Majlis Perasmian dan Serahan Projek Naik Taraf Lobi Menara PETRA serta merasmikan Anjung PETRA.
#petra
#malaysiamadani
Fadillah Yusof
Fadillah bin Yusof (Jawi: فضيلة بن يوسف; born 17 April 1962) is a Malaysian politician and lawyer who has served as the Deputy Prime Minister of Malaysia since 2022, Minister of Energy Transition and Water Transformation since 2023 and the Member of Parliament (MP) for Petra Jaya since March 2004. He is the first deputy prime minister from Sarawak, one of the Borneo states in Malaysia and the second deputy prime minister not from the United Malays National Organisation (UMNO) after Wan Azizah Wan Ismail from the People's Justice Party (PKR). More on Wikipedia
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Persekitaran kerja yang selesa bukan sekadar soal ruang dan kemudahan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina suasana kerja yang positif, produktif dan menyeronokkan.
Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Serahan Projek Naik Taraf Lobi Menara PETRA serta merasmikan Anjung PETRA.
Selepas lebih dua dekad beroperasi sejak tahun 2004, Menara PETRA kini tampil dengan wajah baharu menerusi naik taraf lobi yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Putrajaya.
Pembaharuan ini bukan sahaja memberikan suasana yang lebih segar dan selesa, malah mencerminkan komitmen PETRA untuk terus memodenkan persekitaran kerja seiring dengan agenda pendigitalan.
Turut melengkapkan pembaharuan ini ialah Anjung PETRA, sebuah ruang rekreasi dan interaksi yang diwujudkan sebagai tempat warga kerja berehat, berinteraksi dan mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja.
Ini kerana tempat kerja yang baik bukan hanya tempat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab, tetapi juga ruang untuk membina hubungan, menyemai kebersamaan dan menikmati perjalanan bekerja bersama-sama.
Inilah komitmen PETRA untuk terus membudayakan keseronokan bekerja serta memperkukuh kesejahteraan warga kerja, di samping mengekalkan prestasi cemerlang dalam Indeks Keseronokan Bekerja dalam kalangan kementerian.
#petra
#malaysiamadani
19 Nov 2026 | Putrajaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, dapat bersama-sama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Perhimpunan Bulanan PETRA bagi bulan November 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya, pagi ini tadi.
Saya telah menyentuh beberapa perkara penting, khususnya mengenai pelaksanaan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan sebanyak RM5.33 bilion kepada PETRA, termasuk RM4.92 bilion bagi peruntukan pembangunan yang melibatkan 559 program dan projek.
Peruntukan ini perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang berkesan, khususnya dalam memperkukuh mitigasi banjir, keterjaminan bekalan air, kestabilan bekalan elektrik serta agenda peralihan tenaga lestari negara.
Saya juga berkongsi perkembangan dan pencapaian PETRA sepanjang tahun ini, termasuk penyerahan projek bekalan elektrik di Sabah, pelaksanaan inisiatif sektor air dan pembetungan serta kejayaan PETRA meraih pengiktirafan dalam Anugerah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.
Dalam aspek tadbir urus, saya menegaskan bahawa setiap ringgit wang awam merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan penuh tanggungjawab. Syabas kepada 13 PTJ yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang dalam Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan PETRA tahun ini, berbanding 10 PTJ pada tahun lalu.
Saya turut menekankan kepentingan pembudayaan integriti menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PETRA 2026–2030 serta mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) atas pengiktirafan sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).
Menjelang penghujung tahun 2026 dan persediaan memasuki tahun 2027, saya berharap seluruh warga PETRA akan terus memperkukuh kerjasama, meningkatkan kecekapan penyampaian serta memastikan setiap perancangan dan projek kementerian memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat.
Ingatlah, setiap tugas adalah amanah, walau sekecil mana sekalipun. Laksanakan dengan ikhlas, sempurnakan dengan ihsan dan jadikan setiap usaha sebagai khidmat yang membawa kebaikan kepada negara.
Jernih mengalir air di kali;
Menjana tenaga menyinari bumi;
2026 disemat teguh di hati;
2027 PETRA terus berbakti.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malaysia kini berada pada fasa penting dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), khususnya dalam usaha memperkukuh produktiviti, daya saing dan keupayaan teknologi tempatan menerusi agenda Made by Malaysia.
Perkara ini saya tekankan ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.
Sasaran meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada 2.5 peratus KDNK menjelang 2030 memerlukan komitmen bersama Kerajaan, industri dan komuniti penyelidikan.
Namun, kejayaan tidak boleh diukur melalui jumlah pelaburan semata-mata, sebaliknya melalui teknologi yang dibangunkan, produktiviti yang meningkat dan manfaat yang dirasai oleh rakyat.
MOSTI berperanan penting menghubungkan dasar, penyelidikan, pembangunan bakat dan industri di mana kepakaran Felo ASM pula perlu terus dimanfaatkan sebagai sumber nasihat saintifik berwibawa bagi memastikan keputusan negara berasaskan bukti.
Sehubungan itu, saya menyambut baik Pelan Strategik ASM 2026–2030 yang meletakkan ASM sebagai Peneraju Transformasi STIE (STIE Transformation Trailblazer) melalui pendekatanModel Berasaskan Jaringan (Networked Organisation Model). Pendekatan ini wajar ke arah memperkukuh hubungan antara pakar, Kerajaan, industri dan masyarakat bagi mempercepat penyelesaian cabaran negara.
Semangat Berani Mencabar Kebiasaan atau Dare to Disrupt pula menuntut keberanian mencabar pendekatan konvensional, berasaskan bukti saintifik dan pandangan masa hadapan atau foresight. Kita perlu menjangka perubahan teknologi dan keperluan masyarakat lebih awal, bukan sekadar bertindak apabila cabaran telah berlaku.
Keupayaan negara membangunkan teknologi sendiri juga bergantung kepada bakat STEM yang berkualiti. Pendidikan, penyelidikan dan keperluan industri perlu bergerak seiring supaya bakat tempatan mempunyai peluang kerjaya yang bermakna serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Para Felo ASM mempunyai peranan penting sebagai penasihat dasar, penghubung industri dan pembimbing generasi saintis muda. Kepakaran dan pengalaman mereka mesti terus menjadi kekuatan kepada ekosistem inovasi negara.
Kepada semua Felo Kanan dan Felo baharu ASM, saya ingin menitipkan tiga harapan utama :-
Pertama, teruslah memberikan nasihat saintifik yang bebas, berwibawa dan berasaskan bukti, termasuk apabila dapatan tersebut mencabar pendekatan sedia ada.
Kedua, dekatilah industri dan masyarakat supaya penyelidikan benar-benar menyelesaikan masalah, mencipta nilai ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ketiga, bimbinglah generasi pelapis agar kecemerlangan saintifik negara dapat diteruskan dan diperkukuh.
Tahniah kepada semua Felo Kanan dan Felo baharu ASM.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 18 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Seronok dapat meluangkan masa menyantuni anak-anak yang datang dari jauh, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Singgah Manis, Kinabatangan, Sabah, yang berkunjung ke Parlimen menerusi program lawatan sambil belajar.
Seramai 11 orang pelajar hadir bersama 4 orang guru pengiring dan 3 orang wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Semoga pengalaman berada di Parlimen dapat memberikan sesuatu yang bermakna buat anak-anak ini.
Lawatan seperti ini bukan sekadar peluang untuk melihat sendiri suasana di Parlimen, tetapi juga ruang untuk anak-anak mengenali dengan lebih dekat institusi yang menjadi tempat suara rakyat dibawa dan dibahaskan.
Mudah-mudahan kunjungan ini menambah pengetahuan, menyemarakkan rasa ingin tahu dan menjadi kenangan manis dalam perjalanan pendidikan mereka.
Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru, wakil PIBG dan semua anak-anak atas kunjungan. Siapa tahu, suatu hari nanti, merekalah yang bakal berucap dan berbahas di dalam Parlimen, membawa suara rakyat dan menyumbang kepada masa depan negara 🇲🇾
Parlimen | 17 November 2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menyantuni seramai 120 orang pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen pada petang ini.
Pelajar berkenaan berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, selain dibawa meninjau sekitar bangunan Parlimen bagi mengenali dengan lebih dekat institusi penting yang menjadi tunjang sistem demokrasi dan pemerintahan negara.
Lawatan seumpama ini amat bermakna dalam memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan Parlimen, proses penggubalan undang-undang serta tanggungjawab wakil rakyat dalam membawa suara dan aspirasi rakyat.
Semoga anak-anak MCKK terus cemerlang dalam akademik dan menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu, berwibawa serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
#malaysiamadani
Parlimen | 18 November 2026 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Bin Abdul Aziz di pejabat saya.
Dalam kunjungan itu, kami berbincang pelbagai perkara melibatkan perkhidmatan awam dan keperluan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 18 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 November 2026 | Selasa
Sistem pembetungan yang cekap bukan sekadar mengurus air sisa, malah merupakan infrastruktur asas yang menyokong kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Justeru, sektor ini memerlukan perancangan rapi, pelaburan berterusan serta pengurusan dan penyelenggaraan yang berkesan.
Seiring pertumbuhan penduduk, pembangunan bandar dan peningkatan aktiviti ekonomi, permintaan terhadap perkhidmatan pembetungan turut meningkat. Oleh itu, pengurusan sektor ini memerlukan penyelarasan dan kerjasama erat antara PETRA sebagai peneraju dasar dan hala tuju, SPAN dalam aspek kawal selia, JPP dalam perancangan serta pembangunan infrastruktur, dan IWK dalam operasi serta penyelenggaraan sistem pembetungan.
Perkara ini antara yang saya sentuh ketika berucap pada Sesi Libat Urus PETRA Bersama Media Tahun 2026 di Kuala Lumpur, lewat petang ini.
Media merupakan rakan strategik Kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi perkembangan sektor pembetungan, bertukar pandangan dan memperkukuh kefahaman mengenai usaha Kerajaan membangunkan infrastruktur yang cekap dan mampan.
Sehingga Oktober 2026, portfolio aset pembetungan awam di bawah pengurusan JPP mempunyai nilai semasa sebanyak RM22.69 bilion, merangkumi:
● 7,618 loji rawatan kumbahan;
● 1,543 stesen pam;
● 24,024 kilometer rangkaian paip pembetungan; dan
● 4,653 lot tanah rizab pembetungan.
Skala aset ini menuntut tadbir urus yang cekap bagi memastikan keseluruhan sistem sentiasa berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, Buku Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Aset Pembetungan telah diluncurkan pada 5 Oktober 2026 hasil kerjasama PETRA, JPP, SPAN, IWK dan JKR sebagai panduan memperkukuh pengurusan aset pembetungan awam.
Antara keutamaan Kerajaan adalah memperluas liputan pembetungan bersambung, meningkatkan kapasiti infrastruktur khususnya di kawasan bandar yang pesat membangun dan padat penduduk, serta menaik taraf atau merasionalisasikan loji rawatan kumbahan yang usang, berskala kecil dan tidak lagi ekonomik untuk beroperasi.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Rolling Plan 1, PETRA komited meneruskan pembangunan infrastruktur pembetungan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM16.19 bilion.
Antara sasaran utama ialah meningkatkan liputan pembetungan bersambung di 13 bandar utama kepada 87.8%, selain merasionalisasikan 418 loji rawatan kumbahan awam yang usang dan berskala kecil kepada sistem serantau yang lebih moden.
Dalam aspek operasi, IWK kini mengendalikan dan menyelenggara lebih 9,000 loji rawatan kumbahan dan stesen pam serta lebih 22,000 kilometer rangkaian paip di seluruh negara. Kecekapan operasi terus dipertingkat melalui pengoptimuman penggunaan tenaga, penambahbaikan proses rawatan dan pematuhan standard pelepasan efluen, termasuk penggunaan peralatan cekap tenaga, biogas dan tenaga solar.
Pada masa sama, pengiktirafan JPP sebagai Jabatan Teknik Persekutuan berkuat kuasa 7 Julai 2026 membolehkan jabatan ini memainkan peranan sebagai agensi pelaksana projek pembetungan Persekutuan, sekali gus memperkukuh keupayaan pelaksanaan pembangunan infrastruktur negara.
Selain memastikan air sisa dirawat dengan sempurna, potensi air terawat untuk digunakan semula serta pemanfaatan biopepejal dan biogas juga perlu diteroka bagi menyokong ekonomi kitaran dan penggunaan sumber yang lebih mampan.
Pembangunan sektor pembetungan tidak boleh hanya tertumpu kepada pembinaan infrastruktur baharu. Setiap perancangan perlu mengambil kira keadaan kawasan, keperluan penduduk, kapasiti sistem sedia ada serta kemampuan operasi dan kewangan untuk jangka panjang. Pemantauan prestasi, penyelenggaraan pencegahan dan tindakan pantas terhadap sebarang gangguan juga penting bagi mengelakkan kegagalan sistem serta memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pengguna.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Istiadat Sambutan Lawatan Rasmi Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron Ke Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad.
Sejak dipilih menjadi Presiden untuk penggal kedua pada tahun 2022, ini merupakan lawatan pertama Emmanuel Macron ke Malaysia.
Selepas istiadat pemeriksaan perbarisan kehormat oleh Emmanuel Macron, saya menyertai mesyuarat dua halan antara dua negara yang membincangkan usaha memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan, industri pertahanan, teknologi tinggi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, mineral kritikal, peralihan tenaga serta pendidikan.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 17 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 16 November 2026 | Isnin
Menerima kunjungan hormat daripada TYT Sébastien Martin, Menteri Delegasi bagi Industri Perancis, di Bangunan Parlimen petang tadi.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih luas antara Malaysia dan Perancis, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, tenaga hijau, keselamatan tenaga dan pembangunan grid tenaga.
Perancis merupakan antara negara yang mempunyai kepakaran dan kemajuan teknologi yang signifikan dalam sektor tenaga. Sehubungan itu, Malaysia melihat potensi besar untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Perancis, termasuk menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat-syarikat Perancis, memperluas perkongsian kepakaran serta menggalakkan pemindahan dan pertukaran teknologi.
Semoga pertemuan ini menjadi satu lagi langkah bermakna dalam mempererat hubungan dua hala Malaysia–Perancis, di samping membuka peluang kerjasama yang saling menguntungkan ke arah pembangunan ekosistem tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kekuatan sesebuah negara bukan hanya diukur daripada apa yang dimilikinya, tetapi juga daripada apa yang mampu dibina bersama negara-negara jirannya.
Dalam dunia yang semakin saling berhubung, masa depan tenaga ASEAN tidak lagi boleh dibina secara bersendirian.
Ini antara perkara yang saya tegaskan ketika merasmikan ASEAN Power Grid Forum anjuran Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya dan Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS).
ASEAN Power Grid bukan sekadar projek infrastruktur atau perdagangan elektrik rentas sempadan, tetapi merupakan satu agenda strategik dalam memperkukuh keselamatan tenaga, daya tahan ekonomi dan kerjasama serantau.
Seiring dengan peningkatan permintaan tenaga, khususnya daripada perkembangan pusat data dan kecerdasan buatan (AI), kita perlu memastikan pertumbuhan ekonomi bergerak seiring dengan jaminan bekalan tenaga yang mampan, stabil dan berdaya tahan.
Sarawak, dengan potensi tenaga hidro serta kedudukannya yang strategik di Borneo, turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan tenaga serantau.
Namun, menjadi hab tenaga bukan sekadar satu keistimewaan, tetapi satu tanggungjawab untuk membina kepercayaan, menjamin kebolehpercayaan bekalan dan memastikan manfaatnya dapat dikongsi bersama.
Malaysia kekal komited dalam merealisasikan ASEAN Power Grid, berpaksikan prinsip kesepakatan, saling menghormati kedaulatan negara dan mengutamakan kepentingan bersama ASEAN.
Bak kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh.”
Apabila kita menghubungkan grid tenaga, kita memperkukuh keselamatan. Apabila kita membina kepercayaan, kita menjadikan kesalingbergantungan sebagai sumber kekuatan, bukan kelemahan.
Marilah kita hubungkan tenaga, satukan aspirasi dan bina masa depan ASEAN yang lebih kukuh, makmur dan mampan. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya berkesempatan merasmikan Ladang Solar Gading Kencana di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP), satu lagi langkah bermakna dalam perjalanan Malaysia menuju masa depan tenaga yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.
Pembangunan ladang solar berkapasiti 43 MWp ini, menerusi kerjasama strategik antara Gading Kencana dan Intel, membuktikan bahawa peralihan tenaga negara bukan lagi sekadar aspirasi, tetapi kini menjadi realiti.
Inilah kekuatan sebuah kerjasama — apabila pelaburan, inovasi dan kepakaran digembleng bersama, kita bukan sahaja menjana tenaga bersih, malah membuka peluang baharu ke arah masa depan Malaysia yang lebih lestari.
Komitmen jangka panjang Intel menerusi perjanjian selama 15 tahun bagi pembelian 53,000 Sijil Tenaga Boleh Baharu (REC) setiap tahun turut mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi dan keupayaan industri tenaga boleh baharu Malaysia.
Lebih membanggakan, kejayaan ini mencerminkan keupayaan syarikat Bumiputera untuk melangkah lebih jauh dalam industri berteknologi tinggi, membina kepakaran serta bersaing di peringkat antarabangsa.
Saya berharap kejayaan yang ditunjukkan seperti Gading Kencana menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat tempatan untuk berani meneroka peluang baharu, menguasai teknologi dan membina keupayaan sendiri.
Kita bukan sekadar mahu menjadi peserta dalam peralihan tenaga, tetapi menjadi peneraju, pemilik teknologi dan pencipta peluang dalam landskap tenaga hijau negara.
Peralihan tenaga bukan sekadar agenda alam sekitar, tetapi juga pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan memperkukuh daya saing industri tempatan.
Sesungguhnya, peralihan tenaga adalah amanah dan tanggungjawab bersama. Kejayaan kita bukan sekadar diukur melalui jumlah tenaga yang dijana atau nilai pelaburan yang diraih, tetapi pada manfaat yang dapat kita kembalikan kepada rakyat.
Apa yang kita usahakan hari ini bukan hanya untuk kemajuan negara, tetapi untuk mewariskan sebuah masa depan yang lebih lestari, sejahtera dan penuh peluang buat generasi akan datang. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Kuliah Subuh yang disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Hana, Kuching.
Saya bersama Habib Ali turut berkesempatan menunaikan solat subuh berjemaah bersama kariah masjid.
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 16 November 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini berpeluang menghadiri Majlis Qasidah dan Tausiah bersama Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Naim, Kampung Lintang, Petra Jaya.
Antara pengisian yang dikongsikan Habib Ali adalah tentang betapa besarnya anugerah Allah SWT apabila kita diberikan kesempatan untuk hadir ke rumah-Nya, mengimarahkan masjid serta bersama-sama dalam majlis zikir dan ilmu.
Sesungguhnya, apabila melangkah ke rumah Allah, kita hadir sebagai tetamu-Nya. Dan apabila Allah SWT yang memuliakan tetamu-Nya, maka tiada pemberian yang lebih indah daripada rahmat, keampunan dan keberkatan-Nya.
Antara tanda keimanan seseorang adalah kecintaannya untuk sentiasa mengimarahkan rumah Allah.
Habib Ali turut mengupas makna Maulid dan kepentingan menghayati sirah Rasulullah SAW. Maulid bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, tetapi membawa kita menyelami perjalanan kehidupan insan paling mulia — daripada kelahiran, kenabian, peristiwa Israk dan Mikraj, hijrah ke Madinah, keindahan akhlak, sehinggalah kewafatan Baginda.
Tujuan mengenali dan membaca sirah Rasulullah SAW agar kita sentiasa mengingati Baginda, menyuburkan kecintaan kepada Baginda dan menjadikan keindahan akhlak serta sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, mencintai Rasulullah SAW bukan sekadar dengan ungkapan di bibir, tetapi dengan meneladani akhlak Baginda dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga setiap langkah kita menuju rumah Allah menjadi asbab bertambahnya keimanan, setiap ilmu yang diperoleh menjadi cahaya dalam kehidupan, dan setiap selawat yang dilafazkan mendekatkan hati kepada insan yang amat kita rindui, Rasulullah SAW.
Mudah-mudahan kita semua dikurniakan istiqamah dalam mengimarahkan rumah Allah, menjadi insan yang beriman dan beramal soleh, serta sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad. 🤍
Ahad l 15 November 2026 l Petra Jaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
KUCHING | 15 November 2026 | Ahad
PREMIER ABG JO, KAMEK ORANG SARAWAK MASIH MERLU KITAK !!!
Tok lah mesej jelas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan kepada Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atau lebih mesra dengan panggilan Premier Abg Jo, yang menyempurnakan perasmian konvensyen hari tok tek.
Konvensyen Zon Selatan yang diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 adalah pelengkap kepada Konvensyen Khas PBB selepas Zon Tengah, Zon Betong dan Zon Utara.
Selaku Pengerusi PBB Zon Selatan kamek mewakili kesemua pemimpin 26 cawangan dan ahli-ahli PBB di Zon Selatan, dari N1 sampei N26, membulatkan tekad, memperkukuhkan muafakat, akan terus bersama-sama, berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Premier.
Insya-Allah seluruh ahli parti akan terus berjuang bersama-sama kepimpinan YAB Premier demi memastikan PBB dan GPS menang besar pada PRN kali tok.
Tinggal 13 hari jak lagik kita tok nak penamaan calon dan 27 hari jak lagik kita nak ngundi. Tok sekaligus
menjadikan konvensyen Zon Selatan medan terpenting untuk ahli-ahli PBB menyatukan kekuatan, memperteguh semangat perjuangan dan memperkukuh tekad segulai sejalai, demi memastikan kemenangan besar kesemua calon GPS dalam PRN kali tok, Insya-Allah.
GPS dibawah Premier Abg Jo telah
membuktikan pencapaian pembangunan yang luar biasa, Sarawak diutamakan dalam setiap keputusan, hak dijaga dan rakyat di bela. Kepimpinan beliau telah berjaya memperkukuhkan keupayaan kewangan negeri dan memperluas agenda pembangunan jangka panjang yang berteraskan kepentingan rakyat seluruh Sarawak. Malah Sarawak berjaya menyediakan Belanjawan jauh lebih besar berbanding negeri lain di Malaysia.
Jadi PRN ke-13 tok kelak bukan ajak untuk parti kembali kepada rakyat bagi menentukan proses demokrasi dalam memilih kerajaan, tapi yang lebih penting ahli-ahli parti kena pastikan rakyat Sarawak akan merik sokongan 100 peratus kepada GPS, sebab banyak yang telah Kerajaan GPS bawa bukan ajak dalam membangunkan Sarawak, tetapi juga memperjuangkan nasib rakyat dan hak Sarawak.
Saya yakin Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan seluruh ahli parti, GPS mampu menang besar 12 Disember kelak. Tapi kita kena ingat jangan berasa terlalu selesa di zaman yang serba canggih tok. Di zaman digital dan zaman AI banyak perkara boleh berlaku.
Justeru saya menggesa supaya semua ahli parti — Bapak, Wanita, Pemuda dan Belia supaya menguasai teknologi agar dapat menangkis propaganda dan fitnah di zaman digital serta menggunakan teknologi untuk menyebarkan maklumat sahih. Bagi sayap Belia terutamanya harus ke depan mendekati pengundi muda, menyampaikan fakta perjuangan GPS.
Kita tidak mahu Pemuda dan Belia sekadar menggantung poster ; Wanita pula pergi rumah ke rumah — sebaliknya mereka juga perlu menguasai teknologi dan memastikan sosial media dipenuhi dengan cerita GPS, kalau mahu menang besar dalam PRN ke-13. Itu lah yang perlu kita ahli PBB lakukan dengan teknologi yang kita berjaya kuasai.
Sekiranya GPS tidak ke depan dalam menguasai teknologi, orang lain akan menyebarkan pelbagai cerita yang tidak sahih di media sosial untuk mempengaruhi rakyat dan pengundi.
GPS mempunyai keistimewaan tersendiri dalam berpolitik di mana tanggungjawab GPS kepada rakyat bukannya hanya bermula apabila pilihan raya diumumkan dan tidak berakhir apabila keputusan pilihan raya diketahui.
GPS bekerja sepanjang masa bukan ketika pilihan raya sahaja. Sepanjang lima tahun diberi mandat, keutamaan GPS adalah bekerja untuk rakyat yang telah memberikan mandat.
Toklah cara Gabungan Parti Sarawak (GPS), bukan nak politiking sepanjang masa. Kita di Sarawak sentiasa “Nyaga Sarawak, Ngintu Sarawak” sepanjang tempoh diberikan mandat, Insya-Allah.
#pbbzonselatan
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, bersama dalam Kuliah Subuh yang disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa.
Sebelum itu, berkesempatan menunaikan solat subuh berjemaah bersama kariah masjid.
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 15 November 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana Sempena Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 Bersama Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
#spm2026
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmurThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana bagi memohon keberkatan, ketenangan serta kecemerlangan buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Masjid Jamek Sarawak.
Majlis ini dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, yang turut menyampaikan tausiah penuh makna mengenai adab dan semangat dalam menuntut ilmu.
“Akal ibarat sebilah pisau. Jika tidak diasah, lama-kelamaan ia akan menjadi tumpul.”
Demikian antara pesanan Habib yang mengajak kita merenung kembali betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Asahlah akal dengan membaca, sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW — Iqra’, yang bermaksud bacalah.
Dalam menuntut ilmu, kita perlu mempunyai semangat, kerajinan dan istiqamah. Setiap usaha, walau sekecil mana sekalipun, merupakan langkah menuju kejayaan.
Namun, setinggi mana pun ilmu yang kita miliki, jangan pernah lupa untuk merendah diri. Ilmu yang sebenar bukan sekadar menjadikan seseorang itu lebih bijak, tetapi mendidik jiwa agar lebih beradab, lebih tawaduk dan lebih dekat kepada Allah SWT.
Habib turut mengingatkan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT, khususnya melalui solat. Dalam kesibukan mengejar kecemerlangan, jangan sesekali kita mengabaikan kewajipan kepada-Nya. Kerana kejayaan yang paling bermakna bukan hanya pada pencapaian, tetapi pada keberkatan yang mengiringi setiap langkah perjalanan kita.
Buat anak-anak calon SPM 2026, teruskan berusaha dengan penuh keyakinan. Jangan takut pada kegagalan, jangan gentar menghadapi cabaran. Iringilah setiap usaha dengan doa, tawakal dan keyakinan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya.
Ingatlah, SPM bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam kehidupan.
Semoga Allah SWT menerangi hati dan fikiran anak-anak kita, mempermudah segala urusan, mengurniakan ketenangan dalam menjawab peperiksaan serta menganugerahkan kejayaan yang penuh keberkatan, di dunia dan di akhirat.
Allahumma yassir wala tu‘assir. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 14 November 2026 | Sabtu
Petang ini saya berkesempatan meninjau persiapan akhir untuk Majlis Perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Selatan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Majlis perasmian esok (Ahad) akan disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak yang juga Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan kesemua yang telah bekerja keras dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar.
#konvensyenpbbzonselatan2026
#sarawakfirst -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 14 November 2026 | Sabtu
Pembangunan sebenar bukan sekadar membina infrastruktur atau meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan mesti membawa perubahan nyata kepada kehidupan rakyat, termasuk masyarakat luar bandar dan komuniti yang masih memerlukan lebih banyak peluang.
Inilah mesej utama yang saya tekankan ketika merasmikan RISE 2026: Rising Impact Through Sustainable Empowerment dan melancarkan buku Empowering Communities, Building Sustainable Futures di Kuching, hari ini.
Saya percaya setiap komuniti mempunyai kekuatan, pengetahuan dan potensi tersendiri. Apa yang diperlukan ialah sokongan, bimbingan, kemahiran dan peluang untuk mereka berkembang serta menentukan masa depan sendiri.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah ;
Memperkasa komuniti: Membantu masyarakat supaya mampu berdikari dan membangunkan komuniti sendiri.
Meningkatkan kemahiran: Memberi latihan kepimpinan, kewangan dan kemahiran teknikal secara berterusan
Menjamin keselamatan makanan: Memanfaatkan tanah dan hasil pertanian tempatan untuk bekalan makanan dan pendapatan.
Memperluaskan peluang ekonomi: Membantu usahawan dan komuniti mendapatkan modal, latihan, teknologi dan pasaran.
Kerajaan tidak boleh bergerak bersendirian. Kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti amat penting untuk memastikan tiada siapa yang tercicir daripada arus pembangunan.
Di bawah RMK13 (2026–2030), kita mahu pembangunan yang lebih inklusif, dengan setiap lapisan masyarakat berpeluang menikmati dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Ini kerana kejayaan pembangunan bukan diukur daripada berapa banyak bantuan yang telah disalurkan, tetapi sejauh mana masyarakat mampu bangkit, berdikari dan membina masa depan mereka sendiri.
Apabila seorang individu diperkasakan, kita membuka peluang. Apabila sebuah komuniti diperkasakan, kita membina daya tahan. Apabila seluruh komuniti bergerak bersama, kita membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
#rise2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Matang | 14 November 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, berkesempatan bersama masyarakat Kampung Kolong 2, Matang, Petra Jaya, Kuching, bagi merasmikan Program Semarak Seni Jawa (SEJIWA) @ Pesta Ambeng 2.0 di Dewan Serbaguna TASUDA pagi tok tek.
Penganjuran kali tok membawa makna cukup besar dalam usaha menghidupkan kembali tradisi dan warisan masyarakat Jawa di Sarawak. Selepas penganjuran pada tahun 2017 yang menghimpunkan 873 pengunjung, Pesta Ambeng kembali dianjurkan pada tahun 2026 dengan semangat yang lebih segar.
Lebih daripada sekadar acara kebudayaan, program tok menjadi ruang untuk generasi muda mengenali asal usul, menghargai identiti dan mewarisi nilai murni yang diwariskan oleh generasi terdahulu.
Saya percaya, warisan budaya bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu terus diamalkan dan diperkenalkan kepada generasi seterusnya. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Walaupun masyarakat Jawa merupakan antara komuniti minoriti di Sarawak, warisan mereka tetap menjadi sebahagian daripada kekayaan budaya negeri tok. Keunikan seperti hidangan nasi ambeng yang dinikmati secara berdulang membawa falsafah kebersamaan, perkongsian rezeki dan penyatuan masyarakat.
Toklah kekuatan Sarawak. Kita mungkin berbeza latar belakang, bahasa, adat dan budaya, tetapi kepelbagaian itulah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar.
Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Baitul Rahim, JKK Kampung Kolong 2, Majlis Seni Sarawak (MSS), MTCP serta seluruh jawatankuasa pelaksana dan komuniti setempat atas komitmen menjayakan program hari tok.
Dalam ucapan, saya turut mengingatkan bahawa kita juga perlu bersedia menghadapi perubahan zaman, khususnya dalam era teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang berkembang begitu pantas.
Kita sik boleh sekadar menjadi pengguna teknologi. Kita mesti berusaha menguasainya, memahami potensinya dan memanfaatkannya secara bijak serta beretika.
Perbanyakkan perkongsian mengenai keharmonian, perpaduan, kejayaan masyarakat serta semangat saling menghormati di media sosial. Jangan biarkan ruang media sosial dikuasai oleh berita palsu, fitnah, provokasi dan kandungan yang memecah-belahkan masyarakat.
Pada masa yang sama, kita perlu lebih berwaspada terhadap penyalahgunaan AI. Hari ini, gambar boleh dimanipulasi, suara boleh ditiru dan video palsu boleh dihasilkan sehingga kelihatan seolah-olah benar. Jangan mudah percaya atau menyebarkan sesuatu maklumat tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.
Kita juga tidak boleh memandang ringan ancaman penipuan dalam talian atau scam. Kes ratusan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan, termasuk laporan mengenai 130 rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan scammer di Rawalpindi, Pakistan, pada 13 Oktober lalu, wajar dijadikan iktibar.
Berhati-hatilah dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan atau pulangan luar biasa. Jika sesuatu tawaran tidak bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman kita, jangan terburu-buru menerimanya. Semak latar belakang syarikat dan majikan terlebih dahulu. Pastikan peluang pekerjaan itu benar-benar sahih.
Keselamatan telefon bimbit dan akaun digital juga perlu diberi perhatian. Jangan sewenang-wenangnya membuka pautan atau lampiran daripada nombor tidak dikenali, apatah lagi berkongsi kata laluan dan kod pengesahan. Ancaman penggodaman semakin serius dan setiap daripada kita bertanggungjawab melindungi maklumat peribadi masing-masing.
Kita perlu membawa pakar teknologi dan keselamatan siber turun ke peringkat kampung supaya masyarakat mendapat pendedahan secara langsung. Bimbing masyarakat untuk menguasai AI, mengenal pasti berita palsu, memahami taktik scammer serta melindungi telefon bimbit dan akaun digital mereka.
#n6tupong
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kapar | 12 November 2026 | Khamis
Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan merasmikan Projek Perintis Pensijilan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau Battery Energy Storage System (BESS) di Kapar, Selangor.
Inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam usaha Malaysia membangunkan ekosistem penyimpanan tenaga yang lebih selamat, berkualiti dan diyakini, seiring dengan perkembangan pesat sektor tenaga boleh baharu (TBB) negara.
Sehingga kini, kapasiti terpasang tenaga boleh baharu Malaysia telah menghampiri 14 gigawatt, bersamaan hampir 32% daripada kapasiti terpasang negara. Kerajaan juga menyasarkan 35% kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber boleh baharu menjelang 2030, sebelum meningkat kepada 70% pada 2050.
Namun, peningkatan penggunaan tenaga solar dan sumber boleh baharu lain turut membawa cabaran, khususnya dari segi kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik.
Di sinilah teknologi BESS memainkan peranan penting. Melalui sistem ini, lebihan tenaga boleh disimpan dan disalurkan semula apabila diperlukan. Ini bukan sahaja membantu menstabilkan grid elektrik, malah meningkatkan fleksibiliti sistem tenaga serta mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh baharu.
Kerajaan juga sedang mempergiat usaha memperkukuh infrastruktur penyimpanan tenaga menerusi pelaksanaan tender MyBEST yang melibatkan kapasiti kuasa 400 megawatt (MW) dan kapasiti tenaga 1,600 megawatt-jam (MWh). Program LSS6 pula merangkumi komponen penyimpanan bateri berkapasiti 1,250 MW dan 5,000 MWh.
Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini mesti bergerak seiring dengan aspek keselamatan. Risiko seperti kegagalan sistem, kejadian haba tidak terkawal (thermal runaway) dan kebakaran perlu ditangani melalui pematuhan ketat terhadap piawaian teknikal serta garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Dalam hal ini, usaha BESSC Sdn. Bhd. membangunkan skim pensijilan tambahan BESS wajar diberikan perhatian dan sokongan. Projek perintis di Kapar ini menjadi platform penting untuk menguji serta membangunkan kerangka pensijilan yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan operasi sistem tenaga di Malaysia.
Saya turut mengalu-alukan kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, pemain industri serta semua pihak berkepentingan dalam menjayakan inisiatif ini. Kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta amat penting bagi memastikan pembangunan ekosistem BESS negara dapat dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab.
Untuk makluman, skim pensijilan tambahan yang dibangunkan oleh BESSC ini bersifat sukarela dan boleh menjadi nilai tambah kepada industri. Pelaksanaannya juga perlu diselaraskan dengan Garis Panduan BESS sedia ada yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Kita mahu Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi masa hadapan, tetapi turut berupaya membangunkan kepakaran, memperkukuh standard dan menerajui inovasi dalam bidang penyimpanan tenaga.
Teknologi boleh dibangunkan dan infrastruktur boleh dibina, tetapi keyakinan hanya dapat diwujudkan melalui standard, integriti dan komitmen terhadap keselamatan.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, Malaysia mampu membangunkan ekosistem BESS yang kukuh, mampan dan berdaya saing, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju teknologi penyimpanan tenaga di rantau ini.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Tenaga Kerja Nuklear (JPPPTeN) Bilangan 2 Tahun 2026.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran turut dihadiri Timbalan Menteri saya, Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 11 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berpeluang meluangkan masa makan tengah hari bersama 25 ahli Jawatankuasa Perhubungan Komuniti Subis, Bekenu, Sarawak di Bangunan Utama, Parlimen.
Jawatankuasa ini diketuai Abdul Halik Bin Jafar hadir bagi mengadakan lawatan sehari ke Parlimen.
Kesemua mereka diberi pendedahan oleh pegawai Parlimen mengenai perjalanan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan sekitar Parlimen.
Saya juga sempat berkongsi peranan saya sebagai Ketua Whip Kerajaan Perpaduan dan menjelaskan proses berkaitan Parlimen.
#malaysiamadani
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
Parlimen l 11 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menjawab soalan lisan daripada Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] yang bertanyakan apakah pencapaian terkini terhadap Program Solar ATAP dan SuRIA Home, termasuk jumlah kediaman yang telah menyertainya serta langkah Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) untuk memperluas akses kepada golongan B40 dan M40 melalui rebat, skim sewaan atau pembiayaan mudah tanpa kos permulaan yang tinggi.
Dalam jawapan saya sebentar tadi, Program Solar ATAP telah dimulakan pada 1 Januari 2026 dan dilaksanakan secara terbuka tanpa kuota khusus bagi membolehkan pengguna domestik, komersial, industri serta kategori lain memasang sistem solar bagi kegunaan sendiri.
Sehingga 15 September 2026, sebanyak 24,291 permohonan Solar ATAP dengan kapasiti 391.85 Megawatt (MW) telah diluluskan, berbanding pada 30 April 2026 di mana kapasiti yang diluluskan pada ketika itu hanya sekitar 135.92 Megawatt (MW). Ini bermakna kelulusan kapasiti meningkat sebanyak hampir 190% dalam tempoh 4.5 bulan.
Bagi meningkatkan kemampuan pengguna domestik, Kerajaan telah memperkenalkan SuRIA Home dengan peruntukan RM150 juta. Melalui program ini, pengguna yang layak boleh menerima rebat RM600 bagi setiap 1 kilowatt sehingga maksimum RM3,000 bagi pemasangan 5 kilowatt.
Program ini menyasarkan antara 45,000 hingga 50,000 kediaman sehingga kuota 250MW dipenuhi dan akan tamat pada 31 Disember 2026. Sehingga 15 September 2026, sebanyak 12,374 pengguna domestik yang telah menerima rebat yang berjumlah RM36.2 juta.
Selain rebat langsung, pengguna juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemasangan solar melalui model pembiayaan pasaran seperti solar leasing atau rent-to-ownyang dapat mengurangkan keperluan modal awal. Model sedemikian boleh membantu memperluaskan akses kepada isi rumah yang mempunyai kekangan untuk membayar keseluruhan kos pemasangan secara tunai.
Bagi memastikan manfaat peralihan tenaga dapat diperluas kepada kumpulan B40 dan M40, PETRA akan terus menilai prestasi Solar ATAP dan SuRIA Home, struktur kos pemasangan dan pilihan pembiayaan yang bersesuaian.
Sebarang penambahbaikan akan mengambil kira keberkesanan bantuan, kemampuan fiskal Kerajaan serta keperluan memastikan manfaat disalurkan secara telus kepada pengguna yang layak.
PETRA juga akan terus bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, pihak utiliti dan industri bagi memudah cara proses pemasangan serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pilihan pembiayaan dan model perniagaan solar yang tersedia.
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Dewan Rakyat l 11 November 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini saya berbesar hati menyempurnakan pelancaran MRCA Foundation Iconic Brands, sebuah inisiatif oleh Malaysia Retail Chain Association (MRCA) yang mengetengahkan kisah kejayaan jenama tempatan, di samping menyemarakkan semangat kebajikan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti perniagaan.
Kejayaan sesebuah perniagaan bukan sekadar diukur melalui keuntungan, pengembangan pasaran atau pencapaian komersial, tetapi juga melalui peluang yang diwujudkan serta manfaat yang dapat dikongsi bersama masyarakat.
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara pemacu penting ekonomi negara. Pada tahun 2025, sektor ini menyumbang RM689.8 bilion atau 39.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan keupayaan serta potensi besar usahawan tempatan untuk terus berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa.
Saya turut menghargai komitmen Yayasan MRCA yang sejak tahun 2010 aktif menyokong pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti. Melalui penerbitan Iconic Brands ini, pihak yayasan menyasarkan kutipan melebihi RM1 juta bagi membiayai pelbagai inisiatif amal sepanjang tempoh kepimpinan dua tahun Adjunct Prof. Datuk Seri Garry Chua.
Dalam ucapan, saya turut menekankan kepentingan pelaburan dalam pembangunan modal insan. Pendidikan, latihan kemahiran dan peluang meningkatkan keupayaan diri merupakan asas penting dalam menyediakan masyarakat menghadapi perubahan ekonomi serta perkembangan teknologi.
Saya percaya, jenama yang benar-benar unggul bukan sahaja dikenali kerana kejayaannya, tetapi turut dihormati kerana nilai, integriti dan sumbangannya kepada masyarakat.
Bak kata pepatah, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.” Kerjasama erat antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.
Tahniah kepada MRCA, Yayasan MRCA serta semua pihak yang menjayakan inisiatif ini.
Semoga lebih banyak jenama tempatan terus melakar kejayaan, serta membuka peluang kepada generasi muda.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
🌙 𝑴𝑼𝑵𝑨𝑱𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑹𝑫𝑨𝑵𝑨 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑷𝑬𝑷𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑵 𝑺𝑷𝑴 2026 🌙
Assalamualaikum WBT & Salam Sarawak Maju Makmur
Saya ingin menyeru seluruh masyarakat, khususnya warga Petra Jaya dan umat Islam di sekitar Kuching, agar turun beramai-ramai dan bersama-sama mengimarahkan Majlis Solat Hajat dan Munajat Perdana Sempena Peperiksaan SPM 2026.
Jangan lepaskan peluang untuk kita bersama-sama berada dalam satu majlis yang penuh keberkatan ini. Hadirkan diri, bawa ahli keluarga, ajak jiran tetangga dan sahabat handai. Marilah kita penuhi saf di masjid, menadah tangan dan menyatukan doa demi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Anak-anak kita sedang berjuang demi masa depan mereka. Di sebalik usaha, pengorbanan dan penat lelah mereka, marilah kita iringi dengan doa agar mereka dikurniakan ketenangan hati, kekuatan minda, kesihatan yang baik serta kejayaan yang cemerlang.
Majlis akan dipimpin oleh Habib Dr. Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
📅 𝟏𝟒 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
⏰ 𝟓.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Marilah kita hadir beramai-ramai dan sama-sama mengangkat tangan memohon doa serta keberkatan daripada Allah SWT.
Ayuh! Penuhi masjid, satukan hati dan panjatkan doa. Masa depan anak-anak kita adalah tanggungjawab kita bersama.
Kita hadir membawa harapan, kita bermunajat memohon keberkatan dan kita bersatu mendoakan kejayaan mereka. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, semoga anak-anak kita melakar kecemerlangan dan menjadi generasi yang membanggakan agama, bangsa dan negara.
𝟭𝟰 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡. 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧. 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗡𝗔𝗝𝗔𝗧. 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗜𝗧𝗔!
Jumpa anda semua di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Jangan lepaskan peluang ini. Ayuh, kita hadir beramai-ramai!
#munajatperdana
#spm2026
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Stakan | 8 November 2026 | Ahad
ARMADA…Serang!…Serang!…Serang!
Gema laungan semangat Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disertai kibaran ribuan bendera PBB memenuhi setiap ruang di dalam Dewan Kampung Melayu Stakan — lokasi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri hari ini.
Ia menggambarkan kesiapsiagaan jentera Pemuda untuk memulakan gerak gempur apabila kempen bermula selepas penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 pada 28 November ini, bagi memastikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada hari pengundian 12 Disember 2026.
Lebih istimewa majlis pelancaran jentera Armada Pemuda PBB telah disempurnakan sendiri oleh YAB Premier yang juga Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Terdahulu, saya bersama Timbalan Premier yang juga Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah serta pemimpin-pemimpin parti, menyambut ketibaan Konvoi Bermotosikal Pemuda PBB yang diketuai YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di majlis pelancaran berkenaan.
Dengan semangat dan kesiapsiagaan padu Armada Pemuda PBB serta seluruh jentera parti PBB bersama-sama jentera rakan-rakan komponen GPS — jentera PBB akan memastikan kemenangan besar GPS di kesemua 82 kerusi yang dipertandingkan pada 12 Disember ini, Insya-Allah.
#armadapemudapbb
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 8 November 2026 | Ahad
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menyempurnakan flag off Program Konvoi Bermotosikal Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bertempat di Dewan Kampung Matang Batu 10, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Tupong.
Konvoi bermula di Dewan Kampung Matang Batu 10, Kuching dan berakhir di Kampung Melayu Stakan dalam kawasan N17 Stakan — iaitu lokasi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Armada Pemuda PBB Negeri oleh YAB Premier yang juga Yang Dipertua PBB.
Konvoi disertai lebih 100 orang Pemuda PBB daripada N6, N7 Samariang, N8 Satok serta Pemuda PBB Negeri Sarawak. Kehadiran dan penyertaan mereka mencerminkan semangat kebersamaan, kesatuan hati dan solidariti dalam kalangan warga Pemuda PBB.
YAB Premier bukan sahaja turun padang memberikan sokongan kepada program Pemuda, malah turut menyertai konvoi motosikal bersama anak-anak muda. Inilah kepimpinan yang kita harapkan – pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat, turun padang dan bersama-sama menggerakkan perjuangan.
Kehadiran dan sokongan barisan kepimpinan parti, wakil rakyat, kepimpinan Pemuda serta seluruh jentera membuktikan bahawa semangat kebersamaan dalam PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus utuh dan kukuh.
Matlamat kita jelas. Seluruh jentera perlu terus diperkasa dan bergerak dengan satu tekad untuk mengajak rakyat turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada 12 Disember ini serta memberikan sokongan kepada GPS.
Kita bukan sekadar mahu menang, tetapi mahu memastikan GPS memperoleh kemenangan besar di seluruh Sarawak demi kesinambungan pembangunan, kestabilan dan masa depan negeri yang kita cintai di bawah kepimpinan YAB Premier.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda atas kejayaan menganjurkan program yang menghimpunkan kepimpinan parti serta jentera akar umbi.
Saya yakin dengan komitmen, kesungguhan dan semangat juang seluruh jentera, Insya-Allah segala usaha yang digerakkan akan membuahkan hasil.
Teruslah bekerja, teruslah berjuang dan teruslah bersama rakyat.
Dengan satu tekad, satu matlamat – GPS Menang Besar, Sarawak Terus Maju Makmur
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
AHAD | 8 NOVEMBER 2026
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India, khususnya saudara-saudari beragama Hindu di Malaysia.
Perayaan Deepavali yang dikenali sebagai Pesta Cahaya membawa makna yang cukup besar bagi penganut agama Hindu, iaitu kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi keburukan serta harapan mengatasi segala kesulitan.
Dalam suasana dunia yang berdepan pelbagai ketidaktentuan ekonomi dan cabaran kehidupan, semangat Deepavali mengingatkan kita mengenai pentingnya kekuatan, kesabaran, keprihatinan dan harapan untuk terus melangkah ke hadapan.
Kerajaan MADANI sentiasa komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Usaha menangani kos sara hidup, memperkukuh pendapatan isi rumah, menjamin keterjaminan bekalan keperluan asas serta memperluas peluang ekonomi akan terus dipergiatkan agar manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
Kita mahu setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan wilayah, dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Kemajuan negara tidak seharusnya hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi, tetapi juga melalui sejauh mana kehidupan rakyat bertambah baik dan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.
Dalam kepelbagaian inilah terletaknya kekuatan Malaysia. Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi asas untuk kita saling memahami, menghormati dan memperkukuhkan perpaduan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.
Ayuh! semarakkan lagi semangat kebersamaan. Berbeza dalam kepelbagaian, bersatu dalam matlamat dan teguh dalam mempertahankan keharmonian, keamanan serta kemakmuran tanah air.
Semoga sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
Selamat Hari Deepavali. Deepavali Nal Valthukal!
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama ahli kariah Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama, Kuching.
Semoga masjid dan surau kita sentiasa hidup dan makmur dengan kehadiran jemaah. Bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga menjadi tempat kita saling mengenali, mengeratkan silaturahim, menyemai kasih sayang dan menyatukan hati seluruh masyarakat.
Mudah-mudahan rumah Allah ini terus menjadi sumber kekuatan ummah serta memupuk ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan kita…Aamiin
Ahad | 8 Nov 2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam tok kamek berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga besar P194 Petra Jaya dalam Program Santai Pemuda dan Belia @ P194 Petra Jaya.
Turut hadir, Dato’ Fazzruddin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, serta Ir. Haji Irwan Zulkarnain Dato Haji Muhammad Hasbie, SUPOL kamek.
Dalam kesibukan menjalani tanggungjawab seharian, pertemuan santai macam tok amat bermakna. Sekali-sekala dapat berkumpul beramai-ramai, bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengeratkan hubungan silaturahim, terasa dekat jak hubungan kekeluargaan yang udah lamak terjalin.
Kamek percaya, kekuatan sesebuah komuniti bermula daripada semangat kebersamaan dan perpaduan. Pemuda dan belia memainkan peranan penting sebagai penggerak masa depan, namun kekuatan sidaknya akan lebih bermakna apabila disatukan dengan pengalaman, kebijaksanaan dan sokongan generasi terdahulu.
Walaupun berbeza usia, latar belakang dan pandangan, kita tetap mempunyai matlamat yang sama, iaitu melihat Petra Jaya terus maju dengan masyarakat yang bersatu hati, saling menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain.
Semoga semangat ukhuwah dan kebersamaan tok terus kita pelihara. Kerana akhirnya, kekuatan kita bukan hanya pada apa yang mampu kita lakukan secara individu, tetapi pada apa yang dapat kita bina dan jayakan bersama.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Zon Kuching
#sarawakkitaempun
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmurThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sarawak sangat bertuah kerana pucuk kepimpinannya, YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berpandangan jauh, bijak dalam mengurus pentadbiran Sarawak dan kreatif dalam menambah sumber pendapatan negeri.
Premier Sarawak antara lain berjaya melaksanakan langkah strategik dalam memperkukuh penguasaan negeri terhadap sumber asli melalui penubuhan PETROS sebagai syarikat minyak dan gas milik Sarawak, di samping mempelbagaikan sumber pendapatan melalui tenaga boleh diperbaharui, industri hidrogen, perdagangan karbon, CCUS serta pembangunan sektor hiliran.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak dalam industri tenaga, malah membuka sumber kekayaan baharu, meningkatkan hasil negeri dan membina asas ekonomi yang lebih kukuh, berdikari serta berdaya saing untuk generasi akan datang.
Sebab itulah seluruh jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar di kesemua 82 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, 12 Disember ini — sebagai hadiah dan tanda terima kasih kepada Premier Sarawak.
Kita perlu menang besar kerana hanya jika kita kuat, baru lah YAB Premier kita dapat meneruskan agenda pembangunan untuk Sarawak mengikut acuan kita sendiri seperti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh beliau.
Perkara ini saya tegaskan ketika berucap merasmikan Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Zon Kuching di Pusat Konvensyen Penview (PCC) — anjuran Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Wanita PBB Zon Kuching.
YAB Premier telah bekerja keras, termasuk mengadakan lawatan ke luar negara dan seluruh negara bagi memastikan Sarawak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk meneruskan agenda pembangunan negeri. Hasil usah beliau, kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur, termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan, di samping menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.
Sasaran GPS bagi PRN kali ini adalah 82 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan — dengan PBB menetapkan sasaran untuk mempertahankan kesemua 47 kerusi yang ditandingi Insya-Allah.
Saya juga turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara semua parti komponen GPS dalam menghadapi PRN-13, dengan mengambil kira peranan setiap organisasi parti, termasuk sayap Wanita, Pergerakan Kaum Bapa, Pemuda dan Belia.
Segala usaha pembangunan yang telah dilaksanakan selama ini merupakan sebahagian daripada perjalanan Sarawak. PRN-13 pula menjadi medan untuk rakyat menilai rekod, hala tuju dan komitmen kepimpinan negeri.
GPS dengan PBB sebagai parti tonggak akan terus melangkah dengan agenda pembangunan yang berpaksikan kepentingan rakyat, dengan slogan “Sarawak First” — “Utamakan Sarawak”.
Ingat! “Sarawak Kita Empun” sebab ya lah kita mesti segulai sejalai “Jaga Sarawak, Intu Sarawak”.
Hadir sama Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak ; Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program Sarawak Kita Empun 3.0 merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak ; Datuk Dr. Hj Hazland bin Abg Hipni, Timbalan Menteri Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak serta Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak.
#sarawakkitaempun
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menyempurnakan Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin, Kuching, pagi ini.
Turut hadir bersama ialah YDH CP Saifullizan bin Ishak, Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Kemudahan sukan seperti ini bukan sekadar menyediakan ruang untuk beriadah, malah menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan warga polis serta masyarakat.
Saya percaya sukan juga memainkan peranan besar dalam pembentukan sahsiah anak-anak muda. Melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang sihat dan bermanfaat, kita dapat membimbing generasi muda agar menjauhi penyalahgunaan dadah, gejala sosial serta pengaruh negatif yang boleh menjejaskan masa depan mereka.
Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental perlu bergerak seiring. Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab seharian, kita juga perlu memberikan perhatian kepada kesihatan diri, di samping membina hubungan yang lebih erat dalam komuniti.
Sejurus selepas majlis perasmian, saya turut berkesempatan meninjau Surau Darul Ibadah IPK Jalan Badruddin.
Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, bukan sahaja untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, tetapi juga generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang kukuh.
Kerana membina masyarakat yang sejahtera bermula dengan keseimbangan kesihatan jasmani, kekuatan rohani dan nilai murni dalam kehidupan.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan Negeri Perak dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan Negeri Perak dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi tadi, saya hadir dan merasmikan World Marketing Summit Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dalam ucapan, saya berkongsi bahawa pemasaran bermula dengan keupayaan memahami manusia, keperluan mereka serta bagaimana kita dapat memberikan manfaat dalam kehidupan seharian. Kepercayaan pelanggan dibina apabila setiap janji disusuli dengan perkhidmatan yang baik, kualiti yang terpelihara dan kesungguhan untuk terus menambah baik.
Saya turut menekankan pentingnya pendidikan dan kesediaan untuk terus belajar dalam dunia yang pesat berubah. Sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab membuka ruang kepada warga kerja untuk menimba ilmu, menyuarakan pandangan dan mengembangkan potensi. Ada kalanya, idea yang membawa perubahan besar bermula daripada kesediaan kita mendengar.
Teknologi dan kecerdasan buatan membuka peluang baharu untuk meningkatkan produktiviti serta meluaskan pasaran. Integriti, kebijaksanaan dan kepimpinan yang bertanggungjawab pula membimbing kita memanfaatkan kemajuan ini demi kesejahteraan bersama. Perusahaan kecil dan sederhana juga perlu terus disokong agar mampu membangunkan bakat dan bersaing dengan lebih yakin.
Seperti peribahasa “bagai aur dengan tebing”, perniagaan dan masyarakat saling menguatkan. Semoga kita sentiasa rendah hati untuk belajar, bermurah hati berkongsi ilmu dan membuka ruang agar lebih ramai insan dapat turut melangkah maju.
Tahniah dan terima kasih kepada Kotler Impact, ANNEMS Leadership Solution, KNKV Group serta semua pihak yang menjayakan sidang ini.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
PETRA JAYA | 4 NOVEMBER 2026 | RABU
Alhamdulillah, hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipengerusikan oleh YAB Premier Sarawak selaku Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah penyelarasan gerak kerja dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 yang tarikhnya akan ditetapkan dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching itu, turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang di-Pertua Parti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Turut hadir, Menteri Kerja Raya yang juga Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Ketua Pergerakan Wanita parti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Martin Ben serta ahli-ahli MT parti.
#pbb
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pelaburan berkualiti bukan sekadar membawa masuk modal dan teknologi, tetapi mesti meninggalkan nilai tambah yang berkekalan kepada negara serta rakyat.
Berucap merasmikan Persidangan Tahunan Jawatankuasa Penjanaan Kuasa Turbin Gas CGNEI 2026 di Pusat Latihan EPH, Loji Janakuasa Edra Melaka, hari ini, saya turut menegaskan bahawa pelabur asing yang memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan perlu memainkan peranan lebih besar dalam membangunkan keupayaan industri tempatan.
Ini termasuk memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam keseluruhan rantaian nilai, membangunkan rangkaian pembekal, membuka peluang dalam bidang kejuruteraan serta melaksanakan pemindahan teknologi.
Pada masa sama, pembangunan tenaga kerja tempatan perlu diberikan keutamaan. Rakyat Malaysia bukan sahaja perlu diberikan peluang pekerjaan, malah mesti dibekalkan dengan latihan dan kemahiran teknikal berteknologi tinggi agar mampu menguasai kepakaran, meningkatkan produktiviti dan menikmati peluang pendapatan yang lebih baik.
Inisiatif CGN Energy International (CGNEI) dan Edra Power Holdings Sdn. Bhd. menerusi penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) di Melaka merupakan satu contoh kerjasama yang wajar diperluas.
Pusat ini berpotensi melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang operasi penjanaan kuasa, khususnya teknologi turbin gas, dengan peluang latihan turut dibuka kepada tenaga kerja dari seluruh negara.
Saya percaya kerjasama strategik antara pelabur antarabangsa dengan industri tempatan perlu melangkaui kepentingan komersial semata-mata.
Perkongsian kepakaran, pengalaman operasi dan pembangunan kapasiti syarikat tempatan akan memperkukuh daya saing industri serta membina ekosistem tenaga negara yang lebih mampan.
Apabila keupayaan tempatan terus dipertingkatkan, Malaysia bukan sahaja memperoleh manfaat lebih besar daripada pelaburan asing, malah berupaya memainkan peranan lebih signifikan dalam memperkukuh keselamatan tenaga di peringkat serantau.
Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh & Pengerusi CGN Energy International Holdings Co. Limited (CGNEI), Zhang Chaoqun.
#petra
#malaysiamadani
Melaka | 4 Nov 2026 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya berbesar hati merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekohidrologi dan Daya Tahan Air (ICEWR 2026) yang julung kali diadakan.
Persidangan ini menghimpunkan wakil kerajaan, penyelidik, pemain industri dan masyarakat sivil dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dalam mengurus sumber air dan menghadapi risiko banjir serta kemarau.
Dalam ucapan, saya menyentuh bagaimana keputusan yang kita buat di hulu, daripada cara kita merancang pembangunan hingga usaha memelihara kawasan tadahan, boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat di hilir. Air menghubungkan kita dengan cara yang kadangkala hanya kita sedari apabila bekalan terjejas atau apabila sungai mula melimpah.
Empangan dan sistem saliran memainkan peranan penting. Begitu juga kawasan tadahan yang terpelihara, tanah lembap yang mampu menampung air dan sungai yang sihat. Di Malaysia, Tasik dan Tanah Lembap Putrajaya serta projek di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Sains Malaysia memberi kita ruang untuk melihat bagaimana alam semula jadi dan kejuruteraan boleh saling melengkapi.
Saya berharap perkongsian di persidangan ini dapat membantu kita membawa hasil penyelidikan ke dalam perancangan dan memperluas penyelesaian yang telah terbukti berkesan. Dalam usaha itu, pengalaman masyarakat setempat wajar didengari. Mereka yang hidup dekat dengan sungai sering menjadi orang pertama yang menyedari perubahan pada sungai itu.
Terima kasih kepada JPS Malaysia, Humid Tropics Centre Kuala Lumpur dan semua rakan penganjur atas usaha menjayakan persidangan ini.
Air ialah nikmat Allah SWT, dan menjaganya adalah amanah kita bersama. Semoga daripada usaha yang kita mulakan hari ini, generasi akan datang dapat menikmati sungai yang lebih sihat, bekalan air yang lebih terjamin dan kehidupan yang lebih selamat.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Hj Azmir Bin Zulkharnain dan isteri, Hjh Zelda Raha Sulaiman sempena majlis perkahwinan puteri mereka yang juga cucu kepada Allahyarham Tan Sri Sulaiman Daud, bekas Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak, Farah Nabihah dan Muhd Adzrin Danial Bin Adzman di Bukit Antarabangsa.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Semoga Allah SWT memberikan barakah kepada perkahwinan ini dan mengumpulkan pasangan pengantin sekeluarga di dalam kebaikan…Aamiin
#malaysiamadani
#madanibekerja
Ampang l 1 November 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dan Export-Import Bank of China (CEXIM) di Sasana Kijang, Bank Negara.
Perjanjian ini membolehkan pemberian semula pinjaman RM5 bilion untuk membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).
Projek ini dijangka memperkukuh bekalan air jangka panjang bagi kegunaan rakyat, pertanian dan perindustrian di Perak dan Pulau Pinang.
Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha PETRA, Dato' Sri Mad Zaidi bin Mohd Karli.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 30 Oktober 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 30 Oktober 2026 | Jumaat
Syabas dan tahniah Indah Water Konsortium (IWK) atas kejayaan meraih Anugerah Platinum di Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) 2026.
Anugerah atas kejayaan “Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Rayuan Teknikal Agensi Perakuan Pembetungan (APP)” itu telah diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, selaku Chief Reformation Officer (CRO) PETRA, bersama para pegawai IWK dalam majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam, semalam.
Persidangan yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2026 ini bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan dan Memperhebat Reformasi”, dengan menyaksikan sebanyak 159 pembentangan projek RKB dipertandingkan di peringkat nasional.
Dalam usaha memperkukuh agenda reformasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan, Bahagian Perancangan Strategi dan Antarabangsa (BPSA) telah membawa enam projek PETRA dan agensi untuk dipertandingkan di peringkat nasional.
Kejayaan IWK meraih Anugerah Platinum ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan kecemerlangan dalam melaksanakan reformasi birokrasi, sekali gus mencerminkan kesungguhan PETRA dan agensi dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Tahniah sekali lagi kepada IWK atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan reformasi yang lebih progresif, berimpak tinggi dan berterusan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.
#petra
#iwk
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan delegasi Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (PPHM) yang diketuai Presiden Kebangsaan, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa, khususnya berkaitan pembangunan ekonomi, peluang perniagaan serta prospek pertumbuhan industri tempatan.
Saya turut menggalakkan para pengusaha tempatan untuk terus meneroka pasaran antarabangsa, memperluas jaringan perniagaan dan meningkatkan daya saing, di samping menyokong usaha kerajaan memperkukuh industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
#madanibekerja
#malaysiamadani
Parlimen l 28 Oktober 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Usai menggulung perbahasan di Dewan Rakyat lewat petang tadi, saya berkesempatan menziarahi pengawal pengiring polis saya, Sarjan Mohammad Gusman, yang kini sedang diuji kesihatan beliau dan menjalani rawatan di Ampang Puteri Specialist Hospital.
Mendoakan agar saudara Mohammad Gusman dikurniakan Allah SWT sebaik-baik kesembuhan…Aamiin
(27 Oktober 2026) -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 27 Oktober 2026 | Selasa
Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Rakyat petang ini.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan. Setiap isu yang dibangkitkan mencerminkan harapan rakyat agar bekalan air dan elektrik lebih terjamin, risiko bencana dapat dikurangkan dan pembangunan negara dilaksanakan secara mampan.
Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027 memperuntukkan RM5.33 bilion kepada PETRA, termasuk RM4.93 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Peruntukan ini membawa amanah besar untuk memastikan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat.
Antara fokus utama PETRA ialah:
✅ Memperkukuh tebatan banjir dan perlindungan pesisir melalui pelaksanaan 151 projek tebatan banjir serta 50 projek pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara sungai.
✅ Menjamin bekalan air bersih dan berterusan melalui penggantian paip kritikal, pengurangan kehilangan air serta pengukuhan infrastruktur bekalan air di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
✅ Melindungi pengguna elektrik melalui langkah bantuan bersasar, penambahbaikan mekanisme AFA serta pelaburan bagi memperkukuh kestabilan Grid Nasional.
✅ Mempercepat peralihan tenaga lestari dengan sasaran 35% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2030, memperluas pemasangan solar serta menyediakan insentif kepada rakyat untuk menikmati tenaga bersih.
✅ Membuka peluang ekonomi kepada rakyat melalui penyertaan syarikat Bumiputera, komuniti setempat dan generasi FELDA dalam industri tenaga bersih.
✅ Memastikan pembangunan pusat data dan teknologi baharu tidak membebankan pengguna lain, selain meneliti hala tuju tenaga nuklear secara bertanggungjawab dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan negara.
✅ Mempercepat pelaksanaan projek melalui pemantauan rapi, penyelarasan antara agensi dan intervensi awal agar setiap peruntukan memberi hasil yang nyata.
Bagi saya, ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar jumlah peruntukan atau bilangan projek yang diluluskan. Ukuran sebenar ialah manfaat yang dirasai rakyat.
Rakyat mahukan bekalan air yang tidak terganggu, elektrik yang stabil, kawasan kediaman yang lebih terlindung daripada banjir serta pembangunan tenaga bersih yang mampu milik dan mampan.
Insya-Allah, PETRA akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, demi memperkukuh daya tahan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Kita bukan sekadar membina infrastruktur. Kita sedang membina masa depan negara.
#belanjawan2027
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat daripada tiga orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang bakal memulakan tugas di penempatan masing-masing.
Mereka adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Kanada, Ybrs Amb John K. Samuel; Duta Besar Malaysia Ke Belgium, Ybrs Amb Shaiful Anuar Bin Mohammad dan Duta Besar Malaysia Ke Republik Islam Iran, Dato' Wan Aznainizam Yusri Bin Wan Abdul Rashid.
Antara amanat yang dikongsikan adalah untuk meneroka peluang kerjasama dalam teknologi tenaga hijau, mempromosikan produk tempatan ke pasaran antarabangsa serta membantu usahawan dan pemain industri tempatan menembusi pasaran baharu yang strategik, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.
Selamat maju jaya dan terus cemerlang dalam menggalas amanah, memperkukuh diplomasi serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!
#madanibekerja
#malaysiamadani
Parlimen l 27 Oktober 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Singapura | 26 Oktober 2026 | Isnin
Mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin industri tenaga antarabangsa — Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Siemens Energy, ACWA Power, Électricité de France (EDF), Gentari dan Mitsubishi Heavy Industries bagi memperkukuh jaringan kerjasama dalam sektor tenaga, semasa Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2026 hari ini.
Perbincangan dalam pertemuan berkenaan antaranya merangkumi peluang pelaburan dalam tenaga bersih, pembangunan rantaian bekalan, pembuatan turbin, pembangunan modal insan dan penggunaan teknologi baharu.
Kita mahu Malaysia bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi turut membangunkan keupayaan industri tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menarik pelaburan yang berkualiti.
Dalam hal ini, dasar yang jelas, kawal selia yang telus dan kerjasama kerajaan dengan sektor swasta amat penting untuk memberikan keyakinan kepada pelabur.
Terdahulu selepas menyampai ucaptama di SIEW 2026 saya turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Tenaga Malaysia dengan Energy Market Authority (EMA) Singapura, serta MoU yang melibatkan Ditrolic Energy, International Finance Corporation (IFC), DBS dan Maybank bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga.
Turut menyaksikan penyerahan kelulusan bersyarat yang menandakan kemajuan projek sambung tara elektrik Vietnam – Malaysia – Singapura, melibatkan kerjasama PTSC, Petrovietnam, Sembcorp, PETRONAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#siew2026
#petra
#malaysiamadani
#malaysiasingapura🇲🇾🇸🇬 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Singapura | 26 Oktober 2026 | Isnin
Hari ini, saya berbesar hati menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2026 di Sands Expo and Convention Centre, Singapura, yang mengangkat tema “Salinghubungan sistem tenaga untuk memacu masa hadapan“.
Saya antara lain menegaskan bahawa dalam dunia yang semakin tidak menentu, keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu ekonomi atau alam sekitar, sebaliknya merupakan keutamaan strategik yang berkait rapat dengan kestabilan, daya tahan dan kemakmuran negara.
Bagi Malaysia, peralihan tenaga perlu dilaksanakan secara terjamin, mampu milik dan mampan. Ketiga-tiga matlamat ini mesti bergerak seiring bagi memastikan keperluan tenaga rakyat dan industri hari ini terus dipenuhi, tanpa mengabaikan kepentingan generasi akan datang.
Melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia menyasarkan tenaga boleh baharu mencapai 70 peratus daripada kapasiti terpasang menjelang tahun 2050, selaras dengan aspirasi untuk mencapai pelepasan sifar bersih seawal tahun yang sama.
Namun, peralihan tenaga bukan sekadar soal menambah kapasiti tenaga boleh baharu. Kita juga memerlukan infrastruktur grid yang lebih kukuh, teknologi penyimpanan tenaga, sistem yang fleksibel serta pelaburan strategik untuk membina ekosistem tenaga yang lebih berdaya tahan.
Dalam konteks ini, Grid Tenaga ASEAN atau ASEAN Power Grid — merupakan antara agenda penting yang perlu kita jayakan bersama. Kesalinghubungan tenaga rentas sempadan bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan membuka peluang perdagangan elektrik, malah memperkukuh keselamatan bekalan tenaga seluruh rantau.
Malaysia akan terus mempererat kerjasama dengan Singapura, negara-negara anggota ASEAN dan rakan antarabangsa bagi menterjemahkan aspirasi ini kepada pelaksanaan yang nyata.
Pada masa yang sama, kita perlu memanfaatkan kemajuan kecerdasan buatan dan teknologi digital untuk mengoptimumkan sistem tenaga, mengurus permintaan elektrik serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital. Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan institusi kewangan juga amat penting untuk memastikan pelaburan yang diperlukan dapat digerakkan.
Saya percaya bahawa tiada negara yang mampu menghadapi cabaran tenaga masa hadapan secara bersendirian. Kekuatan ASEAN terletak pada keupayaan kita untuk saling melengkapi, berkongsi kepakaran dan membina penyelesaian bersama.
Seperti peribahasa Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh.”
Apabila kita menghubungkan grid, kita memperkukuh keselamatan. Apabila kita menghubungkan pasaran, kita meluaskan peluang. Apabila kita menghubungkan pelaburan dengan aspirasi, kita mempercepat peralihan tenaga.
Malaysia kekal komited untuk meneruskan agenda peralihan tenaga negara dan bekerjasama dengan semua rakan serantau demi membina sistem tenaga yang lebih selamat, bersih, berdaya tahan dan mampan untuk masa hadapan.
SIEW adalah platform antarabangsa utama yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, penggubal dasar, pemain industri tenaga, pelabur, penyelidik dan pakar teknologi bagi membincangkan perkembangan serta hala tuju sektor tenaga global, khususnya di Asia.
SIEW penting kepada Malaysia kerana ia menyediakan ruang untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam peralihan tenaga, keselamatan bekalan elektrik, pembangunan tenaga boleh baharu, perdagangan elektrik rentas sempadan dan teknologi rendah karbon.
Bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), penyertaan dalam SIEW boleh menjadi peluang strategik untuk mengetengahkan agenda peralihan tenaga Malaysia, memperluas kerjasama dengan Singapura dan negara ASEAN serta menarik pelaburan dalam infrastruktur tenaga masa hadapan.
#siew2026
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Singapura | 26 Oktober 2026 | Isnin
Sebelum menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2026 , saya mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Dr. Tan See Leng, Menteri Tenaga, Perdagangan dan Industri Singapura, awal pagi ini.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang tenaga, termasuk meneroka peluang memperluas kerjasama tenaga serantau ke arah membangunkan ekosistem tenaga ASEAN yang lebih bersepadu, mampan dan berdaya tahan demi manfaat bersama.
SIEW 2026 di Sands Expo and Convention Centre, Singapura, mengangkat tema “Salinghubungan sistem tenaga untuk memacu masa hadapan“.
#siew2026
#petra
#malaysiamadani
#malaysiasingapura🇲🇾🇸🇬 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Singapura l 26 Oktober 2026 l Isnin
Alhamdulillah, menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan, Singapura, sebuah masjid bersejarah yang menjadi lambang warisan dan keagungan Islam di rantau ini.
Semoga ukhuwah Islamiah terus diperkukuh, hubungan Malaysia–Singapura terus erat, dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sentiasa terpelihara.
Saya berada di Singapura untuk menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2026 di Sands Expo and Convention Centre, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura dan beberapa pemimpin industri tenaga antarabangsa. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya tiba di Singapura pada jam 6.16 petang ini bagi mengetuai delegasi Malaysia dan menyampaikan ucaptama di persidangan tenaga antarabangsa — Singapore International Energy Week (SIEW) 2026 esok, Isnin, 26 Oktober, di Marina Bay Sands, Singapura.
Saya melihat SIEW sebagai satu platform yang amat bermakna untuk Malaysia berkongsi pandangan, bertukar pengalaman dan mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dari Singapura, negara ASEAN serta komuniti tenaga antarabangsa.
Dalam menghadapi landskap tenaga global yang semakin mencabar, kita perlu memastikan bekalan tenaga negara kekal selamat, stabil dan mampu milik, tanpa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dan mempercepat peralihan kepada tenaga yang lebih bersih.
Antara perkara yang ingin saya tekankan ialah pentingnya kerjasama serantau, khususnya melalui pembangunan ASEAN Power Grid. Saya percaya hubungan tenaga yang lebih kukuh antara negara ASEAN dapat membantu kita memanfaatkan sumber tenaga dengan lebih cekap, di samping meningkatkan keselamatan dan daya tahan bekalan elektrik di rantau ini.
Sepanjang berada di Singapura, saya juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura dan India, serta wakil organisasi dan syarikat tenaga antarabangsa termasuk International Energy Agency (IEA), Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Siemens Energy, ACWA Power, Électricité de France (EDF) dan Mitsubishi Heavy Industries.
Saya berharap pertemuan ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk kita berkongsi idea, mempelajari amalan terbaik dan meneroka peluang kerjasama yang boleh membawa manfaat nyata kepada Malaysia, khususnya dalam pembangunan infrastruktur tenaga dan penggunaan teknologi baharu.
Pada masa yang sama, kita mahu terus meningkatkan keyakinan pelabur dan pembiaya antarabangsa terhadap potensi sektor tenaga Malaysia. Pelaburan yang bersesuaian bukan sahaja membantu membangunkan industri tenaga negara, malah berpotensi mewujudkan peluang ekonomi dan menyokong pertumbuhan negara dalam jangka panjang.
Bagi saya, peralihan tenaga bukan sekadar soal teknologi atau angka pelaburan. Apa yang lebih penting ialah bagaimana usaha ini dapat memastikan bekalan tenaga yang boleh diharapkan, kos yang berpatutan dan masa depan yang lebih mampan untuk rakyat serta generasi akan datang.
Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan semua pihak, di dalam dan luar negara, agar agenda peralihan tenaga Malaysia dapat dilaksanakan secara terancang, pragmatik dan mengambil kira keperluan negara.
Semoga penyertaan Malaysia dalam SIEW 2026 membawa hasil yang positif, mempererat persahabatan dengan rakan-rakan serantau dan membuka lebih banyak peluang kerjasama untuk negara. Insya-Allah, kita akan terus melangkah bersama ke arah sistem tenaga yang lebih selamat, mampu milik dan mampan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Terima kasih Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Puah Kok Keong yang menyambut ketibaan saya dan rombongan.
#siew2026
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah Serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor
Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
Daulat Tuanku.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) terhadap patik.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kurniaan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab untuk patik terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan istiqamah demi agama, bangsa dan negara tercinta…Insya-Allah
Patik juga ingin mendoakan agar Tuanku dan seluruh kerabat Diraja Selangor sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT…Aamiin
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
(25 Oktober 2026) -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan merasmikan Majlis Penangguhan Muktamar Pengurusan Dan Pengimarahan Masjid Sarawak sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026 Zon Tengah di Dewan Baitulmal Sibu.
Dalam ucapan, saya mengingatkan bahawa Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi pusat ilmu, pembinaan akhlak, perpaduan dan kebajikan masyarakat.
Pengimarahan masjid perlu merangkumi aktiviti ibadah, pendidikan keluarga, pembangunan belia, kesukarelawanan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam masyarakat Sarawak yang pelbagai, masjid perlu terus menyemai akhlak mulia, kesederhanaan, keharmonian dan sikap prihatin.
Kerjasama Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, jawatankuasa masjid, Lembaga Amanah Kebajikan Islam dan ketua masyarakat amat penting.
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
Sibu l 24 Oktober 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sungai bukan sekadar aliran air. Sungai ialah sumber kehidupan, nadi ekonomi, penghubung masyarakat dan warisan yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang.
Hari ini, sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Sibu, Sarawak, yang membawa tema “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita”, kita mengangkat satu mesej yang jelas: menjaga sungai bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg Premier Sarawak, yang sudi menyempurnakan perasmian sambutan HSS Peringkat Kebangsaan 2026.
Kehadiran beliau membuktikan kesungguhan komitmen kerajaan dalam soal memelihara alam sekitar apa lagi sungai begitu dekat dengan kehidupan rakyat Sarawak. Batang Rajang di Sibu menjadi sebahagian daripada sejarah dan kehidupan masyarakat Sarawak.
Namun, kelestarian sungai tidak bergantung pada kerajaan semata mata. Ia memerlukan komitmen semua pihak — daripada agensi kerajaan dan sektor industri hinggalah kepada komuniti setempat serta setiap individu. Justeru tindakan mesti bergerak seiring dengan kesedaran.
Di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), sebanyak RM7.4 bilion kos projek diperuntukkan bagi 46 projek berkaitan air di Sarawak, merangkumi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu.
Daripada jumlah ini, RM5.8 bilion melibatkan projek Jabatan Pengairan dan Saliran, termasuk usaha tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan pemuliharaan hakisan pantai.
Ini bukan sekadar angka peruntukan. Ini ialah sebahagian daripada usaha memperkukuh keterjaminan sumber air, mengurangkan risiko bencana dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pada masa sama, PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran turut melaksanakan Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Lembangan Batang Rajang, yang dijangka siap pada Ogos 2027. Kajian ini diharap dapat membantu perancangan pengurusan sungai yang lebih bersepadu, sistematik dan berterusan.
Kita juga mahu masyarakat lebih dekat dengan sungai melalui pendidikan, rekreasi dan penglibatan komuniti, termasuk inisiatif Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang dilaksanakan di seluruh negara, termasuk Sarawak.
Namun, pembangunan dan perancangan yang baik hanya akan mencapai makna sebenar apabila disokong oleh tindakan rakyat.
Jangan buang sampah ke sungai. Laporkan pencemaran. Didik anak anak supaya menghargai alam sekitar. Jadikan kebersihan sungai sebagai budaya, bukan sekadar kempen bermusim.
Inilah pendekatan yang perlu kita bawa ke hadapan: perancangan yang tersusun, pelaksanaan yang berkesan dan kerjasama yang menyeluruh.
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, agensi pelaksana, sektor industri dan masyarakat mesti terus berganding bahu. Kerana sungai yang terpelihara hari ini menentukan kualiti kehidupan dan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
Marilah kita jadikan Sambutan Hari Sungai Sedunia ini sebagai titik penggerak kepada tindakan yang berterusan, bukan sekadar acara tahunan.
Sungai kita. Tanggungjawab kita. Masa depan kita bersama.
#harisungaisedunia2026
#petra
#malaysiamadani
Sibu, Sarawak | 24 Oktober 2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qadim.
Insya Allah, pagi ini saya akan menghadiri Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, bertemakan “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita”, di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Sibu.
Sambutan ini akan dirasmiikan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Sibu l 24 Oktober 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 23 Oktober 2026 | Jumaat
Malam ini saya berkesempatan menyantuni para pegawai, kakitangan dan petugas @PETRAMalaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran JPS Malaysia dan JPS Sarawak yang menghadiri majlis makan malam sempena Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan 2026.
Perasmian HSS Peringkat Kebangsaan 2026 akan berlangsung di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang (Fasa 2) Sibu esok, dan akan disempurnakan oleh YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bilangan 2 bagi Tahun 2026 di Bilik Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra.
Ingin saya nyatakan, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2027 pada kali ini, masing-masing berjumlah RM18.7 billion dan RM16.2 billion. Berdasarkan dokumen Belanjawan 2027, jumlah peruntukan pukal Persekutuan bagi Sabah, Sarawak mencatatkan kenaikan berbanding tahun 2026.
Kita sangat mengharapkan Ikhtiar Menaikkan Lantai taraf hidup rakyat dalam Belanjawan 2027 dapat diterjemahkan dalam ikhtiar kita dalam penstabilan harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Inisiatif penstabilan harga oleh Kerajaan Persekutuan seperti Program Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani terus diperkukuhkan melalui Belanjawan 2027 pada tahun hadapan yang akan memberi manfaat lebih kepada rakyat khususnya di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Namun, kita perlu bersiap sedia dengan cabaran ekonomi global disebabkan ketidaktentuan geopolitik yang memberi impak kepada harga barangan dan perkhidmatan terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan. Maka adalah amat wajar pelan tindakan penstabilan harga di Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan dirangka sebagai panduan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi kesejahteraan rakyat di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Turut hadir, Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Datuk Ts Mustapha Sakmud, Menteri Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak; Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak.
#tpmfy
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya l 22 Oktober 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan Makamakan di Muzium Tekstil Merdeka, Look At 118, Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Makanan bukan sekadar hidangan di atas meja. Ia membawa cerita, warisan dan kenangan, malah menjadi penghubung yang mendekatkan kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.
Sebab itulah saya tertarik dengan konsep Makamakan yang menghimpunkan masakan Melayu, Cina dan India dalam satu ruang. Inilah keistimewaan Malaysia yang perlu kita hargai dan terus pelihara, dengan kepelbagaian menyatukan kita.
Saya juga berharap kita dapat menikmati rezeki yang ada dengan lebih bertanggungjawab. Jangan biarkan makanan yang masih elok dibazirkan. Sebaliknya, kita perlu membudayakan amalan berkongsi rezeki dan mengurus sisa makanan dengan lebih bijak demi kelestarian alam sekitar.
Tahniah kepada Serai Group atas usaha mengangkat kekayaan cita rasa tempatan. Saya berharap Makamakan bukan sahaja menjadi tempat untuk menikmati makanan, tetapi juga ruang untuk kita saling mengenali, menghargai budaya dan mengeratkan perpaduan.
Semoga Makamakan terus berkembang maju dan menjadi antara tarikan gastronomi kebanggaan negara, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Mudah-mudahan, setiap hidangan yang dikongsi di sini turut menyemarakkan semangat perpaduan dan Malaysia MADANI yang kita cintai bersama.
#makamakan
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 20 Oktober 2026 | Selasa
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara berkaitan hal ehwal perpaduan serta inisiatif-inisiatif baharu yang dapat diambil oleh kerajaan ke arah memperkukuhkan lagi integrasi antara kaum serta membina masyarakat Malaysia yang inklusif, bersatu padu dan harmoni.
Pada mesyuarat berkenaan saya menegaskan bahasa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas penting kepada kestabilan dan masa depan negara. Dalam mendepani cabaran dunia moden serta kehangatan lanskap digital hari ini, kita seharusnya terus mempertahankan keharmonian menerusi penghayatan nilai saling memahami, menghormati, dan menerima antara satu sama lain.
Perpaduan tidak hadir secara automatik, sebaliknya ia memerlukan usaha berterusan serta keikhlasan daripada segenap lapisan masyarakat iaitu daripada peringkat kepimpinan, sektor awam dan swasta, sehinggalah ke akar umbi.
Belanjawan 2027 turut menyaksikan pengumuman berkaitan perpaduan melibatkan peningkatan Geran Rukun Tetangga (KRT) bagi setiap KRT berdaftar yang aktif dari RM6,000 ke RM10,000 iaitu naik sebanyak 66.7%.
Peningkatan ini diharap dapat memberi lebih ruang kepada KRT untuk memperbanyak aktiviti kemasyarakatan, mengeratkan hubungan kejiranan dan memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.
Saya turut menyentuh mengenai Persidangan Negara Bangsa yang akan diadakan dari 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di PICC, Putrajaya. Persidangan ini merupakan platform yang penting untuk membincangkan cabaran pembinaan identiti nasional dalam masyarakat majmuk.
Terdapat ahli MPPN yang terlibat secara langsung dalam persidangan ini. Saya mengajakk semua ahli MPPN hadir ke Persidangan Negara Bangsa agar persidangan ini dapat menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional dan membina sebuah negara bangsa yang stabil, inklusif serta berdaya tahan.
Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara berkaitan agenda perpaduan turut dibincangkan, termasuk Program JALIN dalam Kalangan Komuniti Etnik Subpan di Lahad Datu, Sabah.
Saya menghargai komitmen dan pandangan bernas semua Ahli MPPN. Saya yakin kerjasama erat antara kerajaan, agensi dan masyarakat akan terus menjadi kekuatan dalam memelihara keharmonian negara.
Perpaduan ialah kekuatan kita. Tanggungjawab kita bersama adalah untuk terus memelihara keharmonian dan membina Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.
#mppn2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 di Kementerian Ekonomi, Menara Prisma.
Mesyuarat turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat.
#tpmfy
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Putrajaya | 19 Oktober 2026 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Bil. 2/2026 Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB Sarawak Zon Selatan bagi menyelaras persiapan menjelang konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan, penyelarasan perjalanan program serta peranan setiap jawatankuasa bagi memastikan konvensyen berjalan lancar, teratur dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Konvensyen ini bukan sekadar perhimpunan parti, tetapi juga menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan, memantapkan kesepakatan dan menyelaraskan hala tuju perjuangan demi kepentingan rakyat serta masa depan Sarawak.
Kita mahu memastikan seluruh kepimpinan dan akar umbi terus bergerak seiring dalam mendukung agenda pembangunan Sarawak yang maju, makmur, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama. Insya-Allah, dengan semangat Segulai Sejalai, kita jayakan konvensyen ini bersama.
#konvensyenpbb2026
#pbbzonselatan
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
(18 Oktober 2026) -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Tengku Hasmuddin bin Tengku Othman dan isteri, Zainah binti Ibrahim sempena majlis perkahwinan anakandanya, Tunku Nurul Aisyah dan Ahmad Rusdee, hari ini.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Semoga Allah SWT memberikan barakah kepada perkahwinan ini dan mengumpulkan pasangan pengantin sekeluarga di dalam kebaikan…Aamiin
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan yang menghimpunkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh agenda mengutamakan produk tempatan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan agenda produk tempatan, menyeragamkan penggunaan logo Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA), meneliti isu keberadaan serta lambakan entiti dan produk asing dalam pasaran tempatan, serta perkembangan penggubalan perundangan baharu berkaitan e-Dagang.
Antara fokus utama mesyuarat ialah:
🔹 Memelihara kepentingan peniaga dan PMKS tempatan — Memperkukuh penyelarasan dasar, meneliti kerangka perundangan serta meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan persaingan yang adil, termasuk dalam perdagangan digital dan berhubung kemasukan entiti serta produk asing ke pasaran tempatan.
🔹 Memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan — Meningkatkan kerjasama antara kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan inisiatif produk tempatan lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.
🔹 Memperluas impak JOM MALAYSIA — Menyeragamkan penggunaan logo JOM MALAYSIA dalam program promosi produk tempatan, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dicadangkan menyelaras panduan penggunaan, pemantauan dan pelaporannya.
🔹 Memperkukuh ekosistem e-dagang — Memberi perhatian kepada penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menyokong persekitaran perdagangan digital yang lebih teratur, telus dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira kepentingan peniaga, PMKS dan pengguna.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2027, peruntukan RM10 juta bagi JOM MALAYSIA akan membuka peluang untuk membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital serta pasaran luar negara.
Inisiatif ini diharap dapat membantu usahawan desa dan PMKS memperluas capaian pasaran, meningkatkan penyertaan dalam ekonomi digital dan menembusi pasaran antarabangsa.
Mengutamakan produk tempatan ialah tanggungjawab bersama. Agenda ini memerlukan pendekatan whole-of-nation yang melibatkan kerajaan, industri, PMKS, peruncit, pemborong, platform digital dan pengguna.
Matlamat kita jelas untuk memastikan peniaga tempatan mendapat peluang yang adil untuk bersaing, perniagaan mereka terus berkembang dan produk Malaysia mendapat tempat yang lebih luas di pasaran.
Marilah kita bersama-sama menyokong, membeli dan menggunakan produk tempatan demi memperkukuh ekonomi negara serta membina ekosistem perniagaan Malaysia yang lebih mampan dan berdaya saing.
Beli Produk Malaysia. Sokong Usahawan Tempatan. Perkasa Ekonomi Negara.
#jommalaysia
#malaysiamadani
(15.10.2026) -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menerima kunjungan perpisahan daripada TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, di Parlimen hari ini.
Sepanjang hampir enam tahun berkhidmat di Malaysia, TYT Ouyang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–China.
Dalam tempoh tersebut, hubungan kedua-dua negara terus berkembang dengan pencapaian ketara dalam pelbagai bidang, termasuk pertukaran lawatan peringkat tertinggi, peningkatan perdagangan dua hala, pelancongan, pendidikan, tenaga dan ekonomi hijau.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan komitmen beliau dalam mempererat persahabatan antara Malaysia dan China. Semoga beliau terus maju jaya dalam apa jua amanah yang bakal dipikul, dan semoga hubungan erat kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama.
#malaysiachina🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Majlis Pelancaran AIAC Asia ADR Week 2026 Edisi Ke-8
#madanibekerja
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, Bangunan Sulaiman sekali lagi menghimpunkan komuniti penyelesaian pertikaian global sempena pelancaran AIAC Asia ADR Week 2026 edisi ke-8.
Tahun lalu, kita berbicara tentang Kairos, iaitu saat yang tepat untuk bertindak. Tahun ini, kita melangkah daripada Kairos kepada Kainos: daripada merebut peluang kepada menjayakan pembaharuan yang membawa perubahan bermakna.
Visi hanya mampu mengubah masa depan apabila diterjemahkan kepada tindakan. Semangat inilah yang mendasari usaha kita sepanjang tahun lalu untuk memperkukuh kerangka perundangan, memperbaharui institusi dan memantapkan tadbir urus yang telus, bebas serta berintegriti.
Penyelesaian pertikaian yang berkesan merupakan sebahagian daripada prasarana ekonomi negara. Ia memberikan keyakinan kepada pelabur dan komuniti perniagaan bahawa setiap pertikaian dapat ditangani secara adil dan cekap, melalui proses yang jelas serta boleh dipercayai.
Dalam hal ini, saya merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), atas kepimpinan beliau menerajui pembaharuan perundangan dan institusi dalam bidang timbang tara serta penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di Malaysia.
Menjelang Jubli Emas AIAC pada 2028, marilah kita bersama-sama membina ekosistem ADR yang lebih kukuh, mudah diakses dan dipercayai, sekali gus memperteguh kedudukan Malaysia sebagai pusat penyelesaian pertikaian pilihan di rantau ini.
Peluang telah kita rebut. Kini, saatnya untuk menterjemahkan pembaharuan kepada manfaat yang nyata.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menerima kunjungan hormat perpisahan daripada TYT Yeo Seung-bae, Duta Korea ke Malaysia.
TYT Seung-bae menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia dan berharap hubungan dua hala Malaysia-Korea akan terus dipertingkatkan.
#parlimen
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Parlimen l 13 Oktober 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 13 Oktober 2026 | Selasa
Keselamatan empangan bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia turut melibatkan keselamatan penduduk, khususnya di kawasan hiliran.
Dalam sesi Waktu Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat hari ini, saya menjelaskan status pemantauan keselamatan Empangan Linggiu serta peranan pasukan khas keselamatan empangan sebagai menjawab pertanyaan daripada Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib (Tenggara) yang bertanyakan status terkini tahap keselamatan struktur dan pemantauan berkala bagi Empangan Linggiu serta sejauh manakah keberkesanan pasukan khas Flying Squad empangan dalam mengaudit integriti struktur empangan ini.
Saya memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Empangan Linggiu berada di bawah tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan pemantauan penuh Public Utilities Board (PUB) Singapura, selaras dengan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dan Perjanjian Tambahan 1990.
Kedua-dua perjanjian tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sebagai wakil Kerajaan Malaysia, dan segala hal ehwal berkaitan pengurusan, penyelenggaraan serta pemantauan empangan adalah di bawah tanggungjawab pihak PUB Singapura.
PUB melaksanakan pemeriksaan Empangan Linggiu setiap tahun, manakala pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan setiap lima tahun dengan melibatkan pemeriksa empangan bertauliah. PUB turut membentangkan status keselamatan empangan kepada Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) secara berkala. Mekanisme ini membolehkan aspek keselamatan dan integriti struktur empangan diteliti serta sebarang keperluan tindakan susulan dikenal pasti.
Manakala pasukan khas Flying Squad keselamatan empangan, pula telah beroperasi dalam tempoh 2018 sehingga 2022 dan telah melaksana pemeriksaan ke atas 41 empangan di Malaysia.
Pada tahun 2025, Pusat Empangan Negara (PEN) ditubuhkan untuk memperkukuh pengurusan keselamatan empangan di peringkat nasional melalui pemeriksaan keselamatan, penyelarasan dengan pemilik dan pengendali empangan, sokongan teknikal serta penilaian amalan keselamatan empangan.
PEN melaksanakan pemantauan terhadap 107 empangan yang diuruskan oleh agensi dan pengendali di bawah seliaan pihak berkuasa Malaysia. Empangan Linggiu yang dioperasikan oleh PUB Singapura tidak termasuk dalam skop pemantauan PEN.
Sehubungan itu, sebarang urusan mendapatkan maklumat atau menyelaras aspek teknikal berkaitan keselamatan dan integriti struktur Empangan Linggiu hendaklah dilaksanakan melalui Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan PUB Singapura, tertakluk kepada bidang kuasa serta persetujuan pihak-pihak berkaitan.
PETRA melalui PEN akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan bagi memastikan isu keselamatan empangan yang dikenal pasti dapat diteliti dan ditangani, khususnya demi melindungi penduduk di kawasan hiliran.
#petra
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 12 Oktober 2026 | Isnin
Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bil. 2 Tahun 2026 bagi membincangkan langkah mempertingkat usaha pemuliharaan sungai dan melindungi sumber air negara.
Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bilangan sungai tercemar meningkat daripada 25 sungai pada tahun 2023 kepada 27 sungai pada 2024 dan 33 sungai pada 2025. Di Selangor pula, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaporkan sebanyak 144 kes pencemaran sumber air dikesan dalam tempoh tiga tahun sehingga 14 September 2026, dengan tahap risiko yang berbeza-beza.
Saya menghargai komitmen LUAS dan agensi berkaitan di seluruh negara dalam mengesan serta menangani pencemaran. Namun, peningkatan ini jelas menunjukkan bahawa langkah sedia ada perlu diperkukuh melalui tindakan yang lebih berkesan, terselaras dan berterusan.
Pencemaran sungai bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi turut melibatkan keselamatan air negara. Sungai yang tercemar boleh mengganggu operasi loji rawatan air, menjejaskan bekalan kepada rakyat, meningkatkan kos rawatan dan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi. Justeru, perlindungan sumber air mesti menjadi keutamaan bersama di semua peringkat pentadbiran.
Mesyuarat telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan Indeks Kualiti Air (IKA) sekurang-kurangnya 10% dalam tempoh setahun bagi 33 sungai yang dikenal pasti tercemar pada 2025, serta pengiktirafan bersesuaian kepada kerajaan Negeri yang berjaya mencapai sasaran tersebut.
Mesyuarat juga memutuskan supaya satu kajian rintis pengurusan punca tidak tetap (NPS) secara bersepadu dilaksanakan di satu (1) lokasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih. Kajian bertujuan menguji kebolehgunaan data di lapangan, menganggarkan beban pencemaran, menentukan kawasan keutamaan serta merangka tindakan kawalan yang bersesuaian.
Satu Jawatankuasa Teknikal Piawaian Pelepasan Efluen yang dipengerusikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga ditubuhkan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk menyelaras pelaksanaan piawaian pelepasan efluen di kawasan bandar dan luar bandar.
Garis Panduan Pemasangan Panel Solar Terapung di Atas Takungan Air dan Tasik di Malaysia turut dilancarkan sebagai rujukan pembangunan solar terapung yang terancang, mampan dan mengambil kira aspek kelestarian sumber air negara.
Langkah-langkah bersepadu ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mengawal pencemaran dari puncanya, melindungi sumber air dan menjamin keselamatan air negara melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT serta semua pihak berkepentingan.
Sungai yang bersih ialah warisan berharga untuk generasi akan datang. Tanggungjawab memeliharanya bukan terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kesedaran dan tindakan bersama seluruh masyarakat.
Marilah kita bersama-sama menjaga sungai demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.
#jkkas
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya berbesar hati menerima jemputan YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Kadir, Menteri Pengajian Tinggi untuk menyampaikan ucaptama khas di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2026), bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, bersama lebih 1,200 pelajar dari 60 buah negara.
Saya turut berkesempatan mendengar pandangan dan aspirasi para pelajar serta berkongsi pemikiran dalam sesi dialog yang dikendalikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Yatimah, Naib Canselor UMPSA.
Pertukaran pandangan ini memberi ruang untuk kita saling belajar dan memahami harapan anak muda terhadap masa depan yang ingin mereka bina.
Bertemakan “Redefining Future Leaders Through Value-Based Leadership”, saya mengajak anak muda melihat kepimpinan sebagai tanggungjawab yang bermula hari ini.
Tidak perlu menunggu jawatan atau kedudukan untuk membawa perubahan. Anak muda ialah pemimpin hari ini, dengan idea, keberanian dan keupayaan untuk mencorakkan masa depan.
Tiga asas kepimpinan yang saya kongsikan ialah nilai, wawasan dan tanggungjawab.
Nilai menjadi kompas dalam setiap keputusan. Dalam era kecerdasan buatan (AI), keupayaan tidak semestinya mencerminkan kebijaksanaan. Teknologi mampu memperluas kemampuan kita, namun nilai dan pertimbangan kitalah yang menentukan sama ada kemampuan itu membawa manfaat kepada manusia.
Wawasan pula memberi arah kepada cita-cita. Beranilah menetapkan matlamat yang tinggi, sambil kekal terbuka untuk belajar dan menyesuaikan langkah. Laluan akademik dan pendidikan kemahiran, termasuk TVET, wajar dihargai dengan setara. Negara memerlukan mereka yang mereka cipta, serta mereka yang membina dan menambah baik.
Tanggungjawab menjadikan kejayaan lebih bermakna. Ukuran kejayaan turut terletak pada peluang yang kita buka dan kehidupan yang kita bantu, di dalam mahupun di luar sempadan negara.
Sebuah sidang kemuncak boleh mencetuskan inspirasi. Tindakan selepasnya yang akan menjadikan inspirasi itu perubahan yang berkekalan.
Semoga lahir lebih ramai pemimpin muda yang teguh berpegang pada nilai, berani membawa perubahan dan berjiwa rakyat, demi Malaysia MADANI serta masa depan bersama yang lebih baik.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut ditemani isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Hadir sama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Dalam majlis itu, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan isteri berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim piatu dan ibu tunggal.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Pagi ini berkesempatan bersama 50 pelajar UPM Sarawak dan 20 pelajar UNIMAS dalam sesi dialog santai yang cukup bermakna. Saya hadir untuk mendengar dan belajar daripada anak muda kita.
Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, membina perpaduan ummah memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Perbezaan fahaman jangan sampai menjauhkan kita daripada tanggungjawab bersama.
Apabila ekonomi negara berkembang, kita juga perlu bertanya, sejauh mana umat Islam turut maju dan mendapat manfaat daripadanya?
Untuk berjaya di dunia dan akhirat, kita memerlukan ilmu yang membina kehidupan serta ilmu yang membimbing hati. Kedua-duanya perlu berjalan seiring agar kemajuan yang kita usahakan membawa kebaikan dan keberkatan.
Segumpal daging yang bernama hati; apabila baik hati, maka baiklah seluruh diri. Jagalah hati, luruskan niat dan perbaikilah akhlak dalam setiap langkah kehidupan.
Secanggih mana pun teknologi, manusia tetap bertanggungjawab menentukan arah penggunaannya.
Ilmu perlu dipandu oleh nilai, amanah dan pertimbangan yang baik agar teknologi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.
Turut dibangkitkan ialah keperluan masyarakat luar bandar, khususnya capaian internet dan sambungan digital. Perkara ini dekat dengan kehidupan anak muda kita, kerana akses yang baik membuka lebih banyak peluang untuk belajar, bekerja dan memperbaiki kehidupan.
Usaha Kerajaan Sarawak memperluas infrastruktur serta memberi tumpuan kepada pendidikan merupakan langkah penting dalam membuka peluang tersebut.
Pendidikan percuma bagi bidang terpilih juga perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk membina kepakaran yang diperlukan negeri.
Dalam masa yang sama, kita memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang kaunseling dan kesihatan mental untuk membantu anak muda menghadapi cabaran kehidupan.
Kita diingatkan bahawa Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Maka, mulakanlah dengan diri kita—perbaiki niat, tambah ilmu dan terus berusaha, walaupun dengan langkah yang kecil.
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Alhamdulillah, berpeluang merasmikan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 3.0 (2026) di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Petra Jaya, selepas Subuh hari ini tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program yang amat bermakna ini.
Dalam mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks, kekuatan dalaman dan ketahanan jiwa merupakan antara asas penting dalam membentuk individu yang tabah, berakhlak mulia dan mampu menghadapi ujian dengan penuh kebijaksanaan.
Kebimbangan terhadap isu kesihatan mental, termasuk kejadian bunuh diri, mengingatkan kita akan pentingnya membina persekitaran masyarakat yang prihatin, saling menyokong dan tidak mengabaikan mereka yang sedang berhadapan dengan kesukaran hidup. Pendekatan kerohanian perlu bergerak seiring dengan sokongan emosi, perhatian keluarga serta bantuan profesional apabila diperlukan.
Pada masa sama, pembinaan sahsiah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW hendaklah terus diperkasakan, khususnya dalam kalangan generasi muda. Penghayatan nilai kesabaran, amanah, ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab bukan sahaja membentuk peribadi yang mulia, malah menjadi panduan dalam membuat keputusan serta menjalani kehidupan berlandaskan nilai-nilai murni.
Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan insan tidak boleh hanya tertumpu kepada pencapaian akademik dan kemajuan material, tetapi perlu diseimbangkan dengan kekuatan rohani, kematangan emosi dan pembentukan akhlak yang luhur.
Pada majlis sama, saya turut meluncurkan buku 20 Ayat Membina Insan Bertakwa dan Risalah Selawat MADANI terbitan Pertubuhan MADANI Gemilang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penghayatan agama dan membina insan yang lebih dekat dengan ajaran Islam.
Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluas agar menjadi wadah membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman, sahsiah terpuji serta keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan sesama insan.
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Majlis Jamuan Negeri Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini berpeluang menghadiri Majlis Jamuan Negeri Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak di Dewan Santapan, DUN Sarawak.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, diraikan dalam majlis penuh istiadat dan kemeriahan.
Hadir sama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, para pemimpin GPS peringkat Negeri dan Persekutuan.
Usai jamuan negeri, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Wan Junaidi bersama tetamu telah dibawa menyaksikan persembahan bunga api di ruang luar pintu masuk utama DUN Sarawak berdepan Kuching Waterfront.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani
Petra Jaya | 10 Oktober 2026 | Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, gembira dapat bersama anak-anak muda dalam Program Motivasi “Sedia Menghadapi Masa Depan” Belia N7 Samariang di Dewan Serbaguna Taman Sukma.
Program tok merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya dan Pusat Khidmat Ahli DUN N.7 Samariang, serta dilaksanakan oleh Biro Pendidikan PBB Cawangan N.7 Samariang dan Belia PBB Cawangan N.7 Samariang, serta turut dihadiri seramai 150 anak muda.
Turut hadir bersama kamek tek YB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan merangkap Ahli DUN N.7 Samariang.
Melihat anak muda hari tok, kamek teringat perjalanan kehidupan dolok marek. Hidup serba susah, malah ada yang terpaksa berhenti sekolah demi membantu keluarga.
Kamek sendiri berpeluang melanjutkan pelajaran di Semenanjung berkat usaha kepimpinan terdahulu yang membuka peluang pendidikan. Pengalaman susah ya banyak mengajar kita erti ketabahan, menghargai peluang dan sik mudah menyerah.
Kamek sempat berpesan, apa pun impian kita, jangan lupa tujuan kehidupan: beribadah kepada Allah SWT.
Menuntut ilmu, membantu keluarga dan memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan ibadah. Dengan niat yang ikhlas serta berpandukan al-Quran dan sunnah, usaha seharian kita boleh menjadi bekalan menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
Dunia terus berubah seiring kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan. Beranilah belajar perkara baharu, berfikir secara kreatif dan mencari penyelesaian. Manfaatkan media sosial untuk menambah ilmu serta meneroka peluang.
Bijaklah menilai apa yang kita baca dan nangga di media sosial. Pelbagai berita tentang buli, keganasan dan kehilangan nyawa mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga adab dan menghormati orang lain. Semak kesahihan berita sebelum berkongsi, dan jangan sesekali menganggap buli sebagai gurauan.
Kerajaan akan terus berusaha membuka peluang pendidikan dan latihan kepada anak muda. Manfaatkanlah peluang tok sebaik-baiknya.
Jika berdepan kesulitan, jangan pendam seorang diri. Carilah bimbingan mereka yang dipercayai.
Insya-Allah, dengan ilmu, usaha, disiplin dan doa, anak-anak Sarawak mampu melangkah jauh serta menyumbang kepada komuniti, negeri dan negara.
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Alhamdulillah pagi ini saya berkesempatan menghadiri Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Sambutan penuh istiadat ini mencerminkan penghormatan dan kesetiaan rakyat kepada institusi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di samping memperlihatkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi kekuatan negeri Sarawak serta negara kita.
Penyertaan seramai 4,400 peserta daripada 107 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerlahkan komitmen bersama seluruh lapisan masyarakat dalam menjayakan sambutan penuh makna ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Turut hadir YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, yang berucap di istiadat berkenaan.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Selamat Hari Lahir Ke-80.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80.
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dipanjangkan usia serta sentiasa berada dalam kesejahteraan dalam memayungi Sarawak Maju Makmur.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 9 Oktober 2026 | Jumaat
Kemajuan ekonomi negara mesti membawa perubahan nyata yang boleh dirasai dan menyantuni denyut nadi rakyat.
Justeru melalui Belanjawan 2027, Kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada keperluan asas rakyat. Ini termasuklah menerusi inisiatif Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Antaranya — peruntukan RM2.5 bilion untuk mengurangkan kehilangan air dan menambah baik bekalan air bersih ; RM2.5 bilion bagi 154 projek tebatan banjir untuk melindungi rakyat dan harta benda ; RM60 juta untuk rebat pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga melalui Program NUR MADANI ; RM352 juta untuk menaik taraf infrastruktur pembetungan demi persekitaran yang lebih bersih dan sihat.
Menerusi Belanjawan 2027 juga Sabah dan Sarawak terus diberi perhatian oleh Kerajaan MADANI.
Sabah menerima RM18.7 bilion, manakala Sarawak RM16.2 bilion bagi memperkukuh kemudahan asas, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
Antara usaha utama ialah RM1.5 bilion Pemberian Khas interim di bawah komitmen MA63, hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, serta RM600 juta bagi bekalan elektrik di Sabah.
Bagi Kerajaan MADANI, pembangunan bukan sekadar angka dan peruntukan. Apa yang lebih penting, rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik, kehidupan yang lebih selesa dan peluang masa depan yang lebih cerah.
Tahniah dan terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang menekankan betapa pembangunan perlu seimbang dengan nilai kemanusiaan dan keperluan rakyat. Kemajuan bermakna apabila manfaatnya dirasai semua.
#petra
#sabahsarawak
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#yakinmadani
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."
Sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah Tuan Guru Haji Muhammad Haneef Ali, Presiden Rumpun Silat Sarawak merangkap Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak, pada 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah (Khamis, 8 Oktober 2026).
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan. Jasa, ilmu, bimbingan dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
Salam Takziah. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merasmikan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2026 (IGEM 2026) dan Kuala Lumpur Sustainability Summit 2026 (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre.
#igem2026
#klss2026
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 8 Oktober 2026 | Khamis
Menyantuni 42 murid dan enam guru SK Sg Marong, Bentong, Pahang, yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen pada hari ke-4 sidang Parlimen sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas, hari ini tadi
Turut sama Timbalan saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Lipis dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura binti Othman.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 8 Oktober 2026 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2026 (IGEM 2026) dan Kuala Lumpur Sustainability Summit 2026 (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre.
Bertemakan “Race Towards Net Zero: Action Beyond Boundaries”, kedua-dua platform ini menjadi ruang penting untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri, pelabur, institusi kewangan, penyelidik serta rakan antarabangsa dalam menterjemahkan aspirasi kelestarian kepada tindakan dan hasil yang nyata.
Peralihan hijau bukan sekadar mengenai mengurangkan pelepasan karbon. Ia juga merupakan peluang untuk meningkatkan daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Kerajaan akan terus memastikan perusahaan tempatan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), tidak ketinggalan dalam ekonomi hijau melalui akses kepada teknologi, pembiayaan, pasaran dan peluang kerjasama antarabangsa.
Pada masa yang sama, komitmen Malaysia melalui NDC 3.0 (Third Nationally Determined Contribution atau Sumbangan Yang Ditentukan di Peringkat Negara Ketiga) untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang 2035 memerlukan kerjasama dan tindakan bersama seluruh ekosistem.
Saya percaya, masa depan yang lebih hijau, berdaya tahan dan inklusif hanya dapat dibina melalui pendekatan senegara atau whole-of-nation — kerajaan, industri, institusi kewangan, akademia, negeri dan komuniti bergerak sebagai satu pasukan.
Ayuh kita jadikan perbincangan sebagai keputusan pelaburan, inovasi sebagai penyelesaian dan komitmen sebagai tindakan.
Bersama-sama kita membina Malaysia yang lebih hijau dan rantau yang lebih lestari, demi generasi yang akan datang.
#igem2026
#klss2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kunjungan Hormat TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia
#petra
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia di Bangunan Parlimen.
Pertemuan membincangkan langkah-langkah strategik untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Perancis, khususnya dalam bidang peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.
Perancis mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan teknologi hijau yang boleh menyokong usaha Malaysia mempercepatkan agenda peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih bersih dan mampan.
Sebagai langkah awal, Malaysia dan Perancis dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang peralihan tenaga dalam masa terdekat.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuh melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan peluang pelaburan yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 6 Oktober 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 6 Oktober 2026 | Selasa
Menerima kunjungan dan mendengar taklimat daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkaitan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) dan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia ke-17 (IGEM 2026) di pejabat saya, di Parlimen, hari ini tadi.
NRES diketuai Menterinya, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, serta turut disertai Timbalan beliau, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh ; Ketua Setiausaha NRES, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan KSU (Kelestarian Alam) NRES, Datuk Nor Yahati Awang.
NRES sedang dalam proses memuktamadkan RUU PIN dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara (RUU IKLIM). RUU PIN akan menjadi kerangka perundangan utama negara bagi memperkukuh tadbir urus perubahan iklim serta menyokong pelaksanaan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris.
Manakala bagi IGEM 2026 pula, Insya-Allah saya akan merasmikan IGEM 2026 dan Kuala Lumpur Sustainability Summit (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis ini (8 Oktober 2026).
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Agenda keterjaminan makanan bukan lagi sekadar isu sektor pertanian, isu keselamatan nasional di mana landskap geopolitik dunia yang tidak menentu, fenomena perubahan iklim yang ekstrem, serta ketidaktentuan rantaian bekalan global memaksa kita untuk bertindak lebih pantas, tegas dan holistik.
Di peringkat global, fenomena El Nino dan perubahan iklim membawa implikasi besar terhadap rantaian makanan melalui gangguan cuaca yang menjejaskan pengeluaran makanan sekali gus mencetuskan kekurangan bekalan di peringkat tempatan.
Menyedari ancaman ini, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah persediaan seperti berikut:
(i) Melaksanakan pengurusan sumber air secara bersepadu (Integrated Water Resources Management – IWRM) bagi memastikan penggunaan air yang mampan merentasi sektor;
(ii) Memperluas penggunaan Sistem Pemantauan Pengairan Pintar (Smart Irrigation Monitoring System) dan Sistem Pengairan Titis (TITIS) bagi mengelakkan pembaziran serta menyalurkan air mengikut keperluan sebenar tanah;
(iii) Mengaplikasikan kaedah pengurusan air alternatif dan mampan dalam sistem pengeluaran padi bagi mengoptimumkan kecekapan penggunaan air di peringkat ladang;
(iv) Menggalakkan penggunaan Pertanian Persekitaran Terkawal (Controlled Environment Agriculture, CEA) seperti penggunaan sistem reban ayam tertutup.
Saya ingin menyarankan agar semua agensi yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur air agar memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan atau lebih awal daripada tempoh yang dirancang. Langkah ini penting bagi memastikan tiada sebarang projek yang mengalami kelewatan mahupun dikategorikan sebagai projek sakit.
Selain itu, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) disarankan menyediakan Nota Jemaah Menteri (NJM) untuk memaklumkan situasi semasa kepada Kabinet sehingga fenomena El Niño berakhir.
Keterjaminan makanan bukanlah tugas tanggungjawab satu kementerian atau agensi semata-mata, melainkan keutamaan nasional yang menuntut iltizam dan komitmen bersama seluruh pihak.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 6 Oktober 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 83 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#parlimen
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Parlimen l 5 Oktober 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
4 Oktober 2026 | Ahad
Alhamdulillah berkesempatan memenuhi undangan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah serta isteri, Datin Raja Emylia Raja Lope Ahmad dan Dato' Hj Razib Dawood serta isteri Datin Hjh Khalizatul Akmar Md Khalid, yang meraikan majlis perkahwinan puteri masing-masing dalam dua majlis berasingan, hari ini tadi.
Majlis perkahwinan puteri Dato’ Mohammad Azlan — Siti Nadrah Sofina dengan pasangannya Saif Aslam berlangsung di Glamhall Damansara, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Manakala majlis perkahwinan puteri Dato’ Hj Razib — Dr. Raudhatul Fatini
dengan pasangannya Muhammad Aaryf Dean berlangsung di The Hub, A Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai serta seluruh ahli keluarga. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina dirahmati dan diberkati Allah SWT serta sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 3 Oktober 2026 | Sabtu
Malam ini saya bersama Ahli-Ahli Parlimen (MP) dan Ahli-Ahli Dewan Negara (Senator) Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadiri Sesi Perjumpaan Dengan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.
Turut hadir Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang Dipertua Dewan Negara.
Perjumpaan seperti ini sudah menjadi rutin GPS setiap kali persidangan Parlimen bakal bermula. Inilah ruang untuk kami berkumpul, bertukar pandangan dan membincangkan isu-isu semasa, khususnya perkara yang menyentuh kepentingan serta masa depan Sarawak.
Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas akan bermula Isnin ini, 5 Oktober 2026, dan berlangsung sehingga 8 Disember 2026.
Manakala Dewan Negara pula akan bersidang dari 30 November hingga 22 Disember 2026.
Semoga setiap usaha, ikhtiar dan perbincangan yang digerakkan menjadi wadah untuk terus mengangkat suara Sarawak di peringkat nasional, memperjuangkan kepentingan serta hak Sarawak, dan memastikan pembangunan serta masa depan negeri ini terus terjamin.
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Seri Kembangan | 28 September 2026 | Isnin
Menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, petang ini tadi.
Turut menyampaikan salam takziah dan rasa dukacita kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan ahli keluarga, seterusnya bersama-sama berjemaah Asar dan solat jenazah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah serta menempatkannya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh…Aamiin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Innalillahi wainnailaihi rojiun
Sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026, jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat handai, malah kepada seluruh rakyat Malaysia dan negara.
Sepanjang hayatnya, Tun Dr Siti Hasmah telah menabur bakti yang amat besar bukan sahaja sebagai bekas Wanita Pertama negara, malah dalam bidang kesihatan, kebajikan masyarakat, pendidikan serta pembangunan wanita dan keluarga. Keprihatinan, kesederhanaan dan ketokohan beliau akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah serta perjalanan pembangunan negara.
Sesungguhnya, negara telah kehilangan seorang tokoh wanita yang amat dihormati dan disayangi.
Salam Takziah kepada YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga. Semoga Tun dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Almarhumah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
TAHNIAH PAAB & IWK! 👏🇲🇾
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang menerima MWA Water Leadership Excellence Award, serta Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) yang menerima Most Innovative Research and Development.
Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan sempena MWA 38th Annual Dinner and MWA Water Industry Award 2026 yang berlangsung di Penang Waterfront pada 22 September 2026.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, kepimpinan, inovasi serta usaha berterusan PAAB dan IWK dalam memperkukuh industri air dan perkhidmatan pembetungan negara.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan industri air negara yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Sekali lagi, syabas dan tahniah PAAB dan IWK! 🇲🇾👏
@PETRAMalaysia @IwkComms
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KERAJAAN MADANI PERLUAS PERLINDUNGAN BIL ELEKTRIK KEPADA PENGGUNA DOMESTIK SEHINGGA 800 kWj
Kerajaan MADANI hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.
Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax).
Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.
Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.
Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara.
ANWAR IBRAHIM -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
16 September 2026 | Rabu
Sebuah negara tidak menjadi kuat kerana rakyatnya tidak pernah berbeza. Negara menjadi kuat apabila rakyatnya tahu bagaimana hidup dengan perbezaan dan menghormati kepelbagaian.
Itulah Malaysia 🇲🇾
Kita berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa, namun kita berkongsi satu tanah air, satu bendera dan satu masa depan. Perbezaan kita bukan kelemahan. Keupayaan kita untuk menghormati perbezaan itulah kekuatan kita.
Kita juga perlu sedar bahawa keamanan bukan sesuatu yang boleh kita anggap akan sentiasa ada. Kita telah melihat bagaimana perpecahan di sesetengah negara membawa kepada konflik, meruntuhkan ekonomi dan akhirnya rakyat sendiri yang menanggung kesannya.
Kita tidak mahu Malaysia melalui jalan yang sama. Ini amanah kita bersama — untuk terus memelihara perpaduan dan mempertahankan keamanan serta keharmonian yang kita nikmati selama ini.
Dalam dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, perpaduan bukan sekadar nilai yang kita warisi, tetapi asas yang menentukan kekuatan dan masa depan negara. Kita boleh berbeza pandangan dan pilihan. Kita boleh mengkritik dan tidak bersetuju. Tetapi jangan sampai perbezaan menjadikan kita saling membenci dan melupakan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia.
Dalam semangat pembentukan Malaysia juga, komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti terus dihormati dan dilaksanakan. Sabah dan Sarawak mempunyai tempat yang penting dalam sejarah dan masa depan Malaysia. Usaha memperkukuh federalisme melalui kerjasama Persekutuan, Sabah dan Sarawak mencerminkan bahawa Malaysia akan lebih kuat apabila setiap wilayah diberi ruang untuk berkembang, setiap negeri didengari dan hasil pembangunan dirasai secara lebih adil.
Hari ini, tanggungjawab menjaga Malaysia berada di tangan kita.
Jangan wariskan perpecahan kepada generasi akan datang. Wariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu dan memberi harapan.
Kita mungkin berbeza dalam banyak perkara, tetapi kita berkongsi satu tanah air.
Ayuh! Segulai Sejalai — Kita Jaga Malaysia Bersama.
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati
🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 11 September 2026 | Jumaat
Alhamdulillah pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026 secara atas talian dari pejabat saya, Menara PETRA di Putrajaya.
Mesyuarat yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah itu, dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg ; YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 telah bersidang dua kali pada tahun ini, iaitu pada 2 Mac dan 3 Ogos 2026, bagi meneliti pelbagai perkara berkaitan MA63. Dalam kedua-dua mesyuarat berkenaan, kita telah meneliti pelbagai perkara berkaitan MA63 secara bersama. Sebahagiannya dapat ditangani di peringkat teknikal, manakala terdapat beberapa perkara masih memerlukan pertimbangan dan hala tuju MTPMA63, yang mana ia dibawa ke mesyuarat pada hari ini, untuk diteliti bersama.
Jawatankuasa Teknikal akan terus menjadi platform utama bagi meneliti perkara-perkara teknikal dan perundangan. Sekiranya terdapat perkara yang belum dapat disepakati di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke MTPMA63 untuk pertimbangan bersama. Bagi perkara yang melibatkan dasar, kita akan memastikan proses pertimbangan di peringkat Jemaah Menteri dilaksanakan sebagaimana sewajarnya.
Kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesetengah perkara. Itu sesuatu yang biasa dalam proses rundingan. Apa yang penting, kita teruskan perbincangan dengan semangat keterbukaan, saling menghormati dan mencari titik persamaan. Saya percaya pendekatan ini telah membolehkan kita mencapai beberapa kemajuan sebelum ini, dan kita harus meneruskan momentum tersebut.
Sempena Hari Malaysia ke-63 pada 16 September ini, semangat kebersamaan dan muafakat ini wajar terus menjadi asas kepada usaha kita memperkukuh hubungan antara Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri ; YAB Premier Sarawak dan YAB Ketua Menteri Sabah, serta semua pihak yang terus memberikan komitmen dalam pelaksanaan MA63.
#ma63
#mtpma63
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 9 September 2026 | Rabu
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri semula Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, serta seluruh rakan-rakan Jemaah Menteri atas keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang saya menerima rawatan.
Saya amat bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat pada hari ini.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menyampaikan ucapan (secara rakaman) sempena Majlis Penutupan Program Majlis Hadis dan Isnād Al-Muwaṭṭa’ Imam Malik Peringkat Negeri Sarawak 2026
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
🇲🇾SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sebuah tarikh.
Kemerdekaan adalah tentang mensyukuri sebuah nikmat — hidup di bumi yang aman, berdaulat dan bebas menentukan arah masa depannya sendiri.
Hari ini, kita berdiri di atas tanah air yang dibebaskan dengan keringat, keberanian, pengorbanan dan air mata para pejuang terdahulu. Mereka mencurahkan tenaga, fikiran dan seluruh jiwa raga demi satu keyakinan — bahawa tanah air ini berhak untuk merdeka, berdaulat dan menentukan masa depannya sendiri.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan mudah. Justeru, setelah lebih enam dekad kita merdeka, tugas kita bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi memastikan erti kemerdekaan terus hidup dalam diri dan kehidupan kita.
Merdeka bukan hanya bebas daripada penjajahan. Merdeka juga bererti membebaskan diri daripada perpecahan, kebencian, prasangka, ekstremisme dan sikap yang boleh meruntuhkan keharmonian negara.
Kita mungkin berbeza agama, budaya, bahasa, adat dan latar kehidupan. Namun kita berkongsi satu tanah air, satu masa depan dan satu harapan — Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera untuk semua.
Kita mahu anak-anak kita membesar dalam sebuah negara yang mereka banggakan; keluarga kita hidup dalam suasana yang harmoni; dan setiap rakyat mempunyai peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar — perubahan ekonomi dan teknologi, persaingan global, cabaran sosial serta arus maklumat yang begitu pantas — kita tidak boleh kehilangan jati diri, nilai dan semangat kebersamaan sebagai bangsa Malaysia.
Kita perlu terus memelihara perpaduan, menghormati kepelbagaian, menjunjung perlembagaan, menghormati undang-undang dan menghayati Rukun Negara sebagai asas kehidupan bersama.
Inilah semangat Malaysia MADANI — membina sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan, tetapi turut memastikan Kesejahteraan Dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.
Kerana kemerdekaan bukan hanya tentang apa yang telah kita warisi, tetapi juga tentang apa yang akan kita wariskan. Kita mahu mewariskan kepada generasi akan datang sebuah Malaysia yang adil, makmur, aman, bersatu dan sejahtera.
Maka, marilah kita memaknakan kemerdekaan melalui tindakan.
Jaga perpaduan.
Hormati perbezaan.
Pelihara keharmonian.
Tolak kebencian.
Junjung Perlembagaan.
Hayati Rukun Negara.
Dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai warganegara dengan penuh amanah.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Adakah merdeka sekadar kibaran Jalur Gemilang 🇲🇾?
Hayati sebuah kisah kecil ini tentang erti sebenar kemerdekaan, pengorbanan, perpaduan dan amanah kita terhadap negara.
Selamat Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾
“Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati”
#maknamerdeka
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Salam Maulidur Rasul 1448H
Sesungguhnya, kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam. Baginda bukan sekadar Rasul yang kita cintai, tetapi qudwah dan uswatun hasanah — teladan terbaik dalam seluruh aspek kehidupan.
Allah SWT berfirman:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik…”
— Surah al-Ahzab: 21
Maulidur Rasul mengajak kita bukan sekadar mengingati sirah dan memperbanyakkan selawat, tetapi menghidupkan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam diri serta kehidupan bermasyarakat.
Baginda SAW mengajar kita erti kasih sayang, amanah, keadilan, kesabaran dan ihsan. Baginda juga menunjukkan bagaimana perbezaan dapat diurus dengan hikmah, bagaimana persaudaraan dipelihara dan bagaimana sebuah masyarakat dapat dibina atas dasar saling menghormati dan hidup dalam keharmonian.
Dalam suasana negara yang penuh dengan pelbagai cabaran dan perbezaan pandangan, marilah kita kembali kepada teladan Rasulullah SAW.
Janganlah perbezaan menjauhkan kita.
Janganlah perselisihan memutuskan silaturahim.
Janganlah lidah dan media sosial menjadi sebab lahirnya fitnah, kebencian dan perpecahan.
Sebaliknya, marilah kita memilih rahmah daripada permusuhan, hikmah daripada emosi, persaudaraan daripada perpecahan dan akhlak daripada pertelingkahan.
Selaras dengan tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita menterjemahkan nilai-nilai murni acuan Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian — dengan menghayati amanah, ihsan, kesopanan, saling menghormati serta memperkukuh perpaduan.
Kerana sesungguhnya, umat yang diberkati ialah umat yang bukan sahaja kuat pada pegangan agamanya, tetapi indah akhlaknya, kukuh persaudaraannya dan membawa rahmat kepada sekelilingnya.
Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam bekerja, berkeluarga, bermasyarakat dan menjalankan amanah sebagai warga negara.
Semoga kecintaan kita kepada Baginda SAW terus subur di hati, diterjemahkan melalui amal dan akhlak, serta menjadi jalan untuk kita memperoleh rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad.
Semoga Malaysia terus dipelihara Allah SWT dengan keamanan, perpaduan dan keharmonian, serta seluruh rakyatnya dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan diberkati.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Hj Fadillah bin Hj Yusof -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐅𝐀𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍
Alhamdulillah, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu lalu bersamaan 12 Ogos 2026.
Datuk Amar sekeluarga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional mereka sepanjang proses rawatan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak kementerian, masjid-masjid, surau-surau, rumah ibadat, agensi kerajaan/swasta, NGO-NGO, sanak-saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada beliau.
PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI YAB DATUK AMAR HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
14 OGOS 2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐅𝐀𝐃𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍
Alhamdulillah, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu lalu bersamaan 12 Ogos 2026.
Datuk Amar sekeluarga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional mereka sepanjang proses rawatan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak kementerian, masjid-masjid, surau-surau, rumah ibadat, agensi kerajaan/swasta, NGO-NGO, sanak-saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada beliau.
PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI YAB DATUK AMAR HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
14 OGOS 2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 31 Julai 2026 | Jumaat
Sempena Hari Pahlawan 2026, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan seluruh perwira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran tanah air tercinta.
Dengan tema “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”, sambutan tahun ini mengajak seluruh rakyat Malaysia menzahirkan penghargaan kepada para pahlawan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh iltizam mempertahankan kedaulatan negara demi menjamin keamanan dan kesejahteraan yang berkekalan.
Sesungguhnya, kita tidak akan pernah melupakan bagaimana darah, keringat dan nyawa dipertaruhkan demi memastikan Malaysia terus merdeka, berdaulat dan aman. Daripada perjuangan menentang penjajah dan ancaman komunis sehinggalah kepada operasi keselamatan di dalam serta luar negara, setiap pengorbanan wira-wira negara adalah lambang keberanian, kesetiaan dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air.
Pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini. Jasa mereka akan terus terpahat dalam lipatan sejarah dan kekal mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama mencontohi semangat keberanian, kesetiaan dan pengorbanan para pahlawan dalam memperkukuh perpaduan, mempertahankan kedaulatan negara serta membina Malaysia yang lebih aman, makmur dan berdaya tahan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh para pahlawan yang telah gugur, mengurniakan kesejahteraan kepada mereka yang masih berbakti, serta terus memelihara Malaysia agar kekal aman, berdaulat dan diberkati.
Al-Fatihah buat pahlawan negara yang telah gugur. Doa buat mereka yang masih berbakti.
“Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
#haripahlawan2026
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-4 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Dalam ucapan perutusan, saya berharap mesyuarat akan menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri serta membantu membentuk hala tuju pembangunan industri mineral negara yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.
Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan industri mineral negara dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan dengan berpaksikan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) serta amalan perlombongan yang bertanggungjawab.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kejayaan pembangunan sektor mineral negara memerlukan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri memandangkan sumber mineral merupakan aset yang amat bernilai dan mempunyai kepentingan strategik kepada pembangunan negara dan negeri.
Dalam era persaingan geopolitik dan perlumbaan teknologi global, Rare Earth Elements (REE) dan mineral kritikal telah muncul sebagai aset strategik negara maka kita tidak boleh lagi melihat sektor mineral hanya daripada perspektif hasil royalti atau aktiviti perlombongan semata-mata.
Sebaliknya, kita perlu membangunkan keseluruhan rantaian nilai industri mineral negara, daripada penerokaan dan pemprosesan hinggalah kepada pembangunan industri hiliran berteknologi tinggi.
Pendekatan ini akan membolehkan Malaysia menjana nilai ekonomi yang lebih besar, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta memperkukuh daya saing negara dalam ekonomi masa hadapan yang sejajar dengan sasaran Kerajaan dalam industri mineral negara kepada KDNK yang akan meningkat daripada 0.6% pada tahun 2021 kepada 1.0% menjelang tahun 2030.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 28 Julai 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 28 Julai 2026 | Selasa
Kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Itulah mesej utama yang saya tekankan ketika merasmikan Sidang Kemuncak Industri dan Akademik MAPAN ESG 2026, yang menghimpunkan agensi kerajaan, industri, institusi akademik, masyarakat sivil dan generasi muda untuk memperkukuh agenda ESG demi masa depan negara.
Dunia kini berdepan perubahan iklim, peralihan tenaga, cabaran keterjaminan air serta perubahan landskap ekonomi global. Dalam suasana ini, daya saing sesebuah negara bukan lagi diukur hanya melalui pertumbuhan ekonomi, tetapi juga keupayaannya membangun secara lestari, berdaya tahan dan inklusif.
Kerajaan melihat ESG bukan sekadar kewajipan pelaporan atau tuntutan pelabur, sebaliknya sebagai kerangka strategik yang mampu meningkatkan daya saing negara, memperkukuh keyakinan pelabur, memperkasakan tadbir urus serta memastikan pembangunan hari ini tidak mengorbankan kepentingan generasi akan datang. Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Pelbagai dasar strategik seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dan Kerangka Ekonomi MADANI saling melengkapi dalam membentuk ekosistem pembangunan negara ke arah ekonomi rendah karbon, berteknologi tinggi dan lebih berdaya tahan.
Dalam menjayakan agenda ini, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak boleh dipinggirkan kerana sektor ini merupakan tulang belakang ekonomi negara. Pelaksanaan ESG perlu dipermudah agar PMKS dapat meningkatkan daya saing, memperluas akses kepada pembiayaan dan pasaran serta merebut peluang baharu dalam ekonomi hijau.
Kelestarian hanya bermakna apabila diterjemahkan kepada tindakan. Saya menghargai usaha penganjur menjadikan Sidang Kemuncak MAPAN ESG 2026 sebagai program berprinsip karbon sifar bersih, sekali gus membuktikan bahawa setiap tindakan, walaupun kecil, mampu menyumbang kepada usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Agenda kelestarian juga menuntut pendekatan whole-of-nation. Kejayaannya bergantung kepada kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi kewangan, universiti, masyarakat sivil dan rakyat. Pada masa yang sama, Kerangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF) akan terus memperkukuh ketelusan, kredibiliti dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Sebagai kementerian peneraju, PETRA akan terus memacu agenda peralihan tenaga dan transformasi sektor air secara seimbang, dengan memberi penekanan kepada keterjaminan tenaga dan air, pengurangan intensiti karbon serta kesejahteraan rakyat. ESG bukan sekadar agenda korporat, tetapi agenda rakyat kerana setiap keputusan yang dibuat hari ini akan menentukan kualiti kehidupan generasi akan datang.
Saya turut menyeru agar budaya kelestarian dipupuk sejak awal melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan pembentukan nilai murni. Generasi muda perlu dipersiapkan sebagai peneraju perubahan kerana masa depan Malaysia bergantung kepada keberanian mereka untuk mencipta penyelesaian yang lebih mampan dan berimpak tinggi.
Marilah kita menjadikan kelestarian sebagai way of life atau budaya hidup. Dalam usaha kita membangunkan negara yang lebih mampan, saya percaya bahawa teknologi sahaja tidak mencukupi. Dasar yang baik juga tidak akan membawa perubahan sekiranya tidak disokong oleh budaya dan nilai yang betul.
Dengan semangat Malaysia MADANI dan pendekatan whole-of-nation, saya yakin Malaysia mampu mencapai aspirasi pembangunan mampan dan karbon sifar bersih, sekali gus muncul sebagai sebuah negara yang berjaya mengimbangi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar.
Syabas dan Tahniah Persatuan Perintis Advokasi Alam Malaysia (MAPAN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas komitmen menganjurkan sidang kemuncak ini.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya menerima kunjungan TYT Duta Besar Malaysia di Belgium, Dato' Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak di pejabat saya di Menara PETRA.
Dalam sesi kunjungan ini, saya berkongsi visi dan inisiatif Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), khususnya pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga hijau yang unggul di rantau ASEAN.
Saya juga berkongsi peranan yang boleh dimainkan beliau bagi memastikan visi dan misi PETRA serta Kerajaan dapat dijayakan antara Malaysia dan Belgium.
Selain itu, kami bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuhkan hubungan perdagangan Malaysia dengan rakan-rakan dagang strategik serta membincangkan peranan diplomasi ekonomi dalam menyokong agenda pembangunan negara.
#petra
#malaysiamadani
Putrajaya | 27 Julai 2026 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Eectricity Supply Agreement (ESA) & Cooling Energy Supply Agreement (CESA) demi memperkukuh kecekapan utiliti di Selangor dan Kuala Lumpur antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin bin Shari.Pertukaran dokumen ESA ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau menjadi rakan strategik pertama yang menerima bekalan elektrik secara terus bagi mempertingkat keterjaminan bekalan elektrik, sekali gus memastikan operasi rawatan dan agihan air kekal stabil, cekap, dan berdaya tahan.
Manakala, perjanjian CESA bagi tempoh 20 tahun bakal memodenkan sistem penyejukan di Ibu Pejabat Air Selangor dan Bangunan Wilayah Kuala Lumpur.
Inisiatif ini dijangka mengurangkan kos penyejukan sebanyak 11 peratus bersamaan penjimatan sekitar RM2.78 juta sepanjang tempoh konsesi, di samping mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan kecekapan operasi harian.
Kerjasama antara dua gergasi utiliti negara ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan dalam memantapkan perkhidmatan asas demi kesejahteraan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 27 Julai 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petaling Jaya | 26 Julai 2026 | Ahad
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan anak perempuan kepada Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan bekas Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato’ Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid dan Datin Sri Norbani Mohamed Nazeri iaitu anaknda Nur Alyaa dengan pasangannya, Muhammad Adam Salimi.
Majlis resepsi berkenaan diserikan dengan kehadiran YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Turut hadir Ketua Hakim Negara YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai serta seluruh ahli keluarga. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina dirahmati dan diberkati Allah SWT serta sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah.
Terdahulu saya singgah sebentar ke Majlis Resepsi Perkahwinan anak perempuan Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Datin Seri Jessica Lim Hai Ean, iaitu Joan Wee Yun Kuan bersama pasangan pilihannya, Xander Man, yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua mempelai serta seluruh ahli keluarga. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 26 Julai 2026 | Ahad
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu terus kukuh sebagai tunjang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kekuatan parti bukan sekadar untuk menghadapi cabaran politik, tetapi bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak yang sedang rancak dilaksanakan dapat diteruskan demi generasi akan datang.
Semua peringkat kepimpinan dan ahli PBB Sarawak juga perlu terus bersatu dan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang dipacu oleh teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. Dalam mendepani cabaran baharu, mereka perlu meningkatkan ilmu serta kemahiran tanpa melupakan asas perjuangan yang telah membawa kemajuan kepada Sarawak.
Perpaduan, kestabilan politik, kepimpinan berwibawa dan pembangunan yang inklusif adalah formula yang telah membawa Sarawak ke tahap hari ini, dan menjadi asas penting untuk membina masa depan negeri yang lebih maju, makmur serta sejahtera untuk semua.
Itu antara intipati utama amanat YAB Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, sempena perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Tengah 2026 di Stadium Tertutup Sibu hari ini.
Konvensyen PBB Zon Tengah ini adalah siri pertama konvensyen PBB untuk 2026, yang dianjurkan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan parti, menyelaras hala tuju perjuangan serta memperkasakan kesiapsiagaan jentera PBB. Ia akan disusuli Konvensyen Khas PBB Zon Betong pada 1 Ogos ini ; Zon Utara (Miri) pada 13 September dan Zon Selatan (Kuching) pada 20 September 2026.
Hari ini para perwakilan turut mengikuti sesi penerangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali dan Post Covid-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) oleh Datuk Abdullah Hj Saidol, yang menjadi antara agenda penting dalam memperkukuh kefahaman ahli terhadap hak Sarawak serta hala tuju pembangunan negeri.
YAB Premier menegaskan, dalam era ekonomi digital, ukuran kepimpinan bukan lagi berdasarkan kaum atau agama, tetapi pada ilmu, kebolehan, integriti dan keupayaan mentadbir dengan adil. Pendekatan inilah yang diterjemahkan melalui pelantikan anak-anak Sarawak daripada pelbagai kaum menerajui organisasi strategik seperti PETROS serta pelbagai agensi kerajaan negeri.
Sebagai parti tonggak kepada GPS, PBB memikul amanah besar untuk terus menjadi teras kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sarawak. Kekuatan PBB bukan sahaja diukur melalui sejarah dan pencapaiannya, malah melalui keupayaannya untuk kekal bersatu, berdisiplin dan berpandangan jauh dalam mendepani cabaran semasa serta memenuhi aspirasi rakyat.
Dengan saf kepimpinan yang kukuh, jentera yang mantap dan semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi, Insya-Allah PBB akan terus menjadi tunjang kepada GPS dalam meneruskan agenda pembangunan, memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memastikan kemakmuran negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Semoga konvensyen ini terus menyuntik semangat dan iltizam seluruh ahli PBB untuk berganding bahu ‘segulai sejalai’ meneruskan agenda pembangunan, mempertahankan hak-hak Sarawak serta memastikan negeri ini terus maju, makmur dan sejahtera.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Yang Dipertua PBB yang juga Timbalan Premier — Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Agung Parti PBB merangkap Pengerusi Konvensyen Khas Parti PBB Sarawak Zon Tengah.
Jaga Sarawak•IntuSarawak
#konvensyenpbb2026
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, saya berpeluang menghadiri Konsert Orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka 2026 di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Majlis bertambah seri dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan YAM Tunku Puteri Johor, Tunku Dr Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.
Sepanjang konsert, tetamu disajikan dengan lapan buah lagu yang cukup memukau dan merdu.
Antara yang paling mencuri tumpuan semestinya alunan lagu klasik dan moden seperti Tunggu Sekejap, Nona Nona, Rasa Sayang dan Music Of My Heart.
Syabas dan tahniah buat barisan pemuzik muda Kolej Yayasan Saad Melaka atas persembahan yang sangat hebat dan bertenaga.
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 25 Julai 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 24 Julai 2026 | Jumaat
Hari ini saya menerima kunjungan enam orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu dilantik dan bakal memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.
Dalam sesi perkongsian ini, saya menzahirkan harapan agar setiap Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara terus mengamalkan diplomasi yang proaktif dengan meneroka lebih banyak peluang kerjasama strategik, di samping mempergiat usaha mempromosikan produk, pelaburan dan potensi Malaysia di peringkat antarabangsa.
Kami turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuhkan hubungan perdagangan Malaysia dengan rakan-rakan dagang strategik serta membincangkan peranan diplomasi ekonomi dalam menyokong agenda pembangunan negara.
Saya juga berkongsi visi dan inisiatif Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), khususnya pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga hijau yang unggul di rantau ASEAN.
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua Ketua Perwakilan yang bakal memikul amanah besar ini. Semoga mereka terus mengharumkan nama Malaysia, memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara penempatan masing-masing serta membawa pulang lebih banyak manfaat kepada rakyat dan negara.
Mereka yang hadir ialah:
• TYT Dato’ Muzafar Shah bin Mustafa, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia;
• TYT Jamal Sharifuddin bin Johan, Duta Besar Malaysia ke Republik Sosialis Vietnam;
• TYT Muhammad Radzi bin Jamaludin, Duta Besar Malaysia ke Mexico;
• TYT Dato’ Shahabudeen bin Adam Shah, Duta Besar Malaysia ke Republik Itali;
• TYT Edi Irwan bin Mahmud, Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Maghribi; dan
• PYT Aznifah Isnariah binti Abdul Ghani, Duta Besar Malaysia ke Republik Azerbaijan.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Solar Berskala Besar (LSS5) di Pasir Mas, Kelantan, yang menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga negara ke arah masa depan yang lebih bersih, hijau dan lestari.
Projek ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar tenaga negara serta membuktikan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi rendah karbon yang mampan.
Selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan akan terus memastikan peralihan tenaga dilaksanakan secara seimbang berteraskan keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian.
Sehingga Jun 2026, kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara hampir mencapai 32%, dan kerajaan kekal komited mencapai sasaran 35% menjelang 2030 serta 70% menjelang 2050.
Projek LSS di Pasir Mas ini bukan sahaja akan menyumbang kepada bekalan elektrik negara, malah dijangka membuka peluang pekerjaan, merancakkan ekonomi setempat serta membawa manfaat kepada komuniti di Kelantan.
Saya menyeru agar lebih ramai yang mengambil peluang memanfaatkan pemasangan solar bumbung melalui program Solar ATAP, sebagai usaha bersama menjayakan agenda peralihan tenaga negara.
Insya-Allah, dengan iltizam dan kerjasama semua pihak, Malaysia mampu muncul sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
Terima kasih YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, yang turut sama dalam majlis berkenaan.
Hadir sama YB Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; YB Dato’ Dr. Haji Izani bin Husin, Exco Kelantan Kerjaya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar dan Dato’ Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
#petra
#malaysiamadani
Pasir Mas | 23 Julai 2026 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 23 Julai 2026 | Khamis
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Qadim, Sibu, sebuah masjid yang menjadi lambang kekuatan sejarah dan warisan Islam di Sarawak.
Dibina sekitar tahun 1861 oleh Abdul Salam Minangkabau bersama masyarakat Islam tempatan, masjid ini menjadi saksi kepada perkembangan awal syiar Islam di Sibu. Dengan seni bina tradisional Melayu-Nusantara yang menggunakan kayu belian serta bumbung bertingkat, Masjid Al-Qadim terus berdiri megah sebagai khazanah yang diwartakan sebagai Bangunan Warisan Bersejarah Sarawak.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada sesiapa) selain Allah.”
(Surah At-Taubah, ayat 18)
Semoga setiap langkah yang membawa kita ke rumah Allah dipenuhi keberkatan, mengukuhkan ukhuwah, serta menyemarakkan semangat untuk terus memakmurkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan perpaduan ummah.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan kesejahteraan kepada Sarawak serta memberkati seluruh rakyat dengan rahmat dan hidayah-Nya…Aamiin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 22 Julai 2026 | Rabu
Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri Perhimpunan Hari Sarawak 2026 yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai” yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu.
Majlis penuh bersejarah ini diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Amanat khas sempena Hari Sarawak disampaikan YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg, yang menekankan aspirasi pembangunan negeri ke arah masa depan yang lebih maju dan makmur.
YAB Premier Sarawak menegaskan bahawa Hari Sarawak bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi menjadi simbol keyakinan rakyat untuk menentukan masa depan negeri berasaskan perpaduan, kemajuan dan kemakmuran. Beliau mengajak seluruh rakyat mencontohi semangat perjuangan tokoh terdahulu serta meneruskan usaha membangunkan Sarawak sebagai wilayah yang moden, berdaya saing dan dihormati.
Sarawak kini sedang melaksanakan transformasi ekonomi melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dengan memberi tumpuan kepada teknologi, inovasi, ekonomi digital, tenaga hijau dan industri bernilai tinggi. Matlamatnya ialah menjadikan Bumi Kenyalang sebagai hab tenaga bersih, pusat industri masa depan dan penyumbang utama kepada kekuatan ekonomi Malaysia.
YAB Premier turut menyentuh beberapa pencapaian penting Sarawak, termasuk pengeluaran minyak pertama PETROS di Adong Kechil West, pelancaran AirBorneo dengan penerbangan domestik dan antarabangsa, pembangunan Sarawak Gas Roadmap, ekonomi hidrogen, Bintulu Transitioning Industrial Cluster (TIC), serta usaha memperkukuh infrastruktur dan ekosistem industri rendah karbon. Semua inisiatif ini bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, menarik pelaburan dan meningkatkan nilai tambah sumber asli Sarawak.
Sarawak sedang membina ekonomi masa depan berasaskan ilmu, teknologi dan tenaga hijau, bukan sahaja untuk kemajuan negeri tetapi juga untuk memperkukuhkan Malaysia. Dengan perpaduan, kepimpinan yang berwawasan dan sokongan rakyat, Sarawak diyakini mampu mencapai aspirasi sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
Semoga semangat Segulai Sejalai akan terus menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama di bumi bertuah ini dalam membina Sarawak yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
#harisarawak2026
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
22 Julai 2026 | Rabu
Salam Sarawakku Sayang
Salam Sarawak Maju Makmur
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026
Alhamdulillah, pada tanggal 22 Julai, seluruh rakyat Sarawak sekali lagi meraikan Hari Sarawak—satu detik bersejarah yang menjadi lambang maruah, jati diri dan semangat perjuangan rakyat Bumi Kenyalang dalam menentukan hala tuju negeri yang kita cintai.
Bertepatan dengan tema “Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai”, sambutan tahun ini membawa mesej yang amat bermakna. Ia mengingatkan kita bahawa kejayaan dan kemajuan Sarawak hanya dapat dicapai apabila seluruh rakyat terus bersatu hati, berganding bahu dan melangkah seiring dalam semangat kebersamaan.
Hari Sarawak bukan sekadar memperingati pencapaian pemerintahan sendiri pada tahun 1963, malah menjadi simbol kepada kekuatan perpaduan, kebijaksanaan kepimpinan serta keazaman rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang sentiasa meletakkan kepentingan negeri mengatasi segala perbezaan.
Hari ini, di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, Sarawak terus melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan. Negeri ini semakin menyerlah sebagai peneraju pembangunan masa hadapan melalui ekonomi hidrogen, tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital, pembangunan infrastruktur moden, pemerkasaan pendidikan dan TVET, pengurusan sumber secara mampan serta pelbagai inisiatif yang meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Kemajuan yang kita nikmati hari ini bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal semata-mata, tetapi turut diterjemahkan melalui peningkatan taraf hidup rakyat, tadbir urus yang cekap, pembangunan modal insan serta peluang yang lebih luas untuk generasi akan datang.
Namun, sebesar mana pun pencapaian yang kita raih, kekuatan sebenar Sarawak tetap terletak pada perpaduan rakyatnya. Kepelbagaian kaum, budaya, bahasa dan agama bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menjadikan Sarawak contoh terbaik keharmonian dalam sebuah masyarakat majmuk.
Semangat “Segulai Sejalai” perlu terus menjadi pegangan kita semua. Bersama-sama kita memelihara keharmonian, mempertahankan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan meneruskan agenda pembangunan demi memastikan kemakmuran Sarawak terus dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.
Marilah kita menghayati Hari Sarawak dengan penuh rasa syukur, semangat cintakan negeri dan tanggungjawab untuk terus menyumbang kepada kemajuan Bumi Kenyalang. Raikan sejarah yang membentuk kita, hargai kejayaan yang telah dicapai, dan perbaharui iltizam untuk terus melangkah Segulai Sejalai membina Sarawak yang lebih maju, lebih makmur, lebih inklusif dan lebih lestari.
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.
“Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai”
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Ipoh | 21 Julai 2026 | Selasa
Hari ini saya menghadiri World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2026) bertemakan Everyone Matters: Pride and Unity in Islam yang berlangsung di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.
Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Dalam Majlis Perasmian dan Titah Utama Diraja, Baginda telah menyampaikan titah yang amat bermakna dengan mengupas lima subtema utama persidangan, iaitu tadbir urus yang baik dan kestabilan politik, pembangunan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan pemerkasaan sosial, kesihatan awam, serta integriti dan keselamatan negara.
Titah Baginda mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah tamadun bukan sekadar diukur melalui kemajuan ekonomi atau pencapaian teknologi, tetapi turut bergantung kepada keutuhan nilai, kualiti kepimpinan, perpaduan masyarakat serta keupayaan membina institusi yang berteraskan ilmu, amanah dan keadilan. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara yang aman, makmur dan berdaya tahan.
Saya turut berbesar hati berkongsi pentas sebagai salah seorang ahli panel dalam Sesi Dialog Diraja bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Turut menyertai sesi ini ialah H.E. Prof. Keith Rethy Chhem, Dr. H. A. Hellyer dan Prof. Joseph A. Massad, manakala sesi dikendalikan oleh Shaykh Dato’ Dr. Afifi al-Akiti.
Dalam sesi tersebut, saya berkongsi pandangan bahawa landskap global hari ini semakin dipengaruhi bukan sahaja oleh kekuatan ketenteraan atau diplomasi, malah oleh keselamatan laluan maritim yang menjadi nadi perdagangan dan bekalan tenaga dunia. Perkembangan di Selat Hormuz baru-baru ini membuktikan bahawa keselamatan tenaga dan keselamatan maritim kini saling berkait rapat. Konflik yang berlaku jauh dari rantau kita mampu memberi kesan kepada perdagangan, rantaian bekalan, harga tenaga dan akhirnya kehidupan seharian rakyat.
Sebagai sebuah negara perdagangan yang bergantung kepada sistem perdagangan antarabangsa yang terbuka, stabil dan berasaskan peraturan, Malaysia akan terus mengutamakan pendekatan diplomasi, kerjasama dan kesiapsiagaan. Pada masa yang sama, Kerajaan terus memperkukuh daya tahan negara melalui penyelarasan antara agensi, memperkukuh rantaian bekalan serta mempelbagaikan sumber tenaga menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Saya juga berkongsi satu prinsip kepimpinan yang sentiasa menjadi pegangan, iaitu Circle of Concern dan Circle of Influence. Kita mungkin tidak mampu menentukan perkembangan geopolitik di rantau lain, namun kita sentiasa mampu memperkukuh perkara yang berada dalam kawalan kita. Dalam konteks Malaysia, ia diterjemahkan melalui usaha mempelbagaikan sumber tenaga, memperkukuh rantaian bekalan, membina kerjasama strategik serta meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.
Hakikatnya, ketahanan sesebuah negara hari ini bukan lagi diukur semata-mata melalui apa yang mampu dihasilkannya, tetapi juga melalui keupayaannya menjangka cabaran, mengurus ketidaktentuan, mempelbagaikan pilihan serta membina kepercayaan melalui kerjasama. Inilah asas kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berkekalan.
Semoga WCIT 2026 terus menjadi wadah yang memperkukuh tradisi keilmuan Islam dalam menawarkan penyelesaian yang berhikmah terhadap cabaran dunia yang semakin kompleks. Mudah-mudahan segala perbincangan sepanjang persidangan ini menjadi pemangkin kepada pembinaan dunia yang lebih aman, adil dan sejahtera untuk semua.
#wcit2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sepang | 20 Julai 2026 | Isnin
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Rasmi Penerbangan Sulung AirBorneo bagi laluan Kuala Lumpur–Kuching telah disempurnakan petang ini, dengan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, turut menaiki penerbangan bersejarah berkenaan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada kira-kira jam 3.10 petang.
Saya bersama Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak di peringkat Persekutuan, serta Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Sarawak telah menyambut ketibaan YAB Premier yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Pelancaran ini lebih bermakna apabila berlangsung hanya dua hari menjelang sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai, sekali gus mencatat satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan pembangunan negeri Sarawak.
AirBorneo bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, malah merupakan manifestasi keupayaan Sarawak membina masa depan sendiri. Ia menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keterhubungan rakyat serta menyokong pembangunan industri strategik demi kemakmuran negeri.
Insya-Allah, penubuhan AirBorneo akan membantu menangani isu kos tambang penerbangan yang sekian lama menjadi keluhan rakyat Sarawak. Aspirasinya jelas, iaitu menyediakan perkhidmatan udara yang lebih mampu milik, lebih telus dan lebih mesra penumpang tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.
Seperti yang ditegaskan oleh YAB Premier Sarawak, AirBorneo merupakan satu pelaburan strategik untuk memperkukuh masa depan ekonomi negeri. Peningkatan kesalinghubungan udara yang bakal diwujudkan akan membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan, perdagangan, pelaburan serta pembangunan wilayah.
Pada masa yang sama, AirBorneo turut mencerminkan aspirasi Sarawak untuk mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap rangkaian pengangkutan udaranya sendiri, khususnya dalam memastikan akses perkhidmatan udara ke kawasan luar bandar terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat.
Semoga AirBorneo terus berkembang sebagai kebanggaan Sarawak dan menjadi pemangkin kepada kemajuan serta kemakmuran negeri untuk generasi akan datang.
#airborneo
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah malam ini memenuhi undangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail dan isteri, Puan Sri Dr. Hajah Munirah binti Che Rose ke majlis perkahwinan anakandanya, Nur Aireen Syafiqah dan pasangan, Muhammad Aimranuddin Bin Mohd Nordin di Bandar Utama.
Majlis diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Musa bin Haji Aman serta Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Haji Ramli bin Ngah Talib dan Yang Mulia Toh Puan Raja Noora Ashikin binti Raja Abdullah
Selain itu, turut berkenan berangkat, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.
Hadir sama, YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tahniah kepada pasangan mempelai, saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Petaling Jaya l 19 Julai 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 16 Julai 2026 | Khamis
Alhamdulillah, malam ini saya mewakili YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menghadiri dan menyempurnakan Majlis Makan Malam Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 Peringkat Sarawak serta Sarawak Media Conference (SMeC) 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga media atas dedikasi, keberanian dan komitmen mereka dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat. Wartawan bukan sekadar pelapor berita, malah merupakan rakan strategik negara yang membentuk masyarakat berilmu, berfikiran kritis serta memperkukuh perpaduan.
Tema HAWANA 2026, “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti”, amat bertepatan dengan cabaran landskap komunikasi masa kini. Dalam era digital yang dipacu kecerdasan buatan (AI), media sosial dan ledakan maklumat, cabaran media bukan lagi sekadar menjadi yang pertama melaporkan sesuatu berita, tetapi menjadi yang paling tepat, paling berintegriti dan paling dipercayai.
Penyebaran berita palsu, manipulasi kandungan, teknologi AI yang mampu menghasilkan imej, audio dan video menyerupai realiti serta ancaman siber, menuntut kewartawanan yang lebih bertanggungjawab dan berteraskan etika. Dalam dunia yang bergerak pantas, kita tidak boleh membiarkan kekosongan maklumat diisi oleh spekulasi atau membenarkan kepalsuan bergerak lebih pantas daripada kebenaran.
Usaha mempertahankan kestabilan awam perlu sentiasa bergerak seiring dengan penghormatan terhadap hak untuk bersuara. Mempertahankan kebenaran bukan bermaksud membungkam perbezaan pendapat, sebaliknya memastikan setiap wacana awam dibina atas fakta, tanggungjawab dan rasa hormat. Kebebasan media pula perlu sentiasa diseimbangkan dengan tanggungjawab mempertahankan kebenaran, keadilan, keseimbangan dan kepentingan awam.
Di pihak Kerajaan, kita komited memperkukuh ekosistem media negara melalui penubuhan Majlis Media Malaysia, di samping kerangka perundangan seperti Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan akauntabiliti serta melindungi keselamatan ruang digital negara.
Saya percaya, apabila berdepan krisis, komunikasi yang proaktif, telus dan berasaskan fakta mesti menjadi benteng pertama dalam mengekalkan keyakinan rakyat. Justeru, pasukan perhubungan awam, penjawat awam dan wartawan perlu terus berganding bahu memastikan maklumat yang tepat, pantas dan disahkan sampai kepada masyarakat.
Sarawak mempunyai kedudukan yang cukup istimewa dalam landskap media negara. Kepelbagaian budaya, bahasa dan kaum menjadikan media sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat, mengangkat suara komuniti serta menyampaikan agenda pembangunan secara lebih inklusif.
Rakan-rakan media memainkan peranan penting dalam memperluas pemahaman rakyat terhadap pelaksanaan projek infrastruktur, agenda peralihan tenaga, ekonomi hijau, keselamatan tenaga, transformasi digital dan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, saya amat menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan berfakta. Dalam mendepani cabaran perubahan iklim, ketidaktentuan geopolitik serta landskap tenaga dan air yang semakin kompleks — komunikasi yang jelas, telus dan berintegriti amat penting supaya setiap dasar kerajaan difahami dan dinilai berdasarkan fakta, bukan persepsi.
Saya turut menyeru organisasi media agar terus melabur dalam pembangunan modal insan melalui pemerkasaan kewartawanan digital, analitik data, semakan fakta, keselamatan siber serta penggunaan AI secara beretika. Pada masa yang sama, kebajikan pengamal media perlu terus diberi perhatian agar profesion ini kekal relevan, mampan dan berdaya saing.
Media yang bertanggungjawab mampu membina keyakinan rakyat, memperkukuh perpaduan negara dan menjadi benteng terhadap penyebaran fitnah serta maklumat palsu.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Marilah kita terus memperkukuh kerjasama antara media, kerajaan dan semua profesional komunikasi dalam membina jambatan kepercayaan, mempercepat penyampaian fakta yang sahih serta memastikan setiap usaha kita menyumbang kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan Malaysia.
Terima kasih kepada seluruh warga media atas jasa dan pengorbanan anda semua.
#hawanasarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 15 Julai 2026 | Rabu
Alhamdulillah, hari ini berbesar hati menerima kunjungan Shaykh Dato’ Dr. Afifi al-Akiti di pejabat saya di Parlimen.
Shaykh Dato’ Dr. Afifi merupakan Felo Pusat Pengajian Universiti Oxford serta Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan persiapan Distinguished Royal Session bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan berlangsung sempena 8th World Conference on Islamic Thought & Civilization (WCIT 2026).
Persidangan yang membawa tema “Where Everyone Matters: Pride and Unity in Islam” ini dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2026 di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.
Insya-Allah, semoga persidangan ini menjadi wadah yang bermakna dalam memperkukuh kesatuan ummah, memperkasa wacana pemikiran Islam serta memperkukuhkan peranan Islam sebagai rahmat yang membawa kesejahteraan, perpaduan dan kemajuan kepada seluruh masyarakat.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#parlimen
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Parlimen l 15 Julai 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir, YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
#parlimen
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Parlimen l 15 Julai 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 14 Julai 2026 | Selasa
Hari ini saya mempengerusikan Sesi Pre-Council Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2026 di Bangunan Parlimen.
Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang usaha dalam memuktamadkan penyelesaian berkaitan pelaksanaan perkara-perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Segala perbincangan menerusi mesyuarat, pertemuan dua hala serta jawatankuasa kerja di peringkat kementerian dan agensi bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak perlu diteruskan sehingga penyelesaian yang tuntas dapat direalisasikan.
Sesi pre-council ini penting bagi membincangkan dan menyelaras status terkini tindakan serta cadangan penyelesaian yang telah disyorkan di peringkat Kerajaan Persekutuan, sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 Bilangan 2 Tahun 2026 pada Ogos 2026.
Saya turut mengambil maklum Mesyuarat Pemantauan Berkaitan Isu-Isu di bawah MA63 bersama jabatan dan agensi negeri yang telah diadakan di Kota Kinabalu pada 3 Julai 2026 dan Kuching pada 10 Julai 2026.
Usaha pemantauan dan susulan ini amat penting bagi memastikan setiap perkara yang telah dibincangkan mencatatkan kemajuan yang nyata untuk dilaporkan dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang.
Semua kementerian dan agensi Persekutuan yang terlibat perlu memberi keutamaan dan perhatian serius terhadap penyelesaian isu-isu berkaitan MA63. Semua pihak yang terlibat dalam perundingan tuntutan asas MA63 juga perlu memberikan gambaran sebenar mengenai cadangan penyelesaian, termasuk sebarang kekangan atau permasalahan yang dihadapi.
Ini penting supaya jalan penyelesaian yang tuntas dapat dikenal pasti dan setiap isu berkaitan MA63 dapat diselesaikan dengan segera.
#ma63
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berkesempatan meluangkan masa dan beramah mesra dengan para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis di ruang legar Parlimen.
Lawatan sehari ke Kompleks Parlimen ini diketuai oleh Pengetua MRSM Beseri, Mohd Rizalmi Bin Dahaman, bersama-sama 10 orang guru dan 30 orang pelajar.
Semoga lawatan sambil belajar ini memberikan pendedahan yang bermanfaat serta menyuntik semangat kepimpinan baharu dalam diri anak-anak muda ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 13 Julai 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Hj Kamaludin Bin Hj Sarkawi dan isteri, Hjh Juriati Binti Hj Bujang sempena majlis perkahwinan anakandanya, Azuria Shafeeqa dan pasangan, Faqih Naimullah Bin Zahid di Dewan Baitulmal, Kompleks Islam, Kuching, Sarawak.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Semoga Allah SWT memberikan barakah kepada perkahwinan ini dan mengumpulkan pasangan pengantin sekeluarga di dalam kebaikan…Aamiin
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuching l 12 Julai 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 11 Julai 2026 | Sabtu
Seterusnya saya ke upacara utama di Bandar Sibu pada hari ini — Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Sibu oleh YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang.
Sibu adalah lokasi kelima jelajah SKS 2026 selepas diadakan di Limbang pada 10 hingga 12 April 2026 bertempat di Kompleks Sukan Limbang ; di Miri pada 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Stadium Miri ; Bintulu pada 22 hingga 24 Mei 2026 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu dan Kapit 26 hingga 28 Jun 2026 di Perkarangan Dewan Suarah Kapit.
Program Sarawakku Sayang bertujuan mendekatkan pihak kerajaan dengan rakyat melalui pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai dasar, bantuan dan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memudahkan rakyat mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan serta menyampaikan masalah dan keperluan mereka secara terus kepada pihak berkaitan. Secara tidak langsung, program ini dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap Sarawak
Hadir sama pada majlis perasmian SKS Bahagian Sibu ialah ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ; Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Jaga Sarawak • Intu Sarawak
#sarawakkusayang
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 11 Julai 2026 | Sabtu
Usai briskwalk dan lawatan projek di Taman Rimba Bukit Lima, Sibu, saya bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bersarapan di Sibu Central Market, sambil beramah mesra dan berbual santai dengan penduduk setempat dan para peniaga.
Turut menikmati makanan ikon Sibu, mi kampua dan tumpik, serta pelbagai jenis kuih-muih tradisi tempatan yang cukup sinonim dengan cita rasa Sarawak.
Pasar terbesar di Malaysia itu menempatkan lebih 1,100 peniaga. Ia menawarkan pelbagai hasil hutan, sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan dan makanan serta pelbagai barangan. Antara tarikan paling mencuri perhatian ialah cara unik ayam hidup dibungkus menggunakan surat khabar, satu pemandangan yang cukup sinonim dengan pasar ini.
Pasar Sentral Sibu bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi sebuah destinasi yang mempertemukan budaya, tradisi, makanan dan kehidupan masyarakat tempatan dalam satu ruang yang penuh warna dan cerita.
Terima kasih warga Sibu atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan.
#sarawakkusayang
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 11 Julai 2026 | Sabtu
Pagi ini, saya menyertai Program Briskwalk dan Lawatan Projek bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Taman Rimba Bukit Lima, Sibu.
Seawal jam 6.30 pagi, kami memulakan aktiviti berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki sejauh 1.2 kilometer pergi dan balik. Sepanjang perjalanan, kami turut mendengar taklimat daripada Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Tuan Abang Arabi Abang Aimran, mengenai Rizab Semula Jadi Bukit Lima.
Program diteruskan dengan upacara pelepasan tenggiling ke habitat semula jadinya, sebelum kami menuju ke Pusat Sehenti (OSC) Rizab Semula Jadi Bukit Lima untuk lawatan tapak serta mendengar pembentangan mengenai Projek Rizab Semula Jadi Bukit Lima Fasa 2.
Lebih membanggakan, Taman Rimba Bukit Lima — Tanah Gambut Bandar Pertama di Malaysia yang juga projek cetusan idea YAB Premier, turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai “Rizab Semula Jadi Paya Gambut Bandar Terlindung Terbesar”.
Bayangkan, keluasan kawasan ini adalah kira-kira 15 kali ganda lebih besar daripada Taman KLCC. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan membuktikan betapa berharganya khazanah alam yang kita miliki di Sarawak.
Pengiktirafan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier dalam menjaga alam sekitar dan melindungi ekosistem tanah gambut yang amat bernilai agar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Pagi yang cukup bermakna, bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh dan minda, tetapi juga melihat sendiri usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan kemudahan awam yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
Semoga Taman Rimba Bukit Lima terus menjadi khazanah hijau kebanggaan kita bersama, tempat masyarakat Sibu beriadah, menikmati keindahan alam dan menghargai kekayaan biodiversiti yang kita miliki.
#tamanrimbabukitlima #sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 11 Julai 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama masyarakat setempat di Masjid An-Nur, Sibu.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita dan moga kita semua mendapat keberkatan serta diredhai Allah SWT dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Insya-Allah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 10 Julai 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang disempurnakan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, malam ini.
Majlis yang diadakan bersempena dengan Program Sarawakku Sayang yang akan berlangsung di Sibu esok, bukan sekadar sebuah pertemuan, malah menjadi wadah penting untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat akar umbi.
Ketua masyarakat dan ketua kaum merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan penduduk. Peranan KMKK amat penting dalam menyampaikan dasar dan inisiatif kerajaan kepada penduduk, di samping membawa suara, aspirasi serta permasalahan rakyat untuk perhatian pihak berkuasa.
Hubungan yang erat antara pemimpin, agensi kerajaan dan KMKK pula dapat memperkukuh penyampaian maklumat, mempercepat pengenalpastian isu serta membantu menyelaras tindakan dengan lebih berkesan di peringkat akar umbi.
Semoga sinergi dan kerjasama yang kukuh ini terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Sibu dan Sarawak secara keseluruhannya.
#segulaisejalai
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Datang kepada Puan Nik Asma Anita Binti Makhtar, Pegawai Undang-Undang Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang baharu.
Sebelum ini, Puan Nik Asma Anita bertugas sebagai Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan di Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP), Kementerian Kewangan.
Selesai Mesyuarat PosKab hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan Puan Nik Asma Anita ke pejabat saya di Menara PETRA, kehadiran beliau amat dialu-alukan dan percaya pengalaman, komitmen serta dedikasi tinggi beliau, akan terus memacu kecemerlangan bersama-sama dengan warga PETRA.
Semoga pengalaman luas Puan Nik Asma Anita menjadi tunjang utama dalam memberi sumbangan terbaik serta sentiasa diberkati dan dipermudahkan dalam melaksanakan segala tanggungjawab di PETRA.
#petra
#malaysiamadani
Putrajaya l 9 Julai 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selepas menghadiri Majlis Sambutan Ketibaan TYT Anutin Charnvirakul, Perdana Menteri Thailand, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di KLIA, pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Delegasi Malaysia–Thailand yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra.
Pertemuan antara kedua-dua pemimpin ini sekali lagi membuktikan hubungan dua hala Malaysia dan Thailand yang sentiasa erat serta kukuh. Pelbagai usaha bagi mempertingkatkan kerjasama strategik telah dibincangkan, termasuk dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan, pembanterasan jenayah rentas sempadan, peralihan tenaga, serta pengurusan sumber air.
Dalam sesi perbincangan tersebut, saya turut berpeluang menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak Thailand dalam mempercepat pelaksanaan inisiatif berkaitan peralihan tenaga, di samping memperkukuh kerjasama bagi projek pemulihan Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Semoga hubungan erat antara kedua-dua negara akan terus diperkasakan demi kemakmuran bersama serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Thailand.
#malaysiathailand
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya l 9 Julai 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bukit Kiara | 7 Julai 2026 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Wacana Advance Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 87 Bil. 2/2026 yang berlangsung di Dewan Baiduri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Dalam sesi tersebut, saya berkongsi amanat kepada para peserta mengenai peranan penting perkhidmatan awam sebagai tonggak kestabilan, kesinambungan dasar serta kemajuan negara. Dalam landskap politik yang semakin dinamik, penjawat awam perlu kekal teguh berpegang kepada prinsip integriti, profesionalisme dan berkecuali dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Saya turut menegaskan bahawa setiap dasar yang dirangka dan dilaksanakan hendaklah berpaksikan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat, bukannya dipengaruhi oleh perubahan politik semasa. Kesinambungan dasar yang baik amat penting bagi memastikan negara terus berdaya saing, memperkukuh tadbir urus serta mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi.
Dalam menghadapi cabaran geopolitik, ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan terhadap kewangan negara, seluruh jentera perkhidmatan awam perlu terus berfikiran jauh, bertindak secara strategik dan mengurus sumber negara dengan penuh tanggungjawab. Pada masa yang sama, kita mesti memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan melalui dasar yang mampan dan berhemah.
Sesungguhnya amanah sebagai penjawat awam bukan sekadar melaksanakan tugas, tetapi memikul tanggungjawab besar untuk memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang makmur, berdaya tahan dan sejahtera demi generasi hari ini serta masa hadapan.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 6 Julai 2026 | Isnin
Pagi tadi saya menyempurnakan Majlis Perasmian ADNI International Students’ Conference (AISC) 2026 yang menghimpunkan kira-kira 150 peserta terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa.
Persidangan bertemakan “Thriving Together: Diversity, Education and Wellness in a Digital World” ini menjadi wadah yang amat bermakna untuk memperkukuh persefahaman, memupuk persahabatan merentas sempadan serta menyemai semangat kerjasama dalam kalangan generasi muda, khususnya dari negara-negara ASEAN.
Dalam ucapan, saya mengingatkan bahawa kepelbagaian bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti, sebaliknya merupakan satu rahmat yang perlu diraikan. Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenali, memahami dan membina hubungan yang berteraskan takwa serta saling menghormati.
Pada era digital yang berkembang begitu pesat, kejayaan sesebuah negara tidak lagi hanya bergantung kepada kemajuan teknologi atau kekuatan ekonomi semata-mata, tetapi turut ditentukan oleh kualiti modal insan yang berilmu, berintegriti, mampu berfikir secara kritis, menghargai kepelbagaian serta bekerjasama demi kebaikan dan perpaduan bersama.
Saya turut menekankan bahawa pembangunan yang sebenar mestilah bersifat menyeluruh, merangkumi pendidikan, kesejahteraan, akhlak, kreativiti, kelestarian dan perpaduan sosial. Nilai-nilai yang menjadi teras Malaysia MADANI perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian agar generasi muda bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki sahsiah, empati dan jiwa kepimpinan yang tinggi.
Syabas dan tahniah kepada Sekolah Islam ADNI atas penganjuran persidangan yang selari dengan aspirasi negara dalam melahirkan generasi berpengetahuan, beretika, inovatif serta berdaya saing di peringkat global.
Semoga AISC 2026 terus menjadi platform yang melahirkan pemimpin masa hadapan yang menjunjung ilmu dengan penuh integriti, menghormati kepelbagaian dengan hikmah serta memanfaatkan kemajuan teknologi demi kesejahteraan umat manusia.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Miri | 4 Julai 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Miri bagi meninjau pelaksanaan beberapa projek mitigasi banjir di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), termasuk Projek Cakna MADANI dan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri.
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA telah meluluskan RM9.46 juta bagi pelaksanaan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026.
Daripada jumlah berkenaan, 12 projek telah siap, 13 projek sedang dilaksanakan, manakala 27 projek berada di peringkat pra-pelaksanaan. Projek-projek ini merupakan inisiatif ‘low hanging fruits’ yang memberi manfaat segera kepada rakyat, khususnya dalam memperkukuh usaha mitigasi banjir.
Saya meninjau pelaksanaan Kerja-Kerja Penstabilan Tebing Sungai di Tanah Perkuburan Tab Cinaq, Miri, salah satu Projek Cakna MADANI bernilai RM134,682. Projek yang bermula pada Mei 2026 dan dijangka siap pada November 2026 ini melibatkan pembinaan gabion wall sepanjang 50 meter bagi menstabilkan tebing sungai, mengurangkan hakisan serta melindungi infrastruktur dan kawasan tanah perkuburan daripada risiko runtuhan tebing.
Saya turut meninjau dan mendengar taklimat mengenai kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri yang melibatkan kos keseluruhan RM31 juta. Sehingga kini, projek yang bermula pada Oktober 2023 itu telah mencapai 58.11% kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Skop projek merangkumi pembinaan tide wall, kolam takungan, naik taraf sistem saliran, rumah pam, pintu kawalan banjir, sistem perangkap sampah, pemasangan sistem mekanikal dan elektrikal serta pengurusan projek.
Secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan melalui PETRA telah meluluskan projek-projek tebatan banjir bernilai RM3.834 bilion bagi pelaksanaan 29 projek di seluruh Sarawak.
Komitmen ini mencerminkan iltizam kerajaan untuk memperkukuh daya tahan negara terhadap risiko banjir melalui projek-projek berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kemampanan, kesejahteraan dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
Semoga segala usaha ini terus memberi manfaat kepada rakyat dan meningkatkan keselamatan serta kesejahteraan komuniti di Sarawak.
#petra
#caknamadani
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 2 Julai 2026 | Khamis
Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Belgium merangkap Menteri Luar Negeri, Hal Ehwal Eropah dan Kerjasama Pembangunan, TYT Maxime Prévot, yang sedang mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
Lawatan ini cukup bermakna kerana merupakan kunjungan pertama beliau ke negara kita sejak memegang jawatan pada Februari 2025.
Antara perbincangan utama kami adalah usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia–Belgium melalui kerjasama yang lebih erat antara kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat kedua-dua negara. Belgium juga menyatakan komitmen untuk meningkatkan perdagangan dua hala serta akan menyemak semula nasihat perjalanan negaranya melibatkan Sabah.
Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, saya turut berkongsi pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga. Belgium memiliki kepakaran dalam teknologi baharu dan bahan termaju dalam bidang tenaga hijau yang boleh membuka lebih banyak peluang pelaburan serta kerjasama strategik di Malaysia.
Selain itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai potensi dan ekosistem industri halal Malaysia. Belgium mencadangkan agar piawaian halal Malaysia diterokai sebagai model yang berpotensi diterima pakai dengan lebih meluas di Kesatuan Eropah.
Saya yakin pertemuan ini akan terus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia–Belgium serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Puan Mareena Mahpudz, dan Duta Besar Belgium ke Malaysia, TYT Peter Van Acker.
#malaysiabelgium🇲🇾🇧🇪
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 1 Julai 2026 | Rabu
Menerima kunjungan serta meraikan 45 ahli Majlis Daerah Kapit (MDK) dalam majlis makan tengah hari di Bangunan Parlimen, hari ini tadi.
Rombongan MDK yang diketuai Pengerusinya, Ir. Andy Lawrence, dalam rangka Lawatan Penanda Aras selama empat hari ke ibu negara bermula 29 Jun hingga 2 Julai 2026.
Dalam ucapan ringkas saya pada majlis berkenaan, saya menyentuh mengenai perubahan landskap ekonomi global yang kini memasuki era baharu.
Jika sebelum ini pembangunan banyak dipacu oleh internet dan pendigitalan asas, kini tumpuan beralih kepada Internet Kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), analitik data dan pusat data (data centre).
Teknologi ini menjadi pemangkin kepada ekonomi digital yang mampu meningkatkan produktiviti, mempercepat penyampaian perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Namun, kejayaan ekonomi digital bukan bergantung kepada capaian internet semata-mata. Ia memerlukan infrastruktur digital yang mantap, termasuk rangkaian komunikasi yang stabil, kemudahan pengkomputeran awan, pusat data serta bekalan tenaga yang mencukupi, stabil dan mampan.
Dalam konteks ini, saya menegaskan bahawa Sarawak berada pada kedudukan yang cukup baik dan amat strategik berikutan kelebihan sumber tenaga boleh baharu yang dimilikinya. Kini, lebih 70 peratus bekalan elektrik Sarawak dijana daripada sumber boleh baharu, khususnya kuasa hidro.
Kelebihan ini memberi nilai tambah kepada Sarawak dalam menarik pelaburan berteknologi tinggi, termasuk pembangunan pusat data dan aplikasi AI yang memerlukan bekalan tenaga yang bersih, stabil dan berkapasiti tinggi.
Generasi muda perlu didedahkan kepada ekonomi digital, IoT, AI dan kemahiran digital sejak dari awal. Mereka bukan sahaja perlu mahir menggunakan teknologi, malah memahami cara AI berfungsi serta mampu memanfaatkannya secara beretika.
Usaha ini turut bermula daripada institusi keluarga. Ibu bapa yang memiliki pengetahuan dan literasi digital akan lebih bersedia membimbing anak-anak menghadapi cabaran dunia yang semakin dipacu teknologi.
Pemimpin masyarakat dan pemimpin akar umbi termasuk ahli-ahli MDK juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi secara positif dalam kalangan masyarakat.
#sarawakmajumakmur�#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 30 Jun 2026 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Universiti Multimedia (MMU) diketuai Presidennya Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud di pejabat saya di Bangunan Parlimen.
Turut sama Naib Presiden MMU, Prof. Dr. Zulfadzli Yusoff, serta Pegawai Liaison MMU, Datin Linda Hassan.
Dalam pertemuan tersebut, pihak MMU membentangkan cadangan pembesaran Surau Al Hidayah Universiti Multimedia bagi memenuhi keperluan semasa. Surau sedia ada kini tidak lagi mampu menampung pertambahan pelajar, kakitangan serta komuniti MMU, juga bagi penganjuran pelbagai program yang meliputi aspek kerohanian, pendidikan, kemasyarakatan dan kebajikan.
Insya-Allah, usaha memperkasakan kemudahan ibadah seperti ini amat penting dalam menyokong pembangunan sahsiah serta kesejahteraan warga kampus dan masyarakat setempat.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 30 Jun 2026 | Selasa
Hari ini saya berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada rombongan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) diketuai Pengerusinya, Clarence Ting Ing Horh, di Bangunan Parlimen.
Pihak MPS telah memaklumkan mengenai Malam Pembukaan Borneo Cultural Festival (BCF) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada September 2026 di Sibu dan turut menyampaikan jemputan.
Festival berkenaan yang bertemakan “Echoes of Borneo”, mengetengahkan kekayaan seni, budaya dan warisan masyarakat Borneo.
Terima kasih atas kunjungan ini dan syabas atas komitmen berterusan dalam memartabatkan BCF sebagai antara acara kebudayaan utama di Sarawak yang turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Semoga segala persiapan penganjuran berjalan lancar dan BCF 2026 terus menjadi platform memperkukuh perpaduan serta mempromosikan keunikan warisan budaya Borneo ke persada antarabangsa.
#bcf2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 29 Jun 2026 | Isnin
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat Parti PBB Sarawak, Jalan Bako, Petra Jaya, pagi ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Parti PBB Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, memberi tumpuan kepada membincangkan persediaan dan persiapan rapi bagi penganjuran Konvensyen Parti PBB 2026 yang terbahagi kepada empat zon — Zon Selatan (Kuching), Zon Betong, Zon Tengah (Sibu) dan Zon Utara (Miri)
Konvensyen ini bukan sekadar platform memperkukuh organisasi parti, malah menjadi medan untuk menyelaras hala tuju, memperkukuh perpaduan, serta memastikan setiap jentera parti sentiasa bersedia mendukung aspirasi rakyat dan agenda pembangunan Sarawak.
Konvensyen PBB Zon Sibu dijadualkan pada 26 Julai 2026 ; Zon Betong pada 1 Ogos 2026 ; Zon Miri pada 12 September 2026 dan Zon Selatan pada 20 September 2026.
Semoga segala persiapan berjalan lancar dan konvensyen yang bakal diadakan menjadi wadah untuk memperkukuhkan semangat perjuangan, kebersamaan serta iltizam Parti PBB dalam meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat dan memacu kemajuan Sarawak di bawah kepimpinan cemerlang YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Yang Dipertua PBB.
#konvensyenpbb2026
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 28 Jun 2026 | Ahad
Hari ini saya turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Selatan bagi membincangkan segala persiapan menjelang penganjuran konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada 20 September 2026.
Mesyuarat hari ini memberi tumpuan kepada pelantikan ahli jawatankuasa, penyelarasan aspek penganjuran, logistik, perjalanan program serta kesiapsiagaan jawatankuasa bagi memastikan konvensyen dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Konvensyen PBB merupakan wadah penting untuk memperkukuh perpaduan dan kesepakatan dalam parti, menyelaras hala tuju perjuangan serta memperkasa jentera parti agar terus relevan, berkesan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri Sarawak.
Melalui konvensyen ini, kita memastikan seluruh kepimpinan dan akar umbi bergerak sederap segulai sejalai dalam menjayakan agenda pembangunan Sarawak yang lebih maju, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Insya-Allah, dengan komitmen semua pihak, kita akan memastikan Konvensyen PBB Sarawak Zon Selatan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan pandangan serta komitmen dalam menjayakan persiapan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati.
#konvensyenpbb2026
#pbbzonselatan
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 28 Jun 2026 | Ahad
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Program Recognition of Inspiring Student Excellence (RISE) yang berlangsung di Dewan Sri Bitara, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA), bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya.
Seramai 150 orang pelajar cemerlang menerima Sijil Penghargaan Kecemerlangan Akademik serta insentif tunai sebanyak RM500 setiap seorang, sumbangan daripada Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya sebagai penghargaan atas usaha, ketekunan dan pencapaian mereka.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima, ibu bapa, guru-guru serta seluruh warga sekolah yang menjadi tonggak di sebalik kejayaan anak-anak ini. Sesungguhnya setiap kejayaan lahir daripada usaha, doa, pengorbanan dan sokongan yang tidak pernah putus.
Saya turut tersentuh dengan kisah Zahra binti Alireza Nabizadeh Fard Shirazi, seorang Pelajar Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang berjaya memperoleh 8A, terdiri daripada 2A+ dan 6A dalam peperiksaan SPM. Walaupun dilahirkan dengan masalah tulang yang menjejaskan pergerakan fizikalnya, Zahra membuktikan bahawa keterbatasan bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan.
Kisah beliau mengingatkan kita bahawa ukuran sebenar kejayaan bukanlah pada kekuatan fizikal, tetapi pada kekuatan jiwa, kesungguhan, ketabahan dan iltizam. Dengan usaha yang berterusan serta tawakal kepada Allah SWT, tiada impian yang mustahil untuk digapai.
Sesungguhnya kecemerlangan akademik bukan sekadar memperoleh keputusan yang cemerlang, tetapi membentuk insan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat. Ilmu ialah amanah yang perlu dimanfaatkan demi agama, negeri dan negara.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan. Teruskan mengejar cita-cita, kekalkan sifat rendah hati, dan jadilah generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pencapaian, tetapi juga besar manfaatnya kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima.
#rise2026
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 27 Jun 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, malam ini saya berasa amat bersyukur dan rendah hati menerima pengiktirafan sebagai Honorary Bencher daripada Inns of Court Malaysia sempena Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-10 institusi berprestij ini.
Pengiktirafan ini bukan sekadar satu penghormatan peribadi, tetapi sebagai satu amanah untuk saya terus menyumbang kepada usaha memperkukuh sistem perundangan, keadilan dan tadbir urus negara.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Presiden, Jawatankuasa Eksekutif serta seluruh warga Inns of Court Malaysia (ICM) atas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan.
Majlis pada malam ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Sepanjang sedekad penubuhannya, ICM telah memainkan peranan penting dalam memupuk kecemerlangan profesion guaman, memperkukuh etika profesional, memperluaskan pendidikan undang-undang dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Undang-undang bukan sekadar himpunan akta atau peraturan, tetapi merupakan asas kepada keadilan, kestabilan, kemajuan dan keharmonian sesebuah negara. Kepercayaan rakyat terhadap institusi keadilan hanya dapat diperkukuhkan apabila undang-undang dilaksanakan secara adil, telus dan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Saya turut berkongsi pandangan mengenai perubahan landskap dunia perundangan yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, keselamatan siber dan teknologi baharu. AI mampu menjadi pemangkin kepada kecekapan dan akses kepada keadilan, namun kebijaksanaan, integriti dan tanggungjawab moral tetap menjadi amanah yang tidak boleh digantikan oleh teknologi.
Saya percaya Malaysia akan terus maju sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan dihormati sekiranya kita terus mempertahankan kebebasan institusi, memperkukuh pendidikan undang-undang, mengangkat profesionalisme serta sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang sebagai asas pentadbiran negara.
Semoga kita semua terus berganding bahu membina institusi yang lebih kukuh, mempertahankan prinsip keadilan dan meninggalkan legasi yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 26 Jun 2026 | Jumaat
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada Puan Rahayu binti Ab Talib, Penasihat Undang-Undang @PETRAMalaysia, yang akan memulakan tugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mulai 1 Julai 2026.
Puan Rahayu telah berkhidmat di PETRA sejak Mei 2024 hingga 30 Jun 2026, dengan memberikan sumbangan yang amat bermakna melalui komitmen, dedikasi dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Berkesempatan mengadakan pertemuan bersama beliau di pejabat saya di Menara PETRA selepas Mesyuarat Poskab terakhir beliau bersama PETRA, bagi merakamkan penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya atas penempatan baharu beliau.
Terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta sumbangan sepanjang berkhidmat di PETRA. Semoga terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah di Jabatan Perdana Menteri.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 Jun 2026 | Khamis
Alhamdulillah, malam ini saya berpeluang bersama-sama meraikan ulang tahun ke-20 Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah institusi yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan aset dan infrastruktur air negara sejak penubuhannya.
Dua dekad bukanlah suatu tempoh yang singkat. Dalam tempoh berkenaan, PAAB telah berkembang menjadi antara tonggak utama dalam memastikan pembangunan sektor air negara dilaksanakan secara lebih tersusun, mampan dan berkesan.
Di sebalik setiap projek yang berjaya disiapkan, setiap aset yang dibangunkan dan setiap pencapaian yang diraikan hari ini, terdapat usaha gigih, komitmen tinggi serta pengorbanan warga kerja PAAB, kepimpinan organisasi dan rakan-rakan strategik yang sentiasa memberikan yang terbaik demi kepentingan rakyat dan negara. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan PAAB selama 20 tahun ini.
Pembangunan infrastruktur air merupakan satu pelaburan jangka panjang yang hasilnya tidak sentiasa dapat dilihat dengan segera. Namun, manfaatnya dirasai setiap hari melalui bekalan air yang lebih terjamin, sistem yang lebih berdaya tahan serta keupayaan negara memenuhi keperluan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Inilah antara asas penting dalam memastikan kesejahteraan negara terus diperkukuh.
Dalam menghadapi cabaran baharu seperti perubahan iklim, pertambahan penduduk dan peningkatan permintaan terhadap sumber air, Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada agenda keterjaminan air sebagai antara keutamaan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Ini memerlukan komitmen berterusan, perancangan yang teliti serta kerjasama erat antara Kerajaan, agensi berkaitan dan semua pihak berkepentingan.
Semoga ulang tahun ke-20 ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Saya mendoakan agar PAAB terus maju jaya, kekal cemerlang sebagai institusi yang menyumbang kepada pembangunan negara dan terus memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta keterjaminan bekalan air untuk generasi akan datang.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga PAAB atas pencapaian yang membanggakan ini.
#20tahunpaab
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 25 Jun 2026 | Khamis
Kerajaan terus komited untuk memastikan peralihan tenaga negara dilaksanakan secara seimbang berteraskan tiga prinsip utama, iaitu keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Komitmen ini dizahirkan melalui usaha memperkukuh akses kepada bekalan elektrik hijau yang berdaya saing bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara, di samping menarik pelaburan berkualiti tinggi, khususnya daripada sektor pusat data (Data Centre – DC).
Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) telah dilancarkan pada 26 Julai 2024 sebagai satu mekanisme pasaran yang membolehkan pengguna korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada pemaju Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui akses kepada rangkaian grid. Pelaksanaan CRESS turut menyokong aspirasi negara untuk mempercepat pembangunan TBB selaras dengan sasaran mencapai 70 peratus kapasiti terpasang TBB menjelang tahun 2050 di bawah NETR.
Saya memaklumkan Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ampang, Puan Hajah Rodziah binti Ismail, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Parlimen hari ini.
Sehingga Mei 2026, seramai 11 pemaju CRESS telah berdaftar, melibatkan lapan pengguna hijau (Green Consumers) yang terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan. Jumlah kapasiti tenaga boleh baharu yang terlibat adalah sekitar 3 gigawatt (GW). Penyertaan ini mencerminkan minat yang amat positif daripada pihak industri terhadap mekanisme bekalan elektrik hijau secara langsung, khususnya bagi memenuhi permintaan pengguna korporat berskala besar.
Mengenai System Access Charge (SAC), Kerajaan telah melaksanakan semakan kadar SAC pada Ogos 2025 bagi memastikan caj yang dikenakan lebih kompetitif. Kadar SAC bagi bekalan tetap (firm supply) telah dikurangkan daripada 25 sen/kWj kepada 20 sen/kWj, manakala kadar bagi bekalan tidak tetap (non-firm supply) dikurangkan daripada 45 sen/kWj kepada 40 sen/kWj. Ini mewakili pengurangan sebanyak 20 peratus bagi kategori firm supply dan 11 peratus bagi kategori non-firm supply.
Pengurangan kadar SAC ini telah meningkatkan kebolehlaksanaan komersial projek TBB serta mengukuhkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau. Walau bagaimanapun, sebarang pelarasan terhadap SAC perlu dibuat secara berhati-hati berlandaskan prinsip pemulihan kos yang munasabah (reasonable cost recovery), bagi memastikan kos yang ditanggung oleh pengguna CRESS tidak dipindahkan kepada pengguna elektrik yang lain.
Sementara itu, Corporate Green Power Programme (CGPP) telah memainkan peranan penting sebagai mekanisme perintis (test bed) kepada pelaksanaan akses pihak ketiga (Third Party Access – TPA) dalam sektor elektrik negara. Namun begitu, pelaksanaan CGPP mempunyai beberapa limitasi struktur memandangkan ia beroperasi melalui mekanisme Virtual Power Purchase Agreement (VPPA).
Sehubungan itu, CRESS diperkenalkan sebagai evolusi pasaran yang mengambil kira prinsip penggunaan grid secara adil, ketelusan kos serta pemulihan kos sistem melalui SAC.
Selain itu, Kerajaan turut memperkenalkan Malaysia Battery Energy Storage System Tender (MyBEST) bagi mempercepatkan pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri (Battery Energy Storage System – BESS). Penggunaan BESS akan membantu meningkatkan fleksibiliti grid, mengurangkan isu intermittency tenaga boleh baharu, memperkukuh kestabilan sistem elektrik serta menyokong keperluan bekalan yang lebih berkualiti kepada sektor pusat data yang memerlukan tahap kebolehpercayaan bekalan yang sangat tinggi.
Secara keseluruhannya, Kerajaan berpandangan bahawa pelaksanaan CRESS dan pembangunan BESS merupakan dua komponen yang saling melengkapi dalam usaha mempercepatkan peralihan tenaga negara, sekali gus menyokong sasaran Malaysia mencapai 70 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Jun 2026 | Rabu
Menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama (PYT) Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Jerman ke Malaysia, bersama delegasi Persatuan Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Jerman.
Jerman merupakan antara rakan dagang penting Malaysia, khususnya dalam sektor kejuruteraan mekanikal, teknologi pembuatan. Kini terdapat lebih 800 syarikat Jerman yang beroperasi di Malaysia dalam pelbagai bidang, mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Saya mengalu-alukan kemasukan lebih banyak pelaburan daripada syarikat-syarikat PKS Jerman, terutamanya dalam bidang teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui serta pengurusan dan rawatan air yang selari dengan agenda pembangunan mampan negara.
Kami turut membincangkan potensi untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Jerman terkenal dengan sistem TVET bertaraf dunia yang berjaya melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Pengalaman dan kepakaran tersebut boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan modal insan serta daya saing tenaga kerja Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.
Saya yakin hubungan Malaysia–Jerman akan terus diperkukuh melalui kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#malaysiajerman🇲🇾🇩🇪
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Jun 2026 | Rabu
Kerajaan mengambil pendekatan jangka panjang bagi memastikan keselamatan sumber air Negeri Johor terus terjamin selaras dengan pertumbuhan pesat sektor perindustrian, pembangunan bandar dan pelaburan strategik termasuk pusat data.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), jumlah pengambilan air mentah di Negeri Johor pada masa ini adalah sebanyak 2,052 Juta Liter Sehari (JLH). Kerajaan sedang mempergiat usaha memperkukuh kapasiti sumber air mentah dan sistem bekalan air di Johor melalui pelaksanaan pelbagai projek strategik termasuk cadangan pembangunan empangan, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), baraj dan infrastruktur penyaluran air mentah.
Saya memaklumkan demikian kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Tuan Suhaizan Bin Kaiat (Pulai) berkenaan pelan jangka panjang Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti sumber air negeri memandangkan Johor kini menjadi hab utama pusat data di Asia Tenggara.
Selain memperkukuh sumber air mentah, Kerajaan bersama operator air negeri turut meneliti keperluan peningkatan kapasiti sistem bekalan dan loji rawatan air secara berperingkat berdasarkan unjuran permintaan semasa dan masa hadapan bagi memastikan bekalan air terawat yang mencukupi dapat disediakan.
Pada masa sama, sebanyak empat projek pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kapasiti bekalan air terawat di Negeri Johor.
Kerajaan turut melihat air pulih guna sebagai salah satu komponen penting dalam strategi jangka panjang keselamatan air, khususnya bagi sektor industri yang mempunyai keperluan penggunaan air yang tinggi seperti pusat data. Pendekatan ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber air terawat dan mengoptimumkan penggunaan sumber air sedia ada secara lebih mampan.
Sebagai contoh, melalui kerjasama strategik antara Indah Water Konsortium (IWK) dan Johor Special Water (JSW), sebanyak 12 JLH air pulih guna berkualiti tinggi kini dibekalkan bagi kegunaan sistem penyejukan pusat data di Negeri Johor. Inisiatif ini menunjukkan bahawa sumber air alternatif berpotensi memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong pertumbuhan industri tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air kepada rakyat.
Melalui gabungan pembangunan sumber air baharu, peningkatan kapasiti sistem bekalan air, pembangunan loji rawatan air dan penggunaan sumber air alternatif, Kerajaan yakin keperluan bekalan air Negeri Johor akan terus dapat dipenuhi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Jun 2026 | Rabu
Awal pagi ini mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan bersama para pegawai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan agensi sebelum menjawab soalan di Dewan Rakyat.
Ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Dato' Ahmad Faizal bin Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie.
Hari ini saya menjawab soalan Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) berkenaan Johor kini menjadi hab utama pusat data di Asia Tenggara dan apakah pelan jangka panjang Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti sumber air negeri termasuk pembinaan empangan, loji rawatan air dan penggunaan air kitar semula bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur l 22 Jun 2026 | Isnin
Malam ini saya bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negara Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadiri perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS. Turut sama Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang Dipertua Dewan Negara.
Ia adalah rutin biasa GPS setiap kali ketika sidang Dewan Rakyat bermula yang akan disusuli sidang Dewan Negara, bertujuan membincangkan isu-isu semasa terutama melibatkan kepentingan Sarawak.
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 berlangsung mulai hari ini 22 Jun 2026 sehingga 16 Julai 2026, selama 16 hari. Manakala Dewan Negara akan bersidang 20 Julai hingga 4 Ogos iaitu selama 10 hari. Mesyuarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lalu selepas bersidang selama 20 hari.
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 22 Jun 2026 | Isnin
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Menziarahi serta solat jenazah untuk Allahyarham Dato’ Suffian bin Othman, suami kepada Datuk Halimah Mohamed Sadique, di Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, hari ini tadi.
Salam takziah saya kepada Datuk Halimah dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026
Selamat Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai. Lantang Senang Nguan Menua.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 21 Jun 2026 | Ahad
Malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Bertemakan “Segulai Sejalai: From Ruai to the World”, majlis ini menampilkan keunikan budaya, warisan dan semangat kebersamaan rakyat Sarawak yang menjadi kekuatan negeri ini sejak sekian lama.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Fauziah binti Mohd Sanusi.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Upacara pembukaan yang dimulakan dengan Bebiau Pengabang memberikan sambutan penuh adat dan penghormatan kepada para tetamu, mencerminkan nilai luhur masyarakat Sarawak yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan sahabat dan tetamu dengan penuh kemesraan.
Turut dipersembahkan Musical Theatre: Ruai to the World yang mengangkat perjalanan, aspirasi dan identiti Sarawak kepada pentas yang lebih luas.
Dalam kepelbagaian budaya, bahasa dan kepercayaan, rakyat Sarawak terus membuktikan bahawa perpaduan adalah kekuatan terbesar kita.
Inilah semangat Segulai Sejalai — Seiring Sejalan, melangkah bersama sebagai satu keluarga besar demi masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai. Lantang Senang Nguan Menua.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bintulu | 21 Jun 2026 | Ahad
Alhamdulillah turut sama menyaksikan detik bersejarah buat Sarawak, Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, Bintulu, hari ini.
Majlis bersejarah ini menyaksikan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Hj Openg menyerahkan cek berkenaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penyempurnaan (Completion Agreement) dan Perjanjian Tiga Pihak (Tripartite Agreement).
Penukaran status Pelabuhan Bintulu merupakan antara pencapaian penting Sarawak dalam memperjuangkan hak-haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pengambilalihan aset bernilai RM1.8 bilion ini amat signifikan kerana Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan kontena terbesar di Malaysia Timur.
Hubungan baik Persekutuan dan Negeri membolehkan proses peralihan berkenaan dilaksanakan melalui pelbagai peringkat rundingan yang teliti antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaan Sarawak, termasuk pemeteraian persefahaman, pindaan undang-undang serta persetujuan secara prinsip terhadap nilai pengambilalihan aset.
Ketelitian proses tersebut membuktikan kematangan dan kesungguhan kedua-dua pihak dalam memastikan kepentingan undang-undang, kewangan serta kepentingan negara terus terpelihara.
Semoga kejayaan ini membawa manfaat besar kepada rakyat serta memperkukuh pembangunan Sarawak untuk generasi akan datang.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
21 Jun 2026 | Ahad
“Sehebat Kasih Bapa” tema Hari Bapa 2026 mengangkat penghargaan kepada insan yang menjadi tunjang kekuatan keluarga, sumber inspirasi serta pembimbing utama dalam kehidupan anak-anak.
Kasih seorang bapa sering terpancar melalui pengorbanan yang tidak ternilai, kerja keras yang tidak mengenal erti lelah dan komitmen yang berterusan demi memastikan kesejahteraan keluarga. Dalam era yang penuh cabaran hari ini, daripada perkembangan teknologi digital dan media sosial sehinggalah tuntutan ekonomi serta perubahan sosial yang pesat, peranan bapa semakin penting dalam membentuk generasi yang berakhlak, berilmu dan berdaya tahan.
Bapa bukan sekadar pencari nafkah, tetapi juga pendidik, pelindung dan teladan yang membimbing anak-anak menghadapi cabaran kehidupan. Masa yang diluangkan bersama keluarga, nasihat yang diberikan dengan penuh hikmah serta contoh yang ditunjukkan melalui akhlak dan peribadi yang baik merupakan asas kepada pembentukan keluarga yang sejahtera dan masyarakat yang harmoni.
Dalam Islam, institusi keluarga adalah teras pembinaan ummah. Amanah yang dipikul oleh seorang bapa untuk mendidik dan memimpin keluarga ke arah kebaikan merupakan tanggungjawab yang besar di sisi Allah SWT. Justeru, kasih sayang, keprihatinan dan kepimpinan seorang bapa menjadi antara faktor utama dalam melahirkan generasi yang berpegang teguh kepada nilai agama, budaya dan semangat cintakan negara.
Islam meletakkan kedudukan bapa sebagai pemimpin yang memikul amanah besar dalam membentuk keluarga. Rasulullah SAW bersabda ; “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.”
(Riwayat bukhari: 7138)
Seorang lelaki pula adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka. Kasih sayang, didikan dan teladan yang baik daripada seorang bapa merupakan antara warisan paling berharga buat anak-anak.
Sempena Hari Bapa 2026, marilah kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar bapa, ayah, abah, papa, walid, abi, appa, apak atau apa sahaja gelaran yang digunakan dengan penuh kasih sayang — atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa mengharapkan balasan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan kepada semua bapa dalam meneruskan amanah yang mulia demi keluarga, masyarakat dan negara.
Selamat Hari Bapa 2026
Hj Fadillah bin Hj Yusof -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pulau Carey | 20 Jun 2026 | Sabtu
Alhamdulillah petang ini berkesempatan
memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anaknda Aliesha Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan pasangannya, Latt Omar Datuk Latt Shariman, di Rafflesia Hall, SD Guthrie Elaies Gardens, Pulau Carey, Selangor.
Pengantin perempuan adalah anaknda kepada sahabat saya, Datuk Mohamad Helmy yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Penasihat Lembaga Pengarah SD Guthrie Berhad.
Saya mendoakan semoga rumah tangga yang dibina pasangan pengantin, Aleisha dan Omar, sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah.
Mudah-mudahan, Allah SWT melimpahkan barakah dan kasih-sayang buat seluruh keluarga besar kedua-dua mempelai…Aamiin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Kamil bin Misuari, suami kepada sahabat saya, Dato’ Sri Hajah @NancyShukri , di Hospital Ampang dan Masjid Negara malam ini (2 Muharam 1448H | 18 Jun 2026)
Turut menyertai solat jenazah selepas jenazah Allahyarham dimandikan di Hospital Ampang dan kemudiannya mengiringi jenazah Allahyarham ke Masjid Negara diikuti solat jenazah sekali lagi di Masjid Negara.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan para solihin dan penghuni syurga…Aamiin
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 18 Jun 2026 | Khamis
Alhamdulillah, petang ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara (MBN) Ke-4 di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.
Sejak Mesyuarat MBN Ke-3 yang saya pengerusikan pada 27 Mei 2025, pelbagai pencapaian signifikan berjaya direkodkan hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.
Antaranya termasuklah ;
✅ Program Rondaan dan Perlindungan Biodiversiti (BP3) berjaya merekodkan tangkapan 942 warganegara Malaysia dan 318 warga asing sehingga April 2026, dengan nilai sitaan mencecah RM417 juta.
✅ Kawasan berhutan Malaysia meningkat sebanyak 30,389 hektar berbanding tahun 2022, menjadikan litupan hutan negara kekal melebihi 50% iaitu 54.4%.
✅ Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi konservasi biodiversiti meningkat 64% antara tahun 2021 hingga 2025, termasuk penyaluran RM1.05 bilion melalui Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada kerajaan negeri sejak 2019.
✅ Peruntukan pembangunan sebanyak RM140 juta diluluskan bagi pembangunan fizikal Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
✅ Bilangan penerima Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) meningkat hampir 30% kepada 314 penerima pada tahun 2025.
✅ Tiga kawasan perlindungan negara telah diiktiraf sebagai ASEAN Heritage Park, iaitu Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pahang, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir di Sarawak.
✅ Kinabatangan, Sabah diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera Malaysia ke-4 di bawah Program Man and the Biosphere (MAB) UNESCO.
✅ Sarawak Delta Geopark menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark pada 23 April 2026.
Pencapaian ini membuktikan keberkesanan usaha bersama dalam memperkukuh pengurusan biodiversiti negara serta memenuhi komitmen Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.
Usai mesyuarat, saya berkesempatan menyempurnakan Peluncuran Laporan Kebangsaan Ke-7 dan Antara Muka MyBIS (Malaysia Biodiversity Information System).
Malaysia telah berjaya mengemukakan Laporan Kebangsaan Ke-7 kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi sebagai obligasi negara di peringkat global. Penerbitan naskhah 7NR yang diluncurkan ini dilengkapi pencapaian pemuliharaan biodiversiti di peringkat kebangsaan dan visual-visual biodiversiti yang menarik.
Portal MyBIS yang merupakan pusat repositori data biodiversiti kebangsaan telah diberi wajah baharu dengan penambahbaikan utama yang signifikan daripada aspek sistem paparan, carian, dan analisis data. Melalui reka letak moden yang responsif serta mesra peranti mudah alih, pengenalan ciri 'Discover' dan 'Analyse', portal MyBIS kini tampil lebih dinamik.
#mbn
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 18 Jun 2026 | Khamis
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara (MT MSDN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dihadiri Ahli Tetap MSDN termasuk Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya; Dato Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan; Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi; Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital; Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi; Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ; Datuk Seri Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan.
Mesyuarat ini berlangsung pada waktu yang amat signifikan kerana tahun 2026 menandakan permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan”. Kejayaan RMK13 memerlukan data dan statistik yang berkualiti, berintegriti serta bertepatan masa untuk menyokong proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar secara lebih berkesan dan berimpak tinggi kepada rakyat.
Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, perubahan geopolitik, transformasi digital, cabaran perubahan iklim serta perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), kerajaan memerlukan statistik rasmi dan data pentadbiran yang diyakini bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti dan memenuhi keperluan semasa negara. Data bukan lagi sekadar sumber maklumat, tetapi merupakan aset strategik yang mampu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkukuh daya tahan negara.
Alhamdulillah, Malaysia terus mencatatkan prestasi ekonomi yang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama tahun 2026. Pencapaian ini membuktikan bahawa dasar pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan secara berasaskan data mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, agenda Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN) perlu terus diperkasa melalui kerjasama erat antara kementerian, agensi Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, institusi akademik dan badan penyelidikan. Dalam era digital ini, keupayaan mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber secara selamat, beretika dan berkesan amat penting bagi membolehkan kerajaan memperoleh gambaran yang lebih menyeluruh terhadap cabaran semasa serta mempercepatkan proses membuat keputusan.
Saya turut menekankan kepentingan membangunkan pangkalan data yang lebih bersepadu, memperkukuh analitik data raya dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan produktiviti, inovasi serta daya saing negara. Selain itu, agenda peralihan tenaga, transformasi sektor air, adaptasi perubahan iklim dan pembangunan mampan juga memerlukan sokongan data yang komprehensif dan boleh dipercayai bagi memastikan setiap dasar serta pelaburan yang dilaksanakan memberi impak terbaik kepada rakyat dan negara.
Mesyuarat hari ini turut meneliti beberapa perkara strategik termasuk penyeragaman piawaian statistik rasmi negara, pengukuhan tadbir urus data, integrasi data pentadbiran, pembangunan pangkalan data bakat sains, teknologi dan inovasi (STI), pemerkasaan data nasional bagi pembangunan belia serta pengurusan data aset jalan negara. Kesemua inisiatif ini penting dalam usaha membangunkan ekosistem data negara yang lebih bersepadu, berintegriti dan berpaksikan keperluan pembangunan negara.
Saya percaya bahawa komitmen dan kerjasama semua pihak akan terus memperkukuh Sistem Statistik Negara serta membudayakan amalan membuat keputusan berasaskan data demi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI dan RMK13. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat menyumbang kepada kemakmuran ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang lebih mampan, inklusif serta berdaya tahan pada masa hadapan.
#msdn
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Serdang | 17 Jun 2026 | Rabu
Usai menghadiri Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M, saya berkesempatan singgah menziarahi sahabat saya, Saudara Mohammad Zakhir Mustaffa, yang sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Mendoakan agar Saudara Mohammad Zakhir dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan, serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang ditanggung, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, serta mengurniakan kesihatan yang berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 17 Jun 2026 | Rabu
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Majlis penuh bermakna ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang turut mencemar duli menyampaikan Titah Diraja.
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar catatan sejarah, malah menjadi pedoman yang mengajar kita tentang nilai pengorbanan, kesatuan, kecekalan dan iltizam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Semangat inilah yang perlu terus dihayati dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara yang maju, sejahtera serta berteraskan nilai-nilai murni.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, meningkatkan keimanan dan memperbanyakkan amal kebajikan demi kesejahteraan ummah serta kemakmuran negara.
Tahniah kepada penerima Tokoh Ma’al Hijrah Tahun 1448H/2026 — Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah1448H, Profesor Emiritus Datuk Dr Osman Bakar dan Tokoh, Antarabangsa Maal Hijrah 1448H, Dr Ahmad Al-Raysuni — yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ummah. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus berbakti dan menyumbang kepada masyarakat dan negara.
#maalhijrah1448h
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
SALAM MAAL HIJRAH 1448H
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan tahun baharu Hijrah, satu peristiwa agung dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, yang menjadi titik permulaan kepada penggunaan takwim Islam.
Namun Maal Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar Islam, tetapi merupakan seruan untuk kita melakukan penghijrahan diri ke arah yang lebih baik — daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada perpecahan kepada perpaduan, dan daripada sikap lalai kepada tanggungjawab yang lebih besar terhadap agama, keluarga dan negara.
Dalam menghadapi keadaan dunia yang semakin mencabar hari ini, termasuk krisis tenaga, gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan ekonomi global yang turut memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada semangat Hijrah. Cabaran ini menuntut kita untuk lebih berhemah, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Islam sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan kesederhanaan dan mengelakkan pembaziran dalam setiap aspek kehidupan. Firman Allah SWT:
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan! Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”
(Surah Al-A’raf, ayat 31)
Begitu juga firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.”
(Surah Al-Isra’, ayat 27)
Marilah kita membudayakan amalan berjimat cermat, menggunakan tenaga dan sumber secara berhemah, mengelakkan pembaziran makanan, air dan elektrik, serta mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Langkah kecil yang dilakukan secara bersama mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
Pada masa yang sama, kekuatan Malaysia sentiasa terletak pada perpaduan rakyatnya. Dalam apa jua cabaran yang mendatang, kita tidak boleh membiarkan perbezaan memisahkan kita. Sebaliknya, semangat kebersamaan, saling menghormati dan berganding bahu perlu terus diperkukuhkan demi memastikan negara kekal aman, stabil dan makmur.
Semangat hijrah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW hendaklah terus menjadi inspirasi dalam membentuk peribadi yang berakhlak mulia, memperkukuh ukhuwah, serta memacu kemajuan ummah berlandaskan nilai-nilai Islam yang syumul.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita memperbaharui azam, memperkukuh perpaduan, meningkatkan integriti serta terus bekerja keras demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan semangat Hijrah, Insya-Allah kita akan mampu mengharungi segala cabaran dan membina negara yang lebih kuat, berdaya saing dan diberkati Allah SWT.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati
Hj Fadillah bin Hj Yusof
1 Muharam 1448H -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Jun 2026 | Ahad
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang merasmikan Bangunan Baharu Surau Nurul Muslimin, Kampung Sungai Bedil Besar, dalam Parlimen P.194 Petra Jaya dan DUN N.7 Samariang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Surau Nurul Muslimin serta seluruh warga Kampung Sungai Bedil Besar yang telah berusaha gigih merealisasikan pembinaan surau yang sekian lama dinantikan ini.
Berkat kesungguhan, komitmen dan sokongan padu masyarakat setempat, sebuah surau yang lebih luas, selesa dan lengkap akhirnya berjaya dibangunkan dengan kos sebanyak RM2.6 juta.
Masjid dan surau bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, malah berperanan sebagai pusat ilmu, pembangunan ummah dan penyatuan komuniti. Justeru, kemudahan yang telah disediakan ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengimarahkan aktiviti keagamaan, pendidikan serta kebajikan masyarakat setempat.
Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, institusi masjid dan surau juga perlu memanfaatkan teknologi serta kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengurusan dan penyampaian maklumat kepada masyarakat. Penguasaan teknologi kini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan, khususnya dalam usaha mendekati generasi muda melalui pendekatan yang lebih kreatif, interaktif dan berkesan.
AI berpotensi membantu memperluaskan usaha dakwah serta mengimarahkan masjid dan surau melalui penghasilan kandungan yang lebih menarik dan penyebaran maklumat yang lebih meluas. Namun begitu, teknologi hendaklah digunakan secara bijak, beretika dan berhemah. Masyarakat juga perlu meningkatkan literasi digital agar mampu membezakan maklumat yang sahih daripada berita palsu, termasuk ancaman manipulasi media sosial dan teknologi “deep fake”.
Dalam masa yang sama, kita mesti terus memelihara keharmonian antara kaum dan agama yang menjadi kekuatan utama Sarawak selama ini. Perpaduan yang kukuh, peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kefahaman terhadap perkembangan semasa amat penting supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan anasir yang cuba memecah-belahkan keharmonian yang telah kita bina bersama.
Kita juga tidak boleh memandang ringan pelbagai cabaran sosial yang semakin membimbangkan seperti penyalahgunaan dadah, perjudian dalam talian, pengaruh negatif media sosial serta isu kesihatan mental. Selain didikan agama yang mantap, kemahiran keibubapaan yang baik amat penting bagi membantu anak-anak menghadapi cabaran dunia moden. Keluarga yang kukuh akan melahirkan masyarakat yang kuat dan sejahtera.
Alhamdulillah, di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Hj Openg, ekonomi Sarawak terus berkembang dengan baik. Pelbagai inisiatif dan dasar strategik telah dilaksanakan, termasuk pendidikan tinggi percuma secara berperingkat. Banyak projek infrastruktur penting, termasuk pembinaan jambatan di seluruh negeri, turut berjaya disiapkan kerajaan negeri demi meningkatkan kesejahteraan dan kesalinghubungan rakyat.
Walau bagaimanapun, pembangunan tidak harus diukur semata-mata melalui pencapaian ekonomi dan infrastruktur. Kita juga mesti terus memperkukuh hubungan sesama rakyat, memelihara perpaduan antara kaum, meningkatkan persefahaman antara negeri dan Persekutuan serta mengekalkan kestabilan yang menjadi asas kepada kemajuan dan kemakmuran yang berterusan.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau, bermula dengan memenuhi saf-saf solat berjemaah, khususnya Solat Subuh, serta memperbanyakkan aktiviti yang dapat mengukuhkan ukhuwah dan pembangunan masyarakat. Dengan itu, kita dapat melahirkan komuniti yang lebih berilmu, bersatu padu, aman dan sejahtera.
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 13 Jun 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Sambutan yang bertemakan “Bersama Membina Negara Bangsa” ini menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Sepanjang di lokasi program, saya dapat menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang datang bersama keluarga untuk memeriahkan acara ini. Suasana penuh mesra dan harmoni yang terpancar hari ini menyerlahkan betapa perpaduan terus menjadi tunjang kekuatan negara kita.
Kepelbagaian yang kita miliki bukan sekadar menjadi identiti negara, malah merupakan aset berharga yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Tahniah Kementerian Perpaduan Negara, Kerajaan Negeri Sabah serta semua agensi dan petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini. Penglibatan masyarakat yang begitu memberangsangkan menunjukkan kesedaran dan komitmen rakyat dalam memperkukuh semangat kebersamaan demi keharmonian negara.
Semoga tema “Bersama Membina Negara Bangsa” terus menjadi pegangan kita dalam mempererat hubungan sesama rakyat, menghargai perbezaan dan membina masa depan negara.
Marilah kita bersama-sama terus menyantuni kepelbagaian dan memperkukuhkan perpaduan demi Malaysia yang lebih aman, makmur dan sejahtera.
#mingguperpaduan2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 12 Jun 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Solat Berjemaah Maghrib dan Isyak serta Bacaan Yasin dan Tahlil bagi memenuhi jemputan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, sempena memperingati pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.
Majlis yang berlangsung di Dewan Satria Pertiwi, Kompleks Satria Pertiwi ini diselubungi suasana keinsafan apabila para hadirin menzahirkan doa buat Allahyarhamah dengan dipimpin Ustaz Dr. Haji Syed Abdul Aziz bin Temenggung Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan ke atas Allahyarhamah, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Selesai majlis, saya turut menghadiri jamuan dan berkesempatan bertemu serta beramah mesra dengan para tetamu yang hadir, termasuk Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian.
Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan yang telah dicurahkan oleh Allahyarhamah sepanjang hayat menjadi amal jariah yang berterusan serta asbab ganjaran yang berkekalan di sisi Allah SWT.
Al-Fatihah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 11 Jun 2026 | Khamis
Petang ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Lt Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman, Ketua Perisikan Pertahanan (KPPP) yang baharu, di pejabat saya di Putrajaya.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dengan pengalaman dan kepimpinan yang luas dalam pelbagai jawatan strategik, termasuk pernah memegang amanah sebagai Panglima 2 Divisyen Infantri serta Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MK AB), saya yakin beliau memiliki keupayaan dan kredibiliti untuk menerajui fungsi perisikan pertahanan negara dengan cemerlang.
Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi rakyat dan negara.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 11 Jun 2026 | Khamis
Berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara Weststar Maxus Sdn Bhd, pengedar kenderaan Maxus di Malaysia dengan perniagaan mobiliti elektrik (e-mobiliti) Yinson GreenTech, iaitu drivEV, sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026, yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Perjanjian ini menandakan komitmen drivEV untuk memperoleh 300 unit van panel elektrik sepenuhnya Maxus eDeliver 5. Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan agenda kelestarian negara serta mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti hijau dan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Kerjasama antara Weststar Maxus dan Yinson GreenTech ini juga membuktikan komitmen kedua-dua syarikat dalam mempercepatkan penggunaan mobiliti hijau dan menyokong pembangunan ekosistem pengangkutan yang lebih pintar, cekap serta mampan di negara ini.
Ia turut menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan pelepasan karbon, memperluas penggunaan teknologi bersih serta mempercepat transformasi industri automotif negara selaras dengan agenda peralihan tenaga negara. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merangka laluan berfasa dan strategik ke arah mencapai Pelepasan Sifar Bersih menjelang 2050.
Turut menyempurnakan perasmian model terbaharu Weststar MAXUS di KLIMS 2026 yang merangkumi segmen kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik, di pejabat saya, Menara PETRA, Putrajaya.
Mereka terdiri daripada Dato’ Ahmad Rozian bin Abd. Ghani, Duta Besar Malaysia ke Jepun ; Datin Paduka Anizan Siti Hajjar binti Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura ; Dato’ Indera Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom ; Dato Fenny Anak Nuli, Duta Besar Malaysia ke Austria ; Abu Bakar bin Mamat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand ; Norli Muadza binti Mohd Noor, Duta Besar Malaysia ke Laos ; Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Duta Besar Malaysia ke Oman ; Sharon Ho Swee Peng, Duta Besar Malaysia ke Ireland ; Dato’ Amarjit Singh a/l Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia ke Finland ; Fairuz Adli bin Mohd Rozali, Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste ; Suresh Kumar a/l K. Rengasamy, Duta Besar Malaysia ke Chile ; Anwar bin Udzir – Duta Besar Malaysia ke Lubnan dan Rafedah binti Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada para Ketua-Ketua Perwakilan baharu berkenaan. Saya yakin dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen padu, kesemua mereka akan terus mengangkat imej Malaysia serta memperkukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara yang diwakili.
Pertemuan petang ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara sahabat, memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk melibatkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta mempertingkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Semoga semua Ketua Perwakilan diberikan kejayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
#petra
#malaysiamadani
Putrajaya | 10 Jun 2026 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2026.
Pada masa ini, kita melihat dunia diuji oleh ketegangan geopolitik di Asia Barat. Impak daripada krisis ini tidak terhad kepada sempadan negara tersebut sahaja, malah Malaysia turut terkesan terutamanya dalam bentuk peningkatan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Kenaikan harga barang dan tekanan kos harian ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Namun, kita harus memastikan bahawa tekanan ekonomi ini tidak menghakis ikatan perpaduan masyarakat.
Majlis ini turut berperanan untuk membawa naratif yang tepat kepada rakyat bagi membetulkan persepsi rakyat yang salah, menenangkan keadaan dan menggalakkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi media sosial akibat tekanan ekonomi.
Hasil perbincangan Mesyuarat MPPN ini akan diangkat untuk makluman dan persetujuan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Saya juga menyeru kepada semua Ahli Majlis untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak KPN. Komitmen padu semua Ahli MPPN dapat menyokong dan memperkukuh peranan KPN demi memelihara keharmonian serta keutuhan integrasi nasional.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 9 Jun 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 di Menara PETRA.
Mesyuarat ini bertujuan merangka hala tuju keterjaminan makanan negara yang lebih inklusif, serta mengesyorkan strategi berfokus bagi menangani isu berkaitan keterjaminan makanan.
Beberapa inisiatif keterjaminan makanan dibincangkan seperti:
(i) Potensi kebolehpasaran penghasilan daging kultur, hasil daging kultur serta cell-based food sebagai sumber alternatif daging di Malaysia dari aspek teknikal, ekonomi, regulatori, sosiopsikologikal, alam sekitar serta perspektif agama termasuklah pensijilan halal;
(ii) Mencadangkan intervensi pengukuhan kawalan dan pemantauan isu ketulenan madu dapat dilaksanakan secara bersepadu;
(iii) Membincangkan strategi pemerkasaan operasi sembilan slipway LKIM dalam industri SBSR bagi mengatasi isu kapasiti terhad, kos penyelenggaraan tinggi, sistem manual dan kekurangan tenaga mahir; dan
(iv) Memaklumkan status penyelidikan dan pembangunan produk makanan berasaskan protein alternatif.
Perbincangan turut memperincikan berkenaan implikasi fenomena El Nino dan perubahan iklim terhadap risiko kemarau berpanjangan yang mengancam sektor pengeluaran makanan tempatan.
Rentetan daripada cabaran krisis tersebut, mesyuarat menekankan keperluan mendesak bagi penggubalan Akta Keterjaminan Makanan Negara sebagai instrumen perundangan untuk mewujudkan sistem amaran awal, pelan kesiapsiagaan automatik serta mekanisme penyaluran bantuan kewangan dan input pertanian terus kepada sektor pengeluaran utama.
Keterjaminan makanan adalah keutamaan nasional yang memerlukan komitmen kolektif maka pelaksanaan kerjasama strategik yang holistik antara semua pihak amat penting bagi menjamin kemampanan sistem makanan negara, sekali gus memastikan Malaysia terus berdaya tahan mendepani dinamik cabaran global.
Ia bukanlah tugas oleh satu pihak sahaja, ia adalah tanggungjawab bersama dan keutamaan nasional. Dengan mengambil langkah proaktif dan menjalinkan kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan, saya yakin Malaysia akan terus kukuh dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran keterjaminan makanan pada masa hadapan.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 9 Jun 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 8 Jun 2026 | Isnin
Hari ini saya mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan bersama pelbagai pihak di Kuching, termasuk ahli akademik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk dari kawasan P.194 Petra Jaya.
Pertemuan pertama saya hari ini bersama Penasihat Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Datuk Dr Sabariah Putit. OKSHE merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan memelihara, menghidupkan semula dan mempromosikan warisan sejarah serta budaya di kawasan lama Kuching melalui penggunaan teknologi pintar dan pendekatan pembangunan bandar yang mampan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada agenda ekonomi digital Sarawak.
Seterusnya, saya menerima kunjungan rombongan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai Dekannya, Dato Dr Johan Shamsudin Dato Hj Sabaruddin. Turut hadir dari fakulti berkenaan ialah Pensyarah Ahmad Farhan Rosli dan Timbalan Pendaftar, Masle Terhim.
Saya kemudian mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Ustaz Hamdan Jar’ee, bagi membincangkan program Seminar yang akan dianjurkan oleh JAKIM.
Turut mengadakan kunjungan ialah lima ahli rombongan Sarawak Women for Women Society yang diketuai Presidennya, Dr Angie Garet. Selepas itu, saya bertemu empat wakil Sarawak Gerontology & Geriatrics Society (SGGS) yang diketuai Presidennya, Dennis Tan. SGGS merupakan sebuah pertubuhan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan warga emas serta isu penuaan sihat.
Perbincangan seterusnya diadakan bersama tujuh ahli rombongan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Samariang yang diketuai Pengerusinya, Puan Sariah Haji Hanapi.
Dari kawasan N.7 Samariang juga, saya turut mengadakan pertemuan bersama Jalinan Kasih Mantan Ketua-Ketua Wanita N.7 Samariang yang diketuai oleh Datuk Hajah Hajijah Uteh.
Walaupun jadual hari ini agak padat, saya juga berkesempatan mengadakan perbincangan bersama rombongan SEDC Entopro yang diketuai Pengurus Besarnya, Encik Razi Kodin. SEDC Entopro merupakan sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan di bawah ekosistem Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) bagi membangunkan industri bioekonomi Sarawak melalui penggunaan teknologi Black Soldier Fly (BSF) atau lalat askar hitam.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Hadir sama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
Putrajaya l 5 Jun 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 3 Jun 2026 | Rabu
Pada sebelah malam sempena hari pertama Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam “A Moment To Connect ~ Celebrating The Threads Of Heritage And The Sparks of Tommorow”.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli ; Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad
ETCon26 anjuran TNB disertai kira-kira 80 penceramah dari Malaysia dan luar negara. Ia menghimpunkan lebih 4,000 delegasi, termasuk pembuat dasar, pelabur, pakar industri, dan ahli akademik dari lebih 60 negara, bagi membincangkan agenda peralihan tenaga dan hala tuju sektor tenaga masa depan.
Berteraskan tema “Tenaga dan Kecerdasan Buatan (AI): Sinergi untuk Peralihan Tenaga”, ETCon26 disandarkan pada tiga teras kandungan utama, iaitu:
* Tenaga untuk AI (Energy for AI)
* AI untuk Tenaga (AI for Energy)
* Peralihan Tenaga untuk Masyarakat (Energy Transition for People)
Ketiga-tiga teras ini bertujuan meneroka bagaimana tenaga dan teknologi kecerdasan buatan dapat saling melengkapi dalam memacu peralihan tenaga yang mampan, inklusif dan berdaya tahan demi manfaat masyarakat serta pembangunan masa hadapan.
#etcon26
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat daripada delegasi State Grid Corporation of China yang diketuai oleh En. Yu Jun, Pengerusi State Grid International Development Co., Ltd.
Delegasi tersebut berada di Kuala Lumpur sempena Persidangan Peralihan Tenaga (ETCon26), yang menghimpunkan pemain industri tenaga dari dalam dan luar negara bagi membincangkan masa depan sektor tenaga yang lebih mampan.
State Grid, antara syarikat utiliti tenaga terbesar dari China, menyatakan minat untuk memperkukuh kerjasama serta meningkatkan pelaburan di Malaysia dan Sarawak, khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan industri tenaga hijau.
Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk memperkukuh keselamatan tenaga, menjamin keterjaminan bekalan, serta memacu peralihan ke arah sistem tenaga yang lebih lestari demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 3 Jun 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 3 Jun 2026 | Rabu
Hari ini saya turut berkesempatan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Strategik antara Mikro MSC Berhad dan Hong Kong Cospower Technology Co., Ltd. yang menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga negara.
Kerjasama ini menyaksikan Mikro MSC dilantik sebagai rakan strategik eksklusif HKCT di Malaysia bagi pembangunan projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Battery Energy Storage System – BESS) berskala utiliti besar. Inisiatif ini hadir pada waktu yang amat signifikan ketika Malaysia sedang mempercepat usaha membina sistem tenaga yang lebih berdaya tahan, lebih bersih dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.
Skop kerjasama merangkumi projek penyimpanan tenaga berskala utiliti awam, sistem penyimpanan tenaga yang disambungkan terus kepada grid nasional, penyelesaian bersepadu tenaga boleh diperbaharui seperti solar-penyimpanan, serta projek komersial dan perindustrian yang layak. Kerjasama ini juga dijangka memperkukuh kedudukan kedua-dua pihak sebagai penyedia penyelesaian BESS yang kompetitif bagi program kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan projek integrasi tenaga boleh diperbaharui.
Kerjasama strategik ini selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menekankan pembangunan sistem tenaga yang mampan, berdaya tahan dan berimpak tinggi kepada ekonomi negara. Ia turut menyokong pelaksanaan program Malaysia Battery Energy Storage System (MyBeST), iaitu bidaan terbuka kompetitif pertama negara bagi projek penyimpanan tenaga berskala grid yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga.
Di bawah inisiatif Responsible Transition NETR, peluang pelaburan dalam sektor peralihan tenaga dianggarkan mencecah antara RM1.2 trilion hingga RM1.3 trilion menjelang tahun 2050. Angka ini mencerminkan besarnya potensi transformasi tenaga negara dan pentingnya teknologi penyimpanan tenaga dalam menyokong peningkatan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Sejak dilancarkan pada November 2024, MyBeST menyasarkan kapasiti bateri sebanyak 400MW dan kapasiti penyimpanan tenaga sebanyak 1,600MWh menerusi empat projek di Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada sasaran negara untuk mencapai 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050.
Apabila kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara terus berkembang, sistem BESS akan memainkan peranan yang semakin penting dalam menstabilkan bekalan elektrik, mengurus ketidakstabilan grid, meningkatkan kebolehpercayaan sistem tenaga serta membolehkan integrasi tenaga solar dan sumber tenaga boleh diperbaharui lain secara lebih cekap.
Tahniah kepada Mikro MSC Berhad dan HKCT atas pemeteraian kerjasama strategik ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem penyimpanan tenaga negara yang lebih kukuh, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai peralihan tenaga yang adil, bertanggungjawab dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
1 Jun 2026 | Isnin
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Patik, bersama seluruh rakyat Malaysia, menadah doa ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kemuliaan, serta memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil dan bijaksana.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan suami, Mashor bin Hussin sempena majlis perkahwinan anakandanya, Yasmin Dudayeva bersama Mohd Aliff bin Mohd Zain.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Semoga Allah SWT memberikan barakah kepada perkahwinan ini dan mengumpulkan pasangan pengantin sekeluarga di dalam kebaikan…Aamiin
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Petaling Jaya l 31 Mei 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Menyambut perayaan Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak dan di mana jua mereka berada.
Perayaan yang diraikan pada 1 dan 2 Jun setiap tahun ini, bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi warisan budaya, identiti masyarakat serta simbol kukuhnya semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Dayak.
Ia juga lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama yang menjadi asas keharmonian Sarawak sejak sekian lama. Kepelbagaian kaum, budaya dan kepercayaan yang mewarnai Sarawak, telah sekian lama menjadi contoh keharmonian yang memperkukuh identiti Malaysia.
Semangat segulai sejalai, saling menghormati dan bekerjasama inilah yang menjadikan Sarawak terus maju serta diperakui sebagai antara contoh terbaik kestabilan, kebersamaan dan kesepakatan rakyat di negara ini.
Dalam dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, Sarawak membuktikan bahawa kestabilan, perancangan mampan pucuk pimpinannya dan kesatuan rakyat, mampu menjadi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan. Kejayaan Sarawak dalam pembangunan tenaga, ekonomi hijau dan kesejahteraan rakyat adalah hasil usaha bersama seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga sambutan Gawai tahun ini terus menyatukan hati kita dalam semangat Segulai Sejalai, demi masa depan yang lebih maju makmur, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.
“Selamat Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua”
Hj Fadillah bin Hj Yusof
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Zainudin Bin Md Yusof dan isteri, Noni Binti Selamat sempena majlis perkahwinan anakandanya, Marsya Airin bersama Ahmad Thakif Bin Awal Amir Hamzah.
Semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua mempelai.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Subang Jaya l 31 Mei 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
31 Mei 2026 | Ahad
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Kita amat bertuah kerana hidup dalam sebuah negara yang rakyatnya dapat meraikan pelbagai perayaan mengikut kepercayaan dan agama masing-masing dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati. Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah merupakan kekuatan yang perlu terus dipelihara bersama.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian, menjadikannya sumber kekuatan utama dalam memacu kemajuan dan kegemilangan Malaysia tercinta.
Dengan adanya keutuhan perpaduan, kita mampu mendepani apa jua cabaran termasuk krisis tenaga dan gangguan bekalan global yang sedang memberi kesan kepada seluruh dunia ketika ini. Semangat kebersamaan dan toleransi akan menjadi asas penting untuk negara terus kekal kukuh, berdaya tahan dan makmur.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa sinar kedamaian, kasih sayang dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Selamat Hari Wesak 2026
Hj Fadillah bin Hj Yusof
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
30 Mei 2026 | Sabtu
Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan Rungus khususnya di Sabah yang meraikan perayaan pesta menuai ini pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
Seperti juga perayaan lain, Pesta Kaamatan adalah manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.
Sesuai dengan tema perayaan Pesta Kaamatan 2026 : “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” — Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan budaya, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan kekuatan kebersamaan dalam masyarakat majmuk di Sabah.
Dalam mendepani pelbagai cabaran global semasa seperti ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kos sara hidup serta krisis tenaga dan rantaian bekalan, nilai kebersamaan dan semangat kerjasama amat penting. Semangat ini adalah teras kekuatan rakyat Malaysia dalam mengharungi setiap cabaran, demi memastikan negara kekal stabil, berdaya saing dan lestari.
Semoga Pesta Kaamatan tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan memperkukuh lagi semangat kebersamaan serta kasih sayang sesama rakyat Malaysia.
Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan! 🌾✨
Hj Fadillah bin Haji Yusof
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 29 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Darul Hasanah, Taman Sourabaya Indah, serta menghadiri Majlis Pengagihan Daging Ibadah Qurban kepada penduduk setempat.
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya telah menyumbangkan sebanyak 63 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada surau, masjid, kelab jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh kawasan Petra Jaya.
Di Taman Sourabaya Indah, seramai 139 penerima telah menerima agihan daging korban, selain turut dikongsi bersama para jemaah Solat Jumaat dan masyarakat setempat di Masjid Darul Hasanah.
Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar suatu ibadah yang dilaksanakan setiap tahun, tetapi satu manifestasi keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan.
Melalui semangat berkongsi rezeki, kita dapat memperkukuh ukhuwah, menyemai rasa syukur dan memastikan tiada yang terpinggir daripada menikmati kegembiraan hari yang penuh keberkatan ini.
Usai sesi pengagihan daging korban, saya turut berkesempatan menikmati makan tengah hari bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Hasanah serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk rakan-rakan media yang hadir dalam memeriahkan lagi susasana program hari ini.
Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan serta rahmat buat seluruh masyarakat.
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 29 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, setibanya di Kuching saya berkesempatan bersama penduduk Kampung Sinjan dalam Program Ibadah Qurban yang berlangsung di Surau Darul Ehsan Kampung Sinjan.
Sebanyak seekor lembu korban telah disumbangkan untuk manfaat penduduk di kawasan berkenaan, dengan seramai 20 penerima menerima agihan daging korban.
Sesungguhnya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu madrasah kehidupan yang mengajar kita tentang makna keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan.
Ibadah korban mengingatkan bahawa rezeki yang dikurniakan Allah SWT bukan untuk dinikmati sendiri, tetapi turut dikongsi agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan.
Usai program, saya berkesempatan meninjau perkembangan projek Waterfront yang turut melibatkan kawasan Kampung Sinjan. Semoga segala usaha pembangunan yang dirancang dapat berjalan lancar dan membawa manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat, selari dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan ibadah korban pada tahun ini.
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
29 Mei 2026 | Jumaat
Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh wartawan, pengamal media serta petugas industri penyiaran yang terus komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada rakyat.
Dedikasi rakan-rakan wartawan semua amat besar maknanya dalam memperkukuh demokrasi serta membina masyarakat yang berilmu dan berinformasi. Dalam landskap media yang semakin mencabar dan pantas berubah, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita, malah menjadi jambatan penting antara rakyat dan kerajaan.
Media yang bebas, bertanggungjawab dan beretika merupakan rakan strategik negara dalam memastikan kestabilan, keharmonian serta kemajuan Malaysia terus dipelihara.
Saya amat menghargai pengorbanan para wartawan yang sentiasa berada di lapangan, sama ada ketika menghadapi bencana, krisis mahupun dalam keadaan serba mencabar demi memastikan rakyat memperoleh maklumat yang sahih dan seimbang.
Dalam era digital hari ini, cabaran penyebaran maklumat palsu, fitnah dan budaya sensasi memerlukan warga media terus berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta, integriti dan kebertanggungjawaban.
Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan penting institusi media dalam proses pembangunan negara. Sinergi erat antara kerajaan dan pengamal media mampu membantu menyampaikan dasar, inisiatif serta agenda pembangunan negara secara lebih berkesan kepada rakyat di semua peringkat.
Semoga industri media negara akan terus berkembang selari dengan kemajuan teknologi, tanpa mengabaikan nilai etika, profesionalisme dan kemanusiaan. Wartawan bukan sahaja pencatat sejarah, malah antara individu penting dalam membentuk pemikiran masyarakat dan masa depan negara.
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional 2026 kepada semua pengamal media di seluruh negara. Teruslah cekal, berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda semua.
“Media Berintegriti, Teras Kredibiliti”
Hj Fadillah bin Hj Yusof
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
10 Zulhijah 1447H | 27 Mei 2026
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi lambang kekuatan iman serta kesediaan meletakkan perintah Allah mengatasi segala kepentingan dunia.
Dalam kita mengejar kemajuan negara, jangan sama sekali kita mengabaikan asas perpaduan, ihsan dan amanah. Negara yang kuat lahir daripada rakyat yang bersatu hati, saling membantu serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.
Marilah kita memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni golongan memerlukan serta menanam nilai ihsan dan amanah dalam setiap tindakan. Sesungguhnya kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi pada keteguhan iman dan perpaduan rakyatnya.
Marilah bersama-sama kita menterjemahkan semangat korban melalui tindakan — berkorban demi keluarga, masyarakat dan negara; mengetepikan perbezaan, memperkukuh perpaduan serta membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan menjadi asbab turunnya rahmat, keamanan serta keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia.
“Selamat Hari Raya Aidiladha”
Maaf Zahir dan Batin
Hj Fadillah bin Hj Yusof -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 26 Mei 2026 | Selasa
Menghadiri Mesyuarat Persediaan Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Jalan Bako, Kuching.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan menjelang Konvensyen PBB Sarawak 2026.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan; Setiausaha Agung PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi; serta empat Naib Yang Dipertua PBB iaitu Datuk Haji Ibrahim Baki, Dato Sri Julaihi Narawi, Datuk Gerawat Gala dan Datuk Martin Ben.
Konvensyen ini bukan sekadar medan perhimpunan parti, tetapi platform penting untuk memperkukuh kesepakatan, mempererat perpaduan serta menyusun hala tuju perjuangan demi masa depan Sarawak yang terus maju, stabil dan sejahtera.
Semoga segala persiapan dipermudahkan dan Konvensyen PBB Sarawak 2026 berlangsung dengan jayanya, Insya-Allah.
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 26 Mei 2026 | Selasa
Setibanya di Kuching hari ini, saya berkesempatan mengadakan beberapa pertemuan bersama penduduk dan komuniti setempat bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan masyarakat serta inisiatif komuniti.
Perjumpaan pertama diadakan bersama Jawatankuasa Pesta Regatta Sejijak yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Sejijak, Haji Mohd Nusi Jimali.
Dalam sesi tersebut, kami berbincang mengenai persiapan dan perancangan bagi Pesta Regatta Sejijak yang bakal berlangsung nanti.
Semoga penganjuran kali ini terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, memelihara warisan budaya serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Sejurus selepas itu, saya turut mengadakan pertemuan bersama Yayasan Tahfiz Sarawak Charitable Trust yang diketuai oleh Tuan Haji Affendi Haji Julaihi.
Saya berkesempatan mendengar taklimat mengenai perkembangan yayasan serta pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha memperkasa pendidikan tahfiz dan pembangunan modal insan di Sarawak.
Sesungguhnya kekuatan sesebuah masyarakat lahir daripada semangat kebersamaan, keikhlasan berkhidmat dan usaha berterusan dalam membina komuniti yang lebih baik untuk generasi akan datang.
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 25 Mei 2026 | Isnin
Hari ini berlangsung Sesi Libat Urus Strategik Mengenai Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) (Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat) melibatkan kira-kira 200 peserta, di Dewan Baiduri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Kehadiran dan penyertaan yang amat menggalakkan ini mencerminkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara serta pembangunan ekosistem tenaga hijau yang lebih progresif dan mampan.
Kerajaan menyedari bahawa agenda peralihan tenaga pada masa kini bukan lagi sekadar agenda alam sekitar semata-mata. Sebaliknya, ia kini berkait rapat dengan daya saing ekonomi, pelaburan berkualiti tinggi, pembangunan industri, keselamatan tenaga dan ketahanan negara.
Malaysia akan terus memastikan dasar tenaga dan kerangka kawal selia negara berkembang seiring dengan perubahan trend ekonomi dan industri global, khususnya peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik hijau dalam kalangan syarikat multinasional, pusat data, industri elektrik dan elektronik, sektor pembuatan berteknologi tinggi serta perniagaan berorientasikan eksport.
Dasar tenaga negara berpandukan prinsip ‘trilemma tenaga’ yang merangkumi keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar. Kerajaan perlu memastikan pelaksanaan peralihan tenaga dilaksanakan secara seimbang tanpa menjejaskan kestabilan grid serta tanpa membebankan pengguna secara tidak perlu.
Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia telah menetapkan aspirasi jangka panjang yang jelas untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050, di samping dasar untuk tidak lagi membangunkan loji janakuasa arang batu baharu pada masa hadapan. Bagi mencapai aspirasi tersebut, pendekatan pasaran yang lebih inovatif, fleksibel dan mesra pelaburan perlu diperkenalkan.
Dalam konteks ini, CRESS yang diperkenalkan pada 26 Julai 2024 di bawah inisiatif GREENS MADANI merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan bagi memperluaskan akses kepada elektrik hijau melalui pendekatan Open Access dengan menggunakan infrastruktur grid nasional sedia ada.
Melalui kerangka ini, pengguna korporat dapat memperoleh bekalan elektrik tenaga boleh baharu secara terus daripada pemaju tenaga boleh baharu tanpa memerlukan infrastruktur penghantaran persendirian khusus.
Kerajaan juga melihat CRESS bukan sekadar sebagai satu program tenaga boleh baharu, malah sebagai pemangkin ekonomi penting yang menyokong pelaburan hijau, komitmen ESG, usaha penyahkarbonan korporat, pertumbuhan ekonomi digital serta daya saing serantau Malaysia untuk jangka panjang.
Sesi libat urus hari ini turut membincangkan pelbagai perkara penting termasuk kesiapsiagaan grid, Battery Energy Storage Systems (BESS), pembiayaan projek, struktur kos, pertimbangan kawal selia serta hala tuju jangka panjang pasaran tenaga hijau korporat Malaysia.
Semoga sesi ini menjadi platform yang konstruktif untuk semua pihak berkepentingan berkongsi pandangan, cadangan dan maklum balas secara terbuka ke arah memperkukuh pelaksanaan CRESS demi manfaat semua pihak yang terlibat.
Turut sama pada sesi hari ini Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA ; Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA ; Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga ; Suruhanjaya Tenaga ; Single Buyer ; Grid System Operator (GSO) ; Tenaga Nasional Berhad ; institusi kewangan ; apemaju tenaga boleh baharu (Renewable Energy Developers – REDs), pemain industri dan pengguna korporat.
#cress
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bintulu | 23 Mei 2026 | Sabtu
Alhamdulillah bersama lebih 5,000 warga Bintulu menghadiri Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Bintulu, yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini tadi.
Program yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu itu turut dihadiri tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian ; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Ia ada siri ketiga SKS 2026 selepas diadakan di Limbang pada 10 hingga 12 April 2026 bertempat di Kompleks Sukan Limbang dan di Miri pada 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Stadium Miri.
Alhamdulillah Bintulu kini sudah jauh berubah dan semakin pesat membangun di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). YAB Premier sendiri turut menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin terdahulu kerana telah membangunkan Bintulu. Dengan adanya landasan kukuh dibina pemimpin terdahulu, pemimpin masa kini meneruskan usaha untuk membangunkan Bintulu.
Kini, rakyat Sarawak amat bertuah kerana YAB Premier Sarawak seorang pemimpin berwawasan dalam mentadbir Sarawak, kreatif dalam mencari sumber ekonomi baharu, komited dalam meningkatkan pendapatan negeri serta mempunyai pandangan jauh dalam bidang digital, tenaga boleh baharu dan ekonomi hijau.
Datuk Patinggi Abang Johari bukan sahaja dihormati di Sarawak dan Malaysia, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kepimpinannya dalam pembangunan tenaga hijau dan ekonomi moden. Berkat sokongan padu rakyat pelbagai kaum di Sarawak juga, Sarawak telah mencapai kemajuan membanggakan. Semoga Sarawak terus maju makmur.
“Jaga Sarawak . Intu Sarawak”
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi keberangkatan pergi bagi menunaikan ibadah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi ini.
Turut menunaikan haji, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Saya dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Jalan serta semoga memperoleh haji mabrur.
Hadir sama, Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani
Sepang l 23 Mei 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 22 Mei 2026 | Jumaat
Syabas dan tahniah Indah Water Konsortium (IWK) yang telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara bagi kategori Anugerah Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG6) di Global Water Awards 2026 di Madrid, Sepanyol pada Selasa, 19 Mei 2026.
Pengiktirafan berprestij yang disampaikan oleh Global Water Intelligence itu diberikan menerusi penyertaan bertajuk “Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions”, sekali gus membuktikan komitmen IWK dalam memperkasa penggunaan tenaga solar sebagai pemacu sistem rawatan air kumbahan yang lebih cekap, mampan dan mesra alam.
Inisiatif tersebut berjaya menggabungkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan peningkatan prestasi operasi rawatan kumbahan, selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional, menurunkan pelepasan karbon serta memperkukuh pembangunan infrastruktur sanitasi yang mampan dari sudut kewangan dan operasi.
Kejayaan ini turut melakar satu lagi pencapaian membanggakan buat IWK selepas sebelum ini menerima Distinction Award bagi kategori Public Water Agency of the Year di Global Water Awards 2023.
Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Tuan Narendran Maniam dan seluruh warga IWK atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini akan terus meningkatkan semangat dan komitmen IWK dalam memperkukuh agenda kelestarian negara, memperluas penggunaan teknologi hijau serta mempertingkat mutu perkhidmatan sanitasi demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
#iwk
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 22 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah sempena Perhimpunan Bulanan PETRA Bil.2 Tahun 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA hari ini, saya telah melancarkan pelaksanaan rebat solar di bawah program Sustainable Rebate and Incentive Assistance (SuRIA) sebagai inisiatif baharu bagi membantu rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
Pelaksanaan program ini juga merupakan sebahagian daripada langkah Kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global susulan konflik geopolitik di Asia Barat, di samping mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara.
Sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi inisiatif rebat solar SuRIA Home. Di bawah program ini, pengguna Domestik yang memasang sistem Solar ATAP dan memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac. Program ini dijangka memberi manfaat kepada antara 45,000 hingga 50,000 rumah dengan kapasiti solar terkumpul sekitar 250MW, sekali gus memperluas penggunaan solar bumbung kediaman di seluruh negara.
Program SuRIA Home akan dibuka kepada pepasangan solar yang di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi bagi tempoh sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota 250MW dipenuhi, yang mana terdahulu. Pelaksanaan rebat pula akan bermula pada 1 Jun 2026 dan tertakluk kepada prinsip first come, first served.
PETRA komited untuk terus memperkukuh agenda peralihan tenaga negara melalui peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu, inisiatif kecekapan tenaga serta kerjasama strategik ASEAN termasuk ASEAN Power Grid dan keselamatan tenaga serantau.
Selain sektor tenaga, PETRA juga terus komited melaksanakan 90 projek bekalan air, 130 projek tebatan banjir dan 49 projek pembetungan termasuk pengurusan sumber air secara mampan demi kesejahteraan rakyat.
Pada majlis sama saya turut menyampaikan piala dan sijil kepada pemenang Anugerah Inovasi Menteri (AIM) PETRA — sebagai pengiktirafan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah PETRA yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan, reka bentuk serta pelaksanaan projek pembangunan.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) Bilangan 1/2026 di Menara MITI.
Mesyuarat ini bagi memperkukuhkan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara berikutan EV bukan lagi sekadar trend global, tetapi telah menjadi satu keperluan strategik yang berkait rapat dengan aspek pelaburan, daya saing industri, keselamatan tenaga dan kesejahteraan rakyat.
Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam penggunaan EV, khususnya bagi kategori Battery Electric Vehicle (BEV). Jumlah terkumpul kenderaan penumpang (Passenger Vehicle - PV) jenis BEV mulai tahun 2018 sehingga kini telah mencecah 94,165 unit.
Mesyuarat ini diharapkan mengenal pasti penyelesaian yang praktikal, berimpak tinggi dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat, agar segala keputusan dan ketetapan yang dipersetujui melalui mesyuarat ini dapat terus memperkukuh pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara lebih progresif, terselaras dan berdaya saing.
#madanibekerja
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 19 Mei 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Dungun | 18 Mei 2026 | Isnin
Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Majlis Perasmian Santong Battery Energy Storage System (BESS) 100MW/400MWh yang dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad di Dungun, Terengganu.
Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara bagi mendepani cabaran ketidaktentuan bekalan dan pasaran tenaga global, di samping memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada rakyat terus terjamin pada kos yang berpatutan.
Projek BESS Santong merupakan antara sistem penyimpanan tenaga bateri utiliti berskala besar terawal di Semenanjung Malaysia dengan kapasiti 100MW/400MWh. Ia menjadi langkah penting dalam memperkukuh kestabilan grid elektrik negara serta menyokong integrasi tenaga boleh baharu (TBB), khususnya solar, secara lebih meluas dan efisien.
BESS berfungsi sebagai “power bank” berskala besar yang mampu menyimpan lebihan tenaga elektrik dan melepaskannya semula apabila diperlukan. Teknologi ini membantu menstabilkan frekuensi grid, mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik dan meningkatkan fleksibiliti sistem tenaga negara.
Selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai sasaran 70% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang 2050, pembangunan teknologi penyimpanan tenaga seperti BESS amat penting dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah sistem yang lebih lestari, berdaya tahan dan rendah karbon.
Syabas TNB atas komitmen berterusan dalam membangunkan infrastruktur tenaga strategik yang bukan sahaja menyokong kestabilan sistem grid negara, malah memberi manfaat langsung kepada rakyat dan industri termasuk memperkukuh keyakinan pelabur serta merancakkan pertumbuhan ekonomi.
Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak bagi memastikan pembangunan teknologi tenaga baharu seperti BESS dapat dilaksanakan secara mampan, selamat dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#besssantong
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam tadi (Ahad, 17 Mei 2026) saya berkesempatan menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Muhammad Haziq Fikri bin Dato’ Ir. Mohd Sohimin dan pasangannya, Nur Ilyana binti Norazlan di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Haziq dan Ilyana serta kedua-dua ibu bapa pasangan ini, atas berlangsungnya majlis penuh bermakna ini. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina terus diperkukuh dengan kasih sayang dan keberkatan.
Terima kasih Dato’ Ir. Mohd Sohimin bin Mohd Alayedin, Pengarah Urusan Pembangunan Hartanah, Sime Darby Property dan juga isteri, Datin Fairuzah binti Mohd Ahmad atas jemputan.
Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini dan mengurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Hari Guru buat seluruh para guru dan warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2026.
Bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, ia satu pengiktirafan kepada guru yang bukan sekadar penyampai ilmu di dalam bilik darjah, malah merupakan pendidik unggul yang membentuk masa depan bangsa dan menjadi penggerak utama kemajuan negara.
Di tangan gurulah lahirnya generasi berilmu, berakhlak mulia, berfikiran kritis serta mampu bersaing di peringkat global.
Selamat Hari Guru 2026.
Terima kasih, Cikgu!
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya l 15 Mei 2026 l JumaatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bangi | 14 Mei 2026 | Khamis
Alhamdulillah dah Tahniah saya ucapkan kepada 168 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang menerima anugerah pada Majlis Anugerah APC Tahun 2025 PETRA, hari ini tadi.
Majlis ini merupakan simbolik penghargaan dan apresiasi Kementerian dan Kerajaan kepada warga PETRA yang telah memberikan perkhidmatan bermutu tinggi di samping penglibatan aktif di luar tugasan rasmi antaranya kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan serta sumbangan-sumbangan lain yang memberi manfaat kepada komuniti, organisasi dan negara.
Ia juga satu manifestasi keprihatinan Kerajaan terhadap modal insan
berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul dalam mencapai ekspektasi yang telah ditetapkan.
Namun dalam kita meraikan warga yang berkhidmat dengan cemerlang, kita juga harus menginsafi betapa krisis bekalan global yang sedang dunia hadapi kini, bukan lagi sekadar isu berkaitan minyak dan gas tetapi telah berkembang menjadi cabaran besar yang memberi kesan langsung kepada ekonomi, rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.
Gangguan bekalan global, ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan kos logistik antarabangsa telah menyebabkan harga makanan, pengangkutan dan pelbagai barangan keperluan meningkat di kebanyakan negara.
Malaysia turut menerima tempias daripada situasi ini, namun kerajaan kekal komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dan dasar yang dilaksanakan.
Kerajaan justeru mengambil pendekatan yang pragmatik dengan fokus utama adalah bagi memastikan bekalan keperluan asas negara kekal stabil, melindungi rakyat daripada tekanan kos hidup yang melampau serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi jangka panjang. Bantuan bersasar, kawalan harga, pengukuhan
keselamatan tenaga serta kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan rakyat telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
Apa yang penting, krisis ini perlu dihadapi secara bersama dengan semangat kebersamaan, disiplin dan keyakinan rakyat termasuk semua warga PETRA, dalam mendukung usaha negara semasa mengharungi cabaran global ini.
Syabas kepada kesemua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang PETRA tahun 2025 atas segala sumbangan, komitmen dan konsistensi dalam pelaksanaan tugas di Kementerian. Kementerian ini terbina atas usaha kita bersama dan segala sumbangan warga PETRA amatlah saya hargai dalam membantu kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Jadikanlah segala usaha berterusan kita sebagai penjawat awam sebagai sedekah jariah dan ibadah yang berterusan. Jadilah ejen produktiviti Kementerian dan ejen kebaikan dalam perkhidmatan awam.
Semoga seluruh warga PETRA terus menjadi contoh penjawat awam berprestasi tinggi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bil 1/2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada pencegahan pencemaran, peningkatan kualiti air sungai dan pengukuhan pengurusan sumber air negara maka diharapkan semua perkara diteliti dari sudut kebolehlaksanaan, keberkesanan dan impak pelaksanaannya.
Fokus utama tahun ini adalah pelaksanaan di mana setiap cadangan dan inisiatif perlu disusuli dengan tindakan yang jelas, garis masa yang tegas serta akauntabiliti pelaksana yang khusus.
Keutamaan bukan lagi menambah perancangan, tetapi memastikan setiap keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara berkesan dan menghasilkan impak yang boleh diukur.
Pendekatan reaktif tidak lagi memadai, kita perlu beralih kepada pendekatan yang lebih proaktif dan berasaskan pencegahan, disokong oleh penguatkuasaan yang konsisten serta akauntabiliti yang jelas. Risiko pencemaran perlu dikenal pasti dan ditangani lebih awal sebelum menjejaskan kualiti air dan bekalan kepada rakyat.
Penggunaan teknologi seperti sistem pemantauan masa nyata, telemetri dan Internet of Things (IoT) perlu diperluaskan bagi membolehkan tindakan intervensi dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.
Dunia kini bergerak ke arah pengurusan sungai berasaskan daya tahan iklim, teknologi pintar dan tadbir urus bersepadu. Negara perlu bergerak seiring agar pengurusan sungai kekal relevan, responsif dan berdaya tahan.
Sungai tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai saliran air, tetapi sebagai aset strategik negara yang menyokong bekalan air, keselamatan makanan, biodiversiti, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pendekatan ini menuntut disiplin, komitmen dan tanggungjawab yang lebih tinggi di semua peringkat termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Rakyat hari ini bukan sekadar mahu mendengar dasar diumumkan, tetapi mahu melihat hasil yang nyata — sungai yang lebih bersih, bekalan air yang lebih terjamin dan tindakan tegas terhadap pihak yang mencemarkan sumber air negara.
Semua pihak perlu berani melakukan perubahan dalam merancang, menguat kuasa dan mengurus sumber air negara.
Saya berharap mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih tersusun, pantas dan berfokus dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai negara.
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya l 14 Mei 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menerima kunjungan hormat TYT Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di Menara PETRA hari ini.
United Kingdom (UK) kekal sebagai antara rakan perdagangan strategik penting Malaysia. Bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, pelbagai inisiatif kerjasama telah dibincangkan demi manfaat bersama.
Antara fokus utama perbincangan adalah kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan pembangunan mampan. TYT Pesuruhjaya Tinggi turut menyatakan komitmen untuk terus mempererat kerjasama Malaysia–UK dalam sektor ini ke arah masa depan yang lebih lestari.
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“Kasih ibu membawa ke syurga”.
Sempena Hari Ibu yang diraikan hari ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu — wanita hebat yang menjadi tiang keluarga, pendidik pertama anak-anak dan sumber kasih sayang yang tidak pernah padam.
Kasih sayang tanpa syarat. Pengorbanan tanpa batas. Begitulah besarnya kasih ibu, ummi, ummu, emak, mama, bonda, mummy atau lain-lain gelaran untuk insan yang melahirkan kita ke dunia ini.
Tugas sebagai seorang ibu, sangat mulia. Saya fahami cabaran membesarkan anak-anak dalam era yang serba mencabar ini bukanlah hal yang mudah. Namun biar apa pun kepayahan yang harus dilalui, semoga ibu-ibu ini diberikan kekuatan dan diangkat darjat mereka di sisi Allah SWT.
Realitinya peranan ibu semakin mencabar dalam mengurus keluarga ketika keadaan ekonomi dan sosial terus berubah. Antara cabaran utama ialah mendidik anak-anak dalam era teknologi dan media sosial. Cabaran ini menjadi lebih besar apabila dunia berdepan krisis bekalan global yang menyebabkan gangguan bekalan barangan dan peningkatan kos. Keadaan ini memberi kesan kepada keluarga, khususnya ibu yang bertanggungjawab memastikan keperluan harian mencukupi.
Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dalam mendepani cabaran semasa. Keutamaan kerajaan jelas — melindungi rakyat dan memastikan bekalan keperluan asas negara sentiasa mencukupi serta tidak terputus. Pelbagai langkah sedang dan akan terus diperkukuhkan bagi menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, khususnya golongan keluarga dan ibu-ibu yang menjadi pengurus utama dalam keluarga.
Sesungguhnya, kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh, dan di tengah-tengah kekuatan itu berdirinya seorang ibu yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang.
Selamat menyambut Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sentiasa diberkati, dihargai dan menjadi inspirasi kepada anak-anak dan generasi akan datang.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan menanggung kesulitan…” (Al-Ahqaf 46:15)
“Seteguh KASIH Ibu” -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Dukacita menerima berita pemergian rakan pengamal media, mendiang James Anak Joshua Guang pada 2 Mei 2026.
Pemergian mendiang bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah turut dirasai oleh seluruh komuniti pengamal media di Sarawak.
Segala jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna dalam dunia kewartawanan dan komunikasi.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
—————————
I am deeply saddened to receive the news of the passing of fellow media practitioner, the late James Anak Joshua Guang, on 2 May 2026.
His departure is not only felt by his family, but also by the entire media community in Sarawak.
His contributions and dedication will always be remembered as a meaningful legacy in the fields of journalism and communication.
I extend my heartfelt condolences to his family. May they be granted strength, resilience, and peace during this difficult time. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾
Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha gigih insan yang tidak pernah kenal erti lelah. Dedikasi dan komitmen setiap pekerja adalah asas kepada kekuatan Malaysia.
Sempena Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja yang menjadi nadi kekuatan negara.
Dalam suasana dunia yang berdepan krisis tenaga global dan gangguan rantaian bekalan, ketekunan, daya tahan serta semangat kerja rakyat Malaysia terus menjadi benteng utama kestabilan ekonomi negara.
Pendekatan Malaysia yang menekankan kepelbagaian sumber tenaga, kecekapan penggunaan, serta pengukuhan rantaian bekalan domestik dan serantau membolehkan kita mengharungi cabaran ini dengan lebih berdaya tahan.
Usaha ini tidak akan berhasil tanpa komitmen para pekerja merentasi semua sektor, daripada barisan hadapan, industri, logistik, perkhidmatan, hinggalah ke ekonomi digital.
Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan bukan sahaja menggerakkan ekonomi, tetapi turut memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Terima kasih atas sumbangan anda semua. Bersama, kita membina Malaysia yang lebih kukuh, mampan dan berdaya saing.
Pengorbanan anda, kekuatan negara.
Selamat Hari Pekerja !
“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Tenaga ASEAN secara dalam talian bagi membincangkan situasi kritikal di Asia Barat serta implikasinya terhadap keselamatan tenaga di rantau ini.
Dalam perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA, saya berkongsi beberapa langkah bersasar yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, termasuk rasionalisasi subsidi, pengenalan waktu bekerja fleksibel, serta penggalakan amalan penjimatan tenaga.
Malaysia menyokong penuh usaha ASEAN untuk memperkukuh mekanisme sedia ada, memperluas perkongsian kepakaran, serta menyelaras langkah tindak balas dalam menghadapi sebarang gangguan akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
Saya turut menekankan keperluan negara-negara ASEAN untuk terus meningkatkan kerjasama dalam keselamatan tenaga serantau melalui aspirasi Grid Tenaga ASEAN (APG) yang telah dipersetujui bersama pada tahun lepas.
Dalam masa yang sama, penting untuk memastikan setiap usaha di peringkat nasional sentiasa selari dengan visi serantau, khususnya ketika berdepan krisis. Kerjasama erat dan bersepadu antara negara anggota adalah kunci kepada ketahanan tenaga ASEAN.
#asean
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya l 27 April 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Subuh di Masjid Darul Firdaus, Jalan Apollo.
Selepas solat, saya akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan tugas di Putrajaya.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Insya Allah.
Sibu l 27 April 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Darul Halim, Kampung Bahagia Jaya.
Sementara menunggu solat Isyak, saya bersama para jemaah mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Wan Ahmad Faizal Bin Wan Zakaria.
Dalam ucapan ringkas selepas solat Isyak, saya menggesa ibu bapa dan golongan belia merebut peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak yang dipimpin YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Semua pihak perlu mengambil peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak bagi mendepani masa depan yang penuh mencabar.
Ada subjek-subjek khusus dibiayai Kerajaan Sarawak maka kita kena sediakan anak-anak untuk rebut dan lengkapkan mereka dengan keperluan masa hadapan.
Sekarang bidang kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang, jika tidak mempelajari dan menguasainya, sudah pasti kita akan dikuasai AI maka rebutlah peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi) merangkap ADUN N.55 Nangka, Datuk Dr. Annuar Bin Rapaee.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Sibu l 26 April 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang merasmikan Majlis Penangguhan Sibu International Powerboat Race 2026 di Waterfront Pulau Li Hua.
Penganjuran kali ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 251 buah bot, sekali gus melayakkan acara ini diiktiraf dalam Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Powerboats in a Single Event.”
Tahun lalu, Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 juga telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbanyak untuk remote control powerboats dengan 759 penyertaan.
Ia membuktikan bahawa Sibu bukan sahaja mampu menganjurkan acara besar, tetapi juga berupaya mencipta fenomena dalam dunia sukan air.
Kerajaan sentiasa komited untuk menyokong inisiatif pembangunan pelancongan dan sukan seperti ini dan sudah tentu Residen boleh mencari jalan untuk menjadikan tapak ini menjadi lokasi rasmi termasuk pembinaan grandstand dan kemudahan penonton yang lebih selesa.
Saya akan membantu di peringkat kerajaan negeri dan Pusat bagi membolehkan acara ini menjadi sukan tahunan yang ikonik malah bukan sahaja akan mengharumkan nama Sibu dan Sarawak, tetapi mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Sibu l 26 April 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri perjumpaan bersama Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia Cawangan Negeri Sarawak.
Dalam perjumpaan itu, pelbagai perkara dibincangkan seperti perkembangan persatuan, kebajikan staf, perkara yang dirancang dan yang sudah dilaksanakan.
Semoga persatuan terus maju jaya demi kebajikan ahli-ahli veteran. Insya Allah.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Sibu l 26 April 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 26 April 2026 | Ahad
Usai majlis pelancaran buku “Secebis Kisah Perjuangan Bangsa: Ikhlasnya Pengorbanan, Indahnya Kemerdekaan”, saya mengadakan pertemuan dengan Persatuan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sibu (PGIBAS).
Rombongan diketuai Ustazah Nur Samsiah binti Abdul Wahid, Penasihat 1 Persatuan Guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab Sibu.juga Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam PPD Sibu. Turut bersama rombongan Encik Hassan bin Idris , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan PPD SIBU.
Turut sama Ustaz Abd Raof bin Shahroni, Pengerusi PGIBAS ; Ustazah Siti Hajar binti Makhtar, Setiausaha PGIBAS ; Ustaz Mohammad Najib bin Ahim, Bendahari PGIBAS ; Ustazah Asmah binti Rakaman, Ketua Unit Kebajikan PGIBAS
Dalam pertemuan berkenaan, pihak PGIBAS menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang telah disalurkan sebelum ini. Mereka juga membentangkan laporan aktiviti persatuan yang telah dilaksanakan serta perancangan program akan datang.
Perbincangan juga meliputi perkembangan pendidikan Islam di daerah Sibu, termasuk usaha memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme guru, penguasaan al-Quran dalam kalangan murid serta kerjasama strategik antara pihak sekolah, persatuan dan agensi berkaitan demi manfaat generasi masa hadapan.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sibu | 26 April 2026 | Ahad
Tanpa tulisan yang lahir dari jiwa yang peduli, perjuangan kemerdekaan mungkin hanya tinggal bayang-bayang yang kian pudar ditelan zaman.
Di balik setiap halaman yang ditulis, tersemat darah, air mata, dan semangat para pejuang. Allahyarham Pak Den bukan sekadar mencatat sejarah, tetapi menghidupkan kembali jiwa kemerdekaan.
“Secebis Kisah Perjuangan Bangsa: Ikhlasnya Pengorbanan, Indahnya Kemerdekaan” karya Allahyarham Haji Hamdan Haji Marais (Pak Den) benar-benar menyentuh hati dan sanubari saya. Bukan sahaja Pak Den bapa saudara saya, malah perjuangan Allahyarham bapa saya, Haji Yusof Haji Marais dan Allahyarhamah ibu saya, Rosnah Abang Madeli — yang terlibat dalam gerakan menentang penjajah British, turut dirakamkan dalam buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini.
Satu penghormatan bagi saya dijemput oleh DBP untuk menyempurnakan pelancaran buku ini. Buku ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi satu rakaman penuh emosi tentang perjuangan anak Sarawak menentang penjajah, membina jati diri bangsa dan mempertahankan maruah tanah air.
Ia mengisahkan perjalanan panjang perjuangan masyarakat Melayu di Sarawak, khususnya di Sibu, dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa. Bermula dengan penentangan terhadap kedatangan James Brooke, seterusnya di bawah naungan Kesultanan Brunei, buku ini menelusuri semangat juang tokoh awal seperti Petinggi Ali dan Sharif Masahor.
Seterusnya, pembaca dibawa memahami asal-usul masyarakat Melayu di Sibu serta peranan persatuan dan pertubuhan dalam memperkukuh perpaduan dan membela hak masyarakat. Buku ini turut mengetengahkan kebangkitan kesedaran politik, termasuk gerakan anti-cession yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Kisah perjuangan diperkukuh dengan pengorbanan tokoh seperti Rosli Dhoby serta gerakan seperti Rukun 13, yang menjadi simbol keberanian dan semangat cinta tanah air. Akhirnya, buku ini merumuskan perjalanan Sibu menuju pembangunan dalam era kemerdekaan Malaysia, sambil mengenang jasa dan pengorbanan pejuang yang tidak pernah dilupakan.
Karya ini mengingatkan kita bahawa kemerdekaan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu. Sejarah ini perlu terus dipelihara, difahami dan dihayati, khususnya oleh generasi muda agar semangat patriotisme terus subur.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada DBP atas komitmen berterusan dalam memartabatkan bahasa, sastera dan budaya tempatan, serta menerbitkan karya-karya ilmiah yang menjadi warisan bangsa.
Semoga buku ini menjadi sumber rujukan penting dan inspirasi kepada semua untuk terus menghargai sejarah serta memperkukuh jati diri negara.
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 Peringkat Kebangsaan di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Sambutan tahun ini bertemakan 'Air Milik Semua' — membawa mesej bahawa air perlu diurus secara inklusif dan holistik. Turut diadakan majlis penyerahan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah Fasa 2 (Pakej 2A) oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Projek berkenaan telah siap sepenuhnya pada 19 Mac 2026 dengan nilai kontrak berjumlah RM10.351 juta.
Pelaksanaan projek bertujuan menyelesaikan masalah banjir kilat di tiga lokasi dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah iaitu :
i. Kampung Enam dan Kampung Tujuh;
ii. Jalan Tamby Abdullah sehingga ke Jalan Parameswara;
iii. Taman Merak Mas ke Kampung Tebing Tinggi, Bukit Katil.
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA telah meluluskan sebanyak 21 projek berkaitan air dengan kos sebanyak RM3.1 bilion dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas di Negeri Melaka, manakala siling peruntukan dalam Rolling Plan Pertama (RP1) 2026 adalah sebanyak RM274 juta.
Bagi program hari ini, yang turut dihadiri YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, saya menegaskan PETRA telah membangunkan Dasar Air Negara sebagai satu langkah transformasi yang lebih holistik merangkumi keseluruhan kitaran air daripada sumber hingga ke pengguna.
Dasar Air Negara akan mengukuhkan tadbir urus dengan penyelarasan yang lebih berkesan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, termasuk sektor swasta dan masyarakat.
Pendekatan ini amat penting bagi memastikan setiap dasar yang digubal bukan sahaja komprehensif di peringkat perancangan, tetapi juga dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat lapangan.
Tahniah juga kepada semua penerima Anugerah HAS 2026.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Masjid Tanah l 25 April 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Hamideen, Kampung Bukit China, Melaka.
Insya Allah pagi ini saya akan merasmikan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Semua dijemput hadir.
Melaka l 25 April 2026 l SabtuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Bernama Business
@BernamaBiz
Tiga Strategi Utama Berdepan Gelombang Kedua Krisis Bekalan Global - Fadillah
#bernamabiz
@PetraJayaMP
www.bernama.com/bm/news.php?id=2548931 -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati merasmikan pembukaan 30th EAROPH World Congress 2026 yang berlangsung di Melaka.
Kongres ini menghimpunkan pemimpin bandar, pembuat dasar, ahli akademik dan pengamal dari seluruh rantau Asia Pasifik, dengan satu matlamat bersama, ke arah membina bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan demi kesejahteraan rakyat.
Melaka sebagai tuan rumah merupakan simbol keseimbangan antara pembangunan dan warisan. Sejarahnya mengajar kita bahawa kemajuan tidak perlu mengorbankan identiti, sebaliknya boleh berjalan seiring untuk memperkayakan kehidupan masyarakat.
Hari ini, hampir 80 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Ini membawa peluang besar, namun pada masa sama cabaran juga semakin kompleks, seperti perubahan iklim, tekanan terhadap sumber, dan keperluan memastikan pembangunan yang adil serta saksama.
Sehubungan itu, Malaysia bergerak ke arah konsep “wise cities” — bandar yang bukan sahaja pintar dari segi teknologi, tetapi bijaksana dalam membuat keputusan, menyeimbangkan pertumbuhan dengan kelestarian, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Selaras dengan tema kongres, “City Assets for Community Gains”, kita perlu melihat aset bandar secara lebih menyeluruh — bukan sekadar infrastruktur fizikal, tetapi juga alam sekitar, ruang awam, warisan budaya dan sistem digital yang saling berkait untuk manfaat bersama.
Kerajaan MADANI kekal komited dalam memastikan pembangunan yang inklusif tanpa meninggalkan sesiapa di belakang, serta memperkukuh usaha ke arah mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Kejayaan bandar juga bergantung kepada tadbir urus yang baik, kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, serta keupayaan kita menterjemah dasar kepada impak sebenar kepada rakyat.
Bandar yang baik bukan dinilai daripada apa yang dibina; tetapi bagaimana bandar itu menjaga rakyatnya.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Melaka | 24 April 2026 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mewakili YAB Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Sambutan Hari HASiL ke-30 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Menara Hasil Cyberjaya.
Perdana Menteri antara lain menegaskan bahawa percukaian bukan sekadar kewajipan, tetapi amanah bersama demi kesejahteraan negara.
Dalam suasana ekonomi global yang mencabar, kerajaan akan terus memperkukuh tatakelola, memastikan setiap ringgit dibelanjakan secara berhemah serta menutup ruang ketirisan.
Tahniah kepada HASiL atas pencapaian kutipan melebihi RM200 bilion pada tahun 2025, satu pencapaian yang membanggakan.
Sektor swasta juga digesa untuk terus berinovasi, meningkatkan produktiviti dan mengadaptasi pendekatan kerja fleksibel selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
Ke hadapan, pendigitalan dan penggunaan AI akan terus diperkasa bagi memastikan sistem percukaian yang lebih cekap, telus dan diyakini rakyat.
Cukai bukan sekadar kewajipan undang-undang; ianya amanah bersama yang membolehkan negara membiayai pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan pembangunan.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Cyberjaya l 24 April 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Alumni Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (Alumni PTD) di Menara Petra.
Dalam sesi libat urus itu, kami bertukar pandangan pelbagai perkara melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang kukuh dan disegani.
Pelbagai idea dan pandangan yang dikongsi mantan-mantan kepemimpinan tertinggi pegawai kerajaan di mana rata-rata mereka saya kenali sejak menjadi ahli Kabinet pada tahun 2008.
Insya Allah pandangan dan cadangan yang dikongsi akan diteliti dan semoga persatuan terus berkongsi pandangan bagi bersama-sama memperkasakan perkhidmatan kerajaan dan membina Malaysia.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 21 April 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 21 April 2026 | Selasa
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menjadi tetamu Bernama Radio bagi mengupas isu Krisis Geopolitik yang Memacu Peralihan Tenaga Malaysia.
Antara lain saya menegaskan bahawa Kerajaan memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang perubahan dasar secara mengejut, khususnya berkaitan subsidi bahan api, walaupun konflik geopolitik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global. Setiap keputusan akan dibuat secara teliti berasaskan data yang menyeluruh, bukan secara terburu-buru.
Kerajaan juga menyedari bahawa konflik ini berpotensi berlarutan antara satu hingga dua tahun. Justeru, setiap langkah yang diambil akan mengutamakan perlindungan rakyat, menjamin bekalan tenaga, menyokong pertumbuhan ekonomi serta membantu sektor industri.
Pada masa ini, sekitar 40 hingga 50 peratus penggunaan tenaga negara masih bergantung kepada gas. Walaupun kita masih menggunakan sumber berkarbon, Malaysia kekal komited untuk menghentikan penggunaan arang batu menjelang 2044.
Seiring itu, Kerajaan terus mempergiat usaha memperluas penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB), termasuk melalui pemasangan solar berskala besar dan solar atap. Insya-Allah, tahun ini kita akan membuka tender bagi program Solar Berskala Besar pusingan keenam (LSS6).
Selain solar, Malaysia turut meneliti kepelbagaian sumber tenaga seperti biodiesel, biogas dan biomas. Dalam masa yang sama, kita juga sedang mengkaji potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, termasuk aspek perundangan, keselamatan, alam sekitar serta penerimaan rakyat, selain keperluan kepada perjanjian antarabangsa. Inilah pendekatan kita di Semenanjung.
Realitinya, setiap sumber tenaga mempunyai cabaran tersendiri — solar bersifat tidak menentu, gas bergantung kepada import dan harga global, arang batu bakal dihentikan, manakala hidro pula bergantung kepada paras air. Oleh itu, pendekatan terbaik adalah memastikan campuran tenaga yang seimbang dan mampan.
Dunia kini turut melihat tenaga nuklear sebagai antara sumber tenaga bersih yang berdaya maju. Jika dilaksanakan dengan teliti, ia mampu menjamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 10 hingga 15 tahun sebagai langkah peralihan.
Pendekatan berbeza mengikut wilayah. Di Sabah, kebergantungan kepada diesel masih tinggi dan kosnya mahal, manakala Sarawak telah mencapai sekitar 70 peratus penggunaan TBB dan sedang mempercepatkan penggunaan gas serta solar.
Akhirnya, matlamat kita jelas ke arah memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara demi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan rakyat.
Terima kasih Bernama Radio. Terima kasih juga kepada Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; serta Ketua Pengarang, Arul Rajoo Durar Raj yang menyambut kehadiran saya di Bernama hari ini.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati merasmikan pembukaan 30th EAROPH World Congress 2026 yang berlangsung di Melaka.
Kongres ini menghimpunkan pemimpin bandar, pembuat dasar, ahli akademik dan pengamal dari seluruh rantau Asia Pasifik, dengan satu matlamat bersama, ke arah membina bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan demi kesejahteraan rakyat.
Melaka sebagai tuan rumah merupakan simbol keseimbangan antara pembangunan dan warisan. Sejarahnya mengajar kita bahawa kemajuan tidak perlu mengorbankan identiti, sebaliknya boleh berjalan seiring untuk memperkayakan kehidupan masyarakat.
Hari ini, hampir 80 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Ini membawa peluang besar, namun pada masa sama cabaran juga semakin kompleks, seperti perubahan iklim, tekanan terhadap sumber, dan keperluan memastikan pembangunan yang adil serta saksama.
Sehubungan itu, Malaysia bergerak ke arah konsep “wise cities” — bandar yang bukan sahaja pintar dari segi teknologi, tetapi bijaksana dalam membuat keputusan, menyeimbangkan pertumbuhan dengan kelestarian, serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Selaras dengan tema kongres, “City Assets for Community Gains”, kita perlu melihat aset bandar secara lebih menyeluruh — bukan sekadar infrastruktur fizikal, tetapi juga alam sekitar, ruang awam, warisan budaya dan sistem digital yang saling berkait untuk manfaat bersama.
Kerajaan MADANI kekal komited dalam memastikan pembangunan yang inklusif tanpa meninggalkan sesiapa di belakang, serta memperkukuh usaha ke arah mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Kejayaan bandar juga bergantung kepada tadbir urus yang baik, kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, serta keupayaan kita menterjemah dasar kepada impak sebenar kepada rakyat.
Bandar yang baik bukan dinilai daripada apa yang dibina; tetapi bagaimana bandar itu menjaga rakyatnya.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.
#malaysiamadani
#madanibekerja
Melaka | 24 April 2026 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mewakili YAB Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Sambutan Hari HASiL ke-30 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Menara Hasil Cyberjaya.
Perdana Menteri antara lain menegaskan bahawa percukaian bukan sekadar kewajipan, tetapi amanah bersama demi kesejahteraan negara.
Dalam suasana ekonomi global yang mencabar, kerajaan akan terus memperkukuh tatakelola, memastikan setiap ringgit dibelanjakan secara berhemah serta menutup ruang ketirisan.
Tahniah kepada HASiL atas pencapaian kutipan melebihi RM200 bilion pada tahun 2025, satu pencapaian yang membanggakan.
Sektor swasta juga digesa untuk terus berinovasi, meningkatkan produktiviti dan mengadaptasi pendekatan kerja fleksibel selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
Ke hadapan, pendigitalan dan penggunaan AI akan terus diperkasa bagi memastikan sistem percukaian yang lebih cekap, telus dan diyakini rakyat.
Cukai bukan sekadar kewajipan undang-undang; ianya amanah bersama yang membolehkan negara membiayai pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan pembangunan.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Cyberjaya l 24 April 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Alumni Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (Alumni PTD) di Menara Petra.
Dalam sesi libat urus itu, kami bertukar pandangan pelbagai perkara melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang kukuh dan disegani.
Pelbagai idea dan pandangan yang dikongsi mantan-mantan kepemimpinan tertinggi pegawai kerajaan di mana rata-rata mereka saya kenali sejak menjadi ahli Kabinet pada tahun 2008.
Insya Allah pandangan dan cadangan yang dikongsi akan diteliti dan semoga persatuan terus berkongsi pandangan bagi bersama-sama memperkasakan perkhidmatan kerajaan dan membina Malaysia.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 21 April 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 21 April 2026 | Selasa
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menjadi tetamu Bernama Radio bagi mengupas isu Krisis Geopolitik yang Memacu Peralihan Tenaga Malaysia.
Antara lain saya menegaskan bahawa Kerajaan memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang perubahan dasar secara mengejut, khususnya berkaitan subsidi bahan api, walaupun konflik geopolitik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global. Setiap keputusan akan dibuat secara teliti berasaskan data yang menyeluruh, bukan secara terburu-buru.
Kerajaan juga menyedari bahawa konflik ini berpotensi berlarutan antara satu hingga dua tahun. Justeru, setiap langkah yang diambil akan mengutamakan perlindungan rakyat, menjamin bekalan tenaga, menyokong pertumbuhan ekonomi serta membantu sektor industri.
Pada masa ini, sekitar 40 hingga 50 peratus penggunaan tenaga negara masih bergantung kepada gas. Walaupun kita masih menggunakan sumber berkarbon, Malaysia kekal komited untuk menghentikan penggunaan arang batu menjelang 2044.
Seiring itu, Kerajaan terus mempergiat usaha memperluas penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB), termasuk melalui pemasangan solar berskala besar dan solar atap. Insya-Allah, tahun ini kita akan membuka tender bagi program Solar Berskala Besar pusingan keenam (LSS6).
Selain solar, Malaysia turut meneliti kepelbagaian sumber tenaga seperti biodiesel, biogas dan biomas. Dalam masa yang sama, kita juga sedang mengkaji potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, termasuk aspek perundangan, keselamatan, alam sekitar serta penerimaan rakyat, selain keperluan kepada perjanjian antarabangsa. Inilah pendekatan kita di Semenanjung.
Realitinya, setiap sumber tenaga mempunyai cabaran tersendiri — solar bersifat tidak menentu, gas bergantung kepada import dan harga global, arang batu bakal dihentikan, manakala hidro pula bergantung kepada paras air. Oleh itu, pendekatan terbaik adalah memastikan campuran tenaga yang seimbang dan mampan.
Dunia kini turut melihat tenaga nuklear sebagai antara sumber tenaga bersih yang berdaya maju. Jika dilaksanakan dengan teliti, ia mampu menjamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 10 hingga 15 tahun sebagai langkah peralihan.
Pendekatan berbeza mengikut wilayah. Di Sabah, kebergantungan kepada diesel masih tinggi dan kosnya mahal, manakala Sarawak telah mencapai sekitar 70 peratus penggunaan TBB dan sedang mempercepatkan penggunaan gas serta solar.
Akhirnya, matlamat kita jelas ke arah memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara demi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan rakyat.
Terima kasih Bernama Radio. Terima kasih juga kepada Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; serta Ketua Pengarang, Arul Rajoo Durar Raj yang menyambut kehadiran saya di Bernama hari ini.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bagaimana krisis geopolitik global memberi kesan dan memacu agenda peralihan tenaga di Malaysia?
Bersama saya esok mengupas mengenai “Krisis Geopolitik Pacu Peralihan Tenaga Malaysia” di @Bernama_Radio
Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
Masa: 9:30 Pagi
Saluran: MYTV 711 | Astro 502 | BERNAMA Radio
Anda juga boleh mendengarnya melalui frekuensi radio:
📻 Lembah Klang: FM 93.9
📻 Johor Bahru: FM 107.5
📻 Kuching: FM 100.9
📻 Kota Kinabalu: FM 107.9
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 20 April 2026 | Isnin
Alhamdulillah, hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penubuhan Pasukan Petugas Khas OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Sabah International Convention Centre.
Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membanteras ketirisan serta penyeludupan barang kawalan bersubsidi, khususnya diesel dan petrol.
Konflik Asia Barat yang berlarutan sejak 28 Februari 2026 telah mencetuskan krisis tenaga global, termasuk lonjakan harga minyak dunia dan gangguan bekalan akibat sekatan di Selat Hormuz. Konflik ini mendatangkan kesan besar kepada seluruh dunia, termasuk rantau Asia dan tidak terkecuali Malaysia.
Kerajaan komited untuk meneruskan program subsidi bahan api dengan memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh golongan sasar serta menjamin akses rakyat kepada barangan keperluan asas. Pada masa sama, usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan bahan kawalan seperti diesel dan petrol akan diperkukuh.
Susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan Bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan (JTPAP) pada 6 April dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April, dua Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) telah ditubuhkan, masing-masing untuk Sarawak serta Sabah dan W.P Labuan.
Penubuhan task force ini penting bagi memperkukuh agenda penguatkuasaan secara bersepadu dalam menangani risiko ketirisan yang tinggi. Ini memandangkan kedudukan Sabah dan Sarawak yang mempunyai sempadan darat dan perairan yang luas serta berhampiran dengan Indonesia dan Filipina, sekali gus meningkatkan risiko penyeludupan akibat jurang harga bahan api bersubsidi.
Sepanjang tempoh Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) antara 16 Mac hingga 19 April 2026, sebanyak 18,261 pemeriksaan telah dilaksanakan. Dalam tempoh ini 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan dan 85 individu telah ditahan.
Rampasan melibatkan — diesel (138 kes), petrol (77 kes), LPG (41 kes), minyak masak (35 kes), gula (22 kes) dan tepung gandum (7 kes)
Kejayaan ini hasil kerjasama strategik dibawah konsep operasi bersepadu. Daripada 320 kes — sebanyak 185 kes dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDN. Sebanyak 135 kes merupakan hasil serahan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan iaitu PGA (74 kes) ; PPM (36 kes) ; PDRM (19 kes). Agensi lain melibatkan APMM, AKPS, JIM, JKDM, JPJ, ESSCOM dan PBT.
Sabah telah mencatatkan 82 kes (tertinggi di Malaysia), manakala W.P Labuan dengan 2 kes. Rampasan melibatkan 102,144 liter diesel dan 23,907 liter petrol, selain 9,605 kg minyak masak, 3,726 kg gas LPG dan 198 kg gula.
Mesyuarat hari ini juga turut memutuskan pelantikan Setiausaha Persekutuan Sabah bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menerajui Pasukan Petugas Khas ini, dengan KPDN Sabah sebagai urus setia.
Fokus utama pasukan ini meliputi ; Perancangan penguatkuasaan mengikut keperluan Sabah & Labuan ; Menangani cabaran operasi dan modus operandi penyeludup ; Penyelarasan peranan agensi Persekutuan dan Negeri.
Kerajaan tidak akan berkompromi, dengan tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang mengaut keuntungan haram melalui aktiviti penyeludupan dan penyelewengan.
Saya ingin mengajak rakyat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai inisiatif KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan). Jadilah mata dan telinga kami. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah serta W.P Labuan adalah kunci utama untuk memastikan kedaulatan ekonomi kita terpelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 melabuhkan tirainya dengan Ucapan Penangguhan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
GPS menegaskan kesediaan untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ini satu manifestasi keyakinan untuk terus mempertahankan mandat rakyat serta meneruskan agenda pembangunan negeri.
Penegasan bahawa masa depan Sarawak harus ditentukan oleh rakyat sendiri mencerminkan prinsip kedaulatan negeri yang berteraskan aspirasi dan keunikan tempatan.
Dalam semangat ini, kerjasama dengan Persekutuan terus dipelihara berasaskan saling menghormati demi kestabilan berterusan.
Sarawak juga menonjol dalam sektor air dan tenaga, dua bidang strategik masa hadapan. Kekuatan tenaga bersih, khususnya hydropower, membuka ruang kepada ekonomi bernilai tinggi seperti hidrogen serta memperkukuh peranan Sarawak sebagai hab tenaga hijau serantau.
Apabila ilmu dipandu dengan kebijaksanaan dan dilaksanakan dengan tawaduk, di situlah lahir kepimpinan yang lebih adil dan berkesan.
Dengan kestabilan politik, perpaduan serta kesinambungan kepimpinan, Insya-Allah Sarawak akan terus melangkah sebagai negeri yang maju, inklusif dan mampan untuk generasi akan datang.
#konvensyengps2026
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching | 19 April 2026 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 19 April 2026 | Ahad
Penekanan pucuk kepimpinan Sarawak terhadap pembangunan ekonomi berteraskan tenaga boleh baharu, ekonomi digital serta pemerkasaan pendidikan menunjukkan Sarawak berada pada landasan yang tepat untuk menjadi peneraju ekonomi masa depan.
Ucapan YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di perasmian Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 hari ini, jelas mencerminkan pucuk kepimpinan Sarawak yang berwawasan, berani dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Sarawak merangka hala tuju masa depan yang progresif melalui pembangunan ekonomi berasaskan gas, tenaga boleh baharu dan industri hiliran, sekali gus membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ia menggambarkan kepimpinan YAB Premier fokus kepada kedaulatan hak, kemakmuran jangka panjang dan kesinambungan pembangunan Sarawak.
Saya juga menyambut baik ketegasan Premier dalam memperjuangkan hak Sarawak berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam pengurusan sumber strategik seperti minyak dan gas. Pendekatan yang diambil adalah matang dan konstruktif, dengan menekankan prinsip keadilan serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Konvensyen ini bukan sahaja memperkukuh kesepaduan dalam GPS, malah menjadi platform penting untuk menyelaraskan hala tuju pembangunan Sarawak selaras dengan aspirasi nasional.
Komitmen GPS untuk memastikan kestabilan politik, perpaduan rakyat serta kesinambungan kepimpinan melalui gabungan pengalaman dan generasi muda adalah asas penting dalam menjamin kemakmuran jangka panjang.
Seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum harus bersama-sama segulai sejalai dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan Sarawak Maju Makmur.
#konvensyengps2026
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kluang | 18 April 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Kampung Orang Asli Berasau, Kluang, Johor.
Projek ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga negara, khususnya dalam memastikan komuniti luar bandar tidak ketinggalan menikmati kemudahan asas. Melalui pembinaan balai raya berbumbung solar dengan sistem photovoltaic (PV) Off-Grid, kampung ini kini menerima bekalan elektrik 24 jam yang stabil, cekap dan lestari.
Lebih 20 buah rumah serta kemudahan komuniti di Kampung Orang Asli Berasau kini mendapat manfaat daripada sistem solar berkapasiti lebih 50 kilowatt puncak serta penyimpanan tenaga sebanyak 516 kilowatt jam. Ini adalah bukti bahawa tenaga bersih mampu menjadi penyelesaian berkesan, walaupun di kawasan yang jauh dari liputan grid utama.
Inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama SEDA, JKR serta agensi Persekutuan dan Negeri Johor melalui pendekatan “whole of government”.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, projek ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keadilan sosial, keterangkuman dan kelestarian untuk semua rakyat, tanpa mengira lokasi.
Insya-Allah, usaha seperti ini akan terus diperluaskan demi masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera.
Terima kasih YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, yang hadir sama. Terima kasih juga kepada semua agensi dan pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini serta kepada masyarakat Orang Asli khususnya di Kampung Berasau.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Berpeluang mempengerusikan Sesi Libat Urus Strategik bersama syarikat solar Bumiputera sebagai sebahagian usaha memperkukuh penyertaan mereka dalam ekosistem peralihan tenaga negara di Menara PETRA - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, semalam 16 April 2026.
Sesi ini menghimpunkan lebih 100 peserta daripada kira-kira 50 syarikat, bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas secara langsung berkaitan pembangunan industri tenaga boleh baharu (TBB), khususnya melalui program Large Scale Solar (LSS) dan Battery Energy Storage System (BESS).
Kerajaan komited memastikan peralihan tenaga dilaksanakan secara inklusif dan berdaya tahan, dengan memberi ruang lebih luas kepada syarikat Bumiputera untuk berkembang dan berdaya saing. Antara fokus utama termasuk memperkukuh keupayaan teknikal, akses pembiayaan, serta memperbaiki mekanisme pasaran agar lebih kompetitif dan mampan.
Insya-Allah, melalui kerjasama erat antara kerajaan, agensi dan pemain industri, kita dapat membina ekosistem tenaga yang bukan sahaja menyokong agenda penyahkarbonan negara, tetapi juga membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan terus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim ekstrem, dengan hari ini saya telah menyempurnakan pelancaran Pusat Bilik Operasi War Room Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang akan menjadi nadi pemantauan strategik negara, bagi memastikan bekalan air kekal terjamin, stabil dan berdaya tahan.
Pendekatan whole-of-government ini menggabungkan data, kepakaran dan tindakan pelbagai agensi termasuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), SPAN, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta operator air.
Melalui platform ini:
✔️ Status 43 empangan utama negara boleh dipantau secara masa nyata
✔️ Koordinasi antara agensi dipertingkat untuk tindakan pantas
✔️ Langkah mitigasi seperti bekalan alternatif dan teknologi rawatan tambahan dipergiat
Walaupun bekalan air secara keseluruhan masih terkawal, terdapat beberapa empangan yang menunjukkan penurunan paras air akibat cuaca panas dan kering berpanjangan. Justeru, usaha jangka pendek dan panjang terus dilaksanakan bagi menjamin keselamatan air negara.
Saya ingin menyeru semua rakyat untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemah. Kerjasama semua amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan air untuk kesejahteraan rakyat dan kemampanan negara.
Pelancaran War Room ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk beralih kepada pendekatan yang lebih proaktif, telus dan berpaksikan data dalam menghadapi cabaran perubahan iklim.
Orang ramai kini boleh memantau status semasa sumber dan bekalan air di 43 empangan utama negara secara telus dan masa nyata melalui platform War Room di:
warroom.span.gov.my/warroom
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya | 16 April 2026 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel:
🌾 Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan
✅ RM160 ➡️ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta.
👨🌾 Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.
🚗 Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
⛽️ Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
🚜 Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global.
✅ Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, PETRA Skuad Zon Sarawak 2026 untuk hari terakhir berakhir dengan saya menyaksikan penyerahan sumbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Kuching.
Penyerahan dilaksanakan selepas solat Maghrib yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong, Dato Fazzrudin A Rahman dan Ketua Setiausaha PETRA, Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli ; Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Air) PETRA, Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri.
Inisiatif SPAN ini adalah dalam usaha melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat melalui platform Masjid Rakan SPAN untuk mempromosikan penggunaan air secara berhemat melalui pemasangan produk berlabel cekap air manakala pelaksanaan CSR Wakalah TNB merupakan fasa awal TNB di Sarawak sebagai rakan strategik nasional bagi memperkukuh kesejahteraan komuniti.
TNB berperanan sebagai rakan strategik nasional melalui pelaksanaan CSR dan Wakalah, tanpa melibatkan operasi pembekalan tenaga di Sarawak.
Setiap institusi masjid tersebut menerima sumbangan CSR Wakalah sebanyak RM10,000, sebagai pemangkin kepada pelaksanaan awal pendekatan Wakalah di peringkat komuniti.
Bagi SPAN pula, adalah pertama kalinya mengadakan CSR penyerahan pili cekap air bagi mempromosikan penggunaan produk yang mempunyai label cekap air di kalangan awam untuk memastikan penggunaan dapat dijimatkan dan dilestarikan.
Produk pili cekap air ini adalah dihasilkan oleh pengeluar dan diuji di makmal oleh badan bertauliah bagi memastikan ianya memenuhi piawai sebelum diberi label oleh SPAN.
Semoga sumbangan TNB dan SPAN memberi manfaat kepada semua penerima.
#petraskuad
#petraskuadsarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 13 April 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 13 April 2026 | Isnin
Mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, petang tadi.
Terima kasih Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang dapat bersama menghadiri mesyuarat hari ini dan bersetuju untuk menjadi pengerusi bersama dengan Setiausaha Persekutuan dalam ‘task force’ ini nanti. Turut sama Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April 2026 telah mempersetujui syor untuk penugasan sementara anggota Polis di stesen-stesen minyak berisiko di sempadan sebagai peluasan kepada penempatan secara statik penguat kuasa KPDN bagi membanteras ketirisan bahan api.
Berdasarkan data semasa, KPDN telah mengenal pasti 151 buah stesen minyak yang perlu dipantau rapi. Daripada jumlah tersebut:
i) 87 buah stesen minyak terletak di kawasan sempadan; dan
ii) 64 merupakan stesen minyak di kawasan berisiko tinggi. Ini merujuk kepada stesen minyak yang merekodkan peningkatan jualan mendadak yang tidak sepadan dengan demografi penduduk setempat dan lokasi yang sering menjadi tumpuan sindiket menggunakan kenderaan berpendaftaran asing atau kenderaan dengan tangki ubah suai.
Daripada 87 stesen minyak di sempadan ini, 22 stesen di Sarawak (Limbang, Lubok Antu, Lundu) akan dipantau oleh PDRM melalui kerjasama bersepadu ini. Langkah ini membolehkan penguat kuasa KPDN memberikan tumpuan dan fokus kepada lokasi-lokasi berisiko berlaku ketirisan barang kawalan khususnya bahan api termasuklah 16 lokasi Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PANESA) yang menempatkan depoh diesel untuk kegunaan nelayan, 25 stesen minyak tanpa jenama (unbranded station), 153 skid tank persendirian berpermit dan juga jeti-jeti haram yang menjalankan aktiviti bunkering di sungai-sungai negeri Sarawak.
Penguat kuasa KPDN juga akan memberi tumpuan kepada kestabilan harga dan bekalan barangan kawalan yang lain.
Melalui OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) yang bermula 16 Mac hingga 12 April 2026:
• 13,759 pemeriksaan telah dijalankan
• 239 kes direkodkan, melibatkan:
• 99 kes diesel (rampasan lebih RM3.1 juta)
• 61 kes petrol RON95 (RM95,387.65)
• 30 kes LPG (RM45,103.34)
• 49 kes barangan kawalan lain (minyak masak, gula, tepung)
Jumlah rampasan keseluruhan mencecah RM11 juta, dengan Sarawak sahaja mencatat RM6.7 juta daripada 48 kes.
Kejayaan ini adalah hasil kerja keras rakan-rakan strategik kita daripada PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen (JIM), APMM, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Saya juga menyeru rakyat Sarawak untuk menyertai inisiatif KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan). Jadilah mata dan telinga kami. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak adalah kunci utama untuk memastikan kedaulatan ekonomi kita terpelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.
#kitagempur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Stakan | 13 April 2026 | Isnin
Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini secara rasmi menyerahkan dua projek tebatan banjir yang telah siap sepenuhnya kepada Kerajaan Sarawak dengan nilai keseluruhan RM107.2 juta.
Projek-projek berkenaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), merangkumi:
i) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Stakan – RM10 juta
ii) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu Fasa 3 – RM97.20 juta
Majlis penyerahan dua projek itu berlangsung di perkarangan Masjid Darul Malihah, Kg. Bukit Berangan, Kota Samarahan. Saya juga sempat beramah mesra dan makan tengahari bersama penduduk tempatan di masjid berkenaan.
Pelaksanaan RTB Stakan memberi fokus kepada menangani isu banjir kilat dan bermusim di lembangan Sungai Stakan, susulan tekanan terhadap sistem saliran akibat pembangunan pesat di sempadan Kuching dan Samarahan. Melalui pendekatan kejuruteraan bersepadu, projek ini berjaya meningkatkan kapasiti aliran dan kawalan air dengan lebih berkesan, sekali gus memberi manfaat perlindungan kepada kira-kira 5,000 penduduk serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda.
Manakala RTB Sibu Fasa 3 pula dibangunkan bagi menangani cabaran geografi rendah Bandar Sibu yang terletak di pertemuan Batang Rajang dan Batang Igan. Kawasan ini sering terdedah kepada limpahan air, khususnya ketika hujan lebat serentak dengan fenomena air pasang besar. Projek ini turut mengambil kira faktor tanah gambut tebal bagi menangani isu mendapan tanah (ground subsidence) secara lebih berkesan.
Dengan siapnya kedua-dua projek ini, risiko banjir di kawasan Sibu dapat dikurangkan secara signifikan, seterusnya memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memastikan kelangsungan aktiviti sosioekonomi setempat.
Kerajaan Persekutuan akan terus komited dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur negara yang mampan, berimpak tinggi dan berdaya tahan. Usaha ini penting dalam mengurangkan kerugian harta benda, melindungi kemudahan awam serta mengelakkan risiko kehilangan nyawa akibat bencana banjir.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh daya tahan negara terhadap perubahan iklim dan bencana alam, demi kehidupan rakyat yang lebih selamat, sejahtera dan berkualiti.
Di majlis berkenaan saya turut menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai salah satu tanggungjawab korporat mereka. SPAN menyerahkan pili cekap air kepada Masjid Darul Malihah, Kg. Bukit Berangan, Kota Samarahan. Manakala TNB menerusi CSR Wakalah di Sarawak menyumbang
sebanyak RM10,000 kepada masjid sama.
Terima kasih kepada penduduk Stakan dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dan ADUN N17 Stakan, yang juga Setiausaha Politik saya, Datuk Hamzah Brahim.
#petraskuad
#petraskuad2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 13 April 2026 | Isnin
Tinjauan hari kedua PETRA Skuad Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) turut melibatkan lawatan kerja ke tiga 3 buah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak — bermula dengan lokasi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Sinjan (PLSB Pakej 3), sebelum ke Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Gersik (PLSB Pakej 3) ; Naiktaraf Sistem Saliran di Sekolah Kebangsaan Muara Tuang, Samarahan (PLSB Pakej 1) dan seterusnya ke lawatan kerja ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Stakan, Kuching.
Projek PLSB Sungai Sarawak (Pakej 3) adalah antara usaha Kerajaan dalam menangani isu banjir di kawasan Bandaraya Kuching. Projek ini merangkumi:
• RTB Sungai Gersik, Kuching
• RTB Sungai Sinjan, Kuching
• Kerja mendalamkan dan melebarkan Sungai Tengah dan Sungai Minjap, Matang.
Dengan kos RM41.96 juta, projek ini telah bermula pada 21 Mei 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 Oktober 2027. Ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan Projek PLSB Sungai Sarawak bernilai RM191 juta yang melibatkan:
• Pakej 1: RM18.67 juta
• Pakej 2: RM23.86 juta
• Pakej 3: RM41.96 juta
Manakala baki RM106.51 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan perunding, kerja ukur, pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.
Insya-Allah, projek ini akan memberi manfaat kepada 22,600 penduduk dan melindungi kawasan seluas 130 hektar daripada risiko banjir, dengan tahap perlindungan sehingga 20 Average Recurrence Interval (ARI). Ia juga dijangka merancakkan aktiviti sosio-ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
Kami turut meninjau kerja naik taraf sistem saliran di Sekolah Kebangsaan Muara Tuang di Taman Muara Tuang Park, Stakan yang merupakan sebahagian daripada skop Projek PLSB Pakej 1.
Projek PLSB Sungai Sarawak ini bukan sahaja melindungi rakyat daripada risiko banjir, malah memperkukuh pengurusan sumber air secara bersepadu, menyokong adaptasi perubahan iklim serta memastikan kelestarian ekosistem dan pembangunan sosioekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus komited dalam menjamin kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan infrastruktur tebatan banjir yang efektif di Sarawak.
Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, kesejahteraan dan keprihatinan terhadap rakyat.
Terima kasih kepada semua wakil rakyat yang hadir sama dalam lawatan tapak ke 3 projek PLSB — Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Ahli Parlimen P193 Santubong merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ;
Datuk Rubiah Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ; Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN N7 Samariang yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) ; Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, ADUN N4 Pantai Damai merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).
Terima kasih juga kepada YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN. 6 Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak dan YB Datuk Hamzah Brahim, ADUN N17 Stakan.
#petraskuad
#petraskuadzonsarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, PETRA Skuad Zon Sarawak 2026 untuk hari terakhir bermula dengan saya menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Program Non Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1Negeri Sarawak di Stesen Pam Penggalak Sungai Lumut, Santubong.
Projek ini adalah inisiatif strategik Kerajaan bagi mengurangkan kadar kehilangan air tidak terhasil melalui penambahbaikan sistem pengukuran, kawalan dan pemetaan rangkaian bekalan air.
Stesen ini merupakan infrastruktur kritikal di kawasan Santubong, Kuching, yang berfungsi memastikan kestabilan tekanan dan bekalan air harian kepada penduduk dan sektor pelancongan setempat.
Ia yang berkapasiti sebanyak 3.00 Juta Liter Sehari (MLD) berkemampuan menyimpan sebanyak 0.12 Juta Liter (ML) mampu memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk.
Stesen ini memastikan aliran air yang kuat ke kawasan yang jauh dari saluran utama meliputi Kampung Sungai Lumut, Kampung Buntal, Kampung Santubong dan kawasan Damai.
Pelaksanaan projek memberi tumpuan kepada pemasangan dan/atau penggantian meter System Input Volume (SIV), pemasangan dan/atau penggantian meter pengguna serta pembangunan sistem pemetaan berasaskan Geographic Information System (GIS) bagi meningkatkan ketepatan data, kecekapan operasi dan keberkesanan pengurusan aset.
Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 di Negeri Sarawak dilaksanakan di seluruh negeri yang melibatkan aset bekalan air di bawah pentadbiran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dengan empat skop kerja iaitu:
•Pemasangan/Penggantian Meter SIV.
•Pemasangan/Penggantian Meter Pengguna.
•Pembangunan/pengukuhan sistem GIS bagi rangkaian bekalan air.
•Pembaikan Tangki (Altitude Valve).
Penyerahan projek ini turut disaksikan Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Ahli Parlimen P193 Santubong merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, ADUN N4 Pantai Damai merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).
#petraskuad
#petraskuadsarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 13 April 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Lubok Antu | 12 April 2026 | Ahad
Kita perlu memperluaskan campuran tenaga negara dan tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja seperti hidro atau gas. Ini kerana cabaran masa hadapan termasuk perubahan iklim yang ekstrem boleh menjejaskan sumber tertentu. Sebagai contoh, kekurangan hujan boleh mengurangkan paras air empangan dan menjejaskan penjanaan hidroelektrik.
Oleh itu, kita perlu bersedia dengan mempelbagaikan sumber tenaga termasuk gas, biofuel, biomass, tenaga solar dan juga angin. Pendekatan ini akan memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara sentiasa terpelihara, walaupun berlaku gangguan kepada bekalan global. Pada masa yang sama, aspek penjagaan alam sekitar juga perlu diberi perhatian.
Dalam konteks krisis tenaga global yang semakin mencabar akibat ketidaktentuan geopolitik, pendekatan proaktif Malaysia dalam memperkukuh sumber tenaga boleh baharu serta kepelbagaian campuran tenaga adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber konvensional, sekali gus meningkatkan daya tahan negara menghadapi sebarang krisis bekalan tenaga pada masa hadapan.
Hari ini saya bersama PETRA Skuad Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) meninjau pembangunan projek-projek tenaga boleh baharu (TBB) — Projek Hidroelektrik Batang Ai serta projek solar terapung hibrid di Empangan Batang Ai, Lubok Antu.
Sarawak memainkan peranan yang amat signifikan sebagai hab tenaga boleh baharu negara, berasaskan kelebihan sumber semula jadi terutamanya tenaga hidro, serta keupayaan mengadaptasi teknologi tenaga bersih secara berskala besar.
Kedudukan ini menjadikan Sarawak antara pemacu utama dalam menyokong sasaran negara untuk mencapai 70% kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber TBB menjelang tahun 2050.
Empangan Hidroelektrik Batang Ai yang telah beroperasi sejak tahun 1985 merupakan antara aset tenaga boleh baharu terawal negara, dengan kapasiti sedia ada sebanyak 94MW serta penjanaan tahunan sekitar 438GWj. Loji ini terus memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik yang stabil, bersih dan terjamin kepada grid Sarawak, di samping menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.
Di Batang Ai juga telah dibangunkan projek solar terapung hasil kerjasama antara SEB dan syarikat dari China. Projek solar terapung hibrid berkapasiti 50MW ini dibangunkan di atas takungan Batang Ai seluas kira-kira 190 hektar. Projek ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia, menggabungkan penjanaan hidro dan solar melalui pendekatan hibrid bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber tenaga boleh baharu.
Ini bermakna Sarawak kini mempunyai gabungan tenaga boleh diperbaharui daripada dua sumber utama iaitu air dan matahari. Perkembangan ini memperkukuhkan campuran tenaga di Sarawak yang sebelum ini bergantung sekitar 60 hingga 70 peratus kepada tenaga hidro, kini turut dipelbagaikan dengan solar dan gas.
Dengan perkembangan ini juga, kebergantungan terhadap diesel dapat dikurangkan. Malah, jika grid Sarawak berjaya disambungkan ke Limbang seperti yang diumumkan oleh YAB Premier Sarawak, maka penggunaan diesel untuk penjanaan tenaga di negeri ini akan dapat dihentikan sepenuhnya. Syabas kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan SEB atas komitmen mereka dalam peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Gabungan teknologi hidro dan solar ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan serta kestabilan sistem tenaga, malah berfungsi sebagai mekanisme ‘firming’ bagi sumber tenaga boleh baharu yang bersifat berubah-ubah. Pendekatan ini juga memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global serta peningkatan permintaan elektrik, termasuk daripada sektor pusat data dan industri berteknologi tinggi.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kejayaan Sarawak dalam pembangunan solar terapung boleh dijadikan contoh di Semenanjung Malaysia. Projek seperti di Tasik Kenyir di bawah TNB telah mencapai kapasiti sehingga 500 megawatt. Di Sarawak pula, jika projek di Murum dan Bakun dilaksanakan sepenuhnya, jumlah kapasiti boleh mencecah sekitar 1,500 megawatt.
Empangan Batang Ai juga turut dilengkapi dengan sistem operasi digital dan kawalan jauh melalui Generation Control Centre (GCC) Sarawak Energy yang membolehkan pemantauan masa nyata serta meningkatkan kecekapan operasi loji. Ini mencerminkan kemajuan dalam pendigitalan sektor tenaga serta pengukuhan daya tahan sistem bekalan elektrik negara.
Lawatan kerja ini juga menjadi manifestasi keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap keupayaan Sarawak dalam menerajui pembangunan tenaga boleh baharu, di samping membuka peluang kepada peluasan pelaburan, pemindahan teknologi serta pembangunan ekonomi berasaskan tenaga bersih.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kerajaan akan terus memperkukuh kerangka dasar, peraturan dan kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri serta pihak industri bagi memastikan agenda peralihan tenaga negara dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan mampan.
PETRA Skuad Zon Sarawak 2026 berlangsung pada 12 hingga 13 April 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga negara secara strategik, mampan dan berimpak tinggi.
#petra
#petraskuad
#petraskuadsarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 12 April | Ahad
Alhamdulillah seawal 6.30 pagi ini saya menyempurnakan perlepasan PETRA Skuad Zon Sarawak 2026 dari bandar Kuching, untuk meninjau sektor tenaga di Batang Ai dan seterusnya sektor air di sekitar Kuching dan Samarahan esok.
Saya bersama pengurusan tertinggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) termasuk Ketua Setiausaha, Dato Sri Mad Zaidi bin Mohd Karli, menaiki bas bersama 29 pengamal media untuk perjalanan sejauh 260 kilometer (sehala) untuk hari ini.
Kami akan singgah minum pagi di R&R Jelukong sebelum meneruskan perjalanan ke Empangan Hidroelektrik Batang Ai (Batang Ai HEP).
Batang Ai merupakan tapak projek solar terapung hibrid terbesar di Malaysia, menggabungkan penjanaan hidro dan solar bagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Ia adalah empangan ‘concrete-faced rockfill dam’(CFRD) atau tambak batu pertama di Sarawak dan di Pulau Borneo.
Kami akan turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada rumah-rumah ibadah di Batang Ai oleh SEB menerusi program CSR. Sumbangan bantuan kewangan itu bertujuan menyokong aktiviti keagamaan, serta pemasangan sistem solar bumbung (rooftop solar) bagi membolehkan rumah-rumah ibadah ini menikmati bekalan tenaga yang lebih stabil dan mampan.
#petraskuad
#petraskuadsarawak2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi undangan empat Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 yang dianjurkan komuniti dan penduduk setempat di sekitar Petra Jaya.
Lokasi pertama di Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama di mana saya menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah yang disampai Haji Azmi Bin Haji Asha'ri.
Selepas itu, menunaikan Solat Isyak dan menghadiri Ramah Mesra Aidilfitri di Masjis At Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching sebelum ke Majlis Riang Ria Aidilfitri 2026 di Surau Darul Fadzliliah anjuran JKKK Kampung Gita Laut dan Taman Sri Melati dengan kerjasama PBB Ranting Kampung Gita Laut dan JKP Surau Darul Fadzliliah.
Saya juga berpeluang menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Malaysia Jaya di Dewan Malaysia Jaya, di mana ia adalah lokasi terakhir. Saya mengambil peluang bertanya khabar penduduk yang memeriahkan majlis dan memenuhi permintaan mereka yang hadir untuk mendendangkan bersama lagu raya.
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 11 April 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Limbang | 11 April 2026 | Sabtu
Alhamdulillah dapat bersama rakyat di utara Sarawak pada Majlis Pelancaran Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Limbang, yang disempurnakan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini tadi.
Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui konsep turun padang, menyediakan pusat sehenti untuk agensi awam / swasta, serta menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Ia memperkukuh tadbir urus berteraskan rakyat, memahami keperluan akar umbi, dan memupuk semangat kebersamaan di seluruh Sarawak.
Program Sarawakku Sayang juga menyediakan pelbagai perkhidmatan secara Pusat Sehenti (One-Stop Centre) melibatkan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta. Antara perkhidmatan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan pendidikan, peluang keusahawanan, khidmat kebajikan serta perkhidmatan digital seperti pembayaran bil utiliti, saman dan premium tanah.
Hadir sama pada majlis perasmian berkenaan ialah ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ; Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Jaga Sarawak • Intu Sarawak
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Limbang | 11 April 2026 | Sabtu
Pagi ini bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, melakukan tinjauan mesra di sekitar Bandar Limbang, bermula se awal jam 6.30 pagi, bagi meninjau pembangunan di bandar Utara Sarawak itu.
Kami berjalan kaki sejauh kira-kira 4 kilometer di sepanjang Waterfront Limbang dan kawasan bandar serta turut singgah sebentar di perkarangan Muzium Limbang.
Alhamdulillah bandar Limbang semakin pesat membangun di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak. Projek pembangunan semula dan naiktaraf Waterfront Limbang yang diilhamkan oleh beliau sendiri, dengan panorama Kampung Seberang Kedai terletak berseberangan, menjadi mercu tanda baharu yang akan menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke bandar ini.
Kami kemudiannya singgah minum pagi bersama penduduk setempat di Tamu Limbang.
Turut sama Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ; Ahli Parlimen Limbang yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah dan kedua-dua ADUN dalam kawasan Limbang iaitu ADUN Bukit Kota yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang ; serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Limbang | 11 April 2026 | Sabtu
Alhamdulillah pagi tok tek kamek dikurniakan Allah SWT rezeki Solat Subuh bersama penduduk tempatan di Masjid Baitul Iman, Limbang.
Kamek sampei ke bandar utara Sarawak tok lewat petang imarek untuk menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Dewan Suarah Limbang bersama YAB Premier Sarawak, malam tadik.
Hari tok kamek akan menghadiri perasmian program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Limbang, sebelum pulang ke Kuching petang kelak untuk acara-acara rasmi di Kuching. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Limbang | 10 April 2026 | Jumaat
Alhamdulillah sejurus tiba dari Kuala Lumpur, saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Dewan Suarah Limbang.
Majlis disempurnakan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, yang turut menyampaikan amanat.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
#sarawakkusayang
#jagasarawakintusarawak
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 9 April 2026 | Khamis
Singgah sebentar memenuhi jemputan rakan-rakan media Putrajaya ke program Nostalgia Raya Kelab Media Putrajaya yang berlangsung di Pavilion Taman Ekuestrian Putrajaya hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan untuk saya bersama-sama di majlis ini.
Terima kasih jua atas segala jasa dan pengorbanan rakan-rakan media yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan. Dedikasi rakan-rakan media dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, sahih dan berintegriti amatlah dihargai.
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara Ke 50 di Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 9 April 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 8 April 2026 | Rabu
Malam ini berkesempatan memenuhi undangan sahabat saya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan isteri, Dato Angelina Celestine Ujang, untuk bersama-sama di majlis perkahwinan anak perempuan beliau, Lilian Binjan Nanta Linggi, dengan pasangannya, Jared Jimbau Chabu, di sebuah hotel di Kuching.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi serta YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Tahniah Dato Sri Alex dan isteri Dato Angelina serta Tuan James Chabu dan isteri, Datu Dr Lulie Melling, yang masing-masing menerima ahli keluarga baharu.
Kepada pasangan pengantin yang anggun dan tampan berpakaian tradisional Ngepan Iban (perempuan) dan Baju Gagung (lelaki), tahniah atas perkahwinan! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berbesar hati dapat bersama para pemain industri, rakan strategik dan tetamu kehormat dalam ASIAWATER 2026 Industry Night di Kuala Lumpur, malam ini.
Selepas seharian dipenuhi sesi pameran, perbincangan teknikal dan perkongsian ilmu, malam ini memberi ruang untuk kita berhenti sejenak, menghargai usaha bersama serta memperkukuh hubungan yang menjadi asas kemajuan sektor air negara.
Sektor air memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Cabaran seperti kos operasi yang meningkat, infrastruktur yang semakin berusia, serta isu air tidak berhasil atau Non-Revenue Water (NRW) memerlukan penyelesaian yang mampan dan bersepadu.
Kerajaan melalui PETRA terus komited dalam mempertingkatkan infrastruktur dan sistem bekalan air ; mengurangkan kadar NRW ; memperkukuh kelestarian kewangan operator dan menggalakkan penggunaan teknologi digital dan inovasi.
Namun, kejayaan sebenar bergantung kepada kerjasama erat antara kerajaan, industri, penyelidik dan semua pihak berkepentingan.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, jurutera, operator utiliti, penyedia teknologi dan pembuat dasar, yang terus berusaha memastikan sistem air negara kekal cekap, selamat dan mampan.
Platform seperti ASIAWATER bukan sekadar pameran, tetapi medan penting untuk bertukar idea, membina kerjasama dan mencipta penyelesaian masa depan.
Semoga segala usaha ini memberi manfaat besar kepada negara dan generasi akan datang.
Terima kasih kepada penganjur, peserta dan semua yang menjayakan ASIAWATER 2026.
#tpmfy
#petra
#asiawater2026 #malaysiamadani
Kuala Lumpur | 7 April 2026 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan wakil YAB Ketua Menteri Sabah bagi membincangkan isu berkaitan banjir di Beaufort, Sabah di Bilik Berlian, Menara PETRA.
Dalam kunjungan itu, pelbagai perkara berkaitan banjir dan projek pembangunan di Beaufort dibentang bagi mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang.
Wakil YAB Ketua Menteri Sabah antaranya pembantunya, Datuk Isnin Hj Aliasnih; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Hj Ruslan Bin Muharam; Ahli Parlimen P.178 Sipitang, YB Matbali Bin Musah
Manakala di pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (AIR), Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
Putrajaya l 7 April 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 5 April 2026 | Ahad
Usai program di Petra Jaya hari ini, saya singgah menziarahi sahabat media, Razali Nordin, yang diuji kesihatannya sejak Ramadan lalu dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Jurufoto Bernama Sarawak itu diuji dengan pelbagai komplikasi seperti jantung, batu karang, buah pinggang dan diabetes. Beliau dijadual akan menjalani pembedahan injap jantung di Pusat Jantung Sarawak pada 4 Mei depan.
Kepada rakan-rakan pengamal media semua, sesibuk mana sekalipun tugas dan amanah perlu dilaksanakan, jagalah kesihatan diri. Kerja penting tapi kesihatan lagi penting, jaga diri baik-baik.
Mendoakan semoga dipermudahkan urusan rawatan saudara Razali dan dikurniakan Allah SWT sebaik-baik kesembuhan. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 5 April 2026 | Ahad
Usai Subuh 6.30 pagi tok tek, kamek berkesempatan nyampei hadiah kepada para pemenang Runmadhan Challenge 2026 di perkarangan bangunan Mahkamah lamak dekat The Waterfront Hotel.
Bangga nangar semangat sidak anak mudak tok aktif dalam aktiviti sihat macam tok. Aktiviti larian macam tok bukan ajak menyihatkan fizikal, tetapi dapat meningkatkan kesihatan mental, mengurangkan stres dan kemurungan serta meningkatkan fokus, daya ingatan, dan membina sahsiah dirik yang positif.
Melalui aktiviti macam tok juak sidak dapat mengeratkan silatulrahim, meningkatkan keyakinan diri dan merik kepuasan emosi.
Satu acara larian komuniti, Runmadhan Challenge 2026, telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan seramai 100 peserta. Acara tok menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM5,000.
Dua kategori utama telah dipertandingkan iaitu:
• Lelaki bawah 35 tahun
• Wanita bawah 35 tahun
Bagi kategori lelaki bawah 35 tahun, Muhammad Khairi Faiz muncul juara, manakala bagi kategori wanita bawah 35 tahun, Nadiana berjaya meraih tempat pertama.
Menariknya, kedua-dua juara merupakan anak kawasan P.194 Petra Jaya yang kamek wakili, masing-masing berasal dari Taman Malihah dan Kampung Segedup.
Tahniah semua anak muda. Teruskan melangkah walau apa pun cabaran, kerana setiap peluh yang jatuh adalah bukti usaha yang sik sia-sia. Larian bukan sekadar tentang siapa paling laju, tetapi tentang siapa yang sik berhenti (melibatkan diri dalam aktiviti sihat).
Kelilingi diri dengan rakan yang positif dan sokong antara satu sama lain untuk kekal aktif. Ingat, tubuh yang sihat adalah aset paling berharga untuk masa depan.
#tpmfy
#runmadhan2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 4 April 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, terharu dengan semangat perpaduan luar biasa warga Kampung Semariang Batu di Majlis Jalinan Aidilfitri Kampung Semariang Batu malam ini tadi. Inilah kekuatan sebenar kita, sentiasa saling menyokong antara satu sama lain.
Syabas dan tahniah kepada penganjur — JKKK Kampung Semariang Batu & Gabungan NGO Kampung Semariang Batu serta seluruh penduduk kampung yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan penuh semangat kebersamaan.
Namun dalam kita bergembira jangan lupa akan penderitan saudara kita di Palestin yang berdepan konflik berterusan. Kita harus bersyukur dengan nikmat keamanan dan perpaduan yang membolehkan kita meraikan majlis seperti ini.
Dunia juga sedang berdepan cabaran besar. Krisis di Asia Barat boleh memberi kesan kepada keselamatan bekalan tenaga global, termasuk minyak dan gas. Gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz, yang menjadi nadi kepada aliran minyak global, menyebabkan ketidaktentuan pasaran serta menekan harga minyak ke paras yang tinggi.
Alhamdulillah negara kita berada dalam keadaan terkawal, bersedia dan mengambil langkah proaktif untuk mengurus kesan krisis ini. Namun, kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya krisis ini berlarutan.
Kerajaan sentiasa memantau perkembangan semasa melalui mesyuarat berkala termasuk penubuhan ‘war room’ di peringkat Persekutuan serta sesi libat urus bersama kerajaan negeri bagi memastikan langkah proaktif dapat diambil. Kerajaan komited untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan.
Jangan panik. Kita kena terus barsatu, gunakan tenaga secara berhemah dan terus beri kerjasama penuh dengan kerajaan. Kerajaan sentiasa memantau situasi dan bersedia bertindak. Tapi kejayaan kita bergantung juga kepada kerjasama rakyat.
Dalam semangat Aidilfitri, marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, jaga antara satu sama lain, dan bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 4 April 2026 | Sabtu
Sampei di Kuching dari Kuala Lumpur pagi tok tek, kamek pengilan majlis perkahwinan pasangan Dr Nurfarrahhana Mohd Sapawi (Dr Farrah) dan Dr Mohd Fakhri Md Fathil (Dr Fakhri) di Arcum Tent Majma Mall.
Penganten perempuan, Dr Farah adalah anak kepada Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang , Tuan Mohd Sapawi Jamain dan Puan Fauziah Bolhassan, juga penduduk kawasan P.194 Petra Jaya, manakala penganten lelaki berasal dari Kuala Lumpur.
Alhamdulillah melalui majlis macam tok, dapatlah kamek berjumpa dan manyantuni penduduk kawasan yang pengilan sama, bertanya khabar sambil mengeratkan lagik silatulrahim.
Sebelum ke Arcum Tent Majma Mall, kamek sempat singgah pengilan sekejap di Dewan Sri Mahligai, Jalan Crookshank, Kuching — majlis perlahwinan pasangan Sharifah Intan Zaharah Syed Zikri (Zara) dan Ahmad Shafiq Zamahari (Shafiq).
Penganten lelaki, Shafiq adalah anak kepada penduduk kawasan Petra Jaya juak, iaitu bekas Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Zamahari Haji Saidi dan Puan Salina Haji Ramlie.
Semoga rumah tangga yang dibina kedua-dua pasangan penganten — Dr Farrah dan Dr Fakhri serta pasangan Shafiq dan Zara, sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah.
Mudah-mudahan, Allah SWT melimpahkan barakah dan kasih-sayang buat seluruh keluarga besar kedua-dua mempelai…Aamiin
#p194petrajaya
#sarawakkusayang -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 3 April 2026 | Jumaat
Hari ini saya berkesempatan menziarahi anak Sarawak, Nurul Fithriyani binti Mahrip, 31, yang diuji penyakit kanser darah (Relapsed/Refractory B-cell Acute Lymphoblastic Leukemia - R/R B-ALL) dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Turut menyantuni kedua ibu bapa Nurul,
Puan Sarimah Mingai dan Encik Mahrip Onga, serta suaminya Mohd Taufiq Abd Rahim, bertanyakan keadaan Nurul.
Terima kasih Pengarah / Pakar Perunding PPUM, Prof Dr Zulkifle Abu Bakar, yang hadir sama dan turut menerangkan mengenai rawatan yang diberikan kepada Nurul.
Nurul sudah menjalani rawatan Kemoterapi (MASPORE Protocol), Salvage therapy menggunakan Blinatumomab dan pemindahan sumsum tulang (Allogeneic Stem Cell Transplantation), Kimoterapi Idarubicin, Kimoterapi gabungan Venetodex, Bortezomb dan Vincristine. Namun keadaannya tidak berubah.
Penyakit beliau masih berulang dan tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan terhadap rawatan sebelum ini. Beliau memerlukan rawatan lanjut Imunotherapy Inotuzumab Ozogamicin dan Terapi inovatif CAR-T Cell.
Sama-sama kita mendoakan semoga keluarga ini terus dikurniakan Allah SWT kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini . Semoga segala urusan perubatan dan rawatan Nurul dipermudahkan dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para doktor dan jururawat yang sentiasa komited serta bertungkus-lumus merawat semua pesakit tanpa mengira waktu. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
1 April 2026 | Rabu
Selamat Ulang Tahun ke-80 @RTM_Malaysia, wadah yang menyantuni denyut nadi dan suara rakyat di seluruh pelosok negara.
RTM memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita yang sahih, mendidik masyarakat, serta menghiburkan pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Dari era radio klasik hingga ke platform digital masa kini, RTM terus relevan dan sentiasa dekat di hati rakyat.
Dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini serta kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), peranan RTM menjadi semakin penting, dalam memastikan rakyat terus menerima maklumat yang tepat, seimbang dan boleh dipercayai.
RTM perlu terus ke hadapan dalam menyampaikan maklumat sahih, di samping memperkembangkan bakat tempatan, mengetengahkan hasil karya anak seni, serta menggunakan teknologi secara berhemah supaya kekal relevan, diyakini dan menjadi medium utama dalam menyatukan serta membina jati diri negara.
Terima kasih kepada semua warga kerja RTM atas dedikasi, komitmen, dan usaha tanpa jemu dalam memastikan maklumat sampai kepada rakyat dengan tepat dan berintegriti.
Semoga RTM terus maju, kekal sebagai peneraju penyiaran awam, dan menjadi jambatan perpaduan rakyat Malaysia, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
RTM ~ Teman Setia Anda
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
31 Mac 2026 | Selasa
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan ibu bapa yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.
Kepada semua pelajar, ibu bapa, tiada istilah kegagalan, teruslah mencapai kecemerlangan, dalam akademik mahupun kemahiran, tahniah atas usaha gigih dan dedikasi anda semua!
Ini adalah detik pemula, untuk melangkah lebih jauh dalam satu perjalanan pendidikan anak-anak semua. Bagi yang belum mencapai keputusan yang diharapkan, teruskan perjuangan. Setiap usaha adalah langkah menuju kejayaan. Teruskan berusaha dengan tekad yang lebih kuat.
Kepada para guru yang sentiasa komited, sabar dan berdedikasi dalam mendidik serta membimbing anak-anak bangsa ke arah kecemerlangan, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati setiap pengorbanan yang dicurahkan.
#tpmfy
#spm2025
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 30 Mac 2026 | Isnin
Petang ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pejabat saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Delegasi TNB diketuai oleh Datuk Ir. Ts. Shamsul bin Ahmad, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB. Turut hadir ialah Ir. Mahathir Nor bin Ismail, Senior Chief Network Officer (SCNO) ; Ir. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Siam, Chief Strategy & Ventures Officer (CSVO).
Mohamad Fitri bin Basri, Pegawai Khas TNB di PETRA; Muhammad Yasir bin Tamizi, Special Officer (Stakeholder Liaison); dan Norazril bin Razali, Senior Liaison Officer (Government & Communities).
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 30 Mac 2026 | Isnin
Turut menerima kunjungan Datuk Dr Ewon Ebin, Ketua Bahagian PBRS (BN) Paginatan Ranau, Sabah, yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, di pejabat saya hari ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 30 Mac 2026 | Isnin
Pagi ini menerima kunjungan Persatuan Alumni SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak di pejabat saya.
Saudara Abdul Halim Jelani selaku Yang Dipertua Persatuan Alumni telah berkongsi laporan projek dan program di sekolah berkenaan untuk tempoh 2024 hingga 2025. Ia sebagai komitmen berterusan alumni dalam menyumbang kembali kepada alma mater yang banyak berjasa.
Bagi saya secara peribadi, SMK Panglima Bukit Gantang bukan sekadar sebuah institusi pendidikan. Di situlah bermulanya langkah pertama saya sebagai pelajar pada tahun 1975, dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam, melalui program pertukaran pelajar Yayasan Sarawak sebelum saya meneruskan pengajian ke Universiti Malaya.
Pertemuan hari ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga mengingatkan saya bahawa akar perjalanan kita sentiasa bermula dari tempat yang sama, iaitu sebuah sekolah yang membentuk jati diri dan masa depan.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah Tuan Hj Mohd Jamil Jahaya, Naib Yang Dipertua persatuan, serta saudara Mohd Rahmi Zainal, Penolong Setiausaha persatuan.
#tpmfy
#alumnismkpbg
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
25 Mac 2026 | Rabu
Selamat Hari Polis ke-219 buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Polis sentiasa ada, bertugas tanpa mengira masa dan ketika. Malah di musim perayaan sekalipun, di saat orang lain bersama keluarga, kalian semua tetap berada di barisan hadapan demi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara terus terpelihara.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” slogan yang bukan sekadar kata-kata, tetapi terbukti melalui setiap pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkah dan pengorbanan setiap warga PDRM.
Jasa kalian semua sentiasa di hati rakyat. Terima kasih wira negara.
#haripolis219 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 2 Syawal 1447H
Alhamdulillah, seronok dapat bersama warga Petra Jaya hari keduak kita beraya ari tok tek.
Terima kasih kepada Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya atas penganjuran Majlis Ramah Mesra Rakyat di CIDB Convention Centre Sarawak. Walaupun dibuat secara sederhana, kehadiran ribuan penduduk memang terasa sangat meriah.
Pelbagai juadah disediakan dari Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa hinggalah ke Swee Kang Ais Kacang nok popular di Kuching tok. Terasa suasana kebersamaan bila semua sik ngira kaum, dapat makan, duduk semeja dan beramah mesra.
Kehadiran TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menyerikan lagik majlis ya, selain beberapa Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dan Negeri.
Empat bas ngembak Orang Ulu dari Baram, Belaga, Lawas, Tubau dan Telang Usan, pun ada juak tek datang merik sokongan dengan sidak Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya.
Toklah keistimewaan Sarawak. Kita hidup dalam suasana penuh perpaduan, saling menghormati dan sentiasa meraikan antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Semangat toleransi toklah kekuatan kita bersama yang perlu kita pertahankan sampei bila-bila.
Gembira dapat berjumpa, bersalaman dan bertanya khabar dengan semua. Insya-Allah, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat akan terus kita pelihara.
Selamat Hari Raya Aidiltiri. Maaf Zahir dan Batin
#aidilfitri2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini 22 Mac ~ kita menyambut Hari Air Sedunia. Ia membawa satu peringatan penting bahawa air bukan sekadar sumber, tetapi nadi kehidupan, kesejahteraan rakyat, dan kemakmuran negara. Malaysia dikurniakan sumber air yang banyak, namun cabaran pengurusan dan kelestariannya semakin kompleks seiring perubahan iklim dan pembangunan pesat.
Hari Air Sedunia (HAS) 2026 mengangkat mesej bahawa air bukan sekadar keperluan, tetapi hak yang perlu dinikmati secara adil oleh semua. Tema HAS peringkat antarabangsa tahun ini ialah “Air dan Kesaksamaan Gender” menekankan keadilan, kesaksamaan, dan peranan semua pihak tanpa mengira jantina, dalam menjaga sumber air.
Sementara itu, tema HAS peringkat nasional pula iaitu “Air Milik Semua” mengingatkan bahawa setiap individu berhak kepada sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi untuk kehidupan yang sejahtera.
Dalam keadaan semasa juga, kita berdepan isu kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang masih tinggi di beberapa negeri. Kebocoran paip, kecurian air, dan infrastruktur usang memberi kesan besar kepada kecekapan sistem bekalan air negara. Usaha berterusan sedang digiatkan untuk menaik taraf sistem, memperkukuh pemantauan, dan mengurangkan kadar NRW demi memastikan setiap titisan air sampai kepada rakyat.
Pada masa yang sama, kita tidak boleh memandang ringan ancaman pencemaran sumber air. Aktiviti tidak bertanggungjawab, pembuangan sisa, serta perubahan guna tanah memberi tekanan kepada sungai dan empangan kita. Melindungi sumber air adalah tanggungjawab bersama, di pihak kerajaan, industri, dan masyarakat.
Kerajaan komited untuk memperkukuh dasar dan pelaksanaan dalam sektor air melalui pendekatan lebih mampan dan bersepadu. Ini termasuk pelaburan dalam teknologi pintar, pengurusan sumber air secara holistik, serta kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan air negara sentiasa terjamin.
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) antaranya adalah pelan jangka panjang Malaysia (hingga tahun 2040) untuk memperbaiki pengurusan air negara, menjamin bekalan air bersih mencukupi dan menjadikan sektor air lebih moden dan mampan.
Namun, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan rakyat. Amalan penjimatan air perlu dijadikan budaya harian. Gunakan air secara berhemah, baiki kebocoran di rumah, dan elakkan pembaziran. Setiap tindakan kecil kita memberi impak besar kepada masa depan bekalan air negara.
Kepada generasi muda, anda adalah pewaris khazanah air negara. Didik diri dan rakan-rakan untuk menghargai air sebagai sumber yang tidak ternilai. Kesedaran hari ini adalah jaminan kelestarian hari esok.
Sempena Hari Air Sedunia ini, marilah kita bersama-sama memperbaharui komitmen untuk menjaga, memelihara, dan menggunakan air dengan penuh tanggungjawab. Air untuk semua, tanggungjawab kita bersama.
#hariairsedunia2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 1 Syawal 1447H
Usai solat sunat Aidilfitri pagi ini saya ke Astana Negeri Sarawak bagi menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Khas 2026 Bersama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis berkenaan turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; timbalan-timbalan menteri; ketua jabatan; serta tetamu kehormat yang lain.
#aidilfitri2026 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang menyempurnakan Ramadan dan kini menyambut Syawal yang penuh keberkahan.
Marilah kita raikan Aidilfitri tahun ini dengan sederhana tetapi penuh makna. Dunia hari ini masih berdepan konflik dan peperangan di beberapa rantau termasuk di Asia Barat melibatkan Gaza–Palestin, serta ketegangan antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat yang terus memberi kesan kepada kestabilan serantau. Di Eropah Timur, konflik Rusia–Ukraine yang berpanjangan masih belum menemui noktah, manakala di Asia Selatan, ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan turut menambah tekanan kepada keamanan serantau.
Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan dunia, malah memberi kesan besar kepada ekonomi global, termasuk gangguan bekalan tenaga dan makanan, kenaikan harga komoditi, serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa. Tempiasnya turut dirasai di Malaysia apabila kos sara hidup meningkat, rantaian bekalan terjejas dan ekonomi menjadi lebih mencabar, menuntut kita semua untuk lebih berhemah dan berwaspada dalam setiap perbelanjaan.
Dalam suasana dunia yang tidak menentu, setiap sen yang kita jimatkan memberi makna besar kepada masa depan kita dan keluarga.
Namun begitu, janganlah keadaan ini memadamkan kemeriahan Hari Raya. Hakikatnya, kemeriahan sebenar bukan pada kemewahan, tetapi pada kebersamaan – duduk semeja, saling memaafkan, menghargai keluarga tersayang dan memperkukuhkan kebersamaan dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum dan agama.
Kerajaan MADANI telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi membantu rakyat menghadapi krisis dunia, dengan menguruskan perbelanjaan negara secara berhemah. Di sebalik kenaikan harga minyak global, Kerajaan MADANI berusaha melindungi rakyat melalui subsidi bersasar sambil mengurus harga bahan api secara bertanggungjawab.
Tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan, Kerajaan MADANI masih mengekalkan harga RON95 di bawah BUDI95 bagi melindungi isi rumah. Di samping itu bantuan tunai tambahan RM100 BUDI Diesel turut disalurkan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan dan Bantuan Khas Kewangan juga sudah disalurkan, selain pemberian cuti tambahan supaya rakyat dapat membuat persiapan Aidilfitri dan pulang ke kampung dengan lebih tenang. Semoga usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada semua.
Kerajaan akan terus berusaha memastikan kestabilan melalui kawalan harga barang keperluan, pengukuhan jaringan keselamatan sosial, bantuan bersasar kepada rakyat, serta usaha memperkukuh ekonomi domestik agar kita tidak terlalu bergantung kepada faktor luar. Di sebalik setiap dasar dan keputusan yang dibuat, ada matlamat kerajaan yang cukup jelas, demi membantu rakyat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Namun kekuatan Malaysia bukan hanya pada dasar kerajaan sahaja, ia juga terletak pada rakyatnya. Dalam suasana yang mencabar ini, marilah kita terus memelihara perpaduan yang telah lama menjadi tunjang negara. Saling menghormati, jaga sensitiviti, tolong-menolong, dan saling memahami antara kaum adalah kekuatan terbesar kita. Jangan sama sekali biarkan perbezaan memecahkan kita, sebaliknya jadikan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan.
Hari Raya ini adalah waktu terbaik untuk kita merapatkan kembali silaturahim, memaafkan, dan memperkukuhkan jambatan perpaduan. Negara ini hanya akan terus kukuh jika rakyatnya bersatu hati, segulai sejalai.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, utamakan keselamatan, pandulah dengan berhati-hati. Pastikan rumah dikunci rapi, maklumkan kepada jiran atau balai polis terdekat, tutup suis elektrik dan paip air dengan rapat. Kita mahu pulang beraya dengan tenang, dan kembali juga dengan hati yang lapang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas,
Hj Fadillah Bin Hj Yusof -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan Bagi Membanteras Ketirisan Dan Penyeludupan (JTPAP) yang julung kalinya diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Mesyuarat ini satu platform penting dalam melaksanakan pendekatan Whole of Government Approach, di mana semua agensi penguatkuasaan berganding bahu memikul tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing secara bersepadu. Pendekatan ini bukan sahaja membolehkan kerajaan menangani isu ketirisan subsidi dengan lebih sistematik, malah memastikan setiap langkah yang diambil saling melengkapi antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Saya menekankan bahawa satu kolaborasi penguatkuasaan yang mantap dan jitu adalah amat diperlukan. Kita tidak boleh hanya menumpukan kepada bidang kuasa dan tugasan masing-masing semata-mata. Sebaliknya, isu ketirisan barang kawalan perlu dilihat secara holistik, mengambil kira semua faktor dari pengeluaran, pengedaran, hingga ke pasaran.
Dunia kini menyaksikan konflik berskala besar antara Amerika Syarikat, Israel dan Republik Islam Iran yang terus meningkat dari hari ke hari. Konflik ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan politik tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan dan kestabilan perdagangan antarabangsa.
Lebih membimbangkan, konflik antarabangsa ini turut berpotensi meningkatkan ketirisan subsidi dan barangan kawalan. Ketidaktentuan pasaran, gangguan bekalan serta kenaikan kos global boleh mendorong penyelewengan, penyeludupan dan tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak yang tidak berintegriti.
Semua agensi penguatkuasaan terus memperkukuh kerjasama, berkongsi maklumat secara strategik dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti dan disiplin. Kejayaan usaha membanteras ketirisan bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata tetapi juga kepada koordinasi, komunikasi dan perancangan yang sistematik di peringkat kementerian dan antara agensi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya I 16 Mac 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya menghadiri Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, di Kompleks Percetakan Bersepadu Nasyrul Quran, Presint Diplomatik.
Mushaf al-Quran terbabit menjadi antara mushaf hibrid terawal yang menggabungkan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital di mana setiap salinannya diintegrasikan dengan kod respons pantas (QR) sekali gus pembaca dapat mengakses pelbagai bahan sokongan secara digital.
Antara bahan sokongan digital berkaitan al-Quran adalah terjemahan pelbagai bahasa, panduan tajwid, penerangan berkaitan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
YAB Perdana Menteri kemudiannya turut melancarkan satu kontena al-Quran wakaf di bawah Projek Wakaf Satu Juta Al-Quran yang mengandungi naskhah al-Quran terjemahan bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris dan Perancis untuk diedarkan di Kanada serta Amerika Syarikat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 16 Mac 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 15 Mac 2026 | Ahad
Alhamdulillah sebelum pulang ke ibu negara saya bersama Exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N7 Samariang, membawa 110 anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan, membeli pakaian dan kasut raya di Aeon Mall di Kuching.
Program Sinaran Raya 2026 Pemuda PBB Cawangan N7 Samariang itu menyantuni anak-anak yang memerlukan bantuan daripada 22 ranting PBB N7.
Turut sama YB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) dan ADUN N7 Samariang.
Semoga usaha ini dapat meringankan beban keluarga terbabit dengan anak-anak berkenaan dapat sama-sama merasai kemeriahan suasana Aidilfitri.
Dalam setiap senyuman anak yatim dan golongan memerlukan bantuan yang kita bantu, Insya-Allah tersimpan doa yang tulus yang kembali kepada kita. Semoga setiap kebaikan yang kita hulurkan menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Marilah kita terus menyemai kasih sayang, berkongsi rezeki, dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan hidup kita sentiasa diberkati.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Mac 2026 | Sabtu
Selepas solat Terawih bersama penduduk di Segedup malam ini, saya sempat singgah menyantuni golongan belia yang berniaga di Kelam Carbut Belia yang diadakan di Tapak Kubah Ria Lama, berhadapan Medan Niaga Satok.
Seramai 25 orang belia mengambil peluang berniaga dengan menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian serta barangan lain di tapak berkenaan. Jualan “Car Boot” ini diadakan selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Mac 2026, dan dibuka kepada orang ramai dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.
Ia dianjurkan oleh Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.6 Tupong dengan kerjasama Youlead Sarawak, sebagai satu inisiatif bagi menggalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan.
Semoga usaha sebegini akan memberi ruang kepada anak-anak muda untuk belajar berniaga, menimba pengalaman, serta membina keyakinan diri, seterusnya menjadi platform untuk melahirkan usahawan muda yang kreatif, berdaya saing dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Turut bersama saya pada malam ini ialah YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN N.6 Tupong.
Semoga program sebegini akan terus diperluaskan pada masa hadapan agar lebih ramai belia dapat diberi peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan memanfaatkan potensi yang mereka miliki.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 14 Mac 2026 | Sabtu
Usai Maghrib di Masjid Al-Ghazali, Jalan Depo, dalam Dewan Undangan Negeri N7 (DUN) Samariang, saya menunaikan fardhu Isya’ dan solat Terawih di Surau Al-Tawahhud, Kampung Segedup Rimba, dalam DUN N8 Satok.
Alhamdulillah sepanjang hari ini iaitu hari ke-24 umat Islam berpuasa, saya berkesempatan bersama kariah di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen P.194 Petra Jaya, selepas Asar di Masjid Darul Abrar, Kampung Tupong Tengah dalam DUN 6 Tupong, dan Zohor di Masjid Darul Naim, Kpg Lintang dalam DUN Samariang.
Dalam kesibukan tugas di Ibu Negara saya akan berusaha sedaya upaya untuk bersama penduduk di ketiga-tiga DUN dalam parlimen yang saya wakili, apabila pulang ke kawasan.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Mac 2026 | Sabtu
Menghadiri Majlis Ihya Ramadan Masjid Al Ghazali, Jalan Depo, petang ini tadi. Ia adalah anjuran bersama Persatuan Golf Amatur Bumiputera Sarawak dan Masjid Al Ghazali.
Turut menyampaikan sumbangan kepada 70 anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim serta mendengar tazkirah sebelum berbuka puasa dan Maghrib berjemaah.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Mac 2026 | Sabtu
Alhamdulillah petang ini saya berpeluang menghadiri dan turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran pimpinan Ustaz Muhammad Hasbi Bin Syamron, di Masjid Darur Abrar, Kpg Tupong Tengah, Petra Jaya, selepas berjemaah Asar bersama kariah di masjid berkenaan.
Turut sama para pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Bidayatul Muhtadin, sebuah institusi pendidikan Islam persendirian (tahfiz) yang terletak di Surau Darul Huda Lama, Kampung Siol Kandis, Kuching, Sarawak.
Marilah kita terus berusaha menjadikan al-Quran sebagai asas dalam kehidupan kita. Fahami dan hayatilah isi kandungan al-Quran agar kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Surah Al-Isra', 17-9)
Semoga Al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita semua di dunia dan akhirat.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Mac 2026 | Sabtu
Alhamdulillah hari ini dikurniakan Allah SWT rezeki solat Zohor bersama kariah di Masjid Darul Naim, Kpg Lintang, sebelum mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengurusan Masjid diketuai Pengerusinya, Dr Abang Azizan Ariffin.
Dalam pertemuan berkenaan saya diberikan taklimat mengenai Pelan Transformasi Masjid Darul Naim 2026/2029, aktiviti masjid 2026, cadangan pengukuhan dana Masjid dan keperluan pembaikan serta naiktaraf masjid.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Mac 2026 |Sabtu
Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan untuk memahami dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap langkah penjimatan yang diambil kerajaan, susulan ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat dengan kesannya mula dirasai ke atas ekonomi negara.
Ini termasuklah langkah kerajaan mengehadkan lawatan semua anggota pentadbiran kerajaan ke luar negara dan mengarahkan semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.
Komitmen padu kerajaan dengan mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan adalah demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Melihat perkembangan di peringkat global sekarang, ada tiga perang sebenarnya — Rusia dengan Ukraine ; Afghanistan dengan Pakistan ; juga Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat.
Perkembangan ini boleh menyebabkan bukan sahaja pergolakan tapi akhirnya menjejaskan bukan sahaja politik tetapi ekonomi dunia. Ini kerana Selat Hormuz adalah laluan utama dagangan dunia iaitu minyak dan gas, manakala Malaysia pula memerlukan baja dan pelbagai bekalan.
Dari segi minyak, cabarannya ialah minyak pesawat. Bekalan minyak pesawat masih banyak tersadai di lautan dan ini menyebabkan harga tiket penerbangan naik secara purata 90 peratus. Apa yang dilakukan Singapore Airlines, ialah bagi sesiapa yang sudah membeli tiket awal mereka batalkan dan membayar balik kos pembelian tiket kepada penumpang. Apabila membeli tiket baharu harganya berkali ganda.
Bagi umat Islam cabarannya ialah mereka yang akan menunaikan fardu haji, melibatkan harga tiket penerbangan. Oleh itu kita perlu bersiap sedia dari sekarang. Kita perlu simpan duit sebab subsidi minyak petrol sahaja setiap bulan jika perang berlanjutan ialan RM2 bilion, bermakna setahun RM24 bilion. Manakala subsidi diesel RM1.3 bilion sebulan.
Namun Alhamdulillah kedudukan kita masa ini lebih baik daripada negara-negara lain termasuk jiran kita. Harga minyak kita masih kita dapat kekalkan, sedang Singapura sekarang sudah mencecah RM10. Harga minyak di Thailand dan Indonesia pun tinggi. Jadi cabaran pada kita, apabila harga minyak murah, ada yang nak ambil peluang menyeludup dan jual minyak ke Indonesia.
Jadi kes macam ini yang kita kena berjaga dan memberi kerjasama sepenuhnya. Kerajaan tengah memantau untuk memastikan Malaysia tak akan terkesan dan jika terkesan macam mana kita nak pastikan rakyat dan ekonomi tidak terjejas.
Justeru pada Program Sumbangsih – Santunan Kasih Seindah Syawal, Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N7 Samariang hari ini saya mengajak rakyat supaya memahami keadaan semasa, berjaga-jaga dan berhemah dalam perbelanjaan termasuk dalam penggunaan elektrik. Sebab di Semenanjung elektrik sekarang bergantung dengan gas, minyak dan arang batu. Di Sarawak Alhamdulillah tidak terjejas sangat sebab ada banyak hidro.
Sementara itu melalui Program Sumbangsih – Santunan Kasih Seindah Syawal, saya bersama YB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) dan ADUN N7 Samariang, menyampaikan bantuan duit raya serta bakul kuih-muih raya kepada 150 penerima di kawasan N.7 Samariang sebagai sokongan segera bagi membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang Syawal.
Semoga setiap sumbangan membawa kegembiraan dan keberkatan buat semua. Marilah kita menjadikan Ramadan ini sebagai peluang untuk lebih banyak bersedekah dan berkongsi rezeki, supaya keberkatan bulan yang mulia ini dapat dirasai oleh semua.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Surau Darul Naim, Pinang Jawa.
Usai solat, saya menikmati juadah moreh termasuk pelbagai kuih-muih tempatan bersama penduduk kariah.
#tpmfy
#segulaisejalai
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 13 Mac 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 13 Mac 2026 | Jumaat
Alhamdulillah bersama kira-kira 1,600 penduduk Sarawak menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Sarawak bersama YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Jamek Negeri Sarawak, petang ini.
Suasana cukup meriah dan penuh kebersamaan. Antara juadah tradisi Sarawak yang dihidangkan termasuk bubur pedas, umai ikan, kuih bongkol, kuih celorot dan kuih penyaram, selain pelbagai hidangan lain, sebagai berbuka puasa.
Hadir sama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta dua Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, pemimpin-pemimpin Persekutuan dan Negeri.
Kami juga mendengar tazkirah ‘Memurnikan Ramadan dengan Perpaduan’ oleh Mufti Negeri Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim, sebelum berjemaah solat Maghrib.
Semoga Ramadan kali ini terus memperkukuh ukhuwah, perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Penghargaan dan terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dan Urusetia Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) atas kejayaan penganjuran Majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 .
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 13 Mac 2026 | Jumaat
Kunjungan sebentar sekitar 20 minit, namun cukup besar maknanya bagi peniaga bazar Ramadan dan penduduk khususnya dalam kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya yang saya wakili.
Terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas kesudian memilih Bazar Ramadan Sukma Ria untuk dikunjungi dalam jadual lawatan singkat dan cukup padat ke Kuching, Sarawak hari ini. Turut sama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
YAB Perdana Menteri sempat menyantuni para peniaga dan orang ramai yang hadir, sambil melihat sendiri kemeriahan bazar Ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Bazar Ramadan Sukma Ria pada tahun ini menampilkan 77 gerai makanan, 16 gerai minuman dan 8 gerai makanan panggang yang beroperasi sepanjang tempoh 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 petang setiap hari.
Selepas lawatan tersebut, YAB Perdana Menteri seterusnya berangkat ke Masjid Jamek Negeri Sarawak bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Sarawak.
Suasana bazar yang meriah jelas memperlihatkan semangat kebersamaan masyarakat sambil menyokong peniaga tempatan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Pembangunan Bersama YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.
Mesyuarat kira-kira sejam itu dihadiri YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Hadir sama, barisan kepimpinan negeri Sarawak.
Dalam mesyuarat, pelbagai perkara dibentang dan dibincangkan mengenai hala tuju dan perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan Sarawak.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 13 Mac 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, usai mendarat dari Kuala Lumpur, saya terus menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Barakah, Tabuan.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 13 Mac 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Agihan Makanan kepada Komuniti di IWK Eco Park, Pantai Dalam.
Saya turut meluangkan masa meninjau 100 gerai peniaga bazar IWK Eco Park malah turut merasai pengalaman peniaga berniaga.
Lebih menarik, sebanyak 500 pek juadah berbuka yang dibeli daripada para peniaga di bazar terbabit turut diagih kepada komuniti setempat.
Selepas berbuka puasa beramai-ramai, saya bersama para hadirin menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta terawih.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 12 Mac 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara dan Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke 87 di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra.
Peranan MNKT sebagai platform penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting dalam memastikan pengukuhan penguatkuasaan serta kecekapan tadbir urus perbandaran.
Usaha ini mencerminkan komitmen terhadap pengukuhan tata kelola yang memberi impak nyata kepada rakyat. Sekiranya usaha ini dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia mampu memperlihatkan perubahan yang boleh dilihat dan dirasai oleh masyarakat di lapangan.
Melalui pelaksanaan yang berkesan, penguatkuasaan ini akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, kesejahteraan awam serta keharmonian sosial dalam komuniti.
Dalam konteks pentadbiran kerajaan tempatan, tahap disiplin dan integriti dapat dinilai melalui keberkesanan penguatkuasaan undang-undang oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penguatkuasaan ini merupakan antara fungsi teras yang memastikan peraturan dipatuhi demi kesejahteraan masyarakat.
Walau bagaimanapun, tujuan utama penguatkuasaan bukan semata-mata untuk menghukum kesalahan, tetapi untuk melindungi kepentingan awam, menjamin kesejahteraan komuniti dan mencegah risiko kemudaratan.
Matlamat ini selari dengan nilai ketakwaan yang ingin dibentuk melalui semangat Ramadan sebagai madrasah pembinaan akhlak dan tanggungjawab.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 12 Mac 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
(Surah al-Baqarah: 43)
Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan untuk kita semua menyempurnakan kesemua Rukun Islam dan sudah pastinya di bulan mulia ini, perintah menunaikan zakat perlu dilaksanakan.
Atas perintah inilah, saya juga mengambil peluang menunaikan tanggungjawab dengan menyempurnakan salah satu Rukun Islam itu.
Terima kasih kepada Tuan Fahmi Ismail, Pengurus Besar Operasi Luar PPZ-MAIWP kerana menerima zakat saya di pejabat saya, hari ini.
Semoga segala amal ibadah kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya | 12 Mac 2026 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Islam IQKL di Taman Tun Dr Ismail.
Saya turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah bersama tetamu jemputan dan warga IQKL.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Petaling Jaya l 11 Mac 2026 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Perasmian Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang dirasmikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Majlis turut dihadiri isteri YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 10 Mac 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, tahniah kepada 29 Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Parlimen P.194 Petra Jaya yang menerima geran tahunan, malam ini.
Majlis diadakan di Surau Nurul Muslimin, Kampung Sungai Bedil Besar selepas solat Terawih bersama masyarakat setempat mengumpulkan sebanyak 29 KJM bagi menjayakan penyerahan geran tahunan ini.
Dalam ucapan ringkas, saya menyeru semua KJM menjadi mata dan telinga DBKU bagi merealisasikan pemerkasaan komuniti sihat dari sudut keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
KJM memainkan peranan sangat penting kepada masyarakat seperti:
- Menghidupkan aktiviti kemasyarakatan.
- Memupuk perpaduan.
- Menjadi penghubung antara Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan.
Terima kasih kepada DBKU kerana menyalurkan geran tahunan sebanyak RM3,000 setiap KJM melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM87,000.
Semoga lebih ramai penduduk menyertai aktiviti KJM kerana
kejayaan sesuatu program komuniti bergantung kepada
penglibatan aktif masyarakat.
#tpmfy
#ramadan1447h #ramadankareem
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 8 Mac 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, penganjuran Majlis Iftar Jamaie NEXGEN Petra Jaya sudah masuk tahun ke lima dan kali ini dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Ghazali yang menjadi tuan rumah.
Majlis ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 yang menghimpunkan seramai 152 pelajar dan kanak-kanak yang menerima sumbangan duit raya iaitu:
- 95 kanak - kanak Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.
- 57 pelajar Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching, Madrasah Darul Uloom Al-Fatah dan Madrasah Bidayatul Muhtadin.
Penganjuran kali ini turut dijayakan dengan penglibatan seramai 40 sukarelawan NEXGEN Petra Jaya yang terdiri daripada Mahasiswa Cyberjaya College dan belia-belia Petra Jaya.
#tpmfy
#ramadan1447h
#ramadankareem
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 8 Mac 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Santubong | 8 Mac 2026 | Ahad
Generasi muda terutama kalangan pelajar perlu diperkasakan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, malah dengan kekuatan iman dan akhlak yang mulia. Dengan gabungan ilmu, iman dan akhlak, mereka mampu menjadi generasi yang berdaya saing serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Pendidikan yang paling penting ialah mendidik hati anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah SWT, di samping menanamkan nilai kasih sayang, keprihatinan dan akhlak yang baik. Apabila hati dipenuhi iman, mereka akan lebih bijak menilai baik dan buruk serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.
Ini penting kerana pelajar hari ini adalah merupakan pewaris masa depan ummah dan negara, yang akan memimpin masyarakat serta menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Mereka juga perlu bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah penggunaan media sosial, perkembangan teknologi serta kemunculan era kecerdasan buatan (AI) yang semakin mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Tanpa bimbingan yang betul, pelbagai pengaruh luar boleh mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat, khususnya golongan muda.
Perkara ini saya kongsikan ketika
berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kem Ihya’ Ramadan 2026 di CENTEXS Santubong, petang ini.
Kem selama 3 hari 2 malam (6–8 Mac 2026) ini menghimpunkan 100 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah sekitar Parlimen P.194 Petra Jaya. Program ini memberi ruang kepada para pelajar untuk menghayati bulan Ramadan melalui pelbagai pengisian rohani dan pembangunan diri.
Sepanjang kem berkenaan berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti bermanfaat seperti ceramah motivasi dan pengisian kerohanian, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), tadarus Al-Quran, aktiviti riadah serta ibadah berjemaah termasuk solat fardu, tarawih dan qiamullail.
Saya percaya program seperti ini amat penting dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan generasi muda. Ramadan merupakan madrasah tarbiah yang mendidik kita tentang nilai sabar, disiplin, integriti dan keinsafan, selain mengukuhkan jati diri sebagai insan yang berakhlak mulia.
Semoga usaha murni seperti ini terus dilaksanakan pada masa hadapan demi melahirkan generasi muda yang cemerlang dunia dan akhirat.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 8 Mac 2026 | Ahad
Usai berjemaah Zohor bersama penduduk kawasan di Masjid Al-Hakim, Kampung Muda Hashim, Kuching, hari ini tadi, saya menyempurnakan Program Belia dan Pemuda Prihatin Petra Jaya 2026.
Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Sayap Belia dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) P.194 Petra Jaya, dengan melibatkan penyertaan 150 ahli kedua-dua sayap PBB itu.
Sebanyak 800 bekas bubur lambuk dan air botol diagihkan kepada penduduk dan kepada pemandu / penumpang kenderan yang lalu di hadapan masjid berkenaan.
Turut diagihkan ialah bakul makanan kepada 20 pemandu grab dari kalangan belia dan pemuda. Manakala konvoi bermotosikal terdiri dari Belia dan Pemuda PBB turut mengagihkan bakul makanan kepada 100 m rumah dalam ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Petra Jaya.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Belia dan Pemuda PBB Petra Jaya atas inisiatif murni yang dijayakan itu.
Semoga semangat kebersamaan, kasih sayang dan berkongsi rezeki ini terus subur, agar keberkatan dan kesejahteraan dapat dirasai bersama oleh seluruh masyarakat.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 8 Mac 2026 | Ahad
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf yang dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa — Lembaga yang saya pengerusikan.
Program kebajikan tahunan ini bertujuan menyantuni serta berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan agar mereka dapat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna bersama keluarga.
Pada tahun ini, seramai 345 penerima daripada beberapa kawasan sekitar telah menerima sumbangan, antaranya dari Kampung Pinang Jawa, Kampung Gita Laut, Sri Melati, Kampung Gita Lama, Sungai Maong, Kampung Gita Baru, Taman Marple, Kampung Gita Tengah, Taman Gita Jaya, Taman Fitrah, Taman Rose, Taman Foong Joon serta Laruh Scheme dan Batu 2½ Jalan Matang.
Turut bersama saya pada majlis hari ini ialah YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap ADUN N6 Tupong, serta Datuk Zaidi Suhaili, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati Allah SWT.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
8 Mac 2026 | Ahad
Hari Wanita bukan sekadar sambutan, tetapi satu penghargaan terhadap peranan dan pengorbanan besar wanita dalam kehidupan — bukan sahaja dalam sesebuah institusi keluarga, malah dalam masyarakat, negara dan pentas antarabangsa.
Dalam kita meraikan golongan wanita, kita juga wajar menyedari realiti yang masih dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia. Jurang dalam aspek sosial, ekonomi dan politik masih wujud dan memerlukan perhatian bersama. Selain itu, isu keganasan dan konflik turut memberi kesan yang besar kepada wanita dan kanak-kanak.
Di Malaysia, wanita terus memainkan peranan besar dalam keluarga, pendidikan, ekonomi dan juga kepimpinan masyarakat. Ramai wanita menjadi pendidik generasi, pemangkin perubahan sosial serta penyumbang kepada pembangunan negara. Namun, dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa, usaha untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan dan peluang yang adil kepada wanita perlu terus diperkukuh.
Kita akan terus berusaha memberikan bantuan, perlindungan, sokongan dan mewujudkan ruang selamat kepada golongan wanita di Malaysia. Wanita juga adalah tonggak utama negara sekalipun mungkin mereka hanya bekerja dan menyumbang secara di belakang tabir.
Peranan dan pencapaian wanita wajar sentiasa diiktiraf dan dihargai, kerana inilah langkah pertama untuk kita meruntuhkan stereotaip terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat.
Sempena Hari Wanita ini, marilah kita bersama-sama terus menghargai dan memartabatkan peranan wanita sebagai rakan penting dalam membentuk masa depan negara.
Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.
Selamat Hari Wanita
#hariwanita2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 7 Mac 2026 | Sabtu
Acara ke-5 kamek di kawasan untuk hari ke-17 Ramadan, ialah bersama anak-anak muda untuk Flag Off NEXGEN Petra Jaya Runmadhan Challenge di Toko Daging Satok.
Walaupun dalam bulan Ramadan, semangat belia untuk terus aktif bersukan memang luar biasa. Toklah bukti bahawa bulan puasa bukan halangan untuk kekal sihat dan aktif, malah boleh jadi masa terbaik untuk kita nyaga kesihatan sambil mengeratkan hubungan sesama komuniti.
Program tok dianjurkan bersama oleh NEXGEN Petra Jaya, DayBreak247 dan RUSH, dengan cabaran mencatat mileage larian tertinggi sepanjang bulan Ramadan. Lebih menarik, setiap hujung minggu akan ada night run gathering supaya belia dapat berlari bersama, berkenalan dan santai sambil menikmati sesi moreh.
Seronok melihat ramai yang turun padang lepas Terawih untuk lari santai, sembang dengan kawan-kawan, dan diakhiri dengan moreh bersama.
Kamek turut mengadakan sesi santai bersama 15 belia NEXGEN kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya, di mana kamek berkongsi pengalaman kamek dari bangku sekolah ke IPT sehinggalah menceburi bidang politik, sampei ke hari tok.
Kepada anak muda teruslah kekal aktif, kekal sihat dan teruskan semangat positif sepanjang Ramadan.
#tpmfy
#p194petrajaya
#ramadan1447h
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Solat Isyak dan Terawih di Masjid Al-Mujahiddin, Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya.
Kehadiran saya ini adalah bagi memenuhi jemputan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang melakukan kunjungan hormat di pejabat saya di Menara PETRA, Putrajaya pada pertengahan Januari lalu.
Jemputan ini sudah pastinya tidak akan ditolak kerana sudah menjadi amalan apabila tiba bulan Ramadan, saya akan meluangkan masa untuk Solat Terawih bersama warga PDRM Sarawak.
Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada.
#tpmfy
#ramadan1447h
#ramadankareem
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 7 Mac 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Mac 2026 | Sabtu
Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)
Iman kita tidak lengkap tanpa kasih sayang terhadap orang lain. Mengasihi saudara kita, sama seperti kita menyayangi diri sendiri, adalah cerminan iman yang sejati.
Kebahagiaan dunia akhirat hanya dapat dicapai apabila kita berkasih sayang. Sempena Ramadan penuh keberkatan ini, marilah kita sebarkan kasih sayang dan bina ukhuwah yang lebih erat.
Alhamdulillah hari ini Yayasan PETRONAS menyebarkan kasih sayang ini menerusi Program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri, yang menyaksikan bakul makanan dan biskut Raya diagihkan kepada 350 penerima dari ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen P.194 Petra Jaya iaitu N.6 Tupong, N.7 Semariang dan N.8 Satok.
Syabas dan tahniah PETRONAS - kerana sentiasa menyumbang kembali kepada komuniti, yang bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah mengukuhkan nilai kemanusiaan, keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat.
Ia juga selari dengan konsep ihsan dalam Malaysia MADANI yang diperjuangkan YAB Perdana Menteri. Ihsan menekankan sikap prihatin, belas kasihan dan saling membantu dalam masyarakat.
Semoga semangat berkongsi rezeki ini terus disemai, agar keberkatan dan kesejahteraan dapat dirasai bersama oleh seluruh masyarakat.
Bersama saya dalam program anjuran Yayasan Petronas hari ini ialah YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) merangkap ADUN N.7 Semariang dan Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management (MPM).
#tpmfy
#p194petrajaya
#ramadan1447h
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, usai acara di TM Sarawak Hub, kamek ke Taman Sukma untuk menyempurnakan Program Agihan Nasi Arab anjuran AJK Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, JKKK Taman Sukma dan Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya.
Kamek duak Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) merangkap ADUN N.7 Semariang, mengagihkan 400 pek Nasi Arab kepada penduduk sekitar sebagai juadah sungkey (berbuka puasa).
Semoga usaha berkongsi rezeki tok membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tok.
#tpmfy
#p194petrajaya
#ramadan1447h
#ramadankareem
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya | 7 Mac 2026 | Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Cahaya Ramadan 2026 di Surau Darul Ikhlas, TM Sarawak Hub.
Seramai 60 golongan asnaf di bawah Parlimen Petra Jaya menerima sumbangan zakat dan kotak makanan yang disumbang Yayasan TM.
Selain itu, sumbangan turut diserahkan kepada Masjid Taman Sukma Lama dan Surau Taman Sukma.
#tpmfy #petra #ramadan1447h #ramadankareem
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 7 Mac 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
17 Ramadan 1447H
Pada setiap 17 Ramadan, umat Islam menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran, saat bermula turunnya wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, yang menjadi cahaya petunjuk, rahmat serta pedoman hidup bagi sekalian umat manusia.
Nuzul Quran merupakan titik permulaan kepada revolusi ilmu dan pembentukan tamadun. Wahyu pertama melalui kalimah ‘Iqra’ (bacalah) juga menuntut kita untuk membaca, berfikir dan memahami realiti dengan neraca yang betul. Al-Quran mengandungi kalam-Nya yang penuh dengan hikmah, pengajaran dan panduan yang sentiasa hidup sepanjang zaman.
Ketika dunia sedang berhadapan dengan pelbagai konflik dan krisis kemanusiaan, misalnya sengketa berpanjangan antara Palestin-Israel, cetusan perang antara Iran-AS-Israel, ketidakseimbangan kuasa politik, perubahan iklim, kepincangan sosial (rasuah, penindasan), fitnah melalui perkembangan AI dan sebagainya; Al-Quran mengingatkan kita agar sentiasa berpegang pada isi ajaran dan isi kandungannya.
Al-Quran bukan sahaja soal kepentingan membaca kitab ini semata-mata, tetapi pada sejauh mana kita menjadikan Al-Quran membentuk cara kita melihat dan menanggapi dunia, memandu kita dengan kebenaran (haq) dan menjauhkan kita daripada kezaliman (batil). Hanya dengan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, maka kita akan terpelihara daripada kesesatan dunia.
Semoga dengan memperingati peristiwa yang penuh makna ini, kita semua terus mendekatkan diri kepada Al-Quran dengan membaca, memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
“Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.” (Surah al-Takwir: 27)
Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada seluruh Muslimin dan Muslimat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Pembentangan Hala Tuju Pembangunan Negeri Johor di Menara PETRA.
Pembentangan ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Johor.
Dalam pembentangan ini, Kerajaan Negeri Johor membentangkan beberapa perancangan dan perkembangan pembangunan yang memerlukan perhatian Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Semoga perancangan yang dirancang memberi manfaat dan kemudahan kepada rakyat negeri Johor dan Malaysia.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 5 Mac 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan meninjau warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang sedang menjayakan Program Bubur Lambuk PETRA 2026 di perkarangan Menara PETRA.
Program ini melibatkan kira-kira 30 ahli Kelab PETRA, Surau An-Nur PETRA dan Puspanita bermula jam 8 pagi.
Sebanyak 1,200 bekas berjaya disediakan sebelum diedarkan kepada warga PETRA di ruang legar Menara PETRA.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 5 Mac 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Baiduri, Menara PETRA, pada hari ke-14 umat Islam berpuasa.
Majlis ini bukan sekadar menghimpunkan warga kementerian dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah serta berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim.
Semoga usaha sebegini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memupuk rasa keprihatinan, serta memperkukuhkan nilai kemanusiaan dalam kalangan kita semua.
Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, diikuti tazkirah Ramadan bertajuk “Separuh Ramadan: Di Mana Kedudukan Kita di Sisi Allah SWT” yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Nor Hisham bin Tuan Padang Al-Idrus.
Seterusnya, saya bersama “keluarga PETRA” serta para tetamu menunaikan solat Maghrib dan menikmati juadah berbuka puasa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak dan solat Terawih secara berjemaah.
Turut hadir Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, serta Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
#tpmfy
#petra
#ramadan1447h #ramadankareem #malaysiamadani
Putrajaya | 4 Mac 2026 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Program Ihya' Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2026 di Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB Platinum.
Seperti tahun sebelum ini, kompleks ini yang turut dikenali sebagai Masjid TNB Bangsar menjadi antara lokasi orang ramai termasuk para pelajar institusi pengajian tinggi dari kawasan sekitar berbuka puasa di mana ia melibatkan jumlah yang hadir melebihi 1,000 orang.
Hari ini, sebelum berbuka puasa beramai-ramai di ruang bawah kompleks, saya bersama kepimpinan TNB mengambil peluang menyampaikan sumbangan kepada lebih 50 anak yatim piatu.
Selepas itu, kami menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah sebelum menikmati moreh.
Kali ini, usai solat Maghrib, saya bersama jemaah berpeluang menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan.
Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi bin Mohammed Fadzil ; Timbalan saya di PETRA, Dato Sri Abdul Rahman Haji Mohamad; Ketua Setiausaha PETRA, Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli; Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ts Shamsul Ahmad.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kuala Lumpur l 3 Mac 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 2 Mac 2026 | Isnin
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1 Tahun 2026, di Parlimen, petang tadi.
Mesyuarat hari ini bertujuan mendapatkan maklum balas daripada Kementerian dan Agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berkaitan semua perkara yang masih lagi belum selesai dan hala tuju yang boleh diambil berhubung perkara berkenaan.
Tiga kertas turut dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM).
Kerajaan Persekutuan turut diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud ; serta beberapa Menteri Persekutuan.
Sarawak turut diwakili ketiga-tiga Timbalan Premier - Datuk Amar Douglas Uggah Embas ; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Hui Hian.
Sabah pula antara lain diwakili tiga Timbalan Ketua Menteri - Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan ; Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick.
#tpmfy
#ma63
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 2 Mac 2026 | Isnin
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan pelbagai langkah mitigasi banjir secara bersepadu di kawasan berisiko tinggi di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira faktor perubahan iklim yang semakin mencabar.
Dari segi pendekatan bukan struktur, PETRA melalui JPS melaksanakan perancangan bersepadu menerusi Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB). Bilangan PITB akan terus ditingkatkan berdasarkan tempoh sah pelan perubahan guna tanah, pertumbuhan penduduk, serta peningkatan kekerapan dan intensiti hujan semasa. Sehingga kini, sebanyak 14 PITB telah dan sedang dilaksanakan di kawasan Pantai Timur, manakala 12 PITB lagi dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.
Saya memaklumkan Dewan Rakyat demikian, ketika menjawab soalan Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) berhubung penambahbaikan serta jumlah peruntukan bagi menangani perubahan iklim dan pengurusan banjir di kawasan berisiko tinggi, khususnya di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagi pendekatan struktur pula, PETRA melalui JPS melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang merangkumi pembinaan struktur mitigasi seperti ban sungai, tembok banjir, kolam takungan, pintu kawalan air serta sistem pam.
Secara keseluruhan, sebanyak 140 projek RTB telah diluluskan termasuk projek baharu dan projek sambungan. Khusus bagi kawasan Pantai Timur, sebanyak 29 projek bernilai RM9.377 bilion telah dikenal pasti dan kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan. Di Sabah pula, sebanyak 15 projek bernilai RM1.49 bilion sedang dilaksanakan, manakala di Sarawak sebanyak 10 projek bernilai RM3.34 bilion turut berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Sebagai penambahbaikan, reka bentuk projek-projek RTB kini mengambil kira faktor perubahan iklim atau Climate Change Factor (CCF) dalam pengiraan teknikal. Pendekatan ini bertujuan memastikan setiap projek yang dilaksanakan lebih berdaya tahan dan mampu menampung impak perubahan iklim pada masa hadapan.
Selain itu, bagi mengurangkan risiko banjir termenung khususnya di kawasan rendah, JPS telah menempatkan sebanyak 606 unit pam bergerak di seluruh negara yang melibatkan aset JPS Negeri dan JPS Malaysia. Langkah ini bertindak sebagai sokongan operasi bagi mempercepatkan proses pengepaman air semasa kejadian hujan lebat berterusan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan langkah-langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh daya tahan negara terhadap perubahan iklim serta memastikan pengurusan banjir yang lebih sistematik, menyeluruh dan berkesan di kawasan berisiko tinggi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, seperti tahun sebelum ini, tradisi penganjuran Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) terus menjadi platform terbaik dalam mengukuhkan hubungan warga bumi Kenyalang.
Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang dianjurkan Kerajaan Negeri Sarawak dan Yayasan Sarawak diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hadir sama, barisan kepimpinan negeri Sarawak; Menteri-Menteri Persekutuan Sarawak dan Negeri serta Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Dalam masa sama, lebih 400 pelajar dari 47 IPT turut memeriahkan majlis ini.
Semua yang hadir turut solat Maghrib dan Isyak berjemaah, diikuti solat Tarawih.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur | 28 Februari 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, usai menunaikan solat Asar berjemaah, saya berkesempatan menyempurnakan Ramadan Orphan Care Masjid Asy Syakirin KLCC.
Majlis yang diadakan di anjung Masjid Asy Syakirin KLCC, menyaksikan lebih 50 pelajar yang terdiri golongan asnaf diraikan dengan sumbangan barangan keperluan dan berbuka puasa.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 28 Februari 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 27 Februari 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, petang ini berkesempatan menyantuni warga kerja melalui pengagihan sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk menerusi Program Agihan Bubur Lambuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Bubur lambuk berkenaan diagihkan kepada warga PETRA serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Geospatial Negara (NRES) yang beroperasi di Menara PETRA.
Sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Insan (YAKIN) ini merupakan antara inisiatif kebajikan nasional bagi menyantuni penjawat awam bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program seumpama ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka. Ia mencerminkan nilai keprihatinan, solidariti dan kesatuan.
Semoga usaha murni ini terus memperkukuh budaya saling membantu dan menyuburkan semangat kebajikan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, ihsan dan kebersamaan demi kemakmuran bersama.
#tpmfy
#petra
#ramadankareem
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bilangan 1 bagi Tahun 2026.
Mesyuarat ini yang membincangkan beberapa perkara-perkara penting diharapkan dapat mencapai matlamat yang disasarkan bagi memastikan kualiti hidup rakyat dapat dioptimumkan sebaik mungkin.
Saya percaya komitmen Pengerusi daripada wakil Kerajaan Persekutuan dan Pengerusi Bersama dari wakil Kerajaan Negeri dalam mesyuarat TWG yang telah diadakan pada tahun lepas dapat mencapai agenda kestabilan harga dan keterjaminan bekalan barangan asas di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berdasarkan mesyuarat yang lalu, jawatankuasa ini telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Teknikal (Technical Working Group – TWG) Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan utama pembentukan jawatankuasa ini adalah bagi memperkukuh koordinasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menangani isu kestabilan harga dan keterjaminan bekalan barangan asas.
Mesyuarat dihadiri Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Amrizan Mohd Ali; Menteri Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Ts Mustapha Sakmud; Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datul Julita Mojungki dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Lo Su Fui.
#petra
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 26 Februari 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas undangan ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam tadi (25 Februari 2026)
Hadir sama YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ; Jemaah Menteri serta ketua-ketua perwakilan asing.
Daulat Tuanku!
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Subang Jaya | 25 Februari 2026 | Rabu
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Buku Quran & I di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Professor Barry Winn, Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University Malaysia, serta saudara Anas Zubedy, penulis buku Quran & I, atas jemputan dan penganjuran sebuah majlis yang sarat dengan nilai ilmu dan refleksi.
Majlis ini bukan sekadar pelancaran sebuah naskhah, tetapi ruang untuk kita merenung kembali bagaimana Al-Quran terus menjadi panduan hidup dalam membentuk jiwa, mengangkat nilai ihsan sesama manusia, dan memimpin masyarakat ke arah perpaduan yang lebih utuh.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus…”
(Surah Al-Isra’, 17:9)
Dalam dunia yang semakin pantas dan sering teruji dengan perbezaan, Al-Quran mengajak kita memilih rahmah daripada perpecahan, hikmah daripada kebisingan, serta sifat ihsan dalam setiap interaksi, melihat sesama manusia dengan kasih sayang, empati dan rasa tanggungjawab bersama.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurāt ayat 13 turut mengingatkan bahawa manusia diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku kaum agar kita saling mengenali. Perbezaan bukan untuk memisahkan, tetapi untuk membina jambatan kefahaman dan memperkukuh perpaduan. Nilai taqwa dan akhlaklah yang menjadi asas kemuliaan.
Malaysia menjadi contoh bagaimana kepelbagaian boleh hidup dalam harmoni apabila perpaduan dipupuk melalui dialog yang matang, rasa hormat yang tulus, dan amalan ihsan dalam kehidupan seharian.
Buku ini hadir pada waktu yang tepat serta mengajak kita mendekati Al-Quran bukan sekadar sebagai teks, tetapi sebagai sahabat yang menenangkan, membimbing dan menyatukan hati.
Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya yang menyemai kasih sayang, memperdalam hikmah, serta menerangi perjalanan kita menuju masyarakat yang lebih bersatu, berihsan dan berakhlak mulia.
Terima kasih atas jemputan, dan tahniah kepada semua yang menjayakan pelancaran ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Banquet, Parlimen.
Majlis diserikan dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob serta Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Tan Sri Johari Abdul.
Usai berbuka puasa, YAB Perdana Menteri bersama Ahli-Ahli Parlimen menunaikan solat Maghrib berjemaah.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 24 Februari 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Februari 2026 | Selasa
Bagi mengekalkan atau menurunkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW), inisiatif pengurangan NRW perlu dilaksanakan secara berterusan dan memerlukan pelaburan yang amat besar. Walau bagaimanapun, kedudukan kewangan operator air yang kurang mampan berikutan kadar tarif air sedia ada yang masih tidak menggambarkan kos operasi sebenar telah menghadkan kemampuan operator air untuk melaksanakan program pengurangan NRW secara menyeluruh. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021 turut menjejaskan pelaksanaan Program NRW yang telah dirancang, sekali gus menyebabkan sebahagian pelaksanaannya tertangguh dan memberi kesan kepada pencapaian sasaran 31% yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Saya memaklumkan Dewan Rakyat perkara ini ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian) berhubung isu tersebut.
Bagi mengurangkan kadar NRW Kebangsaan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Program Pengurangan NRW Kebangsaan sedia ada. Cadangan ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Julai 2024 dengan peruntukan berjumlah RM2.525 bilion bagi tempoh 2025 hingga 2030. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Kementerian di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP5, RMKe-12) pada tahun 2025.
Berdasarkan kelulusan tersebut, penambahbaikan program dilaksanakan melalui Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 Fasa 2 yang merangkumi penggantian paip-paip kritikal di seluruh negara serta pelaksanaan penyelesaian NRW secara holistik di enam negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Di samping itu, pemberian imbuhan balik kepada operator air diteruskan melalui Program NRW Kebangsaan Pendekatan 2, dengan pengenalan kadar prorata bagi menggalakkan penyertaan operator air di negeri-negeri terlibat.
Melalui inisiatif yang dilaksanakan ini, kerajaan menyasarkan kadar NRW dapat dikurangkan kepada 28.8% menjelang tahun 2030.
Tanggungjawab berkaitan perancangan dan pembangunan infrastruktur bekalan air di negeri, termasuk usaha mengurangkan NRW, adalah di bawah operator air setiap negeri. Pelarasan Tarif Air bagi tempoh pelaksanaan kedua (Tariff Setting Mechanism – TSM 2) yang bermula pada Ogos 2025 turut membantu meningkatkan aliran tunai operator air bagi menampung kos operasi dan memperkukuh usaha pengurangan NRW.
Sehubungan itu, operator air perlu memainkan peranan secara proaktif dan berkesan dalam memastikan sasaran pengurangan NRW yang telah ditetapkan dapat dicapai.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Februari 2026 | Selasa
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited dalam membanteras aktiviti kecurian elektrik, terutamanya yang melibatkan perlombongan bitcoin atau mata wang kripto.
Aktiviti ini bukan sahaja mengancam keselamatan pengguna, malah turut menjejaskan kestabilan ekonomi negara, meningkatkan risiko keselamatan awam, menyebabkan kerosakan harta benda serta mencetuskan ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara.
Saya memaklumkan demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan pertanyaan lisan daripada Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).
Dalam usaha mengekang aktiviti haram tersebut, beberapa langkah strategik telah dan sedang dilaksanakan, termasuk operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan, penganjuran kempen kesedaran awam, sesi libat urus rasmi bersama pihak berkepentingan, serta pemantauan teknikal melalui Projek Perintis Distribution Transformer Meter (DTM) dan pemasangan meter pintar.
Sehingga tahun 2025, sebanyak 5.56 juta meter pintar telah dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia. Pemasangan ini membantu mengawal dan mengesan kes kecurian bekalan elektrik dengan lebih berkesan. Bagi tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak 5,133 kes melibatkan pengguna meter pintar telah berjaya dikesan, dengan anggaran kerugian berjumlah RM41 juta.
Selain pengesanan melalui pemasangan DTM dan meter pintar oleh TNB, penggunaan teknologi drone dan peranti thermal handheld turut dimanfaatkan untuk mengesan kes kecurian elektrik. Teknologi ini membolehkan pengesanan haba berlebihan di premis yang disyaki, sekali gus membantu mengenal pasti aktiviti perlombongan mata wang kripto yang dijalankan secara haram dengan lebih efektif.
Pendekatan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan, pelaksanaan program kesedaran awam serta sesi libat urus strategik yang berterusan merupakan langkah berkesan bagi memastikan kerugian kepada industri perbekalan elektrik negara dapat diminimumkan, di samping menjamin keselamatan dan kestabilan sistem tenaga negara terus terpelihara.
#tpmy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Februari 2026 | Selasa
Pagi ini mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan bersama pengurusan tertingggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebelum menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.
Turut sama termasuklah Dato’ Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA ; Encik Anuar Zaki bin Bakar, SUB BBE PETRA dan Zahariah binti Mohd Sarif, SUB BAP PETRA.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 23 Februari 2026 | Isnin
Hari ini mengadakan perjumpaan bersama
Ahli Parlimen Baram, YB Dato Anyi Ngau serta rombongan Kawasan Parlimen Baram.
Perjumpaan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama demi pembangunan masyarakat setempat.
Turut hadir, Ketua-Ketua Kaum yang sentiasa memainkan peranan penting sebagai penghubung suara rakyat di peringkat akar umbi.
Semoga setiap perbincangan yang dirangka menjadi langkah bermakna ke arah kesejahteraan dan kemajuan yang berterusan bagi kawasan Parlimen Baram.
#sarawakmajumakmur
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan sebuah madrasah tarbiah yang mendidik jiwa. Di dalamnya, kita dilatih untuk membentuk ketakwaan, menyucikan hati, serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT. Ramadan hadir sebagai ruang untuk kita kembali memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan penuh keinsafan.
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk sekali lagi bertemu bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan terbaik untuk kita menggandakan amal ibadah, dan memperbanyakkan sedekah serta amalan kebajikan.
Latihlah jiwa dengan kesabaran, basahkan lidah dengan istighfar, suburkan hati dengan zikir dan perbanyakkan amal kebajikan. Hayatilah Ramadan dengan penuh kesungguhan.
Rebutlah peluang untuk memperbanyakkan sedekah di bulan yang mulia ini. Amalan bersedekah bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah dapat membersihkan hati daripada sifat kedekut dan cintakan kebendaan. Bersedekah juga menjadi sebab turunnya keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Seperkara lagi jangan lah membazir di bulan yang mulia ini. Laporan mendedahkan pembaziran makanan ketika Ramadan meningkat antara 15 ke 20 peratus.
Bulan Ramadan mengajar kita erti kesederhanaan, jadi belilah juadah berbuka mengikut keperluan, bukan mengikut hawa nafsu, bagi mengelakkan sebarang pembaziran.
Marilah kita menyambut Ramadan dengan azam dan doa: agar setiap amalan diterima, setiap dosa diampuni, dan setiap langkah kita dipimpin menuju redha Ilahi.
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh umat Islam. Selamat Berpuasa. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan, kesihatan dan keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini.
#ramadankareem
#ramadan1447h
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 17 Februari 2026 | Selasa
Selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak, kamek berkesempatan mengunjungi beberapa rumah terbuka rakan-rakan di Kuching sepanjang hari tok tek.
Antaranya kamek memenuhi jemputan rumah terbuka Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, Dato Sri JC Fong serta rakan-rakan lain, termasuk Dato Steve Ng Thian Yew dan Mr Lim Thiam Beng.
Toklah adat budaya kita di negara tok terutama di Sarawak yang paling ramai suku kaum dan etnik. Budaya saling kunjung-mengunjung ketika sambutan mana-mana perayaan, dapat mengeratkan hubungan antara kaum serta membina perpaduan yang lebih utuh dalam masyarakat.
#tpmfy
#cny2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 17 Februari 2026 | Selasa
Pagi ini saya menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) bersama ribuan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum dan keturunan.
Rumah terbuka pemimpin-pemimpin Cina Sarawak itu dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Hadir sama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah serta isteri Datin Amar Dato Doreen Mayang ; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar serta barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan juga Negeri.
Kehadiran tetamu disambut Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Dato Enn Ong Siok Ean selaku hos bersama dengan pemimpin-pemimpin Cina Sarawak peringkat negeri dan Persekutuan.
#tpmfy
#cny2026
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah kepada semua.
Sejarah dan masakini, mengajar kita bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada individu semata-mata, tetapi pada perpaduan yang kita bina bersama. Dalam kepelbagaian budaya dan latar belakang, kita belajar untuk saling memahami, menghormati dan menyantuni antara satu sama lain.
Tahun baharu bukan sekadar pertukaran kalendar, tetapi ruang untuk kita memperbaharui iltizam dan memperkukuhkan hubungan sesama kita. Dalam perjalanan kehidupan yang penuh warna-warni ini, kita belajar bahawa kekuatan sebenar tidak lahir daripada kehebatan individu semata-mata, tetapi daripada perpaduan yang kita bina bersama.
Sebagai warga negara yang penduduknya pelbagai kaum dan anutan agama, kita amat bertuah dapat hidup dalam suasana yang membolehkan kita saling belajar dan berkongsi nilai. Justeru, amat penting untuk kita terus memupuk sikap toleransi dan saling menghormati, kerana di situlah terletaknya asas keharmonian dan kestabilan bersama.
Marilah kita terus memelihara perpaduan, perkukuhkan keharmonian dan pertahankan semangat kebersamaan yang menjadi asas kemakmuran negara.
Seperti kata ahli falsafah terkemuka Cina, Confucius:
“Wherever you go, go with all your heart.”
(Kemana pun kita melangkah, lakukan dengan sepenuh hati.)
Semoga kita melangkah ke tahun baharu ini dengan hati yang bersatu, tekad yang kukuh dan semangat yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Gong Xi Fa Cai!
Semoga kemakmuran dan kebahagiaan mengiringi kita semua. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 15 Februari 2026 | Ahad
Cabaran mendidik anak-anak dan generasi muda hari ini memang bukan kecil. Dunia di luar sana penuh dengan tarikan, hiburan tanpa batas dan pelbagai cabaran yang boleh menguji pegangan mereka.
Sebab itulah kita perlu berusaha mengajak anak-anak muda mendekati masjid. Bukan sekadar hadir untuk solat berjemaah, tetapi juga untuk mengikuti majlis ilmu, ceramah dan aktiviti yang dapat membina jati diri serta mengukuhkan kesatuan ummah.
Masjid bukan hanya tempat kita menunaikan solat. Ia adalah medan untuk menimba ilmu, membina kefahaman agama, mengeratkan ukhuwah dan menyatukan hati. Di situlah anak-anak melihat contoh yang baik, merasai suasana tarbiah dan belajar erti kebersamaan.
Pesanan ini saya kongsikan selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta mendengar Ceramah Ihya’ Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Sarbini Dahlan di Masjid An-Nur Taman Palma Indah malam ini tadi. Suasana yang penuh dengan ilmu dan kebersamaan ini benar-benar mengingatkan betapa pentingnya kita menghidupkan masjid di kawasan masing-masing.
Kita akan dipersoalkan: Adakah kita telah memikul amanah untuk memakmurkan rumah Allah? Adakah kita telah membawa anak-anak dan keluarga mendekati masjid?
Justeru marilah bersama-sama kita memastikan masjid kita hidup dengan ilmu dan dakwah. Rapatkan saf, eratkan ukhuwah, dan ajak anak-anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid.
Insya-Allah, dengan masjid yang hidup dan ukhuwah yang kukuh, umat juga akan menjadi lebih kuat.
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 15 Februari 2026 | Ahad
Petang tok tek kamek selaku Pengerusi Yayasan Tahfiz Sarawak mengadakan perbincangan dengan sidak Yayasan Tahfiz Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
Antara lain perjumpaan ya bagi membincangkan mengenai kolaborasi aktiviti antara Yayasan Tahfiz Sarawak dengan pihak JAIS.
Turut mendengar taklimat ringkas mengenai aktiviti dan program yang telah di laksanakan yayasan sepanjang 2025 dan program akan dilaksanakan pada 2026 tok.
JAIS diketuai Timbalan Pengarah, Ustaz Wan Saifuddin Wan Madihi dan turut disertai Ketua Bahagian Pendidikan Islam, Ustaz Malsiron Rojikin serta Ustaz Jol bin Ahmad.
Manakala Yayasan Tahfiz Sarawak tek turut disertai Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Afendi Julaihi ; Setiausaha, Dato Jefri Ahmad Tambi ; Bendahari, Hj Yusuf Bujang ; serta pemegang-pemegang amanah terdiri daripada Ustaz Rahim Rashid, Hisyamudin Roslan, Dr Rahmah Rashid, Nurhisyam Abdullah dan Mohd Zakaria Ally.
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 15 Februari 2026 | Ahad
Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah bagi menganjurkan bengkel khas melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin di peringkat kampung, bagi mempelajari kaedah terbaik dalam pengumpulan dan pengurusan data yang lebih sistematik.
Ini selari dengan hasrat untuk mewujudkan sistem data yang komprehensif bagi setiap kampung dan taman perumahan di Petra Jaya. Insya-Allah, selepas Aidilfitri nanti, kita akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk merealiasikan hasrat berkenaan.
Setiap kampung dan taman dalam kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya perlu mempunyai sistem data yang sentiasa dikemas kini bagi memastikan tadbir urus yang lebih cekap dan berkesan.
Data ini penting untuk mengenal pasti jumlah sebenar kumpulan sasar seperti warga emas, ibu tunggal, individu yang memerlukan bantuan kebajikan, golongan miskin tegar, belia yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan memerlukan bantuan pendidikan, usahawan kecil serta mereka yang terlibat dalam aktiviti perniagaan dan ssbagainya.
Melalui data yang tepat dan terkini, kita dapat memahami keperluan sebenar rakyat serta menyalurkan bantuan secara lebih tersusun dan bersasar. Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan kini memberi tumpuan kepada usaha menghapuskan miskin tegar, dan kita perlu mengenal pasti sekiranya masih terdapat golongan tersebut di kawasan kita. Selain itu, program seperti Sejati MADANI juga wajar dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan komuniti setempat.
Terima kasih JKKK di Parlimen Petra Jaya kerana sentiasa komited dalam memastikan aspek kebajikan dan keselamatan di kawasan masing-masing sentiasa menjadi keutamaan.
Berhubung isu judi dalam talian yang semakin membimbangkan, saya memaklumkan di peringkat Persekutuan, kerajaan sedang merangka undang-undang bagi menangani kegiatan judi haram. Insya-Allah, rang undang-undang tersebut diharapkan dapat dibentang dalam sesi Parlimen akan datang sekiranya tidak sempat dalam persidangan yang sedang berlangsung. Kita sedang meneliti pendekatan terbaik bagi menangani isu ini secara menyeluruh dan berkesan, Insya-Allah
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 14 Februari 2026 | Sabtu
Mengimarahkan masjid bukan sekadar memenuhi ruang solat, tetapi menghidupkannya dengan ilmu, perpaduan dan aktiviti yang membina ummah. Inilah hasrat dan komitmen yang harus sentiasa kita pegang dalam memperkukuhkan peranan institusi masjid dan surau di kawasan kita.
Apa yang lebih utama bukan sekadar membina masjid yang indah dan selesa, tetapi memastikan masjid dan surau tersebut benar-benar diimarahkan. Keindahan sebenar sesebuah masjid tidak terletak pada binaannya semata-mata, sebaliknya pada hidupnya jemaah, suburnya majlis ilmu serta eratnya ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Perkara ini saya kongsikan ketika berucap di Penyampaian Geran Tahunan kepada 30 masjid dan 60 surau dalam kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya malam ini. Penyampaian geran ini adalah antara usaha berterusan bagi menyokong peranan penting institusi ini.
Majlis berlangsung di Masjid Darul Ibadah, Kampung Semariang Lama. Turut berkesempatan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama penduduk setempat sebelum penyampaian geran diadakan. Majlis juga diisi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Husaini bin Hamdan.
Setiap tahun Pusat Khidmat P.194 menyalurkan sumbangan dan geran bagi membantu pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti keagamaan serta pembangunan ummah. Usaha ini penting agar institusi ini terus berfungsi dengan baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Saya turut mengingatkan betapa dalam menghadapi cabaran dunia moden, perkembangan teknologi, media sosial dan kecerdasan buatan (AI) membawa maklumat yang begitu pantas, ada yang benar dan ada yang tidak tepat.
Oleh itu, pengurusan masjid dan surau perlu melengkapkan diri dengan ilmu teknologi supaya kemajuan ini dapat dimanfaatkan untuk memperluas dakwah dan penyampaian ilmu.
Rakaman kuliah dan ceramah juga boleh dikongsi melalui platform digital agar manfaatnya melangkaui sempadan fizikal masjid. Jika ada keperluan untuk merancang latihan atau bengkel berkaitan teknologi dan pengurusan digital, saya bersedia untuk bekerjasama dalam menjayakannya.
Marilah kita terus memperkukuh institusi masjid dan surau sebagai pusat ilmu dunia dan akhirat, serta memastikan generasi akan datang dibekalkan dengan kefahaman agama yang mantap dan kemahiran menghadapi cabaran semasa.
Selamat Menyambut Ketibaan Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan meningkatkan keimanan kita semua.
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jakarta I 11 Februari 2026 l Rabu
Usai menjadi Ahli Panel Peringkat Tertinggi ASEAN Climate Forum (ACF) bertemakan “ASEAN Climate Diplomacy” - saya mengadakan pertemuan dengan Bapak Hashim Djojohadikusumo, Utusan Khusus Presiden Indonesia (bidang tenaga).
Pertemuan ini bagi meneroka peluang kerjasama dan pelaburan strategik dalam sektor tenaga mampan ke arah memperkukuh kerjasama Malaysia–Indonesia dalam sektor tenaga.
Insya-Allah hubungan dua hala yang semakin kukuh antara kedua-dua negara akan menjana manfaat besar kepada rakyat, sekali gus memperkasakan ASEAN sebagai rantau yang lebih sejahtera, bersatu padu dan berdaya saing di arena antarabangsa.
#malaysiaindonesia
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jakarta I 11 Februari 2026 l Rabu
Alhamdulillah, berpeluang menyertai ASEAN Climate Forum (AFC) bertemakan ASEAN Climate Diplomacy sebagai Ahli Panel Peringkat Tertinggi, untuk berkongsi pendekatan Malaysia dalam mengimbangi peralihan tenaga dan pertumbuhan ekonomi. Cabaran ini bukan kecil, tetapi ia mesti ditangani dengan berani dan strategik.
Malaysia komited memimpin agenda peralihan tenaga secara bertanggungjawab dan berpandangan jauh. Dalam sesi High-Level Panel on ASEAN Climate Diplomacy, saya tegaskan bahawa peralihan ini bukan pilihan, tetapi ia adalah satu keperluan strategik demi masa depan negara dan rantau.
Peralihan tenaga adalah peluang besar untuk mentransformasikan ekonomi. Ia membuka ruang pelaburan baharu, mencipta pekerjaan bernilai tinggi dan memperkukuh daya saing industri tempatan. Malaysia bersedia menjadi hab tenaga bersih yang progresif dan berdaya tahan.
Bagi Malaysia, usaha nyahkarbonisasi tidak boleh mengorbankan keselamatan bekalan dan kemampuan rakyat. Kita mengurus “energy trilemma” iaitu kelestarian ; keselamatan dan kos ; secara seimbang. Peralihan tenaga mesti praktikal, berperingkat dan memberi manfaat langsung kepada rakyat serta industri.
Kita mempercepatkan pembangunan tenaga boleh baharu, memodenkan grid dan menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga bersih. Peralihan ini bukan beban, tetapi peluang untuk cipta pekerjaan berkualiti, perkasa PKS dan mengukuhkan daya saing negara.
Di peringkat ASEAN, kerjasama serantau seperti perdagangan elektrik rentas sempadan dan ASEAN Power Grid amat penting. Jika kita bergerak bersama, peralihan tenaga bukan sekadar tanggungjawab iklim — tetapi pemacu pertumbuhan dan masa depan ekonomi rantau ini.
Diplomasi iklim ASEAN hari ini bukan lagi sekadar wacana. Kita bergerak kepada tindakan sebenar. Peralihan tenaga dan pembangunan rendah karbon sedang dipacu melalui kerjasama praktikal seperti ASEAN Power Grid dan perdagangan tenaga rentas sempadan. Ini adalah bukti bahawa rantau ini serius melaksanakan agenda penyahkarbonan .
Kekuatan ASEAN terletak pada semangat kolektif dan keupayaan bekerjasama. Namun, kita perlu terus memperkukuh kesalinghubungan grid, menyelaras peraturan perdagangan tenaga dan memperluas akses pembiayaan hijau agar semua negara anggota dapat bergerak seiring dalam peralihan tenaga .
Di Malaysia, komitmen kita jelas. Di bawah NDC, kita menyasarkan pengurangan intensiti karbon sehingga 45% menjelang 2030, dan setakat 2021, sebanyak 37.12% telah dicapai. Sasaran sifar bersih seawal 2050 digerakkan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) .
Diplomasi iklim mesti diterjemahkan kepada hasil yang nyata, tenaga boleh baharu yang diperluas, teknologi hijau yang diperkasa, serta lebih 137 juta pokok ditanam di bawah Program Penghijauan Malaysia setakat Februari 2026. Dengan menyatukan usaha nasional dan kerjasama serantau, Malaysia yakin ASEAN mampu memacu pertumbuhan yang inklusif, selamat dan lestari untuk generasi akan datang
#malaysiaindonesia 🇲🇾🇮🇩
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jakarta I 11 Februari 2026 l Rabu
Bertemu dengan Bapak Bahlil Lahadalia, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Republik Indonesia pada pagi ini di Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Republik Indonesia.
Pertemuan saya dengan Bapak Bahlil Lahadalia membincangkan mengenai strategi-strategi untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang tenaga yang menekankan aspek pelaksanaan, penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan serta potensi pelaburan strategik.
Selain itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk memperbaharui MoU dalam bidang tenaga yang telah ditandatangani pada tahun 1997.
Hasil perbincangan ini akan diterjemahkan kepada tindakan susulan antara kedua-kedua negara sebagai usaha merancakkan lagi industri dan sektor tenaga negara di rantau ASEAN.
Hadir sama dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Utiliti (Hal Ehwal Sarawak Energy dan PETROS) Sarawak, YB Datuk Ibrahim Baki ; Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato' Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Puan Mareena binti Mahpudz.
#malaysiaindonesia 🇲🇾🇮🇩
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jakarta | 11 Februari 2026 | Rabu
Pagi ini, saya menghadiri sesi Pre-Council bagi mendengar taklimat berkaitan perjalanan lawatan kerja singkat saya dan rombongan ke Republik Indonesia.
Taklimat disampaikan oleh TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, serta Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Turut disentuh dalam taklimat berkenaan ialah gambaran menyeluruh mengenai hubungan dua hala Malaysia–Indonesia serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua negara. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti (Hal Ehwal Sarawak Energy dan PETROS) Sarawak, YB Datuk Ibrahim Baki.
Hari ini, saya akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Republik Indonesia, Bapak Bahlil Lahadalia, sebelum menyertai ASEAN Climate Forum (ACF) Peringkat Tertinggi sebagai ahli panel. Forum kali ini bertemakan “ASEAN Climate Diplomacy”.
Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen padu negara dalam mendepani cabaran perubahan iklim, di samping memperkukuh peranan Malaysia dalam membentuk hala tuju diplomasi iklim ASEAN.
Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Utusan Khusus Presiden Republik Indonesia bagi bidang tenaga, Bapak Hashim Djojohadikusumo, bagi meneroka peluang kerjasama serta pelaburan strategik dalam sektor tenaga mampan. Selain itu, saya dijadual menghadiri sesi makan malam dan pertemuan bersama Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia, Bapak Ahmad Muzani.
#malaysiaindonesia 🇲🇾🇮🇩
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kadangkala kesibukan hidup membuatkan kita merasakan seolah-olah tiada ruang untuk berhenti dan kembali kepada Allah. Namun apabila kita meluangkan sedikit waktu untuk-Nya, terutamanya dalam solat Subuh berjemaah, hati terasa lebih tenang dan jiwa kembali tersusun.
Saya sentiasa percaya, apabila kita memulakan hari dengan mengingati Allah, Insya-Allah setiap langkah seterusnya akan berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.
Alhamdulillah, berada sekali lagi di Masjid Istiqlal, Jakarta dalam saf jemaah Subuh mengingatkan bahawa di sebalik segala urusan dunia, hubungan dengan Allah tetap yang paling utama. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jakarta | 10 Februari 2026 | Selasa
Alhamdulillah, selamat tiba di Jakarta pada kira-kira jam 6.50 petang (7.50 malam waktu Malaysia) bagi mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja ke Republik Indonesia, sehingga Khamis ini (12 Februari).
Lawatan ini menzahirkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Indonesia, khususnya menerusi kerjasama strategik sektor tenaga yang memacu agenda peralihan tenaga bersih dan kelestarian serantau.
Esok, Insya-Allah saya akan menyertai ASEAN Climate Forum (ACF) Peringkat Tertinggi sebagai ahli panel bertemakan “ASEAN Climate Diplomacy”, yang mencerminkan komitmen padu Malaysia dalam mendepani cabaran perubahan iklim serta memperkukuh peranan negara dalam membentuk hala tuju diplomasi iklim ASEAN.
Sepanjang di sini, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Utusan Khusus Presiden Republik Indonesia bagi bidang tenaga, Bapak Hashim Djojohadikusumo, bagi meneroka peluang kerjasama dan pelaburan strategik dalam sektor tenaga mampan, selain menghadiri sesi makan malam dan pertemuan bersama Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia, Bapak Ahmad Muzani.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, diplomasi tenaga yang progresif terus diperkasa demi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik utama dalam agenda peralihan tenaga dan kolaborasi serantau.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#malaysiaindonesia -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 di Bangunan Parlimen hari ini, yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar.
#tpmfy
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Parlimen | 10 Februari 2026 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 5 Februari 2026 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini diberi penghormatan sebagai salah seorang Ahli Panel Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026, mengupas mengenai “Managing Sustainability and Energy Transition”. Ia membincangkan mengenai hala tuju peralihan tenaga negara selaras dengan Dasar Tenaga Negara (NEP) 2022–2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Saya berbesar hati berkongsi pentas bersama Ms. Kim-See Lim, Chief Investment Officer, Public Sector (Region 1), Financial Institutions & Funds (Global), Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), serta YBhg. Dato’ Ir. Muhamad Nazri Pazil, Senior Chief Strategy, Regulatory & Sustainability Officer, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan sesi dikendalikan oleh Datuk Shahril Azuar Jimin, Group Chief Sustainability Officer, Maybank.
Antara lain saya berkongsi kemajuan agenda peralihan tenaga Malaysia yang semakin memberangsangkan. Sehingga Disember 2025, Malaysia telah mencapai 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB), lebih awal daripada sasaran nasional.
Selain tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga sentiasa dianggap sebagai “bahan api pertama” dalam usaha mencapai peralihan kepada tenaga bersih, serta merupakan antara langkah paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
Setakat ini, Malaysia telah menunjukkan kejayaan dalam pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga. Sehingga Disember 2025, negara telah melepasi sasaran awal penjimatan elektrik terkumpul sebanyak 52,233 GWh seperti yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) 2016–2025, dengan pencapaian penjimatan elektrik terkumpul sebanyak 60,866 GWh.
Saya turut menekankan peranan strategik Sarawak sebagai hab tenaga hijau serantau melalui pembangunan Hydro Hub yang memanfaatkan sumber hidropower berskala besar.
Keupayaan ini bukan sahaja menyokong keselamatan bekalan tenaga domestik, malah berpotensi memperkukuh integrasi tenaga rentas sempadan melalui rangkaian ASEAN Power Grid.
Malaysia terus memperkukuh ekosistem tenaga boleh baharu melalui penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) 2024, pelaksanaan Program Solar Berskala Besar (LSS6), peluasan skim Feed-in Tariff (FiT), pengukuhan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), serta inisiatif solar bumbung melalui program ATAP.
Dalam masa yang sama, pembangunan teknologi masa hadapan seperti hidrogen hijau dan Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) terus diperkukuh melalui penggubalan Akta CCUS 2025.
Penubuhan National Energy Transition Fund (NETF) pula menjadi pemangkin pembiayaan inovatif bagi merealisasikan agenda NETR.
Peralihan tenaga bukan sekadar keperluan masa depan, tetapi amanah generasi masa kini. Dengan kerjasama kerajaan, industri dan masyarakat, kita berupaya membina ekosistem tenaga yang lebih bersih, berdaya tahan dan inklusif.
Inilah langkah kita hari ini untuk memastikan generasi akan datang mewarisi sebuah negara yang bukan sahaja maju, tetapi juga lestari dan sejahtera.
#tpmfy
#petra
#fem2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan MADANI terus komited menjaga kesejahteraan rakyat melalui inisiatif strategik di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), dengan fokus memperkukuh infrastruktur rakyat serta menjamin bekalan air dan tenaga yang mampan.
Bagi menangani isu banjir di seluruh negara, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) merupakan penyelesaian struktur jangka panjang yang dilaksanakan secara berfasa.
Sebanyak 140 projek RTB telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan kini berada dalam pelaksanaan, manakala projek lain akan dipertimbangkan dalam Rolling Plan seterusnya bergantung kepada keutamaan dan kedudukan fiskal negara.
Pelaksanaan projek berskala besar berpandukan Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB) yang mengenal pasti kawasan berisiko serta menyediakan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang, agar pembangunan tidak menambah risiko kepada komuniti.
Menggulung perbahasan ke atas Titah Diraja petang ini, saya memberitahu Dewan Rakyat, projek yang sedang berjalan dipantau rapi melibatkan aspek teknikal, keselamatan, pengambilan tanah dan penyelarasan utiliti bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan berkesan.
Bagi hakisan pantai, Kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) mengklasifikasikan kawasan kepada Kritikal, Ketara dan Belum Serius — dengan kawasan kritikal diutamakan untuk langkah struktur seperti lapis lindung pantai, manakala kategori lain dipantau dan dikawal pembangunannya.
Projek kawalan hakisan pantai dilaksanakan melalui pendekatan reka dan bina atau konvensional, termasuk penyelarasan khas bagi isu pemecah ombak di Jeti Kuala Cenang, Langkawi dengan kerjasama agensi berkaitan.
Untuk tindakan segera bagi mengurangkan risiko banjir, Kerajaan memperuntukkan RM189.9 juta pada tahun 2026 bagi Projek Pemuliharaan Sungai merangkumi pengaluran sungai, penstabilan tebing dan naik taraf saliran.
Bagi isu pengambilan tanah untuk projek tebatan banjir, ianya ditangani mengikut undang-undang sedia ada bersama Kerajaan Negeri, manakala sistem Ramalan dan Amaran Banjir membolehkan ramalan sehingga tujuh hari awal dan amaran seawal dua hari kepada orang awam.
Di Sabah dan Sarawak, bekalan air di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Persekutuan meluluskan RM3.38 bilion pinjaman untuk 18 projek bekalan air di Sabah secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan RM1.2 bilion untuk 6 projek di Sarawak. Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan secara geran kepada Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak RM349 juta dan RM243.5 juta bagi pelaksanaan Program Pengurangan NRW melalui penggantian paip kritikal dan NRW secara holistik.
Kesemua projek ini melibatkan pembinaan dan naik taraf loji rawatan air, kajian sumber air serta penyelenggaraan sistem bekalan air, dengan projek luar bandar turut disokong melalui peruntukan khas kementerian berkaitan.
Mengenai kajian Projek Empangan Air Bawah Tanah (Underground Dam - UGD) di Pulau Langkawi yang diumumkan di dalam Belanjawan 2026 - ketika ini, projek ini telah selesai melalui fasa kajian oleh Independent Checker Engineer (ICE) bagi memastikan kebolehlaksanaan dan skop fizikal yang terlibat. Kementerian melalui Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang meneliti dan diperhalusi hasil kajian berkenaan.
Manakala di Labuan, RM300 juta diperuntukkan untuk naik taraf infrastruktur air dengan 10 projek diluluskan, manakala bekalan elektrik diperkukuh melalui automasi pengagihan, naik taraf kabel bawah tanah serta pembinaan loji jana as kuasa baharu 120MW yang dijangka beroperasi 2028.
Dalam sektor tenaga hijau, pemasangan solar di masjid terus diperkasa di bawah program NEM dan Solar ATAP, serta galakan kepada sekolah dan institusi kerajaan memanfaatkan bumbung bagi menjana tenaga bersih demi kelestarian negara.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#rancakkanmadani
Parlimen | 4 Februari 2026 | Rabu
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan bergerak dengan perancangan jangka panjang, pelaksanaan berfasa dan tindakan segera, demi kesejahteraan rakyat, bekalan asas yang stabil dan masa depan tenaga yang lebih lestari.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 28 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan 32 isu berkaitan dengan PETRA dan juga di bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri sepanjang perbahasan Titah Diraja pada sidang kali ini. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 4 Februari 2026 | Rabu
Pagi ini mengadakan perbincangan dan mendengar taklimat daripada pengurusan tertinggi dan pegawai kanan @PETRAMalaysia serta jabatan dan agensi, sebagai persiapan Penggulungan Perbahasan Ke Atas Titah Diraja di Dewan Rakyat, petang ini.
Turut sama Timbalan saya, YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad ; Ketua Setiausaha PETRA, Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli ; Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Air) PETRA, Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri ; CEO Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Dato' Ahmad Faizal bin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah JPS, Tuan Hj Mohd Azmin bin Hussin.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat YAB Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah di pejabat saya di Menara PETRA.
Kunjungan ini merupakan yang pertama sejak YAB Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu pada 28 Disember lalu.
Semoga kerjasama erat antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang saya terajui bersama Kerajaan Negeri Perlis akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan baharu ini.
Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan semua negeri di negara ini terus membangun secara seimbang, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, Insya-Allah.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 3 Februari 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan merasmikan International Halal Economic Conference (IHEC) 2026 dan menyempurnakan pelancaran World Islamic Economic Development (WIED).
Ekonomi halal kini bukan lagi terhad kepada sektor tertentu, sebaliknya berkembang sebagai agenda ekonomi global merangkumi makanan dan minuman, kewangan Islam, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan, teknologi, sumber tenaga, kejuruteraan serta tadbir urus dan piawaian antarabangsa.
Dalam landskap global yang dinamik dan kompetitif, ekonomi halal muncul sebagai ekosistem strategikyang berpotensi besar memacu pertumbuhan mampan dan perdagangan beretika.
Nilai ekonomi halal global kini dianggarkan mencecah USD40 trilion merangkumi lebih 90 sektor dan subsektor utama, sekali gus membuka peluang ekonomi yang amat luas.
Halal bukan sekadar peluang pasaran — ia adalah ekonomi berteraskan nilai, dibina atas kepercayaan, integriti dan tanggungjawab.
Malaysia memiliki kelebihan strategik melalui sistem pensijilan halal yang diiktiraf dunia, kestabilan dasar serta kekuatan institusi dan tadbir urus yang mantap di mana kelebihan ini perlu terus diperkukuhkan lagi melalui kepimpinan dasar yang jelas, inovasi yang berterusan, pelaburan strategik dan kerjasama rentas sempadan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Halal bukan sekadar pengesahan produk, malah merupakan warisan dan amanah yang harus dijaga dan diteruskan kepada generasi akan datang. Malaysia telah membina dan memimpin ekosistem halal menyeluruh, merangkumi proses pengeluaran pensijilan, penyelidikan, inovasi, pembangunan industri dan tadbir urus.
Pendekatan ini memastikan nilai, integriti dan kepatuhan syariah sentiasa terpelihara, seterusnya menjadikan Malaysia rujukan dunia dalam halal melalui tindakan dan sistem yang nyata.
Industri halal juga memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, dengan menyumbang 7.94 peratus atau 118.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga suku ketiga tahun 2025.
Pencapaian ini turut disokong oleh peningkatan bilangan pengeksport halal berdaftar yang kini mencecah 1,525 syarikat, sekali gus mencerminkan daya saing dan potensi besar industri halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh ekosistem halal negara melalui pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030, yang menyasarkan nilai industri halal Malaysia meningkat kepada RM231.1 bilion menjelang tahun 2030, dengan nilai eksport halal negara disasar mencecah RM70 bilion dan sumbangan kepada KDNK sebanyak 10.8 peratus.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangi l 3 Februari 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
1 Februari 2026 | Ahad
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada rakyat Malaysia🇲🇾 yang meraikannya.
Perayaan ini menjadi satu lagi mercu tanda kepada semangat kebersamaan dan saling menghormati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan yang kita miliki, inilah keindahan Malaysia, rakyat saling menghormati, meraikan perayaan antara satu sama lain dan hidup dalam suasana harmoni. Perpaduan inilah yang menjadi tunjang kekuatan negara kita.
Marilah kita terus menjauhi isu berbaur hasutan dan perkauman, sebaliknya menyemai nilai saling menghormati adat serta budaya sebagai asas kepada keampuhan semangat perpaduan sesama kita.
Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, budaya masyarakat tempatan yang saling meraikan perayaan setiap kaum juga wajar terus diperkukuhkan, demi membina negara yang sejahtera, inklusif dan penuh ihsan.
Ayuh! terus raikan kepelbagaian, demi Malaysia yang bersatu, aman dan harmoni.
Selamat Hari Thaipusam
#tpmfy
#petra
#thaipusam2026
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
1 Februari 2026 | Ahad
Selamat Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2026 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
SHWP tahun ini mengangkat sekali lagi tema “Wilayah Persekutuan Kita” yang menggambarkan nilai perpaduan, keharmonian, semangat kebersamaan dan kerjasama erat dalam memacu pembangunan bersama.
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan Malaysia, malah wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian budaya serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, makmur, harmoni dan sejahtera.
#shwp2026
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Usai Majlis Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina, saya berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Warga Emas dan Menyampaikan Sumbangan Food Basket di Kampung Sungai Tengah, Jalan Matang.
Ziarah ini turut disertai Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong, Dato Fazzrudin A Rahman dan Pemanca serta ketua masyarakat.
Saya mengambil peluang bertanya khabar keadaan penerima bantuan termasuk keluarga yang menpunyai ahli keluarga yang dikategorikan OKU dan perkembangan keperluan mereka dari aspek bantuan kerajaan.
Insya-Allah, perkara-perkara yang disuarakan keluarga-keluarga ini akan dilihat Pemanca dan ketua masyarakat yang turut mengambil maklum keperluan mereka.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
Petra Jaya l 31 Januari 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya bersama Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong, Dato Fazzrudin A Rahman berkesempatan menyampaikan sumbangan angpau dan limau sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP Matang.
Dalam majlis sederhana itu, saya berpeluang beramah mesra dengan 150 penerima sumbangan dari Kawasan Sungai Tengah Matang.
Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sinar untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga masing-masing.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
Petra Jaya l 31 Januari 2026 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, kita melakar satu lagi detik penting dalam naratif pembangunan negara menerusi peluncuran Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) — satu komitmen strategik untuk memastikan masa depan bekalan makanan Malaysia kekal terjamin, mampan dan berdaya tahan.
Dalam dunia yang terus berdepan cabaran global, perubahan iklim ekstrem, gangguan rantaian bekalan, ketegangan geopolitik serta peningkatan kos input pertanian, isu keterjaminan makanan bukan lagi persoalan masa depan, tetapi realiti yang perlu ditangani segera dan menyeluruh.
Malaysia bersyukur kerana masih berada pada kedudukan yang stabil, dengan pencapaian Kadar Sara Diri (SSR) yang memberangsangkan dalam sektor utama seperti ayam, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Namun, pencapaian ini bukan alasan untuk kita leka. Ia menuntut perancangan jangka panjang yang lebih menyeluruh demi kelangsungan generasi akan datang.
DKMN 2030 menjadi kompas utama untuk memacu transformasi sektor agromakanan negara berteraskan lima agenda utama: memperkukuh kemampanan sistem makanan, menjamin kesejahteraan petani, pesawah dan nelayan, memodenkan rantaian nilai ekonomi, memastikan keselamatan serta kualiti makanan rakyat, dan mengurangkan pembaziran serta kehilangan makanan.
Ke arah itu, revolusi digital dalam pertanian mesti diperkasakan melalui penggunaan teknologi seperti dron, IoT dan kecerdasan buatan (AI), di samping menarik minat belia melihat pertanian sebagai kerjaya moden dan menguntungkan.
Keterjaminan makanan bukan tanggungjawab satu kementerian semata-mata. Ia menuntut pendekatan Whole-of-Government and Whole-of-Society (WOGOS) serta kerjasama strategik bersama sektor swasta, institusi penyelidikan dan masyarakat.
Di peringkat ASEAN, Malaysia akan terus memainkan peranan kepimpinan melalui diplomasi makanan demi memastikan rantau ini kekal sebagai hab keterjaminan makanan yang utuh dan berdaya tahan.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada Malaysia yang lebih makmur, lestari dan kalis krisis.
#tpmfy
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur | 29 Januari 2026 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sepang | 29 Januari 2026 | Khamis
Peralihan tenaga negara hari ini bukan lagi sekadar perancangan di atas kertas, tetapi sedang diterjemahkan melalui projek sebenar yang memberi manfaat kepada ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Inilah bukti komitmen Malaysia untuk menuju masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampan.
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus memacu agenda ini secara strategik dengan membangunkan dasar yang jelas, kawal selia progresif serta insentif mesra pelabur bagi mempercepat pembangunan tenaga boleh baharu.
Pendekatan ini bukan sahaja menarik pelaburan hijau, malah menggalakkan penggunaan teknologi sokongan seperti sistem penstoran tenaga (BESS) yang menjadikan bekalan elektrik lebih stabil, cekap dan boleh diharap.
Antara inisiatif penting PETRA ialah Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (SELCO) yang membuka peluang kepada pengguna industri berskala besar menjana tenaga sendiri, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber konvensional dan mengoptimumkan kos tenaga secara mampan.
Hari ini saya berbesar hati merasmikan Projek CARE di KLIA Aeropolis – gabungan ladang solar fotovoltaik dan BESS bagi kegunaan khusus KLIA – yang menjadi simbol bahawa peralihan tenaga negara mesti bergerak seiring dengan kebolehpercayaan bekalan dan daya saing ekonomi.
Sebagai infrastruktur kritikal negara, KLIA memerlukan sistem tenaga yang selamat dan berkualiti tinggi. Projek ini menyokong sasaran MAHB untuk mencapai 20% campuran tenaga boleh baharu menjelang 2030 serta pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Melalui penubuhan SPV Cenergi Aeropolis Renewable Energy Sdn. Bhd., projek ini diurus secara lebih tersusun dan berfokus, dengan jangkaan penjanaan sekitar 46 GWj tenaga hijau setahun untuk kegunaan lapangan terbang.
Dari sudut alam sekitar, projek ini mampu mengurangkan sekitar 35,000 tan pelepasan karbon dioksida setahun, bersamaan lebih kurang 8,000 kenderaan di jalan raya, sekali gus meningkatkan kedudukan KLIA dalam Akreditasi Karbon Lapangan Terbang antarabangsa.
Gabungan solar dan BESS membolehkan lebihan tenaga disimpan untuk digunakan ketika permintaan puncak, mengurus beban operasi dengan lebih cekap serta mengurangkan kos melalui kawalan permintaan maksimum. Inilah ciri sistem tenaga moden yang lebih pintar dan berdaya tahan.
Kerajaan akan terus memastikan peralihan tenaga ini dilaksanakan secara seimbang dengan menitikberatkan keselamatan bekalan, kemampuan tarif dan kelestarian alam sekitar, supaya manfaatnya dapat dirasai secara adil oleh rakyat serta memperkukuh masa depan ekonomi negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 29 Januari 2026 | Khamis
Alhamdulillah hari ini saya menyempurnakan Pelancaran Pelan Strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) 2026–2030 (PSP26–30) - dokumen utama yang memeta hala tuju strategik PETRA bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.
Ia lebih bermakna apabila pelancaran disempurnakan pada Perhimpunan Bulanan pertama PETRA untuk 2026. PSP 26–30 dirangka berteraskan enam (6) teras strategik, merangkumi 34 strategi, 119 program dan inisiatif serta 133 sasaran yang jelas dan terukur.
Pelan hala tuju ini bukan sekadar dokumen perancangan, malah menjadi kompas utama PETRA dalam mempercepat pelaksanaan agenda peralihan tenaga dan transformasi air selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Harapan saya agar semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah PETRA dapat memberikan komitmen penuh bagi memastikan perancangan lima tahun ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Syabas dan Tahniah kepada Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) selaku peneraju serta semua pegawai dari pelbagai bahagian dan agensi di bawah PETRA yang terlibat dalam membangunkan PSP 26–30 ini.
Kejayaan PETRA sepanjang tahun 2025 membuktikan keupayaan warga kementerian dalam menyampaikan impak sebenar kepada rakyat. Dalam sektor air misalannya 88.89% projek sambungan air siap mendahului atau ikut jadual ; 21 Loji Rawatan Air (LRA) siap membekalkan 2,081 juta liter harian (JLH) dan 4,783 km paip dinaik taraf di seluruh negara. JPS juga melaksanakan 149 projek tebatan banjir memanfaatkan 1.77 juta penduduk, manakala SPAN mencatat penjimatan air sehingga 85% melalui peluasan Water Efficiency Product Labelling (WEPLS)
Manakala sektor tenaga mencatat kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) melebihi 13,300 MW setakat Disember 2025. Ini selaras sasaran 70% menjelang 2050. Penjimatan tenaga melalui National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP) mencapai penjimatan elektrik kumulatif 60,852 GWj - dengan penjimatan kos RM16.09 bilion dan pengurangan pelepadan karbon 35.6 juta tan.
Dari segi kerjasama serantau, pelancaran ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026 - 2035 Fasa Pertama ; memulakan inisiatif pembiayaan Asean Power Grid (APG)
Prestasi cemerlang perbelanjaan pembangunan PETRA yang mencecah hampir 100 peratus juga mencerminkan kecekapan tadbir urus serta keupayaan menterjemah peruntukan kepada manfaat langsung kepada rakyat. PETRA mencatat prestasi perbelanjaan RM4.45 bilikn atau 99.5% peruntukan - antara 5 Kementerian Terbaik Negara.
Budaya kerja positif terus diperkukuhkan apabila PETRA muncul sebagai kementerian dengan indeks keseronokan bekerja tertinggi, membuktikan persekitaran kerja yang sihat mampu melahirkan prestasi luar biasa.
Semoga PETRA terus melakar kecemerlangan, memperkukuh kepercayaan rakyat dan memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih lestari, sejahtera dan berdaya saing.
#tpmfy
#petra
#psp26-30
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 28 Januari 2026 | Rabu
Alhamdulillah hari ini saya menyempurnakan secara rasmi pelancaran Dashboard Status Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63), sebuah platform digital rasmi yang memaparkan secara telus status pelaksanaan, rundingan serta asas perundangan berkaitan hak Sabah dan Sarawak, pada satu majlis yang berlangsung di Parlimen.
Inisiatif ini diwujudkan sebagai sumber rujukan rasmi untuk semua pihak memahami perjalanan dan status sebenar pelaksanaan MA63, dalam usaha memperkukuh pelaksanaannya.
Sebelum ini, maklumat MA63 berselerak di pelbagai sumber seperti media dan hansard Parlimen, menyukarkan rakyat mendapatkan gambaran menyeluruh. Kini, Dashboard MA63 berfungsi sebagai pusat rujukan awam yang tersusun, tepat dan dikemas kini secara masa sebenar, selaras dengan semangat ketelusan Kerajaan MADANI.
Setakat ini sebanyak 29 perkara MA63 telah dibincangkan, dengan 13 daripadanya telah dilaksanakan, termasuk 9 perkara diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Sebanyak 16 perkara masih dalam rundingan kerana melibatkan isu sejarah, pindaan perlembagaan dan perincian undang-undang yang memerlukan penelitian mendalam.
Matlamat utama MA63 kekal jelas, bagi memastikan Malaysia terus utuh, stabil dan bersatu padu melalui hubungan kukuh antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak berlandaskan Perlembagaan serta perjanjian asal.
Dashboard MA63 bukan sekadar laman maklumat. Ia adalah simbol komitmen kerajaan terhadap keadilan, ketelusan dan masa depan Persekutuan Malaysia yang lebih seimbang.
Antara matlamat utama dashboard ini ialah sebagai sumber rujukan telus dan mudah diakses tentang MA63 ; bagi mengurangkan kekeliruan dan salah faham rakyat ; bagi meningkatkan kefahaman awam terhadap hak dan tanggungjawab berperlembagaan serta bagi menggalakkan idea serta kerjasama untuk mempercepat pelaksanaan MA63.
MA63 bukan isu wilayah semata-mata, sebaliknya ia adalah soal masa depan Malaysia yang adil, bersatu dan saling menghormati. Dengan adanya dashboard ini, fakta kini di hujung jari. Insya-Allah kefahaman membawa kepada keharmonian yang lebih utuh.
#tpmfy
#dashboardma63
#ma63
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 28 Januari 2026 | Rabu
Hari ini membentangkan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandaraya Kuching Fasa 2 dan RTB Sungai Semariang, Sarawak, kepada YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, di Kompleks Satria Pertiwi Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YAB Premier atas nasihat, pandangan dan cadangan, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek berkenaan demi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan terlibat.
Bersama saya, mewakili Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam pembentangan berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha PETRA (Sektor Air), Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib.
Hadir sama di pihak Kerajaan Negeri Sarawak ialah Timbalan Premier, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang juga ADUN N7 Samariang.
#tpmfy
#petra
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Labuan | 27 Januari 2026 | Selasa
Alhamdulillah hari ini menyaksikan satu lagi kesungguhan Kerajaan MADANI dalam menyelesaikan isu bekalan air apabila sebanyak 9 projek bekalan air bernilai RM133 juta berjaya disiapkan dan diserahkan kepada rakyat Labuan, hasil usaha bersepadu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Bekalan Air (JBA).
Projek-projek ini bukan sahaja menaik taraf infrastruktur usang, malah memperkukuh sistem agihan air, meningkatkan kapasiti simpanan dan mengurangkan kebocoran yang selama ini menjejaskan bekalan harian penduduk.
Penyiapan semua projek ini bukan sahaja memperkukuh sistem agihan air di Wilayah Persekutuan Labuan, malah membantu mengurangkan kadar air tidak berhasil (Non-Revenue Water/ NRW). Ia turut memberi impak besar kepada rakyat serta institusi penting di Labuan, termasuk Hospital Labuan, Institut Latihan Perindustrian, sekolah-sekolah, dan Labuan Crude Oil Terminal.
Majlis penyerahan projek berkenaan membawa harapan baharu kepada komuniti Labuan yang telah lama berdepan ketidaktentuan air bersih, satu keperluan asas yang tidak boleh dikompromi dalam kehidupan moden.
Kerajaan memahami cabaran yang dihadapi rakyat, termasuk gangguan besar yang berlaku pada awal Januari lalu akibat pergerakan tanah susulan hujan lebat, sehingga menjejaskan hampir 16,000 penduduk.
Tindakan pantas pemulihan oleh pelbagai agensi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, walaupun berdepan cabaran alam sekitar yang tidak dijangka.
Lebih penting, kejadian ini dijadikan pengajaran untuk memperkukuh sistem bekalan air agar lebih tahan terhadap perubahan iklim, bencana dan tekanan permintaan masa depan.
Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong serta arahan YAB Perdana Menteri, peruntukan besar termasuk tambahan RM300 juta telah disalurkan oleh Kerajaan MADANI khusus bagi menyelesaikan isu kritikal air di Labuan.
Sehingga kini, sebanyak 13 projek berkaitan bekalan air bernilai lebih RM470 juta sedang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat bagi memastikan bekalan bersih yang mampan untuk jangka panjang.
Empat projek jangka pendek yang dibiayai melalui peruntukan khas Belanjawan 2024 juga telah berjaya disiapkan, melibatkan pembaikan pam, sistem mekanikal serta baik pulih tangki air utama.
Semua usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk bukan sekadar memberi penyelesaian sementara, tetapi membina sistem air yang lebih cekap, moden dan berdaya tahan demi generasi akan datang.
Insya-Allah, dengan projek-projek ini, rakyat Labuan akan menikmati bekalan air yang lebih stabil, berkualiti dan terjamin. Kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Labuan | 27 Januari 2026 | Selasa
Alhamdulillah, satu lagi langkah besar ke arah menjamin bekalan elektrik yang lebih stabil, cekap dan mampan untuk rakyat Labuan telah dimulakan hari ini melalui Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Loji Janakuasa Baharu 120MW di Rancha-Rancha.
Projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan tenaga, malah menyokong pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan serta kesejahteraan komuniti setempat untuk jangka panjang.
Penghargaan kepada Rancha Power Sdn. Bhd. serta rakan strategik PG Energia, SEC Power dan Sustainable Power atas keyakinan pelaburan dan komitmen dalam membangunkan infrastruktur tenaga yang penting untuk negara dan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pembangunan loji janakuasa ini melambangkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan sistem bekalan elektrik yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan bersedia menyokong pembangunan masa hadapan, sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara.
Dasar tenaga negara berteraskan tiga prinsip utama iaitu keselamatan bekalan, kemampanan alam sekitar dan keterjangkauan kos kepada rakyat. Semua ini dilaksanakan selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta sasaran sifar pelepasan karbon seawal 2050.
Dalam usaha menuju masa depan rendah karbon, Kerajaan mengamalkan pendekatan “transition, not disruption” iaitu peralihan yang tersusun dan realistik. Loji berkecekapan tinggi seperti ini berperanan sebagai penyokong kestabilan sistem sambil tenaga boleh baharu terus diperkasa.
Tenaga adalah aset strategik negara yang menjadi pemangkin kestabilan ekonomi, keyakinan pelabur dan kualiti hidup rakyat. Bekalan elektrik yang stabil adalah asas kepada pembangunan industri, perkhidmatan dan kemajuan sosial.
Dalam konteks serantau, Labuan mempunyai potensi besar sebagai nod tenaga strategik, selari dengan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) yang mengukuhkan kerjasama dan keselamatan tenaga antara negara ASEAN.
Projek ini juga mengambil kira keperluan menggantikan aset janakuasa lama serta peningkatan permintaan tenaga akibat pertumbuhan ekonomi dan industri di Labuan, memastikan sistem tenaga kekal kukuh untuk dekad akan datang.
Justeru Kerajaan melalui PETRA akan terus memastikan setiap projek tenaga dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik, pematuhan alam sekitar dan keselamatan yang ketat demi kepentingan rakyat serta pelabur.
Semoga projek Loji Janakuasa 120MW ini menjadi pemangkin kemajuan Labuan, membuka lebih banyak peluang ekonomi dan menjamin masa depan tenaga yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#aseanpowergrid
#netr
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menghadiri Boundless Horizons: A Sarawak Fireside Chat on Aspiration and Impact.
Program anjuran Oxbridge Sarawak ini menghimpunkan aspirasi, pemikiran strategik dan semangat anak Sarawak dalam membentuk masa depan negeri dan negara.
Dalam sesi ini, saya turut berkongsi pandangan mengenai peranan Sarawak sebagai antara tunjang penting dalam agenda pertumbuhan nasional Malaysia untuk dekad mendatang.
Sarawak tidak membangun secara terasing, tetapi semakin menjadi pemacu utama daya tahan negara — khususnya dalam aspek keselamatan tenaga melalui hidroelektrik, tenaga boleh baharu dan ekonomi hidrogen yang menyokong peralihan hijau Malaysia.
Perbincangan turut menyentuh soal pembangunan modal insan Sarawak sebagai aset jangka panjang negara. Anak muda Sarawak perlu terus diperkasa dengan akses kepada pendidikan bertaraf dunia, pendedahan global, jaringan mentorship dan peluang yang memastikan potensi mereka tidak dibatasi oleh geografi atau kekangan kewangan.
Dalam dunia yang semakin mencabar, kekuatan sebenar terletak pada nilai kepimpinan yang konsisten, berintegriti, berempati dan bersifat kolaboratif — menyatukan suara kerajaan, industri, alumni dan generasi muda.
Sarawak mempunyai keunikan tersendiri: harmoni masyarakat majmuk, warisan budaya, kekayaan alam dan identiti yang kukuh. Keupayaan untuk menjadi kompetitif di peringkat global tanpa kehilangan jati diri adalah kelebihan yang harus terus dipelihara.
Semoga sesi anjuran Oxbridge Sarawak ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak sinergi, keyakinan dan horizon baharu untuk Sarawak — negeri yang berakar kuat, namun sentiasa memandang jauh ke hadapan.
#tpmfy
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 24 Januari 2026 | Sabtu
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menyempurnakan perasmian Anugerah Kebangsaan Shell LiveWire Malaysia 2025 di Kuching, yang dianjurkan oleh Shell Malaysia sebagai sebahagian daripada program pembangunan keusahawan Shell bagi memupuk dan menyokong keusahawanan dan inovasi.
Program yang dijayakan dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) ini bukan sekadar meraikan kemenangan, tetapi menghargai idea berani yang digerakkan oleh anak muda serta usahawan yang komited membina perubahan.
Keusahawanan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam membina masa depan negara. Para usahawan hari ini bukan sahaja pencipta perniagaan, malah penyelesai masalah, pencipta pekerjaan dan pemacu kemajuan masyarakat.
Kerjasama erat antara sektor awam dan swasta, termasuk sokongan berterusan Shell Malaysia dan inisiatif pembangunan oleh TEGAS, menjadi contoh jelas bagaimana solidariti dan kepercayaan mampu melahirkan ekosistem keusahawanan yang inklusif dan mampan.
Lebih membanggakan, platform seperti Shell LiveWire membuka ruang kepada inovasi dari pelbagai latar belakang — membuktikan bahawa bakat boleh datang dari mana-mana, dan anak muda mampu memimpin perubahan jika diberi peluang, sokongan dan kepercayaan.
Kepada para usahawan dan startup:
Idea anda penting. Kegagalan anda adalah pelajaran. Perjalanan anda membawa makna. Teruslah membina kemampuan diri dengan integriti, berinovasi dengan tujuan, dan memimpin dengan tanggungjawab. Kejayaan sebenar bukan diukur sejauh mana kita melangkah, tetapi berapa ramai yang kita dapat bawa bersama.
Tahniah kepada para pemenang Shell LiveWire dan syabas kepada semua peserta. Teruskan melakar kejayaan dan memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara.
#tpmfy
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 24 Januari 2026 | Sabtu
Alhamdulillah hari tok tek kamek diberik penghormatan menyempurnakan perasmian Program Hak Kitak: Edisi Sekolah di SMK Tunku Abdul Rahman - inisiatif untuk memperkenalkan pendidikan undang-undang dan kewarganegaraan kepada pelajar sekolah dengan cara yang dekat dan mudah difahami.
Syabas dan Tahniah Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi penganjur dan peneraju program tok, dengan menjadikan sekolah di Petra Jaya tok sebagai sekolah angkat. Penghargaan & terima kasih juak dengan pihak sekolah SMK Tunku Abdul Rahman, guru-guru, pelajar, rakan strategik dan sukarelawan yang terlibat.
Program tok menekankan satu mesej penting — setiap pelajar ada hak dan setiap hak perlu dihormati. Pada masa sama, pelajar dididik tentang tanggungjawab sebagai warga sekolah dan masyarakat. Gia juak guru dan masyarakat sekeliling, kita semua ada hak yang perlu kita semua fahami. Kita perlu tauk apa boleh dipolah, apa sik boleh, serta sempadan hak diri sendiri dan hak orang lain. Kita perlu tauk apa yang perlu dipolah mun berdepan situasi yang sik adil.
Melalui program tok juak pelajar didedah mengenai saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan seperti guru, kaunselor, pentadbir sekolah, ibu bapa atau pihak berkuasa — tanpa rasa takut untuk bersuara.
Hak Kitak: Edisi Sekolah tok bukan program sehari tapi dilaksanakan secara berterusan melalui pendekatan sekolah angkat untuk membina persekitaran sekolah yang lebih selamat dan berinformasi.
Dalam dunia digital hari tok, isu buli dan buli siber semakin membimbangkan. Program tok akan membantu pelajar supaya lebih peka, berani bertindak dan saling menjaga antara satu sama lain.
Usaha tok selari dengan semangat Malaysia MADANI — membina generasi berilmu, beradab dan bermaruah melalui kerjasama semua pihak. Kamek turut menekankan mengenai peri pentingnya empat perkara -𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐈𝐦𝐚𝐧, 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤 dalam membentuk insan yang seimbang.
#tpmfy
#hakkitak
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 23 Januari 2026 | Jumaat
Petang ini bersama pengurusan tertinggi dan para pegawai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), jabatan dan agensi, meraikan bekas timbalan saya, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, yang kini menjawat portfolio Menteri Ekonomi, dalam Majlis Sanjungan Budi.
Mewakili seluruh warga PETRA serta jabatan dan agensi dibawahnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Haji Akmal atas khidmat bakti, sumbangan, komitmen serta kerjasama padu sepanjang bersama PETRA.
PETRA amat menghargai sumbangan beliau dalam membantu memperkukuh dasar serta hala tuju program-program strategik kementerian, termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Malaysia Energy Literacy Program (MELP).
Komitmen YB Tuan Hj Akmal juga terserlah melalui pendekatan turun padang yang konsisten, dengan lawatan pemantauan projek serta tindakan proaktif membantu menyelesaikan isu-isu pelaksanaan di lapangan, sepanjang bersama PETRA.
Kesungguhan beliau dalam menyantuni pelaksana dan mempercepat penyelarasan bersama kerajaan negeri membuktikan komitmen tinggi beliau dalam memastikan setiap projek PETRA dapat disampaikan dengan sempurna kepada rakyat. 
Dalam urusan Parlimen pula, PETRA amat menghargai peranan beliau yang begitu aktif dalam membawakan isu-isu kementerian melalui sesi menjawab soalan, penggulungan, pembentangan serta perbahasan melibatkan undang-undang dan perkara penting seperti RUU berkaitan sektor tenaga dan air, bajet PETRA serta teguran Audit Negara yang memerlukan tindakan susulan. 
Pelantikan YB Tuan Hj Akmal sebagai Menteri Ekonomi merupakan satu pengiktirafan yang tepat atas pengalaman, keupayaan dan kepimpinan beliau yang telah terbukti. 
Saya percaya hubungan kerjasama antara PETRA dan Kementerian Ekonomi di bawah YB Tuan Hj Akmal, akan terus kukuh demi agenda pembangunan Malaysia MADANI.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, menghadiri Malaysia Car of the Year (MCOTY) Awards 2025 — sebuah platform yang bukan sekadar meraikan kenderaan terbaik, tetapi mencerminkan visi, inovasi dan hala tuju masa depan industri automotif negara.
Kemajuan bukan hanya tentang teknologi baharu, tetapi tentang keberanian untuk berubah, keupayaan menyesuaikan minda, serta membuat keputusan hari ini demi masa depan yang lebih lestari.
Seiring perjalanannya, MCOTY telah berkembang sebagai penanda aras kecemerlangan, merangkumi prestasi, keselamatan, kelestarian dan teknologi — mencerminkan sejauh mana industri automotif Malaysia telah melangkah, dan kesediaannya untuk terus maju ke hadapan.
Industri automotif kekal sebagai antara tunjang utama sektor pembuatan negara. Ia bukan sekadar pemasangan kenderaan, tetapi satu ekosistem menyeluruh yang melibatkan jurutera, vendor, pereka, penyedia logistik dan tenaga kerja mahir — semuanya menyumbang kepada daya tahan industri nasional.
Dalam masa yang sama, peralihan ke arah mobiliti rendah karbon menuntut pendekatan yang realistik, inklusif dan berperingkat. Peralihan berskala besar tidak boleh berlaku secara tergesa-gesa. Yang penting ialah kemajuan yang praktikal, selari dengan realiti ekonomi, kesiapsiagaan teknologi dan kesan sosial.
Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), sektor automotif berada di teras peralihan mobiliti Malaysia. Prinsip keselamatan, kemampuan dan kelestarian terus menjadi asas — kerana peralihan yang tidak selamat atau tidak mampu tidak akan pernah mampan.
Kenderaan masa depan bukan sahaja perlu bersih dan canggih, tetapi juga mampu dimiliki, disokong oleh sistem tenaga yang kukuh, infrastruktur yang bersedia dan bakat tempatan yang berkemahiran.
Tahniah kepada semua pemenang dan penerima anugerah. Pengiktirafan malam ini amat bermakna, namun komitmen berterusan terhadap pelaburan dan inovasi di Malaysia merupakan legasi yang lebih besar untuk negara.
Semoga usaha kita hari ini menjadi warisan yang membanggakan untuk generasi akan datang — membina industri automotif yang berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa depan, sambil menyediakan mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
Kuala Lumpur | 22 Januari 2026 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA MALAYSIA) di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Delegasi diketuai Yang DiPertua 1 persatuan, Dato’ Faridah A. Jabbar bersama majlis tertinggi dan kepimpinan seluruh negeri diraikan dengan makan tengah hari secara santai.
Dalam kunjungan itu, delegasi berkongsi pandangan dan usaha memperkasakan ekonomi wanita di seluruh negara serta usaha mengukuhkan kerjasama strategik dengan pihak Kerajaan dalam agenda nasional memajukan golongan wanita.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 22 Januari 2026 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 22 Januari 2026 | Khamis
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti sebanyak 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi di seluruh negara yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir secara menyeluruh.
Sehingga Disember 2025, sebanyak 37 projek berada dalam pelaksanaan mengikut jadual, manakala 6 projek dikenal pasti mengalami kelewatan, iaitu RTB Sungai Solok, RTB Likas, RTB Baling Fasa 2, RTB Sungai Maran, RTB Sungai Klang Seksyen 25 dan RTB Sungai Damansara.
Secara umumnya, kelewatan pelaksanaan projek-projek ini berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya:
• Isu berkaitan tanah, termasuk pengambilan balik tanah dan pencerobohan;
• Keperluan pengalihan utiliti sedia ada; serta
• Kelewatan kelulusan teknikal yang melibatkan pelbagai agensi.
Selain itu, faktor cuaca ekstrem dan kejadian banjir luar biasa turut memberi kesan ketara terhadap kemajuan kerja di tapak.
PETRA memandang serius perkara ini dan telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan melalui pengukuhan tadbir urus pelaksanaan projek. Antara tindakan yang dilaksanakan termasuk pemantauan kemajuan projek secara lebih rapi dan berkala; penstrukturan semula jadual kerja; penguatkuasaan terma kontrak, termasuk tindakan terhadap kontraktor yang gagal mencapai prestasi ditetapkan; serta penyelarasan lebih intensif bersama Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan proses kelulusan dan menyelesaikan isu di peringkat lapangan.
Sementara menunggu projek-projek RTB ini disiapkan sepenuhnya, PETRA melalui JPS turut memberi keutamaan kepada pelaksanaan langkah mitigasi segera jangka pendek bagi melindungi penduduk di kawasan yang masih terjejas.
Langkah ini dilaksanakan melalui Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir, yang merangkumi kerja-kerja pengaluran sungai, penstabilan tebing sungai, serta serta naik taraf saluran dan struktur berkaitan.
Bagi tempoh 2022 hingga 2025, sejumlah RM556.6 juta peruntukan telah disalurkan ke seluruh negara bagi melaksanakan kerja-kerja kecil ini, berdasarkan keutamaan kawasan berisiko tinggi yang dikenal pasti di peringkat negeri.
Saya memaklumkan perkara ini kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan daripada Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir (Setiu) yang bertanyakan senarai projek RTB berkeutamaan tinggi yang mengalami kelewatan jadual setakat Disember 2025, serta penjelasan tuntas mengenai langkah mitigasi segera bagi kawasan yang masih terjejas teruk akibat kegagalan projek-projek tersebut disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini berkesempatan menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Tadbir Urus Korporat & Kelestarian Kebangsaan (NACGSA) 2025 di Kuala Lumpur.
Majlis ini menghimpunkan pemimpin korporat, pengawal selia dan komuniti pelaburan yang berkongsi satu keyakinan bersama: tadbir urus yang kukuh dan kelestarian yang bertanggungjawab adalah asas kepada kemakmuran jangka panjang negara.
Dalam landskap global yang semakin tidak menentu, keyakinan menjadi kekuatan senyap sesebuah negara — keyakinan pelabur, kepercayaan rakyat dan penghormatan komuniti antarabangsa. Keyakinan ini tidak terbina dengan sendirinya; ia lahir daripada integriti, konsistensi dan amanah yang dizahirkan dalam setiap keputusan.
Pasaran mungkin dipacu oleh angka dalam jangka pendek, namun kepercayaanlah yang memastikan ia bertahan. Apabila institusi dan syarikat mengutamakan tanggungjawab serta pandangan jauh, mereka bukan sahaja memperkukuh prestasi, malah membina asas ekonomi dan sosial yang lebih mampan.
Inilah semangat Malaysia MADANI — pembangunan yang berteraskan nilai, akauntabiliti dan kemampanan. NACGSA menjadi isyarat jelas bahawa kepimpinan hari ini tidak diukur semata-mata melalui pencapaian, tetapi melalui cara pencapaian itu diraih; bukan hanya hasil, tetapi prinsip yang mendasarinya.
Tahniah kepada semua penerima anugerah atas kepimpinan berprinsip dan komitmen berterusan dalam memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai negara yang diyakini, berdaya saing dan mampan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
Kuala Lumpur | 20 Januari 2026 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Seperti yang ditegaskan YAB Perdana Menteri, RPN 2026-2035 mampu membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan sekali gus mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.
Ia juga berupaya memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 20 Januari 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN & Malaysia 2025 dihoskan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Agro Ekspo Malaysia (MAEPS).
Majlis turut dihadiri isteri YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penganjuran majlis ini adalah bertujuan menzahirkan penghargaan Perdana Menteri kepada semua petugas-petugas dan kementerian yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai acara melibatkan Kepengerusian ASEAN & Malaysia 2025.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kepengerusian ASEAN & Malaysia 2025.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Serdang l 19 Januari 2026 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak sembah Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar duli Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan Titah Diraja bagi perasmian kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama 20 hari akan menyaksikan pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, diikuti dengan sesi perbahasan usul berkenaan selama tujuh hari mulai 20 Januari.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada minggu ketiga persidangan, bermula 4 hingga 10 Februari .
Sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 23 Februari.
Sidang Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 19 Januari 2026 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini merasmikan Kafe Rashfa yang dikendalikan Koperasi Temasya Glenmarie Berhad di perkarangan Masjid An Nur Temasya Glenmarie.
Penubuhan Kafe Rashfa dengan kerjasama Masjid An Nur Temasya Glenmarie adalah sebuah inisiatif yang bukan sahaja mencerminkan semangat keusahawanan, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama komuniti yang berpaksikan institusi masjid.
Ia juga mampu menjadi ruang pertemuan masyarakat, tempat bertukar idea, mengukuhkan silaturahim dan menyuburkan semangat kebersamaan.
Tahniah kepada Koperasi Temasya Glenmarie Berhad atas pendekatan yang menggabungkan elemen ekonomi, sosial dan keagamaan secara seimbang.
Kafe Rashfa beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam menawarkan pelbagai hidang seperti pastri, masakan panas, makanan barat, kuih-muih dan pelbagai jenis minuman dan kopi.
Antara hidangan istimewa adalah roti canai, soto jakarta, laksa Perlis dan sate.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Shah Alam l 18 Januari 2026 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negara Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadiri perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.
Turut sama Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang Dipertua Dewan Negara.
Ia adalah rutin biasa GPS setiap kali ketika sidang Dewan Rakyat bermula yang akan disusuli sidang Dewan Negara, bertujuan membincangkan isu-isu semasa terutama melibatkan kepentingan Sarawak.
Perbincangan ini penting bagi memastikan pendirian yang selari, hala tuju yang jelas serta keutamaan Sarawak terus diberi perhatian dalam sesi Parlimen.
Semoga segala perbincangan dan persiapan yang dibuat malam ini dapat diterjemahkan kepada keputusan serta tindakan yang memberi manfaat terbaik kepada rakyat dan masa depan Sarawak.
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini (19 Januari 2026) dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat. Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan Titah Diraja bagi perasmian kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama 20 hari akan menyaksikan pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, diikuti dengan sesi perbahasan usul berkenaan selama tujuh hari mulai 20 Januari.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada minggu ketiga persidangan, bermula 4 hingga 10 Februari 2026.
Sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 23 Februari 2026.
Sidang Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari 2026.
#tpmfy
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 17 Januari 2026 | Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
27 Rejab 1447 / 17 Januari 2025
Israk dan Mikraj pada setiap 27 Rejab menjadi wadah untuk kita memperingati peristiwa agung yang menjadi asas pensyariatan solat lima waktu, iaitu ibadah yang membentuk disiplin kita, tanggungjawab dan integriti dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa kemajuan rohani dan keteguhan nilai mesti seiring dengan usaha membina masyarakat dan negara yang adil, berdaya tahan serta berteraskan akhlak mahmudah (akhlak yang baik).
Sempena Israk Mikraj, marilah kita memperbaharui tekad untuk menjaga solat di awal waktu, memperbaiki khusyuk, dan mendidik keluarga dengan cinta kepada ibadah.
Semoga peristiwa Israj Mikraj menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim sejati berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri dalam mencari keredhaan Allah, sekali gus menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.
Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik yang menjadi ikutan sepanjang zaman. Jadikanlah perjuangan Rasulullah sebagai penanda aras kepada diri kita dalam usaha memperbaiki diri menjadi lebih bertaqwa dan wasatiah. Bersama-sama kita mengambil ibrah peristiwa Israk dan Mikraj dalam menjadikan kita insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawi.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Baitul Maqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Isra ayat 1).
Selamat menyambut Israk dan Mikraj 1447H kepada semua umat Muslim.
Hj Fadillah bin Hj Yusof
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di pejabat saya di Menara PETRA.
Ini adalah kunjungan pertama ke pejabat saya selepas beliau dilantik menjawat jawatan terbabit pada 26 September 2025 berikutan Datuk Mancha Ata bersara wajib.
Sebelum ini, Datuk Mohamad Zainal merupakan Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, kami bertukar pandangan pelbagai perkara dalam memastikan rakyat Sarawak hidup aman damai dan bebas jenayah.
Selamat Menjalankan Tugas Datuk.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 16 Januari 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Dato Haji Baharuddin b Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) di Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bakal bersara tidak lama lagi.
Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang selama ini diberikan ketika menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan masyarakat.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersara Dato.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 16 Januari 2026 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, satu penghormatan dapat merasmikan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kota Setar, Kedah (RSTP Kota Setar) serta menyaksikan penyerahan operasi loji tersebut kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
RSTP Kota Setar yang dibangunkan dengan kos pelaksanaan sebanyak RM238.8 juta merupakan loji terbesar di negeri Kedah dengan keupayaan merawat kumbahan sehingga 100,000 Penduduk Setara (Population Equivalent – PE) yang mula menerima aliran kumbahan secara berperingkat sejak 9 Ogos 2025.
Antara komponen utama pelaksanaannya termasuklah rasionalisasi 24 loji rawatan kumbahan sedia ada serta sistem pembetungan di 16 premis kerajaan, yang merupakan satu langkah strategik menggantikan loji-loji berskala kecil yang kurang efisien dengan sistem serantau yang lebih kolektif dan kos efektif.
Projek CSTP Kota Setar merupakan projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), sebagai inisiatif penting Kerajaan dalam menyediakan sistem pembetungan moden, cekap dan mesra alam kepada rakyat merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan berskala besar, rangkaian paip pembetungan baharu, serta kerja-kerja penyambungan ke sistem pembetungan awam yang lebih terancang.
Ia memberi manfaat secara langsung kepada penduduk sekitar Bandaraya Kota Setar, termasuk kawasan perumahan dan kejiranan di Derga, Kota Setar dan Alor Malai. Sistem rawatan moden ini akan memastikan semua kumbahan domestik dan perdagangan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke badan air, sejajar dengan Pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Selain itu, berdasarkan rekod MyProjek sehingga 14 Januari 2026 melibatkan Projek Pembangunan (DE) PETRA RP1 TAHUN 2026 RMK13 bagi negeri Kedah, sebanyak 38 projek merangkumi 31 projek sambungan dan 7 projek baharu melibatkan kos projek keseluruhan berjumlah RM4.389 billion.
Manakala jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tempoh pelaksanaan di bawah RP1
Tahun 2026 RMK13 bagi negeri Kedah adalah sebanyak RM253 juta.
Pecahan mengikut Jabatan adalah seperti berikut:
i) JPS - 21 projek (Kos projek: RM1.995 billion) dengan peruntukan tahun 2026 sebanyak RM184 juta secara geran langsung.
ii) JBA – 14 projek (Kos projek: RM2.078 billion) dengan peruntukan tahun 2026 sebanyak RM59 juta bagi 11 projek yang dibiayai secara geran langsung dan RM5 juta bagi 3 projek yang dibiayai secara pinjaman.
iii) JPP – 3 projek (Kos projek: RM316 juta) dengan peruntukan tahun 2026 sebanyak RM5.5 juta secara geran langsung.
Antara projek baharu PETRA yang menjadi tumpuan bagi tahun 2026 di negeri Kedah adalah:
i. Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sg. Kerangan Daerah Kulim dengan kos projek sebanyak RM496.124 juta.
ii. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Temin/ Bata Daerah Kubang Pasu dengan kos projek sebanyak RM290.0 juta.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kota Setar l 15 Januari 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, berpeluang menghadiri Townhall Premier 9 Tahun bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg anjuran TVS di Hikmah Exchange Event Centre.
Sesi ini mengetengahkan pencapaian sembilan tahun pentadbiran YAB Abang Jo sebagai Premier Sarawak selain hala tuju pembangunan negeri selari dengan aspirasi Sarawak menuju wilayah maju pada 2030.
YAB Premier menggunakan sesi townhall ini dengan berkongsi mengenai pembangunan tenaga bersih, transformasi digital dan inisiatif modal insan, peluang pekerjaan dalam industri baharu serta pendidikan pengajian tinggi percuma di institusi milik kerajaan negeri.
Setinggi-tinggi tahniah YAB Datuk Patinggi Abang Johari yang telah berjaya meletakkan Sarawak pada kedudukan keempat - negeri ekonomi berpendapatan tinggi - selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang, mengatasi Selangor.
Selain berkongsi akan kecemerlangan Sarawak, YAB Premier menegaskan dengan kekayaan budaya, kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas, Sarawak kini berada di landasan yang tepat menuju wilayah maju menjelang 2030.
#tpmfy
#petra
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur
Kuching l 13 Januari 2026 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat dan kekuatan yang yang telah membolehkan kita mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tahun 2025. Berkat semangat ‘segulai sejalai’ antara kerajaan, penjawat awam, sektor swasta dan segenap lapisan rakyat - Malaysia mampu mendepani apa jua cabaran untuk terus melangkah maju ke hadapan.
Hasil usaha bersama ini, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, meningkat daripada 4.4 peratus pada suku kedua, dipacu oleh prestasi kukuh merentas semua sektor utama ekonomi.
Alhamdulillah perjalanan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sudah mencecah usia 3 tahun. Perjalanan ini bukan mudah dan masih panjang, namun kerajaan akan terus komited memberikan khidmat terbaik demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, banyak peristiwa penting sepanjang tahun 2025 ini yang wajar kita cermati. Beberapa negara seperti United Kingdom dan Jerman masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi perlahan, manakala Argentina terus berdepan krisis inflasi dan keyakinan pasaran. Di Sri Lanka, pemulihan pasca krisis hutang kekal rapuh.
Ketegangan geopolitik dan konflik berpanjangan di Timur Tengah pula menjejaskan keselamatan tenaga dan rantaian bekalan global. Iktibar untuk Malaysia jelas iaitu kestabilan politik, perpaduan rakyat dan pengurusan ekonomi yang berhemah adalah benteng utama negara. Negara yang bersatu dari dalam, menjaga sensitiviti masyarakat majmuk, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat akan lebih berdaya tahan menghadapi cabaran global yang tidak menentu.
Tahun 2025 turut mencatat kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang diiktiraf antara penganjuran terbaik. Malaysia berjaya mengembalikan fokus ASEAN kepada keutamaan bersama seperti kestabilan ekonomi, keselamatan makanan dan tenaga, sekali gus mengukuhkan peranan ASEAN sebagai kuasa penstabil serantau.
Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja mengangkat imej Malaysia di mata dunia, malah mengukuhkan kedudukan negara sebagai rakan strategik yang dipercayai serta membuka peluang ekonomi dan kerjasama yang lebih luas demi kesejahteraan rakyat dan masa depan serantau yang mampan.
Bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM-43) telah mencatat pencapaian bersejarah, termasuk pelancaran APAEC 2026–2035, pemeterian ASEAN Power Grid Enhanced MoU, ASEAN Petroleum Security Agreement (Successor Agreement), serta pelancaran ASEAN Power Grid Financing Initiative dengan kerjasama ADB dan Bank Dunia.
Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan diplomatik tetapi satu manifestasi kepimpinan Malaysia dalam memacu agenda tenaga ASEAN ke arah masa depan yang inklusif dan lestari. PETRA akan terus memperkasakan agenda peralihan tenaga dan pada masa sama, mempergiat usaha mentransformasikan pengurusan sumber air negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia.
Insya-Allah, kita akan terus menginjak ke tahun 2026 dengan semangat dan kebersamaan yang lebih kuat lagi, serta melakar lebih banyak pencapaian demi negara tercinta.
Kita semua punya peranan untuk memastikan ikatan perpaduan yang utuh, akan terus menjadi asas kekuatan kita. Sesungguhnya tujuan kita diamanatkan sebagai khalifah di muka bumi ini adalah untuk terus berjasa dan berbakti, sebagaimana firman Allah SWT: ‘Dialah yang menjadikan kamu dari bumi dan menugaskan kamu untuk memakmurkannya’ (Surah Hud: 61).
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026
#tpmfy
#petra
#segulaisejalai
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mencatatkan pencapaian signifikan dalam memperkukuh sektor air dan tenaga bagi tempoh 2024 dan 2025.
Pencapaian memberangsangkan itu di capai melalui kerjasama strategik pelbagai agensi berkaitan dan semua pihak yang terlibat. Pencapaian ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan rakyat, malah menyokong agenda kemampanan, keselamatan infrastruktur serta peralihan kepada ekonomi hijau.
Dalam sektor air, kejayaan utama dicapai hasil penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). SPAN melalui pelaksanaan Skim Pelabelan Kecekapan Produk Air (WEPLS) berjaya menjimatkan sehingga 85 peratus penggunaan air serta menggalakkan gaya hidup mampan.
IWK pula merekodkan lebih 7,000 Loji Rawatan Kumbahan dengan kadar pematuhan efluen melebihi 97 peratus, di samping pelaksanaan Program Lemak, Minyak dan Gris (FOG) yang mengurangkan gangguan kumbahan, penggunaan tenaga solar di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) yang menjimatkan kos tenaga sehingga 15 peratus, serta penghasilan biopepejal untuk kegunaan pertanian dan landskap.
JPP mencatatkan dua juta jam kerja tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI), memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – INNOZILLA melalui projek Multi-Pond Constructed Wetland System (MPCWS), serta mencipta dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Projek Papan.
JPS pula melaksanakan 149 projek tebatan banjir yang melindungi seramai 1.77 juta penduduk, membangunkan 1,308 kilometer Denai Sungai Kebangsaan dan menjalankan pemuliharaan sungai sepanjang 2,663 kilometer. Di Sabah dan Labuan, JBA melaksanakan sembilan projek kritikal yang berjaya meningkatkan tekanan air serta mengurangkan gangguan bekalan.
PAAB memainkan peranan penting melalui pembangunan 21 Loji Rawatan Air dengan kapasiti 2,081 juta liter sehari (JLH), pemasangan 4,783 kilometer paip baharu dan kritikal, pembinaan 45 tangki air berkapasiti 758 juta liter, serta penyiapan Projek Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 JLH dengan kos RM4.2 bilion. Penggunaan teknologi inovatif oleh PAAB turut menghasilkan tiga Rekod MBOR. NAHRIM pula menyumbang melalui kajian berkaitan bahan pencemar baharu dan mikroplastik, serta pembangunan sistem GEO-PROTECT V2 bagi ramalan banjir masa nyata.
Pencapaian ini diperkukuh oleh inisiatif strategik air, termasuk pelaksanaan AIR2040 yang menumpukan pengurusan lembangan dan data berpusat, pindaan Akta 654 dan Akta 655, pelaksanaan Program Pembiayaan Vendor bernilai RM100 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), serta Program Pembangunan Vendor yang melibatkan 52 organisasi. Inovasi sektor air turut dipacu melalui MPCWS, GEO-PROTECT V2, sistem pengangkutan paip, tenaga solar LRK dan pelbagai inisiatif JPS.
Prestasi sektor air diukur melalui petunjuk prestasi utama (KPI) seperti kapasiti sistem air, pematuhan piawaian efluen, pengurangan aduan pengguna, serta kajian saintifik dan program seperti WEPLS. Kejayaan ini diiktiraf menerusi pelbagai anugerah termasuk MBOR, Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025, penarafan INFRASTAR Empat Bintang serta pengiktirafan kepimpinan serantau dalam penyelidikan air oleh NAHRIM.
Bagi sektor tenaga, pencapaian utama melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan MyPOWER. MyPOWER berjaya menyiapkan 10 inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Pembaharuan Pasaran Elektrik Malaysia (FP MESI) serta melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumber Tenaga Teragih (DER) dan Pelan Sistem Bersepadu (ISP).
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
SEDA merekodkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 3,409.64 megawatt dan penjimatan tenaga berjumlah 359.81 gigawatt-jam. Suruhanjaya Tenaga (ST) pula melaksanakan Program Solar Skala Besar 5+ (Large Scale Solar – LSS5+) dengan kapasiti 1,975 megawatt arus ulang-alik, memacu pembangunan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di peringkat nasional, serta berjaya mengeksport 50 megawatt elektrik hijau ke Singapura.
Pelaksanaan inisiatif strategik tenaga seperti Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4), Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Purata (AFA), pelaksanaan DER, Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering – NEM), Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT), Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan (ATAP) telah meningkatkan kecekapan sistem tenaga negara.
Prestasi sektor ini ditunjukkan melalui penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (System Average Interruption Duration Index – SAIDI) kepada 37.36 minit, serta peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga. Inovasi tenaga terus diperkasakan melalui Sistem Penilaian Bangunan Hijau (GreenPASS), Bangunan Tenaga Sifar (Zero Energy Building – ZEB), sistem MyEnergyStats, Makmal Kawal Selia Tenaga (Sandbox Tenaga) dan BESS. Kejayaan ini turut diiktiraf melalui Anugerah ISES 2024 yang diterima oleh SEDA serta pengiktirafan eksport tenaga hijau pertama Malaysia oleh ST.
Di peringkat serantau, Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 mencatatkan pencapaian bersejarah melalui pelancaran Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga 2026–2035 (APAEC) bagi fasa pertama (2026–2030), pemeteraian Memorandum Persefahaman Dipertingkat Grid Tenaga ASEAN, pemeteraian Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (Perjanjian Pengganti), serta pelancaran Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN.
Secara keseluruhannya, pencapaian PETRA mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh keselamatan air dan tenaga negara, membangunkan infrastruktur yang lebih selamat dan mampan, serta memacu transformasi sektor melalui AIR2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Usaha ini secara langsung menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 demi kesejahteraan negara dan generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
PETRA | 26 Disember 2025
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐢𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Kerajaan MADANI menegaskan bahawa akses kepada bekalan air bersih, selamat dan berterusan bukan sekadar keperluan, malah merupakan hak asas setiap rakyat yang wajib dipelihara. Berteraskan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan bersama, kerajaan terus memperkukuh komitmen ini melalui pelaksanaan dasar dan projek yang berimpak tinggi.
Menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), projek sambungan sumber serta bekalan air dilaksanakan secara geran langsung yang terancang, berfokus dan berdisiplin. Hasilnya, 88.89% projek berjaya disiapkan mengikut jadual atau lebih awal, membuktikan kecekapan tadbir urus dan kesungguhan kerajaan dalam memastikan manfaat segera sampai kepada rakyat.
Pencapaian ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh prasarana air negara, menjamin kebajikan rakyat serta memastikan tiada komuniti terpinggir daripada menikmati kemudahan asas yang berkualiti.
Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap langkah pembangunan negara, Insya-Allah
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
PETRA | 25 Disember 2025
𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda peralihan tenaga negara dengan mempercepatkan pembangunan tenaga boleh baharu sebagai tunjang kepada keselamatan tenaga dan kemampanan jangka panjang.
Di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), kapasiti terpasang tenaga boleh baharu negara telah mencecah lebih 13,000 MW setakat Oktober 2025. Ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan ke arah sasaran 70% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2050.
Inisiatif strategik ini mengimbangi keperluan pertumbuhan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan generasi masa depan, selari aspirasi Malaysia MADANI menuju negara yang lebih hijau, berdaya tahan dan lestari.
Peralihan tenaga hari ini, jaminan masa depan negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
PETRA | 25 Disember 2025
𝐉𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚, 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus komited memperkukuh kecekapan tenaga negara demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Menerusi pelaksanaan National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP), inisiatif penjimatan tenaga merentasi sektor industri, komersial dan domestik terus diperkasa, sekali gus merekodkan penjimatan tenaga kumulatif sebanyak 60,852 GWj.
Inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan RM16.09 bilion kos tenaga, malah mengurangkan pelepasan karbon sehingga 35.6 juta tan CO₂ setara, sejajar aspirasi MADANI ke arah pembangunan mampan dan masa depan negara yang lebih hijau.
Pencapaian ini membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memacu pembangunan mampan, mempercepatkan peralihan tenaga, serta memastikan masa depan negara yang lebih hijau, cekap dan berdaya tahan untuk generasi akan datang.
Kecekapan tenaga hari ini, kelestarian masa depan negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat menyambut Hari Krismas kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan perayaan ini menjadi wadah untuk kita terus memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini.
Dalam meraikan kepelbagaian yang menjadi identiti Malaysia, marilah kita sentiasa menghindari sebarang unsur, tutur kata atau tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan, keresahan atau salah faham dalam kalangan mana-mana pihak. Sensitiviti agama, kaum dan budaya wajar sentiasa dipelihara agar keharmonian yang kita nikmati terus terjamin.
Perbezaan latar belakang bukan alasan untuk berpecah, sebaliknya kekuatan untuk kita bersatu padu. Dengan semangat toleransi, saling memahami dan menghormati, setiap perayaan yang diraikan mampu menjadi asas kukuh kepada perpaduan nasional.
Ayuh! marilah kita terus berganding bahu, mengetepikan perbezaan dan bersama-sama membina ekonomi negara yang mampan demi kesejahteraan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian adalah tunjang kepada kestabilan, kemakmuran dan masa depan negara yang lebih sejahtera, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Semoga keamanan, keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi hari ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
—————————
Christmas Greetings to Malaysians Who Are Celebrating
Warm Christmas greetings to all Malaysians who are celebrating.
May this Christmas bring moments of joy, reflection, and togetherness, while reminding us of the importance of unity, harmony, and mutual respect in our diverse society.
Malaysia’s strength lies in its diversity. As we celebrate this festive season, let us remain thoughtful in our words and actions, and continue to respect religious, cultural, and community sensitivities, so that harmony and understanding are preserved for all.
Our differences should not divide us, but bring us closer. Through tolerance, understanding, and respect, every celebration can become an opportunity to strengthen national unity and social cohesion.
Let us move forward together—setting aside differences and working hand in hand to build a sustainable economy and ensure the well-being of the rakyat. Unity in diversity remains the foundation of stability, prosperity, and a hopeful future for our nation, in line with the aspirations of the MADANI Government.
May the peace, harmony, and unity we share today continue to grow and be passed on to future generations.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini menghadiri Malam Jalinan Harmoni, Sanjungan Budi #expo 2025 Osaka, bagi meraikan kejayaan penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
Kejayaan ini bukan sekadar hasil perancangan rapi, malah lahir daripada semangat kebersamaan, keikhlasan dan rasa tanggungjawab semua pihak yang terlibat.
Penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka dilaksanakan dalam tempoh persediaan yang singkat, namun tetap membawa misi besar untuk mengangkat maruah dan imej negara di persada antarabangsa.
Sasaran awal yang ditetapkan mencerminkan keyakinan terhadap potensi Malaysia sebagai negara berdaya saing dan progresif.
Dengan sasaran 1.5 juta pengunjung dan potensi perdagangan serta pelaburan bernilai RM13 bilion, seluruh jentera kerajaan dan rakan strategik telah berganding bahu memastikan misi nasional ini berjaya dicapai melalui kerjasama yang erat dan komitmen padu.
Reka bentuk dan seni bina tapak Ekspo Osaka 2025 yang berteraskan tema “Designing Future Society for Our Lives” jelas menonjolkan mesej penyatuan budaya dan inovasi global. Dalam konteks ini, Pavilion Malaysia tampil megah dengan identiti tersendiri yang membanggakan.
Berinspirasikan struktur buluh yang dijalin seperti tenunan songket, Pavilion Malaysia membawa tema “Weaving a Future in Harmony” yang melambangkan gabungan warisan, nilai budaya dan inovasi masa hadapan, sejajar dengan falsafah Malaysia MADANI.
Sambutan luar biasa pengunjung antarabangsa terhadap Pavilion Malaysia amat membanggakan. Tarikan unik seperti ‘Flying Roti Canai’ bukan sahaja mencuri perhatian, malah telah diiktiraf sebagai hidangan paling lazat di Ekspo 2025, sekali gus mengukuhkan pendekatan diplomasi makanan negara.
Hasilnya, Pavilion Malaysia berjaya menarik seramai 3.52 juta pengunjung, jauh mengatasi sasaran awal. Pavilion ini juga berperanan sebagai hab mini ASEAN, memperkukuh hubungan serantau dan mempromosikan semangat solidariti ASEAN kepada dunia.
Lebih membanggakan, penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka telah merekodkan potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion, melebihi sasaran asal. Pencapaian ini membuka peluang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan perusahaan tempatan.
Kejayaan ini adalah hasil pendekatan whole-of-government melibatkan pelbagai kementerian, kerajaan negeri, agensi serta ratusan syarikat Malaysia. Pengorbanan masa, tenaga dan komitmen pasukan Pavilion Malaysia sepanjang 184 hari operasi wajar diberi penghargaan tertinggi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Sekretariat Malaysia Ekspo Dunia Osaka dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mantan Menteri MITI.
Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk membawa nama Malaysia lebih tersohor dan makmur di peringkat global.
Hadir sama malam ini, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri MITI yang baharu ; YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri MITI ; serta YB Tuan Liew Ching Tong, Timbalan Menteri Kewangan dan mantan Timbalan Menteri MITI.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kuala Lumpur | 18 Disember 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 18 Disember 2025 | Khamis
Hari ini saya menerima kunjungan hormat YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Saya yakin dengan pengalaman beliau sebagai timbalan di beberapa kementerian sebelum ini — Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah — beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin dalam membantu memperkukuh agenda peralihan tenaga dan transformasi air negara, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir atas komitmen padu serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri PETRA.
Banyak inisiatif dan kejayaan kementerian ini terhasil daripada dedikasi serta kerjasama erat yang telah beliau diberikan. Tahniah kepada YB Akmal atas perlantikan sebagai Menteri Ekonomi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berbesar hati menyempurnakan pra pelancaran Larian Kesedaran Autisme 2026 sekali gus menandakan permulaan kempen kesedaran pada 19 April 2026 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
Penganjuran larian bertemakan Bersama Kerana Cakna, bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi satu platform untuk menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang bagi menunjukkan keprihatinan dan solidariti terhadap komuniti autisme.
Bersempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut setiap April, ia bertujuan meningkatkan kefahaman, penerimaan dan sokongan masyarakat terhadap individu dalam spektrum autisme serta keluarga mereka.
Justeru itu, saya mengajak semua untuk bersama-sama menyertai Larian Kesedaran Autisme 2026, sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 3KM & 7KM Fun Run.
Ayuh kita lari bersama, sokong komuniti #autisme dan sebarkan kesedaran.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 18 Disember 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Disember 2025 | Rabu
Alhamdulillah hari ini menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara yang disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Kesemua tujuh Menteri dan lapan Timbalan Menteri baharu kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu turut disaksikan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Tahniah kepada semua yang dilantik termasuk bekas Timbalan saya di @PETRAMalaysia , YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang dilantik sebagai Menteri Ekonomi. Terima kasih atas komitmen padu dan kerjasama terbaik diberikan sepanjang bersama PETRA.
Tahniah juga kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi ; Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) ; Datuk Seri R. Ramanan (Menteri Sumber Manusia) ; Datuk Mustapha Sakmud (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Sabah dan Sarawak); Dr Zulkifli Hasan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama) serta Dr Mohammed Taufiq Johari (Menteri Belia dan Sukan). Tahniah juga kepada kesemua Timbalan-Timbalan Menteri baharu yang telah dilantik.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 16 Disember 2025 | Selasa
Pembangunan negara yang mampan hanya dapat dicapai apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergerak seiring dan saling melengkapi dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan bersama. Kerjasama erat ini memastikan dasar nasional dapat diterjemahkan dengan berkesan di peringkat negeri, selaras dengan keperluan dan keunikan setempat.
Sehubungan itu, penyelarasan yang berterusan antara Persekutuan dan Negeri amat penting bagi memastikan setiap peruntukan, projek dan program dilaksanakan secara tersusun, mengelakkan pertindihan, serta memaksimumkan impak kepada rakyat.
Kerajaan MADANI memberi tumpuan seimbang antara memperkukuh asas ekonomi rakyat — meliputi kos sara hidup, pendapatan dan perkhidmatan asas — sambil menaikkan siling ekonomi negara melalui pelaburan dalam kemahiran, inovasi dan sektor pertumbuhan tinggi. Pendekatan ini memerlukan sokongan pelaksanaan yang kukuh di peringkat negeri.
Dari segi asas ekonomi, pertumbuhan KDNK negara diunjurkan pada kadar 4.0–4.5%, inflasi semakin reda, dan defisit fiskal terus dikurangkan secara berdisiplin tanpa membebankan rakyat dengan cukai baharu. Kestabilan ini menyediakan asas kukuh untuk pelaksanaan agenda pembangunan di seluruh negara.
Ini antara perkongsian saya dalam sesi forum sempena Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 yang berlangsung di BCCK Kuching hari ini. Saya berkongsi pentas bersama Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dengan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator.
Forum ini menjadi platform penting untuk menjelaskan hala tuju Belanjawan MADANI 2026 serta bagaimana kerjasama Persekutuan–Sarawak dapat diperkukuh bagi memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat.
Bagi Sarawak, isu kos sara hidup bukan bersifat sementara, sebaliknya bersifat struktur yang melibatkan faktor jarak, logistik dan akses. Justeru, penyelesaian memerlukan gabungan peranan Persekutuan melalui pelaburan infrastruktur berskala besar dan peranan Negeri dalam pelaksanaan serta perancangan pembangunan setempat.
Projek utama seperti Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Penghubung Sarawak–Sabah, serta peningkatan akses digital membuktikan bagaimana peranan Persekutuan dan Negeri saling melengkapi dalam mengurangkan kos pengangkutan, menstabilkan harga barang dan memperluas akses kepada pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan.
Dalam masa yang sama, subsidi disasarkan secara adil kepada nelayan, petani, pekebun kecil dan pengangkutan awam, manakala usaha menutup ketirisan terus diperkukuh supaya penjimatan dapat disalurkan semula kepada program rakyat secara lebih berkesan.
Akses kepada perkhidmatan asas seperti air bersih, elektrik, perkhidmatan kesihatan, perbankan dan perkhidmatan
bergerak terus diperluas melalui kerjasama Persekutuan dan Negeri, bagi memastikan tiada komuniti khususnya di pedalaman Sarawak yang tercicir daripada arus pembangunan.
Kesimpulannya, kejayaan Belanjawan MADANI 2026 bukan diukur melalui jumlah perbelanjaan semata-mata, tetapi melalui hasil yang dirasai rakyat. Apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergerak seiring, saling melengkapi dan terselaras, Sarawak akan terus menjadi antara pemacu penting kepada pertumbuhan ekonomi negara yang inklusif, mampan dan berdaya saing.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Surau Mahmudi, Jalan Matang, Kuching.
Saya juga menyerahkan cek bernilai RM50,000 sebagai sumbangan sokongan awal bagi menaik taraf surau.
Semoga dengan bantuan ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada ahli kariah.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 15 Disember 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 15 Disember 2025 | Isnin
Alhamdulillah, sejurus tiba di Kuching ari tok tek kamek berkesempatan menyempurnakan Program Ceria Ke Sekolah TNB Edisi P.194 Petra Jaya.
Seramai 250 orang pelajar nerimak manfaat daripada program tok dan masing-masing nerimak kit sekolah lengkap bagi membantu sidak menghadapi sesi persekolahan baru tok kelak.
Kit mengandungi keperluan asas seperti beg sekolah, tumbler, bekas makanan (bento box), payung kompak, bekas alat tulis dan set alat tulis.
Program hari tok tek hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya serta PBB Cawangan N6 Tupong, N7 Samariang dan N8 Satok.
Inisiatif tok diharap dapat meringankan beban ibu bapa dan memastikan anak-anak daripada keluarga yang memerlukan dapat memulakan persekolahan dengan ceria.
Terima kasih TNB atas komitmen berterusan dalam menyokong pendidikan dan kebajikan komuniti setempat. Program tok mencerminkan kerjasama erat antara sektor korporat, wakil rakyat dan kepimpinan akar umbi demi kesejahteraan rakyat.
Mudah-mudahan sumbangan tok merik semangat kepada anak-anak kita untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menjawab soalan lisan di Dewan Negara di mana Senator Datuk Rosni binti Sohar bertanya apakah pelan strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk memanfaatkan potensi air hujan sebagai sumber bekalan semasa musim kemarau dan bagaimanakah menilai kemajuan serta keberkesanan dapatan kajian yang sedang dijalankan.
Saya memberitahu Dewan Negara, PETRA komited memperkukuh strategi negara dalam memperluas penggunaan sumber air alternatif bagi meningkatkan keterjaminan bekalan air negara.
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) digariskan sebagai salah satu inisiatif Dasar Air Negara dan Pelan Transformasi Air 2040 untuk menyokong pengurusan air secara lebih mampan di samping mengurangkan permintaan air terawat, berfungsi sebagai sokongan semasa gangguan bekalan, serta menggunakan tenaga yang lebih rendah berbanding sumber konvensional.
Selaras dengan strategi pengurusan sumber air yang lestari dan berdaya tahan, Kementerian melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah melaksanakan beberapa intervensi utama untuk mengarusperdanakan penggunaan SPAH merentas komuniti, premis kerajaan dan sektor swasta. Antara usaha yang telah dijalankan termasuk:
(i) Pembangunan Perisian Tangki NAHRIM 2.0 (2021) yang menyediakan simulasi atas talian untuk menentukan saiz tangki SPAH yang optimum dan menilai kecekapan simpanan serta potensi penjimatan air bagi reka bentuk SPAH;
(ii) Kajian Pelan Induk Sistem Bekalan Air Konjuntif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2017) untuk mengenalpasti potensi sumber air alternatif termasuk air hujan di kawasan bandar;
(iii) Pembangunan Garis Panduan Teknikal (Tahun 2014) sebagai rujukan kepada pengguna mengenai komponen utama sistem tersebut;
(iv) Pewartaan Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS) bagi pelaksanaan SPAH di sesebuah bangunan (Tahun 2011) (KPKT). Sebanyak 11 negeri telah menggunapakai pewartaan berkaitan di Semenanjung Malaysia; dan
(v) Projek fizikal SPAH di premis kerajaan dan swasta, kediaman, komuniti termasuklah bangunan komersial melibatkan 16 projek sejak 2001, termasuk pemasangan tangki, kolam takungan dan sistem IoT untuk pemantauan.
Secara keseluruhannya, projek-projek tersebut telah memanfaatkan lebih 1,000 pengguna mengikut keperluan setempat.
Berdasarkan kajian NAHRIM, pelaksanaan SPAH juga memberi impak langsung kepada pengurangan risiko banjir kilat di kawasan bandar. Kajian di Taman Wangsa Melawati menunjukkan SPAH mampu mengurangkan aliran puncak (peak discharge) antara 10% hingga 20%, manakala kajian di Lembangan Sungai Damansara mendapati penggunaan SPAH berskala luas boleh mengurangkan kawasan banjir sehingga 35% hingga 50%, bergantung kepada kapasiti takungan di setiap bangunan.
Selain itu, sehingga 30% penggunaan air terawat dapat dijimatkan sekiranya SPAH diaplikasikan secara berkesan, dengan air hujan dimanfaatkan bagi kegunaan luaran seperti basuhan kenderaan dan penyiraman landskap.
PETRA akan terus menilai keberkesanan inisiatif ini melalui kajian impak, hasil projek perintis naik taraf kolam takungan banjir untuk bekalan air serta kajian tahap penerimaan pengguna. Usaha memperluas penggunaan SPAH akan diteruskan bagi mengukuhkan daya tahan negara terhadap musim kemarau dan memastikan keterjaminan bekalan air untuk jangka panjang.
#tpmfy
#petra
#dewannegara
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen | 15 Disember 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 15 Disember 2025 | Isnin
Malaysia perlu memodenkan grid tenaga negara untuk menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon yang kompetitif, inklusif dan berdaya tahan.
Pemodenan grid elektrik adalah satu keperluan asas dan bukannya pilihan, bagi memastikan pertumbuhan tenaga boleh baharu dapat dilaksanakan secara berkesan serta menyokong ekonomi digital dan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).
Berucap merasmikan Sidang Kemuncak AI, Digital dan Ekonomi Hijau Global 2025 hari ini, saya menegaskan bahawa peralihan tenaga tidak boleh bergantung kepada penambahan kapasiti hijau semata-mata. Ia memerlukan transformasi menyeluruh sistem tenaga negara merangkumi penjanaan, penghantaran, pengagihan dan operasi grid.
Kerajaan sehubungan itu, menyeru syarikat utiliti mengemukakan projek yang mampu mengurangkan kekangan bekalan, mempercepatkan sambungan serta memperkukuh sistem grid bagi menghadapi cuaca ekstrem.
Pengilang dan pemilik bangunan juga digalakkan memanfaatkan kecekapan tenaga, respons permintaan dan sistem storan tenaga berasaskan AI.
Pelaburan berterusan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perancangan berasaskan AI, automasi dan storan tenaga adalah langkah penting ke arah grid yang lebih pintar dan adaptif.
Pertumbuhan ekonomi digital dan pusat data juga mestilah seiring dengan kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga bersih. Hanya projek AI dan infrastruktur digital yang memenuhi piawaian ini akan menerima sokongan kerajaan.
Pada masa sama, kerjasama serantau ASEAN melalui integrasi tenaga rentas sempadan akan terus diperkukuhkan, bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan mengurangkan kos sistem.
Memodenkan grid tenaga bukan agenda jangka panjang semata-mata, tetapi keperluan mendesak untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam ekonomi rendah karbon global.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petaling Jaya | 13 Disember 2025 | Sabtu
Petang ini saya menghadiri Jamuan Teh Krismas Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di CCM Ecumenical Centre, Petaling Jaya. Majlis sama kemudiannya turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Majlis ini bukan sahaja bagi meraikan perayaan Krismas yang menjelang tiba, tetapi juga malambangkan perpaduan dalam kepelbagaian di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Pada majlis ini rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya berhimpun dalam suasana harmoni dan penuh muhibah. Ini selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memupuk perpaduan nasional berteraskan hormat, kasih sayang dan saling memahami.
Dalam ucapan, saya menekankan betapa perpaduan dalam kepelbagaian bukan sekadar slogan, tetapi asas penting kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. Inilah kekuatan Malaysia, dalam membina masa depan bersama tanpa mengira perbezaan.
Semoga semangat kebersamaan, perpaduan dan nilai kemanusiaan terus subur di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, demi Malaysia yang lebih aman, bersatu, makmur dan sejahtera.
#tpmfy
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, saya berbesar hati menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Perhimpunan Cina Malaysia Ke-22 & Anugerah Naga Elit Cina Kali-2.
Satu sambutan yang bukan sahaja mengangkat pencapaian komuniti, tetapi juga menzahirkan semangat penyatuan, khidmat dan sumbangan demi kesejahteraan bersama.
Seperti pepatah Cina yang berbunyi:
“多行善事,必有后福” — “Mereka yang berbuat kebaikan akan sentiasa menemukan keberkatan.”
Hikmah inilah yang dizahirkan malam ini.
Selama 22 tahun, MCAH telah menjadi jambatan penting antara masyarakat dan kerajaan, menghimpunkan hampir 200 NGO melibatkan bidang pendidikan, kebudayaan, keusahawanan, pembangunan belia dan kebajikan sosial.
Suara masyarakat disampaikan secara teratur, bertanggungjawab dan konstruktif sekali gus mengukuhkan proses dasar negara.
MCAH membuktikan bahawa peranan masyarakat sivil merentas kaum, mengangkat semua — Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Inilah wajah Malaysia, kepelbagaian yang menjadi kekuatan dan perpaduan sebagai aset terbesar kita.
Kerajaan komited untuk terus bekerjasama dengan semua komuniti dan NGO dalam memperkukuh pendidikan, membela golongan rentan, memelihara alam sekitar, serta memupuk budaya tanggungjawab bersama, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Pencapaian anda adalah inspirasi kepada generasi muda, khususnya dalam era digitalisasi, ekonomi hijau dan peralihan tenaga.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 11 Disember 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, satu penghormatan apabila dapat menyempurnakan Sidang Kemuncak Peralihan Tenaga Bersih Asia 2025 (CETA 2025) yang menghimpunkan pemimpin serantau, industri, diplomat dan inovator dengan satu tujuan, mempercepatkan masa depan tenaga bersih Asia.
Asia kini memacu lebih separuh permintaan tenaga global. Menjelang 2030, penggunaan elektrik rantau ini akan meningkat setara gabungan Jepun dan Korea Selatan. Untuk memenuhi keperluan ini, ASEAN memerlukan pelaburan tenaga bersih USD200–300 bilion setahun.
Di bawah Kerajaan MADANI, PETRA membina ekosistem tenaga masa depan yang selamat, rendah karbon dan saling berhubung.
Malaysia komited mencapai 70% kapasiti boleh diperbaharui menjelang 2050, dipacu pertumbuhan solar, sistem bateri grid berskala besar dan lebih 1GW simpanan tenaga melalui NETR.
Antara pencapaian penting yang dikongsi hari ini:
* ENEGEM – eksport 50MW tenaga hijau ke Singapura, bukti kemampuan dan keyakinan rantau.
* CRESS – menarik syarikat global dengan kestabilan dan akses tenaga hijau yang kompetitif.
* Sehingga 2GW kapasiti RE setahun – membuka pekerjaan dan memperkasa industri hijau.
Malaysia juga memainkan peranan utama dalam Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid), memacu integrasi tenaga serantau menjelang 2045.
Pelabur hari ini mencari dasar jelas, kestabilan peraturan, tarif kompetitif dan akses tenaga bersih. Malaysia menawarkan kesemuanya, dengan kestabilan dan kepastian dalam dunia yang tidak menentu.
Pelancaran R.A.C.E to ZERO 2026 menjadi pemangkin gerakan nasional untuk mempercepatkan projek hijau merentas lima negeri.
Akhirnya, peralihan tenaga bukan sekadar tentang teknologi, tetapi keberanian dan usaha bersama.
Malaysia memilih untuk bangkit. Bersama Asia. Demi generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 11 Disember 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat perpisahan daripada TYT Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim, Duta Besar ke Malaysia.
TYT Mesaad Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia dan berharap hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi akan terus dipertingkatkan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 11 Disember 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 11 Disember 2025 | Khamis
Alhamdulillah hari tok tek kamek nerimak kunjungan rombongan Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) N8 Satok, Kuching, di pejabat kamek, Menara PETRA di Putrajaya.
Kamek sempat berkongsi serba sedikit mengenai kementerian yang kamek terajui - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), selain berbincang dengan sidak mengenai hal-ehwal kawasan.
Rombongan KMKK N8 Satok seramai 13 orang, diketuai Pemanca Haji Rosli Sahari. Selepas sesi sembang santai dengan sidak, kamek turut meraikan sidak dalam majlis makan tengahari di Menara PETRA.
Terima kasih atas kesudian kitak orang semua berkunjung ke pejabat kamek di Putrajaya.
Terima kasih juak atas khidmat dan jasa bakti semua Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat yang menjadi penghubung utama antara kerajaan dengan rakyat, membantu menyampaikan dasar pembangunan, nyaga kebajikan, keharmonian kampung dan kesejahteraan penduduk.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Semoga Tuanku Sultan sentiasa dibawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik serta hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 11 Disember 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan MADANI memberi tumpuan penuh kepada pelaksanaan konkrit Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi penubuhan Majlis Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Penubuhan majlis ini membuktikan komitmen politik yang lebih tegas, di mana kerajaan terdahulu hanya menubuhkan jawatankuasa khas tanpa mekanisme pelaksanaan yang jelas.
Perkara ini saya tegaskan dalam sesi Townhall bersama YAB Perdana Menteri,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri 1, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan sempena perasmian penutupan program Rancakkan MADANI di Putrajaya hari ini.
Alhamdulillah, banyak perkara berkaitan MA63 kini telah dipersetujui. Jika dahulu hanya 4 perkara dipersetujui, di bawah Kerajaan MADANI sebanyak 19 perkara telah diluluskan, merangkumi isu-isu asas yang menjadi tuntutan Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.
Antara yang telah dimuktamadkan ialah Penyerahan kuasa pengurusan tenaga Sabah kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS). Walaupun kuasa kini berada di bawah kerajaan negeri, namun Kerajaan Persekutuan tetap komited menyalurkan RM3.54 bilion sehingga 2030, termasuk subsidi bahan api dan projek tenaga boleh baharu seperti Large-Scale Solar dan Feed-in Tariff.
Dalam isu bekalan air, walaupun ia bidang kuasa negeri, Kerajaan Persekutuan tetap membantu melalui pinjaman mudah dan geran bagi menaik taraf infrastruktur air di Sabah dan Sarawak.
Bagi baki tuntutan MA63 yang belum dimuktamadkan, perkara tersebut melibatkan pentafsiran undang-undang Persekutuan dan negeri, termasuk keperluan untuk meminda Perlembagaan atau undang-undang negeri.
Ini bukan soal kerajaan enggan, tetapi perlu diteliti dengan cermat agar penyelesaian yang dicapai adalah sah dari segi perundangan dan memanfaatkan rakyat sepenuhnya.
Kerajaan MADANI kekal komited memastikan hak Sabah dan Sarawak terus dipulihkan berasaskan semangat MA63 — demi keadilan, keseimbangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh.
#tpmfy
#ma63
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Putrajaya | 7 Disember 2025 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan Madani sentiasa memastikan setiap projek pembangunan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dilaksanakan mengikut keperluan sebenar rakyat. Fokus utama adalah memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh semua golongan, tanpa mengira wilayah atau latar belakang.
Sebagaimana saya tegaskan dalam Forum “Kerajaan Madani – Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan” sempena Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), hari ini, pendekatan ini tidak berasaskan pertimbangan politik, sebaliknya berlandaskan keperluan rakyat dan sasaran yang tepat.
Kerajaan turut melaksanakan subsidi bersasar seperti pengapungan subsidi ayam dan telur, penstrukturan tarif elektrik, serta penyasaran diesel dan RON95. Langkah ini telah menjimatkan kira-kira RM15.5 bilion setahun. Penjimatan ini disalurkan semula untuk bantuan tunai, peningkatan sektor pendidikan dan kesihatan serta pembangunan prasarana awam, agar rakyat merasai manfaatnya secara langsung.
ARPA diadakan sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku. Saya berkongsi pentas dengan Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai ahli panel.
Dalam merangka hala tuju masa depan, kerajaan memberi fokus kepada era digital, khususnya pembangunan teknologi AI dan semikonduktor. Pada tahun 2024 sahaja, pelaburan yang diluluskan dalam sektor ini mencecah RM378.5 bilion, berpotensi mewujudkan 207,241 peluang pekerjaan baharu. Ini penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global.
Mulai 2026, tumpuan kerajaan memasuki fasa baharu melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang menekankan ekonomi berasaskan penciptaan nilai, kemampanan, inklusiviti serta reformasi menyeluruh yang dilaksanakan bersama penjawat awam dan masyarakat.
Malaysia juga terus membuktikan keupayaan diplomasi di pentas antarabangsa, termasuk kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang membantu memantapkan imej negara dalam hubungan serantau dan global.
Kerajaan Madani komited untuk memastikan dasar yang dirancang diterjemahkan dengan berkesan, demi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju, ekonomi mampan dan rakyat hidup sejahtera.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Putrajaya | 7 Disember 2025 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah menyempurnakan perlepasan dan turut menyertai Fun Run sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa dan Ulang Tahun Anugerah Kecemerlangan Anti Rasuah Antarabangsa Yang Teramat Mulia Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani di Dataran Putra, Putrajaya awal pagi ini.
Larian sejauh 5.8km dengan penyertaan seramai lebih 500 peserta secara percuma, anjuran Kedutaan Negara Qatar dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saya turut mengambil peluang bersama Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Salah Mohamed Al-Sorour melengkapkan Fun Run ini bersama staf kedutaan dan semua peserta yang terdiri pelbagai bangsa, jantina dan usia.
#tpmfy
#petra
#malaysiaqatar🇲🇾🇧🇭
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Putrajaya | 6 Disember 2025 | Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Mengiringi YAB PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di Singapura.
Perbincangan yang dipengerusikan bersama YAB PM dan PM Lawrence Wong sangat produktif, dengan perluasan kerjasama dua hala merentasi pelbagai bidang. Kita juga menyaksikan kejayaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang telah merekodkan pelaburan RM17.97 bilion sejak MoU dimeterai tahun lalu.
Pertukaran MoU dalam kerjasama kesihatan, memerangi pengedaran dadah serta perjanjian tambahan RTS Link membuktikan komitmen berterusan kedua-dua negara. Pembukaan konsulat baharu Singapura di Kuching dan Kota Kinabalu pula bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
Malaysia komited memperkukuh hubungan rapat Malaysia–Singapura demi kemakmuran bersama. 🇲🇾🤝🇸🇬
#tpmfy
#petra
#malaysiasingapura🇲🇾🇸🇬
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Singapura l 4 Disember 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali
Dukacita atas kembalinya kerahmatullah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada jam 1.46 pagi 5 Disember 2026 (l14 Jamadilakhir 1447H)
Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;
“Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah”.
Hadis riwayat al-Bukhari (2891) dan Muslim (1009)
📍Masjid Sultan, Singapura | Subuh | 4.12.2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya selamat tiba di Singapura bagi lawatan kerja selama dua hari, sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-11 (11th Malaysia–Singapore Leaders’ Retreat) yang akan berlangsung esok.
Delegasi Malaysia akan diketuai oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Setibanya di sini, saya berpeluang mengadakan pertemuan dan makan tengah hari bersama Menteri Tenaga Singapura, TYT Dr. Tan See Leng, serta Menteri Alam Sekitar Singapura, PYT Grace Fu.
Perbincangan dengan TYT Dr. Tan See Leng memberi tumpuan kepada kerjasama dalam tenaga hijau dan peralihan tenaga. Manakala pertemuan dengan PYT Grace Fu menekankan pengurusan air, kawalan banjir dan agenda kelestarian alam sekitar.
Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura untuk memperkukuh hubungan dua hala, selain membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik pada masa hadapan.
Insya-Allah, dua hari di Singapura ini akan dipenuhi sesi perbincangan yang produktif dan bermakna demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.
#malaysiasingapore🇲🇾🇸🇬
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dihadiri 12 Ahli MPPN baharu bagi sesi 2025-2027.
Kesemua 12 ahli telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri bagi sesi keahlian baharu yang ketiga sejak penubuhan majlis pada tahun 2020.
Majlis ini merupakan satu platform tertinggi untuk membincangkan isu-isu dan cabaran perpaduan secara lebih strategik di samping mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik untuk dilaksanakan.
Ia merupakan mesyuarat kali pertama bagi ahli-ahli MPPN sesi 2025-2027. Semua ahli bebas mengemukakan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai perkara-perkara yang dibincangkan.
Melalui Mesyuarat MPPN kali pertama bagi sesi ini, Kementerian Perpaduan Negara berkongsi perkara-perkara berkaitan Kementerian dan MPPN supaya semua ahli mendapat gambaran jelas mengenai peranan Kementerian dan fungsi MPPN.
Kementerian Perpaduan Negara juga telah menubuhkan dua peringkat jawatankuasa iaitu:
i.Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak Serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri atau dikenali sebagai MexUnity; dan
ii.Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (PADUNEGERI) di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh EXCO Perpaduan masing-masing.
Adanya mekanisme ini, perkara-perkara fundamental dapat diteliti dan isu-isu perpaduan dapat dilihat secara menyeluruh dan ditangani dengan lebih bersepadu.
Saya berharap semua ahli MPPN akan turut memainkan peranan melalui entiti masing-masing untuk mengangkat agenda perpaduan mengikut kapasiti masing-masing.
Terima kasih kepada mantan ahli-ahli majlis terdahulu dan selamat maju jaya kepada ahli-ahli majlis yang baharu.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 2 Disember 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari tok tek, kamek berbesar hati menerima kunjungan serta mengadakan makan tengah hari bersama Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya (PMSUM) di Parlimen.
Seramai 32 orang mahasiswa PMSUM hadir dalam lawatan tadik dan diketuai oleh Ilman Bin Mohd Azlan Jayasilan.
Kehadiran sidaknya cukup meriah, dan kebanyakan sidak nya dari pelbagai jurusan antaranya Undang-Undang, Kejuruteraan, Kewangan & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Syariah, Ijazah Sarjana Muda Sejarah, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris serta Sains Aktuari.
Gabungan pelajar Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 menjadikan sesi tok bukan sahaja dinamik, malah penuh energi, idealisme dan aspirasi anak muda.
Turut bersama menyantuni para mahasiswa tadik rakan GPS kamek, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen P215 Kapit, serta YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Ahli Parlimen P207 Igan merangkap Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK).
Tadik kamek turut berkesempatan berkongsi nasihat dengan sidak nya.
Sebagai anak muda Sarawak, sidak harus berani melangkah ke hadapan. Cabar dirik untuk sentiasa mencuba perkara baharu, rebut ruang untuk memimpin, dan jangan takut untuk membuat keputusan yang mampu membentuk masa depan sidaknya.
Jangan sesekali meremehkan potensi dirik. Dunia kinek tok bergerak pantas, dan keberanian untuk melangkah sering menjadi pemisah antara mereka yang hanya menunggu peluang dan mereka yang berani mencipta peluang.
Semoga pertemuan tok menjadi pembakar semangat untuk sidaknya melangkah dengan lebih yakin, lebih berani, dan lebih bersedia.
Teruskan mengangkat nama Sarawak, siney siney jak sidak nya berada.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Parlimen | 1 Disember 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 27 November 2025 | Khamis
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandang serius isu pemalsuan akaun TNB yang melibatkan penggunaan identiti palsu, perjanjian sewa palsu serta akaun keldai yang kemudiannya disalahgunakan bagi tujuan mencuri elektrik.
Perkara ini boleh menjejaskan keselamatan sistem, integriti perkhidmatan serta keyakinan pengguna. Selain itu, pemilik identiti / akaun yang sah juga berpotensi terdedah kepada risiko menanggung hutang yang bukan kepunyaan mereka.
Bagi menangani masalah ini beberapa langkah segera telah dan sedang dilaksanakan oleh TNB seperti berikut:
i) Melaksanakan tindakan pengesahan biometrik di Kedai Tenaga bermula Julai 2023. TNB telah memperkenalkan
kaedah pengesahan identiti menggunakan cap jari dan MyKad. Data disemak terus melalui peranti biometrik TNB. Kaedah ini adalah selamat, menepati standard industri dan telah diguna pakai secara meluas dalam sektor kerajaan, perbankan dan telekomunikasi; dan
ii) Menggunakan kaedah electronic Know Your Customer (eKYC) untuk permohonan dalam talian TNB. Melalui eKYC, pengguna perlu mengimbas dokumen pengenalan (MyKad/pasport) dan memadankannya dengan visual diri (swafoto) bagi pengesahan wajah. Penggunaan eKYC akan diperluaskan secara berperingkat mulai tahun ini bagi semua permohonan individu melalui portal myTNB. Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan risiko penipuan identiti, malah meningkatkan keyakinan pengguna serta memastikan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) oleh Tuan Lim Lip Eng (Kepong) yang bertanyakan langkah segera TNB dan pihak berkuasa bagi mengekang pembukaan akaun tanpa pengetahuan pemilik oleh orang dalam untuk tujuan kecurian elektrik, serta jaminan pemilik tidak dipertanggungjawabkan atas bil / hutang yang terhasil.
Dengan pelaksanaan pengesahan biometrik dan eKYC ini, Kementerian memberi jaminan bahawa pemilik akaun yang sah tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap bil atau hutang hasil penipuan.
Selain itu, pihak TNB akan terus memperkukuh mekanisme keselamatan identiti demi melindungi pengguna, mencegah kecurian elektrik, dan mengekalkan integriti sistem bekalan elektrik negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Puan Yang Terutama Marianne Fosland, Duta Besar Norway ke Malaysia di pejabat saya di Parlimen.
Malaysia dan Norway telah lama menjalin kerjasama yang erat dalam bidang tenaga hidro dan Norway kini turut menyatakan minat untuk meneroka peluang baharu dalam sektor tenaga hijau yang lain.
Semoga kerjasama dua hala dapat terus diperkukuh, khususnya melalui program-program pertukaran, pemindahan teknologi serta inisiatif pembangunan tenaga lestari.
Kami juga berpeluang berbincang mengenai potensi kerjasama lebih meluas di peringkat ASEAN, termasuk projek-projek strategik di bawah Grid Kuasa ASEAN.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 26 November 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 November 2025 | Selasa
ASEAN kini memasuki ‘Dekat Penentu’ — era yang akan membentuk kekuatan serantau melalui kerjasama lebih erat, inovasi pesat dan pembangunan teknologi. Dengan lebih 680 juta penduduk serta ekonomi digital yang berkembang pantas, ASEAN berpotensi muncul sebagai pusat inovasi global.
Ketika rantau ini berdepan perubahan global yang dinamik, kemajuan teknologi pesat dan landskap ekonomi yang terus berkembang —
kesatuan, ketahanan dan inovasi bersama menjadi keutamaan untuk mengekalkan daya saing serantau.
Ini antara mesej utama saya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Teknologi ASEAN 2025 yang menghimpunkan pemimpin, delegasi dan pakar dari seluruh dunia di MITEC
petang ini.
Malaysia menekankan kepentingan sains, teknologi dan inovasi sebagai pusat strategi jangka panjang ASEAN. Transformasi digital kini menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi merangkumi keselamatan siber, mobiliti masa depan, penjagaan kesihatan, pembangunan hijau, ekonomi digital halal serta industri masa depan termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik dan bioekonomi.
Malaysia menegaskan kepentingan memperkukuh pembiayaan penyelidikan untuk melonjakkan penemuan saintifik, mempercepat penggunaan teknologi baharu serta menarik bakat global dan institusi penyelidikan berimpak tinggi. Pada masa sama, Malaysia komited menjadi pintu masuk serantau bagi syarikat dan penyelidik global yang ingin menguji, melancarkan dan mengembangkan penyelesaian teknologi di ASEAN.
Sidang kemuncak ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama saintifik rentas sempadan, penyelarasan dasar, rangkaian pelaburan, pemindahan teknologi dan pembangunan ekosistem inovasi serantau.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada MOSTI, UNESCO, Diplomatic Council, Sino-International Entrepreneurs Federation (SIEF), MRANTI, NCT Group, Intrinsic SEA dan rakan strategik lain yang turut mempercepat integrasi ekosistem inovasi ASEAN.
#tpmfy
#asean2025
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
25 November 2025 | Selasa
Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki Kertas Bahasa Melayu SPM hari ini serta peperiksaan bertulis SPM 2025 — 25 November sehingga 23 Disember.
Teruskan fokus, tenangkan hati, dan yakinlah pada segala usaha serta pengorbanan yang telah anda lakukan sepanjang tahun.
Bahasa Melayu bukan sekadar mata pelajaran — ia adalah bahasa jiwa bangsa, bahasa yang membentuk tamadun, serta medium yang menyatukan rakyat Malaysia. Hari ini, anda bukan sekadar menjawab soalan, tetapi mengangkat martabat bahasa yang menjadi warisan negara.
Sebagai pembakar semangat, saya ingin berkongsi kata-kata Eleanor Roosevelt:
“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.”
Semoga kata-kata ini memberi keyakinan bahawa setiap impian dan usaha anda bernilai dan akan membentuk masa depan yang gemilang.
Ingatlah, kejayaan lahir daripada usaha yang konsisten, hati yang tabah, dan kejujuran dalam setiap langkah. Hadapi peperiksaan ini dengan fikiran yang jernih, jiwa yang tenang, dan keyakinan pada kemampuan diri.
Saya mendoakan agar setiap calon dipermudahkan urusan, diberi ketenangan sepanjang menjawab, serta dikurniakan keputusan yang cemerlang. Masa depan anda luas, dan Malaysia sentiasa memerlukan generasi muda yang berilmu, berprinsip dan berdaya saing.
Melangkahlah dengan yakin.
Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya!
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 November 2025 | Selasa
Alhamdulillah pagi ini berkesempatan menyempurnakan perasmian Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 yang menghimpunkan kerajaan, industri, penyelidik dan pemimpin kesihatan bagi membentuk masa depan sistem kesihatan negara.
Pada era transformasi digital dan cabaran global ini, amanah untuk menjaga nyawa dan kesihatan rakyat menjadi semakin besar dan kritikal.
MIH Megatrends 2025 bukan sekadar persidangan, tetapi gerakan bersama yang mengukuhkan kerjasama awam-swasta ke arah ekosistem kesihatan lebih mampan, inovatif dan responsif.
Program ini juga memperkukuhkan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan kemampanan, kemakmuran, inovasi serta kesejahteraan rakyat sebagai teras pembangunan negara. Inovasi kesihatan adalah pemacu penting ekonomi, menyumbang kepada produktiviti, peluang pekerjaan serta peningkatan kualiti hidup rakyat.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan, yang membuktikan komitmen berterusan ke arah memastikan sistem kesihatan yang lebih kukuh, inklusif dan berkualiti untuk semua.
Fokus kerajaan merangkumi pengukuhan infrastruktur kesihatan awam, pengurangan kesesakan hospital, pengurusan inflasi perubatan, penyelesaian isu petugas kesihatan, serta memperluas model kerjasama ubat-ubatan penting.
Kerajaan juga komited memastikan tiada rakyat yang ketinggalan dalam akses kepada penjagaan kesihatan, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan keterangkuman.
Saya yakin MIH Megatrends 2025 akan mendorong penemuan baharu, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memacu kerjasama strategik antara pemain industri, profesional dan pembuat dasar.
Saya menyeru semua pihak untuk terus berkolaborasi, berkongsi kepakaran dan berfikir secara berani, agar kita mampu membina masa depan kesihatan negara yang lebih sihat, berdaya tahan dan mampan.
#tpmfy
#mhmegatrends2025
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 24 November 2025 | Isnin
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang merasmikan Tropical Crops Carbon Credit Forum (TCCCF) 2025 — satu platform penting yang menghimpunkan pakar, inovator dan pembuat dasar bagi memperkukuh hala tuju negara dalam ekonomi karbon.
Malaysia memiliki kelebihan unik. Tanaman tropika seperti sawit, getah, padi, buluh serta ekosistem hutan, yang bukan sahaja menjadi nadi pertanian, tetapi juga penyerap karbon semula jadi yang mampu memulihkan tanah dan mengukuhkan ekosistem. Keupayaan ini menempatkan Malaysia pada kedudukan kukuh untuk muncul sebagai kuasa baharu ekonomi karbon tropika.
Dalam menghadapi kesan perubahan iklim — termasuk terhadap bekalan makanan, ekonomi dan kehidupan komuniti luar bandar — tanaman tropika adalah aset hidup yang boleh menjadi pemangkin kepada pemulihan ekosistem serta inovasi hijau. Inilah peluang untuk negara memperkukuh daya ketahanan dan meningkatkan peranan dalam ekonomi karbon global.
Kerajaan kini sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi memperkukuh Bursa Carbon Exchange (BCX) dan memastikan penyelarasan dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) serta Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 (Akta CCUS 2025).
Sementara itu, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang bakal dibentangkan akan memastikan setiap kredit karbon Malaysia menepati piawaian antarabangsa dengan ketelusan dan impak sebenar.
Dalam semua usaha ini, pendapatan pekebun kecil dan komuniti luar bandar mesti menjadi sebahagian daripada agenda kelestarian negara — supaya manfaat ekonomi karbon dapat dinikmati secara inklusif.
Kerjasama antara kerajaan, institusi kewangan, penyelidik, industri dan rakan antarabangsa amat penting untuk membina ekosistem karbon yang kukuh, dipacu oleh data, sains dan inovasi tempatan. Malaysia bersedia muncul sebagai peneraju ekonomi karbon tropika — demi masa depan yang lebih lestari, berdaya tahan dan inklusif.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda, hari ini.
Semoga Duli Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#dirgahayutuanku
#tpmfy
#petra
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 21 November 2025 | Jumaat
Malam ini, saya berbesar hati menghadiri Energy Industries Council (EIC) Regional Award Asia Pacific 2025, yang menjadi platform penting apabila menghimpunkan pemain industri sektor tenaga untuk meraikan kecemerlangan, kepakaran dan kerjasama strategik.
Saya berkongsi sebuah peringatan Rasulullah S.A.W yang menjadi asas kepada nilai profesionalisme dan integriti dalam ucapan malam ini:
“Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan ihsan.”
(HR al-Baihaqi)
Hadith ini mengingatkan kita bahawa kejayaan sebenar dalam sektor tenaga tidak hanya terletak pada teknologi atau infrastruktur, tetapi pada kualiti kerja, disiplin pelaksanaan dan komitmen terhadap amanah.
Ketika Malaysia melangkah ke hadapan dengan agenda peralihan tenaga melalui NETR, kita berhadapan cabaran dan peluang yang semakin besar. Daripada pembangunan tenaga boleh baharu, hidrogen, digitalisasi grid, hinggalah kepada CCUS sebagai pemangkin dekarbonisasi industri.
Dalam landskap yang dinamik, kepimpinan yang berani, rantaian bekalan yang kukuh, dan kerjasama global menjadi kunci kemajuan.
Itulah sebabnya peranan EIC Asia Pacific begitu signifikan dalam memperkasa industri dengan kecerdasan pasaran, membina jaringan serantau, dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.
Malam ini bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi mengukuhkan keyakinan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk memimpin agenda tenaga serantau dengan lebih kompetitif, berdaya saing dan mampan.
Semoga momentum kerjasama ini terus menggerakkan kita ke arah sistem tenaga yang lebih bersih, lebih tangkas dan lebih berdaya tahan untuk masa depan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 20 November 2025 | Khamis
Alhamdulillah, meraikan para petugas Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM-43) dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan. Ia sebagai penghargaaan atas kejayaan penganjuran mesyuarat diterajui @PETRAMalaysia .
Seperti firman Allah SWT: “Dan apa jua nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah.” (An-Nahl:53). Kejayaan besar ini bukan milik seorang, tetapi hasil kerja bersama seluruh pasukan PETRA dan agensi.
AMEM-43 tahun ini benar-benar mengangkat nama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Kita berjaya melancarkan the ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026–2035, Fasa Pertama (2026–2030) ; memeterai ASEAN Power Grid Enhanced Memorandum of Understanding, memeterai ASEAN Petroleum Security Agreement Successor Agreement - yang memperkukuh daya tahan tenaga rantau ini terhadap krisis bekalan dan turun naik harga minyak global; dan melancarkan ASEAN Power GridFinancing Initiative, satu platform baharu untuk memobilisasi pembiayaan hijau dan pelaburan dalam projek infrastruktur tenaga serantau. Kita berjaya memimpin mesyuarat kali ini dengan penuh keyakinan dan kejayaan.
Di sebalik semua itu, saya melihat semangat luar biasa pasukan — ada yang korbankan cuti, bekerja hingga lewat malam, demi memastikan setiap butiran majlis berjalan lancar. Kata Sayyidina Khalid al-Walid RA: “Kemenangan bukan pada jumlah, tetapi pada kekuatan hati dan keteguhan disiplin.” Dan itulah yang saya lihat dalam setiap seorang daripada petugas terlibat.
Saya amat menghargai kesungguhan semua. Rasulullah SAW bersabda: “Allah mencintai apabila seseorang melakukan pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun.” (Riwayat al-Baihaqi). Dan ketekunan itulah yang menjadikan pasukan PETRA wajah Malaysia yang dihormati di mata ASEAN .
Semoga momentum ini terus hidup dalam setiap program dan misi kita selepas ini. Kita bukan sekadar menyempurnakan tugas — kita membawa nama negara dan membina masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampan untuk rantau ini. Terima kasih semua.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadan
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 20 November 2025 | Khamis
Dalam dunia profesional hari ini, kecemerlangan bukan sekadar pilihan tetapi satu amanah. Kita diingatkan oleh sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dia menyempurnakannya.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi). Inilah asas kepada etika kerja seorang akauntan yang memastikan ketelusan dan profesionalisme terpelihara.
Profesion perakaunan bukan hanya penyusun angka, tetapi penjaga amanah negara. Ibnu Khaldun pernah mengingatkan bahawa “kekuatan sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan akhlak dan integritinya.” Maka, integriti menjadi nadi keberhasilan profesion ini.
Dalam era digital hari ini, AI, Blockchain dan Big Data telah mengubah landskap perakaunan. Namun, seperti pesan Imam al-Shafiee: “Ilmu itu bukan sekadar apa yang dihafal, tetapi apa yang memberi manfaat.” Teknologi hanyalah alat; yang menentukan manfaatnya adalah kebijaksanaan manusia menggunakannya.
Walau secanggih mana pun automasi, ia tetap tidak mampu menggantikan nilai murni insan — kejujuran, amanah dan hikmah dalam membuat keputusan. Akauntan profesional kekal memainkan peranan penting sebagai penjaga ketelusan dan pemandu strategi organisasi.
Rasulullah SAW juga mengingatkan kita: “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadis Riwayat Bukhari). Prinsip ini menjadi asas kepada etika profesional — memastikan setiap keputusan kewangan dibuat dengan adil dan menjaga kepentingan semua pihak.
Dalam dunia perniagaan moden, ESG (Environmental, Social and Governance) menjadi ukuran baharu kejayaan. Akauntan kini memikul tanggungjawab memastikan pelaporan ESG dilakukan dengan tepat, telus dan bertanggungjawab.
Seiring visi Malaysia MADANI, pelbagai inisiatif seperti Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan reformasi tadbir urus air membuka ruang besar kepada akauntan untuk memperkukuh pembangunan mampan negara.
Pesan Salman al-Farisi RA mengingatkan kita: “Kebaikan itu tidak memudaratkan, dan keburukan itu tidak akan kekal.” Dengan integriti dan kesungguhan, kebaikan yang kita bina hari ini akan melakar kemakmuran masa depan.
Dan akhirnya, pesanan agung Imam Nawawi menjadi penutup yang bermakna: “Sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niatnya, dan setiap insan memperoleh apa yang diniatkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Maka, marilah kita memperkukuh integriti, memperkasa ilmu, serta memanfaatkan teknologi dengan penuh amanah — demi memartabatkan profesion perakaunan dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
#tpmfy
#petra
#jimattenaga
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berkesempatan merasmikan pembukaan Setel Mart di Parlimen
Setel Mart ini diusahakan Koperasi Usaha Anak FELDA Berhad melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) di mana program ini bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan peserta.
Lebih 30 barang makanan dan bukan makanan boleh didapati dengan harga yang berpatutan sekali gus memberi manfaat kepada Ahli Parlimen dan orang ramai yang hadir ke Parlimen.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 20 November 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 20 November 2025 | Khamis
“Janganlah kamu membebankan bumi lebih daripada keperluannya, kerana ia juga mempunyai hak untuk dipelihara.” Pesanan Sayyidina Umar al-Khattab RA ini menjadi asas mengapa kita perlu menggunakan tenaga dengan bijak dan beramanah, demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan bumi yang kita diami.
Hari ini, dalam majlis Energy Efficiency Challenge 2025, kita menyaksikan bagaimana nilai amanah terhadap bumi diterjemahkan oleh anak-anak muda Malaysia melalui tindakan dan inovasi sebenar.
Alhamdulillah saya dapat bersama para pendidik, warga sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Suruhanjaya Tenaga yang komited membina generasi celik tenaga.
Energy Efficiency Challenge bukan pertandingan semata-mata; ia ruang melahirkan “hero tenaga” yang memahami tanggungjawab menjaga bumi. Slogan ‘Be Energy Smart’ yang dibawa oleh
Suruhanjaya Tenaga pula bukan retorik; ia adalah gaya hidup.
Jika nilai cintakan alam sekitar dipupuk sejak di bangku sekolah, kita mampu melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab. Seperti pesan Ibnu Khaldun, “Generasi muda adalah cerminan masa depan sebuah tamadun.”
Tahun ini, program penjimatan tenaga berjaya mencapai 133,030 kWj atau RM60,395 — peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 2024.
Lebih mengagumkan, sepanjang 12 tahun penganjuran (2014–2025), usaha ini telah menjimatkan 1.7 juta kWh tenaga, bersamaan RM900,841, dan mengurangkan 1,316 tan CO₂. Kesan positif ini diumpamakan seperti pertumbuhan 54,850 batang pokok dalam tempoh 10 tahun.
Pencapaian ini membuktikan bahawa disiplin kecil yang dilakukan ramai orang mampu menghasilkan perubahan besar kepada negara dan alam sekitar.
Sabda Rasulullah SAW: “Allah mencintai hamba yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dia menyempurnakannya.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi).
Hadis ini bukan sekadar peringatan, tetapi kompas kehidupan. Ia mengajar kita bahawa setiap tindakan, sekecil apa pun, mempunyai nilai di sisi Allah apabila
dilakukan dengan ihsan, kesungguhan dan penuh tanggungjawab.
#tpmfy
#petra
#jimattenaga
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa amanah adalah tunjang kepada tamadun yang unggul dan malam ini, semangat amanah itu menyatukan semua di Majlis SIRIM Industri 2025.
Malam ini, kita meraikan bukan hanya kecemerlangan, tetapi keteguhan mereka yang terus berinovasi, membina dan menyumbang kepada masa depan industri negara.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada MITI dan SIRIM Berhad atas penganjuran yang bermakna ini.
Jutaan terima kasih kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri MITI atas kepimpinan beliau yang telah memperkukuh daya saing ekonomi negara. Sumbangan dan bimbingan beliau akan terus dikenang.
Lima dekad perjalanan SIRIM ialah kisah keyakinan, inovasi dan keberanian sebuah negara yang sentiasa mendambakan masa depan lebih baik.
Hari ini, SIRIM terus menjadi peneraju yang membina kepercayaan global terhadap keupayaan industri Malaysia.
Tema tahun ini, “Quality and Sustainability through AI-Driven Innovation” mencerminkan arah tuju negara, daripada industri tradisional kepada industri pintar, daripada pertumbuhan berasaskan sumber kepada pertumbuhan berasaskan masa depan.
Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan RMK-13, Malaysia memperkukuh daya saing melalui pendigitalan, R&D, inovasi dan penerimagunaan AI.
Peruntukan kerajaan sebanyak RM8.1 bilion untuk pembangunan AI menunjukkan tekad Malaysia bukan untuk mengikut tetapi untuk memimpin.
Amanah kita ialah untuk memilih kerjasama, inovasi dan tanggungjawab sebagai asas membina industri yang berkualiti, berdaya saing dan diyakini dunia.
Tahniah kepada semua penerima pengiktirafan SIRIM malam ini.
Semoga kejayaan anda terus menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan industri negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 19 November 2025 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 19 November 2025 | Rabu
Berkesempatan menyantuni dan memenuhi permintaan rombongan 36 murid dan 8 guru dari SK Dato’ Haji Zainuddin, Serdang, Kedah, untuk bergambar bersama di luar bangunan Parlimen, pagi ini tadi.
Rombongan disertai murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 itu, mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya serta turut menjadikan Parlimen sebagai destinasi kunjungan.
Semoga anak-anak ini memperoleh ilmu dan pengalaman berharga sepanjang lawatan mereka di ibu negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam tok, kamek berpeluang mengadakan sesi makan malam bersama delegasi daripada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kuala Lumpur.
Delegasi seramai 16 orang tok diketuai oleh Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, serta turut bersama Cr. Mahmud bin Dato’ Sri Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi MPP, dan 10 orang Ahli Majlis dan pegawai MPP.
Kehadiran sidak nya ke Kuala Lumpur selama empat hari adalah bagi tujuan Lawatan Sambil Belajar Ahli Majlis Perbandaran 2025, di bawah Inisiatif Bandar Pintar, yang bertujuan memperkukuh pembangunan, inovasi dan hala tuju digital bagi kawasan Padawan.
Semoga lawatan tok membuka lebih banyak ruang kerjasama, memperkaya pengalaman, dan mengukuhkan komitmen sidak nya dalam membina bandar yang lebih lestari, berdaya saing dan inklusif.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#sarawakkusayang
#segulaisejalai
Kuala Lumpur | 18 November 2025 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“The future depends on what you do today.” — Mahatma Gandhi
And today, Malaysia chooses progress, innovation and purpose.
Today, we opened the Smart Nation Expo 2025. It is a convergence of visionary minds, bold technologies and ideas that will shape Malaysia’s digital tomorrow.
More than 20,000 leaders and 300 global exhibitors are here, turning this space into a vibrant ecosystem of discovery, collaboration and limitless potential.
From AI, cybersecurity and big data, to smart mobility, resilient cities and next-generation digital infrastructure, the conversations happening there are drafting the blueprint of Malaysia’s future.
This year’s Expo also brings together EVM Asia and Data Center Asia Malaysia, representing our commitment to electric mobility, cloud computing, AI readiness and world-class digital infrastructure.
Together, they paint a powerful picture of a Malaysia that is interconnected, intelligent and built for a greener, smarter future.
We are also guided by the Malaysia Smart City Framework and the efforts of PETRA in advancing renewable energy, smart water systems and sustainable technologies, ensuring that digitalisation and sustainability move forward hand-in-hand.
At the heart of it all is one conviction:
Technology must uplift people.
A future where every Malaysian has equal access to skills, opportunities and digital empowerment.
To innovators, disruptors and creators — this is your moment.
To global partners — Malaysia welcomes you to co-create and co-lead with us.
As Henry Ford said, “Working together is success.”
We are not here to follow the digital revolution.
We are here to lead it.
And as the Prophet Muhammad SAW reminded us:
“Allah loves those who, when they do something, do it with excellence.”
Here’s to excellence, innovation and a future built together.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 18 November 2025 | Tuesday -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
At PIPOC 2025, we are reminded of a timeless truth from Surah An-Nahl (16:10–11):
“He is the One who sends down rain… With it He causes crops to grow for you… and every kind of fruit.”
Plantation and Commodities is not merely an economic sector — it is a divine gift, an amanah entrusted to us. And today, the palm oil industry stands at the centre of global priorities: food security, renewable energy, sustainable development and equitable trade.
PIPOC is more than a conference. It is a mission — to deepen sustainability, uplift smallholders, advance innovation, and strengthen Malaysia’s leadership as a responsible, resilient and future-ready global producer.
From MSPO certification and digital traceability systems like SIMS and GeoSAWIT, to new trade pathways forged through EFTA and CEPA, to ground-breaking R&D in health, nutraceuticals and green technologies — Malaysia continues to demonstrate that sustainability and progress can advance hand in hand.
With only 5.6 million hectares, Malaysia produces world-class palm oil with unmatched efficiency — feeding nations, supporting livelihoods, and uplifting rural communities. The unwavering resilience of our half a million smallholders remains the beating heart of this achievement.
As we step forward, our commitment is clear:
To champion innovation.
To safeguard our forests.
To strengthen global partnerships.
And to ensure Malaysian palm oil remains a catalyst for shared prosperity in a low-carbon and climate-resilient world.
PIPOC 2025 opens with gratitude, conviction and an unwavering belief in what this industry can deliver — for Malaysia, and for humanity.
#pipoc2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 18 November 2025 | Tuesday -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“They say that true progress is born when minds meet and values lead the way.”
Today, that spirit filled the 20th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2025 and this platform has grown over two decades into a beacon of transformation for the global Islamic finance landscape.
KLIFF is where thought leaders, regulators, innovators and investors converge to shape an economy anchored on justice, resilience and shared prosperity.
This year’s theme, “Strengthening Economies, Advancing Resilience and Sustainability,” calls us to unleash Islamic finance as a force for SMEs, renewable energy, strategic infrastructure, climate resilience and the fast-growing Halal economy.
Malaysia’s leadership in Islamic finance stands tall, from world-leading sukuk issuances, strong Shariah governance, cutting-edge fintech innovations, to bold initiatives under the MADANI Budget 2026.
This includes the green sukuk incentives, financial inclusion for B40, revitalised waqf, tokenised sukuk and the strengthening of social finance through iTEKAD.
As ASEAN Chair, Malaysia is championing cross-border Islamic finance cooperation, harmonised Shariah standards, and deeper integration with the Halal economy, ensuring the region’s 650 million people benefit from ethical, inclusive and future-ready financial systems.
Islamic finance is more than architecture — it is a moral mission.
A reminder echoed in the words of our Father of Development, Tun Abdul Razak:
“The progress of a nation is measured not only by economic success but by how we uphold justice, dignity and fairness for all.”
May this spirit of service, compassion and shared progress continue to guide Malaysia as we shape a financial future that is equitable, sustainable and deeply rooted in purpose.
#kliff
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 18 November 2025 | Tuesday -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Salam takziah saya ucapkan buat Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian atas pemergian ibu beliau, mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng.
Semoga Datuk Amar Prof. Dr. Sim sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan besar ini.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Kuala Lumpur l 18 November 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan Program/Projek Pembangunan Negeri Sabah Tahun 2025 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada mesyuarat pada tahun lalu di mana ia adalah manifestasi komitmen bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk bekerja secara kolektif dalam memantau dan menilai kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dengan mengalihkan “stumbling block".
Saya ingin menekankan kepentingan peranan setiap agensi dalam menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan. Projek pembangunan kerajaan merupakan inisiatif yang
memerlukan kerjasama dan koordinasi yang rapat antara
pelbagai agensi.
Selain daripada menyediakan peruntukan yang mencukupi, agensi pemilik memegang peranan yang lebih penting dalam menetapkan matlamat, objektif dan dasar keseluruhan projek. Agensi pelaksana pula bertanggungjawab untuk melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan, memastikan kualiti yang tinggi, dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan.
Agensi pihak berkuasa juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pematuhan undang-undang, peraturan, dan standard yang telah ditetapkan.
Syarikat-syarikat utiliti pula tidak boleh menganggap bahawa mereka hanya sebagai agensi sokongan di dalam pelaksanaan projek. Syarikat utiliti merupakan salah satu daripada critical success factor terhadap keberjayaan sesebuah projek.
Perancangan dan penyambungan utiliti perlu dibuat dengan lebih
teliti, sejajar dengan perancangan projek utama.
Agensi pemantau memainkan peranan yang kritikal dalam mengawal selia pelaksanaan projek dan bertindak sebagai “watchdog” mewakili pemegang taruh yang lain.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Meriah sungguh sambutan Borneo Arts Festival 2025 di Labuan, saya berbesar hati menyaksikan sendiri bagaimana seni Borneo terus mekar dengan penuh warna, jiwa dan cahaya.
Borneo Arts Festival 2025 bukan sekadar pesta seni. Ia adalah platform yang mengangkat seni warisan dan menyatukan komuniti yang disulani semangat Malaysia MADANI.
Dengan tema “Warisan Seni Borneo: Jalinan Seni dan Cahaya”, festival ini memperlihatkan keindahan tradisi yang berpadu dengan inovasi moden. Setiap persembahan, pameran dan segmen seperti Laman Etnik Pesona 3W, Laman LAWA, Citarasa Borneo,
Tarian Kreatif Borneo serta Fesyen Nasional Kostum Borneo menjadi bukti bahawa seni adalah jambatan yang menghubungkan masyarakat dan memperkukuh perpaduan.
Labuan terus menyerlah sebagai hab seni, budaya dan ekonomi kreatif, membuka peluang baharu kepada belia, penggiat seni dan industri pelancongan — seiring dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Inisiatif pelancongan Pesona 3W: #3cerita1jiwa turut mempamerkan kekuatan tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang berpadu dalam satu kisah nasional: harmoni dalam kepelbagaian, maju dalam keseimbangan.
Penganjuran festival ini membuktikan bahawa apabila rakyat bersatu hati, seni menjadi cahaya yang menghubungkan semua.
Semoga kejayaan penganjuran festival ini mencorakkan masa depan Malaysia yang inklusif, progresif dan berjiwa rakyat.
Turut memeriahkan suasana, Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Labuan | 17 November 2025 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Malam Warisan Budaya Bangsa Madani Berkhidmat : Misi Sukarelawan Siswa YSS - ASEAN Ke Sarawak 2025 di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman, Kampung Matang Batu 10, Petra Jaya.
Sesuatu yang membanggakan apabila Sarawak terus menjadi negeri yang mengumpulkan sukarelawan siswa.
Ini kerana Sarawak menjadi negeri yang sangat harmoni dengan lebih 30 etnik sekali gus mewujudkan satu masyarakat yang majmuk.
Sudah pastinya semua sukarelawan yang ditugaskan akan dapat menimba pelbagai ilmu dan budaya negeri Sarawak sekali gus membawanya ke negeri dan negara masing-masing untuk dijadikan contoh.
#tpmfy
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Petra Jaya l 15 November 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Puan Mareena Mahfuz dan suami, Haji Zulkifri Bin Sarwan sempena majlis perkahwinan anakandanya, Hafizul Zafri Bin Zulkifri bersama Noralina Binti Abdullah.
Saya dan isteri mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua mempelai.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Klang l 15 November 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, saya berbesar hati menghadiri Global Public Relations Conference and Festival Malaysia 2025 — satu pentas yang meraikan suara-suara yang membina negara.
Dalam dunia yang tanpa sempadan hingga semua maklumat bergerak pantas, para pengamal Perhubungan Awam (PR) memikul amanah yang begitu besar.
Kerana PR bukan sekadar mesej, strategi atau publisiti — ia adalah seni membina kepercayaan.
Ia menjadi jambatan antara pemimpin dan rakyat, antara dasar dan kefahaman, antara aspirasi dan tujuan nasional.
Seperti yang diutarakan Tun Hussein Onn,
“Leadership is built on trust; without trust, nothing stands.”
Dan malam ini, kita mengangkat profesion ini sebagai nadi kemajuan Malaysia. Ianya sebuah profesion yang menuntut integriti, empati dan keberanian untuk menyampaikan kebenaran, walau ketika kebenaran itu sukar.
Syabas kepada PRactitioners, IPRM, PRCA, CIPR, Kementerian Komunikasi dan MCMC atas usaha gigih membina ekosistem komunikasi yang matang, beretika dan berdaya tahan.
Saat ini, Malaysia memasuki fasa yang menuntut kejelasan komunikasi, perpaduan tujuan dan keteguhan nilai.
Prinsip Malaysia MADANI mengingatkan kita bahawa kemajuan bukan hanya tentang apa yang kita capai, tetapi bagaimana kita melayani, berhubung dan menyatukan rakyat.
Seperti kata Nelson Mandela,
“Communication is the real work of leadership.”
Maka jika kepimpinan adalah jantung sesebuah negara — Suara bangsa pula nadinya.
Nadi yang menyatukan.
Nadi yang mengangkat.
Nadi yang memimpin Malaysia ke hadapan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 14 November 2025 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Program Tarif Elektrik Hijau (GET) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan ByteDance System Sdn Bhd di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program Tarif Elektrik Hijau (GET) merupakan inisiatif strategik Kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pelanggan TNB yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Megat Jalaluddin manakala ByteDance diwakili Global Head of Data Centre Development, Madam Zhou Ying.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli serta Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, Puan Mareena Mahfuz.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 14 November 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini berpeluang menghadiri Forum Perdana Hal Ehwal Islam : Usia Menjulang Bakti di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Forum ini mengetengahkan tiga ahli panel yang dikenali ramai iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azlan Shah Nubees Khan serta Dekan Pengajian Islam UKM, Prof Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dengan Ustaz Zakaria Othman dari JAKIM sebagai moderator.
Sepanjang satu jam forum berlangsung, penonton tidak kering gusi dengan pelbagai perkongsian ilmu yang santai dan diselang-seli dengan penyampaian bersahaja.
Terima kasih kepada penganjur dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangi l 13 November 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
There are moments when a nation takes a step that defines its future — and today is one of those moments. Not just a ceremony or a partnership, but a clear signal that Malaysia is ready to lead with courage, foresight, and purpose in the sustainability and digital era.
I am honoured to officiate this joint announcement between Amazon Web Services (AWS) and Central Water Reclamation Sdn. Bhd., a strategic partnership between IWK and Air Selangor that is now driving reclaimed water initiatives across the Klang Valley.
This proves that when federal vision aligns with state-level delivery, we unlock real solutions that benefit the rakyat, industry, and the nation.
Selangor once again demonstrates its leadership — from the Selangor Water Master Plan 2025–2050 to multi-source water strategies that strengthen industrial readiness and long-term water security.
More significantly, Malaysia is now the second country in the AWS Region to deploy reclaimed water for cloud operations — a global benchmark that elevates our position as a sustainable regional digital hub.
As the late Tun Hussein Onn reminded us,
“Progress is not achieved by chance, but through deliberate effort, discipline, and unity of purpose.”
Today, we see that spirit brought to life.
Under AIR 2040 and the Malaysia MADANI commitment, PETRA continues strengthening this ecosystem — from approvals and policy alignment to Federal–State coordination and the expansion of reclaimed water and green energy solutions such as CRESS, GET, and SEDA-led solar initiatives.
This initiative shows how innovation and sustainability must advance together. It protects water resources, boosts economic resilience, and ensures Malaysia’s digital growth does not come at the expense of our environment.
This partnership proves that what once felt distant is now within our reach.
Malaysia is rising, not only as a leader in technology, but as a champion of sustainability.
Let us build a future that is modern, competitive, sustainable, responsible, and ready for the generations to come.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 13 November 2025 | Thursday -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Selepas menghadiri Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini, saya berkesempatan memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah Allahyarham Dato’ Johari bin Mat di Surau Khalid Al Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Moga keluarga Almarhum tabah dan bersabar menerima ujian ini.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berbangga apabila merasmikan Persidangan Sustainability Environment Asia (SEA) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Persidangan ini bukan sahaja membuka ruang untuk kita merenung, tetapi mengajak untuk bertindak, demi masa depan yang lebih lestari demi generasi akan datang.
Ini bukan sekadar persidangan tetapi satu seruan, menjadi satu hala tuju yang mengingatkan kita bahawa masa depan tidak menunggu di mana ia menuntut kita untuk membina bersama-sama.
Setiap pemimpin, pembuat dasar dan penggerak perubahan harus menjadi rakan pencipta kepada sebuah masa depan yang lebih hijau, lebih adil, dan lebih berdaya tahan.
Malaysia memilih untuk melangkah ke hadapan dengan keberanian dan kejelasan visi di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR).
Usaha ini memperkukuh keselamatan air negara, memperkasa kepimpinan ESG, serta memacu transisi tenaga yang adil, inklusif dan berpusat pada manusia.
Seperti yang ditegaskan Almarhum Tun Abdul Razak:
'Kemajuan tidak dikecapi secara kebetulan, tetapi melalui keberanian untuk bergerak ke hadapan dengan tujuan.'
Perjalanan ASEAN juga menuntut tanggungjawab kolektif.
Daripada Enhanced ASEAN Power Grid hinggalah aspirasi tenaga boleh diperbaharui 2030, kita sedang membina sebuah rantau yang menjadikan kelestarian identiti bersama, bukan sekadar agenda dasar.
Mesej hari ini jelas. Kelestarian bukan lagi matlamat. Semoga persidangan ini menyemarakkan idea yang berani, tindakan yang tegas, dan kerjasama serantau yang berkekalan agar generasi selepas kita mewarisi dunia yang lebih aman, lebih bersih dan lebih cerah.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 13 November 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara (SPAPN) 2025 di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Majlis disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim manakala saya dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar turut menyampaikan beberapa anugerah.
Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada agensi-agensi kerajaan yang menunjukkan pencapaian konsisten dalam pembudayaan Penilaian Outcome selama tiga tahun berturut-turut.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 12 November 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan November 2025 di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 12 November 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur l 11 November 2025 l Selasa
Malam ini, saya merasmikan Majlis Penutupan dan Apresiasi Minggu Sains Negara (MSN) 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Pusat Sains Negara.
Kita tidak boleh menjadi bangsa yang hanya mewarisi, tetapi mesti menjadi bangsa yang membudayakan sains, teknologi, dan inovasi (STI), berani mencipta dan memperbaharui, itulah perkara yang ditegaskan dalam ucapan sebentar tadi.
Ini kerana, negara yang berdaya cipta dan berinovasi akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti, sekali gus menggalakkan penghasilan
sistem, produk, idea, dan proses yang lebih maju.
Kita mesti melahirkan generasi yang membudayakan STI serta tenaga mahir berteknologi tinggi yang akan menyumbang kepada pembangunan fizikal dan ekonomi negara.
Saya menyeru usaha berterusan daripada MOSTI, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan rakan-rakan strategik dari sektor swasta untuk terus memperkasakan Agenda STEM Negara kepada golongan sasaran, khususnya
kanak-kanak dan pelajar di peringkat bangku sekolah.
Pelaksanaan MSN juga adalah manifestasi secara langsung komitmen kita terhadap Gagasan Malaysia MADANI. Secara khususnya, MSN adalah inisiatif utama yang mendukung dan memperkukuh elemen Daya Cipta, iaitu satu daripada enam tunjang utama MADANI melalui penerapan STI.
Dalam konteks negara, Daya Cipta atau Inovasi ditakrifkan sebagai idea, produk, atau proses baharu yang menjadikan sesuatu lebih cekap, mencungkil potensi yang belum diterokai, dan memberikan nilai tambah yang signifikan.
Ia sentiasa dikaitkan dengan perkembangan teknologi baharu dan evolusi digital, merangkumi pembaharuan, reka cipta dan reka baharu, dengan rekaan menjadi terasnya. Ia adalah proses perubahan berterusan yang mendakap dan kreativiti rakyat.
Matlamat kita adalah untuk membudayakan daya cipta dan merubah kecenderungan bangsa daripada sekadar pengguna pasif kepada penyumbang aktif dalam mencorak revolusi digital dan teknologi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 11 November 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berbesar hati merasmikan International Conference on Nuclear Energy (ICNE 2025) bertemakan “Paving the Way for a Sustainable Energy Source in ASEAN.”
Malaysia berada di titik perubahan penting, ketika dunia berusaha menuju sasaran sifar bersih menjelang tahun 2050, di mana keselamatan tenaga, daya tahan iklim dan kemajuan teknologi menjadi tunjang dalam menentukan masa depan negara.
Tenaga boleh diperbaharui kekal sebagai teras utama, namun penerokaan tenaga nuklear mencerminkan komitmen Malaysia terhadap satu peralihan tenaga yang seimbang, berpaksikan sains, berasaskan keselamatan dan berpandangan jauh.
Penetapan MyPower Corporation sebagai Nuclear Energy Programme Implementing Organisation (NEPIO) menandakan satu detik bersejarah , menginstitusikan tahap kesiapsiagaan negara dan memperkukuh tekad kita untuk meneroka laluan ini secara bertanggungjawab, telus dan inklusif.
Dipandu oleh prinsip keselamatan, ketelusan dan kelestarian, Malaysia terus menilai potensi tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam membentuk campuran tenaga yang bersih, selamat dan mampu milik.
Bersama-sama, kita membina masa depan di mana teknologi berkhidmat untuk kemanusiaan dan setiap langkah ke hadapan membawa Malaysia semakin hampir ke arah masa depan tenaga yang rendah karbon, inovatif, serta berdaya tahan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bandar Sunway | 11 November 2025 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, satu penghormatan besar dapat merasmikan Selangor Techsphere Summit 2025, anjuran Hannover Messe sekali gus menjadi pengiktirafan global terhadap Malaysia dalam sektor inovasi dan teknologi.
Sidang kemuncak ini bukan sekadar menghimpunkan pemimpin industri teknologi, tetapi bukti keyakinan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan bagi memimpin rantau ini dalam bidang inovasi, pembangunan bakat dan transformasi digital.
Kini adalah detik penting di mana teknologi bukan lagi satu pilihan, tetapi kuasa yang menentukan daya saing, membentuk semula industri, dan mencorakkan hala tuju negara. Persoalannya, bukanlah sama ada Malaysia akan menyertai arus perubahan ini, tetapi adakah Malaysia bersedia untuk memimpinnya.
Di bawah kerangka Malaysia MADANI, teknologi mesti berkhidmat untuk kemanusiaan dengan memperkasa komuniti, memperluas peluang dan memperkukuh nilai, bukan menggantikannya.
Kita sedang membina masa depan yang inovatif dari segi keupayaan, inklusif dalam impak, dan lestari dalam matlamat.
Inovasi tidak boleh bersifat eksklusif. Ia bukan hanya milik makmal atau bilik mesyuarat, tetapi milik setiap rakyat Malaysia — pelajar, usahawan, jurutera, pendidik dan para pemimpi yang bakal membentuk wajah baharu negara. Ekonomi masa depan bukan sekadar menuntut sistem automasi yang canggih, tetapi juga insan yang tinggi inspirasinya.
Teknologi mungkin membentuk dunia, tetapi manusialah yang menentukan arah dan maknanya.
Marilah kita bersama-sama membina sebuah negara yang yakin dengan keupayaannya, bersatu dalam tujuannya, dan bersedia memimpin era digital dengan semangat kebangsaan yang jitu.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 11 November 2025 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Buatlah baik walaupun hanya melemparkan satu senyuman, kerana menggembirakan sesama manusia membolehkan pahala itu walaupun kecil tetapi boleh menjadi asbab kita masuk syurga.
Itulah antara intipati kuliah subuh Dato' Cik Wan Helmi Wan Mohamed (Maulana Wan Helmi Al-Hafiz) selepas kami solat berjemaah di Surau Darul Falah, Semariang Baru Fasa 3.
Saya juga bersyukur kerana berpeluang solat subuh bersama-sama penduduk kariah Surau Darul Falah.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 9 November 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, ari tok tek kamek berjemaah Maghrib dan Isyak dengan sidak penduduk kawasan di Surau Kampung Bandarsah.
Kamek sempat mendengar kuliah Maghrib.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 8 November 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Dunia kini dipacu oleh teknologi, algoritma dan kecerdasan buatan, sehingga menyebabkan manusia sering terperangkap dalam dunia tanpa sentuhan kemanusiaan di mana harus diakui bahawa cabaran untuk memanusiakan masyarakat kini semakin kompleks dengan nilai empati, akhlak dan tanggungjawab sosial semakin terhakis kerana mengejar keuntungan dan populariti.
Sudah menjadi tugas kita mengembalikan roh kemanusiaan dalam arus kemajuan. Setiap dasar kerajaan, sistem pendidikan dan interaksi sosial mesti berpaksikan nilai moral dan adab. Kita perlu membina generasi yang bukan sekadar cerdas akal, tetapi juga terang hati dan tinggi budi.
Kita tidak mahu Malaysia yang hanya megah dengan bangunan pencakar langit, tetapi kosong jiwa dan nilai. Saya difahamkan, siri seminar seperti ini telah diadakan di beberapa buah tempat di seluruh negara sejak pelancarannya oleh YAB Perdana Menteri pada 2023.
Inilah perkara yang saya tegaskan ketika berucap bagi merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 2.0 Peringkat Sarawak 2025 di Pustaka Negeri Sarawak.
Saya melihat program wacana ilmu ini amat bertepatan, kerana ia mengupas gagasan pemikiran seorang ilmuwan yang berjiwa besar Almarhum Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.
Fikrah Siddiq Fadzil menegaskan bahawa kekuatan umat bukan hanya pada kemajuan lahiriah, tetapi pada keupayaan memanusiakan manusia — membina masyarakat berasaskan kasih sayang, keadilan dan ilmu.
Pemikiran ini selari dengan semangat Malaysia MADANI — gagasan yang menjadikan kemanusiaan, keilmuan dan kesejahteraan sebagai tunjang pembangunan negara. Malaysia MADANI bukan sekadar slogan politik, tetapi ia adalah proses membangunkan bangsa yang beradab — membina bangsa yang seimbang antara kemajuan material dengan kekuatan moral dan spiritual.
Sarawak sendiri adalah contoh terbaik kepada konsep “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.” Pelbagai bangsa, agama dan budaya, hidup harmoni dalam satu keluarga besar Malaysia.
Inilah kekuatan sebenar kita — kesatuan yang lahir daripada kepelbagaian, bukan keseragaman yang dipaksa. Fikrah Siddiq Fadzil menekankan bahawa kesatuan yang sejati bukanlah uniformiti, tetapi ta‘ayush — kehidupan bersama yang saling menghormati dan memuliakan perbezaan (co-existence). Inilah falsafah yang harus kita semai.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 8 November 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 6 November 2025 | Khamis
Gerakan memperkasa wakaf perlu digerakkan secara menyeluruh, melibatkan gabungan kepakaran dan kerjasama pelbagai pihak. Wakaf bukan lagi sekadar aset yang disimpan atau diselenggara, tetapi satu instrumen ekonomi ummah yang berpotensi menjadi pemacu kekuatan sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan masyarakat.
Wakaf telah terbukti dalam sejarah tamadun Islam sebagai sumber utama membangunkan universiti, hospital, pusat ilmu dan sistem sosial yang seimbang. Namun, dalam konteks moden, wakaf mesti beranjak daripada kaedah tradisional kepada pendekatan yang lebih strategik dan berimpak besar.
Oleh itu, usaha mengarusperdanakan wakaf perlu diteruskan secara konsisten. Kita tidak boleh membiarkan wakaf hanya menjadi wacana semata-mata, tetapi mesti diterjemahkan kepada model ekonomi yang berkembang dan mampu menjana semula manfaatnya kepada umat.
Perkara itu saya tegaskan ketika berucap menyempurnakan penutupan Muzakarah Waqaf 1.0 : Ijtihad & Inovasi anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad di Kuala Lumpur, hari ini.
Kini, terdapat keperluan untuk meneroka instrumen kewangan yang inovatif bagi memperluaskan fungsi wakaf. Antaranya termasuk penggunaan dana dagangan bursa (ETF) berasaskan wakaf, sukuk wakaf, takaful mikro serta pembangunan sektor wakaf korporat yang lebih tersusun.
Pendekatan ini membuktikan bahawa wakaf mampu bergerak seiring dengan pembangunan pasaran kewangan global tanpa mengkompromi prinsip syariah. Malah, ia membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada masyarakat umum, bukan hanya golongan tertentu.
Gabungan kepakaran para ulama, teknokrat kewangan Islam, pihak berkuasa agama, institusi akademik dan pemain industri sangat penting. Kerjasama inilah yang akan mewujudkan satu ekosistem wakaf yang mampan, telus dan diyakini rakyat.
Lebih daripada itu, pengurusan wakaf perlu bersifat profesional, cekap dan berstrategi. Aset wakaf tidak boleh dibiarkan beku, tetapi mesti diurus bagi menjana nilai baharu yang akhirnya kembali dinikmati oleh masyarakat.
Apabila wakaf berkembang, ia akan membantu merapatkan jurang sosial, mengurangkan kemiskinan, meningkatkan pendidikan dan memperkukuh ekonomi umat secara kolektif. Inilah kekuatan sebenar wakaf sebagai sektor ketiga ekonomi negara.
Marilah kita bersama menyokong, memperkasakan dan menyebarluaskan kesedaran tentang wakaf. Setiap sumbangan, usaha dan idea yang diberikan akan menjadi amal jariah yang terus mengalir manfaatnya, bukan hanya kepada generasi hari ini, tetapi juga generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain di pejabat saya.
Dalam kunjungan itu, kami bertukar pandangan dan cadangan mengenai peranan AKPS dalam hal-hal berkaitan tugas menjaga sempadan dan keselamatan negara.
Mohd Shuhaily juga berkongsi misi dan visi beliau menerajui AKPS.
Selamat Maju Jaya kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 5 November 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 5 November 2025 | Rabu
Pagi ini saya menyampaikan ucaptama di Festival Idea Putrajaya 2025, yang menghimpunkan para pemikir dan peneraju pendidikan dari dalam dan luar negara. Kita berkongsi keyakinan bahawa pendidikan bukan sekadar alat kemajuan, tetapi kuasa yang membentuk masa depan bangsa dan kemanusiaan.
Tema tahun ini — “The World Beyond 2030: Towards a Resilient Future Through Education” — sangat bertepatan dengan cabaran semasa. Ia mengingatkan kita bahawa pendidikan perlu menjadi teras ketahanan, pemangkin keterangkuman dan asas kemakmuran lestari.
Dunia kini berubah dengan pantas, dengan kita turut berdepan gangguan teknologi, perubahan iklim, dan ketidakstabilan geopolitik. Namun di sebalik semua cabaran ini, pendidikan membuktikan kekuatannya sebagai sumber daya tahan manusia. Ia melahirkan pemikir kritikal, warganegara empati dan inovator berani.
Malaysia komited membina sistem pendidikan yang bukan sahaja berfokus pada kemahiran akademik, tetapi juga membangunkan daya tahan moral, nilai, dan keutuhan diri. Inilah yang akan menjadikan generasi masa depan lebih bersedia menghadapi dunia yang sentiasa berubah.
Dalam era kecerdasan buatan (AI), kita mesti menguasai teknologi tanpa kehilangan kemanusiaan. Malaysia kini memperkukuh literasi digital dan celik AI agar pelajar menjadi pengendali teknologi yang beretika, berempati dan bertanggungjawab.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) kini menjadi tunjang utama. Melalui program seperti micro-credentials, pembelajaran digital dan TVET Excellence Framework, rakyat diberi peluang untuk terus meningkatkan kemahiran — bukan sekali, tetapi sepanjang hayat.
Malaysia juga memperkukuh TVET sebagai pilihan utama, bukan pilihan kedua. Ia menjadi landasan kepada inovasi, keusahawanan dan maruah kerja — sejajar dengan keperluan tenaga kerja global yang dinamik dan adaptif.
Isu perubahan iklim turut menjadi fokus penting. Melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Green TVET, kita mendidik generasi muda bukan sekadar tentang alam sekitar, tetapi untuk menjaga dan memulihara bumi demi masa depan yang lestari.
Di bawah gagasan Malaysia MADANI, pendidikan menjadi jambatan membina minda dan perpaduan. Malaysia berhasrat menjadi penghubung antara Utara dan Selatan global — memperkukuh kerjasama penyelidikan, mobiliti pelajar dan pertukaran ilmu di rantau ASEAN dan dunia.
Akhirnya, saya menyeru semua pihak — kerajaan, institusi, masyarakat dan belia untuk bersama-sama memperbaharui sistem pendidikan kita. Dunia pasca-2030 menuntut pendidikan yang membentuk insan bijaksana, beretika dan berperikemanusiaan. Kerana masa depan bukan diwarisi, tetapi dididik untuk diwujudkan.
Marilah kita bina masa depan bersama-sama, demi rakyat, bumi dan kemanusiaan sejagat.
#tpmfy
#festivalideaputrajaya2025
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Delegasi diketuai wakil NSJA, Jacqueline anak Ripon, yang juga wartawan akhbar tempatan di Miri.
Dalam kunjungan itu, kami berbincang pelbagai perkara berkaitan isu semasa dan Sarawak.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Parlimen l 4 November 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Lawatan Negara ke Arab Saudi dan Bahrain.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diyakini akan memberi impak positif terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan kedua-dua negara berkenaan, sekali gus memperkukuh kerjasama erat yang telah terjalin sekian lama.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan keselamatan sepanjang keberangkatan pergi dan kembali ke tanah air.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
PIX : Ihsan RPO
Subang | 3 November 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 2 November 2025 | Ahad
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Penangguhan Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival 2025 di Tebingan Kuching, petang tadi.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis berkenaan. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi serta YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Syabas dan Tahniah kepada pasukan Landas yang telah dinobatkan sebagai ‘Raja Sungai’ dalam kategori utama perahu bidar 30 pengayuh lelaki pada regatta berkenaan. Kejayaan diraih menerusi perahu Landas Azam Kasihnya Warisan 3 yang muncul juara dan menjulang Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Tahniah juga kepada semua pemenang kategori lain yang turut dipertandingkan.
Naib juara bidar 30 pengayuh lelaki dimenangi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), manakala tempat ketiga dimenangi Bedilku Seri Putih (Adidas).
Penganjuran Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival 2025 menjadi lambang perpaduan dan warisan sukan air tertua di negeri ini yang diperkenalkan sejak 1872. Semangat kesatuan, perpaduan dan kecemerlangan dalam sukan air yang terserlah sepanjang festival diharap dapat terus menyemarakkan aspirasi Segulai Sejalai demi Sarawak Maju Makmur.
Usai Sarawak Regatta, saya berkesempatan mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, serta Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Toh Puan, menaiki bot cruise melayari Sungai Sarawak.
#sarawakregatta2025
#kuchingwaterfrontfestival
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 1 November 2025 | Sabtu
Malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 (FGS 2025) yang berlangsung dengan penuh meriah di Tebingan Kuching.
Majlis penuh bermakna ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian FGS 2025. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut sama berangkat mengiringi Baginda.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; serta Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Penganjuran festival ini juga diadakan bersempena Regatta Sarawak 2025 yang kini berlangsung di Kuching Waterfront. Festival Gendang Sarawak 2025 bukan sahaja meraikan keindahan irama tradisi, malah menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian, dan kebanggaan terhadap warisan budaya bangsa.
#fgs2025
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 1 November 2025 | Sabtu
Mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama penduduk kawasan dan pelbagai kesatuan / pertubuhan di Kuching, petang ini tadi.
Ini termasuk rombongan dari HIKMAH Petra Jaya ; Kesatuan EPF Sarawak/Sabah ; JKP Masjid At-Taqwa ; Lembaga/JKP Masjid India Bandar Kuching dan JK Pembangunan Masjid Darul Abidin, Kpg Malaysia Jaya.
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Samarahan | 1 November 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, hari ini menyempurnakan pelancaran MediRover dan MediDoc — dua inovasi hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan CelcomDigi, yang membawa perkhidmatan kesihatan terus ke pintu rakyat melalui gabungan teknologi 5G, AI dan IoT.
Inisiatif ini amat bermakna, khususnya bagi komuniti luar bandar yang sering berdepan cabaran jarak dan akses kepada rawatan kesihatan. Melalui pendekatan digital, rakyat di kawasan pedalaman kini dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih pantas, berkualiti dan menyeluruh.
MediRover berfungsi sebagai klinik bergerak digital yang dilengkapi kemudahan telekonsultasi pakar, diagnostik digital dan pemantauan pesakit jarak jauh. Sementara itu, MediDoc membangunkan model “Klinik Angkat” yang membolehkan petugas kesihatan di luar bandar berhubung terus dengan pakar HPUNIMAS untuk rundingan klinikal masa nyata.
Setakat ini, MediRover telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 30 kawasan luar bandar, memanfaatkan kira-kira 8,000 penduduk. Ini membuktikan keberkesanan teknologi telekesihatan dalam memperluas akses rawatan kepada masyarakat di pedalaman.
Pendekatan ini seiring dengan agenda Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Negara, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (13MP) dan Kertas Putih Kesihatan, yang menekankan keadilan serta kualiti dalam akses kesihatan untuk semua rakyat Malaysia.
Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan — jumlah tertinggi dalam sejarah negara, sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.
Teknologi menjadi pemangkin utama kepada transformasi ini. Di bawah Pelan MyDIGITAL dan peluasan rangkaian 5G ke 80% kawasan berpenduduk menjelang 2026, projek seperti MediRover dan MediDoc membuktikan bagaimana dasar digital negara diterjemahkan kepada impak nyata untuk rakyat.
Sarawak terus muncul sebagai peneraju kesihatan digital melalui Sarawak Digital Economy Blueprint 2018–2030, dengan UNIMAS memainkan peranan penting dalam penyelidikan teleperubatan serta penghantaran rawatan ke kawasan pedalaman.
Kerjasama antara CelcomDigi, UNIMAS dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) juga membuka laluan baharu kepada latihan perubatan maya dan penyelidikan klinikal berasaskan data — satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem kesihatan digital negara.
Semua pihak baik kerajaan, akademia mahupun industri, harus terus berinovasi dengan tujuan murni, membina Malaysia MADANI yang bukan sahaja maju dari segi teknologinya, tetapi juga prihatin dan inklusif dalam menjaga kesihatan rakyat di seluruh pelosok tanah air.
#medirover
#medidoc
#tpmfy
#petra
#unimas
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 1 November 2025 | Sabtu
Bunga Melati Mekar Berseri
Sarawak Kamek Buminya Indah
Rakan Media Sahabat Sejati
Penyampai Berita Penuh Amanah
Satu Suara, Satu Haluan,
Membina Bangsa Menuju Gemilang,
PETRA dan MEDIA Seiring Sejalan
Demi Membina Negara Terbilang
Terima kasih Rakan Media Sekalian,
Atas Sokongan Tanpa Jemu & Goyang
Tinta dan Lensa Saksi Berzaman
Jasa Bakti Kalian Sentiasa Di Kenang
Pantun berkenaan saya tujukan khas buat rakan-rakan media pada Majlis Libat Urus Media Sarawak Bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Kuching malam tadi (31 Oktober 2025).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti dan peranan besar rakan-rakan media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan dan membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat.
Berdasarkan data Jabatan Penerangan terdapat 770 pengamal media daripada 28 agensi berdaftar di Sarawak setakat ini,# yang membuktikan ekosistem media Sarawak kukuh dan berdaya maju.
Menerusi PETRA - di bawah Rolling Plan 1 RMK13 (2026) sebanyak 44 projek air dan pembetungan diluluskan di Sarawak bernilai hampir RM6 bilion, termasuk 11 projek baharu. Peruntukan ini meningkat 53.17% berbanding 2025@, dengan tumpuan kepada tebatan banjir, hakisan pantai, pemuliharaan sungai, bekalan air dan pembetungan.
Fokus adalah kepada projek tebatan banjir & air tidak terhasil (NRW). Sebahagian daripada RM24.7 bilion peruntukan Rancangan Tebatan Banjir, disalurkan ke Sarawak. Pada masa sama, Program NRW 2025–2030 dengan geran RM2.5 bilion dilaksana bagi menggantikan paip kritikal dan mengurangkan kehilangan air.
PETRA komited untuk terus berganding bahu bersama rakan media dalam membina bangsa menuju gemilang — “Satu suara, satu haluan, membina negara terbilang.”
#tpmfy
#petra
#libaturusmediapetra
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya Majlis Pelancaran MSU Centre For Climate Resilience and Strategy (M-CREST) di Management and Science University (MSU).
Saya mempelawa M-CREST bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui agensi di bawahnya - Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menjalankan kajian mengenai mitigasi banjir menggunakan metodologi terkini seperti Artificial Intelligence (AI) dan teknologi satelit.
Ini kerana peranan institusi pengajian tinggi seperti MSU adalah amat penting, bukan sahaja sebagai pusat percambahan ilmu dan pemerkasaan modal insan, malah sebagai hab utama bagi memupuk minda lestari, merintis teknologi hijau, dan mendidik masyarakat tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Penting untuk semua memahami bahawa usaha pemodenan memang amat penting, namun sekiranya dilakukan tanpa perancangan rapi sehingga menjejaskan kelestarian alam sekitar - hanya akan mencacatkan ekosistem dunia secara fitrah, seterusnya mengakibatkan kerosakan demi kerosakan dan bencana alam yang akhirnya menjadikan manusia dan hidupan lain sebagai mangsanya.
Penubuhan M-CREST ini bertepatan dengan masanya, sebagai inisiatif penting untuk
memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak dalam mendepani isu serta cabaran perubahan iklim dunia yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
Pusat ini bakal berperanan sebagai hab utama dalam menerajui pelbagai usaha dan strategi berkaitan perubahan iklim, selari dengan agenda global seperti SDG dan hasrat Conference of the Parties (COP) khususnya United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC).
Terdapat beberapa kluster khusus diwujudkan di bawah hab strategik ini, masing-masing dengan peranan tersendiri iaitu: -
i) Green and Biodiversity Cluster
ii) Water and Ocean Cluster
iii) Energy and Low Carbon Cluster
iv) Waste and Circular Economy Cluster
v) Health, Climate and Community Resilience Cluster
vi) Research
Ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan kelestarian, keterangkuman dan kesejahteraan bersama, Malaysia kekal komited dalam agenda perubahan iklim global.
Menerusi pelbagai inisiatif baharu yang diperkenalkan, ia berhasrat untuk memastikan mutu persekitaran dan sumber asli negara tetap terpelihara.
Inisiatif tersebut membuktikan bahawa Malaysia sentiasa bergerak seiring dengan negara-negara lain dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, terutamanya berkaitan isu perubahan iklim. Usaha-usaha itu juga menunjukkan komitmen Malaysia dalam melaksanakan amanah menjaga dan memakmurkan khazanah alam ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Shah Alam l 30 Oktober 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Oktober 2025 | Rabu
Alhamdulillah, selesai menggulung perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan MADANI 2026 untuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) petang ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang matang dan penuh tanggungjawab.
Seramai 38 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 43 isu berkaitan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio saya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pandangan serta persoalan yang dibangkitkan amat membantu PETRA dalam memperkukuh pelaksanaan dasar kerajaan.
Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar angka dan jadual perbelanjaan. Ia adalah pelan reformasi ekonomi yang menyeluruh bertujuan menjamin kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya saing negara, dan memastikan pembangunan yang adil di seluruh negara.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, serta Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sarawak dan Sabah, saya telah menjawab pelbagai persoalan Ahli Yang Berhormat berhubung isu tenaga, air, dan pembangunan wilayah semasa penggulungan hari ini.
Isu peralihan tenaga antara perkara utama yang dibangkitkan. Saya menjelaskan bahawa melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan komited untuk mempercepat penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro dan biogas. Belanjawan 2026 menyediakan insentif fiskal bagi menggalakkan pelaburan dalam tenaga bersih dan kecekapan tenaga di semua sektor.
Ramai Ahli Yang Berhormat turut menyentuh mengenai pengurusan sumber air. Saya menegaskan bahawa kerajaan akan memperkukuh transformasi sektor air melalui pengurangan NRW (air tidak berhasil), penstrukturan industri air negeri serta pelaksanaan projek pembetungan dan rawatan air baharu. Ini termasuk tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar.
Projek rawatan air baharu, empangan, dan sistem agihan moden juga akan dipercepat, dengan keutamaan kepada kawasan pedalaman dan komuniti terpencil.
Saya juga menegaskan komitmen kerajaan untuk terus melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara tuntas. Ini bukan sekadar janji, tetapi tanggungjawab moral dan politik bagi memastikan Sabah dan Sarawak mendapat hak, kuasa dan peruntukan sewajarnya.
Dalam Belanjawan 2026, peruntukan pembangunan untuk Sarawak dan Sabah adalah yang tertinggi dalam sejarah — termasuk projek jalan raya, sekolah, hospital, telekomunikasi, dan kemudahan asas. Ini membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan kemajuan yang seimbang antara wilayah.
Dalam menjawab isu pembangunan tenaga di Sarawak dan Sabah, saya turut menegaskan bahawa kedua-dua negeri ini berpotensi menjadi hab tenaga hijau rantau ASEAN. Projek hidro di Sarawak, solar hibrid di Sabah, serta usaha eksport tenaga boleh diperbaharui ke negara jiran akan terus diperluas.
Selain itu, kerajaan juga memperkukuh sokongan terhadap PMKS, termasuk perusahaan di Sabah dan Sarawak, melalui dana pembiayaan mudah, latihan digital dan bantuan eksport bagi produk tempatan berasaskan sumber lestari.
Mengenai subsidi dan kos sara hidup, saya menegaskan bahawa penstrukturan semula subsidi bahan api akan dilaksanakan secara berhati-hati dan bersasar bagi melindungi golongan rentan, tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Kerajaan juga memperkukuh tatakelola dan akauntabiliti fiskal. Saya menegaskan setiap ringgit mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui pelaporan prestasi dan pemantauan hasil yang telus.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Dalam menjawab pandangan Ahli Yang Berhormat mengenai cabaran perubahan iklim, saya menegaskan bahawa Belanjawan 2026 turut memperkukuh ekonomi hijau — termasuk dana peralihan tenaga, insentif cukai hijau, dan pelaburan dalam teknologi bersih.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga, air serta Sarawak dan Sabah, saya akan memastikan pelaksanaan Belanjawan 2026 berjalan dengan cekap, telus dan berimpak, agar manfaatnya benar-benar dirasai rakyat secara menyeluruh.
Marilah kita bersama menjayakan agenda besar ini. Dengan semangat MADANI, kita akan membina Malaysia yang hijau, berdaya tahan dan seimbang — di mana setiap rakyat menikmati hasil pembangunan negara tanpa ada yang tertinggal, Insya-Allah.
#belanjawanmadani2026
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Oktober 2025 | Rabu
Pagi ini mengadakan perbincangan bersama pengurusan tertinggi dan pegawai kanan @PETRAMalaysia sebagai persiapan penggulungan perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan MADANI 2026 untuk PETRA yang dijadual pada sebelah petang.
Turut sama Timbalan saya, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir ; Ketua Setiausaha PETRA, Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Tenaga, Puan Mareena binti Mahpudz.
#belanjawanmadani2026
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Oktober 2025 | Rabu
Alhamdulillah sempat menyantuni dan memenuhi permintaan rombongan dari SMK Ketari Bentong, Pahang, untuk bergambar bersama setibanya di Parlimen pagi ini tadi.
Rombongan seramai 53 orang termasuk 48 pelajar itu diketuai Cikgu Lua Geok Cheng.
Anak muda adalah aset terpenting negara. Semoga lawatan sambil belajar ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan iltizam dalam membina Malaysia MADANI yang lebih gemilang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini menjadi satu lagi catatan bersejarah bagi Malaysia apabila Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Malaysia diwakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Pengerusi ASEAN kepada Filipina, yang diwakili Presiden Ferdinand Marcos Jr., melalui upacara simbolik penyerahan tukul selepas ucapan penutup oleh YAB Perdana Menteri.
Filipina akan memegang tampuk Pengerusi ASEAN buat kali keenam, bermula 1 Januari 2026.
Tahniah kepada semua pihak atas kejayaan penganjuran ASEAN 2025 yang bukan sahaja membanggakan negara, tetapi turut mengangkat nama Malaysia MADANI di persada serantau dan antarabangsa.
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kuala Lumpur | Selasa, 28 Oktober 2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 28 Oktober 2025 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Kebangsaan serta National Planning Congress (NPC) dan MyCity EXPO 2025.
Buat julung kalinya, tiga acara besar ini digabungkan dalam satu majlis perasmian. Ini mencerminkan semangat kerjasama strategik antara sektor awam, profesional dan komuniti bandar – selaras dengan matlamat kita membina bandar yang mampan, pintar dan berdaya huni untuk semua.
Tahniah kepada KPKT melalui PLANMalaysia dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). Terima kasih atas sokongan Perbadanan Putrajaya sebagai host city.
Malaysia kini berada di landasan kukuh menuju pembangunan bandar mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 11). Tahun ini, kita melonjak 11 tangga dalam World Competitiveness Ranking ke kedudukan ke-23 — pencapaian terbaik negara dalam beberapa tahun kebelakangan. Tahniah Malaysia!
Kita juga kekal di tangga ke-13 daripada 163 negara dalam Global Peace Index 2025, manakala Kuala Lumpur naik ke tangga ke-65 dalam Smart Cities Index. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Malaysia MADANI yang menyeimbangkan ekonomi, keadilan sosial dan kelestarian alam mula menampakkan hasil yang membanggakan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus mendokong aspirasi Malaysia MADANI dengan melaksanakan pelbagai usaha nyata – daripada pembaharuan bandar, penyediaan perumahan berkualiti, hingga memperkukuh perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI) juga dimanfaatkan untuk menjadikan pengurusan bandar lebih efisien dan berimpak tinggi.
Saya mengucapkan penghargaan kepada semua perancang bandar dan pengurus bandar sempena sambutan HPBS ini. Anda semua adalah nadi pembangunan negara – merancang, membina dan memimpin perubahan agar bandar-bandar di Malaysia kekal tersusun, inklusif dan lestari. Tema tahun ini, “Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan untuk Rakyat”, amat bertepatan dengan aspirasi itu.
National Planning Congress (NPC) 2025 pula menjadi platform berprestij yang menghimpunkan tokoh-tokoh utama seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Besar Selangor dan wakil Gabenor Jawa Timur. Melalui sesi dialog, pameran dan Pocket Talk, NPC menggalakkan pertukaran ilmu serta idea baharu untuk memperkukuh agenda pembangunan bandar mampan.
Dalam masa yang sama, kita meraikan kecemerlangan menerusi Malaysia Urban Planning Award (MUPA) 2025 yang mengiktiraf perancang bandar terbaik dalam pelbagai kategori — termasuk SDG 11, Smart City dan Bandar Mampan MADANI. Ini bukan sekadar anugerah, tetapi penghargaan kepada mereka yang membawa perubahan sebenar di lapangan.
Selain itu, Honorary Fellow MIP turut disampaikan kepada tokoh yang memberi sumbangan besar dalam pembangunan bandar dan kerajaan tempatan. Namun, kejayaan sebenar hanya akan tercapai melalui usaha kolektif — apabila kerajaan, swasta dan rakyat berganding bahu memastikan setiap pembangunan memberi manfaat kepada semua.
Marilah kita terus memperkukuh kolaborasi strategik seperti HPBS, NPC dan MyCity EXPO ini. Bersama, kita bina bandar yang bukan sahaja maju dan pintar, tetapi juga sejahtera, hijau dan berjiwa rakyat.
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berpeluang menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Majlis gilang-gemilang ini dihoskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai tanda penghargaan kepada para pemimpin tertinggi ASEAN serta rakan dialog antarabangsa.
Bertemakan kepelbagaian budaya serantau, majlis ini menyerlahkan semangat kebersamaan dan keharmonian yang menjadi teras komuniti ASEAN.
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh tiga orkestra ternama negara di bawah satu bumbung — Orkestra Tradisional Malaysia, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Persembahan malam ini menonjolkan keunikan budaya serta identiti negara-negara ASEAN, menjadi simbol perpaduan dan kekuatan bersama rantau ini di pentas dunia.
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kuala Lumpur l 27 Oktober 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 27 Oktober 2025 | Isnin
Saya berbesar hati menyampaikan ucaptama pada Acara Peringatan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-PBB di sini, hari ini. Malaysia amat menghargai kesempatan meraikan Hari PBB bersama Setiausaha Agung Antonio Guterres, yang di bawah kepimpinannya, PBB terus menjadi suara dunia dalam memperjuangkan keamanan, pembangunan mampan dan hak asasi manusia.
Antara lain saya berkongsi bahawa dalam konteks keamanan global, lebih 800 anggota pengaman Malaysia kini berkhidmat dalam lima Operasi Pengaman dan satu Misi Politik Khas PBB.
Penyertaan aktif anggota pengaman wanita juga turut mencerminkan komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat serta memperkukuh peranan wanita di peringkat antarabangsa.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memacu inisiatif tenaga bersih melalui ASEAN Power Grid, dengan matlamat menjadikan tenaga di rantau ini lebih hijau, selamat dan inklusif menjelang tahun 2045. Usaha ini selari dengan komitmen Malaysia mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050 menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan NDC 3.0.
Dalam bidang pembangunan mampan, Malaysia mencatat kemajuan membanggakan apabila mencapai 43% petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berdasarkan Kajian Sukarela Kebangsaan (VNR) 2024, jauh mengatasi purata global 17%. Malaysia turut berkongsi kepakaran dengan negara-negara membangun lain menerusi Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP).
Melalui Humanitarian Trust Fund for the People of Palestine, Malaysia telah menyalurkan lebih USD17 juta sejak 2024, sebagai lambang solidariti berterusan bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan. Ini membuktikan komitmen berterusan Malaysia terhadap isu-isu kemanusiaan global.
Sejak menyertai PBB pada 1957, Malaysia konsisten memperjuangkan keamanan, keadilan dan perpaduan antarabangsa. Kini, tiba masanya untuk dunia bersatu, mengubah kata-kata menjadi tindakan, dan tindakan menjadi perubahan — demi dunia yang lebih adil, hijau dan damai.
#unday2025
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 27 Oktober 2025 | Isnin
Sebelum menghadiri program the United Nations Day, saya sempat menyambut dan bertemu dengan TYT Mark Carney, Perdana Menteri Kanada, di bilik menunggu sebelum pertemuan dua hala antara YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Kanada.
Saya percaya pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama strategik baharu antara Malaysia dan Kanada.
#malaysiakanada🇲🇾🇨🇦
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 27 Oktober 2025 | Isnin
Berbesar hati menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Alexei Overchuck, Timbalan Perdana Menteri Rusia, bagi membincangkan hala tuju baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia.
Perbincangan kami menumpukan kepada peluang kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh baharu, ekonomi digital, pengangkutan, pensijilan halal dan pelancongan.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperluas jaringan ekonomi Malaysia di peringkat global serta memperkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik utama di rantau Asia Tenggara.
#malaysiarusia🇲🇾🇷🇺
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 26 Oktober 2025 | Ahad
Hari ini saya berbesar hati berucap di Malaysia–Brazil Business Summit yang turut dihadiri oleh Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.
Dalam pertemuan bersama Presiden Lula, kami menekankan kepentingan memperkukuh hubungan dua hala serta menggalakkan penyertaan lebih meluas pelabur Brazil di Malaysia, terutamanya dalam sektor tenaga, tenaga hijau, dan perdagangan.
Kami turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) antara UCSI University dan Bio Bureau Biotecnologia.
Brazil merupakan antara ekonomi utama di rantau Amerika Selatan, dan Malaysia beriltizam untuk terus memperluas kerjasama strategik dengan Brazil dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada rakyat dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
#malaysiabrazil🇲🇾🇧🇷
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Shah Alam | 26 Oktober 2025 | Ahad
Hari ini saya berbesar hati menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan State Grid Corporation of China (SGCC) melalui anak syarikatnya China Electric Power Equipment and Technology Co. Ltd. (CET) di Shah Alam, Selangor.
Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Malaysia memperkukuhkan hubungan dua hala dengan China, khususnya dalam bidang tenaga.
SGCC mempunyai rekod cemerlang dalam bidang tenaga, dengan pembekalan elektrik kepada lebih 1.1 bilion pelanggan serta rangkaian operasi antarabangsa di lebih 40 buah negara melalui CET sebagai cabang perniagaan globalnya.
MoU ditandatangani oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dan Pengerusi CET, Yu Jun. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Tenaga @PETRAMalaysia , Puan Mareena binti Mahpudz.
Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memperkukuh teknologi sistem grid tenaga, termasuk aspek perancangan, integrasi sistem, pembangunan grid pintar serta penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi grid masa hadapan.
Usaha ini sejajar dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang memberi tumpuan kepada pembangunan sistem tenaga yang lebih mampan, cekap dan rendah karbon.
Kolaborasi ini juga menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju dalam pembangunan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid), sekali gus memperkukuh keterhubungan tenaga serantau dan keselamatan tenaga jangka panjang.
Semoga MoU ini menjadi pemangkin kepada masa depan tenaga Malaysia yang lebih lestari, berdaya saing dan berteknologi tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
#tpmfy
#petra
#aseanpowergrid
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur l 26 Oktober 2025 l Ahad
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar di atas kesudian merasmikan Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 (LBAS 2025) dan Majlis Makan Malam Anak Sarawak di MITEC, KL, malam tadi (25 Oktober 2025).
Majlis turut dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang menyampaikan amanat kepada lebih 6,500 anak Sarawak dari seluruh Semenanjung, di majlis berkenaan.
Majlis Makan Malam Anak Sarawak sempena program LBAS 2025 berlangsung meriah di MITEC, menghimpunkan anak Sarawak yang bekerja dan menuntut di Semenanjung. Lan Berambeh merupakan wadah untuk menyatukan anak-anak Sarawak tanpa mengira latar belakang - bukan sekadar perjumpaan tetapi ruang untuk anak Sarawak memperteguhkan jati diri, walaupun berada jauh di perantauan.
Syabas dan Tahniah Sarawak Volunteers, Pejabat Perhubungan Sarawak di Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, kesemua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak, juga pemimpin Sarawak di peringkat Persekutuan dan Negeri serta kesemua orang Sarawak.
Kitak orang semua nang best 👍🏼
#tpmfy
#lbas2025
#segulaisejalai
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 Oktober 2025 | Sabtu
Malam ini saya mewakili YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2025 di MITEC.
Seperti dinyatakan YAB Perdana Menteri, sidang ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan pelaburan antara negara anggota ASEAN. Di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kita komited untuk menjadikan rantau ini lebih berdaya tahan, terbuka kepada pelaburan, dan bersedia menghadapi masa depan digital serta hijau.
Hadir sama Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ; YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri MITI ; YBhg Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) 2025 dan Joey Conception, Pengerusi, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Filipina.
#abis2025
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 Oktober 2025 | Sabtu
Dari diplomasi antarabangsa hingga ke inovasi teknologi dan tenaga, inilah barisan nama besar yang menginspirasi - yang telah berkongsi idea dan pengalaman menerusi program “Kenyalang Speaks” di Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 hari ini tadi.
Sudah tentunya saya sendiri berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan PYT Ambassador Dato Fenny ak Nuli, Duta Besar Malaysia Ke Peru ; Mr Danial Azizan, Country Head Google Education ; Dato’ Sri Idris Jala, Presiden & Pengerusi PEMANDU Associates ; Mr Zelt Kueh, CEO GIBO Holdings dan Mr Abang Jimmy Abang Mordian, Senior General Manager MLNG Sdn Bhd - dalam Kenyalang Speaks.
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah, tetapi apa yang membentuk kita ialah nilai yang membimbing setiap langkah itu. Dalam budaya Sarawak yang kaya dengan rendah diri, integriti dan perpaduan, saya percaya kepimpinan bukanlah tentang kedudukan — tetapi tentang tanggungjawab untuk berkhidmat dengan ikhlas dan penuh makna. Kejayaan boleh memberi pengiktirafan, namun hanya tujuan sebenar yang memberi makna kepada kejayaan itu.
Dalam kepimpinan, ketabahan adalah ujian sejati. Tekanan, kritikan, dan keputusan sukar adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang diamanahkan.
Seperti kata Nelson Mandela, “Kegemilangan terbesar bukanlah kerana tidak pernah jatuh, tetapi kerana bangkit setiap kali kita jatuh.” Kita mesti memilih untuk berkhidmat dalam jangka panjang, bukan mengejar pujian jangka pendek.
Marilah kita terus berusaha dengan ihsan, kekal berpijak di bumi nyata, dan berkhidmat dengan penuh amanah. Inilah masa kita — masa untuk Sarawak. Dengan ketabahan, kita bertahan. Dengan tujuan, kita memimpin. Dan dengan perpaduan — kita bangkit bersama Insya-Allah
#tpmfy
#lbas2025
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 Oktober 2025 | Sabtu
Menghadiri “Sarawak Agenda: Town Hall Bersama YAB Premier Sarawak” sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) ari tok tek.
YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, turut mengadakan sesi soal jawab bersama lebih 6,000 anak Sarawak terutama pelajar IPT dari seluruh Semenanjung dalam sesi townhall ya.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie, menjadi moderator untuk sesi ya.
Sebelum sesi townhall, kamek turut mengiringi YAB Premier melawat reruai Sarawak Expo 2025.
#tpmfy
#lbas2025
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 Oktober 2025 | Sabtu
Alhamdulillah 8.30 pagi tok Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 bermula dengan kamek menyempurnakan Pelancaran Sarawak Expo 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Acara tok bukan ajak dapat #menghimpunkan anak-anak Sarawak yang berada di seluruh Semenanjung untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin Sarawak di peringkat Negeri dan Persekutuan, malah membolehkan sidak memahami dengan lebih dekat dasar, pelan pembangunan, serta aspirasi kerajaan negeri Sarawak ke arah kemajuan menyeluruh.
Ekspo tok bukan sekadar platform pertemuan, tetapi juga ruang untuk generasi muda Sarawak mendapatkan maklumat terus mengenai pelbagai dasar dan perancangan pembangunan yang sedang digerakkan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan YAB Premier Sarawak.
Toklah peluang terbaik untuk anak-anak Sarawak memahami bagaimana kerajaan negeri ngatur strategi pembangunan. Dari sektor tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, hingga kepada peluang kerjaya.
Sebanyak 89 agensi kerajaan dan swasta turut serta dalam pameran kali tok, dibahagikan mengikut beberapa kluster utama seperti kerjaya, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, keusahawanan dan sosial.
Penganjuran expo ini turut menampilkan pelbagai program interaktif termasuk sesi “Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak” yang bakal memberi peluang kepada peserta untuk berdialog terus mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Sarawam.
Lebih 10,000 pengunjung dijangka menghadiri program Lan Berambeh Anak Sarawak sepanjang hari tok.
#tpmfy
#lbas2025
#segulaisejalai
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 24 Oktober 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, malam ini meraikan komuniti Kejiranan Mesra (KJM) dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di majlis makan malam, bersempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 di Kuala Lumpur.
Majlis makan malam bersama 64 orang delegasi KJM DBKU itu, turut dihadiri Dato Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara, serta Encik Ramzi bin Abdillah, Pengarah DBKU.
#tpmfy
#dbku
#kejirananmesra
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 24 Oktober 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, kamek nang terharu dan bangga dengan semangat anak Sarawak. Walaupun penganjuran Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 kali tok bertembung dengan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, semangat anak Sarawak tetap luar biasa!
Bangga nangar persiapan rapi sidak di MITEC, berkat komitmen padu 280 sukarelawan dalam raptai penuh LBAS 2025 lewat petang tok tek.
Walaupun berdepan cabaran logistik, semuanya diurus dengan baik oleh sidak sekretariat yang terdiri daripada anak-anak muda yang cekap dan penuh dedikasi.
LBAS tok bukan sekadar program tahunan tapi platform penting yang menghimpunkan pelajar, belia dan profesional Sarawak dari seluruh Semenanjung. Disitoklah semangat kekitaan dan jati diri anak Sarawak terus dipupuk.
Macam-macam ada di LBAS kali tok, termasuk Sarawak Expo 2025 dengan tiga komponen utama: Sarawak Dreams Exhibition, Kampung Kamek Pavilion dan Treasures of Sarawak — 91 reruai pempamer serta 75 reruai usahawan.
Sepanjang hari esok, anak-anak Sarawak akan terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik termasuk Sesi Townhall Bersama YAB Premier Sarawak, Kenyalang Speaks, Sidang Siswa Sarawak – Crocs Tank, dan Sarawak Live Kitchen yang mengetengahkan budaya dan cita rasa istimewa Bumi Kenyalang.
Acara kemuncak ialah Majlis Makan Malam Anak Sarawak yang akan dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, YAB Premier Sarawak dan barisan kepimpinan utama negeri.
Dengan tema “Perpaduan Dalam Kepelbagaian Teras Kemakmuran”, LBAS 2025 mencerminkan semangat Sarawak yang harmoni dan progresif menuju visi negeri maju dan makmur menjelang 2030.
Selaku Penasihat Jawatankuasa Induk LBAS 2025, kamek mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS, serta agensi kerajaan, swasta serta semua pihak yang menjayakan penganjuran LBAS tahun tok. Semoga LBAS terus jadi kebanggaan anak Sarawak di perantauan.
#tpmfy
#lbas2025
#kamekanaksarawak
#kameksayangsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 23 Oktober 2025 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini saya telah menyempurnakan pelancaran ‘Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia – Siri Dialog Dekarbonisasi Sektor Tenaga’, satu inisiatif penting ke arah membentuk masa depan tenaga yang bersih, selamat dan mampan.
Inisiatif ini diterajui bersama oleh @PETRAMalaysia serta World Economic Forum – WEF. Ia bertujuan mempercepatkan perjalanan Malaysia menuju karbon sifar bersih (net-zero emissions) menjelang tahun 2050, melalui pelaksanaan siri bengkel teknikal dan meja bulat peringkat tinggi yang akan diadakan pada tahun 2026.
Arang batu telah lama menjadi sumber tenaga utama yang memacu pertumbuhan negara, menyediakan tenaga elektrik yang stabil serta mampu milik. Namun, dunia kini sedang berubah dan Malaysia mesti berkembang untuk kekal berdaya saing, berdaya tahan serta mampan dalam menghadapi realiti baharu tenaga global.
Melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia berhasrat mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050. Pelan ini menggariskan pendekatan menyeluruh yang menyatukan dasar kerajaan, strategi industri, dan aspirasi iklim negara dalam satu hala tuju bersama.
Peralihan tenaga ini bukan sekadar usaha mengurangkan pelepasan karbon. Ia adalah tentang membina sistem tenaga yang berpaksikan rakyat — memastikan tenaga yang mampu milik, menjamin keselamatan tenaga negara, serta menjana peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.
Setakat ini, kapasiti tenaga boleh baharu (RE) Malaysia telah mencapai 30%, diterajui oleh tenaga solar yang menyumbang lebih daripada 5,000 megawatt. Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk mencapai 40% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2035 dan 70% menjelang 2050.
Langkah seterusnya ialah mendekarbonisasi sektor tenaga elektrik, termasuk komitmen berani Malaysia untuk:
✅ Mengurangkan 50% kapasiti arang batu menjelang 2035, dan
✅ Menamatkan sepenuhnya operasi loji janakuasa arang batu menjelang 2044.
Matlamat ini jelas — mempercepatkan proses dekarbonisasi sambil mengekalkan keterjaminan dan kemampuan tenaga negara.
Siri Dialog ini bukan sekadar ruang perbincangan, tetapi platform penyelesaian dan tindakan sebenar bagi mempercepatkan transformasi sektor tenaga negara.
Teras utama peralihan ini ialah komitmen Malaysia terhadap konsep “Peralihan Tenaga yang Adil” (Just Energy Transition) — memastikan bahawa komuniti, pekerja dan industri tidak tertinggal dalam proses perubahan ini.
Cabaran terbesar yang kita hadapi ialah memastikan peralihan ini dilaksanakan secara teratur, saksama dan berdaya ekonomi. Oleh itu, penyelesaian inovatif amat diperlukan bagi:
• Mengekalkan kestabilan grid ;
• Menggerakkan pembiayaan lestari, dan
• Memperluas penggunaan teknologi seperti hidrogen, penyimpanan tenaga, penangkapan karbon, serta perdagangan tenaga serantau.
Siri Dialog Dekarbonisasi Sektor Tenaga ini akan berlangsung selama enam hingga lapan bulan dan akan menghimpunkan pakar global serta tempatan dalam bidang teknologi, dasar dan kewangan bagi merangka laluan praktikal mempercepatkan dekarbonisasi sektor tenaga Malaysia.
Dengan tekad bersama dan kerjasama erat semua pihak, saya yakin bahawa kita mampu mengubah masa depan tenaga hijau Malaysia daripada sekadar aspirasi menjadi kenyataan iaitu sebuah masa depan yang selamat, inklusif dan mampan untuk generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 23 Oktober 2025 | Khamis
Dari Petra Jaya ke Putrajaya. Selamat datang kamek ucapkan kepada 203 ahli rombongan dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen kamek - P.194 Petra Jaya, iaitu N6 Tupong, N7 Samariang dan N8 Satok.
Sidak tok dalam lawatan 5 hari 4 malam ke Ibu negara turut menjadikan Putrajaya sebagai destinasi lawatan sidak.
Alhamdulillah hari tok tek kamek sempat ngembak sidak berambeh makan tengah hari di Sri Satria - kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.
Esok sidak tok akan mengadakan lawatan ke Bentong, Pahang dan lusak Insya-Allah ke Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Mitec, KL.
Rombongan tok diketuai Setiausaha Politik (SUPOL) kamek, Haji Ir Irwan Zulkarnain bin Muhammad Hasbie. Turut sama Datuk Dr. Zaiedi Suhaili, Timbalan Ketua Cawangan N6 Tupong dan Haji Abd Baderi Sahmat, Timbalan Ketua Cawangan N7 Samariang.
Terima kasih sekali lagik dengan kitak orang semua. Moga kitak orang semua mendapat manfaat daripada lawatan tok, Insya-Allah.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 22 Oktober 2025 | Rabu
Pengurusan risiko banjir dalam pembangunan perumahan kini berdepan cabaran semakin kompleks akibat perubahan iklim, termasuk peningkatan keamatan hujan dan kenaikan paras laut — yang secara langsung meningkatkan risiko banjir di kawasan perumahan baharu dan sedia ada.
Secara prinsipnya, semua kelulusan dan pemantauan projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Setiap permohonan pembangunan melalui One Stop Centre (OSC) bagi penilaian teknikal menyeluruh oleh agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Penilaian ini berpandukan Pelan Induk Tebatan Banjir (Risiko) dan Laporan Banjir Tahunan (Sejarah) untuk memastikan aspek saliran, mitigasi banjir serta keupayaan infrastruktur tempatan diambil kira sebelum kelulusan diberikanj.
Dari segi perancangan, kawalan pembangunan berasaskan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT) yang menentukan dasar, arah serta kesesuaian guna tanah termasuk kawasan berisiko banjir.
Bagi projek perumahan baharu, reka bentuk sistem saliran perlu mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) — yang menekankan kawalan air hujan bersepadu, kolam takungan dan pendekatan mesra alam untuk mengurangkan risiko banjir kilat.
Bagi perumahan lama yang dibina sebelum pelaksanaan MSMA, sebahagian besar tidak mempunyai sistem kawalan banjir mencukupi. Oleh itu, penilaian dan penambahbaikan sistem saliran sedia ada amat diperlukan bagi mengurangkan risiko banjir, terutamanya ketika hujan lebat luar biasa.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) hari ini. Beliau bertanyakan mengenai status risiko banjir bagi setiap projek perumahan, agar pembeli tidak menjadi mangsa membeli rumah di kawasan berisiko banjir pada masa hadapan.
Saya turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 pada 17 April 2023 telah bersetuju untuk melaksanakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di semua peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT. PISMA kini menjadi rujukan utama untuk menaiktaraf sistem saliran dan merancang pembangunan tanah yang lebih terancang, sistematik dan mapan, demi mengurangkan risiko banjir kilat dan pencemaran akibat pembangunan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 22 Oktober 2025 | Rabu
Projek tenaga hijau berasaskan angin dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum disalurkan ke Singapura telah mendapat kelulusan dasar Jemaah Menteri pada 21 Mei 2025.
Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa:
Fasa Pertama
✅ Membangunkan 2,000 MW tenaga angin luar pesisir dan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung.
✅ 700 MW diperuntukkan untuk kegunaan domestik, manakala 1,300 MW akan dieksport ke Singapura melalui talian penghantaran nasional.
✅ Dijangka siap pada tahun 2034.
Fasa Kedua
✅ Melibatkan sambungan talian penghantaran darat dari Vietnam ke Semenanjung melalui Kemboja, Lao PDR dan Thailand.
✅ Akan dipertimbangkan selepas Fasa Pertama berdasarkan keperluan tenaga dan penilaian ekonomi.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Tumpat) yang bertanyakan perincian projek tenaga hijau (angin) dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum dialirkan ke Singapura, serta perancangan pelaksanaan projek tenaga hijau di Pantai Timur Semenanjung untuk peringkat ASEAN.
Saya juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa talian penghantaran Semenanjung akan diperkukuh dari Kelantan (lokasi pendaratan kabel) melalui Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Kerja pengukuhan ini telah bermula pada Mei 2025 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030. Ia bertujuan meningkatkan kebolehharapan bekalan elektrik dalam negara serta menjana pulangan melalui eksport tenaga ke Singapura.
Projek tenaga hijau di Malaysia kini ditumpukan untuk kegunaan domestik, namun pembangunan dilakukan oleh pemaju tenaga berkelayakan berdasarkan nilai komersial, kesesuaian teknikal dan keupayaan grid.
Kerajaan menyediakan dasar, peraturan dan kemudahan pelaburan kondusif, manakala pemilihan tapak bergantung kepada faktor teknikal, ekonomi dan geografi. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diperkukuh bagi mempercepat pelaksanaan projek.
Selaras dengan komitmen di bawah ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC), Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus menggalakkan penyertaan pelabur tempatan dan asing dalam projek tenaga hijau, termasuk di Pantai Timur Semenanjung.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bagi pihak Kerajaan Malaysia dan juga @PETRAMalaysia khususnya saya ingin mengucapkan pertama sekali terima kasih kepada semua pengurusan PETRA yang telah bertungkus-lumus — daripada Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan TKSU dan semua peringkat sokongan sama ada pengurusan tertinggi, pertengahan, sampai ke bawah sekali — yang telah memastikan perjalanan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 di KL Convention Centr baru-baru ini, berjalan lancar.
Dengan mereka sahaja tidak mencukupi sebab kita juga ada volunteers. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada volunteers, terima kasih kepada Menteri-Menteri ASEAN dan juga sokongan daripada Sekretariat ASEAN, ACE, HAPUA dan sebagainya yang telah memberi sokongan.
Kepada rakan-rakan media yang juga turut membuat liputan, terima kasih kepada semua. Akhirnya kita dapat mencapai apa yang kita hasratkan iaitu kejayaan seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim — salah satu Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN yang berjaya mencapai matlamatnya. Jadi terima kasih kepada semua, tak kiralah siapa sahaja termasuk bahagian keselamatan, logistik, makanan dan sebagainya.
Tanpa anda semua AMEM ke-43 tidak akan dapat dijayakan dengan cemerlang sehingga mendapat pujian daripada semua Menteri-Menteri ASEAN yang mengatakan ini adalah pengurusan AMEM yang terbaik. Dan ini adalah hasil daripada kerjasama dan kerja kuat tuan-tuan dan puan-puan semua.
Insya-Allah saya mendoakan kesihatan dan keberkatan atas usaha semua.
Terima kasih sekali lagi
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Isnin | 20 Oktober 2025
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India, khususnya penganut agama Hindu di Malaysia.
Seperti juga perayaan lain, Deepavali
mengingatkan kita bahawa dalam setiap perbezaan, ada kekuatan yang mampu menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam harmoni dan saling menghormati.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, Deepavali menyerlahkan keindahan kepelbagaian yang menjadi kekuatan utama negara kita.
Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai perpaduan, kebersamaan, toleransi dan saling memahami, agar cahaya kebaikan terus menerangi seluruh pelosok tanah air tercinta ini.
Semoga sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama mahupun latar belakang, demi membina masa depan yang lebih makmur, bersatu dan sejahtera.
✨ Deepavali Nal Vazhthukkal! Selamat Hari Deepavali! ✨ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Alhamdulillah menyempurnakan penutupan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) ke-25 petang ini tadi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua delegasi, rakan dialog, pemimpin industri dan pemegang taruh tenaga atas penglibatan serta sumbangan bernas sepanjang forum ini.
Sepanjang beberapa hari ini, kita telah memperlihatkan semangat kerjasama serantau yang kukuh — meneroka penyelesaian inovatif, berkongsi amalan terbaik, dan memperteguh komitmen bersama ke arah masa depan tenaga yang mampan dan berdaya tahan bagi ASEAN.
Forum ini amat penting kerana ia menjadi jambatan antara APAEC Fasa II (2021–2025) dan bab baharu APAEC 2026–2030. Perbincangan di sini akan menjadi asas kepada hala tuju tenaga serantau yang lebih lestari dan inklusif.
ASEAN kini menetapkan sasaran yang lebih jelas dan berani dalam tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga. Peralihan tenaga bukan lagi matlamat masa depan, tetapi satu keperluan mendesak masa kini yang mesti diterajui dengan kesatuan, cita-cita dan tujuan bersama.
Inisiatif serantau seperti ASEAN Power Grid (APG) dan integrasi tenaga boleh diperbaharui adalah pemangkin utama kepada kemakmuran bersama. MoU APG yang dipertingkatkan mencerminkan komitmen baharu ASEAN untuk merealisasikan impian rantau yang lebih saling berhubung.
Projek-projek ini bukan sekadar bersifat teknikal, tetapi menjadi simbol visi bersama ASEAN. Kerjasama erat, pembiayaan mampan, inovasi dan perkongsian strategik akan membuka potensi besar rantau kita dalam sektor tenaga.
Saya turut menghargai pelbagai inisiatif dan perbincangan yang berlangsung sepanjang forum ini, yang memperkukuh kerjasama tenaga ASEAN. Terima kasih kepada rakan-rakan industri seperti GAMUDA, UEM Lestra, TNB dan semua rakan AEBF atas sokongan padu.
ASEAN komited untuk memastikan keselamatan tenaga dan pecutan dekarbonisasi melalui peralihan tenaga yang adil dan inklusif, selaras dengan tema APAEC 2026–2030. Tiada negara anggota akan tertinggal dalam perjalanan ini.
Marilah kita meninggalkan forum ini dengan semangat baharu — untuk terus memacu masa depan tenaga ASEAN melalui perkongsian, menjambat sempadan melalui inovasi, dan membina kemakmuran melalui kelestarian.
Sekalung penghargaan kepada ASEAN Centre for Energy (ACE) atas kejayaan menganjurkan AEBF 2025 dan sokongan berterusan kepada semua negara anggota. Kita nantikan pula AEBF 2026 di Filipina di bawah kepengerusian ASEAN negara berkenaan.
#aebf2025
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Hari ini saya berpeluang menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Navoi State University of Mining and Technologies (NSUMT) dari Uzbekistan, yang berlangsung di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kerjasama strategik ini akan memperkukuh hubungan akademik dan penyelidikan antara Malaysia dan Uzbekistan, khususnya dalam bidang tenaga, kejuruteraan, perlombongan, teknologi digital dan inovasi. Ia turut melibatkan pertukaran pelajar dan staf akademik, pembangunan kurikulum bersama, serta program mobiliti jangka pendek.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau pendidikan tenaga dan teknologi, malah menyokong agenda antarabangsaan UNITEN serta aspirasi PETRA untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan pembangunan bakat masa depan yang mampan.
Saya yakin kerjasama ini akan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Uzbekistan, serta membuka ruang kepada lebih banyak inovasi dan penyelidikan berimpak tinggi dalam sektor tenaga dan teknologi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri ASEAN-Korea Sustainable Nuclear Energy Cooperation Forum 2025 yang berlangsung bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Besar Republik Korea, ASEAN Centre for Energy (ACE), Korea Nuclear Association serta Korea Hydro & Nuclear Power (KHNP) atas kerjasama erat dalam menjayakan forum penting ini.
Forum ini memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh dialog dan kerjasama serantau ke arah pembangunan tenaga nuklear yang lestari. Ia membuka ruang kepada negara-negara ASEAN dan Korea untuk berkongsi kepakaran serta membina sinergi dalam bidang tenaga bersih dan selamat.
Dalam usaha menuju masa depan tenaga yang rendah karbon dan berdaya tahan, tenaga nuklear – khususnya teknologi baharu seperti Small Modular Reactors (SMR) – dilihat sebagai antara pemangkin utama dalam memperkukuh keselamatan tenaga serantau sambil menyokong matlamat nyahkarbon.
Bagi Malaysia, kami sedang meneliti potensi tenaga nuklear dalam strategi jangka panjang negara bagi memastikan bekalan tenaga yang selamat, mampu milik dan mampan. Pendekatan ini berpaksikan amalan terbaik antarabangsa serta panduan IAEA Milestones Approach.
Langkah ini dilaksanakan dengan berhati-hati dan telus, termasuk membangunkan asas institusi, teknikal serta sumber manusia yang kukuh sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai pembangunan tenaga nuklear negara.
Kerjasama dengan rakan strategik seperti Korea amat bernilai. Pengalaman luas Korea dalam teknologi dan keselamatan nuklear dapat memperkukuh keupayaan rantau ASEAN yang semakin berkembang dalam keperluan tenaga bersih dan mapan.
Saya yakin perbincangan hari ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama, inovasi serta perkongsian pengetahuan untuk mempercepatkan kemajuan bersama dalam agenda tenaga lestari ASEAN-Korea.
Forum ini juga mencerminkan komitmen Malaysia di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk meneroka pelbagai sumber tenaga baharu dan bersih bagi menjamin masa depan tenaga negara yang berdaya saing dan berdaya tahan.
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Saya juga berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Puan Yang Terutama Sharon S. Garin, Setiausaha Tenaga Republik Filipina, sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 menutup tirainya di bawah kepengerusian Malaysia.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada serta meneroka peluang baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala di bidang tenaga hijau, khususnya dalam usaha memanfaatkan sumber tenaga secara mampan dan berdaya saing.
Filipina turut menzahirkan komitmen untuk terus menyokong inisiatif memperkukuh Grid Tenaga ASEAN (APG) demi kestabilan dan keselamatan tenaga serantau, serta mengiktiraf kepimpinan Malaysia dalam mempengerusikan mesyuarat dengan berkesan dan memperkenalkan pelbagai inisiatif ke arah peningkatan kecekapan tenaga dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di rantau Asia Tenggara.
#malaysiafilipina🇲🇾🇵🇭
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Di sebalik jadual yang padat sepanjang Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43, saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Tenaga Brunei Darussalam.
Bersama saya dalam pertemuan itu termasuklah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) (Tenaga), Puan Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian Elektrik PETRA, Dr Anuar Zaki.
Dalam pertemuan ini, Brunei Darussalam menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan inisiatif Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau melalui pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN (APG), serta menyatakan sokongan padu terhadap agenda bersama ke arah kelestarian dan kemampanan tenaga di rantau ini.
Brunei Darussalam turut menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam memperkukuh sekuriti tenaga serantau, khususnya melalui inisiatif grid tenaga yang akan menghubungkan Brunei Darussalam dengan keseluruhan Kepulauan Borneo, sejajar dengan aspirasi mempertingkat integrasi tenaga ASEAN.
#malaysiabrunei🇲🇾🇧🇳
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya menyaksikan majlis pertukaran Perjanjian Pembangunan Bersama (Joint Development Agreement – JDA) antara SP Group, Singapore Energy Interconnections (SGEI) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pembangunan sambungan elektrik baharu antara Malaysia dan Singapura.
Majlis ini diadakan bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) di Kuala Lumpur. Ia mencerminkan komitmen kukuh kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan tenaga, mempercepatkan peralihan tenaga hijau, serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau yang mampan.
Perjanjian ini akan membolehkan kajian kebolehlaksanaan terperinci dijalankan bagi membina sambungan elektrik kedua antara Semenanjung Malaysia dan Singapura, yang berpotensi menyokong kapasiti sehingga 2 gigawatt (GW) menjelang tahun 2030.
Sambungan baharu ini akan melengkapi sambungan sedia ada yang kini membolehkan aliran elektrik dua hala sehingga 1 GW, sekaligus meningkatkan keupayaan integrasi tenaga dan kebolehpercayaan sistem elektrik di rantau ini.
Usaha ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama tenaga rentas sempadan, malah membuka peluang pelaburan baharu dalam infrastruktur tenaga yang berdaya tahan dan rendah karbon, selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah neutraliti karbon menjelang 2050.
Selain itu, Singapura melalui Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) turut memberikan Kelulusan Bersyarat (Conditional Approval) kepada Sembcorp Utilities Pte Ltd (SCU) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mengimport kira-kira 1 GW tenaga rendah karbon dari Sarawak yang dijana terutamanya melalui kuasa hidro.
Projek ini telah dikenal pasti sebagai berpotensi tinggi dari segi teknikal dan komersial, dan dijangka mula beroperasi sekitar tahun 2035, tertakluk kepada kelulusan muktamad dan pemasangan kabel dasar laut.
Langkah ini menandakan satu era baharu kerjasama tenaga Malaysia–Singapura, yang bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, tetapi juga mempercepatkan pembangunan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid) ke arah pasaran tenaga serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan.
Saya yakin bahawa inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi tenaga serantau, membuka ruang kepada pelaburan strategik dalam tenaga boleh baharu, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih di rantau ini.
Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat – TNB, SP Group, SGEI, Sembcorp Utilities dan Sarawak Energy – atas semangat kerjasama yang erat serta usaha gigih dalam merealisasikan visi bersama menuju masa depan tenaga yang lebih hijau dan mampan.
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Oktober 2025 | Jumaat
Agenda hari ini dimulakan dengan saya mempengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Sidang Kemuncak Asia Timur ke-19 (EAS EMM Ke-19) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini berlangsung pada masa yang penting untuk menegaskan semula komitmen bersama kita terhadap kerjasama serantau dalam memastikan keselamatan, kemampanan dan daya tahan tenaga.
Kawasan Asia Timur merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi dunia, dengan sektor tenaga sebagai enjin utamanya. Namun, kita berdepan cabaran permintaan tenaga yang meningkat, keperluan bekalan yang stabil, dan keperluan mendesak untuk beralih kepada sumber tenaga yang lebih bersih.
Hasil Mesyuarat Pasukan Petugas Kerjasama Tenaga Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS ECTF) ke-19 di Kuala Lumpur baru-baru ini menunjukkan kemajuan ketara. Pelan Tindakan Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II 2021–2025 telah berjaya mengurangkan intensiti tenaga serantau sebanyak 25.8% menjelang 2023 berbanding paras 2005 — menghampiri sasaran 32% pada 2025.
Kita turut menerima pandangan berharga daripada negara-negara EAS mengenai laluan peralihan tenaga masing-masing — daripada tenaga boleh baharu, gas asli, nuklear hingga kepada teknologi CCUS. Ini membuktikan komitmen kita ke arah masa depan tenaga yang selamat dan rendah karbon.
Kita akui tiada satu pendekatan sesuai untuk semua. Justeru, platform ini mesti menghormati perbezaan antara negara sambil kita bergerak ke arah matlamat bersama yang mampan dan inklusif.
Tumpuan kita selepas ini ialah memperkukuh usaha melalui kecekapan tenaga dan pemuliharaan, menyelaras piawaian, serta menggalakkan penyahkarbonan industri. Kita juga akan memperluas tenaga boleh baharu seperti solar dan angin, serta memperkukuh kesalinghubungan tenaga serantau.
Keputusan yang kita buat hari ini akan membentuk landskap tenaga generasi akan datang. Dengan semangat kerjasama serantau, saya yakin kita mampu merangka dasar tenaga yang realistik, lestari dan berpaksikan masa depan hijau.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua delegasi atas penyertaan aktif dan sumbangan bernas sepanjang persidangan ini. Hasil perbincangan ini mencerminkan tekad kita bersama ke arah masa depan tenaga yang berdaya tahan dan mampan.
Marilah kita kembali ke negara masing-masing dengan semangat baharu dan visi bersama, meneruskan kerjasama erat untuk menjayakan agenda tenaga serantau. Bersama, kita akan membina masa depan tenaga yang lebih cerah, lestari dan makmur untuk seluruh rakyat Asia Timur.
#easemm19
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Gala Dinner sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43, Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025, serta Anugerah Tenaga ASEAN 2025.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan AMEM ke-43 hingga menyaksikan kejayaan mencipta lembaran baharu di bawah Kepengerusian Malaysia ASEAN apabila berjaya mengetengahkan Keberhasilan Utama Ekonomi 2025 iaitu pengesahan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Grid Tenaga Asean (APG), Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA), pengesahan Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II 2026-2030 dan pengumumam Inisiatif Kewangan Grid Tenaga Asean (APGF).
Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan ASEAN untuk mempercepatkan peralihan tenaga ke arah yang lebih lestari dan inklusif, dengan memastikan tidak ada mana-mana negara anggota atau komuniti yang ketinggalan yang seiring dengan tema tahun ini iaitu Memperkasa ASEAN: Merentasi Sempadan, Membina Kemakmuran”.
Ini sekali gus menggambarkan semangat ASEAN dalam memperkukuh integrasi, meningkatkan ketahanan dan memastikan setiap negara anggota mendapat manfaat daripada peralihan tenaga.
Malam ini bukanlah semata-mata sambutan tetapi mengingatkan kita semua kepada persahabatan, kepercayaan, dan perkongsian matlamat yang menzahirkan makna ASEAN.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Tenaga ASEAN 2025.
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 16 Oktober 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pada sebelah petang, saya telah menghadiri Sesi Dialog Menteri–Ketua Pegawai Eksekutif dan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sesi dialog ini berfungsi sebagai platform penting yang mempertemukan para Menteri Tenaga ASEAN bersama wakil syarikat multinasional serta pertubuhan antarabangsa, bagi memperkukuh kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam mempercepatkan agenda transisi tenaga dan pembangunan ekonomi hijau di rantau ini.
Perbincangan yang konstruktif menekankan kepentingan rangka kawal selia yang lebih inklusif, bagi memastikan sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih signifikan dalam menyokong pelaburan dan pelaksanaan inisiatif tenaga lestari.
Saya optimis bahawa lebih banyak pelabur dan syarikat multinasional akan terus tampil menyokong usaha bersama ASEAN dalam merealisasikan integrasi grid tenaga serantau, demi mencapai pembangunan mampan, berdaya tahan dan sejahtera untuk seluruh rantau.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 16 Oktober 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Oktober 2025 | Khamis
Alhamdulillah, Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025. Lebih bermakna majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1980, AMEM menjadi wadah penting yang menyatukan negara-negara ASEAN dengan matlamat bersama – untuk memastikan tenaga yang boleh dipercayai, mampu milik dan lestari bagi seluruh rantau ini.
Kali terakhir Malaysia menjadi hos AMEM ialah pada tahun 2015 di bawah tema “Powering ASEAN Towards a Greener Community.” Kini, selepas sedekad, kita menyaksikan kemajuan besar yang telah dicapai bersama sebagai satu komuniti ASEAN yang teguh dan berdaya tahan.
Antara pencapaian membanggakan ialah kejayaan pelaksanaan Projek Integrasi Tenaga Elektrik Lao–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS-PIP), yang menjadikan perdagangan tenaga rentas sempadan ASEAN satu realiti.
AMEM ke-43 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama tenaga serantau dan menyaksikan negara-negara anggota dijangka meluluskan rangka kerja yang bakal membentuk landskap tenaga serantau untuk lima tahun akan datang.
Kita akan melaksanakan Keberhasilan Utama Ekonomi di bawah Kepengerusian Malaysia dan apa yang penting ialah mempercepatkan peralihan tenaga ASEAN dan meningkatkan keselamatan tenaga.
Antara hasil utama dijangka dicapai termasuk pelancaran rasmi fasa kedua Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2026-2030, iaitu hala tuju sebagai panduan kerjasama serantau ke arah sistem tenaga yang lebih bersih, berdaya tahan dan bersepadu.
Mesyuarat ini juga akan menyaksikan pertukaran dokumen MoU dipertingkatkan bagi ASEAN Power Grid (APG) ; memuktamadkan ASEAN Framework Agreementon Petroleum Security (AFAPS), mengumumkan Inisiatif Pembiayaan APG.
Semua ini mencerminkan iltizam ASEAN untuk mempercepatkan peralihan tenaga yang mampan dan inklusif, demi memastikan tiada negara atau komuniti ketinggalan dalam arus kemajuan.
Tema AMEM tahun ini, “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”, amat bertepatan – menggambarkan semangat memperkukuh integrasi serantau, membina ketahanan ekonomi, dan memastikan kemakmuran dikongsi oleh semua negara anggota.
Sebagai tuan rumah, Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan semua Negara Anggota ASEAN, rakan dialog serta organisasi antarabangsa bagi menjayakan visi bersama. Semoga AMEM 2025 menjadi pemangkin ke arah ASEAN sebagai peneraju rantau ini dalam peralihan tenaga global.
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Oktober 2025 | Khamis
Hari ini saya turut mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-43 (AMEM Ke-43).
Mesyuarat ini membincangkan usaha kerjasama berterusan antara negara-negara yang terlibat serta menegaskan semula komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama tenaga serantau di bawah rangka kerja ASEAN.
#amem43
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Oktober 2025 | Khamis
Dialog Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-43 (AMEM ke-43) bersama Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) turut berlangsung hari ini. Sesi dialog ini merupakan platform penting untuk membincangkan perkembangan terkini landskap tenaga global serta strategi bersama bagi memperkukuhkan keselamatan dan kelestarian tenaga di rantau ini.
Pada sesi berkenaan saya menegaskan bahawa landskap tenaga dunia kini semakin kompleks dan dinamik. Justeru, negara-negara ASEAN perlu terus bekerjasama secara kolektif untuk menyeimbangkan “trilemma tenaga” — iaitu keselamatan tenaga, kemampuan dari segi kos, dan kemampanan alam sekitar.
Melalui sesi ini, ASEAN menerima kemas kini daripada IEA dan IRENA berhubung trend tenaga global, cabaran keselamatan tenaga, serta pendekatan untuk memastikan setiap negara anggota dapat mencapai Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) selaras dengan komitmen terhadap perubahan iklim.
Meskipun cabaran semakin meningkat, ia juga membuka ruang luas untuk inovasi, pelaburan bersih, dan kerjasama strategik antara kerajaan, sektor swasta, dan agensi antarabangsa. ASEAN komited untuk memanfaatkan peluang ini bagi memperkukuh daya tahan tenaga serantau.
Sesi perbincangan turut menekankan keperluan untuk mempercepat peralihan tenaga yang adil dan inklusif, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, serta infrastruktur tenaga yang berdaya tahan terhadap risiko masa depan.
Kerjasama berterusan antara ASEAN, IEA dan IRENA amat penting dalam memperkukuh pelaksanaan Rancangan Tindakan Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II (2021–2025).
ASEAN menegaskan semula komitmennya untuk mencapai sasaran Konsensus UAE bagi melipatgandakan tiga kali ganda kapasiti tenaga boleh baharu global menjelang tahun 2030, di samping memastikan keselamatan dan keterangkuman tenaga di setiap peringkat pelaksanaan.
Melalui semangat kerjasama yang utuh, ASEAN yakin bahawa transformasi tenaga di rantau ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), tetapi juga akan memastikan kemakmuran bersama yang berterusan untuk semua negara anggota.
ASEAN sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IEA dan IRENA atas sokongan dan komitmen mereka. Bersama-sama, kita akan terus melangkah menuju masa depan tenaga yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk ASEAN dan dunia.
#amem43
#43rdamem
#amem2025
#myaseanchair2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐤𝐞-𝟒𝟑 (𝟒𝟑𝐫𝐝 𝐀𝐌𝐄𝐌)
Kuala Lumpur | 16 Oktober 2025 | Khamis
Perkongsian tenaga serantau bukan lagi sekadar idea, tetapi kini menjadi kenyataan. Melalui sambungan Lao-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP) yang telah beroperasi sepenuhnya, ASEAN membuktikan bahawa integrasi tenaga rentas sempadan mampu menjadi pemacu kemajuan bersama.
Kejayaan ini adalah hasil kesinambungan usaha sejak empat dekad lalu, bermula apabila ASEAN mula berganding bahu pada tahun 1980 untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, mampu milik dan lestari bagi seluruh rantau ini#. Semangat solidariti dan kerjasama inilah yang terus menggerakkan kita hingga ke hari ini.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) pada tahun 2015 dengan tema “Powering ASEAN Towards a Greener Community.” Ketika itu, pelbagai inisiatif penting dilancarkan termasuk Rangkaian Paip Gas Rentas ASEAN (TAGP) dan peluasan agenda tenaga boleh diperbaharui.
Hasil daripada kesinambungan dasar dan komitmen bersama, kini ASEAN telah menggandakan bahagian tenaga boleh diperbaharui serta meningkatkan kecekapan tenaga lebih 25% sejak 2005. Ini adalah bukti nyata bahawa tenaga bersih dan berdaya tahan bukan lagi impian jauh, tetapi satu pencapaian kolektif.
Di bawah Pengerusi Malaysia untuk AMEM ke-43, kita telah mencapai pelbagai hasil penting termasuk pengendorsan Memorandum Persefahaman yang dipertingkatkan bagi Grid Tenaga ASEAN (APG) serta Pelan Tindakan Tenaga ASEAN (APAEC) 2026–2030 yang menjadi hala tuju lima tahun akan datang.
ASEAN turut memperkukuh keselamatan tenaga melalui Perjanjian Penggantian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA) serta melancarkan Inisiatif Pembiayaan APG bernilai lebih USD 12 bilion dengan sokongan Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia.
Malaysia berbangga dapat menerajui penubuhan Sekolah Peraturan ASEAN (ASR), di samping pelaksanaan Rangka Kerja Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC Framework) dan Peta Jalan Tenaga Boleh Diperbaharui Jangka Panjang. Semua ini menandakan komitmen berterusan terhadap pembangunan tenaga yang inklusif dan mampan.
Kesemua inisiatif ini mencerminkan kesungguhan ASEAN untuk mempercepatkan peralihan tenaga, memastikan setiap negara anggota menikmati manfaat kemakmuran bersama tanpa ada yang tertinggal di belakang.
Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama serantau dengan menyelaras dasar, memudah cara pelaburan dan memacu inovasi tenaga. Kita percaya, masa depan tenaga ASEAN akan lebih cerah jika setiap negara berusaha ke arah matlamat bersama — kebersamaan dalam kemajuan.
Tema tahun ini, “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity,” menggambarkan hasrat kita untuk merapatkan jurang, menghubungkan sempadan dan membina kemakmuran bersama. Semoga Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM), mesyuarat-mesyuarat berkaitan serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 ini menghasilkan keputusan bermakna bagi masa depan tenaga yang lebih hijau, inklusif dan berdaya tahan untuk seluruh ASEAN.
#amem43
#myaseanchair2025
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Malakoff.
Tahniah kepada Malakoff, Sambutan Jubli Emas ini bukan sahaja merupakan satu detik yang membanggakan, tetapi juga menjadi peringatan kepada kita semua tentang tanggungjawab yang dipikul bersama.
Dalam majlis itu, saya menekankan bahawa penggunaan teknologi terkini bukanlah satu-satunya faktor untuk kerajaan mempertimbangkan mana-mana projek kerana kos projek yang munasabah juga perlu diambil kira agar harga elektrik yang dijual kepada pengguna adalah terkawal dan tidak membebankan pengguna.
Pada masa hadapan, sistem tenaga Malaysia tidak akan ditentukan oleh satu teknologi semata-mata, tetapi oleh gabungan pelbagai penyelesaian. Ini termasuk solar berskala besar, Waste-to-Energy, tenaga hidro, gas dan teknologi baharu seperti hidrogen serta sistem penyimpanan tenaga.
Kerajaan juga telah bersetuju agar satu kajian dilaksanakan bagi penggunaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang negara untuk keselamatan tenaga. Setiap sumber tenaga ini akan
memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan sistem terjaga.
Bagi pihak kerajaan, penubuhan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sendiri merupakan satu pernyataan hasrat yang jelas. Kerajaan komited melindungi pengguna elektrik dengan berpandukan kepada energy trilemma iaitu keselamatan bekalan, mampu bayar dan
kelestarian. Kerajaan juga akan terus memberi sokongan kepada pemain industri, memperkemas proses dan bekerjasama untuk memudah cara pelaburan.
Malam ini, kita meraikan ulang tahun ke-50 Malakoff, sambutan ini bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi juga satu isyarat tentang hala tuju masa hadapan. Malaysia akan memastikan keperluan tenaganya terjamin dan dalam masa yang sama, mempercepatkan peralihan tenaga bersih.
Dengan pelaksanaan yang berdisiplin dan tekad bersama, kita akan mencapai sasaran peralihan tenaga, memperkukuh grid negara dan membangunkan ekonomi hijau yang membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Kepada Malakoff, saya ucapkan tahniah sekali lagi atas 50 tahun khidmat bakti. Semoga 50 tahun yang mendatang, Malakoff akan terus maju dengan inovasi-inovasi terkini dengan memberi penekanan ke atas kelestarian tenaga, dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan berdaya saing.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Petaling Jaya l 15 Oktober 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 15 Oktober 2025 | Rabu
Alhamdulillah hari ini berpeluang menyampaikan ucapan dasar di Energy Foresight for ASEAN – From Shared Vision to Regional Action sempena ASEAN Energy Business Forum (AEBF) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre. Forum ini menghimpunkan pemimpin dan pakar tenaga serantau untuk berbincang mengenai masa depan tenaga ASEAN.
Laporan ASEAN Energy Outlook ke-8 (AEO8) menunjukkan permintaan tenaga di rantau kita akan terus meningkat seiring pertumbuhan ekonomi dan populasi. Cabarannya ialah bagaimana kita terus maju tanpa mengorbankan kelestarian alam sekitar.
Malaysia bersama negara-negara ASEAN lain komited untuk memastikan pembangunan ekonomi seiring dengan peralihan tenaga yang mampan. AEO8 membuktikan bahawa dengan dasar dan kerjasama yang betul, kita mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan meningkatkan tenaga boleh baharu.
Dalam Senario Neutral Karbon AEO8, pengurangan pelepasan karbon boleh dicapai. Malaysia sudah menetapkan sasaran Net Zero 2050, dan negara ASEAN lain juga menuju ke arah yang sama — demi masa depan yang bersih dan seimbang.
Kita mesti berani melangkah lebih jauh — meluaskan tenaga solar, angin, hidro, biojisim dan hidrogen hijau, di samping meningkatkan kecekapan tenaga dalam industri, pengangkutan dan bangunan. Setiap langkah kecil ke arah tenaga bersih memberi kesan besar kepada masa depan kita semua.
Kerjasama serantau amat penting. Inisiatif seperti ASEAN Power Grid (APG) dan Trans-ASEAN Gas Pipeline (TAGP) akan menjadi tulang belakang kepada keselamatan dan kemampanan tenaga ASEAN. Apabila kita saling terhubung, kita menjadi lebih kuat.
Melalui Enhanced APG MOU, ASEAN akan memperkukuh peraturan, menyelaras piawaian dan membina keyakinan antara negara anggota. Langkah ini membuka jalan ke arah integrasi tenaga serantau yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
Namun, semua ini memerlukan pembiayaan yang mampan. Kita perlu galakkan pelaburan swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim. ASEAN mesti menjadi destinasi pelaburan tenaga bersih dengan dasar yang stabil dan hala tuju yang jelas.
Dalam apa jua peralihan tenaga, tadbir urus yang baik adalah kuncinya. Polisi yang konsisten, perancangan jangka panjang dan keputusan inklusif akan menjamin manfaat bersama.
Saya menghargai peranan besar ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam menyediakan panduan strategik melalui AEO8 — dan kami menantikan AEO9 tahun hadapan. Bersama, kita pacu ASEAN menuju masa depan tenaga yang lebih bersih, selamat dan makmur untuk semua.
#aebf2025
#amem43
#myaseanchair2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi US-ASEAN Business Council (US-ABC) yang diketuai oleh Dr. James Andrade, Chief Country Representative, Singapore Senior Advisor, ASEAN.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan bersama wakil-wakil syarikat multinasional terkemuka seperti ConocoPhillips, Micron, S&P Global, S&C Electric Company, Excel Services dan I Squared Capital berhubung potensi kerjasama strategik dalam sektor tenaga dan pengurusan air. Antara fokus utama ialah memperkukuh keterhubungan tenaga, memperluas pembangunan ekonomi hijau dan lestari, serta meningkatkan kecekapan dan daya tahan sumber air, sejajar dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Saya turut menekankan usaha berterusan Kerajaan Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menjadi tonggak kepada peralihan tenaga negara ke arah masa depan yang rendah karbon, mampan dan berdaya saing.
Malaysia juga menyokong penuh inisiatif Grid Tenaga Asean (APG) yang berperanan penting dalam memperkukuh keselamatan tenaga serantau, menggalakkan integrasi pasaran tenaga, dan mempererat kerjasama antara negara anggota ASEAN demi kemajuan dan pertumbuhan serantau.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 15 Oktober 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 15 Oktober 2025 | Rabu
Usai berucap dan menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia saya mengambil kesempatan singgah ke Pameran Sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM-43) di KLCC.
Turut berkesempatan menyantuni 100 pelajar di reruai Program Literasi Tenaga Kebangsaan (Malaysia Energy Literacy Program - MELP)
Pelajar berkenaan dari Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute ; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Selangor.
Di MELP pelajar berkenaan diberi pendedahan mengenai literasi tenaga yang melibatkan penggunaan tenaga secara cekap, penjanaan berasaskan tenaga boleh baharu dan keselamatan tenaga.
#amem43
#myaseanchair2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 15 Oktober 2025 | Rabu
Pagi ini, saya berbesar hati menyampaikan ucapan pembukaan dan menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia mengenai pembiayaan ASEAN Power Grid (APG) bersempena ASEAN Energy Business Forum (AEBF) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Inisiatif APG merupakan antara usaha strategik bagi meningkatkan keselamatan tenaga, memperluas penggunaan tenaga boleh baharu dan memperkukuh keterhubungan tenaga antara negara anggota ASEAN. APG bukan sekadar infrastruktur, tetapi simbol perpaduan dan keterhubungan ASEAN.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia membawa tema “ASEAN 2025: Inclusivity and Sustainability” — mencerminkan aspirasi kita membina rantau yang dinamik, makmur dan berpusatkan rakyat. Tenaga menjadi pemangkin utama kepada visi ini.
Penyempurnaan MOU ini akan menandakan komitmen baharu ASEAN untuk memperkukuh kerjasama tenaga melalui APG. Ini juga menandakan komitmen baharu rantau ini untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif tenaga rentas sempadan.
Aspek pembiayaan merupakan faktor penting dalam memastikan kejayaan APG. Tanpa mekanisme pembiayaan yang mencukupi dan inovatif, projek yang dijanjikan boleh terbantut. Kita mesti menggembleng modal awam dan swasta serta mewujudkan persekitaran yang menarik untuk komitmen jangka panjang.
Saya gembira dengan kerjasama rapat antara Bank Dunia, ADB, Sekretariat ASEAN dan ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam membangunkan inisiatif pembiayaan APG. Saya juga menyambut baik cadangan penubuhan Kumpulan Kerja Pembiayaan APG, yang akan terdiri daripada Sekretariat ASEAN, ACE, Bank Dunia dan ADB dengan ACE bertindak sebagai sekretariat kumpulan tersebut.
Menteri-menteri Tenaga ASEAN termasuk saya amat berharap dapat melihat kemajuan APG untuk kemakmuran bersama. Melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN, kami telah menegaskan semula peranan penting APG dalam mencapai “ASEAN 2045: Our Shared Future”, khususnya dalam memperkukuh perdagangan tenaga rentas sempadan.
Sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, saya bersama rakan-rakan Menteri Tenaga ASEAN komited melihat kemajuan APG sebagai langkah menuju kemakmuran bersama.
Terima kasih kepada penganjur atas penganjuran sesi penting ini. Semoga ASEAN Energy Business Forum 2025 menjadi landasan kukuh untuk memperkukuh masa depan tenaga mampan di rantau ini.
#aebf2025
#amem43
#myaseanchair2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 14 Oktober 2025 | Selasa
Alhamdulillah, berpeluang bersama rakan industri, para pemimpin dan sahabat yang sentiasa teguh mendukung pembangunan sektor air negara. Terima kasih kepada Persatuan Air Malaysia (MWA) atas jemputan ke Majlis Makan Malam dan Malam Anugerah Tahunan ke-37, sebuah tradisi bermakna yang menghargai jasa dan kecemerlangan warga industri air.
Tahniah kepada MWA atas perjalanan hampir empat dekad memimpin dan menyatukan komuniti air negara. Sejak penubuhannya, MWA telah memainkan peranan penting dalam menghubungkan penyelidikan, inovasi dan dasar — membentuk asas kukuh kepada pembangunan sektor air Malaysia pada hari ini.
Malam ini bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghormatan kepada mereka yang bekerja tanpa henti dalam memastikan air — sumber kehidupan paling berharga — terus mengalir untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan industri.
Majlis ini lebih istimewa kerana diadakan bersempena Malaysia International Water Convention (MIWC 2025) — platform penting yang menegaskan kedudukan Malaysia sebagai pusat serantau bagi ilmu, inovasi dan kerjasama global dalam sektor air.
Anugerah Malaysia Water Industry Awards (MWIA 2025) yang berlangsung malam ini mencerminkan semangat unggul dan profesionalisme warga industri air. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Kejayaan anda membuktikan komitmen, ketahanan dan inovasi yang menggerakkan sektor ini ke hadapan.
Seiring dengan semangat itu, kerajaan sedang melaksanakan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) — satu agenda berani dan berpandangan jauh untuk memodenkan, memperkasa dan mempersiapkan sektor air Malaysia menghadapi cabaran masa depan.
Melalui AIR2040, kita membayangkan sektor air yang efisien, inklusif, mampan dan berdaya tahan — bukan sekadar memenuhi keperluan pembangunan, tetapi juga memastikan keselamatan air dan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
Di teras transformasi ini ialah manusia — para jurutera, profesional, penyelidik, pengawal selia dan tenaga muda yang menjadi tunjang kepada sektor ini. Justeru, pelaburan dalam modal insan, pendigitalan, inovasi dan akauntabiliti adalah kunci kejayaan sebenar perubahan yang kita impikan.
Namun, kita juga perlu bersedia menghadapi cabaran besar — isu kewangan, peningkatan permintaan bandar dan industri, serta tekanan perubahan iklim. Untuk mengatasinya, kita mesti berani berinovasi, memperkukuh pembiayaan, mengurus sumber secara bersepadu, dan meningkatkan daya tahan sistem air negara.
Perjalanan ini menuntut komitmen bersama antara kerajaan, industri, akademia dan masyarakat. Dengan kepimpinan MWA dan semangat kolaborasi seluruh ekosistem, saya yakin Malaysia akan terus mara sebagai negara contoh dalam pengurusan air yang lestari, cekap dan berdaya tahan.
#miwc2025
#air2040
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 14 Oktober 2025 | Selasa
Alhamdulillah pagi ini menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan perasmian Malaysia International Water Convention (MIWC) 2025, satu platform penting yang memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memperkasa penyelesaian air yang lestari dan berdaya tahan.
Program ini menghimpunkan para pemimpin, pakar dan rakan industri yang bersama-sama berikrar membina masa depan air yang mampan, berdaya tahan dan inklusif untuk semua.
Bertemakan, “Harnessing Water Potential, Empowering Opportunities: Technology, Applications, and Innovations”, mencerminkan visi Malaysia untuk menjadikan air bukan sekadar sumber terhad, tetapi peluang tanpa batas bagi kemajuan dan kemakmuran negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Malaysian Water Association (MWA) dan PROTEMP Group atas kejayaan menganjurkan konvensyen berprestij ini. Usaha ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dan global dalam komuniti air.
Malaysia terus melangkah ke arah transformasi digital dan inovasi pintar dalam sektor air. Melalui sistem pemantauan pintar, analisis data masa nyata, dan keputusan berasaskan data, kita dapat mengoptimumkan operasi serta memperkukuh daya tahan sistem bekalan air negara.
Inisiatif seperti pengurangan Non-Revenue Water (NRW) amat penting dalam memastikan kecekapan, penjimatan sumber, dan kelestarian jangka panjang. Teknologi seperti meter pintar, pengesanan kebocoran, dan pemantauan berasaskan data memainkan peranan besar dalam usaha ini.
Selaras dengan Air 2040: Water Sector Transformation 2040, Malaysia akan terus memperkasa inovasi tempatan, memupuk ekosistem perusahaan baharu dan penyelidikan tempatan agar kita bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi juga pencipta dan pengeksport solusi air bertaraf dunia.
Saya turut berbangga dengan pelancaran Inisiatif Young Water Professional (YWP) melalui Program Mentor–Mentee, yang bertujuan melahirkan generasi baharu pemimpin air berintegriti, berpengetahuan dan berwawasan. Pengalaman dan semangat muda digabungkan untuk masa depan air yang mampan.
Pelaksanaan Integrated Water Resources Management (IWRM) pula amat penting bagi mengoptimumkan tujuh sumber utama air negara – termasuk air permukaan, empangan, air bawah tanah, air kitar semula, tadahan hujan, pemulihan atmosfera dan pusat data, serta penyahgaraman.
MIWC 2025 melambangkan semangat kerjasama dan perpaduan antara kerajaan, industri, akademia, dan komuniti. Dengan kesatuan tujuan dan kejelasan visi, marilah kita bersama-sama membina masa depan air yang mampan, berdaya tahan, dan sejahtera untuk generasi akan datang.
#miwc2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menunaikan solat subuh dan menghadiri Kuliah Subuh Madani di Masjid Wilayah, hari ini.
Kuliah bertajuk Beriman Hari Kebangkitan dan Akhirat disampaikan Habib Umar bin Hafidz dengan diterjemahkan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 14 Oktober 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke 49 Bilangan 3/2025 di Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 13 Oktober 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 12 Oktober 2025 | Ahad
Malam tadi (11 Oktober 2025) menghadiri Majlis Jamuan Negeri Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak di Dewan Santapan, DUN Sarawak.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, diraikan dalam majlis penuh istiadat dan kemeriahan.
Hadir sama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, para pemimpin GPS peringkat Negeri dan Persekutuan.
Usai jamuan negeri, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Wan Junaidi bersama tetamu telah dibawa menyaksikan persembahan bunga api di ruang luar pintu masuk utama DUN Sarawak berdepan Kuching Waterfront.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 11 Oktober 2025 | Sabtu
Mengadakan perjumpaan dengan Pemegang Amanah Yayasan Tahfiz Sarawak - Yayasan yang saya Pengerusikan, petang ini tadi. Ia bagi membincangkan mengenai hala tuju dan tanggungjawab serta perancangan masa depan Yayasan.
Yayasan ini diharap akan memberi manfaat terutamanya kepada semua Madrasah dan Tahfiz di seluruh Sarawak. Yayasan Tahfiz Sarawak diluluskan penubuhannya oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak baru baru ini.
Pertemuan tadi disertai Timbalan Pengerusi Yayasan, Hj Afendi Julaihi ; Setiausaha, Dato Jefri Ahmad Tambi ; Bendahari, Hj Yusuf Bujang, serta Pemegang Amanah lain, Datuk Khirudin Drahman, Hisyamudin bin Roslan, dan Syed Ezam bin Wan Ali. Turut sama Pengurus Yayasan, Syed Mohksen bin Wan Mohamad Affandi.
#tpmfy
#yayasantahfizsarawak
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 11 Oktober 2025 | Sabtu
Menghadiri Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksaksa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, Kuching, pagi ini tadi.
Keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, disambut dengan Hormat Diraja, tembakan 17 das kehormatan, dan laluan flypast helikopter sebelum Tuan Yang Terutama diiringi YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menjalankan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.
TYT turut melakukan pemeriksaan kontijen-kontijen menggunakan kereta diraja di tengah padang. YAB Premier Sarawak menyampaikan amanat serta disusuli upacara memotong kek Hari Lahir Tuan Yang Terutama. Hadirin disajikan dengan tayangan video khas di skrin utama sebelum bermulanya perarakan 110 kontijen yang mengambil bahagian dalam rapat raksaksa berkenaan.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sabtu | 11 Oktober 2025
DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam kepimpinan, serta kesejahteraan yang berterusan kepada Tuan Yang Terutama dalam meneruskan khidmat bakti untuk rakyat dan negeri Sarawak yang tercinta.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri
#dirgahayutyt
#sarawakmajumakmur
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 10 Oktober 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim, telah membentangkan Belanjawan MADANI 2026 – Belanjawan Rakyat yang digerakkan oleh suara dan aspirasi rakyat untuk memastikan setiap lapisan masyarakat merasai manfaat pembangunan.
Belanjawan MADANI 2026 mencerminkan semangat kerjasama kerajaan dan rakyat dalam membina masa depan negara yang makmur, inklusif dan berdaya tahan. Ia bukan sekadar angka, tetapi simbol keazaman untuk menyeimbangkan kestabilan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan berbelanja dengan bijak untuk rakyat, memastikan setiap sen dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab. Kewangan negara diurus secara berhemat demi melindungi masa depan generasi akan datang. Pada masa sama, ketelusan dan integriti terus diperkukuh bagi memperkukuh keyakinan pelabur dan rakyat terhadap hala tuju ekonomi negara.
Terima kasih YAB Perdana Menteri atas peruntukan RM5.19 bilion bagi sektor tenaga dan air, merangkumi RM392.74 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM4.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kekal komited memperkukuh sektor tenaga dan air secara berhemah, mampan dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kerajaan MADANI turut memberi tumpuan besar kepada pembangunan Sabah & Sarawak – dalam bidang tenaga, air, jalan raya dan digitalisasi – selaras Semangat MA63. Sabah menerima RM6.9 bilion, manakala Sarawak RM6 bilion, peruntukan tertinggi dalam sejarah negara sebagai bukti komitmen terhadap keseimbangan wilayah dan kemakmuran bersama.
Belanjawan MADANI 2026 membawa mesej jelas: Disiplin untuk negara, Keprihatinan untuk rakyat, dan Pelaburan untuk masa depan.
#belanjawanmadani2026
#belanjawanrakyat
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Persatuan Wanita India Sarawak di pejabat saya di Parlimen.
Kunjungan itu diketuai Penghulu Wanita India pertama di Sarawak, Lucy Lingam.
Dalam kunjungan itu, kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai komuniti India di Sarawak terutama melibatkan golongan wanita.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen l 9 Oktober 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 9 Oktober 2025 | Khamis
Hari ini berlangsungnya AIAC Asia ADR Week 2025 bertemakan “Kairos: Seizing the ADR Moment” di Bangunan Sulaiman. Ini merupakan mercu tanda yang kini menjadi simbol evolusi keadilan dan penyelesaian pertikaian secara damai.
Alternative Dispute Resolution (ADR) bukan sekadar mekanisme penyelesaian, tetapi falsafah kedamaian, keseimbangan dan persefahaman. Dalam dunia yang sering diwarnai pertentangan, ADR menzahirkan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu inklusiviti, belas ihsan dan tanggungjawab bersama.
Pelancaran AIAC Suite of Rules 2026 dan penubuhan AIAC Court of Arbitration menandakan bab baharu dalam reformasi institusi memperkukuh ketelusan, kebebasan dan keunggulan. Bersama pindaan Arbitration Act 2024 dan CIPAA (Amendment) Act 2024, Malaysia kini berada di barisan hadapan landskap ADR global.
Malaysia beraspirasi menjadi hab penyelesaian pertikaian yang neutral dan berwibawa di peringkat dunia. Dengan kedudukan strategik di tengah ASEAN, kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya, kematangan undang-undang serta keharmonian, nilai yang menjadi asas kepada keadilan.
Di bawah kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia komited memacu pembangunan ekosistem ADR serantau berteraskan kepercayaan dan peraturan.
Setiap generasi dikurniakan Kairos — saat kebenaran yang menentukan arah masa depan. Dan bagi Malaysia, saat itu adalah sekarang.
#aiac #asiaadrweek2025
#tpmfy #petra #malaysiamadani #madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 9 Oktober 2025 | Khamis
Terima kasih RTM yang memubual saya secara langsung dalam Selamat Pagi Malaysia (SPM) Nadi Seri Pagi di TV1, pagi ini.
Saya telah membicarakan mengenai Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM-43) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan. Malaysia melalui PETRA menjadi tuan rumah pada 14 hingga 17 Oktober 2025 di KLCC, dan Perdana Menteri dijadual merasmi pembukaan pada 16 Oktober.
AMEM-43 adalah platform rasmi menteri-menteri tenaga ASEAN bagi membincangkan kerjasama dan strategi tenaga serantau yang selamat, mampan dan inklusif. Ia akan dihadiri 38 delegasi Menteri & Pegawai Kanan ASEAN, serta lebih 1,000 peserta termasuk sekretariat dan media.
Selain mesyuarat rasmi, turut berlangsung ASEAN Energy Business Forum (AEBF) sebagai platform kerajaan-swasta berkongsi idea, teknologi dan pelaburan.
AMEM kali ini signifikan kerana berlangsung ketika dunia berdepan cabaran tenaga global dan keperluan mendesak peralihan tenaga bersih.
Mesyuarat ini akan memutuskan hala tuju keselamatan tenaga, pengembangan tenaga boleh baharu, serta mempercepatkan integrasi pasaran tenaga melalui inisiatif seperti ASEAN Power Grid.
Negara & organisasi yang terlibat ialah semua negara anggota ASEAN ; Timor Leste (pemerhati) ; rakan dialog - China, Jepun, Korea, India, Australia, Amerika Syarikat serta organisasi antarabangsa - International Energy Agency (IEA),International Renewable Energy Agency (IRENA), Economic Research Institute for Asean and East Asia (ERIA), Bank Dunia dan Asian Development Bank (ADB).
#amem43
#tpmfy
#petra
#myasean2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 8 Oktober 2025 | Rabu
Menjunjung kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, atas limpah perkenan Tuanku berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.
Patik menjunjung kasih atas kehadiran Tuanku yang melambangkan sokongan Istana terhadap agenda pembangunan dan kemakmuran negeri serta negara.
SIBS 2025 bertemakan “Selangor: The Gateway to ASEAN” menjadi wadah memperkukuh peranan Selangor sebagai pintu masuk utama ekonomi serantau, seiring kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Selangor terus membuktikan keupayaannya sebagai pemacu utama ekonomi negara, menyumbang lebih 26% kepada KDNK nasional pada tahun 2024. Kejayaan ini didorong oleh kekuatan sektor perindustrian, perkhidmatan, logistik serta infrastruktur bertaraf dunia seperti Pelabuhan Klang dan KLIA yang menghubungkan Malaysia dengan rantaian bekalan global.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memperkukuh daya saing negara, sejajar dengan RMK13 dan National Energy Transition Roadmap (NETR) yang menumpukan kepada tenaga bersih dan ekonomi hijau.
Saya turut berkongsi mengenai Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid, APG) bukan sekadar projek teknikal, tetapi simbol perpaduan tenaga serantau yang menghubungkan grid elektrik antara negara anggota bagi memastikan bekalan tenaga stabil, bersih dan mampan.
Melalui APG dan kerjasama air rentas sempadan, ASEAN memperkukuh keterjaminan tenaga serta keselamatan sumber air kerana isu air bukan sekadar alam sekitar, tetapi juga keselamatan ekonomi dan sosial.
Di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kita melangkah berani ke arah tenaga bersih, air lestari dan kerjasama erat agar ASEAN bukan menunggu untuk dipimpin, tetapi bersedia untuk memimpin.
#tpmfy #petra #malaysiamadani #madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jangan lupa bersama saya esok, Khamis, 9 Oktober 2025, membicarakan mengenai Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM-43) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan - secara langsung dalam Selamat Pagi Malaysia (SPM) Nadi Seri Pagi di RTM TV1, bermula jam 9.05 pagi.
#amem43
#tpmfy
#petra
#myasean2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, berkesempatan menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan oleh 99 Speedmart Sdn. Bhd. berjumlah RM2 juta kepada Tabung PPUMCare yang berlangsung di Menara Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Sumbangan ini bertujuan membantu pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan yang diperlukan, sekali gus memastikan semua pihak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.
Usaha murni ini wajar menjadi pemangkin kepada pihak swasta lain untuk lebih proaktif menyalurkan bantuan, khususnya dalam sektor kesihatan, bagi membantu menampung kos rawatan selaras dengan tanggungjawab sosial korporat.
Saya berharap inisiatif seperti ini dapat menggalakkan lebih ramai bukan sahaja syarikat, malah individu yang mempunyai lebihan pendapatan, untuk turut sama menyumbang kepada hospital.
Sumbangan boleh disalurkan bukan sahaja melalui dana korporat, tetapi juga boleh diambil kira sebagai zakat serta layak mendapat pelepasan cukai. Akhirnya, pesakit dan pihak hospital akan menerima manfaat secara langsung daripada usaha ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Petaling Jaya | 8 Oktober 2025 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini saya bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negara Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadiri perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.
Turut sama Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang Dipertua Dewan Negara.
Ia adalah rutin biasa GPS setiap kali ketika sidang Dewan Rakyat bermula yang akan disusuli sidang Dewan Negara.
Sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bermula hari ini (6 Oktober hingga 4 Disember 2025) dengan tumpuan utama persidangan kali ini adalah pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2026.
Belanjawan 2026 akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat 10 Oktober 2025.
Sidang ini akan berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember depan.
#tpmfy
#sarawakfirst
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuala Lumpur l 6 Oktober 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2025, di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang.
Mesyuarat ini bertujuan menangani isu kritikal yang menjadi tunjang kesejahteraan negara, iaitu keterjaminan makanan — satu agenda penting yang memerlukan komitmen dan tindakan serius daripada semua pihak bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa menikmati bekalan makanan yang mampan, berkualiti dan mencukupi.
Dalam konteks ini, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, amat besar dan signifikan. Kita berdepan persekitaran global yang kritikal, di mana dunia kini menghadapi cabaran serentak seperti perubahan iklim dan ketegangan geopolitik serantau.
Kedua-dua faktor ini memberi kesan langsung terhadap rantaian bekalan makanan, kestabilan harga, serta keupayaan negara dan rantau ini untuk menjamin kecukupan makanan bagi rakyat.
Sehubungan itu, Malaysia komited menggunakan platform kepengerusian ASEAN 2025 sebagai wadah utama untuk memperkukuh kedaulatan dan keterjaminan makanan di rantau ini.
Fokus utama kepengerusian Malaysia tahun ini ialah untuk memperkasa kerjasama serantau melalui ASEAN Food Security Reserve Board (AFSRB) serta memajukan inisiatif pertanian pintar, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dan meningkatkan daya tahan sektor pertanian.
Semua pihak perlu menyedari bahawa keterjaminan makanan bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama dan keutamaan nasional.
Dengan langkah proaktif serta kerjasama erat semua pihak berkepentingan, saya yakin Malaysia akan terus kukuh dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran keterjaminan makanan pada masa hadapan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 6 Oktober 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 6 Oktober 2025 | Isnin
Alhamdulillah hari ini saya mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyempurnakan pembukaan rasmi National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2025 – satu platform utama yang menghimpunkan bakat, teknologi dan penyelesaian tempatan di bawah satu bumbung. Dengan tema “Innovation. Growth. Global Impact”, NICE 2025 menjadi bukti komitmen Malaysia dalam memperkasakan inovasi ke peringkat global.
Tahniah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas penganjuran ekspo berprestij ini. NICE 2025 menggabungkan empat program utama – Malaysia Commercialisation Year (MCY), Konvensyen Fundconnect, I-Nation Global Summit dan BioXCeed 2025, yang semuanya memperkukuh ekosistem inovasi negara.
Tahun ini juga menyaksikan kejayaan besar dengan termeterainya 12 perjanjian dan memorandum persefahaman bernilai lebih RM800 juta serta pelancaran 13 produk baharu hasil kolaborasi agensi, universiti dan industri dalam bidang agroteknologi, bioteknologi dan pembangunan digital.
Inovasi adalah kunci kemajuan negara. Malaysia kini menunjukkan prestasi cemerlang dengan peningkatan Gross Expenditure on R&D (GERD) kepada 1.01% daripada KDNK dan berada di tangga ke-33 dunia dalam Global Innovation Index (GII) 2024 menurut laporan WIPO. Ini hasil usaha gigih semua pihak dalam memperkukuh budaya inovasi nasional.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy (RDICE) sebagai tunjang pembangunan STI negara. Fokus diberikan kepada penyelidikan bertaraf antarabangsa yang diterajui anak tempatan serta peningkatan pelaburan dan pembangunan bakat.
Ekosistem startup Malaysia terus berkembang pesat. Melalui Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021–2030, negara menyasarkan kedudukan 20 teratas ekosistem startup global menjelang 2030. Kuala Lumpur kini berada di kedudukan ke-18 dalam Global Startup Ecosystem Report (GSER) 2025 – bukti nyata kemajuan yang dicapai!
Pembiayaan R&D turut menjadi tumpuan penting. Di bawah RMKe-12, sebanyak 158 projek telah menerima dana bernilai RM331 juta melalui MOSTI. Selain itu, Malaysia Science Endowment (MSE) diwujudkan bagi memastikan pembiayaan lestari R&D&I tanpa terlalu bergantung kepada dana kerajaan.
Malaysia juga melangkah ke arah memperkukuh kedaulatan teknologi melalui pembangunan National Technology Sovereignty Framework (NTSF). Kerangka ini akan memastikan negara memiliki kawalan terhadap teknologi strategik seperti AI, bioteknologi, semikonduktor, aeroangkasa dan teknologi hijau - ke arah mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.
Seiring pelaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030, kerajaan melalui MOSTI sedang membangunkan Pelan Hala Tuju RDICE Kebangsaan. Pelan ini memastikan penyelidikan negara benar-benar berimpak kepada ekonomi, kesejahteraan rakyat dan daya saing industri tempatan termasuk menjadikan harta intelek sebagai aset bernilai.
Malaysia mesti berani beranjak daripada menjadi pengguna kepada pengeluar teknologi. Selaras dengan semangat Daya Cipta MADANI, marilah kita bersama mencipta inovasi, mengkomersialkannya, dan membawa hasil kebijaksanaan anak tempatan ke pentas dunia.
#nice2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya berkesempatan menghadiri Program Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung 2025 di Taiping Mall.
Tahniah kepada pihak penganjur termasuk Penasihat program yang juga Pegawai Khas saya, Neow Choo Seong atas kejayaan menganjurkan program yang bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Semangat muhibah yang dizahirkan melalui persembahan kebudayaan dan interaksi antara para pengunjung, guru-guru, ibu bapa serta pelajar mencerminkan kekuatan sebenar rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman dan saling menghormati.
Saya juga menyaksikan majlis penyerahan sumbangan oleh TBL Assessment Sdn. Bhd. kepada tiga buah sekolah tempatan — SK Seri Aman, SJK(C) Hua Lian (3), dan SJK(T) St. Teresa’s Convent — sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Semoga semangat keharmonian, toleransi dan perpaduan nasional yang dizahirkan melalui program ini terus disemarakkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Taiping l 4 Oktober 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Taiping | 4 Oktober 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama rakyat di Sungai Batu Tegoh, Taiping, Perak, bagi meraikan Hari Sungai Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan.
Lokasi ini amat istimewa kerana di sinilah terletaknya Projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang siap pada tahun 2024 – bukti bahawa sungai boleh menjadi lebih daripada sekadar sumber air.
DSK menghubungkan rakyat dengan sungai, menjadi tempat riadah, membuka peluang eko-pelancongan dan menjana ekonomi setempat. Inilah contoh pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada semua.
Kehadiran YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air & Pengangkutan Awam Negeri Perak, menzahirkan komitmen negeri ini terhadap kelestarian sungai.
Tema sambutan tahun ini iaitu “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita” adalah satu peringatan bahawa sungai adalah nadi kehidupan yang mesti kita pelihara bersama.
Perlu kita insafi, 97% air mentah negara datang daripada sungai. Air inilah yang menjamin kehidupan rakyat di rumah, sekolah, hospital, pertanian dan juga industri.
Namun, laporan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan masih ada 27 sungai tercemar di Malaysia. Punca utama ialah sikap manusia – pembuangan sampah, pencemaran industri dan kecuaian kita sendiri.
Bagi menangani cabaran ini, kerajaan melalui JPS melaksanakan pendekatan Integrated River Basin Management (IRBM). Di Perak, lima pelan telah siap dan satu lagi sedang dalam pelaksanaan.
Di bawah RMK-12, kerajaan turut memperuntukkan RM5.4 bilion untuk 22 projek berkaitan air di Negeri Perak. Ini akan memastikan bekalan air bersih lebih terjamin, risiko banjir berkurang dan peluang ekonomi baharu terbuka untuk rakyat.
Marilah kita bersama-sama menjaga sungai. Dengan adanya DSK, IRBM dan sokongan seluruh rakyat, sungai akan terus kekal sebagai khazanah alam dan warisan untuk generasi akan datang.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada pemenang Anugerah Khas Sumber Air Tahun 2025 iaitu ;
✅ Johan - Pengurusan dan Sukarelawan Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat, Selangor - menerima hadiah Geran Pembangunan RM20,000 ;
✅ Kedua - Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Batu Malim, Raub, Pahang - Geran Pembangunan RM15,000
✅ Ketiga - Pusat Rekreasi Kalang Warisan Kuala Terengganu - Geran Pembangunan RM10,000
Tahniah juga kepada penerima Anugerah Khas Panel Hakim iaitu Komuniti Rumah Panjang Melabu Bair, Betong, Sarawak yang menerimaGeran Pembangunan RM5,000.
#tpmfy
#petra
#harisungaisedunia2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini berpeluang menunaikan Solat Subuh di Masjid Daerah Taiping.
Di sebelah pagi, saya akan merasmikan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Sungai Batu Tegoh, Padang Merbok.
Semoga apa yang dirancang hari ini, berjalan lancar.. Insya-Allah.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Taiping l 4 Oktober 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Taiping | 3 Oktober 2025 | Jumaat
Sebaik menerima berita mengenai banjir yang melanda beberapa kawasan di Taiping malam ini, saya yang baru selesai menghadiri satu acara rasmi di sini, terus bergegas ke beberapa kawasan yang dinaiki air dan turut meninjau tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang saya menyantuni 19 orang daripada 6 keluarga dari Taman Mawar dan Taman Simpang Makmur yang ditempatkan di situ setakat jam 11 malam ini.
Selepas itu saya meninjau kawasan Balai Polis Simpang yang turut dinaiki air sebelum ke SK Matang di mana 6 orang dari 2 keluarga dari Telok Kertang sudah dipindahkan sejak 9.00 malam sehingga 11.30 malam ini.
Selepas itu saya meninjau PPS SK Matang Gelugor di mana mangsa-mangsa banjir dari Kampung Matang Pasir baru tiba di situ sekitar jam 12.00 tengah malam. Saya turut meninjau keadaan banjir di Jalan Kuala Sepetang selepas itu.
Bersama saya dalam tinjauan berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Air) Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir - Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, semua jabatan dan agensi terlibat serta para sukarelawan, NGO dan penduduk tempatan yang sama-sama berganding bahu dalam menghadapi ujian ini.
Saya mendoakan supaya keadaan pulih segera dan mangsa boleh pulang ke kediaman masing-masing.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Makan Sempena Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Terima kasih Kerajaan Negeri Perak yang menganjurkan majlis makan malam ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Taiping l 3 Oktober 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, petang ini menghadirkan semula kenangan indah zaman persekolahan apabila saya berpeluang bertemu rakan-rakan lama yang pernah menjadi penghuni Asrama Sri Perak.
Kami datang dari pelbagai sekolah sekitar Parit Buntar. Pada waktu itu, saya sendiri bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang, yang hanya terletak kira-kira 400 meter dari asrama.
Pertemuan singkat selama satu jam itu cukup bermakna. Pelbagai kisah lama kembali segar, gelak tawa, pengalaman bersama, dan memori kehidupan di asrama dahulu.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghadirkan kembali memori indah ini. Sesungguhnya, persahabatan yang terjalin sejak zaman sekolah adalah anugerah yang sukar diganti.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Taiping | 3 Oktober 2025 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Tahun 2025 di Menara Petra.
Penganjuran mesyuarat ini adalah untuk membincangkan beberapa isu penting melibatkan jurang pelaksanaan SDG merentasi pelbagai pihak berkepentingan di mana isu-isu ini dibangkitkan dan dimajukan ke hadapan, yang memerlukan perhatian pengurusan tertinggi.
Pelaksanaan SDG bukan hanya merentas pelbagai kementerian, tetapi juga merangkumi usaha di peringkat Negeri dan Daerah maka dengan kehadiran wakil negeri dapat membantu menyambut hasrat kerajaan ini yang selaras dengan usaha-usaha negeri.
Saya ambil maklum bahawa sebagai contoh, beberapa Kerajaan Negeri telah pun mengemaskini status pelaksanaan SDG di negeri masing-masing:
a) Di Sabah, pelbagai inisiatif sedang dan telah dilaksanakan termasuk program bantuan sosioekonomi, pembangunan perumahan, naik taraf hospital, projek bekalan air, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan hutan mampan, serta perlindungan biodiversiti daratan dan marin. Di samping itu, usaha untuk mengurangkan ketidaksamaan dan memperkukuh kerjasama strategik di peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa.
b) Manakala di Johor, khususnya daerah Mersing, pelaksanaan SDG turut menekankan kelestarian ekonomi dan sosial berteraskan komuniti setempat melalui pendekatan perancangan wilayah, pembangunan mampan, dan pemeliharaan sumber semula jadi.
c) Di Pahang, Perak dan Selangor pula, jawatankuasa berikut telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Alam Sekitar, Kelestarian Alam Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Jawatankuasa Perak Sejahtera 2030 dan Jawatankuasa Selangor Mampan sebagai platform untuk memantau pelaksanaan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat negeri.
d) Terengganu pula telah melaporkan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan merentasi pelbagai SDG. Dua inisiatif yang telah selesai adalah Peluncuran Dasar Wanita Terengganu dan East Cost Energy Forum 2025.
Rentetan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa SDG daripada teknikal ke khas, wajar dijalankan dengan semangat kerjasama yang tinggi untuk memastikan isu-isu yang dibangkit dapat dicari jalan penyelesaian, bagi menutup segala jurang SDG nasional melalui pelaksanaan gerak kerja yang strategik dan holistik.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 2 Oktober 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Ulang Tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke 58 di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Majlis dirasmikan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 1 Oktober 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini rasa bersyukur kerana dapat menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembangunan Hospital Pakar Semenyih (SSH).
Majlis ini selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI kerana kerajaan berhasrat menjadikan wakaf sebagai sektor ketiga ekonomi negara, dengan sasaran menyumbang 10% kepada sektor kewangan sosial Islam menjelang tahun 2030.
Hospital ini adalah bukti nyata bagaimana instrumen wakaf boleh digerakkan dalam sektor kesihatan. Ia memberi manfaat besar kepada masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, di samping menjana hasil yang mampan untuk institusi wakaf negeri.
Model seperti ini sebenarnya boleh diperluas ke seluruh negara – bukan sahaja dalam sektor kesihatan, malah dalam pendidikan, perumahan, dan pembangunan sosial.
Ia bukan sekadar sebuah fasiliti kesihatan moden berteknologi tinggi di mana ia adalah hospital pakar pertama di Malaysia yang berteraskan prinsip patuh syariah dan wakaf.
Bukan sahaja beroperasi kelak menurut undang-undang dan etika komersial Islam, tetapi juga distrukturkan secara asasnya mengikut konsep wakaf untuk kelestarian dan misi sosialnya. Ia menggabungkan dua konsep iaitu Kepatuhan Syariah : Cara operasi harian, etika dan urus niaga kewangan dan Model berasaskan wakaf : Aset asas dan struktur kewangan hospital itu.
Pembangunan hospital ini akan dilakukan di atas tanah seluas 2.6 ekar, dengan keluasan binaan 783,566 kaki persegi termasuk kemudahan parkir dengan mempunyai sebanyak 261 katil manakala pelbagai kepakaran perubatan ‘Multidisciplinary Specialist’, dikendalikan oleh operator hospital berpengalaman An-Nur Healthcare Sdn Bhd dan dijangka siap pada tahun 2030.
Usaha ini dilihat mampu menjadi pintu gerbang perubatan di wilayah selatan ‘Southern Medical Gateway’ dengan memberikan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi serta meningkatkan aksesibiliti kepada sebahagian besar penduduk di negeri-negeri selatan.
Harapan saya supaya pihak pemaju akan turut mengambil inisiatif menerapkan elemen-elemen teknologi hijau dalam pembangunan Hospital Pakar Semenyih selaras dengan Pelan Hala tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR); ke arah mencapai sasaran “Net-Zero Greenhouse Gas (GHG) Emmisions” menjelang tahun 2050.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Semenyih l 30 September 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pulau Indah | 30 September 2025 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan perasmian Stesen Jana Kuasa Pulau Indah (PIPP) yang dibangunkan oleh Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd. bersama pemegang saham utamanya, Worldwide Holdings Berhad, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Stesen Jana Kuasa Pulau Indah (PIPP) berkapasiti 1,200 megawatt membekalkan lebih 40 peratus daripada kegunaan tenaga elektrik di Lembah Klang. Loji berskala besar berasaskan gas asli ini kini beroperasi sepenuhnya, membekalkan tenaga yang boleh dipercayai, cekap dan lebih bersih ke grid nasional.
Projek ini adalah bukti kejayaan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor swasta dalam menjayakan pembangunan strategik untuk negara. Saya juga mengalu-alukan penyertaan Korea Electric Power Corporation (KEPCO) yang buat pertama kali melabur dalam loji jana kuasa di Malaysia.
Tenaga adalah nadi kemajuan negara. Dengan beroperasinya PIPP ini, kita bukan sekadar menambah kapasiti tenaga baharu, tetapi memperkukuh jaminan tenaga (energy security) demi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan diyakini pelabur.
Stesen janakuasa dengan teknologi turbin kitaran gabungan gas (combined cycle gas turbine) ini adalah antara yang paling moden dan cekap di Malaysia. Ia menjadi mercu tanda bahawa aspirasi tenaga negara terus berkembang dengan yakin.
Jaminan tenaga adalah tonggak daya tahan ekonomi. Apabila Malaysia mampu menjana tenaganya sendiri secara stabil, kita bukan sahaja melindungi bekalan elektrik, malah memperkukuh keyakinan pelabur, daya saing industri dan kelestarian ekonomi negara.
Projek ini selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). PIPP adalah sebahagian fasa awal peralihan tenaga — mengurangkan arang batu, meningkatkan kecekapan gas, dan membina asas untuk campuran tenaga lebih bersih seperti solar, hidro dan hidrogen.
Peralihan tenaga bukan sekadar tentang loji janakuasa. Ia adalah kontrak sosial baharu – memastikan manfaat tenaga dikongsi secara adil, mesra alam dan mampan. NETR dijangka mewujudkan lebih 23,000 pekerjaan baharu dalam bidang solar, hidrogen, kecekapan tenaga dan teknologi hijau.
Inilah sebabnya projek ini penting – PIPP bukan sekadar menjana elektrik, tetapi juga menjana peluang ekonomi, melindungi alam sekitar dan menyediakan asas untuk ekonomi rendah karbon yang berdaya saing di peringkat global.
Syabas dan Tahniah Kerajaan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad dan KEPCO atas visi dan komitmen mereka. PIPP adalah model sebenar bagaimana kerjasama Negeri-Persekutuan dan awam-swasta mampu melahirkan projek yang memberi impak besar.
Dengan beroperasinya Stesen Jana Kuasa Pulau Indah, kita bukan hanya menyalakan lampu di rumah-rumah, tetapi menyalakan keyakinan dan harapan baharu untuk Malaysia yang lebih bersedia menghadapi masa depan, mesra iklim, dan yakin secara ekonomi.
Hadir sama pada majlis tadi ialah YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Menteri Besar Selangor ; YB Dato’ Dr Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ; Dato’ Hj Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ; YB Datuk Dr Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor ; Mr Yeo Seung Bae, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia ; Dato’ Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang juga Pengerusi PIPP ; Datin Paduka Norazlina binti Zakaria ; Pengarah Eksekutif PIPP & CEO Kumpulan Worldwide Holdings Berhad ; Mr. Dong-Cheol Kim, CEO Korea Electric Power Corporation (KEPCO).
#pipp
#netr
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, PYT Jodi Rae Robinson di Menara PETRA.
Perbincangan kami tertumpu kepada potensi kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, selaras dengan komitmen bersama Malaysia dan Kanada terhadap agenda kelestarian dan peralihan tenaga hijau.
Selain itu, kami turut menyentuh mengenai persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN serta lawatan rasmi Perdana Menteri Kanada, TYT Mark Carney, ke Malaysia pada bulan Oktober nanti.
Lawatan tersebut akan memberi ruang kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dan membincangkan langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama Malaysia–Kanada, khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga dan pembangunan mampan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#malaysiakanada🇲🇾🇨🇦
Putrajaya l 29 September 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Melaka | 27 September 2025 | Sabtu
Hari ini saya mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim, merasmikan Hari Pelancongan Sedunia 2025 & Persidangan Pelancongan Dunia ke-7 di Melaka – negeri bersejarah yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Tema tahun ini - “Pelancongan & Transformasi Mampan”, seiring aspirasi Malaysia MADANI: membangunkan industri pelancongan yang lestari, inklusif & membawa manfaat kepada rakyat tanpa merosakkan alam.
Seperti ditegaskan YAB Perdana Menteri, industri pelancongan negara mampu menjadi bertaraf dunia serta berdaya tahan jika terus memelihara warisan semula jadi.
Penjagaan alam sekitar adalah antara tonggak pendekatan berkenaan kerana sebagai salah satu daripada 12 negara mega biodiversiti dunia, Malaysia menjadi habitat kepada lebih 15,000 spesies tumbuhan dan 175,000 spesies fauna.
Malaysia, antara 12 negara mega-biodiversiti dunia, terus komited melindungi hutan, paya bakau & terumbu karang – sambil menjadikannya tarikan global.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memacu pelancongan serantau yang lebih hijau & mampan.
Majlis perasmian berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing; serta Setiausaha Agung Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zurab Pololikashvili.
#tpmfy
#tourismday2025
#visitmalaysia2026
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Shah Alam | 26 September 2025 | Jumaat
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan merasmikan Projek Perdana Solar Kediaman di bawah Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM), bertempat di Elmina Sales Gallery. Program ini dilaksanakan oleh Sime Darby Property dengan kerjasama TNB melalui anak syarikatnya, GSPARX.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Malaysia MADANI dalam memacu agenda Peralihan Tenaga Negara, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon yang lebih lestari, maju dan makmur.
Melalui Program CREAM, pemilik rumah boleh memajak atau menyewa ruang bumbung mereka untuk dipasang sistem solar PV. Tenaga yang dijana akan digabungkan (aggregation) dan digunakan sebagai bekalan elektrik hijau kepada pengguna setempat.
Program ini adalah sebahagian daripada kerangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang mensasarkan 70% tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2050. Ia penting bagi menjamin sekuriti tenaga, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, dan meningkatkan daya tahan ekonomi negara.
Pendekatan ini menggalakkan penjanaan elektrik secara teragih (distributed generation) di premis kediaman dan bangunan, bukan hanya bergantung pada loji jana kuasa berskala besar. Program seperti CREAM dan Solar ATAP akan membawa manfaat langsung kepada rakyat serta merancakkan industri solar tanah air.
Kerajaan amat menghargai penglibatan sektor swasta dalam agenda ini. Penyertaan Sime Darby Property di City of Elmina adalah satu langkah inovatif yang bukan sahaja menambah nilai kepada hartanah, malah menunjukkan kepimpinan korporat yang progresif dalam agenda kelestarian.
Dalam projek rintis ini, Sime Darby akan bertindak sebagai Local Renewable Energy Aggregator yang menggabungkan tenaga hijau daripada bumbung kediaman dan menyalurkannya kepada pembeli tenaga (offtaker) yang memerlukan bekalan elektrik hijau, selaras dengan komitmen ESG.
Bagi menyokong daya maju program ini, kerajaan telah menurunkan Community Access Charge (CAC) sebanyak 40%, daripada 15 sen/kWj kepada 9 sen/kWj. Langkah ini menjadikan projek solar kediaman di bawah CREAM lebih menarik dan mampan dari segi komersial.
Pada masa sama, kerajaan akan memastikan Suruhanjaya Tenaga dan TNB memperkukuh sistem pengagihan elektrik supaya lebih pintar, fleksibel dan bersedia untuk integrasi tenaga boleh baharu di peringkat komuniti.
Projek hari ini adalah bukti nyata bahawa perjalanan peralihan tenaga negara adalah sebuah maraton, bukan larian pecut. Ia memerlukan perancangan teliti, pelaburan strategik, dan kerjasama erat semua pihak. Dengan muafakat, Insya-Allah kita mampu menjadikan Malaysia sebagai ekonomi hijau yang berdaya saing dan mapan.
#cream
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 September 2025 | Khamis
Alhamdulillah, berkesempatan menyempurnakan Majlis Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2025 - platform berprestij yang mengiktiraf usaha industri dan organisasi dalam mengamalkan tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga.
Sejumlah 134 penyertaan telah diterima, dengan sumbangan pengurangan hampir 240,000 tan metrik karbon setahun – bersamaan dengan penanaman 6 juta pokok. NEA yang diperkenalkan sejak 2018 bukan sekadar satu anugerah, tetapi pemangkin perubahan ke arah masa depan yang lebih hijau.
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun bertekad untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050. Justeru, pelbagai langkah peralihan tenaga sedang dilaksanakan.
Antara inisiatif utama yang sedang digerakkan termasuklah:
• Tarif elektrik progresif bermula Julai 2025
• Solar Berskala Besar & Solar Atap
• Pembangunan 10 projek solar terapung
• Grid pintar dengan sistem simpanan tenaga bernilai RM2.5 bilion
Kerajaan juga memperluas akses kepada bekalan elektrik hijau melalui pelbagai program seperti Green Electricity Tariff, CRESS, CREAM dan mGATS – dengan kos penyertaan dikurangkan sehingga 80% bagi menggalakkan syarikat korporat menyertai agenda tenaga hijau.
Selain itu, Malaysia telah memulakan perdagangan tenaga elektrik hijau rentas sempadan dengan Singapura melalui platform ENEGEM, dan Fasa Kedua dijangka berlangsung pada Oktober 2025.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia diberi mandat untuk memacu agenda tenaga serantau. Fokus utama termasuk pembangunan ASEAN Power Grid (APG) bagi menjamin bekalan tenaga yang mampan serta menangani cabaran perubahan iklim.
Semua usaha ini akan diperkukuh lagi melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030) dengan penekanan kepada pembangunan grid pintar, sistem BESS, pengendali pasaran elektrik rentas sempadan, peluasan tenaga solar, dan penerokaan tenaga nuklear bersih.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang NEA 2025. Semoga anda semua terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, termasuk di ASEAN Energy Awards (AEA).
Syabas juga kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), MGTC, Suruhanjaya Tenaga dan SEDA atas kejayaan menganjurkan majlis ini. Dengan semangat kerjasama dan muafakat, Insya-Allaah Malaysia akan terus menjadi peneraju tenaga hijau di rantau ini.
#nea2025
#tenagahijau
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 25 September 2025 | Khamis
Malaysia meletakkan Grid Tenaga ASEAN (APG) sebagai agenda utama Kepengerusian ASEAN 2025. Ia adalah untuk memastikan keselamatan tenaga, kelestarian dan keterjaminan kos elektrik serantau.
Di bawah kepimpinan Malaysia, ASEAN bakal memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) APG Dipertingkatkan (Enhanced APG MoU) pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 di Kuala Lumpur. Ianya merupakan langkah penting untuk mengukuhkan kerjasama di bawah inisiatif ASEAN Power Grid yang akan memanfaatkan negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Visi Malaysia jelas, ke arah memperkukuhkan sambungtara melalui talian transmisi rentas sempadan, serta penyelarasan institusi dengan kerangka tadbir urus dan penyeragaman pasaran tenaga di ASEAN.
Saya menyatakan demikian ketika berkongsi pentas bersama 4 ahli panel lain untuk membincangkan tajuk “Menjana Pertumbuhan Ekonomi Hijau ASEAN” di Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN - EU ke-11 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini tadi.
Empat lagi ahli panel diskusi berkenaan - Raja Amir Shah Raja Azwa, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Amanah Malaysia / Ketua Pegawai Kelestarian, HSBC Bank Malaysia ; Dr Matthias Pascaly, Country Head & Managing Director, Evonik (Thailand) Ltd. ; Puan Sunita Lukkhoo, Regional Head for Southeast Asia & Pacific, European Investment Bank dan Encik Azli Mohamed, Pengarah Urusan, Siemens Energy Malaysia. Manakala Puan Jessica Cheam, Managing Director, Eco-Business, Asia Pacific’s, bertindak sebagai Moderator.
Selepas 2025, APG memerlukan empat langkah utama:
(i) pemantauan berkala di peringkat menteri;
(ii) mekanisme pembiayaan khusus termasuk model blended finance
(iii) kerjasama dengan bank pembangunan serantau & global, dan
(iv) platform pembangunan kapasiti yang inklusif diperingkat ASEAN.
Malaysia yakin kerjasama dengan Development Partners seperti ADB, World Bank, IEA & IRENA mampu menyokong APG melalui pembiayaan, latihan teknikal, panduan dasar dan pembangunan rangka kerja pasaran tenaga.
Dari segi konsensus serantau, penyelarasan teknikal & peraturan amat penting untuk menggalakkan pelaburan dan membina kepercayaan di kalangan negara anggota ASEAN.
Malaysia turut menekankan pendekatan berfasa, bermula dengan inisiatif sub-serantau seperti sambungtara Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapura sebelum diperluas menjadi grid ASEAN yang menyeluruh.
Dalam aspek dasar, Malaysia menetapkan sasaran 70% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050 dan telah membangunkan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) untuk membolehkan perdagangan tenaga hijau rentas sempadan.
APG tidak boleh dicapai oleh Kerajaan sahaja. Ia memerlukan kerjasama awam–swasta melalui pelaburan infrastruktur, teknologi pintar, bateri simpanan tenaga serta mekanisme perkongsian risiko kewangan. Kerajaan pula perlu mewujudkan kerangka peraturan yang jelas, instrumen untuk mengurangkan risiko pelaburan yang telus.
Bagi Malaysia, APG bukan sekadar projek infrastruktur. Ia membuka peluang bagi pertumbuhan hijau serta berpotensi untuk mewujudkan pasaran baharu, industri, pekerjaan dan mempercepatkan laluan ke arah bersih sifar (net zero) di rantau ASEAN.
#myasean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia boleh isi minyak RON95 pada harga lebih murah iaitu RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara perlu bayar harga pasaran sekitar RM2.60 seliter. Semua warganegara yang ada lesen memandu aktif terus layak menikmati subsidi BUDI95 secara automatik, dengan had 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing pula tak terikat dengan had ini dan boleh mohon kuota lebih tinggi.
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Miri | 18 September 2025 | Khamis
Selain di Sabah, penduduk di Utara Sarawak turut terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Ini termasuklah di Daerah Telang Usan.
Sehingga 17 September 2025, seramai 3,821 orang penduduk daripada 765 pintu rumah di 14 buah kampung dalam Daerah Telang Usan terjejas akibat banjir.
Malam ini Setiausaha Politik saya, YB Datuk Hamzah Brahim, mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada Task Force Banjir Telang Usan, melalui YB Dato Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77 Telang Usan di Miri, Sarawak.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membantu mangsa terutama Kerajaan Negeri Sarawak, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, semua jabatan dan agensi terlibat serta para sukarelawan, NGO dan penduduk tempatan yang sama-sama berganding bahu.
Semoga semua yang terjejas akibat bencana diberikan kekuatan untuk bangkit semula dan semoga semua kawasan yang masih dilanda banjir terutama di Sabah dan Sarawak, pulih segera.
#tpmfy
#petra
#segulaisejalai
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Papar | 17 September 2025 | Rabu
Dukacita dengan bencana yang menimpa rakyat Sabah, terutamanya di kawasan yang terjejas seperti Penampang, Papar, Beaufort, Membakut, Putatan, Tawau, dan Kota Kinabalu (Inanam/Kolombong – Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kampung Mook, Kampung Marahang, Kampung Sarapung, Kampung Marahang Gana).
Takziah saya ucapkan kepada keluarga 13 mangsa tanah runtuh dan banjir - 7 mangsa maut di Kota Kinabalu (termasuk Kampung Cenderakasih) ; 5 mangsa maut di Papar dan seorang mangsa di Penampang. Moga mereka bersabar dan tabah menerima ujian berat ini.
Saya kini berada di Republik Rakyat China bagi memenuhi jemputan rasmi dan mesyuarat berjadual, termasuk 22nd China–ASEAN Expo (CAEXPO) di Nanning. Justeru hari ini, Setiausaha Politik saya, YB Datuk Hamzah Brahim, mewakili saya untuk turun ke Sabah, menziarahi mangsa di Dewan Raya Tandugal, Kg. Mook, Kinarut; Dewan Marahang, Papar dan Dewan Masyarakat Papar, serta menghulurkan sedikit bantuan yang diharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mangsa.
Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Tandugal Kg Mook, Kinarut, sumbangan disampaikan kepada Encik Aristhotle @ Jude Joseph, 48, yang kehilangan isteri Emily Johnny, 38, dan anak Xa Myre Aristhotle, 11, akibat runtuhan yang menjejas kediaman mereka.
Di PPS Kg Marahang sumbangan disampaikan kepada Encik Benney Binjamis, 37, yang kehilangan isteri, Wong Moi Ling @ Meymey, 34, serta dua anak, Kamey Asphereynda Benney, 10, dan Christen kell Benney, 6, akibat runtuhan.
Sumbangan turut disampaikan kepada PPS Dewan Tandugal dan PPS Dewan Masyarakat Papar menerusi Puan Juddy George, Pegawai Kebajikan Daerah Papar.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membantu mangsa terutama Kerajaan Negeri Sabah, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, semua jabatan dan agensi terlibat serta para sukarelawan, NGO dan penduduk tempatan yang sama-sama berganding bahu.
Semoga kita semua bersatu dalam usaha ini. Semoga semua yang terjejas akibat bencana diberikan kekuatan untuk bangkit semula dan semoga keadaan di Sabah dan semua kawasan terjejas banjir pulih segera.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Butterworth | 16 September 2025 | Selasa
Alhamdulillah menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Pulau Pinang, malam ini. Ini adalah julung kalinya perayaan ini diadakan di Pulau Mutiara.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi lambang perpaduan, kebersamaan dan kecintaan rakyat Malaysia terhadap tanah air tercinta. Kehadiran rakyat berbilang kaum, agama dan budaya membuktikan semangat ‘segulai sejalai’ di kalangan rakyat Malaysia terus subur di bumi bertuah ini.
Majlis pada malam ini turut diserikan dengan keberangkatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan kehadiran Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan amanat. YAB Premier Sarawak diwakili Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, manakala Ketua Menteri Sabah diwakili Timbalannya, Datuk Shahelmey Yahya. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Kemuncak acara ialah majlis menurunkan tandatangan dalam Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025 oleh tiga wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak -
Datuk Seri Anwar Ibrahim; Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili YAB Premier dan Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah.
Tandatangan yang diturunkan dalam Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2025 melambangkan tekad bersama untuk terus memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan menjunjung tinggi semangat cintakan negara.
Ayuh! marilah kita bersama-sama memaknai sambutan ini dengan menghargai keamanan ; memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kepelbagaian dan memperteguh ikatan kebersamaan demi Malaysia yang lebih utuh, makmur dan sejahtera.
Selamat Hari Malaysia 2025! 🇲🇾
#harimalaysia2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
16 September 2025 | Selasa
Hari ini kita menyambut detik bersejarah - penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam membina Malaysia yang berdaulat. Lebih enam dekad bersama, perpaduan menjadi tunjang kekuatan kita dalam kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.
Perpaduanlah yang membolehkan kita segulai sejalai (seiring sejalan) dalam menempuh cabaran, membina kemajuan serta mengangkat martabat Malaysia di persada dunia. Semangat inilah yang harus kita terus perkukuhkan demi masa depan negara.
Keamanan yang kita nikmati hari ini bukan datang dengan mudah, tetapi hasil jerih perih pengorbanan dan semangat kebersamaan rakyat. Kekacauan yang berlaku di sesetengah negara luar menjadi iktibar buat kita agar sentiasa memilih jalan perpaduan, bukan perpecahan.
Malaysia bertuah kerana rakyatnya menolak ekstremisme, kebencian dan perpecahan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk. Jangan sesekali kita biarkan perpecahan merampas keamanan yang telah kita bina bersama.
Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan seimbang untuk semua rakyat. Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberi perhatian serius — bukan sahaja soal hak, tetapi juga maruah dan keadilan untuk Sabah dan Sarawak. Melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), banyak pencapaian direkodkan termasuk pengembalian kuasa tertentu kepada negeri, penyelesaian isu hasil dan pindaan Ordinan Buruh Sabah & Sarawak.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Inilah roh sebenar federalisme yang kita junjung — berpaksikan musyawarah, persefahaman dan saling menghormati.
Sempena Hari Malaysia 2025, marilah kita memperbaharui tekad untuk terus memelihara perpaduan, menolak politik kebencian, dan mempertahankan kestabilan negara.
Perpaduan, keharmonian dan keamanan adalah warisan terpenting untuk generasi akan datang. Dengan semangat Malaysia MADANI, ayuh kita melangkah yakin demi kemakmuran ekonomi, kesejahteraan rakyat dan keutuhan Malaysia yang kita cintai.
“Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 🇲🇾
#harimalaysia2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 12 September 2025 | Jumaat
Alhamdulillah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil.1 Tahun 2025 berlangsung hari ini dengan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi itu turut dihadiri YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Kerajaan Madani sentiasa komited dalam memastikan segala tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia.
Mengikut terma rujukan, mesyuarat MTPMA63 perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Sehingga kini, 13 tuntutan MA63 telah berjaya diselesaikan, di mana 9 daripadanya di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
Antara yang telah berjaya dilaksanakan termasuk pengiktirafan JKR & JPS Sabah/Sarawak sebagai jabatan teknikal, pindaan Akta LHDN untuk melantik wakil Sabah & Sarawak, penyerahan kuasa kawal selia gas di Sabah, pentadbiran kehakiman, serta penyerahan kuasa kawal selia elektrik di Sabah.
Selain itu, turut diselesaikan ialah cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan, pindaan Ordinan Buruh Sabah & Sarawak, serta penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.
Mesyuarat kali ini turut membincangkan empat pembentangan utama iaitu status terkini pelaksanaan MA63, pertambahan kerusi Parlimen Sabah & Sarawak, cadangan pindaan Perlembagaan dalam aspek pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, dan kuasa alam sekitar.
Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan lancar dan harmoni. Beberapa keputusan besar telah dipersetujui bersama termasuk pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Sabah & Sarawak sebagai jabatan teknikal untuk projek bernilai bawah RM50 juta.
Kerajaan Persekutuan juga bersetuju mempertimbangkan supaya bilangan kerusi Dewan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Negeri Sarawak ditambah. Walau bagaimanapun, ia memerlukan perincian dan perbincangan lanjut dari segi perundangan.
Satu lagi persetujuan penting ialah kertas Jemaah Menteri akan dibawa bagi membolehkan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak memperakukan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di kedua-dua negeri.
Mengenai alam sekitar, kuat kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 akan digantung melalui Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan, dan ia akan dibentangkan di Parlimen Disember 2025.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak. Semangat permuafakatan inilah yang kita perlu kekalkan demi keadilan dan kesejahteraan bersama.
Bagi tuntutan lain yang belum selesai, ia akan terus dibincang dan dipantau melalui Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri serta beberapa jawatankuasa kerja di peringkat kementerian dan agensi.
Inilah bukti iltizam Kerajaan Madani untuk mengangkat kembali semangat asal MA63, memastikan hak Sabah dan Sarawak terjamin, serta membina Malaysia yang lebih adil dan makmur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana menjadi tuan rumah mesyuarat hari ini. Terima kasih juga kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan, Negeri Sarawak dan Negeri Sabah atas komitmen padu dalam agenda penting ini.
#ma63
#mtpma63
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah berkesempatan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya, Kuching, bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini tadi.
Turut sama solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 11 September 2025 | Khamis
Alhamdulillah malam ini menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Bersempena Lawatan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak, di sebuah hotel di Kuching.
Majlis berkenaan turut dihadiri YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak - Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri.
Dalam amanat beliau pada majlis berkenaan, YAB Perdana Menteri antara lain menyentuh betapa Sarawak kini berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju dalam bidang peralihan tenaga.
Sarawak menurut Perdana Menteri mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab tenaga hijau serantau berikutan kekuatan negeri itu dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, khususnya hidrogen.
Sarawak mempunyai potensi besar dalam tenaga hijau, khususnya hidrogen, yang mampu menjadikan negeri ini hab tenaga bagi rantau ini.
#tpmfy
#petra
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Limbang | 11 September 2025 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini kita bersama-sama menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat Sarawak — Majlis Pelancaran Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Nanga Mendamit, Limbang, yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta turut dihadiri YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.
Projek ini sangat dekat di hati saya. Ketika SSLR diumumkan pelaksanaannya pada tahun 2020, saya memegang amanah sebagai Menteri Kerja Raya yang bertanggungjawab memulakan projek ini, dan turut memantau pelaksanaan SSLR Fasa 1 yang bermula pada 2021.
Kini, sebagai Timbalan Perdana Menteri yang turut diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk mengurus hal ehwal Sabah dan Sarawak, saya terus komited memastikan projek pembangunan mega seperti Lebuhraya Pan Borneo dan SSLR dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana pada tahun 2023 telah meluluskan SSLR2 dengan kos anggaran RM7.6 bilion.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada sahabat saya, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ; Kementerian Kerja Raya ; Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sarawak juga pihak konsultan dan kontraktor SSLR. Bersama-sama kita memastikan projek ini siap mengikut spesifikasi, jadual dan bajet yang ditetapkan.
SSLR2 akan menjadi nadi penghubung penting antara Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui Brunei. Ini bermakna rakyat tidak lagi terbeban dengan caj lintasan, urusan passport, atau perlu melepasi lapan pos imigresen sebelum sampai ke destinasi. Laluan ini juga akan membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat pedalaman, melengkapkan prasarana asas, serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Bagi rakyat di Limbang, Lawas dan kawasan pedalaman utara Sarawak, projek ini amat signifikan. Selama ini, ramai yang bergantung kepada jalan balak yang bergantung pada cuaca dan memakan masa panjang. Dengan siapnya SSLR nanti, perjalanan ke Miri atau Sabah akan lebih mudah, selesa dan menjimatkan kos.
Saya percaya, SSLR bukan sekadar membina jalan raya, tetapi ia adalah jalan penyambung kehidupan – menghubungkan komuniti, membuka akses kepada pendidikan, kesihatan dan ekonomi, serta merancakkan sektor pelancongan eko dan agro yang kaya di bumi Sarawak.
Kerajaan akan terus memberi perhatian dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara negeri, menambah baik infrastruktur serta meningkatkan ketersambungan kawasan luar bandar agar rakyat dapat menikmati pembangunan yang lebih seimbang.
Insya-Allah, dengan SSLR ini, kita bukan sahaja membina infra rakyat demi kesejahteraan rakyat, tetapi juga membina harapan dan masa depan yang lebih baik demi Sarawak Maju Makmur.
#sslr2
#tpmfy
#infrarakyat
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada tujuh bakal Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang akan memulakan tugasan rasmi di negara penempatan masing-masing.
Hari ini, mereka telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat saya di Menara PETRA. Mereka terdiri daripada Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah (Duta Besar Malaysia ke Thailand) ; Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman (Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi) ; Datuk Yubazlan Yusof (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan) ; Datuk Mohammad Ali Selamat (Duta Besar Malaysia ke Brazil) ;Mohamad Razdan Jamil (Duta Besar Malaysia ke Jerman) ; Haznah Md. Hashim (Duta Besar Malaysia ke Sepanyol), dan Datuk Azri Mat Yacob (Duta Besar Malaysia ke Poland).
Dalam pertemuan itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai dasar serta hala tuju kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Perwakilan Diplomatik yang dilantik. Saya mendoakan agar mereka dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh dedikasi demi meningkatkan reputasi Malaysia di persada antarabangsa.
#tpmfy
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menyaksikan penyerahan Surat Aku Janji daripada 13 pemaju projek di bawah Program LSS PETRA 5+ (Large Scale Solar – Peralihan Tenaga SuRiA Pusingan Kelima Tambahan) di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Surat Aku Janji diserahkan 13 pemaju projek yang telah berjaya dalam proses bidaan terbuka yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga selepas keputusan bagi bidaan terbuka LSS PETRA 5+ diumumkan pada 2 September 2025, sekali gus membolehkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memantau pelaksanaan projek dengan lebih cekap dan berkesan.
Kesemua 13 pembida dipilih berdasarkan harga bidaan yang kompetitif dan pematuhan ke atas kriteria-kriteria yang digariskan, dan turut menerima pemakluman rasmi mengenai kelulusan kuota untuk membangunkan loji jana kuasa solar berskala besar di seluruh negara yang dijangka mula beroperasi seawal tahun 2027.
Nilai pelaburan untuk semua projek ini dianggarkan melebihi RM6 bilion, dan lebih penting lagi, ia bakal menjana sehingga 12,000 peluang pekerjaan untuk rakyat.
Sejak 2016, program Large Scale Solar (LSS) telah meluluskan 121 projek dengan jumlah kapasiti 6,228MW, melibatkan pelaburan lebih RM21 bilion. Inilah bukti kesungguhan Kerajaan ke arah memperkukuhkan tenaga hijau negara.
Semua usaha ini adalah sebahagian daripada sasaran 70% campuran tenaga boleh baharu menjelang 2050, satu komitmen penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih mampan.
Bukan sahaja kita mengurangkan jejak karbon, malah kita juga menyokong agenda Malaysia MADANI, memperkukuh ekonomi hijau, dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda.
Saya percaya dengan kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan rakyat, kita mampu merealisasikan aspirasi ini bersama.
LSS PETRA 5+ bukan sekadar projek solar – ia adalah pelaburan untuk masa depan Malaysia. Tenaga bersih, peluang pekerjaan, dan masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
#lsspetra5+
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 10 September 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 9 September 2025 | Selasa
Hari ini saya berbesar hati merasmikan Sidang Kemuncak Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace & Security - WPS) ASEAN 2025 serta melancarkan Pelan Tindakan Nasional mengenai WPS yang pertama.
Pelancaran ini membuktikan komitmen Malaysia untuk memperkukuhkan agenda inklusif serta memastikan wanita memainkan peranan utama dalam keamanan dan keselamatan.
Agenda WPS bukan sekadar dokumen dasar, tetapi asas diplomasi dan teras kepada keamanan yang berkekalan. Tiada keamanan boleh bertahan jika wanita diketepikan.
Pengalaman Malaysia dalam rundingan damai di Selatan Thailand dan Mindanao membuktikan bahawa kepercayaan sering terbina hasil sumbangan wanita di peringkat komuniti.
Namun, dunia kini berdepan cabaran baharu seperti ekstremisme, buli siber dan perubahan iklim. Semua ini menuntut pendekatan lebih inklusif dengan penglibatan wanita secara bermakna.
Pelan Tindakan Nasional WPS Malaysia dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri serta agensi berkaitan.
Pelan ini juga melengkapi Dasar Wanita Negara 2025–2030 dan menjawab saranan badan antarabangsa termasuk Jawatankuasa CEDAW.
Kajian UN Women membuktikan, perjanjian damai yang melibatkan wanita secara bermakna adalah 35% lebih berdaya tahan untuk bertahan sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Ke Arah Komuniti ASEAN yang Inklusif dan Mampan”, Malaysia meletakkan agenda WPS sebagai sebahagian daripada visi besar rantau ini.
Semoga sidang kemuncak ini melahirkan idea baharu, memperkukuh kerjasama serantau dan membawa ASEAN ke arah keamanan yang inklusif serta mampan.
#tpmfy
#petra
#wanitakeamanankeselamatan
#myasean2025
#asean2025
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 9 September 2025 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan merasmikan Edisi Keempat ENGINEER & MARVEX 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tahniah kepada penganjur bersama — IEM, MACRA dan C.I.S atas usaha menjadikan acara ini sebagai platform kejuruteraan dan HVAC&R terulung di ASEAN.
ENGINEER & MARVEX bukan sekadar pameran, ia adalah tempat bertemunya kepakaran, inovasi dan visi masa depan. Di sinilah bermulanya hala tuju pembangunan infrastruktur negara yang lebih mampan dan lestari.
Malaysia kini berada di persimpangan penting. Kita bukan sahaja mengejar pertumbuhan ekonomi, tetapi sedang merangka semula cara negara dibina, m menjana tenaga dan memelihara m sumber untuk generasi akan datang.
Melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan menyasarkan pelaburan bernilai RM611 bilion dengan RM430 bilion bagi pembangunan, 35% tenaga kerja berkemahiran menjelang 2030, dan 70% tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga negara menjelang 2050 melalui NETR.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memperkenalkan dua inisiatif penting:
i) CRESS (2024) – membolehkan syarikat membeli atau membekalkan elektrik hijau melalui capaian grid terbuka.
ii) CREAM (2025) – menggalakkan komuniti kediaman menggabungkan pemasangan solar bumbung dalam radius 5km.
Kedua-dua program ini akan memperluas kapasiti tenaga boleh diperbaharui, mewujudkan peluang ekonomi, dan mempercepatkan pencapaian sasaran 70% tenaga hijau menjelang 2050.
Di bawah RMK13, kerajaan turut menubuhkan NEPIO bagi meneroka tenaga nuklear sebagai sumber alternatif bersih, serta melaksanakan projek BESS berskala grid 400MWh dengan tambahan 1,400MWh dalam perancangan. Malaysia juga giat membina kerjasama serantau melalui inisiatif Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid)
ENGINEER & MARVEX 2025 turut menampilkan penyelesaian seiring Dasar Tenaga Negara 2022–2040, antaranya pembangunan infrastruktur pusat data, sistem penyimpanan tenaga bateri, serta teknologi HVAC terkini untuk dewan bedah hibrid yang meningkatkan fasiliti kesihatan dengan penjimatan tenaga.
Cabaran besar kita adalah pembangunan bakat. Malaysia masih kekurangan jurutera profesional berbanding negara maju. Laluan TVET dan STEM perlu diperkukuh, serta pembelajaran sepanjang hayat dipertingkat. Platform ini mampu melahirkan jurutera yang bersedia membina bandar pintar, grid tenaga hijau, dan sistem air mampan.
Malaysia MADANI mengimpikan negara yang mampan, inklusif dan berdaya tahan. Ke arah mencapai visi ini, kita memerlukan kolaborasi erat antara kerajaan, jurutera, industri dan akademia. Sama-sama kita manfaatkan ENGINEER & MARVEX 2025 sebagai pemangkin inovasi demi masa depan hijau negara.
#tpmfy
#petra
#netr
#engineer2025
#marvex2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 8 September 2025 | Isnin
Hari ini saya berbesar hati menyempurnakan perasmian International Conference on Chemical and Energy Engineering (ICChEE) 2025, himpunan pemikir terkemuka dan pemimpin berwawasan yang bersatu mempercepatkan peralihan tenaga global melalui inovasi berani, penyelidikan perintis, dan pendidikan bertaraf dunia.
Malaysia berdiri teguh bersama 145 negara yang komited mencapai sasaran Sifar Bersih, merangkumi hampir 90% pelepasan global. Berpandukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kita merangka haluan strategik untuk mencapai Sifar Bersih menjelang 2050 melalui enam tumpuan utama: kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, biojisim, hidrogen, mobiliti hijau, dan penangkapan karbon.
Di bawah mobiliti hijau, Malaysia memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik (EV) meliputi rangkaian pengecasan, elektrifikasi armada, dan pembuatan tempatan. Dengan 4,100 kemudahan pengecas EV di seluruh negara, Malaysia kini menuju ke arah menjadi hab serantau mobiliti lestari.
Matlamat kita ialah meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 70% menjelang 2050 dan menggandakan penjimatan kecekapan tenaga kepada 22%. Langkah praktikal seperti pengubahsuaian bangunan, pengukuhan standard peralatan, serta peluasan penggunaan biodiesel sudah mula menunjukkan hasil yang ketara.
Malaysia juga meneroka potensi hidrogen hijau yang dijangka menjana RM400 bilion dan mewujudkan 200,000 pekerjaan menjelang 2050. Usaha ini diperkukuh dengan dasar dan insentif seperti Akta Kecekapan & Pemuliharaan Tenaga 2024, NIMP 2030, GITA, GITE, dan DIAF-ESG, agar aspirasi iklim diterjemah kepada tindakan yang konkrit.
Bertemakan “Menginovasi Penyelesaian Sifar Bersih”, ICChEE 2025 mengangkat Strategi 5D Malaysia — Dekarbonisasi, Desentralisasi, Digitalisasi, Diversifikasi dan Demokratisasi — sebagai landasan membina ekosistem tenaga mampan dan berdaya tahan.
Mari kita berganding bahu, berinovasi dengan berani dan memacu transformasi tenaga demi masa depan Malaysia yang bersih, lestari dan sejahtera.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Berbesar hati merasmikan Persidangan Sumber Manusia PKS 2025, anjuran IHR Consulting dan Kumpulan EMKAY, yang menghimpunkan lebih 200 pengasas PKS, pemimpin sumber manusia serta penggerak ekosistem.
PKS merupakan tulang belakang ekonomi negara, menyumbang 40% kepada KDNK Malaysia dan menggaji hampir separuh daripada tenaga kerja kita. Tema persidangan ini, “Sumber Manusia, Strategi Orang dan Perniagaan: Memperkasa PKS Malaysia ke Arah Kejayaan”, menekankan peranan penting modal insan dalam memacu pertumbuhan, inovasi dan kelestarian.
Sumber manusia bukan sekadar fungsi sokongan, malah pemacu strategik pertumbuhan. Kajian menunjukkan bahawa PKS dengan amalan sumber manusia yang tersusun berkembang 2.5 kali lebih pantas dan dapat meningkatkan skala operasi tiga kali lebih berkesan. Dengan melabur dalam pembangunan insan, kita sebenarnya melabur untuk masa depan perniagaan dan negara.
Sepanjang dua hari persidangan ini, para peserta akan meneroka strategi yang mampu mengubah landskap, daripada penggunaan alat pengambilan pekerja berasaskan kecerdasan buatan, inisiatif peningkatan kemahiran yang disokong kerajaan, hinggalah kepada program inovatif dalam aspek pengekalan bakat dan kesejahteraan pekerja. Semua ini bukan sekadar kemungkinan masa hadapan, tetapi realiti yang sedang membentuk dunia perniagaan pada masa kini.
Dalam menuju era digital dan keterhubungan global, PKS mesti mengamalkan strategi yang tangkas, berasaskan data, serta berfokuskan insan. Para pemimpin harus melihat tenaga kerja bukan sebagai sumber semata-mata, tetapi sebagai nadi dan jiwa organisasi.
Semoga persidangan ini mencetuskan idea berani, kerjasama bermakna dan tindakan yang tuntas, seterusnya memperkasa PKS kita untuk terus berkembang dan membentuk kisah kejayaan Malaysia untuk tahun-tahun mendatang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Cyberjaya | 8 September 2025 | Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 8 September 2025 | Isnin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan media yang menghadiri sesi libat urus bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sempena Malam Media PETRA 2025 di Kuala Lumpur, malam tadi (7 September 2025).
PETRA amat menghargai sumbangan besar pihak media sebagai rakan strategik kerajaan. Peranan media amat penting dalam menyampaikan usaha murni kerajaan kepada rakyat. Libat urus anjuran PETRA ini diharap dapat memperkukuhkan lagi silaturrahim serta kerjasama baik di antara PETRA dan rakan-rakan media.
Dalam sesi libat urus itu, saya turut berkongsi dengan rakan-rakan media mengenai perkembangan terkini dalam sektor tenaga dan air di bawah PETRA. Antaranya mengenai kajian penggunaan nuklear sebagai salah satu sumber tenaga baharu, dengan jangkaan pelaksanaan mungkin dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Ketika ini MyPower - agensi di bawah PETRA, sedang melaksanakan penilaian terperinci dari segi dasar dan perundangan, kebolehlaksanaan teknikal & komersial, hala tuju industri, libat urus awam dan memastikan negara mempunyai teknologi serta sumber manusia yang mencukupi.
Pada Mesyuarat Menteri Tenaga Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang saya hadiri di Busan, Republik Korea baru-baru ini, negara di rantau Asia termasuk negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand sudah bersetuju untuk mempertimbang penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu di masa hadapan. Mesyuarat bersetuju bahawa nuklear adalah salah satu pilihan bagi negara-negara APEC untuk memastikan bekalan tenaga bersih.
Dalam usaha memastikan pembangunan ekonomi negara, bekalan tenaga kepada industri terutamanya ekonomi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan pusat data yang menggunakan tenaga, kita perlu memastikan bekalan tenaga yang terjamin, dengan kerajaan kini mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber. Dari segi keselamatan, banyak loji tenaga nuklear daripada generasi kedua hingga generasi ketiga telah berkembang dengan baik, sama ada dari segi teknologi, keselamatan, alam sekitar, mahupun penerimaan masyarakat dunia.
Bagi sektor air, PETRA sentiasa komited dalam memastikan pencapaian objektif Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) di bawah Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, pagi ini merasmikan Program Jejak Inovasi Sosial Zon Sarawak, sebuah inisiatif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di dataran Surau Al Amin, Kg Gita Baru.
Beberapa bulan lalu, program ini telah menjejak ke beberapa buah negeri dari utara ke selatan, dari pantai timur hingga ke Sabah dan Sarawak. Apa yang disaksikan bukan sekadar projek atau idea, tetapi manifestasi semangat rakyat yang sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan mereka dan komuniti mereka.
Inovasi sosial tidak semestinya melibatkan teknologi canggih atau modal yang besar tetapi perkara yang kecil di kawasan kampung dengan satu pertanyaan: "Bagaimana kita boleh menjadikan hidup kita lebih baik bersama-sama?"
Kita telah melihat pelbagai contoh cemerlang daripada inisiatif pertanian bandar yang memperkasakan komuniti B40 di kawasan bandar, kepada aplikasi mudah alih yang membolehkan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat akses kepada perkhidmatan penting,
hinggalah kepada model pendidikan alternatif bagi anak-anak di kawasan pedalaman.
Seperti membuat kek lapis, prosesnya mengambil masa yang lama maka di sini kita memikir teknologi mana yang mampu mengurangkan tempoh waktunya kerana dulu, saya siap tidur di dapur apabila isteri membuat kek lapis.
Bagi masalah setempat, orang tempatan tahu apa masalah tempatan maka pakar di peringkat pejabat perlu arif kawasan setempat dan kita kongsi ilmu dengan penduduk setempat untuk dibangunkan penyelesaian yang sesuai.
Maka melalui inisiatif YIM, kita ingin memastikan bahawa inovasi bukan hanya berada di menara gading atau makmal canggih, tetapi benar-benar turun ke tanah, memasuki desa, dan mengubah kehidupan rakyat lebih-lebih lagi mereka di peringkat akar umbi.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 7 September 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 6 September 2025 | Sabtu
Hari ini saya berkesempatan mengadakan beberapa perjumpaan di Kuching untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan pelbagai pihak demi kesejahteraan masyarakat.
Bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak, YDH CP Dato’ Mancha Ata, yang bakal bersara hujung September ini. Terima kasih atas khidmat bakti beliau, dan saya mendoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan, dan kesejahteraan.
Saya turut bertemu dengan delegasi SMK Sri Matang, diketuai YDP Encik Mohd Khalid bin Abdul Karim, dan mendengar pembentangan mengenai inisiatif pendidikan serta kebajikan pelajar. Pendidikan adalah asas kemajuan bangsa, dan usaha ini penting untuk membina generasi muda yang cemerlang.
Selain itu, pertemuan bersama Protem Lembaga Tahfiz Sarawak yang dihadiri Tuan Haji Affendi dan delegasi membincangkan usaha memperkukuh pendidikan tahfiz serta melahirkan huffaz yang berkemahiran dan berdaya kepimpinan.
Saya juga bertemu Hajah Masnoon Bujang, Pengerusi Women of Impact (WOI) bersama delegasi bagi membincangkan peranan wanita dalam pembangunan komuniti, ekonomi, dan institusi keluarga.
Pertemuan hari ini mencerminkan pentingnya sinergi antara kerajaan, institusi pendidikan, NGO, dan pihak berkepentingan dalam membina komuniti yang makmur dan bersatu padu. Dengan semangat kerjasama, kita mampu membawa perubahan bermakna demi kesejahteraan masyarakat.
#tpmfy #p194petrajaya #sarawakmajumakmur #malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 6 Sept 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, usai menyertai Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447H / 2025M, saya berkesempatan menyempurnakan perasmian Kembara Segulai Sejalai Belia Sarawak 2025 di Masjid Darul Aqsa, Kampung Segedup, Kuching
Penyertaan 35 belia dari seluruh Sarawak, mahasiswa Semenanjung serta sahabat serumpun dari Kalimantan dalam program itu membuktikan kebersamaan ini terus hidup dan subur.
Apa yang istimewa dalam kembara ini ialah ia berkonsepkan 1 hari 1 daerah – mahasiswa turun ke lapangan bersama komuniti. Mereka hidup bersama keluarga angkat – belajar kasih sayang, gotong-royong & persaudaraan merentas bangsa.
Aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan termasuk pembersihan kampung & rumah ibadat, program kesihatan, pendidikan di sekolah. Program motivasi & kepimpinan pelajar turut diadakan bagi menyemai inspirasi kepada anak-anak generasi pewaris bangsa.
Kembara ini bukan sekadar aktiviti, tetapi universiti kehidupan – mengajar erti pengorbanan, tanggungjawab sosial dan amanah kepimpinan. Tahniah & terima kasih kepada semua peserta, fasilitator, keluarga angkat, komuniti setempat & penganjur. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Dalam ucapan perasmian saya menekankan betapa ilmu pengetahuan dan kesedaran masyarakat perlu diperkukuh bagi menghadapi cabaran teknologi masa kini khususnya kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat.
Meskipun AI memberi banyak manfaat seperti mempercepat penyelesaian masalah dan membuka kaedah baharu dalam menangani cabaran, teknologi itu juga boleh disalahgunakan jika tiada kawalan dan kefahaman mendalam.
Golongan belia khsususnya perlu meningkatkan literasi digital supaya tidak mudah terpengaruh dengan manipulasi teknologi sekali gus menjadi benteng dalam mempertahankan kebenaran di era digital.
#kembarasegulaisejalai
#beliasarawak
#tpmfy
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 6 Sept 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan untuk bersama-sama menyertai Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447H / 2025M yang berlangsung penuh kemeriahan di Padang Merdeka, Kuching.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan turut dihadiri YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.
Dengan tema “Ummah Maju Makmur”, sambutan tahun ini menyaksikan penyertaan hampir 10,000 peserta yang terdiri daripada 209 kontinjen membawa 187 sepanduk, melambangkan semangat perpaduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Antara kontinjen yang terlibat termasuk: 43 JKKK / Persatuan / Kelab / Pertubuhan; 40 Masjid & Surau ; 39 Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan ; 22 Badan Berkanun ; 16 Sekolah Menengah ; 14 Badan Swasta / Institusi Kewangan ; 12 Sekolah Kebangsaan (Tahun 4-6) ; 10 IPTA / IPTS / Pusat Kemahiran ; 9 Badan Beruniform ; dan 4 Kumpulan Hadrah.
Sambutan ini bukan sekadar perarakan, tetapi manifestasi kecintaan, penghormatan, dan keazaman untuk meneladani akhlak Baginda SAW dalam membina sebuah ummah yang maju, makmur, dan diberkati Allah SWT.
#maulidurrasul1447h
#ummahmajumakmur
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Malam Semarak Mahabbah bersama Al Habib Najmuddin Bin Syed Othman Al Khered di dataran Pasar Malam Metrocity.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong, Dato Fazzrudin A Rahman dan Dr Hasfa Bakry Bin Hassan.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 6 September 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama penduduk di Masjid Darul Naim, Kampung Lintang, Kuching.
Sementara menunggu solat Isyak, kami mendengar kuliah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan Ustaz Solhi Sharif.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 5 September 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kawasan di Masjid Darul Ibadah, Kampung Semariang Lama, dalam Dewan Undangan N7 Semariang.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 5 September 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Malam ini, menghadiri Majlis Kesyukuran Dan Zikir Maulid Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1447/2025 di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Sambutan bertemakan Ummah Maju Makmur dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Majlis bacaan doa dan bacaan Yasin serta solat Maghrib diketuai Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi.
Turut hadir, Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 4 September 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
12 Rabiul Awal merupakan peristiwa yang cukup dekat dengan umat Islam; penuh dengan ibrah (pengajaran), maw‘izah (bimbingan), dan panduan hidup yang merentas batas waktu. Dalam lembaran sirah, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW mengasaskan sebuah pentadbiran yang sederhana tetapi penuh hikmah, memimpin umat dengan teladan, mendidik masyarakat dengan makrifah.
Maulidur Rasul bukan hanya memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga menghidupkan ingatan bahawa kepimpinan Baginda SAW adalah teladan tertinggi dalam pentadbiran, keadilan dan kasih terhadap umat. Beliau lah qudwah hasanah (contoh terbaik) sepanjang zaman.
Baginda Rasulullah SAW membina tamadun dengan asas akhlak, menegakkan amanah dalam urusan, dan memastikan setiap dasar berlandaskan rahmah. Sunnahnya tidak terbatas pada ibadah ritual semata-mata, tetapi juga merangkumi cara memimpin, mengurus masyarakat majmuk, dan menegakkan keadilan tanpa mengira darjat. Hanya dengan meneladani akhlak yang baik dan mengamalkan tatakelola yang telus lah yang mampu kita lakukan untuk menterjemah keunggulan Nabi Muhammad SAW.
“Sesungguhnya pada diri Rasullah SAW adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat” – Surah al-Ahzab, ayat 21
Bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang penuh barakah ini, marilah bersama-sama kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H kepada seluruh umat Islam.
“Membangun Ummah Madani”
#maulidurrasul1447h
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Usai menyempurnakan Program Sustainability & Renewable Energy Forum (SAREF) 4.0, saya menerima kunjungan Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Misi Khas Cambodia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Hadir sama dalam pertemuan bersama Datuk Dr. Othsman yang juga merupakan Presiden Yayasan Pembangunan Muslim Cambodia ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) yang menjaga Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Dato’ Haji Ibrahim Haji Baki dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 4 September 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 4 September 2025 | Thursday
Honoured to share Malaysia’s vision at the Sustainability and Renewable Energy Forum (SAREF 4.0) Closing Plenary, moderated by Zahir Kevin Ong Abdullah, held at the Borneo Convention Centre Kuching.
Our discussion explored how collaboration, innovation, and inclusivity are shaping the region’s sustainable energy future.
As the global energy landscape undergoes rapid transformation, Malaysia remains steadfast in diversifying its energy mix — from solar, hydropower, and bioenergy to emerging technologies such as hydrogen.
At the same time, we are working to strengthen regional interconnectivity through the ASEAN Power Grid, delivering cleaner, more reliable energy across borders.
Equally important is investing in people and innovation. By nurturing expertise, driving research and development, and creating green jobs, we can ensure a just and inclusive transition where every nation and community benefits from the opportunities of the energy shift.
With Sarawak at the heart of Malaysia’s renewable strategy, the Borneo Grid will stand as a powerful example of how cross-border collaboration accelerates decarbonisation, while driving economic growth and energy security across the region.
As ASEAN Chair in 2025, Malaysia will champion trust, innovative financing, and transformative policies to forge a cleaner, greener, and more resilient future for all.
Together, we are shaping an energy landscape built on sustainability, inclusivity, and shared prosperity, one that will endure for generations to come.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 4 Sept 2025 | Khamis
Hari ini bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Negeri Sarawak Bil. 2 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia.
Mesyuarat ini penting bagi memastikan kelancaran projek-projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di seluruh Sarawak, dengan tumpuan utama terhadap perancangan serta pelaksanaan projek.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) bagi Sarawak, demi memastikan kesinambungan pembangunan yang mampan dan inklusif.
Kami membincangkan secara menyeluruh status semasa pelaksanaan projek-projek pembangunan, termasuk analisis prestasi, peruntukan perbelanjaan, cabaran seperti kekangan peruntukan dan kelewatan penyempurnaan projek, bagi merangka penyelesaian yang lebih efektif.
Keutamaan kami adalah untuk memastikan setiap projek pembangunan di Sarawak disiapkan mengikut jadual dengan tahap kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Justeru, pelbagai pendekatan strategik telah dibincangkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak.
Dengan kerjasama dan iltizam semua pihak, saya yakin setiap inisiatif pembangunan di Sarawak dapat direalisasikan dengan lebih berkesan. Keutamaan kita adalah memastikan setiap projek bukan sahaja siap mengikut jadual, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan kemajuan negeri.
Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan
Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Bin Haji Zaidel, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) ; YB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri) serta pengurusan dan pegawai kanan yang mewakili Kementerian-Kementerian Persekutuan dan Negeri.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 4 Sept 2025 | Khamis
Pagi ini menyertai pertemuan dan perbincangan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Hj Openg dengan TYT Dr. Tan Tee Seng, Menteri Sumber Manusia dan Hal Ehwal Tenaga Singapura di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, Kuching.
Turut sama Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) yang menjaga Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), YB Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Baki.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah hari ini saya menggulung Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Negara, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15.
Saya merakamkan penghargaan kepada 6 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan kira-kira 10 isu berkaitan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Isu utama yang dibincangkan meliputi:
i) Banjir dan saliran;
ii) Bekalan air dan pembetungan;
iii) Pembekalan elektrik;
iv) Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Bagi sektor tenaga, RMK-13 memberi fokus kepada strategi pembekalan tenaga, akses elektrik hijau dan pembangunan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) terus menjadi panduan untuk mencapai 70% tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2050.
Peralihan tenaga merupakan strategi utama di bawah industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan sektor berimpak tinggi RMK-13. Usaha ini disokong melalui mekanisme pasaran tenaga lebih telus, naik taraf grid pintar, serta pembangunan sistem bekalan yang inovatif.
Antara inisiatif utama ialah:
i) Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS);
ii) Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM);
iii) Program Solar Bumbung termasuk Self Consumption (SelCo).
Selain itu, projek sambung tara elektrik hijau Malaysia-Vietnam-Singapura akan diteruskan bagi menyokong visi ASEAN Power Grid untuk pasaran tenaga mampan dan saling berhubung.
Bagi sektor air, Pelan Transformasi Air 2040 (AIR 2040) akan dipergiat dengan tumpuan kepada pengurangan NRW, peningkatan air pulih guna, teknologi rawatan inovatif, serta pengukuhan daya tahan operator air.
Isu banjir turut diberi perhatian kerana memberi impak besar kepada rakyat dan ekonomi. Kerajaan melaksanakan pendekatan struktur dan bukan struktur, namun cabaran kekal wujud termasuk kos tinggi, pengambilan tanah, serta pengalihan utiliti.
Untuk itu, PETRA menubuhkan pasukan petugas khas bagi mempercepat operasi dan pelaksanaan di tapak. Sebanyak 43 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (RM12 bilion) sedang dijalankan, antaranya RTB Kota Bharu, RTB Sungai Langat, dan Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang.
Lima sasaran utama ditetapkan menjelang 2030:
i) Penduduk dilindungi banjir meningkat kepada 1 juta orang;
ii) Keluasan kawasan dilindungi capai 1,400km²;
iii) 55 projek tebatan banjir baharu siap;
iv) 4 kolam takungan dwifungsi dibina;
v) 12 lembangan sungai bersepadu dibangunkan.
Sepanjang RMK-12, PETRA telah melaksanakan pelbagai projek untuk menjamin bekalan air dan tenaga negara. Daripada 495 projek, 113 siap, 256 sedang dilaksana, dan 123 masih di peringkat pra pelaksanaan.
Bagi RMK-13, projek-projek keutamaan akan diteruskan dengan kerjasama erat bersama Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, cadangan, dan teguran. Dengan kerjasama padu, kita akan terus mencari penyelesaian terbaik demi rakyat, negeri, dan negara tercinta.
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen | 2 September 2025 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, pagi ini saya melancarkan Laman web rasmi Malaysia Energy Literacy Program (MELP) – www.melp.my – semasa Sesi Perjumpaan YAB Menteri Bersama Warga PETRA Bulan September 2025 di Menara PETRA.
Laman web ini diyakini mampu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat antara lainnya mengenai kepentingan tenaga, penggunaan tenaga yang cekap, keselamatan elektrik serta peranan semua pihak dalam menyokong matlamat negara sifar karbon menjelang tahun 2050.
Platform digital ini diwujudkan sebagai pusat rujukan literasi tenaga negara yang interaktif, yang menyediakan pelbagai bahan rujukan digital, termasuk artikel, panduan, infografik, video, dan kandungan pendidikan.
Ia dibangunkan dan diterajui Suruhanjaya Tenaga dengan penglibatan aktif daripada Rakan Strategik MELP, iaitu PETRA, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), MyPOWER Malaysia Programme Office for Power Electricity Reform (MyPOWER), Yayasan Hijau Malaysia, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malakoff, NUR Power, dan Edra Energy.
Selain itu, tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System, IMS) yang merangkumi tiga piawaian antarabangsa iaitu:
(i) ISO9001:2015 - Sistem Pengurusan Kualiti;
(ii) ISO37001:2016 - Sistem Pengurusan Antirasuah;
(iii) ISO27001:2022 - Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.
Sistem Pengurusan Bersepadu ini menjadi asas penting kepada usaha SPAN untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan maklumat dikendalikan secara profesional dan beretika.
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
Putrajaya l 2 September 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Meriah dan penuh bersemangat, itulah ungkapan yang mampu saya katakan apabila lebih 100,000 rakyat Malaysia membanjiri Dataran Putrajaya untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan 2025.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang telah berkenan mencemar duli untuk bersama rakyat jelata pada sambutan ini.
Tahun ini, sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” turut dihadiri YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sambutan kali ini memperlihatkan perarakan dan persembahan melibatkan 14,062 peserta, 81 kontinjen, 21 pasukan pancaragam pelbagai agensi.
Selain itu, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta lebih 100 haiwan dalam perkhidmatan awam.
Malah, turut menampilkan kelainan menerusi penyertaan julung kali Kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025 sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hkhm2025
Putrajaya l 31 Ogos 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
31 Ogos 2025 | Ahad
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita diberi kesempatan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68 pada tahun 2025 ini. Hari ini bukan sekadar peringatan kepada detik merdeka yang telah kita warisi, tetapi juga saat untuk kita merenung erti watan sebagai amanah dan daulah sebagai tanggungjawab.
Kemerdekaan bukan hanya bebas daripada penjajahan zahir, tetapi juga seharusnya bebas daripada belenggu jiwa, fikiran, dan kelekaan yang boleh melemahkan umat serta negara. Sebagai sebuah watan yang berdaulat, kita dituntut untuk membina peradaban yang berteraskan ilmu, keadilan, dan kesejahteraan.
Malaysia adalah rumah kita bersama. Dalam kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama, terikat satu tekad kita bersama, iaitu mempertahankan kedaulatan, mengangkat maruah anak bangsa, perkukukuhkan perpaduan dan memastikan negara ini terus makmur serta dihormati. Inilah erti kemerdekaan yang hakiki; bukan hanya diwarisi, tetapi dipertahankan dan diperkasakan oleh generasi ke generasi.
Generasi hari ini perlu menyedari betapa cabaran global seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi, dan geopolitik menuntut kita untuk lebih berdaya tahan, berfikiran terbuka dan inovatif – namun tetap berpaksikan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Malaysia teguh kerana kepelbagaian bangsa, budaya, agama dan bahasa yang kita miliki. Inilah kekuatan kita. Sejarah telah membuktikan ketika kita bersatu hati, kita berjaya menempuh apa jua cabaran daripada perjuangan kemerdekaan sehinggalah bersama-sama membangunkan negara .
Tema Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni - mengingatkan kita bahawa rakyat ialah teras pembangunan negara. Malaysia MADANI menekankan nilai kemanusiaan, ihsan, keadilan dan kesejahteraan. Kita mahu membina sebuah negara yang inklusif, di mana setiap rakyat berasa dihormati, disantuni dan dilindungi.
Ayuh rakyat Malaysia!
Mari kita perbaharui tekad dah iltizam untuk terus ‘segulai sejalai’ mempertahankan kemerdekaan ini dengan jiwa yang merdeka, hati yang ikhlas dan semangat yang tidak pernah luntur.
Selamat Hari Kebangsaaan kepada seluruh warga Malaysia
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
#harikebangsaan2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#rakyatdisantuni -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS).
Di dalam amanat beliau YAB Perdana Menteri menegaskan betapa perpaduan adalah asas kekuatan Malaysia sejak dari awal perjuangan kemerdekaan. Semangat itu perlu terus dipelihara untuk memastikan kestabilan serta kemakmuran negara berkekalan.
Tidak ada negara yang mampu merdeka kalau tidak ada semangat kerjasama, perpaduan serta jati diri. Kemerdekaan Malaysia dibayar dengan harga yang tinggi, nyawa, harta benda, dan keringat semua kaum.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa mereka yang cuba memecahbelahkan rakyat berasaskan kaum, wilayah atau agama mesti dihalang dengan tegas kerana tindakan itu hanya akan meruntuhkan masa depan negara.
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hkhm2025
Serdang l 30 Ogos 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 29 Ogos 2025 | Jumaat
Sebelum pulang ke Malaysia, saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Sisa Gangbyeon yang terletak di Busan.
Kejayaan Republik Korea dalam membangunkan sistem rawatan serta agihan air yang efisien wajar dijadikan contoh oleh negara lain. Korea Selatan terbukti sebagai sebuah negara maju dalam aspek pengurusan dan penyediaan bekalan air bersih kepada pengguna.
Justeru Malaysia berhasrat mempelajari pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Korea Selatan, khususnya dari segi teknologi, dasar pengurusan dan kaedah inovatif bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi serta berkualiti.
Usaha ini diyakini mampu diaplikasikan di peringkat nasional, bukan sahaja bagi meningkatkan kecekapan sistem sedia ada, malah juga demi kemudahan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
Sudah tentu banyak yang boleh kita pelajari daripada pengalaman Korea Selatan, bukan sahaja dalam aspek rawatan air, tetapi juga dalam pengurusan menyeluruh sungai dan keseluruhan rantaian sumber air.
Korea Selatan memastikan setiap aliran, bermula dari sumber sungai sehingga proses rawatan, dilaksanakan dengan teliti bagi menjamin kualiti air yang masuk dan keluar sentiasa bersih.
Loji Rawatan Air Sisa Gangbyeon di Busan berfungsi merawat air sisa daripada beberapa daerah di Busan dengan kapasiti semasa sebanyak 450,000 meter padu sehari. Kemudahan ini turut melaksanakan kaedah rawatan yang mampu menjana tenaga boleh baharu untuk kegunaan operasinya sendiri.
Menariknya, loji ini menggunakan semula 42 peratus tenaga yang dijananya, menjadikannya lebih cekap dan lestari.
Dalam lawatan tersebut, saya turut diiringi Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, TYT Dato’ Mohd Zamruni Khalid, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Puan Mareena Mahpudz.
#tpmfy
#petra
#malaysiakorea 🇲🇾🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 29 Ogos 2025 | Jumaat
Terima kasih tuan rumah Republik Korea - di atas kejayaan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM15) Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) 2025 pada 27 dan 28 Ogos, dengan tema “Mempercepatkan Tenaga Mampan, Mampu Milik, Boleh Dipercayai, Selamat dan Inovatif untuk Masa Depan yang Makmur”.
Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC 2025 antara lain menegaskan semula komitmen terdahulu seperti Putrajaya Vision 2040, Aotearoa Plan of Action dan Bangkok Goals on BCG Economy, sambil menekankan kepentingan keterjaminan bekalan tenaga, daya tahan dan akses sejagat.
Mesyuarat juga menegaskan fokus utama untuk mempercepatkan pemodenan sistem tenaga, memperluaskan akses tenaga untuk semua & menyokong pertumbuhan ekonomi serantau yang lestari.
Kerjasama akan diperkukuhkan melalui perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti & sambungtara rentas sempadan. Manakala kecerdasan buatan & teknologi digital diiktiraf sebagai pemungkin penting, tetapi perlu diterapkan secara selamat.
Dalam kenyataan bersama juga menekankan betapa kecekapan tenaga & pengurusan permintaan semakin kritikal, dengan hidrogen diiktiraf sebagai salah satu penyelesaian jangka panjang bagi keterjaminan bekalan tenaga.
Perdagangan tenaga serantau juga terus digalakkan. Gas asli & LNG diiktiraf sebagai sumber tenaga penting yang fleksibel, mampu milik & menyokong keselamatan tenaga ekonomi serantau APEC.
Pelaburan, inovasi & R&D bersama digalakkan untuk mengatasi cabaran tenaga. Manakala teknologi seperti grid pintar, penstoran tenaga & tenaga boleh baharu akan membuka peluang pekerjaan & pembangunan ekonomi baharu.
Mesyuarat juga mengakui permintaan tenaga elektrik melonjak ekoran elektrifikasi domestik, pengangkutan, industri & pusat data. Justeru ekonomi APEC digesa mempelbagaikan sumber bekalan tenaga & meningkatkan fleksibiliti sistem bagi menjamin kestabilan bekalan.
Pemodenan grid tenaga adalah keutamaan - transmisi, mikrogrid, sistem penstoran, kabel dasar laut & keselamatan siber. Kerjasama awam-swasta sangat penting untuk menjayakan pelaburan ini.
Kecerdasan buatan dilihat sebagai game changer dalam sektor tenaga — dari ramalan permintaan, loji janakuasa maya hingga pengoptimuman grid. Namun, lonjakan permintaan tenaga akibat kecerdasan buatan memerlukan langkah kecekapan tambahan khususnya di pusat data.
APEC menegaskan semula matlamat kolektif menggandakan tenaga boleh baharu menjelang 2030 & mengurangkan intensiti tenaga sebanyak 45% menjelang 2035. Akses tenaga untuk semua menjadi asas keterangkuman ekonomi.
Terima kasih Korea atas kejayaan penganjuran mesyuarat kali ini. Jumpa di China - tuan rumah selepas ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga Wisma Putra dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, TYT Dato' Mohd Zamruni Khalid serta para pegawai beliau yang telah banyak membantu mempermudahkan urusan perjalanan lawatan rasmi saya sepanjang lima hari di Busan.
#tpmfy
#petra
#apecemm15
#apeckorea2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 29 Ogos 2025 | Jumaat
Alhamdulillah malam tadi berkesempatan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan bersama diaspora Malaysia di Busan, Republik Korea.
Gema ucapan Hari Kebangsaan disusuli laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka! mengakhiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia, anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan itu.
Rutin biasa saya setiap kali mengadakan lawatan kerja ke luar negara, untuk meluangkan masa menyantuni diaspora Malaysia, berkongsi perkembangan di tanah air dan mendengar aspirasi serta suara hati anak Malaysia di perantauan.
Antara lain malam tadi, saya berkongsi perkembangan dasar peralihan tenaga dan transformasi air negara, dasar kerajaan, perkembangan ekonomi dan politik tanah air.
Pastinya saya amat berbangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia di mana pun mereka berada, mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Begitu banyak kisah kejayaan anak Malaysia dalam pelbagai bidang di luar negara ada yang memang diketahui umum, ada juga secara senyap, membina kejayaan cemerlang menerusi kepakaran.
Semoga warga Malaysia di Korea Selatan akan terus memainkan peranan sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Republik Korea.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Seoul khususnya kepada Duta Besar Malaysia, TYT Dato' Mohd Zamruni Khalid.
#tpmfy
#petra
#malaysiakorea🇲🇾🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 28 Ogos | Khamis
Mengadakan tiga pertemuan dua hala dengan tuan rumah, Korea Selatan, Hong Kong dan Brunei Darussalam di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-15 hari ini tadi.
Saya mengadakan pertemuan dengan Tuan Kim Jung-kwan, Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga, Republik Korea ; Tse Chin-wan, Setiausaha bagi Alam Sekitar dan Ekologi, Kerajaan Daerah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.
Perbincangan semasa tiga mesyuarat dua hala berkenaan merangkumi pelbagai perkara di bawah sektor tenaga.
Antara topik yang dibincangkan termasuklah pengukuhan kerjasama dalam bidang tenaga, kolaborasi dalam teknologi hidrogen, pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik, pengukuhan sambungtara serantau di bawah ASEAN Power Grid, waste-to-energy dan inisiatif kecekapan tenaga.
#tpmfy
#petra
#emmapec15
#apec2025🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 28 Ogos 2025 | Khamis
Malaysia telah mengiktiraf bahawa kesiapsiagaan grid adalah teras kepada peralihan tenaga negara. Justeru dibawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia memberi keutamaan kepada peluasan penghantaran serta pemodenan grid bagi memastikan tenaga boleh diperbaharui berskala besar dapat disepadukan dengan selamat dan berdaya tahan.
Pada masa yang sama, Malaysia turut memperkukuh hubungan antara grid dengan negara jiran ASEAN melalui Grid Tenaga ASEAN, kerana keselamatan tenaga serantau hanya dapat dicapai sekiranya rangkaian kita dihubungkan dan berdaya tahan merentas sempadan.
Perkara ini saya tegaskan ketika intervensi Sesi 2 Tematik : Memperkukuh Keselamatan dan Kebolehpercayaan Grid – Perbincangan Terbuka Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-15 hari ini.
Teknologi akan memainkan peranan transformasi. Sistem penyimpanan tenaga, rangkaian pengagihan pintar, dan kabel kuasa dasar laut bukan lagi pilihan, malah ia sudah menjadi satu keperluan.
Malaysia kini sedang melaksanakan projek perintis sistem penyimpanan tenaga bateri untuk menyediakan kestabilan apabila penembusan tenaga boleh diperbaharui meningkat.
Malaysia juga sedang melabur dalam pendigitalan grid, pemasangan meter pintar, serta pengurusan permintaan tenaga bagi meningkatkan keanjalan dan kecekapan sistem. Usaha-usaha ini akan memastikan grid kita bukan sahaja lebih kukuh, malah juga lebih pintar.
Bagi mempercepat transformasi ini, kerajaan perlu menyediakan kerangka yang sesuai. Di Malaysia, kami menggerakkan kerjasama awam-swasta untuk peluasan grid serta mewujudkan insentif pelaburan dalam teknologi penyimpanan tenaga. Mekanisme tarif yang jelas dan telus, disokong oleh perancangan jangka panjang, juga penting untuk memberikan kepastian kepada para pelabur.
Namun tiada satu pun ekonomi yang mampu mencapai kebolehpercayaan grid secara bersendirian. Kerjasama serantau amatlah penting. Melalui platform seperti APEC, kita dapat berkongsi amalan terbaik, menyelaras piawaian, dan bekerjasama dalam projek infrastruktur rentas sempadan. Dengan berbuat demikian, kita memperkukuh daya tahan kolektif dan memastikan grid kita bersedia memenuhi keperluan masa depan tenaga bersih.
#tpmfy
#petra
#emmapec15
#apec2025🇰🇷
#malaysiakorea🇲🇾🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 28 Ogos 2025 | Khamis
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) memainkan peranan penting dalam menyatukan ekonomi serantau bagi perkongsian dasar, perundangan, amalan terbaik serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan secara kolektif. Melalui kerjasama serantau ini, Malaysia mampu untuk memperkukuhkan kapasiti tenaga elektrik yang stabil, lestari, dan tersedia di masa depan.
Bagi Malaysia, cabaran utama adalah memenuhi permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di samping memenuhi komitmen perubahan iklim negara. Mengimbangi keterjaminan, kelestarian dan kemampuan dalam trilemma tenaga terus menjadi teras pendekatan kami.
Perkara ini saya suarakan dalam intervensi Sesi 1 Tematik : Peluasan Bekalan Elektrik Untuk Bekalan Stabil - Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-15, hari ini.
Menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap - NETR), Malaysia telah menetapkan sasaran 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050. Untuk mencapai sasaran ini, sekatan eksport tenaga boleh baharu telah dimansuhkan, sistem pertukaran tenaga hijau dibangunkan, dan sambungtara serantau melalui Rangkaian Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid - APG) diperkukuhkan.
Pada masa sama, Malaysia menggalakkan pelaburan melalui tender kompetitif projek solar berskala besar serta memperkenalkan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) yang meningkatkan ketelusan dan keyakinan pelabur.
Akhir sekali, saya percaya inovasi adalah kunci. Teknologi seperti pendigitalan grid, penstoran tenaga serta hidrogen dan kecerdasan buatan akan memainkan peranan penting dalam memastikan peralihan tenaga yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
#tpmfy
#petra
#emmapec15
#apec2025🇰🇷
#malaysiakorea🇲🇾🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 27 Ogos 2025 | Rabu
Ke arah mempercepatkan peralihan tenaga, Malaysia menyeru Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) memperluas dialog dasar mengenai pembiayaan hijau dan pelaburan inovatif, agar negara membangun tidak ketinggalan dalam transformasi tenaga global.
Malaysia percaya mekanisme pembiayaan yang adil dan inklusif adalah kunci untuk memastikan semua ekonomi dapat bersama-sama melaksanakan agenda tenaga bersih.
Perkara ini saya suarakan semasa sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-15 di Nurimaru APEC House, Busan, Republik Korea, hari ini.
Mesyuarat kali ini membawa tema “Pertumbuhan Mampan melalui Peralihan Inovatif dan Inklusif” - tema yang sangat relevan dengan cabaran semasa rantau dan dunia.
Ia menghimpunkan menteri-menteri tenaga daripada 21 ekonomi anggota APEC untuk membincangkan hala tuju bersama dalam memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga, meningkatkan penggunaan tenaga bersih, serta mengukuhkan kerjasama serantau.
Malaysia mengalu-alukan fokus APEC terhadap teknologi tenaga bersih, keterjaminan bekalan tenaga, dan keterhubungan serantau yang menjadi asas dalam menyelesaikan cabaran trilemma tenaga.
Malaysia menegaskan komitmen untuk mengimbangi trilema tenaga – keselamatan, kelestarian dan mampu milik, sebagai teras utama dasar peralihan tenaga negara.
Malaysia komited melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang menyasarkan 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.
Pelaksanaan NETR bakal menjana pekerjaan hijau bernilai tinggi, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta memastikan manfaat peralihan ini sampai kepada semua rakyat secara adil dan inklusif.
Dalam konteks serantau, Malaysia menekankan kepentingan kerjasama perdagangan elektrik rentas sempadan dan grid serantau sebagai asas kepada keterjaminan bekalan tenaga, lestari dan mampu milik.
Malaysia juga melihat peranan penting pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan sistem tenaga serta ketahanan infrastruktur tenaga masa hadapan.
APEC melalui Energy Working Group (EWG) telah mencapai banyak kejayaan, antaranya pengurangan intensiti tenaga, peningkatan tenaga boleh diperbaharui, pembangunan hidrogen, sasaran karbon sifar serta usaha memperkukuh rantaian bekalan tenaga bersih.
Pencapaian ini menunjukkan bagaimana APEC mampu melahirkan penyelesaian kolaboratif yang berimpak besar bagi rantau Asia Pasifik.
Malaysia menantikan Kumpulan Kerja Tenaga (EWG) APEC memperkukuh lagi peranannya dalam memacu inovasi, memperluas dialog dasar, dan merintis kerjasama praktikal untuk agenda tenaga serantau.
#tpmfy
#petra
#emmapec15
#apec2025🇰🇷
#malaysiakorea🇲🇾🇰🇷 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 27 Ogos 2025 | Rabu
Mengadakan pertemuan dua hala dengan Singapura dan New Zealand hari ini, sebelum sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-15 di Busan.
Saya mengadakan pertemuan dua hala dengan Gan Siow Huang, Menteri Luar Negeri dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura serta Simon Watts, Menteri Perubahan Iklim, Hasil Dalam Negeri, Tenaga dan Kerajaan Tempatan New Zealand.
Perbincangan dua hala bersama New Zealand merangkumi pelbagai topik di bawah sektor tenaga seperti peluang pelaburan dalam bidang peralihan tenaga dan kerjasama dalam perubahan iklim.
Selain itu, Malaysia dan New Zealand bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang tenaga khususnya tenaga geotermal.
Manakala bersama Singapura, topik yang dibincangkan memberi fokus
kepada pengukuhan ASEAN Power Grid dengan perluasan rangkaian
sambungtara di rantau ASEAN
Malaysia komited dalam memperluas jaringan kerjasama dalam bidang tenaga, khususnya yang menyokong agenda peralihan tenaga negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiasingapura 🇲🇾🇸🇬
#malaysianewzealand🇲🇾🇳🇿
#apec2025
#apec2025korea -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 27 Ogos 2025 | Rabu
Pagi ini saya mengadakan lawatan ke Syarikat Doosan Enerbility di Busan, Republik Korea.
Doosan Enerbility adalah sebuah syarikat terkemuka di Korea yang mengeluarkan turbin gas, wap dan nuklear serta mengeksport teknologi ke pelbagai negara termasuk Arab Saudi dan Republik Czech.
Lawatan kerja ke Syarikat Doosan Enerbility di Busan, bertujuan menilai kemampuan dan kepakaran Korea dalam pembuatan turbin, selain membincangkan peluang kerjasama bagi menyokong keperluan tenaga Malaysia.
Malaysia komited untuk meneroka kerjasama serantau bagi memenuhi keperluan tambahan tenaga sebanyak 8,000 megawatt menjelang 2030.
Malaysia turut berminat mempelajari pengalaman Republik Korea dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui khususnya turbin angin luar pesisir.
Di Malaysia, kita akan membina lebih banyak loji tenaga yang memerlukan turbin. Pada masa ini, mendapatkan bekalan turbin agak mencabar. Oleh itu, kita berharap Doosan dapat terlibat dan membantu mempercepatkan pembinaan loji tenaga di negara kita.
Selain tenaga boleh diperbaharui, Malaysia juga melihat potensi kerjasama dengan Korea dalam bidang teknologi nuklear, pembangunan modal insan, pemindahan teknologi serta aspek keselamatan tenaga.
Kita berharap agar memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan Korea dapat dimeterai seawal Oktober atau November ini, Insya-Allah.
Bersama saya dalam lawatan berkenaan ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, TYT Dato' Mohd Zamruni Khalid dan Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Puan Mareena Mahpudz.
#malaysiakorea🇲🇾🇰🇷
#tpmfy
#petra
#apec2025
#apec2025korea -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 27 Ogos 2025 | Rabu
Terima kasih Tuan Abdul Salam Noh Se Ik, Pengerusi Korea Muslim Federation Cawangan Busan, yang menyantuni kami di Masjid Al Fatha, Busan.
Subuh kedua di satu-satunya masjid di Busan hari ini, saya sempat berbual mesra dengan Tuan Abdul Salam, yang begitu fasih berbahasa Melayu.
Beliau turut berkongsi bahawa beliau sudah 30 tahun memeluk Islam dan pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Masjid di Al-Fatha dibangunkan pada tahun 1980 dengan seni bina timur tengah. Ia terletak di Namsan-dong, Geumjeong-gu, Busan.
Menurut Duta Besar Malaysia Ke Korea Selatan, TYT Dato’ Mohd Zamruni Khalid, terdapat sekitar 300,000 umat Islam di seluruh Korea Selatan. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 26 Ogos 2025 | Selasa
Gabungan kecerdasan buatan (AI) dan tenaga kini bukan lagi sesuatu yang teori semata-mata. Ia adalah realiti mendesak yang membentuk cara kita merancang, mengurus serta mentransformasi sistem tenaga.
AI mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan dan ramalan permintaan tenaga, khususnya dalam menguruskan integrasi tenaga boleh baharu.
Pada masa yang sama, pertumbuhan pesat pusat data dan aplikasi AI menuntut keupayaan bekalan elektrik yang lebih lestari. Jika diurus secara bertanggungjawab, AI boleh menjadi pemacu kepada peralihan tenaga bersih, manakala tenaga lestari pula menjadi asas kepada pertumbuhan teknologi AI.
Saya menegaskan demikian pada sesi Dialog Peringkat Tinggi Mengenai Tenaga dan Kecerdasan Buatan (AI) Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Bersih Ke-16 (CEM16) dan Misi Inovasi 10 (MI-10) di Bexco, Busan hari ini.
Di satu pihak, kecerdasan buatan untuk sektor tenaga menawarkan potensi yang amat besar. Analitik termaju, pemodelan ramalan, dan teknologi kembar digital dapat memperkukuh kebolehpercayaan grid, meningkatkan ramalan permintaan, serta mempercepat pelaksanaan penyelesaian tenaga bersih.
Bagi Malaysia, AI adalah teras kepada pencapaian sasaran kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050, di samping memastikan kestabilan grid. Pada masa yang sama, kecerdasan buatan dapat memacu kecekapan dalam proses industri, sekali gus menyumbang kepada pengurangan besar pelepasan karbon dalam sektor berintensifkan tenaga.
Di pihak lain, kita juga perlu menangani isu tenaga untuk kecerdasan buatan. Pertumbuhan pesat pusat data dan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan sedang mewujudkan permintaan elektrik yang baharu dan tertumpu.
Memenuhi permintaan ini secara mampan memerlukan bukan sahaja peningkatan integrasi tenaga boleh baharu dan pengukuhan grid, tetapi juga pelaburan dalam teknologi penyejukan dan penyimpanan yang inovatif bagi menjamin kebolehpercayaan serta keterjangkauan.
Sekiranya diurus dengan penuh tanggungjawab, kecerdasan buatan dan tenaga dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain - kecerdasan buatan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih, manakala tenaga mampan pula menjadi pemangkin pertumbuhan kecerdasan buatan.
#cem16
#mi10
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 26 Ogos 2025 | Selasa
Transformasi inovatif sistem tenaga adalah nadi kepada peralihan tenaga bersih dan apabila pelaksanaan tenaga bersih semakin dipertingkatkan, infrastruktur sektor tenaga yang berdaya tahan, fleksibel dan moden amat penting.
Tanpa grid yang kukuh dan sistem elektrik yang terjamin, hasrat peralihan tenaga tidak akan dapat direalisasikan sepenuhnya.
Saya menegaskan demikian ketika menyampaikan intervensi pada Dialog Peringkat Tinggi Transformasi Tenaga Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Bersih Ke-16 (CEM16) dan Misi Inovasi 10 (MI-10) di Bexco, Busan hari ini.
Malaysia sendiri sedang melaksanakan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), dengan sasaran mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050.
Ini termasuk dengan memperluas tenaga solar dan hidro, memajukan hidrogen hijau sebagai sempadan tenaga baharu, serta meneroka penyelesaian digital untuk pengurusan permintaan.
Bagi mengintegrasikan sumber-sumber ini, Malaysia sedang memodenkan grid nasional, melaksanakan inisiatif fleksibiliti grid dan memperkukuh penyambungan serantau melalui Grid Tenaga ASEAN (Asean Power Grid).
Pada masa yang sama, keselamatan bekalan elektrik menjadi tonggak utama strategi negara. Rakyat mengharapkan bekalan elektrik yang berterusan, stabil dan mampu milik.
Keseimbangan antara kelestarian, keselamatan dan kemampuan ini –dikenali sebagai energy trilemma – kekal sebagai prinsip panduan Malaysia.
Malaysia mengalu-alukan Agenda Tindakan CEM-MI yang dilancarkan di Brazil tahun lalu, sebagai rangka kerja tepat pada masanya untuk menggembleng tindakan kolektif dan mempercepatkan pelaburan dalam infrastruktur tenaga bersih.
Agenda ini selari dengan proses COP30 dan G20, menunjukkan aspirasi global untuk memperluas tenaga bersih di seluruh dunia.
Namun, kita perlu sedar bahawa pelaburan untuk memodenkan sistem tenaga adalah sangat besar. Tiada kerajaan mampu melakukannya sendirian. Kerjasama awam-swasta adalah pemangkin utama.
Dengan dasar yang jelas daripada kerajaan dan inovasi serta pembiayaan daripada sektor swasta, kita bukan sahaja boleh mendekarbonkan sistem tenaga, malah mewujudkan industri baharu, mengukuhkan keselamatan elektrik, serta menjana pekerjaan berkualiti untuk semua.
#cem16
#mi10
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 26 Ogos 2025 | Selasa
Alhamdulillah dikurniakan Allah SWT rezeki solat Subuh di Masjid Al Fatha, Busan, Korea Selatan pagi ini.
Satu-satunya Masjid di Busan ini dibangunkan pada tahun 1980 dengan seni bina timur tengah. Masjid ini terletak di Namsan-dong, Geumjeong-gu, Busan. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Busan | 25 Ogos 2025 | Isnin
Alhamdulillah tiba di Busan, Korea Selatan, pada kira-kira jam 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) pada 27–28 Ogos.
Mesyuarat APEC EMM15 merupakan platform utama peringkat Menteri Tenaga di bawah APEC untuk membincangkan dasar, strategi serta kerjasama dalam bidang tenaga. Penganjuran Mesyuarat APEC EMM 2025 di Busan, Republik Korea ini adalah kesinambungan kepada mesyuarat terdahulu yang telah diadakan pada tahun 2024 di Lima, Peru.
Bertemakan “Accelerating Sustainable, Affordable, Reliable, Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future”, APEC EMM15 menghimpunkan lebih 100 pemimpin tenaga serantau untuk merangka hala tuju masa depan tenaga.
Pada mesyuarat kali ini, Malaysia akan mengetengahkan aspirasi untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050 melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Penyertaan ini juga akan memperkukuh imej Malaysia sebagai rakan strategik serantau dalam kerjasama tenaga dan destinasi pelaburan hijau yang bersih, mampan serta bernilai tinggi.
Penyertaan Malaysia dalam APEC EMM15 ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negara dalam kerjasama tenaga serantau, malah sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kelestarian, kesejahteraan serta inovasi bagi menjamin masa depan tenaga yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.
Hasil mesyuarat akan dimuktamadkan melalui satu Kenyataan Bersama Menteri-menteri Tenaga APEC (Joint Ministerial Statement – JMS).
Selain menghadiri APEC EMM15, saya juga akan menyertai dialog meja bulat semasa 16th Clean Energy Ministerial (CEM16), 10th Mission Innovation Ministerial (MI-10) dan 2025 World Climate Industry EXPO (WCE).
Saya juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari ekonomi APEC seperti Republik Korea, Hong Kong, China, New Zealand, Brunei Darussalam dan Singapura, bagi memperluas jaringan kerjasama dalam bidang tenaga, khususnya yang menyokong agenda peralihan tenaga negara.
Ketika di sini juga saya akan mengadakan lawatan kerja ke Korea Hydro and Nuclear Power (KHNP) – Saeul Nuclear Power Plant dan Doosan Enerbility, bagi meneroka peluang kerjasama dua hala dalam aspek latihan, pemindahan teknologi serta pendedahan teknikal berkaitan operasi loji jana kuasa tenaga nuklear. Di samping itu saya akan ke Gangbyeon Wastewater Treatment Plant sebuah fasiliti rawatan air kumbahan di Busan.
#apecemm15
#tpmfy
#petra
#netr
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, satu penghormatan dapat meraikan pencapaian cemerlang dan menghargai sumbangan para jurutera yang telah memacu pembangunan negara, sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam Penganugerahan dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia Tahun 2025.
Saya menyeru komuniti kejuruteraan supaya tidak mengabaikan keperluan jurutera dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), bidang elektrik dan elektronik (E&E) yang sentiasa berkembang pesat, serta teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui, di mana kepakaran ini kritikal bagi memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
Dalam masa sama, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk Malaysia menjadi negara pencipta, dan bukan lagi pengguna. Selain kebolehan jurutera tempatan dalam projek pembangunan, turut perlu ditekankan ialah keupayaan untuk menghasilkan teknologi tempatan termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi pembangunan sistem untuk menyelesaikan permasalahan.
Bagaimana kita hendak menggunakan AI dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta mencipta rekaan yang lebih mampu dibiayai?. Ini yang kita perlu ada, sebuah inovasi yang perlu dikuasai.
Kita melihat hujan makin lebat, ribut taufan tidak menentu. Malah sekarang ini, melihat melalui konteks PETRA (Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) dengan keadaan tidak menentu, air yang terlalu banyak, akan datang banjir, pelbagai bencana. Jadi ini semua bakal dihadapi dan ia menjadi peranan semua jurutera.
Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah pada malam ini.
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 22 Ogos 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 21 Ogos 2025 | Khamis
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bil 2 Tahun 2025 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini tadi.
JKKAS berperanan memantau strategi pemulihan kualiti air sungai di seluruh negara melalui pendekatan pengurusan bersepadu melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT dan semua pihak berkepentingan.
Laporan Status Kualiti Air Sungai 2024 oleh JAS menunjukkan daripada 672 sungai utama dipantau:
✔️ 475 sungai (71%) bersih
✔️ 170 sungai (25%) sederhana tercemar
✔️ 27 sungai (4%) tercemar
Antara parameter utama pencemar dikenal pasti termasuk Biochemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Total Suspended Solids (TSS) dan Dissolved Oxygen (DO).
Mesyuarat hari ini turut menetapkan piawaian baharu pelepasan efluen air sisa bandar & luar bandar berdasarkan kajian NAHRIM, merangkumi 11 parameter utama seperti pH, BOD, COD, pepejal terampai, minyak & gris, nitrogen, merkuri, warna dan sisa pepejal.
Bagi memastikan keberkesanan, PETRA akan menyelaras bengkel bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) & Kerajaan Negeri untuk memperincikan piawaian pelepasan air daripada sistem perparitan sebelum masuk ke sungai – demi menjamin kebersihan sumber air mentah negara.
Kerajaan Negeri juga disaran mengaplikasi teknologi tempatan NAHRIM termasuk: Pengekstrak beban terampai, Perangkap minyak & gris berasaskan IoT, Sistem Intriguard untuk menanda rizab sungai & cegah pencemaran luar.
Saya yakin langkah strategik ini akan memulihkan kualiti air sungai, memastikan kelestarian alam sekitar, menjaga kesihatan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim & pencemaran global.
Selaras aspirasi Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan sungai-sungai negara kekal bersih, selamat & lestari untuk generasi kini dan akan datang
#tpmfy
#petra
#jkkas
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 21 Ogos 2025 | Khamis
Alhamdulillah, Dialog Belanjawan 2026 PETRA hari ini berjaya menghimpunkan Kementerian berkaitan, kerajaan negeri, industri, akademia dan pemegang taruh. Kehadiran semua membuktikan agenda keterjaminan tenaga dan transformasi air adalah agenda nasional yang memerlukan dukungan bersama.
Dialog ini bukan sekadar mendengar dasar, tetapi medan terbuka untuk mendapatkan pandangan semua pihak. Matlamatnya ialah memastikan Belanjawan 2026 benar-benar mencerminkan aspirasi rakyat selaras dengan tema: “Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”.
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) akan menjadi lonjakan baharu negara ke arah pembangunan mampan, progresif dan berdaya tahan. Ia bukan sekadar dokumen lima tahun, tetapi ikhtiar untuk memperkukuh daya saing ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
PETRA diberi mandat menerajui dua agenda besar – Peralihan Tenaga dan Transformasi Air – yang menjadi nadi pembangunan negara dan asas kelangsungan hidup rakyat.
Dalam sektor tenaga, Malaysia komited mempercepatkan agenda peralihan tenaga yang adil, inklusif dan mampan. Tumpuan utama termasuk meningkatkan penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) hingga 70% menjelang 2050 dengan sokongan grid pintar dan digital.
Kerajaan juga akan memperkenalkan pasaran tenaga inovatif, menguatkuasakan Akta EECA 2024 untuk kecekapan tenaga, serta memperluaskan perdagangan elektrik hijau rentas sempadan di bawah ASEAN Power Grid. Malaysia turut meneroka potensi tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih jangka panjang.
Bagi sektor air, cabaran utama termasuk banjir berulang, kekurangan sumber air, aset usang dan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi. PETRA komited memastikan rakyat menikmati bekalan air yang selamat, berdaya tahan dan lestari.
Antara inisiatif utama PETRA ialah pembangunan sistem amaran banjir berasaskan AI ; sasaran menurunkan kadar NRW dan penggunaan air pulih guna khususnya untuk industri pusat data.
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR2040) akan menjadikan Malaysia sebagai Hab Air Serantau menjelang 2040 – menyumbang kepada KDNK, membuka peluang pekerjaan baharu, dan memperkukuh kepakaran air negara.
Dialog Belanjawan 2026 PETRA hari ini adalah wadah untuk menghimpunkan idea, cadangan dan pandangan semua pihak demi membentuk belanjawan inklusif.
#belanjawan2026
#peralihantenaga
#transformasiair
#tpmfy
#petra
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hulu Langat | 20 Ogos 2025 | Rabu
Alhamdulillah, saya amat berbesar hati dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim , bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 di Hulu Langat, Selangor, hari ini.
Loji Rawatan Air Langat 2 ini adalah antara projek kejuruteraan air terbesar negara dengan kapasiti 1,130 juta liter sehari (JLH) – cukup untuk memenuhi keperluan jutaan pengguna di Lembah Klang.
Kejayaan projek ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor & Pahang, agensi-agensi kerajaan, PBT serta sektor swasta.
Di PETRA, kami komited memastikan bekalan air bersih, mencukupi dan mampan untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan Sustainable Development Goals 6 (SDG6).
Pada tahun 2024, kadar liputan bekalan air negara mencapai 97%, manakala rizab margin berada pada tahap selesa iaitu 14.9% di Semenanjung & Labuan.
Namun, sektor air masih berdepan cabaran – termasuk isu Air Tidak Terhasil (NRW), infrastruktur usang dan kedudukan kewangan operator air yang perlu diperkukuh.
Melalui Pelan Hala Tuju Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040), kerajaan akan mempertingkatkan usaha menangani cabaran ini dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).
AIR2040 juga akan mentransformasi sektor air menjadi sektor ekonomi yang dinamik, dengan pembangunan teknologi tempatan, inovasi penyelidikan & kerjasama strategik.
Loji Rawatan Air Langat 2 ini adalah manifestasi kemampuan Malaysia membina infrastruktur air bertaraf antarabangsa dengan teknologi moden.
Di bawah Penstrukturan Semula Industri Air, PAAB memainkan peranan penting sebagai pembiaya dan pelaksana, agar operator air dapat memberi tumpuan kepada operasi & penyelenggaraan.
Dalam RMKe-13, PETRA turut memberi tumpuan kepada pengurangan NRW melalui program penggantian paip kritikal, penyelesaian holistik & imbuhan kepada operator air. Sasaran kita untuk menurunkan NRW kepada 28.8% menjelang 2030.
Semoga LRA Langat 2 ini memberi manfaat besar kepada rakyat di Lembah Klang & Selangor. Terima kasih kepada semua pihak atas kejayaan projek ini. Insya-Allah bersama kita perkukuh jaminan keselamatan air negara.
#langat2
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-86 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Penganjuran Mesyuarat MNKT adalah selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) sebagai medium perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri mengenai dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan.
Kejayaan aspirasi RMKe-13 di peringkat kerajaan tempatan hanya dapat dicapai melalui sinergi erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan PBT. MNKT berperanan sebagai platform penyelaras utama bagi memastikan dasar, peraturan, dan pelaksanaan bergerak seiring.
Kerajaan Negeri perlu memperkukuh komitmen dalam pembangunan dasar dan kerangka undang-undang bagi memperkasakan PBT. PBT pula perlu menjadi pelaksana yang tangkas, inovatif, dan berorientasikan rakyat, dengan indikator kesejahteraan yang jelas. Sektor swasta dan komuniti akan terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan setempat.
Saya yakin dengan semangat kebersamaan ini, bandar dan wilayah di Malaysia mampu menjadi pusat pertumbuhan mampan, inklusif, dan sejahtera - setanding negara maju. Peranan kerajaan tempatan adalah besar, daripada akar umbi hingga ke puncak negara, dalam menjayakan RMKe-13.
Semua pihak, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan PBT perlu terus komited dalam memastikan dasar dan undang-undang dipatuhi, demi pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Peranan dan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT amat penting untuk menjamin kelangsungan dasar-dasar Kerajaan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat.
#mnkt
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 20 Ogos 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang ini, menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2025 di Kompleks Sri Perdana.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama, YAB Premier Sarawak dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 19 Ogos 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal Bilangan 1 Tahun 2025 di Kementerian Kewangan.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 19 Ogos 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petaling Jaya | 19 Ogos 2025 | Selasa
Berkesempatan menyempurnakan perasmian International Green Build Conference (IGBC) - persidangan yang menghimpunkan pakar, inovator, dan pemimpin pemikiran dari ASEAN, China, United Kingdom, Hong Kong, Brunei, Singapura, dan banyak lagi.
Kehadiran delegasi dari pelbagai negara ini mencerminkan tekad kolektif merentas sempadan untuk membina masa depan rendah karbon, cekap sumber, dan berdaya tahan iklim.
Tema IGBC 2025, “Adaptation Through Sustainable Innovation”, amat bertepatan dengan misi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta visi ASEAN 2025 yang menekankan keterangkuman dan kelestarian.
Sektor binaan memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga. Antara inovasi yang diperkenalkan ialah Sijil Tenaga GreenRE yang menyokong pelaksanaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) 2024 serta melengkapkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
PETRA komited bekerjasama rapat dengan GreenRE, REHDA Institute, REHDA Malaysia, sektor industri dan kewangan bagi menggerakkan pelaburan serta dasar yang menyokong amalan bangunan lestari dan berdaya tahan iklim.
Antara keutamaan PETRA adalah mempercepatkan pembangunan sistem tenaga mampan dan inklusif ke arah sasaran net zero karbon menjelang 2050. Ini termasuk penjejakan karbon, penanda aras tenaga, serta integrasi tenaga boleh baharu.
Melalui EECA 2024, Malaysia kini mempunyai asas perundangan kukuh untuk agenda kecekapan tenaga. Akta ini meliputi tenaga elektrik dan terma, dengan penekanan ke atas sektor industri, komersial, dan domestik, termasuk bangunan baharu dan sedia ada.
PETRA juga akan melancarkan Pelan Tindakan Kecekapan dan Konservasi Tenaga (NEEAP 2.0) yang menggariskan inisiatif komprehensif bagi penjimatan tenaga di semua sektor.
Ia seiring dengan NETR, Malaysia yang menyasarkan 70% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang 2050, melalui projek solar berskala besar, biomass, biogas serta teknologi baharu seperti hidrogen.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), negara menetapkan sasaran 35% tenaga boleh baharu dalam campuran nasional menjelang 2025 serta peningkatan kecekapan tenaga merentas semua sektor dan galakan pensijilan bangunan hijau seperti GreenRE.
Sehingga kini, lebih 400 juta kaki persegi ruang bangunan hijau telah diperakui GreenRE, melibatkan hampir 800 projek di Malaysia dan luar negara. PETRA juga sedang mengkaji potensi tenaga nuklear termasuk Small Modular Reactors (SMR) sebagai sumber kuasa stabil.
Saya menyeru semua pihak untuk terus melabur dalam inovasi, berkongsi amalan terbaik, serta membangunkan modal insan melalui inisiatif latihan dan penyelidikan.
Insya-Allah, bersama kita mampu membina Malaysia yang mampan, berdaya tahan, dan makmur untuk generasi akan datang.
#igbc2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 19 August 2025 | Tuesday
It was an honour to address the Water Malaysia 2025 Specialised Conference and Exhibition, where experts, innovators, and leaders came together to reimagine the future of our nation’s water sector.
This year’s theme reminds us that water is not just a technical concern but a matter of national importance. Every family, every community, and every generation deserves access to clean, reliable, and sustainable water. To achieve this, we must modernise our pipeline systems, strengthen efficiency, and embrace innovation with urgency and purpose.
Malaysia now stands at a defining moment. The decisions we make today will determine whether our water sector becomes a model of resilience and sustainability for generations. This means moving beyond theory to bold action – upgrading technology, enforcing higher standards, and building systems that are future-ready.
At PETRA, together with SPAN, we are committed to reforms guided by four pillars: efficiency first, digital transformation, resilience planning, and stakeholder engagement. These are not abstract ideals but practical measures to reduce leakages, optimise resources, and empower communities.
Transformation is not just about technology – it is about people. Our engineers, technicians, and leaders are the backbone of progress, and we are building a future-ready workforce through training, mentoring, and continuous development. Transparency and accountability will strengthen public trust, with real-time reporting ensuring the rakyat can see and feel improvements in service delivery.
This conference is not merely an exchange of ideas – it is a call to action. Together, we are laying down not only pipelines of steel, but also pipelines of trust, innovation, and hope. The true return on our efforts will not just be measured in investments, but in the confidence, sustainability, and service excellence delivered to the people.
Malaysia’s water future is ours to shape. Let us seize this moment and ensure every drop of progress flows into the lives of our rakyat, today and for generations to come.
#watermalaysia2025 #tpmfy #petra #malaysiamadani #madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 18 Ogos 2025 | Isnin
Alhamdulillah, hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang kedua bagi tahun 2025.
Mesyuarat ini amat penting sebagai platform untuk menyelaras pelaksanaan perkara-perkara berkaitan MA63 secara tuntas dan inklusif. Ia sebahagian daripada persiapan untuk Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2025 yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Kuching, Sarawak, Insya-Allah pada 12 September nanti.
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Antaranya ialah YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; serta Timbalan-Timbalan Premier Sarawak iaitu YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian.
Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dan YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, serta Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri bersama pegawai-pegawai kanan daripada Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Pada mesyuarat hari ini, dua (2) kertas makluman telah dibentangkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Mesyuarat bersetuju supaya kedua-dua kertas makluman tersebut dibawa ke Mesyuarat MTPMA63 Bil. 1 Tahun 2025 untuk dimuktamadkan pelaksanaan dan kaedahnya.
Bagi isu pendidikan, sebahagian besar tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah dipersetujui, antaranya:
✅ Penglibatan dalam perancangan projek pembangunan pendidikan,
✅ Perkongsian maklumat mengenai perpindahan pegawai kanan,
✅ Penyaluran peruntukan bagi program pembangunan profesional.
Perkara yang masih belum dipersetujui akan terus dibincangkan dalam Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi isu kesihatan, sebahagian besar tuntutan juga telah dipersetujui, antaranya:
✅ Peningkatan peruntukan belanja mengurus dan pembangunan,
✅ Kuasa autonomi tambahan kepada Pengarah Kesihatan Negeri,
✅ Pengukuhan sumber manusia di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak.
Baki tuntutan yang belum dipersetujui akan terus dibincangkan dalam Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan akan terus memantau semua tuntutan lain yang masih berjalan melalui Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 serta jawatankuasa kerja kementerian berkaitan. Komitmen kita ialah memastikan hak Sabah dan Sarawak dihormati dan dilaksanakan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.
#ma63
#mtpma63
#tpmfy
#bhess
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Ogos 2025 di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 18 Ogos 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam ini, saya menghadiri
Majlis Penutup Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo yang berlangsung sejak 4 Ogos lalu dan berakhir esok.
Program anjuran Pertubuhan Nadi Sihat NGO di bawah Kementerian Perpaduan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia melibatkan dua fasa dengan jumlah keseluruhan perjalanan sejauh 1,885 km.
Fasa Pertama melibatkan kayuhan dari Kudat, Sabah sehingga ke Batu Niah, Miri Sarawak dengan penyertaan seramai 23 orang peserta tempatan dan dari Semenanjung.
Fasa Kedua melibatkan 25 peserta bermula dari Batu Niah ke Kuching di mana esok, mereka akan menyambung semula kayuhan dari Hotel Penview ke Telok Melano.
Ini merupakan kayuhan sama yang pernah diadakan tahun lalu dari Tanjung Piai, Johor ke Kangar, Perlis.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 17 Ogos 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 17 Ogos 2025 | Ahad
Memenuhi jemputan dalam Program Bicara Eksekutif MADANI Institut Aminuddin Baki (IAB) di Dewan Utama IAB Kuching hari ini tadi, dengan Dr Aswandi Laman, Ketua Jabatan Kepimpinan Bahasa & Komunikasi IAB Cawangan Sarawak telah bertindak sebagai moderator.
Menerusi program berkenaan saya telah mengupas mengenai Membumikan Gagasan MADANI dalam Konteks Keunikan Sarawak dan MA63 ; Pemerkasaan Pendidikan Sarawak: Autonomi dan Pembangunan Modal Insan serta Pembangunan Lestari Sarawak Melalui Transformasi Tenaga dan Air.
Hadirin terdiri dari kalangan pengurus dan pemimpin pendidikan, pengetua, guru besar, pegawai pendidikan daerah Kuching, Padawan, dan Samarahan serta pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Kuching dan IPGM Batu Lintang
Gagasan Malaysia MADANI tidak asing bagi Sarawak kerana prinsip keadilan wilayah telah lama diamalkan, termasuk keutamaan pembangunan menyeluruh termasuk di luar bandar, tadbir urus berasaskan rakyat, dan membangun mengikut keperluan, bukannya politik.
Kekuatan Sarawak ialah kebolehan negeri ini mengurus kepelbagaian sebagai aset, bukannya liabiliti. Tonggak MADANI seperti Hormat dan Keyakinan sejajar dengan semangat MA63, iaitu pengiktirafan hak, keadilan wilayah, serta perkongsian kuasa.
MA63 juga bukan halangan, tetapi asas unik untuk membina Malaysia lebih adil. Mesyuarat teknikal yang saya pengerusikan dan MTPMA63 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah membuktikan komitmen kerajaan.
Sarawak juga adalah Peneraju Tenaga Bersih. Dalam aspek tenaga, Sarawak kini penanda aras dengan lebih 70% tenaga elektrik daripada sumber boleh diperbaharui, selain menjadi peneraju ekonomi hidrogen di rantau ini melalui projek eksport ke Jepun dan pembangunan loji pengeluaran hidrogen di Kuching.
Para pendidik adalah arkitek masa depan. Tanamkan ilmu, nilai, dan semangat perjuangan kepada anak-anak Sarawak supaya mereka berilmu, berjati diri, berdaya saing global, dan berjiwa besar — sekali gus menjadikan Sarawak penyumbang utama kepada kemakmuran Malaysia MADANI.
#bicaraeksekutifmadani
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 17 Ogos 2025 | Ahad
Alhamdulillah berkesempatan bersama dalam Program Tabligh Akbar 2.0 Petra Jaya Berselawat di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Jaya malam tadi.
Program berkenaan lebih bermakna dengan kehadiran Al Habeeb Moktar Ali Al Idrus , Sheikh Shahir dari Yemen.
Program anjuran MySalam dan P194 Petra Jaya itu dihadiri 500 jemaah dari kawasan Petra Jaya dan sekitar Kuching.
#tpmfy
#tablighakhbar
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 16 Ogos 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, hari tok tek kamek berpeluang bersama-sama penduduk kawasan dalam Majlis Karnival 3K (Kewangan, Kesihatan dan Kebajikan) Petra Jaya 2025.
Karnival tok adalah platform penting untuk kerajaan nengar denyut nadi rakyat secara langsung dan nyampei kepada rakyat maklumat mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI.
Pendekatan tok selari dengan semangat Malaysia MADANI yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, keadilan dan penyertaan menyeluruh, sekaligus memastikan sik ada yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada golongan B40 yang berdepan cabaran kos sara hidup. Pelbagai bantuan telah disediakan, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Sara Hidup (BSH), PeKa B40, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Skim mySalam adalah perlindungan takaful kesihatan percuma untuk golongan B40. Inisiatif tok adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap mereka yang diuji dengan penyakit kritikal yang merlu rawatan di hospital.
Setakat tok, lebih 1.7 juta rakyat Malaysia, termasuk di Sarawak, telah mendapat manfaat daripada mySalam – termasuk bayaran tunai sehingga RM8,000 bagi penyakit kritikal, serta elaun RM50 sehari ketika dimasukkan ke hospital.
Kamek nak ngajak adik kakak di Sarawak tok, khususnya penduduk di Petra Jaya, semak kelayakan masing-masing dan manfaatkan sepenuhnya skim mySalam serta program bantuan lain yang disediakan kerajaan.
Karnival tok adalah bukti bahawa Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata yang memberi impak terus kepada rakyat. Toklah komitmen kerajaan – memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terjamin.
Semoga usaha seperti Karnival 3K Petra Jaya 2025 tok terus memperkukuh jaringan sokongan sosial, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan mengeratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat.
Hadir sama tek YB Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan
Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Perseketuan) merangkap ADUN
N7) ; Datuk Johan Mahmood Merican,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia ; Shahrul Azlan Shahriman, Ketua
Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad ; Mohd Radzuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia dan Syuhaib Ithnin, Ketua Skim
mySalam.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam majlis itu, Datuk Seri Anwar menzahirkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam atas sumbangan dan dedikasi melaksanakan tugas biarpun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan.
Terima kasih atas dedikasi, usaha keras, sumbangan, pengorbanan dan khidmat cemerlang seluruh penjawat awam.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Putrajaya l 15 Ogos 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Antara Menteri Mengenai Mekanisme Kewangan Bagi Grid Tenaga ASEAN (APG) Ke Arah Integrasi Ekonomi Serantau Yang Lebih Mendalam secara maya di Menara PETRA.
Saya yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) menyatakan Inisiatif Pembiayaan APG merupakan satu usaha yang berani dan berpandangan jauh bagi membuka pelaburan dalam infrastruktur tenaga serantau.
Usaha ini memerlukan kesungguhan politik dan kerjasama erat merentas sektor. Kita telah menyaksikan kejayaan mekanisme antara menteri dalam memajukan transformasi digital, karbon neutral dan kesihatan awam di mana hari ini, semangat kerjasama yang sama dibawa ke dalam usaha penyambungan tenaga serantau.
Kita bukan sahaja akan memajukan integrasi tenaga serantau, tetapi juga memperkukuh asas pertumbuhan ASEAN yang mampan, selamat dan inklusif untuk masa hadapan.
#apg
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Putrajaya l 14 Ogos 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berkesempatan mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud.
Pertemuan ini diadakan selepas saya merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Tahun 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Kota Bharu l 13 Ogos 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Bharu | 13 Ogos 2025 | Rabu
Usai perasmian Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah JPS Malaysia 2025, saya menghadiri sesi Eksklusif bersama 400 peserta persidangan berkenaan.
Dalam sesi santai itu saya mengupas tajuk “Hala Tuju Strategik JPS Malaysia - Penyampaian Perkhidmatan Terbaik dan Sempurna”sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan para peserta. Saya gembira dengan respon peserta dan berkesempatan menjawab soalan daripada 18 peserta persidangan dari seluruh negara. Terima kasih semua.
Antara lain saya membicarakan langkah memastikan setiap projek siap tepat masa, dalam bajet ditetapkan, dan memberi impak besar kepada rakyat – daripada tebatan banjir multifungsi sehinggalah kepada pendekatan pelaksanaan lebih pantas.
Kepimpinan di semua peringkat mesti turun padang, mendengar pandangan, dan membuka ruang komunikasi. Bila setiap pegawai dihargai dan bermotivasi, hasil kerja akan lebih berkualiti dan berkesan.
Integriti adalah asas. Maklumat mesti tepat, tadbir urus mesti telus. Inilah kunci membina kepercayaan rakyat dan mengangkat imej kerajaan berprestasi tinggi selari aspirasi Ekonomi MADANI.
#tpmfy
#petra
#jps
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Bharu | 13 Ogos 2025 | Rabu
“Jiwai Perkhidmatan Sempurna. Kena Ada Roh Dalam Perkhidmatan”.
Itu amanat saya ketika menyempurnakan perasmian Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah JPS Malaysia 2025 di Kota Bharu hari ini.
Persidangan ini kini memasuki edisi ke-33, bukti komitmen berterusan JPS dalam meningkatkan profesionalisme dan keupayaan teknikal. Platform ini amat penting untuk menyampaikan hala tuju strategik, mendapatkan maklum balas lapangan, dan berkongsi amalan terbaik.
JPS adalah teras penting dalam visi PETRA untuk tadbir urus sumber air yang mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat. Kita perlu memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan, negeri, dan tempatan ke arah pengurusan air bersepadu.
Integriti dan kerahsiaan maklumat rasmi adalah asas kepercayaan rakyat, dengan setiap pegawai perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Saya turut menyentuh mengenai RMKe-13 yang memberi penekanan kepada mitigasi & adaptasi banjir melalui infrastruktur pintar, konsep sponge city, rumah terapung, dan insurans pasca banjir.
Perancangan guna tanah yang sistematik serta kerjasama erat dengan kerajaan negeri adalah kunci mengurangkan risiko bencana. PETRA mahu melihat JPS terus menjadi peneraju pengurusan sumber air yang berdaya tahan, berintegriti, dan berprestasi tinggi.
Persidangan ini peluang terbaik untuk memperkukuh ilmu, jaringan profesional, dan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Terima kasih YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan yang turut hadir dan berucap pada majlis hari ini.
Hadir sama YB Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#tpmfy
#petra
#jps
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Bharu | 13 Ogos 2025 | Rabu
“Jiwai Perkhidmatan Sempurna. Kena Ada Roh Dalam Perkhidmatan”.
Itu amanat saya ketika menyempurnakan perasmian Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan (JPS) dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah JPS Malaysia 2025 di Kota Bharu hari ini.
Persidangan ini kini memasuki edisi ke-33, bukti komitmen berterusan JPS dalam meningkatkan profesionalisme dan keupayaan teknikal. Platform ini amat penting untuk menyampaikan hala tuju strategik, mendapatkan maklum balas lapangan, dan berkongsi amalan terbaik.
JPS adalah teras penting dalam visi PETRA untuk tadbir urus sumber air yang mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat. Kita perlu memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan, negeri, dan tempatan ke arah pengurusan air bersepadu.
Integriti dan kerahsiaan maklumat rasmi adalah asas kepercayaan rakyat, dengan setiap pegawai perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Saya turut menyentuh mengenai RMKe-13 yang memberi penekanan kepada mitigasi & adaptasi banjir melalui infrastruktur pintar, konsep sponge city, rumah terapung, dan insurans pasca banjir.
Perancangan guna tanah yang sistematik serta kerjasama erat dengan kerajaan negeri adalah kunci mengurangkan risiko bencana. PETRA mahu melihat JPS terus menjadi peneraju pengurusan sumber air yang berdaya tahan, berintegriti, dan berprestasi tinggi.
Persidangan ini peluang terbaik untuk memperkukuh ilmu, jaringan profesional, dan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Terima kasih YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan yang turut hadir dan berucap pada majlis hari ini.
Hadir sama YB Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#tpmfy
#petra
#jps
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 13 Ogos 2025 | Rabu
Pagi ini mempengerusikan Sesi Pre-Council Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2025 di Parlimen.
#ma63
#mtpma63
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 12 Ogos 2025 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini menyempurnakan perasmian Forum Kelestarian Urbanisasi ASEAN (ASUF), Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF) dan Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (MGMAC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Kehadiran para menteri, gabenor, datuk bandar dan pemimpin tempatan dari seluruh ASEAN mencerminkan semangat kerjasama serantau yang kukuh untuk membina bandar-bandar masa depan yang inklusif dan mampan.
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia komited memperkukuh perpaduan, kestabilan, dan integrasi ekonomi serantau demi kesejahteraan bersama.
Dalam dunia yang kian pesat membangun, bandar adalah enjin kemakmuran, penjaga warisan budaya, dan tapak inovasi. Tetapi cabarannya besar, dengan perubahan iklim, pertumbuhan penduduk, dan transformasi digital menuntut kita bertindak bijak.
Tema, “ASEAN Future Cities and Regions: Inclusivity and Sustainability”, adalah pelan strategik untuk mengimbangi kemajuan ekonomi dengan kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.
Data menunjukkan ASEAN kini menempatkan 370 juta penduduk bandar, menyumbang 70% KDNK serantau bernilai USD3.8 trilion. Menjelang 2050, 70% rakyat ASEAN akan tinggal di bandar.
Namun, kemakmuran ini perlu dikongsi secara saksama. Kita tidak mahu melihat pembangunan hanya dinikmati segelintir, sementara yang lain ketinggalan.
Inklusiviti bermaksud setiap lapisan masyarakat iaitu wanita, belia, warga emas, OKU, semuanya mempunyai suara dalam membentuk bandar masa depan.
Kelestarian pula adalah syarat kelangsungan hidup. Krisis iklim yang kita hadapi menuntut tindakan segera, daripada piawaian bangunan hijau hingga peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Saya menyeru semua datuk bandar dan gabenor ASEAN untuk memperkukuh rangkaian kerjasama, berkongsi pengetahuan, memanfaatkan teknologi pintar, dan memastikan suara pemimpin tempatan diangkat ke meja rundingan serantau.
Masa depan ASEAN bergantung pada pilihan kita hari ini, sama ada membina bandar yang adil, hijau dan berdaya tahan, atau berdepan risiko pembangunan yang tidak seimbang.
#myasean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 12 August 2025 | Tuesday
This morning, I had the honour of opening the 2nd Annual Human Resource Development Conference 2025, held under the timely theme “AI + HI = New ROI.”
More than 150 HR leaders, L&D experts, tech innovators, and policymakers have gathered, alongside 33 distinguished speakers from Malaysia, ASEAN, and beyond, to explore how artificial intelligence and human intelligence can converge to drive a new era of growth.
In today’s rapidly evolving world, success is no longer defined by technology or strategy alone but by how seamlessly we integrate AI into our people strategies to empower smarter, faster, and more adaptable workforces.
While AI accelerates change, people remain the heart of every organisation. That’s why reskilling, upskilling, and lifelong learning must be at the core of our workforce agenda. We must also close the AI exposure gap so no Malaysian is left behind in this transformation, and ensure AI is used ethically to promote diversity, equity, and inclusion.
Over the next two days, participants will explore vital topics from Gen Z rewards to AI in recruitment, mental health, and building workplace happiness. These are no longer just trends; they are business imperatives.
Let us remember: The true ROI is not just in productivity, but in purpose. Not just in profit, but in people.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Johor Bahru | 11 Ogos 2025 | Isnin
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor hari ini melakar sejarah apabila melaksanakan inisiatif air dipulih guna khusus bagi sektor pusat data.
Melalui program ini, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd agensi di bawah PETRA akan membekalkan sehingga 12 juta liter sehari air kumbahan terawat kepada loji air pulih guna yang menyokong operasi dua pusat data utama di Johor.
Usaha ini mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memastikan kestabilan bekalan air, di samping menggalakkan amalan industri teknologi yang lebih mampan dan berdaya tahan.
PETRA melalui agensinya, syarikat pembetungan nasional Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri melalui Johor Special Water (JSW) iaitu anak syarikat kepada Permodalan Darul Ta’zim (PDT) akan bekerjasama membekalkan sumber air kumbahan terawat melalui sistem pengagihan bersepadu kepada Loji Air Pulih Guna di Bridge Data Centres (BDC) dan Computility Technology (Malaysia).
Di samping itu, JSW juga membekalkan sumber air alternatif lain kepada Dayone Data Centre Malaysia II Sdn Bhd (Dayone). Dalam konteks ini, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) akan membekalkan sehingga 12 juta liter sehari air kumbahan terawat daripada proses rawatan air kumbahan kepada Loji-Loji Air Pulih Guna yang dibina Bridge Data Centres (BDC) dan Computility Technology (Malaysia). Sementara itu, syarikat Dayone pula akan menggunakan sumber air alternatif yang lain.
Sebanyak 3 pusat data di Johor hari ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan dalam penggunaan air alternatif bagi kegunaan pusat data masing-masing. Tahniah YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dan Kerajaan Negeri Johor atas usaha mempercepatkan pelaburan pusat data serta penggunaan sumber air alternatif bagi industri.
Ia adalah langkah strategik dalam menjamin kelestrian sumber air negara. Negeri Johor mempunyai potensi besar sebagai hab pusat data serantau dengan sokongan infrastruktur dan dasar pelaburan yang kondusif.
RMK13 menggariskan transformasi sektor air sebagai salah satu teras utama pembangunan negara. PETRA komited memacu pelaksanaan NRW, penggunaan semula air (recycle) dan inovasi teknologi.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Industri amat penting dalam memastikan kejayaan agenda transformasi ini.
Usahasama Indah IWK dan JSW menjadi contoh terbaik pengurusan air alternatif. Sepanjang 6.5km paip bawah tanah telah dibina dari Loji IWK Taman Pelangi Indah ke BDC menunjukkan pelaksanaan teknikal yang berjaya.
Penggunaan air alternatif penting bagi industri pusat data yang memerlukan banyak air, terutama untuk sistem penyejukan. Komitmen syarikat pusat data hari ini selari dengan prinsip ESG mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan amalan industri bertanggungjawab.
Saya menyeru lebih banyak syarikat bekerjasama dengan IWK dan SPAN bagi meneroka penyelesaian lestari dan tahan iklim. Kerajaan akan terus menyokong melalui peraturan jelas, insentif dan kerjasama strategik, demi menjadikan Malaysia sebagai hab data serantau yang mampan.
Semoga negeri-negeri lain mencontohi Johor dalam memanfaatkan air dan tenaga alternatif demi kelangsungan sumber serta kesejahteraan rakyat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Johor | 11 Ogos 2025 | Isnin
Usai menyempurnakan perasmian Mesyuarat Tahunan ke-12 ASEANTOM, saya bersama YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi mengadakan lawatan tapak ke Loji Rawatan Kumbahan Awam Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Pelangi Indah dan ke Water Reclamation Plant, Desa Cemerlang.
Turut sama dalam lawatan itu, Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tuan Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif IWK.
Empat juta liter sehari (JLS) efluen terawat dari Loji Rawatan Kumbahan JB-Pelangi (JBR005) akan dibekalkan ke loji air pulih guna Bridge Data Centers (BDC) di Ulu Tiram.
Johor Special Water (JSW) akan menyelia penghantaran efluen terawat dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan.
Efluen terawat ini akan dipulih guna menjadi air berkualiti tinggi untuk digunakan dalam operasi penyejukan BDC.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Johor | 11 Ogos 2025 | Isnin
Alhamdulillah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Tahunan ke-12 ASEAN Network of Regulatory Bodies on Atomic Energy (ASEANTOM) di Rennaisance Hotel, Johor Darul Takzim hari ini.
Tahun ini, Malaysia berbangga mempengerusikan ASEAN dan ASEANTOM di bawah tema “Inclusivity and Sustainability”. Sebagai Pengerusi, Malaysia komited memimpin dengan kesatuan, pandangan jauh, dan tekad demi memastikan ASEAN terus dihormati di persada dunia.
Selamat datang ke Malaysia saya ucapkan kepada kesemua delegasi, rakan dialog, dan pemerhati ke mesyuarat kali ini.
Sejak penubuhannya, ASEANTOM telah berkembang sebagai platform penting yang menggabungkan kepakaran bersama dalam tadbir urus nuklear, pembangunan kapasiti, dan kerjasama teknikal di rantau ini.
Mesyuarat ini berlangsung pada saat penting, di mana peralihan tenaga bersih semakin pesat, ketahanan iklim menjadi keutamaan, dan teknologi baharu membentuk landskap tenaga global.
Dalam konteks ini, tenaga nuklear kembali mendapat perhatian sebagai penyelesaian rendah karbon bagi mempelbagaikan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, dengan syarat ia dilaksanakan di bawah rangka kawal selia yang kukuh, protokol keselamatan ketat, dan kerjasama antarabangsa yang telus.
Melalui ASEANTOM, pengawal selia nuklear ASEAN telah bekerjasama rapat dengan IAEA bagi menyeragamkan piawaian keselamatan, memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan, dan membangunkan modal insan, demi memastikan ketelusan, akauntabiliti, dan pengiktirafan global.
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan sedang menilai peranan tenaga nuklear sebagai pilihan masa depan dalam campuran tenaga negara demi menjamin tenaga yang bersih, stabil, kompetitif, dan selamat.
MyPOWER Corporation melalui Nuclear Energy Programme Implementing Organization (NEPIO) akan menyelaras persediaan mengikut garis panduan IAEA, melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi, merangkumi aspek perundangan, kawal selia, penglibatan pihak berkepentingan, dan pembangunan sumber manusia.
Keutamaan kerajaan adalah memastikan sebarang keputusan berpandukan analisis teknikal yang menyeluruh, selaras dengan komitmen iklim negara dan aspirasi Malaysia MADANI.
Saya juga ingin mengumumkan pelancaran Gamma Spectrometry Water Monitoring System (GSWMS) oleh Jabatan Tenaga Atom Malaysia di bawah RMK12, bagi meningkatkan keupayaan memantau radiasi dalam sumber air dan bertindak proaktif melindungi komuniti serta generasi akan datang.
Malaysia terus komited kepada Perjanjian Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan menyeru negara-negara bersenjata nuklear menandatangani serta meratifikasinya tanpa berlengah.
Semoga mesyuarat ini memperkukuh kerjasama serantau demi memastikan tenaga atom digunakan untuk pembangunan mampan, keamanan, dan kesejahteraan generasi masa depan.
Hadir sama ialah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
#aseantom
#myasean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 8 Ogos 2025 | Jumaat
Berkesempatan merasmikan dan menyampaikan hadiah pada Kejohanan Bowling PETRA 2025 dengan kerjasama PUSPANITA Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kelab PETRA di Wangsa Bowl @ IOI City Mall malam ini.
Kejohanan yang disertai 120 peserta mewakili 30 pasukan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori PUSPANITA PETRA dengan kerjasama TNB , yang menampilkan penyertaan wanita-wanita hebat dan aktif dari kalangan warga PUSPANITA PETRA dan PUSPANITA Jabatan di bawah PETRA.
Satu lagi adalah Kategori Kejohanan Bowling Sukan Pra Sutra yang melibatkan kerjasama antara Petronas Gas Berhad (PGB) dan Kelab PETRA, yang disertai oleh para pegawai dan kakitangan PETRA dari pelbagai bahagian.
Matlamat kejohanan ini bukan sekadar untuk bersaing secara sihat, tetapi juga bagi mengukuhkan semangat berpasukan, menyemai budaya hidup sihat dan ceria, serta memupuk ukhuwah dalam suasana penuh santai dan harmoni di kalangan warga PETRA.
Syabas dan Tahniah kepada para pemenang, juga kepada semua yang turut serta atas penyertaaan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan. @PETRAMalaysia
#bowlingpetra2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 7 Ogos 2025 | Khamis
Alhamdulillah, malam ini berpeluang menyempurnakan perasmian Anugerah Industri Malaysia 2025 (MINDA 2025) di Kuala Lumpur Convention Centre, majlis penuh gemilang yang menghimpunkan para pemimpin industri, usahawan inovatif dan pencetus perubahan.
MINDA bukanlah sekadar sebuah acara anugerah. Ia adalah simbol aspirasi, semangat perpaduan dan daya saing industri Malaysia yang semakin mantap, yang bersedia menongkah arus cabaran serantau dan global.
Pemilihan tema “Champions of Change: Shaping ASEAN’s Future” mencerminkan hasrat kita bersama untuk menjadikan ASEAN sebuah blok ekonomi yang progresif, lestari dan inklusif, dipacu oleh inovasi serta kepimpinan berintegriti.
Majlis ini turut melengkapkan siri acara penting minggu ini, termasuk Forum Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) dan ASEAN Business Networking Minds (ABNM) — platform perbincangan dan jaringan yang membuka jalan kepada generasi pemimpin lmasa hadapan.
MINDA 2025 juga diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, yang turut menyampaikan Anugerah kepada pemenang utama.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan MINDA 2025, khususnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), jawatankuasa penganjur, rakan strategik dan para sukarelawan yang telah mencurahkan tenaga dan komitmen demi memastikan penganjuran yang cemerlang.
Ia juga selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu — pelan lima tahun yang memfokus kepada ekonomi digital, pertumbuhan hijau, peningkatan daya saing industri serta kesejahteraan rakyat.
Para penerima anugerah malam ini adalah bukti bahawa sektor industri Malaysia telah dan sedang memimpin perubahan ke arah kelestarian, digitalisasi, pengamalan ESG serta pengukuhan jaringan serantau.
Tahniah kepada semua pemenang, finalis dan warga industri yang diiktiraf malam ini. Anda adalah “Champions of Change” — individu dan organisasi yang tidak hanya menjawab kehendak pasaran, tetapi mendahului perubahan dengan visi dan keberanian.
Marilah kita terus memupuk kerjasama erat antara kerajaan, industri, akademia dan masyarakat. Bersama, kita memperkukuhkan sokongan kepada PKS, pelaburan dalam bakat dan inovasi serta membina ekosistem industri yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Jadikanlah MINDA 2025 sebagai pencetus kepada pencapaian yang lebih tinggi demi masa depan Malaysia dan ASEAN yang lebih cemerlang.
#tpmfy
#petra
#minda2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 7 Ogos 2025 | Khamis
Alhamdulillah, berkesempatan menyempurnakan penutupan Sidang Kemuncak Pembiayaan Iklim 2025, bertemakan “Financing Climate Resilience for a Green Transition”, anjuran Persatuan Alumni Perdana Fellows dan rakan penganjur, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.
Sidang ini sangat penting dan tepat pada masanya ketika dunia sedang mencari jalan untuk mengimbangi keperluan pembangunan dengan keperluan mendesak menangani perubahan iklim. Malaysia turut berdepan cabaran ini dan sedang melangkah ke hadapan dengan tekad dan perancangan yang jelas.
Sesungguhnya pembiayaan iklim kini bukan lagi satu pilihan, ia suatu keperluan. Kita perlu menggerakkan dana secara berskala besar bagi tujuan mitigasi, adaptasi dan ketahanan iklim, khususnya bagi negara membangun seperti Malaysia.
Tiga teras utama perlu digembleng secara bersama iaitu: pembiayaan hijau yang inovatif dan berskala; kerjasama strategik sektor awam dan swasta; serta dasar yang sejajar dengan sains dan kerangka kelestarian global.
Melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia telah menetapkan sasaran berani – termasuk 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050 dan penamatan sepenuhnya loji janakuasa arang batu menjelang 2044.
Anggaran pelaburan untuk menjayakan peralihan tenaga ini mencecah RM1.85 trilion menjelang 2050. Ia berpotensi mewujudkan lebih 310,000 pekerjaan hijau serta menyumbang RM13 bilion kepada KDNK setiap tahun menjelang 2040.
Malaysia juga bersedia menjadi hab kewangan hijau serantau. Kita kini menerajui terbitan Sukuk Hijau di peringkat global – dengan 262 daripada 291 sukuk hijau dunia diterbitkan oleh Malaysia setakat pertengahan 2024.
Di peringkat ASEAN, Malaysia komited menyokong pembangunan Grid Tenaga ASEAN (APG), sebuah inisiatif serantau yang akan memperkukuh perdagangan tenaga rentas sempadan dan mempercepatkan integrasi tenaga boleh diperbaharui.
Saya tegaskan bahawa kejayaan peralihan tenaga memerlukan kerjasama menyeluruh. Seperti yang disebut oleh Datuk Wan Kamaruzaman semalam, “kewangan adalah oksigen peralihan”. Tanpa pembiayaan yang strategik, cita-cita besar akan tinggal sebagai retorik.”
Peralihan tenaga bukan hanya soal teknologi atau dasar, ia mengenai masa depan anak cucu kita. Marilah kita jadikan perbincangan ini sebagai pemangkin dasar, pelaburan dan tindakan.
Bersama, kita membina Malaysia yang lebih hijau, lebih lestari dan inklusif, Insya-Allah
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bidang kuasa air adalah di bawah kerajaan negeri dan di Malaysia setiap kerajaan negeri ada syarikat utiliti air yang menguruskan bekalan air.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pula diwujudkan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh syarikat utiliti air di peringkat negeri. SPAN bertindak sebagai pihak berkuasa ataupun pengawal selia termasuklah dalam mempertimbangkan permohonan kenaikan tariff yang dipohon oleh syarikat-syarikat air bagi Kerajaan Negeri.
Demi memastikan keterjaminan bekalan air bersih di peringkat negeri kepada rakyat kita, kos operasi dan kos CAPEX sebenarnya menjadi isu utama yang dihadapi oleh syarikat bekalan air. Malahan kebanyakan syarikat air masih tidak dapat menampung kos CAPEX disebabkan kadar tarif yang amat rendah, jadi dasar sekarang tiap tiga tahun sekali kita akan semak semula kadar tarif yang ditetapkan.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di mana Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) bertanyakan apakah mekanisme pemantauan dan audit ke atas hasil kutipan tambahan daripada pelarasan tarif air yang dijanjikan oleh syarikat operator air negeri bagi tujuan pembaikan dan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air serta tindakan terhadap operator yang gagal memenuhi KPI selepas menerima manfaat pelarasan tarif tersebut.
Baru-baru ini memang permohonan di peringkat negeri kecuali Perak untuk kita menyelaraskan lagi tarif dan atas sebab itu justifikasi yang diberikan maka SPAN tiada halangan atas permohonan mereka tapi seperti biasa setiap permohonan itu mestilah atas justifikasi tertentu.
Disebabkan itu, kita menetapkan KPI bila diluluskan pelarasan itu untuk mereka penuhi. Kalau mereka tidak memenuhi KPI tersebut, di bawah undang-undang, mereka boleh dikenakan hukuman, sebenarnya. Sama ada denda termasuk juga penjara.
Sebelum tindakan itu diambil, SPAN akan memberi peringatan ataupun amaran kepada syarikat-syarikat yang tidak memenuhi KPI. Sama ada melalui amaran, dan mereka akan diberi tempoh 6 bulan untuk mematuhi dan memenuhi kpi yang tidak dicapai dan akhir sekali sebelum tindakan perundangan diambil syarikat utiliti ini juga akan ditetapkan dengan kaedah perlesenan.
Perlesenan ini diberi setiap lima tahun. kalau pencapaian mereka baik, mereka boleh dilanjutkan untuk tempoh lima tahun, kalau pencapaian tidak baik maka mereka akan diberi antara 1 sehingga 3 tahun, malah ada syarikat bekalan air yang hanya diberi sambungan sekadar satu tahun sebab pencapaian yang tidak baik dan kalau langsung tidak mencapai tahap KPI, maka lesen mereka boleh tidak disambung dan kita minta kerajaan negeri untuk melantik syarikat yang boleh melaksanakan tanggungjawab mereka. Jadi itu pendekatan kita dalam memantau pencapaian syarikat-syarikat utiliti air di peringkat negeri.
#tpmfy
#mqt
#petra
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen | 7 Ogos 2024 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini menjawab soalan lisan daripada Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) yang bertanyakan apakah perancangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor teknologi hijau dan ekonomi sirkular berkaitan tenaga dan air serta impak jangkaan terhadap penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan.
Saya memberitahu Dewan Rakyat, Kerajaan akan menumpukan usaha dalam memperkukuhkan inisiatif TBB sedia ada bagi memberikan kepastian, insentif serta opsyen bekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pemain industri agar ia menjadi faktor tarikan kepada pelabur untuk melabur dalam rantaian nilai industri TBB negara.
Antara usaha yang akan diteruskan termasuk:
a) memperkukuhkan pelaksanaan Program Solar Berskala Besar sebagai salah satu program penjanaan solar utama untuk menarik pelaburan dalam bidang TBB dengan implikasi kenaikan tarif yang minimum kepada pengguna elektrik;
b) meneruskan pelaksanaan mekanisme tarif galakkan dan Program Low Carbon Energy Generation Program sebagai program khusus untuk menarik pelaburan dalam bidang penjanaan daripada sumber bukan solar;
c) memperkemaskan pelaksanaan Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) untuk membolehkan syarikat yang melabur di negara ini mendapat bekalan elektrik hijau daripada penjana TBB pilihan secara langsung, selain daripada syarikat utiliti untuk memenuhi komitmen ESG; dan meneruskan penyediaan insentif cukai, Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau dan tenaga boleh baharu.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dijangka akan membuka dan menarik pelaburan sehingga kira-kira RM637 bilion dan 310,000 peluang pekerjaan langsung sehingga tahun 2050 berbanding tahun 2022. Bagi memastikan supaya peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan dilakukan, Kerajaan telah menetapkan ekuiti pemilikan tempatan dalam kesemua projek TBB yang diperkenalkan dan dilaksanakan adalah sekurang-kurangnya 51%.
Ini termasuk bagi pelaksanaan Program Solar Berskala Besar, Program Tarif Galakan, Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM).
Langkah ini diharap akan membolehkan pemindahan kemahiran dan juga teknologi khusus dalam bidang pembangunan TBB dilakukan dan memberi manfaat kepada pekerja-pekerja tempatan.
Antara bidang tumpuan tersebut termasuk:
a) Pengurusan dan pelaksanaan Engineering, Procurement, Construction, and Commissioning dalam pelaksanaan projek TBB yang membolehkan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan berkemahiran tinggi termasuk dalam bidang rekabentuk dan pengurusan projek termasuk aspek teknikal, perundangan dan komersil;
b) Pembuatan dan pemasangan komponen dan peralatan bagi
pembangunan loji jana kuasa TBB seperti panel solar, boiler, sistem pengecasan kenderaan ataupun sistem penstoran yang boleh dirangkumkan dengan kandungan tempatan (local content); dan
c) Pemindahan teknologi sedia ada dan terkini dalam kendalian ekonomi sekular termasuk dalam bidang CCUS, waste recovery dan juga waste to energy (WtE), agar rakyat tempatan juga boleh memiliki kemahiran dalam aspek rekabentuk dan kendalian rantaian nilai bidang ini.
#tpmfy
#petra
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 7 Ogos 2025 | Khamis
Awal pagi ini mengadakan perbincangan bersama para pegawai saya di @PETRAMalaysia dan agensi sebelum menjawab soalan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Soalan daripada Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) berkaitan mekanisme pemantauan dan audit ke atas hasil kutipan tambahan daripada pelarasan tarif air yang dijanjikan oleh syarikat operator air negeri bagi tujuan pembaikan dan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air serta tindakan terhadap operator yang gagal memenuhi KPI selepas menerima manfaat pelarasan tarif tersebut.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 6 August 2025 | Wednesday
This afternoon, I had the privilege of engaging in an insightful Luncheon Talk alongside Puan Mareena binti Mahfuz, Deputy Secretary General (Energy) of the Ministry of Energy Transition and Water Transformation, and Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Chairman of MBSB Group.
Our discussion delved deep into Malaysia’s energy transition journey, on the challenges, the strategies, and the opportunities ahead.
We explored our commitment to achieving net-zero emissions by 2050, and why a realistic, inclusive and well-coordinated approach is crucial before advancing the timeline. At the core of our energy transformation lies the National Energy Transition Roadmap (NETR) — a plan rooted in policy certainty, economic resilience, and people-centric progress.
We spoke on the retirement of the Net Energy Metering (NEM) programme and our shift towards fairer, self-consumption models such as SELCO and CREAM, designed to balance solar adoption with tariff equity.
From Battery Energy Storage Systems (BESS) and smart grids, to the future of nuclear energy, Malaysia’s next phase of growth must be grounded in reliability, innovation, and public trust.
We also addressed the expanding role of electric two-wheelers (E2Ws) in urban and tourism mobility, backed by targeted incentives and charging infrastructure. And through our RM43 billion grid upgrade under RP4, we are laying the foundation for a more flexible, secure and renewables-ready power system.
Malaysia is also ready to play a stronger role in regional cooperation via the ASEAN Power Grid, ensuring energy security while preserving tariff neutrality for the rakyat.
At the heart of it all, our energy transition must remain just, inclusive, and transparent. That means empowering communities, protecting vulnerable groups, and forging strong public-private partnerships.
Thank you to all who joined us today. The road to a low-carbon, high-resilience Malaysia is one we must walk together.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 6 Ogos 2025 | Rabu
Malaysia kini berada di era transformasi tenaga yang menuntut tindakan berani, bukan sahaja dalam teknologi, tetapi juga dalam membina keyakinan rakyat, melindungi alam sekitar, dan memastikan peluang pembangunan yang inklusif serta mampan.
Peralihan tenaga negara perlu berpusatkan rakyat, selaras dengan hala tuju serantau ASEAN, serta mengekalkan keseimbangan antara keterjaminan bekalan, kemampuan kos, dan kelestarian alam sekitar.
Setakat Julai 2025, Malaysia telah mencapai kapasiti tenaga boleh baharu beroperasi sebanyak 4,571.06 MW, dengan tenaga solar sebagai penyumbang terbesar iaitu 4,242.85 MW. Sumbangan ini kini mewakili 31% campuran tenaga elektrik negara.
Kerajaan melalui mekanisme seperti Feed-in Tariff (FiT), Large Scale Solar (LSS), Net Energy Metering (NEM) dan Solar Komuniti (SELCO) terus menggalakkan penyertaan masyarakat serta industri dalam menjana tenaga bersih yang mampu mengurangkan bil elektrik dan meningkatkan daya saing ekonomi.
Gas asli penting sebagai sumber tenaga peralihan, dengan penambahan kapasiti sehingga 8,000 MW menjelang 2030 bagi menyokong kestabilan grid dan integrasi hidrogen di masa hadapan.
Di peringkat serantau, Malaysia kini mempelopori kerjasama tenaga melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) dan Cross-Border Electricity Sales (CBES RE) yang membolehkan eksport tenaga boleh baharu ke Singapura dan meletakkan negara sebagai hab tenaga hijau ASEAN.
Saya menegaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk "Memacu Peralihan Tenaga Hijau”
dalam ‘Luncheon Talk’ anjuran Kumpulan MBSB dan MBSB Investment Bank hari ini tadi.
Dalam aspek pembiayaan, Malaysia memerlukan pelaburan besar yang kreatif dan inklusif, termasuk memanfaatkan sukuk hijau, Low Carbon Transition Facility (LCTF), dan instrumen kewangan Islam untuk memperkukuh ekosistem peralihan tenaga.
Saya ingin mengajak institusi kewangan untuk melabur lebih besar dalam tenaga boleh baharu, menyokong PKS hijau, dan memacu projek tenaga serantau ASEAN.
Peralihan tenaga bukan sekadar soal megawatt dan pengurangan pelepasan karbon, tetapi usaha menggerakkan semangat dan pemikiran seluruh masyarakat untuk membina ekonomi dan negara yang lebih mampan.
Malaysia kini di persimpangan peluang, bukan krisis. Dengan keberanian & kerjasama, kita akan muncul sebagai peneraju tenaga bersih serantau yang menjamin masa depan generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#tenagahijau
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 5 August 2025 | Tuesday
Today, I had the honour of joining a Fireside Chat at the Urban Biodiversity Conference 2025, hosted by Sime Darby Property Berhad. We explored a powerful idea: that biodiversity in our cities is no longer a luxury, it is a strategic investment in Malaysia’s future.
With over 70% of our population living in urban areas, we must move beyond viewing green spaces as aesthetic enhancements. Urban biodiversity strengthens climate resilience, improves public health, enhances property values, and attracts green, ESG aligned investments. It is a value multiplier, not a cost.
From Putrajaya’s ecological corridors to DBKL’s River of Life, and the community-driven gardens of Hulu Selangor, local councils across Malaysia are leading the way. The federal government is matching that ambition through policies like the National Policy on Biological Diversity 2022–2030, the Greening Malaysia Campaign, and the RM250 million Ecological Fiscal Transfers to support nature-positive development across states and cities.
Businesses also have a critical role to play. Biodiversity efforts embedded into ESG strategies, green urban planning, and innovation in financing are no longer optional. They are key to long-term competitiveness and community trust. The most forward-thinking companies today are not just extracting value from nature; they are co-creating it.
Thank you Shahril Hamdan for the engaging moderation and Dato’ Sri Azmir Merican, Group MD of Sime Darby Property, for the kind invitation.
Together, let’s continue building not just high-rises, but higher values for our cities, our communities, and the generations to come.
#urbanbiodiversity
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 5 Ogos 2025 | Selasa
Pelaburan dalam biodiversiti bandar bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga membawa manfaat ekonomi dan sosial yang signifikan kepada masyarakat.
Bandar yang kaya dengan biodiversiti mampu menarik pelaburan dan pelancong, meningkatkan kesihatan awam dan membina daya tahan jangka panjang. Ini adalah ekonomi pintar untuk kelangsungan dan kejayaan abad ke-21.
Kita bukan hanya bercakap mengenai soal pulangan kewangan semata-mata, tetapi juga pulangan kepada alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan tidak melihat biodiversiti bandar sebagai isu terpisah, tetapi sebagai elemen teras dalam falsafah negara. Ia diintegrasikan dalam kerangka ekonomi MADANI yang dibina atas dua tonggak utama iaitu menaikkan siling (pertumbuhan ekonomi) dan meninggikan lantai (keadilan sosial). Nilai teras kemampanan menjadi panduan dan komitmen yang dibuktikan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Pencapaian seperti penanaman 100 juta pokok pada Disember tahun lalu menjadi simbol tekad negara untuk memulihara ekosistem, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
Dalam konteks serantau, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memacu usaha pembangunan bandar mampan melalui ASEAN Smart Cities Network Action Plan 2026–2035 dan ASEAN Biodiversity Plan 2024.
Usaha ini selaras dengan ASEAN Community Vision 2045, ke arah rantau yang aman, berdaya tahan, dan hijau demi kesejahteraan seramai 680 juta penduduk ASEAN.
Perkara ini saya nyatakan ketika berucap menyempurnakan Penutupan Persidangan Biodiversiti Bandar 2025 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.
Persidangan ini menghimpunkan pemikir, pembuat dasar, ahli akademik dan aktivis komuniti untuk membincangkan masa depan bandar yang lebih hijau, inklusif, dan berdaya tahan.
Semua pihak – kerajaan, industri, pihak berkuasa tempatan, akademia, belia dan masyarakat sivil, perlu bekerjasama untuk menjayakan agenda biodiversiti bandar melalui tindakan kolektif.
Saya turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Property Berhad dan Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) untuk kerjasama strategik selama lima tahun bagi memulih dan memperkasa biodiversiti bandar, khususnya di Bandar Elmina.
MoU itu menandakan permulaan kepada usaha bersama untuk mengintegrasikan pendekatan berteraskan ekologi ke dalam pembangunan bandar, merangkumi penyelidikan biodiversiti, pemuliharaan spesies asli, pemulihan ekologi serta penglibatan komuniti.
#biodiversitibandar2025
#myasean2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat Ketua-Ketua Masyarakat P203 Lubok Antu, Sarawak di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Kunjungan ini melibatkan 25 orang yang diketuai Pemancha Grang anak Juben.
Saya difahamkan lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada mereka mengenai sistem Parlimen dan perjalanan persidangan Dewan Rakyat.
Hadir sama, Ahli Parlimen Lubok Antu, YB Roy Angau ak Gingkoi; Ahli Parlimen Sri Aman, YB Dato Sri Doris Sophia Brodi; Ahli Parlimen Batang Lupar, YB Mohamad Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Betong, YB Dato Dr Richard Rapu dan Ahli Parlimen Selangau, YB Edwin ak Banta.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Parlimen l 5 Ogos 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Misi Khas Cambodia di pejabat saya di Parlimen.
Datuk Dr. Othsman yang juga
Presiden Yayasan Pembangunan Muslim Cambodia turut berkongsi perkembangan dan perancangan yayasan beliau dalam memajukan komuniti orang Islam di negara terbabit.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Parlimen l 5 Ogos 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di pejabat saya di Parlimen.
Delegasi diketuai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor dan Dekan Pengajian Islam UKM, Prof Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Parlimen l 5 Ogos 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diketuai pengerusinya, Khalek Awang di pejabat saya.
Dalam kunjungan itu, pihak yayasan membentangkan beberapa insiatif berimpak tinggi yang dicadangkan pelaksanaannya di Sarawak.
Insya-Allah saya cuba membantu bagi memastikan perancangan pihak yayasan berjalan lancar.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Parlimen l 4 Ogos 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia dari 5 hingga 10 Ogos ini atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda menjadi titik bersejarah kepada Malaysia apabila Tuanku Baginda menjadi Ketua Negara Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke Persekutuan Rusia
Jemputan Presiden Rusia itu juga membuktikan betapa Rusia memandang tinggi Malaysia dan Institusi Diraja Malaysia.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan dan keselamatan keberangkatan pergi dan pulang.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Subang l 4 Ogos 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 4 Ogos 2025 | Isnin
Alhamdulillah malam tadi menghadiri Majlis Doa Selamat dan Solat Berjemaah Maghrib dan Isyak serta bacaan yassin bersempena perpindahan ke Kompleks Pejabat Baharu Premier Sarawak di Petra Jaya, Kuching.
Majlis berkenaan yang dihadiri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, diadakan di surau kompleks baharu yang tersergam indah itu.
Hadir sama beberapa Menteri Kabinet Negeri dan Timbalan-Timbalan Menteri negeri, Ketua Setiausaha Politik dan Setiausaha-Setiausaha Politik kepada YAB Premier serta para pegawai dan warga Pejabat YAB Premier
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya merasmikan MUSCS Pickleball Arena Petra Jaya (MPA, PJ) dan DAL HCM Kuching Pickleball League 2025.
Pickleball adalah antara sukan yang kian mendapat tempat di hati rakyat kita kerana ia mudah dipelajari, menyeronokkan dan sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur.
Penganjuran perlawanan pickleball boleh menjadi platform dalam mengasah bakat baharu dalam sukan ini, menggalakkan gaya hidup sihat, menyemarakkan budaya bersukan dan mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan penduduk.
#p194petrajaya
#kamekanaksarawak
#sarawakmajumakmur
#sarawakkusayang
Petra Jaya l 3 Ogos 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 3 August 2025 | Saturday
“The Future is Now.”
Last night in Kuching, I had the honour of delivering the Special Keynote Address at the ICM Grand Dining & Inaugural Benching Ceremony held in conjunction with the historic publication of His Excellency Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar as the first Bencher of the Inns of Court Malaysia.
From the rimba of Rajang to the astana of Sarawak’s governorship, His Excellency’s journey is one of resilience, reform, and an unwavering devotion to the rule of law. A towering figure in Malaysia’s legal and political landscape, he has left an indelible mark from enshrining MA63 in our Constitution to advancing reforms in Parliamentary Services, Undi18, and religious inclusivity.
To many, he is a living legal encyclopaedia. A custodian of wisdom, history, and conviction.
It was deeply meaningful to witness this in Sarawak, my home, the very land where his journey began. The choice of Kuching as host reminds us that greatness often rises from humble beginnings, when rooted in service and driven by purpose.
This was more than a ceremonial gathering. It was a convergence of brilliant minds, bound by tradition and a shared commitment to the future of Malaysia’s legal fraternity. The ICM is more than an institution. It is a living bridge between generations, grounded in values of integrity, duty, eloquence and honour.
To the students, young lawyers and future leaders: be inspired, stay grounded, and be bold in your pursuit of justice. The law does not belong to the privileged few. It belongs to those who serve with heart, humility and honour.
May this moment remind us that the law must grow with the nation rooted in our own values, and reflective of the people it serves.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 2 Ogos 2025 | Sabtu
Berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Inns of Court Malaysia (ICM) di Hotel Waterfront Kuching, petang ini tadi.
Delegasi tersebut diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara yang juga Presiden ICM, Yang Amat Berbahagia Tun Ariffin Zakaria dan turut disertai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi .
Turut sama, Timbalan Presiden ICM, Dato Mary Lim ; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ‘Inns of Court Malaysia Grand Dining’, YA Tan Kee Heng ; Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Lee Swee Seng ; Hakim Mahkamah Rayuan, YA Nanta Balan dan Hakim Mahkamah Rayuan, YA Lim Chong Fong.
#tpmfy
#icm
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 2 Ogos 2025 | Sabtu
Hari ini, menyempurnakan perasmian
Ekspo Kesihatan dan pembukaan Cawangan He Medical Clinic Sarawak, yang terletak di Canaan Square, Kuching.
Klinik ini bakal menjadi pusat rawatan moden dan mesra komuniti yang menawarkan perkhidmatan kesihatan menyeluruh khusus untuk lelaki, termasuk menerusi aplikasi He Medical Clinic yang memudahkan penduduk Kuching membuat temujanji dan mendapatkan khidmat nasihat kesihatan secara digital.
Langkah ini selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam memperluas akses kesihatan berkualiti dan digitalisasi perkhidmatan perubatan kepada rakyat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Sarawak Maju Makmur.
Kesihatan lelaki selalunya dipandang sepi kerana sikap malu untuk mendapatkan rawatan berkaitan. Dengan adanya klinik swasta yang fokus kepada kesihatan lelaki ini, ia bukan sahaja membantu meringankan beban hospital kerajaan, tetapi juga menyediakan alternatif untuk mendapatkan rawatan berkaitan.
Jangan malu kerana semua doktor dan jururawat di klinik ini adalah lelaki. Lakukan saringan awal supaya rawatan awal dapat dilakukan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga He Medical Clinic atas inisiatif yang mampu memperkasa kesejahteraan rakyat dan komuniti setempat.
#tpmfy
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed di pejabat saya di Menara PETRA.
Dalam kunjungan itu, kami bertukar pandangan dan idea dalam perkhidmatan kerajaan dan awam.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan sudah pasti pelbagai idea serta pandangan dapat dibincangkan.
Saya ucapkan selamat maju jaya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Putrajaya l 1 Ogos 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 31 Julai 2025 | Khamis
Malam ini, Forum Ilmuwan Malaysia Siri #7 menyaksikan barisan pemikir yang hebat diketengahkan bagi bersama-sama membincangkan pelbagai perkara melibatkan tema, “Towards a Sustainable Healthcare for All.”
Saya juga berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan forum malam ini bersama tiga panelis terkemuka bagi berkongsi pandangan dan perspektif kritikal.
Bagi panelis pertama iaitu Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan membincangkan “Towards a Sustainable Healthcare System for All”, dengan penekanan pada pembaharuan pembiayaan kesihatan, modal insan dan akses kesihatan yang saksama serta Dr. Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH Healthcare, dengan pembentangan bertajuk “Building a Sustainable Healthcare Ecosystem" manakala Prof. Emeritus Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman, melalui pembentangan bertajuk “Investing in Health for All”, yang menekankan kepentingan pendidikan, penyelidikan dan keterangkuman kesihatan komuniti.
Perubahan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi apabila melibatkan dasar awam, inovasi swasta dan kebijaksanaan akademik digabungkan maka kita menghampiri usaha membina sistem kesihatan yang adil, berdaya tahan dan menyeluruh dalam menjaga setiap nyawa, tanpa mengira latar belakang.
Kesihatan bukan sekadar soal sistem. Ia cerminan nilai sebuah negara iaitu soal kelestarian kehidupan, kesamarataan harapan dan kemanusiaan.
Semoga forum ini tidak menjadi pengakhiran perbincangan tetapi sebagai permulaan kepada satu tindakan bersama yang lebih berani.
Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas komitmen padu dalam menganjurkan platform penting yang mampu merangka perbincangan dasar berimpak untuk masa depan negara.
Terima kasih juga kepada para peserta termasuk yang maju ke depan kerana berani melemparkan soalan yang bernas bagi mencorakkan lagi sesi dialog ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 31 Julai 2025 | Khamis
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini, menjadi landasan penting dalam memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, berdaya tahan dan progresif.
Bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” ia dirangka dengan penuh teliti, mengambilkira pendekatan holistik, menyantuni setiap lapisan rakyat,mencakupi semua sektor, kelestarian alam dan tatakelola serta memperkukuhkan daya saing negara, supaya terus menyerlah di persada antarabangsa.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan dasar-dasar di bawah RMK13 memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara.
Selaras dengan komitmen Malaysia mencapai neutral karbon menjelang 2050, RMK13 mempercepatkan peralihan tenaga melalui langkah-langkah utama:
Pembangunan Grid Pintar dan Sistem Penyimpanan Tenaga (BESS) 400 MW untuk 4 jam, dengan pelaburan RM2.5 bilion
Pewujudan Pengendali Pasaran (Market Operator) untuk pasaran elektrik rentas sempadan – ke arah ASEAN Power Grid (APG)
Pemerkasaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti solar, hidro dan teknologi hijau
Peluasan akses kepada elektrik hijau melalui solar berkelompok dan akses pihak ketiga
Penerokaan tenaga nuklear di bawah kawal selia NEPIO (Nuclear Energy Programme Implementing Organisation) sebagai sumber tenaga bersih dan selamat
Dalam sektor air pula, RMK13 memberi tumpuan kepada pengurusan sumber yang mampan dan berdaya tahan, antaranya:
Projek tebatan banjir di lokasi berisiko tinggi seperti Kuching, Johor, Pahang, Kedah, Sabah dan Perak
Sistem amaran awal banjir berasaskan AI untuk ramalan lebih cepat dan tepat
Pelan Transformasi Air untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW), galakan air pulih guna dan inovasi teknologi tempatan
Kerjasama erat antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sektor swasta untuk memastikan kestabilan bekalan air
Sebagai Menteri yang turut bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak, saya menyambut baik pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, termasuk:
Projek sambung tara grid Sarawak–Semenanjung, menyokong aspirasi Sarawak sebagai hab tenaga hidro
Peningkatan kapasiti pelabuhan di Sabah dan Sarawak untuk menyokong pertumbuhan ekonomi
Hab ekonomi biru di Sabah bagi menarik pelaburan dalam industri strategik baharu
Hab pengeluaran makanan di pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk memacu ekonomi desa
Projek mitigasi banjir seperti RTB Kuching dan RTB Sungai Likas di Sabah
Pembangunan sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak melalui pemerkasaan bakat dan infrastruktur
Penyelesaian projek Sarawak-Sabah Link Road, Lebuhraya Trans Borneo dan Pan Borneo di Sabah
Pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di Sabah dan Sarawak untuk memperkukuh Rancangan Fizikal Negara
Pengukuhan pos keselamatan di sempadan utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Secara keseluruhan, RMK13 adalah pemacu utama Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan inklusif, mampan dan berdaya tahan.
Dengan transformasi tenaga dan air yang menyeluruh, Malaysia berada di landasan kukuh untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi hijau dan teknologi masa depan.
#rmk13
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan Negara.
Istiadat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diiringi tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) sebelum pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Dalam istiadat itu, turut diadakan persembahan pantomim khas bertajuk 'Zabri, Pejuang Sang Saka Biru' arahan Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari yang mengisahkan perwira lagenda komando VAT69, Asisten Superintendan Mohd Zabri Abdul Hamid.
Selain itu, deklamasi sajak bertajuk 'Darah Yang Terpercik Di Baju' oleh Detektif Sarjan Ardiansyah Wayang (PDRM) dan Staf Sarjan Siti Nur Aini Jasni (ATM). But
Manakala perbarisan melibatkan seramai 18 pegawai dan 685 anggota ATM serta PDRM dengan diketuai Superintendan Mohamad Ridzuan Roslan.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
#madanibekerja
Putrajaya l 31 Julai 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Tanggal 31 Julai setiap tahun adalah manifestasi penghormatan tertinggi negara kepada pahlawan dan wira-wira negara yang menabur bakti dalam pasukan keselamatan serta pertahanan negara, mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air sejak era penjajahan sehinggalah ke hari ini.
Kita tidak akan pernah lupa bagaimana darah, keringat dan nyawa dipertaruhkan demi memastikan tanah air ini kekal merdeka, berdaulat dan aman. Daripada perjuangan menentang penjajah, ancaman komunis, sehingga ke operasi pengamanan di dalam dan luar negara — setiap langkah wira-wira negara adalah kisah keberanian yang tiada ternilai.
Pengorbanan mereka telah membentuk asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini.
Buat para pahlawan yang telah pergi, doa kami sentiasa mengiringi. Berjuang di medan tempur, demi negara mereka jujur dan akur. Kepada para anggota yang masih berkhidmat, menabur bakti dalam pasukan keselamatan serta pertahanan negara - teruskanlah perjuangan, menjunjung amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat cintakan tanah air.
Negara yang merdeka dan berdaulat ini tidak akan dapat kita kecapi tanpa semangat juang, disiplin dan kesetiaan wira-wira negara. Terima kasih, perwira negara. Malaysia tetap utuh kerana pengorbanan kalian semua.
Selamat menyambut Hari Pahlawan 2025. Semoga semangat perjuangan dan cinta kepada tanah air terus mekar di jiwa rakyat Malaysia.
#haripahlawan2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena sambutan Hari Pahlawan 2025 di Masjid Negara.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada jam 5.30 petang.
Lebih 2,000 jemaah terdiri daripada penjawat awam dan pelajar sekolah tahfiz turut hadir dengan majlis dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 30 Julai 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok daripada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
RMK-13 akan dibentang YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mana dokumen ini berjaya dihasilkan dengan penglibatan pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan-kerajaan negeri.
Ia memberi fokus kepada usaha mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan atau rakyat yang dipinggirkan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
#rancakkanmadani
Parlimen l 30 Julai 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang diketuai Presidennya, Dato Dr. Kalwinder Singh Khaira di pejabat saya di Parlimen.
Dalam kunjungan itu, kami bertukar pandangan dan cadangan dalam memastikan peranan MMA dapat diperkasakan lagi dalam sektor perubatan negara sekali gus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengamal perubatan dan rakyat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 30 Julai 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
“Untung Jadi Anak Sarawak.”
Toklah ungkapan yang menggambarkan Majlis Pelancaran Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Inisiatif tok memperkenalkan pemberian Bantuan Wang Saku sebanyak RM1,200 kepada semua pelajar Anak Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di IPT, tanpa mengira latar belakang keluarga mahupun tahap pendapatan. Langkah tok merupakan satu manifestasi jelas komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan sik ada yang tercicir dalam menempuh alam pengajian tinggi akibat kekangan kewangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Premier Sarawak atas keprihatinan dan kepimpinan beliau dalam meluluskan bantuan tok. Ia pastinya dapat meringankan beban kewangan ibu bapa, selain membantu para pelajar menampung perbelanjaan harian semasa menuntut ilmu.
Setakat tok, sebanyak 15,000 permohonan telahpun diluluskan, dan sebahagian daripada pelajar telah menerima bantuan tersebut.
Bagi baki penerima, pembayaran akan dibuat secara berperingkat. Secara keseluruhan, seramai 42,000 pelajar Anak Sarawak akan menerima manfaat daripada bantuan ini, melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM50.5 juta.
Selain daripada Bantuan Wang Saku tok, Kerajaan Sarawak turut melaksanakan pelbagai inisiatif lain seperti pemberian komputer riba percuma dan baucar buku kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Dalam masa yang sama, inisiatif subsidi tiket penerbangan di bawah program Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (IGPS) yang bernilai RM300 turut ditawarkan, dan boleh dipohon sebanyak dua kali setahun.
Semua inisiatif tok adalah hasil daripada dasar pembangunan ekonomi Sarawak yang mampan dan inklusif. Pendapatan negeri yang semakin kukuh telah diterjemahkan ke dalam bentuk program kebajikan dan pendidikan yang merik manfaat terus kepada rakyat.
Tok bukan sekadar bantuan kewangan, tapi lambang kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memastikan sik ada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Sesungguhnya, toklah erti sebenar kesejahteraan yang dikongsi bersama.
#kamekanaksarawak
#sarawakmajumakmur
Kuala Lumpur | 30 Julai 2025 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini mengadakan perbincangan bersama Timbalan saya, YB Tuan Hj Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan para pegawai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk Bacaan Kedua RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025 dan RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Hj Mad Zaidi Mohd Karli.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Parlimen | 30 Julai 2025 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Julai 2025 | Selasa
Selesai menjawab soalan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini, saya berpeluang menyantuni seramai 40 pelajar Tingkatan 6 SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang, bersama empat guru yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia.
Perjumpaan ini memberi peluang kepada saya untuk bertanya khabar semua pelajar terbabit dan pada masa sama, lawatan mereka ini membuka peluang untuk mereka memahami secara dekat proses demokrasi dan fungsi institusi Parlimen, sekali gus menjadi medan menyemai kesedaran sivik, semangat kenegaraan, dan tanggungjawab sebagai warga muda yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Anak muda adalah aset terpenting negara. Semoga kunjungan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan iltizam dalam membina Malaysia yang lebih gemilang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Julai 2025 | Selasa
Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025 dengan pelaksanaannya bermula 1 Julai 2025. Pengenalan jadual elektrik baharu ini adalah penambahbaikan kepada struktur sebelum ini berdasarkan empat prinsip utama iaitu:
a. penetapan tarif yang telus;
b. struktur tarif yang mencerminkan kos pembekalan sebenar;
c. pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna; dan
d. impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.
Jadual tarif elektrik di Semenanjung sedia ada telah digunakan sejak tahun 2014. Semakan jadual tarif perlu dilaksanakan berikutan perubahan yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan industri tenaga elektrik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini.
Kementerian dan ST telah membuat semakan dan menstrukturkan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung bagi menangani isu ketidakpadanan struktur kos pembekalan di dalam jadual tarif elektrik sedia ada yang mana meliputi 9% kos tetap (infrastruktur) dan 91% kos tenaga.
Jadual tarif elektrik baharu ini di strukturkan semula supaya lebih jelas dengan memaparkan caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian, dan caj peruncitan bagi setiap kategori pengguna berbanding struktur lama yang hanya mempunyai komponen caj tenaga dan caj minimum sahaja.
Struktur ini lebih telus dan dapat mendidik pengguna supaya peka terhadap komponen–komponen yang terlibat dalam pembekalan elektrik. Ia langkah awal dalam memberi kesedaran atau mendidik rakyat supaya menjadi pengguna bijak tenaga selaras dengan agenda peralihan tenaga negara.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab soalan Dr. Mohammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani) yang bertanyakan mengenai matlamat jadual tarif elektrik baharu dalam mencapai agenda peralihan tenaga dan kemampanan jangka panjang, juga penjelasan kerajaan terhadap dakwaan tarif membebankan rakyat serta langkah menangani kekeliruan dan keresahan awam berkaitan dasar ini.
Saya juga memberitahu Dewan Rakyat kadar tarif dalam jadual baharu ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi tetapi mengikut tahap sambungan voltan. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar untuk membekalkan sumber elektrik dan mengelakkan berlakunya diskriminasi berdasarkan aktiviti.
Struktur ini juga menyokong aspek kemampanan di mana ia menyediakan platform penyertaan yang sama rata dan adil dalam kalangan pengguna bukan domestik.
Ketelusan dalam komponen kos pembekalan ini dapat menggalakkan pengguna bukan domestik untuk menerokai sumber tenaga boleh baharu (TBB) bagi mendapatkan sumber alternatif elektrik yang lebih kompetitif di samping memenuhi tanggungjawab dan sumbangan korporat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
Kementerian turut memperkenalkan insentif cekap tenaga kepada pengguna di mana ia diberikan secara terus kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah serta Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang menggunakan elektrik 200 kWj dan ke bawah.
Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar ini menggunakan elektrik secara berhemah dan cekap dalam pengurusan tenaga. Ini kerana pengurusan tenaga yang baik dapat mengimbangi permintaan elektrik di samping meningkatkan sumber penjanaan elektrik daripada sumber TBB bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara.
Semakan semula jadual tarif elektrik di Semenanjung ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang menekankan bahawa 85% pengguna tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan.
Oleh itu, jadual ini di strukturkan supaya secara dasarnya pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik sekiranya penggunaan adalah sama dengan bulan sebelum ini.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Ini adalah kerana terdapatnya komponen insentif cekap tenaga yang diberikan kepada pengguna domestik untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara berhemah di samping dapat memastikan kos bil elektrik yang berpatutan.
Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah juga terus dibantu bagi mengurangkan beban kos sara hidup melalui pengecualian pembayaran caj peruncitan dan kos Automatic Fuel Adjustment (AFA). Ini adalah untuk memastikan tiada kenaikan bil elektrik yang akan membebankan rakyat.
Bagi memastikan rakyat memahami struktur jadual tarif elektrik baharu ini, Kementerian bersama-sama dengan ST dan TNB telah mengeluarkan beberapa infografik yang bertujuan untuk mendidik pengguna mengenai komponen-komponen baharu yang diperkenalkan seperti caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian, dan caj peruncitan dan juga komponen AFA yang menggantikan pelaksanaan ICPT.
Pengguna juga boleh menghubungi pihak TNB melalui careline TNB sekiranya masih memerlukan maklumat tambahan mengenai jadual tarif elektrik ini bagi mengelakkan berlakunya keresahan dan kekeliruan maklumat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 29 Julai 2025 | Selasa
Pagi ini mengadakan perbincangan bersama Timbalan saya, YB Tuan Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan para pegawai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebelum menjawab soalan dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Soalan MQT untuk PETRA hari ini adalah daripada Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani) berkaitan matlamat jadual tarif elektrik baharu dalam mencapai agenda peralihan tenaga dan kemampanan jangka panjang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mengadakan lawatan ke Majlis Badan Peguam Malaysia di Wisma Badan Peguam Malaysia, Leboh Pasar Besar.
Dalam lawatan itu, saya disambut Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Bin Abdul Wahab bersama kepimpinan Badan Peguam Malaysia.
Pihak Badan Peguam Malaysia berkongsi pandangan dan menzahirkan keperluan mencari jalan untuk mewujudkan platform kerjasama antara Badan Peguam dengan Parlimen dan Kerajaan.
Saya menyuarakan sememangnya ada platform kerjasama yang boleh dimainkan Badan Peguam Malaysia bersama Parlimen melalui Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers Club-BBC) di mana Pengerusinya adalah Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Indera Mohd Shahar Bin Abdullah.
@shaharabdullah1
@malaysianbar
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 28 Julai 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 28 Julai 2025 | Isnin
Alhamdulillah, berbesar hati menyampaikan ucaptama dalam edisi Malaysia bagi forum Unlocking Capital for Sustainability (UCFS) 2025, bertemakan “Memacu Pertumbuhan Inklusif dan Lestari untuk ASEAN” yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, industri, kewangan dan masyarakat sivil dalam menjayakan misi peralihan tenaga serantau.
Penganjuran UCFS amat signifikan kerana ia selari dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini yang bertemakan Inklusiviti dan Kelestarian. Malaysia komited dalam memacu transformasi sistem tenaga ke arah yang lebih mampan, andal dan berdaya tahan.
UCFS adalah platform penting dalam merealisasikan hasrat bersama ini, terutama dalam membiayai peralihan tenaga.
Peralihan tenaga berdepan trilema utama: kemampanan, keselamatan dan keterjangkauan. Tiga elemen ini saling berkait dan perlu ditangani secara holistik demi masa depan tenaga yang adil dan berdaya tahan.
ASEAN dijangka mengalami peningkatan permintaan tenaga sebanyak 60% menjelang 2040. Bagaimana kita mengimbangi pertumbuhan dengan matlamat alam sekitar akan menentukan masa depan ekonomi kita.
Ketidaktentuan global – geopolitik dan ekonomi – menjejaskan pelaburan ke negara sedang membangun. Maka, ASEAN perlu berganding bahu memajukan integrasi tenaga serantau, memobilisasi modal, dan menyelaras dasar untuk peralihan tenaga yang adil.
Trilema tenaga bukan pertarungan sifar. Ia adalah peluang untuk mencipta penyelesaian bersepadu demi kemakmuran bersama ASEAN. Inilah peluang kita untuk memacu inovasi, mencipta pekerjaan berkualiti, dan membina ekonomi masa depan.
Malaysia telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai kerangka strategik untuk mencapai 70% kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050. NETR juga menjadi isyarat pasaran untuk menarik pelaburan swasta dan mengurangkan ketidaktentuan pelabur.
Pelaksanaan NETR memerlukan pelaburan besar dalam:
• Grid pintar
• Penyimpanan tenaga skala besar
• Infrastruktur penghantaran moden
Transformasi menyeluruh ini adalah kunci kepada kejayaan.
Peralihan tenaga juga akan memberi kesan kepada sektor pekerjaan. Strategi peralihan adil perlu digerakkan melalui latihan semula, peningkatan kemahiran dan perlindungan sosial, demi memperkasa tenaga kerja dan industri hijau baharu.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited memimpin pembangunan tenaga serantau. Inisiatif utama: ASEAN Power Grid (APG) akan menjadi pemacu integrasi tenaga dan keselamatan tenaga serantau.
Malaysia menyasarkan hasil penting menjelang Oktober 2025 untuk APG, dengan keutamaan kepada:
• Harmonisasi peraturan
• Sistem penghantaran moden
• Kerjasama awam-swasta
Infrastruktur ini akan menyokong perdagangan tenaga serantau dan pelaburan strategik.
APG berpotensi mewujudkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui serantau, mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, dan membuka peluang pelaburan jangka panjang kepada pelabur institusi.
Dalam menangani jurang pembiayaan iklim serantau bernilai USD1.5 trilion setahun, Malaysia aktif dalam:
• Memperkasa taksonomi kewangan mampan
• Menyokong standard bon hijau serantau
• Bekerjasama dengan institusi pelbagai hala untuk kurangkan risiko pelaburan
PETRA yang saya terajui turut menggerakkan akses kepada elektrik hijau melalui inisiatif seperti:
• Green Electricity Tariff (GET)
• Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS)
• Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM)
Gabungan antara pembiayaan mampan dan tenaga hijau adalah pemangkin utama pertumbuhan ekonomi hijau dan transformasi yang inklusif.
#ucfs2025
#aseanpowergrid
#myasean2025
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Duta Khas Presiden Republik Korea, Kim Young Choon dan Duta Besar Romania ke Malaysia, Puan Yang Terutama Nineta Bǎrbulescu di Bilik Kunjungan Hormat.
Dalam kunjungan pertama melibatkan Duta Khas Presiden Republik Korea, Kim Young Choon, beliau menyatakan komitmen tinggi kerajaan baharu Korea Selatan dalam memajukan tenaga hijau dan usaha pengurangan karbon secara menyeluruh.
Kami turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama antara ASEAN dan Republik Korea, khususnya dalam kerangka Grid Tenaga ASEAN yang lebih mampan dan bersepadu.
Kim turut memaklumkan kesediaan Korea Selatan untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC pada bulan Ogos ini.
Sebagai rakan dagang kelapan terbesar Malaysia, saya berharap agar peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga dan transformasi sektor air dapat terus dipertingkatkan demi pembangunan yang lestari bersama.
Saya juga menerima kunjungan hormat daripada delegasi Romani yang diketuai Nineta Bǎrbulescu.
Meskipun Romania merupakan sebuah negara dengan populasi sekitar 19 juta penduduk, usaha gigih negara tersebut dalam memajukan sektor tenaga hijau wajar diberikan pujian dan pengiktirafan.
Selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap - NETR) serta komitmen Malaysia terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2050, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan rakan dagang strategik, termasuk dari Eropah Timur, dalam memperkasa sektor tenaga hijau ke arah pembangunan yang inklusif dan mampan.
#malaysiakorea
#malaysiaromania
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 24 Julai 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 24 Julai 2025 | Khamis
Alhamdulillah, Bangunan Parlimen Malaysia kini menjadi antara bangunan parlimen terawal di dunia yang mempunyai sistem solar fotovolta berkapasiti 1.5MW dengan penjanaan tahunan mencecah 1.9GWj.
Kapasiti ini telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG sebanyak 1,465 tan metrik CO2 setahun dengan anggaran penjimatan bil elektrik sebanyak RM1 juta setahun.
Parlimen Malaysia juga turut dilengkapi dengan 4 petak pengecasan kenderaan elektrik (Electric Vehicle Charging Bay) bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik terutamanya oleh ahli-ahli parlimen dan petugas.
Ini menjadikan Bangunan Parlimen Malaysia antara bangunan parlimen terawal di dunia yang mempunyai kapasiti solar panel sebesar ini.
Alhamdulillah saya diberi penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Sistem Solar Fotovolta di Kompleks Parlimen Malaysia hari ini tadi.
Projek ini dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensi teknikalnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Parlimen Malaysia sebagai pengguna.
Bangunan Parlimen Malaysia dipilih sebagai lokasi rintis projek ini bagi menyatakan kesungguhan institusi tertinggi negara dalam merealisasikan inisiatif peralihan tenaga negara. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh tujuh bulan bermula pada 2 Februari 2024 dan siap sepenuhnya pada 30 September 2024.
Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45% menjelang 2030, dan mencapai GHG sifar bersih menjelang 2050. Sektor tenaga dikenal pasti sebagai penyumbang utama pelepasan GHG, hampir 80% dari jumlah keseluruhan.
Kerajaan juga melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) pada 2023 sebagai peta hala tuju mempercepat peralihan kepada tenaga bersih. Sasaran pengurangan pelepasan GHG sektor tenaga ialah 32% menjelang 2050.
Salah satu strategi utama adalah dengan meningkatkan penjanaan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB).
Atas komitmen mempercepatkan pelaksanaan NETR dan meneladani usaha ke arah peralihan tenaga, Kerajaan telah meluluskan beberapa projek pemasangan sistem solar fotovolta di bumbung bangunan-bangunan Kerajaan.
Peruntukan pembangunan secara one-off ini telah diberikan kepada agensi pelaksana dan pelaksanaan projek dijalankan secara rapid execution bagi memastikan projek-projek ini disiapkan dengan segera.
Ayuh! marilah kita sama-sama berusaha dalam kapasiti kita sendiri untuk mencapai sasaran negara dalam usaha mengurangkan pelepasan GHG dan kita boleh mewariskan sebuah negara yang lestari kepada generasi masa hadapan.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak di atas komitmen dan kesungguhan dalam merealisasikan projek ini dan menjadikan ia sebagai contoh dan penanda aras kepada bangunan-bangunan kerajaan yang lain.
Terima kasih YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara ; YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat ; YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, yang hadir sama.
#solarfotovolta
#netr
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berbesar hati melancarkan Laporan Tahunan 2024 APPGM-SDG di Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Tahniah kepada APPGM-SDG
atas kejayaan menerbitkan Laporan Tahunan 2024, yang bukan sahaja mencerminkan pelaksanaan program di akar umbi, tetapi juga simbol komitmen kita semua iaitu kerajaan, Parlimen dan masyarakat sivil dalam
merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai tanggungjawab bersama.
APPGM-SDG telah membuktikan bahawa kerjasama rentas parti
dan rentas sektor mampu menghasilkan perubahan
bermakna. Ia bukan sekadar satu program teknokratik, tetapi sebuah gerakan nasional yang memberi ruang kepada suara rakyat di akar umbi untuk diangkat ke peringkat dasar nasional.
Pendekatan APPGM-SDG
yang inklusif, menyeluruh dan berpaksikan komuniti adalah
sejajar dengan semangat Malaysia MADANI, yang mengangkat nilai keadilan, kesejahteraan dan keterangkuman.
Program APPGM-SDG yang diurus tadbir secara bipartisan ini mencerminkan semangat kerjasama merentasi politik dalam menangani cabaran pembangunan yang kompleks dan pelbagai dimensi. Dalam suasana politik yang kadangkala tidak menentu dan apabila matlamat kita jelas, iaitu membela nasib rakyat dan membangunkan komuniti, kita mampu bekerjasama merentas sempadan politik, ideologi dan kepentingan.
Seluruh ekosistem pembangunan negara termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, CSO (Civil Society Organization/Pertubuhan Masyarakat Sivil), sektor swasta, ahli akademik dan komuniti perlu terus berganding bahu menjayakan agenda pembangunan mampan ini.
Laporan Tahunan 2024 APPGM-SDG bukan hanya laporan, ia adalah peta jalan dan cerminan kepada cita-cita kita semua untuk membina sebuah Malaysia yang adil, inklusif dan mampan menjelang 2030 dan seterusnya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 24 Julai 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Udara, Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris di pejabat saya.
Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan dilantik sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) ke-21 pada 26 Jun lalu.
Dalam kunjungan ini, kami bertukar pandangan mengenai Tentera Udara Diraja Malaysia dan peranan TUDM dalam merealisasikan Malaysia Madani.
Selamat Maju Jaya kepada Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 24 Julai 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kerajaan memperkenalkan struktur tarif baharu elektrik bagi memastikan ketelusan, keadilan dan kecekapan dalam pembekalan elektrik. Ia juga adalah langkah pembaharuan untuk menyokong ekosistem tenaga negara yang lebih mampan dan progresif.
Justeru Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025 dengan pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025.
Pengenalan jadual elektrik baharu ini merupakan penambahbaikan kepada struktur sebelum ini berdasarkan empat prinsip utama iaitu:
a. penetapan tarif yang telus;
b. struktur tarif yang mencerminkan kos pembekalan sebenar;
c. pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna; dan
2d. impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.
Struktur baharu ini merangkumi caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian, dan caj peruncitan bagi setiap kategori pengguna berbanding struktur lama yang hanya mempunyai komponen caj tenaga dan caj minimum. Dalam hal ini, struktur baharu tersebut adalah lebih telus dan memberikan pendedahan kepada pengguna mengenai kos-kos yang perlu dibayar bagi mendapatkan bekalan elektrik.
Saya memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika menjawab bersekali tiga soalan lisan berasingan daripada Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) ; Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) dan Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol).
Selain itu, kadar tarif dalam jadual baharu ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi tetapi mengikut tahap sambungan voltan. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar untuk membekalkan sumber elektrik kepada mereka.
Bagi mengurangkan impak bil elektrik di samping menggalakkan amalan kecekapan tenaga dalam kalangan pengguna, Kerajaan telah memperkenalkan insentif cekap tenaga di mana ia diberikan secara terus kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dan juga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menggunakan elektrik 200 kWj dan ke bawah. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar ini untuk lebih bijak dalam pengurusan tenaga dan memastikan tiada keperluan bagi para PMKS untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh kadar tarif baharu ini.
Tambahan lagi, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah juga akan dikecualikan daripada pembayaran caj peruncitan. Ini merupakan bantuan oleh Kerajaan kepada golongan tersebut bagi memastikan mereka terus dilindungi dan tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual baharu ini.
Oleh itu, melalui insentif dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan bersama-sama dengan jadual tarif elektrik baharu ini, Kerajaan menjangkakan perubahan yang minimum kepada bil elektrik pengguna domestik dan juga golongan PMKS dengan 85% pengguna domestik tidak akan terkesan dan terus dilindungi selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri.
Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025 juga telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di mana pelarasan kos bahan api dibuat setiap bulan berbanding enam bulan.
Namun begitu, Kementerian kekal prihatin dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga dan tidak terkesan secara terus dengan perubahan bil elektrik secara mendadak sekiranya berlaku ketidakstabilan harga bahan api di pasaran. Hal ini kerana terdapatnya penetapan nilai ambang (threshold) yang memerlukan kelulusan Menteri Tenaga bagi kelulusan kadar AFA sekiranya caj tenaga asas dan unjuran kos tenaga pada bulan akan datang berlaku peningkatan melebihi 10% dari bulan semasa.
Ini merupakan langkah proaktif Kerajaan bagi terus melindungi pengguna elektrik.
Parlimen | 23 Julai 2025 | Rabu
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Di samping itu, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah akan dikecualikan daripada pelarasan kos bahan api secara automatik iaitu AFA.
Langkah ini adalah untuk memastikan golongan domestik ini tidak terbeban dengan pembayaran bil elektrik di samping menggalakkan pengguna untuk menggunakan elektrik secara cekap dan berhemah sekiranya mereka ingin mendapat insentif ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini melakar detik bersejarah dengan perasmian Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 yang julung kali dianjurkan, bersempena dengan Pameran Seni Bina Antarabangsa, Reka Bentuk Dalaman Dan Pameran Bangunan (ARCHIDEX) 2025, pameran terulung Asia dalam bidang seni bina dan alam bina.
Dengan jangkaan lebih 70 juta penduduk baharu akan mendiami kawasan bandar di ASEAN menjelang tahun 2030, rantau kita berdepan tekanan yang semakin meningkat terhadap isu perumahan, infrastruktur dan kelestarian. Namun, di sebalik cabaran ini terletak peluang besar untuk ASEAN muncul sebagai peneraju dunia dalam membangunkan model hartanah yang pintar, inklusif dan tahan terhadap perubahan iklim.
AREC menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin bandar, pemaju, dan pakar dari seluruh ASEAN, China dan Timor-Leste — demi merangka penyelesaian konkrit merangkumi - bangunan hijau ; teknologi hartanah (PropTech) ; bandar bersepadu yang bersifat menyeluruh dan tidak meminggirkan sesiapa.
Kami percaya bahawa inovasi bukan satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Kami percaya bahawa integrasi bukan hanya pada tahap pasaran, tetapi merangkumi pemikiran, misi dan tujuan bersama.
Dan kami percaya bahawa kemajuan hanya bermakna jika manfaatnya sampai kepada golongan miskin bandar, belia, warga emas dan komuniti yang terpinggir.
Ini bukan sekadar persidangan — ia adalah pelantar kepada kerjasama serantau yang lebih kukuh, strategi berorientasikan rakyat, dan tindakan yang realistik serta berwawasan jauh.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025, berbangga menjadi tuan rumah kepada platform yang signifikan ini untuk dialog dan jalinan global.
Kerana hartanah tidak seharusnya dilihat sebagai komoditi untuk segelintir, tetapi sebagai hak untuk semua.
ASEAN adalah rumah kita bersama. Ayuh! kita bina dengan penuh iltizam dan makna.
----------------------------------
Today marks a historic milestone as we officially opened the 1st ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2025 held in conjunction with ARCHIDEX, Asia’s premier exhibition for architecture and the built environment.
With over 70 million more people expected to join ASEAN’s urban population by 2030, our region faces growing pressure on housing, infrastructure, and sustainability. But within this challenge lies an opportunity to lead the world with smart, inclusive, and climate-resilient real estate models.
AREC brings together policymakers, city leaders, developers, and experts from across ASEAN, China, and Timor-Leste to forge real solutions from green buildings and proptech, to integrated urban policies that leave no one behind.
We believe in innovation as a necessity, not a luxury. We believe in integration beyond markets of minds, missions, and shared purpose. And we believe in delivering real impact, where progress reaches the urban poor, the young, the elderly, and the marginalised.
This is more than a conference, it’s a launchpad for stronger regional cooperation, people-first strategies, and practical, forward-looking action.
Malaysia, as Chair of ASEAN 2025 is proud to host this platform for dialogue and global engagement.
Because real estate must never be reduced to a commodity for the few but upheld as a right for all. ASEAN is our shared home. Let’s build it with purpose.
#arec2025 #archidex2025
#tpmfy #petra #malaysiamadani #madanibekerja #kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur | 23 July 2025 | Wednesday -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat bagi Membincangkan Hasrat dan Pendirian Kerajaan Negeri Perak Berhubung Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bagi Tujuan Bekalan Air ke Perak Utara dan Penjualan Air Terawat ke Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Mesyuarat ini diadakan untuk mendengar pembentangan berhubung dapatan kajian penilaian jajaran yang dilaksanakan serta mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri Perak dan semua yang hadir untuk dimuktamadkan bersama.
Hasil mesyuarat ini penting bagi membolehkan penyediaan input Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang akan disediakan bersama Kementerian Kewangan dan PETRA.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha PETRA, Dato’ Hj Mad Zaidi Mohd Karli.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 23 Julai 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dikurniakan Allah SWT rezeki solat Subuh di Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak, sebelum berlepas pulang ke Ibu negara awal pagi ini, untuk persidangan Dewan Rakyat.
Saya ke Miri petang semalam untuk menghadiri Sambutan Hari Sarawak 2025 di Stadium Bandaraya Miri malam tadi. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Miri | 22 Julai 2025 | Selasa
Alhamdulillah malam ini dapat bersama-sama ribuan rakyat Sarawak di Sambutan Hari Sarawak 2025 yang berlangsung meriah di Bandaraya Miri tempat bermulanya industri minyak dan gas negara sejak tahun 1910.
Majlis sambutan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ itu diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Setinggi-tinggi tahniah YAB Datuk Patinggi Abang Johari yang telah berjaya meletakkan Sarawak pada kedudukan keempat - negeri ekonomi berpendapatan tinggi - selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang, mengatasi Selangor.
Sarawak telah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi lapan tahun lebih awal daripada yang disasarkan.
Selain berkongsi akan kecemerlangan ekonomi Sarawak dalam ucapannya, YAB Premier turut menyentuh mengenai hubungan kukuh antara Kerajaan GPS di Sarawak dengan Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan
Datuk Patinggi Abang Johari memberi jaminan bahawa GPS akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi kemajuan bersama tanpa mengorbankan hak negeri.
Dengan kekayaan budaya, kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas, Sarawak kini berada di landasan yang tepat menuju wilayah maju menjelang 2030.
#harisarawak2025
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 22 Julai 2025 | Selasa
“Selamat Hari Sarawak…Oooohaa. Kamek Sayang Sarawak”
Berkumandang laungan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berkumpul di Pejabat GPS Bangunan Parlimen hari tok tek sambil mengibar bendera Sarawak.
Sibuk dan gago ginei pun kamek orang di Dewan Rakyat nok sedang bersidang kinek tok, kamek orang tetap ngambik kesempatan berambeh makan rami-rami untuk meraikan Hari Sarawak.
Rindok ati bila dapat berkumpul rami-rami macam tok, sambil menikmati makanan Sarawak - Laksa Sarawak, Mi Kolok, Nasi Dabai Goreng, Ikan Bilis Bawang Kicap, Kuih Penyaram, Kek Batik dan Tapai Pulut.
Sinei pun kamek orang berada - Sarawak Tetap Di Hati.
Moga Sarawak terus Maju, Makmur dan Sejahtera. Selamat Hari Sarawak.
#harisarawak2025
#gpsutamakansarawak
#mpgps -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 22 Julai 2025 | Selasa
Hari ini menyempurnakan perasmian Malaysia Water Forum 2025 (My Water Forum 2025) - satu platform strategik yang menghimpunkan pakar, penggubal dasar & pemimpin industri untuk memperkukuh tadbir urus air negara
Forum ini membawa tema “Mempercepatkan Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu” (“Accelerating the Implementation of Integrated Water Resources Management (IWRM)”) selari dengan hala tuju global, khususnya Deklarasi Menteri di World Water Forum ke-10 di Bali. Air kini dianggap sebagai “the new oil” – aset strategik ekonomi dan kelestarian alam.
Objektif utama forum ialah menilai cabaran & mencari penyelesaian inovatif dalam pengurusan sumber air. Antaranya isu ketidakseimbangan agihan air, pencemaran, keperluan sistem amaran awal dan air bawah tanah.
Forum ini juga bertujuan memperkasa kerjasama antara sektor awam, swasta, akademia dan masyarakat, sejajar dengan seruan World Water Forum (WWF) supaya diplomasi air dan tadbir urus berlandaskan kerjasama pelbagai pihak dapat diperkukuhkan.
Justeru, penglibatan pelbagai pihak dalam forum ini diharap dapat menggalakkan perkongsian ilmu, teknologi dan amalan terbaik, merangkumi penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature-based solutions), teknologi pintar termasuk kecerdasan buatan (AI), dan sistem pemantauan bersepadu.
Forum ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 6 dan SDG 17, seperti yang ditegaskan dalam Deklarasi Menteri di Bali yang menyeru tindakan konkrit untuk mempercepatkan pencapaian SDG melalui pengurusan air secara inklusif dan berkesan.
Dunia kini sedang berdepan cabaran global yang tidak mengenal sempadan. Impak perubahan iklim telah mengubah corak taburan hujan yang menyebabkan cuaca ekstrim, kemarau berpanjangan dan banjir luar jangka sehingga menjejaskan kualiti serta kuantiti air bersih.
Kita juga menyaksikan pencemaran air yang berulang serta tekanan berterusan terhadap sumber air akibat pertumbuhan pesat bandar dan industri yang turut menjejaskan sektor industri dan pertanian. Pada masa sama secara global, lebih dua (2) bilion manusia masih tidak mempunyai akses kepada air bersih yang selamat.
Alhamdulillah Malaysia telah lama memulakan langkah ke arah Pengurusan Sumber Air Bersepadu, atau IWRM. Antara inisiatif penting yang telah dilaksanakan sejak awal 1990-an termasuklah - Penubuhan Malaysian Water Partnership (MyWP) pada tahun 1993 ; Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada tahun 1999 ; Penggubalan Dasar Sumber Air Negara 2012 dan seterusnya Dasar Air Negara 2024.
Harapan saya semoga forum ini menjadi medan untuk memperkukuhkan komitmen dalam mempercepatkan pelaksanaan IWRM secara lebih sistematik dan berkesan.
Tiga pendekatan utama disarankan untuk pengurusan air berkesan iaitu Menyeluruh, Inklusif dan Berasaskan bukti. Contohnya, Hari Air Sedunia 2025 berjaya satukan pelbagai lapisan rakyat untuk advokasi nasional.
Semoga Malaysia Water Forum 2025 ini dapat menjadi pemangkin kepada perubahan dasar, amalan dan budaya pengurusan air negara yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berpaksikan kemampanan.
#mywaterforum2025
#thenewoil
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#malaysiabekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Salam Sarawak Maju Makmur,
Salam Malaysia MADANI.
Hari Sarawak bukan sekadar peringatan sejarah, ia adalah perayaan jati diri, kekuatan semangat rakyat, dan lambang kesatuan rakyat Sarawak yang telah membawa negeri ini menuju kemajuan yang membanggakan.
Hari ini - tanggal 22 Julai - kita raikan bukan sahaja sejarah, tetapi semangat perpaduan, kecemerlangan kepimpinan dan cita-cita besar rakyat Sarawak.
Dengan tema, “Sarawak Maju Makmur”, ianya amat bertepatan dengan cita-cita dan halatuju Sarawak sebagai sebuah negeri yang dinamik.
“Maju” bukan sekadar dalam aspek fizikal dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga kemajuan dalam pemikiran, nilai integriti, kecekapan tadbir urus serta kemampanan ekonomi.
“Makmur” pula melambangkan kesejahteraan dan kemakmuran yang dirasai oleh seluruh lapisan rakyat.
Namun, segala kemajuan ini tidak akan bermakna tanpa perpaduan. Sarawak adalah contoh terbaik perpaduan dalam kepelbagaian. Kita memiliki pelbagai kaum, bahasa, budaya dan kepercayaan, tetapi kita tidak menjadikan perbezaan sebagai halangan, sebaliknya sebagai kekuatan yang menyatukan.
Perpaduan inilah tunjang kestabilan, kunci kemajuan, dan asas kepada kemakmuran negeri. Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus mempertahankan, memelihara dan menyuburkan perpaduan ini.
Insya-Allah di bawah kepimpinan YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan terus bergerak dengan lebih inklusif, lebih mampan, dan lebih progresif.
Inisiatif seperti ekonomi hidrogen, pemerkasaan wilayah autonomi, pelaburan dalam pendidikan teknikal, dan perlindungan alam sekitar dan banyak lagi, semuanya adalah cerminan hasrat Sarawak untuk menjadi pemacu pembangunan masa depan yang berteraskan nilai dan identiti kita sendiri.
Ayuh! marilah kita sama-sama ‘Segulai Sejalai’ menghayati Hari Sarawak ini dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab.
Kita raikan sejarah, kita syukuri nikmat kemajuan, dan kita perbaharui tekad untuk terus memacu Sarawak ke arah masa depan yang lebih maju, makmur dan bersatu.
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2025!
✨ Sarawak Maju Makmur ✨
#harisarawak2025
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Parlimen | 21 Julai 2025 | Isnin
Berkesempatan menyantuni dan memenuhi permintaan ‘Delegasi Bainun Madani Ke Parlimen’ untuk merakam gambar kenangan di Parlimen hari ini tadi.
Delegasi melibatkan 71 pelajar tingkatan lima dan 9 guru dari SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, itu, mengadakan lawatan ke Parlimen sebagai pendedahan mengenai Demokrasi Berparlimen.
Saya mendoakan semoga semua anak-anak pelajar sekalian dapat memanfaatkan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi dan cemerlang dalam pembelajaran…Aamiin
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Port Dickson | 20 Julai 2025 | Ahad
Alhamdulillah bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, menghadiri Kenduri Rakyat sempena Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI di Kampung Pachitan, Port Dickson tengah hari ini.
Seramai 143 Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan MADANI turut sama dalam program berkenaan yang sebelum itu menyaksikan kami dipecahkan kepada tiga kumpulan, menaiki bas ke tiga lokasi berasingan - Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD ) Padang Kawad Utama (PKU) PUSASDA, Kampung Telok Pelandok dan Kampung Pachitan - untuk program tanggungjawab sosial (CSR).
Ini adalah kali pertama program melibatkan Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan MADANI dari seluruh negara bersama-sama menghadiri kenduri rakyat di sebuah kampung. Program berkenaan mencerminkan komitmen pimpinan Kerajaan Perpaduan mendekati rakyat.
Mini Jualan RAHMAH yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan turut diadakan sempena program itu.
Program berkenaan juga bagi membina jaringan ukhuwah antara pemimpin dan rakyat dalam suasana santai, inklusif dan penuh nilai kebersamaan, di samping memberi ruang kepada rakyat berinteraksi secara langsung dengan pemimpin.
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Port Dickson | 20 Julai 2025 | Ahad
Pagi ini mengetuai Kumpulan A Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan MADANI dalam Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI.
Dengan menaiki dua bas kumpulan kami ke Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD ) Padang Kawad Utama (PKU) PUSADA, untuk program tanggungjawab sosial CSR di masjid berkenaan.
Turut mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan dan latar belakang masjid berkenaan yang boleh memuatkan kira-kira 3,400 jemaah pada satu-satu masa.
Alhamdulillah program mengecat baharu keseluruhan bangunan masjid berkenaan telah dilaksanakan hasil sumbangan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, yang turut hadir pada majlis berkenaan.
Pada masa sama juga Kumpulan B Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan MADANI terlibat dalam program CSR di Kampung Telok Pelandok, manakala Kumpulan C ke Kampung Sawah, sebelum kesemuanya berkumpul di Kenduri Rakyat bertempat di Kampung Pachitan.
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 17 Julai 2025 | Khamis
Alhamdulillah, malam ini satu penghormatan untuk saya bersama para pemikir bidang Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara, sempena Majlis Sambutan 30 Tahun Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Penganugerahan Felo 2024 & 2025.
Tahniah kepada barisan Felo Baharu ASM 2024 (31 orang) dan 2025 (32 orang). ASM kini menghimpunkan lebih 1,070 pakar, peningkatan besar sejak hanya 50 Felo pengasas sewaktu ditubuhkan.
Malaysia turut mencatat kejayaan membanggakan apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD WCR 2025.
Sudah tiba masanya kita beralih daripada konsep ‘Dibuat Di Malaysia’ kepada ‘Dibuat Oleh Malaysia’, selari dengan penekanan di bawah RMKe-13.
Untuk merealisasikannya, kerajaan melalui ASM mesti menyatukan kepakaran, menyelaras sumber dan memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri, akademia dan komuniti.
Platform dasar tertinggi seperti Majlis Sains Negara dan Majlis Air Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri atau saya sendiri mencerminkan komitmen kepimpinan negara terhadap agenda STIE.
Di sinilah peranan strategik ASM sebagai badan pemikir yang menyumbang kepakaran teknikal dalam membina dasar berteraskan data dan bukti. STIE ialah tunjang pembangunan ekonomi, sosial dan kelestarian alam.
Sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini, saya menyeru saintis dan penyelidik memperkukuh jaringan serantau bagi menangani cabaran seperti perubahan iklim, keterjaminan makanan dan pembinaan rantaian bekalan ASEAN.
ASM juga telah menghasilkan laporan foresight bertajuk ASEAN Ahead: ASEAN STI Ecosystem Foresight 2035 and Beyond yang akan dilancarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini dan menjadi rujukan utama bagi penyediaan ASEAN Plan of Action for STI (APASTI 2026–2035).
Perkembangan ini membuktikan kepakaran Malaysia serta komitmen ASM dalam memacu kerjasama saintifik serantau.
Besar harapan saya agar ASM terus menerajui agenda STIE ke arah Malaysia yang maju, inklusif dan mampan menjelang 2030.
#asm
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 17 Julai 2025 | Khamis
Pagi ini saya menerima kunjungan dan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Encik Fakhrunniam Othman dan Naib Presiden Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan FGV Holdings Berhad, Datuk Ami Rozaidi Chik Ros, di pejabat saya di Menara PETRA.
Saya juga turut menerima kunjungan Datuk Ir Rosaline Ganendra, antara figura penting dalam landskap kejuruteraan Malaysia yang bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Wanita dalam Kejuruteraan di Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) dan pernah berkhidmat di Majlis Eksekutif World Federation of Engineering Organisations.
Selain itu saya turut menerima kunjungan Presiden Gurdwara Sahib Sentul, Datuk Rajpal Singh dan rombongan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke 48 Bilangan 2/2025 di Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 16 Julai 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 15 July 2025 | Tuesday
Today, I had the honour of attending the Opening Ceremony of the International Energy Week (IEW) 2025, held at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
The ceremony was officiated by YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, whose leadership continues to place Sarawak at the forefront of Malaysia’s clean energy transition.
International Energy Week (IEW) is Sarawak’s flagship platform for global energy dialogue — uniting policymakers, industry captains, investors, and thought leaders to accelerate innovation, strengthen cross-border cooperation, and foster inclusive pathways towards a low-carbon, secure energy future.
Also present were YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Deputy Premier Sarawak; and YB Datuk Dr. Hazland bin Abang Hipni, Deputy Minister for Energy and Environmental Sustainability Sarawak, whose presence further signifies Sarawak’s whole-of-government approach in driving sustainable growth through energy transformation.
With an integrated vision that balances economic development and environmental stewardship, Sarawak continues to lead by example, championing clean energy leadership for Malaysia and the region.
#iew2025 #tpmfy #petra #sarawakmajumakmur #malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 15 July 2025 | Tuesday
At the International Energy Week (IEW) Summit 2025, I was honoured to speak on the topic “Sarawak at the Forefront: Malaysia’s Role in Driving Regional Clean Energy Leadership”, moderated by Zahir Kelvin Ong Abdullah.
Sarawak continues to lead not only through its vast natural resources like hydropower, natural gas and carbon storage, but through its long-term vision to drive clean energy, economic growth and regional integration.
With 70 percent of its electricity powered by renewables, mainly large-scale hydropower, Sarawak has led clean energy deployment in Malaysia. Since 2016, it has been exporting power to West Kalimantan, and is set to expand to Brunei, Sabah, Peninsular Malaysia and Singapore via the Borneo Transpower Grid.
Sarawak’s energy model complements national and regional goals, supporting Malaysia’s decarbonisation targets and the ASEAN Power Grid vision. Investments in frontier technologies such as green hydrogen, algae-based biofuels and synthetic gas strengthen its role as a clean energy innovator.
Under the National Energy Transition Roadmap, Sarawak aims to reach 10 GW of installed capacity by 2030 and 15 GW by 2035, with at least 60 percent from renewables. These efforts align with the national target of 70 percent renewable capacity by 2050 and emissions intensity reduction of 35 percent by 2030.
What sets Sarawak apart is its political stability. As Malaysia’s most politically stable state, it offers long-term policy consistency, investor confidence and clear regulatory frameworks.
This strong foundation, supported by federal-state alignment, makes Sarawak a model of clean energy leadership and sustainable economic development.
#iew2025 #tpmfy #petra #sarawakmajumakmur #malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
PETRASkuad Sabah 2025 (14.7.2025)Saya bersama pengurusan tertinggi dan para pegawai turun padang ke 5 lokasi dengan menaiki bas, bermula dari Menara Kinabalu ➡️ Lawatan Kerja ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) ➡️ Meninjau RTB Sungai Damai Basin 8 ➡️ Majlis Penyerahan 7 Projek Siap PPKBES Kepada Kerajaan Negeri Sabah di PMU ➡️ Meninjau Solar Bumbung Bangunan KKIA ➡️ Ke Projek Skim Pembentungan Putatan Fasa 1. Terima kasih juga rakan-rakan media Sabah yang turut bersama.
#petraskuad
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 14 Julai 2025 | Isnin
Lokasi terakhir PETRA Skuad Sabah diteruskan dengan tinjauan ke Projek Skim Pembetungan Putatan Fasa 1, sebuah inisiatif strategik bagi memperkukuh sistem sanitasi dan penjagaan kesihatan awam di daerah Putatan.
Dengan kos keseluruhan berjumlah RM134.4 juta, projek ini telah mencatat kemajuan fizikal sebanyak 69.85% setakat Jun 2025, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 3 Mac 2026.
Skop utama merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan berkapasiti 50,000 PE, pemasangan rangkaian paip pembetungan sepanjang 9.9 kilometer, rasionalisasi tiga loji rawatan kecil sedia ada, serta pembinaan paip bridge sepanjang 60 meter.
Antara cabaran kritikal yang dihadapi termasuk kewujudan bongkah batu besar (boulders) yang menjejaskan kelancaran kerja pemasangan paip. Sebagai respons segera, kontraktor telah menambah satu lagi pasukan pipe jacking bermula Jun 2025, menjadikan tiga pasukan kini beroperasi serentak bagi mempercepatkan kemajuan projek.
Apabila siap kelak, projek ini bukan sahaja akan membawa manfaat besar dari sudut kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan infrastruktur asas yang lebih tersusun dan berdaya tahan.
Membangun negara bukan sekadar membina struktur, tetapi menyediakan asas yang utuh untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Kerana kemajuan sebenar bukan diukur pada skala projek, tetapi sejauh mana ia mengangkat martabat rakyat dan melindungi masa depan mereka.
#petraskuad
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#sabahmajujaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Usai Majlis Penyerahan Tujuh Projek Siap PPKBE Kepada Kerajaan Sabah tadi, saya bersama delegasi PETRA Skuad menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi meninjau pepasangan rooftop solar.
Pepasangan solar bumbung di KKIA ini adalah di bawah Program Solar for Self-Consumption (SelCo) yang diluluskan Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2022 sebelum penyerahan kuasa pembekalan elektrik kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah sebelum projek ini di bawah kawalselia Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS).
Kapasiti keseluruhan pepasangan di bumbung bangunan adalah 3,780kWp, iaitu antara pepasangan solar di bumbung bangunan yang terbesar SelCo di bawah portfolio Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB) di Malaysia dengan anggaran keluasan pepasangan 43,452m2 dengan 8,400 modul fotovolta telah dipasang di tiga bumbung bangunan.
Dianggarkan dapat jana dan hasilkan 5,325.7MWj bekalan elektrik hijau setahun (anggaran 4,046 metrik tan penghindaran gas CO2 setahun).
Di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR), Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik negara kepada 40% pada tahun 2035 dan 70% pada tahun 2050.
Pelaksanaan Program Solar for Self-consumption (SelCo) ini
diteruskan ECoS pasca penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah; dijangka membuka akses bekalanelektrik hijau yang lebih luas khususnya pihak korporat dan industri untuk memenuhi komitmen ESG, selain menyokong aspirasi peralihan tenaga negara untuk mencapai sasaran 70% campuran kapasiti tenaga boleh baharu.
#tpmfy
#petra
#petraskuad
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kota Kinabalu l 14 Julai 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dapat menyempurnakan penyerahan 7 projek sektor tenaga semasa kunjungan PETRA Skuad Sabah 2025 ke Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Kota Kinabalu (KKBU), hari ini.
Semua projek ini membolehkan seramai 60,434 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil dan efisien hasil pelaksanaan 7 projek tenaga oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 260,747,713.39 juta.
PMU KKBU merupakan salah satu projek penting di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan juga inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) yang kini memberi manfaat kepada kira-kira 11,452 pengguna di kawasan Tanjung Aru dan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Ia melibatkan pembinaan sebuah bangunan yang menempatkan kelengkapan suis berpenebat gas 132kV dan 33kV (GIS), serta transformer 132/33/11kV bagi menggantikan sistem lama 66/11kV yang telah lapuk dan tiada alat ganti.
Penyiapan projek ini turut menyokong pembinaan jajaran kabel 33kV baharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik ke kawasan strategik tersebut.
Selain itu, enam lagi projek di bawah PPKBES yang berjaya disiapkan adalah Projek Sambungtara 132kV Labuan–Sipitang (Fasa 1: Naik taraf PMU Beaufort ke 275kV) – Pakej 2 yang bernilai RM34.92 juta, melibatkan pembinaan menara talian 275kV sepanjang 7 kilometer dari PMU Megalong ke sempadan Sidumin, Sabah ke Lawas, Sarawak yang telah disiapkan sepenuhnya pada 2 September 2024 dan sedang menunggu penyiapan projek oleh pihak Sarawak Energy yang dijadualkan pada September 2025.
Setelah siap, projek ini akan membolehkan sebanyak 30MW tenaga diimport dari Sarawak untuk kegunaan pengguna di Sipitang. Grid ini direka untuk membawa kapasiti penghantaran sehingga 500MW,
menjadikannya antara infrastruktur penting dalam jaringan utama ASEAN Power Grid yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Filipina bagi tujuan perkongsian tenaga rentas sempadan berdaya harap dan mampan.
Seterusnya, Projek Pembahagi Utama (PPU) 33/11kV Ranau bernilai RM31.3 juta yang mula beroperasi pada 11 Januari 2024 dan siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024 pula membolehkan kawasan Ranau disambungkan kepada grid elektrik Sabah, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada stesen janakuasa diesel berkapasiti 18MW.
Dengan itu, penggunaan stesen janakuasa tidak lagi diperlukan sepanjang masa, seterusnya memberikan persekitaran yang lebih bersih dan mengurangkan subsidi diesel kepada 15,620 pengguna.
Projek PPU Batu Sapi pula merupakan projek penting bagi menangani isu sistem lama dengan nilai RM30.02 juta. Dengan PPU baharu mula beroperasi pada 13 Disember 2024, agihan kuasa dari Stesen Janakuasa Batu Sapi menjadi lebih berkesan ke kawasan berhampiran seterusnya mengukuhkan sistem pembahagian 33kV dan 11kV di sekitar Bandar Sandakan, termasuk Karamunting, Bokara dan Kampung Istimewa, justeru memberikan manfaat kepada kira-kira 4,744 pengguna.
Selain itu, Projek Protection On-Line Monitoring pula melibatkan kerja-kerja komunikasi dan penaiktarafan geganti perlindungan dengan kos sebanyak RM42 juta, merangkumi pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 15 kilometer dari Kampung Lambidan di Menumbok, Sabah ke Tanjung Aru, Labuan. Projek yang siap pada 5 Februari 2024 ini telah memperkukuh sistem perlindungan talian PMU Beaufort ke PMU Rancha-Rancha di Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi Projek PMU 132/33/11kV Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu bernilai RM50.011 juta pula, ia telah mula beroperasi sepenuhnya pada 12 Ogos 2024 dengan berjaya meningkatkan kapasiti beban dari 93.51MW kepada 131.60MW di kawasan UMS.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selain mengurangkan indeks gangguan bekalan (SAIDI) di kawasan sekitar, ia turut mempertingkatkan sistem retikulasi 33kV bagi kawasan Sulaman dan Alamesra.
Seramai lebih 5,000 pengguna menerima manfaat secara langsung daripada penyiapan projek ini dan PMU ini juga kini bersedia untuk menerima beban tambahan termasuk dari Hospital Universiti Malaysia Sabah.
Akhir sekali, Sistem Pengukuhan 11kV Labuan yang bernilai RM6.3 juta yang telah siap pada 9 November 2024 adalah melibatkan kerja-kerja penaiktarafan sistem perlindungan di PPU Rancha-Rancha serta meningkatkan keupayaan sistem untuk menyokong pembangunan baharu di kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelaksanaan projek-projek PETRA menerusi PPKBES ini telah memperkukuh infrastruktur penghantaran dan pembahagian elektrik di
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta menjamin penyampaian
perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna di seluruh kawasan terlibat.
#tpmfy
#petra
#petraskuad
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 14 Julai 2025 | Isnin
Skuad PETRA Sabah diteruskan hari ini dengan tinjauan ke lokasi kedua iaitu Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damai, Basin 8.
Projek ini menerima peruntukan pembangunan RM48 juta daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), dan kini mencatatkan kemajuan fizikal 54% sejak dimulakan pada September 2023. Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai 2026.
Antara komponen utama projek termasuk penaiktarafan sistem saliran, pembinaan rumah pam, pembentung jalan serta pintu kawalan banjir yang secara langsung bakal memberi perlindungan kepada lebih 17,500 penduduk setempat daripada risiko banjir.
Secara keseluruhan, bagi tahun 2025, PETRA telah meluluskan peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5 RMKe-12) berjumlah hampir RM153.3 juta, merangkumi 27 projek di seluruh Sabah.
Ianya melibatkan skop kerja seperti tebatan banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai, pengukuhan dan penstabilan tebing sungai, serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).
Setiap pelaburan yang diluluskan bukan sekadar angka, tetapi adalah komitmen untuk menjamin keselamatan rakyat, membina ketahanan iklim, dan memastikan masa depan yang lebih mampan untuk generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#sabahmajujaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selepas menyempurnakan flag off PETRA Skuad Sabah di Menara Kinabalu, saya bersama rombongan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi meninjau projek mengurangkan gangguan bekalan air melalui melalui pelan intervensi jangka pendek melibatkan kos RM1 juta.
Pelan intervensi ini akan dilaksanakan melalui kerjasama antara Jabatan Bekalan Air (JBA), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan UMS.
Pelaksanaan intervensi ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih 3,000 pelajar, terutamanya di Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad yang sering terjejas akibat gangguan bekalan air.
Tindakan intervensi yang akan dilaksanakan adalah membina saluran agihan khusus bagi menyambungkan sumber air bawah tanah yang telah dibangunkan oleh UMS, menambah tangki air bawah tanah dengan kapasiti pertambahan sebanyak 0.13 juta liter sebagai usaha menambah bekalan air dan pemasangan kawalan injap automatik (automatedmodulating valve) sebagai langkah menstabilkan aras air dalam tangki servis UMS.
Seterusnya, bagi memastikan tekanan air mencukupi ke kawasan kediaman pelajar, JBA akan menyediakan pam penggalak (in-line booster pump) dari tangki servis ke Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad dengan menggunakan saluran by-pass sedia ada yang telah dibina oleh UMS.
Kerja-kerja intervensi ini dijangka mengambil masa satu bulan dan boleh menyumbang kepada penambahbaikan operasi sistem bekalan air di UMS.
Kerajaan Persekutuan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pengurusan UMS, Jabatan Bekalan Air PETRA, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta agensi-agensi teknikal yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan intervensi ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
Kota Kinabalu l 14 Julai 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 14 Julai 2025 | Isnin
Pagi ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bersama Kerajaan Negeri Sabah.
Mesyuarat ini diadakan sebagai susulan kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bil. 1 Tahun 2025, khusus bagi membincangkan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian 40% hasil negeri yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.
Kami telah meneliti pembentangan rasmi daripada Kerajaan Negeri Sabah, dan sebulat suara bersetuju agar perkara ini dibawa ke Mesyuarat MTPMA63 seterusnya yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Ini penting bagi mendapatkan keputusan dasar, memandangkan terdapat perbezaan tafsiran dari sudut perundangan.
Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan MA63. Untuk rekod, semakan terhadap kadar Pemberian Khas telah dilaksanakan bagi tahun 2022 dan 2023, dengan amaun interim ditingkatkan daripada RM125.6 juta (2022) kepada RM300 juta (2023). Terbaharu, jumlah ini dinaikkan kepada RM600 juta untuk tempoh lima tahun sehingga 2029.
Sekiranya terdapat persetujuan dalam tempoh tersebut, satu perintah baharu boleh dikeluarkan bagi menggantikan amaun interim tersebut.
Kementerian Kewangan Malaysia akan terus mengadakan rundingan berterusan bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi mencapai penyelesaian menyeluruh dan adil demi kepentingan bersama.
Komitmen terhadap semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
#ma63 #tpmfy #petra #malaysiamadani #sabahmajujaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Subuh di Masjid Negeri Sabah.
Hari ini, saya akan meneruskan program Skuad PETRA Negeri Sabah dengan melakukan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damai, Tapak solar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Projek Skim Pembetungan Putatan Fasa 1.
Semoga perjalanan hari ini berjalan lancar. Insya-Allah.
Kota Kinabalu l 14 Julai 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kota Kinabalu | 13 Julai 2025 | Ahad
Peranan pengamal media berlandaskan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan integriti amat dihargai dan penting dalam landskap media yang kian mencabar . Pada masa sama media yang bebas dan bertanggungjawab adalah rakan strategik kerajaan dalam membina negara progresif, bersatu dan berdaya tahan.
Dalam Sesi Libat Urus @PETRAMalaysia (PETRA) Bersama Media 2025 (Sabah), saya turut menyentuh betapa Kerajaan telah membuka ruang luas kepada kebebasan media di negara ini.
Di peringkat antarabangsa - Reporters Without Borders (RSF) menyatakan kedudukan Malaysia melonjak naik pada kedudukan ke-88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 berbanding tahun sebelumnya iaitu ke-107.
Ia adalah pengiktirafan kepada komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem media yang bebas, bertanggungjawab dan progresif.
PETRA amat menghargai sumbangan besar pihak media sebagai rakan strategik kerajaan. Peranan media dalam melaporkan berita, data dan maklumat yang tepat merupakan satu kerjasama dalam menyampaikan usaha kerajaan kepada rakyat.
Libat urus anjuran PETRA ini amat diharap dapat memperkukuhkan lagi silaturrahim serta kerjasama baik di antara PETRA dan media.
Saya turut berkongsi dengan rakan-rakan media mengenai projek PETRA di Sabah. Kerajaan Persekutuan melalui PETRA memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun 2025 untuk pelaksanaan 86 projek di Sabah dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memastikan Sabah terus makmur bersama dalam keluarga besar Malaysia.
Hadir sama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA ; YBhg Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta Pengurusan Tertinggi PETRA dan Agensi.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Setibanya di Sabah, saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Musa bin Haji Aman di Istana Seri Kinabalu.
Kunjungan ini adalah yang pertama kali selepas Tuan Yang Terutama Tun dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke 11 pada 1 Januari 2025.
Kunjungan ini adalah sebagai tanda hormat kerana saya belum berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun sekali gus memberi penerangan mengenai perancangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam membantu negeri Sabah melibatkan sektor tenaga dan air.
Saya juga memaklumkan mengenai Mesyuarat Khas JK Teknikal di bawah MTPMA63 Bersama Kerajaan Negeri Sabah dan kebetulan adanya program Skuad PETRA selama dua hari bermula esok.
Tuan Yang Terutama Tun turut meminta saya berbincang lebih mendalam dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bagi mencari ruang dalam membangunkan negeri Di Bawah Bayu ini sekali gus membolehkan rakyat Sabah menerima manfaat dan membantu pembangunan negeri ini.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja #rancakkanmadani
Kota Kinabalu l 13 Julai 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 12 Julai 2025 | Sabtu
Syukur dan berbesar hati dapat meraikan malam yang penuh makna di Majlis Perdana Kesenian & Kebudayaan Dayak Peringkat Parlimen Petra Jaya 2025 bersama komuniti Dayak di Dewan SDNU, Siol Kandis.
Majlis ini benar-benar memukau serta dipenuhi warna-warni budaya, alunan muzik tradisional, serta semangat kebersamaan yang menyatukan hati dan jiwa.
Setiap detik mengingatkan saya betapa bangganya menjadi anak Sarawak.
Di Sarawak, kita terkenal dengan budaya dan hidup dalam keharmonian tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama. Apa yang penting ialah rasa hormat antara satu sama lain, meraikan kepelbagaian, dan terus menjaga warisan yang diturunkan daripada generasi terdahulu.
Itulah keindahan sebenar Sarawak.
Kepimpinan Sarawak turut menjadi perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa. Ramai pemimpin dari Semenanjung mengagumi kecekapan dan wawasan jauh ke hadapan yang dibawa oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Dari transformasi digital, peningkatan pendidikan, hingga pelbagai inisiatif bantuan rakyat, semua ini lahir daripada dasar yang berpandangan jauh dan kepimpinan yang stabil.
Bukan untuk berbangga diri, tetapi inilah bukti komitmen dan keupayaan kita di Sarawak. Malah, pendekatan yang kita laksanakan menjadi contoh dan inspirasi kepada yang lain.
Dalam beberapa siri perbincangan serantau, pelabur dari Osaka, Jepun telah menyatakan minat untuk melabur di Sarawak. Begitu juga dengan Menteri Luar Norway yang menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.
Ini petanda jelas bahawa masa depan Sarawak cerah dan penuh potensi.
Namun, kejayaan ini hanya dapat diteruskan jika kita kekal bersatu, sama ada dalam pentadbiran, dalam menyokong dasar pembangunan, mahupun dalam mengekalkan kestabilan politik.
Sarawak tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakyatnya sendiri.
Ayuh, kita teruskan langkah menuju Sarawak yang maju, makmur dan sejahtera. Keunikan budaya adalah kekuatan kita. Semangat perpaduan yang telah terbina sejak sekian lama wajib kita wariskan kepada generasi seterusnya.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan padu terhadap acara ini.
Dengan kestabilan dan kepimpinan yang teguh, Sarawak akan terus melangkah gagah menuju tahun 2030.
Teruskan bersama #segulaisejalai, demi #sarawakmajumakmur.
#p194petrajaya -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Belajar tidak pernah mengenal usia. Selagi kita masih mampu dan berdaya, menuntut ilmu adalah satu usaha murni demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.
Dalam dunia yang sentiasa berubah mengikut arus transformasi digital, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa.
Hari ini saya berpeluang menyertai sesi walkabout bersama para peserta program AI For My Future Kawasan Parlimen Petra Jaya yang berlangsung di CENTEXS.
Sesi ini membuka ruang untuk saya berinteraksi secara langsung dengan para pemimpin komuniti, guru, dan usahawan yang mengikuti sesi-sesi di Smart Home, Smart Mini Auditorium serta Dewan CENTEXS.
Program ini menghimpunkan seramai 150 peserta, terdiri daripada 51 pemimpin komuniti, 33 guru dan 24 usahawan, dengan objektif untuk memperkasa penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelbagai sektor.
Melalui pendedahan kepada aplikasi seperti data analytics dan pelbagai templat pintar, peserta dilatih untuk mengoptimumkan aliran kerja, dokumentasi serta pelaporan. Usahawan pula berpeluang memperkukuh strategi pemasaran dan meningkatkan prestasi jualan, manakala para guru diberi pendedahan kepada kaedah pengajaran yang lebih efisien dan interaktif menggunakan teknologi digital.
Salah satu aspek yang menarik perhatian ialah penggunaan Microsoft Co-Pilot dalam latihan kepada ketua komuniti. Inisiatif ini amat bermakna memandangkan ramai pemimpin komuniti menjalankan tugas mereka tanpa sokongan pentadbiran atau sumber manusia yang mencukupi.
Dengan penguasaan Microsoft Co-Pilot, mereka kini mampu melaksanakan tugasan seperti penulisan laporan, penyediaan bahan komunikasi, serta pengurusan data dengan lebih cekap dan profesional sekali gus mempertingkat keupayaan mereka dalam pembangunan komuniti secara menyeluruh.
Turut hadir memberikan input serta inspirasi kepada para peserta ialah tokoh-tokoh utama dalam bidang pendidikan dan inovasi teknologi termasuk Dato’ Haji Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS; Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, Ketua Pegawai Akademik CENTEXS Aerospace, Digital and Green Energy Academy; Bebe Yanti Mohamed, Penyelaras Program CENTEXS; serta Rashvin Pal Singh, Group CEO Biji-biji Initiative & Mereka.
Pesan saya kepada semua peserta, dengan adanya pengetahuan dan kefahaman dalam AI serta transformasi digital, kita bukan sahaja berupaya mempertingkatkan keupayaan diri, malah dapat membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat.
Teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan dalam membina komuniti yang lebih maju, inklusif dan berdaya saing.
Syabas kepada seluruh pasukan yang telah menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperluas agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai lapisan masyarakat di seluruh negara.
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Petra Jaya l 12 Julai 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 12 Julai 2025 | Sabtu
“Radītu billāhi rabba, wabil-islāmi dīna, wabimuhammadin ﷺ nabiyya wa rasūla.”
Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabiku. Dan sesiapa yang redha kepada Allah, maka Allah juga akan redha kepadanya.
Ungkapan ini bukan sekadar lafaz, tetapi pengakuan yang lahir dari hati yang tunduk kepada-Nya. Ia mengingatkan kita, siapa kita tanpa Allah?
Alhamdulillah, diberi kesempatan menyertai Kuliah Subuh bersama Mufti Menk di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma.
Solat Subuh yang disusuli tazkirah yang menyentuh hati, mengingatkan bahawa hidup ini bukan sekadar tentang dunia, tetapi menjadi hamba yang redha dan diredhai.
Kata Mufti Menk, Allah menciptakan kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Rezeki yang dicari dengan niat ikhlas kerana Allah adalah ibadah. Ingatnya lagi, keluar dari rumah hendaklah dengan niat yang betul, maka setiap langkah akan jadi ladang pahala.
Beliau juga berkongsi kisah jemaah haji dan bagaimana mereka bukan hanya memohon keampunan, tetapi juga kebaikan dunia dan akhirat. Doa yang bijaksana ialah doa yang seimbang:
“Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina ‘azab an-nar.”
Dalam dunia yang penuh ujian ini, jangan biarkan tipu daya syaitan menjauhkan kita dari Allah. Dunia ini penting, tetapi akhirat itu lebih utama.
Dan jika doa masih belum dijawab, bersabarlah. Mungkin Allah sedang menyimpan sesuatu yang lebih indah buatmu. Jangan pernah berhenti berharap. Doa yang ikhlas tidak pernah sia-sia.
“Jangan malu untuk berdoa,” pesan Mufti. “Sebutlah nama Allah dengan penuh harapan.” Doakan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk yang lain, kerana doa yang tulus akan menembusi langit.
Beliau mengakhiri dengan doa agar kita semua dikurniakan rezeki untuk ke Tanah Suci, dan agar anak-anak menjadi pewaris amal soleh dan sadaqah jariyah buat kita setelah tiada.
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang redha, sabar, dan mencintai Allah tanpa syarat.
اللهم تقبل منا وتب علينا.
Ya Allah, terimalah amalan kami dan ampunilah kami. Aamiin.
#kuliahsubuh #muftimenk
#p194petrajaya #sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 11 Julai 2025 | Jumaat
Syukur Alhamdulillah, malam ini diberi kesempatan menghadiri Petra Jaya Da’wah Expedition 1447H/2025M bersama Mufti Menk di Islamic Information Centre, Kuching.
Tazkirah yang disampaikan penuh kelembutan dan hikmah. Mufti Menk mengajak kita merenung kembali hakikat sebenar penciptaan kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Kita semua berbeza dari segi bangsa, bahasa, dan budaya, namun disatukan dalam satu fitrah yang sama, iaitu tunduk dan taat kepada Yang Maha Esa.
Kita hidup dalam zaman yang serba mencabar, namun turut sarat dengan peluang untuk menyampaikan kebaikan.
Dalam dunia demokrasi yang terbuka dan masyarakat yang berbilang, tanggungjawab menyebarkan mesej Islam haruslah dilakukan dengan penuh hikmah, kelembutan, dan kasih sayang. Setiap insan tanpa mengira latar belakang, mahupun haiwan atau tumbuhan memiliki hak yang harus dihormati, kerana mereka adalah ciptaan Allah SWT.
Sebagai orang beriman, kita bukan hanya dituntut untuk menunaikan hak kepada Pencipta, tetapi juga menghormati hak sesama manusia. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dan firman Allah dalam Al-Quran, rahmah (kasih sayang) menjadi asas dalam segala urusan. Baginda SAW diutus bukan hanya untuk umat Islam, tetapi sebagai rahmatan lil ‘alamin, rahmat bagi seluruh alam.
Mufti Menk turut mengingatkan kita, bahawa Islam adalah agama ihsan. Dalam Al-Quran, Allah menetapkan bahawa setiap sesuatu diciptakan dengan kasih sayang.
Maka berbuat baiklah sama ada baik kepada mereka yang mengenal Allah mahupun yang belum. Hormatilah perbezaan, kerana dari situlah lahirnya kekuatan ummah.
Sayangilah sesama insan, dan hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini, kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang sering kita lupa untuk syukuri.
Sebagaimana kita mengejar kemajuan dalam kehidupan, teknologi dan dunia moden, jangan pernah lupa untuk sentiasa ‘upgrade’ siapa diri kita di sisi Allah SWT, kerana itulah sebenar-benar kejayaan.
Sebagaimana disebut dalam hadith:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan dalam segala sesuatu.”
— Riwayat Muslim
Semoga perkongsian malam ini menjadi pencetus hidayah, menyuburkan rasa syukur, dan menjadikan kita hamba-hamba Allah yang sentiasa berbuat ihsan dalam setiap langkah kehidupan.
#p194petrajaya
#tpmfy
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya bersama @muftimenk (Dr Ismail ibn Musa Menk) berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Patingan.
Kehadiran Mufti Menk yang juga Mufti Besar Zimbabwe di Sarawak adalah bagi menjayakan Petra Jaya Da'wah Expedition 1447H / 2025M di Sarawak Islamic Information Centre, Kuching, jam 8 malam ini.
Esok, Mufti Menk akan menyampaikan kuliah subuh di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Petra Jaya.
Semua dijemput hadir dan semoga program ini memberi manfaat.
#muftimenk #dakwahexpedition #petrajaya
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 11 Julai 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 buat Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memanjangkan usia Tun.
Semoga Tun dikurniakan Allah SWT kesihatan berpanjangan, afiyah, ketenangan dan kegembiraan bersama keluarga.
Selamat Hari Lahir ke-100 Tun. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 9 Julai 2025 | Rabu
Menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Bertemakan “Inklusiviti dan Kelestarian,” majlis ini menghimpunkan Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama rakan-rakan antarabangsa, melambangkan kesepakatan serantau dalam memperkukuh multilateralisme dan kerjasama strategik dalam suasana geopolitik yang kian kompleks.
Dalam ucapan dasar beliau, YAB Perdana Menteri menekankan keperluan penyelarasan yang lebih erat antara dasar luar dan dasar ekonomi, sambil menyeru ASEAN agar menangani ketidaktentuan global dengan kejelasan, keberanian dan keteguhan prinsip.
Ketika rantau ini terus berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu, Malaysia kekal komited dalam memperkukuh aspirasi bersama ASEAN ke arah keamanan, kestabilan dan pembangunan mampan, berpaksikan dialog, diplomasi dan perpaduan serantau.
#tpmfy
#petra
#asean2025
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 7 Julai 2025 | Isnin
Berbesar hati menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah JHEV ATM ke-9, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki di pejabat saya di PETRA hari ini.
Turut hadir bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (B).
Pertemuan ini bukan sahaja menyambung silaturrahim, tetapi turut memperkukuh komitmen bersama dalam memperjuangkan kebajikan serta masa depan para veteran Angkatan Tentera Malaysia yang telah banyak berkorban demi tanah air tercinta.
Terima kasih atas kunjungan penuh makna. Semoga kerjasama yang terjalin terus diperkasa demi kesejahteraan wira-wira negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya l 7 Julai 2025 l Isnin
Pagi ini, menerima kunjungan hormat daripada delegasi British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) yang diketuai Dato’ Omar Siddiq, Timbalan Pengerusi BMCC di Menara PETRA.
Saya berkesempatan berkongsi tentang usaha dan keutamaan kerajaan dalam agenda transisi tenaga negara, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pembangunan kapasiti, pembangunan kemahiran, dan integrasi Grid Tenaga ASEAN.
Semoga sesi perbincangan ini dapat memberi manfaat serta menggalakkan lebih banyak pelaburan berkualiti dari United Kingdom ke Malaysia.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja #rancakkanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa Ke-53 dan Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (AKP) Tahun 2024 di Shah Alam.
Saya menegaskan sekecil mana pun ketirisan, kebocoran atau penyelewengan terhadap dana ini, ia merupakan kerugian langsung kepada negara dan lebih menyedihkan, kepada rakyat keseluruhannya maka bagi mengatasi perkara ini, pentingnya integriti dan ketegasan penguat kuasa KPDN untuk memastikan setiap sen sampai kepada golongan yang layak tanpa kompromi.
Keberkesanan penguat kuasa bukan terletak pada jumlah operasi semata-mata, tetapi pada kebijaksanaan membuat pertimbangan, keupayaan mencegah sebelum terjadi,
dan kemampuan membina kepercayaan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan negara.
Bahagian penguat kuasa sama ada di bahagian, negeri atau cawangan perlu sentiasa menjadikan integriti sebagai prinsip utama dalam setiap tindakan dan keputusan
yang diambil. Tugas bukan sekadar melaksanakan undang-undang, tetapi juga memelihara kepercayaan rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan.
Penguat kuasa KPDN merupakan barisan hadapan yang amat penting dalam memastikan dasar kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat. Sama ada dalam pemantauan harga,
penguatkuasaan undang-undang berkaitan bekalan barang keperluan atau membanteras penyelewengan subsidi — bahagian penguat kuasa memainkan peranan langsung dalam melindungi kepentingan rakyat sekali gus menjadi benteng pertama yang memastikan kelangsungan dasar
perlindungan pengguna serta kestabilan pasaran domestik.
KPDN bukan sekadar kementerian pelaksana, tetapi amat dekat dengan keutamaan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Peranan KPDN dalam memastikan keberkesanan dasar, kestabilan harga serta rantaian bekalan amat penting dalam mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap
keprihatinan dan ketegasan kerajaan.
Kementerian ini memainkan peranan utama melalui gerak
kerja penguatkuasaan rentas wilayah bersama agensi-agensi lain, bagi memastikan barang kawalan sampai kepada golongan sasar tanpa kebocoran.
Tahniah kepada 30 penerima AKP Tahun 2024.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja #rancakkanmadani
Shah Alam l 6 Julai 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan solat Maghrib serta Isyak berjemaah dan mendengar ceramah sempena Hari Asyura di Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya.
Ceramah disampaikan Ustaz Mohamad Faizal Bin Ahmat bermula selepas solat Maghrib.
Selepas itu, saya menyertai jamuan ringan bersama ahli kariah.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Petra Jaya l 5 Julai 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Malam tadi, saya menziarahi YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abg Hj Openg di kediaman peribadi beliau di Petra Jaya.
Kehadiran saya adalah bagi menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas kembalinya kerahmatullah isteri, Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Hj Bujang pada 23 Jun 2025 di Pusat Perubatan Normah, Kuching di mana ketika itu, saya sedang mengadakan Misi Lawatan Rasmi Ke Uzbekistan dan Persekutuan Rusia.
Saya sekeluarga amat merasai kehilangan besar yang dirasai YAB Premier Sarawak.
Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
Kuching l 4 Julai 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Beli Barangan Malaysia di Menara PETRA.
Mesyuarat turut dihadiri Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja #rancakkanmadani
Putrajaya l 3 Julai 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 2 July 2025 | Wednesday
Alhamdulillah, it was an honour to join over 600 dedicated media professionals at HAWANA and the Sarawak Media Conference (SMeC) 2025 right here on our beloved Sarawak soil.
With the timely theme “AI: Shaping the Future of Media and Journalism,” this gathering goes beyond conversation, it is a call to action. As artificial intelligence reshapes how stories are told, the question is no longer if it will influence journalism, but how we choose to shape its role, ethically and responsibly.
Sarawak is proudly taking the lead in this national discourse. I am especially proud of Sarawakians like Phyllis Wong and Ronney Teo, who are now among the founding members of the national Media Consultative Council, a reflection of Sarawak’s strength, talent, and leadership in the media landscape.
Under the MADANI Government, we remain committed to nurturing a resilient, ethical, and future-proof media ecosystem. The passing of the Malaysian Media Council Bill 2024, alongside new protections for stringers and freelancers through SOCSO and i-Saraan, are not just policy advancements, they are acknowledgements of the essential role you play.
Journalists are more than storytellers. You are the guardians of truth, the voices for the voiceless, and the pulse of our democracy.
Let us continue shaping the future of media with courage, integrity, and shared purpose.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#sarawakmajumakmur
#rancakkanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 2 Julai 2025 | Rabu
Menerima kunjungan Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di pejabat saya, Menara PETRA, petang ini tadi.
Beliau yang dilantik sebagai SUB BHESS sejak 20 April 2021 akan bersara berkuatkuasa 5 Julai 2025.
Terima kasih atas kerjasama terbaik yang diberikan kepada saya. Datuk Toisin banyak membantu saya sepanjang saya dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak sejak Disember 2023.
Selamat bersara dan terima kasih atas jasa serta khidmat bakti sepanjang perkhidmatan.
#tpmfy
#bhess
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya l 30 Jun 2025 l Isnin
Pagi ini, menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Jun 2025 di Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rusia | 27 Jun 2025 | Jumaat
Bersempena Jumaat pertama dalam tahun baharu Hijrah, saya bersama delegasi Malaysia berpeluang menunaikan solat Jumaat berjemaah di Moscow Cathedral Mosque, antara masjid terbesar dan paling bersejarah di Rusia.
Usai solat, kami diundang menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Imam Damir Vaisovich Mukhetdinov, Timbalan Pengerusi Pertama, Pentadbiran Spiritual Muslim Persekutuan Rusia.
Majlis ini menjadi medan berharga untuk mempererat ukhuwah Islamiah dan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Rusia.
Saya dimaklumkan bahawa populasi Muslim di Rusia sangat besar, malah melebihi jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Ini satu kekuatan ummah yang wajar diangkat dan dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.
Saya turut berkongsi mengenai tujuan lawatan kerja kali ini, sebagai kesinambungan kepada kunjungan rasmi YAB Perdana Menteri ke Rusia pada tahun lalu diamana ianya suatu simbol komitmen Malaysia dalam membina kerjasama strategik dengan Persekutuan Rusia dalam pelbagai bidang.
Antara topik yang dibincangkan ialah potensi memperluas kerjasama dalam industri halal, khususnya melalui pensijilan halal Malaysia serta penembusan produk halal ke pasaran Rusia.
Saya merakamkan penghargaan atas layanan mesra dan sambutan penuh hormat daripada pihak tuan rumah.
Semoga hubungan dua hala ini terus berkembang subur, bukan sahaja di peringkat kerajaan, tetapi juga menerusi jaringan komuniti Muslim di kedua-dua negara.
#malaysiarusia🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rusia | 27 Jun 2025 | Jumaat
Saya berbesar hati mengadakan mesyuarat dua hala bersama Tuan Alexey Likhachev, Ketua Pengarah ROSATOM, bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Persekutuan Rusia dalam pembangunan tenaga nuklear bagi tujuan aman.
Setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra daripada pihak ROSATOM dan Kerajaan Rusia atas peluang dapat melawat Loji Kuasa Nuklear Leningrad pada hari sebelumnya.
Lawatan ini amat berharga buat delegasi Malaysia dalam menilai secara langsung tahap keupayaan teknologi, kecekapan operasi dan standard keselamatan tinggi yang dilaksanakan oleh ROSATOM.
Malaysia kini berada dalam fasa penting pelaksanaan Rangka Kerja Peralihan Tenaga Nasional (NETR), dan sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baseload yang bersih, stabil dan boleh dipercayai.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memastikan kelestarian bekalan tenaga negara serta memenuhi komitmen perubahan iklim jangka panjang.
Kajian pra-kebolehlaksanaan bagi tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik telahpun disiapkan. Berdasarkan dapatan positif daripada kajian ini, Malaysia kini meneroka pelaksanaan tenaga nuklear secara berhati-hati dan terancang, selaras dengan piawaian keselamatan, sekuriti dan prinsip bukan penyebaran senjata nuklear yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Dalam konteks ini, Malaysia amat menghargai kepakaran teknikal, pengalaman lebih lapan dekad serta reputasi global ROSATOM dalam penggunaan teknologi nuklear secara aman.
ROSATOM dilihat sebagai rakan strategik penting dalam menyokong aspirasi Malaysia ke arah membangunkan program tenaga nuklear yang selamat dan mampan.
Kerjasama erat antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan MyPOWER, selaku Nuclear Energy Programme Implementing Organization (NEPIO) yang diiktiraf oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), telah membuahkan pelbagai kemajuan.
Antaranya termasuk penandatanganan Perjanjian Kerahsiaan (NDA) antara MyPOWER dan ROSATOM yang kini membuka ruang kepada penilaian lebih mendalam terhadap pelbagai teknologi nuklear, termasuk potensi penggunaan Floating Nuclear Power Plant (FNPP).
MyPOWER telah diberikan mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk meneruskan kerjasama teknikal bersama ROSATOM.
Malaysia juga berminat untuk meneroka teknologi nuklear generasi baharu seperti Small Modular Reactors (SMRs), yang bersifat fleksibel dan berskala kecil, sesuai untuk digabungkan dengan sistem tenaga boleh baharu serta digunakan di lokasi yang lebih terpencil atau terhad infrastrukturnya.
Selain aspek teknologi, kami juga memberi penekanan kepada pembangunan tenaga kerja mahir, pembangunan infrastruktur, penambahbaikan rangka kawal selia, perkongsian pengetahuan teknikal, dan libat urus awam yang berkesan bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan bertanggungjawab dan berlandaskan prinsip keterbukaan.
Malaysia kekal komited untuk mengambil pendekatan yang seimbang, inklusif dan berpandangan jauh dalam merancang masa depan tenaga negara. Dengan sokongan rakan strategik seperti ROSATOM, saya yakin usaha membangunkan program tenaga nuklear yang selamat, bertanggungjawab dan lestari dapat direalisasikan.
Kerjasama ini bukan sekadar membina hubungan antara dua negara, ia adalah simbol komitmen bersama untuk membentuk masa depan tenaga global yang lebih mampan dan berdaya tahan.
#malaysiarusia🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rusia | 27 Jun 2025 | Jumaat
Pagi ini, saya bersama delegasi berpeluang menunaikan solat Subuh berjemaah di Minskaya Memorial Mosque, sebuah masjid yang memiliki makna tersendiri dalam landskap keagamaan dan sejarah Moscow.
Terletak berhampiran Kutuzovsky Prospekt, masjid ini dibina sebagai penghormatan kepada para syuhada Perang Dunia Kedua dan kini berdiri sebagai simbol keteguhan iman dan jalinan perpaduan komuniti Muslim di tengah kota metropolitan Rusia.
Usai solat, kami beramah mesra bersama jemaah tempatan yang menyambut kami dengan penuh keramahan dan keterbukaan. Ini mencerminkan keindahan akhlak Islam yang merentasi budaya dan sempadan.
Dalam setiap langkah perjalanan ini, detik-detik solat berjemaah di tanah asing serta ukhuwah yang terbina meskipun berbeza latar dan bahasa, mengingatkan saya akan hakikat Islam sebagai agama yang menyatukan hati dan jiwa di mana sahaja.
Semoga setiap pertemuan ini menjadi pengikat silaturrahim yang membawa keberkatan, dan menjadi bukti bahawa Islam itu rahmat untuk seluruh alam.
#malaysiarusia 🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rusia | 26 Jun 2025 | Khamis
Sebelum berangkat ke St. Petersburg untuk lawatan kerja di Rusia, saya dan delegasi berkesempatan melawat Pavilion ATOM di VDNKh, Moscow.
Ianya sebuah pusat pameran sains nuklear moden yang bukan sahaja sarat dengan teknologi canggih, tetapi juga kaya dengan sejarah dan pengetahuan yang membuka mata.
Saya disambut mesra oleh Elena Mironenko, Pengarah Urusan Yayasan Bantuan Pembangunan Inisiatif Saintifik, Pendidikan dan Komunikasi ATOM; serta Aptekarev Vladimir, Timbalan Pengarah Urusan untuk Pembinaan Kapal, Tenaga Terapung dan Kejuruteraan Marin, Rosatom Mechanical Engineering.
Pavilion ini dibina semula di tapak asal bangunan era Soviet dan kini merupakan kompleks pendidikan sains nuklear terbesar di Rusia, dengan keluasan lebih 25,000 meter persegi merangkumi tujuh tingkat dan lebih 1,700 pameran interaktif.
Melalui lawatan ini, saya mempelajari tentang sejarah dan evolusi teknologi nuklear dari pembangunan bom atom Soviet, pencapaian seperti kapal pemecah ais nuklear Lenin, sehinggalah kepada reaktor moden VVER-1000.
Pameran disampaikan secara visual, imersif dan interaktif, menjadikan pengalaman pembelajaran begitu bermakna dan mudah dihayati.
Antara ruang yang paling menarik ialah Atomarium, zon eksperimen interaktif untuk memahami fizik nuklear secara kreatif dan menyeronokkan, serta dek pemerhatian di bumbung yang menawarkan pemandangan menakjubkan sekitar VDNKh.
Dari sudut seni bina, Pavilion ATOM tampil begitu memukau dengan rekaan futuristik, fasad kaca yang seolah-olah ‘terapung’, serta sistem kejuruteraan canggih yang melambangkan kesatuan antara teknologi dan keindahan seni bina moden.
Lawatan ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa teknologi, apabila dipandu oleh ilmu, nilai dan tanggungjawab, mampu menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing.
#malaysiarusia🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Assalamualaikum WBT
Salam Maal Hijrah dan Salam Malaysia MADANI
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu tarikh penting dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa Hijrah ini juga menjadi detik yang sangat penting untuk kita khususnya umat Islam untuk terus memaknai kehidupan dan amal ibadah kita.
Tema Ma’al Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Membangun Ummah Madani’ - menggambarkan pentingnya pembangunan masyarakat yang progresif, prihatin dengan aspek kemanusiaan, keadilan sosial, bersatu padu, membangun ekonomi dan siyasah (politik) serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam sejagat demi manfaat masyarakat secara lebih besar dan menyeluruh.
Dengan pelbagai krisis dan cabaran dunia yang berlaku pada hari ini, kita juga harus melihatnya sebagai satu tuntutan untuk kita membangunkan masyarakat Islam yang lebih kuat, mempunyai jati diri yang kukuh dan berdaya tahan.
Semoga kita dapat mengambil semangat daripada peristiwa hijrah untuk terus berusaha memperbaiki diri, bermusahabah dan melunaskan peranan kita sebagai sebaik-baik khalifah di muka bumi ini.
Mudah-mudahan segala amal, usaha, khidmat kita mempunyai nilai disisi Allah SWT.
Salam Ma’al Hijrah 1447H kepada seluruh umat Islam.
#maalhijrah1447h
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Assalamualaikum WBT
Salam Maal Hijrah dan Salam Malaysia MADANI
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu tarikh penting dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa Hijrah ini juga menjadi detik yang sangat penting untuk kita khususnya umat Islam untuk terus memaknai kehidupan dan amal ibadah kita.
Tema Ma’al Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Membangun Ummah Madani’ - menggambarkan pentingnya pembangunan masyarakat yang progresif, prihatin dengan aspek kemanusiaan, keadilan sosial, bersatu padu, membangun ekonomi dan siyasah (politik) serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam sejagat demi manfaat masyarakat secara lebih besar dan menyeluruh.
Dengan pelbagai krisis dan cabaran dunia yang berlaku pada hari ini, kita juga harus melihatnya sebagai satu tuntutan untuk kita membangunkan masyarakat Islam yang lebih kuat, mempunyai jati diri yang kukuh dan berdaya tahan.
Semoga kita dapat mengambil semangat daripada peristiwa hijrah untuk terus berusaha memperbaiki diri, bermusahabah dan melunaskan peranan kita sebagai sebaik-baik khalifah di muka bumi ini.
Mudah-mudahan segala amal, usaha, khidmat kita mempunyai nilai disisi Allah SWT.
Salam Ma’al Hijrah 1447H kepada seluruh umat Islam.
#maalhijrah1447h
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Rusia | 25 Jun 2025 | Rabu
Alhamdulillah, pagi tadi berpeluang menunaikan solat Subuh di Moscow Cathedral Mosque, salah sebuah masjid terbesar dan paling ikonik di Rusia.
Usai solat, saya berkesempatan bertemu dan berbual mesra dengan Imam Besar masjid berkenaan, Imam Ahmad bin Muhammad.
Masjid ini pada asalnya dikenali sebagai Moscow Jama Mosque, yang dibina pada tahun 1904 bagi memenuhi keperluan komuniti Muslim Tatar di Moscow.
Ia telah berdiri kukuh selama lebih satu abad sebelum menjalani proses pembinaan semula yang menyeluruh, menjadikannya simbol kebangkitan semula Islam dalam landskap Rusia moden.
Lebih menarik, masjid ini turut menempatkan sebuah muzium Islam yang memperlihatkan kekayaan sejarah dan seni warisan Islam. Antara koleksi yang dipamerkan termasuk manuskrip al-Qur’an bertulisan Kufic dari abad ke-8, salinan langka daripada Tashkent dan Istanbul, serta karya al-Qur’an yang ditulis dengan dakwat berwarna dan bertatahkan emas. Kesemuanya mencerminkan keindahan dan keragaman seni Islam dari pelbagai wilayah dunia.
Secara kebetulan, ketika ini sedang berlangsung pameran khas mengenai Sheikh Zayed Grand Mosque dari Abu Dhabi di masjid berkenaan. Apa yang menjadikan muzium ini unik ialah pendekatannya yang dinamik dengan pameran bertema yang memperkenalkan kisah dan seni bina masjid-masjid terkemuka dari seluruh dunia.
Satu pengalaman yang begitu bermakna dan menyentuh hati. Di tengah-tengah kota Moscow yang bersejarah ini, saya disapa oleh satu peringatan yang indah: cahaya Islam terus bersinar, merentas sempadan dan zaman.
#malaysiarusia🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Russia | 24 Jun 2025 | Selasa
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Lapangan Terbang Vnukovo, Moscow pada jam 7.17 malam waktu tempatan bagi memulakan rangka lawatan kerja rasmi ke Persekutuan Rusia dari 24 hingga 28 Jun 2025.
Ketibaan saya disambut mesra oleh TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Rusia, bersama barisan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.
Lawatan ini merupakan kesinambungan kepada kunjungan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Rusia pada Mei lalu, yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik baharu dalam pelbagai sektor utama.
Sepanjang berada di Moscow dan St. Petersburg, saya dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Rusia, H.E Alexey Overchuk, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Tenaga Rusia, H.E Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, H.E Vladimir Ilichev.
Fokus utama perbincangan adalah sektor tenaga, termasuk aspek pemindahan teknologi, pendidikan serta latihan teknikal.
Antara pengisian penting lawatan ini termasuk lawatan ke Atom Pavilion (Rosatom), loji tenaga nuklear Leningrad di St. Petersburg, dan fasiliti pembuatan ZIO-Podolsk.
Majlis pertukaran dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA) antara MYPOWER dan ROSATOM turut dijadualkan berlangsung.
Lawatan kerja ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan Rusia, terutamanya dalam pembangunan teknologi tenaga yang selamat, moden dan mampan ke arah masa depan yang lebih lestari.
#malaysiarussia🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 24 Jun 2025 | Selasa
Alhamdulillah, hari ini selesailah Lawatan Rasmi ke Republik Uzbekistan yang penuh bermakna dan saya amat berterima kasih atas jemputan dan layanan mesra oleh Presiden Uzbekistan, TYT Shavkat Mirziyoyev.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan dua hala yang terjalin sejak kunjungan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan pada Mei 2024 sebelum kunjungan balas Presiden Uzbekistan ke Malaysia pada Februari 2025, sehingga menjadi pemangkin kepada kejayaan membuka lembaran baharu kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Sepanjang empat hari di bumi Uzbekistan, pelbagai program strategik telah dilaksanakan seperti ucaptama di United Nations Public Service Forum 2025 di Samarkand, pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, TYT Jamshid Kuchkarov dan Menteri Tenaga, TYT Mirzamahmudov Jurabek serta kunjungan hormat ke atas Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev.
Kesemua sesi ini membawa mesej jelas tentang kesediaan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang.
Antara hasil perbincangan penting ialah usaha untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan dua hala, khususnya dalam eksport minyak sawit, barangan elektrik dan elektronik Malaysia.
Saya mencadangkan agar Uzbekistan bekerjasama dengan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan menjadikan negara ini sebagai hab eksport minyak sawit Malaysia ke Asia Tengah.
Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan meneroka peluang dalam perdagangan karbon, termasuk memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam kelestarian global.
Selain itu, kerjasama dalam bidang keselamatan air, pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS), serta amalan Environmental, Social and Governance (ESG) turut menjadi fokus.
Menerusi MoU yang ditandatangani pada 13 Jun 2025 antara MIMOS dan rakan strategik di Uzbekistan, Malaysia dan Uzbekistan kini menjalin kerjasama baharu dalam sektor semikonduktor.
Bidang halal dan kewangan Islam turut mendapat perhatian, termasuk hasrat Uzbekistan untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam membangunkan pasaran sukuk serta cadangan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi menerusi UNITEN dan UTP.
Pihak Uzbekistan juga menyatakan minat agar PETRONAS mempertimbangkan semula kemasukan ke pasaran Uzbekistan.
Malah pembukaan laluan penerbangan baharu oleh AirAsia X antara Malaysia dan Uzbekistan dijangka akan memacu sektor pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara.
Saya turut menggalakkan penyertaan pegawai Uzbekistan dalam latihan teknikal menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran Kementerian Luar Negeri Malaysia yang setakat ini telah memberi manfaat kepada 832 pegawai Uzbekistan sejak 1992.
Dalam Malaysia-Uzbekistan Business Forum 2025, lebih 100 pemain industri dan syarikat dari kedua-dua negara hadir untuk meneroka peluang pelaburan.
Dari Malaysia, syarikat-syarikat seperti Five Petroleum, SIPP Energy Group, Next Green Global, Richiamo, Biorich Marketing Global Sdn. Bhd. dan MBSB Bank.
Saya amat tersentuh dengan sambutan mesra yang diberikan oleh kerajaan Uzbekistan. Usaha gigih mereka untuk memperkukuhkan hubungan dua hala amat dihargai.
Uzbekistan bukan sahaja kaya dengan sejarah dan tamadun Islam, tetapi juga menawarkan banyak peluang strategik yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia.
Kini tiba masanya untuk kita meluaskan jaringan ekonomi dan diplomatik ke rantau berpotensi tinggi seperti Asia Tengah, demi kemakmuran yang saling menguntungkan.
Petang ini, saya akan meneruskan misi lawatan kerja seterusnya ke Moscow, Rusia. Semoga segala hasil dan ikhtiar sepanjang lawatan ini menjadi asas kukuh kepada hubungan yang lebih erat dan masa depan yang lebih mampan antara Malaysia dan Uzbekistan. Insya-Allah.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 24 June 2025 | Tuesday
It was a privilege to address the Malaysia-Uzbekistan Business Forum 2025, alongside distinguished leaders and industry players from both nations.
As we mark over three decades of diplomatic ties, Malaysia and Uzbekistan are entering a renewed chapter of collaboration, one built on mutual respect, shared ambitions, and a commitment to economic resilience.
The presence of His Excellency Jamshid Kuchkarov, Deputy Prime Minister of the Republic of Uzbekistan, and His Excellency Jurabek Mirzamahmudov, Minister of Energy of the Republic of Uzbekistan, reflects the strong mutual commitment to deepen economic cooperation and unlock greater opportunities between our two countries.
Following the official visit of His Excellency President Shavkat Mirziyoyev to Malaysia earlier this year, our shared vision has moved beyond dialogue today, we focus on action.
To expand this relationship meaningfully, we must enhance collaboration at both levels: government-to-government and business-to-business. This is how we translate strategic intent into tangible outcomes.
I am pleased that today’s forum serves as a platform not just to share ideas, but to realise a collective ambition not driven by politics, but by the pursuit of prosperity between Malaysia and Uzbekistan, and for the wider ASEAN region.
By strengthening business linkages, enabling investment, and building networks of innovation, we can position both countries as preferred destinations for trade, partnerships, and growth.
As Malaysia prepares to assume the ASEAN Chairmanship in 2025, we stand ready to facilitate this journey. Let us work together, collaboratively to create a future defined by opportunity, resilience, and shared success.
Congratulations once again to the Malaysia-Uzbekistan Business Alliance (MUBA) for convening this timely forum.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 23 Jun 2025 | Isnin
Susulan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Republik Uzbekistan, saya turut mengadakan pertemuan rasmi bersama Tuan Yang Terutama Presiden Shavkat Mirziyoyev di Tashkent, sebagai sebahagian daripada empat hari Lawatan Rasmi ke Uzbekistan.
Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan salam hormat daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sesi perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala pasca lawatan Presiden Uzbekistan ke Kuala Lumpur pada Februari lalu. Kami menyentuh perkembangan positif termasuk peningkatan 25% jumlah dagangan tahun ini, pertumbuhan pelaburan bersama serta sambungan udara antara kedua-dua negara.
Presiden Uzbekistan menzahirkan komitmen untuk merealisasikan potensi kerjasama ekonomi melalui pelbagai projek bersama, khususnya dalam bidang perdagangan dan inovasi, tenaga hijau, industri minyak, gas dan petrokimia, geologi dan pengurusan sumber air, elektronik dan pengeluaran semikonduktor, serta kesihatan, pembangunan tenaga kerja dan pelancongan.
Usaha berterusan ini mencerminkan aspirasi bersama Malaysia–Uzbekistan untuk membina kerjasama strategik yang saling menguntungkan dan mampan, selaras dengan landskap ekonomi global yang semakin mencabar.
#malaysiauzbekistan 🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
(Kredit Foto: Pejabat Presiden Republik Uzbekistan) -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 23 Jun 2025 | Isnin
Usai mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan, saya berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Jamshid Kuchkarov, Timbalan Perdana Menteri Republik Uzbekistan.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada Lawatan Rasmi ke Republik Uzbekistan dan berlangsung sebelum sesi pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Presiden Shavkat Mirziyoyev.
Perbincangan kami menyentuh potensi kerjasama dua hala yang strategik merangkumi bidang tenaga bersih, pendidikan, pelancongan teknikal, kesihatan, serta pembangunan tenaga kerja. Setiap bidang ini menawarkan peluang besar untuk memperkukuh hubungan Malaysia–Uzbekistan dan membuka ruang kerjasama yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.
Saya turut menyuarakan harapan agar Tuan Yang Terutama Timbalan Perdana Menteri dapat melakukan lawatan balas ke Malaysia pada masa akan datang, demi memperkukuh komitmen bersama ke arah kerjasama yang lebih mampan, menyeluruh dan berpaksikan kemakmuran bersama.
#malaysiauzbekistan 🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 23 Jun 2025 | Isnin
Satu penghormatan apabila berpeluang sekali lagi bertemu Tuan Yang Terutama Mirzamahmudov Jurabek, Menteri Tenaga Republik Uzbekistan di Tashkent di mana ia sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan juga pusat kemajuan serantau.
Sebelum ini, kami pernah bertemu ketika Lawatan Rasmi Presiden Republik Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Shavkat Mirziyoyev di Malaysia awal tahun ini.
Maka pertemuan hari ini, kami dapat memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor tenaga.
Antara yang dibincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan Grid Pintar (Smart Grid) serta pertukaran kepakaran teknikal, sejajar dengan aspirasi bersama untuk mempercepatkan transformasi sistem tenaga yang lebih moden dan mampan.
Kami percaya bahawa kerjasama ini mampu membuka lembaran baharu ke arah masa depan tenaga yang lebih cerah, berdaya tahan dan inklusif demi kemajuan rakyat dan kesejahteraan generasi akan datang diiringi semangat saling bekerjasama dan berkongsi pengetahuan.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Samarkand | 23 June 2025 | Monday
It was a profound honour to deliver the keynote address at the United Nations Public Service Forum 2025, held in the storied city of Samarkand. This is a gathering co-organised by the United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA) and the Government of Uzbekistan.
Gratitude to the distinguished presence of global leaders including H.E. Saida Mirziyoyeva, Advisor to the President of the Republic of Uzbekistan; H.E. Larbi Djacta, UN Deputy Secretary-General; Mr. Navid Hanif, Assistant Secretary-General for Economic Development, UN DESA; and H.E. Sherzod Shermatov, Minister of Digital Technologies of the Republic of Uzbekistan.
Malaysia’s public sector transformation is guided by the Malaysia MADANI philosophy — a values-driven framework anchored in sustainability, trust, innovation, and compassion. It is more than a national vision; it is a moral commitment to rebuild public service as a force for good.
We are advancing this vision through bold structural reforms: the enactment of Akta ILTIZAM, the rollout of a new Public Service Remuneration System, and the digitalisation of over 500 public services, embedding trust, accountability, and performance into every layer of governance.
Through H.E.M.A.T. — Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi, Telus Tadbiran — we are nurturing a new culture of service: one that listens, innovates, and delivers with integrity.
Malaysia’s digital future is also secured through the MyDIGITAL Blueprint and the forthcoming National Artificial Intelligence Technology Action Plan, ensuring that technology serves not just growth, but fairness, ethics, and resilience.
Through PETRA, our energy and water transformation agenda is aligned with climate action, sustainable infrastructure, and inclusive development, placing future generations at the heart of today’s decisions.
As ASEAN Chair 2025, Malaysia is championing regional collaboration in digital trust, cross-border AI governance, and public service interoperability, amplifying collective progress through shared leadership.
Public service must now rise beyond bureaucracy. It must be digital by design, values-led in execution, and human at its core. True transformation is not measured by systems alone, but by the lives we uplift and the trust we restore.
Malaysia is ready to lead with values, govern with courage, and build a future worthy of our hopes. Because the time for bold leadership is now and we are prepared to answer that call.
#unpsf2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Samarkand | 22 Jun 2025 | Ahad
Malam tadi saya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan H.E Mirzayev G’ofurjon G’aniyevich, Penasihat kepada Presiden Uzbekistan.
Majlis ini diadakan sempena Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Public Service Forum) 2025 yang akan berlangsung di Samarkand Congress Centre, hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Antarabangsa (ICSC), H.E Larbi Djacta; Pemangku Gabenor Samarkand, H.E Boboev Adiz Muzafarovich; Timbalan Gabenor Samarkand, H.E. Rustam Kabilov; serta Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, H.E. Umid Mamadaminov.
Forum ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB (UN DESA) dan Kerajaan Uzbekistan, dengan tema “Lima Tahun Menuju 2030: Mempercepat Penyampaian Perkhidmatan Awam untuk Masa Depan Lestari”.
Ia merupakan platform penting untuk memperkukuh tadbir urus awam berasaskan nilai dan mempercepat pencapaian Agenda 2030 untuk pembangunan mampan.
Terima kasih atas layanan mesra daripada pihak Uzbekistan, yang mencerminkan semangat persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Uzbekistan.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Innalillahi wainnailaihi rojiun
Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali
Amat Sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Hj Bujang, isteri kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abg Hj Openg, pada jam 3.34 pagi, 23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446 di Pusat Perubatan Normah, Kuching.
Ia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga Almarhumah tetapi juga seluruh rakyat Sarawak.
Salam Takziah kepada YAB Premier dan seluruh ahli keluarga Almarhumah.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Almarhumah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 22 Jun 2025 | Ahad
Alhamdulillah, diberi peluang untuk menziarahi Kompleks Imam Al-Bukhari yang terletak di wilayah Khartang, sekitar 25km dari bandar bersejarah Samarkand.
Kompleks ini didirikan sebagai penghormatan kepada Imam Muhammad ibn Ismail al-Bukhari atau nama sebenar,
Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (810–870M), tokoh agung ilmu hadis dan penyusun karya Sahih al-Bukhari, antara kitab yang menjadi tiang utama dalam disiplin ilmu hadis Islam.
Kompleks ini merupakan sebuah tapak yang mengangkat martabat keilmuan Islam dan menyimpan warisan tamadun yang tidak ternilai.
Lawatan ini dibuat atas jemputan khas Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, H.E Umid Mamadaminov, yang turut berkongsi perkembangan pemuliharaan kompleks ini, yang sedang giat dinaik taraf yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
Lebih daripada sekadar destinasi ziarah, kompleks ini merangkumi maqam Imam al-Bukhari, masjid, perpustakaan serta institusi penyelidikan yang menjadi tempat pertemuan para pencinta ilmu, ahli zikir, dan musafir rohani dari seluruh pelusuk dunia.
Semoga ziarah ini menjadi wasilah untuk kita meneladani keikhlasan, ketekunan dan ketaqwaan Imam Al-Bukhari, yang mewakafkan hidupnya demi memastikan sabda Rasulullah SAW disampaikan dengan amanah dan tidak tercemar sepanjang zaman.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 22 Jun 2025 | Ahad
Alhamdulillah, hari kedua Lawatan Kerja Rasmi ke Uzbekistan diteruskan dengan disambut mesra Timbalan Gabenor Samarkand, H.E Rustam Kabilov dan Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, H.E Umid Mamadaminov di Stesen Kereta Api Samarkand pada jam 10.52 pagi waktu tempatan.
Sambutan mesra seolah sebuah keluarga yang harmoni ini, menandakan betapa eratnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Di Samarkand, lawatan kerja rasmi ini merangkumi beberapa tapak bersejarah yang membentuk identiti peradaban Islam di rantau ini selain akan menghadiri Majlis Makan Malam rasmi bersama H.E Adiz Boboyev, pemangku Gabenor Samarkand.
Insya-Allah, saya juga akan menyampaikan ucaptama pada United Nations Public Service Forum 2025 di Samarkand. Saya mewakili Malaysia, akan berkongsi tentang usaha berterusan negara dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berteraskan nilai.
Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala, malah membuka ruang untuk pertukaran pandangan, pengalaman dan kerjasama strategik demi masa depan yang mampan dan inklusif.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 21 Jun 2025 | Sabtu
Malam ini menghadiri sesi Pre-Council sempena lawatan kerja rasmi saya ke Uzbekistan dengan taklimat disampaikan oleh TYT Ilham Tuah bin Illias, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan.
Antara lain menyentuh mengenai gambaran menyeluruh hubungan dua hala serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua negara . Hadir sama dalam sesi berkenaan YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Malaysia.
Turut membincangkan mengenai pengisian program sepanjang empat hari saya berada di sini, termasuk kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan sebagai usaha memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama dalam bidang tenaga serta pembangunan mampan.
Saya juga akan menghadiri mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan, yang akan menumpukan kepada kerjasama teknikal dan potensi pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu.
Lawatan ini turut membawa saya ke Samarkand, di mana saya dijadual menyampaikan ucaptama di United Nations Public Service Forum 2025. Di pentas antarabangsa ini, saya akan mengetengahkan pengalaman Malaysia dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien, berintegriti dan berasaskan nilai, seiring aspirasi Malaysia MADANI.
Seterusnya, saya akan mengambil bahagian dalam Malaysia-Uzbekistan Business Forum 2025 anjuran Malaysia-Uzbekistan Business Alliance — sebuah platform penting bagi memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor, terutamanya sektor tenaga.
Dalam dunia yang semakin saling terhubung, kejayaan masa depan bergantung kepada keupayaan kita membina jambatan dan bukan tembok.
Saya percaya melalui kerjasama, kepercayaan dan iltizam yang teguh, Malaysia akan terus melangkah ke hadapan, membawa suara serantau ke pentas global.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 21 Jun 2025 | Sabtu
Ajoyib! - itulah perkataan dalam bahasa Uzbekistan apabila digunakan untuk memuji sesuatu keindahan atau yang luar biasa.
Perasaan kagum ini diungkap ketika dalam lawatan sekitar bandar Tashkent bersama dua Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, H.E. Umid Mamadaminov dan H.E Azizkhoja Qobilov di mana bandar ini kaya dengan sejarah, seni dan warisan budaya yang mengkagumkan.
Antara lawatan yang memberi kesan mendalam adalah ketika mengunjung State Museum of the Temurids, Museum of Applied Arts, dan Abul Kasim Madrasah — setiap satu menawarkan perspektif unik tentang kekayaan peradaban dan ketulenan seni Uzbekistan.
Di State Museum of the Temurids, kami dapat menyaksikan peninggalan warisan Amir Temur yang tersohor sebagai pemimpin agung empayar Asia Tengah iaitu artifak sejarah, manuskrip berharga, dan hasil seni yang menggambarkan ketokohan serta visi strategik beliau.
Museum of Applied Arts pula, ia memukaukan dengan koleksi tekstil, seramik, ukiran kayu dan sulaman tradisional Uzbekistan. Setiap hasil seni mencerminkan kreativiti yang diwarisi turun-temurun, dan keindahan halus yang menggambarkan kehidupan seharian rakyatnya.
Manakala di Abul Kasim Madrasah, kami menyaksikan seni bina Islam yang menggabungkan estetika geometri serta simbolisme rohani dan kini, ia menjadi pusat seni dan kraf, mengekalkan fungsi kerohanian dan kebudayaan dalam suasana moden.
Lawatan ini turut disertai Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia dan TYT Ilham Tuah bin Illias, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan.
Kami bukan sahaja melihat sejarah, tetapi turut mengambil semangat sejarah Uzbekistan untuk memperkukuhkan kerjasama dengan asas saling hormat-menghormati dan persefahaman.
Semoga hubungan Malaysia-Uzbekistan terus berkembang sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#malaysiauzbekistan🇲🇾🇺🇿
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Uzbekistan | 21 Jun 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada jam 3.41 pagi waktu tempatan bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Republik Uzbekistan dan Persekutuan Rusia yang berlangsung dari 19 hingga 28 Jun 2025.
Lawatan selama lapan hari ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala, meneroka peluang kerjasama dalam teknologi tenaga bersih dan air, serta memperluas jaringan diplomatik dan perniagaan.
Ia mencerminkan komitmen Malaysia dalam membentuk kerjasama strategik global bagi mendepani cabaran tenaga dan air pada masa hadapan.
Misi ini turut menzahirkan peranan aktif Malaysia dalam mencari penyelesaian yang lestari dan berdaya tahan melalui pertukaran pengetahuan, teknologi dan pelaburan asing.
Sepanjang empat hari pertama di Republik Uzbekistan, saya akan mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama dalam bidang tenaga dan pembangunan mampan.
Saya juga akan menghadiri mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan yang memberi tumpuan kepada kerjasama teknikal serta pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu.
Di samping itu, saya akan menyertai Malaysia-Uzbekistan Business Forum 2025 yang dianjurkan oleh Malaysia-Uzbekistan Business Alliance, sebuah platform penting yang membuka ruang kepada kerjasama ekonomi dan pelaburan merentasi pelbagai sektor, khususnya tenaga.
Dalam masa yang sama, saya turut dijadual menyampaikan ucaptama pada United Nations Public Service Forum 2025 di Samarkand, dengan membawa pengalaman Malaysia dalam usaha mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah yang lebih efisien, telus dan berasaskan nilai.
Setelah selesai lawatan ke Uzbekistan, saya akan meneruskan misi kerja rasmi ke Persekutuan Rusia dari 25 hingga 28 Jun 2025. Antara agenda utama adalah menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga Rusia bagi membincangkan kerjasama strategik dalam sektor tenaga.
Saya juga akan mengadakan lawatan teknikal ke Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di Leningrad bagi meninjau teknologi nuklear terkini serta memahami piawaian keselamatan antarabangsa yang diguna pakai.
Di samping itu, pertemuan bersama Agensi Pengawalseliaan Nuklear Rusia akan diadakan untuk berkongsi amalan terbaik dalam aspek kawal selia dan operasi tenaga nuklear.
Dalam kesempatan ini juga, saya akan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Rusia bagi bertukar pandangan dan menjalin hubungan yang lebih erat bersama komuniti rakyat Malaysia di luar negara.
Saya berkeyakinan bahawa lawatan rasmi ini akan memperluas jaringan strategik Malaysia dalam sektor tenaga dan air di peringkat global, meningkatkan pemahaman terhadap teknologi tenaga nuklear moden, menarik minat pelabur asing, serta mengukuhkan lagi kerjasama dua hala yang konstruktif sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Saya berharap misi ini akan menterjemahkan hasrat Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam transformasi tenaga yang selamat, bersih dan berdaya tahan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Timbalan Menteri Tenaga, H.E Azizkhoja Qobilov, serta pihak berkuasa Uzbekistan atas sambutan mesra dan segala kerjasama yang diberikan kepada saya serta seluruh delegasi Malaysia sepanjang misi ini.
#malaysiarusia 🇲🇾🇷🇺
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Menara PETRA.
Tan Sri Razarudin akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jasa Tan Sri sangat besar dalam memastikan keamanan, keharmonian dan keselamatan rakyat dan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Tan Sri Razarudin sepanjang berada dalam perkhidmatan.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 19 Jun 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
A True ASEAN Champion: Homegrown in Malaysia, Soaring Across the Globe.
Heartiest congratulations to @airasia for being named the World’s Best Low-Cost Airline by Skytrax, for an exceptional 16th consecutive year.
This remarkable achievement is more than a recognition of operational excellence. It reflects the strength of a Malaysian-born brand that has not only transformed regional aviation but continues to elevate the ASEAN spirit on the global stage. Through accessible and affordable connectivity, AirAsia has opened doors to new opportunities, empowered communities, and fueled growth across borders in tourism, trade, and travel.
AirAsia’s journey is a powerful testament to Malaysian innovation, resilience, and ambition, proving that with vision and tenacity, we can shape the future of aviation in the region and beyond.
Kudos to the entire AirAsia team for flying the Malaysian and ASEAN flags with pride around the world.
—
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AirAsia atas pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax buat kali ke-16 berturut-turut.
Kejayaan luar biasa ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kecemerlangan operasi, tetapi juga mencerminkan kekuatan jenama tempatan kelahiran Malaysia yang telah mengubah landskap penerbangan serantau dan mengangkat semangat ASEAN ke peringkat antarabangsa. Melalui keterhubungan yang mampu milik, AirAsia telah membuka pintu peluang baharu, memperkasa komuniti, serta merancakkan pertumbuhan dalam sektor pelancongan, perdagangan dan perjalanan rentas sempadan.
Perjalanan AirAsia menjadi bukti keupayaan inovasi, daya tahan dan aspirasi rakyat Malaysia, serta memperlihatkan bahawa dengan wawasan dan iltizam, kita mampu membentuk masa depan penerbangan serantau dan global. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 18 Jun 2025 | Rabu
Berkesempatan menghadiri Rumah Terbuka Gawai @ KKR 2025 ‘Segulai Sejalai’ di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini tadi.
Majlis diseri dan dimeriahkan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyempurnakan majlis berkenaan dengan pukulan gong.
Terima kasih Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan beliau, Datuk Seri Ahmad Maslan, pengurusan tertinggi KKR dan seluruh warga KKR atas jemputan.
Dapat juga menikmati pelbagai juadah istimewa Bumi Kenyalang termasuklah mi kolok, laksa Sarawak, ayam pansuh dan pelbagai kuih muih tradional Sarawak seperti kuih penyaram, kuih jala dan celorot yang dihidangkan kepada tetamu.
Syabas dan tahniah seluruh warga KKR atas inisiatif penganjuran Rumah Terbuka Gawai peringkat KKR yang turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan tradisional masyarakat Dayak.
Semoga semangat segulai sejalai akan terus mekar memantapkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
#tpmfy
#segulaisejalai
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia ke Malaysia di Menara PETRA.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang semakin mendapat perhatian global.
Kami turut membincangkan persiapan awal menjelang lawatan kerja saya ke Persekutuan Rusia yang dijadualkan akan berlangsung dalam masa terdekat.
Malaysia komited untuk memperluas jalinan strategik bersama rakan-rakan antarabangsa, termasuk Rusia, dalam bidang yang mampu membawa manfaat bersama serta menyumbang kepada pembangunan mampan
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 17 Jun 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), pada 3 Jun lalu.
Tan Sri Muhammad Shahrul akan berlepas ke Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat dan mengambil peluang mengadakan kunjungan hormat ini.
Saya sempat berkongsi hasrat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta memberi harapan bahawa beliau menjadi suara kepada Malaysia untuk menjadi penghubung antara dua negara.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Shahrul dalam menjalankan amanah ini.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 17 Jun 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 17 Jun 2025 | Selasa
Alhamdulillah setibanya dari Kuching, Sarawak, saya terus ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menyempurnakan perasmian Penutupan Program Muzarah Isu-Isu Hak Asasi Manusia Dalam Perspektif Maqasid Syariah anjuran SUHAKAM.
Muzakarah seperti ini bukan sahaja mempertemukan pelbagai pemikiran dan pendekatan, malah menjadi jambatan kepada persefahaman antara nilai-nilai hak asasi manusia sejagat dengan prinsip-prinsip Islam yang syumul, sebagaimana terangkum dalam Maqasid Syariah.
Ia selari dengan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, yang bukan hanya satu gagasan pentadbiran, tetapi merupakan satu wawasan bertunjangkan nilai-nilai seperti hormat-menghormati, etika, dan akhlak dalam membina masyarakat bertamadun.
Kita tidak dapat bercakap mengenai Madani tanpa menyentuh mengenai hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia moden sebetulnya adalah sejajar dan saling berkait dengan doktrin ‘al-dhoruriyat al-khomsah’ yang terbahagi kepada lima asas utama iaitu: memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda atau lebih dikenali sebagai prinsip Maqasid Syariah.
Di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, prinsip hak asasi manusia dan Maqasid Syariah saling berkait dalam membentuk tadbir urus yang bersifat inklusif, adil dan beretika. Kedua-duanya menjadi panduan dalam memastikan pembangunan negara berlaku secara seimbang — dari segi spiritual, sosial, dan ekonomi.
Inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Madani turut memperlihatkan komitmen Malaysia untuk menerajui agenda hak asasi manusia sama ada di peringkat domestik, serantau mahupun antarabangsa.
Terdapat kekeliruan, bahkan salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai konsep hak asasi manusia, apabila ia dikaitkan secara eksklusif dengan ideologi Barat. Maka usaha SUHAKAM menganjurkan muzakarah ini sangat bertepatan dan relevan dalam usaha menyatukan kefahaman antara dua dimensi yang pada dasarnya dilihat bercanggah, namun, hakikatnya boleh mencapai titik persefahaman menerusi ruang perbincangan yang harmoni.
Muzakarah ini memberi ruang kepada para cendekiawan untuk membahaskan bagaimana prinsip-prinsip tersebut boleh diaplikasikan dalam dasar dan perundangan negara, agar hak asasi manusia tidak hanya menjadi slogan tetapi diterjemahkan dengan nilai yang seimbang antara kebebasan dan tanggungjawab.
Pelbagai topik penting dibincangkan sepanjang muzakarah ini, termasuklah isu hak asasi manusia dalam perspektif maqasid syariah, isu perkahwinan kanak-kanak dan anak terdampar (al-laqit), reformasi undang-undang berdasarkan prinsip hak asasi manusia serta hak pelarian.
Islam tidak pernah menafikan hak asasi manusia, malah memperkukuhkannya melalui neraca wahyu dan prinsip keadilan sejagat. Apa yang penting, pendekatan yang seimbang dan inklusif mestilah diutamakan, agar hak-hak tersebut tidak terpisah daripada tanggungjawab, nilai moral dan tujuan syariah itu sendiri.
Islam bukanlah agama yang meminggirkan hak, malah sejarah Islam sendiri, seperti yang tercatat dalam Piagam Madinah dan khutbah terakhir Rasulullah SAW, telah menunjukkan komitmen terhadap prinsip keadilan, kebebasan dan penghormatan terhadap insan.
Kedua-dua prinsip ini, walaupun satunya berakar daripada nilai universal dan satu lagi berpandukan syariah – sebenarnya bergerak seiring dalam menjunjung nilai keadilan, kebebasan, maruah manusia demi kesejahteraan bersama.
Semoga muzakarah ini bukan sekadar menyatukan disiplin Syariah dan prinsip hak asasi, tetapi juga membina asas yang kukuh untuk dialog berterusan, dasar yang berimbang, serta naratif baharu yang lebih mesra syarak dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 16 Jun 2025 | Isnin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) “Menjana ASEAN: Merentasi Sempadan, Membina Kemakmuran”.
Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada kesemua 250 delegasi ke Mesyuarat SOME Ke-43, khususnya para tetamu antarabangsa, ke bandaraya indah, Kuching, Sarawak.
Penghargaan khas kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Energy Berhad yang telah menyumbang secara signifikan bagi menjayakan majlis pada makan malam ini.
Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah mesyuarat ini amat kena pada tempatnya kerana Bumi Kenyalang berjaya memanfaatkan sumber asli untuk menjana kuasa hidro boleh diperbaharui – satu contoh terbaik bagaimana tenaga bersih boleh mendorong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kita berhimpun bukan sahaja untuk membincangkan agenda tenaga serantau, tetapi juga untuk mengukuhkan hubungan, berkongsi aspirasi dan memperkukuh semangat kerjasama ASEAN.
Mesyuarat SOME ke-43 ini merupakan langkah penting dalam usaha kolektif ke arah memperkukuh kerjasama tenaga, menghadapi cabaran semasa dan merebut peluang baharu dalam landskap tenaga global.
Tenaga adalah nadi kepada usaha merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang berhubung, berdaya saing dan berdaya tahan. Kehadiran negara anggota ASEAN di sini membuktikan semangat perpaduan dan komitmen terhadap wawasan bersama bagi mewujudkan komuniti ASEAN yang inklusif dan mampan, seperti yang digariskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045.
Teras kepada wawasan ini ialah Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid - APG). Grid ini adalah asas kepada masa depan tenaga yang lebih lestari dan berdaya tahan di rantau ini.
Kita amat menantikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Tenaga ASEAN, serta pengesahan rasmi kepada Rangka Kerja Pembangunan Kabel Kuasa Dasar Laut, yang dijadualkan berlangsung dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober 2025.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat dan populasi bandar yang terus meningkat, permintaan terhadap tenaga yang mampu milik, selamat dan mampan juga meningkat. Dalam menghadapi kesan perubahan iklim, pilihan yang kita buat hari ini akan menentukan kesejahteraan generasi akan datang.
Grid Tenaga ASEAN bukan sekadar infrastruktur fizikal — ia adalah visi rantau yang saling terhubung, berkongsi keselamatan tenaga, dan membina kemakmuran bersama. Dengan menghubungkan grid nasional, kita sedang membina tulang belakang kepada pasaran tenaga ASEAN yang benar-benar bersepadu.
Untuk mencapai matlamat ini, kita perlukan komitmen politik, kerjasama teknikal dan strategi pelaburan pintar. Kita perlu peraturan yang seragam, pasaran yang telus dan inovasi digital bagi membolehkan perdagangan kuasa masa nyata merentas sempadan. Dalam erti kata lain, Grid Tenaga ASEAN melambangkan kekuatan dalam kepelbagaian kita, dan keupayaan untuk membina masa depan yang lebih hijau, lebih inklusif dan lebih selamat bersama-sama.
Saya yakin MoU APG yang dipertingkatkan, serta dokumen Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga 2026–2030, akan mempercepatkan integrasi tenaga rantau ini serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN.
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Dalam tempoh dua hari akan datang, kita akan mengadakan sesi dialog bersama Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa yang akan berlangsung selari dengan SOME ke-43.
Kehadiran Rakan Dialog dan organisasi antarabangsa amat penting. Kepakaran, kemajuan teknologi dan sokongan pelaburan daripada mereka amat diperlukan untuk menangani isu penyahkarbonan, meneroka teknologi tenaga baharu, dan membina infrastruktur yang berdaya tahan. Melalui kerjasama pelbagai pihak inilah kita mampu mempercepatkan kemajuan ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan selamat.
Malaysia tetap komited terhadap peralihan tenaga. Kami sedang meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, menambah baik kecekapan tenaga dan meneroka penyelesaian inovatif ke arah ekonomi rendah karbon. Melalui kerjasama dan perkongsian ilmu, kita boleh membuka potensi besar dalam sektor tenaga dan mendorong perubahan bermakna.
Malam ini, sambil kita menikmati hidangan, saya mengajak hadirin untuk turut merasai keunikan Sarawak — bukan sahaja dari segi keindahan alam dan kekayaan sumber, tetapi juga dari sudut warisan budaya dan keharmonian masyarakatnya. Semangat “perpaduan dalam kepelbagaian” yang menjadi teras identiti Sarawak turut mencerminkan nilai-nilai ASEAN.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#aseanmalaysia2025
#myasean2025
#mychairasean2025
#petrachairamem2025
#petra4asean2025
#aseanpowergrid -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Jun 2025 | Isnin
Satu penghormatan besar dapat berkongsi pentas bersama pemimpin tenaga serantau dan global dalam sesi pleno “Enabling Asia’s Future Energy Ecosystem” sempena Energy Asia 2025.
Sesi ini membuka ruang yang amat bermakna untuk membincangkan masa depan sistem tenaga Asia yang lebih lestari, inklusif dan mampu milik, selaras dengan aspirasi serantau dan global.
Saya turut menjadi Ahli Panel bersama H.E. Haitham Al Ghais, Setiausaha Agung OPEC dan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dan Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura, Low Yen Ling, manakala Atul Arya, Ketua Strategi Tenaga, S&P Global selaku moderator.
Asia kini berada di ambang perubahan besar didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat, peningkatan urbanisasi dan permintaan tenaga yang kian mencanak.
Namun, semua ini perlu diimbangi dengan keperluan mendesak untuk menurunkan pelepasan karbon dan memastikan keterjaminan bekalan tenaga untuk semua, terutamanya komuniti yang masih ketinggalan.
Dalam sesi ini, saya berkongsi usaha Malaysia menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menjadi panduan strategik ke arah sasaran sifar bersih gas rumah hijau menjelang 2050.
Antara inisiatif penting yang diketengahkan ialah Pelaburan RM40 bilion oleh TNB dan Pembangunan projek Borneo Grid, sebuah inisiatif kesalinghubungan tenaga antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Kini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk meluaskan sambungan Borneo Grid ke rantau lain termasuk Singapura dan Filipina, memperkukuh jaringan tenaga rentas sempadan di Asia Tenggara.
Pada masa sama, Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dengan fokus kepada:
1. Penyelarasan peraturan dan undang-undang;
2. Penyelarasan keperluan teknikal; dan
3. Penetapan model kewangan yang sesuai.
MOU ini dijangka membuka laluan kepada pelaksanaan inisiatif Grid Kuasa ASEAN di bawah kepengerusian Filipina pada tahun hadapan.
Malaysia terus mengamalkan pendekatan pelbagai laluan (multipath), daripada pembangunan grid pintar serantau, kabel dasar laut, hinggalah kepada mekanisme pembiayaan bersasar.
Semua ini memerlukan kolaborasi erat antara sektor awam, swasta dan komuniti pelabur antarabangsa.
Kami percaya bahawa masa depan tenaga Asia adalah tanggungjawab bersama. Hanya melalui kesepakatan, kita mampu membentuk sebuah ekosistem tenaga yang bersedia untuk generasi masa hadapan.
#tpmfy
#petra
#energyasia2025
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Jun 2025 | Isnin
Usai perasmian Energy Asia 2025, saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan TYT Lord Adair Turner, Pengerusi Suruhanjaya Peralihan Tenaga.
Kami telah bertukar pandangan mengenai agenda peralihan tenaga global, dengan tumpuan khusus kepada halatuju ASEAN ke arah mencapai masa depan rendah karbon. Saya turut mengambil peluang untuk mengetengahkan usaha menyeluruh Malaysia dalam mempercepatkan pembangunan tenaga boleh baharu serta pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) ke arah mencapai sasaran sifar bersih gas rumah hijau menjelang 2050.
Perkongsian strategik dan kepimpinan pemikiran amat penting dalam menghadapi cabaran kompleks berkaitan perubahan iklim dan keselamatan tenaga di rantau ini dan peringkat global.
Dengan iltizam yang teguh dan kolaborasi yang erat, kita mampu membina masa depan tenaga yang lebih bersih, mampan dan inklusif demi generasi akan datang.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 16 Jun 2025 | Isnin
Alhamdulillah hari ini menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 yang disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Forum edisi kedua bertemakan 'Demi Peralihan Tenaga Asia,’ itu menghimpunkan para penggubal dasar, pemimpin industri, golongan profesional, ahli akademik dan pakar tenaga bagi meneroka penyelesaian yang praktikal, inklusif dan berteraskan kerjasama dalam mempercepatkan peralihan tenaga yang adil dan teratur.
Ia disertai lebih 5,000 peserta, 180 penceramah bertaraf antarabangsa, wakil dari lebih 50 buah negara dan dianggarkan menarik lebih 11,000 pengunjung.
Hadir sama Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II ; YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas; Haitham Al Ghais, Setiausaha Agung, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan Tan Sri Mohd Hassan Marican, Penasihat PETRONAS.
Energy Asia merupakan platform kepimpinan pemikiran dan advokasi perniagaan yang utama di rantau ini, dengan menonjolkan peranan penting Asia sebagai peneraju dalam landskap peralihan tenaga global, merentasi kepelbagaian cabaran, tahap pembangunan serta keperluan dasar yang berbeza.
Ia bukan sekadar medan wacana tetapi turut menjadi pemangkin kepada tindakan strategik melalui perbincangan berimpak tinggi, hala tuju yang boleh dilaksanakan serta jalinan kolaborasi merentas sektor dan sempadan negara.
Dalam dekad yang kritikal menuju matlamat sifar bersih (net zero), Energy Asia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan tenaga yang lebih mampan, saksama dan seimbang bukan sahaja untuk Asia, tetapi untuk seluruh dunia.
Persidangan yang berlangsung di ibu negara bermula 16 hingga 18 Jun menjadi medan penting buat Malaysia serta negara-negara serantau menilai kemajuan dan memperkukuh komitmen dalam usaha mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih.
#tpmfy
#petra
#energyasia2025
#deliveringasiasenergytransition
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sempena Hari Bapa yang disambut pada 15 Jun pada tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk setiap insan bergelar bapa, ayah, abah, baba, papa, walid, abi, appa, apak, daddy atau apa sahaja gelaran yang digunakan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.
Tema sambutan Hari Bapa tahun ini “Ayahku Kapten Keluarga” menggambarkan pentingnya peranan seorang ayah yang merupakan individu penting dan tonggak dalam sesebuah keluarga.
Dalam konteks Islam, penghargaan terhadap ibu bapa, khususnya bapa mempunyai kedudukan yang tinggi dan dijelaskan melalui ayat-ayat al-Quran seperti firman Allah SWT dalam Surah Luqman, ayat 14:
“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita semua sebagai anak-anak, betapa pentingnya berbuat baik dan berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa.
Sebagai ketua keluarga, seorang bapa sentiasa mahukan keluarganya dilindungi, hidup bahagia dan sempurna, walaupun dirinya terpaksa berkorban jiwa raga. Bapa adalah juga contoh teladan dalam pembentukan karakter dan keperibadian anak-anak.
Seperti juga kasih ibu, kasih sayang setiap bapa tanpa syarat. Pengorbanan mereka tanpa batas dan tanpa mengharap sebarang balasan.
Diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada kedua-dua orang tua kita, sama ada ketika hayat mereka, mahupun setelah mereka tiada.
Selamat Hari Bapa
#tpmfy
#petra
#haribapa2025
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
You'll Never Walk Alone
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkesempatan bermain bola sepak, akhirnya malam tadi dapat ‘melepas gian’ menyertai perlawanan antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan Malakoff Corporation Berhad, di Padang Bola Sepak Sintetik, Presint 4, Putrajaya.
Turut menyumbang satu gol untuk PETRA dengan perlawanan persahabatan itu menyaksikan PETRA menang 8 - 2 ke atas Malakoff. Pasukan PETRA juga turut disertai Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
Perlawanan malam tadi menjadi satu medan yang bukan sekadar menguji kekuatan fizikal, malah mempererat ukhuwah dan membina semangat setiakawan antara PETRA dan Malakoff.
Syabas kepada semua pemain atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Semoga lebih banyak inisiatif seumpama ini diteruskan demi mengukuhkan hubungan baik antara organisasi, dan memupuk budaya kerja yang lebih positif dan harmoni.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berbesar hati menyaksikan Majlis Pelancaran New Energy Asia Sdn. Bhd. (New Energy Asia), usaha sama antara HICOM Engineering Sdn. Bhd. (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co. Ltd. (HFC).
HICOM Engineering adalah subsidiari DRB-HICOM Berhad, manakala HFC adalah subsidiari, syarikat Lotus Technology Inc.
Syarikat usaha sama baharu itu bakal mempunyai hak eksklusif bagi pemasaran peralatan pengecasan EV berjenama Lotus di rantau ASEAN. New Energy Asia juga akan membekalkan sistem penyimpanan tenaga termaju bagi memenuhi permintaan penyelesaian tenaga mampan untuk kegunaan domestik dan komersial.
Saya menyambut baik usaha sama ini, yang akan dapat membantu dalam mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara, khususnya dalam pembangunan peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV).
Kerjasama ini juga akan menyumbang secara langsung kepada pencapaian sasaran negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050.
Ini satu kerjasama yang baik antara syarikat Malaysia dan China, khususnya dalam pembangunan pengecasan EV. Seperti yang semua maklum kita sememangnya beralih ke arah peralihan tenaga, dan komitmen kita menetapkan pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
Dengan penyertaan lebih banyak syarikat seperti ini, saya yakin ianya akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara. Ini akan membantu meningkatkan penggunaan kenderaan EV di Malaysia.
Kerajaan menyokong penuh inisiatif seperti ini kerana ia menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk negara. Insya-Allah sasaran 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025 dapat dicapai lebih awal dengan penglibatan pemain industri yang semakin bertambah.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 13 Jun 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan Bilangan 2 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Parlimen l 13 Jun 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Tahniah kepada 176 pegawai dan kakitangan yang diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini.
Majlis ini diadakan bagi mereka yang telah secara konsisten dan istiqamah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2024.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini bukanlah penyudah atau objektif kita kerana ia hanyalah pengiktirafan kepada perkhidmatan dan komitmen kita dalam pelaksanaan tugas harian.
Saya ingin menyeru dan menggalakkan tuan puan untuk terus meningkatkan prestasi serta memperkasakan sikap positif dan produktiviti yang boleh memberi kesan yang positif kepada produktiviti kumpulan sekali gus meninggalkan kesan yang positif terhadap perkhidmatan di unit, bahagian, jabatan dan agensi masing-masing.
Jadikanlah segala usaha berterusan anda sebagai sedekah jariah dan ibadah yang berterusan. Pahala yang mengalir tersebut tidak akan putus malahan akan bertambah.
Jadilah ejen produktiviti PETRA dan ejen kebaikan dalam perkhidmatan awam.
#tpmfy
#petra
#apcpetra2024
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 10 Jun 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, Terima kasih kepada 100 Sukarelawan yang menjayakan Ibadah Korban 1446H/2025M Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.
Majlis korban kali ini melibatkan sumbangan sebanyak 15 ekor lembu dengan 10 ekor dari pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin manakala 5 dari PETRA.
Semoga majlis sebegini memberi manfaat kepada semua penerima daging korban dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga PETRA dan masjid yang menjadi sukarelawan.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 9 Jun 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 8 Jun 2025 | Ahad
Syukur Alhamdulillah, pada hari kedua sambutan Aidiladha, kamek diberi kesempatan untuk menghadiri dua Majlis Ibadah Korban di kawasan Petra Jaya.
Pagi tok, kamek berpeluang menyertai Program Ibadah Qurban 1446H / 2025M anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tupong Jaya dan Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Tupong Jaya.
Program ya diadakan di halaman rumah Ketua Kaum Haji Dawi Saifuddin, dengan daging korban diagihkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, serta penduduk kampung yang memerlukan.
Selepas program pertama, kamek terus ke Perkarangan Kampung Semariang Pinggir untuk menghadiri Majlis Ibadah Korban NEXGEN Petra Jaya.
Alhamdulillah, suasana sangat meriah. Rasa bangga serta rindok bila nangga generasi muda turut berganding bahu bersama masyarakat, membantu dalam pelaksanaan ibadah korban, daripada penyediaan hingga kepada pengagihan.
Semangat gotong-royong yang terpancar jelas menunjukkan betapa kerja sukarela dan penglibatan dalam program komuniti mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.
Marilah kita terus memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda. Jadikan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai satu amalan berterusan yang memperkukuh hubungan sesama kita.
Bersama, kita membina masyarakat yang lebih bersatu, prihatin dan berdaya saing. Insya-Allah dengan hati yang ikhlas, setiap usaha kecil mampu membawa makna yang besar buat mereka yang memerlukan.
#p194petrajaya
#nexgenpetrajaya
#aidiladha1446h -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Jun 2025 | Sabtu
Untuk program terakhir kamek hari tok, kamek berkesempatan menghadiri Majlis Ibadah Korban anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid, di Jalan Ajibah Abol.
Selain beramah mesra dengan penduduk Kampung Masjid, kamek turut meluangkan masa menikmati minum petang bersama sidaknya selepas selesai aktiviti melapah daging korban.
Ibadah korban tok bukan sahaja mengingatkan kita tentang erti pengorbanan dan keikhlasan, malah menjadi wadah mempererat ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Semoga semangat kebersamaan, kasih sayang, dan perpaduan yang terjalin hari tok akan terus subur, menjadi asas yang kukuh dalam membina sebuah komuniti yang harmoni dan sejahtera.
Kamek mendoakan agar segala amalan kita diterima Allah SWT, dan semoga kita terus diberi kekuatan untuk memperkukuhkan ukhuwah di antara kita, tanpa mengira latar belakang atau perbezaan sesama kita.
#p194petrajaya
#aidiladha1446h -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Jun 2025 | Sabtu
Seterusnya acara ke-4 kamek hari tok ke Program Ibadah Korban 2025 Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N7 Samariang di Lorong Temenggong Haji Gobil 5B, Kampung Samariang Baru Fasa 3.
Alhamdulillah Pusat Khidmat P194 Petra Jaya nyumbang sekok sapi untuk ibadah korban sidak Pemuda N7.
Keseluruhannya 55 ekok sapi disumbangkan oleh Pusat Khidmat P194 untuk seluruh kawasan Parlimen Petra Jaya, sempena Aidiladha tahun tok
Sebanyak 100 kilogram daging korban diagih kepada golongan asnaf di 20 ranting di Samariang. Agihan disempurnakan oleh 25 Exco Pemuda Cawangan dan Ketua-Ketua Pemuda ranting.
Alhamdulillah tok udah tahun ketiga sidak Pemuda PBB N7 molah program tok. Syabas dan tahniah kamek ucapkan.
#aidiladha2025
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Jun 2025 | Sabtu
Usai ibadah korban di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, kamek berkesempatan menghadiri Majlis Ibadah Korban anjuran JKKK Kampung Sungai Laruh serta Solat Zohor berjemaah bersama penduduk setempat di Masjid Husniwarrahmah, Taman Hussein.
Setiap kali berpeluang melaksanakan ibadah korban dan bertemu masyarakat setempat, rasa syukur dan gembira sentiasa mengiringi. Toklah saat-saat bermakna untuk kita terus mempererat silaturahim dalam kalangan warga Petra Jaya.
Terima kasih juak diucapkan kepada warga JKKK Kampung Sungai Laruh dan Jawatankuasa Masjid serta rakan-rakan media yang turut hadir memeriahkan majlis tadik.
#p194petrajaya
#aidiladha1446h -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Jun 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, hari tok tek, kamek berpeluang menunaikan ibadah korban di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, sempena Aidiladha.
Di sebalik setiap titisan darah yang mengalir, tersirat pengajaran agung daripada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. tentang erti ketaatan, pengorbanan, serta keikhlasan tanpa syarat dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Sesungguhnya ibadah korban bukanlah sekadar penyembelihan haiwan semata-mata. Ia merupakan lambang penyerahan diri sepenuhnya, tanda kesanggupan kita melepaskan segala yang kita cintai, demi meraih keredhaan-Nya.
Semoga setiap pengorbanan, zahir mahupun batin, yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.
اللهم تقبل منا ومنكم صالح الأعمال
Ya Allah, perkenankanlah.
Limpahkan rahmat dan keberkatan-Mu ke atas kami semua.
Terimalah segala amal ibadah kami dengan penuh kasih sayang-Mu.
Semoga Allah SWT menerima segala ibadah kita semua. 🤲🏻🤍✨
#aidiladha1446h -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petra Jaya | 7 Jun 2025 | Sabtu
Alhamdulillah pagi tok tek kamek ke Majlis Kesyukuran Aidiladha Majlis Islam Sarawak 1446H/2025 di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad, mengimamkan Solat Sunai Aidiladha dan menyampaikan khutbah Raya Aidiladha.
Lepas ya kamek bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak dan YAB Premier menyaksikan penyembelihan qurban dan pengagihan daging qurban kepada penerima.
#aidiladha1446h
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah usai Maghrib bersama penduduk di Kampung Pinang Jawa, Isyak kamek berkesempatan berjemaah dengan penduduk kawasan di Masjid Al Hakim, Kampung Muda Hashim, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N8, Satok. Abis Isyak sempatlah juak kamek beloyar nanyak khabar dengan sidak penduduk kawasan.
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Hari Raya ‘Aidiladha hadir setiap tahun sebagai peringatan agung tentang erti ketaatan dan pengorbanan, sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS yang sanggup melaksanakan perintah Allah SWT tanpa ragu.
Kisah ini bukan sekadar sejarah, ia adalah pedoman hidup yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan dan pengorbanan yang ikhlas pasti menjanjikan ganjaran yang besar di sisi Allah, khususnya di akhirat kelak.
Hari Raya Qurban ini wajar dijadikan ruang untuk kita menzahirkan solidariti dan kasih sayang sesama manusia, terutamanya kepada golongan yang memerlukan termasuklah fakir miskin, di samping mencerminkan semangat kebersamaan dan rahmah yang dituntut oleh Islam.
Semoga segala ibadah kita, haji, qurban, dan amalan-amalan lain akan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Sesungguhnya, tiada pengorbanan yang kecil di sisi-Nya jika dilakukan dengan niat yang ikhlas.
Selamat Hari Raya ‘Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Haji Fadillah bin Haji Yusof -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 6 Jun 2025 | Jumaat
Pagi tok tek, kamek berpeluang mengadakan pertemuan bersama Sarawak Volunteers, bagi membincangkan perkembangan terkini serta hala tuju aktiviti sidaknya yang memberi manfaat kepada Anak-Anak Sarawak.
Kamek amat berbesar hati dapat mendengar perkongsian pengalaman serta kejayaan program Lan Berambeh Anak Sarawak Edisi UK yang baruk jak berlangsung di London bulan lalu.
Ianya merupakan satu inisiatif yang bukan jak dapat membantu dalam memperkukuhkan jati diri anak Sarawak di perantauan, malah turut memupuk semangat perpaduan dan rasa bangga sebagai anak Sarawak.
Selain ya, sesi pertemuan tadik turut menjadi platform yang bermakna untuk kamek mendengar pelbagai cadangan baharu serta berkongsi idea dengan para sukarelawan muda kita.
Perbincangan tadik turut meliputi pelaksanaan program dan inisiatif masa depan yang mampu membuka lebih banyak ruang untuk pembangunan bakat, kepimpinan, serta keterlibatan aktif Anak-Anak Sarawak dalam pelbagai bidang, sik kira di siney sidak nya berada, bait di dalam atau di luar negara.
Bila kamek nangga dedikasi dan semangat para sukarelawan yang terdiri dari anak muda, kamek yakin bahawa masa depan Sarawak amat cerah di tangan pemimpin-pemimpin muda yang berani berfikir di luar kotak, ikhlas dalam melakukan tanggungjawab, serta sik pernah lelah dalam berbakti untuk Sarawak tercinta.
Nasihat kamek, agar sidak nya semua untuk teruskan melangkah ke hadapan dengan semangat yang tinggi.
Buat Anak Sarawak yang dikasihi, masa depan Sarawak tok, milik kitak semua!
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#sarawakvolunteers -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuching | 6 Jun 2025 | Jumaat
Tengahari tok tek kamek sempat menyantuni penduduk kawasan selepas solat Jumaat di Masjid Darulhana Kampung No 6, Jalan Patingan, dalam Dewan Undangan Negeri N8 Satok. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 4 Jun 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi, TYT Jeneral Umaro Mokhtar Sissoco Embalo, Presiden Republik Guinea-Bissau di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra.
Ketibaan Jeneral Umaro disambut oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Putrajaya | 4 Jun 2025 | Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional Siri 6 Bil 1/2025 di Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 3 Jun 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Duli Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua serta memerintah dengan adil dan saksama.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dibawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik serta hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 1 Jun 2025 | Ahad
Alhamdulillah malam ini berpeluang menyantuni dan makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di Osaka sempena lawatan kerja rasmi saya ke Jepun.
Berkongsi kejayaan Pavilion Malaysia yang sudah dikunjungi lebih 1 juta pengunjung, dan hasil lawatan saya ke Pavilion negara luar terutama Arab Saudi, selain lawatan ke Pavilion Jepun, Indonesia dan China.
Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka, setakat ini. Pencapaian melibatkan 101 syarikat ini menyumbang 61.54 peratus daripada keseluruhan sasaran sebanyak RM13 bilion yang telah ditetapkan sebelum ini.
Turut berkongsi mengenai sektor tenaga dan air di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), senario politik di Malaysia yang stabil di bawah Kerajaan Perpaduan serta menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan terutama daripada pelajar Malaysia.
Hadir sama malam ini tadi Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ; YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun.
#osaka2025
#worldexpo2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 1 Jun 2025 | Ahad
Hari ini saya melawat “Future of Life Pavilion” - Pavilion Masa Depan Kehidupan dan China Pavilion di Ekspo Dunia 2025 Osaka.
Kagum akan cetusan idea Ishiguro Hiroshi, pakar robotik terkemuka Jepun, “Future of Life Pavilion” mengajak pengunjung menyelami hubungan mendalam antara kehidupan dan teknologi. Pavilion ini meneroka kemungkinan bentuk kehidupan dalam 50 tahun sehingga 1,000 tahun ke hadapan.
Ia menampilkan gambaran masyarakat masa depan, produk futuristik, serta budaya Jepun sebagaimana yang dibayangkan oleh pelbagai syarikat dan pencipta.
Menyaksikan pelbagai jenis robot dan android — bukan sekadar mesin, tetapi sebagai bentuk kehidupan abaharu yang mencabar definisi tentang “hidup” dan “kemanusiaan”. Ia mencerminkan evolusi, antara realiti dan kewujudan digital.
Bersesuaian dengan identiti Osaka sebagai “Bandar Air”, reka bentuk pavilion ini menonjolkan elemen air dan bumi yang berinteraksi dalam bentuk seni bina yang seolah-olah hidup.
Seterusnya saya ke Pavilion China
yang membawa tema “Membina Komuniti Kehidupan Antara Manusia dan Alam — Masyarakat Masa Depan Pembangunan Hijau”
Tertarik dengan pavilion China ini yang menggabungkan warisan budaya dengan inovasi moden. Ia turut memaparkan kebijaksanaan ekologi purba China.
Antara yang menarik perhatian ialah paparan multimedia mengenai 24 Musim Suria, persembahan digital karya Lukisan Membajak dan Menenun.
Turut menarik perhatian saya melihat sendiri falsafah pembangunan lestari China iaitu persembahan multimedia tentang projek-projek seperti sistem pengairan Dujiangyan, antara sistem pengairan tertua di dunia.
Ekspo Dunia 2025 Osaka yang turut disertai Pavilion Malaysia, menarik pengunjung dari seluruh dunia untuk menyaksikan pencapaian hebat dalam bidang teknologi, budaya, dan inovasi sosial.
Dengan tema “Mereka Bentuk Masyarakat Masa Depan untuk Kehidupan Kita,” Ekspo 2025 menekankan bagaimana kemajuan teknologi boleh digunakan untuk menangani cabaran global, meningkatkan kualiti hidup, dan mempromosikan kelestarian.
Kepada rakyat Malaysia di Jepun khususnya di Osaka yang belum ke Pavilion Malaysia, ayuh beramai-ramai kita mengujungi pavilion negara kita 🇲🇾.
#osaka2025
#worldexpo2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 31 Mei 2025 | Sabtu
Berkesempatan melawat Pavilion Jepun, Pavilion Arab Saudi dan Pavilion Indonesia di Ekspo Dunia 2025 Osaka pada sebelah petang hari ini, selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan pada sebelah pagi.
Ekspo Dunia Osaka 2025 kini sedang berlangsung selama enam bulan, bermula dari 13 April hingga 13 Oktober 2025.
Pavilion Malaysia sendiri telan dikunjungi lebih 1 juta pengunjung sehingga minggu ini.
#osaka2025
#pavilionmalaysia
#worldexpo2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 31 Mei 2025 | Sabtu
Usai menyempurnakan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka, saya menyaksikan upacara memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Japan Bank for International Cooperation (JBIC).
Sarawak Energy diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sharbini Suhaili, manakala JBIC diwakili Ketua Kumpulan Infrastruktur Alam Sekitar dan Kewangan, Sekine Hiroki.
Majlis pemeteraian MoU itu turut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
MoU antara Sarawak Energy dan JBIC bagi menggalakkan peralihan tenaga, kesalinghubungan serantau dan pembangunan ekonomi mampan.
Kerjasama strategik itu sejajar dengan objektif Komuniti Sifar Emisi Asia (AZEC) dan mengukuhkan usaha ke arah mencapai penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga di Asia.
#osaka2025
#pavilionmalaysia
#worldexpo2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 31 Mei 2025 | Sabtu
Satu penghormatan untuk saya menyempurnakan Majlis Pembukaan Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka, hari ini tadi.
Mengimbau sejarah, Malaysia mula menyertai Ekspo Dunia pada 1970, juga di Osaka. Kini, 55 tahun kemudian, kita kembali bukan sekadar untuk mengambil bahagian, tetapi untuk tampil sebagai negara yang memimpin dengan tujuan, inovasi dan wawasan.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia membawa tema “Keterangkuman dan Kelestarian”, yang sejajar dengan aspirasi Ekspo 2025 untuk “Mereka Bentuk Masyarakat Masa Depan untuk Kehidupan Kita.”
Pavilion Malaysia bukan sekadar struktur fizikal, ia adalah naratif hidup yang menzahirkan identiti, nilai, dan cita-cita negara. Di sinilah inovasi bertemu warisan, budaya berpadu dengan teknologi, dan aspirasi diterjemah menjadi pengalaman yang penuh makna.
Pavilion Malaysia ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap pembangunan berteraskan rakyat, tadbir urus berasaskan nilai, dan kemajuan mampan di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Reka bentuk Pavilion Malaysia pula adalah cerminan luar biasa terhadap kreativiti dan daya inovasi rakyat Malaysia. Melihat idea-idea ini direalisasikan dengan begitu bertenaga dan berjiwa adalah bukti nyata kepada kecemerlangan dan visi hebat mereka yang terlibat di sebalik pembinaannya. Hari ini, Pavilion ini berdiri megah serta mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
Saya juga dengan bangganya ingin berkongsi bahawa daripada sasaran 1.5 juta pengunjung untuk tempoh enam bulan (13 April - 13 Oktober 2025), kita telah berjaya melepasi angka luar biasa melebihi 1 juta pengunjung ke Pavilion Malaysia minggu ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat atas kejayaan bersama ini!
Ekspo ini juga menjadi landasan penting untuk memperkukuh hubungan erat Malaysia–Jepun yang berteraskan saling menghormati, kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya. Dari pelaburan industri ke bidang pendidikan dan teknologi, persahabatan dua hala ini terus berkembang dengan penuh makna dan masa depan yang cerah.
Saya turut berbangga untuk mengumumkan bahawa Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) setakat ini, melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Malaysia bagi ekspo saya turut berkongsi bahawa pencapaian melibatkan 101 syarikat ini menyumbang 61.54 peratus daripada keseluruhan sasaran sebanyak RM13 bilion yang telah ditetapkan sebelum ini.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan, saya berharap penyertaan Malaysia pada tahun ini akan menjadi penanda aras baharu bukan sahaja dalam seni pameran, tetapi dalam cara sebuah negara mempersembahkan kisahnya kepada dunia.
Malaysia mengalu-alukan dunia ke Pavilion kami. Marilah kita bersama-sama membentuk masa depan yang lebih harmoni, makmur dan berpaksikan tujuan bersama.
Hadir bersama saya pada Majlis Pembukaan Pavilion Malaysia hari ini ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.
#osaka2025
#pavilionmalaysia
#worldexpo2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak terutamanya di Sarawak, yang meraikan perayaan ini pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.
Gawai Dayak yang mula diiktiraf sebagai cuti umum di Sarawak pada 25 September 1964 adalah faktor penyatuan dan simbol identiti kaum Dayak. Ia juga manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.
Gawai Dayak yang diadakan selepas musim menuai padi merupakan perayaan yang penting kepada kaum Dayak bagi menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kejayaan yang dicapai pada tahun yang sudah serta mendoakan semoga tahun yang akan datang akan membawa lebih rezeki dan kejayaan.
Bertuahnya kita bergelar anak Malaysia, di mana rakyatnya bebas meraikan perayaan kaum dan agama masing-masing dalam suasana aman harmoni, dengan Sarawak yang mempunyai paling ramai suku etnik menjadi contoh terbaik keharmonian kaum di negara ini.
Hargailah dan syukurilah selamanya keamanan dan keharmonian kaum yang kira kecapi selama ini. Raikanlah Gawai dengan penuh kegembiraan, melalui amalan tradisi dan budaya kunjung mengunjung.
Jadikanlah semangat kebersamaan dalam kepelbagaian ini sebagai lambang kekuatan yang mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan kita semua.
Selamat Hari Gawai Dayak.
Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 31 Mei 2025 | Sabtu
Awal pagi ini saya mendengar taklimat upacara Perasmian Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka yang disampaikan Pengarah Pavilion Malaysia, Puan Ellyza Mastura Ahmad Hanipiah.
TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun, turut menyampaikan taklimat mengenai perjalanan program lain saya sepanjang berada di Osaka.
#tpmfy
#petra
#osaka2025
#pavilionmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
#malaysiajepun🇲🇾🇯🇵 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 31 Mei 2025 | Sabtu
Alhamdulillah pagi ini dikurniakan Allah SWT rezeki solat Subuh bersama komuniti Islam tempatan di Masjid Istiqlal Osaka.
Saya tiba di sini malam tadi untuk menyempurnakan perasmian Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, hari ini. saya juga akan mengunjungi pavilion pebagai negara, Insya-Allah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Osaka | 30 Mei 2025 | Jumaat
Alhamdulillah selamat tiba di Kansai International Airport, Osaka, pada jam 9.25 malam waktu tempatan, untuk lawatan kerja tiga hari dan menyempurnakan perasmian Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun esok (31 Mei 2025).
Terima kasih TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun serta para pegawai kedutaan yang menyambut ketibaan saya dan rombongan di lapangan terbang berkenaan.
Pavilion Malaysia adalah simbol komitmen negara terhadap aspirasi global menerusi salah satu platform pameran paling berprestij yang dianjurkan setiap lima tahun.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Malaysia bagi Expo 2025, Osaka, saya juga akan mengunjungi pavilion pebagai negara ketika di Osaka, bagi mengukuhkan hubungan dua hala, selain menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU).
Penyertaan Malaysia dalam Expo 2025 Osaka didorong oleh matlamat jelas dan berwawasan iaitu menjana potensi perdagangan dan peluang pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM13 bilion.
Pencapaian ini dijangka membuka laluan kepada pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna untuk rakyat Malaysia, sekali gus memupuk masa depan lebih makmur untuk negara.
Ketika di sini saya juga akan mengadakan pertemuan dengan komuniti diaspora Malaysia di Osaka pada Ahad (1 Jun) untuk berkongsi aspirasi kerajaan dalam aspek keterangkuman, perpaduan dan kepentingan nilai-nilai murni dalam konsep Malaysia MADANI.
Acara Expo 2025 Osaka selama enam bulan diadakan di Pulau Yumeshima, Teluk Osaka mulai 13 April sehingga 13 Oktober 2025.
Saya juga ingin mengajak rakyat Malaysia di Jepun terutama mereka yang berada di Osaka, ayuh beramai-ramai kita berkunjung ke Pavilion Malaysia.
#tpmfy
#petra
#osaka2025
#malaysiapavilion
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus khususnya di Sabah yang meraikan perayaan pesta menuai ini pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
Seperti juga perayaan lain, Pesta Kaamatan adalah manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.
Dengan tema "Kaamatan Untuk Semua" raikanlah Pesta Kaamatan dengan penuh kegembiraan, eratkan lagi silatulrahim dan syukurilah rezeki serta hasil tuaian yang baik.
Semoga tuaian padi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan terus bertambah melimpah, membawa bersamanya kebaikan, kejayaan dan kemakmuran kepada semua.
Marilah kita bersama-sama terus mempertahankan keharmonian dalam kepelbagaian, memperkukuhkan jalinan persaudaraan dan memelihara perpaduan sesama kita.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
#tpmfy
#petra
#pestakaamatan2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 29 Mei 2025 | Khamis
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi Tahun 2025, bertempat di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.
Semoga Allah S.W.T terus memberkati pemerintahan Seri Paduka Baginda dengan limpahan rahmat, kesihatan yang baik serta kedaulatan dan kesejahteraan berpanjangan buat negara tercinta.
#daulattuanku
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Serdang | 29 Mei 2025 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini saya telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024, satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh dasar berasaskan data yang tepat dan menyeluruh untuk sektor pertanian negara.
Laporan ini bukan sekadar angka, tetapi lambang komitmen kolektif kita, dari peringkat dasar hingga ke lapangan demi memperkukuh keterjaminan makanan, meningkatkan daya saing agromakanan, dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.
Lebih membanggakan, Malaysia kini menduduki tempat pertama di dunia dalam Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 198 negara lain. Ini merupakan bukti keupayaan kita dalam memperkukuh keterbukaan dan liputan data secara global.
Peluncuran platform TaniStats dan MyAgroPrice hari ini menandakan satu lonjakan ke hadapan dalam transformasi ekosistem data pertanian negara. Inisiatif ini bakal menjadi game changer untuk tadbir urus data, sokongan dasar dan manfaat langsung kepada pengusaha tani serta pembuat dasar.
Dengan dapatan terkini Banci Pertanian, kita kini memiliki asas statistik yang kukuh untuk merangka intervensi lebih berfokus, termasuk usaha meremajakan sektor, menggalakkan pertanian pintar, serta memperluas potensi tanaman baharu seperti cendawan tiram dan rumput Napier.
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh pasukan DOSM serta semua pihak khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang terlibat atas dedikasi, ketelusan dan kerjasama padu menjayakan banci ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kelestarian dan masa depan pertanian negara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 29 Mei 2025 | Khamis
Usai Perhimpunan Bulanan JPM, saya menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Dewan Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan turut dihadiri YAB Timbalan Perdana Menteri I, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta barisan Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan.
Pelbagai isu semasa berkaitan kos sara hidup rakyat telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, merangkumi usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 29 Mei 2025 | Khamis
Pagi ini berkesempatan menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Khamis | 29 Mei 2025
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakan-rakan media tanah air di atas komitmen dan pengorbanan kalian semua, dalam melaksanakan amanah demi rakyat dan negara.
Wartawan bukan sekadar penyampai berita. Kalian semua adalah mata yang melihat realiti, telinga yang mendengar denyut nadi rakyat dan pena yang mencorakkan pemahaman masyarakat terhadap perkara-perkara penting dan dasar kerajaan.
Dalam landskap media yang kian mencabar, peranan wartawan yang berpegang kepada prinsip ketelusan, tanggungjawab dan integriti amat dihargai. Tanpa usaha kalian semua, demokrasi tidak dapat berfungsi dengan matang, dan suara rakyat mungkin tenggelam dalam gelombang maklumat yang mengelirukan.
Saya percaya, media yang bebas dan bertanggungjawab adalah rakan strategik kerajaan dalam membina negara yang progresif, bersatu dan berdaya tahan.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2025. Teruskan menyuara kebenaran. Teruslah menjadi suara rakyat.
Terima kasih sekali lagi atas jasa dan pengorbanan kalian semua.
#tpmfy
#petra
#hariwartawannasional2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang tadi saya berbesar hati mengadakan Pertemuan Dua Hala bersama Yang Mulia Sayyid Asa’ad bin Tariq Al Said, Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Oman.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Oman, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan, pendidikan dan pertukaran kepakaran.
Kami turut menyentuh potensi kerjasama baharu dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan, sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan kedua-dua negara.
Malaysia komited untuk terus memperluaskan jalinan strategik bersama Oman demi manfaat bersama.
#myasean2025
#malaysiaoman🇲🇾🇴🇲
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menyaksikan Majlis Pertukaran MOU Dan Perjanjian Antara ACWA Power Company & Syarikat-Syarikat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
Majlis ini melibatkan ACWA Power Company of Saudi Arabia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) manakala ACWA Power Company of Saudi Arabia dengan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan UEM Lestra.
Bagi sesi MOU, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid dan ACWA Power diwakili Pengasas dan Pengerusinya, Mohammad A. Abunayyan.
Sesi kedua pula, pertukaran Heads of Terms of Joint Development Agreement (HoT JDA) antara 1.Terengganu Incorporated Sdn Bhd diwakili
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed dengan TNB Power Generation Sdn. Bhd.(TNB Genco) yang diwakili Pengarah Urusannya, Dato Ir’ Muhamad Nazri Pazil dan ACWA Power diwakili Pengasas dan Pengerusinya, Mohammad A. Abunayyan.
Sesi terakhir, Pertukaran Strategic Partnership Agreement (SPA) antara TNB Genco diwakili Pengarah Urusannya, Dato Ir’ Muhamad Nazri Pazil dan ACWA Power diwakili Pengasas dan Pengerusinya, Mohammad A. Abunayyan.
#myasean2025
#asean2025
#aseangcc
#aseanchina
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur l 27 Mei 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara (MBN) ke-3, saya berkesempatan menyempurnakan Sesi Peluncuran Lencana Kepandaian Biodiversiti Pengakap serta Peluncuran Logo dan Portal Pusat Biodiversiti Kebangsaan (Malaysian Biodiversity Centre - MBC).
Majlis peluncuran ini disempurnakan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara (MBN) ke-3 bertempat di Hotel Everly Putrajaya.
Mesyuarat ini menggariskan komitmen bersama dalam memperkukuh tadbir urus biodiversiti negara, seiring dengan keperluan untuk memastikan pembangunan yang lestari dan berpaksikan nilai-nilai masa depan.
Pemuliharaan biodiversiti bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi juga merupakan amanah moral dan tanggungjawab kita semua sebagai khalifah di muka bumi ini.
Insiden menyayat hati yang melibatkan kematian seekor anak gajah di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli baru-baru ini, memberi peringatan jelas bahawa pembangunan fizikal perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah dan mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar yang semakin terancam.
Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian signifikan hasil usaha bersama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan masyarakat. Antara kejayaan utama yang telah dicapai termasuk pewartaan lebih 350,000 hektar kawasan sebagai kawasan perlindungan baharu melalui pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT); pelantikan lebih 1,900 renjer komuniti di bawah Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) bagi memperkukuh penguatkuasaan; serta penubuhan Malaysia Biodiversity Centre (MBC) yang telah mendapat pengiktirafan sebagai projek berkepentingan nasional dengan insentif cukai khas.
Kejayaan penanaman pokok ke-100 juta melalui Kempen Penghijauan Malaysia dan pengiktirafan UNESCO Triple Crown kepada negeri Sabah juga mencerminkan hasil kerjasama strategik yang menyeluruh.
Saya percaya bahawa dalam mengejar kemajuan sosioekonomi dan meneroka potensi kekayaan baharu termasuk sumber mineral, kita perlu memastikan bahawa kelestarian alam sekitar tidak dikompromi. Konservasi biodiversiti memerlukan dana yang besar, justeru instrumen kewangan inovatif perlu diteroka dan dimanfaatkan dengan lebih aktif.
Saya menyeru semua pihak untuk terus berganding bahu, memperkukuh dasar, menjayakan inisiatif berimpak tinggi, dan memperkasa pengurusan biodiversiti negara demi menjamin masa depan yang seimbang, makmur dan lestari buat generasi akan datang.
Mesyuarat turut dihadiri YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree, Timbalan Menteri Ekonomi, selain 150 wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Lumpur | 26 Mei 2025 | Isnin
Menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
Majlis makan malam penuh warna-warni dan diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal dan kumpulan kebudayaan itu, meraikan perpaduan, diplomasi dan kekayaan warisan budaya di rantau ini.
Majlis dihoskan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang turut berucap meraikan kehadiran pemimpin dan delegasi semua negara terlibat.
Antara yang hadir ialah pemimpin dari negara ASEAN, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, Ahli Majlis Tertinggi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Ras Al Khaimah (RAK) Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi dan Perdana Menteri, China Li Qiang.
#myasean2025
#asean2025
#aseangcc
#aseanchina
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
KUALA LUMPUR | 26 Mei 2025 | Isnin
Kerjasama strategik baharu bagi meneroka eksport elektrik boleh diperbaharui dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura adalah permulaan kepada inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).
Pertukaran dokumen bagi menandakan jalinan kerjasama antara Vietnam, Malaysia dan Singapura untuk membekalkan tenaga boleh baharu (TBB) daripada Vietnam ke Malaysia disaksikan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong dan Pham Minh Chinh dari Vietnam hari ini tadi.
Kerjasama strategik itu dijalin menerusi MY Energy Consortium, konsortium yang ditubuhkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) and Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan konsortium terdiri daripada PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC), ahli Vietnam National Industry – Energy Group (Petrovietnam) of Vietnam dan Sembcorp Utilities Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries (Sembcorp).
Bekalan TBB itu akan menjadi sebahagian Grid Kuasa ASEAN. Pertukaran perjanjian pembangunan bersama ini mencerminkan kerjasama serantau utama dalam tenaga bersih melibatkan ketiga-tiga negara.
Bekalan tenaga boleh diperbaharui itu akan disalurkan melalui rangkaian kabel dasar laut dengan sokongan teknikal dan kewangan oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Aspek – aspek teknikal akan dibincangkan dengan lebih mendalam selepas ini. Keempat-empat konsortium yang terlibat akan berperanan sebagai pemimpin dalam inisiatif ini.
#myasean2025
#asean2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pencapaian satu dekad sejak penubuhan Komuniti ASEAN, memberi semangat dan keyakinan baharu kepada rantau ini, yang dicerminkan oleh daya tahan luar biasa meskipun dunia kini semakin kompleks dan penuh cabaran.
Saya lontarkan perkara penting itu sewaktu berucap pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini.
Mengambil kira peralihan dalam susunan geopolitik dan sistem perdagangan global kini, saya maklumkan bahawa pemusatan ASEAN dan persaudaraan antara negara-negara anggota penting untuk terus bersatu menghadapi cabaran yang ada ini secara bersama.
Menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama, ini adalah cerminan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini hatta melambangkan kekuatan perpaduan blok serantau yang pastinya akan memberi kesan positif kepada dunia.
Saya turut nyatakan penghargaan Malaysia kepada dukungan semua pihak dalam memastikan bahawa kepengerusian ASEAN kali ini dapat membawa kita semua ke arah pertumbuhan yang adil dan mampan serta daya tahan yang berterusan.
//
Celebrating a decade of the ASEAN Community highlights our resilience in an increasingly complex global landscape.
During my speech at the Plenary Session for the 46th ASEAN Summit, I emphasized the importance of unity and centrality among ASEAN Member States in facing geopolitical challenges.
The historic first ASEAN-GCC-China Summit showcases a successful shift in cooperation models for a multipolar world and the strength of regional unity.
I also thanked all parties for their support in ensuring Malaysia’s ASEAN Chairmanship leads us toward equitable, sustainable growth and lasting resilience.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean
#asean2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bermula hari ini di Kuala Lumpur, menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelosok rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan.
Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini.
Sebagai tuan rumah, Malaysia komited untuk menerajui ASEAN dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia dan menjadi kebanggaan bersama rakyat rantau ini.
=====
The 46th ASEAN Summit officially begins today in Kuala Lumpur, bringing together thousands of delegates from across the region to strengthen cooperation and shape a more inclusive and sustainable future for ASEAN.
This morning, I had the honour of welcoming the Leaders of ASEAN Member States before commencing the first official meeting under Malaysia’s Chairmanship this year.
Malaysia is committed to leading ASEAN with unity, courage and a clear vision so that ASEAN continues to rise, earns global respect and becomes a shared source of pride for the peoples of our region.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean
#asean2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China yang akan bermula esok di Kuala Lumpur.
Mesyuarat malam ini memberi fokus kepada perincian pelaksanaan serta penyelarasan isu-isu utama yang bakal dibangkitkan, termasuk dalam sesi perbincangan dua hala bersama rakan sejawat serta para pemimpin serantau dan antarabangsa.
Perbincangan turut meliputi pendekatan Malaysia dalam memperkukuh kesepaduan ASEAN, memperluas kerjasama strategik, serta memperjuang kepentingan bersama demi kestabilan dan kemakmuran serantau.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kementerian, agensi, dan petugas terlibat atas dedikasi dan kerjasama padu dalam memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini mengikut perancangan.
Insya-Allah, Malaysia bersedia memikul amanah ini dengan sebaiknya.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean2025
#asean -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima Tamu Kenegaraan merangkap rakan sejawat saya, Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.
Kedua-dua pemimpin dan delegasi mereka berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Lawatan rasmi ini amat bermakna dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama serantau ke arah sebuah ASEAN yang lebih inklusif, mampan dan makmur untuk semua.
Malaysia kekal komited dalam memainkan peranan aktif demi masa depan rantau yang bersatu, aman dan progresif.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#asean
#asean2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Burning the midnight oil! 🔥
Lewat malam ini, #teammiti dan agensi masih lagi bertungkus-lumus membuat persiapan akhir demi memastikan Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) berjalan lancar! 💪
Terima kasih atas semangat dan dedikasi luar biasa anda semua. Dengan usaha gigih yang dicurahkan, pastinya acara penting ini akan menjadi kenangan manis untuk setiap delegasi yang hadir! 🚀✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Farhan Fauzi
@farhanfauzi_my
Saya berpeluang untuk mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri @anwaribrahim, bertemu pasukan Harimau Malaya yang sedang menjalani sesi latihan di Johor Bahru.
YAB Perdana Menteri turut menitipkan semangat, keyakinan dan harapan seluruh rakyat kepada skuad negara yang bakal menggalas cabaran penting dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam.
Sebagai rakyat Malaysia, Kita akan terus berdiri teguh di belakang Harimau Malaya. Demi lencana di dada!
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanmadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
#putrajaya : Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini.
Ketibaan beliau pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Berita penuh : asean.bernama.com/news-bm.php?id=2426796
📸 BERNAMA
#bernamanews
#bernamaimages
#asean2025
#aseanxbernama
@anwaribrahim -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Cerminan hubungan kukuh dan berkekalan antara Malaysia dan Vietnam bakal diterjemahkan menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara dalam pelbagai sektor pembangunan.
Saya maklumkan perkara tersebut sewaktu sidang media dengan rakan sejawat saya, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, yang kini dalam lawatan rasmi ke Malaysia.
Kedua-dua negara telah meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada November 2024 lantas ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang yang berpotensi besar.
Ini termasuklah pertanian moden, pendidikan dan pembangunan modal insan, sains dan teknologi, keselamatan siber, institusi kewangan dan perbankan, serta peralihan tenaga mampan lantas mencerminkan hasrat bersama untuk mencipta masa depan yang lebih lestari dan inovatif.
Lawatan rasmi Perdana Menteri Pham Minh Chinh ke Malaysia ini turut membawa signifikan besar dalam konteks kerjasama serantau, khususnya menerusi penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Saya melihat penyertaan beliau bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, tetapi turut memperkuat suara kolektif ASEAN dalam menangani pelbagai isu serantau dan global, sejajar dengan matlamat menjadikan ASEAN lebih responsif, berdaya tahan dan relevan dalam landskap geopolitik masa kini dan masa depan.
Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama erat dengan Vietnam dalam usaha mencapai kesejahteraan bersama serta memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
//
The strong and enduring ties between Malaysia and Vietnam will be further strengthened through the Comprehensive Strategic Partnership, enhancing cooperation across key development sectors.
I conveyed this during a joint press conference with my counterpart, Prime Minister Pham Minh Chinh, who is currently on an official visit to Malaysia.
Our elevation of bilateral relations to a Comprehensive Strategic Partnership in November 2024 will open wider avenues for collaboration in areas such as modern agriculture, education, human capital development, science and technology, cybersecurity, finance, and sustainable energy transition—reflecting our shared commitment to a more sustainable and innovative future.
Prime Minister Chinh’s visit also holds regional significance, particularly with his participation in the 46th ASEAN Summit, which underscores both countries’ shared aspiration to amplify ASEAN’s collective voice on regional and global issues.
Malaysia remains committed to working closely with Vietnam in promoting shared prosperity, peace, stability, and progress in the region.
🇲🇾 🇻🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima kunjungan hormat rakan sejawat saya, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, yang kini dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari 24 hingga 28 Mei ini.
Lawatan ini merupakan satu manifestasi komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, memperluas kerjasama strategik serta mempereratkan lagi solidariti dan kesepaduan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Usai acara sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), kami terus mengadakan perbincangan mendalam yang menyentuh beberapa perkara penting melibatkan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Antara bidang utama yang menjadi tumpuan dalam pertemuan ini termasuklah kerjasama dalam industri halal, pembangunan sektor semikonduktor, keselamatan siber, pendidikan, kecerdasan buatan (AI), inovasi, serta bidang sains dan teknologi.
Perbincangan ini mencerminkan aspirasi bersama untuk meneroka peluang baharu dan memperkukuhkan lagi asas kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Vietnam.
Malaysia menyambut baik kesediaan Vietnam untuk terus menjadi rakan strategik yang aktif dan dinamik dalam usaha membina rantau yang aman, stabil dan makmur melalui kerangka ASEAN.
//
I welcomed the Prime Minister of Vietnam, Pham Minh Chinh, during his official visit from 24 to 28 May, aimed at strengthening bilateral relations and ASEAN unity.
After his arrival and inspection of the guard of honour, we discussed key areas like the halal industry, semiconductors, cybersecurity, education, artificial intelligence, and innovation for our mutual benefit.
🇲🇾 🇻🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media bersama, saya maklumkan bahawa lawatan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone hari ini menyingkap semula pertemuan sewaktu mereka menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan tahun lalu.
Saya sempat rakamkan penghargaan di atas komitmen dan kerjasama dalam membantu Malaysia apabila kita mengambil giliran sebagai Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini.
Kesempatan yang ada ini juga, saya maklumkan bahawa kedua-dua negara sepakat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala khususnya bakal menyambut ulangtahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Lao tahun hadapan.
Turut disentuh dan diperhalusi secara kesepakatan adalah membangunkan ASEAN Power Grid yang akan melalui Republik Demokratik Rakyat Lao, Kemboja dan Thailand menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura, Pelabuhan Darat di Perlis dan Pelabuhan Thanaleng di Lao yang kini menunjukkan kemajuan pesat dan dijangka siap tahun ini.
Kami juga membincangkan isu tenaga kerja, digitalisasi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, tenaga alternatif serta nadir bumi.
Melengkapkan lagi pertemuan ini adalah perbincangan mengenai peranan yang boleh dimainkan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 termasuk kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN, yang diharapkan dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Oktober tahun ini selain bantuan kemanusian dan gencatan senjata di Myanmar.
Terima kasih dan jumpa di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 nanti!
//
During the joint press conference, I emphasized the significance of Prime Minister Sonexay Siphandone's visit, revisiting our previous meeting at last year's ASEAN Summit in Laos.
I expressed gratitude for the cooperation extended to Malaysia as we assumed the ASEAN Chairmanship.
We agreed to strengthen bilateral relations in light of the upcoming 60th anniversary of diplomatic ties between Malaysia and Laos.
Today’s discussions included the ASEAN Power Grid development, which connects Laos, Cambodia, and Thailand to Malaysia and Singapore, as well as the progress on the Inland Port in Perlis and the Thanaleng Port in Laos.
We also addressed topics such as labour, digitalisation, AI, semiconductors, alternative energy, and rare earth elements. Our talks concluded with the importance of our roles in the 46th ASEAN Summit, including the admission of Timor-Leste into ASEAN and humanitarian efforts in Myanmar.
Thank you, and see you at the 46th ASEAN Summit!
🇲🇾 🇱🇦
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya meraikan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.
Ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri pada Disember 2022.
Usai tiba di Perdana Putra, Siphandone dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
Kami seterusnya menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu khususnya
perkembangan hubungan dua hala yang berterusan dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian, dan industri halal.
Turut disentuh dan dibincangkan terkait peranan yang boleh dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN khususnya dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bagi membawa rantau ini ke tahap lebih maju selain perkembangan terkait situasi di Myanmar dan status keanggotaan dan penyertaan Timor Leste dalam ASEAN.
//
This morning, I welcomed the Prime Minister of the Lao People’s Democratic Republic, Sonexay Siphandone, during his official visit to Malaysia, which began on Sunday.
This is his first visit since taking office in December 2022.
At Perdana Putra, he received an official welcome, including a guard of honor inspection. We then held a closed-door meeting to discuss strengthening bilateral relations in trade, investment, defense, education, renewable energy, transportation, tourism, capacity building, agriculture, and the halal industry.
Also highlighted and discussed was the role Malaysia can play as the ASEAN Chair, particularly during the 46th ASEAN Summit, in advancing the region to greater heights.
Discussions also touched on developments related to the situation in Myanmar and the status of Timor-Leste’s membership and participation in ASEAN.
🇲🇾 🇱🇦
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulilah menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Peralihan Tenaga anjuran World Economic Forum (WEF) di Kuala Lumpur, bertemakan “Peralihan Tenaga di ASEAN: Memperkukuh Kerjasama Serantau.”
Ketika dunia berdepan cabaran perubahan iklim, ketidaktentuan pasaran tenaga, dan ketegangan geopolitik, keperluan untuk beralih daripada cita-cita kepada tindakan bersama amat mendesak. Dengan hampir 700 juta penduduk dan keperluan tenaga yang kian meningkat, ASEAN perlu mencari jalan untuk terus maju tanpa menjejaskan kelestarian, keterangkuman, atau keselamatan.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memperkukuh kerangka kerjasama serantau yang menjamin sistem tenaga yang adil, inklusif dan saling terhubung. Melalui inisiatif seperti ASEAN Power Grid dan perdagangan elektrik hijau rentas sempadan, kita sudah melihat potensi masa depan tenaga bersama.
Malaysia melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menyasarkan 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050, disokong oleh inisiatif utama dalam hidrogen hijau, pasaran karbon, pendigitalan dan instrumen pembiayaan seperti sukuk hijau dan pinjaman konsesi.
Namun, cabaran ini tidak boleh dihadapi secara bersendirian. Pelaburan yang diperlukan di peringkat ASEAN mencecah lebih USD 3 trilion menjelang 2050. Ini menuntut dasar yang berani, model pembiayaan inovatif, serta kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta.
Kita juga perlu menyelaraskan kerangka bersama untuk Renewable Energy Certificates (RECs) bagi memastikan kebolehpercayaan dan keyakinan dalam pasaran tenaga bersih rentas sempadan.
Malaysia akan terus memperjuangkan peralihan tenaga yang adil, merangkumi komuniti, memperkasa industri, dan memperkukuh hubungan serantau. Melalui platform seperti ASEAN-Gulf Cooperation Council dan dialog ASEAN–China, kerjasama ini harus diterjemah menjadi kemajuan bersama.
Masa depan tenaga ASEAN yang lestari, selamat dan bersepadu bukan sekadar impian, ianya dalam jangkauan, jika kita bersatu dan bertindak sekarang.
—————
Honoured to speak at the World Economic Forum’s Centre for Energy and Materials Energy Transition Meeting in Kuala Lumpur, under the theme “Energy Transition in ASEAN: Fostering Regional Cooperation.”
The timing could not be more critical. As climate change, energy insecurity, and geopolitical challenges converge, ASEAN must move from ambition to coordinated action. With nearly 700 million people and growing energy demands, the region faces a defining challenge: how do we ensure progress without compromising sustainability, equity, or security?
As Chair of ASEAN in 2025, Malaysia is deeply committed to building frameworks that promote just, inclusive, and interconnected energy systems. Through regional cooperation—such as the ASEAN Power Grid and cross-border green electricity trade, we are already seeing the possibilities of a shared energy future. Malaysia’s National Energy Transition Roadmap (NETR) targets 70% renewable energy in installed capacity by 2050, backed by flagship initiatives in green hydrogen, carbon markets, digitalisation, and financing instruments like green sukuk and concessional loans.
But this journey cannot be walked alone. The scale of investment needed across ASEAN is staggering over USD 3 trillion by 2050. It will require bold policy shifts, innovative financing models, and strong public-private collaboration. We also need to align on harmonised frameworks for Renewable Energy Certificates (RECs), ensuring credibility and trust in a growing cross-border clean energy market.
Malaysia is committed to championing a just energy transition, one that includes communities, empowers industries, and strengthens regional ties. Through platforms like the ASEAN-Gulf Cooperation Council and ASEAN–China dialogues, we must turn partnerships into shared progress.
A sustainable, secure, and integrated ASEAN energy future is not only possible, it is within reach, if we act with unity and urgency.
#myasean2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Honoured to speak at the ASEAN Women Economic Summit (AWES 2025) Luncheon Power Talk, held under the timely and critical theme, “Shared Prosperity: The New Imperative for ASEAN’s Economic Growth.”
In today’s complex global landscape shaped by geopolitical shifts, rapid digitalisation, and the accelerating climate crisis, shared prosperity is no longer a lofty ideal. It is a strategic necessity for building a resilient, sustainable, and inclusive ASEAN.
I had the opportunity to share Malaysia’s perspective, guided by the Malaysia MADANI framework, which promotes a people-first approach rooted in sustainability, innovation, compassion, and trust. During the session, I reflected on the transformative power of women’s economic empowerment as a key driver of growth and innovation. I also spoke about the need for a just energy transition that ensures equitable access and uplifts marginalised communities, and the importance of deeper regional economic integration to strengthen our collective resilience while preserving cultural diversity and national identity.
What made the session truly enriching was the level of engagement from the audience. The thoughtful and well-articulated questions raised by attendees demonstrated a shared commitment to advancing inclusive growth in ASEAN. I found myself learning just as much as I was sharing, taking notes, reflecting deeply, and appreciating the diverse insights from the floor.
To move from vision to reality, it is clear that shared prosperity demands shared responsibility. Governments, industry leaders, and civil society must work in tandem to build a future where no one is left behind.
Together, we can shape an ASEAN that is not only economically dynamic, but also socially equitable and future-ready.
#myasean2025
#awes2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Mengetuai PETRA Skuad Zon Timur 2025 @PETRAMalaysia meninjau pepasangan sistem Solar PV Di Bumbung dan Ruang Parkir Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
#tpmfy
#petra
#petraskuad
#kitapetraskuad
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Kuala Terengganu | 25 Mei 2025 | Ahad
Pagi ini saya menaiki bas bersama rombongan PETRA Skuad Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk meninjau dan mendengar taklimat pepasangan sistem Solar PV Di Bumbung dan Ruang Parkir Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada MBKT yang melaksanakan inisiatif ini yang mana ia adalah kapasiti sistem solar PV terbesar bagi pemasangan di bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah program Net Energy Metering (NEM) GoMEN.
Jumlah kapasiti pepasangan sistem Solar PV di Menara MBKT adalah sebanyak 807kWp iaitu 197 kWp (kilowatt-peak) di bumbung bangunan dan 610 kWp di ruang parkirq yang mana telah beroperasi bermula pada 2 Januari 2024.
Pepasangan ini dianggarkan dapat menjana sebanyak 1,147MWj (megawatt-jam) bekalan elektrik hijau setahun dengan anggaran penjimatan bil elektrik sebanyak 11% atau RM240,000 setahun.
Pepasangan sistem di MBKT ini adalah yang terbesar dipasang di bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Program NEM 3.0 di bawah kategori NEM GoMEN yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 16 Dis 2021.
Saya kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan Luncheon Talk - Leadership at Every Level : Championing Shared Prosperity for Women Across ASEAN.
PETRA Skuad Zon Timur pula meneruskan tinjauan ke Loji Solar Berskala Besar (LSS) Coara Marang untuk meninjau secara langsung pengoperasiannya yang dilaksanakan di bawah inisiatif kerajaan melalui program LSS3.
Kapasiti tenaga yang dijana daripada loji ini dianggarkan mencukupi untuk membekalkan elektrik kepada lebih 10,000 isi rumah setiap hari. Ia merupakan antara loji solar termaju dari segi teknologi dan kecekapan, LSS Coara Marang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sasaran Kerajaan bagi menetapkan peralihan kepada tenaga bersih dan TBB menerusi National Energy Transition Roadmap (NETR).
Selain membantu mengurangkan pelepasan karbon, projek LSS Coara Marang ini juga menjadi model bagi reka bentuk loji solar tahan bencana yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan berisiko tinggi banjir, sekali gus memperkukuhkan daya tahan sektor tenaga negara.
Tinjauan PETRA Skuad Zon Timur diakhiri dengan meninjau Loji Jana kuasa Biogas Concord Biotech Sdn. Bhd. di Kemaman. Pembangunan loji jana kuasa ini melibatkan pelaburan sebanyak RM21 juta yang mana ia merangkumi pemasangan dua (2) enjin biogas dengan jumlah kapasiti keseluruhan sebanyak 2.404 MW dengan menggunakan biogas dari sumber sisa effluen kilang sawit (POME).
Loji jana kuasa ini telah mencapai pengoperasian komersial pada 12 Mac 2022 dengan SEDA Malaysia telah meluluskan kuota tarif galakan (Feed-in Tariff, FiT) pada 18 Februari 2019.
Sehingga 31 Mac 2025, loji jana kuasa ini telah menjana tenaga elektrik sebanyak 29,158 MWj yang mana ia bersamaan dengan penghindaran 22,568 tan metrik CO2eq.
Tinjauan PETRA Skuad Zon Timur menunjukkan komitmen Kementerian bagi memastikan inisiatif pemerkasaan inisiatif TBB diberdayakan secara mampan, selaras dengan matlamat Malaysia MADANI untuk memperkukuh matlamat Malaysia ke arah negara neutral karbon menjelang 2050.
#tpmfy
#petra
#petraskuad
#kitapetraskuad
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Terengganu | 24 Mei 2025 | Sabtu
Dari Bangkok saya terus ke Terengganu untuk menyertai Makan Malam PETRA Skuad Zon Timur @PETRAMalaysia yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. @DrAhmadSamsuri .
Turut hadir YB Dato’ Nara Setia Dato’ Haji Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang menganjurkan majlis makan malam untuk PETRA Skuad pada malam ini.
Esok Insya-Allah saya akan bersama PETRA Skuad meninjau Solar PV Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
PETRA Skuad Zon Timur yang berlangsung selama dua hari bermula 24 sehingga 25 Mei 2025 kali ini turun padang ke beberapa lokasi di Kelantan dan Terengganu bagi meninjau perkembangan projek dan inisiatif sektor air dan tenaga.
PETRA Skuad Zon Timur bermula di Kelantan pagi ini dengan flag off disempurnakan oleh Dato’ Haji Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA bertempat di SPAN Kelantan.
Selepas flag off PETRA Skuad mengadakan lawatan kerja ke EV (Electric Vehicle) Charger@AEON Mall, sebelum meninjau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1, Kota Bharu, Kelantan, di mana projek ini telah dilaksanakan bermula Januari 2018 dengan kemajuan fizikal projek terkini adalah 95.9% dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2026.
Ini diikuti mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) pelbagai agensi di bawah PETRA di Masjid Al-Hijrah Tok Bali di Kota Bharu, Kelantan.
Setibanya di Terengganu PETRA Skuad ke lokasi Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus bagi meninjau perkembangan projek berkenaan dengan status kemajuan fizikal terkininya adalah 24.5% dan dijangka siap pada Januari 2027.
Projek dengan peruntukan Pembangunan (DE) Kerajaan Persekutuan menerusi PETRA bernilai RM90 juta ini meliputi kerja-kerja beach nourishment sepanjang 2 kilometer dan pembinaan 16 breakwater akan memulihara semula kawasan pantai yang terjejas akibat hakisan dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus.
Pelaksanaan projek ini dijangka dapat mengekalkan garisan pantai, menghalang berlakunya banjir pantai dan seterusnya mengelak daripada berlakunya kemusnahan harta benda dan infrastruktur bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.
Sejumlah RM287.8 juta telah diperuntukkan kepada negeri Terengganu bagi pelaksanaan pelbagai projek berkaitan air di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 menerusi PETRA.
Berdasarkan rekod sistem MyProjek sehingga 19 Mei 2025 di dalam Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan Persekutuan menerusi PETRA telah meluluskan 27 projek merangkumi 22 projek berkaitan sumber air, tebatan banjir dan hakisan pantai yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); 3 projek bekalan air yang dilaksanakan Jabatan Bekalan Air (JBA) dan 2 projek berkaitan pembetungan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Dengan tumpuan kepada sektor air dan tenaga, dua elemen asas dalam kehidupan harian rakyat, jelajah PETRA Skuad mencerminkan usaha menterjemah prinsip Malaysia MADANI dari aspek kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber dan peningkatan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh, menerusi penambahbaikan dasar-dasar sedia.
#tpmfy
#petra
#petraskuad
#kitapetraskuad
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Acara terakhir saya untuk hari ini mengadakan pertemuan dengan HE Narumon Pinyosinwat, Menteri Agrikultur dan Koperasi Thailand.
Dalam pertemuan berkenaan kerajaan Thailand menunjukkan kesungguhan untuk bersama-sama Malaysia dalam menangani isu banjir di Sungai Golok.
Insya-Allah, langkah susulan akan diambil kedua-dua pihak melibatkan jawatankuasa bersama yang akan berbincang dan meneliti pelbagai aspek demi manfaat bersama.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok l 23 Mei 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pada sebelah petang, saya mengadakan Lawatan Kerja ke Loji Rawatan Air Amata di Bandar Amata, Chonburi.
Berkesempatan melihat sendiri proses dan cara pengurusan loji yang sedikit sebanyak boleh dikongsi bersama.
Selepas itu, saya bersama delegasi membuat lawatan ke Tapak Projek BGrimm Amata dan diberi peluang melihat proses di bilik kawalan serta meninjau sekitar kawasan.
Dua lawatan ini amat bermakna bagi saya dan delegasi menimba pengalaman terbaik dalam inovasi hijau dan pengurusan sumber industri yang cekap.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Chonburi l 23 Mei 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya mengadakan kunjungan hormat Ke Atas rakan sejawat iaitu H.E Prasert Jantararuangtong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand di Government House.
Dalam kunjungan itu, saya menyuarakan Malaysia merancang untuk menjalankan kerja pengorekan muara Sungai Golok serta membina benteng atau pemecah ombak menjelang akhir tahunm 2025, tertakluk kepada kelulusan JTWG dan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak dan risiko banjir ketika musim tengkujuh.
Malaysia akan menyelesaikan kajian pemendapan pasca banjir menjelang April 2025 dan menjelaskan paras mendapan telah melebihi aras purata pasang surut laut (TMSL), sekali gus memerlukan kerja pengorekan dilakukan
Kedua-dua negara bersetuju semasa Mesyuarat JTWG ke-40 untuk meneruskan perbincangan dalam mesyuarat JET dan JTWG yang akan datang, dengan kemas kini akan dibentangkan dalam mesyuarat JSC seterusnya tahun ini.
Ia dilaksanakan dengan pelbagai langkah menyeluruh di bawah inisiatif Kerjasama Rentas Sempadan dengan Thailand melalui Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, bagi menangani masalah banjir berulang serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di sepanjang sungai itu.
Usaha mengurangkan risiko banjir di muara Sungai Golok memerlukan gabungan penyelesaian kejuruteraan, pengurusan alam sekitar dan langkah dasar bagi menangani isu pemendapan, kawalan aliran air serta mengurangkan impak banjir.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok l 23 Mei 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini saya menghadiri sesi Pre-Council bagi mendengar taklimat berkaitan sektor air sempena lawatan kerja rasmi ke Bangkok yang memasuki hari ketiga.
Taklimat disampaikan Siti Dinar binti Othman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Ir Arman Bin Mokhtar, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Ir. Ahmad Fazili bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kejuruteraan Pantai JPS.
Selepas itu saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas H.E. Prasert Jantararuangtong, Timbalan Perdana Menteri Thailand, merangkap Menteri
Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand di Government House.
Ia disusuli lawatan ke loji Rawatan Air dan Kitar Semula di Chonburi bagi menimba pengalaman terbaik dalam inovasi hijau dan pengurusan sumber industri yang cekap.
Pada sebelah petang, saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas HE Narumon Pinyosinwat, Menteri Agrikultur dan Koperasi Thailand.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menunaikan solat subuh di Masjid Mirasuddeen, Suriya Wong, Bangkok.
Berkesempatan berbual ringkas dengan jemaah subuh yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuk penduduk tempatan.
Bangkok l 23 Mei 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah malam ini dapat bertemu dan makan malam bersama diaspora Malaysia di Thailand sempena lawatan kerja saya kali ini.
Saya mengambil peluang berkongsi mengenai wujudnya kestabilan politik di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan pelaburan negara.
Selain itu, saya turut berkongsi kesungguhan kerajaan Malaysia menghargai usaha dan tanggungjawab yang dimainkan rakyat Malaysia yang menjadi 'duta' Malaysia hingga membolehkan hubungan antara dua negara semakin kukuh dan erat.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok | 22 Mei 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini saya mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat saya iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga Thailand, Pirapan Salirathavibhaga di pejabatnya di Rumah Kerajaan Thailand.
Dalam pertemuan itu saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand yang menghulurkan bantuan susulan kejadian letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April lalu.
Hubungan baik antara kedua-dua negara membolehkan Thailand membekalkan gas kepada Malaysia seterusnya dapat menampung keperluan dan mengurangkan kesan kepada kira-kira 200 industri dan pengguna.
Tindakan Thailand menghulurkan bantuan membuktikan siapa kawan apabila kita susah, dan Thailand sudah membuktikannya atas semangat ASEAN.
Saya juga mencadangkan supaya dimulakan perbincangan mengenai kemungkinan membeli sehingga 300 MW bekalan elektrik terjamin dari Thailand.
Cadangan ini berdasarkan jangkaan peningkatan permintaan elektrik pada masa akan datang. Import bekalan tenaga terjamin dari Thailand dijangka dapat menambah keselamatan dan fleksibiliti dalam memenuhi keperluan tenaga negara.
Malaysia dan Thailand kini giat mengintegrasi tenaga boleh baharu ke dalam grid masing-masing, dengan kebolehpercayaan sambungan grid rentas sempadan menjadi semakin penting.
Malah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (EGAT) telah menyelesaikan kajian kebolehlaksanaan bagi kerja-kerja naik taraf dan akan membolehkan pertukaran elektrik rentas sempadan secara lebih cekap dan selamat, serta menjadi asas kepada perdagangan elektrik pelbagai hala di bawah inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok l 22 Mei 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Seterusnya saya ke sesi Pre-Council kedua bagi perkongsian strategik bersama industri menerusi taklimat dan jaringan bersama syarikat TTM (Thailand) yang dihoskan oleh PETRONAS.
Sesi ini bertujuan berkongsi hala tuju, cabaran dan perkembangan semasa TTM di Thailand sekali gus membolehkan kita menjana
peluang pelaburan dua hala serta projek tenaga serantau yang memberi impak langsung kepada kestabilan bekalan dan kemampanan alam sekitar.
Bersama saya Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tuan Bong Yik Jui, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia ke Thailand.
Manakala di pihak TTM dan PETRONAS, Abdul Aziz Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Gas Berhad serta Presiden dan CEO TTM, M Fairos Roslan.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok | 22 Mei 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini saya menghadiri sesi Pre-Council bagi mendengar taklimat mengenai perjalanan lawatan rasmi saya ke Bangkok.
Taklimat disampaikan Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tuan Bong Yik Jui, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia ke Thailand.
Lawatan kerja ini diyakini mampu memperkukuhkan hubungan dua negara, sekali gus memacu pembangunan sektor tenaga dan air negara yang lebih mampan, inovatif dan berteraskan kepentingan rakyat.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok | 22 Mei 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat subuh di Masjid Haroon, Bang Rak.
Turut beramah mesra dengan kariah Masjid Haroon dan berjumpa Imam Besar Masjid Haroon, Ustaz Thanarat Watcharapisud serta Imam subuh yang merdu bacaannya, Ustaz Faison Bin Ismail, yang berasal dari Pattani.
Bangkok l 22 Mei 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok, pada jam 5.51 petang waktu tempatan, untuk lawatan kerja rasmi empat hari ke Thailand.
Lawatan kali ini memfokuskan kepada kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh baharu, keselamatan tenaga dan pengurusan sumber air secara mampan antara Malaysia dan Thailand.
Ia mencerminkan komitmen Kerajaan dalam mendukung agenda peralihan tenaga negara dan menjayakan aspirasi Malaysia MADANI melalui komitmen memastikan rakyat mendapat manfaat daripada sistem tenaga dan air yang bersih, lestari dan berpatutan.
Ketika di sini saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Tenaga bagi membincangkan
kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan tenaga bersih dan pengurusan air industri, sekali gus memperkukuh diplomasi serantau.
Selain itu saya akan menghadiri perkongsian strategik bersama industri menerusi taklimat dan jaringan bersama syarikat TTM (Thailand) yang dihoskan oleh PETRONAS bertujuan menjana
peluang pelaburan dua hala serta projek tenaga serantau yang memberi impak langsung kepada kestabilan bekalan dan kemampanan alam sekitar.
Saya juga akan mengadakan lawatan ke sebuah loji Rawatan Air dan Kitar Semula bagi menimba pengalaman terbaik dalam inovasi hijau dan pengurusan sumber industri yang cekap.
Saya juga akan bertemu pihak industri sektor tenaga di Thailand bertujuan mempertingkat peluang kolaborasi sektor swasta dalam teknologi hijau dan pelaburan tenaga boleh baharu.
Pengisian rutin saya setiap kali mengadakan lawatan kerja rasmi ke luar negara, bertemu komuniti diaspora Malaysia di Bangkok bagi berkongsi perkembangan semasa di dalam negara dan juga peranan PETRA.
Lawatan kerja ini meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih strategik dalam landskap tenaga ASEAN, sekali gus memacu pembangunan sektor tenaga dan air negara yang lebih mampan, inovatif dan berteraskan kepentingan rakyat.
Terima kasih Tuan Bong Yik Jui, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia ke Thailand; Kaunselor (Pelancongan) Puan Nurul Ain Mohammed Yunus dan Setiausaha Pertama, Nurajirah Abd Majid yang menyambut ketibaan saya dan rombongan.
#malaysiathailand🇲🇾🇹🇭
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
Bangkok l 21 Mei 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Putrajaya | 21 Mei 2025 | Rabu
Alhamdulillah deklarasi bersama dalam usaha memartabatkan industri minyak dan gas negara dimenterai antara YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
Upacara mementerai deklarasi persefahaman hari ini adalah susulan pertemuan yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri dengan YAB Premier Sarawak bersama barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS dan PETROS pada 9 Mei 2025 yang lalu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju mencapai kesepakatan melalui kaedah rundingan dalam bentuk Kenyataan Bersama pada hari ini, 21 Mei 2025, di atas semangat Persekutuan.
Kenyataan Bersama yang ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak merupakan prinsip-prinsip asas yang telahpun dipersetujui untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara PETRONAS dan PETROS.
Kenyataan Bersama ini memperakui undang-undang Persekutuan dan Negeri, kedudukan perjanjian perjanjian sedia ada dan pembentukan rangka kerja kerjasama di antara PETRONAS dan PETROS.
Antara lain, Kenyataan Bersama tersebut menyatakan perkara-perkara berikut:
i. Semua undang-undang Persekutuan dan Negeri Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di dalam Negeri Sarawak
hendaklah wujud secara bersama dan dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti tersebut di Negeri Sarawak, termasuk PETRONAS dan PETROS
ii. PETRONAS akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepada PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974) (“PDA 1974”) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
iii. Kerajaan Negeri Sarawak telah melantik PETROS sebagai agregator gas berkuat kuasa 1 Mac 2025. Pelantikan ini hendaklah dihormati oleh semua pihak yang menjalankan perniagaan pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna domestik di Negeri Sarawak.
v. Sebarang perjanjian dan pengaturan (arrangement) antara PETRONAS dan/atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi
tujuan penjualan LNG dari sektor huluan hingga ke pengeksportan LNG kepada pihak-pihak antarabangsa akan kekal tidak terjejas.
PETRONAS dan PETROS hendaklah mengadakan perbincangan bagi tujuan meluaskan kerjasama bagi keperluan gas domestik Negeri Sarawak, dalam bidang berikut:
i. Kerjasama dalam projek-projek penyaluran bekalan gas sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari (billion standard cubic feet per day) (Bscf/d) bagi menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak; dan
ii. Lain-lain projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan elektrik yang mungkin dilaksanakan oleh PETRONAS dan PETROS, selaras dengan aspirasi Negeri Sarawak; dan
iii. Semua perbincangan lanjut mengenai kerjasama mesti tertakluk kepada daya maju komersial dan teknikal. Bagi tujuan projek-projek masa depan di Negeri Sarawak yang melibatkan rakan kongsi antarabangsa, PETRONAS akan bekerjasama dengan PETROS.
Kedua-dua pihak PETRONAS dan PETROS hendaklah berusaha untuk terus bekerjasama memperincikan rangka kerja demi kepentingan negara mengikut prinsip komersial secara telus.
Potensi besar yang dapat diterokai secara menyeluruh dari kesepakatan ini mampu memperkukuhkan kepercayaan dan mengembalikan keyakinan para pelabur khususnya syarikat-syarikat antarabangsa di dalam sektor petroleum untuk memuktamadkan hala tuju pelaburan masing-masing di Malaysia.
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi sempena Majlis Perasmian LIMA’25 semalam, saya berkesempatan bertemu dan menyantuni delegasi dari Wilayah Jiangsu yang diketuai oleh TYT Xu Kunlin, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Jiangsu dan Gabenor Wilayah Jiangsu.
Dalam pertemuan tersebut, TYT Xu menyuarakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menekankan potensi besar kerjasama ekonomi antara Jiangsu dan Malaysia, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan bidang-bidang ekonomi lain yang strategik.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelaburan asing serta kerjasama ekonomi dari Wilayah Jiangsu ke Malaysia, demi manfaat dan kemajuan bersama.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 21 Mei 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sangat menerujakan - itulah ungkapan yang saya mampu luahkan apabila melihat aksi pembukaan segmen pertahanan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Acara Pembukaan dan Opening Gambit Tentera Udara Diraja Malaysia
disempurnakan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Kehebatan aksi terbang lintas jet pejuang Sukhoi SU30MKM milik TUDM menarik perhatian ramai. Selain Sukhoi SU30MKM, persembahan udara 10 minit di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) turut disertai pesawat antaranya F/A-18D Hornet, PC7MKII, A400M, EC-725, AW-139 dan EC120B.
Aksi pembukaan mencapai kemuncaknya apabila penonton disajikan simulasi letupan bom yang dimulakan dengan teknik 'fireball', diikuti 'straffing' sebelum diakhiri 'firewall' sepanjang 300 meter yang dijayakan anggota TUDM.
Saya turut berpeluang ke Pusat Pameran Antarabangsa Mashuri (MIEC) bagi melawat pelbagai reruai sempena LIMA'25 seperti Air Asia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), syarikat persenjataan, syarikat penyedia pelbagai kelengkapan serta peralatan berkaitan pesawat tempatan dan luar negara.
LIMA'25 yang memasuki edisi ke-17, menghimpunkan 860 pempamer dari 24 negara terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.
Pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 24 Mei ini adalah platform bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertahanan dan aeroangkasa serantau.
Bertemakan "Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan", pameran kali ini merupakan yang terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.
Hadir sama hari ini tadi, Timbalan Perdana Menteri 1, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
#lima2025
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Langkawi | 20 Mei 2025 | Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berpeluang menunaikan solat subuh di Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang.
Tak sangka dapat berjumpa sahabat saya, Pehin Datu Lailaraja Menteri Pertahanan II Brunei, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Awang Halbi Md Yusof
Pagi ini juga saya akan menghadiri Gracing Ceremony & Opening Gambit yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Selepas itu, saya akan mengadakan lawatan ke Tapak Pameran Reruai Sempena LIMA Langkawi 2025, di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.
Langkawi l 20 Mei 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sebelum balit ke Kuala Lumpur pagi tok tek, kamek ngambik kesempatan berjumpa sidak penduduk kawasan dan memenuhi beberapa temujanji berkaitan kemudahan dan keperluan penduduk.
Antaranya kamek berjumpa Penghulu Iban Kawasan Matang, Penghulu Adi Anak Jala dan Ahli Jawatankuasa Pesta Regatta Sejijak diketuai Pengerusi JKKK Kpg Sejijak, Haji Mohd Nusi Jimali.
Lepas ya kamek berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri N3 Tanjong Datu, YB Azizul Annuar Adenan, berkaitan pembinaan Masjid Al Sultan Abdullah di Telok Melano, Lundu dan seterusnya mengadakan perjumpaan dengan YB Mohamad Duri, ADUN N38 Kalaka.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dilantik bagi Sesi 2025 -2028 seperti diumumkan YAB Premier Sarawak yang juga Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Mesyuarat MT PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi (17 Mei).
Saya yakin semua yang dilantik akan dapat memikul amanah diberikan sebaik mungkin bersama barisan MT yang terpilih dalam pemilihan parti sebelum ini, demi memperkukuhkan lagi perjuangan PBB yang menjadi nadi utama dan tonggak Gabungan Parti Sarawak (GPS), di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Bersama-sama kita memastikan perpaduan dalam PBB selama lebih 50 tahun terus kukuh dan padu, supaya Kerajaan Pimpinan GPS akan dapat terus membangunkan Sarawak dan memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
MT yang dilantik seperti diumumkan YAB Premier Sarawak adalah ;
Pengerusi Tetap - Tan Sri Datuk Amar Hj Mohammad Asfia Awang Nasar
Timbalan Setiausaha Agung - YB Dato Fazzrudin Hj Abdul Rahman
Penolong Setiausaha Agung
Bumiputera
YB Datuk Hj Hasbi Habibollah
YB Datuk Hjh Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali
YB Dato Hamzah bin Brahim
Pesaka
YB Tuan Miro Simuh
Encik Maurice Joannes Giri
Bendahari - YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi
Penolong Bendahari - YB Datuk Dr Ripin Lamat
Ketua Penerangan - YB Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah
Penolong Ketua Penerangan - YB Dato Dr Philip Raja
Ahli Majlis Tertinggi Dilantik
Bumiputera
YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman Ismail
YB Dato Hj Idris Buang
YB Dato Lukanisman Sauni
YB Tuan Hj Ahmad Johnnie Hj Zawawi
YB Datuk Dr Hazland Abg Hipni
YB Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya
YB Tuan Azizul Annuar Adenan
Dato Hj Mohd Naroden Majais
Dr Dayang Nurfizawati Hj Abang Abdul Karim
Pesaka
YB Tan Sri William Mawan Ikom
Dato Nuing Jeliung
Encik Paulus Dandes ak Bayang
Encik Romeo Christopher Tegong
Encik Lesley Luyoh Akah
Encik Wejok ak Tomik
Encik Jampi ak Tutong
Encik Fred ak Entau
Encik Barnabas Kulor Kaoz Djunior
Encik Patrick ak Miden
Cr Adison Langgar ak Injan
Wakil MT Wanita Dilantik
Datin Sri Angelina Ujang
Dato Sri Hajah Nancy Shukri
Puan Umang Nangku Jabu
YB Datuk Rubiah Wang
YB Puan Dayang Norazah Awang Sohor
Wakil MT Pemuda dilantik
Saudara Anderson Lah
Saudara Sufian Mahat
Saudara Martin Ngindang ak Richard
Saudara Hj Afiq Fikri bin Brahim
Saudara Lyokarto Sikong
Penasihat Undang-Undang - YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah
Hadir sama dalam mesyuarat MT PBB malam tadi adalah dua Timbalan Premier yang juga Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
#pbb
#tpmfy
#segulaisejalai
#sarawakfirst
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Berkesempatan merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Skim Penempatan Semula (SPS) Ng Sekuau, Selangau, hari ini tadi.
Sejarah RASCOM dan F TEAM mengajar kita tentang nilai keberanian, perpaduan, disiplin, dan kecekapan strategi keselamatan negara.
Dalam sejarah keselamatan negara, F TEAM adalah pasukan elit cawangan khas yang bertanggungjawab mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia yang menjalankan operasi berisiko tinggi, termasuk Operasi Chien Meh yang menamatkan gerakan bersenjata Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) - sebuah pergerakan komunis yang beroperasi di Sarawak.
Kewujudan SPS Ng Sekuau berdiri sebagai simbol kejayaan transformasi – daripada kawasan konflik kepada komuniti harmoni yang membangun.
Masyarakat di sini adalah bukti nyata bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil usaha generasi terdahulu yang berani dan berprinsip.
Kita semua terutama generasi muda tidak harus sama sekali lupa akan sejarah dan hargailah sejarah perjuangan generasi terdahulu.
Semoga SPS Ng Sekuau terus berkembang maju sebagai komuniti contoh di Sarawak yang kaya dengan nilai patriotisme, harmoni dan sejahtera.
Sarawak menjadi contoh negeri terbaik sehingga di bawah kepimpinan YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak menerima banyak pelaburan dan membolehkan Sarawak melaksanakan sendiri banyak projek pembangunan.
Ini semua adalah juga hasil perpaduan utuh dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sehingga dicemburui negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung. Justeru jagalah kekuatan kita ini dengan terus memberi sokongan padu kepada GPS.
Sementara itu dalam Taklimat Pembangunan Selangau di Balai Polis Setapang pagi tadi, banyak permohonan yang diketengahkan untuk diteliti dan dipertimbangkan.
Terdapat permohonan yang perlu didahulukan dan saya meluluskan dua permohonan iaitu RM560,000 untuk pembangunan berkaitan rumah panjang yang akan diperhalusi Ahli Parlimen dan ADUN kawasan ini.
Satu lagi permohonan adalah pembinaan dewan serbaguna Sekuau yang bernilai RM1.3 juta. Moga ianya dapat memberi manfaat kepada penduduk khususnya di kawasan berkenaan.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Selangau l 17 Mei 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya menghadiri Taklimat Pembangunan Selangau di Balai Polis Setapang.
Dalam taklimat hampir 45 minit itu, saya diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa sosial dan pembangunan.
Alhamdulillah, ada beberapa perkara yang dapat diselesaikan dengan penglibatan pihak kerajaan negeri dan Pusat.
Hadir sama, Ahli Parlimen P214 Selangau, YB Edwin Anak Banta ; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N59 Tamin, YB Ir. Christopher Gira Sambang dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Dalat l 17 Mei 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan Solat Subuh di Masjid An-Nur, Sibu.
Saya turut mengambil peluang mendengar kuliah subuh sebelum beramah mesra dengan ahli kariah.
Sibu l 17 Mei 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Setempat, sejurus tiba di Sibu, malam tadi.
Saya turut berkongsi serba sedikit perkembangan projek tebatan banjir di Sarawak terutama di Sibu, termasuk yang kini dalam proses pelaksanaan serta ada yang dalam perancangan.
Sarawak kini sedang melaksanakan kajian melibatkan bagaimana hendak memastikan kedalaman sungai kekal dalam usaha menangani isu banjir dan memastikan kelangsungan sumber bekalan air.
Saya juga mengambil peluang berkongsi peranan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang bertanggungjawab memastikan keterjaminan tenaga dan air yang memberi impak kepada sosial dan perkembangan ekonomi negara.
Saya turut mengingatkan pentingnya untuk rakyat Sarawak terus menjaga perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini.
YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang meneruskan kepimpinan terdahulu, memperjuangkan hak Sarawak dan memastikan pertumbuhan ekonomi serta pendapatan negeri terus berkembang.
Pada masa sama, biarpun Pilihan Raya Negeri dijangka tahun hadapan, semua yang terlibat tidak seharusnya lalai dan leka.
Berilah perkhidmatan terbaik dan sampaikan maklumat yang tepat bahawasanya perjuangan GPS adalah yang terbaik untuk Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee; Kaunselor Syed Hamzah Bin Wan Hamid Edruce, Ahli Majlis Tertinggi PBB Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB Pelawan; Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, Ketua Pemuda Zon Tengah Parti SUPP merangkap Ketua Cawangan Parti SUPP Cawangan Bawang Assan dan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, William Anut.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Sibu l 16 Mei 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menghadiri Perhimpunan Bulanan PETRA Bil. 3 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Baiduri, Menara PETRA. Perhimpunan ini bukan sekadar rutin bulanan, tetapi merupakan ruang muhasabah dan suntikan semangat untuk kita semua terus melangkah dengan iltizam dan integriti.
Mengimbas kembali sambutan Hari Pekerja 2025 bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, kita diingatkan bahawa warga kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta, adalah tunjang kemajuan negara. Kejujuran, semangat juang, dan minda kelas pertama yang proaktif, inovatif serta berpandangan jauh perlu terus disemai dalam setiap tindakan kita.
Saya turut merakamkan rasa dukacita atas pemergian mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, seorang negarawan unggul yang meninggalkan legasi besar dalam pembangunan modal insan dan pendekatan Islam Hadhari. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Dalam perhimpunan ini, beberapa perkara penting telah dikongsikan:
Antaranya, insiden di Putra Heights yang memperlihatkan kecekapan pasukan PETRA dalam bertindak pantas demi memastikan kelangsungan bekalan. Saya dan warga PETRA juga mendoakan kesejahteraan para jemaah haji Malaysia 2025, termasuk pegawai kita, En. Zabir bin Sarip@Shariff.
Bersempena Hari Air Sedunia 2025, semua pihak diseru mengamalkan penggunaan air secara berhemah, sejajar dengan tema Glacier Preservation. PETRA juga menjadi tuan rumah bersama ASEAN Centre for Energy bagi Mesyuarat NEC-SSN, memacu perbincangan strategik berkaitan tenaga nuklear dalam pelaksanaan APAEC 2026–2030.
PETRA turut merakamkan penghargaan kepada operator air yang berjaya mengurangkan kadar air tidak terhasil menerusi Program NRW. Dalam memperkukuh hubungan antarabangsa, pelbagai kunjungan hormat dan lawatan kerja telah dilaksanakan melibatkan negara-negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Palestin, Jepun, Korea, Turkiye, London dan Paris.
Tahniah juga diucapkan kepada YBrs. Ir. Mohamad Radzi, Ketua Pengarah JPS yang baharu, serta 17 pegawai PETRA yang menerima watikah pelantikan daripada APMM. Warga PETRA juga diseru untuk terus memberikan komitmen dalam penganjuran Program MADANI Rakyat di Tawau yang berlangsung 9–11 Mei.
Aktiviti sukan dan Kelab PETRA pula terus menjadi medium penting dalam memperkukuh ukhuwah, memelihara kesihatan dan menyemai nilai murni dalam kalangan warga kerja.
Setiap usaha yang kita curahkan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara. Teruskan melangkah dengan yakin, berkhidmat dengan jujur, dan jadilah pemangkin perubahan yang membawa manfaat kepada seluruh rakyat.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
16 Mei 2025 | Jumaat
Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia MADANI
Bersempena dengan hari yang istimewa ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru yang tanpa mengenal penat lelah, telah berkorban masa dan tenaga mereka dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.
Jasa para guru tidak ternilai kerana selepas ibu bapa, merekalah yang membantu membentuk insan berilmu dan berperibadi mulia.
Tema Hari Guru tahun ini “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” menyerlah peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi agen perubahan yang membentuk dasar, pedagogi, dan budaya pembelajaran ke arah lebih progresif.
Setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru dalam membimbing murid menjadi warga cemerlang, berakhlak mulia dan insan kebanggaan negara.
Terima kasih kepada setiap insan bergelar guru. Semoga dapat terus menyumbang bakti kepada bangsa dan negara. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.
Buat Para Guru, saya kongsikan antara bait dalam syair Ghazali Lateh;
Inilah kisah kerjaya mulia
Mendidik mengajar selagi terdaya
Ibarat lilin memberi cahaya
Bukan balasan harta pintanya
Guru itu sanggup berbakti
Membentuk insan mulia pekerti
Kejayaan murid sangat bererti
Jasa dikenang sampai ke mati
Daripada guru kita belajar
Huruf dan angka disebut lancar
Membaca mengira tiada sukar
Jiwa yang lemah menjadi mekar
Jika berkasar bukannya marah
Dia mengajar menunjuk arah
Masa depan hendaknya cerah
Ke mana pergi rezeki murah
Sekali berguru selamanya begitu
Sentiasa berikhtiar tiada buntu
Melepas musibah satu persatu
Jaya akhirnya sudahlah tentu
(Ghazali Lateh, 2006)
"Selamat Menyambut Hari Guru"
“Terima kasih cikgu”
#hariguru2025
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Paris | 13 Mei 2025 | Selasa
Hari ini saya turut menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama-sama dengan pihak berkuasa dan agensi utama di Perancis yang bertanggungjawab terhadap kerangka kawal selia dan tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan teknologi, kepakaran dan modal insan dalam nuklear.
Sesi ini telah memberi peluang untuk memahami peranan dan fungsi penting institusi yang terlibat dengan kawal selia dan tadbir urus nuklear di Perancis serta program dan perkhidmatan sokongan yang disediakan kepada negara yang berminat melaksanakan program nuklear. Antaranya, support to newcomer countries (EDF), Human Capacity Building (I2EN), Engineering Support (Assystem), Regulatory framework (ASNR), Waste management (ANDRA), R&D and Innovation (CEA).
Pengetahuan dan pengalaman Perancis dalam membangunkan sebanyak 57 unit loji janakuasa nuklear yang membekalkan hampir 70% keperluan bekalan tenaga elektrik bersih Perancis boleh dicontohi dan dijadikan penanda aras dalam mempertimbangkan opsyen tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Paris | 13 Mei 2025 | Selasa
Malaysia mengajak komuniti antarabangsa untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani krisis air global - satu cabaran merentas sempadan yang memberi kesan kepada semua negara tanpa mengira negara kaya atau miskin.
Malaysia berpandangan perkongsian strategik dan tindakan polisi yang selaras adalah keutamaan dalam menjamin masa depan air yang mampan dan berdaya tahan untuk semua.
Berkongsi pengalaman Malaysia Sesi di Pembukaan Plenari: “Delivering the Economics Of Water, pada Sidang Kemuncak Air Global 2025 di Paris, saya menyuarakan pandangan bahawa sudah tiba masanya bagi masyarakat global mengiktiraf air sebagai sumber yang sangat berharga untuk kelangsungan hidup dan pembangunan manusia.
Air merupakan nadi kehidupan planet yang menyatukan masyarakat global dalam satu tanggungjawab bersama. Justeru krisis air global yang merentasi
sempadan dan ekonomi, menuntut kerjasama segera.
Saya juga turut berkongsi pendekatan progresif negara dalam pengurusan air yang mampan, sekaligus mengesahkan komitmen Malaysia untuk menawarkan
kepakaran negara sebagai model bagi negara-negara yang menghadapi isu
keselamatan air yang sama.
Pada sesi plenari itu juga saya berkongsi pencapaian utama negara dalam perjalanan pengurusan air dan pembaharuan yang telah mengubah negara daripada tadbir urus negeri yang berpecah ke arah perkongsian persekutuan dan negeri yang lebih bersepadu.
Malaysia juga komited dalam usaha berterusan mengurus permintaan air yang semakin meningkat, termasuk kesan perbandaran, perubahan iklim dan penggunaan air oleh industri.
Antara intipati Utama daripada Agenda Transformasi Sektor Air Malaysia 2040:
1. Mengubah Perspektif Air - Malaysia kini memberi tumpuan kepada pengurusan air sebagai sumber yang sangat bernilai dan terhad. Malaysia kini mempercepatkan kemajuan dalam sistem pengurusan air pintar serta melaksanakan program geran padanan
untuk mengurangkan air tidak berhasil (NRW) dengan pembiayaan bersama oleh kerajaan persekutuan.
2. Memperkukuh Kerjasama Sektor Swasta - Malaysia dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta untuk memacu inovasi dalam pengurusan air. Dasar baharu membuka peluang untuk penyertaan yang lebih besar dalam inisiatif hijau, pemulihan air, dan penggunaan sumber tenaga alternatif dalam infrastruktur air.
3. Kesediaan Proaktif terhadap Perubahan Iklim - Malaysia memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dengan meningkatkan kecekapan ramalan banjir, data pemodelan yang lebih canggih dan perancangan berdasarkan senario untuk
membuat persiapan dan ramalan lebih baik kepada kejadian cuaca ekstrem.
Saya turut menyatakan peranan aktif Malaysia dalam usaha serantau, khususnya di peringkat ASEAN, sambil menghulurkan jemputan kepada pencipta inovasi global untuk melabur serta bekerjasama dalam teknologi air generasi baharu.
Bersama saya menghadiri Sidang Kemuncak berkenaan ialah TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis; Encik Asdirhyme Abdul Rasib, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Encik Narendran Maniam.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Paris | 12 Mei 2025 | Isnin
Mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Marc Ferracci, Menteri Industri dan Tenaga Perancis pada petang Isnin, di Paris.
Bersama saya TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis; Encik Asdirhyme Abdul Rasib, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ; Puan Siti Safinah Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Tenaga.
Kami telah membincangkan mengenai bidang kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua negara terutamanya dalam usaha Malaysia mengorak langkah ke arah penjanaan tenaga bersih sebagai sumber bekalan elektrik negara. Pada dasarnya, Malaysia dan Perancis berpandangan supaya satu instrumen kerjasama yang bersesuaian diterokai bersama untuk membangunkan industri bekalan elektrik termasuk penjanaan tenaga elektrik dari sumber nuklear serta pengukuhan infrastruktur dan rangkaian grid.
Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025, saya turut mengutarakan tentang potensi kerjasama antara negara-negara ASEAN dengan pihak Perancis merangkumi inisiatif ASEAN Power Grid dan sambung tara, melibatkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, pembangunan kapasiti serta pengukuhan kerangka kawal selia.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Paris | 12 Mei 2025 | Isnin
Berkesempatan mengadakan lawatan ke loji janakuasa nuklear BelleVille, sebuah loji janakuasa nuklear land base di Perancis yang terletak berhampiran Sungai Loire dan dikenali sebagai Billeville nuclear power plant (2 unit reactor).
Reaktor ini merupakan reactor jenis PWR berkapasiti 1310 MW setiap satu unit dan merupakan salah satu stesen janakuasa nuklear utama di Perancis yang terletak kira-kira 180 km dari bandar besar Paris. Loji ini yang dioperasikan oleh Electricite de France (EDF) telah beroperasi sejak tahun 1987 iaitu 36 tahun yang lepas.
Lawatan ke loji janakuasa nuklear ini bertujuan melihat peranan penduduk setempat dalam memacu pembangunan program kuasa nuklear di Perancis yang mana boleh dijadikan sebagai penanda aras dan model amalan baik yang melibatkan kerjasama local community, pihak industri, institusi latihan dan penyelidikan serta pihak regulator di samping pihak Kerajaan.
Lawatan ini juga bertujuan melihat perkembangan di peringkat antarabangsa terutamanya negara-negara anggota COP 28 seperti Perancis yang telah memberikan komitmen untuk meningkatkan tiga (3) kali ganda tenaga nuklear di negara masing-masing menjelang tahun 2050, untuk mencapai sifar karbon menjelang tahun tersebut.
Ini penting bagi Malaysia untuk mengelakkan dari berlakunya krisis tenaga menjelang tahun 2035 ekoran pengurangan penggunaan tenaga berasaskan bahan api fosil seperti arang batu yang memberikan sumbangan besar kepada penjanaan gas rumah hijau dan pemanasan global.
Dalam lawatan itu saya diberikan taklimat oleh Encik Jose de Carvalho, Pengarah loji janakuasa nuklear Bellevile, yang meliputi perkongsian berkenaan kaedah Electricite de France (EDF) berkomunikasi dengan komuniti tempatan serta proses pembinaan loji. Selain itu, Mayor Sury-pres- Lere juga telah sudi memberi testimoni berkenaan penerimaan komuniti terhadap pembinaan loji serta faedah-faedah yang diterima oleh komuniti tersebut. Pihak EDF juga telah berkongsi perspektif berkenaan pembinaan nuklear baharu.
Deklarasi oleh negara-negara anggota COP 28 atau United Nations Climate Change Conference telah diadakan di Dubai, United Arab Emirates, dari 30 November sehingga 12 December 2023, yang mana 22 pemimpin dunia telah menandatangani deklarasi untuk berusaha meningkatkan tiga (3) kali ganda tenaga nuklear di negara masing-masing, menjelang tahun 2050.
Deklarasi yang diumumkan pada 2 Disember 2023 oleh Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron telah merujuk kepada analisis oleh OECD Nuclear Energy Agency (NEA) pada tahun 2022 yang mendapati bahawa kapasiti tenaga nuklear akan meningkat tiga (3) kali ganda pada tahun 2050 dan akan dapat membantu negara-negara anggota mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih dengan ketara di samping memastikan keseimbangan ‘energy trilemma’.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah solat Subuh di Mosquee des Abeilles di Paris pagi ini tadi, sebelum meneruskan acara lawatan kerja rasmi saya di Perancis.
Hari ini saya akan mengadakan lawatan penanda aras ke loji janakuasa tenaga nuklear di Belleville, selain mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Marc Ferracci, Menteri Tenaga dan Industri Perancis. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha, terutamanya di Malaysia.
Mengambil semangat Malaysia MADANI yang menekankan prinsip hormat, ihsan, serta saling meraikan kepelbagaian dan kemajmukan, semoga jalinan ukhuwah, persaudaraaan dan toleransi seluruh rakyat Malaysia dapat diperkukuhkan lagi. Marilah kita terus meraikan perpaduan dalam kepelbagaian demi negara Malaysia tercinta.
Semoga perayaan Hari Wesak buat mereka yang meraikannya akan memberikan satu sinar baharu di samping menguatkan lagi jalinan perpaduan antara masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha!
#tpmfy
#petra
#hariwesak
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah malam ini berpeluang bertemu diaspora Malaysia di Perancis di Majlis Ramah Mesra di Papillons & Co, MSocial Hotel, Paris.
Berkesempatan berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025, perkembangan semasa di Malaysia dan komitmen kerajaan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Syukur Alhamdulillah setiap kali ke luar negara kesempatan bertemu Diaspora Malaysia turut memberi peluang kepada saya untuk menyantuni dan berinteraksi secara dekat dengan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar.
Terima kasih TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis serta semua pegawai dan kakitangan beliau yang mengaturkan majlis malam ini tadi.
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah selamat tiba di Perancis pada jam 10.42 pagi waktu tempatan untuk lawatan kerja rasmi dan menyertai Global Water Summit (GWS) 2025 anjuran Global Water Intelligence (GWI).
Global Water Summit merupakan platform untuk menyampaikan hala tuju strategik sektor air negara ke arah menjadikan sektor air sebagai pemangkin pembangunan mampan dan daya saing ekonomi negara, seterusnya menjadikan sektor air sebagai hab ekonomi menjelang tahun 2040 selaras dengan visi Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040).
Lawatan kerja rasmi ke Perancis bagi meneroka peluang kerjasama antara Malaysia dan kedua-dua negara dalam bidang peralihan tenaga.
Saya juga akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari pembukaan Global Water Summit 2025 pada 13 Mei 2025 yang bertemakan Delivering the Economics of Water. Saya akan menyentuh mengenai “Transforming Mindsets, Transforming Approaches: Malaysia's Vision for Sustainable Water Management”.
Undangan kepada Malaysia bagi menyampaikan ucaptama di sesi Plenari Pembukaan Persidangan adalah berdasarkan kepada pencapaian Malaysia yang telah berjaya menjadi negara contoh dalam melaksanakan tadbir urus yang baik dalam pengurusan air iaitu usaha Malaysia ke arah penggunaan air pulih guna sebagai sumber alternatif bagi kegunaan perindustrian dan peluasan perkhidmatan sanitasi kepada komuniti berpendapatan rendah.
Saya juga akan mengadakan lawatan penanda aras ke loji janakuasa tenaga nuklear pada 12 Mei 2025 dengan kerjasama pihak Electricite de France (EDF). Lawatan ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan berkaitan keperluan tenaga nuklear sebagai opsyen campuran bahan api tenaga di Malaysia untuk memastikan sekuriti bekalan tenaga di negara ini.
Selain itu, perbincangan dan sesi perkongsian ilmu bersama enam (6) Kementerian dan Agensi utama di Perancis yang bertanggungjawab terhadap pembangunan teknologi dan tadbir urus nuklear Perancis juga akan diadakan pada 13 Mei 2025 melibatkan Kementerian Ekonomi dan Kewangan Perancis, Electricite de France (EDF), National Agency for Radioactive Waste Management (ANDRA), French Authority for Nuclear Safety and Radiation Protection (ASNR), International Institute of Nuclear Energy (I2EN) serta French Alternative Energies and Atomic Energy Commission (CEA).
Saya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Marc Ferracci, Menteri Tenaga dan Industri Perancis esok, untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga serta mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara. Potensi kerjasama dengan pihak Perancis meliputi aspek keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga, penggubalan dasar, kawal selia dan perundangan serta memahami cabaran dan kaedah penyelesaian terbaik.
Lawatan kerja rasmi ke Perancis ini merupakan antara langkah memperkasa Malaysia sebagai destinasi pelaburan dunia yang membuka peluang kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam sektor tenaga. Inisiatif lawatankerja ini juga mencerminkan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kemampanan melalui tadbir urus yang baik menerusi usaha kerjasama strategik di peringkat antarabangsa dalam usaha memperkukuh daya saing negara di pentas global.
Terima kasih TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis ; Kapten Zainol Ahmad, Atase Pertahanan dan Tuan Haji Asdirhyme bin Abdul Rasib, Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari (BTL) PETRA, yang menyambut ketibaan saya.
#tpmfy
#petra
#malaysiaperancis🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Betapa besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu, yang mengandung, melahirkan, membesarkan, menjaga dan mendidik setiap anak.
Tugas seorang ibu pada ketika ini semakin mencabar. Saya fahami tidak mudah untuk membesarkan anak-anak andai terus dicengkam oleh kekangan ekonomi serta kepesatan teknologi yang semakin pantas dan mencabar. Golongan ibu mungkin berhadapan dengan keterbatasan untuk mengawal pergerakan anak-anak pada setiap waktu dan ketika.
Namun, biar apapun cabaran, setiap ibu sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Tugas dan peranan sebagai ibu adalah tanggungjawab yang cukup mulia. Para ibu harus berupaya menjadi qudwah (contoh) yang baik kepada anak-anak.
Sejak dahulu lagi, banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai sistem sokongan kepada golongan ibu. Antaranya insentif khas i-Suri, Program Pembangunan Ekonomi Wanita (PEKERTI), penyediaan taska di tempat kerja, termasuklah Dasar Wanita Negara, dan banyak lagi.
Sempena Hari Ibu, ayuh kita kenang dan hargai jasa ibu kita yang sudah banyak berkorban segalanya untuk masa depan kita yang lebih baik. Terima kasih ibu.
“Cermin yang paling jujur adalah mata seorang ibu” : Buya Hamka
Selamat Hari Ibu
#tpmfy
#petra
#hariibu
#kerajaanmadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan menyempurnakan perlepasan Energy Efficiency Run (EE Run) 2025 anjuran Suruhanjaya Tenaga yang disertai hampir 2,000 peserta.
EE Run bertujuan membudayakan dan mempromosikan gaya hidup lestari yang berteraskan amalan kecekapan tenaga (energy efficiency) bagi memastikan tenaga elektrik digunakan dengan sebaiknya.
Bertemakan ‘Night Run – Efficiency in Every Step’, EE Run 2025 diadakan di perkarangan Bangunan Berlian ST yang merupakan bangunan hijau dan cekap tenaga bertaraf Platinum Green Building Index (GBI), sebagai simbol komitmen ST dalam meneraju penggunaan tenaga elektrik secara optimum dan cekap.
Melalui program EE Run 2025, ST menyampaikan mesej serta tip-tip kecekapan tenaga dengan cara yang mudah difahami, interaktif dan menyeronokkan.
Acara larian ini melibatkan tiga kategori iaitu 10km, 5km dan 1km Fun Walk. Program ini juga menyaksikan kolaborasi istimewa antara Suruhanjaya Tenaga dan Persatuan Pelari Anak Luar Biasa - Little Fighter Runners, sebuah persatuan yang dianggotai oleh anak-anak kelainan upaya.
Inisiatif kolaboratif ini adalah langkah bermakna dalam memberi pendedahan, membuka peluang dan menyemai keberanian dalam kalangan anak-anak istimewa untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Ia adalah simbol harapan dan kekuatan bahawa setiap anak, tanpa mengira latar keupayaan, mampu berdiri dan berlari bersama dalam semangat perpaduan dan inklusiviti.
Turut bersama saya tadi ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Puan Mareena binti Mahpudz ; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Puan Siti Safinah binti Salleh serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.
Semoga usaha seperti ini akan terus melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, terbuka dan berdaya tahan.
#tpmfy
#petra
#eerun2025
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan merasmikan Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Loji Rawatan Air Sungai Langat 2.
Ia merupakan satu inisiatif yang saya anggap bukan sahaja penting, malah sangat bertepatan dengan keperluan pada masa ini, iaitu ketika negara menghadapi isu-isu perubahan iklim yang mengancam keterjaminan
bekalan air di mana hari ini, kita berhadapan dengan cabaran yang amat nyata. Malaysia, meskipun diberkati dengan kadar hujan yang tinggi turut terkesan dengan perubahan iklim.
Keterjaminan air semakin terancam akibat pencemaran sungai oleh sisa industri, pembuangan bahan kimia,
pembangunan yang tidak terkawal, serta permintaan yang terus meningkat seiring pertambahan penduduk dan urbanisasi.
Kesan perubahan iklim pula menjadikan keadaan lebih kompleks — banjir besar di luar musim, dan gangguan terhadap sumber air mentah yang mana semuanya memberi impak kepada sistem bekalan air negara.
Apa yang lebih membimbangkan, adalah sikap yang tidak mengamalkan penjimatan air, pembaziran air yang berleluasa, pembuangan sampah di sungai, infrastruktur yang ketinggalan zaman dan tahap kesedaran awam yang masih rendah menjadikan cabaran ini semakin meruncing.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kini giat memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air dengan meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), memperluas sistem pemantauan di setiap lokasi, serta memperkenalkan pelbagai inisiatif pendidikan dan kempen kesedaran termasuklah kempen Bijak Air Madani.
Tiba masanya kita semua – kerajaan, industri, komuniti dan individu – bangkit dan bertindak. Keterjaminan air bukan hanya soal kemudahan, ia adalah soal masa depan generasi muda kita.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah kepada para pemenang Pertandingan Video Pendek BijakAir.
Anda bukan sekadar pemenang pertandingan, anda adalah suara perubahan. PETRA melalui SPAN menyokong pelaksanaan AIR2040 yang merangkumi pelaburan dalam infrastruktur mampan, penyelidikan terhadap isu pencemaran, serta penggunaan teknologi seperti kitar semula air dan penuaian air hujan.
Kita sedar bahawa pelan yang baik memerlukan perubahan sikap dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Hulu Langat l 8 Mei 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini saya telah menyempurnakan perasmian persidangan dan pameran Trenchless Asia 2025 yang turut melibatkan penyertaan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) selaku pempamer di reruai pameran utama bersama dengan lebih 100 pempamer antarabangsa yang lain.
Penganjuran Trenchless Asia 2025 oleh Malaysia mencerminkan komitmen Negara terhadap inovasi dan pembangunan mampan, khususnya dalam sektor air, pembetungan dan utiliti.
Teknologi ini dapat mengurangkan gangguan kepada trafik, komuniti sekitar serta ekosistem memandangkan ia tidak memerlukan pengorekan besar-besaran di permukaan jalan atau kawasan bandar.
Teknologi ini juga dapat menjimatkan ruang dan mengurangkan risiko kerosakan kepada struktur sedia ada dan secara langsung menjamin kesejahteraan awam.
Pamerab dan persidangan antarabangsa berkenaan teknologi tanpa korekan di rantau Asia ini berlangsung selama 2 hari pada 7 dan 8 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ini adalah penganjuran kali keempat yang diadakan di Malaysia. Persidangan ini menjadi platform bagi ahli profesional dalam industri yang melibatkan teknologi bawah tanah untuk berkumpul, seterusnya berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta membincangkan cabaran dalam teknologi tanpa korekan.
Antara teknologi tanpa korekan terkini yang dipamerkan di Trenchless Asia 2025 adalah Horizontal Directional Drilling (HDD), microtunnelling, dan kaedah baik pulih sistem paip seperti Cured-In-Place Pipe (CIPP).
Teknologi baharu ini mampu menyelesaikan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah dengan lebih efisien, kos efektif serta mesra alam tanpa gangguan berpanjangan kepada kemudahan awam di kawasan bandar.
Persidangan ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap pembangunan inovasi yang merupakan salah satu teras penting dalam Malaysia MADANI untuk memperkukuh kedudukan sebagai negara yang progresif dan berdaya saing dalam bidang teknologi.
Pelaksanaannya merangkumi sesi teknikal, perbincangan panel serta peluang jaringan industri yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, penyedia utiliti, syarikat swasta dan institusi akademik yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan serta merangka hala tuju masa depan infrastruktur bawah tanah di peringkat serantau dan global.
#tpmfy
#petra
#trenchlessasia2025
#malaysiamadani
#madanibekerja
Kuala Lumpur | 8 Mei 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang ini saya menghadiri taklimat teknikal dan lawatan tapak ke Lorong Tol Tambahan Exit 115 Rawang Selatan dan Gamuda Gardens bagi meninjau sendiri perkembangan projek yang menghubungkan terus laluan ke Gamuda Gardens.
Saya difahamkan bahawa Gamuda Gardens kini didiami lebih 10,000 penduduk, dan jumlah ini dijangka terus meningkat dengan peluasan pelan induk termasuk kawasan Gardens Park yang terletak bersebelahan.
Saya dimaklumkan bahawa pembangunan komersial pertama di Gamuda Gardens telah pun siap dan bakal dibuka, membawa bersama peluang perniagaan baharu, institusi pendidikan, kemudahan makanan dan minuman serta sebuah pasar raya untuk memenuhi keperluan komuniti.
Gamuda Land turut membawa masuk Skyline Luge Kuala Lumpur — sebuah jenama bertaraf dunia — yang kini menjadi tarikan pelancongan baharu negara. Hasilnya, lebih 1 juta pengunjung telah direkodkan dalam tempoh sembilan bulan sejak pembukaannya.
Ini membuktikan bahawa pelaburan dalam infrastruktur bukan sekadar membina jalan, tetapi meletakkan asas kepada pembangunan ekonomi setempat, membuka peluang pekerjaan, serta memperkukuhkan ekosistem pelancongan negara.
Dengan kemudahan akses yang baik, kawasan seperti Gamuda Gardens dapat dimajukan sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan rekreasi, sekali gus menarik lebih ramai pelawat dari dalam dan luar negara.
Dalam konteks Malaysia MADANI, pendekatan seperti inilah yang harus kita galakkan — pembangunan yang inklusif, bersepadu dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS, dan pihak pemaju Gamuda Land — atas usaha sama dan komitmen dalam merealisasikan infrastruktur yang bukan hanya fizikal, tetapi bersifat menyeluruh dan mampan.
Bersama saya tadi Dato' Lin Yun Ling, Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad ; Dato' Haji Azmi Bin Mat Nor,
Pengarah Eksekutif Gamuda Engineering ; Ir. Mohd Hadzmir bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ; Datuk Nik Airina Nik Jaafar, Pengarah Urusan PLUS ; Ahmad Fuad Ahmad Shamimi, Ketua Pegawai Operasi LATAR dan Dato’ Haji Abdul Sahak Bin Safi, Pengarah Eksekutif Gamuda Land.
#tpmfy
#petra
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 1 Tahun 2025.
Sepanjang perjalanan mesyuarat MPPN sesi 2023-2025, majlis ini telah berjaya memperkukuhkan fungsinya sebagai badan penasihat utama kepada Kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan beberapa isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional dan mencadangkan kaedah penyelesaian menangani isu-isu perpaduan negara.
Pada tahun 2023 dan 2024, MPPN telah bersidang sebanyak dua kali pada setiap tahun seperti yang telah ditetapkan oleh Jemaah Menteri. Beberapa perkara yang dibincangkan dipersetujui Jemaah Menteri seperti inisiatif memperkukuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai RT Progresif.
Saya percaya segala sumbangan ini turut memperkasakan agenda Malaysia MADANI yang berteraskan nilai kemanusiaan, keterangkuman, dan kebersamaan.
Sesi perbincangan dalam mesyuarat MPPN berlandaskan semangat Malaysia MADANI – iaitu menghormati kepelbagaian dan menjunjung nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan ihsan.
Hasil perbincangan mesyuarat MPPN ini akan diangkat untuk makluman dan persetujuan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
#tpmfy
#petra
#mppn
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 6 Mei 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menerima kunjungan delegasi yang diketuai oleh TYT Fumio Kishida, bekas Perdana Menteri Jepun di pejabat saya di Menara PETRA.
TYT Kishida kini berperanan sebagai utusan khas kepada Perdana Menteri Jepun dan merupakan perancang utama inisiatif Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC).
Pertemuan kami menyentuh pelbagai aspek penting, termasuk peranan AZEC dalam memperkukuh kerjasama dua hala, serantau dan global.
Kami turut membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan tenaga hijau dan teknologi mampan demi masa depan yang lebih lestari, selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
#tpmfy
#petra
#malaysiajepun🇲🇾🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 6 Mei 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya merasmikan Minggu ADR Borneo 2025 (BAW2025) yang dianjurkan selama lima hari sehingga 9 Mei ini.
Ia satu usaha untuk membangunkan bakat tempatan bagi menguasai kaedah penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadi platform kepada pihak berkepentingan untuk meneroka keberkesanan penyelesaian pertikaian dalam menggalakkan pertumbuhan
ekonomi, tadbir urus yang baik dan kerjasama serantau.
Saya menekankan akan kepentingan memperkukuhkan perkongsian rentas sempadan bagi memenuhi kerumitan undang-undang dan ekonomi yang semakin meningkat di rantau ini.
Kita perlu bekerjasama untuk memupuk kumpulan penimbang tara, pakar adjudikasi, pengantara, saksi pakar dan perunding tuntutan yang mahir secara teknikal dan amat memahami nilai
dan konteks Borneo.
Usaha memupuk kerjasama
yang lebih mendalam di seluruh Borneo, termasuklah mewujudkan rangka kerja jangka panjang untuk kerjasama antara institusi timbang tara, mahkamah, universiti dan industri.
Peningkatan integrasi Borneo ke dalam aliran pelaburan dan perdagangan rentas sempadan, ekosistem, menuntut semua pihak bersedia bukan sahaja untuk memenuhi keperluan tempatan, tetapi juga untuk menarik keyakinan daripada pihak berkepentingan antarabangsa.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuching l 5 Mei 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah malam tok tek kamek bersama sidak Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) dalam Majlis Ramah Tamah MBHT.
Majlis tok menjadi platform bagi mengeratkan lagi silatulrahim, bertukar pandangan dan meneruskan semangat juang yang dibawa nenek moyang dari tiga kampung – Kampung Masjid (Segoleng), Kampung Bintangor dan Kampung Haji Taha, yang kebetulan terletak dalam kawasan Parlimen kamek.
Selain meneruskan pelbagai aktiviti kebudayaan, pendidikan, kebajikan dan sebagainya, MBHT boleh sama -sama memainkan peranan dalam membantu melahirkan lebih ramai generasi berilmu dan berkemahiran yang dapat menyumbang dalam bidang yang jadi fokus Sarawak kinek tok.
Dalam kita membangunkan masyarakat kita khususnya dalam ekonomi digital, tenaga boleh baharu dan sebagainya, kita berdepan pelbagai cabaran dan di sitok lah MBHT perlu memainkan peranan dan memberikan sokongan.
Kita bersyukur kerana Sarawak kinek tok jauh ke depan seperti dalam bidang tenaga boleh baharu, hidrogen dan bio gas. Perdana Menteri pun selalu madah, Sarawak udah jauh ke depan dalam bidang-bidang tok. Kita harus memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.
Turut hadir malam tok tek, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Yang Dipertua MBHT, Haji Mohamad Taufik Haji Abdul Ghani.
Kamek turut meluluskan peruntukan RM50,000 untuk sidak MBHT molah aktiviti sidak. Semoga MBHT dapat terus memperkasakan 5 teras utama penubuhannya dari segi Budaya, Pendidikan, Agama, Kebajikan dan Sukan.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuching | 4 Mei 2025 | Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Haji Ismail @ Jefri bin Idris dan Hajjah Norlia Bujang sempena majlis perkahwinan anakanda mereka, Nur Syukrina binti Ismail dengan pasangannya, Mohd Zulfadhli bin Mohd Lazim di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.
Saya mendoakan semoga keluarga pasangan mempelai dirahmati dan dilimpahi keberkatan dengan kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan.
Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua mempelai.
Bintulu l 4 Mei 2025 l Ahad -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan Tahniah BERNAMA @bernamadotcom yang telah menerima Anugerah Media Terbaik (Agensi) sempena Hari Pekerja 2025 semalam, atas kecemerlangan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berintegriti kepada rakyat menerusi pelbagai platform media.
Semoga BERNAMA terus maju jaya dan cemerlang sebagai sumber rasmi kerajaan dalam melaporkan berita tempatan dan antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi, TYT Dr Vjosa Osmani Sadriu, Presiden Republik Kosovo di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, pagi ini.
Ketibaan Presiden Dr Vjosa disambut oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
#tpmfy
#petra
#madanibekerja
#malaysiakosovo
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Putrajaya | 2 Mei 2025 | Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Tahniah kepada semua 10,000 warga pekerja dari pelbagai sektor awam dan swasta yang menjayakan sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa' di Axiata Arena Bukit Jalil, pagi ini.
Sambutan yang dirasmikan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim seiring dengan dasar Malaysia MADANI meletakkan martabat insan sebagai asas utama pembangunan negara.
Kerajaan terus melaksanakan pendekatan berfokus pekerja melalui rangka 3K-Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan, yang menjadi teras dasar tenaga kerja negara seiring dengan nilai kemanusiaan dan kemajuan inklusif dalam Malaysia MADANI.
Para pekerja tidak kira sektor, lokasi atau status diiktiraf sebagai insan berharga yang menyumbang kepada kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di seluruh negara.
Pekerja Kesuma Bangsa.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Bukit Jalil l 1 Mei 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di seluruh negara. Sumbangan, khidmat bakti dan buah fikiran para pekerja di pelbagai sektor adalah wadah pembangunan dan kemajuan negara.
Semoga kita semua dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah melalui usaha dan keikhlasan dalam setiap pekerjaan yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Dengan pelbagai cabaran semasa, peranan pekerja menjadi lebih penting dalam membantu pembuat keputusan yang bersifat adil dan inklusif.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia. Pekerja Kesuma Bangsa.
Haji Fadillah bin Haji Yusof
1 Mei 2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Newcastle | 26 April 2025 | Sabtu
Hari ini saya ke Newcastle untuk melakukan lawatan kerja ke ladang angin luar pesisir, Blyth offshore wind farm. Ladang angin luar pesisir ini berkapasiti 41.5MW dan mula beroperasi pada tahun 2017. Ia terletak kira-kira 6.5km dari pesisir pantai.
Syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Vantage RE Ltd. (Vantage RE) memiliki 49 peratus pegangan saham Blyth Offshore Demonstrator Limited (BODL) yang merupakan pemilik ladang tersebut.
Vantage RE mengendalikan dan membangunkan portfolio aset RE TNB sebanyak 1.3GW di United Kingdom dan Ireland. Pengurusan dan pembangunan aset-aset RE ini melibatkan kepakaran TNB bersama-sama kemahiran tempatan di United Kingdom.
Baru-baru ini, Vantage RE juga telah membina 100MW ladang solar di United Kingdom yang akan dilengkapi dengan sistem penyimpanan bateri tenaga (BESS) di masa hadapan. Dengan kemahiran yang diperolehi, TNB akan dapat menerajui dan menjadi pemangkin industri RE di Malaysia.
#blythoffshorewindfarm
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 26 April 2025 | Sabtu
Alhamdulillah malam tadi (25 April 2025) berpeluang bertemu diaspora Malaysia di United Kingdom pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
Berkesempatan berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025, perkembangan semasa di Malaysia dan komitmen kerajaan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Turut berkongsi penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Tenaga atau Summit for the Future of Energy Security anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Kerajaan United Kingdom (UK) di Lancaster House yang berakhir semalam.
Malaysia telah menzahirkan komitmen teguh terhadap keselamatan tenaga dan peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan, sejajar dengan aspirasi global untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.
Syukur Alhamdulillah setiap kali ke luar negara kesempatan bertemu Diaspora Malaysia turut memberi peluang kepada saya untuk menyantuni dan berinteraksi secara dekat dengan pelajar Malaysia.
Terima kasih TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan Ireland Utara serta semua pegawai dan kakitangan beliau yang mengaturkan majlis malam tadi.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah berkesempatan solat Jumaat bersama rombongan Malaysia dan komuniti Islam di London, di Malaysia Hall. Turut sama TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara | 25 April 2025
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 25 April 2025 | Jumaat
Alhamdulillah di hari kedua dan terakhir Sidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House, saya menghadiri Sesi Pleno Peringkat Menteri.
Sidang pleno hari ini melibatkan semua menteri-menteri dan wakil daripada setiap negara yang mengemukakan hasil perbincangan semalam dan juga untuk menentukan hala tuju seperti telah dirancangkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dengan United Kingdom.
Adakah kita nak meneruskan ataupun ada juga hala tuju yang perlu ditentukan untuk memastikan keselamatan tenaga ini menjadi agenda utama dan bagaimana kita nak menentukan pelaksanaannya nanti supaya ia dapat menampakkan penglibatan semua negara.
Saya terpaksa keluar (awal sedikit) sebab hari ini Jumaat, nak pergi solat Jumaat. Tapi pegawai kita akan mewakili untuk menyuarakan pandangan Malaysia dan tengah hari ini pula akan diteruskan dengan seai rumusan (wrapping up).
Sesi wrap up di mana UK dengan IEA akan membuat rumusan dan akhirnya akan mengeluarkan kenyataan hasil daripada perbincangan dan pandangan semua negara yang terlibat dalam sidang kemuncak ini.
Semalam misalannya, dalam perjumpaan dengan TYT Ed Miliband, Setiausaha Negara UK bagi Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih, antara lain kami membincangkan bagaimana kita boleh menjalin kerjasama khususnya dalam bidang-bidang yang mereka ada kelebihan dari segi sistem mereka dan bagaimana mereka membuat trading di antara UK dengan negara rantau Eropah.
Itu bidang-bidang yang kita nak lihat. Pada masa yang sama juga, mereka dah bersetuju untuk bekerjasama dan kita akan membuat susulan hasil perbincangan itu nanti di peringkat pegawai.
Secara keseluruhannya sidang kemuncak ini menyaksikan perbincangan yang sangat baik.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#myaseanchair2025
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 24 April 2025 | Khamis
Mengadakan dua bilateral di luar Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House hari ini tadi.
Dalam bilateral bersama Dr. Fatih Birol, Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan TYT Ed Miliband, Setiausaha Negara UK bagi Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih, Malaysia meneroka peluang kerjasama dalam inisiatif ASEAN Power Grid serta teknologi-teknologi baharu seperti nuklear dan hidrogen.
Selain itu, semasa perbincangan bersama TYT Ed Miliband, turut dicadangkan pewjudan satu kumpulan kerja dalam bidang tenaga yang berperanan untuk berkongsi kepakaran teknikal dan amalan terbaik untuk dimplimentasikan di Malaysia.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
Fatih Birol
@fbirol
Great pleasure to meet with Malaysian Deputy Prime Minister Fadillah Yusof @PetraJayaMP to discuss 🇲🇾's energy priorities & how @IEA can support them
We also spoke about how we can do more together through the new IEA Regional Cooperation Centre in Southeast Asia -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 24 April 2025 | Khamis
Sekitar Sesi Perbincangan Kumpulan pada Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House, London.
Saya menyertai sesi perbincangan bertajuk “Memperkukuhkan Ketahanan Tenaga daripada Bencana Alam, Cuaca Ekstrem dan Perubahan Iklim”
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 24 April 2025 | Khamis
Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan menumpukan usaha ke arah merealisasikan Grid Tenaga ASEAN bagi meningkatkan keterjaminan bekalan tenaga, akses yang saksama serta penyediaan tenaga elektrik yang mampu dibayar oleh pengguna, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Fokus utama tahun ini adalah merangka peraturan serta memperkukuh program pertukaran tenaga antara negara anggota, bagi memperluas integrasi dan kerjasama tenaga serantau.
Usaha ini penting memandangkan isu keterjaminan bekalan tenaga elektrik turut melibatkan aspek pengurusan tenaga yang cekap dan berkesan, agar sumber penjanaan dapat dioptimumkan, membolehkan negara yang kekurangan sumber memperolehi tenaga daripada negara yang kaya dengan sumber penjanaan.
Perkara ini telah saya tekankan semasa menjadi ahli panel dalam sesi perbincangan bertajuk “_A Whole-of-System Approach – Addressing the Energy Trilemma_” (Pendekatan Menyeluruh Sistem – Menangani Trilema Tenaga) pada Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House.
Panel turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Ekologi dan Cabaran Demografi Sepanyol, Sara Aagesen Munoz; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Tenaga Iraq, Hayyan Abdel-Ghani; Menteri Petroleum dan Sumber Mineral Mesir, Karim Badawi; serta Menteri Galian dan Tenaga Colombia, Edwin Palma Egea.
Pendekatan Malaysia terhadap peralihan tenaga adalah berasaskan dasar yang jelas, keselamatan bekalan dan kemampanan alam sekitar, sejajar dengan pandangan Fatih Birol, Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).
Dalam konteks ini, Malaysia kekal komited untuk memastikan dasar dan strategi tenaga negara dilaksanakan secara jelas dan berfokus. Usaha ini diterjemahkan menerusi Pelan Hala Tuju Tenaga Negara (NETR) yang menekankan keterjaminan bekalan tenaga di peringkat nasional dan serantau.
Sidang Kemuncak anjuran IEA dan Kerajaan United Kingdom ini menghimpunkan pembuat dasar diperingkat global bagi merintis tindakan bersama membentuk masa depan keselamatan dan keterjaminan tenaga dunia.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾 reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
#london Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Lancaster House, London bagi menghadiri Sidang Kemuncak Antarabangsa The Future of Energy Security hari ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi air menjadi panel dalam sesi plenari membincangkan landskap keselamatan tenaga – takrif pendekatan holistik.
📷 Salawaty Supardi | BERNAMA
#bernamanews
#videobernama -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 24 April 2025 | Khamis
Awal pagi ini ke Lancaster House London untuk mengetuai Malaysia pada sidang kemuncak “Summit of The Future of Energy Security” anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Kerajaan United Kingdom (UK).
Bersama saya Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ; Dato’ Ts. Ir. Abdul Razib Dawood, Pengarah Eksekutif The Asean Centre for Energy (ACE) ; Dato Ahmad Wafi Harussani, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) saya, dan Datuk Haji Sharbini Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy.
#malaysiaunitedkingdom🇹🇷🇬🇧
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Syabas dan Tahniah kepada anak-anak yang telah menerima keputusan peperiksaan SPM 2024 yang diumumkan hari ini (24 April 2025)
Semoga keputusan yang diterima menjadi pendorong untuk anak-anak semua terus gigih berusaha demi kejayaan di masa hadapan.
Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Tingkatkan lagi usaha kerana masih ada ruang dan peluang untuk anda menempa kejayaan.
Terima kasih kepada para guru dan ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga dalam mendidik para pelajar tanpa kenal erti penat lelah. Jasa dan pengorbanan anda semua tidak ternilai harganya.
#tpmfy
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 23 April 2025 | Rabu
Sebaik tiba di hotel penginapan di London saya menghadiri Sesi Pre-Council bagi mendengar taklimat mengenai perjalanan lawatan rasmi saya ke United Kingdom.
Taklimat disampaikan Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Puan Zamzurina binti Zulkifli, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Kecekapan Tenaga PETRA.
Turut sama TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara.
Kehadiran saya di sini adalah bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Summit on the Future of Energy Security pada 24 hingga 25 April 2025. Fokus utama persidangan akan menyentuh mengenai keselamatan sumber dan bekalan tenaga merangkumi pemetaan lanskap keselamatan tenaga serta mengenal pasti risiko, peluang dan tindakan dalam memastikan keterjaminan sumber dan bekalan tenaga.
Hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom akan diperkukuhkan melalui penerokaan potensi kolaborasi dan kerjasama khususnya tentang penggubalan dasar, kawal selia dan perundangan serta memahami cabaran dan kaedah penyelesaian terbaik untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tmpfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
London | 23 April 2025 | Rabu
Alhamdulillah saya dan rombongan selamat tiba di London dari Istanbul pada jam 4.00 petang waktu tempatan, untuk lawatan kerja rasmi di United Kingdom (UK), setelah mengakhiri lawatan kerja di Turkiye.
Terima kasih kepada TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, yang menyambut ketibaan kami.
Kehadiran saya di sini adalah bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Summit on the Future of Energy Security pada 24 hingga 25 April 2025.
Sidang kemuncak antarabangsa anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency - IEA) dan Kerajaan United Kingdom menyediakan platform bagi para pemimpin, penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai keselamatan sumber dan bekalan tenaga, kepentingan kestabilan geopolitik dan ekonomi global serta perkembangan pesat teknologi dalam pembangunan sektor tenaga.
Summit on the Future of Energy Security menghimpunkan penyertaan peringkat tertinggi daripada pelbagai negara dan agensi tenaga seperti TYT Sir Keir Starmer, Perdana Menteri United Kingdom, TYT Ed Miliband, Secretary of State for Energy Security and Net Zero United Kingdom dan Dr. Fatih Birol, Pengarah Eksekutif IEA.
Fokus utama persidangan akan menyentuh mengenai keselamatan sumber dan bekalan tenaga merangkumi pemetaan lanskap keselamatan tenaga serta mengenal pasti risiko, peluang dan tindakan dalam memastikan keterjaminan sumber dan bekalan tenaga.
Kehadiran Malaysia dalam sidang ini adalah satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan pencapaian negara dalam mendepani pelbagai isu berkaitan tenaga khasnya keselamatan bekalan dan peralihan tenaga.
Melalui sidang kemuncak ini, dasar sedia ada dan hala tuju negara khususnya berkaitan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), usaha dan komitmen negara melaksanakan penjanaan tenaga pada masa hadapan menggunakan sumber bahan api bersih dan teknologi hijau akan dapat diketengahkan.
Hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom akan diperkukuhkan melalui penerokaan potensi kolaborasi dan kerjasama khususnya tentang penggubalan dasar, kawal selia dan perundangan serta memahami cabaran dan kaedah penyelesaian terbaik untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan bekalan tenaga.
Ketika di sini saya juga akan turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri-menteri Tenaga serta ketua-ketua organisasi antarabangsa tenaga. Peluang ini akan dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan serta membuka peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dasar dan hala tuju negara, khususnya dalam membangunkan sektor tenaga dan teknologi rendah karbon ke arah menyokong aspirasi peralihan tenaga negara.
#malaysiaunitedkingdom🇲🇾🇬🇧
#tmpfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah saya dan rombongan selamat tiba di London dari Istanbul pada jam 4.00 petang waktu tempatan, setelah mengakhiri lawatan kerja rasmi di Turkiye.
Terima kasih kepada semua yang bertanyakan khabar saya dan mendoakan kami susulan gempa bumi yang berlaku di Turkiye. Kami berada di Turkiye selama tiga hari.
Untuk makluman ketika gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 menggegarkan Istanbul, saya dan rombongan berada di Lapangan Terbang Istanbul untuk penerbangan ke London bagi meneruskan lawatan kerja di United Kingdom.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya dan rombongan telah diarahkan untuk keluar dari bangunan Terminal VIP. Gegaran pertama agak kuat dan selepas kira-kira 15 minit kami diminta masuk semula ke dalam bangunan. Namun berlaku gegaran kedua yang tidak begitu kuat sejurus kemudian, dan kami diminta keluar bangunan sekali lagi untuk kira-kira 10 minit sebelum dibenarkan masuk semula.
Alhamdulillah penerbangan kami dari Istanbul ke Gatwich Airport berlepas pada jam 2.20 petang waktu Turkiye -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Istanbul | 23 April 2025 | Rabu
Pagi ini saya melawat tapak dermaga Karpowership, pengendali loji jana kuasa terapung Turkiye di Istanbul, yang berminat melabur di Malaysia dan berkongsi kepakaran termasuk penjanaan tenaga terutama di Sabah.
Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Tenaga Karadeniz dan merupakan pemain global terkemuka dalam menyediakan penjanaan elektrik mudah alih berasaskan kapal kepada negara yang menghadapi kekurangan tenaga.
Mereka mengubahsuai kapal kargo menjadi loji kuasa terapung yang boleh menjana dan membekalkan elektrik menggunakan bahan api fosil (biasanya gas asli atau minyak bahan api berat).
Karpowership merupakan kapal yang menjadi penjanaan tenaga. Maksudnya, ia mudah alih, boleh pergi ke mana-mana untuk membekalkan tenaga menggunakan gas, gas petroleum cecair (LPG) dan sebagainya.
Saya berkesempatan melihat sendiri lokasi pembinaan dan pemasangan kapal itu hari ini serta keupayaannya dalam aspek pembekalan tenaga.
Bersama saya dalam lawatan ke dermaga berkenaan ialah Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dikurniakan Allah SWT rezeki solat subuh di Hagia Sophia Grand Mosque di Istanbul pagi ini. Semalam ketika di Ankara saya turut berkesempatan Subuh berjemaah di Masjid Haci Bairam.
Masjid Hagia Sophia yang terletak di tebing selat Bosporus di Istanbul adalah bangunan ikonik yang menjadi salah satu mercu tanda paling popular di negara ini.
Kehebatan seni bina bangunan yang disenaraikan sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Beraatu (UNESCO) itu sememangnya amat mengkagumkan. Bersyukur sangat-sangat berpeluang untuk bersama-sama umat Islam berjemaah Subuh di masjid ini. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Ankara | 22 April 2025 | Selasa
Pada sebelah petang sebelum meneruskan lawatan kerja rasmi ke Istanbul, saya berkesempatan melawat Gama Energi A.S. sebuah syarikat tenaga di Turki yang memiliki aset terpelbagai dalam penjanaan elektrik dan perkhidmatan air.
Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, memegang kepentingan strategik dalam Gama Enerji A.S.
Penglibatan TNB mencerminkan komitmen jangka panjang untuk mengembangkan jejak antarabangsa, terutamanya dalam pasaran tenaga Eropah dan Asia Tengah.
Perkongsian TNB mengukuhkan keupayaan Gama Enerji untuk berkembang di peringkat serantau sambil sejajar dengan trend global dalam peralihan tenaga, daya tahan dan infrastruktur digital.
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Ankara | 22 April 2025 | Selasa
Turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Alparslan Bayraktar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye di Ankara hari ini.
Kami antara lain telah mengadakan perbincangan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang tenaga, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, cadangan pewujudan forum tenaga Malaysia-Turkiye serta cadangan pemeterian Memorandum Persefahaman dalam bidang tenaga dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara
Turut sama dalam perbincangan bersama TYT Alparslan Bayraktar ialah TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye dan Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Republik Turkiye adalah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih daripada 50% kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah satu penghormatan bagi saya dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Cevdet Yilmaz, Naib Presiden Republik Turkiye, di Kompleks Presiden Turkiye, Ankara, pagi ini.
Turut mengiringi saya TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye dan Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Kami antara lain telah mengadakan perbincangan dalam bidang tenaga, air, kerjasama ASEAN serta turut menyentuh isu-isu semasa serantau seperti perdagangan dua hala, isu keamanan dan kemanusiaan, pelancongan dan lain-lain. Adalah diharapkan usaha ini memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Lawatan Kerja ke Republik Turkiye ini adalah susulan lawatan rasmi Presiden Republik Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 hingga 11 Februari 2025.
Ia juga bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya bidang peralihan tenaga susulan pertukaran Surat Hasrat di antara Kerajaan Malaysia dan Turkiye.
Republik Turkiye adalah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih daripada 50% kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Ankara | 21 April 2025 | Isnin
Setibanya di hotel penginapan saya bersama delegasi Malaysia mengadakan sesi Pre-Council bagi mendengar taklimat mengenai perjalanan lawatan rasmi saya ke Turkiye.
Taklimat disampaikan TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye. Hadir sama Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Lawatan kerja ke Republik Turkiye ini adalah susulan lawatan rasmi Presiden Republik Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 hingga 11 Februari 2025.
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah saya dan rombongan selamat tiba di Ankara pada jam 8.15 malam ini (waktu tempatan) selepas menaiki penerbangan lebih 11 jam Malaysia - Istanbul - Ankara, untuk lawatan kerja dua hari di Turkiye.
Lawatan Kerja ke Republik Turkiye ini adalah susulan lawatan rasmi Presiden Republik Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 hingga 11 Februari 2025.
Esok (22.4.2025) saya akan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Cevdet Yilmaz, Timbalan Presiden Republik Turkiye, diikuti dengan kunjungan hormat ke atas TYT Alparslan Bayraktar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga susulan pertukaran Surat Hasrat di antara Kerajaan Malaysia dan Turkiye.
Saya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Syarikat GEAS untuk meneroka potensi kerjasama yang dapat dilaksanakan dalam bidang strategik.
Republik Turkiye adalah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih daripada 50% kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.
Terima kasih TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye dan Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang menyambut ketibaan saya di Ankara. Terima kasih juga Encik Ahmad Amiri Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul ; Cik Mardhiah Sabri, Konsul, Konsulat Jeneral Malaysia Istanbul dan Cik Nurbalqis Abd Rashid, Pegawai Komunikasi, Konsulat Jeneral Malaysia Istanbul yang menyambut ketibaan saya di Istanbul.
Selepas menamatkan lawatan di Turkiye Insya-Allah saya akan meneruskan lawatan kerja ke London bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Summit on the Future of Energy Security pada 24 hingga 25 April 2025.
Saya akan turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri-menteri Tenaga serta ketua-ketua organisasi antarabangsa tenaga. Peluang ini akan dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan serta membuka peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dasar dan hala tuju negara, khususnya dalam membangunkan sektor tenaga dan teknologi rendah karbon ke arah menyokong aspirasi peralihan tenaga negara.
#malaysiaturkiye🇲🇾🇹🇷
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah terima kasih tidak terhingga kepada lebih 10,000 rakyat yang hadir untuk bersama kepimpinan tertinggi negara, YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri @anwaribrahim dan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 hari ini.
Majlis dianjurkan @PETRAMalaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri itu berlangsung penuh meriah di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching.
Membawa tema ‘Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, program ini bertujuan mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kepada kesatuan dalam kepelbagaian menerusi konsep Malaysia MADANI. Sarawak adalah contoh terbaik yang menyaksikan semangat toleransi dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang hidup aman harmoni.
Penganjuran di Sarawak yang merupakan destinasi kelima penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 turut menjadi wadah dan simbolik kemajmukan budaya Malaysia dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk ketua-ketua kaum dan masyarakat setempat di kawasan Kuching dan sekitarnya.
Pelbagai juadah tempatan Sarawak disediakan untuk dinikmati para pengunjung selain sajian persembahan menarik oleh artis-artis tempatan.
PETRA sebagai kementerian peneraju berharap penganjuran majlis ini menjadi medium menzahirkan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkukuh nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi dan hormat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta menyemai semangat kebersamaan yang merentasi perbezaan latar belakang dan fahaman.
Sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua. Juga kepada urusetia dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini baik di peringkat Persekutan mahupun di peringkat Negeri, kerjasama semua amat-amat saya hargai.
#tpmfy
#petra
#rayamadani2025
#rayamadanisarawak
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Wisma Bapa Malaysia.
Mesyuarat turut dihadiri YAB Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan menteri-menteri Sarawak serta pengurusan tertinggi Persekutuan.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuching l 19 April 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, malam tok kamek memenuhi undangan ke Speta Beraya 2025 Raya Mensia Marek Hospital Umum Sarawak di Dewan Majma' Tunku Abd Halim Mu'adzam Shah, Kuching.
Majlis malam tok sungguh meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu termasuk kakitangan, doktor dan pegawai perubatan.
Selain ya juak, terdapat lapan keluarga pesakit kanser turut diraikan.
Pihak hospital turut memohon sejumlah RM3 juta sumbangan dimana sebahagian daripada peruntukan ya kelak akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan fizikal hospital dan selebihnya untuk perolehan aset.
Selain ya juak, peruntukan sebanyak RM150,000 pun diluluskan juak untuk Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk dana bagi pesakit B40. Bantuan tok adalah untuk pesakit membeli peralatan yang diperlukan oleh sidaknya.
Kamek turut memenuhi permintaan warga hospital dengan mendendangkan sebuah lagu bertajuk, 'Bukan Kerana Nama'.
Hadir sama memeriahkan majlis tadik, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr. Azlee Ayub serta Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung.
#tpmfy
#petra
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan
Kuching l 18 April 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid Darul Abrar, Kampung Tupong Tengah.
#tpmfy
#p194petrajaya
#segulaisejalai
#sarawakmajumakmur
Petra Jaya l 18 April 2025 l Jumaat -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Daulat Tuanku!
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di atas limpah perkenan dan jemputan ke Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Baginda di Istana Arau, Perlis.
Semoga Tuanku Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.
Berangkat sama, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang disambut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut berangkat menyerikan majlis santapan itu ialah Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Perlis l 17 April 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Sektor Tenaga PETRA di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Selepas itu, saya memenuhi jemputan menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di Angkasapuri.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 17 April 2025 l Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya menghadiri mesyuarat dua hala antara YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China Xi Jinping di Kompleks Seri Perdana.
Xi yang mengetuai delegasi China disambut dengan persembahan kebudayaan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta disambut pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2) yang menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin “Selamat Datang ke Malaysia”.
Semoga dengan pertemuan dua hala ini dapat memperkukuhkan hubungan Malaysia-China dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perdagangan, pelaburan dan teknologi baharu.
#tpmfy
#petra
#malaysiachina🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 16 April 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini, menghadiri Istiadat Sambutan Negara sempena Lawatan Negara selama tiga hari Presiden China Xi Jinping di Istana Negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ketibaan Presiden China disambut Sultan Ibrahim dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Selepas itu, Presiden China melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Perdana Sungai Besi yang diketuai Mejar Mohamad Waqiyudin Abd Rahman.
Usai pemeriksa kehormat, Xi Jinping dipersembahkan dengan persembahan tarian selamat datang oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mengadakan pertemuan bersama Xi serta delegasi China sebelum diraikan serta diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara dengan keberangkatan bersama Yang di-Pertuan Agong di Dewan Santapan Utama.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Istana Negara l 16 April 2025 l Rabu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Honoured to welcome Her Excellency Kerry McCarthy, UK Minister for Climate, and her delegation to PETRA today.
We had a productive and engaging discussion on strengthening collaboration in climate resilience, clean energy innovation, and inclusive energy transition — key priorities for both Malaysia and the UK as we work towards a more sustainable future.
Joined by Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli, Secretary General of PETRA, and senior officials, we explored new opportunities to deepen our partnership and drive meaningful progress in the face of the climate challenge.
#tpmfy
#petra
#malaysiauk🇲🇾🇬🇧
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah untuk tokoh negarawan yang juga bekas Perdana Menteri Kelima, Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, hari ini.
Selepas itu, saya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet serta ahli keluarga Almarhum, menghadiri istiadat pengebumian di Makam Pahlawan.
Selain atas kapasiti peribadi kehadiran saya juga mewakili Kerajaan Negeri Sarawak dan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Bagi pihak diri saya, Premier Sarawak dan Kerajaan Sarawak, kami mengucapkan salam takziah kepada Tun Jeanne binti Abdullah Danker dan seluruh keluarga Almarhum Tun.
Pemergian Tun Pak Lah merupakan satu kehilangan besar kepada Negara. Almarhum seorang pemimpin yang telah banyak berjasa.
Dlm konteks negara kita, Almarhum Tun telah membawa dan memimpin konsep Islam Hadhari. Ia satu konsep membudayakan perkara yang baik-baik.
Dalam konteks Sarawak pula, Almarhum Tun telah membawa Sarawak Corridor Renewable Energy (SCORE) yang sekarang ini sangat berjaya dan banyak lagi sumbangan besar Almarhum kepada negara dan Sarawak.
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat syurga Allah.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Kuala Lumpur l 15 April 2025 l Selasa -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi raji'un
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"
Sedih dan dukacita di atas perginya Tokoh Negarawan yang juga bekas Perdana Menteri Kelima, Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 7.10 malam ini.
Jasa dan kepimpinan beliau yang berlandaskan Islam Hadhari serta memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sepanjang menerajui kepimpinan negara antara 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, tetap dikenang selama-lamanya.
Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan Negara.
Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah Dia,
Rahmatilah Dia, Maafkanlah Dia, Muliakanlah Kematiannya, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya Dan Berilah Kesabaran Kepada Ahli Keluarganya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh…Aamiin
Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Pak Lah. -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2025 di Menara PETRA.
Mesyuarat ini membincangkan isu kritikal yang berkaitan dengan kesejahteraan negara, iaitu keterjaminan makanan.
Isu ini merupakan agenda penting yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti.
Keterjaminan makanan bukanlah tugas yang boleh dipikul oleh satu pihak sahaja, melainkan tanggungjawab bersama sebagai keutamaan nasional.
Dengan mengambil langkah-langkah yang bersifat proaktif dan menjalin kerjasama yang erat antara semua pihak yang terlibat, keyakinan dapat dibentuk bahawa Malaysia akan terus kukuh dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran berkaitan keterjaminan makanan pada masa hadapan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Putrajaya l 14 April 2025 l Isnin -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini menghadiri Mesyuarat National Economic Command Center (NGCC) Bil: 2/2025 di Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat di pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh barisan kabinet kerajaan perpaduan.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Usai Program Jiwa Komuniti MADANI bersama JAPEN, saya ke Majlis Rumah Terbuka Pusat Khidmat DUN N17 Stakan yang dihoskan ADUN N17, YB Datuk Hamzah Brahim yang juga Setiausaha Politik saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#tpmfy
#petra
#raya2025
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) dalam Program Jiwa Komuniti MADANI di Dewan Haji Kamaruddin Ahmad Kampung Segedup, hari ini tadi.
Menerusi program berkenaan saya berkesempatan menyantuni masyarakat setempat dan mengadakan Bual Bicara Eksekutif bersama rakan-rakan media, di mana saya telah menjawab mengenai isu-isu berkaitan dasar serta inisiatif kerajaan MADANI.
Ini termasuklah berkaitan pentingnya hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rundingan PETROS dan PETRONAS, pencapaian perjuangan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan projek-projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Sarawak.
Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Satok, Datuk Ibrahim Baki ; Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga ADUN N6 Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman dan Pengarah JAPEN Sarawak, Helmy Hamid.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, saya mengadakan lawatan ke Gudwara Sahib Sentul.
Ramah sungguh komuniti Sikh dan terima kasih kerana menerima kehadiran saya.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Sentul l 12 April 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, berkesempatan melaksanakan ibadat qiamullail dan solat subuh berjemaah sempena Program Kerohanian Bina Insan Madani Fasa 2 di Masjid Universiti Putra Malaysia.
Program Berkembar Kolej 12 UPM Serdang dan Kolej Sri Rajang UPM Kampus Bintulu dengan Kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dihadiri hampir 300 orang termasuk komuniti setempat.
Selepas itu, program diteruskan dengan tazkirah subuh bertajuk Syawal Kesinambungan Bulan Ramadan yang disampaikan Ahli Sekretariat Duat Al-Falah JAKIM, Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah.
Saya kemudian menyempurnakan penyerahan Mock Cek iaitu Dana Wakaf Ilmu UPM, Van Mobiliti OKU bernilai RM205,700 dan Tabung Amanah Zakat UPM, Foodbank Pelajar UPM 2025 - 2026 bernilai RM100,000.
Saya turut merasmikan Al Biruni Space Masjid UPM yang dibangunkan Pusat Islam UPM melalui sumbangan Dana Wakaf Ilmu UPM serta Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN).
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan
Serdang l 12 April 2025 l Sabtu -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Honoured to deliver opening remarks at the ASEAN-China Media and Think Tank Forum 2025 in Kuala Lumpur — a meaningful gathering of minds committed to shaping a more united, resilient, and forward-looking region.
As the world shifts, so too must our approach to cooperation. This forum reminds us that the strength of ASEAN-China relations lies not only in trade and policy, but in the deep cultural, intellectual, and human connections we continue to build.
This year, we mark a significant milestone with the upcoming Version 3.0 ASEAN-China Free Trade Area Upgrade Protocol, a step forward in economic integration and a testament to our shared vision under the Belt and Road Initiative. We also explore how civilisational exchange can lead the Global South by example, how maritime cooperation can become a beacon of peace and development, and how the AI revolution must be harnessed to serve everyone.
Malaysia, as ASEAN Chair in 2025, is ready to champion open, inclusive, and meaningful collaboration.
I wish all the media leaders, thinkers, policymakers, and delegates present a fruitful exchange of ideas — one that transcends theory and inspires real-world impact. The world needs practical solutions and bold ideas. More importantly, it needs hope that diverse nations and civilisations can thrive together.
Let’s co-create a future where understanding is power, and unity is strength.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#asean2025 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Menara PETRA, Putrajaya hari ini tadi.
Dianggarkan lebih 7,000 tetamu memeriahkan majlis ini yang datang mulai 11.00 pagi sehingga 4.00 petang ini.
Terima kasih juga kepada pihak Urusetia dan semua petugas yang telah membantu menjayakan majlis pada hari ini.
Saya juga memohon maaf jika ada sebarang kekurangan di pihak kami dalam menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini.
#tpmfy
#petra
#raya2025
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, atas kesudian hadir menyerikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Menara Petra, hari ini.
Tidak lupa kepada rakan-rakan Kabinet yang turut mengambil peluang menghadiri majlis ini.
Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta-Duta Asing dari pelbagai negara.
Lebih 22 juadah disediakan seperti laksa Sarawak, mi kolok, kek lapis Sarawak, sate, roti jala, nasi beriani, kambing golek, ikan celup tepung, apam balik, kuih muih, lemang, laksa penang, aiskrim, rojak dan pelbagai lagi.
Terima kasih sekali lagi. Kehadiran semua amat saya hargai.
#tpmfy
#petra
#raya2025
#aidilfitri
#kerajaanperpaduan
#madanibekerja
#malaysiamadani
Putrajaya | 10 April 2025 | Khamis -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Inilah Harinya..
Marilah bersama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Lokasi : Menara PETRA,
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya
(maps.app.goo.gl/FgkVsDZyUT1rWMJu8)
Pelbagai 22 juadah Aidilfitri disediakan termasuk laksa Sarawak, mee kolok, kek lapis Sarawak, sate, roti jala, lemang, ketupat, nasi beriani, kambing golek, ikan celup tepung, apam balik, kuih muih, laksa penang, aiskrim, rojak dan banyak lagi.
Jemput datang semua. 🌙✨
#tpmfy
#petra
#raya2025
#aidilfitri
#kerajaanperpaduan
#madanibekerja
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hari ini, mengadakan pertemuan bersama 3 Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian di pejabat saya di Bangunan Perdana Putra.
Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
#tpmfy
#petra
#malaysiamadani
#kerajaanperpaduan -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menerima kunjungan hormat Khazanah Nasional Berhad yang diketuai Pengarah Urusan, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir di pejabat saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.
Hadir sama Pengarah Eksekutif, Aset dan Hartanah, Selvendran Katheerayson dan Pengarah, Pengguna dan Perkhidmatan, Effizal Faiz Zulkifly.
#tpmfy
#petra
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani
@Khazanah_MY @PETRAMalaysia -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Menghadiri Taklimat Pembangunan Bersama Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengairan dan Saliran Cawangan Kota Samarahan, hari ini.
#tpmfy
#petra
#p194petrajaya
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, satu lagi kejayaan bagi Sarawak apabila tarikh 22 Mac 2024 menjadi saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri.
#tpmfy
#petra
#sarawakkusayang
#sarawakmajumakmur -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini sebelum menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, saya mengadakan perbincangan bersama pengurusan tertinggi dan para pegawai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
#tpmfy
#petra
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip Parti di pejabat saya di Menara PETRA.
Mesyuarat itu membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan sidang Parlimen yang akan berlangsung hujung bulan ini. -
Post not available here, view on X
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Saya turut mengambil peluang menyertai larian kategori enam kilometer. Turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib Hajardan Timbalan Menteri Kesihatan, Dato @lukanisman bin Awang Sauni.
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah dan terima kasih Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri @anwaribrahim , di atas pembentangan Belanjawan 2024 yang cukup mantap dan menyantuni seluruh lapisan rakyat.
-
Post not available here, view on X
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Terima kasih Pengerusi MATRADE, Datuk Seri @reezal_merican, yang telah mengiringi saya ketika melawat pameran berkenaan.
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Mempengerusikan Taklimat RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bersama Timbalan Menteri Kesihatan, YB @lukanisman dan @KKMPutrajaya
#tpmfy
#kerajaanperpaduan
#malaysiamadani -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Pagi ini ke Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15. Ini adalah Persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan kepimpinan Perdana Menteri Kesepuluh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang ini tadi menghadiri Sesi Pre Council Sidang Dewan Rakyat Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Dewan Banquet, Seri Perdana, Putrajaya, & mendengar amanat YAB PM @anwaribrahim . Turut menyampai ucapan aluan sebagai Ketua Whip Kerajaan Perpaduan
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Hadir di Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan ptg ini. Semoga kita tanpa mengira bangsa, agama & fahaman politik dapat bersama2 membina Malaysia yang stabil, maju & makmur berteraskan Perlembagaan Persekutuan & prinsip Rukun Negara
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Jogging di Waterfront pagi tok tek kamek terserempak dengan 34 murid & 13 guru SK Kapit raon di sia. Sidak madah 8 jam jak nait bas dari Kapit ke Kuching lamak dah ada Pan Borneo & jeraya dah bagus. Dolok terpaksa nait bot. Alhamdulillah.
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Petang ini mengetuai Menteri-Menteri Persekutuan Sarawak mengadakan kunjungan hormat & pertemuan dengan YAB Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Sesi bergambar Kabinet Perpaduan sebelum Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan YAB PM @anwaribrahim pagi ini
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Terima kasih @tvstvmy & @CATSFM993 yang menemubual saya pagi ini berkaitan #panborneosarawak & persiapan menjelang #pru15
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Meninjau persiapan akhir Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022 di Mitec KL petang tok. Moga segalanya berjalan lancar esok…Aamiin
#lbas2022
#kamekanaksarawak
#sarawakfirst -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Day 4 - meninjau pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi Lane Free Flow (MLFF) di The Toll Road of Orange County, Los Angeles, Amerika Syarikat bersama KP @LLMrasmi KE @CIDBMALAYSIA pegawai kanan @MOWorks &. wakil-wakil syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Bersama sahabat Kabinet di Melaka malam ini @HishammuddinH2O @tzafrul_aziz @reezal_merican
#harimalaysia2022
#keluargamalaysiateguhbersama -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Saya mengumumkan tol diberikan secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengahari, 16 September 2022, sempena pelancaran Fasa Pertama Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) . Moga memanfaatkan #keluargamalaysia
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Alhamdulillah, menyambut baik pengumuman YAB PM @IsmailSabri60 dalam ucapannya pada Majlis Jubli Emas @BEM_Engineers malam ini bahawa kerajaan bersetuju mengkaji skim gaji dan imbuhan jurutera dalam perkhidmatan awam
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Terima kasih kepada semua yang hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri @MOWorks hari ini. Terima kasih juga @HishammuddinH2O @HalimahSadique @shahidan_kassim @shaharabdllh @WeeJeckSeng , serta semua rakan2 media & @RakanKKR_ yang turut hadir
#rayakkr2022 -
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Terimakasih @NajibRazak #bajet2018 #infrarakyat @MisiahTaib @norehamohd @MOWorks @JKRMalaysia @LLMinfotrafik @RakanKKR @mynohomar
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
Cantik mitec trade exhibition centre tbesar msia. Congrats #nazagroup @NajibRazak @Mustapa_Mohamed @norainiahmad67 @MisiahTaib @Azziskandar
-
Fadillah Yusof 🇲🇾
@PetraJayaMP
ENGLISH: #prkbalingian: BN Retains Balingian With Bigger Majority petrajayamp.com/joomla16/index.php/informasi/english/91-p…
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































