BELASUNGKAWA
Dukacita menerima perkhabaran mengejutkan pemergian Mendiang J. Samivel Jairas, Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah.
Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan buat keluarga besar KEADILAN. Mendiang telah memainkan peranan dalam perjuangan parti, termasuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil calon N.10 Dun Asahan sepanjang Pilihan Raya Negeri Melaka.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
ADAM ADLI ABD HALIM
PEMANGKU PENGERUSI
MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) MELAKA
Adam Adli
Adam Adli bin Abd Halim (Jawi: آدم عدلي بن عبد الحليم; Born 3 July 1989) is a Malaysian politician and former student activist who has served as the Deputy Minister of Higher Education in the Unity Government administration under Prime Minister Anwar Ibrahim since December 2025. He previously served as the Deputy Minister of Youth and Sports from 2023 to 2025. He has been the Member of Parliament for Hang Tuah Jaya since November 2022. More on Wikipedia
-
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துக்கள்
Selamat Menyambut Hari Deepavali bagi semua yang meraikannya.
Di balik gemerlapan lampu dan indah warna perayaan, terserlah semangat kasih sayang, hormat dan perpaduan yang menjadi nadi kekuatan Malaysia.
Semoga cahaya Deepavali terus menyinari langkah kita dengan harapan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
Raikanlah hari penuh makna ini, seindah cahaya Deepavali! -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
YB @AdamAdli : Kerajaan ambil langkah segera dalam kebebasan bersuara mahasiswa.
#malaysiamadani
#keadilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
MELAKA RUMAH KITA!
Hadirkan diri anda dan bersama-sama menyaksikan Pengumuman Calon & Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Melaka. Tunjukkan sokongan dan solidariti anda bersama kepimpinan utama Harapan!
#melakarumahkita #pakatanharapan -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang ini saya menyempurnakan pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, hasil kerjasama strategik universiti dan GLIC bagi menangani isu penginapan mahasiswa yang sekian lama menjadi cabaran.
Menerusi Belanjawan MADANI 2027, fasa pertama projek ini bakal menyediakan kediaman untuk 10,000 mahasiswa, manakala Projek Vista Kampus akan dilaksanakan di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM.
Saya telah memberikan jaminan bahawa projek ini merupakan keutamaan Kerajaan. Semua jentera berkaitan, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, perlu menyelaras usaha bagi memastikan projek ini disiapkan lebih awal daripada jadual.
Usaha ini mencerminkan komitmen untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta memastikan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Menerima perkhabaran duka atas pemergian ayahanda tercinta mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Nik Nazmi, Allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Mendoakan kesejahteraan buat Sdr. Nik Nazmi sekeluarga dan diberikan ketabahan dan kekuatan mengharungi ujian ini.
Al Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Bayaran balik pinjaman pendidikan sepatutnya mengambil kira kemampuan, bukan menambah beban kehidupan.
Melalui Belanjawan 2027, beberapa langkah baharu diumumkan untuk peminjam PTPTN.
Antaranya, diskaun 10% bagi peminjam tanpa tunggakan, penangguhan bayaran untuk mereka yang bergaji bawah RM2,500, serta bayaran serendah RM50 bagi yang berpendapatan RM2,501 hingga RM3,000.
Kita mahu sistem bayaran balik yang lebih adil dan fleksibel. Biar ikut kemampuan, bukan sekadar tuntutan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Waalaikumussalam. Selamat pagi Behar @azharbsulaiman . Saya ucap terima kasih Behar selalu beri perhatian terhadap agenda pendidikan tinggi dan kepentingan anak-anak kita.
Untuk tahun ini sahaja, bentuk pendidikan percuma yang kita inginkan sebenarnya sudah mula dilaksanakan secara berperingkat.
Kita mulakan dengan melupuskan hutang masa depan PTPTN bagi 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan. Pada masa yang sama, yuran pengajian bagi pelajar OKU di IPTA juga kini dikecualikan.
Ada beberapa langkah lain yang telah dibincangkan secara panjang lebar. Mungkin belum sampai ke tahap yang kita harapkan sepenuhnya, dan bukan semuanya dapat dilaksanakan serta-merta.
Tapi secara ringkasnya, kita sudah bermula dengan kelompok yang paling memerlukan. Beban hutang masa hadapan mereka diselesaikan. Mereka boleh meneruskan dan menamatkan pengajian tanpa menanggung hutang baharu, sekali gus menghapuskan risiko pinjaman tersebut menjadi tunggakan atau NPL pada masa hadapan.
Dan langkah ini bukan hanya untuk pelajar baharu. Ia turut melibatkan mereka yang sudah berada dalam sistem dan sedang mengikuti pengajian.
Satisfied? Nope. Definitely not perfect. In fact, there’s no such thing as “perfect policy” - sebab tu semua dasar sentiasa perlu ada penambahbaikan yang berterusan.
Cuma saya harap kita boleh lihat bagaimana kita sedang bergerak ke arah yang lebih baik melalui beberapa dasar baharu kementerian.
Yang penting sekarang ialah memastikan langkah ini benar-benar berjalan, kemudian terus berusaha supaya ruang pendidikan tanpa beban hutang ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai. -
Adam Adli
@AdamAdli
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Menerima perkhabaran duka atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga Allahyarhamah.
Al-Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sejak semalam, KPT berkampung selama dua hari di KOMBES Ayer Keroh untuk memastikan maklumat tentang penajaan pendidikan sampai terus kepada masyarakat di Negeri Melaka.
Hari Biasiswa 2026 yang julung kali diadakan ini menghimpunkan lebih 21 reruai penaja dari dalam dan luar negara, bersama warga KPT yang turun padang untuk berkongsi pelbagai inisiatif yang disediakan buat pelajar, menjadi ruang untuk lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, dan TVET mencari peluang pembiayaan dan penajaan pendidikan tinggi.
Turut disediakan ruang konsultasi seperti UPUOnline, serta pameran-pameran daripada Universiti Awam, dan juga pihak swasta.
Peluang hadir dalam pelbagai bentuk. Yang penting, pelajar tahu di mana untuk mencarinya dan berani mengambil langkah pertama. -
Adam Adli
@AdamAdli
Orang Melaka!! Esok hari terakhir pendaftaran.
Jadi, yang berminat untuk belajar dengan lebih mendalam cara buat content, dan jana pendapatan melalui TikTok, boleh terus scan QR Code yang tertera, atau tekan terus link dibawah👇
Slot terhad ! Scan QR dan daftar sekarang.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Hari Malaysia!
Dari puncak banjaran hingga pesisir pantai, dari tanah Semenanjung merentas Laut China Selatan ke bumi Sabah dan Sarawak, berbeza latar dan wajah, tetapi berdiri di bawah satu nama; Malaysia.
Semoga semangat Hari Malaysia terus membara dan menyatukan langkah kita bersama.
Dirgahayu Malaysia. Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾 -
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un.
Mendoakan kekuatan dan ketabahan buat seluruh ahli keluarga Saudara Zareer Md Nor, sahabat seperjuangan yang juga Pengerusi Tetap KEADILAN Cabang Tangga Batu, petang tadi.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, serta ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Al-Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
One with Nurhisham Hussein and Danial Rahman. Such a humbling and insightful session. Thank you for the time, wisdom and perspective.
-
Adam Adli reposted
-
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi ini di Pasar Besar Transit Melaka, Bachang bersama @PusatkhidmatHTJ untuk beli barang basah bagi edaran penduduk di Hang Tuah Jaya.
Disulam dengan berjumpa dengan peniaga dan pengunjung disini dalam ruang ringkas membincangkan keperluan semasa penduduk dan kami rekod setiap aduan dan cadangan di kaunter yang kami buka di pintu utama.
Kami akan usahakan setiap aduan tersebut dan tindakan akan disusuli demi keselesaan semua di Hang Tuah Jaya. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat, Mr David dan Mr Goh telah mewakili YB Adam Adli untuk menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Tzu Chi Malaysia.
Yayasan Tzu Chi Malaysia merupakan sebahagian daripada organisasi kemanusiaan antarabangsa Tzu Chi Foundation yang berasal dari Taiwan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Work in progress.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kecintaan kita kepada Baginda tidak hanya dilafazkan, tetapi dizahirkan dalam kehidupan; pada cara kita berbicara, menjaga amanah, melayani sesama manusia dan memilih kebaikan dan ihsan dalam setiap langkah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kepada semua perwakilan & pemerhati, terima kasih hadir ke Negeri Melaka. Selamat pulang ke destinasi masing - masing.
Kita rangkul semuanya dan teruskan bina parti ini. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih kepada seluruh pimpinan, perwakilan, pemerhati, dan petugas yang telah berkampung di Melaka sepanjang Kongres Nasional KEADILAN 2026 sejak Khamis lalu.
Ada udara baharu yang sedang bertiup.
Dalam ucapan penggulungan Presiden, kita diingatkan bahawa perjuangan mesti terus berpaksikan semangat asas kita; KEADILAN untuk semua.
Reformasi mesti terus diterjemahkan melalui tatakelola yang lebih baik, institusi yang lebih kukuh dan keberanian untuk membetulkan kelemahan.
Adam Adli
@AdamAdli
Angka besar pencapaian negara perlu dirasakan hasilnya oleh rakyat terbanyak.
Banyak yang telah kita lakar, tetapi perjalanan masih panjang. Perkemaskan tata bicara, terangkan kejayaan dengan lebih baik dan pastikan perjuangan serta perubahan yang kita bawa benar-benar difahami semua.
Tiada istilah undur. Jangan kalah sebelum berlawan.
Rangkul semua kekuatan, rapatkan barisan dan kukuhkan KEADILAN sebagai wadah perjuangan untuk semua.
Terima kasih semua. Reformasi! -
Adam Adli
@AdamAdli
“Maka pada hari ini kita umumkan, kita akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU”
Alhamdulillah.
Terima kasih, PM. -
Adam Adli
@AdamAdli
✍️🤝
Free Malaysia Today
@fmtoday
Kerajaan diseru pertimbang hapus hutang lapuk PTPTN peminjam tidak mampu
#beritafmtThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat datang ke Negeri Melaka, Bumi Bersejarah.
“Memugar Reformasi, Membina Madani”This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat ulang tahun ke-79, PMX @anwaribrahim .
Turut mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.
Yang diperjuang tidak mudah, namun akan terus tetap digalas. Semoga kekal teguh dalam setiap langkah, demi watan dan seluruh isinya.
📸 : anwaribrahim_my -
Adam Adli
@AdamAdli
Higher education has long been one of the strongest bridges between nations.
Honoured to welcome The Hon. Julian Hill MP, Assistant Minister for International Education and Assistant Minister for Citizenship, Customs and Multicultural Affairs, Australia and the Australian delegation for a constructive discussion on strengthening the enduring Malaysia–Australia partnership in higher education.
The signing of the Memorandum of Understanding on Cooperation in Higher Education in 2024 marked an important milestone in our shared commitment. We now look forward to convening the inaugural Joint Working Group (JWG) to translate that commitment into meaningful outcomes for our institutions, academics and students.
Adam Adli
@AdamAdli
As Malaysia advances the Malaysia Higher Education Plan 2026–2035, international partnerships remain vital in building a globally competitive, industry-responsive and future-ready higher education ecosystem.
Through continued academic exchanges, mobility and talent development, we look forward to deepening Malaysia–Australia cooperation and creating new opportunities for the next generation.
Stronger partnerships. Greater opportunities. A shared future through education. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dukacita menerima perkhabaran pemergian Mendiang Lee Kim Mio, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka merangkap Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Masjid Tanah.
Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang amat besar buat keluarga KEADILAN Melaka. Sepanjang perjuangannya, mendiang dikenali sebagai seorang sahabat yang setia, tenang dalam tindakan, teguh dalam prinsip, dan tidak pernah jemu mencurahkan bakti kepada parti serta masyarakat.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
ADAM ADLI ABD HALIM
PEMANGKU PENGERUSI
MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) MELAKA -
Adam Adli
@AdamAdli
Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan (PERISA’26) di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT), anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah berlangsung dengan jayanya.
Edisi ke-11 yang berlangsung 3 hari ini menampilkan 118 projek inovasi merentasi 5 kategori bertemakan “Agentic AI in Innovation”.
Turut menjadi tumpuan, majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKMT dan Prasarana Malaysia Berhad, serta Surat Hasrat (LOI) bersama ERL E-MAS - kerjasama strategik yang menumpukan pembangunan dan pengukuhan TVET negara. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Petang tadi di Kompleks Anak Yatim/ Miskin Fatimah Al-Zaharah di Bukit Katil, Melaka.
Alhamdulillah, sedikit sumbangan sebanyak RM15 ribu disampaikan bagi membantu sebahagian daripada kos menaik taraf dewan makan di sini.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari bilik kuliah hingga ke tempat kerja, AI sedang mengubah cara kita belajar, bekerja dan berinovasi.
📅 Sabtu | 25 Julai 2026
📍 Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Jom sertai saya di Jelajah AI MyMahir (JAM) TalentCorp dan terokai bagaimana AI boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan seharian.
Kita jumpa esok!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selesai proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan di Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang pagi ini.
Gandingan muka baharu dan tokoh berpengalaman diletakkan sebagai tawaran khidmat terbaik Harapan buat masyarakat di 4 DUN dalam Parlimen Jelebu:
🔺 N.01 Chennah: Loke Siew Fook
🔺 N.02 Pertang: Mohd Umry
🔺 N.03 Sungai Lui: Cikgu Zainal Fikri
🔺 N.04 Klawang: Bakri Sawir
Adam Adli
@AdamAdli
Kesinambungan kepada kestabilan dan rekod prestasi yang telah terbukti sebelum ini kekal menjadi sandaran utama kami.
Insya-Allah, kita teruskan usaha. Kekal HARAPAN! -
Adam Adli
@AdamAdli
Perubahan yang baik tidak datang dari usaha bersendirian, dan ia sentiasa bermula dengan mendengar. Ini cara kerja di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hari ini kami adakan sesi pendahuluan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah proses konsultasi nasional bagi merangka hala tuju baharu pendidikan tinggi negara. Bukan untuk mengesahkan apa yang kita sudah fikir tahu, tetapi untuk membuka ruang kepada pandangan yang pelbagai.
Adam Adli
@AdamAdli
Universiti bukan sekadar tempat melahirkan graduan. Ia adalah ruang membina pemikiran, mencabar idea dan menyediakan generasi yang mampu memimpin masa depan negara.
Masih banyak persoalan yang perlu dijawab. Tentang tadbir urus, kebebasan akademik, demokrasi mahasiswa, kebajikan, serta masa depan pendidikan tinggi dalam dunia yang sedang berubah begitu pantas.
Ini adalah jalan yang sedang diusahakan dan akan terus dilaksanakan. Perjalanan ini akan menjadi lebih bermakna apabila lebih ramai memilih untuk bersama-sama menyumbang fikiran, pengalaman dan harapan.
Kerana reformasi yang sebenar tidak dibina oleh seorang individu, tetapi melalui keberanian kita untuk mendengar dan membina konsensus. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
KEMASKINI STATUS GERAK KERJA BANJIR PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN HANG TUAH JAYA
11 JULAI 2026 SETAKAT 2:30 PM -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari Buloh Kasap hingga ke Kukup, 56 calon Pakatan Harapan telah turun padang, menyantuni semua bagi menyatakan hasrat dan niat untuk Johor yang lebih maju dan sejahtera.
Pada hari mengundi, kami mohon sokongan anda buat Pakatan Harapan di kotak undi, agar hasrat ini dapat kita zahirkan bersama.
Terima kasih atas setiap sokongan dan pertemuan. Selamat mengundi Johor.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN! 🔺🚩This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama warga Dun Layang-Layang malam ini untuk merahkan gelombang perubahan. Rakyat berbilang kaum turun menyatakan pendirian dan dukungan kepada calon Pakatan Harapan saudara Guna Balakrishnan. Saya yakin beliau akan mewakili Dun Layang-Layang dengan sikap kepedulian yang tinggi, Insya-Allah.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN🔺🚩
#harapan
#memaknaiharapanrakyat
#yakinharapan -
Adam Adli
@AdamAdli
Generasi pelapis negara hari ini semakin bersedia. Keupayaan mereka menapis lambakan maklumat di alam maya mahupun di ruang perbincangan membolehkan mesej-mesej penting negara difahami dengan lebih jelas.
Kesediaan generasi muda ini dizahirkan di Program Sentuhan Sahabat MADANI di Bukit Gambir, apabila penduduk setempat dan pelajar Tingkatan 6 bersama-sama setuju dengan pesanan YAB Perdana Menteri, dalam memetik hikmah dari Mahatma Ghandi bahawa “Bumi ini cukup untuk keperluan semua, tetapi tidak cukup untuk mereka yang tamak.”
Pesanan ini disambut dengan satu isyarat positif. Ada kesedaran yang kuat bahawa jika kita saling melengkapi dan membuang sifat tamak, setiap cabaran boleh diselesaikan bersama demi memberikan yang terbaik buat bumi Malaysia.
PMX juga telah memaklumkan satu inisiatif khas Tingkatan 6 yang bakal dilaksanakan untuk kalian. Perinciannya akan menyusul kelak, insya-Allah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tengah hari tadi bersama-sama pelajar Tingkatan 6 Negeri Johor dalam Kongres PraUniversiti MADANI 2026 Peringkat Negeri Johor yang menghimpunkan 500 pelajar dan perwakilan masing-masing.
Sepanjang dua hari persidangan, para pelajar membuktikan bahawa perbezaan pandangan mampu diraikan secara matang melalui pertembungan idea yang sihat dalam ruang wacana yang terbuka. Inilah budaya intelektual yang wajar terus dipupuk.
Di Kementerian Pendidikan Tinggi, kami akan meneliti setiap usul yang telah dibahaskan serta meneroka ruang kerjasama yang boleh digerakkan sebagai persediaan ke arah Tingkatan 6 yang bakal bernaung di bawah KPT mulai tahun 2027.
Dalam suasana demokrasi yang sedang rancak di Negeri Johor, saya percaya pengalaman seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami bahawa demokrasi bukan sekadar soal memilih, tetapi juga tentang berhujah dengan fakta, menghormati perbezaan pandangan, dan mencari titik temu demi kepentingan bersama.
Mudah-mudahan pengalaman hari ini menjadi bekalan berharga untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga matang dalam berfikir, berdialog dan memimpin. -
Adam Adli
@AdamAdli
Malam tadi di Pentas Jelajah Trak AMK, Bukit Batu! Bersama barisan pimpinan nasional dan negeri, kita rungkai isu-isu semasa terus kepada rakyat.
Di DUN N.51 Bukit Batu, Pakatan Harapan kekal menawarkan calon muda dengan rekod khidmat yang cemerlang, Saudara Arthur Chiong untuk terus menabur bakti disini.
Masa berbaki kurang 48 jam! Buat warga Bukit Batu, turun mengundi dan berikan mandat kepada Saudara Arthur Chiong — Calon No. 4.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN 🔺🚩 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Buat anak-anak Johor, pulanglah dan tunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negeri ini.
Berilah peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat dengan jujur, membawa kepimpinan yang bersih dan berintegriti, serta memastikan hasil pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩
#harapan
#memaknaiharapanrakyat
#yakinharapan -
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam perjalanan ke Bukit Batu, kami singgah sebentar di Sungai Balang.
Di sini ada seorang anak tempatan yang memilih untuk pulang dan berbakti kepada tanah kelahirannya. Bagi ramai warga Sungai Balang, Sdri. Soraya bukan sekadar seorang calon, tetapi juga lambang harapan bahawa pendidikan dan pengalaman mampu diterjemahkan kepada khidmat untuk masyarakat.
Pada usia 31 tahun, “Akak Kapal”, graduan Kejuruteraan Maritim dari Universiti Southampton, membawa gabungan ilmu, pengalaman dan semangat untuk mengemudi N.16 Sungai Balang ke arah masa depan yang lebih baik.
Insya-Allah, Sabtu ini, buat seluruh warga Sungai Balang, berikan sokongan anda buat Calon No. 3, Soraya Badaruddin.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN! 🔺🚩
#pakatanharapan -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Sumbangan perniagaan kepada seorang peniaga di Peringgit Jaya telah disampaikan oleh Sdr Ridhuan bagi mewakili YB Adam Adli.
Sumbangan ini diberikan sebagai tanda sokongan kepada peniaga tempatan dalam membantu meringankan beban serta menyokong kelangsungan perniagaan mereka.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Education remains one of the most enduring investments a nation can make. Beyond classrooms and lecture halls, it builds trust, strengthens diplomacy, drives innovation, and creates opportunities that transcend borders.
Honoured to attend the Africa Day 2026 Symposium, a meaningful platform celebrating the growing partnership between Malaysia and the African continent.
Truth be told, my understanding of Africa is still limited. Much of what I first learnt about the continent came years ago through the writings of Chinua Achebe, as well as the works of Nelson Mandela. Like many, it was through literature that I began appreciating the richness, complexity and depth of African societies and histories.
Adam Adli
@AdamAdli
This year’s theme, Education, Trade & Investment, reflects a powerful reality: sustainable growth begins with people.
Higher education today is no longer confined to producing graduates. It has become a strategic catalyst for nurturing globally competitive talent, advancing innovation, strengthening economic cooperation, and attracting quality investment.
At its core, education also celebrates diversity, bringing together different cultures, perspectives, and experiences, and transforming them into shared strength that enriches societies and deepens mutual understanding between nations.
Malaysia continues to view Africa as a strategic partner of the future. From academic mobility and joint research to TVET, digital transformation, food security, and green technology, the potential for deeper collaboration is immense and mutually beneficial.
As our diplomatic and educational ties continue to flourish, so too must our collective ambition to create opportunities that empower future generations.
May today’s dialogue inspire stronger partnerships, meaningful collaboration, and shared prosperity for both our regions. -
Adam Adli
@AdamAdli
Petang ini berkesempatan turun bersama Saudara Mani di sekitar Bukit Kecil, Felda Sri Jaya dan Bukit Kepong.
Sambutan yang diberikan cukup baik, dan jelas terasa semangat masyarakat setempat yang mahukan suara mereka terus dibawa ke hadapan.
Saudara Mani saya kenal sebagai seorang yang tenang, sederhana dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau bukan individu yang banyak berbicara, tetapi komited dalam kerja dan khidmatnya.
Saya percaya Bukit Kepong memerlukan wakil yang memahami denyut nadi masyarakat setempat serta bersedia bekerja bersungguh-sungguh untuk masyarakat.
Semoga perjalanan kempen ini dipermudahkan.
Kepada pengundi N.07 Bukit Kepong, berikan sokongan kepada calon No. 1 Pakatan Harapan, Saudara Mani.
Johor ke Depan, Undi HARAPAN 🚩 -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini bukan sekadar hari penamaan calon. Ia seperti langkah pertama, kecil tapi bermakna, untuk melihat sejauh mana usaha kita sampai ke hati rakyat. Apa yang berlaku hari ini jadi cermin, untuk kita belajar dan baiki langkah sepanjang perjalanan ke depan nanti.
Di balik hangat dan mesra dalam sapaan bakal pengundi, ada harapan yang kembali tumbuh. Kapal kita juga tampil dengan wajah-wajah baharu, masing-masing datang dengan hasrat dan niat yang besar. Tidak sekadar bertanding, tapi ingin mendengar, memahami dan cuba memikul amanah sebaik mungkin di tempat masing-masing.
Saya turun hari ini bukan sebagai sesiapa, cuma sebagai sahabat yang percaya pada usaha ini. Perubahan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau kita jalan bersama, insyaAllah ada jalannya.
Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan, beri kekuatan kepada semua calon dan petugas, dan kurniakan yang terbaik untuk rakyat Johor yang bakal memilih.
Johor ke Depan. Sama-sama kita bina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
Johor ke DEPAN, Undi HARAPAN🚩This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sebelum pulang ke Melaka dari Johor Lama, singgah ke Gambir bagi menyokong kempen calon Pakatan Harapan untuk N.09 Gambir, Hj Mohd Nor Mohd Yusof, menyantuni masyarakat sekitar Pekan Bukit Gambir.
Hj Mohd Nor bukan wajah asing dalam kerja kemasyarakatan khususnya di Ledang.
Adam Adli
@AdamAdli
Penglibatan aktif bersama komuniti selama ini menjadi asas kepada tawaran Pakatan Harapan untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor menerusi calon NO.2 kita ini.
Alhamdulillah, respon petang ini positif. Kehadiran beliau disambut mesra penduduk setempat yang bakal turun mengundi.
Semoga kekuatan untuk Hj Mohd Nor dalam mengambil amanah untuk berkhidmat kepada seluruh warga Gambir.
Johor ke DEPAN, undi HARAPAN! -
Adam Adli
@AdamAdli
Mengiringi calon paling muda yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Saudara Danish Rahman, di N.37 Johor Lama pagi ini.
Pada usia 24 tahun, Danish menggalas tugas besar untuk membawa suara dan harapan anak muda ke medan politik negeri.
Sebagai mahasiswa Sarjana Teknologi Maklumat di UTHM, Danish mewakili generasi muda yang bukan sahaja berani tampil ke hadapan, tetapi juga bersedia memikul tanggungjawab untuk mencorakkan masa depan.
Adam Adli
@AdamAdli
Langkah perjuangan beliau hari ini bermula di Johor Lama, namun maknanya akan jauh lebih besar di masa depan. Ini adalah tentang keyakinan anak muda untuk mengambil tempat, menyumbang dan memimpin perubahan.
Titipan doa mengiringi perjalanan Danish Rahman membawa tawaran HARAPAN buat N.37 Johor Lama.
Johor ke Depan, Undi HARAPAN. -
Adam Adli
@AdamAdli
Salam Maal Hijrah 1448H.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kepada langkah yang lebih bermakna buat kita semua. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam budaya masyarakat Timur, bendang bukan sekadar tempat mencari rezeki. Bendang juga tempat kita belajar gotong-royong, berkongsi cerita, bermain bersama dan membina rasa kebersamaan sebagai sebuah komuniti.
Sekitar Sukan Bendang Hang Tuah Jaya di Bukit Piatu hari ini yang menghimpunkan lebih 300 peserta terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar vokasional Melaka serta sukarelawan mahasiswa.
Lebih 12 acara sukan rakyat dipertandingkan, antaranya boling kelapa, berjalan di atas titi dan pertandingan mewarna.
Adam Adli
@AdamAdli
Di tengah gelak tawa, sorakan dan percikan lumpur, terjalin hubungan yang merapatkan jurang antara generasi serta menghidupkan kembali semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan masyarakat kita.
Moga suasana seperti ini terus menyemai rasa cinta kepada komuniti, menghargai warisan budaya, dan mengingatkan kita bahawa jati diri sesebuah masyarakat sering terbina daripada perkara-perkara yang sederhana, namun penuh makna.
P.S. Memang tak rupa orang dah bila jatuh dalam bendang. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pendidikan tidak seharusnya menjadi ruang yang hanya terbuka kepada mereka yang bernasib baik. Sebaliknya, ia mesti menjadi jambatan yang menghubungkan setiap anak muda dengan peluang, tanpa mengira latar belakang mahupun kemampuan.
Alhamdulillah, berkesempatan bersama hampir 1,000 pelajar dalam Program Outreach Bersasar: Projek Lepas SPM di Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu.
Dengan satu tekad yang sama; memastikan setiap pelajar mendapat akses kepada maklumat, bimbingan dan panduan terbaik bagi mencorakkan masa depan mereka.
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam landskap dunia yang semakin berubah, laluan kejayaan tidak lagi terikat kepada satu pilihan sahaja. Pendidikan tinggi, TVET dan latihan kemahiran perlu terus diperkasa sebagai laluan yang setara dan saling melengkapi, agar setiap anak muda berpeluang mengembangkan bakat, menggilap potensi serta membina kehidupan yang lebih bermakna.
Terima kasih kepada semua rakan strategik, para pendidik, agensi terlibat serta Yayasan Sukarelawan Siswa yang bersama-sama menjayakan program ini.
Mudah-mudahan setiap usaha kecil hari ini menjadi pintu kepada masa depan yang lebih cerah buat anak-anak Hang Tuah Jaya.
Kerana setiap anak muda berhak diberikan peluang. Dan tugas kita adalah memastikan peluang itu sampai kepada mereka. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pilihan raya bukan hanya soal memilih sebuah kerajaan, tetapi jua menentukan arah yang ingin dibina bersama.
Dalam suasana yang penuh cabaran, rakyat berhak menilai rekod, keupayaan dan kesungguhan sesebuah pentadbiran dalam menjaga kebajikan serta martabat rakyat.
Pakatan Harapan tampil dengan keyakinan bahawa kestabilan politik, tatakelola yang baik dan dasar yang berpaksikan rakyat mesti diteruskan. Justeru, mandat yang dipohon tidak demi kekuasaan, tetapi bagi memastikan kesinambungan pembinaan negeri yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan.
Adam Adli
@AdamAdli
Mandat kepada Pakatan Harapan adalah mandat untuk meneruskan agenda kebajikan rakyat, pengukuhan ekonomi setempat, peluang buat anak muda, pekerja dan peniaga kecil, serta memastikan Negeri terus dipimpin dengan amanah dan kebertanggungjawaban.
Pertahankan harapan, kukuhkan kesepakatan dan terus bina masa depan Negeri Sembilan yang lebih sejahtera untuk diwarisi anak-anak masa hadapan. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad @DrDzul , Menteri Kesihatan Malaysia atas lawatan kerja selama tiga hari ke Melaka.
Pagi ini sahaja beliau dan pasukan sempat turun ke Bukit Katil, Duyong dan Hospital Melaka sebelum meneruskan jadual ke Alor Gajah.
Bagi pihak warga Hang Tuah Jaya, terima kasih atas beberapa kelulusan yang diberikan untuk memulakan kerja-kerja awal penambahbaikan kemudahan kesihatan di kawasan kami. Antaranya, inisiatif utama di bawah Projek Pembangunan Kesihatan Mega Melaka, Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang meliputi pembangunan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka bernilai RM697 juta serta Hospital Berpakar (Hospital Hang Tuah Jaya) di Mukim Durian Tunggal dengan anggaran RM875 juta, yang seterusnya dapat memperkukuh kapasiti perkhidmatan kesihatan khususnya di Parlimen Hang Tuah Jaya.
Adam Adli
@AdamAdli
Sementara itu, KKM turut akan memohon kelulusan Butiran Kerja Awalan bagi pembangunan Klinik Kesihatan Bukit Katil (RM50 juta) dan Klinik Kesihatan Duyong (sekurang-kurangnya RM50 juta). Menjadikan keseluruhan projek di bawah RP2 RMK13 ini melibatkan peruntukan melebihi RM1.8 bilion.
Pada masa yang sama, peruntukan khas (RM6 juta) turut diluluskan serta-merta bagi kerja-kerja baik pulih, naik taraf fasiliti serta perolehan aset perubatan dan bukan perubatan di 6 fasiliti kesihatan yang terlibat di negeri Melaka.
Mudah-mudahan segala usaha ini dapat dipercepatkan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dan seluruh warga KKM. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita tidak boleh lagi terikat dengan pemikiran lama yang meletakkan kejayaan hanya pada satu jalur pendidikan semata-mata.
TVET telah mengangkat martabat pendidikan kemahiran sebagai pilihan yang diyakini dan dihormati, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh daya saing negara dan meneroka peluang baharu dalam dunia yang semakin mencabar.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Singgah PBAKL. Memang dari dulu sejenis datang last minute waktu orang nak tutup dah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
KPT DAN KKM DIARAH SEGERAKAN PENYELESAIAN ISU PENGIKTIRAFAN GRADUAN FARMASI UNIVERSITI ALEXANDRIA
Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum aduan yang dikemukakan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria, Mesir berhubung pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu ini dengan kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat.
Ketika ini, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan. Bagaimanapun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia.
Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi.
PEJABAT PERDANA MENTERI
5 Jun 2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
Saja jumpa ‘kawan’ lama.
Congrats Selangor Red Giants Esports and well played @bigetronesports 👏
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2025 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, putera-putera, puteri-puteri serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sembah Takzim Daripada
Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Kepelbagaian merupakan warna yang membentuk wajah Malaysia. Kedamaian yang kita nikmati hari ini hanya dapat terus dipelihara apabila wujud rasa saling memahami, menghormati perbezaan dan meraikan kepelbagaian kita. -
Adam Adli
@AdamAdli
Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan lahir daripada kemewahan, tetapi daripada hati yang rela memberi.
Pagi tadi di Rumah Awam Pantai Peringgit, sempena Majlis Korban Perdana Kasih MADANI 2026 Peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya, 11 ekor lembu sumbangan Parlimen Hang Tuah Jaya dilapah untuk kita agihka kepada masyarakat sekitar, di samping 22 ekor lagi sumbangan YAB Perdana Menteri @anwaribrahim menerusi inisiatif Qurban Kasih MADANI yang turut dilaksanakan secara berperingkat di kawasan-kawasan lain dalam Hang Tuah Jaya.
Secara keseluruhan bagi negeri Melaka, sebanyak 80 ekor lembu turut diagihkan di seluruh daerah melalui inisiatif Qurban Kasih MADANI melibatkan komuniti, NGO, masjid dan surau.
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih buat abah-abah yang tumbang dan sembelih, ibu-ibu yang memasak, anak-anak muda yang melapah, dan penduduk setempat yang bergotong-royong sejak awal pagi, membawa semangat kebersamaan yang kian bermakna. Keikhlasan dan tenaga kalian adalah kekuatan sebenar masyarakat.
Semoga Aidiladha terus menumbuhkan rasa ihsan, mengeratkan silaturahim dan mendekatkan kita kepada makna kemanusiaan. 🌙✨ -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Aidiladha bukan hanya mengajar kita erti pengorbanan, tetapi tentang keikhlasan hati dan keteguhan jiwa dalam mendahulukan makna yang lebih besar.
Dalam hidup yang sentiasa berubah, nilai pengorbanan inilah yang menyatukan kita ;saling memberi, memahami dan menginsafi erti kehidupan bersama.
Semoga Aidiladha ini membawa ketenangan, keberkatan dan menghidupkan kembali makna pengorbanan dalam diri kita semua. 🌙✨ -
Adam Adli
@AdamAdli
Menyantuni seramai lebih 60 orang belia daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET), dan Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) sempena Majlis Perasmian Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti Belia Negeri Melaka.
Program seperti ini bukan hanya membicarakan soal kenegaraan, tetapi membentuk generasi muda untuk memahami dan menafsir realiti semasa dengan lebih matang serta berfikir melampaui permukaan.
Adam Adli
@AdamAdli
Sempat juga bersoal jawab bersama para pelajar berkaitan pendidikan tinggi, khususnya mengenai cabaran semasa serta pandangan mereka terhadap ekosistem pendidikan tinggi negara.
Tatkala dunia yang semakin rencam dengan perubahan teknologi dan ledakan maklumat, anak muda perlu kekal berpijak pada nilai, namun tidak berhenti berfikir secara kritikal dalam memahami erti kenegaraan, tanggungjawab sosial dan masa depan tanah air. -
Adam Adli
@AdamAdli
Hampir lima tahun mengurus kekuasaan, kita semakin sedar bahawa cabaran sebenar politik bukan ketika disorak, tetapi ketika kita diuji dengan tekanan, fitnah dan keletihan menjalankan amanah. Ketika kita diuji dengan kuasa dan tawaran-tawaran mewah di depan mata.
Namun dalam segala keributan, satu perkara mesti terus dipertahankan; kesetiaan kepada tujuan asal perjuangan.
Perjuangan kita tidak dibina oleh orang-orang kaya. Ia hidup kerana mak cik yang memasak di bilik gerakan, pak cik mengenderai motor usang, dan anak muda yang lelah bekerja namun masih memilih berbakti ketika lapang. Perjuangan ini tidak akan kukuh jika bukan kerana harapan rakyat kebanyakan.
Kerana rakyat hari ini tidak lagi mahu melihat politik yang hanya tahu bertelingkah mulu, tetapi melihat siapa yang benar-benar bekerja kuat memikul tanggungjawab.
“Perjuangan ini wujud bukan untuk jawatan. Bukan untuk kemewahan. Tetapi untuk manusia-manusia kecil yang terlalu lama tidak dipedulikan.”
Kerana sedari asal, perjuangan ini tentang maruah dan harapan orang kebanyakan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Temu Siswa Zon Utara.
Hari ini di UiTM Cawangan Kedah, saya mulakan ruang dialog bersama mahasiswa daripada lima institusi pendidikan tinggi dalam satu ruang wacana yang hidup, matang dan penuh idealisme.
Setiap pandangan yang dilontarkan, sama ada kritikal, membina mahupun mencabar, membuktikan bahawa mahasiswa tetap menjadi nadi penting masa depan negara.
Di Kementerian Pendidikan Tinggi, suara dan aspirasi seperti ini akan terus dirai dan diterjemahkan sehingga menjadi dasar yang lebih inklusif, berdaya, dan dekat dengan realiti sebenar anak siswa.
Adam Adli
@AdamAdli
Penghargaan buat seluruh barisan wakil pelajar yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, serta pihak pentadbiran universiti atas dukungan yang diberikan.
Sempat juga meninjau beberapa fasiliti termasuk kolej kediaman, unit sukan dan Dapur Siswa MADANI. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan tindakan lanjut demi kebajikan mahasiswa.
Teruskan memelihara budaya dialog yang sihat dan bertanggungjawab. Negara ini sentiasa memerlukan keberanian fikir, kejujuran suara dan idealisme anak muda mahasiswa untuk terus bergerak ke hadapan. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di sebalik dunia yang bising dengan algoritma, tugasan guru tetap tidak galang ganti. Pendidik sebenar bukan sekadar memindahkan teori, tetapi menghidupkan jiwa yang berani bertanya.
Dari situlah bermulanya ilmu, empati, dan kemanusiaan. Selamat Hari Guru, Guru Bitara Nadi Negara. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kita jumpa esok.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Menyambut baik pesanan YAB Perdana Menteri @anwaribrahim sewaktu sesi Temu Anwar yang lalu, pagi ini saya berpeluang menyantuni rakan-rakan daripada MPP UCSI.
Suara mahasiswa bukan sekadar untuk didengar, tetapi untuk dijadikan kompas dalam menentukan hala tuju dasar. Setiap kegelisahan yang dikongsi daripada kesan geopolitik global sehingga ke isu kebajikan dan mobiliti pelajar, saya teliti dengan penuh rasa amanah.
Terima kasih anak muda kerana sudi hadir membawa idea. Pejabat ini adalah ruang kalian.
Mari kita bertenun fikir dan mengukir masa depan Malaysia bersama-sama. Pintu saya sentiasa terbuka. -
Adam Adli
@AdamAdli
Temu Siswa, Sedia!!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini menjadi detik penting dalam usaha memperkukuh pendidikan dan kepakaran sains forensik negara menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Melalui kerjasama strategik antara Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM dan PDRM ini, pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Forensik USM berpeluang menjalani latihan praktikum di fasiliti PDRM dan diperkukuh lagi menerusi pendekatan “living lab”, sekali gus memberi pendedahan kepada suasana kerja sebenar dan prosedur siasatan saintifik.
Adam Adli
@AdamAdli
Kerjasama ini turut membuka ruang penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran serta ketersediaan lima slot setiap tahun kepada pegawai kanan PDRM untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di USM.
Pemeteraian MoA ini sekali lagi mencerminkan komitmen kukuh USM dan PDRM, dan akan terus dipergiatkan lagi bagi memastikan pendidikan tinggi terus relevan dengan keperluan industri dan cabaran semasa. -
Adam Adli
@AdamAdli
Isu pendidikan, prasarana sekolah serta kebajikan warga pendidik dan murid akan terus menjadi antara agenda penting saya di Hang Tuah Jaya.
Di sinilah tunas masa depan sedang kita baja. Insya-Allah, apabila mereka ini berjaya kelak, merekalah yang akan kembali berbakti kepada masyarakat, khususnya di Hang Tuah Jaya.
Sempat juga menitipkan pesanan buat adik-adik yang cemerlang dalam SPM 2025 agar terus menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan. Dan apabila sudah melangkah jauh nanti, jangan lupa untuk kembali menjenguk guru-guru yang pernah mendidik, membimbing dan berbakti kepada anda semua.
Kita juga tidak hanya memandang kepada mereka yang cemerlang semata-mata. Masih ramai anak-anak yang sedang berusaha dalam keadaan serba sederhana, berdepan cabaran masing-masing. Mereka juga wajar diberi perhatian, dan sokongan.
Sebab itu saya akan terus melihat apa lagi ruang kerjasama yang boleh diusahakan bersama sekolah-sekolah di Hang Tuah Jaya, supaya anak-anak kita dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa, selamat dan membina.
InsyaAllah, usaha ini akan kita teruskan. ✨This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Ada perempuan yang lahirkan kita ke dunia; ada yang kemudian dihadirkan pula menjadi pendamping melawan dunia.
Satu mengajar tentang kasih sejak kecil, satu lagi mengajar makna dalam membina hidup bersama.
Atas setiap suka dan duka, senyum dan lara, masa dan tenaga, nyawa dan cita-cita yang dipertaruhkan, terima kasih yang tak terhingga untuk kaum ibu.
Semoga Tuhan sentiasa menjaga kalian, sebagaimana kalian tidak pernah jemu menjaga semua kami.
Selamat Hari Ibu. 🤍 -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, dan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong di Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas.
Dengan kehadiran NADI ini diharap masyarakat setempat dapat memaksimumkan fungsi yang disediakan dengan capaian internet yang laju dan stabil untuk kegunaan harian.
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam majlis ini, sebanyak 25 peranti elektronik turut diserahkan kepada pemandu p-hailing sebagai sokongan kepada penggunaan teknologi digital dalam pekerjaan harian, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk menjana pendapatan.
Semoga usaha rentas kementerian seperti ini terus memperluas manfaat teknologi kepada rakyat, khususnya di Melaka, agar lebih ramai dapat bergerak seiring dengan arus digital negara tanpa ada komuniti yang tercicir. -
Adam Adli
@AdamAdli
Earlier today at Wisma FMM, we marked an important milestone for Malaysia’s TVET ecosystem with the pre-launch of the GITC TVET Placement Centre (GTPC).
More than just a platform, GTPC represents a strategic bridge connecting government, industry, and educational institutions in building a stronger, future-ready workforce ecosystem.
Adam Adli
@AdamAdli
Through structured internships, Work-Based Learning (WBL), and more precise employment matching, this initiative will help ensure TVET students graduate not only with qualifications, but with real industry exposure and the skills demanded by the economy.
TVET graduates will continue to play a central role in shaping Malaysia’s economic future. Our responsibility is to ensure every student is given not just an education, but a meaningful pathway towards dignity, opportunity, and long-term success. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga yang menjadi tulang belakang negara.
Setiap keringat menyumbang kepada perjalanan besar yang kita bina bersama. Dari tenaga buruh hingga ke barisan profesional, semuanya punya peranan yang tidak ternilai. Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha yang sering tidak terlihat, ada suara yang wajar terus diberi tempat.
Sejarah mengingatkan bahawa kemajuan lahir daripada himpunan tangan dan tekad pekerja, yang sedikit demi sedikit mengangkat taraf hidup dan membina kesejahteraan bersama.
Komitmen kita adalah memastikan upah yang bermaruah, perlindungan yang adil, dan persekitaran kerja yang menghormati manusia terus diperkukuh.
Pekerja MADANI kesuma bangsa. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di USM Pulau Pinang pagi tadi, Forum Pendidikan Tinggi Malaysia–Republik Türkiye 2026 membuka satu lagi ruang penting untuk merapatkan dua negara melalui kekuatan ilmu dan pendidikan tinggi.
Menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik dan mahasiswa, forum ini menelusuri masa depan pendidikan dalam era kecerdasan buatan (AI) yang sedang mengubah cara kita belajar, mengajar dan membina makna kepada ilmu itu sendiri.
Ucapan utama oleh Erol Özvar, Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Republik Türkiye, mengangkat soal inovasi, mobiliti akademik dan peranan universiti dalam membina generasi yang tangkas dan berdaya tahan.
Adam Adli
@AdamAdli
Antara cadangan signifikan ialah penubuhan Türkiye–Malaysia Technical and Vocational Education and Excellence Centre sebagai langkah memperkukuh ekosistem TVET dan memacu pembangunan berteraskan inovasi.
Namun akhirnya, ukuran sebenar kerjasama ini bukan sekadar pada dokumen atau deklarasi, tetapi pada manfaat yang sampai kepada mahasiswa; peluang merentas sempadan, pendedahan antarabangsa yang lebih luas, dan keyakinan untuk bersaing di pentas dunia.
Moga ikhtiar ini terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau, yang bukan sahaja relevan, tetapi juga berdaya cipta untuk masa depan. -
Adam Adli
@AdamAdli
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PENCAPAIAN “STRAIGHT A” SPM, PARLIMEN HANG TUAH JAYA
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM! Satu majlis khas akan diadakan bagi meraikan kejayaan anda:
Tarikh : 9 Mei 2026
Tempat : Amverton Heritage, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 2.00 petang (Pendaftaran)
Pelajar yang layak dijemput untuk membuat pendaftaran melalui QR atau pautan berikut:
forms.gle/TqU3rXNz2c5tvBs76
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini. Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi 013-3118392 (Ezal Zamri). -
Adam Adli
@AdamAdli
Hadir mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi ke Majlis Perasmian Bangunan Baharu Kampus Universiti UCSI yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, bersama YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Tahniah kepada seluruh warga UCSI atas pembangunan kampus ini serta pencapaian yang terus mengangkat nama Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pesan utama YAB Perdana Menteri jelas: universiti mesti kekal mengejar kecemerlangan dan mutu. Tanpa nilai dan kualiti, universiti hanya berisiko menjadi kilang mengeluarkan sijil, bukan medan membentuk manusia yang berilmu, berfikir dan berakhlak.
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam dunia yang dipacu AI, teknologi baharu dan transformasi digital, mahasiswa perlu berani menggapai langit tanpa meninggalkan landasan. Budaya, sahsiah, etika dan akhlak mesti kekal menjadi teras. Pendidikan bukan sekadar alat ekonomi, tetapi proses membina manusia yang punya ilmu, nilai dan kepekaan terhadap masyarakat.
Sesi Temu Anwar bersama mahasiswa UCSI turut membuka ruang dialog yang segar. Soalan saudara Andi Muhammad tentang perubahan wajah pergerakan pelajar hari ini mengingatkan bahawa walau medan berubah, daripada fizikal ke media sosial, suara mahasiswa tetap penting selagi hadir dengan idea, hujah dan cadangan yang membina.
Seperti disebut YAB Perdana Menteri, saya mengalu-alukan saudara Andi bersama wakil mahasiswa UCSI untuk bertemu dalam masa terdekat. Bawalah pandangan dan persoalan. Kita duduk bersama, dengar dengan terbuka, dan cari jalan agar suara mahasiswa benar-benar diterjemah kepada tindakan. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia China–Malaysia 2026 menjadi satu penanda aras baharu dalam memperkukuh hubungan Malaysia–China melalui kerjasama pendidikan tinggi, bahasa dan budaya.
Seramai 59 pensyarah dan pelajar pengajian bahasa Melayu daripada 13 universiti di China berhimpun di Malaysia selama 4 hari bagi menyertai program julung kali anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Beijing Foreign Studies University.
Adam Adli
@AdamAdli
Melalui sesi interaksi bahasa, wacana ilmu, lawatan akademik dan aktiviti kebudayaan, program ini memberi ruang kepada pelajar dari kedua-dua negara untuk saling memahami budaya, berkongsi pengalaman dan mendalami penggunaan bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Malaysia.
Usaha ini juga mencerminkan komitmen KPT untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memartabatkan bahasa Melayu di luar negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat global. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
KEMASKINI STATUS GERAK KERJA BANJIR PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN HANG TUAH JAYA
27 APRIL 2026 SETAKAT 5:30PM -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah buat Dato' @AzizulAWANG atas kejayaan gemilang merangkul emas acara keirin di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di bumi Malaysia.
Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini!
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Nilai jadi saksi, EMAS untuk Malaysia di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI!! 👏
The G.O.A.T, Dato' Azizulhasni Awang cemerlang diacara 𝙢𝙚𝙣'𝙨 𝙠𝙚𝙞𝙧𝙞𝙣! 🇲🇾
Saksikan siaran langsung Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Astro Sport Plus, saluran 817.
#trackcycling #trackwcThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Menyempurnakan Hari Kualiti Universiti Malaya serta peluncuran Sistem Indeks Kecemerlangan Kualiti (UMQEI) pagi tadi.
Satu langkah penting apabila Universiti Malaya menjadi universiti pertama memperkenalkan penilaian indeks kualiti pendidikan tinggi secara komprehensif yang dibangunkan sendiri, berasaskan data dan berteraskan penambahbaikan berterusan.
Tahniah juga kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya atas pencapaian akreditasi Malaysian Society for Quality in Health, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara hospital pengajar universiti awam yang mencapai standard tertinggi dalam perkhidmatan kesihatan.
Inisiatif seperti ini bukan sekadar ukuran, tetapi kompas yang menghubungkan usaha dengan hasil, dan membantu institusi bergerak dengan lebih tepat, telus dan berimpak.
Moga terus memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi dan kesihatan negara, demi masa depan yang lebih berkualiti dan berdaya saing. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
YB TIMBALAN MENTERI LANCAR UMQEI, INDEKS PENGUKURAN KUALITI KOMPREHENSIF IPT PERTAMA MALAYSIA
Baca lanjut: www.facebook.com/share/p/1cV5YHFdUm/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semoga Allah SWT mengangkat segala kesulitan mereka, menguatkan hati yang diuji, dan membuka jalan yang lebih baik buat setiap keluarga yang terkesan.
Dalam ujian ini, kita tidak akan membiarkan mereka bersendirian. Kita hadir dengan bantuan, doa, dan tekad untuk memastikan mereka kembali bangkit meneruskan kehidupan.
Terus kuat buat warga Kampung Bahagia, Sandakan.
#malaysiamadani
#ihsanmadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini bersama para atlet IPT dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet IPT 2025, melibatkan seramai 230 orang atlet yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, termasuk Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Rhine Ruhr, Sukan SEA 2025 dan Sukan Para ASEAN di Korat.
Kebetulan juga dapat bertemu kembali ramai wira dan wirawati negara yang pernah dahulunya saya iringi, malah pertahankan dalam dewan sewaktu berkhidmat di KBS.
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam konteks pendidikan tinggi, pencapaian atlet-atlet membuktikan bahawa kecemerlangan akademik dan sukan boleh bergerak seiring membentuk graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berdaya saing, berdisiplin dan berdaya tahan tinggi.
Semoga insentif ini terus menyuntik semangat kepada lebih ramai anak muda untuk melangkah ke hadapan dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia. -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, 5 lokasi, 1,300 penerima.
InsyaAllah, usaha ini akan kita teruskan untuk bulan-bulan yang akan datang.
Semoga yang kecil ini membawa makna, dan menjadi tanda bahawa kita sentiasa ada untuk saling berkongsi dan peduli.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
REZEKI HUJUNG SYAWAL!
Tahun-tahun sudah kita sambut dengan rumah terbuka yang meriah, kali ini kita santuni dengan cara yang lebih dekat ke hati, berkongsi rezeki terus ke tengah masyarakat melalui Rezeki Hujung Syawal Parlimen Hang Tuah Jaya.
Sebanyak 1,300 pek makanan akan diagihkan di lima lokasi berbeza termasuk Japerun sekitar Hang Tuah Jaya.
Mudah-mudahan yang kecil ini menjadi makna, dan yang sederhana ini mengingatkan kita bahawa dalam berkongsi, kita saling menguatkan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
REZEKI HUJUNG SYAWAL!
Bismillahirrahmanirrahim.
Syawal tahun ini, dalam suasana yang mengajak kita lebih bersederhana mendepani waktu mencabar, apa kata kita ubah sedikit cara kita raikan?
Tahun-tahun sudah kita sambut dengan rumah terbuka yang meriah, kali ini kita santuni dengan cara yang lebih dekat ke hati, berkongsi rezeki terus ke tengah masyarakat melalui Rezeki Hujung Syawal Parlimen Hang Tuah Jaya. Kalau rumah terbuka biasa kenyang satu malam, kali ini kita nak pastikan rezeki yang dikongsi bertahan seminggu dua atas meja makan di rumah.
Sebanyak 1,300 pek makanan akan diagihkan di lima lokasi berbeza termasuk Japerun sekitar Hang Tuah Jaya, agar setiap rezeki sampai dan setiap tangan sempat kita genggam.
Selain juadah untuk dikongsi bersama keluarga, kami siapkan juga bekalan beras, sardin, tepung, ayam, sayuran dan keperluan asas dapur. Moga bukan sekadar mengisi, tetapi juga membawa rasa dipeduli.
Bagi yang hadir bersama keluarga, waktu singgah ke Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya di Taman Sentosa, kita sediakan juga sedikit juadah dan ruang untuk duduk, berbual serta mensyukuri Syawal yang masih berbaki.
Mudah-mudahan yang kecil ini menjadi makna, dan yang sederhana ini mengingatkan kita bahawa dalam berkongsi, kita saling menguatkan. -
Adam Adli reposted
𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗳𝗿𝗶
@mohdfiikri
Isu semasa negara diterangkan secara terus kpd masyarakat melalui wakil rakyat mereka sendiri.
@AdamAdli MP Hang Tuah Jaya malam tadi hadir di Bukit Baru utk terangkan sendiri isu bekalan minyak yg sedang kita hadapi dan langkah kerajaan tackle isu ini dari awal. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam, saya sempat menyantuni adik Uwais Al Qorni dan kakaknya Aesha Khadeeja di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya, satu tanda kasih yang merendahkan jiwa.
Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini.
Melihat wajah-wajah ini, terbit rasa sayu dan kasih, amanah kita adalah memastikan setiap anak Malaysia dibesarkan dengan kasih sayang, didikan baik dan peluang yang adil.
Semoga Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi berilmu, berakhlak dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝐊𝐄𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
Keikhlasan dua beradik Aesha Khadeeja Anuar,10 dan adiknya, Uwais AlQorni Anuar, 8 menghadiahkan duit raya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menyentuh hati pemimpin negara itu yang membalasnya dengan pemberian sama menerusi sumbangan tablet dan duit raya yang disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM) Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif ketika berkunjung ke kediaman mereka di Ladang Titian, Kuala Terengganu hari ini.
Aesha Khadeeja berkata dia dan adiknya Uwais AlQorni tidak menyangka tindakan spontan mereka itu ketika melihat Perdana Menteri ingin menaiki pesawat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus malam semalam dibalas dengan kenangan yang sangat bermakna.
📸 Syafiq Ambak/BERNAMA
🎥 PM @anwaribrahim
#bernamanews
#bernamaimages
#duaberadikberiduitraya
#pmberiduitraya
#terengganu
#harirayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keikhlasan Uwais dan Aesha yang menghulurkan duit raya kepada saya semalam benar-benar meruntun jiwa.
Hari ini, saya mengarahkan pasukan untuk turun menyantuni anak-anak ini serta keluarga mereka, sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan yang tidak ternilai.
Sumbangan kecil ini bukan sekadar hadiah, sebaliknya tanda kasih dan dorongan agar mereka terus tekun menuntut ilmu, membina masa depan yang lebih baik, dan kelak menjadi kebanggaan keluarga serta negara. -
Adam Adli
@AdamAdli
Akhiri jelajah Negeri Terengganu hari ini dengan menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQK) Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M.
Penganjuran yang berlangsung bermula hari ini hingga 18 April 2026 ini menghimpunkan para qari, qariah serta huffaz terbaik dari seluruh negara. Menjadi medan pertandingan, dan dalam masa yang sama sebagai ruang untuk mengangkat martabat Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Adam Adli
@AdamAdli
Dalam suasana yang penuh adab dan ketenangan, ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebuah masyarakat bukan hanya diukur pada pembangunan fizikal, tetapi juga pada kekuatan rohani dan pegangan nilai.
Moga legasi besar negara ini menjadi pemangkin kepada pembinaan masyarakat yang lebih berilmu, dan berakhlak. -
Adam Adli
@AdamAdli
Usai di SM Imtiaz Yayasan Terengganu, jelajah diteruskan ke Mini Konvensyen KEADILAN Peringkat Negeri Terengganu.
KEADILAN harus terus memperkukuh semangat kebersamaan merentas semua lapisan, berpegang teguh pada amanah perjuangan reformasi.
Adam Adli
@AdamAdli
Jentera parti di semua peringkat turut memegang peranan kritikal sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat; memastikan keyakinan terhadap hala tuju negara dapat terus diperkukuh.
Dalam majlis yang sama, penghargaan turut diberikan kepada Otai Reformis ; yang terus kekal setia, menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang reformasi dan perjuangan KEADILAN sejak awal. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di sela jelajah Negeri Terengganu, sempat singgah ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu untuk bertemu pelajar-pelajar tahfiz negeri Terengganu serta menunaikan solat Zohor.
Dalam kunjungan ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta bagi pelaksanaan projek penyelenggaraan prasarana sekolah tahfiz/pondok di negeri Terengganu.
Penghargaan turut diberikan kepada lebih 11 orang pelajar dalam kalangan penerima eKasih yang mendapat keputusan cemerlang SPM, sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian mereka.
Moga segala inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh persekitaran pembelajaran dan menyokong pembangunan institusi tahfiz dan pondok di negeri Terengganu. -
Adam Adli
@AdamAdli
Lawatan kerja bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Terengganu bermula pagi ini dengan Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di Bukit Payong, Marang.
Komitmen pagi ini mencerminkan kesungguhan berterusan dalam membina masa depan pendidikan negara, khususnya memperkukuh laluan prauniversiti untuk anak-anak Malaysia.
Kerja-kerja awalan bagi pembinaan Kolej Matrikulasi Bukit Payong dijadualkan bermula pada April 2026, melibatkan kawasan seluas 16.34 ekar. Pembinaan penuh akan dimulakan pada tahun 2027, dan projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2031. Pembangunan ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, khususnya di Terengganu.
Bermula tahun ini, kolej matrikulasi di Malaysia akan diselaraskan di bawah pentadbiran serta ekosistem Kementerian Pendidikan Tinggi seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, dalam usaha memperkemas laluan ke universiti dan memperkukuh agenda pendidikan prauniversiti negara.
Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas asas yang telah dibina. Tiada siapa bekerja sendirian. Ini tanggungjawab bersama.
PMX akan singgah ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu untuk Zohor dan pertemuan bersama pelajar-pelajar tahfiz negeri Terengganu. -
Adam Adli
@AdamAdli
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini bertugas mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Negeri Terengganu Darul Iman.
Lawatan ini melibatkan beberapa agenda penting, termasuk beberapa kemajuan dan perkembangan baharu buat rakyat, khususnya warga Terengganu dan sekitarnya dalam sektor pendidikan tinggi.
Insya-Allah, kita akan kongsikan perkembangan dari semasa ke semasa. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk penyelesaian segera.
Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama, dan tindakan segera wajib dilaksanakan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
www.theborneopost.com/2026/04/11/call-for-temporary-class… -
Adam Adli
@AdamAdli
Masuk pejabat lepas cuti raya yang lepas, saya nampak ada kad raya buatan sendiri yang dikirim pelajar-pelajar SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru atas meja. Ini antara sekolah terbaik di Hang Tuah Jaya.
Dalam kad raya tersebut, ada pantun klasik (pecah kaca pecah gelas..) dengan pesan, “kalau ada masa lapang, jemput datang sekolah kami”.
Pagi tadi alhamdulillah, sempat singgah jumpa mereka sendiri, balas pantun dan kad raya secara berdepan.
Sama macam anak-anak SKJDP, kad raya yang saya balas pun cetak sendiri, ada sedikit tulisan tangan. Sederhana, tapi Insyaallah penuh makna untuk mereka.
Ringkas, tapi hal-hal macam ini yang buat kita sentiasa rasa dekat dengan masyarakat tanpa kira umur.
Terima kasih anak-anak, guru besar, ibu bapa dan seluruh warga SKJDP. Semoga terus rajin belajar dan kejar cita-cita masing-masing.
Selamat Hari Raya✨This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi tadi bersama komuniti penyelidik, universiti dan pemain industri dalam Persidangan Public-Private Research Network (PPRN 2026) yang menghimpunkan kira-kira lebih 500 peserta.
Melalui penganjuran bersama Universiti Sains Malaysia (USM), fokus diberikan kepada projek PPRN berimpak tinggi yang memenuhi keperluan industri.
Malaysia kini berada di tangga ke-34 dalam Global Innovation Index (GII) 2025, kedua di Asia Tenggara dengan sasaran untuk menembusi kelompok 20 teratas menjelang 2030 berdasarkan ukuran kepada keupayaan negara menggerakkan inovasi secara menyeluruh.
Sejak 2015, sebanyak 780 projek PPRN telah diluluskan, menjadi bukti bahawa kolaborasi antara akademia dan industri mampu memberi impak nyata.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pendidikan tinggi (KPT) turut mensasarkan peningkatan pendaftaran paten daripada 968 kepada 2,000 menjelang 2030. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
PPRN 2026; MALAYSIA SASAR KELOMPOK 20 TERATAS INDEKS INOVASI GLOBAL MENJELANG 2030
Baca lanjut: www.facebook.com/share/p/1DSVxS6WnR/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
27 tahun jana arus.
Moga KEADILAN terus menjadi nyala yang tidak padam, dan teguh di atas jalan yang semalam diteroka, agar kekal menjadi harapan untuk esok hingga akhirnya.
Dirgahayu. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sekalung tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang menerima keputusan hari ini.
Yang sampai ke tangan anda hari ini adalah permulaan baharu, untuk perjalanan yang lebih jauh.
Teruskan melangkah, terokai peluang, dan cekal dalam setiap yang bakal diusahakan!
Sekali lagi tahniah, dan selamat maju jaya! -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setiap langkah ini bukan mudah, tetapi terpaksa diambil dengan penuh teliti agar saudara-saudari tidak terus terhimpit. Kerajaan sedang berusaha sehabis daya untuk meringankan beban semua.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap kesukaran disertai kemudahan, (ditegaskan sekali lagi): bahawa sesungguhnya tiap kesukaran disertai kemudahan (Al Insyirah: 5-6).
#yakinmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
PENURUNAN HAD BUDI95 BERSIFAT SEMENTARA, KERAJAAN MADANI BERTINDAK AWAL DEMI MELINDUNGI RAKYAT
Keputusan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300L kepada 200L bukan keputusan yang dibuat tanpa pertimbangan, tetapi tindakan sementara yang terpaksa diambil ketika dunia sedang berdepan ketegangan serius di Asia Barat.
Konflik yang semakin meruncing memberi tekanan langsung kepada bekalan minyak, gas, makanan dan kos sara hidup global. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memberanikan diri untuk berterus terang dengan rakyat.
Keputusan ini dibuat berdasarkan data sebenar penggunaan BUDI95 sejak diperkenalkan, yang menunjukkan purata penggunaan sekitar 100L sebulan dan majoriti besar rakyat menggunakan kurang daripada 200L.
Setelah diperhalusi, kerajaan memilih pendekatan yang lebih teliti dan berhemat dengan menyesuaikan had penggunaan tanpa menaikkan harga BUDI95 yang kekal pada kadar RM1.99 seliter. Ini membuktikan kerajaan berusaha mengawal tekanan semasa tanpa terus memindahkan beban kepada rakyat.
Kerajaan kekal mengambil kira keperluan rakyat di lapangan apabila pemandu e-hailing dan pekerja gig terus dibekalkan had sehingga 800L, sementara Sabah dan Sarawak terus menikmati diesel subsidi RM2.15 seliter dengan kawalan lebih ketat. Subsidi ini hak rakyat, bukan ruang untuk penyeludup merompak kekayaan negara, sebab itu penguatkuasaan perlu diperkasa dan rakyat mesti terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membendung ketirisan.
Pada masa yang sama, Malaysia akan terus memainkan peranan yang adil, tegas dan berprinsip dalam isu Asia Barat. Perdana Menteri sendiri terus mengadakan perbincangan dengan pemimpin serantau bagi mencari ruang perdamaian dan memastikan kepentingan Malaysia turut dipertahankan dalam suasana yang genting ini.
Justeru, semua perlu melihat langkah ini dalam kerangka yang lebih besar, iaitu kerajaan sedang bertindak awal, telus dan bertanggungjawab demi menjaga kestabilan negara, menjamin bekalan, dan melindungi rakyat daripada kesan yang lebih parah jika krisis ini berpanjangan.
ADAM ADLI
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:
⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan
👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat saya dari New Zealand, Christopher Luxon, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan di Asia Barat serta kesannya terhadap keselamatan dan ekonomi global.
Saya menegaskan pendirian Malaysia yang mengecam keras serangan ketenteraan terhadap Iran, serta menolak sebarang tindakan unilateral yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Malaysia kekal menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta kembalinya semua pihak ke meja rundingan melalui saluran diplomasi.
Kami turut menyentuh kesan konflik terhadap sektor tenaga New Zealand, termasuk peningkatan harga bahan api dan tekanan terhadap ekonomi domestik. Saya menyambut baik langkah proaktif kerajaan New Zealand dalam memperkukuh keselamatan tenaga serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu.
Dalam masa yang sama, kami menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala di bawah kerangka Perkongsian Strategik, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama tenaga. Kami akan terus berhubung rapat dalam mendepani cabaran semasa demi kepentingan bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[VIDEO] UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARIPADA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI🌙✨
Baca lanjut: www.facebook.com/share/v/18AVrny6Bv/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#syawal1447hThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. ✨
Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Ahli Parlimen Hang Tuah JayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M 🌙✨
Baca lanjut: www.facebook.com/share/v/1C4fCqB4Uy/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#syawal1447h -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, Ramadan telah kita lalui dengan penuh makna. Kini Syawal membawa kita kembali kepada fitrah dengan hati yang lebih tenang.
Anak merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati,
Syawal tiba membawa restu,
Salah dan khilaf mohon diampuni.
Semoga Syawal kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. Raikan sederhana, hargai yang ada.
Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Kelmarin, saya sempat berhubung dengan adik Nur Fatini Husna yang kini sedang menjalani rawatan Kanser Leukemia AML di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Adik ini semangatnya luar biasa. Biar berbulan di katil hospital, Husna tidak pernah tinggalkan pelajarannya. Biar berat diuji malah sampai pernah diambil kesempatan, tetap tak putus asa.
Di wad, dia berbicara dengan tenang. Sentiasa diulang impiannya yang cukup sederhana tapi besar maknanya untuk kembali sihat biar boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa.
Pegawai Khas, Saudara Mohd Afiq telah diwakilkan untuk menyantuni keluarga serta meneliti bentuk bantuan yang boleh diusahakan, agar mereka tidak berdepan ujian ini sendirian. Selain saguhati tunai, kami turut usahakan keperluan peranti yang lebih sesuai untuk bantu pembelajarannya.
Mohon kita semua terus menitipkan doa buat adik Husna dan sahabat-sahabatnya yang sedang menerima rawatan.
Buat keluarga En. Amer, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, sama ada di kota mahupun di desa, tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan serta menikmati kemudahan asas yang sewajarnya.
🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
SinarHarian
@SinarOnline
'Terima kasih PM, jambatan sudah siap'
Jambatan baharu menggantikan titi gantung runtuh siap dibina dalam tempoh enam minggu
#sinarharian #jambatansiap #terimakasih #pm
www.sinarharian.com.my/article/771860/edisi/kelantan/teri… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan:
• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.
• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.
Moga inisiatif ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, sepenuh hari dimanfaatkan bersama warga Hang Tuah Jaya.
Dari pagi agih sumbangan, ambil aduan, dan tinjau infrastruktur. Menjelang petang, kita berbuka dan solat berjemaah, disambung pula terawih, kacau dodol dan moreh bersama komuniti.
Ramadan akan sentiasa ingatkan kita bahawa rezeki yang dikongsi dan masa yang diluangkan bersama kekal jadi kenangan yang paling terkesan di hati. 🌙This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Malam tadi di Hang Tuah Jaya, sebanyak RM123,000 disalurkan kepada masjid, surau serta keluarga yang memerlukan. Sedikit ikhtiar untuk memakmurkan rumah ibadah dan memastikan kebajikan masyarakat terus terjaga agar nikmat Ramadan dapat dirasai bersama.
Dalam majlis yang sama, penyerahan tablet kepada pelajar turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan ICU JPM, sebagai usaha kecil menyokong akses pendidikan dan masa depan generasi muda.
Semoga segala usaha ini membawa manfaat yang berpanjangan dan menambah keberkatan buat komuniti kita. 🤲This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
BELASUNGKAWA
Innalillahiwainnailaihiraji’un.
Dunia ilmu kehilangan seorang tokoh besar.
Takziah atas pemergian Tan Sri Prof. Diraja Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, sarjana yang mengabdikan hidupnya kepada pemikiran, adab dan peradaban ilmu.
Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan menjadikan segala sumbangannya sebagai amal jariah yang berpanjangan.
Al-Fatihah -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, semalam bersama rakan-rakan media Melaka dalam Majlis Iftar Perdana Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Media Melaka.
Bukan sekadar majlis berbuka puasa inilah ruang untuk kita duduk lebih dekat, bertukar pandangan dan hargai peranan besar rakan-rakan media yang selama ini banyak membantu membawa pelbagai isu serta inisiatif pendidikan tinggi sampai kepada masyarakat.
Selalunya, masa bersama hanya sempat dicuri di hujung majlis atau ketika sidang media. Jadi, peluang seperti ini memang cukup bermakna.
Dalam suasana hari ini yang serba pantas, peranan media yang profesional dan bertanggungjawab menjadi semakin penting. Bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi menjadi jambatan kepada maklumat yang tepat, seimbang dan boleh diyakini.
Pada kesempatan ini juga, kita raikan keluarga pengamal media. Seramai 20 orang anak pengamal media di Melaka menerima sumbangan RM500 setiap seorang melalui akaun Simpan SSPN Prime, dengan jumlah keseluruhan RM10,000 sebagai galakan awal ke arah simpanan pendidikan yang lebih terancang buat masa depan mereka.
Terima kasih kepada semua rakan media Melaka atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang tidak pernah putus. Moga hubungan baik ini terus diperkukuh, bukan hanya dalam urusan kerja, tetapi atas semangat yang sama untuk membawa manfaat kepada masyarakat. -
Adam Adli reposted
𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗳𝗿𝗶
@mohdfiikri
Meraikan media Melaka malam tadi di Dusit Princess Melaka sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama YBTM @AdamAdli
Dalam suasana Ramadan, kita menghargai peranan media yang sentiasa komited di lapangan menyampaikan berita kepada masyarakat. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Peluncuran Sumud Darat hari ini berlangsung pada saat rantau Asia Barat terus berdepan ketegangan yang meruncing dan ketidaktentuan yang membimbangkan dunia.
Di tengah pergolakan ini, Malaysia memilih untuk berdiri teguh dengan tindakan yang nyata dan berprinsip.
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah Al-Insyirah, Ayat 6)
Sumud Darat menandakan komitmen Malaysia yang tidak lentur walau sedikit pun dalam mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin. Kita menolak segala bentuk penindasan, menentang kezaliman tanpa mengira pelakunya, dan menyokong usaha ke arah keamanan yang berteraskan keadilan dan undang-undang antarabangsa.
Dalam saat dunia terbelah oleh konflik dan perpecahan, Malaysia memilih jalan ihsan dan keberanian moral. Usaha ini adalah cerminan kekuatan solidariti rakyat Malaysia, merentas agama, kaum dan latar belakang politik demi kemanusiaan.
🇲🇾🇵🇸
#malaysiamadani
#sumuddarat -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I unreservedly condemn the killing of Iranian Supreme Leader Ali Khamenei. This act places the Middle East on the edge of grave and sustained instability. I extend my condolences to the Islamic Republic of Iran and to the Iranian people at this profoundly difficult moment.
Those who greet his death with approval should recognise the consequences of such actions. Existential threats seldom yield predictable reactions. The deliberate targeting of a head of state sets a dangerous precedent and weakens the norms and principles that underpin the international order.
At the same time, I urge the Iranian authorities to respond with the utmost restraint. Malaysia aligns itself with the statements issued by concerned countries calling on all parties to step back from further escalation.
My foremost concern remains the welfare and safety of Malaysians in Iran, the Gulf States and the wider Middle East. To all Malaysians in the affected region, your Government is taking every possible measure to ensure your protection. Our Missions have been given the full mandate and resources to assist you.
The Government will urgently evaluate the economic repercussions of the conflict, including risks to regional airspace and to freedom of navigation through the Strait of Hormuz. Malaysia's trade and energy security are directly implicated, and we will act as necessary to safeguard our national interests.
Malaysia calls for an immediate ceasefire, the protection of civilians and a return to serious dialogue. This crisis cannot be resolved by force. It requires diplomacy, restraint and political will.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Doa dan solidariti Malaysia buat semua yang terkesan di Asia Barat.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Selesai tugasan di Melaka, terus ke Putrajaya untuk bersama dalam Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang tadi.
Majlis ini menghimpunkan lebih 400 pelajar universiti dari seluruh negara. Dengan 38 darinya dari Melaka sendiri. Suasananya sederhana, tapi sangat bermakna.
Usai berbuka, berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah. Disangka selesai di situ, rupanya diteruskan dengan sesi perkongsian yang lebih terbuka.
Perdana Menteri duduk sendiri dilantai, sambil berborak secara langsung dengan para mahasiwa, bercerita pengalaman, serta mendengar sendiri pandangan dan harapan mereka.
Ramadan bukan hanya tentang lapar dan dahaga, mahupun juadah berbuka di meja, tetapi tentang hati yang dirapatkan dan suara yang diberi perhatian.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan berbuka puasa bersama mahasiswa Universiti Awam dan Swasta, pelajar Institut Pendidikan Guru serta Politeknik di Kompleks Seri Perdana.
Sewaktu ucapan, saya tegaskan Ramadan adalah madrasah terbaik untuk membentuk sahsiah, memperkukuh nilai takwa dan memupuk integriti.
Dalam mendepani cabaran zaman pascanormal, saya menyeru mahasiswa agar menjadikan nilai ini sebagai kompas moral selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.
Negara mahu melahirkan generasi berilmu, beradab dan berdaya cipta, menguasai teknologi, AI dan STEAM, serta berani menjadi pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari kerja, selain pemerkasaan TVET melalui kerangka STAR turut menjadi tumpuan dalam memastikan pendidikan terus relevan dan inklusif.
Usai solat Maghrib berjemaah, saya turut menyampaikan tazkirah ringkas dan perkongsian kepada anak-anak muda ini.
Semoga Ramadan ini memperteguh tekad kita membina Malaysia yang lebih maju dan berintegriti.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Innalillahiwainnailahirajiun.
Saya zahirkan ucap takziah buat seluruh keluarga mangsa kemalangan di Tambak Paya awal pagi tadi.
Mendoakan agar semua dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas musibah yang menimpa.
Al-Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Semalam, selesai sesi penggulungan di Parlimen, terus bergegas balik ke Parlimen Hang Tuah Jaya untuk turut serta Jelajah Iftar Sinar MYDIN 2026 di MYDIN MITC Ayer Keroh, Melaka.
Program yang sudah masuk tahun ke-3, di sembilan lokasi seluruh negara, digerakkan oleh MYDIN Mohamed Holdings Berhad bersama Sinar Harian, penaja dan rakan pembekal dengan elemen kebajikan melalui MYDIN Prihatin dan sumbangan set raya ini wajar diteruskan dan diperluas.
Bila sektor swasta dan komuniti bergerak bersama, insyaAllah, kesannya akan lebih terasa.
Lepas berbuka, sempat singgah pula menunaikan solat tarawih di Masjid Al Ehsan Bukit Baru. Tutup malam dengan solat terawih berjemaah. Semoga Ramadan kali ini terus menguatkan kebersamaan kita semua. 🌙This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] KPT KOMITED PASTIKAN KAMPUS SELAMAT
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Menjawab ketika Penggulungan Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berpendirian jelas bahawa isu salah guna kuasa dan penyalahgunaan dana awam tidak boleh dikompromi. Pengurusan dana awam mesti berlandaskan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
KPT bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan terus komited untuk memperkukuh tadbir urus dan menangani isu tatakelola melalui kepimpinan serta pengurusan universiti yang baharu.
Dalam pada itu, tindakan pembetulan segera dan langkah penambahbaikan berterusan sedang dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus yang lebih berdisiplin dan telus, selaras dengan prinsip pengurusan kewangan universiti awam yang mematuhi tatakelola baik demi melindungi kepentingan pelajar dan institusi.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
#kongsikpt | Info Ramadan 1447H
NIAT PUASA RAMADAN
Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi tentang niat dan keikhlasan kerana-Nya. 🌙🤍
Jangan lupa niat, kerana di situlah bermulanya keberkatan ibadah puasa. ✨ -
Adam Adli
@AdamAdli
Ramadan kembali menyapa;
membawa rahmat, keampunan dan ruang untuk kita bermuhasabah serta memperbaiki diri.
Semoga bulan penuh keberkatan ini menguatkan hati, melapangkan jiwa, dan mengingatkan kita untuk terus peduli antara satu sama lain.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Moga segala ibadah diterima dan setiap usaha kecil diberkati. ✨
𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐀𝐝𝐥𝐢
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya,
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,
Pengarah Komunikasi KEADILAN,
Pemangku Pengerusi KEADILAN Negeri Melaka -
Adam Adli reposted
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾
@JPenerangan
Kerajaan menyediakan Pendidikan Percuma PTPTN kepada 5,800 anak keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA. 🎓
Dengan peruntukan RM120 juta setahun, peluang pendidikan tinggi terus diperkasa demi masa depan lebih cerah. ✨
#belanjawan2026
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih warga Hang Tuah Jaya dan rakan-rakan dari seluruh negeri Melaka yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina kita malam tadi di Bukit Beruang.
Ini ruang dan peluang untuk kita terus mendekati masyarakat, mengeratkan hubungan dan membina kepercayaan bersama.
Pemerkasaan komuniti pelbagai bangsa dan kepercayaan di Parlimen Hang Tuah Jaya akan terus dipergiat. Sempena sambutan malam ini, sebanyak RM84,000 turut disumbangkan kepada 28 buah rumah ibadat kaum Cina tanda sokongan ke atas peranan institusi ini dalam memelihara keharmonian dan kebajikan setempat.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan, sukarelawan dan warga setempat yang menjayakan majlis sambutan ini.
Selamat Tahun Baharu Cina,
Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai! 🧧 -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Alhamdulillah, pagi tadi saya selesai menyempurnakan Majlis Penyerahan ‘mock cheque’ bernilai RM1 juta bagi pembinaan Dewan Terbuka SK Ayer Keroh.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Sempena Tahun Baru Cina 2026, orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka.
Pelbagai pengisian menarik menanti para pengunjung, termasuk persembahan Tarian Singa, tradisi Yee Sang, serta pelbagai aktiviti kebudayaan dan hiburan untuk seisi keluarga.
📅 Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 6.00 petang – 11.00 malam
📍 Lokasi: Dewan MPHTJ, Bukit Beruang, Melaka
Ayuh kita raikan kepelbagaian budaya sebagai kekuatan negara dalam suasana penuh keceriaan.
Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财 🧧✨
Jumpa anda di sana! -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK]
📌 USAHA KPT UNTUK BANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN MENYAMBUNG PENGAJIAN
📌 FAKTA PERLU ANDA TAHU BERKAITAN SEKATAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA
📌 INISIATIF BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN PEMINJAM SELEPAS BERGRADUASI
@ZambryOfficial @AdamAdli -
Adam Adli reposted
Astro AWANI
@501Awani
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim memaklumkan sebanyak RM77.5 bilion pinjaman PTPTN telah dikeluarkan setakat hari ini. #sisitvparlimen #awaninews #dewanrakyat
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
SARA untuk semua!
Kerajaan MADANI terus menambah baik Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya bantuan bukan sekadar diberi, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat kesuruhannya.
Lebih menyeluruh.
Lebih berkesan.
Lebih dekat dengan rakyat.
Inilah ikhtiar berterusan untuk meringankan beban, memelihara kebajikan, dan memastikan kesejahteraan isi rumah di seluruh negara terus terjamin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#ekonomimadani
#madaniuntuksemua -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Hari ini, YB Adam Adli turun ke Taman Sin Hoe untuk meraikan Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh JPKK Bukit Baru Dalam.
Program ini berlangsung secara meriah, memberi ruang kepada interaksi secara dekat bersama masyarakat setempat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih Persatuan Tokong Tai Zi Ting atas kebersamaan menerusi Upacara Dotting Mata Singa dan penyerahan sumbangan sempena Tahun Baru Cina di Balai Raya Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang.
Dalam warna-warni budaya dan keikhlasan memberi, jelas terpancar indahnya perpaduan masyarakat pelbagai kaum yang hidup saling menghormati dan berkongsi kegembiraan. Inilah wajah Malaysia yang akan terus kita pelihara dan pertahankan.
Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan rezeki yang melimpah untuk semua. Gong Xi Fa Cai!🧧 -
Adam Adli reposted
Suara Keadilan
@suarakeadilan99
Jamin pendidikan tinggi "semurah mungkin", bantu pelajar miskin
www.suarakeadilan.my/post/jamin-pendidikan-tinggi-semurah… -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi tadi di Forum Ekonomi Malaysia, saya tekankan bahawa melalui RPTM 2026–2035, kita sedang membina sistem pendidikan tinggi yang lebih tangkas, inklusif dan selari dengan hala tuju ekonomi semasa serta masa depan negara termasuk bidang AI, semikonduktor, teknologi tinggi, tenaga bersih, ekonomi hijau dan inovasi digital.
RPTM menyasarkan agar graduan kita bukan lagi sekadar pencari pekerjaan, tetapi pembina masa depan. Sebab itu TVET, kelestarian, pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama erat dengan industri terus diperkukuh.
Perbincangan di pentas forum juga menekankan kepentingan keadilan sosial dan ekuiti sebagai teras reformasi pendidikan supaya tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan latar belakang atau kewangan.
Membina bakat masa depan ialah tanggungjawab bersama. Jika kita bergerak seiring, kita mampu melahirkan generasi yang cekal, berprinsip dan bersedia memacu Malaysia ke hadapan.
Terima kasih kepada Kementerian Ekonomi Malaysia atas peluang yang diberikan.
**************************************************
Earlier today at the Malaysia Economic Forum, I emphasised that through RPTM 2026–2035, we are building a higher education system that is more agile, inclusive, and aligned with both Malaysia’s current and future economic direction including AI and semiconductors, advanced technology, clean energy, green economy, and digital innovation.
RPTM aims to ensure our graduates are not just job seekers, but future builders. That is why TVET, sustainability, lifelong learning, and strong industry collaboration continue to be strengthened.
Discussions at the forum also highlighted the importance of social justice and equity as core pillars of education reform, so that no student is left behind due to background or financial constraints.
Developing future talent is a shared responsibility. When we move forward together, we can nurture a generation that is resilient, principled, and ready to lead Malaysia into the future.
My appreciation to the Ministry of Economy Malaysia for the opportunity. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada rakan-rakan beragama Hindu.
Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum sentiasa meraikan kepelbagaian. Semoga perayaan ini terus menjadi lambang perpaduan, memperkukuh semangat keterangkuman dan kebersamaan dalam keharmonian.
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Sdr Ridhuan, telah berkunjung ke Flat Pantai Peringgit bagi menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk setempat.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Sdr Ridhuan, Sdr Hakimin dan Sdr Fairuz telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada penerima di Bukit Bayan, Bukit Katil.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
"Bila makan, semut masuk pinggan pun tak nampak!"
Kami kat Pusat Khidmat Rakyat Hang Tuah Jaya dapat maklumat yang Makcik Saniah ada masalah penglihatan mata ni ha.
Tak tunggu lama, kami terus bawa Makcik Saniah pergi check mata. Ahamdulillah, beliau hanya memerlukan spec mata.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sabtu lepas, hadir menyerahkan 100 buah kerusi kepada Sekolah Rendah Agama Kg Tun Razak 2, Bukit Katil melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya.
Bila pihak sekolah maklum ada kekurangan kerusi di dua buah kelas, kita terus usahakan untuk mudahkan urusan pembelajaran murid di sekolah ini yang kini menampung seramai 452 murid.
InsyaAllah, perkara asas macam ini kita akan cuba selesaikan satu demi satu. Tahun ini, agenda memperkasa pendidikan di Hang Tuah Jaya kita sasarkan akan diperkukuh lagi, termasuk naik taraf fasiliti sekolah dan bantuan persekolahan, dengan kerjasama pihak sekolah, serta pihak swasta yang sudi membantu.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] LANGKAH INTERVENSI KPT BAGI KEBOLEHPASARAN GRADUAN MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN
1️⃣ Penjajaran semula program-program yang ditawarkan di UA
2️⃣ Mempergiat kerjasama merentas Kementerian dan Agensi, termasuklah MITI, KESUMA dan KE -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[VIDEO] PELAJAR OKU TERUJA TERIMA PENDIDIKAN PERCUMA
Ikuti pandangan pelajar OKU tentang Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2026 yang lalu.
@ZambryOfficial @AdamAdli
#malaysiamadani
#rptmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih dan selamat maju jaya adik Rajendrra. Semoga terus berjaya dan tercapai impian anda.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
Kejayaan pelancaran RPTM 2026–2035 mencerminkan iltizam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kumpulan pakar dalam merangka hala tuju pendidikan tinggi negara yang berdaya saing, berimpak tinggi dan relevan dengan keperluan semasa.
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rptm -
Adam Adli reposted
Zambry Abd Kadir
@ZambryOfficial
PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI BERKAITAN RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (RPTM) 2026-2035
1️⃣ TVET, digitalisasi dan AI diperhebat. Politeknik dan Kolej Komuniti ditambah baik dan 10 Politeknik Premier akan diwujudkan dalam tempoh RPTM 2026-2035;
2️⃣ Pendidikan percuma melalui PTPTN untuk pelajar dari keluarga miskin tegar. Dinaikkan daripada 5,800 orang kepada 10,000 orang;
3️⃣ Pendidikan percuma, pengecualian yuran untuk semua pelajar kategori OKU di semua IPTA, politeknik dan kolej komuniti;
4️⃣ Program Tingkatan 6 & Matrikulasi diletakkan di bawah KPT;
5️⃣ Tambahan lagi 1,500 tempat untuk kursus khusus di IPTA menjadikan keseluruhan tambahan ialah 3,000 tempat;
6️⃣ Jaminan tempat di IPTA untuk pelajar cemerlang 4.0 untuk STPM dan setara;
7️⃣ Pemerkasaan subjek Mata Pelajaran Umum (MPU);
8️⃣ Tambahan 5,000 penginapan pelajar IPTA melalui kerjasama Universiti dengan GLIC; dan
9️⃣ Pendidikan luwes (lebih fleksibel) untuk semua pelajar IPTA melalui pendekatan 4 kuadran.
Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri untuk pengumuman khas pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.
#rptm20262035
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#doczam -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[VIDEO] PENGUMUMAN YAB PM SEMASA MAJLIS PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026 - 2035
🔹 Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 - 2035
📌 Pendidikan percuma bagi pelajar dari keluarga miskin tegar
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[VIDEO] PENGUMUMAN YAB PM SEMASA MAJLIS PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026 - 2035
🔹 Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 - 2035
📌 Memperhebat TVET dengan memperkasa Politeknik dan Kolej Komuniti
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
RPTM 2026 - 2035 : TRANSFORMASI LANDSKAP PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
@ZambryOfficial
@AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[VIDEO] MAJLIS PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026 - 2035
@ZambryOfficial
@AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Era baharu bermula.
Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 menggariskan langkah memperkukuh ilmu sebagai tiang negara, agar pendidikan tinggi kekal relevan, berdaya tahan dan berani mendakap masa depan.
Adam Adli
@AdamAdli
Dibangunkan secara inklusif dan berpaksikan data, rancangan ini merapatkan jurang serta menjawab cabaran nilai, daya saing global dan kesejahteraan pelajar.
Semoga RPTM 2026–2035 menjadi dokumen hidup yang menggerakkan harapan rakyat, digalas bersama oleh pelajar, pensyarah, institusi, industri dan komuniti.
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli
@AdamAdli
Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 (RPTM 2026–2035) telah dilancarkan hari ini sebagai hala tuju nasional untuk memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi bagi sedekad mendatang. Dokumen ini menjadi kerangka tindakan yang lebih tersusun agar pendidikan tinggi negara kekal relevan, berdaya tahan dan bersedia mendepani cabaran masa depan.
Adam Adli
@AdamAdli
Pelan ini dibangunkan melalui proses yang teliti dan inklusif, berpaksikan data, penilaian menyeluruh serta libat urus bersama warga pendidikan tinggi dan pelbagai pihak berkepentingan. Ia mengangkat pendekatan realistik dengan mengenal pasti jurang serta cabaran utama, termasuk aspek nilai, daya saing global dan kesejahteraan pelajar.
Harapan kita, RPTM 2026–2035 menjadi dokumen hidup yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta melahirkan generasi pembina negara yang berilmu, berintegriti dan mampu menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Ini bukan sekadar agenda kementerian atau universiti, tetapi usaha bersama melibatkan pelajar, pensyarah, institusi, industri dan komuniti.
Pendidikan tinggi adalah pelaburan masa depan negara.
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026-2035: YAB PM GARIS LONJAKAN PARADIGMA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
20 Januari 2026 | Putrajaya
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1AWcpa2B91/
@ZambryOfficial
@AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.
Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.
Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.
Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.
Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani
#rancanganpendidikannegara -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, tengah hari ini saya akan menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 melibatkan dua kementerian, yakni Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing dan berakar pada nilai, agar mereka berpeluang membina kehidupan yang bermakna dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (RPTM) 2026-2035
“Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 menandakan satu langkah jitu dalam misi negara kita untuk membina ekosistem pendidikan tinggi yang mampan, terangkum dan berdaya saing di peringkat global.” -
Adam Adli
@AdamAdli
Merafak sembah menjunjung kasih ke Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pagi ini.
Adam Adli
@AdamAdli
Istiadat ini sekali gus menyempurnakan pembukaan rasmi persidangan Parlimen bagi sesi penggal baharu , dengan tumpuan utama kepada perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen, selain sesi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU).
P/S: Hang Tuah Jaya dah pindah ke depan sikit, dapat jiran baru, Paya Besar dan Bandar Tun Razak. :) -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (RPTM) 2026-2035
“Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 ini mencerminkan komitmen dalam melahirkan graduan yang bersedia untuk memimpin dalam dunia yang kompleks dan saling berkait serta memastikan -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[SIARAN MEDIA] RPN 2026-2035: Rancangan Satu Dekad Pendidikan Bersepadu Negara Bakal Diluncurkan Pada 20 Januari Depan
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#rptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
SALAM ISRAK & MIKRAJ 1447H/2026M🕌
Salam Israk dan Mikraj 1447H/2026M🌟
Baca lanjut: www.facebook.com/share/p/1Atvx3Nwtq/
@ZambryOfficial @AdamAdli
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
“Pendidikan tidak mengubah dunia. Pendidikan mengubah manusia, dan manusia mengubah dunia" - Paulo Freire
Pagi tadi di SMK Krubong, berlangsung penyerahan simbolik Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Negeri Melaka, sebagai ikhtiar meringankan langkah awal persekolahan.
Ucapan terima kasih buat YB @FadhlinaSiddiq , Menteri Pendidikan Malaysia dan warga @KemPendidikan yang hari ini diwakili Dato’ Amzan Bin Abd Malek, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), dan Pn Mahfudzah Mohamed Noor, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka atas inisiatif yang besar pada niat dan bermakna pada pelaksanaannya.
Untuk Negeri Melaka, sebanyak RM23.31 juta diperuntukkan bagi penyaluran langsung tahun ini, memberi manfaat kepada lebih 155,000 pelajar di seluruh negeri.
Jumlahnya mungkin sederhana pada angka, namun besar maknanya buat keluarga yang sedang mengurus permulaan, dan buat anak-anak yang sedang melangkah ke ruang pembelajaran.
Saya yakin, Kerajaan MADANI akan terus komited dalam memastikan pendidikan kekal diberi tumpuan utama, agar sentiasa menjadi ruang, peluang, dan alat untuk mencipta perubahan yang lebih baik di hari esok. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahun ini, rezeki Hang Tuah Jaya terasa lebih luas.
Dua hari hujung minggu lalu, sebelum sesi persekolahan bermula, Program Back To School dianjurkan di dua lokasi, Ayer Keroh dan Ayer Molek, sebagai bekal awal buat anak-anak kita.
Di Ayer Keroh, program dilaksanakan bersama rakan strategik MYDIN Mohamed Holdings Berhad. MYDIN menaja 500 beg sekolah, manakala Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya menyalurkan baucar bernilai RM100 kepada 500 penerima yang sama.
Di Ayer Molek, program digerakkan bersama Yayasan Taqwa, MAIWP dan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), melibatkan 400 orang penerima.
Setiap sumbangan membawa mesej yang jelas. Pendidikan tidak seharusnya terhenti hanya kerana kekangan keperluan asas.
InsyaAllah, selagi diberi amanah dan peluang, usaha ini akan diteruskan agar setiap anak Hang Tuah Jaya melangkah ke sekolah dengan keyakinan dan harapan.
Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, ibu bapa dan anak-anak yang hadir.
Semoga langkah hari ini menjadi cahaya untuk masa depan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Menyambut Hari Pongal kepada seluruh rakan masyarakat India.
Pongal membawa makna kesyukuran, harapan dan kebersamaan, nilai yang mengikat kita sebagai sebuah negara berbilang kaum dan budaya.
Semoga perayaan ini mengukuhkan ikatan kekeluargaan, mempererat hubungan sesama komuniti, dan terus menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat kita.
Pongal Nal Valthukkal! ✨ -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] PELAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (PPTM) 2026-2035
Baca lanjut: facebook.com/share/p/17hcGX…
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#pptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
[INFOGRAFIK] PELAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (PPTM) 2026-2035
Baca lanjut: www.facebook.com/share/p/1FUVty66P2/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani
#pptm -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
TAHNIAH WIRA DAN WIRAWATI UTeM DI PENTAS ANTARABANGSA! 🌏🏆
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1DpV6ssBpb/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.
Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik. Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#jenteramadani
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
PROGRAM INCUBATOR TOP AGROPRENEUR 2.0 LAHIRKAN USAHAWAN TANI CELIK TEKNOLOGI
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1Jhnc5nwMx/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Alhamdulillah, selesai sudah Program Welcome Back To School 2026.
Seramai 500 pelajar di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya menerima beg sekolah dan baucar MYDIN bernilai RM100 hasil kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya bersama MYDIN Mohamed Holdings Berhad. -
Adam Adli
@AdamAdli
Reformasi Diteruskan
Reformasi bukan slogan; ia keberanian membetulkan sistem, supaya kuasa dipertanggungjawabkan dan undang-undang bebas daripada campur tangan.
Had dua penggal Perdana Menteri, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta penubuhan Ombudsman merupakan langkah penting ke arah kerajaan yang lebih telus, adil dan bertanggungjawab.
Perubahan ini mungkin mengambil masa, tetapi inilah asas reformasi sebenar.
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
Ucapan takziah setulusnya buat keluarga Allahyarhamah Syakirah Hanan, Mahasiswi UNISZA yang terlibat nahas maut tengah hari tadi di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu.
Semoga ahli keluarga tabah menhadapi ujian ini.
Al-Fatihah
Zambry Abd Kadir
@ZambryOfficial
Mendapat perkhabaran duka tentang kemalangan yang melibatkan seorang pelajar UniSZA meninggal dunia petang tadi di simpang empat Bukit Kecil, Bandar Kuala Terengganu.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah Syakirah Hanan binti Mazli, pelajar Postgraduate Diploma in Education, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, UniSZA.
Pihak KPT dan UniSZA akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada ahli keluarga Almarhumah serta memastikan segala urusan berkaitan dipermudahkan.
Kepada para pelajar dan seluruh warga kampus, saya mendoakan agar semuanya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, diberikan keselamatan dan dijauhkan daripada sebarang musibah di mana jua berada.
Semoga ahli keluarga tabah dan sabar dengan ujian ini dan didoakan roh Almarhumah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
#doczam -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah menyampaikan hala tuju dan inisiatif yang akan menggerakkan pentadbiran Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Usaha reformasi kekal menjadi tunjang untuk membina semula institusi negara dan memastikan pimpinan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada rakyat.
Antara reformasi utama yang akan dilaksanakan ialah pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat. Langkah-langkah ini penting bagi mengukuhkan asas negara hukum yang lebih telus dan berintegriti.
Kerajaan MADANI juga akan meneruskan usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran dengan memperkemas birokrasi, mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan awam, dan menyegerakan projek-projek rakyat seperti membaiki sekolah dan klinik daif, menutup jalan berlubang serta menambah lampu jalan.
Dalam masa yang sama, kebajikan rakyat kekal sebagai teras pentadbiran MADANI. Bantuan bersasar, sokongan kos sara hidup, peningkatan gaji penjawat awam serta inisiatif pendidikan dan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan hasil pertumbuhan ekonomi kembali kepada rakyat.
Kesemua langkah ini saling melengkapi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, memperkukuh keyakinan pelabur, dan memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh seluruh rakyat.
Semoga usaha reformasi dan inisiatif untuk rakyat ini mengukuhkan usaha kita untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah untuk semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#jenteramadani -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
🏆 UPSI HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA! 🇲🇾🌏
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1FhpG5WND5/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Tiada akar, tak ada lah pucuk. Tiada yang lama, tak ada lah yang baharu.
Ke Bukit Beruntung petang tadi, menghadiri Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2025, pertemuan yang diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Orang-orang lama Reformasi; dari yang menyusun gerakan di jalanan, sehingga yang membidani parti KEADILAN, masih teguh mendokong islah yang diperjuangkan sejak dahulu.
Adam Adli
@AdamAdli
Mereka ini adalah saksi bahawa reformasi bukan soal individu, tetapi usaha bergenerasi yang tidak kenal balasan dan habuan dalam menjelmakan reformasi - perubahan agar negara dan rakyatnya kembali bermaruah.
Tanpa mereka, kita tidak sampai ke titik hari ini; maka hari ini kita ucapkan terima kasih atas setiap yang dirakam dan dilalui mereka sejak berdekad.
Inilah tunjang dan sejarah KEADILAN - sebuah legasi hari semalam untuk esok yang lebih baik. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PERDANA MENTERI ARAH PENGGANTIAN SEGERA TITI GANTUNG RUNTUH DI KUALA KRAI
YAB Perdana Menteri memandang serius insiden runtuhan sebuah titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai semalam yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.
YAB Perdana Menteri menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah.
Susulan insiden itu, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.
Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan serta menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
2 Januari 2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
SELAMAT TAHUN BAHARU 2026
Di ambang tahun yang baharu, kita menyusun langkah ke depan dengan tekad yang lebih jernih.
Moga setiap ikhtiar kecil yang lepas menjadi titik mula kepada perubahan yang lebih besar buat semua.
Mendoakan tahun ini menjadi tahun yang membuka lebih banyak ruang dan kemungkinan untuk kita semua. -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026🎊
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1FuUrPhj7r/
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
📱✨ NIHAONOW: MUDAH BELAJAR MANDARIN, DI HUJUNG JARI!
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/1GYHVRhdmg/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
365/365.
Alhamdulillah, thank you 2025.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
LAPORAN TAHUN KE-3 HANG TUAH JAYA
Tahun 2025 menandakan genap tiga tahun kami berkhidmat di Hang Tuah Jaya. Sepanjang tempoh ini, pelbagai usaha dan inisiatif telah digerakkan demi kesejahteraan penduduk setempat.Post not available here, view on X
Adam Adli
@AdamAdli
Di Pusat Khidmat Rakyat Hang Tuah Jaya, pintu kami sentiasa terbuka. Kami terus komited membantu tanpa mengira latar belakang, kerana keperluan rakyat harus diraikan secara adil dan saksama. Jika perlukan bantuan, jemputlah singgah ke pejabat kami di Bukit Baru.
Adam Adli
@AdamAdli
Di sini kami kongsikan rekod perjalanan dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.
#laporan3tahunhtj
#hangtuahjaya
#unsdg
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
YB Adam Adli telah merasmikan Perkhemahan Singapura-Malaysia kali ke-40 yang berlangsung di SJK(C) Machap Baru, sebuah program berprestij yang menghimpunkan ahli St. John Ambulans dari Malaysia, Singapura dan Cambodia.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sebalik persidangan, protokol dan keputusan-keputusan besar, detik-detik kecil inilah yang membekas dalam hati dan menguatkan langkah untuk terus bekerja.
Ada keletihan, ada tawa, ada doa yang tidak terucap. Semua ini membentuk perjalanan yang tidak selalu terlihat, namun cukup mengesankan.
Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan hati yang tidak pernah menjauh daripada kalian.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya.
Keharmonian tidak lahir daripada keseragaman, tetapi daripada keikhlasan untuk saling menghormati dan menghargai perbezaan.
Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus memupuk kefahaman dan hidup bersama dalam harmoni.
Merry X’mas and Happy New Year 🎄 -
Adam Adli reposted
Kementerian Pendidikan Tinggi
@MOHEOfficial
UTHM DINOBAT TECHNOPRENEURSHIP UNIVERSITY OF THE YEAR 🥇
Baca lanjut di : www.facebook.com/share/p/17qz9zsDAn/
@ZambryOfficial @AdamAdli
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah wira dan wirawati negara 🇲🇾
Sejarah terpahat di bumi Gajah Putih, semoga terus cemerlang di edisi akan datang. -
Adam Adli
@AdamAdli
Day 1
Bismillah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedih dan duka yang terdalam tatkala mendapat tahu pemergian salah seorang pemuka dan pendiri perjuangan yakni saudara almarhum Anuar Mohd Nor yang menyahut panggilan suci ilahi semalam.
Mengenangkan raut wajahnya yang sentiasa tenang itu mencambah rasa pilu yang tak terungkap. Beliau memikul beban dan mehnah perjuangan dengan kesedaran yang utuh betapa perubahan hanya bermakna sekiranya ia diterjemah dengan tegas dan berani.
Pemergiannya lantas menjentik dhamir bahawa amanah dan tanggungjawab tidak sekadar sendi kekuasaan, tapi merupakan peringatan keras untuk tidak hanyut dengan kilauan gemerlapan yang memabukkan dan tegas memaknai perubahan.
Selamat pergi ke negeri abadi, saudara Anuar. Semoga Allah SWT mengasihanimu dan memberi tempat yang terbaik di sisiNya, Insya-Allah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan (KBS) @KBSMalaysia
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI.
Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet MADANI sebelum ini atas khidmat bakti, sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara.
#malaysiamadani
#kabinetmadani
#jenteramadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara hari ini, saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan memperkemas kerangka perundangan sedia ada bagi memperjelas perbezaan antara perasuah dan pemberi maklumat.
Langkah ini penting bagi memastikan perlindungan diberikan kepada pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik, di samping menutup ruang kepada pihak yang melakukan jenayah daripada berselindung di sebalik status tersebut.
Usaha ini juga bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, agar perasuah tidak disalah anggap sebagai pemberi maklumat, sekali gus menegakkan prinsip keadilan dan integriti dalam tadbir urus negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KENYATAAN MEDIA
PELANTIKAN PEMANGKU PENGERUSI NEGERI MELAKA
Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya telah menerima pemakluman berkait pelantikan sebagai Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka.
Pelantikan ini adalah keputusan yang dicapai Biro Politik KEADILAN menerusi resolusi bersama dan bersifat sementara, bagi memberi laluan kepada Pengerusi sebelum ini, Datuk Seri Shamsul Iskandar menyelesaikan proses perundangan yang sedang dihadapi beliau.
Dalam tempoh ini, keutamaan saya adalah untuk memastikan kestabilan dan disiplin organisasi parti terus terpelihara, di samping memperkemas persediaan awal dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang.
Saya percaya dengan kerjasama semua peringkat kepimpinan dan akar umbi, parti akan terus bergerak secara tersusun, berdisiplin dan fokus kepada kepentingan rakyat dengan berakarkan prinsip KEADILAN UNTUK SEMUA.
Terima kasih,
Adam Adli -
Adam Adli reposted
The Star
@staronline
He saved his best for the last with a golden of 7.71m jump to end a 22-year SEA Games wait at the Supachalasai Stadium yesterday.
www.thestar.com.my/sport/athletics/2025/12/16/andres-gian… -
Adam Adli reposted
The Star
@staronline
Thor Chuan Leong, Moh Keen Hoo and Lim Kok Leong produced a stirring comeback to give Malaysia their second snooker gold medal in the Thailand SEA Games.
www.thestar.com.my/sport/others/2025/12/16/thor-and-co-av… -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @anwaribrahim: I am deeply alarmed by the violent attack in Sydney that has claimed innocent lives and left many others injured. I conde…
-
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
EMAS pertama dari kem badminton🥇
1 dekad penantian emas bagi beregu wanita dan hari ini Pearly & Thinaah menamatkan kemarau. Tahniah diucapkan💪👏
#kitasemuateammas • #championsrising • #seagamesthailand2025 • #33rdseagames -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Hari ini, YB Adam Adli telah merasmikan Liga eSukan Perpaduan MADANI: Piala YB Adam Adli yang dianjurkan oleh Akademi Ibnu Rusyd di Ajwah Space, Ayer Keroh.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Noor Khairi,
Pengerusi Akademi Ibnu Rusyd, Encik Nazri selaku Pengarah Program sertaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Mengiringi Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan persembahan penuh tumpuan daripada pasukan Karate Men’s Team dan Women’s Team Kata.
Alhamdulillah, Men’s Team menghadiahkan pingat perak, manakala Women’s Team tampil gagah dengan pingat gangsa yang turut dikalungkan sendiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Setiap gerakan dan setiap hela nafas mereka mencerminkan disiplin yang tidak pernah rapuh, hasil latihan yang tidak mengenal noktah - bukti karakter dan ketekunan atlet negara.
Tahniah kepada skuad karate. Malaysia akan terus berdiri bersama kalian. 🇲🇾✨🥋
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win
#seagamesthailand2025
#33rdseagamesThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Paralympic Council Malaysia
@NpcMalaysia
UPDATED:
GOLD FOR MALAYSIA! 🥇
Wahyu Eqwal delivers a brilliant swim to clinch the 50m Backstroke gold at AYPG Dubai 2025!
A proud moment for Team MAS as our young star shines in the pool.
#teammas #aypgdubai2025 #pcm -
Adam Adli
@AdamAdli
Emas kedua buat Malaysia!! Tahniah pasukan Taekwondo Poomsae Wanita Negara🇲🇾
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win
#seagamesthailand2025
#33rdseagames -
Adam Adli
@AdamAdli
Emas Pertama Malaysia! Tahniah pasukan Hoki 5s negara!
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win
#seagamesthailand2025
#33rdseagamesThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kecewa, tapi kita tak boleh patah semangat. Biar dinafikan peluang, perjuangan pasukan taekwondo kita akan diteruskan lagi dengan semangat yang lebih membara.
Terima kasih Jason Loo dan Humaira. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sekitar Upacara Pembukaan Sukan SEA Thailand 2025.
Secara rasmi temasya kini bermula. 459 acara, 50 jenis sukan, dan 1,142 atlet Malaysia bersedia mengibar Jalur Gemilang di Bumi Gajah Putih.
Adam Adli
@AdamAdli
Upacara pembukaan yang disempurnakan oleh King Maha Vajiralongkorn menjadi satu penghormatan besar buat seluruh atlet dan kontinjen yang bakal berentap di Temasya Sukan SEA ke-33.
Buat Kontinjen Malaysia, langkah pertama sudah diatur. Semoga setiap detik perjuangan kalian di gelanggang membawa pulang bukan sahaja pingat; tetapi juga menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Selamat berjuang, wira dan wirawati negara. 🇲🇾 -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh Kontinjen Malaysia yang akan menggalas cabaran di Temasya Sukan SEA ke-33 serta Sukan Para ASEAN ke-13.
#teamkbs #kitasemuateammas #malaysiamadani #madanibekerja #rancakkanmadan -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari pertama di Sukan SEA Thailand 2025 dimulakan dengan sesi taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En Jefri Ngadirin bagi mendapatkan gambaran menyeluruh misi di Bangkok selain prestasi semasa dan sasaran pencapaian atlet-atlet kita setakat kini.
Sempat juga bertemu Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste, T.Y.T Francisco Kalbuadi Lay, saling bertukar pandangan ringkas mengenai keterujaan temasya Sukan SEA kali ini.
Sementara menunggu Upacara Pembukaan, saya meluangkan masa bersama Chef de Mission kita, Pn Nurul Huda Abdullah dan Sekretariat Sukan SEA Malaysia untuk meneliti gerak kerja dan cabaran pasukan sokongan kita di sini. Apa yang boleh dibantu, kita bantu; apa yang perlu diperkemas, kita perkemas. Tiada siapa berjuang sendirian dalam kontinjen ini.
Kepada semua atlet Malaysia, teruskan berjuang dengan tenang dan penuh keyakinan. Setiap keringat dan langkah di sini membawa harapan seluruh rakyat di tanah air.
Malaysia sentiasa bersama kalian. 🇲🇾This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.
Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian.
🇲🇾✊🥇
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#seagames2025 -
Adam Adli reposted
MSN MALAYSIA
@MSNMALAYSIA
Team MAS in Action di Sukan SEA Thailand bagi tarikh 9 Disember 2025 (Selasa)
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win
#seagamesthailand2025
#33rdseagames -
Adam Adli reposted
MSN MALAYSIA
@MSNMALAYSIA
Team MAS in Action di Sukan SEA Thailand bagi tarikh 8 Disember 2025 (Isnin)
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win
#seagamesthailand2025
#33rdseagames -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
From TVET to trophies: DPM Zahid sees full-stack industry powering Malaysia’s e-sports boom www.malaymail.com/article/2946154 @AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
📹 SHORT VLOG: Malaysia is inevitable!
Proud of the team, the management and the crew for delivering a historic back-to-back victory at IESF WEC MLBB 2025.
Bangkok 🇹🇭, here we come! 🥇
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Seusai Majlis Rancakkan MADANI di Putrajaya, mengiringi YAB Perdana Menteri ke Pavilion Bukit Jalil bagi peluncuran buku terbaharu beliau, Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times.
Sebuah karya yang menghimpunkan pemikiran, prinsip kepimpinan dan pendekatan YAB Perdana Menteri dalam mengemudi negara menghadapi realiti pascanormal, termasuk usaha memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam kepelbagaian kaum dan agama.
Adam Adli
@AdamAdli
YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa keseluruhan royalti buku ini akan disalurkan kepada pelajar miskin dan tidak berkemampuan, mencerminkan bahawa keprihatinan terhadap golongan memerlukan kekal sebagai teras perjuangan.
Turut hadir menyaksikan detik bermakna ini ialah Datin Seri Dr Wan Azizah, Tan Sri Shamsul Azri, Senator Dr Zulkifli Hasan dan YB Fadhlina Sidek bersama masyarakat yang hadir untuk mendapatkan naskhah sulung bertandatangan YAB Perdana Menteri.
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini kita menutup tirai Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dengan kehadiran lebih 300 ribu pengunjung serta barisan pemimpin negara yang hadir bersama menjayakan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya.
Majlis diserikan persembahan pembukaan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diikuti ucapan Perdana Menteri sebelum sesi townhall bersama tiga peneraju utama negara iaitu YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Timbalan Perdana Menteri 2, Datuk Amar Haji Fadillah yang menghuraikan pencapaian tiga tahun gerak kerja Kerajaan MADANI serta hala tuju reformasi perkhidmatan awam.
Rekod pertumbuhan ekonomi yang positif, kadar kemiskinan tegar serendah 0.09% dan kadar pengangguran turun ke 3% membuktikan sinergi kuat antara Kerajaan, penjawat awam dan rakyat dalam memperkukuh masa depan negara. Kerajaan hari ini terus mendengar keperluan rakyat dan membuat keputusan berasaskan realiti semasa.
Dengan momentum yang semakin kukuh serta kerjasama semua pihak, Malaysia mampu melangkah lebih jauh sebagai negara yang berjaya dan disegani di rantau Asia. InsyaAllah.
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Honoured to welcome delegates from more than 140 nations to Kuala Lumpur for the IESF Ordinary General Meeting 2025; where the future of global esports is being shaped.
The presence of His Royal Highness Prince Faisal bin Badar bin Sultan Al Saud, alongside IESF leaders and national representatives, reflects the world’s confidence in Malaysia as a trusted partner in this rapidly growing ecosystem.
For us, esports is more than competition. It is a platform that builds digital capability, leadership, discipline, and global collaboration; a space that connects communities and empowers the next generation.
Adam Adli
@AdamAdli
Malaysia remains committed to working with IESF and international partners to ensure esports continues to grow as a sustainable, inclusive, and empowering ecosystem for young people everywhere.
Here’s to meaningful deliberations, and to shaping the future of global esports, together. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Lebih 10,000 belia sertai program sukarelawan KBS tahun ini - Adam Adli @AdamAdli malaysiagazette.com/2025/12/06/lebih-10000-belia-sertai-p…
-
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Malaysia tuan rumah terbaik Kejuaraan E-Sukan Dunia Mobile Legends: Bang Bang www.sinarharian.com.my/article/759492 @AdamAdli
-
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Sidang Media Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan PARA ASEAN ke-14.
Malaysia secara rasmi memilih untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September 2027 melibatkan 38 jenis sukan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
“1142 atlet, 459 acara, 50 jenis sukan bagi Sukan SEA ke-33 bersama 236 atlet Para ASEAN ke-13, Thailand 2025.”
Semalam di Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia yang bakal mengibar jalur gemilang di bumi Gajah Putih. Satu simbol amanah, tekad, dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Setiap atlet membawa cerita perjuangan; setiap penyertaan adalah peluang mengangkat nama negara setinggi mungkin.
Kepada seluruh wira dan wirawati negara, melangkahlah dengan keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia bersama kalian.
Selamat maju jaya.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya telah menyerahkan sumbangan katil di Kampung Bukit Katil, Melaka.
Sumbangan ini bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian pesakit di rumah. Kita doakan semoga pesakit cepat sembuh!
#hangtuahjaya
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang En. Apui Jan yang telah meninggal dunia pada 2 Disember 2025.
-
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Seluruh warga KBS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang En. Apui Jan yang telah meninggal dunia pada 2 Disember 2025.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 , dari utara, ke pantai timur yang luas ufuknya, merentas Borneo yang kaya budayanya, lima zon sudah kita tempuhi dengan satu tekad, untuk mengangkat suara anak muda.
Hari ini, langkah kembara kembali ke selatan, di Bukit Katil, Melaka bagi siri yang keenam. Setiap perhentian membawa cerita, setiap persinggahan menemukan harapan.
Kali ini, saya ‘menumpang kasih’, menjadi anak angkat kepada Cikgu Abdul Rahman, seorang pesara guru yang hidupnya penuh jasa, mendidik generasi dengan ilmu, sabar dan kasih. Terima kasih kerana sudi menerima saya sepanjang tiga hari di sini.
Langkah masih panjang, InsyaAllah kita sambung lagi kembara dengan momentum yang lebih hebat.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita juga membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat mengundi, 𝙐𝙧𝙖𝙣𝙜 Sabah!
Satu undi hari ini bukan sekadar tanda di kertas; ia adalah kuasa untuk mengubah nasib, menentukan masa depan,
dan meneguhkan harapan negeri Sabah.
Demi suara, demi masa depan, demi Harapan 𝙐𝙧𝙖𝙣𝙜 Sabah. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya merayu agar diberikan peluang buat kesemua calon HARAPAN untuk bersama membina masa depan yang gemilang buat rakyat negeri Sabah.
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sembilan daripada 13 tuntutan MA63 telah ditunaikan hanya dalam tempoh tiga tahun, sesuatu yang gagal dilakukan oleh mereka yang berkuasa sebelum ini. Rundingan untuk melaksanakan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil juga sudah dimulakan tanpa berlengah.
Hak Sabah ini bukan sekadar kami perjuangkan, tetapi telah ditunaikan dan akan terus kami laksanakan.
Undilah Pakatan Harapan, satu-satunya pilihan yang menjadi Harapan sebenar membela hak urang Sabah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#harapanurangsabah -
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON SELATAN
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Selatan, siri jelajah keenam dan terakhir tahun ini yang menghimpunkan belia-belia dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Petang ini, kepulangan para wira dan wirawati negara, kontinjen Deaflympics Malaysia dari Tokyo disambut meriah di KLIA. Lebih bermakna, pendokong setia MSDeaf, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail @drwanazizah sendiri turun meluang masa menyambut kepulangan mereka bersama.
Meski tidak menepati sasaran asal, kita tetap melakar sejarah tersendiri; mempertahankan kedudukan podium dalam Badminton dan Bowling, serta lebih manis, meraih pingat pertama negara dalam sukan Karate. Ini lembaran baharu buat atlet pekak Malaysia di pentas dunia.
Empat pingat yang dibawa pulang bukan sekadar angka, tetapi kisah keberanian anak muda Malaysia yang menongkah arus dan bersaing hebat dengan atlet antarabangsa yang jauh lebih berpengalaman.
Ini hanya permulaan. Dengan sokongan berterusan MSN dan KBS kepada MSDeaf, serta komitmen yang ditegaskan Perdana Menteri baru-baru ini, kita mahu membina laluan yang lebih kukuh buat atlet-atlet ini. Malaysia mesti terus menjadi pesaing utama di pentas antarabangsa, berdiri sebaris dengan negara seperti Ukraine, Amerika Syarikat dan Jepun.
Tahniah kepada seluruh kontinjen. Setiap pingat, setiap perjuangan, dan setiap langkah kalian adalah hadiah buat tanah air tercinta.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Kamil Munim 🇲🇾
@kamilmunim
Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Bandau siang tadi menjadi sebuah majlis yang menghubungkan masyarakat Bandau langsung dengan YAB Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri hari ini telah menjalurkan semangat mendukung golongan muda untuk diangkat mewakili rakyat sebagai pemimpin tempatan.
Waktu buat rakyat Sabah khususnya Bandau memilih kini kian hampir, usaha membangun dan mencorak hala tuju pentadbiran negeri itu terletak sepenuhnya di tangan rakyat Sabah.
Persoalan terkait bagaimana manifesto atau janji-janji calon yang bertanding itu dapat dilaksanakan adalah dengan melihat bagaimana hubungan, jambatan dan hala tuju pentadbiran itu dapat dilaksanakan setelah peroleh kemenangan dengan memastikan jambatan antara pentadbiran negeri dan persekutuan itu utuh.
InsyaAllah, buat seluruh pengundi DU N.06 Bandau, undi saudara Zaidi Jatil, calon no. 12 mewakili Pakatan Harapan.
Anak muda tempatan,
Dari Bandau, Bersama Bandau, Untuk Bandau.
#angkatanmudakeadilan
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim : Malaysia pecah rekod satu-satunya negara turun harga minyak RM1.99 seliter.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya benar-benar tersentuh tatkala dipertemukan dengan saudari Aminah Sulaiman, seorang wanita tabah yang sanggup berbelanja RM200 untuk menyewa kereta hanya untuk datang dan meluahkan rasa syukur atas bantuan serta inisiatif Kerajaan MADANI yang sedikit sebanyak meringankan beban hidup beliau.
Melihat air mata syukur dan mendengar tutur kata beliau bukan sekadar menyentuh hati saya, bahkan menggamit perasaan yang sukar digambarkan. Doa dan harapan insan-insan seperti saudari Aminah menjadi peringatan betapa beratnya amanah ini dan betapa besar harapan rakyat yang kita pikul setiap hari.
Saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja sehabis daya, memperbaik dasar, menambah baik pelaksanaan, dan memastikan setiap keluarga dari desa hingga ke kota tidak lagi terpinggir dan benar-benar merasai ihsan serta keadilan sosial yang kita perjuangkan.
Insya-Allah, selagi ada suara rakyat seperti saudari Aminah, selagi itu saya tidak akan berhenti berjuang. Amanah ini akan saya pikul dengan hati yang penuh tawaduk dan tekad yang tidak pernah luntur.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#ihsanmadani
#harapanurangsabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan ke Sandakan begitu bermakna dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pengundi muda, belia dan kaum wanita sambil meneliti keperluan serta HARAPAN rakyat di Negeri Bawah Bayu ini.
Dalam kesempatan ini, saya menyeru agar urang Sabah terus bersama memilih kepimpinan yang benar-benar berfokus kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Sokongan kepada Kerajaan MADANI amat penting untuk kita meneruskan agenda pembangunan negara, termasuk di Sabah, tanpa mengetepikan mana-mana pihak.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#harapanurangsabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Baru-baru ini, Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya telah membuat lawatan tapak di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil.
Sesi libat urus telah diadakan bersama agensi-agensi berkaitan melibatkan Jabatan Saliran dan Pengairan Melaka, Penghulu Bukit Katil, -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tadi di Dun Bandau turun bersama warga Bandau untuk saudara Zaidi Jatil sebagai suara anak muda yang kini mengetuai medan kempen Pakatan Harapan di sana.
Saya menekankan betapa kuasa yang ada adalah untuk diterjemahkan ke arah perubahan yang nyata. Kita tidak mahu ada gerombolan yang sekarang menghambur amarah kononnya kita tidak berbuat apa-apa.
Lantaran itu, saya menggesa rakyat Sabah untuk menilai kemajuan dalam isu tuntutan hak Sabah sebanyak 40% dan Perjanjian Malaysia 1963 di bawah pentadbiran sekarang ketimbang semasa mereka berkuasa kerana ternyata kita buktikan dengan tekad dan iltizam politik yang kukuh.
Atas sebab itu, saya menegaskan untuk dukung calon-calon yang membawa suara ini selain yang tidak menanam bibit sengketa antara Sabah dan Persekutuan yang langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Saya akan terus jadi pendokong nombor satu bagi inisiatif SERY Social Entrepreneurship for Rural Youth atau Keusahawanan Sosial Belia Desa.
Dari desa kecil di Arau sampai ke laut luas di Kunak, SERY menjadi platform untuk belia membangunkan komuniti mereka; komuniti yang rata-rata jauh dari pusat ekonomi arus perdana, namun sarat dengan potensi dan daya cipta.
Tahniah kepada 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝘀𝘀𝗮 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 dari Tanah Merah, Kelantan yang membawa pulang RM10,000.00 sebagai pemenang utama SERY tahun ini. Juga syabas kepada semua 10 pasukan akhir yang membuktikan bahawa walau apa pun keterbatasan di hadapan mata, tiada yang mampu menghalang belia desa untuk terus membangun ekonomi sendiri dan mengangkat masyarakat setempat.
Semoga SERY terus menjadi jambatan harapan, ruang percubaan, dan medan keberanian
bagi anak-anak muda desa yang sedang membina masa depan mereka dengan tangan sendiri.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Merotai malam ini saya menegaskan kekuatan rakyat terletak pada keteguhan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan suku.
Sepanjang tiga tahun kita mentadbir, kita buktikan dengan dasar yang jelas untuk mendukung hak dan keperluan rakyat, terutamanya rakyat Sabah.
Perjanjian Malaysia 1963 kekal menjadi rujukan kita dalam menjelmakan perubahan yang sebenar buat rakyat Sabah. Apakah selesai semuanya? Sudah tentu tidak.
Namun, apa yang penting dengan kuasa yang ada kita perteguhkan matlamat ini dengan rakan-rakan kita di Semenanjung, dan juga Sabah dan Sarawak agar ketidakadilan yang sekian lama dipinggirkan ini mula menampakkan hasil yang nyata buat rakyat Sabah dan Sarawak.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Sandakan bagi menghadiri beberapa program yang telah diatur sepanjang dua hari di Sabah, sambil terus mendekati dan memahami keperluan pelbagai lapisan masyarakat di Negeri Bawah Bayu ini.
Sewaktu menyantuni anak-anak muda di Pusat Futsal Sim Sim, Sandakan, saya tegaskan bahawa belia Sabah, dituntut untuk cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri dan negara.
Kesinambungan kemajuan dan sinergi padu ini perlu diterjemahkan melalui pemilihan kepimpinan yang tepat, khususnya sewaktu hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 Nov ini.
Saya turut mengingatkan hadirin bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan sekitar RM17 bilion kepada Sabah setiap tahun, berbanding kutipan hasil negeri sebanyak RM10 bilion, dan bukannya mengaut hasil atau khazanah negeri seperti didakwa sesetengah pihak.
Inilah bukti jelas usaha kerajaan pusat untuk memastikan negeri ini terus dipacu secara menyeluruh dan berterusan selain memastikan belia dan urang Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
TERIMA PERLETAKAN JAWATAN SUPOL KANAN, SPRM BEBAS JALANKAN SIASATAN
Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.
ANWAR IBRAHIM
26 November 2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada semua calon, termasuk di negeri-negeri yang sedang berdepan situasi banjir, hadapilah peperiksaan SPM sehingga 23 Disember ini dengan tenang dan yakin pada kemampuan diri.
Semoga usaha, doa dan ketabahan kalian membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak-pihak berkaitan telah bersiapsiaga bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
BERNAMA
@bernamadotcom
#putrajaya Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad melakukan tinjauan ke SMK Putrajaya Presint 11 (1) serta mengucapkan selamat maju jaya kepada 228 calon SPM 2025.
Hari ini jadual SPM bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula 8.15 pagi, disusuli Pendidikan Seni Visual - Teori Seni Kertas 1 pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang.
📸NorHayati Akhir | BERNAMA
#bernamanews #spm -
Adam Adli
@AdamAdli
Sekitar kempen calon Pakatan Harapan N.06 Bandau, Saudara Zaidi Jatil.
Gendang dipalu, komitmen dilaungkan. Gelombang harapan untuk pembaharuan di Bandau kini tinggal disahut.
InsyaAllah, dengan tekad, harapan dan kepercayaan, sinar baharu sedang disuluh untuk Bandau.
Harapan 𝙐𝙧𝙖𝙣𝙜 Sabah, Zaidi Jatil untuk Bandau.
#zaidijatil
#harapanurangsabahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#australiaopen2025
XD | FINALS
#mas🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 1️⃣ def. #ina🇮🇩 Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 2️⃣ 21-16 21-11
⏱️ 42m
*Chen–Toh extend their H2H to 5-0 against the Indonesian pair and clinch their first World Tour GOLD title of the year! 🏆
The reigning World Champions make their third final appearance of 2025, after the China Masters and the World Championships.
Tahniah Chen–Toh! 🤍
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli
@AdamAdli
Anak Bandau, untuk Bandau. Dua hari di Kota Marudu, siang sampai ke malam untuk sahabat saya, Saudara Zaidi Jatil. Calon nombor 12 di N.06 Bandau.
Zaidi Jatil orang biasa. Anak muda yang bertahun kerjanya antara berniaga, menyusun sukarelawan, buat kerja kebajikan, dan mengajar agama. Bukan datang dari keluarga dengan nama besar, tapi lahir dari masyarakat yang berakar.
Bertahun saya bersahabat dengan Zaidi, dari zaman kuliah. Di desa terpencil, di tamu tempat orang mencari rezeki, di madrasah dan surau tempat orang menadah doa dan ilmu; di situlah Zaidi membuka mata dan membina keazaman. Di balik senyuman dan sapaan, ada ramai yang perlu beliau angkat.
Adam Adli
@AdamAdli
Zaidi tidak belajar tentang Bandau dari laporan atau kertas cadangan; dia belajar dari hidupnya sendiri, membesar di tanah yang sama, meniti cabaran yang sama.
Pilihan raya bukan sekadar tentang siapa paling lantang atau paling dikenali, tapi siapa yang benar-benar memahami susah senang orang sekeliling; siapa yang berani bekerja tanpa henti walau tak disorot kamera; siapa yang tetap teguh bila harapan orang lain diletakkan di bahunya.
Zaidi mewakili itu semua.
Adam Adli
@AdamAdli
Inilah calon yang bukan sekadar faham denyut nadi Bandau, tetapi hidup bersama denyut itu sejak kecil.
Mari kita angkat anak tempatan yang telah lama mengangkat kita.
Selamat maju jaya sahabat.
Zaidi Jatil, untuk Bandau.
#zaidijatil
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berada di pentas G20 semalam mengingatkan saya betapa dunia sedang bergerak pantas sambil mengendong dan menghadapkan kita dengan badai rempuhan tantangan dan juga harapan. Di Johannesburg, ketika semua negara hadir membicarakan tentang masa depan iklim, keterjaminan makanan dan peralihan tenaga, saya lontarkan bahawa suara rantau kita yang sekian lama dirundung risiko bencana dan tekanan malapetaka iklim mesti menjadi diambilkira dan mesti menjadi sebahagian daripada halatuju global. Pengalaman ASEAN telah menjadi petunjuk bahawa daya tahan tidak hanya terbina pada saat kemelut, tetapi mesti terpacul melalui pelaburan dan pendanaan awal, termasuk sistem amaran awal, dan kerjasama rentas sempadan yang berpaksikan kemanusiaan.
Di ruang bicara yang sangat bertenaga itu, saya mengangkat satu hakikat yang tidak mampu disembunyikan di balik retorik mual, yakni bahawa tuntutan tenaga dunia masih belum selari dengan kemampuan teknologi bersih dalam mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini, kita mesti jujur, pragmatik dan berani. Lantaran itu, mesti ditegaskan di sini juga bahawa Malaysia sedang gigih melabur dalam teknologi yang mengurangkan jejak karbon dan dampaknya, dan ia mencakup dari CCUS hingga kepada rangkaian tenaga serantau, kerana ini jalan sebenar untuk memastikan peralihan tenaga tidak hanya tinggal slogan semata tetapi mesti menjadi jalur yang dapat ditempuh oleh rakyat terbanyak tanpa menanggung beban yang memeritkan.
Dan di ruang tingkat tinggi ini juga saya mengulangi bahawa pembangunan tidak akan bermakna sekiranya manusia dikesampingkan. Dunia memerlukan sistem kewangan iklim yang lebih adil, dukungan yang menyentuh nasib petani kecil, dan rangka kerja global yang tidak meminggirkan negara membangun jauh nun di belakang. Malaysia lantas komited untuk mencipta kerjasama di peringkat global atau serantau dalam memastikan ketahanan, keadilan dan kesejahteraan tidak hanya wacana yang berlegar di kalangan elit tetapi realiti bagi jutaan insan yang menaruh harapan pada apa yang diputuskan hari ini di Johannesburg, Afrika Selatan.
🇲🇾🇿🇦
#madanibekerja
#diplomasimadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu, Dato’ Fadlun Mak Ujud, bagi membincangkan beberapa agenda besar demi masa depan ibu negara yang lebih maju dan berdaya saing.
Antaranya adalah usaha memperkukuh projek River of Life, menetapkan hala tuju pembangunan bandar yang lebih terancang, kelulusan One Stop Centre (OSC) dipercepatkan serta memperbaiki ekosistem penjaja dan peniaga kecil supaya mereka terus diberi ruang, sokongan dan peluang yang adil dalam ekonomi bandar raya.
Saya yakin, kepakaran profesional dan pengalaman beliau sebelum ini akan memperkukuh pelaksanaan pembangunan yang lebih mampan, seterusnya memastikan Kuala Lumpur terus melangkah sebagai ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan selaras dengan nilai-nilai MADANI.
Selamat maju jaya kepada beliau dalam meneruskan tugasan serta kesinambungan kerja baik oleh mantan Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, bagi terus mengangkat imej Kuala Lumpur ke tahap yang lebih gemilang dan disegani.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini di MAEPS Serdang penuh dengan agenda penting sepanjang berlangsungnya Grand Finals MPL MY Musim ke-16.
Kita mulakan dengan pembentangan buletin dapatan kajian Niko Partners dan MOONTON Games, dengan kerjasama bersama KBS melalui ESI, terkait penerimaan masyarakat dan perkembangan ekosistem e-Sukan negara setakat ini. Unjuran positif dirakam termasuk impak sosial dan ekonomi yang memeberi petanda baik buat e-Sukan sebagai sektor yang mempunyai keterjaminan masa depan.
Kemudian berlangsung sesi pelepasan rasmi untuk kontinjen Malaysia yang bakal menggalas cabaran di tiga kejohanan dunia terbesar akan datang: WEC di Kuala Lumpur, Sukan SEA 2025 di Bangkok, dan M7 di Jakarta.
Kunjungan ke MAEPS hari ini tamat dengan perlawanan akhir MPL yang menyaksikan SRG OG menang 4-0, merakamkan “four-peat” yang menunjukkan tahap konsistensi, selain bukti kesedian mereka mendepani cabaran di M7, dengan CG Esports menamatkan musim di tempat kedua.
Siapa pun menang, kita perlu terus memberi sokongan kepada barisan pemain negara. Mereka membawa nama Malaysia dan impian kita semua. 🇲🇾🔥This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pagi tadi, kebakaran di Kampung Padang Bukit Lintang mengakibatkan sebuah rumah musnah 100%, termasuk sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal yang turut hangus. Insiden ini telah menyebabkan kerugian keseluruhan kepada keluarga terlibat.
-
Adam Adli reposted
Institut Sukan Negara 🥇🇲🇾
@isnmalaysia
Congratulations to Pearly Tan & M. Thinaah on their outstanding victory at the Kumamoto Masters 2025
Everyone at the National Sports Institute of Malaysia (ISN) is proud to be part of their journey — the team behind the team — supporting their pursuit of excellence on the world stage.
Keep shining and making Malaysia proud! 🌟🇲🇾
#teamisn #kitasemuateammas -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#kumamotomasters2025
WD | FINALS
#mas🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah Muralitharan 1️⃣ def. #jpn🇯🇵 Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 4️⃣ 22-20 21-19
⏱️ 54m
Tahniah Pearly–Thinaah! 🇲🇾 🏆 -
Adam Adli
@AdamAdli
𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘜𝘳𝘢𝘯𝘨 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Datuk Haji Ruji bin Ubi, calon nombor 4 Pakatan Harapan bagi DUN N.72 Merotai, Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Anak jati Merotai yang menjadi tulang belakang penting pentadbiran negara selama berpuluh tahun. Selama ini mengurus negara dan rakyat, hari ini diberi amanah untuk menawar diri menabur bakti buat halaman sendiri.
Adam Adli
@AdamAdli
Di pusat penamaan calon pagi ini, apa yang terserlah bukan sekadar sorakan penyokong, tetapi harapan yang mengalir daripada rakyat sendiri; harapan untuk kepimpinan yang jujur, bekerja, dan berpihak kepada masa depan anak negeri.
Perjalanan beliau baru bermula,
dan suara rakyat Sabah akan menentukan langkah seterusnya. Selamat maju jaya Datuk Ruji!
#harapanurangsabah
#ruji4merotai -
Adam Adli reposted
Taufiq Johari
@taufiqjoharii
N.72 Merotai !
-
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Kenali calon-calon KEADILAN Sabah bagi PRU Dewan Undangan Sabah 2025.
Demi keadilan, kemajuan, dan masa depan yang lebih baik, inilah 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝙐𝙧𝙖𝙣𝙜 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵.
#harapanurangsabah
#harapan
#keadilan -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Harapan Urang Sabah
Inilah barisan calon KEADILAN bagi PRU Dewan Undangan Sabah.
Calon KEADILAN kali ini daripada pelbagai latar belakang pendidikan, perkhidmatan awam, aktivisme komuniti & profesional dengan matlamat: membawa aspirasi & masa depan yang lebih baik untuk Sabah. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri rangkaian program yang telah disusun sepanjang dua hari, sebagai usaha mendekati rakyat dari pelbagai lapisan dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat.
Semoga segala perancangan dipermudahkan dan membawa manfaat kepada rakyat Sabah yang sentiasa menjadi keutamaan kita.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#harapanurangsabah -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
☎️☎️☎️
Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet bagi menilai perkembangan terkini terkait isu sempadan antara Kemboja dan Thailand. Dalam perbincangan tersebut, saya menghargai setulusnya pendekatan yang matang yang diambil pihak Kemboja yang terus memilih jalan damai serta memberi keutamaan pada penyelesaian melalui perundingan dan dialog yang sihat.
Malaysia tentunya mendukung sepenuhnya pendirian Kemboja untuk menggunakan saluran yang telah disepakati bersama sebelum ini dan menyemangati Perjanjian Damai Kuala Lumpur bertarikh 26 Oktober 2025 sebagai landasan untuk menamatkan pertikaian yang berlarutan. Prinsip ini penting bagi memastikan sebarang perbedaan didepani dengan tenang, tersusun dan berasaskan persefahaman serantau.
Sebagai sebuah negara yang berkomited tegas terhadap keamanan serantau, Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan bertanggungjawab, terutamanya dalam membantu kedua-dua negara sahabat mencapai penyelesaian yang berkekalan serta menyumbang pada pengukuhan kestabilan di rantau ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean
#diplomasipenelefonan -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim : Pandangan tentang kita abaikan Sabah adalah tidak tepat, sebaliknya Sabah terima peruntukan tertinggi sebanyak RM17 bilion.
#malaysiamadani
#keadilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
KBS memperuntukkan RM500,000 bagi penganjuran Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 — sebagai sokongan padu terhadap pembangunan sukan dan penganjuran bertaraf dunia!
#teamkbs #kitasemuateammas #malaysiamadani #madanibekerja #rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
“Generasi Muda Penggerak Negara”
Sela masa perbahasan di Dewan Rakyat, sempat saya luangkan sedikit waktu bersama pemimpin pelajar dari Negeri Melaka dalam Sesi Dialog bersama Ahli Parlimen & Pemimpin Pelajar Sekolah Parlimen 2025.
Macam-macam yang sempat kami bualkan. Dari soal kepimpinan, pendidikan, peranan anak muda, hinggalah kepada tatacara serta perjalanan Dewan Rakyat sendiri
Adam Adli
@AdamAdli
Saya juga sempat berkongsi sedikit pengalaman dan cabaran sepanjang bergelar Ahli Parlimen. Ramai pelajar yang sebelum ini menyangka tugas wakil rakyat hanya sekadar berbahas di dewan, hari ini mereka tahu, peranan itu jauh lebih luas dan mendalam.
Sesi seperti ini bukan sekadar ruang untuk berbicara, tetapi medan untuk bertukar fikiran, mendengar dan memupuk kefahaman sistem demokrasi dalam diri generasi muda.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi hadir ke Dewan Rakyat untuk menjawab soalan penting terkait Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil. Keputusan Kerajaan Persekutuan sangat jelas: tidak ada rayuan dalam isu Pemberian Khas ini. Bahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengutus surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk segera memulakan perbincangan.
Rayuan Kerajaan Persekutuan hanyalah terkait tuduhan berat dalam Alasan Penghakiman, yang mendakwa semua Kerajaan Persekutuan sejak era Tun Abdul Razak hingga sekarang, serta semua Kerajaan Negeri Sabah sejak pentadbiran Tun Datu Mustapha hingga kini, telah melanggar kewajipan perlembagaan dan mengabaikan tanggungjawab kepada Sabah. Tuduhan serius dan tidak tepat ini harus diperbetulkan.
Saya tegaskan sekali lagi, rayuan ini tidak menjejaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memuktamad Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan KBS - November 2025.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KBS atas kejayaan kementerian dalam Kepengerusian ASEAN 2025. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Isu 40% Hasil Sabah: Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan.
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah diadakan pada 11/11/ 2025 bagi membincangkan berkenaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkait Pemberian Khas Negeri Sabah yang diputuskan dalam -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) SABAH
𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡 𝟱 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗗: 𝟰𝟬% 𝗛𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫
YB DATUK MUSTAPHA SAKMUD
Pengerusi
Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah -
Adam Adli
@AdamAdli
𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘜𝘳𝘢𝘯𝘨 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Dari Negeri Di Bawah Bayu, semangat perjuangan kembali menyala.
Semalam di Sabah International Convention Centre, bersama barisan pimpinan dan anggota @KEADILAN dalam Majlis Pengumuman Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2025, YAB Dato’ Seri @anwaribrahim telah mengumumkan 10 calon KEADILAN untuk Pakatan Harapan.
N18 Inanam – Peto Galim
N20 Api-Api – Thonny Chee
N23 Petagas – Awang Husaini Sahari
N35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Tun Musa
N42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
N44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran
N50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
N54 Karamunting – George Hiew
N61 Segama – Romansa Lamin
N72 Merotai – Datuk Haji Ruji Ubi
Adam Adli
@AdamAdli
Dari latar yang berbeza, mereka disatukan oleh tekad yang sama, mengembalikan keyakinan dan harapan rakyat Sabah.
Selamat maju jaya semua! -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mengumumkan senarai 10 orang calon Pakatan Harapan daripada KEADILAN untuk Pilihanraya Umum Sabah. Insya-Allah, ia akan menyemarak semangat perjuangan rakyat dan memperkukuh kepemimpinan yang berpihak pada harapan dan kepentingan anak negeri.
N18 Inanam: Peto Galim
N44 Tulid: Datin Rufinah Pengeran
N23 Petagas: Awang Husaini Sahari
N61 Segama: Romansa Lamin
N50 Gum-Gum: Abdul Said Pimping
N20 Api-Api: Thonny Chee
N72 Merotai: Datuk Haji Ruji Ubi
N42 Melalap: Datuk Jamawi Jaafar
N35 Sindumin: Datuk Yamani Hafez Tun Musa
N54 Karamunting: George Hiew
Mereka datang dari latar dan pengalaman yang berbeda, tapi disatukan oleh tekad untuk melasah tantangan dan mengembalikan politik nilai kepada rakyat.
Selamat maju jaya kepda semua calon. Kita akan pastikan cita ini diterjemah ke arah memartabatkan hak dan kepentingan rakyat Sabah!
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗳𝗿𝗶
@mohdfiikri
Lawatan kerja YB @AdamAdli di KK weekend ini- hadir pagi tadi bersama lebih 50 peserta yang rata-rata kali pertama mencuba sukan mendaki tembok tiruan di Sabah Indoor Climbing, Kota Kinabalu.
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi di Kota Kinabalu, saya berkunjung ke pasar pagi GAYA. Suasana penuh warna dengan pelbagai hasil tempatan, hasil kraf, makanan dan senyuman orang Sabah yang begitu mesra dan membekas.
Pasar minggu sudah lama menjadi mercu dan nadi masyarakar setempat, dan menjadi pusat kepada peniaga-peniaga mencari rezeki dan tempat ketemu serta berkongsi kisah dan cerita.
Justeru, itu kita akan terus beri dukungan kepada peniaga-peniaga kecil, dan semoga ekonomi rakyat terus menyemarak untuk dirasai semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang kali ini, saya diberitahu bahawa mantan Adun Penanti saudara Abdul Rahman Abdul Kadir telah kembali ke pangkuan ilahi.
Beliau merupakan Adun pertama dari KEADILAN tatkala parti untuk pertama kalinya bertanding di Pilihanraya Negeri Pulau Pinang pada tahun 1999.
Beliau antara pendiri dan pengasas KEADILAN, dan menjadi asas kekuatan KEADILAN di Pulau Pinang. Buat pihak parti, saya merakamkan ucapan takziah setingginya, dan kehilangannya ternyata memilukan.
Dikongsikan juga, anaknya saudara Rozaid Abdul Rahman merupakan mantan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri, dan telah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.
Hari ini merupakan hari yang sangat sedih buat saya dan keluarga besar KEADILAN. Mendoakan segala dosanya diampunkan dan ruhnya diberi tempat yang teristimewa di sisiNya. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terkadang kita diingatkan kalau masih ada yang menanti sekeping ihsan dari mata yang memandang, dan hati yang peduli.
Semoga kita kekal ikhlas dalam setiap amal dan khidmat kita.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Gendang sudah kedengaran, gelombang Sabah kini tiba. Dari pantai timur hingga ke pedalaman, semangat urang Sabah semakin membara!
Ayuh bersama kami untuk menyaksikan Pengumuman Calon KEADILAN bagi PRU Dewan Undangan Sabah 2025 pada ketetapan berikut: -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the tragic loss of life and extensive devastation caused by Typhoon Kalmaegi in the Philippines. Reports of severe flooding, landslides and the destruction of homes and infrastructure are heartbreaking. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to the families of the victims and to all those affected by this tragedy.
Our thoughts and prayers are with the people of the Philippines as they begin to rebuild their communities.
ANWAR IBRAHIM
Photo: EPA -
Adam Adli
@AdamAdli
Menjawab kepada persoalan YB RSN Rayer berkaitan satu isu berkait dengan penganjuran acara pertandingan sukan tempur.
KBS sentiasa komited untuk mendukung agenda pembangunan sukan tempur negara.
Namun, perlu diketahui bahawa setiap penganjuran acara sukan khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Belia dan Sukan dan mematuhi syarat-syarat seperti ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Prosedur ini penting bagi menjamin integriti, keselamatan dan professionalisme sukan tempur sekaligus memberi lebih banyak ruang untuk KBS terus menyalurkan sokongan dan bantuan secara tersusun kepada badan-badan sukan dan penganjur tempatan.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita dengar suara rakyat. Hari ini, melalui peluasan BUDI95, had kelayakan bagi pemandu e-hailing dinaikkan dan teksi lapangan terbang turut menerima manfaat. Inilah komitmen kita untuk memastikan subsidi disalur kepada mereka yang benar-benar berhak dan memerlukannya.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#budi95 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian.
Love, Azizah ❤️
#tulangrusuk -
Adam Adli
@AdamAdli
KBS amat komited untuk menyokong dan memperkukuh sebarang penganjuran acara sukan tempur, terutamanya penganjuran yang bertaraf antarabangsa, sebagai satu usaha memajukan ekosistem sukan tempur negara.
Namun, setiap penganjuran acara sukan khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Belia dan Sukan dan mematuhi syarat-syarat seperti ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Kepatuhan ini bukan sekadar soal prosedur, tetapi cerminan integriti, keselamatan dan profesionalisme sukan tempur negara. Ia juga membuka jalan untuk KBS terus menyalurkan sokongan dan bantuan secara tersusun kepada badan-badan sukan dan penganjur tempatan.
Kerana dalam setiap gelanggang, sama ada di dalam atau luar negara, yang kita bawa bukan sekadar nama, tetapi maruah sukan tempur Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dikhabarkan bahawa tokoh sarjana sejarah tempatan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam telah kembali ke pangkuan ilahi petang tadi.
Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.
Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian allahyarham.
Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Adam Adli reposted
Berita Harian
@bharianmy
Hakim Danish kutip 17 mata di Litar Catalunya
#bhsukan Membolehkan pelumba berusia 18 tahun itu meraih momentum positif menjelang pusingan penutup kejuaraan musim ini
www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/11/1467143/hakim-dani… -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari fajar hingga malam, kami bersama dalam doa, tawa, dan khidmat, menyatu dalam semangat dan kasih sesama insan.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat maju jaya buat semua anak-anak yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.
Inilah saat untuk menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, setiap malam tanpa lena dan tiap doa yang tidak pernah putus selama ini.
Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.
Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#spm2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
Tiga hari yang singkat, tapi ikatan tetap kuat terbina. Dari senyuman pertama hingga pelukan terakhir, banyak yang akan dikenang tiap masa.
Kami akhiri Kembara Jumpa Orang Muda Zon Tengah kali ini dengan sesi townhall bersama lebih 400 belia dari Perak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Ruang bicara bergema dengan suara dan harapan anak muda kita.
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih warga Felda Gugusan Gunung Besout. Terima kasih anak-anak muda yang memilih untuk ikut jadi peserta dan anak angkat.
Perpisahan ini bukan penamat, hanya jeda sebelum kita bersua lagi.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) 2.0 Zon Tengah melabuhkan tirainya hari ini dengan berlangsungnya Sesi Town Hall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang telah dijadualkan hari ini.
Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah YAB Perdana Menteri mengalami sakit belakang, yang menyebabkan pergerakan terbatas.
Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.
YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.
PEJABAT PERDANA MENTERI
2 November 2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
Rentang waktu yang padat tapi penuh makna di Gugusan Felda Gunung Besout.
Hari kedua Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Tengah bermula seawal fajar menyingsing. Di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Besout 2, kami berjemaah dan imarahkan Semarak Subuh sempenan Bulan Dakwah Negara.
Usai sarapan, pagi dibuka dengan senamrobik dan sarong brisk walk. Teruja melihat ibu bapa dan anak muda berjalan seiring; berhias pelikat dan batik, sederhana tapi sarat makna.
Habis riadah, anak-anak angkat mula mengerjakan khidmat bakti mereka di sekeliling kampung; mengecat, mengemas, merawat, memulih mana yang terdaya.
Adam Adli
@AdamAdli
Tengah hari, kami terima kehadiran Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama YB Senator Dr Zulkifli dan sabahat-sahabat dari YADIM menerusi Ziarah MADANI. Lebih sepuluh rumah diziarahi bersama agensi dan rakan-rakan dari pelbagai jabatan.
Maghrib pula kita penuhkan dengan pengisian kuliah oleh dai’ muda kita, Ustaz Saifuddin Abdul Latiff di Masjid Saidina Othman Ibn Affan bersama jemaah dan kariah.
Sebelum malam melabuh tirainya, kita biarkan anak-anak angkat berkumpul bersama keluarga masing-masing; kongsi makanan, lagu, dan tawa sebagai penawar letih siang hari.
Dalam kembara ini, yang paling bermakna bukan jarak yang ditempuh, tetapi hati-hati yang disatukan.
Jumpa esok! -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI PERTAMA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TENGAH
Alhamdulillah, Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Tengah membuka tirai di Gugusan Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.
Terima kasih “Ayah” Haji Ahmad Taib, sudi menerima saya dan rakan-rakan sebagai anak angkat. Penghargaan juga kepada warga Felda Gugusan Gunung Besout atas sambutan yang hangat, menerima kami sebagai sebahagian daripada keluarga besar di sini.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah
Semakan Maklumat Pengundian bagi 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶, 𝗦𝗮𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝗡𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.
#malaysiamadani
#harapan
#keadilan -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari bingit kota ke tenang desa. Alhamdulillah, Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Tengah bermula hari ini di Gugusan Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak. Kami membuka tirai dengan menyerahkan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing.
Bermula dengan satu senyuman ke satu pelukan. Untuk tiga hari ini, “Ayah” Haji Ahmad Taib menjadi tempat saya dan rakan-rakan menumpang kasih.
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih kepada warga Felda Gugusan Gunung Besout kerana sudi menerima kami sebagai sebahagian daripada keluarga besar di sini.
Ini baru langkah pertama. Esok kita sambung lagi perjalanan ini!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya suka bergurau walaupun nampak garang.
Dalam banyak pertemuan dan ‘engagement’ dengan rakan-rakan pimpinan, gurauan itu biasa tapi fokus utama adalah tugas dan amanah.
Terima kasih semua!
#malaysiamadani
#teruskanbekerja
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Intipati Kenyataan Negara di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#diplomasipelaburan
#apec2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan di Gyeongju bersama Namhae Chemical Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk kimia industri Republik Korea, serta rakan strategiknya, Samsung C&T Corporation.
Perbincangan ini menegaskan kembali kedudukan Malaysia sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor ammonia hijau dan urea mampan, dengan nilai potensi eksport dianggarkan mencecah RM550 juta.
Pertemuan ini turut memperteguh komitmen bersama antara Malaysia dan Republik Korea untuk memperkukuh kerjasama rantaian bekalan yang lebih mampan dan berdaya tahan, suatu langkah penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dua hala yang saling menguntungkan.
======
Held a meeting with Namhae Chemical Corporation, the Republic of Korea’s largest manufacturer of chemical fertilisers and industrial chemical products, together with its strategic partner, Samsung C&T Corporation.
The discussion reaffirmed Malaysia’s position as a trusted and strategic partner in the green ammonia and sustainable urea sectors, with a potential export value estimated at RM550 million.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#tarikpelaburan
#apec2025 -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) memberi tumpuan kepada penglibatan belia luar bandar, belia massa dan belia berpersatuan, dengan matlamat untuk memperluas jaringan sosial, memperkukuh kepimpinan, serta menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam pembangunan komuniti.
-
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TENGAH
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Tengah, siri jelajah kelima tahun ini yang menghimpunkan belia-belia dari Wilayah Persekutuan, Perak dan Selangor.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TENGAH
Zon Utara, Zon Borneo, dan Zon Timur sudah selesai.
Hujung minggu ini, Kembara akan diteruskan bagi Zon Tengah di Negeri Perak. InsyaAllah, bermula 31 Oktober hingga 2 November, kembara akan diteruskan di Gugusan Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.
Selama tiga hari, akan ada sesi ramah mesra, perbincangan santai, dan aktiviti bersama komuniti. Dan yang paling menarik, pada 2 November akan ada sesi townhall dan mini karnival yang turut akan dimeriahkan dengan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Kita bukan sekadar datang menjenguk, tetapi untuk mendengar, memahami dan yang paling penting membina masa depan bersama-sama.
Ate, moh le kite !!
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sesi Townhall Tahunan E-Sukan KBS 2025 menjadi medan penting untuk mendengar pandangan komuniti dan menetapkan hala tuju pembangunan industri e-sukan negara.
Perbincangan ini seiring dengan Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan 2026–2030 yang berteraskan kecemerlangan atlet, ekosistem beretika, potensi ekonomi, pembangunan kerjaya, dan tadbir urus yang telus.
Dengan komitmen bersama penggiat dan rakan strategik, Malaysia berada di landasan untuk muncul sebagai hab e-sukan serantau dan global menjelang 2030.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hadapan Presiden Donald Trump, saya membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia, menuntut agar Amerika Syarikat memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza.
Kita bukan bangsa yang bersembunyi di sebalik laungan dari jauh. Kita berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @anwaribrahim: Dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni sebentar tadi, beliau telah memaklumkan kepada saya…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat menyokong agenda pembangunan sukan permotoran negara.
Fokus KBS tertumpu kepada memperluas akses rakyat kepada litar-litar sedia ada, termasuk usaha menaik taraf Sepang International Circuit (SIC) dan Litar Lumba Tangkak untuk kegunaan penggiat sukan permotoran tempatan.
Dari litar bermula cita-cita, dan di sinilah, suara dan impian penggiat sukan permotoran tempatan akan terus hidup dan didengar.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗳𝗿𝗶
@mohdfiikri
Menjawab soalan berkait sukan permotoran dari Bera pagi tadi, Timb Menteri memaklumkan bahawa KBS kini memberi perhatian penuh terhadap proses menaik taraf dan menambah baik kemudahan sedia ada di bawah kementerian, termasuk SIC dan Litar Lumba Tangkak di Johor.
-
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim dan Premier China bertemu dalam pertemuan dua hala Malaysia dan China di ASEAN SUMMIT 2025.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia melakar sejarah apabila menjadi saksi kepada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, sambil disaksikan oleh saya bersama-sama Presiden @realDonaldTrump, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul @prdthailand dan Perdana Menteri @Dr_Hunmanet_PM.
Alhamdulillah, detik ini menandakan kejayaan diplomasi ASEAN dalam menyemai keamanan dan kestabilan serantau, sebagai kesinambungan kepada gencatan senjata yang termeterai pada 28 Julai lalu di Putrajaya.
Saya menghargai keprihatinan rakan-rakan serantau dan antarabangsa yang mendukung usaha ini, termasuk Presiden Trump. Peranan bersama inilah yang mendorong pemimpin Kemboja dan Thailand mencapai kata sepakat serta mengambil langkah berani memilih perdamaian.
Di hadapan Presiden Trump, saya turut tegaskan keperluan memperluas agenda keamanan ini ke wilayah lain yang masih bergolak khususnya di Gaza, agar dunia kembali berpaksikan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Perjanjian ini membuktikan bahawa suara ASEAN kini semakin dihormati sebagai jambatan perdamaian, memperlihatkan bagaimana dialog dan kesederhanaan mampu menamatkan sengketa yang berpanjangan.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa bagi menjunjung keamanan, keadilan dan kesejahteraan bukan sekadar untuk ASEAN, tetapi untuk seluruh umat manusia.
=====
Malaysia marked a historic moment as we witnessed the signing of the Kuala Lumpur Peace Agreement between Cambodia and Thailand, alongside President Donald Trump, Prime Minister Anutin Charnvirakul, and Prime Minister Hun Manet.
Alhamdulillah, this milestone represents a triumph of ASEAN diplomacy, a continuation of the ceasefire concluded in Putrajaya on 28 July in our collective pursuit of peace and regional stability.
Malaysia is proud to have played a key facilitating role in ensuring that dialogue and understanding prevail over division.
I appreciate the support of our regional and international partners, including President Trump, whose engagement helped encourage both Cambodian and Thai leaders to take the courageous step toward reconciliation.
I also stressed the importance of extending this peace agenda to other conflict-ridden regions, particularly Gaza, so that justice and humanity may once again anchor global order.
This accord stands as a testament to ASEAN’s growing voice as a bridge for peace, proving that moderation and dialogue can resolve even the most entrenched disputes.
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean2025
#perjanjiandamaikualalumpur -
Adam Adli
@AdamAdli
HARI KEDUA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TIMUR
Hari kedua dimulakan dengan penuh semangat, kami mulakan kembara dengan aktiviti gotong-royong disekitar kawasan air terjun Lata Bunta bersama-sama dengan komuniti orang asli Kampung Orang Asli Sungai Dua Olak.
Ada yang ditugaskan membersihkan kawasan sekitar, ada yang mengecat kemudahan awam, dan yang paling penting, kami sempat bersama-sama menanam anak pokok di kawasan sekitar air terjun. Semoga langkah kecil ini memberi manfaat besar buat komuniti di sini.
Sebelah petang pula diisi dengan pelbagai aktiviti. Dari servis potong rambut percuma ILKBS Kemasik, kelas dandanan, hingga ke aktiviti mewarna untuk kanak-kanak orang asli di sini. Sempat juga saya dan para peserta sediakan “barbecue” untuk jamuan komuniti orang asli di sini sambil disajikan dengan persembahan tradisional di sebelah malamnya.
Hari kedua banyak kerahkan tenaga,kita berehat dahulu dan teruskan semangat ini untuk sesi townhall pula.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya dengan penuh syukur mengalu-alukan kehadiran para pemimpin ASEAN, Tamu Negara Pengerusi ASEAN serta negara-negara sahabat dari seluruh dunia serta para tetamu kehormat ke Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beriltizam untuk memperkukuh perpaduan serantau, memperbaharui semangat kerjasama, meluaskan tumpuan dan persahabatan serta memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan seluruh ASEAN.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.
Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.
Sebagai tuan rumah dan Pengerusi, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global dan suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).
Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan.
Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.
//
The 47th ASEAN Summit begins today, bringing together regional leaders and delegates to strengthen cooperation and shape a more inclusive, prosperous, and resilient ASEAN.
As host and Chair, Malaysia leads with confidence and principle, upholding ASEAN as a pillar of stability, guided by the values of Malaysia MADANI toward unity, peace, and shared prosperity.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#asean2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
From local circuits to the world stage. Ride with heart, fly the Jalur Gemilang high, and make us proud.
All the best. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Hakim Danish💪
Astro AWANI
@501Awani
Hakim Danish yang membuat penampilan sulung di MotoGP Dunia di SIC akan memulakan perlumbaan di petak ke-14 esok.
#awaninews #awani745
www.astroawani.com/berita-sukan/hakim-danish-sertai-msi-r… -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
Semifinals | #frenchopen2025
Selamat berjuang Aaron-Wooi Yik! 💪🏻🇲🇾
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di sela-sela kunjungan rasmi pimpinan antarabangsa di Putrajaya.
Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN, termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.
Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global.
Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.
======
Met with FIFA President Gianni Infantino to discuss collaborative efforts to strengthen the football ecosystem in Malaysia and across the ASEAN region. Our discussion focused on the FIFA Arena development project, designed to nurture local talent, enhance sporting infrastructure, and elevate the overall standard of the game nationally.
We also discussed the ASEAN-FIFA Memorandum of Understanding on Football Development, which signifies a collective commitment to advancing Southeast Asia’s position as a respected force in global football.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#asean -
Adam Adli
@AdamAdli
HARI PERTAMA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TIMUR
Kembara Pantai Timur kita bermula hari ini di SK Sungai Dua, Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu, Karak, Pahang.
Selama 3 hari di sini dengan konsep glamping di padang sekolah, kita tinggalkan hiruk-pikuk bandar untuk menikmati suasana desa yang tenang dan damai.
Deruan air sungai dan udara sejuk malam menambah keindahan suasana. Aktiviti malam diteruskan dengan latihan dalam kumpulan, penuh gelak tawa dan semangat berpasukan.
Melihat keakraban yang mula terbina antara peserta dan komuniti tempatan menjadi pemulaan sempurna 2 hari yang akan datang. Malam ini kita berehat seketika, esok kita teruskan dengan semangat yang sama.
Kita bukan sekadar singgah, kita membina.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON TIMUR
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Timur, siri jelajah keempat tahun ini yang menghimpunkan belia-belia dari Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
1 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Timur, Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu, Karak, Pahang.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
2 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Timur, Kampung Orang Asli Sungai Dua Hulu, Karak, Pahang.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan Kerajaan MADANI terus menunjukkan kemajuan positif dalam menyelesaikan pelbagai isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi Sabah.
Menerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, sebanyak 13 tuntutan utama telah berjaya diselesaikan, membuktikan kesungguhan kerajaan menunaikan janji kepada rakyat Sabah.
Berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, saya maklumkan Kerajaan menghormati proses perundangan dan akan meneliti alasan penghakiman apabila diterima kelak, sebelum mengambil langkah seterusnya berdasarkan nasihat Peguam Negara.
Ini penting demi memastikan setiap keputusan berpihak kepada kebaikan Sabah dan kesejahteraan seluruh Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
MLBB Cetus Revolusi E-sukan Di Malaysia www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2481292
-
Adam Adli
@AdamAdli
Walau keadaan kesihatan tidak mengizinkan, amanah harus diteruskan.
Sebentar tadi, berkesempatan bersama komuniti e-sukan secara maya dalam sesi libat urus Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik 2026–2030, satu langkah penting dalam membentuk hala tuju baharu industri ini.
Pelan strategik ini digerakkan melalui lima teras utama: meningkatkan kecemerlangan atlet dan liga tempatan, memperkukuh ekosistem yang selamat dan beretika, mengembangkan potensi ekonomi e-sukan, membina kemahiran serta kerjaya, dan memperkemas tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Kekuatan sebenar e-sukan bukan sekadar pada permainan, tetapi pada semangat kolektif dan kebersamaan yang menyatukan komuniti ini.
InsyaAllah, dengan usaha bersama, Malaysia mampu muncul sebagai peneraju e-sukan serantau menjelang 2030. -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
📈 BWF World Rankings - Week 4️⃣3️⃣
✅ HISTORY MADE! 3️⃣ Malaysian MD pairs now in the Top 5 in the world! 🌍
✅ WD: Pear-Thin hold firm at World No. 2
✅ XD: Chen-Toh rise to World No. 3 while Goh-Lai remain at World No. 9
Malaysia on the rise - together, we #gemilangkanlagi! 🇲🇾 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I congratulate Her Excellency Sanae Takaichi on her appointment as Prime Minister of Japan.
Her elevation to office as Japan’s first woman Prime Minister is a landmark in the country’s political life, a reflection of her resolve and the quiet evolution of Japan’s democracy. Malaysia values its Comprehensive Strategic Partnership with Japan, built on trust, innovation and a shared commitment to regional stability and sustainable growth. I look forward to welcoming Prime Minister Takaichi to Kuala Lumpur next week for the ASEAN-Japan Summit, where our countries will continue to deepen this partnership.
I also extend my appreciation to former Prime Minister Shigeru Ishiba, whose visit to Malaysia earlier this year strengthened the enduring friendship between our two nations.
ANWAR IBRAHIM
Photo : Reuters
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Yusof Hafizi grabs 200m sprint gold in para cycling world championships www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2025/10/20/y…
-
Adam Adli
@AdamAdli
இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்
Selamat Menyambut Hari Deepavali bagi semua yang menyambutnya.
Semoga cahaya Deepavali terus menyinari langkah kita dengan harapan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
Di balik gemerlapan lampu dan indah warna perayaan, terserlah semangat kasih sayang, hormat dan perpaduan yang menjadi nadi kekuatan Malaysia.
Raikanlah hari penuh makna ini, seindah cahaya Deepavali! -
Adam Adli
@AdamAdli
Star-Struck.
Twenty-five years ago, I joined Kem Sains Angkasa held somewhere in Bentong during the school break. I still remember how thrilled I was when the organiser announced that she would make an appearance. Unfortunately, she couldn’t make it that time.
That was when I made myself a wish: one day, I would meet Dr. Mazlan Othman - the Malaysian who reached for the stars and brought our flag into the orbit of possibility. Back then, she was the Director of the United Nations Office for Outer Space Affairs.
I’ve followed her story ever since, like a compass pointing ever upward. Each milestone she achieved reminded a generation of dreamers that Malaysia, too, belongs among the stars.
And today, after countless missed orbits, our paths finally crossed.
For a brief moment, I wasn’t a Deputy Minister or whatever. I was the same wide-eyed kid who once looked up to her and thought, one day, I’ll get there too.
Thank you, Dr. Mazlan, for inspiring our young leaders today with your insights, and for continuing to remind us that the sky is never the limit. -
Adam Adli
@AdamAdli
The two-day ASEAN Youth Leadership Conference 2025 officially begins, bringing together more than 150 youth leaders from ASEAN member states.
With the theme “Next-Gen Leadership: Leading with Inclusivity & Sustainability,” the conference goes beyond dialogue; it’s a platform to cultivate ethical leadership, digital innovation, and climate action aligned with the SDG agenda.
Through Malaysia’s ASEAN Chairmanship, the Ministry of Youth and Sports remains steadfast in championing youth leadership across the region; ensuring the voices, values, and vision of our young generation continue to define the future of ASEAN.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Honoured to welcome Mr. Boban Totovski, Secretary General of the International Esports Federation (IESF), together with the IESF delegates to Malaysia.
Our discussion went beyond plans and possibilities, it was a meeting of shared ambitions, where IESF expressed their interest to host the upcoming IESF General Assembly in Malaysia. The Ministry welcomed this with great enthusiasm, signalling Malaysia’s readiness to be the host nation for this prestigious gathering.
Adam Adli
@AdamAdli
From shared aspirations to bold possibilities, we spoke of how Malaysia’s youth, driven by creativity and conviction, can illuminate the global esports arena.
KBS stands firm in its belief that esports is more than a game, it is a movement of minds and a celebration of human connection in the digital age. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Susulan perkembangan terkini di Palestin, saya bersama rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Nusantara telah bertemu hari ini bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Saya tegaskan, bahawa pelan bantuan dari Malaysia mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Dengan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti yang kita tunjukkan, saya yakin usaha ini akan membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza dan menjadi lambang keprihatinan serta kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
KBS terus memperkasa semangat kenegaraan dan demokrasi dalam kalangan belia melalui pelbagai inisiatif, daripada Sekolah Rukun Negara hingga ke Kempen Kuasa Orang Muda yang kini telah mencecah lebih 41 juta tontonan di platform digital.
Lebih dari itu, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) turut membuka ruang supaya suara dan aspirasi anak muda bukan sekadar didengar, tetapi diterjemah dalam dasar pembangunan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Well played 🙌
Malaysia NT
@malaysia_nt
Comeback is real.
Full-time : Malaysia 🇲🇾 5-1 🇱🇦 Laos
19’ - C. Khounthoumphone
58’ - Faisal Halim
64’, 69’ - Romel Morales
79’ - K. Thanpaseut (O.G)
82’ - Paulo Josue
#fam #harimaumalaya #asiancup2027qualifiers -
Adam Adli
@AdamAdli
Probably a once-in-a-lifetime opportunity to be part of a space where hope and humanity still shape the conversation about our world.
Kuala Lumpur Conference: On A New Just and Humane International Order, hosted by Progressive International, Polity, and the Third World Network brought together many great minds; thinkers, policymakers, and activists to convene on what a fairer, more humane global order could look like in our time.
Adam Adli
@AdamAdli
Humbled to witness Prime Minister Anwar Ibrahim and the legendary Jeremy Corbyn speak with moral clarity and courage, reminding us that another world is not only possible, it is necessary.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih buat seluruh masyarakat Hang Tuah Jaya yang hadir semalam di Bukit Beruang memeriahkan Pesta Kebudayaan dan Kesihatan Parlimen Hang Tuah Jaya 2025.
Indah melihat semua kaum dan lapisan masyarakat berkongsi pentas mempersembahkan seni dan budaya masing-masing dalam suasana penuh harmoni. Inilah Hang Tuah Jaya yang kita banggakan, bersatu dalam kepelbagaian dan kuat dalam kebersamaan.
Semoga kenangan semalam terus terpahat di hati kita semua. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi tahun hadapan dengan semangat yang sama, lebih meriah dan lebih bermakna untuk seluruh warga Hang Tuah Jaya.
#hangtuahjaya
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Honoured to welcome Mr. Bilal Erdoğan, President of the World Ethnosport Confederation, and our friends from Türkiye, together with archers from 15 different countries; all gathered to celebrate heritage, precision, and unity through the timeless art of traditional archery.
From the plains of Anatolia to the heart of Nusantara, the bow and arrow remind us that while the weapon may be ancient, the spirit it carries remains timeless; uniting us in friendship, focus, and faith.
A heartfelt thank you to the Traditional Archery Association of Malaysia, under the leadership of “Walid” Zainuddin, for the dedication in championing and preserving this noble tradition.
Congratulations Team Malaysia for an incredible clean sweep, winning all four categories in today’s final!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari Melaka terus ke Litar Antarabangsa Sepang, menyaksikan sendiri FIM Asia Road Racing Championship Race 2. Deruman enjin, adrenaline dan semangat pelumba serta sorakan penonton menggambarkan nadi sebenar sukan permotoran negara.
Sempat turun ke kawasan paddock, berjumpa sendiri dengan pelumba profesional negara seperti Hafizh Syahrin, Kasma Daniel Kasmayudin dan yang lain, sebelum ke garisan pelepasan bagi kategori Underbone 150cc, menyaksikan keberanian dan ketangkasan pelumba di atas litar.
Kemudian terus ke FIM MiniGP Malaysia Series, melihat aksi pelumba cilik yang penuh disiplin dan keberanian mengejar tempat pertama, simbol kesinambungan bakat baharu dalam arena permotoran negara.
KBS akan terus memperkukuh ekosistem sukan permotoran, daripada pembangunan akar umbi hingga ke pentas profesional, memastikan sukan ini terus menjadi lambang semangat, keberanian dan kebanggaan Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Gerimis pagi tadi tidak mematahkan semangat warga Hang Tuah Jaya yang hadir memeriahkan Pesta Kebudayaan dan Kesihatan Parlimen Hang Tuah Jaya 2025 sejak pagi.
Lebih 15 jam pesta penuh warna ini berlangsung seperti hari raya Hang Tuah Jaya yang meraikan kepelbagaian budaya, seni dan gaya hidup sihat. Ramai pengunjung juga ambil peluang buat pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma di booth KKM.
Acara kemuncak akan bermula jam 4 petang ini. Jom datang beramai-ramai ke Dewan MPHTJ, Bukit Beruang untuk sama-sama meraikan semangat kebersamaan Hang Tuah Jaya.
#hangtuahjaya
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#arcticopen2025
WD | FINAL
#mas 🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ def. #jpn 🇯🇵 Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 3️⃣ 21-7 21-9
⏱️ 32 m -
Adam Adli
@AdamAdli
Tranung ning boh!!
Hari Sukan Negara peringkat Negeri Terengganu kali ni memang luar biasa, dari awal pagi lagi lebih 8,000 orang hadir ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Dari acara kayuhan, larian, sampai tarik tali, semua dengan semangat nak kekalkan gaya hidup sihat selari dengan matlamat penganjuran Hari Sukan Negara.
Bagi tahun 2025, sebanyak RM2.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tiga projek naik taraf dan dua projek baharu di negeri ini.
Dalam ucapan Belanjawan 2026 semalam, YAB Dato’Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan projek menaiktaraf Stadium Hoki Kuala Terengganu, menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pembangunan sukan di Negeri Terengganu.
KBS akan terus komited memperkasa sukan di setiap peringkat, daripada gelanggang rakyat hingga ke pentas antarabangsa. Hok tu lah semangat sebenar rakyat! 🇲🇾
#harisukannegara2025
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setelah berani mengusung reformasi, inilah masanya memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan MADANI Keempat yang saya hamparkan semalam membuka lembaran pertama di bawah RMK13, memaknai erti reformasi yang kini diterjemah kepada tindakan dan hasil nyata.
Ia mengangkat keberanian menegakkan tatakelola, menurunkan defisit, memperkukuh kebajikan dan melonjak ekonomi bernilai tinggi.
Ini adalah belanjawan yang menggabungkan disiplin dan nurani demi masa depan Malaysia yang adil, makmur dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2025!
Ayuh Malaysia! Semarakan semangat Malaysia Aktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan cergas.
Bersama-sama kita sokong aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan yang bersatu melalui semangat kesukanan. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Turun ke Ipoh, Perak hari ini bagi menghadiri beberapa agenda penting, dan pada pagi ini saya merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.
Dalam ucapan, saya tekankan bahawa sukan adalah wadah penyatuan yang menyatukan kita semua tanpa mengira warna kulit, bahasa atau asal usul. Di padang, gelanggang dan trek, kita berdiri sebagai satu bangsa: Malaysia.
Sukan bukan sekadar medan untuk mencari kemenangan, tetapi ruang untuk membina semangat, disiplin dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Kerajaan akan terus memperkukuh sokongan agar semangat kesukanan terus subur, bukan hanya untuk melahirkan juara, tetapi juga untuk membina masyarakat yang berdisiplin, bersemangat dan bersatu hati.
Marilah kita bersama menjadikan sukan sebagai jambatan perpaduan, medan persaudaraan dan lambang kekuatan Malaysia MADANI.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Belanjawan 2026 menjadi satu lagi langkah besar dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat dan harkat rakyat.
Belanjawan kali ini cukup bermakna kerana kami akhirnya dapat menunaikan hasrat yang tertangguh sekian lama yakni pemansuhan bayaran balik PTPTN untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta dan pendidikan percuma di IPTA bagi keluarga miskin, janji yang saya lafazkan 13 tahun lalu.
Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memakmurkan ekonomi negara, memperkukuh keadilan sosial, dan mengembalikan segala hasil kemakmuran ini kepada rakyat Malaysia yang menjadi nadi perjuangan kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
Pembentangan Belanjawan 2026 - Bahagian III
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Azalina Othman Said
@AzalinaOthmanS
Tq Sir YAB PMX @anwaribrahim utk ikhtiar ini yg meliputi Mahkamah Bergerak Khas Kanak-Kanak - inisiatif Kjaan MADANI utk tingkat akses rakyat terbanyak kepada keadilan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#walkthetalk
#reformasiinstitusi
Berita RTM
@beritartm
Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI menerima lebih RM110 juta bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja #belanjawan2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
Pembentangan Belanjawan 2026 - Bahagian II
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Hokita
@HokitaMY
Sudah tiba masanya skuad hoki remaja negara berdepan dengan cabaran #sojc2025 mereka mulai esok! 💥
Skuad kendalian Nor Saiful Zaini bakal melayan kunjungan pasukan Pakistan 🇵🇰 bagi perlawanan pembukaan. Ayuh warga Johor kita beri sorakan yang gemuruh buat #youngtigers di stadium! 🙌🏻 #sayasokonghokimy #bersatuuntukhoki -
Adam Adli reposted
Kamil Munim 🇲🇾
@kamilmunim
Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri telah selesai membentangkan Belanjawan MADANI Keempat 2026 di Dewan Rakyat petang tadi yang merupakan sebuah dokumen bersejarah yang menzahirkan keberanian dan ketulusan nurani dalam menyeimbang disiplin fiskal dengan keutamaan kepada rakyat. Selain angka dan catatan dasar, Belanjawan tersebut adalah ikrar dan pernyataan moral yang memaknai erti keadilan, tatakelola dan pertanggungjawaban yang tinggi.
Tumpuan jelas ternyata diberikan kepada belia dan anak muda, sektor kesihatan, pendidikan serta bidang sukan; ia turut mencakup peluasan latihan TVET dan usaha menyediakan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dan pendidikan percuma.
Justeru, Belanjawan 2026 adalah kesinambungan perjuangan untuk mengangkat martabat rakyat, selain menyuntik keyakinan bahawa Malaysia mampu bangkit semula dengan kekuatan ilmu, integriti dan solidariti di kalangan rakyat.
Semoga ia menjadi asas pembaharuan yang menyemarak harapan rakyat, di desa hingga kota, dari dewan ke gelanggang, juga dari bilik kuliah hingga ke hospital, agar setiap warga mengecap erti kemajuan sebenar.
#malaysiamadani
#belanjawan2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
Pembentangan Belanjawan 2026 - Bahagian I
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Peningkatan 60% berbanding tahun 2025 - Rakan Muda disediakan RM40 juta ringgit antaranya untuk
program mendekati belia di desa yang tercicir dan terpinggir
daripada pendidikan dan pekerjaan.
#belanjawanmadani
#belanjawanrakyat
@KBSMalaysia -
Adam Adli reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Geran Padanan Sukan
RM30 juta untuk NGO dan persatuan sukan rakyat bagi menggalakkan pertandingan dan eratkan perpaduan pelbagai bangsa melalui sukan.
#belanjawanmadani #belanjawanrakyat
@KBSMalaysia -
Adam Adli reposted
Ezal 🏴
@_ezalzamri
Belanjawan dah diumum. Hutang negara terkawal, 2024 dan 2025 masih 77billion, means pendapatan negara bertambah! Antara benda yg aku suka:
1. 5,800 pelajar di IPTA daripada keluarga berpendapatan RM 2,705 kebawah akan dpt pendidikan percuma
2. Penyerapan Doktor seramai 4,500 -
Adam Adli reposted
Farhan Zulkefly
@farhanzulkefly
Setiap kali Belanjawan, benda penting rakyat nak tahu, apa pengumuman yang melibatkan bantuan dan kos sara hidup.
Ini 20 inisiatif bantuan rakyat & kos sara hidup dalam Belanjawan 2026 tadi. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim : Peruntukan sebanyak RM48 bilion bagi lebuh raya di Sabah & Sarawak
#malaysiamadani #belanjawanmadani26 -
Adam Adli reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Terima kasih PMX!!
#belanjawanmadani
#belanjawanrakyat
@KBSMalaysia -
Adam Adli
@AdamAdli
Langkah pertama mula diorak.
Mungkin masih kecil, belum sempurna; tapi cukup untuk bina esok yang lebih cerah.
Terima kasih PMX.
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar 13 tahun lalu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk memastikan anak-anak kita dapat menjejak kaki ke menara ilmu tanpa terbeban hutang.
Hari ini hasrat yang tertangguh itu akhirnya terlaksana. Sebagai satu permulaan berani, Belanjawan 2026 menyaksikan pelaksanaan pendidikan percuma untuk anak-anak miskin serta pengecualian bayaran balik PTPTN buat mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar 13 tahun lalu, saya pernah menyuarakan hasrat untuk memastikan anak-anak kita dapat menjejak kaki ke menara ilmu tanpa terbeban hutang.
Hari ini hasrat yang tertangguh itu akhirnya terlaksana. Sebagai satu permulaan berani, Belanjawan 2026 menyaksikan pelaksanaan pendidikan percuma untuk anak-anak miskin serta pengecualian bayaran balik PTPTN buat mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#belanjawan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali Malaysia dalam masa terdekat.
Penghargaan saya kepada Kerajaan Türkiye yang membantu permudahkan urusan ini.
Alhamdulillah!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperkasa belia dan memperkukuh pembangunan sukan seiring pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
-
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
RM120 Juta
Pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA
#belanjawan2026 #ekonomimadani -
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Peluang anak muda melanjutkan pelajaran
a. Biasiswa, pinjaman & elaun pendidikan disediakan oleh Kerajaan dan GLIC
b. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan tajaan biasiswa oleh pihak swasta diperluas kepada sijil kelayakan profesional
#belanjawan2026 #ekonomimadani -
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
c. Pembiayaan usahawan belia oleh BSN (RM150 Juta)
(2/2)
#belanjawan2026 #ekonomimadani -
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Untuk belia, antaranya:
a. Latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah oleh Khazanah (RM200 Juta)
b. Peruntukan hampir RM30 juta oleh MARA untuk melatih anak Bumiputera dengan jaminan pekerjaan
(1/2)
#belanjawan2026 #ekonomimadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Policy in motion.
#belanjawan2026 -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI.
Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
Camar terbang menuju ke darat
Rentasi ombak di pantai suci
Belanjawan dibentang penuhi hasrat
Makmur rakyat bangunkan pertiwi
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan MADANI Keempat di Dewan Rakyat.
Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan tetapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
Saksikan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#belanjawan2026 -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
@AdamAdli : Pengukuhan tadbir urus badan sukan & khidmat nasihat proses pendaftaran baharu perkasakan persatuan dan kelab sukan.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usah kita cepat menilai atau menghina mereka yang sanggup berkorban demi kemanusiaan. Malaysia lahir sebagai negara merdeka dan berdaulat, bebas menyuarakan kebenaran dan menentang penjajahan dalam apa jua bentuk.
Dalam perjuangan membela rakyat dan menegakkan prinsip, ada yang memilih jalan fitnah dan sangsi, ada pula yang istiqamah berbuat demi kebaikan bersama.
Bila ada yang sanggup membantu, sokonglah dengan hikmah dan kasih. Inilah semangat Malaysia MADANI, berjiwa besar, berpegang pada nilai-nilai kemanusian sejagat, berpandangan jauh dan berpaut pada perpaduan, bukan pada kebencian atau politik sempit.
Malaysia akan terus melangkah dengan berani ke depan, bukan dengan retorik tetapi dengan tekad dan tindakan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia akan terus memperteguh usaha serta ikhtiar termasuk berbincang bersama negara sahabat yakni Mesir untuk mencari laluan terbaik menyalurkan bantuan kemanusiaan buat saudara-saudara kita yang amat memerlukan di Gaza menerusi Sempadan Rafah.
Kita faham cabaran yang besar, namun iltizam kita lebih daripada itu. Setiap usaha rundingan dan koordinasi ini adalah demi memastikan rakyat Gaza mendapat hak mereka untuk hidup, menerima bantuan, dan bebas daripada kezaliman.
Ini isu kemanusiaan dan kita perlu terus berikhtiar serta tidak berganjak dalam pendirian kita memperjuangkan keadilan. Jangan sekali kita menyerah.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Isu Terkini Antara Kelab Sukan Elektronik Todak dan MESF
Saya ingin memberi maklum balas berhubung isu yang dilaporkan oleh Kelab Sukan Elektronik Todak terhadap Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) yang telah dikeluarkan kepada umum semalam.
Perlu saya nyatakan bahawa ini merupakan aduan kedua terkait MESF dalam tempoh sebulan, dan kedua-duanya berkait dengan isu yang sama iaitu soal penyertaan atlet e-sukan negara ke dalam kejohanan yang disanksi oleh MESF.
Kronologi Tindakan dan Perkembangan Terdahulu
7 September 2025 – Aduan diterima daripada pemain dan kelab yang terkesan dengan larangan bermain di bawah kejohanan yang disanksi MESF.
8 September 2025 – Saya telah mengadakan pertemuan bersama FAM bagi mencari jalan penyelesaian secara damai dan profesional.
9 September 2025 – Teguran telah disampaikan kepada MESF dan pihak persatuan ketika itu menyatakan komitmen untuk merungkai isu-isu yang berbangkit. Isu yang muncul kini menimbulkan kebimbangan baharu yang perlu diberi perhatian agar tidak menjejaskan ekosistem yang telah dibina bersama oleh semua pihak.
9 September 2025 – Laporan media (NST) turut menekankan kepentingan pembangunan pemain dalam memperkukuh masa depan industri e-sukan. www.nst.com.my/sports/esports/2025/09/1272612/adam-adli-u…
10 September 2025 – Saya telah bertemu dengan wakil industri termasuk Chamak dan Gamesbond untuk memahami kekangan sebenar yang dihadapi mereka.
8 Oktober 2025 – Todak mengeluarkan kenyataan rasmi yang sekali lagi membangkitkan isu hampir serupa terhadap MESF.
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan berpandangan bahawa isu atlet mesti diurus secara baik sejajar dengan aduan yang telah diterima sebelum ini. Proses yang adil dan terbuka amat penting bagi menjamin kepercayaan semua pihak dalam industri.
Sehubungan itu, saya telah meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti secara menyeluruh dakwaan yang dikemukakan serta mengemukakan opsyen penyelesaian termasuk penganjuran sesi mediasi antara pihak-pihak terlibat supaya kemelut ini dapat diselesaikan secara berhemah dan membina.
Saya menyeru agar MESF kekal memainkan peranan aktif dalam pembangunan atlet dan pengukuhan ekosistem e-sukan negara sebagai badan penggalak dan tidak sehingga dilihat sebagai perintang kepada potensi pemain serta pasukan yang ingin maju di pentas profesional dan akar umbi.
Kementerian Belia dan Sukan menghormati autonomi MESF sebagai badan induk, dan yakin bahawa MESF memahami tanggungjawab bersama dalam memastikan tiada kepincangan atau salah urus yang boleh menjejaskan kepercayaan komuniti e-sukan secara keseluruhannya.
Kita harus mengusahakan penyelesaian yang memuaskan semua pihak dengan semangat kerjasama dan kebertanggungjawaban. Sebagai badan induk yang diiktiraf, MESF harus memainkan peranan membina, inklusif dan menjaga kepentingan semua pemegang taruh dalam ekosistem e-sukan, daripada pemain, kelab, penganjur sehinggalah kepada peminat. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan Türkiye sekali lagi telah memberi jaminan akan terus membantu membebaskan sembilan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini ditahan secara haram oleh rejim Zionis Israel.
Buat semua ahli keluarga yang menanti dengan doa dan air mata, percayalah, negara bersama kalian.
Anak-anak Malaysia yang berani ini bukan sekadar sukarelawan berjiwa murni, mereka adalah wira kemanusiaan yang membawa nama negara ke tengah lautan perjuangan.
Kami tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang menuntut keadilan dan pembebasan mereka. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anak-anak Malaysia menempuhi cabaran ini dan mempermudahkan setiap langkah urusan pembebasan mereka.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari gelanggang ke pentas dunia.
Sebentar tadi, berpeluang mengiringi Johan “Jojo” Ghazali dalam kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Kunjungan ini bukan sekadar pertemuan, tetapi ruang untuk mengangkat kisah perjuangan seorang anak muda yang berjiwa besar Jojo Ghazali, ikon belia yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Adam Adli
@AdamAdli
Di sebalik jabat tangan dan senyuman, tersirat tekad untuk memperkukuh pembangunan sukan Muay Thai negara, membuka jalan buat lebih ramai bakat muda melangkah ke gelanggang dunia.
KBS akan terus komited memperkasa sukan Muay Thai di peringkat tempatan dan antarabangsa, melalui pembangunan bakat muda dan penyediaan ekosistem latihan yang lebih tersusun untuk memperkukuh ekosistem sukan tempur ini secara menyeluruh.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat pulang kepada semua aktivis kemanusian Sumud Nusantara yang tiba di tanah air semalam. Misi kemanusian ke Gaza masih belum selesai, teruskan menyokong perjuangan Gaza dan rakyat Malaysia yang sekarang bersama Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleen.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.
Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Foto: Awani -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
🇲🇾 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗡𝗨𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 🇵🇸
𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮!
Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat solidariti serantau demi membebaskan Palestin dan mengangkat suara kemanusiaan dari bumi Malaysia. -
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
SIARAN MEDIA BERKENAAN KERAJAAN LUASKAN KELAYAKAN BUDI95 KEPADA NELAYAN, PENGGUNA BOT, DAN PEMEGANG LESEN BAHARU
-
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus komited membuka ruang kepada anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan, termasuk dalam sektor ekonomi kreatif dan industri sukan.
Melalui pelbagai inisiatif seperti Rakan Niaga di bawah Rakan Muda, Geran Padanan Sukan (RM30 juta) dan Dana Sukan Komuniti (RM25 juta), KBS membentuk satu ekosistem keusahawanan belia yang mapan dan berdaya saing.
Selain itu, Program Belia Kreatif Madani dengan peruntukan sebanyak RM30 juta seliaan FINAS turut memperkasa golongan muda dalam bidang kandungan kreatif dan ekonomi digital.
KBS tidak hanya melakar dasar, tetapi membina platform untuk memastikan anak muda Malaysia bukan sekadar pemerhati, tetapi penggerak utama dalam ekonomi kreatif dan industri sukan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih seluruh rakyat Malaysia, dari utara hingga selatan yang berhujan dan berpanas mendokong LTdL 2025.
Jumpa lagi di tahun akan datang!
#beattheheatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
1,244.2 kilometer, 8 peringkat. Le Tour de Langkawi 2025 menutup tirai hari ini dengan perlumbaan terakhir sejauh 180.2 kilometer dari Tangkak ke Kuala Lumpur.
Pelumba Perancis, Joris Delbove, dinobatkan sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 biarpun sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-17 pada peringkat terakhir hari ini.
Alhamdulillah, edisi kali ini berlangsung dengan lancar meskipun diuji dengan cuaca yang tidak menentu sepanjang lapan peringkat perlumbaan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapka kepada Majlis Sukan Negara (MSN), rakan penaja, serta seluruh pasukan teknikal dan media tempatan serta antarabangsa yang turut serta menjayakan LTdL bermula dari Langkawi hingga ke Kuala Lumpur.
Sejak 1996, LTdL kekal sebagai antara acara berbasikal berstatus ProSeries terulung di rantau ini, menjadi platform penting untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab pelancongan sukan antarabangsa.
KBS akan terus komited menyokong penganjuran LTdL sebagai simbol keutuhan semangat kesukanan dan kebanggaan negara yang tidak akan pernah pudar.
#kitasemuateammas
#pertronasltdl2025
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sempat berinteraksi dengan para aktivis Malaysia di Istanbul bagi bertanya khabar sebaik dibebaskan dari tahanan rejim Zionis. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik dan semangat mereka masih kental.
Saya menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi. Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.
Insya-Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur kelak. Kita juga akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza.
🇲🇾🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Flag and track kind of day. Sejurus melepaskan peringkat ketujuh PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025, bergegas ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menghadiri Karnival Sukan Permotoran 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Karnival ini bertujuan untuk merakyatkan sukan permotoran dengan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman merasai kehangatan perlumbaan di litar Sepang selain menjadi platform untuk mengukuhkan komuniti peminat sukan automotif tanah air.
Karnival anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Battle of Speed Sepang, karnival ini menyasarkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival ini termasuk Track Day, Perarakan Kelab Kereta, Pertunjukan Drift, Car Autoshow serta pelbagai cabutan bertuah dan hadiah menarik untuk para pengunjung.
KBS akan terus berusaha membawa sukan lebih dekat kepada rakyat, dari litar lumba terus kepada komuniti demi menjayakan aspirasi Sukan untuk Semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi ini berkesempatan melepaskan peringkat ketujuh PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 dari Melaka ke Medini, laluan sejauh 214.9 kilometer, antara yang terpanjang dan paling mencabar dalam edisi kali ini.
Sempat juga saya menarik seorang penonton cilik untuk bersama-sama mengibarkan bendera semasa flag off cavalcade momen kecil yang cukup bermakna, menyalakan pembudayaan amalan bersukan dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air sejak dari usia muda.
Perlumbaan hari ini mencipta detik manis buat negara apabila pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli, menamatkan penantian lima tahun Malaysia untuk kembali ke podium LTdL selepas muncul naib juara, di belakang Zeb Kyffin dari Unibet Tietema Rockets. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Arvid de Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team.
Lebih membanggakan, Aiman turut dinobatkan sebagai Pelumba Paling Menonjol dan Pelumba ASEAN Terbaik bagi peringkat ini.
Tahniah Aiman dan seluruh pasukan TSG atas persembahan luar biasa hari ini.
Sambil kita meraikan semangat kesukanan, jangan dilupa mereka yang sedang berjuang di medan kemanusiaan. Semoga semua aktivis dan sukarelawan yang ditahan dipermudahkan segala urusan, dan dilindungi daripada sebarang bahaya.
#kitasemuateammas
#petronasltdl2025
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.
Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.
Alhamdulillah!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan akan tiba di bumi Istanbul malam ini waktu Malaysia, insyaAllah.
Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia dan usaha berterusan semua pihak yang menggalang seluruh kekuatan akhirnya membuahkan hasil.
Terima kasih kepada sahabat karib saya Presiden Erdogan dan rakan pimpinan negara-negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya sempat menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan kita di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang kini berada di tengah laut Mediterranean dan telah memasuki zon kuning.
Saya suntikkan semangat dan mendoakan agar perjalanan dan usaha mereka menuju Gaza dipermudahkan.
Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan adalah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan, tentang erti keberanian, tekad, dan solidariti yang tuntas dan tegas.
Hasbunallahu Wani‘mal Wakil.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah. Seramai 23 aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) warga Malaysia kini dalam proses dibawa keluar dari selatan Israel menaiki pesawat khas ke Istanbul hari ini.
Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan di sana sebelum pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Teruslah kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan mereka kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @bernamadotcom: 📌GSF: 23 rakyat Malaysia akan dibawa menaiki pesawat khas daripada Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel ke Istanbul…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Champs🫡🇲🇾
Paralympic Council Malaysia
@NpcMalaysia
WORLD RECORD & GOLD FOR MALAYSIA!
Datuk Abdul Latif Romly shines once again at the World Para Athletics Championships 2025 in New Delhi, leaping to 7.67m in the Men’s Long Jump T20, breaking his own world record!
#worldparaathletics #pcm #kitaluarbiasa #paraathletics -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Ziyad Zolkefli🇲🇾
Paralympic Council Malaysia
@NpcMalaysia
Congratulations, Muhammad Ziyad Zolkefli!
Your bronze medal in the Men’s Shot Put F20 at the World Para Athletics Championships 2025 in New Delhi is a proud achievement for Malaysia.
#worldparaathletics #pcm #teammalaysia #kitaluarbiasa #paraathletics -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Pertandingan Mencipta Logo & Maskot Rasmi Sukan SEA Ke-34 & Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027
🏆 Hadiah Menarik Menanti Anda!
🥇 Pertama: RM8,000 + Sijil
🥈 Kedua: RM5,000 + Sijil
🥉 Ketiga: RM3,000 + Sijil -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan aktivis kita yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dapat dibawa keluar dengan selamat.
Saya sendiri telah menyampaikan permintaan secara langsung kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan, agar semua aktivis Malaysia dibawa keluar dengan segera menerusi pertolongan Türkiye.
Alhamdulillah, beliau selaku sahabat baik dan pemimpin besar dunia Islam telah memberikan persetujuan serta komitmen penuh untuk membantu.
Pada masa sama, Kerajaan turut berhubung rapat dengan Qatar dan Amerika Syarikat, bagi memastikan tekanan kolektif antarabangsa dapat dihimpunkan demi pembebasan segera aktivis kita.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan kita demi menjamin keselamatan dan maruah warganegara, selain menzahirkan solidariti bersama perjuangan kemanusiaan rakyat Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Qunut Nazilah dipanjatkan untuk keselamatan para sukarelawan dan aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) yang berjuang membawa amanah kemanusiaan.
Lindungilah mereka daripada segala kezaliman musuh-Mu. Jadikanlah mereka di bawah naungan rahmat, dipelihara dalam perlindungan-Mu yang tidak dapat ditembusi oleh kejahatan.
Kepada Allah SWT kami berserah. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tindakan Zionis Israel yang melabel pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah biadab dan tidak berasas sama sekali.
Hakikatnya, kapal-kapal flotilla ini tidak membawa sebarang senjata. Sebaliknya, ia sarat dengan makanan, minuman dan ubat-ubatan yang amat diperlukan rakyat Gaza yang menderita di bawah sekatan zalim.
Pengganas sebenar ialah rejim Israel sendiri apabila mereka menindas, membunuh orang awam tidak bersenjata, dan menyekat bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada rakyat Gaza yang memerlukan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @anwaribrahim: Hari Jumaat penuh keberkatan ini saya menyertai masyarakat di Masjid al-Khadijah, Pantai Dalam, bersolidariti menunaikan…
-
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
📌GSF: PM Anwar minta bantuan Presiden Turkiye bawa bersama sukarelawan Malaysia ke Istanbul dengan pesawat khas Turkiye
📌Tuduhan mengatakan peserta GSF sebagai pengganas adalah biadab, satu propaganda Zionis - PM @anwaribrahim
#bernamanews
#gsf #globalsumudflotilla #gaza -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya telah berhubung dengan saudara Sani Araby, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia.
Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya.
Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗠𝗨𝗗 𝗙𝗟𝗢𝗧𝗜𝗟𝗟𝗔
-
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗞𝗗𝗡) 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
2 Oktober 2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setakat petang ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Türkiye, Presiden Mesir, dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan.
Saya dan pasukan juga turut berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.
Sekali lagi saya tegaskan, kezaliman yang dilakukan rejim Israel mesti dihentikan serta-merta. Malaysia tidak akan berdiam diri apabila hak dan maruah rakyat kita diinjak.
Dengan penuh keprihatinan, saya berdoa kepada Allah SWT agar semua rakan kita yang ditahan dibebaskan secepat mungkin, dan agar saluran bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Gaza serta seluruh bumi Palestin dapat disampaikan tanpa sekatan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
Bacaan doa Qunut Nazilah di semua stesen TV dan radio
#digitalbernamatv
#globalsumudflotilla
#globalsumudflotillamalaysia
#g4z4
#breakthesiege
#hasbunallahwanikmalwakil -
Adam Adli reposted
Dr Naim Mokhtar 🇲🇾
@DSDrNaim
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
GLOBAL SUMUD FLOTILLA: SOLAT HAJAT/QUNUT NAZILAH DI MASJID/SURAU SELIAAN JAKIM & JAWI
Susulan tindakan biadap Israel memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin, agensi JAKIM dan JAWI telah diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib dan juga esok, 3 Oktober selepas Solat Jumaat di semua masjid dan surau di bawah pentadbiran kedua-dua agensi ini.
Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan membaca Khutbah Jumaat Khas berkaitan isu Palestin.
Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri turut mengambil langkah yang sama.
Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO' SETIA DR. HJ. MOHD NA'IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
2 Oktober 2025 -
Adam Adli reposted
Astro AWANI
@501Awani
"Tindakan Israel bukan sahaja kezaliman terhadap rakyat Gaza, malah penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat."
#awaninews #awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/global-sumud-flotilla-… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada Allah SWT kita berserah, disulam usaha menyeluruh yang digerakkan, semoga kesemua mereka dibebaskan dengan selamat. Doa rakyat Malaysia untuk Global Sumud Flotilla.
Hasbunallahu Wani‘mal Wakil
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Misi bantuan Global Sumud Flotilla yang dibadai ombak derita, kini jiwa turut digoncang dengan khabar mendukacitakan.
Dikhabarkan di antara aktivis dan sukarelawan yang telah ditahan, terdapat 3 orang belia yang pernah mengikuti Program Kesukarelawanan Belia Antarabangsa (MyCorps) dan ASEAN Youth Volunteer (AYV) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan.
Saudara Haikal, saudara Khairin, dan saudara Danish.
Dengan penuh kasih dan doa, saya titipkan kesejahteraan buat setiap aktivis dan sukarelawan yang kini ditahan.
Semoga mereka dikurniakan kekuatan, dilindungi daripada sebarang mudarat dan dibebaskan dengan segera untuk meneruskan misi yang murni ini. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan pasukan sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.
Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bebaskan mereka segera! Jangan bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi ini kita direntap jiwa dengan berita konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ditahan oleh rejim Zionis Israel.
Kapal yang hanya membawa makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas untuk rakyat Palestin yang menderita, langsung tidak menjadi ancaman kepada sesiapa.
Hati kita bersama para aktivis dan sukarelawan, termasuk rakyat Malaysia, yang berani menggalas misi ini.
Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Malaysia akan terus menuntut keadilan dan mendesak pembebasan mereka dengan segera.
Moga keberanian ini menjadi saksi bahawa roh perjuangan kemanusiaan tidak akan pernah sesekali dapat dipatahkan.
Photo : Reuters -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I condemn in the strongest terms Israel’s interception of the Global Sumud Flotilla. These vessels carried unarmed civilians and life-saving humanitarian supplies for Gaza, yet they were met with intimidation and coercion.
By blocking a humanitarian mission, Israel has shown utter contempt not only for the rights of the Palestinian people but also for the conscience of the world. The flotilla embodied solidarity, compassion and the hope of relief for those under blockade.
Malaysia will use all legitimate and lawful means at our disposal to ensure that Israel is held to account, especially in matters concerning Malaysian citizens. The safety and dignity of our people are paramount, and we will not allow them to be compromised with impunity.
As long as the Palestinian people are denied their fundamental rights and aspirations, Malaysia will stand unflinchingly with them. We will not relent in demanding an end to the injustice and dispossession that have plagued Palestine for generations.
Photo : Reuters -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
🚨 SOS MESEJ 🚨
DELEGASI KAPAL SIRIUS
Haikal Abdullah telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Sebarkan video ini seluasnya!
#bernamanews
#globalsumudflotilla
#gaza
#breakthesiege
🎥 FB Sumud Nusantara -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
🚨 SOS MESEJ 🚨
DELEGASI KAPAL SIRIUS
Muaz Zainal telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Sebarkan video ini seluasnya!
#bernamanews
#globalsumudflotilla
#gaza
#breakthesiege
🎥 FB Sumud Nusantara -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
🚨 SOS MESEJ 🚨
DELEGASI KAPAL SIRIUS
Zulfadhli Khairudin telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Sebarkan video ini seluasnya!
#bernamanews
#globalsumudflotilla
#gaza
#breakthesiege
🎥 FB Sumud Nusantara -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
🚨 SOS MESEJ 🚨
DELEGASI KAPAL SIRIUS
Rusydi Ramli telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Sebarkan video ini seluasnya!
#bernamanews
#globalsumudflotilla
#gaza
#breakthesiege
🎥 FB Sumud Nusantara -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @bernamadotcom: PM @anwaribrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menghalang konvoi Global Sumud Flotilla
#bernamanews #global… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the devastating earthquake that has struck Cebu and neighbouring areas of the Philippines. The loss and hardship endured by so many families weigh heavily on us, and Malaysia mourns with the people of the Philippines in this time of grief.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our heartfelt condolences and sympathies to the Government and people of the Philippines, especially to the families who have lost their loved ones. Our thoughts and prayers are also with the injured, the displaced and all those whose lives have been disrupted by this tragedy.
Malaysia stands in full solidarity with the Philippines. We will do what we can to support relief and recovery efforts, and we pray that the strength and resilience of the Filipino people will carry them through these difficult days.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terharu dan mengujakan saat melakukan lawatan dan tinjauan ke Markas Utama MAPIM untuk Global Sumud Flotilla petang tadi. Kecekalan para perwira berhari-hari membelah samudera demi keadilan lantas menjentik nurani dan menjadi sumber kekuatan, tidak hanya kepada warga Palestin di Gaza, tetapi juga kepada masyarakat dunia yang mengikutinya dengan rasa juang yang tinggi.
Kerajaan kekal mendukung dan bersama, selain memastikan bantuan kemanusiaan segera disalurkan dan apa yang utama adalah para perwira selamat sampai ke bumi Gaza kelak, dan dijangka akan mula memasuki zon merah pada esok hari. Ramai sahabat di rantau ini, termasuk Malaysia, Turkiye, Itali, dan Sepanyol turut gigih menggembleng tenaga. Hubungan akrab dan langsung yang kita terus kekalkan dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa menjadi wahana penting dalam menggerakkan solidariti global.
Justeru, hari-hari yang mendatang ternyata mencabar. Musuh mungkin menggertak, menyerang. Namun, kekentalan semangat saudara-saudara di lautan inilah yang meleraikan resah dan menyala harapan. Sebagaimana 34 anak Malaysia yang kini bersama pasukan flotila ini, ia tentunya menjadi catatan sejarah dalam menegak keadilan dan membela kemanusiaan.
Dalam masa yang sama, pertemuan saya kelak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menjadi medan penting bagi memastikan ruang dialog terus kekal sebagai salah satu aparat utama dalam menjamin keamanan dan pembukaan laluan bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Gaza.
Ini tentunya bukan penyelesaian muktamad, dan tentunya kita tidak pula mahu sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi ia akan menjadi permulaan yang memungkinkan terhentinya segala bentuk serangan dan ancaman, serta akan menjadi ruang untuk suara untuk keadilan dan keamanan dilonjak ke peringkat dan pentas yang tertinggi.
Mari bersama terus berdoa kepada Allah SWT agar usaha ini diberi perlindungan dan menjadi sinar terbaik serta jawapan yang ampuh kepada kezaliman ini. Ia pastinya menjadi detik pensejarahan yang penting serta permulaan kepada era dan order baru dunia yang lebih aman dan yang mampu menjamin keadilan.
#malaysiamadani
#gsf -
Adam Adli reposted
Berita Harian
@bharianmy
BUDI95: Rakyat lega, penjimatan ketara dirasai berbanding sebelum ini
#bhnasional Tinjauan di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu mendapati, proses pelaksanaan subsidi bersasar berjalan lancar dengan petugas stesen minyak bersedia membantu pengguna membuat semakan kelayakan menggunakan MyKad di pam.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1452262/budi95… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, untuk rakyat 👍
Berita Harian
@bharianmy
BUDI95: Rakyat lega, penjimatan ketara dirasai berbanding sebelum ini
#bhnasional Tinjauan di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu mendapati, proses pelaksanaan subsidi bersasar berjalan lancar dengan petugas stesen minyak bersedia membantu pengguna membuat semakan kelayakan menggunakan MyKad di pam.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1452262/budi95… -
Adam Adli reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Mesti ramai tak sabar nak isi minyak esok kan? ⛽
Penerima STR, abang polis dan tentera pun dah kongsi, senang je nak isi.
Kalau masih keliru, tanya je Min dekat komen ni, nanti Min terangkan.😘
#budimadaniron95
#manfaatrakyat -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya merakamkan takziah yang terdalam kepada keluarga allahyarham Shariffudin Budin atau lebih dikenali sebagai Pak Hunter, yakni seorang sahabat lama perjuangan serta aktivis rakyat yang telah banyak berkorban dalam arus perjuangan.
Allahyarham juga adalah antara insan yang tabah menempuh dugaan tatkala ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998, iaitu saat gelombang reformasi mula menyemarak. Keteguhan dan kesetiannya pada perjuangan dan cita-cita membela rakyat tidak pernah luntur meski diuji dengan kezaliman dan kebobrokan.
Buat keluarga besar KEADILAN dan gerakan reformasi, kami bersedih atas pemergian beliau dan mendoakan segala amal bakti, pengorbanan dan perjuangan beliau dicatat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Semoga keluarganya tabah dan ruh allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
World Para Athletics Championships New Delhi, India
Padu!!! World Record
Pingat Emas Di India 🫶
Datuk Abdul Latif Romly mempamerkan prestasi cemerlang dengan lompatan 7.67m untuk meraih Emas serta mencipta rekod dunia baharu
#kitasemuateammas -
Adam Adli
@AdamAdli
Tengahari tadi, sempat bersama anak-anak muda jiwa berani sempena Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025 di Heritage Valley, Kuala Lumpur.
Aktif, Berani, Bersatu, karnival ini bukan sahaja sebuah pertandingan, tetapi sebenarnya merupakan ruang anak muda untuk menguji keberanian, mencabar had diri, dan untuk juga untuk memupuk gaya hidup sihat.
Pertandingan skateboard, roller freestyle, BMX freestyle, push bike, obstacle race dan high rope challenge, semuanya mencabar namun menyeronokkan.
Sempat juga cuba obstacle race tadi, agak mencabar buat ‘newbie’ macam saya.
InsyaAllah, KBS akan sentiasa komited untuk menyediakan lebih banyak platform seperti ini, agar sukan ekstrem dapat terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja sekadar hobi, tapi sebagai wadah pembangunan bakat dan industri belia.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai majlis wacana Belanjawan 2026, saya hadir ke Rapat Umum KEADILAN Melaka. Dua puluh tujuh tahun usia perjuangan mengajar kita tentang erti tekad, sabar dan keyakinan bahawa kuasa mesti diolah dan diterjemah sebaiknya dalam membela nasib rakyat.
Kerajaan yang kita pimpin ini berlandaska iltizam ini iaitu menurunkan harga minyak sehingga RM1.99, menaikkan gaji penjawat awam setelah 12 tahun tertangguh, dan berusaha mengembalikan dana awam yang hilang, antaranya. Kita buktikan bahawa kebijakan yang didirikan berasaskan teori ekonomi semata tidak memadai, tetapi ia mesti diseimbangkan dengan ihsan, rahmah dan prinsip keadilan sosial. Itu wajah sebenar reformasi yang kita damba dan perjuangkan bersama rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI.
Justeru, mesti ditegaskan bahawa reformasi juga bermaksud menolak kebejatan, menghentikan ketirisan, mengolah serta mensasarkan subsidi rakyat kepada yang memerlukan, dan pastikan pembangunan yang seimbang tanpa kira kaum, warna kulit, negeri mahupun wilayah.
Sementalahan, Malaysia mesti terus mengungguli dan menjuarai nasib warga yang tertindas dan dizalimi di Gaza dan terus cekal dan tegas menjulang diplomasi dan wacana yang sama sekali tidak menjejaskan pendirian ‘centrality’ kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
“Membujur lalu, melintang patah”
Di sela waktu di kawasan, berkempatan untuk hadir dalam Rapat Umum 27 Tahun Reformasi dan Majlis Perasmian Pejabat MPN Melaka pada sebelah petang tadi.
Semoga himpunan ini, selepas tiupan semangat oleh YAB Dato’ Seri @anwaribrahim sendiri menerusi pidatonya, menyemarakkan lagi semangat, tekad dan iltizam semua demi KEADILAN.
Reformasi! -
Adam Adli
@AdamAdli
Lima hari mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Bumi Melaka Bandaraya Sejarah. Tempoh yang singkat tapi dipenuhi pelbagai aktiviti yang bermakna. Daripada ziarah asnaf dan OKU, gotong-royong komuniti, sehinggalah ke penutupnya hari ini dengan sukan rakyat di Kampungku Sayang, Bukit Baru, Melaka.
Ada boling kelapa, perlumbaan basikal terlambat, dam haji, karom dan congkak. Dari yang muda hingga yang berusia, tak kering gusi tengok semua bersenda.
Tahniah semua sukarelawan USAS, ini sebenarnya bukan sekadar program khidmat masyarakat, namun merupakan medan untuk membina sifat kepimpinan, semangat sukarelawan dan rasa tanggungjawab sosial dalam diri anak muda terutamanya.
Terima kasih atas penglibatan dan dedikasi kalian sepanjang berada di sini. Semoga pengalaman ini menjadi bekal berharga untuk perjalanan sebagai mahasiswa dan bakal pemimpin masa depan.
Untuk penduduk Kampungku Sayang, InsyaAllah, akan ada penambahbaikan dan naiktaraf gelanggang bakal disiapkan, sama-sama kita tambahkan
lagi keindahan Kampungku Sayang.
#hangtuahjaya
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan mengambil maklum keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain Harimau Malaya.
FAM telah mengesahkan bahawa rayuan akan dikemukakan. Proses ini perlu dipercepatkan dengan menekankan soal integriti dan ketelusan bagi memastikan kepentingan penyokong dan masyarakat dihormati.
Reputasi bola sepak Malaysia mesti dipertahankan, dan sebarang bentuk campur tangan politik atau sabotaj yang cuba menjejaskan sukan ini perlu ditolak sama sekali.
__
The Ministry of Youth and Sports takes note of the FIFA Disciplinary Committee’s decision involving FAM and seven Harimau Malaya players.
FAM has confirmed that an appeal will be submitted. The process must be expedited with full integrity and transparency, ensuring the interests of fans and the public are fully respected.
Malaysia’s football reputation must be safeguarded, and any form of political interference or sabotage that seeks to undermine the sport must be firmly rejected. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sebelum menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi, kami berkesempatan bertandang ke Kg Paya Redan, Ayer Molek.
Kebetulan pertemuan hari ini bersama komuniti Jawa setempat, kami dihidang dengan masakan istimewa wong Jowo; nasi ambeng, dinikmati ramai-ramai dalam talam; mangan bareng, guyub rukun.
Terima kasih kepada tuan rumah, Abang Norlizam sekeluarga, yang saban kali menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra dan masakan yang enak.
Turut hadir sama pemimpin masyarakat setempat, daripada imam hingga ke guru besar, menjadikan pertemuan ini bukan sekadar makan bersama, tetapi juga peluang untuk ‘rembugan’ dan menguatkan persaudaraan.
Inilah kekuatan kita sebagai sebuah komuniti; urip rukun, sak madyo, sak lawase. Semoga silaturrahmi yang terjalin sentiasa terpelihara.
#hangtuahjaya
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi ini saya kembali ke SMKA Sultan Muhammad bersama sahabat saya, Sdr Kamil Munim, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, untuk meneliti perkembangan kerja-kerja pemulihan pasca kebakaran bilik guru.
Selain sumbangan segera berjumlah RM10,000 daripada pihak kami di Parlimen Hang Tuah Jaya, pihak sekolah turut menerima peruntukan lebih RM300,000 daripada Kementerian Pendidikan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM bagi memastikan kerja pemulihan dapat dijalankan secara menyeluruh.
Adam Adli
@AdamAdli
Setinggi penghargaan juga kepada 9 orang pelajar tingkatan 5 dan pengawal keselamatan sekolah atas keberanian mereka mengawal api daripada merebak lebih teruk tempoh hari.
Semoga usaha sama berterusan ini dapat membawa kelegaan kepada guru dan pelajar, serta mengembalikan semula operasi sekolah seperti sediakala.
#hangtuahjaya
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Congratulations to Mr. Khairy Jamaluddin and Mr. Tan Hai Yong, Chairman & CEO of Eco Lifestyle, on the relaunch of the Eco Showroom today at Wisma Hong Leong, Kuala Lumpur.
After a decade of regional success in Singapore and Hong Kong, we warmly welcome the opening; and return of the showroom in Kuala Lumpur. Eco Lifestyle Med Health offers a holistic approach to fitness, integrating technology with professional training to deliver greater impact on health and wellness.
The Ministry of Youth and Sports remains committed to working with industry partners to expand access to healthy lifestyles and to strengthen our shared goal of building healthier, more active, and competitive communities.
#malaysiaaktif
#malaysiamadani
#kbs -
Adam Adli reposted
The Malaysia Press
@TMPNews_
Adam Adli pantau pemulihan pascabanjir di Sabah, gerakkan sukarelawan
Lebih lanjut :
themalaysiapress.com/adam-adli-pantau-pemulihan-pascabanj…
#themalaysiapress
#bangsamalaysia
#taatsetia
#informasiberfaktamembukaminda -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Layak ke Piala Asia 2026, Adam Adli lihat kebangkitan skuad futsal | Harian Metro www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/09/1267972/layak-… @AdamAdli
-
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Adam Adli rayu syarikat korporat bantu realisasikan impian Hakim Danish | Harian Metro www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1267980/adam-a… @AdamAdli
-
Adam Adli reposted
ASEAN FOOTBALL
@theaseanball
✅ QUALIFIED!
🇲🇾 Congratulations to Malaysia for advancing to the AFC Futsal Asian Cup 2026 in Indonesia as one of the seven best runner-up teams! 🏆✨
Despite finishing 2nd in Group G, the Harimau Malaya still secured their ticket to the Finals 💪🔥
#acfutsal2026 -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari kedua lawatan pasca banjir di Sabah, saya ke Kampung Tombovo, dan Kampung Duvanson, Putatan untuk meninjau rumah-rumah yang terkesan akibat banjir yang melanda kawasan ini ditemani Tuan Awang Husaini, mantan Ahli Parlimen Putatan.
Walau air sudah surut, kesannya masih jelas, kawasan berlumpur, peralatan yang musnah, dan ada banyak rumah yang terjejas. Keutamaan adalah untuk mengenal pasti bentuk bantuan segera yang boleh disalurkan di bawah kapasiti KBS.
Lebih daripada sekadar bantuan fizikal, kami hadir menyantuni mangsa, menunjukkan komitmen kerajaan untuk memantau rapi setiap langkah pasca bencana demi kesejahteraan rakyat.
Semoga dengan semangat kebersamaan ini, kita dapat bangkit semula lebih kuat daripada dugaan yang melanda.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rakyatdisantuni -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seluruh umat Islam di Malaysia berduka menerima perkhabaran kemangkatan Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi. Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna denga ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini.
Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin.
Al-Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tengahari tadi tiba di Kota Kinabalu, bersama Jabatan Belia & Sukan Sabah serta Majlis Belia Sabah untuk memulakan lawatan pasca banjir yang melanda negeri Sabah baru-baru ini. Lawatan ini selaras komitmen Perdana Menteri @anwaribrahim yang mahukan agar kerja-kerja pasca bencana dipantau rapat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Hari pertama kami ke Kampung Minintod, Inanam ditemani YB Peto Galim, ADUN Inanam dan wakil YB Mustapha Sakmud. Di sini, kami meninjau lima buah rumah yang terkesan akibat tanah runtuh dan banjir lumpur, mendengar keluhan penduduk dan menyerahkan sedikit bantuan asas harian.
Di balik musibah, masih terpancar wajah-wajah tabah yang mampu menguntum senyuman. Keutamaan Kerajaan adalah memastikan mangsa menerima bantuan segera dan kerja-kerja pemulihan disempurnakan segera.
InshaAllah, dengan kerjasama erat agensi Persekutuan dan Negeri, setiap usaha pemulihan akan sentiasa dipantau agar segera selesai demi kesejahteraan semua yang terjejas.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rakyatdisantuni -
Adam Adli reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Sebagai ibu, saya tidak boleh terima jika anak2 kita dibuli. Sebagai Menteri, saya tidak akan berkompromi dgn budaya kekerasan di ILKBS.
@KBSMalaysia sudah arahkan siasatan menyeluruh & tindakan tegas akan diambil. Setiap pelajar berhak belajar dlm suasana selamat & bermaruah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tiada kompromi terhadap mana-mana kes buli di institusi latihan bawah KBS.
Pelaku sudah dikenal pasti, SOP telah diaktifkan, keluarga telah ditemui, dan PDRM telah dilibatkan.
KBS beri jaminan bahawa keselamatan, kebajikan, dan maruah pelajar di institusi kami sentiasa menjadi keutamaan kementerian.
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
KBS TEGAS TOLAK BUDAYA BULI DI ILKBS, SIASATAN MENYELURUH DILAKSANAKAN
#teamkbs #kitasemuateammas #malaysiamadani #madanibekerja #rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini sekali lagi Kerajaan MADANI membuktikan komitmen untuk meringankan beban rakyat.
PMX sebentar tadi mengumumkan penurunan harga minyak khas buat rakyat Malaysia melalui mekanisme subsidi bersasar.
Dengan inisiatif BUDI95, rakyat akan menikmati harga petrol baharu serendah RM1.99 seliter, dengan siling kelayakan sehingga 300 liter sebulan.Pemandu e-hailing pula bakal menerima manfaat tambahan dengan kadar yang lebih tinggi.
Di kala dunia berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan hadir dengan langkah berani dan berpihak kepada rakyat. Ini hanyalah permulaan, insyaAllah lebih banyak manfaat akan diperkenalkan demi pengagihan yang lebih adil untuk semua.
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam landskap global yang sarat dengan ketidaktentuan, Kerajaan MADANI tidak berdiam diri.
Memastikan kos sara hidup yang tidak menekan rakyat, Kerajaan MADANI perlu mengambil langkah berani, adil dan menyeluruh.
Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi dikenakan RM2.60 seliter.
Langkah ini adalah komitmen berterusan untuk melindungi rakyat, memperkukuh kedudukan kewangan negara, mengurus cabaran global dan memastikan manfaat negara sampai terus kepada setiap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama.
Marilah kita terus bersatu padu untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berupaya berhadapan cabaran mendatang demi melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Bangi Avenue Convention Center menjadi pentas terzahirnya kejayaan, 664 graduan Intitusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) diraikan penuh gilang-gemilang bersama keluarga tercinta. Menjadikan jumlah keseluruhan bagi sidang kali ini seramai 1149 graduan.
Tahun ini juga, KBS melangkah setapak ke hadapan dengan menaik taraf IKBN Kuala Langat sebagai Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), dengan bidang-bidang yang selari dengan keperluan industri masa kini.
Setiap sijil dan diploma yang digenggam hari ini adalah saksi kepada doa ibu ayah, dedikasi tenaga pengajar, dan jerih perih perjalanan ilmu yang panjang.
Semoga setiap ilmu yang ditimba menjadi bekal untuk menulis kisah kejayaan yang lebih besar di masa depan.
Tahniah, kepada ibu bapa, tenaga pengajar, dan para graduan ILKBS!
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
ShuttleHard 🏸🇲🇾
@ShuttleHard
Naib Juara 🥈 #chinamasters2025 buat 🇲🇾 ChenToh
Beraksi di final #bwfworldtour Super 750 sulung mereka, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei terpaksa akur tunduk kepada No.4 Dunia dan jaguh Thailand 🇹🇭 Dechapol/Supissara.
Ini merupakan final ke-0⃣2⃣ mereka selepas menjuarai Kejohanan Dunia di Paris.
Tetap semangat @ChenTangJie @TOHEEWEI1 teruskan berusaha 💪
📸 China Masters Organizing Committee
#badmintonmalaysia
#unbrkbl
#shuttlehard -
Adam Adli reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
[VIDEO] 27 Tahun Reformasi: Asas perjuangan yang kini jadi hala tuju Kerajaan MADANI www.buletintv3.my/nasional/video-27-tahun-reformasi-asas-…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Malaysia Aktif Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah Jaya berlangsung meriah hari ini di Kompleks Belia & Sukan, Ayer Keroh.
Kehadiran ribuan peserta sejak awal pagi tanda orang Melaka, khususnya warga Hang Tuah Jaya komited membudayakan gaya hidup aktif.
Berdasarkan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2022, Melaka merekodkan skor 52.7, pencapaian sederhana yang masih boleh ditingkatkan lagi. Dengan sokongan padu dari semua, saya yakin kita mampu melonjak lebih tinggi, menjadikan budaya sukan sebagai nadi kehidupan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang berganding bahu menjayakan program ini. Inilah kekuatan kita, kearah membina sebuah komuniti yang lebih sihat, lebih cergas dan bersatu.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hangtuahjayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tinjauan saya di Sabah semalam menyaksikan dugaan berat bencana banjir dan tanah runtuh, namun juga semangat luar biasa urang Sabah serta pengorbanan para petugas yang berjuang tanpa mengenal lelah.
Insya-Allah bersama seluruh rakyat Malaysia, kita akan bangkit memulihkan kehidupan dan harapan di bumi Sabah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya turut berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.
Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian.
🇲🇾🇰🇭
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Jom meriahkan Malaysia Aktif Melaka 2025 @ Hang Tuah Jaya!
Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung esok. Meh, turun ramai-ramai!
#hangtuahjaya
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turun ke beberapa kawasan di Sabah petang tadi untuk meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini.
Terkesan melihat keadaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan pangsapuri Country Heights Penampang yang terjejas teruk dan memerlukan tindakan segera. Justeru saya telah arahkan agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyegerakan proses baik pulih dan meneliti keperluan peruntukan tambahan. Keutamaan ketika ini adalah memulihkan tempat tinggal serta barangan keperluan asas mangsa.
Di sebalik ujian ini, saya amat terharu melihat ketabahan urang Sabah yang masih mampu tersenyum tatkala saya bertemu mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis dan Kampung Sarapung. Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya memulihkan kehidupan kalian secepat mungkin.
Penghargaan tertinggi saya kepada pasukan keselamatan, pengurusan bencana dan sukarelawan yang telah menyabung nyawa demi memastikan keselamatan rakyat yang terkesan. Tidak terkecuali petugas Sabah Electricity yang bekerja tanpa henti memulihkan bekalan elektrik yang terjejas. Takziah dan penghormatan tertinggi buat Allahyarham Masedeh Rosmin yang gugur ketika bertugas. Pengorbanan mu demi rakyat Sabah pasti dikenang selamanya.
Saya turut rakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan jentera Kerajaan Negeri yang bertindak pantas sejak hari pertama bencana, dengan menumpukan sepenuh perhatian pada keselamatan serta kebajikan rakyat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada semua yang terkesan dan mempermudahkan usaha kita bersama dalam memulihkan kehidupan rakyat Sabah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Usai urusan di Putrajaya, bergegas pulang ke Hang Tuah Jaya bagi menghadiri Majlis Ulang Tahun Bai Ma Lao Shi (San Gong) di Tokong Lao Shi, Kampung Baru Tiang Dua.
Sejak tahun 1969, tokong ini bukan sahaja menjadi rumah ibadat, tetapi juga pusat kebudayaan, lambang perpaduan dan semangat kebersamaan terutamanya bagi masyarakat berketurunan Leizhou.
Saya gunakan kesempatan ini juga sampaikan sedikit sumbangan kewangan untuk menyokong usaha membaik pulih tokong demi memastikan warisan berharga ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Kesepakatan inilah yang menjadi asas kekuatan kita, bersama membina masyarakat yang saling menghormati, memahami dan meraikan kepelbagaian.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Respon saya mengenai Majlis Paralimpik Malaysia vs Cheah Liek Hou
-
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#chinamasters2025
WD | R16
#mas🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ def. #usa🇺🇸 Francesca Corbett-Jennie Gai 21-11 21-8
⏱️ 27m
*A commanding straight-game win sees the World No. 2 pair cruise into the quarterfinals.
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya telah bercakap dengan sahabat saya, Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand. Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.
Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja. Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.
Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC). Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
ANWAR IBRAHIM
🇲🇾🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Gaza is crushed, the West Bank dispossessed, the region bombarded. Israel’s vow against a Palestinian state is a vow of permanent apartheid. Malaysia stands firm for justice, for Palestine.
======
Gaza terus menerus dihancurkan. Ikrar Israel menolak negara Palestin adalah ikrar apartheid kekal. Malaysia tetap tegas demi keadilan buat Palestin.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
The attack on Doha is not only a flagrant assault on Qatar’s sovereignty and international law, but a reckless strike at the very heart of regional security. Under the steadfast leadership of Sheikh Tamim, Qatar has stood as a pillar of mediation and peace. To strike Qatar is to sabotage peace itself.
======
Mengebom Doha adalah tindakan rakus, dan biadab. Ia jelas pencabulan terhadap kedaulatan Qatar, pelanggaran undang-undang antarabangsa, serta provokasi berbahaya yang menggugat keselamatan rantau.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
16 September bukan sekadar tarikh keramat, tetapi tanda pengorbanan generasi terdahulu memperjuang sebuah kebebasan yang bermaruah, menyatukan sebuah Malaysia.
Alhamdulillah, Malaysia terus melangkah dengan kekuatan baharu. Dari utara ke selatan, dari Sabah hingga Sarawak, setiap negeri membawa peranan dan potensi untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, berdaulat dan berakhlak. Semoga semangat Hari Malaysia ini terus membara, menyatu langkah kita bersama.
Dirgahayu Malaysia 🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rakyatdisantuni -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan tugasan pada Hari Malaysia ini, saya ke Politeknik Seberang Perai untuk berhimpun bersama lebih 10,000 anak-anak Pendekar MADANI daripada pelbagai persatuan silat untuk mengangkat martabat pusaka agung bangsa Melayu.
Sejarah gemilang Kesultanan Melayu Melaka mengajar kita bahawa kekuatan bukan sekadar kuasa, tetapi kerana ilmu, kepintaran, akhlak, teknologi dan disiplin yang kental. Itulah semangat yang mesti kita hidupkan hari ini, yakni semangat yang membenci kezaliman, menolak penindasan dan menjulang maruah bangsa.
Alhamdulillah, saya diizinkan Allah SWT untuk menimba ilmu, termasuk ilmu persilatan daripada tiga tokoh besar iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, Ustaz Hanafi Ahmad dan Dato’ Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa. Dari mereka saya belajar bahawa kehebatan silat tidak hanya pada sepak terajang semata, tetapi pada disiplin, akhlak dan adab menghormati sesama manusia.
Saya tegaskan bahawa semangat Pendekar MADANI bukan untuk kita bermegah atau bersikap angkuh, tetapi melatih akhlak, menanam hormat sesama insan tanpa mengira kaum dan mengasuh jiwa supaya gagah dalam kehidupan. Jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia harus menjadi benteng sebenar kekuatan kita.
Justeru, selaras iltizam memartabatkan ilmu persilatan, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM2 juta bagi menyelaras gerakan besar menyatukan semua pertubuhan silat di bawah panji semangat Pendekar MADANI.
Dana ini bakal menyemarakkan gelanggang silat di sekolah-sekolah, politeknik, universiti dan institusi pendidikan seluruh negara. Matlamatnya bukan sekadar melahirkan pesilat yang tangkas tetapi membentuk generasi muda berdisiplin, berakhlak mulia, berjiwa besar dan berbangga dengan pusaka bangsa.
Dalam majlis ini juga, saya menerima penghormatan menerusi pertabalan sebagai Imam Khalifah Agong “Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti” oleh Pakndak Majid. Pengiktirafan ini adalah amanah yang melambangkan keluhuran warisan silat serta kesinambungan perjuangan bangsa yang tidak pernah putus sejak turun-temurun.
Bagi saya, Pakndak Majid bukan sekadar guru besar persilatan, tetapi teman setia yang tetap bersama dalam suka dan duka perjalanan hidup saya. Persahabatan ini saya hargai sebagai lambang keikhlasan dan bukti bahawa silat adalah ikatan persaudaraan serta perjuangan yang merentas masa.
Hari ini kita catat sejarah baharu dengan semangat dan kesatuan Pendekar MADANI! Dengan semangat dan kesatuan ini, kita hidupkan roh perjuangan yang diwarisi daripada guru-guru kita, perkasakan jiwa bangsa agar gagah menentang penindasan, dan kita terus mara membina semangat MADANI yang bermaruah di persada dunia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Di Hari Malaysia, Permatang Pauh menjadi saksi pusaka bangsa, silat pelbagai perguruan; dimartabatkan menerusi gerakan Himpunan Pendekar MADANI agar warisan, adab, dan semangat juang anak watan dapat terus disambung dan disuburkan.
Dalam majlis ini, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menyelaras aktiviti silat seluruh negara di bawah payung Pendekar MADANI, dengan kerjasama Pertubuhan Lima Generasi serta Pejabat Perdana Menteri.
Adam Adli
@AdamAdli
Pendekar MADANI bukan sahaja mengangkat silat sebagai seni bela diri, tetapi juga sebagai wahana pendidikan yang membentuk disiplin, memperkukuh perpaduan, dan meniup kekuatan baharu dalam membina jati diri bangsa.
Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa bersedia untuk bersama menggerakkan usaha ini demi memastikan seni silat terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rakyatdisantuni -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Antara intipati Kenyataan Negara yang telah disampaikan semasa Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha.
======
Key takeaways from Malaysia’s National Statement at the Emergency Arab-Islamic Summit in Doha.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Sebuah perjalanan panjang yang lahir daripada keberanian, semangat kebersamaan dan keyakinan bahawa kita lebih kuat apabila bersama. Kita semua dirangkul dalam satu nama, Malaysia
Hari ini, semangat itu terus terpahat dalam jiwa. Semangat yang mengikat persaudaraan, memelihara keharmonian, dan menyalakan harapan untuk generasi seterusnya.
Dirgahayu Malaysia, tanah air tercinta. 🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
KEADILAN mengucapkan 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟱 🇲🇾kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana juga anda berada!
‘𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰: 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒔𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒊’
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Institut Sukan Negara 🥇🇲🇾
@isnmalaysia
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-14 Institut Sukan Negara (ISN)! 🎉
14 tahun melakar sejarah, memperkasa sukan negara dan menyokong prestasi atlet negara di pentas dunia.
Terima kasih kepada semua warga kerja, rakan strategik, dan komuniti sukan atas kepercayaan dan kerjasama yang berterusan.
✨ Terus Maju, Terus Unggul, Demi Sukan Negara! 💪🇲🇾
#isn14tahun #sukanuntuknegara #isnmalaysia #teamisn #beyondperformance -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah dapat membawa suara Malaysia dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam, di Doha, Qatar.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha. Ia bukan sahaja satu pencabulan kedaulatan Qatar, malah satu tindakan rakus dan biadab yang melanggar tatanan undang-undang antarabangsa, serta provokasi berbahaya yang mengancam kestabilan dan keselamatan rantau.
Qatar, di bawah kepimpinan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah memainkan peranan besar sebagai perantara perdamaian. Menyerang Doha bererti merobek usaha mulia tersebut, dan ia mesti dianggap sebagai serangan terhadap kita semua, seluruh dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa yang mendambakan keamanan.
Dalam masa sama, Gaza terus ditenggelami darah dan runtuhan. Kediaman dimusnahkan, hospital dibedil, anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa korban. Israel kini tidak lagi menyembunyikan niatnya, menolak kewujudan negara Palestin, mengisytiharkan satu bentuk apartheid kekal, serta menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan sendiri.
Kecaman semata-mata tidak lagi memadai. Kenyataan sahaja tidak akan menghentikan bedilan roket dan peluru berpandu. Dunia mesti bertindak dengan langkah yang nyata dan berani termasuk menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis Israel sehingga kekejaman dihentikan dan hak Palestin dipulihkan.
Malaysia berdiri teguh bersama Qatar, Palestin, dan setiap bangsa yang dambakan keadilan serta keamanan. Inilah saatnya untuk kita bukan sahaja bersuara, tetapi bertindak.
Semoga Allah SWT mengurniakan keberanian untuk kita melawan kezaliman, serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat.
======
Condemnations alone will not stop the missiles, nor will declarations free Palestine. Malaysia condemns in the strongest terms the barbaric Israeli airstrikes on Doha, a blatant assault on Qatar’s sovereignty, international law, and the peace efforts of His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. From Gaza to the West Bank, Lebanon, Syria, Yemen, Iraq and Iran, Israel’s aggression has become a relentless pattern of lawlessness and apartheid, a total rejection of justice and humanity.
This is the time for courage, unity, and action. Severe measures must follow, from cutting diplomatic ties to suspending trade. And as the flotilla of mercy sails towards Gaza, the world must ensure it reaches its people. Malaysia stands firm with Qatar, Palestine, and all who believe in justice and peace.
🇲🇾🇶🇦🇵🇸
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KEJOHANAN FUTSAL YB ADAM ADLI
Ayuh meriahkan Kompleks Sukan Batu Berendam pada Ahad, 12 Oktober 2025!
Hadiah menarik menanti:
🏆 Johan: RM1500 + Piala + Medal
🥈 Naib Johan: RM800 + Medal
🥉 Tempat ke 3 & 4: RM500 + Medal
🎖️ Tempat ke 5 - 8: RM100
👉 Yuran penyertaan: RM80
👉 Warganegara Malaysia
👉 Lelaki 16 tahun ke atas
👉 Hanya 2 orang pemain LFK/MPFL dibenarkan setiap pasukan
Jangan lepaskan peluang! Untuk pertanyaan & pendaftaran, hubungi Razif (0122401684) -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia bersama warga antarabangsa kekal teguh berdiri bersama rakyat Palestin mendepani kebiadaban Israel yang kini sedang menjalar di negara-negara Arab dan sekelilingnya. Mesej kita jelas; hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan. Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera.
Selain daripada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri, saya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan untuk pembaikan segera kemudahan asas.
Kerajaan MADANI akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan.
Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli
@AdamAdli
TERIMA KASIH RUMAH PANJANG KANYAN, NYALAK LADONG, PAKAN SARIKEI
Selama tiga hari di Rumah Panjang Kanyan, banyak pengalaman dilalui, banyak momen dirakam, namun paling penting, ramai belia luar biasa yang berjaya kita temui.
Terima kasih penduduk Rumah Panjang Kanyan, melayan kami ibarat sebuah keluarga. Sehingga bertemu lagi.
“Kami bukan sekadar singgah, tapi kita sama-sama membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar program saya di Sarawak tempoh hari. Insya-Allah saya akan berusaha meluangkan masa untuk menjengah setiap daerah di Bumi Kenyalang ini, agar dapat menyantuni masyarakat setempat secara lebih dekat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#segulaisejalaiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KETIGA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 2
Pejam celik, Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 2 di Rumah Panjang Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan Sarikei, Sarawak sampai ke penghujung.
Kami menutup tirai jelajah tiga hari dengan sesi townhall bersama anak-anak angkat dan belia-belia dari rumah panjang sekitar. Sesi ini membuka ruang untuk kami mendengar pandangan dan menjawab persoalan secara terus, tanda komitmen kami dalam mengangkat suara anak muda, terutamanya belia kita di luar bandar.
Terima kasih YB Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta YB Datuk Larry Sng, Ahli Parlimen Julai atas kesudian berkongsi pentas townhall.
Adam Adli
@AdamAdli
Selama tiga hari di Rumah Panjang Kanyan, banyak pengalaman dilalui, banyak momen dirakam, namun paling penting, ramai belia luar biasa yang berjaya kita temui.
Terima kasih Tuai Rumah, “Apai” Kanyan yang sudi terima kami sebagai anak angkat. Terima kasih penduduk Rumah Panjang Kanyan, melayan kami ibarat sebuah keluarga. Sehingga bertemu lagi.
“Kami bukan sekadar singgah, tapi kita sama-sama membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.
Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.
Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.
Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.
Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Utusan -
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 2
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Borneo 2, siri jelajah ketiga tahun ini yang menghimpunkan belia luar bandar dari Negeri Sarawak.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 kini Sarawak!
Selepas memulakan langkah di Zon Utara di Sik Kedah, dan Zon Borneo 1 di Kota Marudu, Sabah, kembara diteruskan lagi di Pakan Sarikei, Sarawak.
Selama 3 hari, dari 11 hingga 13 September 2025, Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan Sarikei akan menjadi lokasi penuh warna dengan pelbagai pengisian, sesi townhall, aktiviti bersama komuniti, dan pelbagai program bagi mendengar sendiri suara anak muda serta mengangkat semangat belia di Negeri Sarawak.
Nemu kitak semua anak muda rah sarawak !!
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina.”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Allahuakbar.
Baru minggu lalu saya bersama warga SMKA Sultan Muhammad dalam program inisiatif pengindahan sekolah. Sebelum itu lawatan ke tapak pembangunan surau. Banyak keperluan dan pembaharuan untuk sekolah ini sedang diusahakan.
Hari ini SMKA Sultan Muhammad ditimpa insiden kebakaran yang mengakibatkan kerosakan teruk bangunan yang menempatkan bilik guru. Syukur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan namun insiden ini adalah kerugian besar buat SMKA Sultan Muhammad.
Pihak kami telah segera bertemu pihak sekolah, dan kita akan usahakan pemulihan semula sebaik mungkin buat warga SMKA Sultan Muhammad.
Terima kasih kepada pihak Menteri KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka atas jaminan untuk tindakan dan perhatian segera yang diumumkan sebentar tadi.
Semoga semua urusan dipermudahkan. -
Adam Adli
@AdamAdli
1 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 2, Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan Sarikei, Sarawak.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini, berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk @suhaimisulaiman ,Ketua Pengarah Penyiaran @RTM_Malaysia .
Kunjungan ini memberi ruang untuk menerangkan mengenai dua agenda penting KBS, iaitu Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 yang menjadi wadah libat urus bersama anak muda di seluruh negara, serta Malaysia Esports League (MEL) yang terus berkembang sebagai platform bakat baharu dalam industri sukan elektronik.
Sebagai penyiar rasmi nasional, RTM mempunyai peranan besar dalam menyampaikan maklumat dan aspirasi negara kepada seluruh lapisan masyarakat.
InsyaAllah, melalui pertemuan ini akan terjalin kerjasama strategik antara RTM dan KBS, demi memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dapat diperluaskan serta memberi impak yang lebih menyeluruh.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM500,000 melalui Dana Antarabangsa Belia (IYF@KBS) bagi memperkukuh penglibatan aktif belia di peringkat antarabangsa.
-
Adam Adli
@AdamAdli
2 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 2, Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan Sarikei, Sarawak.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
3 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 2, Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan Sarikei, Sarawak.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. hari ini, kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
Perbualan turut menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi, dan keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Harimau Malaya🇲🇾
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan meluncurkan Majlis Sejarawan Negara, sebuah inisiatif penting untuk memperkukuh jati diri bangsa, menegakkan maruah negara, dan memperdalam pemahaman kita terhadap sejarah.
Dalam mengejar kemajuan, negara sering berlari ke arah pencapaian ekonomi, industri dan teknologi baharu. Namun untuk benar-benar memaknakan gagasan Malaysia MADANI, kita tidak boleh mengabaikan sisi yang membentuk roh dan jiwa bangsa iaitu sejarah, budaya, dan nilai peradaban.
Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu. Ia adalah medan untuk menilai akar peradaban, mengenal kekuatan identiti, serta mengingatkan kita tentang bahaya kerakusan kuasa, kezaliman dan kepincangan sistem. Dari Ibn Khaldun yang menekankan ibrah sejarah, hingga Henri Pirenne yang menunjukkan bagaimana pertembungan Islam dan Eropah membentuk tradisi moden, kita belajar bahawa sejarah sentiasa menjadi pendorong kemajuan.
Begitu juga, kita sedar bagaimana kolonialisme telah cuba membentuk pemahaman kita melalui tokoh-tokoh seperti Stamford Raffles, Snouck Hurgronje, Macaulay dan Cromer. Namun, tugas kita kini adalah untuk merumuskan semula naratif, dengan berpaksikan pandangan dan pengalaman bangsa sendiri.
Bahkan dalam dunia digital dan kecerdasan buatan (AI), nilai sejarah dan akhlak menjadi asas penting. Jika kita sekadar menyalin pandangan asing tanpa mempertahankan identiti dan warisan sendiri, kita akan hilang arah. Teknologi hanya akan bermakna jika ia berpaksikan nilai, budaya, bahasa dan sejarah bangsa.
Saya tekankan bahawa tamadun tidak akan tegak dengan teknologi semata-mata. Tamadun dibangunkan dengan budaya, dengan sejarah, dengan ketinggian ilmu serta pemikiran yang membumi. Justeru, MADANI menuntut kita bukan sahaja mengejar disiplin baharu, tetapi juga memperkukuh kecintaan terhadap sejarah, sastera dan budaya kerana inilah tiang seri tamadun Malaysia.
Majlis Sejarawan Negara akan berperanan sebagai wadah wacana, pengukuh naratif kebangsaan, dan penasihat kepada kerajaan untuk memastikan sejarah terus hidup, segar dan memberi makna kepada masyarakat serta generasi muda.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Heartiest congratulations to Prime Minister Anutin Charnvirakul on being chosen to lead Thailand at this important juncture. Malaysia looks forward to continuing our close cooperation in developing our shared border, advancing trade, and promoting the welfare of our peoples. Thailand has an essential role in upholding regional stability within ASEAN. Prime Minister Anutin’s leadership will be crucial as the country moves into the next stage of its democratic journey.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.
Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN.
PM Anutin memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu.
🇲🇾🇹🇭
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN PENUH KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan tiga hari kita bersama-sama di Kg Tagaroh, Kota Marudu.
Semoga setiap pengalaman, kerjasama, dan kasih sayang yang terjalin di sini menjadi bekal untuk kita terus mengangkat suara serta semangat anak muda, di mana sahaja mereka berada.
Terima kasih, Kota Marudu!! Kita jumpa di lokasi seterusnya.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 bukan penyelesaian tunggal, tetapi salah satu langkah bagi menangani tekanan hidup rakyat selain mengangkat taraf ekonomi golongan rentan.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Andainya Rasulullah SAW bersama kita saat ini, alangkah pilunya hati Baginda melihat umat yang dicintainya dihimpit fitnah, diselubungi penipuan, berpecah belah dan dipagut api perkauman yang merobek persaudaraan.
Di hari penuh barakah ini, seharusnya kita menterjemah rasa rindu, cinta dan kasih pada Baginda dengan kembali kepada iman, ilmu dan akhlak Rasulullah SAW, agar tangisan perpecahan ini berganti sinar penyatuan dan rahmat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#maulidurrasul1447hThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini kita memperingati hari kelahiran yang ke-94 sosok besar bangsa yakni Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau mempersembahkan karya akademik sebagai gagasan pensejarahan, tamadun dan makna besar ilmu yang terus mencerahkan umat hingga saat ini.
Sebagai pemikir besar bangsa, Prof al-Attas tegas meneguh bahawa ilmu, selain sebagai aparat, adalah suatu wahana teguh untuk memartabat manusia, membentuk nilai dan adab, serta mendirikan kebenaran. Akar kekuatan bangsa bermula dari kefahaman jitu terhadap erti ilmu, dan betapa ilmu menuntun masyarakat ke arah kemuliaan insan.
Justeru, saya menzahirkan setinggi penghargaan atas jasa, pemikiran dan khazanah pemikiran beliau. Mendoakan generasi baharu bingkas menelaah karya-karya beliau sebagai jalan menggarap ruh intelektualnya dalam melawan penyimpangan dan membina jiwa merdeka.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan keberkatan pada beliau, serta umur yang penuh afiyah sebagai hadiah mendidik kita untuk menghargai ilmu, nilai dan maruah bangsa.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selesai meraikan sambutan Maulidur Rasul SAW pagi tadi, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama ratusan jemaah tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, pusat dakwah yang telah menyinari ummah sejak lebih tiga dekad lalu.
Selepas solat, saya diberi ruang untuk menyampaikan tausiah bersempena Program Temu Mesra MADANI anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Saya menghimbau semangat perjuangan yang diwariskan oleh Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah, teladan terbaik buat umat manusia.
Sejarah membuktikan bahawa kekuatan umat lahir daripada perpaduan, ilmu dan kesedaran. Saya menyingkap bagaimana Salahuddin al-Ayyubi memakmurkan masjid, menanam roh jihad dan roh Islam, serta membangkitkan kesedaran umat sehingga menjadi kekuatan yang mampu menakluki semula Baitulmuqaddis.
Persiapannya adalah kekuatan masjid, roh perjuangan, perpaduan masyarakat serta peningkatan ilmu. Hari ini, ada yang punya ilmu tetapi tidak ada kesedaran, dan ada pula yang punya kesedaran tanpa keberanian untuk melangkah dalam perjuangan.
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
العنكبوت :٦٩
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang muhsin.
(Surah al-Ankabut: 69)
Saya juga tegaskan bahawa Negara MADANI ini bukan semata-mata soal politik atau ekonomi. Ia terangkum nilai iman, ihsan, rahmah dan keadilan agar pembangunan material seiring dengan akhlak, pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Peningkatan gaji penjawat awam dan gaji minimum misalnya, adalah antara manifestasi prinsip ihsan dalam dasar negara.
Pada masa sama, Kerajaan ini terbuka menerima teguran dan bersedia memperbaiki kelemahan. Namun teguran mesti berlandaskan akhlak, bukan cercaan atau fitnah. Dengan semangat saling menasihati, kita dapat mengangkat martabat umat, keluarga dan masyarakat.
Setiap kali menjejakkan kaki ke Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, saya terkenang jasa ulama dan guru yang mendorong perubahan dengan penuh hikmah. Semoga roh perjuangan dan semangat dakwah bil hikmah ini terus menyinari langkah kita membina Malaysia MADANI yang berakar pada iman, ilmu dan akhlak Rasulullah SAW.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M Rasulullah SAW ialah teladan agung dalam kepimpinan, keadilan dan kasih sayang. Mari kita menelusuri sunnahnya untuk membina Malaysia yang lebih madani dan berprinsip. #maulidurrasul1447h #ummahmadani #keadilanuntuksemua #rasulullahteladankami
-
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Tahniah buat Harimau Malaya atas kejayaan menumpaskan Singapura dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dengan jaringan 2-1.
#teamkbs #malaysiamadani #kitasemuateammas #madanibekerja #rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Menghayati tema “Membangun Ummah MADANI”, Maulidul Rasul bukan hanya pada sambutan sambutan, tetapi pada usaha membina masyarakat yang berteraskan nilai, akhlak dan kemanusiaan.
Kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan kasih sayang, kebijaksanaan dan keadilan menjadi panduan.
Anak muda adalah teras utama, menjadi ejen perubahan yang membawa perpaduan, keadilan dan kesejahteraan buat Malaysia secara menyeluruh.
Bersama kita terus memperkukuh nilai kasih sayang, kebijaksanaan dan keadilan bagi membina Ummah MADANI yang inklusif, adil dan progresif.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, petang tadi selesai menggulung Perbahasan RMK13 di Dewan Negara bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Senator Puan Noorita binti Sual, YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman dan YB Senator Manolan bin Mohamad.
Sebanyak lima (5) isu telah dibangkitkan merangkumi empat isu berkaitan belia serta satu isu berkaitan sukan.
Keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah jelas iaitu untuk memperkasa pembangunan belia dan memperluas pembudayaan sukan demi membentuk ekosistem sukan yang lebih sejahtera, makmur dan membentuk generasi muda yang lebih berdaya saing ke arah Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
Disela tugasan di Dewan Negara hari ini, berkesempatan bertemu dengan pihak pengurusan Fury Championship, sebuah platform sukan tempur tempatan yang semakin mendapat tempat di hati anak muda.
Fury Championship merupakan kejohanan baharu yang mengetengahkan seni bela diri seperti tinju dan muay thai. Ia turut menampilkan pelbagai kategori termasuk pertarungan profesional, amatur, pempengaruh kandungan serta selebriti.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama untuk memperkasa pembangunan bakat, memberi pendedahan, membina ekosistem sukan yang inklusif dan menyediakan peluang kepada generasi muda untuk menyerlah di pentas antarabangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KBS telah melancarkan Dana Antarabangsa Belia 2025 (IYF\@KBS) pada April 2025 yang lalu. Dalam tempoh kurang lima bulan, kita telah berjaya merealisasikan aspirasi belia untuk menyertai persidangan, mesyuarat, forum dan simposium di peringkat antarabangsa.
Seramai 31 orang telah terpilih merangkumi 8 orang bagi jendela pertama dan 23 orang penerima bagi jendela kedua tahun ini.
Kami sedar ramai dalam kalangan belia yang berhasrat untuk mendapatkan peluang ke luar negara seperti penerima-penerima sebelum ini. Peluang ini masih terbuka.
Justeru, permohonan jendela ketiga akan di buka sehingga 7 September 2025. Nak tahu lebih? Scroll je video sebelum ni, atau terus layari www.kbs.gov.my/iyf
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, YB Adam Adli, telah bersama warga SMKA Sultan Muhammad dalam Program Gotong-Royong MADANI yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela pertemuan dengan syarikat-syarikat gergasi China, saya sempat melancarkan buku Truly Asia: Malaysia — A Country You Won’t Want To Abandon. Karya ini dihasilkan oleh Dr Yan Lijin, seorang ahli akademik, pakar ekonomi dan ahli perniagaan China yang menzahirkan penghargaan ikhlas beliau terhadap Malaysia.
Buku ini berjaya menggambarkan kepelbagaian wajah Malaysia yang kaya budaya, tradisi dan kemodenan, di samping keindahan alam semula jadi yang memukau. Ia bernilai bukan sahaja untuk pelaburan, pendidikan dan eksplorasi budaya, tetapi juga untuk mengenali pesona Malaysia secara menyeluruh.
Saya menghargai keikhlasan Dr Yan yang berusaha memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China melalui buku ini, sebagaimana utuhnya persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hari ketiga lawatan kerja ke China, saya memulakan rencana di Beijing dengan bertemu pengurusan tertinggi syarikat jd.com, pemain utama dalam industri e-dagang dan logistik.
jd.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia, khususnya dalam bidang logistik. Saya menyambut baik hasrat ini, mengambil kira kedudukan strategik Malaysia yang berpotensi muncul sebagai hab logistik serantau, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Pada masa sama, jd.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China.
Saya kemudian bertemu dengan wakil China Semiconductor Industry Association (CSIA), badan induk yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor China. Dalam pertemuan ini, saya tegaskan iltizam Malaysia untuk menjadi pemain utama semikonduktor global, seperti yang digariskan dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sela program di Tianjin, saya sempat bertemu dua konglomerat China, Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC).
Rianlon Corporation, antara peneraju global dalam bahan tambahan anti-penuaan untuk polimer dan kosmetik, telah menyatakan komitmen pelaburan berjumlah RM820 juta bagi membangunkan kilang serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor, yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat.
Bersama CCCC pula, saya meneliti perkembangan projek ECRL yang kini menjadi lambang persahabatan Malaysia–China di bawah Belt and Road Initiative (BRI). Insya-Allah, ECRL bakal merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Kerajaan MADANI akan terus berusaha untuk merancakkan pelaburan, memberdaya sektor berteknologi tinggi dan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–China yang berakar pada sejarah panjang, sekali gus membuka lembaran masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi bersejarah berusia lebih 130 tahun. Saya menghargai cenderamata yang dihadiahkan pihak universiti berupa replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900.
Saya berkongsi tentang kepercayaan yang terbina antara Malaysia dan China sejak setengah abad lalu, selain menyinggung soal kegawatan ekonomi dunia ketika ini, juga tentang hikmah sejarah yang mengingatkan kita bahawa konflik adalah pilihan.
Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan. Setiap pertemuan saya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan.
Daripada asas inilah lahir kerjasama merangkumi projek infrastruktur yang menghubungkan ekonomi, kerjasama tenaga hijau dan ekonomi digital, malah kemudahan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara. Dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, keikhlasan persahabatan ini menjadi sesuatu yang amat berharga.
Hari ini kita menyaksikan tatanan dunia yang kian goyah. Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan.
Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua.
Malaysia menawarkan jalan berbeza, yakni kedaulatan dalam kebergantungan. Ia bukan soal tunduk kepada orang lain, sebaliknya seni untuk berdiri teguh tanpa perpecahan. Negara boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama.
Inilah semangat “harmony without uniformity” yang sudah lama berakar di Asia. Dari pelayaran Laksamana Zheng He hingga falsafah hé ér bù tóng, kita belajar bahawa tamadun mampu memperkayakan antara satu sama lain tanpa menghilangkan identiti. Kedaulatan dalam kebergantungan adalah terjemahan moden kepada semangat itu.
Sebagai rantau yang kini memacu pertumbuhan global, Asia memikul amanah untuk memastikan aturan baharu ekonomi tidak membawa perpecahan, sebaliknya membina kemakmuran bersama. Perpecahan bukan sesuatu yang ditakdirkan. Kita boleh memilih jambatan atau membina tembok, memilih kerjasama atau persaingan sempit.
Jika semangat ini kita teguhkan, Asia akan melangkah ke hadapan dengan bermaruah, kekal berpendirian namun terbuka antara satu sama lain. Di situlah lahir kekuatan kita, dan di situlah kita memperteguh Asia di persada dunia.
=====
This morning at Tianjin University, I spoke about the trust Malaysia and China have built across half a century, the turbulence facing the global economy, and the lessons of history that remind us conflict is never inevitable.
Malaysia was the first in Southeast Asia outside the socialist world to recognise the People’s Republic of China in 1974. That bold gesture matured into a steady habit of trust. Each of my meetings with President Xi Jinping has carried this understanding forward, that our nations, different in size yet equal in respect, can act with consistency and candour.
That trust has enabled practical cooperation: infrastructure linking our economies, collaboration in green energy and the digital economy, and even the introduction of mutual visa-free travel. Such steadiness matters most in times of global uncertainty.
(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
TOHEEWEI 🍉🍉🍉
@TOHEEWEI1
Selamat Hari Merdeka! Together, we fight for our beloved country 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di Tianjin, saya dan Azizah langsung ke Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin untuk menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak SCO.
Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, yang disampaikan tatkala beliau menyampaikan ucapan di hadapan puluhan pimpinan dunia lain.
Di sela majlis makan malam ini, saya turut ketemu sahabat-sahabat pimpinan antaranya dari India, Turkiye, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Nepal, bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala.
Insya-Allah, Sidang Kemuncak SCO esok akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama rantau ini serta mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Well done Pearly Tan & M. Thinaah! this is just the beginning! 🇲🇾
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
WD | FINAL
#chn🇨🇳 Liu Sheng Shu-Tan Ning 1️⃣ def. #mas🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ 21-14 20-22 21-17
⏱️1h 23m
Pearly Tan & M Thinaah’s valiant run ends with a historic silver medal – Malaysia’s first-ever women’s doubles finalists at the world meet! 🥈👏
Tahniah, Pearly-Thinaah! 💪
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia!
Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.
Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara.
🇲🇾
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
XD | FINAL
#mas🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 4️⃣def. #chn🇨🇳 Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 2️⃣ 21-15 21-14
⏱️40m
CHAMPIONS! Chen Tang Jie & Toh Ee Wei strike gold to become Malaysia’s first-ever mixed doubles winners at the World Championships! 🥇
A priceless Merdeka gift for the nation and a historic breakthrough for Malaysia. Tahniah Chen-Toh! ❤️
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli
@AdamAdli
A priceless Merdeka gift for the nation and a historic breakthrough for Malaysian badminton.
Tahniah, Chen Tang Jie -Toh Ee Wei! 🥇🇲🇾
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
XD | FINAL
#mas🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 4️⃣def. #chn🇨🇳 Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 2️⃣ 21-15 21-14
⏱️40m
CHAMPIONS! Chen Tang Jie & Toh Ee Wei strike gold to become Malaysia’s first-ever mixed doubles winners at the World Championships! 🥇
A priceless Merdeka gift for the nation and a historic breakthrough for Malaysia. Tahniah Chen-Toh! ❤️
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
#bwfworldchampionships2025
Pernah berpisah seketika tapi sekarang Juara Dunia!!!! 💪🏻💪🏻💪🏻
Hadiah Merdeka untuk rakyat Malaysia 🫶🫶🫶 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Superb!!! Tang Jie & Ee Wei
#kitasemuateammas
#championrising
#rise2win -
Adam Adli
@AdamAdli
Suasana meriah ketika Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya pagi tadi. 🇲🇾
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, atas perkenan Tuanku berdua mencemar duli memeriahkan sambutan di Dataran Putrajaya.
Merdeka bukan sekadar tentang sebuah kebebasan, tapi tentang bagaimana kita menyantuni rakyat, saling menghormati dalam suasana harmoni perpaduan dalam kepelbagaian.
Merdeka!
*Kredit foto Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rakyatdisantuni -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya bersama bersama rakyat pelbagai latar belakang yang hadir dengan penuh semangat patriotik.
Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh makna turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya amat tersentuh melihat pelbagai persembahan yang bukan sahaja memukau, malah disemai dengan nilai-nilai perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air disambut meriah oleh lautan rakyat yang membanjiri setiap ruang Dataran Putrajaya sejak awal pagi.
Semoga semangat perpaduan ini terus dipelihara dan diperkuatkan demi masa depan Malaysia yang harmoni, sejahtera dan berdaya saing.
Malaysia hanya akan terus maju jika kita melangkah bersama, sebagai satu keluarga besar yang menghargai perbezaan dan meraikan persamaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Merdeka bukan sekadar laungan, tapi semangat kita semua. Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! 🇲🇾
-
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Hari Kebangsaan ke-68! 🇲🇾
Dalam semangat Malaysia Madani: Rakyat Disantuni, kita zahirkan jiwa merdeka yang penuh dengan kasih sayang, saling menghormati dan keprihatinan terhadap semua lapisan masyarakat.
Jiwa kita merdeka, tanggungjawab kita besar untuk memastikan rakyat terus disantuni dan semangat perjuangan ini hidup sampai generasi akan datang.
Dirgahayu Malaysia!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Perpaduan, kebersamaan dan saling menghormati adalah tunjang utama yang kita perlu terus pegang dalam membina warisan negara.
Dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan hari ini, YAB Dato’ seri @anwaribrahim tekankan bahawa kemerdekaan yang kita kecapi bukan datang dengan mudah, ia lahir daripada pengorbanan, perjuangan dan semangat tidak berbelah bahagi generasi terdahulu.
Dan hari ini, menjadi tanggungjawab kita pula untuk memelihara warisan ini, memperkukuh keharmonian dan menolak segala macam bentuk perpecahan. Semoga perjuangan ini terus hidup agar generasi akan datang dapat menikmati sebuah Malaysia yang aman, makmur dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kepada seluruh anak muda yang berkecimpung dalam industri gig (penghantar makanan, pemandu e-hailing dan seluruh keluarga pekerja gig), Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang telah diluluskan Parlimen baru-baru ini adalah hadiah untuk kalian.
RUU tersebut memberi takrifan yang lebih jelas kepada profesyen kalian, termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang jelas.
Ada juga yang curiga, selain mendakwa Kerajaan lambat dalam hal ini. Hakikatnya, kita cermat dan berhati-hati kerana RUU ini mengesankan hidup jutaan rakyat. Justeru, bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah, dan kalian punyai sumbangan yang besar pada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rakyatdisantuniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Ezal 🏴
@_ezalzamri
Mewakili YB Adam Adli, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya untuk sampaikan sumbangan kepada Abg Shahril yang terlibat dalam kemalangan kereta malam tadi.
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemerdekaan dicapai Malaysia semakin teguh kerana semangat rakyat yang tidak pernah luntur.
Dari detik kita merdeka hingga hari ini, kekuatan negara terletak pada keazaman rakyatnya yang terus bersatu, bekerja keras dan berjiwa besar.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Big cheers and all the best to Pearly Tan and M. Thinaah!
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
WD | QF
#mas🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah def. #bul🇧🇬 Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-15 21-10
⏱️32m
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
XD | QF
#mas🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #ind🇮🇳 Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 21-15 21-13
⏱️37m
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
BAM
@BA_Malaysia
#bwfworldchampionships2025
XD | QF
#chn🇨🇳 Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin def. #mas🇲🇾 Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 1️⃣5️⃣ 25-23 21-15
⏱️41m
#badmintonmalaysia -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Amanat Hari Kebangsaan wadah semai patriotisme, bukan sekadar ucapan - PM
www.bernama.com/bm/news.php?id=2462167
#bernamanews -
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Kejohanan Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir!
Baca: stadiumastro.com/sukan-badminton/kejohanan-dunia-bwf-tang… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di hari Jumaat penuh berkat ini, saya menyertai jemaah Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5, Puchong, untuk khutbah dan solat Jumaat bersama-sama.
Khutbah Jumaat bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan” jelas memberi peringatan kepada kita semua bahawa tanpa perpaduan, kemerdekaan yang dikecapi boleh terancam oleh perpecahan, kebencian, dan konflik.
Ia menyampaikan mesej bahawa perpaduan adalah amanah dan ibadah, bukan sekadar tuntutan sosial atau politik.
Moga kita semua menanam rasa syukur dan tanggungjawab untuk memelihara nikmat kemerdekaan dan membentuk jiwa rakyat yang cakna, prihatin dan bersedia berkorban demi kepentingan bersama.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Farhan Fauzi
@farhanfauzi_my
Di Parlimen, saya berkesempatan meluangkan masa bersama adik Abdul Rayyan Shah Zulfaqqar, anak jati Pahang yang bakal mewakili Malaysia di 23rd Asian Cadet, Junior & U21 Karate Championship di Shaoguan, China September ini.
Dalam pertemuan ini, saya sempat mendengar sendiri kisah perjalanan serta prestasi cemerlang Rayyan dalam dunia karate. Kehadirannya bersama keluarga memperlihatkan betapa kuatnya sokongan di belakang seorang atlet muda yang sedang mencipta nama.
Bagi pihak YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan dokongan penuh terhadap usaha serta perjuangan Rayyan.
Saya mendoakan kejayaan buat adik Rayyan dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Good luck bro! 🇲🇾🥋
💪🏻💪🏻
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 esok, bagi meniupkan semangat perpaduan dan patriotisme rakyat pada ambang sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Majlis yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, itu menyasarkan kehadiran lebih 4,000 tetamu antaranya penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan, wakil badan beruniform, warga pendidik sekolah dan institusi pendidikan tinggi, pelajar, belia, wakil kesatuan sekerja serta usahawan, koperasi dan penjaja kecil.
Berita penuh : www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2461878
#malaysiamadani
#kembaraperpaduan
#harmonimadani
#hkhm2025
@anwaribrahim -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tinjauan Raptai Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya yang telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah!
Ayuh, semua rakyat Malaysia hadir beramai-ramai ke Dataran Putrajaya Ahad ini untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan dengan penuh makna dan kecintaan kepada tanah air tercinta.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Berita RTM
@beritartm
Tiga usul Kementerian Kewangan diluluskan Dewan Rakyat dengan majoriti suara menyokong.
berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
'Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni'
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum ke Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi, saya ambil masa tinjau Raptai Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. Alhamdulillah, cuaca baik dan prestasi pasukan kenegaraan di tahap yang terbaik. Demi Malaysia!
#malaysiamadani
#rakyatdisantuni
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Letshanaa raih pengalaman berharga di Paris www.sinarharian.com.my/article/745632
-
Adam Adli reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 dengan suara majoriti selepas 23 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan, menandakan kejayaan selepas tujuh tahun proses penggubalannya.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim menyifatkan kelulusan itu sebagai “hadiah merdeka terbaik” buat 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara, yang akan menikmati perlindungan hak serta jaminan terma perkhidmatan lebih adil.
RUU itu turut memperuntukkan kewajipan entiti kontrak, penubuhan Majlis Perundingan dan Tribunal Pekerja Gig, dan diluluskan di peringkat bacaan ketiga tanpa pindaan.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, @AdamAdli turut bangun menyokong usul berkenaan dengan serangkap pantun:This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Hari Sukan Negara 2025 - Malaysia Sudahkah Anda Bersedia?! 🔥⚡️
Hari Sukan Negara (HSN) 2025 bakal menggegarkan seluruh Malaysia pada 10 hingga 12 Oktober ini! 🇲🇾 -
Adam Adli reposted
Syahredzan Johan
@syahredzan
RUU Pekerja Gig 2025 diluluskan Dewan Rakyat!
Tahniah kepada Sdr @scheekeong dan pasukan KESUMA!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Kejohanan Dunia BWF: Ini kejohanan besar, kami perlu bersedia -- Wooi Yik
stadiumastro.com/sukan-badminton/kejohanan-dunia-bwf-ini-… -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri dalam aspek pembangunan, sebaliknya, peruntukan terus ditambah berdasarkan keperluan dan keutamaan setiap negeri.
Saya jelaskan perkara ini semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, dan turut menekankan pendekatan kerajaan yang proaktif mengadakan siri perbincangan bersama kerajaan-kerajaan negeri.
Langkah ini penting bagi mendengar secara langsung, menilai setiap cadangan, dan memastikan pembangunan yang lebih seimbang serta inklusif untuk seluruh negara.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
MEL25: Pencarian sembilan juara kebangsaan berakhir | Harian Metro www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/08/1257267/mel25-penc…
-
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim meraikan Tamu Kenegaraan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana.
#malaysiamadani
#keadilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Pangkalan TUDM Subang.
Kunjungan Baginda Tuanku atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei (ALC) ke-26 telah memperkukuh lagi hubungan istimewa antara kedua-dua negara, khususnya dalam memperluas kerjasama strategik serta menyelesaikan isu-isu tertunggak yang menjadi kepentingan bersama.
Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
@AdamAdli : KBS beriltizam untuk memastikan tiada belia yang tercicir sama ada di luar bandar atau di bandar.
#malaysiamadani
#keadilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan menjadi juara keseluruhan Sukan Pekak ASEAN 2025 membuktikan semangat luar biasa, ketekunan dan daya juang atlet-atlet kita yang tidak pernah kenal erti menyerah.
Tahniah!! Anda semua bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi simbol inspirasi dan kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kekurangan bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan.
Terima kasih atas pengorbanan, usaha dan semangat yang tunjukkan di pentas antarabangsa.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
BERNAMA
@bernamadotcom
Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia juara keseluruhan, rai Hari Kebangsaan lebih awal
www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2460506
#bernamanews #sukanseapekak2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara bagi menerima kunjungan Tamu Negara, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam.
Semoga hubungan persahabatan istimewa Malaysia dan Brunei terus diperteguh berteraskan semangat persaudaraan, kepercayaan bersama serta kerjasama strategik yang erat.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya mencemar Duli berangkat ke Majlis Perasmian Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan 2025.
Edisi 2025 mempertandingkan 4 acara lelaki dan wanita dengan 8 pingat emas ditawarkan, berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 24–31 Ogos 2025.
Kejohanan ini merupakan cerminan akan usaha dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan terhadap sukan boling padang dalam menyokong Persekutuan Lawn Bowls Malaysia untuk membawa sukan ini ke satu dimensi yang baharu sejak sukan ini dikembalikan dalam Program Podium.
Tumpuan kini pastinya kepada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 yang akan berlangsung di Malaysia buat julung kalinya pada November ini.
Gelaran juara bukanlah satu impian, tetapi satu misi jelas buat Malaysia bagi persediaan Sukan Komanwel Glasgow 2026 serta penyenaraian sukan ini sebagai salah satu daripada 20 Sukan Teras Prestasi Tinggi bagi tahun 2025 hingga 2028.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kitasemuateammasThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Malaysia Sasar Juara Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2460491 @AdamAdli
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
RMK13 menumpukan kepada menaikkan lantai, bukan hanya mengejar langit.
Fokus utama ialah pemerataan ekonomi untuk mengangkat darjat hidup rakyat, merapatkan jurang antara kaum dan wilayah.
Kita juga membina sistem sosial MADANI yang utuh berasaskan nilai rohaniah, insaniah dan perpaduan nasional.
Perkara ini saya maklumkan sewaktu sesi penggulungam Rancangan Malaysia ke-13 hari ini dan tekankan, inilah usaha menyeluruh untuk menjadikan Malaysia lebih sejahtera, berdaya tahan dan disegani dunia.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kerja-kerja naik taraf yang telah siap sepenuhnya pada November 2024 bukti usaha Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan sukan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
#teamkbs #kitasemuateammas #malaysiamadani #rancakkanmadani #madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Last night we stood with tens of thousands in unwavering solidarity with the people of Gaza. The world must not look away while innocent children, women, and families are murdered, their homes destroyed, and their very right to exist denied. This is not war, it is brutal occupation, dispossession, systematic oppression and genocide.
We declare clearly that humanity cannot remain silent. While powers that boast of democracy and human rights choose indifference, we choose justice. Our voices rise not for politics, not for borders, but for the truth that every life matters and every people deserve freedom.
We will not turn away. We will not be silenced. From every corner of the world we send our promise that we stand with Palestine until freedom, dignity, and justice prevail.
RISE GAZA!
FREE PALESTINE!
🇲🇾✊🇵🇸
#malaysiamadani
#freepalestine
#bangkitgazaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim umum dana bantuan RM100 juta untuk Gaza.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Astro AWANI
@501Awani
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum kerajaan Malaysia salur dana tambahan RM100 juta kepada Palestin sebagai permulaan selain meminta syarikat-syarikat besar untuk turut prihatin menyalurkan bantuan kepada Gaza.
#awaninewsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, Ahad ini akan bersama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.
Himpunan ini juga menjadi titik mula kepada gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.
Ayuh kita semarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan di Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza. Semoga doa dan usaha ini menjadi kekuatan untuk saudara kita terus bangkit dalam perjuangan memerdekakan bumi Palestin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Tiga hari di Kg Tagaroh, Kota Marudu akhirnya sampai ke penutup.
Khas untuk kali ini, saya cabar 5 orang belia untuk jadi social entrepreneur. “Made in Kota Marudu” yang bukan sekadar nak cari untung, tapi yang beri manfaat untuk komuniti.
Masing-masing akan terima modal permulaan RM 1,000 dengan cabaran hasilkan RM10,000 dalam masa 6 bulan. Yang berjaya capai sasaran tu, akan dapat ganjaran RM10,000 sebagai suntikan semangat.
Kejayaan yang besar bermula dengan langkah yang kecil. Inisiatif ini adalah usaha kecil kami untuk memperkasakan belia mahir serta mampu mengembangkan potensi diri meskipun berada jauh di luar bandar.
Kita lihat hasilnya dalam 6 bulan.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Zamir Azman🥇🇲🇾 new record 11.07s, proving that limits are only meant to be broken
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
SEA Deaf: Raja Pecut Pekak Asia Tenggara milik Malaysia, pecah rekod di Jakarta
stadiumastro.com/sukan-lain/sea-deaf-raja-pecut-pekak-asi… -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Sdr David dan Sdr Vinod telah mewakili YB Adam Adli untuk menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit strok di Peringgit.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim doakan anggota TUDM yang cedera diberikan kesembunan dan minta siasatan menyeluruh diadakan.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) malam tadi.
Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan.
Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Berita RTM
@beritartm
PESAWAT TUDM TERLIBAT KEMALANGAN : JURUTERBANG SELAMAT, DIRAWAT DI HTAA
'Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni'
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli reposted
Flash Sukan
@FlashSukan
🇲🇾✨ Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli tegaskan atlet naturalisasi tetap dibenarkan, namun pembangunan bakat tempatan kekal jadi teras utama hala tuju sukan negara.
www.flashsukan.com.my/atlet-naturalisasi-dibenar-tapi-bak…
#kbs #adamadli #sukanmalaysia #atletnaturalisasi #harimaumalaya #roadtogold -
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa komited melahirkan bakat tempatan, namun tidak menolak penggunaan pemain atau atlet naturalisasi selagi mereka memenuhi syarat badan sukan, persatuan kebangsaan serta mendapat kelulusan kewarganegaraan daripada KDN.
Naturalisasi dilihat mampu memperkukuh pasukan kebangsaan dan meningkatkan prestasi sukan negara.
Walau bagaimanapun, KBS menegaskan bahawa pengambilan pemain naturalisasi tidak boleh menjejaskan pembangunan bakat tempatan. Setiap persatuan sukan kebangsaan perlu memastikan keseimbangan agar pembangunan anak tempatan terus terjamin seiring usaha memperkukuh prestasi pasukan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari input di Riyadh awal bulan ini, momentum itu dibawa terus ke Kuala Lumpur hari ini dengan pertemuan bersama Moonton di ibu pejabat mereka. Fokus utama adalah membincangkan inisiatif baharu untuk mengukuhkan lagi ekosistem e-Sukan tempatan.
Perbincangan ini membuka peluang kerjasama strategik yang boleh memberi manfaat menyeluruh kepada pemain, pasukan dan komuniti bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke pentas dunia.
Adam Adli
@AdamAdli
Turut hadir bersama CEO Esports Integrated (ESI) dan Presiden Malaysia Esports Federation (MESF), melambangkan semangat serta komitmen bersama dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama e-Sukan serantau.
Kejayaan pasukan Malaysia di peringkat global membuktikan bahawa bakat yang kita ada mampu menjadikan negara ini sebagai peneraju dalam membina landskap e-Sukan yang kompetitif dan bertaraf antarabangsa. Malaysia bukan sahaja diiktiraf kerana kejayaan pasukan, malah penganjuran kejohanan di tanah air juga semakin mendapat pengiktirafan dunia.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
TERIMA KASIH KG TAGAROH, KOTA MARUDU
Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan tiga hari kita bersama-sama di Kg Tagaroh, Kota Marudu.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya anak angkat, keluarga angkat, agensi, rakan pelaksana dan seluruh penduduk Kota Marudu yang menerima kami dengan tangan terbuka, penuh mesra bagaikan keluarga sendiri.
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 1 sudah tamat, tapi semangat untuk terus mengangkat suara dan usaha anak muda tetap diteruskan.
Sampai jumpa lagi Kg Tagaroh, Kota Marudu.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KETIGA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Kami menutup tirai jelajah tiga hari di Kg Tagaroh dengan sesi townhall bersama anak angkat dan para pelajar dari sekitar Kota Marudu. Sesi ini membuka ruang untuk kami mendengar pandangan, menjawab persoalan secara terus dari lapangan, sekaligus menunjukkan komitmen kami untuk benar-benar mengangkat suara anak muda.
Sepanjang tiga hari di Kg Tagaroh, kami berkampung bersama komuniti dan belia dari Kota Kinabalu serta Labuan.
Alhamdulillah, sebanyak RM31,710.00 telah disalurkan melalui pelbagai agensi untuk manfaat penduduk Kg Tagaroh termasuk 10 buah keluarga serta komuniti setempat melalui bantuan seperti pemasangan lampu solar.
Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU Sabah) juga telah bersetuju menyalurkan tambahan RM10,000 bagi penambahbaikan infrastruktur dua buah rumah, bantuan kebajikan serta cadangan pembinaan sebuah rumah baharu di bawah Skim Sabah Maju Jaya.
Perjalanan tiga hari ini mungkin sudah selesai, tapi semangatnya akan terus hidup. Kita jumpa di lokasi seterusnya!
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina.”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Hari kedua di Kg Tagaroh penuh meriah dengan sukaneka rakyat, ada tarik tali dan terompah gergasi yang menceriakan suasana bersama komuniti.
Kami kemudian bergotong-royong mengecat gelanggang bola tampar, memasang lampu solar dan menukar lampu di astaka padang. Lawatan rumah ke rumah turut diadakan bersama JKM, IKBN, Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKM) dan Majlis Belia Sabah (MBS) bagi menyantuni penduduk dengan penyerahan kerusi roda, homeward bed, bakul makanan serta penyelengaraan elektrik dan paip rumah.
Malam pula disela dengan youth talent night dan majlis makan malam bersama keluarga angkat menutup hari dengan penuh gelak tawa dan rasa kekeluargaan.
“Kita bukan sekadar berkunjung, tetapi berbakti.”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Hari kedua di Kg Tagaroh dimulakan dengan meriah. Sukaneka rakyat jadi tumpuan, ada pertandingan tarik tali dan terompah gergasi yang penuh dengan sorakan dan gelak tawa bersama komuniti Kg Tagaroh
Kami kemudian bergotong-royong di sekitar padang Kg Tagaroh, ada yang mengecat gelanggang bola tampar, memasang lampu solar, dan menukar lampu di astaka.
Lawatan rumah ke rumah turut diadakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), IKBN, Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKM) dan Majlis Belia Sabah (MBS) bagi penyerahan kerusi roda, homeward bed, bakul makanan, serta penyelenggaraan elektrik dan paip rumah.
Tidak dilupakan juga sokongan daripada Hospital Kota Marudu, Klinik Pergigian Kota Marudu, JPJ Daerah Kota Marudu, JHEAINS, ROY dan juga Majlis Belia Sabah dengan pelbagai reruai yang membawa perkhidmatan terus ke pedalaman untuk komuniti Kg Tagaroh pada hari ini.
Setiap titik peluh dan senyuman hari ini, jadi tanda kasih yang akan kekal di hati.
“Kita bukan sekadar berkunjung, tetapi berbakti.”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI PERTAMA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Hari ini, Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 1 membuka tirai di Kg Wanie dan Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah dengan bacaan Yasin dan tahlil bersama komuniti, termasuk untuk Almarhum Adik Zara Qairina di Surau Kg Wanie, sebelum sesi penyerahan kepada keluarga angkat dan makan malam bersama penduduk kampung.
Terima kasih warga Kg Wanie dan Kg Tagaroh kerana menerima kami sebagai sebahagian daripada keluarga besar di sini.
Ini baru langkah pertama, esok kita sambung lagi perjalanan ini!
“Kita bukan sekadar singgah, tetapi kita membina.”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI PERTAMA | KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Alhamdulillah, Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo bermula hari ini di Kg Wanie dan Kg Tagaroh, Kota Marudu.
Kami membuka tirai dengan bacaan Yasin dan tahlil bersama komuniti, termasuk untuk Almarhum Adik Zara Qairina di Surau Kampung Wanie, sebelum berlangsungnya sesi penyerahan kepada keluarga angkat. Untuk tiga hari ini, “Mama” Fatimah Masugal menjadi keluarga angkat saya dan rakan-rakan di sini.
Suasana malam begitu meriah; penuh senyuman, gurauan, dan cerita ketika kami duduk semeja menikmati makan malam bersama penduduk kampung. Terima kasih kepada warga Kg Wanie dan Kg Tagaroh kerana menerima kami sebagai sebahagian daripada keluarga besar di sini.
Ini baru langkah pertama. Esok kita sambung lagi perjalanan ini!
“Kita bukan sekadar singgah, tetapi membina.”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 kini di Bumi Di Bawah Bayu!
Selepas memulakan langkah di Zon Utara, jelajah diteruskan ke Zon Borneo 1 melibatkan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selama 3 hari, dari 15 hingga 17 Ogos 2025, Kg Tagaroh, Kota Marudu akan menjadi lokasi penuh warna dengan pelbagai pengisian, sesi townhall, aktiviti bersama komuniti, dan pelbagai program bagi mendengar sendiri suara anak muda serta mengangkat semangat belia borneo.
Orang muda Sabah & Labuan, jumpa kita di Kg Tagaroh!!
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina.”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Borneo 1, siri jelajah kedua tahun ini yang menghimpunkan belia luar bandar dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
1 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 1, Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
This year marks the 7th edition of TAPAUfest and for the first time, KBS is joining forces with the amazing TAPAU team.
TAPAU is no stranger to the Malaysian indie scene. It has long been a home and a stage for independent artists to grow, connect, and share their craft. Now, with Malaysia holding the ASEAN Chairmanship this year, we are taking this festival to the next level by bringing together fresh indie talents from across the region.
What better way to celebrate young ASEAN talents, sustainability, and the arts than through a collaboration with one of our favourite festivals.
So mark your calendars for 23 and 24 August at Lenggong, Perak. Come and enjoy a weekend of music, art, and culture as our ASEAN artists showcase their creativity and passion.
Get your tickets now and see you there!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI AMBIL SERIUS INSIDEN SERANGAN TERHADAP ANAK YB RAFIZI RAMLI DI PUTRAJAYA
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
13 Ogos 2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli.
Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri saudara Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera.
Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli
@AdamAdli
Susulan kejadian yang menimpa anak kepada YB Rafizi Ramli @rafiziramli kita harus kembali diingatkan bahawa serangan terhadap kanak-kanak adalah perbuatan keji, pengecut dan tidak berperikemanusiaan.
Tiada alasan politik atau perbezaan pendapat yang boleh menghalalkan keganasan terhadap mereka yang tidak berdaya.
Semoga pihak berkuasa dapat segera bertindak membawa pelaku ke muka pengadilan selain menjamin keselamatan setiap anak dan menjunjung nilai kemanusiaan dalam kehidupan berpolitik. -
Adam Adli
@AdamAdli
2 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 1, Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Rakita.my
@Rakitamy
Ucapan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB @AdamAdli dalam sidang akhbar sempena ASEAN Indie Youth Festival X TAPAUfest 2025. Wow ticket kalini ada student price! 🤩
Dapatkan tiket sekarang di www.tapaufest.asia 🎟️
#rakitamy #aiyfxtapau #tapaufest2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
3 HARI LAGI !!
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 Zon Borneo 1, Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 ZON BORNEO 1
Kembara kali ini bergerak ke Bumi Di Bawah Bayu. Dari 15 hingga 17 Ogos 2025, Kg Tagaroh, Kota Marudu, Sabah akan menjadi tuan rumah bagi KJOM Zon Borneo 1 melibatkan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selama tiga hari, pelbagai aktiviti akan diadakan daripada sesi ramah mesra, perbincangan santai, sesi townhall, hinggalah aktiviti bersama komuniti setempat. Semua ini bertujuan untuk mendengar sendiri suara anak muda, berkongsi pendapat, dan yang paling utama, membina masa depan bersama.
Orang muda Sabah dan Labuan, inilah peluang untuk kita bertemu mata, dan mengukuhkan semangat kebersamaan.
Jumpa kita di Kg Tagaroh, Kota Marudu!
“kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat ulang tahun, PMX @anwaribrahim
Usia bertambah, perjuangan terus menyala.
Terus kuat dan teguh demi rakyat, tanah air, dan keadilan. -
Adam Adli
@AdamAdli
Semalam, bersama lebih 3,000 peserta dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia berkayuh dan berlari sempena penganjuran Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 di Kuala Terengganu.
Antara aktiviti yang berlangsung seperti kayuhan basikal 30km, larian santai 5km, fun walk 3km, pameran agensi dan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan hubungan serantau.
Selain keluarkan peluh dan beriadah bersama, hari ini juga jadi peluang untuk kita promosikan semangat komuniti ASEAN melalui sukan dan menggalakkan pertukaran silang budaya antara negara anggota selari dengan aspirasi Komuniti ASEAN 2045 untuk menjadikan rantau ini sebagai hab sukan kecemerlangan.
Terima kasih kepada semua peserta, penganjur, sukarelawan dan pihak yang terlibat menjayakan Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 di Kuala Terengganu. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Congratulations!!!! 👏🏻👏🏻👏🏻
First Gold medal for kontinjen Malaysia di The World Games 2025 Chengdu China dari Tan Cheong Min menerusi women's Nanquan-Nandao
#kitasemuateammas
#championrising
#rise2win -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah malam tadi saya turun ke Kelantan dan langsung ke Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan di Bachok untuk bertemu dengan guru-guru pondok dan anak-anak pelajar di sini bagi memenuhi undangan Tuan Guru Sheikh Wazir Al-Maki.
Ketika diminta berucap, saya singkap sejarah perjuangan Islam tatkala umat diserang penjajah sama ada di Tanah Melayu, Indonesia, India, Mesir dan seluruh dunia hingga sistem pemerintahan yang ada tunduk dan menyerah kepada kekuatan asing.
Ketika itu sistem ekonomi dan pendidikan ditawan, dan lebih mendalam lagi, seperti disebut Sheikh Muhammad Al Ghazali sebagai Isti’mar Ruh al-Fikr, yakni penjajahan jiwa dan pemikiran.
Namun dalam keadaan seluruh sistem robek dan runtuh, yang bertahan sebagai benteng akidah, ilmu dan ruh perjuangan umat ketika itu hanyalah pesantren dan pondok-pondok. Itulah sejarah yang perlu kita insafi.
Kerana itu setelah memegang tampuk pemerintahan, saya menggariskan gagasan MADANI. Di samping membina kestabilan, memperkukuh tatakelola dan menolak salah guna kuasa, gagasan ini melihat keperluan untuk memperbaharui sistem pendidikan bagi memperkukuh jati diri anak-anak kita.
Justeru semua pelajar Islam kini didedahkan kepada pengajian al-Quran, termasuk Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi, di semua sekolah, bukan hanya di sekolah agama atau pondok.
Selepas bertemu guru-guru pondok di Malaysia, Indonesia dan Pattani, saya sedar benteng ilmu ini makin luntur kerana kekangan perkembangan dan perhatian kerajaan yang lebih tertumpu kepada sekolah arus perdana.
Atas kesedaran itu, sebelum hadir ke Bachok saya telah meneliti keadaan beberapa pondok di sini yang terlalu daif. Maka saya meluluskan peruntukan lebih RM2.1 juta bagi baik pulih segera, yang akan dimulakan dalam beberapa minggu ini.
Inilah sebahagian daripada usaha Negara MADANI, percubaan kita membangunkan bangsa berasaskan keyakinan dan akhlak, seperti digarap dalam karya Allahyarham Syeikh Jaafar Syeikh Idris. Ia belum sempurna, namun dengan bimbingan para guru serta teguran dan kritikan membina, Insya-Allah kita akan terus memperbaiki kekurangan ini demi kemaslahatan umat dan kemuliaan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) terus komited memperkukuh Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). Sejak 2024, persidangan MPBN dikembalikan kepada dua kali setahun seperti termaktub dalam Akta 668, dan kini disiarkan secara langsung melalui sosial media KBS bagi memastikan penyertaan belia yang lebih luas dan inklusif.
Selain itu, sesi 2025–2026 juga menyaksikan pelantikan Ahli Lantikan Menteri (ALM) dilaksanakan secara terbuka, memberi ruang kepada wakil belia dari pelbagai latar termasuk belia OKU serta dari Sabah dan Sarawak.
MPBN menjadi medan penting bagi belia usul-usul iseperti pelan mitigasi banjir, ancaman dadah moden, pendidikan prasekolah percuma, keselamatan jalan raya, akses pendidikan tinggi yang inklusif serta kajian semula dasar persaraan.
Usul-usul ini dibawa ke peringkat tertinggi melalui wakil agensi kerajaan dan Nota Jemaah Menteri menunjukkan bahawa kbs sentiasa komited untuk mengangkat hasil MPBN di peringkat tertinggi kerajaan.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Wan Arif dan Roy King! 🇲🇾
Kemenangan Trofi pertama Jelajah Dunia BWF, misi balas dendam kekalahan final Masters Sepanyol 2023, succeeded 🫡
#malaysiamadani
#madanibekerja
Free Malaysia Today
@fmtoday
Wan Arif-Roy King julang gelaran sulung di jelajah dunia #fmtnews #fmtberita
www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/0… -
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
RM100,000.00 Bakal Menjadi Milik Jaguh Rakan Muda! 🔥⚡️
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro akan membawakan secara eksklusif program realiti televisyen - Jaguh Rakan Muda bagi tahun 2025 💪 -
Adam Adli
@AdamAdli
I concluded my working visit to Riyadh today with a fruitful engagement with my counterpart at the Ministry of Sports, H.E Bader Alkadi @balkadi
My sincere appreciation for the privilege of our meeting today. Your valuable time and insights are deeply appreciated.
We reaffirmed our commitment to strengthening cooperation in youth development and sports between our two nations. -
Adam Adli reposted
-
Adam Adli
@AdamAdli
Sebelum perlawan akhir SRG.OG menentang Team Liquid, HRH Prince Faisal bin Bandar bin Sultan Al Saud, Presiden International Esport Federation sudi menerima delegasi Malaysia bagi membincangkan bagaimana Malaysia berpeluang menjadi hub destinasi utama e-sukan.
Adam Adli
@AdamAdli
Pertemuan ini telah berjaya mengeratkan jaringan dan membuka ruang antara
Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan, Esport Integrated dan Malaysia Esport Federation bersama International Esports Federation (IESF) dan Esport World Cup Foundation (ECWF) dan sekaligus membantu Malaysia mencapai aspirasi bagi penganjuran kejohanan e-sukan bertaraf antarabangsa, pembangunan bakat & pembinaan judul permainan e-sukan.
Ilmu dan pengalaman sudah ditimba, pastinya apabila pulang di Malaysia. Gerak kerja bersama IESF & EWCF harus bermula untuk perkembangan industri yang dapat merancakkan ekonomi digital, pelancongan dan pertukaran ilmu serta budaya.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
The Sun Malaysia
@theSundaily
MLBB boosts Malaysia’s esports and youth development, says Adam Adli
thesun.my/sport/mlbb-boosts-malaysia-s-esports-and-youth-… -
Adam Adli reposted
RTM Malaysia 🇲🇾
@RTM_Malaysia
Min memanggil semua peminat MLBB untuk sokong Selangor Red Giants OG malam ni! 🔥
Tepat jam 7 malam di rtmklik.rtm.gov.my/live/mlbbmscatewc2025
#pantangmengalah #mplmy #inigayakita #msc2025 #encountertheunknown -
Adam Adli reposted
RTM Malaysia 🇲🇾
@RTM_Malaysia
Selangor Red Giants OG kembali ke Riyadh untuk mempertahankan kejuaraan mereka!
Ayuh SRG.OG! 🔥
#esportmalaysia
#srgog
#rtm -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari skrin ke pentas dunia: e-sukan bukan lagi masa depan, ia adalah masa kini.
Hari kedua di Riyadh hadir berkongsi pentas bersama tokoh terkemuka industri e-sukan global dalam forum EWC hari ini membuka ruang yang lebih luas untuk Malaysia mengukuhkan peranannya sebagai pemain utama dalam ekosistem ini.
Adam Adli
@AdamAdli
Kami bawakan kisah Malaysia bagaimana @KBSMalaysia bersama Impact Integrated & MESF terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan, tumpuan kepada pembangunan bakat, latihan bertaraf dunia dan akses kepada sokongan dana.
Faisal bin Homran, Ketua Pegawai Produk EWC Federation, turut menekankan peranan e-sukan bukan sahaja sebagai pemangkin ekonomi digital, tetapi juga pemacu pelancongan dan pertukaran kepakaran antarabangsa.
Dengan hala tuju yang jelas, dasar yang progresif dan jaringan global yang terus berkembang — Malaysia kini berada di landasan tepat untuk menjadi hab e-sukan serantau yang mampan dan b -
Adam Adli
@AdamAdli
Seusai urusan rasmi di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi, kami bergegas ke venue Esports World Cup untuk menyaksikan pertempuran getir antara SRG.OG dan RRQ.
Adam Adli
@AdamAdli
Diiringi sorakan puluhan rakyat Malaysia dan pasukan media tanah air, kami hadir bukan sekadar sebagai penonton tetapi sebagai penyambung semangat buat wira negara!
Alhamdulillah, kemenangan milik kita hari ini. Berehatlah seketika, esok kita turun lagi.
Demi Jalur Gemilang yang kita junjung tinggi, demi impian yang belum selesai. 🇲🇾🔥
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Malaysia bakal destinasi utama sukan elektronik di peringkat serantau.
Dalam usaha untuk membuka lembaran baharu bagi sukan elektronik di Malaysia, lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi dimulakan dengan sesi pertemuan strategik bersama Tuan Yang Terutama Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.
Adam Adli
@AdamAdli
Ekosistem sukan elektronik di Arab Saudi menjadi penanda aras, malah menjadi tumpuan dunia pada ketika ini kerana berlangsungnya Esports World Cup 2025 yang berlangsung di Kota Riyadh.
Pertemuan ini akan memberi manfaat kepada negara dan satu dimensi baharu ekosistem sukan elektronik akan di bawa pulang ke Malaysia dalam pembangunan bakat, penganjuran pertandingan dan perkembangan Ekonomi Digital.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh atas kesudian mengadakan sesi pertemuan ini. Lawatan kerja ini baru bermula, tetapi semangatnya sudah membara.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah saya telah selesai menghamparkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat tengah hari tadi, yang menyemangati maksud pembangunan yang mampan dan setara untuk tempoh lima tahun mendatang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#rmk13
#melakarsemulapembangunan -
Adam Adli
@AdamAdli
“Generasi Muda Penggerak Negara”
Seronok dapat bersama adik-adik hebat dari Pulau Pinang dalam Sesi Dialog bersama Ahli Parlimen & Pemimpin Pelajar sempena Sekolah Parlimen 2025.
Macam-macam yang sempat kita borakkan dari soal kepimpinan, pendidikan, peranan anak muda, sampailah ke cabaran dan harapan untuk masa depan negara.
Bagi saya, sesi macam ini sangat penting. Bukan sekadar tempat berkongsi pandangan, tapi ruang untuk kita dengar terus suara generasi muda dan sama-sama pupuk kefahaman tentang sistem demokrasi dan tanggungjawab sebagai rakyat. -
Adam Adli
@AdamAdli
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia telah menunjukkan kepimpinan berani dan matang dalam berdepan ujian antara terbesar yang pernah kita saksikan sepanjang tempoh kepengerusian ini.
PMX memposisikan Malaysia bukan sekadar sebagai tuan rumah, tetapi pemimpin utama proses damai yang turut disaksikan oleh kuasa besar seperti AS dan China.
Dalam dunia yang sering memilih kekuatan senjata, Malaysia memilih kekuatan diplomasi; dan ia terbukti berhasil.
Ini bukan retorik antarabangsa. Ini bukti bahawa di bawah kepimpinan hari ini, Malaysia tidak hanya memelihara kestabilan dalam negeri, tetapi juga tampil menjaga keamanan serantau.
Terima kasih PMX.
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata mulai tengah malam ini.
Inilah bukti nyata kekuatan diplomasi ASEAN yang berpaksikan muafakat, rundingan dan prinsip kemanusiaan. Malaysia bukan sekadar memimpin, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara, tuan rumah dan saksi kepada kejayaan persefahaman bersejarah ini.
Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan serantau dan kuasa-kuasa besar yang turut menyokong usaha damai ini.
ASEAN kekal bersatu dan berprinsip. Sama-sama kita doakan rantau ini kekal aman, stabil dan makmur demi masa depan bersama.
#asean
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai urusan di Putrajaya, saya kini turun ke Jakarta, Indonesia dalam rangka Lawatan Kerja yang bermula hari ini dan esok.
Insya-Allah, esok saya dijadualkan untuk ketemu sahabat dan Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto.
Doakan Lawatan Kerja kali ini memberi manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
KBS akan terus komited perkasa sukan Muay Thai di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
Bagi tahun 2024, KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM170,000 bagi menyokong penyertaan atlet Muaythai negara ke kejohanan antarabangsa anjuran badan dunia IFMA.
Selain itu, KBS melalui Geran Padanan Sukan (GPS) telah menyalurkan bantuan kesuluruhan berjumlah RM690,000.00 kepada pelbagai persatuan Muaythai di seluruh negara bagi memperhebat penganjuran kejohanan peringkat amatur dan profesional.
Bagi memperkukuh pembangunan sukan Muaythai, sehingga Jun 2025 KBS telah menyalurkan RM55,000 melalui Dana Sukan Komuniti (DSK), RM1.585 juta melalui Geran Padanan Sukan (GPS), dan RM247,000 melalui geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi penganjuran kejohanan di seluruh negara.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Jason Yew
@jasonyew
"Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata tanpa syarat serta-merta" - PM @anwaribrahim
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan-rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas permintaan kedua-dua pihak.
Pendekatan damai ini mencerminkan semangat Piagam ASEAN berlandaskan hormat-menghormati, penyelesaian secara rundingan, dan penolakan keganasan demi kemanusiaan.
Kita mesti teguh mempertahankan perpaduan ASEAN agar rantau ini kekal sebagai antara wilayah paling aman, stabil dan makmur di dunia. Keamanan adalah asas kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat serantau.
Saya merakamkan penghargaan kepada Thailand dan Kemboja atas penyelesaian diplomatik ini, serta kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping atas peranan menyokong usaha damai ini.
ASEAN terus membuktikan kepimpinan berwibawa di pentas antarabangsa berpaksikan dialog, diplomasi dan nilai kemanusiaan.
======
Alhamdulillah, two fellow ASEAN nations, Thailand and Cambodia, have agreed to end their hostilities through the implementation of a ceasefire, effective from midnight tonight.
As the rotating Chair of ASEAN, Malaysia has been entrusted with the important responsibility of monitoring the implementation and compliance of this ceasefire at the request of both parties together with our regional partners.
This peaceful resolution reflects the true spirit of the ASEAN Charter, which is rooted in mutual respect, dialogue, and the rejection of violence in favour of humanity. Once again, ASEAN affirms its role as a credible and principled force on the global stage, guided by diplomacy and a shared commitment to human dignity.
I express my sincere appreciation to Thailand and Cambodia for choosing the path of diplomacy, and to President Donald Trump and President Xi Jinping for their constructive support in advancing this peace initiative.
#asean
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Jason Yew
@jasonyew
Hari ni kita nak ulas sikit pasal kenyataan media daripada @AdamAdli , Pengarah Komunikasi KEADILAN, tentang Himpunan Turun Anwar yang berlangsung baru-baru ni.
Kalau kita imbas balik sejarah negara, dulu-dulu, orang nak berhimpun sikit pun dah kena sembur, kena tahan, silap-silap tidur lokap. Tapi sekarang, zaman dah berubah.
Di era Madani, pembangkang boleh berhimpun aman tanpa gas pemedih mata, tanpa FRU berperisai. Bukan sebab kerajaan lemah, tapi kerana demokrasi kita dah matang.
Kerajaan buka ruang, bukan sekadar cakap, tapi tunjuk dengan tindakan. Polis jaga, tapi tak ganggu. Itu tandanya kita hormat hak rakyat, walaupun tak setuju, kita dengar juga.
Dan sambil rakyat bebas bersuara, kerajaan pun terus kerja. Kos sara hidup, ekonomi, peluang kerja – semua ni jalan terus. Malaysia pun makin dapat kepercayaan dari dunia luar.
Cuma biasalah… bila kerajaan tengah fokus buat kerja, ada yang takde modal, mula main persepsi. Tak ada dasar nak lawan, jadi mereka serang orang. Itu biasa.
Tapi jujurnya, himpunan ni bukan satu masalah pun. Ini bukti budaya politik kita dah berubah. Zaman takut bersuara dah berlalu.
Kerajaan dah tunjuk contoh jaga demokrasi. Pembangkang pula, boleh ke didik penyokong matang dan wakil rakyat berbahas dengan hujah, bukan drama?
Tak kisahlah anda yang turun demo, duduk kampung, atau scroll media sosial – semua kita tengah main peranan bina Malaysia yang lebih terbuka, matang dan adil.
Itulah semangat Madani – rakyat berani bersuara, kerajaan tak sombong nak dengar.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Malaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, dan perbezaan pendapat dijenayahkan.
Di era Madani, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan.
Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar.Post not available here, view on X
Adam Adli
@AdamAdli
Kerajaan telah membuktikan kemampuan untuk memelihara ruang demokrasi. Persoalannya, mampukah pembangkang melakukan perkara yang sama?
Mahukah pembangkang mendidik penyokongnya menjadi adil dan celik, di samping mendisiplinkan wakil rakyatnya di Parlimen dengan hujah yang lebih baik?
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini, sama ada yang berhimpun di ibu kota, yang memerhati di ceruk desa, atau yang menentang di ruang maya; kita semua telah mencorak suatu peristiwa penting. Kita sedang membina sebuah negara yang lebih terbuka, matang, dan adil.
Inilah semangat Madani; ruang untuk rakyat bersuara tanpa takut, dan kerajaan yang bersedia mendengar tanpa angkuh.
Adam Adli
Pengarah Komunikasi KEADILAN -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli
@AdamAdli
Zaman Madani, bukan zaman tirani.
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM -
Adam Adli
@AdamAdli
TERIMA KASIH WARGA KAMPUNG SUNGAI SENAM
Penghargaan tak terhingga, warga Kg Sungai Senam!
Layanan rasa macam keluarga, In Shaa Allah kenangan ini takkan dilupa.
Kembara belum selesai, lepas Zon Utara, kita menuju ke Zon Borneo pula!
Orang muda Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kami datang jumpa kalian.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Dirgahayu Majlis Belia Malaysia
Sejak tahun 1949, MBM menjadi payung utama pertubuhan belia seluruh negara bertindak membina rangka kepimpinan muda, melahirkan tokoh masyarakat dan mencorak hala tuju negara dari peringkat akar umbi.
MBM dan KBS akan terus bekerjasama erat dalam usaha memperkasakan belia Malaysia dengan satu iltizam bahawa MBM akan terus menjadi suara dan penggerak utama anak muda Malaysia.
Semoga terus maju dan berjaya, Majlis Belia Malaysia, in shaa Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Amaran ditiup di bumi Arab,
Langkah berani tiada gusar;
Wira berjuang bukan sekejap,
Takhta juara tetap disasar!
Petang ini bermulalah perjuangan skuad MLBB Malaysia di pentas Esports World Cup (EWC) / Mobile Legends Mid Season Cup (MSC) 2025 di Kota Riyadh.
Kibarkan panji negara dengan penuh bangga, lawanlah sepenuh jiwa! Seluruh peminat e-sukan tanah air mendoakan perjuangan kalian.
Semoga berjaya!
Insya-Allah, takhta dunia kekal di tanah kebanggaan kita.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah umumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
Antara yang saya umumkan:
• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.
Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Kembali ke dewan rakyat, untuk rakyat.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Sokongan tidak berbelah bahagi dari Malaysia buat Aria dan team @GaiminGladiator untuk Grand Finals MWI/EWC 2025 yang akan berlangsung sebentar lagi.
Sharifah Alia Husna, kini menjadi wanita pertama Malaysia yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir MWI/EWC.
GLHF Aria !
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA KEMBARA JOM 2.0
Usai sesi Townhall petang semalam, saya kembali ke Surau Al-Hidayah, ada sesi santai nak raikan penduduk dan anak-anak angkat Desa KEDA, Kg Sungai Senam, Sik, Kedah.
Terima kasih tak terhingga warga Kg Sungai Senam atas layanan yang penuh ikhlas sepanjang kami berada di sini. Walau kami datang sebagai tetamu, tapi dilayan ibarat keluarga sendiri.
Andai ada silap kata, terkasar bahasa, atau kekurangan sepanjang keberadaan kami, sejuta kemaafan kami harapkan .
In shaa Allah, jika ada rezeki kita bertemu lagi di lain hari.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA KEMBARA JOM 2.0
Naik motor, masuk kampung, santuni penduduk dari rumah ke rumah.Lima buah rumah juga diberi sentuhan kasih, kami semua baiki lampu, betulkan paip, pasang kipas dan kerja-kerja kecil lain. Semua ini demi nak orang muda bersama masyarakat, bukan sekadar hadir tapi benar-benar membantu.
“Kita buka sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM) Zon Utara meriah dengan semangat gotong-royong di Perkarangan Surau Al-Hidayah Kampung KEDA, Sungai Senang dalam menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan komuniti.
-
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA KEMBARA JOM 2.0
Pagi ni mulakan hari dengan aktiviti rewang siapkan sarapan dan bubur asyura untuk diagihkan. Sambil yang lain sibuk gotong-royong, rasa nak join anak-anak angkat lukis mural dinding sekitar surau Al - Hidayah, Desa KEDA,Sg Senam, Sik, Kedah. Ceria dah dinding surau.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI PERTAMA KEMBARA JOM 2.0
Quality time bersama keluarga angkat dan peserta di Zon Kedah di hari pertama.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI PERTAMA KJOM 2.0
Harini Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM 2.0) membuka tirai di Desa KEDA Kg. Sungai Senam, Sik, Kedah. Seronok tengok reaksi semua peserta dapat keluarga angkat masing-masing siang tadi.
Terima kasih YBhg Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid , Pengerusi KEDA atas kesudian meluang masa hadir di hari pertama KJOM 2.0.
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerka
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli reposted
𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗝𝗮𝗳𝗿𝗶
@mohdfiikri
KJOM 2.0 yang dibawakan oleh YB @AdamAdli ini membawakan approach mendekati belia di kampung agar suara mereka disampaikan terus ke @KBSMalaysia.
Lebih 93 peserta dgn 46 keluarga angkat berganding bahu menjayakan di Zon Utara yang akan berlangsung sehingga Sabtu. -
Adam Adli
@AdamAdli
ATUR CARA PROGRAM KEMBARA JOM 2.0 ZON UTARA
Berikut adalah atur cara penuh Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 Zon Utara, siri jelajah pertama tahun ini yang menghimpunkan belia luar bandar dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
*tertakluk kepada sebarang perubahan semasa
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
#malaysiamadani
#madanibekerja
Adam Adli
@AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM 2.0) kembali lagi!.
Kali ini, jelajah dimulakan di Zon Utara merangkumi negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menandakan permulaan kepada siri jelajah yang lebih menyeluruh mengikut zon dengan pelbagai aktiviti seperti townhall dan santuni komuniti demi menyantuni suara dan semangat orang muda di seluruh negara.
Lokasi pertama jelajah pada tahun ini diadakan di Desa KEDA Kampung Sungai Senam, Sik, Kedah pada 17 – 19 Julai 2025
Pendaftaran bagi sesi townhall boleh dilakukan di
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf7JwyhhC2rPOnKlWMSeGAHa…
“Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”.
Jumpa anda semua di Sik, Kedah!!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
“Kita bukan sekadar singgah, tetapi kita membina”
-
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah sebentar tadi menerima kunjungan mesra delegasi YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pertemuan penuh makna ini membuka ruang kerjasama dan perkongsian pandangan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan sahsiah belia secara holistik.
In shaa Allah, akan ada jaringan kerjasama strategik antara KBS dan juga pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi program-program pembangunan belia khususnya buat belia-belia di luar bandar. -
Adam Adli
@AdamAdli
Honoured to attend the Welcoming Ceremony for the ASEAN Youth Volunteer 2025 delegates alongside YB Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, held yesterday at the English Tea House in Kuching, Sarawak.
The youth volunteer delegates represent 10 ASEAN countries including Malaysia, Brunei, Singapore, Thailand, Indonesia, the Philippines, Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam as well as Timor Leste.
As part of their volunteer journey here, the delegates will head to Kampung Pueh to take part in Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives, which include environmental conservation efforts such as plogging, tree planting, and participation in local cultural activities. -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, hari ini menyaksikan pelancaran Malaysia Esports Accelerator Programme (MEAP) di Spacerubix, Puchong.
MEAP merupakan inisiatif strategik untuk memperkasa persiapan atlet esukan negara untuk ke pentas dunia yang merangkumi sokongan teknikal, sokongan mental dan fizikal, logistik dan bimbingan profesional bagi atlet-atlet.
Melalui MEAP, 9 pasukan dan pemain terpilih akan menerima sokongan dana antara RM5,000 hingga RM40,000.
Selamat maju jaya buat pasukan negara yang bakal menggalas cabaran di Esports World Cup 2025 di Riyadh. Bawa semangat 33 juta rakyat Malaysia bersama anda.
Ingat, kita datang untuk menang! 🇲🇾🔥This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli menyempurnakan Majlis Pra Perasmian Hari Sukan Negara dan Pra Peluncuran KBS Masters Games Tahun 2025 di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.
Sambutan Hari Sukan Negara 2025 akan berlangsung selama tiga hari, bermula 10 Oktober. -
Adam Adli
@AdamAdli
Glad to welcome the United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC) for a meaningful courtesy visit to KBS.
Together, we look into the possibility of charting bold steps forward; laying the groundwork for strategic partnership through UKEC’s newly established youth policy centre, CICERO. This marks an important milestone in institutionalising youth engagement at the policymaking table.
With a community of over 16,000 globally-minded Malaysian students across the UK and Ireland, I look forward to future initiatives that will create a vital and consistent bridge for young voices to shape the future of our nation - not just in spirit, but in structure and impact. -
Adam Adli
@AdamAdli
Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Badan Beruniform Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Majlis Sukan Negara.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), pegawai-pegawai tertinggi dan pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membentangkan pelan pembangunan sukan bagi atlet badan beruniform.
Kementerian Belia dan Sukan turut memperuntukkan RM1 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi menyokong pelaksanaan program-program untuk mengenalpasti dan memupuk bakat atlet-atlet di kalangan anggota badan beruniform.
Saya menyambut baik inisiatif ini bagi memperkukuh peranan badan beruniform bukan sahaja sebagai pasukan keselamatan dan khidmat awam, tetapi juga sebagai medan pembangunan atlet yang kompetitif. -
Adam Adli
@AdamAdli
Keluarkan peluh malam tadi di Pulse Play Ayer Keroh layan pickleball bersama komuniti setempat. Mini tournament semalam diadakan oleh Pejabat Penerangan Melaka Tengah dan Komuniti Madani Kampungku Sayang sempena inisiatif berkala Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA).
Aktiviti sebegini selalu kita jadikan sebagai medan santai untuk berinteraksi bersama komuniti setempat. Inilah peluang untuk kita terangkan isu-isu semasa, dengar pendapat dan ambil maklum buah fikiran masyarakat.
Terima kasih semua yang sudi luang masa. Ada juga yang cadang untuk ubah suai gelanggang lama di taman dan kampung jadi gelanggang pickleball. Nanti kita tengok macam mana. 😗 -
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah.
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Bekas pemain Malaysia B, Terengganu meninggal dunia | Harian Metro www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/07/1237022/bekas-…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Sangat gembira hari ini dapat bersama ‘baskeeter junior’ dalam Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Rendah Majlis Sukan Sekolah Daerah Port Dickson Tahun 2025.
9 buah sekolah di Daerah Port Dickson bertanding dalam kejohanan tahun ini dengan dua kategori; Perempuan Bawah 12 Tahun dan Lelaki Bawah 12 Tahun di SJK (C) Yik Chiao.
Negeri Sembilan adalah ‘rumah’ kepada bakat-bakat pemain bola keranjang kebangsaan yang rata-ratanya kini sedang bermain dengan kelab bola keranjang Negeri Sembilan yang bertapak di Seremban, NS Matrix Deers.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan MSSD Port Dickson atas penganjuran kejohanan yang menjadi medan awal untuk mencungkil bintang-bintang sukan masa depan negara. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah.
MHC
@hockeymalaysia
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Al-Fatihah
Presiden, Ahli Lembaga Eksekutif & staf KHM ingin menzahirkan rasa dukacita dan ucapan Takziah kepada keluarga Coach Kevin Christopher Nunis @ Muhammad Khairy Nunis Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Pusat e-Sukan Dijangka Beroperasi Tahun Depan - Adam Adli www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2438814 @AdamAdli
-
Adam Adli
@AdamAdli
ASEAN Youth Esports Championship 2025 (AYESC25) melabuhkan tirainya dengan penuh semangat perpaduan serantau di Spacerubix, Puchong.
Penganjuran bersama antara Esports Integrated dan MESF menerusi eFootball 2025 berjaya menghimpunkan lapan pasukan wakil negara ASEAN dalam satu kejohanan yang cukup kompetitif.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Indonesia atas kejayaan muncul juara keseluruhan, dan syabas juga kepada semua peserta yang telah memberi saingan hebat. Semoga kejohanan ini menjadi platform kepada kebangkitan atlet esukan ASEAN di pentas dunia. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi bagi Majlis Penutup Asean Conference On Gender Equity in Sports 2025.
Sepanjang persidangan ini, kita telah menyelami cabaran sistemik, struktural, dan budaya yang membataskan penyertaan wanita secara setara dalam dunia sukan.
Kita menyeru semua Negara Anggota ASEAN untuk terus memperkasa wanita dalam bidang kepimpinan dan kejurulatihan sukan, seiring dengan ASEAN Work Plan on Sports 2021–2025 dan Sustainable Development Goals 2030.
Persidangan ini bukan sekadar medan perbincangan, namun ia adalah seruan bersama untuk memperkukuh komitmen kita kepada sukan yang adil dan inklusif.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Salam Maal Hijrah 1447H
Hijrah adalah perjalanan dan semoga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. -
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un
Menerima perkhabaran duka pemergian Ustaz Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebentar tadi.
Kehilangan besar seorang tokoh dakwah, pemikir Islam, dan pendidik yang sentiasa membawa pendekatan hikmah dan kasih sayang dalam menyampaikan ilmu dan membimbing masyarakat.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Kejayaan Bonnie juarai Piala Dunia sudah dijangka | Harian Metro www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/06/1233168/kejayaan-bon…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un
Menerima perkhabaran duka pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, awal pagi tadi.
Salam takziah buat YAB Premier Sarawak sekeluarga atas kehilangan yang amat menyentuh hati ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.
Al-Fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah💪🥇
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
🏋️♂️ Beijing 2025 Para Powerlifting World Cup
Angkatan 215kg pastikan Bonnie Bunyau Gustin julang emas untuk negara dalam kategori Men's up to 72kg
Syabas!!! Bonnie 🫶💪🏻👏🏻
#kitasemuateammas
#championrising
#rise2win
#allianzmalaysia -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Happy International Olympic Day!
The Olympic Day reminds us that sports unites communities, regardless of race and religion.
On this significant day, we are also made aware of the pivotal role sports plays in our daily lives, as we strive for a healthy and quality way of life. -
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Red Bull Rookies Cup: Hakim Danish pamer kebangkitan menakjubkan dalam perlumbaan 2 di Mugello
stadiumastro.com/sukan-lain/red-bull-rookies-cup-hakim-da… -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Red Bull Rookies Cup: Hakim Danish pamer kebangkitan menakjubkan dalam perlumbaan 2 di Mugello | Stadium Astro stadiumastro.com/sukan-lain/red-bull-rookies-cup-hakim-da…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini bersama Pengerusi YAKEB, Dato’ Hj Ahmad Shapawi Ismail hadir ke Program “Visit & Treat Skuad YAKEB Prihatin” di sekitar Negeri Melaka bagi bertemu bekas atlet negara yang kini dalam tempoh rawatan.
Lawatan pertama kami ke kediaman balu mendiang Robert Choe, legenda bola sepak negara, Puan Cho Yoon Ching dan menyerahkan inisiatif Khairat Kematian dari YAKEB.
Seterusnya, ziarah diteruskan ke kediaman saudara Rengan Pakeri, bekas atlet olahraga, dan juga Nekmat Jantan, bekas jaguh tinju negara.
Penghargaan dirakamkan buat YAKEB atas usaha berterusan membela kebajikan bekas wira sukan negara. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Lebih RM240,000 disalur bantu ahli YAKEB - Adam Adli | Berita Harian www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/06/1409239/lebih-… @AdamAdli
-
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Encik Fairuz telah mewakili YB Adam Adli untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KETIGA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN
-
15 JUN 2025 | AHAD
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPURThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Beberapa rumah di kawasan Tambak Paya dan Tiang Dua telah mengalami kerosakan akibat hujan ribut. YB Adam Adli bersama pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya telah meluangkan masa untuk melawat penduduk yang terjejas.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah SRG OG, juara MPL MY S15 sekaligus cipta sejarah baharu three-peat!!
Buat HomeBois, anda dah tunjukkan semangat juang yang luar biasa sepanjang musim, dan Grand Final semalam tunjukkan betapa tingginya daya saing dan potensi yang ada dalam komuniti eSports Malaysia.
All the best to SRG and HomeBois in Riyadh!
#mplmy #inigayakitaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah three-peat SRG OG , Juara MPL MY S15!
Hadir menyaksikan Grand Finale MPL MY S15 antara SRG OG menentang Homebois di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Tahniah SRG atas kejayaan three-peat yang disasarkan sejak awal musim lagi sekaligus mencipta sejarah baharu MPL MY.
Its okay Homebois , you guys did your very best today.
eSports Malaysia terus mengorak langkah ke pentas dunia! -
Adam Adli
@AdamAdli
RANGKUMAN HARI KEDUA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN
-
14 JUN 2025 | SABTU
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPURThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih YAB Perdana Menteri atas komitmen kepada suara anak muda.
Dalam Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 malam ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ seri @anwaribrahim menyampaikan mesej yang cukup jelas. Suara belia bukan hanya perlu didengar, tetapi harus dihormati, dihargai dan diangkat sebagai suara pemangkin masa depan negara.
RM4 juta disalurkan kepada Majlis Belia Malaysia bukti bahawa kepercayaan kepada idealisme dan semangat juang belia bukan sekadar retorik, tetapi diterjemah melalui sokongan nyata.
Peruntukan ini harus dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh struktur, memperluas keterlibatan dan mempertingkat suara kolektif belia Malaysia.
Belia Malaysia, Yakin Boleh!!
#hbn2025 #haribelianegara2025 -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bagi memperkasa golongan belia negara, saya mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Majlis Belia Malaysia.
Semasa merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan malam ini, saya maklumkan bahawa suara anak muda dan golongan belia wajar terus didengari, dihormati dan diangkat sebagai suara penting dalam mencorak hala tuju negara.
Gegak gempita semangat, tenaga dan aura belia amat signifikan dalam membawa arus perubahan ke arah masa depan negara yang lebih cemerlang dan berdaya saing di peringkat serantau mahupun global.
Kita yakin bahawa kekuatan sesebuah negara bergantung kepada potensi, idealisme dan daya juang anak mudanya.
Justeru, suara belia mesti diberi ruang dan peluang pandangan mereka perlu didengar, aspirasi mereka dihargai, dan penglibatan mereka dalam proses penggubalan dasar serta pembangunan negara mesti terus disuburkan.
Marilah kita bersama menyemarakkan semangat menyantuni suara belia dan membuka jalan kepada mereka untuk terus menyumbang kepada tanah air tercinta.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
Kalau free weekend ni, jemput datang semua ke Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Dataran Merdeka yang akan berlangsung sehingga hari Ahad ini.
Jumpa di sana!!
#hbn2025#HariBeliaNegara2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Rakita.my
@Rakitamy
Serius ah? Ada Butterfingers, Akeem Jahat, Diskoria dan ramai lagi! 🔥
Jumpa di ASEAN Youth Concert! 🎪
🗓️ : 14 - 15 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
⏰ : 9.00 Malam
📍 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
🎪: Booth Rakita di Port FYP
#hbn2025 #yakinboleh -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I condemn, in the strongest possible terms, the Israeli military strikes in Iran, including targeted attacks that have killed senior Iranian leaders.
This is a grave and reckless act, one that threatens to further destabilise a fragile region. Its clear aim is to sabotage the ongoing negotiations between the United States and Iran. It also comes amid renewed scrutiny of Israel’s conduct in Gaza and mounting political pressure on Benjamin Netanyahu.
Malaysia calls on Israel’s partners – especially those with influence and leverage – to apply maximum pressure to halt further aggression. The international community must not enable actions that sabotage diplomacy and endanger global peace.
Photo: Reuters -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini MITC Melaka menjadi saksi komitmen negara dalam memperkasa pendidikan dan latihan TVET — nadi masa depan ekonomi berkemahiran tinggi.
Beruntung Hang Tuah Jaya menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri serta rakan-rakan pimpinan negara bersama ribuan warga pendidik, pelatih & pemain industri.
Dengan apa yang telah diikhtiarkan oleh Kerajaan hari ini, kita harus bangga melihat gelombang anak muda melangkah ke masa hadapan dengan semangat meningkatkan kemahiran, membangunkan inovasi & mengukuhkan keyakinan menerusi agenda TVET.
TVET bukan pilihan kedua - TVET Pilihan Utama Kerjaya.
#haritvetnegara #hangtuahjaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah diucapkan kepada 15 Finalis Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024.
Petang ini bukan sekadar tentang muzik. Ia tentang ekspresi jiwa anak muda, dan kreativiti menampilkan identiti muzik yang baharu. Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 membuktikan bahawa karya - karya anak muda mampu ke peringkat lebih jauh setaraf muzik arus perdana.
Sejak 2020, KBS melalui inisiatif Rakan Muda: Rakan Muzik terus komited menyokong gerakan muzik indie yang semakin matang. Lima tahun perjalanan ini menunjukkan kekuatan komuniti yang lebih inklusif dan progresif.
Dengan sokongan peminat yang semakin rancak dan kemunculan bakat-bakat baharu yang luar biasa, saya percaya ALI akan terus jadi salah satu pentas penting dalam ekosistem muzik negara.
Selamat maju jaya dan teruskan berkarya! -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik, kelmarin.
Bantuan berjumlah RM5,000 pula akan disalurkan kepada mangsa yang cedera.
Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Ibadah Korban Perdana Parlimen Hang Tuah Jaya yang bertempat di Dataran Mat Riau, Bukit Baru. YB Adam Adli turut hadir bersama masyarakat setempat untuk bersama-sama bergotong-royong menjayakan majlis.
-
Adam Adli reposted
Harimau Malaya Official
@HarimauMalayaHM
Mimpi jadi kenyataan selepas 11 tahun!
Akhirnya! Malaysia berjaya jinakkan Vietnam malam ini! Sejarah tercipta depan mata! Piala Asia 2027 here we go!!! 🔥🇲🇾🙌🏼
Nampaknya proses revolusi Harimau Malaya mula menampakkan hasil positif.
#harimaumalaya #demimalaysia #suarapenyokong -
Adam Adli reposted
Malaysian Football League
@MFL_MY
🏆 Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi
Masa Penuh: Malaysia 🇲🇾 4-0 🇻🇳 Vietnam
#harimaumalaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah dan terus mara Harimau Malaya!🐯🇲🇾
-
Adam Adli reposted
#AsianCup2027
@afcasiancup
FT | 🇲🇾 Malaysia 4️⃣-0️⃣ Vietnam 🇻🇳
Harimau Malaya roar towards a 𝗕𝗜𝗚 win in Bukit Jalil!
#acq2027 | #masvvie -
Adam Adli reposted
ASEAN FOOTBALL
@theaseanball
✨ AFC ASIAN CUP 2027 QUALIFIERS | Group F
FT: Malaysia 🇲🇾 4️⃣ - 0⃣ 🇻🇳 Vietnam
#afc #asiancup2027 -
Adam Adli
@AdamAdli
Saya merakamkan setulus takziah buat keluarga 15 warga UPSI yang terlibat dalam kemalangan tragis baru-baru ini.
Sebagai Anak Kandung Suluh Budiman, saya ikut berdukacita atas kehilangan ini. Semoga roh anak-anak kandung yang terlibat dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan serta ketabahan. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Seharian di Hang Tuah Jaya sempena Hari Raya Aidiladha.
Menunaikan solat di Masjid Al Alami, MiTC, terus ke Kampung Bakar Batu untuk Ibadah Korban Anjuran JPKK Bakar Batu. Usai di sana, PPR Sungai Putat menjadi destinasi kedua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌
Di sebalik gema takbir, Aidiladha hadir sebagai peringatan tentang makna sebenar sebuah pengorbanan. Bukan hanya pada zahir, tetapi juga dari segi jiwa, mengatasi kepentingan diri demi kebaikan bersama. -
Adam Adli
@AdamAdli
Permohonan Dana Esukan KBS (DEK) 2025 secara rasmi dibuka!
Dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta, KBS melalui Esports Integrated (ESI) terus menyokong pembangunan esukan melalui penganjuran kejohanan, pembangunan bakat, dan aktiviti komuniti esukan negara.
Permohonan dibuka mulai hari ini hingga 31 Julai 2025.
Maklumat lanjut, layari
www.esportsintegrated.com/danaesukankbs
#teamkbs
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Berita Harian
@bharianmy
#bhsukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI), sebuah inisiatif di bawah Impact Integrated mengumumkan pembukaan permohonan bagi Dana Esukan KBS (DEK) 2025, bermula 4 Jun hingga 31 Julai ini
www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/06/1404575/penggi… -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
KBS buka permohonan untuk dana e-Sukan 2025
www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2430643
#bernamanews
@KBSMalaysia -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
YB Adam Adli meluangkan masa bersama Komuniti Pangsapuri Rumpun Bahagia sempena Mesyuarat Agung Tahunan serta merasmikan majlis tersebut.
Dalam majlis ini, penduduk telah berkongsi pandangan serta harapan mereka terhadap pembangunan komuniti. -
Adam Adli
@AdamAdli
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, putera-putera, puteri-puteri serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sembah Takzim Daripada :
Adam Adli Abd Halim
Timbalan Menteri Belia & Sukan
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Aaron Chia-Soh Wooi Yik💪🇲🇾
BAM
@BA_Malaysia
RESULTS: #singaporeopen2025
MD | FINAL
#mas🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik 3️⃣ def.
#kor🇰🇷 Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21 21-18 21-19
⏱️1h 5m
In their first-ever run of four straight finals, Aaron-Wooi Yik ended Malaysia’s 17-year wait for a Men’s Doubles title at the Singapore Open - the first since Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif in 2008.
The pair also exacted sweet revenge on the Koreans, having fallen to them in the India Open semis earlier this year.
Tahniah bros ❤️🏆
#gemilangkanlagi
#badmintonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
YB Adam Adli telah melakukan Ziarah Kasih di Kampung Pengkalan Minyak, Ayer Molek bersama pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya.
Dalam ziarah ini, sumbangan berupa katil medik telah diserahkan bagi memudahkan pergerakan pesakit serta keselesaan mereka.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
ASEAN Leaders' Interface with Representatives of ASEAN Youth
-
26 MEI 2025 | ISNIN
KUALA LUMPUR -
Adam Adli reposted
Kamil Munim 🇲🇾
@kamilmunim
Keputusan rasmi Pemilihan KEADILAN 2025 telah pun diumumkan sebentar tadi. Syukur dan penghargaan dititipkan buat seluruh kekuatan Angkatan Muda KEADILAN. Insya-Allah, ini masa kita. AMK harus langsung bergerak maju dan tuntas.
Buat rakan-rakan yang terbatas undi, harus terus berpegang bahawa dukungan perjuangan itu tidak terletak pada jawatan semata namun ia tanggungjawab dan amanah buat semua anggota AMK.
Terus kuatkan kesatuan AMK, terus maju AMK. Panjang umur perjuangan KEADILAN.
REFORMASI!
#angkatanmudakeadilan -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah. Terima kasih semua. ✌🏻
-
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, terima kasih semua.
-
Adam Adli
@AdamAdli
PERASMIAN BERSAMA KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN & WANITA KEADILAN 2024 & 2025
-
22 MEI 2025 | KHAMIS
JOHOR BAHRU, JOHOR -
Adam Adli
@AdamAdli
PERASMIAN BERSAMA KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN & WANITA KEADILAN 2024 & 2025
-
22 MEI 2025 | KHAMIS
JOHOR BAHRU, JOHORThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat mengundi diucapkan kepada semua perwakilan yang akan menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan bagi Kongres Nasional Keadilan 2026.
Pemilihan hari ini bukan hanya sekadar sebuah proses pengundian, tetapi lambang kematangan demokrasi dalam parti yang kita cintai.
Dengan semangat reformasi yang terus membakar, jalankanlah amanah ini dengan bijaksana, telus dan penuh integriti.
Semoga proses pemilihan ini berjalan lancar, adil dan harmoni, demi mengangkat martabat KEADILAN sebagai wadah perjuangan rakyat yang terus utuh. -
Adam Adli
@AdamAdli
Segala yang bermula, pasti akan berakhir.
Esok, di Johor Bahru, saya akan berdiri buat kali terakhir sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN, menyampaikan ucapan penggulungan terakhir yang bukan sekadar menutup sebuah penggal, tetapi menamatkan sebuah perjalanan yang penuh liku, tekad dan kebangkitan.
Kita bermula dari titik paling gelap saat ‘Langkah Sheraton’ meluluhlantakkan kepercayaan dan menguji kesetiaan. Namun dari serpihan itu, kita bangkit. Kita bangunkan semula Angkatan Muda KEADILAN ini dengan lebih 217 Cabang yang kini berdiri teguh bukan sekadar sayap, tetapi jantung perjuangan anak muda dalam KEADILAN.
Saya belajar bahawa memimpin bukan soal siapa di depan, tetapi siapa yang sudi berjalan bersama walau susah, walau tersekat. Terima kasih atas setiap doa, tenaga dan kepercayaan. Dari Shah Alam ke Johor Bahru, saya tinggalkan amanah ini dengan penuh rasa syukur dan hormat.
Teruslah melangkah dengan semangat yang sama. Jangan kita ulangi perpecahan, jangan padamkan api idealisme yang telah kita nyalakan bersama.
Reformasi ini milik kita dan ia belum selesai.
Membujur lalu, melintang patah. Jumpa di Johor Bahru.
#amk #reformasi -
Adam Adli
@AdamAdli
Beberapa minggu yang padat, merentas daratan dan lautan, dari Pulau Pinang ke Kedah, dari Perak ke Negeri Sembilan, hingga ke bumi Sabah dan Sarawak. Setiap negeri menyambut dengan wajah yang berbeza, tetapi semangatnya tetap satu.
Berkesempatan bertemu dengan Ketua-Ketua Cabang serta pimpinan akar umbi Negeri, mereka yang selama ini menjadi tulang belakang perjuangan, yang terus setia berkhidmat walau tanpa publisiti atau tepukan gemuruh.
Daripada perbualan santai hingga ke pertemuan tertutup yang sarat makna, kami berbicara tentang aspirasi anak muda, dan masa depan yang mesti kita rangka bersama.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, menyambut, dan menyumbang tenaga serta ilham dalam siri jelajah ini. Kalian adalah kekuatan sebenar dalam gerakan reformasi.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Faham kalau parti enta dah lama tak ada pemilihan jawatan tertinggi. Cemburu barangkali.
Cuma ingat Sheikh, adu domba (namimah) itu dosa besar, haram hukumnya.
Urusan kami, pemilihan kami, tak perlu nak melaga, nak tambah minyak. Jaga tepi kain sendiri.
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
Fadhli: Dengan pemimpin sendiri pun mereka tipu, apatah lagi rakyat www.malaysiakini.com/news/743872
-
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meskipun tewas, pasukan negara telah mempamerkan prestasi yang membanggakan serta menunjukkan pencapaian luar biasa dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 hari ini.
Kekalahan hari ini bukan bererti kegagalan selamanya. Skuad regu negara pasti akan bangkit dengan lebih kuat dan padu dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.
Terima kasih atas semangat juang yang tinggi dan usaha yang tidak mengenal penat lelah demi mengharumkan nama Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
BERNAMA
@bernamadotcom
[TERKINI] Sepak Takraw Piala Asia : Malaysia naib juara acara regu berpasukan, tewas kepada Thailand 0-2
[LATEST] Sepak Takraw Asian Cup: Malaysia lose 0-2 to Thailand in team regu final
📸 Azlim Mansor | BERNAMA
#bernamaimages
#bernamanews
#sepaktakraw -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan gemilang di Thailand Open 2025!!
Anda kebanggaan negara dan inspirasi anak muda Malaysia.💪💪💪
BAM
@BA_Malaysia
RESULTS: #thailandopen2025
MD | FINAL
#mas🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik 2️⃣ def.#den🇩🇰 William Kryger Boe-Christian Faust Kjær 20-22 21-17 21-12
⏱️ 1h
Aaron-Wooi Yik ended Malaysia’s 16-year wait for a Men’s Doubles title at the Thailand Open — the first pair to lift the crown since Chan Peng Soon-Lim Khim Wah in 2009!
🎟️ Don’t miss the chance to cheer them on at home during the #peroduamalaysiamasters2025: www.ticket2u.com.my/cd?id=42696
#gemilangkanlagi
#badmontonmalaysia
#demimalaysia -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan meraikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Melaka.
Tema “Yakin Boleh” adalah cerminan keyakinan terhadap keupayaan anak muda menjadi nadi utama yang menggerakkan perubahan, pembaharuan, dan kemajuan.
Peningkatan kedudukan Malaysia dalam Global Youth Development Index, dari tangga ke-50 pada tahun 2020 ke tangga ke-35 pada tahun 2023, membuktikan bahawa dasar dan inisiatif pembangunan belia negara berada di landasan yang tepat.
KBS akan terus komited memperjuangkan suara dan bakat belia melalui pelbagai program seperti pemerkasaan semula Rakan Muda, Kembara Jumpa Orang Muda (K-JOM), Dana Antarabangsa Belia dan banyak lagi.
“Belia bukan sekadar pewaris masa depan , mereka adalah peneraju perubahan hari ini.”
Selamat Hari Belia! -
Adam Adli
@AdamAdli
CALON NO. 23 | MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
Saya, Adam Adli, dengan penuh tanggungjawab dan keinsafan terhadap perjuangan ini, menawarkan diri sebagai Calon No. 23 bagi Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dalam Pemilihan 2025.
Sepanjang memimpin sayap Angkatan Muda KEADILAN, saya belajar bahawa kesetiaan bukan hanya pada nama, tetapi pada prinsip. Bahawa keadilan mesti ditegakkan bukan hanya untuk segelintir, tetapi untuk semua. Dan bahawa gerakan ini mesti sentiasa bergerak ke hadapan—progresif, berani dan jujur terhadap rakyat.
Kini saya tampil untuk menyumbang lebih jauh, memperkukuh parti, memperteguh idealisme, dan menyambung suara reformasi ke peringkat tertinggi kepimpinan parti.
Mohon sokongan rakan-rakan untuk bersama saya dalam perjalanan ini. Undilah Adam Adli, Calon No. 23 untuk Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
#adamadli4mpp
#reformasi -
Adam Adli
@AdamAdli
Dari Kota Kinabalu ke Kuching. Malam kelmarin bersama pimpinan akar umbi Cabang-cabang KEADILAN Sarawak termasuk pimpinan AMK dan Wanita. Santai tetapi penuh makna.
Turut hadir Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek yang bersama menghangatkan pertemuan dengan semangat perpaduan dan kebersamaan.
Perbincangan tertumpu pada tekad untuk terus bertanding dengan sihat, berpegang pada nilai dan prinsip yang menjadi tunjang kekuatan parti. Kami turut disertai rakan-rakan lain termasuk Sdr CM Chiew, Sdr Roslan Ismail dan ramai lain yang ikut menawarkan diri untuk berkhidmat buat parti.
Selamat maju jaya dan selamat berjuang diucapkan kepada semua wakil dari Sarawak yang tampil menawarkan diri untuk bersama dalam kepimpinan parti kelak.
Teruskan melangkah dengan yakin, membawa suara akar umbi dan semangat perubahan. -
Adam Adli
@AdamAdli
Di ruang sunyi antara pagi dan harapan,
seorang guru berdiri — tidak dengan pedang, tetapi dengan pena, dan kata-kata yang terang, menyusun masa depan dari huruf yang diam.
Ia bukan pencari nama di dada sejarah,
tapi setiap hembus nafasnya melakar arah,
buat anak-anak bangsa yang mencari wajah, di cermin ilmu yang jujur dan ramah.
Terima kasih, wahai penyuluh budi,
yang tak pernah padam dalam gelita ini.
Kerana kaulah cahaya yang tak menuntut puji, hanya ingin anak muridnya berani berdiri.
Selamat Hari Guru! -
Adam Adli
@AdamAdli
Berpeluang untuk meluangkan masa di sebelah malam sempena lawatan kerja ke Sabah untuk bertemu teman-teman seperjuangan KEADILAN di Kota Kinabalu.
Terima kasih semua yang hadir jauh dan dekat. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk menjalin ukhuwah dalam suasana yang serba sederhana namun penuh makna.
Beberapa tokoh dari Sabah kini tampil menyahut seruan, bersedia memikul amanah demi memantapkan saf kepimpinan parti. Semangat juang dan iltizam mereka wajar dihargai. Semoga terus melangkah dengan yakin dan berjaya.
Moga pertemuan ini menjadi permulaan kepada usaha yang lebih besar buat kita semua.
Sampai jumpa lagi nanti. -
Adam Adli
@AdamAdli
LAWATAN KERJA MENGEJUT KE TAPAK PROJEK MINI STADIUM PUTATAN
Usai urusan mingguan di Hang Tuah Jaya, saya terus bergegas ke Kota Kinabalu untuk lawatan kerja sehari di sana.
Lawatan kerja mengejut telah diadakan di tapak Projek Baikpulih dan Menaiktaraf Stadium Majlis Daerah Putatan, Sabah. Lawatan kedua saya selepas yang terakhir dilakukan pada 6 September 2024.
Perkembangan lawatan ini sangat tidak memuaskan, lebih-lebih lagi apabila projek ini telah bermula sejak Julai 2023 dan dijadualkan siap pada Januari 2025.
Jelas sekali, projek ini telah jauh tersasar dari perancangan asal. Tindakan yang keras telah diambil dengan kontraktor yang terlibat ditamatkan kontraknya setelah jelas gagal memenuhi tanggungjawab dan komitmen terhadap pelaksanaan projek.
Kemudahan seperti ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat, khususnya penduduk di kawasan Putatan. Mereka berhak menikmati fasiliti sukan yang selesa dan selamat seperti yang dijanjikan.
Saya akan terus memantau perkembangan projek ini agar tiada lagi kelewatan dan agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat dalam masa terdekat.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah kepada skuad sepak takraw regu negara!
Pencapaian ini menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia. Teruskan usaha dan semangat juang yang membara. 💪💪💪
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw regu negara
Piala Dunia ISTAF 2024🥇✅
Piala Asia 2025🥇✅
Padu!!! Guys
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win -
Adam Adli
@AdamAdli
SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2025
Belia adalah nadi masa depan negara. Semangat, keberanian, dan idealisme anak muda hari ini mencorakkan arah tuju Malaysia.
Kita perlu ingat bahawa belia bukan sahaja pemimpin masa depan mereka juga pemimpin hari ini. Pemacu perubahan, pencetus suara belia, dan pemangkin ke arah menuju Malaysia yang lebih maju.
Di tangan belia, terletaknya harapan. Di dada mereka, menyala semangat perjuangan. Langkah mereka mungkin muda, tapi azam mereka jauh ke hadapan.
Marilah kita terus memperkasakan suara belia, menyediakan ruang untuk mereka bersinar, dan memastikan setiap impian mereka diberi peluang untuk direalisasikan.
Saya percaya dengan tekad dan iltizam bersama, belia Malaysia mampu memimpin perubahan dan membina negara yang lebih adil, makmur, dan inklusif untuk semua. -
Adam Adli
@AdamAdli
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un
Menerima perkhabaran duka tragedi kemalangan jalan raya melibatkan Pasukan Simpanan Polis (FRU) Unit 5 di simpang tiga Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Salam Takziah buat seluruh keluarga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat atas kehilangan yang mengibakan ini.
Semoga Allah SWT mencucuri setinggi rahmat ke atas mereka dan mengurniakan ketabahan buat seluruh keluarga anggota yang terlibat. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Kepelbagaian ialah tunjang kedamaian masyarakat Malaysia. Namun, kedamaian ini hanya akan terus utuh jika kita saling memahami, menghormati perbezaan, dan menerima kepelbagaian itu sebagai sebahagian daripada jati diri negara.
Semoga kedamaian dan pencerahan sentiasa menjadi kekuatan kita. -
Adam Adli reposted
AMK Malaysia
@amkreformasi
SELAMAT MAJU JAYA SAUDARA ADAM ADLI!
Seluruh keluarga besar Angkatan Muda KEADILAN mendoakan kejayaan buat Saudara @AdamAdli yang menawarkan diri sebagai calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN bagi penggal 2025–2028.
Daripada jalanan ke Dewan Rakyat — keberanian, keteguhan prinsip dan semangat reformasi beliau terus menjadi inspirasi buat anak muda.
Kami yakin pengalaman dan idealisme Saudara Adam akan terus memperkukuh kepimpinan KEADILAN di peringkat nasional.
#amkmalaysia #peneranganamk -
Adam Adli
@AdamAdli
Buat wanita-wanita hebat bergelar ibu, cinta pertama dan abadi buat yang bergelar anak; terima kasih atas segala perih dan jerih anda. Selamat Hari Ibu, semoga berbahagia di hari ini.
Sentuhan kasih ibu, hangat dan kasihnya sampai ke akhir hayat. -
Adam Adli
@AdamAdli
𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵 𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮,
𝗣𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻;
𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗿𝗲𝗯𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮,
𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗮𝗱 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻.
𝗡𝘆𝗶𝘂𝗿 𝗴𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗶,
𝗛𝗮𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿;
𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶,
𝗔𝗴𝗮𝗿 𝗿𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿.
Kian selesai perjalanan saya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Jalannya tidak mudah, laluannya penuh liku.
Jatuh dan bangunnya ada yang bersaksi, ada juga yang kita simpan sebagai rahsia diri. Semuanya atas nama perjuangan buat parti dan rakyat yang memberikan kepercayaan buat kita.
Meski tidak semuanya sempurna, besar harapan saya agar setiap yang telah saya dan teman-teman bangunkan buat sayap muda parti ini dikenang sebagai asas baharu buat masa depan Angkatan Muda yang lebih cemerlang di bawah kepimpinan baharu kelak.
Hari ini saya mempersiapkan langkah pertama buat saya menyambung peranan dalam kepimpinan parti. Saya yakin, pengalaman menyatu padu dan membangunkan semula sayap AMK sebelum ini adalah asas tawaran saya buat parti khususnya teman-teman akar umbi.
𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗸𝘂𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗔𝗞𝗔𝗥, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗼𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝟱𝟯 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻-𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗮𝗻 - 𝗮𝘀𝗮𝘀-𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻.
Saya tidak pernah datang dengan janji manis, yang saya tawarkan adalah kesungguhan untuk terus menyumbang tenaga, fikiran, dan komitmen dalam memperkukuh KEADILAN sebagai parti reformasi yang mambawa perubahan sebenar buat nusa tercinta.
𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗳𝗮𝘇 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝘀𝗮𝘆𝗮, 𝗔𝗱𝗮𝗺 𝗔𝗱𝗹𝗶 𝗔𝗯𝗱 𝗛𝗮𝗹𝗶𝗺, 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗶𝘇𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗸𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗮𝗻-𝘁𝗲𝗺𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟱-𝟮𝟬𝟮𝟴.
𝗧𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗹𝗮,
𝗕𝗲𝗿𝗯𝗶𝘀𝗶𝗸 𝗺𝗲𝘀𝗿𝗮 𝘀𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗮;
𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮,
𝗠𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗿𝗲𝘀𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮.
#adamadli4mpp
#reformasi -
Adam Adli
@AdamAdli
Nurul Izzah Untuk Timbalan Presiden: Mempersiapkan Masa Hadapan Parti
Berdekad lama KEADILAN disebut sebagai parti masa hadapan. Hari ini, masa hadapan itu sudah pun tiba. Masa hadapan itu adalah sekarang.
KEADILAN sudah melahirkan pelbagai lapis generasi dan latar sejak awal penubuhannya. Kepelbagaian ini turut mencipta banyak jurang, lantas menuntut kita untuk mengangkat pemimpin yang paling berkesan dalam merapatkan jurang-jurang ini; samada jurang generasi, mahupun jurang gender.
Semua dari kita perlu menyatakan sikap. Maka selepas membuat sebaik-baik penilaian, tanpa hilang rasa hormat kepada mana-mana pimpinan parti - saya dengan ini ikut menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025.
Saya yakin, ianya bukan soal individu, tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepimpinan masa hadapan parti.
Dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip, tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada.
Naib Presiden antara yang paling berpengalaman sejak usia awal parti, mewakili suara rakyat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal, dan mengabdikan diri sebagai aktivis hak asasi manusia di luar takwim politik, Nurul Izzah konsisten mengangkat nilai keadilan, integriti dan pembaharuan institusi.
Parti ini sedang dipersiapkan menuju zaman dan cabaran baharu; dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi – melangkaui individu mahupun nama keluarga.
Nurul Izzah adalah sebahagian sejarah panjang KEADILAN, Nurul Izzah juga adalah masa hadapan untuk KEADILAN.
ADAM ADLI
Ketua Angkatan Muda Keadilan -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Empat hari sudah berlalu, tapi kemeriahan Terlajak Raya Hang Tuah Jaya masih segar dalam ingatan.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, menjamu selera dan memeriahkan suasana.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim : Kerajaan MADANI telah berjaya membuka beberapa pasaran baru dengan lawatan ke beberapa negara.
#malaysiamadani
#keadilan -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Tarif : AS setuju adakan rundingan lanjut dengan Malaysia , kata PM @anwaribrahim
www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2419727
#bernamanews
#malaysia
#tarif
BERNAMA
@bernamadotcom
#kualalumpur Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) @tzafrul_aziz hadir pada Persidangan Khas Parlimen mengenai isu Tarif di Dewan Rakyat, hari ini.
📸 Fathin Suhaira Abd Rahim / BERNAMA
#bernamanews
#bernamaimages -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
PM @anwaribrahim: Daya tahan ekonomi domestik dan keyakinan itu perlu, kita tidak perlu takut atau tertekan dengan tekanan luar.
#keadilan #malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Encik Fuad telah mewakili YB Adam Adli untuk melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Adik Nur Qasyifa Hazlina yang terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran SK Demang Hussin, Bukit Katil.
-
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Cabaran Belia Madani Menangani Ketagihan Era Teknologi💪🏻
Ayuh datang ke “Konvensyen Belia Kebangsaan” 15 Mei 2025 yg akan dirasmikan oleh YB Adam Adli berlokasi di REXKL Jln Sultan, KL pada pukul 8.30 malam🌟
#hbn2025 #yakinboleh #teamkbs #teamjbsn #malaysiamadani #rakanmuda -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penghargaan setingginya kepada @AlboMP tatkala Parti Buruh yang dipimpin beliau berjaya merangkul kemenangan pada Pilihanraya Umum Australia yang baru selesai.
Keputusan yang sangat meyakinkan itu ternyata mencerminkan cita dan nurani yang ampuh dari rakyat Australia. Sebagai rakan yang baik kepada Malaysia, Australia punyai peranan yang tidak kecil terutamanya di rantau Asia Pasifik. Keprihatinan yang ditonjolkan saudara Albanese kepada Asia Tenggara semasa penggal pertama beliau sangat mengujakan, dan Malaysia berharap agar semangat itu diteruskan dengan iltizam yang diperbaharui.
Di saat wujudnya pelbagai tantangan baharu kepada rantau ini, saya bersedia untuk bekerjasama lebih rapat dengan beliau terutamanya dalam usaha dan upaya kita mempertahankan kestabilan, memperkukuh daya tahan selain membentuk masa depan dan kesejahteraan yang dikongsi bersama.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Reuters -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Alhamdulillah, telah selesai Rumah Terbuka Aidilfitri Terlajak Raya Hang Tuah Jaya. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan Rumah Terbuka kami.
-
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
YB Adam Adli meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sdr Saiful & Atikah di Kg Pendamar, Ayer Molek.
Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai, Saiful dan Atikah. Semoga berbahagia dan dipermudahkan segala urusan dalam membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Semarak Hari Belia Negara 2025🎉
Jangan ketinggalan, jom serbu datang ke Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Daerah pada 15 Mei nanti!
Maklumat lanjut dapatkan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah anda! 🔥
#hbn2025 #yakinboleh #teamkbs #teamjbsn #malaysiamadani #rakanmuda -
Adam Adli reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 melonjak 19 anak tangga ke tangga ke-88.
Penilaian terkini oleh Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan Malaysia mencatat 56.09 mata tahun ini, berbanding 52.07 mata pada kedudukan ke-107 pada 2024.
#rsf #kebebasanmedia #mediaselangorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Yakin Boleh, Belia Malaysia!
Bersatu sebagai belia Malaysia — yakin pada diri, berani melangkah, dan teguh menyumbang demi tanah air tercinta🤍
#hbn2025 #yakinboleh #teamkbs #teamjbsn #malaysiamadani #rakanmuda -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, Terlajak Raya Hang Tuah Jaya malam tadi selesai dengan meriah dan penuh ukhwah.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi hadir tak kira jauh mahupun dekat untuk memeriahkan malam raya kita bersama.
Yang datang bawa keluarga, yang datang bawa sahabat, semua cukup bermakna.
Kalau ada terkurang sana sini, saya susun sepuluh jari mohon maaf.
Andai ada rezeki dan upaya,
Bersua jua di lain ketika,
Salam budi dari Hang Tuah Jaya,
Terima kasih atas segala jasa.
InsyaAllah, lepas ni kita jumpa lagi di program akan datang. Hang Tuah Jaya, kita jaga sama-sama!
#untukmasadepan
#hangtuahjaya
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
1 Mei adalah Hari Pekerja. Tanpa pekerja, tiada yang membina negara. Tanpa pekerja, tiada yang membina bangsa. Pekerja adalah kesuma bangsa.
Selamat Hari Pekerja. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Encik Fairuz telah mewakili YB Adam Adli untuk menghulurkan bantuan katil medik kepada pesakit yang diserang strok di Taman Ayer Keroh Height. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi keselesaan dan meringankan beban pesakit.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Terlajak Raya Hang Tuah Jaya!
Ajak lah mak, ayah, adik-beradik, sedara-mara, kawan sekampung semua datang. Kita makan-makan, borak-borak, meriahkan suasana.
Jumpa Rabu malam, lebih kurang 8.30 PM, di Pusat Khidmat Rakyat Hang Tuah Jaya, Bukit Baru.
#terlajakrayahangtuahjaya -
Adam Adli
@AdamAdli
Berduka atas pemergian sahabat dalam dunia aktivisma, Abang Shahrul Aman; SUA Pertubuhan IKRAM Malaysia, pejuang masyarakat sivil, dan pemimpin pergerakan Islam yang amat terbuka.
Terakhir kami berhubung sekitar seminggu yang lepas, Abang Shahrul undang saya ke majlis anjuran IKRAM. Alhamdulillah saya dan beberapa rakan sempat penuhi undangannya namun terkilan bila tak sempat bersua muka di majlis tersebut.
Saya kenang Abang Shahrul sebagai seorang “brother” yang amat sederhana, bersahaja, dan sentiasa terbuka terhadap pelbagai pandangan seruncing mana pun. Beliau memposisikan dirinya sebagai seorang pendamai dalam kerencaman dunia pergerakan sivil, menampilkan akhlak yang baik sesuai wadah yang beliau wakili.
Semoga setiap budi baik serta amalnya diterima, dan ditempatkan beliau dalam kalangan insan-insan yang dikasihi Allah SWT.
Al-Fatihah. -
Adam Adli reposted
SPOTV Malaysia
@SPOTVMY
#rookiescup - Sekali lagi Hakim Danish 🇲🇾 berjaya meraih P2 pada Race 2 dan sekali gus berada di tangga teratas carta kejuaraan Red Bull Rookies Cup musim 2025.🫡
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada Dr Mohamad Yusri Bakir yang mewakili Barisan Nasional atas kemenangan di Pilihanraya Kecil Ayer Kuning yang baru selesai. Insya-Allah, suara rakyat pasti diterjemah dengan santun dan berketerampilan.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Pulse Play Team! Warga Ayer Keroh dan sekitar kini dah ada satu lagi pilihan untuk bersukan dan beriadah — Kompleks Sukan Pulse Play yang lengkap dengan pelbagai fasiliti yang terbaharu dan berkualiti.
Saya salut kesungguhan En. Azahari dan seluruh Team Pulse Play atas usaha membuka kompleks ini. Memang dinanti-nantikan oleh warga setempat, malah berpotensi untuk jadi tarikan sports tourism bagi negeri Melaka.
Ada peluang lepas ni kita turun main pickleball sama-sama. Saya belanja court, korang belanja minum dekat Warung Pulse Play.
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Parlimen Hang Tuah Jaya
@PusatkhidmatHTJ
Pagi ini, YB Adam Adli telah hadir ke SK Ayer Keroh untuk merasmikan Mesyuarat PIBG SK Ayer Keroh kali ke-27. Turut hadir, Tn. Hj. Rassidi Bin Abdullah, Guru Besar SK Ayer Keroh; Encik Shaifulfazlee Bin Mohamad, Yang DiPertua PIBG SK Ayer Keroh;
-
Adam Adli reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Pelupusan itu melibatkan 20 gelanggang di Semenanjung Malaysia dengan kerugian mencecah RM11 juta manakala di Sabah dan Sarawak, sebanyak 10 gelanggang dirobohkan melibatkan kerugian RM1.4juta, dengan kebanyakannya melibatkan gelanggang futsal 1Malaysia - @AdamAdli
Baca selanjutnya shorturl.at/oYuGY
#mediaselangor #kementerianbeliasukan #gelanggangsukan -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
#throwback Sambutan Play True Day 2025 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah ‘Play True: It Starts with You’, memberi penekanan terhadap tanggungjawab semua pemegang taruhThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
AMK Malaysia
@amkreformasi
SYABAS & TAHNIAH SEMUA!
#amkmalaysia #peneranganamk -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah kepada semua calon-calon SPM 2024 yang mengambil keputusan hari ini. Cemerlang mahupun sebaliknya, anda telah selesai menempuh fasa penting pembentukan diri sebagai insan dan warga.
Semoga terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Jangan berhenti dari terus berusaha dan belajar, kerana anda adalah generasi baharu pembina negara! -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Program ASEAN 2025 Mei ini!
Dari dialog belia hingga ke sidang kemuncak kepimpinan — jadilah sebahagian daripada detik bersejarah ini.
Tandakan kalendar & nantikan info lanjut!
#teamkbs #kitasemuateammas #malaysiamadani #madanibekerja #myaseanchair2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
Atlet memanah berkuda negara kini bersedia membawa cabaran Malaysia ke pentas dunia!
Majlis pelepasan skuad kebangsaan ke Kejohanan Piala Dunia Sukan Memanah Berkuda di Guangde City, China berlangsung penuh semangat petang ini di Menara KBS, Putrajaya.
Misi utama kita adalah untuk menempatkan Malaysia di kelompok tiga pasukan terbaik Kumpulan 1 Benua Asia — sebagai langkah menuju kelayakan ke Piala Dunia di Arab Saudi 2026.
Sebagai kesinambungan pembangunan sukan ini, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut memperkenalkan Program KLAS Memanah Berkuda — dengan dua siri kursus latihan asas bermula Mei 2025, melibatkan peruntukan sebanyak RM60,000.
Insya-Allah, inisiatif ini bakal melahirkan lebih ramai bakat pelapis dan memupuk minat belia dalam sukan yang sarat dengan nilai tradisi, disiplin, dan keberanian.
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KBS 2025 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
-
Adam Adli reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim merasmikan majlis pelepasan (flag-off) pasukan memanah berkuda negara ke Pertandingan Piala Dunia Sukan Memanah Berkuda di Provinsi Anhui, China di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.
📷 Irfan Ruzaidi | BERNAMA Radio -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
HongKong Track Cup @UCI_cycling Track Class 1
Syabas!!! Abdul Azim Aliyas raih Perak dalam acara Men's Elita Scratch Race
#kitasemuateammas
#rise2win -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply saddened by the passing of His Holiness Pope Francis.
He will be remembered not only as the first pope from the Global South, but as a moral voice of compassion, humility and justice in a turbulent world. His commitment to interfaith understanding, environmental stewardship and the dignity of the marginalised resonated far beyond the Catholic Church.
Pope Francis was a steadfast advocate for peace, and his efforts to build bridges across faiths and cultures earned the respect of many, including in the Muslim world. He spoke with moral clarity on the immense suffering in Gaza, reminding the world that we must show the same compassion to all victims of violence, wherever they may be. He also championed the dignity of migrants and refugees, urging the international community to respond to their plight with humanity and conscience.
His life of service and quiet strength brings to mind the words of the Bard: “His life was gentle, and the elements so mix’d in him that Nature might stand up and say to all the world, ‘This was a man.’”
On a very personal note, I had the honour of visiting Pope Francis during his early days at the Vatican. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to the Holy See, to Catholics around the world, including especially to the Catholic community in Malaysia.
May his legacy endure.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Adam Adli reposted
Reuters
@Reuters
BREAKING: Pope Francis, the first Latin American leader of the Roman Catholic Church, has died, the Vatican said in a video statement, ending an often turbulent reign marked by division and tension as he sought to overhaul the hidebound institution www.reuters.com/world/pope-francis-has-died-vatican-says-…
-
Adam Adli
@AdamAdli
TERLAJAK RAYA HANG TUAH JAYA! 🎆
Orang Melaka! Meh ramai-ramai datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya! Walaupun Syawal dah nak habis, jangan lepaskan peluang untuk raya sama-sama. (Tapi ni Syawal dah kira habis, cemana? Haha)
Tarikh: Rabu, 30 April 2025
Masa: Lepas Isyak, mula jam 8.30 malam
Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, Melaka
Turun ramai-ramai, pakai baju raya paling lawa, datang makan, borak, lepak dan bergelak ketawa — kita buat Bukit Baru meriah malam tu!
Kuih lapis di dalam dulang,
Air sirap penuh cawan kaca.
Kalau hati rindu nak beraya panjang,
Jom datang Terlajak Raya kita!
Jangan tunggu lama-lama, ajak sekali mak, ayah, tok, sedara mara — kita gegaukan Bukit Baru malam tu, yok!
#terlajakrayahangtuahjaya
#untukmasadepan
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
MSN MALAYSIA
@MSNMALAYSIA
PENETAPAN 20 SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI UNTUK MEMACU PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA
Kerajaan telah menetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan sukan negara secara lebih cekap, sistematik dan berfokus. -
Adam Adli
@AdamAdli
MPL MY S15 rasmi bermula!
Kembali ke Stadium Juara bawa nostalgia musim 2023—lokasi pertama saya saksikan sendiri kehangatan MPL Malaysia waktu S11 dulu.
Tahun demi tahun, pentas ini terus berkembang. Kini gergasi esports dunia pun mula beri perhatian pada scene kita. Ini masa kita kerja lebih keras, buktikan Malaysia mampu jadi kuasa besar dalam arena e-sukan.
Selamat bertanding kepada semua pasukan!
Dan untuk peminat MLBB—jangan lupa beli tiket, turun stadium, sokong industri kegemaran anda. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kembali ke pangkuan Ibu Kandung Suluh Budiman semalam untuk menyertai YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pertemuan bersama “anak-anak kandung” dari Selangor dalam Program Jerayawara Siswa Kita Selangor Aidilfitri 2025.
Program ini merupakan inisiatif murni Kerajaan Negeri Selangor dalam merapatkan hubungan dengan anak-anak Selangor di menara gading, sambil menyampaikan maklumat semasa serta berkongsi rezeki Aidilfitri.
Tahniah buat Majlis Mahasiswa Anak Selangor (MaSel) UPSI yang menjadi penggerak utama program ini dengan persembahan yang bertenaga, hidangan yang menyelerakan, hinggalah pengacara yang menceriakan suasana.
InsyaAllah, moga ada rezeki kita bersua lagi warga UPSI!
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli reposted
Stadium Malaysia (PSM) 🏟️🇲🇾
@StadiumMalaysia
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir bagi menyaksikan acara tersebut.
#psm
#stadiummalaysia
#malaysiamadani
#ihsanmadani
#harungibersama -
Adam Adli reposted
MPL Malaysia
@mplmyofficial
“Pasukan tempatan kita diiktiraf dalam radar antarabangsa.” - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
#pantangmengalah #mplmy #inigayakita #mplmys15 #pentaskebanggaan #mlbb #mobilelegendsbangbangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
MPL Malaysia
@mplmyofficial
Terima kasih YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, atas sokongan raya bersama MPL MY.
-
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada G.Saravanan adalah berterusan dan bukanya 'One Off' - Adam Adli 👏
#nadiweekend
#saravananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dana Antarabangsa Belia KBS (IYF@KBS) kini dilancarkan!
Dana ini khusus untuk belia Malaysia yang aktif dalam persatuan atau kelab belia berdaftar, dengan tujuan memberi peluang untuk anda menyertai forum, persidangan dan program antarabangsa.
Kita mahu belia Malaysia bersuara di pentas dunia—bina jaringan antarabangsa, tingkatkan kemahiran kepimpinan dan advokasi anda.
Permohonan dibuka mulai hari ini!
Maklumat lanjut: www.kbs.gov.my/iyf
#teamkbs
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post.
Adam Adli
@AdamAdli
“NGO boleh tak mohon dana dari KBS untuk aktiviti sukan?”
Jawapannya: Boleh je!
Melalui Dana Sukan Komuniti dan Geran Padanan Sukan, NGO yang berdaftar bawah ROS atau ROY layak mohon — asalkan aktiviti sukan tu termasuk dalam 103 jenis sukan yang tersenarai bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Kalau bukan NGO dari KBS pun, boleh je bekerjasama dengan kelab sukan atau kelab belia untuk anjurkan program bersama.
#teamkbs
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Dana Antarabangsa Belia KBS (International Youth Fund, IYF@KBS)
Inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkasa pembangunan belia melalui penyertaan dalam mesyuarat, forum, persidangan dan simposium di peringkat antarabangsa. -
Adam Adli reposted
MBM
@BeliaMBM
🔔 BERITA GEMBIRA! 📣📣
MBM kini secara rasmi tersenarai dalam Pekeliling KPPA bagi kemudahan CTR menghadiri aktiviti pertubuhan/persatuan.
Ini bermaksud, sukarelawan dan penggerak belia yang terlibat dalam program rasmi MBM kini boleh memohon CTR tanpa menjejaskan rekod kerja! -
Adam Adli
@AdamAdli
Usai di Makam Pahlawan, YAB Perdana Menteri petang tadi kembali ke Universiti Malaya untuk bersama dalam Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (iConCidi25), bersempena dengan Sambutan 30 Tahun Dialog Peradaban di Universiti Malaya.
Sejarahnya Dialog Peradaban ini kali pertama diadakan 30 tahun yang lalu atas cetusan beliau sendiri di Universiti Malaya. Topiknya pada 1995 dahulu adalah Dialog Islam-Konfusianisme yang mengajak masyarakat dari pelbagai latar menghayati falsafah kepimpinan anjuran Islam dan meneladani nilai-nilai sama yang wujud dalam falsafah Timur seperti Konfusianisme.
Dalam masyarakat berbilang kaum, agama, dan bahasa seperti Malaysia; dialog menjadi medan yang amat penting dalam kita meneroka titik persamaan, merapatkan jurang perbezaan, dan melahirkan masyarakat beradab tinggi. Jika tidak saling mengenali, kita tidak akan memahami satu sama lain. Dari situ terbitnya ketidakharmonian yang hari ini makin membelenggu kita, hatta dalam soal remeh temeh yang merugikan.
Adam Adli
@AdamAdli
YAB Perdana Menteri dalam ucaptamanya di mengajak segenap rakyat Malaysia agar terus menjalin ukhwah dan memahami antara satu sama lain, demi memelihara keharmonian dalam kepelbagaian. Jangan kita terperangkap dengan pemikiran lama terutama yang pernah menggelapi tamadun Barat dan membawa kita ke jalan ekstrim; termasuk fasisme.
Di Kementerian Belia dan Sukan, program Rakan Muda yang merangkumi sepuluh (10) gaya hidup menyokong aspirasi Madani dengan membuka ruang buat belia berkembang secara holistik dan membuka tapak jalinan integrasi perpaduan nasional. Usaha ini bukan sahaja membina jati diri golongan belia, malah turut menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang tinggi ilmu dan adab serta aman damai.
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 di Masjid Negara pagi tadi.
Tun Abdullah akan sentiasa diingati sebagai negarawan yang budiman, tinggi akhlak, sederhana, dan membumi.
Tumpuan dan usahanya dalam membangun modal insan, agrikultur, sains dan teknologi, pembudayaan ilmu serta pembaharuan tatakelola mewarnai kepimpinan dan pentadbiran beliau, lantas menginspirasi ramai yang pernah melalui zaman tersebut.
Al-Fatihah, dan Salam Takziah. -
Adam Adli reposted
Astro AWANI
@501Awani
Allahyarham Mazlan dikenang sebagai arkitek utama di sebalik kejayaan Program Jaya '98 dan Gemilang 2001.
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-sukan/bekas-kp-msn-mazlan-ahmad… -
Adam Adli
@AdamAdli
RT @anwaribrahim: Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang keli…
-
Adam Adli
@AdamAdli
Innalillahi wainnailaihi raji’un.
Salam takziah buat seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi atas kehilangan yang menghibakan ini.
Semoga Allah SWT mencucuri setinggi rahmat ke atas roh Almarhum, dan mengurniakan ketabahan buat seluruh keluarga.
Terima kasih, Pak Lah.
Al-Fatihah. -
Adam Adli reposted
#TeamMALAYSIA
@AtletMalaysia
Juara Asia!!! 🫶
Padu!!! Aaron Chia & Soh Wooi Yik
#kitasemuateammas
#championsrising
#rise2win -
Adam Adli reposted
ShuttleHard 🏸🇲🇾
@ShuttleHard
AARON CHIA/SOH WOOI YIK 🇲🇾 JUARA ASIA 2025!!
Aaron & Wooi Yik muncul Beregu Lelaki #badmintonmalaysia pertama menjuarai Asia selepas terakhir dimenangi Choong Tan Fook/Lee Wan Wah pada edisi 2007 🫡
Kejayaan meraih pingat 🥇 #bac2025 melengkapkan koleksi pingat Kejohanan Asia mereka selepas 🥈2022 dan 🥉2024.
Tahniah dan syabas @aaronchiatf24 @sohwooiyik 🙌
📸 Organizing Committee
#badmintonasiachampionships2025
#chiasoh
#unbrkbl
#shuttlehard -
Adam Adli
@AdamAdli
Alhamdulillah, Pemilihan Keadilan Peringkat Cabang Hang Tuah Jaya telah melabuhkan tirai.
Saya rakamkan ucapan terima kasih buat Cikgu Rafee Ibrahim atas kepercayaan beliau mencalonkan diri saya, muka baharu di Cabang Hang Tuah Jaya sebagai gandingannya dalam pemilihan kali ini.
Penghargaan buat semua teman sepasukan termasuk sayap AMK dan Wanita atas komitmen dan semangat pertandingan yang tinggi.
Terima kasih kepada semua anggota akar umbi yang telah memberikan sokongan buat kami. Setiap sokongan anda adalah bekalan semangat buat kami sepasukan.
Tentu sekali tahniah kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar dan pasukannya yang telah mengungguli pemilihan Cabang Hang Tuah Jaya kali ini.
Biduk lalu kiambang bertaut. Andai ada salah dan silap sepanjang tempoh pemilihan kali ini, bersama kita saling memaafkan.
Kekalkan semangat perjuangan, setiakawan, dan persaudaraan sesama kita, keluarga besar KEADILAN. -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
“Tiada peruntukan (untuk Kelantan dan Terengganu)?” Jangan bekeng. Lihatlah fakta. Tiada istilah anaktiri.
Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama membantu Kerajaan Negeri malah memperuntukkan dana besar untuk pendidikan, kesihatan, kemudahan asas dan projek tebatan banjir, sekali gus membuktikan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
The MADANI Government has never marginalised the allocation of funds to opposition-led states, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Full news : www.bernama.com/en/general/news.php?id=2411843
#bernamainfographics #bernamanews #kerajaanmadani @anwaribrahim -
Adam Adli
@AdamAdli
Malam tadi di Arena Square, Kg. Tanjung Keramat — semangat Angkatan Muda Harapan terus membara dalam Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK N.48 Ayer Kuning!
Kita rapatkan saf, satukan barisan, dan bersiap sedia untuk mara demi kemenangan calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Ustaz Yusri Bakir dari Barisan Nasional.
Lebih bermakna, kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan YB Ahmad Maslan meniupkan lagi semangat juang kita semua. Kehadiran pimpinan ini menjadi dorongan untuk Angkatan Muda Harapan bekerja lebih kuat, lebih kemas, dan lebih berstrategi.
PRK ini bukan sekadar pertarungan undi, tapi medan menepis fitnah dengan fakta. Kita tampil dengan penjelasan jelas — gerak kerja kerajaan dijelaskan terus kepada rakyat, sama ada bersemuka mahupun menerusi medan digital. Tiada ruang untuk tohmahan dan manipulasi!
Insya-Allah, dengan semangat bersama dan iltizam tak berbelah bahagi, kita menangkan PRK ini.
#angkatanmudaharapan
#kerajaanperpaduan
#prkayerkuning -
Adam Adli reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota KEADILAN dalam pemilihan parti kali ini.
Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan. Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.
Seperti yang sering saya tegaskan — KEADILAN bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.
Insya-Allah, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#keadilan
#pemilihan2025 -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi tadi berlangsung Majlis Pelancaran Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2025 di LYL International Karting Circuit, Sungai Long, Cheras.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan pasukan, para pelumba yang akan bersaing dalam musim ini, serta rakan-rakan media yang sentiasa memberikan sokongan kepada dunia permotoran tanah air.
Musim baharu Cub Prix akan bermula pada 19 April 2025 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) dan dijangka meriah dengan lebih 10 siri perlumbaan sehingga ke pusingan penutup di Johor pada bulan November.
Ucapan selamat maju jaya buat seluruh komuniti PETRONAS Cub Prix. Semoga perlumbaan tahun ini menjadi medan terbaik untuk mengetengahkan bakat-bakat tempatan dan mengangkat sukan permotoran ke tahap lebih tinggi.
Insya-Allah, akan turut serta dalam salah satu siri perlumbaan nanti!
#teamkbs #petronascubprix #petronasmotorsports -
Adam Adli reposted
Institut Sukan Negara 🥇🇲🇾
@isnmalaysia
Putra Heights, 9 April 2025 – Sebagai tanda solidariti dan komitmen sosial, Institut Sukan Negara (ISN) telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan NGO Perubatan BeVital untuk menyediakan Klinik Perubatan Bergerak (Mobile Clinic) bagi membantu mangsa kebakaran paip gas yang berlaku pada 2 April 2025 di Putra Heights. Klinik Perubatan Bergerak ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Camelia dan Dewan Masjid Putra Heights, serta akan terus beroperasi sehingga 13 April 2025.
-
Adam Adli reposted
KBSMalaysia
@KBSMalaysia
Sudahkan anda memfailkan cukai pendapatan individu?
Kini anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi yuran latihan dan pembelian peralatan sukan untuk 103 jenis aktiviti sukan yang tersenarai dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576). -
Adam Adli
@AdamAdli
Santai bersama akar umbi yang menggerakkan Ranting-ranting KEADILAN Hang Tuah Jaya selama ini. Saya telah tawarkan diri sebagai Calon Timbalan Ketua Cabang, tanda dokongan buat kepimpinan Cikgu Rafee, penyandang dan Calon Ketua Cabang Hang Tuah Jaya dalam pemilihan semasa yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Tekad kita semua tetap sama, turun ke gelanggang pemilihan demi merai dan menyuburkan demokrasi, dalam semangat perlawanan adik-beradik. Kepentingan utamanya adalah kelangsungan dan kemajuan Parti.
Yang berdaftar di Cabang Hang Tuah Jaya, jangan lupa untuk laksanakan tanggungjawab memilih Sabtu ini! -
Adam Adli reposted
KEADILAN
@KEADILAN
Bantuan kepada mangsa insiden letupan gas Putra Height
#madanibekerja #malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh meriah di MITC, Melaka, dengan diserikan oleh YDP Negeri Melaka Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serta barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Sambutan ini memperlihatkan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum, khususnya warga Melaka, yang hadir dalam suasana harmoni dan penuh keceriaan.
Dalam ucapan, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa kejayaan kerajaan hanya dapat diukur apabila rakyat sendiri merasai manfaat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang turut serta memeriahkan majlis ini. Moga semangat perpaduan terus subur dalam kalangan masyarakat.
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli reposted
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim memberitahu pihak kerajaan sedia bantu proses pemulihan dari masa ke masa💪🏻💪🏻💓
#nadiarena #astroarenaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi ini berkesempatan menziarahi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, susulan tragedi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni yang berlaku pada 2 April lalu.
Tragedi ini amat menyayat hati dan memberi kesan mendalam kepada seluruh komuniti, termasuk salah seorang warga KBS sendiri, saudara Nadzmi bin Roslaimie dan keluarga. Bagi pihak KBS, saya merakamkan ucapan takziah dan doa agar semua mangsa diberikan kekuatan untuk bangkit semula dari ujian ini.
Sejak hari pertama PPS dibuka, KBS telah menggerakkan pasukan sukarelawan belia SATRIA yang dikoordinasikan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Mereka memainkan peranan penting membantu gerak kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuk menyusun sumbangan bantuan dan memastikan kelancaran operasi secara berjadual mengikut syif 8 jam.
Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, KBS turut menyumbang keperluan asas seperti sleeping bag, selimut serta permainan papan (board games) untuk sokongan moral khususnya kepada kanak-kanak yang terjejas.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan, sukarelawan, pihak media serta semua yang terlibat dalam pengurusan PPS ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan buat kita semua. Insya-Allah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Dirgahayu 26 Tahun Parti Keadilan Rakyat!
-
Adam Adli reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
Timbalan Menteri Belia & Sukan Turun Padang ke PPS Masjid Putra Heights 💪
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turun padang ke PPS Masjid Putra Heights bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa insiden kebakaran saluran paip gas baru-baru ini 🔥 -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini, @KBSMalaysia menerima kunjungan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim ke Menara KBS sempena Program Ihya’ Ramadhan 2025 yang dimulakan beliau sejak 3 Mac 2025.
Lawatan dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama warga KBS, diikuti mesyuarat ringkas bersama pengurusan tertinggi KBS.
Ihya’ Ramadhan Perdana Menteri kali ini turut diisi dengan tazkirah Ramadan oleh Ustaz Haji Mohd Lukmanul Hakim, diakhiri dengan Solat Zohor berjemaah di Dewan KBS.
Kunjungan Perdana Menteri ini bukan sekadar lawatan, tetapi tanda keprihatinan dan komitmen beliau dalam menyantuni tulang belakang Kerajaan selama ini, selain menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.
#kbs
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Petang tadi ambil peluang untuk bersama dalam Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC, acara unik yang menggabungkan kecergasan dengan penghargaan budaya.
Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri @anwaribrahim , beliau turut menyertai brisk-walk sejauh 3 km (pace PMX hari ini 10+) sebagai tanda sokongan terhadap gaya hidup sihat.
Dianjurkan oleh Locco dengan sokongan MoTAC, acara ini menghimpunkan lebih 10,000 peserta berlari dalam sarong dan kebaya diiringi muzik tradisional.
Lebih dari sekadar larian, ini adalah bukti bahawa budaya boleh diraikan secara aktif dan sihat!
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Adam Adli
@AdamAdli
M6 Malaysia has officially come to an end—a proud and historic moment for esports enthusiasts in Malaysia and around the globe.
We gave our very best to make this the most memorable M-Series ever held. From the thrilling matches to our warm hospitality, we hope the experience has left you with unforgettable memories of Malaysia.
Although SRG and Vamos couldn’t make it to the Grand Final, Malaysians are undoubtedly proud of their dedication and outstanding performances. They carried our flag with pride and showed the world what we’re capable of.
This is not the end—Malaysia will rise again next year, stronger than ever.
#m6laysia #mlbbm6 #mlbb #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Nice game Selangor Red Giants, korang dah cuba segalanya untuk game malam ni namun kemenangan tidak berpihak kepada kita.
M6 adalah satu-satunya kejohanan yang kita tak dapat sempurnakan dalam melengkapkan ‘The Golden Road’ SRG untuk tahun ini.
Terima kasih kepada pemain & pengurusan SRG untuk perjalanan MLBB yang cukup baik pada tahun ini. Jangan down, kita bangkit balik untuk M7 tahun hadapan!
#m6laysia #srg #mlbbThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Minbappe! Satu lagi kejuaraan dunia untuk wakil esports negara! 🇲🇾
Rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan ✅
Menang bersih di perlawanan akhir ✅
Juara Dunia 🏆 ✅
#malaysiamadani #fewc2024 #fifae #efootball -
Adam Adli
@AdamAdli
Selangor Red Giants dan Vamos bakal memulakan misi besar mereka di M6 World Championship esok.
Kita sudah berulang kali membuktikan kehebatan dalam arena MLBB, bukan calang-calang pasukan yang mampu menandingi semangat juang kita.
Dengan doa dan sokongan rakyat Malaysia, Insya-Allah, trofi M6 akan kekal di bumi Malaysia.
Buat semua pasukan dan peminat MLBB — welcome to Malaysia 🇲🇾
Sampai jumpa esok, ayuh beri sokongan padu!
#m6laysia #mlbb #m6 #malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Saya singgung pencapaian organisasi AMK dalam ucapan di Konvensyen AMK Zon Tengah baru-baru ini.
Sejak bermula penggal ini sehingga sekarang, Angkatan Muda KEADILAN terus memperkukuh rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi. Bermula dari hanya 53 AMK Cabang, jumlah itu kini melonjak kepada 196 cabang daripada keseluruhan 222 cabang di seluruh negara.
Keanggotaan terus menunjukkan peningkatan yang konsisten setiap tahun. Ini bukti bahawa gerak kerja AMK sentiasa berfokus dan memberi impak, tanpa perlu hingar bingar.
Dalam keterbatasan masa dan cabaran yang ada, kita berjaya merealisasikan langkah besar memperkukuhkan parti.
Insya-Allah, momentum ini akan diteruskan demi memastikan kelangsungan dan kekuatan parti keramat ini.
#amkmalaysia #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Pada Konvensyen AMK Zon Utara, saya mengingatkan rakan-rakan seperjuangan tentang asas paling utama Parti Keadilan Rakyat yang diperjuangkan sejak penubuhannya; reformasi.
Reformasi bukan laungan kosong atau retorik politik. Ia perjuangan sebenar yang memerlukan keberanian dan ketabahan berterusan.
Perjalanan kita untuk melaksanakan reformasi akan penuh dengan liku dan cabaran, maka kita perlu teguh menggenggam obor perjuangan ini.
Di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, kita berazam menegakkan reformasi serta melaksanakan perubahan, demi perubahan, yang membawa keberhasilan buat rakyat.
Angkatan Muda KEADILAN akan terus berdiri teguh, bersama-sama memperjuangkan asas dan laungan keramat ini demi negara yang tercinta.
#amkmalaysia #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Salam takziah atas pemergian Annie Choong (OLY), atlet olimpik wanita pertama negara.
Semoga sentiasa dikenang atas kejayaan dan pengorbanan beliau untuk tanah air.
Astro Arena 🇲🇾
@ASTROARENA
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
stadiumastro.com/sukan-lain/olimpian-wanita-pertama-negar… -
Adam Adli
@AdamAdli
“Sesungguhnya di Alam Warisan ini tiada kebencian tiada ketakutan, hanya ada keberanian.”
Luang masa bersama sahabat-sahabat penggerak sukan memanah berkuda di Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah petang tadi sempena Piala Alam Warisan.
Ini antara pusat latihan dan pertandingan yang diiktiraf World Horseback Archery. Ada Abdurrahman dan Heba Nusaybah, pemenang pingat emas di France baru-baru ini.
Ada @faizal_tahir , ada John Bear juga. Ada Amerul Affendi juga tapi dia dah balik.
Bukti sukan ini bukan hanya medan persaingan, tapi juga medan ukhwah.
Semoga ketemu lagi!
#malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Sukan adalah alat perpaduan, bukan perpecahan.
Malaysia berbangga dapat menjadi ‘neutral ground’ kepada Palestin dan Jordan.
Semoga hubungan baik ini membawa keamanan buat semua.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Selesai Kembara JOM Sabah pagi tadi, saya terus bergerak ke Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional Kuala Lumpur.
Konsert ini penuh dengan bakat tempatan yang hebat-hebat, dari pelbagai genre muzik.
Siapa kata anak Malaysia tak boleh? Bakat sedia ada kita memang luar biasa!
Insya-Allah, kita akan terus buka lebih banyak platform untuk anak muda berekspresi melalui muzik, bukan saja di Kuala Lumpur, tapi juga di seluruh negara.
Esok petang, saya akan sambung siri Kembara Jumpa Orang Muda Borneo dan akan anak muda di Labuan pula.
Jumpa di sana nanti!
#konsertjiwamalaysia2024 #jiwamalaysia2024 #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat TYT Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia, di Menara KBS pagi ini.
🇲🇾 🤝 🇵🇸
Perbincangan kami tertumpu kepada persiapan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan, di mana Malaysia dengan bangga menjadi tuan rumah kepada pasukan Palestin.
Ini adalah tanggungjawab yang kami galas dengan penuh rasa hormat dan komitmen.
Kami juga berbincang tentang langkah-langkah untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan antara kedua-dua negara.
Malaysia bersedia untuk terus menjadi ‘rumah pertama’ kepada pasukan Palestin dan menyokong mereka melalui latihan bersama dalam sukan bola sepak serta sukan-sukan lain. Ini adalah satu usaha untuk memastikan semangat dan identiti Palestin terus dipelihara dan dihargai.
Dalam suasana dunia yang semakin mencabar bagi rakyat Palestin, kita harus memastikan semangat kenegaraan mereka tidak luntur.
Kami sependapat bahawa penting untuk memberi peluang kepada generasi muda, baik anak muda Malaysia mahupun Palestin, untuk terus memahami dan memperkukuh identiti Palestin. Malaysia akan terus berdiri teguh dalam usaha ini, memupuk kesedaran dan solidariti di kalangan belia kita.
Palestin sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia, dan kita telah berkali-kali menunjukkan solidariti melalui pelbagai himpunan dan acara.
Oleh itu, pada 10 September ini, saya menjemput semua rakyat Malaysia dan juga rakyat Palestin yang menetap di sini untuk hadir dan berikan sokongan padu kepada pasukan Palestin dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia kelak.
Tiket akan mula dijual dalam waktu terdekat. Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur telah bersedia untuk menerima lebih 15,000 pemain ke-12! -
Adam Adli
@AdamAdli
Tahniah Umar Osman! Pecah rekod SUKMA acara 800m 🔥🫡
Sebelum ini, rekod tersebut dipegang
oleh G Ampumani pada edisi SUKMA 1992.
#sukmasarawak2024This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Hari ini pasukan memanah kita akan membuka tirai misi kita memburu emas pertama Olimpik.
Ayuh rakyat Malaysia, teruskan sokongan kepada atlet-atlet kita yang akan berjuang demi negara.
Satu hati, satu jiwa,
#kitasemuateammas ! -
Adam Adli
@AdamAdli
Terima kasih kepada anak muda Perlis atas masa yang diluangkan sebentar tadi.
Saya kira sesi tadi banyak memberi kami di KBS satu sudut pandang yang berbeza.
Kita akan terus turun ke lapangan untuk mendengar sendiri cadangan dan suara anak muda setempat.
Insya-Allah, Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) akan mengembara ke Pahang dan Perak dalam waktu terdekat.
#kembarajom #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Mini EsportCon akan berlangsung di Parlimen Malaysia esok!
Saya menjemput semua ahli-ahli parlimen, pegawai-pegawai baik dari kerajaan mahupun pembangkang serta semua yang berada di Parlimen esok untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti dan pameran yang telah kita sediakan.
📆 4 Julai 2024 (Khamis)
🕰️ 9.00 pagi - 5.00 petang
📍 Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia
Jumpa di sana!
#esi #teamkbs #nesdeg #esportscon #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Adam Adli
@AdamAdli
Kawan-kawan di Kedah dan Pulau Pinang, hujung minggu ni kalau belum ada aktiviti dirancang — saya jemput semua untuk hadir ke Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM)!
Kembara JOM Kedah 🟢🟡
📆 Sabtu, 1 Jun 2024
🕰️ 7:30 pagi - 7:30 petang
📍 Kompleks Belia dan Sukan Kedah
maps.app.goo.gl/wL458Mvis8pTnrdz8?g_st=ic
Kembara JOM Pulau Pinang 🔵🟡
📆 Ahad, 2 Jun 2024
🕰️ 10 pagi - 6 petang
📍 Seberang Perai Arena Convention Centre
maps.app.goo.gl/cNg6khGn3rn7tL7R8?g_st=ic
Macam-macam aktiviti kita dah sediakan untuk semua segmen anak muda.
Jumpa di sana!
#kembarajumpaorangmuda #kembarajom #rakanmuda #malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Stay strong Mickey.
Pelaku perlu dikenalpasti dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Hannah Yeoh
@hannahyeoh
Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku.
Zulhelmi Zainal Azam
@zulhelmizainal1
Selepas Akhyar Rashid disamun, Faisal Halim pula dilapor disimbah asid.
@ASTROARENA -
Adam Adli
@AdamAdli
Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) kembali lagi, kini kita ke Johor Darul Ta’zim! 🔵🔴
Kembara JOM Johor akan berlangsung pada:
📆 Sabtu, 27 April 2024
🕰️ 10:30 pagi hingga 6:30 petang
📍Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor
Ada banyak aktiviti yang telah disusun untuk pelbagai segmen belia di negeri Johor. Saya jemput semua untuk turut hadir ke Sesi Libat Urus yang akan berlangsung di sebelah petang.
Set reminder anda melalui post ini di Instagram dan kita jumpa Sabtu ini!
#kembarajom #teamkbs #teamjbsn #rakanmuda #malaysiamadani -
Adam Adli
@AdamAdli
Saudara Akmal Saleh mungkin boleh bertenang dan pandang kiri kanan sikit dalam mengeluarkan kenyataan samada peribadi mahupun rasmi.
Yang disinggung oleh Saudara itu Presiden kami, Perdana Menteri kita semua. Mungkin Saudara bukan “walanon” tetapi Saudara tetap salah seorang Ketua Pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini. -
Adam Adli
@AdamAdli
Malaysia Bersama Palestin.🇲🇾🇵🇸
-
Adam Adli
@AdamAdli
The way everyone stood and cheered when Palestine entered the stadium. 🇵🇸
#4thasianparagames #palestine -
Adam Adli
@AdamAdli
We have been in touch with the Palestinian Embassy this evening and made our offer to host the match between Palestine and Australia in Kuala Lumpur Stadium, Bandar Tun Razak next month.
Mani Djazmi
@BBC_Mani
The AFC has turned down Palestine’s request to play their World Cup qualifier against Australia next month in Algeria citing Alg being in a different continent, unknown facilities and player welfare.
Palestine have to nominate a new neutral venue in Asia by October 25 -
Adam Adli
@AdamAdli
Syed Saddiq menyelar kerajaan hari ini sebagai NATO; No Action Talk Only. Kerajaan yang beliau baru tinggalkan beberapa hari lepas.
Wan Ahmad Fayhsal pula dalam gaya kebiasaannya sebagai seorang pakar istilah (jargon) politik menanggapi kerajaan ini sebagai pengamal pork barrel politic - politik tong babi. -
Adam Adli
@AdamAdli
Soalan yang selalu saya terima; “Siapa yang boleh kalahkan Sanusi?”
Jawapan yang selalu saya bagi; “Diri dia sendiri.” -
Adam Adli
@AdamAdli
Pentas Geng Perpaduan di Strand Mall, Kota Damansara!
Terima kasih semua anak muda yang turun malam ini!
#gengperpaduan
#binabersama
#perpaduan -
Adam Adli
@AdamAdli
Pembahas AMK, Taufiq Johari! 🔥
-
Adam Adli
@AdamAdli
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan petang tadi bersama Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.
-
Adam Adli
@AdamAdli
Saya terima berita pemergian aktivis rakyat, Cikgu Ishak Surin dengan hati yang hiba.
Kehilangan besar buat kita semua. Takziah buat keluarga Cikgu Ishak.
Semoga Allah kurniakan kemuliaan, ketenangan, dan damai abadi buat almarhum di negeri sana.
Al-fatihah. -
Adam Adli
@AdamAdli
Say no to racism. Say no to fascism.
Pretty basic for a multiracial country like us. -
Adam Adli
@AdamAdli
Tenang..tenang..
-
Adam Adli
@AdamAdli
Pagi tadi panaskan badan, jalan-jalan dan minum pagi sekitar Bukit Baru dan Bukit Beruang.
Terima kasih @n_izzah dan @Kerkcheeyee yang sudi teman! Dua orang ni memang ramai peminat. 😁
p/s: Izzah kata Permatang Pauh tergugat dengan nyonya laksa HTJ. Heh!
#kitaboleh -
Adam Adli
@AdamAdli
"Di atas robohan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka; bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka."
Bertitik dari pesan Burhanuddin Al-Helmy; dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya terima amanah besar, pertahankan P.137 HANG TUAH JAYA.
Doakan!
#kitaboleh -
Adam Adli
@AdamAdli
Jelajah Angkatan Muda Harapan ke Terengganu! Sabtu, 3 Sept 2022.
Siang boleh bertemu di lokasi² dalam jadual.
Malam di Mayang Hall, Batu Buruk boleh sertai Open Mic; pentas terbuka untuk anda nyatakan pendapat, kritikan, dan harapan.
Nak hentam pun boleh. 🙂
Jumpa esok! -
Adam Adli
@AdamAdli
Relakslah, 20 sen je naik. Hidup Melayu!











































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































