Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled bin Nordin (Jawi: محمد خالد بن نوردين; born 30 November 1958) is a Malaysian politician who has served as the Minister of Defence since December 2023 and previously served as the Minister of Higher Education prior to the 2023 cabinet reshuffle for the second term from December 2022 to December 2023 in the Unity Government administration under Prime Minister Anwar Ibrahim. He had previously served as Deputy Minister of Works, Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development and his first term as Minister of Higher Education in the Barisan Nasional (BN) administration under former Prime Ministers Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi and Najib Razak from 1999 to 2013. Additionally, he served as the 15th Menteri Besar of Johor after he contested and became a Member of the Johor State Legislative Assembly (MLA) for Permas from May 2013 to May 2018. Throughout his political career, he has been the Member of Parliament (MP) for 3 different Johorean federal constituencies, which are Johor Bahru from October 1990 to March 2004, Pasir Gudang from March 2004 to May 2013 and currently for Kota Tinggi since November 2022. He is a member and the Division Chief of Pasir Gudang of the United Malays National Organisation (UMNO), a component party of the Barisan Nasional (BN) coalition. He has served as one of the Vice Presidents of UMNO since June 2018 and had also served as the State Chairman of UMNO of Johor from January to December 2023. More on Wikipedia
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Sekolah Angkat MADANI di SK Panchor, Kota Tinggi bukan sekadar usaha memperkasa pendidikan, tetapi juga mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada aset dan kesiagaan tentera, tetapi juga kepercayaan serta sokongan rakyat.
Hubungan erat antara tentera dan rakyat adalah asas kepada ketahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#sekolahangkatmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Seusai pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, kami menyaksikan penyerahan LOI dan pertukaran MoU melibatkan Kementerian Pertahanan serta syarikat Malaysia dan Perancis di Wisma Perwira ATM.
Kementerian Pertahanan menyerahkan LOI kepada KNDS bagi cadangan perolehan sistem meriam ringan 105mm, manakala Boustead Submarine Engineering Services (BSES) menyerahkan tiga LOI kepada Naval Group, Thales dan Safran bagi program “Mid-Life Upgrade” (MLU) kapal selam Scorpène TLDM.
Turut berlangsung pertukaran MoU antara Weststar Aerospace dan Thales, MILDEF dan Thales, serta Global Turbine Asia dan Safran Helicopter Engines, meliputi kerjasama teknologi pertahanan, sistem komunikasi taktikal dan penyelenggaraan enjin helikopter.
Kerjasama ini penting untuk meningkatkan kesiagaan ATM, memperkukuh industri pertahanan tempatan serta membangunkan “sovereign capability” negara melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐄𝐅𝐒 𝐎𝐅 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐋𝐀𝐓𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 & 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐆𝐄𝐀𝐍𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐎𝐑𝐒 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Gembira bertemu kepimpinan Tentera Darat ASEAN pada Majlis Makan Malam sempena ACAMM dan ASMAM 2026 di Melaka.
Berpeluang berkongsi pandangan mengenai kepentingan kesatuan ASEAN dan memperkukuh “collective preparedness” dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Kesiapsiagaan ketenteraan bukan untuk mencetuskan peperangan, tetapi mencegah konflik demi keamanan dan kestabilan rantau ini.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒
Selesai program di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya meneruskan agenda dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama PYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, termasuk perolehan helikopter CSAR, sistem meriam 105mm, penilaian pesawat pejuang Rafale serta perancangan keperluan kapal selam pada masa hadapan.
Antara cadangan lain yang dibincangkan termasuk kerjasama sokongan logistik, pemodenan aset sedia ada serta penglibatan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran.
Kami juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan melalui sesi libat urus secara berkala di peringkat Menteri antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒: 𝟑 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐒𝐀𝐑
Selesai pertemuan dua hala antara YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran tiga dokumen kerjasama strategik pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Perancis.
Ketiga-tiga dokumen ini meliputi pembangunan keupayaan pertahanan dan perkongsian industri pertahanan, penubuhan pusat serantau bagi menangani ancaman hibrid serta perlindungan maklumat terkelas.
Turut berlangsung penyerahan Surat Niat (LOI) Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Airbus Helicopters bagi cadangan perolehan empat buah helikopter Combat Search and Rescue (CSAR) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh keupayaan pertahanan serta membangunkan industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒
Turut bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala dengan TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik Malaysia-Perancis dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Perancis merupakan antara rakan strategik penting Malaysia dalam pembangunan keupayaan dan industri pertahanan negara.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐄𝐌𝐌𝐀𝐍𝐔𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐂𝐑𝐎𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Turut bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Perancis di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pagi ini.
Lawatan rasmi Presiden Macron ini merupakan satu lagi detik penting dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Malaysia dan Perancis mempunyai hubungan strategik yang kukuh, termasuklah dalam bidang pertahanan.
Lawatan ini membuka ruang untuk memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan Perancis demi kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
Kredit foto: JAPEN -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada diperkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk menyambut ketibaan Presiden Perancis
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
Gembira dapat bertemu pemimpin-pemimpin Tentera Darat ASEAN pada Majlis Makan Malam sempena 27th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) dan 14th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) di Melaka malam ini.
Berpeluang berkongsi pandangan mengenai kepentingan kesatuan, “centrality”, serta prinsip berkecuali dan tidak berpihak demi kestabilan ASEAN.
Ancaman siber, teknologi dan bencana alam menuntut “collective preparedness” melalui latihan bersama, perkongsian pengalaman dan kepercayaan profesional, tanpa menjejaskan kedaulatan negara. Kesiapsiagaan mesti dibina sebelum krisis berlaku.
ACAMM memperkukuh kerjasama strategik kepimpinan Tentera Darat ASEAN, manakala ASMAM memastikan kesiagaan anggota melalui latihan, disiplin dan profesionalisme.
Kekuatan ketenteraan bukan untuk mencetuskan peperangan, tetapi mencegah konflik. Malaysia komited memperkukuh kerjasama pertahanan ASEAN demi keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada di Melaka untuk majlis perasmian ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐋𝐊𝐍 𝟑.𝟎 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐊, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈
Hari ini menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 4/2026 di Kem 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur, yang melibatkan pelatih wanita. Perbarisan turut berlangsung secara serentak di Hutan Melintang, Perak dan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.
Secara keseluruhannya, seramai 1,899 pelatih berjaya menamatkan latihan selama 45 hari di seluruh negara bagi siri keempat tahun ini.
PLKN 3.0 bukan sekadar program latihan, tetapi usaha membentuk generasi muda yang patriotik, meraikan kepelbagaian sebagai kekuatan, memiliki perwatakan positif, semangat kesukarelawanan dan keyakinan diri.
Pertahanan negara bukan hanya tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kita memerlukan rakyat yang mencintai negara, memahami tanggungjawab mereka dan bersedia memainkan peranan dalam mempertahankan kedaulatannya.
Alhamdulillah, sambutan terhadap PLKN 3.0 amat menggalakkan. Program ini akan terus ditambah baik supaya lebih ramai anak muda berpeluang mendapat manfaat daripadanya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#plkn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri perbarisan tamat latihan Wira Musa Negara PLKN di Kem Rej 515 AW Kuala Lumpur
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, tahniah kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, yang telah menerajui BN Melaka sehingga mencapai kemenangan.
Kemenangan ini bukan sekadar hasil kempen 14 hari, tetapi usaha berterusan sepanjang lima tahun yang membuahkan hasil pada 14 November.
Terima kasih kepada rakyat Melaka dan seluruh jentera BN dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus.
Tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua YB yang menerima mandat rakyat. Tunaikanlah amanah ini dengan penuh keikhlasan demi kepentingan rakyat.
#khalednordinmindef
#prnmelaka
#barisannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐆𝐄𝐋𝐎𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kemenangan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka atas kepercayaan dan mandat yang diberikan.
Penghargaan khusus buat seluruh jentera Barisan Nasional dari segenap pelosok tanah air yang telah mencurahkan masa dan tenaga serta melakukan pelbagai pengorbanan tanpa mengenal penat lelah.
Kemenangan ini harus disambut dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati. Mandat rakyat bukan sekadar untuk diraikan, tetapi amanah besar yang wajib ditunaikan.
Tahniah kepada semua Yang Berhormat yang telah menerima mandat. Selamat berkhidmat. Semoga amanah ini ditunaikan dengan penuh tanggungjawab demi rakyat dan masa depan Melaka.
#khalednordinmindef
#prnmelaka
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16.
Kepercayaan yang diberikan kepada calon Barisan Nasional amat dihargai.
#khalednordinmindef
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) di SK Panchor, Kota Tinggi.
Program ini bukan sekadar meningkatkan kemudahan pendidikan, tetapi turut merapatkan hubungan serta membina keyakinan masyarakat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pertahanan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata. Kesiagaan anggota dan aset berteknologi tinggi mesti disokong ketahanan rakyat (people’s resilience) serta semangat cintakan tanah air.
Program ini juga membuktikan kesediaan ATM melaksanakan amanah Kerajaan dan memastikan manfaat pembangunan sampai ke kawasan pedalaman, sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar.
Di Parlimen Kota Tinggi, sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dalam Program ini dengan peruntukan sekitar RM100,000 bagi setiap sekolah. Kementerian turut melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM1 juta hingga RM1.5 juta bagi setiap kampung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Datuk Haji Fazal Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, serta seluruh warga MDIO atas komitmen menjayakan program ini demi manfaat pendidikan anak-anak kita.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#sekolahangkatmadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐎 𝐀𝐈𝐑𝐁𝐔𝐒 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐂𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑𝐒
Menerima kunjungan delegasi Airbus yang diketuai oleh Mr. Matthieu Louvot, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Helicopters.
Airbus telah lama bekerjasama dengan Malaysia, termasuk melalui penggunaan produk keluarannya oleh ATM serta kerjasama dengan syarikat pertahanan tempatan dalam bidang MRO, pembangunan teknologi dan inovasi.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama, antaranya melalui Industrial Collaboration Programme (ICP), pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran serta peningkatan penggunaan komponen tempatan.
Kami turut membincangkan peluang memperluas penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global Airbus bagi meningkatkan daya saing industri tempatan.
Kerjasama ini diharap dapat dibawa ke tahap lebih tinggi, khususnya dalam membangunkan “sovereign capability” negara dan memperkukuh ekosistem industri pertahanan Malaysia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat delegasi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang diketuai Pengerusinya, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM (Bersara).
BHIC merupakan sebahagian daripada ekosistem pertahanan negara, dengan kepakaran MRO helikopter EC725 milik TUDM dan penyelenggaraan meriam Bofors kapal TLDM, serta sedang meningkatkan keupayaan MRO ke tahap Depot-level Maintenance (D-level).
Saya menekankan agar BHIC turut membangunkan syarikat tempatan dalam rantaian MRO helikopter dan sistem persenjataan, di samping berusaha menyertai rantaian bekalan global pengeluar peralatan asal (OEM) industri aeroangkasa.
Usaha ini penting bagi memperkukuh industri pertahanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya menyempurnakan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2026.
Bagi Kementerian Pertahanan, inovasi bukan sekadar menghasilkan produk atau teknologi baharu, tetapi mesti menjadi budaya kerja di semua peringkat.
Inovasi membolehkan kita meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, menambah baik dasar serta memperkukuh kesiagaan ATM dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks dan sentiasa berubah.
Inovasi juga tidak semestinya memerlukan peruntukan besar. Penambahbaikan kecil terhadap amalan dan kaedah sedia ada mampu memberikan manfaat yang besar.
Saya berbangga dengan pencapaian inovasi warga MINDEF dan ATM di peringkat antarabangsa, termasuk 10 produk inovasi yang dikenal pasti untuk dipatenkan.
Sempena sambutan ini, kita turut melancarkan Sistem i-MIND bagi memperkukuh pengurusan inovasi serta memperkenalkan Pin Defence Innovator sebagai pengiktirafan kepada warga pertahanan yang menghasilkan inovasi.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hariinovasimindef2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat Vice President, Government Aviation, Pilatus Aircraft Ltd, Mr. Ioannis Papachristofilou dan Presiden Kumpulan National Aerospace & Defence Industries (NADI), Dato’ Edron Hayata bin Ahmad di Wisma Pertahanan hari ini.
Pilatus merupakan syarikat pengeluar pesawat dari Switzerland. Pesawat keluarannya telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi latihan juruterbang sejak tahun 1983.
Dalam pertemuan ini, saya menekankan kepentingan memperluas penglibatan syarikat tempatan dalam aspek penyelenggaraan, sokongan teknikal dan pemindahan teknologi.
Usaha ini penting bagi membangunkan kepakaran serta memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia Pilih Turkiye Ganti Sistem NSM Buatan Norway - Mohamed Khaled www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2633401
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐓𝐌 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐎𝐩 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut melalui pelaksanaan Op MURNI.
Bagi menghadapi kemungkinan banjir, ATM telah menyediakan kekuatan seramai 5,234 anggota, terdiri daripada 314 pegawai dan 4,920 anggota lain-lain pangkat (LLP).
Kesiapsiagaan ini turut melibatkan aset mobiliti darat, perairan dan udara yang boleh digerakkan mengikut keperluan serta keadaan semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, ATM berpegang kepada prinsip first troop on the scene, iaitu antara pasukan terawal berada di lapangan apabila berlaku banjir.
Dengan kesiapsiagaan ini, ATM akan terus memainkan peranannya bersama agensi berkaitan bagi memastikan bencana banjir dapat ditangani dengan baik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#opmurni
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃𝐈𝐄𝐑 𝐉𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
Menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brigedier Jeneral Kehormat Askar Wataniah kepada YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, di Wisma Pertahanan hari ini.
Penganugerahan ini diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-638 pada Ogos lalu. Beliau turut dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela (JAKPAS) Negeri Perlis, sebagaimana Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri lain.
Pelantikan ini bertujuan memperkukuh penyertaan anggota sukarela serta meningkatkan kesedaran dan literasi pertahanan dalam kalangan rakyat.
Ketika ini, Askar Wataniah mempunyai sekitar 35,000 anggota dengan sasaran 6,000 anggota baharu setiap tahun, ke arah mencapai kekuatan setanding Angkatan Tetap.
Dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama ATM dan rakyat.
Tahniah kepada YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah. Semoga amanah ini dapat memperkukuh peranan anggota sukarela serta pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#askarwataniah
#jakpas -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemahiran dan kesiapsiagaan diuji, pengalaman dikongsi, kepercayaan dibina.
Itulah semangat ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2026 yang menyatukan Tentera Darat negara-negara ASEAN melalui persaingan sihat dan semangat setiakawan.
Semoga hubungan dan kerjasama ini terus diperkukuh demi keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#aarm2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝟑𝟒𝐓𝐇 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐌𝐈𝐄𝐒 𝐑𝐈𝐅𝐋𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 (𝐀𝐀𝐑𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketika berada di Melaka hari ini, sempat singgah di Kem Terendak yang sedang menjadi lokasi berlangsungnya 34th ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2026 dari 30 Oktober hingga 18 November 2026.
AARM 2026 yang bertemakan “Unity in Diversity” ini menghimpunkan kontinjen Tentera Darat dari 10 negara ASEAN. Sejak pertama kali dianjurkan di Malaysia pada tahun 1991, AARM terus menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Tentera Darat negara-negara ASEAN.
Saya juga berpeluang meninjau pavilion baharu di Lapang Sasar 400 meter yang siap pada Ogos lalu. Kemudahan ini merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan prasarana dan keupayaan latihan menembak Tentera Darat.
Semoga pertandingan berjalan lancar dan selamat maju jaya kepada semua kontinjen, khususnya pasukan Tentera Darat Malaysia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#aarm2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berada di Melaka, sempat bersua muka dan bertanya khabar dengan beberapa wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Melaka.
Terima kasih atas kesempatan bertemu. Semoga semuanya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Amer Hamzah
@amer7211
Satu tamparan hebat buat Bang Non. Dia yang bawa agenda Pengampunan, dia yang tak laksana titah. Engkar!
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
New Straits Times
@NST_Online
#nstnation Istana Negara has warned that any attempt to dispute the conditional royal pardon granted to former prime minister Datuk Seri Najib Razak would amount to defying the Yang di-Pertuan Agong's order.
Read more: www.nst.com.my/news/nation/2026/11/1572690/disputing-naji… -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ketika berada di Melaka, sempat singgah menunaikan solat di Kem Bukit Beruang yang menempatkan Rejimen 514 Askar Wataniah.
Dapat juga bertemu dan bertanya khabar anggota di sini. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan penyerahan tiga projek Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan di Telok Mas, Melaka.
Projek yang telah dimulakan lebih awal ini melibatkan kerja baik pulih dua balai raya dan sebuah surau bernilai hampir RM200,000, dilaksanakan secara gotong-royong oleh anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama masyarakat setempat.
Tahun ini, sebanyak 73 projek PJM dilaksanakan di seluruh negara dengan peruntukan RM4 juta. Di Melaka, 28 projek dirancang dengan peruntukan RM1.13 juta, dengan 15 telah siap, lima sedang dilaksanakan dan lapan lagi dalam perancangan.
Melalui kerjasama awam-tentera (CIMIC), kita mahu membina keyakinan rakyat terhadap ATM, dan pada masa sama memastikan anggota tentera merasakan sokongan masyarakat terhadap tugas mereka.
Pertahanan negara hari ini bukan lagi bergantung kepada kekuatan ketenteraan semata-mata. Dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks, ketahanan rakyat juga penting bagi memperkukuh pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#cimic
#programjiwamurni -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒, 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇
Menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini mengenai keselamatan Asia Pasifik, khususnya Laut China Selatan yang berdepan tuntutan bertindih dan persaingan kuasa besar.
Malaysia mengambil tiga pendekatan, iaitu memperkukuh pertahanan sendiri, kerjasama dengan negara sahabat dan diplomasi pertahanan serantau serta antarabangsa.
Kesiagaan ATM dipertingkat melalui pemodenan aset, latihan, rondaan dan pemantauan serta daya tahan rakyat bagi membentuk credible deterrence.
Kerjasama dengan negara sahabat meliputi perkongsian maklumat, kepakaran dan latihan, manakala ADMM, ADMM-Plus dan FPDA dimanfaatkan bagi memperkukuh diplomasi, perpaduan ASEAN serta penghormatan terhadap UNCLOS.
Menjawab soalan tambahan, saya menegaskan bahawa Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar. Kita bebas dan berkecuali, dengan perbelanjaan pertahanan mengikut kemampuan negara. Doktrin kita adalah mempertahankan, bukan menyerang.
Mengenai Sabah, kesiagaan dan keupayaan pertahanan terus diperkukuh. Sebahagian pesawat FA-50M akan ditempatkan di Labuan dan kapal LMS baharu di Sabah, dengan sasaran nisbah kekuatan ATM 50:50 antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, berbanding 80:20 kini.
Semua ini demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya berkesempatan turun ke Kota Tinggi untuk bertemu dan menyantuni masyarakat menerusi dua program bersama kepimpinan serta penduduk setempat.
Dimulakan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali 2026 di Dewan Jubli Intan, sebelum diteruskan dengan Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor di Kampung Padang.
Kedua-dua program ini membuktikan bahawa muafakat dan kepelbagaian kaum kekal menjadi kekuatan masyarakat kita.
Terima kasih atas sambutan mesra semua, semoga semangat kekitaan ini terus terpelihara, Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bangunan boleh dibina secantik mana pun, tetapi ukuran sebenar sesebuah tempat terletak pada kualiti masyarakatnya.
Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor Zon Bukit Dahlia di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, bersama bersama ADUN Permas, ADUN Johor Jaya dan Ahli Majlis MBPG Zon Bukit Dahlia serta kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Semoga nilai kerjasama, kepercayaan dan rasa hormat sesama jiran yang dipupuk melalui program seperti ini terus menguatkan solidariti warga Bukit Dahlia sebagai asas ketahanan rakyat, Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#pasirgudangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃
Menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara), Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, yang dilantik pada 16 Oktober lalu.
Usaha menjayakan proses damai ini amat penting bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya di sempadan utara Malaysia, terus terpelihara.
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memberikan kerjasama serta berkongsi kepakaran bagi menyokong usaha ini.
Saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran luas Datuk Norihan, beliau dapat memainkan peranan penting dalam memastikan proses dialog damai ini terus mencapai kemajuan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐐𝐀𝐓𝐀𝐑
Menerima kunjungan hormat daripada TYT Salah Mohamed Abdullah Busiol Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia, di Wisma Pertahanan hari ini.
Malaysia dan Qatar mempunyai hubungan pertahanan yang baik, lebih-lebih lagi dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan pada September 2025. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan ketenteraan juga terus diberikan perhatian.
Malaysia sentiasa melihat Qatar sebagai rakan pertahanan yang diyakini dan dipercayai. Semoga kerjasama ini terus berkembang dan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇶🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjunjung kasih KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan menerima mengadap di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.
Persembahan kepada Seri Paduka Baginda merangkumi perkembangan semasa pertahanan negara, keadaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perancangan dan keutamaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
Kredit: RPO -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
Pagi tadi, saya menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali 2026 di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi, anjuran bersama MIC Bahagian Kota Tinggi.
Hadir bersama YB Muszaide Makmor, ADUN Sedili, YB Norlizah Noh, ADUN Johor Lama serta rakan-rakan MIC dan MCA Bahagian Kota Tinggi.
Pelbagai sumbangan disampaikan melibatkan rumah ibadat, pendidikan, perubatan, atlet serta pimpinan cawangan MIC setempat.
Kepelbagaian kaum dan budaya merupakan sebahagian daripada kekuatan masyarakat kita. Kebajikan, kesihatan dan pendidikan semua kaum akan terus diberikan perhatian.
Terima kasih kepada MIC dan masyarakat India Kota Tinggi atas sokongan berterusan. Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Berkesempatan menghadiri Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor di Kampung Padang, Kota Tinggi, bersama YB Tuan Muszaide, pimpinan masyarakat dan penduduk setempat.
Program ini bukan sekadar meraikan kemenangan Barisan Nasional, tetapi turut mengangkat nilai muafakat, kasih sayang dan jati diri Melayu yang mesti terus dipelihara.
Turut diluluskan peruntukan RM40,000 bagi pembinaan menara surau dan RM15,000 untuk pondok menunggu sekolah.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif ini. Semoga program sebegini diteruskan bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kekampungan, Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri dan merasmikan Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor Zon Bukit Dahlia di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
Turut hadir YB Tuan Haji Baharudin Mohamed Taib, ADUN Permas, YB Puan Chan San San, ADUN Johor Jaya, Puan Rafiah Mohammad, Ahli Majlis MBPG Zon Bukit Dahlia, serta kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Program seperti ini penting untuk mengukur sejauh mana kekuatan dan kualiti masyarakat kerana ketahanan rakyat dan kekuatan negara bermula daripada komuniti yang kukuh.
Kekuatan itu dibina atas nilai kerjasama, kepercayaan, kejujuran, rasa hormat, kepedulian dan solidariti, serta penyertaan masyarakat dalam setiap program yang dianjurkan.
Tahniah kepada semua penerima anugerah malam ini dan terima kasih kepada JKPZ Bukit Dahlia serta Puan Rafiah atas penganjuran yang berjaya.
Semoga semangat kejiranan ini terus subur demi kesejahteraan masyarakat Zon Bukit Dahlia.
#khalednordinmindef
#pasirgudang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
All the best, Datuk Rais.
Budak Melaka, support budak ni.
@raisyasin
Calon No. 3
N.11 DUN Sungai Udang
#khalednordinmindef
#barisannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Mengiringi sahabat saya, YB Datuk Rais Yasin, ke pusat penamaan calon bagi DUN N11 Sungai Udang, Melaka, pagi ini.
Turut hadir kepimpinan UMNO dan PAS bersama para penyokong kedua-dua parti. Kerjasama ini membawa matlamat lebih besar untuk memperkukuh perpaduan masyarakat Melayu dan berpotensi menjadi asas kerjasama pada PRU akan datang.
Rakyat Melaka mahukan kerajaan negeri yang kuat, stabil serta kesinambungan pembangunan. UMNO mempunyai pengalaman dan rekod pentadbiran dalam perkara ini.
Saya juga yakin Datuk Rais mampu menggalas amanah dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Sungai Udang, insya-Allah.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐀-𝟓𝟎𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐃𝐌
Satu lagi langkah penting dalam usaha pemodenan aset pertahanan negara.
Ketibaan pesawat FA-50M pertama daripada keseluruhan 18 buah pesawat yang diperoleh dari Korea Selatan di Pangkalan Udara Labuan akan memperkukuh keupayaan tempur udara TUDM, selain menjadi platform latihan bagi melahirkan juruterbang pejuang masa hadapan.
Semoga perolehan ini terus meningkatkan kesiapsiagaan TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysiaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐃𝐌𝐌 𝐊𝐄-𝟐𝟎 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐌𝐌-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐊𝐄-𝟏𝟑
Rangkuman ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 pada 28 hingga 29 Oktober 2026 di Cebu, Filipina.
Dua hari yang padat dengan pelbagai mesyuarat dan pertemuan bersama rakan-rakan Menteri Pertahanan, membincangkan kerjasama pertahanan serta keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan ASEAN dan rakan dialog terus diperkukuh demi keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplusThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Pangkalan Udara Labuan hari ini.
Sempat juga bertemu dan beramah mesra dengan warga TUDM di sini. Semoga terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang dari Cebu ke Labuan, saya berpeluang masuk ke kokpit pesawat C-130 Hercules TUDM dan melihat sendiri juruterbang kita mengendalikan pesawat sepanjang penerbangan.
Satu pengalaman yang cukup menarik dan memberi penghargaan lebih mendalam terhadap tugas serta kepakaran warga TUDM kita.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan pulang dari Cebu, Filipina selepas selesai menghadiri ADMM dan ADMM-Plus, saya singgah di Pangkalan Udara Labuan bagi menyaksikan ketibaan pesawat FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Korea Selatan.
Sebelum majlis bermula, saya menerima taklimat daripada Pegawai Memerintah No. 15 Skuadron, Mejar Mohd Jamil bin Awang TUDM, mengenai keupayaan FA-50M, kesiapsiagaan skuadron, latihan anggota di Korea Selatan serta perancangan operasi selepas ketibaan pesawat.
FA-50M merupakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara serta melatih generasi baharu juruterbang pejuang TUDM.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang dari Cebu ke Labuan, saya berpeluang masuk ke kokpit pesawat C-130 Hercules TUDM dan melihat sendiri juruterbang kita mengendalikan pesawat.
Satu pengalaman menarik. Sempat juga bergambar bersama kru penerbangan yang merupakan anggota TUDM kita. Terima kasih atas khidmat dan dedikasi mereka.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐃𝐌𝐌 & 𝐀𝐃𝐌𝐌-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑
Majlis makan malam rasmi menandakan berakhirnya ADMM dan ADMM-Plus kali ini yang dipengerusikan Filipina.
Menikmati hidangan enak dan persembahan yang memukau bersama pemimpin pertahanan ASEAN serta negara rakan dialog.
Tahniah dan terima kasih khususnya kepada Secretary Teodoro atas penganjuran yang baik serta layanan mesra kepada delegasi Malaysia sepanjang berada di sini.
Maraming salamat, Pilipinas. Hanggang sa muli!
🇲🇾🇵🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Bertemu TYT Jeneral Phan Van Giang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Pertemuan susulan selepas lawatan kerja saya ke Hanoi pada Ogos lalu. Saya berpuas hati dengan perkembangan kerjasama pertahanan kedua-dua negara, khususnya penganjuran Defence Policy Dialogue pertama di Hanoi pada 20 Oktober lalu.
Vietnam merupakan rakan strategik penting dan dipercayai Malaysia dalam ASEAN. Saya juga mengalu-alukan hasrat TYT Jeneral Phan Van Giang untuk melawat Malaysia pada 2027.
Semoga kerjasama pertahanan kedua-dua negara terus diperkukuh demi kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐌𝐌-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐊𝐄-𝟏𝟑
Menghadiri ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina, bersama negara-negara ASEAN dan lapan rakan dialog. Dalam ucapan, saya menekankan tiga perkara utama.
Pertama, konflik dunia membuktikan bahawa apabila dialog digantikan dengan konfrontasi, keamanan akan terancam. ASEAN mesti kekal bersatu bagi mengelakkan perkara sama berlaku di rantau ini.
Kedua, kekuatan ASEAN terletak pada keupayaan mengurus perbezaan melalui dialog, saling menghormati dan berpegang kepada undang-undang antarabangsa.
Ketiga, ASEAN Unity and Centrality mesti terus dihormati, termasuk kedaulatan dan kepentingan setiap negara anggota tanpa pengecualian.
Malaysia turut menggesa pemuktamadan Code of Conduct (COC) yang berkesan dan substantif di Laut China Selatan dipercepat. Tiada negara mendapat manfaat daripada konflik di perairan tersebut.
Kerjasama rakan dialog juga perlu memperkukuh keupayaan ASEAN menghadapi cabaran baharu, termasuk risiko kecerdasan buatan (AI).
Semoga ADMM-Plus terus memperkukuh kerjasama, membina kepercayaan dan memelihara keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐃𝐌𝐌-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐊𝐄-𝟏𝟑 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀
Selepas selesai ADMM ke-20 semalam, hari ini bermulanya ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Mesyuarat ini melibatkan negara-negara ASEAN bersama lapan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand dan Rusia.
Sempat bertemu dan beramah mesra dengan beberapa rakan sejawat sebelum mesyuarat bermula.
Semoga ADMM-Plus terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan kepercayaan strategik demi keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐓𝐇𝐄 𝐔.𝐒. 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐖𝐀𝐑
Met with H.E. Pete Hegseth @secwar United States Secretary of War, on the sidelines of ADMM and ADMM-Plus in Cebu, Philippines.
I welcomed the United States’ continued commitment to supporting ASEAN unity and ASEAN-led mechanisms in addressing regional security challenges.
I look forward to strengthening Malaysia-U.S. defence cooperation while reinforcing ASEAN’s role as a platform for regional dialogue and diplomacy.
⸻
Bertemu TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik komitmen berterusan AS dalam menyokong keutuhan ASEAN serta mekanisme yang diterajui ASEAN bagi menangani cabaran keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan Malaysia-AS terus diperkukuh, seiring dengan peranan ASEAN sebagai platform dialog dan diplomasi serantau.
🇲🇾🤝🇺🇸
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐎𝐒
Di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina, saya berkesempatan bertemu TYT Jeneral Khamlieng Outhakaisone, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Laos.
Saya menyampaikan penghargaan kepada Laos atas penyediaan dokumen Guide to ADMM and ADMM-Plus Practices and Protocols yang dipersetujui dalam ADMM kali ini.
Solidariti, kepercayaan dan kebolehpercayaan sesama negara anggota amat penting dalam memperkukuh ASEAN.
Malaysia akan terus menyokong pembangunan kapasiti dan profesionalisme Angkatan Tentera Laos melalui Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP).
🇲🇾🤝🇱🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
وزارة الدفاع
@modgovksa
أجرى صاحب السمو الملكي الأمير خالد بن سلمان بن عبدالعزيز وزير الدفاع، اتصالًا هاتفيًا، اليوم، بمعالي وزير الدفاع الماليزي محمد خالد بن نور الدين.
وجرى خلال الاتصال بحث العلاقات الثنائية بين البلدين الشقيقين في المجال الدفاعي، واستعراض تطورات الأوضاع الإقليمية، وإدانة الاعتداءات الآثمة التي شنتها الميليشيا الحوثية الإرهابية على المملكة والمشاعر المقدسة. -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Khalid bin Salman خالد بن سلمان
@kbsalsaud
In a call with @KhaledNordin, we reviewed our bilateral defense relations and discussed regional developments. We also condemned the heinous attacks carried out by the Houthi terrorist militia against the Kingdom and the holy sites.
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍-𝐉𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐒’ 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆
Menghadiri ASEAN-Japan Defence Ministers’ Informal Meeting bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi, sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik pandangan TYT Shinjiro Koizumi mengenai kepentingan “ASEAN Unity, Centrality and Resilience” serta cadangan memperkukuh kerjasama melalui ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWGs).
Dalam respons Malaysia, saya menekankan perlunya kerjasama yang lebih fleksibel bagi menangani ancaman baharu termasuk perubahan iklim, keselamatan siber dan AI, di samping memperkukuh latihan bersepadu antara EWG tanpa membebankan sumber negara anggota.
Malaysia juga terbuka kepada penyertaan rakan luar, namun hala tuju kerjasama mesti kekal ditentukan oleh ASEAN. Dalam hal ini, sokongan Jepun melalui latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan keupayaan amat dialu-alukan.
Matlamatnya jelas, memperkukuh keupayaan dan daya tahan ASEAN tanpa mewujudkan kebergantungan berpanjangan kepada pihak luar.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐎𝐑𝐄𝐀
Mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Kang Shin-Chul, Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Ini merupakan pertemuan pertama kami sejak beliau dilantik pada September lalu.
Kami membincangkan potensi kerjasama pembangunan industri pertahanan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Republik Korea terus diperkukuh demi kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇰🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
While in Cebu, Philippines, for the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), I received a call from HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud, Minister of Defence of the Kingdom of Saudi Arabia, following our telephone conversation last month.
Malaysia stands in solidarity with Saudi Arabia amid its current security challenges and remains ready to assist within our capabilities. May Saudi Arabia and its people remain safe and secure, Insya-Allah.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍-𝐔𝐒 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐒’ 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆
Menghadiri ASEAN-US Defence Ministers’ Informal Meeting bersama TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian daripada rangka mesyuarat ADMM ke-20 dan ADMM-Plus ke-13 di Cebu, Filipina.
Saya menyambut baik komitmen AS untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan ASEAN, khususnya dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Dalam respons Malaysia, saya menekankan bahawa perpaduan dan kepusatan ASEAN mesti terus menjadi asas kerjasama serantau. ASEAN perlu kekal bebas menentukan hala tujunya sendiri, tanpa terikat kepada persaingan mana-mana kuasa besar.
Saya turut mengalu-alukan inisiatif Kerangka Kerjasama Pertahanan ASEAN-AS yang akan dimulakan pada 2027, dengan harapan kerjasama ini dapat memperkukuh keupayaan ASEAN sebagai satu kesatuan.
Malaysia akan terus bekerjasama dengan AS dan semua rakan dialog berasaskan kepentingan bersama, saling menghormati serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm
#admmplus -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Secretary of War Pete Hegseth
@SecWar
I look forward to hosting @KhaledNordin at the Pentagon next year to advance interoperability and expand defense cooperation between @DeptofWar and @MINDEFMalaysia
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌) 𝐊𝐄-𝟐𝟎
Hari ini bermulanya ADMM ke-20 di Cebu, Republik Filipina, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr.
Dalam ucapan pembukaan, saya menekankan kepentingan perpaduan dan solidariti ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk ancaman bukan tradisional dan persaingan strategik.
Kesiapsiagaan mesti bermula dengan rakyat. Tiada negara mampu menghadapi cabaran ini bersendirian. Justeru, kerjasama ketenteraan dan keupayaan tindak balas bencana serantau perlu diperkukuh melalui mekanisme sedia ada ASEAN.
Saya turut menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan ASEAN tidak boleh dipandang ringan. Pertikaian di Laut China Selatan tidak seharusnya memecahbelahkan ASEAN, sebaliknya perlu diurus melalui dialog, kepercayaan dan kerjasama demi kepentingan bersama.
Memasuki dekad ketiga penubuhannya, ADMM perlu melangkaui pendekatan lama, memperkukuh kesiapsiagaan bersama dan memastikan kerjasama pertahanan membawa manfaat nyata kepada keselamatan rakyat.
Malaysia kekal komited memperkukuh ADMM dan mempertahankan ASEAN Centrality demi sebuah ASEAN yang lebih bersatu, berdaya tahan serta mampu menentukan masa depannya sendiri.
🇲🇾🇧🇳🇰🇭🇮🇩🇱🇦🇲🇲🇵🇭🇸🇬🇹🇭🇹🇱🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌) 𝐊𝐄-𝟐𝟎
Hari ini bermulanya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 di Cebu, Republik Filipina.
Disambut mesra oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr., sebelum berkesempatan bergambar bersama ketua-ketua delegasi negara ASEAN menjelang bermulanya mesyuarat.
Semoga ADMM kali ini terus memperkukuh kesepakatan dan kerjasama pertahanan ASEAN dalam memelihara keamanan serta kestabilan serantau.
🇧🇳🇰🇭🇮🇩🇱🇦🇲🇾🇲🇲🇵🇭🇸🇬🇹🇭🇹🇱🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
Menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus esok, saya berkesempatan bertemu sahabat saya dan rakan sejawat dari Republik Filipina, TYT Gilberto C. Teodoro Jr.
Tahniah kepada Filipina atas kejayaan menganjurkan mesyuarat berkaitan ADMM di Cebu selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kami bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau, khususnya keselamatan maritim, serta kepentingan berpegang kepada prinsip undang-undang antarabangsa.
Semoga mesyuarat ADMM yang bermula esok berjalan lancar serta memperkukuh kesepakatan dalam kalangan negara ASEAN demi keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇵🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐃𝐌𝐌)
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, Republik Filipina bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 dan ADMM-Plus Ke-13.
Ketibaan saya disambut oleh Mejar Jeneral (Bersara) Fabian Mactal Pedregosa, Timbalan Setiausaha bagi Sistem Maklumat dan Keselamatan Siber, Jabatan Pertahanan Negara Republik Filipina.
Sepanjang berada di Cebu, saya akan menyertai mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, serta pertemuan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
Di sela-sela mesyuarat tersebut, saya juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Filipina, Korea Selatan, Laos, AS, Vietnam, Singapura dan Australia.
ADMM merupakan platform penting untuk membina kepercayaan, memperkukuh kerjasama pertahanan dan memastikan ASEAN terus memainkan peranan utama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.
Bagi Malaysia, keamanan dan kestabilan rantau ini perlu terus dipelihara melalui dialog, persefahaman dan kerjasama erat antara negara.
Turut bersama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, TYT Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#admm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Berada di Dewan Rakyat hari ini bagi menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 bagi Kementerian Pertahanan.
Antara perkara utama yang saya jelaskan termasuk pengukuhan keselamatan di Laut China Selatan, kesiapsiagaan pertahanan di Sabah dan Sarawak, diplomasi pertahanan serta pemodenan aset ATM.
Dua pesawat FA-50M pertama dijangka tiba pada 30 Oktober ini, di samping pengukuhan keupayaan radar dan UAS ANKA-S.
Berhubung projek LCS, Kementerian tidak akan berkompromi terhadap kelewatan dan telah mengeluarkan notis ganti rugi kelewatan (LAD). Usaha mendapatkan pengganti misil NSM juga sedang dilaksanakan.
Saya turut menjelaskan usaha berterusan Kementerian dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM, termasuk isu insentif khas kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang dibangkitkan dalam perbahasan.
Apa yang penting, setiap usaha dan peruntukan pertahanan mesti diterjemahkan kepada keupayaan ATM yang lebih kukuh, kesiapsiagaan yang lebih tinggi serta kesejahteraan warga dan veteran ATM yang terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Menerima kunjungan hormat bakal Duta Besar Malaysia ke Belgium, TYT Shaiful Anuar bin Mohammad, bakal Duta Besar ke Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid dan bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel.
Pertemuan ini menjadi kesempatan untuk berkongsi pandangan mengenai potensi Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke ASEAN, termasuk peluang memperluas kerjasama pertahanan melalui diplomasi pertahanan.
Saya percaya hubungan baik Malaysia dengan negara-negara ini mampu membuka lebih banyak ruang kerjasama, sekali gus memperkukuh peranan ASEAN dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tahniah kepada PVATM atas kejayaan menjayakan Perhimpunan Agung Negara Ke-100, satu pencapaian yang amat membanggakan.
Melangkah ke abad kedua, Kementerian Pertahanan mahu memperkukuh pendekatan daripada sekadar pemberian bantuan kebajikan kepada pembangunan keupayaan veteran untuk berdikari, menjana pendapatan dan terus menyumbang kepada negara.
Semoga PVATM dapat terus memainkan peranan penting sebagai rakan strategik Kementerian Pertahanan dan ATM dalam memperkukuh kebajikan, membina keupayaan serta meningkatkan kesejahteraan veteran.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 (𝐏𝐕𝐀𝐓𝐌)
Alhamdulillah, hari ini saya merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Negara Ke-100 Persatuan Veteran ATM (PVATM), satu pencapaian bersejarah bagi persatuan veteran terbesar negara dengan lebih 182,000 ahli berdaftar.
𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘃𝗲𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮. PVATM perlu terus menjadi rakan strategik MINDEF dan ATM dalam menjayakan agenda ini.
Dalam Belanjawan 2027, Kerajaan memperuntukkan RM304 juta kepada JHEV ATM. Saya turut berkongsi cadangan mewujudkan Hari Veteran pada 20 Mei setiap tahun, tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.
Tahniah kepada seluruh kepimpinan dan ahli PVATM atas kejayaan menjayakan perhimpunan bersejarah ini. Semoga PVATM terus kukuh melangkah ke abad kedua perjuangannya.
Sesungguhnya, kita bukan bangsa yang melupakan jasa dan bakti perajurit. Kita adalah bangsa yang tahu dan akan sentiasa berterima kasih.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚.
Sorotan lawatan kerja saya ke Jepun pada 18 hingga 21 Oktober 2026 dalam usaha memperkukuh kerjasama pertahanan berteraskan kepercayaan dan keyakinan bersama.
Semoga segala hasil perbincangan dan persetujuan sepanjang lawatan ini dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata dalam meningkatkan keupayaan pertahanan Malaysia.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀)
Menghadiri dan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua Tahun 2026 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur, hari ini.
Sesi pertama yang melibatkan 150 penerima sebelum ini telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di Istana Negara pada 6 Oktober lalu.
Istiadat sesi kedua ini melibatkan seramai 490 penerima yang dikurniakan darjah kepahlawanan sebagai pengiktirafan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti mereka sepanjang berkhidmat dalam ATM.
Istiadat yang diadakan bersempena Sambutan Hari ATM Ke-93 ini merupakan penghargaan kepada warga ATM atas kesetiaan dan dedikasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Menutup hari ketiga lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan menghadiri majlis makan malam bersama warga Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Kami turut bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Jepun serta peranan Kedutaan dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk diplomasi pertahanan.
Hubungan baik antara negara penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan serantau, yang menjadi asas kepada pembangunan serta kemajuan ekonomi.
Terima kasih kepada Duta Besar Malaysia ke Jepun, TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd Ghani serta seluruh warga Kedutaan atas layanan mesra dan usaha menjayakan lawatan ini.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Hari ketiga lawatan kerja ke Jepun, saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Jepun, TYT Toshimitsu Motegi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam konteks pertahanan dan keselamatan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas bantuan melalui program Official Security Assistance (OSA), termasuk sistem counter-UAV kepada Malaysia. Malaysia berharap OSA diteruskan pada tahun 2027 dan seterusnya dengan skop lebih menyeluruh, khususnya bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
Saya turut berkongsi hasil pertemuan dengan Menteri Pertahanan Jepun semalam, termasuk usaha memperluas kerjasama maritim, meneroka kaedah perolehan pertahanan secara G2G serta cadangan mengadakan mesyuarat tahunan peringkat Menteri Pertahanan kedua-dua negara.
Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan Indo-Pasifik, khususnya situasi di Laut China Selatan. Saya menegaskan kepentingan perpaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau serta memastikan keamanan dan kestabilan rantau terus terpelihara.
Pertemuan ini turut menyentuh hubungan pendidikan yang telah lama terjalin, termasuk penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan kampus University of Tsukuba di Malaysia, selaras dengan semangat Dasar Pandang ke Timur.
Malaysia melihat Jepun sebagai rakan strategik yang dipercayai. Semoga hubungan ini terus diperkukuh, khususnya menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun pada tahun hadapan.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌ENERIMA BANTUAN PERTAHANAN DARI JEPUN
Memasuki hari ketiga lawatan kerja saya ke Jepun, hari ini saya bersama Menteri Luar Negeri Jepun, TYT Toshimitsu Motegi menyempurnakan pemeteraian kerjasama di bawah program Official Security Assistance (OSA) 2026.
Melalui OSA 2026, Malaysia akan menerima sebuah sistem Counter-Unmanned Aerial System (C-UAS) bernilai kira-kira RM40 juta bagi memperkukuh keupayaan ATM menangani ancaman dron.
Malaysia merupakan antara negara terawal menerima manfaat OSA sejak 2023, dengan bantuan bernilai RM12.63 juta melibatkan 14 UAV, 7 bot penyelamat dan 2 lori pembersihan jalan.
Bagi OSA 2025 pula, Jepun memperuntukkan kira-kira RM80 juta, termasuk sebuah kapal sokongan untuk TLDM yang dijangka diterima pada 2029, selain bantuan peralatan kepada ASEAN Observer Team (AOT).
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas bantuan yang telah diterima dan komitmen untuk meneruskan kerjasama ini.
Harapan kita agar Malaysia terus menerima manfaat daripada program OSA pada masa hadapan, khususnya dalam memperkukuh keupayaan pengawasan maritim dan kesiapsiagaan operasi ATM.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengakhiri hari kedua lawatan kerja saya ke Jepun dengan makan malam yang dihoskan oleh Minister Koizumi bersama delegasi kedua-dua negara.
Hidangan Jepun yang cukup enak, perbualan yang mesra dan persembahan lagu-lagu menjadikan malam ini cukup istimewa. Lagu Belaian Jiwa dan Rasa Sayang turut dimainkan.
Terima kasih kepada Minister Koizumi atas layanan dan hospitaliti yang begitu baik.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐓𝐎𝐒𝐇𝐈𝐁𝐀
Berkesempatan melawat Toshiba Komukai Complex di Kawasaki, Kanagawa, dalam rangka lawatan kerja ke Jepun. Delegasi Toshiba diketuai oleh Masaki Haruyama, Corporate Executive Vice President, Toshiba Corporation.
Toshiba bukan sekadar nama besar dalam industri teknologi dan elektronik, malah telah lama memainkan peranan dalam pembangunan teknologi pertahanan Jepun.
Menarik untuk melihat sendiri kepakaran mereka dalam Radar Systems, Air Defense Systems, Command Control & Intelligence Systems serta Counter Drone Solutions.
Saya melihat banyak potensi kerjasama yang boleh diterokai, khususnya dalam pemindahan teknologi dan pembangunan industri pertahanan tempatan.
Hubungan dengan pemain industri seperti Toshiba penting dalam usaha membina keupayaan pertahanan negara untuk jangka panjang.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐓𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Antara agenda utama lawatan kerja saya ke Jepun ialah mesyuarat bilateral bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi, bagi memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Perbincangan tertumpu kepada Maritime Security Cooperation, termasuk Maritime Domain Awareness (MDA), perkongsian maklumat dan latihan bersama.
Kami turut meneroka kaedah perolehan baharu bagi aset pertahanan serta kerjasama dalam bidang teknologi dan industri pertahanan.
Malaysia melihat Jepun sebagai rakan kerjasama pertahanan yang diyakini. Saya turut menghargai sokongan Jepun melalui Official Security Assistance (OSA) dalam meningkatkan keupayaan ATM.
Kerjasama ini akan terus diperkukuh selaras dengan Comprehensive Strategic Partnership (CSP) demi keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
It was a pleasure to meet my good friend, His Excellency Shinjiro Koizumi (@shinjirokoiz), Japan Defence Minister, once again during my working visit to Japan. We last met at the Shangri-La Dialogue in Singapore in May this year.
We exchanged views on strengthening defence cooperation between our two countries, particularly in maritime security, capability development, and defence industry and technology cooperation.
I look forward to further strengthening the close ties between Malaysia and Japan for our mutual benefit, as well as regional peace and stability.
Thank you, Minister Koizumi, for the warm hospitality and fruitful discussions. Looking forward to seeing you again in the Philippines next week.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐕𝐈𝐂𝐄-𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐅𝐎𝐑 𝐅𝐎𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐀𝐅𝐅𝐀𝐈𝐑𝐒 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
Dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan dan makan tengah hari bersama Parliamentary Vice-Minister for Foreign Affairs Jepun, Kazuhiro Fujii.
Kami bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Jepun yang telah dipertingkatkan kepada Comprehensive Strategic Partnership (CSP) sejak Disember 2023, termasuk kerjasama pertahanan melalui program Official Security Assistance (OSA).
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus mempererat hubungan dan memperkukuh kerjasama strategik kedua-dua negara.
Terima kasih atas layanan mesra dan keramahan yang diberikan sepanjang pertemuan ini.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan dengan Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Manabu Imakyurei.
ATLA merupakan agensi di bawah Kementerian Pertahanan Jepun yang bertanggungjawab dalam aspek perolehan, teknologi dan logistik pertahanan.
Saya menerima taklimat mengenai pendekatan Jepun dalam membangunkan industri pertahanannya, di samping bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam pemindahan teknologi, pembangunan komponen tempatan dan rantaian bekalan global.
Saya percaya hubungan yang lebih erat, berasaskan kepercayaan dan saling menghormati, akan membuka lebih banyak peluang kerjasama pertahanan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan makan malam bersama tujuh kadet dan seorang pegawai ATM yang sedang mengikuti pengajian serta kursus di National Defense Academy of Japan.
Pertemuan ini memberi peluang untuk bertanya khabar dan mendengar pengalaman mereka sepanjang berada di Jepun.
Manfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu, memperluas pengalaman dan membina jaringan hubungan untuk masa depan ATM.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia serta ATM di perantauan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, bagi memulakan lawatan kerja pertama saya ke Jepun selama empat hari bermula 18 hingga 21 Oktober 2026.
Antara agenda utama lawatan ini ialah mesyuarat bilateral bersama Menteri Pertahanan Jepun, TYT Shinjiro Koizumi.
Saya juga dijadual mengadakan mesyuarat bilateral bersama Menteri Luar Jepun, TYT Toshimitsu Motegi, serta menghadiri majlis menandatangani dokumen bantuan geran di bawah program Official Security Assistance (OSA) Kerajaan Jepun.
Lawatan ini turut melibatkan pertemuan bersama Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) serta lawatan ke syarikat pertahanan Jepun, Toshiba.
Berlandaskan Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Jepun, lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan pertahanan serta memperluas ruang kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.
Semoga segala usaha ini membawa manfaat nyata kepada pertahanan negara, di samping meningkatkan persefahaman dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Ketibaan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, TYT Dato’ Ahmad Rozian bin Abd Ghani serta Atase Pertahanan Malaysia di Tokyo, Kepten Mohamad Fazri bin Ibrahim TLDM.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani bin Daud dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐓𝐌 𝐊𝐄-𝟗𝟑
Menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.
Majlis ini menjadi lambang penghormatan dan taat setia warga ATM kepada Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM, selain meneruskan tradisi rejimental yang menjadi sebahagian daripada identiti ketenteraan.
Sambutan Hari ATM pada 16 September setiap tahun turut menjadi kesempatan untuk mengenang jasa dan pengorbanan seluruh warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hariatmke93 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Mengakhiri lawatan kerja ke Melaka hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama warga Kem Sungai Udang.
Selain peruntukan RM110,000 oleh LTAT bersama Syarikat Kumpulannya menerusi Program Kem Santuni MADANI 2026, beberapa peruntukan lain turut diumumkan bagi meningkatkan kesejahteraan warga kem:
🔹 RM50,000 bagi senggaraan tandas penginapan penuntut kursus Cawangan Komando.
🔹 RM50,000 bagi bekalan bahan mentah untuk membina stor dan pondok skuad Rejimen 21 Komando.
🔹 RM150,000 bagi penyelenggaraan masjid Kem Sungai Udang.
Saya turut menyampaikan sumbangan kebajikan YLTAT kepada 38 anggota atau waris yang mengalami masalah kesihatan, menghidap penyakit kronik atau berstatus OKU, bagi meringankan beban mereka.
Kepada seluruh warga kem, terus pelihara integriti, kesetiaan, keberanian, disiplin dan profesionalisme. Teruslah saling mempercayai, menghormati dan menguatkan antara satu sama lain kerana kekuatan ATM terletak kepada anggotanya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Selepas Kem Terendak, saya meneruskan lawatan kerja ke Kem Sungai Udang, Melaka yang menempatkan pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia.
Saya menerima taklimat mengenai kesiagaan pasukan dan kesejahteraan anggota, termasuk keperluan perumahan seperti Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan blok penginapan.
Peruntukan senggaraan kem ini meningkat daripada RM4.87 juta pada 2025 kepada RM6.38 juta tahun ini, bagi memastikan prasarana dan persekitaran kem kekal selesa dan selamat.
Saya turut meninjau gimnasium yang menerima sumbangan RM110,000 untuk dinaik taraf melalui Program Kem Santuni MADANI oleh LTAT dan Syarikat Kumpulannya. Sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi program ini yang melibatkan 6 kem ATM di seluruh negara.
Kesiagaan pasukan dan kesejahteraan anggota perlu terus diperkukuh seiring demi memastikan tanggungjawab mempertahankan negara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#kemsantunimadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐓𝐌
Dalam lawatan kerja ke Melaka hari ini, saya singgah di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak.
Seronok melihat keceriaan di wajah anak-anak kita. Kita mahu mereka terus gembira ke sekolah, dengan suasana yang lebih selesa untuk belajar dan menimba ilmu.
Sekolah ini merupakan antara 42 buah sekolah agama dan KAFA dalam kem ATM yang menerima manfaat Program Sekolah Angkat MADANI 2026 oleh LTAT dan Syarikat Kumpulannya.
Sebanyak RM1.05 juta diperuntukkan melalui program ini, memberi manfaat kepada lebih 10,300 pelajar dan guru. Khusus bagi SRA JAIM Kem Terendak, RM35,000 diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan surau.
Usaha meningkatkan kesejahteraan warga ATM turut merangkumi pendidikan dan masa depan anak-anak mereka.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#sekolahangkatmadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀
Selain peluncuran HITS @ PERNAMA, beberapa inisiatif kesejahteraan warga ATM turut diumumkan sempena lawatan kerja ke Kem Terendak, Melaka hari ini.
Menerusi Belanjawan 2027, sekitar RM500 juta diperuntukkan untuk membaik pulih 11,000 unit RKAT bagi menyediakan kediaman lebih selesa dan selamat kepada keluarga ATM.
Sebanyak RM20 juta pula diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah-sekolah dalam kem tentera bagi meningkatkan keselesaan pembelajaran anak-anak.
Peruntukan Program Ekonomi MADANI turut ditingkatkan kepada RM1.5 juta bagi membantu ahli BAKAT menjana pendapatan, termasuk RM30,000 untuk meneruskan projek pertanian cendawan di Kem Terendak.
Kesejahteraan anggota dan keluarga terus menjadi keutamaan dalam memperkukuh pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#programekonomimadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Jasa dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan negara tidak boleh dilupakan. Kebajikan dan masa depan mereka mesti terus diberi perhatian, termasuk selepas bersara.
Melalui kerjasama MINDEF dan KESUMA, kemahiran anggota ATM akan diiktiraf dan dipadankan dengan keperluan industri bagi membuka peluang kerjaya kedua.
Sekitar 3,000 bakal pesara ATM yang layak setiap tahun berpeluang memperoleh pensijilan SKM Tahap 3 atau 4 dengan kos ditanggung oleh MINDEF.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐇𝐈𝐓𝐒 @ 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀: 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀
Memulakan lawatan kerja ke Melaka dengan meluncurkan Kempen “Harga Istimewa, Tentera Sejahtera” (HITS) @ PERNAMA di Kem Terendak.
Inisiatif Kementerian Pertahanan ini menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran setiap hari, bagi membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah anggota ATM, veteran dan keluarga mereka.
PERNAMA, perbadanan milik penuh LTAT, bukan sekadar entiti perniagaan tetapi instrumen kesejahteraan warga tentera yang memberikan manfaat secara langsung kepada anggota dan keluarga mereka.
Kesejahteraan warga tentera merupakan sebahagian daripada asas kekuatan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hits
#pernama -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry Launches 'HITS' To Ease Cost Of Living For Military Personnel www.bernama.com/en/general/news.php?id=2620665
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan Lancar HITS, Bantu Keluarga Tentera Dapatkan Barangan Keperluan Lebih Murah www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2620657
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Singgah di Kem Terendak malam ini untuk makan malam bersama barisan kepimpinan di sekitar Melaka, menjelang lawatan kerja saya esok.
Seperti kebiasaan dalam lawatan ke kem-kem tentera di seluruh negara, kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan pertahanan negara serta soal kesejahteraan anggota dan keluarga mereka.
Pertemuan seperti ini turut membantu saya memahami dengan lebih dekat keadaan dan cabaran sebenar di lapangan.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Buka Laluan Kerjaya Kedua Veteran ATM www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2620517
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Opens Second-career Pathways For MAF Veterans www.bernama.com/en/general/news.php?id=2620519
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅-𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Melalui pemeteraian Nota Kerjasama antara MINDEF dan KESUMA hari ini, persediaan kerjaya kedua anggota dan veteran ATM diperkukuh melalui beberapa langkah utama.
Antaranya, pengiktirafan kemahiran dan pengalaman ketenteraan melalui pensijilan SKM dan DKM, latihan peralihan kerjaya, pemadanan kompetensi dengan keperluan industri serta akses kepada peluang pekerjaan melalui MYFutureJobs.
Semua ini digerakkan secara bersepadu melalui MyBakat Veteran dengan penglibatan TalentCorp, JPK, PERHEBAT, PERKESO, JHEV dan HRD Corp.
Kerjasama ini menyasarkan lebih 15,000 anggota dan veteran ATM menjelang 2030, dengan persediaan kerjaya bermula sekurang-kurangnya dua tahun sebelum persaraan.
Matlamatnya adalah untuk memastikan anggota ATM menamatkan perkhidmatan dengan kelayakan yang diiktiraf, nilai pasaran yang lebih tinggi dan peluang kerjaya kedua yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap komuniti mempunyai keunikan tersendiri yang wajar diraikan dan disokong demi memperkukuh hubungan masyarakat serta memajukan komuniti setempat.
Program Pikat Burung Terkukur dan Burung Merbuk di Kampung Mawai, Kota Tinggi, anjuran KTMM dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.
Semoga program ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi memperkukuh semangat kebersamaan antara satu sama lain.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐅-𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Hari ini, saya menyaksikan Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Kerjasama strategik ini merupakan usaha jangka panjang yang berimpak besar terhadap kesejahteraan dan masa depan anggota serta veteran ATM selepas perkhidmatan.
Melalui MyBakat Veteran yang dilaksanakan oleh TalentCorp, kemahiran anggota ATM akan diiktiraf menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dipadankan dengan keperluan industri serta dihubungkan terus dengan peluang pekerjaan.
Terima kasih kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas komitmen dan kerjasama KESUMA dalam menjayakan usaha ini.
Jasa dan pengorbanan anggota ATM bukan sekadar dikenang, tetapi mesti diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah selepas bersara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#mybakatveteran -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bermula dengan penanaman pada Mac lalu, kini projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi membuahkan hasil dengan tuaian pertama halia “KayTi”.
Melibatkan 15 veteran ATM, inisiatif ini membuka peluang untuk mereka terus produktif dan menjana pendapatan melalui bidang pertanian.
Veteran bukan sahaja dihargai atas jasa dan pengorbanan mereka, tetapi terus diberi peluang membina kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#janaveteranThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Melalui Projek JanaKomuniti, seramai 22 peserta dari FELDA Air Tawar 2 dan FELDA Air Tawar 3 kini berpeluang menceburi bidang pertanian dengan sokongan Boustead Plantations Berhad (BPlant).
Inisiatif ini bukan sekadar membuka peluang menjana pendapatan, tetapi turut membawa hasrat menjadikan Kota Tinggi antara pusat pengeluaran utama halia melalui penanaman halia “KayTi”.
Daripada komuniti untuk komuniti, demi ekonomi setempat yang lebih mampan dan keterjaminan makanan negara.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#janakomunitiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Masyarakat yang bersatu dan saling menyayangi merupakan asas penting dalam membina komuniti yang harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.
Menghadiri Hari Keluarga Komuniti Kampung Sayang anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) di Dewan Kampung Sayang, Kota Tinggi.
Peruntukan sebanyak RM20,000 telah diluluskan bagi keperluan bilik air, manakala RM15,000 diperuntukkan kepada Rukun Tetangga bagi menyokong keperluan komuniti setempat.
Semoga semangat muafakat dan nilai kasih sayang yang menjadi identiti Kampung Sayang terus subur demi kesejahteraan masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap sumbangan kepada Tabung Pahlawan adalah tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Alhamdulillah, kutipan Tabung Pahlawan terus meningkat dari tahun ke tahun. Sokongan masyarakat dan sektor korporat amat bermakna dalam memastikan kebajikan veteran serta tanggungan mereka terus terbela.
Sesungguhnya, bangsa yang besar adalah bangsa yang mengenang budi, menghargai pengorbanan dan tidak sesekali melupakan jasa para pahlawannya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadap Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Raja Abdullah II ibn Al Hussein sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat Malaysia-Jordan serta komitmen memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama.
Turut menjadi perhatian ialah perkembangan Asia Barat, termasuk di Palestin dan Syria, serta usaha memperjuangkan keamanan serantau dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
🇲🇾🇯🇴
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang korporat serta individu yang terus memberikan sokongan kepada Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027.
Alhamdulillah, sumbangan yang diterima terus meningkat saban tahun. Sokongan ini mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam menghargai jasa dan pengorbanan para perwira negara.
Setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna dalam membantu menjaga kebajikan veteran ATM dan tanggungan mereka, khususnya yang uzur, terlantar dan memerlukan bantuan.
Beri banyak tanda mampu, beri sedikit tanda ingat. Semoga semangat mengenang jasa dan menghargai pengorbanan para pahlawan negara terus subur dalam kalangan masyarakat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐒𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri merangkap Penaung Kempen Tabung Pahlawan, hari ini menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2026/2027 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kutipan Tabung Pahlawan meningkat daripada RM1.306 juta bagi kempen 2023/2024 kepada RM3.351 juta bagi 2025/2026. Sasaran kita tahun ini ialah RM5 juta.
Kempen ini bukan sekadar mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara, tetapi juga mengingatkan bahawa kebajikan anggota semasa dan selepas perkhidmatan adalah sebahagian daripada ekosistem pertahanan. Kesejahteraan veteran tanggungjawab kita bersama.
Tabung ini membantu veteran ATM yang memerlukan, khususnya mereka yang uzur dan terlantar. Kerajaan turut memperuntukkan RM304 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam Belanjawan 2027 bagi meneruskan agenda kebajikan veteran.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan negara. Beri banyak tanda mampu, beri sedikit tanda ingat. Setiap sumbangan amat bermakna buat veteran ATM.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#kempentabungpahlawan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang menghadiri Program Pikat Burung Terkukur dan Burung Merbuk bersama komuniti peminat burung di Kampung Mawai, Kota Tinggi dalam program anjuran KTMM dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.
Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menarik kehadiran peserta daripada pelbagai tempat, termasuk Indonesia.
Selaku Ahli Parlimen, saya sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan kerana bagi saya, setiap komuniti ada tempat dan sentiasa dekat dengan saya.
Semoga program ini menjadi acara tahunan yang mengeratkan silaturahim serta membuka peluang rezeki buat penduduk setempat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya berkesempatan menghadiri Hari Keluarga Komuniti Kampung Sayang anjuran Kelab Rukun Tertangga (KRT) yang berlangsung di Dewan Kampung Sayang, Kota Tinggi.
Penganjuran program ini telah berlangsung sejak dua hari yang lepas, dan ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan dalam komuniti.
Saya turut menekankan kepentingan membina masyarakat yang mempunyai ketahanan dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan, termasuk ancaman bukan tradisional yang semakin kompleks seiring perkembangan teknologi.
Dalam kesempatan ini, saya juga meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi keperluan bilik air dan RM15,000 untuk Rukun Tetangga bagi menyokong keperluan komuniti setempat.
Semoga semangat muafakat dan nilai kasih sayang yang menjadi identiti Kampung Sayang terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐀𝐍𝐀𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Selain JanaVeteran, hari ini kita melancarkan Projek JanaKomuniti di Kota Tinggi, hasil kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.
Projek ini melibatkan 22 peserta, iaitu 12 dari FELDA Air Tawar 3 dan 10 dari FELDA Air Tawar 2. Sebanyak 1,000 polibeg disumbangkan oleh BPlant untuk kedua-dua lokasi melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Kita mahu inisiatif ini membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat, di samping memanfaatkan tanah yang berpotensi untuk kegiatan pertanian.
Hasrat kita adalah untuk menjadikan Kota Tinggi antara pusat pengeluaran utama halia melalui penanaman halia “KayTi”, sekali gus meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan memperkukuh keterjaminan makanan negara.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#janakomuniti -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐀𝐍𝐀𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
Pada Mac lalu, kita memulakan projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi. Hari ini, saya kembali menyaksikan tuaian pertama halia “KayTi” hasil kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).
Projek rintis ini melibatkan 15 veteran ATM, masing-masing mengusahakan satu plot tanaman halia secara fertigasi dengan sekitar 7,500 polibeg, serta mendapat sokongan teknikal dan pemantauan berterusan daripada BPlant.
Setiap tahun, kira-kira 5,000 anggota ATM bersara, sebahagiannya seawal usia 40 tahun. Kita mahu mereka terus produktif, memanfaatkan pengalaman dan kemahiran untuk menjana pendapatan.
JanaVeteran akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dengan memanfaatkan tanah MINDEF yang belum mempunyai perancangan pembangunan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada veteran yang berminat dalam bidang pertanian moden.
Usaha ini bukan sahaja memperkasa ekonomi veteran, tetapi turut menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#janaveteran -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Manfaatkan Tanah Terbiar Untuk Pertanian, Perkukuh Keterjaminan Makanan www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2618577
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengiringi Presiden Republik Arab Mesir, TYT Abdel Fattah el-Sisi dalam pertemuan bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serta perkara yang menyentuh kepentingan bersama Malaysia dan Mesir.
Presiden El-Sisi kemudiannya berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Mewakili Kerajaan Malaysia dan selaku Menteri Pengiring, saya merakamkan penghargaan kepada Presiden El-Sisi serta delegasi atas lawatan ini.
Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Mesir terus diperkukuh demi kepentingan kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
Kredit foto: PMO
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan TYT Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir bersempena Lawatan Negara ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.
Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, turut menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara yang diadakan bagi meraikan lawatan tersebut.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Presiden Al-Sisi sebagai penghormatan bersempena Lawatan Negara ini.
Semoga lawatan ini terus mempererat hubungan persahabatan Malaysia dan Mesir serta membuka lebih banyak ruang kerjasama demi manfaat kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#khalednordinmindef
Kredit foto: Istana Negara, PMO, JAPEN -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, TYT Abdel Fattah el-Sisi di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Turut berperanan sebagai Menteri Pengiring sepanjang lawatan kerja dua hari Presiden el-Sisi ke Malaysia.
Semoga lawatan ini terus memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan Mesir.
🇲🇾🇪🇬
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BELANJAWAN 2027: RM22.11 BILION PERKUKUH PERTAHANAN NEGARA
Kementerian Pertahanan menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Dewan Rakyat.
Belanjawan ini mencerminkan semangat Waad Nasional, iaitu ikatan amanah dan tanggungjawab antara Kerajaan dengan rakyat, berpaksikan lapan lunas utama bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta masa depan negara terus dipelihara.
Bagi tahun 2027, Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM22.11 bilion, meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding tahun 2026.
Daripada jumlah tersebut, RM14.523 bilion adalah bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM7.585 bilion bagi Perbelanjaan Pembangunan.
Sebanyak RM5.34 bilion diperuntukkan bagi aset pertahanan untuk memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Dalam aspek kebajikan, RM957.30 juta diperuntukkan bagi perumahan ATM bagi memastikan anggota dan keluarga mendapat kemudahan kediaman yang lebih baik, selesa dan kondusif.
Bagi veteran ATM, peruntukan pengurusan sebanyak RM304 juta disediakan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Kadar pencen terendah turut ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan yang memanfaatkan hampir 59,000 penerima secara keseluruhan, termasuk pesara ATM dan penerima pencen terbitan.
Bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas peruntukan dan perhatian yang diberikan.
Kementerian komited memastikan setiap peruntukan diurus secara telus, berhemah dan berkesan demi memperkukuh kesiapsiagaan ATM serta memelihara kebajikan anggota, keluarga dan veteran.
Pertahanan negara adalah amanah besar yang mesti terus dipelihara demi keselamatan rakyat, kedaulatan negara dan masa depan Malaysia.
#khalednordinmindef
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan, sebagai “client” dan pembeli, mahu LUNAS memenuhi tanggungjawabnya.
Kelewatan LCS bukan sekadar soal jadual pembinaan, tetapi memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
LCS 1 dijangka diserahkan pada April 2027. Walaupun tanpa NSM ketika penyerahan, kapal ini tetap mempunyai keupayaan tempur dan boleh beroperasi secara bersepadu bersama TUDM.
Notis makluman LAD telah dikeluarkan. Dengan komitmen Kementerian Pertahanan, serta Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, tiada lagi kelewatan harus berlaku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#lcs -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐑𝐎𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐂𝐒
Menghadiri Dewan Rakyat bagi menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 berhubung pengurusan Projek Littoral Combat Ship (LCS).
Setakat Ogos 2026, kemajuan LCS 1 telah meningkat kepada 86.39%, manakala kemajuan keseluruhan projek berada pada 80.13%.
Sebagai “client”, Kementerian Pertahanan sangat dukacita dan kecewa dengan kelewatan serta prestasi pembinaan LCS oleh LUNAS. Kelewatan ini memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
LUNAS telah memberikan tarikh baharu penyerahan LCS 1 pada April 2027. Walaupun penerimaan ketika itu adalah tanpa Naval Strike Missile (NSM), LCS 1 tetap akan dilengkapi dengan sistem persenjataan lain dan alternatif kepada NSM sedang dipertimbangkan.
Kementerian Pertahanan juga telah mengeluarkan notis makluman LAD kepada LUNAS dan tidak akan berkompromi terhadap kelewatan projek ini.
Dengan komitmen Kementerian Pertahanan, serta Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap LUNAS, saya percaya LCS 1 akan diserahkan pada April 2027 tanpa kelewatan lagi, demi kesiagaan ATM dan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#lcs -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Mengadakan lawatan kerja ke High Point Worldwide bagi melihat pembangunan dan pemasangan pelbagai aset kenderaan darat untuk Tentera Darat Malaysia.
Sebanyak 526 buah kenderaan dibekalkan secara berperingkat hingga 2028, dengan sekurang-kurangnya 30% kandungan tempatan selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Kita mahu syarikat tempatan terus memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan keupayaan dan meneroka potensi untuk menyertai “global supply chain”. Kementerian mengalu-alukan usaha syarikat yang sedang membangunkan casis tempatan.
Ini penting dalam membina “sovereign capability” negara dan paling utama, memperkukuh kedaulatan negara.
Saya juga mengalu-alukan penyertaan veteran ATM yang kini merangkumi sekitar 15% tenaga kerja syarikat, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk terus menyumbang kepada pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2026 di Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera berkenan mengurniakan darjah kepahlawanan kepada 150 penerima sebagai pengiktirafan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti mereka.
Menjunjung kasih Tuanku dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
Kredit foto: Istana Negara -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia di Wisma Pertahanan.
Sebagai dua buah negara maritim, Malaysia dan Jepun berkongsi kepentingan dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
Hubungan pertahanan kedua-dua negara juga terus berkembang, termasuk melalui Official Security Assistance (OSA) yang diterima Malaysia pada tahun 2023.
Ke hadapan, Malaysia dan Jepun akan terus meneroka ruang kerjasama yang lebih luas, khususnya dalam pembangunan industri pertahanan dan pengukuhan keupayaan pertahanan negara.
🇲🇾🇯🇵
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ancaman hari ini tidak lagi hanya datang dari medan fizikal. Ruang siber dan teknologi digital kini menjadi sebahagian daripada landskap pertahanan negara.
Daripada ancaman siber dan manipulasi maklumat, hingga soal akauntabiliti serta pembangunan Angkatan Siber sebagai perkhidmatan keempat ATM menjelang 2030, kesiapsiagaan kita perlu terus diperkukuh.
Pertahanan negara mesti sentiasa selangkah ke hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#cyberdsa2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐃𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ancaman terhadap negara tidak lagi terbatas kepada sempadan fizikal. Ruang siber kini menjadi medan strategik yang menuntut kesiapsiagaan dan daya tahan yang lebih kukuh.
Siber Siaga 2026, diterajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP), menghimpunkan pemikiran strategik, pengalaman operasi dan inovasi teknologi dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks.
Dalam ucaptama saya hari ini, saya menekankan bahawa kemajuan teknologi mesti sentiasa diimbangi dengan pertimbangan manusia, akauntabiliti dan keputusan yang tepat.
Malaysia kini menuju ke arah penubuhan Angkatan Siber sebagai Perkhidmatan Keempat ATM menjelang 2030.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#sibersiaga2026
#cyberdsa2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri hari pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas apabila Dewan Rakyat dibuka semula hari ini.
Sepanjang persidangan ini, saya akan terus memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan pertahanan dan keselamatan negara, termasuk menjawab serta memberikan penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan di Dewan.
Semoga setiap perbahasan berlangsung secara konstruktif demi kepentingan rakyat dan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Anak-anak yatim juga berhak mendapat tempat yang selesa untuk membesar dan menimba ilmu.
Sebab itu, saya sentiasa menyokong usaha memperbaiki kemudahan dan kebajikan mereka, termasuk pembinaan Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi.
Sebelum ini, RM100,000 telah disalurkan dan tambahan RM100,000 turut diluluskan bagi melengkapkan keperluan asrama ini.
Insya-Allah, saya juga akan terus memberikan sumbangan bulanan sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Semoga usaha ini memberi manfaat dan menyediakan persekitaran yang lebih baik buat anak-anak ini.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini, saya berpeluang menghadiri Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kebajikan dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa untuk anak-anak yatim.
Terdahulu, saya telah memberikan RM100,000 dan hari ini sumbangan tambahan turut diberikan sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan keperluan asrama ini serta sumbangan bulanan akan diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi.
Menjaga kebajikan anak-anak yatim bukan sekadar tanggungjawab sosial, malah merupakan tuntutan agama yang mencerminkan nilai kasih sayang, keprihatinan dan keadilan dalam masyarakat.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dengan sokongan semua pihak, sekali gus melahirkan generasi anak-anak yatim yang berilmu, berdikari dan mampu menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan negara.
Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐄𝐑𝐎𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀
Menerima kunjungan hormat Frederico Lemos, Chief Commercial Officer, Embraer Defense & Security di Wisma Pertahanan hari ini.
Embraer merupakan syarikat aeroangkasa dan pertahanan dari Brazil dengan kepakaran dalam pembangunan pesawat serta penyelesaian pertahanan bersepadu.
Pertemuan ini membuka ruang untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekosistem hiliran tempatan, termasuk peluang Malaysia menyertai rantaian bekalan Embraer di peringkat serantau dan global.
Potensi ini selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐁𝐀𝐓𝐓 𝟖𝟓𝟎-𝟏𝟑 🇲🇾🇺🇳
Melihat lebih dekat kehidupan dan rutin anggota MALBATT 850-13 sepanjang penugasan mereka di Kem Marakah, Lubnan.
Di sinilah anggota kita menjalani kehidupan seharian dan melaksanakan tanggungjawab sepanjang berada jauh dari tanah air.
Terima kasih kepada seluruh anggota MALBATT atas komitmen dan khidmat yang telah diberikan sepanjang penugasan di Lubnan.
Tidak lama lagi, mereka akan kembali ke tanah air setelah menyelesaikan amanah yang diberikan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbattThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Mengakhiri lawatan saya ke Kem Marakah dengan pertemuan bersama anggota MALBATT 850-13 yang sedang melaksanakan amanah negara di bawah misi UNIFIL.
Saya cukup tersentuh dapat bertemu dan melihat sendiri semangat, disiplin serta dedikasi anggota kita dalam mendepani cabaran sepanjang misi ini.
Dalam suasana konflik yang berlarutan, tugas ini menuntut kesiagaan yang tinggi. Sumbangan mereka bukan sahaja kepada keamanan sejagat, malah terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Kepada semua anggota MALBATT 850-13, apabila pulang nanti, kongsikan pengalaman ini dengan rakyat Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati bukan sesuatu yang datang begitu sahaja dan mesti terus dipelihara.
Terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan. Jaga diri, kesihatan dan keselamatan. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.
Malaysia berbangga dengan kalian. Jumpa lagi di tanah air, Insya-Allah.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengambil peluang meninjau sekitar Kem Marakah dan melihat sendiri suasana kehidupan seharian anggota MALBATT sepanjang bertugas di Lubnan.
Turut melihat beberapa kemudahan yang disediakan bagi menyokong penugasan dan keperluan harian anggota sepanjang berada di kem.
Kesempatan ini memberi gambaran lebih dekat tentang kehidupan anggota kita yang berjauhan dari tanah air dalam melaksanakan amanah di bawah misi UNIFIL.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐁𝐀𝐓𝐓
Menyaksikan Majlis Simbolik Penyerahan Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui MALBATT kepada Lebanese Armed Forces (LAF) di Kem Marakah, menjelang pengakhiran penugasan MALBATT di Lubnan.
Sebagai sebahagian daripada proses pengunduran, sebahagian aset MALBATT akan dibawa pulang ke Malaysia, dilupuskan di Lubnan dan sebahagiannya diserahkan kepada LAF.
Bagi penyerahan ini, ia melibatkan 292 aset dianggarkan bernilai sekitar USD10 juta, termasuk kenderaan dan pelbagai kelengkapan yang akan diserahkan secara berperingkat sehingga Januari 2027.
Penyerahan ini mengambil kira manfaat kepada LAF dan masyarakat setempat, khususnya dalam aspek kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan. Semoga aset ini akan terus memberi manfaat kepada Lubnan dan rakyatnya walaupun selepas misi MALBATT berakhir.
Aset berkenaan diserahkan secara simbolik oleh Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim kepada wakil LAF, Brigadier General Engineer Bassem Saad, dan turut disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Lubnan, TYT Anwar bin Udzir.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐔𝐍𝐏 𝟐-𝟏, 𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐇
Memulakan hari kedua lawatan rasmi saya ke Lubnan dengan mengadakan lawatan ke UNP 2-1, Kem Marakah di selatan Lubnan yang menempatkan MALBATT 850-13.
Sejak 2007, kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bumi Lubnan di bawah misi UNIFIL mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyumbang kepada usaha keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Dalam lawatan ini, saya telah ditaklimatkan mengenai perkembangan semasa penugasan MALBATT 850-13, termasuk kawasan tanggungjawab serta persiapan menjelang berakhirnya penugasan MALBATT di Lubnan.
MALBATT 850-13 merupakan kontinjen terakhir Malaysia yang ditugaskan di bawah misi UNIFIL, menandakan penghujung hampir dua dekad penglibatan Malaysia dalam misi pengaman di Lubnan.
Sepanjang tempoh tersebut, ATM telah melaksanakan amanah keamanan sejagat ini dengan penuh profesionalisme dan dedikasi, satu khidmat yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malbatt -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Sempena lawatan rasmi ke Lubnan, saya mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Negara Lubnan, H.E. Major General Michel Menassa, di Kementerian Pertahanan Negara Lubnan.
Lubnan merupakan antara rakan terawal Malaysia di Asia Barat. Hubungan ini akan terus diperkukuh, termasuk selepas berakhirnya penugasan MALBATT di bawah UNIFIL.
Kami berbincang untuk memperluas kerjasama pertahanan, termasuk cadangan MoU Kerjasama Pertahanan serta meneruskan peluang latihan melalui Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP). Cadangan ini menerima sambutan baik daripada pihak Lubnan.
Saya yakin kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara akan terus dipertingkatkan dalam bidang yang dapat memberi manfaat kepada Malaysia dan Lubnan.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meneruskan lawatan rasmi di Lubnan dengan berkunjung ke Kementerian Pertahanan Negara Lubnan.
Diiringi Menteri Pertahanan Negara Lubnan, H.E. Major General Michel Menassa, saya turut serta dalam Wreath-Laying Ceremony sebagai penghormatan kepada para perwira mereka, sebelum meneruskan agenda dengan pertemuan dua hala antara Malaysia dan Lubnan.
Tradisi penghormatan seperti ini mencerminkan rasa saling menghormati yang mendasari hubungan antara dua negara yang bersahabat.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berada di Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, saya turut menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan peralatan perubatan dan alat pemadam api sumbangan MALBATT kepada Civil Defense Lubnan yang diwakili oleh Brigadier General Imad Khreich, General Director of Civil Defense.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia dalam menyokong kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan di Lubnan.
Saya turut merasmikan Mini-Gym sumbangan MALBATT kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sebagai salah satu peninggalan sepanjang penugasan pasukan kita di sini.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya, manakala Mini-Gym ini menjadi kemudahan yang bermanfaat kepada warga Kedutaan.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Ministry of Defense
@LebanonDefense
استقبل وزير الدفاع الوطني اللواء ميشال منسى في مكتبه في اليرزة اليوم وزير الدفاع الماليزي محمد خالد بن نور الدين، يرافقه قائد القوة المشتركة الماليزية الفريق أول محمد فوزي بن تنكو إبراهيم، والقائم بأعمال سفارة ماليزيا في لبنان بالإنابة يوهان عارف بن محمد جعفر، ووفد مرافق.
وجرى البحث في العلاقات الثنائية والتطورات الراهنة ومرحلة ما بعد "اليونيفيل"، فيما أعلن الوزير الماليزي عن تسليم هبة للجيش اللبناني مقدّمة من الكتيبة الماليزية العاملة ضمن "اليونيفيل"، تتضمن عتادًا وتجهيزات عسكرية.
www.mod.gov.lb/Media/News-Articles/2026-09-29-1700823332
@MINDEFMalaysia
@MYEmbBeirut
@MGMichelMenassa -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Memulakan agenda lawatan rasmi di Lubnan dengan berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan mengadakan pertemuan bersama TYT Anwar Udzir, Duta Besar Malaysia ke Lubnan.
Kedutaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Lubnan merentas pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Sejak penglibatan Malaysia dalam UNIFIL sekitar 2007, Kedutaan telah memberikan sokongan dan memudah cara penugasan anggota ATM di sini.
Meskipun penugasan MALBATT di sini akan berakhir tidak lama lagi, hubungan pertahanan perlu terus diperkukuh, termasuk melalui peranan Kedutaan demi manfaat kedua-dua negara.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐁𝐍𝐀𝐍
Alhamdulillah, selamat tiba di Beirut-Rafic Hariri International Airport bagi memulakan lawatan rasmi pertama saya ke Republik Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.
Ketibaan saya disambut Brigadier General Antoine Kmeid, mewakili Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Lubnan.
Sejak 1960-an, Lubnan merupakan antara rakan diplomatik terawal Malaysia di Asia Barat, dengan kerjasama kedua-dua negara berkembang merentasi pelbagai bidang, termasuk pertahanan.
Semoga lawatan ini memperkukuh kerjasama sedia ada dan membawa hubungan pertahanan Malaysia-Lubnan ke aras yang lebih tinggi.
🇲🇾🇱🇧
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan untuk lawatan rasmi ke Lubnan, saya berkesempatan transit di Istanbul, Republik Türkiye.
Ketibaan saya disambut oleh Rear Admiral Emin YILMAZ, Chief of Navy Warfare Institute, National Defence University Türkiye. Menghargai sambutan baik yang diberikan.
Meskipun singkat, pertemuan ini mencerminkan hubungan baik dan persahabatan yang erat antara Malaysia dan Türkiye.
Terima kasih juga kepada perwakilan Malaysia di Türkiye atas segala bantuan dan urusan yang dipermudahkan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima berita yang amat mendukacitakan atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.
Allahyarhamah bukan sahaja dikenang sebagai isteri kepada seorang negarawan, tetapi juga sebagai seorang doktor dan tokoh yang telah mencurahkan khidmat serta baktinya kepada masyarakat dan negara.
Seluruh rakyat Malaysia turut terkesan dan berdukacita atas pemergian ini. Negara kehilangan seorang tokoh yang begitu dekat dengan perjalanan negara dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia selama sekian lama.
Salam takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga. Semoga diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
Sama-sama didoakan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima panggilan telefon daripada HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud@kbsalsaud Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa yang menjadi perhatian bersama.
Arab Saudi kekal sebagai rakan penting Malaysia dalam dunia Arab dan Islam, di samping kedudukannya sebagai “Custodian of the Two Holy Mosques” di Makkah dan Madinah.
HRH Prince Khalid turut berkongsi mengenai perkembangan dan cabaran semasa yang dihadapi Arab Saudi. Malaysia mengambil maklum perkara yang dibincangkan dan akan terus berhubung rapat dalam melihat ruang yang bersesuaian untuk kita menyumbang.
Malaysia mendoakan kesejahteraan Arab Saudi dan berharap segala konflik yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Khalid bin Salman خالد بن سلمان
@kbsalsaud
In a call with @KhaledNordin, we reviewed the brotherly relations between our two countries and explored prospects for defense cooperation. We also discussed recent developments and other topics of mutual interest.
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Maulidur Rasul 1448H/2026M bersama penduduk Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi yang dianjurkan bersama Masjid Ar Raudah Kampung Mawai Baru dan Surau Perumahan Tersusun Kampung Mawai Baru.
Sambutan ini mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap saling membantu dan hubungan yang erat sesama jiran.
Terima kasih kepada pihak masjid, surau dan seluruh warga kampung yang menjayakan majlis ini.
Semoga majlis seperti ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, mengeratkan ukhuwah sesama kita dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Menyempurnakan peluncuran Program Literasi Pertahanan Nasional, dengan Sabah menjadi titik mula kepada agenda nasional ini.
Pertahanan negara bukan sekadar soal tentera dan aset. Ia merangkumi tiga konsep utama: “Pagar” yang melindungi sempadan, “Payung” yang melindungi daripada ancaman dan percaturan luar, serta “Pasak” yang memperkukuh patriotisme, perpaduan dan ketahanan masyarakat.
Sebab itu, rakyat perlu lebih memahami dan cakna tentang isu pertahanan. Kita perlu mampu menilai maklumat secara rasional serta tidak mudah dipengaruhi fitnah, propaganda dan provokasi.
Inilah yang kita mahu bina, daya tahan dan daya rintang rakyat, atau “the people’s resilience and resistance”. Kerana pertahanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#literasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pertahanan negara bukan sekadar soal memperoleh aset. Kita juga perlu membina keupayaan, teknologi dan kepakaran sendiri melalui industri pertahanan tempatan yang kukuh dan berdaya saing.
Dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan geopolitik dan rantaian bekalan global, keupayaan tempatan semakin penting bagi memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), kita akan terus memperkukuh “sovereign capability” dan meningkatkan “self-reliance” negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipnThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat The Hon. John Noh, Assistant Secretary of War for Indo-Pacific Security Affairs, Amerika Syarikat di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai hubungan pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat serta kerjasama yang boleh terus diperkukuh.
Pada tahun lalu, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan semasa ADMM dan ADMM-Plus di Kuala Lumpur.
MoU ini memberikan kerangka yang lebih tersusun kepada kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
Bagi Malaysia, hubungan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan diplomasi pertahanan kita yang lebih luas.
Kita akan terus membina kerjasama dengan pelbagai negara rakan berasaskan kepentingan bersama, saling menghormati serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menerima mengadap saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
Dalam sesi mengadap tersebut, saya berkesempatan menyembah maklum kepada DYAM Tuanku mengenai perkembangan semasa Kementerian Pertahanan, termasuk pelaksanaan agenda dan keutamaan pertahanan negara.
Menjunjung kasih DYAM Tuanku atas perkenan menerima mengadap serta perhatian terhadap hal ehwal pertahanan dan keselamatan negara.
Allah Peliharakan Sultan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malam tadi sempat meluangkan masa bersama pegawai-pegawai di pejabat saya dalam satu majlis farewell untuk Sdr. Muhammad Ridhwan dan Lt Kol Mohd Fazli.
Sdr. Ridhwan, Pegawai Tugas-Tugas Khas saya, akan meneruskan tugas di kementerian yang baharu. Semoga terus maju jaya dalam fasa baharu kerjaya beliau.
Lt Kol Fazli, Penolong Penasihat Ketenteraan saya pula akan mengikuti kursus jangka panjang di luar negara. Semoga dipermudahkan dan selamat berkursus.
Terima kasih atas segala khidmat, komitmen dan kebersamaan sepanjang bersama saya dan pasukan di pejabat.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada enam anggota yang bertugas di Pejabat Menteri Pertahanan.
Tahniah kepada BK PNK Mohammad Faizol bin Ismail yang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran II.
Turut dinaikkan ke pangkat Sarjan Udara adalah Kpl U Mohd Azahar bin Zolckply, Kpl U Muhammad Shah Rizal bin Adam Shah, Kpl U Sudirman bin Abd Razak dan Kpl U Prakhaswarman a/l Gobalan.
Manakala LU I Nurul Fadiah binti Norhisham dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan.
Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap khidmat dan komitmen yang telah diberikan, serta membawa amanah yang lebih besar untuk digalas.
Saya berharap mereka akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap tanggungjawab.
Tahniah kepada semua dan selamat maju jaya.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Mengadakan lawatan ke SME Ordnance Sdn. Bhd. (SMEO) di Batu Arang, Selangor, sebuah syarikat pertahanan tempatan yang mempunyai fasiliti lengkap dan keupayaan dalam pengeluaran serta pembekalan pelbagai jenis amunisi.
Dengan kompleks pembuatan amunisi bersepadu seluas 210 ekar, SMEO mempunyai keupayaan melibatkan peluru berkaliber kecil, sederhana dan besar, selain grenad, produk piroteknik serta kerja pemulihan amunisi.
Pertahanan negara bukan sekadar tentang perolehan aset, tetapi juga membangunkan industri pertahanan tempatan bagi memperkukuh “sovereign capability” dan “self-reliance” negara.
Sebab itu, Kementerian Pertahanan mahu industri pertahanan tempatan terus meningkatkan keupayaan, teknologi dan daya saing, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.
Kementerian akan terus memberikan dokongan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan, selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dan keperluan strategik negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malam tadi saya menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada Duta Besarnya, TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, atas jemputan serta sambutan yang begitu mesra. Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan, berteraskan keakraban dan kepercayaan yang telah lama terbina antara kedua-dua negara.
Kerjasama pertahanan kedua-dua negara juga terus berkembang, bukan sahaja dalam aspek ketenteraan, tetapi turut merangkumi industri pertahanan serta bidang strategik lain yang menjadi kepentingan bersama.
Mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi. Semoga hubungan kedua-dua negara terus kukuh dan berkembang demi kepentingan bersama.
Selamat Hari Kebangsaan ke-96.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#mindefmalays -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Maulidur Rasul mengingatkan kita untuk terus menghayati akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448/2026M peringkat Parlimen Kota Tinggi bersama Tuan Muszaide Makmor, ADUN Sedili, Cik Norlizah Noh, ADUN Johor Lama serta komuniti Felda Air Tawar 2 di Dewan Besar Air Tawar 2.
Semoga semangat Maulidur Rasul terus menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim dan membentuk komuniti yang lebih harmoni serta diberkati.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lama tak selfie dengan cucu2
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Syukur alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448/2026M peringkat Parlimen Kota Tinggi bersama Tuan Muszaide Makmor, ADUN Sedili dan Cik Norlizah Noh, ADUN Johor Lama, serta komuniti Felda Air Tawar 2 di Dewan Besar Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Bertemakan “Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati”, majlis seperti ini bukan sahaja mengingatkan kita tentang perjuangan dan akhlak Rasulullah SAW, tetapi turut menjadi ruang untuk masyarakat berkumpul dan mengeratkan hubungan sesama kita.
Di sinilah pentingnya kita terus menjaga nilai yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat saling menghormati, membantu ketika diperlukan dan menjaga hubungan baik sesama jiran serta komuniti.
Program seperti ini nampak sederhana, tetapi inilah yang membuatkan masyarakat kita terus rapat.
Insya-Allah semangat inilah yang akan menjadi kekuatan untuk kita membina Kota Tinggi dan Johor yang lebih maju, harmoni dan diberkati.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐔𝐊𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐓𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐋𝐎𝐆𝐀𝐍
Menjadi perwira bukan pilihan yang mampu dibuat oleh semua orang. Di sebalik pilihan itu ada pengorbanan besar demi memastikan negara terus berdaulat, selamat dan makmur.
Sebab itu, sokongan kepada ATM tidak boleh sekadar slogan. Ia mesti diterjemahkan melalui pemodenan aset, peningkatan keupayaan serta kesejahteraan dan pembangunan kerjaya warga ATM.
Insya-Allah, komitmen ini akan terus dilaksanakan. ATM mesti terus diperkasa, kebajikan dan kesejahteraan warganya mesti terus dipelihara, dan pengorbanan mereka kepada negara mesti sentiasa dihargai.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 𝐍𝐔𝐊𝐋𝐄𝐔𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐓𝐌
Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut turut mencatat detik bersejarah dengan peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber ATM sebagai langkah permulaan ke arah penubuhan Angkatan Siber ATM.
Landskap pertahanan hari ini semakin kompleks. Ancaman siber bukan lagi bersifat sisipan atau bermusim, tetapi telah menjadi ancaman serius. Serangan boleh berlaku tanpa sebarang serangan fizikal, termasuk melalui manipulasi data, perang maklumat bersasar dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
ATM sebenarnya mempunyai sebahagian keupayaan siber dan digital yang diperlukan. Namun, keupayaan ini masih berada dalam pelbagai entiti di bawah perkhidmatan darat, laut dan udara. Kita tidak lagi boleh beroperasi dalam pendekatan silo.
Tim Nukleus ini akan meneliti keseluruhan aspek penubuhan Angkatan Siber, termasuk struktur organisasi, doktrin operasi, perjawatan serta penyepaduan empat teras utama iaitu CEMA, C4, Intel dan Space.
Walaupun Angkatan Siber ATM dijangkakan menjelang 2030, jika boleh kita segerakan, kita segerakan. Kita mesti memastikan ATM sentiasa bersedia dan berkeupayaan mendepani apa jua bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟗𝟑
Berada di Pangkalan TLDM Lumut hari ini bersama-sama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93, dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai tuan rumah.
Menjadi perwira bukan pilihan yang mampu dipikul oleh semua orang. Yang dicagarkan adalah nyawa demi memastikan negara kekal berdaulat, selamat dan makmur.
Tidak ada imbuhan yang mampu membalas pengorbanan, dedikasi dan kesetiaan mereka. Sebab itu, penghargaan kepada ATM tidak boleh sekadar slogan. Saya dan pasukan di MINDEF komited menterjemahkannya melalui tindakan.
Pertama, memperkasa ATM secara berterusan melalui pemodenan aset, peningkatan keupayaan teknologi dan Angkatan Masa Hadapan.
Kedua, memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga terus menjadi sebahagian daripada strategi pertahanan negara.
Ketiga, memperkukuh pembangunan diri dan kelangsungan kerjaya anggota, termasuk selepas tamat perkhidmatan kerana mereka kekal sebagai aset negara.
Keempat, memperkukuh diplomasi pertahanan bagi mengelakkan konflik yang tidak perlu dan merugikan.
Semua usaha ini akan terus menjadi keutamaan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga ATM yang telah mencurahkan jasa, bakti dan pengorbanan demi negara.
Kepada seluruh keluarga besar ATM, Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tim Nukleus Angkatan Siber Dilancar, Wujudkan Cabang Keempat ATM - Khaled bernama.com/bm/news.php?id=2609222
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Government shortlists three missile systems for navy's LCS | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/09/1536046/government-sho…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MYSA defence intelligence application director appointed to lead armed forces cyber force team | New Straits Times www.nst.com.my/news/regional/2026/09/1536034/mysa-defence…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
TUDM kaji cadangan perolehan peluru berpandu BrahMos dari India - Mohamed Khaled www.tvsarawak.my/2026/09/19/tudm-kaji-cadangan-perolehan-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Mengakhiri lawatan rasmi ke Australia dengan jamuan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP serta delegasi Malaysia dan Australia.
Kesempatan ini turut menjadi ruang untuk terus bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara selepas selesai agenda rasmi sepanjang lawatan ini.
Terima kasih kepada The Hon Richard Marles MP dan Kerajaan Australia atas sambutan serta hospitaliti yang diberikan kepada saya dan seluruh delegasi Malaysia sepanjang lawatan ini.
Semoga hubungan pertahanan Malaysia-Australia dapat terus dibawa ke tahap yang lebih tinggi.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀: 𝐌𝐋𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍
Semasa lawatan rasmi ini dan bersempena The 6th Malaysia-Australia High-Level Committee (HLC), Malaysia dan Australia telah memeterai Mutual Logistics Support Arrangements (MLSA), satu lagi pencapaian penting dalam hubungan pertahanan kedua-dua negara.
MLSA menyediakan asas yang lebih praktikal untuk kedua-dua negara saling memberikan sokongan, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan operasi dan keupayaan untuk bekerjasama dengan lebih berkesan.
Bagi saya, kepentingannya bukan sekadar pada dokumen yang dimeterai.
Ia menunjukkan bagaimana kepercayaan yang telah dibina antara Malaysia dan Australia dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang nyata dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀: 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Selesai pertemuan empat mata, saya bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP kemudiannya mempengerusikan The 6th Malaysia-Australia High-Level Committee (HLC).
HLC kali ini memberi tumpuan kepada langkah seterusnya dalam hubungan pertahanan Malaysia-Australia, khususnya untuk membawa kerjasama sedia ada kepada kolaborasi yang lebih erat, praktikal dan strategik.
Strategic Planning Committee (SPC) akan menjadi mekanisme penting dalam memastikan setiap inisiatif yang dipersetujui mempunyai hala tuju dan tindakan susulan yang jelas, termasuk dalam bidang teknologi serta pembangunan keupayaan pertahanan.
Inilah hala tuju hubungan pertahanan Malaysia-Australia, bergerak daripada kerjasama kepada kolaborasi dan seterusnya membina kebersamaan yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pertemuan empat mata bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP di Geelong.
Kesempatan untuk bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Australia, perkembangan semasa serta beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Hubungan yang telah lama terjalin ini penting untuk terus diperkukuh, khususnya dalam mendepani cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.
Menghargai sambutan dan hospitaliti yang diberikan oleh Kerajaan Australia kepada saya serta seluruh delegasi Malaysia sepanjang berada di sini.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, saya berkesempatan makan malam bersama pegawai ATM dan awam MINDEF yang berada di sini.
Mereka terdiri daripada enam pegawai ATM dan dua pegawai awam MINDEF yang sedang menjalani penempatan secara secondment serta melanjutkan pengajian.
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya bertanya khabar dan mendengar sendiri perkembangan mereka, khususnya berkaitan pengajian, penempatan serta kebajikan sepanjang berada di Australia.
Semoga segala urusan mereka terus dipermudahkan dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya apabila kembali berkhidmat kelak.
Turut bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah; Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Tuan Nik Muhammad Nasyron Syah bin Nik Daud; serta Ketua Pengarah MDIO, Lt Jen Dato’ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Tiba di Melbourne bagi memulakan lawatan kerja ke Australia yang merangkumi beberapa agenda penting dalam hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Lawatan ini akan dimulakan dengan pertemuan bersama Australian Security Intelligence Organisation (ASIO) bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan dan cabaran keselamatan semasa yang menjadi kepentingan bersama.
Saya kemudiannya akan ke Geelong bagi mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, The Hon Richard Marles MP.
Pertemuan ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan pertahanan dua hala serta bidang-bidang baharu yang boleh diterokai bersama.
Kemuncak lawatan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) ke-6 yang akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, meneroka peluang baharu serta menentukan hala tuju hubungan pertahanan Malaysia-Australia.
Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia telah lama terjalin, “through war and peacetime”, serta terus berkembang menerusi kerjasama dua hala dan pelbagai hala. Kepercayaan dan keyakinan bersama yang dibina sejak sekian lama menjadi asas penting kepada hubungan ini.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, hubungan ini perlu terus diperkukuh dan dibawa ke tahap seterusnya, daripada kerjasama kepada kolaborasi yang lebih strategik, substantif dan berorientasikan hasil.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟗𝟑
Hari ini bukan sahaja kita meraikan Hari Malaysia, tetapi turut memperingati satu lagi hari yang cukup penting buat negara, Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan veteran ATM atas segala jasa, bakti dan pengorbanan demi ibu pertiwi.
Keamanan dan kedaulatan yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan sendiri. Di sebaliknya ada keberanian, kesetiaan dan pengabdian mereka yang sentiasa bersedia mempertahankan negara.
Kita mungkin tidak perlu mengangkat senjata, tetapi setiap rakyat mempunyai peranan dalam pertahanan negara.
Jagalah perpaduan, perkukuh semangat patriotisme, jangan mudah dipengaruhi anasir yang memecahbelahkan dan terus berdiri di belakang anggota tentera kita.
Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93.
“Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara”
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#hariatm93 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟑 🇲🇾
Hari Malaysia adalah tentang kita. Tentang sebuah negara yang kita sama-sama bina, pertahankan dan terus dimajukan demi masa depan yang lebih baik.
63 tahun perjalanan ini membuktikan bahawa kekuatan negara sentiasa terletak pada rakyatnya.
Pada kesediaan kita untuk saling menghormati, memelihara keharmonian dan berdiri bersama dalam mendepani apa jua cabaran.
Menjadi rakyat Malaysia bukan sekadar satu identiti. Ia adalah amanah untuk kita bersama-sama menjaga keamanan, memelihara keharmonian dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kerana Malaysia yang kuat tidak terbina dengan sendirinya. Ia lahir daripada rakyat yang bersatu, saling percaya dan teguh berdiri demi negara.
Semoga kebersamaan yang kita bina terus menjadi kekuatan Malaysia.
Selamat Hari Malaysia ke-63. 🇲🇾
#khalednordinmindef
#harimalaysia2026
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan teman baik saya dari negara jiran, Pak Sandiaga Uno, mantan Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia yang kebetulan berada di Kuala Lumpur.
Sempat “ngobrol” dan bertukar pandangan tentang politik, ekonomi dan dunia perniagaan serta pelbagai perkara yang melibatkan Malaysia dan Indonesia.
Sampai ketemu lagi di lain kesempatan, Pak Sandi.
@sandiuno
🇲🇾🇮🇩
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Perkahwinan anak kepada Tuan Haji Suratmin, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.
Tahniah buat Marissa Meia Adeline dan Herman. Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan.
Selamat pengantin baru dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam membina kehidupan bersama.
#khalednordinmindef
#pasirgudang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔
Perpecahan Melayu hanya akan melemahkan kekuatan politik serta merugikan kepentingan bangsa dan negara.
Sebab itu, penyatuan Melayu mesti dijayakan untuk mengembalikan kekuatan politik Melayu serta membina kestabilan dan keyakinan terhadap masa depan Malaysia.
Melalui Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Tafahum Siyasi, UMNO menawarkan jalan ke arah penyatuan tersebut.
Inilah tanggungjawab besar UMNO. Bukan sekadar menyeru kepada penyatuan Melayu, tetapi memimpin usaha untuk merealisasikannya.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sela-sela PAU 2026, berpeluang singgah dan melawat beberapa reruai yang turut memeriahkan suasana sepanjang perhimpunan berlangsung.
Pelbagai reruai pameran, perkhidmatan dan jualan yang disediakan menjadi ruang untuk pengunjung mendapatkan maklumat serta mengenali pelbagai inisiatif dengan lebih dekat.
Pada masa sama, ia turut membuka peluang untuk memperkenalkan dan menyokong produk serta usaha yang diketengahkan.
Semoga ruang seperti ini terus dimanfaatkan untuk memperluas jaringan, membuka peluang dan membawa manfaat kepada lebih ramai.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malay Unity Crucial To Restoring Political Strength - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/politics/news.php?id=2606518
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐔𝐓UP 𝐏𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
Perhimpunan Agung UMNO 2026 melabuhkan tirainya hari ini dengan hala tuju yang semakin jelas untuk parti mendepani cabaran dan pilihan raya akan datang.
Dalam ucapan penangguhan, saya menyentuh ancaman keselamatan baharu termasuk perang kognitif serta pentingnya membina ketahanan rakyat. Pertahanan negara turut memerlukan rakyat yang bersatu, patriotik dan tidak mudah dipengaruhi anasir yang memecahbelahkan.
Dalam politik, perpecahan Melayu hanya akan melemahkan kekuatan kita. Penyatuan Melayu mesti merentas usia dan ideologi, memusatkan kembali kekuatan politik Melayu serta memperkukuh keyakinan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.
Melalui Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Tafahum Siyasi, UMNO mesti menjadi teras kepada penyatuan yang sederhana dan inklusif, bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk memperkukuh bangsa dan membawa kemajuan kepada negara.
PAU 2026 telah menggariskan dengan jelas ke mana UMNO mahu dibawa. Kini masanya untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Selamat pulang kepada seluruh perwakilan. Jumpa lagi.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan untuk meluangkan masa bersama sahabat-sahabat seperjuangan dari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Kota Tinggi dalam sebuah majlis makan malam.
Turut hadiri barisan kepimpinan, perwakilan dan ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Kota Tinggi bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun ini.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#pasirgudang
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026.
80 tahun perjalanan UMNO mengajar kita bahawa perjuangan mesti sentiasa berani membaca perubahan, menyesuaikan pendekatan dan tetap teguh mempertahankan prinsip.
Hari ini, UMNO mesti kembali dengan watak parti pemerintahan. Bukan sekadar memikirkan kemenangan pilihan raya, tetapi tampil dengan penyelesaian dan gagasan besar untuk menentukan arah masa depan negara.
Daripada Rumah Bangsa yang menghimpunkan kembali kekuatan, kepada Tafahum Siyasi yang membina persefahaman tanpa mengorbankan identiti dan prinsip perjuangan.
Turut digariskan Agenda Malaysia Biru menuju 100 tahun kemerdekaan, dengan 8 ikhtiar yang memberi tumpuan kepada penciptaan kekayaan negara, kemahiran, pemilikan, kesejahteraan rakyat, daya tahan negara, kepedulian, amanah serta kedaulatan.
Inilah tawaran yang mesti dibawa kepada rakyat. Bukan sekadar untuk kembali menang, tetapi untuk kembali memimpin dan membina masa depan Malaysia.
Semoga perhimpunan ini menjadi medan untuk memperkukuh kesatuan, memperjelas arah perjuangan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026
#agendamalaysiabiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑
Dengan berkibarnya Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, WTCKL, maka bermulalah Perhimpunan Agung UMNO 2026.
Ribuan perwakilan dari seluruh negara berhimpun membawa satu tekad dan semangat untuk meneruskan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
#khalednordinmindef
#pau2026
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sudah menjadi amalan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO peluang di ambil untuk mengadakan pertemuan di pelbagai peringkat parti sebagai usaha untuk meningkatkan hubungan dan silaturrahim. Pada hari ini bertemu dengan barisan naib-naib ketua bahagian dari seluruh negara. Terima kasih atas jemputan. Semuga pertemuan membawa keberkatan. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PAU 2026 membuka tirai dengan Taklimat Presiden UMNO, diikuti perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Mesejnya jelas. Politik sentiasa dinamik, cabaran terus berubah dan UMNO mesti sentiasa bersedia mendepaninya.
Selamat bersidang semuanya.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀, 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈
Menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 dan berpeluang mendengar ucaptama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Saya melihat semangat yang cukup kuat dalam kalangan Pemuda. Parti yakin dengan keupayaan generasi muda untuk menjadi penggerak dan membawa perjuangan UMNO ke hadapan.
Hari ini, semakin ramai pemimpin muda diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional. Ini menunjukkan bahawa Pemuda bukan sekadar pelapis, tetapi turut diberikan amanah untuk memimpin.
Pemuda juga mesti menjadi sang pencerah dalam mendepani cabaran orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.
Bawa suara dan aspirasi mereka, fahami keresahan mereka serta tampil dengan idea dan penyelesaian yang dekat dengan realiti kehidupan hari ini.
Jadikan semangat anak muda sebagai kekuatan untuk terus menggerakkan parti dan membawa perubahan yang bermakna kepada rakyat.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔
Menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO 2026 yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.
Banyak perkara penting disentuh malam ini. UMNO mesti terus membina kekuatan sendiri, memperkukuh Rumah Bangsa serta kekal terbuka kepada kerjasama politik yang ikhlas dan berpaksikan kepentingan Melayu dan Islam.
Kemenangan tidak boleh menjadikan kita leka. Politik sentiasa dinamik, sikap pengundi terus berubah dan aspirasi generasi muda mesti difahami.
Dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, UMNO mesti kekal sederhana dan bertanggungjawab, serta membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Politik budiman juga perlu menjadi budaya kita. Perbezaan mesti diurus secara matang, manakala fitnah dan budaya politik yang tidak sihat mesti dijauhi.
Perjalanan masih panjang. Terus bina kekuatan dan kekalkan momentum menghadapi siri pilihan raya yang akan datang menuju PRU-16.
Kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, selamat bersidang saya ucapkan.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Taklimat Presiden UMNO menjelang pembukaan tirai Perhimpunan Agung UMNO 2026.
Amanat Presiden, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberikan penekanan kepada kedudukan dan hala tuju UMNO, khususnya dalam menghadapi siri pilihan raya yang akan datang.
Yang penting, UMNO mesti terus diperkukuh. Saf dirapatkan, kesatuan dipertahankan dan seluruh kekuatan parti digerakkan.
Insya-Allah, dengan usaha dan iltizam seluruh kepimpinan serta ahli, UMNO akan terus mara dan mencipta kejayaan.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆, 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐍𝐎
Perhimpunan Agung UMNO 2026 membuka tirainya hari ini, dimulakan dengan perasmian persidangan sayap-sayap parti.
Sejak dahulu, PAU menjadi medan utama parti untuk membawa suara akar umbi, membahaskan persoalan besar bangsa dan negara, serta mengetengahkan idea dan gagasan untuk masa hadapan.
Lebih daripada sekadar soal parti dan politik, perhimpunan ini menjadi medan pencerahan dan penawaran jawapan dalam mendepani cabaran yang dihadapi rakyat dan negara.
UMNO adalah Rumah Bangsa. Kita membawa suara dan aspirasi orang Melayu serta memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Tetapi tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Perjuangan UMNO mesti turut membawa kemajuan dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Ambillah peluang pertemuan ini juga untuk terus mengeratkan silaturahim sesama kita, memperteguh kesetiakawanan dan memperkukuh semangat perjuangan.
Selamat datang ke PAU 2026 dan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO dari seluruh negara.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕
Menghadiri sesi libat urus cadangan inisiatif Belanjawan 2027 bagi Kementerian Pertahanan bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, di Kementerian Kewangan.
Dalam sesi ini, saya telah menzahirkan beberapa inisiatif penting Kementerian Pertahanan untuk pertimbangan Kerajaan dalam Belanjawan 2027, termasuk pengukuhan keupayaan pertahanan negara, kesejahteraan warga pertahanan, R&D, perumahan serta kebajikan dan kerjaya kedua veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Setiap perancangan dan pelaburan yang dibuat hari ini adalah untuk memastikan pertahanan negara terus berkeupayaan mendepani cabaran masa hadapan, dengan kesejahteraan warga pertahanan terus menjadi keutamaan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#belanjawan2027
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍
Hadir menyaksikan detik penting buat GTA Holdings Berhad yang hari ini secara rasmi disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Penyenaraian ini bukan sahaja mencerminkan perkembangan dan keyakinan terhadap syarikat tempatan, tetapi turut menunjukkan potensi industri pertahanan dan aeroangkasa Malaysia untuk terus berkembang, membina kepakaran serta meningkatkan keupayaan dalam negara.
Lebih penting, perkembangan syarikat tempatan seperti GTA mampu menyumbang kepada usaha memperkukuh industri pertahanan negara, selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk meningkatkan keupayaan dan tahap berdikari Malaysia.
Tahniah kepada seluruh warga GTA Holdings Berhad atas pencapaian ini. Semoga penyenaraian ini membuka lembaran baharu untuk terus berkembang dan membawa nama Malaysia lebih jauh.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pendidikan bukan sekadar tentang pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi tentang membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk masa depan.
Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi bersama YB Norlizah Noh, ADUN Johor Lama dan Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN.
Seramai 172 anak Kota Tinggi menerima WPP berjumlah RM258,000 serta sumbangan one-off RM34,400 daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐀𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈
Minggu ini, Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan membuka tirainya.
Sekali lagi, suara dari seluruh pelosok negara akan berhimpun. Suara akar umbi akan dibawa, pandangan akan diperdebatkan dan hala tuju parti akan dibicarakan.
Hari ini saya bersama jurucakap-jurucakap usul yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan PAU nanti.
Harapan saya, gunakanlah pentas ini sebaiknya untuk membawa suara dan aspirasi akar umbi serta membahaskan cabaran yang sedang dihadapi rakyat dan parti.
Kemukakan idea dan gagasan yang dapat memperkukuh UMNO untuk terus melangkah ke hadapan.
Kerana akhirnya, perjuangan ini bukan tentang UMNO semata-mata.
Ia tentang rakyat yang kita wakili, agama yang kita pertahankan, bangsa yang kita perjuangkan dan tanah air yang kita cintai.
Insya-Allah, jumpa di PAU 2026.
#khalednordinmindef
#umno
#pau2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Check out Berita AlHijrah's video! #tiktok vt.tiktok.com/ZSq2R3YmY/
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, memenuhi undangan ke Majlis Walimatul Urus Mohamad Firdaus bin Noor Azman dan Nurul Khadra Aida binti Mohd Rawi serta bertemu kenalan, Noor Azman bin Mohd Yusof dan Anizah binti M. Noar sekeluarga di Pasir Gudang hari ini.
Tahniah buat kedua-dua mempelai dan seluruh keluarga, semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan berumah tangga hingga ke akhir hayat.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan menziarahi beberapa keluarga mangsa tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi, bagi menyampaikan salam takziah serta bertemu sendiri dengan keluarga yang sedang melalui saat yang amat berat ini.
Dalam pertemuan tersebut, saya mendengar sendiri perkongsian daripada keluarga serta menyampaikan sedikit kata-kata semangat agar mereka terus kuat menghadapi dugaan yang berlaku.
Saya memahami bahawa tiada kata-kata yang mampu menghilangkan kesedihan yang sedang dirasai, namun saya berharap keluarga mangsa tahu bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga mangsa, serta dipermudahkan segala usaha mencari mangsa yang masih belum ditemukan dan ditemukan dalam keadaan yang baik.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan melihat sendiri keadaan Balairaya Taman Kota Kecil, Kota Tinggi yang semakin uzur dan memerlukan perhatian.
Peruntukan sebanyak RM100,000 telah diluluskan melalui Projek Mesra Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi bagi kerja-kerja naik taraf balairaya ini.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat tiga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang bakal menggalas tugas sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia di luar negara.
Mereka ialah Kolonel Ahmad Rizakee bin Ahmad Satibi yang akan ditempatkan di Manila, Filipina; Kolonel Haji Zam Azhari bin Zainudin di New York, Amerika Syarikat; dan Kepten Hazlan bin Hazumi TLDM di Rome, Itali.
Penasihat Pertahanan memainkan peranan penting dalam diplomasi pertahanan negara, khususnya sebagai penghubung dalam memperkukuh hubungan, membina keyakinan serta memperluas kerjasama pertahanan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
Saya berharap ketiga-tiga pegawai dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya serta membawa nama Malaysia dan ATM dengan penuh profesionalisme.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#diplomasipertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Mejar Jeneral Dato’ Saiful Bahari bin Zainol, Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di Wisma Pertahanan.
MKN merupakan salah sebuah institusi di bawah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang berperanan membangunkan kepimpinan strategik.
Ia turut menjadi platform meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan dan pertahanan negara dalam kalangan pemimpin kanan sektor pertahanan, keselamatan dan awam.
Saya berharap di bawah kepimpinan beliau, MKN akan terus diperkasakan sebagai institusi yang berwibawa dalam melahirkan barisan kepimpinan yang mampu mendepani landskap keselamatan dan pertahanan negara yang semakin kompleks.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
Menerima kunjungan hormat Presiden PUSPAHANAS yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di Wisma Pertahanan.
Saya mengucapkan tahniah kepada beliau yang mengambil alih kepimpinan PUSPAHANAS pada Ogos yang lalu.
Dalam persekitaran keselamatan yang semakin kompleks, PUSPAHANAS mesti terus menjadi medan yang membentuk pemikiran strategik dan melahirkan barisan kepimpinan pertahanan yang mampu memahami serta mendepani cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.
Saya yakin pengalaman luas beliau dalam ATM akan membantu memperkukuh lagi peranan PUSPAHANAS sebagai institusi pendidikan pertahanan strategik negara.
Selamat menjalankan tanggungjawab.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍
Saya turut melihat sendiri pelaksanaan penugasan anggota tentera dalam menjaga keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.
Tugas ini menuntut kesiagaan dan kewaspadaan yang berterusan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Saya juga dapat bertemu dan mendengar sendiri daripada anggota mengenai penugasan serta cabaran yang mereka hadapi.
Terima kasih kepada seluruh anggota yang terus menjalankan tanggungjawab menjaga sempadan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Pada hari ini juga saya mengadakan lawatan kerja ke Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah bagi melihat sendiri kesiagaan dan kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
Saya menerima taklimat mengenai perkembangan semasa keselamatan sempadan, cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah yang terus dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan dan kesiagaan operasi.
Dengan jajaran sempadan darat Malaysia-Thailand yang panjang dari Perlis hingga Kelantan, tugas mengawal sempadan memerlukan kesiagaan berterusan, penyelarasan antara agensi serta sokongan kemudahan dan infrastruktur yang baik.
Kawalan sempadan yang kukuh penting bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama Panglima Angkatan Tentera, saya menyempurnakan pemakaian pangkat Kolonel (Kehormat) kepada Dato’ Abdul Hadi bin Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertahanan.
Penganugerahan ini seiring dengan pelantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JKPAW) Kementerian Pertahanan.
Pelantikan ini penting dalam memperkemas integrasi dasar, perolehan dan sokongan logistik bagi Angkatan Simpanan, sekali gus membantu menterjemahkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) secara lebih berkesan.
Tahniah Dato’ Abdul Hadi. Semoga terus memberikan khidmat terbaik dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hanruh -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Saya turut berpeluang menyaksikan pemeteraian Nota Kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memperkukuh pelaksanaan program Askar Wataniah di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Kerjasama ini meliputi penyelarasan latihan serta pengiktirafan penyertaan Askar Wataniah sebagai aktiviti kokurikulum dan jam kredit akademik, tertakluk kepada peraturan serta kelulusan Senat IPT.
Kita mahu melahirkan mahasiswa yang berdaya tahan, berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap pertahanan negara.
Usaha ini juga akan membantu membangunkan Angkatan Sukarela yang kuat, terlatih dan bersemangat tinggi, selaras dengan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#hanruh -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒: 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐈𝐃𝐄𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya menyampaikan Syarahan Eksekutif kepada 1,885 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) semua Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Dunia pertahanan sudah sangat berubah. Ancaman bukan lagi sekadar peperangan konvensional, tetapi turut melibatkan siber, AI, dron, manipulasi maklumat, peperangan kognitif dan pelbagai bentuk ancaman hibrid.
Sebab itu ATM memerlukan bakat generasi muda yang berdisiplin, berilmu dan berani meneroka idea baharu. Kepakaran dalam AI, sains data, kejuruteraan, keselamatan siber, autonomi, robotik dan aeroangkasa semakin penting kepada pertahanan masa hadapan.
Kepada Pegawai Kadet PALAPES, gunakan tiga kelebihan kalian: Ilmu, Idea dan Inspirasi. Bawa nilai PALAPES ke mana sahaja berada dan jadilah jambatan antara masyarakat dengan pertahanan negara.
Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus menambah baik PALAPES melalui penambahbaikan insentif, laluan ke Angkatan Tetap, latihan industri, pembangunan kerjaya Angkatan Sukarela serta sistem OVERWATCH.
Kita mahu PALAPES terus melahirkan generasi muda yang berilmu, berdisiplin, patriotik dan bersedia menyumbang kepada kesiapsiagaan pertahanan negara.
Tahniah kepada semua Pegawai Kadet PALAPES yang bakal ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES ke-44.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#palapes
#hanruh -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap komuniti terus disemarakkan menerusi sebuah program yang menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh meriah.
Majlis Pelancaran 60 Tahun FELKOP disamping merasmikan Gema Waqaf Festival 2026 di Padang Awam FELDA Aping Timur, Kota Tinggi, yang turut dihadiri ADUN Sedili, YB Muszaide Makmor dan ADUN Johor Lama, YB Norlizah Noh.
Semoga inisiatif sebegini terus memperkukuh peranan koperasi dan wakaf dalam membina komuniti yang lebih berdaya saing serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
CIMIC mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia dengan rakyat, memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat peranan serta pengorbanan warga pertahanan.
Pertahanan yang berkesan bukan hanya bergantung kepada kekuatan Angkatan Tentera. Ia turut memerlukan kesedaran, kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap usaha mempertahankan negara.
Inilah semangat kebersamaan yang mahu kita bina, saling memahami, saling menghormati dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan tanah air.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#cimic
#hanruhThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang ke 69
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐌-𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐂𝐈𝐌𝐈𝐂)
Alhamdulillah, hari ini saya bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluncurkan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2026 Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang, sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan rakyat Melaka atas sokongan yang sangat kuat. CIMIC kali ini dilaksanakan pada skala lebih besar dan buat pertama kali turut melibatkan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
CIMIC bukan semata-mata pameran aset tentera. Ancaman keselamatan hari ini semakin rencam dan kompleks, daripada bencana dan perubahan iklim hingga serangan siber dan ekstremisme. Justeru, pertahanan negara memerlukan penglibatan semua pihak.
Masyarakat awam dan tentera mesti bergerak dalam hubungan simbiosis yang saling memerlukan, termasuk dalam menghadapi bencana, mengurus isu keselamatan dan berkongsi maklumat mengenai ancaman setempat.
Apabila rakyat mempunyai kesedaran tinggi dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah serta provokasi, jati diri dan patriotisme akan menjadi lebih kukuh.
Bagi Kementerian Pertahanan dan ATM, CIMIC adalah sebahagian daripada strategi mempertahankan negara serta menjadi jambatan yang mendekatkan ATM dengan masyarakat.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani
#cimic -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semangat patriotisme bukan sekadar terzahir melalui apa yang kita lakukan untuk negara. Ia juga tercermin melalui perkara-perkara yang kita memilih untuk tidak lakukan.
Kerana cinta kepada negara bukan sahaja tentang apa yang kita beri, tetapi juga tentang apa yang kita tidak ambil daripadanya.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita terus menebalkan rasa kasih dan cinta kepada Ibu Pertiwi.
Selamat Hari Kebangsaan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#harikebangsaan2026
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran 60 Tahun FELKOP di samping merasmikan Program Gema Waqaf Festival 2026 di Padang Awam, FELDA Aping Timur, Kota Tinggi yang turut dihadiri ADUN Sedili, YB Muszaide Makmor dan ADUN Johor Lama, YB Norlizah Noh.
Terima kasih kepada FELKOP kerana memilih FELDA Aping Timur, Kota Tinggi sebagai lokasi penganjuran pelancaran sempena 60 Tahun.
Selaku Ahli Parlimen, saya mengalu-alukan penganjuran program seumpama ini kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk, malah menjadi platform yang baik untuk memperkasakan semangat kemerdekaan.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang festival serta cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada masyarakat yang hadir dan memeriahkan program pada hari ini.
Semoga usaha memperkasa wakaf dan gerakan koperasi ini terus berkembang serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat FELDA.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad di Wisma Pertahanan.
Saya turut menerima pembentangan mengenai kerjasama yang sedang dilaksanakan UTHM bersama industri serta bagaimana ia boleh menyumbang kepada pembangunan industri pertahanan negara.
Saya mengalu-alukan penubuhan Centre of Industry antara UTHM dan ATSC sebagai antara bentuk kerjasama universiti dan industri yang boleh kita manfaatkan dengan lebih meluas.
Universiti perlu memainkan peranan lebih besar dalam menghasilkan inovasi, melaksanakan “reverse engineering” serta membangunkan lebih banyak komponen pertahanan tempatan.
Ini selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang mahu lebih banyak keupayaan pertahanan dibangunkan dalam negara, termasuk sekurang-kurangnya 30% komponen tempatan bagi perolehan baharu.
Matlamatnya jelas. Kita bukan sekadar mahu membeli aset, tetapi mahu setiap perolehan turut membantu membina teknologi, kepakaran dan keupayaan industri pertahanan kita sendiri.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐉𝐔𝐆𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍
Hari ini saya bersama warga Kementerian menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan 2026.
Bulan Kebangsaan mengajak kita mengenang sejarah, menghormati perjuangan terdahulu dan menebalkan kecintaan kepada negara. Malaysia dibina atas toleransi, persefahaman dan rasa saling menghormati.
Dalam menzahirkan patriotisme, ada tiga perkara yang perlu kita elakkan.
Pertama, jangan salah gunakan tanggungjawab dan kuasa untuk kepentingan diri. Cinta kepada negara bukan sahaja pada apa yang kita beri, tetapi juga apa yang tidak kita ambil.
Kedua, jangan menjadi punca kerosakan keharmonian negara dengan sikap rasis, prejudis, cauvinis serta menyebarkan prasangka buruk.
Ketiga, jangan terlalu taasub dengan dunia luar sehingga merendahkan warisan, bahasa, budaya dan identiti nasional kita.
Saya juga sangat tidak bersetuju dengan pihak yang merancang memboikot sambutan Hari Kebangsaan kerana sentimen terhadap isu tertentu seperti isu Rohingya.
Malaysia adalah tanah tempat tumpah darah kita. Malaysia adalah rumah kita. Apa pun perbezaan dan ketidakpuasan hati, jangan sampai kita berhenti menzahirkan kasih kepada tanah air.
Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan syukur, serta terus menjaga, menyayangi dan memelihara kedaulatan negara.
Selamat menyambut Bulan Kebangsaan 🇲🇾
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#harikebangsaan2026
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
The Long Tweet
@tanjooilong
No haven in M’sia for those against peace in southern Thailand, says Khaled www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/08/27/no-h…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kekuatan Barisan Nasional Kota Tinggi terus terserlah hasil kesatuan kepimpinan dan jentera yang sentiasa bergerak bersama rakyat.
Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, menghimpunkan YB Muszaide Makmor, YB Norlizah Noh, kepimpinan MCA dan MIC serta wakil BN dari Terengganu.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mengukuhkan perjuangan Barisan Nasional Kota Tinggi dalam membawa kepentingan rakyat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#barisannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Maulidur Rasul mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui ingatan terhadap kelahiran Baginda, tetapi diterjemahkan melalui nilai dan teladan yang ditinggalkan.
Sepanjang kehidupan Baginda, Rasulullah SAW menunjukkan bahawa kekuatan harus disertai kebijaksanaan, kepimpinan mesti berteraskan keadilan, dan setiap perbezaan perlu dihadapi dengan kesabaran serta ihsan.
Nilai-nilai inilah yang terus relevan dalam kehidupan kita hari ini, sama ada dalam memimpin, bermasyarakat mahupun melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, agama dan negara.
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini memperbaharui kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan menguatkan tekad untuk menjadikan sunnah serta akhlak Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.
Salam Maulidur Rasul.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menziarahi rakan sejawat saya, TYT Donaciano do Rosário da Costa Gomes, Menteri Pertahanan Timor-Leste yang sedang menerima rawatan di Malaysia.
Saya mendoakan semoga beliau diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani rawatan dan kembali sihat untuk bertugas seperti sediakala.
🇲🇾🇹🇱
#khalednordinmindef
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
Berkesempatan hadir ke Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bersama YB Muszaide Makmor, ADUN Sedili merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, YB Norlizah Noh, ADUN Johor Lama serta barisan kepimpinan dan jentera Barisan Nasional Kota Tinggi.
Majlis turut menghimpunkan kepimpinan MCA dan MIC Bahagian Kota Tinggi serta wakil kepimpinan Barisan Nasional daripada Terengganu yang hadir memberikan sokongan.
Penyampaian sijil dan plak apresiasi turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kepimpinan serta jentera yang telah bersama-sama menjayakan gerak kerja parti.
Semoga Barisan Nasional Kota Tinggi terus dekat dengan rakyat, kukuh dalam perjuangan serta sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat.
Hidup Barisan Nasional.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Walimatulurus putera bongsu Puan Zainon, Zulhisyam bin Mahdi bersama pasangan, Nurul Suhaila binti Sulaiman, yang berlangsung di Taman Saujana, Masai pada hari ini.
Semoga penyatuan dua hati ini menjadi permulaan kepada kehidupan berumah tangga yang dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan dan keberkatan, serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Syukur alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Aishah Humaira & Aliff Haikal serta Aishah Madihah & Muhammad Amminluddin yang melangsungkan Majlis Walimatul Urus pada hari ini dalam suasana penuh meriah dan penuh kesyukuran. Kedua-kedua pengantin perempuan adalah anak kembar kepada adik saya Hj Yusof Nordin.
Semoga kedua-dua pasangan dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan, serta membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah hingga ke akhir hayat. Majlis ini juga peluang terbaik berjumpa keluarga dekat dan jauh dan berkenalan dengan keluarga baru. Di samping berailaturrahim dengan sahabat handai, rakan dan taulan yang berkesempatan hadir.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Perbelanjaan Pertahanan Didorong Ancaman Baharu, Bukan Sekadar Dinamik Serantau www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2596570
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemeriahan program sebegini menjadi cerminan kuatnya semangat komuniti di Kampung Gembut.
Program Ambang Bulan Kemerdekaan anjuran UMNO Cawangan Gembut Luar, KRT Kampung Gembut dan JPKK Kampung Gembut, telah dilaksanakan bersama YB Muszaide Makmor, ADUN Sedili serta kepimpinan dan penduduk setempat di Bilik Gerakan KRT Kampung Gembut.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐓𝐌
Menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi bersama delegasi bagi membincangkan perkembangan Veteran MyWira dan usaha memperkukuh transisi kerjaya kedua anggota ATM.
Antara yang dibincangkan ialah pemetaan kepakaran anggota kepada sektor industri dan laluan pensijilan termasuk SKM, supaya kemahiran sepanjang perkhidmatan dapat dimanfaatkan dalam kerjaya kedua.
Harapan kita agar anggota yang telah berkhidmat dan berkorban untuk negara mempunyai laluan yang lebih baik untuk membina kehidupan selepas perkhidmatan, serta tidak tercicir atau tertinggal.
Kerjasama ini akan terus diperkukuh, termasuk memuktamadkan MoU antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat Kesatuan Kakitangan PERHEBAT (KEBAT) yang diketuai Presidennya, En. Zaini bin Saffar, bersama barisan Exco KEBAT di Wisma Pertahanan.
Saya tegaskan bahawa PERHEBAT bukan institusi latihan, tetapi institusi peralihan yang perlu membantu anggota ATM membina kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan.
Anggota kita telah memberikan sebahagian besar usia dan tenaga untuk berkhidmat serta berkorban demi negara. Ramai yang bersara ketika masih dalam usia produktif dan masih membina keluarga. Kita perlu membantu mereka membina kehidupan yang baik dan bermaruah selepas persaraan.
Sebab itu latihan PERHEBAT mesti selari dengan keperluan pasaran dan industri. Kita juga kini melaksanakan latihan terus bersama industri, supaya kemahiran yang diberikan membuka laluan yang lebih jelas kepada pekerjaan.
Program yang relevan kita mantapkan, yang tidak lagi mempunyai pasaran kita ubah. Matlamatnya bukan sekadar latihan, tetapi pekerjaan dan kerjaya kedua.
Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, termasuk KEBAT, kita boleh terus memperkasa peranan PERHEBAT sebagai institusi peralihan dan membantu veteran membina kehidupan selepas persaraan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemenangan di Permas dan Johor Jaya menjadi satu lagi suntikan semangat buat seluruh keluarga besar Barisan Nasional Pasir Gudang.
Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Pasir Gudang di Puncak Kasih Bukit Layang-Layang diadakan bagi meraikan kemenangan YB Haji Baharudin di DUN Permas dan YB Chan San San di DUN Johor Jaya.
Anugerah Penggerak Digital turut disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada jentera yang memainkan peranan dalam gerak kerja digital sepanjang kempen.
#khalednordinmindef
#pasirgudang
#barisannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐅𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐀𝐍
Berpeluang bercakap melalui telefon dengan Pemangku Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Republik Islam Iran, TYT Brigadier General Seyed Majid Ebn-e-Reza.
Saya menyampaikan ucapan takziah Malaysia atas pemergian para pemimpin, anggota keselamatan dan rakyat Iran yang terkorban dalam konflik yang berlaku.
Malaysia berharap gencatan senjata dapat dikekalkan dan penyelesaian melalui dialog serta diplomasi terus diberi ruang demi keamanan dan kestabilan rantau.
Dalam menghadapi konflik ini, Iran telah memperlihatkan daya tahan termasuk melalui keupayaan pertahanan yang dibangunkan sendiri. Malaysia melihat ruang untuk kerjasama pertahanan yang lebih substantif, berasaskan hubungan persahabatan yang erat antara dua negara.
Malaysia turut menghargai kerjasama dan layanan baik Iran dalam memudah cara laluan sepanjang tempoh konflik. Keselamatan laluan maritim termasuk di Selat Hormuz perlu terus terpelihara.
Ke hadapan, Malaysia berharap MoU kerjasama pertahanan dapat dimuktamadkan sebagai instrumen rasmi untuk memperkukuh hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Saya turut mengalu-alukan penyertaan Iran dalam LIMA tahun hadapan sebagai platform untuk memperluas hubungan dan meneroka kerjasama pertahanan yang lebih luas.
🇲🇾🤝🇮🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sebelum program bermula, saya berkesempatan bersarapan bersama penduduk di Warung Sri Santai Coner, Kampung Makam, Kota Tinggi dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.
Kejohanan Sepak Takraw Piala YB Dato’ Seri Khaled Nordin yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Kota Tinggi dan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi telak dilaksanakan untuk mengeratkan silaturahim, mencungkil bakat baharu dan memperkasakan pembangunan sukan sepak takraw di Kota Tinggi.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan agar lebih ramai pemain berkualiti dapat dilahirkan sekali gus mengangkat nama Kota Tinggi ke peringkat yang lebih tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀-𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐋𝐌𝐒 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏
KDYMM Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah, Sultanah Maliha binti Tengku Ariff berkenan berangkat ke Istanbul Shipyard, Republik Türkiye bagi menyaksikan penamaan dan pelancaran kapal ketiga Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 TLDM.
Dinamakan 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐰𝐚, kapal ini mengabadikan legasi Almarhum Jeneral Tan Sri Tunku Osman bin Tunku Mohammad Jewa, kerabat diraja Kedah dan anak watan pertama dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Pelancaran ini melengkapkan ketiga-tiga LMS Batch 2 selepas 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥 pada 24 Mei dan 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐋𝐚𝐮𝐭 pada 7 Jun lalu. Program ini turut mencatat sejarah sebagai kerjasama Government-to-Government pertama Malaysia-Türkiye dalam perolehan kapal perang TLDM.
Dalam persekitaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, TLDM perlu terus dilengkapi dengan aset moden dan berkeupayaan. Kerajaan komited untuk memastikan TLDM mempunyai keupayaan yang diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara.
Ketiga-tiga kapal dijangka diserahkan kepada TLDM menjelang akhir 2027. Perolehan LMS Batch 2 ini merupakan sebahagian daripada usaha pemodenan armada TLDM menerusi Pelan Transformasi 15-to-5.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan hadir ke Program Ambang Bulan Kemerdekaan anjuran UMNO Cawangan Gembut Luar, KRT Kampung Gembut dan JPKK Kampung Gembut, bersama YB Muszaide Makmor, ADUN Sedili serta kepimpinan dan penduduk setempat di Bilik Gerakan KRT Kampung Gembut.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan program seperti pertandingan memancing, badminton, futsal dan tarik tali serta cabutan bertuah mengikut kategori.
Saya percaya, program seperti ini amat baik dalam membuka ruang untuk masyarakat setempat berinteraksi, bersilaturahim dan berkongsi pandangan mengenai keperluan serta cabaran yang dihadapi bersama.
Oleh kerana itulah, pentingnya peranan organisasi setempat dalam membina komuniti yang aktif dan bersatu.
Semoga semangat kebersamaan, persaudaraan dan kecintaan kepada negara yang dizahirkan melalui program ini terus diperkukuh demi membina komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
MINDEF Malaysia
@MINDEFMalaysia
Prime Minister of Vietnam, Le Minh Hung, received Minister of Defence of Malaysia, Mohamed Khaled bin Nordin, during his official visit to Hanoi.
The meeting reaffirmed Vietnam’s commitment to further strengthening the Comprehensive Strategic Partnership between Malaysia and Vietnam in a stable, sustainable and long-term manner.-@KhaledNordin
youtu.be/yFSeinFGv-A -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semalam, saya berkesempatan hadir ke Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Pasir Gudang sempena kemenangan PRN Johor bagi DUN Permas dan DUN Johor Jaya di Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang.
Tahniah saya ucapkan kepada YB Haji Baharudin atas kejayaan mempertahankan DUN Permas serta YB Chan San San yang berjaya merampas kembali DUN Johor Jaya.
Majlis ini turut menjadi ruang untuk menghargai seluruh jentera yang telah bekerja dengan penuh disiplin, komitmen dan kesungguhan sepanjang PRN Johor.
Turut diselitkan Anugerah Penggerak Digital sebagai penghargaan kepada jentera yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam memanfaatkan aplikasi digital yang dibangunkan bagi memperkukuh penyelarasan serta gerak kerja sepanjang PRN Johor.
Semoga kejayaan ini akan kita jadikan asas untuk kita terus bekerja dengan lebih gigih bagi menghadapi PRU akan datang dengan matlamat untuk merampas kembali Parlimen Pasir Gudang. Insya-Allah.
Hidup Barisan Nasional.
#khalednordinmindef
#pasir Gudang
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF konsisten perjuang penambahbaikan struktur organisasi, kerjaya warga ATM | Awani www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-konsisten-perju…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Terima kasih Akim kerana sentiasa menyokong program2 anjuran UMNO dan Barisan Nasional Pasir Gudang
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hadir dalam Majlis Kesyukuran BN Pasir Gudang, penyanyi Akim Ahmad turut hadir menyerikan majlis, beliau berasal dari Johor Jaya
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Check out 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾's video! #tiktok vt.tiktok.com/ZS4VrN4kt/
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PERDANA MENTERI KEMBOJA
Memperkukuh Hubungan Pertahanan Malaysia–Kemboja, Membina Daya Tahan Kolektif Serantau ASEAN
Dalam kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, H.E. Samdech Thipadei Hun Manet di Peace Palace, Phnom Penh, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Kemboja, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah usaha memuktamadkan Memorandum of Understanding (MoU) Kerjasama Pertahanan Malaysia–Kemboja, yang bakal menjadi kerangka penting dalam memperluas serta memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Malaysia dan Kemboja turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan ASEAN centrality, dialog dan mekanisme serantau dalam menangani cabaran keselamatan, termasuk usaha berterusan ke arah keamanan dan kestabilan di sempadan Kemboja–Thailand.
Malaysia turut menzahirkan sokongan berterusan terhadap ASEAN Observer Team (AOT) serta penyelesaian secara aman melalui dialog dan rundingan.
Dalam konteks keselamatan serantau, kedua-dua pihak turut menyentuh kepentingan memuktamadkan Code of Conduct (COC) di Laut China Selatan sebagai langkah penting bagi memastikan keamanan, kestabilan dan ketertiban berasaskan peraturan terus terpelihara.
Malaysia dan Kemboja juga komited memperkukuh kerjasama pertahanan dalam bidang-bidang baharu termasuk latihan peperangan hutan, industri pertahanan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi dron.
Kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah menyumbang kepada pembinaan daya tahan kolektif ASEAN.
🇲🇾🤝🇰🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Diberi sambutan meriah secara tentera sebaik sampai ke Kementerian Pertahanan Kemboja untuk kunjungan hurmat kepada TYT Jeneral Tea Sieha, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja.
##khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menutup lawatan rasmi saya ke Vietnam dengan menghadiri Official Reception yang dihoskan oleh TYT Jeneral Phan Văn Giang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam.
Majlis ini turut diisi dengan persembahan kebudayaan dan seni yang memukau, mencerminkan kekayaan warisan serta budaya Vietnam. Terima kasih atas sambutan yang begitu baik dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan ini.
Semoga hubungan pertahanan Malaysia dan Vietnam akan terus diperkukuh, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Berbesar hati mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Vietnam, TYT Jeneral Phan Văn Giang, sempena lawatan rasmi dua hari saya ke negara ini.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Vietnam agar hubungan sedia ada terus berkembang secara lebih strategik, substantif dan berterusan.
Saya turut mengemukakan cadangan supaya mekanisme kerjasama diperkasakan melalui High-Level Committee bagi memastikan setiap inisiatif dapat diselaras dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Pelbagai bidang kerjasama dibincangkan, termasuk latihan ketenteraan dua hala, perkongsian risikan, “maritime domain awareness”, operasi menyelamat kapal selam, AI, industri pertahanan serta usaha menghadapi cabaran keselamatan baharu, seperti aktiviti “grey zone”.
Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan strategik serantau termasuk Laut China Selatan. Malaysia menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan perlu terus dipelihara melalui dialog, diplomasi dan undang-undang antarabangsa, di samping menyokong pemuktamadan “Code of Conduct” (COC) yang efektif dan bermakna.
Malaysia menegaskan bahawa ASEAN perlu terus mengekalkan perpaduan, autonomi strategik dan peranan utamanya dalam memelihara keamanan serta kestabilan rantau.
Saya menghargai sambutan positif TYT Jeneral Phan terhadap pelbagai cadangan yang dikemukakan Malaysia, di samping komitmen beliau untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Saya yakin komitmen bersama ini akan terus memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sebagai tanda penghormatan sempena lawatan rasmi ke Vietnam, saya menghadiri istiadat peletakan kalungan bunga di Monument to the Heroes and Martyrs of Bac Son Street serta Ho Chi Minh Mausoleum.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya dan delegasi Kementerian Pertahanan berpeluang untuk makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Vietnam, TYT Dato’ Tan Yang Thai di Rumah Malaysia, Hanoi sempena lawatan rasmi saya ke Vietnam.
Terima kasih kepada TYT Dato’ dan seluruh pasukan kedutaan atas sambutan baik. Ruang pertemuan digunakan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Vietnam.
Wakil-wakil Malaysia di luar negara menjadi jambatan penting dalam mengeratkan hubungan dengan negara-negara sahabat, di samping terus memelihara kepentingan negara dan kebajikan rakyat Malaysia.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng, sempena lawatan rasmi saya ke Vietnam.
Malaysia mempunyai hubungan pertahanan yang erat dengan Vietnam dan menganggap Vietnam sebagai rakan yang dipercayai serta diyakini.
Kedua-dua negara turut berkongsi pandangan strategik yang sama serta berpegang kepada prinsip ASEAN, dengan dialog dan diplomasi sebagai asas dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
Kami turut bertukar pandangan mengenai cabaran pertahanan semasa, termasuk persaingan kuasa besar, aktiviti “grey zone”, ancaman siber, AI, “cognitive warfare” dan gangguan rantaian bekalan.
Dalam persekitaran yang semakin kompleks, ASEAN perlu terus memperkukuh “collective regional resilience” melalui kerjasama yang lebih erat.
MoU Kerjasama Pertahanan 2023 akan terus menjadi “roadmap” dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam ke tahap yang lebih strategik.
Kami turut membincangkan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang maritim, pembangunan keupayaan, teknologi dan industri pertahanan, selaras dengan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Mulakan Lawatan Rasmi Di Vietnam, Perkukuh Kerjasama Pertahanan www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2590636
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐕𝐈𝐄𝐓𝐍𝐀𝐌
Alhamdulillah, selamat tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Vietnam. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama saya ke negara ini sebagai Menteri Pertahanan.
Sepanjang lawatan ini, saya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, TYT Jeneral Phan Văn Giang.
🇲🇾🤝🇻🇳
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Sempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) di Kuala Lumpur, saya turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Mr. Joseph Leong.
Kami bertukar pandangan mengenai hubungan pertahanan Malaysia-Singapura yang terus diperkukuh menerusi pelbagai mekanisme kerjasama, termasuk Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM). Kami turut membincangkan perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.
Malaysia berpandangan bahawa keamanan dan kestabilan serantau perlu terus dipelihara melalui dialog dan diplomasi. ASEAN perlu terus memainkan peranan utama dalam menguruskan cabaran serantau berlandaskan prinsip “ASEAN Centrality” agar rantau ini terus aman, stabil dan makmur.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#milops2026
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Bersempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) 2026 di Kuala Lumpur, saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, TYT Dr. Kao Kim Hourn.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta kepentingan memperkukuh peranan ASEAN dalam mendepani cabaran yang semakin kompleks.
Dalam keadaan geopolitik yang sentiasa berubah, ASEAN perlu terus menjadi platform utama bagi memupuk persefahaman, membina kepercayaan dan menggalakkan penyelesaian secara aman.
Malaysia kekal komited mendukung pendekatan berlandaskan undang-undang antarabangsa, dialog dan diplomasi. Prinsip “ASEAN Centrality” serta “ASEAN Way” perlu terus menjadi asas dalam menangani cabaran bersama demi memastikan rantau ini kekal aman, stabil dan makmur.
Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sekretariat ASEAN dalam memperkukuh peranan organisasi ini, termasuk menerusi platform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), agar ASEAN terus kekal relevan, bersatu dan diyakini dalam mendepani cabaran masa hadapan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean
#milops2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀
Di sela-sela 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) yang berlangsung di Kuala Lumpur, saya menerima kunjungan hormat TYT Kevin Kim, Duta Besar Amerika Syarikat ke ASEAN yang baharu.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau ini serta kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran melalui dialog, diplomasi dan kerjasama yang erat.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat, termasuk pembangunan keupayaan serta pelbagai inisiatif yang memanfaatkan kedua-dua negara.
Malaysia menghargai hubungan pertahanan yang telah lama terjalin dengan Amerika Syarikat dan berharap kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama serta keamanan dan kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#asean
#milops2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀
Berbesar hati menyampaikan ucapan pembukaan sempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) di Kuala Lumpur.
MILOPS merupakan platform penting untuk membina persefahaman, kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan negara yang berkongsi matlamat keamanan dan kestabilan. Tiada dialog Indo-Pasifik yang bermakna dapat berlangsung tanpa ASEAN yang aman dan bersatu, kerana kestabilan ASEAN merupakan asas kepada kestabilan rantau yang lebih luas.
Malaysia turut menegaskan bahawa Asia Tenggara mesti terus kekal sebagai Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN). Keamanan membolehkan kepelbagaian, pelaburan, kerjasama dan pembangunan terus berkembang. Keamanan juga tidak menuntut kita memilih mana-mana pihak, sebaliknya berinteraksi dengan semua pihak berlandaskan prinsip dan kepentingan bersama.
Mana-mana negara yang ingin bekerjasama dengan ASEAN perlu memahami dan menghormati Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) yang berteraskan prinsip saling menghormati, penyelesaian pertikaian secara aman, tidak campur tangan dan kerjasama.
Konflik perlu diselesaikan melalui dialog, mediasi dan diplomasi apabila berpeluang. Kehadiran anggota serta aset ketenteraan harus dilihat sebagai komitmen bersama untuk mengekalkan keamanan, bukannya sebagai simbol kuasa atau intimidasi.
Malaysia turut menyeru kuasa-kuasa besar dunia agar menghormati undang-undang antarabangsa dan “rules-based order” secara konsisten, bukan secara terpilih, demi Indo-Pasifik yang aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#milops2026
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat merupakan satu tanggungjawab besar untuk meneruskan usaha membangunkan Negeri Sembilan agar terus menikmati kestabilan, kemajuan dan kemakmuran yang dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
Saya mendoakan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan, hikmah dan petunjuk kepada YAB dalam memimpin Negeri Sembilan, serta mempermudah segala urusan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#negerisembilan
#stabilmajumakmur -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pengorbanan para pahlawan dan perwira negara tidak pernah luput ditelan zaman.
Persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong mengangkat kisah keberanian dan pengorbanan para perwira yang mempertahankan tanah air.
Keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada keberanian dan pengorbanan para perwira kita.
Selamat Hari Pahlawan 2026.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#haripahlawan2026
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala YB Dato’ Seri Khaled Nordin yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Kota Tinggi dan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Badminton Tembioh, Kampung Tembioh, Kota Tinggi.
Saya yakin dengan adanya kejohanan seperti ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi mengangkat nama Kota Tinggi ke peringkat yang lebih tinggi melalui pembentukan pasukan yang kompetitif dan berdaya saing.
Oleh sebab itulah, hasrat kita adalah menjadikan Kota Tinggi sebagai antara pusat pembangunan sepak takraw yang dikenali ramai, sekali gus melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dalam sukan tradisi.
Insya-Allah, segala usaha yang dirancang akan terus diperkasakan dengan sokongan semua pihak agar sepak takraw terus berkembang dan menjadi kebanggaan masyarakat Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hilang penat bila dapat jumpa cucu #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓. 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀.
Berada di Wisma UMNO Negeri Sembilan bersama-sama kepimpinan, jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, keputusan PRN Negeri Sembilan telah memberikan mandat kepada BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Negeri. Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan.
Mandat ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Kini masanya untuk bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan Negeri Sembilan terus stabil, maju dan makmur.
Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Pengalaman BN mengurus kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat akan terus menjadi kekuatan dalam memacu pembangunan negeri agar kemajuan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#prnnegerisembilan
#stabilmajumakmur -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan, termasuk para pengundi awal, atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Terima kasih juga kepada seluruh jentera, petugas dan sukarelawan BN dari seluruh negara yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen. Di sebalik kemenangan ini, tersimpan segala pengorbanan, keringat dan usaha yang tidak pernah mengharapkan balasan.
Kemenangan ini adalah milik seluruh rakyat Negeri Sembilan dan setiap insan yang telah berjuang demi memastikan negeri ini terus dipimpin dengan stabil.
Kepada semua wakil rakyat yang dipilih, laksanakanlah mandat ini dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan. Stabil. Maju. Makmur.
Hidup Barisan Nasional.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#prnnegerisembilan
#stabilmajumakmur -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sebelum program bermula, meluangkan masa bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Sri Santai Coner, Kampung Makam, Kota Tinggi dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.
Warung ini sering menjadi tumpuan ramai penduduk setempat untuk bersarapan pagi dengan juadah terkenalnya laksa johor, nasi lemak dan lain lain.
Semoga silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan, dan ukhuwah antara masyarakat dengan kepimpinan sentiasa utuh demi kesejahteraan bersama.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima khabar duka pemergian Allahyarhamah Puan Salmah binti Alwi, ibu kepada sahabat saya, YB Tuan Muszaide Makmor, ADUN Sedili, hari ini.
Berkesempatan menziarahi YB Muszaide serta keluarga di Lok Heng Barat, Kota Tinggi. Saya doakan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian terberat ini.
Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah, melapangkan kuburnya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Terserempak dengan Ashraf Muslim yang main peranan utama dalam pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong, sempena sambutan Hari Pahlawan Negara 2026. Ia mengimbau kembali pengorbanan tujuh anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) yang gugur ketika mempertahankan negara di Ulu Legong, Baling pada 29 Oktober 1981.
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bertemakan “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”, istiadat ini menjadi lambang penghargaan kepada seluruh pahlawan dan perwira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan tanah air.
Persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong mengimbau kembali pengorbanan tujuh anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) yang gugur ketika mempertahankan negara di Ulu Legong, Baling pada 29 Oktober 1981.
Kisah yang dipersembahkan menjadi peringatan bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan para pahlawan dan perwira negara.
Sesungguhnya, bangsa yang besar ialah bangsa yang tidak melupakan jasa pahlawannya.
Selamat Hari Pahlawan.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#haripahlawan2026
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap 31 Julai, negara memperingati jasa dan pengorbanan para pahlawan serta perwira yang telah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air. Keberanian dan pengorbanan mereka menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.
Bagi pihak Kerajaan, Kementerian Pertahanan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta para veteran atas khidmat dan pengorbanan mereka kepada negara.
Pengorbanan para pahlawan mengajar kita bahawa mempertahankan negara ialah tanggungjawab bersama, bukan tanggungjawab eksklusif pasukan keselamatan. Inilah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Rakyat tidak perlu mengangkat senjata. Sebaliknya, setiap daripada kita mempunyai peranan untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, menyokong pasukan keselamatan serta tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Semoga semangat keperwiraan para pahlawan terus hidup dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi memastikan negara kita kekal aman, berdaulat dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#haripahlawan2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐑𝐄𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐔̈𝐑𝐊𝐈𝐘𝐄 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Nevzat Uyanık, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia yang baharu, di Wisma Pertahanan.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan pelbagai aspek kerjasama pertahanan dua hala, khususnya pembangunan industri pertahanan.
Saya menyambut baik komitmen Republik Türkiye untuk terus menyokong usaha memperkukuh industri pertahanan Malaysia, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Malaysia melihat Republik Türkiye sebagai antara rakan strategik utama dalam sektor pertahanan. Keupayaan industri pertahanannya yang semakin diiktiraf di peringkat global turut membuka lebih banyak peluang kerjasama, termasuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara anggota NATO demi keamanan dan kestabilan serantau.
Saya yakin pelantikan TYT Dr. Nevzat akan terus memperkukuh hubungan erat Malaysia dan Republik Türkiye, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇷
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#atm
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat bekas Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah mencurahkan bakti dan memberikan sumbangan besar dalam memperkukuh pertahanan negara menerusi pelbagai tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Mewakili Kerajaan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti beliau kepada Angkatan Tentera Malaysia dan negara.
Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semoga Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) berjaya memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengurangkan kebergantungan kepada import, menjimatkan perbelanjaan negara, serta meletakkan Malaysia dalam rantaian bekalan global industri pertahanan.
#khalednordinmindef
#dipn
#industripertahananThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Thailand, TYT Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen di Pangkalan Udara Subang.
Pertemuan ini mencerminkan hubungan pertahanan yang akrab serta komitmen berterusan kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama strategik.
Malaysia dan Thailand turut menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan demi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Saya menyambut baik komitmen Thailand untuk terus bekerjasama rapat dengan Malaysia demi keamanan yang berkekalan, khususnya susulan perkongsian mengenai perkembangan semasa di Selatan Thailand.
Malaysia akan terus memainkan peranan yang konstruktif dalam memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Saya yakin hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus menjadi asas penting dalam mendepani cabaran serantau yang semakin kompleks, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ASEAN.
🇲🇾🤝🇹🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiathailand
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Mengadakan lawatan industri ke kilang peluru KETECH Asia Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang. KETECH Asia merupakan syarikat pengeluar peluru tempatan yang dapat memenuhi keperluan peluru negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan menjimatkan perbelanjaan negara bagi perolehan peluru.
KETECH Asia kini mengeluarkan peluru berkaliber 5.56mm dan 9mm yang memenuhi piawaian global berasaskan standard NATO.
Satu lagi kejayaan usaha membangunkan indastri pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#dipn
#industripertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja memerlukan anggota yang mempunyai nilai, semangat kekitaan, kebanggaan dan kehormatan terhadap tugas, tetapi juga hubungan yang kukuh dengan masyarakat.
Pertahanan negara bukan tanggungjawab eksklusif ATM. Itulah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), membina keyakinan rakyat terhadap ATM dan menggembleng seluruh masyarakat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruhThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋, 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Setiap undi adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menentukan masa depan Negeri Sembilan dengan memilih sebuah kerajaan negeri yang mampu menjamin kestabilan, memacu kemajuan dan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat.
Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman, keupayaan dan rekod yang diperlukan untuk memimpin Negeri Sembilan yang stabil, maju dan makmur. Pengalaman mengurus kemajmukan dan kepelbagaian menjadi kekuatan BN dalam memastikan kestabilan terus terpelihara, sekali gus memacu kemajuan dan kemakmuran negeri.
Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua anggota pasukan keselamatan yang mengabdikan diri dengan penuh dedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.
Khidmat bakti mereka kepada negara wajar sentiasa dihormati, dihargai dan dimuliakan. Tanpa keamanan yang mereka pertahankan, tiada kestabilan. Tanpa kestabilan, sukar untuk memacu kemajuan. Dan tanpa kemajuan, sukar untuk rakyat menikmati kemakmuran.
Selamat mengundi. Undilah Barisan Nasional.
Demi Negeri Sembilan yang Stabil, Maju dan Makmur.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#prnnegerisembilan
#stabilmajumakmur -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan berkeupayaan untuk meneruskan pembangunan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Barisan Nasional mempunyai pengalaman, keupayaan dan rekod untuk memimpin negeri ini ke hadapan.
Kekuatan mengurus kepelbagaian masyarakat menjadi asas kepada kestabilan yang membolehkan kemajuan dipacu dan kemakmuran dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#prnnegerisembilanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berada di Port Dickson, saya turut berkesempatan menyantuni veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini.
Meskipun telah menamatkan perkhidmatan, mereka tetap sebahagian daripada keluarga besar pertahanan negara yang telah banyak berjasa kepada tanah air.
Atas sebab itu, Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuh usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, bermaruah dan sejahtera melalui pelbagai inisiatif yang sedang serta akan terus diperkasakan.
Terima kasih kepada seluruh veteran ATM atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, bangsa yang besar ialah bangsa yang tidak melupakan jasa pahlawannya.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Semasa berada di Port Dickson, saya turut berpeluang menyempurnakan Program Kesejahteraan Warga ATM Zon Port Dickson di Kem Si Rusa.
Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan hubungan dalam kalangan warga ATM, malah menjadi wadah menyemai semangat kekitaan, solidariti, disiplin dan kebanggaan terhadap pasukan.
Pada masa yang sama, ia menghubungkan ATM dengan masyarakat bagi membina keyakinan bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
Hari ini, ancaman keselamatan bukan lagi terhad kepada peperangan konvensional, malah merangkumi ancaman hibrid, peperangan kognitif, ketidakcukupan makanan serta pelbagai cabaran baharu.
Justeru, konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) perlu terus diperkukuh melalui semangat patriotisme, perpaduan dan sokongan padu rakyat kepada ATM.
Kepada warga ATM, khususnya pelatih-pelatih baharu, teruslah menghayati nilai disiplin, integriti, amanah, kesetiaan dan semangat berkorban.
Dengan semangat pengorbanan, kesiapsiagaan dan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kita akan terus melahirkan sebuah angkatan yang bersatu, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruh -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇
Menyempurnakan Program Kesejahteraan Warga ATM: Hari Keluarga Kem Segenting, Port Dickson yang menghimpunkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran serta masyarakat setempat.
Program ini bukan sekadar Hari Keluarga. Ia membina anggota yang sihat, bersemangat dan mempunyai jati diri yang kukuh. Kekuatan angkatan tentera bukan hanya bergantung kepada aset dan persenjataan, tetapi juga kepada semangat kekitaan, solidariti serta hubungan yang erat dengan masyarakat.
Dalam landskap keselamatan hari ini, tanggungjawab mempertahankan negara bukan lagi tanggungjawab eksklusif angkatan tentera. Sebab itulah konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) perlu diterjemahkan daripada doktrin kepada amalan melalui penglibatan aktif seluruh masyarakat.
HANRUH bukan bermaksud rakyat perlu mengangkat senjata. Sebaliknya, rakyat perlu menyemai semangat patriotisme, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ATM serta tidak melakukan perkara yang boleh menyulitkan usaha mempertahankan negara. Inilah asas kepada “credible deterrence” yang lebih kukuh.
#khalednordinmindef
#atm
#hanruh -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Perjuangan yang kukuh bermula dengan kesatuan yang utuh.
Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang Tahun 2026 bersama barisan kepimpinan dan jentera bagi memperkukuh organisasi serta menyusun gerak kerja parti.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihan raya umum pada masa akan datang.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#pasirgudang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbesar hati menerima jemputan makan malam daripada TYT Syed Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di kediaman rasmi beliau.
Pertemuan ini memberi ruang bertukar pandangan soal usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Pakistan melalui bidang-bidang yang strategik, termasuk peluang pembangunan industri pertahanan tempatan menerusi pemindahan teknologi.
Pakistan turut berkongsi pengalaman membangunkan ekosistem industri pertahanan mereka selama lebih empat dekad.
Semoga hubungan Malaysia dan Pakistan dapat terus diperkukuh demi kepentingan bersama serta keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇵🇰
#khalednordinmindef
#malaysiapakistan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat bertemu Pak Joefly J. Bahroeny, President Commissioner PT Millennium Pharmacon International (MPI) Tbk, di Kuala Lumpur.
MPI merupakan syarikat tersenarai awam di Indonesia dan subsidiari kepada Pharmaniaga Berhad. Pharmaniaga, syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), memiliki pegangan sebanyak 73 peratus dalam MPI.
MPI memfokuskan kepada pengedaran dan penjualan ubat-ubatan. Dengan pasaran farmaseutikal Indonesia yang besar dan terus berkembang, terdapat potensi untuk meningkatkan prestasi serta keuntungan syarikat.
Setiap pelaburan LTAT perlu memberikan pulangan yang baik dan konsisten agar pencarum, khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terus menikmati manfaat dan dividen yang terbaik.
#khalednordinmindef
#ltat -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇: 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Berpeluang menjawab soalan di Dewan Negara berhubung usaha Kementerian Pertahanan memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) sebagai teras pertahanan negara, selaras dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN).
Malaysia mengambil amalan terbaik daripada negara seperti Singapura, Finland, Switzerland dan Taiwan, namun disesuaikan dengan keperluan negara. Prinsipnya jelas, pertahanan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata, tetapi amanah seluruh negara.
Dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks, kekuatan negara bergantung kepada kesiapsiagaan ketenteraan, perpaduan dan daya tahan rakyat.
HANRUH diperkukuh melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Society (WOGOS), pemerkasaan kerjasama awam dan tentera (CIMIC), pengukuhan Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan TLDM dan TUDM, pelaksanaan PLKN dan PALAPES, serta Program Literasi Pertahanan oleh MIDAS dan UPNM.
#khalednordinmindef
#hanruh
#kpp
#pspn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemenangan tidak datang bergolek. Ia hadir melalui kesatuan, disiplin, integriti dan kerja keras seluruh jentera.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan membuahkan kemenangan buat Datuk Saiful Yazan Sulaiman serta Barisan Nasional di N.19 Johol.
#khalednordinmindef
#barisannasionalThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐍. 𝟏𝟗 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐋
Berkesempatan bersama jentera Barisan Nasional (BN) sempena Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN N. 19 Johol. Tahniah kepada Datuk Saiful Yazan Sulaiman yang diberi amanah sebagai calon BN bagi DUN Johol.
Saya yakin pengalaman Datuk Saiful Yazan bersama masyarakat membolehkan beliau memahami cabaran dan keperluan setempat, sekali gus membawa penyelesaian yang benar-benar diperlukan oleh rakyat.
PRN Negeri Sembilan bukan sekadar untuk memenangkan calon, tetapi memberi peluang membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil serta mampu terus berkhidmat kepada rakyat.
Terima kasih kepada seluruh jentera atas kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan. Teruskan gerak kerja sehingga hari pengundian. Insya-Allah, semoga segala usaha dipermudahkan dan membuahkan kemenangan buat BN di N. 19 Johol.
#khalednordinmindef
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Welcome back Mr Daud and congrats for completing your Master in Public Administration, Harvard Kennedy School. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan mengadakan pertemuan kali kedua bersama rakan-rakan mewakili Generasi Kedua Felda Air Tawar 2 bagi meneruskan perbincangan berkaitan pelbagai isu, keperluan dan hala tuju pembangunan komuniti setempat.
Selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi, saya sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, cadangan serta membantu mana-mana pihak yang mempunyai hasrat yang sama dalam membangunkan kawasan dan komuniti setempat.
Segala pandangan dan usaha yang dibawa mestilah seiring dengan hasrat serta kepimpinan di setiap peringkat, kerana pada akhirnya matlamat kita tetap sama, iaitu membangunkan komuniti dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Insya-Allah, melalui semangat kesepakatan dan kerjasama yang berterusan, kita mampu bersama-sama membangunkan Felda Air Tawar 2 demi kesejahteraan seluruh masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐌 𝐇𝐎𝐁𝐀𝐑𝐓
Berada di Dewan Rakyat dan berpeluang menjawab mengenai insiden letupan grenad semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun 2026 yang mengorbankan Allahyarhamah Lans Koperal Siti Khadijah dan Allahyarham Sarjan Norazmi bin Abu Bakar.
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa siasatan penuh masih belum dimuktamadkan dan adalah terlalu awal untuk menentukan punca sebenar kejadian.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐁𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
Menghadiri Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Pengerusi BN, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Negeri Sembilan mempunyai potensi yang besar dan memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman serta berkeupayaan untuk terus memacu pembangunan dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.
BN mempunyai rekod pencapaian, pengalaman dan keupayaan untuk meneruskan agenda tersebut demi masa depan negeri ini.
Kini masanya untuk merapatkan saf, menggembleng tenaga dan turun ke lapangan bagi memastikan Negeri Sembilan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri yang stabil, maju dan makmur.
Selamat berjaya kepada semua calon BN yang diumumkan malam ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membawa aspirasi rakyat dan memperjuangkan masa depan Negeri Sembilan yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Kunjungan Menteri Pertahanan Thailand ke Malaysia mencerminkan hubungan pertahanan yang akrab serta komitmen bersama kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik demi keamanan dan kestabilan rantau ini.
Semoga hubungan Malaysia-Thailand terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau selaras dengan semangat ASEAN.
🇲🇾🤝🇹🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiathailand
#aseanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar Jeneral Abdul Karim Ahmad di Wisma Pertahanan sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, termasuk dalam memperkasa pendidikan pertahanan strategik negara menerusi peranan di MKN.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐋𝐓𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Jelajah Wira LTAT merupakan platform penting dalam mendekatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pencarum dan tunjang kepada kewujudan LTAT itu sendiri.
Melalui program ini, anggota berpeluang memahami bagaimana simpanan mereka diurus dan dilaburkan, di samping mengukuhkan hubungan antara LTAT, syarikat-syarikat di bawahnya serta warga ATM demi kesejahteraan anggota dan keluarga mereka.
#khalednordinmindef
#demiwirakami
#jelajahwiraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meraikan Menteri Pertahanan Thailand, TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen serta delegasi dalam satu majlis makan malam sempena lawatan beliau ke Malaysia.
Suasana santai seperti ini mencerminkan hubungan akrab dan persahabatan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand, selain menjadi ruang untuk meneruskan perbincangan dan memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Sudah tentu, lawatan ke Malaysia tidak lengkap tanpa menikmati durian dan aneka buah-buahan tempatan.
Semoga hubungan akrab dan kerjasama erat antara Malaysia dan Thailand akan terus dibawa ke tahap yang lebih tinggi demi kepentingan bersama serta kestabilan rantau ini.
🇲🇾🤝🇹🇭
#khalednordinmindef
#malaysiathailand
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Menerima kunjungan TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen, Menteri Pertahanan Thailand sempena lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan tersebut.
Sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Malaysia dan Thailand berkongsi pelbagai cabaran keselamatan serta pertahanan yang sama. Justeru, kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan serta mendukung prinsip ASEAN demi memastikan rantau ini terus aman dan stabil.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menyegerakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan Malaysia-Thailand, pembangunan industri pertahanan tempatan serta kerjasama keselamatan sempadan.
Turut dibincangkan operasi bersama antara kedua-dua angkatan tentera, pembangunan sosioekonomi dan pengurusan bencana di kawasan sempadan. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat General Border Committee (GBC) Malaysia-Thailand ke-57 pada tahun ini.
Kami turut membincangkan penyertaan pegawai tentera Thailand dalam program Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP), selain perkembangan Dialog Keamanan Selatan Thailand. Malaysia mengalu-alukan pelantikan Thanut Suvarnananda sebagai Ketua Panel Dialog Keamanan Kerajaan Diraja Thailand yang baharu serta akan terus menyokong usaha ke arah keamanan dan kestabilan di Selatan Thailand.
Turut disentuh agenda serantau termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus di Filipina serta perkembangan hubungan Thailand-Kemboja yang diharapkan dapat terus diselesaikan secara bilateral selaras dengan semangat “ASEAN Way” melalui dialog dan perbincangan.
🇲🇾🤝🇹🇭
#khalednordinmindef
#mindefmalaysia
#malaysiathailand
#asean -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa berlangsungnya Jelajah Wira LTAT Edisi Pantai Timur, saya turut berkesempatan menyaksikan Majlis Tamat Program Perantisan dan Penyerahan Surat Tawaran Pekerjaan Veteran MyWIRA Kohort Pertama bersama Royale Chulan Hotels & Resorts yang membuka peluang kerjaya kedua kepada veteran ATM.
Turut berlangsung penyerahan peranti kepada peserta Program e-Perkasa SPM 2026 hasil kerjasama Yayasan LTAT dan UPSI bagi membantu anak-anak warga ATM membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Jelajah kali ini turut menyaksikan peluncuran Kem Santuni MADANI 2026 yang bakal memberi manfaat kepada lebih 6,500 keluarga ATM menerusi pelbagai inisiatif kebajikan, pembangunan komuniti dan penambahbaikan kemudahan di kem-kem ATM.
Daripada kerjaya kedua veteran, pendidikan anak-anak warga ATM hinggalah kepada kesejahteraan komuniti pertahanan, inisiatif seperti ini membuktikan komitmen LTAT untuk terus bersama warga ATM pada setiap peringkat kehidupan.
#khalednordinmindef
#demiwirakami
#jelajahwira -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐋𝐓𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, berkesempatan merasmikan Majlis Penutupan Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan berakhir di Pahang.
Tahniah dan penghargaan kepada LTAT atas kejayaan menganjurkan program ini buat kali keempat berturut-turut. Program seperti ini amat penting dalam mendekatkan LTAT dengan anggota ATM yang merupakan pencarum serta asas kepada kewujudan LTAT itu sendiri.
Melalui Jelajah Wira LTAT, anggota berpeluang memahami bagaimana simpanan mereka diurus dan dilaburkan, manakala syarikat-syarikat di bawah LTAT dapat bersemuka dengan anggota serta menyedari bahawa kejayaan mereka lahir daripada kepercayaan dan simpanan warga ATM yang berkhidmat serta berkorban demi pertahanan negara.
LTAT juga terus menjadi rakan strategik penting Kementerian Pertahanan dalam menjayakan agenda kesejahteraan warga ATM. Kesiapsiagaan tidak hanya bergantung kepada aset dan teknologi, tetapi turut melibatkan kebajikan anggota dan keluarga melalui aspek perumahan, kesihatan, pendidikan serta pengukuhan ekonomi keluarga.
Dalam masa yang sama, landskap keselamatan semakin kompleks dan sukar dijangka. Ancaman kini bukan lagi sekadar peperangan konvensional, tetapi turut melibatkan serangan siber, manipulasi maklumat, peperangan hibrid, peperangan asimetrik serta persaingan kuasa besar. Justeru, ATM sedang membangunkan Angkatan Masa Hadapan yang lebih moden, pintar, bersepadu dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua bentuk ancaman.
Kekuatan sebenar ATM bukan hanya terletak pada aset dan teknologi, tetapi pada anggotanya sendiri serta nilai-nilai seperti integriti, kesetiaan, keberanian, disiplin dan profesionalisme. Pada masa yang sama, perpaduan, semangat berpasukan dan kebersamaan kekal menjadi teras kepada pertahanan negara.
Tahniah sekali lagi kepada LTAT atas penganjuran Jelajah Wira LTAT 2026 dan terima kasih kepada seluruh warga ATM atas khidmat bakti serta pengorbanan yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negara.
#khalednordinmindef
#demiwirakami
#jelajahwira -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan semula sebagai Menteri Besar Johor.
Mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh Bangsa Johor merupakan satu amanah besar untuk terus memacu pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan negeri demi masa depan yang lebih gemilang.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB untuk terus memimpin Johor ke arah kemajuan dan kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#bangsajohor
#majujohor -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi Johor, termasuk para pengundi awal, atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor ke-16.
Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada seluruh jentera, petugas dan sukarelawan BN dari seluruh negara yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen.
Di sebalik setiap kemenangan, ada keringat yang tidak terlihat dan pengorbanan yang tidak diceritakan.
Kemenangan ini adalah milik Bangsa Johor. Kemenangan ini juga adalah milik setiap jentera yang telah berjuang tanpa mengenal penat dan lelah.
Pesanan buat para pemimpin dan wakil rakyat yang telah dipilih, mandat yang diberikan adalah satu amanah yang mesti digalas dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan Johor dan kesejahteraan Bangsa Johor.
Maju Johor.
Hidup Barisan Nasional.
#khalednordinmindef
#prnjohor
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Alhamdulillah, Barisan Nasional kembali mendapatkan sokongan di Pasir Gudang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB Tuan Haji Baharudin atas kemenangan sebagai ADUN Permas dan YB Chan San San atas kejayaan menerima mandat rakyat sebagai ADUN Johor Jaya, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional di Parlimen Pasir Gudang.
Keputusan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan dalam memastikan kestabilan, memacu pembangunan serta mengutamakan kebajikan masyarakat demi kemajuan Pasir Gudang dan Johor.
Terima kasih kepada seluruh pengundi, jentera dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kepercayaan, semoga amanah ini terus dipelihara dengan khidmat yang ikhlas, berintegriti dan berkesan untuk manfaat rakyat.
#khalednordinmindef
#pasirgudang
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
Syukur alhamdulillah.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Muszaide Makmor dan YB Norlizah Noh atas kemenangan yang diberikan oleh rakyat.
Setulus penghargaan kepada seluruh warga Kota Tinggi atas kepercayaan dan sokongan yang dizahirkan kepada Barisan Nasional.
Amanah yang diberikan ini akan terus dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kestabilan dikekalkan, kemajuan diteruskan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk kita terus bersatu hati, berganding bahu dan melangkah ke hadapan membina Kota Tinggi serta Johor yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Johor telah membuat pilihannya dengan jelas.
Kemenangan malam ini bukan sekadar kemenangan Barisan Nasional (BN), tetapi satu mandat penting untuk meneruskan agenda membangunkan Johor dan memastikan kemajuan yang dicipta dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Johor mesti terus maju. Johor tidak boleh kehilangan momentum pembangunan dan tidak mempunyai masa untuk menunggu.
Rakyat telah memberikan mandat yang jelas agar agenda pembangunan negeri dapat diteruskan demi masa depan Bangsa Johor.
Namun, kemajuan semata-mata tidak memadai jika manfaatnya tidak dirasai oleh rakyat.
Bangsa Johor mesti menikmati peluang pekerjaan yang baik, akses kepada pendidikan berkualiti, peluang memiliki rumah serta masa depan yang lebih baik di negeri sendiri.
Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat malam ini adalah satu amanah yang besar. BN perlu bekerja lebih kuat, bergerak lebih pantas dan berusaha lebih gigih untuk memastikan setiap dasar dan setiap pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada Bangsa Johor.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Johor atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada seluruh jentera dan petugas yang telah berjuang dengan penuh komitmen sepanjang tempoh kempen.
Johor telah membuat pilihannya.
Kini tiba masanya untuk bekerja.
#khalednordinmindef
#barisannasional
#prnjohor -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋𝐄 𝐒𝐏𝐄𝐀𝐊𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐑𝐍𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐁𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
Menghadiri Grand Finale Speaker Corner Pemuda Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang bersama calon BN bagi DUN Permas, Tuan Haji Baharudin Mohamed Taib dan calon BN bagi DUN Johor Jaya, Puan Chan San San.
Tahniah kepada Saudara Azleen Ambros dan seluruh pasukan Pemuda BN Pasir Gudang atas penganjuran program ini serta komitmen dan kerja keras sepanjang tempoh kempen.
Pilihan raya ini bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi menentukan masa depan Johor untuk 5 tahun akan datang. BN menawarkan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan mempunyai rekod untuk terus memacu pembangunan negeri.
Johor mesti terus maju dan tidak boleh ketinggalan, lebih-lebih lagi sebagai negeri yang berjiran dengan Singapura dan menjadi antara enjin utama pertumbuhan ekonomi negara.
BN akan terus melakukan intervensi bagi memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat melalui peluang pekerjaan, rumah mampu milik, pendidikan, pengangkutan awam dan Bantuan Kasih Johor yang diperkukuh.
Dalam masa yang sama, BN akan memastikan masyarakat Melayu terus mempunyai tempat dan peluang untuk menikmati hasil pembangunan negeri termasuk di kawasan bandar yang pesat membangun.
Johor tidak mempunyai masa untuk eksperimen politik. Ayuh Bangsa Johor, tunaikan tanggungjawab anda dan pilihlah BN demi kesinambungan kemajuan Johor.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PRN Johor kali ini menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan yang masing-masing membawa manifesto, namun Johor memerlukan lebih daripada sekadar janji kerana negeri ini memerlukan hala tuju, perancangan dan pembangunan yang jelas.
Maju Johor bukan sekadar slogan, tetapi satu komitmen untuk memastikan potensi negeri ini terus dibangunkan dan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.
Manifesto hanya bermakna apabila mampu dilaksanakan, dan pengalaman, rekod khidmat serta kemampuan membawa perubahan menjadi perkara penting dalam memilih wakil yang mampu menjaga masa depan Johor.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#wearereadyThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pilih BN, Solusi Masa Depan Anak Muda umno-online.my/2026/07/10/pilih-bn-solusi-masa-depan-anak…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ziarah Kasih di Felda Pasak dan Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dengan menziarahi beberapa keluarga, bertanya khabar serta mendengar sendiri perkongsian dan cerita daripada mereka.
Semoga semua keluarga yang diziarahi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ziarah Kasih diteruskan di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi. Ada yang berhadapan dengan masaalah kesihatan, ada yang terhimpit dengan kehidupan sebagai nelayan.
Setiap peluang pertemuan sebegini memberi kesedaran akan cabaran kehidupan masyarakat yang memerlukan penyelesaian dan tindakan diperingkat kepimpinan dan kerajaan.
Semuga negara ini dan rakyatnya terus dilimpahi rahmat dan perlindungan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ziarah Kasih diteruskan di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi. Ada yang berhadapan dengan masaalah kesihatan, ada yang terhimpit dengan kehidupan sebagai nelayan.
Setiap peluang pertemuan sebegini memberi kesedaran akan cabaran kehidupan masyarakat yang memerlukan penyelesaian dan tindakan diperingkat kepimpinan dan kerajaan.
Semuga negara ini terus dilimpahi rahmat dan perlindungan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan bersarapan di Warong Nora, Felda Pasak, Kota Tinggi sambil beramah mesra dengan penduduk serta para jentera Barisan Nasional.
Walaupun tempoh kempen kini hanya berbaki sehari lagi, semangat para jentera dan sokongan masyarakat terus memberikan keyakinan untuk meneruskan usaha hingga ke saat akhir.
Insya-Allah, semoga rakyat terus memberikan mandat kepada calon No. 3 Barisan Nasional, Cik Norlizah Noh, untuk terus mewakili DUN Johor Lama demi meneruskan Agenda Maju Johor.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐀𝐓𝐎𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐅𝐈𝐋𝐄𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊. Menghadiri pratonton filem Takluk 2: Op Daulat. Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar yang memaparkan keberanian, pengorbanan dan semangat juang anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan karya ini. Semoga filem seperti ini terus menyemai penghargaan terhadap jasa para perwira serta memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Takluk 2: Op Daulat diharapkan mendapat sambutan yang baik apabila ditayangkan kelak serta menjadi medium untuk memupuk kecintaan kepada negara dan menghargai pengorbanan mereka yang mempertahankan kedaulatan tanah air.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Haji Md Othman, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM.
#khalednordinmindef
#takluk2opdaulat -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas penting dalam membentuk generasi masa hadapan, justeru kemudahan pembelajaran yang selesa dan selamat perlu sentiasa diberi perhatian.
Meninjau perkembangan projek membaik pulih bumbung serta beberapa fasiliti di Tabika Kemas Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi yang menerima peruntukan RM80,000 pada pertengahan tahun ini untuk kegunaan kanak-kanak dan warga pendidik.
Dalam kunjungan sama, saya turut berkesempatan melihat tanaman kontan yang diusahakan oleh penduduk tempatan sebagai usaha menambah sumber pendapatan mereka.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Karnival Hari Keluarga dan Sukan seumpama ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada aset dan kelengkapan, tetapi turut dibina melalui kesejahteraan anggota dan keluarga, nilai yang dipegang serta budaya yang diamalkan dalam organisasi.
Semangat sepasukan, solidariti dan matlamat yang sama menjadi asas kepada sebuah angkatan yang berkeupayaan, berintegriti dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang menziarahi seorang veteran yang pernah berkhidmat sebagai anggota Komando Grup Gerak Khas (GGK), yang kini menetap bersama isterinya di Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi.
Isterinya kini berdepan dengan masalah kesihatan dan perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala sejak beberapa bulan lalu.
Memang menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa memberi perhatian sewajarnya kepada para veteran yang telah berbakti kepada negara.
Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang dijayakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Melalui program seperti ini, masyarakat dapat memahami dengan lebih mendalam peranan, tanggungjawab serta cabaran yang dihadapi oleh ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Hubungan yang erat antara ATM dan masyarakat merupakan antara asas penting dalam memperkukuh semangat HANRUH, kerana pertahanan negara adalah tanggungjawab yang perlu difahami dan didukung bersama.
#khalednordinmindef
#atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
Berkesempatan meninjau perkembangan Projek Madu Kelulut Sedili Kecil, Kota Tinggi yang telah diusahakan oleh penduduk di kawasan PPRT sekitar sini.
Hasil bimbingan serta pemindahan kepakaran menerusi Projek Pemindahan Ilmu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), penduduk kini berjaya mengusahakan tanaman ini dengan baik.
Usaha seperti ini bukan sahaja membuka peluang baharu, malah telah menjadi sumber ekonomi alternatif kepada penduduk setempat, khususnya para nelayan yang berdepan kekangan untuk turun ke laut ketika musim tengkujuh.
Sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan komuniti Kota Tinggi terus diberikan sokongan yang sewajarnya agar lebih banyak inisiatif seperti ini dapat berkembang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas komitmen dalam menyalurkan ilmu, kepakaran dan bimbingan kepada masyarakat.
Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan demi manfaat komuniti dan pembangunan ekonomi setempat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan singgah minum pagi di Cafe As yang diusahakan oleh anak peneroka Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi bersama calon Barisan Nasional DUN Sedili Tuan Muszaide serta penduduk kampung.
Sambil menikmati juadah, sempat juga beramah mesra dan bertanya khabar penduduk serta bertemu jentera Barisan Nasional yang sedang giat turun padang sepanjang kempen.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan dipermudahkan bagi Saudara Muszaide Makmor, untuk meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
Pagi ini saya berpeluang meninjau perkembangan projek membaik pulih bumbung serta beberapa fasiliti di Tabika Kemas Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi.
Sebelum ini, peruntukan sebanyak RM80,000 telah diluluskan pada pertengahan tahun ini supaya dapat memastikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk kegunaan kanak-kanak.
Saya percaya, persekitaran pembelajaran awal yang baik
bermula dengan kemudahan yang baik.
Dalam masa yang sama, berkesempatan melihat sendiri tanaman kontan yang diusahakan oleh penduduk tempatan bagi menambah sumber pendapatan mereka.
Insya-Allah, usaha memperkukuh kemudahan pendidikan dan kebajikan masyarakat akan terus menjadi keutamaan demi memastikan pembangunan yang dinikmati benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbincang bersama rakan-rakan mewakili jenerasi ke2 Felda Air Tawar 2 mengenai pelbagai usaha dan cabaran yang boleh ditangani melalui keujudan kesepakatan dan kerjasama. Insya Allah bersama membangunkan komuniti Felda Air Tawar 2 #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Selamat Mengundi kepada semua pengundi awal PRN Johor Ke-16.
Pada Selasa, 7 Julai 2026, para pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab dan amanah mereka dalam menentukan masa depan negeri Johor.
Masa depan Johor bermula dengan satu pilihan. Tunaikan amanah anda demi meneruskan kemajuan negeri untuk Bangsa Johor.
Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan berpengalaman, dipimpin oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bagi meneruskan agenda pembangunan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Semoga proses pengundian awal berjalan dengan lancar, aman dan teratur, serta dipermudahkan segala urusan buat semua pengundi awal yang menunaikan amanah kepada negeri Johor.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈: 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐍𝐀𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐑𝐈𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐋𝐄 (𝐍𝐒𝐌)
Berada di Dewan Rakyat hari ini bagi Sesi Penerangan Menteri berhubung isu pembatalan lesen eksport Sistem Naval Strike Missile (NSM) secara unilateral oleh Kerajaan Norway terhadap Malaysia.
Isu ini bukan sekadar melibatkan sebuah kontrak perolehan pertahanan, tetapi turut melibatkan kepentingan strategik negara, penggunaan wang rakyat dan kesiapsiagaan pertahanan kedaulatan tanah air.
Perolehan NSM bermula sejak tahun 2011 sebelum kontrak dimeterai pada tahun 2018 dan 2023 dengan nilai keseluruhan €137.91 juta (RM642.6 juta). Sehingga November 2025, Kerajaan Malaysia telah memenuhi segala obligasi kontrak dengan pembayaran sebanyak 95% daripada keseluruhan nilai kontrak.
Namun pada Februari 2026, Kerajaan Norway menggantung lesen eksport sebelum membatalkannya secara kekal pada April 2026 dengan alasan hanya mengeksport kepada negara-negara NATO dan sekutunya. Syarikat KDA kemudian mengklasifikasikan keputusan tersebut sebagai “force majeure”.
Walaupun ketiadaan NSM tidak menjejaskan jadual penyerahan kapal-kapal LCS, ia mengehadkan keupayaan peperangan anti-permukaan. TLDM kini sedang menilai beberapa sistem misil sebagai pengganti NSM.
Tindakan Norway ini bukan sahaja mencalar prinsip perjanjian, komitmen dan kepercayaan antarabangsa, malah mewujudkan satu duluan (precedent) yang sangat buruk terhadap kerjasama pertahanan antarabangsa.
Kerajaan akan mempertahankan hak dan kepentingan Malaysia melalui saluran diplomatik dan perundangan. Kementerian turut mengemukakan Notis Tuntutan kepada KDA berjumlah €226.1 juta (RM1.05 bilion), di samping meneruskan usaha mendapatkan penyelesaian secara baik.
Episod ini mengingatkan kita bahawa kebergantungan kepada rantaian bekalan luar negara membawa risiko strategik yang besar.
Justeru, Kerajaan akan terus memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.
#khalednordinminddef
#malaysiamadani
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Sepak Takraw Persatuan Belia Mawai di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Tersusun Mawai, Kota Tinggi bersama belia setempat serta calon Barisan Nasional DUN Sedili, Tuan Muszaide Makmor.
Sebelum ini, peruntukan bagi menaik taraf Gelanggang Serbaguna Kampung Mawai Baru telah pun diluluskan dan kini kerja-kerja pelaksanaannya sedang dijalankan.
Tahniah kepada Persatuan Belia Mawai atas penganjuran program ini, semoga terus menjadi medan menyatukan belia dan menyemarakkan budaya bersukan.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇
Alhamdulillah, hari ini berpeluang menyempurnakan Majlis Penutupan sempena Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) di Masjid Al-Faizin, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Terima kasih kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), pihak masjid serta semua yang telah menjayakan program ini. Program seperti ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah menjadi wadah penting untuk mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat.
Hubungan ini penting supaya masyarakat memahami bahawa tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak di bahu ATM semata-mata. Rakyat juga mempunyai peranan melalui semangat patriotisme, perpaduan dan kesediaan untuk bersama mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.
Cabaran keselamatan hari ini semakin kompleks. Ia bukan lagi hanya melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi ancaman bukan tradisional seperti perubahan iklim, keselamatan makanan, kecerdasan buatan (AI), peperangan hibrid dan peperangan kognitif yang boleh mempengaruhi pemikiran serta memecah-belahkan masyarakat.
Pendekatan melalui agama juga amat penting dalam membina masyarakat yang bersatu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Program seperti Kursus Pengurusan Jenazah bukan sahaja memberi ilmu fardu kifayah, malah memperkukuh nilai, akhlak dan perpaduan dalam masyarakat.
Dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, ATM sentiasa bersiap siaga mempertahankan kedaulatan negara. Pada masa yang sama, rakyat perlu terus bersatu, mengelakkan perpecahan dan bersama-sama memelihara keamanan negara.
Dalam pertahanan, inilah yang dimaksudkan dengan “credible deterrence”. Apabila negara memiliki angkatan tentera yang berkeupayaan serta rakyat yang bersatu padu, pihak lain akan berfikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang ancaman terhadap negara.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat berkunjung ke Program Pertandingan Mewarna Komuniti di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi yang melibatkan penyertaan kanak kanak Tabika bersama ibu bapa.
Dalam kunjungan tersebut, saya berpeluang melihat sendiri kreativiti yang dihasilkan oleh kanak-kanak bersama ibu bapa mereka yang cukup menarik.
Insya-Allah, usaha seperti ini akan terus disokong kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara keluarga malah mengukuhkan lagi hubungan kejiranan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Pagi ini saya menghadiri Program D’Sawit Fun Walk sempena Karnival Orang Muda Gugusan Waha anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Gugusan Waha bersama Tuan Muszaide, Calon Barisan Nasional dan juga penduduk setempat yang hadir memeriahkan program tersebut.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya menarik penyertaan ramai terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Program seperti ini bukan sahaja dapat membudayakan amalan hidup sihat malah dapat mengeratkan silaturahim dan semangat bermasyarakat dalam kalangan komuniti.
Dalam masa yang sama, berkesempaatan singgah ke sebuah warung berdekatan untuk bersarapan pagi sambil meluangkan masa menyantuni penduduk untuk bertanya khabar.
Semoga lebih banyak program yang melibatkan pelbagai lapisan umur seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓
Menghadiri Program Jiwa Murni – Tentera Bersama Komuniti di Padang Awam Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat, malah menyemai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota tentera yang sentiasa berkhidmat demi negara.
Anggota ATM sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara. Sama ada di daratan, perairan mahupun sempadan, mereka berdepan pelbagai ancaman seperti penyeludupan, perdagangan manusia, jenayah rentas sempadan serta pencerobohan.
Keamanan yang kita nikmati hari ini lahir daripada pengorbanan anggota tentera yang bertugas 24 jam sehari, sepanjang tahun, serta sanggup berjauhan daripada keluarga demi memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan aman dan selamat.
Saya dimaklumkan bahawa anggota tentera yang pernah bertugas di Kota Tinggi sentiasa mengenang layanan baik serta kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat. Sikap saling menghormati seperti inilah yang memperkukuh hubungan antara ATM dan rakyat.
Rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara perpaduan dan kestabilan negara agar ATM dapat terus memberikan sepenuh tumpuan kepada amanah mempertahankan negara.
Selesai majlis, sempat juga saya beramah mesra dengan mereka yang berada di padang sambil menyaksikan aktiviti riadah yang sedang berlangsung. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan, insya-Allah.
#khalednordinmindef
#atm
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀
Menghadiri Majlis Pelancaran Program GEMA@KKDW (Aspirasi Usahawan Desa) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi.
Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Usaha memperkasa usahawan desa seperti ini penting bagi membantu masyarakat luar bandar menjana pendapatan, mengembangkan perusahaan dan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi.
Saya yakin Kota Tinggi mempunyai potensi besar untuk terus diperkasakan sebagai kawasan keterjaminan makanan dan destinasi pelancongan desa.
Semoga segala usaha yang dirancang dapat memberi manfaat kepada rakyat serta terus memacu pembangunan Johor amnya dan Kota Tinggi khususnya.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍, 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini juga saya berpeluang untuk turut hadir Karnival Sukan Kem Tebrau yang menghimpunkan warga kem dan keluarga, veteran ATM serta pemimpin masyarakat setempat.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran karnival ini. Program seperti ini bukan sekadar aktiviti sukan dan riadah, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat kebersamaan, kekitaan, kekeluargaan dan solidariti dalam kalangan warga ATM.
Kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada aset dan kelengkapan pertahanan, tetapi juga kesejahteraan anggota serta nilai yang diterapkan dalam setiap warga ATM.
Nilai-nilai inilah yang membentuk kekuatan sebenar sesebuah angkatan dalam menghadapi apa jua cabaran. Keamanan yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan dan komitmen berterusan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Hakikatnya, mempertahankan negara bukan tanggungjawab ATM semata-mata. Inilah semangat HANRUH yang menekankan penglibatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat. Rakyat bukan sahaja perlu memahami dan menyokong ATM, malah turut berperanan sebagai mata dan telinga kepada ATM.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, Malaysia berdepan pelbagai ancaman termasuk ancaman hibrid dan peperangan kognitif. Sebagai sebuah negara yang berada di kedudukan strategik, ATM perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, manakala perpaduan rakyat menjadi benteng penting dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Pada masa yang sama, marilah kita terus menghargai pengorbanan para perajurit serta memperkukuh semangat kebersamaan antara ATM dan rakyat. Kebersamaan inilah yang menjadi asas kepada kekuatan pertahanan negara serta jaminan kepada keamanan, kestabilan dan kedaulatan Malaysia.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍
Berpeluang untuk turut hadir dalam Karnival Hari Keluarga Markas Pasukan Simpanan TLDM, Johor Bahru yang menghimpunkan warga markas ini, keluarga mereka, para veteran dan masyarakat setempat.
Tahniah kepada seluruh warga Markas Pasukan Simpanan TLDM atas kejayaan menganjurkan program ini. Program seperti ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kesiapsiagaan ATM.
Kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada aset. Ia turut bergantung kepada kesejahteraan anggota dan keluarga, serta nilai dan budaya yang menjadi pegangan warga pertahanan. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, tidak mungkin kita dapat mengatakan bahawa ATM berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi.
Salah satu nilai paling penting dalam ATM ialah semangat sepasukan atau Esprit de Corps. Semangat kekitaan, solidariti dan kebersamaan perlu sentiasa dipupuk kerana itulah asas kekuatan sesebuah angkatan. Atas sebab itu juga, Kementerian memandang serius sebarang budaya dera, buli atau penindasan yang boleh menjejaskan semangat sepasukan.
Landskap keselamatan hari ini semakin kompleks. Ancaman bukan lagi bersifat konvensional semata-mata, malah melibatkan ancaman hibrid, serangan terhadap infrastruktur kritikal dan ruang siber. Justeru, pertahanan negara tidak lagi boleh dipikul oleh ATM sahaja.
Malaysia berada di lokasi yang amat strategik, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Dalam keadaan geopolitik yang semakin mencabar serta persaingan kuasa-kuasa besar, kestabilan dan perpaduan negara merupakan asas penting untuk memastikan ATM terus berupaya melaksanakan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Sebab itu rakyat turut berperanan mempertahankan negara melalui semangat patriotisme, menjadi mata dan telinga kerajaan serta terus memberikan sokongan kepada ATM. Hubungan erat antara ATM dan masyarakat perlu terus diperkukuh kerana kestabilan dan perpaduan negara merupakan asas kepada pertahanan yang kukuh.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semalam, saya berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar kawasan Pasir Gudang, antaranya PDM Nusa Damai, PDM Pasir Gudang dan PDM Taman Air Biru bersama kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Lawatan ini memberi peluang untuk bertemu dan memberikan suntikan semangat kepada para jentera yang terus komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi memastikan setiap gerak kerja berjalan dengan lancar dan teratur.
Dalam lawatan tersebut, saya dan calon Barisan Nasional DUN Permas, Tuan Haji Baharudin turut singgah menyantuni sekumpulan anak muda yang sedang menjalankan aktiviti futsal yang berada berdekatan dengan lokasi PDM Taman Air Biru.
Semoga segala usaha yang dicurahkan dipermudahkan dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat, sekali gus memberikan yang terbaik buat calon dalam meneruskan khidmat kepada rakyat di DUN Permas.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐑𝐎𝐊𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈-𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐀
Lawatan kerja hari ketiga di Australia dimulakan dengan kunjungan ke Institute for Space, Defence and Advanced Technologies (ISDAT) di University of Southern Queensland (USQ). Turut berkesempatan bertemu Vice-Chancellor and President USQ, Professor Paul Mazerolle.
ISDAT merupakan salah satu institut di bawah USQ yang memfokuskan kepada penyelidikan gunaan, termasuk dalam bidang bahan komposit (composite materials).
Menerima taklimat ringkas serta meninjau kemudahan di makmal Advanced Composite Manufacturing dan makmal Hypersonic yang dibangunkan melalui kerjasama dengan beberapa syarikat industri pertahanan, termasuk Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
Lawatan ini turut memberi gambaran bagaimana industri memanfaatkan kepakaran institusi akademik untuk membangunkan teknologi dan produk pertahanan mereka. Pendekatan seperti ini amat penting dalam memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan negara, sejajar dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Turut berkesempatan bertemu dengan Dr. Hizam Rusmi, anak Malaysia yang kini berkhidmat sebagai penyelidik di USQ. Beliau juga merupakan anak kepada seorang veteran ATM.
Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM, Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad, CEO National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah, pegawai kanan ATM serta wakil Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan RTI.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, berpeluang menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Atase Pertahanan Malaysia di Canberra, Kol. Dr. Samhasri bin Samah.
Majlis ini turut memberi kesempatan untuk bertemu serta bertanya khabar dengan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang sedang mengikuti kursus, latihan dan pengajian di Australia.
Mereka kini mengikuti pelbagai program di institusi pertahanan dan akademik terkemuka seperti Australian Command and Staff College, Australian War College, Australian National University (ANU), Royal Military College (RMC) serta Australian Defence Force Academy (ADFA).
Saya amat berbangga melihat komitmen dan kesungguhan mereka dalam menimba ilmu serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional.
Modal insan pertahanan yang berkualiti merupakan antara teras penting dalam membina Angkatan Masa Hadapan yang berkeupayaan dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia dan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Australia, delegasi Malaysia diberikan sambutan rasmi di Parliament House, Canberra oleh Speaker of the House of Representatives, The Hon. Milton Dick MP.
Hadir sama ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah.
Turut berpeluang bertemu Speaker of the House of Representatives serta beberapa Ahli Parlimen Australia di Parliament House, Canberra.
Pertemuan seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Australia untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik yang telah sekian lama terjalin.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Berpeluang makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles, sempena lawatan kerja saya ke Australia.
Kali terakhir kami bertemu adalah semasa berlangsungnya Shangri-La Dialogue di Singapura pada Mei lalu.
Dalam pertemuan kali ini, kami sempat bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, termasuk meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan penuh yang diberikan terhadap kerjasama strategik serta pemindahan teknologi antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
Saya berharap hubungan pertahanan Malaysia dan Australia akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐄𝐒𝐓𝐒𝐓𝐀𝐑-𝐑𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Dalam lawatan kerja ke Australia, saya telah menyaksikan majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) di Canberra.
Kerjasama strategik ini merupakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam bidang teknologi roket dan misil. Kepakaran RTI akan membuka ruang kepada pemindahan teknologi, R&D, pembangunan modal insan serta kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi.
Kerajaan menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kerjasama ini yang turut merangkumi pembinaan kemudahan pengeluaran di Malaysia. Pengeluaran roket dijangka bermula dalam tempoh dua tahun sebelum berkembang kepada pengeluaran misil pada masa hadapan.
Pelaburan oleh Weststar juga akan membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan pertahanan negara yang berdaulat.
Penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan dan persetujuan yang diberikan terhadap kerjasama serta pemindahan teknologi ini. Tahniah kepada Weststar atas keyakinan dan komitmen melabur dalam bidang strategik yang akan memperkukuh keupayaan pertahanan negara demi generasi akan datang.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setibanya di Canberra, saya menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, PYT Datin Paduka Sharrina Abdullah di Malaysia House.
Majlis ini turut menghimpunkan delegasi Malaysia yang menyertai lawatan kerja ke Australia, antaranya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, selain pegawai-pegawai kanan ATM dan wakil industri pertahanan.
Pertemuan dalam suasana santai seperti ini memberi ruang untuk bertukar pandangan, mengukuhkan hubungan serta mendapat khabar kemajuan tanah air
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Amanah pentadbiran dan hala tuju sesebuah kawasan hanya dapat diteruskan dengan sokongan serta mandat yang jelas daripada rakyat.
Berpeluang bersama kepimpinan dan jentera UMNO Kota Tinggi di Program Gelombang Biru Barisan Nasional Kota Tinggi di Tanjung Sedili yang turut dihadiri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Said bersama rombongan UMNO Bahagian Kemaman.
Semoga kesatuan, disiplin dan semangat berterusan seluruh jentera serta sokongan padu rakyat menjadi kekuatan untuk memastikan kemenangan calon DUN Sedili, Tuan Muszaide, demi kelangsungan pentadbiran Kota Tinggi yang kukuh dan sejahtera.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐓𝐌
Berkesempatan untuk turut hadir dalam Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan anjuran 7 Briged di X-Park, Kluang, Johor.
Penganjuran program seperti ini bukan sekadar menghimpunkan warga ATM dan keluarga, malah turut menyumbang kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan anggota melalui pemupukan gaya hidup sihat serta pengukuhan kecergasan fizikal dan mental.
Program seperti ini juga penting dalam membina semangat setiakawan, kebersamaan dan nilai kekitaan dalam kalangan warga ATM.
Melalui interaksi yang lebih rapat, anggota dan keluarga dapat saling mengenali, memperkukuh jaringan serta mendukung matlamat dan objektif pasukan secara bersama.
Dalam masa yang sama, program seperti ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara ATM dan masyarakat. Hubungan yang erat ini penting dalam memupuk kefahaman, semangat patriotisme serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ATM.
Selaras dengan semangat HANRUH, pertahanan negara memerlukan penyertaan dan penglibatan seluruh rakyat dalam usaha mempertahankan keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
Syabas kepada Panglima 7 Briged serta seluruh warga briged atas kejayaan menganjurkan karnival ini. Terima kasih atas jemputan untuk turut bersama memeriahkan program ini.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM Tahun 2026 menjadi detik bermulanya satu amanah besar buat 566 pegawai muda ATM.
Di sebalik watikah tauliah yang diterima, tersimpan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara, mengekalkan kesetiaan kepada Raja dan Negara serta berkhidmat demi keamanan tanah air.
Tahniah kepada semua Leftenan Muda yang baharu ditauliahkan. Semoga terus berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian dan semangat setiakawan sebagai perwira Angkatan Masa Hadapan.
#khalednordinmindef
#atm
#angkatanmasahadapanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi tadi, berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip, antara dua anggota ATM yang terlibat dalam insiden semasa latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun 2026.
Pemergian kedua-dua anggota tersebut amat dirasai oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Tentera Darat Malaysia, dan merupakan satu kehilangan besar kepada perkhidmatan dan negara.
Saya mendoakan agar Encik Sungip bin Jais, Puan Zaleha binti Said dan seluruh keluarga Allahyarhamah terus diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip dan Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓
Syukur alhamdulillah, malam tadi berpeluang bersama kepimpinan dan jentera UMNO Kota Tinggi di Program Gelombang Biru Barisan Nasional Kota Tinggi di Tanjung Sedili.
Kehadiran Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Said bersama rombongan UMNO Bahagian Kemaman menjadi suntikan semangat kepada seluruh jentera dalam menghadapi pilihan raya.
Semangat dan komitmen yang ditunjukkan seluruh jentera malam tadi terus memperkukuh gerak kerja kempen bagi memastikan calon Barisan Nasional DUN Sedili, Tuan Muszaide, mendapat sokongan padu rakyat.
Pilihan raya bukan sekadar memilih seorang wakil rakyat, malah menentukan pembentukan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan mampu meneruskan agenda pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat Johor.
Insya-Allah, dengan kesatuan, disiplin dan usaha berterusan seluruh jentera serta sokongan rakyat, Barisan Nasional akan terus diberi kepercayaan untuk meraih kemenangan demi masa depan Johor yang lebih maju dan sejahtera.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍
Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 melambangkan iltizam dan komitmen negara untuk memastikan Malaysia mempunyai sebuah angkatan yang moden, berkeupayaan dan sentiasa bersedia.
PSPN menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara, manakala RTKP memastikan negara mempunyai kapasiti dan sumber yang diperlukan untuk merealisasikan aspirasi tersebut. Pelan yang baik tidak akan membawa makna tanpa keupayaan untuk melaksanakannya.
Dalam landskap keselamatan yang semakin kompleks, pertahanan bukan lagi sekadar agenda Kementerian Pertahanan, tetapi agenda negara yang memerlukan komitmen semua pihak.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#pspn
#rtkpThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
📌Peluru berpandu pengganti NSM mesti penuhi keperluan integrasi sistem tempur, miliki teknologi setanding
📌Empat negara dikenal pasti berpotensi bekalkan sistem peluru berpandu antikapal
—Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#bernamanews
@MINDEFMalaysia -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐃𝐄𝐓 𝐀𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2026 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Istiadat penuh tradisi ini menyaksikan seramai 566 Pegawai Kadet ATM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda untuk memulakan perjalanan sebagai perwira dan pemimpin masa hadapan ATM. Mereka inilah yang akan memacu pembangunan Angkatan Masa Hadapan negara.
Tahniah kepada semua pegawai muda yang menerima watikah tauliah.
Amanah yang dipikul bukan sekadar satu penghormatan, tetapi tanggungjawab besar untuk mempertahankan kedaulatan negara serta mengekalkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐃𝐄𝐄
Lawatan kerja ke kem-kem seperti ini telah menjadi amalan Kementerian Pertahanan sebagai usaha untuk mendekati warga pertahanan, melihat sendiri keadaan di lapangan serta memahami keperluan sebenar anggota dan keluarga mereka.
Kita sedar bahawa melalui peranan, tanggungjawab dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), negara terus menikmati keamanan, kestabilan dan keselamatan.
Sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan pengorbanan tersebut, kerajaan akan terus memastikan kebajikan dan kesejahteraan anggota serta keluarga mereka sentiasa diberi perhatian.
Insya-Allah, Kementerian Pertahanan akan terus berusaha memastikan warga pertahanan dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi serta menikmati kehidupan yang sejahtera dan bermaruah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌
Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada aset dan kelengkapan semata-mata.
Anggota perlu sentiasa meningkatkan ilmu, memperkukuh latihan serta memiliki daya fikir strategik bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap keselamatan semasa.
Kesiapsiagaan anggota juga berkait rapat dengan kesejahteraan mereka dan keluarga.
Atas sebab itu, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada aspek perumahan, kebajikan, pendidikan anak-anak serta persediaan persaraan agar warga pertahanan dapat terus menikmati kehidupan yang bermaruah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
Menerima kunjungan hormat bakal ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara di Wisma Pertahanan.
TYT Anwar Udzir, Ambassador of Malaysia to the Republic of Lebanon.
TYT Dato’ Ahmad Rozian Abd. Gani, Ambassador of Malaysia to Japan.
PYT Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, High Commissioner of Malaysia to the Republic of Singapore.
PYT Dato’ Nadzirah Osman, Malaysia Permanent Representative to the United Nations in New York, United States.
TYT Suresh Kumar K. Rengasamy, Ambassador of Malaysia to Chile.
Diplomasi pertahanan penting dalam memelihara keamanan, memperkukuh kepercayaan strategik serta melindungi kepentingan negara.
Saya sentiasa menegaskan bahawa keamanan yang berkekalan tidak boleh bergantung kepada kekuatan ketenteraan semata-mata. Kita mesti terus mengutamakan dialog, diplomasi dan kerjasama.
Semoga semua bakal ketua perwakilan ini terus berjaya menggalas amanah besar mewakili Malaysia dan memperkukuh hubungan negara dengan rakan-rakan antarabangsa.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 di Kuala Lumpur.
Pelancaran kedua-dua dokumen ini menggariskan hala tuju pertahanan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik, perkembangan teknologi disruptif serta ancaman keselamatan yang semakin kompleks.
PSPN 2026-2030 akan terus menyokong Kertas Putih Pertahanan berlandaskan 7 teras strategik bagi memperkukuh kesiagaan ATM, kapasiti pertahanan, kesejahteraan warga pertahanan dan veteran serta pembangunan industri dan hubungan pertahanan negara.
RTKP pula memastikan negara mempunyai kapasiti dan sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Buat pertama kalinya, Pelan Strategik MINDEF dijenamakan semula sebagai Pelan Strategik Pertahanan Negara, melambangkan bahawa pertahanan bukan lagi agenda Kementerian semata-mata, sebaliknya merupakan agenda nasional yang melibatkan seluruh negara dan seluruh rakyat.
Pendekatan WOGOS akan terus dibudayakan, di samping memperkasakan HANRUH melalui CIMIC serta Program Literasi Pertahanan. Malaysia juga akan terus memperkukuh diplomasi pertahanan berasaskan prinsip berkecuali dan tidak berpihak, dengan keyakinan bahawa keamanan perlu dibina melalui dialog, keyakinan bersama dan kerjasama serantau.
Kementerian akan terus mempercepat pemodenan ATM serta membangunkan keupayaan pertahanan masa hadapan melibatkan AI, pertahanan siber, peperangan elektronik dan keupayaan satelit pertahanan negara, di samping memastikan kesejahteraan anggota dan veteran ATM terus menjadi keutamaan.
PSPN dan RTKP bukan sekadar dokumen dasar, tetapi merupakan komitmen negara untuk memastikan Malaysia memiliki sebuah angkatan yang moden, responsif, adaptif dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan serta kepentingan nasional.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#pspn
#rtkp -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 perkukuh kesiapsiagaan ketenteraan, ekosistem pertahanan
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/06/1577647/pelan-… -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐃𝐄𝐄
Dalam lawatan kerja ke Kem Majidee, saya berkesempatan bertemu dan menyantuni seluruh warga kem serta berkongsi perkembangan semasa berkaitan pertahanan dan keselamatan negara.
Dalam sesi bersama warga kem, saya turut berkongsi mengenai cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks dan menuntut ATM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
ATM juga perlu terus bergerak secara bersepadu serta memanfaatkan teknologi baharu seperti dron dan pendekatan “asymmetrical warfare” bagi memperkukuh pertahanan negara.
Saya turut menegaskan bahawa kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka akan terus menjadi keutamaan Kementerian. Kerajaan telah meluluskan pembinaan 162 unit baharu RKAT untuk 10 RAMD, di samping terus menambah baik kemudahan sedia ada.
Saya juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan YLTAT kepada warga pertahanan dan waris yang memerlukan. Kementerian Pertahanan turut menyediakan peruntukan RM350,000 bagi pemasangan sistem pendingin hawa di dewan kem demi keselesaan warga Kem Majidee.
Lawatan seperti ini penting bagi memastikan Kementerian sentiasa memahami keadaan sebenar di lapangan dan terus mengambil langkah yang bersesuaian demi kesejahteraan warga pertahanan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Usaha membantu rakyat akan lebih bermakna apabila manfaatnya dapat dirasai secara terus oleh masyarakat.
Program Pemberian Minyak Percuma di BHP Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi bersama YB Muszaide, YB Norlizah Noh serta barisan kepimpinan masyarakat setempat hasil kerjasama BHPetrol dan Wangsa Ultima Sdn. Bhd.
Peruntukan RM50,000 juga telah diluluskan bagi pembinaan pagar, pintu penghadang jalan (jalan utama) dan pemasangan lampu solar di Taman Selesa Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐃𝐄𝐄
Dalam lawatan kerja ke Kem Majidee, saya sempat meninjau kemajuan pelaksanaan Program Ekonomi MADANI yang diusahakan oleh ahli-ahli BAKAT Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD).
Program penternakan kelulut yang diusahakan di Kem Majidee kini melibatkan sebanyak 82 lot, sekali gus memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan dalam usaha memperkasa ekonomi warga pertahanan dan keluarga mereka.
Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ahli-ahli BAKAT turut menerima pemindahan ilmu bagi menghasilkan pelbagai produk hiliran seperti sabun dan balsam yang mempunyai nilai komersial.
Usaha seperti ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan tambahan kepada warga 10 RAMD dan keluarga mereka, malah turut memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi komuniti di dalam kem.
Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta bagi pelaksanaan Program Ekonomi MADANI di kem-kem ATM bagi memastikan lebih ramai warga pertahanan dapat menikmati manfaat daripada inisiatif ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐃𝐄𝐄, 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓
Usai lawatan kerja di Kem Ulu Tiram, saya turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) di Kem Majidee, Batu Pahat.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengoperasian, peranan serta tahap kesiapsiagaan pasukan dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan.
Taklimat yang disampaikan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan semasa pasukan serta cabaran yang dihadapi di lapangan.
Turut dibentangkan status pembangunan Kem Majidee termasuk keadaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), bangunan teknikal serta keperluan penyelenggaraan fasiliti di dalam kem.
Bagi tahun 2026, Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan hampir RM1 juta bagi kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan di kem ini, termasuk RKAT, meningkat berbanding tahun 2025.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KUNJUNGAN KE KEM ULU TIRAM
Lawatan kerja ke Kem Ulu Tiram memberikan peluang berinteraksi dengan warga kem dan berkongsi perkembangan pertahanan negara serta cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Anggota pertahanan perlu terus memperkukuh ilmu, latihan, daya fikir strategik, dan semangat setiakawan. Kesejahteraan warga dan keluarga mereka—termasuk perumahan, pendidikan, kesihatan, dan persediaan kerjaya selepas persaraan melalui Program WBL—akan terus menjadi keutamaan Kementerian.
Kementerian memperuntukkan RM300,000 untuk PULADA dan RM100,000 untuk Kem Ulu Tiram bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Sumbangan kebajikan Yayasan LTAT juga disalurkan kepada yang memerlukan sebagai tanda sokongan terhadap kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌
Dalam lawatan ke Kem Ulu Tiram, saya turut berkesempatan singgah ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Ulu Tiram bagi meninjau sendiri kemudahan kesihatan yang disediakan kepada warga kem dan keluarga mereka.
Ketika lawatan sebelum ini, saya dimaklumkan PPAT ini masih belum dilengkapi dengan sistem penyaman udara.
Alhamdulillah, menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pertahanan, kemudahan tersebut kini telah dipasang bagi memastikan keselesaan pesakit serta petugas sentiasa terpelihara.
Kemudahan kesihatan yang baik dan kondusif amat penting dalam memastikan kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka sentiasa diberi perhatian.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja saya ke Kem Ulu Tiram, saya turut berkesempatan meninjau projek tanaman Halia Bentong yang diusahakan oleh ahli-ahli BAKAT 6 RRD menerusi Program Ekonomi MADANI.
Program ini diperkenalkan bagi memastikan anggota dan keluarga warga pertahanan turut terlibat secara langsung serta menikmati manfaat agenda ekonomi negara, di samping membuka peluang menjana pendapatan tambahan.
Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta bagi pelaksanaan Program Ekonomi MADANI di kem-kem ATM.
Di Kem Ulu Tiram, ahli-ahli BAKAT turut menerima pemindahan ilmu dan kemahiran menerusi kerjasama strategik bersama UPM bagi menjayakan program ini. Kerjasama tersebut turut melibatkan penggunaan teknologi dron bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanaman.
Usaha seperti ini perlu terus diperkasa sebagai sebahagian daripada ikhtiar berterusan untuk memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌
Meneruskan siri lawatan ke kem dan pangkalan di seluruh negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Kem Ulu Tiram, Johor.
Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai peranan dan pengoperasian Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dalam memperkasa latihan dan kursus kepakaran tempur infantri bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi anggota.
Saya turut menerima taklimat daripada Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) mengenai pengoperasian pasukan serta cabaran semasa yang dihadapi di lapangan.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka, termasuk pembangunan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan kesihatan serta penambahbaikan infrastruktur di dalam kem.
Pandangan dan maklum balas yang dikongsikan amat penting bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan sebenar warga di lapangan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
Berkesempatan menghadiri majlis makan tengah hari bersama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang selesai mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kementerian Pertahanan.
Sebelum ini, pada 27 April lalu, saya telah merasmikan Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Bangi.
Penubuhan gabungan ini adalah susulan keputusan Majlis Veteran Kebangsaan pada tahun 2024 yang melibatkan 116 persatuan induk dan 405 cawangan, menjadikan keseluruhan 521 entiti.
Dengan jumlah persatuan yang begitu besar, gabungan ini penting untuk memastikan suara veteran dapat disatukan, disusun dan dibawa dengan lebih berkesan.
Ia juga menjadi wadah untuk seluruh persatuan veteran bergerak seiring, membincangkan pelbagai isu dan cabaran, serta merancang masa hadapan warga veteran secara bersama.
Saya berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan semua pihak agar segala perkara berkaitan veteran dapat dibincangkan dan diselesaikan secara bersama demi kesejahteraan warga veteran ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈
Menerima kunjungan hormat Duta Besar Itali ke Malaysia, TYT Raffaele Langella, di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan tugas di Malaysia tahun lalu. Malaysia dan Itali sememangnya telah lama menikmati hubungan persahabatan yang erat, termasuk dalam konteks pertahanan.
Saya turut mengimbau beberapa pertemuan terdahulu bersama Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto, termasuk ketika Shangri-La Dialogue bulan lalu. Libat urus berterusan di pelbagai peringkat mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan.
Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dalam pelbagai bidang, termasuk kerjasama ketenteraan, perolehan pertahanan, pemindahan dan perkongsian teknologi serta potensi menjadikan Malaysia sebagai hab MRO serantau.
Kami turut membincangkan beberapa keutamaan dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara, termasuk perkembangan perolehan Maritime Patrol Aircraft (MPA) Malaysia serta potensi kerjasama dalam memperkasa keupayaan maritim dan strategik negara pada masa hadapan.
Saya yakin hubungan pertahanan Malaysia dan Itali akan terus dipertingkatkan melalui kerjasama yang lebih meluas dan strategik demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇹
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali sempena persaraan beliau yang dijadualkan pada Mac tahun hadapan.
Sepanjang lebih 40 tahun perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menabur bakti dalam pelbagai jawatan dan tanggungjawab, termasuk sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut sebelum menerajui PUSPAHANAS sejak Ogos 2023.
Pengalaman, kepimpinan serta komitmen beliau dalam memperkukuh institusi pertahanan dan pembangunan pemikiran strategik negara amat dihargai.
Saya merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan serta mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas persaraan.
Selamat maju jaya, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Usaha menyatukan suara veteran ATM perlu terus diperkukuh agar segala isu, cabaran dan aspirasi mereka dapat dibawa secara lebih tersusun dan berkesan.
Semoga Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM terus menjadi wadah yang menyatukan seluruh warga veteran demi kesejahteraan dan masa hadapan mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
The Star
@staronline
The Defence Minister said the assessment also includes considering alternative platforms that may be better suited to the RMAF’s current operational needs as well as its medium- and long-term plans.
www.thestar.com.my/news/nation/2026/06/23/mindef-reviewin… -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan singgah di Kem Segenting dan bertemu barisan kepimpinan yang memikul tanggungjawab pemerintahan di sekitar sini.
Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa berkaitan pertahanan dan kedaulatan negara, termasuk cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Kami turut menyentuh pelbagai ikhtiar untuk terus memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka, selain usaha membudayakan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Pandangan yang dikongsikan amat bernilai dalam membantu saya memahami dengan lebih jelas realiti serta cabaran di lapangan.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan (MIP) Bil. 1 Tahun 2026 bagi menyelaras, memantau dan memastikan agenda industri pertahanan negara dapat diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, susulan pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) pada Januari lalu.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, kekuatan sesebuah negara tidak lagi bergantung kepada jumlah aset semata-mata. Keupayaan menguasai teknologi, membina rantaian bekalan yang berdaya tahan, memperkukuh ekosistem MRO serta memperkasa industri tempatan menjadi antara penentu utama kepada kesiapsiagaan pertahanan negara.
Pengalaman dalam isu Naval Strike Missile (NSM) mengingatkan kita tentang pentingnya membina keupayaan sendiri. Industri pertahanan negara tidak boleh sekadar menjadi pengguna, sebaliknya perlu mampu menyokong keperluan ATM secara berterusan.
Mesyuarat turut meneliti kemajuan Projek Pertahanan Negara, selain membincangkan pembangunan Combat Management System (CMS), inisiatif UAV nasional, keupayaan misil, pengukuhan ekosistem MRO, cabaran peperangan hibrid serta penerokaan teknologi baharu bagi memperkukuh pertahanan negara.
Pendekatan “Malaysianisation” akan terus diberi penekanan agar setiap perolehan pertahanan bukan sahaja memenuhi keperluan ATM, malah menyumbang kepada pemindahan teknologi, pengukuhan kandungan tempatan serta pembangunan keupayaan industri pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Belia yang diberi ruang dan sokongan akan menjadi kekuatan sebenar masa depan Kota Tinggi.
Menghadiri Program Sembang Santai anjuran bersama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi (MBDKT) yang turut dihadiri oleh YB Tuan Muszaide, YB Norlizah Noh serta kepimpinan di Kota Tinggi.
Peruntukan sebanyak RM3,000 juga telah diluluskan kepada setiap badan gabungan persatuan belia dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi di bawah MBDKT.
Semoga usaha membangunkan belia akan terus diperkasakan agar mereka terus aktif dan menjadi pemangkin kemajuan Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap perjuangan memerlukan pelapis yang bersedia menyambung warisan.
Menghadiri Program Sembang Santai bersama ahli baharu UMNO Bahagian Pasir Gudang yang mendaftar secara dalam talian serta pasukan media UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama kepimpinan parti setempat.
Semoga lebih ramai anak muda tampil bersama membawa idea, tenaga dan semangat baharu demi memperkukuh perjuangan UMNO serta berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
#khalednordinmindef
#umno
#pasirgudangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Istiadat Sambutan Rasmi sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Bangladesh, TYT Tarique Rahman ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
Lawatan ini bukan sahaja mencerminkan keakraban hubungan Malaysia-Bangladesh, malah menjadi penghormatan bermakna apabila Malaysia dipilih sebagai destinasi rasmi pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan.
Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇧🇩
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bermulanya satu lagi persidangan Dewan Rakyat.
Selamat bersidang kepada semua Ahli Dewan Rakyat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menyertai Program Pemberian Minyak Percuma di BHP Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, yang turut dihadiri oleh YB Muszaide, YB Norlizah Noh serta barisan kepimpinan masyarakat setempat, dengan kerjasama BHPetrol dan Wangsa Ultima Sdn Bhd.
Sebenarnya program ini bukan kali pertama dilaksanakan kerana program sebegini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial BHPetrol dan Wangsa Ultima yang disalurkan terus kepada masyarakat setempat sebagai usaha membantu meringankan beban serta memberi manfaat kepada pengguna yang terlibat.
Dalam masa yang sama, peruntukan sebanyak RM50,000 bagi permohonan pembinaan pagar sekeliling, pintu penghadang jalan (pintu utama) serta pemasangan lampu solar di Taman Selesa Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi telah diluluskan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk.
Pihak BHPetrol turut mempunyai perancangan untuk membangunkan lagi stesen minyak di kawasan luar bandar, antaranya di Tanjung Sedili, sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan dan manfaat kepada komuniti setempat.
Insya-Allah, keperluan masyarakat di sini akan terus diberi perhatian dan dilaksanakan secara berperingkat demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi ini saya menghadiri Program Fun Walk di Taman Selesa, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi bersama YB Tuan Muszaide dan YB Norlizah Noh, anjuran Pemuda Air Tawar 2 dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.
Sebagai Wakil Rakyat, saya amat mengalu-alukan program seperti ini kerana program ini bukan sahaja dapat membangunkan komuniti, tetapi juga dapat mengetengahkan pakaian tradisional sebagai lambang warisan budaya.
Amalan hidup sihat juga dapat digalakkan di samping menjadi asas penting dalam membentuk sebuah komuniti yang lebih kukuh, bersatu padu dan saling menyokong dalam kalangan penduduk Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi sekiranya dilaksanakan secara berterusan.
Semoga usaha seperti ini yang menggabungkan gaya hidup sihat dengan pemeliharaan warisan budaya akan dapat diteruskan demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat, bersatu dan menghargai identiti bangsa.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍
Menghadiri Program Sembang Santai anjuran bersama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi (MBDKT) yang turut dihadiri oleh YB Tuan Muszaide, YB Norlizah Noh serta kepimpinan di Kota Tinggi.
Peruntukan sebanyak RM3,000 telah diluluskan kepada setiap badan gabungan persatuan belia dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi di bawah Majlis Belia Daerah Kota Tinggi (MBDKT) bagi menyokong pelaksanaan program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh pembangunan belia di daerah ini.
Sebelum ini, pelbagai bantuan turut disalurkan bagi tujuan baik pulih fasiliti kegunaan belia seperti gelanggang sukan, padang awam dan tempat riadah.
Saya percaya belia yang aktif dan diberi peluang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan Kota Tinggi pada masa hadapan.
Insya-Allah, komitmen membantu pembangunan belia melalui program dan penyediaan fasiliti akan terus diperkasakan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Melawat Port Lapau Felda Bukit Waha, Kota Tinggi yang berfungsi sebagai pusat keusahawanan dan komuniti setempat di bawah inisiatif Sejati MADANI.
Sebanyak RM30,000 telah diperuntukkan kepada Persatuan Belia untuk kerja naik taraf kemudahan termasuk penambahbaikan lantai dan fasiliti sebelum ini.
Lawatan kali ini membolehkan saya melihat keperluan tambahan bagi sokongan peniaga serta cadangan kemudahan seperti taman permainan dan lain lain demi kebaikan komuniti setempat.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐍𝐎
Semalam, saya telah menghadiri Program Sembang Santai bersama Ahli Baharu UMNO Bahagian Pasir Gudang yang mendaftar secara dalam talian dan pasukan media UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama kepimpinan parti setempat.
Kehadiran ahli-ahli baharu yang terdiri daripada belia menjadikan pertemuan ini menjadi wadah penting untuk mengeratkan hubungan, mendengar pandangan dan berkongsi idea perjuangan parti dari pelbagai sudut.
Saya percaya pendekatan seperti ini mampu menarik lebih ramai anak muda yang berkongsi aspirasi dan semangat yang sama untuk bersama mempertahankan agama, bangsa dan negara melalui wadah perjuangan UMNO.
Insya-Allah, penglibatan ahli-ahli baharu akan terus diperkukuhkan sebagai asas kepada pembentukan barisan pelapis kepimpinan UMNO yang berwibawa dan diyakini rakyat.
#khalednordinmindef
#umno
#pasirgudang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap usaha memperkasa kemudahan awam merupakan pelaburan untuk kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan.
Meninjau perkembangan kerja-kerja baik pulih Padang Awam Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, yang sebelum ini menerima peruntukan sebanyak RM30,000 bagi memulakan kerja-kerja naik taraf.
Pada lawatan kali ini, tambahan RM40,000 turut disalurkan bagi meneruskan penambahbaikan fasiliti, RM5,000 untuk kerja pemasangan sistem perpaipan serta beberapa bantuan one-off kepada persatuan berkaitan.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Terserempak dengan Amy Search di sebalik kesibukan kempen di Johor Bahru #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀
Alhamdulillah, saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama barisan kepimpinan bahagian di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Mesyuarat ini menjadi ruang untuk menyelaras gerak kerja, memperkemas strategi serta memperkukuh kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Semoga segala perancangan yang dipersetujui dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik demi memastikan kemenangan UMNO-BN serta meneruskan khidmat kepada rakyat.
#khalednordinmindef
#umno
#barisannasional -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐔𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐊𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Dengan keupayaan pengawasan dan perisikan berterusan melebihi 24 jam, ANKA akan memperkukuh keupayaan kesedaran maritim negara serta meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia di Laut China Selatan.
Aset ini turut membolehkan pemantauan berterusan di kawasan strategik seperti Beting Patinggi Ali dan perairan Sabah Timur demi melindungi kepentingan serta kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#tudm
#anka
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Saya menerima kunjungan hormat Dato’ Sri Iskandar Mizal Mahmood, Pengerusi PERNAMA yang baharu di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini dimanfaatkan untuk membincangkan hala tuju PERNAMA sebagai institusi yang berperanan membantu meringankan kos sara hidup warga pertahanan dan keluarga mereka.
Inisiatif seperti Jualan Istimewa MADANI Angkatan Tentera (JIMAT) yang menawarkan barangan keperluan pada harga yang rendah perlu terus diperkasa agar manfaatnya dapat dinikmati dengan lebih meluas.
Saya yakin pengalaman luas Dato’ Sri Iskandar Mizal Mahmood sebagai pemimpin korporat selama lebih 35 tahun mampu membawa PERNAMA ke tahap yang lebih baik.
Sebagai institusi di bawah LTAT, PERNAMA memikul tanggungjawab besar untuk terus memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan warga pertahanan.
Turut hadir Timbalan Pengerusi PERNAMA, Datuk Omar Shariff Mydeen.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Barisan Nasional Pasir Gudang menerima kunjungan kepimpinan UMNO Sabah dibawah Ketuanya YB Datuk Jafry Ariffin bersama rombongannya. Sebagai negeri angkat kepada Parlimen Pasir Gudang, kehadiran UMNO Sabah sudah pasti akan memantapkan jentera untuk menangkan calun BN di DUN Permas dan di DUN Johor Jaya. Ameen #khalednordinmindef #kitapilihbiru
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hadir di perjumpaan bersama Ketua PDM, Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pertemuan sebagai satu penetapan kerja, sesi perkongsian maklumat, analisis politik semasa serta penilaian perkembangan isu-isu semasa bertujuan menyiapkan hentera menghadapi PRN 16 Johor.
Kekuatan Barisan Nasional sentiasa terletak pada kesatuan saf, semangat kebersamaan serta komitmen seluruh jentera dalam memperkukuh sokongan rakyat terhadap perjuangan parti.
Insya-Allah, dengan matlamat dan semangat yang sama, Barisan Nasional akan terus melangkah ke hadapan sebagai wadah yang membawa kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan untuk semua.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selepas melawat Padang Awam Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, saya juga berkesempatan singgah ke Port Lapau Felda Bukit Waha yang merupakan salah satu hub keusahawanan dan komuniti setempat di bawah inisiatif Sejati MADANI.
Sebelum ini, sebanyak RM30,000 telah disalurkan kepada Persatuan Belia bagi tujuan pembangunan kemudahan termasuk kerja-kerja penambahbaikan seperti menyimen lantai serta menaik taraf fasiliti demi keselesaan pengunjung.
Hasil daripada lawatan ini juga, turut dipertimbangkan peruntukan tambahan bagi manfaat peniaga dan komuniti setempat termasuk cadangan pembinaan taman permainan serta beberapa kemudahan sokongan lain.
Diharapkan fasiliti seperti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta memperkukuhkan interaksi sosial dalam kalangan komuniti Felda Bukit Waha, Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ketika berada di Kota Tinggi hari ini, saya berkesempatan meninjau perkembangan kerja-kerja baik pulih Padang Awam Felda Bukit Easter bagi melihat sendiri kemajuan projek yang sedang dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk setempat, khususnya golongan belia.
Sebelum ini, sebanyak RM30,000 telah disalurkan bagi memulakan kerja-kerja naik taraf padang tersebut. Pada lawatan kali ini, tambahan RM40,000 turut diberikan bagi meneruskan fasa seterusnya penambahbaikan fasiliti berkenaan.
Turut disalurkan RM5,000 bagi kerja pemasangan sistem perpaipan serta beberapa bantuan one-off kepada persatuan berkaitan bagi menyokong kelancaran pelaksanaan projek komuniti ini.
Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada pasukan-pasukan sukan tempatan sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
Mudah-mudahan usaha ini dapat menyediakan ruang yang lebih selesa dan kondusif untuk dimanfaatkan oleh seluruh komuniti, khususnya golongan belia, sekali gus menjadi medan yang menyatukan masyarakat, mencungkil bakat baharu serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mempengerusikan mesyuarat war room Barisan Nasional untuk hadapi pilihanraya negeri Johor dan Negeri Sembilan. Semua parti komponen dan wakil-wakil negeri angkat hadir. Semuga kejayaan milik Barisan Nasional. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
Pulau Layang-Layang menjadi bukti bahawa Malaysia sentiasa hadir mempertahankan kedaulatan dan kepentingannya di Laut China Selatan.
Kehadiran anggota serta aset negara di barisan hadapan bukan sekadar simbol, tetapi manifestasi komitmen berterusan untuk memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.
Kedaulatan tidak dipertahankan melalui kenyataan semata-mata, tetapi melalui kehadiran yang berterusan, kesiapsiagaan yang tinggi dan kesungguhan mempertahankan tanah air.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#tldm
#hanruh
#pulaulayanglayangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Setiap lawatan ke kem dan pangkalan ATM memberi peluang kepada saya melihat sendiri keadaan kehidupan anggota serta mendengar pandangan mereka secara langsung.
Saya merakamkan penghargaan atas kesetiaan dan pengorbanan seluruh warga ATM dalam memastikan negara terus aman, selamat dan berdaulat.
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya terletak pada aset dan keupayaan operasi, tetapi juga pada anggota yang berintegriti, berani, setia dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Sebab itu kesejahteraan anggota dan keluarga ATM akan terus menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan.
#khalednordinmindef #atmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆: 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya mengadakan lawatan kerja ke Stesen LIMA TLDM di Pulau Layang-Layang bagi meninjau operasi sempadan maritim serta kesiapsiagaan anggota yang bertugas di barisan hadapan negara.
Pulau Layang-Layang merupakan kawasan strategik Malaysia di Laut China Selatan dan simbol komitmen berterusan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara. Bersama Stesen MIKE, UNIFORM, SIERRA dan PAPA, ia berperanan sebagai benteng hadapan pertahanan negara.
Saya turut meninjau kebajikan anggota yang berkhidmat jauh dari tanah besar. Bagi meningkatkan kesejahteraan mereka, RM300,000 diperuntukkan untuk menaik taraf fasiliti sukan dan rekreasi di stesen-stesen luar pantai.
Dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, keupayaan pemantauan negara terus diperkukuh melalui aset radar dan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu ANKA bagi meningkatkan kesedaran domain maritim.
Pulau Layang-Layang akan terus menjadi simbol kehadiran dan kedaulatan Malaysia di Laut China Selatan. Kedaulatan dipertahankan melalui kehadiran berterusan, pengurusan berkesan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
#khalednordinmindef #malaysiamadani #tldm #hanruh #pulaulayanglayang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua anggota terbabit serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi bin Abu Bakar dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah binti Sungip, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
#khalednordinmindef
#atm
#tdm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar catatan sejarah, tetapi suatu pengajaran yang mengangkat nilai keikhlasan, pengorbanan dan kesediaan untuk melakukan perubahan demi kebaikan yang lebih besar.
Teladan yang ditunjukkan oleh kaum Muhajirin dan Ansar mengingatkan kita bahawa kemajuan sesebuah masyarakat dibina atas semangat kebersamaan, amanah dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Hari ini, makna hijrah menuntut kita untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh iman dan takwa, serta berusaha menjadi insan yang lebih baik dalam setiap amanah yang dipikul.
Dengan iltizam dan tekad yang baharu, marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh hikmah dan harapan demi agama, bangsa dan negara.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat kepada kita semua. Mudah-mudahan setiap usaha yang dilaksanakan dipermudah serta dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.
Salam Maal Hijrah 1448H.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan di SK Johor Kampong, Kota Tinggi yang melibatkan pelaksanaan tiga projek penambahbaikan kemudahan awam di daerah ini dengan peruntukan berjumlah RM158,000.
Pelaksanaan projek oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mencerminkan peranan aktif Angkatan Tentera Malaysia dalam menyantuni keperluan masyarakat melalui pendekatan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Usaha sebegini bukan sahaja membantu meningkatkan kemudahan komuniti, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kerjasama antara rakyat dengan institusi pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programjiwamurniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐉𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍, 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒
Setelah selesai lawatan kerja di Kem Segamat, saya berkesempatan singgah di Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk bertemu kepimpinan kem dan pegawai-pegawai pasukan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, kesempatan ini dimanfaatkan untuk bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai kesiapsiagaan pasukan dan aspek kesejahteraan warga ATM.
Terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti yang terus dicurahkan dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
Mengakhiri lawatan kerja ke Kem Segamat dengan bertemu warga kem. Lawatan ke kem seperti ini sentiasa menjadi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, cabaran dan keperluan anggota, selain meninjau keadaan kehidupan warga kem serta keluarga mereka.
Dalam majlis ini, saya turut menyampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada anggota dan ahli keluarga warga ATM yang menghidap penyakit kronik, OKU serta yang memerlukan bantuan.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga ATM atas kesetiaan, pengorbanan dan komitmen dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara.
Kesiapsiagaan pertahanan bukan hanya bergantung kepada aset dan keupayaan operasi, tetapi juga kepada anggota yang memiliki nilai integriti, keberanian, kesetiaan dan semangat setiakawan yang tinggi.
Atas sebab itu, Kementerian Pertahanan melihat kesejahteraan anggota dan keluarga sebagai satu tanggungjawab moral. Pelbagai program intervensi terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan warga ATM sentiasa terpelihara.
Antaranya termasuk Program Work-Based Learning (WBL), peluang pekerjaan dan peralihan kerjaya bagi anggota yang bakal bersara, penambahbaikan perumahan, pendidikan anak-anak warga ATM serta usaha membantu menangani kos sara hidup.
Dalam menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks, ATM perlu terus mengekalkan tahap profesionalisme, kesiapsiagaan dan perpaduan yang tinggi. Angkatan yang bersatu dan berkeupayaan merupakan satu “credible deterrence” bagi mempertahankan keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐄-𝟒 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐋𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀, 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
Meneruskan siri lawatan kerja ke kem dan pangkalan tentera di seluruh negara dengan lawatan ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD), Kem Segamat.
Lawatan dimulakan dengan menerima taklimat mengenai peranan dan kesiapsiagaan pasukan serta pembangunan Kem Segamat yang dilaksanakan secara berfasa sejak tahun 2017.
Pembangunan Kem Segamat dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembinaan bangunan teknikal dan Kompleks Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), dengan Fasa 2 siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Dengan siapnya pembangunan ini, Kem Segamat kini menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi menyokong keperluan operasi, latihan dan kesejahteraan warga pasukan serta keluarga mereka.
Kementerian Pertahanan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan anggota sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri mesyuarat Barisan Nasional Pusat di Johor Bahru. Membincang persiapan dan persediaan menghadapi pilihanraya negeri Johor dan Negeri Sembilan. Semua parti komponen memberi jaminan dan komitmen berkerja keras untuk pastikan kemenangan kepada Barisan Nasional. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 bersama kepimpinan UMNO Bahagian, PDM serta cawangan-cawangan UMNO Kota Tinggi.
PRN Johor bukan sekadar medan pertandingan politik, tetapi peluang untuk menilai prestasi kerajaan serta menentukan hala tuju masa depan negeri.
Justeru, seluruh jentera perlu berada dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan Barisan Nasional terus diberikan mandat untuk membentuk kerajaan yang kuat, stabil dan berupaya meneruskan agenda pembangunan Johor.
Taklimat turut menyentuh pelbagai perkara penting, termasuk usaha memperkukuh perpaduan orang Melayu, mempertahankan Kota Tinggi sebagai kawasan strategik luar bandar serta memperkemas gerak kerja pilihan raya menjelang PRN Johor yang semakin hampir.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐍𝐑𝐔𝐇, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍
Menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jiwa Murni (PJM) MADANI Kementerian Pertahanan di SK Johor Kampong, Kota Tinggi.
Tahun ini, Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM6 juta bagi menjayakan PJM MADANI di seluruh negara. Bagi Fasa 1, sebanyak RM2.9 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 57 projek melibatkan baik pulih sekolah, masjid dan surau, dewan dan balai raya, fasiliti sukan, tanah perkuburan serta infrastruktur awam.
Pelaksanaan projek-projek ini digerakkan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif khidmat masyarakat Angkatan Tentera Malaysia.
Di Kota Tinggi, peruntukan RM158,000 disalurkan bagi pelaksanaan tiga projek di SK Johor Kampong, Masjid Al Ehsan Felda Pasak dan Tanah Perkuburan Islam Sedili Besar. Insya-Allah, lebih banyak projek akan dilaksanakan menerusi Fasa 2.
PJM MADANI bukan sekadar projek pembangunan komuniti atau gotong-royong, tetapi platform memperkukuh hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia dan masyarakat selaras dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Dalam persekitaran keselamatan yang semakin kompleks, ketahanan rakyat, semangat patriotisme, perpaduan masyarakat dan kesiapsiagaan awam menjadi benteng penting pertahanan negara. Sebab itu hubungan erat antara tentera dan masyarakat perlu terus diperkukuh demi mempertahankan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programjiwamurni -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐓𝐔𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐃𝐙𝐈𝐀𝐇
Selepas sekitar sedekad beroperasi sebagai benteng hadapan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara di Pantai Timur Sabah, Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah ditamatkan secara rasmi.
Sepanjang tempoh tersebut, pangkalan ini memainkan peranan penting dalam menyokong operasi keselamatan maritim serta memperkukuh kawalan perairan negara di kawasan strategik Pantai Timur Sabah.
Walaupun khidmat Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah telah berakhir, komitmen memperkukuh keselamatan di Pantai Timur Sabah akan diteruskan menerusi platform operasi yang lebih berkeupayaan bagi memenuhi keperluan masa hadapan.
(Gambar ketika lawatan kerja ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah pada Mei 2025)
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑
Berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan kepimpinan serta warga Kem Iskandar, Mersing, sempena lawatan kerja saya ke sini.
Selain memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik, Kementerian Pertahanan turut memberi perhatian kepada kesejahteraan anggota dan keluarga. Justeru, aspek perumahan, kesihatan, kebajikan serta pembangunan kerjaya anggota terus menjadi antara fokus utama kementerian.
Pelbagai inisiatif terus dilaksanakan termasuk program Work-Based Learning (WBL) dan usaha-usaha lain bagi membantu anggota meningkatkan kemahiran, memperkukuh persediaan kerjaya serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.
Kekuatan ATM bukan sahaja terletak pada aset, latihan dan keupayaan yang dimiliki, tetapi juga pada nilai seperti integriti, kesetiaan, keberanian serta semangat setia kawan yang menjadi asas kepada profesionalisme dan kecemerlangan pasukan.
Turut disampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada warga yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan anggota dan keluarga ATM.
Terima kasih kepada seluruh warga Kem Iskandar atas khidmat, kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐆𝐑𝐔𝐏 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐇𝐀𝐒, 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇
Meneruskan siri lawatan kerja ke kem-kem ATM dengan melawat Kem Iskandar, Mersing yang menempatkan ketumbukan salah satu cabang pasukan khusus kebanggaan negara iaitu Grup Gerak Khas (GGK).
GGK merupakan pasukan khas yang bertanggungjawab melaksanakan operasi khusus TDM dan ATM bagi mempertahankan kedaulatan negara serta melindungi kepentingan strategik Malaysia.
Lawatan ini dimulakan dengan menerima taklimat yang disampaikan oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, berhubung kesiapsiagaan pasukan serta perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan.
Turut dibentangkan keperluan aset GGK, selain aspek perumahan, fasiliti dan kemudahan anggota serta keluarga dan senggaraan kem di Kem Iskandar.
Sebagai sebuah pasukan operasi khas negara, GGK perlu sentiasa berada pada tahap terbaik. Justeru, aspek keupayaan, aset dan infrastruktur pasukan ini terus diberi perhatian bagi memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan ancaman keselamatan.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀
Dalam siri lawatan kerja ke kem dan formasi ATM di seluruh negara, saya sempat singgah di Kem Mahkota, Kluang untuk bersarapan bersama kepimpinan kem dan pegawai-pegawai pasukan sebelum meneruskan lawatan kerja ke Mersing.
Alhamdulillah, kesempatan ini dimanfaatkan untuk bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, khususnya berkaitan kesiagaan pasukan dan kesejahteraan warga ATM.
Interaksi seperti ini penting bagi memastikan pandangan serta perkembangan semasa di peringkat pasukan dapat didengar secara langsung dalam usaha memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan ATM.
#khalednordinmindef
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐀𝐓𝐌, 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌
Selain memastikan kesiagaan ATM sentiasa berada pada tahap terbaik, MINDEF turut memberi perhatian kepada kesejahteraan anggota dan keluarga mereka.
Pendidikan anak-anak anggota merupakan sebahagian daripada ekosistem kesejahteraan ATM yang holistik.
Justeru, pelbagai intervensi pendidikan dilaksanakan bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan, daripada alam persekolahan sehingga melangkah ke alam pekerjaan.
Tahniah kepada seluruh penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan MINDEF & ATM 2026.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Sedili 2026 telah berlangsung di Dataran Maju Johor, Tanjung Sedili, Kota Tinggi dengan pelbagai pengisian melibatkan agensi kerajaan, komuniti setempat, golongan belia serta institusi keluarga.
Program seperti JOJ bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah dan berhibur dalam suasana santai, tetapi juga dapat mempererat hubungan antara masyarakat.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐋𝐌𝐒 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐑𝐌𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐋𝐃𝐌
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istanbul Shipyard, Türkiye bagi menyaksikan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kedua Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2, Tentera Laut Diraja Malaysia.
Atas titah perkenan DYMM Sultan Selangor, kapal kedua daripada tiga kapal LMS Batch 2 ini dinamakan 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐋𝐚𝐮𝐭, mengambil sempena nama tokoh bangsawan dan pentadbir berwawasan Selangor pada akhir abad ke-19.
Pelancaran ini menyusul kejayaan pelancaran kapal pertama, 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥 pada 24 Mei lalu. Program LMS Batch 2 merupakan kerjasama Government-to-Government pertama antara Malaysia dan Türkiye dalam perolehan kapal perang TLDM.
Ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 dijangka diserahkan menjelang akhir tahun 2027 bagi memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara serta menyokong Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM.
Semoga kapal Raja Laut menjadi simbol kekuatan, kesiapsiagaan dan keazaman negara dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan maritim Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
Kredit foto: Selangor Royal Office -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ini mesti salah UMNO
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
@Marchfoward
TERKINI DAN RASMI
PERIKATAN NASIONAL BERPECAH
PAS DAN BERSATU BERCERAI TALAK SATU -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor menghimpunkan kepimpinan parti, serta pemimpin terdahulu dan veteran BN.
Berbekalkan semangat dan kesatuan yang dizahirkan, seluruh jentera bersedia turun ke lapangan bagi mempertahankan Barisan Nasional demi kestabilan dan kemajuan Bangsa Johor.
Insya-Allah, dengan sokongan Bangsa Johor, BN akan terus diberi mandat untuk menerajui Johor demi masa depan yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiruThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍
Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Negeri Johor hari ini telah disempurnakan oleh YAB Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Iskandar Puteri, yang turut menghimpunkan kepimpinan parti serta pemimpin veteran dan terdahulu BN dari seluruh negara.
Berbekalkan semangat yang dizahirkan hari ini, seluruh jentera BN Negeri Johor bersedia menggalas amanah dan turun ke lapangan bagi mempertahankan mandat rakyat serta meneruskan agenda pembangunan demi kemajuan Bangsa Johor.
Bangsa Johor berhak menikmati sebuah kerajaan yang stabil, berupaya menarik pelaburan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memperkasa kebajikan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua.
Seluruh jentera diseru untuk memperhebat gerak kerja di lapangan dan media sosial, mendekati setiap lapisan masyarakat, memperbetulkan pelbagai kekeliruan yang dibangkitkan pihak tertentu serta mempertahankan BN sebagai pilihan terbaik untuk terus menerajui Johor.
Insya-Allah, dengan kesatuan yang utuh, gerak kerja yang tersusun serta sokongan seluruh Bangsa Johor, BN akan terus diberi mandat untuk menerajui Johor demi kestabilan, kemajuan dan kemakmuran yang berterusan.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang dipengerusikan oleh YAB Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diadakan hari ini bersama barisan kepimpinan UMNO Johor dan bahagian-bahagian seluruh negeri.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pengukuhan organisasi parti, penyelarasan gerak kerja di semua peringkat serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.
Kerjasama erat serta kesefahaman dalam kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional perlu terus diperkasa bagi memastikan setiap gerak kerja dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan. Pada masa yang sama, seluruh jentera parti perlu terus memperkukuh kesiapsiagaan bagi mendepani pilihan raya yang bakal berlangsung.
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kesatuan yang utuh, UMNO dan Barisan Nasional akan terus berusaha memberikan yang terbaik demi kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat Johor.
#khalednordinmindef
#majujohor
#bnjohor
#weareready
#kitapilihbiru -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍
Kerajaan terus memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM melalui peningkatan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
Selain memperkukuh bantuan kebajikan, tumpuan turut diberikan kepada usaha membantu bakal pesara ATM mendapatkan pekerjaan kedua serta meningkatkan kemahiran bagi membuka lebih banyak peluang selepas tamat perkhidmatan.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀
Berada di Kampung Singapura, Kota Tinggi bagi Program Prihatin Veteran ATM Kementerian Pertahanan dan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Zakat Yayasan ATM.
Kesejahteraan veteran terus menjadi antara teras utama Kementerian Pertahanan. Sebagai memenuhi tanggungjawab moral menghargai jasa dan pengorbanan mereka, kerajaan memperuntukkan RM303.3 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM tahun ini, dengan sebahagian besar disalurkan bagi agenda kebajikan dan kesejahteraan veteran.
Kerajaan juga terus membantu anggota yang bersara mendapatkan pekerjaan kedua. Melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian dan industri, termasuk Kementerian Pengangkutan, sebanyak 3,200 peluang pekerjaan ditawarkan setiap tahun kepada bakal pesara ATM dengan gaji bermula RM4,000 ke atas, selain pencen yang diterima.
Kerajaan turut memperkukuh kemudahan kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak veteran serta program peningkatan kemahiran. Dalam masa sama, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan cadangan bagi mengurangkan jurang pencen antara veteran yang bersara sebelum dan selepas tahun 2013.
Saya juga berkongsi mengenai cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks, termasuk ketidaktentuan geopolitik, krisis tenaga global serta perubahan bentuk peperangan yang tidak lagi terhad kepada konflik ketenteraan konvensional.
Ancaman kini turut melibatkan serangan terhadap infrastruktur kritikal, perang maklumat dan manipulasi persepsi. Sebab itu konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan pendekatan Whole-of-Government, Whole-of-Society (WOGOS) perlu terus diperkukuh agar seluruh masyarakat memainkan peranan dalam mempertahankan negara.
Veteran ATM akan terus menjadi aset penting negara dalam memperkukuh semangat patriotisme serta membantu menyemai kesedaran tentang pentingnya keamanan, kestabilan dan kedaulatan tanah air.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐌𝐍𝐎, 𝐓𝐔𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈
Hari ini saya berpeluang merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang 2026 serta melancarkan jentera PR10 Pasir Gudang sempena PRN Johor di Dewan Muafakat Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.
Wanita merupakan antara tunjang utama kekuatan parti yang sentiasa memainkan peranan penting dalam mendekati rakyat, menggerakkan organisasi dan memperkukuhkan perjuangan di setiap peringkat.
Kesepaduan UMNO bersama MIC dan MCA dalam Barisan Nasional turut menjadi kekuatan penting dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, mengekalkan kestabilan serta memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan.
Dalam menghadapi PRN Johor yang akan datang, kesiapsiagaan serta kesatuan jentera di seluruh Bahagian Pasir Gudang perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan gerak kerja yang lebih tersusun, berfokus dan berkesan dalam mendekati rakyat.
Dengan kekuatan Wanita UMNO serta kesatuan seluruh jentera parti, usaha mendekati dan membela rakyat akan terus diperkasakan.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Parlimen Pasir Gudang yang terdiri daripada kepimpinan UMNO, MIC dan MCA.
Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor beberapa hari yang lepas, penyelarasan hala tuju dan strategi komunikasi politik di peringkat Parlimen ditekankan agar setiap keputusan dan gerak kerja dapat disampaikan secara jelas serta berkesan kepada masyarakat.
Selain itu, perbincangan turut menekankan pengukuhan hubungan antara kepimpinan UMNO, MIC dan MCA bagi memastikan kerjasama yang harmoni dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan program yang lebih berkesan.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Tahun 2026 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Istiadat ini merupakan tradisi ketenteraan yang mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara, selain menzahirkan disiplin, profesionalisme serta semangat juang yang menjadi teras kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.
Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus kekal sebagai angkatan yang berwibawa, berkeupayaan dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Daerah Kota Tinggi.
Dalam pertemuan ini, peruntukan turut disampaikan bagi membantu urusan serta aktiviti persatuan.
Semoga hubungan yang terjalin terus erat dan segala usaha yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
#khalednordinmindef
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selepas tamat program di Parlimen Kota Tinggi, saya menghadiri Program Politik Digital Era Baharu: Strategi Media Sosial dan Kandungan Digital anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Penguasaan media sosial dan kandungan digital ini amat penting bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan dengan lebih pantas, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perjuangan dan hala tuju parti.
Turut disampaikan sijil pengiktirafan kepada para peserta sebagai penghargaan atas komitmen dan penyertaan mereka sepanjang program berlangsung.
Semoga program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai penggerak yang berilmu, berfakta dan bersedia mendepani cabaran politik digital yang semakin dinamik.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dan bermesra bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Daerah Kota Tinggi bersama YB Norlizah Noh ADUN Johor Lama dan YB Tuan Muszaide bin Makmor ADUN Sedili.
Walaupun dunia pengangkutan terus berubah mengikut peredaran zaman, jasa dan peranan pemandu teksi serta kereta sewa tetap relevan dan dihargai.
Mereka bukan sekadar membawa penumpang, malah menjadi sebahagian daripada nadi pergerakan masyarakat setempat.
Sebagai tanda sokongan, saya turut menyampaikan sumbangan bagi membantu pengurusan dan aktiviti persatuan.
Terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang terus dicurahkan kepada masyarakat Kota Tinggi. Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan terus berkekalan dan diperkukuhkan pada masa hadapan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan minum pagi bersama masyarakat Cina di Kota Tinggi dalam suasana santai bersama YB Senator Dato’ Ng Keng Heng, Ahli Dewan Negara serta kepimpinan setempat yang lain.
Turut berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam suasana yang santai dan harmoni.
Pertemuan seperti ini menjadi ruang yang bermakna untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kebersamaan antara pelbagai kaum di Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Petang tadi, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang telah diadakan bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor pada hari ini, mesyuarat memberi tumpuan kepada perkara berkaitan penamaan calon serta strategi dan gerak kerja parti.
Fokus turut diberikan kepada penyelarasan komunikasi dan penyampaian maklumat agar gerak kerja di lapangan lebih berkesan.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera dalam menghadapi pilihan raya yang bakal berlangsung.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman yang dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.);
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.); dan
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.).
Ketiga-tiga Darjah Kebesaran ini membawa gelaran “Tan Sri”.
Pengurniaan ini dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung di Istana Negara.
Semoga pengurniaan ini terus menjadi pembakar semangat untuk memikul amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi Tahun 2026 di Istana Negara, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, dan isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tahniah kepada semua penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐊𝐄-𝟔𝟖
Selama 68 tahun, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggalas amanah mempertahankan kedaulatan ruang udara negara dengan penuh profesionalisme, keberanian dan dedikasi.
TUDM memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan ruang udara negara serta menyokong pelbagai operasi bagi mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara.
Kementerian Pertahanan terus berusaha memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM melalui pembangunan aset, teknologi dan modal insan bagi memastikan angkatan ini terus unggul dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan ruang udara negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga TUDM serta para veteran TUDM atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Selamat Hari Ulang Tahun TUDM ke-68.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#tudm68 -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Keane Rara
@GardaAramis
A half hearted apologies by Norway to save national face at global stage
Fucking scammer.
"We juz ban the export, go ask Kongsberg for refund" 🖕 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Patik mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku serta KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan berpanjangan serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menteri Pertahanan Norway Mohon Maaf Atas Pembatalan Lesen Eksport NSM Kepada Malaysia www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2563263
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Norway's apology over axed missile deal raised more questions, says Khaled Nordin www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/31/norway039s-apol…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia rebukes Norway over cancelled missile deal; calls out global ‘hypocrisy’ on war crimes
www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-rebukes-norway… -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐇𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Mengadakan pertemuan buat julung kalinya dengan TYT Lieutenant General Adul Boonthumjaroen, Menteri Pertahanan Thailand di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan yang baharu serta menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama rapat dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand.
Sebagai negara jiran, kedua-dua negara berkongsi kepentingan yang melangkaui aspek keselamatan semata-mata, termasuk kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pertemuan turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin, termasuk melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) serta penerokaan bidang kerjasama baharu yang berpotensi untuk dibangunkan bersama.
Perbincangan juga menyentuh kerjasama keselamatan sempadan menerusi General Border Committee (GBC), potensi kerjasama industri pertahanan serta kepentingan komunikasi yang berterusan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN terus terpelihara.
Malaysia sentiasa mengharapkan Thailand yang aman dan makmur kerana kestabilan kedua-dua negara saling berkait rapat dan menyumbang kepada kemajuan rantau ini secara keseluruhan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Catherine Vautrin, Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis, sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan pelbagai aspek kerjasama pertahanan Malaysia-Perancis termasuk pembangunan keupayaan, industri pertahanan, keselamatan maritim serta perkembangan semasa di Indo-Pasifik.
Turut dibincangkan cadangan penyelesaian bagi memenuhi keperluan surface-to-surface missile (SSM) TLDM susulan pembatalan eksport oleh Norway yang memberi kesan kepada pembangunan keupayaan Littoral Combat Ship (LCS) negara.
Kami juga bertukar pandangan mengenai kepentingan kebebasan pelayaran, keselamatan laluan perdagangan maritim serta usaha memastikan rantau Indo-Pasifik terus aman, stabil dan terbuka. Perancis turut menegaskan komitmennya untuk terus memainkan peranan yang lebih aktif di rantau ini.
Malaysia dan Perancis komited untuk meneruskan hubungan pertahanan yang erat serta meneroka peluang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐍𝐄𝐖 𝐙𝐄𝐀𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐏𝐃𝐀
Berkesempatan mengadakan pertemuan bersama TYT Chris Penk, Menteri Pertahanan New Zealand, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-New Zealand, termasuk kerjasama dalam kerangka Five Power Defence Arrangements (FPDA), latihan ketenteraan, diplomasi pertahanan serta perkembangan keselamatan serantau.
Kami turut bertukar pandangan mengenai keperluan membangunkan industri pertahanan yang lebih berdaya tahan, memanfaatkan teknologi baharu dan inovasi, serta mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan luar bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Turut dibincangkan ialah cabaran keselamatan global semasa, termasuk kesan konflik di Asia Barat terhadap ekonomi dan bekalan tenaga dunia. Malaysia menegaskan kepentingan usaha berterusan untuk meredakan konflik dan mengekalkan keamanan demi kestabilan sejagat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
ASEAN Defence Ministers Push For Greater Military Cooperation At Shangri-La Dialogue www.bernama.com/en/world/news.php?id=2563037
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐈𝐓𝐀𝐋𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Guido Crosetto, Menteri Pertahanan Itali, sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Itali, termasuk perkembangan beberapa instrumen kerjasama yang sedang diusahakan termasuk dalam perolehan pertahanan secara kerajaan-ke-kerajaan (G2G), pembangunan industri pertahanan dan pembangunan kapasiti.
Itali menyifatkan Malaysia sebagai rakan strategik yang penting di rantau Indo-Pasifik. Beliau menegaskan pendekatan yang melihat Malaysia “not merely as a customer, but as a partner”, termasuk dalam aspek pemindahan teknologi, “offset” dan pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta kepentingan memastikan Indo-Pasifik terus kekal aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐆𝐔𝐈𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐈𝐏𝐋𝐄𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄𝐒 (𝐆𝐔𝐈𝐃𝐄)
Menghadiri pelancaran Guiding Principles for Underwater Infrastructure Defence Exchanges (GUIDE) bersama wakil daripada 16 negara lain di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
GUIDE merupakan satu kerangka prinsip bersama yang membuka ruang kerjasama lebih erat antara negara-negara peserta dalam usaha memperkukuh keselamatan infrastruktur bawah laut kritikal yang semakin penting kepada hubungan komunikasi, perdagangan dan kestabilan global.
Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuh kerjasama pertahanan serta menangani cabaran keselamatan yang merentasi rantau dan sempadan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Ministerstvo obrany
@ObranaTweetuje
Prvním z bilaterálních jednání ministra obrany 🇨🇿 Jaromíra Zůny v rámci bezpečnostního summitu IISS Shangri-La Dialogue 2026 bylo setkání s malajsijským 🇲🇾 protějškem Mohamedem Khaledem Nordinem.
Obě strany během jednání potvrdily zájem o posílení vzájemných vztahů, které by chtěly v budoucnu stvrdit v Praze podpisem memoranda o porozumění. Ministři probrali také možnosti obranně-průmyslové spolupráce mezi zeměmi, především pak potenciální nákup českých produktů z oblasti protivzdušné obrany, ručních palných zbraní a munice malajsijskou stranou. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Berpeluang mengadakan pertemuan buat pertama kali dengan TYT K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta cabaran semasa yang semakin kompleks dan merentas sempadan.
Sebagai negara berjiran yang berkongsi hubungan rapat dan saling berkait, Malaysia dan Singapura perlu terus bekerjasama rapat dalam aspek keselamatan demi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐄𝐌𝐁𝐑𝐀𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Mr. Bosco da Costa Junior, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Embraer telah berkongsi keupayaan dan teknologi yang ditawarkan syarikat itu dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan, termasuk potensi yang boleh diteroka bersama Malaysia pada masa hadapan.
Dalam pertemuan ini, saya menegaskan bahawa sebarang pertimbangan akan berpandukan keperluan perkhidmatan, kepentingan negara serta manfaat kepada industri pertahanan tempatan.
Turut ditekankan kepentingan pemindahan teknologi, pembangunan keupayaan, latihan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO), serta peluang penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
Terima kasih kepada Embraer atas penyertaan dalam DSA dan NATSEC Asia 2026 yang lalu. Semoga hubungan yang terjalin terus membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐂𝐙𝐄𝐂𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bilateral bersama TYT Jaromir Zůna, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Republik Czech sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara dua negara, termasuk peluang usaha sama, pemindahan teknologi, pembangunan kapasiti serta penglibatan industri tempatan dalam rantaian bekalan pertahanan.
Kami turut meneroka potensi kerjasama dalam bidang radar, munisi, sistem tanpa pemandu (UAV) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), selaras dengan aspirasi Malaysia untuk terus memperkukuh keupayaan dan ekosistem industri pertahanan negara.
Dalam pertemuan ini, saya turut menekankan kepentingan jaminan rantaian bekalan yang stabil dan boleh dipercayai bagi memastikan kepentingan pertahanan negara sentiasa terpelihara.
Republik Czech turut menyambut baik pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dan melihat Malaysia sebagai rakan strategik serta hab berpotensi bagi pengembangan industri pertahanan mereka di rantau Asia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Bloomberg
@business
Malaysia will not rush to increase its defense budget despite US pressure for partners to become more self-reliant, Defense Minister Mohamed Khaled Nordin said www.bloomberg.com/news/articles/2026-05-30/malaysia-won-t…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓
Berkesempatan mengadakan pertemuan bersama TYT Chan Chun Sing, Menteri Pertahanan Republik Singapura, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Sebagai negara berjiran dan anggota ASEAN, pertemuan ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, kepentingan ASEAN Centrality serta usaha memastikan rantau ini terus aman dan stabil.
Kami turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Singapura, termasuk dalam bidang industri pertahanan, di samping mempererat kerjasama menerusi pelbagai platform bilateral serta multilateral seperti ASEAN dan FPDA.
Tahniah diucapkan kepada Singapura atas penganjuran Shangri-La Dialogue 2026 yang terus menjadi platform penting menghimpunkan pemimpin pertahanan, pembuat dasar dan pakar keselamatan dari seluruh dunia untuk bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan semasa.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang ditemu bual Bloomberg sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Perbincangan merangkumi pelbagai isu keselamatan serantau dan global termasuk kepentingan ASEAN Centrality, kebebasan pelayaran di Selat Melaka serta cabaran keselamatan yang semakin kompleks dalam persekitaran geopolitik semasa.
Turut dikongsikan usaha Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanan melalui pendekatan peperangan asimetri, termasuk pembangunan dron, sistem tanpa pemandu dan teknologi pertahanan baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Dalam masa yang sama, pembangunan industri pertahanan tempatan, pemindahan teknologi serta pengukuhan keupayaan dalam negara terus menjadi antara keutamaan dalam memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkat secara mampan.
Terima kasih Bloomberg atas ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan Malaysia mengenai isu-isu keselamatan serantau dan global.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐎𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐈𝐓
Menghadiri pembukaan Shangri-La Dialogue 2026 serta menyaksikan Sesi Plenari Pertama bertajuk United States’ Strategy for Peace in the Indo-Pacific yang disampaikan oleh TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat.
Antara yang diketengahkan ialah kepentingan memperkukuh keupayaan pertahanan, meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara rakan dan sekutu serta memastikan keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik terus terpelihara.
Beliau turut menekankan pendekatan “peace through strength” serta kepentingan “burden sharing” yang lebih seimbang dalam kalangan negara-negara rakan dan sekutu.
Malaysia turut diiktiraf atas kepimpinan negara dalam menggerakkan pasukan pemerhati ASEAN ke sempadan Thailand-Kemboja, selain peranan Malaysia dan ASEAN dalam menyokong usaha keamanan, meredakan ketegangan serta memelihara kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒’ 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐊𝐅𝐀𝐒𝐓
Memulakan hari kedua Shangri-La Dialogue 2026 dengan menghadiri ASEAN Defence Leaders’ Breakfast bersama pemimpin pertahanan dari negara-negara ASEAN.
Sesi ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, cabaran geopolitik semasa serta usaha memperkukuh kerjasama pertahanan demi keamanan dan kestabilan rantau.
Dalam suasana geopolitik yang semakin mencabar, ASEAN perlu terus memperkukuh kerjasama dan mengekalkan ASEAN Centrality sebagai asas dalam membentuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐑𝐈-𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀
Shangri-La Dialogue 2026 secara rasminya bermula.
Ucaptama disampaikan oleh Presiden Vietnam, TYT Tô Lâm, yang menekankan kepentingan memperkukuh kepercayaan strategik serta mengurus persaingan antara negara secara bertanggungjawab.
Beliau turut menegaskan kepentingan ASEAN Centrality, pematuhan kepada undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982, kebebasan pelayaran serta kerjasama serantau yang lebih erat dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan Asia Pasifik.
Persaingan mungkin tidak dapat dielakkan, namun keamanan dan kestabilan serantau mesti terus dipelihara melalui dialog, kepercayaan dan kerjasama yang konstruktif.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Leads Malaysian Delegation At IISS Shangri-La Dialogue 2026 www.bernama.com/en/general/news.php?id=2562656
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mohamed Khaled Ketuai Delegasi Malaysia Pada Dialog Shangri-La IISS 2026 bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2562626
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐅𝐏𝐃𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Bersama rakan-rakan negara anggota FPDA dari United Kingdom, New Zealand, Singapore dan Australia di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, FPDA terus menjadi antara kerjasama pertahanan serantau yang paling lama bertahan dan kekal relevan.
Hubungan yang terjalin melalui platform ini telah memperkukuh persefahaman, membina keyakinan serta mengeratkan kerjasama antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan semasa.
Semoga semangat kerjasama yang telah dibina sejak lebih lima dekad lalu terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al Thani, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Pertemuan ini memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Malaysia turut menzahirkan solidariti terhadap Qatar susulan serangan yang menyasarkan negara itu, serta mendoakan agar Qatar dan rakyatnya terus berada dalam keadaan selamat.
Semoga konflik yang berlaku dapat berakhir segera demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rantau ini.
Malaysia dan Qatar menikmati hubungan persahabatan yang baik dan erat, termasuk dalam bidang pertahanan, yang terus diperkukuh demi kepentingan bersama.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐂𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama TYT Kevin Brosseau, Senior Associate Deputy Minister of National Defence, Canada sempena IISS Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Canada, termasuk cadangan mewujudkan kerjasama pertahanan secara lebih formal melalui pemeteraian dokumen kerjasama antara kedua-dua negara.
Walaupun kerjasama pertahanan telah lama terjalin, hubungan tersebut ketika ini tidak berasaskan kepada sebarang perjanjian formal.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar satu dokumen kerjasama pertahanan diwujudkan bagi memperkukuh hubungan sedia ada dan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
Canada menyambut baik cadangan tersebut dan bersetuju untuk memulakan proses penyediaan dokumen yang diperlukan ke arah merealisasikan hasrat berkenaan.
Semoga usaha ini menjadi asas kepada hubungan pertahanan Malaysia-Canada yang lebih kukuh dan membawa kerjasama kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐂𝐔𝐀𝐋𝐈, 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀
Mengadakan pertemuan dengan TYT Pete Hegseth, Setiausaha Perang Amerika Syarikat, pada sela-sela Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Kami membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Amerika Syarikat meliputi kerjasama maritim, pembangunan kapasiti, operasi pengaman dan pembangunan industri pertahanan.
Turut dibincangkan peluang penyertaan Malaysia dalam Partnership for Indo-Pacific Industrial Resilience (PIPIR) serta usaha menyokong agenda pemodenan pertahanan negara.
Malaysia menghargai hubungan baik dengan Amerika Syarikat, di samping terus berpegang kepada dasar berkecuali dan berkawan dengan semua negara. Neutrality is not a zero-sum game. We are friends to all.
Saya turut membangkitkan isu pembatalan eksport Naval Strike Missile (NSM) oleh Norway serta mendapatkan pandangan Amerika Syarikat mengenai penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Amerika Syarikat memberi jaminan untuk meneliti perkara tersebut.
Amerika Syarikat turut menyatakan keterbukaan untuk memperluas kerjasama dalam bidang kesedaran domain maritim dan udara, termasuk sokongan terhadap keperluan operasi dan aset sedia ada ATM.
Amerika Syarikat turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Malaysia dalam usaha keamanan serantau, khususnya berkaitan konflik Thailand–Kemboja, serta komitmen negara itu dalam menyokong keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#sld2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 – 𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles sempena Shangri-La Dialogue 2026 di Singapura.
Malaysia dan Australia sememangnya berkongsi hubungan pertahanan yang rapat dan saling mempercayai sejak sekian lama.
Saya mengucapkan tahniah kepada Australia atas pelaksanaan National Defence Strategy 2026 (NDS 2026) dan Integrated Investment Program 2026 (IIP 2026) sebagai langkah penting dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pertahanannya.
Antara perkara yang kami beri tumpuan ialah usaha memperkukuh kerjasama strategik melalui penubuhan Joint Planning Committee, memperluaskan perkongsian maklumat, serta persiapan menjelang mesyuarat High Level Committee (HLC) Malaysia-Australia dan Five Power Defence Arrangements (FPDA) yang akan datang.
Kami juga menyentuh soal pembangunan industri pertahanan, pengukuhan kesiapsiagaan negara menerusi pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan semasa termasuk di Laut China Selatan dan Asia Barat.
Menyentuh situasi di Asia Barat, saya menegaskan bahawa semua negara mempunyai peranan untuk menggesa pihak-pihak yang terlibat menghentikan peperangan dan mengurangkan ketegangan demi keamanan serta kestabilan serantau dan global.
Dalam dunia yang semakin mencabar, kerjasama erat antara negara sahabat seperti Malaysia dan Australia amat penting bagi memastikan rantau Indo-Pasifik terus aman, stabil dan makmur.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ba’alwie sempena berada di Singapura.
Alhamdulillah, turut berkesempatan bertemu dan bertegur sapa dengan rakan-rakan yang berada di sini.
Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Terima kasih atas keramahan dan layanan yang begitu baik.
Pertemuan seperti ini sentiasa mengeratkan ukhuwah dan mengingatkan kita bahawa persaudaraan itu merentasi sempadan.
Semoga silaturrahim yang terjalin terus berkekalan dan kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐑𝐈-𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔
Berada di Singapura bagi menghadiri International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue 2026 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026.
Sempat berkunjung ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan menghadiri sesi pre-council menjelang Shangri-La Dialogue 2026.
Terima kasih kepada TYT Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, serta seluruh warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia atas sambutan baik.
Pada sela-sela dialog ini, saya dijadualkan untuk beberapa pertemuan bilateral bersama rakan sejawat dan kepimpinan pertahanan dari Australia, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Republik Czech, Itali, Perancis, New Zealand, Thailand, Norway dan United Kingdom.
Selain pertemuan bilateral, saya turut dijadualkan menghadiri sesi multilateral bersama Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Five Power Defence Arrangements (FPDA), di samping mengadakan pertemuan bersama pihak Embraer Defence and Security.
Pada Ahad ini, saya akan menyampaikan ucapan dalam Sixth Plenary Session bertajuk “Managing Regional Tensions Amid Global Competition”.
Semoga penyertaan Malaysia dalam Shangri-La Dialogue 2026 terus memperkukuh kerjasama pertahanan dan menyumbang kepada keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan pulang dari Kota Tinggi selepas menghadiri Program Korban, saya berkesempatan singgah di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram.
Kebetulan, warga kem sedang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban peringkat PULADA.
Alhamdulillah, dapat meluangkan sedikit masa bersama warga PULADA dalam suasana Aidiladha yang sederhana, mesra dan penuh bermakna.
Terima kasih kepada Komandan PULADA, Kol Azmi bin Haji Abdul Rahim serta seluruh warga PULADA atas sambutan dan layanan yang baik.
Semoga semangat Aidiladha terus mengingatkan kita kepada pengorbanan besar warga Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa berkhidmat dan bersedia mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐓𝐓𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 TLDM berlangsung di Istanbul Shipyard, Türkiye.
Kapal ini dinamakan Tunku Laksamana Abdul Jalil, sebagai penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, yang dikenang melalui ungkapan “Fight Like Jalil”; simbol keberanian, ketabahan dan keazaman.
Berteraskan reka bentuk ADA-class di bawah Program MILGEM Türkiye, kapal LMS Batch 2 ini akan memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara dan menyokong Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempena Hari Raya Aidiladha, Program Korban Perdana Parlimen Kota Tinggi 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama UMNO Bahagian Kota Tinggi dan DUN Johor Lama di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi.
Untuk makluman, program seumpama ini telah memasuki tahun keempat dan tahun ini merupakan giliran kawasan Johor Lama, Kota Tinggi.
Program ini bukan sekadar ibadah korban tahunan, tetapi menjadi wadah untuk menghayati nilai pengorbanan, kesyukuran serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Secara keseluruhannya, sebanyak 16 ekor lembu telah diperuntukkan untuk tahun ini dimana sebanyak 12 ekor telah disembelih dalam program ini bagi diagihkan kepada penduduk serta golongan yang memerlukan di sekitar kawasan penduduk setempat.
Saya amat berbangga melihat penyertaan orang muda pada program kali ini. Ia jelas menunjukkan cerminan masyarakat yang masih menjunjung tinggi semangat gotong-royong dan kemasyarakatan.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lewat petang bersama ibu dan adik beradik berkumpul sempena aidil adha #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀: 𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐀𝐓𝐀𝐍
Aidiladha mengingatkan kita bahawa pengorbanan yang sebenar lahir daripada keikhlasan, ketaatan dan keyakinan penuh kepada ketentuan Allah SWT.
Di sebalik ibadah korban, tersimpan pengajaran besar tentang kesediaan meletakkan perintah Allah SWT mengatasi segala-galanya.
Ia bukan sekadar ibadah tahunan, tetapi satu seruan untuk membersihkan jiwa, memperkukuh takwa dan menyantuni mereka yang memerlukan.
Semoga semangat Aidiladha terus menyuburkan rasa syukur, keinsafan dan persaudaraan dalam kalangan kita.
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Kepada para jemaah haji, semoga dikurniakan haji yang mabrur. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇
Menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral Dato’ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) yang baharu.
Pelantikan beliau hadir dengan pengalaman luas dalam pelbagai jawatan strategik, termasuk sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya percaya pengalaman dan kepimpinan beliau akan terus memperkukuh peranan perisikan pertahanan dalam menyokong kesiapsiagaan ATM serta keselamatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MALAYSIA DEEPENS TURKIYE DEFENCE TIES www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/26/malaysia-deepen…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐁𝐁
Saya menerima kunjungan hormat daripada TYT Jean-Pierre Lacroix, Under-Secretary-General for Peace Operations, Department of Peace Operations, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang kini berada di Malaysia dalam siri lawatan beliau ke rantau Asia.
Dalam pertemuan ini, PBB menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif Malaysia dalam misi pengaman, dengan penglibatan lebih 40,000 anggota dalam lebih 38 misi di seluruh dunia sejak 1960.
Perbincangan turut tertumpu kepada peranan dan sumbangan yang boleh terus dimainkan Malaysia dalam menjayakan hala tuju masa depan operasi pengaman PBB, selaras dengan aku janji negara dalam penganjuran latihan serta pembangunan kapasiti, khususnya bidang Explosive Ordnance Disposal (EOD) dan Mobile Training Teams (MTT).
Malaysia juga komited memastikan Malaysian Peacekeeping Centre (MPC) terus berperanan sebagai pusat latihan bertauliah PBB bagi pelbagai program dan aktiviti pembangunan kapasiti, selain memperkukuh komitmen negara terhadap agenda Women, Peace and Security (WPS).
Saya juga menekankan kepentingan agar keselamatan dan kesejahteraan anggota MALBATT 850-13 di Selatan Lubnan terus diberi perhatian serius oleh pihak PBB, selain memastikan urusan penarikan balik batalion terakhir MALBATT 850-13 di bawah misi UNIFIL dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Dato’ Seri Malek Razak Sulaiman; serta Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran, Penamaan Kapal Misi Pesisir Batch 2 TLDM bernama.com/bm/am/news.php?id=2560968
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat bergambar bersama ahli keluarga Tim Projek TLDM pada sela-sela Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama LMS Batch 2 di Istanbul Shipyard, Türkiye.
Tim Projek TLDM berada di Republik Türkiye sepanjang tempoh pembinaan kapal ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Ahli keluarga inilah antara tulang belakang kepada warga TLDM yang terus memberi sokongan dari dekat dan jauh, dan hari ini dapat sama-sama menyaksikan upacara bersejarah ini.
Terima kasih atas usaha semua.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐌𝐒 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟐 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐑𝐌𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐋𝐃𝐌
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2, Tentera Laut Diraja Malaysia di Istanbul Shipyard, Türkiye.
Kapal pertama ini dinamakan 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥, sebagai penghormatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, putera keempat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Almarhum dikenang kerana keberanian, ketabahan dan semangat juang yang menginspirasikan negara melalui ungkapan “𝐅𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥”; satu legasi yang turut mencerminkan etos Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kapal ini turut memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Türkiye sebagai kerjasama G2G pertama dalam perolehan kapal perang TLDM. Malaysia menghargai Türkiye sebagai rakan dipercayai, dengan harapan kerjasama ini terus berkembang dalam pemindahan teknologi, pertukaran pengetahuan dan bidang pertahanan yang lebih luas.
Berteraskan reka bentuk ADA-class di bawah Program MILGEM Türkiye, kapal-kapal ini akan memperkukuh keupayaan pertahanan maritim Malaysia, menyokong Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM, dan dijangka diserahkan menjelang akhir tahun 2027.
Semoga kapal Tunku Laksamana Abdul Jalil menjadi simbol keberanian, ketabahan dan keazaman dalam memperkukuh kedaulatan maritim negara serta menyumbang kepada keamanan sejagat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Istanbul, Republik Türkiye bagi lawatan khas.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Al-Haj ibni Sultan Ibrahim; Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim; dan Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.
Dalam lawatan khas ini, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB2) pertama di Istanbul Shipyard, Türkiye.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Türkiye, HAVELSAN.
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya mengenali lebih dekat produk, teknologi dan inovasi HAVELSAN, khususnya dalam Combat Management System (CMS), sistem simulasi, AI serta ‘decision support’ bagi operasi ketenteraan moden. HAVELSAN kini membekalkan CMS bagi LMS Batch Kedua.
Pembentangan turut menyentuh kerjasama pertahanan strategik yang akan diujudkan bersama Boustead Holdings Berhad. Satu kerjasama yang akan melonjakkan usaha menjayakan dasar industri pertahanan negara yang mencerminkan hubungan pertahanan Malaysia-Türkiye yang mendalam. Kerjasama ini juga selari dengan usaha MINDEF memperkukuh penyelesaian tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada produk luar serta membuka ruang penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Saya percaya hubungan Malaysia dan Türkiye yang berasaskan kepercayaan serta keikhlasan akan terus diterjemahkan melalui kerjasama industri pertahanan yang lebih strategik. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, lawatan kerja di Istanbul, Republik Türkiye memberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia.
Satu pengalaman yang cukup bermakna di sebuah tempat yang sarat dengan sejarah, peradaban dan nilai spiritual.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐋
Semasa lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya mengadakan pertemuan dengan pihak Otokar, sebuah syarikat utama Türkiye dalam bidang pertahanan yang menghasilkan kenderaan berperisai dan platform mobiliti ketenteraan.
Otokar mempunyai kerjasama dengan Boustead Holdings Berhad dalam salah satu Projek Pertahanan Nasional di bawah Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), iaitu pembangunan keupayaan pemasangan dan pembuatan platform casis beroda.
Pertemuan hari ini turut menyentuh kerjasama antara Otokar dan Boustead Holdings Berhad yang diperkukuh semasa DSA 2026 di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian usaha Otokar memperluas kehadirannya di rantau Asia-Pasifik.
Kerjasama ini berpotensi membuka ruang lebih luas dalam pembangunan keupayaan industri pertahanan, termasuk aspek penyelenggaraan, pemasangan, pemindahan teknologi dan pembangunan ekosistem sokongan di Malaysia.
Ia bukan sekadar hubungan komersial, tetapi tentang membina hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan, kesinambungan dan kepentingan bersama, sekali gus menyokong agenda “self-reliance” negara serta memperkukuh industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍
Dalam lawatan kerja ke Republik Türkiye, saya mengadakan pertemuan dengan delegasi Desan Shipyard, sebuah syarikat perkapalan Türkiye, yang diketuai oleh Mr. Cenk İsmail Kaptanoğlu, Pengerusi Lembaga Pengarah Desan Shipyard.
Desan Shipyard mempunyai kepakaran dalam pembinaan, pembaikan, pengubahsuaian dan naik taraf kapal mengikut piawaian global.
Pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama untuk meningkatkan penglibatan syarikat tempatan Malaysia, khususnya dalam pembinaan kapal, sokongan teknikal, penyelenggaraan, pembangunan vendor dan rantaian bekalan.
Di Malaysia, Desan Shipyard turut terlibat dalam kerjasama strategik pembangunan Enrique of Malacca Shipyard di Melaka, selain sedang membina kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), susulan kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan bahawa dalam apa jua bentuk perolehan strategik, tumpuan tidak hanya terhad kepada pemerolehan aset, tetapi turut dimanfaatkan untuk membina keupayaan dan memperkukuh industri pertahanan tempatan.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍
Mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Republik Türkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Mr. Tolga Çelik, Timbalan Pengurus Besar MKE, semasa lawatan kerja di Istanbul.
Baru-baru ini semasa DSA 2026 di Kuala Lumpur, MKE turut memeterai perjanjian berkaitan pembangunan fasiliti di Melaka bagi memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui pengeluaran komponen, pemasangan dan pemindahan teknologi.
Pertemuan hari ini turut membincangkan potensi Malaysia sebagai hab sokongan pertahanan serantau, selain kerjasama strategik jangka panjang, pemindahan teknologi dan perkongsian industri pertahanan antara kedua-dua negara.
Bagi Malaysia, sebarang kerjasama mesti memberi nilai tambah melalui projek usaha sama, peningkatan komponen tempatan dan pemindahan teknologi yang membolehkan syarikat Malaysia menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama lebih kukuh antara Malaysia dan Türkiye, sekali gus menyokong pembangunan industri pertahanan negara yang lebih berdaya saing, berdikari dan menuju ke arah “self-reliance”.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐈𝐓𝐓𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐌𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐇𝐈𝐏: 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐈𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇𝐈
Projek Littoral Combat Ship (LCS) adalah projek strategik negara yang sangat penting untuk keselamatan dan pertahanan Malaysia.
Setakat April 2026, kemajuan pembinaan kapal berada pada tahap memuaskan dengan LCS 1 mencapai 84.30%, LCS 2 sebanyak 79.48%, LCS 3 sebanyak 71.22%, LCS 4 sebanyak 60.52% dan LCS 5 sebanyak 49.71%.
Jadual penyerahan kapal kekal seperti dirancang iaitu LCS 1 pada Disember 2026, diikuti LCS 2 pada Ogos 2027, LCS 3 pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.
Semoga projek ini terus berjalan lancar demi memperkukuh kesiapsiagaan TLDM serta keselamatan dan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#lcsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟏𝟎𝟒 𝐏𝐕𝐀𝐓𝐌
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-104 pada 20 Mei 2026.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1922, PVATM telah memainkan peranan penting sebagai antara persatuan veteran terbesar dan utama di negara ini dalam mewakili serta memperjuangkan kebajikan dan kepentingan veteran ATM.
Menjaga kebajikan veteran merupakan tanggungjawab moral negara. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara tidak akan sesekali dilupakan.
Kementerian Pertahanan akan terus memberi perhatian kepada veteran, memperkukuh usaha sedia ada dan memperluas sokongan kepada veteran dari semasa ke semasa.
Saya berharap PVATM akan terus teguh sebagai suara utama veteran di negara ini.
Selamat ulang tahun ke-104 PVATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#pvatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, selamat tiba di Istanbul, Republik Türkiye bagi memulakan lawatan kerja di sini.
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Encik Ahmad Amiri Abu Bakar serta Atase Pertahanan Malaysia ke Republik Türkiye, Kolonel Sazili Ghazali.
Lawatan kerja ini turut merangkumi pertemuan dengan beberapa syarikat pertahanan Republik Türkiye bagi memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara Malaysia dan Türkiye, termasuk penglibatan syarikat tempatan.
Selain itu, saya juga akan menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pertama Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang sedang dibina oleh STM, syarikat teknologi pertahanan dan kejuruteraan dari Republik Türkiye.
LMSB2 merupakan sebahagian daripada perolehan tiga kapal baharu TLDM bagi memperkukuh keupayaan operasi maritim negara. Projek ini bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada hujung tahun 2027.
Diharapkan lawatan kerja ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara dan kesiagaan ATM.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Malaysia Military Review
@JohnMYSreview
In the second picture we can see that the Anti-submarine system 2 × triple J+S torpedo launcher from the UK has been installed on the LCS 1 ship 2501 KD Maharaja Lela
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐂𝐒: 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍, 𝐈𝐒𝐔 𝐍𝐒𝐌 𝐃𝐈𝐔𝐑𝐔𝐒
Saya tiba di Pangkalan TLDM Lumut dan meninjau perkembangan projek Littoral Combat Ship (LCS) di Lumut Naval Shipyard.
Setakat April 2026, kemajuan pembinaan kapal berada pada tahap memuaskan dengan LCS 1 mencapai 84.30%, LCS 2 (79.48%), LCS 3 (71.22%), LCS 4 (60.52%) dan LCS 5 (49.71%).
Jadual penyerahan kapal juga kekal seperti dirancang iaitu LCS 1 pada Disember tahun ini, diikuti LCS 2 pada Ogos 2027, LCS 3 pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.
Saya turut diberikan taklimat mengenai perkembangan isu Naval Strike Missile (NSM) susulan keputusan Kerajaan Norway membatalkan lesen eksport secara unilateral walaupun Malaysia telah memenuhi obligasi kontrak dan membuat hampir keseluruhan pembayaran.
Walaupun ia menjejaskan sistem Surface-to-Surface Missile, tiga lagi sistem persenjataan utama kapal tidak terjejas dan TLDM sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi memastikan kapal dapat dilengkapkan seperti dirancang.
Kementerian Pertahanan juga telah menghantar notis tuntutan kepada syarikat Norway melibatkan kos langsung dan kos tidak langsung susulan pembatalan tersebut.
Apa yang berlaku bukan sekadar isu perolehan pertahanan, tetapi turut menimbulkan persoalan tentang kebolehpercayaan komitmen antarabangsa.
Insiden ini juga mengukuhkan komitmen untuk memperkasa industri pertahanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar. Ketika ini, sekitar 30% komponen projek LCS melibatkan penyertaan tempatan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#lcs -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐋𝐂𝐒: 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐑𝐈𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐋𝐄 (𝐍𝐒𝐌)
Pembatalan lesen eksport oleh Norway terhadap sistem pertahanan Malaysia menimbulkan persoalan besar terhadap kebolehpercayaan komitmen antarabangsa, walaupun Malaysia telah memenuhi hampir keseluruhan obligasi kontrak termasuk 95 peratus bayaran.
Tindakan unilateral itu bukan sahaja menjejaskan keyakinan dalam urusan perolehan pertahanan, malah menghakis kepercayaan antara negara dalam hubungan antarabangsa.
Malaysia akan terus menuntut pampasan sewajarnya di samping memperkukuh industri pertahanan tempatan demi kepentingan strategik negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#lcsThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef to strengthen local defence industry, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/19/mindef-to-stren…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia warns regional nations over Norway defence deals after axed RM1bil missile pact | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/19/malaysia-warns-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia ends defence procurement from Norway over missile licence row www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1443078/malaysia-ends-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pembatalan peluru berpandu dari Norway: Malaysia hantar notis tuntutan lebih RM1 bilion | Berita Harian www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560768/pembat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Isu peluru berpandu: Malaysia hantar notis tuntutan lebih RM1 bilion | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/0…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.
Pertandingan Futsal Tangkap Muat Suka-Suka yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna Kampung Sri Gading, Tanjung Sedili, Kota Tinggi telah berlangsung dengan meriah serta turut diserikan dengan sambutan ulang tahun UMNO ke-80 dan Hari Ibu dalam suasana yang harmoni dan penuh muafakat.
Penyertaan yang melibatkan golongan belia, para ibu serta masyarakat setempat mencerminkan semangat kerjasama dan hubungan erat antara generasi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓 (𝐏𝐈𝐊𝐀𝐓) 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Semasa berada di FELDA Maokil, Labis, Johor, saya turut merasmikan Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) Kementerian Pertahanan.
PIKAT merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dan ATM melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) untuk memperkukuh hubungan ATM dengan masyarakat melalui pengisian ilmu, agama dan kemasyarakatan.
Program ini melibatkan pengisian seperti motivasi sekolah, ceramah perdana di masjid, pengurusan jenazah, faraid dan kelas bacaan solat.
Tahun ini, 10 siri PIKAT dirancang di seluruh negara dengan peruntukan RM500,000, termasuk satu siri di FELDA Maokil.
Semoga PIKAT terus menjadi platform ilmu, muafakat dan kebersamaan antara ATM dengan masyarakat.
Dalam majlis sama, saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada veteran ATM, keluarga veteran dan komuniti setempat.
Ia merangkumi komputer riba kepada anak veteran ATM melalui inisiatif Yayasan Veteran ATM dengan kerjasama JHEV ATM dan Etiqa Takaful Berhad, wang zakat kepada balu veteran ATM serta Kotak Rezeki kepada penduduk FELDA Maokil 1 dalam kalangan asnaf.
Mudah-mudahan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban penerima, menyokong keperluan pembelajaran dan harian mereka, serta menjadi tanda ingatan kita kepada veteran, keluarga ATM dan masyarakat setempat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
Hari ini saya merasmikan Program Jiwa Murni MADANI Kementerian Pertahanan di FELDA Maokil, Labis, Johor.
Program ini memperkukuh hubungan ATM dengan rakyat, menyantuni masyarakat dan membina kefahaman bahawa pertahanan negara adalah tanggungjawab bersama.
Ancaman hari ini tidak lagi tradisional atau terhad kepada ketenteraan semata-mata. Ia semakin kompleks termasuk pendekatan hibrid, serangan terhadap infrastruktur kritikal, penyebaran maklumat palsu, ancaman siber dan usaha memecahbelahkan masyarakat.
Sebab itu, Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH perlu diterjemahkan daripada doktrin kepada pelaksanaan yang aktif, kelihatan dan dekat dengan rakyat. Rakyat bukan sekadar pemerhati, tetapi sebahagian daripada barisan hadapan pertahanan negara.
Melalui program ini, kita mahu membina kerjasama sebenar antara anggota tentera dan masyarakat setempat melalui projek keperluan bersama seperti dewan dan kemudahan komuniti.
Tahun ini, Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM6 juta bagi pelaksanaan projek Program Jiwa Murni MADANI di seluruh negara. Sebanyak 57 projek telah dikenal pasti, dengan RM3 juta bagi fasa pertama dan baki RM3 juta sedang diperhalusi bagi projek seterusnya.
Hubungan erat ATM dan rakyat adalah asas penting keselamatan negara. Kekuatan negara bukan hanya pada keupayaan angkatan tentera, tetapi juga pada kesedaran, kesediaan dan kesepaduan rakyat mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga Program Jiwa Murni MADANI terus menjadi jambatan kebersamaan ATM dan rakyat, membina daya tahan masyarakat serta memastikan Malaysia kekal aman, selamat dan berdaulat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Program Literasi Pertahanan Komponen Baharu PJM - Mohamed Khaled bernama.com/bm/news.php/news.php?id=2558094
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Batal lesen eksport sistem peluru berpandu NSM, Kementah tubuh tiga jawatankuasa www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1358925/batal-lesen-ek…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef sets up three committees after Norway cancels missile export licence www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1441510/mindef-sets-th…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Johor bukan Kerajaan Perpaduan, sebab itu BN tanding semua di DUN - Khaled Nordin www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1358910/johor-bukan-ke…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Susulan kejadian kebakaran rumah yang berlaku tempoh hari, saya turut berkesempatan menziarahi beberapa keluarga mangsa kebakaran di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, yang melibatkan tiga buah rumah.
Lawatan ini turut menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat serta melihat sendiri keadaan dan keperluan semasa keluarga yang terjejas dari segi harta benda, sekali gus meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap emosi dan kesejahteraan keluarga yang terlibat.
Satu lawatan dan sumbangan awal daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen telah disampaikan, di samping sokongan tambahan turut diberikan kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sebagai bantuan segera bagi meringankan beban mereka.
Semoga usaha ini memberi manfaat, meringankan beban mangsa, dan membantu mereka membina semula kehidupan dengan lebih baik.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi ini berpeluang menghadiri Pertandingan Futsal Tangkap Muat Suka-Suka di Gelanggang Serbaguna Kampung Sri Gading, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang turut diserikan dengan sambutan ulang tahun UMNO ke-80 serta Hari Ibu dalam suasana penuh harmoni dan kebersamaan masyarakat.
Gabungan penyertaan yang terdiri daripada golongan belia, golongan ibu dan masyarakat setempat mencerminkan semangat perpaduan, kerjasama serta hubungan erat antara generasi dalam komuniti walaupun dalam aktiviti bersukan.
Peruntukan tambahan turut diberikan di dalam pertandingan ini bagi menyuntik semangat dan memberi galakan kepada para peserta yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung secara santai.
Kehadiran dan sokongan masyarakat setempat jelas mencerminkan sokongan berterusan terhadap UMNO yang terus komited mendekati serta menyantuni masyarakat di peringkat akar umbi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
“𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐒𝐏𝐌, 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚.”
Itulah semangat Program Work Based Learning (WBL), satu 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 Kementerian Pertahanan yang diluncurkan di Kem Terendak, Melaka.
Program ini memastikan pengalaman, kemahiran dan kepakaran anggota ATM sepanjang lebih 20 tahun berkhidmat diiktiraf secara formal melalui pengurniaan diploma oleh universiti awam dan swasta.
Tanpa perlu meninggalkan tugas hakiki, tanpa kelas konvensional dan tanpa peperiksaan.
Untuk tahun 2026, hampir RM10 juta disediakan bagi membolehkan 1,520 anggota ATM mengikuti program ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha agar suatu hari nanti sekurang-kurangnya 50% anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan keluar dengan diploma, walaupun bermula dengan SPM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wblThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengadakan penaziran ke UMNO Bahagian Tanjung Piai sebagai persiapan menjelang PRN Johor. Terima kasih kepada Ketua Bahagian Tuan Hj Israk dan barisan AJK Bahagiannya. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
WBL Satukan Pengalaman, Impian Dan Masa Depan Lebih Baik Buat Warga ATM borakdaily.com/wbl-satukan-pengalaman-impian-dan-masa-dep…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
From service to second career: WBL programme helps military veterans build future prospects | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/05/15/from-service-t…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Work-based learning funding raised to RM9.9mil, recognising armed forces personnel experience | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1440258/work-based-lea…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Peruntukan Program WBL Dipertingkatkan Kepada RM9.9 Juta, Iktiraf Pengalaman Anggota ATM www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2557331
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Peruntukan program WBL dipertingkatkan kepada RM9.9 juta, iktiraf pengalaman anggota ATM - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐎𝐑𝐊 𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐖𝐁𝐋): 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐏𝐌, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀
Meluncurkan Program Work Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan di Kem Terendak, Melaka.
Program ini diperkenalkan bagi membantu peralihan anggota ATM ke alam pekerjaan awam, terutama bagi anggota yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 40 hingga 41 tahun dan kebanyakannya hanya memiliki kelayakan SPM.
Hakikatnya, anggota ATM mempunyai pelbagai kemahiran, kepakaran dan pengalaman hasil lebih 20 tahun berkhidmat. Namun, semua itu sering tidak diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang baik kerana tiada pengiktirafan formal.
Melalui WBL, pengalaman dan kemahiran anggota ATM akan diiktiraf secara formal melalui pengurniaan diploma oleh universiti awam dan swasta tanpa perlu menghadiri kelas, menduduki peperiksaan atau meninggalkan tugas hakiki.
Program ini melibatkan pelbagai kepakaran ATM seperti logistik, mekanik, kulinari, pentadbiran, semboyan, jurulatih jasmani, pancaragam dan sebagainya.
Untuk tahun 2026, hampir RM10 juta disediakan bagi membolehkan 1,520 anggota ATM mengikuti program ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Seramai 461 peserta kohort pertama pula telah berjaya menamatkan program ini dan bakal menerima diploma daripada UiTM dan UPNM.
Majlis turut disusuli pertukaran MoA antara ATM bersama UPNM, UiTM dan City University Malaysia, selain penyampaian Surat Perakuan Tamat Pengajian kepada 30 peserta Kohort 1/2025 serta Surat Tawaran Pengajian kepada 20 peserta baharu Kohort 2/2026.
Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam memperkasa masa depan warga ATM serta memastikan kehidupan yang lebih baik selepas tamat perkhidmatan tanpa hanya bergantung kepada pencen semata-mata.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wbl -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐖𝐈𝐑𝐀 – 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐘 𝐓𝐎 𝐖𝐎𝐑𝐊 (𝐑𝐓𝐖) 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍
Program PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi membantu anak-anak tentera, kakitangan MINDEF dan veteran ATM yang telah bergraduan mendapatkan pendedahan serta pengalaman kerja sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.
Melalui program ini, seramai 300 peserta akan menjalani penempatan kerja selama 12 bulan di syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan Yayasan LTAT.
Peserta turut menerima elaun RM2,000 sebulan melalui peruntukan RM7.2 juta yang disediakan, selain didedahkan dengan pengalaman industri, kemahiran dan soft skills yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Program ini bukan sahaja membantu membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak warga ATM, tetapi juga sebahagian daripada usaha memperkasa kesejahteraan komuniti pertahanan melalui pendidikan, latihan dan pembangunan kerjaya.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#prowiraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dana RM7.2 juta bantu graduan anak tentera dapat pekerjaan www.utusan.com.my/terkini/2026/05/dana-rm7-2-juta-bantu-g…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MINDEF Tubuh Jawatankuasa Khas Nilai Tindakan Undang-undang, Ganti Rugi Susulan Pembatalan NSM bernama.com/bm/am/news.php?id=2556814
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
UPSI laksana e-Perkasa SPM 2026 bantu 664 anak warga ATM | Malaysia Tribune malaysiatribune.news/upsi-laksana-e-perkasa/
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐓𝐌, 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐎𝐍𝐄𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Hari ini saya menyempurnakan Majlis Peluncuran PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan & Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026.
Kesejahteraan anggota ATM merupakan tonggak penting Kementerian Pertahanan dan sebahagian daripada tanggungjawab moral kerajaan terhadap mereka yang telah berkorban demi kedaulatan serta keamanan negara.
Kesiapsiagaan anggota ATM bukan sahaja bergantung kepada latihan fizikal dan taktikal, tetapi juga kesejahteraan diri dan keluarga. Sebab itu, dasar pertahanan negara perlu meletakkan kesejahteraan anggota tentera setara dengan pemodenan aset dan kelengkapan ketenteraan.
Majlis hari ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan pembangunan anak-anak tentera melalui Yayasan LTAT menerusi Program e-Perkasa SPM, Program Sentuhan Elit SPM, Program Kemahiran Keluarga Tentera (K2T), Program STEM dan Simpanan Pendidikan MADANI.
Program PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan pula membuka peluang kepada 300 anak-anak tentera, kakitangan MINDEF dan veteran ATM menjalani penempatan kerja selama 12 bulan bersama syarikat yang bekerjasama dengan Yayasan LTAT melibatkan peruntukan RM7.2 juta.
Peserta akan menerima elaun RM2,000 sebulan selain didedahkan dengan pengalaman kerja, kemahiran dan soft skills bagi membantu mereka bersedia untuk alam pekerjaan.
Program e-Perkasa SPM dan Program Sentuhan Elit SPM juga mencatat pencapaian memberangsangkan apabila 175 pelajar anak tentera memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam peperiksaan SPM, manakala empat sekolah di bawah kementerian mencatat peningkatan gred purata sekolah yang positif.
Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk industri, syarikat dan institusi pendidikan atas kerjasama strategik dalam menjayakan agenda kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#prowira -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program ProWira Ready To Work bantu graduan anak tentera dapat pekerjaan | Malaysia Tribune malaysiatribune.news/program-prowira-ready-to-work-bantu-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF teliti sistem SSM untuk keupayaan peluru berpandu tentera laut malaysiagazette.com/2026/05/14/mindef-teliti-sistem-ssm-u…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry eyes legal action over scrapped missile contract www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1439245/defence-minist…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐓𝐌: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌
Program Ekonomi MADANI ATM bukan sekadar projek ekonomi komuniti.
Ia lahir daripada komitmen untuk memastikan warga ATM dan keluarga mereka turut menikmati manfaat agenda Ekonomi MADANI, khususnya dalam berdepan cabaran kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan keluarga.
Bermula di Batu 3, Kluang, program ini kini terus diperluaskan ke kem-kem seluruh negara melibatkan projek seperti madu kelulut, fertigasi, hidroponik, akuaponik dan pelbagai lagi inisiatif ekonomi komuniti.
Lebih penting, program ini turut melibatkan kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta syarikat dalam ekosistem LTAT bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan benar-benar mampan, berdaya maju dan memberi pulangan kepada warga ATM.
Daripada soal kebajikan kepada pengupayaan.
Inilah usaha berterusan untuk membawa kesejahteraan yang lebih menyeluruh kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Blast near Unifil HQ damages Malaysia House in Lebanon | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/13/blast-near-unif…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pegawai ATM di Lubnan selamat susulan letupan dron berhampiran Malaysia House - Harian Metro www.hmetro.com.my/ringkasanberita/1357217
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐓𝐌: 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 “𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍”
Saya juga berkesempatan merasmikan Projek Madu Kelulut 5 RAMD “Kebun Kelulut Tartan” yang merupakan antara kumpulan perintis Program Ekonomi MADANI ATM bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Projek ini menjadi antara contoh bagaimana kerjasama ATM dan Institusi Pendidikan Tinggi dapat membantu memperkasa komuniti ATM secara lebih mampan dan berdaya saing.
Ilmu, kepakaran dan hasil penyelidikan di universiti tidak seharusnya terhenti di bilik kuliah atau makmal semata-mata.
Sebaliknya, ia perlu dipindahkan dan dimanfaatkan kepada masyarakat melalui pelaksanaan program yang memberi nilai tambah serta manfaat sebenar kepada komuniti ATM.
#khalednordinmindef
#programekonomimadani
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐓𝐌: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐓𝐌
Semasa Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI ATM di 5 RAMD Kem Batu 3, Kluang, Johor, saya menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM1.056 juta oleh Boustead Plantations Berhad kepada pihak ATM bagi pemasangan 1,737 sarang lebah kelulut dan tanggungan separuh kos Projek Madu Kelulut di 35 kem ATM.
Penyerahan cek berjumlah RM10,150 turut diadakan sebagai simbolik pembelian 145 kilogram madu kelulut keluaran BAKAT daripada 17 kem ATM kepada wakil BAKAT Pangkalan Udara Sendayan.
Apa yang penting, inisiatif seperti ini bukan sekadar melaksanakan projek komuniti di dalam kem, tetapi membina ekosistem sokongan yang lebih mampan kepada warga ATM.
Melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), Boustead Plantations Berhad turut menanggung 50 peratus kos projek madu kelulut selain membantu menyediakan jaminan pembelian hasil supaya projek yang dilaksanakan mempunyai kesinambungan, akses pasaran dan potensi untuk terus berkembang.
#khalednordinmindef
#programekonomimadani
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia 'shocked' Norway blocked delivery of missiles for LCS, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/12/malaysia-039sho…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Rumah Bangsa terbuka terima sesiapa sahaja termasuk pemimpin dipecat malaysiagazette.com/2026/05/12/rumah-bangsa-terbuka-terim…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Isu peluru berpandu: Khaled Nordin dijangka bertemu Menteri Pertahanan Norway hujung bulan ini www.sinarharian.com.my/article/779503/berita/semasa/isu-p…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF bincang MRCA ganti F-18, Sukhoi Su-30MKM www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1551205/mindef…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MAF Asset Procurement Funds Freeze Lifted after Anti-leakage Measures - Khaled www.bernama.com/en/general/news.php?id=2556027
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ekonomi MADANI ATM, bantu komuniti tentera jana pendapatan lumayan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Program Ekonomi MADANI ATM Diperluas Dengan Peruntukan RM10 Juta Tahun Ini bernama.com/bm/am/news.php?id=2556034
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐓𝐌: 𝐑𝐌𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐓𝐀, 𝟗𝟎 𝐊𝐄𝐌, 𝟐,𝟐𝟑𝟓 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Ekonomi MADANI ATM di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) Kem Batu 3, Kluang, Johor.
Menariknya, Kluang merupakan tempat bermulanya pelaksanaan Program Ekonomi MADANI dalam kem ATM. Ketika hadir ke kem ini sekitar dua tahun lalu, kita mula melihat bagaimana program yang dinikmati di luar turut dapat dibawa masuk ke dalam kem supaya keluarga ATM turut menerima manfaatnya.
Selama ini, pendekatan kesejahteraan kehidupan anggota lebih bersifat konvensional seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan. Melalui program ini, kita memperluaskan usaha tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi dan peningkatan upaya keluarga anggota ATM.
Sebelum ini program melibatkan 60 kem dengan 1,265 warga BAKAT. Pada tahun 2026, dengan peruntukan hampir RM10 juta, kita akan meningkatkan penyertaan kepada 2,235 orang warga BAKAT dengan 60 projek tambahan di 90 buah kem ATM.
Penglibatan syarikat di bawah LTAT seperti Boustead Plantations Berhad (BPlant) membantu memastikan projek yang dilaksanakan mempunyai kesinambungan dan jaminan pasaran. Malah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat, 50% kos projek madu kelulut ditanggung oleh pihak BPlant.
Semua program yang diusahakan juga dilaksanakan bersama institusi pendidikan tinggi supaya ilmu dan hasil penyelidikan universiti benar-benar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Insya-Allah, program ini dapat benar-benar menterjemahkan matlamat Ekonomi MADANI melalui keadilan sosial, inovasi dan usaha melahirkan warga yang lebih berdaya saing demi kesejahteraan keluarga ATM serta masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.
#khalednordinmindef
#programekonomimadani
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝟖𝟎 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧.
Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 UMNO yang berlangsung hari ini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia telah diadakan di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru, dipengerusikan oleh YAB Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum mesyuarat berlangsung, pimpinan tertinggi UMNO turut menghadiri sesi fotografi bersejarah di Tangga Selat, Istana Besar Johor, lokasi penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, yang turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Dalam semangat memperingati lapan dekad perjuangan parti, mesyuarat MKT hari ini menjadi medan penting untuk memperkukuh kesatuan saf kepimpinan, memperkemaskan hala tuju perjuangan serta memastikan UMNO terus kekal relevan dan diyakini rakyat dalam mendepani cabaran semasa.
Pelbagai pandangan dan ketetapan turut dibincangkan demi memastikan perjuangan agama, bangsa dan tanah air terus dipertahankan berlandaskan semangat perpaduan, kestabilan serta kesinambungan perjuangan yang telah diasaskan sejak 80 tahun lalu.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇. 𝟖𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍.
Setinggi-tinggi junjungan kasih dirafakkan kepada KDYMM SPB YDPA Sultan Ibrahim serta DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas limpah perkenan dan penghormatan yang amat bermakna sempena sesi fotografi bersejarah ini.
Di Istana Besar Johor inilah bermulanya perjuangan besar orang Melayu yang akhirnya melahirkan UMNO.
80 tahun kemudian, UMNO kembali berdiri di lokasi penuh bersejarah ini.
Banyak jatuh bangun telah dilalui sepanjang perjalanan ini. Namun perjuangan UMNO terus bertahan kerana kesatuan, kesetiaan dan tekad untuk terus mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Semoga UMNO terus kekal relevan sebagai wadah penyatuan bangsa dan Rumah Bangsa untuk generasi seterusnya.
#umno80tahun
#umno
#rumahbangsa -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟖𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
80 tahun bukan sekadar angka.
Ia adalah perjalanan panjang sebuah perjuangan yang membina kekuatan bangsa, menyatukan orang Melayu dan mempertahankan tanah air merentasi pelbagai generasi.
Ada kejayaan. Ada cabaran. Ada juga saat getir yang mengajar kita tentang pentingnya kesatuan dan kekuatan sebuah kepusatan politik Melayu.
Kerana itu, pada usia 80 tahun ini, UMNO tidak boleh hanya hidup dengan nostalgia. UMNO mesti melangkah ke hadapan sebagai Rumah Bangsa.
Sebuah wadah yang membuka ruang seluas-luasnya kepada seluruh orang Melayu untuk kembali berhimpun, menyumbang idea, tenaga dan kebijaksanaan demi masa depan bangsa.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-80 UMNO kepada seluruh ahli dan pendukung parti.
80 tahun telah berlalu. Semoga segala ikhtiar atas nama agama, bangsa dan negara ini terus dirahmati, perjuangan ini kekal utuh dan menjadi wadah bangsa sampai bila-bila.
UMNO.
Dulu. Kini. Selamanya.
#80tahunumno
#umno
#rumahbangsa
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐏𝐁 𝐘𝐃𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐕𝐈𝐂𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐃𝐀𝐘 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝐃𝐈 𝐑𝐄𝐃 𝐒𝐐𝐔𝐀𝐑𝐄
Mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Victory Day Parade di Red Square, Moscow, Persekutuan Rusia.
Victory Day Parade yang berlangsung di Red Square itu merupakan sambutan tahunan Persekutuan Rusia bagi memperingati kemenangan dalam Perang Dunia Kedua.
Ia menghimpunkan kepimpinan Rusia serta tetamu antarabangsa selain menampilkan perbarisan ketenteraan serta flypast.
Sambutan tersebut turut diisi dengan ucapan oleh TYT Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin.
Jemputan khas TYT Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia kepada Seri Paduka Baginda mencerminkan hubungan erat serta penghormatan tinggi Kerajaan Persekutuan Rusia terhadap Malaysia.
🇲🇾🇷🇺
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐏𝐁 𝐘𝐃𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐍𝐒𝐓𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔-𝟓𝟕𝐄 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐊𝐄 𝐑𝐔𝐒𝐈𝐀
Mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Lawatan Khas Baginda ke Persekutuan Rusia.
Dalam lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan demonstrasi udara jet pejuang generasi kelima Sukhoi Su-57E yang dipandu oleh juruterbang ujian terkenal Rusia dan penerima gelaran “Hero of Russia”, Sergei Bogdan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky, Moscow.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai jet pejuang berkenaan selain meluangkan masa melihat ruangan dalaman Su-57E sebaik ia mendarat selepas selesai demonstrasi udara tersebut.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia sebagai tetamu kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan pada 9 Mei.
🇲🇾🇷🇺
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, selamat tiba di Moscow Domodedovo Airport sempena mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Lawatan Khas Baginda ke Persekutuan Rusia.
Ketibaan saya disambut Major General Alexei Orekhov, Head of the Main Directorate for International Military Cooperation of the Ministry of Defence of the Russian Federation, serta Atase Pertahanan Malaysia di sini, Kolonel Effendy Salani.
🇲🇾🇷🇺
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Isu batal perolehan peluru berpandu NSM: Malaysia guna saluran diplomatik -Mohamed Khaled | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1354662/isu-batal-pero…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[UPDATED] Malaysia to engage Norway over naval strike missile supply for combat ships www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1433720/updated-malays…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat makan tengah hari dengan Ketua-Ketua Wanita UMNO Sabah yang kebetulan berada di KL sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO.
Suasana santai dan mesra. Dalam masa yang sama, sempat bertukar pandangan khususnya berkait perkembangan politik di Sabah.
Semoga Wanita UMNO Sabah terus memperkukuh kesepaduan dan memperkemas langkah ke hadapan.
#khalednordinmindef
#80tahunumno
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan Bil. 15/2026 di Wisma Pertahanan.
Baru-baru ini, saya turut menghadiri Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang diwujudkan hasil daripada Majlis Veteran Kebangsaan ini.
Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM akan turut melihat cabaran-cabaran veteran dan memastikan usaha membantu mereka dapat dilaksanakan secara berkesan.
Komitmen Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan veteran ATM kekal sebagai fokus dan tonggak utama, sebagai tanggungjawab dalam menghargai pengorbanan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota.
Dalam masa yang sama, pendekatan baharu terus diperkasa, bukan sekadar kebajikan, tetapi pembinaan keupayaan supaya veteran mendapat pekerjaan yang baik, hidup dengan maruah dan tidak terdedah kepada kemiskinan.
Pelbagai program sedang diusahakan termasuk PERHEBAT, JanaVeteran, Readiness-to-Work, reskilling dan upskilling bagi memastikan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang baik.
Hakikatnya, pemberian berbentuk “one-off” adalah penyelesaian jangka pendek. Justeru, kita perlu memperkasa keupayaan veteran supaya terus berdikari dan menyumbang kepada negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia, Indonesia terus perkukuh kerjasama ketenteraan dalam kerangka ASEAN | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1353824/malaysia-indon…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Duta Turkiye tamat perkhidmatan, hubungan pertahanan terus kukuh - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/05/04/duta-turkiye-tamat-perkhidmat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Felda Lok Heng di Kota Tinggi bagi melihat sendiri perkembangan isu kekurangan sumber air mentah yang telah lama menjejaskan bekalan di Gugusan Lok Heng, Gugusan Waha serta kawasan sekitarnya.
Dalam masa yang sama, penyelesaian jangka panjang sedang dipercepatkan termasuk cadangan mendapatkan sumber air mentah melalui sambungan paip PETRONAS yang berpotensi menyalurkan sehingga 10 MLD dalam tempoh sekitar 10 bulan, dan semua usaha ini akan terus dipantau rapi bersama agensi berkaitan bagi menjamin bekalan air yang lebih stabil kepada rakyat.
Bagi menampung keperluan semasa, beberapa langkah segera telah dilaksanakan termasuk pengoperasian loji penyahgaraman dengan pengeluaran antara 4.0 hingga 4.5 MLD serta pengambilan sumber air tambahan dari Sungai Lukah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Asas Rumah Bangsa #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya turut berkesempatan menerima kunjungan hormat TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau di Kuala Lumpur pada 31 Mei 2026.
Secara peribadi, saya dan TYT Emir telah lama saling mengenali sejak sebelum saya dilantik semula sebagai Menteri pada tahun 2022. Sejak itu, kami sentiasa berhubung dan berpeluang bertemu dalam pelbagai kesempatan.
Di bawah kepimpinan beliau, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Türkiye berada pada tahap yang amat baik.
Selain pertukaran lawatan rasmi di peringkat tertinggi, pelbagai kemajuan turut dicapai khususnya dalam sektor pertahanan.
Perolehan aset utama seperti kapal LMS Batch 2 untuk TLDM dan ANKA untuk TUDM mencerminkan eratnya kerjasama strategik yang terus diperkukuh.
Malaysia dan Türkiye juga berjaya memeterai perjanjian persefahaman dalam perolehan pertahanan secara Kerajaan dengan Kerajaan (G2G), hasil fasilitasi TYT Emir sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada TYT Emir. Semoga beliau terus dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan dalam memikul amanah baharu bagi negaranya di Colombia.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo di Wisma Pertahanan.
Ini merupakan pertemuan pertama sejak beliau memulakan tugasan rasmi sebagai Ketua Perwakilan Republik Indonesia di Kuala Lumpur, sekali gus membuka ruang memperkukuh hubungan antara dua negara, termasuk dalam konteks pertahanan.
Malaysia dan Indonesia sememangnya berkongsi hubungan yang akrab dan berterusan, dengan kerjasama ketenteraan yang kukuh serta komitmen bersama dalam platform ASEAN.
Angkatan tentera kedua-dua negara turut memikul tanggungjawab penting dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan strategik seperti Selat Melaka dan Laut Sulu, di samping menjaga sempadan darat di Pulau Borneo termasuk kawasan sempadan Kalimantan.
Semoga hubungan pertahanan antara Malaysia dan Indonesia terus diperkukuh, termasuk melalui penerokaan potensi baharu dalam sektor industri pertahanan demi memenuhi keperluan strategik serta kepentingan serantau.
🇲🇾🇮🇩
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐑𝐀 𝐋𝐎𝐊 𝐇𝐄𝐍𝐆: 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
Pagi ini saya berkesempatan meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Felda Lok Heng, Kota Tinggi bagi melihat sendiri perkembangan semasa isu kekurangan sumber air mentah yang telah berlarutan dan menjejaskan bekalan di beberapa kawasan Kota Tinggi seperti Gugusan Lok Heng dan Gugusan Waha serta penempatan sekitarnya.
Keadaan cuaca tanpa hujan yang berpanjangan menyebabkan paras air di muka sauk terus rendah sehingga menjejaskan pengeluaran loji, walaupun kapasiti telah dinaik kadar kepada sekitar 10 MLD berbanding keperluan semasa yang mencecah kira-kira 6.5 MLD.
Bagi menampung keperluan semasa, langkah jangka pendek terus dilaksanakan termasuk pengoperasian loji penyahgaraman dengan pengeluaran sekitar 4.0 hingga 4.5 MLD, pengambilan air dari Sungai Lukah serta pelaksanaan Bekalan Air Berjadual bagi memastikan agihan lebih terkawal.
Dalam masa yang sama, penyelesaian jangka panjang yang lebih mampan sedang dipercepatkan termasuk cadangan mendapatkan sumber air mentah melalui sambungan paip PETRONAS yang berpotensi menyalurkan sehingga 10 MLD dalam tempoh sekitar 10 bulan sebagai antara langkah paling cepat untuk menstabilkan bekalan.
Segala usaha ini akan terus dipantau secara dekat bersama agensi dan pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan solusi jangka pendek dan panjang dapat dipercepatkan demi menjamin bekalan air yang lebih stabil kepada rakyat di kawasan terjejas.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Konsep besar, tepat pada masanya.
UMNO membuka ruang seluasnya untuk semua orang Melayu.
Pertama, ketidaksatuan punca kemunduran.
Kedua, tanpa kepusatan politik, kepentingan Melayu terhakis.
Ketiga, UMNO perlu imej baharu
yang lebih segar dan kontemporari.
Keempat, merentas ideologi, fahaman dan status.
Kelima, membezakan UMNO daripada yang lain.
Keenam, idea terbaik ada di luar, dan mesti dibawa masuk.
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤, 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚.
#khalednordinmindef
#rumahbangsa
#umno
#80tahunumnoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Rumah Bangsa goes beyond reconciliation, says Khaled | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1430943/rumah-bangsa-g…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Rumah Bangsa jadi gagasan kepusatan seluruh kuasa politik Melayu | Berita Harian www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1541165/rumah-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Rumah Bangsa pusatkan politik Melayu - Khaled Nordin www.sinarharian.com.my/article/778198/berita/politik/ruma…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
UMNO 80 tahun: Rumah Bangsa bukan satu lagi perikatan politik - Khaled Nordin | Awani www.astroawani.com/berita-politik/umno-80-tahun-rumah-ban…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Umno seeks broader role as ‘integrated platform’ under Rumah Bangsa concept, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/02/umno-seeks-broa…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KONVENSYEN 80 TAHUN UMNO
Hari ini berlangsungnya Konvensyen 80 Tahun UMNO sebagai ruang untuk parti menyusun semula langkah serta menetapkan arah dan naratif perjuangan dalam landskap politik semasa.
Bukan sekadar sambutan, konvensyen ini menghimpunkan pimpinan dan akar umbi untuk merapatkan saf serta memperkukuh kesatuan demi kekuatan parti.
Seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan semasa ucapan pembukaan, parti perlu kembali kepada asas perjuangan, berani berubah mengikut realiti semasa dan memastikan UMNO terus kekal relevan.
Dalam masa yang sama, konvensyen ini menjadi usaha penting untuk memulihkan kredibiliti serta mengembalikan keyakinan rakyat, dengan fokus yang jelas untuk terus memperjuangkan kepentingan mereka.
#khalednordinmindef
#80tahunumno
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KONGRES PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2026
Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 bukan sekadar platform wacana, tetapi bukti kesungguhan, keseriusan dan keikhlasan UMNO sebagai sebuah parti politik dalam membela masa depan orang Melayu, termasuk melalui pendidikan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Melalui kongres ini, UMNO menetapkan lima fokus utama yang mesti dilaksanakan dalam memperkukuh sistem pendidikan negara.
UMNO jelas dalam pendiriannya. UMNO mahukan sistem pendidikan yang lebih anjal dengan pelbagai laluan, pendidikan prasekolah diperluas, pembiayaan diperkukuh melalui Wakaf Pendidikan Bumiputera, profesion perguruan dimartabatkan, dan hala tuju pendidikan negara kekal jelas serta berteraskan nilai.
UMNO turut menetapkan langkah-langkah konkrit melalui resolusi yang diluluskan, termasuk penubuhan Majlis Tahfiz Negara, Suruhanjaya TVET Negara dan Suruhanjaya Guru, selain memperkukuh wakaf pendidikan, melaksanakan reformasi prasekolah serta menyusun semula latihan guru.
Tiga mandat besar terus menjadi teras, iaitu membina individu, membina ekonomi dan membina negara.
Ini termasuk memperkukuh pendidikan karakter dan etika, memperkasa TVET sebagai laluan utama yang semakin mendapat tempat dalam kalangan lepasan SPM, serta melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang kukuh.
Keseluruhannya, kongres ini bukan sekadar wacana, tetapi satu pelan tindakan yang jelas dan mesti diterjemahkan kepada pelaksanaan. Inilah komitmen UMNO dalam memastikan pendidikan terus menjadi asas kekuatan bangsa dan masa depan negara.
#khalednordinmindef
#umno
#80tahunumno
#kongrespendidikanbumiputera -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KONGRES PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2026
Sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 berlangsung sebagai platform penting membincangkan hala tuju pendidikan negara.
Saya berkesempatan menjadi moderator bagi Sesi Kelima berkait Halatuju Pendidikan Malaysia.
Pendidikan merupakan pilar paling utama dalam kehidupan manusia dan pembangunan bangsa. Ia bukan sekadar proses mengalihkan ilmu, tetapi usaha sedar untuk mengembangkan potensi diri, membentuk karakter dan meningkatkan kualiti hidup.
Ia juga bukan hanya soal akses kepada pendidikan tinggi atau menamatkan pengajian, tetapi pencetus pemikiran baharu, penerokaan ilmu termaju, penciptaan dan inovasi serta katalis kepada pertumbuhan ekonomi.
Sesi ini mengangkat persoalan penting, ke mana arah pendidikan negara, adakah kita melakukan perkara yang betul, sejauh mana kita melahirkan tenaga kerja bermutu serta apakah cabaran utama yang perlu ditangani.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada panel-panel hebat atas perkongsian pandangan yang bernas dan membuka perspektif.
Akhirnya, masa depan negara bergantung kepada keberanian kita memperkukuh dan memperbaharui sistem pendidikan hari ini.
#80tahunumno
#kongrespendidikanbumiputera -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
1 Mei bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi peringatan untuk kita terus menghargai sumbangan setiap pekerja kepada negara.
Kemajuan yang kita kecapi hari ini lahir daripada usaha berterusan seluruh warga pekerja yang memainkan peranan masing-masing dalam memacu pembangunan negara.
Ini termasuk mereka yang berkhidmat di barisan hadapan seperti anggota ATM yang sentiasa menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air.
Dalam apa jua keadaan, mereka melaksanakan amanah tanpa mengira waktu demi memastikan keamanan terus terpelihara.
Hari ini kita merakamkan penghargaan, yang wajar terus dizahirkan setiap masa, kepada semua pekerja, tulang belakang negara, yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini terus diberkati serta menjadi inspirasi kepada kita semua.
Selamat Hari Pekerja 2026.
“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled: Defence cuts will not affect readiness | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1429706/khaled-defence…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan serta berpeluang diwawancara oleh Utusan Malaysia di Wisma Pertahanan. Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian pandangan mengenai pelbagai isu semasa dan strategik melibatkan cabaran keselamatan global.
Antara yang disentuh termasuk transformasi peperangan moden, pemerkasaan keupayaan ATM, pembangunan teknologi pertahanan, pengukuhan industri tempatan serta usaha memastikan kedaulatan negara.
Turut dibincangkan perkembangan politik semasa serta masa depan UMNO menjelang ulang tahun ke-80 parti.
Media memainkan peranan penting dalam membantu menyampaikan kefahaman yang tepat kepada rakyat mengenai cabaran keselamatan semasa, kepentingan pertahanan yang kukuh, kesiapsiagaan negara serta pembangunan keupayaan masa hadapan.
Terima kasih Utusan Malaysia atas kunjungan dan kesudian mengadakan sesi wawancara pada hari ini.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan hadir dalam sesi podcast sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO.
Antara yang disentuh ialah cabaran keselamatan semasa, perkembangan geopolitik dunia, kesiapsiagaan pertahanan negara, pendirian berkecuali Malaysia serta hala tuju UMNO melalui gagasan Rumah Bangsa.
Terima kasih kepada Datuk Dr Noor Azizan atas jemputan dan ruang perbincangan yang cukup bermakna.
Semoga UMNO terus menjadi wadah perjuangan yang relevan, sederhana dan berprinsip demi bangsa, agama dan negara.
#khalednordinmindef
#80tahunumno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji 2026 anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang telah berlangsung di BZ Restoran Pengantin, Masai sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para tetamu Allah yang bakal menunaikan ibadah haji.
Seramai 38 orang bakal jemaah haji telah diraikan melalui penyampaian sumbangan, hadiah serta cenderamata, dengan harapan agar semua dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.
#khalednordinmindef
#umno
#pasirgudangThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ir. Azizul Azily Ahmad sempena tamatnya perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan beliau sepanjang menerajui syarikat yang merupakan sebahagian daripada ekosistem strategik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Semoga Ir. Azizul terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kejayaan dalam fasa baharu kehidupan.
Selamat maju jaya.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KONVENSYEN PERTAMA GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN VETERAN ATM
Merasmikan Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM.
Gabungan ini diwujudkan susulan keputusan Majlis Veteran Kebangsaan pada 2024 yang menghimpunkan 116 persatuan induk dan 405 cawangan, menjadikan keseluruhan 521 entiti di bawah satu wadah yang lebih tersusun.
Langkah ini penting supaya suara veteran dapat dibawa dengan lebih berkesan demi perhatian kerajaan dan kesejahteraan komuniti veteran seluruh negara.
Veteran ATM bukan sekadar bekas perajurit, tetapi aset negara yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi. Menghargai veteran bererti menghormati jasa pahlawan yang telah berkorban untuk tanah air.
Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuh sokongan, membuka peluang baharu dan memastikan kehidupan pasca perkhidmatan yang lebih baik buat veteran ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatmThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 serta Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 peringkat Parlimen Kota Tinggi bagi DUN Johor Lama yang berlangsung di Dewan Taman Pasak Indah, menghimpunkan 53 bakal jemaah haji yang masing-masing menerima sumbangan sebagai persiapan menunaikan ibadah.
Dalam majlis yang sama, 66 pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Johor Lama turut diraikan daripada keseluruhan 105 pelajar di Parlimen Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKASA VETERAN ATM MELANGKAUI SOAL KEBAJIKAN SEMATA-MATA
Diberikan penghormatan merasmikan Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Bangi.
Penubuhan gabungan ini susulan keputusan Majlis Veteran Kebangsaan pada 2024 yang melibatkan 116 persatuan induk dan 405 cawangan, menjadikan keseluruhan 521 entiti. Platform ini penting agar suara veteran dapat disusun dan diangkat secara lebih berkesan demi perhatian kerajaan.
Bagi Kementerian Pertahanan, memastikan kesejahteraan veteran merupakan satu tanggungjawab moral sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
Veteran ATM bukan sekadar bekas perajurit, tetapi modal insan negara yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara. Memberi perhatian kepada veteran adalah satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan.
Bangsa yang besar adalah bangsa yang tidak melupakan jasa pahlawannya.
Sebab itu, tumpuan kementerian tidak terhenti kepada soal kebajikan semata-mata. Kita mahu memperkukuh sistem sokongan secara berterusan, membina upaya veteran, membuka peluang pekerjaan dan memastikan kehidupan pasca perkhidmatan yang lebih baik.
Antara usaha diperkasa termasuk Work-Based Learning (WBL), penambahbaikan PERHEBAT, Program ProWIRA, reskilling, upskilling serta JanaVeteran bagi veteran yang telah bersara.
Matlamatnya jelas, apabila keluar kelak, anggota dan veteran ATM mempunyai pengiktirafan, peluang pekerjaan yang baik, pendapatan bermaruah dan masa depan yang lebih terjamin, insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF perhebat pelan veteran ATM, sasar 50% pesara peroleh pekerjaan malaysiagazette.com/2026/04/27/mindef-perhebat-pelan-vete…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Veterans' groups coalition to boost upskilling schemes for ex-servicemen | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/27/veterans039-gro…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Veteran ATM harus jadi aset produktif negara, bukan sekadar ‘pencen’ - TVS www.tvsarawak.my/2026/04/27/veteran-atm-harus-jadi-aset-p…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Umno's Melaka strategy a 'party secret', says Khaled www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1427094/umnos-melaka-s…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM KE-92
27 April 2026 merupakan tarikh penuh bersejarah apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melangkah ke tahun ke-92 sebagai benteng pertahanan maritim negara, teguh berdiri di barisan hadapan dalam memastikan kedaulatan tanah air terus terpelihara.
Kementerian Pertahanan akan terus berusaha meningkatkan keupayaan aset dan kesiapsiagaan TLDM, di samping memastikan kesejahteraan warganya sentiasa diberi perhatian.
Mewakili negara, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, anggota serta para veteran TLDM atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara. Jasa kalian sentiasa dihargai dan tidak sesekali dilupakan.
Semoga TLDM terus melakar kecemerlangan, kekal gagah di samudera serta sentiasa dirahmati dalam melaksanakan amanah kepada negara.
TLDM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA
#khalednordinmindef
#tldm92 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 & Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 Peringkat Parlimen Kota Tinggi bagi kawasan DUN Sedili berlangsung semalam di Dewan Terbuka SMK Bandar Easter, Kota Tinggi menghimpunkan 35 bakal jemaah haji serta pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Sedili, Kota Tinggi sebagai tanda sokongan dan penghargaan.
Setiap bakal jemaah haji menerima sumbangan sebagai dorongan, manakala pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Sedili, Kota Tinggi turut diraikan atas pencapaian mereka.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi tuntutan bagi setiap Muslim yang berkemampuan, serta perjalanan rohani yang penuh keberkatan.
Petang ini, saya telah menghadiri Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji 2026 anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang yang berlangsung di BZ Restoran Pengantin sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada para bakal jemaah.
Seramai 38 orang bakal haji telah diraikan dalam majlis ini melalui penyampaian sumbangan, hadiah serta cenderamata sebagai tanda ingatan dan penghormatan.
Semoga kesemua bakal jemaah haji dipermudahkan urusan perjalanan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh haji yang mabrur.
#khalednordinmindef
#umno
#pasirgudang -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyantuni seramai 35 bakal jemaah haji serta meraikan 39 pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Sedili dalam Majlis Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 & Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 Peringkat Parlimen Kota Tinggi yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Bandar Easter.
Setiap bakal jemaah haji menerima sumbangan sebagai tanda sokongan dan doa agar dipermudahkan urusan mereka menunaikan ibadah.
Seramai 105 pelajar cemerlang SPM 2025 dari kawasan Parlimen Kota Tinggi turut diraikan sebagai penghargaan atas pencapaian membanggakan mereka.
Disamping itu, turut disampaikan maklumat dalam usaha menangani gangguan bekalan air di kawasan Felda Lok Heng dan Bukit Waha dimana ianya sedang dilaksanakan melalui langkah jangka pendek dan panjang termasuk pemasangan loji penyahgaraman serta projek penyaluran air mentah yang dijangka siap pada tahun hadapan.
Pada masa yang sama, turut diumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada pihak sekolah bagi menambah baik kemudahan sedia ada serta RM12,000 khusus untuk keperluan pelajar tingkatan enam sebagai pelaburan berterusan dalam pembangunan pendidikan generasi muda.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan hari ini membawa keberkatan serta memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengadakan penaziran di UMNO Bahagian Segamat dan Labis, meninjau persiapan setiap Bahagian untuk menghadapi pilihanraya negeri yang boleh diadakan pada bila- bila masa. Telah mensarankan supaya semua sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan mesti kerja kuat untuk menangkan parti.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, pagi ini UMNO Bahagian Pasir Gudang menerima lawatan penaziran dari YB Dato’ Seri Ahmad Maslan, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor (merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya)
Terima kasih Dato’ Seri Ahmad Maslan atas masa, nasihat dan amanat yang diberikan. Terima kasih juga kepada seluruh ahli jawatankuasa yang hadir — inilah semangat perjuangan yang kita pertahankan.
Hidup UMNO! Hidup Melayu!
#umnopasirgudang #umnojohor #barisannasional #mediaumnopg -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Peperangan kini bermula di ruang digital, kata Menteri Pertahanan www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1537208/pepera…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Services'Asia drives tech transfer, knowledge to boost capability www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1424913/defence-servic…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
6 keutamaan strategik perkukuh pertahanan digital negara www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1537575/6-keut…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC ASIA 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA
DSA & NATSEC Asia 2026 melabuhkan tirai dengan jayanya apabila penganjuran kali ini berlangsung lancar dan menerima sambutan memberangsangkan meskipun dunia berdepan ketegangan geopolitik semasa.
Kehadiran 48,347 pelawat perdagangan membuktikan keyakinan tinggi komuniti antarabangsa terhadap Malaysia sebagai tuan rumah platform pertahanan dan keselamatan bertaraf dunia.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini khususnya penganjur, peserta, delegasi, warga Kementerian Pertahanan serta ATM.
Penganjuran kali ini mencatat pencapaian penting apabila buat pertama kali penganugerahan ICP diperkenalkan sebagai instrumen strategik untuk membangunkan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti.
Semakin banyak syarikat tempatan kini tampil mempamerkan produk keluaran sendiri, manakala syarikat OEM antarabangsa pula menunjukkan kesediaan menjalinkan usaha sama, melaksanakan MRO tempatan serta menyokong agenda pembangunan industri pertahanan negara.
Selepas hampir 40 tahun dan memasuki edisi ke-19, DSA kini menjadi acara penting dalam kalender pertahanan negara, membuka laluan kepada syarikat tempatan menyertai rantaian bekalan global serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali yang dihormati.
Insya-Allah, DSA & NATSEC Asia akan kembali pada 17 hingga 20 April 2028 untuk terus menyemarakkan inovasi, memperkukuh kolaborasi dan membina masa depan yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sempat bergambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan media pada hari terakhir DSA & NATSEC Asia 2026.
Terima kasih atas usaha dan komitmen dalam menjayakan liputan sepanjang DSA & NATSEC Asia 2026 sejak sebelum pameran bermula secara rasmi Isnin lalu.
Profesionalisme anda semua amat dihargai dalam memastikan setiap perkembangan sektor pertahanan dan keselamatan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat dan pantas.
Bersama-sama kita memperkukuh kefahaman awam terhadap usaha memelihara keselamatan serta memperkasa pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
LANGKAH AWAL PEMBANGUNAN HAB INDUSTRI PERTAHANAN DI MELAKA
Pada hari terakhir DSA & NATSEC Asia 2026, sempat menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Makine ve Kimya Endüstrisi (MKE) dari Republik Türkiye, Anzeco Powertech Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Melaka Corporation (MCORP).
Majlis turut disaksikan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.
Kerjasama ini membuka langkah awal pembangunan Hab Industri Pertahanan di Jasin, Melaka dengan anggaran pelaburan USD100 juta.
Inisiatif ini turut menyasarkan kandungan tempatan sehingga 40% yang akan menyumbang kepada sistem pertahanan serta pembangunan kilang amunisi yang melibatkan pembangunan vendor, tenaga kerja mahir dan pemindahan teknologi.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA platform diplomasi pertahanan, himpun negara berseteru bawah satu bumbung www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1349627/dsa-platform-d…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[Air Times News Network] DSA 2026 buka peluang industri tempatan, kukuhkan diplomasi pertahanan www.airtimes.my/2026/04/23/dsa-2026-buka-peluang-industri…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF serah polis siasat kes pegawai tentera pandu mabuk www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1349618/mindef-serah-p…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Efforts to reach consensus in Middle East conflict must continue, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/23/efforts-to-reac…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tiada asas pihak luar ambil alih kawalan keselamatan Selat Melaka www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1349622/tiada-asas-pih…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA, NATSEC Asia 2026 platform penting di tengah ketegangan global malaysiagazette.com/2026/04/23/dsa-natsec-asia-2026-platf…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
UPNM FORUM: SHAPING THE FUTURE FORCE - AI & CYBERSECURITY AS THE VANGUARD OF NATIONAL DIGITAL DEFENCE
Selain pameran aset dan teknologi, DSA & NATSEC Asia 2026 turut menjadi platform forum strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, pakar keselamatan, akademia dan industri.
Saya telah menyampaikan ucaptama di Forum UPNM dengan menegaskan bahawa kesiapsiagaan pertahanan siber serta integrasi AI amat penting dalam mendepani ancaman moden.
Masa depan peperangan semakin bersifat asimetrik.
Malaysia perlu memperluas keupayaan ke domain siber dan elektromagnetik, melahirkan bakat baharu serta memperkukuh ekosistem inovasi melalui cadangan menubuhkan “Centre of Excellence” bersama universiti dalam AI, keselamatan siber dan teknologi strategik.
Usaha ini turut memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan akademia demi memperkukuh keselamatan negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKUKUH KESIAPSIAGAAN NEGARA MENDEPANI ANCAMAN MODEN
Selain pameran aset dan teknologi pertahanan, DSA & NATSEC Asia 2026 turut menjadi ruang forum strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, pakar keselamatan, akademia dan industri.
Saya berkesempatan menyampaikan ucaptama sempena Forum UPNM dengan menegaskan bahawa kesiapsiagaan pertahanan siber dan integrasi AI amat penting bagi menjamin keselamatan Malaysia daripada ancaman moden.
Pertama, masa depan peperangan semakin bersifat asimetrik, di mana kelebihan ditentukan oleh inovasi, teknologi dan keupayaan menyesuaikan diri.
Kedua, Malaysia perlu memperluas keupayaan ATM ke domain siber dan elektromagnetik selari dengan Kertas Putih Pertahanan.
Ketiga, negara mesti melabur dalam modal insan melalui institusi seperti UPNM bagi melahirkan bakat dalam AI, keselamatan siber dan strategi pertahanan.
Keempat, modal insan ini perlu disokong ekosistem penyelidikan dan inovasi yang kukuh, termasuk cadangan penubuhan “Centre of Excellence” bersama universiti dalam bidang AI, keselamatan siber, dron, UAV, roket dan misil, berdasarkan keupayaan serta roadmap yang jelas.
Kelima, ekosistem pertahanan siber yang berdaya tahan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan akademia.
Kementerian Pertahanan mengalu-alukan kerjasama bersama UPNM, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara serta agensi lain.
Ancaman siber akan terus berkembang. Justeru, kesiapsiagaan negara mesti dilaksanakan secara berterusan, proaktif dan melibatkan seluruh sektor masyarakat demi memperkukuh keselamatan negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Digital disruptions the new front line of war, says defence minister www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1424371/digital-disrup…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kedaulatan negara bukan sekadar sempadan, tetapi penguasaan teknologi sendiri - Mohamed Khaled www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1349482/kedaulatan-neg…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - DSA 2026: MINDEF TO FOCUS ON HIGH-QUALITY HUMAN CAPITAL IN FACING ASYMMETRIC WARFARE - MOHAMED KHALED www.bernama.com/tv/news.php?id=2548361
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia perkukuh pertahanan siber, bangun PSEP dan libatkan belia – Khaled malaysiagazette.com/2026/04/23/malaysia-perkukuh-pertahan…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia perkukuh pertahanan siber, UPNM digesa lahir pemimpin kuasai AI ohmymedia.cc/malaysia-perkukuh-pertahanan-siber-upnm-dige…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MAJLIS PEMETERAIAN DAN PENYERAHAN KONTRAK, SURAT NIAT SERTA ICP SEMPENA DSA & NATSEC ASIA 2026
Menyaksikan majlis pemeteraian dan penyerahan 24 instrumen melibatkan 12 kontrak perolehan, 4 surat niat dan 8 tawaran ICP bernilai keseluruhan RM3.542 bilion sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di Kuala Lumpur.
Inisiatif ini memperkukuh keupayaan ATM, memacu pembangunan industri pertahanan tempatan serta selari dengan aspirasi DIPN, termasuk menyokong keperluan operasi masa hadapan dan pendekatan peperangan asimetrik demi kemandirian strategik negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pembenihan awan dibuat atasi kemarau di Kota Tinggi - Utusan Malaysia www.utusan.com.my/nasional/2026/04/pembenihan-awan-dibuat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled Nordin: Desalination plant, cloud seeding deployed as water crisis hits 4,000 in Kota Tinggi | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/04/22/khaled-nordin-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MAJLIS PEMETERAIAN DAN PENYERAHAN KONTRAK, SURAT NIAT SERTA ICP SEMPENA DSA & NATSEC ASIA 2026
Berkesempatan menyaksikan majlis pemeteraian dan penyerahan 24 instrumen melibatkan 12 kontrak perolehan, 4 surat niat dan 8 tawaran Industrial Collaboration Program (ICP) dengan keseluruhan nilai RM3.542 bilion sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di Kuala Lumpur.
Penganugerahan ICP yang julung kali diadakan ini mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui pemindahan ilmu, teknologi serta pembangunan kapasiti kepada syarikat tempatan bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam ekosistem pertahanan negara.
Usaha ini selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk membina keupayaan tempatan secara berperingkat, mengurangkan kebergantungan kepada luar negara serta memperkukuh kemandirian strategik negara.
Dalam masa sama, kontrak serta surat niat yang dimeterai turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan keupayaan ATM, termasuk perolehan kelengkapan bagi aset maritim dan sistem yang menyokong kesiapsiagaan pertahanan negara.
Langkah ini juga mendukung keperluan operasi masa hadapan yang menuntut kesalinghubungan lebih menyeluruh antara aset dan pelbagai sistem pertahanan melalui pendekatan “network centric operation”.
Malaysia juga akan terus menyesuaikan strategi perolehan dengan keperluan semasa, termasuk pendekatan asimetrik bagi memastikan kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia pivots to asymmetric warfare with focus on missiles, drones www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1423902/malaysia-pivot…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef meterai kontrak RM3.5 bilion termasuk 101 misil untuk LCS, LMS - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/04/22/mindef-meterai-kontrak-rm3-5-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan meterai kontrak RM3.54 bilion di DSA 2026 | Berita Harian www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2026/04/1536969/kemen…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DAN VETERAN KETENTERAAN AFRIKA SELATAN
Menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan dan Veteran Ketenteraan Afrika Selatan, TYT Bantu Holomisa, sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di Kuala Lumpur.
Hubungan pertahanan Malaysia dan Afrika Selatan terus berkembang apabila kedua-dua negara bersetuju untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertahanan 1996 melalui pemeteraian Protokol yang dijadualkan tahun ini di Pretoria.
Kami bersetuju untuk terus memperluas kerjasama dalam industri pertahanan, merangkumi pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran teknikal serta usaha memperkukuh ekosistem industri yang mampan demi meningkatkan kemandirian kedua-dua negara.
🇲🇾🇿🇦
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK TÜRKIYE
Saya menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan Negara Republik Türkiye, TYT Musa Heybet, sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
Republik Türkiye merupakan antara 6 negara yang mempunyai pavilion terbesar pada penganjuran kali ini, melibatkan penyertaan lebih 80 buah syarikat, sekali gus menzahirkan sokongan berterusan terhadap platform pertahanan dan keselamatan bertaraf ini.
Pertemuan ini membuka ruang memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia dan Republik Türkiye, khususnya dalam aspek pemindahan teknologi, pembangunan keupayaan tempatan serta kerjasama industri yang memberi manfaat bersama.
🇲🇾🇹🇷
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MENYAKSIKAN PEMETERAIAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI PERTAHANAN
Berkesempatan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Advanced Defence Systems Sdn Bhd bersama KNDS France dan Thales Six GTS France SAS sempena DSA & NATSEC Asia 2026 hari ini.
Kerjasama bersama KNDS memberi tumpuan kepada sistem artileri 105mm LG1 MKIII serta Caesar 155mm Self-Propelled Howitzer, termasuk pemasangan, integrasi dan ujian tempatan di Malaysia.
Kerjasama bersama Thales pula melibatkan penawaran sistem komunikasi taktikal HF XL serta pembangunan talian pemasangan radio tempatan.
Ia memperlihatkan komitmen syarikat OEM antarabangsa dalam menyokong pembangunan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan dan pengukuhan keupayaan strategik negara.
Langkah ini selaras aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk membina ekosistem pertahanan yang lebih berdaya saing, berteknologi tinggi dan mampan.
Turut serta dalam acara ini syarikat-syarikat tempatan yang menjadi vendor ADS untuk meningkatkan kandungan tempatan sistem meriam dan radio.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
USAHA TANGANI GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA LOK HENG DAN FELDA WAHA
Cuaca kering berpanjangan telah menyebabkan paras air Sungai Ulu Sedili Kecil merosot dengan ketara sehingga tidak lagi mampu menampung keperluan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng, seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan Felda Lok Heng dan Felda Waha, Kota Tinggi serta menjejaskan lebih 4,000 pengguna.
Pelbagai usaha mitigasi telah dilaksanakan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri bersama pihak berkaitan, termasuk penggunaan air bawah tanah melalui telaga tiub serta percubaan pemindahan air dari Sungai Lukah.
Namun begitu, kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat diteruskan berikutan keadaan sumber air yang terhad, selain tahap kemasinan tinggi di Sungai Lukah yang tidak sesuai untuk dirawat menggunakan fasiliti sedia ada di LRA Lok Heng.
Sebagai langkah penyelesaian segera, Ranhill SAJ kini sedang memindahkan dan memasang set loji penyahgaram dari Forest City ke LRA Lok Heng. Loji itu dijangka mampu menghasilkan sekitar dua juta liter air terawat sehari.
Usaha ini diharapkan dapat membantu memulihkan dan menstabilkan semula bekalan air secepat mungkin, sekali gus mengurangkan kesulitan yang dihadapi penduduk terjejas di kawasan berkenaan. Saya difahamkan perlaksanaan loji penyahgaram menghadapi kelewatan sedikit.
Saya juga ingin maklumkan hari ini dan esok 22 dan 23 April, tindakan Pembenihan Awan akan dilakukan. Tarikh ini dipilih kerana sebelum ini didapati awan di kedua kawasan ini nipis dan tak sesuai untuk dilakukan pembenihan awam.
Marilah sama-sama berdoa dan memohon kepada Illahi agar cabaran gangguan bekalan air ini dapat diatasi.
Terima kasih
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PUTRAJAYA FORUM 2026
Selain pameran pertahanan dan keselamatan, DSA & NATSEC Asia 2026 turut menganjurkan Putrajaya Forum sebagai platform dialog strategik berprofil tinggi di Kuala Lumpur.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berangkat mencemar duli ke Putrajaya Forum ke-8 serta berkenan menyampaikan Royal Keynote Address.
Dunia kini sudah banyak berubah. Teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, bioteknologi dan komunikasi termaju kini sedang mengubah keseimbangan risiko serta landskap keselamatan global.
Malaysia perlu terus bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan pantas agar kekal selamat, berdaya tahan dan mampu mempertahankan kepentingan negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINISTERIAL DINNER FOR DSA & NATSEC ASIA 2026
Honoured to host the Ministerial Dinner for DSA & NATSEC Asia 2026 in Kuala Lumpur.
The gathering brought together ministers and international delegates in a warm setting while showcasing Malaysia’s unique culture.
May this strengthen defence cooperation and our shared commitment to regional peace and stability.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC Asia 2026 bukan sekadar pameran, tetapi platform strategik yang memperkukuh kerjasama melalui pemeteraian pelbagai memorandum dan inisiatif antara kerajaan, industri serta institusi.
Antara yang berlangsung ialah kerjasama MINDEF bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Projek Ehsan Perwira yang turut disaksikan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari.
Turut dimeterai kerjasama STRIDE bersama syarikat industri pertahanan tempatan, PERHEBAT bersama syarikat-syarikat industri pertahanan, Global Turbine Asia (GTA) Sdn Bhd bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), serta pelancaran produk pertahanan tempatan Radio Komunikasi Malaysia (RADKOM) keluaran Mindmatics Sdn Bhd.
Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan teknologi, latihan bakat tempatan, peluang kerjaya veteran serta pengukuhan ekosistem industri pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
SYARIKAT TEMPATAN JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AIRBUS PERKUKUH INDUSTRI PERTAHANAN
Berkesempatan menyaksikan pemeteraian MoU dan Letter of Intent antara Airbus Defence and Space serta Airbus Helicopters bersama lima syarikat tempatan sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Syarikat terlibat ialah Boustead Holdings Berhad, AIROD Sdn Bhd, Global Turbine Asia Sdn Bhd serta Ikramatic Systems Sdn Bhd.
Kerjasama ini meliputi latihan berkaitan satelit, peluasan keupayaan helikopter ketenteraan, peningkatan keupayaan MRO pesawat A400M TUDM, pengukuhan penyelenggaraan pesawat tentera serta penaiktarafan simulator H225.
Ini membuktikan syarikat OEM global seperti Airbus bukan sekadar membekalkan aset, malah komited menyokong syarikat tempatan melalui pemindahan teknologi, pembangunan bakat, penyelenggaraan bernilai tinggi dan peluasan rantaian bekalan global.
Langkah ini selaras aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkasa industri tempatan ke tahap lebih tinggi.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BOUSTEAD METERAI KERJASAMA STRATEGIK PERKUKUH EKOSISTEM PERTAHANAN NEGARA
Berkesempatan menyaksikan Boustead Holdings Berhad, syarikat berkaitan LTAT, memeterai beberapa kerjasama strategik sempena DSA & NATSEC Asia 2026 bersama Affin Bank Berhad, SMP Co. Ltd., Uzma Space and Defence Sdn Bhd, ENRA Energy Solutions, MS Waste Management Sdn Bhd, Netcom X Sdn. Bhd. dan ASELSAN.
Antara tumpuan utama ialah pembangunan keupayaan komunikasi satelit serta inisiatif satelit GEO, sekali gus menyediakan Boustead ke arah penglibatan lebih besar dalam sektor satelit dan teknologi strategik negara.
Kerjasama lain yang dimeterai turut merangkumi sektor kewangan, penyelamatan kapal selam, angkasa, penyelenggaraan aset TLDM, pengurusan sisa berjadual serta telekomunikasi pertahanan.
Langkah ini mencerminkan peranan Boustead dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara, selaras aspirasi Kementerian Pertahanan untuk membangunkan keupayaan tempatan yang lebih mampan dan berdaya saing.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat meninjau reruai pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini selepas Baginda berkenan menyampaikan Royal Keynote Address sempena Putrajaya Forum ke-8.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PUTRAJAYA FORUM KE-8 BINCANG PERUBAHAN WAJAH PEPERANGAN MASA DEPAN
Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berangkat mencemar duli ke Putrajaya Forum ke-8 sempena DSA & NATSEC Asia 2026, seterusnya menyampaikan Royal Keynote Address.
Berpeluang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena forum bertemakan “ASEAN Security at the Edge of Emerging Technologies” yang menghimpunkan pemimpin pertahanan, pakar strategik dan pemain industri antarabangsa.
Dalam ucapan tersebut, saya menegaskan landskap peperangan kini berubah pantas hasil kemunculan teknologi baharu seperti AI, sistem autonomi, teknologi kuantum, angkasa, hipersonik dan komunikasi generasi baharu yang sedang mengubah corak operasi ketenteraan dunia.
Malaysia memahami perubahan ini dan perlu menyesuaikan keutamaan pertahanan negara dengan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan tempatan, pengeluaran sistem yang lebih kos efektif, pantas dihasilkan serta sesuai dengan keperluan “asymmetric warfare”.
Konflik semasa membuktikan kelebihan masa depan tidak lagi bergantung semata-mata kepada aset mahal, sebaliknya kepada keupayaan menghasilkan teknologi secara besar-besaran, integrasi sistem, data, kepantasan bertindak dan penguasaan maklumat.
Masa depan pertahanan menuntut negara bergerak lebih tangkas, inovatif dan bersedia menghadapi ancaman baharu yang semakin kompleks.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC ASIA 2026 BUKA TIRAI
Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pameran ini berlangsung ketika geopolitik dunia sedang merubah rantaian bekalan global.
Meskipun berdepan ketidaktentuan semasa, Malaysia berjaya menarik pelaburan tinggi dalam sektor pembuatan, semikonduktor dan aeroangkasa.
Industri tempatan khususnya perlu merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan dunia.
DSA & NATSEC Asia membuka ruang kerjasama strategik, pemindahan teknologi serta penerokaan pasaran baharu kepada pemain industri tempatan.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINISTERIAL DINNER SEMPENA DSA & NATSEC ASIA 2026
Berkesempatan mengehoskan Ministerial Dinner sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di Kuala Lumpur malam ini.
Menghimpunkan delegasi antarabangsa yang turut serta dalam DSA & NATSEC Asia 2026, termasuk menteri dan wakil negara, dalam suasana muhibah sambil menampilkan keunikan budaya Malaysia.
Semoga pertemuan ini terus memperkukuh persefahaman, kerjasama pertahanan dan komitmen bersama demi keamanan serta kestabilan serantau.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Teknologi baharu ubah landskap peperangan, ASEAN perlu bertindak – Khaled malaysiagazette.com/2026/04/21/teknologi-baharu-ubah-land…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled: Asean must rethink defence as new techs reshape warfare www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1422674/khaled-asean-m…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Jeoung Giyoung, Deputy Minister Defense Acquisition Program Administration (DAPA), Republik Korea sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Syarikat-syarikat Korea Selatan terus menjadi antara pemain industri yang konsisten menyertai pameran DSA saban tahun, mencerminkan komitmen berterusan serta keyakinan tinggi terhadap potensi besar Malaysia dan rantau ASEAN dalam sektor industri dan teknologi pertahanan.
Dalam kesempatan ini, kami turut bertukar pandangan mengenai peluang baharu serta usaha memperkukuh kerjasama strategik yang boleh dibangunkan secara bersama antara kedua-dua negara.
🇲🇾🇰🇷
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam, TYT Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Berbesar hati dengan kehadiran beliau yang terus-menerus menyokong penganjuran DSA, mencerminkan hubungan persaudaraan dan serumpun yang erat antara Malaysia dan Brunei.
Kami turut bertukar pandangan mengenai keadaan serta kedudukan pasukan pengaman MALBATT 850-13 yang turut disertai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dengan tekad bersama untuk memastikan keselamatan pasukan di lapangan serta sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
🇲🇾🇧🇳
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, TYT Chan Chun Sing sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Menghargai sokongan konsisten Singapura terhadap penganjuran DSA sebagai antara acara paling berprestij dalam industri pertahanan serantau.
Kami turut berpandangan bahawa perkembangan geopolitik semasa wajar dijadikan iktibar, sekali gus memperkukuh komitmen bersama untuk terus memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN.
🇲🇾🇸🇬
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PAVILION MINDEF DIRASMI, ROAD TO LIMA 2027 BERMULA
Berkesempatan menyempurnakan pelancaran Pavilion Kementerian Pertahanan sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
Pavilion MINDEF mengetengahkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), R&D pertahanan, projek pertahanan nasional, peranan Majlis Industri Pertahanan (MIP) dan Portal Industri Pertahanan (MyIP).
Turut berlangsung penyerahan Surat Setuju Terima kepada Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd sebagai permulaan rasmi inisiatif Road to LIMA 2027.
LIMA 2027 dijadual berlangsung pada 20 hingga 24 April 2027 dan akan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai platform strategik sektor maritim, aeroangkasa serta diplomasi pertahanan antarabangsa.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026
#lima2027 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
SEKITAR LAWATAN KE RERUAI DSA & NATSEC ASIA 2026 BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
Mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meninjau reruai pameran 19th Defence Services Asia (DSA) 2026 dan 4th International Exhibition on National Security for Asia (NATSEC Asia) 2026 hari ini.
Lawatan ini memberi peluang melihat pelbagai teknologi pertahanan dan keselamatan terkini merangkumi inovasi darat, maritim, aeroangkasa, keselamatan siber serta penyelesaian strategik masa hadapan.
Penganjuran DSA & NATSEC Asia 2026 terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform dipercayai bagi kerjasama industri, diplomasi pertahanan dan penerokaan teknologi baharu di peringkat antarabangsa.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysian firms already part of global defence supply chain, says minister www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1422000/malaysian-firm…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Nation eyes deeper role in global defence supply chain as local firms expand capabilities | Malaysia | The Vibes www.thevibes.com/articles/news/122077/nation-eyes-deeper-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC ASIA 2026 BUKA TIRAI HARI INI
Kementerian Pertahanan berbesar hati menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan pameran 19th Defence Services Asia (DSA) 2026 dan 4th International Exhibition on National Security for Asia (NATSEC Asia) 2026 hari ini.
Penganjuran kali ini berlangsung ketika dunia berdepan cabaran geopolitik, ketidaktentuan ekonomi serta perubahan pesat landskap pertahanan dan keselamatan global.
Sepanjang empat hari penganjuran, acara ini membuka ruang luas kepada sesi dialog strategik, diplomasi pertahanan, perkongsian pengetahuan, jaringan kerjasama industri serta penerokaan teknologi pertahanan dan keselamatan terkini dari seluruh dunia.
Malaysia terus diyakini sebagai platform yang stabil, dipercayai dan berkecuali untuk menghimpunkan pelbagai pihak.
Keyakinan ini turut didorong kekuatan Malaysia sebagai hab pembuatan bernilai tinggi dalam sektor aeroangkasa, semikonduktor dan teknologi maju, disokong budaya ketepatan, kecekapan serta tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Semoga DSA & NATSEC Asia 2026 menjadi pemangkin kepada masa depan pertahanan dan keselamatan global yang lebih kukuh, progresif dan berdaya tahan.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PRESS WALKABOUT DSA & NATSEC ASIA 2026
Meninjau persiapan akhir menjelang pembukaan rasmi pameran DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
Penganjuran kali ini menghimpunkan 1,456 syarikat dari 63 negara termasuk 368 syarikat tempatan serta 37 pavilion antarabangsa. Antara pavilion terbesar ialah China, Türkiye, AS, Itali, India dan UAE, manakala penyertaan baharu melibatkan Croatia, Finland, Hungary, Japan dan Russia.
Semoga penganjuran DSA & NATSEC Asia 2026 pada 20 hingga 23 April ini berjalan lancar serta terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform neutral yang diyakini dunia bagi sektor pertahanan dan keselamatan.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang bertemu Pak Jusuf Kalla, mantan Wakil Presiden Republik Indonesia dari tahun 2004-2009 dan 2014-2019. Masih lagi cergas dan tajam pemikiran dan bertukar fikiran dan pandangan mengenai konflik dunia dan cabaran serantau #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
BERNAMA TV 🇲🇾
@BernamaTV
#bernamaglobal : Pameran DSA, NATSEC bukti kekuatan diplomasi pertahanan Malaysia
#digitalbernamatv #pertahanan #dsa #natsecThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PLATFORM NEUTRAL MALAYSIA HIMPUNKAN DUNIA DI DSA & NATSEC ASIA 2026
Membuat tinjauan akhir sempena pameran Defence Services Asia (DSA) & National Security Asia (NATSEC) Asia 2026 menjelang pembukaannya esok hingga Khamis di MITEC, Kuala Lumpur.
Walaupun dunia ketika ini berdepan pelbagai cabaran geopolitik dan konflik semasa, penganjuran kali ini tetap berjaya menghimpunkan 1,456 syarikat dari 63 negara, termasuk pavilion besar dari China, Türkiye, AS, Itali, India dan UAE, selain penyertaan pavilion baharu oleh Croatia, Finland, Hungary, Japan dan Russia.
Ia membuktikan keyakinan tinggi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia yang menyediakan platform neutral bertaraf dunia bagi sektor pertahanan dan keselamatan, serta menghimpunkan teknologi pertahanan terkini dan termaju dari seluruh dunia.
Dengan tema “Enhancing Capabilities and Resilience Through Technology”, pameran ini menegaskan kepentingan teknologi moden dalam memperkukuh pertahanan dan keselamatan masa hadapan.
Sebanyak 368 syarikat tempatan turut mengambil bahagian, selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang diperkenalkan awal tahun ini bagi memperkasa industri tempatan serta meningkatkan kandungan tempatan dalam perolehan pertahanan.
Turut diperkenalkan segmen baharu seperti CDIM Pavilion, CBRNE Arena, Firearms & Tactical Gear, DSA & NATSEC Asia Lab serta Business-to-Business MOUs @ Centre Stage yang membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik dan urus niaga industri.
Penganjuran ini turut diperkukuh melalui Putrajaya Forum dan UPNM Forum, selain menjadi platform penting diplomasi pertahanan dan jaringan kerjasama antarabangsa.
#khalednordinmindef
#dsa2026
#natsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence minister defends DSA-Natsec Asia 2026, says arms expo is neutral trade platform | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/04/19/defence-minist…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Iran tarik diri sertai DSA 2026, konflik Asia Barat jejas logistik dan penyertaan - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535515/iran-t…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Holding DSA 2026 amid global challenges reflects the expo's strength, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/19/holding-dsa-202…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia akan pastikan situasi Selat Hormuz tak berulang di Selat Melaka - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535513/malays…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA 2026: Malaysia Perkukuh Pertahanan Berasaskan Teknologi Moden | The Rakyat insight therakyatinsight.com/dsa-2026-malaysia-perkukuh-pertahana…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA & NATSEC ASIA 2026: Malaysia teguh platform neutral, teknologi jadi teras pertahanan masa depan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA dan NATSEC 2026 kekal platform neutral buat negara terlibat - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/04/19/dsa-dan-natsec-2026-kekal-pla…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DSA dan NATSEC Asia 2026 himpun 1,456 syarikat dari 63 negara www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1535521/dsa-da…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
From tomorrow until Thursday, Malaysia welcomes exhibitors, delegates and distinguished guests from across the world to the 19th Defence Services Asia (DSA) Exhibition & Conference and the 4th International Exhibition on National Security for Asia (NATSEC Asia) 2026 at MITEC, Kuala Lumpur.
DSA & NATSEC Asia 2026 is not merely an exhibition showcasing the latest and most advanced defence and security technologies from around the world, but also a strategic platform that serves as a neutral space for nations to strengthen ties through defence diplomacy and constructive engagement.
It also features high-level forums that bring together governments, industry leaders and defence communities to advance cooperation and shared security priorities, while creating opportunities for local industry players to elevate their capabilities through partnerships, innovation and global market exposure.
I warmly welcome all attendees and wish our esteemed guests fruitful engagements and a pleasant stay throughout DSA & NATSEC Asia 2026.
#dsa2026
#natsecasia2026
#dsaandnatsecasia2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada 17 April 2026.
Mesyuarat menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, En Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia.
UMNO juga bersetuju mempermudahkan permohonan menjadi ahli melalui pendaftaran secara atas talian.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semua anggota MALBATT 850-13 di selatan Lubnan dalam keadaan selamat - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1534862/semua-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled: Lebanon-Israel ceasefire a step forward, but risks remain www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1419978/khaled-lebanon…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
SAMBUTAN RASMI PERDANA MENTERI AUSTRALIA DI PUTRAJAYA
Menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Australia, TYT Anthony Albanese ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
Lawatan ini mencerminkan hubungan erat dan kukuh antara Malaysia serta Australia yang terus berkembang berteraskan saling percaya, kepentingan bersama dan komitmen memperkukuh kestabilan serantau.
Malaysia menghargai kedudukan Australia sebagai rakan strategik penting dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan.
Dalam aspek pertahanan, Malaysia menghargai Australia sebagai rakan strategik penting yang sekian lama bekerjasama rapat dalam bidang latihan ketenteraan, pembangunan keupayaan serta kerjasama serantau melalui pelbagai platform sedia ada.
Semoga lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik bernilai tinggi, termasuk dalam sektor pertahanan dan keselamatan, demi manfaat kedua-dua negara dan rakyat.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel:
🌾 Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan
✅ RM160 ➡️ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta.
👨🌾 Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.
🚗 Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan
✅ RM300 ➡️ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
⛽️ Kerajaan melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
🚜 Secara keseluruhan, Kerajaan tampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global.
✅ Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#yakinmadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
CADANGAN MEMBANGUNKAN NATIONAL COMBAT UAS NEGARA
Menerima kunjungan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai Timb. Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, dan ditaklimatkan berhubung cadangan pembangunan National Combat UnmannedAircraft System (UAS) di Wisma Pertahanan, hari ini.
Projek ini bertujuan membangunkan dron tempur nasional, di samping memperkukuh ekosistem aeroangkasa negara melalui kepakaran tempatan, teknologi luar dan kerjasama negara sahabat.
Saya turut berkongsi bahawa dalam pertemuan bersama Duta Besar Iran semalam, terdapat kesediaan negara tersebut meneroka kerjasama teknologi dalam bidang sistem tanpa pemandu yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan pembangunan keupayaan strategik negara.
Usaha ini selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk mengurangkan kebergantungan luar, membangunkan R&D tempatan, memperluas pemindahan teknologi (ToT) dan memperkukuh keupayaan pertahanan kendiri negara.
Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi. Sudah tiba masanya kita membangun, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipn -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Blockade on a blockade, macam mana tu? How does it work !!
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sumber rezeki nelayan Sungai di Kota Tinggi terus diperkukuh melalui usaha pelepasan benih udang galah bagi memastikan kelestarian hasil sungai untuk jangka panjang.
Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Kota Tinggi dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan komuniti setempat dengan sebanyak 200,000 benih dilepaskan secara berperingkat hasil pembiakan terkawal sebelum dikembalikan ke habitat asal.
Usaha ini diharap terus memperkukuh ekosistem sungai, membuka peluang ekonomi nelayan serta menjadi legasi kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang dengan sokongan padu semua pihak.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi
#umtThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam kesempatan semasa kunjungan Duta Iran, saya nyatakan kekaguman terhadap teknologi drone, roket dan misil Iran serta nilai patriotisma, kegigihan dan ketahanan bangsa Iran terhadap negaranya.
During the Iranian Ambassador’s visit, I express my admiration for Iran’s drone, rocket, and missile technology as well as the patriotism, determination, and resilience of the Iranian people toward their country. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi.
Bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya merakamkan takziah atas pemergian pimpinan utama Kerajaan Iran dan IRGC termasuk Menteri Pertahanannya Aziz Nasirzadeh susulan konflik bersenjata di negara mereka. Saya turut sampaikan takziah dan simpati atas kehilangan nyawa dan kecederaan yang ramai serta kerusakan kepada harta benda.
Pada masa yang sama saya turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Iran atas kerjasama memastikan keselamatan kapal dagang Malaysia di Selat Hormuz, yang amat penting bagi kelangsungan bekalan tenaga negara.
Saya menyampaikan harapan negara agar konflik ini dapat diberhentikan segera agar keamanan serta kestabilan serantau dapat dicapai.
🇲🇾🇮🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK SUDAN
Pagi ini saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdelsalam Omer, di Wisma Pertahanan.
Dalam usaha Malaysia untuk terus meluaskan hubungan dan kerjasama, khususnya dengan negara-negara di benua Afrika, Republik Sudan dilihat sebagai rakan strategik yang berpotensi.
Saya mengalu-alukan cadangan serta kesediaan pihak Republik Sudan untuk mengaktifkan semula perjanjian persefahaman dalam kerjasama pertahanan bersama Malaysia yang telah tamat pada tahun 2014.
Malaysia komited memperkukuh rangkaian kerjasama dengan Republik tersebut, termasuk dalam aspek perkongsian maklumat dan analisis yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pertahanan dan kestabilan serantau.
Saya berharap agar Republik Sudan dapat mempertimbangkan tawaran Malaysia untuk menempatkan lebih ramai pegawai tenteranya di kolej-kolej ketenteraan di Malaysia melalui program Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP).
Semoga hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Sudan akan terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.
🇲🇾🇸🇩
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Apakah kita pernah terfikir apa jadi jika senjata nukleur diguna dalam peperangan. Walaupun peperangan jauh dari negara kita, apakah kita semua akan selamat?
Have you ever wondered what would happen if nuclear weapons were used in war? Even if the war is far from our country, would we all be safe?
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Nampaknya rundingan Iran dengan USA di Islamabad gagal mencapai apa2 persetujuan. Dunia akan hadapi keadaan masa hadapan yang tidak menentu. Adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia dengan segala kemungkinan? Adakah kita bangsa yang kuat dan berketahanan.
It appears that negotiations between Iran and the USA in Islamabad have failed to reach any agreement. The world is set to face an uncertain future. Are we, as Malaysians, ready for all possibilities? Are we a strong and resilient nation? -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Memenuhi undangan jemputan majlis raya Felda Lok Heng Barat, tapi ucapan semua rakan2 YB banyak berkisar kepada keadaan kemarau di Felda Lok Heng Barat. Akan usahakan pembenihan awan dikawasan ini. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri jemputan Rumah Terbuka Ketua Cawangan Bandar Perani Tok Saffai di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi.
Majlis kali ini turut berlangsung bersama majlis pertunangan anak sulung Tok Saffai, menambahkan lagi kemeriahan dalam suasana yang penuh mesra dan kekeluargaan.
Semoga segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan, diberkati, dan ikatan yang dibina ini kekal hingga ke jenjang pelamin.
Tok Saffai turut maklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan penghawa dingin Masjid Perani, Kota Tinggi telah siap dilaksanakan melalui peruntukan daripada Projek Mesra Rakyat Parlimen Kota Tinggi bagi menambah keselesaan kepada jemaah di kawasan sana.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PELEPASAN BENIH UDANG GALAH PERKASA KOMUNITI DAN KELESTARIAN SUNGAI
Menghadiri dan merasmikan Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan komuniti setempat.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama bersama UMT yang telah menjalankan proses pembiakan terkawal sebelum melepaskan semula benih ke habitat asal.
Sebanyak 200,000 benih udang galah telah dilepaskan secara berperingkat sebagai usaha memperkukuh populasi serta memelihara sumber perikanan tempatan.
Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian ekosistem sungai, malah membuka peluang ekonomi kepada nelayan sungai dan pengusaha kecil di kawasan setempat.
Terdahulu, bersama pihak UMT telah melepaskan hampir 1 Juta benih Ketam Nipah di Sedili Kecil, Kota Tinggi dimana hari ini telah berikan pelbagai manfaat kepada nelayan di kawasan tersebut.
Penghargaan kepada UMT, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti atas kerjasama erat dalam menjayakan usaha yang memberi manfaat jangka panjang kepada generasi akan datang.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi
#umt -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence minister says no tolerance for misconduct after soldier dies from Bentong incident injuries | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/04/11/defence-minist…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - 200,000 Benih Udang Galah Dilepaskan Di Sungai Sedili Besar, Perkukuh Sumber Perikanan Sungai www.bernama.com/misc/rss/news.php/news.php?id=2543653
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dakwaan Tun M punca Melayu berpecah hanya naratif berulang – Khaled Nordin - 1 - PRU @ Sinar pru.sinarharian.com.my/info-berita/20796/dakwaan-tun-m-pu…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia tunggu keputusan PBB bawa balik 600 anggota UNIFIL - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/04/11/malaysia-tunggu-keputusan-pbb…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia awaits UN's call on peacekeeping troops extraction, including Malbatt from Lebanon | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/04/11/malaysia-awaits…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian Prebet Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi, anggota Tentera Darat Malaysia susulan insiden di Bentong, Pahang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Kementerian Pertahanan memandang serius insiden ini. Sebarang bentuk keganasan, salah laku atau pelanggaran disiplin tidak mencerminkan nilai, integriti serta profesionalisme yang dijunjung oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Kes ini kini dalam proses perundangan dan akan ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah mengikut lunas undang-undang.
Kementerian akan memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya, serta mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia memperkukuh disiplin dan integriti pasukan melalui tindakan tegas, agar kejadian seumpama ini tidak berulang.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sarawak serta seluruh wilayah negara mempunyai kepentingan strategik dari sudut keselamatan, pertahanan dan kedaulatan yang mesti sentiasa dipelihara.
Negara menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kepercayaan rakyat terhadap tentera mesti terus dipelihara melalui disiplin yang tinggi, integriti yang tidak berkompromi, kesetiaan yang utuh serta komitmen terhadap kecemerlangan.
Kesiagaan bukan hanya pada aset, tetapi juga pada anggota. Setiap anggota perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta menjadi contoh kepada masyarakat dalam setiap keadaan.
Kerajaan komited memastikan kebajikan anggota dan keluarga terus diberi keutamaan, termasuk penyediaan perumahan yang selesa, di samping memperkukuh kolaborasi antara perkhidmatan bagi memastikan keupayaan ATM lebih tersusun, responsif dan bersepadu.
Semoga ATM terus berwibawa, diyakini rakyat dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima berita sedih atas pemergian Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saya berkesempatan bersama dengan Allahyarham semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya juga menghargai sumbangan Allahyarham selaku Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semasa saya Menteri Pendidikan Tinggi.
Sepanjang perkenalan tersebut, Allahyarham saya kenali sebagai seorang yang tenang dalam pendekatan, teliti dalam melaksanakan tanggungjawab, serta mempunyai peribadi yang mudah disenangi. Allahyarham bukan sahaja seorang penjawat awam yang berintegriti dan berwibawa, malah seorang yang berjiwa mesra, kelakar dan sering menceriakan suasana dengan jenaka yang bersahaja.
Di sebalik ketenangan wataknya, Allahyarham mempunyai keupayaan pertimbangan dasar yang sangat baik. Beliau mampu melihat sesuatu isu daripada pelbagai sudut, sama ada dari aspek politik, kepentingan rakyat, kefahaman terhadap sistem perkhidmatan awam, mahupun daripada perspektif kepentingan negara secara keseluruhan.
Sumbangan dan jasa beliau kepada negara akan sentiasa dikenang. Saya merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insya-Allah.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled Nordin Turun Padang, Agenda Kebajikan Warga ATM Jadi Keutamaan | Suara Merdeka suaramerdeka.com.my/khaled-nordin-turun-padang-agenda-keb…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PENGHARGAAN TERHADAP JASA, KEBAJIKAN TERUS DIPERKUKUH
Sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Kuching, Sarawak, saya berpeluang menyampaikan Sumbangan Kebajikan Yayasan LTAT kepada 20 anggota ATM serta waris yang menghidap penyakit kronik.
Saya kemudiannya berkesempatan bertemu warga ATM dalam Majlis Ramah Mesra di Kem Muara Tuang.
Dalam pertemuan ini, saya berkongsi beberapa mesej penting.
Sarawak serta seluruh wilayah negara mempunyai kepentingan strategik dari sudut keselamatan, pertahanan dan kedaulatan. Menjadi tanggungjawab kita memastikan setiap inci tanah air terus dipelihara dan dipertahankan.
Negara menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara, selaras dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan ini perlu terus dipelihara dengan menjunjung nilai teras seperti kesetiaan dan kecemerlangan, serta mengutamakan kepentingan negara.
Kerajaan komited memastikan kesejahteraan anggota dan keluarga terus diberi keutamaan. Kediaman yang selesa seperti RKAT membolehkan anggota memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas. Inisiatif seperti Program “Work-Based Learning” (WBL) membantu memastikan laluan kerjaya yang jelas selepas bersara.
Kolaborasi antara perkhidmatan dalam ATM akan terus diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan agar tersusun, responsif dan bersepadu, manakala projek pembangunan pertahanan dipantau rapi agar disiapkan mengikut jadual.
Semoga usaha ini memastikan ATM kekal berwibawa, diyakini rakyat dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara, di samping kebajikan anggota sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat
#wbl -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PEMBANGUNAN RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA MEMPERKUKUH KESEJAHTERAAN ANGGOTA ATM
Lawatan kerja diteruskan dengan meninjau dua projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sarawak, melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Skuadron 330 serta Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kem Muara Tuang.
Di Skn 330 TUDM, projek bernilai RM79 juta ini merangkumi pembinaan 126 unit kediaman pelbagai kelas lengkap dengan kemudahan sokongan seperti tadika, rumah BAKAT dan kedai keluarga. Projek ini dijangka siap pada Mei 2027.
Di Kem Muara Tuang pula, projek RKAT bernilai RM116 juta yang bermula pada Mei 2023 kini berada pada tahap pelaksanaan yang baik dan dijangka siap pada Mei 2026.
Kediaman yang selesa membolehkan anggota memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas, sekali gus memperkukuh keberkesanan operasi.
Kedua-dua projek ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan anggota dan keluarga sebagai asas kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan akan terus memantau rapi pelaksanaan kedua-dua projek ini bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan, seterusnya memberi manfaat terbaik kepada warga ATM di lapangan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap wilayah dalam negara penting, wajar dipelihara kedaulatan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
WBL tingkat kebolehpasaran tentera selepas bersara - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF Prioritises Welfare, Future Of Malaysian Armed Forces Personnel | Sarawak Tribune www.sarawaktribune.com/mindef-prioritises-welfare-future-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan imbang kekuatan ATM Wilayah Timur dan Barat, bina MAWILLA 4 di Kuching www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/04/1343692/kerajaan-imban…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKASA KEUPAYAAN PENGAWASAN RUANG UDARA NEGARA
Lawatan kerja ke Kuching, Sarawak diteruskan dengan lawatan ke Skuadron 330 TUDM CRC2, Kota Samarahan bagi meninjau sendiri pengoperasian serta kesiapsiagaan pasukan di lapangan.
Saya menerima taklimat yang menyentuh peranan strategik Skn 330 dalam memastikan pengawasan yang menyeluruh terhadap ruang udara negara, termasuk keupayaan pengesanan awal ancaman serta soal cabaran operasi semasa.
Keupayaan ini penting bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan lebih awal, seterusnya menjamin keselamatan dan kedaulatan, khususnya di timur tanah air.
Kementerian Pertahanan akan terus memperkukuh pertahanan udara negara, termasuk melalui perolehan serta pengoperasian aset baharu, agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam mendepani cabaran keselamatan di rantau ini.
Saya turut berkesempatan bertemu warga di sini serta menyampaikan sumbangan Yayasan LTAT kepada 20 penerima sebagai sokongan kepada anggota dan keluarga yang memerlukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MEMPERKUKUH PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR TD
Memulakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak dengan meninjau projek pembangunan Kompleks Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kem Batu Kawa (Fasa 1).
Projek bernilai kira-kira RM39.9 juta ini telah bermula pada Julai 2024, kini mencapai kira-kira 60% kemajuan mengikut jadual, dan dijangka siap pada Januari 2027.
Saya telah diberikan taklimat mengenai kemajuan serta peranan strategik kompleks ini dalam menyokong kesiapsiagaan pertahanan negara.
Kompleks ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi memperkukuh keupayaan pemerintahan melalui kemudahan markas, penginapan anggota, dewan makan serta fasiliti sokongan yang lengkap.
Dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks, keupayaan yang tersusun dan responsif amat penting bagi memastikan Tentera Darat Malaysia sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.
Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan dan terus memperkukuh kesiapsiagaan pasukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semuga konflik dan peperangan ini tamat dan tidak berlaku sekali lagi
Malaysia Gazette
@MalaysiaGazette
AS, Iran Setuju Gencatan Senjata 2 Minggu #mgflash
Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu pada petang Selasa selepas campur tangan diplomatik saat akhir yang dipimpin Pakistan. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjadi kebiasaan mengadakan precouncil dikalangan menteri2 Barisan Nasional sebelum setiap mesyuarat kabinet. Hari ini keinginan mengambil gambar kerana semua pakai baju korporat berwarna putih. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang baharu, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar di Wisma Pertahanan, hari ini.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah JLKN berkuat kuasa 1 April 2026, membawa pengalaman luas dalam bidang latihan yang akan memperkukuh lagi pelaksanaan PLKN 3.0.
Sebelum ini, beliau merupakan Panglima Latihan Tentera Darat ke-24 yang meneraju Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD).
PLKN 3.0 yang bermula tahun lalu merupakan antara inisiatif penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat kebersamaan yang tinggi.
Pada masa yang sama, saya merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah terdahulu, Dato’ Haji Ya’cob bin Haji Samiran, atas usaha dan komitmen beliau dalam meletakkan asas kepada pelaksanaan PLKN 3.0.
Saya yakin, kesinambungan kepimpinan ini akan memastikan segala yang telah dirintis dapat diteruskan dan diperkasakan demi masa depan anak-anak muda negara.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF sentiasa memikirkan pelbagai cara membawa kesejahteraan kepada anggota ATM dan keluarga mereka
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mendapat khabar sedih pemergian Tun Dr Ling Liong Sik.
Mendiang merupakan bekas Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) dan antara tokoh penting dalam politik negara.
Sumbangan beliau akan terus dikenang.
Seikhlas takziah kepada seluruh keluarga mendiang Tun.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence minister vows action after assault on soldiers www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1409208/defence-minist…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025 di Parlimen Kota Tinggi.
Seramai 105 pelajar mencatat keputusan cemerlang (5A hingga 9A) daripada 706 calon, satu pencapaian yang membanggakan.
Syabas kepada yang berjaya.
Kepada yang belum capai sasaran, ini bukan penamat.
Terus melangkah dan bina masa depan.
Doa sentiasa mengiringi kalian.
#khalednordinmindef
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Laksamana Muda Datuk Yusne bin Haji Mokhtar di Wisma Pertahanan, hari ini.
Beliau mula menggalas tugas sebagai Ketua Eksekutif MiDAS berkuat kuasa 1 April 2026, menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM.
Dinamika geopolitik global yang semakin mencabar menuntut pemikiran strategik yang berterusan dan berpandangan jauh.
Saya yakin pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki akan terus memperkukuh peranan MiDAS sebagai pemikir strategik pertahanan negara.
Selamat menjalankan amanah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MASUK TENTERA SPM, KELUAR TENTERA DIPLOMA
Menerima taklimat berkenaan program Work-Based Learning (WBL) Kementerian Pertahanan bagi perancangan tahun 2026 di Wisma Pertahanan hari ini.
Inisiatif ini membolehkan pengalaman dan kemahiran anggota sepanjang perkhidmatan diterjemahkan terus kepada pensijilan yang diiktiraf tanpa perlu melalui laluan pembelajaran konvensional serta tanpa menjejaskan tugas semasa.
Realitinya, majoriti anggota menamatkan perkhidmatan sekitar umur 40 tahun. Jika dibandingkan dengan had persaraan di luar yang mencecah umur 60 tahun, mereka masih mempunyai kira-kira 20 tahun lagi untuk terus bekerja dan membina kehidupan baharu.
Sebab itu, persediaan awal melalui pengiktirafan pengalaman ini amat penting supaya mereka tidak perlu mengulangi dari peringkat asas seperti SPM, tetapi terus keluar dengan kelayakan yang diiktiraf yang mencerminkan pengalaman sebenar sepanjang perkhidmatan.
Tahun lalu, program ini dilaksanakan dengan peruntukan RM3 juta melibatkan kerjasama dengan institusi seperti UPNM dan UiTM. Bagi tahun 2026, pelaksanaannya diperluas dengan sasaran hampir 1,300 peserta merangkumi diploma dan sijil profesional dengan anggaran peruntukan sekitar RM8.5 juta.
Inilah perubahan pendekatan yang kita bawa daripada kebajikan semata-mata kepada pengupayaan yang lebih menyeluruh, supaya anggota mempunyai kehidupan yang lebih baik selepas persaraan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wbl
#workbasedlearning -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini bermulanya Persidangan UMNO Cawangan di seluruh negara.
Persidangan ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi medan penting untuk menyusun langkah, memperkukuh saf perjuangan dan memperteguh komitmen kita terhadap agama, bangsa serta tanah air.
Mudah-mudahan setiap perbincangan dan keputusan yang dihasilkan dipandu serta diberkati oleh Allah SWT, dan memberi manfaat besar kepada perjuangan kita bersama.
Selamat bersidang.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar lawatan kerja ke Pangkalan Udara Labuan, barisan hadapan pertahanan negara di timur tanah air.
Meninjau kesiapsiagaan aset dan operasi, serta menyantuni anggota yang terus berkhidmat demi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
VETERAN ATM: DARIPADA KEBAJIKAN SEMATA-MATA KEPADA PENGUPAYAAN SECARA MENYELURUH
Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh lagi dilihat sekadar bantuan “one-off” semata-mata.
Kerajaan komited untuk beralih kepada pendekatan yang lebih proaktif, holistik dan berorientasikan pemerkasaan jangka panjang, supaya veteran terus berupaya berdikari, menjana pendapatan dan menjalani kehidupan dengan bermaruah.
Jasa dan pengorbanan mereka menuntut lebih daripada sekadar bantuan. Mereka perlu diperkasakan untuk masa depan yang lebih terjamin.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MALBATT 850-13 Personnel Movement In South Lebanon Suspended, Security Tightened - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/general/news.php?id=2539344
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Perwira, hari ini.
Keberangkatan Baginda mencerminkan penghargaan yang tinggi terhadap jasa dan pengorbanan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Daulat Tuanku.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysian peacekeepers ordered to cease operations in Southern Lebanon www.nst.com.my/news/nation/2026/03/1407301/malaysian-peac…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Anggota MALBATT diarah henti operasi susulan situasi keselamatan di Lubnan | Malaysia Tribune malaysiatribune.news/anggota-malbatt-diarah-henti-operasi…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia suspends MALBATT patrols in Lebanon, heightens security after attacks | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/31/malaysia-suspen…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PERPADUAN DAN PENDEKATAN BAHARU KUNCI KEMENANGAN UMNO
Ketika berada di Labuan bagi lawatan kerja, saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Labuan.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan, Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta seluruh kepimpinan Bahagian atas jemputan dan sambutan baik.
UMNO Labuan mempunyai kekuatan tersendiri dengan perpaduan yang utuh serta kesetiaan ahli walau berdepan cabaran. Inilah asas penting untuk kita bangkit semula.
Namun realiti politik hari ini menuntut pendekatan baharu. Kita perlu keluar daripada cara lama, mendekati pengundi khususnya generasi muda serta memperluas sokongan kepada mereka yang belum bersama kita. Usaha ini perlu disokong dengan keterlihatan program di lapangan agar UMNO terus dekat dan relevan dengan masyarakat.
Dalam masa yang sama, usaha memperkukuh parti mesti disertai dengan penyatuan semula, termasuk membuka ruang kepada mereka yang pernah bersama UMNO untuk kembali memperkuatkan saf perjuangan.
Labuan mempunyai potensi besar untuk menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional. Dengan gerak kerja yang tersusun dan kesiapsiagaan dari sekarang, Insya-Allah UMNO Labuan mampu bangkit dan kembali memenangi hati rakyat.
Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UMNO Labuan.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Syawal membawa makna yang lebih besar daripada sekadar sambutan, sebagai lambang kejayaan membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dan berdisiplin.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Kota Tinggi Tahun 2026 Bersamaan 1447H di Dataran Maju Johor, Tanjung Sedili berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh kemesraan bersama masyarakat setempat, lebih istimewa apabila kawasan ini turut diangkat sebagai Kampung Angkat Madani yang mencerminkan usaha berterusan dalam pembangunan komuniti.
#khalednordinmindef
#kotatinggi
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Syawal hadir bukan sekadar perayaan, tetapi sebagai peringatan tentang erti kesederhanaan dan ikatan ukhuwah yang tulus.
Majlis Anugerah Aidilfitri Rumah Terbuka Hari Raya 2026 anjuran JKPZ Cendana dan PDM Pasir Gudang (BN) di Perkarangan Blok 43, Taman Cendana, Pasir Gudang bersama kepimpinan UMNO setempat yang sentiasa mendekati rakyat dan memahami keperluan komuniti.
Moga suasana penuh makna ini terus menyuburkan sikap saling memaafkan, merendah diri dan mengeratkan hubungan demi membina masyarakat yang lebih bersatu dan sejahtera.
#khalednordinmindef
#umnoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tiga sistem pesawat tanpa pemandu di Labuan tingkat pengawasan perairan negara www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1526826/tiga-s…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
PU LABUAN: BARISAN HADAPAN PERTAHANAN NEGARA DIPERKUKUH
Mengadakan lawatan kerja ke Labuan, saya telah ke Pangkalan Udara Labuan buat pertama kali bagi meninjau kesiapsiagaan aset dan operasi di samping menyantuni warga pertahanan kita yang bertugas di sini.
Pangkalan Udara Labuan amat kritikal sebagai barisan hadapan pertahanan di Malaysia Timur, khususnya dalam mendepani cabaran di Laut China Selatan.
Keupayaan pangkalan ini terus dipertingkat melalui penempatan aset strategik baharu, termasuk pesawat tanpa pemandu kategori Medium Altitude Long Endurance (MALE) ANKA, sekali gus memperkukuh keupayaan pengawasan dan perisikan maritim negara.
Ini penting bagi menghadapi pencerobohan Zon Ekonomi Eksklusif, termasuk aktiviti perikanan haram oleh vesel asing serta tekanan “grey zone” terhadap infrastruktur tenaga negara.
Selain kesiapsiagaan, kebajikan anggota terus menjadi keutamaan Kerajaan. Isu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang tertangguh di sini akan ditangani segera.
Dalam pertemuan bersama warga pangkalan, saya turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada anggota serta keluarga yang memerlukan di sini.
Kementerian Pertahanan komited untuk terus memperkukuh keupayaan pertahanan negara, termasuk peranan strategik Pangkalan Udara Labuan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Labuan Air Base Strengthened By Infrastructure Upgrades, UAV Deployment - Khaled Nordin www.bernama.com/en/region/news.php?id=2538747
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
AIDILFITRI: KEMBALI KEPADA FITRAH, MENGHAYATI MAKNA KEMENANGAN
Menghadiri Sambutan Aidilfitri Perdana 1447H / 2026 Parlimen Kota Tinggi dan DUN Sedili di Dataran Maju Johor, Tanjung Sedili, malam tadi bersama warga Kota Tinggi.
Terima kasih kepada YB ADUN Sedili, Tuan Muszaide bin Makmor yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi serta barisan kepimpinan Bahagian atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Sambutan meriah meskipun dalam keadaan sederhana.
Aidilfitri adalah hari kemenangan selepas sebulan kita berpuasa. Kemenangan sebenar ialah apabila kita berjaya menundukkan hawa nafsu, dan inilah makna yang perlu kita hayati.
Namun dalam kita menghayati makna ini, kita juga tidak terlepas daripada realiti semasa. Dunia kini berdepan pelbagai konflik dan cabaran. Meskipun perang tidak berlaku di negara kita, kesannya tetap dirasai rakyat.
Langkah-langkah segera dan perlu yang diambil kerajaan memerlukan sokongan seluruh masyarakat. Kita bersyukur Malaysia masih mampu bertahan ketika ada negara lain terpaksa mengambil langkah lebih drastik.
Dalam mendepani keadaan ini, kekuatan kita terletak pada kebersamaan. Aidilfitri mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita pereratkan.
Aidilfitri turut mengingatkan kita kepada nilai ihsan, kasih sayang, kemaafan dan kerendahan diri. Kita kembali kepada fitrah untuk membina masyarakat yang lebih harmoni. Semoga Aidilfitri ini terus memberi makna kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri orang-orang Kota Tinggi! Maaf zahir dan batin.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - JanaVeteran Project Strengthens Income, Role Of MAF Veterans - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/general/news.php?id=2538488
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Umno to weigh return of suspended leaders at April 17 meet | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/28/umno-to-weigh-r…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT bulan depan - Sinar Harian www.sinarharian.com.my/article/773232/berita/politik/ruma…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF UBAH PENDEKATAN: DARIPADA KEBAJIKAN SEMATA-MATA KEPADA PENGUPAYAAN VETERAN SECARA MENYELURUH
Hari ini saya menyempurnakan Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad (BPlant) di Telok Sengat, Kota Tinggi, termasuk pelaksanaan projek tanaman Halia KayTi sebagai inisiatif awal memperkasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
JanaVeteran bukan sekadar melalui BPlant di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), tetapi merangkumi pelbagai inisiatif yang digerakkan secara bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih menyeluruh.
Pendekatan terhadap veteran ATM kini telah berubah secara drastik. Fokus tidak lagi kepada bantuan bersifat sementara atau “one-off” semata-mata, sebaliknya kepada pendekatan yang lebih proaktif, holistik dan berorientasikan jangka masa panjang dengan membangunkan ekosistem sokongan yang menyeluruh dan kukuh.
Apa maknanya kepada veteran ATM?
Ia bermaksud memastikan mereka berupaya berdikari, menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih terjamin, termasuk melalui peluang seperti projek ini di mana peserta berpotensi memperoleh sekitar RM3,000 sebulan dengan jaminan hasil tanaman dibeli oleh BPlant.
BPlant di bawah LTAT mempunyai puluhan estet di seluruh negara, dengan sebahagian daripadanya boleh dimanfaatkan untuk tanaman “cash crop” seperti Halia KayTi, sekali gus membuka peluang ekonomi yang mampan kepada veteran.
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat, usaha ini dilaksanakan secara berterusan, bukan bersifat sementara. Ini bukan usaha bersifat “touch and go” dan bukan sekadar asal ada. Ini adalah permulaan kepada usaha berterusan yang akan menentukan masa depan veteran kita serta menyumbang kepada keterjaminan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#janaveteran -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Measures in place to safeguard Malbatt personnel in Lebanon, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/28/measures-in-pla…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Letupan di selatan Lubnan: Keputusan operasi MALBATT tertakluk mandat UNIFIL - Sinar Harian www.sinarharian.com.my/article/773231/berita/nasional/let…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Projek rintis JanaVeteran perkasa keupayaan veteran ATM, kurangkan kebergantungan bantuan - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/28/projek-rintis-janaveteran-per…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef to focus on economic empowerment instead of welfare aid for military vets, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/28/mindef-to-focus…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
JanaVeteran pacu keterjaminan makanan, bela nasib bekas perajurit www.utusan.com.my/nasional/2026/03/janaveteran-pacu-keter…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemeriahan Aidilfitri lebih indah apabila dapat diraikan bersama dalam suasana harmoni.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026/1447H UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama ADUN Permas di Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang dalam suasana penuh mesra.
Semoga pertemuan seperti ini terus menguatkan hubungan, memupuk kebersamaan dan menyatukan kita semua.
#khalednordinmindef
#umnoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bersama staff berhari raya, semua gembira dapat bersama #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, yang paling bermakna ialah saat kita dapat kembali berkumpul sebagai satu keluarga besar.
Alhamdulillah, dapat bersama para tetamu dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026/1447H UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama ADUN Permas di Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang.
Lebih bermakna apabila dapat beramah mesra serta bertukar khabar dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah sempena Syawal ini.
Semoga sambutan seperti ini terus mengeratkan silaturahim, menyuburkan semangat kebersamaan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap tahun tak lepas peluang beraya ke rumah @onnmahathirmdnasir bersama2 rakan UMNO Pasir Gudang. Kerana biasanya dijamu dengan masakan asam pedas paling hot dan sedap. Tahun ini special sebab selain asam pedas, disediakan juga lauk favourite saya asam rebus. Dan terima kasih juga asam pedas tahun ini tidak terlampau pedas. Dahulu bila makan memang berpeluh. Terima kasih dan selamat hari raya kepada sdr Onn dan keluarga. Tahun depan raya jemput lagi. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tiada anggota Malbatt 850-13 cedera - Mohamed Khaled - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/25/tiada-anggota-malbatt-850-13-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Apa jadi kalau Hamzah pula jadi Pengerusi PN?
BERNAMA
@bernamadotcom
📌MIC kekal bersama Barisan Nasional, tidak sertai Perikatan susulan perubahan kepimpinan
- Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan
#bernamanews #mic -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini mula masuk pejabat walaupun ada staff yang masih cuti raya, cuti ikut jumlah hari berpuasa agaknya #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setelah dua hari beraya diluar, hari ini beberapa pegawai dan staff pejabat MINDEF dan UMNO Pasir Gudang berhari raya kerumah di Senibong. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari raya kedua dimulakan dengan perjalanan ke Muar mengunjungi sdr Radhi Wahab dengan keluarganya. Muar bukan asing bagi saya sebab ia tempat saya dilahirkan. Walaupun dua jam perjalanan, ia sangat bermakna dalam meraikan persahabatan, persaudaraan dan setiakawan. Agar yang jauh menjadi rapat. Yang rapat menjadi akrab. Turut bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato Azhan dan keluarga serta rakan dan taulan dari Muar. Terima kasih kepada saudara Radhi atas jemputan dan makanan Muar yang tak ada tandingnya. The second day of Hari Raya began with a trip to Muar to visit sdr Radhi Wahab and his family. Muar is no stranger to me, as it is my birthplace. Despite the two-hour journey, it was deeply meaningful in celebrating friendship, brotherhood, and camaraderie—ensuring that those who are far become close, and those who are close become intimate. I was joined by the Chief of Army, General Dato’ Azhan and his family, as well as friends and associates from Muar. My thanks to Radhi for the invitation and for the incomparable Muar food. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri majlis rumah terbuka YAB Dato Onn Hafiz Menteri Besar Johor hari ini. Suasana yang sangat meriah dan penuh ukhuwah. Syukur dapat beramah mesra bersama rakan dan taulan yang lama tak jumpa. Semoga majlis seumpama ini terus menjadi wadah penyatuan Bangsa Johor dan semoga YAB Dato sentiasa diberkati Allah dalam menerajui negeri dengan penuh kecemerlangan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam🕌
Semoga hari kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di samping orang tersayang. Seperti biasa selain bermaaf-maafan, makan sekeluarga, ritual bergambar merupakan satu kemestian agar ia jadi satu kenangan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan memberkati pertemuan kita pada hari ini. Maaf Zahir dan Batin. #khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi raya kerumah ibu, jumpa adik beradik berhari raya dan bermaaf maafan #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Sembahyang raya di Masjid Taman Megah Ria, masjid yang siap dibina pada tahun 2017 dengan kos $4.3 juta ringgit, hasil peruntukan kerajaan pusat dan negeri ketika itu. Terima kasih kepada AJK Masjid yang menerima kehadiran saya dan Adun Permas YB Hj Baharudin bersembahyang raya disini. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨
Dalam kegembiraan ini, jangan dilupa mereka yang terus berkhidmat di barisan hadapan, demi negara 🇲🇾
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah wadah perjuangan yang diperkukuh melalui kesetiaan, kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahlinya.
Majlis Berbuka Puasa bersama ahli serta kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang telah dilaksanakan di Taman Johor Jaya, yang menjadi ruang bermakna untuk bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan hubungan dalam suasana santai penuh kebersamaan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umnoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari2 terakhir Ramadhan berbuka puasa bersama ibu dan keluarga. Semuga dapat bersama Ramadhan akan datang
The final days of Ramadan, breaking fast together with mother and family. May we be together for the coming Ramadan. #khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Veteran Angkatan Tentera Malaysia bukan sekadar bekas perajurit, tetapi insan yang telah mengorbankan masa, tenaga dan jiwa demi mempertahankan kedaulatan negara.
Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan dan Sumbangan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilaksanakan di Kota Tinggi sebagai usaha menyantuni dan membantu golongan veteran.
Melalui inisiatif ini, sumbangan tunai dan barangan keperluan telah disampaikan sebagai persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri, bagi meringankan beban serta memastikan kebajikan mereka terus terbela.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sedang mengkaji dan merancang bagaimana meningkatkan peranan PERNAMA supaya benar2 dapat menawarkan barang keperluan harian kepada anggota ATM pada harga yang berpatutan.
Meninjau Program Jualan Istimewa MADANI Angkatan Tentera (JIMAT) anjuran PERNAMA di Kem Kementah memberi peluang dan kesempatan untuk pastikan komitmen PERNAMA dan pastikan ini menjadi kenyataan, demi kepentingan anggota ATM
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Conducted a visit to the MAF Defence Operations Centre (DOC) to receive a briefing on its operations before touring the facilities available here.
The DOC plays a vital role in MAF operations, particularly in the swift coordination of information and operational actions involving all three branches of the Malaysian Armed Forces.
The capabilities of this centre must continue to be empowered to ensure it remains at the highest level of combat readiness.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramai antara pegawai dan kakitangan di pejabat saya yang akan mula bercuti sempena Aidilfitri mulai awal minggu ini.
Saya ambil kesempatan untuk bertemu dan bersalaman sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman. Sempat juga merakam beberapa gambar kenang-kenangan bersama.
Buat yang akan memulakan perjalanan pulang, berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan dipermudahkan dan semuanya sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat, insya-Allah.
#khalednordinmindef -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program komuniti di Masjid Bandar Permas Jaya, Johor, telah dilaksanakan melibatkan penyediaan bubur lambuk, penyerahan kotak rezeki serta majlis berbuka puasa bersama hasil kerjasama BHPetrol, MBJB dan PermasCare.
Usaha seperti ini memperlihatkan bagaimana semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dapat diterjemahkan melalui aktiviti yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, khususnya menjelang Syawal.
Mudah-mudahan segala ikhtiar dan sumbangan yang diusahakan ini membawa keberkatan serta memperkukuh hubungan antara komuniti.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berkesempatan meninjau Program Jualan Istimewa MADANI Angkatan Tentera (JIMAT) anjuran PERNAMA di Dewan Seroja, Kem Kementah.
Sebagai agensi di bawah Kementerian Pertahanan, PERNAMA memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan runcit serta keperluan harian kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka.
Dalam masa yang sama, PERNAMA kini dilantik sebagai rakan niaga Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), membolehkan bantuan tersebut digunakan di 80 premis PERNAMA di kem tentera seluruh negara bagi memudahkan warga ATM mendapatkan barangan keperluan harian.
Program JIMAT yang diadakan sempena persiapan Aidilfitri ini turut menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga penjimatan. Turut disediakan Pasar Basah PKPS yang menawarkan barangan segar seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran pada harga berpatutan kepada pengunjung.
Usaha seperti ini penting dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka terus diberi perhatian.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg. Dato’ Haji Ya’cob bin Haji Samiran sempena persaraan beliau di Wisma Pertahanan.
Sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah JLKN, beliau telah memainkan peranan penting di JLKN, termasuk dalam pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau PLKN 3.0 sebagai platform membina jati diri, disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Saya merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan beliau kepada negara sepanjang perkhidmatan di JLKN serta dalam menjayakan PLKN. Semoga sumbangan beliau kepada negara dapat terus diberikan, meskipun atas kapasiti yang berbeza.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjelang penghujung Ramadan dan tidak lama lagi kita akan menyambut Syawal, saya berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama ahli serta kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang yang berlangsung di Taman Johor Jaya.
Pertemuan seperti ini sentiasa memberi makna yang besar kerana ia membuka ruang untuk kita bertemu, bertanya khabar dan mengeratkan hubungan sesama ahli dalam suasana yang santai tetapi penuh kebersamaan. Inilah kekuatan sebenar yang membentuk kesatuan dalam perjuangan kita selama ini.
Semoga baki hari-hari Ramadan ini terus dimanfaatkan dengan sebaiknya, dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan menyatukan kita melalui semangat kerjasama dan kebersamaan dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Selepas Penyerahan Sumbangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), saya turut berkesempatan menyertai Program Godak Bubur Lambuk Peringkat Parlimen Kota Tinggi yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Kota Tinggi bersama kepimpinan UMNO Bahagian Kota Tinggi.
Program ini dianjurkan sebagai usaha mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti, khususnya bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh nilai perpaduan dan keprihatinan masyarakat di Parlimen Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi ini, saya berkesempatan menghadiri Program Ziarah Kasih Kempen Tabung Pahlawan dan Sumbangan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Kota Tinggi.
Program ini digerakkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dengan kerjasama Koperasi Tentera, Yayasan Veteran ATM dan Yayasan LTAT sebagai usaha menyantuni serta menyalurkan sumbangan kebajikan kepada para veteran yang telah banyak berjasa kepada negara.
Program seperti ini dilaksanakan sebagai usaha untuk mewujudkan komuniti veteran ATM yang lebih sejahtera melalui penyaluran pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kebajikan, selain memastikan kesejahteraan serta kebajikan mereka terus diberi perhatian sebagai menghargai pengorbanan mereka kepada negara.
Sumbangan turut disampaikan kepada para veteran sebagai persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri dimana setiap penerima menerima bantuan secara tunai serta dalam bentuk barangan keperluan, sebagai usaha membantu meringankan perbelanjaan dan persiapan menyambut Syawal.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Iftar Ukhwah UMNO Bahagian Kota Tinggi anjuran UMNO Bahagian Kota Tinggi bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, YB Muzaide Makmor serta barisan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Tinggi.
Program ini menjadi ruang penting untuk kita mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah dan memperbaharui semangat kebersamaan dalam kalangan pimpinan parti, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Saya percaya pertemuan seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan sesama pimpinan dan ahli UMNO, tetapi juga mengingatkan kita bahawa perjuangan parti harus terus digerakkan dengan semangat kebersamaan, keikhlasan dan kesatuan yang kukuh.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umno
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.
Mesyuarat ini meneliti persiapan serta gerak kerja parti menjelang Pilihan Raya Negeri Johor yang dijangka berlangsung selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Turut dibincangkan beberapa isu semasa serta usaha memperkukuh jentera parti di semua peringkat.
Kesatuan dan komitmen seluruh kepimpinan serta jentera parti amat penting bagi memastikan UMNO kekal kuat dan diyakini rakyat di negeri Johor.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pada Ramadan ke-23, saya berpeluang bersama komuniti di Masjid Bandar Permas Jaya, Johor dalam majlis pengagihan bubur lambuk, penyerahan sumbangan kotak rezeki serta berbuka puasa bersama hasil kerjasama BHPetrol, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan PermasCare.
Program kebajikan seperti ini telah menjadi antara tradisi yang dilaksanakan setiap tahun bagi menyantuni golongan yang memerlukan, khususnya menjelang Aidilfitri. Semangat gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk juga melambangkan nilai kebersamaan serta budaya saling membantu yang terus subur dalam masyarakat kita.
Ramadan merupakan madrasah yang mendidik kita tentang nilai berkongsi, empati dan kasih sayang. Dalam setiap masyarakat sentiasa ada mereka yang memerlukan perhatian dan pembelaan, dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan tiada yang terpinggir.
Saya menghargai komitmen BHPetrol yang turut sama menjayakan usaha kebajikan seperti ini. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Boustead di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), usaha ini mencerminkan bagaimana kejayaan perniagaan dapat kembali memberi manfaat kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, kita harus bersyukur dengan keamanan dan kestabilan negara yang membolehkan kita beribadah serta berhimpun bersama komuniti dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga segala usaha dan kebaikan ini diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DIVIDEN LTAT 5.35% TERTINGGI DALAM TEMPOH 8 TAHUN
Alhamdulillah pada Ramadan ke-22, saya menghadiri Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Kewangan 2025.
Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, LTAT masih mencatat prestasi yang baik sehingga membolehkan kadar dividen 5.35% bagi tahun 2025, tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
Pertama, LTAT mencatat pendapatan pelaburan RM749.5 juta dengan keuntungan boleh diagihkan RM541.5 juta, manakala dana rizab meningkat daripada RM1 bilion kepada RM1.3 bilion, sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan LTAT demi kepentingan para pencarum warga ATM.
Kedua, LTAT terus memperkukuh portfolio pelaburan secara berhemah. Prestasi Pharmaniaga Berhad turut menunjukkan perkembangan positif apabila mencatat lapan suku berturut-turut keuntungan, sekali gus meletakkannya pada landasan terbaik untuk keluar daripada status PN17 dalam tempoh terdekat.
Ketiga, LTAT memperkenalkan Pelan Halatuju Strategik 2026–2030 (GEMPUR30) bagi memacu prestasi pelaburan serta menyokong pengukuhan industri pertahanan negara melalui Dasar Industri Pertahanan Negara.
Melalui Kumpulan Boustead, LTAT menyokong pembangunan industri pertahanan dan perumahan anggota ATM termasuk SASaR dan RKAT. Melalui Pharmaniaga, LTAT memperkukuh keupayaan industri farmaseutikal serta rantaian bekalan ubat-ubatan negara.
LTAT juga terus menyokong kebajikan warga ATM melalui pelbagai program dan inisiatif di kem-kem ATM dengan peruntukan melebihi RM1.5 juta sepanjang tahun 2025.
Pengumuman ini diharap membawa khabar gembira kepada para pencarum. Tahniah kepada LTAT atas pencapaian ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ltat
#demiwirakita
#gempur30 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah pada Ramadan ke-21, saya berpeluang bersama rakan-rakan media dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Majlis ini menjadi ruang untuk merapatkan hubungan serta menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada Kementerian Pertahanan dan ATM dalam membuat liputan berkenaan pertahanan negara.
Dalam kesempatan ini juga saya menyentuh mengenai perkembangan geopolitik dan konflik di beberapa rantau dunia yang menjadi peringatan kepada kita semua agar sentiasa bersiap siaga serta terus memperkukuh keupayaan keselamatan negara.
Dalam konteks ini, pertahanan negara tidak boleh hanya diletakkan di bahu Kementerian Pertahanan dan ATM semata-mata. Ia memerlukan sokongan seluruh rakyat melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WoGoS).
Media mempunyai peranan penting dalam menyemai semangat cinta kepada negara, memperkukuh jati diri bangsa, membina solidariti rakyat serta menangkis propaganda luar, di samping membantu meningkatkan moral anggota-anggota tentera yang mempertahankan negara.
Pada majlis ini juga saya berkesempatan melancarkan Program Cakna Autisme ATM Pharmaniaga Berhad, serta penyerahan sumbangan kepada untuk Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM).
Kekuatan pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada aset dan kesiapsiagaan anggota, tetapi juga kepada kebajikan warga tentera dan keluarga mereka.
Terima kasih kepada rakan-rakan media atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Program Cakna Autisme ATM Bakal Manfaat Sehingga 800 Keluarga www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2533280
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF laksana Program Cakna Autisme ATM bantu keluarga anggota tentera - TVS www.tvsarawak.my/2026/03/11/mindef-laksana-program-cakna-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media perkukuh pertahanan negara, bantu tangkis propaganda luar cuba gugat keharmonian - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1520051/media-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media plays crucial role in fostering patriotism, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/11/media-plays-cru…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Media 'ejen' semai semangat patriotisme, tangkis ancaman luar - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/03/11/media-ejen-semai-semangat-pat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pada 20 Ramadan, saya berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid bin Al-Walid, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, dapat bersama warga ATM berbuka puasa serta menunaikan solat berjemaah dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Turut disampaikan sumbangan Koperasi Tentera (KT) kepada ATM meliputi Program Iftar, penajaan bubur lambuk serta zakat perniagaan KT tahun 2024 berjumlah RM47,820 kepada Tabung Zakat ATM.
Kesempatan seperti ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwah, tetapi juga mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah bulan yang menyatukan hati dan memperkukuh persaudaraan.
Dalam suasana inilah kita menyedari bahawa kekuatan ATM bukan hanya terletak pada keupayaan mempertahankan negara, tetapi juga pada nilai kebersamaan dan semangat persaudaraan yang sentiasa dipelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#atm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meneruskan siri lawatan industri, saya telah mengadakan lawatan ke Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS) di Segamat, Johor yang menempatkan kilang pemasangan dan penyelenggaraan syarikat tersebut.
Keupayaan syarikat seperti ADS dalam pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan dan sokongan teknikal kepada sistem persenjataan memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara.
Melalui pelaksanaan Program Kolaborasi Industri (ICP), perluasan keupayaan industri tempatan dapat terus dipacu.
Penetapan “roadmap” yang jelas akan membantu memperkukuh keupayaan sesebuah syarikat pertahanan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri pertahanan negara dalam jangka masa panjang.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan sedia bincang dengan industri tanggung kos latihan veteran ATM - Mohamed Khaled | Awani www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-sedia-bincang…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled Nordin ucap takziah, warisan 'Guru Bangsa' Syed Muhammad Naquib akan terus menyala ohmymedia.cc/khaled-nordin-ucap-takziah
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan galak latihan dalam industri bantu veteran ATM peroleh pekerjaan kedua | BULETIN TV3 Malaysia www.buletintv3.my/nasional/kerajaan-galak-latihan-dalam-i…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kerajaan bantu veteran ATM dapatkan kerjaya, pendapatan bermaruah www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1332037/kerajaan-bantu…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERHEBAT, JHEV ATM dan PERKESO di Kompleks PERHEBAT yang turut disaksikan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha membantu anggota ATM yang bakal menamatkan perkhidmatan melalui padanan pekerjaan dengan pihak industri, di samping menyediakan perlindungan sosial selepas bersara.
Setiap tahun kira-kira 5,000 anggota ATM menamatkan perkhidmatan, dan sebahagian besar daripada mereka masih berada dalam lingkungan usia awal 40-an serta masih mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Lanjutan daripada MoU ini, saya telah mencadangkan kepada YB Menteri Sumber Manusia agar kedua-dua kementerian meneroka pendekatan baharu dengan menyediakan latihan secara terus di industri dan syarikat ketika tempoh peralihan daripada perkhidmatan tentera.
Pendekatan ini membolehkan anggota didedahkan lebih awal kepada persekitaran industri melalui latihan di tempat kerja berasaskan kemahiran sedia ada mereka. Dalam tempoh tersebut, pihak industri dapat menilai kebolehan anggota sebelum menawarkan pekerjaan tetap, manakala anggota masih menerima gaji daripada kerajaan.
Sasaran kita adalah untuk menempatkan sekurang-kurangnya 3,000 anggota ATM setiap tahun dalam program latihan industri yang berpotensi membawa kepada peluang pekerjaan.
Usaha ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, agensi berkaitan dan pihak industri, serta sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan rangkaian industri dan syarikat bagi membuka peluang latihan dan pekerjaan kepada anggota yang menamatkan perkhidmatan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan membuka ruang untuk kita terus mengimarahkan masjid serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Majlis Berbuka Puasa DUN Johor Jaya di Masjid Al Falah, Bandar Baru Sri Alam, Masai yang turut diisi dengan program tadarus Al-Quran melibatkan peserta pelbagai peringkat umur.
Turut disampaikan sumbangan kepada golongan asnaf serta duit raya kepada peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka memeriahkan Ramadan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umnoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Awal minggu ini dimulakan dengan lawatan industri ke Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS) di Segamat, Johor yang menempatkan kilang pemasangan dan penyelenggaraan syarikat tersebut.
Saya telah menerima taklimat daripada Pengerusi ADS, Brig Jen (B) Dato’ Abdul Hadi Abdul Razak bersama Pengarah Pembangunan Perniagaan, Lt Kol (B) Shane Chin mengenai operasi, projek semasa dan hala tuju syarikat.
Syarikat ini merupakan pemain industri pertahanan tempatan yang menyediakan pelbagai penyelesaian dalam bidang pertahanan dan keselamatan serta bekerjasama dengan OEM antarabangsa.
ADS turut menyokong beberapa sistem pertahanan Tentera Darat Malaysia (TDM) termasuk sistem artileri, radar kawalan tembakan pertahanan udara, sistem komunikasi taktikal serta kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih persenjataan.
Antara sistem yang terlibat termasuk meriam 105mm LG1 MKIII serta sokongan kepada beberapa sistem artileri 155mm yang digunakan oleh TDM.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas keupayaan pemasangan serta penyelenggaraan sistem persenjataan dalam negara, termasuk melalui pelaksanaan Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi memperkasa pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran tempatan.
Perkembangan syarikat seperti ADS penting dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara. Pemerkasaan industri pertahanan tempatan perlu dipacu melalui pelan hala tuju yang jelas agar keupayaannya terus berkembang.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Komuniti nelayan memainkan peranan penting sebagai antara penggerak ekonomi masyarakat pesisir serta penyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara.
Penyerahan peralatan telah diberikan kepada 68 nelayan di Sedili Besar, Kota Tinggi.
Semoga sumbangan ini dapat membantu para nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan lebih baik serta terus memperkukuh ekonomi komuniti pesisir di kawasan Sedili.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini berbuka bersama cucu-cuca yang juga puasa penuh, alhamdulillah #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Sedili di Masjid Jamek An-Nur, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi sebelum menyertai Program Tarawih dan Moreh bersama penduduk di Surau Perumahan Kampung Tersusun Mawai Baru, Kota Tinggi.
Dalam kedua-dua program ini, sumbangan kepada golongan memerlukan serta beberapa peruntukan untuk kemudahan komuniti setempat turut disampaikan sebelum kami menunaikan solat berjemaah dan moreh bersama dalam suasana penuh ukhuwah.
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga waktu terbaik untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan kebersamaan dalam komuniti.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Calls grow for former members to return to Umno's ‘big house’ www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/08/calls-grow-for-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KENYATAAN MEDIA
UMNO RUMAH BESAR YANG MENYATUKAN BANGSA MELAYU
1. Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, telah membuka ruang seluasnya untuk sesiapa sahaja yang telah meninggalkan UMNO untuk kembali ke pangkuan UMNO. Seruan tersebut wajar disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak.
2. Seruan ini lahir daripada kesedaran bahawa UMNO bukan sekadar sebuah pergerakan politik. Ia adalah benteng terpenting kelangsungan bangsa Melayu. Sejak penubuhannya, UMNO berperanan sebagai wadah yang melindungi, memajukan dan menyatukan orang Melayu.
3. UMNO adalah ‘rumah besar’ yang didirikan untuk melindungi dan memajukan bangsa. Ia bukan milik sesiapa secara peribadi, sebaliknya rumah untuk seluruh bangsa Melayu. Rumah ini telah lama menyediakan bumbung dan ruang untuk bangsa Melayu berteduh, berkehidupan dan membangun persaingan.
4. Dalam sebuah keluarga besar, perselisihan dan kekhilafan adalah sesuatu yang lumrah. Bumi mana tidak ditumpahi hujan, langit mana yang tidak menyaksikan mega mendung berarak. Namun, perselisihan tersebut tidak seharusnya menjadikan rumah ini dimusuhi. Di persadanya kita semua pernah membesar, terdidik dan mendapat perlindungan.
5. Hakikatnya, sekiranya UMNO diganti dengan rumah yang lain, ia tidak akan setanding, apatah lagi lebih baik. Hubungan UMNO dengan orang Melayu terlalu mendalam, bagai air yang dicincang tidak akan putus.
6. UMNO juga merupakan pelantar yang menghubungkan sebuah penjajahan dengan sebuah kemerdekaan. Ia mengangkat sebuah bangsa daripada kemiskinan kepada bangsa yang sejahtera serta memuliakan Islam sebagai sebuah agama berkemajuan.
7. Dalam segala kebaikan dan kekurangannya, UMNO tetap menjadi benteng yang melindungi serta memelihara maruah bangsa.
8. Justeru, saya menyeru semua yang pernah bersama UMNO agar kembali ke pangkuan parti. Rumah ini masih kukuh, bayunya masih seperti dahulu, dan hujan rintik terus dihias pelangi jua. Kami yang tertinggal masih merindui semua kenangan dahulu sebagai sebuah keluarga.
DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
NAIB PRESIDEN UMNO
PENGERUSI JAWATANKUASA PENYATUAN RUMAH BANGSA
8 MAC 2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan menjadi waktu terbaik untuk kita memperkukuh ukhuwah, mengimarahkan masjid dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Semalam, saya juga berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa DUN Johor Jaya yang berlangsung di Masjid Al Falah, Bandar Baru Sri Alam, Masai bersama masyarakat serta kepimpinan UMNO setempat.
Majlis turut diisi dengan program tadarus Al-Quran yang melibatkan para peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sebagai usaha menghidupkan suasana Ramadan dengan amalan membaca dan menghayati kalam Allah secara bersama.
Dalam kesempatan tersebut, sumbangan turut disampaikan kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan, selain pemberian duit raya kepada para peserta tadarus sebagai penghargaan atas komitmen mereka mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan.
Saya juga berpeluang berbuka puasa bersama barisan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO setempat dalam suasana yang penuh kebersamaan dan ukhuwah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, hari ini saya turut berpeluang menyempurnakan Penyerahan Sumbangan kepada Golongan Memerlukan di Masjid Jamek Ar-Raudhah, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang turut dihadiri YB Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili dan kepimpinan-kepimpinan lain.
Sumbangan yang disampaikan merangkumi RM2,000 kepada Kumpulan Yaasin Fardhu Ain Tanjung Sedili, RM5,000 bagi barangan peralatan Balairaya Kampung Telok Hutan Lesong dan RM10,000 untuk Aktiviti Permuafakatan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kota Tinggi.
Selepas penyerahan sumbangan, saya menunaikan solat Zohor berjemaah bersama para jemaah di Masjid Jamek Ar-Raudhah, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, di samping berkesempatan berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Semoga program seperti ini dapat membantu meringankan beban golongan memerlukan, memperkukuh aktiviti kemasyarakatan serta menyemai semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat Tanjung Sedili, Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pagi ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Nelayan kepada Persatuan Nelayan Kawasan Sedili di kawasan Dataran Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sedili Besar, Kota Tinggi.
Set peralatan nelayan telah diberikan kepada 68 orang nelayan dan diharapkan ianya dapat membantu para nelayan tempatan meningkatkan keupayaan mereka di laut serta memudahkan aktiviti mencari rezeki, sekali gus menyokong ekonomi komuniti pesisir di kawasan Sedili, Kota Tinggi.
Di samping itu, melalui Peruntukkan Projek Mesra Rakyat Parlimen Kota Tinggi, sumbangan telah diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, Kota Tinggi dalam bentuk Smart TV bagi memastikan sistem pendidikan setempat selaras dengan era pemodenan.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi sebagai usaha berterusan membantu komuniti tempatan terutama para nelayan, dan turut dihadiri oleh YB Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan ini.
Golongan nelayan memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan sumber makanan negara terus terjamin di samping menjadi antara penggerak ekonomi masyarakat pesisir.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para nelayan serta membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti di Sedili Besar, Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kemeriahan Ramadan
dapat dihidupkan melalui ibadah dan kebersamaan masyarakat di surau atau masjid.
Saya turut berkesempatan menyertai masyarakat setempat dalam Program Tarawih dan Moreh Peringkat DUN Sedili yang berlangsung di Surau Perumahan Kampung Tersusun Mawai Baru, Kota Tinggi.
Program ini dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama komuniti setempat serta sokongan DUN Sedili di bawah YB Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili.
Dalam program ini, sumbangan turut disampaikan kepada 10 penerima daripada golongan yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan serta usaha membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan yang mulia ini.
Turut disampaikan kelulusan peruntukan Baik Pulih Gelanggang Serbaguna Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi sebanyak RM 40,000, peralatan pengurusan tanah wakaf Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi RM3,000 dan peralatan pengurusan bencana Kampung Mawai RM10,000.
Selepas itu, kami menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah sebelum majlis diteruskan dengan moreh bersama penduduk dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setiap kali Ramadan tiba, ia membawa peluang untuk kita terus mendekati masyarakat dan berkongsi keberkatan bersama.
Hari ini, saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Sedili bersama penduduk setempat di Masjid Jamek An-Nur, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.
Program ini digerakkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan sokongan DUN Sedili di bawah YB Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili, bersama kepimpinan dan komuniti setempat yang sentiasa komited menjayakan pengisian Ramadan di kawasan ini.
Pada kesempatan tersebut, sumbangan turut disampaikan kepada 20 penerima daripada golongan yang memerlukan sebagai usaha membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.
Turut disampaikan kelulusan peruntukan RM60,000 di bawah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi bagi kerja-kerja menurap jalan di kawasan tanah wakaf Felda Bukit Aping Timur dan juga pemberian sumbangan aktiviti Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi sebanyak RM9,000.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama dan solat Maghrib berjemaah dalam suasana penuh sederhana dan ukhuwah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini juga saya berkesempatan bertemu bakal Atase Pertahanan Malaysia ke Australia, Kolonel Dr. Samhasri bin Samah di Wisma Pertahanan.
Sempat kami berbual dan bertukar pandangan mengenai peranan serta tanggungjawab yang bakal beliau galas di Canberra.
Australia merupakan antara rakan strategik penting Malaysia dalam kerjasama pertahanan, sama ada melalui hubungan dua hala mahupun platform pelbagai hala seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).
Semoga beliau dapat meneruskan usaha mengukuhkan hubungan pertahanan Malaysia-Australia, di samping meneroka peluang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kepentingan pertahanan negara serta menyumbang kepada kestabilan keselamatan serantau.
🇲🇾🇦🇺
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima beberapa kunjungan hormat daripada sebahagian barisan kepimpinan baharu Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan, hari ini.
🔸 Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat;
🔸 Laksamana Madya Datuk Badarudin bin Taha, Timbalan Panglima Tentera Laut; dan
🔸 Leftenan Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima Medan Barat Tentera Darat.
Saya mengambil kesempatan daripada pertemuan-pertemuan ini untuk merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan mereka ke jawatan masing-masing.
Perbincangan semasa ketiga-tiga pertemuan ini turut menyentuh usaha memperkukuh perkhidmatan masing-masing serta mempertingkat keupayaan Angkatan Tentera Malaysia secara menyeluruh.
Semoga kepimpinan ini terus memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia serta memperkasa institusi pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, pada 14 Ramadan saya berpeluang berbuka puasa bersama staf saya di Pejabat Menteri, Kementerian Pertahanan.
Dalam kesibukan tugasan harian, kesempatan seperti ini cukup bermakna.
Ia mengingatkan saya bahawa setiap usaha yang digerakkan di pejabat ini lahir daripada komitmen dan semangat kerja berpasukan yang sentiasa kuat.
Terima kasih kepada semua atas dedikasi, kesungguhan dan kerja keras yang tidak pernah putus.
Semoga Ramadan ini terus menguatkan ukhuwah, keikhlasan serta semangat kita dalam melaksanakan amanah kepada negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malbatt peacekeepers safe amid clashes in southern Lebanon www.nst.com.my/news/nation/2026/03/1390006/malbatt-peacek…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
All Malbatt personnel in Lebanon safe, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/03/04/all-malbatt-per…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[Air Times News Network] Anggota MALBATT 850-13 Selamat, ATM Sedia Aktifkan Pelan Pemindahan Kecemasan Jika Diperlukan www.airtimes.my/2026/03/04/anggota-malbatt-850-13-selamat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MALBATT 850-13 selamat, kekal siap siaga tertinggi di selatan Lubnan www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1517010/malbat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Usai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya menghadiri sesi libat urus bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, berhubung pelaksanaan Akta Anti Buli 2026 yang turut melibatkan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Akta ini penting bagi memastikan MTD kekal sebagai institusi pendidikan yang selamat, berdisiplin, berkualiti dan bebas daripada sebarang bentuk buli.
MTD sememangnya disegani sebagai institusi yang konsisten melahirkan generasi pemimpin muda berjati diri, berdisiplin dan berakhlak.
Sehubungan itu, ekosistem pendidikan MTD akan terus diperkukuh bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara, di samping memupuk budaya hormat, amanah dan tanggungjawab secara berterusan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim, Sungai Besi pada 3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H.
Seri Paduka Baginda turut berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Insya-Allah, masjid ini akan terus menjadi pusat pengimarahan yang menyemai nilai kepimpinan, integriti dan jati diri dalam kalangan bakal perwira negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim, Sungai Besi pada 3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan terhadap pemerkasaan institusi pendidikan pertahanan yang seimbang antara kecemerlangan akademik, disiplin ketenteraan dan pengukuhan rohani.
Seri Paduka Baginda turut berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan para tetamu.
Semoga Masjid UPNM Sultan Ibrahim menjadi pusat pengimarahan yang menyemai nilai kepimpinan, integriti dan jati diri dalam kalangan bakal perwira negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada di Dewan Negara bagi menggulung Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kementerian Pertahanan.
Dalam penggulungan ini, saya telah menyentuh tiga perkara utama yang berbangkit sepanjang perbahasan.
Pertama, berkaitan isu integriti Angkatan Tentera Malaysia. Kementerian komited membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa kompromi melalui reformasi menyeluruh melibatkan struktur, sistem dan budaya organisasi, termasuk rombakan Pelan Antirasuah, pelaksanaan Kod Etika serta kerjasama erat bersama SPRM.
Kedua, berhubung penambahbaikan sistem perolehan pertahanan agar lebih telus dan berakauntabiliti. Kerangka tadbir urus baharu dilaksanakan dengan mekanisme semak dan imbang rentas kementerian, pengetatan penilaian teknikal dan kewangan serta pengukuhan proses tender bagi memastikan setiap perbelanjaan memelihara kepentingan negara.
Ketiga, memperkasa Askar Wataniah sebagai Lapisan Pertahanan Kedua dan pengganda kekuatan ATM. Usaha ini meliputi peningkatan pengambilan anggota serta penubuhan Pasukan Pakar dalam bidang strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
Keutamaan Kerajaan MADANI dan Kementerian Pertahanan adalah meneruskan reformasi institusi, memperkukuh tadbir urus perolehan serta memperkasa kekuatan pertahanan supaya sistem pertahanan negara kekal berintegriti, berwibawa dan teguh mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Duta Besar Finland ke Malaysia, PYT Anne Vasara bersama delegasi di Wisma Pertahanan.
Sebagai sebuah negara Nordik yang mempunyai kekuatan dalam bidang keselamatan, teknologi dan inovasi, Finland menawarkan potensi kerjasama yang signifikan, khususnya dalam pembangunan keupayaan serta industri berteknologi tinggi.
Kerjasama ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia memperluas jaringan rakan strategik dan memperkukuh daya tahan ekosistem pertahanan negara agar kekal berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitaran keselamatan global yang semakin mencabar.
Malaysia turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat Finland dalam Defence Services Asia 2026 (DSA 2026) pada April ini di Kuala Lumpur. Penyertaan tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada kolaborasi industri yang lebih substantif dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
🇲🇾🤝🇫🇮
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dsa2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) Bil. 1/2026 di Wisma Pertahanan pagi tadi.
Dalam landskap keselamatan yang semakin mencabar, Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada perolehan luar. Kemandirian pertahanan adalah keperluan strategik yang menuntut pengukuhan penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi tempatan secara berterusan.
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) perlu berperanan lebih strategik sebagai penyelaras dan penghubung ekosistem penyelidikan pertahanan, termasuk merapatkan kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pengajian tinggi.
Setiap teknologi yang diperoleh mesti dimanfaatkan untuk membina kapasiti negara, bukan sekadar pembelian. Kerjasama dengan negara sahabat dan rakan industri akan memperkukuh pembangunan teknologi maju serta membuka ruang kepada rantaian bekalan global.
Saya berharap pendekatan ini mempercepat pembinaan keupayaan tempatan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan berdaya saing dalam bidang pertahanan.
Kemandirian bukan pilihan. Ia adalah asas kepada kedaulatan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbuka puasa bersama warga Tentera Darat Malaysia di Kem Tun Ibrahim, Kajang yang menempatkan Rejimen ke-31 Artileri Diraja.
Ramadan mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah angkatan bukan sekadar pada aset dan persenjataan, tetapi pada nilai ihsan, disiplin serta semangat kekeluargaan yang mengikat setiap warganya.
Semoga kebersamaan ini terus memperkukuh tekad dan jati diri dalam memikul amanah mempertahankan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setelah selesai urusan di Dewan Rakyat hari ini, saya berkesempatan berbuka puasa bersama warga Tentera Darat Malaysia di Kem Tun Ibrahim, Kajang, yang menempatkan Rejimen ke-31 Artileri Diraja.
Dalam majlis ini turut disampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada warga dan ahli keluarga Tentera Darat yang berdepan ujian kesihatan, termasuk penyakit kronik dan OKU.
Usai berbuka puasa, saya telah menunaikan solat berjemaah bersama mereka dalam suasana penuh kesederhanaan dan kebersamaan.
Suasana ini mengingatkan bahawa kekuatan angkatan bukan sahaja terletak pada keupayaan pertahanan, tetapi juga pada nilai kebersamaan dan semangat kekeluargaan.
Pada kesempatan ini, saya turut merakamkan ucapan Selamat Hari Tentera Darat kepada seluruh warga serta para veteran Tentera Darat Malaysia sempena ulang tahun ke-93 yang disambut semalam.
Bertemakan “Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat”, semoga Tentera Darat Malaysia terus unggul, berwibawa serta menjadi tunjang kekuatan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#tenteradaratmalaysia
#gagahsetia
#htd93
#angkatanmasahadapan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pada sebelah petang, saya menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia yang baharu, TYT Marc Abensour, yang telah memulakan tugas rasmi beliau di Kuala Lumpur sejak Januari 2026. Turut hadir Atase Pertahanan Perancis ke Malaysia yang baharu, Kol. Stefan Stefanic.
Malaysia dan Perancis menikmati hubungan kerjasama pertahanan yang telah terjalin sekian lama, termasuk melalui perjanjian kerjasama sejak tahun 1993. Sebagai negara pemerhati dalam platform ADMM-Plus, Perancis turut memainkan peranan konstruktif melalui penglibatan aktif dalam pelbagai Kumpulan Kerja Pakar bersama negara-negara ASEAN.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam pembangunan industri pertahanan tempatan, di samping meneroka potensi Malaysia sebagai sebahagian daripada rangkaian bekalan global bagi komponen serta teknologi pertahanan, selari dengan kekuatan dan kepakaran industri Perancis.
Ketika ini, kedua-dua negara sedang memuktamadkan dokumen perjanjian baharu yang dijangka memperluas skop kerjasama pertahanan Malaysia-Perancis, sekali gus memperkukuh hubungan strategik yang memberi manfaat bersama demi kestabilan dan keselamatan serantau.
🇲🇾🤝🇫🇷
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semalam, saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Pasak Indah serta Program Solat Terawih dan Moreh di Surau Kampung Angkat MADANI, Kampung Baru Pasak, kedua-duanya dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama DUN Johor Lama di bawah Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama.
Dalam program ini, sumbangan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, diikuti solat berjemaah dan moreh bagi mengeratkan silaturahim di dalam masyarakat.
Semoga nilai kebersamaan dan ukhuwah yang terbina ini terus hidup dalam setiap langkah kita, memberi manfaat bukan hanya sepanjang Ramadan, tetapi sepanjang tahun.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pada hari ke-12 Ramadan, saya menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Bersama yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim di Wisma Pertahanan.
Beliau dilantik berkuat kuasa 1 Januari 2026, menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin yang kini menerajui Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) sebagai Ketua Eksekutif.
Dalam pertemuan ini, saya menegaskan keperluan Markas Angkatan Bersama untuk terus berfungsi secara lebih efektif dalam menghadapi cabaran baharu serta perkembangan geopolitik semasa.
Markas ini mesti berupaya menangani segala cabaran melalui penyelarasan operasi bersama yang mantap, di samping mengemukakan pendekatan-pendekatan baharu dalam memperkukuh pengurusan pertahanan negara.
Peranan ini bukan sahaja bagi mendukung aspirasi Angkatan Masa Hadapan, malah memastikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.
Seiring itu, keterlihatan peranan strategik Markas Angkatan Bersama juga perlu diperkasa agar kepentingannya difahami dengan lebih meluas.
Saya meletakkan harapan tinggi agar kepimpinan beliau dapat membawa Markas Angkatan Bersama ke era baharu yang lebih bersepadu dan berkesan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan terus menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat melalui ibadah dan kebersamaan.
Saya berpeluang menghadiri Program Solat Terawih dan Moreh DUN Johor Lama bersama masyarakat di Surau Kampung Angkat MADANI, Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi.
Program ini digerakkan dengan sokongan DUN Johor Lama di bawah YB Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama.
Surau baharu ini dibina melalui peruntukan Program Kampung Angkat MADANI, bukan sahaja melengkapkan keperluan ibadah penduduk setempat, malah menjadi nadi penyatuan komuniti serta pusat aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan di kampung ini.
Pada kesempatan ini, bantuan asnaf turut disampaikan kepada 20 keluarga sebelum kami menunaikan solat terawih berjemaah dalam suasana penuh ketenangan dan keberkatan.
Majlis diteruskan dengan moreh yang membuka ruang interaksi lebih dekat dan santai bersama penduduk setempat, sekali gus mengeratkan silaturahim yang menjadi inti pati Ramadan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan sentiasa menjadi ruang untuk kita kembali kepada perkara paling asas dalam kehidupan iaitu kebersamaan, kepedulian dan hubungan sesama manusia.
Di Surau Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, saya berpeluang berbuka puasa bersama masyarakat setempat dalam suasana sederhana tetapi penuh makna.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama DUN Johor Lama di bawah YB Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, yang turut melibatkan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 15 keluarga sebagai tanda ingatan kepada mereka yang memerlukan.
Kami kemudian berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, satu momen yang mengingatkan bahawa kekuatan masyarakat lahir daripada kebersamaan tanpa mengira latar belakang.
Semoga usaha kecil seperti ini terus menyatukan kita dan menjadi amalan berterusan, bukan hanya di bulan Ramadan, insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kotatinggi -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ziarah ibu di bulan Ramadhan, semuga terus mendapat doanya yang tiada kesudahan. Semuga ibuku dimuliakan juga di bulan Ramadhan ini. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Ke-93
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran.
Sejak penubuhannya 93 tahun lalu, Tentera Darat Malaysia terus memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh dedikasi, berteraskan disiplin, profesionalisme serta integriti yang menjadi tunjang kekuatan angkatan.
Meskipun berdepan pelbagai cabaran, termasuk yang berlaku baru-baru ini, Tentera Darat Malaysia kekal teguh sebagai benteng utama pertahanan negara.
Saya menyeru seluruh warga Tentera Darat agar terus memperkukuh integriti dan profesionalisme bagi memastikan Tentera Darat Malaysia sentiasa diyakini dan dipercayai rakyat.
Kementerian Pertahanan komited memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia sebagai komponen utama Angkatan Tentera Malaysia, selaras usaha membina Angkatan Masa Hadapan yang lebih tangkas, berdaya tahan dan disegani.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga dan veteran Tentera Darat Malaysia atas segala jasa, pengorbanan dan kesetiaan kepada ibu pertiwi. Khidmat bakti kalian akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah dan kekuatan pertahanan negara.
“Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat”
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#tenteradaratmalaysia
#gagahsetia
#htd93
#angkatanmasahadapan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan hormat TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia. Turut hadir Atase Pertahanan Jepun ke Malaysia yang baharu, Kolonel Iwao Yasuhiro.
Dalam konteks pertahanan, Jepun merupakan antara rakan strategik utama Malaysia di rantau Indo-Pasifik dalam memperkukuh kestabilan serantau serta keselamatan maritim. Sebagai anggota ADMM-Plus, Jepun terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan keamanan dan keyakinan bersama di peringkat serantau.
Sejak tahun 2018, Malaysia dan Jepun telah memeterai beberapa persefahaman dan perjanjian yang memperkukuh hubungan pertahanan serta kolaborasi ketenteraan kedua-dua negara ke tahap yang lebih strategik.
Jepun juga merupakan antara rakan penting dalam pembangunan keupayaan strategik pertahanan negara. Melalui inisiatif Official Security Assistance (OSA), Malaysia menerima sokongan berjumlah ¥400 juta pada tahun 2023 dan ¥3.1 bilion pada tahun 2025, dengan kerjasama ini dijangka terus diperkukuh pada tahun 2026.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun untuk memperkukuh kerjasama strategik sedia ada serta meneroka peluang baharu dalam bidang teknologi dan sains pertahanan, ke arah memperkasa keupayaan pertahanan negara dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇯🇵
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menjawab pertanyaan di Dewan Negara hari ini berhubung pembekuan perolehan aset pertahanan, Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa langkah ini dilaksanakan selaras arahan Kerajaan bagi memastikan proses perolehan berjalan secara lebih telus, berintegriti dan mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan.
Kerajaan pada 12 Februari 2026 bersetuju supaya perolehan aset strategik diteruskan, namun pelaksanaannya perlu berpandukan kerangka tadbir urus baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi memperkukuh semak dan imbang serta memastikan keputusan dibuat secara lebih profesional dan berasaskan kompetensi.
Penambahbaikan yang diperkenalkan merangkumi penglibatan rentas kementerian dan rentas perkhidmatan dalam struktur perolehan, pengetatan proses penilaian teknikal dan kewangan, pemuktamadan perolehan mengikut had nilai baharu di peringkat Lembaga Perolehan, serta pelaksanaan tender terbuka antarabangsa bagi perolehan melibatkan pengilang luar negara.
Bagi perolehan aset strategik bernilai tinggi yang memberi kesan langsung kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia, proses penilaian semula dan pengiklanan semula tender terbuka akan dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus yang lebih mantap dan diyakini.
Dalam masa yang sama, perolehan bukan strategik seperti perkhidmatan pembersihan, kawalan keselamatan tanpa senjata api, bekalan pejabat serta perkhidmatan umum lain diteruskan tanpa penilaian semula, bagi memastikan operasi harian kementerian tidak terjejas.
Langkah ini menegaskan komitmen Kerajaan untuk memastikan setiap perolehan pertahanan dilaksanakan secara bertanggungjawab, telus dan memberi nilai terbaik kepada negara, sambil memastikan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dewannegara -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, hari ini.
Menjunjung kasih atas keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan sempena Ramadan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia, TYT Peter Van Acker di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini membuka ruang memperkukuh hubungan Malaysia-Belgium serta meneroka potensi kerjasama baharu, khususnya dalam industri dan teknologi pertahanan.
Malaysia turut menghargai kerjasama sedia ada sebagai pengguna sistem persenjataan buatan Belgium daripada FN Herstal bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
Pada masa yang sama, kedua-dua pihak melihat ruang untuk memperluas kolaborasi dalam bidang teknologi tinggi dan strategik, termasuk melibatkan sumber mineral nadir negara.
🇲🇾🤝🇧🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari keenam Ramadan diisi dengan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pertahanan dalam suasana sederhana namun penuh kebersamaan.
Dalam majlis ini, Peruntukan Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan Tahun 2026 berjumlah RM426 juta disampaikan sebagai usaha berterusan memastikan kesejahteraan serta keselesaan anggota ATM dan keluarga terus diberi perhatian.
Sumbangan kebajikan kepada anggota ATM yang terkesan banjir berjumlah RM34,000 turut disampaikan, selain Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM sebanyak RM61,580 serta Tabung Rayuan Hari Pahlawan berjumlah RM50,000 dengan sokongan Koperasi Tentera.
Sumbangan kebajikan juga dihulurkan kepada warga Kementerian Pertahanan, anggota ATM dan keluarga yang mengalami sakit kronik, OKU serta golongan asnaf, di samping sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI (SSPN) melalui dana Yayasan LTAT sebanyak RM50 bagi setiap pelajar, melibatkan jumlah keseluruhan RM166,400 kepada anak-anak warga ATM yang memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2026.
Ramadan mengingatkan kita bahawa kekuatan pertahanan negara bukan sekadar terletak pada keupayaan operasi, tetapi juga pada kesejahteraan anggota dan keluarga yang menjadi tunjang kesiapsiagaan ATM.
Semoga Ramadan ini terus menyemai nilai kebersamaan dan amanah dalam memelihara kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ramadan keenam disemarakkan melalui Program Ihya’ Ramadan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Pertahanan.
Pengisian ini menghidupkan penghayatan Ramadan, memperkukuh kebersamaan serta mengingatkan kepentingan kesiapsiagaan dan kesejahteraan warga pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selepas sesi perjumpaan khas bersama kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meneruskan pengisian Program Ihya’ Ramadan bagi menyemarakkan penghayatan bulan penuh kemuliaan ini.
Program diteruskan dengan Tazkirah Ramadan di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, yang disampaikan Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kolonel Dr. Khairul Fauzi bin Azmi, menyentuh kepentingan memperkukuh iman, takwa dan akhlak.
YAB Perdana Menteri kemudiannya menunaikan Solat Zuhur bersama lebih 700 jemaah terdiri daripada anggota ATM serta kakitangan awam Kementerian sebelum YAB Perdana Menteri mengedarkan bubur lambuk kepada para jemaah sempena Ramadan.
Semoga Ramadan ini terus diimarahkan bersama. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Anwar open to releasing procurement funds for armed forces, says Khaled | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/24/anwa…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - PM Anwar Meets Armed Forces Leadership At Wisma Perwira www.bernama.com/en/general/news.php?id=2527055
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ketelusan perolehan, kesiapsiagaan ATM jadi keutamaan - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Wisma Perwira ATM bersempena Program Ihya’ Ramadan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pertahanan.
Program dimulakan dengan perjumpaan khas YAB Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ruang pertukaran pandangan mengenai hala tuju sektor pertahanan negara.
Antaranya dalan soal memperteguh tadbir urus dan ketelusan perolehan, serta memastikan kesiapsiagaan ATM dalam menghadapi landskap geopolitik yang semakin dinamik.
Perbincangan turut menyentuh komitmen berterusan Kerajaan dan Kementerian Pertahanan dalam aspek kesejahteraan anggota, termasuklah berkait perumahan warga ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#ihyaramadan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Kuantan dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.
Lawatan ini menjadi ruang untuk bertemu dan menyantuni anggota, di samping menzahirkan penghargaan atas komitmen serta pengorbanan warga TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari keempat Ramadan di Kuantan.
Meninjau RKAT Balok Perdana, menziarahi kediaman anggota TLDM di MAWILLA 1 serta melihat pelaksanaan Program Ekonomi MADANI melalui projek Cendawan Urban Farming BAKAT.
Kebajikan anggota dan pemerkasaan ekonomi keluarga ATM terus menjadi keutamaan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat
#programekonomimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Kuantan juga, saya berpeluang berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Tanjung Gelang, Kuantan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan untuk turun padang bertemu dan menyantuni anggota Angkatan Tentera Malaysia sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan, pengorbanan serta komitmen mereka dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Dalam kesempatan ini, sumbangan kebajikan daripada Yayasan LTAT turut disampaikan kepada penerima-penerima yang terdiri daripada anggota serta ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, OKU serta golongan asnaf sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kesejahteraan warga.
Ramadan mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar bukan sahaja terletak pada keupayaan fizikal dan persenjataan, tetapi juga pada kekuatan iman, prinsip serta disiplin dalam melaksanakan amanah mempertahankan negara.
Kerajaan MADANI dan Kementerian memberi perhatian serius terhadap kesejahteraan anggota serta keluarga mereka, meliputi aspek perumahan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan warga ATM.
Semoga Ramadan ini memperkukuh semangat pengabdian, menyemai keikhlasan dalam perkhidmatan serta menjadikan kita semua lebih tabah dan berintegriti dalam mempertahankan tanah air.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selain menyantuni warga TLDM di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), saya turut meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI melalui projek Cendawan Urban Farming yang diusahakan oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di sini.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada anggota dan keluarga melalui pendekatan pertanian bandar yang inovatif dan mampan, malah telah mula membuahkan hasil nyata serta memberikan pulangan kepada peserta yang terlibat.
Usaha ini membuktikan bahawa inisiatif ekonomi komuniti dalam Angkatan Tentera Malaysia mampu diperkasa secara mampan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.
Kementerian Pertahanan akan terus memperluas dan memperkukuh inisiatif seumpama ini agar manfaatnya dapat dirasai lebih ramai anggota serta keluarga ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#programekonomimadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari keempat Ramadan, saya berada di Kuantan, Pahang bagi lawatan kerja.
Saya berkesempatan meninjau Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Balok Perdana yang menjadi kediaman anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Tanjung Gelang.
Berpeluang menziarahi kediaman anggota, bertanya khabar serta menyantuni mereka dan keluarga. Dalam kesempatan ini, sumbangan kebajikan daripada Yayasan LTAT turut disampaikan kepada anggota dan ahli keluarga yang mengalami sakit kronik sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga ATM, khususnya sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.
Kerajaan MADANI terus berusaha menambah baik penginapan warga ATM dan keluarga mereka. Tahun ini, RM70 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan naik taraf kediaman TLDM di seluruh negara, termasuk kira-kira RM4.31 juta bagi MAWILLA 1.
Kebajikan anggota dan keluarga mereka akan terus menjadi perhatian sebagai penghargaan atas khidmat dan pengorbanan kepada negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#rkat -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian mendiang Truper K. Indiran, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat kepada negara hingga ke akhir hayat beliau.
Mendiang merupakan anak kepada mendiang Lt Kol C. Kayamboo TUDM, yang terkorban ketika menjalankan tugas pada tahun 2016. Puan S. Usha, ibu kepada mendiang Indiran bersama keluarga, sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang telah mengabdikan khidmat kepada negara.
Pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang, tetapi dua insan tersayang kepada tanah air merupakan satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun.
Secara peribadi, saya menzahirkan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga mendiang serta memohon rakyat Malaysia agar terus mendoakan mereka supaya kekal cekal dan tabah menghadapi dugaan berat ini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
Foto: Air Times News Network -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tiada anak patut tercicir daripada pendidikan.
Melalui Program Back To School Parlimen Pasir Gudang 2026, sumbangan RM100 daripada Yayasan Pelajaran MARA disampaikan kepada para penerima di Dewan Muafakat, Bandar Seri Alam bagi membantu meringankan perbelanjaan persekolahan.
Walaupun nilainya sederhana, sumbangan ini diharap dapat membantu memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan keperluan asas yang mencukupi kerana pendidikan merupakan asas penting masa depan negara.
#khalednordinmindef
#yayasanpelajaranmaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾 reposted
Rashid Yusoff
@RashidYusoff11
Absolute Cinematic!
Tahniah PM @anwaribrahim & pasukan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, memasuki hari ketiga Ramadan 2026, saya berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa bersama ahli serta kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Majlis yang sederhana tetapi penuh makna ini memberi ruang untuk saya terus mendengar, beramah mesra dan mengeratkan hubungan bersama keluarga besar perjuangan.
Semangat kebersamaan dan ukhwah yang terjalin inilah yang menjadi kekuatan kita dalam mengharungi cabaran mendatang, insya-Allah.
#khalednordinmindef
#umno -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu - Khaled Nordin | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1325073/kematian-trupe…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Govt has improved Armed Forces procurement procedures, says Defence Minister | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/21/govt-has-improv…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sistem sebut harga perolehan ATM ditambah baik - Mohamed Khaled | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1325093/sistem-sebut-h…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
`Tak perlu buat parti Melayu baharu' - Mohamed Khaled | Berita Harian www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1511966/tak-pe…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Ex-Bersatu members welcome to join Umno, says Khaled | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/21/ex-bersatu-memb…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Allow probe into soldier’s death to proceed first, says Khaled | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/21/allo…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Khaled: Malays need consolidation, not another party, amid Bersatu turmoil | Malay Mail www.malaymail.com/news/malaysia/2026/02/21/khaled-malays-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selfie dengan atuk sebelum berbuka #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah untuk hari pertama bulan Ramadhan yang penuh barakah, berbuka puasa dengan Akmal dan famili. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya menerima kunjungan hormat Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, di Wisma Pertahanan.
Beliau dilantik sebagai Ketua Staf Markas ATM berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS).
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang bersih merupakan teras utama kepimpinan ATM serta ekosistem pertahanan negara.
Dalam hal ini, kepimpinan utama ATM bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi, malah memikul amanah untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, tanpa kompromi.
Tahniah kepada Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi atas pelantikan ini. Semoga beliau terus diberi kekuatan untuk memikul amanah demi kepentingan pertahanan dan keselamatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh bersama delegasi di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kesihatan kepada warga ATM, di samping memperkukuh kesiapsiagaan aspek sokongan perubatan.
Kementerian komited untuk memastikan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM dapat terus menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh warganya.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pada hari pertama Ramadan, saya menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS) yang baharu, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin, di Wisma Pertahanan.
Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS berkuat kuasa 1 Januari 2026, menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri yang dilantik sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.
MiDAS berperanan menyediakan kajian dan analisis mengenai isu pertahanan dan keselamatan semasa, termasuk perkembangan di peringkat serantau dan global.
Penilaian ini membantu Kementerian Pertahanan kekal cakna, di samping menyokong Kerajaan membentuk pendirian dan membuat keputusan yang tepat demi kepentingan negara.
Tahniah kepada Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani atas pelantikan ini. Semoga MiDAS terus diperkasa sebagai rujukan strategik pertahanan dan keselamatan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Pasukan Simpanan. Bukan pelengkap. Tapi komponen kritikal pertahanan negara.
Malaysia tidak boleh bergantung pada angkatan tetap semata-mata.
Negara yang kuat. Perlukan masyarakat yang faham pertahanan. Dan sanggup tampil sebagai sukarelawan.
Inilah Pertahanan Menyeluruh (HANRUH). Whole-of-Government & Whole-of-Society (WoGoS).
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Salam Ramadan saya ucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Ramadan. Bulan yang mengajar kita tentang erti kesabaran. Bulan yang membina kekuatan rohani dan diri. Bulan yang mendidik kita menjadi insan yang lebih baik.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Ramadan menjadi medan buat kita semua umat Islam untuk terus memperkukuh iman, mendidik disiplin diri dan mengingatkan kita tentang nilai ihsan, kesederhanaan dan kepedulian sesama insan.
Marilah kita manfaatkan setiap ruang dan kesempatan sepanjang Ramadan dengan memperbanyak ibadah. Semoga segala amal kita diterima Allah SWT. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Occasional visit to my mother especially before the start of Ramadhan/ ke rumah ibu sebelum bermulanya Ramadhan #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina.
Semoga Tahun Kuda ini menjadi simbol semangat yang kental dan semangat juang dalam menghadapi cabaran, serta menjadi dorongan untuk terus mara ke hadapan demi kesejahteraan negara, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
🧧🐴🇲🇾
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sasar tambah 50,000 anggota pasukan simpanan tentera darat www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323439/sasar-tambah-5…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Skilled Professionals Urged To Join Territorial Army To Strengthen National Defence www.bernama.com/en/general/news.php?id=2524633
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Individu Berkemahiran Dalam Sektor Kritikal Digalak Sertai Askar Wataniah www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2524634
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Kementerian Pertahanan Dan Kementerian Kewangan Bincang Pembekuan Dana ATM www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2524602
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin - Khaled | Awani www.astroawani.com/berita-malaysia/mindef-runding-pembeku…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mindef to set up more specialist regiments, boost reserve force numbers | The Star www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/16/mindef-to-set-u…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menyempurnakan Majlis Peluncuran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD (AW) di Dewan Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Menara Prasarana, Petaling Jaya.
Pasukan simpanan seperti Askar Wataniah merupakan komponen kritikal pertahanan negara. Negara tidak boleh hanya bergantung kepada anggota tetap semata-mata, tetapi juga memerlukan masyarakat yang memahami pertahanan dan bersedia tampil sebagai sukarelawan demi memastikan keamanan negara.
Inilah asas kepada pendekatan “Whole-of-Government and Whole-of-Society” (WoGoS) serta konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), iaitu usaha mempertahankan negara yang melibatkan semua, termasuk kerajaan, ATM, agensi berkaitan, industri dan rakyat.
Pasukan simpanan, termasuk Askar Wataniah, berperanan sebagai “force multiplier” ketika berdepan konflik berskala besar atau ancaman luar jangka. Justeru, Kerajaan akan terus memperkukuh pasukan simpanan selari matlamat nisbah 1:1, menuju matlamat pasukan simpanan yang setara dengan kekuatan kira-kira 140,000 anggota tetap ATM.
Pasukan simpanan juga akan terus diperkasa merentas pelbagai bidang kepakaran, termasuk dalam perubatan, teknologi maklumat, pelabuhan, air, telekomunikasi, jana kuasa elektrik serta komunikasi.
Skuadron yang diluncurkan hari ini berperanan dalam perlindungan, sokongan teknikal dan pemulihan infrastruktur rel bandar ketika kecemasan, krisis atau ancaman keselamatan termasuk bencana alam, sabotaj dan gangguan operasi berskala besar.
Ini memastikan kesinambungan operasi LRT, MRT dan Monorel sebagai infrastruktur kritikal negara demi pergerakan rakyat dan kelangsungan ekonomi.
Sehubungan itu, ekosistem menyeluruh akan terus dibangunkan, meliputi insentif, peraturan, undang-undang serta sokongan industri bagi memastikan matlamat memperkukuh pasukan simpanan negara dapat dijayakan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Exercise Desert Tiger Strengthens Malaysia-UAE Defence Cooperation www.bernama.com/en/news.php/?id=2524190
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Munich melalui Dubai. Gembira menaiki pesawat sama dengan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion ke7, Rejimen Renjer Di Raja yang baru sahaja menamatkan Eksesais DESERT TIGER Siri 8/26 di Ajman, Emiriah Arab Bersatu.
Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua 15 pegawai dan 86 anggota LLP TDM yang terlibat, atas komitmen, disiplin serta semangat tinggi sepanjang eksesais bilateral selama 13 hari ini.
Latihan ini memberi pendedahan langsung dalam pelaksanaan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) di persekitaran padang pasir, di samping menjadi platform pertukaran doktrin serta Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) bersama Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu.
Saya yakin pengalaman ini akan memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan anggota kita, selari dengan usaha memperkasa kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-UAE.
🇲🇾🤝🇦🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, TYT Mohamad Razdan Jamil, serta seluruh warga Kedutaan atas sambutan dan bantuan sepanjang lawatan kerja rasmi dua hari saya ke negara ini.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dalam memastikan setiap pengisian lawatan berjalan lancar.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Semasa Munich Security Conference (MSC) 2026 juga, saya berpeluang mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat dari Singapura, TYT Chan Chun Sing.
Malaysia dan Singapura mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala, selari dengan usaha memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya di rantau ASEAN.
🇲🇾🤝🇸🇬
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sejurus pertemuan bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, TYT Boris Pistorius, kedua-dua pihak telah menyempurnakan pemeteraian Joint Declaration of Intent (JDOI) on Defence Cooperation antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Persekutuan Jerman.
Pemeteraian JDOI ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala, selari dengan komitmen bersama bagi memperluas ruang kolaborasi dalam sektor pertahanan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jerman atas kesediaan menjayakan pemeteraian ini, termasuk mengiktiraf peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkasa kerjasama di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia menghargai sokongan Jerman melalui Enable & Enhance (E&E) Initiative bernilai RM35 juta, bagi membantu meningkatkan keupayaan ketenteraan dan keselamatan.
Saya yakin, melalui JDOI ini, hubungan pertahanan Malaysia-Jerman akan terus diperkasakan melalui penglibatan yang lebih meluas, tersusun dan berterusan pada masa akan datang.
🇲🇾🤝🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sela-sela Munich Security Conference (MSC) 2026, saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman, TYT Boris Pistorius.
Mesyuarat ini merupakan kesinambungan daripada pertemuan terdahulu semasa UN Peacekeeping Ministerial 2025 di Berlin, di samping memperkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-Jerman serta bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau, khususnya di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia mengalu-alukan peranan aktif Jerman dalam Expert Working Group (EWG) ADMM-Plus, serta berharap kedua-dua negara dapat meneroka kerjasama baharu yang praktikal dan berimpak, termasuk dalam bidang teknologi pertahanan, AI, keselamatan siber dan keselamatan sempadan.
🇲🇾🤝🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich, Republik Persekutuan Jerman, untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari.
Sepanjang berada di Munich, saya akan menghadiri Munich Security Conference (MSC) 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Februari.
Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich telah disambut oleh TYT Mohamad Razdan bin Jamil, Duta Besar Malaysia ke Jerman.
🇲🇾🇩🇪
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#msc2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bertemu TYT Ahn Gyuback, Menteri Pertahanan Negara Republik Korea, di Riyadh yang sama-sama hadiri World Defence Show di sini.
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi kali ini turut melakukan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi yang telah sempurna ditandatangani di sela-sela World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh.
Perjanjian ini dimeterai bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi, HRH Prince Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sebagai satu langkah penting untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia-Arab Saudi.
Melalui perjanjian ini, kedua-dua negara akan meneroka lebih banyak peluang kerjasama baharu merangkumi pengukuhan rangkaian ketenteraan, perkongsian maklumat dan analisis, serta kerjasama dalam bidang teknologi dan sains pertahanan, termasuk pembangunan industri pertahanan tempatan demi manfaat bersama.
Saya yakin termeterainya perjanjian ini akan memperkukuh lagi hubungan akrab sedia terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi. Ia turut membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dalam menyumbang penyelesaian terhadap isu-isu sejagat, khususnya yang melibatkan negara-negara Islam.
🇲🇾🤝🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wds2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Terserempak dengan Menteri Pertahanan Italy, The Rt. Hon. Guido Crosetto yang kebetulan duduk di hotel yang sama di Riyadh. Bertanya khabar dan kemajuan hubungan pertahanan Malaysia dan Italy. #khalednordinmindef
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - WDS 2026 Offers Insight Into Global Defence Technology - Mohamed Khaled www.bernama.com/en/news.php?id=2521762
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Di sela-sela World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh, saya berpeluang mengadakan pertemuan bersama Menteri Industri Pertahanan Republik Azerbaijan, TYT Vugar Mustafayev.
Pertemuan ini merupakan kali kedua selepas pertemuan pertama pada Julai tahun lalu semasa International Defence Industry Fair (IDEF) 2025 di Istanbul. Malaysia mengalu-alukan kerjasama pertahanan yang lebih erat antara Malaysia dan Azerbaijan.
Kedua-dua negara turut berkongsi persamaan dari segi aspirasi membangunkan industri pertahanan tempatan masing-masing, serta komitmen untuk memperkukuh keselamatan dan kestabilan.
🇲🇾🇦🇿
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#wds2026
#worlddefenseshow2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Arab Saudi, saya berpeluang menghadiri World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh, yang bermula 8 hingga 12 Februari 2026.
Penganjuran edisi ketiga pameran ini, di bawah naungan HM King Salman bin Abdulaziz Al Saud dan dianjurkan oleh General Authority for Military Industries (GAMI), menghimpunkan delegasi rasmi, agensi kerajaan serta syarikat pertahanan dan keselamatan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, bagi mempamerkan teknologi dan inovasi terkini.
WDS 2026 turut mencerminkan aspirasi Saudi Vision 2030 dalam membangunkan industri pertahanan nasional yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kandungan tempatan melebihi 50% daripada perbelanjaan ketenteraan, di samping memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
WDS 2026 turut memberi perspektif penting kepada Malaysia, khususnya ketika negara sedang mengorak langkah memperkukuh “self-reliance” menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Januari yang lalu.
Ruang dan peluang ini turut dimanfaatkan pemimpin-pemimpin pertahanan dunia untuk mengadakan pertemuan bagi memperkukuh kerjasama strategik.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#worlddefenseshow2026
#wds2026 -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima jemputan makan malam di kediaman Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, sempena lawatan kerja saya ke negara ini.
Setinggi-tinggi penghargaan atas layanan mesra serta kesudian TYT menerima kehadiran delegasi Kementerian Pertahanan.
Majlis turut disertai warga Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi, di samping menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sini.
Turut bersama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani bin Daud.
🇲🇾🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1506637/malays…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Malaysia to sign defence cooperation pact with Saudi Arabia | FMT www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/07/mala…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Alhamdulillah, saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh awal pagi tadi bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi.
Ketibaan saya disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman dan Atasé Pertahanan Malaysia di Arab Saudi, Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.
Dalam lawatan ini, saya dijadualkan untuk pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi, HRH Prince Khalid bin Salman Al Saud.
Insya-Allah, Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan dimeterai dalam lawatan ini, selain beberapa majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat industri pertahanan Malaysia.
Lawatan ini turut merangkumi kehadiran ke World Defense Show (WDS) 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 12 Februari 2026 di Riyadh.
🇲🇾🤝🇸🇦
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) 2026 Kuala Lumpur
4 FEBRUARI 2026
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#veteranatm -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Kota Tinggi.
Sebanyak 7 projek pembangunan telah berjaya disiapkan bagi meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk kampung.
Pembangunan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira identiti, budaya dan cara hidup masyarakat setempat, di samping memastikan pendekatan yang moden serta lestari.
Melalui Program Kampung Angkat MADANI, usaha ini memastikan komuniti luar bandar terus menikmati pembangunan yang seimbang dan tidak berasa terpinggir, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Insya-Allah, banyak lagi yang akan diusahakan untuk warga Kota Tinggi.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani
#kotatinggiThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan tapak penggambaran Takluk 2: Op Daulat di Kota Tinggi, Johor mencerminkan sokongan berterusan terhadap industri kreatif tempatan serta usaha memberi kefahaman lebih mendalam tentang tema keselamatan negara.
Filem ini bukan sekadar hiburan, malah medium penting dalam menyemai semangat patriotisme dan menghargai peranan serta pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kesempatan berada di Kota Tinggi sempena Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Sedili, saya telah meninjau pelaksanaan beberapa inisiatif pembangunan di bawah Program ini.
Projek pembangunan ini mula dilaksanakan pada September 2025 dan kesemua 7 inisiatif pembangunan utama telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi, merangkumi:
✅ Naik taraf balai raya;
✅ Pemasangan lampu jalan solar di kawasan kampung;
✅ Baik pulih Tadika KEMAS;
✅ Baik pulih gelanggang bola tampar;
✅ Pembinaan gelanggang futsal baharu;
✅ Pembinaan pagar masjid; dan
✅ Pembinaan mercu tanda kampung.
Bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI di seluruh negara, Kerajaan MADANI telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 juta, dengan setiap kampung angkat menerima peruntukan maksimum RM1 juta.
Khusus untuk Kampung Tuan Seh, Kementerian Pertahanan menyalurkan dana tambahan RM500,000, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM1.5 juta, bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan berimpak kepada kesejahteraan penduduk setempat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#kampungangkatmadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menghadiri Majlis Penutup Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) Siri 1 Tahun 2026 di Masjid Makmur Ummah Cemerlang, Kampung Tuan Seh, Sedili, Kota Tinggi, sempena Program Kampung Angkat MADANI.
PIKAT merupakan usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berasaskan pendekatan kerjasama awam-tentera (CIMIC) bagi mendekati masyarakat setempat melalui pengisian ilmu dan program kemasyarakatan.
Pelbagai pengisian bermakna dilaksanakan melalui PIKAT di sini termasuk program motivasi pelajar, khutbah Jumaat, ceramah perdana, klinik rawatan Islam serta kursus kefahaman faraid, yang melibatkan lebih 1,000 peserta, termasuk dalam kalangan pelajar, jemaah masjid serta penduduk sekitar Kota Tinggi.
Dalam majlis ini, saya juga sempat menyampaikan Sumbangan Kotak Rezeki kepada penerima yang memerlukan.
Kementerian Pertahanan komited untuk terus menyokong usaha murni berteraskan ilmu dan muafakat bersama masyarakat agar kebersamaan tentera dan rakyat terus diperkasakan demi kesejahteraan negara. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#cimic -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - Kementerian Pertahanan Perkukuh Penggunaan Digital Dan AI - Khaled www.bernama.com/misc/rss/news.php?id=2518971
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kampung Angkat Madani: Kampung Tuan Seh terima manfaat pembangunan RM1.5 juta | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317574/kampung-angkat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berpeluang meninjau set penggambaran Takluk 2: Op Daulat di Ladang Alaf, YPJ Plantation, Kota Tinggi, Johor, kolaborasi Multimedia Entertainment dan Skop Productions.
Tahniah kepada seluruh pasukan produksi atas usaha menjayakan filem berteraskan sejarah dan keselamatan ini. Karya seperti ini penting untuk membantu rakyat memahami peranan serta pengorbanan anggota keselamatan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan menyokong usaha penghasilan karya tempatan yang mengangkat sejarah, kepahlawanan dan pengorbanan perwira kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Ayuh kita beri sokongan dan saksikan filem ini apabila ia mula ditayangkan nanti!
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#takluk2opdaulat -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sistem pertahanan negara kekal utuh, berfungsi meskipun ATM dihantui skandal rasuah - Khaled Nordin www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502442/sistem…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
KD Maharajalela mula ujian 'sea-going' hari ini, cubaan penuh di laut April - Khaled Nordin | Berita Harian www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502392/lcs-1-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Berada di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan berhubung status pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1, yang sememangnya terus menjadi perhatian pelbagai pihak.
Setakat 25 Disember 2025, Kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan KESELURUHAN projek LCS telah mencapai 75.75% sebenar berbanding 81.57% mengikut perancangan. Manakala LCS 1 berada pada tahap 82.9%.
Kapal LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama. Ujian laut peringkat limbungan telah bermula pada 20 Januari 2026, dengan “first sea going”dijadualkan pada 28 Januari 2026 bagi pengujian sistem jentera, jana kuasa, penghawa dingin dan sistem pendorongan.
Penyerahan LCS 1 disemak ke Disember 2026 dengan kelewatan sekitar 4 bulan, manakala jadual penyerahan kapal seterusnya kekal sehingga tahun 2029. Nilai keseluruhan projek LCS adalah RM11.2 bilion dengan perbelanjaan semasa sekitar RM8.3 bilion atau 74% daripada jumlah kontrak.
Kementerian Pertahanan terus melaksanakan pemantauan rapi bersama TLDM sebagai pengguna akhir serta pihak pelaksana bagi memastikan setiap fasa pembangunan, pengujian dan penyerahan kapal dilaksanakan mengikut spesifikasi dan keperluan operasi.
Keutamaan Kementerian adalah memastikan aset yang diterima benar-benar selamat, berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan pertahanan negara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Program Jiwa MADANI ATM: MINDEF peruntuk RM850,000 laksana 17 projek di Melaka - Portal Berita RTM berita.rtm.gov.my/senarai-berita-nasional/senarai-artikel…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
BERNAMA - MINDEF Allocates RM850,000 For 17 MAF Jiwa MADANI Projects In Melaka www.bernama.com/en/general/news.php?id=2517230
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Insya-Allah pada Rabu ini saya akan menyampaikan Penerangan Menteri di Dewan Rakyat.
Kementerian Pertahanan komited memastikan Angkatan Tentera Malaysia kukuh, bersih dan dihormati.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI ATM melalui Projek Cendawan Pintar BAKAT di 10 BGD PARA, Kem Terendak yang merekodkan pencapaian positif menerusi Projek Cendawan Urban Farming.
Projek ini memfokuskan pembangunan keusahawanan agro-teknologi dalam kalangan ahli BAKAT dengan memanfaatkan kepakaran universiti, khususnya melalui bimbingan akademik pensyarah UiTM bagi pemindahan ilmu, sekali gus menyumbang kepada penjanaan pendapatan tambahan serta pengukuhan ekonomi keluarga anggota.
Sebagai permulaan, seramai 10 peserta telah menerima 2,000 bongkah cendawan secara berperingkat, disokong latihan Sistem Imistroom Rumah Cendawan Pintar Modular yang dilaksanakan pada Disember 2025 bagi memperkukuh kecekapan operasi.
Sehingga akhir tahun lalu, projek ini berjaya menghasilkan lebih 100kg cendawan, membuktikan Program Ekonomi MADANI ATM bukan sahaja memberi pulangan ekonomi, malah membekalkan ilmu dan kemahiran yang mampan demi memperkasakan ekonomi keluarga anggota untuk masa depan yang lebih baik.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Sekitar lawatan kerja saya ke Kem Terendak, Melaka pada 26 Januari 2026.
Insya-Allah Kementerian Pertahanan akan memastikan kesejahteraan warganya terus diberikan keutamaan.
Baik dalam soal pendidikan, kesihatan, kebajikan, perumahan mahupun kestabilan ekonomi keluarga.
Terima kasih seluruh warga dan keluarga ATM di sini.
#khalednordinmindef
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Dalam lawatan kerja ke Kem Terendak, saya turut menerima taklimat Projek Pembangunan Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) serta Projek Naik Taraf Sistem Retikulasi Air, sebelum menyempurnakan upacara pecah tanah bagi Projek 94 HAT.
Projek Pembangunan 94 HAT bernilai RM320 juta ini telah bermula pada November 2024. Ia dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2029, dengan kapasiti 150 katil, bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang telah berusia lebih 60 tahun.
Hospital ini akan menyediakan perkhidmatan perubatan am, kepakaran dan pergigian, dengan sebahagian kemudahan turut dibuka kepada komuniti setempat, sekali gus memberi manfaat kepada warga ATM, Kementerian, veteran serta masyarakat awam.
Manakala bagi Projek Naik Taraf Sistem Retikulasi Air bernilai lebih RM40 juta dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya ini akan menangani isu bekalan air di Kem Terendak melalui kerja-kerja penaiktarafan sistem sedia ada bagi memastikan bekalan air yang selamat, mencukupi dan mampan.
Pembangunan infrastruktur kesihatan dan kemudahan asas ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kesejahteraan anggota, kesiapsiagaan pasukan serta perkhidmatan pertahanan negara kekal kukuh dan berdaya tahan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Hari ini juga, saya meninjau keadaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Terendak sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kebajikan perumahan anggota sentiasa diberi perhatian.
Semasa lawatan, saya menerima taklimat mengenai keadaan semasa serta perancangan berkaitan RKAT di sini. Bagi tahun 2026, sebanyak RM16.9 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja senggaraan RKAT dan Blok Penginapan di Negeri Melaka.
Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan senggaraan RKAT seluruh negara sejak tahun 2024 melebihi RM400 juta, meningkat dengan ketara berbanding kurang daripada RM150 juta pada tahun 2022.
Kementerian Pertahanan kekal komited memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka, termasuk memastikan kediaman yang lebih selesa, selamat dan terpelihara.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan terhadap soal kesejahteraan warga pertahanan dan keluarga mereka, sebagai teras kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam lawatan kerja saya ke Kem Terendak hari ini, saya berpeluang menyantuni beberapa anggota serta waris mereka yang menghidap penyakit kronik dan OKU.
Mewakili Kementerian Pertahanan, saya telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Yayasan LTAT kepada 20 orang penerima yang kurang bernasib baik.
Di samping itu, bantuan sebanyak RM200 seorang turut disalurkan kepada 63 orang anak anggota yang OKU sebagai tanda keprihatinan berterusan terhadap kebajikan keluarga ATM.
Semoga bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Perolehan dibekukan: MINDEF jamin kesiapsiagaan ATM kekal terpelihara | Malaysia Tribune malaysiatribune.news/berita-semasa/perolehan-dibekukan-mi…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Polis siasat kebocoran maklumat perjawatan strategik ATM thesun.my/berita/tempatan/polis-siasat-kebocoran-maklumat…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry Hands Over 3,270 Laptops Contributed By MCMC to 38 SDKs www.bernama.com/en/general/news.php?id=2516949
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Lawatan kerja ke Kem Terendak diteruskan dengan berkunjung ke MRSM Terendak yang terletak di dalam kem ini bagi menyempurnakan inisiatif Pendidikan Digital dan Pemerkasaan Sekolah Dalam Kem (SDK).
Simbolik penyerahan 3,270 unit komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah disempurnakan kepada 38 buah Sekolah Dalam Kem ATM, termasuk 470 unit kepada lima 5 buah SDK di Melaka.
Turut disempurnakan ialah penyampaian Peruntukan Senggaraan berjumlah RM25 juta serta Alat Bantu Mengajar SDK ATM bagi tahun 2026, yang menunjukkan peningkatan berbanding RM16 juta pada tahun sebelumnya.
Turut disampaikan ialah bantuan pendidikan Yayasan LTAT kepada anak-anak warga ATM, termasuk pelajar OKU dan pelajar yang menghidap penyakit kronik.
Kementerian Pertahanan percaya kesejahteraan dan pendidikan keluarga anggota merupakan asas kepada perkhidmatan pertahanan yang kukuh.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Mengadakan lawatan kerja ke Kem Terendak, Melaka hari ini sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke kem-kem Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara.
Lawatan ini dimanfaatkan untuk menilai secara langsung tahap kesiapsiagaan dan pengoperasian pasukan, kemajuan pelaksanaan projek-projek dalam kem, serta melihat secara dekat aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera serta keluarga mereka.
Program lawatan dimulakan dengan taklimat di Markas 3 Divisyen oleh Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen, yang merangkumi aspek tadbir urus, gerakan operasi, latihan, logistik dan kesiapsiagaan keseluruhan pasukan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, Jen. Dato’ Azhan bin Hj Md Othman; dan Panglima Medan Barat Tentera Darat; Lt. Jen. Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
STRIDE GUBAL KERANGKA PEMBANGUNAN DRON PERTAHANAN NEGARA HADAPI ANCAMAN PERANG MODEN www.bernama.com/radio/news.php?id=2515406
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kementerian Pertahanan mengumumkan pelaksanaan 7 Projek Pertahanan Nasional sebagai langkah permulaan membangunkan keupayaan strategik tempatan.
Projek ini merangkumi satelit pertahanan, sistem persenjataan, pembuatan komponen, teknologi radar, sistem tanpa pemandu dan simulator pertahanan, selaras dengan aspirasi kemandirian industri pertahanan negara di bawah DIPN.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipnmindef
#dasarindustripertahanan -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama Kementerian Pertahanan dan SPRM dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus pertahanan negara, selari dengan usaha membina kepercayaan rakyat.
Semasa pertemuan, Kementerian menzahirkan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam semua siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang berjalan. Kementerian akan meneliti penambahbaikan tatacara perolehan bagi memastikan pelaksanaannya lebih telus dan berkesan.
SPRM bersetuju untuk menawarkan khidmat nasihat bagi memperkukuh tadbir urus perolehan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh integriti institusi pertahanan serta mengembalikan kepercayaan rakyat dan negara terhadap ATM.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
30 peratus kandungan tempatan dalam setiap perolehan - Mohamed Khaled - Kosmo Digital www.kosmo.com.my/2026/01/21/30-peratus-penglibatan-syarik…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Tender MRO MINDEF hanya untuk syarikat tempatan | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1313522/tender-mro-min…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
MINDEF bangun keupayaan urus satelit pertahanan menjelang 2029 | Harian Metro www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1313532/mindef-bangun-…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Satu hari yang cukup bersejarah untuk pertahanan negara. Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai isyarat jelas komitmen Kerajaan MADANI untuk membina industri pertahanan yang berdikari, berdaya tahan dan diyakini.
DIPN lahir daripada kesedaran bahawa keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada pihak luar. Setiap peruntukan pertahanan mesti menjadi pemangkin kepada kekuatan industri tempatan dan jaminan kelangsungan rantaian bekalan negara.
Atas prinsip ini, sekurang-kurangnya 30% ‘local content’ ditetapkan dalam perolehan pertahanan, disokong pemerkasaan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO), serta pemindahan teknologi yang benar-benar berimpak melalui Program Kerjasama Industri (ICP).
Melalui DIPN, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dipacu secara lebih tersusun dengan kolaborasi strategik industri, termasuk pelancaran Portal Industri Pertahanan sebagai wadah padanan teknologi dan pembangunan keupayaan nasional.
Pelancaran hari ini turut membuka lembaran baharu dengan permulaan 7 Projek Pertahanan Nasional, merangkumi keupayaan satelit pertahanan, sistem laser, platform kenderaan darat nasional, MRO dan pembuatan sistem persenjataan, radar pasif, ‘loitering munition’ serta simulator pertahanan.
DIPN adalah pelaburan jangka panjang demi kedaulatan, keselamatan dan masa hadapan negara, ke arah pertahanan Malaysia yang lebih kukuh. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani
#dipnmindef
#dasarindustripertahanannegara -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
DIPN Tonggak Baharu Perkasa Industri Pertahanan Negara - Mohamed Khaled www.bernama.com/bm/news.php?id=2514912
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[KENYATAAN MEDIA]
PELANTIKAN JAWATAN-JAWATAN UTAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
20 JANUARI 2026
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kenal pasti dua tanah rizab bina rumah SASaR - Khaled malaysiagazette.com/2026/01/19/mindef-kenal-pasti-dua-tan…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Defence Ministry pledges to uphold King's call against corruption | New Straits Times www.nst.com.my/news/nation/2026/01/1360007/defence-minist…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Dalam Titah Diraja, Tuanku memperingatkan bahawa amanah dan jawatan merupakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Amalan rasuah hendaklah diperangi tanpa sebarang kompromi, termasuk melalui siasatan yang pantas dan tindakan yang wajar tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kementerian Pertahanan akan memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus selari dengan usaha memelihara kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia serta kepercayaan rakyat.
#khalednordinmindef
#malaysiamadani -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Kalau kita ingin memajukan orang Melayu, kita perlu berhenti bermain politik yang berasaskan emosi semata-mata. Semua ini menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kelemahan dan kemunduran.
Kita perlu berpolitik secara rasional dan bersandarkan kepada nilai terbaik. Sentimentalisme tidak akan memenangkan kita dalam persaingan teknologi, tarif, kemajuan ilmu, mahupun perniagaan masa hadapan.
Orang Melayu mesti mempunyai kebolehsaingan, ilmu dan kemahiran yang unggul. Hanya dengan cara ini, kita berupaya menjadi bangsa yang besar dan hebat, serta dihormati dan disegani.
Kepada semua orang Melayu, tiada siapa yang akan mengusik hak dan kepentingan bangsa kita. Ia sudah termaktub dan terjamin sekian lama dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu yang bijaksana.
Ancaman terbesar bangsa kita sebenarnya adalah pemikiran tua, mundur dan lapuk segelintir pemimpin Melayu yang tidak sedar bahawa Generasi X, Y, Z dan Alpha telah muncul. Mereka ini tidak dengan mudahnya terpedaya dengan politik emosi yang dibawa semata-mata untuk mendapatkan kuasa. -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1083354/bantuan-awal-r…
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Syok umum, lupa nak laksana
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Padanlah banyak duit
-
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
Insya-Allah, saya akan bersama moderator Tn. Sayed Munawar Sayed Mustar dalam rancangan Naratif Khas di TV1 RTM malam ini (Selasa, 7 Februari 2023, jam 9.00 malam).
#khalednordinmohe
@RTM_Malaysia @MOHEOfficial -
Khaled Nordin 🇲🇾
@KhaledNordin
[KENYATAAN MEDIA] LAWATAN KERJA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) PADA 27 JANUARI 2023
@MOHEOfficial @uputramalaysia





























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































