🔥 𝟱 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026
Ministry of Defence (Malaysia)
The Ministry of Defence (Malay: Kementerian Pertahanan; Jawi: كمنترين ڤرتاهنن), abbreviated MINDEF or KEMENTAH, is a ministry of the Government of Malaysia that is responsible for defence, national security, army, navy, hydrography, air force, armed forces, intelligence services, counterintelligence, military intelligence, national service, and veterans affairs. More on Wikipedia
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
-
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bercadang menubuhkan jawatankuasa khas susulan kes penemuan barang terlarang di Pangkalan Udara Subang serta penahanan tujuh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaik siasatan polis selesai.
www.buletintv3.my/nasional/mindef-cadang-tubuh-jawatankua… -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Sindiket dadah TUDM: MINDEF tubuh jawatankuasa khas
Jawatankuasa tersebut akan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam prosedur keselamatan
#sinarharian #sindiketdadahtudm #mindef #jawatankuasakhas
www.sinarharian.com.my/article/805687/berita/semasa/sindi… -
MINDEF Malaysia reposted
TVS
@tvsarawak
Dadah TUDM: MINDEF tubuh jawatankuasa khas, hukuman mereka terlibat sangat berat
#tvs122 #tvsnews #tvsarawak
www.tvsarawak.my/2026/11/22/dadah-tudm-mindef-tubuh-jawat… -
MINDEF Malaysia reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bercadang menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kes penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang sebaik sahaja siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Berita penuh: shorturl.at/GpB8N
#mediaselangor #kesdadahtudm -
MINDEF Malaysia reposted
The Malaysian Reserve
@TMReserve
MINDEF plans internal committee to probe drug discovery at Subang Air Base
themalaysianreserve.com/2026/11/22/mindef-plans-internal-…
#tmrnews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Terkini:
📌 MINDEF perketat, tingkat prosedur keselamatan di pangkalan tentera bendung kegiatan penyeludupan
📌Penemuan dadah jejas kesiapsiagaan MINDEF pertahan kedaulatan, keselamatan negara
📌MINDEF cadang tubuh jawatankuasa teliti kes dadah selepas siasatan polis selesai
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bercadang menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kes penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang sebaik sahaja siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jawatankuasa itu akan meneliti sama ada kejadian berkenaan merupakan kes terpencil atau sudah menjadi budaya dalam kalangan warga kerja, selain mengenal pasti kemungkinan wujud kelompangan dalam prosedur keselamatan sedia ada.
Berita penuh: www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2637759
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
‼️ TERKINI ‼️
📌 MINDEF perketat, tingkat prosedur keselamatan di pangkalan tentera bendung kegiatan penyeludupan
📌 Penemuan dadah jejas kesiapsiagaan MINDEF pertahan kedaulatan, keselamatan negara
📌 MINDEF cadang tubuh jawatankuasa teliti kes dadah selepas siasatan polis selesai
-Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bercadang menubuhkan jawatankuasa khas susulan kes penemuan barang terlarang di Pangkalan Udara Subang serta penahanan tujuh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaik siasatan polis selesai.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/11/1439493/mindef-cadang-… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Penemuan dadah jejas kesiapsiagaan MINDEF pertahan kedaulatan, keselamatan negara - Khaled Nordin
#bhnasional Jangan hukum seluruh ATM, TUDM akibat perbuatan segelintir anggota - Khaled Nordin
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/11/1724692/penemu… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔!
Tiga hari penuh aksi dan pengalaman menarik menanti anda di Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Saksikan demonstrasi ketenteraan, terokai pelbagai pameran serta sertai aktiviti interaktif yang menarik untuk seisi keluarga!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga dan rakan-rakan, jumpa anda di CIMIC Johor 2026!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝟲 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗜𝗔𝗔𝗡
Keceriaan dan semangat kebersamaan mewarnai Sambutan Hari Keluarga MINDEF 2026 yang berlangsung pada 21 November 2026 di FRIM, Kepong, Selangor. Program ini menghimpunkan warga Kementerian Pertahanan bersama keluarga masing-masing dalam suasana santai dan penuh kemesraan.
Pelbagai aktiviti menarik termasuk fun walk, sukaneka, permainan karnival dan persembahan hiburan memeriahkan sambutan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga MINDEF.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#harikeluargamindef2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗜𝗔𝗔𝗡, 𝗘𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡
KEPONG, 21 November 2026 – Suasana penuh keceriaan dan semangat kebersamaan mewarnai Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor. Program ini diadakan bersempena November Bulan Keluarga Kebangsaan bertemakan “KASIH Keluarga, Jiwa Negara”.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali. Penganjuran program ini menghimpunkan warga Kementerian Pertahanan bersama keluarga masing-masing dalam suasana santai dan mesra, sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kekeluargaan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk senamrobik, fun walk serta acara sukaneka terbuka, keluarga, pasangan dan kanak-kanak. Antara acara yang menjadi tumpuan ialah lumba dalam guni, tarik tali, Superman, Musang Berjanggut, Hula Hop dan lari kepit bola. Kepelbagaian acara ini menggalakkan penyertaan seisi keluarga, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama dan interaksi antara peserta daripada pelbagai peringkat usia.
Sambutan turut diserikan dengan pelbagai tarikan istimewa seperti persembahan silap mata, seni belon, lukisan wajah, istana permainan, permainan karnival dan persembahan muzik. Pengisian ini memberi peluang kepada anak-anak dan ahli keluarga menikmati aktiviti rekreasi serta meluangkan masa berkualiti bersama.
Lebih daripada sekadar acara tahunan, Hari Keluarga MINDEF 2026 menjadi platform memperkukuh hubungan kekeluargaan dan memupuk keharmonian dalam kalangan warga kementerian. Penganjuran ini turut mencerminkan komitmen MINDEF dalam mengutamakan kesejahteraan warga serta membina organisasi yang bersatu padu, harmoni dan berdaya tahan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#harikeluargamindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR 🇲🇾
@japenjohor
Warga Johor, bersedia untuk memeriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor!
“Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”.
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🌿 HARI KELUARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN 2026
Masa untuk berkumpul, bergembira dan mencipta kenangan indah bersama keluarga besar MINDEF dalam suasana penuh keceriaan!
📅 21 November 2026 (Sabtu)
📍 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor
Jom hadir dan meriahkan sambutan ini bersama-sama!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#harikeluargamindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝟳 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
⏳ 1 HARI LAGI!
Lebih daripada sekadar sambutan, inilah masanya untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga MINDEF.
📅 21 November 2026 (Sabtu)
📍 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor
Ayuh warga MINDEF! Kita meriahkan sambutan ini bersama keluarga tersayang!✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#harikeluargamindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Inilah peluang anda untuk mendekati Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) sempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Rebut peluang untuk mengenali lebih dekat kedua-dua pasukan elit ini serta mendalami peranan, kepakaran dan keupayaan mereka dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan penemuan bahan disyaki dadah seberat 96.6 kilogram di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026 hasil pengesanan awal oleh petugas TUDM.
Susulan penemuan tersebut, TUDM telah menahan individu yang disyaki terlibat dan menyerahkan kes kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. Setakat ini, lima pegawai dan dua anggota TUDM telah ditahan bagi membantu siasatan.
TUDM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku atau penglibatan warganya dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah serta akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Sumber: Siaran Media Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), 20 November 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
KLANG, 20 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan lawatan kerja ke kilang PS Food & Beverage Sdn. Bhd. di Klang, Selangor bagi meninjau keupayaan teknologi pemprosesan makanan retort serta potensi aplikasinya dalam memenuhi keperluan sokongan logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lawatan ini memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, pensterilan, kawalan kualiti dan pembungkusan makanan yang membolehkan produk disimpan lebih lama tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kualitinya. Teknologi ini berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan makanan ATM, khususnya dari segi penyimpanan dan pengagihan bekalan khususnya bagi menyokong operasi di kawasan terpencil serta persekitaran yang mencabar.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MINDEF untuk memanfaatkan kepakaran dan inovasi industri tempatan dalam memperkukuh daya tahan rantaian bekalan pertahanan serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dalam membangunkan ekosistem industri tempatan yang berdaya saing dan berupaya menyokong keperluan strategik pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
SHIKATA Noriyuki
@JPNAmbMalaysia
Thrilled to discuss defense cooperation with Datuk Mohd Yani @MINDEFMalaysia after our Defense Ministerial Meeting in 🇯🇵 last month ! ✨
Keeping 🇯🇵🇲🇾 momentum strong for regional stability. 💪
Warm welcome from the interns — Terima Kasih! 🙏 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗧𝗜𝗡 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚
Kementerian Pertahanan memandang serius insiden penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026 yang berjaya dikesan oleh petugas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pemeriksaan rutin.
Pemeriksaan tersebut menemukan lima buah bagasi dan sebuah kotak yang mencurigakan sebelum disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengandungi dadah berbahaya. Lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat telah ditahan oleh PDRM.
TUDM telah menyerahkan kes ini kepada PDRM untuk siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan. Kementerian Pertahanan menegaskan pendirian tanpa kompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah serta komitmen untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengendalian kes ini.
—YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin,
Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗨𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
Integriti bukan sekadar prinsip, tetapi amanah dan tanggungjawab yang perlu diterjemahkan dalam setiap tindakan. Mesej ini menjadi penekanan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sempena Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan (MINDEF) 2026 bertemakan “Integriti Kita, Nilai Kita” pada 19 November 2026 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Majlis turut menyaksikan peluncuran Sistem Aduan Integriti MINDEF, penyerahan surat pelantikan kepada wakil 34 Pegawai Perhubungan Integriti (PPI) serta lafaz dan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali. Inisiatif ini memperteguh komitmen MINDEF dalam membudayakan integriti, memperkukuh akauntabiliti dan memelihara kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#hariintegritimindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝟴 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Dari kecanggihan aset ketenteraan hingga ke peluang kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semuanya menanti anda di Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Inilah peluang untuk menambah pengetahuan dan memahami peranan ATM dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
⏳ 2 HARI LAGI!
Lebih daripada sekadar sambutan, inilah masanya untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga MINDEF.
📅 21 November 2026 (Sabtu)
📍 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor
Ayuh warga MINDEF! Kita meriahkan sambutan ini bersama keluarga tersayang!✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#harikeluargamindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗧𝗔-𝗞𝗔𝗧𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
Integriti bukan hanya tentang melakukan perkara yang betul, tetapi juga ketegasan untuk menolak perkara yang salah. Setiap keputusan yang dibuat berlandaskan kejujuran, amanah dan tanggungjawab menjadi asas kepada pembentukan budaya kerja yang berintegriti.
Mesej ini ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sempena Majlis Peluncuran Hari Integriti Kementerian Pertahanan Tahun 2026, sebagai peringatan bahawa integriti merupakan tanggungjawab setiap individu dalam memastikan tadbir urus pertahanan kekal telus, berakauntabiliti dan berwibawa.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hariintegriti2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧
Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh hubungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat menerusi Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI oleh Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di SK Panchor, Kota Tinggi, Johor.
Program ini melibatkan lima buah sekolah, termasuk dua di Parlimen Kota Tinggi, dengan peruntukan RM100,000 bagi setiap sekolah untuk meningkatkan kemudahan dan kualiti persekitaran pembelajaran. Inisiatif ini mencerminkan komitmen ATM dalam memperkasa pendidikan, memperkukuh ketahanan masyarakat serta menyemai semangat patriotisme.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#sekolahangkatmadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
KUALA LUMPUR, 19 November 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan (MINDEF) 2026 bertemakan “Integriti Kita, Nilai Kita” di Auditorium Wisma Pertahanan.
Dalam ucapannya, YB Menteri Pertahanan menekankan bahawa pembudayaan integriti bermula daripada kesedaran dan kawalan kendiri setiap individu dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Beliau menegaskan, “Paling penting, integriti ini bukan sahaja tentang apa yang kita lakukan, tetapi jauh lebih penting ia turut merangkumi apa yang tidak kita lakukan. Sebahagian besar isu integriti tidak akan terjadi apabila kita berjaya mengawal diri untuk tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan.”
Majlis turut menyaksikan peluncuran Sistem Aduan Integriti MINDEF sebagai langkah memperkukuh pengurusan aduan yang lebih sistematik, telus dan berkesan, selain penyerahan surat pelantikan kepada wakil 34 Pegawai Perhubungan Integriti (PPI) bagi memperluas pembudayaan integriti di setiap peringkat organisasi.
Sesi melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pula telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, dengan disaksikan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pesuruhjaya Tuan Mohamad Zakkuan bin Talib.
Penganjuran ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman yang mewakili Panglima Angkatan Tentera; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris; serta pegawai kanan awam dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#hariintegritimindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Seusai pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, kami menyaksikan penyerahan LOI dan pertukaran MoU melibatkan Kementerian Pertahanan serta syarikat Malaysia dan Perancis di Wisma Perwira ATM.
Kementerian Pertahanan menyerahkan LOI kepada KNDS bagi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm, manakala Boustead Submarine Engineering Services (BSES) menyerahkan tiga LOI kepada Naval Group, Thales dan Safran bagi program “Mid-Life Upgrade” (MLU) kapal selam Scorpène TLDM.
Turut berlangsung pertukaran MoU antara Weststar Aerospace dan Thales, MILDEF dan Thales, serta Global Turbine Asia dan Safran Helicopter Engines, meliputi kerjasama teknologi pertahanan, sistem komunikasi taktikal dan penyelenggaraan enjin helikopter.
Kerjasama ini penting untuk meningkatkan kesiagaan ATM, memperkukuh industri pertahanan tempatan serta membangunkan “sovereign capability” negara melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐄𝐅𝐒 𝐎𝐅 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐋𝐀𝐓𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 & 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐆𝐄𝐀𝐍𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐎𝐑𝐒 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Gembira bertemu kepimpinan Tentera Darat ASEAN pada Majlis Makan Malam sempena ACAMM dan ASMAM 2026 di Melaka.
Berpeluang berkongsi pandangan mengenai kepentingan kesatuan ASEAN dan memperkukuh “collective preparedness” dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Kesiapsiagaan ketenteraan bukan untuk mencetuskan peperangan, tetapi mencegah konflik demi keamanan dan kestabilan rantau ini.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒
Selesai program di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, termasuk perolehan helikopter CSAR, sistem meriam 105mm, penilaian pesawat pejuang Rafale serta perancangan keperluan kapal selam pada masa hadapan.
Antara cadangan lain yang dibincangkan termasuk kerjasama sokongan logistik, pemodenan aset sedia ada serta penglibatan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
Kami juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan melalui sesi libat urus secara berkala di peringkat Menteri antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒
Turut bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik Malaysia-Perancis dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Perancis merupakan antara rakan strategik penting Malaysia dalam pembangunan keupayaan dan industri pertahanan negara.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐄𝐌𝐌𝐀𝐍𝐔𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐂𝐑𝐎𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Turut bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pagi ini.
Lawatan rasmi Presiden Macron ini merupakan satu lagi detik penting dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Malaysia dan Perancis mempunyai hubungan strategik yang kukuh, termasuklah dalam bidang pertahanan.
Lawatan ini membuka ruang untuk memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan Perancis demi kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sendiri kehebatan, ketangkasan dan kepakaran warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelbagai persembahan serta demonstrasi menarik sempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026!
Antara tarikan yang menanti pengunjung ialah kawad senyap, demonstrasi memadam kebakaran, simulasi jentera dan persembahan pancaragam yang pasti memeriahkan suasana karnival.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom meriahkan karnival ini bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝟵 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Tiga hari penuh aksi, keterujaan dan pengalaman menarik menanti anda di Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026✨
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Bukan sekadar pameran, pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga!Jumpa anda di sana! 🙌
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Sekolah Angkat MADANI di SK Panchor, Kota Tinggi bukan sekadar usaha memperkasa pendidikan, tetapi juga mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada aset dan kesiagaan tentera, tetapi juga kepercayaan serta sokongan rakyat.
Hubungan erat antara tentera dan rakyat adalah asas kepada ketahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#sekolahangkatmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia plans to acquire four combat search-and-rescue (CSAR) helicopters, a 105mm light artillery gun system and upgrade its Scorpène-class submarines through closer defence cooperation with France.
The collaboration also focuses on capability development, technology transfer and greater local industry participation in defence procurement.
Source: New Straits Times (NST)
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia and France continue to strengthen bilateral defence ties through proposed defence procurements and strategic industrial cooperation.
The partnership aims to enhance Malaysia’s defence capabilities, promote technology transfer and strengthen local defence industry participation.
Source: The Star
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkasakan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi peruntukan sebanyak RM500 juta dalam Belanjawan 2027 bagi pelaksanaan kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.
Keutamaan diberikan kepada usaha menaik taraf dan membaik pulih RKAT sedia ada, merangkumi senggaraan korektif, naik taraf dua unit kepada satu unit (2 to 1), senggaraan infrastruktur fasiliti kursus dan blok penginapan serta pembaikan besar.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik pertahanan antara Malaysia dan Perancis.
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyerahan surat hasrat (LoI) bagi cadangan perolehan empat helikopter H225M CSAR, sistem meriam artileri ringan 105mm serta program naik taraf kapal selam kelas Scorpène merupakan langkah strategik dalam memodenkan aset pertahanan negara.
Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan pengukuhan keupayaan industri pertahanan tempatan.
Sumber: Berita Harian
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Perancis terus diperkukuh menerusi cadangan perolehan empat helikopter H225M bagi operasi Tempur, Mencari dan Menyelamat (CSAR) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama tersebut turut melibatkan program naik taraf kapal selam kelas Scorpène milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta cadangan perolehan sistem meriam artileri ringan 105mm bagi Tentera Darat Malaysia (TDM).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh keupayaan dan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sumber: Utusan Malaysia
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan Warga Kerja Pertahanan.
Nantikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2026 yang akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
📅 19 November 2026
⏰ 8.00 pagi
📍 Auditorium Wisma Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hariintegritimindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🔥 𝟭𝟬 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 — 𝗠𝗔𝗥𝗞 𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥!
Pelbagai aksi, demonstrasi ketenteraan, pameran dan aktiviti interaktif menanti anda sepanjang tiga hari penuh kemeriahan!
📅 27 – 29 November 2026 📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jom hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔–𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, TYT Catherine Vautrin di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada 17 November 2026, sebelum kedua-dua Menteri menyaksikan penyerahan dan pertukaran tujuh dokumen kerjasama industri pertahanan melibatkan empat Surat Niat (LOI) dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU).
Kerjasama strategik ini merangkumi cadangan perolehan aset ketenteraan, pemodenan kapal selam Scorpène, pembangunan teknologi satelit, sistem komunikasi taktikal serta kepakaran penyelenggaraan enjin helikopter. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia dan Perancis dalam memperkukuh diplomasi pertahanan, meningkatkan keupayaan ATM serta memperkasa industri pertahanan tempatan selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#diplomasipertahanan
#dipnThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒: 𝟑 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐒𝐀𝐑
Selesai pertemuan dua hala antara YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran tiga dokumen kerjasama strategik pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Perancis.
Ketiga-tiga dokumen ini meliputi pembangunan keupayaan pertahanan dan perkongsian industri pertahanan, penubuhan pusat serantau bagi menangani ancaman hibrid serta perlindungan maklumat terkelas.
Turut berlangsung penyerahan Surat Niat (LOI) Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Airbus Helicopters bagi cadangan perolehan empat buah helikopter Combat Search and Rescue (CSAR) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh keupayaan pertahanan serta membangunkan industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menjangkakan peningkatan jumlah penyertaan pada tahun hadapan susulan pembukaan kem baharu.
Sumber : Buletin Utama TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin berkata, sambutan positif terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mencerminkan penerimaan baik masyarakat terhadap usaha membentuk generasi muda menerusi pelaksanaan program berkenaan.
Sumber: Berita RTM
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔–𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
KUALA LUMPUR, 17 November 2026 – Malaysia dan Republik Perancis terus memperkukuh hubungan pertahanan dua hala menerusi kerjasama strategik, perolehan aset ketenteraan dan pembangunan industri pertahanan bagi meningkatkan keupayaan serta kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertemuan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dengan Presiden Republik Perancis, TYT Emmanuel Macron di Bangunan Sultan Abdul Samad memberi tumpuan kepada tiga dokumen kerjasama strategik melibatkan pembangunan keupayaan pertahanan, keselamatan serantau dan perlindungan maklumat terkelas, selain cadangan perolehan empat helikopter Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sementara itu, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, TYT Catherine Vautrin di Wisma Perwira ATM, sebelum menyaksikan Majlis Penyerahan dan Pertukaran Dokumen Industri Pertahanan Malaysia–Perancis.
Majlis tersebut melibatkan tujuh dokumen, terdiri daripada empat Surat Niat (LOI) dan tiga Memorandum Persefahaman (MoU), merangkumi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm daripada KNDS, pemodenan kapal selam Scorpène bersama Naval Group, Thales dan Safran, pembangunan teknologi satelit, komunikasi taktikal kenderaan perisai Tarantula serta kepakaran penyelenggaraan enjin helikopter.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.
Kerjasama ini memperkukuh diplomasi pertahanan, pemodenan ATM dan pembangunan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi serta peningkatan kepakaran selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#diplomasipertahanan
#dipn -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pernah terfikir bagaimana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berperanan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara? Inilah peluang untuk anda mengenali lebih dekat dunia pertahanan negara!
Kementerian Pertahanan membawakan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026, sebuah platform yang mengeratkan hubungan antara ATM dengan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif untuk seisi keluarga.
📅 27 – 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jumpa anda di sana!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi peruntukan sebanyak RM500 juta dalam Belanjawan 2027 bagi pelaksanaan kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.
Peruntukan ini mencerminkan keutamaan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kemudahan kediaman warga ATM sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa, sekali gus meningkatkan kualiti hidup anggota serta keluarga mereka.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, 16 November 2026 – Menggalas peranan utama dalam memacu diplomasi pertahanan serantau, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, telah menyampaikan ucaptama strategik sempena Majlis Makan Malam (Welcoming Dinner) 27th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) dan 14th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM). Menerusi ucaptama tersebut, beliau telah menggariskan hala tuju dan komitmen Malaysia terhadap pengukuhan kestabilan serantau. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan aluan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md. Othman.
Sebagai menterjemahkan visi diplomasi yang ditekankan oleh YB Menteri Pertahanan, majlis anjuran Tentera Darat Malaysia (TDM) ini meraikan kehadiran delegasi dari 10 negara anggota ASEAN sempena persidangan ACAMM dan ASMAM yang berlangsung pada 16 hingga 19 November 2026. Penganjuran di bawah payung kementerian ini menjadi platform strategik yang penting dalam memperkukuh hubungan persahabatan, persefahaman, serta meluaskan kerjasama ketenteraan dan pertahanan serantau.
Selari dengan aspirasi kesiagaan yang digagaskan oleh YB Menteri Pertahanan dalam ucaptamanya, persidangan ACAMM ke-27 yang bertemakan “Fostering Collective Preparedness Among ASEAN Land Forces for a Stable and Secure Region” memberi penekanan penuh kepada pengukuhan kesiagaan bersama angkatan darat ASEAN. Sementara itu, ASMAM ke-14 memfokuskan kepada pembangunan modal insan menerusi aspek kepimpinan, disiplin, daya tahan, dan profesionalisme anggota bagi mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Turut hadir memberikan sokongan penuh kepada agenda kementerian pada majlis tersebut ialah barisan pengurusan tertinggi TDM, termasuk Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal; Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Shauari bin Hj Mat Piah serta pegawai-pegawai kanan TDM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝟭,𝟴𝟵𝟵 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗟𝗞𝗡 𝟯.𝟬, 𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝟭𝟬𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗦
KUALA LUMPUR, 16 November 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 4/2026 di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 515, Kuala Lumpur.
Seramai 1,899 wira muda berjaya menamatkan latihan selama 45 hari bagi siri terakhir tahun 2026, sekali gus mencatatkan pencapaian 102 peratus berbanding sasaran asal 1,860 pelatih. Kejayaan ini mencerminkan sambutan memberangsangkan terhadap pelaksanaan PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berjati diri dan bersemangat patriotik.
Pelaksanaan latihan merangkumi 70 peratus modul ketenteraan dan 30 peratus modul kenegaraan yang berteraskan nilai Cinta Negara, Perpaduan dan Kesukarelawanan. Kesemua pelatih turut menerima Sijil Tamat Latihan serta diiktiraf secara rasmi sebagai anggota Angkatan Khidmat Negara (AKN).
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#plkn3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗟𝗞𝗡 𝟯.𝟬, 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗧𝗥𝗜𝗢𝗧𝗜𝗞
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 4/2026 di CLKN 515, Kuala Lumpur pada 16 November 2026.
Selepas 45 hari menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan, para pelatih kini diiktiraf sebagai anggota Angkatan Khidmat Negara (AKN), sekali gus mencerminkan komitmen melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berjati diri dan bersemangat patriotik.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#plkn3.0This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟬 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗥𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗠 𝗠𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗚, 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡
SAMARAHAN, 16 November 2026 – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas melibatkan 190 unit kediaman bernilai RM119 juta di Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak telah berlangsung dengan disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.
Penyerahan projek telah disempurnakan antara Pengarah Pembinaan Pasukan Projek-Projek Khas 2, YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar.
Projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini merangkumi pembinaan banglo, rumah berkembar dan pangsapuri serta kemudahan sokongan termasuk surau, tadika dan taska. Projek berkenaan telah memperoleh Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 2 Oktober 2026.
Penyerahan projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga melalui penyediaan kediaman yang selesa, berkualiti dan kondusif.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
GET READY FOR LIMA 2027!
Langkawi bakal kembali menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027!
📅 20 hingga 24 April 2027
📍 Langkawi, Kedah
Nantikan kehebatan teknologi pertahanan, inovasi aeroangkasa dan maritim serta pelbagai tarikan menarik yang bakal mewarnai penganjuran kali ini.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bantuan bersempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026 bagi memudahkan para veteran ATM mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk permohonan Kad Veteran ATM, semakan penyata pencen, bantuan sara hidup, perubatan, persekolahan, perumahan serta pendaftaran dan pengemaskinian data VIBES 2.0.
📅 27 hingga 29 November 2026
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Ayuh, rebut peluang ini untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus daripada JHEV ATM. Jangan lepaskan peluang untuk hadir!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimic2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui usaha menaik taraf dan membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sedia ada.
Keutamaan diberikan kepada pelaksanaan senggaraan korektif, penambahbaikan infrastruktur fasiliti kursus dan blok penginapan, naik taraf RKAT daripada dua unit kepada satu unit (2 to 1) serta kerja pembaikan besar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam meningkatkan kapasiti, memperkukuh kualiti kemudahan kediaman serta menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif demi kesejahteraan warga ATM dan keluarga.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri perbarisan tamat latihan Wira Musa Negara PLKN di Kem Rej 515 AW Kuala Lumpur
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman atas pengurniaan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 15 November 2026.
Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan suatu penghormatan yang amat bermakna kepada kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Ikhlas daripada
Ketua Setiausaha dan seluruh warga Kementerian Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚!
Warga Johor, bersedia untuk memeriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor!
Ayuh bersama-sama memeriahkan karnival ini yang menjadi platform memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, selaras dengan tema “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada karnival ini. Catat tarikhnya dan jumpa anda di sana!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚!
Ayuh warga Johor! Jom meriahkan 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝘄𝗮𝗺-𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖) 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang bakal berlangsung pada 𝟮𝟳 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟵 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 bertempat di 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗧𝗠𝗜𝗬𝗖), 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿.
Berteraskan tema “𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮”, karnival ini menjadi platform memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴! 𝗝𝗼𝗺 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶-𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh usaha memperkasa kerjaya kedua anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif MyBakat Veteran yang diselaraskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyelarasan kemahiran dengan keperluan industri, pengiktirafan kompetensi melalui pensijilan kemahiran serta peluasan peluang pekerjaan selepas tamat perkhidmatan.
Pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi dan pihak industri bagi meningkatkan kebolehpasaran serta memastikan anggota dan veteran ATM lebih bersedia menghadapi peralihan kerjaya.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan sekitar Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Sekolah Kebangsaan Panchor, Kota Tinggi, Johor.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkasa kemudahan pendidikan, menyantuni komuniti setempat serta memperkukuh hubungan awam-tentera (CIMIC) demi kesejahteraan masyarakat.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di SK Panchor, Kota Tinggi.
Program ini bukan sekadar meningkatkan kemudahan pendidikan, tetapi turut merapatkan hubungan serta membina keyakinan masyarakat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertahanan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata. Kesiagaan anggota dan aset berteknologi tinggi mesti disokong ketahanan rakyat (people’s resilience) serta semangat cintakan tanah air.
Program ini juga membuktikan kesediaan ATM melaksanakan amanah Kerajaan dan memastikan manfaat pembangunan sampai ke kawasan pedalaman, sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar.
Di Parlimen Kota Tinggi, sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dalam Program ini dengan peruntukan sekitar RM100,000 bagi setiap sekolah. Kementerian turut melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM1 juta hingga RM1.5 juta bagi setiap kampung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Datuk Haji Fazal Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, serta seluruh warga MDIO atas komitmen menjayakan program ini demi manfaat pendidikan anak-anak kita.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#sekolahangkatmadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
JOHOR, 14 November 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, Kota Tinggi, Johor.
Majlis ini menyaksikan penyampaian peruntukan berjumlah RM100,000 bagi menaik taraf kemudahan fizikal sekolah merangkumi bilik darjah, dewan terbuka, bilik mesyuarat dan prasarana asas serta penyediaan peralatan pembelajaran digital. Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan yang melibatkan 68 murid sekolah sebagai penerima terpilih.
Program ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan Tarian Ketam Bangkang oleh murid SK Panchor serta Pameran Khas MDIO yang dijayakan oleh pasukan 91 GOP, Cawangan GEOINT dan Cawangan GSPS bagi memperkenalkan peranan serta kepakaran agensi kepada masyarakat setempat.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memperkasa kesejahteraan komuniti, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 yang menekankan pengukuhan hubungan awam-tentera (CIMIC) melalui kerjasama strategik berteraskan pendekatan Whole of Government & Whole of Society (WOGOS).
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐎 𝐀𝐈𝐑𝐁𝐔𝐒 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐂𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑𝐒
Menerima kunjungan delegasi Airbus yang diketuai oleh Mr. Matthieu Louvot, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Helicopters.
Airbus telah lama bekerjasama dengan Malaysia, termasuk melalui penggunaan produk keluarannya oleh ATM serta kerjasama dengan syarikat pertahanan tempatan dalam bidang MRO, pembangunan teknologi dan inovasi.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama, antaranya melalui Industrial Collaboration Programme (ICP), pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran serta peningkatan penggunaan komponen tempatan.
Kami turut membincangkan peluang memperluas penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global Airbus bagi meningkatkan daya saing industri tempatan.
Kerjasama ini diharap dapat dibawa ke tahap lebih tinggi, khususnya dalam membangunkan “sovereign capability” negara dan memperkukuh ekosistem industri pertahanan Malaysia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 13 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk TPj Mohd Zaki bin Hassan di Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara MINDEF dan SPRM dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan agenda tatakelola, khususnya melalui pemantapan mekanisme pencegahan rasuah, pengurusan risiko serta pematuhan terhadap peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa.
Komitmen ini selaras dengan keutamaan MINDEF untuk memastikan setiap pengurusan dan penggunaan sumber pertahanan dilaksanakan berlandaskan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti, sekali gus memelihara kepentingan awam serta memperkukuh kepercayaan terhadap institusi pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 13 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif BHIC Bofors Asia Sdn. Bhd., Encik Annuar Faisal bin Yusuf di Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini menjadi platform pertukaran pandangan mengenai perkembangan industri pertahanan tempatan serta keupayaan syarikat dalam menyokong keperluan pertahanan negara, khususnya melalui pengukuhan kapasiti industri, kepakaran teknikal dan keupayaan sokongan sepanjang kitar hayat aset pertahanan.
Penglibatan industri tempatan merupakan elemen penting dalam menjayakan agenda pembangunan industri pertahanan negara. Sehubungan itu, MINDEF terus memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan domestik, penguasaan teknologi dan pengukuhan rantaian bekalan bagi membentuk ekosistem industri pertahanan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mampan, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 13 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di Bilik Tetamu Ketua Setiausaha, Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini menjadi platform pertukaran pandangan mengenai hala tuju dan peranan strategik PUSPAHANAS dalam memperkasa ekosistem pendidikan pertahanan negara, khususnya dalam pembangunan kepimpinan strategik, pengukuhan kapasiti intelektual serta pembudayaan pemikiran pertahanan yang berpandangan jauh. Aspek ini penting bagi memastikan pembangunan kepimpinan ATM sentiasa berteraskan pengetahuan, kefahaman strategik dan keupayaan menilai dinamika keselamatan yang semakin kompleks.
Dalam konteks ini, pembangunan institusi pendidikan pertahanan perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam memperkukuh keupayaan modal insan dan kapasiti institusi pertahanan negara. MINDEF komited untuk terus menyokong usaha tersebut melalui penyelarasan dasar dan pengukuhan ekosistem pendidikan pertahanan yang responsif terhadap perubahan persekitaran strategik, kemajuan teknologi serta tuntutan keselamatan masa hadapan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat delegasi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang diketuai Pengerusinya, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM (Bersara).
BHIC merupakan sebahagian daripada ekosistem pertahanan negara, dengan kepakaran MRO helikopter EC725 milik TUDM dan penyelenggaraan meriam Bofors kapal TLDM, serta sedang meningkatkan keupayaan MRO ke tahap Depot-level Maintenance (D-level).
Saya menekankan agar BHIC turut membangunkan syarikat tempatan dalam rantaian MRO helikopter dan sistem persenjataan, di samping berusaha menyertai rantaian bekalan global pengeluar peralatan asal (OEM) industri aeroangkasa.
Usaha ini penting bagi memperkukuh industri pertahanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya menyempurnakan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2026.
Bagi Kementerian Pertahanan, inovasi bukan sekadar menghasilkan produk atau teknologi baharu, tetapi mesti menjadi budaya kerja di semua peringkat.
Inovasi membolehkan kita meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, menambah baik dasar serta memperkukuh kesiagaan ATM dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks dan sentiasa berubah.
Inovasi juga tidak semestinya memerlukan peruntukan besar. Penambahbaikan kecil terhadap amalan dan kaedah sedia ada mampu memberikan manfaat yang besar.
Saya berbangga dengan pencapaian inovasi warga MINDEF dan ATM di peringkat antarabangsa, termasuk 10 produk inovasi yang dikenal pasti untuk dipatenkan.
Sempena sambutan ini, kita turut melancarkan Sistem i-MIND bagi memperkukuh pengurusan inovasi serta memperkenalkan Pin Defence Innovator sebagai pengiktirafan kepada warga pertahanan yang menghasilkan inovasi.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hariinovasimindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat Vice President, Government Aviation, Pilatus Aircraft Ltd, Mr. Ioannis Papachristofilou dan Presiden Kumpulan National Aerospace & Defence Industries (NADI), Dato’ Edron Hayata bin Ahmad di Wisma Pertahanan hari ini.
Pilatus merupakan syarikat pengeluar pesawat dari Switzerland. Pesawat keluarannya telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi latihan juruterbang sejak tahun 1983.
Dalam pertemuan ini, saya menekankan kepentingan memperluas penglibatan syarikat tempatan dalam aspek penyelenggaraan, sokongan teknikal dan pemindahan teknologi.
Usaha ini penting bagi membangunkan kepakaran serta memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia Pilih Turkiye Ganti Sistem NSM Buatan Norway - Mohamed Khaled www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2633401
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐎𝐩 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut melalui pelaksanaan Op MURNI.
Bagi menghadapi kemungkinan banjir, ATM telah menyediakan kekuatan seramai 5,234 anggota, terdiri daripada 314 pegawai dan 4,920 anggota lain-lain pangkat (LLP).
Kesiapsiagaan ini turut melibatkan aset mobiliti darat, perairan dan udara yang boleh digerakkan mengikut keperluan serta keadaan semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, ATM berpegang kepada prinsip first troop on the scene, iaitu antara pasukan terawal berada di lapangan apabila berlaku banjir.
Dengan kesiapsiagaan ini, ATM akan terus memainkan peranannya bersama agensi berkaitan bagi memastikan bencana banjir dapat ditangani dengan baik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#opmurni
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Inisiatif MyBakat Veteran yang diselaraskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) terus diperkukuh melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak industri bagi memperluas peluang kerjaya kedua kepada anggota serta veteran ATM.
Menerusi platform MyMahir dan rangkaian 18 Future Skills Talent Councils (FSTC), inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyelarasan kemahiran mengikut keperluan industri, selain membuka laluan pengiktirafan kompetensi melalui pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi dalam menyediakan latihan peralihan kerjaya, memperkukuh kebolehpasaran serta memastikan anggota dan veteran ATM lebih bersedia meneroka peluang pekerjaan selepas tamat perkhidmatan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 12 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Perancis ke Malaysia, Encik Marc Abensour, bersama delegasi Dassault Aviation di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan Malaysia–Perancis, di samping meneroka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan keupayaan pertahanan udara negara. Perbincangan turut menyentuh potensi program penggantian pesawat Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk pengenalan keupayaan dan teknologi pesawat Rafale.
Aspek kerjasama industri pertahanan turut diberikan perhatian, khususnya peluang pemindahan teknologi, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, peningkatan kandungan tempatan serta pengukuhan keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (Maintenance, Repair and Overhaul – MRO). Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan, meningkatkan keupayaan berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Perancis untuk memperluas kerjasama pertahanan yang bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah membuka ruang kepada pembangunan keupayaan teknologi, industri dan kepakaran tempatan demi kepentingan pertahanan serta keselamatan negara dalam jangka panjang.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan
#dipn -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗧𝗠
SUNGAI PETANI, 12 November 2026 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Pertahanan Siri 2/2026 bertempat di Dewan Zainal SP, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.
Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform perkhidmatan sehenti bagi memudahkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara ATM mendapatkan pelbagai perkhidmatan, maklumat serta khidmat nasihat secara langsung daripada bahagian, jabatan dan agensi di bawah MINDEF serta agensi kerajaan dan organisasi berkaitan.
Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Lembaga Tabung Haji, Koperasi Tentera (KT), Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Yayasan LTAT.
Program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI, Kempen Derma Darah serta jualan produk usahawan Veteran ATM di bawah seliaan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Dalam pada itu, Yayasan LTAT turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan kepada wakil Markas 6 Briged untuk disalurkan kepada anggota ATM yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan LTAT dalam menyokong aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota ATM.
Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Strategik, Unit Komunikasi Strategik MINDEF, Encik Lokman bin A. Rahman; Leftenan Kolonel Zanudin bin Hussin yang mewakili Panglima 6 Briged serta Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Yayasan LTAT, Encik Mohammad Zamri bin Zakaria.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haribersamapelanggan
#veteranatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 12 November 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 di Auditorium MINDEF serta melancarkan Bank Data Inovasi (i-Mind) sebagai platform strategik bagi memperkemas pengurusan dan pembangunan produk inovasi warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Penganjuran ini mencerminkan komitmen MINDEF dalam memperkukuh keupayaan teknologi pertahanan berteraskan kepakaran tempatan, termasuk kejayaan inovator negara meraih empat pingat emas, dua pingat perak dan tiga anugerah khas pada Indonesia Inventors Day (IID) 2026. Majlis turut menyaksikan penyampaian pengiktirafan kepada 10 pemilik paten inovasi MINDEF, pemenang pertandingan antarabangsa serta penerima Pin Inovator.
Sambutan selama dua hari bermula 12 hingga 13 November 2026 ini turut menampilkan Bicara Inovasi, pameran dan demonstrasi produk inovasi tempatan. Inisiatif ini selaras dengan Teras 5 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dalam membudayakan inovasi, meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai kanan awam dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#anugerahinovasi -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔, 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Rakyat Johor, anda dijemput hadir!
Jom meriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor 2026! Saksikan sendiri kehebatan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta rasai pengalaman mendekati warga pertahanan negara.
Karnival ini menjadi platform memperkukuh hubungan erat antara ATM dengan masyarakat, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan kesedaran bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛: 27 – 29 November 2026
𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜: Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jangan lepaskan peluang! Jumpa anda di Karnival CIMIC Johor 2026!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗪𝗕𝗟 𝟮.𝟬: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗧𝗠
Program Work-Based Learning (WBL) 2.0 merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MINDEF dalam memperkasa pembangunan modal insan pertahanan melalui pengiktirafan pengalaman kerja, peningkatan kelayakan akademik serta pengukuhan kompetensi anggota ATM bagi menjamin masa depan kerjaya yang lebih berdaya saing.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 yang berlangsung pada 12 hingga 13 November 2026 di Auditorium MINDEF menjadi platform memperkasakan kreativiti dan kepakaran warga MINDEF serta ATM, termasuk peluncuran Bank Data Inovasi (i-Mind) dan pengiktirafan kepada 10 pemilik paten inovasi MINDEF, pemenang pertandingan antarabangsa serta penerima Pin Inovator.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan MINDEF dalam membudayakan inovasi, memperkukuh keupayaan teknologi pertahanan tempatan serta mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing demi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#anugerahinovasiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memeterai nota kerjasama bagi memperluas peluang kerjaya kedua kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tamat perkhidmatan.
Inisiatif MyBakat Veteran yang diselaraskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) ini menyasarkan lebih 15,000 anggota dan veteran ATM menjelang 2030 melalui pembangunan kemahiran, pengiktirafan kompetensi serta padanan pekerjaan mengikut keperluan industri.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkasa kebolehpasaran serta meningkatkan kesejahteraan anggota dan veteran ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗖𝗜𝗠𝗜𝗖 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 @ 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲
Johor, bersedia! Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) kembali dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih dekat!
Bertemakan “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”, karnival ini menjadi platform memperkukuh hubungan antara ATM dan masyarakat, sekali gus memupuk semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 27 – 29 November 2026
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor
Jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk merasai sendiri pengalaman lebih dekat bersama warga pertahanan negara.
𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗔!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 11 November 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Government Aviation, Pilatus Aircraft Ltd., Encik Ioannis Papachristofilou, di Bilik Tetamu Ketua Setiausaha, Wisma Pertahanan. Kunjungan tersebut turut disertai delegasi syarikat aeroangkasa tempatan, AIROD.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam pemodenan platform pesawat latihan seperti PC-7 dan PC-21, peningkatan sistem avionik serta pembangunan sistem simulasi latihan berasaskan darat. Inisiatif ini berpotensi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan pesawat sehingga 20 hingga 30 tahun, di samping meningkatkan keupayaan operasi dan mengoptimumkan kos kitar hayat aset.
Selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), kerjasama ini mencerminkan kepentingan sinergi antara OEM antarabangsa dengan rakan industri tempatan dalam memperluas pemindahan teknologi, meningkatkan kandungan tempatan serta membangunkan kepakaran dan keupayaan penyelenggaraan dalam negara. Hubungan kerjasama lebih empat dekad antara Pilatus dan AIROD menjadi landasan penting ke arah memperkukuh ekosistem industri aeroangkasa pertahanan yang berdaya saing dan mampan.
#mindefmalaysia
#mindefupdatex -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐖𝐁𝐋 𝟐.𝟎: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Kementerian Pertahanan terus komited memperkasa pembangunan modal insan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif Work-Based Learning (WBL) 2.0 yang membuka peluang kepada anggota memperoleh kelayakan akademik berdasarkan pengalaman kerja, kepimpinan dan kompetensi sepanjang perkhidmatan.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pertahanan dalam meningkatkan profesionalisme, daya saing dan kemajuan kerjaya anggota ATM tanpa mengabaikan tanggungjawab utama mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗗𝗔!
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
Ada urusan yang ingin diselesaikan? Perlukan maklumat atau khidmat nasihat secara terus? Inilah peluang anda!
Kementerian Pertahanan membawakan pelbagai perkhidmatan menerusi Hari Bersama Pelanggan Siri 2/2026 yang menghimpunkan bahagian, jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan urusan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Veteran ATM, keluarga serta masyarakat setempat.
Daripada urusan gaji dan pencen, kebajikan, pendidikan hingga khidmat nasihat pelbagai agensi kerajaan, semuanya tersedia di satu lokasi. Pengunjung juga berpeluang menikmati Jualan RAHMAH MADANI, Jualan Agro MADANI serta menyertai Kempen Derma Darah.
𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛𝗡𝗬𝗔!
Tarikh: 12 November 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi: Dewan Zainal SP, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗡𝗜!
Manfaatkan kemudahan yang disediakan, dapatkan maklumat terus daripada agensi berkaitan dan selesaikan urusan anda dengan lebih mudah.
𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔, 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡-𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜-𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜!
Kami menanti kehadiran anda!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haribersamapelanggan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
JOHOR, ANDA DAH BERSEDIA?
Jom meriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Johor @ Pasir Gudang 2026 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang, Johor.
Bertemakan “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama”, karnival ini bakal mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Tandakan tarikh anda. Jumpa di sana!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimicjohor2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2026 – YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, telah menerima kunjungan hormat Jeneral Kim Gyu-Ha, Chief of Staff of the Republic of Korea (ROK) Army, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia–Republik Korea, khususnya melalui kerjasama strategik dalam industri pertahanan serta pembangunan keupayaan angkatan tentera kedua-dua negara. Malaysia turut merakamkan penghargaan atas kemajuan kerjasama pertahanan yang dizahirkan melalui penerimaan pesawat tempur ringan FA-50M, yang mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang berteknologi tinggi, khususnya kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber, selaras dengan keperluan menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Seramai 231 graduan Program Work-Based Learning (WBL) 2.0 telah berjaya meraih diploma sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-105, Sidang 17 yang berlangsung pada 29 Oktober 2026 di UiTM Shah Alam.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan kelayakan akademik dan kompetensi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui peluang pendidikan berterusan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia, khususnya warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meraikannya.
Semoga sambutan perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian serta terus memperkukuh semangat perpaduan, persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ikhlas daripada Warga Kementerian Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Perolehan pesawat pejuang ringan FA-50M merupakan langkah strategik Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Inisiatif pemodenan aset ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam mempertingkat keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendepani cabaran keselamatan semasa, sekali gus memastikan kedaulatan dan keselamatan ruang udara negara sentiasa terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 5 November 2026 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah melaksanakan Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada empat keluarga warga MINDEF yang terjejas akibat banjir di Paya Jaras dan Kampung Melayu Subang, bertempat di Gudang A, Depot Simpanan Pertahanan (DSP).
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman bersama Timbalan Pengarah Operasi Depot Simpanan Pertahanan, Ir. Wan Mohd Nasrul Hadi bin Wan Ismail.
Bantuan yang disalurkan melalui Inisiatif MINDEF Prihatin Banjir ini merangkumi barangan keperluan asas seperti pakaian, kelengkapan tidur dan kit kebersihan diri bagi membantu meringankan beban keluarga yang terkesan.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan MINDEF dalam menjaga kebajikan warganya, khususnya ketika berdepan situasi sukar akibat bencana alam.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#depotsimpananpertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan peluncuran Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) anjuran Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) pada 15 Oktober 2026.
Kempen ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU), merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian di rangkaian premis PERNAMA seluruh negara bagi membantu meringankan beban perbelanjaan warga pertahanan.
Pelaksanaan kempen ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PARIS, 3 NOVEMBER 2026 – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menyertai Euronaval 2026, pameran pertahanan maritim antarabangsa edisi ke-30 yang berlangsung dari 3 hingga 6 November 2026 di Paris Nord Villepinte, Perancis. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, Catherine Vautrin, selepas ucapan pembukaan oleh Presiden Euronaval, Pierre Éric Pommellet. Beliau menekankan kesiagaan menghadapi konflik berintensiti tinggi, pengukuhan kapasiti industri pertahanan dan kerjasama antarabangsa.
Delegasi MINDEF diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar, bersama Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Tan Sri Dato’ (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain TLDM serta wakil industri tempatan, BSES dan LUNAS. Delegasi turut mengadakan perbincangan dengan Leftenan Jeneral Gaël Diaz de Tuesta, Pengarah Kerjasama Antarabangsa dan Eksport Agensi Perolehan Pertahanan Perancis (DGA), bagi memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia–Perancis melalui pendekatan antara kerajaan (G2G), termasuk pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perbincangan turut menyentuh lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, ke Malaysia yang dijangka berlangsung pada 16 hingga 17 November 2026.
Dalam sesi libat urus industri, delegasi MINDEF bertemu wakil Fincantieri, KNDS, Thales, Airbus dan MBDA bagi meneroka peluang kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan penyertaan syarikat Malaysia dalam projek pertahanan antarabangsa. Inisiatif ini selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh penguasaan teknologi, membangunkan kepakaran tempatan dan meningkatkan kemandirian industri pertahanan negara.
MINDEF turut mempromosikan LIMA 2027 di Langkawi pada 20 hingga 24 April 2027 serta DSA & NATSEC Asia 2028 di Kuala Lumpur pada 17 hingga 20 April 2028 sebagai platform memperluas jaringan industri dan membuka peluang kerjasama antarabangsa.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒, 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇
Menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini mengenai keselamatan Asia Pasifik, khususnya Laut China Selatan yang berdepan tuntutan bertindih dan persaingan kuasa besar.
Malaysia mengambil tiga pendekatan, iaitu memperkukuh pertahanan sendiri, kerjasama dengan negara sahabat dan diplomasi pertahanan serantau serta antarabangsa.
Kesiagaan ATM dipertingkat melalui pemodenan aset, latihan, rondaan dan pemantauan serta daya tahan rakyat bagi membentuk credible deterrence.
Kerjasama dengan negara sahabat meliputi perkongsian maklumat, kepakaran dan latihan, manakala ADMM, ADMM-Plus dan FPDA dimanfaatkan bagi memperkukuh diplomasi, perpaduan ASEAN serta penghormatan terhadap UNCLOS.
Menjawab soalan tambahan, saya menegaskan bahawa Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar. Kita bebas dan berkecuali, dengan perbelanjaan pertahanan mengikut kemampuan negara. Doktrin kita adalah mempertahankan, bukan menyerang.
Mengenai Sabah, kesiagaan dan keupayaan pertahanan terus diperkukuh. Sebahagian pesawat FA-50M akan ditempatkan di Labuan dan kapal LMS baharu di Sabah, dengan sasaran nisbah kekuatan ATM 50:50 antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, berbanding 80:20 kini.
Semua ini demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Majlis Penyerahan Projek Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Tahun 2026 Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Balai Raya Tanjung Nibong, Telok Mas, Melaka.
Sebanyak tiga projek dengan nilai keseluruhan RM199,032.60 telah diserahkan kepada komuniti setempat sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh hubungan awam-tentera.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pjmmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, 4 November 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Tahun 2026 Negeri Melaka di Balai Raya Tanjung Nibong, Telok Mas.
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tiga plak projek PJM MADANI kepada wakil komuniti setempat melibatkan kerja penyelenggaraan dan baik pulih Balai Raya Tanjung Nibong, Surau Raja Haji di Jeti Nelayan Tanjung Nibong serta Balai Raya Kampung Tambak Bugis dengan nilai keseluruhan RM199,032.60 bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Bagi tahun 2026, sebanyak 28 projek PJM MADANI dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negeri Melaka dengan jumlah peruntukan RM1,130,582.40. Sehingga 30 Oktober 2026, sebanyak 15 projek telah disiapkan, lima projek sedang dilaksanakan, manakala lapan projek lagi dalam perancangan. Kesemua projek dilaksanakan oleh 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat, di samping memperkukuh hubungan dan kepercayaan rakyat terhadap ATM menerusi Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC), selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pjmmadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93, ARMED FORCES RUN 2026 bakal menggegarkan Putrajaya pada 20 Disember 2026!
Ayuh sertai kemeriahan larian bersama warga ATM dan seluruh rakyat Malaysia menerusi tiga kategori menarik iaitu Fun Run 3KM, Larian 10KM dan Half Marathon 21KM. Pelbagai hadiah lumayan serta cabutan bertuah bernilai lebih RM80,000 menanti para peserta!
Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada ARMED FORCES RUN 2026!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#armedforcesrun2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ayuh rakyat Malaysia! Bersedia untuk menguji stamina dan merasai pengalaman larian penuh semangat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Armed Forces Run 2026!
🏃 20 Disember 2026 (Ahad)
📍 Dataran Wawasan, Putrajaya
⏰ 3.00 pagi – 11.00 pagi
Pilih cabaran anda menerusi tiga kategori larian:
🏅 Fun Run 3KM
🏅 10KM
🏅 Half Marathon 21KM
Lebih menarik, rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bagi kategori 10KM dan 21KM serta hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM80,000!
🔥 Jangan tunggu lagi! Ajak keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang!
Lace Up Malaysia, Run With The Force!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#armedforcesrun2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) terus komited dalam memperkukuh kebajikan Warga Kerja Pertahanan (WKP) melalui pelaksanaan Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) sejak 6 September 2026.
Kempen ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU), merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian.
Pelaksanaan HITS turut melengkapi inisiatif penjimatan sedia ada seperti Program JIMAT, Diskaun Berperingkat (TIER) dan kemudahan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui sistem MyKasih, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan warga pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) terus komited dalam menjaga kebajikan Warga Kerja Pertahanan (WKP) melalui pelaksanaan Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS).
Inisiatif ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU) merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian di seluruh premis PERNAMA di seluruh negara.
Pelaksanaan kempen ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam membantu meringankan kos sara hidup serta memastikan warga pertahanan mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menegaskan kepentingan memperkukuh kerjasama pertahanan serantau dan antarabangsa bagi memastikan keselamatan serta kestabilan negara terus terpelihara.
Melalui kerjasama strategik, latihan bersama dan pelaksanaan eksesais ketenteraan dengan negara rakan, Malaysia terus memperkukuh diplomasi pertahanan serta meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi perolehan aset strategik dan pemerkasaan teknologi pertahanan moden.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan keupayaan operasi ATM bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkukuh keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di Laut China Selatan, melalui pemantauan berterusan, kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan serta kesiapsiagaan aset pertahanan.
Komitmen ini turut ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2026, dengan penekanan terhadap usaha memastikan kepentingan maritim dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara dalam mendepani perkembangan landskap keselamatan serantau, khususnya di Laut China Selatan.
Melalui pemantauan operasi secara berterusan, peningkatan keupayaan aset serta pengukuhan diplomasi pertahanan bersama negara-negara sahabat dan ASEAN, Malaysia kekal komited dalam memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ketibaan pesawat pejuang ringan FA-50M merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha pemodenan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperkukuh keupayaan operasi, kesiapsiagaan serta pertahanan ruang udara negara.
Perolehan pesawat berteknologi moden dari Republik Korea ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam membangunkan angkatan udara yang lebih berkeupayaan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tudmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
LABUAN, 30 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyaksikan ketibaan pesawat pejuang ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Korea Selatan yang melakukan transit di Pangkalan Udara Labuan sebelum meneruskan penerbangan ke Pangkalan Udara Kuantan.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah menerima taklimat mengenai keupayaan dan proses penghantaran pesawat daripada Pegawai Memerintah No. 15 Skuadron, Mejar Mohd Jamil bin Awang TUDM, sebelum meninjau pesawat serta berinteraksi bersama juruterbang yang terlibat.
Perolehan 18 buah pesawat FA-50M bernilai hampir RM4 bilion daripada Korea Aerospace Industries (KAI) merupakan langkah strategik dalam pemodenan aset TUDM. Baki 17 buah pesawat dijadualkan diterima secara berperingkat sehingga tahun 2028. Pesawat ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan bagi memperkukuh kesiapsiagaan operasi, keupayaan latihan serta pembangunan kepakaran juruterbang tempur negara, selaras dengan Teras 1 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM serta pegawai kanan ATM dan awam.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tudm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyaksikan ketibaan pesawat tempur ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Sumber: Berita RTM
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ketibaan pesawat tempur ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Korea Selatan di Pangkalan Udara Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
Perkembangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkasa kesiapsiagaan dan keupayaan operasi TUDM.
Sumber: Buletin TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang dari Cebu ke Labuan, saya berpeluang masuk ke kokpit pesawat C-130 Hercules TUDM dan melihat sendiri juruterbang kita mengendalikan pesawat.
Satu pengalaman menarik. Sempat juga bergambar bersama kru penerbangan yang merupakan anggota TUDM kita. Terima kasih atas khidmat dan dedikasi mereka.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Festival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober 2026 bertempat di Foyer, Wisma Pertahanan.
Penganjuran festival ini bertujuan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang festival, antaranya Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku, Pertandingan Koir dan Pertandingan Kahoot Bahasa yang menjadi platform mengasah kreativiti, meningkatkan pengetahuan bahasa serta mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga pertahanan.
Festival yang melabuhkan tirainya pada hari ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan serta membudayakan amalan membaca sebagai asas pembentukan warga pertahanan yang berilmu dan berdaya saing.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakar sejarah baharu apabila pesawat tempur ringan FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan tiba di Pangkalan Udara Labuan, Labuan, hari ini. #harianmetro #mymetro
hmetro.com.my/mutakhir/2026/10/1429818/pesawat-tempur-rin… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia menggesa negara-negara ASEAN memperkukuh kesiapsiagaan dan kerjasama dalam menghadapi bencana, khususnya melalui penyelarasan bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana (HADR).
Sumber: Buletin TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Guillaume Ollagnier
@guillaumeoll
🇫🇷🇲🇾 Honoré d'avoir reçu Datuk Mohd Yani bin Daud, secrétaire général adjoint du ministère de la Défense de Malaisie, pour co-présider le 8ᵉ groupe de travail « Affaires stratégiques » entre Kuala Lumpur et Paris.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐃𝐌𝐌-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐊𝐄-𝟏𝟑 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀
Selepas selesai ADMM ke-20 semalam, hari ini bermulanya ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Mesyuarat ini melibatkan negara-negara ASEAN bersama lapan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand dan Rusia.
Sempat bertemu dan beramah mesra dengan beberapa rakan sejawat sebelum mesyuarat bermula.
Semoga ADMM-Plus terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan kepercayaan strategik demi keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐄 𝐔.𝐒. 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐖𝐀𝐑
Met with H.E. Pete Hegseth @secwar United States Secretary of War, on the sidelines of ADMM and ADMM-Plus in Cebu, Philippines.
I welcomed the United States’ continued commitment to supporting ASEAN unity and ASEAN-led mechanisms in addressing regional security challenges.
I look forward to strengthening Malaysia-U.S. defence cooperation while reinforcing ASEAN’s role as a platform for regional dialogue and diplomacy.
⸻
Bertemu TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik komitmen berterusan AS dalam menyokong keutuhan ASEAN serta mekanisme yang diterajui ASEAN bagi menangani cabaran keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan Malaysia-AS terus diperkukuh, seiring dengan peranan ASEAN sebagai platform dialog dan diplomasi serantau.
🇲🇾🤝🇺🇸
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐎𝐒
Di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina, saya berkesempatan bertemu TYT Jeneral Khamlieng Outhakaisone, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Laos.
Saya menyampaikan penghargaan kepada Laos atas penyediaan dokumen Guide to ADMM and ADMM-Plus Practices and Protocols yang dipersetujui dalam ADMM kali ini.
Solidariti, kepercayaan dan kebolehpercayaan sesama negara anggota amat penting dalam memperkukuh ASEAN.
Malaysia akan terus menyokong pembangunan kapasiti dan profesionalisme Angkatan Tentera Laos melalui Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP).
🇲🇾🤝🇱🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍-𝐉𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐒’ 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆
Menghadiri ASEAN-Japan Defence Ministers’ Informal Meeting bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi, sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik pandangan TYT Shinjiro Koizumi mengenai kepentingan “ASEAN Unity, Centrality and Resilience” serta cadangan memperkukuh kerjasama melalui ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWGs).
Dalam respons Malaysia, saya menekankan perlunya kerjasama yang lebih fleksibel bagi menangani ancaman baharu termasuk perubahan iklim, keselamatan siber dan AI, di samping memperkukuh latihan bersepadu antara EWG tanpa membebankan sumber negara anggota.
Malaysia juga terbuka kepada penyertaan rakan luar, namun hala tuju kerjasama mesti kekal ditentukan oleh ASEAN. Dalam hal ini, sokongan Jepun melalui latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan amat dialu-alukan.
Matlamatnya jelas, memperkukuh keupayaan dan daya tahan ASEAN tanpa mewujudkan kebergantungan berpanjangan kepada pihak luar.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀
Mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Kang Shin-Chul, Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Ini merupakan pertemuan pertama kami sejak beliau dilantik pada September lalu.
Kami membincangkan potensi kerjasama pembangunan industri pertahanan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Republik Korea terus diperkukuh demi kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇰🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
While in Cebu, Philippines, for the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), I received a call from HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud, Minister of Defence of the Kingdom of Saudi Arabia, following our telephone conversation last month.
Malaysia stands in solidarity with Saudi Arabia amid its current security challenges and remains ready to assist within our capabilities. May Saudi Arabia and its people remain safe and secure, Insya-Allah.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍-𝐔𝐒 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐒’ 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆
Menghadiri ASEAN-US Defence Ministers’ Informal Meeting bersama TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik komitmen AS untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan ASEAN, khususnya dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Dalam respons Malaysia, saya menekankan bahawa perpaduan dan kepusatan ASEAN mesti terus menjadi asas kerjasama serantau. ASEAN perlu kekal bebas menentukan hala tujunya sendiri, tanpa terikat kepada persaingan mana-mana kuasa besar.
Saya turut mengalu-alukan inisiatif Kerangka Kerjasama Pertahanan ASEAN-AS yang akan dimulakan pada 2027, dengan harapan kerjasama ini dapat memperkukuh keupayaan ASEAN sebagai satu kesatuan.
Malaysia akan terus bekerjasama dengan AS dan semua rakan dialog berasaskan kepentingan bersama, saling menghormati serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌) 𝐊𝐄-𝟐𝟎
Hari ini bermulanya ADMM ke-20 di Cebu, Republik Filipina, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr.
Dalam ucapan pembukaan, saya menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk ancaman bukan tradisional dan persaingan strategik.
Kesiapsiagaan mesti bermula dengan rakyat. Tiada negara mampu menghadapi cabaran ini bersendirian. Justeru, kerjasama ketenteraan dan keupayaan tindak balas bencana serantau perlu diperkukuh melalui mekanisme sedia ada ASEAN.
Saya turut menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan ASEAN tidak boleh dipandang ringan. Pertikaian di Laut China Selatan tidak seharusnya memecahbelahkan ASEAN, sebaliknya perlu diurus melalui dialog, kepercayaan dan kerjasama demi kepentingan bersama.
Memasuki dekad ketiga penubuhannya, ADMM perlu melangkaui pendekatan lama, memperkukuh kesiapsiagaan bersama dan memastikan kerjasama pertahanan membawa manfaat nyata kepada keselamatan rakyat.
Malaysia kekal komited memperkukuh ADMM dan mempertahankan ASEAN Centrality demi sebuah ASEAN yang lebih bersatu, berdaya tahan serta mampu menentukan masa depannya sendiri.
🇲🇾🇧🇳🇰🇭🇮🇩🇱🇦🇲🇲🇵🇭🇸🇬🇹🇭🇹🇱🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌) 𝐊𝐄-𝟐𝟎
Hari ini bermulanya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 di Cebu, Republik Filipina.
Disambut mesra oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr., sebelum berkesempatan bergambar bersama ketua-ketua delegasi negara ASEAN menjelang bermulanya mesyuarat.
Semoga ADMM kali ini terus memperkukuh kesepakatan dan kerjasama pertahanan ASEAN dalam memelihara keamanan serta kestabilan serantau.
🇧🇳🇰🇭🇮🇩🇱🇦🇲🇾🇲🇲🇵🇭🇸🇬🇹🇭🇹🇱🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
GMA News
@gmanews
PANOORIN: Isinasagawa ngayon sa Mactan Expo sa Lapu-Lapu City, Cebu ang 20th ASEAN Defense Ministers’ Meeting at 13th ASEAN Defense Ministers’ Meeting-Plus.
Tatalakayin ng defense leaders mula sa 11 ASEAN countries at ng kanilang dialogue partners ang ilang issue sa security cooperation, stability at mga kinakaharap na mga pagsubok ng member countries.
Kaninang umaga isinagawa ang traditional ASEAN handshake ng mga delegado. | via Lou-Anne Mae Rondina/GMA Regional TV Balitang Bisdak
Bisitahin ang www.gmanetwork.com/news para sa pinakabagong balita. -
MINDEF Malaysia reposted
ASEAN
@ASEAN
Secretary-General of ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, on 28 October 2026, together with the Defence Ministers of ASEAN Member States, participated in the 20th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), in Cebu, the Philippines. The Meeting was chaired by the Philippines under the theme “Navigating Our Future, Together.”
The 20th ADMM issued the Joint Statement by the ASEAN Defence Ministers on Commemorating the 50th Anniversary of the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia and the 20th Anniversary of the ADMM: Navigating Our Future, Together. The Ministers also agreed on various new ADMM initiatives and activities. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) telah diberi penghormatan sebagai pembicara utama dalam Humanitarian Futures Forum 2026 di Singapura, anjuran bersama S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University, Singapore dan Changi Regional HADR Coordination Centre (Changi RHCC).
Forum bertemakan “Frontiers in Civil-Military Dynamics in Conflict Disasters” ini menyaksikan Kol Ts. Dr. Maimunah Omar, Pengarah Contemporary Technology Study Centre, MiDAS, berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama awam-ketenteraan dalam pengurusan bencana dan penyaluran bantuan kemanusiaan di zon konflik, serta relevansi CIMIC melangkaui tahun 2035.
Forum tahunan ini turut menghimpunkan lebih 180 pakar pelbagai bidang, pegawai tentera dan diplomat dari seluruh dunia. Penyertaan MiDAS mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran yang dimiliki, sekali gus mengangkat nama Kementerian Pertahanan di peringkat antarabangsa.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔?
Program Sekolah Angkat MADANI terus memberi manfaat kepada warga sekolah melalui penambahbaikan kemudahan dan penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Saksikan perkongsian Guru Besar SRA JAIM Kem Terendak mengenai manfaat program ini dalam meningkatkan keselesaan serta menyokong keperluan pembelajaran murid.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin tiba di Cebu, Filipina bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 dan ADMM-Plus Ke-13.
Sepanjang lawatan tersebut, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan bersama rakan sejawat dari beberapa negara bagi memperkukuh kerjasama pertahanan serta membincangkan isu keselamatan dan kestabilan serantau.
Sumber : Astro Awani
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Department of National Defense - Philippines
@dndphl
Defense Sec. Gilberto Teodoro Jr. enjoined more ambitious defense cooperation between the PH and Malaysia during his meeting with his counterpart, Defense Minister Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, on the sidelines of the ADMM and ADMM-Plus in Cebu.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
Menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus esok, saya berkesempatan bertemu sahabat saya dan rakan sejawat dari Republik Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr.
Tahniah kepada Filipina atas kejayaan menganjurkan mesyuarat berkaitan ADMM di Cebu selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kami bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau, khususnya keselamatan maritim, serta kepentingan berpegang kepada prinsip undang-undang antarabangsa.
Semoga mesyuarat ADMM yang bermula esok berjalan lancar serta memperkukuh kesepakatan dalam kalangan negara ASEAN demi keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇵🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌)
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, Republik Filipina bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 dan ADMM-Plus Ke-13.
Ketibaan saya disambut oleh Mejar Jeneral (Bersara) Fabian Mactal Pedregosa, Timbalan Setiausaha bagi Sistem Maklumat dan Keselamatan Siber, Jabatan Pertahanan Negara Republik Filipina.
Sepanjang berada di Cebu, saya akan menyertai mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, serta pertemuan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
Di sela-sela mesyuarat tersebut, saya juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Filipina, Korea Selatan, Laos, AS, Vietnam, Singapura dan Australia.
ADMM merupakan platform penting untuk membina kepercayaan, memperkukuh kerjasama pertahanan dan memastikan ASEAN terus memainkan peranan utama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.
Bagi Malaysia, keamanan dan kestabilan rantau ini perlu terus dipelihara melalui dialog, persefahaman dan kerjasama erat antara negara.
Turut bersama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, TYT Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Berada di Dewan Rakyat hari ini bagi menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 bagi Kementerian Pertahanan.
Antara perkara utama yang saya jelaskan termasuk pengukuhan keselamatan di Laut China Selatan, kesiapsiagaan pertahanan di Sabah dan Sarawak, diplomasi pertahanan serta pemodenan aset ATM.
Dua pesawat FA-50M pertama dijangka tiba pada 30 Oktober ini, di samping pengukuhan keupayaan radar dan UAS ANKA-S.
Berhubung projek LCS, Kementerian tidak akan berkompromi terhadap kelewatan dan telah mengeluarkan notis ganti rugi kelewatan (LAD). Usaha mendapatkan pengganti misil NSM juga sedang dilaksanakan.
Saya turut menjelaskan usaha berterusan Kementerian dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM, termasuk isu insentif khas kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang dibangkitkan dalam perbahasan.
Apa yang penting, setiap usaha dan peruntukan pertahanan mesti diterjemahkan kepada keupayaan ATM yang lebih kukuh, kesiapsiagaan yang lebih tinggi serta kesejahteraan warga dan veteran ATM yang terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Menerima kunjungan hormat bakal Duta Besar Malaysia ke Belgium, TYT Shaiful Anuar bin Mohammad, bakal Duta Besar ke Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid dan bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel.
Pertemuan ini menjadi kesempatan untuk berkongsi pandangan mengenai potensi Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke ASEAN, termasuk peluang memperluas kerjasama pertahanan melalui diplomasi pertahanan.
Saya percaya hubungan baik Malaysia dengan negara-negara ini mampu membuka lebih banyak ruang kerjasama, sekali gus memperkukuh peranan ASEAN dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2027 bakal kembali sebagai platform strategik bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pemain industri, pakar teknologi serta pemimpin pertahanan dari seluruh dunia.
Berteraskan tema “Sustainable Vision Across Sea, Sky and Space”, LIMA 2027 terus memperkukuh kerjasama strategik, memacu inovasi serta membuka peluang baharu dalam industri maritim, aeroangkasa dan pertahanan.
20–24 APRIL 2027 | LANGKAWI, KEDAH
Nantikan LIMA 2027!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
“Kementerian Pertahanan sentiasa memantau keselamatan maritim strategik dunia. ATM melalui TLDM dan TUDM terus melaksanakan pengawasan, rondaan dan kesiapsiagaan bagi memastikan Selat Melaka kekal selamat dan terbuka, dengan sokongan APMM serta agensi berkaitan”
YB ADLY ZAHARI
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔, 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟱
Manakala di peringkat serantau, Malaysia terus memperkukuh Malacca Straits Patrol (MSP) bersama-sama Indonesia, Singapura dan Thailand melalui Malacca Straits Sea Patrol (MSSP), Eyes in the Sky (EiS) serta Intelligence Exchange Group (IEG) bagi meningkatkan keberkesanan rondaan, perkongsian maklumat dan kesedaran domain maritim (Maritime Domain Awareness, MDA).
Usaha ini diselaraskan melalui pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melibatkan kementerian dan agensi keselamatan berkaitan, termasuk melalui Jawatankuasa Bertindak Operasi Maritim (JBOM) yang diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan melibatkan Kementerian, ATM serta agensi penguatkuasaan berkaitan. ATM juga melaksanakan latihan, eksesais dan penilaian risiko bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan gangguan.
YB Adly bin Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔, 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟱
Kementerian Pertahanan sentiasa memantau perkembangan keselamatan laluan maritim strategik dunia, termasuk Selat Hormuz. Namun, Selat Melaka mempunyai konteks tersendiri berikutan kerjasama erat negara-negara pesisir, selain kepentingannya kepada Malaysia, ASEAN dan perdagangan antarabangsa.
Bagi memastikan Selat Melaka kekal selamat dan terbuka, ATM melalui TLDM dan TUDM melaksanakan pengawasan, rondaan dan kesiapsiagaan secara berterusan. TLDM turut melaksanakan Operasi PEJARAK secara 24/7 bagi menjamin keselamatan Sea Lines of Communication (SLOC), dengan sokongan TUDM, APMM dan agensi berkaitan.
YB Adly bin Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terus memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI 2026.
Program ini memberi manfaat kepada 42 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kem tentera seluruh negara, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.05 juta bagi meningkatkan kemudahan serta prasarana pembelajaran demi mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan kemeriahan LIMA Run 2026 yang berlangsung di Dataran DBKL, Kuala Lumpur dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta momentum menuju LIMA 2027.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#limarun2026
#lima2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman telah menghadiri LIMA Run 2026 yang berlangsung di Dataran DBKL.
Penganjuran edisi kedua oleh Global Exhibitions & Conferences Sdn. Bhd. (GEC) ini berjaya menghimpunkan seramai 3,200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil kedutaan asing, agensi kerajaan, pemain industri dan orang awam menerusi kategori larian 5 kilometer dan 7 kilometer.
LIMA Run 2026 merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 April 2027 di Langkawi, Kedah, dengan membawa tema “Sustainable Vision Across Sea, Sky and Space”.
Turut hadir ialah YBhg. Laksamana Madya Datuk Ts. Badarudin bin Taha, Timbalan Panglima Tentera Laut; YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara; YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan); YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara), Pengerusi GEC; serta Dato’ Nonee Ashirin binti Dato’ Mohd Radzi, Presiden Gabungan Industri Pertahanan Malaysia (CDIM).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#limarun2026
#lima2027 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
24 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Perasmian Perhimpunan Agung Negara (PAN) Ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang menghimpunkan kira-kira 500 perwakilan dari seluruh negara.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan peranan PVATM sebagai rakan strategik Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM. Penekanan turut diberikan kepada usaha memperkasa keupayaan dan kemandirian ekonomi veteran melalui latihan kemahiran, keusahawanan serta peluang kerjaya kedua bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang.
Komitmen ini turut diterjemahkan menerusi peruntukan RM304 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) di bawah Belanjawan 2027. Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan Hari Veteran telah mendapat sokongan Majlis Veteran Kebangsaan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan Veteran ATM.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman; serta barisan kepimpinan ATM dan persatuan Veteran ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#kesejahteraanveteran -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Negara Ke-100 Persatuan Veteran ATM sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim, memperkasakan peranan persatuan serta menyatukan usaha dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan Veteran ATM.
Perhimpunan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan Veteran ATM terus diberi perhatian, di samping menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan mereka kepada keselamatan serta kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Operasi Pembenihan Awan (OPA) merupakan antara langkah proaktif bagi meningkatkan potensi hujan melalui kerjasama strategik pelbagai agensi, dengan sokongan keupayaan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Saksikan video ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan operasi tersebut.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua Tahun 2026 yang melibatkan seramai 465 penerima bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, hari ini.
Istiadat yang diadakan bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 ini menyaksikan pengurniaan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Shamshor bin Hj Jaafar. Pengurniaan turut melibatkan 50 penerima Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 196 penerima Darjah Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 218 penerima Darjah Bentara Angkatan Tentera (BAT).
Antara penerima yang turut diberikan penghormatan ialah Allahyarham Pegawai Waran I Mohd Hazrin bin Md Nor, mantan Sarjan Mejar Rejimen, 2 Rejimen Artileri Diraja yang dianugerahkan Darjah BAT secara anumerta. Pengurniaan tersebut telah diterima oleh balunya, Puan Azlina binti Rosli sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan khidmat bakti Allahyarham sepanjang perkhidmatan dalam ATM.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap jasa, khidmat bakti dan kecemerlangan warga ATM dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara. Penghormatan ini turut mencerminkan penghargaan terhadap kepimpinan, kesetiaan dan dedikasi anggota, di samping menjadi dorongan untuk terus memperkukuh profesionalisme, kesiagaan serta keupayaan pertahanan negara.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#dkat2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔, 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟱
Kementerian Pertahanan terus menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh kebajikan Veteran ATM melalui pelbagai bentuk sokongan, termasuk bantuan kesihatan, bantuan kewangan serta penglibatan veteran dalam program pada peringkat negeri.
YB Adly bin Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia and Japan have agreed to strengthen maritime security cooperation, reaffirming their shared commitment to enhancing bilateral defence ties and strategic cooperation.
Source: BERNAMA World
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Jepun sepakat memperkukuh kerjasama keselamatan maritim sebagai langkah mempererat hubungan pertahanan strategik antara kedua-dua negara.
Sumber: BERNAMA
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Perolehan dua kapal ukur hidrografi baharu merupakan langkah strategik dalam memperkukuh keupayaan pemetaan dasar laut negara, sekali gus meningkatkan ketepatan data hidrografi bagi menyokong keselamatan pelayaran, kepentingan maritim serta kedaulatan perairan Malaysia.
Inisiatif ini turut memperkukuh peranan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dalam menyokong usaha pemetaan dasar laut global menerusi Seabed 2030, selaras dengan komitmen negara terhadap pembangunan keupayaan maritim yang lebih moden dan berdaya saing.
Sumber: Buletin Utama TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tldm
#pusathidrografinasional
#seabed2030 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kepercayaan dan keyakinan menjadi asas kepada usaha Malaysia memperkukuh kerjasama pertahanan dengan Jepun, dalam mendepani cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.
Menerusi lawatan kerja sulungnya ke Jepun, Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua negara bersetuju memperluas kerjasama dalam bidang ketenteraan, maritim dan pembangunan industri pertahanan.
Sumber : TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber ATM pada 19 September 2026 menjadi langkah strategik ke arah penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang perkhidmatan keempat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2030, langkah ini mencerminkan komitmen ATM dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara bagi mendepani cabaran keselamatan era digital.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔-𝗝𝗘𝗣𝗨𝗡: 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin mengakhiri lawatan kerja ke Jepun pada 21 Oktober 2026 yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan strategik, pembangunan keupayaan ketenteraan serta pemindahan teknologi.
Antara hasil penting lawatan ini termasuk persetujuan memperluas latihan ketenteraan bilateral, penerokaan kerjasama industri pertahanan serta pemeteraian dokumen bantuan Official Security Assistance (OSA) 2026 bernilai sekitar RM40 juta bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Jepun dalam memperkukuh keselamatan, kestabilan serantau serta kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
JEPUN, 20 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menamatkan lawatan kerja rasmi ke Jepun yang bermula pada 18 Oktober 2026, dengan tumpuan memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara dalam bidang pertahanan, keselamatan maritim dan pembangunan industri pertahanan.
Dalam pertemuan bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi, kedua-dua negara bersetuju memperluas latihan ketenteraan bilateral termasuk elemen keselamatan siber, meneroka kerjasama maritim serta kaedah perolehan aset pertahanan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang turut memberi penekanan kepada pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan industri tempatan.
Antara pencapaian utama lawatan ialah pemeteraian dokumen bantuan Official Security Assistance (OSA) 2026 bersama Menteri Luar Negeri Jepun, TYT Toshimitsu Motegi, melibatkan sistem Counter-Unmanned Aerial System (C-UAS) bernilai ¥1.65 bilion (sekitar RM40 juta) bagi meningkatkan keupayaan negara menghadapi ancaman udara tanpa pemandu.
Lawatan ini turut merangkumi pertemuan bersama Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) serta tinjauan ke fasiliti pertahanan Toshiba bagi meneroka kerjasama teknologi dan pembangunan komponen pertahanan tempatan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Jepun dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara, memelihara kedaulatan serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau, menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 2027.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti pertahanan menerusi peruntukan RM35,000 bagi menaik taraf prasarana Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak, Melaka.
Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa, sekali gus menyokong pembangunan pendidikan anak-anak warga pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KSU MINDEF TEROKA POTENSI KERJASAMA TEKNOLOGI PERTAHANAN MALAYSIA–VIETNAM
HANOI, 20 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, telah mengadakan lawatan industri ke Viettel High Technology Industries (VHT) di Hanoi, Vietnam, di sela-sela 1st Malaysia–Vietnam Defence Policy Dialogue yang dipengerusikan bersama oleh beliau dan TYT Lieutenant General Nguyen Truong Thang, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Vietnam.
Ketibaan delegasi Malaysia telah disambut oleh Senior Colonel Dao Xuan Vu, Timbalan Ketua Pengarah Viettel Corporation. Delegasi diberikan taklimat mengenai keupayaan teknologi tinggi dan pembangunan industri pertahanan Viettel, selain meninjau ruang pameran produk serta sistem pemantauan keselamatan siber yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan.
Lawatan ini membolehkan delegasi Malaysia meneliti keupayaan teknologi Viettel serta pendekatan syarikat tersebut dalam membangunkan produk pertahanan berteknologi tinggi. Tumpuan turut diberikan kepada potensi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi serta pembangunan kepakaran, termasuk peluang memperluas penyertaan industri tempatan dalam rantaian nilai industri pertahanan.
Selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pendedahan ini menyediakan asas untuk menilai pendekatan yang bersesuaian bagi mempercepat pembangunan keupayaan teknologi domestik. Keutamaan adalah memastikan pembangunan industri pertahanan negara tidak hanya bergantung pada pemerolehan aset, tetapi turut merangkumi penguasaan teknologi, pembinaan kepakaran dan keupayaan tempatan untuk menyokong keperluan pertahanan negara secara mampan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗟𝗜𝗠𝗔’𝟮𝟳 | 𝗦𝗨𝗦𝗧𝗔𝗜𝗡𝗔𝗕𝗟𝗘 𝗩𝗜𝗦𝗜𝗢𝗡 𝗔𝗖𝗥𝗢𝗦𝗦 𝗦𝗘𝗔, 𝗦𝗞𝗬 𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗣𝗔𝗖𝗘
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’27) edisi ke-18 bakal kembali dengan pelbagai tarikan dan pengalaman menarik!
📅 20 – 24 April 2027
📍 Langkawi, Kedah
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran berprestij ini. Dapatkan tiket anda dan nantikan kemeriahan LIMA’27!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
DIALOG DASAR PERTAHANAN MALAYSIA–VIETNAM KALI PERTAMA
HANOI, 20 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, mengetuai delegasi Malaysia ke Defence Policy Dialogue (DPD) Malaysia–Vietnam kali pertama, yang dipengerusikan bersama TYT Senior Lieutenant General Nguyen Truong Thang, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Vietnam. Penubuhan dialog ini menyediakan platform rasmi di peringkat dasar untuk menyelaras keutamaan pertahanan, memperkukuh persefahaman strategik dan memacu kerjasama dua hala secara lebih terancang.
Berlandaskan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada tahun 2008 dan diperbaharui pada 4 Disember 2023, dialog ini membolehkan kedua-dua negara menilai perkembangan keselamatan global dan serantau, merangkumi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional. Perbincangan tersebut penting bagi menyelaraskan perspektif strategik serta mengenal pasti ruang kerjasama yang bertepatan dengan kepentingan bersama dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks.
Dialog ini turut menetapkan kerangka kerjasama melalui 4 Sub-Working Groups, iaitu kerjasama ketenteraan; industri pertahanan, sains, teknologi dan penyelidikan; hal ehwal strategik; serta perkongsian risikan. Pembahagian bidang ini menyediakan asas untuk memperincikan keutamaan, menyelaras pelaksanaan dan memastikan kerjasama yang dipersetujui dapat diterjemahkan kepada tindakan susulan yang lebih berfokus.
Inisiatif ini selaras dengan Tonggak Strategi Pertahanan Ketiga, iaitu Perkongsian Berwibawa, di bawah Kertas Putih Pertahanan yang meletakkan kerjasama antarabangsa sebagai instrumen penting dalam mempertahankan kepentingan negara. Melalui dialog ini, Malaysia memperkukuh hubungan pertahanan dengan Vietnam sebagai rakan strategik komprehensif, sekali gus menyokong kepentingan nasional serta menyumbang kepada kestabilan dan keamanan serantau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kemudahan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan merupakan antara aspek penting dalam menjaga kebajikan warga pertahanan.
Ikuti perkongsian Lt M Mohd Irsyadi bin Ahmad mengenai kepentingan PERNAMA dalam membantu meringankan kos sara hidup serta harapan agar inisiatif seumpama ini terus diperkasakan demi kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pernama
#kebajikanwargapertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
“Tiada dasar atau bentuk kerjasama khusus antara Kementerian atau Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dengan Kerajaan Negeri berkaitan hal ehwal veteran. Namun, melalui usaha promosi serta hubungan baik antara Kementerian dengan Kerajaan Negeri, maka tidak dinafikan bahawa Kerajaan Negeri juga mengambil berat, mengiktiraf serta menghargai jasa komuniti Veteran ATM dalam pelbagai bentuk.”
YB ADLY ZAHARI
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) oleh PERNAMA terus memperkukuh agenda kebajikan warga kerja pertahanan melalui penawaran barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan tanpa had kuota pembelian.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam membantu meringankan kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan warga pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔
“Kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia merupakan usaha jangka panjang yang berimpak besar terhadap kesejahteraan dan masa depan anggota serta veteran ATM selepas perkhidmatan.
Melalui MyBakat Veteran yang dilaksanakan oleh TalentCorp, kemahiran anggota ATM akan diiktiraf menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dipadankan dengan keperluan industri serta dihubungkan terus dengan peluang pekerjaan.”
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐕𝐈𝐂𝐄-𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐅𝐎𝐑 𝐅𝐎𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐀𝐅𝐅𝐀𝐈𝐑𝐒 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan dan makan tengah hari bersama Parliamentary Vice-Minister for Foreign Affairs Jepun, Kazuhiro Fujii.
Kami bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Jepun yang telah dipertingkatkan kepada Comprehensive Strategic Partnership (CSP) sejak Disember 2023, termasuk kerjasama pertahanan melalui program Official Security Assistance (OSA).
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus mempererat hubungan dan memperkukuh kerjasama strategik kedua-dua negara.
Terima kasih atas layanan mesra dan keramahan yang diberikan sepanjang pertemuan ini.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan dengan Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Manabu Imakyurei.
ATLA merupakan agensi di bawah Kementerian Pertahanan Jepun yang bertanggungjawab dalam aspek perolehan, teknologi dan logistik pertahanan.
Saya menerima taklimat mengenai pendekatan Jepun dalam membangunkan industri pertahanannya, di samping bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam pemindahan teknologi, pembangunan komponen tempatan dan rantaian bekalan global.
Saya percaya hubungan yang lebih erat, berasaskan kepercayaan dan saling menghormati, akan membuka lebih banyak peluang kerjasama pertahanan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) terus memperkukuh agenda kebajikan warga pertahanan melalui Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) yang menawarkan potongan harga sehingga 30% bagi 308 unit penyimpanan stok (SKU) merangkumi 30 kategori barangan keperluan harian.
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 200,000 anggota dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan serta meningkatkan kesejahteraan ekonomi warga pertahanan.
Pelaksanaan HITS turut melengkapi inisiatif penjimatan sedia ada sebagai manifestasi komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan warga ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Hubungan pertahanan Malaysia dan Jepun terus diperkukuh menerusi lawatan kerja Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ke Jepun yang memberi tumpuan kepada peluasan kerjasama strategik serta pengukuhan hubungan dua hala.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam mempererat hubungan diplomasi pertahanan, memperluas kerjasama keselamatan dan memperkukuh kestabilan serantau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PULAU PANGKOR, 18 Oktober 2026 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) telah mengatur gerak seramai 100 anggota dari Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR) susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pangkor.
Misi yang diketuai oleh Komander Abdul Manan bin Mazlan TLDM ini melibatkan penggunaan tiga buah Fast Combat Boat (FCB) dan dua buah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB), selain kesiapsiagaan sebuah helikopter TLDM bagi menyokong operasi sekiranya diperlukan.
Usaha pemulihan tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, masjid serta kediaman penduduk yang terjejas. TLDM turut menyediakan 300 bungkus makanan dan 425 botol air mineral kepada petugas yang terlibat dalam operasi pembersihan bersama agensi awam dan komuniti setempat.
Penglibatan ini mencerminkan kesiapsiagaan dan komitmen berterusan TLDM dalam membantu rakyat ketika berdepan bencana, di samping memperkukuh kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi berkaitan dan masyarakat demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tldm
#atm
#jiwamurni -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerjasama strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus diperkasa bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara dalam menghadapi cabaran peperangan era digital.
Sinergi kepakaran ketenteraan dan akademik ini memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, penyelidikan serta inovasi teknologi, khususnya dalam bidang siber dan elektromagnetik, bagi membina Angkatan Siber yang berkeupayaan tinggi dan berdaya saing.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan makan malam bersama tujuh kadet dan seorang pegawai ATM yang sedang mengikuti pengajian serta kursus di National Defense Academy of Japan.
Pertemuan ini memberi peluang untuk bertanya khabar dan mendengar pengalaman mereka sepanjang berada di Jepun.
Manfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu, memperluas pengalaman dan membina jaringan hubungan untuk masa depan ATM.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia serta ATM di perantauan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, bagi memulakan lawatan kerja pertama saya ke Jepun selama empat hari bermula 18 hingga 21 Oktober 2026.
Antara agenda utama lawatan ini ialah mesyuarat bilateral bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi.
Saya juga dijadual mengadakan mesyuarat bilateral bersama Menteri Luar Jepun, TYT Toshimitsu Motegi, serta menghadiri majlis menandatangani dokumen bantuan geran di bawah program Official Security Assistance (OSA) Kerajaan Jepun.
Lawatan ini turut melibatkan pertemuan bersama Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) serta lawatan ke syarikat pertahanan Jepun, Toshiba.
Berlandaskan Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Jepun, lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan pertahanan serta memperluas ruang kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.
Semoga segala usaha ini membawa manfaat nyata kepada pertahanan negara, di samping meningkatkan persefahaman dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Ketibaan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, TYT Dato’ Ahmad Rozian bin Abd Ghani serta Atase Pertahanan Malaysia di Tokyo, Kepten Mohamad Fazri bin Ibrahim TLDM.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani bin Daud dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SHAH ALAM, 17 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, mengadakan lawatan ke Aiszzy Electronic Sdn. Bhd. bagi menilai potensi keupayaan teknologi tempatan untuk memenuhi keperluan pertahanan serta memperkukuh kapasiti industri pertahanan negara.
Aiszzy Electronic Sdn. Bhd. mempunyai kepakaran dalam embedded system
electronics, komunikasi dan data, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta integrasi sistem. Kepakaran ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan penyelesaian teknologi pertahanan tempatan, tertakluk kepada kesesuaian keperluan operasi dan penilaian teknikal.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik MINDEF memperluas penyertaan PKS berteknologi dalam ekosistem industri pertahanan, dengan penekanan kepada pembangunan keupayaan domestik, pengukuhan rantaian bekalan dan pengurangan kebergantungan kepada teknologi luar.
Turut hadir wakil Bahagian Industri Pertahanan, Bahagian Perolehan, STRIDE, Bahagian Kewangan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM), Coalition Defence Industrial (M) serta Boustead Holdings Berhad.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, menyempurnakan majlis penutupan Bengkel Penambahbaikan Proses Kerja Kelulusan Kewangan dan Sesi Taklimat Penyediaan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) 2027 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Bengkel anjuran Bahagian Kewangan MINDEF pada 14 hingga 16 Oktober 2026 meneliti penambahbaikan proses kelulusan kewangan dan penyelarasan kadar kelayakan bukan penjawat awam selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP10.9.
Sesi taklimat PPT 2027 melibatkan 279 wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ), dengan tumpuan kepada tatacara perolehan di bawah RM500,000. Analisis pelaksanaan PPT 2026 turut dibentangkan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam perancangan perolehan tahun berikutnya.
Turut hadir ialah YBhg. Datin Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta pegawai kanan MINDEF.
#mindefupdate
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Yeo Seung-bae, menjelang tamat tempoh perkhidmatan beliau. Pertemuan ini menjadi wadah menilai kemajuan hubungan pertahanan dua hala serta mengenal pasti kepentingan strategik yang boleh terus diperkukuh.
Perbincangan memberi tumpuan kepada kerjasama industri pertahanan dan pembangunan keupayaan, khususnya penglibatan syarikat pertahanan Republik Korea serta perkembangan penghantaran pesawat FA-50M. Kerjasama ini mencerminkan kepentingan hubungan industri yang berupaya menyokong agenda pemodenan pertahanan Malaysia.
Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk memastikan kerjasama yang telah dibangunkan terus memberikan nilai strategik kepada kedua-dua negara, selaras dengan kepentingan bersama dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memeterai kerjasama strategik bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua anggota dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pengiktirafan kemahiran, peningkatan kompetensi serta peluasan akses kepada peluang pekerjaan.
Menerusi inisiatif MyBakat Veteran, kerjasama ini merangkumi pensijilan kemahiran, latihan peralihan kerjaya dan pemadanan kompetensi dengan keperluan industri melalui penglibatan pelbagai agensi strategik.
Menjelang 2030, lebih 15,000 anggota dan Veteran ATM disasarkan menerima manfaat, dengan persediaan kerjaya bermula sekurang-kurangnya dua tahun sebelum persaraan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kebolehpasaran dan kesejahteraan warga pertahanan selepas perkhidmatan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota serta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelbagai inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada jaminan masa depan dan peningkatan kualiti hidup komuniti pertahanan.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan kementerian dalam memastikan jasa, pengorbanan dan sumbangan warga ATM serta veteran sentiasa dihargai, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Mengakhiri lawatan kerja ke Melaka hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama warga Kem Sungai Udang.
Selain peruntukan RM110,000 oleh LTAT bersama Syarikat Kumpulannya menerusi Program Kem Santuni MADANI 2026, beberapa peruntukan lain turut diumumkan bagi meningkatkan kesejahteraan warga kem:
🔹 RM50,000 bagi senggaraan tandas penginapan penuntut kursus Cawangan Komando.
🔹 RM50,000 bagi bekalan bahan mentah untuk membina stor dan pondok skuad Rejimen 21 Komando.
🔹 RM150,000 bagi penyelenggaraan masjid Kem Sungai Udang.
Saya turut menyampaikan sumbangan kebajikan YLTAT kepada 38 anggota atau waris yang mengalami masalah kesihatan, menghidap penyakit kronik atau berstatus OKU, bagi meringankan beban mereka.
Kepada seluruh warga kem, terus pelihara integriti, kesetiaan, keberanian, disiplin dan profesionalisme. Teruslah saling mempercayai, menghormati dan menguatkan antara satu sama lain kerana kekuatan ATM terletak kepada anggotanya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Selepas Kem Terendak, saya meneruskan lawatan kerja ke Kem Sungai Udang, Melaka yang menempatkan pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia.
Saya menerima taklimat mengenai kesiagaan pasukan dan kesejahteraan anggota, termasuk keperluan perumahan seperti Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan blok penginapan.
Peruntukan senggaraan kem ini meningkat daripada RM4.87 juta pada 2025 kepada RM6.38 juta tahun ini, bagi memastikan prasarana dan persekitaran kem kekal selesa dan selamat.
Saya turut meninjau gimnasium yang menerima sumbangan RM110,000 untuk dinaik taraf melalui Program Kem Santuni MADANI oleh LTAT dan Syarikat Kumpulannya. Sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi program ini yang melibatkan 6 kem ATM di seluruh negara.
Kesiagaan pasukan dan kesejahteraan anggota perlu terus diperkukuh seiring demi memastikan tanggungjawab mempertahankan negara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#kemsantunimadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐓𝐌
Dalam lawatan kerja ke Melaka hari ini, saya singgah di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak.
Seronok melihat keceriaan di wajah anak-anak kita. Kita mahu mereka terus gembira ke sekolah, dengan suasana yang lebih selesa untuk belajar dan menimba ilmu.
Sekolah ini merupakan antara 42 buah sekolah agama dan KAFA dalam kem ATM yang menerima manfaat Program Sekolah Angkat MADANI 2026 oleh LTAT dan Syarikat Kumpulannya.
Sebanyak RM1.05 juta diperuntukkan melalui program ini, memberi manfaat kepada lebih 10,300 pelajar dan guru. Khusus bagi SRA JAIM Kem Terendak, RM35,000 diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan surau.
Usaha meningkatkan kesejahteraan warga ATM turut merangkumi pendidikan dan masa depan anak-anak mereka.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#sekolahangkatmadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀
Selain peluncuran HITS @ PERNAMA, beberapa inisiatif kesejahteraan warga ATM turut diumumkan sempena lawatan kerja ke Kem Terendak, Melaka hari ini.
Menerusi Belanjawan 2027, sekitar RM500 juta diperuntukkan untuk membaik pulih 11,000 unit RKAT bagi menyediakan kediaman lebih selesa dan selamat kepada keluarga ATM.
Sebanyak RM20 juta pula diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah-sekolah dalam kem tentera bagi meningkatkan keselesaan pembelajaran anak-anak.
Peruntukan Program Ekonomi MADANI turut ditingkatkan kepada RM1.5 juta bagi membantu ahli BAKAT menjana pendapatan, termasuk RM30,000 untuk meneruskan projek pertanian cendawan di Kem Terendak.
Kesejahteraan anggota dan keluarga terus menjadi keutamaan dalam memperkukuh pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#programekonomimadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐇𝐈𝐓𝐒 @ 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀: 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀
Memulakan lawatan kerja ke Melaka dengan meluncurkan Kempen “Harga Istimewa, Tentera Sejahtera” (HITS) @ PERNAMA di Kem Terendak.
Inisiatif Kementerian Pertahanan ini menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran setiap hari, bagi membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah anggota ATM, veteran dan keluarga mereka.
PERNAMA, perbadanan milik penuh LTAT, bukan sekadar entiti perniagaan tetapi instrumen kesejahteraan warga tentera yang memberikan manfaat secara langsung kepada anggota dan keluarga mereka.
Kesejahteraan warga tentera merupakan sebahagian daripada asas kekuatan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hits
#pernama -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Jasa dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan negara tidak boleh dilupakan. Kebajikan dan masa depan mereka mesti terus diberi perhatian, termasuk selepas bersara.
Melalui kerjasama MINDEF dan KESUMA, kemahiran anggota ATM akan diiktiraf dan dipadankan dengan keperluan industri bagi membuka peluang kerjaya kedua.
Sekitar 3,000 bakal pesara ATM yang layak setiap tahun berpeluang memperoleh pensijilan SKM Tahap 3 atau 4 dengan kos ditanggung oleh MINDEF.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Kem Markas 21 Grup Gerak Khas (GGK), Kem Sungai Udang, Melaka pada 15 Oktober 2026 bagi meninjau kemudahan serta perkembangan projek pembangunan yang menyokong keperluan operasi dan kebajikan warga pasukan.
Lawatan tersebut turut disusuli Majlis Ramah Mesra bersama warga 21 GGK sebagai wadah memperkukuh hubungan kepimpinan dengan anggota, di samping menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan pasukan elit negara dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan sentiasa berada pada tahap terbaik.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tenteradaratmalaysia
#gerakkhasThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan lawatan kerja Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ke Kem Terendak, Melaka pada 15 Oktober 2026 yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga.
Antara pengisian utama termasuk peluncuran Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) serta penyerahan replika cek bagi Program Sekolah Angkat MADANI LTAT dan Pakej Pengukuhan dan Rangsangan Program Ekonomi MADANI ATM (PEM ATM).
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, 15 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Kem Terendak dan Kem Sungai Udang, Melaka bagi meninjau pelaksanaan pelbagai inisiatif kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran serta keluarga mereka, di samping memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
Di Kem Terendak, beliau telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Harga Istimewa Tentera Sejahtera (HITS) anjuran PERNAMA bagi membantu meringankan kos sara hidup warga pertahanan melalui penawaran barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.
Beliau turut menyempurnakan penyerahan replika cek Pakej Pengukuhan dan Rangsangan Program Ekonomi MADANI ATM (PEM ATM) bernilai RM1.5 juta yang bakal memanfaatkan 49 projek, serta Program Sekolah Angkat MADANI LTAT bagi memperkukuh kemudahan pendidikan di kem ATM.
Lawatan diteruskan ke Kem Sungai Udang bagi meninjau kesiapsiagaan 21 Gerup Gerak Khas (GGK) serta cadangan pembinaan gimnasium terbuka di bawah Inisiatif Kem Santuni MADANI LTAT. Beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 38 anggota dan waris yang berdepan masalah kesihatan kronik.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman; Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri serta barisan kepimpinan LTAT, PERNAMA dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memeterai Nota Kerjasama bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua anggota dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif MyBakat Veteran.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Potongan harga 30 peratus setiap hari di HITS PERNAMA
malaysiagazette.com/2026/10/15/potongan-harga-30-peratus-… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Opens Second-career Pathways For MAF Veterans www.bernama.com/en/general/news.php?id=2620519
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Buka Laluan Kerjaya Kedua Veteran ATM www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2620517
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan sekitar Program Integriti Kewangan 360°: Memperkasa Integriti & Akauntabiliti dan Majlis Penutupan yang mengetengahkan kepentingan pembudayaan integriti, ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan kewangan.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Tribune
@Msia_Tribune
Malaysia masih mengadakan rundingan dengan pembekal peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) berhubung kegagalan penghantaran aset pertahanan itu susulan pembatalan lesen eksport oleh kerajaan negara terbabit.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐒𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri merangkap Penaung Kempen Tabung Pahlawan, hari ini menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kutipan Tabung Pahlawan meningkat daripada RM1.306 juta bagi kempen 2023/2024 kepada RM3.351 juta bagi 2025/2026. Sasaran kita tahun ini ialah RM5 juta.
Kempen ini bukan sekadar mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara, tetapi juga mengingatkan bahawa kebajikan anggota semasa dan selepas perkhidmatan adalah sebahagian daripada ekosistem pertahanan. Kesejahteraan veteran tanggungjawab kita bersama.
Tabung ini membantu veteran ATM yang memerlukan, khususnya mereka yang uzur dan terlantar. Kerajaan turut memperuntukkan RM304 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam Belanjawan 2027 bagi meneruskan agenda kebajikan veteran.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan negara. Beri banyak tanda mampu, beri sedikit tanda ingat. Setiap sumbangan amat bermakna buat veteran ATM.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang korporat serta individu yang terus memberikan sokongan kepada Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027.
Alhamdulillah, sumbangan yang diterima terus meningkat saban tahun. Sokongan ini mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam menghargai jasa dan pengorbanan para perwira negara.
Setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna dalam membantu menjaga kebajikan veteran ATM dan tanggungan mereka, khususnya yang uzur, terlantar dan memerlukan bantuan.
Beri banyak tanda mampu, beri sedikit tanda ingat. Semoga semangat mengenang jasa dan menghargai pengorbanan para pahlawan negara terus subur dalam kalangan masyarakat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadap Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Raja Abdullah II ibn Al Hussein sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat Malaysia-Jordan serta komitmen memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama.
Turut menjadi perhatian ialah perkembangan Asia Barat, termasuk di Palestin dan Syria, serta usaha memperjuangkan keamanan serantau dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
🇲🇾🇯🇴
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap sumbangan kepada Tabung Pahlawan adalah tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Alhamdulillah, kutipan Tabung Pahlawan terus meningkat dari tahun ke tahun. Sokongan masyarakat dan sektor korporat amat bermakna dalam memastikan kebajikan veteran serta tanggungan mereka terus terbela.
Sesungguhnya, bangsa yang besar adalah bangsa yang mengenang budi, menghargai pengorbanan dan tidak sesekali melupakan jasa para pahlawannya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bermula dengan penanaman pada Mac lalu, kini projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi membuahkan hasil dengan tuaian pertama halia “KayTi”.
Melibatkan 15 veteran ATM, inisiatif ini membuka peluang untuk mereka terus produktif dan menjana pendapatan melalui bidang pertanian.
Veteran bukan sahaja dihargai atas jasa dan pengorbanan mereka, tetapi terus diberi peluang membina kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#janaveteranThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅-𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Hari ini, saya menyaksikan Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Kerjasama strategik ini merupakan usaha jangka panjang yang berimpak besar terhadap kesejahteraan dan masa depan anggota serta veteran ATM selepas perkhidmatan.
Melalui MyBakat Veteran yang dilaksanakan oleh TalentCorp, kemahiran anggota ATM akan diiktiraf menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dipadankan dengan keperluan industri serta dihubungkan terus dengan peluang pekerjaan.
Terima kasih kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas komitmen dan kerjasama KESUMA dalam menjayakan usaha ini.
Jasa dan pengorbanan anggota ATM bukan sekadar dikenang, tetapi mesti diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah selepas bersara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅-𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Melalui pemeteraian Nota Kerjasama antara MINDEF dan KESUMA hari ini, persediaan kerjaya kedua anggota dan veteran ATM diperkukuh melalui beberapa langkah utama.
Antaranya, pengiktirafan kemahiran dan pengalaman ketenteraan melalui pensijilan SKM dan DKM, latihan peralihan kerjaya, pemadanan kompetensi dengan keperluan industri serta akses kepada peluang pekerjaan melalui MYFutureJobs.
Semua ini digerakkan secara bersepadu melalui MyBakat Veteran dengan penglibatan TalentCorp, JPK, PERHEBAT, PERKESO, JHEV dan HRD Corp.
Kerjasama ini menyasarkan lebih 15,000 anggota dan veteran ATM menjelang 2030, dengan persediaan kerjaya bermula sekurang-kurangnya dua tahun sebelum persaraan.
Matlamatnya adalah untuk memastikan anggota ATM menamatkan perkhidmatan dengan kelayakan yang diiktiraf, nilai pasaran yang lebih tinggi dan peluang kerjaya kedua yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Tribune
@Msia_Tribune
Kemahiran anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dipadankan secara langsung dengan keperluan industri bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat perkhidmatan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KETUA SETIAUSAHA MINDEF SEMPURNAKAN PENUTUPAN PROGRAM INTEGRITI KEWANGAN 360°
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, telah menyempurnakan penutupan Program Integriti Kewangan 360° anjuran Bahagian Akaun di Auditorium Wisma Pertahanan.
Program selama dua hari, pada 13 hingga 14 Oktober 2026, menghimpunkan seramai 150 pegawai kewangan dan perakaunan awam serta ATM daripada 58 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Lembah Klang bagi memperkukuh kompetensi profesional dan pematuhan terhadap peraturan kewangan Kerajaan. Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada keberkesanan kawalan dalaman serta pengurusan peruntukan yang berakauntabiliti bagi mengurangkan risiko ketidakpatuhan dan memastikan sumber kewangan pertahanan dimanfaatkan secara optimum.
MINDEF komited memperkukuh integriti dan tadbir urus kewangan bagi memastikan setiap peruntukan awam diurus secara telus, berhemah dan bertanggungjawab demi menyokong keutamaan pertahanan serta kepentingan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memeterai Nota Kerjasama bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua anggota dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif MyBakat Veteran. Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Kerjasama yang diselaraskan oleh TalentCorp ini menyasarkan lebih 15,000 anggota dan Veteran ATM menjelang 2030 melalui pembangunan kemahiran, pengiktirafan kompetensi serta pemadanan kepakaran ketenteraan dengan keperluan industri. Inisiatif ini turut menekankan persediaan kerjaya sekurang-kurangnya dua tahun sebelum persaraan bagi memastikan peralihan ke sektor awam lebih terancang.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Laluan Pengiktirafan Kemahiran yang membuka akses kepada pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), tertakluk kepada syarat kelayakan. Langkah ini memperkukuh komitmen MINDEF dalam memastikan kepakaran dan pengalaman anggota serta Veteran ATM terus diiktiraf dan dimanfaatkan dalam pembangunan tenaga kerja negara.
Nota Kerjasama tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MINDEF, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#mybakatveteran -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Kali Ke-46 yang berlangsung di Bilik Bunga Raya, Wisma Pertahanan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, pemantauan prestasi kewangan dan kelestarian tabung bagi memastikan kebajikan anggota pasukan pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan negara serta waris yang layak terus terpelihara.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1968, TAPPN memainkan peranan penting dalam menghargai jasa dan pengorbanan perwira negara menerusi penyaluran bantuan sagu hati, nafkah dan persekolahan. Usaha ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh pengurusan tabung secara telus, berintegriti dan berkesan, selaras dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tappn
#kebajikanperwiranegara -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan Veteran ATM terus terbela. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama menghargai jasa, pengorbanan dan bakti perwira negara yang menjadi tunjang kepada keamanan serta kedaulatan tanah air.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tabungpahlawan2026
#veteranatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembentangan Belanjawan 2027 memperkukuh komitmen Kementerian Pertahanan terhadap pengurusan peruntukan yang berintegriti, berhemah dan berorientasikan hasil, dengan keutamaan kepada peningkatan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kesejahteraan anggota, keluarga dan Veteran ATM.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Belanjawan 2027 memberi penekanan kepada pengukuhan keupayaan pertahanan negara, peningkatan kesiapsiagaan aset serta pemerkasaan kebajikan anggota dan Veteran ATM. Keutamaan ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan pertahanan negara kekal berdaya tahan, seiring dengan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pertahanan.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2026 – Kementerian Pertahanan menerusi Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPS), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melakar pencapaian cemerlang dalam tiga pertandingan inovasi dan pembentangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Menerusi inovasi MinDef Group Counseling Intervention Ecosystem (MyGCI-MinDef), pihak Kementerian Pertahanan yang dianggotai oleh Siti Hasiah, Nazatul Hazariah, Tengku Amirul, Maryam Naziifah, Muhammad Shaharuddin, Nurunnajihah, dan Aina Liyana berjaya merangkul Gold Award, Best Poster Award, dan Best Poster Presentation di R-COUNNOVAS & RISE2026 sempena NATCOM 2026 anjuran PERKAMA International yang berlangsung pada 8 sehingga 10 Oktober 2026.
Selain itu, pasukan CPPS, BPSM turut berjaya menduduki lima tempat terbaik (Top 5) bagi kategori Anugerah Cipta Karya sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2026 (PSYCON 2026) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). CPPS juga berjaya disenaraikan dalam 30 manuskrip terbaik daripada 166 penyertaan di Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 (KOPA 2026) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kreativiti warga MINDEF dalam memperkukuh budaya inovasi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan psikologi organisasi.
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan BPSM dan CPPS.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#sinergipsikologimindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video rangkuman Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2026/2027 yang telah disempurnakan oleh Penaung KTP, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 12 Oktober 2026 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.
Membawa slogan “1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”, kempen ini mengangkat semangat penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan perwira negara, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat dalam memperkukuh kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kempentabungpahlawan
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2026 – Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2026/2027 telah disempurnakan oleh Penaung KTP, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Wisma Perwira, hari ini.
Membawa slogan “1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawanku”, kempen ini bermatlamat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jasa perwira negara di samping menggalakkan sumbangan bagi memperkukuh kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Antara sorotan utama majlis peluncuran pada tahun ini termasuk:
• Kerjasama Strategik: Tiga jalinan usaha sama dimeterai bagi memperluas manfaat kepada veteran melibatkan Takaful Ikhlas (perlindungan takaful), Al-Afiyah Group (pemeriksaan kesihatan), dan MYDIN (diskaun pembelian barangan terpilih).
• Sumbangan Kebajikan: Seramai 60 veteran cedera perang menerima sumbangan tunai sebanyak RM500 setiap seorang.
Turut mengiringi beliau pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menghargai pengorbanan Veteran ATM, sekali gus memperkukuh tanggungjawab bersama terhadap wira negara.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM, serta wakil persatuan dan rakan korporat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kempentabungpahlawan
#veteranatm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐀𝐍𝐀𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
Pada Mac lalu, kita memulakan projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi. Hari ini, saya kembali menyaksikan tuaian pertama halia “KayTi” hasil kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Projek rintis ini melibatkan 15 veteran ATM, masing-masing mengusahakan satu plot tanaman halia secara fertigasi dengan sekitar 7,500 polibeg, serta mendapat sokongan teknikal dan pemantauan berterusan daripada BPlant.
Setiap tahun, kira-kira 5,000 anggota ATM bersara, sebahagiannya seawal usia 40 tahun. Kita mahu mereka terus produktif, memanfaatkan pengalaman dan kemahiran untuk menjana pendapatan.
JanaVeteran akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dengan memanfaatkan tanah MINDEF yang belum mempunyai perancangan pembangunan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada veteran yang berminat dalam bidang pertanian moden.
Usaha ini bukan sahaja memperkasa ekonomi veteran, tetapi turut menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#janaveteran -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Manfaatkan Tanah Terbiar Untuk Pertanian, Perkukuh Keterjaminan Makanan www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2618577
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengiringi Presiden Republik Arab Mesir, TYT Abdel Fattah el-Sisi dalam pertemuan bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serta perkara yang menyentuh kepentingan bersama Malaysia dan Mesir.
Presiden El-Sisi kemudiannya berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Mewakili Kerajaan Malaysia dan selaku Menteri Pengiring, saya merakamkan penghargaan kepada Presiden El-Sisi serta delegasi atas lawatan ini.
Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Mesir terus diperkukuh demi kepentingan kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
Kredit foto: PMO
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan TYT Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir bersempena Lawatan Negara ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.
Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, turut menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara yang diadakan bagi meraikan lawatan tersebut.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Presiden Al-Sisi sebagai penghormatan bersempena Lawatan Negara ini.
Semoga lawatan ini terus mempererat hubungan persahabatan Malaysia dan Mesir serta membuka lebih banyak ruang kerjasama demi manfaat kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#khalednordinmindef
Kredit foto: Istana Negara, PMO, JAPEN -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027 merupakan salah satu usaha bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di samping menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh sokongan masyarakat terhadap kebajikan veteran negara.
Majlis peluncuran akan disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan.
📅 12 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Dewan Perkasa, Wisma Perwira
📺 Siaran langsung menerusi Facebook JHEV
1 Rakyat 1 Ringgit, Demi Pahlawan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tabungpahlawan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
“Dengan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan serta kerjasama Kementerian Kewangan selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, saya percaya LCS 1 dapat diserahkan pada April 2027 tanpa kelewatan selanjutnya, sekali gus memperkukuh kesiagaan ATM dan pertahanan negara.”
—YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KOTA TINGGI, 11 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Program Tuaian Pertama Projek Halia KayTi JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dalam memperkasa sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Projek JanaVeteran yang dilaksanakan sejak Mac 2026 kini mula membuahkan hasil melalui penanaman halia secara fertigasi, melibatkan 15 Veteran ATM di kawasan seluas 12 hektar. Setiap peserta menerima jaminan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500, selain insentif tambahan berdasarkan prestasi hasil tuaian.
BPlant turut memperluas manfaat inisiatif ini menerusi Projek JanaKomuniti yang melibatkan 22 peserta dari FELDA Air Tawar 2 dan FELDA Air Tawar 3. Program ini turut menyaksikan penyerahan sijil tamat latihan kepada 12 bakal Veteran ATM yang mengikuti Latihan Dalam Industri (LDI) hasil kerjasama BPlant dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Kejayaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan Veteran ATM, membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat serta menyokong pembangunan sektor pertanian moden dan agenda keterjaminan makanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara serta pembinaan RKAT baharu.
Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menambah baik kemudahan perumahan bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga menikmati persekitaran kediaman yang lebih selesa, selamat dan kondusif.
Usaha ini turut memperlihatkan keutamaan Kerajaan terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan warga pertahanan sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh kesiapsiagaan serta keberkesanan perkhidmatan ATM.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerajaan terus memberikan keutamaan terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga menerusi pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Skudai, Johor Bahru, Johor.
Projek pembangunan yang melibatkan 640 unit RKAT dengan kos melebihi RM400 juta ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan dalam menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa dan kondusif kepada warga ATM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan, sekali gus menyokong kebajikan anggota dan keluarga sebagai antara aspek penting dalam memastikan kesiapsiagaan serta keberkesanan perkhidmatan ATM.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
LUMUT, 10 OKTOBER 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, menerima delegasi Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, sempena lawatan kerja ke Projek Littoral Combat Ship (LCS) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.
Lawatan ini merupakan kesinambungan kepada pengauditan pengurusan Projek LCS oleh Jabatan Audit Negara, dengan fokus kepada status kemajuan pembinaan kapal, pencapaian sasaran pelaksanaan serta faktor yang mempengaruhi jadual penyiapan dan penyerahan kapal.
Delegasi turut diberikan taklimat mengenai pelaksanaan pelan pemulihan dan langkah penyelesaian terhadap isu kritikal projek, sebelum meninjau stor penyimpanan serta kapal LCS bagi mendapatkan gambaran langsung tentang status fizikal pembinaan dan perkembangan pelaksanaan di lapangan.
Lawatan ini mencerminkan kepentingan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Jabatan Audit Negara dalam memperkukuh akauntabiliti dan keberkesanan pengurusan projek pertahanan strategik, di samping memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan secara teratur bagi menyokong pemulihan projek dan kesiagaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Dato’ Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Noorliza binti Md Nuruddin @ Nordin, Ketua Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM, Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph, Ketua Pegawai Operasi LUNAS, Ir. Azman Shaari serta Pengarah Projek LCS LUNAS, Ir. Muhammad Hanif bin Muhammad.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerajaan terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan dan kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Belanjawan 2027 dengan meningkatkan kadar pencen minimum daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan.
Peningkatan ini bakal memanfaatkan hampir 59,000 penerima, merangkumi pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan, sekali gus mencerminkan penghargaan berterusan Kerajaan terhadap jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
Inisiatif ini turut mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga pertahanan sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara, di samping memberikan perhatian terhadap aspek kebajikan serta kesejahteraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga dan veteran.
Belanjawan 2027 menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan sektor pertahanan secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi untuk memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan strategik negara terus terpelihara.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali pada 9 Oktober 2026 di Dewan Seroja, Kem Kementah dan Foyer Wisma Pertahanan. Sambutan ini menghimpunkan lebih 1,500 peserta menerusi pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.
Saksikan video rangkuman kemeriahan HSN MINDEF 2026!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hsnmindef2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 di Dewan Seroja, Kem Kementah.
Bertemakan “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)”, sambutan ini menghimpunkan lebih 1,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kanak-kanak prasekolah, menerusi pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang menggabungkan pendekatan konvensional dengan elemen digital.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk Lokman Hakim menegaskan bahawa pembudayaan sukan merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan modal insan yang menyokong pembentukan warga berdisiplin, berdaya tahan dan bersemangat berpasukan (esprit de corps). Ciri-ciri ini menjadi asas penting dalam memperkukuh kesepaduan warga serta meningkatkan keupayaan organisasi melaksanakan tanggungjawab pertahanan negara.
Penganjuran HSN 2026 mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan untuk menjadikan kesejahteraan warga dan kesepaduan organisasi sebagai sebahagian daripada budaya kerja yang menyokong kecemerlangan MINDEF dan ATM. Turut hadir ialah YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara, serta barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hsnmindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BELANJAWAN 2027: RM22.11 BILION PERKUKUH PERTAHANAN NEGARA
Kementerian Pertahanan menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Dewan Rakyat.
Belanjawan ini mencerminkan semangat Waad Nasional, iaitu ikatan amanah dan tanggungjawab antara Kerajaan dengan rakyat, berpaksikan lapan lunas utama bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta masa depan negara terus dipelihara.
Bagi tahun 2027, Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM22.11 bilion, meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding tahun 2026.
Daripada jumlah tersebut, RM14.523 bilion adalah bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM7.585 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan.
Sebanyak RM5.34 bilion diperuntukkan bagi aset pertahanan untuk memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Dalam aspek kebajikan, RM957.30 juta diperuntukkan bagi perumahan ATM bagi memastikan anggota dan keluarga mendapat kemudahan kediaman yang lebih baik, selesa dan kondusif.
Bagi veteran ATM, peruntukan pengurusan sebanyak RM304 juta disediakan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Kadar pencen terendah turut ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan yang memanfaatkan hampir 59,000 penerima secara keseluruhan, termasuk pesara ATM dan penerima pencen terbitan.
Bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas peruntukan dan perhatian yang diberikan.
Kementerian komited memastikan setiap peruntukan diurus secara telus, berhemah dan berkesan demi memperkukuh kesiapsiagaan ATM serta memelihara kebajikan anggota, keluarga dan veteran.
Pertahanan negara adalah amanah besar yang mesti terus dipelihara demi keselamatan rakyat, kedaulatan negara dan masa depan Malaysia.
#khalednordinmindef
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#yakinmadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM22.1 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat 1.66 peratus berbanding tahun 2026.
Daripada jumlah tersebut, RM14.52 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM7.58 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meningkatkan keupayaan pertahanan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 | 𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa ketiadaan sistem Naval Strike Missile (NSM) tidak bermakna kapal LCS yang bakal diterima tidak dilengkapi dengan sistem persenjataan.
Kapal LCS tetap dilengkapi dengan pelbagai keupayaan pertahanan, termasuk misil permukaan ke udara, sistem persenjataan antikapal selam, sistem peperangan elektromagnetik serta Combat Management System yang mengintegrasikan keupayaan radar dan pengesan kapal.
Pada masa yang sama, kapal LCS masih berupaya melaksanakan operasi secara bersepadu dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menghadapi ancaman daripada kapal musuh.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan RM22 bilion untuk meningkatkan pertahanan Negara
#belanjawan2027 #ekonomimadani #malaysiamadani #yakinmadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 | 𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Kementerian Pertahanan mengakui bahawa penerimaan LCS 1 pada April 2027 adalah tanpa sistem Naval Strike Missile (NSM), susulan pembatalan kontrak pembekalan secara unilateral oleh pihak kerajaan Norway.
Unjuran penyiapan LCS 1 sehingga Disember 2035 dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah berdasarkan tempoh pembekalan NSM menerusi kontrak terdahulu yang mengambil masa sehingga lapan tahun.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 | 𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Kementerian Pertahanan mengakui sememangnya wujud kelewatan yang membawa kepada perubahan tarikh penyiapan dan penyerahan LCS 1 khususnya.
Setakat Ogos 2026, tahap kemajuan fizikal LCS 1 telah meningkat kepada 86.39%, berbanding 85.47% pada 25 Jun 2026. Begitu juga dengan keseluruhan projek yang mencatatkan peningkatan kepada 80.13% berbanding 78.99% sebelum ini.
Kelewatan kerja-kerja pemasangan kabel, paip dan peralatan turut memberi kesan berantai kepada aktiviti seterusnya, termasuk proses pengujian dan pentauliahan kapal.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
[SIARAN LANGSUNG] BELANJAWAN 2027
www.facebook.com/share/v/1DnNVqqvTZ/
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#yakinmadani
#apakitadapat -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menjelaskan usaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara melalui peningkatan kesiapsiagaan operasi, khususnya di kawasan strategik, ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawapan Lisan di Dewan Rakyat pada 8 Oktober 2026.
Pendekatan ini turut menekankan kerjasama antara agensi keselamatan serta pelaksanaan konsep pertahanan menyeluruh bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#pertahanannegara -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama strategik dan kesiapsiagaan pertahanan negara bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan strategik negara sentiasa terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#pertahanannegara -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KLANG, 8 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali telah menghadiri program Italian–Malaysian Defence Industry Day bersempena persinggahan kapal Tentera Laut Itali, ITS Giovanni delle Bande Nere di Port Klang Cruise Terminal, Selangor. Ketibaan beliau telah disambut oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, TYT Raffaele LANGELLA bersama Pegawai Memerintah kapal, Komander Lorenzo Malandrucco.
Program yang menghimpunkan penyertaan daripada MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta syarikat industri pertahanan tempatan ini menjadi platform memperluas jaringan kerjasama industri pertahanan antara Malaysia dan Itali. Antara syarikat pertahanan Itali yang diketengahkan termasuk Fincantieri, Leonardo S.p.A. dan WASS.
Penganjuran program ini turut membuka ruang penerokaan kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta pembangunan teknologi pertahanan antara kedua-dua negara, khususnya dalam memperkukuh keupayaan industri tempatan dan menyokong pembangunan ekosistem pertahanan negara.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#industripertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 3:30 petang menerusi saluran rasmi Belanjawan 2027.
#mindefbelanjawan2027
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🇲🇾 BELANJAWAN 2027 | MALAYSIA MADANI
Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 bagi mengetahui hala tuju, perancangan strategik dan keutamaan pembangunan negara untuk tahun mendatang.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, pembentangan ini bakal memberikan gambaran mengenai pendekatan dan tumpuan Kerajaan dalam memacu pembangunan negara serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.
📅 9 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 3.30 petang
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#belanjawan2027
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🏆 HARI SUKAN NEGARA 2026 | MINDEF
Ayuh, warga Kementerian Pertahanan! Bersama-sama kita menyemarakkan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan dengan penuh semangat dan kemeriahan!
📅 9 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 7.00 pagi
📍 Dewan Seroja & Lobi Wisma Pertahanan
Jom turun beramai-ramai dan meriahkan suasana! Jumpa anda di sana!✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hsnmindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
JHEV ATM Official
@JHEVATMofficial
𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈, 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇.
Pengorbanan pahlawan menjadi warisan keamanan, nilai dan semangat generasi.
Info lanjut: www.facebook.com/share/p/1JWEhJ2dQS/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan memberi penekanan terhadap penglibatan syarikat tempatan dalam kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset pertahanan, termasuk melalui kerjasama dengan 18 syarikat asing yang masih menerima kontrak berkaitan.
Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar, memperkukuh pemindahan teknologi serta membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan agar lebih berdaya saing dan berdikari.
Berita lanjut : www.utusan.com.my/berita/2026/10/kontrak-mro-18-syarikat-…
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan sebagai langkah strategik ke arah meningkatkan kemandirian, kesiagaan serta daya tahan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menekankan kepentingan memperkasakan penglibatan industri tempatan dalam memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) bagi membangunkan ekosistem pertahanan yang berdaya saing dan mampan.
Sumber : Buletin TV3
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipnThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pertahanan negara bukan sekadar tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya menuntut kesedaran, kefahaman dan penglibatan seluruh lapisan masyarakat.
Melalui inisiatif Literasi Pertahanan Nasional, Kementerian Pertahanan terus memperkasakan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan, kedaulatan dan pertahanan negara, sekali gus memupuk semangat patriotisme serta tanggungjawab bersama dalam mempertahankan tanah air.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Sentuhan Elit SPM merupakan inisiatif pendidikan Yayasan LTAT bagi membantu anak-anak Warga Kerja Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dilaksanakan secara tuisyen percuma di enam Sekolah Dalam Kem (SDK) di bawah seliaan Yayasan LTAT, program ini merangkumi tuisyen intensif, bengkel teknik menjawab soalan, pecutan akhir SPM, sesi motivasi pelajar dan ibu bapa serta pendedahan berkaitan kerjaya dan hala tuju selepas SPM.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan anak-anak Warga Pertahanan, khususnya melalui sokongan akademik yang terarah sebagai persediaan menghadapi SPM dan melangkah ke peringkat pendidikan seterusnya.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MARRAKESH, 7 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Mohd Yani bin Daud telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Abdellatif Loudiyi, Menteri Delegasi bagi Pentadbiran Pertahanan Maghribi, bersempena Pameran Marrakesh AirShow 2026 yang berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Maghribi.
Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia–Maghribi, khususnya menerusi penerokaan kerjasama dalam bidang latihan ketenteraan, pertukaran kepakaran serta teknologi pertahanan strategik merangkumi pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), sistem dron, peperangan siber dan aeroangkasa. Malaysia turut merakamkan penghargaan atas undangan penyertaan sulung negara ke pameran berkenaan yang menghimpunkan 22 buah negara.
Dalam pertemuan sama, YBhg. Datuk Mohd Yani turut menyerahkan surat jemputan rasmi bagi pihak Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin kepada TYT Abdellatif Loudiyi untuk menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2027 (LIMA 2027) pada April tahun hadapan. Pihak Maghribi turut mengemukakan cadangan untuk memformalkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara melalui Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai landasan memperkukuh hubungan strategik secara lebih tersusun dan berterusan.
Turut hadir ialah Inspector General Mohammed Berrid daripada Angkatan Tentera Diraja Maghribi, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Edi Irwan bin Mahmud serta Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan, sebagai “client” dan pembeli, mahu LUNAS memenuhi tanggungjawabnya.
Kelewatan LCS bukan sekadar soal jadual pembinaan, tetapi memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
LCS 1 dijangka diserahkan pada April 2027. Walaupun tanpa NSM ketika penyerahan, kapal ini tetap mempunyai keupayaan tempur dan boleh beroperasi secara bersepadu bersama TUDM.
Notis makluman LAD telah dikeluarkan. Dengan komitmen Kementerian Pertahanan, serta Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, tiada lagi kelewatan harus berlaku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#lcs -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐑𝐎𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐂𝐒
Menghadiri Dewan Rakyat bagi menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 berhubung pengurusan Projek Littoral Combat Ship (LCS).
Setakat Ogos 2026, kemajuan LCS 1 telah meningkat kepada 86.39%, manakala kemajuan keseluruhan projek berada pada 80.13%.
Sebagai “client”, Kementerian Pertahanan sangat dukacita dan kecewa dengan kelewatan serta prestasi pembinaan LCS oleh LUNAS. Kelewatan ini memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
LUNAS telah memberikan tarikh baharu penyerahan LCS 1 pada April 2027. Walaupun penerimaan ketika itu adalah tanpa Naval Strike Missile (NSM), LCS 1 tetap akan dilengkapi dengan sistem persenjataan lain dan alternatif kepada NSM sedang dipertimbangkan.
Kementerian Pertahanan juga telah mengeluarkan notis makluman LAD kepada LUNAS dan tidak akan berkompromi terhadap kelewatan projek ini.
Dengan komitmen Kementerian Pertahanan, serta Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, saya percaya LCS 1 akan diserahkan pada April 2027 tanpa kelewatan lagi, demi kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#lcs -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Mengadakan lawatan kerja ke High Point Worldwide bagi melihat pembangunan dan pemasangan pelbagai aset kenderaan darat untuk Tentera Darat Malaysia.
Sebanyak 526 buah kenderaan dibekalkan secara berperingkat hingga 2028, dengan sekurang-kurangnya 30% kandungan tempatan selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Kita mahu syarikat tempatan terus memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan keupayaan dan meneroka potensi untuk menyertai “global supply chain”. Kementerian mengalu-alukan usaha syarikat yang sedang membangunkan casis tempatan.
Ini penting dalam membina “sovereign capability” negara dan paling utama, memperkukuh kedaulatan negara.
Saya juga mengalu-alukan penyertaan veteran ATM yang kini merangkumi sekitar 15% tenaga kerja syarikat, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk terus menyumbang kepada pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Kementerian Pertahanan bakal menerima sejumlah 526 kenderaan pelbagai jenis membabitkan kira-kira 18 varian untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).
www.buletintv3.my/nasional/tdm-terima-526-kenderaan-pelba… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Malaysia needs to strengthen its national defence, particularly in Sabah, as a precaution in the event of a clash between major powers in the South China Sea.
Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said Malaysia’s main concern was the possibility of a conflict or unexpected incident in the area that could have spillover effects on the country, particularly Sabah.
#bernamainfographics
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Malaysia perlu memperkukuh pertahanan negara khususnya di Sabah susulan perkembangan serantau yang melibatkan ketenteraan kuasa besar di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia memberikan perhatian kepada perkembangan itu dan perlu mengambil tindakan yang boleh membantu negara dari segi pertahanan.
#infografikbernama
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
BUKIT BERUNTUNG, 7 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks Kejuruteraan High Point Worldwide Sdn. Bhd. (HPWW) bagi meninjau keupayaan syarikat tempatan dalam menyokong keperluan pertahanan negara.
Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada keupayaan HPWW dalam bidang kejuruteraan dan pembuatan tempatan, termasuk kemudahan sokongan logistik bersepadu, integrasi dan pemasangan serta fabrikasi. Keupayaan ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan serta meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam menyokong keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
YB Menteri Pertahanan kemudiannya meninjau Kompleks Kejuruteraan HPWW bagi melihat secara dekat keupayaan teknikal syarikat sebelum menyaksikan pameran statik yang menampilkan 11 jenis kenderaan dan aset pelbagai varian. Antara aset yang dipamerkan ialah TEDUNG, High Mobility Reconnaissance Vehicle (HMRV) KALA dan RENTAS, selain beberapa aset sokongan serta taktikal yang telah diguna pakai oleh Tentera Darat Malaysia.
Seterusnya, YB Menteri Pertahanan menyempurnakan penamaan rasmi Kenderaan Trak 3 Tan GS Kargo hasil keluaran HPWW yang diberi nama RENTAS. Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj. Md Othman; serta delegasi Kementerian Pertahanan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan untuk terus memperkukuh industri pertahanan tempatan dengan memperluas ruang kerjasama strategik bersama syarikat tempatan, khususnya dalam memperkasa teknologi, meningkatkan kapasiti dan keupayaan tempatan serta membangunkan modal insan berkemahiran tinggi. Usaha ini penting dalam membina ekosistem industri pertahanan yang lebih berdaya saing, berkeupayaan dan mampu menyokong kesiagaan pertahanan negara secara berterusan, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
JHEV ATM Official
@JHEVATMofficial
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐋𝐀.
Kisah perjuangan para pahlawan bukan sekadar sebahagian daripada sejarah.
Info lanjut: www.facebook.com/share/p/19dYu23gyN/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman atas penganugerahan Panglima Gagah Angkatan Tentera (P.G.A.T.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2026.
Ikhlas daripada,
Ketua Setiausaha dan Warga Kementerian Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman atas penganugerahan Panglima Gagah Angkatan Tentera (P.G.A.T.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2026.
Ikhlas daripada,
Ketua Setiausaha dan Warga Kementerian Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2026 di Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera berkenan mengurniakan darjah kepahlawanan kepada 150 penerima sebagai pengiktirafan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti mereka.
Menjunjung kasih Tuanku dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
Kredit foto: Istana Negara -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia di Wisma Pertahanan.
Sebagai dua buah negara maritim, Malaysia dan Jepun berkongsi kepentingan dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
Hubungan pertahanan kedua-dua negara juga terus berkembang, termasuk melalui Official Security Assistance (OSA) yang diterima Malaysia pada tahun 2023.
Ke hadapan, Malaysia dan Jepun akan terus meneroka ruang kerjasama yang lebih luas, khususnya dalam pembangunan industri pertahanan dan pengukuhan keupayaan pertahanan negara.
🇲🇾🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video rangkuman Majlis Perasmian Siber Siaga 2026 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bersempena Pameran Cyber Digital Services, Defence and Security Asia Exhibition and Conference (CyberDSA) 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program e-PERKASA SPM 2026 merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantu anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya yang bersekolah di luar kem, membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program ini menyediakan tuisyen dalam talian secara percuma kepada 664 pelajar SPM, sekali gus membuka akses kepada pembelajaran berkualiti dan bimbingan akademik yang lebih tersusun tanpa mengira lokasi.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam menyokong pendidikan anak-anak warga ATM serta memperkukuh persediaan mereka untuk menghadapi SPM dengan lebih yakin.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ancaman hari ini tidak lagi hanya datang dari medan fizikal. Ruang siber dan teknologi digital kini menjadi sebahagian daripada landskap pertahanan negara.
Daripada ancaman siber dan manipulasi maklumat, hingga soal akauntabiliti serta pembangunan Angkatan Siber sebagai perkhidmatan keempat ATM menjelang 2030, kesiapsiagaan kita perlu terus diperkukuh.
Pertahanan negara mesti sentiasa selangkah ke hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#cyberdsa2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐃𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ancaman terhadap negara tidak lagi terbatas kepada sempadan fizikal. Ruang siber kini menjadi medan strategik yang menuntut kesiapsiagaan dan daya tahan yang lebih kukuh.
Siber Siaga 2026, diterajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP), menghimpunkan pemikiran strategik, pengalaman operasi dan inovasi teknologi dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks.
Dalam ucaptama saya hari ini, saya menekankan bahawa kemajuan teknologi mesti sentiasa diimbangi dengan pertimbangan manusia, akauntabiliti dan keputusan yang tepat.
Malaysia kini menuju ke arah penubuhan Angkatan Siber sebagai Perkhidmatan Keempat ATM menjelang 2030.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#sibersiaga2026
#cyberdsa2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri hari pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas apabila Dewan Rakyat dibuka semula hari ini.
Sepanjang persidangan ini, saya akan terus memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan pertahanan dan keselamatan negara, termasuk menjawab serta memberikan penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan di Dewan.
Semoga setiap perbahasan berlangsung secara konstruktif demi kepentingan rakyat dan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan perasmian Siber Siaga 2026 bersempena Pameran Cyber Digital Services, Defence and Security Asia Exhibition and Conference (CyberDSA) 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), hari ini.
Siber Siaga 2026 merupakan inisiatif strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkukuh kesiagaan dan ketahanan siber negara. Program yang diterajui Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP) ini turut mengintegrasikan kerjasama strategik bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia serta institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Mengangkat tema “HYPERWAR: MAN | MACHINE | DECISION”, Siber Siaga 2026 mengetengahkan pendekatan proaktif ATM dalam mendepani peperangan generasi baharu yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), automasi dan sistem autonomi. Forum “Commanding the Hyperwar: Human Judgement, Machine Speed and Decision Superiority” turut memberi fokus kepada keseimbangan antara kelebihan teknologi dengan pertimbangan manusia dalam membuat keputusan.
Program ini merangkumi forum, pameran keselamatan dan pertahanan siber, sesi perkongsian kepakaran serta program tadbir urus strategik. Penganjurannya di platform CyberDSA 2026 turut membuka ruang kepada ATM untuk berinteraksi dengan peneraju industri, sektor kerajaan dan pemain keselamatan antarabangsa dalam menanda aras perkembangan teknologi serta landskap ancaman siber semasa.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima PSEP, Laksamana Muda Dato’ Fadhil bin Abdul Rahman; serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM serta delegasi antarabangsa.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#sibersiaga2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Majlis Pembukaan Siber Siaga yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)
www.facebook.com/share/v/1DsdRsJ5gf/ -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐄𝐑𝐎𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀
Menerima kunjungan hormat Frederico Lemos, Chief Commercial Officer, Embraer Defense & Security di Wisma Pertahanan hari ini.
Embraer merupakan syarikat aeroangkasa dan pertahanan dari Brazil dengan kepakaran dalam pembangunan pesawat serta penyelesaian pertahanan bersepadu.
Pertemuan ini membuka ruang untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekosistem hiliran tempatan, termasuk peluang Malaysia menyertai rantaian bekalan Embraer di peringkat serantau dan global.
Potensi ini selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
Angkatan Tentera Malaysia
@MarkasATM
𝗣𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔–𝗕𝗔𝗛𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝟭 𝗚𝗨𝗟𝗙 𝗔𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗔𝗜𝗡 𝗚𝗥𝗔𝗡𝗗 𝗣𝗥𝗜𝗫
Berita lanjut di: www.facebook.com/share/p/1J1eBhpoUx/
#mkatm
#ketahananatmbentengpertahanannegara
#atmsentiasabersepadu -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Angkatan Tentera Malaysia
@MarkasATM
𝗗𝗜𝗦𝗜𝗣𝗟𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗞𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡
Disiplin membentuk keupayaan dan ketahanan sesebuah angkatan.
#mkatm #ketahananatmbentengpertahanannegara #atmsentiasabersepadu -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐁𝐀𝐓𝐓 𝟖𝟓𝟎-𝟏𝟑 🇲🇾🇺🇳
Melihat lebih dekat kehidupan dan rutin anggota MALBATT 850-13 sepanjang penugasan mereka di Kem Marakah, Lubnan.
Di sinilah anggota kita menjalani kehidupan seharian dan melaksanakan tanggungjawab sepanjang berada jauh dari tanah air.
Terima kasih kepada seluruh anggota MALBATT atas komitmen dan khidmat yang telah diberikan sepanjang penugasan di Lubnan.
Tidak lama lagi, mereka akan kembali ke tanah air setelah menyelesaikan amanah yang diberikan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbattThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Lawatan rasmi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ke Lubnan memperkukuh hubungan pertahanan dua hala, di samping menzahirkan komitmen Malaysia terhadap usaha keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Kerjasama ini turut membuka ruang untuk memperluas hubungan pertahanan menerusi cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) serta peluang latihan ketenteraan, sekali gus meneruskan hubungan erat kedua-dua negara selepas tamatnya penugasan MALBATT di bawah misi UNIFIL.
Berita lanjut : www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/10/1656084/perkuk…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
-
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮-𝗟𝘂𝗯𝗻𝗮𝗻
#bhnasional Lawatan Menteri Pertahanan zahir komitmen sokong usaha keamanan.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/10/1656084/perkuk… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Lubnan terus memperkukuh kerjasama pertahanan melalui penerokaan peluang latihan ketenteraan serta cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara.
Hubungan erat yang terjalin sejak sekian lama akan terus dipelihara meskipun penugasan MALBATT di bawah misi UNIFIL bakal berakhir, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala.
Berita lanjut : www.utusan.com.my/nasional/2026/10/malaysia-lubnan-perkuk…
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Peduli Veteran yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 1 Oktober 2026 terus memperkukuh usaha Kementerian Pertahanan dalam mendekati Veteran ATM melalui lawatan kebajikan, penyampaian sumbangan serta penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan MINDEF dalam memastikan kebajikan Veteran ATM terus diberi perhatian serta jasa dan bakti mereka sentiasa dihargai.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Lubnan komited memperkukuh hubungan pertahanan dua hala menerusi kerjasama strategik, termasuk penerokaan peluang latihan ketenteraan serta pembangunan keupayaan pertahanan.
Meskipun penugasan MALBATT 850-13 menandakan berakhirnya penglibatan Malaysia dalam misi UNIFIL selepas hampir dua dekad, hubungan pertahanan kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi kepentingan dan manfaat bersama.
Berita lanjut : www.kosmo.com.my/2026/10/02/malbatt-13-terakhir-malaysia-…
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Hari Bertemu Pelanggan BPSM Bersama Warga MINDEF Tahun 2026 membuka ruang interaksi secara langsung, perkongsian maklumat serta khidmat nasihat melalui pelbagai reruai perkhidmatan yang disediakan.
🎥 Saksikan video rangkuman yang memaparkan sekitar kemeriahan dan pengisian program yang berlangsung di Wisma Pertahanan pada 1 Oktober 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan BPSM Bersama Warga MINDEF Tahun 2026. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertempat di Foyer Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.
Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform interaksi secara langsung antara BPSM dengan warga kementerian, pesara dan orang awam bagi mendapatkan khidmat nasihat, mengemukakan pertanyaan serta mendapatkan penjelasan berkaitan urusan perkhidmatan, pencen dan penempatan dalam perkhidmatan awam.
Program ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi yang menyediakan perkhidmatan dan sesi konsultasi bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat serta menyelesaikan urusan berkaitan secara terus. Antara agensi yang telah mengambil bahagian termasuklah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam (MAIWP) serta Lembaga Tabung Haji (TH).
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memperluas akses kepada maklumat dan perkhidmatan, di samping memupuk budaya penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾
@JPenerangan
Kementerian Pertahanan memperuntukkan lebih RM123.9 juta menerusi Program Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada lebih 33,000 veteran ATM yang memerlukan, meliputi aspek kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengupayaan ekonomi. 🎖️
-
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Mindef belanja lebih RM123 juta bagi Bantuan Sara Hidup veteran tentera - Adly
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2614115
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Mengakhiri lawatan saya ke Kem Marakah dengan pertemuan bersama anggota MALBATT 850-13 yang sedang melaksanakan amanah negara di bawah misi UNIFIL.
Saya cukup tersentuh dapat bertemu dan melihat sendiri semangat, disiplin serta dedikasi anggota kita dalam mendepani cabaran sepanjang misi ini.
Dalam suasana konflik yang berlarutan, tugas ini menuntut kesiagaan yang tinggi. Sumbangan mereka bukan sahaja kepada keamanan sejagat, malah terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Kepada semua anggota MALBATT 850-13, apabila pulang nanti, kongsikan pengalaman ini dengan rakyat Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati bukan sesuatu yang datang begitu sahaja dan mesti terus dipelihara.
Terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan. Jaga diri, kesihatan dan keselamatan. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.
Malaysia berbangga dengan kalian. Jumpa lagi di tanah air, Insya-Allah.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengambil peluang meninjau sekitar Kem Marakah dan melihat sendiri suasana kehidupan seharian anggota MALBATT sepanjang bertugas di Lubnan.
Turut melihat beberapa kemudahan yang disediakan bagi menyokong penugasan dan keperluan harian anggota sepanjang berada di kem.
Kesempatan ini memberi gambaran lebih dekat tentang kehidupan anggota kita yang berjauhan dari tanah air dalam melaksanakan amanah di bawah misi UNIFIL.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐁𝐀𝐓𝐓
Menyaksikan Majlis Simbolik Penyerahan Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui MALBATT kepada Lebanese Armed Forces (LAF) di Kem Marakah, menjelang pengakhiran penugasan MALBATT di Lubnan.
Sebagai sebahagian daripada proses pengunduran, sebahagian aset MALBATT akan dibawa pulang ke Malaysia, dilupuskan di Lubnan dan sebahagiannya diserahkan kepada LAF.
Bagi penyerahan ini, ia melibatkan 292 aset dianggarkan bernilai sekitar USD10 juta, termasuk kenderaan dan pelbagai kelengkapan yang akan diserahkan secara berperingkat sehingga Januari 2027.
Penyerahan ini mengambil kira manfaat kepada LAF dan masyarakat setempat, khususnya dalam aspek kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan. Semoga aset ini akan terus memberi manfaat kepada Lubnan dan rakyatnya walaupun selepas misi MALBATT berakhir.
Aset berkenaan diserahkan secara simbolik oleh Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim kepada wakil LAF, Brigadier General Engineer Bassem Saad, dan turut disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Lubnan, TYT Anwar bin Udzir.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐔𝐍𝐏 𝟐-𝟏, 𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐇
Memulakan hari kedua lawatan rasmi saya ke Lubnan dengan mengadakan lawatan ke UNP 2-1, Kem Marakah di selatan Lubnan yang menempatkan MALBATT 850-13.
Sejak 2007, kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bumi Lubnan di bawah misi UNIFIL mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyumbang kepada usaha keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Dalam lawatan ini, saya telah ditaklimatkan mengenai perkembangan semasa penugasan MALBATT 850-13, termasuk kawasan tanggungjawab serta persiapan menjelang berakhirnya penugasan MALBATT di Lubnan.
MALBATT 850-13 merupakan kontinjen terakhir Malaysia yang ditugaskan di bawah misi UNIFIL, menandakan penghujung hampir dua dekad penglibatan Malaysia dalam misi pengaman di Lubnan.
Sepanjang tempoh tersebut, ATM telah melaksanakan amanah keamanan sejagat ini dengan penuh profesionalisme dan dedikasi, satu khidmat yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Royal Malaysian Navy
@tldm_rasmi
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 (𝐏𝐭𝐌) 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐𝟑𝟑/𝟐𝟕 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌/𝐒𝐕𝐌 (𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 (𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈)
#joinnavyseetheworld
#navyupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Sempena lawatan rasmi ke Lubnan, saya mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Negara Lubnan, H.E. Major General Michel Menassa, di Kementerian Pertahanan Negara Lubnan.
Lubnan merupakan antara rakan terawal Malaysia di Asia Barat. Hubungan ini akan terus diperkukuh, termasuk selepas berakhirnya penugasan MALBATT di bawah UNIFIL.
Kami berbincang untuk memperluas kerjasama pertahanan, termasuk cadangan MoU Kerjasama Pertahanan serta meneruskan peluang latihan melalui Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP). Cadangan ini menerima sambutan baik daripada pihak Lubnan.
Saya yakin kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara akan terus dipertingkatkan dalam bidang yang dapat memberi manfaat kepada Malaysia dan Lubnan.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meneruskan lawatan rasmi di Lubnan dengan berkunjung ke Kementerian Pertahanan Negara Lubnan.
Diiringi Menteri Pertahanan Negara Lubnan, H.E. Major General Michel Menassa, saya turut serta dalam Wreath-Laying Ceremony sebagai penghormatan kepada para perwira mereka, sebelum meneruskan agenda dengan pertemuan dua hala antara Malaysia dan Lubnan.
Tradisi penghormatan seperti ini mencerminkan rasa saling menghormati yang mendasari hubungan antara dua negara yang bersahabat.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berada di Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, saya turut menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan peralatan perubatan dan alat pemadam api sumbangan MALBATT kepada Civil Defense Lubnan yang diwakili oleh Brigadier General Imad Khreich, General Director of Civil Defense.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia dalam menyokong kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan di Lubnan.
Saya turut merasmikan Mini-Gym sumbangan MALBATT kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sebagai salah satu peninggalan sepanjang penugasan pasukan kita di sini.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya, manakala Mini-Gym ini menjadi kemudahan yang bermanfaat kepada warga Kedutaan.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ipoh, 30 September 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datin Roszanina binti Wahab telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan Zon Utara yang berlangsung di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak. Majlis tersebut merupakan penghargaan kepada warga MINDEF atas kecemerlangan perkhidmatan serta jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat.
Majlis pada tahun ini menyaksikan seramai 143 orang penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berserta hadiah prestasi wang tunai, manakala 54 orang pesara menerima Sijil Penghargaan, insentif persaraan serta tambahan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) bagi pesara wajib. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam menghargai prestasi cemerlang dan jasa bakti warga kerjanya demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada negara.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBhg. Brigedier Jeneral Dato' Mohd Rosli bin Abu Bakar, Panglima Markas 2 Briged serta pengurusan tertinggi MINDEF awam dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#apc2026
#jasamudikenang -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Langkawi bakal kembali menjadi tumpuan dunia.
Saksikan sendiri kehebatan aset pertahanan, teknologi aeroangkasa dan inovasi terkini yang menghimpunkan pemain industri serta komuniti pertahanan dari seluruh dunia di LIMA 2027.
Jangan sekadar dengar tentang LIMA. Hadir dan alami sendiri pengalaman pameran maritim dan aeroangkasa bertaraf antarabangsa ini di Langkawi.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Memulakan agenda lawatan rasmi di Lubnan dengan berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan mengadakan pertemuan bersama TYT Anwar Udzir, Duta Besar Malaysia ke Lubnan.
Kedutaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Lubnan merentas pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Sejak penglibatan Malaysia dalam UNIFIL sekitar 2007, Kedutaan telah memberikan sokongan dan memudah cara penugasan anggota ATM di sini.
Meskipun penugasan MALBATT di sini akan berakhir tidak lama lagi, hubungan pertahanan perlu terus diperkukuh, termasuk melalui peranan Kedutaan demi manfaat kedua-dua negara.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Alhamdulillah, selamat tiba di Beirut-Rafic Hariri International Airport bagi memulakan lawatan rasmi pertama saya ke Republik Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.
Ketibaan saya disambut Brigadier General Antoine Kmeid, mewakili Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Lubnan.
Sejak 1960-an, Lubnan merupakan antara rakan diplomatik terawal Malaysia di Asia Barat, dengan kerjasama kedua-dua negara berkembang merentasi pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Semoga lawatan ini memperkukuh kerjasama sedia ada dan membawa hubungan pertahanan Malaysia-Lubnan ke aras yang lebih tinggi.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman atas pengurniaan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) yang membawa gelaran Dato’.
Pengurniaan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 ini merupakan satu penghormatan atas khidmat bakti dan sumbangan beliau kepada negara serta Angkatan Tentera Malaysia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sekalung tahniah kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman atas kurniaan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57.
Setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan terhadap khidmat bakti dan kepimpinan beliau kepada Angkatan Tentera Malaysia dan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan Majlis Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional, sebuah inisiatif dalam memperluas kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan pertahanan, keselamatan serta kedaulatan negara.
Pertahanan Negara, Tanggungjawab Bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali menerima Anugerah Kepimpinan Transformasi Digital Pertahanan Negara sempena MIMOS Technology Preview (MTP) 2026 yang berlangsung di MIMOS Berhad, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, hari ini.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan strategik Kementerian Pertahanan dalam menerajui transformasi digital dan pemerkasaan teknologi pertahanan, khususnya melalui usaha memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan. Aspirasi tersebut diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif strategik, termasuk Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menetapkan hala tuju untuk memperkukuh keupayaan industri tempatan, meningkatkan penguasaan teknologi dan inovasi serta mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber dan teknologi luar.
Seiring dengan itu, transformasi digital dilihat bukan sekadar sebagai usaha mendigitalkan proses dan penyampaian perkhidmatan, tetapi sebagai pemangkin kepada pembangunan keupayaan pertahanan negara yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan berdaulat. Penggunaan teknologi baharu serta pengukuhan keupayaan syarikat tempatan diyakini dapat memperluas kapasiti negara untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang bersesuaian dengan keperluan operasi dan strategik pertahanan.
MTP 2026 yang bertemakan “Technology Beyond Boundaries: Advancing Malaysia’s Technology Frontier” menghimpunkan pemimpin industri, agensi kerajaan, institusi kewangan, pelabur dan penggiat teknologi bagi memperluas perkongsian kepakaran, meneroka teknologi baharu serta memperkukuh jaringan strategik antara kerajaan dan industri dalam memacu kemajuan teknologi negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan untuk lawatan rasmi ke Lubnan, saya berkesempatan transit di Istanbul, Republik Türkiye.
Ketibaan saya disambut oleh Rear Admiral Emin YILMAZ, Chief of Navy Warfare Institute, National Defence University Türkiye. Menghargai sambutan baik yang diberikan.
Meskipun singkat, pertemuan ini mencerminkan hubungan baik dan persahabatan yang erat antara Malaysia dan Türkiye.
Terima kasih juga kepada perwakilan Malaysia di Türkiye atas segala bantuan dan urusan yang dipermudahkan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Di darat, laut dan udara, kesiapsiagaan serta pengorbanan warga Angkatan Tentera Malaysia tidak pernah terhenti demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Demi Malaysia. Demi tanah tumpah darahku.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui empat keutamaan strategik yang merangkumi pemodenan aset dan teknologi, kebajikan warga ATM, pembangunan serta kelestarian kerjaya anggota dan pengukuhan diplomasi pertahanan.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan dalam membina angkatan yang berkeupayaan tinggi, menjaga kesejahteraan warga pertahanan serta memperkukuh keselamatan dan kepentingan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗡𝗖𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗨𝗞𝗟𝗘𝗨𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥
“Sokongan kepada ATM tidak boleh sekadar slogan. Ia mesti diterjemahkan melalui pemodenan aset, pengukuhan keupayaan serta pemeliharaan kebajikan dan pembangunan kerjaya warga ATM.
ATM mesti terus diperkasa, warganya terus dipelihara, dan setiap pengorbanan mereka kepada negara sentiasa dihargai.”
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Warga Kementerian Pertahanan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilaf serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Al Arabiya English
@AlArabiya_Eng
Saudi Defense Minister Prince Khalid bin Salman says he held a phone call with his Malaysian counterpart Mohamed Khaled Nordin to discuss bilateral relations and prospects for strengthening defense cooperation.
ara.tv/224gg -
MINDEF Malaysia reposted
Arab News
@arabnews
Saudi Defense Minister Prince Khalid bin Salman said on Sunday that he spoke with his Malaysian counterpart Mohamed Khaled Nordin on the phone to discuss ties and prospects for strengthening defense cooperation @kbsalsaud www.arabnews.com/saudi-arabia/saudi-malaysian-defense-min…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima panggilan telefon daripada HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud@kbsalsaud Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa yang menjadi perhatian bersama.
Arab Saudi kekal sebagai rakan penting Malaysia dalam dunia Arab dan Islam, di samping kedudukannya sebagai “Custodian of the Two Holy Mosques” di Makkah dan Madinah.
HRH Prince Khalid turut berkongsi mengenai perkembangan dan cabaran semasa yang dihadapi Arab Saudi. Malaysia mengambil maklum perkara yang dibincangkan dan akan terus berhubung rapat dalam melihat ruang yang bersesuaian untuk kita menyumbang.
Malaysia mendoakan kesejahteraan Arab Saudi dan berharap segala konflik yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sabah dipilih sebagai lokasi pertama Peluncuran Program Literasi Pertahanan Nasional, satu inisiatif Kementerian Pertahanan l bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai peranan bersama dalam memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.
Peluncuran yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu telah menghimpunkan penjawat awam, pelajar dan pendidik, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Veteran ATM.
@KhaledNordin
Berita lanjut:
www.utusanborneo.com.my/2026/09/26/sabah-lokasi-pertama-l…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Program Literasi Pertahanan Nasional (LPN) inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai pertahanan, keselamatan serta kedaulatan negara.
#literasipertahanannasional
#infografikbernama
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
#buletinbernama: Kementerian Pertahanan melancarkan Program Literasi Pertahanan Nasional (LPN) bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai pertahanan, keselamatan serta kedaulatan negara.
#digitalbernamatv #lpn #keselamatan #kedaulatanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Literasi Pertahanan Nasional terus diperluas dengan Sabah menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif ini di peringkat negeri, sekali gus memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap peranan pertahanan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara.
Usaha ini mencerminkan pendekatan pertahanan menyeluruh yang menuntut kesedaran, kefahaman dan penglibatan seluruh lapisan masyarakat sebagai sebahagian daripada ekosistem pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembangunan Pangkalan Tentera di Balabac, Filipina terus diberi perhatian susulan kedudukannya yang berhampiran Sabah. Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menjelaskan bahawa Malaysia sentiasa memantau perkembangan tersebut bagi memastikan kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
Kementerian Pertahanan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal mengambil langkah sewajarnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan, khususnya dalam menghadapi perkembangan persekitaran keselamatan serantau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Literasi Pertahanan Nasional yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan menjadi antara inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai peranan mereka dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
@KhaledNordin
Berita lanjut; www.utusan.com.my/nasional/2026/09/program-literasi-perta…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Program Literasi Pertahanan Nasional (LPN) inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai pertahanan, keselamatan serta kedaulatan negara.
#literasipertahanannasional
#infografikbernama
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Literasi Pertahanan Nasional adalah merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Inisiatif ini adalah penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkenaan peranan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP) melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS).
@KhaledNordin
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
The Defence Ministry launched the National Defence Literacy Programme, an initiative aimed at strengthening public awareness, knowledge and understanding of national defence, security and sovereignty.
Defence Minister @KhaledNordin said the evolving and increasingly complex security landscape calls for a deeper understanding of national defence and the challenges facing the country.
The programme also seeks to foster greater awareness of the role every Malaysian can play in safeguarding the nation’s sovereignty, security and national interests.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
The National Defence Literacy Programme is an initiative aimed at enhancing public knowledge, understanding and awareness of national defence, security and sovereignty.
#nationaldefenceliteracy
#bernamainfographics
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
MG Perak
@MgPerak
Malaysia perkukuh pertahanan susulan perkembangan serantau – Mohamed Khaled
mgperak.com/malaysia-perkukuh-pertahanan-susulan-perkemba… -
MINDEF Malaysia reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Govt to bolster defence over risk of ‘major power’ clash in South China Sea
👇🧵 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan Majlis Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional yang telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KOTA KINABALU, 26 September 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional di Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah, hari ini.
Literasi Pertahanan Nasional merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Inisiatif ini adalah penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkenaan peranan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP) melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS).
Turut berlangsung Program Bicara Literasi Pertahanan Nasional dengan dua pengisian utama iaitu Bicara Ancaman Kognitif dan Bicara Pahlawan Negara. Program ini memberi pendedahan mengenai ancaman terhadap pemikiran dan persepsi masyarakat serta perkongsian pengalaman dalam aspek pertahanan negara.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman; Ketua Eksekutif MiDAS, Laksdya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar; Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah, Datuk Hj Awang Shaminan Datuk Hj Awang Ashaari; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Datuk Yahya bin Sulaiman serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM, wakil agensi dan institusi yang terlibat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Program Literasi Pertahanan inisiatif MINDEF tingkat kesedaran rakyat mengenai kedaulatan negara - Khaled
#bhnasional Ubah persepsi tanggungjawab pertahan negara hanya terletak pada pasukan keselamatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/09/1650472/progra… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Menyempurnakan peluncuran Program Literasi Pertahanan Nasional, dengan Sabah menjadi titik mula kepada agenda nasional ini.
Pertahanan negara bukan sekadar soal tentera dan aset. Ia merangkumi tiga konsep utama: “Pagar” yang melindungi sempadan, “Payung” yang melindungi daripada ancaman dan percaturan luar, serta “Pasak” yang memperkukuh patriotisme, perpaduan dan ketahanan masyarakat.
Sebab itu, rakyat perlu lebih memahami dan cakna tentang isu pertahanan. Kita perlu mampu menilai maklumat secara rasional serta tidak mudah dipengaruhi fitnah, propaganda dan provokasi.
Inilah yang kita mahu bina, daya tahan dan daya rintang rakyat, atau “the people’s resilience and resistance”. Kerana pertahanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#literasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Malaysia perkukuh pertahanan susulan perkembangan serantau - Mohamed Khaled
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2612125
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Literasi pertahanan tingkat kefahaman, kesedaran rakyat terhadap pertahanan negara – Mohamed Khaled
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2612129
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Literasi pertahanan tingkat kefahaman, kesedaran rakyat terhadap keselamatan negara - Mohamed Khaled
Ia menuntut masyarakat mempunyai kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai pertahanan negara
#sinarharian #threads #pertahanan #keselamatan #kefahaman #mohamedkhaled -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
MINDEF laksana Program Literasi Pertahanan demi tingkat kesedaran rakyat mengenai kedaulatan negara- Mohamed Khaled
malaysiagazette.com/2026/09/26/mindef-laksana-program-lit… -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
The Defence Minister said this was especially crucial amid the militarisation of the Philippines' southernmost island of Balabac.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/09/26/malaysia-must-b… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Berita RTM
@beritartm
Dua fasa utama CTX dan FTX berjaya mencapai objektif Return of Value secara menyeluruh.
berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerja -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Bicara Literasi Pertahanan Nasional yang bersiaran secara langsung dari Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.
Ikuti perkongsian menerusi dua pengisian utama, “Bicara Ancaman Kognitif” dan “Bicara Pahlawan Negara”, yang mengetengahkan perspektif keselamatan serta pengalaman barisan pahlawan negara dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional
www.facebook.com/share/v/18bGDPDbX8/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pertahanan negara bukan hanya tentang kekuatan di medan hadapan. Ia turut dibina melalui kefahaman terhadap landskap keselamatan yang semakin kompleks, keupayaan menghadapi ancaman baharu serta ketahanan seluruh ekosistem negara.
Literasi pertahanan membentuk masyarakat yang memahami nilai keamanan, peka terhadap cabaran keselamatan dan sedar bahawa kedaulatan yang dinikmati hari ini perlu dipertahankan bersama demi generasi akan datang.
Pertahanan negara, tanggungjawab bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanan
#pertahanannegaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Program Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional
www.facebook.com/share/v/1M1ZNhCQu2/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PROGRAM PELUNCURAN LITERASI PERTAHANAN NASIONAL 🇲🇾
Saksikan secara LIVE di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia Program Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional yang akan berlangsung esok, 26 September 2026, di Sabah International Convention Centre (SICC).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Program Peluncuran Literasi Pertahanan Nasional yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional
www.facebook.com/share/v/1M1ZNhCQu2/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Keikhlasan bukan sekadar nilai yang diungkapkan, tetapi asas yang membina kepercayaan antara Angkatan Tentera Malaysia dan masyarakat.
Menerusi perkongsian SSjn Muhammad Hakim bin Ahmad Lutfi Amir, anggota 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 Skn RAJD), Kem Mahkota, Kluang, kita melihat bagaimana Civil-Military Cooperation (CIMIC) dizahirkan melalui tindakan yang berdisiplin, berintegriti dan penuh tanggungjawab demi manfaat komuniti.
Pada pandangan anda, apakah nilai paling penting dalam membina hubungan antara Angkatan Tentera dan masyarakat?
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Literasi pertahanan memperkukuh pengetahuan, kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan keselamatan serta kedaulatan negara.
Pertahanan negara bukan hanya soal ketenteraan. Masyarakat yang celik pertahanan menjadi sebahagian daripada kekuatan dan ketahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kepakaran dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dimanfaatkan dalam membantu masyarakat menerusi pelaksanaan projek pembangunan dan kerja-kerja baik pulih di lapangan.
Menerusi perkongsian Mej Ts. Mohd Aizuddin bin Ab Rahman, Pegawai Pemerintah 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 Skn RAJD), Kem Mahkota, Kluang, kita dapat melihat bagaimana program Civil-Military Cooperation (CIMIC) menjadi wadah untuk ATM menyumbang kepakaran kejuruteraan dalam membantu komuniti yang memerlukan.
Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah turut memperkukuh hubungan antara ATM dengan rakyat melalui khidmat dan kepakaran yang disumbangkan secara langsung kepada komuniti.
Pada pandangan anda, bagaimana ATM boleh terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan masyarakat?
Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat The Hon. John Noh, Assistant Secretary of War for Indo-Pacific Security Affairs, Amerika Syarikat di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai hubungan pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat serta kerjasama yang boleh terus diperkukuh.
Pada tahun lalu, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan semasa ADMM dan ADMM-Plus di Kuala Lumpur.
MoU ini memberikan kerangka yang lebih tersusun kepada kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
Bagi Malaysia, hubungan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan diplomasi pertahanan kita yang lebih luas.
Kita akan terus membina kerjasama dengan pelbagai negara rakan berasaskan kepentingan bersama, saling menghormati serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan Zon Tengah yang berlangsung di Hotel Kingston 10.
Seramai 76 warga MINDEF menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 18 pesara diraikan menerusi Jasamu Dikenang sebagai penghargaan atas kecemerlangan, dedikasi, jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan Kementerian terhadap kecemerlangan, komitmen dan dedikasi warga MINDEF dalam melaksanakan amanah serta memastikan penyampaian perkhidmatan pertahanan negara terus berkesan. Jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan pula terus dihargai sebagai legasi yang memperkukuh kekuatan organisasi.
Turut hadir, Panglima Markas 4 Divisyen, YBhg. Mejar Jeneral Mohd Shauari bin Haji Mat Piah; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBrs. Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman; Panglima Markas 12 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Mahamad Fazli bin Mat Idris; Panglima Markas 11 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail serta pengurusan tertinggi MINDEF awam dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#apc2026
#jasamudikenang -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
TEMU BUAL SABAHfm | LITERASI PERTAHANAN NASIONAL
Ikuti temu bual secara langsung bersama Lt Kol Mohd Fuad bin Hi Nazri, Penolong Pengarah Implementasi dan Strategi, Bahagian Kajian Polisi, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), menerusi Sabah FM.
Perkongsian mengenai Program Literasi Pertahanan Nasional, satu usaha memperluas kefahaman masyarakat terhadap agenda pertahanan negara selaras dengan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030, sekali gus memperkukuh penghayatan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dalam kalangan masyarakat.
🗓️ 24 September 2026 (Khamis)
⏰ 11.30 pagi
📻 Sabah FM | Saksikan juga menerusi RTMKlik dan Facebook LIVE Sabah FM
Jangan lupa dengarkan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Penubuhan Tim Nukleus Angkatan Siber ATM menjadi langkah awal dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara seiring perubahan landskap peperangan moden.
Pembangunan keupayaan siber, risikan, elektromagnetik dan geospatial secara bersepadu bakal memperkukuh keupayaan ATM dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks dan berteraskan teknologi.
Berita lanjut : www.sinarharian.com.my/article/797356/khas/pendapat/langk…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SHAH ALAM, 23 September 2026 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menghadiri Majlis Pertukaran Nota Persefahaman (NoU) antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Management & Science University (MSU) di Management Tower, MSU, Shah Alam. Kerjasama strategik ini bertujuan memperluas peluang latihan, peningkatan kemahiran serta kerjaya kedua kepada bakal pesara dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menerusi NoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama menyediakan peluang latihan di syarikat, mempertimbangkan peluang pekerjaan kepada bakal pesara dan Veteran ATM yang layak serta melaksanakan pemantauan dan penambahbaikan bersama. Kerjasama ini turut menyokong pelaksanaan Program TVETPreneur dengan peruntukan RM300,000 daripada Majlis TVET Negara bagi 50 peserta, termasuk 30 bakal pesara dan Veteran ATM yang diselaraskan oleh PERHEBAT dengan tajaan berjumlah RM180,000.
Inisiatif ini memperkukuh usaha MINDEF bersama rakan strategik dalam meningkatkan kebolehpasaran warga ATM serta menyediakan laluan kerjaya kedua yang lebih terancang dan berdaya saing selepas tamat perkhidmatan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#perhebat
#veteranatm -
MINDEF Malaysia reposted
Angkatan Tentera Malaysia
@MarkasATM
𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗖𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡
Berita lanjut di: web.facebook.com/share/p/1Kh1zY36rD/
#mkatm
#ketahananatmbentengpertahanannegara #atmsentiasabersepadu -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pertahanan negara bermula dengan kefahaman. Masyarakat yang memahami kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara akan lebih bersedia memainkan peranan dalam memperkukuh ketahanan nasional.
Literasi Pertahanan Nasional menjadi pemangkin dalam membudayakan kesedaran pertahanan serta mempererat hubungan antara MINDEF, ATM dan masyarakat demi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia reposted
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾
@JPenerangan
Pertahanan negara bukan sekadar berkaitan perolehan aset, malah turut melibatkan pembangunan industri pertahanan tempatan bagi memperkukuh keupayaan berdaulatdan kebergantungan kendiri negara. 🛡️🇲🇾
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#taatsetia
#jabatanpenerangan -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Industri pertahanan tempatan perlu tingkat keupayaan, daya saing – Khaled
malaysiagazette.com/2026/09/22/industri-pertahanan-tempat… -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Industri pertahanan tempatan perlu tingkat keupayaan, daya saing - Mohamed Khaled
#awaninews #awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/industri-pertahanan-te… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Mengadakan lawatan ke SME Ordnance Sdn. Bhd. (SMEO) di Batu Arang, Selangor, sebuah syarikat pertahanan tempatan yang mempunyai fasiliti lengkap dan keupayaan dalam pengeluaran serta pembekalan pelbagai jenis amunisi.
Dengan kompleks pembuatan amunisi bersepadu seluas 210 ekar, SMEO mempunyai keupayaan melibatkan peluru berkaliber kecil, sederhana dan besar, selain grenad, produk piroteknik serta kerja pemulihan amunisi.
Pertahanan negara bukan sekadar tentang perolehan aset, tetapi juga membangunkan industri pertahanan tempatan bagi memperkukuh “sovereign capability” dan “self-reliance” negara.
Sebab itu, Kementerian Pertahanan mahu industri pertahanan tempatan terus meningkatkan keupayaan, teknologi dan daya saing, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.
Kementerian akan terus memberikan dokongan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan, selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dan keperluan strategik negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
Malay Mail
@malaymail
Mindef nears final LCS missile shortlist as Malaysia weighs three countries before a final decision. ebx.sh/XYOSqZ
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
3 HARI LAGI!
Program Literasi Pertahanan Nasional bakal berlangsung pada 26 September 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC).
Saksikan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia dan bersama-sama hayati mesej “Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama.”
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pertahanan negara bukan hanya soal kekuatan ketenteraan, tetapi turut bergantung kepada tahap kefahaman, kesedaran dan daya tahan masyarakat dalam mendepani landskap keselamatan yang semakin kompleks.
Literasi Pertahanan Nasional memperkukuh kefahaman tersebut melalui pendekatan whole-of-government dan whole-of-society (WoGoS), dengan menghubungkan kerajaan, agensi keselamatan, masyarakat, institusi pendidikan dan industri dalam satu ekosistem pertahanan yang menyeluruh.
Melalui pendidikan, wacana, perkongsian pengalaman serta penyelidikan dan inovasi, inisiatif ini membina masyarakat yang lebih cakna terhadap kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara. Pertahanan negara ialah tanggungjawab bersama — rakyat celik pertahanan, negara berdaulat, masa depan lebih terjamin.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#literasipertahanannasional -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELANGOR, 22 September 2026 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan rasmi ke SME Ordnance Sdn. Bhd. (SMEO), Batu Arang, bagi meninjau keupayaan syarikat dalam bidang persenjataan dan pengeluaran amunisi.
Selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pembangunan keupayaan tempatan dalam pengeluaran peluru, komponen dan bahan kritikal perlu terus diperkukuh bagi menyokong kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia, menjamin keselamatan rantaian bekalan serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Kementerian Pertahanan akan terus menggalakkan pembangunan pemain industri tempatan yang berkeupayaan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada ekosistem pertahanan negara yang lebih kukuh dan mandiri. Kemandirian pertahanan bukan sekadar aspirasi, tetapi satu keperluan strategik negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipn -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Ekonomi MADANI ATM dilaksanakan bagi memperkasa ekonomi dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga melalui peluang penjanaan pendapatan, pembangunan keusahawanan dan pengukuhan komuniti.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan sokongan kepada warga ATM dan keluarga, selaras dengan usaha mewujudkan ekosistem kehidupan yang lebih sejahtera, berdikari dan berdaya tahan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#ekonomimadaniatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Australia terus memperkukuh hubungan pertahanan ke tahap lebih strategik menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan, keselamatan maritim, logistik dan teknologi.
Kerjasama erat kedua-dua negara turut menyumbang kepada usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau, khususnya di rantau Indo-Pasifik.
Berita lanjut : www.kosmo.com.my/2026/09/19/malaysia-australia-perkukuh-p…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Australia terus memperkukuh kerjasama pertahanan menerusi peningkatan hubungan strategik yang merangkumi aspek ketenteraan, keselamatan maritim, keselamatan siber serta industri pertahanan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh keupayaan pertahanan serta memelihara keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.
Berita lanjut : www.utusan.com.my/nasional/2026/09/malaysia-australia-tin…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐍𝐔𝐊𝐋𝐄𝐔𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐓𝐌
Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut turut mencatat detik bersejarah dengan peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber ATM sebagai langkah permulaan ke arah penubuhan Angkatan Siber ATM.
Landskap pertahanan hari ini semakin kompleks. Ancaman siber bukan lagi bersifat sisipan atau bermusim, tetapi telah menjadi ancaman serius. Serangan boleh berlaku tanpa sebarang serangan fizikal, termasuk melalui manipulasi data, perang maklumat bersasar dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
ATM sebenarnya mempunyai sebahagian keupayaan siber dan digital yang diperlukan. Namun, keupayaan ini masih berada dalam pelbagai entiti di bawah perkhidmatan darat, laut dan udara. Kita tidak lagi boleh beroperasi dalam pendekatan silo.
Tim Nukleus ini akan meneliti keseluruhan aspek penubuhan Angkatan Siber, termasuk struktur organisasi, doktrin operasi, perjawatan serta penyepaduan empat teras utama iaitu CEMA, C4, Intel dan Space.
Walaupun Angkatan Siber ATM dijangkakan menjelang 2030, jika boleh kita segerakan, kita segerakan. Kita mesti memastikan ATM sentiasa bersedia dan berkeupayaan mendepani apa jua bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟗𝟑
Berada di Pangkalan TLDM Lumut hari ini bersama-sama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93, dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai tuan rumah.
Menjadi perwira bukan pilihan yang mampu dipikul oleh semua orang. Yang dicagarkan adalah nyawa demi memastikan negara kekal berdaulat, selamat dan makmur.
Tidak ada imbuhan yang mampu membalas pengorbanan, dedikasi dan kesetiaan mereka. Sebab itu, penghargaan kepada ATM tidak boleh sekadar slogan. Saya dan pasukan di MINDEF komited menterjemahkannya melalui tindakan.
Pertama, memperkasa ATM secara berterusan melalui pemodenan aset, peningkatan keupayaan teknologi dan Angkatan Masa Hadapan.
Kedua, memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga terus menjadi sebahagian daripada strategi pertahanan negara.
Ketiga, memperkukuh pembangunan diri dan kelangsungan kerjaya anggota, termasuk selepas tamat perkhidmatan kerana mereka kekal sebagai aset negara.
Keempat, memperkukuh diplomasi pertahanan bagi mengelakkan konflik yang tidak perlu dan merugikan.
Semua usaha ini akan terus menjadi keutamaan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga ATM yang telah mencurahkan jasa, bakti dan pengorbanan demi negara.
Kepada seluruh keluarga besar ATM, Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tim Nukleus Angkatan Siber Dilancar, Wujudkan Cabang Keempat ATM - Khaled bernama.com/bm/news.php?id=2609222
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Government shortlists three missile systems for navy's LCS | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/09/1536046/government-sho…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MYSA defence intelligence application director appointed to lead armed forces cyber force team | New Straits Times www.nst.com.my/news/regional/2026/09/1536034/mysa-defence…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
TUDM kaji cadangan perolehan peluru berpandu BrahMos dari India - Mohamed Khaled www.tvsarawak.my/2026/09/19/tudm-kaji-cadangan-perolehan-…
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber ATM sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan pertahanan negara dalam domain siber.
Majlis turut menyaksikan penyerahan peruntukan Program Jiwa Murni MADANI KEMENTAH serta sumbangan kebajikan kepada warga TLDM Lumut.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Karnival Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Penganjuran karnival ini membuka ruang kepada masyarakat untuk mendekati ATM melalui pelbagai pameran, demonstrasi dan aktiviti interaktif, sekali gus memperkukuh hubungan antara warga pertahanan dengan masyarakat serta meningkatkan kefahaman terhadap peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalhariatm93This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
LUMUT, 19 September 2026 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman telah menyempurnakan perasmian Karnival Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 Tahun 2026 di Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Perasmian berlangsung bersempena Perbarisan Tempur ATM yang mengetengahkan kesiagaan serta keupayaan bersama ketiga-tiga perkhidmatan menerusi demonstrasi aset dan elemen tempur. Antara yang dipamerkan ialah serangan udara SU-30MKM, penerjunan statik dan bebas, demonstrasi boat maneuver, Close Air Support FA-18D serta demonstrasi Pasukan Khas ATM yang menggabungkan elemen darat, maritim dan udara. Acara turut diserikan dengan sail past aset maritim dan flypast aset udara ATM.
Dalam acara sama, Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan Anugerah Kesiagaan PAT kepada 10 Briged (Para) Tentera Darat Malaysia, Markas PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pangkalan Udara Gong Kedak Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum menyampaikan perutusan sempena sambutan Hari ATM Ke-93.
Penganjuran karnival ini bukan sahaja memperlihatkan tahap profesionalisme, kesiagaan dan keupayaan operasi ATM, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan, aset serta keupayaan pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalhariatm93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
LUMUT, 19 September 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyempurnakan peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut. Inisiatif ini menjadi langkah awal ke arah mewujudkan Angkatan Siber sebagai cabang perkhidmatan keempat ATM bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman peperangan era digital, khususnya dalam domain siber dan elektromagnetik.
Tim Nukleus Angkatan Siber akan menyediakan asas struktur, proses dan integrasi sebelum penubuhan penuh Angkatan Siber, selaras dengan pembangunan Angkatan Masa Hadapan dan transformasi ATM. Usaha ini turut mengambil kira perubahan persekitaran operasi serta keperluan membangunkan keupayaan bersama, termasuk kerjasama dengan industri pertahanan tempatan dan pembangunan bakat dalam bidang siber serta elektromagnetik.
Dalam majlis sama, Menteri Pertahanan turut menyempurnakan penyerahan simbolik bernilai RM442,000 bagi Program Jiwa Murni MADANI KEMENTAH 2026 kepada Kerajaan Negeri Perak serta Program Jelajah Wira Madani melalui penyerahan bungkusan kebajikan kepada 361 penerima dalam kalangan warga Pangkalan TLDM Lumut dan waris. Inisiatif ini mencerminkan pendekatan MINDEF yang mengimbangi pengukuhan keupayaan pertahanan dengan kebajikan serta kesejahteraan warga ATM.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Haji Md Othman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#karnivalhariatm93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ketahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkasa melalui kesiapsiagaan, keupayaan operasi, pemodenan teknologi serta pembangunan modal insan yang kompeten.
Usaha ini penting bagi memastikan ATM kekal sebagai benteng pertahanan negara yang kukuh, berwibawa dan sentiasa bersedia dalam mendepani cabaran keselamatan masa kini serta masa hadapan.
Berita lanjut : www.utusan.com.my/nasional/2026/09/ketahanan-atm-benteng-…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi memastikan keupayaan pertahanan negara kekal teguh dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.
Pembangunan Angkatan Masa Hadapan turut menjadi keutamaan menerusi pemodenan aset, pengukuhan teknologi, kesiagaan operasi serta pembangunan keupayaan strategik bagi memastikan ATM sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.
Berita lanjut : www.kosmo.com.my/2026/09/19/kesiapsiagaan-atm-perkukuh-be…
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Mengakhiri lawatan rasmi ke Australia dengan jamuan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP serta delegasi Malaysia dan Australia.
Kesempatan ini turut menjadi ruang untuk terus bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara selepas selesai agenda rasmi sepanjang lawatan ini.
Terima kasih kepada The Hon Richard Marles MP dan Kerajaan Australia atas sambutan serta hospitaliti yang diberikan kepada saya dan seluruh delegasi Malaysia sepanjang lawatan ini.
Semoga hubungan pertahanan Malaysia-Australia dapat terus dibawa ke tahap yang lebih tinggi.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀: 𝐌𝐋𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍
Semasa lawatan rasmi ini dan bersempena The 6th Malaysia-Australia High-Level Committee (HLC), Malaysia dan Australia telah memeterai Mutual Logistics Support Arrangements (MLSA), satu lagi pencapaian penting dalam hubungan pertahanan kedua-dua negara.
MLSA menyediakan asas yang lebih praktikal untuk kedua-dua negara saling memberikan sokongan, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan operasi dan keupayaan untuk bekerjasama dengan lebih berkesan.
Bagi saya, kepentingannya bukan sekadar pada dokumen yang dimeterai.
Ia menunjukkan bagaimana kepercayaan yang telah dibina antara Malaysia dan Australia dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang nyata dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀: 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Selesai pertemuan empat mata, saya bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP kemudiannya mempengerusikan The 6th Malaysia-Australia High-Level Committee (HLC).
HLC kali ini memberi tumpuan kepada langkah seterusnya dalam hubungan pertahanan Malaysia-Australia, khususnya untuk membawa kerjasama sedia ada kepada kolaborasi yang lebih erat, praktikal dan strategik.
Strategic Planning Committee (SPC) akan menjadi mekanisme penting dalam memastikan setiap inisiatif yang dipersetujui mempunyai hala tuju dan tindakan susulan yang jelas, termasuk dalam bidang teknologi serta pembangunan keupayaan pertahanan.
Inilah hala tuju hubungan pertahanan Malaysia-Australia, bergerak daripada kerjasama kepada kolaborasi dan seterusnya membina kebersamaan yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pertemuan empat mata bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP di Geelong.
Kesempatan untuk bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Australia, perkembangan semasa serta beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Hubungan yang telah lama terjalin ini penting untuk terus diperkukuh, khususnya dalam mendepani cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.
Menghargai sambutan dan hospitaliti yang diberikan oleh Kerajaan Australia kepada saya serta seluruh delegasi Malaysia sepanjang berada di sini.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Penerbangan Ihsan merupakan antara inisiatif di bawah konsep Civil-Military Cooperation (CIMIC) yang menggambarkan komitmen berterusan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam membantu masyarakat awam ketika berdepan situasi kecemasan.
Melalui pelaksanaan misi ini, TUDM bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi dan kesiapsiagaan pasukan, malah menzahirkan nilai kemanusiaan serta semangat tanggungjawab sosial yang menjadi teras hubungan erat antara tentera dan rakyat.
Inisiatif ini juga membuktikan bahawa TUDM sentiasa bersedia menggembleng tenaga, kepakaran dan aset udara bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas, selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Siapa yang bertanggungjawab mempertahankan negara?
Pertahanan negara bukan hanya tanggungjawab mereka yang menyarungkan uniform, tetapi memerlukan kerjasama seluruh masyarakat.
Berdasarkan pengalaman 23 tahun dalam ATM, Lt Kol Prof. Madya Dr. Hj. Noor Azmi (Bersara) kini berkongsi perspektif tentang kepentingan Civil-Military Cooperation (CIMIC) dalam membina hubungan dan persefahaman antara tentera dengan masyarakat.
Sejauh mana masyarakat perlu terlibat dalam pertahanan negara?
Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Buat julung kalinya, Kementerian Pertahanan Malaysia menyertai Program Keretapi Sarong 2026 menerusi penglibatan KAKEP bersama Cawangan Muzik dan Kesenian TUDM (MUKES).
Daripada persembahan drumline, tarian hingga persembahan muzik, penyertaan warga pertahanan tampil menyemarakkan suasana sambil bersama masyarakat meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan sempena Hari Malaysia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#keretapisarong2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, saya berkesempatan makan malam bersama pegawai ATM dan awam MINDEF yang berada di sini.
Mereka terdiri daripada enam pegawai ATM dan dua pegawai awam MINDEF yang sedang menjalani penempatan secara secondment serta melanjutkan pengajian.
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya bertanya khabar dan mendengar sendiri perkembangan mereka, khususnya berkaitan pengajian, penempatan serta kebajikan sepanjang berada di Australia.
Semoga segala urusan mereka terus dipermudahkan dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya apabila kembali berkhidmat kelak.
Turut bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah; Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Tuan Nik Muhammad Nasyron Syah bin Nik Daud; serta Ketua Pengarah MDIO, Lt Jen Dato’ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
CHINA, 16 September 2026 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, menghadiri Majlis Pembukaan 13th Beijing Xiangshan Forum yang disempurnakan oleh TYT Laksamana Dong Jun, Menteri Pertahanan Nasional Republik Rakyat China.
Forum pada tahun ini bertemakan “Build Consensus on Stability, Advance Security Governance Together”, yang menghimpunkan pemimpin pertahanan, wakil organisasi antarabangsa serta pakar dan sarjana bagi membincangkan isu keselamatan dan pertahanan semasa.
Dalam ucapan perasmian, TYT Laksamana Dong Jun menekankan kepentingan dialog, pembinaan konsensus, multilateralisme dan tadbir urus keselamatan global dalam mendepani landskap geopolitik yang semakin kompleks. Penekanan turut diberikan terhadap pengukuhan kerjasama praktikal, peningkatan kefahaman dalam bidang teknologi baharu serta usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan demi memelihara keamanan dan kestabilan sejagat.
Sejajar dengan aspirasi tersebut, Malaysia terus menekankan kepentingan dialog berterusan, penghormatan terhadap kedaulatan serta komitmen kolektif dalam memperkukuh keamanan dan kestabilan serantau, khususnya di ASEAN, di samping menangani cabaran keselamatan global secara konstruktif dan berterusan.
Forum kemudiannya diteruskan dengan 1st Plenary Session bertajuk “International Order and Strategic Stability”, yang membincangkan perkembangan serta cabaran terhadap susunan antarabangsa dan kestabilan strategik.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan
#beijingxiangshanforum -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELBOURNE, 16 September 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah tiba di Melbourne bagi memulakan lawatan kerja ke Australia dengan tumpuan kepada pengukuhan kerjasama pertahanan dua hala serta pertukaran pandangan mengenai perkembangan dan cabaran keselamatan semasa. Agenda lawatan dimulakan dengan pertemuan bersama Australian Security Intelligence Organisation (ASIO).
YB Menteri Pertahanan seterusnya dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP di Geelong. Kemuncak lawatan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) Ke-6 pada 18 September 2026 bagi menilai kemajuan kerjasama sedia ada, meneroka bidang baharu serta menetapkan hala tuju hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Lawatan ini meneruskan momentum hubungan pertahanan Malaysia-Australia yang telah lama terjalin, termasuk menerusi Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus), ke arah kerjasama yang lebih strategik, substantif dan berorientasikan hasil.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Tiba di Melbourne bagi memulakan lawatan kerja ke Australia yang merangkumi beberapa agenda penting dalam hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Lawatan ini akan dimulakan dengan pertemuan bersama Australian Security Intelligence Organisation (ASIO) bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan dan cabaran keselamatan semasa yang menjadi kepentingan bersama.
Saya kemudiannya akan ke Geelong bagi mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP.
Pertemuan ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan pertahanan dua hala serta bidang-bidang baharu yang boleh diterokai bersama.
Kemuncak lawatan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) ke-6 yang akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, meneroka peluang baharu serta menentukan hala tuju hubungan pertahanan Malaysia-Australia.
Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia telah lama terjalin, “through war and peacetime”, serta terus berkembang menerusi kerjasama dua hala dan pelbagai hala. Kepercayaan dan keyakinan bersama yang dibina sejak sekian lama menjadi asas penting kepada hubungan ini.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, hubungan ini perlu terus diperkukuh dan dibawa ke tahap seterusnya, daripada kerjasama kepada kolaborasi yang lebih strategik, substantif dan berorientasikan hasil.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin memulakan lawatan kerja ke Australia yang merangkumi beberapa agenda penting bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia.
Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada perkembangan keselamatan semasa, kerjasama strategik serta hala tuju hubungan pertahanan kedua-dua negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Hari ATM 2026 🇲🇾
Ucapan ini bukan daripada kami, tetapi daripada rakyat yang hadir di Karnival CIMIC Melaka yang lepas.
Daripada kanak-kanak hingga warga emas, mereka meluangkan masa untuk menyampaikan penghargaan terima kasih kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat dan pengorbanan kepada negara.
Kerana di sebalik setiap uniform, ada insan yang sentiasa bersedia berbakti demi Malaysia.
💬 Apa ucapan anda buat warga ATM sempena Hari ATM tahun ini?
Kongsikan di ruangan komen. 🤗🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 🇲🇾
Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan komitmen seluruh warga ATM dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara. Keutuhan pertahanan yang dibina menjadi asas penting kepada keamanan dan kestabilan Malaysia.
Berpaksikan tema “Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara”, ATM akan terus diperkasa sebagai sebuah angkatan yang moden, profesional dan berkeupayaan tinggi, selaras dengan keperluan pertahanan semasa serta cabaran keselamatan masa hadapan.
Ikhlas daripada:
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 🇲🇾
Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 merupakan penghargaan terhadap komitmen dan khidmat bakti seluruh warga ATM yang sentiasa melaksanakan amanah dalam menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara. Dedikasi yang diberikan menjadi antara tunjang penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.
Seiring dengan perkembangan landskap keselamatan semasa, ATM akan terus memperkukuh kesiagaan, profesionalisme dan keupayaan pertahanan bagi mendepani pelbagai cabaran serta memastikan kepentingan strategik negara sentiasa terjamin.
Ikhlas daripada:
YB Adly Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 🇲🇾
Di sebalik setiap detik keamanan yang kita kecapi, ada jiwa-jiwa yang memilih untuk berdiri di barisan hadapan. Para perajurit ATM terus menggalas amanah dengan keberanian, kesetiaan dan pengorbanan, tanpa mengenal lelah dan gentar, demi mempertahankan setiap inci kedaulatan tanah air. Pengorbanan mereka adalah harga kepada sebuah keamanan yang kita warisi dan tanggungjawab yang akan terus dipikul demi Malaysia tercinta.
Ikhlas daripada:
Lokman Hakim Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 🇲🇾
Selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 kepada seluruh warga ATM yang terus berkhidmat dengan penuh disiplin, profesionalisme dan kesetiaan kepada negara. Di sebalik keamanan yang dinikmati rakyat, kesiapsiagaan ATM kekal menjadi tunjang penting dalam memastikan kepentingan pertahanan dan keselamatan Malaysia sentiasa terpelihara.
Ikhlas daripada:
Warga Kementerian Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selama ini, kami yang bercerita tentang pertahanan negara.
Kali ini, kami serahkan mikrofon kepada rakyat di Karnival CIMIC Melaka yang lepas.
Kerana pertahanan negara bukan hanya tentang mereka yang menyarungkan uniform, tetapi tentang kita semua.
Apa pandangan anda tentang peranan rakyat dalam mempertahankan negara?
Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang terbina daripada penyatuan wilayah, tetapi sebuah cita-cita besar yang diperkukuh oleh kepercayaan, kebersamaan dan tekad rakyatnya.
Pada 16 September ini, kita mengenang keberanian generasi terdahulu yang memilih untuk membina masa depan bersama. Hari ini, menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan amanah tersebut dengan mempertahankan kedaulatan, memelihara keamanan dan memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Ikhlas daripada:
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hm2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Malaysia terbina daripada keberanian untuk bersatu, kesediaan untuk saling memahami dan keazaman untuk melangkah sebagai satu bangsa menuju cita-cita bersama.
Dalam menghayati makna 16 September, marilah kita terus menyuburkan semangat muafakat, menghargai kepelbagaian serta menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai nadi kemajuan negara.
Dengan tekad yang utuh dan semangat kebersamaan yang berterusan, semoga Malaysia kekal aman, berdaulat dan makmur untuk diwariskan kepada generasi mendatang.
Ikhlas daripada:
YB Adly Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hm2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
16 September mengabadikan sebuah detik penting dalam perjalanan negara — lahirnya Malaysia atas tekad dan cita-cita bersama untuk membina masa hadapan yang lebih kukuh.
Enam dekad berlalu, semangat tersebut terus menjadi amanah kepada setiap generasi untuk menghargai keamanan yang dikecapi, meraikan kepelbagaian yang dimiliki dan meneruskan usaha membangunkan negara dengan penuh integriti serta rasa tanggungjawab.
Semoga Malaysia terus melangkah dengan yakin sebagai sebuah negara yang berdaya tahan, dihormati dan sentiasa berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Ikhlas daripada:
Lokman Hakim Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hm2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan, kekuatan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat, aman serta sejahtera.
Semangat 16 September mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian, rasa saling menghormati serta iltizam bersama untuk terus memelihara keharmonian dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme dan memperteguh kecintaan kepada negara demi Malaysia yang terus maju, makmur dan sejahtera.
Ikhlas daripada:
Warga Kementerian Pertahanan Malaysia
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hm2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PERKUKUH PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM PERTAHANAN NEGARA 🇲🇾
Kementerian Pertahanan bersama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) terus memperkasakan penglibatan mahasiswa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menerusi penubuhan Askar Wataniah.
Langkah strategik ini dipacu menerusi 4 Teras Utama:
🔹 PENGIKTIRAFAN AKADEMIK & KOKURIKULUM
Penyelarasan dan pengiktirafan rasmi jam latihan Askar Wataniah sebagai bahagian daripada kelulusan atau kurikulum akademik IPT.
🔹 PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Melahirkan graduan berdisiplin, berjiwa patriotik, dan berdaya saing menerusi latihan ketenteraan profesional demi membina kesedaran tinggi terhadap pertahanan negara.
🔹 SINERGI LATIHAN & FASILITI
Integrasi kepakaran latihan Tentera Darat (TD) merangkumi Latihan Tempatan (LT), Latihan Berterusan (LB), dan Kem Tahunan (KT) dengan akses menyeluruh kepada struktur serta kemudahan sedia ada.
🔹 PENGURUSAN STRUKTUR
Penyelarasan pengurusan unit Askar Wataniah di peringkat IPT serta jalinan kerjasama erat dalam mengukuhkan resiliensi bagi pembangunan warga pertahanan.
Usaha ini bukan sahaja melahirkan generasi mahasiswa MADANI yang berdaya tahan dan berkemahiran, malah memperkasakan Angkatan Sukarela yang kuat selaras dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
CIVIL-MILITARY COOPERATION (CIMIC): PERKUKUH HUBUNGAN MASYARAKAT DAN ATM 🇲🇾
Hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia dan rakyat adalah tunjang kepada pertahanan negara.
Melalui inisiatif CIMIC, ATM terus turun padang menyantuni masyarakat, menghulurkan bantuan, dan memperkukuh silaturahim.
Ini bukan sekadar program. Ini adalah komitmen ATM untuk sentiasa bersama rakyat, dalam apa jua keadaan.Kerana kekuatan negara bermula dari perpaduan rakyat dan angkatan tenteranya.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan Zon Selatan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali di Seremban, Negeri Sembilan.
Seramai 159 penerima APC dan 49 pesara diraikan sebagai penghargaan atas kecemerlangan, dedikasi serta jasa bakti sepanjang perkhidmatan. Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan Kementerian Pertahanan terhadap warga yang telah menyumbang kepada kecemerlangan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Kementerian.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#apc2026
#jasamudikenangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SEREMBAN, 15 September 2026 – Kementerian Pertahanan terus memperkukuh budaya kecemerlangan dan pengiktirafan berasaskan prestasi melalui Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan Zon Selatan yang berlangsung di Casa Lagenda Convention Centre, Negeri Sembilan.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, sebagai penghargaan kepada warga MINDEF yang menunjukkan prestasi cemerlang, di samping mengenang jasa warga yang telah menamatkan perkhidmatan setelah mencurahkan khidmat dan bakti kepada organisasi serta negara.
Seramai 159 warga MINDEF menerima APC, manakala 49 pesara diraikan menerusi Jasamu Dikenang. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen MINDEF untuk membudayakan prestasi tinggi, profesionalisme dan penghargaan terhadap pengalaman serta sumbangan warga sebagai asas kepada organisasi yang berdaya tahan dan berprestasi tinggi.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBrs. Encik Mohd Khairuzaki bin Paiman; Panglima 1 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Zamri bin Othman; Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ (Dr.) Amran bin Amir Hamzah, serta barisan pengurusan tertinggi MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#apc2026
#jasamudikenang -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya bukanlah pemisah, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita di bawah Jalur Gemilang. Teruskan melangkah dengan semangat kebersamaan, sehati sejiwa dalam mempertahankan keharmonian serta membina masa depan negara yang lebih gemilang.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan, kebersamaan dan semangat cintakan tanah air yang terus utuh dalam kepelbagaian. Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah pembentukan Malaysia serta mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.
Ayuh semarakkan Sambutan Hari Malaysia 2026 dengan semangat perpaduan, sehati sejiwa dalam mempertahankan keharmonian serta membina masa depan negara yang lebih gemilang.
📅 16 September 2026
🕖 7.00 malam
📍 Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hm2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 12 September 2026 – Di sebalik kesibukan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin turut meluangkan masa mengunjungi reruai Kementerian Pertahanan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) serta beramah mesra dengan para pengunjung.
Reruai MINDEF menjadi platform mendekatkan masyarakat dengan peranan dan inisiatif Kementerian serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pameran interaktif dan perkongsian maklumat berkaitan pertahanan negara. Antara yang diketengahkan ialah Program Work-Based Learning (WBL), konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) serta pelaksanaan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC), yang memberi gambaran lebih dekat mengenai pendekatan pertahanan negara merangkumi aspek kesiapsiagaan, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat.
Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif seperti kuiz Kahoot, mendapatkan penerangan secara langsung daripada petugas serta melihat dan mencuba sendiri beberapa senjata yang dipamerkan. Pendekatan ini memberi pengalaman lebih dekat kepada pengunjung untuk memahami fungsi, keupayaan dan tanggungjawab sektor pertahanan dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.
Mantan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan turut mengambil kesempatan mengunjungi reruai MINDEF dan meninjau pameran serta aktiviti yang disediakan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kesejahteraan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dilihat sebagai sebahagian daripada kekuatan strategik negara, bukan sekadar agenda kebajikan selepas tamat perkhidmatan.
#mindefupdate
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SUBANG, 11 September 2026 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Jumaat sempena Hari Ulang Tahun Ke-93 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Al-Muhajirin, Subang.
Pengisian kerohanian ini menjadi wadah memperkukuh nilai keimanan, kesatuan dan kebersamaan dalam kalangan warga pertahanan, di samping menzahirkan rasa syukur atas perjalanan serta khidmat bakti ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara sejak penubuhannya.
Majlis turut menjadi ruang mendoakan kesejahteraan seluruh warga ATM, termasuk mereka yang sedang melaksanakan amanah di dalam dan luar negara, serta mengenang jasa dan pengorbanan para perwira yang telah mendahului dalam mempertahankan tanah air.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#hutatm93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MEMPERKASA PALAPES MELALUI INSENTIF DAN PELUANG KERJAYA YANG LEBIH LUAS 🇲🇾
Kementerian Pertahanan komited untuk memperkukuh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan melalui pelbagai inisiatif strategik.
Antara fokus utama:
🔹 Peningkatan Insentif - Menghargai komitmen mahasiswa yang menyertai PALAPES
🔹 Peluang Kerjaya Luas - Laluan kerjaya yang lebih jelas dalam dan luar perkhidmatan
🔹 Latihan Berkualiti - Melahirkan pegawai simpanan yang berkaliber, berdisiplin dan berjiwa patriotik PALAPES adalah platform penting dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang cintakan negara dan bersedia berkhidmat untuk tanah air.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Ikrar Kesatria” yang menampilkan perkongsian dan perbincangan bersama barisan panel jemputan mengenai nilai kepahlawanan, jati diri serta penghayatan Islam dalam membentuk insan yang berprinsip dan berintegriti.
📅 Khamis | 10 September 2026
⏰ 9.00 malam
📺 RTM TV1
Jangan ketinggalan menyaksikan kupasan menarik bersama Ustaz Zakaria Othman selaku moderator, Dato’ Mohammad Kazim Bin Elias dan Ustazah Nazirah Abu Bakar sebagai panel.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PROGRAM PEDULI VETERAN ATM: MENYANTUNI VETERAN, MEMPERKASA KEBAJIKAN 🇲🇾
Jasa dan pengorbanan Veteran ATM tidak akan dilupakan.
Melalui Program Peduli Veteran ATM, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM terus komited menyantuni veteran dan keluarga bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.
Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menghargai wira negara yang pernah berbakti mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kerana jasa mereka tidak pernah bersara.
Dan penghargaan kita juga tidak seharusnya berakhir.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 9 September 2026 – Mendekatkan agenda pertahanan kepada masyarakat menjadi antara fokus Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Pameran Korporat MINDEF yang berlangsung dari 9 hingga 12 September 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Pameran ini mengetengahkan beberapa inisiatif utama MINDEF, antaranya Program Work-Based Learning (WBL) 2.0 dalam memperkasa pembangunan modal insan ATM dan persediaan kerjaya kedua, konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang memperluas kefahaman bahawa keselamatan negara memerlukan penglibatan seluruh lapisan masyarakat, serta Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) sebagai pendekatan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara ATM dengan komuniti.
Penyertaan MINDEF menerusi pameran ini membuka ruang komunikasi secara langsung dengan masyarakat, sekali gus menterjemahkan agenda pertahanan negara dalam konteks yang lebih dekat dan mudah difahami. Pendekatan ini penting bagi membina kefahaman bahawa kekuatan pertahanan bukan hanya bergantung pada keupayaan ketenteraan, tetapi turut dipacu oleh modal insan yang berkualiti, kesiapsiagaan masyarakat dan hubungan awam-tentera yang kukuh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SEOUL, 8 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan kunjung hormat kepada H.E. Lee Doo-Hee, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Republik Korea, di sela-sela penyertaan dalam Seoul Defence Dialogue (SDD) 2026.
Pertemuan ini menjadi platform strategik untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan persekitaran keselamatan serantau dan global, di samping memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia–Republik Korea melalui kerjasama strategik yang lebih menyeluruh, berterusan dan berorientasikan hasil.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan kesinambungan program FA-50M, termasuk aspek sokongan logistik, penyelenggaraan dan kelangsungan bekalan sepanjang kitar hayat aset. Kedua-dua pihak turut meneroka peluang memperluas kerjasama dalam aeroangkasa, maritim, sistem darat dan industri pertahanan, termasuk melalui Industrial Collaboration Programme (ICP) bagi menyokong pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan dan peningkatan keupayaan industri pertahanan Malaysia.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk membina kerjasama pertahanan yang berteraskan keyakinan, kebolehpercayaan dan manfaat bersama, termasuk memperkukuh keupayaan pertahanan, membangunkan ekosistem industri pertahanan yang lebih berdaya tahan serta menyokong keamanan dan kestabilan serantau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#seouldefencedialogue2026
#sdd2026
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SEOUL, 8 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali bersama General NEM Sowath, Director General, General Department of Policy and Foreign Affairs, Ministry of National Defence, Cambodia telah mengadakan sesi kunjung hormat di sela-sela Seoul Defence Dialogue (SDD) 2026 di Republik Korea.
Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pengukuhan kerjasama pertahanan dua hala Malaysia–Kemboja, termasuk perkembangan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan, kerjasama menerusi kerangka ADMM dan ADMM-Plus, serta perkembangan keselamatan serantau.
Kedua-dua pihak turut menegaskan kepentingan memelihara kesepaduan dan Kepusatan ASEAN sebagai teras kepada keamanan dan kestabilan serantau, di samping memperkukuh dialog, langkah membina keyakinan serta kerjasama pertahanan dalam menangani cabaran keselamatan secara aman dan konstruktif.
Malaysia turut menzahirkan komitmen untuk terus menyokong usaha ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau, selain memperkukuh hubungan pertahanan dengan Kemboja melalui libat urus dan kerjasama yang berterusan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#seouldefencedialogue2026
#sdd2026
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SEOUL, 8 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali mengetuai delegasi Malaysia ke Seoul Defense Dialogue (SDD) 2026, platform dialog keselamatan dan pertahanan peringkat tinggi yang menghimpunkan pemimpin pertahanan, pegawai kanan kerajaan serta pakar strategik dari pelbagai negara dan organisasi antarabangsa.
Bertemakan “Toward a New Coexistence in the Age of Turbulence”, SDD 2026 membincangkan perkembangan persekitaran strategik semasa, termasuk perubahan aturan keselamatan global, evolusi perkongsian strategik, keselamatan maritim serta kemajuan teknologi pertahanan yang membentuk keperluan dan cabaran pertahanan masa hadapan.
Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh diplomasi pertahanan dan jaringan strategik antarabangsa melalui dialog, libat urus serta pembinaan keyakinan bersama dengan rakan-rakan pertahanan. Kehadiran ini turut memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan yang konstruktif dan berprinsip, di samping memastikan kepentingan serta perspektif negara terus diketengahkan dalam membentuk wacana keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau serta global.
Dari perspektif kepentingan pertahanan negara, SDD 2026 turut dimanfaatkan bagi memperkaya penilaian strategik Malaysia melalui pertukaran pandangan dan amalan terbaik mengenai perkembangan keupayaan, teknologi pertahanan, keselamatan maritim serta kesiapsiagaan menghadapi ancaman baharu. Input dan perspektif yang diperoleh melalui libat urus ini penting dalam menyokong pengukuhan kesiapsiagaan, daya tahan serta perancangan pertahanan negara yang responsif terhadap perubahan persekitaran keselamatan masa hadapan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#seouldefencedialogue2026
#sdd2026
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Royal Malaysian Navy
@tldm_rasmi
Memperkenalkan Pakaian Operasi TLDM yang baharu - The Blue Valor.
Berita penuh: www.facebook.com/share/p/1DJJXDyuoL/ -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sekalung tahniah kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM atas kurniaan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti dan memperkukuh kecemerlangan kepimpinan demi pertahanan serta kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tudm -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Pembenihan awan di Kedah berjaya hasilkan hujan
www.bernama.com/bm/news.php?id=2603104
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Malaysia perlu sentiasa melakukan penambahbaikan termasuk dari segi keluasan kawasan dan kemudahan penganjuran, terutama apabila semakin banyak negara jiran turut menganjurkan pameran pertahanan.
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-lokasi-alternatif… -
MINDEF Malaysia reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
*OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 4 SEPTEMBER 2026*
📍 Pangkalan Udara Kuching
Hari Kedua Operasi Pembenihan Awan bagi Negeri Sarawak yang diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama MET Malaysia, APM, ATM,TUDM, CAAM dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak. -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR
Dari Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat TUDM.
FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
*Berita penuh di ruangan komen -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerjasama baharu antara Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam memperkasa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam antara pembaharuan penting dalam pembangunan mahasiswa dan ekosistem pertahanan negara.
Ia tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai penambahbaikan kepada program kokurikulum ketenteraan universiti, sebaliknya sebagai usaha menyusun semula hubungan antara pendidikan tinggi, pembangunan bakat dan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
@KhaledNordin -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Perkasa PALAPES, sinergi baharu MINDEF-JPT bina mahasiswa dan pertahanan masa hadapan
#bhrencana Ia tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai penambahbaikan kepada program kokurikulum ketenteraan universiti, sebaliknya sebagai usaha menyusun semula hubungan antara pendidikan tinggi, pembangunan bakat dan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia.
www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2026/09/1619987/perk… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 2 September 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia yang baharu, TYT Dr. Nevzat Uyanik, di Wisma Pertahanan.
Pertemuan membincangkan perkembangan dan hala tuju kerjasama pertahanan Malaysia–Türkiye, termasuk usaha memperkukuh diplomasi pertahanan, pembangunan keupayaan serta kerjasama industri pertahanan yang memberi nilai strategik kepada kedua-dua negara.
Kerjasama sedia ada, termasuk melalui pengoperasian Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) dan UAS ANKA, turut menjadi pemangkin kepada penerokaan ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang teknologi, latihan dan pembangunan keupayaan ATM.
Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan Türkiye sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan pertahanan dan meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertahanan.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Mejar Jeneral Dato’ Saiful Bahari bin Zainol, Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Wisma Pertahanan.
MKN merupakan salah sebuah institusi di bawah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang berperanan membangunkan kepimpinan strategik.
Ia turut menjadi platform meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan dan pertahanan negara dalam kalangan pemimpin kanan sektor pertahanan, keselamatan dan awam.
Saya berharap di bawah kepimpinan beliau, MKN akan terus diperkasakan sebagai institusi yang berwibawa dalam melahirkan barisan kepimpinan yang mampu mendepani landskap keselamatan dan pertahanan negara yang semakin kompleks.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
Menerima kunjungan hormat Presiden PUSPAHANAS yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di Wisma Pertahanan.
Saya mengucapkan tahniah kepada beliau yang mengambil alih kepimpinan PUSPAHANAS pada Ogos yang lalu.
Dalam persekitaran keselamatan yang semakin kompleks, PUSPAHANAS mesti terus menjadi medan yang membentuk pemikiran strategik dan melahirkan barisan kepimpinan pertahanan yang mampu memahami serta mendepani cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.
Saya yakin pengalaman luas beliau dalam ATM akan membantu memperkukuh lagi peranan PUSPAHANAS sebagai institusi pendidikan pertahanan strategik negara.
Selamat menjalankan tanggungjawab.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍
Saya turut melihat sendiri pelaksanaan penugasan anggota tentera dalam menjaga keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.
Tugas ini menuntut kesiagaan dan kewaspadaan yang berterusan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Saya juga dapat bertemu dan mendengar sendiri daripada anggota mengenai penugasan serta cabaran yang mereka hadapi.
Terima kasih kepada seluruh anggota yang terus menjalankan tanggungjawab menjaga sempadan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Pada hari ini juga saya mengadakan lawatan kerja ke Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah bagi melihat sendiri kesiagaan dan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
Saya menerima taklimat mengenai perkembangan semasa keselamatan sempadan, cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah yang terus dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan dan kesiagaan operasi.
Dengan jajaran sempadan darat Malaysia-Thailand yang panjang dari Perlis hingga Kelantan, tugas mengawal sempadan memerlukan kesiagaan berterusan, penyelarasan antara agensi serta sokongan kemudahan dan infrastruktur yang baik.
Kawalan sempadan yang kukuh penting bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Lawatan kerja Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari ke Kawasan Operasi PASIR Utara di daerah Kudat, Sabah memberi tumpuan kepada pelaksanaan operasi serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab keselamatan di kawasan berkenaan.
Lawatan ini turut memberi ruang untuk meninjau sendiri keperluan operasi di lapangan, di samping memastikan aspek kebajikan anggota terus diberi perhatian dalam mendukung keberkesanan penugasan dan kesiagaan pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SABAH, 4 September 2026 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Operasi Pasir Utara di Daerah Kudat (Op Pasir Sektor Kudat) bagi meninjau kesiagaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perkembangan keupayaan pertahanan di kawasan strategik negara. Lawatan meliputi Kem Sri Kudat dan Pos Dogotan, termasuk sesi taklimat operasi berkaitan pelaksanaan penugasan serta kesiapsiagaan anggota di lapangan.
Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyantuni anggota yang melaksanakan tugas operasi serta menyampaikan sumbangan kepada Surau Syed Faizuddin, Kem Sri Kudat dan Kotak Rezeki untuk warga Pos Dogotan. Penekanan terhadap kebajikan anggota merupakan sebahagian daripada usaha mengekalkan moral, motivasi dan keberkesanan pelaksanaan operasi ATM.
Lawatan ini selari dengan Teras 1 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030, yang memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan dan kesiagaan pertahanan dalam melindungi kepentingan negara. Usaha ini memperkukuh kesiapsiagaan ATM dalam mendepani cabaran keselamatan, melindungi kepentingan strategik serta mempertahankan kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PROGRAM SYARAHAN EKSEKUTIF PALAPES UNIVERSITI AWAM | 3 SEPTEMBER 2026
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa "Kita mahu PALAPES terus melahirkan generasi muda yang berilmu, berdisiplin, patriotik dan bersedia menyumbang kepada kesiapsiagaan pertahanan negara."
Menurut YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, PALAPES berperanan penting dalam melahirkan pegawai simpanan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai jati diri, disiplin tinggi dan semangat patriotik.
MINDEF komited untuk terus memperkasa program PALAPES sebagai salah satu tunjang utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan belia dan mendukung agenda pertahanan negara.
#programsyarahaneksekutif
#palapes
#mindefmalaysia
#atm
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Haji Mohd Hairul bin Ebuk, Veteran ATM mengimbau kembali detik beliau terlibat dalam usaha menyelamatkan mendiang Kanang Anak Langkau yang mengalami kecederaan parah ketika operasi menentang pengganas komunis di Perak pada era insurgensi.
Mendiang Kanang Anak Langkau terselamat daripada kecederaan tersebut dan kemudiannya terus dikenang sebagai antara perwira tersohor negara atas keberanian luar biasa yang ditunjukkan di medan tempur. Atas keberanian dan keperwiraan beliau, mendiang telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB). Mendiang meninggal dunia pada 3 Januari 2013.
Ikuti perkongsian Haji Mohd Hairul tentang detik bersejarah tersebut — kisah keberanian dan setiakawan anggota ATM yang menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan mempertahankan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5 RS), Kem Bukit Kayu Hitam dalam meninjau kesiapsiagaan pasukan serta operasi keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.
Kesiapsiagaan diperkasa. Sempadan terus dipelihara. Kedaulatan negara menjadi keutamaan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
@Marchfoward
TERKINI
LAGI SENANG PALAPES NAK MASUK ATM
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Khaled Nordin mengumumkan inisiatif khas hari ini di UNIMAP untuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ATM (PALAPES)
Selepas ini lepasan PALAPES yang nak masuk ATM tidak perlu menjalani Ujian Pengetahuan Am, Ujian Kecerdasan Akal, Ujian Kepimpinan dan Merancang serta Ujian Pengucapan Awam.
Mereka juga juga boleh memohon Pertugasan Sepenuh Masa bagi mengisi perjawatan tertentu di unit, kapal, pangkalan dan formasi ATM.
Kementerian Pertahanan Malaysia juga sedang merangka 3 perkara untuk PALAPES dan masih dalam perbincangan
1) Peluang untuk lepasan PALAPES jalani Latihan Industri atau intern di ATM
2) Menaikkan elaun dan manfaat kepada PALAPES
3) Pegawai PALAPES yang tamat tempoh boleh terus memasuki Angkatan Sukarela tanpa perlu ditauliahkan semula -
MINDEF Malaysia reposted
TVS
@tvsarawak
Calon PALAPES berpeluang sertai ATM secara tetap www.tvsarawak.my/2026/09/03/calon-palapes-berpeluang-sert…
-
MINDEF Malaysia reposted
Sinar Daily
@sinardailymy
Active Reserve Officer Training Unit (Palapes) cadets will be exempted from several tests during the selection process for entry into the regular force through the Graduate Cadet Officer training programme, beginning this year.
www.sinardaily.my/article/740328/focus/national/palapes-c… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Calon PALAPES yang masih aktif, akan diberikan pengecualian daripada menduduki beberapa ujian tertentu semasa proses pemilihan untuk menyertai Angkatan Tetap, melalui latihan Pegawai Kadet Graduan mulai tahun ini - Menteri Pertahanan @KhaledNordin
bernama.com/bm/am/news.php?id=2602476 -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Pelatih PALAPES harus jadi peneroka ilmu, idea baharu bantu pemerkasaan pertahanan negara
bernama.com/bm/am/news.php?id=2602524
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Laluan khas PALAPES ke Angkatan Tetap mulai tahun ini www.buletintv3.my/nasional/laluan-khas-palapes-ke-angkata…
-
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Anggota PALAPES dikecualikan 4 ujian untuk masuk sebagai anggota tetap ATM
#bhnasional Pengecualian itu selaras dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Siri 9/2025 membabitkan empat ujian.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/09/1617668/anggot… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒: 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐈𝐃𝐄𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya menyampaikan Syarahan Eksekutif kepada 1,885 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) semua Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Dunia pertahanan sudah sangat berubah. Ancaman bukan lagi sekadar peperangan konvensional, tetapi turut melibatkan siber, AI, dron, manipulasi maklumat, peperangan kognitif dan pelbagai bentuk ancaman hibrid.
Sebab itu ATM memerlukan bakat generasi muda yang berdisiplin, berilmu dan berani meneroka idea baharu. Kepakaran dalam AI, sains data, kejuruteraan, keselamatan siber, autonomi, robotik dan aeroangkasa semakin penting kepada pertahanan masa hadapan.
Kepada Pegawai Kadet PALAPES, gunakan tiga kelebihan kalian: Ilmu, Idea dan Inspirasi. Bawa nilai PALAPES ke mana sahaja berada dan jadilah jambatan antara masyarakat dengan pertahanan negara.
Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus menambah baik PALAPES melalui penambahbaikan insentif, laluan ke Angkatan Tetap, latihan industri, pembangunan kerjaya Angkatan Sukarela serta sistem OVERWATCH.
Kita mahu PALAPES terus melahirkan generasi muda yang berilmu, berdisiplin, patriotik dan bersedia menyumbang kepada kesiapsiagaan pertahanan negara.
Tahniah kepada semua Pegawai Kadet PALAPES yang bakal ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES ke-44.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#palapes
#hanruh -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Pelatih PALAPES harus menjadi peneroka ilmu dan idea baharu yang boleh membantu pemerkasaan pertahanan negara selain berkongsi ilmu yang dipelajari di universiti - Menteri Pertahanan @KhaledNordin
bernama.com/bm/am/news.php?id=2602524 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama Panglima Angkatan Tentera, saya menyempurnakan pemakaian pangkat Kolonel (Kehormat) kepada Dato’ Abdul Hadi bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertahanan.
Penganugerahan ini seiring dengan pelantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JKPAW) Kementerian Pertahanan.
Pelantikan ini penting dalam memperkemas integrasi dasar, perolehan dan sokongan logistik bagi Angkatan Simpanan, sekali gus membantu menterjemahkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) secara lebih berkesan.
Tahniah Dato’ Abdul Hadi. Semoga terus memberikan khidmat terbaik dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hanruh -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya turut berpeluang menyaksikan pemeteraian Nota Kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memperkukuh pelaksanaan program Askar Wataniah di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Kerjasama ini meliputi penyelarasan latihan serta pengiktirafan penyertaan Askar Wataniah sebagai aktiviti kokurikulum dan jam kredit akademik, tertakluk kepada peraturan serta kelulusan Senat IPT.
Kita mahu melahirkan mahasiswa yang berdaya tahan, berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap pertahanan negara.
Usaha ini juga akan membantu membangunkan Angkatan Sukarela yang kuat, terlatih dan bersemangat tinggi, selaras dengan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hanruh -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KEDAH, 3 September 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin mengadakan Lawatan Kerja ke Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5 RS), Kem Bukit Kayu Hitam bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan serta pelaksanaan tugas dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan Malaysia-Thailand sentiasa terpelihara.
Dalam lawatan tersebut, YB Menteri Pertahanan menerima Taklimat Pembangunan Kem oleh Asisten Ketua Staf G5, Mejar Jeneral Haji Abdul Jalal Zaidi bin Abdul Majid, diikuti Taklimat Operasi dan Keselamatan Sempadan oleh Ketua Staf Am Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap yang meliputi aspek operasi, kawalan keselamatan serta peranan 5 RS di kawasan sempadan negara.
Beliau kemudian meninjau 10 blok penginapan baharu anggota 5 RS yang mula dilaksanakan pada 20 Jun 2024 dan siap sepenuhnya pada 13 Februari 2026 dengan kos keseluruhan RM44.87 juta. Kemudahan tersebut merupakan antara usaha Kementerian Pertahanan menyediakan penempatan yang lebih selesa dan kondusif kepada anggota.
Menteri Pertahanan turut menyampaikan Kotak Rezeki serta menyantuni anggota tentera yang sedang bertugas melaksanakan operasi menjaga sempadan Malaysia-Thailand di Kawasan Tanggungjawab PAGAR II, sebelum mengadakan sesi ramah mesra bersama warga 5 RS. Pada kesempatan sama, sumbangan kebajikan disampaikan kepada 20 anggota dan waris yang menghidap penyakit kronik, mencerminkan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap kebajikan anggota serta keluarga.
Hadir mengiringi lawatan ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral (Kehormat) Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman; serta Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Program Syarahan Eksekutif PALAPES Universiti Awam 2026 — menyatukan 1,885 Pegawai Kadet dalam membina kepimpinan, memperkukuh kesiapsiagaan dan menyemarakkan semangat HANRUH.
PALAPES: Melangkah sebagai pemimpin, bersedia mempertahankan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PERLIS, 3 September 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyempurnakan Program Syarahan Eksekutif bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau.
Program anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pengurusan universiti awam itu menghimpunkan 1,885 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam, terdiri daripada 1,218 PALAPES Darat, 389 PALAPES Laut dan 278 PALAPES Udara. Bertemakan “Memperkasa PALAPES Sebagai Tonggak HANRUH Negara”, program ini bertujuan memperkukuh kefahaman, kepimpinan dan kesiapsiagaan kadet sebagai bakal Pegawai Muda dalam mendukung konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Program turut diadakan bersempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Ke-44 yang bakal berlangsung pada 12 September 2026 di UniMAP. Turut berlangsung Acara Pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat Askar Wataniah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Dato’ Abdul Hadi bin Omar yang dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah, serta Acara Menandatangani Nota Kerjasama antara TDM dan KPT bagi memperkukuh pelaksanaan program Askar Wataniah di institusi pengajian tinggi.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral (Kehormat) Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; serta Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026 | 30 OGOS 2026
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa "Kerjasama yang erat antara masyarakat awam dan Angkatan Tentera akan mewujudkan perkongsian maklumat dan sumber secara optimum, sekali gus memperkukuh pertahanan negara."
Menurut YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, CIMIC adalah jambatan yang menghubungkan ATM dengan masyarakat. Melalui perkongsian dan kerjasama, kita bersama-sama memperkukuh kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026 | 30 OGOS 2026
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa “Masyarakat awam perlu melihat Angkatan Tentera sebagai pasukan yang berwibawa, manakala Angkatan Tentera pula perlu melihat masyarakat awam sebagai sumber maklumat yang bernilai.”
Menurut YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, hubungan dua hala ini adalah teras kepada kejayaan CIMIC - Civil-Military Cooperation dalam memperkukuh pertahanan negara secara menyeluruh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026 | 30 OGOS 2026
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa "Hubungan antara masyarakat awam dan Angkatan Tentera perlu bergerak secara simbiosis, saling melengkapi dan memerlukan. Pertahanan bukan tugas Angkatan Tentera semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama seluruh masyarakat."
Menurut YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, kenyataan ini selari dengan konsep CIMIC yang menekankan kerjasama erat antara ATM dan rakyat dalam memelihara kedaulatan serta kesejahteraan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026 | 30 OGOS 2026
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa bagi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), CIMIC merupakan sebahagian daripada strategi pertahanan negara.
Ini dilaksanakan melalui usaha memperkukuh semangat patriotisme serta menyemai nilai jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.
CIMIC atau Civil-Military Cooperation adalah bukti komitmen MINDEF dan ATM dalam memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat demi pertahanan negara yang menyeluruh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ada pekerjaan yang mungkin tidak selalu mendapat perhatian, tetapi kesannya dirasai setiap hari.
Di sebalik rutin yang kelihatan biasa, ada kemahiran, pengalaman dan tanggungjawab yang perlu digalas.
Dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang ketenteraan, dengan datuk, ayah serta adik-beradiknya yang turut berkhidmat sebagai anggota tentera, semangat untuk menyumbang kepada pertahanan negara terus menjadi sebahagian daripada perjalanan beliau dalam bidang hospitaliti.
Kenali kisah beliau dalam Hero MINDEF.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#heromindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Hampir 25 tahun menabur bakti, PW U I Zairee bin Zakaria, Pegawai Waran I Hospitaliti (Bahagian Perkhidmatan) di Markas Tentera Udara terus memberikan yang terbaik dalam setiap hidangan.
Bagi beliau, setiap sajian bukan sekadar makanan tetapi satu bentuk khidmat, keprihatinan dan dedikasi kepada warga pertahanan.
Kenali insan di sebalik dapur pertahanan yang sentiasa memastikan setiap hidangan disajikan dengan penuh rasa dan jiwa dalam segmen Hero MINDEF yang seterusnya.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#heromindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Semangat kemerdekaan bergema di Putrajaya! 🇲🇾
Sorotan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang menyatukan rakyat dalam semangat patriotisme, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#harikebangsaan2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan sekitar Majlis Peluncuran Karnival CIMIC Melaka 2026 yang berlangsung di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka pada 30 Ogos 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menandakan kemuncak penganjuran karnival yang mempertemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat menerusi pelbagai pengisian dan aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
MERDEKA69 | Dari Darat ke Udara, Semangat Patriotik Bergema
malaysiagazette.com/2026/08/31/merdeka69-dari-darat-ke-ud… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang ke 69
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Karnival CIMIC Melaka 2026 telah berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti, pameran serta persembahan yang menarik perhatian pengunjung di Dataran 1 Malaysia, Klebang.
Penganjuran karnival ini terus menjadi ruang interaksi antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat menerusi pengalaman yang lebih dekat, terbuka dan menyeluruh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#karnivalcimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Suasana sekitar Dataran Putrajaya berlangsung penuh meriah dengan kehadiran orang ramai yang bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Kibaran Jalur Gemilang, sorakan dan gelagat rakyat yang hadir menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna. Setiap wajah yang hadir membawa semangat dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Daripada awal hingga kemuncak acara, kemeriahan terus dirasai dengan pelbagai persembahan, perarakan dan penglibatan kontinjen yang memenuhi suasana sambutan.
Bersama kita raikan kemerdekaan, bersama kita semarakkan rasa cinta kepada Malaysia. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hkhm2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjadi cerminan semangat patriotisme, disiplin dan kesetiaan warga pertahanan yang sentiasa teguh menggalas amanah demi kedaulatan tanah air.
Setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang diseragamkan dan setiap barisan yang berdiri teguh membawa satu mesej yang jelas iaitu ATM sentiasa bersedia untuk berbakti, melindungi dan mempertahankan Malaysia.
Di sebalik gagahnya barisan anggota, tersimpan pengorbanan yang tidak ternilai. Demi rakyat. Demi keamanan. Demi sebuah negara yang kita cintai.
Kerana mempertahankan negara bukan sekadar tugas tetapi ia adalah amanah, maruah dan pengorbanan.
Semuanya , Demi kedaulatan. Demi keamanan. Demi Malaysia tercinta. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hkhm2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, sekali gus menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan negara. Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini menzahirkan aspirasi membina sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.
Acara perbarisan dan perarakan melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam serta 11 kereta berhias, dengan penyertaan seramai 10,819 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil.
Sambutan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Kontinjen SEA 2027 dan Kontinjen Kluster Kelestarian Ekonomi Jingga. Kemeriahan turut diserikan dengan persembahan pergendangan “Gema Inovasi MADANI”, gabungan Rebana Inovasi dan Kompang Inovasi, selain pelbagai alat muzik tradisional yang mewakili komuniti dan wilayah di Malaysia.
Persembahan tersebut melibatkan 150 peserta pergendangan dan 1,500 peserta grafik manusia, selain persembahan skuadron pesawat pejuang dan pengangkut helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Persembahan penutupan “Rentak MADANI, Paluan Tradisi” yang melibatkan 2,350 peserta turut memeriahkan sambutan.
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menyerikan sambutan. Sambutan ini turut dihadiri YAB Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, barisan menteri Kabinet serta Duta dan Konsul Asing di Malaysia, sekali gus menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan rakyat terhadap tanah air.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hkhm2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SELANGOR, 31 Ogos 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali bersama pasukan flypast pesawat Su-30MKM dari No. 12 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang, hari ini.
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, YBhg. Datuk Lokman Hakim melaksanakan penerbangan bersama pasukan flypast sebagai lambang kepimpinan dan komitmen MINDEF dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara, selain menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan, profesionalisme dan kesiagaan warga ATM dalam menggalas amanah mempertahankan negara tercinta.
Penglibatan ini bukan sekadar menyemarakkan sambutan, malah meneguhkan semangat patriotisme, keberanian dan kesatuan warga MINDEF bersama ATM dalam menjunjung maruah negara serta mempertahankan kedaulatan yang menjadi amanah bersama.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#harikebangsaan2026
#tudm
#su30mkm -
MINDEF Malaysia reposted
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑: 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Tegap melangkah, penuh disiplin dan bersemangat waja. Kehadiran 62 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Dataran Putrajaya bukan sekadar mencorakkan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, malah membawa bersama warisan kesatriaan dan tradisi perkhidmatan yang telah berakar dalam sejarah Johor.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
[TERKINI]
🔹 Sambutan Hari Kebangsaan 2026 meriah, lebih 100,000 pengunjung hadir
🔹 Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026 rakam penghargaan kepada semua pihak terlibat
🔹 Mesyuarat bagi teliti perancangan akhir sambutan Hari Malaysia akan diadakan pada 5 Sept ini
Sumber : Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil
#hkhm2026
#bernamaimages
@fahmi_fadzil
@komunikasi_gov -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Lebih mencuri tumpuan apabila Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris sendiri berada di kokpit pesawat Sukhoi SU-30MKM, mengetuai pertunjukan udara untuk tahun kedua berturut-turut.
Deruman empat Sukhoi SU-30MKM, empat F/A-18D Hornet dan tiga BAE Hawk 208 bergema di ruang udara Putrajaya, menghasilkan detik yang bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan keupayaan dan kesiapsiagaan aset udara negara.
Berita penuh : www.bernama.com/bm/news.php?id=2601133
📸 fotoBERNAMA
#hkhm2026
#videobernama
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡: 𝗗𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚, 𝗛𝗘𝗟𝗜𝗞𝗢𝗣𝗧𝗘𝗥 𝗚𝗘𝗚𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔
#putrajaya : Deruman enjin jet pejuang yang membelah ruang udara Putrajaya pagi ini seakan-akan menukar langit pusat pentadbiran itu menjadi pentas aksi penuh debaran, sekali gus memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Satu demi satu pesawat pejuang muncul sebelum melakukan lintasan dan formasi di ruang udara Dataran Putrajaya, mencuri perhatian ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan sambutan berkenaan.
📸 fotoBERNAMA
#hkhm2026
#videobernama
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐌-𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐂𝐈𝐌𝐈𝐂)
Alhamdulillah, hari ini saya bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluncurkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2026 Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang, sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan rakyat Melaka atas sokongan yang sangat kuat. CIMIC kali ini dilaksanakan pada skala lebih besar dan buat pertama kali turut melibatkan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
CIMIC bukan semata-mata pameran aset tentera. Ancaman keselamatan hari ini semakin rencam dan kompleks, daripada bencana dan perubahan iklim hingga serangan siber dan ekstremisme. Justeru, pertahanan negara memerlukan penglibatan semua pihak.
Masyarakat awam dan tentera mesti bergerak dalam hubungan simbiosis yang saling memerlukan, termasuk dalam menghadapi bencana, mengurus isu keselamatan dan berkongsi maklumat mengenai ancaman setempat.
Apabila rakyat mempunyai kesedaran tinggi dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah serta provokasi, jati diri dan patriotisme akan menjadi lebih kukuh.
Bagi Kementerian Pertahanan dan ATM, CIMIC adalah sebahagian daripada strategi mempertahankan negara serta menjadi jambatan yang mendekatkan ATM dengan masyarakat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#cimic -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semangat patriotisme bukan sekadar terzahir melalui apa yang kita lakukan untuk negara. Ia juga tercermin melalui perkara-perkara yang kita memilih untuk tidak lakukan.
Kerana cinta kepada negara bukan sahaja tentang apa yang kita beri, tetapi juga tentang apa yang kita tidak ambil daripadanya.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita terus menebalkan rasa kasih dan cinta kepada Ibu Pertiwi.
Selamat Hari Kebangsaan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#harikebangsaan2026
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Aksi memukau Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM pada persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun lalu masih segar dalam ingatan orang ramai.
www.hmetro.com.my/utama/2026/08/1401696/kemudi-pesawat-di… -
MINDEF Malaysia reposted
nobu
@nobu_sio
Royal Malaysian Air Force (TUDM)
No.12 Squadron Su-30MKM Flanker
マレーシア独立記念日予行に向け06がベタ低で離陸🤩 -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
6 pesawat tempur Sukhoi TUDM antara tarikan sambutan Hari Kebangsaan di Melaka
#bhnasional Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pesawat berkenaan adalah antara pelbagai aset pertahanan negara yang ditampilkan pada sambutan peringkat negeri di Klebang pada 31 Ogos ini.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1610575/6-pesa… -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation Defence Ministry secretary-general Datuk Lokman Hakim Ali got his first taste of flying in the back seat of a Royal Malay-sian Air Force (RMAF) Sukhoi Su-30MKM fighter jet during preparations for the Merdeka flypast.
www.nst.com.my/news/nation/2026/08/1521554/defence-sec-ge… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🇲🇾 Semarakkan Bulan Kebangsaan, Kibarkan Jalur Gemilang!
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat Kementerian Pertahanan berlangsung penuh semangat patriotisme sebagai tanda kecintaan terhadap negara serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan Malaysia.
Ayuh bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan terus menyemarakkan semangat cintakan Malaysia. ❤️
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
“CIMIC Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara” bukan sekadar sebuah moto, tetapi mencerminkan komitmen berterusan dalam mempererat hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat.
Menerusi pelaksanaan program Civil-Military Cooperation (CIMIC) di bawah Teras Ke-4 Pelan Strategik Pertahanan Negara, Kementerian Pertahanan menggembleng kerjasama pelbagai pihak, termasuk badan beruniform dan kerajaan negeri, bagi memperluas manfaat program serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Sesungguhnya, pertahanan negara ialah tanggungjawab bersama. Apakah peranan yang boleh kita mainkan sebagai masyarakat dalam menyumbang kepada pertahanan negara?
Ikuti perkongsian Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
JOM SINGGAH, PELBAGAI AKTIVITI MENANTI! 🔥
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya pameran aset keselamatan, pemeriksaan kesihatan serta pameran kerjaya ATM yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan dan keupayaan ATM dengan lebih dekat.
Datang, lihat sendiri dan terokai dunia ATM! 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimic2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
“CIMIC Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara” bukan sekadar sebuah moto, tetapi mencerminkan komitmen berterusan dalam mempererat hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat.
Menerusi pelaksanaan program Civil-Military Cooperation (CIMIC) di bawah Teras Ke-4 Pelan Strategik Pertahanan Negara, Kementerian Pertahanan menggembleng kerjasama pelbagai pihak, termasuk badan beruniform dan kerajaan negeri, bagi memperluas manfaat program serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Sesungguhnya, pertahanan negara ialah tanggungjawab bersama. Apakah peranan yang boleh kita mainkan sebagai masyarakat dalam menyumbang kepada pertahanan negara?
Ikuti perkongsian Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
Malaysia tidak akan membenarkan wilayahnya dijadikan tempat perlindungan atau persembunyian oleh mana-mana pihak yang menggunakan kekerasan serta menolak proses perdamaian di Selatan Thailand.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1403016/malaysia-sanga… -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaannya dalam misi kemanusiaan di Nepal susulan banjir yang melanda negara berkenaan.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pembabitan ATM itu bergantung kepada keputusan kerajaan. www.buletintv3.my/nasional/banjir-nepal-atm-sedia-gerakka… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Orang ramai tidak seharusnya memboikot sambutan Hari Kebangsaan hanya disebabkan sentimen berkaitan isu Rohingya.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1403022/jangan-boikot-… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
[TERKINI]
📌ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan di Nepal jika diarahkan kerajaan
📌ATM memperketat kawalan di sempadan negara susulan insiden pengeboman di selatan Thailand
📌Malaysia tidak benarkan mana-mana wilayahnya jadi lokasi perlindungan kumpulan tidak mahu kedamaian di selatan Thailand
-- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#bernamanews -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jom hadir ke Karnival CIMIC Melaka 2026 dan kenali dengan lebih dekat peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
Selain memeriahkan karnival, manfaatkan peluang ini untuk melihat sendiri keupayaan serta sumbangan ATM, di samping memahami kepentingan pertahanan negara.
📅 29 – 31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Ajak keluarga dan rakan-rakan. Jom singgah dan kenali peranan ATM dengan lebih dekat!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimic2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, JOM SINGGAH! 🇲🇾🔥
Karnival CIMIC Melaka 2026 kembali menemui anda! 🎉
📅 29 – 31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati pelbagai aktiviti menarik serta mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang disediakan.
✨ Datang, meriahkan suasana dan manfaatkan kemudahan yang tersedia untuk anda!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimic2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ayuh ke Karnival CIMIC Melaka 2026 dan saksikan lebih dekat pelbagai aktiviti menarik yang menghubungkan ATM bersama masyarakat!
📅 29 – 31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
🎮 Simulator TUDM & STRIDE
🏛️ Muzium TUDM
🔫 Pameran Senjata Kecil
🪖 Pameran Statik
Jom meriahkan Karnival CIMIC Melaka 2026! Jumpa anda di sana!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimic2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Nak tengok Free Fall, Air Show & Commando Storm live? 👀
Datang Karnival CIMIC Melaka 2026!
Demonstrasi & Persembahan ATM paling padu menanti anda.
🗓️ 29-31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang,Melaka
Masuk PERCUMA! Jangan sampai menyesal tak datang 😱
#cimicmelaka2026
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Orang Melaka! Jom meriahkan Karnival CIMIC 2026 💪
Nak tahu macam mana nak sertai ATM?
Jom terus tanya pegawai di reruai pengambilan Pegawai & Rekrut ATM.
📅 29 - 31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Kerjasama Awam-Tentera. Memperkasa Negara.
#mindefmalaysia
#atm
#karnivalcimic -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, JOM MERIAHKAN KARNIVAL CIMIC 2026! 🇲🇾
Tiga hari penuh kemeriahan menanti anda di Karnival CIMIC Melaka 2026! Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan dari 29 hingga 31 Ogos 2026 untuk memeriahkan program ini. 🫡✨
📅 29–31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di Klebang! 🇲🇾🔥
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimic2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Perbelanjaan Pertahanan Didorong Ancaman Baharu, Bukan Sekadar Dinamik Serantau www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2596570
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MERDEKA EDITION: JOM UJI MINDA! 🇲🇾
Sejauh mana korang kenal sejarah dan fakta tentang Malaysia? 👀
Jangan scroll dulu! Cuba jawab soalan kuiz Merdeka kali ini. 😎
Tahu jawapan? Tinggalkan jawapan korang di ruangan komen!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, JOM MERIAHKAN KARNIVAL CIMIC 2026!
Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyaksikan pameran aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pameran agensi keselamatan yang pastinya menarik dan informatif! 🫡
📅 29–31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Jangan lepaskan peluang — jumpa anda di Klebang! 🔥
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimic2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik dan persekitaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Lebih 10 reruai menanti anda dengan pelbagai pameran, informasi dan aktiviti menarik daripada agensi kerajaan, keselamatan dan pertahanan!
📷 29–31 Ogos 2026
📷 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali lebih dekat peranan dan perkhidmatan pelbagai agensi yang terlibat. Jumpa anda di Karnival CIMIC Melaka 2026! 📷
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia kekal komited dalam memastikan keamanan, keterbukaan dan kestabilan serantau menerusi pendekatan dua trek yang seimbang antara kesiapsiagaan pertahanan dan diplomasi aktif.
Kesiapsiagaan pertahanan terus diperkukuh bagi menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, di samping mempertahankan kedaulatan dan kepentingan nasional. Pada masa sama, Malaysia menghormati kedaulatan setiap negara, mengekalkan keterbukaan saluran komunikasi serta mengutamakan dialog dan kerjasama bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan.
Pendekatan ini mencerminkan pendirian Malaysia untuk tidak memihak dalam persaingan kuasa besar, sebaliknya terus mendukung ASEAN Centrality, penyelesaian secara aman dan kerjasama serantau demi keamanan serta kemakmuran bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
5 PRINSIP RUKUN NEGARA
Rukun Negara menjadi tunjang dalam membentuk jati diri rakyat serta memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.
Lima prinsip yang dihayati bersama mencerminkan nilai kepercayaan, kesetiaan, keluhuran, keadilan serta kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk terus disuburkan.
Semangat kebangsaan menjadi tunjang dalam memelihara kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan penuh pengorbanan.
Seperti yang diungkapkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, kemerdekaan tidak dicapai dengan mudah. Ia menuntut pengorbanan yang besar, bukan sahaja tenaga dan harta, malah jiwa.
Hari ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat kebangsaan dan menghargai setiap pengorbanan demi tanah air tercinta.
Kemerdekaan kita warisi, kedaulatan kita pertahankan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefmerdeka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jom meriahkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Melaka 2026! Semua dijemput hadir pada 29 hingga 31 Ogos 2026 di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka. Ayuh bersama-sama memeriahkan karnival ini dan mendekati warga pertahanan dalam semangat “Pertahanan Negara, Tanggungjawab Bersama”.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicmelaka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Detik bersejarah, warisan kekal.
Kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah sebuah perjalanan yang singkat. Ia lahir daripada perjuangan, kesepakatan dan usaha berterusan untuk menentukan masa depan tanah air.
Daripada langkah awal menuju pemerintahan sendiri, termeterainya Perjanjian London, pengumuman tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka, sehinggalah detik 31 Ogos 1957 — setiap peristiwa menjadi sebahagian daripada sejarah yang membentuk Malaysia hari ini.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kemerdekaan bukanlah titik akhir, tetapi permulaan sebuah tanggungjawab. 📷
Kemerdekaan yang dicapai bukan sekadar sebuah kejayaan, tetapi menjadi titik tolak kepada usaha membina sebuah negara yang berdaulat, aman dan terus maju.
Seperti yang diungkapkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, perjuangan membentuk sebuah negara tidak berakhir dengan kemerdekaan. Sebaliknya, ia menuntut kesungguhan setiap generasi untuk terus memelihara kedaulatan dan membina masa depan negara.
Merdeka dahulu diperjuangkan. Hari ini, kemerdekaan kita terus dipertahankan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefmerdeka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pengalaman Diiktiraf, Masa Depan Diperkasa!
Melalui Work-Based Learning 2.0 (WBL 2.0), pengalaman, kemahiran dan kepakaran anggota ATM dapat diterjemahkan kepada kelayakan akademik yang diiktiraf.
Inisiatif ini memberi peluang kepada anggota untuk mengembangkan potensi diri serta memperkukuh laluan pendidikan dan kerjaya. 📷
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PENGALAMAN DIIKTIRAF, MASA DEPAN DIPERKASA!
Setiap pengalaman dan kepakaran yang dicurahkan dalam perkhidmatan mempunyai nilai tersendiri.
Melalui Work-Based Learning 2.0 (WBL 2.0), pengalaman bertahun-tahun anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diterjemahkan kepada kelayakan akademik yang diiktiraf, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk pembangunan pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kemerdekaan menyatukan kita.
Berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup, kita tetap berkongsi satu identiti — rakyat Malaysia.
Seperti yang diungkapkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, toleransi merupakan kekuatan yang menyatukan rakyat dan bangsa.
Teruslah menyemai sikap saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian demi sebuah Malaysia yang harmoni dan sejahtera.
Berbeza bukan alasan untuk berpecah. Bersatu adalah kekuatan kita.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefmerdeka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MEREKA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, KINI MASA DEPAN MEREKA DIPERKASA.
Melalui Program Work-Based Learning 2.0 (WBL 2.0), pengalaman dan kepakaran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan untuk memperoleh kelayakan akademik.
Inisiatif ini memberi peluang kepada anggota untuk memperoleh kelayakan akademik yang lebih baik sebagai persediaan menghadapi kerjaya kedua selepas bersara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#wbl2.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Merdeka bukan sekadar kebebasan, tetapi sebuah perjuangan yang menuntut pengorbanan.
Seperti yang pernah diungkapkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Ia lahir daripada pengorbanan, keberanian dan kesungguhan generasi terdahulu dalam mempertahankan tanah air.
Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang telah diwariskan.
Merdeka itu amanah. Merdeka itu pengorbanan. Merdeka itu tanggungjawab kita bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefmerdeka2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia kekal komited dalam memastikan keamanan, keterbukaan dan kestabilan serantau menerusi pendekatan dua trek yang seimbang antara kesiapsiagaan pertahanan dan diplomasi aktif.
Kesiapsiagaan pertahanan terus diperkukuh bagi menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, di samping mempertahankan kedaulatan dan kepentingan nasional. Pada masa sama, Malaysia menghormati kedaulatan setiap negara, mengekalkan keterbukaan saluran komunikasi serta mengutamakan dialog dan kerjasama bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan.
Pendekatan ini mencerminkan pendirian Malaysia untuk tidak memihak dalam persaingan kuasa besar, sebaliknya terus mendukung ASEAN Centrality, penyelesaian secara aman dan kerjasama serantau demi keamanan serta kemakmuran bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MELAKA, JOM MERIAHKAN KARNIVAL CIMIC 2026!
Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai sendiri kemeriahan Karnival CIMIC Melaka 2026!
📅 29–31 Ogos 2026
📍 Dataran 1 Malaysia Klebang, Melaka
Jangan hanya dengar cerita, jom datang dan rasai sendiri! 🇲🇾🔥
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#cimic2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Bersama rakyat ketika diperlukan, demi memulihkan kehidupan dan membina semula harapan.
Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sekadar mempertahankan kedaulatan negara, malah turut dizahirkan melalui khidmat bakti kepada masyarakat, khususnya ketika berdepan situasi bencana.
Melalui Civil-Military Cooperation (CIMIC), kepakaran dan keupayaan ATM digerakkan bagi membantu komuniti yang terjejas, termasuk memulihkan laluan yang terputus, melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan serta membantu mengembalikan kelancaran kehidupan seharian.
Lebih daripada sekadar bantuan, kehadiran ATM membawa semangat kebersamaan, kekuatan dan harapan kepada masyarakat yang sedang melalui saat sukar.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎙️ Saksikan Episod 1 OMM Podcast Edisi Khas MINDEF bertajuk “Misi Kemanusiaan Antarabangsa: Di Sebalik Misi Merawat Warga Palestin di Malaysia”.
Link : youtu.be/w4AtY4GjCF0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) bukan sekadar pameran ketenteraan, sebaliknya merupakan wadah yang memperkukuh silaturahim antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat.
Melalui karnival ini, ATM hadir bersama agensi negeri dan komuniti setempat mempamerkan keupayaan pertahanan, mendekatkan rakyat dengan warga tentera serta memperkukuh semangat kebersamaan menerusi pelbagai aktiviti sepanjang penganjurannya.
Jom sertai kami di Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) Melaka 2026, Klebang, Melaka pada 29–31 Ogos 2026. Bawa keluarga anda sekali🤗
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#karnivalcimicmelaka2026
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN MEDIA : ANGGOTA TENTERA DARAT MALAYSIA CEDERA SEMASA LATIHAN MENEMBAK
@KhaledNordin
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐓𝐌
Menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi bersama delegasi bagi membincangkan perkembangan Veteran MyWira dan usaha memperkukuh transisi kerjaya kedua anggota ATM.
Antara yang dibincangkan ialah pemetaan kepakaran anggota kepada sektor industri dan laluan pensijilan termasuk SKM, supaya kemahiran sepanjang perkhidmatan dapat dimanfaatkan dalam kerjaya kedua.
Harapan kita agar anggota yang telah berkhidmat dan berkorban untuk negara mempunyai laluan yang lebih baik untuk membina kehidupan selepas perkhidmatan, serta tidak tercicir atau tertinggal.
Kerjasama ini akan terus diperkukuh, termasuk memuktamadkan MoU antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat Kesatuan Kakitangan PERHEBAT (KEBAT) yang diketuai Presidennya, En. Zaini bin Saffar, bersama barisan Exco KEBAT di Wisma Pertahanan.
Saya tegaskan bahawa PERHEBAT bukan institusi latihan, tetapi institusi peralihan yang perlu membantu anggota ATM membina kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan.
Anggota kita telah memberikan sebahagian besar usia dan tenaga untuk berkhidmat serta berkorban demi negara. Ramai yang bersara ketika masih dalam usia produktif dan masih membina keluarga. Kita perlu membantu mereka membina kehidupan yang baik dan bermaruah selepas persaraan.
Sebab itu latihan PERHEBAT mesti selari dengan keperluan pasaran dan industri. Kita juga kini melaksanakan latihan terus bersama industri, supaya kemahiran yang diberikan membuka laluan yang lebih jelas kepada pekerjaan.
Program yang relevan kita mantapkan, yang tidak lagi mempunyai pasaran kita ubah. Matlamatnya bukan sekadar latihan, tetapi pekerjaan dan kerjaya kedua.
Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, termasuk KEBAT, kita boleh terus memperkasa peranan PERHEBAT sebagai institusi peralihan dan membantu veteran membina kehidupan selepas persaraan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kepakaran perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terhad kepada anggota di dalam kem sahaja, sebaliknya turut dihulurkan kepada masyarakat yang memerlukan.
Melalui program Civil-Military Cooperation (CIMIC), pasukan perubatan dan pergigian ATM hadir bersama Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi setempat menyampaikan rawatan percuma, mendekati komuniti pedalaman dan luar bandar serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Pernahkah anda atau keluarga menerima rawatan MEDCAP atau DENCAP? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen🤗
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐅𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐀𝐍
Berpeluang bercakap melalui telefon dengan Pemangku Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Republik Islam Iran, TYT Brigadier General Seyed Majid Ebn-e-Reza.
Saya menyampaikan ucapan takziah Malaysia atas pemergian para pemimpin, anggota keselamatan dan rakyat Iran yang terkorban dalam konflik yang berlaku.
Malaysia berharap gencatan senjata dapat dikekalkan dan penyelesaian melalui dialog serta diplomasi terus diberi ruang demi keamanan dan kestabilan rantau.
Dalam menghadapi konflik ini, Iran telah memperlihatkan daya tahan termasuk melalui keupayaan pertahanan yang dibangunkan sendiri. Malaysia melihat ruang untuk kerjasama pertahanan yang lebih substantif, berasaskan hubungan persahabatan yang erat antara dua negara.
Malaysia turut menghargai kerjasama dan layanan baik Iran dalam memudah cara laluan sepanjang tempoh konflik. Keselamatan laluan maritim termasuk di Selat Hormuz perlu terus terpelihara.
Ke hadapan, Malaysia berharap MoU kerjasama pertahanan dapat dimuktamadkan sebagai instrumen rasmi untuk memperkukuh hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Saya turut mengalu-alukan penyertaan Iran dalam LIMA tahun hadapan sebagai platform untuk memperluas hubungan dan meneroka kerjasama pertahanan yang lebih luas.
🇲🇾🤝🇮🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀-𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐋𝐌𝐒 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏
KDYMM Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah, Sultanah Maliha binti Tengku Ariff berkenan berangkat ke Istanbul Shipyard, Republik Türkiye bagi menyaksikan penamaan dan pelancaran kapal ketiga Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 TLDM.
Dinamakan 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐰𝐚, kapal ini mengabadikan legasi Almarhum Jeneral Tan Sri Tunku Osman bin Tunku Mohammad Jewa, kerabat diraja Kedah dan anak watan pertama dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Pelancaran ini melengkapkan ketiga-tiga LMS Batch 2 selepas 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥 pada 24 Mei dan 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐋𝐚𝐮𝐭 pada 7 Jun lalu. Program ini turut mencatat sejarah sebagai kerjasama Government-to-Government pertama Malaysia-Türkiye dalam perolehan kapal perang TLDM.
Dalam persekitaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, TLDM perlu terus dilengkapi dengan aset moden dan berkeupayaan. Kerajaan komited untuk memastikan TLDM mempunyai keupayaan yang diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara.
Ketiga-tiga kapal dijangka diserahkan kepada TLDM menjelang akhir 2027. Perolehan LMS Batch 2 ini merupakan sebahagian daripada usaha pemodenan armada TLDM menerusi Pelan Transformasi 15-to-5.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Industri pertahanan dan ketenteraan maritim negara melakar pencapaian bersejarah apabila kapal ketiga kelas Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan di Istanbul, Turkiye pada Ahad.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1396194/kapal-lmsb2-ke… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan terus komited memperkukuh struktur organisasi dan perjawatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan keperluan pembangunan serta kemajuan kerjaya warga ATM dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Usaha ini merupakan langkah selari dengan perancangan pembentukan Angkatan Masa Hadapan yang lebih berkeupayaan, responsif dan berdaya tahan. Sehubungan itu, cadangan penambahbaikan berkaitan struktur dan perjawatan ATM telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak Mac 2025.
Daripada cadangan penambahbaikan yang dikemukakan, sebahagiannya telah diluluskan, manakala selebihnya masih dalam pertimbangan dan menunggu keputusan selanjutnya.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan pembangunan kerjaya, kebajikan dan kesejahteraan warga ATM terus diberi perhatian, seiring dengan keperluan memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan ATM.
Sumber: Saluran TV1
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan memberi tumpuan terhadap usaha memperkemas struktur organisasi dan perjawatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat pegawai ATM.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan pembangunan kerjaya, kebajikan dan kesejahteraan warga ATM terus diberi perhatian, seiring dengan keperluan memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan ATM.
Sumber: Saluran TV1
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan menyambut baik dan mengalu-alukan usaha untuk mempermudah serta mempercepatkan proses kenaikan pangkat pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu berkaitan struktur organisasi dan perjawatan ATM sememangnya telah diberi perhatian oleh Kementerian Pertahanan sejak 2022, selaras dengan perancangan mewujudkan Angkatan Masa Hadapan yang lebih berkeupayaan, responsif dan berdaya tahan.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh struktur organisasi ATM serta memastikan kebajikan dan pembangunan kerjaya warga ATM sentiasa diberi keutamaan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#melaka Proses kenaikan pangkat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dipermudah dan dipercepatkan supaya lebih hampir setara dengan skim perkhidmatan awam lain. www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1395168/berita-baik-un…
-
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
ATM amat menghargai keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan, kesiagaan dan kesejahteraan ATM serta warganya termasuk keluarga anggota.
www.astroawani.com/berita-malaysia/ikhtiar-tingkat-perunt…
#awaninews #awani745 -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
#icymi MINDEF konsisten perjuang penambahbaikan struktur organisasi, kemajuan kerjaya dan elaun warga ATM - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2592118 -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Sektor swasta digesa perluas peluang kerjaya kedua veteran tentera
bernama.com/bm/am/news.php?id=2592300
#bernamanews
#sektorswasta
#veterantentera -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Peranan bapa dalam kalangan anggota ATM perlu terus diperkasa - Dr Wan Azizah
#bhnasional Memandangkan tuntutan tugas anggota ATM ada kalanya memerlukan berjauhan daripada anak-anak dan keluarga untuk tempoh tertentu.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1599661/perana… -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam memastikan veteran tentera mendapat peluang untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara selepas menamatkan perkhidmatan,
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/sektor-swasta-digesa-p… -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Kementerian Pertahanan menyambut baik dan mengalu-alukan usaha mempermudah dan mempercepatkan proses kenaikan pangkat pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memandangkan perkara itu sudah dikemukakan kementerian berkenaan sejak 2022.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu struktur organisasi dan perjawatan ATM sememangnya sudah diberi perhatian kementeriannya sejak 2022, seiring perancangan mewujudkan Angkatan Masa Hadapan. www.buletintv3.my/nasional/mindef-sambut-baik-usaha-seger… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
PM bakal umum berita gembira untuk pegawai ATM, PDRM pada Malam Ambang Merdeka
#bhnasional Proses kenaikan pangkat pegawai ATM dan PDRM akan dipermudah serta dipercepatkan - Anwar
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1599059/pm-bak… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#johorbahru Kementerian Pertahanan menyambut baik dan mengalu-alukan usaha mempermudah dan mempercepatkan proses kenaikan pangkat pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memandangkan perkara itu sudah dikemukakan kementerian berkenaan sejak 2022. www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1395586/mindef-sambut-…
-
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
📌Kerajaan lulus sumbangan RM147,000 kepada Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera
📌Kaedah baharu proses kenaikan pangkat warga ATM, PDRM dijangka diumum pada sambutan Ambang Merdeka 30 Ogos ini
📌Kerajaan terus ikhtiar tingkat peruntukan sektor pertahanan dalam Belanjawan 2027, perkasa kesiapsiagaan ATM
📌RM1 juta diperuntuk bagi selenggara masjid, surau di Kem Terendak, Kem Sungai Udang, Kem Masjid Tanah dan Kem Bukit Beruang
-- PM Anwar Ibrahim -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Kenaikan pangkat: Kementerian Pertahanan beri perhatian isu perjawatan ATM sejak 2022 sejajar Angkatan Masa Hadapan
#bhnasional Kementerian Pertahanan alu-alukan usaha permudah, percepat proses kenaikan pangkat pegawai ATM yang dinyatakan Perdana Menteri - Mohamed Khaled -
MINDEF Malaysia reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Proses kenaikan pangkat ATM, PDRM dipermudah dan dipercepat - PM mediaselangor.com/ms/2026/08/388700
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Prime Minister of Vietnam, Le Minh Hung, received Minister of Defence of Malaysia, Mohamed Khaled bin Nordin, during his official visit to Hanoi.
The meeting reaffirmed Vietnam’s commitment to further strengthening the Comprehensive Strategic Partnership between Malaysia and Vietnam in a stable, sustainable and long-term manner.-@KhaledNordin
youtu.be/yFSeinFGv-A -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF konsisten perjuang penambahbaikan struktur organisasi, kerjaya warga ATM | Awani www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-konsisten-perju…
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PERDANA MENTERI KEMBOJA
Memperkukuh Hubungan Pertahanan Malaysia–Kemboja, Membina Daya Tahan Kolektif Serantau ASEAN
Dalam kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, H.E. Samdech Thipadei Hun Manet di Peace Palace, Phnom Penh, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Kemboja, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah usaha memuktamadkan Memorandum of Understanding (MoU) Kerjasama Pertahanan Malaysia–Kemboja, yang bakal menjadi kerangka penting dalam memperluas serta memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Malaysia dan Kemboja turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan ASEAN centrality, dialog dan mekanisme serantau dalam menangani cabaran keselamatan, termasuk usaha berterusan ke arah keamanan dan kestabilan di sempadan Kemboja–Thailand.
Malaysia turut menzahirkan sokongan berterusan terhadap ASEAN Observer Team (AOT) serta penyelesaian secara aman melalui dialog dan rundingan.
Dalam konteks keselamatan serantau, kedua-dua pihak turut menyentuh kepentingan memuktamadkan Code of Conduct (COC) di Laut China Selatan sebagai langkah penting bagi memastikan keamanan, kestabilan dan ketertiban berasaskan peraturan terus terpelihara.
Malaysia dan Kemboja juga komited memperkukuh kerjasama pertahanan dalam bidang-bidang baharu termasuk latihan peperangan hutan, industri pertahanan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi dron.
Kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menyumbang kepada pembinaan daya tahan kolektif ASEAN.
🇲🇾🤝🇰🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Check out 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾's video! #tiktok vt.tiktok.com/ZS4VrN4kt/
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Diberi sambutan meriah secara tentera sebaik sampai ke Kementerian Pertahanan Kemboja untuk kunjungan hurmat kepada TYT Jeneral Tea Sieha, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja.
##khalednordinmindef -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Malaysia, Vietnam komited perkukuh kerjasama pertahanan - Mohamed Khaled
#bernamanews
@MINDEFMalaysia
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2591265 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menutup lawatan rasmi saya ke Vietnam dengan menghadiri Official Reception yang dihoskan oleh TYT Jeneral Phan Văn Giang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam.
Majlis ini turut diisi dengan persembahan kebudayaan dan seni yang memukau, mencerminkan kekayaan warisan serta budaya Vietnam. Terima kasih atas sambutan yang begitu baik dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan ini.
Semoga hubungan pertahanan Malaysia dan Vietnam akan terus diperkukuh, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Berbesar hati mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Vietnam, TYT Jeneral Phan Văn Giang, sempena lawatan rasmi dua hari saya ke negara ini.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Vietnam agar hubungan sedia ada terus berkembang secara lebih strategik, substantif dan berterusan.
Saya turut mengemukakan cadangan supaya mekanisme kerjasama diperkasakan melalui High-Level Committee bagi memastikan setiap inisiatif dapat diselaras dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Pelbagai bidang kerjasama dibincangkan, termasuk latihan ketenteraan dua hala, perkongsian risikan, “maritime domain awareness”, operasi menyelamat kapal selam, AI, industri pertahanan serta usaha menghadapi cabaran keselamatan baharu, seperti aktiviti “grey zone”.
Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan strategik serantau termasuk Laut China Selatan. Malaysia menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan perlu terus dipelihara melalui dialog, diplomasi dan undang-undang antarabangsa, di samping menyokong pemuktamadan “Code of Conduct” (COC) yang efektif dan bermakna.
Malaysia menegaskan bahawa ASEAN perlu terus mengekalkan perpaduan, autonomi strategik dan peranan utamanya dalam memelihara keamanan serta kestabilan rantau.
Saya menghargai sambutan positif TYT Jeneral Phan terhadap pelbagai cadangan yang dikemukakan Malaysia, di samping komitmen beliau untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Saya yakin komitmen bersama ini akan terus memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya dan delegasi Kementerian Pertahanan berpeluang untuk makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Vietnam, TYT Dato’ Tan Yang Thai di Rumah Malaysia, Hanoi sempena lawatan rasmi saya ke Vietnam.
Terima kasih kepada TYT Dato’ dan seluruh pasukan kedutaan atas sambutan baik. Ruang pertemuan digunakan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Vietnam.
Wakil-wakil Malaysia di luar negara menjadi jambatan penting dalam mengeratkan hubungan dengan negara-negara sahabat, di samping terus memelihara kepentingan negara dan kebajikan rakyat Malaysia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sebagai tanda penghormatan sempena lawatan rasmi ke Vietnam, saya menghadiri istiadat peletakan kalungan bunga di Monument to the Heroes and Martyrs of Bac Son Street serta Ho Chi Minh Mausoleum.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
Khaled arrived at Noi Bai International Airport in Hanoi on Wednesday (Aug 5) and is scheduled to hold high-level meetings with Vietnam's top leadership during the visit.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/08/05/khaled-nordin-a… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung sempena lawatan rasminya ke Vietnam.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1394359/malaysia-vietn… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Mohamed Khaled lawat Vietnam, perkukuh hubungan pertahanan serantau
#bhnasional Adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1598249/mohame… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng, sempena lawatan rasmi saya ke Vietnam.
Malaysia mempunyai hubungan pertahanan yang erat dengan Vietnam dan menganggap Vietnam sebagai rakan yang dipercayai serta diyakini.
Kedua-dua negara turut berkongsi pandangan strategik yang sama serta berpegang kepada prinsip ASEAN, dengan dialog dan diplomasi sebagai asas dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
Kami turut bertukar pandangan mengenai cabaran pertahanan semasa, termasuk persaingan kuasa besar, aktiviti “grey zone”, ancaman siber, AI, “cognitive warfare” dan gangguan rantaian bekalan.
Dalam persekitaran yang semakin kompleks, ASEAN perlu terus memperkukuh “collective regional resilience” melalui kerjasama yang lebih erat.
MoU Kerjasama Pertahanan 2023 akan terus menjadi “roadmap” dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam ke tahap yang lebih strategik.
Kami turut membincangkan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang maritim, pembangunan keupayaan, teknologi dan industri pertahanan, selaras dengan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Mulakan Lawatan Rasmi Di Vietnam, Perkukuh Kerjasama Pertahanan www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2590636
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Bersara bukanlah noktah bagi seorang anggota tentera. Bagi BK TMK Hj Zailani bin Mansor, pengalaman yang ditempa sepanjang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi bekalan berharga untuk terus menyumbang dalam industri maritim dengan semangat yang sama, cuma di medan yang berbeza.
Lebih 30 tahun selepas menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau terus melakar pelbagai pencapaian yang membuktikan bahawa pengalaman, disiplin dan nilai yang diterapkan sepanjang perkhidmatan kekal menjadi kekuatan dalam meneruskan perjalanan kerjaya.
Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta pengasas Preston Shipyard Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diterajuinya dalam industri maritim. Pernah menerima bimbingan daripada PERHEBAT ketika melangkah ke fasa baharu selepas persaraan, kini beliau pula menyumbang kembali melalui syarikat yang diterajuinya dengan menjalin kolaborasi bersama PERHEBAT dalam usaha memperkasa Veteran ATM.
Daripada seorang yang pernah dibimbing, kini beliau menjadi antara individu yang membuka lebih banyak peluang serta memberi inspirasi kepada Veteran ATM yang lain.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefheroThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Alhamdulillah, selamat tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Vietnam. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama saya ke negara ini sebagai Menteri Pertahanan.
Sepanjang lawatan ini, saya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, TYT Jeneral Phan Văn Giang.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
AS komited perkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia - Khaled Nordin
#bhnasional Perkara itu antara disentuh Duta AS ke ASEAN, Kevin Kim dalam kunjungan hormat sempena Persidangan Tahunan Ke-37 Undang-Undang dan Operasi Ketenteraan (MILOPS) di ibu negara hari ini -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
AS komited perkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia - Khaled Nordin
#bernamanews
#pertahanan
#malaysiaamerikasyarikat
bernama.com/bm/am/news.php?id=2589696 -
MINDEF Malaysia reposted
Air Times News Network
@TheAirTimes
Malaysia tidak akan menentukan peruntukan pertahanan berdasarkan desakan luar atau perlumbaan senjata serantau. Keputusan dibuat mengikut tahap ancaman, keperluan operasi ATM serta kemampuan fiskal negara.
#airtimes #pertahanan #atm
Berita Penuh: www.airtimes.my/2026/08/05/peruntukan-pertahanan-bukan-ik… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀
Berbesar hati menyampaikan ucapan pembukaan sempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) di Kuala Lumpur.
MILOPS merupakan platform penting untuk membina persefahaman, kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan negara yang berkongsi matlamat keamanan dan kestabilan. Tiada dialog Indo-Pasifik yang bermakna dapat berlangsung tanpa ASEAN yang aman dan bersatu, kerana kestabilan ASEAN merupakan asas kepada kestabilan rantau yang lebih luas.
Malaysia turut menegaskan bahawa Asia Tenggara mesti terus kekal sebagai Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN). Keamanan membolehkan kepelbagaian, pelaburan, kerjasama dan pembangunan terus berkembang. Keamanan juga tidak menuntut kita memilih mana-mana pihak, sebaliknya berinteraksi dengan semua pihak berlandaskan prinsip dan kepentingan bersama.
Mana-mana negara yang ingin bekerjasama dengan ASEAN perlu memahami dan menghormati Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) yang berteraskan prinsip saling menghormati, penyelesaian pertikaian secara aman, tidak campur tangan dan kerjasama.
Konflik perlu diselesaikan melalui dialog, mediasi dan diplomasi apabila berpeluang. Kehadiran anggota serta aset ketenteraan harus dilihat sebagai komitmen bersama untuk mengekalkan keamanan, bukannya sebagai simbol kuasa atau intimidasi.
Malaysia turut menyeru kuasa-kuasa besar dunia agar menghormati undang-undang antarabangsa dan “rules-based order” secara konsisten, bukan secara terpilih, demi Indo-Pasifik yang aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#milops2026
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀
Di sela-sela 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) yang berlangsung di Kuala Lumpur, saya menerima kunjungan hormat TYT Kevin Kim, Duta Besar Amerika Syarikat ke ASEAN yang baharu.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau ini serta kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran melalui dialog, diplomasi dan kerjasama yang erat.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat, termasuk pembangunan keupayaan serta pelbagai inisiatif yang memanfaatkan kedua-dua negara.
Malaysia menghargai hubungan pertahanan yang telah lama terjalin dengan Amerika Syarikat dan berharap kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama serta keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean
#milops2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Bersempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) 2026 di Kuala Lumpur, saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, TYT Dr. Kao Kim Hourn.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta kepentingan memperkukuh peranan ASEAN dalam mendepani cabaran yang semakin kompleks.
Dalam keadaan geopolitik yang sentiasa berubah, ASEAN perlu terus menjadi platform utama bagi memupuk persefahaman, membina kepercayaan dan menggalakkan penyelesaian secara aman.
Malaysia kekal komited mendukung pendekatan berlandaskan undang-undang antarabangsa, dialog dan diplomasi. Prinsip “ASEAN Centrality” serta “ASEAN Way” perlu terus menjadi asas dalam menangani cabaran bersama demi memastikan rantau ini kekal aman, stabil dan makmur.
Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sekretariat ASEAN dalam memperkukuh peranan organisasi ini, termasuk menerusi platform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), agar ASEAN terus kekal relevan, bersatu dan diyakini dalam mendepani cabaran masa hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean
#milops2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Sempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) di Kuala Lumpur, saya turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Mr. Joseph Leong.
Kami bertukar pandangan mengenai hubungan pertahanan Malaysia-Singapura yang terus diperkukuh menerusi pelbagai mekanisme kerjasama, termasuk Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM). Kami turut membincangkan perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.
Malaysia berpandangan bahawa keamanan dan kestabilan serantau perlu terus dipelihara melalui dialog dan diplomasi. ASEAN perlu terus memainkan peranan utama dalam menguruskan cabaran serantau berlandaskan prinsip “ASEAN Centrality” agar rantau ini terus aman, stabil dan makmur.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#milops2026
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN MEDIA | TENTERA DARAT MALAYSIA
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengambil maklum mengenai dakwaan yang tular di media sosial berkaitan status pemberhentian bekas anggota, Staf Sarjan Vegeneswaran a/l Kaneson.
TDM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas. Segala tindakan yang diambil adalah selaras dengan keputusan mahkamah, peruntukan undang-undang serta peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat sehingga boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan imej dan reputasi Angkatan Tentera Malaysia.
📄 Sila rujuk kenyataan media rasmi untuk maklumat lanjut. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Biarpun telah bersara daripada perkhidmatan, semangat untuk berbakti kepada negara tidak pernah terhenti.
Hari ini, beliau terus menyumbang melalui industri maritim, membawa bersama pengalaman, kepakaran dan nilai yang dibina sepanjang perjalanan sebagai seorang warga TLDM.
Apakah erti sebenar khidmat kepada negara bagi beliau? Saksikan kisah veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), BK TMK Hj Zailani bin Mansor dalam segmen Hero MINDEF kali ini.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#mindefhero -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Malaysia tegas pertahan prinsip keamanan, berkecuali dan undang-undang antarabangsa www.buletintv3.my/nasional/malaysia-tegas-pertahan-prinsi…
-
MINDEF Malaysia reposted
ASEAN
@ASEAN
Secretary-General of ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, today met with the Minister of Defence of Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, on the sidelines of the 37th Annual International Military Law and Operations (MILOPS) Conference, in Kuala Lumpur, Malaysia.
Dr. Kao commended Malaysia on its successful ASEAN Chairmanship in 2025, which contributed to advancing ASEAN defence cooperation. Both sides also discussed the way forward for the ASEAN defence sector in supporting the implementation of ASEAN 2045: Our Shared Future. -
MINDEF Malaysia reposted
Air Times News Network
@TheAirTimes
Malaysia tegaskan undang-undang antarabangsa tidak boleh dihormati secara pilih kasih. Menurut Mohamed Khaled, pengaruh ketenteraan besar hadir bersama tanggungjawab terhadap keamanan global.
#airtimes #malaysia #milops #indopasifik -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam komuniti bukan sekadar untuk melaksanakan tugas, sebaliknya untuk bersama-sama masyarakat membina kesejahteraan.
Melalui program Civil-Military Cooperation (CIMIC), ATM hadir menggerakkan usaha gotong-royong, mengeratkan hubungan bersama pemimpin setempat serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.
Pernahkah anda menyertai program gotong-royong bersama ATM? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen🤗
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pahlawan 2026
📸videoBERNAMA
#bernamanews #videobernama @anwaribrahim -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆
#putrajaya Pengorbanan tujuh perwira yang gugur dalam tragedi berdarah Ulu Legong lebih empat dekad lepas kembali dikenang menerusi Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, hari ini.
Bertemakan “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”, istiadat dinaungi Tentera Darat Malaysia (TDM) itu menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan pasukan keselamatan negara sejak era darurat dan konfrontasi, selain mengingatkan bahawa keamanan tidak hadir tanpa pengorbanan yang tiada nilainya. -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Pengorbanan tujuh perwira yang gugur dalam tragedi berdarah Ulu Legong lebih empat dekad lepas kembali dikenang menerusi Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2588403
📷fotoBERNAMA -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Pengorbanan wira negara perlu dihayati jadi inspirasi dalam pertahan keamanan - PAT
bernama.com/bm/am/news.php?id=2588464
#bernamanews #haripahlawannegara -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bertemakan “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”, istiadat ini menjadi lambang penghargaan kepada seluruh pahlawan dan perwira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan tanah air.
Persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong mengimbau kembali pengorbanan tujuh anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) yang gugur ketika mempertahankan negara di Ulu Legong, Baling pada 29 Oktober 1981.
Kisah yang dipersembahkan menjadi peringatan bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan para pahlawan dan perwira negara.
Sesungguhnya, bangsa yang besar ialah bangsa yang tidak melupakan jasa pahlawannya.
Selamat Hari Pahlawan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#haripahlawan2026
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap 31 Julai, negara memperingati jasa dan pengorbanan para pahlawan serta perwira yang telah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air. Keberanian dan pengorbanan mereka menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.
Bagi pihak Kerajaan, Kementerian Pertahanan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta para veteran atas khidmat dan pengorbanan mereka kepada negara.
Pengorbanan para pahlawan mengajar kita bahawa mempertahankan negara ialah tanggungjawab bersama, bukan tanggungjawab eksklusif pasukan keselamatan. Inilah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Rakyat tidak perlu mengangkat senjata. Sebaliknya, setiap daripada kita mempunyai peranan untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, menyokong pasukan keselamatan serta tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Semoga semangat keperwiraan para pahlawan terus hidup dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi memastikan negara kita kekal aman, berdaulat dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#haripahlawan2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐔̈𝐑𝐊𝐈𝐘𝐄 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Nevzat Uyanık, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia yang baharu, di Wisma Pertahanan.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai aspek kerjasama pertahanan dua hala, khususnya pembangunan industri pertahanan.
Saya menyambut baik komitmen Republik Türkiye untuk terus menyokong usaha memperkukuh industri pertahanan Malaysia, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Malaysia melihat Republik Türkiye sebagai antara rakan strategik utama dalam sektor pertahanan. Keupayaan industri pertahanannya yang semakin diiktiraf di peringkat global turut membuka lebih banyak peluang kerjasama, termasuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara anggota NATO demi keamanan dan kestabilan serantau.
Saya yakin pelantikan TYT Dr. Nevzat akan terus memperkukuh hubungan erat Malaysia dan Republik Türkiye, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat bekas Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah mencurahkan bakti dan memberikan sumbangan besar dalam memperkukuh pertahanan negara menerusi pelbagai tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Mewakili Kerajaan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti beliau kepada Angkatan Tentera Malaysia dan negara.
Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pengukuhan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat tidak bermula apabila berlakunya bencana atau krisis, sebaliknya bermula sejak di bangku sekolah.
Melalui program Civil-Military Cooperation (CIMIC), ATM hadir mendekati komuniti dengan berkongsi ilmu, menyemai nilai patriotisme serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda.
Pernahkah ATM berkunjung ke sekolah anda? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen🤗
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#cimicdanatm
#cimicdiperkasakedaulatannegaraterpeliharaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dan Thailand terus memperkukuh kerjasama pertahanan menerusi pertemuan dua hala antara Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Menteri Pertahanan Thailand, TYT Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen.
Pertemuan ini menunjukkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan kerjasama pertahanan serta memperkasa usaha ke arah menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan kebajikan anggota Rejimen 22 Komando, Truper Abdul Hamid Talib sentiasa menjadi keutamaan, malah tindakan perundangan sudah diambil.
Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Darat berkata, TDM mengambil maklum mengenai laporan media berhubung dakwaan mengenai pengabaian kebajikan Abdul Hamid. www.buletintv3.my/nasional/tdm-nafi-abaikan-komando-abdul… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan kebajikan anggota Rejimen 22 Komando, Truper Abdul Hamid Talib sentiasa menjadi keutamaan, malah tindakan perundangan sudah diambil.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1390980/tdm-tidak-abai… -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation The development of local components must be prioritised to establish a complete domestic defence industry supply chain.
www.nst.com.my/news/nation/2026/07/1499142/local-defence-… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Industri pertahanan tempatan perlu terus diperkukuh - Khaled
bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2587135
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Mengadakan lawatan industri ke kilang peluru KETECH Asia Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang. KETECH Asia merupakan syarikat pengeluar peluru tempatan yang dapat memenuhi keperluan peluru negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan menjimatkan perbelanjaan negara bagi perolehan peluru.
KETECH Asia kini mengeluarkan peluru berkaliber 5.56mm dan 9mm yang memenuhi piawaian global berasaskan standard NATO.
Satu lagi kejayaan usaha membangunkan indastri pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#dipn
#industripertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
Khaled said trust and technology transfer were among the key criteria guiding Malaysia’s G2G defence procurements.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/07/27/trust-first-for… -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
The Defence Minister said local companies had the potential to meet the country’s ammunition requirements.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/07/29/boost-local-def… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja memerlukan anggota yang mempunyai nilai, semangat kekitaan, kebanggaan dan kehormatan terhadap tugas, tetapi juga hubungan yang kukuh dengan masyarakat.
Pertahanan negara bukan tanggungjawab eksklusif ATM. Itulah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), membina keyakinan rakyat terhadap ATM dan menggembleng seluruh masyarakat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruhThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berada di Port Dickson, saya turut berkesempatan menyantuni veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini.
Meskipun telah menamatkan perkhidmatan, mereka tetap sebahagian daripada keluarga besar pertahanan negara yang telah banyak berjasa kepada tanah air.
Atas sebab itu, Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuh usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, bermaruah dan sejahtera melalui pelbagai inisiatif yang sedang serta akan terus diperkasakan.
Terima kasih kepada seluruh veteran ATM atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, bangsa yang besar ialah bangsa yang tidak melupakan jasa pahlawannya.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Semasa berada di Port Dickson, saya turut berpeluang menyempurnakan Program Kesejahteraan Warga ATM Zon Port Dickson di Kem Si Rusa.
Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan hubungan dalam kalangan warga ATM, malah menjadi wadah menyemai semangat kekitaan, solidariti, disiplin dan kebanggaan terhadap pasukan.
Pada masa yang sama, ia menghubungkan ATM dengan masyarakat bagi membina keyakinan bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
Hari ini, ancaman keselamatan bukan lagi terhad kepada peperangan konvensional, malah merangkumi ancaman hibrid, peperangan kognitif, ketidakcukupan makanan serta pelbagai cabaran baharu.
Justeru, konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) perlu terus diperkukuh melalui semangat patriotisme, perpaduan dan sokongan padu rakyat kepada ATM.
Kepada warga ATM, khususnya pelatih-pelatih baharu, teruslah menghayati nilai disiplin, integriti, amanah, kesetiaan dan semangat berkorban.
Dengan semangat pengorbanan, kesiapsiagaan dan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kita akan terus melahirkan sebuah angkatan yang bersatu, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruh -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
GEMAS, 27 Julai 2026 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga Kem Syed Sirajuddin dalam usaha memperkukuh semangat patriotisme, kenegaraan dan kebersamaan.
Program dimulakan dengan lawatan ke Projek Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Blok CF12, Markas Garison Gemas. Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan projek senggaraan awam dan elektrik di Blok RKAT CF12 sebelum menyampaikan amanat serta beramah mesra bersama warga Kem Syed Sirajuddin di Dewan Garison Gemas.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman; serta barisan kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#semarakkenegaraan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan lawatan YAB Perdana Menteri ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas sempena Program Semarak Kenegaraan yang menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk meninjau projek penyenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) CF12 serta menyantuni warga kem dalam sesi bersama di Dewan Garison Gemas.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Program Kesejahteraan Warga ATM Karnival Hari Keluarga Zon Port Dickson yang menghimpunkan warga Angkatan Tentera Malaysia bersama keluarga dalam pelbagai aktiviti yang mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh kesejahteraan warga ATM.
Selaras dengan aspirasi Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), program ini turut mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh hubungan antara ATM dan masyarakat, sekali gus menyemai kesedaran bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PORT DICKSON, 26 Julai 2026 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini merasmikan Program Kesejahteraan Warga ATM Karnival Hari Keluarga Zon Port Dickson. Program tersebut menjadi platform memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penglibatan anggota serta keluarga dalam pelbagai aktiviti yang menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kebersamaan.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga ATM, malah menjadi platform memupuk semangat berpasukan, kebersamaan dan kekitaan yang menjadi asas kepada keberanian, kesetiaan serta kekuatan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan negara.
Selaras dengan aspirasi Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), Kementerian Pertahanan turut berhasrat memperluaskan penyertaan masyarakat dalam program seumpama ini bagi memperkukuh hubungan antara ATM dan rakyat. Pendekatan tersebut diyakini mampu meningkatkan kesedaran bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama, bukan hanya digalas oleh angkatan tentera semata-mata.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kesejahteraan warga ATM, di samping membina sinergi yang lebih erat antara ATM dan masyarakat ke arah merealisasikan budaya HANRUH yang lebih menyeluruh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Suara TV
@SuaradotTV
PORT DICKSON – Perolehan projek pertahanan akan diperluasakan menerusi kaedah kerajaan dengan kerajaan (G2G) tanpa melalui orang tengah lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pendekatan G2G ini bagi memastikan urusan lebih telus, memperoleh harga berpatutan juga jaminan pelaksanaan.
Berita penuh : suara.tv/26/07/2026/perolehan-projek-pertahanan-lebih-tel… -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
G2G aset ketenteraan hanya dengan negara tersedia, boleh dipercayai – Khaled Nordin
malaysiagazette.com/2026/07/26/g2g-aset-ketenteraan-hanya… -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
Mohamed Khaled added that it is not just better procurement prices achieved through the G2G process, but also a guaranteed supply of purchased assets.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/07/26/due-diligence-c… -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation Defence Ministry identifies asset procurements for G2G execution, says Khaled www.nst.com.my/news/nation/2026/07/1497353/defence-minist…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇
Menyempurnakan Program Kesejahteraan Warga ATM: Hari Keluarga Kem Segenting, Port Dickson yang menghimpunkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran serta masyarakat setempat.
Program ini bukan sekadar Hari Keluarga. Ia membina anggota yang sihat, bersemangat dan mempunyai jati diri yang kukuh. Kekuatan angkatan tentera bukan hanya bergantung kepada aset dan persenjataan, tetapi juga kepada semangat kekitaan, solidariti serta hubungan yang erat dengan masyarakat.
Dalam landskap keselamatan hari ini, tanggungjawab mempertahankan negara bukan lagi tanggungjawab eksklusif angkatan tentera. Sebab itulah konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) perlu diterjemahkan daripada doktrin kepada amalan melalui penglibatan aktif seluruh masyarakat.
HANRUH bukan bermaksud rakyat perlu mengangkat senjata. Sebaliknya, rakyat perlu menyemai semangat patriotisme, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ATM serta tidak melakukan perkara yang boleh menyulitkan usaha mempertahankan negara. Inilah asas kepada “credible deterrence” yang lebih kukuh.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruh -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Kosmo! Online
@kosmo_online
Program Jelajah Cakna Pertahanan memperkukuh keselamatan dan kedaulatan sempadan dengan menjalinkan kerjasama erat dengan penduduk Pulau Banggi, Sabah.
Berita penuh www.kosmo.com.my/2026/07/26/kerjasama-mindef-komuniti-pul… -
MINDEF Malaysia reposted
Kosmo! Online
@kosmo_online
Kerjasama MINDEF, komuniti Pulau Banggi kukuhkan keselamatan sempadan
www.kosmo.com.my/2026/07/26/kerjasama-mindef-komuniti-pul… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Di sebalik setiap langkah, terjalin kerjasama. Di sebalik setiap kerjasama, terpahat tekad mempertahankan kedaulatan negara.
Saksikan sorotan Program Jelajah Cakna Pertahanan di Pulau Banggi yang memperkukuh semangat Kerjasama Awam Tentera (CIMIC) serta menyemai masyarakat yang lebih cakna terhadap kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗟𝗘𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗡𝗔𝗗 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗠 𝗛𝗢𝗕𝗔𝗥𝗧
Kementerian Pertahanan telah menerima dan meneliti hasil siasatan berhubung insiden letupan grenad semasa latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun 2026 yang mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Siasatan yang dilaksanakan mengikut prosedur Tentera Darat mendapati grenad dipercayai telah berfungsi sebelum sempat dibaling apabila tuas keselamatan terlepas, berdasarkan bukti di lokasi kejadian, kedudukan letupan serta analisis kesan kecederaan. Walau bagaimanapun, waktu sebenar tuas keselamatan terlepas tidak dapat dipastikan berikutan tiada saksi yang menyaksikan kejadian secara langsung.
Susulan dapatan tersebut, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia akan memperkukuh prosedur keselamatan, tatacara pengendalian grenad, tahap pengawasan serta pelaksanaan latihan bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini daripada berulang.
Keselamatan setiap anggota sentiasa menjadi keutamaan dan tiada kompromi dalam memastikan setiap latihan dilaksanakan dengan tahap pematuhan, pengawasan serta keselamatan yang tertinggi.
DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
24 JULAI 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2026
Kerajaan telah memulakan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di institusi pengajian tinggi menerusi Program Rintis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Jun 2026 yang melibatkan seramai 996 pelajar. Program ini turut diperluaskan ke tiga politeknik, iaitu Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Politeknik Banting dan Politeknik Seberang Perai dengan penyertaan seramai 4,000 pelajar. Seterusnya, pelaksanaan akan diperluaskan ke tiga kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula Ogos 2026 melibatkan 1,184 pelajar.
Berdasarkan penilaian awal, Program Rintis PLKN 3.0 menerima maklum balas yang positif, khususnya terhadap modul kenegaraan, patriotisme, kepimpinan dan pembentukan sahsiah. Sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta, kerajaan akan menilai secara menyeluruh keberkesanan modul, pencapaian objektif, maklum balas peserta serta institusi, kesiapsiagaan prasarana dan tenaga pengajar, serta keupayaan pelaksanaan program secara mampan.
— YB Adly Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2026
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaksanakan secara berfasa dengan memberi penekanan terhadap penyelarasan modul latihan, kesiapsiagaan infrastruktur, penyediaan tenaga pengajar, kaedah pemilihan peserta serta peluasan pelaksanaannya ke institusi pengajian tinggi.
Pelaksanaan di institusi pengajian tinggi dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pelaksanaannya selaras, sistematik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Bagi menjamin standard latihan yang seragam di semua institusi, kedua-dua kementerian telah memuktamadkan pemetaan modul yang merangkumi 30 peratus Modul Kenegaraan, 30 peratus Modul Kepimpinan dan 40 peratus Modul Ketenteraan.
— YB Adly Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 menjadi panduan strategik Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.
Selaras dengan aspirasi tersebut, PSPN 2026–2030 turut memacu usaha meningkatkan daya tahan nasional bagi mendepani landskap keselamatan yang semakin kompleks, dinamik dan mencabar.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pspn20262030
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbesar hati menerima jemputan makan malam daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di kediaman rasmi beliau.
Pertemuan ini memberi ruang bertukar pandangan soal usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Pakistan melalui bidang-bidang yang strategik, termasuk peluang pembangunan industri pertahanan tempatan menerusi pemindahan teknologi.
Pakistan turut berkongsi pengalaman membangunkan ekosistem industri pertahanan mereka selama lebih empat dekad.
Semoga hubungan Malaysia dan Pakistan dapat terus diperkukuh demi kepentingan bersama serta keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇵🇰
#khalednordinmindef
#malaysiapakistan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇: 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Berpeluang menjawab soalan di Dewan Negara berhubung usaha Kementerian Pertahanan memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) sebagai teras pertahanan negara, selaras dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN).
Malaysia mengambil amalan terbaik daripada negara seperti Singapura, Finland, Switzerland dan Taiwan, namun disesuaikan dengan keperluan negara. Prinsipnya jelas, pertahanan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata, tetapi amanah seluruh negara.
Dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks, kekuatan negara bergantung kepada kesiapsiagaan ketenteraan, perpaduan dan daya tahan rakyat.
HANRUH diperkukuh melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Society (WOGOS), pemerkasaan kerjasama awam dan tentera (CIMIC), pengukuhan Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan TLDM dan TUDM, pelaksanaan PLKN dan PALAPES, serta Program Literasi Pertahanan oleh MIDAS dan UPNM.
#khalednordinmindef
#hanruh
#kpp
#pspn -
MINDEF Malaysia reposted
Rakyat Sokong ATM
@RakyatSATM
LTAT terus menjadi rakan strategik Kementerian Pertahanan dalam memperkasa kesejahteraan warga ATM melalui sokongan terhadap aspek perumahan, kesihatan, pendidikan dan ekonomi demi memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.
#ltat #atm #mindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan sorotan Majlis Penutupan Jelajah Wira LTAT 2026: Edisi Pantai Timur yang telah berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan pada 13 Julai 2026. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Menerima kunjungan TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen, Menteri Pertahanan Thailand sempena lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan tersebut.
Sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Malaysia dan Thailand berkongsi pelbagai cabaran keselamatan serta pertahanan yang sama. Justeru, kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan serta mendukung prinsip ASEAN demi memastikan rantau ini terus aman dan stabil.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menyegerakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan Malaysia-Thailand, pembangunan industri pertahanan tempatan serta kerjasama keselamatan sempadan.
Turut dibincangkan operasi bersama antara kedua-dua angkatan tentera, pembangunan sosioekonomi dan pengurusan bencana di kawasan sempadan. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat General Border Committee (GBC) Malaysia-Thailand ke-57 pada tahun ini.
Kami turut membincangkan penyertaan pegawai tentera Thailand dalam program Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP), selain perkembangan Dialog Keamanan Selatan Thailand. Malaysia mengalu-alukan pelantikan Thanut Suvarnananda sebagai Ketua Panel Dialog Keamanan Kerajaan Diraja Thailand yang baharu serta akan terus menyokong usaha ke arah keamanan dan kestabilan di Selatan Thailand.
Turut disentuh agenda serantau termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus di Filipina serta perkembangan hubungan Thailand-Kemboja yang diharapkan dapat terus diselesaikan secara bilateral selaras dengan semangat “ASEAN Way” melalui dialog dan perbincangan.
🇲🇾🤝🇹🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiathailand
#asean -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🇲🇾🇹🇭 Memperkukuh kerjasama, mempererat persahabatan.
Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menerima lawatan pengenalan Menteri Pertahanan Kerajaan Thailand, TYT Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen sempena lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐋𝐓𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, berkesempatan merasmikan Majlis Penutupan Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan berakhir di Pahang.
Tahniah dan penghargaan kepada LTAT atas kejayaan menganjurkan program ini buat kali keempat berturut-turut. Program seperti ini amat penting dalam mendekatkan LTAT dengan anggota ATM yang merupakan pencarum serta asas kepada kewujudan LTAT itu sendiri.
Melalui Jelajah Wira LTAT, anggota berpeluang memahami bagaimana simpanan mereka diurus dan dilaburkan, manakala syarikat-syarikat di bawah LTAT dapat bersemuka dengan anggota serta menyedari bahawa kejayaan mereka lahir daripada kepercayaan dan simpanan warga ATM yang berkhidmat serta berkorban demi pertahanan negara.
LTAT juga terus menjadi rakan strategik penting Kementerian Pertahanan dalam menjayakan agenda kesejahteraan warga ATM. Kesiapsiagaan tidak hanya bergantung kepada aset dan teknologi, tetapi turut melibatkan kebajikan anggota dan keluarga melalui aspek perumahan, kesihatan, pendidikan serta pengukuhan ekonomi keluarga.
Dalam masa yang sama, landskap keselamatan semakin kompleks dan sukar dijangka. Ancaman kini bukan lagi sekadar peperangan konvensional, tetapi turut melibatkan serangan siber, manipulasi maklumat, peperangan hibrid, peperangan asimetrik serta persaingan kuasa besar. Justeru, ATM sedang membangunkan Angkatan Masa Hadapan yang lebih moden, pintar, bersepadu dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua bentuk ancaman.
Kekuatan sebenar ATM bukan hanya terletak pada aset dan teknologi, tetapi pada anggotanya sendiri serta nilai-nilai seperti integriti, kesetiaan, keberanian, disiplin dan profesionalisme. Pada masa yang sama, perpaduan, semangat berpasukan dan kebersamaan kekal menjadi teras kepada pertahanan negara.
Tahniah sekali lagi kepada LTAT atas penganjuran Jelajah Wira LTAT 2026 dan terima kasih kepada seluruh warga ATM atas khidmat bakti serta pengorbanan yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negara.
#khalednordinmindef
#demiwirakami
#jelajahwira -
MINDEF Malaysia reposted
JHEV ATM Official
@JHEVATMofficial
Ziarah Kasih dan Pra Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 Perkukuh Kebajikan Veteran ATM
KUALA KETIL, 10 Julai 2026 – JHEV ATM menyantuni veteran dan melancarkan KTP 2026/2027.
“Veteran Pernah Berkorban Untuk Negara. Kini Tiba Giliran Kita Membela Kebajikan Mereka.” -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Saksikan sorotan Majlis Pelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2027 (LIMA’27) yang menandakan permulaan persiapan ke arah penganjuran salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di rantau ini.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Tiga dimensi. Satu pentas. Bersedia menyaksikan keupayaan pertahanan dan aeroangkasa dipamerkan merentasi laut, udara dan angkasa. Nantikan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2027 (LIMA’27).
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#roadtolima2027 -
MINDEF Malaysia reposted
Lumut Naval Shipyard
@LUNAS_MY
𝗜𝗧'𝗦 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟! 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗦 𝗜𝗦 𝗝𝗢𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗜𝗠𝗔’𝟮𝟳!
LUNAS was among the first 10 organisations to register for LIMA’27, with our Head of Corporate Strategy and Business Development, Ilme Onn, receiving the Certificate of Participation on behalf of LUNAS. -
MINDEF Malaysia reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
#fmtnews The defence exhibition will be held in Langkawi from April 20 to 24 next year.
Full Article: www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/07/07/lima… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA'27) sasarkan penyertaan hingga 930 syarikat pempamer, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding edisi sebelumnya - Menteri Pertahanan @KhaledNordin
bernama.com/bm/am/news.php?id=2577852 -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
LIMA’27 sasar 930 pempamer dari 36 negara
www.buletintv3.my/nasional/lima27-sasar-930-pempamer-dari… -
MINDEF Malaysia reposted
Media Selangor
@Media_Selangor
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA'27) menyasarkan penyertaan hingga 930 syarikat pempamer iaitu peningkatan 15 peratus berbanding edisi sebelumnya.
Berita penuh: shorturl.at/9A2z6
#mediaselangor #lima -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
#bernamanews: LIMA 2027 Targets: Organisers expect 930 exhibitors, 450 international delegations & 60,000 trade visitors
#digitalbernamatv #delegation #aerospace #exhibitionThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
The exhibition, themed “Sustainable Vision Across Sea, Sky and Space”, will be held in Langkawi from April 20 to 24 next year.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/07/08/lima27-to-stren… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
𝟗𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐦𝐩𝐚𝐦𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟑𝟔 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐋𝐈𝐌𝐀 ‘𝟐𝟕
#bhnasional LIMA '27 bakal pamer aset baharu dan teknologi pertahanan terkini
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1584431/930-pe… -
MINDEF Malaysia reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Lima 2027 draws strong interest, 40% of exhibition space booked
👇🧵 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
📅 SAVE THE DATE | LIMA’27 LANGKAWI
Langkawi bakal kembali menjadi tumpuan dunia menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’27) yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 April 2027.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
📍 Lokasi:
• Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC)
• Resorts World Langkawi (RWL) -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
LIMA'27 bermula di sini! ✈️
Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA'27) menandakan permulaan kepada penganjuran pameran pertahanan, maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara.
📍 Langkawi, Kedah
🗓️ 20–24 April 2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Langit Langkawi bakal dikuasai dengan aksi udara yang penuh bertenaga dan mendebarkan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#lima2027
#roadtolima2027
#dominatingthesky -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓
Menghadiri Program Jiwa Murni – Tentera Bersama Komuniti di Padang Awam Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, malah menyemai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota tentera yang sentiasa berkhidmat demi negara.
Anggota ATM sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara. Sama ada di daratan, perairan mahupun sempadan, mereka berdepan pelbagai ancaman seperti penyeludupan, perdagangan manusia, jenayah rentas sempadan serta pencerobohan.
Keamanan yang kita nikmati hari ini lahir daripada pengorbanan anggota tentera yang bertugas 24 jam sehari, sepanjang tahun, serta sanggup berjauhan daripada keluarga demi memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan aman dan selamat.
Saya dimaklumkan bahawa anggota tentera yang pernah bertugas di Kota Tinggi sentiasa mengenang layanan baik serta kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat. Sikap saling menghormati seperti inilah yang memperkukuh hubungan antara ATM dan rakyat.
Rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara perpaduan dan kestabilan negara agar ATM dapat terus memberikan sepenuh tumpuan kepada amanah mempertahankan negara.
Selesai majlis, sempat juga saya beramah mesra dengan mereka yang berada di padang sambil menyaksikan aktiviti riadah yang sedang berlangsung. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan, insya-Allah.
#khalednordinmindef
#atm
#kotatinggi -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Markas Pasukan Simpanan TLDM, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri @KhaledNordin meneruskan program dengan menghadiri Karnival Sukan Kem Tebrau yang menghimpunkan warga kem, ahli keluarga, veteran ATM serta masyarakat setempat.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
@KhaledNordin telah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran karnival ini, sambil menegaskan bahawa program seumpama ini bukan sekadar platform sukan dan riadah, malah medium memperkukuh semangat kebersamaan, kekeluargaan dan solidariti.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Berteraskan pendekatan Whole-of-Government, Whole-of-Society (WoGoS), program ini turut menjadi platform memupuk semangat patriotisme, mempererat silaturahim serta mengukuhkan sinergi antara ATM dan masyarakat demi ketahanan negara yang lebih mampan.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri @KhaledNordin menghadiri Karnival Hari Keluarga Markas Pasukan Simpanan TLDM di Johor Bahru.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Karnival yang menghimpunkan warga markas, ahli keluarga, para veteran serta masyarakat setempat merupakan program yang bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030, penganjuran karnival ini menyokong Teras 3: Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan dan Teras 4: Pemerkasaan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) bagi memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍, 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini juga saya berpeluang untuk turut hadir Karnival Sukan Kem Tebrau yang menghimpunkan warga kem dan keluarga, veteran ATM serta pemimpin masyarakat setempat.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran karnival ini. Program seperti ini bukan sekadar aktiviti sukan dan riadah, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat kebersamaan, kekitaan, kekeluargaan dan solidariti dalam kalangan warga ATM.
Kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada aset dan kelengkapan pertahanan, tetapi juga kesejahteraan anggota serta nilai yang diterapkan dalam setiap warga ATM.
Nilai-nilai inilah yang membentuk kekuatan sebenar sesebuah angkatan dalam menghadapi apa jua cabaran. Keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan dan komitmen berterusan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Hakikatnya, mempertahankan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata. Inilah semangat HANRUH yang menekankan penglibatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat. Rakyat bukan sahaja perlu memahami dan menyokong ATM, malah turut berperanan sebagai mata dan telinga kepada ATM.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, Malaysia berdepan pelbagai ancaman termasuk ancaman hibrid dan peperangan kognitif. Sebagai sebuah negara yang berada di kedudukan strategik, ATM perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, manakala perpaduan rakyat menjadi benteng penting dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Pada masa yang sama, marilah kita terus menghargai pengorbanan para perajurit serta memperkukuh semangat kebersamaan antara ATM dan rakyat. Kebersamaan inilah yang menjadi asas kepada kekuatan pertahanan negara serta jaminan kepada keamanan, kestabilan dan kedaulatan Malaysia.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍
Berpeluang untuk turut hadir dalam Karnival Hari Keluarga Markas Pasukan Simpanan TLDM, Johor Bahru yang menghimpunkan warga markas ini, keluarga mereka, para veteran dan masyarakat setempat.
Tahniah kepada seluruh warga Markas Pasukan Simpanan TLDM atas kejayaan menganjurkan program ini. Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kesiapsiagaan ATM.
Kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada aset. Ia turut bergantung kepada kesejahteraan anggota dan keluarga, serta nilai dan budaya yang menjadi pegangan warga pertahanan. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, tidak mungkin kita dapat mengatakan bahawa ATM berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi.
Salah satu nilai paling penting dalam ATM ialah semangat sepasukan atau Esprit de Corps. Semangat kekitaan, solidariti dan kebersamaan perlu sentiasa dipupuk kerana itulah asas kekuatan sesebuah angkatan. Atas sebab itu juga, Kementerian memandang serius sebarang budaya dera, buli atau penindasan yang boleh menjejaskan semangat sepasukan.
Landskap keselamatan hari ini semakin kompleks. Ancaman bukan lagi bersifat konvensional semata-mata, malah melibatkan ancaman hibrid, serangan terhadap infrastruktur kritikal dan ruang siber. Justeru, pertahanan negara tidak lagi boleh dipikul oleh ATM sahaja.
Malaysia berada di lokasi yang amat strategik, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Dalam keadaan geopolitik yang semakin mencabar serta persaingan kuasa-kuasa besar, kestabilan dan perpaduan negara merupakan asas penting untuk memastikan ATM terus berupaya melaksanakan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Sebab itu rakyat turut berperanan mempertahankan negara melalui semangat patriotisme, menjadi mata dan telinga kerajaan serta terus memberikan sokongan kepada ATM. Hubungan erat antara ATM dan masyarakat perlu terus diperkukuh kerana kestabilan dan perpaduan negara merupakan asas kepada pertahanan yang kukuh.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan syarikat aeroangkasa serta teknologi pertahanan Australia, Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) mampu memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam bidang teknologi roket dan misil.
-
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Lawatan ke Australia buka pintu syarikat tempatan sertai ekosistem industri pertahanan global
#malaysiagazette #mindef #industripertahananglobal
malaysiagazette.com/2026/07/03/lawatan-ke-australia-buka-… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Pemeteraian kerjasama itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerja rasmi beliau selama tiga hari ke Australia, baru-baru ini.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1379034/era-baharu-per… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun, menerusi pembinaan kemudahan di negara ini, hasil kerjasama strategik dengan syarikat aeroangkasa dan teknologi pertahanan Australia.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐑𝐎𝐊𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈-𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀
Lawatan kerja hari ketiga di Australia dimulakan dengan kunjungan ke Institute for Space, Defence and Advanced Technologies (ISDAT) di University of Southern Queensland (USQ). Turut berkesempatan bertemu Vice-Chancellor and President USQ, Professor Paul Mazerolle.
ISDAT merupakan salah satu institut di bawah USQ yang memfokuskan kepada penyelidikan gunaan, termasuk dalam bidang bahan komposit (composite materials).
Menerima taklimat ringkas serta meninjau kemudahan di makmal Advanced Composite Manufacturing dan makmal Hypersonic yang dibangunkan melalui kerjasama dengan beberapa syarikat industri pertahanan, termasuk Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
Lawatan ini turut memberi gambaran bagaimana industri memanfaatkan kepakaran institusi akademik untuk membangunkan teknologi dan produk pertahanan mereka. Pendekatan seperti ini amat penting dalam memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan negara, sejajar dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Turut berkesempatan bertemu dengan Dr. Hizam Rusmi, anak Malaysia yang kini berkhidmat sebagai penyelidik di USQ. Beliau juga merupakan anak kepada seorang veteran ATM.
Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM, Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad, CEO National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah, pegawai kanan ATM serta wakil Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan RTI.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, berpeluang menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Atase Pertahanan Malaysia di Canberra, Kol. Dr. Samhasri bin Samah.
Majlis ini turut memberi kesempatan untuk bertemu serta bertanya khabar dengan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang sedang mengikuti kursus, latihan dan pengajian di Australia.
Mereka kini mengikuti pelbagai program di institusi pertahanan dan akademik terkemuka seperti Australian Command and Staff College, Australian War College, Australian National University (ANU), Royal Military College (RMC) serta Australian Defence Force Academy (ADFA).
Saya amat berbangga melihat komitmen dan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional.
Modal insan pertahanan yang berkualiti merupakan antara teras penting dalam membina Angkatan Masa Hadapan yang berkeupayaan dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia dan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelaksanaan program berkaitan veteran terus diselaraskan secara berpusat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi memastikan setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan secara lebih teratur, menyeluruh serta inklusif.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pendekatan ini membolehkan kebajikan, aspirasi dan keperluan veteran ditangani secara holistik tanpa mengira cabang perkhidmatan yang pernah disertai, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada komuniti veteran.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Petikan jawapan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan semasa sesi Pertanyaan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.
#mindefupdate
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelaburan oleh Weststar juga akan membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan pertahanan negara yang berdaulat.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn. Bhd. dan Rocket Technologies International (RTI), mampu memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam pembangunan teknologi dan pembuatan aset pertahanan berteknologi tinggi.@KhaledNordin
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelaksanaan program berkaitan veteran terus diselaraskan secara berpusat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi memastikan setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan secara lebih teratur, menyeluruh serta inklusif.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pendekatan ini membolehkan kebajikan, aspirasi dan keperluan veteran ditangani secara holistik tanpa mengira cabang perkhidmatan yang pernah disertai, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada komuniti veteran.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Petikan jawapan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan semasa sesi Pertanyaan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Lawatan kerja delegasi Malaysia diteruskan dengan kunjungan ke Parliament House, Canberra yang disambut secara rasmi oleh Speaker of the House of Representatives, The Hon. Milton Dick MP.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pertemuan ini mencerminkan komitmen teguh Malaysia dan Australia untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama strategik yang telah sekian lama terjalin demi manfaat kedua-dua negara.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Turut mengiringi lawatan ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri @KhaledNordin , mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles, sempena lawatan kerja beliau ke Australia.
Post not available here, view on X
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa kerjasama pertahanan Malaysia–Australia, termasuk meneroka peluang kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia diharap akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
-
MINDEF Malaysia reposted
Air Times News Network
@TheAirTimes
Weststar Defence Industries dan Rocket Technologies International (RTI) memeterai Perjanjian Usaha Sama Strategik bagi menubuhkan syarikat usaha sama di Malaysia dan Australia.
#airtimes #malaysia #pertahanan
www.airtimes.my/2026/07/01/weststar-rti-tubuh-usaha-sama-… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, delegasi Malaysia diberikan sambutan rasmi di Parliament House, Canberra oleh Speaker of the House of Representatives, The Hon. Milton Dick MP.
Hadir sama ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah.
Turut berpeluang bertemu Speaker of the House of Representatives serta beberapa Ahli Parlimen Australia di Parliament House, Canberra.
Pertemuan seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Australia untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik yang telah sekian lama terjalin.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Berpeluang makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles, sempena lawatan kerja saya ke Australia.
Kali terakhir kami bertemu adalah semasa berlangsungnya Shangri-La Dialogue di Singapura pada Mei lalu.
Dalam pertemuan kali ini, kami sempat bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, termasuk meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan penuh yang diberikan terhadap kerjasama strategik serta pemindahan teknologi antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
Saya berharap hubungan pertahanan Malaysia dan Australia akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐄𝐒𝐓𝐒𝐓𝐀𝐑-𝐑𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Dalam lawatan kerja ke Australia, saya telah menyaksikan majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) di Canberra.
Kerjasama strategik ini merupakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam bidang teknologi roket dan misil. Kepakaran RTI akan membuka ruang kepada pemindahan teknologi, R&D, pembangunan modal insan serta kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi.
Kerajaan menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kerjasama ini yang turut merangkumi pembinaan kemudahan pengeluaran di Malaysia. Pengeluaran roket dijangka bermula dalam tempoh dua tahun sebelum berkembang kepada pengeluaran misil pada masa hadapan.
Pelaburan oleh Weststar juga akan membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan pertahanan negara yang berdaulat.
Penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan dan persetujuan yang diberikan terhadap kerjasama serta pemindahan teknologi ini. Tahniah kepada Weststar atas keyakinan dan komitmen melabur dalam bidang strategik yang akan memperkukuh keupayaan pertahanan negara demi generasi akan datang.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Menerusi perjanjian itu, Weststar dan RTI akan menubuhkan syarikat usaha sama di Malaysia dan Australia bagi membangunkan keupayaan aeroangkasa dan pertahanan berdaulat.
#awaninews #awanipagi
www.astroawani.com/berita-bisnes/usaha-sama-weststar-rti-… -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
Malaysia has taken another step towards strengthening its defence industry following the signing of a strategic partnership between Weststar Group and Australian aerospace and defence technology company Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
www.thestar.com.my/news/nation/2026/07/01/malaysia-austra… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setibanya di Canberra, saya menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah di Malaysia House.
Majlis ini turut menghimpunkan delegasi Malaysia yang menyertai lawatan kerja ke Australia, antaranya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, selain pegawai-pegawai kanan ATM dan wakil industri pertahanan.
Pertemuan dalam suasana santai seperti ini memberi ruang untuk bertukar pandangan, mengukuhkan hubungan serta mendapat khabar kemajuan tanah air
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kluang Hubungan erat antara ATM dan masyarakat amat penting memandangkan cabaran keselamatan negara kini tidak lagi hanya melibatkan ancaman ketenteraan secara konvensional.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1376645/erat-hubungan-… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦 𝟭 | 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pspn -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Karnival Hari Keluarga Kita Zon Selatan berjaya menghimpunkan lebih 2,600 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama keluarga di X-Park, Kluang. Program yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri @KhaledNordin
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ianya mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kesejahteraan warga ATM di samping mengeratkan hubungan antara tentera dan masyarakat.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐓𝐌
Berkesempatan untuk turut hadir dalam Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan anjuran 7 Briged di X-Park, Kluang, Johor.
Penganjuran program seperti ini bukan sekadar menghimpunkan warga ATM dan keluarga, malah turut menyumbang kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan anggota melalui pemupukan gaya hidup sihat serta pengukuhan kecergasan fizikal dan mental.
Program seperti ini juga penting dalam membina semangat setiakawan, kebersamaan dan nilai kekitaan dalam kalangan warga ATM.
Melalui interaksi yang lebih rapat, anggota dan keluarga dapat saling mengenali, memperkukuh jaringan serta mendukung matlamat dan objektif pasukan secara bersama.
Dalam masa yang sama, program seperti ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara ATM dan masyarakat. Hubungan yang erat ini penting dalam memupuk kefahaman, semangat patriotisme serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ATM.
Selaras dengan semangat HANRUH, pertahanan negara memerlukan penyertaan dan penglibatan seluruh rakyat dalam usaha mempertahankan keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
Syabas kepada Panglima 7 Briged serta seluruh warga briged atas kejayaan menganjurkan karnival ini. Terima kasih atas jemputan untuk turut bersama memeriahkan program ini.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM Tahun 2026 menjadi detik bermulanya satu amanah besar buat 566 pegawai muda ATM.
Di sebalik watikah tauliah yang diterima, tersimpan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara, mengekalkan kesetiaan kepada Raja dan Negara serta berkhidmat demi keamanan tanah air.
Tahniah kepada semua Leftenan Muda yang baharu ditauliahkan. Semoga terus berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian dan semangat setiakawan sebagai perwira Angkatan Masa Hadapan.
#khalednordinmindef
#atm
#angkatanmasahadapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi tadi, berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip, antara dua anggota ATM yang terlibat dalam insiden semasa latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun 2026.
Pemergian kedua-dua anggota tersebut amat dirasai oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Tentera Darat Malaysia, dan merupakan satu kehilangan besar kepada perkhidmatan dan negara.
Saya mendoakan agar Encik Sungip bin Jais, Puan Zaleha binti Said dan seluruh keluarga Allahyarhamah terus diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip dan Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍
Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 melambangkan iltizam dan komitmen negara untuk memastikan Malaysia mempunyai sebuah angkatan yang moden, berkeupayaan dan sentiasa bersedia.
PSPN menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara, manakala RTKP memastikan negara mempunyai kapasiti dan sumber yang diperlukan untuk merealisasikan aspirasi tersebut. Pelan yang baik tidak akan membawa makna tanpa keupayaan untuk melaksanakannya.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, pertahanan bukan lagi sekadar agenda Kementerian Pertahanan, tetapi agenda negara yang memerlukan komitmen semua pihak.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#pspn
#rtkpThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
“PSPN 2026–2030 dan RTKP 2026–2030 menggariskan hala tuju pertahanan negara bagi tempoh lima tahun akan datang dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.”
— YB Dato’ Seri @KhaledNordin
Menteri Pertahanan
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pspn
#rtkp -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
“Kementerian komited untuk mempercepat agenda pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta membangunkan keupayaan pertahanan masa hadapan yang merangkumi kecerdasan buatan (AI), pertahanan siber, peperangan elektronik dan teknologi satelit pertahanan negara.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
The National Defence Strategic Plan 2026-2030 (PSPN) and Defence Capacity Blueprint(RTKP) are designed to outline the country’s roadmap in strengthening military readiness and building a more resilient defence ecosystem over the next five years.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan melancarkan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 sebagai pelan tindakan bagi memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 perkukuh kesiapsiagaan ketenteraan, ekosistem pertahanan
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/06/1577647/pelan-… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 menggariskan tujuh teras strategik sebagai panduan memperkukuh kesiapsiagaan, keupayaan dan daya tahan pertahanan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pspn -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan siaran langsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan 2026-2030 yang akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri @KhaledNordin
🗓️ 25 Jun 2026 (Khamis)
🕙 10.00 pagi -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan siaran langsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan 2026-2030 yang akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
🗓️ 25 Jun 2026 (Khamis)
🕙 10.00 pagi -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja saya ke Kem Ulu Tiram, saya turut berkesempatan meninjau projek tanaman Halia Bentong yang diusahakan oleh ahli-ahli BAKAT 6 RRD menerusi Program Ekonomi MADANI.
Program ini diperkenalkan bagi memastikan anggota dan keluarga warga pertahanan turut terlibat secara langsung serta menikmati manfaat agenda ekonomi negara, di samping membuka peluang menjana pendapatan tambahan.
Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta bagi pelaksanaan Program Ekonomi MADANI di kem-kem ATM.
Di Kem Ulu Tiram, ahli-ahli BAKAT turut menerima pemindahan ilmu dan kemahiran menerusi kerjasama strategik bersama UPM bagi menjayakan program ini. Kerjasama tersebut turut melibatkan penggunaan teknologi dron bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanaman.
Usaha seperti ini perlu terus diperkasa sebagai sebahagian daripada ikhtiar berterusan untuk memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌
Meneruskan siri lawatan ke kem dan pangkalan di seluruh negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Kem Ulu Tiram, Johor.
Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai peranan dan pengoperasian Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dalam memperkasa latihan dan kursus kepakaran tempur infantri bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi anggota.
Saya turut menerima taklimat daripada Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) mengenai pengoperasian pasukan serta cabaran semasa yang dihadapi di lapangan.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka, termasuk pembangunan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan kesihatan serta penambahbaikan infrastruktur di dalam kem.
Pandangan dan maklum balas yang dikongsikan amat penting bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan sebenar warga di lapangan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
Berkesempatan menghadiri majlis makan tengah hari bersama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang selesai mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kementerian Pertahanan.
Sebelum ini, pada 27 April lalu, saya telah merasmikan Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Bangi.
Penubuhan gabungan ini adalah susulan keputusan Majlis Veteran Kebangsaan pada tahun 2024 yang melibatkan 116 persatuan induk dan 405 cawangan, menjadikan keseluruhan 521 entiti.
Dengan jumlah persatuan yang begitu besar, gabungan ini penting untuk memastikan suara veteran dapat disatukan, disusun dan dibawa dengan lebih berkesan.
Ia juga menjadi wadah untuk seluruh persatuan veteran bergerak seiring, membincangkan pelbagai isu dan cabaran, serta merancang masa hadapan warga veteran secara bersama.
Saya berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan semua pihak agar segala perkara berkaitan veteran dapat dibincangkan dan diselesaikan secara bersama demi kesejahteraan warga veteran ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈
Menerima kunjungan hormat Duta Besar Itali ke Malaysia, TYT Raffaele Langella, di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan tugas di Malaysia tahun lalu. Malaysia dan Itali sememangnya telah lama menikmati hubungan persahabatan yang erat, termasuk dalam konteks pertahanan.
Saya turut mengimbau beberapa pertemuan terdahulu bersama Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto, termasuk ketika Shangri-La Dialogue bulan lalu. Libat urus berterusan di pelbagai peringkat mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan.
Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dalam pelbagai bidang, termasuk kerjasama ketenteraan, perolehan pertahanan, pemindahan dan perkongsian teknologi serta potensi menjadikan Malaysia sebagai hab MRO serantau.
Kami turut membincangkan beberapa keutamaan dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara, termasuk perkembangan perolehan Maritime Patrol Aircraft (MPA) Malaysia serta potensi kerjasama dalam memperkasa keupayaan maritim dan strategik negara pada masa hadapan.
Saya yakin hubungan pertahanan Malaysia dan Itali akan terus dipertingkatkan melalui kerjasama yang lebih meluas dan strategik demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇹
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
01 Hari Lagi!
Kementerian Pertahanan akan melancarkan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026–2030, yang bakal menjadi panduan utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan & keupayaan pertahanan negara. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program MyHero Tani membuka ruang baharu kepada Veteran ATM untuk menjana pendapatan melalui penglibatan dalam sektor pertanian moden, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan mereka.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#veteranatm
#myherotaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima
Belas Tahun 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima
Belas Tahun 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#plkn3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
APA YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI PULAU LAYANG-LAYANG?
Jauh di tengah Laut China Selatan, Pulau Layang-Layang berdiri sebagai simbol kedaulatan dan kehadiran strategik Malaysia di perairan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tudm
#kesiapsiagaan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SARAWAK, 20 Jun 2026 – Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan operasi pembenihan awan bagi membantu meningkatkan paras air di kawasan tadahan utama negeri ini yang berdepan situasi kemarau.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#tudm
#atm
Credit to: @UKASSarawak -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Highlight Lawatan Kerja Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ke Sabah pada 16 Jun 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#tldm
#tudmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Saksikan temu bual bersama salah seorang penerima anugerah sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2026 yang berkongsi pengalaman serta inspirasi di sebalik kejayaan yang dicapai. ✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#pendidikananakatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Saksikan sorotan Lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja, Kem Segamat, Johor pada 14 Jun 2026. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
Pulau Layang-Layang menjadi bukti bahawa Malaysia sentiasa hadir mempertahankan kedaulatan dan kepentingannya di Laut China Selatan.
Kehadiran anggota serta aset negara di barisan hadapan bukan sekadar simbol, tetapi manifestasi komitmen berterusan untuk memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.
Kedaulatan tidak dipertahankan melalui kenyataan semata-mata, tetapi melalui kehadiran yang berterusan, kesiapsiagaan yang tinggi dan kesungguhan mempertahankan tanah air.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#tldm
#hanruh
#pulaulayanglayangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Setiap lawatan ke kem dan pangkalan ATM memberi peluang kepada saya melihat sendiri keadaan kehidupan anggota serta mendengar pandangan mereka secara langsung.
Saya merakamkan penghargaan atas kesetiaan dan pengorbanan seluruh warga ATM dalam memastikan negara terus aman, selamat dan berdaulat.
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya terletak pada aset dan keupayaan operasi, tetapi juga pada anggota yang berintegriti, berani, setia dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Sebab itu kesejahteraan anggota dan keluarga ATM akan terus menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan.
#khalednordinmindef #atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆: 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya mengadakan lawatan kerja ke Stesen LIMA TLDM di Pulau Layang-Layang bagi meninjau operasi sempadan maritim serta kesiapsiagaan anggota yang bertugas di barisan hadapan negara.
Pulau Layang-Layang merupakan kawasan strategik Malaysia di Laut China Selatan dan simbol komitmen berterusan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara. Bersama Stesen MIKE, UNIFORM, SIERRA dan PAPA, ia berperanan sebagai benteng hadapan pertahanan negara.
Saya turut meninjau kebajikan anggota yang berkhidmat jauh dari tanah besar. Bagi meningkatkan kesejahteraan mereka, RM300,000 diperuntukkan untuk menaik taraf fasiliti sukan dan rekreasi di stesen-stesen luar pantai.
Dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, keupayaan pemantauan negara terus diperkukuh melalui aset radar dan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu ANKA bagi meningkatkan kesedaran domain maritim.
Pulau Layang-Layang akan terus menjadi simbol kehadiran dan kedaulatan Malaysia di Laut China Selatan. Kedaulatan dipertahankan melalui kehadiran berterusan, pengurusan berkesan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
#khalednordinmindef #malaysiamadani #tldm #hanruh #pulaulayanglayang -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua anggota terbabit serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
#khalednordinmindef
#atm
#tdm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan di SK Johor Kampong, Kota Tinggi yang melibatkan pelaksanaan tiga projek penambahbaikan kemudahan awam di daerah ini dengan peruntukan berjumlah RM158,000.
Pelaksanaan projek oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mencerminkan peranan aktif Angkatan Tentera Malaysia dalam menyantuni keperluan masyarakat melalui pendekatan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Usaha sebegini bukan sahaja membantu meningkatkan kemudahan komuniti, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kerjasama antara rakyat dengan institusi pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programjiwamurniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐉𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍, 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒
Setelah selesai lawatan kerja di Kem Segamat, saya berkesempatan singgah di Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk bertemu kepimpinan kem dan pegawai-pegawai pasukan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kesempatan ini dimanfaatkan untuk bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai kesiapsiagaan pasukan dan aspek kesejahteraan warga ATM.
Terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti yang terus dicurahkan dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
Mengakhiri lawatan kerja ke Kem Segamat dengan bertemu warga kem. Lawatan ke kem seperti ini sentiasa menjadi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, cabaran dan keperluan anggota, selain meninjau keadaan kehidupan warga kem serta keluarga mereka.
Dalam majlis ini, saya turut menyampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada anggota dan ahli keluarga warga ATM yang menghidap penyakit kronik, OKU serta yang memerlukan bantuan.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga ATM atas kesetiaan, pengorbanan dan komitmen dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara.
Kesiapsiagaan pertahanan bukan hanya bergantung kepada aset dan keupayaan operasi, tetapi juga kepada anggota yang memiliki nilai integriti, keberanian, kesetiaan dan semangat setiakawan yang tinggi.
Atas sebab itu, Kementerian Pertahanan melihat kesejahteraan anggota dan keluarga sebagai satu tanggungjawab moral. Pelbagai program intervensi terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan warga ATM sentiasa terpelihara.
Antaranya termasuk Program Work-Based Learning (WBL), peluang pekerjaan dan peralihan kerjaya bagi anggota yang bakal bersara, penambahbaikan perumahan, pendidikan anak-anak warga ATM serta usaha membantu menangani kos sara hidup.
Dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, ATM perlu terus mengekalkan tahap profesionalisme, kesiapsiagaan dan perpaduan yang tinggi. Angkatan yang bersatu dan berkeupayaan merupakan satu “credible deterrence” bagi mempertahankan keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐄-𝟒 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐋𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀, 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
Meneruskan siri lawatan kerja ke kem dan pangkalan tentera di seluruh negara dengan lawatan ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD), Kem Segamat.
Lawatan dimulakan dengan menerima taklimat mengenai peranan dan kesiapsiagaan pasukan serta pembangunan Kem Segamat yang dilaksanakan secara berfasa sejak tahun 2017.
Pembangunan Kem Segamat dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembinaan bangunan teknikal dan Kompleks Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), dengan Fasa 2 siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Dengan siapnya pembangunan ini, Kem Segamat kini menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi menyokong keperluan operasi, latihan dan kesejahteraan warga pasukan serta keluarga mereka.
Kementerian Pertahanan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan anggota sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Majlis Perasmian Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Johor Kampong, Kota Tinggi, Johor pada 13 Jun 2026 sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#programjiwamurnimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kenyataan Media Kementerian Pertahanan susulan kejadian 2 anggota MALBATT 850-13 cedera ringan dalam insiden serangan udara di Lubnan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#malbatt85013 -
MINDEF Malaysia reposted
AFG Embassy Malaysia
@EmbAfgMalaysia
په کوالالمپور کې د ا.ا.ا. د سفارت سرپرست ښاغلي نقیب الله احمدي د مالیزیا د دفاع وزارت د سکرتر جنرال له مرستیال ښاغلي داتوک محمد یاني سره وکتل.
په دې کتنه کې د دواړو هېوادونو ترمنځ د اړیکو پر پیاوړتیا، ظرفیت لوړونې او تخنیکي همکاریو پر پراختیا خبرې وشوې.
دواړو لورو د متقابلو گټو پر بنسټ د همکاریو د لاپراختیا هیله څرگنده کړه. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sepanjang perkhidmatan, pelbagai pengalaman dan cabaran telah membentuk perjalanan profesional PW II Ts. Arman Safian bin Abdullah. Saksikan perkongsian inspirasi beliau dalam episod #mindefhero kali ini.
#mindefupdate
#mindefmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Norway's apology over axed missile deal raised more questions, says Khaled Nordin www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/31/norway039s-apol…
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia rebukes Norway over cancelled missile deal; calls out global ‘hypocrisy’ on war crimes
www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-rebukes-norway… -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Bagi PW II Ts. Arman Safian bin Abdullah, kejayaan bukan sekadar tentang kepakaran yang dimiliki, tetapi juga keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan serta kesediaan untuk terus menimba ilmu sepanjang perkhidmatan.
Nantikan episod #mindefhero yang seterusnya.✨ -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐇𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Mengadakan pertemuan buat julung kalinya dengan TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen, Menteri Pertahanan Thailand di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan yang baharu serta menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama rapat dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand.
Sebagai negara jiran, kedua-dua negara berkongsi kepentingan yang melangkaui aspek keselamatan semata-mata, termasuk kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pertemuan turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin, termasuk melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) serta penerokaan bidang kerjasama baharu yang berpotensi untuk dibangunkan bersama.
Perbincangan juga menyentuh kerjasama keselamatan sempadan menerusi General Border Committee (GBC), potensi kerjasama industri pertahanan serta kepentingan komunikasi yang berterusan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN terus terpelihara.
Malaysia sentiasa mengharapkan Thailand yang aman dan makmur kerana kestabilan kedua-dua negara saling berkait rapat dan menyumbang kepada kemajuan rantau ini secara keseluruhan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan pelbagai aspek kerjasama pertahanan Malaysia-Perancis termasuk pembangunan keupayaan, industri pertahanan, keselamatan maritim serta perkembangan semasa di Indo-Pasifik.
Turut dibincangkan cadangan penyelesaian bagi memenuhi keperluan surface-to-surface missile (SSM) TLDM susulan pembatalan eksport oleh Norway yang memberi kesan kepada pembangunan keupayaan Littoral Combat Ship (LCS) negara.
Kami juga bertukar pandangan mengenai kepentingan kebebasan pelayaran, keselamatan laluan perdagangan maritim serta usaha memastikan rantau Indo-Pasifik terus aman, stabil dan terbuka. Perancis turut menegaskan komitmennya untuk terus memainkan peranan yang lebih aktif di rantau ini.
Malaysia dan Perancis komited untuk meneruskan hubungan pertahanan yang erat serta meneroka peluang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐍𝐄𝐖 𝐙𝐄𝐀𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐏𝐃𝐀
Berkesempatan mengadakan pertemuan bersama TYT Chris Penk, Menteri Pertahanan New Zealand, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-New Zealand, termasuk kerjasama dalam kerangka Five Power Defence Arrangements (FPDA), latihan ketenteraan, diplomasi pertahanan serta perkembangan keselamatan serantau.
Kami turut bertukar pandangan mengenai keperluan membangunkan industri pertahanan yang lebih berdaya tahan, memanfaatkan teknologi baharu dan inovasi, serta mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan luar bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Turut dibincangkan ialah cabaran keselamatan global semasa, termasuk kesan konflik di Asia Barat terhadap ekonomi dan bekalan tenaga dunia. Malaysia menegaskan kepentingan usaha berterusan untuk meredakan konflik dan mengekalkan keamanan demi kestabilan sejagat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
ASEAN Defence Ministers Push For Greater Military Cooperation At Shangri-La Dialogue www.bernama.com/en/world/news.php?id=2563037
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐈𝐓𝐀𝐋𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Guido Crosetto, Menteri Pertahanan Itali, sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Itali, termasuk perkembangan beberapa instrumen kerjasama yang sedang diusahakan termasuk dalam perolehan pertahanan secara kerajaan-ke-kerajaan (G2G), pembangunan industri pertahanan dan pembangunan kapasiti.
Itali menyifatkan Malaysia sebagai rakan strategik yang penting di rantau Indo-Pasifik. Beliau menegaskan pendekatan yang melihat Malaysia “not merely as a customer, but as a partner”, termasuk dalam aspek pemindahan teknologi, “offset” dan pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta kepentingan memastikan Indo-Pasifik terus kekal aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐆𝐔𝐈𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈𝐏𝐋𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄𝐒 (𝐆𝐔𝐈𝐃𝐄)
Menghadiri pelancaran Guiding Principles for Underwater Infrastructure Defence Exchanges (GUIDE) bersama wakil daripada 16 negara lain di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
GUIDE merupakan satu kerangka prinsip bersama yang membuka ruang kerjasama lebih erat antara negara-negara peserta dalam usaha memperkukuh keselamatan infrastruktur bawah laut kritikal yang semakin penting kepada hubungan komunikasi, perdagangan dan kestabilan global.
Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuh kerjasama pertahanan serta menangani cabaran keselamatan yang merentasi rantau dan sempadan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Ministerstvo obrany
@ObranaTweetuje
Prvním z bilaterálních jednání ministra obrany 🇨🇿 Jaromíra Zůny v rámci bezpečnostního summitu IISS Shangri-La Dialogue 2026 bylo setkání s malajsijským 🇲🇾 protějškem Mohamedem Khaledem Nordinem.
Obě strany během jednání potvrdily zájem o posílení vzájemných vztahů, které by chtěly v budoucnu stvrdit v Praze podpisem memoranda o porozumění. Ministři probrali také možnosti obranně-průmyslové spolupráce mezi zeměmi, především pak potenciální nákup českých produktů z oblasti protivzdušné obrany, ručních palných zbraní a munice malajsijskou stranou. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Berpeluang mengadakan pertemuan buat pertama kali dengan TYT K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta cabaran semasa yang semakin kompleks dan merentas sempadan.
Sebagai negara berjiran yang berkongsi hubungan rapat dan saling berkait, Malaysia dan Singapura perlu terus bekerjasama rapat dalam aspek keselamatan demi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐄𝐌𝐁𝐑𝐀𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Mr. Bosco da Costa Junior, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Embraer telah berkongsi keupayaan dan teknologi yang ditawarkan syarikat itu dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan, termasuk potensi yang boleh diteroka bersama Malaysia pada masa hadapan.
Dalam pertemuan ini, saya menegaskan bahawa sebarang pertimbangan akan berpandukan keperluan perkhidmatan, kepentingan negara serta manfaat kepada industri pertahanan tempatan.
Turut ditekankan kepentingan pemindahan teknologi, pembangunan keupayaan, latihan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO), serta peluang penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
Terima kasih kepada Embraer atas penyertaan dalam DSA dan NATSEC Asia 2026 yang lalu. Semoga hubungan yang terjalin terus membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐂𝐙𝐄𝐂𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Jaromir Zůna, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Republik Czech sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara dua negara, termasuk peluang usaha sama, pemindahan teknologi, pembangunan kapasiti serta penglibatan industri tempatan dalam rantaian bekalan pertahanan.
Kami turut meneroka potensi kerjasama dalam bidang radar, munisi, sistem tanpa pemandu (UAV) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), selaras dengan aspirasi Malaysia untuk terus memperkukuh keupayaan dan ekosistem industri pertahanan negara.
Dalam pertemuan ini, saya turut menekankan kepentingan jaminan rantaian bekalan yang stabil dan boleh dipercayai bagi memastikan kepentingan pertahanan negara sentiasa terpelihara.
Republik Czech turut menyambut baik pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dan melihat Malaysia sebagai rakan strategik serta hab berpotensi bagi pengembangan industri pertahanan mereka di rantau Asia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Bloomberg
@business
Malaysia will not rush to increase its defense budget despite US pressure for partners to become more self-reliant, Defense Minister Mohamed Khaled Nordin said www.bloomberg.com/news/articles/2026-05-30/malaysia-won-t…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓
Berkesempatan mengadakan pertemuan bersama TYT Chan Chun Sing, Menteri Pertahanan Republik Singapura, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Sebagai negara berjiran dan anggota ASEAN, pertemuan ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, kepentingan ASEAN Centrality serta usaha memastikan rantau ini terus aman dan stabil.
Kami turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Singapura, termasuk dalam bidang industri pertahanan, di samping mempererat kerjasama menerusi pelbagai platform bilateral serta multilateral seperti ASEAN dan FPDA.
Tahniah diucapkan kepada Singapura atas penganjuran Shangri-La Dialogue 2026 yang terus menjadi platform penting menghimpunkan pemimpin pertahanan, pembuat dasar dan pakar keselamatan dari seluruh dunia untuk bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan semasa.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang ditemu bual Bloomberg sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Perbincangan merangkumi pelbagai isu keselamatan serantau dan global termasuk kepentingan ASEAN Centrality, kebebasan pelayaran di Selat Melaka serta cabaran keselamatan yang semakin kompleks dalam persekitaran geopolitik semasa.
Turut dikongsikan usaha Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanan melalui pendekatan peperangan asimetri, termasuk pembangunan dron, sistem tanpa pemandu dan teknologi pertahanan baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Dalam masa yang sama, pembangunan industri pertahanan tempatan, pemindahan teknologi serta pengukuhan keupayaan dalam negara terus menjadi antara keutamaan dalam memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkat secara mampan.
Terima kasih Bloomberg atas ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan Malaysia mengenai isu-isu keselamatan serantau dan global.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐎𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓
Menghadiri pembukaan Shangri-La Dialogue 2026 serta menyaksikan Sesi Plenari Pertama bertajuk United States’ Strategy for Peace in the Indo-Pacific yang disampaikan oleh TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat.
Antara yang diketengahkan ialah kepentingan memperkukuh keupayaan pertahanan, meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara rakan dan sekutu serta memastikan keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik terus terpelihara.
Beliau turut menekankan pendekatan “peace through strength” serta kepentingan “burden sharing” yang lebih seimbang dalam kalangan negara-negara rakan dan sekutu.
Malaysia turut diiktiraf atas kepimpinan negara dalam menggerakkan pasukan pemerhati ASEAN ke sempadan Thailand-Kemboja, selain peranan Malaysia dan ASEAN dalam menyokong usaha keamanan, meredakan ketegangan serta memelihara kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒’ 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐅𝐀𝐒𝐓
Memulakan hari kedua Shangri-La Dialogue 2026 dengan menghadiri ASEAN Defence Leaders’ Breakfast bersama pemimpin pertahanan dari negara-negara ASEAN.
Sesi ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, cabaran geopolitik semasa serta usaha memperkukuh kerjasama pertahanan demi keamanan dan kestabilan rantau.
Dalam suasana geopolitik yang semakin mencabar, ASEAN perlu terus memperkukuh kerjasama dan mengekalkan ASEAN Centrality sebagai asas dalam membentuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐑𝐈-𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀
Shangri-La Dialogue 2026 secara rasminya bermula.
Ucaptama disampaikan oleh Presiden Vietnam, TYT Tô Lâm, yang menekankan kepentingan memperkukuh kepercayaan strategik serta mengurus persaingan antara negara secara bertanggungjawab.
Beliau turut menegaskan kepentingan ASEAN Centrality, pematuhan kepada undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982, kebebasan pelayaran serta kerjasama serantau yang lebih erat dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan Asia Pasifik.
Persaingan mungkin tidak dapat dielakkan, namun keamanan dan kestabilan serantau mesti terus dipelihara melalui dialog, kepercayaan dan kerjasama yang konstruktif.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Leads Malaysian Delegation At IISS Shangri-La Dialogue 2026 www.bernama.com/en/general/news.php?id=2562656
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Ketuai Delegasi Malaysia Pada Dialog Shangri-La IISS 2026 bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2562626
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐅𝐏𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Bersama rakan-rakan negara anggota FPDA dari United Kingdom, New Zealand, Singapore dan Australia di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, FPDA terus menjadi antara kerjasama pertahanan serantau yang paling lama bertahan dan kekal relevan.
Hubungan yang terjalin melalui platform ini telah memperkukuh persefahaman, membina keyakinan serta mengeratkan kerjasama antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan semasa.
Semoga semangat kerjasama yang telah dibina sejak lebih lima dekad lalu terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al Thani, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Pertemuan ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Malaysia turut menzahirkan solidariti terhadap Qatar susulan serangan yang menyasarkan negara itu, serta mendoakan agar Qatar dan rakyatnya terus berada dalam keadaan selamat.
Semoga konflik yang berlaku dapat berakhir segera demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rantau ini.
Malaysia dan Qatar menikmati hubungan persahabatan yang baik dan erat, termasuk dalam bidang pertahanan, yang terus diperkukuh demi kepentingan bersama.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐂𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama TYT Kevin Brosseau, Senior Associate Deputy Minister of National Defence, Canada sempena IISS Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Canada, termasuk cadangan mewujudkan kerjasama pertahanan secara lebih formal melalui pemeteraian dokumen kerjasama antara kedua-dua negara.
Walaupun kerjasama pertahanan telah lama terjalin, hubungan tersebut ketika ini tidak berasaskan kepada sebarang perjanjian formal.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar satu dokumen kerjasama pertahanan diwujudkan bagi memperkukuh hubungan sedia ada dan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
Canada menyambut baik cadangan tersebut dan bersetuju untuk memulakan proses penyediaan dokumen yang diperlukan ke arah merealisasikan hasrat berkenaan.
Semoga usaha ini menjadi asas kepada hubungan pertahanan Malaysia-Canada yang lebih kukuh dan membawa kerjasama kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐂𝐔𝐀𝐋𝐈, 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀
Mengadakan pertemuan dengan TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat, pada sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat meliputi kerjasama maritim, pembangunan kapasiti, operasi pengaman dan pembangunan industri pertahanan.
Turut dibincangkan peluang penyertaan Malaysia dalam Partnership for Indo-Pacific Industrial Resilience (PIPIR) serta usaha menyokong agenda pemodenan pertahanan negara.
Malaysia menghargai hubungan baik dengan Amerika Syarikat, di samping terus berpegang kepada dasar berkecuali dan berkawan dengan semua negara. Neutrality is not a zero-sum game. We are friends to all.
Saya turut membangkitkan isu pembatalan eksport Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway serta mendapatkan pandangan Amerika Syarikat mengenai penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Amerika Syarikat memberi jaminan untuk meneliti perkara tersebut.
Amerika Syarikat turut menyatakan keterbukaan untuk memperluas kerjasama dalam bidang kesedaran domain maritim dan udara, termasuk sokongan terhadap keperluan operasi dan aset sedia ada ATM.
Amerika Syarikat turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Malaysia dalam usaha keamanan serantau, khususnya berkaitan konflik Thailand–Kemboja, serta komitmen negara itu dalam menyokong keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 – 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Malaysia dan Australia sememangnya berkongsi hubungan pertahanan yang rapat dan saling mempercayai sejak sekian lama.
Saya mengucapkan tahniah kepada Australia atas pelaksanaan National Defence Strategy 2026 (NDS 2026) dan Integrated Investment Program 2026 (IIP 2026) sebagai langkah penting dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanannya.
Antara perkara yang kami beri tumpuan ialah usaha memperkukuh kerjasama strategik melalui penubuhan Joint Planning Committee, memperluaskan perkongsian maklumat, serta persiapan menjelang mesyuarat High Level Committee (HLC) Malaysia-Australia dan Five Power Defence Arrangements (FPDA) yang akan datang.
Kami juga menyentuh soal pembangunan industri pertahanan, pengukuhan kesiapsiagaan negara menerusi pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan semasa termasuk di Laut China Selatan dan Asia Barat.
Menyentuh situasi di Asia Barat, saya menegaskan bahawa semua negara mempunyai peranan untuk menggesa pihak-pihak yang terlibat menghentikan peperangan dan mengurangkan ketegangan demi keamanan serta kestabilan serantau dan global.
Dalam dunia yang semakin mencabar, kerjasama erat antara negara sahabat seperti Malaysia dan Australia amat penting bagi memastikan rantau Indo-Pasifik terus aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ba’alwie sempena berada di Singapura.
Alhamdulillah, turut berkesempatan bertemu dan bertegur sapa dengan rakan-rakan yang berada di sini.
Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Terima kasih atas keramahan dan layanan yang begitu baik.
Pertemuan seperti ini sentiasa mengeratkan ukhuwah dan mengingatkan kita bahawa persaudaraan itu merentasi sempadan.
Semoga silaturrahim yang terjalin terus berkekalan dan kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐑𝐈-𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔
Berada di Singapura bagi menghadiri International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2026 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026.
Sempat berkunjung ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan menghadiri sesi pre-council menjelang Shangri-La Dialogue 2026.
Terima kasih kepada TYT Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, serta seluruh warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia atas sambutan baik.
Pada sela-sela dialog ini, saya dijadualkan untuk beberapa pertemuan bilateral bersama rakan sejawat dan kepimpinan pertahanan dari Australia, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Republik Czech, Itali, Perancis, New Zealand, Thailand, Norway dan United Kingdom.
Selain pertemuan bilateral, saya turut dijadualkan menghadiri sesi multilateral bersama Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Five Power Defence Arrangements (FPDA), di samping mengadakan pertemuan bersama pihak Embraer Defence and Security.
Pada Ahad ini, saya akan menyampaikan ucapan dalam Sixth Plenary Session bertajuk “Managing Regional Tensions Amid Global Competition”.
Semoga penyertaan Malaysia dalam Shangri-La Dialogue 2026 terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan menyumbang kepada keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga media yang sentiasa komited dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berintegriti dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#hawana2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
“Saya berdiri teguh bersama ATM dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera negara dalam apa jua keadaan."
#awaninews #awanipagi
www.astroawani.com/berita-malaysia/atm-ada-ruang-kuasa-la… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran, Penamaan Kapal Misi Pesisir Batch 2 TLDM bernama.com/bm/am/news.php?id=2560968
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat bergambar bersama ahli keluarga Tim Projek TLDM pada sela-sela Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama LMS Batch 2 di Istanbul Shipyard, Türkiye.
Tim Projek TLDM berada di Republik Türkiye sepanjang tempoh pembinaan kapal ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Ahli keluarga inilah antara tulang belakang kepada warga TLDM yang terus memberi sokongan dari dekat dan jauh, dan hari ini dapat sama-sama menyaksikan upacara bersejarah ini.
Terima kasih atas usaha semua.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐌𝐒 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐑𝐌𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐋𝐃𝐌
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2, Tentera Laut Diraja Malaysia di Istanbul Shipyard, Türkiye.
Kapal pertama ini dinamakan 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥, sebagai penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, putera keempat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Almarhum dikenang kerana keberanian, ketabahan dan semangat juang yang menginspirasikan negara melalui ungkapan “𝐅𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥”; satu legasi yang turut mencerminkan etos Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kapal ini turut memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Türkiye sebagai kerjasama G2G pertama dalam perolehan kapal perang TLDM. Malaysia menghargai Türkiye sebagai rakan dipercayai, dengan harapan kerjasama ini terus berkembang dalam pemindahan teknologi, pertukaran pengetahuan dan bidang pertahanan yang lebih luas.
Berteraskan reka bentuk ADA-class di bawah Program MILGEM Türkiye, kapal-kapal ini akan memperkukuh keupayaan pertahanan maritim Malaysia, menyokong Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM, dan dijangka diserahkan menjelang akhir tahun 2027.
Semoga kapal Tunku Laksamana Abdul Jalil menjadi simbol keberanian, ketabahan dan keazaman dalam memperkukuh kedaulatan maritim negara serta menyumbang kepada keamanan sejagat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Istanbul, Republik Türkiye bagi lawatan khas.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Al-Haj ibni Sultan Ibrahim; Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim; dan Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.
Dalam lawatan khas ini, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) pertama di Istanbul Shipyard, Türkiye.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Türkiye, HAVELSAN.
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya mengenali lebih dekat produk, teknologi dan inovasi HAVELSAN, khususnya dalam Combat Management System (CMS), sistem simulasi, AI serta ‘decision support’ bagi operasi ketenteraan moden. HAVELSAN kini membekalkan CMS bagi LMS Batch Kedua.
Pembentangan turut menyentuh kerjasama pertahanan strategik yang akan diujudkan bersama Boustead Holdings Berhad. Satu kerjasama yang akan melonjakkan usaha menjayakan dasar industri pertahanan negara yang mencerminkan hubungan pertahanan Malaysia-Türkiye yang mendalam. Kerjasama ini juga selari dengan usaha MINDEF memperkukuh penyelesaian tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada produk luar serta membuka ruang penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Saya percaya hubungan Malaysia dan Türkiye yang berasaskan kepercayaan serta keikhlasan akan terus diterjemahkan melalui kerjasama industri pertahanan yang lebih strategik. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, lawatan kerja di Istanbul, Republik Türkiye memberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia.
Satu pengalaman yang cukup bermakna di sebuah tempat yang sarat dengan sejarah, peradaban dan nilai spiritual.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐋
Semasa lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya mengadakan pertemuan dengan pihak Otokar, sebuah syarikat utama Türkiye dalam bidang pertahanan yang menghasilkan kenderaan berperisai dan platform mobiliti ketenteraan.
Otokar mempunyai kerjasama dengan Boustead Holdings Berhad dalam salah satu Projek Pertahanan Nasional di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), iaitu pembangunan keupayaan pemasangan dan pembuatan platform casis beroda.
Pertemuan hari ini turut menyentuh kerjasama antara Otokar dan Boustead Holdings Berhad yang diperkukuh semasa DSA 2026 di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian usaha Otokar memperluas kehadirannya di rantau Asia-Pasifik.
Kerjasama ini berpotensi membuka ruang lebih luas dalam pembangunan keupayaan industri pertahanan, termasuk aspek penyelenggaraan, pemasangan, pemindahan teknologi dan pembangunan ekosistem sokongan di Malaysia.
Ia bukan sekadar hubungan komersial, tetapi tentang membina hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan, kesinambungan dan kepentingan bersama, sekali gus menyokong agenda “self-reliance” negara serta memperkukuh industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya mengadakan pertemuan dengan delegasi Desan Shipyard, sebuah syarikat perkapalan Türkiye, yang diketuai oleh Mr. Cenk İsmail Kaptanoğlu, Pengerusi Lembaga Pengarah Desan Shipyard.
Desan Shipyard mempunyai kepakaran dalam pembinaan, pembaikan, pengubahsuaian dan naik taraf kapal mengikut piawaian global.
Pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama untuk meningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia, khususnya dalam pembinaan kapal, sokongan teknikal, penyelenggaraan, pembangunan vendor dan rantaian bekalan.
Di Malaysia, Desan Shipyard turut terlibat dalam kerjasama strategik pembangunan Enrique of Malacca Shipyard di Melaka, selain sedang membina kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), susulan kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan bahawa dalam apa jua bentuk perolehan strategik, tumpuan tidak hanya terhad kepada pemerolehan aset, tetapi turut dimanfaatkan untuk membina keupayaan dan memperkukuh industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Republik Türkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Mr. Tolga Çelik, Timbalan Pengurus Besar MKE, semasa lawatan kerja di Istanbul.
Baru-baru ini semasa DSA 2026 di Kuala Lumpur, MKE turut memeterai perjanjian berkaitan pembangunan fasiliti di Melaka bagi memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui pengeluaran komponen, pemasangan dan pemindahan teknologi.
Pertemuan hari ini turut membincangkan potensi Malaysia sebagai hab sokongan pertahanan serantau, selain kerjasama strategik jangka panjang, pemindahan teknologi dan perkongsian industri pertahanan antara kedua-dua negara.
Bagi Malaysia, sebarang kerjasama mesti memberi nilai tambah melalui projek usaha sama, peningkatan komponen tempatan dan pemindahan teknologi yang membolehkan syarikat Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama lebih kukuh antara Malaysia dan Türkiye, sekali gus menyokong pembangunan industri pertahanan negara yang lebih berdaya saing, berdikari dan menuju ke arah “self-reliance”.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐓𝐓𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐇𝐈𝐏: 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐈𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇𝐈
Projek Littoral Combat Ship (LCS) adalah projek strategik negara yang sangat penting untuk keselamatan dan pertahanan Malaysia.
Setakat April 2026, kemajuan pembinaan kapal berada pada tahap memuaskan dengan LCS 1 mencapai 84.30%, LCS 2 sebanyak 79.48%, LCS 3 sebanyak 71.22%, LCS 4 sebanyak 60.52% dan LCS 5 sebanyak 49.71%.
Jadual penyerahan kapal kekal seperti dirancang iaitu LCS 1 pada Disember 2026, diikuti LCS 2 pada Ogos 2027, LCS 3 pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.
Semoga projek ini terus berjalan lancar demi memperkukuh kesiapsiagaan TLDM serta keselamatan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#lcsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, selamat tiba di Istanbul, Republik Türkiye bagi memulakan lawatan kerja di sini.
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Encik Ahmad Amiri Abu Bakar serta Atase Pertahanan Malaysia ke Republik Türkiye, Kolonel Sazili Ghazali.
Lawatan kerja ini turut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Republik Türkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara Malaysia dan Türkiye, termasuk penglibatan syarikat tempatan.
Selain itu, saya juga akan menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang sedang dibina oleh STM, syarikat teknologi pertahanan dan kejuruteraan dari Republik Türkiye.
LMSB2 merupakan sebahagian daripada perolehan tiga kapal baharu TLDM bagi memperkukuh keupayaan operasi maritim negara. Projek ini bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada hujung tahun 2027.
Diharapkan lawatan kerja ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara dan kesiagaan ATM.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#mutakhir KEMENTAH memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan inisiatif komuniti dan kebajikan menerusi PJM di seluruh negara tahun ini.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359247/pjm-bawa-senyuman -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
RM 6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 57 projek fasa pertama di 8 buah negeri -Program Jiwa Murni (PJM) MADANI
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Melibatkan kerja-kerja pembaikan masjid dan surau, dewan serta balai raya, sekolah, infrastruktur awam, kawasan perkuburan dan fasiliti sukan.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PJM MADANI merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dan
ATM dalam memperkukuh hubungan tentera bersama rakyat melalui pelaksanaan projek komuniti yang memberi
manfaat secara langsung kepada masyarakat. -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu untuk memperkasa graduan muda terutama anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) mendapat pengalaman pekerjaan sebenar di syarikat terkemuka bagi membentuk profesional yang berketerampilan tinggi.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PROWIRA RTW Graduan merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dilaksanakan oleh Yayasan LTAT bertujuan memperkasa graduan muda khususnya anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) mendapat pengalaman pekerjaan sebenar di syarikat-syarikat terpilih.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Seramai 154 graduan dalam
pelbagai bidang ditempatkan selama 12 bulan di 23 syarikat yang terdiri daripada
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
serta sektor swasta.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Peserta program turut menerima bimbingan mentor serta pembangunan
kemahiran profesional yang komprehensif bagi melahirkan graduan yang
berkemahiran, berpengalaman dan berdaya saing, di samping merapatkan jurang
antara dunia akademik dan alam pekerjaan. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Tribune
@Msia_Tribune
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM7.2 juta bagi melaksanakan Program ProWira Ready To Work Graduate untuk membantu 300 graduan dalam kalangan anak anggota ATM mendapatkan pengalaman pekerjaan dan peluang kerjaya.
#malaysiatribuneThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
RM7.2 juta untuk Program ProWira, bantu 300 graduan anak tentera raih pekerjaan
malaysiagazette.com/2026/05/14/rm7-2-juta-untuk-program-p… -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Kementerian Pertahanan memperuntuk sebanyak RM7.2 juta bagi melaksanakan Program ProWira Ready To Work Graduate bagi memberi peluang kepada 300 graduan dalam kalangan anak warga ATM jalani latihan pekerjaan bersama syarikat terpilih - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#malaysiagazette -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Dengan penuh penghargaan, warga Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan kasih sayang ibu yang tidak ternilai.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Saksikan perkongsian penuh bermakna daripada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2026 yang bakal bersara tidak lama lagi. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#apcmindef2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
10,511 warga MINDEF terima anugerah khidmat cemerlang
#bhnasional Pengiktirafan bukti kerajaan sentiasa hargai dedikasi dan komitmen warga pertahanan
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1544790/10511-… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
APA KATA MEREKA? ✨
🎥 Saksikan perkongsian dan reaksi para penerima anugerah yang penuh inspirasi sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2026. 🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#apcmindef2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan PSA Patriotik PLKN 3.0 yang menampilkan perjalanan penuh makna dalam membentuk generasi berdaya tahan dan berwawasan.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm
#plkn3.0This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN MEDIA MENTERI PERTAHANAN
KES KOMANDO DI MERSING: MINDEF TEGAS PASTIKAN SIASATAN TELUS
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan serta berpeluang diwawancara oleh Utusan Malaysia di Wisma Pertahanan. Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian pandangan mengenai pelbagai isu semasa dan strategik melibatkan cabaran keselamatan global.
Antara yang disentuh termasuk transformasi peperangan moden, pemerkasaan keupayaan ATM, pembangunan teknologi pertahanan, pengukuhan industri tempatan serta usaha memastikan kedaulatan negara.
Turut dibincangkan perkembangan politik semasa serta masa depan UMNO menjelang ulang tahun ke-80 parti.
Media memainkan peranan penting dalam membantu menyampaikan kefahaman yang tepat kepada rakyat mengenai cabaran keselamatan semasa, kepentingan pertahanan yang kukuh, kesiapsiagaan negara serta pembangunan keupayaan masa hadapan.
Terima kasih Utusan Malaysia atas kunjungan dan kesudian mengadakan sesi wawancara pada hari ini.
#khalednordinmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Royal Malaysian Navy
@tldm_rasmi
Navy Run is back, bigger and better!
📍 Lokasi: Dataran DBKL
📅 Tarikh: 2 OGOS 2026 (Ahad)
🏃♂ Kategori: 7 KM Fun Run
💰 Fee: RM 48.00
Pendaftaran:
🔗 lekas.onpay.my/order/form/navyrun26 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Four days. One global stage. Endless impact.
DSA & NATSEC 2026 once again reinforced its position as a key platform for advancing defence collaboration.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#roadtodsa2026
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Free Malaysia Today
@fmtoday
Mindef perkukuh kedudukan industri pertahanan menerusi DSA, NATSEC Asia 2026
#beritafmtThis media couldn't be displayed. See it on the original post.
Free Malaysia Today
@fmtoday
#beritafmt Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata program itu bukan sekadar pameran sebaliknya transformasi industri pertahanan negara ke peringkat global.
Artikel Penuh: www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/0… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
A huge thank you to all our media friends, local and international.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Kementerian Pertahanan telah memeterai 24 instrumen strategik bernilai RM3.542 bilion, merangkumi kontrak perolehan, surat niat dan program kolaborasi industri pada 22 April 2026.
Langkah ini dijangka memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.
#bernamanews
#infografikbernama
#dsa #natsecasia
@MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Across four impactful days, DSA & NATSEC 2026 served as a global platform for strengthening alliances and advancing future-ready defence strategies.
Here’s a look back at the moments that mattered.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#roadtodsa2026
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysiakini (BM)
@mkini_bm
[Pengumuman] DSA 2026: 48,347 penyertaan perkukuh kehadiran Malaysia dalam industri pertahanan serantau.
Program bertaraf global itu melibatkan 1,456 syarikat dari 63 negara, 37 pavilion antarabangsa serta dibanjiri ribuan pelawat perdagangan dari pelbagai sektor pertahanan tempatan dan dunia.
Bacaan Lanjut : www.malaysiakini.com/announcement/773542 -
MINDEF Malaysia reposted
malaysiakini.com
@malaysiakini
[Announcement] DSA 2026 draws 48,347 participants, strengthening Malaysia’s regional defence presence.
The globally renowned program involved 1,456 companies from 63 countries, 37 international pavilions as well as attended by thousands of trade visitors from various local and world defence sectors.
Read more : www.malaysiakini.com/announcement/773537 -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation The Defence Services Asia (DSA) and National Security (Natsec) Asia 2026 exhibition has become a key platform for the transfer of knowledge and technology in the defence sector, as Malaysia pushes to strengthen its local industry capabilities.
www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1424913/defence-servic… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
6 keutamaan strategik perkukuh pertahanan digital negara
#bhnasional Langkah pertahan kedaulatan melalui strategi dan teknologi, bukan hanya kekuatan tentera
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1537575/6-keut… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Voices united. Signatures sealed. Strength carried forward.
DSA NATSEC 2026 closes with momentum with local innovators and global partners shaping one shared future.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#roadtodsa2026
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
When the world comes together, opportunities take shape.
Real conversations. Real partnerships. Real outcomes.
Hear from global industry players on how DSA & NATSEC 2026 is enabling connections that matter for the nation.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
When the world comes together, opportunities take shape.
Real conversations. Real partnerships. Real outcomes.
Hear from global industry players on how DSA & NATSEC 2026 is enabling connections that matter for the nation.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Apa kata veteran sempena pameran DSA & NATSEC Asia 2026?
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Konsep future soldier turut ditampilkan dalam pameran DSA & NATSEC Asia 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
DSA & NATSEC 2026 stands as a catalyst for defence growth.
MINDEF empowers local exhibitors to grow, connect, and position Malaysia as a leading hub for defence and innovation.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#roadtodsa2026
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Road to LIMA 2027 bermula.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan pembukaan DSA & NATSEC Asia 2026, menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh ekosistem pertahanan dan keselamatan di peringkat serantau dan global.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
The Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, today officiated the Defence Services Asia (DSA) & National Security (NATSEC) Asia 2026 Opening Ceremony at the Malaysia
International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
“Apa tema DSA & NATSEC ASIA tahun ni?”
Jawapan dia… dalam video ni.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
"Situasi di Hormuz tidak berlaku di laluan strategik lain. Realiti geopolitik dan cabaran rantau ini berbeza daripada keadaan Iran. Malaysia akan memastikan Selat Melaka tetap stabil."
_Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
"Negara-negara pesisir Selat Melaka menjunjung prinsip PBB dan komited terhadap kestabilan serantau, keselamatan maritim, serta kelancaran perdagangan dan pelayaran antarabangsa."
_Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
"Walaupun dunia berdepan krisis tenaga, DSA & NATSEC Asia 2026 menarik 1,456 syarikat dari 63 negara membuktikan Malaysia sebagai platform pertahanan & keselamatan neutral."
_Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
1 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
From tomorrow until Thursday, Malaysia welcomes exhibitors, delegates and distinguished guests from across the world to the 19th Defence Services Asia (DSA) Exhibition & Conference and the 4th International Exhibition on National Security for Asia (NATSEC Asia) 2026 at MITEC, Kuala Lumpur.
DSA & NATSEC Asia 2026 is not merely an exhibition showcasing the latest and most advanced defence and security technologies from around the world, but also a strategic platform that serves as a neutral space for nations to strengthen ties through defence diplomacy and constructive engagement.
It also features high-level forums that bring together governments, industry leaders and defence communities to advance cooperation and shared security priorities, while creating opportunities for local industry players to elevate their capabilities through partnerships, innovation and global market exposure.
I warmly welcome all attendees and wish our esteemed guests fruitful engagements and a pleasant stay throughout DSA & NATSEC Asia 2026.
#dsa2026
#natsecasia2026
#dsaandnatsecasia2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA dan NATSEC Asia 2026 himpun 1,456 syarikat dari 63 negara www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535521/dsa-da…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA dan NATSEC 2026 kekal platform neutral buat negara terlibat - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/04/19/dsa-dan-natsec-2026-kekal-pla…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC ASIA 2026: Malaysia teguh platform neutral, teknologi jadi teras pertahanan masa depan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA 2026: Malaysia Perkukuh Pertahanan Berasaskan Teknologi Moden | The Rakyat insight therakyatinsight.com/dsa-2026-malaysia-perkukuh-pertahana…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia akan pastikan situasi Selat Hormuz tak berulang di Selat Melaka - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535513/malays…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Holding DSA 2026 amid global challenges reflects the expo's strength, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/19/holding-dsa-202…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Iran tarik diri sertai DSA 2026, konflik Asia Barat jejas logistik dan penyertaan - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535515/iran-t…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PRESS WALKABOUT DSA & NATSEC ASIA 2026
Meninjau persiapan akhir menjelang pembukaan rasmi pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
Penganjuran kali ini menghimpunkan 1,456 syarikat dari 63 negara termasuk 368 syarikat tempatan serta 37 pavilion antarabangsa. Antara pavilion terbesar ialah China, Türkiye, AS, Itali, India dan UAE, manakala penyertaan baharu melibatkan Croatia, Finland, Hungary, Japan dan Russia.
Semoga penganjuran DSA & NATSEC Asia 2026 pada 20 hingga 23 April ini berjalan lancar serta terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform neutral yang diyakini dunia bagi sektor pertahanan dan keselamatan.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang bertemu Pak Jusuf Kalla, mantan Wakil Presiden Republik Indonesia dari tahun 2004-2009 dan 2014-2019. Masih lagi cergas dan tajam pemikiran dan bertukar fikiran dan pandangan mengenai konflik dunia dan cabaran serantau #khalednordinmindef
-
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
#bernamaglobal : Pameran DSA, NATSEC bukti kekuatan diplomasi pertahanan Malaysia
#digitalbernamatv #pertahanan #dsa #natsecThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PLATFORM NEUTRAL MALAYSIA HIMPUNKAN DUNIA DI DSA & NATSEC ASIA 2026
Membuat tinjauan akhir sempena pameran Defence Services Asia (DSA) & National Security Asia (NATSEC) Asia 2026 menjelang pembukaannya esok hingga Khamis di MITEC, Kuala Lumpur.
Walaupun dunia ketika ini berdepan pelbagai cabaran geopolitik dan konflik semasa, penganjuran kali ini tetap berjaya menghimpunkan 1,456 syarikat dari 63 negara, termasuk pavilion besar dari China, Türkiye, AS, Itali, India dan UAE, selain penyertaan pavilion baharu oleh Croatia, Finland, Hungary, Japan dan Russia.
Ia membuktikan keyakinan tinggi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia yang menyediakan platform neutral bertaraf dunia bagi sektor pertahanan dan keselamatan, serta menghimpunkan teknologi pertahanan terkini dan termaju dari seluruh dunia.
Dengan tema “Enhancing Capabilities and Resilience Through Technology”, pameran ini menegaskan kepentingan teknologi moden dalam memperkukuh pertahanan dan keselamatan masa hadapan.
Sebanyak 368 syarikat tempatan turut mengambil bahagian, selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang diperkenalkan awal tahun ini bagi memperkasa industri tempatan serta meningkatkan kandungan tempatan dalam perolehan pertahanan.
Turut diperkenalkan segmen baharu seperti CDIM Pavilion, CBRNE Arena, Firearms & Tactical Gear, DSA & NATSEC Asia Lab serta Business-to-Business MOUs @ Centre Stage yang membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik dan urus niaga industri.
Penganjuran ini turut diperkukuh melalui Putrajaya Forum dan UPNM Forum, selain menjadi platform penting diplomasi pertahanan dan jaringan kerjasama antarabangsa.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
🎥 Saksikan video sorotan sesi Media Walkabout DSA & NATSEC Asia 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Sesi Media Walkabout oleh Menteri Pertahanan bersempena DSA & NATSEC Asia 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin hari ini menyempurnakan sesi Media Walkabout bagi meninjau persiapan akhir DSA 2026 dan NATSEC 2026 di MITEC Kuala Lumpur.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
The Media Center is the heartbeat of DSA & NATSEC Asia 2026.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
2 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Persiapan rapi sempena DSA & NATSEC 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindefThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
3 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semua anggota MALBATT 850-13 di selatan Lubnan dalam keadaan selamat - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1534862/semua-…
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kenyataan Media Menteri Pertahanan berkenaan Perkembangan Gencatan Senjata di Lubnan dan Status MALBATT 850-13.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#malbatt85013 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
4 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Nantikan sebentar lagi penampilan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan “DSA & NATSEC ASIA 2026: MEMPERKASA KEUPAYAAN PERTAHANAN NEGARA”.
📅 16 April 2026
⏰ 8:30 pagi -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
5 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Kementerian Komunikasi
@komunikasi_gov
Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel:
🌾 Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan
✅ RM160 ➡️ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
6 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
AKPS lantik 220 Veteran ATM secara kontrak mulai Januari 2026
#bhnasional Guna model yang diguna pakai PERHILITAN sejak hampir empat tahun lalu.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1468279/akps-l… -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
48 veteran ATM dilantik Malaysia Border Guard, perkasa penugasan AKPS awasi pintu sempadan
#bhnasional Mereka yang akan ditempatkan di KLIA, Pelabuhan Klang dan Ibu Pejabat AKPS adalah sebahagian daripada 220 veteran yang akan membantu memperkasa AKPS
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1533224/48-vet… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Sebanyak 48 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipilih sebagai kumpulan pertama Pengawal Sempadan Malaysia (MBG) di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Berita penuh : www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2544443
#videobernama
#bernamanews
@saifnasution
@MarkasATMThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Sebanyak 48 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipilih sebagai kumpulan pertama Pengawal Sempadan Malaysia (MBG) di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
#awaninews
#awani745
www.astroawani.com/berita-malaysia/48-veteran-atm-dipilih… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Sebanyak 48 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipilih sebagai kumpulan pertama Pengawal Sempadan Malaysia (MBG) di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Berita penuh :
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2544443This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
7 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Saksikan video highlight Lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Kuching, Sarawak pada 9 April 2026
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
8 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Nampaknya rundingan Iran dengan USA di Islamabad gagal mencapai apa2 persetujuan. Dunia akan hadapi keadaan masa hadapan yang tidak menentu. Adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia dengan segala kemungkinan? Adakah kita bangsa yang kuat dan berketahanan.
It appears that negotiations between Iran and the USA in Islamabad have failed to reach any agreement. The world is set to face an uncertain future. Are we, as Malaysians, ready for all possibilities? Are we a strong and resilient nation? -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
9 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Malaysia akan memohon penilaian semula penugasan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan konflik Israel-Huzbullah yang semakin ketika ini.- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#malaysiagazette #malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan – Khaled
malaysiagazette.com/2026/04/11/malaysia-harap-pbb-timbang… -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin
MALBATT merupakan pasukan pengaman yang tidak mempunyai kelengkapan persenjataan sesuai untuk keadaan peperangan, sebaliknya mereka kini pihak terkesan dalam situasi semasa - Khaled Nordin
www.sinarharian.com.my/article/775263/berita/nasional/ges…
#sinarharian #beritaterkini #pbb #malbatt -
MINDEF Malaysia reposted
Berita RTM
@beritartm
SERANGAN BERTERUSAN ISRAEL DI LUBNAN: MALAYSIA MAHU MALBATT DIKELUARKAN SEGERA
'Yang sahih di RTM'
#rtm #beritartm #malaysiamadani #taatsetia #bersamamalaysiaku #rancakkanmadani #madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Khaled Pastikan Keadilan Ditegak Buat Prebet Amirul Raziq #mgflash
Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan berkompromi susulan kematian Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi.
#malaysiagazette #mindef #atm -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Prebet Amirul Raziq Parah Dipukul Dalam Kem Meninggal Dunia #mgflash
Selepas dua minggu dirawat akibat parah dipukul dalam Kem Tentera Batalion 25 RAMD, di Bentong, Pahang, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, meninggal dunia.
#malaysiagazette #atm #prebetamirulraziqThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
Kes Prebet Amirul Raziq Diklasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh #mgflash
Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes membabitkan Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24 tahun, sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#malaysiagazette #prebetamirulraziqThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
"The Malaysian Army urges all parties to respect the family's privacy in this difficult time and to not make any speculations that could disrupt the investigation process."
www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/11/army-private-mu… -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
Walaupun anaknya tidak memberi sebarang tindak balas, dia yakin Muhammad Amirul akan terus kuat kerana anaknya itu seorang yang kuat semangat.
www.hmetro.com.my/utama/2026/04/1342716/terus-kuat-nak-bi… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia tunggu keputusan PBB bawa balik 600 anggota UNIFIL - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/04/11/malaysia-tunggu-keputusan-pbb…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence minister says no tolerance for misconduct after soldier dies from Bentong incident injuries | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/04/11/defence-minist…
-
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk menilai semula penempatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan perubahan situasi keselamatan di kawasan operasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebelum ini menghantar pasukan menyertai misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) yang berperanan sebagai pengantara antara pihak yang bertelagah.
Artikel: www.sinarharian.com.my/article/775263/berita/nasional/ges…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#sinarharian #beritasemasa #malbatt #pbb #lubnanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PEMBANGUNAN RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN ANGGOTA ATM
Lawatan kerja diteruskan dengan meninjau dua projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sarawak, melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Skuadron 330 serta Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Muara Tuang.
Di Skn 330 TUDM, projek bernilai RM79 juta ini merangkumi pembinaan 126 unit kediaman pelbagai kelas lengkap dengan kemudahan sokongan seperti tadika, rumah BAKAT dan kedai keluarga. Projek ini dijangka siap pada Mei 2027.
Di Kem Muara Tuang pula, projek RKAT bernilai RM116 juta yang bermula pada Mei 2023 kini berada pada tahap pelaksanaan yang baik dan dijangka siap pada Mei 2026.
Kediaman yang selesa membolehkan anggota memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas, sekali gus memperkukuh keberkesanan operasi.
Kedua-dua projek ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan anggota dan keluarga sebagai asas kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan akan terus memantau rapi pelaksanaan kedua-dua projek ini bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan, seterusnya memberi manfaat terbaik kepada warga ATM di lapangan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima berita sedih atas pemergian Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saya berkesempatan bersama dengan Allahyarham semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya juga menghargai sumbangan Allahyarham selaku Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semasa saya Menteri Pendidikan Tinggi.
Sepanjang perkenalan tersebut, Allahyarham saya kenali sebagai seorang yang tenang dalam pendekatan, teliti dalam melaksanakan tanggungjawab, serta mempunyai peribadi yang mudah disenangi. Allahyarham bukan sahaja seorang penjawat awam yang berintegriti dan berwibawa, malah seorang yang berjiwa mesra, kelakar dan sering menceriakan suasana dengan jenaka yang bersahaja.
Di sebalik ketenangan wataknya, Allahyarham mempunyai keupayaan pertimbangan dasar yang sangat baik. Beliau mampu melihat sesuatu isu daripada pelbagai sudut, sama ada dari aspek politik, kepentingan rakyat, kefahaman terhadap sistem perkhidmatan awam, mahupun daripada perspektif kepentingan negara secara keseluruhan.
Sumbangan dan jasa beliau kepada negara akan sentiasa dikenang. Saya merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insya-Allah.
#khalednordinmindef -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sarawak serta seluruh wilayah negara mempunyai kepentingan strategik dari sudut keselamatan, pertahanan dan kedaulatan yang mesti sentiasa dipelihara.
Negara menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kepercayaan rakyat terhadap tentera mesti terus dipelihara melalui disiplin yang tinggi, integriti yang tidak berkompromi, kesetiaan yang utuh serta komitmen terhadap kecemerlangan.
Kesiagaan bukan hanya pada aset, tetapi juga pada anggota. Setiap anggota perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta menjadi contoh kepada masyarakat dalam setiap keadaan.
Kerajaan komited memastikan kebajikan anggota dan keluarga terus diberi keutamaan, termasuk penyediaan perumahan yang selesa, di samping memperkukuh kolaborasi antara perkhidmatan bagi memastikan keupayaan ATM lebih tersusun, responsif dan bersepadu.
Semoga ATM terus berwibawa, diyakini rakyat dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
SinarHarian
@SinarOnline
Tiada kompromi salah laku kes kematian Prebet Muhammad Amirul Raziq
MINDEF akan memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya bagi semua pihak terbabit. - Mohamed Khaled
#sinarharian #beritaterkini #mindef #keskematian #prebet
www.sinarharian.com.my/article/775298/berita/semasa/tiada… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
MINDEF tidak kompromi insiden kematian anggota tentera darat
bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2543740
#bernamanews #tentera #kematian @MINDEFMalaysia -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
MINDEF tak kompromi, polis jamin siasatan kes dilengkapkan secepat mungkin
#bhnasional Sebarang bentuk keganasan, salah laku atau pelanggaran disiplin tidak mencerminkan nilai, integriti serta profesionalisme yang dijunjung ATM - Khaled Nordin
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1532341/mindef… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian Prebet Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi, anggota Tentera Darat Malaysia susulan insiden di Bentong, Pahang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Kementerian Pertahanan memandang serius insiden ini. Sebarang bentuk keganasan, salah laku atau pelanggaran disiplin tidak mencerminkan nilai, integriti serta profesionalisme yang dijunjung oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Kes ini kini dalam proses perundangan dan akan ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah mengikut lunas undang-undang.
Kementerian akan memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya, serta mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia memperkukuh disiplin dan integriti pasukan melalui tindakan tegas, agar kejadian seumpama ini tidak berulang.
#khalednordinmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
10 hari lagi menuju Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026!
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsecasia2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembangunan Kompleks Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Di Kem Batu Kawa Perkasa Kesiagaan Dan Keselamatan Malaysia🇲🇾
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan meninjau kemajuan projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kota Samarahan dan Kem Muara Tuang yang menjadi antara inisiatif penting dalam memperkasa kemudahan perumahan warga ATM dan keluarga mereka.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Keprihatinan terhadap Warga Kerja Pertahanan terus menjadi keutamaan. Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota dan waris, khususnya pesakit kronik serta golongan istimewa dalam lawatannya ke Kuching, Sarawak.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Prioritises Welfare, Future Of Malaysian Armed Forces Personnel | Sarawak Tribune www.sarawaktribune.com/mindef-prioritises-welfare-future-…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan imbang kekuatan ATM Wilayah Timur dan Barat, bina MAWILLA 4 di Kuching www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1343692/kerajaan-imban…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKASA KEUPAYAAN PENGAWASAN RUANG UDARA NEGARA
Lawatan kerja ke Kuching, Sarawak diteruskan dengan lawatan ke Skuadron 330 TUDM CRC2, Kota Samarahan bagi meninjau sendiri pengoperasian serta kesiapsiagaan pasukan di lapangan.
Saya menerima taklimat yang menyentuh peranan strategik Skn 330 dalam memastikan pengawasan yang menyeluruh terhadap ruang udara negara, termasuk keupayaan pengesanan awal ancaman serta soal cabaran operasi semasa.
Keupayaan ini penting bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan lebih awal, seterusnya menjamin keselamatan dan kedaulatan, khususnya di timur tanah air.
Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuh pertahanan udara negara, termasuk melalui perolehan serta pengoperasian aset baharu, agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam mendepani cabaran keselamatan di rantau ini.
Saya turut berkesempatan bertemu warga di sini serta menyampaikan sumbangan Yayasan LTAT kepada 20 penerima sebagai sokongan kepada anggota dan keluarga yang memerlukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKUKUH PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR TD
Memulakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak dengan meninjau projek pembangunan Kompleks Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kem Batu Kawa (Fasa 1).
Projek bernilai kira-kira RM39.9 juta ini telah bermula pada Julai 2024, kini mencapai kira-kira 60% kemajuan mengikut jadual, dan dijangka siap pada Januari 2027.
Saya telah diberikan taklimat mengenai kemajuan serta peranan strategik kompleks ini dalam menyokong kesiapsiagaan pertahanan negara.
Kompleks ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi memperkukuh keupayaan pemerintahan melalui kemudahan markas, penginapan anggota, dewan makan serta fasiliti sokongan yang lengkap.
Dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks, keupayaan yang tersusun dan responsif amat penting bagi memastikan Tentera Darat Malaysia sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.
Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan dan terus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF sentiasa memikirkan pelbagai cara membawa kesejahteraan kepada anggota ATM dan keluarga mereka
-
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Simpanan Pendidikan MADANI masa depan anak anggota ATM
#bhrencana Pendekatan bersifat intervensi awal amat penting bagi memastikan kebajikan keluarga ATM, khususnya dalam aspek pendidikan anak sentiasa diberikan keutamaan
www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2026/04/1529887/simp… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program MADANI Rakyat 2026 melabuhkan tirainya hari ini🔥🇲🇾
Terima kasih atas sokongan dan kehadiran anda sepanjang tiga hari ini, khususnya di reruai MINDEF dan ATM. Semoga semangat MADANI terus mekar dalam kebersamaan kita ✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#pmrmindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SAVE THE DATE
Bersedia untuk menyaksikan penglibatan pemain industri tempatan dan luar negara dalam satu platform - DSA & NATSEC 2026.
____________
Get ready to witness the latest in defense innovation involving global leaders in one prestigious platform - DSA & NATSEC 2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program MADANI Rakyat 2026 diteruskan dengan penuh kemeriahan pada hari kedua di Bulatan Sultan Azlan Shah 🇲🇾
Jangan lepaskan peluang kerana esok merupakan hari terakhir. Rasai sendiri kemuncak kemeriahan Program MADANI Rakyat.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#pmrmindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program MADANI Rakyat 2026 membuka tirainya dengan meriah di Bulatan Azlan Shah, Meru , Perak.🔥🇲🇾
Ayuh tunggu apa lagi, jom ke Program Madani Rakyat esok!✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#pmrmindef2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Defence Services Asia (DSA) & NATSEC Asia 2026 KEMBALI LAGI!
Ikuti MINDEF untuk menyaksikan apa yang bakal dipersembahkan di DSA.
📅 20 – 23 April 2026
📍 MITEC, Kuala Lumpur
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsanatsec2026
#roadtodsa2026
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Datang dulu, baru tahu best dia 🔥
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jumpa esok ye kome!
#pmrmindef2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MASUK TENTERA SPM, KELUAR TENTERA DIPLOMA
Menerima taklimat berkenaan program Work-Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan bagi perancangan tahun 2026 di Wisma Pertahanan hari ini.
Inisiatif ini membolehkan pengalaman dan kemahiran anggota sepanjang perkhidmatan diterjemahkan terus kepada pensijilan yang diiktiraf tanpa perlu melalui laluan pembelajaran konvensional serta tanpa menjejaskan tugas semasa.
Realitinya, majoriti anggota menamatkan perkhidmatan sekitar umur 40 tahun. Jika dibandingkan dengan had persaraan di luar yang mencecah umur 60 tahun, mereka masih mempunyai kira-kira 20 tahun lagi untuk terus bekerja dan membina kehidupan baharu.
Sebab itu, persediaan awal melalui pengiktirafan pengalaman ini amat penting supaya mereka tidak perlu mengulangi dari peringkat asas seperti SPM, tetapi terus keluar dengan kelayakan yang diiktiraf yang mencerminkan pengalaman sebenar sepanjang perkhidmatan.
Tahun lalu, program ini dilaksanakan dengan peruntukan RM3 juta melibatkan kerjasama dengan institusi seperti UPNM dan UiTM. Bagi tahun 2026, pelaksanaannya diperluas dengan sasaran hampir 1,300 peserta merangkumi diploma dan sijil profesional dengan anggaran peruntukan sekitar RM8.5 juta.
Inilah perubahan pendekatan yang kita bawa daripada kebajikan semata-mata kepada pengupayaan yang lebih menyeluruh, supaya anggota mempunyai kehidupan yang lebih baik selepas persaraan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wbl
#workbasedlearning -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar lawatan kerja ke Pangkalan Udara Labuan, barisan hadapan pertahanan negara di timur tanah air.
Meninjau kesiapsiagaan aset dan operasi, serta menyantuni anggota yang terus berkhidmat demi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MALBATT 850-13 Personnel Movement In South Lebanon Suspended, Security Tightened - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/general/news.php?id=2539344
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎬 TRAILER DSA 2026
Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC 2026 kembali menghimpunkan pemain industri pertahanan global dan tempatan dengan inovasi terkini serta kerjasama strategik yang lebih kukuh.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#roadtodsa2026
#diplomasipertahanan
#dipnmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) 2026
Penganjuran DSA 2026 terus memainkan peranan penting sebagai platform diplomasi pertahanan yang memperkukuh hubungan strategik antara negara, memupuk kepercayaan serta membuka ruang kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan global. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - JanaVeteran Project Strengthens Income, Role Of MAF Veterans - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/general/news.php?id=2538488
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF UBAH PENDEKATAN: DARIPADA KEBAJIKAN SEMATA-MATA KEPADA PENGUPAYAAN VETERAN SECARA MENYELURUH
Hari ini saya menyempurnakan Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad (BPlant) di Telok Sengat, Kota Tinggi, termasuk pelaksanaan projek tanaman Halia KayTi sebagai inisiatif awal memperkasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
JanaVeteran bukan sekadar melalui BPlant di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), tetapi merangkumi pelbagai inisiatif yang digerakkan secara bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih menyeluruh.
Pendekatan terhadap veteran ATM kini telah berubah secara drastik. Fokus tidak lagi kepada bantuan bersifat sementara atau “one-off” semata-mata, sebaliknya kepada pendekatan yang lebih proaktif, holistik dan berorientasikan jangka masa panjang dengan membangunkan ekosistem sokongan yang menyeluruh dan kukuh.
Apa maknanya kepada veteran ATM?
Ia bermaksud memastikan mereka berupaya berdikari, menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih terjamin, termasuk melalui peluang seperti projek ini di mana peserta berpotensi memperoleh sekitar RM3,000 sebulan dengan jaminan hasil tanaman dibeli oleh BPlant.
BPlant di bawah LTAT mempunyai puluhan estet di seluruh negara, dengan sebahagian daripadanya boleh dimanfaatkan untuk tanaman “cash crop” seperti Halia KayTi, sekali gus membuka peluang ekonomi yang mampan kepada veteran.
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat, usaha ini dilaksanakan secara berterusan, bukan bersifat sementara. Ini bukan usaha bersifat “touch and go” dan bukan sekadar asal ada. Ini adalah permulaan kepada usaha berterusan yang akan menentukan masa depan veteran kita serta menyumbang kepada keterjaminan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#janaveteran -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Measures in place to safeguard Malbatt personnel in Lebanon, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/28/measures-in-pla…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Letupan di selatan Lubnan: Keputusan operasi MALBATT tertakluk mandat UNIFIL - Sinar Harian www.sinarharian.com.my/article/773231/berita/nasional/let…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Projek rintis JanaVeteran perkasa keupayaan veteran ATM, kurangkan kebergantungan bantuan - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/28/projek-rintis-janaveteran-per…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef to focus on economic empowerment instead of welfare aid for military vets, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/28/mindef-to-focus…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
JanaVeteran pacu keterjaminan makanan, bela nasib bekas perajurit www.utusan.com.my/nasional/2026/03/janaveteran-pacu-keter…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tiada anggota Malbatt 850-13 cedera - Mohamed Khaled - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/25/tiada-anggota-malbatt-850-13-…
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗘𝗟𝗘𝗠𝗘𝗡 & 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧 𝟴𝟱𝟬-𝟭𝟯
Walau beribu kilometer dari tanah air, semangat Aidilfitri tetap mekar di hati.
Credit to: MALBATT 850-13
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#malbatt85013This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menjadi Kuartermaster Udara bukanlah tugasan yang mudah. Di sebalik kejayaan sesebuah misi, terserlah tanggungjawab besar dalam memastikan setiap perincian seperti pengiraan kargo dan keselamatan penerbangan perlu diurus dengan teliti. Ketelitian, disiplin dan kepakaran teknikal
This media couldn't be displayed. See it on the original post.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
menjadi teras dalam menjamin kelancaran operasi serta keselamatan pesawat.
Bersama MINDEFHero dalam episod kali ini, PW U I Tc. Wahiyudin bin Wahid berkongsi pengalaman beliau dalam menggalas tanggungjawab sebagai
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
- Kuartermaster Udara, serta menyampaikan kata-kata semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi kerjaya ini.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm
#heromindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menjadi Kuartermaster Udara bukan tugas mudah. Di sebalik setiap misi berjaya, terserlah tanggungjawab besar dalam memastikan setiap perincian daripada pengiraan kargo hingga keselamatan penerbangan diurus dengan teliti.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ketelitian, disiplin dan kepakaran teknikal menjadi teras dalam menjamin kelancaran operasi serta keselamatan pesawat.
Dalam episod MINDEFHero kali ini, Pegawai Waran (U) Tc. Wahiyudin bin Wahid berkongsi pengalaman serta peranan penting beliau dalam memastikan setiap misi TUDM
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
- dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm
#heromindef -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#mutakhir Mereka turut menyumbangkan sebanyak 200 kotak rezeki berbentuk makanan asas kepada golongan asnaf di kawasan Permas Jaya bagi meringankan beban serta memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1333995/mindef-bhpetro… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DIVIDEN LTAT 5.35% TERTINGGI DALAM TEMPOH 8 TAHUN
Alhamdulillah pada Ramadan ke-22, saya menghadiri Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Kewangan 2025.
Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, LTAT masih mencatat prestasi yang baik sehingga membolehkan kadar dividen 5.35% bagi tahun 2025, tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
Pertama, LTAT mencatat pendapatan pelaburan RM749.5 juta dengan keuntungan boleh diagihkan RM541.5 juta, manakala dana rizab meningkat daripada RM1 bilion kepada RM1.3 bilion, sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan LTAT demi kepentingan para pencarum warga ATM.
Kedua, LTAT terus memperkukuh portfolio pelaburan secara berhemah. Prestasi Pharmaniaga Berhad turut menunjukkan perkembangan positif apabila mencatat lapan suku berturut-turut keuntungan, sekali gus meletakkannya pada landasan terbaik untuk keluar daripada status PN17 dalam tempoh terdekat.
Ketiga, LTAT memperkenalkan Pelan Halatuju Strategik 2026–2030 (GEMPUR30) bagi memacu prestasi pelaburan serta menyokong pengukuhan industri pertahanan negara melalui Dasar Industri Pertahanan Negara.
Melalui Kumpulan Boustead, LTAT menyokong pembangunan industri pertahanan dan perumahan anggota ATM termasuk SASaR dan RKAT. Melalui Pharmaniaga, LTAT memperkukuh keupayaan industri farmaseutikal serta rantaian bekalan ubat-ubatan negara.
LTAT juga terus menyokong kebajikan warga ATM melalui pelbagai program dan inisiatif di kem-kem ATM dengan peruntukan melebihi RM1.5 juta sepanjang tahun 2025.
Pengumuman ini diharap membawa khabar gembira kepada para pencarum. Tahniah kepada LTAT atas pencapaian ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ltat
#demiwirakita
#gempur30 -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
LTAT umum dividen 5.35 peratus, tertinggi dalam tempoh 8 tahun
malaysiagazette.com/2026/03/12/ltat-umum-dividen-5-35-per… -
MINDEF Malaysia reposted
Kosmo! Online
@kosmo_online
Dividen LTAT 5.35 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
www.kosmo.com.my/2026/03/12/dividen-ltat-5-35-peratus-ter… -
MINDEF Malaysia reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus, melibatkan agihan RM524.74 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pencapaian itu mengukuhkan komitmen berterusan LTAT dalam memastikan kesejahteraan kewangan jangka panjang warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terpelihara. www.buletintv3.my/nasional/ltat-umum-dividen-5-35-peratus… -
MINDEF Malaysia reposted
Utusan Borneo
@utusanborneo
LTAT bukti kemampuan, agih dividen lebih baik di sebalik cabaran ekonomi global
www.utusanborneo.com.my/2026/03/12/ltat-bukti-kemampuan-a… -
MINDEF Malaysia reposted
Bernama Business
@BernamaBiz
📌LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun
📌LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta
📌Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024
#bernamabiz -
MINDEF Malaysia reposted
Business Times Malaysia
@MYBusinessTimes
[WATCH] Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) has declared a 5.35 per cent dividend for the financial year 2025, its highest payout in eight years.
Read more: www.nst.com.my/business/corporate/2026/03/1395363/ltat-de… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
LTAT umum dividen 5.35 peratus, agihan RM524.74 juta tertinggi dalam lapan tahun
#digitalbernamatv
#dividen
#ltat -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#bttv The Armed Forces Fund Board (LTAT), the pension fund for Malaysia's armed forces personnel, has declared a 5.35 per cent dividend for the financial year 2025 (FY25), its highest payout in eight years.
READ MORE : www.nst.com.my/business/corporate/2026/03/1395363/ltat-de…This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Bernama Business
@BernamaBiz
LTAT Sees Stable 5 Pct Dividend For FY2026 Backed By Stronger Reserves
#bernamabiz
bernamabiz.com/news.php?id=2533505 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah pada Ramadan ke-21, saya berpeluang bersama rakan-rakan media dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Majlis ini menjadi ruang untuk merapatkan hubungan serta menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada Kementerian Pertahanan dan ATM dalam membuat liputan berkenaan pertahanan negara.
Dalam kesempatan ini juga saya menyentuh mengenai perkembangan geopolitik dan konflik di beberapa rantau dunia yang menjadi peringatan kepada kita semua agar sentiasa bersiap siaga serta terus memperkukuh keupayaan keselamatan negara.
Dalam konteks ini, pertahanan negara tidak boleh hanya diletakkan di bahu Kementerian Pertahanan dan ATM semata-mata. Ia memerlukan sokongan seluruh rakyat melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS).
Media mempunyai peranan penting dalam menyemai semangat cinta kepada negara, memperkukuh jati diri bangsa, membina solidariti rakyat serta menangkis propaganda luar, di samping membantu meningkatkan moral anggota-anggota tentera yang mempertahankan negara.
Pada majlis ini juga saya berkesempatan melancarkan Program Cakna Autisme ATM Pharmaniaga Berhad, serta penyerahan sumbangan kepada untuk Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM).
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada aset dan kesiapsiagaan anggota, tetapi juga kepada kebajikan warga tentera dan keluarga mereka.
Terima kasih kepada rakan-rakan media atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Program Cakna Autisme ATM Bakal Manfaat Sehingga 800 Keluarga www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2533280
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF laksana Program Cakna Autisme ATM bantu keluarga anggota tentera - TVS www.tvsarawak.my/2026/03/11/mindef-laksana-program-cakna-…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media perkukuh pertahanan negara, bantu tangkis propaganda luar cuba gugat keharmonian - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1520051/media-…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media plays crucial role in fostering patriotism, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/11/media-plays-cru…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media 'ejen' semai semangat patriotisme, tangkis ancaman luar - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/11/media-ejen-semai-semangat-pat…
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
“Pemain-pemain industri pertahanan tempatan bergabung untuk menonjolkan keupayaan mereka”
Sorotan Program Temubual Apa Khabar Malaysia.
DSA & NATSEC 2026: Memperkasakan Keupayaan dan Daya Tahan Melalui Teknologi.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsa2026
#roadtodsa2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Program Temubual Apa Khabar Malaysia.
DSA & NATSEC 2026: Memperkasakan Keupayaan dan Daya Tahan Melalui Teknologi.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsa2026
#diplomasipertahanan
#roadtodsa2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan Public Service Announcement (PSA) Patriotik – PLKN 3.0, menampilkan temubual eksklusif bersama penuntut PLKN 3.0 yang berkongsi pandangan, pengalaman serta harapan mereka terhadap pelaksanaan program ini.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm
#plkn3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kenyataan Media | 4 Mac 2026
Kesemua anggota MALBATT 850-13 yang sedang melaksanakan misi di bawah panji United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di selatan Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat dan kekal siaga.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PENGGULUNGAN MENTERI PERTAHANAN
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke Atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PENGGULUNGAN MENTERI PERTAHANAN
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke Atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada di Dewan Negara bagi menggulung Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kementerian Pertahanan.
Dalam penggulungan ini, saya telah menyentuh tiga perkara utama yang berbangkit sepanjang perbahasan.
Pertama, berkaitan isu integriti Angkatan Tentera Malaysia. Kementerian komited membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa kompromi melalui reformasi menyeluruh melibatkan struktur, sistem dan budaya organisasi, termasuk rombakan Pelan Antirasuah, pelaksanaan Kod Etika serta kerjasama erat bersama SPRM.
Kedua, berhubung penambahbaikan sistem perolehan pertahanan agar lebih telus dan berakauntabiliti. Kerangka tadbir urus baharu dilaksanakan dengan mekanisme semak dan imbang rentas kementerian, pengetatan penilaian teknikal dan kewangan serta pengukuhan proses tender bagi memastikan setiap perbelanjaan memelihara kepentingan negara.
Ketiga, memperkasa Askar Wataniah sebagai Lapisan Pertahanan Kedua dan pengganda kekuatan ATM. Usaha ini meliputi peningkatan pengambilan anggota serta penubuhan Pasukan Pakar dalam bidang strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
Keutamaan Kerajaan MADANI dan Kementerian Pertahanan adalah meneruskan reformasi institusi, memperkukuh tadbir urus perolehan serta memperkasa kekuatan pertahanan supaya sistem pertahanan negara kekal berintegriti, berwibawa dan teguh mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
PENGGULUNGAN MENTERI PERTAHANAN
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke Atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan Program Temubual Apa Khabar Malaysia.
DSA & NATSEC 2026: Memperkasakan Keupayaan dan Daya Tahan Melalui Teknologi.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dsa2026
#diplomasipertahanan
#roadtodsa2026 -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
ATM tugaskan 6,000 anggota jaga keselamatan sempadan sepanjang masa
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2528891
#bernamanews -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.
Ikhlas daripada YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haritenteradaratke-93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.
Ikhlas daripada Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haritenteradaratke-93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.
Ikhlas daripada YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan Malaysia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haritenteradaratke-93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Dengan tema “Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat”.
Ikhlas daripada warga Kementerian Pertahanan Malaysia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#haritenteradaratke-93 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Rangkuman video sepanjang Majlis Berbuka Puasa YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, bersama warga kerja Kementerian Pertahanan yang berlangsung di Wisma Pertahanan ini memaparkan suasana kebersamaan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#ihyaramadanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan keenam disemarakkan melalui Program Ihya’ Ramadan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Pertahanan.
Pengisian ini menghidupkan penghayatan Ramadan, memperkukuh kebersamaan serta mengingatkan kepentingan kesiapsiagaan dan kesejahteraan warga pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selepas sesi perjumpaan khas bersama kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meneruskan pengisian Program Ihya’ Ramadan bagi menyemarakkan penghayatan bulan penuh kemuliaan ini.
Program diteruskan dengan Tazkirah Ramadan di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, yang disampaikan Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, menyentuh kepentingan memperkukuh iman, takwa dan akhlak.
YAB Perdana Menteri kemudiannya menunaikan Solat Zuhur bersama lebih 700 jemaah terdiri daripada anggota ATM serta kakitangan awam Kementerian sebelum YAB Perdana Menteri mengedarkan bubur lambuk kepada para jemaah sempena Ramadan.
Semoga Ramadan ini terus diimarahkan bersama. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Anwar open to releasing procurement funds for armed forces, says Khaled | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/24/anwa…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - PM Anwar Meets Armed Forces Leadership At Wisma Perwira www.bernama.com/en/general/news.php?id=2527055
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ketelusan perolehan, kesiapsiagaan ATM jadi keutamaan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Wisma Perwira ATM bersempena Program Ihya’ Ramadan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pertahanan.
Program dimulakan dengan perjumpaan khas YAB Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ruang pertukaran pandangan mengenai hala tuju sektor pertahanan negara.
Antaranya dalan soal memperteguh tadbir urus dan ketelusan perolehan, serta memastikan kesiapsiagaan ATM dalam menghadapi landskap geopolitik yang semakin dinamik.
Perbincangan turut menyentuh komitmen berterusan Kerajaan dan Kementerian Pertahanan dalam aspek kesejahteraan anggota, termasuklah berkait perumahan warga ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Kuantan dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.
Lawatan ini menjadi ruang untuk bertemu dan menyantuni anggota, di samping menzahirkan penghargaan atas komitmen serta pengorbanan warga TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari keempat Ramadan di Kuantan.
Meninjau RKAT Balok Perdana, menziarahi kediaman anggota TLDM di MAWILLA 1 serta melihat pelaksanaan Program Ekonomi MADANI melalui projek Cendawan Urban Farming BAKAT.
Kebajikan anggota dan pemerkasaan ekonomi keluarga ATM terus menjadi keutamaan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat
#programekonomimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Kuantan juga, saya berpeluang berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Tanjung Gelang, Kuantan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan untuk turun padang bertemu dan menyantuni anggota Angkatan Tentera Malaysia sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan, pengorbanan serta komitmen mereka dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Dalam kesempatan ini, sumbangan kebajikan daripada Yayasan LTAT turut disampaikan kepada penerima-penerima yang terdiri daripada anggota serta ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, OKU serta golongan asnaf sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kesejahteraan warga.
Ramadan mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bukan sahaja terletak pada keupayaan fizikal dan persenjataan, tetapi juga pada kekuatan iman, prinsip serta disiplin dalam melaksanakan amanah mempertahankan negara.
Kerajaan MADANI dan Kementerian memberi perhatian serius terhadap kesejahteraan anggota serta keluarga mereka, meliputi aspek perumahan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan warga ATM.
Semoga Ramadan ini memperkukuh semangat pengabdian, menyemai keikhlasan dalam perkhidmatan serta menjadikan kita semua lebih tabah dan berintegriti dalam mempertahankan tanah air.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selain menyantuni warga TLDM di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), saya turut meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI melalui projek Cendawan Urban Farming yang diusahakan oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di sini.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada anggota dan keluarga melalui pendekatan pertanian bandar yang inovatif dan mampan, malah telah mula membuahkan hasil nyata serta memberikan pulangan kepada peserta yang terlibat.
Usaha ini membuktikan bahawa inisiatif ekonomi komuniti dalam Angkatan Tentera Malaysia mampu diperkasa secara mampan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.
Kementerian Pertahanan akan terus memperluas dan memperkukuh inisiatif seumpama ini agar manfaatnya dapat dirasai lebih ramai anggota serta keluarga ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari keempat Ramadan, saya berada di Kuantan, Pahang bagi lawatan kerja.
Saya berkesempatan meninjau Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Balok Perdana yang menjadi kediaman anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Tanjung Gelang.
Berpeluang menziarahi kediaman anggota, bertanya khabar serta menyantuni mereka dan keluarga. Dalam kesempatan ini, sumbangan kebajikan daripada Yayasan LTAT turut disampaikan kepada anggota dan ahli keluarga yang mengalami sakit kronik sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga ATM, khususnya sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.
Kerajaan MADANI terus berusaha menambah baik penginapan warga ATM dan keluarga mereka. Tahun ini, RM70 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan naik taraf kediaman TLDM di seluruh negara, termasuk kira-kira RM4.31 juta bagi MAWILLA 1.
Kebajikan anggota dan keluarga mereka akan terus menjadi perhatian sebagai penghargaan atas khidmat dan pengorbanan kepada negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian mendiang Truper K. Indiran, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat kepada negara hingga ke akhir hayat beliau.
Mendiang merupakan anak kepada mendiang Lt Kol C. Kayamboo TUDM, yang terkorban ketika menjalankan tugas pada tahun 2016. Puan S. Usha, ibu kepada mendiang Indiran bersama keluarga, sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang telah mengabdikan khidmat kepada negara.
Pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang, tetapi dua insan tersayang kepada tanah air merupakan satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun.
Secara peribadi, saya menzahirkan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga mendiang serta memohon rakyat Malaysia agar terus mendoakan mereka supaya kekal cekal dan tabah menghadapi dugaan berat ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
Foto: Air Times News Network -
MINDEF Malaysia reposted
Royal Malaysian Navy
@tldm_rasmi
Pameran DSA & NATSEC Asia 2026 akan berlangsung pada 20 - 23 April ini, menghimpunkan pemain industri pertahanan dalam dan luar negara di MITEC, Kuala Lumpur.
Jumpa kami, warga Navy People di reruai TLDM bagi mendapatkan info dan perkembangan terkini berkaitan TLDM.
#dsa2026 -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
#pulaupinang Tengku Panglima Perang Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga kepada mendiang anggota tentera Truper K. Indiran
📸 Farhana Poniman | Bernama
#bernamanewsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#johorbahru Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K. Indiran, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1325073/kematian-trupe…
-
MINDEF Malaysia reposted
malaysiakini.com
@malaysiakini
Mum dismisses bullying claims in trooper son's training death www.malaysiakini.com/news/768557
-
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
[Berita] Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu - Mohamed Khaled
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2526098
#bernamanews
BERNAMA
@bernamadotcom
Tiada unsur penderaan dikesan berhubung kematian mendiang anggota tentera Truper K. Indiran - @KhaledNordin
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Kementerian Pertahanan Dan Kementerian Kewangan Bincang Pembekuan Dana ATM www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2524602
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin - Khaled | Awani www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-runding-pembeku…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef to set up more specialist regiments, boost reserve force numbers | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/16/mindef-to-set-u…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD (AW) di Dewan Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Menara Prasarana, Petaling Jaya.
Pasukan simpanan seperti Askar Wataniah merupakan komponen kritikal pertahanan negara. Negara tidak boleh hanya bergantung kepada anggota tetap semata-mata, tetapi juga memerlukan masyarakat yang memahami pertahanan dan bersedia tampil sebagai sukarelawan demi memastikan keamanan negara.
Inilah asas kepada pendekatan “Whole-of-Government and Whole-of-Society” (WoGoS) serta konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), iaitu usaha mempertahankan negara yang melibatkan semua, termasuk kerajaan, ATM, agensi berkaitan, industri dan rakyat.
Pasukan simpanan, termasuk Askar Wataniah, berperanan sebagai “force multiplier” ketika berdepan konflik berskala besar atau ancaman luar jangka. Justeru, Kerajaan akan terus memperkukuh pasukan simpanan selari matlamat nisbah 1:1, menuju matlamat pasukan simpanan yang setara dengan kekuatan kira-kira 140,000 anggota tetap ATM.
Pasukan simpanan juga akan terus diperkasa merentas pelbagai bidang kepakaran, termasuk dalam perubatan, teknologi maklumat, pelabuhan, air, telekomunikasi, jana kuasa elektrik serta komunikasi.
Skuadron yang diluncurkan hari ini berperanan dalam perlindungan, sokongan teknikal dan pemulihan infrastruktur rel bandar ketika kecemasan, krisis atau ancaman keselamatan termasuk bencana alam, sabotaj dan gangguan operasi berskala besar.
Ini memastikan kesinambungan operasi LRT, MRT dan Monorel sebagai infrastruktur kritikal negara demi pergerakan rakyat dan kelangsungan ekonomi.
Sehubungan itu, ekosistem menyeluruh akan terus dibangunkan, meliputi insentif, peraturan, undang-undang serta sokongan industri bagi memastikan matlamat memperkukuh pasukan simpanan negara dapat dijayakan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
Khaled said these sectors were identified as areas requiring expert participation to enhance national defence preparedness.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/16/mindef-to-set-u… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Exercise Desert Tiger Strengthens Malaysia-UAE Defence Cooperation www.bernama.com/en/news.php/?id=2524190
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Munich melalui Dubai. Gembira menaiki pesawat sama dengan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion ke7, Rejimen Renjer Di Raja yang baru sahaja menamatkan Eksesais DESERT TIGER Siri 8/26 di Ajman, Emiriah Arab Bersatu.
Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua 15 pegawai dan 86 anggota LLP TDM yang terlibat, atas komitmen, disiplin serta semangat tinggi sepanjang eksesais bilateral selama 13 hari ini.
Latihan ini memberi pendedahan langsung dalam pelaksanaan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) di persekitaran padang pasir, di samping menjadi platform pertukaran doktrin serta Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) bersama Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu.
Saya yakin pengalaman ini akan memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan anggota kita, selari dengan usaha memperkasa kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-UAE.
🇲🇾🤝🇦🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, TYT Mohamad Razdan Jamil, serta seluruh warga Kedutaan atas sambutan dan bantuan sepanjang lawatan kerja rasmi dua hari saya ke negara ini.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dalam memastikan setiap pengisian lawatan berjalan lancar.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa Munich Security Conference (MSC) 2026 juga, saya berpeluang mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat dari Singapura, TYT Chan Chun Sing.
Malaysia dan Singapura mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala, selari dengan usaha memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya di rantau ASEAN.
🇲🇾🤝🇸🇬
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sejurus pertemuan bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, TYT Boris Pistorius, kedua-dua pihak telah menyempurnakan pemeteraian Joint Declaration of Intent (JDOI) on Defence Cooperation antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Persekutuan Jerman.
Pemeteraian JDOI ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala, selari dengan komitmen bersama bagi memperluas ruang kolaborasi dalam sektor pertahanan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jerman atas kesediaan menjayakan pemeteraian ini, termasuk mengiktiraf peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkasa kerjasama di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia menghargai sokongan Jerman melalui Enable & Enhance (E&E) Initiative bernilai RM35 juta, bagi membantu meningkatkan keupayaan ketenteraan dan keselamatan.
Saya yakin, melalui JDOI ini, hubungan pertahanan Malaysia-Jerman akan terus diperkasakan melalui penglibatan yang lebih meluas, tersusun dan berterusan pada masa akan datang.
🇲🇾🤝🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sela-sela Munich Security Conference (MSC) 2026, saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, TYT Boris Pistorius.
Mesyuarat ini merupakan kesinambungan daripada pertemuan terdahulu semasa UN Peacekeeping Ministerial 2025 di Berlin, di samping memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Jerman serta bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau, khususnya di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia mengalu-alukan peranan aktif Jerman dalam Expert Working Group (EWG) ADMM-Plus, serta berharap kedua-dua negara dapat meneroka kerjasama baharu yang praktikal dan berimpak, termasuk dalam bidang teknologi pertahanan, AI, keselamatan siber dan keselamatan sempadan.
🇲🇾🤝🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich, Republik Persekutuan Jerman, untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari.
Sepanjang berada di Munich, saya akan menghadiri Munich Security Conference (MSC) 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Februari.
Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich telah disambut oleh TYT Mohamad Razdan bin Jamil, Duta Besar Malaysia ke Jerman.
🇲🇾🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎬 Tayangan Perdana “SURAT UNTUK BABAH”
Jom saksikan tayangan perdana “SURAT UNTUK BABAH” pada 13 Februari 2026 jam 2.30.petang bertempat di foyer MINDEF.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bertemu TYT Ahn Gyuback, Menteri Pertahanan Negara Republik Korea, di Riyadh yang sama-sama hadiri World Defence Show di sini.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi kali ini turut melakukan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi yang telah sempurna ditandatangani di sela-sela World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh.
Perjanjian ini dimeterai bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi, HRH Prince Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sebagai satu langkah penting untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia-Arab Saudi.
Melalui perjanjian ini, kedua-dua negara akan meneroka lebih banyak peluang kerjasama baharu merangkumi pengukuhan rangkaian ketenteraan, perkongsian maklumat dan analisis, serta kerjasama dalam bidang teknologi dan sains pertahanan, termasuk pembangunan industri pertahanan tempatan demi manfaat bersama.
Saya yakin termeterainya perjanjian ini akan memperkukuh lagi hubungan akrab sedia terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi. Ia turut membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dalam menyumbang penyelesaian terhadap isu-isu sejagat, khususnya yang melibatkan negara-negara Islam.
🇲🇾🤝🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wds2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Terserempak dengan Menteri Pertahanan Italy, The Rt. Hon. Guido Crosetto yang kebetulan duduk di hotel yang sama di Riyadh. Bertanya khabar dan kemajuan hubungan pertahanan Malaysia dan Italy. #khalednordinmindef
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - WDS 2026 Offers Insight Into Global Defence Technology - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/news.php?id=2521762
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
YB @KhaledNordin menghadiri World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh, yang bermula 8 hingga 12 Februari 2026.
Penganjuran edisi ketiga pameran ini, menghimpunkan delegasi rasmi, agensi kerajaan serta syarikat pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
WDS 2026 turut mencerminkan aspirasi Saudi Vision 2030 dalam membangunkan industri pertahanan nasional yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kandungan tempatan melebihi 50% daripada perbelanjaan ketenteraan, di samping memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
WDS 2026 turut memberi perspektif penting kepada Malaysia, khususnya ketika negara sedang mengorak langkah memperkukuh “self-reliance” menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Januari yang lalu.@KhaledNordin
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sela-sela World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh, saya berpeluang mengadakan pertemuan bersama Menteri Industri Pertahanan Republik Azerbaijan, TYT Vugar Mustafayev.
Pertemuan ini merupakan kali kedua selepas pertemuan pertama pada Julai tahun lalu semasa International Defence Industry Fair (IDEF) 2025 di Istanbul. Malaysia mengalu-alukan kerjasama pertahanan yang lebih erat antara Malaysia dan Azerbaijan.
Kedua-dua negara turut berkongsi persamaan dari segi aspirasi membangunkan industri pertahanan tempatan masing-masing, serta komitmen untuk memperkukuh keselamatan dan kestabilan.
🇲🇾🇦🇿
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wds2026
#worlddefenseshow2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Arab Saudi, saya berpeluang menghadiri World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh, yang bermula 8 hingga 12 Februari 2026.
Penganjuran edisi ketiga pameran ini, di bawah naungan HM King Salman bin Abdulaziz Al Saud dan dianjurkan oleh General Authority for Military Industries (GAMI), menghimpunkan delegasi rasmi, agensi kerajaan serta syarikat pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, bagi mempamerkan teknologi dan inovasi terkini.
WDS 2026 turut mencerminkan aspirasi Saudi Vision 2030 dalam membangunkan industri pertahanan nasional yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kandungan tempatan melebihi 50% daripada perbelanjaan ketenteraan, di samping memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
WDS 2026 turut memberi perspektif penting kepada Malaysia, khususnya ketika negara sedang mengorak langkah memperkukuh “self-reliance” menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Januari yang lalu.
Ruang dan peluang ini turut dimanfaatkan pemimpin-pemimpin pertahanan dunia untuk mengadakan pertemuan bagi memperkukuh kerjasama strategik.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#worlddefenseshow2026
#wds2026 -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima jemputan makan malam di kediaman Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, sempena lawatan kerja saya ke negara ini.
Setinggi-tinggi penghargaan atas layanan mesra serta kesudian TYT menerima kehadiran delegasi Kementerian Pertahanan.
Majlis turut disertai warga Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi, di samping menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sini.
Turut bersama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani bin Daud.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1506637/malays…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia to sign defence cooperation pact with Saudi Arabia | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/07/mala…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh awal pagi tadi bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi.
Ketibaan saya disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman dan Atasé Pertahanan Malaysia di Arab Saudi, Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.
Dalam lawatan ini, saya dijadualkan untuk pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi, HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud.
Insya-Allah, Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan dimeterai dalam lawatan ini, selain beberapa majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat industri pertahanan Malaysia.
Lawatan ini turut merangkumi kehadiran ke World Defense Show (WDS) 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 12 Februari 2026 di Riyadh.
🇲🇾🤝🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Apa Kata Mereka? | Temu bual bersama Nurazam bin Jamil, Pengurusi Masjid Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi, Johor.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
#programmadanirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) 2026 Kuala Lumpur
4 FEBRUARI 2026
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Apa Kata Mereka? | Temu bual bersama Cikgu Sahila binti Sulaiman, Guru Tabika Kemas Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi, Johor.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
#programmadanirakyatThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🎥 Apa Kata Mereka? | Temu bual bersama Encik Abu Ahad bin Tana, Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi, Johor.
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
#programmadanirakyat
#kotatinggi
#johor -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Prihatin MENHAN: Sekolah Dalam Kem (SDK) ATM 2026
Komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan dan masa depan pendidikan anak-anak warga ATM terus terpelihara.
▶️ Saksikan!
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kebajikananggotaatm
#ekonomimadaniatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video kompilasi Program Kampung Angkat MADANI, yang menghimpunkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa komuniti setempat melalui kerjasama strategik.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kampungangkatmadanimindef
#programjiwamurnimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kesempatan berada di Kota Tinggi sempena Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Sedili, saya telah meninjau pelaksanaan beberapa inisiatif pembangunan di bawah Program ini.
Projek pembangunan ini mula dilaksanakan pada September 2025 dan kesemua 7 inisiatif pembangunan utama telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi, merangkumi:
✅ Naik taraf balai raya;
✅ Pemasangan lampu jalan solar di kawasan kampung;
✅ Baik pulih Tadika KEMAS;
✅ Baik pulih gelanggang bola tampar;
✅ Pembinaan gelanggang futsal baharu;
✅ Pembinaan pagar masjid; dan
✅ Pembinaan mercu tanda kampung.
Bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI di seluruh negara, Kerajaan MADANI telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 juta, dengan setiap kampung angkat menerima peruntukan maksimum RM1 juta.
Khusus untuk Kampung Tuan Seh, Kementerian Pertahanan menyalurkan dana tambahan RM500,000, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM1.5 juta, bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan berimpak kepada kesejahteraan penduduk setempat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan tapak penggambaran Takluk 2: Op Daulat di Kota Tinggi, Johor mencerminkan sokongan berterusan terhadap industri kreatif tempatan serta usaha memberi kefahaman lebih mendalam tentang tema keselamatan negara.
Filem ini bukan sekadar hiburan, malah medium penting dalam menyemai semangat patriotisme dan menghargai peranan serta pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi.
Sebanyak 7 projek pembangunan telah berjaya disiapkan bagi meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk kampung.
Pembangunan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira identiti, budaya dan cara hidup masyarakat setempat, di samping memastikan pendekatan yang moden serta lestari.
Melalui Program Kampung Angkat MADANI, usaha ini memastikan komuniti luar bandar terus menikmati pembangunan yang seimbang dan tidak berasa terpinggir, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Insya-Allah, banyak lagi yang akan diusahakan untuk warga Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
The Contingent-Owned Equipment (COE) Working Group Meeting was held from 19–30 January 2026. During the meeting, Col Shamsuri Noordin, Military Adviser, was elected Vice Chair of the Sub-Working Group on Major Equipment.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
At the closing ceremony, Lt Gen Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin, Joint Force Commander,Malaysian Joint Force Headquarters reaffirmed Malaysia’s strong support for UN peacekeeping.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🇲🇾 remains committed to effective implementation of agreed outcomes and to strengthening the sustainability and impact of UN peacekeeping operations.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Bagi Kampung Tuan Seh, peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.5 juta telah disalurkan, memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk daripada 200 isi rumah yang majoritinya nelayan dan petani kecil.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2024 dan diteruskan dalam Belanjawan 2025 bertujuan merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar melalui pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS).
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sebanyak tujuh (7) projek utama yang dilaksanakan sejak September 2025 telah berjaya disiapkan, antaranya pemasangan lampu solar, baik pulih Tabika KEMAS, naik taraf balai raya, pembinaan pagar masjid serta mercu tanda kampung yang menjadi ikon baharu Tanjung Sedili.
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Majlis Penutup Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) Siri 1 Tahun 2026 di Masjid Makmur Ummah Cemerlang, Kampung Tuan Seh, Sedili, Kota Tinggi, sempena Program Kampung Angkat MADANI.
PIKAT merupakan usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berasaskan pendekatan kerjasama awam-tentera (CIMIC) bagi mendekati masyarakat setempat melalui pengisian ilmu dan program kemasyarakatan.
Pelbagai pengisian bermakna dilaksanakan melalui PIKAT di sini termasuk program motivasi pelajar, khutbah Jumaat, ceramah perdana, klinik rawatan Islam serta kursus kefahaman faraid, yang melibatkan lebih 1,000 peserta, termasuk dalam kalangan pelajar, jemaah masjid serta penduduk sekitar Kota Tinggi.
Dalam majlis ini, saya juga sempat menyampaikan Sumbangan Kotak Rezeki kepada penerima yang memerlukan.
Kementerian Pertahanan komited untuk terus menyokong usaha murni berteraskan ilmu dan muafakat bersama masyarakat agar kebersamaan tentera dan rakyat terus diperkasakan demi kesejahteraan negara. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#cimic -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
YB Dato’ Seri @KhaledNordin merasmikan penyerahan Kampung Angkat Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Sedeli,Kota Tinggi,Johor
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Kementerian Pertahanan Perkukuh Penggunaan Digital Dan AI - Khaled www.bernama.com/misc/rss/news.php?id=2518971
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kampung Angkat Madani: Kampung Tuan Seh terima manfaat pembangunan RM1.5 juta | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317574/kampung-angkat…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang meninjau set penggambaran Takluk 2: Op Daulat di Ladang Alaf, YPJ Plantation, Kota Tinggi, Johor, kolaborasi Multimedia Entertainment dan Skop Productions.
Tahniah kepada seluruh pasukan produksi atas usaha menjayakan filem berteraskan sejarah dan keselamatan ini. Karya seperti ini penting untuk membantu rakyat memahami peranan serta pengorbanan anggota keselamatan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan menyokong usaha penghasilan karya tempatan yang mengangkat sejarah, kepahlawanan dan pengorbanan perwira kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Ayuh kita beri sokongan dan saksikan filem ini apabila ia mula ditayangkan nanti!
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#takluk2opdaulat -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan pelaksanaan 8 Inisiatif Projek Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kampungangkatmadanimindef
#programjiwamurnimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jom sertai Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan yang menghimpunkan pelbagai aktiviti komuniti, khidmat kesihatan percuma, sukan rakyat dan pameran aset pertahanan.
📍 Pantai Teluk Mahkota, Kota Tinggi
🗓 30 Jan – 1 Feb 2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
[KENYATAAN MEDIA]
PELANTIKAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) KE-24
31 JANUARI 2026 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video promosi Kampung Angkat MADANI (KAM) 🏘️
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kampungangkatmadanimindef
#programjiwamurnimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has stated that public trust in the Malaysian Army must be built on firm professionalism and integrity, not slogans.
thesun.my/news/malaysia-news/people-issues/malaysian-army… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Setiap rumah mempunyai cerita, setiap kunci membawa senyuman. 🏘️
Saksikan Temu Bual Bersama Penerima Kunci Rumah Sasar dan rasai impak SASaR terhadap kebajikan warga kerja pertahanan.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#sasar
#residensisateria
#kebajikanwargakerjapertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
JHEV ATM Official
@JHEVATMofficial
𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐒𝐏𝐀 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚?
Pelarasan SSPA memberi kesan kepada Veteran ATM berpencen, termasuk balu dan waris yang layak.
Penyelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
JHEV ATM Official
@JHEVATMofficial
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐧 𝐒𝐒𝐏𝐀 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟐: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) terus komited melaksanakan Penyelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2026.
Inisiatif ini bertujuan memastikan kebajikan Veteran ATM terus terpelihara melalui penyelarasan pencen yang lebih adil dan bersesuaian, selaras dengan semakan gaji perkhidmatan awam. Pelaksanaan ini turut merangkumi sesi khidmat nasihat dan penerangan secara bersemuka melalui War Room bagi membantu Veteran ATM mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas. Melalui pelaksanaan Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2, JHEV ATM menzahirkan komitmen berterusan dalam menjaga kesejahteraan Veteran ATM agar kebajikan mereka terus terbela secara menyeluruh dan berterusan.
Daftar VIBES 2.0 untuk mengelakkan tercicir maklumat penting. Sertailah pendaftaran ini bagi memastikan setiap informasi, program dan inisiatif terkini dapat diakses dengan lebih mudah dan tersusun.
Portal VIBES 2.0 kini memudahkan veteran ATM mengurus pelbagai urusan secara online.
Pengguna boleh terus melayari laman rasmi di vibes.jhev.gov.my/portal/ atau
login melalui vibes.jhev.gov.my/portal/login.asp (daftar pengguna baru).
#veteranatm
#kebajikanveterankeutamaankami
#veteranpahlawannegara
#serviceneverstop
#kamiresponsif
#kamiprihatin
#kamikomited
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#kedaulatannegaratanggungjawabbersama
#jubliperak25tahunjhevatm -
MINDEF Malaysia reposted
Berita Harian
@bharianmy
Integriti dalaman ATM faktor penentu keselamatan negara
#bhnasional Rasuah, salah guna kuasa perbuatan keji, bercanggah sikap, budaya sebenar MINDEF
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502837/integr… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan rangkuman Lawatan Kerja Menteri Pertahanan ke Kem Terendak, yang mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam menjaga kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta memperkasa kesejahteraan komuniti ketenteraan.
#mindefmalaysia
#mindefupdateThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sistem pertahanan negara kekal utuh, berfungsi meskipun ATM dihantui skandal rasuah - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502442/sistem…
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SESI PENERANGAN MENTERI PERTAHANAN | DEWAN RAKYAT
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SESI PENERANGAN MENTERI PERTAHANAN | DEWAN RAKYAT
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SESI PENERANGAN MENTERI PERTAHANAN | DEWAN RAKYAT
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan bakal berlangsung di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi 📌.
📅 31 Januari 2026
⏰ 2.30 Petang
🎤 Dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SESI PENERANGAN MENTERI PERTAHANAN | DEWAN RAKYAT
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SESI PENERANGAN MENTERI PERTAHANAN | DEWAN RAKYAT
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KD Maharajalela mula ujian 'sea-going' hari ini, cubaan penuh di laut April - Khaled Nordin | Berita Harian www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502392/lcs-1-…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan berhubung status pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1, yang sememangnya terus menjadi perhatian pelbagai pihak.
Setakat 25 Disember 2025, Kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan KESELURUHAN projek LCS telah mencapai 75.75% sebenar berbanding 81.57% mengikut perancangan. Manakala LCS 1 berada pada tahap 82.9%.
Kapal LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama. Ujian laut peringkat limbungan telah bermula pada 20 Januari 2026, dengan “first sea going”dijadualkan pada 28 Januari 2026 bagi pengujian sistem jentera, jana kuasa, penghawa dingin dan sistem pendorongan.
Penyerahan LCS 1 disemak ke Disember 2026 dengan kelewatan sekitar 4 bulan, manakala jadual penyerahan kapal seterusnya kekal sehingga tahun 2029. Nilai keseluruhan projek LCS adalah RM11.2 bilion dengan perbelanjaan semasa sekitar RM8.3 bilion atau 74% daripada jumlah kontrak.
Kementerian Pertahanan terus melaksanakan pemantauan rapi bersama TLDM sebagai pengguna akhir serta pihak pelaksana bagi memastikan setiap fasa pembangunan, pengujian dan penyerahan kapal dilaksanakan mengikut spesifikasi dan keperluan operasi.
Keutamaan Kementerian adalah memastikan aset yang diterima benar-benar selamat, berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Jiwa MADANI ATM: MINDEF peruntuk RM850,000 laksana 17 projek di Melaka - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/senarai-berita-nasional/senarai-artikel…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MINDEF Allocates RM850,000 For 17 MAF Jiwa MADANI Projects In Melaka www.bernama.com/en/general/news.php?id=2517230
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Insya-Allah pada Rabu ini saya akan menyampaikan Penerangan Menteri di Dewan Rakyat.
Kementerian Pertahanan komited memastikan Angkatan Tentera Malaysia kukuh, bersih dan dihormati.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI ATM melalui Projek Cendawan Pintar BAKAT di 10 BGD PARA, Kem Terendak yang merekodkan pencapaian positif menerusi Projek Cendawan Urban Farming.
Projek ini memfokuskan pembangunan keusahawanan agro-teknologi dalam kalangan ahli BAKAT dengan memanfaatkan kepakaran universiti, khususnya melalui bimbingan akademik pensyarah UiTM bagi pemindahan ilmu, sekali gus menyumbang kepada penjanaan pendapatan tambahan serta pengukuhan ekonomi keluarga anggota.
Sebagai permulaan, seramai 10 peserta telah menerima 2,000 bongkah cendawan secara berperingkat, disokong latihan Sistem Imistroom Rumah Cendawan Pintar Modular yang dilaksanakan pada Disember 2025 bagi memperkukuh kecekapan operasi.
Sehingga akhir tahun lalu, projek ini berjaya menghasilkan lebih 100kg cendawan, membuktikan Program Ekonomi MADANI ATM bukan sahaja memberi pulangan ekonomi, malah membekalkan ilmu dan kemahiran yang mampan demi memperkasakan ekonomi keluarga anggota untuk masa depan yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar lawatan kerja saya ke Kem Terendak, Melaka pada 26 Januari 2026.
Insya-Allah Kementerian Pertahanan akan memastikan kesejahteraan warganya terus diberikan keutamaan.
Baik dalam soal pendidikan, kesihatan, kebajikan, perumahan mahupun kestabilan ekonomi keluarga.
Terima kasih seluruh warga dan keluarga ATM di sini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Kem Terendak, saya turut menerima taklimat Projek Pembangunan Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) serta Projek Naik Taraf Sistem Retikulasi Air, sebelum menyempurnakan upacara pecah tanah bagi Projek 94 HAT.
Projek Pembangunan 94 HAT bernilai RM320 juta ini telah bermula pada November 2024. Ia dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2029, dengan kapasiti 150 katil, bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang telah berusia lebih 60 tahun.
Hospital ini akan menyediakan perkhidmatan perubatan am, kepakaran dan pergigian, dengan sebahagian kemudahan turut dibuka kepada komuniti setempat, sekali gus memberi manfaat kepada warga ATM, Kementerian, veteran serta masyarakat awam.
Manakala bagi Projek Naik Taraf Sistem Retikulasi Air bernilai lebih RM40 juta dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya ini akan menangani isu bekalan air di Kem Terendak melalui kerja-kerja penaiktarafan sistem sedia ada bagi memastikan bekalan air yang selamat, mencukupi dan mampan.
Pembangunan infrastruktur kesihatan dan kemudahan asas ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kesejahteraan anggota, kesiapsiagaan pasukan serta perkhidmatan pertahanan negara kekal kukuh dan berdaya tahan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini juga, saya meninjau keadaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Terendak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kebajikan perumahan anggota sentiasa diberi perhatian.
Semasa lawatan, saya menerima taklimat mengenai keadaan semasa serta perancangan berkaitan RKAT di sini. Bagi tahun 2026, sebanyak RM16.9 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja senggaraan RKAT dan Blok Penginapan di Negeri Melaka.
Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan senggaraan RKAT seluruh negara sejak tahun 2024 melebihi RM400 juta, meningkat dengan ketara berbanding kurang daripada RM150 juta pada tahun 2022.
Kementerian Pertahanan kekal komited memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka, termasuk memastikan kediaman yang lebih selesa, selamat dan terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan terhadap soal kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka, sebagai teras kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam lawatan kerja saya ke Kem Terendak hari ini, saya berpeluang menyantuni beberapa anggota serta waris mereka yang menghidap penyakit kronik dan OKU.
Mewakili Kementerian Pertahanan, saya telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Yayasan LTAT kepada 20 orang penerima yang kurang bernasib baik.
Di samping itu, bantuan sebanyak RM200 seorang turut disalurkan kepada 63 orang anak anggota yang OKU sebagai tanda keprihatinan berterusan terhadap kebajikan keluarga ATM.
Semoga bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Perolehan dibekukan: MINDEF jamin kesiapsiagaan ATM kekal terpelihara | Malaysia Tribune malaysiatribune.news/berita-semasa/perolehan-dibekukan-mi…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Polis siasat kebocoran maklumat perjawatan strategik ATM thesun.my/berita/tempatan/polis-siasat-kebocoran-maklumat…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry Hands Over 3,270 Laptops Contributed By MCMC to 38 SDKs www.bernama.com/en/general/news.php?id=2516949
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan kerja ke Kem Terendak diteruskan dengan berkunjung ke MRSM Terendak yang terletak di dalam kem ini bagi menyempurnakan inisiatif Pendidikan Digital dan Pemerkasaan Sekolah Dalam Kem (SDK).
Simbolik penyerahan 3,270 unit komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah disempurnakan kepada 38 buah Sekolah Dalam Kem ATM, termasuk 470 unit kepada lima 5 buah SDK di Melaka.
Turut disempurnakan ialah penyampaian Peruntukan Senggaraan berjumlah RM25 juta serta Alat Bantu Mengajar SDK ATM bagi tahun 2026, yang menunjukkan peningkatan berbanding RM16 juta pada tahun sebelumnya.
Turut disampaikan ialah bantuan pendidikan Yayasan LTAT kepada anak-anak warga ATM, termasuk pelajar OKU dan pelajar yang menghidap penyakit kronik.
Kementerian Pertahanan percaya kesejahteraan dan pendidikan keluarga anggota merupakan asas kepada perkhidmatan pertahanan yang kukuh.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengadakan lawatan kerja ke Kem Terendak, Melaka hari ini sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke kem-kem Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara.
Lawatan ini dimanfaatkan untuk menilai secara langsung tahap kesiapsiagaan dan pengoperasian pasukan, kemajuan pelaksanaan projek-projek dalam kem, serta melihat secara dekat aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera serta keluarga mereka.
Program lawatan dimulakan dengan taklimat di Markas 3 Divisyen oleh Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen, yang merangkumi aspek tadbir urus, gerakan operasi, latihan, logistik dan kesiapsiagaan keseluruhan pasukan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jen. Dato’ Azhan bin Hj Md Othman; dan Panglima Medan Barat Tentera Darat; Lt. Jen. Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video penuh Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Se-Malaysia Ke-19 (SPJP Siri Ke-19).
Platform strategik nasional bagi memperkukuh penyelarasan, kebajikan, latihan dan kesiapsiagaan Angkatan Sukarela selaras dengan prinsip Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) demi keselamatan dan kedaulatan negara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipnmindef
#dasarindustripertahanannegaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan mengumumkan pelaksanaan 7 Projek Pertahanan Nasional sebagai langkah permulaan membangunkan keupayaan strategik tempatan.
Projek ini merangkumi satelit pertahanan, sistem persenjataan, pembuatan komponen, teknologi radar, sistem tanpa pemandu dan simulator pertahanan, selaras dengan aspirasi kemandirian industri pertahanan negara di bawah DIPN.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipnmindef
#dasarindustripertahanan -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
STRIDE GUBAL KERANGKA PEMBANGUNAN DRON PERTAHANAN NEGARA HADAPI ANCAMAN PERANG MODEN www.bernama.com/radio/news.php?id=2515406
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan video Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), mencerminkan komitmen kerajaan dalam membangunkan ekosistem pertahanan yang mampan dan berdaya saing.✨🇲🇾
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipnmindef
#dasarindustripertahanannegaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sorotan video Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), mencerminkan komitmen kerajaan dalam membangunkan ekosistem pertahanan yang mampan dan berdaya saing.🇲🇾✨
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipnmindef
#dasarindustripertahanannegara -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama Kementerian Pertahanan dan SPRM dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus pertahanan negara, selari dengan usaha membina kepercayaan rakyat.
Semasa pertemuan, Kementerian menzahirkan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam semua siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang berjalan. Kementerian akan meneliti penambahbaikan tatacara perolehan bagi memastikan pelaksanaannya lebih telus dan berkesan.
SPRM bersetuju untuk menawarkan khidmat nasihat bagi memperkukuh tadbir urus perolehan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh integriti institusi pertahanan serta mengembalikan kepercayaan rakyat dan negara terhadap ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
30 peratus kandungan tempatan dalam setiap perolehan - Mohamed Khaled - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/01/21/30-peratus-penglibatan-syarik…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tender MRO MINDEF hanya untuk syarikat tempatan | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1313522/tender-mro-min…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF bangun keupayaan urus satelit pertahanan menjelang 2029 | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1313532/mindef-bangun-…
-
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Satu hari yang cukup bersejarah untuk pertahanan negara. Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai isyarat jelas komitmen Kerajaan MADANI untuk membina industri pertahanan yang berdikari, berdaya tahan dan diyakini.
DIPN lahir daripada kesedaran bahawa keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada pihak luar. Setiap peruntukan pertahanan mesti menjadi pemangkin kepada kekuatan industri tempatan dan jaminan kelangsungan rantaian bekalan negara.
Atas prinsip ini, sekurang-kurangnya 30% ‘local content’ ditetapkan dalam perolehan pertahanan, disokong pemerkasaan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO), serta pemindahan teknologi yang benar-benar berimpak melalui Program Kerjasama Industri (ICP).
Melalui DIPN, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dipacu secara lebih tersusun dengan kolaborasi strategik industri, termasuk pelancaran Portal Industri Pertahanan sebagai wadah padanan teknologi dan pembangunan keupayaan nasional.
Pelancaran hari ini turut membuka lembaran baharu dengan permulaan 7 Projek Pertahanan Nasional, merangkumi keupayaan satelit pertahanan, sistem laser, platform kenderaan darat nasional, MRO dan pembuatan sistem persenjataan, radar pasif, ‘loitering munition’ serta simulator pertahanan.
DIPN adalah pelaburan jangka panjang demi kedaulatan, keselamatan dan masa hadapan negara, ke arah pertahanan Malaysia yang lebih kukuh. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipnmindef
#dasarindustripertahanannegara -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dirangka untuk mengurangkan kebergantungan kepada negara asing serta membangunkan industri pertahanan negara yang kendiri, lestari, dan berdaya tahan.- @KhaledNordin
-
MINDEF Malaysia reposted
Harapan Madani
@Harapan_Madani
DIPN turut memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan teknologi tempatan termasuk melalui program kerjasama industri bagi membolehkan pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran dalam negara - PM Anwar.
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#dipn -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DIPN Tonggak Baharu Perkasa Industri Pertahanan Negara - Mohamed Khaled www.bernama.com/bm/news.php?id=2514912
-
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
[Berita] DIPN tonggak baharu perkasa industri pertahanan negara - Mohamed Khaled
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2514912
#bernamanews
@KDNPUTRAJAYA
BERNAMA
@bernamadotcom
[TERKINI] Dasar Industri Pertahanan Negara langkah strategik bangunkan industri pertahanan tempatan, kurangkan kebergantungan pihak luar - Mohamed Khaled
#bernamanews -
MINDEF Malaysia reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the move is part of a broader push to build a self-reliant national defence industry under the newly launched National Defence Industry Policy (DIPN).
www.nst.com.my/news/nation/2026/01/1361188/updated-defenc… -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Kerajaan hari ini melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pelan strategik jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pihak luar dalam soal keselamatan dan pertahanan - Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2514912 -
MINDEF Malaysia reposted
Utusan Borneo
@utusanborneo
DIPN perkukuh keselamatan negara, pulih keyakinan terhadap sektor pertahanan: PM
www.utusanborneo.com.my/2026/01/21/dipn-perkukuh-keselama… -
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menumpukan pemantapan ekosistem, rantaian bekalan, daya saing global dan eksport.
📸: Astro AWANI/Shahir Omar
#awaninews -
MINDEF Malaysia reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
[TERKINI] Dasar Industri Pertahanan Negara langkah strategik bangunkan industri pertahanan tempatan, kurangkan kebergantungan pihak luar - Mohamed Khaled
#bernamanews -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
🚀 Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara
📍 MITEC
🗓 21 Januari 2026
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#dipnmindef
#roadtodipn
#dasarindustripertahanannegara -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan video rangkuman Majlis Penyerahan Kunci SASaR Residensi SATERIA, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Detik bermakna yang melakar komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga pertahanan terus terpelihara.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#sasar
#residensisateria
#kebajikanwargakerjapertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[KENYATAAN MEDIA]
PELANTIKAN JAWATAN-JAWATAN UTAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
20 JANUARI 2026
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Malaysia Tribune
@Msia_Tribune
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengenal pasti lapang sasar lama serta tanah milik kementerian itu di seluruh negara untuk dibangunkan sebagai projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (Sasar).
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia reposted
The Star
@staronline
The Defence Minister said that many of these lands are surrounded by public housing developments, which have made them unsuitable for firing ranges.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/01/19/former-firing-r… -
MINDEF Malaysia reposted
The Sun Malaysia
@theSundaily
Mindef lepaskan tanah rizab, sasar lama untuk rumah anggota ATM thesun.my/berita/tempatan/mindef-lepaskan-tanah-rizab-sas…
-
MINDEF Malaysia reposted
Harian Metro
@hmetromy
#kualalumpur Kawasan lapang sasar lama dan tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF) di seluruh negara akan dikenal pasti untuk pembangunan projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).
www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1312771/lapang-sasar-t… -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kenal pasti dua tanah rizab bina rumah SASaR - Khaled malaysiagazette.com/2026/01/19/mindef-kenal-pasti-dua-tan…
-
MINDEF Malaysia reposted
Astro AWANI
@501Awani
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan SASaR Residensi Sateria di Sungai Besi, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kebajikan serta kemudahan perumahan untuk anggota keselamatan dan keluarga mereka.
📸: Astro AWANI/ @shahiromar -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Dalam Titah Diraja, Tuanku memperingatkan bahawa amanah dan jawatan merupakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Amalan rasuah hendaklah diperangi tanpa sebarang kompromi, termasuk melalui siasatan yang pantas dan tindakan yang wajar tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kementerian Pertahanan akan memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus selari dengan usaha memelihara kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia serta kepercayaan rakyat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
MINDEF Malaysia reposted
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry pledges to uphold King's call against corruption | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/01/1360007/defence-minist…
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Perak, 3 Julai 2025 - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kedua, Second Generation Patrol Vessel Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.
DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor selaku Royal Sponsor turut berkenan menamakan Kapal LCS 2 sebagai Kapal Diraja (KD) Raja Muda Nala, disaksikan bersama oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Nama RAJA MUDA NALA melambangkan simbol keazaman, keberanian, dan semangat juang tokoh tersebut dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor. Ia juga merupakan kesinambungan warisan kepahlawanan diraja dalam memartabatkan pertahanan maritim negara masa kini.
Kapal LCS merupakan simbol kebanggaan negara sebagai kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, iaitu Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd. Kejayaan ini secara tidak langsung mencerminkan keupayaan industri tempatan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk bersaing dalam industri pertahanan di peringkat global.
Penamaan kapal LCS 2 ini merupakan bukti pencapaian Kementerian Pertahanan dalam melaksankan projek nasional selain menjadi sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.
Turut hadir adalah Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar, Panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai kanan MINDEF dan ATM.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#kesiapsiagaan
#atm -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Dari seorang graduan Sarjana dalam bidang Bedah Mulut dan Maksilofasial, kini Lt. Kol. (Dr) Sophia Ann Murray Jeffy Murray telah menjadi seorang pakar bedah di dalam bidang tersebut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN AKHBAR: TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Hubungan Kerjasama Pertahanan Malaysia-UK terus kekal utuh. Minister of State for Armed Forces of the United Kingdom, TYT James Heappey telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sabah, 22 Oktober 2022- Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein meluangkan masa melihat Eks Stallion Steel yang dilaksanakan oleh pasukan 3 RAMD dan 5 KAD. Eks ini telah bermula pada 16 Oktober yang lalu di kawasan am Kota Belud.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 6 Sept 2022 – Seramai 498 penerima telah menerima Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT). YB Dato’ Seri @HishammuddinH2O telah menyempurnakan penganugerahan ini melalui perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Lumut, 13 Ogos 2022- Menteri Kanan Pertahanan berulang kali menegaskan bahawa tiada perkara yang akan beliau dan Kementerian Pertahanan sembunyikan berkaitan LCS.
Berita Lanjut:
www.facebook.com/100064638221535/posts/pfbid02XTFVq3BrVrA… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) membolehkan kerjasama diperluaskan merangkumi 5 skop utama yang berkepentingan kepada Malaysia dan Indonesia.
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Intipati Mesyuarat Ke-42 General Border Committee Malaysia - Indonesia (GBC MALINDO) | 9 Ogos 2022
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kuala Lumpur, 9 Ogos 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Prabowo Subianto telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Ke-42 General Border Committee Malaysia–Indonesia di Wisma Perwira ATM.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Apa Kata Mereka?
Mari saksikan video Majlis Perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia Di Kem Penrissen, Sarawak.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#kebajikananggottentera -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Apa Kata Mereka?
Mari saksikan video Majlis Perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia Di Kem Penrissen, Sarawak.
#mindefmalaysia
#mindefupdate
#atm
#kebajikananggotatentera -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
13 Julai 2022 | Perumahan Tentera : Kerajaan sasar 12,733 RKMAT menjelang 2030
Kredit: @501awani
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#rkmat
#akmmindef
#kebajikananggotatentera
#sasar
#blueprintperumahan
#mindefblueprintperumahan3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
13 Julai 2022 | Kebajikan Warga ATM : kerajaan sasar bina 12,733 unit RKMAT
Kredit : @buletintv3
#mindefupdate
#mindefmalaysia
#rkmat
#akmmindef
#kebajikananggotatentera
#sasar
#blueprintperumahan
#mindefblueprintperumahan3.0 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
WARGA MINDEF DAN ATM BERLEPAS KE TANAH SUCI MAKKAH
Kuala Lumpur, 5 Julai 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein meluangkan masa meraikan pelepasan jemaah haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MINDEF ke Tanah Suci Makkah di KLIA hari ini. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz mewakili Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak tambahan ke 5 bagi Kontrak Perolehan Littoral Combat Ship (LCS) antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MENTERI KANAN PERTAHANAN HADIRI MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN PERSATUAN VETERAN ATM
21 Mei 2022, Putrajaya - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Persatuan Veteran ATM ke 100 tahun di Dataran Pahlawan Negara. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada
Menteri Kanan Pertahanan
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kedah, 22 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri @HishammuddinH2O telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang warga TDM berlangsung di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanize.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
- Kabinet sebulat suara memuktamadkan agar projek perolehan kapal LCS diteruskan
- Kabinet tubuh sebuah Jawatankuasa Tadbir Urus Khas pantau proses mobilisasi kapal tempur pesisir (LCS)
- @HishammuddinH2O
Video penuh : fb.watch/cwJ4VQBO7-/
#mindefmalaysia
#mindefupdate -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BERI PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT-PENJAWAT AWAM
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
3 Divisyen Bantu Penduduk Kampung Pulau Penarek Terjejas Ribut
8 April 2022 | Johor
Divisyen Ketiga Infantri Malaysia melalui Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen (MK RAJD 3 Div) telah mengaturgerakkan gabungan: -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
MENTERI KANAN PERTAHANAN MELUANGKAN MASA BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA TUDM
Selangor, 7 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Subang. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 29 March 2022 - Senior Minister of Defence, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein delivered the keynote speeches in conjunction with the Forum Putrajaya 2022 organized by the Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS).
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri @HishammuddinH2O bersama Menteri Pertahanan Singapura, TYT Dr. Ng Eng Hen mengadakan mesyuarat dua hala antara Malaysia-Singapura. Antara yang dibincangkan adalah kerjasama pertahanan bersama kedua-dua negara
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri @HishammuddinH2O bersama Menteri Pertahanan II Brunei, TYT Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof mengadakan Mesyuarat Bilateral Antara Malaysia-Brunei.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
DSA 2022: KE ARAH ERA BAHARU PERTAHANAN DAN KESELAMATAN
Kuala Lumpur, 27 Mac 2022 - YB Dato’ Seri @HishammuddinH2O , Menteri Kanan Pertahanan bersama YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengetuai media walkabout bagi penganjuran #dsanatsec2022 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝟑 𝐃𝐀𝐘𝐒 𝐓𝐎 𝐆𝐎!
The most exciting Asia's largest Defence and Homeland Security, Defence Services Asia 2022 (DSA) and National Security Asia 2022 (NATSEC) coming your way this upcoming 28-31 March 2022 at Malaysia International Trade and Exhibition Centre in Kuala Lumpur. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧 𝟴𝟱𝟬-𝟵 KOMITED TERUSKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
24 Mac 2022
MALBATT 850-9 meneruskan tanggungjawab sosial dlm Prog. Sumbangan serta Bantuan Perkhidmatan Perubatan Kesihatan & Pemeriksaan Pergigian dlm meneruskan hubungan baik MALBATT 850-9 dgn Municipality Ma'rub. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
DSA 2022-ADVANCING INTO A NEW ERA OF DEFENCE
The 17th edition of DSA (DSA 2022) will take place from 28-31 March 2022 at MITEC in Kuala Lumpur.
More information: https:/www.dsaexhibition.com/
#dsa2022
#natsecasia2022
#dsanatsecasia
#dsanatsecasia2022 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN MEDIA MENTERI KANAN PERTAHANAN MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) - 2 APRIL 2021
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan, ASEAN Members States (AMS) perlu memberi fokus kepada usaha memperkukuh perpaduan serantau sebagai langkah ke arah pembangunan komuniti ASEAN.
Berita Lanjut di:
malaysiadateline.com/menuju-pembangunan-komuniti-asean-am… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Asean defence ministers have pledged to work together to manage infectious disease outbreaks as several member states continue to grapple with the coronavirus.
More Info:
www.thestar.com.my/news/regional/2020/02/20/asean-defence… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Defence Minister, YB @MSabu_Official shared his views on ADMM and ADMM-Plus existing and future development as well as common concern of the Coronavirus 2019 outbreak during the ADMM Retreat meeting in Hanoi, Vietnam. #mindefmalaysia
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official mengiringi Menteri Pertahanan Kedua Brunei Darussalam Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Awang Hasbi Md Yussof mengadakan lawatan kerja ke Tawau, Sabah, bermula 2 hingga 4 Februari 2020.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KENYATAAN MEDIA : TIM PROJEK LITTORAL MISSION SHIP (LMS) BEBAS DARIPADA KORONAVIRUS
#navypeople
#navynews
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Asnaf Veteran ATM dapat bantuan
Sumber: Berita Harian, ms/31 (24 Januari 2020) -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
TUDM telah melakukan penerbangan ihsan membawa Eila Fariha binti Ramli, 24 tahun yang menghidap Dengue Encephalitis Tro Autoimmune Encephalitis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan hari ini.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
SIARAN AKHBAR : INSIDEN PENCULIKAN WARGANEGARA INDONESIA DI PERAIRAN TAMBISAN, SABAH
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam dengan topik ATM: Langkah Seiringin di @tv1_rtm pada jam 9.00 malam.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Amanat Tahun Baru Menteri Pertahanan 2020
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu. Semoga ATM lebih cemerlang dan terbilang. #mindefmalaysia
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Layari YouTube:Pencapaian Mindef di youtu.be/P5v7441Oht4
Visual pencapaian Mindef 2019 dlm melaksanakn pelbagai usaha & inisiatif bg memastikn kesiagaan ATM sentiasa berada ditahap terbaik serta memastikn kebajikan warga kementerian, veteran & anggota ATM terjaga & terbela. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Defence Minister, YB @MSabu_Official speaks on the topic “Advance High Tech”, focusing on defence during a session on technology and defence at the Kuala Lumpur Summit 2019.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Defence White Paper : Malaysia as a secure, sovereign and prosperous country.
#defencewhitepaper
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Defence White Paper : Malaysia as a secure, sovereign and prosperous country.
#defencewhitepaper
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official membentangkan Kertas Putih Pertahanan di Dewan Negara sebentar tadi.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
ATM nafi banjir sebabkan sempadan negara mudah dibolosi
Berita selanjutnya di www.astroawani.com/video-malaysia/atm-nafi-banjir-menyeba…
Sumber: @501Awani -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KPP merupakan satu dokumen mengenai hala tuju strategik & perancangan pertahanan negara. Berbeza drpd dasar pertahanan negara yg terperingkat, KPP ialah dokumen terbuka yg blh diakses oleh rakyat yg m'gariskn visi utk m'pertahankn Msia sebagai negara slmt, berdaulat & makmur.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Komitmen dan keutamaan Kerajaan dalam menjaga kepentingan pertahanan negara dalam jangka masa 10 tahun iaitu dari 2021 hingga 2030 bakal terjawab pada 2 Disember 2019 (Isnin) jam 11.30 pagi.
#kertasputihpertahanan
#kppmindef -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ikuti Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia pada 2 Disember 2019 (Isnin) jam 11.30 pagi secara LIVE di Saluran TV 1 dan juga melalui Facebook RTM - Radio Televisyen Malaysia dan Kementerian Pertahanan.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Saksikan program Bual Bicara Soal Rakyat bersama YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu pada jam 11.00 malam ini di saluran TV3. YB Menteri akan mengupas mengenai Cabaran dan Hala Tuju Pertahanan Negara. Saksikan secara eksklusif menerusi TV3.
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Malaysia tidak lindungi penjenayah dari Thailand
Sumber: @hmetromy -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kertas Putih Pertahanan akan dibentang pada sesi Parlimen kali ini
Berita selanjutnya di www.astroawani.com/berita-malaysia/kertas-putih-pertahana…
Sumber: @501Awani
Astro AWANI
@501Awani
Kertas Putih Pertahanan dibentang pada sesi Parlimen kali ini
www.astroawani.com/berita-malaysia/kertas-putih-pertahana… #awaninews #awani745 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Laut China Selatan harus kekal selamat untuk eratkan hubungan antara komuniti serantau
Berita selanjutnya di www.sinarharian.com.my/article/58272/BERITA/Nasional/Laut…
Sumber: @SinarOnline
SinarHarian
@SinarOnline
Perairan itu tidak harus menjadi tempat pertelagahan dan pertengkaran antara kuasa-kuasa besar dunia- Mat Sabu
#sinarharian
www.sinarharian.com.my/article/58272/BERITA/Nasional/Laut… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP) ini turut melibatkan penglibatan bersama NGO, Industri Pertahanan, para ahli akademik serta penglibatan daripada beberapa kementerian lain yang terlibat dalam pertahanan negara.
#kertasputihpertahanan
#kppmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official menyerahkan Watikah Pemasyhuran kpd KDYMM SPB YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Canselor UPNM yg baharu di PICC pagi tadi.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Eksesais Pahlawan buktikan ATM siap siaga pertahan keselamatan dan kedaulatan negara
Berita selanjutnya di www.malaymail.com/news/malaysia/2019/11/07/mat-sabu-warri…
Sumber: @malaymail -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kertas Putih Pertahanan yg bakal dibentangkn akan menggariskn prinsip & menerangkn polisi berkaitan pertahanan & keselamatan negara. Dokumen ini disediakn melalui pendekatan
“whole-of-government” & “whole-of-society” bg mendapatkn input & maklum balas secara komprehensif -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pelan Antirasuah Kementerian Pertahanan bantu banteras gejala rasuah
Sumber : @SinarOnline -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KPP merupakan dokumen terbuka yang memberikan penerangan secara jelas berhubung peranan rakyat, agensi dan organisasi pertahanan selain anggota tentera dalam mempertahankan negara.
#kertasputihpertahanan
#kppmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official, telah menyempurnakan Panganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Negeri Kelantan hari ini. #mindefmalaysia
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Keselamatan Sabah dan Sarawak jadi keutamaan Kementerian Pertahanan
Berita selanjutnya di www.dailyexpress.com.my/news/142574/mindef-committed-to-s…
Sumber: @DailyExpress_MY
Daily Express Malaysia
@DailyExpress_MY
Ministry of Defence @MarkasATM is committed to strengthening security in Sabah & Sarawak to curb external threats including transborder kidnapping, said @MINDEFMalaysia Minister @MSabu_Official.
www.dailyexpress.com.my/news/142574/mindef-committed-to-s… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerajaan tlh meluluskn peruntukan RM150j kpd MinDef bg senggaraan RKAT utk tahun 2020. Melalui peruntukan ini Kementerian mensasarkn antara 2,000-6,000 unit RKAT dpt disenggara & dinaik taraf demi memberi keselesaan kpd anggota & keluarga.
Layari YouTube : youtu.be/61eaAMEr0Ts -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Koperasi Tentera raih anugerah berprestij Asian Banker Awards 2019
Sumber: @bharianmy -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
221 anggota dan pegawai Kumpulan Keempat Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) berjaya menamatkan misi pengaman PBB UNIFIL di Lubnan.
Berita selanjutnya di www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/623150/kontinj…
Sumber: @bharianmy
Berita Harian
@bharianmy
Kontinjen MALBATT 850-6 selamat pulang
www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/623150/kontinj… -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ikuti penjelasan Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji @MSabu_Official bagi Tema Hala Tuju Belanjawan 2020 MINDEF di Parlimen pada 29 Okt 2019.
Layari YouTube: youtu.be/kqfBMgk5ATA -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official menghadiri wacana ilmiah dgn topik Hubungan Antarabangsa & Cabaran Kestabilan Nasional bersama Graduan Kursus Ketahanan Nasional (KKN) 2020, Maktab Ketahanan Nasional (MKN) bertempat di Wisma Perwira ATM malam tadi. #mindefmalaysia
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Layari YouTube: KPP Memperkasa Industri Pertahanan di youtu.be/vu1HhFaVd_U
Bagaimana KPP Memperkasa Industri Pertahanan Negara?
Dengarkan penjelasan YB Tn Hj Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 tlh dihadiri oleh YAB @chedetofficial, Perdana Menteri Msia & Penaung Tabung Pahlawan, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali. Hadir sama, YB @MSabu_Official, Panglima-Panglima Perkhidmatan & Pengurusan Tertinggi Mindef.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Seluruh warga Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-65 kepada YB Tuan Haji @MSabu_Official. Semoga dilanjutkan usia, diberi kebahagian, kesihatan yang baik dan diberkati serta dirahmati Allah dunia dan akhirat.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official akan menghadiri Perhimpunan Kementerian Pertahanan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan jam 2.30 petang ini.
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KPP yg bakal dibentangkn akan menggariskn prinsip & menerangkn polisi berkaitan pertahanan & keselamatan negara. Dokumen ini disediakan melalui pendekatan
“whole-of-government” & “whole-of-society” bg mendapatkn input & maklum balas secara komprehensif di semua peringkat. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera,khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia.
#mindefmalaysia
#belanjawan2020 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembentangan Belanjawan 2020 ini menyaksikan Kementerian Pertahanan sebagai penerima ke-5 terbesar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM15.6 bilion - YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu
#mindefmalaysia
#belanjawan2020 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Fungsi KAGAT berpandukan visi iaitu menjadi penjana kecemerlangan pembangunan kerohanian modal insan ATMyg unggul. Berdasarkan visi ini, misi KAGAT ialah untuk meningkatkan tahap profesionalisme ATM melalui Pendidikan Islam dan Perkhidmatan Keagamaan". - YB @MSabu_Official
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KPP yg bakal dibentangkn akan menggariskn prinsip & menerangkn polisi berkaitan pertahanan & keselamatan negara. Dokumen ini disediakan melalui pendekatan
“whole-of-government” & “whole-of-society” bg mendapatkn input & maklum balas secara komprehensif di semua peringkat. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official daripada Air Marshal Kevin R. Short, Panglima Angkatan Tentera New Zealand bersama deligasi di pejabat beliau hari ini.
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Sebahagian daripada anggota MALBATT 850-7 sebak bersama ahli keluarga sebelum berlepas ke Lubnan pada Majlis pemakaian beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Malaysia Battalion 850-7 ke Lubnan hari ini.
Selamat berjuang perwira negara 🇲🇾 -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Tunjukkan Semangat Cintakan Malaysia dengan menyumbang ke Tabung Pahlawan 2019.
tabungpahlawan.jhev.gov.my/tabungpahlawan/derma.asp
#kamicintakanmalaysia
#hargaipahlawannegara
#terimakasihpahlawanku
#saluteveteranmalaysiaku
#tabungpahlawan
#sayangimalaysiaku
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Bersama-samalah kita menghulurkan sumbangan untuk pahlawan-pahlawan negara. Sekecil mana pun sumbangan yang dihulurkan, amatlah besar ertinya kepada mereka. Ayuh Malaysia bersama kita raikan pahlawan-pahlawan negara.
tabungpahlawan.jhev.gov.my/tabungpahlawan/derma.asp
Sumbangan anda kami hargai. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP) ini turut melibatkan penglibatan bersama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Industri Pertahanan, para ahli akademik serta penglibatan daripada beberapa kementerian lain yang terlibat dalam pertahanan negara.
#kertasputihpertahanan -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Ikuti artikel khas YB @MSabu_Official sempena Hari Pahlawan 2019 & Kempen Tabung Pahlawan 2019 di ruangan rencana m/s 13 @UMonline hari ini.
KLIK pautan berikut untuk menyumbang!
tabungpahlawan.jhev.gov.my/tabungpahlawan/derma.asp -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
KPP merupakan satu aktiviti artikulasi yang mempunyai 2 matlamat: pertama dari perspektif kerajaan dan kedua daripada sebuah negara.
Kerajaan yang mengamalkan pengeluaran kertas putih dilihat sebagai kerajaan yang mengamalkan tadbir urus yang baik. -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
"Kertas Putih Pertahanan mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap keutamaan rancangan masa hadapan pertahanan Negara dengan mengambil kira trend-trend global yang terkini agar sejajar dengan realiti semasa serta cabaran yang menanti di masa depan",- Tun Dr Mahathir Mohamad
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Pengorbanan para perwira negara yang terdahulu telah membuatkan kita boleh berada di tahap yang kita kecapi sekarang.Hormati & fahamilah tugas mereka yang menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu & memelihara kedaulatan ini.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Tunjukkan Semangat Cintakan Malaysia dengan menyumbang ke Tabung Pahlawan 2019
Klik pautan ini untuk menyumbang : tabungpahlawan.jhev.gov.my/tabungpahlawan/derma.asp
#kamicintakanmalaysia
#hargaipahlawannegara
#terimakasihpahlawanku
#saluteveteranmalaysiaku
#tabungpahlawan
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Fahami Prinsip Kertas Putih Pertahanan (KPP).
#kertasputihpertahanan
#kppmindef
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yg terkorban slps tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Ke-5 Infantri Malaysia & Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, pagi ini.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Adalah diingatkan bahawa media sosial bukanlah satu medium yang selamat untuk perkongsian maklumat. Ketahui Ancaman Media Sosial.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
YB Tuan Haji @MSabu_Official berkesempatan meluangkan masa bersama warga @tldm_rasmi dalam Majlis Iftar yang diadakan di KD Mahawangsa pada 7 Jun 2018.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
YB Tuan Haji @MSabu_Official berkesempatan meluangkan masa bersama warga @TenteraDarat dalam Majlis Iftar yang diadakan di Kem Perdana Sg. Besi pada 5 Jun 2018.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Menteri Pertahanan, YB @MSabu_Official menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa Bersama YAB TPM DS @drwanazizah di Puspanitapuri, Putrajaya. Turut hadir KSU Dato @HalimiAbdManaf bersama KSU @KDNPUTRAJAYA DS @alwi_ibrahim59.
#mindefmalaysia -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Kementerian Pertahanan mengucapkan tahniah kepada YBHG. DATO’ HALIMI BIN ABD MANAF di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.
-
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
TPM DS @Zahid_Hamidi diiringi Ketua Polis Negara, TS DS @Fuzi_Harun membuat lawatan ke booth-booth sempena #dsa2018 & #natsecasia2018 di @MITEC_MY, Kuala Lumpur petang ini
#30yearsofdsa -
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Courtesy Call to YB DS @HishammuddinH2O accompany by Secretary General @arahimradzi
with H.E Jean Jacques Bridey, President of the Committee for National Defence & Armed Forces at the National Assembly France
#dsa2018
#natsecasia2018
#30yearsofdsa






















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































