Dalam dunia yang semakin dicabar oleh perang tarif dan persaingan kuasa besar, Malaysia mesti terus membuka pintu perdagangan dan pelaburan, tanpa terlalu bergantung kepada mana-mana satu pasaran.
Di APEC CEO Summit 2026 di Shenzhen bersama PM Anwar Ibrahim, mesejnya jelas: kerjasama ekonomi mesti diteruskan, tetapi kita juga perlu memastikan Malaysia tidak hanya menjadi destinasi pelaburan, sebaliknya membina keupayaan teknologi, industri dan tenaga mahir sendiri.
Sebagai Pengerusi MIDA, inilah antara keutamaan saya. Menarik pelaburan berkualiti yang membolehkan syarikat Malaysia naik dalam rantaian nilai global, dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat.
#tza #apec2026 #mida #ekonomirakyat #madanibekerja
Tengku Zafrul Aziz
Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيز, Malay pronunciation: [tengku zafrul]; born 25 June 1973) is a Malaysian politician, banker and investor who has served as the Senior Political Advisor to the Prime Minister since March 2026, Chairman of Malaysian Investment Development Authority (MIDA) since December 2025 and the 13th President of Badminton Association of Malaysia (BAM) since May 2025. He served as the Minister of Investment, Trade and Industry in the Unity Government administration under Prime Minister Anwar Ibrahim from April 2023 to December 2025. He is a member of the People's Justice Party (PKR), a component party of the Pakatan Harapan (PH) coalition and was a member of the United Malays National Organisation (UMNO), a component party of the BN coalition. He has also been an Ex-officio Member of the Political Bureau of PKR since January 2026. He was also a Member of the UMNO Supreme Council and Division Chief of UMNO of Kota Raja from March 2023 to his departure from the party in May 2025. More on Wikipedia
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi berkembang, tapi rakyat dapat apa?
Lebih banyak peluang pekerjaan, gaji yang lebih baik dan kos sara hidup yang terkawal. Itulah yang rakyat mahu lihat dan rasai daripada pertumbuhan ekonomi negara.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Google nak melabur US$15 bilion di Malaysia. Tapi apa gunanya kalau rakyat tak dapat merasa manfaatnya?
Bagi saya, kejayaan pelaburan bukan sekadar berapa banyak wang masuk, tapi berapa banyak pekerjaan berkualiti diwujudkan dan peluang yang terbuka untuk syarikat tempatan.
#tza #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan berbilion ringgit, rakyat dapat apa?
Dalam sembilan bulan pertama 2026, Malaysia mencatatkan RM350.4 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 20.7%, dengan 152,090 peluang pekerjaan bakal diwujudkan.
Paling penting, daripada 92,489 pekerjaan dalam sektor perkilangan, 16,607 atau 18% daripadanya menawarkan gaji RM5,000 ke atas sebulan. Inilah yang kita mahu, bukan sekadar pelaburan besar, tetapi lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
#tza #ekonomirakyat #mida #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nombor satu, gaya! Nombor dua baru strike! 😎🎳
Seronok dapat bowling bersama geng Surau An-Nur, Taman Cempaka.
#tza #pandan #surauannur #bowlingukhuwahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bienvenue en Malaisie, Presiden Macron! 🇲🇾🇫🇷
Hari ini saya menyertai Mesyuarat Dua Hala Malaysia–Perancis di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, ketika hubungan kedua-dua negara dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun hadapan.
Sebagai Pengerusi MIDA, saya melihat peluang besar untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dari Perancis, khususnya dalam sektor semikonduktor, AI, mineral kritikal dan peralihan tenaga, yang dapat membawa pemindahan teknologi, membuka peluang kepada syarikat tempatan serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Malaysia turut menghargai pendirian Presiden Macron dalam isu Gaza dan Palestin yang menekankan kepentingan kemanusiaan serta keadilan.
#tza #malaysia #perancis #malaysiafrance #madanibekerja
Kredit: BERNAMA & JAPEN -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada bisnes sendiri? Tahu tak, PMKS boleh jimat cukai sehingga RM6,000 setahun? 💰
Bukan cukai saja. Belanjawan 2027 turut menyediakan pembiayaan, bantuan peralatan dan peluang untuk peniaga kembangkan pasaran.
Nak tahu bantuan lain yang sesuai untuk perniagaan anda? Semak di manfaat.mof.gov.my/semak-kelayakan
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya biasa tengok anak-anak kecil naik motor pakai helmet yang tak sesuai. Bahaya tu!
Jadi kali ini untuk program tukar helmet di majlis MADANI Kita Pandan Indah, kita bukan sahaja tukar helmet untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak juga!
Macam-macam aktiviti ada! Ada Jualan RAHMAH KPDN, Jualan Agro MADANI dan penyampaian Bakul RAHMAH. Ada pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma. Ada juga senamrobik, pameran agensi kerajaan dan cabutan bertuah!
Saya bersama YB Dato’ Ir. Izham Hashim, ADUN Pandan Indah, dan YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, memang tak lepaskan peluang pusing tengok semua booth!
Tapi aktiviti paling best kat booth 'Wellness on Wheels' dari Jabatan Kesihatan. Kami kayuh basikal untuk blend tembikai! Siapa kayuh lagi laju dapat blend lagi halus! 😄
Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia dan semua agensi yang menjayakan program ini. Meriah untuk seisi keluarga, dan paling penting, manfaatnya sampai terus kepada masyarakat!
#tza #pandan #pandanindah #madanikita #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semalam saya ziarah Pak Cik Mohtar, orang lama Kampung Pandan yang kini uzur dan terlantar sakit.
Seronok dapat duduk bersembang dengan beliau dan keluarga. Rupa-rupanya Pak Cik Mohtar dulu hebat bermain badminton, siap pernah mewakili Bank Rakyat!
Walaupun hebat di gelanggang, orangnya cukup merendah diri. Saya juga kagum dengan pengorbanan beliau dan isteri membesarkan 12 orang anak. Memang banyak cabarannya.
Dalam kunjungan ini, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai, bakul makanan dan sebuah kerusi roda untuk membantu memudahkan urusan harian beliau dan keluarga.
Terima kasih kepada keluarga Pak Cik Mohtar kerana sudi menerima kunjungan saya.
Sama-sama kita doakan semoga Pak Cik Mohtar dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲
#tza #pandan #kongsirezeki #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam-macam ada!
Jom singgah car boot sale depan AEON Big Ampang. Kita support peniaga kecil cari rezeki!
#tza #pandan #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru sebulan digandingkan, dah dua kali muncul juara! 🔥🇲🇾
Memang puas hati tengok Aaron Tai dan Yap Roy King hari ini!
Kalah set pertama 16-21 kepada bekas juara dunia Hoki/Kobayashi di gelanggang mereka sendiri. Tapi Aaron dan Roy King tak panik. Bangkit dan terus mengganas untuk menang dua set berikutnya 21-13, 21-15.
Ada satu rally dalam set ketiga, defense padu betul! Aaron kena smash depan-depan, sampai jatuh pun masih dapat angkat shuttle. Commentator sendiri terkejut, "How did he do that?!" Lepas tu Roy King pula matikan dengan smash padu!
Juara Arctic Open, separuh akhir Hylo Open dan sekarang juara Japan Masters Super 500! Lebih manis, mereka beregu lelaki Malaysia pertama memenangi kejohanan ini sejak diperkenalkan pada 2023.
Tahniah Aaron, Roy King dan barisan jurulatih!
Mencuba gandingan baharu memang sebahagian daripada strategi BAM untuk mencari kombinasi terbaik. Bukan semua percubaan menjadi. Tapi bila menjadi, memang puas hati! 💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dapat tawaran masuk universiti memang seronok. Tapi lepas tu, macam-macam pula kena sediakan. Salah satunya, laptop untuk belajar.
Alhamdulillah, kali ini kita dapat sumbangkan 15 buah komputer riba kepada anak-anak Pandan yang bakal melangkah ke universiti dan yang sedang menyambung pengajian. Belajar rajin-rajin ya, adik-adik!
Kita turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa NGO untuk program kemasyarakatan, bantuan kepada pesakit buah pinggang serta sokongan buat anak Pandan yang bakal menyertai pertandingan di luar negara.
Setiap orang ada keperluan dan cabaran masing-masing. Mana yang kita mampu bantu, Insya-Allah kita usahakan.
#tza #pandan #habkomunitipandan #kongsirezeki #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari belum buka mata sampai dah besar, Aunty Ah Ling jaga kucing-kucing jalanan ni macam anak sendiri.
Saya sempat bertemu Aunty di Pangsapuri Lembah Maju, Pandan. Sekarang ada sekitar 10 hingga 12 ekor kucing dalam jagaannya. Bukan sekadar bagi makan, kalau sakit dibawa ke klinik. Ada yang diselamatkan sejak masih kecil lagi.
Tapi ruang makin sempit, kos makanan dan rawatan pula makin tinggi. Sebelum ini kita dah bantu Kongsi Rezeki dengan menyumbang makanan kucing. Insya-Allah, kita juga akan bantu baik pulih tempat penjagaan mereka supaya lebih selesa dan selamat.
Saya harap ada yang sudi beri kucing-kucing ini rumah baharu. Kalau belum bersedia untuk adopt tapi nak bantu Aunty dengan makanan kucing atau keperluan lain pun sangat dialu-alukan. 🐾
Boleh hubungi Hab Komuniti Pandan. Pasukan saya akan bantu hubungkan dengan Aunty Ah Ling.
📞 03-4288 2911
📧 habkomunitipandan@gmail.com
Terima kasih, Aunty. Bukan semua orang sanggup menjaga haiwan terbiar dengan penuh kasih sayang macam ni. ❤️
#tza #pandan #kongsirezeki #adoptdontshop -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rezeki hari Jumaat, kita kongsi sama-sama.
Alhamdulillah, semalam saya menunaikan solat Jumaat di Madrasah Al-Nuriah, Taman Putra Ampang.
Seperti biasa, kita teruskan program Juadah Jumaat dengan mengagihkan makanan kepada jemaah selepas solat.
Sempat juga beramah mesra dengan ahli kariah dan anak-anak tahfiz di sini. Seronok tengok anak-anak muda yang tekun mendalami ilmu Al-Quran. Semoga terus istiqamah dan berjaya dunia akhirat.
Terima kasih kepada pihak madrasah dan semua yang menyambut kehadiran saya.
#tza #pandan #juadahjumaat #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Depan mata tengok KO! 🔥🥊
Tahun depan kita LAGA lagi kat Pandan!
#tza #laga #muaythai #rodtang #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SPM dah dekat. Yang berdebar bukan anak-anak saja, mak ayah pun sama! 😅
Alhamdulillah, ratusan pelajar berkumpul di Masjid Al-Azim, Pandan Indah untuk Program Munajat SPM 2026. Seronok tengok semangat anak-anak Pandan yang hadir bersama guru dan ibu bapa untuk sama-sama berdoa menjelang peperiksaan.
Saya sempat pesan kepada mereka, buat yang terbaik, percaya pada kemampuan diri dan jangan sesekali putus asa. Keputusan SPM memang penting, tapi usaha, disiplin dan sikap kita dalam menghadapi cabaran juga akan menentukan sejauh mana kita boleh pergi dalam kehidupan.
Terima kasih kepada PPD Hulu Langat, pihak sekolah, masjid, ibu bapa dan semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Kepada semua calon SPM 2026, saya doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan anda, berikan ketenangan dan kejayaan yang diimpikan.
Saya nak tengok anak-anak Pandan berjaya. Bukan setakat dalam peperiksaan, tapi juga dalam kehidupan!
All the best, SPM fighters! ❤️
#tza #pandan #spm2026 #anakanakpandan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kezaliman tetap kezaliman, tak kira siapa yang melakukannya.
Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dilaporkan daripada Haji Hadi Awang, bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam.
Sebagai seorang Muslim, saya percaya Islam mengajar kita berlaku adil kepada semua.
Kalau seorang Muslim menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah atau menindas rakyat, adakah kesalahannya menjadi lebih ringan hanya kerana dia seorang Muslim? Sudah tentu tidak.
Dan kalau seorang bukan Islam menjalankan amanah dengan jujur dan adil, mengapa kita mahu menafikan kebaikannya semata-mata kerana agamanya?
Islam tidak pernah mengajar kita untuk membenarkan kezaliman yang dilakukan orang Islam atau menghukum orang lain berdasarkan agama mereka.
Malaysia dibina oleh rakyat pelbagai kaum dan agama yang hidup, bekerja dan menyumbang bersama. Perbezaan agama tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita merendahkan sesama sendiri.
Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk mempertahankan kezaliman. Yang salah tetap salah, walaupun dilakukan oleh orang yang seagama dengan kita.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Esok, 14 November, rakyat Melaka akan menentukan hala tuju negeri untuk lima tahun akan datang!
Sepanjang turun padang di Machap Jaya dan Paya Rumput, saya berpeluang mendengar sendiri cerita penduduk. Daripada peluang pekerjaan dan pendapatan keluarga hinggalah masalah kemudahan asas, banyak perkara yang masih memerlukan perhatian.
Pakatan Harapan telah membentangkan manifesto Aspirasi Melaka Rumah Kita, yang antara lain menawarkan peluang pekerjaan berkualiti, cadangan memperuntukkan 30% kontrak kerja PBT kepada golongan belia serta sasaran 25 juta pelawat menjelang 2032.
Semua ini merupakan tawaran yang boleh dinilai oleh rakyat Melaka dan Pakatan Harapan mampu untuk melaksanakannya.
Esok, suara anda yang menentukan masa depan Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan hak anda. Keluar mengundi, buat pilihan dengan penuh keyakinan dan tentukan hala tuju negeri anda!
Melaka Rumah Kita!
#tza #melaka #prnmelaka #melakarumahkita -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tempat baik kena pilih orang baik.
Tok Man untuk Paya Rumput!
#tza #melakarumahkita #payarumputThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tok Man - rajin, amanah dan boleh diharap!
Pilihan terbaik untuk Paya Rumput!
#tza #melakarumahkita #payarumputThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malam dah makin lewat, tapi suasana kempen di Paya Rumput masih meriah! 😄
Persinggahan terakhir saya di Melaka kali ini ialah di Daerah Mengundi Ujung Padang, Taman Paya Rumput Perdana, bersama Datuk Azman Abidin atau Tok Man, calon PH N13 Paya Rumput.
Malam itu, saya dan Dr Abu Hafiz berpeluang berkongsi pandangan tentang usaha Kerajaan MADANI membangunkan negara dan masa depan Melaka. Selesai ceramah, kami beramah mesra dengan penduduk yang hadir.
Ceramah dah habis, tapi kempen masih berjalan!
#tza #melaka #payarumput -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah 120 tahun Tokong Yen Dian Kong menjadi sebahagian daripada sejarah masyarakat di Cheng, Melaka!
Selepas solat Maghrib, saya menemani sahabat saya Datuk Azman Abidin, atau Tok Man, calon PH N13 Paya Rumput, menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua di tokong ini.
Dari surau kita ke tokong! 😄 Berbeza kaum dan agama, tetapi setiap penduduk mempunyai suara dan keperluan yang mesti kita dengar dan beri perhatian.
#tza #melaka #payarumput -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Machap Jaya, terus ke Paya Rumput. Masuk waktu Maghrib, singgah solat berjemaah dulu. 😊
Alhamdulillah, dapat menunaikan solat Maghrib bersama sahabat saya Datuk Azman Abidin, atau Tok Man, calon PH N13 Paya Rumput, dan ahli kariah di Surau Al-Muhajirin, Kampung Datuk B.
Lepas solat, Tok Man sempat berkongsi perancangannya untuk Paya Rumput sambil mendengar pandangan penduduk. Banyak juga cerita yang dikongsikan malam itu!
#tza #melaka #payarumput -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang selalu ingat FELDA ni tempat orang Melayu je. Tapi FELDA Hutan Percha sebenarnya dah ada komuniti Melayu, Cina dan India sejak lebih 60 tahun lalu!
Semasa membantu kempen Datuk Ginie Lim di Machap Jaya, saya singgah di Warung Hashim. Mee kari dia memang terbaik! Sambil tu sempat tengok otai-otai berentap main dam aji. 😄
Seronok dengar cerita penduduk tentang kehidupan di FELDA ini. Dah beberapa generasi mereka hidup berjiran dan saling menghormati. Keharmonian macam inilah yang mesti kita pertahankan.
Terima kasih warga FELDA Hutan Percha atas sambutan mesra!
#tza #melaka #machapjaya #felda -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah ada sejak 1935! Masa itu negara kita pun belum merdeka. 😄
Semasa turun membantu kempen Datuk Ginie Lim di Machap Jaya, saya sempat singgah di Kilang Roti Kenn Guan Hiong di Bukit Bulat.
Dah empat generasi keluarga Puah mengusahakan perniagaan ini. Antara produk yang paling terkenal? Roti kok!
Apa roti kok ni? Roti kering rangup, ada yang manis bersalut gula dan ada yang tawar.
Kalau hujan, memang best cicah roti kok ni dengan kopi O panas!
Semoga warisan keluarga Puah ini terus bertahan sampai generasi kelima dan seterusnya!
#tza #melaka #machapjaya #sapotlokal -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Petang-petang di Pekan Machap Jaya, kedai kopi memang tempat orang berkumpul dan bertukar cerita. Lagi-lagi bila PRN Melaka dah makin dekat! ☕
Selepas bertemu jentera kempen, saya bersama Sdr Tian Chua singgah di beberapa kopitiam dan restoran untuk beramah mesra dengan penduduk.
Datuk Ginie Lim bukan orang asing di sini. Ramai yang mengenali beliau sejak menjadi ADUN Machap Jaya, termasuk sikapnya yang rajin turun padang dan rendah diri ketika bersama masyarakat.
Terima kasih warga Machap Jaya atas sambutan mesra!
#tza #melaka #machapjaya -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang nampak calon turun berkempen, tapi di belakangnya ada ramai petugas yang bekerja keras menjayakan setiap program.
Sempat singgah di Bilik Gerakan Utama DUN Machap Jaya untuk bertemu jentera Pakatan Harapan yang membantu kempen Datuk Ginie Lim.
Terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang tak kenal penat. Banyak kerja di belakang tabir yang orang tak nampak, tetapi semuanya penting untuk memastikan kempen Datuk Ginie berjalan lancar.
#tza #melaka #machapjaya -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datuk Ginie Lim bukan orang asing bagi warga Kampung Orang Asli Bukit Besar. Beliau pernah menjadi ADUN Machap Jaya dan sudah berkali-kali turun ke kampung ini.
Semalam, saya bersama Sdr Tian Chua menyertai program kempen Datuk Ginie, calon No. 2 Pakatan Harapan bagi N08 Machap Jaya.
Teruja dengan sambutan cukup mesra daripada Tok Batin dan penduduk, termasuk ramai pengundi baharu yang kami temui. Inilah peluang terbaik untuk beramah mesra dan mendengar sendiri cerita serta keperluan masyarakat di sini.
Terima kasih kepada seluruh warga Kampung Bukit Besar atas sambutan yang begitu baik!
#tza #madanibekerja #melaka #machapjaya -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada yang baru pertama kali nak mengundi, ada pula yang dah lama kenal Datuk Ginie Lim sejak beliau menjadi ADUN Machap Jaya dulu. 😄
Meriah sambutan warga Kampung Orang Asli Bukit Besar! Yang penting, hubungan dengan penduduk dan usaha menyelesaikan masalah mereka diteruskan, bukan hanya ketika musim pilihan raya.
#tza #melaka #machapjayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Makan RM5, tiket kapal terbang RM500, bayar balik PTPTN pun boleh tangguh! 🎓✈️
Apa lagi manfaat untuk mahasiswa dan lepasan SPM di bawah Belanjawan 2027?
Semak di manfaat.mof.gov.my/semak-kelayakan
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahu tak, penerbitan berkala moden bahasa Cina yang pertama di dunia sebenarnya bermula di Melaka pada tahun 1815?
Namanya Chinese Monthly Magazine. Saya baru tahu kisah menarik ini ketika melawat galeri Sin Chew Daily hari ini. Seronok dapat melihat sendiri bahan pameran yang menceritakan sejarah panjang media bahasa Cina di negara kita.
Selepas melawat galeri, saya sempat berbual dengan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Chan Aun Kuang, serta pasukan Pocketimes untuk sesi temu bual. Macam-macam kami bincangkan, termasuk ekonomi, pelaburan dan isu semasa yang dekat dengan kehidupan rakyat.
Terima kasih kepada warga Sin Chew dan Pocketimes atas sambutan mesra!
Dulu orang baca surat khabar sambil minum kopi. Sekarang ramai terus scroll berita di telefon. You all masih baca surat khabar atau semuanya online? 😄
#tza #madanibekerja #sinchewdaily -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masa nak kahwin, fikir duit kenduri. Lepas kahwin, fikir duit rumah, pengasuh, sekolah anak pula! 😅
Daripada penjimatan duti setem rumah pertama sehingga RM11,250 kepada bantuan persekolahan anak, ada banyak manfaat Belanjawan 2027 yang keluarga muda patut tahu!
Nak tahu bantuan lain yang sesuai untuk keluarga anda? Semak di [manfaat.mof.gov.my/semak-kelayakan](manfaat.mof.gov.my/semak-kelayakan)
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Thosai onnu! 😋
Ini tosai bukan sebarang tosai, ini tosai special, Zafrul mari! 😂
Kali ni saya dengan YB Yew Jia Haur cuba buat tosai masa sambutan Deepavali di Pandan. Tosai siapa lagi power? Tengoklah sendiri!
#tza #deepavali #pandan #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 2 bilion penduduk, tapi tak sampai 20% perdagangan negara-negara OIC berlaku sesama sendiri. Bayangkan berapa banyak peluang ekonomi yang belum kita manfaatkan!
Di Istanbul baru-baru ini, saya berkongsi bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan potensi ini, termasuk menjadi pintu masuk pelaburan OIC ke ASEAN.
Yang penting, kerjasama ini mesti membawa hasil kepada rakyat. Lebih banyak pelaburan, pekerjaan berkualiti dan peluang untuk perniagaan tempatan berkembang.
#tza #madanibekerja #oic #pelaburanmalaysia #ekonomirakyat
www.sinarharian.com.my/article/803831/khas/pendapat/merea… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Susah rupanya nak ikat bunga melur ni!
Meriah sambutan Deepavali bersama warga Pandan dan Yayasan TZA. Paling bermakna, saya juga berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan kepada 300 penduduk Pandan.
Semoga bantuan ini dapat menambah sedikit keceriaan buat mereka yang menyambut Deepavali. 🪔
#tza #deepavali #pandan #yayasantza #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Awal pagi, ketika orang lain masih tidur, ada yang sudah bangun untuk menyediakan makanan bagi memulakan perniagaan. Namun, pagi itu bertukar menjadi detik yang memilukan.
Saya dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran di Kampung Cheras Baru sekitar jam 5 pagi pada 5 November lalu.
Tiga keluarga melibatkan tujuh penghuni terjejas dalam kebakaran ini. Buat masa ini, ketujuh-tujuh penghuni berlindung di Balai Raya Kampung Cheras Baru.
Pasukan Hab Komuniti Pandan telah menyalurkan bantuan awal kepada keluarga yang terjejas. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi keadaan yang sukar ini.
Saya doakan agar semua yang terlibat terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, kita akan cuba membantu sedaya yang mampu supaya mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
#tza #pandan #kampungcherasbaru #habkomunitipandan #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Call family ke boyfriend dulu? 😂🤭
Saja je usik juara dunia muda kita, Low Zi Yu dan Genevie Lim. Ada lagi soalan cepumas yang saya tanya! 😄🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak Malaysia terus membangun, kita kena terus bekerja keras bawa masuk pelaburan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Saya menghadiri pertemuan Bitdeer Technologies Group dengan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof, serta wakil MITI dan MIDA.
Bitdeer sebelum ini telah mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak RM1.1 bilion untuk membangunkan infrastruktur digital di Malaysia. Syarikat teknologi yang tersenarai di Nasdaq ini juga sedang mengembangkan operasi AI mereka di Malaysia, termasuk di Cyberjaya dan Johor.
Kini, mereka sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang yang boleh membawa lebih banyak teknologi dan peluang baharu ke negara kita.
Bagi saya, yang penting bukan sekadar berapa banyak pelaburan masuk. Kita mahu lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia, peluang membina kepakaran dalam bidang AI, dan ruang untuk syarikat tempatan turut berkembang.
Kita sudah berjaya menarik komitmen pelaburan besar daripada Bitdeer. Sekarang kita mahu bina atas keyakinan itu supaya lebih banyak pelaburan dan manfaat dapat dibawa ke Malaysia.
#tza #madanibekerja #miti #mida #pelaburanmalaysia #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rezeki biar halal, amanah jangan dijual.
Khutbah Jumaat semalam tentang rasuah. Peringatan buat kita semua, tak kira apa jawatan atau tanggungjawab yang kita pegang. Jangan kerana mengejar habuan, amanah orang kita khianati.
Alhamdulillah, dapat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Surau At-Taqwa, Pandan Indah.
Selesai solat, sempat beramah mesra dengan jemaah, bertemu anak-anak tahfiz dan berkongsi rezeki dengan mengagihkan makan tengah hari kepada penduduk.
Pengerusi surau juga sempat membawa saya melihat beberapa kemudahan yang memerlukan baik pulih demi keselesaan jemaah. Insya-Allah, saya akan cuba bantu mana yang termampu.
Terima kasih warga surau atas sambutan mesra. Seronok dapat berjumpa dan berborak dengan semua!
#tza #solatjumaat #pandan #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Thosai onnu! 😋
Ini thosai bukan sebarang thosai, ini thosai special, Zafrul mari! 😂
Meriah sambutan Deepavali di Pandan bersama Yayasan TZA! Bunga api dan persembahan gendang India pun ada! 🎆
Paling bermakna, saya juga dapat berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan kepada 300 penduduk sekitar Parlimen Pandan. Semoga Deepavali kali ini lebih ceria buat mereka yang meraikannya. 🪔
Terima kasih kepada Pejabat DUN Teratai, YB Yew Jia Haur, Puan Vimala, semua ahli majlis dan AJK Cabang yang sama-sama menjayakan sambutan ini!
அனைவருக்கும் இனிய தீபாவளி! உங்கள் வாழ்வில் ஒளி பரவட்டும்! 🪔✨
#tza #deepavali #pandan #yayasantza #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belum Deepavali lagi, tapi kita dah mula kongsi rezeki! 🪔❤️
300 bakul makanan untuk membantu persiapan Deepavali di Pandan. Bukan sekadar bantuan, tapi tanda kasih sayang sesama kita.
#tza #pandan #kongsirezeki #deepavaliThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Everyone kena tax.” Students pun dah kena fikir pasal cukai? 😅
Semalam saya bersama pelajar TAR UMT dalam program Tax, Budget and Me (TBAM) 2027. Sembang tentang ekonomi, pelaburan dan apa kaitan semua ini dengan masa depan mereka.
Bila sebut cukai, kita selalu fikir pasal duit yang keluar dari kocek kita. Tapi jalan yang kita guna, sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam juga dibina hasil sumbangan kita bersama. Sebab itu kerajaan mesti pastikan setiap ringgit diurus dengan telus dan berkesan. Rakyat berhak bertanya, “Duit ini pergi ke mana?”
Saya juga kongsikan bagaimana persaingan untuk menarik pelaburan kini semakin berubah. Dengan pelaksanaan Cukai Minimum Global sebanyak 15%, insentif cukai sahaja tidak lagi mencukupi.
Antara kekuatan terbesar Malaysia sekarang ialah bakat rakyat kita sendiri!
Pelajar hari ini adalah bakal akauntan, juruaudit, usahawan dan tenaga profesional yang akan membantu menarik serta menjayakan pelaburan berkualiti di Malaysia.
Jadi kepada semua pelajar, jangan fikir ekonomi negara ini cerita orang lain. Anda bukan sekadar bakal pembayar cukai, tetapi juga antara sebab pelabur memilih Malaysia! 🇲🇾
#tza #tarumt #tbam2027 #mida #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gaji baru masuk, duit dah beratur nak keluar! Barang dapur, minyak kereta, tambang pergi kerja. Semuanya kena bayar.
Apa manfaat Belanjawan 2027 yang boleh bantu ringankan belanja harian kita?
Semak bantuan lain yang anda layak dapat di manfaat.mof.gov.my/semak-kelayakan
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
When in Istanbul… 🐈🇹🇷
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia juga perlu dengar kisah kejayaan Malaysia. 🇲🇾🌍
Itulah antara mesej yang saya kongsikan sebagai ahli panel B57+ Business Leaders’ Summit 2026 di Istanbul, Türkiye, dalam sesi membincangkan peranan dana kekayaan berdaulat untuk memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara-negara membangun.
Malaysia mencatat rekod pelaburan diluluskan sebanyak RM431.1 bilion pada 2025, diikuti RM218.5 bilion bagi separuh pertama 2026. Lebih penting, 87% daripada 5,822 projek perkilangan yang diluluskan antara 2021 hingga Jun 2026 sudah memasuki peringkat pelaksanaan.
Angka ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, tetapi kerja kita tidak terhenti setakat menarik pelaburan. Melalui MIDA, kita fokus memastikan projek yang diluluskan benar-benar dilaksanakan.
Saya turut berkongsi peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, AI, infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal, dengan Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN.
Akhirnya, ukuran kejayaan bukan sekadar berapa bilion pelaburan masuk, tetapi berapa banyak pekerjaan berkualiti diwujudkan, teknologi dipindahkan dan peluang dibuka kepada syarikat tempatan.
Itulah manfaat yang kita mahu untuk rakyat Malaysia.
#tza #mida #b57plus #investinmalaysia #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seronok dapat jumpa semula sahabat-sahabat lama dari MITI, kali ini di Istanbul! 🇲🇾🇹🇷
Sempat singgah ke reruai Malaysia sempena Mesyuarat Menteri COMCEC Ke-42, yang mempamerkan pelbagai inisiatif dan sumbangan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara-negara Islam.
Menarik melihat usaha Malaysia bukan sahaja dalam perdagangan dan pelaburan, tetapi juga dalam pembangunan sosioekonomi yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Tahniah kepada semua yang terus membawa nama Malaysia dan berkongsi pengalaman serta kepakaran negara kita di pentas antarabangsa!
#tza #comcec #malaysia #kerjasamaekonomi #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
24 pasukan, 192 pemain! Meriah betul Futsal Piala TZA di Tasek Permai! ⚽🔥
Lagi best, idea pertandingan ni datang daripada anak-anak muda setempat sendiri. Mereka bagi idea, kita bantu jayakan!
Lepas ni nak buat apa pula? Bagi idea, kita usahakan sama-sama!
#tza #pandan #tasekpermai #futsalpialatzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 2 bilion penduduk dengan ekonomi bernilai AS$10 trilion. Tapi tahu tak, hanya sekitar 20% perdagangan negara-negara OIC adalah dengan negara anggota yang lain? Bayangkan berapa banyak lagi peluang yang boleh kita teroka bersama!
Inilah antara perkara yang dibincangkan di B57+ Business Leaders’ Summit 2026 di Istanbul, Türkiye, yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Türkiye, Dr. Ömer Bolat.
Bagi Malaysia, kerjasama lebih erat antara negara OIC bermakna lebih banyak peluang untuk syarikat tempatan menembusi pasaran baharu, menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan berkualiti untuk rakyat.
Harapan saya, pertemuan seperti ini bukan sekadar bertukar pandangan, tetapi membuka jalan kepada kerjasama ekonomi yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
#tza #b57plus #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seronok bila ke luar negara dan dengar sendiri bagaimana Malaysia dijadikan contoh oleh negara-negara Islam lain, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekosistem perniagaan.
Semalam, saya berpeluang menyertai sesi B57+ Angel Investors Roundtables di Istanbul, Turkiye, yang membincangkan usaha mewujudkan rangkaian angel investorsvpertama bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Saya turut berkongsi pengalaman ketika menerajui Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Peranan kerajaan adalah menyediakan persekitaran yang kondusif, tetapi usahawan, pelabur dan sektor perniagaanlah yang mencetuskan inovasi, membuka peluang pekerjaan dan menjana kemakmuran.
Saya juga menegaskan bahawa Malaysia sentiasa terbuka kepada pelaburan, terutamanya sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN. Masih banyak peluang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dengan negara-negara Islam.
Terima kasih kepada Dr. Wael ElDesouki, Setiausaha Agung Saleh Kamel Sustainable Entrepreneurship & Enterprise Development Organization (SKSEED), atas jemputan dan layanan mesra.
Paling menarik, bukan sahaja kita dapat berkongsi pengalaman Malaysia, tetapi saya sendiri berpeluang belajar daripada pemimpin perniagaan negara lain yang mempunyai pelbagai pengalaman dan perspektif.
Banyak yang boleh kita kongsikan, banyak juga yang boleh kita pelajari. Yang penting, kita bawa pulang ilmu dan peluang yang boleh memberi manfaat kepada Malaysia.
#tza #pelaburan #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Parti mana yang buka cawangan di Vietnam ni? #tza #madanibekerja
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam politik, kita tak semestinya sependapat dalam semua perkara. Tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama.
#tza #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Peruntukan dah naik hampir tiga kali ganda! Masih tak cukup lagi?
#tza #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jauh-jauh datang Brunei, semata-mata nak minum ZUS Coffee ke? 🇲🇾☕
Kopi tu wajib. Jenama tempatan tu bonus! Seronok tengok produk Malaysia kita semakin berkembang di luar negara.
ZUS bermula dengan satu cawangan di Malaysia pada 2019. Sekarang dah berkembang ke beberapa negara, termasuk Brunei. Jenama Malaysia lain seperti Tealive dan MR D.I.Y. pun dah bertapak di sini.
Seronok tengok jenama kita makin jauh melangkah. Harap lebih banyak lagi menyusul!
Apa lagi jenama Malaysia yang selalu you all jumpa bila pergi luar negara?
#tza #jenamamalaysia #zuscoffee #proudlymalaysian -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan selalu dapat bagi bunga kepada dua orang juara dunia sekali gus! 😂💐
Low Zi Yu dan Genevie Lim berjaya buat sesuatu yang belum pernah dicapai oleh mana-mana beregu wanita remaja Malaysia. Buat pertama kali dalam sejarah 34 tahun kejohanan ini, kita bergelar juara dunia! Lagi hebat, mereka baru empat bulan digandingkan!
Saya jumpa mereka berdua di Akademi Badminton Malaysia hari ni. Bukan setakat bunga, ada hadiah lain juga! 😄
Zi Yu dah tiga kali masuk final kejohanan dunia remaja dengan tiga pasangan berbeza. Dua kali perak, akhirnya emas! Genevie pula, first time masuk terus jadi juara dunia. Dua-dua pun memang hebat!
Tahniah Zi Yu dan Genevie! Lepas ni kalau jadi juara dunia senior, saya belanja bunga lagi! 😂🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mana lagi berdebar, lafaz akad nikah dengan Bella atau tandatangan MoU hari ni? 😂
Ini soalan cepumas saya untuk Syed Saddiq!
Yang satu janji untuk membina masa depan bersama pasangan, yang satu lagi komitmen untuk masa depan penduduk Muar.
Hari ini, Kerajaan MADANI memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BERSATU serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain, termasuk Syed Saddiq daripada MUDA.
Mereka kekal sebagai pembangkang, tetapi bersetuju menyokong Belanjawan dan reformasi institusi yang penting. Kawasan mereka pula akan menerima peruntukan setara untuk manfaat rakyat.
Dalam politik, kita tak semestinya sependapat dalam semua perkara. Tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Syarikat menang anugerah, pekerja pun mesti rasa hasil kejayaannya!
Malam tadi, saya berpeluang menyampaikan ucaptama dan meraikan para pemenang BusinessToday Industry Choice Awards 2026 di Petaling Jaya.
Saya pesan kepada pemimpin syarikat yang hadir, kejayaan perniagaan bukan sekadar tentang keuntungan atau berapa banyak anugerah yang dimenangi. Pekerja yang bertungkus-lumus membangunkan syarikat juga mesti menikmati hasil kejayaan itu. Inilah semangat Kongsi Rezeki yang saya selalu tekankan. Bila syarikat maju, pekerja pun mesti dapat merasa manfaatnya.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, syarikat Malaysia perlu terus berinovasi, meningkatkan produktiviti dan berani meneroka pasaran ASEAN. Tapi dalam usaha untuk berkembang, jangan lupa melabur dalam pekerja sendiri.
Tahniah kepada semua penerima anugerah, dan kepada Business Today yang menyambut ulang tahun ke-25 serta pc.com atas penganjuran Readers' Choice Awards edisi ke-26.
Semoga lebih banyak syarikat Malaysia berjaya, dan lebih ramai rakyat turut menikmati kejayaannya!
#tza #mida #ekonomirakyat #kongsirezeki #businesstoday -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila dicadangkan sebuah monumen untuk memperingati kemajuan Selangor, Tuanku Sultan memilih untuk membina perpustakaan untuk rakyat.
Kisah yang dikongsikan oleh Pengerusi The Edge Media Group, Tan Sri Tong Kooi Ong ini cukup menggambarkan keutamaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Bagi Tuanku, sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat lebih bermakna daripada sebuah monumen.
Semalam, saya berbesar hati menghadiri majlis pelancaran edisi khas The Edge, “A Leader for the People”, sempena Jubli Perak pemerintahan Tuanku. Penerbitan ini merakamkan perjalanan 25 tahun pemerintahan Tuanku, termasuk keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor.
Tahniah kepada The Edge atas usaha mendokumentasikan sejarah pemerintahan Tuanku untuk tatapan generasi akan datang.
Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena Jubli Perak pemerintahan Tuanku.
Patik turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, keberkatan serta usia yang panjang kepada Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Daulat Tuanku. Menjunjung kasih, Tuanku.
#tza #selangor #daulattuanku -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak menang punya pasal, belon kawan sendiri pun sanggup pijak! 😂🎈
Macam-macam drama di sukaneka Rumah Pangsa Taman Bakti, Pandan Indah ni.
Tahun depan kita buat lagi! Tapi saya nak rematch. Tak puas hati kalah macam tu je! 🤣
#tza #pandan #pandanindahThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sabah dan Sarawak merangkumi hampir 60% keluasan Malaysia. Tapi berapa banyak pelaburan yang masuk ke dua negeri ini?
Pada 2025, kedua-duanya menerima RM28.8 bilion, iaitu kurang 7% daripada RM426.7 bilion jumlah pelaburan diluluskan negara. Masih banyak potensi yang belum kita manfaatkan.
Tahun ini, ada perkembangan yang menggalakkan. Dalam enam bulan pertama 2026, Sarawak sudah mencatatkan RM10.8 bilion pelaburan diluluskan, hampir tiga perempat daripada jumlah sepanjang 2025. Sabah pula mencatatkan RM6.8 bilion.
Di Borneo Business Roundtable 2026 di Brunei, saya tekankan bahawa usaha menarik pelaburan tak boleh terhenti pada promosi sahaja. Kita perlu kenal pasti apa yang melambatkan projek, termasuk proses kelulusan dan peraturan yang tidak selaras.
Sebagai Pengerusi MIDA, saya selalu tekankan satu perkara. Yang penting bukan berapa banyak MoU yang kita tandatangani, tetapi berapa banyak projek yang benar-benar terlaksana.
Sebab akhirnya, yang kita nak lihat ialah lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
#tza #mida #investborneo #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rodtang dah ajar, tapi last-last saya jadi penonton je lah! 😂🥊
#tza #laga #muaythai #rodtang #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jiran sebelah rumah, rugilah kalau tak cari lebih banyak peluang untuk maju bersama! 🇲🇾🇧🇳
Ketika berada di Bandar Seri Begawan, saya sempat mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Brunei Darussalam, YB Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Malaysia dan Brunei memang dah lama rapat. Tapi dari sudut ekonomi, saya rasa masih banyak peluang yang boleh kita terokai, terutama untuk membuka pasaran lebih luas kepada perniagaan kedua-dua negara.
Kita berkongsi pulau Borneo, jadi banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan bersama. Bukan sekadar untuk syarikat besar, tetapi juga peniaga dan usahawan tempatan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.
Terima kasih Dato Manaf atas kesudian meluangkan masa. Semoga hubungan baik ini terus membawa manfaat kepada rakyat Malaysia dan Brunei.
#tza #mida #malaysiabrunei #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila dua orang yang pernah jaga portfolio ekonomi berjumpa, memang banyak cerita nak dikongsi! 😄🇲🇾🇧🇳
Semasa di Brunei, saya sempat bertemu YB Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan II Brunei Darussalam.
Dato Amin Liew kini menguruskan portfolio kewangan dan pelaburan Brunei, manakala saya pernah menerajui MITI dan kini mempengerusikan MIDA. Jadi, memang banyak pengalaman dan pandangan yang boleh kami kongsi!
Walaupun ekonomi negara kita berbeza dari segi saiz dan struktur, banyak yang boleh kita pelajari daripada satu sama lain. Hubungan baik seperti ini juga penting untuk membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa depan.
Terima kasih Dato Amin Liew kerana sudi meluangkan masa. Semoga kita dapat terus bertukar pandangan selepas ini!
#tza #mida #malaysiabrunei #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Borneo satu pulau. Tapi kenapa bila nak tarik pelabur, kita masih bergerak macam empat ekonomi berasingan?
Bayangkan sebuah syarikat nak buka kilang. Dia perlukan bekalan tenaga, kawasan industri, kemudahan logistik dan akses kepada pasaran.
Brunei ada kekuatan dalam tenaga. Sarawak ada kawasan perindustrian. Sabah ada rangkaian logistik. Kalimantan pula ada koridor pembuatan.
Kalau semua kekuatan ini digabungkan, bayangkan peluang yang boleh kita buka!
Dan ini bukan sekadar teori. Syarikat Brunei sudah pun membantu membawa produk makanan Sarawak ke pasaran Filipina. Inilah contoh kerjasama yang kita nak perluaskan.
Perkara inilah yang saya tekankan ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Perniagaan Brunei 2026 semalam.
Melalui gagasan Invest Borneo, kita mahu pelabur melihat Borneo sebagai satu wilayah ekonomi yang saling melengkapi, bukan empat destinasi yang bersaing sesama sendiri.
Akhirnya, yang kita nak bukan sekadar pelaburan masuk. Kita nak lebih banyak syarikat tempatan berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan dan lebih banyak manfaat untuk rakyat.
Terima kasih kepada Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Brunei (ASEAN-BAC Brunei) dan Majlis Penasihat Perniagaan APEC Brunei (ABAC Brunei) atas jemputan dan peluang berkongsi pandangan.
#tza #mida #asean #investborneo -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Geng runner, kasut lari memang wajib masuk beg kalau outstation, kan? 😄🏃🏻♂️
Pagi tadi sempat buat 5KM sepanjang waterfront Bandar Seri Begawan sebelum mula kerja.
Memang cantik laluan tepi sungai ni, lagi-lagi waktu matahari terbit. Konon nak jaga pace, tapi sibuk pula berhenti ambil gambar! 😅
Tengok Strava lepas lari, eh, rupanya pace 5KM terpantas dalam tiga minggu! Boleh tahan juga semangat pagi Brunei ni!
Okay, dah habis berpeluh. Jom masuk meeting! 🇧🇳
#tza #gayahidupsihat #bandarseribegawan #brunei -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
10–1 dalam perlawanan penentu juara! Memang padu Pandan Rovers! 🏆⚽🔥
Kejuaraan liga ditentukan pada perlawanan terakhir, dan Pandan Rovers FC belasah Kelbros 10–1 untuk muncul juara All-Star League New Camp Edition Division 3, Season 7!
Lagi best, pemain kita Nur Fahmi turut dipilih sebagai Player of the Season. Tahniah Fahmi! 👏
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan penyokong Pandan Rovers. Seronok tengok anak-anak muda Pandan raih kejayaan macam ni!
Musim depan boleh repeat? 💪
#tza #pandan #pandanroversfc #bolasepak -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas ni kita nak buat apa lagi untuk orang Pandan? 🤔
Habis program Deepavali, saya singgah pula di Hab Komuniti Pandan (HKP). Duduk semeja dengan team, semak satu-satu. Apa yang dah selesai, apa yang masih sangkut, dan apa lagi yang kita boleh buat untuk penduduk.
Team HKP ni hari-hari berurusan dengan penduduk. Jadi merekalah yang banyak tahu apa masalah di lapangan dan bantuan apa yang diperlukan.
Terima kasih team HKP! Program boleh habis, tapi kerja kita untuk orang Pandan jalan terus! 💪
#tza #pandan #habkomunitipandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Auntie, barang dapur untuk Deepavali nanti dah cukup?”
Deepavali dah dekat. Mestilah masing-masing nak masak sedap-sedap, sambut anak cucu balik dan berkumpul sekeluarga. Tapi nak buat semua tu, belanjanya pun bukan sedikit.
Sebab itu kita adakan program Kongsi Rezeki lebih awal di Hab Komuniti Pandan, dengan sumbangan bakul makanan kepada 300 penerima. Biar ada masa untuk buat persiapan dan kurang sedikit beban belanja dapur.
Saya pun seronok dapat duduk berborak, dengar sendiri apa lagi yang diperlukan dan mana yang kita boleh bantu.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga Deepavali kali ini membawa kegembiraan buat semua yang meraikannya!
Iniya Deepavali Nalvaazhthukkal! ❤️
#tza #pandan #kongsirezeki #deepavali -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nombor satu, gaya! Nombor dua baru strike! 😎🎳
Seronok dapat berkenalan dengan pimpinan dan kariah Surau An-Nur, Taman Cempaka. Tapi kali ni bukan di surau, kita jumpa di gelanggang boling!
Yang menariknya, bukan ayah-ayah saja yang turun bermain. Kaum ibu pun ramai, remaja pun ada. Anak-anak sekolah rendah siap ada lane sendiri!
Saya suka bila surau anjur aktiviti macam ni. Bukan saja meriah, dapat juga rapatkan hubungan sesama jiran. Lagi seronok bila satu keluarga boleh turun sama-sama!
Tahniah kepada semua yang menjayakan Pertandingan Bowling Ukhuwah Surau An-Nur. Lepas ni boleh ajak lagi! 😄
#tza #pandan #surauannur #bowlingukhuwah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Musim-musim konvo ni, saya pun tumpang pakai jubah. Terasa macam nak konvo sekali! 🎓😄
Seronok tengok anak-anak SK Taman Tasik naik pentas dengan jubah masing-masing. Mana tahu, yang kita raikan hari ni bakal jadi doktor, jurutera atau pakar ekonomi suatu hari nanti!
Nak buat macam-macam program untuk anak-anak ni, semuanya perlukan belanja. Jadi saya ambil peluang kongsi rezeki RM10,000 untuk sekolah. Harapnya dapat membantu cikgu-cikgu dan PIBG buat lebih banyak aktiviti untuk mereka.
Satu je harapan saya. Semoga ini menjadi permulaan untuk mereka pakai jubah graduasi. Selepas ini pakai lagi masa terima diploma, ijazah, kalau boleh sampai PhD! 😄
Tahniah anak-anak! Mesti mak ayah bangga tengok hari ni. ❤️
#tza #ampang #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah kepada tiga sahabat yang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) semalam! 👏
Memang sesuai sangat pengiktirafan yang diterima YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof, Dato’ Seri Ruben Emir Gnanalingam Abdullah dan Dato’ Seri Syed Budriz Putra Jamalullail. Banyak yang telah mereka sumbang kepada negara.
Ada satu pesanan Tuanku Sultan Selangor dalam titah semalam yang saya rasa sangat penting.
Kemajuan bukan sekadar berapa bilion ringgit pelaburan masuk atau berapa tinggi KDNK. Apa gunanya kalau rakyat masih hidup susah?
Yang penting, rakyat mesti dapat merasai hasil pembangunan. Peluang pekerjaan yang lebih baik, pendidikan, rumah mampu milik dan persekitaran yang sihat.
Tuanku turut menegaskan bahawa teguran Baginda bukan untuk mencampuri pentadbiran kerajaan, tetapi untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Saya cukup setuju dengan pesanan Tuanku. Ekonomi boleh berkembang, angka boleh nampak cantik, tapi akhirnya yang paling penting ialah apa yang rakyat dapat rasa dalam kehidupan seharian.
Daulat Tuanku!
#tza #selangor -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
22 TAHUN MENUNGGU, AKHIRNYA GELARAN MILIK MALAYSIA! 🇲🇾🏸🏆
Malam penuh aksi! Tiga final, empat beregu Malaysia, satu gelaran juara! Memang puas hati tengok pemain-pemain kita beraksi di French Open!
Tahniah Wei Chong-Kai Wun! Ketinggalan set pertama, tapi bangkit dengan penuh semangat untuk menewaskan Sze Fei-Izzuddin. Bukan mudah bila dua pasangan negara bertemu di final. Satu pasangan mesti menang, satu lagi mesti kalah. Tapi kali ni, kedua-duanya dah buat Malaysia bangga!
Pearly-Thinaah pula berjuang sampai ke set penentuan. Selepas bergelar juara Denmark Open minggu lalu, mereka mara ke final sekali lagi. Bukan mudah nak kekalkan prestasi di tahap tertinggi dua minggu berturut-turut.
Pang Ron-Pei Jing pun tak kurang hebatnya. Baru beberapa bulan bergandingan, dah mampu mencabar pasangan terbaik dunia dan mara ke final kejohanan sebesar ini. Syabas!
Sebagai Presiden BAM, memang saya gembira dengan pencapaian mereka. Tapi sebagai peminat badminton, saya lebih seronok tengok semakin ramai pemain Malaysia mampu bersaing sampai ke final.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pasukan sokongan. Yang menang kita raikan, yang belum berjaya kita terus beri semangat.
Teruskan momentum ni! Malaysia boleh! 🇲🇾❤️
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lain macam nama penerima bantuan kali ni! 😂
#tza #madanibekerja #pandan #habkomunitipandan #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Back to back to back! TIGA FINAL untuk Malaysia malam ni! 🇲🇾🏸🔥
Tengok dalam kereta pun jadi! 😅
Pearly-Thinaah turun memburu gelaran beregu wanita, diikuti Pang Ron-Pei Jing yang buat kejutan mara ke final beregu campuran.
Dan paling menarik, final beregu lelaki nanti Malaysia lawan Malaysia! Sze Fei-Izzuddin bertemu Wei Chong-Kai Wun. Siapa pun menang, Jalur Gemilang tetap akan berkibar! 🇲🇾
Selepas 22 tahun, akhirnya kita bakal bawa pulang gelaran beregu lelaki French Open. Lebih manis, kita ada peluang untuk menang TIGA gelaran malam ni!
Sebagai Presiden BAM, saya memang bangga tengok perjuangan mereka. Tapi malam ni, saya pun macam jutaan rakyat Malaysia yang lain. Jadi penyokong depan TV, berdebar setiap kali servis bertukar tangan! 😅
All the best, Team Malaysia! Let’s bring them home! 💪🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengetua sambut murid setiap pagi?
Kehadiran di SMK Taman Yarl naik daripada 73% kepada 93%.
Kadang-kadang benda kecil boleh beri kesan besar. ❤️
#tza #smktamanyarl #sekolahpenyayangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan RM218.5 bilion. Besar angkanya. Tapi apa yang rakyat dapat?
Bagi saya, itu soalan paling penting setiap kali kita umumkan angka pelaburan negara.
Bagi anak muda yang baru habis belajar, mereka nak tahu ada tak peluang kerja yang baik. Bagi ibu bapa, mereka nak tengok anak dapat bina masa depan dengan pendapatan yang lebih selesa. Para peniaga pula berharap ada lebih banyak peluang untuk kembangkan perniagaan.
Inilah yang kita nak capai apabila menarik pelaburan ke Malaysia.
Alhamdulillah, bagi separuh pertama 2026, Malaysia mencatatkan RM218.5 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 11.7% berbanding tahun lalu. Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 99,000 peluang pekerjaan.
Tapi kita tak boleh berhenti setakat meluluskan pelaburan. Kita kena pastikan kilang dibina, syarikat mula beroperasi, peluang pekerjaan diwujudkan dan perniagaan tempatan turut mendapat manfaat.
Inilah yang saya tekankan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MIDA dan Management Retreat minggu ini.
Tahun depan, MIDA genap 60 tahun. Banyak yang telah kita capai, tetapi cara kita bekerja juga perlu terus berubah mengikut keperluan semasa.
Tema retreat kali ini, “Six Decades of Impact: Align, Elevate, Execute”, membawa mesej yang mudah. Kita kena jelas dengan matlamat, sentiasa cari jalan untuk buat lebih baik, dan paling penting, pastikan apa yang dirancang benar-benar menjadi kenyataan.
Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan MIDA atas usaha mereka selama ini. Sebagai Pengerusi, saya mahu kita terus bekerja sebagai satu pasukan, daripada Lembaga Pengarah hinggalah kepada setiap warga MIDA.
Sebab akhirnya, rakyat bukan nak dengar angka pelaburan semata-mata. Mereka nak rasa hasilnya dalam kehidupan seharian.
#mida #teammida #pelaburanberkualiti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jerebu dah berbulan kita hadap. Kali ini, isu yang sama turut disentuh dalam khutbah Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
Saya menunaikan solat Jumaat bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.
Ramai yang tak lepaskan peluang nak bersalaman dengan PM. Anak-anak kecil pun tak ketinggalan! Bila khutbah sentuh soal jerebu dan kesihatan, teringat juga pada anak-anak kita. Dalam keadaan sekarang, mereka dan warga emas perlu lebih diberi perhatian.
Selesai solat, kami sambung makan tengah hari di Restoran Nasi Cikgu Sue. Meriah betul kedai hari ni! Seronok dapat makan sambil menyokong peniaga tempatan. Mudah-mudahan makin murah rezeki keluarga dan seluruh warga Nasi Cikgu Sue. ❤️
Di Pandan ni, dari masjid sampai ke kedai makan, sentiasa ada peluang untuk jumpa, bersembang dan dengar cerita orang kita. Itu yang seronok!
Orang Pandan dan Ampang, jaga kesihatan ya!
#tza #pandan #ampang #tamannirwana #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seronok dapat bertukar pandangan tentang masa depan badminton dunia bersama Presiden Badminton World Federation (BWF), Khunying Patama Leeswadtrakul dari Thailand dan Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund dari Denmark.
Kami turut berbincang tentang pembangunan bakat muda, usaha memperkukuh ekosistem badminton serta kerjasama untuk terus memajukan sukan ini.
Sebagai Presiden BAM, saya mahu Malaysia bukan sahaja terus melahirkan jaguh dunia, tetapi turut memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan badminton antarabangsa.
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingatkan auntie nak naik kerusi roda. Sekali tong gas yang naik! 😂
Macam-macam gelagat masa program tong gas RM10 dengan warga Pandan Mewah dan Cheras Hartamas. ❤️
#tza #pandan #cherashartamas #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau sebut New Zealand, mesti kita teringat susu dan produk tenusu mereka. Tapi kalau orang New Zealand sebut Malaysia, agaknya produk apa yang mereka ingat?
Satu hari nanti, mungkin nanas! 🍍
Tahun ini, nanas MD2 Malaysia mula dieksport ke New Zealand. Penghantaran pertama sahaja sebanyak 22.5 tan, dengan nilai eksport dijangka mencecah RM4.3 juta setahun!
Ini antara contoh peluang perdagangan yang kita mahu terus kembangkan antara kedua-dua negara.
Hari ini saya berkesempatan menerima kunjungan TYT Mike Walsh, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia. Banyak perkara kami bincangkan, termasuk peluang kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, industri halal, teknologi dan tenaga hijau.
Nilai perdagangan dua hala sudah mencecah RM9.9 bilion pada 2025, dan kita menyasarkan peningkatan sebanyak 50% menjelang 2030 berbanding paras 2023. Syarikat Malaysia pun semakin aktif melabur di New Zealand. Antaranya Yinson dalam projek tenaga angin dan YTL dalam sektor perhotelan.
Tahun depan genap 70 tahun hubungan diplomatik Malaysia–New Zealand. Bagi saya, cara terbaik untuk meraikannya bukan sekadar dengan majlis sambutan, tetapi dengan membuka lebih banyak peluang perniagaan, menarik pelaburan berkualiti dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat kedua-dua negara.
Thank you, Your Excellency, for the fruitful discussion. Looking forward to strengthening our partnership! 🇲🇾🤝🇳🇿
#tza #malaysianewzealand #economicdiplomacy -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang lain nampak barang rosak. Warga PPJDS nampak peluang nak bantu orang! ❤️
Kerusi roda rosak mereka baiki sendiri. Lepas tu, bagi pinjam PERCUMA!
Ini baru semangat Kongsi Rezeki!
#tza #pandan #kongsirezeki #komunitiokuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hujung minggu orang lain berehat, ada pula yang sibuk turun padang bantu masyarakat! ❤️
Mungkin ramai tak sedar, hampir setiap hujung minggu ada sahaja persatuan, badan sukarela dan petugas kesihatan yang menganjurkan program untuk komuniti setempat.
Antaranya Program Saringan Anemia dan Pencegahan Denggi yang saya singgah baru-baru ini di Taman Mega Jaya, Pandan. Program ini dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Mega Indah.
Bagi saya, inilah juga semangat Kongsi Rezeki! Bukan semuanya tentang wang atau barang. Ada yang berkongsi ilmu dan kepakaran, ada yang menyumbang tenaga dan masa. Semuanya kerana nak bantu orang lain. Inilah antara kekuatan masyarakat kita yang mesti terus dipelihara!
Selesai program, saya turut dibawa oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Encik Shahrizal atau John, dan Pengerusi KRT Pangsapuri Mega Indah, Encik Kamarul, meninjau kawasan pangsapuri serta persekitarannya.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga semangat Kongsi Rezeki terus berkembang dalam komuniti kita! ❤️
#tza #pandan #kongsirezeki #kesihatankomuniti -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Billions in investments approved. But how much actually becomes reality?
Approvals alone aren’t enough. What matters is getting projects off the ground and ensuring Malaysians benefit.
#tza #budget2027 #ekonomirakyat #investmentThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semalam menjadi satu kenangan yang cukup istimewa buat keluarga kami. Saya bersama isteri dan keluarga berpeluang menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Alam Shah, Klang, bagi meraikan 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Sudah 12 tahun sejak perhimpunan seumpama ini kali terakhir diadakan. Kali ini, hampir 1,200 kerabat diraja berkumpul. Seronok dapat bertemu kembali saudara-mara yang sudah lama tidak berjumpa, malah berkenalan dengan generasi keluarga yang lebih muda.
Saya turut tertarik dengan titah Tuanku yang mengingatkan pentingnya menjaga nama baik keluarga, memelihara integriti dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Satu pesanan yang cukup bermakna untuk kita semua.
Saya juga berbesar hati dapat mempersembahkan sebuah karya pelukis tersohor negara, Yusof Ghani, kepada Tuanku sebagai tanda ingatan sempena Jubli Perak ini. Semoga karya ini menjadi kenang-kenangan yang bermakna buat Tuanku.
Patik sekeluarga merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, atas perkenan menjemput kami ke majlis yang cukup bermakna ini.
Semoga Tuanku berdua sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan usia yang diberkati Allah SWT untuk terus memayungi rakyat Selangor.
Daulat Tuanku!
#tza #jubliperaksultanselangor #daulattuanku -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selalunya kita pergi restoran, kita yang bayar. Tapi kali ni, restoran pula belanja orang makan! 😄
Chef Tong dari Restoran Taman Muda Fresh Prawn Noodles dan Jeff Lee dari Restoran KW Food Street biasanya menyajikan hidangan yang mungkin bukan semua orang mampu nikmati selalu.
Tapi kali ni, mereka masak dan belanja warga emas serta penduduk Taman Muda makan PERCUMA! Siap boleh bungkus bawa balik!
Bila peniaga sendiri dah semangat Kongsi Rezeki, kita pun nak tumpang sama! Jadi saya turut menyampaikan 100 bakul makanan kepada penduduk Pandan yang memerlukan.
Terima kasih Chef Tong, Jeff Lee dan semua yang menjayakan program ini. Harap makin ramai peniaga ikut jejak langkah mereka.
Lagi ramai yang berkongsi, lagi ramai yang dapat merasa! ❤️
#tza #pandan #tamanmuda #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Billions in investments sound impressive. But how much of that actually benefits Malaysians?
For me, attracting investment is only half the job. We must also make sure it creates better jobs, opens up opportunities for local businesses and helps Malaysian companies become global players.
It's not just about what is made in Malaysia, but how Malaysians benefit from it.
#tza #budget2027 #ekonomirakyat #investmentThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
"Nak beli Hot Wheels baru, kena jual yang lama dulu!" 😂
Itulah syarat isteri seorang abang yang saya jumpa di car boot sale depan AEON Big Ampang semalam. Saya pula yang terbeli Hot Wheels limited edition daripada dia!
Selesai futsal di Tasek Permai, saya singgah sekejap di sini. Macam-macam barang menarik ada!
Tapi yang paling menarik sebenarnya cerita di sebalik peniaga-peniaga ini. Ada peniaga OKU, anak muda, ibu bapa yang berniaga sambil bawa anak kecil, malah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pun ada.
Masing-masing gigih mencari rezeki dengan cara sendiri. Seronok dapat bersembang dan beri sedikit sokongan kepada mereka.
Kalau ada kelapangan, jom singgah support peniaga di sini. Mana tahu, terjumpa barang rare macam saya! 😄
#tza #pandan #ampang #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nasib baik penjaga gol bagi muka, dapatlah saya score goal! 😂⚽
Tapi yang paling seronok tentang Futsal Piala TZA di Tasek Permai ni, idea asalnya datang daripada anak-anak muda sendiri!
Mereka yang menghubungi wakil saya untuk cadangkan pertandingan futsal. Alhamdulillah, kita dapat jayakan!
Ahad lalu, sebanyak 24 pasukan melibatkan 192 pemain turun berentap di gelanggang. Memang meriah!
Inilah yang saya nak lihat lebih banyak di Pandan. Anak muda ada idea, kita cuba bantu jadikan kenyataan. Tak semestinya kena tunggu kami yang anjurkan semuanya.
Lepas ni, apa pula aktiviti yang anak-anak muda Pandan nak buat? Badminton? E-sukan? Atau futsal lagi?
Beritahu team Hab Komuniti Pandan. Mana yang boleh kita bantu, kita usahakan!
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Futsal Piala TZA. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!
#tza #pandan #tasekpermai #kongsirezeki #futsalpialatza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan tunggu sakit baru nak periksa. Jangan tunggu bencana baru nak bersedia!
Power betul Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 1 (PPTNF1) ni! 💪
Seronok dapat turun ke Program Kesedaran Kesihatan & Keselamatan (3K) yang mereka anjurkan. Ada saringan kesihatan, pameran peralatan keselamatan dan aktiviti untuk penduduk belajar cara menghadapi kecemasan.
Yang saya kagum, ini bukan program sekali buat. Setiap tahun mereka usahakan untuk manfaat penduduk setempat.
Inilah semangat komuniti yang kita nak. Jiran bukan sekadar kenal jiran, tapi sama-sama ambil berat tentang kesihatan dan keselamatan masing-masing!
Tahniah PPTNF1 dan semua agensi yang terlibat. Semoga lebih banyak persatuan penduduk dapat contohi usaha macam ni!
#tza #pandan #tamannirwana #program3k -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Company profits are rising. But are workers getting their fair share?
When productivity improves and businesses earn more, employees should benefit too.
With the rising cost of living, higher wages are not just about rewarding hard work. They are about ensuring that economic growth translates into a better quality of life for Malaysians.
Growth must be shared, not just celebrated.
#tza #budget2027 #ekonomirakyat #fairwages #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu kawasan, 3 Parlimen, 3 PBT! Unik betul Cheras Hartamas ni! 😄
Tapi kalau bab Kongsi Rezeki, kita tak perlu tengok sempadan kawasan!
Kelmarin saya berpeluang bertemu penduduk Cheras Hartamas. Seronok tengok wajah-wajah gembira apabila 70 keluarga dapat membeli tong gas pada harga subsidi RM10.
Mungkin nampak kecil, tapi bagi keluarga yang perlu berjimat setiap bulan, kurang sedikit belanja dapur pun dah cukup bermakna.
Terima kasih kepada persatuan penduduk dan semua yang menjayakan program pertama seumpamanya di sini.
Insya-Allah, kita terus cari peluang untuk Kongsi Rezeki dengan lebih ramai lagi. Tak kira kawasan mana, yang penting rezeki dapat dikongsi! ❤️
#tza #pandan #cherashartamas #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Minggu yang hampir sempurna untuk badminton Malaysia! 🇲🇾🏸
Zi Yu dan Genevie cipta sejarah sebagai beregu wanita remaja pertama negara bergelar juara dunia!
Pearly dan Thinaah pula tamatkan penantian 18 tahun untuk menjuarai Denmark Open!
Sayang, Aaron dan Wooi Yik belum ada rezeki untuk melengkapkan minggu yang cukup manis ini. Tapi berjaya menewaskan beregu No. 1 dunia untuk mara ke final pun bukan calang-calang pencapaian!
Tahniah semua! Teruskan momentum ini! 💪🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #denmarkopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Akhirnya, selepas 18 tahun, beregu wanita kita jadi juara Terbuka Denmark! 🏆🇲🇾
Sebagai Presiden BAM, saya cukup bangga. Bukan hanya kerana trofi ini, tapi semangat juang yang mereka tunjukkan.
Pearly, Thinaah, well done! You've made Malaysia proud! 🇲🇾💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #denmarkopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau saya masuk ring masa LAGA, tak sampai 1 minit confirm dah KO! 😂🥊
Lagi-lagi kalau kena lawan Rodtang ‘The Iron Man’, bekas juara dunia Muay Thai, yang turut datang ke Pandan!
Yang paling seronok, orang Pandan dapat tengok semua ni secara PERCUMA! Inilah semangat Kongsi Rezeki yang kita nak bawa. Bukan sekadar bantuan, tapi peluang untuk semua menikmati acara sukan bertaraf tinggi.
Terima kasih Hallo Fight Lab, GENK dan semua yang menjayakan LAGA Muaythai Championship 2026.
Tahun depan kita buat lagi besar! Lebih ramai fighter, lebih banyak aksi, lebih meriah untuk orang Pandan! 🔥
#tza #pandan #kongsirezeki #lagamuaythai #rentappandanmadani #muaythai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semangat betul anak-anak SMK Tasek Permai.
#tza #pandan #smktasekpermaiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PAK MAUN TAKUT BINI! 😂
Pelik betul nama acara sukaneka di Rumah Pangsa Taman Bakti, Pandan Indah, pagi semalam!
Saya ingatkan sukaneka ni untuk anak-anak saja. Rupa-rupanya mak-mak dan ayah-ayah pun tak kurang hebatnya!
Seronok tengok anak-anak, ibu bapa dan jiran tetangga sama-sama turun padang. Yang penting bukan siapa menang, tapi peluang untuk bergelak ketawa dan mengeratkan hubungan sesama jiran.
Tahniah kepada jawatankuasa penduduk dan semua yang menjayakan program ini. Harapnya sukaneka begini dapat dijadikan acara tahunan.
Tahun depan kita tengok pula Pak Maun masih takut bini atau bini yang takut Pak Maun! 😆
#tza #pandan #pandanindah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Umur 64 pun masih boleh "Terbang"! 🏎🟀
Filem Terbang ni berdasarkan kisah hidup Karamjit Singh, The Flying Sikh, pemandu rali pertama dari Asia yang bergelar juara dunia pada 2002!
Yang hebatnya, pada usia 64 tahun, beliau masih aktif berlumba. Baru-baru ni dia menang Rali Selangor dan Melaka!
Age is definitely just a number to Karamjit!
Seronok dapat berkongsi kisah hebat beliau dengan warga Pandan melalui tayangan filem Terbang. Saya harap kejayaan Karamjit dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak Pandan untuk mencapai kejayaan sehebat beliau.
Boleh tak orang Pandan?
Terima kasih semua yang memeriahkan malam kita!
#tza #pandan #kongsirezeki #terbang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan sekadar juara. Ini sejarah! 🥇🇲🇾
Buat pertama kali, Malaysia muncul JUARA BEREGU WANITA di Kejohanan Badminton Remaja Dunia!
Tahniah Genevie Lim dan Low Zi Yu!
Orang kata, hasil tak pernah mengkhianati usaha. Memang kena sangat dengan kisah Zi Yu!
Bayangkan, baru berusia 16 tahun, dah tiga tahun berturut-turut masuk final kejohanan dunia remaja. Setiap kali dengan pasangan yang berbeza pula!
Tahun 2024, perak. Tahun 2025, perak lagi.
Kali ketiga, bersama Genevie, akhirnya EMAS!
Bukan senang nak bangkit selepas dua kali terlepas gelaran juara. Tapi Zi Yu tak pernah putus asa.
Dan kali ini, bukan sahaja emas menjadi milik mereka, malah nama Genevie dan Zi Yu terpahat dalam sejarah badminton negara!
Malaysia Boleh! 🇲🇾👏
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #bwfworldjuniorchampionships #worldjuniorchampionships #cairo2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Juara dunia Muaythai turun Pandan? 🥊🔥
Jom turun LAGA Muaythai Championship 2026, 17–18 Oktober di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana, Ampang.
Masuk PERCUMA!
#tza #laga2026 #pandan #muaythaiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menyantuni warga Madrasah Ar-Rahmaniah, Jalan F, Kampung Pandan.
Sambil minum petang, kami sempat bersembang tentang aktiviti dan keperluan surau sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Saya turut menyampaikan sumbangan RM3,000 bagi membantu keperluan surau. Rezeki yang ada kita kongsi, mudah-mudahan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh jemaah.
Terima kasih kepada warga Madrasah Ar-Rahmaniah atas sambutan mesra. Semoga surau ini terus menjadi tempat kita beribadah, mengeratkan silaturahim dan menjaga kebajikan masyarakat setempat.
#tza #kongsirezeki #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Surau Darussalam, Bukit Teratai, Pandan.
Sebelum solat, sempat bersembang dengan pengerusi dan AJK surau serta melihat sendiri beberapa keperluan yang boleh ditambah baik untuk keselesaan jemaah.
Selesai solat, kita kongsi rezeki pula! Sempat agihkan pek makanan sambil bersembang dan bertanya khabar dengan jemaah.
Terima kasih atas sambutan mesra warga Surau Darussalam!
#tza #kongsirezeki #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Untuk promo, beranilah saya angkat penumbuk depan bekas juara dunia Muaythai. Kalau masuk ring, lain cerita! 😅🥊
Rodtang, atau The Iron Man dari Thailand, pun turun sempena LAGA Muaythai Championship 2026.
Malam ini dan esok, jom saksikan aksi fighter tempatan dan antarabangsa, termasuk perebutan Tali Pinggang TZA!
📍 Kompleks Muhibah, Taman Nirwana, Ampang
📅 17 & 18 Oktober
🕗 8 malam
🎟️ Masuk PERCUMA!
#tza #laga2026 #pandan #muaythai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN dah banyak buka pintu perdagangan. Tapi kenapa nak berniaga dengan negara jiran masih tak semudah yang sepatutnya?
Walaupun hampir semua tarif sesama negara ASEAN sudah dihapuskan, perdagangan antara negara anggotanya masih belum sampai satu perempat daripada keseluruhan perdagangan barangan ASEAN.
Inilah yang saya tekankan ketika pelancaran aseanx di Kuala Lumpur. Kita perlu kurangkan halangan, permudahkan urusan merentas sempadan dan buka lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan, termasuk PMKS.
Perjanjian bukan sekadar untuk ditandatangani. Rakyat dan perniagaan mesti rasa manfaatnya!
#tza #asean #ekonomiserantau -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jerebu datang dari Indonesia. Apa yang kita boleh buat di sini?
#tza #jerebu #jereburentassempadan #malaysia #indonesiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bakal pemimpin negara dari Pandan dan Ampang sekarang tengah pening kepala buat latihan SPM. 😄
Kepada adik-adik, saya tahu nak hadap SPM ni bukan senang. Ada subjek yang kita suka, ada yang baru buka buku pun dah pening!
Tapi jangan cepat rasa “aku tak boleh”. Kadang-kadang kita cuma perlukan lebih masa, bimbingan dan orang yang percaya pada kita.
Sebab itu, melalui Yayasan TZA, kita laksanakan program ACE SPM untuk 400 pelajar B40 dan M40 dari 10 sekolah di Pandan dan Ampang. Sejak Julai lalu, mereka mengikuti kelas tambahan percuma sebagai persediaan menghadapi SPM.
Inilah semangat kongsi rezeki. Bila ada kemampuan untuk membantu, kita usahakan supaya lebih ramai anak-anak di Pandan dan Ampang mendapat peluang untuk berjaya.
Kepada adik-adik, kalau keputusan percubaan hari tu tak berapa menjadi, jangan terus down. SPM sebenar belum lagi! Mana yang masih lemah, kita usaha lagi. Kalau tak faham, tanya cikgu. Jangan malu!
Terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan, guru-guru, PIBG dan semua penyumbang yang bersama kami di Majlis Kirana Budi Yayasan TZA petang tadi.
Saya doakan yang terbaik untuk semua calon SPM 2026. Semoga segala usaha dan penat lelah adik-adik membuahkan hasil! ❤️
#tza #yayasantza #acespm #kongsirezeki #pandan #ampang #spm2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang masuk penjara seorang. Yang menanggung akibatnya sekeluarga.
Hukuman sahaja tak cukup. Belanjawan 2027 beri ruang bantu keluarga mangsa.
#tza #belanjawan2027 #keselamatanjalanrayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Leiya pun ikut mommy pergi kerja. Nak jumpa atok rupanya! 😅❤️
Masya-Allah, tabarakallah. Happy birthday, Leiya! Semoga membesar dengan sihat, ceria, jadi anak solehah dan sentiasa dalam lindungan Allah. ❤️
#tza #happybirthday #familytime #atoksayang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.
Bab mengurus kewangan pula, ramai suami tentu setuju… “Menteri Kewangan” di rumah ialah isteri. Kita bentang cadangan, dia lulus atau tolak. 😄
Gurau-gurau juga, tapi merekalah yang sering memastikan bajet keluarga cukup, keperluan anak terjaga dan masih ada simpanan untuk waktu susah.
Hari ini di Women Economic Forum & G100 Global Meet 2026, saya berkongsi pandangan tentang kepimpinan wanita dalam dunia yang semakin pantas berubah.
Wanita bukan kekurangan kebolehan atau cita-cita. Tetapi ramai yang terpaksa memperlahankan kerjaya, malah berhenti bekerja, kerana tanggungjawab menjaga anak dan keluarga.
Sebab itu saya melihat beberapa langkah dalam Belanjawan 2027 sebagai permulaan yang baik. Antaranya, peruntukan RM200 juta untuk menyediakan peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima, khususnya wanita, serta usaha memperluas kemudahan penjagaan anak.
Namun, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi. Majikan juga perlu memainkan peranan. Peluang kenaikan pangkat, gaji yang adil dan aturan kerja yang fleksibel bukan sekadar manfaat kepada pekerja, tetapi juga pelaburan untuk masa depan ekonomi kita.
Kita sudah lama melihat apa yang wanita mampu lakukan. Sekarang, tanggungjawab kita untuk membuka lebih banyak ruang dan sama-sama memikul beban.
Bila wanita maju, seluruh negara turut maju.
#tza #wef2026 #belanjawan2027 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ini gelap sebab kerjalah, auntie!
#tza #komunitipandan #dunteratai #pestatanglungThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Patutkah F1 kembali secara tetap ke Sepang? 🏎️🇲🇾
Saya baru balik dari F1 Singapura. Terima kasih kepada Kerajaan Singapura atas jemputan. Memang antara perlumbaan paling menarik tahun ini! Seronok juga dapat jumpa kawan-kawan lama.
Singapura memang hebat dalam menjadikan F1 bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu pengalaman yang lengkap. Daripada layanan tetamu, hiburan hinggalah suasana di sekitar perlumbaan, semuanya bertaraf dunia. Mereka juga anjurkan persidangan dan acara perniagaan sempena F1, menjadikannya platform untuk membina hubungan dan membuka peluang ekonomi.
Pada masa yang sama, ramai pelumba dan peminat F1 masih menganggap Sepang antara litar paling mencabar dalam dunia F1. Selekoh laju, cuaca yang tak menentu dan reka bentuk litar yang betul-betul menguji kemahiran pelumba. Memang litar untuk pure racing!
Kita dah ada litar bertaraf dunia. Tapi untuk membawa F1 kembali, kita kena fikir lebih daripada sekadar perlumbaan. Bagaimana nak tarik pelancong, jana pendapatan dan pastikan manfaat ekonominya berbaloi dengan kos penganjuran?
The big question: can we make F1 profitable enough for Malaysia? 🇲🇾
#tza #f1 #singaporegp #sepangcircuit #malaysiangp
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Terima kasih semua! Banyak cadangan menarik.
Saya suka idea @kelemumurs untuk jadikan F1 sebahagian daripada festival sukan permotoran. Bukan perlumbaan tiga hari semata-mata.
Isu pengangkutan yang @taemtention dan ramai lagi bangkitkan pun penting. Apa yang berlaku di Sepang baru-baru ini memang tak boleh berulang. Kita dah ada pengalaman menguruskan MotoGP, jadi kena teliti apa yang tak menjadi kali ini.
KBS sedang mengkaji kemungkinan F1 kembali ke Sepang. Saya akan kongsikan cadangan-cadangan ini dengan Menteri Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan.
Terima kasih sekali lagi. Saya yang tanya, kenalah buat susulan juga! 😄🏎️ -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berhutang untuk bantu rakyat boleh. Tapi bukan main pinjam saja!
Sama macam kewangan kita sendiri, kena kira berapa duit masuk, berapa yang dibelanjakan dan berapa baki untuk bayar hutang.
Kalau tak mampu bayar, rekod kewangan negara terjejas. Nak pinjam lagi pun susah!
#tza #belanjawan2027 #hutangnegara #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Geran kerajaan bukan untuk naikkan gaji bos!
Bila syarikat berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan, lebih banyak tempahan untuk pembekal tempatan dan lebih banyak rezeki untuk rakyat.
Itulah limpahan ekonomi yang kita cari!
#tza #belanjawan2027 #pks #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru pertama kali digandingkan, terus jadi juara! 🏆🇲🇾
Memang luar biasa Aaron Tai dan Yap Roy King, juara Arctic Open 2026!
Lima perlawanan, lima kemenangan, semuanya menentang pasangan yang lebih tinggi ranking!
Bukan itu saja, semua perlawanan menang straight set!
Sebagai Presiden BAM, saya cukup bangga dengan pencapaian mereka.
Bukan mudah nak cari keserasian dengan pasangan baharu, apatah lagi untuk terus muncul juara kejohanan bertaraf SUPER 500!
Inilah semangat yang kita nak lihat daripada pemain-pemain kita. Berani menyahut cabaran, tak gentar berdepan lawan yang lebih hebat dan tak mudah mengalah.
Aaron dan Roy King, nikmatilah kejayaan ini. Tapi jangan cepat puas hati tau! 😄
Tahniah sekali lagi. Teruskan usaha untuk #gemilangkanlagi 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Auntie tahu tak nak pergi Thailand? 😂
#tza #pestatanglung #komunitipandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selesai mengikuti pembentangan Belanjawan 2027, saya terus bergegas ke Hab Komuniti Pandan (HKP). Ada yang dah menunggu untuk menerima bantuan. Belanjawan dah dibentangkan, kerja membantu rakyat mesti diteruskan!
Saya menyampaikan sumbangan pendidikan, bantuan one-off dan komputer riba kepada beberapa penerima.
Ada yang perlukan komputer riba untuk belajar. Ada juga yang memerlukan sedikit bantuan untuk meringankan beban keluarga. Setiap orang ada cerita dan cabaran masing-masing.
Sempat juga saya duduk berborak dan mendengar sendiri cerita mereka.
Inilah yang kita mahu melalui HKP. Bukan sekadar tempat menyampaikan bantuan, tetapi tempat orang Pandan boleh datang berkongsi masalah dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
Kepada anak-anak yang menerima komputer riba, belajar rajin-rajin ya! Semoga bantuan ini dapat membantu anda melangkah lebih jauh.
Terima kasih kepada pasukan HKP yang membantu menguruskan semuanya.
#tza #madanibekerja #pandan #habkomunitipandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belum rezeki kita malam ini. Tapi saya tetap bangga dengan anak-anak muda kita! 🇲🇾❤️
Sebelum mereka berangkat ke Kaherah, saya sempat pesan: pergi sana, main sebaik mungkin, enjoy pengalaman dan julanglah Jalur Gemilang.
Dan mereka dah buat lebih daripada itu!
Selepas 9 tahun, Malaysia akhirnya kembali ke pentas final Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Dunia, setelah menewaskan Indonesia di separuh akhir.
Memang kita semua berharap mereka dapat membawa pulang kejuaraan. Tapi saya tak mahu satu kekalahan memadamkan segala usaha dan pencapaian mereka sepanjang kejohanan ini.
Kepada skuad kita, jangan terlalu kecewa. Kalian masih muda, perjalanan masih jauh. Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus maju.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan seluruh pasukan. Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia!
Kita teruskan usaha untuk #gemilangkanlagi 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #bwfworldjuniorchampionships #worldjuniorchampionships #cairo2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belanjawan negara ni siapa sebenarnya yang bagi idea? Menteri je ke?
Jangan terkejut. Anak muda pun ada suara dalam menentukan hala tuju negara!
#tza #belanjawan2027 #genz #madanibekerja #tanyatv #boraksiswaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM730 JUTA UNTUK SUKAN, DEMI JUARA MASA DEPAN
Saya menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh pembangunan sukan negara, daripada mencungkil bakat di peringkat akar umbi hingga melahirkan atlet berprestasi tinggi. Belanjawan 2027 memperuntukkan RM730 juta, merangkumi RM460 juta bagi pembangunan sukan negara, RM240 juta untuk persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027, serta RM30 juta bagi Geran Padanan Sukan (GPS).
Bagi badminton, pembangunan bakat mesti bermula di peringkat akar umbi. Justeru, peningkatan 50 peratus peruntukan aktiviti sukan sekolah kepada RM27 juta, yang bakal memanfaatkan lebih 4.6 juta murid, amat dialu-alukan. Namun, pembangunan tidak boleh terhenti di sekolah. Kita mesti memastikan pemain berbakat mempunyai laluan yang jelas untuk terus berkembang melalui kelab, persatuan negeri dan program pembangunan kebangsaan.
BAM turut mengalu-alukan peruntukan RM30 juta menerusi GPS bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi. Bagi badminton, lebih banyak kejohanan berkualiti bermakna lebih banyak peluang untuk pemain tempatan menguji kemampuan, berdepan lawan yang lebih kuat dan mengumpul pengalaman sebelum bersaing di pentas antarabangsa.
Sebagai Presiden BAM, saya percaya kejayaan badminton negara tidak boleh hanya bergantung kepada beberapa pemain terbaik hari ini. Cabaran kita ialah memastikan apabila seorang juara bersara, sudah ada pemain pelapis yang bersedia mengambil tempatnya. Ini memerlukan pembangunan bakat yang konsisten, kejurulatihan berkualiti dan sokongan sains sukan yang menyeluruh.
BAM akan meneliti bagaimana peluang di bawah Belanjawan 2027, khususnya GPS, dapat dimanfaatkan bersama persatuan negeri dan rakan korporat untuk memperkukuh penganjuran kejohanan serta memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain pelapis. Dalam masa yang sama, persiapan skuad badminton negara menghadapi Sukan SEA 2027 kekal menjadi keutamaan.
Matlamat kita bukan sekadar melahirkan juara hari ini, tetapi membina sistem yang mampu melahirkan juara secara berterusan untuk generasi akan datang.
#belanjawan2027 #malaysiamadani #tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030
malaysiagazette.com/2026/10/09/belanjawan-2027-kerajaan-p… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Amboi Saddiq, senyum tak lekang dari tadi! 😄
Memang patut pun. Hari ni hari bahagia dia dan Bella.
Yang uniknya, tema majlis hari ni serba putih. Biasanya pengantin je pakai putih, tapi hari ni satu dewan jadi pengantin! 🤣
Seronok juga dapat jumpa semula ex bosses saya. Sempatlah bergambar sama-sama!
Saddiq dan Bella, selamat menempuh alam rumah tangga. Kena banyak bersabar, bertolak ansur dan paling penting, jangan lupa Bella is always right! 😂
Semoga kekal bahagia sampai ke anak cucu. ❤️
#tza #syedsaddiq #bellaastillah #selamatpengantinbaru -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
9 tahun menunggu. 15 tahun memburu gelaran juara dunia! 🇲🇾🏸
Tahniah skuad badminton remaja negara!
Selepas menewaskan Indonesia, juara edisi 2024, Malaysia kembali ke pentas final Kejohanan Badminton Remaja Dunia bagi acara berpasukan campuran buat kali pertama sejak 2017!
Kali terakhir kita menjulang Piala Suhandinata ialah pada 2011, apabila Malaysia menewaskan Korea Selatan 3-0.
Hari ini, juara bertahan China menanti, kita hanya selangkah lagi untuk mengulangi sejarah!
Ayuh anak-anak Malaysia! Bawa pulang kejuaraan! 🇲🇾💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #bwfworldjuniorchampionships #cairo2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setel! ✅
Belanjawan 2027 dah selesai dibentangkan!
Tapi ramai orang cuma nampak YAB PM berucap di Parlimen. Yang ramai tak nampak ialah kerja keras di belakang tabir sebelum sampai ke hari ini.
Saya sendiri lihat YAB PM bersama pasukan Kementerian Kewangan meneliti dan memperhalusi Belanjawan hingga ke saat-saat akhir.
Angka demi angka. Cadangan demi cadangan. Bukan kerja sehari dua.
Dan bukan kerja seorang dua juga!
Di belakang setiap pembentangan, ada ramai penjawat awam yang bertungkus-lumus. Ada yang namanya kita tak kenal, wajahnya pun tak pernah masuk TV.
Kepada semua yang terlibat, terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan anda.
Satu tugas besar dah selesai. Tapi perjalanan Belanjawan 2027 belum habis lagi.
Setel satu bab. Kita sambung bab seterusnya! 💪
#tza #belanjawan2027 #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
BELANJAWAN MADANI 2027: KEYAKINAN PELABUR MENINGKATKAN GAJI RAKYAT
RM510 bilion perbelanjaan dan pelaburan digembleng untuk 2027, dengan defisit fiskal disasar turun kepada 3.3%. Kerajaan mendahulukan rakyat dan menjaga disiplin fiskal.
STR dan SARA meningkat kepada RM16 bilion, dua kali ganda bantuan tunai pada 2022. Sehingga 9 juta penerima STR akan menerima SARA sehingga RM1,800 setahun; 13 juta dewasa lain akan menerima RM100 dua kali. Pelepasan cukai individu naik daripada RM9,000 kepada RM12,000, dengan kira-kira 5 juta pembayar cukai boleh jimat sehingga RM1,600 setahun.
Namun bantuan sahaja tidak cukup. Bahagian pampasan pekerja dalam KDNK masih 33.9%. Gaji minimum akan naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027 (dengan pengecualian bagi PMKS tertentu), manakala kadar RM2,500 akan diperkenalkan untuk graduan dan pekerjaan separa mahir.
Daripada pengalaman di Kementerian Kewangan, saya tahu penyasaran subsidi bukan keputusan mudah. Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjayakan reformasi ini dan memperkukuh keyakinan pelabur.
Separuh pertama 2026, RM218.5 bilion pelaburan diluluskan, dijangka mewujudkan lebih 99,000 pekerjaan. Hampir satu daripada lima pekerjaan perkilangan tempatan yang dirancang menawarkan gaji RM5,000 atau lebih. Namun kelulusan bukan ukuran akhir - projek mesti terlaksana dan rakyat mesti menikmati manfaatnya.
Sebagai Pengerusi MIDA, saya mahu pelaburan diukur melalui pekerjaan berkualiti, pemindahan teknologi dan peluang kepada syarikat tempatan. Kerangka Insentif Baharu menghubungkan insentif dengan hasil ini.
Kejayaan ekonomi bukan sekadar rekod pelaburan. Ia mesti dirasai melalui gaji lebih baik dan kehidupan lebih selesa.
#belanjawan2027 #malaysiamadani #ekonomirakyat #tza
bernama.com/bm/news.php?id=2617589 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak kerajaan tambah bantuan, tapi cukai jangan naik. Boleh ke dua-dua?
#tza #belanjawan2027 #cukai #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datang Kementerian Kewangan, rasa macam balik kampung! 😄
Sempat bertemu semula dengan ramai rakan lama di MOF sempena Hari Tinjauan Belanjawan 2027.
Pernah berada di sini, saya tahu betapa gigihnya pasukan di belakang tabir bekerja untuk menyiapkan belanjawan negara. Banyak masa, tenaga dan pengorbanan yang orang ramai tak nampak.
Terima kasih kepada seluruh warga MOF atas usaha dan komitmen anda. Semoga segala persiapan berjalan lancar menjelang pembentangan Belanjawan 2027!
#tza #belanjawan2027 #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 660 syarikat Perancis beroperasi di Malaysia, mewujudkan lebih 30,000 pekerjaan bernilai tinggi!
Saya menerima kunjungan TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia, bagi membincangkan bagaimana kita boleh menarik lebih banyak pelaburan Perancis, khususnya dalam teknologi, pembuatan termaju dan tenaga.
Melalui MIDA, kita mahu lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi, pemindahan teknologi dan peluang untuk syarikat tempatan menyertai rantaian bekalan global.
Kerjasama ekonomi mesti membawa manfaat sebenar kepada rakyat Malaysia.
Terima kasih TYT Marc Abensour atas kunjungan ini.
#tza #madanibekerja #mida #malaysiafrance -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
JEREBU: RAKYAT TANGGUNG, SYARIKAT LEPAS TANGAN?
1,198 sekolah di Johor ditutup pada 8 dan 9 Oktober. Lebih 617,000 murid terpaksa belajar dari rumah. Bukan kerana cuti, tetapi kerana udara di luar tidak selamat untuk mereka sedut.
Bulan lalu, 647 sekolah di Sarawak turut ditutup. Pada 8 Oktober, 38 kawasan mencatat IPU tidak sihat.
Kuala Lumpur dan Singapura pula silih berganti menduduki tempat pertama dalam ranking langsung bandar raya utama paling tercemar di dunia.
Ini bukan ranking yang kita mahu!
Greenpeace dan Pantau Gambut mengesan lebih 1,600 titik sumber asap dalam kawasan konsesi di Indonesia, termasuk yang dikaitkan dengan kumpulan syarikat dari Malaysia dan Singapura.
Ini belum membuktikan siapa bersalah. Tetapi mesti disiasat. Syarikat yang bertanggungjawab mesti dikenakan tindakan!
Perdana Menteri sudah menegaskan Malaysia tidak akan melindungi syarikat yang terbukti terlibat.
Saya setuju. Tetapi kita perlu pergi lebih jauh.
Saya menggesa lima tindakan konkrit:
1. Syarikat Malaysia — dedahkan peta konsesi, rekod titik panas dan tindakan pencegahan kebakaran. Jangan takut kalau tiada apa yang ingin disembunyikan!
2. Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti — pastikan syarikat tersenarai mendedahkan tindakan penguatkuasaan di konsesi luar negara yang mempunyai implikasi material. Pelabur berhak tahu!
3. Pelabur institusi — gunakan kuasa sebagai pemegang saham. Jangan biarkan simpanan rakyat menjadi modal kepada syarikat yang mengaut keuntungan sementara rakyat terpaksa menelan asap!
4. Kerajaan Indonesia — kongsikan maklumat syarikat berkaitan Malaysia yang dikenakan tindakan supaya kita boleh meneliti tindakan sewajarnya.
5. Kerajaan Malaysia — percepatkan kajian Akta Jerebu Rentas Sempadan. Singapura sudah mempunyai akta sejak 2014, tetapi selepas 12 tahun masih belum ada pendakwaan yang dapat disahkan. Kita perlukan undang-undang yang benar-benar boleh dikuatkuasakan!
Saya akan membawa perkara ini kepada Kerajaan supaya proses penggubalan akta mempunyai garis masa yang jelas.
Ini bukan serangan terhadap industri sawit. Ratusan ribu pekebun kecil bekerja keras mencari rezeki. Jangan biarkan syarikat yang rakus mengejar keuntungan mencemarkan nama seluruh industri!
Konsesi anda. Kebakaran anda. Tanggungjawab anda.
Untung boleh dicari semula. Paru-paru anak kita tidak boleh diganti.
#tza #jerebu #jereburentassempadan #tanggungjawabkorporat
www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/1… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Don’t be greedy! Companies that are doing well need to give some back.
The economy grew 6%. But if people are still asking, “Why don’t I feel it?”, then growth needs to translate into better wages and better living standards.
Government has a role to play. So do businesses.
#tza #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Keuntungan pelaburan tertinggi dalam sejarah!
Tabung Haji dah pulih kembali. 💪
#tza #tabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada yang dijaga anak-anak. Ada yang banyak dibantu jiran. Ada juga yang memilih tinggal sendiri kerana tak mahu menyusahkan anak-anak.
Kadang-kadang orang yang perlukan perhatian dan bantuan sebenarnya dekat saja dengan kita. Jangan lupa bertanya khabar jiran tetangga.
#tza #pandan #ziarahkasih #komunitikita #jagajiranThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak berarak dengan tanglung pun ada singa ikut? Lepas tu kena ajak nyanyi lagu Mandarin pula.
Lagu apa? “The Moon Represents My Heart” (月亮代表我的心), lagu popular Teresa Teng.
Majlis ni lepas F1 ya, jadi tak ada kaitan langsung dengan hujan lebat di Sepang!
Selamat menyambut Pesta Tanglung! 中秋节快乐!🏮
#tza #pandan #midautumnfestival #pestatanglung #中秋节快乐 #komunitipandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Umur persaraan tak naik. Tapi apa pilihan selepas 60?
Kalau dah bersedia nak bersara, bersaralah. Tapi kalau masih sihat, produktif dan masih mahu bekerja, kenapa kita perlu tutup pintu?
#tza #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mid-Autumn Festival bukan sekadar tentang tanglung dan bulan penuh.
Bagi saya, yang paling penting ialah peluang untuk berkumpul, mengingati tradisi dan meraikannya bersama-sama.
Di Pandan, kita mungkin datang daripada latar belakang yang berbeza. Namun, kita tetap meraikan kepelbagaian bersama.
Selamat menyambut Mid-Autumn Festival kepada semua yang meraikannya.
#tza #midautumnfestival #pestatanglung #中秋节快乐 #komunitipandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia has a youth advantage. But it will not become an economic advantage by itself.
A young population only becomes a dividend when young people have the skills, opportunities and confidence to build better lives, create businesses and move into higher-value work.
That was one of my main takeaways from the Youth Economic Forum.
The questions from young Malaysians are becoming sharper. They are not just asking whether the economy is growing. They want to know what that growth means for them.
Will it create better-paying jobs?
Will their skills remain relevant as technology changes the workplace?
Can someone with a good idea build a business without already having the right connections?
Can a young worker realistically save, own a home and progress based on ability?
These are important questions because economic growth only matters when people can feel its impact in their own lives.
As Budget 2027 approaches, we should keep that test in mind. Investment must translate into better jobs. Education and TVET must lead to relevant skills. Entrepreneurship support must help more young Malaysians turn ideas into viable businesses. And as new forms of work expand, social protection has to keep pace.
But responsibility does not sit with government or institutions alone.
Young Malaysians also have more tools than ever to participate, contribute and lead. Leadership does not have to begin with a title. It can begin in a workplace, a campus, a business or a community.
Malaysia’s youth advantage will ultimately depend on whether we create enough opportunities for young people — and whether they choose to step forward and use them.
The next decade should not simply happen to our young people. They should help shape it.
#tza #youtheconomicforum #yef2026 #youth #futureofwork #skills #entrepreneurship #malaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kerusi roda yang dah rosak pun boleh bantu orang semula, kalau ada yang sanggup membaikinya.
Ini antara usaha Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor (PPJDS) yang menarik perhatian saya ketika singgah di cawangan Tasek Permai. Mereka kumpulkan kerusi roda dan alat bantuan berjalan yang rosak atau tidak lagi digunakan, baiki dan pinjamkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Bagi keluarga yang memerlukan, dapat pinjam peralatan ini pun sudah banyak membantu.
Ahli-ahlinya turut menghasilkan cenderamata untuk dijual. Ada ruang untuk belajar kemahiran dan menggunakan hasil tangan sendiri untuk mencari pendapatan.
Setiap Sabtu ada doktor datang buat akupunktur percuma. Memang ramai penduduk setempat yang datang!
Saya suka semangat warga PPJDS. Mereka membina kehidupan sendiri sambil membantu orang lain. Sebab itu sokongan kepada komuniti OKU perlu juga membuka peluang untuk mereka berkarya, bekerja dan berdikari.
Terima kasih atas sambutan mesra warga PPJDS. Kalau ada kerusi roda atau alat bantuan berjalan yang sudah tidak digunakan, cuba hubungi mereka. Mungkin barang yang tersimpan di rumah kita boleh membantu orang lain pula.
#tza #pandan #komunitioku -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Banyak aktiviti, tapi dekat meja mewarna juga saya paling lama tersangkut. 😄
Budak-budak tengah khusyuk mewarna. Saya pula sibuk rakam gelagat mereka. Seronok tengok masing-masing fokus nak siapkan gambar.
Dari mula sampai dah meriah program Santai Bersama Komuniti Tasek Permai, siap ada paluan gendang menyambut kami. Saya ambil peluang berborak dengan penduduk, singgah tengok pemeriksaan kesihatan dan sampaikan sumbangan kepada penerima.
Seronok bila jiran-jiran dapat berkumpul macam ni. Selalunya berselisih, sempat angkat tangan saja. Bila ada program macam ni, bolehlah duduk bersembang sementara anak-anak sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Terima kasih semua yang datang dan yang bertungkus-lumus menjayakan program. Seronok dapat jumpa!
#tza #pandan #tasekpermai #komunitipandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kenapa lepaskan mandat yang sudah ada, kemudian mahu minta semula mandat yang sama?
#tza #keadilan #petalingjayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor atas perkenan mengundang patik ke Majlis Perasmian Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor di Cyberjaya, bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku.
Satu lagi kemudahan sukan bertaraf tinggi kini ada di Selangor. Saya harap kelab ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai anak muda untuk mengenali dan mendekati sukan berkuda dan siapa tahu, lahir pula bakat-bakat baharu dari sini.
Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Patik mendoakan Tuanku Sultan dan Tuanku Tengku Permaisuri sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan dilanjutkan usia untuk terus menaungi rakyat Selangor.
Daulat Tuanku.
#tza #jubliperaksultanselangor #selangor -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa sebenarnya yang anak muda mahukan?
Kerja dengan gaji yang bukan sekadar cukup makan, tapi cukup untuk bina masa depan. Peluang untuk memiliki rumah sendiri. Nak mula bisnes, ada sokongan. Nak tambah kemahiran, ada jalan.
Seronok tengok ramai anak muda di Youth Economic Forum (YEF) tadi. Soalan makin tajam, idea makin berani. Mereka ambil tahu tentang ekonomi sebab mereka nak tahu, “Dalam masa depan negara ni, di mana tempat saya?”
Dengan Belanjawan 2027 semakin dekat, antara yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana kita boleh buka lebih banyak peluang untuk anak muda. Kerja bergaji lebih baik, akses kepada pendidikan dan TVET, sokongan untuk usahawan muda serta perlindungan untuk mereka yang bekerja dalam ekonomi gig.
Bila kita bercakap tentang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, anak muda mesti boleh nampak apa maknanya untuk hidup mereka. Ada peluang kerja yang lebih baik? Gaji boleh naik? Ada ruang untuk maju atas kemampuan sendiri?
Saya percaya anak muda Malaysia ada potensi besar. Tanggungjawab kita ialah buka lebih banyak pintu untuk mereka.
Tapi anak muda juga tak perlu tunggu “satu hari nanti” untuk memimpin. Sekarang pun dah boleh mula.
Insya-Allah, masa depan Malaysia cerah kalau generasi muda kita bukan sekadar menunggu masa depan, tetapi turut membinanya.
#tza #youtheconomicforum #yef2026 #anakmuda #belanjawan2027 #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Anak-anak siapa ni? Awal dah sampai untuk solat Jumaat. Sejuk hati tengok semangat mereka. 👏🏻😊
Semalam saya bersama jemaah di Surau Taman Pandan Mewah untuk menunaikan solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan Parlimen Pandan.
Seperti biasa, kami turut berkongsi rezeki melalui agihan pek makan tengah hari kepada jemaah. Sambil itu, dapat bertegur sapa dan bertanya khabar warga setempat.
Paling seronok tengok anak-anak muda datang awal ke surau. Teruskan amalan baik ini ya. Semoga surau kita sentiasa meriah dengan kehadiran semua generasi. 🤲🏻
#tza #kongsirezeki #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sebelum ke Kaherah, kita test sikit pengetahuan badminton skuad junior negara.
All the best di Kejohanan Remaja Dunia! 🇲🇾🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #bwfworldjuniorchampionships #worldjuniorchampionships #cairo2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam mana @AzizulAWANG boleh potong rider China last second macam tu?! 🔥🔥
Umur dah 38 tapi kudrat macam orang umur 18!
Dan ini adalah emas keirin keempat Jijoe tahun ni. Perth, Nilai, Glasgow, sekarang Nagoya. Empat kejohanan, empat emas! 🔥
Memang gila tengok pecutan terakhir tu. Ingatkan dah tak sempat, sekali dia datang dari belakang dan terus potong sebelum garisan penamat.
Inilah Pocket Rocketman kita! 🚀
Tahniah Jijoe! Emas untuk Malaysia! 🇲🇾🥇
Memang puas hati tengok race ni. Legend! 👏👏
#tza #azizulhasniawang #jijoe #pocketrocketman #teammalaysia #malaysiaboleh
www.thestar.com.my/sport/cycling/2026/10/02/azizul-reigns… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hutang lama, tapi rakyat masih bayar sampai hari ini.
#tza #felda #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa yang rakyat harapkan daripada Belanjawan 2027, dan bagaimana kita pastikan ia benar-benar menjawab keperluan mereka?
Saya menghadiri sesi taklimat Belanjawan 2027 bersama YAB Perdana Menteri dan rakan-rakan yang terlibat dalam persediaannya.
Bila bercakap tentang Belanjawan, akhirnya rakyat mahu tahu satu perkara: apa maknanya kepada kehidupan mereka?
Adakah beban belanja dapat diringankan? Pendapatan boleh meningkat? Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan? Anak-anak mendapat pendidikan dan peluang masa depan yang lebih baik?
Ekonomi negara mesti terus berkembang. Tetapi pada masa yang sama, pertumbuhan itu perlu sampai kepada rakyat. Sebab itu setiap peruntukan perlu diterjemahkan kepada hasil yang rakyat boleh nampak dan rasai. Itulah ukuran yang paling penting.
#tza #madanibekerja #belanjawan2027 #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belanjawan dah dekat. Apa yang kontraktor perlukan, dan apa pula yang rakyat dapat?
Saya bersama YAB Perdana Menteri dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 dengan wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera.
Antara pandangan yang kami dengar ialah tekanan kos yang semakin tinggi, akses kepada peluang dan cabaran syarikat kecil untuk berkembang dan bersaing.
Ini bukan soal kontraktor semata-mata. Bila industri ini berkembang dengan sihat, lebih banyak projek boleh berjalan, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan lebih banyak syarikat tempatan boleh membina kemampuan.
Dan akhirnya, rakyat mahu satu perkara yang mudah: bila duit dibelanjakan, projek mesti siap dengan baik dan kemudahan yang dibina mesti boleh digunakan dan memberi manfaat.
Sebab itu sebelum Belanjawan dibentangkan, kita dengar dulu mereka yang berada di lapangan. Supaya setiap ringgit yang diperuntukkan nanti membawa hasil yang rakyat boleh nampak dan rasai.
Terima kasih kepada semua yang berkongsi pandangan.
#tza #belanjawan2027 #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tengok mereka training tadi, saya sendiri rasa penat. 😅🏸
Laju, fokus dan serius betul bila dah masuk court. Inilah anak-anak muda yang akan bawa nama Malaysia ke pentas dunia.
Saya singgah jumpa sebahagian skuad remaja negara yang akan beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Kaherah, Mesir. Ada yang dah pun cipta nama di peringkat Asia. Ada yang sedang memburu pengalaman pertama di pentas dunia.
Saya tak nak tambah tekanan kepada mereka. Saya cuma pesan satu benda: pergi sana, main sebaik mungkin, enjoy pengalaman dan julanglah Jalur Gemilang.
Selamat maju jaya di Kaherah. Seluruh Malaysia mendoakan kejayaan skuad kita. 🇲🇾❤️
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #bwfworldjuniorchampionships #worldjuniorchampionships #cairo2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila gaji minimum naik, pekerja yang dah lama berkhidmat jangan sampai tertinggal.
Pada masa yang sama, kedai kecil yang untung cukup-cukup makan pun terasa dengan kos tambahan. Kenaikan gaji perlu lebih adil untuk pekerja, dan kemampuan peniaga kecil juga perlu diambil kira.
#tza #ekonomirakyat #gajiminimum #pekerja #belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya datang ke SMK Taman Yarl sebab nak tengok sendiri apa yang selama ini saya cuma nampak dalam video.
Setiap pagi, Cikgu Kamal dan guru-guru berada di pintu pagar untuk menyambut sendiri para pelajar. Nampak macam perkara kecil, tapi bila berada di situ sendiri, saya faham kenapa ia memberi kesan.
Sekolah sepatutnya jadi tempat anak-anak kita rasa selamat dan gembira untuk datang belajar. Kadang-kadang perasaan itu bermula sebelum mereka masuk kelas lagi.
Yang menarik, budaya ini bukan setakat menghasilkan suasana yang lebih positif. Pada 2025, SMK Taman Yarl mencatatkan keputusan SPM terbaik mereka dalam tempoh enam tahun.
Saya paling suka satu perkara yang Cikgu Kamal ceritakan. Beliau tak tunggu murid berjaya dulu untuk menghargai mereka. Beliau mahu mereka tahu dari awal lagi bahawa ada orang di sekolah yang percaya pada mereka.
Terima kasih Cikgu Kamal dan seluruh warga SMK Taman Yarl. Teruskan usaha membina sekolah yang anak-anak kita seronok untuk datang setiap pagi. ❤️
#tza #smktamanyarl #sekolahpenyayang #pendidikan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya bersama YAB Perdana Menteri menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah hari ini.
Satu abad kehidupan, begitu banyak jasa dan kenangan yang ditinggalkan. Namun ramai akan mengingati Allahyarhamah kerana sifatnya yang sederhana, tenang dan sentiasa menyenangkan orang di sekelilingnya.
Takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir dan seluruh keluarga. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal baiknya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah.
#tza #tunsitihasmah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.
Takziah buat Tun Dr. Mahathir dan seluruh keluarga. Al-Fatihah.
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kursus mungkin selesai hari ini. Tapi usaha mendekati masyarakat dan menyampaikan maklumat dengan jelas mesti diteruskan.
Semalam saya menutup Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti Strategik Khas. Saya berpesan kepada peserta: sebelum menerangkan sesuatu isu, fahami dulu apa yang masyarakat mahu tahu. Turun padang, dengar soalan mereka dan jawab dengan maklumat yang sahih, dalam bahasa yang mudah difahami.
Ilmu hanya berguna apabila dapat membantu masyarakat memahami perkara yang dekat dengan kehidupan mereka.
#tza #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sempat video call Pearly dan Thinaah lepas perlawanan tadi. ❤️🇲🇾
Masa dah 20-20 game kedua tu memang ingat dah boleh menang straight game! Belum ada rezeki kali ini.
Tapi tetap bangga. Bukan mudah nak lawan pasangan No. 1 dunia sampai tiga game.
Dan gangsa ini pun ada maknanya tersendiri. Selepas 12 tahun, akhirnya Malaysia kembali meraih pingat beregu wanita di Sukan Asia. Kali terakhir Malaysia menang gangsa ialah melalui Vivian Hoo dan Woon Khe Wei pada 2014.
Tahniah Pearly dan Thinaah. Teruskan perjuangan! 🇲🇾❤️
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #pearlythinaah #teammas #sukanasia2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pantas daripada China pada 2026.
Menurut Moody’s Analytics, Malaysia antara enam ekonomi utama Asia Pasifik yang diunjur mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada China. Antara pemacunya ialah penglibatan Malaysia dalam rantaian bekalan kecerdasan buatan (AI).
Permintaan terhadap cip dan teknologi AI membuka lebih banyak peluang perniagaan untuk syarikat tempatan. Kita perlu pastikan perkembangan ini turut mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Bila ekonomi berkembang, rakyat juga mesti dapat menikmati hasilnya.
#tza #ekonomirakyat
bernama.com/bm/news.php?id=2611436 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Haaa, tong gas 10 hengget!
Lepas selesai ziarah hari ini, saya singgah ke Pandan Mewah untuk program tong gas bersubsidi RM10. Lebih 75 orang hadir, masing-masing membawa tong gas kosong untuk ditukar.
Program ini diusahakan oleh Hab Komuniti Pandan bersama Suara Selangor dan KRT setempat. Saya suka usaha macam ni sebab gas memang kita digunakan setiap hari. Kalau dapat jimat belanja dapur walaupun sedikit, tetap terasa bezanya.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga lebih banyak usaha yang dekat dengan keperluan harian warga Pandan dapat kita teruskan.
#tza #pandanmewah #madanibekerja #kitaselangor #suaraselangor #habkomunitipandan #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mandat rakyat menentukan siapa memimpin kerajaan. Tapi mandat tak beri kuasa kepada MB untuk mengetepikan undang-undang.
Ada Undang Yang Empat atau tidak, persoalan pokoknya tetap sama: siapa yang diberi kuasa oleh undang-undang?
#tza #negerisembilan #perakThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Tak nak susahkan anak-anak.” Itu yang Uncle Leong beritahu saya.
Uncle Leong menghidap diabetes dan sukar berjalan selepas pernah mengalami kemalangan. Beliau tinggal seorang diri. Anak-anak pernah mengajak beliau tinggal bersama, tapi Uncle Leong memilih untuk terus di rumah sendiri kerana anak-anak pun sudah ada keluarga masing-masing.
Saya singgah menziarahi beliau sebelum bergerak ke program seterusnya. Lama juga saya fikir tentang kata-katanya. Ramai ibu ayah begini, walaupun mereka sendiri sedang susah, mereka masih fikir tentang anak-anak.
Kadang-kadang orang yang perlukan perhatian itu dekat saja dengan kita. Mungkin jiran yang tinggal sendiri, yang sudah lama kita tak tanya khabar. Singgah sekejap, tanya apa yang diperlukan. Perkara kecil begitu pun boleh buat seseorang rasa dia tidak dilupakan.
Terima kasih, Uncle Leong, kerana sudi menerima kunjungan saya. Saya doakan Uncle sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan.
#tza #pandan #ziarahkasih #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Makcik Allagammah cerita, cucunya sedang belajar perubatan dan bercita-cita nak jadi doktor. Seronok dengar makcik bercerita tentang cucunya.
Saya ziarah Makcik Allagammah A/P S. Supiah, 72 tahun. Beliau menghidap diabetes dan sekarang tak lagi mampu buat kerja berat macam dulu. Suaminya sudah lama meninggal dunia, tetapi adik-beradiknya masih datang bergilir-gilir untuk melihat dan menjaganya.
Dalam keadaan begini, perhatian keluarga dan cerita tentang masa depan cucu pun boleh jadi sumber semangat. Saya doakan Makcik Allagammah terus kuat, dan semoga cita-cita cucunya untuk menjadi doktor tercapai.
Terima kasih, makcik, kerana sudi menerima kunjungan saya.
#tza #pandan #ziarahkasih #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu Abang Ijam baiki motosikal orang. Sekarang, jiran-jiran pula banyak membantu Abang Ijam.
Saya singgah menziarahi Abang Ijam, atau nama sebenarnya Rosnizam Manap, di Kampung Pandan Dalam. Sejak diserang strok pada 2022, beliau tak dapat lagi bekerja sebagai pomen motosikal. Penglihatannya juga terjejas. Selepas ibunya meninggal dunia, beliau tinggal seorang diri. Saya terharu dengar jiran-jiran sentiasa ambil tahu, termasuk membantu menyediakan makan hariannya.
Tak jauh dari situ, saya ziarah pula Makcik Rokhiati binti Sandi. Beliau ada masalah jantung dan kerap berulang-alik ke hospital kerana lebihan air dalam badan. Sekarang Makcik Rokhiati menggunakan kerusi roda. Anak-anaknya, Kak Long dan Shima, menjaganya sambil mencari rezeki dengan menjual nasi lemak berhampiran rumah.
Saya tahu menjaga ahli keluarga yang sakit perlukan banyak tenaga, masa dan belanja. Hari ini saya datang untuk dengar sendiri keadaan mereka dan lihat bagaimana kami boleh membantu.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang menjaga Abang Ijam, dan kepada Kak Long serta Shima yang menjaga ibu mereka. Kasih sayang macam inilah yang menguatkan komuniti kita. Saya doakan urusan Abang Ijam dan Makcik Rokhiati dipermudahkan.
#tza #ziarahkasih #pandan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nama beliau Puan Marwiyah, tapi ramai lebih kenal sebagai Mak Wi. Sekarang Mak Wi berdepan diabetes dan masalah buah pinggang. Suami beliau sudah tiada, jadi anak-anaklah yang bergilir menjaga Mak Wi.
Saya sempat berbual dengan anak-anaknya. Mereka mahu cari bantuan untuk ibu, cuma tak tahu nak mula di mana. Sukarelawan yang datang bersama kami bantu uruskan permohonan bantuan kesihatan dan sara hidup yang sesuai di bawah Kerajaan Selangor. Pasukan saya akan susuli perkembangannya.
Kami juga sumbangkan sebuah katil supaya lebih mudah untuk anak-anak menguruskan Mak Wi di rumah. Menjaga ibu yang sakit bukan perkara mudah. Saya harap bantuan ini dapat ringankan sedikit urusan mereka sekeluarga.
Mak Wi, semoga terus kuat ya. Kami doakan urusan rawatan Mak Wi dipermudahkan.
#tza #ziarahkasih #pandan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semasa bekerja di Utusan, beliau berkongsi kisah hidup orang lain. Hari ini, Haji Abdul Rashid pula berkongsi cerita hidupnya dengan saya.
Saya menziarahi Haji Abdul Rashid dan isterinya, Puan Khadijah, di Taman Cheras Indah. Mereka tinggal berdua dan kini berdepan cabaran kesihatan serta kos sara hidup. Haji Abdul Rashid memerlukan pemeriksaan lanjut bagi masalah jantung, manakala urusan rawatan dialisis juga perlu diberi perhatian.
Saya datang bersama pasukan TZA dan sukarelawan JKM. Kami membantu memulakan permohonan bantuan kesihatan dan sara hidup yang bersesuaian di bawah Kerajaan Selangor. Pasukan saya akan membuat susulan supaya permohonan ini dapat diteruskan dan keperluan mereka diberi perhatian.
Terima kasih Haji Abdul Rashid dan Puan Khadijah kerana menerima kunjungan kami. Semoga urusan rawatan dipermudahkan dan kedua-duanya terus diberi kekuatan.
#tza #ziarahkasih #pandan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
One thing I learned in government: the work cannot depend on you being there forever.
If a policy is good, build the right foundation and the right team so it can keep going long after you’ve moved on.
#tza #mrmoneytvThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas agih nasi tomato, kita makan kat dapur surau. 😄
Semalam, saya solat Jumaat bersama jemaah Surau Al-Falah, Pandan Jaya. Selesai solat, saya kongsi rezeki 400 bungkus Nasi Tomato Special kepada jemaah. Orang Pandan sendiri yang masak ni!
Kemudian, pengerusi ajak saya makan bersama AJK di dapur. Sambil makan, AJK turut cerita tentang bumbung surau yang perlukan penambahbaikan dan beberapa keperluan lain untuk keselesaan jemaah. Saya ambil maklum. Insya-Allah, kita tengok apa yang boleh dibantu.
Terima kasih AJK Surau Al-Falah atas jamuan dan layanan mesra. ❤️
#tza #pandan #daripandanuntukpandan #solatjumaat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mooncake ni halal ke? Jangan main makan je… 🥮👀 #tza #mooncake #festivaltanglung
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pada 2009, ketika UMNO memimpin Putrajaya, KSN menegaskan Menteri Besar Perak tiada kuasa menggantung SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Hari ini AGC menyatakan perkara yang sama di Negeri Sembilan. Kenapa pula dikatakan campur tangan?
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak semestinya kena ada duit untuk buat kebaikan. ❤️
Ada barang lebih, kita kongsi. Ada tenaga, kita bantu. Itulah semangat Free Market Pandan Prihatin sejak awal.
#tza #pandanprihatin #pandan #freemarket #kitajagakita #kongsirezekiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
TUJUH HALAMAN, TAPI SOALAN PALING ASAS MASIH BELUM DIJAWAB
Kenyataan tujuh halaman Menteri Besar hari ini bercakap panjang tentang adat, Perlembagaan, mandat rakyat dan bidang kuasa.
Tetapi sebelum pergi lebih jauh, Dato’ Ismail Lasim perlu menjawab perkara paling asas tentang pendiriannya sendiri.
Pada 2 Ogos, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz.
Sehari kemudian, pada 3 Ogos, beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz.
Namun lebih sebulan selepas tandatangan itu, pada 6 September, Ismail masih menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Pada 9 September, beliau berkata tandatangan pada proklamasi itu dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan. Beliau juga membuat laporan polis. Kerajaan Negeri ketika itu berpendirian proklamasi tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan.
Pada 10 September, beliau bertemu Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan isu tersebut.
Pada 15 September, Ismail masih menyatakan bahawa sesuatu proklamasi tidak dengan sendirinya mewujudkan kuasa perlembagaan dan persoalan sumber kuasa, syarat serta prosedurnya perlu ditentukan.
Tetapi mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada hari yang sama kemudiannya dikatakan telah membuat keputusan sebulat suara bahawa proklamasi itu sah dan berkuat kuasa.
Pada 16 September, keputusan itu diumumkan dengan Tuanku Muhriz dikatakan telah diturunkan sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Pada 17 September, Ismail sendiri mengesahkan keputusan Exco tersebut dan proses pewartaan telah diminta untuk diteruskan.
Jadi sebelum bercakap tentang perkara lain, Menteri Besar perlu menjawab lima soalan ini:
1. Betulkah anda dipaksa menandatangani proklamasi pada 3 Ogos?
2. Jika benar, siapa yang memaksa anda?
3. Jika pada 6 September anda masih menyatakan sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz, dan pada 9 September mendakwa proklamasi itu ditandatangani secara paksaan, apa yang berubah sehingga Exco pada 15 September mengambil pendirian bahawa proklamasi itu sah?
4. Apakah yang menyebabkan perubahan pendirian itu? Adakah anda juga dipaksa sepertimana dakwaan anda semasa menandatangani Proklamasi?
5. Jika terdapat tekanan untuk mengubah pendirian anda, siapa yang terlibat dan siapakah yang anda temui dalam tempoh tersebut?
Ini bukan persoalan kecil.
Seorang Menteri Besar telah mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Raja, membuat laporan polis mengenainya dan secara terbuka menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz.
Tidak sampai sepuluh hari kemudian, kerajaan yang dipengerusikannya mengesahkan proklamasi itu dan meminta proses pewartaannya diteruskan.
Apa yang sebenarnya berubah antara 9 dan 15 September?
Perkara asas ini perlu dijelaskan dahulu.
Kenyataan tujuh halaman hari ini masih menegaskan bahawa kerajaan tidak menentukan siapa menaiki atau meninggalkan takhta dan perkara tersebut perlu melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa. Tetapi ia masih tidak menjelaskan perubahan pendirian Menteri Besar sendiri.
Dato’ Ismail, apa yang sebenarnya berubah?
#tza
www.kosmo.com.my/2026/09/24/mb-exco-tidak-pernah-buat-kep… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
The easy way is to blame someone else.
It may win headlines, even votes. But if you want lasting results, you still have to fix the real problem.
#tza #mrmoneytvThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan masuk berbilion ringgit. Tapi apa yang rakyat dapat?
Ini antara perkara yang saya bincangkan bersama Dr Tricia Yeoh dan pemimpin perniagaan antarabangsa dalam sesi YPO Intercontinental Chapter.
Dalam mengejar peluang AI, pusat data dan semikonduktor, kita mahu anak Malaysia mendapat pekerjaan dengan gaji lebih baik, menguasai teknologi baharu dan membina perniagaan sendiri. Syarikat tempatan juga mesti mendapat peluang menjadi pembekal dan berkembang bersama pelaburan ini.
Bagi saya, kejayaan menarik pelaburan mesti diukur pada perubahan yang rakyat boleh rasai dalam kehidupan mereka.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pernah dengar Deaflympics? Bukan Paralympics ya. Ini temasya sukan antarabangsa khusus untuk atlet pekak, dan atlet kita pun pernah naik podium di sana! 🇲🇾
Saya berbesar hati menerima kunjungan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), bersama pemain badminton negara Boon Wei Ying dan Edmund Teo Seng Keong serta jurulatih mereka, Chong Sook Chin.
Wei Ying dan Edmund membawa pulang gangsa beregu campuran di Deaflympics Tokyo 2025. Seronok dapat berjumpa sendiri dengan mereka dan mendengar perkongsian tentang perjalanan serta cabaran sebagai atlet.
Kami turut bertukar pandangan tentang perkembangan sukan pekak di Malaysia dan keperluan atlet untuk terus maju.
Terima kasih MSDeaf atas kunjungan. Tahniah kepada para atlet dan jurulatih yang mengharumkan nama negara!
#tza #msdeaf #deaflympics #sukanuntuksemua -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Merapatkan jurang kekayaan bukan sekadar soal keadilan. Ia juga penting untuk kestabilan ekonomi. Bila jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin besar, rasa tidak puas hati dalam masyarakat boleh meningkat dan akhirnya menjejaskan kestabilan politik serta ekonomi. Sebab itu pelabur juga mengambil kira perkara ini sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Di CGS China-ASEAN Business Leaders Summit di Singapura, saya kongsikan kenapa pertumbuhan ekonomi mesti memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat. Pelaburan yang masuk bukan sekadar perlu mencipta keuntungan, tetapi juga pekerjaan yang lebih baik, pendapatan yang lebih tinggi, peluang untuk meningkatkan kemahiran dan ruang untuk syarikat tempatan berkembang.
ASEAN dan China mempunyai modal, bakat dan keupayaan besar untuk berkembang bersama. Cabarannya ialah memastikan apabila ekonomi berkembang, rakyat yang membantu menjayakan pertumbuhan itu turut menikmati hasilnya.
#tza #asean #chinaasean #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jom kita bantu anak-anak Rumah Anak Yatim Sunbeam! ❤️
#tza #rumahanakyatimsunbeam #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia cannot compete on cheap labour forever.
If we want better wages, we also need companies to invest in productivity, automation and better-quality jobs. Workers should grow together with the economy.
#tza #mrmoneytv #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
12 tahun tak beraksi dalam acara berpasukan wanita Sukan Asia, sekarang dah mara ke suku akhir! 🇲🇾🔥
Tahniah skuad badminton wanita negara atas kemenangan 3-0 menentang Hong Kong. Korea Selatan menanti di suku akhir. Ayuh Malaysia! 💪🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengasuh jaga anak kita. Tapi siapa pula yang jaga kebajikan pengasuh?
Kita serahkan bukan saja makan minum anak-anak kita kepada mereka, tapi juga keselamatan, perkembangan dan kebajikan mereka.
Bila anak dijaga dengan baik, mak ayah pun boleh pergi kerja dengan hati lebih tenang.
Di Himpunan Gala Pesona Kasih MADANI Zon Tengah, saya sempat berjumpa dan dengar sendiri cerita serta cabaran para pengasuh.
Kita juga lancarkan kasihmadani.com. Kalau anda seorang pengasuh dan nak tahu latihan serta sokongan yang ada untuk tingkatkan kemahiran, boleh mula di sini.
Sebab kerja pengasuhan bukan sekadar kerja sampingan. Ini satu profesion yang perlu kita hargai.
Maklum balas yang saya dengar juga akan saya bawa kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri untuk pertimbangan Belanjawan 2027.
Bila kita jaga mereka yang menjaga anak-anak kita, kita sebenarnya sedang menjaga masa depan Malaysia. ❤️
#tza #kasihmadani #galapesonakasihmadani #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
UPDATE: Tiang Lampu TNB Terbakar di Jalan Nirwana 7, Taman Nirwana
Pasukan Hab Komuniti Pandan bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 14, Tn. Ifwat Hamirudin, telah turun ke lokasi bagi meninjau kejadian tiang lampu TNB terbakar di Jalan Nirwana 7, Taman Nirwana, Ampang.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian berpunca daripada kabel lama yang mengalami masalah, dan kerja-kerja penggantian kabel baharu sedang dilaksanakan oleh pihak berkaitan.
Pasukan kami akan terus memantau kerja-kerja pembaikan dan penggantian tersebut bagi memastikan keadaan kembali selamat serta tidak menjejaskan penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan sekitar.
Penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan dan tidak menghampiri kawasan yang terjejas sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.
#tza #pandan #tamannirwana -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
UPDATE: Tembok pecah akibat hujan lebat di Kampung Cheras Baru
Saya dimaklumkan mengenai kejadian tembok pecah akibat hujan lebat di Kampung Cheras Baru petang ini.
Pasukan Hab Komuniti Pandan bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 18, Tn. Viknesvaran, telah turun ke lokasi selepas menerima aduan daripada penduduk dan Ketua Kampung Cheras Baru, En. Firdaus.
Perkara ini telah dipanjangkan kepada MPAJ untuk tindakan segera. Jabatan Kejuruteraan akan menguruskan kerja pembersihan serta membaiki longkang yang rosak, manakala Jabatan Penguatkuasaan telah dimaklumkan untuk memasang garis keselamatan dan memantau kawasan terjejas.
Pasukan kami akan terus memantau keadaan dan perkembangan kerja di lokasi. Keselamatan penduduk adalah keutamaan kami.
#tza #pandan #kampungcherasbaru -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
UPDATE: Banjir di Jalan Bunga Raya menuju MRR2
Hujan lebat petang tadi menyebabkan banjir di simpang masuk dari Jalan Bunga Raya menuju ke MRR2.
Pasukan Hab Komuniti Pandan bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 18, Tn. Viknesvaran dan Pengerusi KRT, En. Hafis, telah turun ke lokasi dan membantu mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Pemeriksaan awal mendapati aliran air tersumbat akibat dahan dan daun yang menyekat saliran sehingga air melimpah ke jalan.
Aduan telah dipanjangkan kepada MPAJ untuk kerja pembersihan dan membuka semula aliran saliran, serta membaiki longkang sekiranya diperlukan.
Pasukan kami akan terus memantau keadaan dan tindakan susulan di kawasan ini.
#tza #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila cuaca panas, penggunaan elektrik memang akan naik. Tapi mengapa tinggi sangat bilnya?
Sebab bila penggunaan melepasi had tertentu, ada caj tambahan yang terpakai. Tapi sekarang Kerajaan dah naikkan had perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj. Apa yang kita guna tetap kita bayar, tapi lebih ramai isi rumah akan kekal dilindungi daripada caj tambahan. ⚡️
#tza #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari kecil dah seronok sambut Hari Malaysia. 🇲🇾❤️
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
#tza #madanibekerja #harimalaysia #kemas #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan pengampunan Datuk Seri Najib.
Kuasa pengampunan terletak di bawah Yang di-Pertuan Agong.
Jangan campur-adukkan bidang kuasa Perdana Menteri dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
First time join Keretapi Sarong. Tahun depan kita sarong lagi! 🇲🇾
#tza #keretapisarong2026 #pandan #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
I thought I’d spend a few years in public service, then go back to the private sector.
But seeing how a policy can actually change someone’s life gave me a sense of fulfilment I never felt in corporate life.
That changed everything.
#tza #mrmoneytvThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kenapa bil elektrik naik kebelakangan ini? Dan apa Kerajaan buat mengenainya?
Cuaca panas dan jerebu menyebabkan ramai antara kita menggunakan air-cond dan kipas lebih lama. Bila penggunaan elektrik meningkat, bil tentulah naik.
Tapi ada satu lagi perkara yang ramai mungkin tak tahu.
Sebelum ini, kalau penggunaan elektrik rumah 600 kWj sebulan dan ke bawah, kita dilindungi daripada beberapa caj tambahan.
Bila penggunaan melepasi 600 kWj, kita mula terdedah kepada AFA, iaitu pelarasan berdasarkan turun naik kos bahan api untuk menjana elektrik. Caj peruncitan dan SST juga terpakai.
Jadi bila penggunaan meningkat kerana cuaca panas, ada isi rumah yang bukan sahaja menggunakan lebih banyak elektrik, tetapi turut terkeluar daripada zon perlindungan ini.
Sebab itu Kerajaan sekarang menaikkan had perlindungan daripada 600 kepada 800 kWj sebulan, bagi penggunaan September hingga akhir Disember.
Contohnya, kalau penggunaan rumah kita naik daripada 580 kepada 700 kWj kerana air-cond digunakan lebih lama, kita masih berada dalam zon perlindungan.
Ini bukan bermaksud bil 700 kWj akan sama dengan bil 580 kWj. Kita tetap bayar elektrik yang kita gunakan. Tetapi kitamasih dilindungi daripada caj tambahan tadi.
Bila keadaan berubah, dasar pun kena menyesuaikan diri. Yang penting, tekanan kepada rakyat dapat dikurangkan.
#tza #madanibekerja
www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/0… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
No one gets there alone. 🇲🇾🏸
Trust the work, trust each other, and give it everything in Aichi-Nagoya.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang lain buat flea market, kita buat FREE Market. Bezanya satu je… yang ni memang FREE! 😄
Tak perlu beli. Tak perlu barter. Tak perlu tukar dengan apa-apa.
Konsep Pandan Prihatin dari awal memang mudah: yang ada lebih, bawa dan kongsi. Yang memerlukan, datang ambil apa yang perlu.
Baju, buku, barang rumah atau apa saja yang masih elok boleh dapat “tuan” baru. Barang yang mungkin dah tak bernilai sangat kepada kita, mungkin itulah yang sedang dicari orang lain.
Program ini bermula kecil-kecilan bersama komuniti setempat. Pandan Prihatin sendiri dah masuk 10 tahun tahun ini, dan sekarang penyumbang Free Market bukan saja datang dari sekitar Pandan, malah ada yang datang dari KL, Selangor, Kajang sampai ke Nilai.
Yang saya suka, Free Market ni dah jadi lebih daripada sekadar tempat ambil barang. Ada yang datang bawa barang, ada yang potluck, ada yang jadi sukarelawan, malah ada yang datang semata-mata nak membantu.
Biasanya program ini dibuat setiap 2 hingga 3 bulan, dan kali ini kami berkumpul di Masjid Nurussa’adah, Kampung Cheras Baru sempena Hari Malaysia.
Kalau nak sertai yang akan datang, ikut saja hebahan Pandan Prihatin. Tak semestinya kena ada duit untuk buat kebaikan. Ada barang, kongsi barang. Ada makanan, kongsi makanan. Ada tenaga, datang bantu.
Terima kasih saudara Boy Rizal dan seluruh pasukan Pandan Prihatin yang terus hidupkan budaya berkongsi dalam komuniti kita. ❤️
#tza #komunitipandan #pandan #pandanprihatin #freemarket #kongsirezeki -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sampai je Taman Muda, budak-budak sambut dengan tarian Agogo! 😂
Terus throwback zaman 60-an. Adik-adik bukan main lagi menari, kita yang tengok pun rasa nak join sekali.
Memang meriah Sambutan Hari Malaysia di Taman Muda. Abang-abang dan akak-akak dari bomba, polis serta pelbagai agensi pun turun padang. Penduduk boleh singgah booth yang ada untuk dapatkan bantuan atau berurusan terus dengan agensi berkaitan.
Budak-budak enjoy, mak ayah enjoy, kita pun tumpang enjoy sekali. 😄 Selamat Hari Malaysia, Taman Muda! 🇲🇾
#tza #harimalaysia2026 #tamanmuda #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datang sambut Hari Malaysia, sekali makcik-makcik kita yang curi spotlight! 😂🇲🇾 Tarian Melayu tapi rentak dia… bukan biasa-biasa ya.
Yang adik-adik pula siap bergaya untuk pertandingan baju Hari Malaysia. Memang dari kecil lagi dah kena kenalkan semangat Malaysia ni.
Meriah betul Karnival Sambutan Hari Malaysia ke-63 di Dewan MPAJ Taman Cempaka. Dari adik-adik, anak muda, mak ayah sampailah warga emas, semua turun meraikan.
Malaysia ni rumah kita. Berbeza itu biasa, bersama itu yang buat kita Malaysia. 🇲🇾
Selamat Hari Malaysia ke-63!
#tza #harimalaysia #tamancempaka #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Meriah betul Pasar Pagi Taman Muda semalam! 🧺
Saya bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, menyampaikan bakul makanan kepada warga yang memerlukan dalam program anjuran Peniaga dan Penjaja Taman Ampang Putra.
Walaupun hari bekerja, ramai juga yang datang. Siap ada tarian singa dan mercun! 🦁
Turut bersama Yap Teck Choy, Pengerusi Tokong Datuk Gong Taman Muda; Dato’ Chan Kim Leong, Pengerusi Persatuan Kebajikan Muhibah Malaysia (IWS); serta Lee Wen Bin, Ahli Majlis Zon 22.
Terima kasih kepada para peniaga dan penjaja yang berkongsi rezeki dan mengambil berat tentang masyarakat sekeliling. Yang penting, bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
#tza #madanibekerja #tamanmuda #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tengok anak-anak SMK Tasek Permai ni, terus teringat zaman sekolah dulu. 😅
Memang meriah. Ada Karnival STEM, pertandingan roket kertas, pameran, jualan buku dan macam-macam lagi sempena Karnival Bulan Akademik dan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2026.
Saya sempat pusing-pusing tengok hasil kerja mereka. Ada yang memang kreatif, ada juga yang berani mencuba benda baru. Zaman sekolah memang masa untuk cuba macam-macam. Mana tahu daripada suka-suka masuk satu pertandingan, terus jumpa benda yang kita betul-betul minat.
Saya turut merasmikan Bilik STEM SMK Tasek Permai dan Surau Al-Munawwarah. Semoga Bilik STEM ini dapat digunakan sebaiknya oleh anak-anak, manakala surau pula membolehkan warga sekolah beribadah dengan lebih selesa.
Terima kasih guru-guru, PIBG dan seluruh warga SMK Tasek Permai atas sambutan. Seronok juga dapat masuk sekolah sekali-sekala. 😄
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru buka Hab Komuniti Pandan, dah kena marah. 😂
Tak apa, memang kami buka hab ni untuk dengar. Ada masalah, aduan atau cadangan, datang saja jumpa kami.
Ini hab kita, Pandan kita.
#tza #habkomunitipandan #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak jadi yang terbaik, tak boleh separuh-separuh. 🏸
Fokus satu. Pergi all the way.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Meriah betul LRT Ampang pagi tadi! 🇲🇾 Dah macam pertunjukan pakaian tradisional Malaysia. 😄
First time saya join Keretapi Sarong, dapatlah bergaya dengan baju batik dan kain sarong. YB Altimet pun ada sekali! Seronok tengok semua datang dengan style masing-masing. Warna-warni satu stesen!
Terima kasih geng Komuniti Pandan, Team Ampang dan semua yang sama-sama memeriahkan suasana.
Yang dapat kad Touch ’n Go tadi, jangan lupa selfie dengan kad tu dan tag saya sekali! Nak tengok siapa yang dapat. 😄
Selamat Hari Malaysia, semua! 🇲🇾 Tahun depan kita sarong lagi?
#tza #keretapisarong2026 #harimalaysia #komunitipandan #pandan #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Geopolitik, perang tarif, bekalan tenaga dan rantaian bekalan. Banyak risiko baharu perlu dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia, mahupun sektor perniagaan dan pelaburan.
Sempena HSBC Asia–Middle East Regional Leadership Meeting, saya dijemput bersama Dr Ong Kian Ming dalam sesi perbincangan yang berkisar tentang bagaimana Malaysia dan negara ASEAN lain boleh bekerjasama dalam sektor-sektor tertentu seperti keterjaminan tenaga, makanan dan rantaian bekalan yang saling melengkapi.
Bagi Malaysia, kita bukan sekadar mahu lebih banyak pelaburan masuk. Kita mahu pelaburan yang membawa lebih banyak nilai kepada negara. Lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi, pembangunan bakat dan peluang kepada syarikat tempatan.
Terima kasih HSBC atas jemputan dan juga Wong Shou Ning yang mengemudi perbincangan.
#tza #madanibekerja #asean #hsbc #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau nak kuatkan badminton Malaysia, bukan pemain saja kita kena dengar. 🏸
Kali ini saya duduk sekali dengan warga kerja BAM. Townhall ni peluang untuk mereka tanya terus, kongsi apa yang berjalan baik dan apa yang kita masih boleh baiki.
Sebab di belakang setiap pemain yang turun gelanggang, ada ramai lagi yang bekerja keras memastikan semuanya berjalan lancar.
Terima kasih semua yang bercakap terus terang dan bagi pandangan. Kalau nak bergerak ke depan, kita kena dengar orang yang buat kerja setiap hari.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah ready nak ke Jepun? 🇲🇾🏸
Skuad kita nampaknya dah tak sabar nak turun gelanggang di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Fokus satu perlawanan pada satu masa, buat yang terbaik dan jangan mudah mengalah.
Selamat berjuang! Satu Malaysia mendoakan kejayaan skuad kita! 🇲🇾💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semua orang bercakap tentang AI. Tapi di belakang ledakan AI, ada satu infrastruktur yang semakin penting - data centre.
Saya menyertai Data Centre Nexus 2026 di Hilton Kuala Lumpur bersama Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid serta pemain utama industri.
Dari 2021 hingga separuh pertama 2026, Malaysia merekodkan RM385.7 bilion pelaburan berkaitan data centre. Angka ini menunjukkan keyakinan besar terhadap Malaysia sebagai hab digital ASEAN.
Tetapi membawa masuk pelaburan hanyalah langkah pertama. Yang lebih penting, apa yang rakyat Malaysia dapat daripadanya?
Kita mahu lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi, lebih banyak peluang untuk syarikat dan PKS tempatan serta lebih ramai bakat Malaysia dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan cloud services.
Pada masa sama, industri ini mesti berkembang secara bertanggungjawab. Penggunaan tenaga dan air perlu diurus dengan lebih baik, termasuk melalui teknologi penyejukan yang lebih cekap dan penggunaan semula sumber.
Pelaburan berbilion ringgit ini mesti akhirnya membawa lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia. Itu ukuran kejayaan yang sebenar.
Terima kasih kepada MIDA dan kesemua 23 rakan kerjasama yang menjayakan Data Centre Nexus 2026. Semoga perbincangan ini bertukar menjadi peluang sebenar untuk Malaysia.
#tza #madanibekerja #mida #datacentrenexus2026 #digitaleconomy -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah sampai masanya kita naikkan. 🏸
Mulai tahun depan, duit hadiah bagi pertandingan tempatan di bawah BAM akan dinaikkan 100%, termasuk kejohanan junior dan Kejohanan Kebangsaan.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari Malaysia cara Kampung Cheras Baru! 🇲🇾
Seronok dapat luangkan masa bersama Tok Firdaus selaku Ketua Kampung Cheras Baru, barisan JPKK dan warga kampung dalam Program Semarak Hari Malaysia.
Program kampung macam ni yang saya suka. Dapat jumpa orang, sembang-sembang, tengok anak-anak seronok dan paling penting, jiran-jiran dapat berkumpul.
Saya sempat juga kongsi tentang Hab Komuniti Pandan di Taman Kencana. Kalau ada masalah, perlukan bantuan atau ada perkara yang nak dibawa kepada perhatian kami, datang saja jumpa pasukan kami di sana.
Terima kasih semua yang menjayakan program. Semangat kejiranan macam inilah yang kita nak teruskan.
Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾
#tza #madanibekerja #harimalaysia #kampungcherasbaru #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Anak-anak siapa yang comel sangat ni? Cuba komen sikit 🇲🇾
Seronok tengok anak-anak KEMAS begitu bersemangat dalam Program Ceria Merdeka TZA di Kampung Cheras Baru.
Dari kecil lagi, kita nak mereka kenal erti kemerdekaan dan sayang pada negara. Bukan setakat pakai baju Jalur Gemilang atau nyanyi lagu patriotik, tapi juga belajar hormat satu sama lain dan hargai negara yang kita ada hari ini.
Terima kasih kepada warga KEMAS dan ibu bapa yang sama-sama memeriahkan program ni.
Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾
#tza #madanibekerja #harimalaysia #kemas #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Who is BAM trying to bring in? 👀
If we want to produce more world champions, the system supporting our players has to be world-class too. That's why BAM is looking to appoint a Director of Sports Science & Medicine.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila nampak seekor singa atas pentas, sebenarnya ada dua orang di dalamnya yang kena betul-betul percaya antara satu sama lain.
Orang Cina ada satu pepatah, tái shàng yī fēn zhōng, tái xià shí nián gōng. Satu minit di atas pentas, sepuluh tahun berlatih di belakangnya. Nampak tarian tu sekejap je, tapi nak sampai ke tahap tu kena berlatih punyalah lama!
Saya bersama Persatuan Tarian Singa dan Naga Zheng Xin Selangor dan Kuala Lumpur sempena ulang tahun mereka yang ke-4.
Malaysia pun bukan biasa-biasa dalam tarian singa. Kita pernah jadi juara Genting World Lion Dance Championship 13 tahun berturut-turut. Memang hebat!
Tapi nak terus hebat, kena ada generasi seterusnya. Sebab itu saya suka tengok anak-anak muda yang masih aktif dalam persatuan macam ini. Di sinilah bakat baru diasah, budaya kita diteruskan, dan mereka belajar disiplin, bina keyakinan serta bekerja sebagai satu pasukan.
Tahniah atas ulang tahun ke-4. Teruskan usaha dan semoga lebih ramai bakat muda kita dapat pergi jauh, sampai ke pentas dunia.
#tza #tariansinga #warisanbudaya #anakmuda #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hadiah berganda, semangat pun kena berganda. 🏸🇲🇾
Majlis BAM bersetuju untuk menaikkan 100% hadiah wang tunai bagi semua kejohanan kebangsaan mulai tahun depan, termasuk kejohanan junior. Kita mahu beri lebih insentif kepada pemain dan jadikan kejohanan tempatan lebih kompetitif.
Kita juga sedang mencari Pengarah Sains Sukan dan Perubatan sepenuh masa supaya pemain mendapat sokongan yang lebih menyeluruh, daripada prestasi dan pemulihan hingga penjagaan kesihatan.
Bagi pembangunan bakat pula, pemain berusia 16 tahun ke atas yang layak dalam perseorangan dan beregu kini perlu memilih satu laluan untuk diberi fokus sepenuhnya. Pada masa sama, lebih banyak peluang dapat dibuka kepada pemain lain.
Sukan Asia pula tinggal beberapa hari lagi. Sudah 20 tahun kita menunggu emas badminton. BAM akan mempertimbangkan insentif khas sekiranya pemain kita berjaya membawa pulang emas dari Aichi-Nagoya.
Kita buat apa yang perlu untuk beri pemain kita peluang terbaik untuk berjaya.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rasa macam Hari Kantin masa sekolah dulu. Mak bagi duit, kita beli kupon, lepas tu pusing satu-satu booth tengok apa yang menarik. Bila lagi nak shopping sambil beramal?
Lepas pelancaran Hab Komuniti Pandan, saya singgah ke Charity Bazaar Rumah Anak Yatim Sunbeam di Dewan MPAJ Cheras Baru.
Sambil shopping, dapat juga bersembang dengan masyarakat Pandan.
Lagi seronok bila kita tahu setiap ringgit yang dibelanjakan akan memanfaatkan anak-anak Sunbeam. Belanja untuk rumah anak yatim ni bukan sikit-sikit. Alhamdulillah, kita shopping, mereka dapat bantuan. Sama-sama dapat.
#tza #charitybazaar #rumahanakyatimsunbeam #cherasbaru #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Salah pilih babu? 😼
#tza #cattok #kucingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Tak kenal maka tak cinta.”
Sebab itu kita buka Hab Komuniti Pandan. Bukan sekadar pejabat, tapi tempat untuk kita lebih dekat dengan rakyat, dengar sendiri masalah dan cari penyelesaian sama-sama.
Nak minta bantuan, buat aduan atau ada idea untuk Pandan? Datang saja. Pintu kami sentiasa terbuka.
Ini hab kita. Ini Pandan kita. Kita bina sama-sama.
#tza #habkomunitipandan #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak nak vaksin free ke? Jom periksa!
Jangan tunggu sakit baru nak jaga kesihatan.
#tza #selangorsaring #dunteratai #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
📣 SABTU NI, JOM SINGGAH HAB KOMUNITI PANDAN!
Nak check kesihatan? Nak semak bantuan? Nak buat aduan? Nak potong rambut?
Semua ada di satu tempat! 😍
🗓️ 12 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Hab Komuniti Pandan, Taman Kencana
✨ Antara yang menanti anda:
🩺 Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA
✂️ Potong Rambut PERCUMA
🗣️ Kaunter Aduan TZA
🛒 Jualan Koperasi Selangor
💰 Kaunter Zakat
🤝 Kaunter JKM
💼 Kaunter TEKUN
🏦 Kaunter KWSP
🏡 Kaunter Insentif Selangor
🎁 Cabutan Bertuah
☕ Sarapan pagi pun ada!
Satu pagi, macam-macam urusan boleh selesai.
Bawa mak ayah, keluarga, jiran dan kawan-kawan sekali.
📍 Hab Komuniti Pandan
61-1, Jalan Kencana 15, Taman Kencana,
Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Jumpa Sabtu ni! Jom kita meriahkan Hari Terbuka Hab Komuniti Pandan!
#tza #habkomunitipandan #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing.
Dari 2021 hingga Jun 2026, Pahang, Kelantan dan Terengganu merekodkan RM61.4 bilion pelaburan diluluskan melibatkan 1,746 projek, yang mampu mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan.
Potensi ini diperkukuh lagi dengan ECRL yang bakal membuka peluang baharu dalam logistik, kargo, perindustrian dan rantaian bekalan. Yang penting, syarikat tempatan perlu turut mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini.
Sebab itu Seminar Pelaburan Wilayah Pantai Timur 2026 bukan sekadar menghimpunkan lebih 400 peserta. Melalui Klinik Perniagaan, lebih 70 syarikat mendapat khidmat secara langsung daripada lebih 10 agensi Kerajaan bagi menangani isu kelulusan, operasi, utiliti, tenaga kerja, percukaian dan pelaksanaan projek.
Matlamat kita jelas: memacu pelaburan, memperkasa syarikat tempatan.
#tza #mida #investmalaysia #pantaitimur #ecrl #investlokal -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Strong economic numbers mean little if people still don’t feel the difference in their daily lives.
That’s when fear and divisive narratives take hold. The best defence is simple: make sure progress is actually felt by the people.
#tza #mrmoneytv #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Angkat kucing macam pergi gym. 😹💪
Punyalah berat!
#tza #meowcheckup #jagameow #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu, keputusan pelaburan banyak dipengaruhi oleh kos dan kecekapan. Hari ini, geopolitik antara pertimbangan utama.
Di Nordstar Monaco Forum, saya bertukar pandangan bersama Profesor Keyu Jin, penulis buku The New China Playbook, mengenai persaingan AS-China, perkembangan AI dan perubahan dalam ekonomi China.
Antara pandangan menarik beliau ialah sekatan teknologi tidak semestinya memperlahankan China, malah boleh mempercepatkan usaha negara itu membangunkan keupayaan teknologinya sendiri.
Bagi Malaysia, pendekatan kita jelas: kita tidak memilih antara AS atau China. Kita akan terus bekerjasama dengan kedua-duanya, asalkan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara.
#tza #malaysia #asean #pelaburan #ekonomi #geopolitik -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan senang nak jadi juara. 🏸🇲🇾
Lee Chong Wei Cup buka lebih banyak peluang untuk bakat muda kita.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #lcwcup #leechongweicupThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Banyak betul cabaran nak jadi cikgu! 😅
Terima kasih kerana mendidik anak-anak kami.
#tza #pandan #skampangcampuran #pendidikanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nama Lee Chong Wei dah lama jadi inspirasi pemain badminton Malaysia. Sekarang, nama itu membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda. 🏸🇲🇾
Sebagai Presiden BAM, saya menyaksikan perlawanan akhir Lee Chong Wei Cup di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Bukan semua pemain yang berbakat dah berada dalam program negeri atau akademi. Ada yang hebat di gelanggang komuniti, tapi belum pernah dapat peluang untuk tunjuk sejauh mana mereka boleh pergi.
LCW Cup beri mereka peluang itu. Masuk melalui kelayakan terbuka, buktikan kemampuan, dan kalau cukup bagus, mereka akan berdepan pula dengan pemain-pemain pilihan negeri di Grand Finals.
Tak perlu tunggu orang datang cari. Kalau ada bakat, datang dan buktikan sendiri.
Inilah yang kita mahu dalam pembangunan badminton negara: lebih banyak pertandingan, lebih ramai pemain diberi peluang dan lebih banyak bakat yang boleh kita bawa ke peringkat seterusnya.
Lee Chong Wei sudah mencipta legasinya untuk badminton Malaysia. Sekarang, LCW Cup pula boleh menjadi sebahagian daripada usaha mencari generasi yang akan menyambung legasi itu.
Siapa tahu, daripada gelanggang LCW Cup inilah kita akan menemui juara Malaysia yang seterusnya.
Tahniah Datuk Lee Chong Wei, semua pemenang dan peserta, serta semua yang menjayakan LCW Cup. Semoga kejohanan ini terus berkembang dan menjadi salah satu pentas penting untuk melahirkan generasi badminton Malaysia yang seterusnya. 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #lcwcup #leechongweicup -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Hoo Pang Ron & Lai Pei Jing, naib juara China Masters 2026! 🥈🇲🇾
Tak kira pemain BAM atau profesional, bila membawa nama negara, kita raikan semua anak Malaysia. 🇲🇾
#tza #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Morning run dengan geng Sydney Marathon pagi ni. Sydney Marathon ni antara World Marathon Majors yang paling mencabar. Memang respect! 👏
Hajat hati nak join tahun ni, apakan daya, tak dapat. Tak apa, kita jumpa di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon!
#tza #roadto42km #klscm2026 #gayahidupsihat #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Auntie kata jangan takut jarum!
#tza #yayasantza #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Merdeka cara orang Pandan. 🇲🇾
1,000 bakul Rahmah, pemeriksaan kesihatan dan Jualan Rahmah untuk komuniti.
#tza #pandan #santunankasihmerdekaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kecil orangnya, besar impiannya. 🏍️
Petang semalam, adik Adam Harris, 9 tahun, singgah ke Hab Komuniti Pandan. Adam antara pelumba muda yang terpilih menyertai RCB MotoKidz Championship 2026.
Semoga terus berani kejar impian, Adam. Mana tahu satu hari nanti, nama Malaysia pula Adam bawa ke pentas dunia. 🇲🇾
All the best, Adam! 🏁
#tza #pandan #rcbmotokidz #motominimalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KLCC ada. Tugu Negara ada. Balai Polis Bukit Kepong pun ada. 😅🇲🇾
Warga Pangsapuri Intan, Bukit Permai memang all out!
#tza #pangsapuriintan #harikebangsaan #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
COVID changed the way I saw public service.
It showed me how much difference good policy can make in people’s lives. And somewhere along the way, my three-year plan became something I wanted to keep doing.
#tza #publicservice #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Merdeka cara kita!
#tza #teammerdekakl #harikebangsaanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
BUDI MADANI diperluas, ambang e-Invois dinaikkan, dana untuk peniaga kecil, hospital dan sekolah ditambah. Demi rakyat!
#tza #ekonomirakyat #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingatkan sambutan Ambang Merdeka biasa-biasa… sekali sampai Pangsapuri Intan, siap ada Balai Polis Bukit Kepong. Kejap, ni Bukit Permai ke Bukit Kepong? 😂🇲🇾
Saya bersama warga Pangsapuri Intan sempena Sambutan Ambang Merdeka dan Pertandingan Keceriaan Blok Tercantik 2026.
Setiap blok memang all out. Ada KLCC, Tugu Negara, kereta kebal, warung kopi zaman dulu.
Yang saya kesiankan malam tadi bukan peserta. Juri. 😂
Aktiviti pun ada macam-macam. Wayang pacak pun ada! Tengah tengok cerita apa dik? 😄
Seronok sambut Ambang Merdeka bersama warga Pangsapuri Intan, YB Yew Jia Haur, wakil MPAJ dan pimpinan masyarakat setempat.
Tahniah Persatuan Penduduk Pangsapuri Intan!
Selamat Hari Kebangsaan ke-69. Merdeka! 🇲🇾
#tza #pangsapuriintan #harikebangsaan #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 50 motosikal, satu Jalur Gemilang. 🇲🇾🏍️
Pusing satu Pandan kita kali ni. Next kita nak ride ke mana?
#tza #semarakmerdeka #jalurgemilang #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kita sambut Merdeka cara kita… sambil santuni orang Pandan. 🇲🇾
Ada yang datang terima bakul makanan, ada yang singgah check kesihatan, lepas tu sempat juga membeli di Jualan Rahmah.
Keseluruhannya 1,000 bakul makanan kita serahkan di Program Santunan Kasih - Serahan Bakul Rahmah Merdeka 2026.
Turut bersama saya YB Dato’ Ir. Izham Hashim, ADUN Pandan Indah, dan YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ni.
Merdeka kita raikan, orang Pandan jangan dilupakan. ❤️🇲🇾
#tza #santunankasihmerdeka #pandan #harikebangsaan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada yang happy menang, ada yang menangis sebab kalah. Comel betul tengok anak-anak kecil bersukan.
Semalam saya bersama keluarga besar Tadika Ibnu Khaldun untuk Annual Sports Fiesta 2026. Nampak macam mak ayah yang lagi semangat daripada anak-anak. 😂
Umur macam ni, menang kalah nombor dua. Yang penting seronok main je.
Meriah tengok satu keluarga besar Ibnu Khaldun berkumpul macam ni. Rupanya dah 16 tahun tadika ni beroperasi dan sekarang dah ada lima cawangan.
Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sporting habis.
Yang menang, tahniah. Yang menangis tu, balik nanti peluk je mak ayah. Esok okay lah tu. 😂
#tza #pandan #ibnukhaldun -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kita dah 69 tahun merdeka. Jangan biarkan politik takut dan curiga menentukan masa depan kita.
#tza #harikebangsaan #harimalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ni karaoke santai ke final Gegar Vaganza?
Semalam singgah Pertandingan Akhir Karaoke Santai Parlimen Pandan 2026 di Pandan Indah. Ramai rupanya suara power-power di Pandan ni. Rock kapak ada, R&B ada, jiwang karat pun ada.
Saya pun sumbangkan satu lagu. Tak hujan lepas tu, kira okey lah kot.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang sporting malam tadi.
Lain kali kalau ada karaoke lagi, jangan bagi saya mic. 😂
#tza #pandan #karaokesantai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setiap perjalanan ada titik mula.
Di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletaknya KM 0 Kuala Lumpur.
69 tahun. Kita sudah pergi begitu jauh.
Daripada sebuah negara yang baru merdeka, Malaysia hari ini berdiri sebagai sebuah negara yang jauh berbeza daripada 1957. Banyak yang sudah kita bina, banyak yang sudah kita capai.
Tapi perjalanan kita belum selesai. Masih banyak yang perlu kita perbaiki, dan masih jauh lagi kita boleh pergi.
KM 0 menandakan tempat perjalanan bermula. Bukan tempat ia berakhir.
Selamat Hari Kebangsaan.
#tza #teammerdekakl #harikebangsaan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.sinarharian.com.my/ampArticle/793982
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah.
Kita juga perlu merdeka daripada politik yang membuat kita takut dan curiga antara satu sama lain.
Sudah sampai masanya kita berhenti melihat satu sama lain sebagai ancaman. 🇲🇾
#tza #harimalaysia #harikebangsaan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
69 tahun lalu, arwah atuk saya mengisytiharkan Merdeka di Perlis.
Pagi ini, giliran saya pula melaungkan “Merdeka!” bersama rakyat Malaysia di Dataran Merdeka.
Arwah atuk saya, Raja Zainal Abidin, merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1957. Ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Kuala Lumpur, arwah diberi tanggungjawab mengisytiharkan Kemerdekaan di Perlis.
Jadi setiap 31 Ogos, laungan Merdeka memang ada makna yang cukup peribadi buat saya.
Hari ini saya dapat melaungkannya bersama rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Generasi berbeza, tapi semangatnya sama.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#tza #teammerdekakl #harikebangsaan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datang program kesihatan, saya pun terus check blood pressure sekali. 😄 Jangan tunggu sakit baru nak check ya!
Pagi ini saya bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, dan Tuan Hasrolnizam Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, di Program Selangor Saring DUN Teratai.
Macam-macam pemeriksaan ada. Tekanan darah, diabetes, dan untuk kanak-kanak ada juga saringan anemia dan zat besi dengan kerjasama PPUM.
Kadang-kadang kita rasa sihat, tapi bila check baru tahu ada yang kena jaga. Sebab itu kalau ada peluang buat saringan macam ni, datanglah.
Dan jangan lupa bersenam juga. Tak semestinya kena jogging. Jalan kaki 20–30 minit pun bagus, asalkan konsisten.
Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor, PPUM, MPAJ, Cellcare Selangor serta semua petugas dan sukarelawan yang menjayakan program pagi ini.
Jaga kesihatan. Jangan tunggu sakit baru nak mula.
#tza #selangorsaring #dunteratai #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datang nak tengok Thalapathy Vijay. Sekali terikut-ikut gaya Thalapathy pula. 😄📸
#tza #jananayagan #vijay #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tabung Haji terlalu penting untuk umat Islam.
Yang salah, kita siasat. Tak kira siapa.
#tza #tabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Esok saya nak join #teammerdekakl lah! 🇲🇾
Jom kita OOTD pakaian kebangsaan sama-sama di KM 0 Kuala Lumpur, dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi.
Saya dah ready… korang pakai apa esok? 😎 Jumpa di sana!
#tza #teammerdekakl -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 99,000 pekerjaan dijangka diwujudkan daripada pelaburan yang diluluskan dalam enam bulan pertama 2026.
Jumlah pelaburan mencecah RM218.5 bilion, naik 11.7% berbanding tempoh sama tahun lalu. Lebih penting, kita mahu pelaburan ini menghasilkan pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih baik dan lebih banyak peluang untuk syarikat tempatan.
Hampir 1 daripada 5 pekerjaan tempatan dalam sektor pembuatan menawarkan gaji RM5,000 ke atas, manakala 87% daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak 2021 sudah masuk peringkat pelaksanaan.
Itulah ukuran yang lebih penting - bukan sekadar berapa banyak pelaburan yang diluluskan, tetapi berapa banyak manfaat yang sampai kepada rakyat.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu orang, dua topi. Senang kerja saya. 😄
Datang jumpa Pengerusi Surau, sekali dapat jumpa Pengerusi Persatuan Penduduk. Orang yang sama.
Semalam saya solat Jumaat di Surau Darussalam, Taman Nirwana. Sampai awal, jadi sempat duduk berbincang dengan Pengerusi Surau, Raja Zazman dan AJK tentang hal-hal surau dan kariah di sini.
Lepas solat, Raja Zazman bawa saya tengok pula dewan Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 1 di sebelah surau. Kali ini dia pakai topi Pengerusi Persatuan Penduduk pula.
Senang macam ni, sekali harung.
Ada beberapa keperluan yang dibangkitkan. Insya-Allah kita tengok apa yang boleh dibantu untuk penduduk di sini.
#tza #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nasib baik aunty perasan. Kalau tak, troli pun saya bawa balik sekali. 😂
#tza #madanibekerja #ampang #kualaampang #bukitantarabangsaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Yes, menang lagi!”
Baru masuk Bilik ERRA@DELIMa di SK Ampang Campuran, terus dengar murid bersorak.
Saya terus tanya Guru Besar, “Kat sekolah boleh main game ke?”
Rupanya tengah buat latihan. Salah seorang guru di sini bangunkan aplikasi berbentuk game untuk murid-murid belajar sambil bermain.
Patutlah semangat lain macam. 😄
Hari ini saya datang untuk merasmikan Bilik ERRA@DELIMa 2026, tapi saya sendiri seronok tengok macam mana guru-guru di sini guna teknologi untuk buat budak-budak lebih excited nak belajar.
Kalau macam ni cara belajar, siapa tak seronok datang sekolah. 😄
Tahniah SK Ampang Campuran!
#tza #erradelima2026 #skampangcampuran #pendidikandigital #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
We can’t compete with tomorrow’s economy using yesterday’s solutions.
Foreign workers may fill the gap today. But for the long term, Malaysian companies need to accelerate automation, AI and 4IR, especially when competitors like Vietnam and Thailand are already moving fast.
#tza #malaysiaeconomy #automation #ai #4ir #productivityThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SPM dah makin dekat. Rasa macam banyak lagi tak cover? Jangan panik. Masih ada masa nak kejar.
Hari ini saya singgah ke SMK Taman Seraya untuk jumpa dengan calon-calon SPM 2026.
SMK Taman Seraya salah satu daripada empat sekolah di Pandan yang terlibat dalam program ACE SPM Yayasan TZA tahun ini, bersama SMK Pandan Jaya, SMK Pandan Indah dan SMK Pandan Mewah. Keseluruhannya, 160 pelajar Tingkatan 5 di Pandan dapat kelas tuisyen percuma selama tiga bulan untuk BM, English, Matematik dan Sejarah.
Sempat borak dengan adik-adik pasal macam mana nak guna betul-betul masa yang masih ada. Subjek yang lemah, bagi lebih perhatian. Yang dah okay, jangan terlepas. Yang boleh naik satu lagi gred, push lagi.
SPM ni macam marathon. Kalau pancit satu kilometer, tak bermakna langsung tak boleh recover. Adjust, cari balik rentak dan teruskan.
Masih ada masa. Sampai paper terakhir nanti, yang penting kita boleh cakap: aku dah bagi yang terbaik.
Finish strong!
#tza #ytza #smktamanseraya #pandan #spm2026 #acespm -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau tengok gaya, dah macam otai karom. 😎
#tza #karom #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
I used to think the public sector was slow. Then I saw what happened behind the scenes.
Sometimes, you need to be on the other side to see the full picture.
#tza #publicservice #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Aunty dah kata handsome. Saya tak berani bantah. 😂
#tza #ampang #kgbaruampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Konon nak lari santai. Sekali rabak nak kejar pace orang muda. 😂🏃♂️
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
60 meja penuh. Tapi saya datang bukan nak makan. 😄
Lebih 600 orang berkumpul di Pandan Perdana malam kelmarin. Peniaga, NGO, persatuan, semuanya dapat duduk semeja.
Ramai yang saya jumpa malam tu peniaga yang cari rezeki di sekitar Pandan Perdana.
Bila jumpa peniaga, saya memang nak dengar apa yang menyusahkan mereka. Kos makin tinggi? Proses lesen lambat? Susah nak dapat pembiayaan? Urusan dengan agensi kerajaan perlahan?
Kita selalu bercakap pasal ekonomi dengan angka berbilion-bilion. Tapi bagi peniaga, ekonomi yang mereka rasa ialah berapa ramai pelanggan masuk kedai dan berapa banyak yang tinggal dalam poket hujung bulan.
Tahniah Persatuan Kebajikan Masyarakat Muhibbah Malaysia atas penganjuran majlis ini.
#tza #pandan #pandanperdana #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih 50 motosikal. Satu Jalur Gemilang. Satu Pandan. 🇲🇾🏍️
Meriah sungguh Konvoi Edaran Jalur Gemilang Parlimen Pandan, disertai anak-anak muda daripada pelbagai kaum.
Sepanjang perjalanan, kami singgah bertemu pengerusi dan wakil penduduk untuk menyerahkan Jalur Gemilang sebelum mengakhiri konvoi dengan minum petang bersama komuniti di Medan Selera Lembah Maju.
Kami turut menyumbangkan Jalur Gemilang untuk dipasang di sekitar medan selera, serta sebuah papan tanda baharu bagi menceriakan kawasan ini.
Inilah Malaysia yang kita mahu. Berbeza bangsa, tetapi bergerak bersama di bawah satu Jalur Gemilang.
Terima kasih kepada semua peserta, pihak polis, pengerusi penduduk dan komuniti yang menjayakan konvoi ini.
Ok, next kita nak ride ke mana? 😄
#tza #semarakmerdeka #jalurgemilang #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belum rezeki untuk gelaran kedua. Tapi perjalanan kali ini tetap membanggakan. 🇲🇾
Selepas lebih sebulan beraksi dengan pasangan berbeza, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kembali bergandingan untuk Kejohanan Dunia dan terus mara hingga ke final.
Walaupun tak dapat mengulangi kejayaan 2022, Aaron dan Wooi Yik dah tunjukkan mereka masih mampu mencabar pasangan terbaik dunia.
Tahniah Aaron & Wooi Yik atas gelaran naib juara. Terima kasih kerana berjuang habis-habisan untuk Malaysia. 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau tak strike, jangan balik awal. Mana tahu dapat rezeki lucky draw TV. 🎣😄
Meriah pagi semalam di Festival Memancing Semarak Merdeka TZA 2026 di Kolam Pancing MV, Batu 14, Hulu Langat.
Masing-masing ada umpan dan teknik rahsia sendiri. Bila tanya pakai apa, senyum saja. Biasalah, rahsia kaki pancing. 😂
Terima kasih semua yang turun memeriahkan program kali ni. Semoga yang dapat ikan balik dengan ikan, yang tak dapat ikan… balik dengan TV. 😄
#tza #festivalmemancing #semarakmerdeka -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau tak jadi pemain bola, jadi apa? 😂⚽
Quickfire dengan Indra Putra & Razman Roslan. Soalan last paling penting. 😂
#tza #quickfirechallenge #klinikbolatza #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila otai-otai permotoran Kampung Pandan dah berkumpul, memang terus rasa macam reunion geng-geng drag king! 😄
Sempat singgah bertemu Abang Hanapi (Cik Nab), antara legenda Kampung Pandan dalam dunia sukan permotoran dan kereta.
Daripada kereta drag sampailah test run motosikal, memang banyak pengalaman dan cerita lama yang dikongsikan. Terima kasih Hamid dan Boy yang bawa saya menziarahi Abang Hanapi di Raden Works, dapat berkenalan sekali dengan geng-geng di sana.
Bila dah start cerita pasal enjin dan zaman dulu-dulu, memang susah nak berhenti. Masing-masing ada kisah power sendiri. 😄
Minat dalam sukan permotoran bukan sekadar tentang kelajuan. Ada kemahiran teknikal, disiplin dan persaudaraan yang dibina bertahun-tahun. Anak-anak muda yang minat pun kita kena galakkan ke arah yang betul, selamat dan terkawal.
Terima kasih otai-otai semua. Enjin boleh garang, tapi atas jalan kita tetap kena matang. Keselamatan nombor satu.
#tza #kampungpandan #radenworks #sukanpermotoran -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seekor makan, yang lain semua buat tak tahu. 😹
Pagi semalam di Meow Checkup, Dewan MPAJ Taman Cempaka, Ampang, saya diberi tugas mulakan pertandingan kucing siapa makan paling cepat.
Makanan dah letak depan, tapi seekor je yang terus ngap. Yang lain pandang kiri kanan, cuak sebab ramai sangat orang dan kamera. 😂
Yang seekor tu pula memang tak fikir panjang. Pertandingan ke, orang ramai ke, rezeki jangan ditolak.
Selain tengok gelagat si bulus, program ini turut sediakan pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi untuk kucing-kucing kesayangan.
Bela kucing bukan sekadar bagi makan dan manja-manja di rumah. Kesihatan, vaksinasi dan kebajikan mereka pun kena jaga.
Dia mungkin tak boleh mengundi, tapi dia tetap bos dalam rumah. 😹❤️
#tza #meowcheckup #jagameow #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila kita kecil, merekalah yang jaga kita. Bila mereka tua, jangan sampai mereka rasa dilupakan.
Semalam Yayasan TZA bersama KKM ke Canaan Home, Ampang untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan dan suntikan influenza percuma buat para penghuninya.
Sempat duduk berbual dan bertanya khabar dengan pak cik serta mak cik di sana. Ada yang perlukan rawatan, ada yang cuma perlukan teman untuk dengar cerita.
Yayasan TZA turut menyampaikan sumbangan RM5,000 untuk membantu kebajikan penghuni.
Masa kita bersama mereka mungkin tak lama. Tapi bagi mereka, kehadiran dan perhatian itu sangat bermakna.
#tza #yayasantza #kkm #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, Jumaat ni dapat solat sekali dengan orang Pandan Perdana di Surau Al-Mutmainnah. 😊
Ada satu ungkapan daripada khutbah semalam yang cukup menarik, jadilah “khutbah yang bergerak”.
Maksudnya, apa yang kita belajar tentang akhlak Rasulullah SAW bukan sekadar untuk didengar atau disebut. Biar nampak pada cara kita bekerja, jaga amanah, layan orang sekeliling dan hidup berjiran.
Selesai solat, saya edarkan nasi briyani dan sempat bersembang dengan jemaah. Solat sama-sama, makan pun sama-sama. Lengkap Jumaat hari ni. 😄
#tza #pandanperdana #pandan #solatjumaat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya sama level dengan Indra dan Razman je rupanya! 😂⚽
#tza #klinikbolatza #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi ni ada new member join our morning run — Syed Saddiq! 🏃♂️
Orang nak kahwin ni kena jaga kesihatan selalu. 😆 Bila nak convert Bella jadi runner sekali?
Thanks for joining the morning crew! Next round kita tambah mileage. 💪
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #klscm2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sometimes the biggest career decisions aren’t about what you leave behind, but what you choose to do next.
#tza #leadership #publicservice #careerjourney #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sepantas smash jawab soalan? ⚡️🏸😂
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jalan rosak, longkang tersumbat, banjir. Rakyat tak kisah agensi mana yang jaga. Mereka cuma nak masalah selesai.
Sempat makan tengah hari bersama ketua jabatan dan wakil pelbagai agensi yang menguruskan isu sekitar Pandan dan Ampang. Suasana santai, tetapi banyak perkara penting kami bincangkan, daripada isu jalan rosak dan longkang tersumbat sehinggalah banjir, keselamatan dan kebajikan penduduk.
Bagi rakyat, tak penting isu itu bawah agensi mana. Yang mereka mahu ialah masalah mereka didengar dan ada tindakan serta susulan yang jelas.
Sebagai Penyelaras Parlimen Pandan, tugas saya bukan mengambil alih kerja mana-mana agensi. Peranan saya adalah membantu menyelaras: kita dengar masalah penduduk, salurkan kepada pihak yang betul, susuli dan maklumkan semula perkembangannya kepada mereka.
Penduduk tak perlukan lebih banyak pintu. Mereka perlukan pintu yang betul dan kita perlu pastikan pintu itu dibuka.
Ukuran kejayaan kita bukan berapa banyak mesyuarat yang diadakan, tetapi berapa banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan.
Terima kasih kepada semua agensi atas kerjasama dan komitmen. Kita terus fokus kepada kerja dan hasil untuk penduduk Pandan.
#tza #madanibekerja #pandan #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia may not always be the cheapest place to invest, but we have something harder to replicate: a strong ecosystem built over decades.
From deep talent pools to established supply chains, investors come because what they need to grow is already here.
#tza #malaysia #investment #investinmalaysia #businessThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi-pagi dah kena tinggal dengan geng. 😅
Yang lain semua lari 10km, saya 8km je hari ni. Nak lari full marathon KL Standard Chartered nanti, nampaknya kena pelan-pelan tambah mileage. 🏃♂️💪
Lepas lari kita pekena iced Americano dengan nasi lemak. Gaya hidup sihatlah sangat. ☕️🍚😂
#tza #roadto42km #gayahidupsihat #klscm2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
We don’t just want more investment. We want better investment that creates better-paying jobs.
That’s how Malaysia keeps its talent at home. 🇲🇾
#tza #ekonomirakyat #investment #jobsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sekali turun zumba terus baju saiz S!
#tza #pandan #jomsihatwanita #zumba #gayahidupsihatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi terakhir Kongres, kita kumpul geng Pandan dulu! 😄✊🏻
Sempat berkumpul dengan pimpinan dan ahli-ahli KEADILAN Cabang Pandan yang sama-sama berada di Melaka. Bila dah ramai macam ni, mestilah kena ambil gambar satu keluarga dulu. 📸
Nampaknya tenaga masih banyak lagi masa tu! 😆 Lepas bergambar, sambung pula sesi penggulungan sebelum masing-masing pulang.
Pandan hadir, Pandan bersuara! 🔥
#tza #kongresnasionalkeadilan #keadilan #pandan #melaka -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rangkul Kekuatan, Teruskan Perjuangan
Alhamdulillah, selesai sudah Kongres Nasional pertama bagi saya. Saya cukup kagum dengan budaya politik yang ditunjukkan KEADILAN sepanjang dua hari ini. Ikhlas bila bermuhasabah, lantang bila menegur kepimpinan dan utuh mempertahankan prinsip perjuangan.
Begitu banyak mesej dan teguran yang disampaikan, namun saya yakin semua delegasi pulang ke Cabang masing-masing sehaluan dengan mesej utama yang dibawa Presiden - bahawa kita perlu terus merangkul kekuatan untuk memperhebat KEADILAN, sekali gus memperhebat inisiatif kerajaan untuk rakyat.
Rangkul kekuatan daripada setiap anggota KEADILAN, rangkul kekuatan daripada setiap pemimpin KEADILAN, dan rangkul kekuatan bersama rakan-rakan akrab KEADILAN - AMANAH dan DAP.
Rakan-rakan kita daripada DAP juga telah hampir sebulat suara mengundi untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan - satu lagi suntikan semangat untuk kita meneruskan dan memperhebat usaha untuk rakyat.
Selepas dua hari ini, bagi saya ada tiga mesej yang cukup jelas.
Pertama, apa yang kita dah buat, pastikan rakyat merasai limpahannya, terutamanya dari segi ekonomi.
Kedua, apa yang belum kita buat, kita laksanakan sekarang, seperti yang Presiden senaraikan sewaktu ucapan penggulungan.
Ketiga, kita sama-sama kuatkan komunikasi agar rakyat jelas bahawa fokus kita adalah kepada prestasi dan hasil yang dirasai rakyat, bukan politik identiti yang hanya memecah-belahkan.
Terima kasih kepada semua yang hadir di Kongres. Selamat pulang dan selamat berjuang!
Rangkul kekuatan. Teruskan perjuangan. Kerja kita untuk rakyat belum selesai.
#tza #kongresnasionalkeadilan #keadilan #kerajaanmadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Pandan kita bawa semangat sampai ke Melaka.
Malam tadi, lepas seharian berkongres, makan malam bersama keluarga besar KEADILAN Pandan dan sahabat-sahabat yang turut datang ke Melaka.
Kali ini kami singgah di Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Ikan bakar, udang, ketam… memang meriah meja malam tadi. 🐟🦐🦀
Sempat juga berjumpa dan bersembang dengan pemilik kedai. Seronok tengok perniagaan tempatan macam ini terus hidup dan menjadi tumpuan orang yang datang ke Melaka. Kalau datang Melaka, kita sapot lokal! 👍🏻
Makan sama-sama, sembang sama-sama, gelak sama-sama. Lepas isi perut, sambung pula isi semangat perjuangan. 😄
Dari Pandan sampai Melaka, kita tetap satu keluarga.
#tza #kongresnasionalkeadilan #keadilan #pandan #melaka #sapotlokal -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Power macam Rajinikanth tak? Sebutan mungkin tak sama, tapi gaya tu mesti ada. 😂
#tza #genz #tamilThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kongres habis lambat, hari pun dah nak gelap. Tapi kasut dah bawa, rugilah kalau tak keluar lari. 😄
Target asal nak buat 10 km, tapi hari dah nak gelap, buatlah mana yang sempat.
First time lari sini. Cantik juga rupanya Taman Botanikal Melaka ni. Kawasannya luas, sepanjang laluan pun tak banyak kereta. Memang sedap jogging.
Orang tak berapa ramai, yang ramainya… monyet. 😂🐒
#tza #melaka #tamanbotanikalmelaka #eveningrun -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau dah sampai Melaka, tak pekena asam pedas memang tak sah lah! 😆🔥
Tengah hari tadi, curi masa sekejap dari Kongres Nasional KEADILAN untuk singgah makan di Asam Pedas Pak Man.
Yang menariknya, Pak Man dan isteri mulakan perniagaan ni dengan modal cuma RM50 pada tahun 1997. Dari gerai kecil tepi jalan di Ujong Pasir, hari ini dah jadi antara port asam pedas yang cukup terkenal di Melaka. Memang salute! 👏🏻
Saya cuba asam pedas ikan jenahak. Kuah pekat, pedas masam cukup rasa. Memang kena dengan tekak. 😋
Orang Melaka, saya nak tanya ni. Kalau datang lagi, asam pedas mana pula yang WAJIB saya cuba? 👇🏻
#tza #melaka #asampedasmelaka #sapotlokal -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Banyak sudah dibuat. Lebih banyak lagi perlu dilakukan.
Rata-rata, jelas perbahasan hari ini selari dengan nada & mesej utama ucapan dasar Presiden - banyak yang sudah Kerajaan Madani lakukan tetapi banyak lagi yang perlu & akan kita lakukan, demi rakyat.
Angka yang baik perlu diikuti dengan limpahan yang dirasai segenap rakyat. Ekonomi negara berkembang 6%, mengatasi semua ramalan tetapi kita perlu pastikan rakyat mendapat nikmatnya.
Panjang senarai inisiatif & hasil kerja Kerajaan Madani yang dikongsikan Presiden tadi, tetapi gerak kerja Komunikasi kita juga perlu diperhebat agar rakyat tahu tentangnya. Jika rakyat tak tahu, Itu bukan salah rakyat. Itu kelemahan penyampaian kita sendiri.
Namun yang paling penting, banyak lagi yang perlu & akan kita buat. Presiden sendiri sudah sebut beberapa perkara - Pemansuhan AUKU, membaikpulih institusi penting rakyat seperti FELDA, beberapa inisiatif ekonomi semasa Belanjawan kelak serta macam-macam lagi - ini bermakna Kerajaan Madani, terutamanya KEADILAN, terang & jelas bahawa kerja kita jauh lagi daripada selesai.
Saya yakin, dengan pendekatan ini, ditambah pula dengan penambahbaikan gerak kerja & solidariti parti - insya-Allah kita akan dapat memenangi kepercayaan rakyat untuk terus melaksanakan agenda-agenda segar, demi rakyat.
Kekuatan KEADILAN bergantung pada kesediaan kita untuk mendengar dengan lebih baik dan memperkukuh jentera.
Dan yang paling penting, memastikan perjuangan reformasi diterjemahkan kepada hasil yang dapat dilihat dan dirasai rakyat.
#tza #kongresnasionalkeadilan2026 #memugarreformasimembinamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi Malaysia tumbuh 6.0% pada suku kedua tahun ini, lebih tinggi daripada anggaran awal 5.8% dan lebih kukuh berbanding 5.4% pada suku pertama.
Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang baik, terutamanya ketika negara berhadapan ujian Krisis Bekalan Global yang getir.
Tapi angka 6% sahaja tidak cukup. Persoalan yang lebih penting: rakyat rasa tak?
Gaji sektor swasta meningkat 4.2%. Tapi selepas mengambil kira kenaikan harga barang, peningkatan yang benar-benar dirasai pekerja hanya sekitar 2.2%.
Jadi kalau rakyat masih bertanya, “Ekonomi naik, tapi kenapa hidup masih terasa sempit?”, kerajaan kena dengar dan fahami keluhan mereka.
Begitu juga dengan PKS. Kalau ekonomi berkembang tetapi peniaga kecil masih bergelut dengan kos dan aliran tunai, kita tak boleh sekadar menunjuk kepada angka KDNK dan mengatakan semuanya baik.
Sememangnya, kerja kita belum selesai.
Berkat usaha kita semua, kita berjaya menaikkan siling ekonomi negara dan ini dapat dilihat melalui petunjuk ekonomi makro. Sekarang, fokus kita mesti beralih kepada mengangkat lantai ekonomi rakyat.
Untuk itu, kita perlu lihat langkah yang boleh memberi kesan terus kepada poket rakyat.
Kalau harga barang keperluan, minyak atau pengangkutan melonjak, bantuan sementara boleh disalurkan secara automatik kepada mereka yang layak, tanpa perlu memohon sekali lagi.
Bagi pemandu e-hailing, kita boleh lihat model insurans mengikut penggunaan, dengan platform turut menanggung sebahagian kos. Kalau mereka hanya memandu beberapa jam sehari, tak masuk akal kalau kos perlindungannya sama seperti mereka yang memandu sepenuh masa.
Untuk PKS pula, invois yang telah disahkan oleh kerajaan dan GLC patut dibayar dalam tempoh 14 hari. Kalau lewat, perlu ada pampasan. PKS tak patut terpaksa berhutang hanya kerana kerajaan atau GLC lambat membayar mereka.
Bayaran balik PTPTN juga boleh disesuaikan dengan pendapatan sebenar. Kalau pendapatan masih rendah atau seseorang kehilangan pekerjaan, bayaran boleh dikurangkan atau ditangguhkan sehingga mereka kembali mampu membayar.
Bantuan kepada mereka yang memerlukan tetap penting. Tapi kita juga mesti kurangkan beban bulanan rakyat dan beri mereka lebih ruang untuk menyimpan.
Kalau ekonomi negara naik, pendapatan dan taraf hidup rakyat mesti ikut naik.
Siling ekonomi sudah kita tinggikan. Sekarang lantainya pula mesti kita angkat.
Itulah #ekonomirakyat.
#tza
www.utusan.com.my/nasional/2026/08/ekonomi-baik-tapi-raky… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Peluang untuk bermuhasabah secara jujur
Ini Kongres Nasional pertama saya sebagai anggota KEADILAN. Saya masih orang baharu dan ramai yang akan hadir di Melaka telah jauh lebih lama berjuang serta berkorban. Saya berkongsi pandangan ikhlas ini sebagai seorang anggota yang mahu melihat parti ini terus kukuh.
Keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini menuntut kita bermuhasabah secara jujur. Kita mungkin kecewa dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi kita tidak boleh mengawal parti lain. Yang boleh kita perbaiki ialah parti kita sendiri. Jadi, marilah kita tumpukan sepenuh kudrat kita untuk memperkukuh parti.
Kita perlu menilai kelemahan, memantapkan organisasi dan memastikan seluruh jentera parti bergerak lebih efektif - daripada akar umbi hingga ke kepimpinan pusat.
Jika rakyat belum melihat hasil yang telah kita usahakan, tanggungjawab itu juga terletak pada kita untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan berkesan.
Pada masa yang sama, kita mesti mendengar keresahan rakyat dengan hati terbuka. Jangan terlalu sibuk menjawab sehingga terlupa untuk memahami. Dengar, akui apa yang belum selesai, kemudian tunaikan.
Semoga Kongres ini menjadi medan untuk kita muhasabah diri, merapatkan saf, memperkukuh parti dan memenangi semula kepercayaan rakyat bersama.
Mari kita tumpukan usaha kita ke arah membina PKR yang mekar di hati segenap lapisan masyarakat Malaysia. Jumpa di Melaka!
#tza #kongresnasionalkeadilan2026 #memugarreformasimembinamadani #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Habis semua rahsia keluar! 🤣
#tza #bam #badmintonmalaysia #teammalaysia #perangaiyouallThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bank Negara dah warning 5 kali, apa Tabung Haji buat?
Masalahnya bukan tak ada warning. Warning dah ada. Sekarang RCI dah tunjuk apa yang gagal, kita kena pastikan ia tak boleh berulang lagi.
#tza #tabunghajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Datuk Seri Lee Chong Wei dan saya kali ni jadi penyokong dari Malaysia. Depan TV pun depan TV lah, yang penting sorak kuat-kuat! 😄🇲🇾
Sempat jumpa pemain-pemain badminton negara sebelum mereka berangkat ke New Delhi esok untuk BWF World Championships 2026. Pesanan kita mudah: lawan habis-habisan.
Bila dah masuk gelanggang, kejar setiap mata, jangan mudah mengalah dan berikan yang terbaik.
Kami semua di Malaysia akan terus menyokong dan mendoakan kejayaan anda. 🇲🇾
Demi Malaysia, kita berkhidmat. Demi Malaysia, mereka berjuang.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semalam dapat jumpa ramai muka-muka yang memang tak asing lagi dalam dunia media sosial politik. Ada yang dah lama sangat dalam medan ni, rasanya kalau cerita sejarah perang naratif media sosial pun boleh sampai malam. 😄
Sempat saya kongsi satu perkara yang saya rasa kita semua kena fikir.
Kalau nak sampai kepada anak muda hari ini, kita tak boleh lari daripada media sosial.
Tapi tak cukup kalau sekadar rajin komen dan share. Kita perlukan lebih ramai yang sanggup ke depan, buat video, buka podcast, jadi YouTuber, jadi TikToker dan bina audience sendiri.
Terima kasih kepada semua yang sanggup duduk berbincang, berkongsi pengalaman dan merangka strategi bersama.
Kerja belum habis. Kita jalan terus. 💪
#tza #sekpur #mediasosial #anakmuda #kerajaanperpaduan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia.
Sewa rumah, pengangkutan, makanan, penjagaan anak dan ibu bapa. Walaupun ekonomi berkembang dan inflasi terkawal, kita tetap perlu bertanya: mengapa kehidupan harian rakyat masih terasa sempit?
Hari ini saya duduk bersama Nurul Izzah Anwar dan peserta Perbincangan Kumpulan Berfokus SEAFIC x APPGM-SDG untuk mendengar sendiri pengalaman masyarakat bandar.
Ada yang bekerja tetapi masih bergelut dengan kos hidup. Ada yang terpaksa memilih antara rumah yang lebih murah dengan perjalanan yang lebih jauh. Ada juga yang mempunyai kelayakan, tetapi pendapatan masih tidak sepadan.
Inilah perkara yang angka ekonomi sahaja tidak dapat ceritakan.
Semua pandangan yang dikongsikan hari ini akan dikumpulkan sebagai input untuk menambah baik dasar Kerajaan. Kerana akhirnya, ukuran sebenar kemajuan bukan sekadar angka yang cantik, tetapi apabila rakyat sendiri dapat merasai kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih APPGM-SDG, para penyelidik, wakil komuniti dan semua yang berkongsi pandangan dengan begitu terbuka hari ini.
#tza #seafic #appgmsdg #mysdg -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Data yang baik lebih berguna bila ia dapat disampaikan dengan cara yang mudah difahami.
Di Shangri-La Kuala Lumpur, saya hadir selaku Pengerusi SEAFIC bagi menyaksikan pemeteraian MoU antara South China Morning Post (SCMP) dan The Southeast Asia Futures Initiative Centre (SEAFIC), bersempena Think Business, Think Hong Kong 2026.
SCMP membawa kekuatan sebagai organisasi media antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong, manakala SEAFIC memberi tumpuan kepada penyelidikan dan maklumat ekonomi serta kewangan di rantau ini.
Melalui kerjasama ini, kita berharap lebih banyak data, analisis dan pandangan mengenai perkembangan ekonomi Asia dapat dikongsi kepada audiens yang lebih luas dalam bentuk yang lebih relevan dan mudah difahami.
Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara SEAFIC dan SCMP selepas ini.
#tza #seafic #scmp #thinkbusinessthinkhongkong -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Evening run with Zaeem. 🏃♂️🏃♂️
Dulu kita ajar dia jalan. Sekarang kita pula kena kejar dia. 😂
#tza #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Shangri-La terus ke KLCC. Dua agenda berbeza, tapi kedua-duanya tentang bagaimana Malaysia perlu bersedia untuk masa depan.
Di 7th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026, saya berkongsi satu cabaran yang cukup besar: ASEAN memerlukan sekitar USD200 bilion setiap tahun sehingga 2030 untuk membiayai peralihan tenaga.
Sasaran kita sudah jelas. Projek dan teknologi pun ada. Cabaran sekarang ialah bagaimana kita menggerakkan pelaburan untuk menjadikannya kenyataan.
Malaysia sendiri mencatat RM426.7 bilion pelaburan diluluskan pada 2025, tertinggi dalam sejarah. Momentum ini perlu kita teruskan, termasuk memastikan bekalan tenaga kita cukup, stabil dan semakin bersih.
Sebab akhirnya, peralihan tenaga bukan sekadar soal solar panel atau angka pelaburan. Ia tentang udara yang lebih bersih, industri yang mampu bertahan dan masa depan yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya.
Hari yang panjang. Dua lokasi. Dua agenda. Tapi matlamatnya sama: memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan.
#tza #ises2026 #sustainableenergy #asean #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kenapa Laporan RCI Tabung Haji baru didedahkan sekarang?
Kerajaan MADANI memilih untuk tidak terus mendedahkannya kerana pada ketika itu Tabung Haji masih dalam proses pemulihan.
Ini bukan soal nak sorok.
Kita kena ingat, pada 2019 sahaja kira-kira RM6 bilion dikeluarkan oleh pendeposit dalam tempoh yang singkat.
Kalau pendedahan dibuat ketika kedudukan kewangan Tabung Haji masih lemah dan sekali lagi berlaku pengeluaran wang beramai-ramai, tekanan kepada Tabung Haji boleh jadi jauh lebih serius.
Sebab itu keutamaan ketika itu ialah pulihkan Tabung Haji dulu.
Dan hari ini kita sudah nampak hasilnya.
Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa 75% daripada 25 syor RCI sudah dilaksanakan.
Sekarang kita perlu tunjukkan kepada rakyat apa yang sudah dibuat.
Kita perlu senaraikan semua 25 syor.
Yang dah selesai, kita tunjukkan apa yang dah dibuat.
Yang belum selesai, kita beritahu apa yang masih tertangguh dan bila akan diselesaikan.
Pada masa yang sama, membetulkan sistem sahaja tak cukup. Apa yang berlaku sebelum ini juga mesti disiasat sampai habis.
Tabung Haji sendiri telah membuat enam laporan kepada PDRM dan enam lagi kepada SPRM. Siasatan sudah berjalan dan beberapa individu juga telah ditahan.
Biar proses undang-undang berjalan. Kalau ada yang bersalah, ambil tindakan.
Tapi matlamat akhirnya bukan sekadar mencari siapa yang salah.
Kita kena pastikan kelemahan yang membolehkan semua ini berlaku tak boleh berulang lagi.
Sebab di sebalik semua angka ini, ada orang yang simpan sedikit demi sedikit bertahun-tahun. RM50, RM100, ikut apa yang mereka mampu.
Bukan untuk beli kereta. Bukan untuk pergi bercuti.
Tapi dengan satu harapan, suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Bila Tabung Haji bermasalah, yang dipertaruhkan bukan sekadar angka dalam laporan kewangan.
Itu duit dan harapan jutaan umat Islam.
Sebab itu RCI jangan berakhir dengan laporan 211 muka surat sahaja.
Ia mesti berakhir dengan Tabung Haji yang lebih kuat, lebih telus dan lebih selamat untuk setiap pendeposit yang meletakkan duit dan kepercayaan mereka di situ.
Yang 75% itu, tunjukkan. Yang baki 25% itu, selesaikan.
#tza #tabunghaji -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang penting bola masuk. Macam mana masuk tu, jangan tanya. 😂⚽
#tza #gayahidupsihat #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kenapa perlu walkout?
Alasannya sebab Perdana Menteri tak ada? Sebab ni cuma penerangan Menteri?
Ini bukan perbahasan tentang Perdana Menteri. Ini tentang simpanan umat Islam dalam Tabung Haji.
PM tak ada, takkan Ahli Parlimen pun tak boleh dengar dan bahas?
Ini antara isu yang paling besar tentang ekonomi umat Islam dan Melayu dalam sejarah negara. Saya ada akaun Tabung Haji. Pakcik jual ikan kat pasar ada akaun Tabung Haji. Atok penoreh getah kat kampung ada akaun Tabung Haji. Makcik tukang cuci pun ada akaun Tabung Haji.
Kalau ada yang tak kena, bangun dan soal. Kalau tak setuju, bahas. Kalau kerajaan salah, hentam dengan fakta.
Tak apa kalau tak setuju.
Tapi jangan sampai nampak macam tak peduli.
#tza #tabunghaji
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1600318/pemban… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gaji kita memang perlu naik. Tapi kalau nak kenaikan itu berkekalan, produktiviti pun kena naik sama. 📈
#tza #ekonomirakyat #produktivitiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila politik hanya berkisar tentang agama dan kaum, siapa sebenarnya yang untung?
Itu antara mesej dalam Jana Nayagan yang paling melekat dengan saya.
Petang semalam saya menonton Jana Nayagan bersama masyarakat India Pandan di Ampang Point. Datang nak tengok Vijay, tapi ada satu mesej dalam filem ini yang saya rasa cukup dekat dengan Malaysia hari ini.
Politik kaum dan agama memang mudah digunakan untuk meraih sokongan. Lebih-lebih lagi apabila rakyat diyakinkan bahawa orang yang berbeza daripada kita adalah ancaman kepada kita.
Malaysia memang berbeza bangsa, agama dan budaya. Tetapi perbezaan itu tidak sepatutnya dijadikan senjata untuk memecah-belahkan kita demi mendapatkan undi.
Kita boleh berbeza pandangan dan pilihan politik. Tapi akhirnya kita tetap rakyat Malaysia dan negara ini milik kita bersama.
Terima kasih masyarakat India Pandan yang join petang semalam. Memang lain macam tengok Jana Nayagan satu panggung dengan peminat Vijay! 😄🍿
#tza #pandan #ampang #jananayagan #vijay -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingatkan pertandingan hias hantaran biasa-biasa. Sekali tengok hasilnya, boleh buka bisnes dah! 😂
Meriah Hari Keluarga Harmoni Taman Saga. Bukan adik-adik saja yang ada pertandingan, mak-mak pun bukan main serius tunjuk skill masing-masing. 😆
#tza #pandan #tamansagaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sepatutnya saya yang lari. Sekali anak pula yang kena turun ganti! 😂
Selesema datang timing tak cantik, jadi Melawati Ekiden 2.0 kali ni saya cuma sempat flag off dan jadi tukang sorak. Nasib baik anak boleh cover papa. 😆
Ramai juga pelari hebat turun pagi tu, tapi Team TZA berjaya dapat no. 5! Tu baru anak lari, kalau papa dia... 😂
Lepas Ekiden, part paling best pula, Pesta Kopi Melawati 2.0. ☕️
Kali ni anak yang lari, papa yang minum coffee. Fair lah tu. 😂
#tza #gayahidupsihat #melawati #melawatiekiden #pestakopimelawati
Photo Credit: MPAJ -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Kg Baru Ampang, saya ke Kg Kuala Ampang pula untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di sini.
Seronok tengok masing-masing balik dengan senyuman. 😊
Bakul makanan mungkin nampak macam bantuan yang ringkas, tapi bagi keluarga yang memerlukan, sedikit sebanyak ia dapat meringankan belanja dapur. Sebab itu program macam ini kita akan teruskan.
Turut bersama ialah YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa, Ahli Majlis Zon 6 Encik Nadesan dan Ketua Kampung Kuala Ampang Tuan Jimmy.
Terima kasih semua yang membantu dan menjayakan program ini!
#tza #madanibekerja #ampang #kualaampang #bukitantarabangsa -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di Kg Baru Ampang, saya menyampaikan dua buah laptop daripada Yayasan TZA kepada adik Muhammad Zul dan kakaknya, Zaira. Rumah mereka terbakar dan banyak barangan mereka musnah.
Sebelum ini, pihak ADUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan Yayasan TZA juga telah menghulurkan bantuan kepada keluarga mereka. Dua laptop ini adalah bantuan tambahan untuk Muhammad Zul dan Zaira yang sedang belajar di IPT.
Selepas itu, saya turut menyampaikan bakul makanan kepada 150 penerima dari Kg Baru Ampang.
Turut bersama hari ini YB Kamri bin Kamaruddin, ADUN Bukit Antarabangsa, YB Syed Ahmad, ADUN Lembah Jaya, Ahli Majlis Dato' Vincent, Ketua Kampung Baru Ampang Tuan Alex serta NGO-NGO tempatan yang memang selalu bersama-sama menjayakan program kemasyarakatan di sini.
Terima kasih semua yang terus sama-sama turun padang membantu masyarakat setempat! 🙏🏻
#tza #madanibekerja #ampang #kgbaruampang #bukitantarabangsa #lembahjaya -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu kalau singgah kedai kopi, memang biasa nampak atok-atok dengan pakcik-pakcik keliling meja karom. Bunyi tak tak tak, sekali buah masuk lubang… terus senyum. 😆
Kali ni kita buat versi mega pula di Kejohanan Karom Beregu Tertutup & Jemputan Piala Tengku Zafrul Aziz x AMK Pandan 2026.
Best tengok satu dewan penuh. Muda-mudi ada, otai pun ada. Karom ni tak kira umur atau latar belakang. Bila dah duduk depan papan karom, semua fokus benda sama. Aim betul-betul, jentik jangan terlebih power, dan paling penting… jangan striker sendiri masuk lubang! 😂
Saya pun sempat main satu game. Lama tak main, boleh tahan lagi lah. Menang ke kalah tu kita simpan dulu. 😜
Terima kasih AMK Pandan, pihak penganjur dan semua yang turun memeriahkan kejohanan. Karom ni memang old school, tapi tengok sambutan macam ni… masih padu!
Yang menang, tahniah. Yang kalah, kita rematch lain kali! 😄
#tza #pandan #karomtza #amkpandan #keadilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Siapa menang pun, Malaysia tetap juara! 🇲🇾🏸
Tahniah Tee Kai Wun dan Yap Roy King, juara Korea Masters 2026! Tahniah juga Man Wei Chong dan Soh Wooi Yik yang melengkapkan final Malaysia v Malaysia hari ini.
Lebih istimewa, ini gelaran pertama Kai Wun-Roy King sejak digandingkan bulan lalu.
Saya tahu apabila barisan kejurulatihan membuat keputusan untuk menyusun semula beberapa pasangan beregu lelaki negara, ramai yang tertanya-tanya. Ada juga yang kurang yakin, lebih-lebih lagi apabila keputusan awal tidak begitu memberangsangkan.
Tetapi dalam sukan prestasi tinggi, kadang-kadang kita perlu berani membuat perubahan kalau mahu mencari gandingan yang lebih baik.
Keputusan ini bukan dibuat secara terburu-buru. Barisan kejurulatihan melihat kekuatan setiap pemain, keserasian antara mereka dan apa yang diperlukan untuk membentuk barisan beregu lelaki yang lebih kuat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan besar akan datang.
Kejayaan dalam satu kejohanan tidak bermakna percaturan ini berjaya sepenuhnya. Perjalanan masih panjang.
Tetapi apabila dua gandingan baharu kita berjaya mara ke final dan salah satunya sudah meraih gelaran dalam tempoh yang begitu singkat, sekurang-kurangnya kita sudah nampak tanda-tanda yang cukup baik.
Tahniah Kai Wun, Roy King, Wei Chong, Wooi Yik dan seluruh barisan kejurulatihan.
Ada masanya kita perlu berani mencuba sesuatu yang baharu. Yang penting, setiap keputusan mesti membawa kita lebih dekat kepada satu matlamat: mengembalikan badminton Malaysia ke puncak dunia. 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila turun kawasan, yang penting bukan sekadar datang. Kita dengar, kita tengok apa yang boleh dibantu, kemudian kita susuli.
Semalam saya ke Pangsapuri Taman Ampang Hilir bersama Ahli Majlis MPAJ Zon 14, En Ifwat Hamirudin dan Ketua Kampung Kg Pandan Dalam, Tok Marzuki untuk bertemu ketua-ketua blok dan mendengar sendiri beberapa perkara yang dibangkitkan penduduk.
Saya juga sempat menziarahi Encik Abd Rahman, Puan Maimunah dan Puan Rosnan serta menyerahkan kerusi roda untuk membantu urusan harian mereka. Masing-masing sedang berdepan cabaran kesihatan yang bukan mudah.
Saya tak datang untuk menjanjikan bulan dan bintang. Cukuplah mereka tahu, bila perlukan bantuan, kami ada.
Semoga Encik Abd Rahman, Puan Maimunah dan Puan Rosnan terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.
#tza #madanibekerja #pandan #ampanghilir -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Geng Zumba kali ni bersama akak-akak kita! 💃🏻
Seronok dapat join Jom Sihat Wanita (Zumba) JKP Zon 14 ni. Memang lain macam semangat wanita Pandan, dari mula sampai habis, maintain energy!
ZIN kali ni pun bukan main lincah. Tengok macam senang je… bila cuba ikut, baru tahu mencabar juga nak keep up. 😅
Yang penting, peluh sama-sama, sihat sama-sama!
#tza #pandan #jomsihatwanita #zumba #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Antara Indra Putra, Razman Roslan dan saya, siapa lagi terror main bola? ⚽
Kalau ikut keputusan Cross Bar Challenge semalam, semua sama terror sebab seorang pun tak kena cross bar! 😂
Terima kasih kepada Yusri Che Lah, Indra Putra Mahayuddin dan Razman Roslan kerana memeriahkan Klinik Bola TZA. 200 anak-anak cilik yang join klinik ni memang teruja dapat berjumpa idola masing-masing.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sanggup datang pagi-pagi untuk hantar anak join klinik ni dan tunggu sampai habis. Sokongan macam ni lah yang buat anak-anak lebih bersemangat nak main bola.
Tadi bila saya tanya, ramai nak lagi klinik macam ni.
Jadi saya nak tanya you all pula: lepas bola, klinik sukan apa kita nak buat next di Pandan?
#tza #gayahidupsihat #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SIASAT SEHINGGA KE LUBANG CACING!
Saya menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar segala dapatan RCI Tabung Haji disiasat sehingga ke lubang cacing.
Titah ini menyentuh keresahan ramai pendeposit dan umat Islam.
Dana Tabung Haji ialah amanah jutaan umat Islam yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Sebab itu setiap ringgit mesti dijaga dan diurus secara profesional, bebas dan telus.
Laporan RCI mendedahkan kelemahan serius dalam tadbir urus, keputusan pelaburan dan pelaporan kewangan, selain perkara yang memerlukan siasatan lanjut.
Seorang pengarah syarikat telah direman berhubung dakwaan rasuah kira-kira RM300,000 dalam bentuk pengubahsuaian empat buah rumah milik seorang bekas COO, yang didakwa sebagai balasan untuk mendapatkan projek.
Seorang bekas pengurus ladang pula direman berhubung dakwaan penyelewengan kontrak anak pokok getah bernilai kira-kira RM8 juta.
Seorang bekas CEO dan bekas CFO ditahan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.
LHDN turut menyiasat ketidakpadanan antara pemilikan aset dengan pendapatan yang dilaporkan oleh individu yang dikenal pasti berdasarkan laporan RCI.
PDRM pula membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan, termasuk perkara berkaitan dapatan RCI.
Semua ini masih pada peringkat siasatan. Reman atau tangkapan bukan sabitan dan setiap pihak berhak kepada proses undang-undang yang adil.
Tetapi rakyat juga berhak mendapat jawapan.
Siasat hingga tuntas. Jika bukti mencukupi, dakwa dan bawa ke mahkamah. Jika tidak, jelaskan kepada rakyat secara telus.
Kelemahan yang dikenal pasti RCI juga mesti diperbaiki supaya perkara sama tidak berulang.
Menuntut akauntabiliti bukan serangan terhadap Tabung Haji. Inilah caranya kita melindungi institusi ini dan keyakinan pendeposit.
Siasat sehingga ke lubang cacing.
Tidak kira pangkat. Tidak kira kedudukan. Tidak kira hubungan.
Dan tidak kira lubang cacing itu akhirnya membawa kita kepada siapa.
#tza #tabunghaji -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sembang pagi nampak santai, tapi topik tak berapa santai. 😅
Pagi tadi sempat duduk semeja bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, dan ahli-ahli majlis MPAJ.
Kami sembang tentang beberapa isu setempat yang perlukan perhatian, dan juga apa lagi yang kita boleh buat bersama untuk kawasan Teratai.
Kadang-kadang tak perlu tunggu mesyuarat rasmi. Duduk semeja macam ni pun banyak benda boleh dibincangkan.
Lepas sembang, kita sambung kerja!
#tza #madanibekerja #pandan #teratai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jumpa bapa di Ampangan, jumpa mak di Ampang! 😂
Datang Tadika REKA, sekali dapat mak angkat pula. ❤️
#tza #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan berbilion masuk, tapi siapa yang dapat manfaat?
Sebab itu kita bukan sekadar nak tarik pelaburan. Kita nak pastikan ia membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat serta syarikat tempatan.
#tza #ekonomirakyat #pelaburan #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
5 minit siap? Saya cari phone pun 10 minit. 😭 #tza #soalankilat #makeup #pandan #ampang
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
A sovereign wealth fund manages the people’s wealth. So the people should know exactly what its mandate is.
Clear mandate. Clear investment parameters. Clear accountability.
#tza #danantara #sovereignwealthfund #investmentThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Anak kena buli tapi sekolah tak buat apa-apa. Apa pilihan ibu bapa?
#tza #tribunalantibuli #stopbuli #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
The global energy transition is no longer just an environmental imperative - it is increasingly an economic and investment opportunity.
Honoured to deliver the keynote address at the 7th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026, where I will be speaking on "Bridging the Investment Gap in Regional Energy Shifts."
As ASEAN accelerates its transition towards a lower-carbon future, one of our biggest challenges is mobilising the capital needed to turn ambition into action. This requires innovative financing models, stronger public-private partnerships, and closer regional collaboration to ensure the energy transition remains both inclusive and commercially viable.
I look forward to sharing Malaysia's perspective and engaging with fellow policymakers, investors and industry leaders on how we can unlock sustainable investments that strengthen energy security, drive economic growth and create quality jobs for our people.
I hope to see many of you there.
📅 11 August 2026 (Tuesday)
🕑 2:15 PM
📍 Kuala Lumpur Convention Centre
Register at www.ises.gov.my
#tza #ises2026 #energytransition #sustainability #investment #cleanenergy #asean #mida #energysecurity #economicgrowth -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Policies cannot change. Full stop.
Investors don't expect governments to stay forever. They expect policies to stay consistent.
Once governments start reversing major policies every time leadership changes, confidence is lost. And rebuilding that trust can take years.
#tza #policyconsistency #investorconfidence #economicpolicy #investment #capitalmarketsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Zafrul kuasa dua!
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
A sovereign wealth fund cannot be judged by returns alone.
The real test is whether its investments create jobs, strengthen local companies and allow SMEs to grow alongside them.
Profits matter. But who benefits also matters.
#tza #danantara #sovereignwealthfund #investment #smes #economicgrowth #indonesiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
"Alhamdulillah, dapat juga jumpa hari ni."
"Insya-Allah, kita jumpa lagi makcik."
Pertemuan seperti inilah yang paling bermakna setiap kali saya turun padang.
Saya meluangkan masa bersama penduduk Kampung Pandan Dalam dalam Program Santuni Kasih & Sumbangan Bakul Makanan anjuran Kelab Komuniti TZA dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Respon Selangor.
Bukan sekadar menyampaikan bakul makanan, inilah peluang untuk berjumpa, mendengar sendiri cerita dan cabaran yang dihadapi penduduk. Program seperti ini mungkin tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi saya percaya setiap usaha kecil yang kita lakukan bersama mampu meringankan beban satu keluarga.
Terima kasih kepada semua sukarelawan, pemimpin masyarakat dan rakan-rakan yang berganding bahu menjayakan program ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada YB Izham Hashim, ADUN Pandan Indah yang diwakili oleh En. Razak, Tok Marzuki Samsudin selaku Ketua Kampung Kg Pandan Dalam, Dr. Basmullah selaku Pengerusi Pertubuhan Komuniti Respon Selangor, Ustaz Mohd Guntur (Imam Surau Al-Falah) dan Encik Vicky selaku Ketua KEADILAN Cabang Pandan yang turut hadir bersama.
Insya-Allah, selagi ada ruang untuk membantu, Kelab Komuniti TZA akan terus bekerjasama dengan lebih banyak NGO dan komuniti setempat supaya lebih ramai warga Pandan dapat disantuni.
#tza #kelabkomunititza #pandan #kgpandandalam -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Governments shouldn't try to out-invest the private sector.
Their role is to catalyse investment in strategic sectors, crowd in private capital, and help build industries that drive long-term growth.
#tza #scmplive #danantaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
"Sikit lagi... sikit lagi... masuk dah tu!" 😄
Seronok tengok adik-adik beria-ia cuba masukkan gelang ke dalam botol pagi tadi. Tambah pula dengan sorakan mak bapak, lagilah mereka semangat.
Hari Keluarga Harmoni Taman Saga pagi tadi memang meriah. Daripada pertandingan mewarna, mini games dan pertandingan pakaian bertemakan kemerdekaan, sehinggalah Jualan Rahmah, saringan PEKA B40 serta program kitar semula minyak masak terpakai. Terima kasih YBhg. Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor, yang sudi merasmikan program ini.
Seronok tengok satu taman dapat berkumpul macam ni. Anak-anak seronok bermain, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama keluarga, manakala jiran-jiran pula berpeluang berkenalan dan mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti. Lagi-lagi sekarang kita dah masuk Bulan Kebangsaan, semangat kebersamaan seperti inilah yang perlu kita terus kekalkan.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa dan warga Taman Saga atas jemputan serta sambutan yang cukup meriah. Semoga lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.
#tza #ampang #tamansaga -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Anak Pandan buat apa tu pergi Bali? 🇲🇾
Rupa-rupanya nak wakili Malaysia ke Grand Final International Research Competition for Young Scientists (IRCYS) 2026.
Tahniah kepada adik Naddwah Rayyani Muhammad Hilal dan pasukannya atas pencapaian ini. Lebih membanggakan, ini merupakan kali kedua adik Naddwah mewakili negara di pentas antarabangsa.
Mereka akan membawa projek EcoSmart Bin IoT, satu inovasi tong kompos pintar yang dibangunkan untuk membantu menangani isu pengurusan sisa dan pencemaran bau, khususnya di kawasan perumahan kos rendah di Pandan Indah. Daripada menyelesaikan masalah komuniti setempat, kini inovasi ini dibawa untuk mewakili Malaysia di pentas dunia.
Yayasan TZA berbesar hati dapat menaja penyertaan adik Naddwah dan pasukannya ke Bali. Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia. 🇲🇾
#tza #yayasantza #teammalaysia #stem #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan adalah antara keutamaan saya di Pandan dan Ampang.
Sebab itu saya gembira dapat bersama peserta Program Zero to Hero: Mulakan Kerjaya Sebagai Jurusolek Profesional hari ini.
Bagi saya, program seperti ini bukan sekadar mengajar teknik solekan. Ia membuka peluang kepada peserta untuk menambah kemahiran, memulakan perniagaan sendiri atau menjana pendapatan tambahan.
Dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar, program peningkatan kemahiran seperti ini perlu diperbanyakkan. Bila lebih ramai mempunyai kemahiran yang boleh dipasarkan, lebih ramai mampu membina kerjaya dan mencipta peluang untuk diri sendiri.
Tahniah kepada semua peserta yang sanggup meluangkan hujung minggu untuk belajar sesuatu yang baharu. Saya berharap ini menjadi langkah pertama kepada lebih ramai kisah kejayaan dari Pandan dan Ampang.
Terima kasih kepada Elite Career Centre, para tenaga pengajar dan semua yang menjayakan program ini.
#tza #ampang #pandan #zerotohero #kemahiran #keusahawanan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang lain lepas bedah jantung slow down. Tapi Jijoe terus laju! 🚴♂️💨
Pada usia 38 tahun dan dalam penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya meraih emas Komanwel pertamanya dalam acara keirin, menamatkan penantian selama 16 tahun. 🥇
Tahniah, Jijoe. Semangat, ketabahan dan perjuangan anda memang luar biasa. Malaysia bangga! 🇲🇾
#tza #azizulhasniawang #pocketrocketman #teammas #glasgow2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Esok, pilihan di tangan rakyat Negeri Sembilan.
Malam ini kita tutup kempen dengan satu tekad - terus memilih politik yang bekerja, bukan politik yang memecah-belahkan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menghidupkan semangat HARAPAN di Jeram Padang.
Kini tiba masanya suara rakyat diterjemahkan di peti undi. Keluar mengundi, pilih kestabilan dan masa depan Negeri Sembilan yang lebih cerah.
🔺🚩
#tza #kekalharapan #jerampadang #negerisembilan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malam terakhir kempen memang lain macam.
Di Bilik Gerakan Utama HARAPAN Sungai Lui, saya dapat rasakan semangat jentera yang masih kekal kuat walaupun masing-masing dah dua minggu berkempen tanpa henti.
Beberapa jam terakhir ini, teruskan menyantuni setiap pengundi dengan penuh hikmah dan kesabaran. Kita dah buat yang terbaik. Selebihnya kita serahkan kepada kebijaksanaan rakyat dan ketentuan Allah.
Insya-Allah, Sungai Lui akan terus memilih prestasi, kestabilan dan masa depan.
🔺🚩
#tza #sungailui #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan #kekalharapan #undiharapan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Esok bukan sekadar hari mengundi.
Esok kita memilih hala tuju Negeri Sembilan untuk lima tahun akan datang. Jika anda mahukan sebuah kerajaan yang terus bekerja, mendengar teguran dan menyiapkan apa yang telah dimulakan, jangan hanya berharap - keluarlah mengundi.
Jumpa di pusat mengundi. Masa depan Negeri Sembilan bermula dengan satu undi.
#tza #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan #kekalharapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Anak muda bukan sekadar mahu didengar. Mereka mahu kerajaan yang memahami dan bertindak.
Meriah betul Dewan Orang Ramai Pasir Panjang petang tadi apabila anak-anak muda memenuhi Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi. Saya turut bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun serta YB Dr. Mohammed Taufiq Johari di program tersebut.
Program seperti ini membuka ruang untuk anak muda menyampaikan sendiri pandangan, idea dan harapan mereka kepada kepimpinan negara dan negeri. Inilah pendekatan kerajaan hari ini - turun ke bawah, mendengar suara rakyat dan memastikan dasar yang dibuat benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Anak muda bukan hanya mahukan janji. Mereka mahukan lebih banyak peluang, pekerjaan yang baik dan masa depan yang lebih cerah. Sebab itu kita perlu terus memastikan Negeri Sembilan kekal stabil supaya usaha membina masa depan mereka dapat diteruskan.
Terima kasih Pasir Panjang atas sambutan yang cukup luar biasa.
#tza #pasirpanjang #negerisembilan #anakmuda #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bagi usahawan kecil, peluang bertemu pelanggan bukan perkara kecil. Di situlah bermulanya rezeki dan masa depan sebuah keluarga.
Petang tadi saya bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Karnival Sahabat Usahawan MADANI, Port Dickson. Saya sempat singgah ke gerai-gerai, melihat produk mereka dan mendengar sendiri usaha di sebalik setiap perniagaan.
Kerajaan bukan sekadar menyediakan ruang berniaga. Dalam enam bulan pertama tahun ini, Amanah Ikhtiar Malaysia telah meluluskan pembiayaan RM1.6 bilion kepada hampir 185,000 usahawan di seluruh negara. Di Negeri Sembilan sahaja, sekitar 5,000 usahawan telah menerima pembiayaan berjumlah RM50 juta.
Sokongan turut diberikan melalui skim AIM seperti i-Muda, i-Mesra dan i-Srikandi dengan pembiayaan sehingga RM30,000, serta Skim PADURI MADANI bernilai RM200 juta khusus untuk membantu lebih ramai usahawan wanita memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Inilah usaha yang mesti diteruskan - membuka peluang, memudahkan akses kepada modal dan membantu lebih ramai rakyat membina kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan.
#tza #negerisembilan #portdickson #usahawanmadani #aim #pmks #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan sekadar janji, tapi Tok Min telah laksanakan!
Janji yang ditunaikan memberi keyakinan untuk melangkah ke hadapan. Sebab itu rekod lebih penting daripada sekadar kata-kata.
#tza #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila jumpa rakan ASEAN, memang rasa macam bertemu semula dengan kawan lama.
Berbesar hati menerima kunjungan hormat sahabat saya, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah, Menteri Kewangan II Negara Brunei Darussalam.
Kami sudah lama saling mengenali melalui pelbagai mesyuarat ASEAN dan platform ekonomi serantau. Walaupun kini membawa tanggungjawab yang berbeza, setiap pertemuan tetap menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai ekonomi, peluang baharu serta bagaimana Malaysia dan Brunei boleh terus memperkukuh kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Malaysia dan Brunei bukan sahaja jiran yang rapat, malah berkongsi hubungan yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati.
Terima kasih atas kunjungan ini, YB Dato. Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Brunei terus membuka lebih banyak peluang kerjasama ekonomi dan pelaburan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
#tza #malaysiabrunei #asean #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM19.1 bilion pelaburan. Rekod Tok Min dah terbukti. Sekarang, teruskan momentum untuk cipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi di Negeri Sembilan.
#tza #tokmin #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ayuh, kita jadikan Negeri Sembilan lebih kuat!
#tza #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Walaupun dah hampir tengah malam, orang masih tak berganjak.
Itulah suasana di Grand Finale Pakatan Harapan DUN Labu malam tadi bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walaupun kempen hampir ke penghujung, semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Negeri Sembilan tetap luar biasa.
Tahniah kepada calon Pakatan Harapan Datuk Ahmad Faez Abdul Razak, DUN Labu, dan J. Arul Kumar, DUN Nilai, serta seluruh jentera yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen. Kini, segala-galanya terletak di tangan rakyat.
Saya berharap rakyat Negeri Sembilan akan terus memberikan mandat kepada Tok Min dan Pakatan Harapan untuk meneruskan rekod pentadbiran yang bersih, amanah dan berprestasi demi masa depan negeri ini.
#tza #labu #nilai #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sikamat dah buat keputusan?
Melihat sambutan di Grand Finale Pakatan Harapan DUN Sikamat malam tadi, saya yakin rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bekerja untuk semua, tanpa mengira kaum atau agama.
Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya turun memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan, Nor Azman Mohamad (DUN Sikamat), Bakri Sawir (DUN Klawang) dan Datuk Muhammad Nazri Kassim (DUN Ampangan). Negeri Sembilan telah membuktikan bahawa hak orang Melayu dan Bumiputera terus dipertahankan, syiar Islam terus dimartabatkan, dan pada masa yang sama setiap kaum diberi pembelaan yang adil.
Kini, pilihan di tangan rakyat. Saya berharap Negeri Sembilan akan terus memberikan mandat kepada Tok Min dan Pakatan Harapan agar usaha membangunkan negeri ini dapat diteruskan.
#tza #sikamat #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Cita-cita tinggi orang Ampangan ni.
Sama macam Calon No 1 Pakatan Harapan, Datuk Muhammad Nazri Kassim. Besar hasrat dia nak majukan Ampangan.
#tza #ampangan #kampungjiboi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Adakah masyarakat India masih bersama HARAPAN?
Melihat sambutan di Klana Resort malam tadi, saya yakin ramai masih meletakkan harapan kepada kita.
Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya berpeluang bertemu dan mendengar sendiri pandangan serta harapan masyarakat India di Seremban. Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai usaha melalui MITRA, pendidikan, latihan kemahiran, keusahawanan, kebajikan dan pembangunan komuniti agar lebih banyak peluang dapat dinikmati oleh masyarakat India.
Masih banyak yang perlu dilakukan, dan saya berharap rakyat Negeri Sembilan akan memberi mandat kepada Tok Min dan Pakatan Harapan bagi meneruskan usaha ini.
#tza #seremban #masyarakatindia #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
30,000 peluang pekerjaan bukan angka yang dipetik sesuka hati. Ada projek yang telah dikenal pasti, dan sasarannya jelas: lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Negeri Sembilan.
#tza #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan #kojoadoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jumpa Bapak di Ampangan!
#tza #ampangan #kampungjiboi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baju je biru, hati tetap merah. 😄
Pesanan masa singgah bilik gerakan BN: undi Harapan, tapi jangan beritahu orang lain!
#tza #pilah #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Biasanya orang konvoi motor, kali ini konvoi basikal cilik! 🚲
Semasa ziarah rumah ke rumah di Kg Jiboi bersama calon Pakatan Harapan DUN Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim, ada pula geng basikal anak-anak yang tiba-tiba ikut sekali.
Tak sangka dapat escort team paling muda sepanjang kempen! 😄
#tza #ampangan #kampungjiboi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan sonang kosan eh nak buek.. Yang ponting nanti pilih Calon No 3
#tza #sungailui #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di Sasana Symposium 2026 petang ini, saya kongsikan beberapa mesej utama berkait hala tuju pelaburan di Malaysia:
1️⃣ Ketahanan operasi mengatasi kos dalam situasi geopolitik dan geoekonomi yang semakin mencabar
2️⃣ MIDA aktif melaksanakan projek, bukan sekadar luluskan pelaburan
3️⃣ Angka pelaburan dan eksport yang tinggi sememangnya membawa peluang pekerjaan dan perniagaan tetapi syarikat juga perlu mempertimbangkan kadar pertumbuhan gaji yang lebih wajar (living wage) bagi pekerja mereka
Saya yakin, dasar industri Malaysia yang jelas dan konsisten akan terus menarik pelabur dan pelaburan yang kita perlukan untuk ekonomi masa depan.
#sasanasymposium2026 #reformsforresilience #mida #pelaburanmalaysia #tengkuzafrul #malaysiamadani #ekonomimadani #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak menang pilihan raya tak perlu seret institusi diraja.
Yang rakyat nak dengar bukan siapa pegang istana. Yang rakyat nak tahu, siapa boleh kurangkan kos sara hidup, sediakan kerja bergaji tinggi, bantu anak-anak ke sekolah dan jaga warga emas.
Negeri Sembilan dah berada di landasan yang betul. Yang sudah berjalan, kita teruskan. Yang masih kurang, kita tambah baik.
Kekal Tok Min.
#tza #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Api BBQ menyala, borak Tok Min dengan anak muda Linggi pun makin panjang. 🔥
Duduk semeja, makan bersama dan dengar sendiri apa yang mereka mahu - lebih banyak peluang dan masa depan yang lebih baik untuk anak muda Linggi.
Anak muda bukan sekadar penyokong kempen. Merekalah yang akan menentukan hala tuju Linggi.
#tza #linggi #anakmudalinggi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
"Datang 10 kali pun tak apa!" 😂
Belum sempat nak balik, makcik dah bagi lesen datang lagi.
#tza #serimenanti #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersama Tok Min turun bertemu masyarakat India di Linggi untuk mendengar sendiri suara dan harapan mereka.
Sebagai mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Min bukan orang baharu dalam menyelesaikan masalah rakyat. Pengalaman itu kini dibawa untuk berkhidmat kepada masyarakat Linggi.
Sambutan kali ini memang padu. Linggi, kita lawan sampai menang!
#tza #linggi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menjunjung kasih, Tuanku.
#tza #negerisembilan #daulattuankuThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam kesibukan kempen, hari ini mengingatkan saya tentang satu hakikat yang tidak pernah berubah. Hidup ini sementara.
Saya bersama Dr. Rajasekaran Gunnasekaran, calon Pakatan Harapan DUN Sri Tanjung, meneruskan program rumah ke rumah di Taman Negeri.
Semasa program, langkah kami terhenti seketika apabila menerima khabar pemergian dua orang penduduk di Taman Negeri. Kami menghadiri kedua-dua majlis sebagai tanda hormat serta menyampaikan salam takziah kepada keluarga.
Itulah tanggungjawab pemimpin. Bukan sekadar bertemu rakyat ketika mereka bergembira, tetapi juga hadir bersama ketika mereka berdepan saat yang paling sukar.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mereka yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan.
#tza #sritanjung #tamannegeri #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kepada seluruh penjawat awam, anggota PDRM dan ATM, para veteran, pesara serta keluarga masing-masing, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan yang tidak pernah luput daripada ingatan.
#tza #penjawatawam #pdrm #atm #veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lawan sampai menang cukuplah. Tak payah lawan sampai mati. 😂
Turun padang bersama Kamarul Arifin Wafa, calon Pakatan Harapan bagi DUN Seri Menanti.
#tza #kamarularifinwafa #serimenanti #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang paling happy hari ni bukan ibu bapa… tapi budak-budak yang dapat pegang piala. 😄🏆
Bila bersembang dengan pengurusan Tadika Reka, baru saya tahu, dah lebih 100,000 orang belajar di sini. Besar jasa Tadika Reka kepada masyarakat setempat.
Tadika ni bukan sekadar tempat belajar ABC dan 123. Di sinilah anak-anak mula belajar berkawan, membina keyakinan diri, mencuba perkara baharu dan seronok datang ke sekolah setiap hari.
Sebab itu saya sentiasa menghargai peranan guru-guru tadika. Mereka bukan sahaja mengajar, tetapi membentuk asas sahsiah dan keyakinan anak-anak. Dengan sokongan ibu bapa di rumah, insya-Allah anak-anak akan membesar menjadi insan yang baik.
Tahniah kepada semua anak-anak atas semangat yang ditunjukkan hari ini. Semoga terus membesar menjadi generasi yang berani, berakhlak dan berjaya. ❤️
#tza #pandan #tamanseraya #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau jentera masih sempat bergelak ketawa walaupun dah seharian turun padang, itu tandanya semangat masih kuat. 💪
Selepas walkabout di Pekan Kuala Pilah, saya terus ke JDM Ampang Tinggi Seberang bersama calon Pakatan Harapan DUN Pilah, Datuk Noorzunita Begum. Turut bersama ialah Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Saya sempat berkongsi sedikit kata-kata semangat buat jentera yang tidak pernah kenal penat sepanjang kempen ini. Merekalah yang setiap hari memasang bendera, menyusun program, mengetuk pintu rumah dan memastikan gerak kerja berjalan lancar.
Lepas selesai program, barulah dapat duduk sekejap menikmati karipap dan mi goreng. Bila dah seharian bergerak, makanan yang paling sederhana pun terasa luar biasa sedap.
Terima kasih kepada semua jentera yang bertungkus-lumus setiap hari. Teruskan momentum. Insya-Allah, kita usaha sampai menang.
#tza #pilah #ampangtinggi #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi bukan sekadar angka KDNK. Pertumbuhan hanya bermakna apabila rakyat merasainya melalui gaji yang lebih baik, perlindungan sosial yang lebih kukuh dan peluang yang lebih luas.
Kita sudah melakukan banyak perkara untuk memperkukuh lantai ekonomi dan membantu rakyat. Apabila siling ekonomi terus ditinggikan, lebih banyak hasil dapat dijana - dan lebih banyak lagi boleh dikembalikan kepada rakyat.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja
malaysiagazette.com/2026/07/25/tengku-zafrul-kukuhkan-lan… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau dengar bunyi hon kuat-kuat di Pekan Kuala Pilah semalam, jangan ingat orang marah ya. 😄 Itu tanda sokongan.
Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, walkabout di sekitar Pekan Kuala Pilah bersama calon Pakatan Harapan DUN Pilah, Datuk Noorzunita Begum, tetap meriah.
Penduduk dan peniaga setempat bukan sahaja menyambut kami dengan wajah ceria, malah ramai yang melambai dan membunyikan hon apabila berselisih di jalan.
Saya juga sempat menyampaikan kata perangsang kepada jentera di JDM Taman Muda yang sedang bertungkus-lumus memastikan kemenangan.
Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk menyambut kami. Teruskan momentum ini. Usaha sampai menang! 💪
#tza #pilah #kualapilah #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai bercakap tentang ekonomi. Tapi apa sebenarnya yang berlaku kepada ekonomi Malaysia hari ini?
Saya kongsikan fakta dan angka sebenar - daripada pertumbuhan ekonomi, pelaburan, peluang pekerjaan, ringgit hinggalah bantuan kepada rakyat. Nilailah berdasarkan fakta, bukan persepsi.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #malaysiamadani #anwaribrahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Susah jugak nak cari tompek ni, sampai tesosek. Tapi nasib baik jumpo jugak. Padang Lebar, dalam DUN Juasseh. 😄
Singgah makan tengah hari bersama calon Pakatan Harapan DUN Juasseh, Mohd Aidil Abdullah, sambil beramah mesra dengan warga setempat.
Lauknya memang padu. Rendang perut dengan daging masak lompap. Memang boto-boto power! 😋
Lagi seronok bila tengok sambutan orang Juasseh. Semangat tu memang ada. Insya-Allah, kalau semangat ni kekal sampai hari mengundi… Juasseh ni kito buleh monang! 💪
Lawan tetap lawan. Kita buat kerja, rakyat buat penentuan.
#tza #juasseh #padanglebar #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN-Jepun: Membina Masa Depan Melalui Dialog dan Kerjasama
Hubungan ASEAN dan Jepun tidak hanya diperkukuh melalui perdagangan dan pelaburan, tetapi juga melalui pertukaran idea, penyelidikan dan dialog dasar yang berterusan.
Atas semangat itu, saya berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Encik Yasushi Kudo bersama pasukan Genron NPO ke Southeast Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC) bagi bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang yang bakal membentuk masa depan ASEAN.
Hari ini, dasar awam tidak lagi boleh dibentuk hanya berdasarkan apa yang berlaku pada masa ini. Ia perlu mengambil kira perubahan geopolitik, kemajuan teknologi, ketidaktentuan rantaian bekalan, perubahan iklim serta perubahan ekonomi global yang sedang membentuk masa depan rantau ini.
Sebab itu ASEAN memerlukan lebih banyak penyelidikan yang berkualiti, dialog yang terbuka dan kerjasama rentas negara bagi membantu pembuat dasar serta sektor swasta membuat keputusan yang lebih baik.
Di SEAFIC, matlamat kami jelas - menjadi jambatan antara penyelidikan, dasar dan dunia perniagaan. Kami mahu menghasilkan penyelidikan yang berasaskan bukti dan benar-benar relevan, supaya idea yang dibincangkan bukan sekadar kekal di atas kertas, tetapi dapat diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat serta ekonomi serantau.
Saya percaya kerjasama dengan institusi pemikir seperti Genron NPO mampu membuka ruang kepada penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran serta dialog dasar yang lebih erat antara ASEAN dan Jepun. Pada akhirnya, hubungan yang lebih kukuh antara institusi penyelidikan, pembuat dasar dan sektor swasta akan membantu rantau ini menjadi lebih berdaya tahan dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Masa depan tidak boleh dibina secara bersendirian. Ia memerlukan kerjasama, kepercayaan dan kesediaan untuk melihat jauh ke hadapan.
Terima kasih kepada Encik Yasushi Kudo dan seluruh delegasi Genron NPO atas kunjungan ini. Saya berharap lawatan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama jangka panjang yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, perdagangan dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.
#tza #seafic #asean #genronnpo #malaysiajepun -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya pilih geng tembikai! 🍉
Kalau perbarisan rumah sukan macam ini, memang susah nak pilih mana paling comel. 😄
Semalam saya berpeluang merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tasek Permai 2026. Meriah betul melihat murid-murid berarak dengan pelbagai tema kreatif. Mesti mak ayah dan cikgu-cikgu berjaga malam nak siapkan semua kostum ini!
Sukan bukan sekadar soal menang atau kalah. Di sinilah anak-anak belajar tentang disiplin, kerjasama, keyakinan diri dan semangat untuk bangkit apabila berdepan cabaran.
Tahniah kepada semua murid yang bertanding dan seluruh warga sekolah yang menjayakan kejohanan ini.
#tza #madanibekerja #sktasekpermai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam pilihan raya, semua orang boleh membuat janji. Tetapi akhirnya rakyat akan menilai berdasarkan apa yang benar-benar berjaya dilaksanakan.
Di Gemas sendiri, projek F&N AgriValley bernilai RM1.7 bilion bakal mewujudkan sekitar 600 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya. Bagi saya, inilah yang lebih penting. Pelaburan bukan sekadar angka, tetapi peluang untuk anak-anak Gemas membina kerjaya dan masa depan di tempat sendiri.
Itulah antara perkara yang saya kongsikan malam ini bersama penduduk Taman Damai, Gemas dalam ceramah kelompok bersama Ketua Cabang KEADILAN Tampin, V. Raja.
Terima kasih atas sambutan yang begitu menggalakkan. Semoga kita terus diberi peluang untuk bekerja, menyelesaikan lebih banyak isu rakyat dan membawa lebih banyak pembangunan kepada Gemas dan Negeri Sembilan.
#tza #gemas #tampin #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Sungai Lui, saya bergegas kembali ke DUN Pilah untuk menghadiri ceramah kelompok di belakang Petronas Melang.
Turut bersama menyampaikan ceramah ialah Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Bagi saya, ceramah kelompok masih antara kaedah paling berkesan untuk mendekati pengundi, khususnya di kawasan bandar dan pekan yang mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi. Suasananya lebih santai, lebih dekat dengan rakyat, dan memberi ruang kepada orang ramai untuk bertanya serta mendapatkan penjelasan secara terus.
Pilihan raya bukan sekadar tentang mendengar ceramah. Ia juga tentang memberi ruang kepada rakyat bertanya, mendengar penjelasan dan menilai sendiri sesuatu isu berdasarkan fakta, bukan sekadar potongan video atau dakwaan yang tular di media sosial.
Terima kasih kepada semua yang hadir malam ini. Semoga lebih banyak ruang seperti ini dapat diwujudkan agar kita terus dapat berdialog secara matang, saling bertukar pandangan dan membuat pilihan berasaskan maklumat yang tepat.
#tza #pilah #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak cipta pekerjaan tak semestinya kena berhijrah ke bandar. Kat kampung pun boleh.
Inilah semangat sekumpulan anak muda di Pasoh 2 yang mengusahakan perniagaan cuci kereta. Lebih membanggakan, mereka bukan sekadar menjalankan car wash, malah sudah merancang untuk mengembangkan perniagaan ke arah car detailing.
Saya memang tabik dengan semangat macam ini. Mereka memilih untuk kekal di kampung, membina perniagaan sendiri, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyediakan perkhidmatan kepada komuniti setempat.
Sebab itulah saya dan calon Pakatan Harapan DUN Sungai Lui, Zainal Fikri, berkongsi matlamat yang sama - kita mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang menjana pendapatan di kawasan ini, supaya lebih ramai anak muda mempunyai pilihan. Pilihan sama ada mahu membina masa depan di kampung sendiri atau berhijrah ke bandar.
Semoga urusan adik-adik dipermudahkan dan perniagaan mereka terus berkembang. Insya-Allah, lebih banyak kisah kejayaan seperti ini akan lahir di Sungai Lui. 💪
#tza #sungailui #pasoh2 #kualapilah #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di Ulu Bendul, nak dengar suara pengundi memang kena ketuk pintu satu-satu.
Saya bersama calon Pakatan Harapan DUN Seri Menanti, Kamarul Arifin Wafa, dan pasukan menziarahi penduduk di Taman Ulu Bendul. Cuaca redup, memang selesa untuk kami berjalan dari rumah ke rumah, bersembang dan mendengar sendiri pandangan mereka.
Tabik kepada pasukan calon yang cukup tersusun. Laluan ziarah dirancang dengan baik, pergerakan pasukan kemas dan setiap kunjungan berjalan lancar serta penuh mesra. Setakat ini, ini antara sesi ziarah rumah ke rumah paling teratur yang pernah saya sertai.
Alhamdulillah, sambutan penduduk juga cukup baik. Semoga semangat Kamarul Arifin Wafa dan seluruh pasukan terus kuat hingga ke hari mengundi. 🤲
#tza #serimenanti #ulubendul #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Investments must survive political change.
Institutions need to remain independent, credible and focused on long-term value - regardless of who is in government.
#tza #danantara #sovereignwealthfund #investment #governance #malaysia #indonesia #scmpliveThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau dah sampai Ulu Bendul, rugi kalau tak pekena roti canai kari kambing. 😄
Saya mulakan gerak kerja di Negeri Sembilan dengan bersarapan di Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul bersama calon, jentera dan penduduk DUN Seri Menanti.
Sambil makan, saya mendengar sendiri pandangan serta harapan penduduk setempat.
Saya turut menerima taklimat daripada calon Pakatan Harapan DUN Seri Menanti, Kamarul Arifin Wafa, mengenai perkembangan semasa dan fokus kempen di kawasan ini.
Turun padang bukan sekadar datang bersalaman. Yang penting, kita dengar suara rakyat, faham keperluan mereka dan bekerja sebaiknya untuk kawasan ini. ❤️
#tza #serimenanti #ulubendul #negerisembilan #pakatanharapan #prnnegerisembilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah dapat green light daripada Aunty ke, Uncle? 😂
#tza #pandan #sembangsantai #turunpadangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan sekadar datang, dengar cerita, kemudian pulang.
Kami bawa bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil zakat supaya bantuan dapat diusahakan dan disusuli.
#tza #pandan #ziarahkasih #keadilanpandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pertemuan di Tokyo disambung di Putrajaya. 🇲🇾🇯🇵
Hari ini YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Yasushi Kudo, Presiden The Genron NPO. Saya pernah bertemu beliau pada Mac lalu sempena Tokyo Conference dan pelancaran Asia Leaders Roundtable.
Pertemuan kali ini meneruskan perbincangan mengenai usaha memperkukuh Asia Leaders Roundtable sebagai wadah dialog strategik mengenai cabaran serantau dan global, di samping mempererat hubungan Malaysia-Jepun.
#tza #malaysiajepun #genronnpo #asialeadersroundtable #tokyoconference -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KDNK dianggarkan naik 5.8%. Apa maknanya untuk hidup kita?
Ekonomi yang lebih kuat beri lebih banyak ruang untuk naikkan gaji, buka peluang kerja dan salurkan bantuan kepada rakyat.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi. ❤️
Tahniah, Zahra! First Class Honours in English Literature di University of Warwick. 👏
We are so proud of you.
Lepas ni sambung Master's di Oxford pula. Kebetulan Papa pun ada Fellowship kat sana, senanglah nak check Zahra buat apa. 😄
p/s: Lepas habis Master's nanti... jangan lupa balik Malaysia. 🇲🇾
#tza #graduation #universityofwarwick #firstclasshonours #family #alhamdulillah #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KWAP kena jarah? Duit itu digunakan untuk bantu bayar pencen, mengikut fungsinya di bawah undang-undang - dan dana KWAP masih berkembang kepada lebih RM195 bilion. Jadi ini bukan penjarahan; sama ada mereka tak faham fungsi KWAP, atau sengaja nak takutkan rakyat.
#tza #kwap #ekonomirakyat #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM200 juta duit KWAP lesap? Angka sebenar sekitar RM163 juta, dan penipuan eFishery turut memperdaya Temasek serta SoftBank - tapi setiap sen masih perlu dikejar. Pencen penjawat awam tak terjejas, jadi jangan percaya auta angka separuh masak.
#tza #kwap #efishery #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi Malaysia berkembang 5.8% pada suku kedua 2026, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis ekonomi sekitar 5.2% dan pencapaian 5.4% pada suku sebelumnya.
Ini menunjukkan usaha kita untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi terus membuahkan hasil, walaupun dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan.
Apabila ekonomi berkembang dengan lebih kukuh, kita mempunyai lebih banyak ruang untuk meningkatkan gaji, mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperluas perlindungan sosial dan menambah pendapatan keluarga.
Hasilnya kini sudah kelihatan. Namun, usaha ini mesti diteruskan supaya lebih ramai rakyat dapat merasai manfaat pertumbuhan negara dalam kehidupan seharian.
Siling pertumbuhan terus kita tingkatkan. Dengan asas yang lebih kukuh ini, lantai kehidupan rakyat juga dapat diperkasa.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pergi aqiqah, sekali orang buka cerita pasal mengundi.
Memang begitulah suasana sekarang. Di mana-mana pun, orang cerita tentang pilihan raya.
#tza #pandan #aqiqah #silaturahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Modal berdaulat (sovereign capital) mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan industri dan penciptaan pekerjaan berkualiti. Tetapi semua itu hanya boleh dicapai jika tatakelolanya kukuh.
Itulah antara perkara yang saya tekankan semalam di Danantara x SCMP Live Nusa Dua Forum di Bali bersama Pak Pandu Sjahrir, Chief Investment Officer Danantara Indonesia.
Modal berdaulat memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem industri, melabur dalam sektor strategik dan menarik lebih banyak pelaburan swasta.
Namun, keberkesanannya bergantung kepada satu perkara yang tidak boleh dikompromi: tatakelola yang baik. Mandat yang jelas, ketelusan dan akauntabiliti bukan sekadar prinsip yang baik untuk ada, tetapi asas kepada keyakinan pelabur dan kejayaan jangka panjang.
Saya juga berkongsi bahawa modal berdaulat mempunyai kelebihan kerana mampu melabur untuk jangka panjang, merentasi kitaran ekonomi. Namun, dalam sistem demokrasi, keutamaan dasar dan kepimpinan boleh berubah. Sebab itu, institusi yang kukuh dan tatakelola yang baik lebih penting daripada individu.
Pada akhirnya, kejayaan bukan diukur dengan berapa bilion pelaburan yang masuk. Yang lebih penting ialah sama ada pelaburan itu mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi, mempercepat pemindahan teknologi dan membina industri yang memberi manfaat kepada rakyat.
Terima kasih kepada Danantara Indonesia dan South China Morning Post atas jemputan, Pak Pandu Sjahrir atas perkongsian pandangan, serta semua peserta yang menjayakan forum ini.
#tza #mida #asean #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah leading, lepas tu park the bus. Haa, merasalah! 😅
#tza #ampang #pialadunia2026 #bolasepakThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
England kalah lagi! 😭
Dah leading 1-0, tapi England tiba-tiba tarik brek dan bagi Argentina pegang game.
Salah percaturan?
Akhirnya Argentina menyamakan kedudukan pada minit ke-85 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. Memang sakit untuk penyokong England. 😅
Tapi itulah bola. Menang kita sorak, kalah pun kita tetap duduk semeja.
Malam tadi memang meriah di Nasi Kandar Al Fariz Maju. Anak muda, keluarga dan peminat bola berkumpul menyaksikan aksi separuh akhir Piala Dunia bersama-sama.
Terima kasih YB Altimet kerana join sekali malam ini, serta Nasi Kandar Al Fariz Maju atas penganjuran.
Tahniah Argentina ke final. England pula, kita cuba lagi empat tahun akan datang. 😅
#tza #ampang #pialadunia2026 #bolasepak -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Game on. 🔥
Jom bawa semangat ni sampai hari mengundi.
#tza #prnnegerisembilan #pakatanharapan #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari rumah kampung, terus ke lautan merah Kuala Pilah.
Selepas menerima kunjungan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di rumah keluarga saya, kami terus ke Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang.
Alhamdulillah, sambutannya memang luar biasa. Yang paling menggembirakan saya ialah melihat rakyat daripada pelbagai kaum dan peringkat umur hadir bersama. Bila melihat suasana seperti ini, kita tahu semangat perpaduan itu masih kuat.
Terima kasih kepada semua yang hadir malam ini, khususnya warga Kuala Pilah. Semoga semangat yang ditunjukkan malam ini terus berkekalan hingga hari mengundi.
Perjalanan masih panjang. Insya-Allah kami akan terus turun padang, mendengar dan berkhidmat sebaik mungkin.
Semoga Negeri Sembilan terus maju, makmur dan sentiasa dipenuhi semangat perpaduan.
#tza #madanibekerja #negerisembilan #prn16 #pakatanharapan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang tua-tua selalu kata, bila tetamu datang ke rumah, insya-Allah rezeki pun ikut sama.
Petang semalam, rumah keluarga saya di Kg Parit, Kuala Pilah menerima tetamu yang cukup istimewa.
Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Farhan Fauzi kerana sudi singgah seketika sebelum meneruskan program di Kuala Pilah.
Banyak kenangan saya di rumah ini. Dari kecil membesar di sini, tak sangka satu hari nanti Perdana Menteri pula datang berkunjung.
Semoga silaturahim ini terus berkekalan. Moga kunjungan ini membawa keberkatan dan rezeki buat kita semua.
#tza #negerisembilan #kualapilah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Walaupun diuji dengan penyakit, semangat mencari rezeki tidak pernah padam.
Beberapa hari lalu, saya berpeluang bertemu dengan Encik Puspanathan a/l Sandrasaigrum di Pandan.
Dalam ziarah ini, kami turut membawa bersama sukarelawan JKM bagi menyemak keperluan Encik Puspanathan serta melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan.
Walaupun menghidap penyakit jantung dan diabetes, beliau tetap berusaha mencari rezeki dengan menjual bunga secara kecil-kecilan bersama isterinya. Mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tergolong dalam golongan yang memerlukan, namun masih memilih untuk terus berusaha selagi termampu.
Melihat ketabahan Encik Puspanathan mengingatkan saya bahawa ramai yang tidak mengharapkan simpati. Mereka hanya memerlukan sedikit peluang, sokongan dan ruang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Semoga Encik Puspanathan terus diberikan kekuatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mencari rezeki bersama keluarga.
Saya akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan agar lebih ramai keluarga mendapat sokongan yang sewajarnya.
#tza #pandan #ziarahkasih #keadilanpandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Main bola? Tak terror. 😅
Lari 20KM? On. 🏃🏻
Jom kat Pandan!
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menjaga ibu bapa yang semakin berusia bukan sekadar satu tanggungjawab. Ia satu pengorbanan.
Beberapa hari lalu, saya menziarahi beberapa warga emas di Pandan yang sedang melalui ujian kehidupan yang berbeza.
Dalam setiap ziarah ini, kami turut membawa bersama sukarelawan JKM dan amil kawasan. Bagi yang telah memohon bantuan, kami membantu membuat susulan agar permohonan mereka dapat dipercepatkan. Bagi yang belum memohon, kami turut membantu memulakan proses permohonan supaya bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.
Saya berkesempatan bertemu dengan Puan Nabawiyah binti Othman, yang kini terlantar akibat komplikasi diabetes dan masih menjalani rawatan. Walaupun menerima bantuan JKM serta zakat, keperluan harian seperti pampers dewasa masih menjadi antara keutamaan yang diperlukan.
Saya juga menziarahi Puan Pah Limah binti Sayid Ab Rahman. Walaupun menerima bantuan JKM dan bekalan makanan, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan bantuan yang diterima masih belum mencukupi untuk menampung keperluan harian keluarga.
Turut saya temui ialah Puan Aminah yang kini berusia 86 tahun. Anaknya, walaupun sudah bersara, masih mengambil upah memandu Grab demi menyara kehidupan dan memastikan ibunya mendapat keperluan harian seperti pampers dewasa serta susu nutrisi.
Melihat setiap kisah ini mengingatkan saya bahawa menjaga ibu bapa bukan sekadar memenuhi keperluan harian. Ia menuntut kesabaran, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak pernah putus.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan kepada mereka yang sedang diuji serta memberi kekuatan kepada setiap ahli keluarga yang setia menjaga insan tersayang. Insya-Allah, kami akan terus berusaha memastikan mereka yang memerlukan tidak tercicir daripada bantuan yang sewajarnya.
#tza #pandan #ziarahkasih #keadilanpandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila seorang ibu atau ayah jatuh sakit, sebenarnya seluruh keluarga turut sama berjuang.
Hari ini saya menziarahi beberapa keluarga di Pandan yang sedang melalui ujian kesihatan yang cukup berat.
Dalam setiap ziarah ini, kami turut membawa bersama sukarelawan JKM dan amil kawasan. Bagi yang telah memohon bantuan, kami membantu membuat susulan agar permohonan mereka dapat dipercepatkan. Bagi yang belum memohon, kami turut membantu memulakan proses permohonan supaya bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.
Saya bertemu dengan Puan Azra, yang masih menjalani rawatan kemoterapi. Dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, beliau dan suami kini tidak bekerja, manakala anak-anak pula masih bersekolah. Permohonan bantuan zakat mereka sedang dalam proses dan saya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
Saya juga menziarahi Puan Zura, yang sedang berjuang melawan kanser payudara dan masih menjalani rawatan susulan serta kemoterapi. Kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan ditanggung sendiri, di samping keperluan seperti medical bra yang perlu digunakan sepanjang proses pemulihan. Suaminya pula terpaksa menukar pekerjaan demi memberi perhatian kepada keluarga, sementara anak-anak mereka masih bersekolah.
Saya turut menziarahi Madam Chang, yang diuji dengan strok ringan. Disebabkan kekangan kewangan, rawatan fisioterapi terpaksa dihentikan sejak Disember lalu. Dalam masa yang sama, suaminya turut berdepan masalah kesihatan selepas mengalami jangkitan kuman ketika koma selama tiga bulan. Dengan anak-anak yang masih belajar dan tanpa pendapatan tetap, kehidupan seharian mereka bukanlah sesuatu yang mudah.
Mendengar setiap kisah ini benar-benar mengingatkan saya bahawa penyakit bukan sahaja menguji kesihatan seseorang, tetapi turut menguji kekuatan seluruh keluarga.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan mempermudahkan segala urusan mereka. Insya-Allah, kami akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan agar tiada keluarga yang berasa keseorangan menghadapi ujian hidup.
#tza #pandan #ziarahkasih #keadilanpandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau sampai awal sikit, sempat saya join marhaban sekali.
Tak apa, masih ada rezeki meraikan majlis aqiqah serta sambutan hari lahir Fateh Khaled bersama keluarga dan penduduk setempat.
Tahniah ibu ayah Fateh, semoga Fateh membesar jadi anak yang soleh, sihat selalu dan membahagiakan ibu bapa.
Seronok tengok amalan aqiqah dan marhaban terus hidup dalam komuniti kita.
#tza #pandan #aqiqah #silaturahim -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Cost of living, jobs and underemployment are real issues Malaysians face every day.
But too often, the conversation gets pulled back into race and identity politics.
The real test of leadership is not doing what is popular, but doing what is right.
#tza #malaysia #leadership #politics #costofliving #jobs #youth #madaniisworkingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semangat! 💪 Anda bagaimana? Dah keluar mengundi? 🇲🇾
#prnjohor #johormemilih -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malam terakhir sebelum rakyat Johor membuat pilihan.
Lautan manusia memenuhi lokasi kempen malam ini di Johor. Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan, semangat dan keyakinan untuk masa depan Johor yang lebih baik.
Esok, giliran rakyat untuk menentukan hala tuju negeri ini.
Keluar mengundi. Ajak sekali keluarga, rakan-rakan dan jiran. Setiap undi membawa makna.
#tza #prnjohor #johorkedepan #undiharapan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Siapa lagi power sepak penalti, Dr Maszlee atau saya?
Tak power sepak penalti tak apa, yang penting pandai jaga rakyat!
#tza #madanibekerja #puteriwangsa #maszleemalik #prnjohor #pakatanharapan #johorkedepan #undiharapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Undi esok cuma ambil masa beberapa minit.
Tapi keputusan yang dibuat akan bersama kita untuk lima tahun akan datang.
Jangan biarkan orang lain tentukan masa depan Johor untuk kita. Keluar mengundi. Ajak sekali keluarga dan kawan-kawan.
Jumpa di pusat mengundi!
#tza #prnjohor #keluarmengundi #undikitamasadepankitaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak jadi wakil rakyat, kena tahu kawasan.
Jom kita test Faezuddin, calon PH untuk Kempas!
#tza #madanibekerja #kempas #faezuddinpuad #prnjohor #pakatanharapan #johorkedepan #undiharapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya tanya Jalex: "Apa yang Pemanis perlukan?"
Jawapannya ada dalam setiap perbualan sepanjang walkabout kali ini.
#tza #johorkedepan #undiharapan #prnjohor #pemanis #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tawaran siapa lebih baik untuk rakyat Johor?
Bandingkan angka, semak rekod, dan nilai sendiri.
#tza #pakatanharapan #johorkedepan #undiharapan #johoruntuksemuaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pancing ikan, dapat.
Pancing hati rakyat, kena terus turun padang.
#tza #prnjohor #pakatanharapan #gambir #dungambir #mohdnormohdyusof #johorkedepan #undiharapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Durian berkualiti, calon Kempas lagi berkualiti. 😄
Undi Faezuddin Mohd Puad, Calon No. 2 Pakatan Harapan untuk DUN Kempas.
#tza #madanibekerja #prnjohor #johor #kempas #dunkempas #pakatanharapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu pagi, tiga sisi Puteri Wangsa.
Mula-mula turun pasar pagi, sembang dengan peniaga dan pengunjung. Lepas tu sambung ke program aerobik dan pemeriksaan kesihatan. Akhir sekali, singgah pertandingan bola sepak bersama anak-anak muda setempat.
Saya turun bersama Dr. Maszlee Malik, calon Pakatan Harapan DUN Puteri Wangsa. Bila turun macam ni, kita nampak Puteri Wangsa bukan sekadar satu kawasan pilihan raya. Ini kawasan yang hidup dengan peniaga kecil, keluarga muda, komuniti yang aktif dan anak muda yang perlukan ruang untuk berkembang.
Sebab itu penting untuk Puteri Wangsa dibangunkan dengan seimbang. Ekonomi setempat kena bergerak, kesihatan komuniti kena dijaga, dan anak muda perlu terus diberi ruang untuk bersukan, bergaul dan membina keyakinan.
Terima kasih warga Puteri Wangsa atas sambutan yang cukup mesra. Insya-Allah, kita terus turun dan dengar apa yang penting untuk masyarakat di sini.
#tza #madanibekerja #puteriwangsa #johor #pakatanharapan #maszleemalik #turunpadang #prihatinrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
JS-SEZ lambat?
Kalau hampir RM77 bilion pelaburan sudah diluluskan dan 57% sudah masuk peringkat pelaksanaan, itu bukan lambat.
Kita fokus buat kerja!
#tza #madanibekerja #jssez #johorkedepanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Durian ada. Badminton pun ada. Tapi yang paling penting, sembang dengan orang Kempas pun ada.
Santai-santai bersama Saudara Faezuddin Mohd Puad, calon Pakatan Harapan DUN Kempas. Walaupun program nampak ringan, banyak juga yang dapat disentuh bila duduk bersama rakyat.
Faez ada wawasan yang jelas untuk Kempas. Anak muda, khususnya lepasan SPM, perlu diberi laluan kepada latihan kemahiran dan TVET supaya mereka ada peluang kerja yang lebih baik. Peluang besar seperti JS-SEZ pula mesti sampai kepada penduduk tempatan, bukan sekadar jadi angka besar atas kertas.
Isu kesihatan pun penting. Klinik Kesihatan Kempas perlu diberi perhatian supaya perkhidmatan kepada rakyat dapat ditambah baik.
Politik akhirnya bukan hanya tentang ceramah besar. Kadang-kadang, ia bermula dengan duduk semeja, makan durian, main badminton, dan dengar sendiri apa yang orang setempat harapkan.
#tza #madanibekerja #kempas #johor #pakatanharapan #faezuddinpuad #turunpadang #anakmuda #tvet #jssez -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam mana nak pastikan anak muda Segamat pilih untuk bina masa depan di kampung halaman sendiri?
Itulah antara persoalan utama yang kami bincangkan dalam sesi libat urus bersama pemain industri di Segamat.
Turut bersama Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Pengerusi PKR Johor merangkap Ahli Parlimen Sekijang, YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, serta calon Pakatan Harapan DUN Pemanis, Saudara Jalex Lee En Xiang.
Saya gembira melihat Jalex bukan sekadar mendengar, malah turut berkongsi idea bagaimana Segamat boleh tampil dengan identiti dan kekuatan tersendiri. Matlamatnya bukan sekadar menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, tetapi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi supaya lebih ramai anak muda memilih untuk membina masa depan di kampung halaman sendiri.
Saya juga menghargai soalan-soalan yang dibangkitkan oleh para peserta. Banyak pandangan yang dikongsikan bersifat praktikal dan terus kepada cabaran sebenar yang dihadapi industri. Perbincangan seperti inilah yang membantu kita memahami keperluan sebenar di lapangan dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan berkongsi pandangan. Insya-Allah, kita akan terus bekerjasama untuk memastikan Segamat terus maju.
#tza #johor #prnjohor #pemanis #sekijang #segamat #pelaburan #peluangpekerjaan #anakmuda #madanibekerja #pakatanharapan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sub-30. Best 5K for 2026! Alhamdulillah.🙏
Sekarang… sambung training.
#tza #roadto42km #runmalaysia #marathontraining #timetrialThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Boleh berbeza parti. Tak semestinya bermusuh.
Tengah walkabout pagi tadi, bertembung calon daripada pihak lawan.
Bersaing itu lumrah dalam demokrasi. Yang penting, kita bertanding dengan sihat, saling menghormati dan biar rakyat yang membuat keputusan.
Pada akhirnya, semua yang bertanding berkongsi matlamat yang sama, iaitu mahu melihat kawasan yang diwakili terus maju.
May the best man win!
#tza #pakatanharapan #johor #prnjohor #politikmatang #demokrasi #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
💪 Besar bicep Waqqa ni, patutlah smash power! 😄
🥇 Tahniah Waqqa dan Zi Yu atas kejayaan muncul juara beregu campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026.
🇲🇾 Bukan sekadar pingat emas, tetapi gelaran pertama Malaysia dalam acara ini sejak 2007.
⏳ Penantian 19 tahun akhirnya berakhir.
Teruskan melakar lebih banyak kejayaan buat Malaysia. Syabas, Waqqa dan Zi Yu! ❤️
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #bajc2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau nak kenal sesuatu kawasan, jangan sekadar singgah. Kena luang masa berjalan, singgah kedai, ziarah rumah penduduk dan dengar sendiri cerita mereka.
Itulah yang kami lakukan hari ini di Pemanis bersama calon Pakatan Harapan, Saudara Jalex Lee En Xiang.
Bermula dengan sarapan bersama penduduk, kemudian walkabout dan menziarahi beberapa keluarga di sekitar kawasan. Sepanjang perjalanan, kami turut disertai Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Pengerusi PKR Johor merangkap Ahli Parlimen Sekijang dan YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Setiap pertemuan ada ceritanya. Ada yang berkongsi harapan untuk kawasan, ada yang menyuarakan cabaran yang mereka hadapi setiap hari. Sebab itu turun padang tak boleh diganti dengan sekadar membaca laporan.
Terima kasih atas sambutan yang cukup mesra. Insya-Allah, kami akan terus turun padang dan bertemu seramai mungkin warga Pemanis.
#tza #johor #prnjohor #pemanis #sekijang #turunpadang #bersamarakyat #malaysiamadani #pakatanharapan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau nak tahu apa rakyat fikir, tak perlu tunggu sesi dialog. Jogging pun dah cukup.
Pagi ni saya berjoging di Taman Rekreasi Taman Kapeh bersama Saudara Jalex Lee En Xiang, calon Pakatan Harapan DUN Pemanis, dan penduduk setempat.
Sambil berlari, sempat juga dengar macam-macam pandangan. Ada yang berkongsi isu kawasan, ada yang sekadar bercerita tentang kehidupan seharian.
Perbualan macam ni mungkin ringkas, tapi selalunya lebih jujur.
Terima kasih kepada semua yang bersama pagi tadi. Insya-Allah kita jumpa lagi.
#tza #johor #prnjohor #pemanis #sekijang #turunpadang #gayahidupsihat #joggingpagi #malaysiamadani #pakatanharapan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ni test sikit.
Mandarin ✅
Tamil ✅
Lulus ke tak?
#tza #madanibekerja #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gaya memancing macam otai... hasilnya jangan tanya. 😄🎣
Petang semalam saya berkesempatan menghadiri Aktiviti Memancing AMK di Parit Pulai bersama Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh, calon Pakatan Harapan DUN Gambir, Mohd Nor Mohd Yusof, serta penduduk setempat.
Banyak dapat ikan ke? 😅
Bukan soal siapa yang dapat ikan paling besar. Yang lebih penting ialah peluang untuk bertemu, bersembang dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.
(Macam ni lah cerita orang yang tak dapat ikan. 🤭)
Saya percaya semangat turun padang seperti inilah yang perlu diteruskan. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, Saudara Mohd Nor bersama YB Syed Ibrahim akan dapat terus memperjuangkan pembangunan dan kebajikan masyarakat Gambir serta seluruh Parlimen Ledang.
#tza #prnjohor #pakatanharapan #harapan #gambir #dungambir #parlimenledang #mohdnormohdyusof #syedibrahimsyednoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari masjid ke kopitiam.
Saya memulakan program di Gambir dengan Solat Jumaat bersama Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh, dan perbincangan bersama pengurusan Masjid Bukit Gambir mengenai keperluan masyarakat setempat.
Selepas itu, saya menyertai calon Pakatan Harapan DUN Gambir, Saudara Mohd Nor Mohd Yusof, untuk bertemu peniaga dan penduduk di sekitar kawasan ini. Setiap perbualan memberi gambaran yang lebih jelas tentang keutamaan rakyat Gambir. Ada yang berkongsi cabaran berniaga, ada yang bercakap tentang peluang pekerjaan, kemudahan setempat dan harapan mereka untuk masa depan kawasan ini.
Saudara Mohd Nor adalah seorang yang memilih untuk turun padang dan membina hubungan dengan masyarakat jauh lebih awal sebelum dinamakan sebagai calon. Kesungguhan beliau mendengar, memahami dan menyelesaikan isu-isu rakyat inilah yang amat diperlukan oleh warga Gambir.
Saya percaya Gambir memerlukan seorang wakil rakyat yang rajin turun padang, mudah didekati dan benar-benar memahami keperluan penduduk. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat Gambir, Saudara Mohd Nor dapat membawa semangat itu ke Dewan Undangan Negeri.
#tza #prnjohor #pakatanharapan #gambir #dungambir #mohdnormohdyusof -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila Garmin keluar “Personal Best”, penat tu terus hilang. 😄
Alhamdulillah, malam ni berjaya catat 5K terpantas saya untuk tahun 2026 dengan masa 29:58.
Memang seronok bila nampak latihan selama ni mula menunjukkan hasil.
Harap-harap lepas ni boleh pecahkan rekod ni pula. 😄
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan tengok nombor merah je. 😄
Nombor hitam tu benchmark sebelum ni.
Nombor merah pula catatan masa untuk time trial hari ni.
Sebab tu kita buat time trial. Bukan nak berlumba dengan orang lain, tapi nak tengok sama ada latihan selama ni dah menunjukkan hasil atau belum.
Alhamdulillah, kali ni catatan masa saya lebih baik daripada benchmark sebelum ni.
Lepas ni jurulatih akan guna keputusan ni untuk set semula pace latihan. Baru setiap sesi latihan betul-betul ikut tahap kecergasan saya sekarang.
Marathon dah makin dekat.
Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tapi sekurang-kurangnya nampak ada kemajuan.
Jom sambung training. 💪
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Persaingan global semakin sengit. ASEAN tidak boleh sekadar mengikut arus.
Berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, bagi bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh daya tahan ekonomi serantau, meningkatkan daya saing ASEAN, menarik pelaburan berkualiti serta memperkukuh kerjasama dalam menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.
Di Southeast Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC), kami percaya ASEAN perlu sentiasa berpandangan jauh dan bersedia menghadapi perubahan landskap global melalui kerjasama yang lebih erat, pemikiran strategik dan dasar yang mampu memenuhi cabaran masa depan.
Semoga kerjasama antara SEAFIC dan ASEAN terus diperkukuh dalam merealisasikan Aspirasi Komuniti ASEAN 2045 demi rantau yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan makmur.
#tza #seafic #asean #komunitiasean2045 #asean2045 #kerjasamaserantau #dayasaing #ketahananekonomi #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN kini antara rantau yang paling mendapat perhatian pelabur dunia.
Saya berbesar hati bertemu Marc Mealy, Executive Vice President of Research and Chief Policy Officer, US-ASEAN Business Council, untuk berbincang mengenai perkembangan ekonomi global serta peranan ASEAN yang semakin penting dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
Hari ini, syarikat dan pelabur bukan lagi hanya melihat angka ekonomi. Mereka juga menilai faktor seperti geopolitik, rantaian bekalan dan kerjasama serantau sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Bagi Malaysia, kedudukan di tengah-tengah ASEAN membuka peluang besar untuk terus menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan mengukuhkan peranan negara dalam rantaian bekalan global.
Terima kasih atas perbincangan yang sangat bermanfaat. Semoga hubungan antara Malaysia, ASEAN dan komuniti perniagaan antarabangsa terus diperkukuhkan demi mewujudkan lebih banyak peluang dan kemakmuran bersama.
#tza #asean #malaysiamadani #ekonomi #pelaburan #perdagangan #geopolitik #rantaianbekalan #pelaburanasing #kerjasamaserantau #seafic -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
When even a bowl of laksa becomes political, we need to ask: is this really about halal, or about stirring outrage for votes?
Halal matters. But facts should come before accusations.
#tza #madaniisworking #factsbeforeoutrage #stopthesmear #politicsofdivision #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak selesaikan masalah rakyat, kita kena duduk semeja dengan pihak yang boleh buat keputusan.
Semalam saya ke MPAJ untuk bertemu Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, membincangkan beberapa isu dan cadangan penambahbaikan demi kemudahan warga Ampang dan Pandan. Yang penting bukan sekadar mesyuarat, tetapi tindakan susulan.
Sempat juga singgah ke Jualan Rahmah di perkarangan MPAJ. Alhamdulillah, sambutannya cukup menggalakkan. Program seperti ini benar-benar membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.
#tza #madanibekerja #pandan #ampangjaya #mpaj -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
A question from Nigeria: can ASEAN show the world a different way?
In a fractured world, reliability, stability and trust matter more than ever.
#tza #asean #africa #globalsouth #malaysia #madaniisworkingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Siapa bintang baru kita? 🏸🇲🇾 #tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #jetjunior2026
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bumbung bocor. Pendawaian pun perlukan perhatian.
Usai menunaikan solat Zohor berjemaah di Surau Dagang Avenue (SDA), Taman Dagang, saya sempat bertemu barisan kepimpinan surau dan mendengar sendiri beberapa keperluan yang dibangkitkan.
Antara isu yang dikongsikan ialah masalah kebocoran bumbung dan kerja-kerja pendawaian elektrik yang memerlukan perhatian.
Insya-Allah, saya akan usahakan untuk membawa perkara ini kepada pihak berkaitan agar penyelesaian terbaik dapat diikhtiarkan demi keselesaan para jemaah.
Terima kasih kepada Pengerusi Surau Dagang Avenue (SDA), Tuan Haji Wan Abdillah, Imam Haji Kamal Ismail, Bilal Syafie, Cik Amir serta seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Dagang Avenue atas perkongsian yang diberikan.
#tza #ampang #tamandagang #suraudagangavenue -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau geng kompang mesti pakai songkok tinggi ke? 😄
Alhamdulillah, berpeluang menghadiri Majlis Walimatulurus puteri sulung Imam Masjid Cheras Baru, Ustaz Mohd Nor Hakim bin Yusof.
Tahniah kepada Nur Maisarah dan Muhammad Khairi. Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini, mengurniakan mawaddah, rahmah dan kebahagiaan hingga ke syurga.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
#tza #walimatulurus #pandan #silaturahim -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Nas Jaafar! 🇲🇾☕️
Juara dunia World Brewers Cup 2026, dan rakyat Malaysia pertama yang menang gelaran ini.
Siapa tahu Nas bancuh kopi kat kedai mana? Ada rezeki boleh try kopi champion!
#worldbrewerscup #worldbrewerscup2026 #malaysiaboleh #coffeemalaysia #jomngopi #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setiap kali kita buat program, kita adakan ruang Pohon Harapan untuk penduduk berkongsi harapan mereka.
Antara isu yang dibangkitkan ialah keperluan bonggol di kawasan berhampiran Pasar Taman Muda. Saya dengar semalam pun hampir ada kemalangan.
Isu ini sebenarnya dah lama dipantau oleh YB Yew, ADUN Teratai, dan telahpun dibawa untuk perhatian MPAJ dan JKR.
Insya-Allah, kita harap tak lama lagi akan ada berita gembira untuk penduduk Taman Muda.
#tza #pandan #turunpadang #prihatinrakyat #santaisihat #komunitipandan #dengarrakyat #malaysiamadani #tamanmuda -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Komuniti yang kuat bermula dengan satu perkara: saling mendengar.
Terima kasih kepada semua warga Taman Muda yang hadir memeriahkan Program Santai Sihat Komuniti. Banyak pandangan, cadangan dan harapan dikongsi hari ini. Insya-Allah, apa yang boleh kita bantu, kita usahakan bersama.
Jumpa lagi!
#tza #pandan #turunpadang #prihatinrakyat #santaisihat #komunitipandan #dengarrakyat #malaysiamadani #tamanmuda -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia melonjak ke tangga 15 dunia dalam IMD World Competitiveness Ranking.
Tapi ranking naik, gaji naik ke?
Apa kaitan dua benda ni sebenarnya?
#tza #imd2026 #dayasaing #ekonomirakyat #pelaburan #peluangkerja #gaji #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rumah boleh hilang dijilat api.
Tapi jasa jangan sesekali hilang daripada ingatan.
❤️
#tza #bam #badmintonmalaysia #jasadikenang #prihatinThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan semua orang perlu jadi programmer. Tapi semua orang perlu celik AI.
#tza #madanibekerja #ai #kerjamasadepan #kemahiranmasadepan #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sebelum adanya Masjid Al-Azim, Masjid Mustaqim dan surau-surau Jumaat yang lebih baharu, di sinilah antara tumpuan utama penduduk Pandan Indah menunaikan solat Jumaat.
Itulah Surau Al-Mustaqimah, Taman Cheras Indah yang kini telah berusia lebih 40 tahun.
Selepas solat, saya berkesempatan menziarahi Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz dan KAFA Integrasi Al-Mustaqimah untuk bertemu pihak pengurusan, tenaga pengajar serta murid-murid.
Walaupun lawatan ini singkat, ia memberi peluang untuk melihat sendiri keadaan kompleks surau, mendengar pandangan masyarakat dan mengenal pasti perkara yang boleh kita usahakan bersama.
Terima kasih kepada pihak surau, maahad, KAFA serta seluruh komuniti atas sambutan dan doa yang diberikan.
#tza #pandan #turunpadang #prihatinrakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
We’re all #teamazizul!
#tza #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai untuk rakyat Malaysia.
Subsidi mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor kepada pihak yang tak sepatutnya.
Kerajaan bukan sekadar umum bantuan, tetapi pastikan bantuan benar-benar sampai kepada rakyat.
#madanibekerja #tza #subsididieselThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
AI bukan untuk pakar saja. AI untuk semua.
#tza #pandan #aiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Johor dianaktirikan? Tengok fakta penuh.
Hasil Persekutuan dari Johor sekitar RM14 bilion setahun. Tapi perbelanjaan Persekutuan untuk Johor sekitar RM16 bilion setahun.
Bantuan rakyat jalan. Projek besar pun jalan.
Johor Ke Depan!
#tza #madanibekerja #harapanrakyatjohor #johor #johorkedepan #undiharapan #prnjohorThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pernah mencapai ranking No. 14 dunia dan membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, pencapaian Ng Tze Yong membanggakan kita semua.
Namun begitu, selepas perbincangan bersama, BAM dan Tze Yong telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing berkuat kuasa 30 Jun 2026.
Sepanjang bersama skuad kebangsaan, beliau menyumbang kepada kejayaan Malaysia meraih pingat emas Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022, pingat emas berpasukan campuran dan pingat perak perseorangan lelaki di Sukan Komanwel 2022, serta pingat gangsa Piala Sudirman.
Bagi pihak BAM, saya ingin merakamkan penghargaan atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan beliau sepanjang bersama pasukan kebangsaan.
Selamat maju jaya, Tze Yong. 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang berat bukan bakulnya.
Yang berat ialah kos sara hidup
Sebab itu kita terus turun padang, dengar sendiri dan bantu mana yang termampu.
#tza #pandan #turunpadang #kossarahidup #madanibekerja #tamanmajujayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Indonesia is ASEAN's largest member. But ASEAN was never built for one country to dominate.
Its strength comes from ensuring every member has a voice.
#tza #madaniisworking #asean #indonesiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Claim insurans kena reject? Duit e-wallet hilang? Jangan terus mengalah. Ada saluran yang ramai tak tahu: FMOS.
#tza #fmos #hakpengguna #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila kos harian naik, bantuan seperti bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.
Petang semalam saya bersama penduduk Taman Maju Jaya sempena sambutan Hari Duan Wu. Selain menyerahkan bakul makanan, saya juga sempat berbual dan mendengar sendiri perkara yang mereka hadapi.
Antara yang dibangkitkan ialah kos sara hidup, kesihatan, warga emas, peniaga kecil dan isu kawasan setempat. Ini perkara harian yang memang dirasai penduduk.
Insya-Allah, saya akan terus turun, dengar dan susul apa yang boleh dibantu.
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pohon Harapan ini nampak mudah. Orang tulis apa yang mereka harapkan, tampal, dan kita baca satu-satu.
Tapi di sebalik kertas kecil itu, ada perkara besar yang penduduk hadapi setiap hari. Ada yang bangkitkan kos sara hidup. Ada yang sebut soal kesihatan, warga emas, peniaga kecil, keselamatan dan isu kawasan setempat.
Saya ambil maklum semua ini.
Bukan semua perkara boleh selesai serta-merta. Ada yang perlu disemak, ada yang perlu dibawa kepada pihak berkaitan, dan ada yang perlu disusun ikut keutamaan.
Tapi yang penting, kita tak mahu dengar kemudian biar begitu saja.
Mana yang boleh dibantu, kita cuba bantu. Mana yang perlu tindakan susulan, kita akan susul.
Terima kasih kepada penduduk Taman Maju Jaya yang berkongsi pandangan dan harapan. Insya-Allah, kita terus turun, dengar dan buat kerja.
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak menang Champions League? Sepak penalti macam ni.
#tza #gayahidupsihat #pialatza #bolasepak #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tiada kejayaan yang dicapai seorang diri.
Setiap inisiatif yang dilaksanakan, setiap program yang berjaya direalisasikan dan setiap bantuan yang sampai kepada mereka yang memerlukan adalah hasil sokongan ramai pihak yang berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Yayasan TZA berbesar hati menganjurkan Majlis Apresiasi bagi menghargai rakan strategik, penyumbang, sukarelawan dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan pelbagai inisiatif yayasan.
Menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berangkat mencemar duli menyerikan majlis ini.
Terima kasih juga kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, dan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, atas kesudian hadir dan memberi sokongan kepada usaha Yayasan TZA.
Dalam majlis ini, kami turut berkongsi perkembangan beberapa inisiatif Yayasan TZA termasuk ACE SPM, yang telah memberi manfaat kepada 467 pelajar di 10 sekolah di Selangor pada tahun 2025, selain capaian digital kepada lebih 4,000 pelajar. Turut dikongsikan ialah perkembangan Larian KITA dan Golf KITA sebagai platform untuk menggerakkan sokongan kepada inisiatif komuniti.
Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, mampu membawa perubahan besar kepada kehidupan insan lain.
Semoga segala usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai masyarakat yang memerlukan.
#yayasantza #tza #acespm #lariankita #golfkita #kitabantukita -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia is now ranked 15th out of 70 economies in the 2026 IMD World Competitiveness Ranking — up from 23rd last year and 34th in 2024.
Our best performance since 2015.
A strong sign that reforms are gaining traction, but the work continues: investment, jobs, wages and productivity.
#tza #madaniisworking -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau nak tengok masa depan badminton Malaysia, inilah tempatnya. 👀🏸
AFFIN 100PLUS JET Finals menghimpunkan pemain-pemain muda terbaik negara yang telah membuktikan kemampuan mereka sepanjang musim Junior Elite Tour.
Mungkin hari ini mereka masih bermain dalam kategori Bawah 12, Bawah 14 dan Bawah 16 tahun. Tetapi siapa tahu, beberapa tahun lagi nama-nama inilah yang akan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Setiap pemain bermula di gelanggang yang sama. Bezanya ialah siapa yang terus berusaha, terus belajar dan tidak pernah berhenti memperbaiki diri.
Tahniah kepada semua pemain yang berjaya mara ke peringkat akhir. Menang atau kalah, pengalaman yang dikumpul hari ini adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan.
Hari ini mereka beraksi di pentas junior. Beberapa tahun lagi, mungkin nama yang sama akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan dunia dan Olimpik. 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾 reposted
World Economic Forum
@wef
.@tzafrul_aziz, Chairman, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), will serve as a Co-Chair of the @wef’s Annual Meeting of New Champions 2026 in #dalian, China.
Find out more about #amnc26 here: wef.ch/amnc26 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila bercakap tentang AI, soalan yang selalu timbul bukan sekadar, “apa teknologi baharu yang akan muncul?”
Tetapi…
Siapa yang akan mendapat manfaat? Siapa yang akan terkesan? Dan adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya?
Pagi ini saya mempengerusikan SEAFIC-ASEAN Roundtable Siri Ke-2, yang menghimpunkan pembuat dasar, pemain industri, akademia dan media untuk membincangkan masa depan pekerjaan di Asia Tenggara.
Perbincangan tertumpu kepada empat persoalan utama:
🔹 Pekerjaan mana yang paling terdedah kepada AI dan automasi, dan pekerjaan mana pula yang akan berkembang?
🔹 Siapa yang menanggung kos peralihan ini, dan siapa yang menikmati manfaatnya?
🔹 Adakah sistem pendidikan, pasaran buruh dan perlindungan sosial kita bersedia menghadapi perubahan ini?
🔹 Bagaimana ASEAN boleh membangunkan tenaga kerja masa depan yang lebih berdaya saing?
Teknologi akan terus berkembang. Persoalannya bukan sama ada perubahan akan berlaku, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk menyesuaikan diri dan memastikan tiada siapa yang tertinggal.
Masa depan pekerjaan bukan sesuatu yang akan datang. Ia sedang berlaku sekarang.
#tza #seafic #asean #ai #masadepanpekerjaan #ekonomidigital #tenagakerja #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila Malaysia boleh layak ke Piala Dunia?
#tza #pialadunia #worldcup2026 #fifaworldcup #weare26 #bolasepak #kakibolaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang selalu kata anak muda ni banyak cakap.
Bagi saya, itu bukan masalah. Yang jadi masalah bila tak ada orang yang sudi dengar.
Malam tadi saya duduk sembang bersama anak-anak muda di Taman Bukit Permai. Tak ada protokol, tak ada topik yang terlalu formal. Kita borak pasal kerja, kos sara hidup, peluang masa depan, sukan, pendidikan dan macam mana nak jadikan kawasan kita lebih baik.
Saya suka sesi macam ni sebab orang muda biasanya cakap terus terang. Kadang-kadang, idea yang paling bernas datang daripada mereka yang berani bersuara.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan berkongsi pandangan. Setiap pandangan yang dikongsi penting, kerana perubahan yang baik selalunya bermula dengan kita saling mendengar.
Jumpa lagi di sesi akan datang. Kopi saya belanja, you all datang bawa idea je!
#tza #suaraanakmuda #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bloomberg this week described Malaysia’s comeback as being “built on stability, not spectacle.”
A stronger ringgit, solid growth and low inflation matter. But stability is the floor, not the ceiling.
Our next challenge is turning macroeconomic strength into something every Malaysian can feel: better jobs, higher wages and shared prosperity.
Malaysia has earned the world’s confidence. Now we must match it with greater ambition.
#tza #malaysia #economy #madaniisworking
www.bloomberg.com/opinion/articles/2026-06-14/malaysia-s-… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rumah boleh hilang dijilat api sekelip mata. Tapi jasa orang lama jangan sesekali hilang daripada ingatan kita.
Hari ini saya menziarahi Haji Ahmad Mohd Idris, bekas warga BAM yang berkhidmat hampir 30 tahun untuk badminton negara.
Kebakaran yang berlaku pada 1 Mei lalu bukan ujian kecil. Bila sampai dan lihat sendiri keadaan rumah beliau, memang terasa berat. Pada usia 85 tahun, bukan mudah untuk berdepan dugaan sebesar ini.
BAM bukan hanya tentang pemain, kejohanan dan piala. Di sebalik semua itu, ada ramai insan yang pernah menyumbang kepada pembangunan badminton negara.
Sebab itu, sebagai Presiden BAM, saya rasa penting untuk kita terus ingat dan hargai insan-insan seperti Haji Ahmad. Sedikit bantuan telah disampaikan, mudah-mudahan dapat meringankan beban beliau dan keluarga.
Sama-sama kita doakan Haji Ahmad diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus kuat menghadapi ujian ini.
#tza #bam #badmintonmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
AI bukan sahaja untuk wanita, AI sebenarnya untuk semua.
AI tu Artificial Intelligence pun boleh, Anwar Ibrahim pun boleh.
Seronok tengok semangat peserta Program AI untuk Wanita anjuran PWB Pandan Indah. Ada yang datang untuk belajar perkara baharu, ada yang nak faham macam mana AI boleh bantu kerja harian, dan ada juga yang terus cuba guna AI untuk idea bisnes, promosi produk dan urusan komuniti.
Bagi saya, inilah teknologi yang sepatutnya sampai kepada rakyat. Bukan hanya dibincang dalam seminar besar atau kalangan pakar, tetapi boleh digunakan oleh usahawan kecil, suri rumah, pekerja, pelajar dan sesiapa sahaja yang mahu belajar.
AI tidak menggantikan usaha manusia. Tetapi kalau digunakan dengan betul, ia boleh bantu kita bekerja dengan lebih cekap, menjimatkan masa dan membuka peluang baharu.
Tahniah PWB Pandan Indah atas penganjuran program ini. Semoga lebih ramai wanita terus diberi ruang untuk meningkatkan kemahiran digital dan bergerak seiring dengan perubahan zaman.
Bila ilmu sampai kepada komuniti, manfaatnya bukan sahaja kepada individu, tetapi juga keluarga dan masyarakat sekeliling.
#tza #pandanindah #keadilanpandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Penalti masuk. Selamatlah video boleh naik. ⚽
Alhamdulillah, sempat merasmikan Kejohanan Bolasepak Piala TZA di Pandan.
Seronok tengok semangat pasukan-pasukan yang turun padang. Ada yang datang dengan strategi, ada yang nampak tenang, dan ada juga yang gaya macam dah yakin angkat piala sebelum sepak mula lagi.
Dalam padang, mesti ada yang bayangkan diri macam Ronaldo atau Messi. Mungkin juga bintang Morocco, Achraf Hakimi. Morocco sekarang bukan calang-calang. Brazil ranking dunia no. 6, Morocco no. 7. Beza satu anak tangga saja. Jadi siapa yang masih pandang rendah Morocco, mungkin kena update sikit perkembangan bola terkini.
Macam biasa, bila nampak bola dan gol, mesti ada yang suruh saya tunjuk skil. Jadi saya pun cuba ambil penalti sebagai gimik perasmian.
Alhamdulillah, masuk juga. Kalau tak masuk, mungkin admin fikir dua tiga kali nak naikkan video.
Apa pun keputusannya, yang penting kita raikan semangat kesukanan, disiplin dan persahabatan. Semoga Piala TZA terus jadi platform untuk menyatukan komuniti Pandan melalui sukan.
Selamat beraksi kepada semua pasukan. Main bersungguh-sungguh, jaga keselamatan dan enjoy the game.
#tza #gayahidupsihat #pialatza #bolasepak #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
100 hari sejak krisis tenaga global tercetus, dunia masih berdepan ketidaktentuan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan geopolitik.
Bagi negara terbuka seperti Malaysia, cabaran ini mengingatkan kita bahawa ketahanan ekonomi tidak dibina ketika krisis berlaku, tetapi melalui disiplin dasar, pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan kesepakatan seluruh negara.
Saya kongsikan pandangan saya dalam artikel terbaru.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja
www.sinarharian.com.my/article/783595 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi-pagi Ahad macam ini, biasanya ramai yang masih cari bantal.
Tetapi pagi semalam, saya seronok melihat warga Ampang Jaya memilih untuk keluar rumah dan meluangkan masa bersama keluarga, jiran dan komuniti.
Itulah semangat Hari Tanpa Kenderaan MPAJ. Bukan sekadar sehari berjalan kaki atau berbasikal, tetapi satu peringatan bahawa menjaga kesihatan diri dan menjaga bumi bermula dengan langkah kecil yang kita ambil setiap hari.
Lebih menggembirakan apabila program hari ini bukan hanya tentang alam sekitar dan gaya hidup sihat. Kita juga melancarkan MPAJ Kasih, sebuah inisiatif menyediakan sarapan pagi berkhasiat kepada anak-anak sekolah.
Kerana bagi saya, tiada anak yang patut pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Mungkin inisiatif ini nampak kecil. Tetapi apabila anak-anak kenyang, mereka lebih fokus belajar dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai potensi diri.
Tahniah juga kepada semua peserta pertandingan dan aktiviti hari ini, terutamanya anak-anak yang penuh semangat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing.
Terima kasih kepada MPAJ, rakan strategik, sukarelawan dan seluruh warga Ampang Jaya yang menjayakan program ini.
Kita jaga diri.
Kita jaga bumi.
Kita jaga antara satu sama lain.
#tza #haritanpakenderaanmpaj #mpaj #ampangjaya #komunitiprihatin #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hijrah tak semestinya bermula dengan langkah besar.
Semalam saya menunaikan solat Jumaat di Surau Yusof Al-Amin, Pandan.
Khutbah bertajuk “Hijrah Tunjang Perubahan” mengingatkan saya bahawa perubahan yang baik selalunya bermula dengan langkah kecil yang dibuat secara konsisten.
Dalam kehidupan, keluarga, pekerjaan atau masyarakat, yang penting kita terus berusaha menjadi lebih baik daripada semalam dan memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Selepas solat, sambung sembang dengan pengurusan surau di Restoran Siti Zubaidah. Tak semua dapat ikut kerana ada yang perlu kembali kerja, insya-Allah kita sambung borak lain kali.
#tza #solatjumaat #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kelantan pun ada pelaburan gaisssss...
Bukan atas kertas saja. Dari potensi, kita jadikan realiti.
#tza #ekonomirakyat #pelaburan #madanibekerja #mida #daripotensikerealitiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kuasa besar makin menekan. Rantaian bekalan makin rapuh. Negara kecil dan sederhana pula tidak boleh tersilap langkah.
Inilah realiti dunia hari ini.
Di Blavatnik School of Government, University of Oxford, saya berpeluang menyertai panel “Leadership in a Fractured World: Lessons from ASEAN for Global Governance”, sempena ulang tahun ke-50 Tun Razak Foundation.
Perbincangan ini bukan sekadar tentang sejarah ASEAN atau legasi Tun Abdul Razak Hussein. Ia tentang bagaimana negara seperti Malaysia boleh terus menjaga kepentingan sendiri dalam dunia yang semakin berpecah.
Bagi saya, kekuatan ASEAN ialah pada keupayaannya mengurus perbezaan.
Negara-negara ASEAN tidak sama dari segi saiz, sistem politik, tahap pembangunan atau kepentingan ekonomi. Tetapi selama hampir enam dekad, rantau ini masih mampu mengekalkan kestabilan, membuka ruang kerjasama dan mengelakkan perpecahan yang boleh merugikan semua.
Itu bukan kelemahan. Itu kekuatan.
Untuk Malaysia, pengajarannya jelas. Kita perlu berkawan dengan semua, tetapi tidak menjadi alat sesiapa. Kita perlu terbuka kepada perdagangan dan pelaburan, tetapi keputusan mesti berpaksikan kepentingan negara sendiri.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, kestabilan, kebolehpercayaan dan kebijaksanaan diplomasi boleh menjadi kelebihan strategik.
Itulah antara pengajaran penting daripada ASEAN.
Dan itulah juga sebahagian daripada legasi Tun Razak: kepimpinan yang tidak hanya bercakap tentang kedudukan negara di dunia, tetapi membina asas supaya Malaysia dan rantau ini boleh berdiri dengan lebih yakin.
Terima kasih kepada Professor Ngaire Woods, Tan Sri Nazir Razak, Sri Mulyani Indrawati dan Professor Julien Labonne atas perbincangan yang sangat bermakna.
#tza #tunrazakfoundation #blavatnikschool #universityofoxford #asean
#malaysia #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Best ke dapat belajar di Oxford?”
Best. Tapi nama yang gah datang dengan beban yang sama besar.
Oxford bukan tempat untuk rasa selesa. Di sini, idea kita dicabar. Cara fikir kita diasah. Dan kita cepat sedar bahawa banyak lagi yang perlu dipelajari.
Sepanjang minggu ini di Blavatnik School of Government, University of Oxford, saya berpeluang bertemu Profesor Ngaire Woods, Dean of the Blavatnik School of Government dan Profesor Karthik Ramanna, Chair of the Transformational Leadership Fellowship.
Saya amat menghargai sokongan mereka terhadap fellowship saya di Oxford, termasuk projek yang sedang saya bangunkan sepanjang tempoh ini.
Bagi saya, peluang seperti ini bukan sekadar pengalaman peribadi.
Ia amanah untuk membawa pulang pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk Malaysia.
#tza #oxford #blavatnikschool #kepimpinanawam #malaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM92.8 bilion pelaburan.
Kita tak bangga dengan angka. Yang penting, ada kerja tak? Apa manfaat untuk rakyat?
#tza #mida #ekonomirakyat #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu lagi laluan ke Oxford untuk anak Malaysia.
Biasiswa Sultan Selangor baru sahaja dimeterai di University of Oxford. Biasiswa ini diwujudkan untuk menyokong pelajar Malaysia yang cemerlang mengikuti program Master of Public Policy di Blavatnik School of Government.
Biasiswa ini dijayakan melalui kerjasama Yayasan Sultan Selangor, Blavatnik School of Government, Worcester College dan Somerville College.
Inisiatif ini turut mendapat dukungan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, melalui Yayasan Sultan Selangor.
Turut hadir dan menandatangani dokumen berkaitan ialah YDM Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, pemegang amanah Yayasan Sultan Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor.
Ini bukan sekadar biasiswa.
Ini usaha jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dasar awam di Selangor dan Malaysia. Anak muda kita perlu diberi peluang untuk menimba ilmu, membina jaringan dan mendapat pendedahan di institusi terbaik dunia, sebelum kembali menyumbang kepada negara.
Semoga Biasiswa Sultan Selangor membuka lebih banyak ruang untuk bakat Malaysia di pentas dunia.
#tza #madanibekerja #selangor #oxford #blavatnikschool #biasiswa #pendidikan #kepimpinanawam #malaysia #somervillecollegeoxford #worcestercollegeoxford -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai orang fikir kerja dasar ini sekadar ada idea besar.
Hakikatnya, bahagian paling susah bukan sekadar memilih dasar yang betul.
Yang paling susah ialah memastikan dasar itu benar-benar boleh dilaksanakan.
Sebab di atas kertas, hampir semua benda nampak mudah. Reformasi ekonomi nampak kemas. Strategi industri nampak cantik. Pelan pelaburan nampak meyakinkan.
Tetapi dalam kerajaan, setiap keputusan datang dengan realiti politik, kekangan fiskal, tekanan rakyat, keperluan industri dan cabaran pelaksanaan.
Itu antara perkara yang saya kongsikan dalam Oxford Policy Podcast di Blavatnik School of Government, University of Oxford.
Perbualan ini turut menyentuh pengalaman saya beralih daripada dunia perbankan ke perkhidmatan awam, termasuk ketika menggalas amanah sebagai Menteri Kewangan pada awal pandemik COVID-19, dan kemudian di MITI dalam usaha memperkukuh pelaburan, industri dan kedudukan Malaysia di rantau ini.
Bagi saya, dasar yang baik bukan sekadar dasar yang kedengaran hebat.
Ia mesti boleh dibuat. Ia mesti difahami. Dan akhirnya, rakyat mesti dapat merasai hasilnya.
Terima kasih kepada Billy Blackett dan Shifa Kusumaningrum, pelajar Master of Public Policy di Blavatnik School, atas perbincangan yang sangat bermakna.
#tza #madanibekerja #malaysia #oxford #blavatnikschool #dasarawam -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai tanya, pelaburan yang diluluskan ini benar-benar jadi atau sekadar atas kertas?
Hakikatnya, lebih 90% projek perkilangan yang diluluskan dari 2021 hingga 2024 telah dilaksanakan.
Projek-projek ini sudah dilaksanakan di serata Malaysia termasuk di Johor, Kedah dan Pulau Pinang; merangkumi pelbagai sektor seperti bahan kimia, peranti perubatan dan semikonduktor.
Kerja kita bukan hanya menarik pelaburan, tetapi memastikan pelaburan itu benar-benar diterjemahkan kepada kilang, pekerjaan dan peluang ekonomi untuk rakyat.
#tza #mida #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Dah elok-elok belajar di Oxford, buat apa nak balik Malaysia?”
Jawapan saya mudah: balik bukan bermaksud pilihan automatik jadi sempit. Kalau kena caranya, balik bermaksud kita boleh berada lebih dekat dengan tempat perubahan sedang berlaku dan menjadi sebahagian daripada penggerak landskap ekonomi baharu Malaysia.
Kali ini saya berbual dengan pelajar Malaysia di Oxford tentang peluang di tanah air, pilihan kerjaya, khidmat awam, ekonomi negara dan peranan generasi muda dalam membina masa depan negara.
Saya selalu percaya, bakat Malaysia di mana-mana pun adalah aset kepada negara.
Ada yang akan pulang selepas tamat belajar. Ada yang mungkin menimba pengalaman dahulu di luar negara. Kedua-duanya tidak salah. Yang penting, hubungan dengan Malaysia jangan putus.
Malaysia sedang bergerak ke arah ekonomi bernilai tinggi: semikonduktor, AI, advanced manufacturing, teknologi hijau dan peluang serantau dalam ASEAN.
Negara kita perlukan anak muda yang berilmu, berani berfikir dan mahu menyumbang. Sama ada dalam sektor swasta, akademia, dasar awam, industri, masyarakat sivil atau kerajaan.
Terima kasih Oxford University Malaysian Club atas sesi yang sangat bermakna. Semoga semua terus cemerlang, dan terus membawa nama Malaysia dengan bangga.
#tza #oxford #pelajarmalaysia #anakmalaysia #khidmatawam
#ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila bercakap dengan pelajar MBA di Oxford, soalan mereka biasanya direct.
Kenapa Malaysia?
Kenapa pelabur patut pilih kita berbanding negara lain di rantau ini?
Bagaimana negara membangun boleh melaksanakan reformasi ekonomi tanpa mengabaikan tekanan politik, kos sara hidup dan keyakinan rakyat?
Saya berbesar hati menyertai roundtable bersama pelajar MBA di Saïd Business School, University of Oxford, untuk berkongsi perspektif Malaysia tentang reformasi, pelaburan, pembangunan industri dan cabaran memimpin dalam dunia yang semakin berpecah.
Saya kongsikan bahawa bagi negara seperti Malaysia, cabaran paling besar bukan sekadar mengetahui reformasi apa yang perlu dibuat. Cabaran sebenar ialah bagaimana melaksanakan reformasi fiskal, industri dan institusi secara serentak sambil memastikan rakyat faham, yakin dan akhirnya merasai hasilnya.
Malaysia mempunyai asas yang kukuh.
Kita ada ekosistem E&E dan semikonduktor yang dibina selama puluhan tahun. Kita juga berada pada kedudukan strategik dalam ASEAN, dengan kemampuan menjadi rakan yang kredibel kepada pelabur dari pelbagai blok ekonomi.
Tetapi angka makro sahaja tidak cukup.
Pelaburan yang tinggi mesti diterjemah kepada pekerjaan berkualiti, gaji yang lebih baik, peluang untuk syarikat tempatan, dan kesan sebenar kepada kehidupan harian rakyat.
Itulah ukuran reformasi yang paling penting.
Terima kasih kepada Saïd Business School atas ruang perbincangan yang sangat bermakna. Dalam dunia yang semakin kompleks, pemimpin juga mesti terus diuji dengan soalan-soalan yang sukar.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #malaysia #oxford #saidbusinessschool -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM92.8 bilion pelaburan diluluskan pada Suku Pertama 2026.
Apa maknanya? 1,249 projek. 50,226 peluang pekerjaan.
Ramai bertanya, “Mana kilangnya?”
Sebab itu saya sertakan beberapa projek utama yang akan dibangunkan. Ni baru sebahagian. Banyak lagi sebenarnya.
Pelaburan bukan sekadar angka. Yang penting ialah bagaimana pelaburan itu diterjemahkan kepada projek sebenar, pekerjaan berkualiti dan peluang ekonomi untuk rakyat.
#tza #mida #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Walaupun konflik berlaku jauh dari rantau kita, kesannya tetap sampai ke ekonomi kita.
Perang atau krisis geopolitik bukan hanya soal keselamatan. Ia boleh memberi kesan kepada harga tenaga, kos makanan, rantaian bekalan, perdagangan dan keyakinan pelabur.
Di Oxford, saya menyertai perbincangan meja bulat bertajuk “Impact of the Iran crisis on Asian and African economies”, dipengerusikan oleh Prof Stefan Dercon, Professor of Economic Policy di Blavatnik School of Government, University of Oxford.
Turut hadir ialah Sri Mulyani Indrawati, bekas Menteri Kewangan Indonesia dan bekas Managing Director World Bank, serta Abebe Aemro Selassie, bekas Director of the African Department di IMF.
Perbincangan seperti ini penting kerana ekonomi Malaysia tidak bergerak dalam vakum. Apa yang berlaku di Timur Tengah, Afrika, Eropah atau Amerika boleh memberi kesan kepada rakyat - daripada harga barang, peluang pekerjaan, pelaburan, hinggalah kepada kestabilan ekonomi negara.
Sebab itu pembuat dasar perlu sentiasa belajar, mendengar dan membandingkan pengalaman negara lain.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, kita tidak boleh hanya bertindak selepas krisis berlaku. Kita perlu faham risikonya lebih awal, supaya keputusan yang dibuat lebih bersedia dan lebih bertanggungjawab.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
18 tahun Malaysia menunggu. 🇲🇾
Tahniah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kerana muncul juara beregu lelaki Terbuka Indonesia 2026.
Kemenangan ini cukup besar. Bukan sahaja kerana ia hadir di pentas Super 1000, tetapi kerana Fei-Din menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk gelaran beregu lelaki di Terbuka Indonesia.
Ini juga gelaran Super 1000 kedua mereka, selepas kejayaan di China Open 2024.
Tahniah Fei-Din.
Malaysia berbangga. Teruskan momentum ini.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Razi, lepas ni kena buat acara badminton wanita pula. Baru adil.”
Sebab tadi saya tengok satu dewan penuh pemain badminton…
Tapi semuanya lelaki. 😄
Saya memenuhi jemputan Ahli Majlis MPAJ Zon 7, Fahrulrazi Zailan, untuk merasmikan Piala TZA anjuran JKP MPAJ Zon 7 di D’Star Arena Sports Complex, Ampang.
Seronok melihat sambutan yang diterima. Gelanggang penuh dan semangat peserta memang luar biasa.
Terima kasih kepada semua peserta dan urus setia yang menjayakan program ini.
Insya-Allah kita jumpa lagi di Piala TZA akan datang. Dan kali ini, harapnya ada kategori wanita sekali. 😄
#tza #badmintonmalaysia #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Demi badminton negara. 🇲🇾🏸
Selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM kali ke-2 untuk tahun 2026.
Banyak perancangan dan strategi kita bincangkan supaya skuad badminton negara boleh terus smash ke depan. Di sebalik setiap kemenangan di gelanggang, ada banyak usaha, perancangan dan keputusan yang perlu dibuat untuk memastikan pembangunan badminton negara terus berada pada landasan yang tepat.
Insya-Allah, BAM akan terus komited memperkukuh pembangunan bakat, meningkatkan prestasi atlet dan memastikan badminton kekal menjadi sukan yang menyatukan serta membanggakan rakyat Malaysia.
Doakan yang terbaik untuk sukan kebanggaan kita semua. Ayuh Malaysia!
#tza #bam2026 #badmintonmalaysia #demibadmintonnegara -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Simpan nombor 997 sekarang. Harap tak guna, tapi kalau perlu, jangan tunggu. 📞
#tza #scamalert #nsrc997 #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Belia hari ini bukan tunggu masa depan. Mereka dah pun jadi sebahagian daripada perubahan yang kita lihat hari ini.
Hari ini saya solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Sebelum solat, sempat menyembang dengan kariah masjid yang juga orang-orang lama Kg Pandan Dalam.
Khutbah hari ini bertajuk “Belia Tunggak Negara”. Satu peringatan yang baik bahawa belia bukan sekadar pelapis, tetapi aset penting yang akan menentukan arah masa depan negara.
Kalau kita nak Malaysia terus maju, kita kena membentuk mereka dalam pendidikan, kemahiran, peluang dan juga nilai yang baik.
Insya-Allah, dengan belia yang berilmu, berakhlak dan bersemangat, masa depan negara akan terus cerah.
#tza #solatjumaat #kampungpandandalam #beliatunggaknegara #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menggamit memori berlari di Putrajaya semasa saya berkhidmat di MOF dulu.
Petang ni, rasa macam throwback pula. Kali ini kami mula dari Bulatan Masjid Putra, kalau dulu bermula dari MOF.
Larian santai je. Tak kejar pace. Sambil lari, sambil sembang, sambil menikmati pemandangan Putrajaya.
Kadang-kadang yang best tentang larian ni bukan berapa laju kita habis, tapi siapa yang kita dapat berlari bersama.
Next time nampak je saya berlari jemput join. Lagi ramai, lagi meriah.
#tza #gayahidupsihat #teamtza #putrajayarun -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahun lepas top 10 pun tak masuk. Tahun ni terus nombor 7 dunia. #tza #edelmantrustbarometer #madanibekerja
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersyukur dapat berkongsi pandangan dalam sesi panel Pusat Data & Keselamatan Tenaga di Energy Transition Conference, bersama Jamie Koo (DayOne Data Centres) dan Puan Siti Safinah Salleh (Suruhanjaya Tenaga).
Mesej saya jelas: kelebihan Malaysia dalam perlumbaan pusat data dan infrastruktur AI adalah nyata tetapi kita perlu memastikan keterjaminan bekalan kuasa sentiasa menjadi keutamaan. Negara yang mampu membekalkan elektrik yang bersih, stabil dan berpatutan pada skala besar akan berada di hadapan dalam menarik pelaburan infrastruktur AI generasi baharu.
Pada masa yang sama, pusat data bukan sekadar pengguna tenaga. Jika dirancang dengan baik, ia boleh menjadi pemangkin yang membantu membiayai peralihan tenaga bersih negara, di samping mewujudkan limpahan ekonomi yang signifikan kepada rakyat dan perniagaan tempatan.
Antara perkara yang perlu ditekankan:
🔹 Dasar ‘pengguna-bayar’ yang telus dan boleh diramal
🔹 Pertumbuhan pusat data dipacu oleh bekalan tenaga bersih baharu (CRESS, solar + storan, hidro dan nuklear)
🔹 Grid yang berdaya tahan untuk memastikan bekalan kuasa teguh 24/7
🔹 Speed-to-power — Green Lane TNB telah memendekkan tempoh sambungan grid daripada 36–48 bulan kepada sekitar 12 bulan
🔹 Melindungi tarif isi rumah serta memastikan limpahan ekonomi domestik melalui pekerjaan, pembangunan kemahiran, rantaian bekalan tempatan dan ekosistem AI
Dari segi limpahan ekonomi, industri pusat data telah menyumbang sekitar USD1.4 bilion kepada output ekonomi Malaysia dan mewujudkan kira-kira 4,400 pekerjaan pada tahun 2024. Menjelang 2030, sumbangan ini dijangka meningkat kepada sekitar USD34 bilion dengan lebih 30,900 peluang pekerjaan diwujudkan. Angka ini menunjukkan bahawa pembangunan pusat data bukan sahaja menyokong ekonomi digital, malah turut memacu pertumbuhan industri tempatan, pembangunan bakat dan inovasi teknologi (KPMG/APDCA).
Asasnya, semua ini menuju kepada satu matlamat yang sama — menyahkarbon ekonomi global sambil memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan digital, pusat data dan infrastruktur AI masa hadapan.
#tza #etc2026 #energytransition #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Orang selalu nampak yang depan. Yang belakang tabir ni kadang-kadang tak dihargai.
Meeting pagi, program hujung minggu, kerja last minute, call tengah malam, tukar plan saat akhir… semua ni team saya dah biasa hadap.
Hari ini saya nak ambil peluang untuk ucap terima kasih & selamat hari lahir kepada Birthday boys bulan April dan Mei untuk Faizal, Nash, Fahim dan Aiman.
Kalau bukan kita yang hargai mereka, siapa lagi? Terima kasih team. Kita jalan lagi jauh lepas ni.
#teamtza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
6:30 pagi. Sebelum kerja, kita kerja keras dulu atas jalan.
10KM pagi ini bersama geng lari di Sri Hartamas. Cuaca baik & pace pun ngam. Bukan sekadar mengejar kilometer, tetapi membina disiplin, menjaga kesihatan dan memulakan hari dengan tenaga yang lebih positif.
Lepas ni tukar kasut lari, Kita pakai kasut kerja pula. Jumpa lagi next run session!
#tza #gayahidupsihat #runninglife -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya dikelilingi wanita-wanita hebat di Majlis Apresiasi Wanita Pandan yang turut dihadiri oleh YB Fadhlina Sidek.
Orang kata, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.
Tetapi dalam konteks politik dan komuniti, tangan yang sama juga mengisi borang bantuan, menyusun program, menjaga bilik gerakan, memujuk pengundi, mengangkat kerusi, menyusun makanan, dan kadang-kadang menjadi orang terakhir pulang selepas semua orang selesai bergambar.
Itulah wanita.
Kerjanya banyak, namanya kadang-kadang tidak disebut, tetapi tanpa wanita, banyak perkara tidak akan bergerak.
Hari ini, kita melihat sendiri bahawa wanita bukan sekadar pelengkap perjuangan. Wanita adalah penggerak, penyusun kekuatan, penghubung komuniti, dan suara yang membawa perubahan.
Dalam KEADILAN sendiri, wanita terus diberi tempat di barisan hadapan, daripada kepimpinan tertinggi parti, sehinggalah ke akar umbi yang bekerja siang dan malam untuk masyarakat.
Kerana apabila wanita bergerak, komuniti hidup.
Apabila komuniti hidup, kita mampu melahirkan generasi yang berdaya maju.
Terima kasih wanita-wanita hebat Pandan. Kekuatan anda adalah kekuatan kita semua.
#tza #wanitapandan #keadilanpandan #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masih ramai yang memerlukan perhatian dan bantuan kita.
Bersama pasukan Keadilan Pandan, saya menziarahi En. Krishnan A/L Nadeson di Pandan Jaya.
Melihat keadaan yang dihadapi beliau dan keluarga mengingatkan kita bahawa tidak semua cabaran hidup dapat dilihat dengan mata kasar.
Saya sempat menyampaikan sedikit sumbangan dan berharap ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.
Kita akan terus turun padang menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan. Semoga En. Krishnan dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
#tza #madanibekerja #ziarahkasih #pandanjaya #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setiap keluarga mempunyai cabaran yang berbeza, dan kadang-kadang yang paling diperlukan adalah ruang untuk didengari serta sokongan daripada masyarakat sekeliling.
Dalam Program Ziarah Kasih kali ini, saya dan team Keadilan Pandan sempat menziarahi Puan Valli dan keluarga di Tasek Permai. Pertemuan ini memberi peluang untuk mendengar sendiri keadaan yang mereka hadapi serta memahami keperluan yang boleh dibantu.
Saya percaya semangat prihatin dan saling membantu perlu terus dipupuk agar tiada keluarga yang berasa keseorangan ketika berdepan kesukaran.
Kita akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan mengikut kemampuan dan saluran yang ada.
Semoga Puan Valli sekeluarga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.
#tza #madanibekerja #tasekpermai #ziarahkasih #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mereka yang memerlukan mesti dibantu, agar tiada sesiapa berasa keseorangan menghadapi ujian hidup.
Bukan semua hero dikenali ramai. Di balik tabir, ramai yang setiap hari menjaga insan tersayang di rumah, dalam saat diuji dengan usia dan kesakitan.
Bersama rakan-rakan Keadilan Pandan, saya memulakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi Puan Tanimalai A/P Mumusamy di Bukit Teratai. Beliau kini terlantar akibat faktor usia dan masalah kesihatan, dijaga penuh kasih sayang oleh anak perempuan dan menantunya.
Saya amat terharu apabila mendapat tahu bahawa pasangan ini turut menjaga seorang anak autistik berusia 21 tahun serta anak saudara berusia 10 tahun yang telah kehilangan kedua ibu bapanya.
Tanggungjawab ‘sandwich generation’ seperti mereka amat berat, namun tetap dipikul dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Saya doakan agar Puan Tanimalai diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga keluarga ini sentiasa dikurniakan kesihatan, kesabaran dan kekuatan.
#tza #madanibekerja #ziarahkasih #bukitteratai #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Liverpool tak ada, kita sokong PSG malam ni.
#tza #nightofchampionsampang #psg #uclfinalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam biasa, familiar faces Ampang Run in the house!
Kali ni lepas habis larian, kita sambung pula dengan sesi zumba. Ingatkan dah settle dah peluh masa run, rupanya kena tambah satu round zumba lagi.
Yang penting, dapat keluar peluh, kekal aktif dan jumpa kawan-kawan yang sama-sama positif setiap minggu.
Insya-Allah, jumpa lagi di next run session. Jaga pace, jaga semangat! 💪
#tza #ampangrun #gayahidupsihat #zumba #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari pagi sampai petang, jumpa ramai orang baik. Alhamdulillah, Aidiladha kali ni penuh cerita.
#tza #aidiladha #korban2026 #ampang #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya support Arsenal ke sekarang? Eh, takkk. Masih fan Liverpool.
Masa game semalam saya sokong PSG (one night only 😎).
Saya dan Iman Haziq, Ketua AMK Selangor, dah buat “deal” awal-awal. Siapa kalah kena pakai jersi team lawan. Iman of course kena pakai jersi PSG sebab Arsenal kalah.
Tapi bila tengok muka kesian Iman dan ratusan penyokong Arsenal yang kecewa malam tu saya pakai jugalah jersi Arsenal nak sedapkan hati diorang.
Itu sahaja ceritanya.
Kadang-kadang jersi bola pun boleh jadi isu politik. 😅
#tza #footballfans #semangatkesukanan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Arsenal fans, kita okay ke tu?
Malam tadi memang pecah panggung di Night of Champion Ampang. Saya bersama Sdr. Muhammad Iman Haziq, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang merangkap Ketua AMK Selangor, layan final UEFA Champions League bersama peminat-peminat bola sepak sekitar Ampang.
Dari sepak mula sampai penentuan penalti, semua duduk tak senang. Ada yang jerit, ada yang pegang kepala, ada yang dah mula kira siapa nak troll siapa dalam group WhatsApp.
Bila masuk penentuan penalti, memang habis berdebar. Akhirnya PSG menang menerusi sepakan penalti dan menjulang trofi UEFA Champions League. Tahniah PSG!
Tapi yang paling best, walaupun lain-lain team, semua boleh lepak satu tempat, tengok bola sama-sama dan enjoy vibe bola sampai habis game. Inilah yang orang bola cakap, football brings people together.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan malam tadi. Yang Arsenal tu jangan risau… “next season is our season” kan? 😜
Paling bahaya, malam tadi saya datang neutral. Balik-balik tiba-tiba dah kena convert jadi team Arsenal pula.
#tza #nightofchampionampang #uclfinal #psg #arsenal #ampangperkasa #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Subsidi bersasar bukan sekadar tengok gaji.
#tza #madanibekerja #kossarahidup #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masjid Ukay Perdana menjadi persinggahan terakhir ziarah korban tahun ini.
Selepas Zohor berjemaah, saya makan sekali lagi bersama sahabat-sahabat di Ukay Perdana. Dua kali makan tengah hari hari ini. Tak apa lah, kira cheat day.
Majlis ditamatkan dengan pengagihan daging korban. Alhamdulillah, selesai sudah rangkaian ziarah korban kali ini.
Setiap lokasi yang diziarahi ada ceritanya tentang ukhwah, kebersamaan, pengorbanan dan kasih sayang. Penat memang penat, tapi itulah yang menjadikan setiap perjalanan ini cukup bermakna dan dikenang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang ziarah korban tahun ini. Semoga segala usaha dan ibadah korban diterima Allah SWT.
#tza #ziarahkorban #ukayperdana #aidiladha2026 #korban2026 #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Pandan, saya ke Taman Mulia Jaya, Ampang untuk meraikan Majlis Korban Perdana anjuran Sdr. Iman Haziq, Ketua AMK Ampang merangkap Ketua AMK Selangor.
Di sini, memang tak boleh nak mengelak makan dah. Semua dah siap! Jadi, dengan berseleranya saya dan pasukan yang berziarah sejak dari pagi menjamah sup daging yang fresh baru masak dan kari kambing. Alhamdulillah, memang sedap.
Terima kasih kepada team masak yang menyediakan hidangan yang sangat sedap. Selepas makan, sempat catch-up dengan Iman sambil bincang isu-isu politik dan bola sepak. Kemudiannya, saya dan Ketua AMK mengedarkan daging kepada asnaf dan kariah.
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat di Majlis Taman Mulia Jaya!
#tza #majliskorbanperdana #tamanmuliajaya #amkampang #amkselangor #korban2026 #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lokasi ke-5 Aidiladha tahun ini ialah di Pangsapuri Mega Indah, Taman Mega Jaya.
Sampai-sampai, rupa-rupanya lembu korban saya masih belum disembelih lagi. Alhamdulillah, rezeki dapat pahala sunat tengok penyembelihan korban.
Dari tempat sembelihan, saya bersama wakil-wakil Pejabat ADUN Teratai ke Surau Al-Hidayah. Saya juga turut beramah mesra sebelah padang dengan penduduk; ada yang sibuk melapah dan menyediakan pek daging untuk diagihkan, ada yang sedang sibuk memasak.
Saya juga sempat dibawa meninjau keadaan surau serta mendengar sedikit taklimat akan keperluan surau.
Semangat gotong-royong dan ukhuwah seperti inilah yang sentiasa menghidupkan roh Aidiladha. Moga segala usaha, korban dan sumbangan kecil kita diterima Allah SWT.
#tza #aidiladha #dunteratai #korban2026 #pangsapurimegaindah #tamanmegajaya #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selesai 3 lokasi ziarah korban di DUN Pandan Indah bersama YB Izham, saya terus ke majlis korban di Surau Taman Seraya, DUN Teratai.
Turut bersama dalam ziarah ini ialah 2 wakil dari Pejabat ADUN Teratai, iaitu Tuan Mohammad Firdaus Babh, Ahli Majlis MPAJ Zon 19, serta Encik Adnan b. Jaaffar, Penyelaras Masjid DUN Teratai.
Sampai sahaja di sini, suasana memang meriah. Proses melapah sedang rancak berjalan. Saya sempat bersama kaum lelaki yang sibuk menguruskan daging korban, sebelum singgah ke bahagian dapur melihat persiapan kaum muslimat menyediakan makanan.
Paling padu, bukan satu… tapi tiga jenis menu daging sedang disediakan: sup daging, kari daging dan daging goreng. Tak sempat pula nak merasa, sebab banyak lagi program lepas ni. InsyaAllah hari lain kena datang lagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program korban ini. Semoga ukhwah dan hubungan baik sesama kita terus erat terjalin, insya-Allah.
#tza #aidiladha #korban2026 #pandan #dunteratai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lembu belum habis dilapah, orang dah mula tanya bila Korban Perdana AMK Pandan nak buat lagi 😄
Dari Angsana Hilir, saya dan YB Izham Hashim, ADUN Pandan Indah, terus ke Taman Cempaka untuk bersama-sama Ketua AMK Cabang Pandan, Ifwat Amir Hamiruddin dan team AMK Pandan dalam Korban Perdana AMK Pandan semalam.
Program anjuran bersama AMK Pandan, Surau Dagang Avenue, Kompleks Muhibbah dan GENK 2026 ini memang meriah dengan semangat gotong-royong yang cukup kuat.
Seronok tengok ramai anak muda turun padang bersama otai-otai menguruskan sembelihan, melapah dan agihan daging kepada penduduk setempat. Memang banyak ilmu boleh belajar dalam kerja korban macam ni.
Inilah semangat Aidiladha yang saya paling suka. Bila semua orang turun tangan, kerja berat jadi ringan dan ukhuwah dalam komuniti jadi lebih erat 🤍
Tahniah kepada AMK Pandan dan semua pihak yang menjayakan program ini dari pagi sampai selesai.
#tza #aidiladha #korban2026 #korbanperdana #amkpandan #pandan #suraudagangavenue #kompleksmuhibbah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas selesai di lokasi pertama, saya pula ke Surau Taman Sri Angsana Hilir untuk lokasi korban yang ke-2 hari ini bersama NGO GenK dan Muhammad Imran Hariz daripada Generasi Penggerak Belia Kebangsaan.
Alhamdulillah, sempat menyempurnakan sembelihan lembu korban kedua bersama penduduk setempat sambil layan celoteh emcee buat lawak non-stop 😆
Terima kasih semua yang bantu urus dan jayakan ibadah korban kali ini. Semoga Aidiladha ini bawa keberkatan untuk kita semua.
#tza #rayaaidiladha -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari solat terus ke sembelihan korban.
Pagi Raya Haji di Surau Al-Hilal, Pandan Jaya bersama ADUN Pandan Indah, YB Dato’ Izham Hashim.
Solat Sunat Aidiladha, kemudian sembelihan lembu korban pertama bersama komuniti.
Makan dan bersembang dengan jemaah. Memang meriah.
Terima kasih semua yang bertungkus-lumus dari awal pagi 😊
Selamat Hari Raya Aidiladha.
#tza #aidiladha #pandanindah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malam raya di Taman Bukit Permai memang lain macam 🔥
Bila time baraan, satu taman hidup dengan takbir dan selawat dari rumah ke rumah 🤍
Inilah suasana Aidiladha yang kita nak kekalkan.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua 😊
#tza #aidiladha #baraan #tamanbukitpermaiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mee kari memang mantap!
Persinggahan kedua baraan di rumah Tn Hj Zainul Abidin. Meriah dengan gelak tawa, penuh dengan anak-anak, jiran tetangga dan sahabat.
Terima kasih Tn Hj Zainul Abidin dan keluarga atas sambutan yang cukup baik serta jamuan yang luar biasa. Baraan macam ni bukan sekadar tradisi, tapi cara kita terus eratkan hubungan dalam komuniti.
#tza #salamaidiladha -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, malam raya Aidiladha tahun ni kita mulakan dengan baraan di kediaman Tn Hj Maarif Masuan 🤍
Tahun lepas malam raya di Tanah Suci… tahun ni kita sambung balik tradisi baraan.
Dari rumah ke rumah, jumpa ramai orang & eratkan silaturahim memang meriah suasana malam raya.
Terima kasih Tn Hj Maarif dan keluarga sebab layan kami siap jamu macam-macam makan lagi. Memang rasa kemeriahan Aidiladha tu.
#tza #salamaidiladha -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahun lepas bertakbir di Mekah, tahun ni bertakbir di Bukit Permai.
Alhamdulillah, sempat Solat Isya’ bersama jemaah di Madrasah Al-Ikhwan Bukit Permai. Memang seronok dapat luang masa macam ni dengan jemaah.
Aidiladha ni tentang pengorbanan. Tapi jangan lupa… yang berkorban tu jangan makan daging banyak sangat. Nanti raya habis, kilo pun naik sekali 😄
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua 🤍
#tza #aidiladha #takbirraya #bukitpermai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Negative splits today… nampak gaya bukan easy run dah 😮💨🏃🏻♂️
The kids kept up dengan pace dari awal sampai habis. Last 1km, saya pula kena fight untuk kekalkan stamina nak ikut rentak diorang.
Nampaknya generasi baru ni bukan biasa-biasa… laju & bertenaga.
#tza #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tema Aidiladha tahun ni:
Kurang daging di pinggan… lebih kasih sayang sesama insan.
Saya & Johanna ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf zahir & batin kepada semua.
Semoga Hari Raya Korban ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta 🤍
#tza #salamaidiladha -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lari ramai-ramai bersama Team Ampang Run ni lain macam feel dia! #tza #gayahidupsihat #ampangrun
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
MIDA Perkukuh Ekosistem E&E dan Semikonduktor Negara 🇲🇾
Alhamdulillah, mesyuarat kedua Lembaga Pengarah MIDA tahun 2026 hari ini memberi keyakinan bahawa asas ekonomi dan pelaburan negara terus berada pada landasan yang kukuh.
Antara perkembangan yang dibentangkan:
* Fokus pembangunan ekosistem pelaburan terus diperkukuh dengan sektor Electrical & Electronics (E&E) dipilih sebagai sektor perintis, termasuk pembangunan sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan peranti perubatan.
* Dalam mendepani cabaran global termasuk krisis Timur Tengah, MIDA turut mencadangkan langkah intervensi bagi membantu syarikat dan PKS yang terkesan akibat peningkatan kos logistik serta gangguan rantaian bekalan dunia.
* Pada masa sama, usaha memperkukuh tadbir urus, integriti dan SOP dalaman MIDA terus diberi keutamaan bagi memastikan organisasi kekal cekap, telus dan diyakini pelabur.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja keras memastikan Malaysia kekal destinasi pelaburan yang kompetitif, dipercayai dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.
#tza #madanibekerja #malaysiamadani #miti #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Player kena marah?” 👀🏸
Kadang bukan marah… cuma nak bagi semangat lebih sikit.
#tza #bam #tangkis2030 #peroduamalaysiamaster #badmintonmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Korban bukan sekadar ibadah tetapi tentang hati yang saling mengingati. 🤝
Alhamdulillah, semalam kami bersama penduduk sekitar Pandan dan Ampang dalam Program Sumbangan Aidiladha Lembu Korban di Dewan MPAJ supaya lebih ramai keluarga dapat sama-sama merasai kegembiraan Aidiladha. 🕋☪️
Terima kasih daripada hati yang tulus kepada semua jawatankuasa, sukarelawan dan para penyumbang yang membantu menyampaikan senyuman Aidiladha ke lebih banyak rumah.
Semoga Allah SWT menerima setiap amal ibadah kita dan terus mengeratkan ukhuwah sesama komuniti. Amin.
#tza #madanibekerja #pandan #ampang #aidiladha2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
"Selagi tangan boleh bergerak, saya nak tolong orang" - itu semangat Mr Liew.
Sudah lebih 25 tahun beliau membantu orang ramai melalui urutan dan refleksologi yang dipelajarinya sejak dulu.
Hari ni saya datang nak bantu orang… sekali saya pula dapat free urut. Sambil sembang-sembang, Mr Liew terus tunjuk skill urut yang masih diamalkan sampai hari ini. Memang jelas nampak semangat beliau untuk terus membantu orang walaupun usia dah lanjut.
Bagi Mr Liew, kerja mengurut bukan sekadar cari rezeki tapi cara untuk bantu mereka yang sakit badan, lenguh dan perlukan rawatan tradisional.
Orang lama ni bukan sekadar penuh pengalaman, tapi ada jiwa yang ikhlas nak terus berbakti kepada masyarakat. Terima kasih Mr Liew… urut memang power 😄👍🏻
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
和谐不是一句口号,而是彼此尊重、互相帮助的行动 Maksudnya: Perpaduan bukan sekadar slogan, ia lahir daripada sikap saling hormat dan saling membantu.
Saya hadir ke Majlis Makan Tengahari sempena Hari Wesak anjuran Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.
Saya juga berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka dalam pendidikan moral, aktiviti kebajikan dan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Selain bantuan yang diberikan secara terus macam ni. Banyak bantuan untuk warga selangor dah diberi oleh kerajaan melalui selangkah tinggal download je contoh Antara bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 termasuk program seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bernilai RM300 sebulan untuk barangan keperluan asas, bantuan pendidikan, insentif usahawan kecil serta pelbagai skim kebajikan rakyat yang boleh disemak terus melalui platform Selangkah. Jangan lupa download!
#tza #madanibekerja #hariwesak #selangor #pandanindah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PERODUA Malaysia Masters kali ini bukan keputusan yang kita harapkan 🇲🇾
Sokongan penyokong memang luar biasa. Stadium penuh, sorakan tak henti. Itu kekuatan kita.
Sebab itu kita kena jujur. Sokongan dah level dunia, tapi prestasi kita kali ini belum sampai tahap itu.
Di tahap ini, alasan tidak lagi cukup. Kita perlu reset dan fokus semula. Kembali kepada asas. Disiplin, konsistensi dan mentaliti untuk menang di pentas tertinggi.
Penambahbaikan akan dilaksanakan, termasuk memperkemas pendekatan latihan dan memperkukuh fokus untuk kejohanan akan datang.
Semua pihak kena ambil tanggungjawab. Pemain, jurulatih dan pengurusan. Dalam sukan elit, nama sahaja tak cukup. Prestasi mesti konsisten.
Teruskan berjuang. Kita belum selesai 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #peroduamalaysiamasters2026 #bwfworldtour #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, pagi tadi sempat bersama hampir 350 penduduk sekitar Pandan Jaya dalam program sumbangan bakul makanan hasil usaha Kelab Komuniti TZA bersama 99 Speedmart, Pejabat ADUN Pandan Indah dan komuniti Flat Pandan Jaya.
Turut bersama saya Yang Berusaha Puan Naiza Zain, Yang Berusaha Puan Liza, Yang Berusaha Encik Abdul Razak Abdul Malek, Yang Berusaha Encik Frankie Koh Eng Kee serta Yang Berusaha Tuan Haji Maznko Samsuddin.
Dalam kita berkongsi rezeki hari ini, saya juga ingin mengingatkan warga sekitar khususnya yang layak supaya memanfaatkan insentif di bawah Iltizam Selangor Penyayang:
✅ Baucar RM150 setahun untuk warga emas & insan istimewa
✅ Bantuan RM100 selama 6 bulan melalui aplikasi SELangkah mulai 15 Jun 2026
✅ Khairat kematian RM1,000 untuk penerima yang layak berumur 50 tahun ke atas
Kalau masih belum pasti atau perlukan bantuan untuk semakan dan permohonan, boleh terus hadir ke DUN Pandan Indah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sama-sama menjayakan program ni. Insya-Allah lepas ni akan terus turun padang dan buat lebih banyak program untuk bantu rakyat setempat.
#tza #madanibekerja #pandanindah #pandanjaya #kitajagakita -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
12KM lepas subuh… memang terbaik semangat semua pagi ni! 💪🏃♂️
Pagi tadi sempat bersama lebih 30 orang warga sekitar Taman Bukit Indah & Taman Botani untuk larian santai sejauh 12KM bersama team AMPANG RUN.
Paling menarik, founder AMPANG RUN saudara Fahmi turut kongsi perjalanan inspirasi beliau daripada 110kg berjaya turunkan berat badan hasil disiplin dan konsisten bersama Along sejak 4 tahun lepas. Perjalanan yang bukan mudah, tetapi bukti bahawa perubahan besar bermula dengan langkah kecil yang dibuat secara konsisten.
Aktiviti macam ni bukan sekadar tentang berlari, tapi bagaimana kita sama-sama bina komuniti yang lebih sihat, positif dan saling menyokong.
12KM pagi ni mungkin penat, tapi semangat semua memang luar biasa.
#tza #gayahidupsihat #ampangrun #tamanbukitindah #tamanbotani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Subuh bukan sekadar permulaan hari… tapi permulaan perjuangan.
Subuh bersama jemaah di Surau Al Amin, Taman Bakti Ampang. Dalam kesibukan dunia, momen macam ni penting untuk kita ‘reset’ hati, tenangkan fikiran dan mulakan langkah dengan doa serta tawakal.
Bila hari dimulakan dengan Subuh berjemaah, insya-Allah semangat nak bekerja, berbakti dan berjuang untuk rakyat.
#tza #madanibekerja #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila semangat perjuangan bertemu kekuatan akar umbi, sesuatu yang luar biasa berlaku dan Pandan jadi saksinya semalam.
Terima kasih kepada semua yang hadir di Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan. Kehadiran YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan pimpinan, anak muda, dan seluruh akar umbi yang setia semuanya membuktikan bahawa perjuangan ini hidup dan bernyawa.
Inilah kekuatan sebenar apabila rakyat, anak muda, dan pimpinan berganding bahu demi masa depan yang lebih baik. Perjuangan ini bukan milik individu. Ia milik semua yang mahukan perubahan nyata untuk Pandan dan Selangor.
Kita juga semua tahu bercakap itu mudah. Membuat janji itu mudah. Yang susah adalah melaksanakan tanggungjawab, hari demi hari, dalam senyap, tanpa tepuk sorak, tanpa retorik, dengan fokus kepada keberhasilan untuk rakyat dari segi peluang, dan pekerjaan. Itulah tanggungjawab sebenar yang kita pikul sebagai pemimpin dan pejuang rakyat dan itulah komitmen yang tidak boleh kita palingkan.
Maka teruskan melangkah. Teruskan bekerja. Bukan kerana ia mudah, tetapi kerana rakyat layak mendapat yang terbaik. 💪🏼
Insya-Allah, dengan kesatuan dan semangat kebersamaan, lebih banyak yang boleh kita capai bersama.
#tza #keadilan #pandan #selangor #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada insan yang menanggung kesakitan setiap hari, namun tetap tabah meneruskan kehidupan. Mereka adalah inspirasi buat kita semua.
Baru-baru ini, saya menziarahi keluarga Pn. Dalalita Asim di Taman Pinggiran Cheras. Saya sempat bertemu ibu beliau yang kini bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Beliau sedang melalui proses pemulihan selepas pembedahan sendi lutut, di samping menerima rawatan untuk mata dan tulang belakang. Perjalanan pemulihannya tidak mudah, namun semangatnya sungguh mengagumkan.
Pertemuan seperti ini mengingatkan kita bahawa kita perlu membantu apa yang kita mampu buat insan semasyarakat yang memerlukan.
Semoga usaha menyantuni golongan yang memerlukan ini terus berterusan, dan semoga lebih ramai dapat merasai manfaatnya.
Saya doakan semoga ibu Pn. Dalalita dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusannya. 🤲
#tza #ytza #madanibekerja #cherasbaru #ziarahprihatin -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sakit bukan sahaja dirasai oleh pesakit, ia turut dipikul oleh seluruh keluarga.
Saudara Yatim merupakan seorang aktivis di Kampung Cheras Baru yang sedang pulih daripada serangan angin ahmar. Saya benar-benar terharu dengan semangat beliau dan keluarga yang tabah menghadapi ujian berat ini.
Kami hadir untuk menyampaikan mesej bahawa beliau tidak keseorangan.
Semoga Saudara Yatim segera sembuh, dipermudahkan urusan rawatan, dan terus diperkuatkan semangat bersama orang-orang tersayang.
#tza #ytza #madanibekerja #cherasbaru #santunimasyarakat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini saya menziarahi rumah Pn. Rodiah Bte Bidin di Kampung Cheras Baru dan apa yang saya temui benar-benar menyentuh hati.
Melihat sendiri keadaan rumah beliau, dan mendengar kisah hidupnya, saya semakin sedar bahawa masih ramai di luar sana yang mendambakan bantuan, namun tidak pernah bersuara memintanya.
Semoga dengan izin Allah, lebih banyak yang dapat kita lakukan, bukan hanya untuk Pn. Rodiah, tetapi untuk setiap keluarga yang memerlukan sokongan bagi kelangsungan hidup.
Sama-sama kita titipkan doa untuk kesejahteraan Pn. Rodiah dan keluarga. 🤲
#tza #ytza #madanibekerja #cherasbaru #ziarahkasih -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila masjid jadi tempat orang berkumpul, bukan sekadar untuk ibadah tapi juga tempat saling bantu-membantu… di situlah kuatnya sesebuah komuniti.
Saya sempat luangkan masa bersama Yayasan TZA di Masjid Nurussa’adah, Kampung Cheras Baru untuk Program Santuni Kasih bersama penduduk setempat.
Alhamdulillah dapat berinteraksi dengan asnaf, jemaah, dan penduduk kampung, bertanya khabar dan dengar sendiri pandangan serta keperluan mereka.
Sempat juga meninjau kawasan masjid untuk megenalpasti beberapa perkara yang boleh ditambah baik termasuk kemudahan tandas awam, dataran masjid dan persekitaran premis demi keselesaan jemaah dan komuniti setempat.
Yayasan TZA turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid serta bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan dengan sokongan rakan strategik seperti 99 Speedmart.
Bagi saya, bila komuniti saling peduli dan bantu antara satu sama lain, insya-Allah kawasan itu akan terus hidup dengan semangat kebersamaan.
Terima kasih semua atas kehadiran dan sokongan hari ini. Semoga usahasama seperti ini terus memanfaatkan masyarakat tempatan.
#tza #ytza #madanibekerja #cherasbaru #santunikasih -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Boleh ke Malaysia menang lumba chip Asia Tenggara?
#malaysia #semiconductor #asean #tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
WARNING‼️: Brownies ni boleh buat yang makan jatuh cinta 🍫😆
Saya cuba hias & pack sendiri brownies homemade ni. Nampak simple… rupanya susah juga nak buat yang cantik dan sedap!
#tza #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
We can do negative split 6KM… 👀
Sebelum ke Singapore untuk mesyuarat yang dijadualkan, sempat pagi ni lari bersama team.
Dari pace santai terus jadi sesi push each other sampai habis. Kadang-kadang larian ni bukan sekadar exercise, ia tentang disiplin, konsisten dan teamwork.
Start steady, finish stronger
🔥 Menu A
KM1: 7:00
KM2: 6:45
KM3: 6:30
KM4: 6:15
KM5: 6:00
KM6: 5:45
atau…
😈 Menu B
KM1: 6:00
KM2: 5:45
KM3: 5:30
KM4: 5:15
KM5: 5:00
KM6: 4:45
Yang penting… habis run semua masih kawan. Teka saya menu yang mana satu?
#tza #gayahidupsihat #teamwork -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Patik menjunjung kasih DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pekenan menghadap semalam.
Patik selaku rakyat negeri Selangor yang setia menjunjung kasih atas titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pentingnya rakyat terus kekal bersatu padu demi kestabilan, keharmonian dan masa depan negeri serta negara.
Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara ini sejak sekian lama.
Seperti yang telah diperjelaskan oleh Dewan Di-Raja Selangor sebelum ini, titah Tuanku Sultan bukanlah suatu campur tangan politik, sebaliknya merupakan nasihat, teguran dan pandangan seorang Raja yang lahir daripada tanggungjawab untuk memastikan kestabilan negeri, keharmonian masyarakat serta kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.
Dalam tradisi Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara kita, “titah” adalah peringatan yang lahir daripada kebijaksanaan institusi Raja, dizahirkan demi kebaikan negeri dan rakyat keseluruhannya. Ia bukanlah satu "decree" atau perintah seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik.
Oleh itu titah Tuanku Selangor harus dilihat dalam semangat yang lebih luas iaitu memperkukuhkan perpaduan dan menyatukan masyarakat majmuk Malaysia dalam suasana dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu.
Apa yang dizahirkan Tuanku bukan sekadar mengenai perpaduan orang Melayu semata-mata, tetapi bagaimana kekuatan Melayu dan Islam itu sendiri perlu menjadi tiang seri kepada kestabilan negara yang turut melindungi kepentingan semua kaum dan agama.
Sejarah tamadun Islam sendiri membuktikan bahawa kegemilangan sesuatu peradaban tidak dibina atas perpecahan atau kebencian, tetapi melalui kekuatan ilmu, keadilan, kestabilan dan kemampuan untuk merangkul kepelbagaian ragam.
Kita juga harus memahami dan menginsafi hakikat bahawa dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum tidak boleh dilakukan dengan meminggirkan kaum yang lain.
Kekuatan sebenar sebuah negara bukan terletak pada siapa yang paling lantang, tetapi pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bersama dalam suasana saling hormat menghormati dan mempercayai antara satu sama lain.
Seperti titah Tuanku Sultan, kita harus mengambil iktibar daripada kegemilangan tamadun Islam Uthmaniyah, di mana kekuatan mereka lahir daripada kemampuan membina sebuah tamadun yang inklusif, stabil dan membuka ruang kepada masyarakat berbilang latar belakang untuk hidup serta menyumbang ke arah kejayaan dan kemakmuran bersama.
Justeru, titah Tuanku Selangor harus dilihat sebagai seruan untuk merapatkan saf rakyat, memperkukuhkan keharmonian dan menjauhkan negeri serta negara daripada budaya politik yang memecah-belahkan masyarakat demi menjayakan agenda sempit.
Janganlah ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini sehingga mengeruhkan hubungan antara pemimpin serta menjejaskan keharmonian rakyat di negeri Selangor.
Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu hari ini dengan cabaran Krisis Tenaga dan Bekalan Global, Malaysia memerlukan politik yang matang, membina keyakinan rakyat dan menjamin kestabilan.
Tumpuan berterusan harus diberikan kepada usaha memperkukuhkan institusi, mempererat perpaduan dan membina jambatan persefahaman antara kaum, bukannya meniup api perpecahan yang akhirnya membinasa dan memporak perandakan negara dan bangsa kita sendiri.
Marilah kita terus berpegang teguh dan mengabdikan 5 Prinsip Rukunegara, sebagai panduan hidup masyarakat yang aman, harmoni dan berjaya. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingat lagi Piala Thomas 1992?
Mata pertama daripada Rashid Sidek. Mata kemenangan daripada Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang.
Hari ini duduk semeja dengan legenda 🏸
Bukan sembang kosong. Kalau nak majukan badminton negara, kita kena dengar sendiri pengalaman mereka.
Final Piala Thomas, tekanan sebenar, dan apa yang membezakan pemain biasa dengan juara.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah sampai giliran… tapi tak dapat pergi haji. 🤔
Jangan ingat daftar je dah cukup. RM15k tu kena ada bila tawaran datang.
Kalau tak cukup, peluang boleh terlepas.
#tza #madanibekerja #hajiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau semua run rasa selesa, itu bukan training. Itu jalan-jalan.
Kalau nak kejar 42KM, tak boleh asyik lari pace sama. Kena ada session pecut, kena ada yang steady, dan ada hari memang push sampai habis. Semua ada tujuan.
Pagi ni dengan Flow Forward Team di Botanical Garden. Kita buat interval - laju, slow, ulang balik.
Penat tu memang penat. Tapi kat situlah datang progress.
Road to marathon. One session at a time.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bunga ke jagung? 🌽🌸
Kalau silap, bunga pun boleh jadi jagung 😅
Tengok macam senang. Buat sendiri baru tahu.
#tza #madanibekerja #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan semua orang sanggup hidup macam atlet.
Di depan kita nampak trofi. Di belakang, bertahun latihan, kalah, bangun balik dan ulang benda sama setiap hari.
Badminton ni memang seronok masa menang. Tapi nak sampai tahap tu, disiplin dia lain macam.
Tahniah Tang Jie & Ee Wei, pemenang Anugerah Olahragawan & Olahragawati Negara di Anugerah Sukan Negara 2025.
Bila atlet Malaysia berjaya macam ni, kita semua berbangga! 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030
Foto Kredit: Majlis Sukan Negara -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lipat-lipat dawai pun boleh buat duit?
Semalam di Twist & Bloom 2.0, baru nampak sendiri macam mana dari dawai biasa boleh jadi bunga yang cantik. Ada yang hasil dia memang dah boleh jual.
Bukan semua datang dah pandai. Ramai baru cuba, tapi terus jadi. Bila ada tempat belajar macam ni, orang berani mula.
Kadang bukan tak ada peluang. Kita cuma tak nampak lagi.
Tahniah semua yang terlibat 🌸
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingat hias brownies ni senang. Rupanya… tak juga 😂
Semalam di Dewan Komuniti Taman Pandan Mewah, sempat cuba sendiri aktiviti dekorasi dan pembungkusan brownies bersama penduduk.
Bila dah buat sendiri baru tahu, bukan setakat letak topping. Ada yang design cantik, ada yang unik. Memang kreatif semua.
Yang best, duduk sekali, sembang, gelak sambil hias brownies. Dari tak kenal, terus jadi lebih mesra.
Lepas ni kena cuba buat di rumah pula. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak. Tengok siapa lagi kreatif 😄
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sebelum berangkat pulang dari Konvensyen PH di Johor Bahru, saya berkesempatan mempertemukan YAB Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan pimpinan Keadilan Pandan yang hadir.
Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan.
Presiden turut berpesan agar amanat ini disampaikan kepada seluruh anggota Keadilan Pandan: kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan.
#tza #pakatanharapan #keadilan #madanibekerja #tekadmadaniharapanrakyat #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Politik bukan sekadar pentas. Akhirnya, yang paling penting ialah rakyat.
Sebab itu fokus kita tetap sama: menjaga kestabilan negara, memperkukuh ekonomi dan memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.
Bersama YAB Perdana Menteri di Rapat Umum Pakatan Harapan, banyak perkara penting disentuh termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak dan masa depan ekonomi negara.
Kerja kita belum selesai. Yang penting, terus turun, terus dengar dan terus bekerja untuk rakyat.
Insya-Allah.
#tza #pakatanharapan #madanibekerja #tekadmadaniharapanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau kita mahu juara dunia lahir esok, kerja mencari dan membimbing bakat mesti bermula hari ini.
Saya berpeluang bersama keluarga besar Ampang Jaya Badminton Club atau AJBC yang diterajui oleh Ho Khek Mong, bekas pemain kebangsaan dan jurulatih bertauliah BAM.
Apa yang AJBC bina bukan sekadar akademi badminton, tetapi sebahagian daripada ekosistem pembangunan bakat anak muda. Dengan 5 pusat latihan sedia ada dari Ampang hingga Johor Bahru, serta 18 gelanggang lagi bakal menyusul di Kajang, usaha ini membuka lebih banyak ruang untuk anak muda serius mengejar impian dalam sukan badminton.
Inilah semangat Tangkis 2030: membina ekosistem yang betul supaya bakat muda dari akar umbi dapat dibimbing dan diberi laluan ke pentas dunia. BAM tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerjasama dengan kelab-kelab penting untuk memastikan lebih banyak bakat muda dapat dicungkil, diasah dan dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Tahniah juga kepada Haier Malaysia atas tajaan latihan penuh kepada pemain berbakat berumur 9 hingga 13 tahun dari Selangor. Sokongan seperti ini penting kerana bakat muda bukan hanya perlukan minat, tetapi juga latihan, fasiliti dan peluang bertanding.
Tahniah kepada semua penerima TZA Player Excellence Award – AJBC. Semoga lebih ramai bakat tempatan lahir dari gelanggang komuniti dan membawa nama Malaysia ke pentas dunia.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #pandan #ajbc -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SPM dah habis. Tapi ramai masih blur, lepas ni nak ke mana.
Sebab tu Karnival Pendidikan MADANI 2026 ini penting. Bukan sekadar datang tengok booth, tapi tempat untuk cari pilihan yang sesuai dengan diri masing-masing.
Ada yang result cantik. Ada yang rasa biasa-biasa saja. Ada yang mungkin belum nampak hala tuju.
Tak apa.
Satu keputusan exam tak tentukan nilai diri kita. Yang penting, jangan berhenti cari ilmu dan jangan hilang keyakinan diri.
Diploma ada. TVET ada. Foundation ada. Kursus kemahiran pun ada. Banyak laluan, bukan satu saja.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan karnival ini. Semoga lebih ramai anak muda jumpa laluan yang sesuai untuk bina masa depan masing-masing.
#tza #madanibekerja #pandan #terusbelajar #spm #tvet #ipta #ipts -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pemandangan dari tingkat atas surau ni memang cantik. Boleh nampak skyline KL.
Surau mana tu? Surau At-Taqwa, Taman Saga.
Beruntung ahli kariah. Hati tenang beribadah, pemandangan pun sejukkan mata.
#tza #ziarahkasih #turunpadang #pandan #semangatkejiranan #muafakat #surau #jumaat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya sempat menziarahi Kak Shamsiah, seorang ibu tunggal yang sedang diuji dengan kanser.
Sepanjang kami berbual, yang paling jelas ialah semangatnya yang tidak luntur. Dengan kudrat yang ada, beliau masih berusaha mencari rezeki melalui perniagaan online.
Kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa kuat bukan bermaksud tidak penat, tetapi tetap meneruskan kehidupan walaupun sedang diuji.
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan dan melapangkan rezeki buat Kak Shamsiah.
Kehadiran kami sekadar untuk menyantuni, mendengar dan memberi sedikit sokongan.
#tza #prihatinrakyat #ziarahkasih #darihati #turunpadang #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kelibat seorang remaja sering kelihatan di surau. Selesai solat Isyak, dia pulang berjalan kaki seorang diri.
Keprihatinan jemaah surau membawa kami ke rumah keluarga Agil.
Ketika ziarah ini, Agil tiada di rumah kerana berada di sekolah. Tapi daripada cerita ibu bapanya, kami mula faham apa yang dia lalui setiap hari.
Ayahnya kehilangan sebelah kaki akibat darah beku. Ibunya pula diuji dengan strok sehingga hilang keupayaan sebelah kiri badan.
Agil, anak tunggal berusia 15 tahun yang menghidap disleksia, kini menjadi tempat bergantung buat kedua ibu bapanya. Dalam usia yang masih muda, dia membantu urusan harian keluarga sambil terus berusaha sebagai pelajar.
Ziarah ini mengingatkan kami bahawa tidak semua anak membesar dengan jalan yang sama. Ada yang terpaksa memikul tanggungjawab lebih besar daripada usia mereka.
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini, mengurniakan kesihatan, kekuatan dan rezeki yang mencukupi.
Kadang-kadang, semuanya bermula dengan keprihatinan - nampak, peduli, dan ambil langkah untuk hadir.
#tza #prihatinrakyat #ziarahkasih #darihati #turunpadang #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Harga barang mungkin naik. Tapi ekonomi jangan tumbang sekali.
Kalau harga naik sebab tekanan luar, ekonomi kena terus hidup — orang masih boleh cari rezeki, peluang kerja masih ada, dan pelaburan terus masuk.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berbeza pandangan dan generasi? Bila makan, semua sama.
Sebelum solat Jumaat di Surau At-Taqwa, Taman Saga, saya sempat makan tengah hari bersama qariah. Hidangan dari kedai Kak Zaidah di Kiosk At-Taqwa, betul-betul sebelah surau.
Nasi tomato memang padu, sampai tambah dua kali! 😅
Terima kasih warga Taman Saga atas layanan yang baik. Balik bukan sekadar kenyang, hati pun rasa lapang.
#tza #ziarahkasih #turunpadang #pandan #semangatkejiranan #muafakat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai antara kita membesar dengan nama MARA. 🇲🇾
Ada yang sambung belajar melalui MARA. Ada yang bina kerjaya melalui MARA. Ada juga usahawan Bumiputera yang mula melangkah dengan sokongan MARA.
Saya menghadiri Perjumpaan Khas bersama Pengurusan Tertinggi MARA yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Fokusnya jelas: bagaimana MARA boleh terus diperkukuh supaya kekal relevan untuk anak muda, pelajar, pekerja mahir dan usahawan Bumiputera.
Dunia berubah pantas. Sebab itu MARA juga perlu terus bergerak, bukan hanya dalam pendidikan, tetapi juga TVET, kebolehpasaran kerja, keusahawanan dan bidang pertumbuhan baharu seperti digital, AI, tenaga boleh diperbaharui dan industri bernilai tinggi.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menyokong usaha memperkasa pendidikan, kemahiran dan ekonomi rakyat demi masa depan negara yang lebih baik.
#tza #madanibekerja #mara #tvet #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Road to 42KM.
Pagi ni buat interval session. 6 kali 1KM with recovery in between. Total 8.85KM.
Bukan sekadar kumpul mileage, tapi bina pace untuk marathon nanti.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan semua pergi Penang, Johor je ke? Habis tu, Negeri Sembilan dapat apa?
#tza #madanibekerja #negerisembilan #pelaburan #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bisnes dah jalan. Tapi nak naik level, itu yang paling susah. 🇲🇾
Ramai usahawan kecil sebenarnya ada potensi besar untuk berkembang, tapi sering tersekat pada akses pembiayaan yang mudah, cepat dan sesuai dengan keperluan mereka.
Hari ini, 7 agensi pembiayaan mikro hadir berbincang dengan YAB Perdana Menteri. Fokus kita jelas. Bukan sekadar beri pinjaman, tapi pastikan usahawan kecil boleh naik dari mikro ke SME, kemudian terus scale up dan jadi lebih berdaya saing.
Bila bisnes kecil berkembang, lebih banyak peluang kerja dapat diwujudkan. Ekonomi setempat pun bergerak.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem pembiayaan supaya lebih ramai usahawan tempatan boleh naik bersama.
#tza #madanibekerja #pmks #usahawantempatan #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu banker, sekarang masih kena “audit”… tapi oleh anak-anak sendiri 😄
Alhamdulillah dan terima kasih atas pengiktirafan The Asian Banker Leadership Achievement Award 2026.
Bagi saya, kepimpinan bukan tentang jawatan. Tapi amanah untuk terus berbakti.
Pengiktirafan ini bukan usaha saya seorang. Ada keluarga, rakan seperjuangan dan pasukan yang sentiasa bersama.
Dunia berubah pantas. Kita tak boleh selesa di takuk lama. Kita kena terus bina masa depan yang lebih baik untuk generasi seterusnya.
Dan seperti biasa, di rumah, anak-anak tetap “panel penilai” paling jujur. Kalau mereka approve, barulah ia betul-betul bermakna 😄
Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Insya-Allah, saya akan terus berusaha demi Malaysia.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
India dah ada “Vijay”.
Malaysia bila lagi?
#tza #politikmalaysia #vijay #pilihanrayaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan RM70 bilion dah masuk dari Amerika Syarikat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tak cukup. Kita nak lagi! 🇲🇾
Perjumpaan bersama US-ASEAN Business Council (US-ABC), organisasi yang mewakili lebih 180 syarikat Amerika termasuk dalam bidang teknologi, semikonduktor dan pelaburan global.
Fokus kita, bagaimana nak tarik lebih banyak pelaburan berkualiti. Bukan sekadar buka kilang, tapi cipta kerja bergaji baik, bangunkan syarikat tempatan dan kukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Bila pelaburan yang betul datang, manfaatnya dirasai rakyat.
Kita tak kejar semua pelaburan. Kita pilih yang beri impak kepada rakyat.
#tza #mida #ekonomirakyat #pelaburanberkualiti #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Both can happen at the same time.
Big investors create demand, jobs, technology transfer and supplier ecosystems. SMEs then get the opportunity to become vendors, service providers and exporters.
At the same time, SME grants help local companies scale up so they can meet global standards and compete beyond Malaysia.
In 2024, MSMEs contributed 39.5% of Malaysia’s GDP and 48.7% of total employment. So yes, support SMEs. But don’t see big investments and SME support as either/or. The real win is when big investments pull Malaysian SMEs up the value chain.
Hanafi Nasri
@hanafi_nasri
Things to ponder and debated on is, how impactful is giving 1 billion incentive to big companies vs giving 1 billion incentives to the sme…
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semua negara beri insentif pelaburan. Persoalannya bukan “ada insentif atau tidak”. Persoalannya: apa Malaysia dapat balik? 🇲🇾
Pelaburan yang betul bukan sekadar buka kilang. Ia bina pekerjaan, bakat, vendor tempatan dan industri masa depan Malaysia.
#tza #madanibekerja #mida #intel #semikonduktor #pelaburan #nif #ekonomirakyat #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semua negara beri insentif pelaburan. Persoalannya bukan “ada insentif atau tidak”. Persoalannya: apa Malaysia dapat balik? 🇲🇾
Pelaburan yang betul bukan sekadar buka kilang. Ia bina pekerjaan, bakat, vendor tempatan dan industri masa depan Malaysia.
#tza #madanibekerja #mida #intel #semikonduktor #pelaburan #nif #ekonomirakyat #malaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selamat Hari Ibu ❤️
Hari ni saya nak ucap terima kasih kepada ibu saya dan isteri saya.
Ibu saya, kerana membesarkan saya.
Isteri saya, kerana sama-sama membesarkan keluarga kami.
Kepada semua ibu, terima kasih kerana sentiasa ada untuk keluarga. Banyak yang ibu buat, kadang-kadang kita tak nampak, tapi kita tahu nilainya besar.
Semoga Allah merahmati semua ibu dan mengurniakan kesihatan yang baik selalu.
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Badan dah penat.
Kaki dah berat.
Tapi misi belum habis.
Slow-slow kita build.
Kita bagi jadi! 🏃♂️🔥
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #misimarathon2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia isn’t saying no to investments.
We’re saying yes to the right ones. 🇲🇾
Through the New Incentive Framework (NIF), the focus is on high-value industries, better jobs, stronger local supply chains, and real spillover for Malaysia.
That’s the new direction.
#tza #madaniisworking #malaysia #investment #mida #nifThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Everyone is talking about de-dollarisation.
But is the US dollar really dying?
#tza #dedollarisation #usdollar #globaleconomy #geopoliticsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mula-mula ingat uncle nak minta duit, rupanya bagi mini love 😂❤️
#tza #pandan #tamanmuda #turunpadangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Billions are coming in.
Demand is exploding.
But behind it all… one growing constraint.
If that shifts, everything changes.
#tza #madaniisworking #datacentres #malaysia #tech #energy #aiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tengok gaya… striker Liverpool pun risau 😅
#tza #gayahidupsihat #pandanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak pakai kasut pun selamba je timbang bola… steady brader-brader ni🔥
Malam semalam lepak tengok Liverpool vs Man United dekat Foodcourt Teratai. Nampaknya lepas ni kena lepak dalam gua 😅 Result 3-2 dah betul… team je terbalik.
Tapi crowd memang power.
Budak-budak muda semangat.
Aunty pun sporting join timbang bola.
Semua kaum duduk sekali, sorak sama-sama.
Ini yang kita nak.
Inilah Malaysia.
Kita teruskan.
#tza #gayahidupsihat #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ni namanya meja muhibbah. Duduk sekali, sembang macam biasa, walaupun masing-masing ada pendapat berbeza. Walaupun tak setuju semua perkara, boleh je cakap elok-elok.
Hadir majlis kahwin anak Datuk Ainon. Suasana meriah, ramai kawan lama jumpa balik.
Saya sempat usik Syed Saddiq, bila majlis dia pula? Jangan lupa jemput.
Saya pun dah nak start balik marathon. Target sub 4 jam. Tengah cari geng lari ni.
Jangan lepas kahwin nanti terus tinggal marathon, udah le.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi semalam saya menziarahi saudara Bakhtiar, Pengerusi NGO MyMadani yang kurang sihat di Taman Cheras Indah.
Dapat duduk berborak dengan ayah, abang, dan beberapa sahabat beliau yang lama dalam perjuangan Keadilan. Banyak pengalaman dikongsi.
Terima kasih atas layanan baik. Semoga Bakhtiar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah.
#tza #ziarahkasih #pandan #bersamarakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Sorry boss… tertidur 😅”
Janji nak turun ramai-ramai. Pagi tadi mesej masuk satu-satu, “Sorry boss, tertidur”, “Tak sihat sikit”, “Alarm tak bunyi”. Klasik. Akhirnya yang ada tu jugalah yang terus jalan.
Pagi tadi lari 8KM di Taman Botani Bukit Indah. Laluan sini banyak bukit, jadi saya jaga pace sebab marathon dah makin dekat. Sekarang bukan nak kejar jauh atau laju, tapi nak pastikan konsisten.
Sepanjang larian tetap nampak ramai orang keluar beriadah, ada jogging, walking, cycling. Komuniti sini memang aktif.
Memang realiti kehidupan macam ni. Bukan semua yang janji akan mula, tapi yang kekal itulah yang akan sampai.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sebelum ni mohon laptop untuk anak.
Hari ni keadaan dah berubah.
Bila rumah terbakar, semua benda kena fikir semula.
Yang penting sekarang tempat tinggal dan barang asas dulu.
Yang lain kita usahakan pelan-pelan.
#tza #ampang #kampungmelayuampang #prihatin #kebajikan #bantuyangmemerlukanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahu tak nama jiran sebelah rumah?
Petang Sabtu saya hadir majlis makan malam di Tokong Yu Feng Da Shan Si Na Du, Ampang Campuran, bersama YB Altimet, ADUN Lembah Jaya, dan YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai.
Dalam ucapan, saya kongsi satu pepatah Cina: saudara yang jauh, tak sebaik jiran yang dekat.
Ringkas, tapi sesuai dengan keadaan masyarakat hari ini.
Kita semua sibuk. Kadang-kadang orang sebelah rumah pun tak sempat tegur. Tapi bila ada majlis macam ni, duduk makan sekali, borak sikit, baru terasa kita sebenarnya satu komuniti.
Benda asas macam nilah yang kuatkan masyarakat kita.
Kita pun dah boleh mula dengan jiran sebelah. Hari ini dah tegur dia?
#tza #madanibekerja #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Cadang nak ziarah di rumah. Rupanya jumpa di pusat dialisis.
Hari ini saya ziarah sahabat satu batch di Kuala Kangsar, Azlan Shah @Bo. Beliau sedang melawan kanser darah dan baru habis kemoterapi. Tadi beliau ke KL untuk sesi hemodialisis, ditemani isteri. Sel kanser telah menjejaskan buah pinggang.
Dapat duduk berbual sekejap, dengar sendiri keadaan beliau. Ujian berat, tapi semangat dia masih kuat.
Syafakallah buat Bo dan semua yang sedang sakit. Moga diberi kekuatan, kesabaran, dan dipermudahkan segala urusan.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingatkan program biasa… rupanya Terlajak Raya 😄
Pagi Sabtu saya ke Program Semarak Kasih anjuran Ahli Majlis MPAJ Zon 12, Khusairi Salleh di Dewan Taman Sri Ampang.
Dah dua tiga minggu tak makan rendang, hari ni memang berselera. Rendang ayam pencen dengan pulut kuning, memang kena.
Tahniah Khusairi @ Kuchai: 7 taman turun sekali. Siap setiap taman buka booth makanan masing-masing, memang meriah.
#tza #madanibekerja #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan keputusan yang kita nak.
Tapi sorakan penonton tak pernah hilang.
Harapan tetap ada. Kita bangkit semula.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #thomascupThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Minggu lepas Haji Asik, pengerusi Surau Ubudiah, ada ajak datang. Semalam baru sempat singgah solat Jumaat di situ.
Lepas solat, kami berbual sekejap dan pihak pengurusan bawa saya lihat keadaan surau.
Biasalah, surau dah lama, mesti ada benda yang nak kena repair, nak kena ganti.
Insya-Allah, saya tengok apa yang saya boleh bantu.
#tza #madanibekerja #pandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ikan bakar memang paduuuuu!!
Sebelum solat Jumaat semalam, saya sempat makan tengah hari dengan rakan-rakan dari Surau Ubudiah, Pangsapuri 940 dan LC500 di Asba Ikan Bakar. Sembang santai, dapat dengar sendiri apa yang sedang berlaku di kawasan.
Ikan bakar dia memang padu. Lauk lain pun sedap. Memang terbuka selera!
Lepas makan, terus jalan kaki ke Surau Ubudiah untuk solat Jumaat.
Yang penting, bukan setakat makan. Duduk sekali, dengar sendiri.
#tza #pandan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia tewas 3-0 kepada China di suku akhir Thomas Cup.
Bukan keputusan yang kita harapkan - dan memang banyak yang perlu diperbaiki.
Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi.
Malam ini di Pandan, dewan tetap penuh. Sorakan tetap ada. Semangat tetap terasa - macam tengok di stadium.
Dengan kehadiran legenda seperti Datuk Seri Lee Chong Wei dan sokongan padu para penyokong, satu perkara jelas - harapan masih ada, tapi standard juga perlu ditingkatkan.
Kerja kita belum selesai.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #thomascup #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau cikgu boleh… takkan aku tak boleh? 🏃♂️🔥
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seawal 6.30 pagi, dapur dah mula berasap.
Sayur dipotong, bahan disediakan—semuanya dibuat secara gotong-royong oleh komuniti setempat.
Program Agihan Makanan Sayur-Sayuran di DUN Teratai terus membantu rakyat secara konsisten, dengan sekitar 300 hingga 500 penerima setiap sesi.
Dilaksanakan dua kali sebulan oleh JKP MPAJ Zon 22 bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, inisiatif ini kini hampir memasuki tahun ketiga.
Bila komuniti dan pemimpin tempatan berganding bahu secara konsisten, impaknya memang terasa.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terus menyumbang masa dan tenaga.
#tza #madanibekerja #teratai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pasar pagi bukan sekadar tempat beli barang - tapi tempat kita dengar suara rakyat.
Pagi ini saya sempat turun ke pasar pagi Taman Muda bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai. Turut hadir ahli majlis, pemimpin kawasan serta wakil Persatuan Penjaja dan Peniaga Taman Muda.
Saya ambil peluang berbual dengan para peniaga dan pengunjung - dengar sendiri cabaran mereka, daripada kos operasi hingga keadaan perniagaan sekarang.
Kalau kita tak turun padang, kita tak akan faham realiti sebenar rakyat.
Sebab itu penting setiap dasar dan keputusan yang dibuat benar-benar berpaksikan apa yang berlaku di lapangan.
Terima kasih atas sambutan dan kemesraan semua pagi tadi.
#tza #madanibekerja #tamanmuda -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalah tak apa.
Janji melawan! 🇲🇾💪🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia
Kredit: BWF -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pilot bukan game. ✈️
Reset? Tak boleh.
Industri aeroangkasa tengah laju.
Bakat masih tak cukup.
Kita kena hasilkan lebih ramai.
Jom sertai aeroangkasa!
#tza #madanibekerja #aeroangkasa #bakattempatanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia vs China.
Suku akhir Uber Cup.
Lawan juara bertahan. 16 kali juara.
Cabaran besar.
Tapi bukan mustahil. 🇲🇾🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #ubercup #thomasubercupfinals #horsens2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Krisis Hormuz: Dari Minyak ke Kos Sara Hidup
Ini bukan sekadar cerita harga minyak.
Ini tentang bagaimana satu krisis jauh boleh menekan kos sara hidup kita.
Kalau kita fikir krisis global hanya menaikkan harga minyak, kita mungkin belum nampak gambaran sebenar.
Hari ini saya bersama pakar ekonomi, editor dan penyelidik dalam satu sesi meja bulat SEAFIC untuk membincangkan kesan krisis Iran-Hormuz kepada ASEAN.
Yang jelas, kesannya bukan sekadar harga minyak. Ia boleh merebak melalui rantaian bekalan - daripada kos pengangkutan dan premium insurans, kepada input industri, dan akhirnya memberi kesan kepada harga makanan serta barangan harian.
Untuk Malaysia, kesannya tidak dirasai secara serentak, sebaliknya bermula pada sektor tertentu seperti penapisan petroleum sebelum merebak ke sektor lain. Sektor seperti ternakan dan makanan juga boleh terkesan secara tidak langsung melalui kos baja, makanan ternakan dan input huluan lain.
Inilah cabaran sebenar dasar ekonomi hari ini - memahami bagaimana sesuatu kejutan global bergerak dalam sistem ekonomi kita, siapa yang terkesan dahulu, dan bila rakyat mula merasainya.
Sebab itu, respons dasar perlu dibuat lebih awal, dengan pendekatan yang tepat dan bersasar.
#tza #madanibekerja #kualalumpur #seafic #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
143 lawan 7.
Atas kertas - kalah.
Atas gelanggang - lain cerita. 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #ubercup #pialauberThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Kita bagi jadi!”
Nampak slogan ni kat helmet Jijoe masa menang emas keirin di World Cup, Nilai - terus naik semangat nak training.
6.30 am tadi sempat quick run sebelum masuk kerja.
Tak payah tunggu petang - pagi pun boleh.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM142.9 bilion.
3,800 projek.
Hampir 500,000 peluang pekerjaan.
Itulah skala pelaburan Jepun di Malaysia setakat ini. 🇲🇾🇯🇵
Hari ini saya duduk berbincang dengan Duta Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata, bersama pemain industri dari Malaysia dan Jepun.
Fokusnya jelas:
tenaga, rantaian bekalan, dan pelaburan bernilai tinggi.
Termasuk sektor seperti ekonomi hijau, digital, semikonduktor dan aeroangkasa.
Sekarang kita tak tengok pelaburan besar semata-mata -
kita nak pelaburan yang bina teknologi, cipta kerja berkualiti, dan beri nilai jangka panjang untuk Malaysia.
Dalam keadaan dunia yang makin tak menentu, kerjasama seperti ini bukan lagi pilihan - tapi keperluan.
#tza #mida #madanibekerja #jepunmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kerjasama erat, asas perpaduan dalam Pakatan Harapan.
Saya hadir ke fundraising dinner anjuran DAP Kinrara - hampir 400 meja, sambutan cukup kuat daripada penduduk setempat.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, bersama kepimpinan tertinggi DAP termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agung.
Terima kasih atas jemputan.
#tza #pakatanharapan #selangor #kitaselangor -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
DB meletup. Penduduk bergelap.
Siapa boleh bantu?
#tza #pkrpandan #pandan #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya bersama YB Altimet - ADUN Lembah Jaya dan Ketua Cabang Ampang - menziarahi Puan Siti Zaleha dalam Program Ziarah Kasih Otai Reformasi.
Beliau pernah memimpin Wanita KEADILAN Pandan dan menggerakkan reformasi di peringkat akar umbi.
Hari ini, beliau diuji dengan cabaran kesihatan.
Saya sampaikan kerusi roda elektrik untuk bantu pergerakan beliau.
Walaupun diuji, semangat beliau tetap tinggi.
Jasa beliau kita kenang.
Dan kita teruskan sebaiknya.
#tza #otaireformasi #keadilan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Isu kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi peniaga di Medan Selera Pandan Indah - ini yang mereka hadap setiap hari.
Saya duduk bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Medan Selera Pandan Indah, En. Saiful, dan para peniaga untuk dengar sendiri pandangan serta cabaran mereka.
Antara yang dibangkitkan:
• Keadaan bumbung yang perlu penambahbaikan
• Keperluan tempat letak kereta tambahan
Isu asas, tapi beri kesan terus kepada operasi peniaga dan keselesaan pengunjung.
Wakil MPAJ memaklumkan perkara ini akan dibawa untuk pertimbangan dalam mesyuarat akan datang. Kita juga sarankan permohonan rasmi dikemukakan supaya tindakan boleh dipercepatkan.
Peniaga kecil macam inilah nadi komuniti setempat.
Kita kena dengar, dan susul isu yang dibangkitkan.
#tza #pandanindah #medanselera #peniagakecil #mpaj #komuniti #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seramai 350 penerima menerima bakul makanan di Dewan MPAJ Cheras Baru dari Yayasan TZA - sedikit bantuan untuk meringankan beban harian.
Program ini ialah kerjasama antara Yayasan TZA dan Pejabat ADUN Teratai, dengan sokongan kepimpinan tempatan, MPAJ dan NGO-NGO setempat.
Terima kasih kepada YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, serta semua yang turun padang dan menjayakan inisiatif ini.
Bakul makanan ini mungkin nampak sederhana - beras, minyak masak, tepung, susu - tapi bagi ramai penduduk, inilah yang membantu mencukupkan keperluan asas untuk minggu-minggu ke hadapan.
Insya-Allah, usaha seperti ini akan kita teruskan. Yang penting, kita jaga satu sama lain.
#tza #pkrpandan #ytza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
16 tahun bukan sekejap.
Malaysia layak ke suku akhir Piala Uber buat kali pertama sejak 2010, selepas kemenangan bergaya 5-0 ke atas Afrika Selatan.
Daripada menang tipis 3-2 lawan Turkiye…
kepada kemenangan dominan untuk sahkan tempat ke pusingan seterusnya.
Fokus sekarang - kekalkan momentum bila berdepan cabaran lebih besar di suku akhir.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #ubercup #pialauber2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Yes yes… muka familiar. Ni geng selalu turun, bukan jenis tuang lari.” 🏃♂️
Pagi semalam lari dengan High Limit Running Club (HLRC) di Taman Tasik Ampang Hilir. Lebih kurang 6KM - santai, tapi tetap padu.
Tambah meriah bila geng Wanita PKR Pandan turun sama. Geng PKR Pandan yang lain pun join sekali - memang ramai turun kali ni.
ATF Sport Taping pun sporting - mereka bagi saya merchandise, saya balas dengan baju TZA 🤝
Jumpa lagi next run. 🏃♂️
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #hlrc #pkrpandan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Subuh di tempat lain biasanya dua tiga saf.
Tapi pagi ini di Masjid Al Mustaqim, ramai jemaah.
Inilah yang orang kata - Subuh macam Jumaat.
Walaupun Ramadan dan Syawal dah berlalu, masih ramai yang terus mengimarahkan masjid.
Semoga kekal, bukan bermusim.
#tza #subuhmacamjumaat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Makan malam bersama Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Australia dan Kanada.
Perbincangan santai, tapi fokusnya jelas - hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan, serta usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan rakan strategik.
Hubungan seperti ini penting untuk memastikan Malaysia terus diyakini dan kekal relevan di peringkat global.
#tza #madanibekerja #malaysiamadani #diplomasi -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Dato’ @AzizulAWANG — emas keirin Piala Dunia Trek UCI 2026, di bumi sendiri.
Lawan juara dunia. Timing tepat. Pecutan padu.
Ini bukan sekadar pengalaman. Ini mentaliti juara.
Malaysia berbangga. 👏
#tza #malaysiamadani #sukanmalaysia #azizulhasniawang #pocketrocketman
Kredit: @ASTROARENAThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menang tipis, tapi penuh makna. 🇲🇾
Skuad lelaki dan wanita negara memulakan kempen Piala Thomas & Piala Uber dengan kemenangan 3-2 - bukti semangat juang yang tak pernah luntur.
Teruskan momentum ini. Sokongan rakyat sentiasa bersama. 💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #pialathomas #pialauber -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selesai solat Jumaat, saya sempat ziarah mangsa kebakaran, Puan Rini binti Harun di Kampung Melayu Ampang.
Kebakaran rumah memang satu ujian yang sangat berat. Tambahan pula keadaan keluarga yang serba kekurangan, dengan anak sulung OKU.
Kehadiran saya ditemani Ahli Majlis Zon 7 MPAJ, Tuan Fahrulrazi, dan Ketua Kampung Kg Melayu Ampang, Tok Daeng Muhammad Najib.
Selain sumbangan yang disampaikan oleh Yayasan TZA tadi, saya bersama sahabat-sahabat yang hadir hari ini akan memberi bantuan tambahan dan membantu perpindahan keluarga mangsa ke rumah yang lebih selamat.
Semoga Puan Rini dan keluarga diberi kesabaran dan dipermudahkan urusan insya-Allah.
#tza #ampang #kampungmelayuampang #prihatin #kebajikan #bantuyangmemerlukan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Markets up. Money still coming in.
During a global crisis?
What do investors see in Malaysia? 🇲🇾
#tza #madaniisworking #investments #asean #globaleconomy #midaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semalam, saya ke Masjid Al-Azim di Pandan Indah untuk menunaikan solat Jumaat.
Masjid terbesar di Pandan ini menjadi tumpuan jemaah setempat, termasuk pelajar tahfiz di kawasan sekitar.
Semasa solat, memang terasa panas - ruang solat ketika ini hanya bergantung kepada kipas. Pihak pengurusan masjid turut memaklumkan bahawa sistem penyaman udara merupakan keperluan utama ketika ini.
Insya-Allah, saya akan berusaha membantu dalam perkara ini.
#tza #pandan #masjidalazim #solatjumaat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Senang tak nak jadi pilot?
Susah sebenarnya - itu yang Faris Iskandar Samat alami. ✈️
Pengalaman itulah yang mendorong beliau membangunkan Aeroviation, sebuah akademi penerbangan di Singapura dengan misi menjadikan bidang ini lebih mudah diakses oleh semua golongan.
Daripada laluan latihan yang lebih fleksibel dan mampu milik, hingga kepada program masa depan seperti AI dan teknologi dron - pendekatan ini membuka lebih banyak peluang kepada generasi baharu.
Industri aeroangkasa bukan industri kecil. Di rantau Asia Pasifik, sektor ini antara yang paling pesat berkembang, dengan kadar pertumbuhan sekitar 13% setahun hingga 2030.
Malaysia dijangka memerlukan ribuan tenaga kerja baharu - termasuk juruterbang, jurutera dan tenaga teknikal - untuk menyokong perkembangan industri ini.
Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam membangunkan lebih ramai bakat dalam industri bernilai tinggi seperti aeroangkasa.
Asas sudah ada. Sekarang kita perlu perbanyakkan bakat tempatan untuk bawa industri ini ke tahap seterusnya.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #aeroangkasa #pelaburan #bakattempatan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selat Hormuz tegang. Selat Melaka tenang.
Dulu antara paling bahaya. Sekarang laluan paling sibuk… tapi stabil.
Bezanya bukan geografi. Bezanya kerjasama.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Demi Malaysia 🇲🇾
Kita sokong. Kita percaya.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN tak boleh bergerak sendirian.
Di Singapura, saya bertemu ISEAS–Yusof Ishak Institute untuk membincangkan cabaran yang dihadapi rantau ini - daripada keterjaminan tenaga hingga ke keterjaminan makanan akibat ketidaktentuan global semasa.
Cabaran ini bukan sekadar isu dasar - ia turut mempengaruhi keyakinan pelabur di seluruh rantau.
Dalam perbincangan ini, saya turut kongsikan peranan SEAFIC - inisiatif untuk menghubungkan penyelidikan serantau dengan tindakan dasar yang lebih praktikal.
Bukan sekadar bincang. Tapi hasilkan solusi yang boleh dilaksanakan.
Dalam konteks ini, Malaysia juga perlu bergerak lebih proaktif. Itulah fokus MIDA - memastikan Malaysia kekal kukuh dan berdaya saing sebagai destinasi pelaburan, walaupun dunia semakin mencabar.
Kerjasama serantau + kekuatan domestik - kedua-duanya perlu berjalan seiring.
#tza #asean #seafic #mida #dasarawam #pelaburan #kerjasamaserantau -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai cakap Malaysia kecil. Tapi di pentas global, suara kita semakin lantang. 🇲🇾
Di CNBC Converge Live 2026 di Singapore, saya berkongsi perspektif Malaysia tentang daya tahan ekonomi, rantai bekalan, dan pelaburan strategik - termasuk peranan MIDA dalam menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia.
Bersama moderator Morgan Brennan dan rakan panelis Carol Fong, kami berbincang bagaimana rantau ini menavigasi ketidaktentuan global - dan kenapa ASEAN yang lebih kukuh bermakna Asia yang lebih berdaya tahan.
Malaysia dan ASEAN sebagai ‘middle power’ bukan sekadar peserta - tetapi antara yang membentuk arah rantai bekalan serantau untuk masa depan.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerja #asean #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan tutup pintu kepada expat. Tapi pastikan rakyat Malaysia dapat peluang dulu.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bank akan bantu PKS - bukan cakap kosong.
Semalam usahawan cakap: bayaran pinjaman makin menekan, pembiayaan makin susah.
Hari ini kita bawa terus ke meja bank.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hasilnya:
RM5b kemudahan khas BNM + komitmen bank untuk:
• struktur semula pinjaman
• fleksibiliti bayaran balik
• pembiayaan baharu
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang penting - bukan untuk pelanggan lama sahaja.
Usahawan baharu juga mesti diberi peluang.
PKS perlukan bantuan sekarang - bukan bila dah tersungkur.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
You all dah start lari ke belum? 🏃♂️🔥
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jaminan RM5 bilion untuk bantu PKS.
Liputan hingga 80%. Tempoh hingga 10 tahun.
Fokus: bantu yang benar-benar terkesan.Post not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selain itu:
• Kelonggaran pelaksanaan e-invois
• Ruang masa tambahan untuk PKS menyesuaikan operasi
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Fokus jelas: dalam menangani krisis semasa - bantuan mesti sampai kepada yang betul-betul memerlukan.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Salah siapa? Salah kita atau salah sistem?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menutup tirai Syawal di Surau Al-Falah, Taman Cempaka.
Tak perlu banyak aktiviti pun - cukup duduk sekejap, bersalam, dan sembang dengan jemaah. Itu pun dah terasa eratnya hubungan dalam komuniti.
Sempat luang masa dengan AJK surau, dengar sendiri usaha dan perancangan mereka untuk terus hidupkan peranan surau sebagai pusat komuniti.
Tempat macam ni lah yang satukan kita - bukan sekadar untuk ibadah, tapi untuk jaga hubungan sesama jiran.
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang sangat mesra.
#tza #pandan #aidilfitri #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yang paling seronok - budak-budak beratur tunggu duit raya.
Rumah Terbuka PMKKKM (Pertubuhan Menjana Kemajuan dan Kesejahteraan Komuniti Malaysia) di Dewan Serbaguna MPAJ semalam memang meriah.
Bukan sekadar makan. Ada kuiz santai, ada goodies, dan yang paling terasa - bila dapat jumpa ramai warga Pandan, dari warga emas sampai kanak-kanak.
Sempat bersalam, sembang, bergurau… ada juga yang ajak selfie sekali.
Inilah suasana komuniti yang kita nak - hidup, rapat, dan saling kenal.
Terima kasih PMKKKM dan rakan-rakan NGO sekitar Pandan yang menjayakan majlis ini.
#tza #pandan #komuniti #rumahterbuka #aidilfitri #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Coffee stop, Pantai Timur - tapi kali ni ada cerita sikit ☕️
Singgah Nasken Coffee depan Hotel Perdana, Kota Bharu - antara brand kopi anak Kelantan yang sekarang dah berkembang ke seluruh negara. Last time saya ke sini 2022 — dah dekat 4 tahun.
Bukan sekadar kopi, menu pun lengkap. Memang port lepak di Pantai Timur.
Brand macam ni lah yang sebenarnya gerakkan ekonomi tempatan. Dari kedai kecil, berkembang, buka peluang kerja, dan akhirnya jadi pilihan ramai.
Duduk sekejap, minum kopi, sembang kerja sikit… lepas tu kita sambung jalan.
Kadang-kadang stop macam ni bukan sekadar rehat - tapi peluang untuk tengok sendiri bagaimana bisnes tempatan terus hidup dan berkembang.
#tza #jelajahkopitza #jomngopi #kopitempatan #sapotlokal #coffeelover #pantaitimur #naskencoffee -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mini Konvensyen PKR Kelantan - memang terasa gelombangnya 🔥
Kali ni luar biasa. Ramai yang turun, sampai YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, sendiri puji semangat akar umbi di Kelantan.
Saya sempat kongsikan usaha Kerajaan MADANI - bagaimana kita bantu rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, dari segi ekonomi dan kebajikan.
Bila kehadiran kuat macam ni, jelas mesejnya: akar umbi nak kita terus kerja, bukan sekadar cakap.
Insya-Allah kita teruskan - bawa suara rakyat dan perkuat gerak kerja ke hadapan. ✊
#tza #pkr #malaysiamadani #madanibekerja #kelantan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia No.1 di Asia Tenggara. Masih tak percaya?
Pelabur dah pilih. Data dah keluar.
Semak sendiri Global Opportunity Index - Milken Institute.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja #pelaburan #malaysia #asean #milkeninstituteThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SEDAK DO’OH!! The best nasi kerabu in town.
Sempat singgah Nasi Kerabu Liniey, tak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, lepas program rasmi di Kelantan.
Orang datang sini memang cari nasi kerabu dia - tapi ayam percik dia pun ramai yang rekomen. Bila makan, terus faham kenapa tempat ni tak putus orang.
Kebetulan terserempak dengan Kamil Munim, SUPOL MoF merangkap Ketua AMK, bersama rakan-rakan AMK Kelantan. Rezeki dapat makan sekali.
Datang Kelantan, kenalah try tempat yang orang tempatan recommend.
#tza #jalanjalancarimakan #nasikerabu #kelantan #kotabharu -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lebih mudah nak balik raya ke Kelantan tahun depan!
Terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kini siap - pelaburan hampir RM500 juta, kapasiti meningkat sehingga ~4 juta penumpang setahun.
Reka bentuk moden, identiti Kelantan dikekalkan.
Langkah ke hadapan - untuk rakyat Kelantan.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Diesel mahal? Banding diesel tanpa subsidi dengan petrol subsidi - memang nampak jauh.
Siapa sebenarnya masih dapat subsidi, dan kenapa penggunaan diesel tiba-tiba turun berbilion liter?
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ais krim goreng habis dulu - bukan budak je, mak bapak pun sama naik 😄
Alhamdulillah, terima kasih atas jemputan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri JPKK Kampung Pandan Dalam. YB Dato' Ir. Izham, ADUN Pandan Indah pun hadir sama.
Ramai yang hadir, dari yang dah lama kenal sampai yang baru berjumpa hari ini. Terima kasih Tok Marzuki, Ketua Kampung, yang siap bawa pusing untuk bersalaman.
Yang paling jadi bualan - sup daging special. Memang padu. Ramai tambah lagi.
Terima kasih semua.
Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita datang lagi.
#tza #pandan #raya2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bantuan dah banyak.
Tapi sampai tak? Berkesan tak?
Perbincangan dengan YAB Perdana Menteri & agensi pembangunan Bumiputera.
Fokus kita simple:
lebih tepat sasaran, lebih beri impak sebenar.
Bukan sekadar atas kertas.
Ini soal peluang & masa depan.
#tza #bumiputera #ekonomirakyat #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan besar tak semestinya pergi Penang, Selangor, Kedah atau Johor.
Perak juga semakin jadi pilihan.Post not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Fokus kita jelas:
Pastikan Malaysia - dan negeri seperti Perak - kekal relevan dan jadi pilihan untuk gelombang pelaburan seterusnya.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila pelaburan sampai ke negeri seperti ini, kesannya kembali kepada ekonomi rakyat.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #pelaburan #teknologi #ai #perak #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
As global tensions rise and oil prices climb, the impact isn’t distant - it hits Malaysia directly.
Investors are watching.
Supply chains are shifting.
Costs are starting to rise.
So the real question is:
Can Malaysia stay resilient and seize the moment… or risk falling behind?
#tza #madaniisworking #malaysiaeconomy #oilprices #fdi #investment #energy #subsidy #ron95 #globaleconomy #bloombergThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau duta tak faham apa berlaku di Malaysia, negara mereka takkan nampak peluang di sini.
Sebab itu kita pastikan mereka dengar sendiri perkembangan terkini - terus dari sumbernya.
Dunia hari ini bukan lagi sekadar geopolitik, tapi geoekonomi.
Dan Malaysia kekal stabil, neutral dan diyakini.
#tza #ekonomiglobal #malaysiamadani #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Usahawan Bumiputera - ini peluang untuk cakap terus, bukan sekadar dengar.
Yang di meja ini bukan usahawan biasa. Mereka dah berjaya.
Dalam keadaan krisis global sekarang, fokus kita jelas: bukan sekadar bertahan, tapi berkembang. Tembus pasaran antarabangsa. Pergi global.
Kita sedar ini belum mencerminkan keseluruhan ekosistem. Libat urus akan terus diperluaskan.
Ini baru permulaan.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja #usahawanbumiputera -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam krisis pun ekonomi boleh naik?
#tza #ekonomirakyat #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai tak kenal nama syarikat ini - tapi keputusan mereka boleh beri kesan besar kepada ekonomi kita.
Semalam saya bertemu Han’s Laser, Fastprint dan CNAE Power untuk berbincang tentang peluang pelaburan di Malaysia.
Mereka datang dari sektor kritikal: pembuatan berteknologi tinggi, elektronik & semikonduktor, serta tenaga baharu.
Kenapa kita beri perhatian?
Sebab pelaburan dalam sektor ini ada potensi untuk:
➡️ buka lebih banyak peluang kerja berkemahiran tinggi
➡️ bawa teknologi dan kepakaran baharu ke Malaysia
➡️ kuatkan rantaian bekalan tempatan
Fokus kita bukan sekadar tarik pelaburan.
Tapi pastikan setiap pelaburan benar-benar beri manfaat kepada rakyat - dari segi pekerjaan, kemahiran dan masa depan industri negara.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak sempat nak adopt. Perjalanan terhenti di tengah jalan.
Bantu jika mampu. Beri mereka peluang kedua.
#tza #animalrescue #peluangkedua #savethem -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN tak boleh bergerak perlahan.
Jika tidak, kita akan ketinggalan.
Di Forum Kemuncak Pelaburan Global HSBC,
saya tekankan dua perkara utama:
➡️ kecekapan
➡️ kepelbagaian ekonomi
Dan semuanya kembali kepada tenaga.
ASEAN Power Grid (APG) bukan lagi projek tenaga.
Ini infrastruktur strategik rantau.
Tenaga hari ini bukan sekadar bekalan.
Ia asas kepada:
* rantaian bekalan
* infrastruktur digital
* keyakinan pelabur
ASEAN ada kelebihan:
Hidro (Laos), geoterma (Indonesia),
angin (Vietnam), solar (rantau).
Tapi jika tidak dihubungkan, semuanya kekal berasingan.
Dengan grid, ia jadi kekuatan bersama.
Bagi pelabur, ini bukan sekadar soal tenaga.
Ini soal kestabilan dan kebolehpercayaan pulangan.
Rantaian bekalan Asia hanya sekuat sistem tenaga ASEAN.
#tza #asean #tenaga #ekonomirakyat #pelaburan #rantaianbekalan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai confident dah tahu jawapan. Tapi betul ke?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #selatmelakaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Soalan cepumas di Bloomberg: dalam krisis global, bagaimana Malaysia urus tenaga dan subsidi minyak?
Jawapannya jelas. Lindungi rakyat, tapi kekal berdisiplin.
Bekalan mesti stabil.
Harga mesti mampu bayar.
Masa depan mesti mampan.
Malaysia bermula dari kedudukan yang kukuh. Itu sebab keyakinan pelabur kekal.
Ya, dunia masih tidak menentu. Malaysia juga tidak kebal.
Tapi dengan langkah yang tepat dan pelaksanaan yang berdisiplin, kita mampu harungi tempoh ini.
Akhirnya, semuanya kembali kepada satu perkara: pelaksanaan.
#tza #madanibekerja #malaysia #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari 4.0% ke 4.1%. Kini ke 4.4%.
Dalam keadaan ekonomi global makin tak menentu, World Bank TAK turunkan unjuran pertumbuhan Malaysia — tapi NAIK, bukan sekali tetapi DUA KALI!
Ini bermakna ekonomi kita terus berkembang. Peluang pekerjaan bertambah, perbelanjaan rakyat meningkat, dan aktiviti dalam negara kekal rancak.
Tetapi kita tidak boleh terlalu selesa.
Apa yang berlaku di luar negara boleh ubah keadaan kita dengan cepat. Bila harga minyak dunia naik, kesannya akhirnya sampai kepada kos barang dan perniagaan di sini. Bila perdagangan global tegang, peluang eksport dan pelaburan juga boleh terjejas.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu akui bahawa ekonomi kita masih bergantung kepada beberapa sektor utama.
Sebab itu, fokus kita bukan sekadar mengekalkan momentum ini, tetapi memastikan ekonomi kita lebih pelbagai, lebih tahan, dan lebih bersedia menghadapi sebarang kejutan.
Momentum ini petanda baik — tetapi masa depan ekonomi kita ditentukan oleh apa yang kita bina sekarang.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #malaysiamadani
www.bernama.com/bm/news.php?id=2542893 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
6KM di Teluk Cempedak. Lari tepi laut memang lain feel dia berbanding KL.
Kalau di bandar, selalunya kejar masa. Di sini boleh lari sambil enjoy angin laut, dengar bunyi ombak, dan tengok laut yang luas.
Sepanjang laluan pun meriah, siap ada “penonton” bergayut kiri kanan 🐒😄
Kadang-kadang tukar tempat lari pun dah cukup untuk ubah mood.
#gayahidupsihat #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dewan penuh di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang-Cabang PKR Pahang. Tapi yang lebih penting, kesedaran yang kita kongsi malam ini.
Ini bukan malam untuk sembang santai. Kita sudah masuk fasa kritikal menuju PRU16.
PKR hari ini bukan lagi pembangkang. Kita kerajaan. Jadi cara kita bekerja, berkempen dan berkomunikasi mesti berubah.
Tak cukup dengan ceramah dan media sosial sahaja. Kita kena turun padang, jumpa rakyat, bina kepercayaan dari bawah.
Dalam masa sama, jangan hilang kekuatan kita. Kena kembali agresif di media sosial. Jawab isu, bentuk naratif, pertahankan parti.
Dan paling penting, jangan berpecah. Kalau kita sendiri tak kuat sebagai satu pasukan, rakyat tak akan percaya kita boleh urus negara.
Malam ini bukan sekadar pertemuan. Ini peringatan bahawa masa makin suntuk, dan kerja kita perlu digandakan.
#keadilan #pkr #pahangbangkit #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan semua “untung” boleh terus dibelanja.
Kalau sapu semua hari ini — esok mungkin dah tak ada.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia kini #1 di Asia Tenggara (dalam kalangan ekonomi sedang membangun).
Ini bukan kita yang claim - ini penilaian daripada Milken Institute melalui Global Opportunity Index 2026.
Malaysia berada di tangga #23 dunia - tertinggi dalam kalangan negara serantau yang dinilai.
Ini isyarat jelas: Malaysia semakin diyakini pelabur dunia.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #mida #pelaburan
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Artikel penuh 👇
www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/04/08/mala… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan tak datang sebab kita minta - pelaburan datang bila sistem kita betul.
Perjumpaan MIDA bersama Menteri MITI, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Dalam keadaan ekonomi global yang makin kompetitif, kita tak boleh bergerak secara berasingan. We cannot work in silo!
MITI dan MIDA perlu lebih rapat, lebih selaras - bukan sekadar tarik pelaburan, tapi pastikan ia dilaksanakan dan benar-benar beri manfaat kepada rakyat.
Bukan angka atas kertas, tapi peluang sebenar - pekerjaan, perniagaan, masa depan.
Bila kita bergerak sebagai satu pasukan, barulah Malaysia boleh pergi lebih jauh.
#tza #madanibekerja #malaysiamadani #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan bazirkan tenaga bergaduh sesama sendiri. Fokus kita - yakinkan rakyat.
Perbezaan pandangan itu biasa. Tapi akhirnya, kita perlu bergerak sebagai satu pasukan.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia ada minyak.
Tapi harga tetap naik.
~70% minyak ditapis = import.
Kerajaan serap kos:
RM700 juta → RM4 bilion.
👉 Rakyat tak bayar penuh.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Konflik Iran - kesannya dah sampai ke poket kita.
Harga tenaga. Rantaian bekalan. Kos sara hidup.
Apakah persediaan kita?
Temui saya, Rabu, 9 pagi, Niaga AWANI.
#tza #ekonomi #malaysia #asean #geopolitik #madanibekerja
Astro AWANI
@501Awani
Harga minyak mentah melonjak. Pelabur mula berhati-hati. Ekonomi berdepan risiko ‘membeku’.
Adakah kita benar-benar bersedia? Kupasan eksklusif bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam #niagaawani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Raya bersama #teamtza - bukan sekadar kerja, ini keluarga.
Dari hari pertama sampai hari ini,
yang gerakkan semua ini bukan sistem -
tapi orang.
Yang stay back bila perlu.
Yang turun padang tanpa banyak soal.
Yang jaga satu sama lain, bukan sekadar jaga KPI.
Raya kali ini, kita berhenti sekejap -
untuk hargai perjalanan, dan orang di sebelah kita.
Sebab akhirnya,
kejayaan bukan tentang siapa paling ke depan -
tapi siapa yang kita bawa bersama.
Terima kasih team.
Kita jalan terus - sama-sama. 💪🏼
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bunyi mesyuarat… tapi rasa macam reunion.
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Ampang kali ini -
bukan sekadar tertib dan lancar.
Tapi hidup.
Penuh suara, penuh semangat.
Hari ini bukan soal jawatan.
Hari ini soal kebersamaan.
Setiap suara didengari.
Setiap pandangan diberi ruang.
Perbezaan bukan masalah -
itu tanda kita hidup.
Saya datang sebagai ahli biasa.
Masih belajar, bersama semua.
Ini bukan sekadar cabang.
Ini keluarga.
Kita gerak sebagai satu pasukan.
Ampang, kita teruskan. 💪🏼
#tza #mesyuaratcabang #kitasatupasukan #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gaji tech Malaysia > Jepun? 🇲🇾🇯🇵
Bukan semua — tapi dah mula berlaku.
Kita dah ready ke?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perang di Asia Barat — kesannya sudah sampai ke sini.
Harga minyak naik.
Kos penghantaran naik.
Harga barang pun naik.
Bukan Malaysia sahaja — seluruh ASEAN turut terkesan.
Malaysia masih bertahan — setakat ini.
Begitu juga banyak negara di ASEAN.
Sampai bila kita boleh bertahan?
Apa langkah seterusnya?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #asean
www.sinarharian.com.my/article/774285/khas/pendapat/peran… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Boleh guna Voltra lagi ke lepas ni? 🤔👟
#tza #gayahidupsihat #runmalaysia #roadto42kmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia dah jadi net importer minyak sejak 2014.
Bukan baru.
Yang baru — naratif diputar seolah-olah ini perkara “ajaib”.Post not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Fakta rasmi diumumkan pada 2015 oleh Tan Sri Irwan Serigar:
* Eksport bersih minyak mentah: RM7.7b
* Import bersih produk petroleum: RM8.9b
👉 Defisit RM1.2b
Malaysia sudah net importer sejak 2014.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Struktur ini kekal hingga hari ini:
* ~350,000 tong/hari (pengeluaran)
* ~700,000 tong/hari (keperluan penapisan)
👉 Kita guna lebih daripada yang kita hasilkan.
Jangan kelirukan rakyat. Jangan putar fakta.
www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/0…
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rakyat tak tanggung sepenuhnya kesan krisis global.
Kerajaan telah ambil langkah awal untuk lindungi rakyat -
subsidi diteruskan, bantuan disalurkan,
dan sebahagian kesan kenaikan harga diserap.
Dalam keadaan global yang tak menentu, kesan memang akan dirasai -
tapi kita pastikan ia tidak membebankan rakyat sepenuhnya.
Pada masa yang sama, kita juga perlu berwaspada -
banyak pihak akan mengambil kesempatan menyebarkan maklumat tidak tepat bagi menimbulkan kekacauan dalam kalangan rakyat.
👉 Jangan mudah terpedaya
👉 Semak fakta
Yang penting sekarang:
👉 Fokus kepada penyelesaian
👉 Perkukuh kerjasama semua pihak
Kita hadapi ini bersama.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja
www.sinarharian.com.my/article/773957/berita/nasional/rak… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak menang, tak boleh balik? 👀
Thomas & Uber Cup - kita datang untuk mencabar!
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ini bukan lagi business as usual.
Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri - keadaan hari ini telah berubah, dan akan terus mencabar dalam tempoh yang lebih panjang.
Konflik ini akan memberi tekanan berterusan kepada kos tenaga dan rantaian bekalan.
Kesannya kepada rakyat tidak datang sekaligus - tetapi berperingkat, dan semakin berat.
Kerajaan telah pun mengambil langkah awal.
Sekitar RM4 bilion telah dibelanjakan melalui Inisiatif Sokongan Rakyat -
satu bentuk stimulus bersasar untuk menyerap kenaikan harga minyak global.
Hasilnya:
RON95 kekal RM1.99 seliter
Subsidi diesel diteruskan untuk sektor yang layak.
👉 Rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan krisis ini.
Pendekatan kita jelas:
bertindak - dan bertindak secara bersasar.
Dalam masa yang sama, kita mesti bersedia
bertindak pantas apabila keadaan berubah.
Dan bersedia untuk kemungkinan yang lebih mencabar.
Stimulus atau inisiatif tambahan seterusnya tidak semestinya besar —
tetapi mesti:
✔️ Tersusun
✔️ Berperingkat
✔️ Diaktifkan bila perlu
Sejarah telah menunjukkan:
1998 — Krisis Kewangan Asia
2008 — Krisis Kewangan Global
2020 — COVID-19
Dalam setiap krisis ini,
negara yang bertindak pantas
melindungi rakyat dengan lebih baik
dan pulih lebih cepat.
Kita faham kepentingan disiplin fiskal.
Tetapi dalam krisis, kerajaan tidak boleh bersembunyi di sebalik angka semata-mata.
Rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang nyata.
Empati mesti seiring dengan disiplin.
Hari ini mungkin belum perlu langkah tambahan.
Tetapi tanggungjawab kita jelas:
bila keadaan berubah - kita mesti bersedia dan mampu bertindak dengan pantas.
Saya yakin YAB Perdana Menteri akan terus membuat keputusan yang tepat demi melindungi rakyat dan ekonomi negara.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari pertama latihan pusat Thomas dan Uber Cup!
BAM? Independent? Apa tu? Kita semua Malaysia!
Bila semua bakat terbaik negara digabungkan, kita bukan sekadar bertanding - kita datang untuk mencabar.
Demi Malaysia. 🇲🇾💪
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam dunia yang makin tak menentu -
Malaysia-Jepun kekal kukuh. 🇲🇾🇯🇵
Di New Japan-Malaysia Industrial Cooperation Seminar —-
mesejnya jelas: kerjasama ini mesti diperkukuh.
50+ tahun bukan sekadar hubungan.
Ini asas industri negara.
Daripada E&E → semikonduktor → teknologi masa depan.
Kita terus naik ke hadapan.
RM142.9 bilion pelaburan.
3,800+ projek.
Hampir 500,000 pekerjaan.
Ini bukan kebetulan.
Ini hasil kepercayaan - dan kerjasama jangka panjang.
Fokus kita sekarang:
→ rantaian bekalan lebih kukuh
→ teknologi lebih maju
→ industri bernilai tinggi
Malaysia bukan sekadar destinasi.
Kita rakan strategik.
Masa depan - kita bina bersama.
#tza #madanibekerja #malaysiajapan #pelaburan #ekonomirakyat #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
2 orang dapat kerja.
18 orang hilang kerja?
Tak. Kerja masih ada - cuma berbeza.
#tza #tvet #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam mana result SPM anak-anak hari ini?
Harapnya ramai yang happy.
SPM memang penting.
Tapi yang lagi penting - apa jadi selepas itu.
Sebab itu Yayasan TZA jalankan program ACE SPM.
Fokusnya jelas:
Bina keyakinan. Naikkan prestasi.
Sasaran:
Pelajar Tingkatan 5 - terutamanya dari keluarga B40.
Setakat ini:
Lebih 4,000 pelajar dibantu
di 10 sekolah seluruh Selangor.
Dengan 16 kelas tuisyen percuma setiap bulan.
Sebab kita tahu - bakat ada, tapi akses tak sama.
Dan kita tak nak ada yang tercicir hanya sebab kurang peluang.
Kepada semua calon SPM:
Apa pun keputusan hari ini - teruskan melangkah.
Ini bukan penamat. Ini permulaan. 🇲🇾
#tza #ytza #spm #pendidikan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di sinilah segalanya bermula. Bilik misteri legenda Lee Chong Wei! 😱🇲🇾
#tza #leechongwei #bam #badmintonmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KL Gangster vs KL Genius. #tza
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Harga barang naik lagi… kenapa?
Bukan sekadar isu tempatan.
Apa yang berlaku di dunia luar
terus kena pada kita.
Konflik → minyak naik
Minyak naik → harga barang naik
Harga naik → rakyat tertekan
Tekanan naik → keputusan jangka pendek dibuat
Masalahnya?
Keputusan jangka pendek ini
selalunya buat keadaan jadi lebih teruk.
Dan kitaran ini berulang lagi.
Itulah “Doom Loop”.
Akhirnya, kesannya kita rasa -
harga barang, kos hidup, peluang kerja.
Pengajaran paling penting:
kita tak boleh kawal dunia,
tapi kita boleh tentukan bagaimana kita bertindak balas.
Dalam kepimpinan -
bukan semua keputusan popular itu betul.
Kadang-kadang, keputusan yang betul memang sukar…
tapi keputusan itulah yang membuka jalan kepada masa depan yang lebih baik.
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Susah nak buat keputusan?
Benda kecil pun boleh fikir lama… inikan pula benda besar macam tukar kerja.
Tempoh hari saya tanya nak bedah buku mana dulu — The Doom Loop atau The Overthinker’s Guide To Making Decisions.
Ramai pilih Overthinker’s Guide. Memang kena pun dengan situasi kita.
Masalah kita bukan kurang maklumat.
Masalahnya terlalu banyak pilihan, terlalu banyak input - sampai kita jadi ragu-ragu.
Poin paling penting:
Keputusan bukan tentang betul atau salah.
Tapi selari atau tidak dengan nilai diri.
Contoh mudah -
dapat kerja gaji lebih tinggi,
tapi stress dan kurang masa dengan keluarga.
Atas kertas nampak lebih baik.
Tapi belum tentu selari dengan apa yang kita sebenarnya nak dalam hidup.
Bila terlalu banyak suara luar, kita mula keliru.
Dan di situlah overthinking bermula.
Akhirnya, bukan kita tak tahu jawapan.
Kita cuma takut untuk memutuskan.
Keputusan tak perlu sempurna.
Yang penting kita bergerak, belajar, dan menyesuaikan diri.
Dalam kepimpinan pun sama - kepakaran sahaja tidak cukup.
Seorang pemimpin dinilai bukan pada apa yang dia tahu,
tetapi pada keputusan yang dia berani buat, walaupun dalam keadaan tidak pasti.
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Timur Tengah bergolak,
Malaysia pun kena tempias.
Harga minyak naik.
Kos hidup meningkat.
Tapi dalam situasi ini -
ada peluang untuk Malaysia.
👉 Tarik pelaburan
👉 Cipta pekerjaan
👉 Kukuhkan ekonomi
#tza #ekonomirakyat #pelaburan #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perlumbaan cip Asia Tenggara — Malaysia sebenarnya di mana?
Kita antara pemain utama (berdasarkan analisis serantau).
Dulu kuat di backend (ATP ~7% global). Sekarang, pelaburan dah masuk ke bahagian lebih bernilai tinggi.
Dipacu oleh Strategi Semikonduktor Nasional (2024) dan didorong oleh:
* Peningkatan pelaburan syarikat gergasi seperti Infineon & Intel
* Lonjakan permintaan AI
Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) 🇲🇾🇸🇬 pula menjadikan kita lebih berdaya saing.
Ini tentang kerja, gaji & masa depan rakyat Malaysia!
#tza #semikonduktor #madanibekerja
The Diplomat
@Diplomat_APAC
Six of the 11 nations of Southeast Asia are making a concerted effort to carve out a role for themselves in the semiconductor industry: Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Today, we’re looking at which countries are succeeding – and which are falling behind. www.youtube.com/watch?v=igflqG8X-Sw
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Harga naik lagi?
Ini yang sedang berlaku -
dan apa yang kerajaan buat sekarang.
#tza #ekonomirakyat #madanibekerja #kossarahidup #hargabarangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Asia Barat bergolak.
Peluang untuk Malaysia?
Bila ekonomi dunia goyah, pelabur akan cari tempat yang lebih diyakini.
👉 Malaysia dah bersedia?
#tza #ekonomirakyat #pelaburan #asean #geopolitik
www.facebook.com/share/p/1K9THg8Syc/ -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
POV: Jumpa King Oyen, terus approve jadi bakal menantu 😌🧡
#tza #cattok #oyengang #approved #menantucheck -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pakai spek nampak classy,
Raya datang kita selfie 😎✨
Saya & Dina mengucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin, kalau ada tersalah kata mahupun tersalah post 😜.
#tza #raya2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Raya ni… yang penting bukan baju matching, tapi family still matching 🤍
Kuih raya penuh di meja,
Ketupat rendang jangan dilupa.
Dari kami satu keluarga,
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin semua. #tza #raya2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
3, 2, 1… Action! 🎬✨
Yang selalu di belakang… kali ni masuk frame 😄
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada TeamTZA ❤️
Maaf zahir & batin.
#tza #teamtza #salamaidilfitri #raya2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bagi jawatan kanan dalam bidang teknologi, gaji di Malaysia kini setanding atau lebih tinggi daripada Jepun.
Contohnya, untuk Chief Technology Officer, Malaysia sudah melepasi Jepun.
(Data: Hays Specialist Recruitment, >13,000 responden)
Tapi ini gambaran lebih besar 👇
👉 30% pekerja di Malaysia dapat kenaikan gaji >6% (tertinggi antara 5 pasaran)
Banding negara lain:
China: 20%
Hong Kong: 19%
Singapura: 18%
Jepun: 14%
Kenapa jadi macam ni?
Pelaburan besar dalam semikonduktor menyebabkan syarikat berebut tenaga mahir.
Dan kesannya bukan setakat di peringkat atasan - bila permintaan naik, kenaikan gaji turut dirasai di peringkat pertengahan.
Sebab itu antara fokus Strategi Semikonduktor Nasional ialah melatih 60,000 jurutera tempatan supaya peluang ini diisi oleh rakyat kita sendiri.
Jadi soalan sebenar: bila peluang dah ada - kita dah bersedia ke belum?
#tza #ekonomirakyat #pekerjaan #semikonduktor #teknologi #madanibekerja
asia.nikkei.com/business/technology/japan-s-key-tech-work…
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan hanya baca opening para, baca juga para seterusnya tentang kenaikan gaji pekerja Malaysia vs negara lain.
Strategi kita ialah untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi untuk meningkatkan gaji pekerja Malaysia.
There’s still much to do, but we’re on the right track. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan baca opening para sahaja, baca juga para seterusnya:
Tapi ini gambaran lebih besar 👇
👉 30% pekerja di Malaysia dapat kenaikan gaji >6% (tertinggi antara 5 pasaran)
Banding negara lain:
China: 20%
Hong Kong: 19%
Singapura: 18%
Jepun: 14%
Kenapa jadi macam ni?
Pelaburan besar dalam semikonduktor menyebabkan syarikat berebut tenaga mahir.
Dan kesannya bukan setakat di peringkat atasan - bila permintaan naik, kenaikan gaji turut dirasai di peringkat pertengahan.
Dark
@gndark69
Huh? U compare c level pnya gaji?? I thought u better than this
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kita tidur. Mereka berjaga.
Terima kasih frontliners.
#tza #ramadan2026 #frontliners #wiranegara #singgahsahurThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾 reposted
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
@MalaysiaPMO
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.
(1/3)This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Excited sangat nak beli baju raya sampai accident 🥺💔
Next time hati-hati ya adik kalau shopping tu…yang penting semua happy dengan pilihan baju raya masing-masing. #tza #ytza #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
54 tahun di Malaysia. Intel dah labur RM49.3 bilion — dan terus berkembang.
Hari ini, operasi Intel di Malaysia menyokong lebih 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Fokus sekarang: pelaburan RM30 bilion dalam fasiliti pembungkusan semikonduktor termaju yang hampir siap dan dijangka mula beroperasi tahun ini.
Ini bukan sekadar pelaburan.
Ini tentang peluang untuk rakyat kita —
kerja bernilai tinggi, kemahiran masa depan, dan peranan dalam industri cip global.
Nak jadi sekadar pengguna teknologi…
atau negara yang cipta teknologi?
#tza #mida #pelaburan #ekonomirakyat #semikonduktor #madanibekerja
Foto Kredit: PMO -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Top 5 paling laku 🔥 Barisan panjang = confirm sedap ke?
#tza #jalanjalancarimakan #jommakan #ramadan #bazarramadanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.sinarharian.com.my/article/771833/khas/pendapat/mampu…
Dalam banyak negara hari ini, politik semakin memecah-belahkan masyarakat.
Persoalannya: bolehkah politik Malaysia memainkan peranan yang berbeza - menyatukan rakyat ketika dunia semakin berpecah?
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila Ramadan hampir masuk 10 malam terakhir, ramai antara kita sudah mula membuat persiapan menyambut Syawal.
Tetapi pada waktu yang sama, ada juga yang terus bertugas seperti biasa - menjaga keselamatan, menyelamatkan nyawa dan merawat pesakit tanpa mengira waktu.
Program Singgah Sahur kami jalankan untuk menyantuni petugas barisan hadapan di sekitar Ampang. Bersama YB Altimet, Ketua Cabang Ampang; Puan Siti Fatimah Jusoh, Ketua Wanita ;Keadilan Ampang; Encik Mohd Ifwat Amir, Ahli Majlis Zon 14 MPAJ; dan Encik Firdaus (Ahli Majlis Zon 16 MPAJ), kami menziarahi IPD Ampang, Balai Polis Pandan Indah, Balai Trafik Pandan, Balai Bomba Pandan dan Hospital Ampang.
Kami menyampaikan pek sahur dan bakul makanan sebagai tanda penghargaan kecil kepada mereka yang terus bertugas ketika orang lain sedang berehat.
Mungkin bagi kita ini kunjungan ringkas. Tetapi bagi mereka yang bekerja sepanjang malam, sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa masyarakat menghargai pengorbanan mereka.
Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat, walaupun Ramadan hampir ke penghujung dan Syawal semakin dekat.
#tza #ramadan2026 #frontliners -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan, ramai mula memperbanyakkan ibadah.
Petang semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis Iftar Perdana & Khatam Quran di Surau Ar-Raudhah, Persiaran Sierra Ukay, Ampang.
Suasana sederhana, tetapi penuh ketenangan.
Kekuatan masyarakat sebenarnya bermula daripada surau, ilmu dan kebersamaan komuniti.
Semoga 10 malam terakhir Ramadan membawa keberkatan buat kita semua.
#tza #ramadan #10malamterakhir #khatamquran -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lari lepas berbuka… tak dahaga tapi perut berat?
#tza #gayahidupsihat #ramadanrun #runmalaysia #roadto42kmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
500 keluarga Bukit Antarabangsa terima bakul makanan menjelang Syawal. 🌙
Program Ambang Syawal di Dewan Dato’ Ahmad Razali bersama YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa - sedikit sumbangan untuk membantu persiapan raya komuniti setempat.
#tza #ambangsyawal #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
500 bakul makanan untuk warga Lembah Jaya menjelang Syawal. 🌙
Program Ambang Syawal di Dewan MPAJ Tasik Tambahan bersama YB Altimet - sedikit sumbangan untuk berkongsi rezeki dan membantu persiapan raya komuniti setempat.
Kadang-kadang satu bakul makanan nampak kecil.
Tapi besar maknanya buat sebuah keluarga.
#tza #ambangsyawal #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas run… kita Laiyan kopi pulak. ☕🏃♂️
Eh, bukan typo. Laiyan.KL memang jual kopi dari Land Rover truck. Rare sikit vibe dia.
Recovery drink konon… tapi sebenarnya saja nak join vibe Gen Z.
Jangan marah ya Abang Matnor. 😄
#genzvibes #coffeerun #gayahidupsihat #tza #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Raya sebulan. Ansuran berbulan.
Swipe senang. Bayar tiap bulan yang susah.
#tza #ekonomirakyat #bnpl #belanjabijak #raya2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Katanya recovery run… tapi pace semua bukan main laju. 😅
RunMadan malam semalam lepas hujan reda bersama team Endurance Recovery.
Yang best — mak-mak, bapak-bapak, siap anak-anak pun turun lari sama. Steady! 💪🏻
Ramadan pun boleh kekal aktif.
#tza #gayahidupsihat #runmalaysia #roadto42km #ramadantraining #runmadan #endurancerecovery -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, pelabur mencari kepastian.
Pagi ini saya berkongsi pandangan di Asia School of Business tentang bagaimana Malaysia boleh terus menarik pelaburan berkualiti - yang mewujudkan pekerjaan, membangunkan bakat tempatan dan mengukuhkan rantaian bekalan negara.
#tza #mida #pelaburan #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai fikir bila harga minyak naik, Malaysia mesti untung besar.
Hakikatnya tak semudah itu.
#tza #ekonomirakyat #hargaminyak #kossarahidupThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Peralihan tenaga bersih sedang berlaku sekarang - dan Malaysia tidak boleh ketinggalan.
Baru-baru ini saya bertemu dengan Idemitsu Kosan, syarikat tenaga terkemuka dari Jepun, untuk membincangkan potensi pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Kerjasama seperti ini penting untuk mempercepat peralihan tenaga negara - selaras dengan National Energy Transition Roadmap (NETR) serta komitmen bersama di bawah Asia Zero Emission Community (AZEC).
Bila pelaburan teknologi tenaga bersih masuk ke Malaysia, kita bukan sahaja memperkukuh keselamatan tenaga negara, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu serta menyokong aspirasi negara ke arah net-zero carbon.
#tza #madanibekerja #mida #pelaburan #tenagabersih -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sekali dengar jawapan dia… terus gelak. 😄
#tza #ramadan2026 #kasihramadanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia makin tidak menentu.
Perang dagang, konflik geopolitik dan sekatan teknologi akhirnya memberi kesan kepada perdagangan, pelaburan dan peluang pekerjaan rakyat.
Di Tokyo Conference 2026, saya menyertai pemimpin dan pakar antarabangsa membincangkan bagaimana kerjasama antara negara boleh terus diperkukuh dalam dunia yang semakin kompleks.
Bagi Malaysia, perkara ini sangat penting. Kita ialah negara perdagangan - kestabilan dunia membantu ekonomi berkembang dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
#tza #madanibekerja #pelaburan #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ni kahwin, takkan esok terus dapat anak?
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #daripotensikerealiti #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Permintaan global untuk server AI sedang melonjak - dan sebahagian komponen pentingnya akan dihasilkan di Malaysia.
Hari ini saya bertemu Mitsui Mining & Smelting (Mitsui Kinzoku) untuk membincangkan cadangan pelaburan sekitar RM80 juta di Shah Alam bagi mengembangkan pengeluaran copper foil berprestasi tinggi yang digunakan dalam server AI.
Pelaburan ini juga akan menyokong pengeluar elektronik di seluruh rantau ASEAN serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi bahan elektronik maju dan industri semikonduktor.
Langkah ini selari dengan usaha negara menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi di bawah New Industrial Master Plan 2030 (#nimp2030).
#tza #madanibekerja #mida #pelaburan #semikonduktor #ai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM426.7 bilion pelaburan masuk ke Malaysia pada 2025.
Tertinggi dalam sejarah negara.
8,400 projek.
Hampir 245,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan.
Dalam dunia yang makin tidak menentu, pelabur mencari negara yang stabil dan jelas arah tuju ekonominya.
Perkara ini saya kongsikan di Asian Leaders Roundtable, Tokyo International Conference.
Bila pelaburan masuk, peluang pekerjaan untuk rakyat pun bertambah.
#tza #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Harga minyak dunia melonjak! Tapi Malaysia ada satu kelebihan yang banyak negara lain tak ada.
#tza #ekonomirakyat #malaysiamadani #hargaminyak #kossarahidupThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Staff MIDA di Tokyo dan Osaka dipuji pelabur kerana sangat membantu dan sentiasa cuba menyelesaikan masalah.
Kebetulan saya berada di Tokyo untuk bertemu pelabur dan menyertai Tokyo International Conference, jadi saya singgah ke pejabat MIDA Tokyo untuk ucap sendiri tahniah kepada pasukan di sana.
Teruskan kecemerlangan ini. Usaha anda membuka lebih banyak peluang pelaburan untuk Malaysia.
#tza #madanibekerja #mida #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Puasa. Bukit. Memang terasa. 🥵
Tapi training tetap jalan.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantrainingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menu paling ‘hot’ malam tadi: aiskrim goreng. Laku keras! 🍦🔥
Semalam di Jakel Mall KL, kami berbuka puasa bersama 155 anak-anak yatim dari dua rumah kebajikan di Ampang.
Setiap seorang menerima RM195 untuk beli baju raya - sebahagian daripada sumbangan Yayasan TZA dan tambahan daripada pihak Jakel.
Punyalah seronok shopping… dari pukul 4 sampai pukul 6 petang pun masih belum habis pilih baju.
Dapat pula duit raya RM100, memang makin ceria menjelang Syawal.
Setiap rumah kebajikan juga menerima sumbangan RM5,000 untuk kegunaan anak-anak di sana.
Terima kasih kepada YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Yayasan TZA, dan Datuk Seri Faroz Mohamed dari Jakel yang turut bersama meraikan mereka malam tadi.
Tapi yang paling bermakna sebenarnya bukan angka atau sumbangan.
Yang paling seronok - melihat anak-anak gembira membuat persediaan menyambut Hari Raya.
Kadang-kadang aiskrim goreng pun dah cukup buat malam Ramadan jadi istimewa.
#tza #ramadan2026 #kasihramadan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tiga kali ke final.
Tiga kali hampir juara.
Aaron Chia & Soh Wooi Yik sekali lagi memberi saingan hebat di pentas All England Open - antara kejohanan badminton paling berprestij di dunia sejak 1899.
Sejak 2019, mereka sudah tiga kali mara ke final All England.
Bukan mudah untuk kekal konsisten di tahap ini. Ramai pemain hebat dunia pun tak pernah sampai walau sekali.
Hari ini mungkin belum rezeki.
Tetapi perjalanan mereka masih panjang.
Teruskan percaya.
Teruskan berjuang.
Malaysia tetap bangga. 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berlari malam tadi… bukan seorang.
Padang Merbok jadi lautan manusia. Ribuan turun untuk KL City Night Run. Saya pun join sekali kategori 10KM.
Bulan Ramadan, tapi semangat pelari tetap padu. Memang luar biasa suasana malam tadi di KL.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau menu iftar ada kambing golek… memang orang datang awal sikit. 😄🐑
Iftar di Surau Al Muhibbah, Pangsapuri Sri Nilam, Ampang malam tadi memang meriah.
Sambil iftar, sempat juga sembang dan berkenalan dengan kariah di sini.
Iftar ni pun komuniti buat secara gotong-royong. Inilah semangat Ramadan - makan sama-sama, kerja sama-sama.
#tza #ramadan2026 #iftar -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Petang semalam saya hadir ke pameran “Hikayat” di Harta Space oleh karyawan Noura AR.
Karya beliau merakam perjalanan hidup sebagai seorang wanita, isteri dan ibu - tentang kehilangan, ketabahan dan usaha untuk bangkit semula selepas pemergian suami pada 2022 dan anak perempuan pada 2024.
Bersempena Hari Wanita Antarabangsa, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa kekuatan wanita sering lahir daripada cabaran yang mereka tempuhi.
#tza #hariwanitaantarabangsa -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sejuk betul malam tadi.
Tapi bukan sebab hujan - aircond Surau Sri Baiduri memang padu. 🥶
Selesa tarawih di sini. Bacaan imam pun sedap.
#tza #ramadan2026 #tarawih #surausribaiduri -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rezeki Ramadan kita kongsi bersama.
Iftar di Masjid Ukay Perdana, semalam.
#tza #ramadan2026 #masjidukayperdana #iftar -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di rumah Allah, Raja dan rakyat berdiri dalam saf yang sama.
Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, atas keberangkatan menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru.
Saat seperti ini mengingatkan kita bahawa masjid sentiasa menjadi tempat yang menyatukan semua.
Daulat Tuanku.
#tza #jumaatbarakah #daulattuanku -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM426.7 bilion pelaburan bukan sekadar angka. Lebih banyak kilang dibina, lebih banyak peluang kerja untuk rakyat Malaysia.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #daripotensikerealiti #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Suasana Ramadan memang terasa bila dapat solat tarawih bersama kariah.
Semalam saya bersama YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa, menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Bukit Mulia.
Terima kasih warga Surau Bukit Mulia atas layanan yang sangat mesra.
#tza #ramadan2026 #tarawih -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bulan Ramadan ni… berapa ramai kawan lama yang kita jumpa semula?
Ramai juga yang buat mini reunion iftar masa bulan puasa. Sebenarnya tak perlu pun susah-susah booking tempat. Buka puasa di surau atau masjid pun dah cukup.
Semalam sempat berbuka dan solat berjemaah dengan kawan lama dan kawan baru di Masjid Bukit Antarabangsa.
Selamat berbuka buat semua warga Bukit Antarabangsa.
#tza #ramadan2026 #iftar -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia pecah rekod pelaburan lagi.
RM426.7 bilion pelaburan diluluskan pada 2025 — tertinggi dalam sejarah negara.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa maksudnya?
* 8,390 projek baharu
* 244,902 peluang pekerjaan
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
51.5% pelaburan datang daripada syarikat Malaysia sendiri.
Ini menunjukkan keyakinan pelabur tempatan terhadap ekonomi negara.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan asing juga meningkat 20.9%.
Pelabur utama termasuk Singapura, China, Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #daripotensikerealiti -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lari lepas tarawih. Orang lain cari moreh, kita cari mileage. 🌙🏃♂️ Puasa jalan. Training pun jalan.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantraining #mmrcThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kepercayaan ini.
Insya-Allah saya akan melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Mohon doa dan sokongan semua.
#tza #madanibekerja
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
YM TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL AZIZ DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KANAN POLITIK KEPADA PERDANA MENTERI
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu).
Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
4 Mac 2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gerhana bulan malam tadi.
Berpeluang menunaikan Solat Sunat Gerhana bersama jemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang.
Bila bumi berada di antara matahari dan bulan, cahaya bulan terlindung seketika - mengingatkan kita betapa kecilnya manusia di bawah langit ciptaan-Nya.
Sempat juga berbuka bersama jemaah. Gulai kari ayam memang sedap.
#tza #gerhanabulan #ramadan2026 #masjidtamankosas -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak kerja gaji rendah ke gaji tinggi? #tza #ekonomirakyat #pelaburan
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Oyen pun nak salam juga? 🐱
Malam tadi hujan agak lebat di Ampang. Masjid Al Ubudiah tetap ramai jemaah.
Lepas solat, budak-budak beratur nak salam. Tengah-tengah line tu… si oren pun menyelit sekali.
Eh, belum masa nak bagi duit raya tau, oyen! 😄
#tza #ramadan2026 #masjidalubudiah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi dah tenat ke?
#tza #ekonomirakyat #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Lim Kenn atas pelantikan sebagai Head of Talent Pipeline Development BAM.
Dalam Tangkis 2030, kita tekankan pembinaan laluan bakat bertaraf dunia yang mampan - supaya Malaysia sentiasa ada pelapis untuk masa depan.
Apa maksudnya?
• Bakat dikenal pasti lebih awal
• Jurang negeri–kebangsaan dirapatkan
• Laluan jelas dari akar umbi ke elit
• Perancangan hingga Olimpik 2032 & 2036
Juara tak lahir secara kebetulan.
Ia lahir daripada sistem yang konsisten dan terancang.
Inilah asas kejayaan Malaysia di pentas dunia.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bawa jantung muda memang pecut laju.
Yang muda lari macam nak pecah rekod. Yang tua lari sambil kira baki nyawa 😅
Run di Bukit Melawati bersama team MMRC. Lelaki, perempuan, tua, muda - semua ada.
Tak boleh laju tak apa. Jangan berhenti.
Peluh keluar, semangat naik. Esok sambung lagi.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantraining #mmrc -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perang di Asia Barat. Apa kesannya pada poket rakyat Malaysia?
#tza #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Buka puasa kali ni… bukan biasa-biasa. Siap ada “yee sang” sekali 😄🥢✨
Alhamdulillah dapat bersama komuniti di Majlis CNY Perpaduan Ampang.
Turut hadir YB Yew Jia Haur dan YB Altimet.
Perpaduan hidup dalam komuniti.
#tza #perpaduan #cny #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Iftar semalam bersama kawan-kawan.
Saya jemput arwah Achong sekali. Tapi sehari sebelum majlis, dia pergi dulu.
Kami buka puasa, solat Maghrib, Isyak, tarawih seperti biasa. Lepas itu buat tahlil untuk para arwah, termasuk Achong dan juga ibu mentua saya.
Hidup ini singkat. Yang ada hari ini, belum tentu ada esok.
Al-Fatihah. 🤲
#tza #ramadan2026 #family #alfatihah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
LCW Cup bermula. 🏸 Platform untuk lahirkan juara Malaysia.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nate beghuk! 🐒😅
Jogging tepi hutan kat Taman TAR, terserempak beruk.
Kalau jumpa haiwan liar masa lari:
• Jangan panik
• Elak eye contact
• Undur perlahan
• Jangan hulur makanan
Kalau dia tak agresif, teruskan je larian.
Jangan ganggu, jangan provoke.
Degupan jantung naik bukan sebab bukit. 😅
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantraining -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ
Solat jenazah sahabat saya, Anwar Syahrin b Dato’ Abdul Ajib (Achong), awal pagi Jumaat, 9 Ramadhan.
Kami satu batch MCKK ’90. Achong keeper team bola - tenang, steady, sentiasa boleh diharap. Dalam hidup pun begitu orangnya.
Kali terakhir jumpa di rumah terbuka saya tahun lepas. Tak sangka itu pertemuan terakhir.
Takziah buat balu dan anak-anak beliau.
Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan mengampunkan segala dosanya.
Al-Fatihah.
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Niat datang nak tambah pahala, balik sekali tambah berat. 😅
Penuh saf malam ni di Surau Al-Hakimin. Surau sederhana, tapi semangat kariah memang luar biasa.
Ramadan bukan pada besar tempatnya, tapi pada eratnya ukhuwah.
Moreh pun bukan biasa-biasa… Esok nampaknya kena tambah jogging sikit 😄
#tza #suraualhakimin #tarawih #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Throwback 25 Julai 2013 — perasmian Masjid Bandar Baru Ampang yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Waktu itu saya masih bersama Maybank, dan Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar Selangor.
13 tahun kemudian, kembali untuk Iftar & Maghrib berjemaah di masjid yang sama.
Masjid makin cantik. Komuniti makin erat.
Masih ada yang ingat majlis perasmian masjid pada 2013? 🙋♂️
#tza #ampang #ramadan2026 #throwback -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Turun Bazaar Ramadan di Kompleks Muhibbah konon nak “round tengok-tengok” je 👀
Niat beli sikit je…
Tapi bila tengok banyak pilihan, terus rambang mata 😅
Memang meriah. Ramai sokong peniaga kecil - nadi ekonomi komuniti kita.
Yang penting, harga biarlah berpatutan.
Peniaga boleh cari rezeki, pelanggan pun tak rasa terbeban.
#tza #bazaarramadan #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila lagi Malaysia nak ada “next Lee Chong Wei”? 🇲🇾🏸
Legenda takkan berulang. Tapi peluang untuk generasi baharu mesti kita buka.
Lee Chong Wei Cup (U13, U15, U17) merangkumi perseorangan lelaki & wanita, beregu lelaki & wanita serta beregu campuran - dengan hadiah RM100,000 antara terbesar di peringkat remaja.
Terima kasih kepada Chery sebagai penaja utama.
Daripada gelanggang inilah kita bina masa depan badminton negara.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #leechongweicup -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Macam suis lampu ke ekonomi ni? Tekan - harga terus turun?
Realitinya tak semudah tu. Ada benda yang orang tak nampak.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah masuk hari ke-8 Ramadan. Cepat betul masa berjalan 🌙
Malam tadi Isyak & tarawih di Madrasah As-Syakirin, Ampang. Kali ni anak saya ikut sekali.
Tazkirah Ustaz Syafiq ringkas dan bermakna - puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, tapi tahan lidah dan jaga hati.
Lepas solat, moreh sekejap bersama jemaah.
Ramadan bukan sekadar ibadah - tapi juga masa untuk eratkan silaturahim.
#tza #ampang #ramadan2026 #tarawihampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bukan sekadar luluskan projek. Kita pastikan jadi! 💼🏭
#tza #mida #imfc #pelaburan #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas tarawih, kita cari bukit. Moreh boleh tunggu. Mileage tetap jalan. 💪
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantrainingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
5KM fartlek sejam sebelum buka puasa. 🔥 Sebahagian daripada persiapan nak join maraton.
Fartlek = speed play. Sekejap laju, sekejap slow. Latih badan adapt, bukan lari satu pace je.
Kenapa sejam sebelum buka?
Tenaga dah rendah - kalau intensiti terkawal, badan lebih guna lemak sebagai fuel.
Ramadan bukan alasan untuk berhenti. Kita adjust. Kita teruskan.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ramadantraining -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sampai awal untuk solat Isya’ dan tarawih di Madrasah Al Falah, Ampang malam tadi 🌙 Sempat juga borak dengan pihak madrasah dan kariah setempat sebelum bermula.
Di sini caranya sedikit berbeza - ada tahlil ringkas, kemudian 4 rakaat, disusuli tazkirah di tengah, sebelum sambung lagi 4 rakaat.
Menarik juga susunan macam ni, ada ruang untuk dengar dan ambil pengajaran.
Semoga amalan kita di bulan mulia ini diterima-Nya 🤲🏼✨
#tza #ampang #ramadan2026 #tarawihampang #madrasahalfalah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berapa tarif yang Malaysia kena sebenarnya? 15% atau 19%?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #artThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Riuh rendah suara budak-budak kecil sambil tunggu waktu berbuka - memang terasa suasana Ramadan. 🌙
Semalam sempat berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Berbuka sederhana, duduk bersila sama-sama - suasana yang buat kita rasa dekat dan tenang.
Terima kasih kepada jawatankuasa masjid dan seluruh kariah atas layanan yang cukup mesra.
#tza #ampang #ramadan2026 #iftarampang #masjidbukitindah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia kena tarif dua kali ganda banding negara lain? Janganlah spin macam tu sekali, Rafizi.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #artThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas tarawih, bukan terus cari moreh. Kita cari bukit. 😅
7KM je… tapi berbukit. Memang cukuplah buat kaki rasa.
Kali ni lebih 90 orang turun. Ramai anak muda bawah 18 tahun. Yang datang dengan family pun ada.
Ini yang saya suka tentang Muhaizar Mohamad Running Club. “One Route, One Community.”
Route sama. Komuniti sama. Tak tunggu event. Tak tunggu race day. Lari tiap-tiap minggu.
Ramadan bukan alasan untuk berhenti.
Kita cuma sesuaikan intensiti - tapi consistency kena maintain.
Moreh boleh tunggu. Mileage tetap jalan. 💪
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysia #ampang #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selepas berbuka di Masjid Jamiul Huda, malamnya singgah pula ke Surau Kampung Bukit Sg Puteh untuk solat Isya’ dan tarawih 🌙
Suasana memang meriah. Macam dah raya - bunyi mercun non-stop sampai terkejut tengah tarawih tadi 💥😆
Terima kasih warga Kampung Bukit Sg Puteh atas sambutan dan kemesraan.
#tza #ampang #ramadan2026 #tarawihampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selesai agihan di bazaar, singgah pula ke Masjid Jamiul Huda, Ampang untuk iftar dan solat Maghrib berjemaah. 🕌✨
Syahdu suasana berbuka di masjid. Dapat duduk semeja, bertukar cerita dengan jemaah dan penduduk setempat - sederhana tapi bermakna.
Moga ibadah kita semua diterima-Nya.
#tza #ampang #ramadan2026 #iftarampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alamak, cepatnya habis kurma dan kari ayam! 🍛😂
Turun agih lauk di Bazaar Ramadan Bandar Baru Ampang semalam, tapi sambutan memang luar biasa.
Belum sempat pusing satu round, dah habis!
Terima kasih yang tegur, salam dan sudi bergambar.
Yang tak sempat dapat, maaf ya - kita cuba tambah lagi lain kali.
#tza #ampang #bazaarramadan #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, selesai menunaikan solat Jumaat pertama Ramadan ni di Surau An-Najah, Ampang.
Khatib hari ini berpesan - Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah untuk kita benar-benar “reset” diri - reset ni bukan sekadar slogan, tapi muhasabah sebenar.
Terima kasih kepada pihak pengurusan surau yang sempat berborak tadi.
Salam Jumaat buat semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
#tza #ampang #jumaatbarakah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak menang besar, sistem kena kukuh dulu.
Hari ini, pengurusan BAM mengunjungi YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri KBS - menyelaras persiapan Olimpik 2028 selari dengan pelaksanaan pelan Tangkis 2030.
Fokus perbincangan:
• Prestasi semasa dan sasaran medal
• Pipeline pemain dari junior ke senior
• Pengukuhan struktur dan kelestarian kewangan
Matlamatnya jelas - bina sistem yang stabil supaya kejayaan bukan bermusim, tapi berterusan.
Sasaran kita - Malaysia kuasa badminton dunia. 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
SPM bukan sekadar peperiksaan. Ia penentu masa depan.
Melalui Yayasan TZA, kami melaksanakan program ACE SPM — inisiatif tuisyen percuma untuk calon daripada keluarga B40 dan M40.
📌 2025:
• 10 sekolah di Selangor
• 467 calon - 5 bulan tuisyen
• 16 sesi sebulan (BM, BI, Sejarah, Matematik)
• 4,000 calon akses Video Tips Lisan + kit peperiksaan
Program dijalankan bersama pihak sekolah, dengan guru sebagai koordinator dan dana disalur melalui PIBG.
Dalam pertemuan bersama YB Fadhlina Sidek, fokusnya ialah bagaimana model ACE SPM oleh Yayasan TZA ini boleh diselaraskan dengan agenda KPM dan diperluas secara lebih tersusun pada 2026.
Ini bukan projek bermusim.
Ini usaha tambah nilai kepada sistem sedia ada - supaya lebih ramai pelajar masuk dewan peperiksaan dengan keyakinan untuk lulus cemerlang.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
International Monetary Fund ramal 4.1% je. Malaysia capai 5.2%.
IMF tersalah kira atau Malaysia memang luar biasa? 👀
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kerusi roda bukan pilihan - ia keperluan.
Saya menziarahi Encik Panir Selvam dan Puan Shanti di Pangsapuri Taman Ampang Mewah. Encik Panir Selvam diuji dengan penyakit Lymphatic Filariasis (untut) dan perlu ke hospital setiap hari untuk rawatan.
Saya menyerahkan kerusi roda baharu serta bekalan susu Ensure dan lampin pakai buang bagi meringankan beban penjagaan.
Semoga bantuan ini memudahkan urusan keluarga ini.
#tza #yayasantza #ampang #prihatin -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Laptop bukan kemewahan untuk pelajar IT - ia keperluan.
Semalam saya menyantuni Puan Kalai dan keluarga di Ampang Jaya. Suaminya bekerja sebagai pemandu Grab selepas hilang pekerjaan ketika COVID, dan Kishore kini mengikuti kursus IT untuk bantu ubah nasib keluarga.
Saya hadiahkan sebuah laptop baharu supaya beliau dapat belajar dengan lebih selesa.
Pendidikan boleh ubah masa depan - tapi tanpa peralatan asas, memang sukar.
#tza #yayasantza #ampang #pendidikan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Last run before Ramadan.
Nak start semula maraton, peluang berlari dan belajar terus daripada legenda seperti Muhaizar Mohamad memang tak boleh dilepaskan.
Beliau pernah mewakili Malaysia di pentas antarabangsa dan menjuarai pelbagai kejohanan maraton tempatan. Disiplin dan konsistensinya jelas - bukan sekadar laju, tapi tahu urus pace, tenaga dan strategi jarak jauh.
Sambil berlari, sempat juga ambil beberapa tip tentang endurance dan bagaimana nak kekalkan mileage sepanjang Ramadan.
Ramadan bukan alasan untuk berhenti. Kita cuma sesuaikan intensiti.
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #voltra #runmalaysia #muhaizarmohamad #ampang #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tarawih pertama malam ini di mana?
Kami sekeluarga di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang - tempat saya dan isteri diijabkabulkan. Rumah mentua pula hanya 5 minit berjalan kaki dari masjid, jadi kami pun jalan bersama-sama.
Taman TAR juga tempat arwah datuk dan nenek saya menetap hingga akhir hayat. Banyak kenangan di sini.
Selamat berpuasa.
#tza #ampang #ramadan2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rumah musnah dalam kebakaran di Kg Melayu Ampang, tapi keluarga terselamat. Itu yang paling utama.
Saya menziarahi Saudara Yazman Hafith dan isterinya Puan Aslinda, yang kehilangan kediamannya baru-baru ini. Syukur, tindakan pantas jiran yang mengejutkan mereka ketika api mula marak telah menyelamatkan semua ahli keluarga. Inilah semangat kejiranan sebenar.
Saudara Yazman ialah senior saya di MCKK. Bila abang senior kita diuji, takkanlah kita nak tengok je kan?
Saya dan Yayasan TZA menyampaikan dana kecemasan sebagai bantuan awal supaya mereka boleh mula bangkit semula. Doakan agar dipermudahkan segala urusan.
#tza #yayasantza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semangat Penaung 100%.
Semangat pemain kena 1000%.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Fit tak bermakna marathon ready! 🏃♂️
#tza #gayahidupsihat #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
IMFC (Invest Malaysia Facilitation Centre) telah menyelesaikan lebih 44,000 isu pelabur.
Kadar penyelesaian: 99.9%.Post not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hasilnya:
• 90% projek pembuatan diluluskan pada 2024 telah beroperasi
• Malaysia naik ke kedudukan ke-23 IMD World Competitiveness Ranking 2025
• IMFC Johor (JS-SEZ) terima sekitar 1,000 pertanyaan pelaburan
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelabur hari ini mahukan kepantasan, kepastian dasar dan penyelesaian segera.
Itulah peranan IMFC dan MIDA - memastikan pelaburan bukan sekadar komitmen atas kertas, tetapi menjadi hasil nyata kepada Ekonomi Rakyat.
#tza #mida #miti #madanibekerja #pelaburan #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kali ni tak salah nama. 😄
#tza #ampang #tahunbarucina #gongxifacai #cny2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bangga dengan sejarah, tapi jangan hidup dalam sejarah. ⚽🔥
Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas pelancaran buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bolasepak Selangor.
Legasi Merah Kuning mesti jadi asas untuk bina kejayaan baharu.
Komitmen DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, dalam penstrukturan semula Selangor FC dan pembangunan akar umbi dari sekolah hingga pasukan utama menunjukkan fokus jelas ke hadapan.
Jika mahu kembali ke puncak, asas mesti kukuh.
Sejarah memberi inspirasi. Masa depan menuntut tindakan.
#tza #selangorfc #merahkuning #bolasepakmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Semasa edarkan limau di Ampang, saya bertemu seorang pemain badminton muda. 🏸
Impiannya jelas - mahu mewakili negara satu hari nanti.
Ramai yang berbakat. Yang benar-benar berjaya ialah mereka yang berdisiplin dan konsisten.
Semoga suatu hari nanti kita lihat namanya di pentas antarabangsa. 🇲🇾💪
#tza #ampang #bam #badmintonmalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gong Xi Fa Cai! 🧧
Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa kesihatan, rezeki dan kemakmuran untuk semua.
Tahun baharu, semangat baharu - kita terus bina Malaysia yang lebih stabil dan lebih makmur bersama.
Xin Nian Kuai Le! 🐉✨
#tza #tahunbarucina #gongxifacai #cny2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai bercakap tentang inklusiviti. Di ARISMA, ia dilaksanakan setiap hari.
Sabtu lalu saya menghadiri Picnic @ ARISMA — akademi yang melatih remaja dan dewasa autisme 18 tahun ke atas dengan kemahiran hidup agar mereka dapat berdikari dan hidup dengan bermaruah.
Fasiliti seperti Arisma Bakery dan Taman Agro menunjukkan bahawa sokongan yang betul boleh membuka ruang dan keyakinan.
Usaha seperti ini wajar terus diperkukuh.
#tza #ampang #arisma #autisme -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berani betul singa ni! 😂🧧
#tza #ampang #chinesenewyear #cny2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Flat Sri Nilam bukan sekadar alamat. Ia komuniti yang berdepan cabaran sebenar setiap hari.
Turun bertemu penduduk dan kepimpinan setempat untuk mendengar sendiri isu yang dihadapi mereka.
Setiap suara penting. Bersama-sama kita akan terus mencari jalan penyelesaian yang praktikal.
#tza #ampang #srinilam #turunpadang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sunday mode: movie date dengan isteri 🎬
Quality time tak semestinya kena sembang panjang. Kadang-kadang duduk sebelah, kongsi popcorn, tengok cerita sama-sama pun dah cukup.
Cuba teka movie apa?
Hint: bukan cerita berat. 😬
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila gendang tarian singa bergema, kita tahu Tahun Baru sudah hampir tiba. 🦁🥁
Pagi ini di Tokong Moo Tien Quan, Ampang - agihkan bakul makanan dan limau kepada keluarga yang memerlukan.
Perayaan harus dirasai semua, bukan hanya yang mampu.
Semoga Tahun Kuda bawa kesihatan dan rezeki yang lebih baik.
Gong Xi Fa Cai! 🧧
#tza #ampang #tahunbarucina #gongxifacai #cny2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mula je gelap. Lepas tu kita terangkan Ampang sama-sama! 💡🔥 #tza #ampang #lariankita #gayahidupsihat
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi tadi turun ke 129 Food Court, Ampang Fish Ball Noodle dan Restaurant 86 di Ampang untuk edarkan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina. 🍊
Kecil je buahnya. Tapi besar maknanya - harapan untuk kesihatan dan rezeki yang lebih baik.
Seronok dapat bertegur sapa dengan warga Ampang pagi ini.
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai! 🧧✨
#tza #ampang #tahunbarucina #gongxifacai #cny2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, semalam berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Ukay Perdana bersama YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa dan kariah setempat.
Khutbah bertajuk “Puasa Itu Perisai” mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih diri menjaga lisan, emosi dan akhlak.
Terima kasih kepada jemaah yang sudi bertegur sapa dan berkongsi pandangan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memperbaiki diri menjelang Ramadan yang bakal tiba.
#tza #ampang #jumaatbarakah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Makan mamak di Ali Maju Ukay Perdana dengan YB Kamri (ADUN Bukit Antarabangsa) dan beberapa sahabat lama dan baru sebelum solat Jumaat semalam.
Tewas lagi dengan nasi kandar kali ni 😅
Sambil makan, sempat sembang isu-isu setempat. Saya hargai pandangan yang dikongsi.
Insya-Allah kita teruskan usaha untuk perbaiki apa yang perlu.
#tza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setiap pertemuan ada pengakhiran, tapi hubungan yang baik tak berhenti di situ.
Saya berpeluang bertemu Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan, sempena berakhirnya tempoh tugas beliau.
Individu boleh silih berganti, tetapi hubungan yang dibina atas saling hormat dan kefahaman perlu diteruskan.
Terima kasih dan selamat maju jaya.
#tza #diplomasi #malaysiaas -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masalah ramai PKS bukan bisnes tak jalan - tapi sistem kredit yang lambat dan ketinggalan.
Bila keputusan ambil masa berbulan, peluang hilang. Bila sistem hanya percaya rekod lama, realiti peniaga di lapangan tak dibaca.
Pendekatan baharu seperti OneCredit, yang gunakan data dan AI secara bertanggungjawab, membolehkan keputusan kredit dibuat lebih cepat dan lebih adil.
Dalam ekonomi hari ini, siapa lambat akan tertinggal.
#tza #ekonomirakyat #pks #inovasi #ai -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Prestasi menuntut satu prinsip. Kita kena turun padang dan lihat sendiri.
Prinsip ini turut dikongsi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penaung BAM, yang hari ini turun ke Akademi Badminton Malaysia untuk meninjau kemajuan program dan persediaan pemain negara.
Bila kita lihat kesungguhan mereka di gelanggang, lebih mudah untuk kita sendiri memberi komitmen sepenuhnya.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kenapa ringgit naik lebih laju dari matawang Asia lain? Apa yang pelabur nampak pada Malaysia?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Good numbers don’t always mean a good reality.
The data looks strong - but many people still feel the squeeze.
Growth means nothing if it doesn’t reach everyday lives. Real progress is felt, not just reported.
#tza #madaniisworking #peopleseconomy #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN tidak boleh sekadar bertahan menghadapi tekanan AS–China - kita mesti lebih tangkas dan strategik.
Di SCMP China Conference Southeast Asia 2026, saya tekankan: kekal neutral tetapi tidak pasif.
Bukan memilih pihak - tetapi kukuhkan rantaian bekalan, naik taraf nilai tambah dan percepat ekonomi hijau & digital.
#tza #asean #scmp -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN tak boleh sekadar berkecuali — kita mesti bersedia menghadapi perubahan.
Dunia sedang berubah dengan pantas. Persaingan geopolitik, teknologi dan rantaian bekalan global menuntut ASEAN berfikir dan bertindak lebih ke hadapan.
MoU Southeast Asia Futures Initiative Centre (SEAFIC) bersama Indonesian Business Council (IBC) memberi tumpuan kepada usaha untuk menghubungkan pemikiran dasar dengan realiti perniagaan, serta menukar cabaran serantau kepada peluang ekonomi yang sebenar.
Persediaan hari ini menentukan kekuatan ASEAN pada masa depan.
#tza #seafic #ibc #asean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Terima kasih kepada Wanita Keadilan Ampang yang diketuai Puan Siti Fatimah Jusoh kerana membuka ruang untuk saya mendengar secara jujur pandangan dan cadangan daripada wanita akar umbi - tulang belakang parti.
Saya menghargai setiap nasihat yang dikongsi. Saya dengar, saya ambil serius, dan saya komited untuk membantu sedaya upaya usaha Wanita Keadilan Ampang dalam memperkukuh serta memperkasakan parti di peringkat tempatan.
#tza #ampang #wanitakeadilan #pkr #mendengar -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🔴 WE’RE LIVE NOW
Join me live as we discuss ASEAN’s Golden Decade - and how our region can turn geopolitical complexity into geoeconomic opportunity.
🎙 Moderated by Raline Shah
🎤 Opening remarks by H.E. Dyah Roro Esti Widya Putri, Vice Minister of Trade of the Republic of Indonesia
🎥 Special video message by H.E. Dr Kao Kim Hourn, Secretary-General of ASEAN
👉 Watch live here: www.facebook.com/share/v/17q64VoJTc/
#tza #seafic #southeastasia #asean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ingat lagi Adi Putra?
Bukan pelakon - tetapi genius Matematik cilik yang kini aktif membimbing pelajar.
Program “Anak Soleh Bijak Matematik bersama Adi Putra” ini menghimpunkan anak-anak sekolah rendah di Ampang untuk mengasah kemahiran berfikir dan keyakinan dalam Matematik.
Tahniah kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ampang, pengurusan Surau Fatimah Az Zahra Taman Kosas serta Persatuan Penduduk Taman Kosas Fasa 1, 2 & 5 di atas kejayaan program ini.
Lepas ni kita buat seminar untuk bapa-bapa pula, sebab ramai tak dapat jawab soalan yang Adi Putra beri pada anak-anak! 😆
#tza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lambatnya kilang Texas Instruments kat Melaka nak siap!
Bina kilang RM5 bilion bukan kerja sehari dua. Ambil masa, tapi bila siap — 500 pekerjaan tercipta untuk rakyat Malaysia!
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #daripotensikerealitiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahun Baru Cina adalah masa untuk merapatkan kembali silaturahim bersama keluarga dan sahabat handai. 🧧
Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini, saya bersama Yayasan TZA berkesempatan menyantuni penduduk sekitar Kampung Baru Cina Ampang, Bandar Baru Ampang dan Kampung Kuala Ampang, bersama ADUN Bukit Antarabangsa, YB Mohd Kamri Kamaruddin serta pemimpin tempatan.
Selain beramah mesra dengan penduduk, kami juga sempat sembang santai bersama ketua-ketua masyarakat Cina di sini bagi mendengar sendiri pandangan dan keperluan komuniti setempat.
Yayasan TZA turut menyumbangkan sedikit angpau dan barangan keperluan dengan harapan ia dapat meringankan persiapan mereka untuk menyambut perayaan ini.
Semoga komuniti Cina di Ampang dapat menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh makna, kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Gong Xi Fa Cai! ✨
#tza #ampang #tahunbarucina #cny -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selamat Pengantin Baru, Norman & Kamila! 💐
Daripada senyuman bapa pengantin, jelas terpancar rasa bahagia dan syukur pada hari yang penuh makna ini.
Semoga rumahtangga yang dibina dilimpahi rahmat, sakinah dan kebahagiaan hingga ke anak cucu.
#tza #ampang #tilljannah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Autisme perlukan kefahaman, sokongan - dan tindakan bersama.
Saya dijemput untuk flag off Ampang Charity Night Run 2026 (ACNR2026), satu larian amal yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kepada anak-anak autisme dan keluarga mereka.
Lebih 1,200 peserta menyertai acara ini, termasuk kira-kira 100 kanak-kanak autisme bersama ibu bapa mereka - satu pemandangan yang menyentuh hati dan memberi mesej jelas: mereka tidak bersendirian.
Program seperti ini bukan sekadar larian. Ia adalah platform mengumpul dana, ruang mendidik masyarakat, dan peluang untuk kita semua menunjukkan solidariti. Orang ramai boleh menyokong melalui penyertaan, sumbangan, atau sekadar menyebarkan kesedaran tentang keperluan komuniti autisme.
Yayasan TZA turut menyalurkan sumbangan sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini.
Tahniah kepada pihak penganjur atas pendekatan yang kreatif dan inklusif - saya yakin para ibu bapa sangat menghargai inisiatif sebegini.
Inilah Ampang yang kita mahu bina - komuniti yang faham, menyokong, dan tidak meminggirkan sesiapa.
#tza #ampang #autisme #ampangcharitynightrun -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini saya dan Pengerusi Yayasan TZA, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad disertai YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa, telah meluangkan masa bersama para penghuni Rumah Orang Tua Ampang. Walaupun datang daripada latar belakang berbeza, para penghuni di sini hidup bersama sebagai satu keluarga.
Warga emas ialah generasi yang membina asas masyarakat kita hari ini. Menghormati dan memastikan kebajikan mereka terpelihara adalah cerminan nilai sebuah masyarakat yang prihatin.
Yayasan TZA akan terus komited menyokong usaha keterangkuman - supaya tiada sesiapa yang tertinggal, termasuk mereka yang berada di usia emas.
#tza #ampang #cny #wargaemas -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang pertama buat saya!
Fokus perbincangan adalah persediaan menghadapi pilihan raya akan datang, berlandaskan keyakinan terhadap pencapaian yang telah kita bina bersama.
Kerajaan ini tidak bermula dari kosong - kita sedang mengukuhkan asas untuk melangkah lebih jauh.
Kerajaan hari ini sedang mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:
* peluang pekerjaan bergaji tinggi
* pengagihan pendapatan yang lebih adil
* ekonomi berteraskan teknologi dan masa depan
Semua ini memerlukan masa, kestabilan dan kepimpinan yang konsisten.
Kerajaan ini perlu dikekalkan untuk penggal seterusnya supaya perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan sepenuhnya, bukan terhenti di tengah jalan.
Saya komited untuk membantu parti dan Perdana Menteri meyakinkan rakyat bahawa Malaysia berada di landasan yang betul - dan kita mesti teruskan perjalanan ini.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ampang kita hidup hari ini.
Remaja ke hadapan. Keluarga bersama. Komuniti bersatu.
Inilah Karnival Aspirasi Remaja Ampang (KARA2026) di Pusat Komuniti Sierra Ukay - bukan sekadar karnival, tetapi ruang untuk remaja Ampang aktif, bersuara dan berkembang bersama.
Esports bersama keluarga. Sukan di padang. Azan, pidato Palestin dan kreativiti anak muda.
Inilah maksud sebenar “Remaja Aktif, Ampang Positif.”
Ampang yang positif tidak terjadi dengan sendiri - ia dibina oleh komuniti, untuk masa depan bersama.
#tza #kara2026 #remajaaktifampangpositif #ampang #sierraukay -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di luar gelanggang, hubungan tetap penting.
Makan malam ringkas bersama pemain dan jurulatih BAM - ruang untuk berbual santai, dengar pandangan, dan bina kepercayaan yang jadi asas prestasi di gelanggang.
Pasukan yang kuat bukan hanya tentang latihan keras, tetapi tentang sokongan, komunikasi dan kebersamaan - setiap hari, bukan hanya pada hari perlawanan.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lepas solat Jumaat tadi, sempat makan tengah hari bersama Altimet, ADUN Lembah Jaya; Tok Izat, Ketua Kampung merangkap Pengerusi JPKK Kg Lembah Jaya Selatan; dan Tok Muhamad Khushairie, Ketua Kampung merangkap Pengerusi JPKKP Kg Lembah Jaya Selatan, di samping rakan-rakan lain di kawasan ini.
Kami singgah di Dapur Penyet Nusantara. Makanannya sedap, suasananya mesra. Tokey kedai pun ramah - sempat bersembang dan bertukar pandangan.
Insya-Allah, kalau ada peluang, memang nak datang lagi.
#tza #ampang #lembahjaya -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Khutbah Jumaat di Masjid Al-Aman Lembah Jaya Selatan, Ampang mengingatkan kita tentang waktu sepertiga akhir malam - saat sebelum Subuh, ketika suasana paling sunyi dan hati paling jujur.
Inilah waktu yang dianjurkan untuk bangun walau sekejap, bersolat, berzikir dan bermunajat.
Bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk kembali merendah diri dan mendekat kepada Allah.
Ramadan semakin hampir.
Moga kita sempat menghidupkan malam, bukan sekadar mengisi siang.
#tza #ampang #jumaatbarakah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan bukan sekadar angka yang diumumkan - ia mesti dilaksanakan!
Hari ini saya menerima kunjungan delegasi Amerika Syarikat yang diketuai David L. Fogel, Assistant Secretary of Commerce ke MIDA untuk berbincang secara terbuka tentang bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi aliran pelaburan Malaysia–AS.
Fokus kami jelas: mempercepat kelulusan, menyelesaikan halangan di peringkat pelaksanaan, dan memastikan pelaburan yang diluluskan benar-benar diterjemahkan kepada operasi, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan rantaian bekalan yang kukuh di Malaysia.
Malaysia tidak menjual janji kosong.
Apa yang kami tawarkan ialah kepastian dasar, kepantasan membuat keputusan, dan sokongan pelaksanaan yang konsisten - supaya pelabur boleh merancang untuk jangka panjang dengan yakin.
Perbincangan seperti ini penting untuk memastikan Malaysia kekal sebagai rakan pelaburan yang dipercayai, berdaya saing dan bersedia untuk melaksana.
#tza #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bila kita bercakap tentang masa depan mampan, ia bukan hanya soal teknologi - tapi dengan siapa kita bekerjasama.
Semasa berkunjung ke pejabat TBS di Indonesia, kami berbincang secara terbuka tentang peralihan tenaga, cabaran serantau, serta hala tuju ke hadapan. TBS sedang melalui perjalanan transformasi yang penting - daripada perniagaan tenaga konvensional kepada model yang lebih mampan, berdisiplin dan berpandangan jauh.
Saya berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyumbang sebagai Penasihat Kanan, berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama belajar daripada pasukan TBS yang komited membina penyelesaian mampan untuk rantau ini. Perjalanan ke arah karbon neutral memang panjang dan berliku, tetapi dengan pasukan dan rakan yang tepat, ia menjadi lebih bermakna.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
#tza #kelestarian #peralihantenaga #karbonneutral #tbs -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perdagangan global bukan sekadar ‘jual beli’ - ia tentang membina rakan yang boleh dipercayai.
Itulah antara fokus pertemuan saya bersama Mary Ng, bekas Menteri Promosi Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada.
Kami berbincang bagaimana negara seperti Malaysia dan Kanada boleh memperkukuh kerjasama yang memberi manfaat kepada perniagaan — khususnya PKS, akses pasaran, dan ketahanan rantaian bekalan dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
Dalam ekonomi dunia yang cepat berubah, yang membezakan rakan dagang bukan sekadar saiz pasaran, tetapi kepastian dasar dan kesediaan untuk bekerjasama secara jangka panjang.
#tza #perdaganganantarabangsa #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau syarikat Malaysia nak berkembang di ASEAN, ekosistem serantau mesti betul-betul menyokong mereka.
Itulah antara perkara utama yang saya bincangkan bersama Pak Airlangga Hartarto, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia — dalam suasana perbualan yang terbuka dan jujur, sebagai rakan lama yang sama-sama mahu melihat ASEAN bergerak ke hadapan.
Kami bertukar pandangan tentang bagaimana syarikat Malaysia boleh melabur dan berkembang di pasaran seperti Indonesia, dan pada masa yang sama menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan ASEAN yang lebih bersepadu.
Sebagai contoh, apabila syarikat Malaysia melabur di Indonesia, mereka perlu diberikan akses dan layanan yang setara - termasuk dari segi kastam dan kemudahan perdagangan - supaya mereka boleh menyokong rantaian bekalan serantau. Pendekatan ini bukan sahaja mengukuhkan integrasi rantaian bekalan ASEAN, malah menggalakkan lebih banyak pelaburan dan peluang perniagaan di rantau ini.
Di sebalik perbincangan dasar, pertemuan ini juga menjadi ruang untuk berkongsi idea baharu, dan bertukar pandangan secara terbuka tentang bagaimana ASEAN boleh mengejar kemajuan bersama - bukan bergerak bersendirian.
#tza #asean #ies2026 #ekonomirakyat #kerjasamaasean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masalahnya bukan ekonomi naik. Masalahnya bila ia tak sampai ke rakyat.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bertemu Ibu Retno Marsudi, bekas Menteri Luar Negeri Indonesia (2014–2024) yang kini berkhidmat sebagai Utusan Khas PBB bagi Isu Air.
Apa yang paling meninggalkan kesan daripada perbualan kami ialah hakikat bahawa kepimpinan tidak terikat pada jawatan. Walaupun kami berdua kini tidak lagi memegang peranan menteri, kami berkongsi kepercayaan yang sama: perubahan sebenar hanya berlaku melalui kerjasama berterusan - merentas kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.
Impak yang berkekalan tidak lahir daripada jawatan, tetapi daripada komitmen untuk terus menyumbang dan bekerjasama.
#tza #asean #ies2026 #ekonomirakyat #kerjasamaasean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
ASEAN adalah rantau yang penuh potensi. Tapi potensi tak akan jadi hasil kalau tak dilaksanakan dengan betul.
Inilah antara perkara utama yang dibincangkan di Indonesia Economic Summit 2026, Jakarta - bagaimana negara-negara ASEAN boleh bekerjasama dengan lebih rapat supaya keputusan yang dibuat benar-benar membawa kesan kepada ekonomi, PKS dan kehidupan rakyat.
Dalam dunia yang makin bergolak, kekuatan ASEAN bukan pada jumlah sidang atau kenyataan bersama yang dikeluarkan, tetapi pada tindakan yang konsisten bagi mewujudkan pertumbuhan kukuh dan mampan untuk rantau ini.
#tza #asean #sidangkemuncakekonomiindonesia #ekonomirakyat #ies2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Insentif bukan hadiah percuma. Ia mesti beri pulangan kepada rakyat.
Kerangka Insentif Baharu (NIF) (NIF) berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026.
Pendekatan ini mengubah cara Malaysia menarik pelaburan — daripada sekadar jumlah kepada impak sebenar terhadap ekonomi dan rakyat.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di bawah NIF, insentif dikaitkan dengan hasil yang jelas:
* pekerjaan bergaji lebih baik
* teknologi dan inovasi
* PKS tempatan lebih berdaya saing
* industri yang lebih mampan
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Matlamatnya jelas: setiap ringgit insentif mesti memberi pulangan nyata kepada rakyat.
Maklumat lanjut:
www.miti.gov.my/NIF
www.mida.gov.my
#tza #madanibekerja #nif #mida #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa kaitan teh dengan Lee Chong Wei?
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sembang santai, berkenalan dan mendengar sendiri pandangan orang-orang lama, pimpinan serta penyokong akar umbi PKR di Ampang.
Selain program membantu rakyat seperti Bengkel Kemahiran Belia semalam, saya juga ambil pendekatan untuk berjumpa penduduk tempatan dalam kumpulan kecil - duduk semeja, dengar terus pandangan dan pengalaman mereka, sama ada daripada parti, NGO atau komuniti setempat.
Berada di luar komitmen sepenuh masa dalam khidmat kerajaan dan korporat memberi saya sedikit fleksibiliti masa. Peluang ini saya gunakan sebaiknya untuk lebih kerap turun padang dan berinteraksi secara langsung dengan akar umbi sebab suara di peringkat bawah inilah yang paling dekat dengan realiti di lapangan.
#tza #ampang #pkr #turunpadang #dengarrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini tidak menyaksikan kemenangan yang kita harapkan, namun pencapaian keseluruhan pemain perseorangan wanita Malaysia tetap sangat membanggakan. 💪
Kejayaan Goh Jin Wei mara ke final Thailand Masters menandakan penyertaan pertama Malaysia dalam final perseorangan wanita Super 300 era BWF World Tour. Beliau bagaimanapun terpaksa menarik diri semasa perlawanan akhir akibat kecederaan.
Perjalanan ini bukan perjalanan individu, tetapi perjalanan bersama.
Di Thailand Masters, semua wakil perseorangan wanita Malaysia mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir - satu petanda jelas peningkatan daya saing para pemain kita.
Lebih membanggakan, pencapaian di Thailand Masters (S300) ini hadir selepas Indonesia Masters (S500), menjadikan musim ini kali pertama perseorangan wanita Malaysia mara ke dua separuh akhir berturut-turut di kejohanan Super 300 ke atas.
Prestasi ini mencerminkan semangat juang pemain perseorangan wanita negara.
Walaupun keputusan final tidak memihak kepada kita, momentum dan semangat para pemain terus membara.
Ini bukan titik akhir - ini permulaan kepada lebih banyak kejayaan untuk perseorangan wanita Malaysia. 🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Berhubung isu kelayakan pemain junior dalam Junior Elite Tour (JET), khususnya pusingan pertama Kumpulan A yang bermula di Johor pada 4 Februari 2026, adalah penting untuk saya jelaskan kronologi sebenar agar tidak timbul tanggapan bahawa peraturan ini diperkenalkan secara mengejut menjelang kejohanan.
Dasar berkaitan perwakilan negeri pemain junior telah diputuskan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam Mesyuarat Majlis BAM Bil. 4/2025 pada 18 Oktober 2025. Keputusan ini telah dimaklumkan secara rasmi kepada semua Persatuan Badminton Negeri (BA) melalui pekeliling BAM, dan berkuat kuasa sejak 10 November 2025 - jauh lebih awal sebelum kejohanan ini berlangsung.
Di bawah dasar ini, pemain junior dikehendaki mewakili negeri tempat mereka bersekolah, selaras dengan peraturan MSSM. Sekiranya mana-mana BA ingin menurunkan pemain yang sedang belajar di negeri lain, pelepasan rasmi daripada BA negeri berkaitan mesti diperoleh terlebih dahulu.
Dalam kes yang melibatkan pusingan pertama Junior Elite Tour di Johor ini sahaja, setelah meneliti keadaan serta mengambil kira kebajikan pemain dan keluarga, saya memutuskan bahawa satu pengecualian khas secara one-off akan diberikan bagi membenarkan pemain dari Selangor mewakili Putrajaya.
Perlu ditegaskan bahawa pengecualian ini terpakai khusus untuk pusingan ini sahaja, dan bukan satu kelonggaran menyeluruh untuk semua kejohanan JET. Bagi kejohanan-kejohanan akan datang, Persatuan Badminton Putrajaya (PjBA) hendaklah mematuhi sepenuhnya keputusan Majlis BAM dengan mendapatkan pelepasan awal daripada Persatuan Badminton Negeri yang berkaitan sebelum menurunkan pemain yang bukan dari negeri mereka.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Badminton Selangor (SBA) atas kesediaan mereka memberikan pelepasan dalam kes ini demi kepentingan pemain, walaupun tiada permohonan pelepasan dikemukakan sebelum ini.
Bergerak ke hadapan, semua pihak mesti mematuhi proses yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kekeliruan, serta memastikan pembangunan badminton junior negara terus berjalan secara adil, konsisten dan berteraskan kebajikan pemain.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Telefon dalam poket kita hari ini bukan sekadar untuk scroll TikTok. Ia boleh jadi pejabat, studio, dan mesin jana pendapatan.
Di Program Content to Cash: Jana Pendapatan Dengan Smartphone di Ampang, saya kongsikan satu perkara mudah: content bukan sekadar nak viral - content ialah aset.
Ramai yang fikir nak tambah pendapatan kena buka kedai, beli mesin mahal, atau ada modal besar. Hakikatnya, ramai usahawan digital bermula hanya dengan telefon dan idea yang konsisten.
Contohnya, Khairul Aming - dulu buat video dari bilik, hari ini bina jenama dan kilang sendiri. Tak semua orang akan jadi Khairul Aming. Tapi semua orang boleh jana pendapatan tambahan, bina jenama sendiri, dan tingkatkan nilai diri melalui content.
Akhirnya, yang ubah hidup bukan modul yang kita belajar. Yang ubah hidup ialah apa kita buat selepas bengkel tamat.
Yang penting: berani mula, dan konsisten.
#tza #ampang #contenttocash #ekonomidigital -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lunch break MIDA = Zumba break 💃🕺Patut pun semua nampak fit!
#tza #midaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia dan Singapura bukan sekadar jiran. Kita rakan strategik yang berkongsi masa depan serantau.
Bertemu Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Singapura, untuk berbincang tentang hubungan dua hala, isu serantau dan cabaran global yang semakin kompleks.
Dalam dunia yang semakin terpecah, ASEAN perlu kekal bersatu dan berpandangan jauh. Kerjasama yang kukuh antara Malaysia dan Singapura penting untuk kestabilan serantau, meningkatkan perdagangan dua hala, menarik pelaburan berkualiti, dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di kedua-dua negara.
Banyak yang boleh dan perlu kita lakukan bersama demi masa depan rantau ini.
#tza #madanibekerja #asean #malaysiasingapura -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini kita sambut tiga hari lahir yang jatuh dalam tempoh dua bulan 🎂
Selamat Hari Lahir kepada dua heroin Disember dan satu hero Januari — semoga panjang umur, sihat selalu dan terus menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Bukan selalu dapat peluang raikan birthday rakan-rakan MITI dan MIDA di Singapura, jadi ini memang saat yang istimewa.
Behind every policy and investment announcement, ada team yang bekerja kuat di belakang tabir. Hari ini, kita raikan manusia di sebalik usaha gigih tersebut.
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nasib ekonomi serantau Malaysia dan Singapura saling terikat.
Sembang santai dengan Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura. Banyak kenangan dan pengalaman lama diimbau sepanjang tempoh kami bekerjasama.
Satu perkara jelas – Malaysia dan Singapura bukan sekadar jiran, tetapi rakan ekonomi yang saling bergantung.
Kerjasama serantau yang kukuh bermakna lebih banyak peluang dan pekerjaan berkualiti untuk rakyat.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #asean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia tak boleh berpuas hati dengan kejayaan sedia ada. Kita perlu terus meningkatkan keupayaan aeroangkasa bernilai tinggi.
Bertemu Singapore Aerospace Manufacturing (SAM) tentang pelaburan baharu di Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Projek ini akan bawa proses aeroangkasa canggih seperti rawatan permukaan, ujian tanpa musnah (NDT), pemeriksaan berketepatan tinggi dan pemasangan komponen pesawat ke Malaysia - antara bahagian paling bernilai dalam rantaian industri aeroangkasa.
Kenapa ini penting?
Hari ini, nilai eksport industri aeroangkasa Malaysia sudah melebihi RM8 bilion setahun, dan keseluruhan industri bernilai sekitar RM25 bilion dengan lebih 30,000 pekerjaan mahir. Tetapi banyak proses bernilai tinggi masih dibuat di luar negara.
Bila kita bawa proses kritikal ini ke sini, kita bukan sekadar pembekal biasa - kita jadi sebahagian rantaian aeroangkasa global bernilai tinggi.
Lebih kemahiran, lebih teknologi, dan lebih peluang gaji tinggi untuk rakyat tempatan.
Inilah cara kita naikkan industri dan naikkan pendapatan rakyat.
Naik taraf industri hari ini, naik taraf kehidupan rakyat hari esok.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #aeroangkasa #jssez #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia sedang berubah dengan pantas. Cara kita berfikir juga mesti berubah.
Perbincangan menarik dengan Kishore Mahbubani – bekas Duta Singapura ke PBB dan antara pemikir geopolitik paling berpengaruh di dunia.
Susunan kuasa dunia dan ekonomi global sedang berubah. Negara yang cepat menyesuaikan diri akan ke depan. Yang lambat akan ketinggalan.
Untuk Malaysia dan ASEAN, ini peluang keemasan – tapi hanya jika kita bersedia berfikir secara strategik dan bertindak dengan tegas.
Masa depan tidak menunggu. Kita mesti bersedia untuk memimpinnya.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat #asean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kerja bergaji tinggi tak jatuh dari langit. Ia datang bila pelaburan berkualiti masuk.
Bertemu Digital Edge tentang rancangan mereka melabur sekitar RM10 bilion untuk membina pusat data AI di Malaysia.
Ramai yang tanya, banyak ke kerja yang diwujudkan oleh pusat data?
Jawapannya mudah: Infrastruktur digital hari ini sama penting macam lebuh raya dan pelabuhan dulu - menentukan siapa yang dapat pelaburan dan siapa yang tertinggal.
Pusat data itu sendiri mungkin tak guna ramai pekerja, tapi ia tarik syarikat teknologi, AI, cloud dan industri bernilai tinggi masuk. Dari situ datang ribuan kerja mahir dan gaji lebih tinggi.
Ramai juga risau: pusat data guna banyak air dan elektrik. Tak membebankan kapasiti negara ke?
Sebab itu kita mesti pilih pelabur yang betul.
Digital Edge diiktiraf antara syarikat pusat data yang paling mampan di dunia, dengan tumpuan pada kecekapan tenaga, reka bentuk hijau dan operasi yang bertanggungjawab.
Kalau kita nak ekonomi digital sampai ke poket rakyat, asasnya mesti kukuh.
Pelaburan berkualiti hari ini, peluang kerja berkualiti esok.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bertemu rakan lama saya, Tan See Leng, Minister for Manpower dan Minister-in-charge of Energy and Science & Technology, Singapura.
Kami berbincang tentang hala tuju ekonomi serantau, pelaburan, dan cabaran tenaga dalam dunia yang semakin pantas berubah. Malaysia dan Singapura mungkin bersaing dalam beberapa sektor, tetapi sebagai jiran dan rakan dagang utama, kita juga saling bergantung untuk pertumbuhan yang mampan.
Kerjasama ASEAN yang lebih kukuh penting untuk memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi benar-benar sampai kepada rakyat.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi boleh nampak baik atas kertas. Tapi rakyat hidup dalam dunia sebenar.
Di Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Singapura, saya berkongsi tentang cabaran middle powers seperti Malaysia dalam dunia yang semakin terpecah dan tidak menentu.
Satu perkara yang jelas: ekonomi bukan sekadar angka KDNK (GDP). Kalau KDNK naik tetapi poket rakyat masih sempit di hujung bulan, jurang itu mesti kita akui dan atasi.
Ekonomi rakyat hanya bermakna bila dasar sampai ke dompet dan kehidupan seharian rakyat - bukan hanya cantik di laporan rasmi.
Pertumbuhan tanpa kesejahteraan bukan kejayaan.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sejarah dah ajar ekonomi hanya dipercayai bila ia dirasai. Bukan bila angka naik,tapi bila hidup jadi lebih selesa dan terjamin. #tza #madanibekerja #ekonomirakyat
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia sedang berubah pantas. Soalan penting: di mana kedudukan Malaysia?
Di London, saya bertemu Ben Bland, Director of the Asia-Pacific Programme dan pasukannya di Chatham House, salah satu think tank paling berpengaruh di dunia dalam geopolitik dan ekonomi global. Pandangan dan analisis Chatham House sering menjadi rujukan pembuat dasar dan pemimpin dunia.
Kami berbincang tentang hala tuju dunia selepas Davos, peralihan kuasa global, dan apa maknanya untuk middle powers seperti Malaysia serta ASEAN.
Terima kasih Ben atas perbualan yang jujur dan bernas.
Fakta menarik: Bangunan Chatham House di 10 St James’s Square ini pernah menjadi kediaman tiga Perdana Menteri British - William Pitt, Earl of Derby, dan William Gladstone. Di sinilah juga lahirnya Chatham House Rule, prinsip perbincangan tertutup yang kini digunakan di seluruh dunia.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia sedang berubah pantas — dan ASEAN berada di titik penting dalam perubahan ini.
Semasa Conference on ASEAN at the Geopolitical Crossroads di London School of Economics, perbincangan tertumpu pada bagaimana geopolitik, teknologi dan pelaburan kini saling bertembung, dan apa maknanya untuk masa depan ASEAN.
Dalam dunia yang semakin terpecah, peranan ASEAN sebagai jambatan antara Timur dan Barat menjadi semakin kritikal - untuk perdagangan, pelaburan dan kestabilan serantau. 🌏
#tza #madanibekerja #asean -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Plans don’t change lives. Execution does.
#tza #madaniisworkingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sebagai salah seorang pengasas UKEC (United Kingdom and Eire (Ireland) Council for Malaysian Students), organisasi ini memang dekat di hati saya. Saya cukup gembira dapat berdialog dengan komuniti pelajar dan diaspora Malaysia di bawah UKEC.
Perbincangan hari ini kembali kepada satu perkara: Ekonomi Rakyat. Ekonomi bukan sekadar angka di laporan. Ia tentang gaji, harga barang, peluang kerja, dan keyakinan masa depan.
Malaysia ada potensi besar. Tetapi potensi tanpa pelaksanaan hanya tinggal potensi.
Ekonomi Rakyat hanya berjaya apabila dasar diterjemahkan kepada manfaat sebenar dalam kehidupan seharian.
Diaspora Malaysia di UK juga sebahagian daripada ekosistem Ekonomi Rakyat - sebagai jambatan idea, standard global dan peluang untuk Malaysia.
Terima kasih UKEC atas dialog yang jujur dan bernas.
#tza #madanibekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.sinarharian.com.my/article/765492/berita/politik/teng…
Terima kasih kepada Presiden Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan pucuk pimpinan parti atas kepercayaan ini.
Saya melihat pelantikan ini sebagai satu amanah untuk menyumbang pengalaman, memperkukuh parti, dan membantu menjayakan agenda reformasi demi rakyat.
Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin demi parti dan negara.
#tza #pkr -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sesi KopiChat dengan Oxford University Malaysia Club (OUMC).
Sembang santai, topik berat - ekonomi, kerjaya, AI, dan masa depan negara.
Generasi muda bukan sekadar nak jawapan, mereka nak faham dan nak buat perubahan.
Hakikatnya, politik banyak dipengaruhi ekonomi.
Bila keluarga rasa hidup stabil - suasana politik lebih tenang dan reformasi lebih mudah.
Bila orang rasa terhimpit - kemarahan meningkat, salah maklumat mudah tersebar, dan perubahan jadi lebih susah.
Kepimpinan hari ini perlukan tiga perkara: jujur tentang realiti, empati terhadap kehidupan rakyat, dan keupayaan untuk hasilkan penyelesaian sebenar - bukan sekadar cerita.
Angka ekonomi penting, tapi tak cukup.
Yang penting: adakah kemajuan benar-benar dirasai dalam hidup seharian?
Ekonomi Rakyat bermaksud pertumbuhan dengan maruah, reformasi dengan tujuan, dan kestabilan yang dekat dengan rakyat.
Kepada pelajar Malaysia di Oxford:
Jangan hanya lihat dunia berubah, jadilah orang yang membentuknya.
Bina keupayaan, bina karakter, dan sentiasa tanya: adakah kemajuan sampai kepada rakyat?
Jika kerja anda menaikkan maruah rakyat, meringankan beban hidup mereka, dan membuka peluang - anda sudah membina Ekonomi Rakyat.
Masa depan Malaysia akan ditentukan oleh pilihan generasi anda.
#tza #madanbekerja #ekonomirakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Untuk bedah buku seterusnya, nak pilih yang mana dulu?
The Doom Loop – tentang bagaimana orde ekonomi dunia makin tak stabil,
atau
The Overthinker’s Guide To Making Decisions – panduan buat keputusan tanpa overthinking?
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi naik, tapi cukup tak duit hujung bulan?
Itulah Ekonomi Rakyat — apa yang rakyat rasa dalam dompet.
#tza #madanbekerja #ekonomirakyat
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Artikel penuh di sini: www.sinarharian.com.my/ampArticle/765422
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Sze Fei - Izzuddin.
Kemenangan anda melengkapkan dominasi Malaysia di Jakarta. 🇲🇾🏸
Di Istora Senayan, Malaysia mempamerkan prestasi luar biasa - menang 3 daripada 5 gelaran Indonesia Masters 2026 (Super 500).
🏆 Beregu Campuran: Tang Jie - Ee Wei
🏆 Beregu Wanita: Pearly - Thinaah
🏆 Beregu Lelaki: Sze Fei - Izzuddin
Menang di Jakarta bukan mudah.
Istora Senayan terkenal sebagai antara gelanggang paling mencabar di dunia.
Dan minggu ini, pemain Malaysia membuktikan kita mampu bersaing - dan menang - di peringkat tertinggi.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, dan pasukan sokongan.
Teruskan membina konsistensi - dari potensi ke realiti.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu lagi kejuaraan untuk Malaysia. 🇲🇾🏆
Tahniah Pearly - Thinaah atas kejayaan menjuarai Indonesia Masters 2026 (Super 500) - gelaran pertama mereka tahun ini.
Pasangan No. 2 dunia ini dinobatkan juara selepas lawan menarik diri akibat kecederaan di perlawanan akhir.
Tetapi kejuaraan tidak ditentukan dalam satu perlawanan. Ia dibina sepanjang kejohanan - melalui konsistensi, disiplin, dan kemenangan demi kemenangan.
Lebih bermakna, kemenangan ini menamatkan penantian panjang Malaysia dalam beregu wanita di Indonesia Masters sejak 2011. Satu isyarat jelas bahawa beregu wanita negara kekal antara yang terbaik di dunia.
Tahniah Pearly & Thinaah. Teruskan momentum ini.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa cara terbaik nak senyapkan pengkritik? Menang. 🏆
Tahniah Ee Wei-Tang Jie atas kejayaan menjuarai Indonesia Masters 2026 - gelaran pertama mereka tahun ini.
Pasangan No. 4 dunia ini mencipta sejarah sebagai beregu campuran Malaysia pertama menjuarai Indonesia Masters sejak edisi sulung kejohanan ini pada 2010. 🇲🇾
Tetapi realitinya, dalam sukan - tiada siapa menang setiap masa. Hari ini menang, esok mungkin tewas. Itu lumrah atlet yang bertanding di peringkat tertinggi dunia.
Sebab itu sokongan kita penting.
Sokong mereka. Jangan ugut, jangan kecam keluarga, jangan serang secara peribadi.
Atlet kita bukan sahaja wakil negara - mereka juga manusia biasa yang bekerja keras di bawah tekanan luar biasa.
Kalau kita mahu Malaysia terus melahirkan juara, budaya sokongan mesti lebih kuat daripada budaya kecaman.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sayang badminton? Jaga pemain, bukan jatuhkan mereka.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru hari pertama dah ada sesi dengan pelajar Sarjana Dasar Awam dari negara-negara ASEAN di Oxford!
Kami bincang tentang geopolitik, ekonomi global, AI dan bagaimana middle powers seperti Malaysia menangani tekanan kuasa besar dunia.
Menarik dengar perspektif dari pelbagai negara. Banyak cabaran dasar awam hari ini sebenarnya serupa, cuma konteksnya berbeza.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
GDP matters. But what people feel every day matters more.
Here is why the People’s Economy should be the real focus.
#tza #madaniisworking #peopleseconomy #ekonomirakyat
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Full column here: www.malaymail.com/news/what-you-think/2026/01/24/beyond-g…
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Letshanaa!
Semi-final Super 500. Menewaskan World No.12.
Ini juga separuh akhir Super 500 pertama bagi Perseorangan Wanita Malaysia sejak 2023.
Bukan sekadar pencapaian individu. Ia menunjukkan perseorangan wanita Malaysia ada potensi untuk bangkit dan mencipta pencapaian lebih besar, dengan sokongan sistem yang konsisten. 🇲🇾🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Back to school!
Bukan Fellowship of the Ring, tapi fellowship part time di Oxford.
Hari pertama di Oxford - taklimat dan lawatan sekitar kampus.
Belajar takkan pernah habis!
Dalam dunia yang makin tidak menentu, program ini peluang untuk saya berkongsi pengalaman Malaysia dan belajar daripada perspektif serta dasar negara lain.
Yang penting, bagaimana pengalaman ini dapat saya manfaatkan untuk terus menyumbang kepada negara.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tidak semua pelaburan bernilai tinggi datang dari semikonduktor atau aeroangkasa. Sektor pengguna dan eksport juga penting untuk ekonomi rakyat.
Saya bertemu Grilla Energy, yang sedang menilai Malaysia sebagai pangkalan pengeluaran Asia untuk produk minuman tenaga dan isotonik.
Jika Malaysia dipilih, ini bermaksud pembinaan kilang pengeluaran, rangkaian logistik serantau yang diperkukuh, rantaian bekalan tempatan yang berkembang, serta lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan.
Pelaburan berkualiti bukan hanya di sektor teknologi tinggi — tetapi juga di industri yang mencipta pekerjaan dan peluang eksport.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pelaburan bukan hanya tentang kilang dan mesin. Akses pasaran global untuk PKS juga adalah pemudah cara pelaburan.
Saya bertemu Santander dan pasukan Navigator Global, platform digital yang saya lancarkan di Malaysia pada Disember tahun lalu. Platform ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan MBSB Bank untuk menyokong PKS Malaysia menembusi pasaran global.
Apa yang menarik, mereka menawarkan PKS Malaysia akses percuma selama 12 bulan kepada platform ini - untuk membantu mereka menembusi pasaran luar negara dengan risiko yang lebih rendah.
Platform ini menyediakan panduan kemasukan pasaran, maklumat pasaran global, serta menghubungkan PKS dengan rakan perniagaan antarabangsa yang disahkan.
Bila PKS boleh mengeksport dengan lebih mudah, mereka boleh berkembang ke luar negara, meningkatkan kecekapan operasi, dan menjadi pembekal kepada syarikat antarabangsa.
Ekosistem pelaburan yang kuat bermula dengan syarikat tempatan yang mampu bersaing di dunia.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Industri aeroangkasa bukan hanya tentang buat pesawat - penyelenggaraan enjin dan kejuruteraan selepas jualan adalah antara segmen paling bernilai.
Saya bertemu Aircamo, yang sedang membangunkan fasiliti aeroangkasa baharu seluas 40,000 kaki persegi di Sendayan Tech Valley.
Fasiliti ini akan melatih jurutera tempatan ke standard global dan menyokong penyelenggaraan enjin pesawat untuk pasaran serantau.
Ini adalah pelaburan yang bina keupayaan tempatan — bukan sekadar pindahkan operasi ke Malaysia.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kalau kita tak faham masalah orang, macam mana nak selesaikan?
#tza #madanibekerja #ekonomirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di London, fokus saya ialah pelaburan aeroangkasa bernilai tinggi — bukan sekadar pemasangan, tetapi teknologi dan kejuruteraan.
Saya bertemu EDM Group, yang sedang menyiapkan fasiliti pengeluaran di Malaysia, (yang pertama di luar United Kingdom!), untuk peralatan latihan penerbangan seperti simulator dan sistem keselamatan kabin.
Ini bermakna Malaysia bukan hanya pengguna teknologi, tetapi hab pembuatan dan eksport peralatan aeroangkasa untuk rantau ini.
Pelaburan berkualiti bukan sekadar angka dalam laporan, tapi kilang yang dibina, jurutera yang dilatih, dan produk yang dihasilkan.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di London, Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bukan sekadar pejabat promosi. Pejabat ini merupakan antara pejabat MIDA terawal di luar negara dan tahun ini genap 50 tahun penubuhannya, sejak dirasmikan pada 8 September 1976.
Selama lima dekad, MIDA London menjadi barisan hadapan Malaysia dalam persaingan global menarik pelaburan.
Pasukan di sini bekerja rapat dengan HQ di Malaysia, pelabur antarabangsa, dan diaspora Malaysia — memastikan setiap peluang pelaburan diterjemahkan kepada projek sebenar di tanah air.
Pelaburan bukan berlaku secara kebetulan. Ia dibina melalui hubungan, keyakinan, dan kejelasan dasar.
Selepas ini, saya akan kongsikan beberapa syarikat yang kami temui - dan apa manfaatnya untuk Malaysia.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersama Ketua Kampung Kampung Melayu Ampang, Tok Daing Muhammad Najib, saya melawat gelanggang pickleball dan pejabat Dewan Datuk Tahir Karim.
Lawatan ini lebih kepada mendengar dan memahami keperluan setempat. Tok Ketua Kampung berkongsi beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di sini.
Insya-Allah saya akan menyokong usaha komuniti ini — setakat yang termampu dan bersesuaian, demi kebaikan bersama.
Kerja komuniti bermula dengan mendengar. Sokongan datang kemudian.
#tza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
6 tahun dulu, kena masuk tadika.
6 tahun sekarang, dah boleh masuk Darjah 1.
6 tahun dulu juga, Khai, Am dan Shenn menyertai saya di Kementerian Kewangan sebagai Perdana Fellows.
6 tahun hari ini, mereka telah membina kerjaya sebagai profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan dan perkembangan mereka — belajar dan bekerja bersama. We grow together!
Looking forward to seeing great things from them in the future.
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mengamuk orang Singapura baca tajuk ni! Sebenarnya ini bukan soal siapa lebih baik, tetapi peranan berbeza dalam ekonomi ASEAN.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1498916/jumlah…
✨ Malaysia Pecah Rekod — Dagangan Malaysia Lepasi RM3 Trilion! 🇲🇾📊
Prestasi perdagangan Malaysia 2025 mencatat sejarah apabila jumlah dagangan mencecah RM3.061 trilion, naik 6.3% berbanding tahun sebelumnya - pencapaian tertinggi setakat ini! Eksport pula kekal kukuh melebihi RM1 trilion, membawa lebihan dagangan RM151.8 bilion. Ini menunjukkan ekonomi kita terus mantap & kompetitif dalam persekitaran global yang mencabar.
Angka kukuh ini memberi isyarat positif - yang penting, impaknya mesti terus dirasai oleh ekonomi dan rakyat.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Full house at Liberal Latte!
Malam tadi, saya berpeluang berdialog secara terbuka bersama anak-anak muda dalam sesi anjuran Perdana Fellows Alumni Association.
Perbincangan kami bukan sekadar tentang kerjaya atau pengalaman membuat keputusan besar, tetapi tentang tanggungjawab kepimpinan — dan apa yang benar-benar penting di sebalik semua itu.
Ekonomi mesti berkembang. Tetapi pertumbuhan itu mesti terasa adil, bermaruah, dan membuka ruang supaya lebih ramai boleh maju ke hadapan — bukan hanya segelintir.
Terima kasih atas soalan-soalan yang jujur dan matang.
Dialog seperti inilah yang kita perlukan untuk membentuk kepimpinan masa depan yang lebih berprinsip dan berpaksikan rakyat.
#tza #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sesekali lalu di FYP TikTok saya kisah masjid atau surau yang buat sesuatu di luar kebiasaan.
Selalunya kita tengok di skrin. Semalam, saya jumpa sendiri.
Petang semalam, saya solat Asar di Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Melayu Ampang. Lepas solat, saya duduk bersama Ketua Kampung En. Daing Muhammad Najib, Pengerusi Surau Ustaz Ridhwan, dan Ustaz Safwan Syafiq — ahli kariah di sini yang juga antara penggerak utama surau.
Apa yang buat saya betul-betul terkesan, surau ini hidup setiap hari sampai tengah malam — dengan kelas-kelas yang dihadiri anak muda yang balik kerja lewat, tapi masih gigih menuntut ilmu dan mengimarahkan surau. Yang membimbing pula ustaz-ustaz setempat sendiri: konsisten, komited, dan dekat dengan komuniti.
Ini buat saya fikir: dalam dunia hari ini, cabaran kita bukan sekadar “ajak orang datang” - tapi bina ruang yang hidup ikut realiti orang bekerja, balik lewat, dan masih perlukan tempat untuk belajar.
Kalau lebih banyak surau buat pendekatan begini, saya yakin surau boleh jadi institusi komuniti yang betul-betul menguatkan masyarakat — bukan hanya pada hari tertentu, tetapi setiap hari.
p/s: Terima kasih kepada kakak-kakak jemaah yang sempat menggoreng kuey teow panas-panas untuk minum petang kami 🙂.
#tza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Catching up with Tun Musa Hitam.
Banyak perkara dikongsi — tentang kepimpinan, membuat keputusan yang betul dalam situasi sukar, dan kekal berpegang pada prinsip walaupun berdepan tekanan.
Terima kasih Tun atas nasihat dan sokongan yang berterusan.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Does criticism feel like an attack? Or a chance to grow?
#tza #madaniisworkingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menjunjung kasih atas keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ke TRX hari ini.
Tuanku berkenan meninjau kemajuan pembangunan TRX serta menerima taklimat mengenai visi, perancangan dan pelaksanaan projek ini.
Insya-Allah, TRX terus dibangunkan dengan fokus kelestarian dan nilai jangka panjang untuk negara.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengangguran rendah, tapi kenapa ramai masih rasa terperangkap? Ini isu sebenar di sebalik angka ekonomi.
#tza #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Masa lunch break pun staff MIDA rajin bersenam — siap ada Zumba.
Patut pun semua nampak fit.
Lepas ni bolehlah ajak CEO, Datuk Sikh, lari treadmill masa lunch 😄
#tza #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.malaymail.com/news/malaysia/2026/01/16/better-than-si…
Is Malaysia really “better than Singapore” for global businesses?
The interview behind the headline tells a more nuanced story.
According to the APEC Business Advisory Council (ABAC), Malaysia isn’t positioned as outperforming Singapore across the board — but as something increasingly valuable in today’s uncertain global economy: a balanced investment destination.
Global businesses point to three fundamentals:
* Macroeconomic stability
* Policy and regulatory consistency
* Strong infrastructure and investment incentives
Where Singapore is widely recognised as a financial hub, Malaysia is increasingly seen as a base for regional operations - combining manufacturing, services, trade connectivity and cost competitiveness.
The interview also highlights a clear challenge: the shortage of specialised and technical talent. Addressing skills, STEM education and workforce mobility will be key to sustaining investor confidence.
The real takeaway isn’t rivalry.
It’s that in a fragmented world, investors value economies that are stable, predictable, connected — and adaptable.
That’s where Malaysia’s growing appeal lies.
#tza #mida #madaniisworking #investment -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Aduh, kempunan nak makan kat Café MIDA 😅🍽️☕
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KL Sentral dan NU Sentral memang dekat je dari ofis MIDA - senang nak jalan kaki beli minuman. 🚶♂️🥤
Kali ni saya beli di Chagee, sebab nak support Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei. You all tahu tak dia brand ambassador Chagee?
Apa kedai kopi yang best dekat area ni?
#tza #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sedap ke makanan kat kafe MIDA?
First time turun… 12.30 tengah hari, lauk dah habis 😅 Kempunan!
Tak apa - next time turun lebih awal.
#tza #mida -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lima puluh tahun selepas pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak, sumbangan beliau masih membentuk arah negara hari ini — daripada perpaduan nasional, pembangunan luar bandar hingga asas dasar ekonomi yang inklusif.
Saya hadir ke Masjid Ar-Rahah untuk menghadiri Majlis Tahlil bagi memperingati Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarhamah Tun Hajah Rahah. Majlis ini mengingatkan saya bahawa kepimpinan bukan sekadar jawatan, tetapi amanah yang meninggalkan kesan merentas generasi.
Semoga jasa Allahyarham Tun Razak menjadi dorongan untuk kita terus membina Malaysia yang lebih adil, bersatu dan berdaya tahan. 🤲🇲🇾
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa yang pelabur sebenarnya cari hari ini — insentif, kestabilan, atau keupayaan melaksana?
Inilah antara perkara yang dibincangkan bersama delegasi Tsinghua University PBC School of Finance di MIDA.
Perbincangan tertumpu kepada landskap makroekonomi Malaysia, konteks dasar semasa, serta bagaimana dasar pelaburan diterjemahkan kepada projek sebenar, pekerjaan berkualiti dan rantaian bekalan tempatan yang lebih kukuh.
Dalam persekitaran global yang semakin tidak menentu, kejelasan dasar dan keupayaan melaksana dengan pantas dan berkesan menjadi kelebihan daya saing utama.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa yang sebenarnya inflasi ukur?
#tza #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengangguran terendah dalam lebih sedekad — tetapi cabaran sebenar hari ini bukan sekadar ada kerja atau tidak.
Cabarannya ialah kualiti pekerjaan: gaji yang mampu mengimbangi kos sara hidup, kerja yang memanfaatkan kemahiran dan kelulusan pekerja, serta peluang kemajuan kerjaya yang realistik. Dan di sinilah jenis pelaburan yang kita tarik menjadi penentu.
Di MIDA 2026 Curtain Raiser: Media Appreciation & Networking Session, saya tekankan bahawa peranan MIDA bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi memastikan pelaburan tersebut mewujudkan pekerjaan berkualiti, menaikkan produktiviti dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Pertumbuhan ekonomi hanya bermakna apabila ia dirasai dalam kehidupan seharian rakyat.
#tza #mida #madanibekerja #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perjumpaan berkala dan maklum balas berterusan penting untuk kita sentiasa faham perkembangan di pihak kejurulatihan - daripada persediaan pemain, pendekatan latihan, hingga cabaran semasa.
Kenneth Jonassen & Rexy Mainaky selaku Pengarah Kejurulatihan skuad kebangsaan memainkan peranan besar dalam membentuk kekuatan badminton Malaysia. 🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Beregu lelaki Malaysia kembali ke final PETRONAS Malaysia Open — yang pertama sejak 2014. 🏸🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Boleh dapat 150 mata? 🎯 Nampak senang… 👀 Cuba dulu! 🏸🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sukan menyatukan kita semua. Final PETRONAS Malaysia Open semalam menyaksikan sokongan padu rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang sudi hadir ke Axiata Arena untuk memberi sokongan.
Kehadiran kepimpinan tertinggi negara membawa makna besar kepada para pemain dan seluruh komuniti badminton Malaysia.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini, beregu lelaki Malaysia tidak pulang dengan kejuaraan.
Tetapi kita mencipta satu detik yang lama kita tunggu - penampilan final pertama beregu lelaki sejak 2014.
Lebih sedekad menunggu.
Lebih sedekad membina semula.
Di pentas final, tekanan datang bertubi-tubi. Setiap mata diuji. Setiap kesilapan ada harganya.
Pasangan kita bertahan, melawan, dan tidak mudah menyerah.
Kalah hari ini bukan kegagalan. Ia tanda Malaysia kembali bersaing di tahap tertinggi.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 #chiasoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Aksi di gelanggang bermula jauh lebih awal sebelum pemain melangkah masuk.
Di sebalik setiap aksi bertenaga pemain kita, ada pasukan sokongan yang memastikan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik - daripada fisioterapi, terapis urut, jurulatih kekuatan & kecergasan, hinggalah pakar nutrisi.
Terima kasih kepada seluruh pasukan sokongan dan sains sukan yang menjaga kebajikan serta prestasi pemain sepanjang PETRONAS Malaysia Open. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Seronok bertemu Jeremy Gan — bekas pemain beregu negara yang perjalanan hidupnya mencerminkan erti sebenar pembangunan sukan.
Dari kejayaan di peringkat remaja memenangi Kejohanan Dunia Remaja dan Remaja Asia bersama Chan Chong Ming, hinggalah membantu Malaysia meraih pingat gangsa Sukan Asia 1998 — Jeremy pernah melalui fasa sebagai pemain di pentas tertinggi.
Selepas bersara, sumbangannya kepada badminton tidak terhenti. Sebagai jurulatih, beliau membawa pengalaman Malaysia ke pentas antarabangsa — pernah berkhidmat di Malaysia, Jepun dan kini bersama Hong Kong.
Antara pencapaian Jeremy yang membanggakan ialah membimbing pasangan Jepun Yuta Watanabe–Arisa Higashino memenangi pingat gangsa Olimpik Tokyo — pingat Olimpik pertama Jepun dalam beregu campuran.
Inilah bukti bahawa bakat dan kepakaran dari Malaysia mampu memberi impak di mana-mana.
Perjalanan Jeremy mengingatkan kita bahawa pembangunan sukan adalah tentang kesinambungan ilmu, pengalaman dan peluang. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai fokus pada pengumuman. Saya fokus pada kesannya.
#tza #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ziarah bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda kita saling ambil peduli. 🤲
Selepas Solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, saya berkunjung ke rumah abang Mahamad Alee di Taman Ampang Indah. Saya turut menziarahi rumah Puan Nadia Nishalini untuk bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan.
Bersama-sama saya ialah pimpinan PKR Ranting Taman Ampang Indah, En Zainuddin, abang Mohamad Sharif serta beberapa rakan yang lain, termasuk saudara Syafiq, Setiausaha Cabang Ampang. Terima kasih atas kebersamaan dan keprihatinan semua.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka semua, serta mempermudahkan segala urusan yang dihadapi. Inilah nilai kebersamaan yang perlu terus kita pelihara dalam komuniti. Amin. 🤍
#tza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Akhirnya! 🇲🇾🔥
Aaron Chia & Soh Wooi Yik mara ke final PETRONAS Malaysia Open - pertama kali kita mara ke final sejak 2014.
Bukan mudah. Mereka menewaskan pasangan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir yang penuh tekanan dan tempo tinggi.
Ini detik penting untuk badminton Malaysia. Teruskan berjuang. Seluruh negara di belakang kalian. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 #chiasoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di bawah Tangkis 2030, antara fokus utama kita ialah pembangunan bakat dari peringkat awal. Tapi pembangunan bakat bukan sekadar menyertai kejohanan - ia juga tentang kos yang ditanggung pemain di peringkat latihan.
Orang yang selalu main badminton tahu, salah satu kos berulang ialah mengganti tali raket yang putus. Kalau latihan hampir setiap hari, bayangkan berapa kerap raket perlu di-restring. Sebelum ini, kos ini ditanggung sepenuhnya oleh pemain junior sendiri.
Kini, BAM telah bersetuju untuk menampung kos stringing para pemain junior, dengan perbelanjaan dianggarkan sekitar RM400,000 setahun.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam masa yang sama, elaun bulanan pemain junior dinaikkan daripada RM400 kepada RM1,000 melalui program Adopt-a-Player. Inilah peluang keemasan untuk syarikat dan individu yang nak terlibat secara langsung dalam pembangunan pemain junior kita.
Berminat? Hubungi BAM. Kita bina perjalanan mereka dari awal, bersama-sama. 🏸🇲🇾
Inilah rasional Tangkis 2030 — bukan sekadar sasaran, tetapi sistem yang menyokong pemain dari awal hingga ke puncak.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Habis sahaja perlawanan, setiap aksi dan emosi di gelanggang terus dikongsi.
Di PETRONAS Malaysia Open, pasukan media bekerja pantas memastikan kisah kejohanan ini tersebar luas ke seluruh dunia.
Terima kasih atas komitmen dan dedikasi anda semua. 🏸
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sorakan di stadium hanya sebahagian daripada cerita.
Di sebalik kejohanan bertaraf dunia ini, ada pasukan yang bekerja tanpa henti memastikan semuanya tersusun rapi.
Terima kasih kepada seluruh pasukan BAM yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran PETRONAS Malaysia Open. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ilmu tanpa adab takkan ke mana.
Alhamdulillah, Khutbah Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang bertajuk “Generasi Berilmu dan Beradab”, memang sangat bersesuaian dengan permulaan sesi persekolahan baharu minggu depan.
Sebagai seorang bapa, banyak peringatan yang wajar dijadikan pegangan - khususnya tentang besarnya tanggungjawab ibu bapa di rumah dalam membentuk adab, disiplin dan nilai anak-anak. Sekolah menyampaikan ilmu, tetapi akhlak bermula dari rumah. ✨
Selepas solat, saya berkesempatan melawat sekitar masjid bersama Pengerusi dan Penolong Pengurus Masjid, sambil mendengar taklimat ringkas mengenai program masjid dan aktiviti kariah. Semoga Masjid Bukit Indah, Ampang terus menjadi pusat pembinaan ilmu, adab dan kebersamaan komuniti setempat. 🤲
#tza #jumaatbarakah #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Inilah masa depan badminton Malaysia. 🏸✨
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Terima kasih kepada semua superfans! 🇲🇾❤️
Teruskan menyokong badminton Malaysia.
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ekonomi berjaya bila rakyat merasainya, bukan sekadar laporan cantik di atas kertas.
#tza #mida #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Boleh dapat 100 markah tak?
Nampak senang… cuba dulu baru tahu 😅
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengalaman unik untuk B.L.Y.S — Badminton Lovers Yang Sebenar 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mari, mari, mari! Produk eksklusif BAM ni kak! Tempat lain tak jumpa!
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak jumpa pemain kita secara dekat?
Beli Champions Kit di Booth Merchandise BAM & sertai sesi meet & greet setiap hari!
Setiap hari pemain berbeza, pengalaman pun berbeza. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Aksi di gelanggang makin sengit. 🏸🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #petronasmalaysiaopen2026 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Angka ekonomi mungkin stabil.
Tetapi ia tidak semestinya mencerminkan kehidupan rakyat.
#tzaPost not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Untuk 2026, kita perlu membuat pilihan yang lebih berani —
daripada perancangan dasar kepada hasil yang benar-benar dirasai rakyat.
#tza
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya kongsikan ulasan penuh di sini:
🔗 www.sinarharian.com.my/article/762625/khas/pendapat/penga…
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Latihan pertama, kasut baru — di Stadium Merdeka. 👟🏟️
#tza #gayahidupsihat #stadiummerdeka #roadto42km #runmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak rasa resipi Nora Danish? Boleh singgah ke Padang Teduh! ✨🍽️ Kafe ini ialah kolaborasi tiga orang sahabat: Nora Danish, Faya dan Nabila.
Kalau nak cari nasi padang, jangan datang Padang Teduh ya! 😄 Namanya datang daripada lokasinya yang menghadap padang bola di The Campus, tak ada kena mengena dengan nasi padang langsung. ⚽
Jadi, apa yang ada di Padang Teduh? Di sini ada masakan Melayu tempatan seperti Laksa Johor, Mee Kari, dan Daging Halia. Daging Halia ni resipi ibu Nora Danish - tapi bila saya check, minta maaf… yang masak bukan Nora Danish sendiri. 😆🍛
Kedai ni baru dibuka November lepas, jadi apa lagi orang Ampang? Jom cuba port baru! ✨😋
#tza #padangteduh #ampang #sapotlokal #jalanjalancarimakan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
2025 adalah tentang amanah dan tanggungjawab. Peranan mungkin berubah, tetapi komitmen kepada negara kekal utuh.
Dengan tekad dan prinsip, kita melangkah ke hadapan.
Selamat tinggal 2025. Selamat datang 2026.
#tza #mida #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Beberapa jam lagi, kita melangkah ke tahun baharu.
Azam tahun ni dah capai? Apa azam anda untuk tahun depan?
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dulu ada seorang ahli politik cadangkan Bank Negara cetak lebih banyak wang dan edarkan kepada rakyat. 💸
Saya baru lepas baca buku yang menjelaskan kenapa idea seperti ini nampak mudah — tetapi sebenarnya penuh risiko jika disalah guna. Tajuk buku ini ialah Can’t We Print More Money? 📘
Buku ini menjawab 10 persoalan tentang ekonomi dalam bahasa yang mudah — daripada inflasi 📈, hutang kerajaan 💳, peranan bank pusat 🏦, sehinggalah tentang idea cetak wang.
Jadi, kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ekonomi tapi tak nak pecah kepala baca buku teks tebal, boleh cuba buku ini. 📖✨
Selamat membaca!
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsan 📚🇲🇾 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa hala tuju sektor semikonduktor Malaysia? Puas hati di takuk lama atau mahu jadi gergasi dunia?
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #mida #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rawatan lebih selesa untuk anak-anak Ampang! 👶🤍❤️
#tza #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak quality time dengan keluarga kena pergi tempat mahal ke? Tak semestinya! 😊
Kali ni saya bawa family jogging ramai-ramai di trek keramat Stadium Merdeka. Dari atok, bapa sampai ke cucu — semua ada! 👨👩👧👦🏃♂️🏃♀️
Mungkin ada yang tak tahu, trek Stadium Merdeka kini dibuka untuk orang awam. Nak main bola kat sini pun boleh! ⚽ Barulah ada feeling macam legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, yang garang beraksi di sini suatu masa dahulu. 🇲🇾✨
Saya pun sebenarnya baru nak mula training, sebab tahun depan saya target nak join full marathon. Marathon mana? Haaa… yang tu kena tunggu saya register dulu. 😄🏃♂️
#tza #family #stadiummerdeka #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
RM150 untuk 510 anak Ampang. Selamat kembali ke sekolah! 📚✨
#tza #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sesi pertemuan bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 🇲🇾
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman dalam proses peralihan ini bagi memastikan kesinambungan dasar dan keutamaan MITI berjalan lancar. Saya komited untuk menyokong MITI demi memperkukuh agenda pelaburan, perdagangan dan industri negara. 🤝✨
#tza #mitimalaysia #madanibekerja #tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Juara di gelanggang. Inspirasi sepanjang zaman. 🏆🏸✨
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraikannya. 🎄✨
Semoga perayaan ini membawa ketenangan, kegembiraan dan harapan, serta mengukuhkan semangat kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat kita. 🤍
#tza #harikrismas #malaysiamadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di SRA Al-Wahidah, pendidikan bermula dengan akhlak 🤲📚✨
#tza #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Keluar-keluar je… eh,kenapa baby kuning?” 😳👶💛. Ya, risau tu memang standard reaction ibu bapa.
Jaundis bayi memang biasa berlaku, tapi tetap perlu dipantau dengan rapi dan betul. Bila paras bilirubin naik, rawatan fototerapi bantu turunkan dengan selamat dan berkesan. Shine bright, little one! 🌟
Di Hospital Ampang, rawatan ini boleh dibuat secara daycare, jadi tak semua kes perlu masuk wad. Lebih selesa untuk ibu bapa, lebih tenang untuk baby.
Atas semangat menyokong rawatan bayi kuning, Yayasan TZA telah menyumbangkan 3 unit mesin fototerapi kepada Hospital Ampang.
Sempena ziarah sambutan Krismas ini juga, kami sampaikan bakul makanan kepada ibu bapa & penjaga sebagai tanda sokongan moral. Jaga baby di hospital ni memang perlukan tenaga + semangat! 💪
Apa yang lebih menarik, di hospital ini ada ‘Sekolah Dalam Hospital’. Anak-anak boleh baca buku, belajar sikit-sikit, dan kalau berminat… boleh bawa balik buku tersebut!
Jadi, kalau ada yang nak sumbang buku bacaan kanak-kanak, pihak hospital sangat mengalu-alukan.
Saya juga suka apron yang disarungkan oleh jururawat-jururawat demi menceriakan anak-anak di wad tadi. Comel-comel design nya!Terima kasih yang tak terhingga kepada barisan doktor & jururawat Hospital Ampang atas dedikasi dan ihsan yang berterusan.
Semoga anak-anak ni segera sembuh dan boleh balik rumah dengan senyuman 😊🤲
#tza #yayasantza #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa cerita pelaburan tambahan RM5 bilion Texas Instruments di Melaka? Lama dah umum tapi habuk pun tarak? 🤔
Haaa… buat kilang ni bukan macam buat reban ayam. Hari ni rancang, minggu depan terus siap! 😄
Nak bina kilang semikonduktor ni ambil masa: nak sediakan tapak, nak dapat semua kelulusan, nak mula bina, nak tempah mesin (yang bukannya sampai esok), lepas tu pasang, uji — kalau semuanya okey, barulah boleh beroperasi.
Apa kronologi pembinaan kilang kedua Texas Instruments di Melaka ni?
👉 Jun 2023: Pelaburan tambahan RM5 bilion Texas Instruments diumumkan 💼
👉 Nov 2025: Kilang kedua Texas Instruments di Melaka kini dibuka & beroperasi 🚀
Lebih 2 tahun proses berjalan — dan sekarang, hasilnya jelas. Kilang ini mewujudkan 500 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan serta mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor dunia.
Jadi, bila kita umum pelaburan diluluskan, janganlah minggu depan terus tanya… “Manaa? Manaaa? Manaaaaa?” 😆
Pelaburan yang betul memang ambil masa — tapi bila siap, impaknya besar dan nyata 💪🇲🇾
Dari potensi, kita jadikan realiti!
#tza #mida #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #daripotensikerealiti #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tanpa pengorbanan legenda-legenda badminton silam, badminton Malaysia tidak akan maju seperti hari ini. 🇲🇾🏸
Saya dan Datuk Ng Chin Chai, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan BAM, berbesar hati dapat bertukar-tukar cerita dengan legenda badminton negara, Dato’ Sylvia Ng, pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan Komanwel 1978 dan pingat emas beregu campuran Sukan Asia 1970. Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak mengenali beliau, namun Dato’ Sylvia merupakan antara pelopor kejayaan badminton wanita Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an.
Beliau mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama yang memenangi pingat emas perseorangan badminton Sukan Komanwel, dan juga atlet wanita Malaysia pertama meraih emas dalam sejarah Sukan Komanwel — di Edmonton, Kanada pada 1978. 🌟 Sumbangan beliau turut diiktiraf apabila dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1975 dan 1978.
Lawatan ini dibuat dalam konteks laporan media berkaitan isu ganjaran Olahragawan dan Olahragawati Negara yang tidak diterima melibatkan beberapa atlet dari pelbagai sukan, termasuklah bagi tahun 1975 dan 1978. Walaupun perkara ini di luar bidang kuasa BAM, tetapi sebagai tanda pengiktirafan terhadap khidmat dan legasi Dato’ Sylvia Ng kepada sukan negara, BAM menyampaikan sumbangan khas sebagai tanda penghormatan dan penghargaan.
Semoga legasi Dato’ Sylvia Ng terus menginspirasikan generasi muda untuk menghargai sejarah, menghormati perintis, dan meneruskan perjuangan mengharumkan nama Malaysia. Legasi tidak diukur dengan pingat semata-mata, tetapi dengan laluan yang dibuka untuk generasi seterusnya. 🇲🇾🏸
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malang tidak berbau. 🙏
Dari Hospital Ampang, saya terus ke Hospital Pantai Ampang, menziarahi salah seorang staf saya yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi ketika dalam perjalanan untuk hadir ke program.
Motosikalnya tergelincir di selekoh akibat pasir di atas jalan. Ngeri melihat kecederaan yang dialami. Walaupun tiada tulang yang patah, beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat luka yang agak dalam di bahagian tangan. 🏥🤕
Saya mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kekuatan untuk melalui proses pemulihan ini. 🤲
Kepada semua penunggang motosikal, berhati-hatilah di jalan raya, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu dan musim hujan sekarang. Ride safely. 🏍️⚠️
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Apa boleh beli dengan RM150? Cukuplah untuk peralatan asas kembali ke sekolah. 🎒✏️📚
Hari ini saya bersama AEON Big Ampang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Yayasan TZA dalam Program Back to School bagi sesi 2026. Seramai 510 orang anak-anak hadir bersama ibu bapa untuk menerima baucar RM150 bagi membeli keperluan sekolah. Saya sempat sama-sama shopping dengan mereka — comel tengok adik-adik ni pilih barang. Ada yang nak seluar labuh sikit, ada yang pilih baju ala-ala slim fit… fuh, mesti mat style bila masuk sekolah nanti! 😄✨
Selamat membeli-belah saya ucapkan kepada semua ibu bapa, dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga permulaan kecil ini memberi keyakinan besar kepada anak-anak untuk melangkah ke sekolah. 🤲💛
#tza #ampang #backtoschool -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tengah lari, tiba-tiba dengar siren ambulans! Apa dah jadi? Rupanya ada peserta Larian Kita yang blackout dan rebah.
Hari ini, saya ke Hospital Ampang untuk menziarahi beliau. Malam tadi pun, pegawai saya telah lebih awal menziarahi.
Alhamdulillah, dari laporan doktor, tiada kecederaan yang serius.
Saya bersama seluruh pasukan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan beliau dikurniakan kesembuhan.
#tza #gayahidupsihat #lariankita #ampang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saturday Night Fever ❌
Saturday Night Run Ampang ✅
#tza #gayahidupsihat #lariankita #ampangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menjunjung kasih ke hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta DYMM Tengku Permaisuri Selangor atas perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan pelepasan Larian KITA ‘Saturday Night Run’ Ampang. 👑🤲
Penyertaan seramai 3,500 pelari mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap inisiatif yang mengangkat gaya hidup sihat, perpaduan dan kebersamaan komuniti. Semoga program seperti ini terus menjadi wadah penyatuan rakyat di bawah naungan Tuanku. 🇲🇾✨
#tza #gayahidupsihat #lariankita #ampang #daulattuanku #selangor -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kempen Bermakna di Hangzhou. 💪
Tahniah Ee Wei - Tang Jie atas pencapaian mara ke separuh akhir sebagai naib johan Kumpulan B, sekaligus mencipta sejarah — gandingan beregu campuran Malaysia pertama layak ke separuh akhir dua edisi berturut-turut #bwfworldtourfinals. 🏸✨
Walaupun langkah terhenti di separuh akhir, semangat dan konsistensi yang ditunjukkan wajar dipuji.
Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan untuk Malaysia. 🇲🇾🔥
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #tangkis2030 #chentoh #hangzhou2025 💥 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🏸 Top 4 Dunia! 🇲🇾🔥
Pearly–Thinaah menamatkan kempen #bwfworldtourfinals di peringkat separuh akhir, sekaligus mencipta sejarah sebagai gandingan beregu wanita Malaysia pertama mara ke separuh akhir kejohanan ini. 👏✨
Prestasi konsisten sepanjang peringkat kumpulan, muncul johan Kumpulan A, dan berjuang habis-habisan di separuh akhir — satu pencapaian yang wajar dibanggakan. 🇲🇾🔥
Teruskan momentum ini. Perjalanan masih panjang, dan yang terbaik masih menanti. 💫
#tza #bam #badmintonmalaysia #gemilangkanlagi #demimalaysia #pearthin #hangzhou2025 🏸🇲🇾 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pendidikan sebenar bukan bermula dengan keputusan peperiksaan, tetapi dengan asas akhlak, adab dan disiplin.
Seronok dapat bersama warga Sekolah Rendah Islam Al-Wahidah, Taman Bukit Indah, Ampang sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2025. Institusi seperti inilah yang menjadi tapak awal pembentukan insan — tempat ilmu dan akhlak berjalan seiring, disokong oleh guru-guru yang berdedikasi dan ibu bapa yang prihatin. 🤲📚
Semoga kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh, agar Al-Wahidah kekal menjadi tanah yang subur untuk melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan beriman, insya-Allah. 💛
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nasi kandar lagi! Aduuuh, banyak sangat cheat day ni!
Kebetulan ada jemputan program di Ampang, saya ambil peluang untuk santai-santai makan di Craven Café dengan kawan-kawan lama yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Apa yang buat saya tertarik, signage ‘since 1920’. Sama macam Hameediyah Ampang, Craven Café pun datang dari Penang juga! 🍛😋
Turut bersama makan tengah hari ni selain kawan-kawan sekolah lama saya ialah YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa, dan Timbalan Nazir Masjid Bukit Antarabangsa beserta beberapa ahli kariah.
#tza #sapotlokal #jommakan #surr -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
80% Orang Selangor Tak Bayar Zakat!
Terkejut saya dengar khutbah Jumaat hari ni di Masjid Bukit Antarabangsa. Hanya kira-kira 20 peratus sahaja dari orang Muslim negeri Selangor yang wajib mengeluarkan zakat berbuat demikian! Eh, jangan macam tu. Jom, cepat-cepat kita tunaikan kewajipan zakat.
Hakikatnya, jumlah asnaf di Selangor sangat besar. Ribuan keluarga fakir dan miskin bergantung kepada zakat untuk kelangsungan hidup — daripada sewa rumah, pendidikan anak-anak, rawatan kesihatan hinggalah kebajikan muallaf dan guru KAFA. Bila kita menunaikan zakat melalui saluran yang betul, amanah ini dapat diurus dengan teratur dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Terima kasih juga kepada Timbalan Nazir Masjid dan beberapa ahli jawatankuasa masjid dan ahli kariah yang menyambut saya hari ini dan memberikan penerangan terperinci tentang hal-ehwal masjid.
#tza #jumaatbarakah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🏆 Kalah Tapi Tetap Johan! 💥😤
Tahniah Pearly–Thinaah! 🏸💪 Walaupun tumpas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, mereka tetap layak ke separuh akhir sebagai johan kumpulan! 🔥🇲🇾
Cabaran lebih hebat menanti… Siapakah lagi gandingan Malaysia yang bakal mengiringi mereka dan Ee Wei–Tang Jie ke separuh akhir BWF World Tour Finals? 👀🔥
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia
#demimalaysia #tangkis2030 #pearthin #chentoh #hangzhou2025 🇲🇾🏸 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🏸 Separuh Akhir Melambai! 🔥✨
Tugas sukar melepasi peringkat kumpulan berjaya diatasi! 💪 Ee Wei-Tang Jie mara sebagai naib johan kumpulan dan melangkah ke separuh akhir! 🇲🇾🔥
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia
#demimalaysia #tangkis2030 #chentoh #hangzhou2025 🏆 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Di sebalik kejayaan seorang insan, ada pasukan hebat yang berdiri teguh di belakangnya. 🙏✨
Sepanjang tempoh saya menerajui MITI dan juga MOF, ramai wira tak didendang yang memastikan setiap dasar dan inisiatif berjalan lancar. Mereka jarang ke depan, tetapi merekalah nadi di sebalik banyak pencapaian. 💼🌟
Hari ini saya raikan sebahagian daripada mereka – kakitangan Pejabat Menteri dari MITI dan MOF. Terima kasih kerana memudahkan perjalanan saya di kedua-dua kementerian. 🙌💛
#tza #family #teammiti #teammof -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Puas kejar, rupanya…
#tza #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak support Malaysia pun kena inform isteri dulu! 😅🇲🇾💙 🏸✨
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Beregu wanita negara bangkit dengan semangat luar biasa, menghadiahkan kemenangan penuh makna buat Malaysia di Sukan SEA.
Ini bukan sekadar pingat — ini maruah, perjuangan dan kebanggaan negara! 💪✨
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #gemilangkanlagi #tangkis2030 #seagames2025 #pearthinThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah kepada YB Liew Chin Tong di atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
A big loss to MITI but definitely a good appointment for MOF!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani atas pelantikan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 🇲🇾✨
Saya yakin kerjasama erat antara MIDA dan MITI akan terus menarik pelaburan berkualiti, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan berimpak tinggi di peringkat global.
Sebagai mantan Menteri MITI dan kini Pengerusi MIDA, saya sentiasa sedia membantu apabila diperlukan, demi memastikan agenda pelaburan negara terus diperkukuh. 🤝🇲🇾
#tza #mida #madanibekerja #mitimalaysia #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya ni memang peminat nasi lemak, jadi bila kat Thailand pun saya cari nasi lemak juga. Kalau you all nak tahu, Datuk Seri Lee Chong Wei pun peminat nasi lemak juga, jadi saya carikan untuk dia sekali!
Kebetulan di Kafeteria Universiti Thammasat - venue finals badminton Sukan SEA – ada kedai yang jual nasi lemak. Namanya Nii Islam.
Tapi bila saya makan, saya jadi confused. Rupanya macam nasi lemak tapi rasanya macam nasi ayam. Memang macam ni kot nasi lemak kat Thailand?
#tza #jalanjalancarimakan #jommakan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Terima kasih kepada seluruh peminat badminton Malaysia!
Kehadiran dan sorakan kalian memberi semangat kepada pemain kita yang bertarung jauh dari tanah air, mendorong mereka ke arah kemenangan serta prestasi terbaik. Dan ketika mereka tewas, suara kalian tetap menjadi penguat semangat — mengingatkan mereka bahawa sokongan rakyat Malaysia tidak pernah hilang, dan mendorong mereka untuk bangkit lebih kuat pada masa hadapan.
Semasa perlawanan akhir badminton Sukan SEA di Bangkok, saya berkesempatan bertemu salah seorang penyokong tegar skuad badminton kita, AhJo Badminton — Khai Yuen Chao — yang hadir dari hari pertama Sukan SEA hingga ke pertandingan akhir untuk menyokong barisan pemain kita. 🏸🇲🇾
Saya yakin ada lebih ramai AhJo di luar sana yang tidak sempat saya ucapkan terima kasih secara peribadi. Anda semua adalah tunjang kejayaan badminton Malaysia. Terima kasih kerana membawa semangat Malaysia Boleh ke setiap gelanggang. 🇲🇾✨
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah Astrid Wong Ling Ching! Di Sukan SEA baru-baru ini, beliau berjaya menumpaskan pemain ranking ke-10 dunia dari Indonesia — pencapaian yang menunjukkan kematangannya sebagai pemain yang sedang meningkat naik.
Lebih bermakna, Astrid berjaya menghadiahkan Malaysia pingat dalam acara perseorangan wanita, pencapaian pertama negara dalam kategori ini sejak enam tahun lalu. Ini bukan sekadar pingat — tetapi tanda awal pemulihan prestasi dalam perseorangan wanita.
Saya ucapkan tahniah kepada Astrid atas komitmen, fokus dan keberanian yang ditunjukkannya sepanjang kejohanan. Semoga pencapaian tahun ini membuka ruang kepada prestasi yang lebih cemerlang pada tahun depan.
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pengalaman Sukan SEA: Pengajaran Untuk Lonjakkan Skuad Kebangsaan
Sukan SEA 2025 bukan pentas yang mudah buat kita. Kita akui kelemahan dan terima hakikat bahawa tidak semua sasaran tercapai. Dalam sukan, keputusan di gelanggang tidak boleh disorok — ia menuntut kejujuran, keberanian dan tanggungjawab bersama.
Walaupun sasaran emas tidak dicapai, skuad negara menunjukkan kemajuan positif dengan meraih 9 pingat — melepasi sasaran awal 7 pingat. Lebih bermakna, kita meraih pingat perseorangan wanita, pencapaian pertama sejak enam tahun lalu. Ini membuktikan pembangunan bakat berada pada trajektori yang betul.
Apa yang berlaku bukan kegagalan individu. Ini tanggungjawab bersama — pemain, kejurulatihan, pengurusan dan kepimpinan. Kita menang sebagai satu pasukan; apabila tewas, kita juga bertanggungjawab bersama.
Saya menghargai keterbukaan Rexy, dan pendirian saya jelas: kita masih memerlukan beliau. Pengalaman dan falsafah pembangunan tidak boleh diukur dengan satu kejohanan. Pembinaan skuad kebangsaan ialah proses jangka panjang.
Satu kegagalan tidak menafikan kejayaan besar tahun ini. Kita muncul juara dunia beregu campuran, dan buat pertama kali beregu wanita mara ke final Kejohanan Dunia — pencapaian yang mengangkat martabat pemain negara.
Sukan SEA memberi pengajaran berharga. Kita akan belajar, memperbaiki kelemahan dan bangkit lebih matang. Ini bukan noktah, tetapi batu loncatan.
Sebagai Presiden BAM, komitmen saya kekal: membina badminton Malaysia atas asas kukuh dan kejayaan jangka panjang. Perjalanan ini belum selesai. Kita akan terus melangkah — bersama.
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PERAK BERHARGA BUAT NEGARA! 🥈🇲🇾
Tahniah Aaron Chia - Soh Wooi Yik atas semangat juang tinggi dan sumbangan Pingat Perak Beregu Lelaki di Sukan SEA 2025! 👏🏸
Rehat sebentar, dan fokus kepada BWF World Tour Finals. Let’s end this year on a high! 🌟
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #gemilangkanlagi #tangkis2030 #seagames2025 #chiasoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
EMAS PERTAMA BADMINTON SUKAN SEA! 🥇🏆🇲🇾
Sesak nafas tengok set terakhir match ni!
Tahniah diucapkan kepada 'Golden Girls' negara, Pearly & Thinaah atas kejayaan memenangi Pingat Emas Beregu Wanita di Sukan SEA 2025! 🤩💪🏸
Kemarau emas 10 tahun beregu wanita kini berakhir! 🎉
#tza #bam #badmintonmalaysia #demimalaysia #gemilangkanlagi #tangkis2030 #seagames2025 #pearthin -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
💥 FINAL BEREGU LELAKI! Chia–Soh Menyala di Thailand! 🏆🇲🇾
Tahniah Aaron Chia – Soh Wooi Yik atas aksi bertenaga dan kemenangan bergaya di separuh akhir beregu lelaki Sukan SEA! 🔥🏸
Malaysia kali terakhir meraih emas beregu lelaki di Sukan SEA pada 2019, juga menerusi gandingan Chia–Soh.
Mampukah mereka mengulangi kegemilangan itu sekali lagi? 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #beregulelaki #demimalaysia #gemilangkanlagi #tangkis2030 #seagames2025 #chiasoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
FINAL BEREGU WANITA! Misi Emas Pertama Badminton Sukan SEA 2025! 🏆🇲🇾
Tahniah Pearly - Thinaah atas kemenangan penuh semangat di separuh akhir beregu wanita Sukan SEA! 💪🏸
Peluang besar untuk meraih emas pertama kita dalam beregu wanita sejak Sukan SEA 2015 - kemarau 10 tahun! ✨ 🇲🇾
#tza #bam #badmintonmalaysia #bereguwanita #demimalaysia #gemilangkanlagi #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Singgah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamiul Huda, Kg Melayu Ampang. 🤲🕌
Ikut cerita orang tempatan, masjid ni asalnya mula didirikan sekitar akhir 1800-an oleh komuniti Pakistan dan Minang. Masjid tertua di Ampang! Dari dulu sampai sekarang, masjid ni jadi tempat orang kampung berkumpul, belajar dan beribadah. ✨
Bangunan yang kita lihat hari ni pula ialah versi baharu yang dibina semula & dirasmikan pada 1984 — tapi rohnya tetap sama, berkembang bersama komuniti setempat. 💛
#tza #jumaatbarakah -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Buku terbaru PM pun ada di Kinokuniya Singapura! 📚🇸🇬✨
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nasi kandar tertua di Malaysia? 🤔
Papan tanda Hameediyah Bistro, Ampang ni claim dia nasi kandar tertua di Malaysia, sejak 1907! Tapi tu kat Penanglah. Kat Ampang ni baru start 2018 je. Tapi boss dia kata resipi sama macam kat Penang. 🍛🔥
Hari ni kita pekena kari kepala ikan kat sini. Memang surr… 😋 Sama ke tak dengan rasa Hameediyah Penang? Yang tu kena tanya orang yang pernah try dua-dua! 😉
#tza #sapotlokal #jommakan #surr -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah kepada semua penerima Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan 🏅 sempena ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Yang Ke-80. 👑
Tapi penerima yang paling istimewa pastinya Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, isteri saya, 💖 yang menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.). 🌟
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Pickleball ke Futsal, dari Gotong-Royong ke Bakul Makanan. Semuanya untuk orang Ampang!
#tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
⚡ Pelaburan Digital Membuka Peluang Untuk Rakyat! 💼🇲🇾
Semasa DayOne Partner Night saya tekankan satu perkara penting: Kita perlu pastikan pelaburan besar dalam infrastruktur digital dan AI diterjemahkan terus kepada manfaat buat rakyat!
Bila saya turun padang ke Johor, Penang atau Pantai Timur, rakyat tak tanya pasal megawatt atau GMV. Mereka tanya tentang pekerjaan, gaji, dan peluang yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Soalan utama mereka: Apa makna semua pelaburan besar ini kepada kos sara hidup dan kehidupan harian saya?
Tanggungjawab kita adalah menjadikan kisah pelaburan ini sesuatu yang nyata untuk mereka. Tiga fokus utama: Konsistensi Dasar (untuk memberi kepastian kepada pelabur 10-15 tahun) , Fokus kepada Nilai dan Rakyat Tempatan (memperdalam rangkaian jurutera, kontraktor, dan graduan Malaysia) , dan Perkongsian Jangka Panjang (antara kerajaan, utiliti seperti TNB, dan pelabur global).
Matlamat kita: Agar anak muda Malaysia dapat berkata, "Saya berjaya membina kerjaya kerana syarikat seperti DayOne memilih untuk melabur di Malaysia". Jika kita lakukannya dengan betul, Malaysia berpotensi menjadi hab infrastruktur digital yang paling penting dan mampan di dunia.
Terima kasih DayOne atas keyakinan anda pada Malaysia! Jom teruskan usaha meletakkan rakyat sebagai watak utama cerita digital ini! 👏
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah! Bertemu Mufti Menk Di KLIA! 🤲🇲🇾
Selesai urusan kerja di Singapura, baru mendarat di KLIA, tidak disangka-sangka Allah murahkan rezeki bertemu dan beramah mesra dengan Mufti Menk! ✨
Moga Allah memberkati perjalanan dakwah beliau dan mempermudahkan segala urusan.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Daulat Tuanku!
Alhamdulillah, saya dan isteri kini dalam perjalanan ke Istana Alam Shah, Klang, bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Yang Ke-80.
Moga-moga Tuanku sentiasa dilanjutkan usia, diberi kesihatan yang berpanjangan, dan terus memayungi seluruh rakyat dengan adil dan saksama.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Soalan Cepumas Dari Singapura!
Semalam saya memenuhi jemputan dari Financial Times melalui platformnya Global Affairs & Business Council (Singapore Edition). Banyak soalan yang ditujukan, antaranya mengenai perjanjian ART Malaysia-AS yang mengukuhkan keselamatan ekonomi dan eksport Malaysia. Kami juga berbincang mengenai peningkatan kemajuan ASEAN dalam keadaan dunia terus bergolak.
Saya menyatakan bahawa peranan Malaysia dan ASEAN semakin penting dalam memperkukuhkan rantaian bekalan global, dan bagaimana perdagangan juga bakal dipermudah melalui pelbagai polisi yang dinaiktaraf melalui kepimpinan MITI di bawah Tonggak Ekonomi ASEAN. ASEAN & Malaysia juga kekal menarik kepada pelabur — stabil, muda, dinamik, dan bersedia menghadapi cabaran geopolitik.
Saya cukup gembira mendengar pandangan salah seorang pelabur terawal di Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) yang amat berpuas hati dengan pelaburan beliau! Saya yakin lebih banyak kisah seumpama ini akan tercipta hasil dari kejayaan JS-SEZ. Terima kasih, Financial Times, atas peluang untuk berkongsi kisah pelaburan dan eksport Malaysia serta ASEAN di sebalik kancah geopolitik kuasa-kuasa besar dunia!
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
JIWA JUANG KEKAL MEMBARA! KITA BANGKIT SEMULA! 🙏🇲🇾
Walaupun bukan keputusan yang kita harapkan, saya tetap berbangga dengan usaha keras skuad berpasukan lelaki negara.
Jangan pernah putus asa. Jadikan Perak ini sebagai penyuntik semangat untuk Emas yang akan datang. Saya yakin kita akan bangkit lebih kuat dalam acara individu! Terus fokus, terus berjuang!
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
LEBIH BANYAK MASA UNTUK MEMBACA SELEPAS MITI! 🤓📚
Bila dah ada lebih masa untuk membaca maknanya kena tambah semula stok bahan bacaan. Banyak betul pilihan buku menarik di Kinokuniya Singapura. Buku terkini YAB PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Rethinking Ourselves, pun ada!
#tza #bangsamembacabangsaberjaya #bacabinainsan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PERTEMUAN STRATEGIK DI SINGAPURA!
ERIKS, syarikat dari Belanda, merancang untuk menubuhkan fasiliti bilik bersih (clean room) di Malaysia bagi menyokong operasi MRO (Maintenance, Repair, and Operations) semikonduktor.
Langkah strategik ini sejajar dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), di mana kita menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan mahir. Ia juga mengukuhkan kerjasama semikonduktor Malaysia-Belanda yang dimeterai dalam Memorandum Kerjasama pada September 2025. Fokus kami adalah pada pembuatan cip, ujian, pembungkusan dan rantaian bekalan yang mantap. Dengan kepakaran Belanda, Malaysia bakal kukuhkan peranan globalnya sambil memupuk bakat dan R&D.
Insya-Allah, Malaysia mampu menjadi hab serantau untuk perkhidmatan industri berteknologi tinggi! 🇲🇾🤝🇳🇱
#tza #mida #pelaburan #semikonduktor #nss -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mantap! 🚀🇲🇾 Ichor Systems Pilih Malaysia Jadi Hab Pembuatan Komponen Semikonduktor Berketepatan Tinggi!
Saya berbesar hati bertemu dengan wakil dari Ichor Systems, peneraju global dalam reka bentuk dan pembuatan subsistem penghantaran cecair kritikal untuk peralatan fabrikasi wafer semikonduktor. Ini adalah berita baik untuk ekosistem E&E kita! Ichor merancang untuk melabur di Malaysia bagi mengembangkan pembuatan komponen penting seperti stainless steel blocks and fittings.
Pelaburan strategik ini sangat penting kerana ia membawa aktiviti pembuatan berketepatan tinggi (precision machining) ke Malaysia, membolehkan kita bergerak ke rantaian nilai yang lebih tinggi dan menambah nilai dalam bekalan semikonduktor global. Ia sejajar dengan objektif National Semiconductor Strategy (NSS) untuk mengukuhkan Malaysia sebagai hab pembuatan maju dan menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Tahniah Ichor, MIDA sedia memudah cara! 👍
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tempat jatuh lagi dikenang… Terima kasih MITI!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pertemuan yang sangat bermakna di bumi Singapura! 🇸🇬✨
Walaupun dah beberapa kali berurusan dengan team MIDA (Malaysian Investment Development Authority) Singapura semasa saya menjadi Menteri MITI, ini kali pertama saya bertemu dengan kakitangan MIDA Singapura sebagai Pengerusi MIDA.
Anda semua memainkan peranan penting menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia, lebih-lebih lagi dengan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) awal tahun ini. Anda adalah duta utama negara yang mempromosikan potensi besar Malaysia! Teruskan usaha cemerlang ini demi kemakmuran ekonomi negara. Semoga usaha kita diberkati! 🙏🇲🇾
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
💪 Skuad Badminton Lelaki GAGAH ke Perlawanan Akhir Sukan SEA! 🇲🇾🏸
Tahniah kepada skuad badminton lelaki negara di Sukan SEA Thailand! Mereka telah mempamerkan semangat juang untuk menundukkan tuan rumah, Thailand, dalam pertembungan Separuh Akhir acara berpasukan dengan keputusan 3-1 sebentar tadi!
Perjalanan belum berakhir. Di pentas Final yang dinanti-nantikan, cabaran getir menanti apabila kita akan berdepan dengan musuh tradisi, Indonesia! Inilah peluang untuk menebus kekalahan di Final Sukan SEA edisi lepas di Kemboja!
Ayuh teruskan momentum dan berikan aksi terbaik. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi! 🚀🔥
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menang demi ganjaran atau demi negara? 🏸🥇🏆
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pingat Pertama Dari Badminton!🏆 🇲🇾
Selepas kempunan pingat di Sukan SEA Kemboja & Vietnam, tahniah Team Wanita atas kejayaan meraih pingat gangsa di Sukan SEA Thailand!
Persembahan paling memberangsangkan ialah dari Wong Ling Ching yang berjaya menumbangkan lawan di ranking ke 10 dunia!
Ada sinar untuk Perseorangan Wanita kita?🔥
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bawa pulang pingat emas! 🏸🥇🏆
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sekali sekala jumpa kawan lama, seronok sembang tak ingat dunia!
Alhamdulillah, dapat berjumpa semula dengan sahabat lama saya dari zaman korporat, Menteri yang bertanggungjawab untuk Tenaga dan Sains & Teknologi, merangkap Menteri Kedua untuk Perdagangan dan Industri Singapura, Dr. Tan See Leng! Dulu, beliau CEO IHH Healthcare sementara saya pula CEO CIMB. Bukan sekadar imbau kisah-kisah lama di arena korporat, tetapi kami sempat juga berkongsi pandangan bagaimana Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama lebih erat lagi.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada soalan cepumas? Pearly-Thinaah sedia menjawab! 🏸🥇🏆
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PERTAHANKAN FAKTA, BUKAN MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT
1. Saya tidak lagi menjadi Menteri atau Senator sejak 2 Disember. Tetapi sebagai orang yang pernah bertanggungjawab merundingkan ART, saya tidak boleh berdiam diri apabila tuduhan berat seperti “syarikat US mendapat status Bumiputera” dilemparkan tanpa merujuk fakta sebenar dalam teks perjanjian dan undang-undang negara kita.
2. Tun mendakwa bahawa Klausa 6.2(1), adalah bukti bahawa syarikat Amerika mendapat layanan seperti Bumiputera dan semua dasar Bumiputera perlu dibatalkan. Hakikatnya, sehingga hari ini Tun masih tidak dapat menunjukkan satu pun klausa dalam ART yang menyebut “status Bumiputera” untuk syarikat Amerika. Tuduhan itu berdiri di atas imej yang Tun bina sendiri, bukan pada teks perjanjian.
3. Klausa 6.2(1) yang Tun petik tidak pun menyentuh definisi Bumiputera atau Perkara 153 Perlembagaan. Ia menyentuh Syarikat Milik atau Kawalan Kerajaan (SOE) pengeluar barangan (GLC yang buat aktiviti komersial) dan menetapkan dua perkara umum yang sudah lama jadi amalan dalam banyak FTA dan bawah WTO:
* bila GLC bersaing di pasaran komersial, keputusan perlu dibuat atas pertimbangan komersial; dan
* jangan diskriminasi semata-mata atas dasar negara asal satu pihak.
Itu tidak sama dengan mengharamkan dasar Bumiputera. Sebahagian besar agenda Bumiputera dijalankan melalui pendidikan, latihan, pembiayaan, pembangunan vendor, kuota perolehan kerajaan, dasar tanah, lesen dan sebagainya. Semua ini tidak termasuk dalam 6.2(1).
4. Tun sengaja mengabaikan bahagian paling penting di hujung klausa:
“... except for the achievement of their public service obligations.”
Di sinilah ruang dasar sosial, termasuk agenda Bumiputera, diiktiraf. Banyak program melalui PETRONAS, TNB, MARA, PNB dan lain-lain memang ditakrif sebagai kewajipan perkhidmatan awam, untuk menurunkan kos hidup, membina kapasiti vendor tempatan termasuk Bumiputera, dan menyediakan pembiayaan kepada usahawan kecil. Ini bukan pintu belakang; ini memang cara perjanjian moden mengimbangi disiplin perdagangan dengan keperluan dasar sosial.
5. Tun bertanya, “siapa tentukan public service obligations, Malaysia sahaja atau Amerika juga?”. Jawapannya jelas: ia bermula dengan undang-undang dan dasar kita sendiri. Teks ART sendiri jelas menyatakan komitmen dilaksanakan “in accordance with domestic laws and regulations”. Seperti mana-mana perjanjian, kalau ada pertikaian, ada proses konsultasi dan rundingan. Tetapi tiada satu pun klausa yang memberi hak kepada Amerika untuk menulis undang-undang kita atau menentukan secara unilateral apa itu perkhidmatan awam di Malaysia.
6. Tun kemudian menyentuh Duta AS, Edgard Kagan, dan berkata yang melukis “red lines” hanyalah Trump. Sudah tentu Amerika ada red lines mereka. Semua negara ada garis merah masing-masing. Tetapi Tun tidak menyebut bahawa duta yang sama juga secara terbuka menyatakan Amerika menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk menentukan dasar ekonomi dan hubungan dengan BRICS dan pihak lain. Beliau melihat satu ayat tentang “red lines”, tetapi menutup mata pada kenyataan tentang sovereign right Malaysia dalam kenyataan yang sama.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
7. Di pihak kita, red lines Malaysia adalah jelas sejak awal:
* Perlembagaan Persekutuan, termasuk Perkara 153;
* dasar Bumiputera;
* kuasa Parlimen menggubal dan meminda undang-undang;
* kebebasan Malaysia menentukan dasar luar berprinsip, termasuk pendirian kita terhadap Palestin.
Sebab itu Peguam Negara mengesahkan tiada pindaan undang-undang diperlukan, dan tiada satu pun fasal ART yang menyentuh atau meminda Perkara 153. Kalau benar hak Bumiputera “gugur dalam sekelip mata”, sudah tentulah Peguam Negara tidak akan meluluskan perjanjian ini.
8. Tun menuduh perjanjian ini “jelas untuk kepentingan Amerika”. Saya tidak nafikan Amerika berunding untuk kepentingan mereka. Itu tugas mana-mana kerajaan. Tetapi kerajaan Malaysia juga berunding untuk mengurangkan mudarat kepada rakyat kita. Tanpa ART, hampir semua eksport kita ke AS, hampir RM200 bilion setahun, berdepan risiko tarif 24–25% atau lebih, di bawah tindakan unilateral Trump. Itu bermakna tekanan kepada jutaan pekerjaan dalam E&E, getah, aeroangkasa, farmaseutikal dan sektor lain.
9. Soalan yang jujur ialah: apa yang lebih pro-Bumiputera – mempertahankan ruang dasar yang luas di atas kertas tetapi membiarkan kilang-kilang di negara gulung tikar kerana tarif 25%, atau merundingkan kerangka yang menurunkan risiko tarif, mengunci 0% untuk 1,711 baris tarif utama dan mengekalkan pekerjaan serta kontrak eksport yang menjadi sumber rezeki keluarga Bumiputera? Apa cadangan Tun untuk mempertahankan pekerjaan dan gaji rakyat biasa tanpa sebarang mekanisme perlindungan?
10. Saya juga ingin tekankan, saya tidak mempertahankan “kepentingan Amerika”. Saya mempertahankan kepentingan Malaysia dalam realiti dunia hari ini - dunia tarif baharu, perang sekatan dan ketidaktentuan geopolitik. Kadangkala pilihan yang ada bukan antara baik dan buruk, tetapi antara buruk dan lebih buruk. Dalam konteks ART, pilihan itu ialah sama ada kita biarkan tarif 25% menghentam ekonomi kita tanpa sebarang pelindung, atau kita runding struktur 19% dengan 0% tarif ke atas 1,711 produk utama yang menyokong 1.1 juta pekerjaan dan lebih 7,700 PMKS.
11. Akhir sekali, kita boleh berbeza pandangan tentang ART. Rakyat berhak mengkritik dan mempersoal. Tetapi kritiklah dengan fakta penuh, bukan petik satu klausa dan mengabaikan pengecualian, bukan guna istilah “koloni” atau “hilang kemerdekaan” seolah-olah Perlembagaan, Parlimen dan kerajaan Malaysia sudah ditutup operasi.
12. Saya tidak minta semua orang bersetuju dengan keputusan yang telah diambil. Saya hanya minta satu perkara, janganlah kita menakut-nakutkan rakyat dan menangguk di air keruh dengan memainkan sentimen Bumiputera dan kedaulatan, sedangkan teks perjanjian, undang-undang dan realiti ekonomi menunjukkan gambaran yang jauh lebih seimbang.
#tza #art -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Syarikat kata tak cukup pekerja mahir? Betul ke… atau mereka yang tak latih anak tempatan betul-betul?
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🎉 TERIMA KASIH MEDIA! 🤝
Malam semalam di MITEC memang luar biasa , meraikan wira-wira berita kita semua—para wartawan, editor, dan jurugambar—di Malam Apresiasi Media MITI. Anda adalah pencerita yang membawa suara Malaysia ke dunia! 🎤🌎
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan padu anda selama ini. Liputan anda bukan sekadar laporan; ia telah membentuk keyakinan pelabur, menyerlahkan kejayaan industri kita, dan menjadi tonggak penting dalam perjalanan transformasi ekonomi negara.
Terima kasih kerana memastikan kisah Malaysia terus didengari. Anda adalah rakan kongsi kami dalam membina negara! 🇲🇾✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya berbesar hati menyambut kunjungan Lembaga Pengarah Kumpulan AIA ke Malaysia! 🇲🇾✨ Sesi tertutup ini adalah platform penting untuk saya berkongsi bagaimana Malaysia mengemudi landskap ekonomi semasa—termasuk momentum pelaburan dan peluang besar dalam sektor insurans.
Saya menekankan bahawa ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan KDNK berkembang 4.7% bagi 9 bulan pertama 2025, didukung oleh permintaan domestik, serta disokong oleh ekonomi digital yang pesat dan prestasi pelaburan yang meningkat. Pelaburan yang diluluskan untuk 9 bulan pertama 2025 pula mencecah RM285.2 bilion, meningkat 13.2% tahun-ke-tahun.
Kami berharap dapat melihat AIA dan industri insurans memanfaatkan peluang di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan perlindungan kepada hampir 6 daripada 10 rakyat Malaysia yang masih kurang atau tidak dilindungi.
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🔥 4 Pingat Emas! Sasaran kita di Sukan SEA 2025! 🇲🇾
Thailand, here we come! Hari ini saya bersama Puan Nurul Huda Abdullah, Chef De Mission Kontijen Malaysia, dan seluruh keluarga BAM mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad badminton kita ke Sukan SEA. 🏸✨
Sasaran kita: 4 Emas & 7 Pingat keseluruhan! Target tinggi ini bukan mustahil. Percaya pada latihan, percaya pada pasukan, dan percaya pada diri sendiri! Kami berdiri bersama anda. Pulanglah dengan kejayaan! Ayuh Demi Malaysia! 🥇🏆
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #seagames2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, hari ini bermulanya khidmat saya sebagai Pengerusi MIDA! 🇲🇾 Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas peranan ini. Tumpuan utama saya jelas: Kita mesti pastikan pelaburan besar yang kita terima dapat diterjemahkan menjadi kilang, teknologi, peluang untuk PKS, dan pekerjaan berkualiti untuk rakyat!
Mari kita jadikan MIDA pemangkin masa depan industri dan kesejahteraan ekonomi Malaysia!
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Membuka lembaran baru di MIDA!
#tza #mida #pelaburan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Amanah yang diterima di MITI saya sempurnakan sebaik-baiknya. Terima kasih MITI!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Awat berenang dari Penang ke Butterworth? Jambatan tutup ka? 🤔🌉🏊♂️
#tza #gayahidupsihatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Jangan main-main! Kat Osaka pun Malaysia nombor 1!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🌟 Semangat Juara Chen Tang Jie & Toh Ee Wei! Beregu Campuran Kebanggaan Kita! 🇲🇾
Baru sekarang ada masa berjumpa dengan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei selepas mereka memenangi Australian Open! Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa dengan kerja keras dan fokus, kejayaan boleh dicapai. Tahniah sekali lagi! 🥳
BAM akan terus menyediakan ekosistem terbaik untuk memastikan Tang Jie dan Ee Wei serta atlet muda yang lain dapat meneruskan kecemerlangan dan mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia. 🔥
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
✨ Momentum Luar Biasa untuk Industri Semikonduktor Negara! 🇲🇾
Saya sangat teruja untuk mengumumkan satu lagi pencapaian bersejarah di bawah Inisiatif Kerjasama Strategik ARM–Malaysia. Dua syarikat, SkyeChip Sdn. Bhd. (Juara Tempatan!) dan Xenith Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. (Rakan Kongsi Global!), telah menerima kelulusan token IP sekaligus diberi mandat untuk memacu reka bentuk IC bernilai tinggi di Malaysia.
Ini adalah komitmen jelas Kerajaan untuk memperkasa bakat tempatan sambil menyerap kepakaran terbaik dunia. Langkah ini amat penting dalam merealisasikan aspirasi Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (#nimp2030).
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇲🇾 Pesanan Terakhir Untuk #teammiti
Setelah 3 tahun yang penuh bermakna, tibalah masanya untuk saya mengakhiri tugas di sini. Walaupun rasa sebak untuk meninggalkan MITI, saya amat berbangga dengan pencapaian kita bersama! Ingatlah, kejayaan MITI bukan kerana siapa yang menjadi Menteri, tetapi adalah usaha semua warga MITI dan Agensi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Terima kasih atas sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi! ❤️
Sebelum saya melangkah, izinkan saya berkongsi 3 pesanan penting untuk pegangan kita:
Pertama, sentiasa berikan khidmat yang terbaik untuk negara dan rakyat, kerana tanggungjawab penjawat awam itu amat penting.
Kedua, always support one another and be proud of your work — be your own cheerleader dan kuatkan semangat kerja berpasukan.
Ketiga, integrity is non-negotiable! Sentiasa katakan 'TIDAK' kepada salah guna kuasa dan rasuah, kerana integriti mengambil masa bertahun untuk dibina, tetapi hanya beberapa minit untuk dimusnahkan.
I will always be MITI’s No 1 Cheerleader no matter where I am. Jaga diri dan jagalah nama baik MITI! 🙏
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
WE NEED TO GET IN G.E.A.R!
Mesyuarat Council of Automotive Eminent Persons (CAEP) kali ini membincangkan kerangka strategik G.E.A.R. (Grow, Expand, Accelerate, Rally) untuk memastikan sektor automotif Malaysia kekal relevan dan berdaya saing! 💪
Kita mahu pastikan setiap pemain — tempatan mahupun asing — yang beroperasi di Malaysia, meningkatkan nilai tambah, melabur dalam bakat tempatan, dan membantu kita meningkatkan penggunaan teknologi. Insya-Allah, dengan sokongan industri, kita akan berjaya!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK)! 🇲🇾 Kami melaporkan prestasi kemajuan projek dan perbelanjaan pembangunan MITI bagi Rolling Plan 5 (RP5), RMKe-12 hingga 1 Disember 2025. Syabas kepada #teammiti kerana berjaya mencapai prestasi 86.96%, melepasi purata nasional 86.43%. 💪
Pencapaian ini menunjukkan komitmen padu kami dalam memastikan setiap peruntukan pembangunan digunakan secara berkesan demi memacu kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Tahniah semua! Terus fokus, terus mara!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sampai jumpa lagi, rakan-rakan di Parlimen. Terima kasih semua. 🫡🙏
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimenThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
📸 🚀 TERIMA KASIH SAHABAT MEDIA: Bicara hati ke hari bersama Concorde Club ✍️
Sesi perbincangan yang amat bernas dan terbuka bersama rakan-rakan dari Concorde Club pagi ini. ☕ Kelab yang menghimpunkan wartawan tempatan dan asing ini sentiasa menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan jujur dan kritikal tentang isu-isu semasa negara. Terima kasih atas input-input yang sangat penting dalam membentuk dasar yang lebih baik dan inklusif. 🤝
Sebagai Menteri, saya menghargai peranan Concorde Club dalam memacu perbincangan yang membina. Biasanya perbincangan kami fokus kepada isu-isu dasar dan pentadbiran tapi kali ini banyak juga soalan menjurus ke arah masa depan saya selepas MITI.
Teruskan menyalurkan pandangan, kita sama-sama majukan Malaysia! Moga ukhuwah ini terus terjalin. 🙏🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇲🇾 Selamat Tinggal Dewan Negara! 🥹
Kalau semalam saya ucapkan selamat tinggal di Dewan Rakyat, hari ini pula adalah hari terakhir saya menghadiri persidangan Dewan Negara.
Pengalaman berkhidmat di Parlimen adalah amanah yang sangat saya hargai. Walaupun tidak lagi menjadi Senator selepas ini, sokongan dan komitmen saya untuk memastikan agenda ekonomi rakyat dan negara berjalan lancar akan sentiasa utuh! Insya-Allah. Doakan yang terbaik! 💪🏼
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewannegara -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
✨ MSMA 2025 – Mengukir Masa Depan Pintar! 🏭🇲🇾
Malaysia Smart Manufacturing Awards (MSMA) 2025 bukan sekadar anugerah, tetapi titik semak penting yang mengiktiraf kecemerlangan, meraikan inovasi, dan memacu syarikat kita ke arah operasi yang lebih pintar dan berteknologi.
Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (#nimp2030), kita telah melihat peningkatan Nilai Ditambah (VA) sektor pembuatan sebanyak 13.5%, peningkatan pekerjaan 8.5%, dan kenaikan gaji median sebanyak 26%. Ini membuktikan pertumbuhan berterusan dan daya tahan industri kita!
Tahniah kepada semua penerima dan calon anugerah! Pencapaian anda membuktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
Saya juga berbesar hati melihat kolaborasi MBSB, #midf, Navigator Global, dan Santander dalam memperkukuh sokongan kepada PKS untuk menembusi pasaran eksport dengan lebih yakin dan jelas.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇲🇾 INTEL RAKAN STRATEGIK EKONOMI DIGITAL NEGARA 🚀
Kunjungan hormat Encik Lip-Bu Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, kepada YAB Perdana Menteri adalah isyarat jelas bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan utama, terutamanya dalam sektor teknologi tinggi dan semikonduktor! Intel bukan sekadar syarikat, tetapi rakan strategik kita yang telah lama bertapak di negara ini.
Perbincangan berkisar tentang bagaimana Intel dapat terus memperkukuh kehadirannya, memacu ekosistem digital, serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.
Insya-Allah, kita akan terus memastikan dasar-dasar yang kondusif dan mesra pelabur dipermudahkan bagi menarik lebih banyak gergasi teknologi global ke negara kita. 🇲🇾💪
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Akhir sebuah lembaran...
Hari ini, saya telah menyampaikan ucapan terakhir sebagai Menteri MITI di Dewan Rakyat yang mulia ini. Bukan mudah lalui hampir enam tahun di sini, dari rasa gementar nak berlawan hujah, hingga kini rasa lebih yakin untuk berbahas. Terima kasih tak terhingga kepada Tan Sri Yang di-Pertua, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Dewan, dan seluruh warga Parlimen atas segala ruang, tunjuk ajar, nasihat, dan teguran. Saya mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau kekurangan dari pihak saya. 🙏
Semua kejayaan dasar, pelaburan atau perdagangan MITI adalah hasil kerja keras #teammiti yang komited. Saya telah cuba sedaya upaya meninggalkan MITI dalam keadaan yang baik, dengan struktur dan budaya kerja yang sama-sama kita bina bersama warga MITI. Insya-Allah, walau siapapun yang jadi Menteri MITI selepas ini, kecemerlangan MITI akan tetap diteruskan.
Saya komited untuk sentiasa membantu Kerajaan dalam apa jua kapasiti, demi kebaikan rakyat dan masa depan Malaysia. Insya-Allah. Terima kasih Malaysia! 🇲🇾🤝
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia’s First Homegrown EV! Tahniah Perodua!
Pelancaran EV ini menyempurnakan mandat kerajaan kepada Perodua sebagai 'Champion' di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (#nimp2030) untuk menerajui ekosistem EV di Malaysia. Usaha ini menunjukkan komitmen Perodua dalam mempercepat pengeluaran EV, melabur dalam kenderaan generasi baharu (NXGV), dan menyumbang kepada matlamat mobiliti hijau serta sifar karbon negara.
Teruskan usaha untuk menjadikan Malaysia peneraju teknologi hijau di rantau ini! 💪🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #perodua -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersedia untuk beralih ke EV?
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #peroduaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi ini saya berkesempatan mengadakan persidangan video bersama Timbalan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Rick Switzer. Perbincangan kami berkisar tentang kemajuan rangka kerja ekonomi strategik kedua-dua negara, terutamanya dalam aspek perdagangan, pelaburan, dan integrasi rantaian bekalan serantau.
Hubungan Malaysia-AS kekal menjadi teras penting dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersama saya sebentar lagi di Parlimen jam 2.45 petang untuk Sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa, secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selepas Asar, saya ke satu lagi Program Gotong-Royong & Majlis Santuni Madani di Kg Tasek Tambahan, Ampang.
Antara program yang dijalankan termasuk penyampaian 100 unit bakul makanan barang asas, penanaman pokok dan juga gotong-royong termasuk pelancaran kerja-kerja penambahbaikan gelanggang futsal dan takraw. Pihak MARii yang diketuai oleh Tuan Hj Nizmar b Mohd Nazar, Timbalan CEO MARii, turut mengadakan program tukar minyak hitam motorsikal percuma.
Walaupun kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan memang dilaksanakan secara tetap di bawah Majlis Perbandaran, Kerajaan Negeri dan para wakil rakyat, namun Kerajaan Madani prihatin bahawa bajet tidak pernah mengatasi keperluan komuniti, dan atas sebab itulah Kerajaan Madani mewujudkan program-program seperti Kampung Angkat Madani dan Santuni Madani.
Terima kasih kepada Pejabat ADUN Lembah Jaya, MPAJ, Ahli Majlis Zon 13, Ketua Kampung, para pemimpin tempatan dan semua yang hadir memeriahkan majlis.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dewan serbaguna baru untuk Kg Tebuk Mufrad! 🎉 Macam-macam ada! Ada futsal ⚽, bola tampar 🏐, badminton 🏸, sepak takraw 🤾 dan bola keranjang 🏀!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Singgah di Masjid Al-Ubudiah Kampung Tasek Tambahan, Ampang untuk solat Asar sambil berkenal-kenalan dengan pihak Masjid. Antara yang bersama dalam perbincangan ialah ADUN Lembah Jaya YB Syed Ahmad, Nazir Masjid Al Ubudiah Ustaz Turmizi, Timbalan Nazir Tuan Sazali, Setiausaha Masjid Tuan Hj Rahman, Ahli Majlis Zon 13 YM Engku Faizan dan Pengerusi MPKK Kg Tasek Tambahan Ampang dan Penasihat Masjid Tuan Hj Rozlan b Ahmad Tajudin (Tok Lan).
Antara isu yang dibangkitkan ialah keperluan untuk menaik taraf pepasangan elektrik di masjid. Infra yang lama sudah tidak mampu menampung keperluan elektrik masjid khususnya semasa Ramadan apabila penggunaan elektrik meningkat bagi menampung aktiviti sepanjang bulan. Insya-Allah saya bantu mana yang boleh.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gelanggang Pickleball Baru Di Kampung Ampang Campuran!
Dari Program Kampung Angkat Madani MITI di Sabak Bernam, saya terus ke Program Gotong-Royong dan Majlis Santuni Madani EXIM Bank di Dewan Kampung Ampang Campuran, Ampang.
Turut sama bersama saya menjayakan program ialah ADUN Lembah Jaya, YB Tuan Syed Ahmad bin Abdul Rahman Alhadad; TYDP MPAJ Ts Hj Hasrolnizam bin Shaari, COO EXIM Bank En Hasrin Abdul Rahim, Ahli Majlis Zon 13 YM Engku Faizan Azhar bin Che Engku Husin, serta pimpinan dan komuniti setempat.
Program hari ini termasuk penyerahan bakul makanan kepada 100 penduduk kampung, gotong-royong mengecat dan pelancaran gotong-royong mengubah gelanggang sedia ada kepada gelanggang pickleball atas permintaan penduduk tempatan.
Selera penduduk pun dah berubah sekarang. Dulu penduduk biasanya minta gelanggang badminton, takraw atau futsal, sekarang minta pickleball! Kita pun kena ikut peredaran zaman.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
DEWAN SERBAGUNA KG TEBUK MUFRAD SIAP DALAM MASA 7 BULAN SAHAJA!
Saya berbesar hati dapat menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Perasmian Dewan Serbaguna Terbuka yang cukup lengkap ini! Projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI MITI ini berjaya disiapkan dalam tempoh 7 bulan hasil kerjasama strategik MITI-JKR. Dewan seluas 2,600 meter persegi ini bukan sahaja dilengkapi gelanggang futsal, malah ada kemudahan untuk badminton, bola tampar, sepak takraw, dan bola keranjang!
Saya berharap kemudahan ini akan menjadi pusat komuniti yang lengkap, menggalakkan perpaduan, dan yang paling penting, mampu menjana serta melestarikan ekonomi penduduk,. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Ingatlah, dewan ini adalah tanda kasih sayang dan kenang-kenangan MITI buat Kampung Tebuk Mufrad. Gunakan dan jagalah ia sebaiknya! 💚
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🎉 MITI Peneraju Tonggak Ekonomi ASEAN! Legasi Hebat Malaysia Terpahat! 🇲🇾📈
Kejayaan besar Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 diraikan dalam Majlis Apresiasi semalam! Kepada seluruh warga MITI, kementerian, jabatan, agensi, dan rakan strategik—dedikasi anda membantu Malaysia memimpin ASEAN sebagai tonggak kestabilan dan pertumbuhan di rantau Indo-Pasifik, walaupun berdepan cabaran geopolitik dan transformasi teknologi.
Kejayaan kita ini akan menjadi legasi untuk masa hadapan. MITI telah memainkan peranan penting dalam memodenkan seni bina ekonomi ASEAN. Antara yang utama, kita berjaya memodenkan perjanjian serantau seperti ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan ASEAN China Free Trade Area (ACFTA) 3.0 Upgrade Protocol. Kita juga memuktamadkan secara substantif rundingan ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA), yang akan memperkukuh integrasi digital dan memacu ekonomi digital ASEAN mencapai nilai USD2 trilion menjelang 2030! Sumbangan terbesar Malaysia, Deklarasi Kuala Lumpur 2045: Our Shared Future, yang telah diterima oleh semua Pemimpin ASEAN, menetapkan hala tuju jangka panjang serantau. Terima kasih atas segala pengorbanan! 🙏
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🌟 KIBARKAN BENDERA MALAYSIA DENGAN MEGAH, FAIQ! 🇲🇾
Tahniah Mohammad Faiq Adnan! Kejayaan Faiq menamatkan acara renang Oceanman Sabah sejauh 2 kilometer dalam masa hanya 1 jam 15 minit telah melayakkan beliau ke Oceanman World Finals di Dubai! Seluruh #teammiti berbangga dengan kejayaan rakan setugas kami ini! Apa yang paling membanggakan, Faiq merupakan atlet para renang (cacat penglihatan)! Ini satu pencapaian luar biasa, tak ramai di luar sana yang mampu lakukannya!
Kisah Faiq membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil selagi kita ada keazaman dan semangat yang kental. Faiq adalah inspirasi kepada semua, terutamanya golongan OKU. Kami doakan kejayaan Faiq dan semoga selamat pergi dan kembali! 💪🏊♂️
Saya tengok kejayaan Faiq ni, terus rasa gatal nak start open water swimming balik. Last time saya join open water event ialah Swimathon Thailand pada 2018, acara renang 10 km. Tak apa, minggu depan insya-Allah dah ada lebih masa nak start training! 😁
#tza #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tun M dakwa syarikat US dapat hak Bumiputera. Betul ke? Mari dengar penjelasan sebenar.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Siapa yang dapat Adam dan Danni? 🧸🇲🇾
Terima kasih kepada hampir 500 anak-anak yang menyertai Pertandingan Mewarna ASEAN dan tahniah kepada para pemenang. Saya harap anak-anak gembira dengan plushie eksklusif Adam dan Danni 🥳. Kalau nak cari kat luar tak jumpa tu! 🤫
Saya minta maaf juga kepada ramai kanak-kanak purba di luar sana yang berhajat sangat nak Adam dan Danni tapi terlebih umur untuk menyertai pertandingan mewarna ini. 😭 Mungkin lain kali kita naikkan had umur kepada 60. 😉
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🌟 Semangat -Teras Kecemerlangan Perkhidmatan Awam! 🚀
Bagaimana kita dapat mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam? Tanpa semangat yang mendalam, kita tidak mungkin mampu mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Cabaran yang mendatang memerlukan bukan sahaja profesionalisme dan idealisme, tetapi juga jiwa yang benar-benar cintakan perkhidmatan awam dan negara. Semangat inilah yang akan memastikan setiap Kadet PTD dapat mengharungi semua cabaran dan membentuk kepimpinan unggul.
Tahniah kepada Kadet DPA 2025/2026 atas kejayaan menganjurkan program Fireside Chat ini! Teruskan memupuk semangat anda untuk berkhidmat demi rakyat dan negara!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
👋 Sampai Jumpa Lagi: Kenangan Terindah Bersama Keluarga MATRADE! 🇲🇾
Semalam, saya berkesempatan meluangkan masa di Majlis Perpisahan yang sungguh bermakna bersama warga kerja MATRADE. Saya amat terharu dengan sokongan padu kalian sepanjang saya berkhidmat sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Terima kasih tak terhingga atas dedikasi anda dalam memacu eksport dan jenama Malaysia ke persada dunia! 💪
Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal abadi. Saya doakan MATRADE terus cemerlang dan menjadi nadi penting ekonomi negara kita. Jaga diri semua, dan insya-Allah kita jumpa lagi! 💙
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
120 and out! 💔
Mesyuarat Pasca Kabinet MITI yang ke-120 ini terasa amat berbeza, kerana ia juga menandakan hari-hari terakhir sebelum tamatnya amanah saya sebagai seorang Menteri. Syukur Alhamdulillah atas peluang keemasan yang diberikan untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Jasa dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh #teammiti, dari Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, hinggalah seluruh warga kerja, akan sentiasa saya sanjungi dan hargai. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Walaupun peranan saya kini berakhir, sokongan dan doa saya sentiasa bersama MITI dalam usahanya memacu kemajuan industri negara. Semoga Malaysia terus maju jaya, insya-Allah. 🙏💙
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selesai sudah Mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir buat saya hari ini. Walaupun tugas sebagai Senator bakal berakhir, semangat dan fokus untuk terus menyumbang kepada negara tidak pernah padam! 👋
Perjalanan sebagai sebahagian daripada Jemaah Menteri adalah pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih atas kerjasama erat daripada YAB Perdana Menteri dan rakan-rakan Menteri yang lain. Saya bangga dengan setiap pencapaian yang telah kita realisasikan bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh. Insya-Allah, kita akan terus berjuang demi kemakmuran rakyat dan Malaysia yang lebih sejahtera! 💪🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perjanjian CPTPP bukan sekadar perjanjian perdagangan, tetapi adalah platform yang mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia untuk dekad yang akan datang! 🇲🇾📈
CPTPP adalah pemangkin penting dalam usaha kita melonjakkan Malaysia ke peringkat rantaian nilai global. Kita sedang memanfaatkan perjanjian ini untuk meletakkan negara sebagai hab bagi pelaburan dan perdagangan ke dalam ASEAN dan Indo-Pasifik yang lebih luas. Manfaatnya melangkaui pasaran sedia ada; kita kini telah mendapat akses FTA buat kali pertama ke empat pasaran utama baharu: Kanada, Mexico, Peru, dan United Kingdom. Ini bermakna tiada tarif kepada pengeksport kita, daripada komponen automotif dan tekstil, hingga minyak sawit dan produk E&E bernilai tinggi. Di samping itu, usaha untuk menghapuskan 99% tarif menjelang 2033 akan menjamin bekalan bahan penting yang lebih murah, termasuk bahan api dan jentera, yang amat diperlukan oleh kilang dan industri kita.
CPTPP mengukuhkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik di mana lebih kurang 33.1% daripada FDI kita datang daripada ekonomi CPTPP. Ia juga membuka pintu yang lebih luas untuk profesional dan usahawan Malaysia—terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan kemahiran seperti kejuruteraan, undang-undang, dan perubatan—untuk bersaing dan berkhidmat di negara-negara CPTPP. Marilah kita terus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab utama dalam rantaian nilai berteknologi tinggi dan dipacu perkhidmatan! 💪💼
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selamat Hari Jadi kepada Setiausaha Politik saya, Datuk Zainuri Dato' Haji Zainal! 🎂🎉
Datuk Zainuri ni memang sporting habis dan dialah yang selalu pastikan program kemasyarakatan saya berjalan lancar. Jujur cakap, tanpa sokongan padu dari beliau, memang tak jadi kerja. Terima kasih banyak-banyak, Datuk, atas segala keringat dan semangat yang dicurahkan. Semoga Datuk terus sihat, ceria, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
✨ Momentum ART Malaysia-AS: Menangkis Mitos, Menerangkan Fakta! 🇲🇾🇺🇸
Sesi libat urus yang amat produktif mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat, bersama Ahli Parlimen dan NGO 3rd World Network. Inilah peluang keemasan untuk menerangkan bahawa ART adalah langkah ke hadapan yang penting untuk ekonomi kita. Kita perlu jelas, perjanjian ini dirangka untuk mempertahankan dan mengembangkan kepentingan ekonomi kita, bukan sebaliknya. Segala keraguan mengenai kedaulatan atau hak istimewa telah pun dijawab dengan tegas, dan ia kekal dilindungi di bawah kerangka perundangan kita.
Ingat, ekonomi global bergerak pantas. Jika kita tidak bertindak segera, kita berisiko ketinggalan dalam rantaian bekalan kritikal. ART memberikan kita kepastian dalam perdagangan, terutamanya untuk eksport yang menyumbang kepada jutaan pekerjaan di Malaysia.
Marilah kita fokus kepada peluang yang dapat diraih: Bagaimana ART dapat memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan utama dan pemain yang berwibawa di pentas dunia? Kita buat ini demi masa depan negara.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dah order PROTON Saga baru? Baru minggu lepas tempahan dibuka tapi dengarnya dah lebih 20,000 tempahan masuk!
Saya masih di sekolah rendah bila Saga pertama keluar dari kilang pada 1985. Inilah permulaan impian negara kita untuk menjadi negara perindustrian! Hebatnya, model ini masih kekal relevan dan terus dicintai rakyat Malaysia.
Pelancaran PROTON Saga baharu ini sangat bersejarah, kerana ia adalah kereta pertama yang dicipta menggunakan platform Advanced Modular Architecture (AMA), yang mana IP hak milik penuh PROTON! AMA ini adalah kunci utama dan tiket untuk PROTON menjadi pemain global dan memacu usaha eksport kita. Kami di MITI akan terus menyokong PROTON dalam memacu transformasi negara ke arah industri berteknologi tinggi, selaras dengan #nimp2030. Moga perkongsian strategik dengan Geely ini kekal teguh untuk tahun-tahun mendatang! 🇲🇾
PROTON Saga, Kebanggaan Malaysia!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tariffs above 25%. Over a million jobs at risk. Billions of exports on the line. ART isn’t just policy — it’s protection. This is what’s REALLY at stake.
#mitimalaysia #thisiswhereglobalstarts #madaniisworkingThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
TUN M, SILA NYATAKAN KLAUSA YANG BERI SYARIKAT USA STATUS BUMIPUTERA!
Alhamdulillah, baru sahaja selesai beri taklimat dan berbincang dengan Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART).
Penting untuk saya tegaskan, ART BUKAN Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Ia adalah mekanisme perlindungan kritikal untuk memastikan akses pasaran eksport utama kita di A.S., yang bernilai hampir RM200 bilion, kekal terjamin. Kita bertindak pantas untuk melindungi 1.1 juta pekerjaan rakyat dan lebih 7,700 PMKS daripada risiko tarif unilateral! ART mengekalkan tarif semasa 19% dan melindungi sektor-sektor utama seperti sawit, koko, dan peranti perubatan daripada kenaikan sewenang-wenangnya. Ini jaminan daya saing global kita! 📈
Saya juga telah perbetulkan beberapa dakwaan liar, termasuk fitnah daripada Tun Mahathir kononnya ART memberikan status Bumiputera kepada syarikat AS. Sepanjang rundingan berlangsung, hak bumiputera adalah salah satu daripada garis merah atau red line yang sentiasa kita lindungi. Hak bumiputera langsung tidak terjejas dalam ART. Saya cabar Tun Mahathir untuk kemukakan klausa khusus yang memberikan syarikat Amerika Syarikat status bumiputera dalam ART!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
PELABURAN DALAM ANAK MUDA ADALAH PELABURAN DALAM MASA DEPAN!
Menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli hadir ke Majlis Makan Malam Amal Pandu Puteri Selangor bersama Islamic Fashion Festival (IFF). DYMM Tengku Permaisuri Selangor merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Selangor. Kehadiran dan sokongan padu Tuanku berdua mencerminkan betapa pentingnya pembangunan potensi anak-anak gadis kita.
Gerakan Pandu Puteri membina kepimpinan, perwatakan, dan semangat kemasyarakatan yang akan melahirkan pemimpin masa depan Malaysia. Cawangan Selangor turut mencatatkan jumlah penerima tertinggi bagi Anugerah Pandu Puteri Tunas, Remaja, dan Raja selama tiga tahun berturut-turut—satu pencapaian yang luar biasa! Tahniah buat seluruh Pandu Puteri Selangor, khususnya Yang DiPertua Pandu Puteri Cawangan Selangor, YM Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad!
Hari ini saya hadir untuk menyokong program isteri saya. Asyik-asyik dia je yang sokong program saya, jadi bila ada peluang, kenalah tunjuk kita ni pun suami mithali.
Ayuh kita terus menyokong inisiatif pembangunan belia wanita! ⛺️
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia catat paras tertinggi dalam sejarah untuk perdagangan, eksport & import! Malaysia bukan fokus Amerika Syarikat sahaja — kita sasarkan seluruh dunia. 🌍✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Strategi AI Malaysia: Akses Cip Global & Lindungi Kedaulatan Data! 🇲🇾🚀
Kerajaan mengambil pendekatan berkecuali dan inklusif untuk memastikan syarikat tempatan mendapat akses kepada cip Kecerdasan Buatan (AI) terkemuka dunia seperti NVIDIA (AS) dan Huawei Ascend (China). Matlamat utama kita adalah menyediakan akses yang terkawal, berdaya saing, dan selamat kepada platform AI global.
Antara strategi utama MITI:
Kawal Selia Perdagangan Strategik: Mulai 14 Julai 2025, semua aktiviti eksport, transit, dan pemindahan cip AI memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010). Ia penting untuk melindungi rantaian bekalan semikonduktor global.
Visi Silikon & Keupayaan Tempatan: Kita sedang memperkukuh infrastruktur data dan R&D melalui Visi Silikon yang memfokuskan kepada pembangunan cip AI buatan Malaysia.
Kerjasama Antarabangsa: Kita memanfaatkan Memorandum Kerjasama Semikonduktor dengan Amerika Syarikat dan mengimplementasikan dasar "Kedaulatan AI" untuk menjamin keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Melalui strategi bersepadu ini, kita memastikan syarikat di Malaysia mempunyai akses menyeluruh kepada cip AI antarabangsa, di samping memperkukuh daya tahan teknologi domestik dan mempercepatkan transformasi digital negara. Bersama kita pacu masa depan digital Malaysia! 💡📈
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sidang Media Di Angkasa! 📷
Dalam penerbangan pun, YAB Perdana Menteri masih sempat adakan sidang media bersama delegasi wartawan yang menyertai lawatan kerja ini! 📷📷
Setiap detik dalam penerbangan dimanfaatkan sepenuhnya, dari mesyuarat hinggalah menjawab soalan para wartawan! Inilah komitmen demi negara. 📷📷
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersama saya hari ini di Parlimen jam 10.00 pagi secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Happy birthday Dina! ❤️🎂
Syukur Alhamdulillah, sempat tiba di rumah dari lawatan rasmi ke Afrika untuk menyambut hari istimewa ini, walaupun hanya dapat meraikan dengan si bongsu dua orang! Seronoknya dapat kembali ke pangkuan keluarga! 🥰
Sudah tentu kami rindu sangat-sangat Zahra dan Zaeem, nanti kita celebrate lagi bila semua dah berkumpul ya! 🎉
#tza #family -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Betul ke Malaysia perlu ikut dasar luar Amerika Syarikat lepas tandatangani ART?
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
✈️ Selamat Tinggal Benua Afrika! 🇰🇪🇲🇾
Kami datang dengan penuh harapan, dan kami pulang setelah berjaya membuka lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan untuk negara tercinta! Insya-Allah, misi ini akan membawa manfaat besar kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. 🤝💼
Next stop: Malaysia! 🏡
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Kenya Jana Peluang Baharu! 🇲🇾🇰🇪
Terima kasih atas kehadiran yang amat menggalakkan dari komuniti perniagaan Kenya dan Malaysia! Platform ini sangat berharga untuk kita memperbaharui komitmen, meneroka bidang kerjasama baharu, dan mengukuhkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara. Malaysia kekal teguh dalam komitmen untuk memajukan agenda pro-industri, pro-perdagangan, dan pro-pelaburan!
Saya berharap perbincangan ini membawa hasil yang bermanfaat dan kita dapat terjemahkan cita-cita bersama ini menjadi kejayaan yang ketara melalui kolaborasi berterusan.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇰🇪 Wajah Mesra Malaysia di Kenya!
Memang seronok dapat bertemu dan beramah mesra dengan komuniti diaspora Malaysia di Nairobi, Kenya. Setiap kali bertemu dengan rakyat kita di luar negara, hati saya selalu tersentuh dengan semangat patriotisme dan dedikasi mereka. Merekalah duta kecil yang membawa wajah Malaysia yang cemerlang di mata dunia.
Saya lihat banyak potensi, bakat, dan pengalaman berharga yang boleh kita manfaatkan bersama untuk pembangunan negara. Perbincangan kami berkisar tentang bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kenya, serta peranan penting yang dimainkan oleh komuniti ini dalam mempromosikan nilai dan budaya Malaysia. Terima kasih atas kehadiran dan semangat yang ditunjukkan! Kita sekeluarga, walau di mana jua kita berada. 🇲🇾🤝
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇰🇪🇲🇾 Sambutan Rasmi Penuh Istiadat di Kenya! 💥
Satu penghormatan besar buat Malaysia apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Negara, Nairobi, Kenya hari ini! Sambutan ini mencerminkan betapa pentingnya hubungan dua hala Malaysia-Kenya yang telah terjalin lama.
Sejurus selepas itu, delegasi kedua-dua negara mengadakan Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Kenya. Ini adalah peluang keemasan untuk merancakkan lagi kerjasama dalam sektor utama seperti automotif (terutama pembangunan ekosistem EV) dan industri halal. Insya-Allah, pertemuan ini akan membuahkan hasil lumayan, mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara. Moga dipermudahkan! 🙏
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Peguam Negara pun dah kata kedaulatan negara tidak terjejas! Mengapa masih nak takut-takutkan rakyat?
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Majlis makan malam di Istana Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Kenya, William Samoei Ruto, membuktikan betapa eratnya hubungan persahabatan antara Malaysia dan Kenya yang telah terjalin lebih enam dekad.
Insya-Allah, lawatan rasmi ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang berpotensi tinggi, terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan, dan industri untuk kedua-dua negara. Semoga segala usaha YAB PM dipermudahkan dan membawa pulangan besar, bukan sahaja untuk negara tetapi juga untuk rakyat Malaysia. Ayuh kita sama-sama doakan kejayaan! 🙏
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ethiopia 🇪🇹 ✈️– Afrika Selatan 🇿🇦 ✈️– Kenya 🇰🇪 ✈️
Alhamdulillah! Misi kami diteruskan di Nairobi, Kenya! 🇰🇪 Inilah persinggahan terakhir lawatan rasmi kami ke Afrika. Fokus utama kami ialah untuk memuktamadkan kerjasama ekonomi strategik dan membuka laluan untuk pelaburan baharu yang akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kenya. Doakan kelancaran misi kami! Insya-Allah, kita bawa pulang berita gembira. 🙏💪
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Misi G20 Beri Fokus Utama Kepada Pelaburan & Dagangan Negara! 🚀
YAB Perdana Menteri telah menegaskan kepentingan agenda keadilan dalam perdagangan dan peranan pelaburan untuk daya tahan ekonomi di Sidang Kemuncak G20. Ini adalah suara penting buat Global South! Kita juga menuntut sistem kewangan iklim antarabangsa selari dengan kepentingan Negara Membangun, termasuk dalam memanfaatkan teknologi hijau CCUS. MITI komited memastikan dasar perdagangan global lebih saksama. ⚖️
Selain agenda global, lawatan ini menjana banyak peluang baharu! Usaha menarik lebih banyak Pelaburan Asing (FI) dan membuka kerjasama ekonomi baharu berjalan lancar melalui Forum Perniagaan yang dihadiri lebih 100 syarikat Malaysia dan Afrika Selatan. Kerjasama perdagangan, pelaburan, industri halal, pertahanan, pendidikan, penyelidikan, dan infrastruktur dengan Afrika Selatan serta sokongan transformasi ekonomi dengan Botswana turut dipertingkat. Inilah bukti fokus Kerajaan untuk membawa pulang manfaat ekonomi terus kepada rakyat! 🇲🇾✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia bukan sembang kosong — statistik terbaru tunjuk 85% pelaburan yang diluluskan dah direalisasikan. Kilang dibina, mesin dipasang, peluang kerja masuk satu demi satu.
Ini bukan kebetulan. Ini bukti ekonomi kita tengah bekerja, bukan tidur. Lebih banyak pelaburan, lebih banyak teknologi, lebih banyak kerja berkualiti untuk rakyat.
Kita terus maju. Kita terus jalan.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dunia sudah berubah, dan kita tak mahu lagi retorik kosong. YAB Perdana Menteri menekankan bahawa negara-negara G20 perlu melangkaui perbincangan biasa dan mengambil TINDAKAN KONKRIT bagi menangani ketidakadilan perdagangan yang sekian lama membelenggu negara-negara Selatan Global. Eksploitasi sumber dan amalan perdagangan tidak adil tidak boleh diteruskan! Ini adalah tuntutan yang berani dan perlu didengari oleh semua kuasa ekonomi dunia. 🗣️🌍
Sebagai Menteri MITI, saya menyokong penuh pendirian ini. Usaha mendapatkan keadilan ekonomi global adalah kritikal untuk memastikan pelaburan dan perdagangan Malaysia terus berkembang secara mampan dan inklusif. Tindakan kita untuk meneruskan proses menyertai BRICS juga adalah sebahagian daripada strategi memperkukuh suara dan kedudukan kita di pentas global. Insya-Allah, Kerajaan akan terus berusaha untuk sistem perdagangan yang lebih saksama demi kemakmuran rakyat Malaysia! 💪🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
💥 SELEPAS JUARA DUNIA, KINI JUARA AUSTRALIAN OPEN! 🇦🇺🏆
Terima kasih Ee Wei - Tang Jie, kongsi gambar dari Australia! Tahniah atas kejayaan menjuarai Australian Open 2025! Keep the momentum going! 🔥🇲🇾
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 #chentoh -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, perjumpaan yang penuh makna dengan Diaspora Malaysia di Johannesburg! 🇿🇦🇲🇾
Kerajaan MADANI sentiasa menghargai sumbangan setiap warga Malaysia di perantauan sebagai duta kita yang memainkan peranan penting dalam memperluas jaringan dan melonjak maruah Malaysia di persada dunia. Saya mengambil peluang untuk berkongsi aspirasi negara dalam kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Afrika Selatan setakat ini, dengan fokus utama pada misi teras MITI untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.
Inilah masa untuk kita terus meningkatkan kedudukan Malaysia di persada global. Negara kita mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh sebanyak 5.2% pada Suku Ketiga 2025, dan kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pertumbuhan 4.0% hingga 4.8% bagi tahun 2025. Setakat sembilan bulan pertama 2025, Malaysia telah menarik RM285.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan , dengan Pelaburan Asing (FI) menyumbang 52.9% daripadanya.
Hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Kesatuan Afrika, khususnya Afrika Selatan, adalah keutamaan. Afrika Selatan adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Afrika pada 2024, dan sebagai pelabur asing terbesar dari Kesatuan Afrika, kita berharap hubungan erat ini terus mekar dan memberi manfaat bersama demi rakyat dan negara seluruhnya!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🤝 Meneroka Peluang Dagang & Pelaburan Baharu di Botswana! 🇲🇾🇧🇼
Pertemuan dengan Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe, membuka peluang untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Botswana.
Saya melihat potensi besar bagi syarikat Malaysia untuk melabur dan menggunakan Botswana sebagai pintu masuk ke pasaran Southern African Development Community (SADC) yang memiliki lebih 300 juta pengguna. Sektor-sektor utama yang kita kenalpasti termasuk Tenaga Boleh Diperbaharui (terutamanya Solar PV), ICT, dan Pembuatan bernilai tinggi. Kerajaan Botswana juga menawarkan insentif cukai yang menarik dan kemudahan pendaftaran perniagaan. Ini adalah masa yang tepat untuk syarikat Malaysia mengambil peluang dalam agenda diversifikasi ekonomi Botswana!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾 reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Santai sebentar sementara menunggu giliran sampaikan kenyataan di sesi kedua Sidang Kemuncak G20.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#diplomasimadani -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Memacu Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Afrika Selatan! 🇿🇦
Forum Perniagaan bersama Kapten Industri Afrika Selatan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan, Industri dan Persaingan Afrika Selatan, Puan Alexandra Lilian Amelia Abrahams, membuktikan komitmen kita untuk memperdalam hubungan ekonomi jelas kelihatan! Tahukah anda, pada tahun 2024, Afrika Selatan adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Benua Afrika, dengan nilai perdagangan mencecah RM7.82 bilion? Kita mahu lonjakkan lagi angka ini!
Sebagai sebuah negara yang pro-industri, pro-perdagangan, dan pro-pelaburan , Malaysia menggalakkan pelabur Afrika Selatan untuk terus meneroka peluang besar di negara kita. Kita mahu pastikan perbincangan strategik ini diterjemahkan menjadi hasil yang ketara dan mampan demi kemakmuran bersama.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selangkah Menjulang Kejuaraan!
Straight sets! #chentoh melangkah bergaya ke final Australian Open 2025!
#tza #bam #gemilangkanlagi #badmintonmalaysia #demimalaysia #tangkis2030 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🇿🇦 Ukhuwah Merentas Sempadan! Solat Jumaat di Masjid Houghton, Johannesburg. 🕌
Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna menunaikan Solat Jumaat di Masjid Houghton, Johannesburg. Masjid dengan seni bina yang tersergam indah ini bukan sahaja pusat ibadah, malah lambang penting perkembangan komuniti Muslim di kawasan yang dahulunya merupakan kejiranan eksklusif di era apartheid. Sambutan penuh mesra para jemaah menunjukkan keindahan Islam yang mengutamakan persaudaraan dan kasih sayang merentasi bangsa.
Inilah intipati sebenar ukhuwah Islamiah, mengukuhkan ikatan atas dasar kebaikan dan ihsan, jauh dari sempadan geografi. Saya amat menghargai layanan istimewa yang diberikan kepada delegasi Malaysia. Semoga hubungan baik ini akan terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada keharmonian global! 🤝✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahniah! Afrika Selatan Terajui G20, Malaysia Pengerusi ASEAN 2025! 🤝🇲🇾🇿🇦
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, sebagai negara benua Afrika pertama yang memegang tampuk Kepresidenan G20. Tema yang dipilih, "Solidarity, Equality, Sustainability," ini selari dengan fokus Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Paling utama, Malaysia bersedia meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, industri, halal, pertanian, dan tenaga hijau. Perdana Menteri turut menawarkan ruang dan insentif di Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Malaysia kepada syarikat dari Afrika Selatan untuk menyertai rantaian nilai semikonduktor kita. Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dua hala malah membuka peluang perdagangan baharu. Malaysia komited membina hubungan kukuh berasaskan agenda pembangunan yang saling memanfaatkan. 💪✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Memperkasa Ummah & Ekonomi Halal Di Afrika Selatan! 🌍🇲🇾
Sesi libat urus Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Islam Republik Afrika Selatan membuka ruang yang sangat strategik. Bukan sekadar bertukar pandangan dalam memperkukuh pembangunan ummah, tetapi Malaysia juga mengumumkan kesediaan untuk bekerjasama rapat dalam bidang Halal—termasuk pembangunan kapasiti dan pensijilan Halal. Selain memperkasakan komuniti Islam di sana kita juga meluaskan jangkauan ekonomi Halal Malaysia di peringkat global!
Komitmen kita untuk mengangkat martabat Islam sebagai agama yang menjunjung kesejahteraan, toleransi, dan ihsan diterjemahkan melalui penekanan PM kepada pendidikan, dakwah berhemah, dan dialog antara peradaban. Simbolik persaudaraan dengan penyerahan al-Quran edisi khas turut menyerlahkan mesej keakraban. Moga usaha ini terus membuahkan hasil, insya-Allah! 🙏✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selamat Tiba di Johannesburg! Misi Ekonomi Global Diteruskan! 🇿🇦🌏
Alhamdulillah, selepas selesai lawatan rasmi yang padat di Ethiopia, kami ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20. Jemputan ke G20 membuktikan pengiktirafan terhadap peranan aktif Malaysia di persada antarabangsa dan kekuatan hubungan kerjasama Selatan-Selatan kita.
Ada yang kata selepas menandatangani ART, tangan Malaysia ‘terikat’ dan kita tidak lagi mampu membentuk dasar luar yang neutral. Umum mengetahui, hubungan Amerika Syarikat dan Afrika Selatan tidaklah begitu mesra tetapi kita tiada masalah mengundang Presiden Afrika Selatan ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur dan menerima undangan Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20. Kehadiran kita di forum utama dunia seperti G20 adalah bukti kukuh bahawa dasar luar negara Malaysia kekal bebas, berdaulat, dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa besar! Malaysia memilih untuk berinteraksi dengan semua negara berdasarkan kepentingan nasional kita. MITI akan menggunakan platform G20 ini untuk menyuarakan pandangan negara membangun dan memastikan perdagangan global kekal adil dan inklusif.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramai masih keliru tentang implikasi sebenar ART. Adakah ia perjanjian yang melindungi ekonomi Malaysia — atau langkah yang bakal melemahkan daya saing kita? Di tengah risiko tarif tinggi, eksport besar, dan jutaan pekerjaan bergantung kepada hubungan perdagangan ini, jawapannya tidak semudah yang disangka.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ukhuwah Merentasi Zaman di Bumi Habsyah! 🕌🤝🇪🇹
Saya amat berbesar hati mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia, yang diketuai oleh Presidennya, Sheikh Haji Ibrahim Tufa. Pertemuan ini bukan sekadar diplomasi, tetapi menguatkan ikatan persaudaraan Islam dan nilai toleransi yang diasaskan sejak Hijrah pertama ke Habsyah pada tahun-tahun awal perkembangan Islam! YAB PM menyatakan rasa hormat yang mendalam terhadap suasana harmoni antara Islam, Kristian, dan pelbagai agama di Ethiopia, mencerminkan warisan kebijaksanaan masyarakat yang telah lama menjadi model pengurusan kepelbagaian secara damai.
Malaysia konsisten mengangkat martabat Islam sebagai agama kesejahteraan dan toleransi melalui dialog antara peradaban. Sebagai tanda ukhuwah dan simbol penyebaran ilmu, YAB PM turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam setempat, termasuk senaskhah al-Quran edisi khas. Inilah semangat MADANI yang kita bawa ke pentas global!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Formula Kejayaan: Malaysia + Ethiopia, Memanfaatkan Kekuatan Bersama! 🤝🚀
Malaysia dan Ethiopia akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan, dan hubungan dua hala. Bagi Malaysia, ini adalah strategi terbaik untuk meluaskan dan meneroka pasaran baharu terutamanya di Afrika, dengan menjadikan Ethiopia sebagai lokasi strategik—terutamanya dengan adanya ibu pejabat Kesatuan Afrika di Addis Ababa.
MITI komited untuk memastikan perkongsian Selatan-Selatan yang strategik ini, yang berlandaskan nilai bersama keharmonian dan solidariti, akan terus menghasilkan asas ekonomi yang kukuh dan menguntungkan kedua-dua negara!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Perdana Menteri Malaysia Pertama di Ibu Pejabat Kesatuan Afrika (AU)! 🌍🇲🇾
Saya amat berbesar hati mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bagi lawatan bersejarah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AUC) di Addis Ababa. Hubungan lebih erat antara Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN akan membuka ruang pertumbuhan baharu, meningkatkan keterhubungan serantau, dan membawa manfaat langsung kepada rakyat. Komitmen Malaysia adalah jelas: untuk terus memperkukuh hubungan dengan negara-negara Afrika berteraskan solidariti, persahabatan tulen, dan semangat saling menghormati.
Selari dengan agenda pembangunan Afrika, Malaysia juga bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam bidang-bidang seperti ekonomi digital, kewangan Islam, pembangunan infrastruktur mampan, dan sektor komoditi bernilai tinggi seperti minyak sawit. Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di sini merupakan pemangkin penting untuk memperluas jaringan kerjasama dengan negara-negara anggota Kesatuan Afrika. MITI akan memastikan platform perdagangan strategik ini dimanfaatkan sepenuhnya!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Senang nak kata “berhenti je lah berdagang dengan AS”, tapi hakikatnya mereka pasaran eksport utama dan pelabur nombor satu di Malaysia. Kalau mereka keluar, pekerjaan rakyat terjejas.
Sebab tu kita terus berunding, tapi dalam masa yang sama kita aktif buka pasaran baru.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tumpuan Strategik: Membuka Potensi Perdagangan Malaysia-Ethiopia! 💡🇲🇾🇪🇹
Pertemuan delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim, dan Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali, mengukuhkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara! Pembukaan semula Kedutaan Malaysia di Addis Ababa pada September 2025 adalah langkah strategik yang akan mempercepatkan lagi momentum ini.
Kami melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik untuk produk Malaysia ke benua Afrika, manakala Malaysia pula sebagai pintu masuk untuk produk Ethiopia ke pasaran ASEAN. Sektor-sektor utama untuk kerjasama termasuklah industri Halal, di mana terdapat potensi besar untuk eksport makanan dan minuman Halal Malaysia , selain produk seperti kelapa sawit. Kami juga sedang meneroka peluang untuk mengimport kopi berkualiti tinggi, biji minyak, dan hasil hortikultur dari Ethiopia. MITI komited untuk terus menyokong pengukuhan hubungan perdagangan dua hala ini!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lawatan Bersejarah ke Ethiopia: Ukhuwah Diperkukuh! 🤝🇲🇾🇪🇹
Sambutan Rasmi di Istana Negara Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia mencerminkan penghormatan mendalam dan persahabatan erat antara Malaysia dan Ethiopia. Acara simbolik menanam pokok kelapa sawit oleh YAB PM bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali, di taman Istana Negara pula melambangkan persahabatan tulen dan komitmen Ethiopia untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Malaysia dalam pelbagai sektor.
Lawatan ini turut meliputi tinjauan ke Muzium Istana Negara. Melihat sendiri artifak sejarah dan warisan bangsa Ethiopia yang dipamerkan di sana mencerminkan tekad kepimpinan Ethiopia hari ini untuk menjadikan warisan lampau sebagai sumber ilham dan pedoman untuk generasi masa hadapan. Pengalaman ini amat bermakna, dan saya yakin jalinan persahabatan serta iltizam kerjasama strategik yang terjalin ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pelaburan yang menguntungkan kedua-dua negara!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ethiopia – Batu Lonjakan Malaysia di Afrika! 🚀🇲🇾🇪🇹
Alhamdulillah, banyak yang berjaya dicapai dalam lawatan rasmi ke Ethiopia kali ini!
Selain daripada High-Level Malaysia-Ethiopia Business Forum di Addis Ababa yang mencapai kejayaan besar, YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim, turut mengadakan perbincangan dengan Presiden Ethiopia, T.Y.T. Taye Atske-Selassie. Kehadiran delegasi Malaysia-Ethiopia di forum perniagaan amat memberangsangkan, melibatkan seramai 200 wakil perniagaan dari kedua-dua negara. Forum ini juga diserikan dengan kehadiran pemimpin utama Ethiopia seperti Menteri Perdagangan dan Integrasi Serantau, T.Y.T. Kassahun Gofe dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelaburan Ethiopia, T.Y.T. Dr. Zeleke Temesgen.
Ethiopia menawarkan asas yang kukuh untuk kerjasama yang lebih mendalam, terutamanya dalam sektor berpotensi tinggi seperti teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui, dan kewangan Islam. Kerjasama ini membuka peluang besar untuk menjadikan Ethiopia sebagai pintu masuk strategik produk Malaysia ke Afrika. Kita juga mengalu-alukan syarikat dan pelabur dari Ethiopia untuk meneroka peluang di Malaysia, ASEAN, dan seluruh rantau Asia-Pasifik, menjadikan kita jambatan yang menghubungkan potensi Afrika ke dinamisme Asia.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
TERBAIK! 🚀 Eksport Oktober 2025 Catat Rekod Tertinggi Baru!
Alhamdulillah, Malaysia terus mengukir kejayaan! Prestasi perdagangan luar negara kita pada Oktober 2025 telah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah. Jumlah perdagangan kita berkembang 13.6% kepada RM277.65 bilion. Eksport kita pula MENCANAK naik 15.7% tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion—rekod tertinggi setakat ini!
Pendorong utama? Sektor perkilangan kekal juara, terutamanya permintaan kukuh bagi barangan Elektrik & Elektronik (E&E) serta barangan optik dan saintifik, di mana kedua-duanya mencatat nilai eksport tertinggi! Ini adalah petanda jelas ketahanan ekonomi Malaysia di tengah ketidaktentuan global.
Lebih manis lagi, kita mengekalkan lebihan dagangan untuk 66 bulan berturut-turut sejak Mei 2020! MITI dan #matrade kekal komited untuk membantu syarikat Malaysia memanfaatkan 18 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kita, termasuk CEPA Malaysia-UAE yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2025, untuk terus berkembang di arena antarabangsa! Teruskan momentum ini, Malaysia! 🇲🇾✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Awal Pagi di Addis Ababa: Morning Run Sebelum Bertugas! 🏃♂️🇪🇹
Pernah bayangkan bagaimana rasanya berlari di puncak Gunung Tahan? Haa, cubalah berlari di Addis Ababa! Dengan udaranya yang nipis kerana berada pada ketinggian mencecah 2,500 meter di atas paras laut, ia sebenarnya jauh lebih tinggi daripada puncak Gunung Tahan pada 2,187 meter! 🤯
Sebelum agenda rasmi dan mesyuarat penting bermula, wajib curi masa untuk tingkatkan stamina. Cabaran pagi ini, di samping menguruskan pernafasan dalam udara tipis ini, adalah memastikan saya tak kena potong dengan makcik-makcik Ethiopia yang tengah bersenam! 😅
Sama seperti kita perlu merancang setiap langkah dalam larian jarak jauh, kita juga perlu ketepatan dan ketabahan dalam melaksanakan strategi ekonomi negara. Insya-Allah, kita akan pastikan setiap perbincangan hari ini membuahkan hasil untuk memperkukuh kedudukan perdagangan dan pelaburan Malaysia. Jom kita pecut dan teruskan momentum kejayaan! 💪
#tza #gayahidupsihat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Nak tahu lebih lanjut tentang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat?
Layari www.miti.gov.my/ART
Ciri-ciri utama pautan laman ART adalah seperti berikut:
* “Bagaimana ART Menjamin Akses Pasaran AS untuk Anda”: ringkasan utama untuk orang awam, perniagaan dan PKS
* Soalan Lazim (FAQs): sumber rujukan tunggal yang memberikan jawapan tepat kepada persoalan utama berkaitan ART
* Pusat Dokumen & Rujukan: kenyataan rasmi, ucapan dan bahan rujukan untuk pembacaan serta analisis yang lebih mendalam
Untuk pertanyaan teknikal, sila e-mel ke ART Helpdesk di: tariff@miti.gov.my
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Setelah hampir enam bulan berunding, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS sudah dimeterai! Ini bukan pilihan kita, tapi realiti geopolitik yang kita hadapi untuk pertahan akses ke pasaran eksport terbesar kita. Kepada yang kritik, tolonglah berhujah dengan fakta, bukan fitnah! Kami, Kerajaan MADANI, bertindak pantas dan berprinsip untuk melindungi mata pencarian jutaan rakyat Malaysia. Hasilnya? Kadar tarif AS berjaya diturunkan dari 25% kepada 19%, malah kita dapat pengecualian untuk 1,711 barisan tarif produk utama bernilai RM22 bilion!
Isu garis merah negara seperti hak Bumiputera dan standard Halal kita pertahankan, tiada satu klausa pun yang melanggarnya.
Pembelian berjumlah RM1 trilion dari AS? Senarai perolehan di bawah perjanjian ini bukan perkara baharu. Saya ada terangkan pada bulan Ogos yang lepas di Parlimen. Pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada Kerajaan. Apa yang kita buat, kita tanya kepada syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia dan juga GLC, apakah perancangan pembelian mereka dari Amerika Syarikat dan kita senaraikan semua pembelian tersebut. Kalau tak ada tarif pun, memang mereka akan beli juga kerana ia adalah perolehan yang telah dirancang.
Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025, jauh lebih awal daripada tarikh pengumuman tarif oleh Trump.
Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh PETRONAS. PETRONAS sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat. Sebelum pengumuman tarif pun PETRONAS dah beli LNG dari Amerika Syarikat. Tapi sebab kita tak kerja di PETRONAS, bila dengar pengumuman sahaja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baharu. Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial PETRONAS bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa.
ART ini adalah pagar yang kita bina, memastikan tindakan selepas ini mesti melalui rundingan, bukan ugutan unilateral. Kedaulatan negara tetap terpelihara! 🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari yang Sangat Bersejarah untuk ASEAN-China! 🇨🇳🇲🇾
Hari ini, 28 Oktober 2025, menjadi saksi satu lagi kejayaan besar di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025! Selaku Pengerusi Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM), saya telah menandatangani Protokol Menaik Taraf Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 bersama TYT Wang Wentao, Menteri Perdagangan China. 🖋️ Protokol ini merupakan salah satu Keberhasilan Ekonomi Keutamaan (PED) kita tahun ini! Acara penting ini turut disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China, serta dihadiri para Pemimpin dan Menteri-Menteri dari ASEAN dan China di KLCC, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-28. 🤩
ACFTA 3.0 yang dipertingkat ini sangat penting kerana ia merangkumi bidang baharu yang kritikal untuk masa hadapan seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna, dan sokongan kepada PMKS. 🚀 Ia membuktikan komitmen bersama ASEAN-China untuk memperdalam integrasi ekonomi, memperkukuh rantaian bekalan serantau, dan memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Insya-Allah, kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN! 🇲🇾✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
🔥 Serlahkan Malaysia di Asia Summit! 🔥
Berbesar hati dapat kembali ke Milken Institute Asia Summit di Singapura hari ini. Tema tahun ini, "Progress with Purpose: Collaboration Amid Complexity," memang kena dengan strategi Malaysia untuk terus maju dalam dunia yang penuh cabaran. 🇸🇬🤝
Fokus saya dalam ucaptama adalah mengenai tiga strategi utama kita: Reformasi Industri (melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (#nimp2030), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS); melonjakkan Inovasi & Kompleksiti Ekonomi; dan strategi Transisi Hijau yang lestari.
Kita juga giat memacu inisiatif rentas sempadan seperti JS-SEZ (Johor-Singapore Special Economic Zone). Semua ini demi membina Malaysia yang lebih kukuh, canggih, dan memastikan rakyat mendapat pekerjaan yang lebih baik serta pendapatan yang lebih tinggi di bawah payung #ekonomimadani.
Jom, jadikan Malaysia pintu masuk anda ke rantau ASEAN!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Program pertama bersama YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang, dan YB Altimet, ADUN Lembah Jaya dan EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor., YB Datuk Borhan Aman Shah.
Program Rewang Komuniti Strata Peringkat MPAJ 2025 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ini berlangsung di Pangsapuri Desa Lembah Permai, Ampang Jaya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. Semoga semangat kebersamaan ini terus subur! 🤝
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Beli pesawat Boeing ni membazir duit cukai rakyat?
Pembelian pesawat ini sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dan dibiayai menggunakan dana syarikat, BUKAN duit cukai RAKYAT!
Rancangan pembelian ini telah diumumkan SEAWAL MAC 2025 lagi, masa tu Presiden Trump BELUM umumkan tarif lagi! Tak percaya? Boleh tengok headline yang saya share sini!
Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila Amerika Syarikat mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan. Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke US berbanding membeli barang dari US, jadi US cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25%.
Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif!
Pendekatan ini menunjukkan kepada AS bahawa kita juga pembeli besar produk mereka, dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25% kepada 19%! 📉✈️
Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara.
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #tarif #trump #usa -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari 25% ke 19%!
Syukur, rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuahkan hasil positif. Setelah mengadakan rundingan yang kompleks sejak 6 Mei 2025, AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif timbal balas ke atas eksport kita dari 25% kepada 19% mulai 1 Ogos 2025! Keputusan ini adalah bukti hubungan ekonomi yang kukuh dan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai.
Apa yang sama pentingnya ialah penurunan tarif ini telah dicapai tanpa menjejaskan kedaulatan negara kita, membolehkan kita terus melaksanakan dasar-dasar penting untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi. Kami di MITI akan terus bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan tarif ini dan pada masa yang sama, meneroka peluang baharu untuk syarikat Malaysia, terutamanya PKS.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini. Bersama-sama, kita akan terus memacu potensi global Malaysia!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #tarif #trump #usa -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ini, saya telah mengemukakan Rang Undang-Undang Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025 di Parlimen. Ini adalah langkah penting untuk melindungi industri tempatan kita daripada amalan perdagangan tidak adil dan memastikan daya saing produk kita di pasaran! 📈
Rang Undang-Undang ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan persekitaran perniagaan yang sihat dan adil untuk semua. Terus doakan agar usaha ini membawa kebaikan berpanjangan kepada ekonomi negara dan rakyat! 🇲🇾
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #parlimen #dewanrakyat -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Encik Salleh tanya "Mana Kilang MADANI?" 🤔 Saya kongsi sebahagian pelaburan yang diluluskan dan telah memulakan operasi di bawah #kerajaanmadani! 🏭💸
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #daripotensikerealiti #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dari Potensi Ke Realiti: Safran
Dalam banyak-banyak pelaburan, tak ada ke yang masuk Negeri Sembilan?
Haa, ada! Potensi pelaburan Safran Landing Systems, syarikat aeroangkasa terkemuka dari Perancis, telah diumumkan semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan ke sana.
Kini, Safran Landing Systems telah melabur RM860 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sistem brek karbon mereka di Sendayan, Seremban untuk dibekalkan kepada lebih 100 syarikat penerbangan seluruh dunia! Pelaburan berskala besar ini telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri aeroangkasa serantau.
Dengan 98% tenaga kerja mereka terdiri daripada anak tempatan, pelaburan Safran telah membawa manfaat besar kepada komuniti kita.
Dari potensi, kita jadikan realiti!
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #daripotensikerealiti #pelaburan #aeroangkasa -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tak nampak pelaburan masuk Malaysia? Itu tandanya….
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Burning the midnight oil! 🔥
Lewat malam ini, #teammiti dan agensi masih lagi bertungkus-lumus membuat persiapan akhir demi memastikan Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) berjalan lancar! 💪
Terima kasih atas semangat dan dedikasi luar biasa anda semua. Dengan usaha gigih yang dicurahkan, pastinya acara penting ini akan menjadi kenangan manis untuk setiap delegasi yang hadir! 🚀✨
#tza #mitimalaysia #pemacupotensiglobal #madanibekerja #myasean2025 #memacuekonomiasean2025 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bersiap siaga hadapi tarif timbal balas Amerika Syarikat! 🔥
Bukan calang-calang persediaan untuk Sidang Khas Parlimen esok - input padu dari MITI, kementerian dan pihak terkait, serta pandangan bernas ahli Parlimen dari Backbencher Club (BBC) kita himpunkan! 💪 Esok, kita bedah siasat impaknya dan juga tindak balas Malaysia. 🇲🇾
Jangan lupa saksikan!
#tza #miti #pemacupotensiglobal #madanibekerja #usa #tarif #trump -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
www.bbc.com/news/articles/c0455k6g71eo
Malaysia's stance is clear: we won't choose between the US and China. Our priority is protecting our own interests. We understand US concerns, but Malaysia as the Chair of ASEAN can be a bridge, fostering US-ASEAN understanding. The proposed US tariffs are a concern – they could disrupt investment and the global economy. It's crucial to remember that we're not just exporters; we're allies and economic partners.
#tza #miti #thisiswhereglobalstarts #madaniisworking #tariff #usa #trump #china -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Satu kilang pun tak buka di Malaysia sejak Kerajaan MADANI memerintah? 🏭🔍 Satu lagi misteri untuk Sherlock Homes! 🕵️♂️
#tza #miti #pemacupotensiglobal #pelaburanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Desaru, Johor, here we go! ️
Pagi-pagi lagi dah start dengar briefing daripada Sekretariat ASEAN MITI tentang agenda Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31.
Dengan persiapan mantap, insya-Allah permukiman ini akan berjalan lancar dan produktif. Semua ni demi memartabatkan Malaysia dan ASEAN di mata dunia. 🇲🇾 Doakan kami terus berjaya! ✨
#tza #miti #pemacupotensiglobal #myasean2025 #memacuekonomiasean2025🇲🇾🌺 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Gong Xi Fa Cai! 🎉 Sambutan Tahun Baru Cina MITI memang meriah!
Seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan dari pelbagai pertubuhan, agensi dan kedutaan. Semoga tahun baru ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan untuk kita semua!
#tza #miti #pemacupotensiglobal #tahunbarucina #cny -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Patik dengan penuh rasa hormat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak, serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak, menghadiri majlis istimewa “The Next 50 Years and Beyond” yang dihoskan oleh Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group.
Tahniah juga Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah di atas kejayaan Sunway Group sepanjang 50 tahun ini. Semoga lebih banyak syarikat Malaysia akan dapat mengukir saat gemilang seperti ini.
#tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Hari ni kita lenjan 5km+!
Bukan lari 5km+, tapi kita lawat Penang Silicon Design @5km+.
RM50 juta! Itulah geran yang diumumkan YAB PM bagi memacu inisiatif ini semasa perasmiannya tadi.
Inisiatif Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama #miti dan @OfficialMIDA ini bakal mengukuhkan kedudukan negara dalam landskap semikonduktor global dan membantu memastikan daya tahan rantaian bekalan untuk industri penting ini.
Perkhidmatan Pembuatan Elektronik (EMS) merupakan sub-sektor sasaran di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS). Inisiatif ini insya-Allah akan menarik pelaburan yang kita sasarkan daripada syarikat reka bentuk IC global.
#tza #pemacupotensiglobal #semikonduktor #penang -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
こんにちは、また日本! (Hello again, Japan!) 🇯🇵
Selesai Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Seoul, Korea; saya terus ke Osaka, Jepun untuk melawat Pavilion Malaysia di Pulau Yumeshima, lokasi Ekspo Dunia 2025 Osaka, Kansai.
Dengan tahap pembinaan kini mencapai 73.91%, Pavilion Malaysia direka untuk mempamerkan warisan karya negara, semangat inovasi, dan komitmen terhadap kelestarian, di bawah tema “Weaving a Future in Harmony”.
Pavilion ini bakal menjadi simbol perpaduan antara tradisi dan teknologi serta salah satu tarikan utama di Ekspo ini. Saya yakin Pavilion Malaysia mampu memukau jutaan pengunjung dan memperkenalkan keunikan serta kehebatan negara kita di pentas global.
Malaysia menyasarkan untuk menarik 1.5 juta pengunjung dan menjana RM13 bilion dalam perdagangan dan pelaburan melalui penyertaan ini. Ini bukan sekadar misi MITI, tetapi juga misi nasional yang akan membawa manfaat besar kepada negara.
Tak sabar nak tengok hasil akhir Pavilion Malaysia yang pastinya akan mencipta kebanggaan buat kita semua!
#malaysiamadani #ekspo2025osaka #osaka #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Kita tak pernah sabotaj pelaburan ke Kedah! Malah telah banyak pelaburan yang kita bawa masuk ke sana.
Terkini, susulan pertemuan bersama YAB PM di Korea, Hyundai Motor Company (HMC) telah mengumumkan pelaburan tambahan RM2.16 billion di Kulim, Kedah.
HMC merancang untuk menjalankan pemasangan kenderaan tempatan, termasuk model EV, di Kulim, Kedah. Selain itu, syarikat ini juga akan menghasilkan model premium dan mewah yang disasarkan untuk pasaran ASEAN. Pengeluaran dijangka akan bermula pada pertengahan 2025.
Kerjasama ini turut merangkumi pengembangan ekosistem EV tempatan, dengan penekanan kepada teknologi bateri EV yang berinovasi tinggi.
Pelaburan tambahan Hyundai akan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab automotif serantau, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (#nimp2030). Komitmen Hyundai juga akan mewujudkan ratusan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia, dan mencipta lebih banyak pekerjaan tambahan untuk perusahaan kecil dan sederhana yang menyokong
operasi mereka.
#malaysia #korea #malaysiamadani #hyundaimotorcompany #automotif #ev #pemacupotensiglobal #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mesir > Arab Saudi > Peru > Brazil
Doakan kejayaan misi kami, semoga hasil cemerlang dibawa pulang untuk tanah air kita. Amin.
#tza #miti #pemacupotensiglobal #apec #apecperu2024 #g20
Kredit: PMO -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Lawatan rasmi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke China diakhiri dengan pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping.
Semasa lawatan ini, MITI dan National Development and Reform Commission (NDRC) China menandatangani Rancangan Kerjasama Belt and Road Initiative (BRI), yang menggariskan pembangunan berkualiti melalui koordinasi dasar, kesalinghubungan infrastruktur, kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta pelbagai sektor seperti pendidikan, teknologi, budaya, dan kesihatan.
Perkembangan ini selaras dengan harapan Presiden China untuk merapatkan hubungan kedua-dua negara khususnya dalam perdagangan, pembangunan, dan kerjasama serantau.
Insya-Allah, kita akan terus bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih gemilang bagi kedua-dua negara.
#malaysia #china #beijing #pelaburan #perdagangan #miti #pemacupotensiglobal #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Besar tak gaji jurutera di Westports?
#stem #tvet #westports #miti #pemacupotensiglobal #tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Yatta!
Finally finished my first 21 km since 2020! Masa agak slow, but in my defence, @imokman and I were the pacers for High Commissioner of Singapore to Malaysia, HE Vanu Gopala Menon. It's his first ever 21km run in KL so congratulations HE Vanu! Another item to cross off your bucket list!
Ramai kawan dan kenalan pun join @klscmarathon . Besides Ong Kian Ming ada YB @niknazmi dan YB @SyedSaddiq .
Saya baru nak ajak Nik Nazmi join team saya untuk Bungwak Run tapi bila tengok time lagi slow dari saya, kena fikir balik. Tapi Bungwak Run ni lari 1 batu je, mungkin dia laju short distance. OKlah, boleh pertimbangkan semula. 😁
#klscm #klscm2024 #gayahidupsihat #tza @klscmarathon -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
YAB Perdana Menteri berkesempatan bertemu pelbagai pihak untuk membincangkan serta menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan dua hala, terutamanya menerusi Forum Ekonomi Timur ke-9 (9th EEF).
🇲🇾🤝🇷🇺
#malaysiamadani #malaysiarusia #rusia #eef #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25 antara Brunei dan Malaysia ini melibatkan pertemuan antara YAB PM dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei serta pemimpin kedua-dua buah negara. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk membincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam kerjasama dua hala sedia ada, di samping meneroka peluang kerjasama baharu demi kepentingan bersama.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala antara kedua-dua negara.
#malaysia #brunei #miti #pemacupotensiglobal #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia is fast becoming a haven in Southeast Asia and foreign investors are returning to a long-overlooked market as a confluence of improving growth, stable government and rising currency sets it apart among peers grappling with political flux.
The comeback story for Malaysia is underpinned by an economy that expanded at its fastest rate in 18 months in the second quarter and a stable political environment since Anwar Ibrahim became prime minister in 2022 after years of turbulence.
#thisiswhereglobalstarts #miti #tza
www.reuters.com/markets/asia/malaysia-shines-foreign-inve… -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, di kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan.
YAB PM turut memperkenalkan barisan Menteri yang hadir kepada TYT Narendra Modi.
#india #malaysia #pemacupotensiglobal #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Namaste India!
Selamat datang YAB PM ke New Delhi. Semoga kehadiran beliau menjadi titik tolak hubungan lebih erat antara kedua-dua negara.
Seperti biasa #teammiti turut serta untuk meningkatkan perdagangan serta menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dari negara Asia Selatan ini.
Kita telah mengatur pertemuan YAB PM dengan pelbagai syarikat utama India. Insya-Allah, pertemuan yang diatur akan membuahkan hasil.
#india #malaysia #pemacupotensiglobal #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tanya Tesla.
Betul ke Tesla tak jadi bina kilangnya di Asia Tenggara?
Laporan ini diterbitkan oleh sebuah akhbar Thailand dan dipetik semula oleh akhbar negara kita.
Pertamanya, laporan tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.
Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini.
Habis tu, buang masa lah Kerajaan beri pelbagai keistimewaan kepada Tesla?
Haa, tak betul tu.
Dalam usaha mengukuhkan ekosistem EV, Kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri yang terbuka untuk mana-mana pembuat kenderaan EV. Antara syarat-syarat yang dikenakan ialah
1.Memasang sekurang-kurangnya 50 unit ultra fast charger dengan kapasiti melebihi 180 kWh
2.Memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada ultra fast charger yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk jenama kenderaan selain daripada jenama milik syarikat
dan
3.Bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam membangunkan ekosistem industri perkhidmatan pengecasan EV termasuk menggunakan kontraktor tempatan yang membuat pemasangan pengecas EV, pembekal peralatan seperti transformer, kabel dan lain-lain lagi.
Ini siaran media yang memperincikan butir-butir pelaburan Tesla di Malaysia:
www.mida.gov.my/media-release/tesla-to-invest-in-malaysia…
Tujuan inisiatif ini ialah untuk meningkatkan rangkaian pengecas untuk kegunaan pemilik kenderaan EV tempatan dan juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem pengecasan EV.
Melalui program yang serupa, negara seperti China, Hong Kong, dan Norway telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Apabila ini berlaku, banyak PKS tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV.
Setakat ini, hanya Tesla yang telah memohon dan diluluskan penyertaannya dalam inisiatif Global BEV ini tetapi kita mengalu-alukan penyertaan pembuat EV lain.
Jadi, bila kata Tesla dapat layanan istimewa, tak betul tu, mana-mana syarikat pun boleh memohon untuk inisiatif ini.
Sekali lagi saya ulang, MITI atau mana-mana agensinya TAK PERNAH BUAT PENGUMUMAN TESLA AKAN BUKA KILANGNYA DI MALAYSIA.
Walau apapun, MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.
Strategi untuk menarik pelaburan dalam industri automotif tidak terhad kepada Tesla sahaja.
Dari 2022 hinggalah suku pertama 2024, kita telah menarik pelaburan bernilai RM24.55 bilion dalam aktiviti pembuatan berkaitan EV daripada syarikat seperti Chery, Gemilang Coachwork, Samsung SDI Energy, NexV Manufacturing dan EVE Energy. Pengeluar tempatan kita turut menyokong rantaian bekalan global Tesla dengan membekalkan alat ganti, komponen dan sistem automasi kilang kepada mereka.
Selain pelaburan dalam sektor automotif, Kerajaan juga menarik pelaburan dalam pelbagai sektor lain. Bagi Suku Pertama 2024 sahaja, pelaburan diluluskan adalah RM83.7 bilion- naik 13% berbanding tahun lepas.
Insya-Allah, MITI akan terus berusaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
#tesla #miti #pemacupotensiglobal #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
After years of getting shunned, Malaysia’s stock market is regaining favor with global investors.
International funds turned net buyers of the equities this year as Prime Minister Anwar Ibrahim drove policies to boost foreign investments in the semiconductor industry and artificial intelligence data centers.
Malaysia is emerging as a key bet on AI-related services in the region, while its position as a hub in the global chip supply chain boosts exports. The country also stands to gain from companies re-locating operations amid escalating trade tensions between the US and China.
#investment #thisiswhereglobalstarts #pemacupotensiglobal #miti #tza
Bloomberg Markets
@markets
After years of getting shunned, Malaysia’s stock market is regaining favor with global investors due to its AI push www.bloomberg.com/news/articles/2024-07-23/anwar-s-tech-p…
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Petang tadi saya bersama YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Menteri Luar Negeri, telah mempengerusikan sesi libat urus bersama pihak swasta sempena kepengerusian Malaysia bagi ASEAN pada tahun hadapan.
Tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN memerlukan kerjasama semua pihak - Kerajaan dan swasta - bagi menjamin kejayaannya.
Ayuh bersama kita pastikan penganjuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang cemerlang!
#malaysiamadani #asean #mofa #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sembang santai empat Menteri!
Bukan senang nak jumpa empat Menteri sekaligus tapi di National Training Week saya disertai rakan Kabinet saya YB Steven Sim Chee Keong @scheekeong, Menteri Sumber Manusia; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri @NancyShukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; serta YB Senator Dato’ Sri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir @ZambryOfficial, Menteri Pendidikan Tinggi.
Topik yang kami bincangkan? Bagaimana untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi pembangunan modal insan.
Di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (#ssn), kita mensasarkan 60,000 bakat berkemahiran dalam kejuruteraan dan teknologi untuk menampung permintaan industri berteknologi tinggi. Tetapi dengan jumlah pelajar STEM yang semakin berkurangan, mampukah kita menyediakan tenaga kerja yang mencukupi?
Di negara maju, TVET bukanlah sekadar pilihan kedua jika gagal dalam pelajaran sebaliknya adalah pilihan kerjaya yang dipandang tinggi. Inilah perspektif yang perlu ditekankan kepada para ibubapa dan pelajar.
Mampukah MITI menarik minat para pelajar dan menyediakan bakat berkemahiran tinggi ini secara bersendirian? Tidak!
MITI memerlukan kerjasama Kementerian-kementerian serta pemegang taruh lain termasuklah pihak swasta. In short, it’s a whole of nation approach.
Dalam dunia yang pantas berubah ini, kita tak boleh lepaskan peluang untuk melonjakkan sektor perindustrian negara. Insya-Allah, kerjasama antara pelbagai pihak akan terus ditingkatkan demi kelestarian dan kesejahteraan ekonomi negara.
#hrdcorp #nationaltrainingweek #ntw2024 #myntw #getsmartgetskilled #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
How is MITI supporting the nation’s talent and economic development aspirations?
I will be at National Training Week 2024 as part of the 'Ministers' Pioneering Excellence: Creating a Talent-Driven Economy – Government Policies and Practices' session.
My colleagues - YB Steven Sim, Minister of Human Resources; YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Minister of Higher Education; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Minister of Women, Family, and Community Development will also be there.
We will be at MITEC Kuala Lumpur, 27 June, 7.00 - 9.30 pm.
See you there!
#ntw2024 #thisiswhereglobalstarts #pemacupotensiglobal #miti #tza
@scheekeong @NancyShukri @ZambryOfficial @hrdcorp_ -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
1. Kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking (WCR) 2024 lebih rendah daripada tahun lepas?
Ya betul, tapi kita tak perlu panik – ini hanyalah salah satu kayu pengukur. Ada banyak lagi kayu pengukur daya saing yang lain di peringkat global, seperti Global Competitiveness Report (GCR), Global Innovation Index (GII), Economic Freedom Index, dan lain-lain.
Tapi pada masa yang sama tak bermakna kita akan abaikan dapatan WCR ni. Semua kayu pengukur ni boleh dijadikan indikator untuk kita meningkatkan lagi prestasi negara. Satu lagi kita kena ingat, ranking WCR tahun 2024 ni kebanyakannya berdasarkan data 2023. Jadi, kedudukan dalam WCR 2024 mencerminkan prestasi Malaysia pada 2023 berbanding 2022. Tapi ada beberapa komponen yang sebenarnya dah meningkat tahun ini dan insya-Allah akan dicerminkan dalam ranking tahun depan.
Antara faktor penurunan prestasi WCR 2024 ialah:
i. Ketidaktentuan dalam kestabilan kadar pertukaran matawang
ii. Penurunan eksport produk berteknologi tinggi
iii. Peningkatan subsidi kerajaan -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
MITI akan bangunkan insentif khas untuk pusat data AI.
Dalam menambah baik kerangka insentif semasa, MITI akan menggalakkan mekanisme penggunaan peralatan cekap tenaga dan air, program pembangunan vendor tempatan dan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi dalam inovasi dan pembangunan bakat. MITI juga akan bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam penyediaan tenaga boleh baharu yang mencukupi bagi kegunaan pusat data AI.
Bagi tempoh 2021 - 2023, Malaysia telah meluluskan pelaburan di dalam pusat data dan perkhidmatan awan (cloud service) berjumlah RM114.7 bilion, dengan 2,325 peluang pekerjaan baharu bernilai tinggi (high-value jobs) dalam bidang kepakaran khusus, seperti saintis data, penganalisis data, jurutera data, penganalisis keselamatan siber dan jurutera rangkaian.
Pusat data AI mampu mempercepatkan agenda transformasi digital negara. Limpahan ekonomi yang dibawa termasuklah penarikan pelaburan baharu di dalam sektor pembuatan, berikutan meningkatnya permintaan untuk infrastruktur digital.
MITI akan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi pusat data AI.
#ai #miti #thisiswhereglobalstarts #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pertemuan YAB PM bersama Naib Presiden Amazon, Michael Punke merupakan kseinambungan pengumuman AWS mengenai pelaburan infrastruktur pengkomputeran awan sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia pada Mac 2023 yang lalu.
Infrastruktur digital, seperti pusat data dan pengkomputeran awam, akan berfungsi sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi digital yang berterusan, di mana pasaran pusat data Malaysia dijangka berkembang sebanyak 9.41% dari 2023 hingga 2028.
Kerajaan akan terus bekerjasama bersama Amazon bagi menyediakan sumber, infrastruktur dan ekosistem digital, bagi membentuk masa depan yang lebih cerah dalam sektor digital negara.
Saya yakin Malaysia mampu menjadi hab digital di Asia Tenggara sekaligus mejadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan teknologi global.
#malaysiamadani #amazon #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Penghargaan terhadap Toshihiko Izutsu
Hari ketiga di Tokyo, Jepun, YAB PM menyampaikan syarahan di Pusat Pengetahuan dan Inovasi, Universiti Keio yang dihadiri oleh 500 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang.
YAB PM dalam syarahannya berkongsi tentang seorang sarjana dari Jepun yang luar biasa iaitu Toshihiko Izutsu, yang karyanya menceritakan tentang persilangan budaya melalui terjemahan dan kajian Al-Qur'an. Karya Izutsu telah memperkaya pemahaman persilangan budaya dan agama, walaupun berbeza bahasa.
Selain itu, saya dan delegasi Malaysia sempat beramah mesra dengan pelajar serta pensyarah di Universiti Keio.
Program seperti ini, insya-Allah, dapat meningkatkan kefahaman tentang budaya serta agama, dan memperkukuh hubungan silang budaya.
#malaysiamadani #japan #miti #tza #crossculture -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama.
Dalam ucaptamanya di Forum Masa Depan Asia Ke-29 anjuran Nikkei, YAB PM berkata pelabur khususnya dalam sektor pembuatan, tercari-cari destinasi pelaburan yang sesuai di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di seluruh dunia, termasuklah sekatan perdagangan yang melibatkan mikrocip.
Malaysia adalah destinasi pelaburan yang sesuai oleh kerana kestabilan, tenaga buruh mahir, dan sikap berkecuali negara kita.
Apa buktinya?
Pada 2023, negeri Pulau Pinang, hab semikonduktor Malaysia, menarik FDI AS$13 bilion, melebihi gabungan jumlah FDI tujuh tahun sebelumnya.
Saya yakin persidangan ini telah memberi pencerahan dan membuka mata pelbagai pihak seperti para pelabur dan ahli perniagaan tentang potensi besar Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing.
#malaysiamadani #japan #nikkeiforum2024 #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Selepas Majlis Makan Malam bersama rakyat Malaysia di Qatar semalam, saya mengajak beberapa orang sahabat lama saya yang turut menghadiri majlis makan malam untuk mendengar pandangan mereka antaranya bagaimana diaspora Malaysia di Qatar dapat membantu negara meningkatkan perdagangan dengan Qatar.
Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Menteri Luar Negeri turut bersama-sama mendengar pandangan bernas dari anak-anak Malaysia ini yang kini sudah memegang jawatan-jawatan penting di Qatar.
Insya-Allah, dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bukan saja yang berada dalam negara malah yang merantau di luar negara seperti mereka ini, objektif #malaysiamadani akan dapat dicapai.
#doha #qatar #misidagangqatar #miti #thisiswhereglobalstarts #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Umur 42 tahun pun boleh dapat Sijil Kemahiran Malaysia!
Tahniah kepada 94 graduan Akademi Dalam Industri yang dianugerahkan SKM Tahap 2 semalam.
Akademi Dalam Industri memberi peluang rakyat Malaysia berumur 18-40 tahun untuk bekerja sambil dilatih sehingga dapat sijil SKM.
Kita nak beri peluang kepada golongan yang terpinggir juga, asalkan boleh 3M - membaca, menulis, mengira - pun dah layak memohon.
Antara graduan semalam ada yang tak ada sijil SPM pun! Alhamdulillah, sekarang dah ada SKM ni, insya-Allah prospek kerjaya lebih cerah.
Sambutan sangat menggalakkan untuk program ni tapi kekangan kita ialah kekurangan syarikat yang mampu dan sanggup melatih mereka sehingga layak mendapat SKM.
Jadi, saya mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat ke Akademi Dalam Industri. Syarikat yang terlibat juga akan terima insentif menarik! Sila hubungi urus setia program, Malaysia Productivity Corporation (MPC), untuk maklumat lanjut.
#mpc #akademidalamindustri
#thisiswhereglobalstarts #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Tahu tak, Google dah beroperasi di Malaysia selama 13 tahun? Lama kan?
Hari ni, YAB PM mengadakan perbincangan bersama delegasi Google secara maya untuk membincangkan langkah-langkah bagi mempercepatkan transformasi digital negara.
What's the next step for Google in Malaysia?
Tungguuuuu...
#google #digital #digitalinfrastructure #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia - the new semiconductor powerhouse.
#malaysia #microchips #semiconductors #miti #tzThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ada dua orang jurujual kasut. Kedua-duanya dihantar ke negara yang sama. Seorang balik dan mengadu pada bos, "Tak ada market untuk kasut kita boss, semua orang kaki ayam je kat sana".
Seorang lagi balik dengan penuh teruja, "Boss, market besar boss! Semua orang belum pakai kasut lagi, banyak kita boleh jual ni!"
Apa kaitan cerita ini dengan Misi Pelaburan dan Perdagangan kita ke Jerman?
Misi kami bukan sekadar untuk menarik pelaburan, malah untuk membantu para pengusaha tempatan meningkatkan eksport mereka ke Jerman. Sehubungan itu, saya telah mengadakan pertemuan bersama Association for Supply Chain Management, Procurement and Logistics (BME). Turut hadir ialah salah satu daripada ahli mereka, Deutsche Bahn, syarikat kereta api nasional untuk Jerman dan salah satu syarikat kereta api terbesar di dunia.
BME mempunyai 9,750 ahli. Jumlah pembelian ahlinya secara purata adalah sebanyak €1.25 trilion, lebih satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman. Tetapi sayang, cuma 0.02% pembelian adalah dari Malaysia.
Jadi, saya sebenarnya teruja kerana seperti jurujual kedua tadi, saya melihat keadaan ini sebagai peluang besar untuk Malaysia! Kalau sekarang jumlah pembelian ahli BME baru 0.02%, maknanya potensi untuk meningkatkan eksport Malaysia sangat besar!
#malaysiamadani #jerman #perdagangan #matrade #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru-baru ini akhbar antarabangsa Financial Times telah membuat liputan khas tentang perkembangan sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, di mana mereka turut menemuramah YAB PM dan saya sendiri.
Saya telah berkongsi artikel tersebut bersama YAB PM, di mana pengarang memuji kejayaan Malaysia meningkatkan penguasaan di dalam sektor E&E, memanfaatkan pergeseran antara USA dan China.
Di sebalik kejayaan Malaysia, saya turut menekankan di dalam artikel tersebut kita mesti lebih agresif untuk menarik pelaburan teknologi tinggi atau kita berisiko ketinggalan kepada saingan serantau.
Malaysia mungkin telah mencatatkan peningkatan pelaburan dalam sektor E&E beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi sasaran kita ialah untuk menarik pelaburan kilang fabrikasi bahagian hadapan atau 'front end'.
Saya optimistik kita dapat menarik lebih daripada satu kilang fabrikasi bahagian hadapan. Perkara paling sukar ialah untuk menarik pelaburan yang pertama. Jika kita berjaya menarik pelaburan untuk kilang fabrikasi bahagian hadapan yang pertama, saya yakin pelabur-pelabur lain akan turut serta melabur di Malaysia.
#pelaburan #e&e #elektrikal #elektronik #mida #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya simpati dengan para pekerja kilang Goodyear Shah Alam yang bakal ditutup tahun ini. Keutamaan kita pastinya kebajikan para pekerja.
MITI dan agensinya MIDA, telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan, serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Net FDI vs Pelaburan Diluluskan, Mana Yang Betul?
Pelaburan diluluskan tak penting? Net FDI tu apa? Apa kaitan dua benda ni? Yang mana satu lebih penting?
#pelaburan #investment #ddi #fdi #dosm #miti #tzaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Baru-baru ini ada pergi Dubai?
Nak tahu jawapan penuh saya? Saksikan Youtube rasmi Suara Anak Madani Khamis ini (18/1) jam 9 malam.
#malaysiamadani #suaraanakmadani #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi ini saya telah melancarkan ibu pejabat dan Pusat TESLA pertama di Malaysia.
Kehadiran Tesla akan memudahkan pemindahan pengetahuan, membantu meningkatkan keupayaan PKS dalam ekosistem EV, serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk rakyat kita.
Pelancaran Pusat Tesla di Cyberjaya hari ini, tujuh bulan selepas pengumuman kemasukannya ke Malaysia adalah bukti kejayaan MITI dan agensinya menarik pelaburan berkualiti tinggi, serta memudahkan kemasukan pelabur ke Malaysia.
Insya-Allah, usaha ini akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#tesla #teslamalaysia #ev #pelaburan #perdagangan #ekonomi #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Pelancaran The Global Halal Summit 2023 atau GHaS 2023 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun ini sekali lagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dianjurkan secara hibrid dengan tema ‘Menerajui Dunia Halal’.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan rakan-rakan Kabinet saya kerana sudi meluangkan masa bagi perasmian GHaS 2023 ini. Semoga kita dapat terus mengekalkan Malaysia sebagai hab halal global.
#ghas2023 #mihas2023 #halal #miti #tza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sekali baca headline ni, mesti terkejut. Pasal apa nak tutup sekolah agama kan? Kita perlu semak fakta untuk tahu, apa sebenarnya cerita di sebalik headline sensasi ni.
#sekolahagama #pusattahfiz #pbtThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ramainya yang nak ambik credit pelaburan Infineon kat Kedah! Jom saya explain sikit di video ni. #infineon #investment #tza
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Program minum petang di Lahar Tabut. Ramai betul orang datang tegur Datuk Seri @reezal_merican. Sebagai bekas MP Kepala Batas, banyak jasanya kepada orang Kepala Batas & Bertam.
InsyaAllah, #bn & #kerajaanperpaduan akan merampas kerusi ini. #jelajahperpaduantza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Ke N.02 Bertam untuk berkempen bersama anak jati Bertam & sahabat saya Datuk Seri @reezal_merican.
Program pertama kami ialah ziarah rumah ke rumah di Kg Permatang Pak Maras. Dari penerimaan penduduk, saya yakin peluang beliau cerah untuk menang DUN ini. #bn #jelajahperpaduantza -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
It is imperative that we foster our industrial development to manufacture products with a higher complexity score, which in turn facilitates a higher export revenue.
Only then can we create higher-skilled, higher-paying jobs for our SMEs and our rakyat.
Malay Mail
@malaymail
Tengku Zafrul: Attracting tech investments key to higher-skilled, higher-paying jobs www.malaymail.com/news/malaysia/2023/06/13/tengku-zafrul-…
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Texas Instruments (TI) will expand its operations in KL & Melaka. Both locations will begin production as early as 2025.
With RM9.6b invested in KL, 1.3k local jobs will be created.
For Melaka, RM5b will be invested, creating 500 local jobs.
@TXInstruments
(1/2) -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menghilangkan dahaga di Masa Cafe selepas lawatan Pak @jokowi & YAB PM ke Chow Kit. Destinasi seterusnya Restoran Samudera, Kampung Baru untuk makan tengah hari.
Terbuka selera tengok sajian yang dihidangkan, Alhamdulillah.
#indonesia #jokovi #jokowiwidodo #presidenindonesia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Sempena Lawatan Kerja Pak @jokowi ke 🇲🇾, saya & Menteri Perdagangan 🇮🇩, Pak @ZUL_Hasan, telah memeterai perjanjian mengenai Perdagangan Sempadan. Satu MOU telah dimeterai bersama Menteri Pelaburan 🇮🇩, Pak @bahlillahadalia, mengenai Kerjasama Promosi Pelaburan #trade #investment
-
Post not available here, view on X
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
KL represents NEXTDC’s entry into Asia. Using Malaysia as the regional hub for its Asia expansion, NEXTDC will also develop a new Regional Operations Centre for multidisciplinary staff to support NEXTDC growth across the Asia region.
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
We welcome NEXTDC's decision in selecting Malaysia as its new investment destination. This reaffirms Malaysia's growing reputation as a premier data centre investment destination & preferred digital hub in Southeast Asia.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menerima kunjungan hormat Dr. @ZUL_Hasan Menteri Perdagangan 🇮🇩. Antara dibincangkan ialah semakan Perjanjian Perdagangan Sempadan, kerjasama mempromosi pelaburan, kerjasama dalam ekonomi hijau & digital serta kerjasama membangunkan ibu kota baharu 🇮🇩 #indonesia #pelaburan #asean
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Banyak variety makanan, kawasan lapang, banyak station jadi tak perlu beratur panjang. Favourite saya nasi kandar Saddam.
Yes, you read it right. Kat sini ada nasi kandar Saddam. Surrrr…
Dato' Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim
@irmohizam
Terima kasih kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama @tzafrul_aziz Zafrul , Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) kerana sudi berbuka puasa di @worldtradecentrekualalumpur .
Jangan lupa review best best Buffet Ramadan Nostalgia Senja kami 😁 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan 🇮🇩 Pak @ZUL_Hasan merupakan perbincangan bersama ASEAN-BAC. Pak @ArsjadRasjid selaku Pengerusi ASEAN-BAC 2023 telah memberi taklimat tentang projek sektor swasta di bawah ASEAN, serta inisiatif utama tahun ini.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
“Memori kita ni funky”.
TQ semua yg join saya & wife tengok #imaginur.
Tahniah juga @_nikamir & @lumaticfilms kerana dah kutip RM1 juta!
Menitis air mata tengok film ni. Highly recommend you guys tengok. Memang korang akan “terpukau”.
Filem kita, wajah kita! #sapotlokal -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
TQ @HishammuddinH2O sudi ke Kuala Selangor semalam untuk menyantuni #keluargaks. Semoga mandat rakyat diberikan kepada #jenterabiru Sembrong & Kuala Selangor, insyaAllah 💙
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Glad to be part of the 20,000 #keluargamalaysia at the #malaysiaday Celebration in Melaka last night! 🇲🇾
Happy 59th Malaysia Day to all beloved #keluargamalaysia. May our country remain strong, resilient and harmonious ❤️ -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Menghadiri Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah bersama KDYMM SPB YDPA dan rakan-rakan Kabinet.⠀
⠀
Raya tahun ini adalah kemenangan yang sangat istimewa buat semua. Dapat bersama keluarga & sahabat dengan lebih intim dan bermakna.
⠀
Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini 🤲 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Infografik Bantuan Prihatin Rakyat #bpr yang ditambahbaik dan diperluaskan melalui #belanjawan2021. Dianggarkan 8.1 juta Rakyat bakal menerima manfaatnya, berjumlah RM6.5 bilion InsyaAllah.
#teguhkita #menangbersama -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC yang diadakan secara maya buat pertama kalinya malam tadi. Saya amat berbesar hati berpeluang mempengerusikan mesyuarat tersebut yang disertai oleh 21 anggota ekonomi APEC.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Saya amat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam mesyuarat ABAC (APEC Business Advisory Council) 2020 petang tadi secara maya. ⠀⠀
⠀⠀
Turut bersama di mesyuarat adalah Dato’ Rohana Tan Sri Mahmood, Pengerusi ABAC, dan Mr Nobuhide Hayashi Pengerusi ABAC FEWG.
#myapec2020 -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Siaran Media
Laporan LAKSANA Ke-16 - Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)
Bertarikh 11 Ogos 2020
#prihatin #penjana #laksana -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Patik menjunjung kasih KDYMM Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan KDYMM Tuanku menerima menghadap di Istana Kedah, Bkt. Persekutuan, untuk patik mempersembahkan perkembangan terkini prestasi kewangan dan ekonomi Negara.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, moga dapat meringankan beban 2.23 juta penerima baharu dan rayuan yang diluluskan. Kerajaan juga menambah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion bagi mencapai matlamat #prihatin iaitu “lindungi Rakyat”. Bayaran akan dibuat sekaligus mulai 15 Mei.
@MOFmalaysia -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
𝐒𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐫𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐰𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩
@MOFmalaysia
www.facebook.com/102339531415802/posts/131324285183993/?d=n -
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
IMF has projected Malaysia’s GDP to grow at a rate of 9% next year (2021), the fastest among the ASEAN-5 countries. Fitch Ratings’ growth forecast is at 5.8%. @MOFmalaysia
The Edge Malaysia
@theedgemalaysia
Economic Focus: IMF: Malaysia's GDP to grow 9% in 2021, fastest among ASEAN-5 countries - Bernama u.theedgemarkets.com/r/613440
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Alhamdulillah, pembayaran BPN diawalkan. Moga dapat meringankan beban yang dihadapi. (Terima kasih pegawai-pegawai @LHDNMofficial & @BSNMalaysia di atas usaha memastikan ketersediaan pelaksanaan bantuan #prihatin ini)
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Siaran Media YB Menteri Kewangan @tzafrul_aziz Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai 6 April 2020.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
Dalam pakej Prihatin yang telah diumumkan, beberapa inisiatif bantuan untuk PKS (SME) seperti Program Subsidi Upah, bantuan kemudahan kewangan, moratorium pinjaman bank dan sebagainya telah disenaraikan.
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
I am sure many of you would like to know more about the recently announced stimulus package. Join me tonight at 10pm on @501Awani
-
Tengku Zafrul 🇲🇾
@tzafrul_aziz
#prihatinrakyat telah diumumkan oleh YAB PM sebentar tadi dengan bantuan terus dan bersasar berjumlah hampir RM250 billion. Kesan wabak COVID-19 bukan hanya kesihatan – ia beri impak kepada punca pendapatan dan kehidupan harian rakyat.
Muhyiddin Yassin
@MuhyiddinYassin
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. #prihatinrakyat
























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































