulih bumbung dan tandas, mengecat bangunan Pasar Besar Siti Khadijah serta kerja-kerja pendawaian elektrik.
Saya percaya proses naik taraf mercu ikonik negeri Kelantan ini mampu memberi manfaat kepada semua peniaga dan para pengunjung.
Dalam kesempatan sama, saya turut umumkan Kerajaan MADANI memperuntukkan RM8 juta bagi menampung kos projek membina dan menyiapkan Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.
Insya-Allah, saya dan rakan-rakan pimpinan akan terus bekerja keras serta bekerjasama membantu rakyat negeri Kelantan.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V atas pengurniaan Darjah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Alhamdulillah.
Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat.
Dirgahayu Tuanku!
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atas kejayaan cemerlang menyempurnakan pengajian PhD dalam bidang Doctorate in Business Administration di Asia e University (AeU).
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai pertemuan dengan rombongan dari Indonesia, saya dan Azizah berpeluang meraikan lagenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov bersama delegasi dalam jamuan makan malam di Seri Perdana, Putrajaya.
Turut bersama dalam sesi ini adalah aktivis hak asasi dan professor undang-undang dari Amerika Syarikat, saudara Khaled A. Beydoun serta perenang Palestin yang beraksi di Olimpik Paris, Yazan Al Bawwab.
Saya melihat pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan menjadi inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja terbaik dalam profesion namun mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan dan rahmah khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketika meluncurkan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini, saya singgung pertikaian mengenai keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan di negara ini sejak puluhan tahun lalu.
Umpamanya Dasar Ekonomi Baru yang diluncurkan pada 1971 dengan inisiatif yang secara langsung membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat. Namun tiga tahun kemudian tercetus peristiwa Baling di mana
kelompok termiskin dalam negara bangun membantah berikutan pelaksanaannya dianggap tidak sampai pada maksudnya.
Peristiwa ini harus menjadi kejutan dan tamparan untuk menyedarkan golongan elit penguasa, elit ekonomi, penjawat awam, masyarakat sivil dan peniaga bahawa dasar yang diputuskan harus menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat di akar umbi.
Saya turut menegur wacana dan forum ekonomi anjuran pelbagai pihak yang jarang sekali membicarakan perihal permasalahan kemiskinan rakyat secara serius sedangkan ia amat mengesankan negara, khususnya golongan rentan yang dianggap tercicir dan terpinggir daripada arus pertumbuhan perdana.
Terkadang pelaksanaan inisiatif membasmi kemiskinan itu tidak membantu memerdekakan rakyat miskin dari segi ekonomi, sebaliknya hanya cukup untuk mereka meneruskan hidup dan perlu terus bergantung kepada penguasa, sekali gus mewujudkan sindrom kebergantungan seperti yang diungkap tokoh ekonomi Samir Amin.
Kerana itu Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang tidak sekadar tertumpu pada dana, sebaliknya memberi ruang untuk rakyat bekerja, membebaskan diri dari kancah kemiskinan dan tidak lagi bergantung pada bantuan.
Saya turut bicarakan soal pengagihan subsidi yang perlu diteliti semula supaya lebih adil dan saksama, terutama dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah mahupun universiti kerana kaedah agihan semasa lebih menguntungkan golongan kaya.
Usaha merungkai masalah kemiskinan juga tidak semestinya hanya tertumpu pada soal ekonomi semata-mata, seperti mana pandangan Pendeta Za’ba yang mentafsirkan isu kemiskinan dari segi kemiskinan harta, kemiskinan ilmu dan kemiskinan budi pekerti.
Saya yakin dan percaya Malaysia mampu bebas daripada kemiskinan tegar dalam masa yang singkat jika semua agensi yang memikul amanah besar ini berupaya merangka dasar yang lebih menyeluruh, di samping bermuhasabah bagi menghentikan kebocoran, ketirisan dan pembaziran.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Alhamdulillah, pada malam ini dapat bersama hadir dalam Majlis Ilmu di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bersama dengan YBhg. Ustazah Datin Hajah Aminah Binti Zakaria, Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Beliau merupakan salah seorang aktivis dakwah yang masih komited kepada perjuangan ilmu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis Ilmu kali ini istimewa kerana ianya julung kali diadakan bagi memfokuskan penyertaan wanita dalam membincangkan perihal agama di Seri Perdana. Perbincangan malam ini bertemakan “Maulidur Rasul & Bahaya Taasub”.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turut menyentuh kepentingan majlis seperti ini dalam memupuk budaya ilmu khususnya dalam kalangan wanita dan juga para ibu. Timbulnya isu eksploitasi pekerjaan, wanita dan anak serta ajaran sesat dalam masyarakat menuntut kita istiqamah dalam perjuangan ilmu.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih kepada Ustazah Datin Hajah Aminah atas kesudian berkongsi hikmah dan nasihat dalam majlis ini. Insya-Allah kita akan teruskan majlis seperti ini di Seri Perdana pada masa akan depan.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana berkenan menyempurnakan perasmian bangunan baharu Akademi Perubatan Malaysia (AMM) di Presint 8, Putrajaya
BERNAMA
@bernamadotcom
Sultan Nazrin rasmi bangunan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) baharu di Putrajaya
bernama.com/bm/am/news.php?id=2345821
#bernamanews -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berkesempatan menghadiri jemputan majlis pernikahan di Kampung Datuk Keramat, KL. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Sabki dan isteri, Puan Hajjah Muna Izzah atas jemputan ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, 'Izz dan pasangannya Sofia. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, saya turut berkesempatan hadir bersama dalam Majlis Malam Cinta Rasul Bandar Tun Razak di Tapak Urban Street Dining@Stadium KL.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama Saudara Kamil Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Puan Nurul Izzah, Pengerusi SERI, Puan Asyqoh Yusof, Pengurus DBKL kawasan Bandar Tun Razak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Sumbangan daripada YAB Menteri Kewangan turut diberikan kepada masjid dan surau di sekitar Bandar Tun Razak. Diharapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan aktiviti keagamaan dan kebajikan masyarakat setempat.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Program-program seperti ini akan kita teruskan pada masa akan datang juga. Insha-Allah.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Bantuan sumbangan ini diberikan kepada anak-anak dalam Parlimen Bandar Tun Razak agar sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka dalam perjalanan menimba Ilmu sehingga ke menara gading.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kepada semua warga Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar berdekatan, saya ingin menjemput anda semua untuk hadir beramai-ramai ke program Malam Cinta Rasul Bandar Tun Razak pada 26 September ini, bermula jam 8pm di Tapak Urban Street Dining di Stadium Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Jom bersama-sama kita raikan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan memperingati keperibadian agung Baginda serta para sahabat dalam program penuh barakah ini.
Bawa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Kita jumpa di sana ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga roh reformasi terus membara.. Kami amat menghargai.. Hanya Allah saja yang dapat membalas segalanya..
www.facebook.com/share/v/ujkfvajmxbPRom7o/ -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Baju hampir sama (yang lama dah koyak...)
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semalam, berkesempatan juga menghadiri jemputan majlis pernikahan di Damansara. Terima kasih diucapkan kepada Encik Subri dan isteri atas jemputan. Turut bersama, Datin Sri Dato' Hajah Burhah Mohammed, isteri kepada Menteri Besar Pahang.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Athea dan pasangannya Ikmal. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai meninjau mangsa banjir di Kedah, saya bersama Azizah hadir ke majlis memperingati sahabat dan guru saya, Almarhum Syed Husin Ali di Universiti Malaya, yang membawa kembali kenangan tatkala saya mengikuti sesi kuliah dan syarahannya di sini suatu ketika dahulu.
Saya menghimbau kekentalan jiwa Pak Syed, seorang pemikir awam yang tekal dalam jalur perjuangan membela nasib rakyat miskin, menuntut keadilan serta seorang pejuang bahasa Melayu yang kental.
Sempat juga saya mengenang saat kami bersebelahan lokap di Kuala Lumpur, sebelum bersama-sama dihumban ke Kamunting pasca Peristiwa Baling 1974, di mana kami semakin akrab dan bertukar pandangan serta berbahas dalam berbagai hal.
Saya amat menghargai persahabatan yang terjalin antara kami, apatah lagi Syed Husin adalah antara yang pertama dalam kalangan pimpinan politik yang datang ketika peristiwa getir pemecatan saya pada 1998, dan menzahirkan kesetiaan untuk bersama-sama mendukung perjuangan ini.
Syed Husin juga paling sering ke mahkamah ketika itu, dan memberi jaminan kepada Azizah dan anak-anak bahawa Uncle Syed akan tetap bersama, memberi perhatian dan membela nasib mereka.
Pastinya intelektualisme dan kecekalan Syed Husin yang konsisten, tuntas dalam pandangan, tidak berganjak soal tatakelola yang baik serta gerakan membela nasib rakyat banyak mempengaruhi Parti Keadilan Rakyat. Beliau sentiasa menekankan bahawa KEADILAN mesti meletakkan agenda pembelaan nasib rakyat, petani, nelayan dan miskin kota sebagai keutamaan.
Saya percaya pemikiran Syed Husin harus terus digali dan dibahaskan menerusi karya-karya beliau yang begitu berharga, umpamanya “Social Stratification Social Stratification in Kampong Bagan” yang membicarakan perihal kesenjangan yang melebar antara kelompok kaya dan miskin.
Keilmuan dan sikapnya juga harus diteladani ahli akademik, di mana Pak Syed mendasari ilmunya untuk berpijak kepada kenyataan hidup dan realiti masyarakat, kemudian melontarkan idea serta teguran dengan berani. Seorang sarjana dari universiti itu tidak harus hanya menjadi pak turut, sebaliknya harus bebas berbicara.
Di majlis ini, saya umumkan persetujuan untuk mewujudkan Kursi Syed Husin Ali di Universiti Malaya sebagai wadah untuk terus meneroka curahan pemikiran beliau terkait kehidupan rakyat miskin di kota dan desa, strata sosial, hubungan etnik dan selainnya.
Saya turut umumkan peruntukan RM200,000 kepada Persatuan Sains Sosial untuk menyelenggara penulisan dan kajian-kajian daripada pemikiran Syed Husin.
Semoga segala usaha ini akan terus menghidupkan obor perjuangan Syed Husin untuk melihat reformasi berlaku dalam sistem
negara yang kian bobrok akibat tatakelola yang lemah, rasuah yang menjalar dan kesenjangan yang terus melebar.
Terima kasih atas penganjuran majlis ini yang membuka ruang untuk saya melontarkan isi hati, persahabatan dan kasih yang abadi kepada sahabat, guru dan teman
seperjuangan, saudara Syed Husin Ali.
Al-Fatihah.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Memenuhi jemputan majlis pernikahan di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Romli Ishak dan isteri atas jemputan
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada kedua ibu bapa pengantin diatas pernikahan anakanda tercinta, Izzah dan pasangannya Afif. Didoakan semoga pernikahan dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah. Aamiin YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi merasmikan Program Sambutan Hari Jantung Sedunia & Minggu Penyusuan Susu Ibu Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras Tahun 2024.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berksempatan melawat reruai yang telah dipamerkan di dalam Dewan Serbaguna Perumahan Polis Desa Tasik. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga telah disediakan antaranya Saringan Kesihatan Mental, Pemeriksaan gigi, Pemeriksaan jantung, Saringan wanita dan banyak lagi.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama YBrs. Dr. Nor’aisyah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta YDH DSP Abdul Ghani bin Hj. Talib, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) IPD Cheras
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga segala usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Obor perjuangan gerakan reformasi yang bermula sejak 26 tahun lepas harus terus menyala dengan berbekalkan semangat "suara rakyat, suara keramat".
Selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , saya sampaikan amanat tersebut pada “Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat” malam semalam seraya dihadiri pimpinan utama parti, veteran, ahli sejati, anak muda dan juga mereka yang kekal bersama sejak dahulu lagi.
Sayugia, rapat umum ini diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi sambil mengingatkan ahli dan jentera parti supaya terus memperkukuh jentera demi rakyat dan negara.
Dalam ucapan, saya turut mahukan pejuang keadilan dan reformasi tidak melupakan asas penubuhan parti kerana watak-watak penting inilah yang meletakkan asas perubahan landskap politik negara.
Jangan pula lena dan terlalu selesa dengan jawatan dalam kerajaan atau sebagai wakil rakyat kerana asas perjuangan parti itu selama ini harus terus mekar menyala untuk keharmonian rakyat dan juga negara sebagai satu kesatuan penting.
Menggunakan platform yang ada, saya maklumkan hadirin bahawa Insya-Allah, Belanjawan Madani tahun ini akan cuba menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dengan lebih baik lagi.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi di Kota Kinabalu bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia 2024 bersama teman-teman.
Salut saya kepada rakyat Sabah serta para petugas yang tidak berganjak walau hujan lebat membasahi lokasi keramat, Padang Merdeka.
Semangat Jiwa Merdeka seperti ini harus sentiasa disemat utuh oleh semua dalam membangun Malaysia selain menjauhi sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya bertekad untuk terus mengangkat darjat semua negeri terutamanya kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar.
Saya turut memberi jaminan akan bertungkus lumus menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama rakan pimpinan dan Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).
Saya percaya dengan permuafakatan serta musyawarah yang wujud antara Persekutuan dengan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, perkara ini mampu direalisasikan.
#malaysiamadani
#jiwamerdeka -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', merangkumi manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW yang sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
Dihadiri kira-kira 6,000 tetamu, Baginda Tuanku turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada penerima-penerima.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Haji Yassin dan juga enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW:
1. Datin Aminah Zakaria
2. Dato’ Ab. Jamal Tun Sakaran
3. Datin Paduka Prof. Dr Khatijah Yusoff
4. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain
5. Sariah Ibrahim
6. Micheal Tong Wai Siong (Uncle Mike).
Dalam mencari model contoh ikutan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung ialah Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah.
Nabi Muhammad SAW, adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun lebih dari itu pakej Rasullah SAW sebagai pemimpin negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model Madinah dibawah payung kepimpinan beliau.
Sehubungan itu, cita-cita negara Madani juga tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan.
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah al-Ahzab: 21)
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Astro AWANI
@501Awani
Mata kemenangan 21-13 dicapai susulan kesilapan servis dilakukan Liu Shengshu, sekali gus memberi kemenangan buat wakil tunggal negara menggondol kejuaraan kali ini.
#awaninews #awani745
www.astroawani.com/berita-sukan/pearlythinaah-juara-terbu… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bersama dalam Majlis Perasmian Laman Agrofood Florikultur Miracle Garden Jabatan Pertanian sempena MAHA 2024. Saya juga berkesempatan melawat Pavillion Negeri Perak Darul Ridzuan sebelum mengakhiri lawatan di Laman Perikanan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama, YBhg. Datin Seri Normah Alwi, isteri kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; serta YBrs. Pn. Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA
Kredit Gambar : FAMA Malaysia -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara awal pagi tadi.
Pada Istiadat ini, lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak yakni Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Panji-Panji ini merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Raja dan Negara.
Daulat Tuanku.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ucapan @n_izzah ketika menghadiri program 5th Observance of the UN International Day to Protect Education from Attack yang dianjurkan oleh Yayasan Education Above All dengan kerjasama UNESCO, UNICEF, OHCHR dan Pejabat SRSG di Doha, Qatar.
Video penuh :
www.facebook.com/share/v/x9ArDdVPMCLjzpxa/This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
I had the opportunity of visiting injured Palestinians at the Surgical Specialty Centre at the Hamad Medical Corporation Hospital during my visit to Qatar. Visiting the injured there and listening to the suffering they had to endure is heart breaking…
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
May Allah ease them and all those facing oppression around the world
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Takziah kepada keluarga almarhum Ustaz Muhammad Mustapa atas kehilangan almarhum malam semalam. Saudara Mustapa adalah mantan Ahli Parlimen Ketereh dan mantan ADUN Demit, selain merupakan seorang sahabat yang baik. Mendoakan keluarganya dikurniakan kekuatan, serta mendoakan agar ruh beliau diampunkan segala dosa dan diberi tempat teristimewa di-Sisinya.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berbesar hati menerima undangan untuk bersama dalam The 5th Observance of the UN International Day to Protect Education from Attack di Doha, Qatar.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Insya-Allah, saya akan menyampaikan pandangan mewakili Malaysia bagi memastikan suara mereka yang kehilangan nyawa, mengalami kemusnahan ekonomi, akses kepada kesihatan dan peluang pendidikan akibat peperangan dapat dibela dan ditegakkan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tonton menerusi siaran langsung bermula jam 3.00 petang : www.youtube.com/live/YVwcS2Hj_Cs
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menghadiri dan menyaksikan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Istiadat disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Apakala berucap pada istiadat tersebut, saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan terus berusaha keras untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bermutu, prasarana kesihatan dan perumahan mampu milik supaya rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Malah, saya tekankan bahawa bahawa angka-angka pertumbuhan tidak bermakna jika hasilnya tidak melimpah kepada rakyat sekaligus menuntut rangka kerja Ekonom MADANI yang mampu mengurangkan kos sara hidup selain memperluaskan jaringan keselamatan sosial.
Kepada penerima pingat, moga terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Tahniah🎉
Atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.
📸 Mohd Faizol Aziz | BERNAMA
#bernamanews
#bernamaimages
#bernamaparalimpik2024 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
My deepest condolences to the family and the loved ones of the late Mr Lim Hang Kiau, husband to the former MP Hulu Selangor Puan June Leow
May the family bear this loss with patience and forbearance. My thoughts are with them during this painful period. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Berita Harian
@bharianmy
Liek Hou sumbang emas pertama Malaysia di Paralimpik Paris
#bhsukan Juara dunia lapan kali itu menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho pada aksi final kategori SU5
www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/09/1293259/liek-hou-s… -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah hadir berhimpun di Dataran Putrajaya pagi tadi bersama ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.
Bangga melihat penyertaan penuh bersemangat dan bertenaga daripada pasukan keselamatan, badan penguat kuasa, agensi-agensi Kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta anak-anak pelajar dalam perarakan kemerdekaan ini.
Saya juga kagum melihat pelbagai persembahan yang memukau, terutamanya pertunjukan aset-aset udara serta persembahan Malaysia MADANI Jiwa Merdeka yang mengangkat tema integriti dengan mengetengahkan perjuangan membersihkan negara daripada rasuah.
Persembahan dan sorakan menakjubkan daripada sekitar 2,000 anak-anak pelajar yang memenuhi pasukan Teres Grafik Manusia juga mencuri tumpuan sepanjang perarakan ini.
Penghargaan tertinggi dan syabas buat ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum yang sanggup menunggu seawal pagi semata-mata mahu menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini.
Semoga sambutan hebat ini mencetus inspirasi untuk kita bersama-sama memaknai kemerdekaan yang telah kita nikmati sejak 67 tahun lalu dengan semangat perpaduan yang utuh dan jiwa rakyat yang bebas dan merdeka.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
🇲🇾
#malaysiamadani
#jiwamerdeka -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun. Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran dan keamanan buat semua rakyat Malaysia.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Comel kan?
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah kerana berkenan berangkat ke majlis pengurniaan sumbangan sempena Hari Kebangsaan 2024 bersama Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam di Dewan Komuniti Sentul Perdana.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 400 orang penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Setiap penerima sumbangan akan menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan yang merupakan sumbangan peribadi Tuanku yang disalurkan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Paduka Tpr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL).
Menjunjung Kasih Tuanku! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-63 Tahun 2024 yang telah berlangsung di M Resorts & Hotel Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Majlis yang bertemakan ‘Penjagaan Ehsan dalam Masyarakat Penyayang’ anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan turut diisi dengan penganjuran seminar di sebelah pagi yang melibatkan penceramah-penceramah berwibawa dari dalam dan luar negara.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM; Professor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Yang di-Pertua NCWO;
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih Tuanku !
Kredit Gambar : Official Sultan Ibrahim -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2024.
!
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat tapak festival yang mempamerkan pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Ybhg Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg Dato’ Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Menjunjung Kasih Tuanku -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya, Azizah dan keluarga hadir bersama teman-teman lain untuk memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Rozaid Abdul Rahman, teman seperjuangan yang telah pergi dijemput ilahi lewat petang semalam.
Kami mengenali saudara Rozaid dan keluarganya sejak puluhan tahun lalu, terutamanya ketika Almarhum mula mencipta nama sebagai wartawan yang disegani di akhbar Utusan Melayu selain bapanya yang menjadi antara pemimpin terawal KEADILAN.
Saudara Rozaid adalah pejuang yang kental dan setia, termasuk saat dipenjarakan dan menjadi antara mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pasca ledakan gelombang reformasi pada tahun 1997/98.
Saya secara peribadi amat terkesan dengan kehilangan seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang setia dan gigih.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh Almarhum Rozaid, diampunkan segala dosanya serta dilimpahkan kekuatan yang tidak terhingga buat keluarganya.
Insya-Allah, perjuangan dan pengorbanan Almarhum akan diteruskan pasukan.
Al-Fatihah. -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menerima kunjungan hormat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama isteri YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman di Seri Perdana, hari ini.
Kunjungan hormat bersama-sama delegasi kedua-dua negara ini memberikan isyarat penting bahawa hubungan erat serta kerjasama dua hala Malaysia dan Brunei berada di tingkat tertinggi dan akan terus diperkukuh.
Kami berbicara panjang terkait usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Brunei dalam pelbagai bidang, khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan.
Perbincangan turut meneroka potensi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai industri termasuk teknologi digital dan latihan, selain ruang untuk bersama-sama memperkasa hal ehwal syariah dan bahasa Melayu.
Usai perbincangan, kami langsung makan tengah hari bersama-sama delegasi Malaysia dan Brunei. Saya turut menyajikan Putera Mahkota dan isteri dengan buah durian, di samping hidangan-hidangan lain.
Saya zahirkan penghargaan atas perkenan Putera Mahkota Brunei dan isteri mengadakan kunjungan hormat dan lawatan rasmi ke Malaysia, sekali gus membuka ruang untuk membina persahabatan yang lebih utuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat Ulang tahun Keputeraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Diiringi doa agar senantiasa dibawah naungan dan limpahan barakah, rahmah dan perlindungan Allah SWT. Aaminn YRA
Daulat Tuanku ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Cantik kan? Bakat ukiran dan gubahan daripada Chef Hasbollah. Terima kasih atas ingatan doa dan layanan daripada kesemua staf kediaman Seri Perdana.
Semoga Allah memberkati kita semua. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi menyempurnakan program Majlis Penyerahan Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada warga pemandu e-hailing GRAB anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Insan Kuala Lumpur dan Selangor (PEKERTI).
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Lebih 1500 botol telah diagihkan kepada 500 pemandu e-hailing sebagai bantuan bagi penyelengaraan kenderaan mereka. Dana zakat RM180,000 telah diluluskan bagi program ini sebagai inisiatif bantuan terhadap golongan pekerja ekonomi GIG ini.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
PPZ-MAIWP juga telah menyampaikan RM100.00 sumbangan kepada setiap pemandu berbentuk one-off sebagai bantuan tambahan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwa Agama) YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kaber, Pengerusi MAIWP dan YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Semoga usaha kita diberkati dan kita dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir bagi merasmikan program Menu Sihat Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara di Dataran Kamara Kampung Malaysia Raya.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pemakanan yang sihat dan seimbang di peringkat pra sekolah adalah penting untuk memastikan anak-anak kecil mempunyai nutrisi yang cukup bagi mempunyai perkembangan kesihatan fizikal yang baik.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Azman bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai kanan kerajaan bersama barisan pendidik institut awal pendidikan kanak-kanak Tabika Perpaduan.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu berucap di Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI di Bandar Sri Permaisuri, saya telah meminta Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyediakan blok perumahan MADANI bagi setiap projek baharu dalam memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.
Saya maklumkan, syarat tersebut merupakan ketegasan kerajaan yang prihatin akan golongan tersebut termasuk kelompok B40 dan M40 yang lebih susah.
Kerajaan sedar akan kerumitan masalah perumahan khususnya dari segi pemilikan sehingga terpaksa menunggu giliran yang lama demi mendapatkan rumah yang disediakan DBKL atau mana-mana kerajaan negeri.
Usai ucapan, saya meninjau sendiri unit kediaman yang diduduki selain bertegur sapa dengan penghuni perumahan sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan rasmi seterusnya.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kerana telah berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah diucapkan kepada pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024
Syabas dan semoga terus maju jaya ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Tahniah dan semoga terus beroleh kejayaan !
Astro AWANI
@501Awani
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah bangkit benam bekas juara dunia
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-sukan/olimpik-paris-2024-pearly… -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Azizah petang tadi hadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena dengan Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat maju jaya diucapkan buat kesemua 26 atlet negara yang akan beraksi di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Doa kami semua seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris, insya-Allah. Semoga beroleh keberkatan dan kejayaan. Aaminn YRA -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Menjunjung Kasih KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah kerana berkenan berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak, Selangor.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bersempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Turut hadir bersama, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Istiadat Pertabalan.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000.00 kepada Hospital Orang Asli Gombak yang diterima oleh Dr. Izandis Mohamad Sayed, Pengarah Hospital Orang Asli Gombak.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seri Paduka Baginda turut berkenan menziarahi pesakit di wad Kanak-kanak dan wad bersalin serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada semua pesakit.
Kredit Gambar : Official Sultan Ibrahim -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah hari ini menerima kunjungan sahabat yang juga bekas Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong bersama isteri, Ho Ching untuk makan tengah hari bersama-sama di Seri Perdana.
Sempat bertanya khabar pada beliau dan isteri sejak menyerahkan tampuk pentadbiran kepada PM Lawrence. Kami turut bicara panjang soal perkembangan kerjasama dua hala Malaysia-Singapura.
Di samping menyajikan hidangan lauk-pauk, saya dan Azizah turut menjamu tetamu istimewa kami dengan buah durian Musang King dan Duri Hitam.
Saya dan Azizah amat menghargai kunjungan SM Lee dan Ho Ching yang telah mempererat hubungan peribadi antara kami. Mendoakan persahabatan Malaysia-Singapura terus diperkukuh, Insya-Allah.
==============
Azizah and I had the pleasure of hosting our friends, the former Prime Minister and Senior Minister of Singapore, Lee Hsien Loong, and his wife, Ho Ching, for a luncheon at Seri Perdana today.
I had time to catch up with both of them since his transition of leadership to PM Lawrence two months ago. We also delved into the progress of bilateral cooperation between Malaysia and Singapore.
While serving a variety of dishes, we also specially treated our distinguished guests to the renowned Musang King and Black Thorn durians.
Azizah and I greatly value the visit of SM Lee and Ho Ching, which has further strengthened our personal bonds. We remain hopeful and committed to the continued advancement of Malaysia-Singapore relations, Insya-Allah.
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Azizah malam tadi dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani -
Dr Wan Azizah Ismail reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam ucapan menyembah tahniah dan taat setia di Istana Negara hari ini, saya tegaskan betapa institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan serta dimuliakan sebagai mercu keihsanan, sekali gus menuntut taat setia rakyat keseluruhannya.
Kesatuan dan perpaduan yang dicetuskan oleh baginda amat penting untuk dijadikan tonggak kekuatan buat Kerajaan dan rakyat mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Saya turut berkongsikan langkah-langkah tegas dalam kerangka Ekonomi MADANI yang telah mencetus lonjakan ekonomi memberangsangkan dengan tercatatnya 5.8 peratus pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua tahun ini.
Menuju ke hadapan, Kerajaan akan menekankan reformasi pendidikan dan kesihatan melalui peningkatan tahap dan kualiti prasarana, aspek penguasaan bahasa Inggeris serta penerokaan bidang-bidang baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), transformasi digital dan transisi tenaga dalam membina sebuah negara lebih maju kelak.
Semoga di bawah naungan Tuanku berdua, Malaysia kekal qarar dan dilimpahkan kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan berpanjangan, Insya-Allah.
Daulat Tuanku!
#malaysiamadani
Kredit 📸: Jabatan Penerangan Malaysia -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Soalan saya di Parlimen mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi pembangunan System National Suicide and Fatal Injury Registry (NSFIRM) dan statistik dan perkembangan terperinci mengenai sistem ini serta data terkini kes bunuh diri.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Hadir ke Majlis Sumbangan Kepada PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Bandar Tun Razak Dan Majlis Apresiasi SPM 2023 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Seramai 730 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Apresiasi SPM 2023. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha pelajar-pelajar di Bandar Tun Razak yang mendapat keputusan cemerlang.
Syabas dan tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya ! -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
17th December 2022
I am honoured and privileged to represent Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim at the Christian Federation of Malaysia's (CFM) Christmas Hi Tea Reception at The Council of Churches of Malaysia Ecumenical Centre, Petaling Jaya, Selangor. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Petang tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas berkaitan kluster penyakit Coronavirus nCoV yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini telah merebak ke lebih 14 negara.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (Jkkmar) Siri 11 Bilangan 1 Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kerajaan Pakatan Harapan komited dalam usaha memerangi rasuah. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
[Admin] Ucapan Takziah dari TPM kepada Australia :-
dpmo.jpm.gov.my/dpm-sends-condolences-to-australias-bushf… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Saya turun ke Kuala Koh, Gua Musang hari ini untuk melihat sendiri status masalah yang menimpa Orang Asli disini.
Penghargaan buat semua pihak terlibat yang berkerja keras untuk menangani masalah ini.
Baca kenyataan penuh di www.facebook.com/145765332193418/posts/1730400450396557/ -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Pertemuan dengan Presiden Somalia, TYT Mohamed Abdullahi Mohamed di Makkah Al-Mukarramah
Kami membincangkan peluang untuk meningkatkan kerjasama antara kedua negara. Somalia cukup berminat dalam sektor teknikal yang Malaysia tawarkan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MTN) dipengerusikan YAB PM @chedetofficial. MTN badan tertinggi yang memutuskan dasar & strategi pelaksanaan program pembangunan negara.
Setiap aspek pembangunan negara mesti dilaksanakan dengan penuh teliti dan integriti demi kepentingan rakyat -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Innalillahi.. Sedih dapat berita penuntut Malaysia di Imperial College London ditemui meninggal dunia. Hafiz Zainal, 24 tahun masih amat muda & berpotensi besar. Saya doakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solehin
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Berduka cita mendengar khabar berita kejadian tanah runtuh di Lombok yang turut mengorbankan rakyat Malaysia. Semoga semua pihak yang terkesan dengan kejadian runtuh ini terus sabar dan tabah.
Kerajaan Malaysia melalui @mynadma bersedia untuk membantu Indonesia @jokowi
BERNAMA
@bernamadotcom
Rakyat Malaysia terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru selepas #gempabumi di Lombok dikenali sebagai Tai Siew Kim, 56 tahun - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
1. I strongly condemn the shootings carried out by terrorists on two mosques in Christchurch, New Zealand that killed and injured dozens of people, including two Malaysians.
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Selamat menyambut Hari Wanita sedunia ❤️
#balanceforbetter
#iwd2019 -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Ramai yang mengadu tentang isu ini. Saya mohon YB Dr @maszlee melihat perkara ini. Saya akan bawa dalam mesyuarat kabinet
This post is unavailable. See it on X. -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Kita tidak boleh digelar sebagai masyarakat penyayang jika kita abaikan mereka yang paling memerlukan penjagaan
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
Penjual aset negara adalah pengkhianat sebenar negara.. www.facebook.com/drwawi/posts/651599824943297
-
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
KEPUTUSAN MENGGANTUNG THE EDGE DAN THE EDGE FINANCIAL DAILY MELANGGAR KEBEBASAN MEDIA
Keputusan Kementerian Dalam... www.facebook.com/story.php?story_fbid=610563825713564&id=… -
Dr Wan Azizah Ismail
@drwanazizah
@NajibRazak salam, pls do the needful
























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































