𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
KUALA LUMPUR, 22 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan, menyampaikan maklumat serta memperluas akses masyarakat kepada inisiatif kerajaan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
Prime Minister's Department (Malaysia)
The Prime Minister's Department (Malay: Jabatan Perdana Menteri; Jawi: جابتن ڤردان منتري; officially abbreviated as JPM) is a federal government ministry in Malaysia. Its objective is "determining the services of all divisions are implemented according to policy, legislation / regulations and current guidelines". It is headed by the Prime Minister of Malaysia followed by other Minister in the Prime Minister's Department. The department consists of the Prime Minister's Office, the Deputy Prime Minister's Office and more than 50 other government agencies and entities. The Prime Minister's Department was established in July 1957. Its headquarters are in Perdana Putra, Putrajaya. More on Wikipedia
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟏𝟔 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐀𝐇
KUALA PILAH, 22 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Kuala Pilah hari ini menghimpunkan 16 bentuk perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi memperluas akses rakyat kepada maklumat, khidmat nasihat serta perkhidmatan secara langsung di peringkat komuniti.
Pelbagai pengisian disediakan merangkumi perkongsian pengurusan kewangan, persediaan ibadah haji, keselamatan internet dan komuniti digital bijak, selain aktiviti pentas seperti Pertandingan Nasyid Komuniti dan demonstrasi penyediaan sushi halal.
Inisiatif turun padang ini turut memberi kemudahan kepada masyarakat menerusi reruai dan kaunter agensi kerajaan, termasuk pendaftaran MyDigital ID, semakan Wang Tak Dituntut, eKasih, saringan kesihatan dan pergigian serta perkhidmatan bergerak JPJ. Turut disediakan Jualan RAHMAH MADANI, Jualan Agro MADANI, gunting rambut dan penukaran minyak enjin motosikal secara percuma serta khidmat berkaitan kebajikan, keusahawanan, Tabung Haji dan wakaf tunai.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat, memperkukuh kesejahteraan komuniti dan memastikan manfaat inisiatif kerajaan dapat dinikmati secara lebih mudah, inklusif dan menyeluruh.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐀𝐇
KUALA PILAH, 22 November 2026 - Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, perkhidmatan agensi dan aktiviti kemasyarakatan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 Seri Paduka Baginda pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan dalam pemerintahan, serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#daulattuanku
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
KUALA LUMPUR, 22 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan, menyampaikan maklumat serta memperluas akses masyarakat kepada inisiatif kerajaan.
Pelbagai pengisian disediakan, antaranya Jualan RAHMAH, Jualan Agro MADANI, pameran dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Program turut dimeriahkan dengan persembahan PENTARAMA, Kenduri Rakyat, pertandingan e-Sukan, demonstrasi sains oleh Pusat Sains Negara, persembahan artis dan cabutan bertuah.
Penganjuran PMK 2026 mencerminkan pendekatan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat, bukan sahaja melalui akses kepada kemudahan dan inisiatif yang ditawarkan, malah menerusi perkongsian maklumat serta penglibatan komuniti. Usaha ini turut memperkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat ke arah pembentukan masyarakat yang lebih sejahtera, berpengetahuan dan inklusif.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Dalam memperkukuh keupayaan aset-aset keselamatan dan keberkesanan pemantauan khususnya di udara, keupayaan aset seperti helikopter perlu dipertingkatkan melalui ketersediaan jentera berteknologi tinggi serta sistem bersepadu bagi menjamin kedaulatan ruang udara negara.
Oleh itu, saya telah dijemput hadir ke Leonardo Helicopters di Cascina Costa, iaitu di pinggir bandar Milan untuk melihat sendiri simulasi proses pemasangan, kawalan kualiti, inovasi kejuruteraan dan aspek MRO ke atas model helikopter. Saya turut diiringi oleh TYT Dato' Shahabudeen bin Adam Shah, Duta Besar Malaysia ke Republik Itali.
Selain kawalan di perairan dan maritim, kita perlu memastikan ruang udara sentiasa dipantau rapi, selain aset-aset kita mampu bertindak pantas untuk operasi kecemasan dan bantuan keselamatan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Baginda Tuanku dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Dirgahayu Tuanku.
ANWAR IBRAHIM
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊
GOMBAK, 21 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, perkhidmatan agensi dan aktiviti kemasyarakatan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊
GOMBAK, 21 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, perkhidmatan agensi dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Program hari ini diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, yang menyampaikan ucapan serta berinteraksi bersama komuniti menerusi sesi sembang santai. Turut berlangsung penyampaian simbolik Bakul RAHMAH dan penyerahan Notis 5A kepada penerima.
Pelbagai kemudahan dan tawaran turut disediakan, antaranya pameran perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan, Jualan RAHMAH MADANI, Jualan Kombo Agro MADANI serta jualan hasil pertanian tempatan, selain aktiviti senamrobik.
Penganjuran PMK mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat, memperluas akses kepada inisiatif kerajaan serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
Musim banjir bukan sahaja mengancam keselamatan diri dan harta benda, malah meningkatkan risiko pencemaran makanan serta penularan penyakit bawaan air yang boleh menjejaskan kesihatan.
Dalam situasi ini, aspek kebersihan dan keselamatan makanan perlu diberikan perhatian serius bagi mengelakkan keracunan makanan serta melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah berikut:
🔹 Minum hanya air yang telah dimasak atau dirawat dengan sempurna.
🔹 Cuci tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum mengendalikan atau mengambil makanan serta selepas menggunakan tandas.
🔹 Elakkan pengambilan makanan mentah, basi, rosak atau yang telah berubah bau dan warna.
🔹 Elakkan mengambil makanan yang telah dibiarkan pada suhu bilik melebihi empat jam.
🔹 Pastikan makanan sentiasa bertutup bagi mengelakkan pencemaran daripada lalat, serangga dan persekitaran.
🔹 Pastikan susu dan makanan yang diberikan kepada bayi serta kanak-kanak disediakan dan disimpan secara selamat.
🔹 Pastikan makanan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
🔹 Sentiasa menjaga kebersihan diri, peralatan memasak dan persekitaran penyediaan makanan.
🔹 Jangan sesekali mengambil atau menyelamatkan makanan yang telah terendam dalam air banjir, walaupun kelihatan masih elok.
Keselamatan makanan bukan perkara yang boleh dipandang ringan, khususnya ketika berdepan situasi banjir. Amalan kebersihan dan langkah pencegahan yang konsisten mampu mengurangkan risiko penyakit serta mengelakkan komplikasi kesihatan.
Jadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan. Lindungi diri, pelihara keluarga dan kekal berwaspada sepanjang musim banjir.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
𝑩𝒆𝒏𝒗𝒆𝒏𝒖𝒕𝒊 𝒂 𝑴𝒊𝒍𝒂𝒏𝒐 🇮🇹
Alhamdulillah, pertama kali menjejaki bandar Milan di Itali bagi meneruskan tugasan setelah selesai lawatan kerja di Berlin.
Insya-Allah beberapa pertemuan dan rangka kerja telah diaturkan sepanjang berada di sini, termasuk bertemu warga Malaysia dan pegawai kedutaan bagi memahami keperluan terkini dan mendesak melibatkan penyampaian perkhidmatan konsular kepada warga Malaysia di sana.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping, sebagai penutup kepada acara lawatan rasmi ke Shenzhen di bawah kerangka Sidang Kemuncak APEC 2026 yang baru selesai.
Saya menzahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Presiden Xi yang terus memainkan peranan penting dalam mencorak landskap geopolitik dan tatacara dunia (world order), khususnya kebijaksanaan beliau dalam mengemudi hubungan antara kuasa-kuasa besar serta memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun.
Saya turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan China menganjurkan Sidang Kemuncak APEC 2026 dengan begitu cemerlang, sekaligus memperlihatkan keupayaan luar biasa negara itu dari sudut pembangunan prasarana, kecekapan pentadbiran dan penyelarasan organisasi yang mantap.
Lebih bermakna, pendekatan China yang memberikan penghormatan dan layanan saksama kepada semua negara, tanpa mengira kekuatan ekonomi mahupun kedudukan geopolitik, wajar dijadikan teladan dalam membina tatanan antarabangsa yang lebih adil dan bermaruah.
Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama China, tanpa tunduk kepada sebarang tekanan luar, berteraskan prinsip saling menghormati, kepercayaan dan kepentingan bersama demi kemakmuran kedua-dua negara serta kesejahteraan rantau ini.
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Buat julung kalinya, Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi latar kunjungan tamu kenegaraan, tatkala saya menyambut sahabat saya, Presiden Republik Perancis, @EmmanuelMacron.
Selain pertemuan di meja rundingan, saya berpeluang membawa Presiden Macron berjalan kaki di tengah kota Kuala Lumpur dan memperkenalkan warisan, budaya dan kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.
🇲🇾🤝🇫🇷
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Mao Ning 毛宁
@SpoxCHN_MaoNing
President Xi Jinping met with Malaysian Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim.
President Xi noted that China stands ready to work with Malaysia to stay true to the original purpose of establishing diplomatic relations, build up momentum for cooperation, and advance the building of a China-Malaysia community with a shared future to deliver more benefits to both peoples. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penghargaan dan terima kasih saya zahirkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau kepada negara.
Komitmen beliau dalam memperkukuh sistem penyampaian kerajaan, memartabatkan profesionalisme penjawat awam serta menggerakkan agenda reformasi perkhidmatan awam amat dihargai.
Semoga segala jasa dan sumbangan beliau terus menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam, dan saya mendoakan kesejahteraan serta kejayaan beliau dalam apa jua lapangan mendatang, insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi semasa di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Ke-33 di sini, saya telah menegaskan bahawa tatkala ketegangan geopolitik kian meruncing, keterbukaan dan kerjasama ekonomi mesti terus didukung dan dipertahankan. Maka, Malaysia menyeru agar sistem dan tatacara perdagangan pelbagai hala berpaksi pada hukum dan peraturan diperkukuh dan keseragaman ekonomi serantau diperdalam.
Dalam premis yang sama, makna yang lebih mendasar kepada konsep kemakmuran bersama terletak pada sejauh mana pekerjaan yang diwujudkan adalah lebih baik, taraf hidup yang meningkat dan peluang yang sedia dan lebih sakaama. Sementalahan, prinsip ini juga mesti memacu dan memandu kemajuan di bidang kecerdasan buatan. Justeru, Malaysia mesti mendukung tatakelola digital dan AI yang berpegang pada etika, memperkukuh keselamatan siber dan memastikan manfaat teknologi turut dinikmati oleh kuasa ekonomi dan gugusan negara di dunia selatan.
Lantaran itu, saya mesti menghargai prakarsa Presiden China Xi Jinping dalam merangkul Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump dan Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin pada Sidang Kemuncak APEC kali ini. Usaha ini pastinya menjamin serta membuka ruang wacana dan persefahaman yang bermakna ke arah keamanan dan kerukunan yang berkekalan.
Mesti ditegaskan di ruang dan pentas ini mengenai gagasan besar Confucius tentang keharmonian dalam kepelbagaian yang wajar menjadi pedoman kita di Shenzhen. Meski dalam keadaan dunia yang berantakan kini, Asia Pasifik mampu memperlihatkan kepada dunia bahawa persaingan boleh berjalan seiring dengan kerjasama, dan bahawa hasil kemajuan boleh dikongsi dengan lebih adil dan manusiawi.
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada hari kedua di Shenzhen, saya telah mengadakan pertemuan dengan empat syarikat utama dari China dalam sektor teknologi tinggi, iaitu Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics, Guangzhou Tinci Materials Technology, Shenzhen Capchem Technology dan XTC New Energy Materials (Xiamen), bagi membincangkan keupayaan pelaburan baharu dan peluasan operasi dan peningkatan kapasiti pengeluaran di Malaysia.
Syarikat Mindray sedang meneroka peluang untuk membangunkan fasiliti pembuatan atau hab perkhidmatan peranti perubatan di Malaysia, termasuk kerjasama dengan pengilang dan pembekal komponen tempatan.
Dalam sektor bahan termaju dan industri bateri pula, Tinci Materials bercadang untuk menghasilkan elektrolit dan bahan kimia khusus bagi bateri litium-ion, manakala XTC New Energy Materials sedang merancang pelaburan dalam pembuatan bahan katod bateri lithium-ion di Selangor.
Sementara itu, Capchem Technology, yang telah beroperasi di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, sedang meneliti cadangan pembesaran kapasiti pengeluaran melalui pembinaan kilang kedua bagi memenuhi keperluan pasaran Asia Tenggara.
Sementalahan, saya turut memberi tumpuan kepada peluang penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan, pemindahan teknologi serta pembangunan bakat dan kepakaran teknikal.
Malaysia komited tegas menarik pelaburan berkualiti tinggi yang tidak hanya memacu pertumbuhan ekonomi, malah membawa manfaat yang bermakna kepada negara dan rakyat.
Walhasil, keutamaan kita adalah memastikan pelaburan ini mampu serta berupaya memperkasa industri tempatan, meningkatkan daya saing syarikat Malaysia, mempercepat pemindahan teknologi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi, seperti yang didambakan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).
#apec2026
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆, 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈
Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja diukur melalui amanah yang digalas, tetapi juga melalui sumbangan, teladan dan legasi yang ditinggalkan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz atas kepimpinan, dedikasi dan khidmat bakti sepanjang menerajui perkhidmatan awam sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Segala sumbangan dan jasa beliau dalam memperkukuh institusi serta memartabatkan perkhidmatan awam akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh penjawat awam.
Jasa disanjung, budi dikenang, bakti kekal sepanjang zaman.
Semoga YBhg. Tan Sri dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan.
Selamat bersara, YBhg. Tan Sri. Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Masa depan negara dibentuk melalui usaha membina generasi yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia sejak usia kanak-kanak. Oleh itu, setiap kanak-kanak berhak menikmati peluang yang saksama untuk mendapatkan pendidikan, mengembangkan potensi diri serta membesar dalam persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif.
Sejak diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1954, Hari Kanak-kanak Sedunia menjadi wadah untuk memperkukuh kesedaran global terhadap hak, kebajikan dan perlindungan kanak-kanak. Sambutan ini turut mengingatkan kita bahawa kesejahteraan mereka merupakan tanggungjawab bersama serta asas penting dalam membina masa depan negara yang lebih mampan.
Semoga setiap kanak-kanak terus diberi ruang, peluang dan sokongan untuk menyerlahkan potensi, merealisasikan impian serta menjadi generasi pewaris yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia!
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
𝐆𝐮𝐭𝐞𝐧 𝐌𝐨𝐫𝐠𝐞𝐧!
Alhamdulillah tiba di Berlin pagi ini bagi membawa tiga misi penting hari ini.
Sekejap lagi, akan ke Bundeskanzleramt bagi pertemuan dengan pegawai kanan di Federal Chancellery bagi perbincangan terkait reformasi penyampaian perkhidmatan serta pengukuhan sektor TVET negara.
Kemudian, diteruskan dengan sesi bersama Dr Hauke Hartmann, Senior Expert di Bertelsmann Stiftung dan Director bagi BTI Transformation Index project.
Malam nanti Insha Allah akan bertemu dengan para pegawai kita dari Malawakil Berlin serta diaspora dan pelajar.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Sebaik tiba, saya terus menuju Bundeskanzleramt dan bertemu dengan Ms Britta Behrendt, Director General for Digital Transformation and Government Modernisation, Home Affairs and Justice di Federal Chancellery dan para pegawai kanannya.
Saya bawakan beberapa pandangan dan hasrat Kerajaan untuk terus memperkukuh kerjasama khususnya dalam bidang TVET melibatkan syarikat dan pelaburan Jerman di Malaysia, reformasi penyampaian perkhidmatan, serta keselamatan siber. Turut hadir, TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, Mohamad Razdan Jamil.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Setelah 31 tahun dan 9 bulan mencurahkan bakti berkhidmat kepada negara, hari ini, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bakal melabuhkan tirai bagi sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan amanah, suka-duka, pahit-manis, pelbagai episod dengan penuh rasa tanggungjawab dan pengorbanan.
Momen ini menjadikan pertemuan kami kali ini cukup istimewa. Secara peribadi, saya amat menghargai segala kerjasama, sokongan dan komitmen Tan Sri sepanjang kita bersama-sama menggalas amanah menerajui perkhidmatan awam.
Terima kasih Tan Sri, atas segala-galanya. Sesungguhnya, persaraan menamatkan sebuah perkhidmatan, namun tidak sekali-kali memadamkan jasa dan pengabdian.
Selamat bersara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Dari Federal Chancellery, saya sepatutnya dijadualkan ke Gutersloh, namun mengambil kira jarak yang jauh dengan 8 jam perjalanan pergi dan balik dari Berlin, serta program seterusnya nanti, saya terus ke Kedutaan Malaysia bagi menyertai sidang video bersama Dr. Hauke Hartmann, pakar kanan Bertelsmann Stiftung serta Pengarah bagi BTI Transformation Index dan pasukannya.
Bertelsmann merupakan antara badan penarafan antarabangsa yang mengukur pasaran ekonomi dan transformasi tadbir urus negara-negara dunia.
Dari Malaysia, sesi ini dihadiri oleh sekretariat pasukan petugas khas CPI yang diketuai oleh Dato’ Hj Idris Zaharudin, Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional, SPRM.
Saya sampaikan komitmen negara untuk terus melaksanakan usaha pembaharuan dan reformasi serta mempercepatkan pelaksanaannya untuk mempertingkatkan kedudukan negara dalam penarafan tersebut seiring dengan visi Ekonomi MADANI dan perancangan Belanjawan Madani 2027.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Di Berlin, jam 4 petang sudah gelap. Maghrib masuk pukul 4.11 petang. Mengakhiri hari yang panjang, tidak lengkap rasanya jika saya tidak bertemu mesra dengan para pegawai, diaspora dan pelajar kita di Jerman khususnya di Berlin ini.
Macam biasa, bila dah duduk semeja begini, kenalah dengar saya berceloteh sedikit. Saya berkongsi tentang usaha kita mereformasi perkhidmatan awam dan cita-cita besar kita di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani di Asia Tenggara dan mampu berdiri sebaris dengan negara-negara maju dunia.
Saya titipkan pesan kepada para pegawai agar bertugas dengan amanah dan bersungguh-sungguh, memudahkan urusan rakyat kita serta membawa imej yang baik dan pelaburan yang berimpak kepada negara. Kepada para pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh hingga tamat pengajian. Apa jua bidang yang saudara dan saudari ceburi kelak, biarlah cita-cita menjulang ke langit dan jati diri tetap mengakar di bumi Malaysia.
Terima kasih keluarga kedutaan besar Malaysia di Berlin atas sesi pertemuan ini. Badan dah penat, perlu rehat yang cukup untuk sesi esok pula.
𝐆𝐮𝐭𝐞 𝐍𝐚𝐜𝐡𝐭!
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mempengerusikan sesi Malaysia-China High-Level Trade and Investment Dialogue anjuran Malaysia-China Business Council (MCBC) bersama MITI, MIDA dan MATRADE.
Dialog ini menghimpunkan pemimpin industri daripada 23 syarikat terkemuka China, sekali gus menyediakan platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala serta meneroka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan China.
Sesi wacana bersama syarikat-syarikat terkemuka China membuka peluang baharu dalam kerjasama strategik, pengembangan pelaburan dan pengukuhan penyertaan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Perbincangan merangkumi sektor berimpak tinggi seperti tenaga baharu dan bahan bateri bersama EVE Energy, Shenzhen Senior Technology, Capchem, Tinci dan XTC New Energy; peranti pintar dan teknologi digital bersama Xiaomi, Honor dan Tencent; teknologi perubatan bersama Mindray; serta pembuatan termaju, automasi, perkhidmatan kewangan dan logistik.
Selain itu, beberapa syarikat utama China, termasuk Plastech China, Eternal Asia, Guangdong Import & Export Co. (GDIE) dan Kingfa Sci. & Tech., turut menerokapeluang mendapatkan bekalan produk dan bahan dari Malaysia bagi memenuhi keperluan operasi dan pasaran global mereka. Ini merangkumi sektor pembuatan bernilai tinggi, bahan kimia khusus, polimer, perkhidmatan digital dan produk berasaskan sawit.
Usaha ini berpotensi membuka lebih banyak peluang eksport, memperluas pasaran serta meningkatkan penyertaan syarikat dan PKS tempatan dalam rantaian bekalan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Kerajaan MADANI komited untuk terus menarik pelaburan berkualiti yang membawa teknologi termaju, memperkukuh daya saing industri, memperkasa bakat tempatan dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, di samping memperluas peluang perdagangan serta mengukuhkan rantaian bekalan melalui peningkatan sumber dan perolehan tempatan.
#apec2026
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.
Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.
Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama ini dapat dicegah daripada berulang.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, bagi tempoh Januari hingga September 2026, Malaysia merekodkan RM350.4 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 20.7 peratus berbanding tahun lalu yang bakal menjana 152,090 peluang pekerjaan baharu buat rakyat.
Pencapaian ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan politik, kejelasan dasar serta hala tuju Ekonomi MADANI.
Namun, kejayaan ini bukan sekadar soal angka. Kerajaan MADANI melalui MITI dan MIDA akan terus memastikan setiap pelaburan ini direalisasikan menjadi pekerjaan berkualiti, memacu industri tempatan, serta memberi limpahan ekonomi yang benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#ekonomimadani
#investmalaysia
#investlokal -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya berkesempatan ketemu Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon di bawah kerangka Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2026. Di dalam pertemuan dua hala tersebut, kami menyentuh mengenai perkembangan hubungan dua hala dan beliau turut menyampaikan jemputan kepada saya untuk berkunjung ke ‘Negeri Kiwi’ tersebut.
Sementalahan, kami bertukar pandangan mengenai Sidang Kemuncak ASEAN di Manila yang baru selesai, selain menyentuh usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam memperluas peluang perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan New Zealand.
Menjelang sambutan ulangtahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-NZ pada 2027 kelak, saya berharap persahabatan yang telah terpatri sekian lama ini terus membuka ruang kerjasama baharu yang pastinya membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
#apec2026
#asean49
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
China Xinhua News
@XHNews
"In this world, sometimes important key leaders of great countries have to voice the aspirations not only of their people but humanity at large," Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim said on Wednesday at the APEC CEO Summit 2026 in #shenzhen, #china.
"So I must commend the Chinese government and, of course, the Chinese leadership -- President Xi Jinping in particular -- for that consistent, coherent position." #apec #apec2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, ekonomi negara terus ampuh dengan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2026, menjadikan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6%, ketimbang 4.8% bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi 5% bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.
Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, Kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda.
Insya-Allah, Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam. Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan.
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan syarikat-syarikat terkemuka dan berteknologi tinggi dari China, termasuk Fastprint, Fastrain, China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan Kingfa Sci. & Tech. Co., Ltd., bagi membincangkan potensi pelaburan serta peluang penyumberan (sourcing) dari Malaysia, selaras dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan kerangka Ekonomi MADANI.
Pertemuan dengan Fastprint dan Fastrain memberi tumpuan kepada cadangan pelaburan dalam bidang pembuatan substrat pembungkusan semikonduktor termaju, komponen fotonik dan komunikasi optik, serta teknologi bateri dan penyimpanan tenaga.
Bidang-bidang ini berpotensi meningkatkan keupayaan pembuatan dan kejuruteraan negara, di samping menyokong perkembangan ekonomi digital dan peralihan tenaga Malaysia.
Perbincangan dengan CGN dan Kingfa pula tertumpu kepada peluang penyumberan komponen elektrik dan elektronik (E&E), sistem tenaga solar, bahan kimia khusus, resin polimer dan plastik kitar semula dari Malaysia bagi menyokong operasi dan rantaian bekalan global kedua-dua syarikat.
Saya menekankan bahawa kerjasama perdagangan dan pelaburan ini perlu membawa manfaat langsung kepada ekonomi dan rakyat Malaysia, khususnya melalui penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi dan kepakaran teknikal, serta penyertaan lebih meluas perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembekal dan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
Kerjasama dengan universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga perlu diperkukuh bagi membangunkan bakat tempatan yang memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha menarik pelaburan berkualiti dan memperluas peluang perdagangan yang mampu meningkatkan keupayaan industri tempatan, mempercepat pemindahan teknologi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.
#apec2026
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam rangka Sidang Kemuncak APEC 2026, saya telah berkesempatan bertemu Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-Chiu bagi memperkukuh kerjasama dalam perdagangan digital, pelaburan dan pasaran modal.
Saya mengalu-alukan pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur, yang antaranya dapat membantu memperluas akses pasaran bagi produk halal Malaysia. Saya juga menegaskan semula dukungan Malaysia terhadap Hong Kong dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Beliau turut mengulangi jemputan kepada saya untuk mengadakan lawatan ke Hong Kong bagi meneruskan usaha mempererat hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2026 dengan menggariskan gagasan keterbukaan ekonomi yang saksama untuk Asia Pasifik.
Dalam suasana persaingan kuasa besar yang kian sengit, kita mesti mempertahankan ruang kerjasama dan hak setiap negara untuk menentukan haluan pembangunannya. Sementalahan, keterbukaan mesti memberi ruang kepada ekonomi membangun untuk memperkukuh kemandirian, berinovasi dan menyertai industri bernilai tinggi, agar manfaat pertumbuhan dapat dinikmati dengan lebih saksama.
Saya turut menyeru agar China dan negara-negara Asia Tenggara memperluas kerjasama dalam kecerdasan buatan dan transformasi digital menerusi penyelidikan serta inovasi bersama. Kemajuan teknologi mesti terus berpaksikan etika, kebertanggungjawaban dan maruah insan.
Berpandu pada Wawasan Putrajaya 2040, Malaysia akan terus menjalin hubungan konstruktif dengan semua rakan demi membina Asia Pasifik yang terbuka, berdaya tahan dan aman. Ukuran sebenar kemajuan ialah peluang yang terbuka dan perubahan yang dirasai dalam kehidupan rakyat.
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai mesyuarat dua hala, saya dan Presiden @EmmanuelMacron menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara Malaysia dan Perancis:
🤝 MoU Kerjasama Peralihan Tenaga
🤝 MoU Kerjasama Mineral Kritikal
🤝 Pelan Hala Tuju Bilateral Keupayaan Pertahanan dan Kerjasama Industri Pertahanan
🤝 Perjanjian Keselamatan bagi Dokumen Sulit Kerjasama Pertahanan
🤝 LoI Pembangunan Pusat Serantau Bagi Menangani Ancaman Hibrid
🤝 LoI Perolehan Helikopter Tempur dan Penyelamat TUDM Fasa 1
🤝 MoU Kerjasama Strategik Pembangunan dan Pelaksanaan Projek SALAM
Dalam sidang media bersama, saya menyentuh usaha memperkukuh kerjasama pertahanan, perdagangan dan pelaburan. Kerjasama PETRONAS dan TotalEnergies sudah merangkumi projek berskala besar di Asia, Afrika dan Amerika Utara.
Dalam soal mineral kritikal, saya mengalu-alukan komitmen Perancis untuk bekerjasama dalam pemprosesan. Kerjasama ini mesti disertai pemindahan teknologi dan latihan supaya kita dapat membina kepakaran di Malaysia.
Saya turut mengajak Perancis menyokong pembangunan Grid Tenaga ASEAN, termasuk cadangan kabel dasar laut dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura.
Saya berkongsi dengan Presiden Macron rasa kagum terhadap penghormatan rakyat Perancis kepada Victor Hugo ketika pemergiannya. Begitu tinggi tempat sastera dan budsya dalam masyarakat Perancis. Saya berharap kita dapat mempererat kerjasama pertukaran ilmu dan budaya antara kedua-dua negara.
Saya menghargai ketegasan Perancis dalam menyuarakan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Mengenai Ukraine, saya nyatakan pendirian tegas Malaysia menolak pencerobohan Rusia dan terus berdialog dengan kepimpinan negara itu.
Terima kasih Presiden Macron atas kunjungan ini. Saya amat menghargai kesediaan saudara mendengar pandangan Malaysia dan bertukar fikiran secara terbuka mengenai perkembangan dunia. Merci beaucoup.
🇲🇾🫶🇫🇷
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Shahrul Aliff Yaacob, anggota polis yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah van polis di Sungkai, Perak hari ini.
Saya telah mengarahkan Setiausaha Politik saya, Kamil Munim, untuk menyampaikan sumbangan serta menghulurkan bantuan segera kepada waris Allahyarham dan anggota yang terlibat.
Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini, manakala anggota polis yang cedera diberikan kesembuhan segera.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah meraikan Presiden Republik Perancis, @EmmanuelMacron dan isteri, Brigitte Macron, dalam majlis makan tengah hari.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh JKKN, Permata Seni, Mind’ance Kids dan SRFA Arts and Cultural, alunan suara Anuar Zain dan Ernie Zakri serta persembahan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), sekali gus menyerlahkan keindahan seni dan kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Saya percaya persahabatan Malaysia dan Republik Perancis akan terus mekar berteraskan rasa hormat, kepercayaan dan persefahaman yang mendalam, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama yang lebih erat demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai acara di Bangunan Sultan Abdul Samad, saya dan Presiden @EmmanuelMacron berjalan kaki menyusuri Sungai Klang di kawasan River of Life. Kami kemudian berjalan melalui Pasar Seni hingga ke kawasan berhampiran Petaling Street.
Sepanjang perjalanan, kami sempat bertegur sapa dengan orang ramai dan melihat sendiri ragam seni dan budaya yang menjadikan kawasan ini antara tarikan pelancong di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Langkah kami di tengah kota Kuala Lumpur menjadi penutup lawatan rasmi Presiden Macron ke Malaysia. Perjalanan saya bersambung ke Filipina untuk menghadiri beberapa acara terakhir persidangan ASEAN.
Saya menghargai kesempatan bertemu Presiden Macron hari ini dan mengeratkan lagi persahabatan kami. Semoga hubungan Malaysia dan Perancis terus berkembang, khususnya melalui pertukaran budaya dan kerjasama memelihara warisan kedua-dua negara.
Merci pour cette visite, mon ami. À bientôt !
🇲🇾🫶🇫🇷
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Acara Kenegaraan di Kuala Lumpur, saya kini telah selamat tiba kembali ke Manila, Republik Filipina untuk menyertai acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 selebihnya sebelum berlepas ke Shenzhen, Republik Rakyat China pada malam ini untuk membawa misi negara ke Sidang Kemuncak APEC 2026.
#asean49
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penglibatan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Manila, Filipina, mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus mengamalkan dasar luar yang seimbang, memperluas jaringan kerjasama strategik serta memastikan suara dan kepentingan ASEAN terus dihormati di peringkat antarabangsa.
Hubungan yang dibina bukan sekadar untuk hari ini, tetapi menjadi asas kepada usaha berterusan menjamin keamanan, kemakmuran dan masa depan yang lebih baik untuk rakyat serta seluruh rantau ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN–Amerika Syarikat, saya menghargai pengiktirafan Presiden Donald Trump terhadap usaha Malaysia membantu Thailand dan Kemboja meredakan ketegangan serta mencari jalan ke arah keamanan. Komitmen kedua-dua negara untuk meneruskan dialog amat penting bagi menjamin keamanan yang berkekalan di sempadan dan kestabilan rantau kita.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama ASEAN dengan Amerika Syarikat dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, termasuk perdagangan, pelaburan dan teknologi. Hubungan ini harus terus diperkasa dengan tumpuan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat.
Sebelum berlepas ke Shenzhen, saya turut menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Presiden Filipina selaku Pengerusi ASEAN, Ferdinand R. Marcos Jr sebagai penutup kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49. Sekalung penghargaan kepada Presiden Marcos dan kerajaan Filipina atas kepengerusian pada kali ini yang begitu membanggakan warga ASEAN seluruhnya.
#asean49
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN–Amerika Syarikat, saya menghargai pengiktirafan Presiden Donald Trump terhadap usaha Malaysia membantu Thailand dan Kemboja meredakan ketegangan serta mencari jalan ke arah keamanan. Komitmen kedua-dua negara untuk meneruskan dialog amat penting bagi menjamin keamanan yang berkekalan di sempadan dan kestabilan rantau kita.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama ASEAN dengan Amerika Syarikat dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, termasuk perdagangan, pelaburan dan teknologi. Hubungan ini harus terus diperkasa dengan tumpuan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat.
Sebelum berlepas ke Shenzhen, saya turut menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Presiden Filipina selaku Pengerusi ASEAN, Ferdinand R. Marcos Jr sebagai penutup kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49. Sekalung penghargaan kepada Presiden Marcos dan kerajaan Filipina atas kepengerusian pada kali ini yang begitu membanggakan warga ASEAN seluruhnya.
#asean49
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah tiba di Shenzhen, Republik Rakyat China pada tengah malam tadi dari Manila.
Saya di sini sebagai membawa misi negara di Sidang Kemuncak APEC 2026 yang antaranya akan memperkukuh usaha perdagangan dan pelaburan serantau, memperluas kerjasama dalam ekonomi digital, serta memastikan perusahaan kecil dan sederhana turut meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik.
Dalam suasana ekonomi dunia yang kian mencabar, Malaysia akan terus mendukung perdagangan yang terbuka, adil, dan berlandaskan hukum dan peraturan.
Kerjasama ini mesti diterjemahkan kepada peluang pekerjaaan yang lebih baik, ruang yang lebih luas bagi usahawan tempatan untuk menembusi pasaran serantau, dan taraf hidup yang lebih baik buat rakyat.
#apec2026
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Rapid Response 47
@RapidResponse47
.@POTUS at ASEAN: At last year's ASEAN meeting in Malaysia, PM @anwaribrahim and I brokered an historic peace agreement between Cambodia and Thailand known as the Kuala Lumpur Peace Accord. We secured a ceasefire that saved thousands and thousands of lives and as a result, countless displaced civilians have been able to return to their homes. We remain committed to upholding that ceasefire.
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Emmanuel Macron
@EmmanuelMacron
Merci, cher @anwaribrahim, et merci aux Malaisiens, pour votre accueil, pour votre confiance et votre amitié.
La Malaisie et la France franchissent aujourd’hui une étape importante : nous élevons notre relation au rang de partenariat stratégique.
Moins de dépendances, plus de souveraineté. Nous passons des ambitions aux actes.
Dès 2027, le projet Carester-Malaco permettra de transformer des terres rares en Malaisie, avec des capacités de raffinage en France. Nous assurons nos approvisionnements stratégiques et renforçons notre souveraineté industrielle.
En matière de défense, nous renforçons notre coopération avec un accord pour la fourniture d’hélicoptères Airbus de recherche et de sauvetage, une feuille de route commune pour nos industries de défense et la création d’un centre franco-malaisien de lutte contre les menaces hybrides.
Pour notre souveraineté énergétique, nous approfondissons notre coopération dans le gaz naturel liquéfié, le nucléaire civil et les interconnexions électriques en Asie du Sud-Est, au service de la décarbonation.
Dans les technologies d’avenir, nous avançons ensemble sur les semi-conducteurs, les microprocesseurs de haute performance, les centres de données et la sécurisation de nos infrastructures numériques, notamment les câbles sous-marins.
Nous renforçons aussi les liens entre nos jeunesses, avec la relance de programmes de bourses et de recherche conjoints, et de nouvelles coopérations entre nos grands musées.
À l’approche des 70 ans de nos relations diplomatiques, ce partenariat stratégique porte une ambition commune : des nations souveraines, des économies plus fortes et un ordre international fondé sur le droit, le respect et la coopération.
Vive l’amitié entre la Malaisie et la France ! -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
KUALA LUMPUR, 17 November 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, pagi ini menerima kunjungan rasmi TYT Emmanuel Macron, Presiden Republik Perancis, di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia. Kunjungan ini merupakan lawatan pertama Presiden Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan tersebut.
Ketibaan TYT Presiden Macron disambut dengan istiadat sambutan rasmi, termasuk pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan. Pemilihan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi istiadat turut membawa nilai simbolik, memandangkan bangunan berusia lebih seabad itu merupakan antara mercu tanda penting dalam perjalanan sejarah dan pembinaan negara.
Selesai istiadat sambutan, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Perancis, termasuk perkembangan geopolitik semasa serta isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama.
Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua negara turut menyaksikan pertukaran tujuh dokumen kerjasama yang merangkumi bidang strategik, antaranya peralihan tenaga, mineral kritikal, pertahanan, keselamatan dan pembangunan teknologi.
Tujuh dokumen kerjasama tersebut meliputi:
• Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Peralihan Tenaga
• MoU Kerjasama Mineral Kritikal
• Pelan Hala Tuju Bilateral Keupayaan Pertahanan dan Kerjasama Industri Pertahanan
• Perjanjian Keselamatan bagi Dokumen Sulit Kerjasama Pertahanan
• Surat Niat (LoI) Pembangunan Pusat Serantau bagi Menangani Ancaman Hibrid
• LoI Perolehan Helikopter Tempur dan Penyelamat TUDM Fasa 1
• MoU Kerjasama Strategik Pembangunan dan Pelaksanaan Projek SALAM
Pertukaran tujuh dokumen ini mencerminkan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperluas kerjasama dalam sektor berimpak tinggi, memperkukuh keupayaan strategik serta membuka peluang baharu dalam pembangunan teknologi dan industri.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini menerima kunjungan Tamu Kenegaraan, Presiden Perancis, @EmmanuelMacron di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama Presiden Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan. Sambutan ini cukup bermakna tatkala ia berlangsung di mercu bersejarah berusia lebih 100 tahun, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kemerdekaan negara.
Usai istiadat pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan, saya dan Presiden Macron mengadakan pertemuan empat mata selama hampir satu jam. Kami bicarakan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik serta isu lain yang menyentuh kepentingan bersama.
🇲🇾🤝🇫🇷
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kami kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala sambil mempertegaskan iltizam untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Republik Perancis serta mengangkat kerjasama ke tahap yang lebih tinggi.
Pertemuan ini melakar satu lagi mercu tanda penting menerusi peningkatan hubungan kepada Perkongsian Strategik, menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia dan Republik Perancis pada tahun hadapan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi tinggi, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, mineral kritikal, peralihan tenaga serta pendidikan dan pembangunan bakat, di samping mempererat hubungan kebudayaan menerusi pertukaran kesusasteraan dan pemikiran falsafah, termasuk warisan intelektual tokoh tersohor Perancis, Victor Hugo.
Malaysia juga mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berkualiti daripada Perancis, khususnya dalam sektor berpotensi tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saing negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.
Kami turut menyentuh perkembangan geopolitik serantau dan antarabangsa, khususnya tragedi kemanusiaan di Palestin serta konflik di Ukraine, dengan menegaskan keperluan mendesak untuk menamatkan konflik, menegakkan keadilan dan menghormati undang-undang antarabangsa.
Saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa persahabatan yang sekian lama terjalin ini akan terus diperkukuh, sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat dan menyumbang kepada kemakmuran kedua-dua negara.
======
Malaysia and France reaffirmed a shared commitment to elevating bilateral ties through a Strategic Partnership, deepening cooperation in trade, investment, defence, technology, critical minerals and energy transition, while upholding a common resolve to advance enduring peace, regional stability and shared prosperity.
🇲🇾🇫🇷
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan dan pelaburan, memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital serta meningkatkan usaha bersama membanteras jenayah rentas sempadan, khususnya penipuan dalam talian.
Itu saya tekankan di Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea (ASEAN-ROK) ke-27, selain membincangkan hala tuju hubungan dialog serta kerjasama strategik antara ASEAN dan Republik Korea.
Malaysia turut menyokong pendekatan dialog berterusan dan penyelesaian secara aman bagi menjamin keamanan serta kestabilan di Semenanjung Korea. Komitmen ini mencerminkan pendirian Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan antarabangsa demi kepentingan bersama.
🇲🇾 🇰🇷
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lima tahun Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Australia menjadi landasan penting untuk membawa hubungan ini ke tahap lebih tinggi, dengan kerjasama yang lebih konkrit, seimbang dan berpaksikan kepentingan bersama.
Malaysia melihat ruang yang luas untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, keselamatan tenaga, peralihan iklim serta transformasi digital. Usaha membangunkan rantaian bekalan dan nilai serantau yang lebih berdaya tahan, khususnya dalam sektor mineral kritikal, juga perlu diberi keutamaan melalui pemindahan teknologi, pelaburan dan pembangunan kepakaran agar manfaat kemakmuran dapat dikongsi secara lebih saksama.
Dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa, ASEAN dan Australia perlu terus memperkukuh multilateralisme, menghormati undang-undang antarabangsa serta meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman keselamatan siber dan risiko kecerdasan buatan (AI).
Ini saya tekankan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN-Australia dan Malaysia turut menyuarakan kebimbangan terhadap konflik di Asia Barat yang semakin meruncing, termasuk serangan ke atas Arab Saudi, serta menggesa agar usaha diplomatik dipergiat bagi meredakan ketegangan dan menangani punca sebenar konflik.
🇲🇾 🇦🇺
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Sidang Kemuncak ASEAN–Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-16 di Manila, saya menggariskan keperluan menterjemahkan Pelan Tindakan ASEAN-PBB 2026–2030 kepada hasil yang nyata, khususnya dalam peralihan hijau dan digital, daya tahan iklim serta pembangunan mampan.
Saya turut menggesa agar pembaharuan PBB dilaksanakan dengan lebih berani, termasuk pemansuhan kuasa veto yang sekian lama membelenggu Majlis Keselamatan PBB daripada bertindak secara adil dan berkesan. ASEAN juga mesti terus mempertahankan prinsip Kepusatan ASEAN serta keluhuran undang-undang antarabangsa dalam mendepani persaingan geopolitik yang semakin mencabar.
Mengenai Palestin, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kekejaman berterusan, pemindahan paksa dan kebuluran yang menimpa rakyat Palestin. Kita menuntut gencatan senjata segera dan berkekalan, penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, perlindungan terhadap petugas kemanusiaan serta keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu sidang media bersama pengamal media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, saya berkongsi beberapa perkembangan penting hasil pertemuan dan perbincangan sepanjang persidangan.
Ini termasuklah hubungan dua hala dengan negara sahabat serta usaha memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga, perdagangan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Kami turut bertukar pandangan mengenai isu Laut China Selatan, perkembangan di Myanmar serta ketegangan geopolitik antarabangsa. Malaysia kekal berpegang kepada prinsip Kepusatan ASEAN dengan mengutamakan dialog, persefahaman dan penyelesaian secara aman bagi memastikan rantau ini terus stabil dan selamat.
Saya menghargai komitmen Filipina selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam memastikan perbincangan berlangsung secara substantif dan membuahkan kemajuan. ASEAN harus terus memperkukuh kesatuan, meningkatkan kerjasama dan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat di rantau ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 turut memberikan ruang untuk saya meluangkan masa bersama Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Pertemuan dalam suasana mesra ini mencerminkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang erat antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Insya-Allah, ikatan istimewa ini akan terus dipelihara dan diperkukuh demi kepentingan serta kemakmuran bersama kedua-dua negara.
🇲🇾 🇧🇳
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, saya menekankan peri pentingnya memperkukuh kesatuan, Kepusatan ASEAN dan autonomi strategik dalam mendepani perubahan landskap geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global.
Berpandukan Visi Komuniti ASEAN 2045, rantau ini perlu terus memperkukuh integrasi ekonomi dan memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati seluruh rakyat.
Saya turut menggariskan kepentingan memperluas kerjasama dalam ekonomi digital, tadbir urus kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan dan bekalan ubat-ubatan serta mempercepat pembangunan ASEAN Power Grid ke arah jaminan bekalan tenaga yang mampan dan berdaya tahan. Malaysia juga mengangkat kepentingan diplomasi sains, pemeliharaan biodiversiti dan usaha menangani isu jerebu rentas sempadan.
Dalam hubungan dengan rakan luar, saya menegaskan bahawa ASEAN perlu terus berpegang pada prinsip Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), di samping mengekalkan hubungan yang seimbang dan konstruktif dengan semua kuasa besar. Pendekatan ini penting bagi memastikan kepentingan strategik rantau ini terus terpelihara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang seimbang, berpandukan kepentingan negara serta komitmen memperkukuh kesatuan dan peranan ASEAN di tengah-tengah landskap geopolitik yang semakin mencabar.
Dalam aspek ekonomi, usaha menarik pelaburan dan membawa masuk projek berkualiti perlu bergerak seiring dengan tadbir urus yang baik, integriti serta ketegasan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itulah antara perkara yang saya tekankan ketika berucap pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di Manila, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49. Malaysia bukan sahaja mahu dikenali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik dan berdaya saing, tetapi juga sebagai negara yang menjunjung tinggi integriti, keadilan dan amanah demi memastikan kemakmuran dapat dinikmati seluruh rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seusai hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, saya mengadakan pertemuan dengan Presiden Asian Development Bank (ADB), Masato Kanda bagi membincangkan perkembangan ekonomi serantau serta peluang memperluas kerjasama pembangunan dan pelaburan.
Saya menyambut baik kemajuan usaha penubuhan pejabat ADB di Malaysia termasuk proses memuktamadkan Host Country Agreement.
Kehadiran ADB dijangka membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan infrastruktur peralihan tenaga dan pembiayaa sektor swasta.
Saya turut menggalakkan ADB meneroka peluang baharu menyusuli pembiayaan dalam sektor kitar semula serta komitmen pelaburan bagi pembangunan pusat data.
Malaysia menghargai peranan ADB sebagai rakan pembangunan penting dan berharap hubungan ini terus diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan serta membawa manfaat nyata kepada rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, saya berkongsi pendekatan Malaysia dalam menangani kemelut Myanmar, khususnya melalui penglibatan langsung dan dialog berterusan dengan semua pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan.
Pertemuan dengan kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing, disusuli lawatan rasmi Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lalu, merupakan sebahagian daripada usaha ini. Pendekatan tersebut tidak sekali-kali mengetepikan kerangka ASEAN dan Konsensus Lima Perkara (5PC), sebaliknya membuka ruang untuk menyampaikan pendirian serta harapan kita secara terus, di samping menangani isu dua hala, termasuk kebajikan rakyat Myanmar di Malaysia.
Saya turut berkongsi perbincangan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, yang antara lain menyentuh perkembangan di Myanmar. Ini memperlihatkan keperluan untuk meneruskan usaha diplomatik dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian kepada kemelut tersebut.
Perbincangan turut menyentuh ancaman jenayah penipuan rentas sempadan serta potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Dalam soal tenaga, saya menggesa agar pelaksanaan Jaringan Grid Tenaga ASEAN dipercepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya daripada sektor ekonomi digital dan pusat data, di samping memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga serantau.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-29, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan strategik ASEAN-China yang tahun ini memasuki ulang tahun ke-35 hubungan dialog dan ulang tahun ke-5 Perkongsian Strategik Komprehensif.
Saya menyambut baik kemajuan kemajuan pelaksanaan ACFTA 3.0 yang membuka lebih peluang perdagangan dan pelaburan
khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Kerjasama ini juga perlu diperluas dalam bidang ekonomi digital, AI, pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran serta peralihan tenaga bersih.
Malaysia juga kekal komited terhadap rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) bagi menjamin keamanan dan kestabilan serantau. Saya turut menegaskan pendirian Malaysia terhadap kekejaman yang berterusan ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza, serta keperluan untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan.
Malaysia juga menghargai sumbangan China dalam membantu usaha kemanusian dan pembinaan semula Gaza.
🇲🇾 🇨🇳
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu pertemuan dengan rakan sejawat dari Laos, Saleumxay Kommasith, di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, saya mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri bulan lalu. Pertemuan ini turut menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan dua hala, lebih-lebih lagi ketika Malaysia dan Laos meraikan 60 tahun hubungan diplomatik.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan, termasuk dalam bidang tenaga boleh baharu, infrastruktur, pengangkutan dan logistik. Jumlah perdagangan dua hala bagi Januari hingga Ogos 2026 meningkat 28.7 peratus kepada AS$55.9 juta.
Kami turut bersetuju mempergiat kerjasama melalui penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-4 di Vientiane pada 2027, selain meneruskan usaha memuktamadkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan pelancongan.
🇲🇾 🇱🇦
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam pertemuan bersama Premier Li Qiang, saya merakamkan penghargaan atas sambutan mesra serta layanan baik sepanjang lawatan saya ke Hangzhou dan Shanghai, yang mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.
Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap kemajuan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta komitmen bersama untuk terus memperluas ruang kerjasama yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Saya juga menantikan penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen pada 18 hingga 19 November ini, termasuk Sidang Kemuncak CEO APEC yang akan dihoskan oleh Presiden Xi Jinping. Saya berharap pertemuan ini akan terus membuka peluang baharu untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan Malaysia-China.
🇲🇾 🇨🇳
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
@PerpaduanNegara
🇲🇾 PERSIDANGAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 2026
Pembinaan negara bangsa bukan sekadar satu aspirasi, tetapi tekad bersama seluruh rakyat Malaysia dalam mempertahankan keharmonian, memperkukuh perpaduan dan membina identiti nasional yang utuh. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐊𝐀𝐌𝐀𝐓
SEREMBAN, 15 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Sikamat terus memperkukuh pendekatan turun padang Kerajaan dalam mendekatkan pelbagai inisiatif, bantuan dan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈, 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐅𝐘𝐙𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
SIKAMAT, 15 November 2026 – Daripada mengusahakan perniagaan nasi di Senawang, Siti Fyzam, 40, kini menjadikan perkhidmatan penghantaran atau ‘runner’ sebagai sumber pendapatan utama selepas perniagaan yang diusahakan terjejas dan terpaksa dihentikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi memastikan kelangsungan mata pencarian, motosikal menjadi aset penting yang digunakan setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan. Justeru, kemudahan penukaran minyak hitam motosikal menerusi Program MADANI Kita 2026 Bersama Komuniti Sikamat amat bermakna dalam membantu mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan tersebut.
Menurut Siti Fyzam, inisiatif berkenaan memberi manfaat secara langsung kepadanya, khususnya kerana tuntutan kerja penghantaran memerlukan perjalanan harian yang jauh.
“Sangat membantu saya yang bekerja menggunakan motosikal dengan jarak perjalanan harian yang jauh,” katanya.
Kini, beliau menawarkan perkhidmatan penghantaran pelbagai jenis makanan dan barangan kepada pelanggan sekitar Senawang, Seremban Selatan dan Rembau, termasuk barangan keperluan, pasir, batu taman serta ubat-ubatan.
Dalam memenuhi keperluan pelanggan, Siti Fyzam melakukan penghantaran secara persendirian sehingga tiga kali sehari, termasuk perjalanan dari sekitar Seremban Selatan ke Rembau.
Di sebalik komitmen mencari rezeki, beliau turut memikul tanggungjawab membesarkan tiga orang anak berusia 14, lapan dan tiga tahun, manakala suaminya bekerja dalam bidang keselamatan di sebuah kilang elektronik.
Kisah Siti Fyzam mencerminkan bagaimana inisiatif MADANI yang mendekati komuniti mampu memberikan manfaat nyata kepada rakyat, bukan sahaja melalui penjimatan kos harian, malah membantu menyokong kelangsungan pekerjaan dan sumber pendapatan keluarga.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahniah @ainaabdulmusic atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026!
Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aina dan pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Terus terbang tinggi Aina!
#eurovisionasia2026
#aination
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama Azizah menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), Manila, yang dipengerusikan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.
Sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan, memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa.
🇲🇾🇵🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.
Saya turut berkongsi perkembangan ekonomi Malaysia serta meneroka potensi kerjasama baharu, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Kanada.
Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang terjalin demi manfaat dan kemakmuran kedua-dua negara.
🇲🇾 🇨🇦
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍-𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
KUANTAN, 14 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Dewan Taman Impianku, Lorong Kampung Padang 2, Kuantan, Pahang menjadi platform strategik dalam memperluas capaian dasar, inisiatif dan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada masyarakat menerusi pendekatan turun padang dan libat urus komuniti.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍
IPOH, 14 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh pendekatan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat menerusi penganjurannya bersama komuniti Tambun di Dewan Orang Ramai Taman Meru.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@PetraJayaMPThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇
JOHOR BAHRU, 14 November 2026 – Pelbagai manfaat dapat dinikmati masyarakat menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026 yang berlangsung di Dewan Raya Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, dengan menyediakan akses lebih mudah kepada bantuan, kemudahan dan perkhidmatan kerajaan secara terus kepada komuniti setempat.
Antara manfaat yang disediakan termasuk penyampaian Bakul Rahmah MADANI kepada 10 penerima, Jualan Rahmah serta perkhidmatan percuma seperti penukaran minyak enjin motosikal, gunting rambut dan pertukaran topi keledar menerusi inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Inisiatif ini memberi nilai tambah kepada rakyat, khususnya dalam membantu mengurangkan perbelanjaan harian dan memenuhi keperluan keluarga.
Selain menikmati kemudahan tersebut, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung menerusi pameran agensi dan jabatan kerajaan serta sesi Pocket Talk yang mengetengahkan Belanjawan 2027, inisiatif Sahabat MADANI dan Zon Perlindungan dan Pengurusan Bil Elektrik Kita oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Perkongsian ini membantu masyarakat memahami pelbagai bantuan, kemudahan dan peluang yang boleh dimanfaatkan.
Program turut menyediakan aktiviti kekeluargaan dan komuniti seperti senamrobik, pertandingan mewarna, pakaian beragam kanak-kanak dan e-sukan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, interaksi sosial serta penyertaan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.
Penganjuran PMK 2026 mencerminkan usaha kerajaan memastikan manfaat dasar dan inisiatif negara dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Melalui pendekatan turun padang, perkhidmatan dibawa lebih dekat kepada masyarakat, akses dipermudah dan keperluan komuniti diberi perhatian.
Inilah komitmen Malaysia MADANI, memastikan setiap inisiatif kerajaan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat dan meningkatkan kesejahteraan kehidupan seharian.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Baru-baru ini saya terima jemputan daripada Muadz, murid di Sekolah Kebangsaan Polis Depot, untuk saya datang ke Karnival Anak Malaysia di sekolahnya.
Walaupun jadual padat hari ini, saya sempat juga singgah sebentar kerana tidak mahu hampakan anak kecil ini.
Alhamdulillah, terkejut juga tengok meriahnya karnival ini, dah macam hari keluarga! Seronok tengok anak-anak bersemangat menyertai pelbagai aktiviti, ada yang berpakaian seperti polis, tentera dan bomba, di samping ibu bapa pun turut sama memeriahkan karnival anjuran sekolah.
Saya juga sempat mendengar sendiri daripada guru besar tentang beberapa perkara yang memerlukan perhatian, khususnya keadaan kemudahan sekolah serta keselesaan dan keselamatan murid. Insya-Allah, saya akan teliti perkara yang dibangkitkan untuk tindakan lanjut.
Terima kasih, Muadz kerana jemput saya. Terima kasih juga buat anak-anak yang menyambut saya dengan senyuman. Teruslah tekun menuntut ilmu, sayangi ibu bapa dan hormati guru.
Saya doakan kalian berjaya dalam mengejar cita-cita serta suatu hari nanti dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai kunjungan ke SK Polis Depot, saya ke Brickfields untuk meraikan Sambutan Deepavali Peringkat Kebangsaan. Saya kagum melihat betapa meriah dan berwarna-warni sambutan pagi ini.
Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa amanah saya sebagai Perdana Menteri ialah membela setiap rakyat Malaysia. Kita berpegang teguh pada Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan serta kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Atas landasan yang sama, kita wajib menjamin hak setiap rakyat dan memastikan semua berpeluang menikmati kemakmuran negara.
Cahaya Kuthu Vilakku mengingatkan kita supaya berani menegakkan kebenaran dan mempertahankan amanah. Kita mesti berani bersuara apabila sentimen kaum digunakan untuk mengalih perhatian daripada rasuah. Apabila kuasa disalahgunakan untuk memperkayakan diri dan keluarga, rakyat tetap menanggung akibatnya tanpa mengira kaum.
Dalam membela masyarakat India, masih ada perkara yang perlu kita usahakan, termasuk soal pendidikan dan sekolah Tamil, rumah ibadat Hindu serta peluang untuk peniaga kecil. Kita juga mesti memberi perhatian kepada keluarga yang bergelut dengan kemiskinan, baik di bandar mahupun di estet.
Saya gembira melihat rakyat pelbagai kaum dan agama duduk semeja dan beramah mesra seperti keluarga. Moga semangat saling menghormati yang kita rasai di Brickfields terus kita pelihara dalam kehidupan seharian.
Deepavali Nalvazhthukkal!
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berlepas ke Manila, saya ke Kem 515 Askar Wataniah untuk bertemu anak-anak pelatih PLKN 3.0. Saya ajukan satu soalan kepada mereka. Mengapa ada negara yang bangkit selepas merdeka, sementara ada pula yang runtuh?
Saya menghimbau pertemuan saya dengan Nelson Mandela di Johannesburg. Saya kagum dengan keteguhan beliau yang mengharungi 27 tahun dalam penjara kerana melawan apartheid dan tetap memilih untuk menyatukan rakyatnya apabila diberi amanah memimpin.
Namun perpaduan yang dibina Mandela terhakis pada era Jacob Zuma. Dahulu, rejim kulit putih menindas orang kulit hitam. Pada zaman Zuma, timbul pula seruan supaya orang kulit hitam menolak orang kulit putih. Atas nama membela orang kulit hitam, kontrak diberikan kepada kalangan pimpinan sendiri sehingga rasuah menular dan tatakelola negara terjejas.
Pengalaman ini mengajar betapa sukarnya membina perpaduan dan betapa mudahnya ia terhakis apabila rasuah dianggap lumrah dan sentimen perkauman digunakan untuk melindungi penyalahgunaan kuasa.
Saya turut membawa anak-anak menelusuri perbahasan di Mesir tentang bagaimana sebuah negara yang baru merdeka harus membina masa depannya. Saya petik pandangan Sheikh Muhammad al-Ghazali bahawa usaha membangunkan negara mesti bermula dengan ilmu yang berakar pada khazanah agama, budaya dan tamadun sendiri.
Pujangga Inggeris, TS Eliot pula menyentuh mengenai perbezaan antara maklumat, ilmu dan kebijaksanaan. Setiap hari kita menerima pelbagai maklumat, daripada berita yang sahih hinggalah khabar palsu dan fitnah. Ilmu membolehkan kita menyaring apa yang sampai kepada kita. Kebijaksanaan pula membimbing kita menggunakan ilmu dengan pertimbangan yang baik, termasuk apabila kebenaran mencabar pendirian kita sendiri.
Di Malaysia, para pendiri negara meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kehidupan bersama. Kita menghidupkan semangat itu dalam pergaulan sehari-hari. Jika kita mahu orang menghormati agama dan keyakinan kita, kita juga mesti menghormati agama dan keyakinan mereka.
Justeru, latihan PLKN mesti membina disiplin dan jati diri serta memupuk keberanian menolak rasuah. Pesan saya kepada anak-anak PLKN, biasakan diri bertanya apabila ragu dan berani menegur apabila ada yang salah. Kelak apabila diberi amanah, peganglah prinsip yang sama termasuk ketika teguran itu ditujukan kepada kalian sendiri.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya bersama Azizah berlepas ke Manila, Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung hingga Selasa depan.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan serantau, merapatkan persefahaman dan memperluas kerjasama demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran bersama.
Mohon doa semua agar perjalanan dan segala urusan dipermudah, serta misi ini membuahkan hasil yang bermakna buat Malaysia dan seluruh rantau ASEAN.
🇲🇾🇵🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terhibur lihat telatah anak-anak ketika singgah di Sekolah Kebangsaan Polis Depot pagi tadi. Terima masih Muadz kerana jemput Atuk. Terima kasih anak-anak, dan tahniah guru-guru serta ibu bapa atas penganjuran karnival yang sangat meriah. 🫶
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah selamat tiba di Manila, Filipina. Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan kali ini merupakan ruang penting untuk terus memperkukuh hubungan serantau serta mengangkat kepentingan bersama negara-negara ASEAN.
Sepanjang berada di sini, beberapa acara dan pertemuan dua hala bersama pemimpin ASEAN serta rakan dialog telah diatur, dengan tumpuan kepada pengukuhan kerjasama serantau, perkembangan geopolitik dan ekonomi semasa serta usaha menangani cabaran bersama.
Insya-Allah, semoga segala urusan dan pertemuan sepanjang sidang kemuncak ini dipermudah serta membuahkan hasil yang bermanfaat buat Malaysia dan rantau ini.
🇲🇾🇵🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍
IPOH, 14 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh pendekatan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat menerusi penganjurannya bersama komuniti Tambun di Dewan Orang Ramai Taman Meru, Ipoh, Perak.
Program yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat ini memberi tumpuan kepada kebajikan, kesejahteraan serta penglibatan masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Pelbagai pengisian disediakan sepanjang program, antaranya MADANI Kita Fun Walk, senam seni, pertandingan mewarna, busana cilik, aktiviti wanita dan kanak-kanak, e-sukan serta carom. Pengunjung turut mendapat akses kepada perkhidmatan agensi kerajaan, Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI serta jualan ikan dan ayam segar pada harga berpatutan.
Pengisian turut diperkaya dengan sesi Pocket Talk bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Unit Pantau MADANI, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), selain demonstrasi masakan, permainan tradisional serta persembahan kebudayaan.
Penganjuran Program MADANI Kita mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan inisiatif, bantuan dan perkhidmatan awam dapat diakses dengan lebih dekat, mudah dan inklusif. Pendekatan turun padang ini juga menjadi wadah memperkukuh komunikasi dua hala, memahami keperluan masyarakat serta membina kepercayaan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Menuntut ilmu adalah perjalanan yang tidak pernah mengenal noktah. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah ruang untuk menimba ilmu, memperbaiki diri dan mencipta sesuatu yang lebih baik sentiasa terbuka.
Jangan pernah berasa terlalu lewat untuk belajar, terlalu lambat untuk berubah atau terlalu lemah untuk mencuba. Ingatlah, kejayaan sebenar bukan milik mereka yang paling cepat sampai, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti melangkah.
Teruskan belajar walaupun perlahan, teruskan berusaha walaupun penat dan teruskan mencuba walaupun pernah kecewa. Kerana setiap ilmu yang dipelajari hari ini adalah bekalan untuk menghadapi cabaran hari esok.
Tahniah buat semua graduan UTM sempena Majlis Konvokesyen Ke-70 hari ini.
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
JOHOR BAHRU, 14 November 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Dewan Raya Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, Johor terus menjadi platform mempererat hubungan kerajaan dengan rakyat menerusi pendekatan turun padang yang mengutamakan kebersamaan, keprihatinan dan kesejahteraan komuniti.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekati masyarakat, memperluas akses kepada inisiatif kerajaan serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
.
@malaysiapmo
@shamsulazri.abubakarThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Emmanuel Macron
@EmmanuelMacron
Nos emplois et la vie de nos territoires se défendent en France, mais aussi à des milliers de kilomètres de chez nous.
C’est l’enjeu de mon déplacement au Cambodge et en Malaisie.
Au Cambodge, je viens avec des chefs d’entreprise pour ouvrir de nouveaux marchés en m’appuyant sur la Francophonie qui nous rapproche.
Le savoir-faire français et le travail engagé a déjà des débouchés très concrets. Le Cambodge veut par exemple s’appuyer sur l’expertise de Rungis pour créer son propre marché de gros.
En Malaisie, je viens notamment diversifier nos approvisionnements en terres rares. On en parle peu, mais elles sont pourtant indispensables à la fabrication des aimants de certains moteurs électriques et appareils électroniques.
Pour nos usines, avoir plusieurs sources d’approvisionnement, c’est réduire le risque de devoir arrêter une chaîne de production faute de pièces. C’est aussi pouvoir investir et produire en France avec plus de visibilité.
Si nous pouvons lancer de nouveaux projets ensemble aujourd’hui avec une telle confiance, c’est parce que d’autres, bien avant nous, ont appris à travailler côte à côte. À Angkor, cette confiance se voit jusque dans la pierre. Nous inaugurerons, avec le roi, le Mébon occidental restauré : quatorze années de travail entre équipes cambodgiennes et françaises.
Plus de partenaires, moins de dépendances. Nos accords ouvrent des portes. La langue, la culture et l’amitié les gardent ouvertes. C’est bon pour nos pays. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐃𝐑. 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, atas penganugerahan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan Doctor of Business Administration (DBA), daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL.Q) pada Majlis Konvokesyen UTM ke-70, hari ini.
Pencapaian ini turut melakar sejarah apabila beliau menjadi graduan pertama UTM yang menerima ijazah DBA menerusi laluan APEL.Q, sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran dan sumbangan profesional yang diperoleh sepanjang perjalanan kerjaya.
Kejayaan ini menjadi manifestasi bahawa pengalaman dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan asas penting dalam membina kepimpinan berilmu, berwibawa dan berkeupayaan mendepani cabaran pentadbiran masa kini.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus memperkasakan ilmu, meningkatkan kompetensi serta memacu kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan demi kemajuan dan kesejahteraan negara.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda berangkat ke Majlis Konvokesyen UTM ke-70 pagi ini.
Alhamdulillah, dengan izin dan inayah-Nya, akhirnya garis perjalanan ilmu di UTM telah sampai kepada permulaan baharu tanggungjawab apabila saya menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) daripada Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), UTM dengan penyelidikan saya yang bersandarkan kepada pengalaman dalam mengharungi belantara perkhidmatan awam.
Terima kasih kepada UTM dan para pensyarah atas bimbingan, kepada keluarga atas doa dan pengertian, serta kepada seluruh warga perkhidmatan awam atas sokongan sepanjang perjalanan ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah, Surau Brickfields, Kuala Lumpur, bersama jemaah setempat.
Usai solat, saya singgah di sebuah restoran berhampiran untuk menikmati juadah tengah hari. Pertemuan dan perbualan santai sebegini menjadi ruang terbaik untuk mengenali masyarakat dengan lebih dekat.
Semoga setiap pertemuan membawa kebaikan, ukhuwah terus erat dan segala urusan kita sentiasa dipermudahkan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi, saya gembira menerima kunjungan 11 murid asnaf cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Singgah Manis, Kinabatangan, Sabah, yang hadir bersama tujuh guru ke Kompleks Seri Perdana.
Saya kagum dengan kegigihan anak-anak dan guru-guru SK Singgah Manis. Dari sebuah sekolah di pedalaman Kinabatangan, mereka berjaya mencatat pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Saya titipkan pesan kepada anak-anak ini agar terus tekun menimba ilmu dan berani mengejar cita-cita. Apabila berjaya kelak, ingatlah untuk membantu ibu bapa dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Penghargaan khusus saya buat guru-guru SK Singgah Manis yang tidak kenal erti lelah dalam mendidik, membimbing dan memupuk keyakinan anak-anak ini untuk melangkah lebih jauh.
Kejayaan anak-anak SK Singgah Manis menguatkan tekad kita untuk memastikan setiap anak, walau sejauh mana pun mereka tinggal, mendapat peluang yang saksama untuk belajar, mengembangkan bakat dan mencapai cita-cita.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya ucapkan takziah kepada keluarga mantan Ahli Parlimen Padang Besar allahyarham YB Zahidi Zainul Abidin yang telah kembali ke rahmatullah. Mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan atas segala dosanya, mengasihaninya serta memberi rahmat ke atas ruhnya. Semoga keluarganya diberi kekuatan saat ini dan tabah dengan dugaan yang maha berat ini.
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Check out Wisdom Notes's video! #tiktok vt.tiktok.com/ZSpxsXfQx/
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor, saya menegaskan kepentingan penyelenggaraan sungai, parit dan sistem saliran, termasuk kolam tadahan serta pintu air, bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Semua agensi berkaitan diarahkan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi, mempercepat kerja pembersihan saliran tersumbat, memperkukuh pemantauan paras air dan sistem amaran awal, selain memastikan projek tebatan banjir dilaksanakan mengikut perancangan.
Mesyuarat turut meneliti keperluan mangsa banjir, khususnya urusan pemindahan, penempatan sementara, bekalan keperluan asas dan bantuan kepada keluarga terjejas.
Keselamatan penduduk, penyampaian bantuan dan pelaksanaan langkah mitigasi mesti terus menjadi keutamaan bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keutamaan kita adalah memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, tidak terbeban dengan cukai. Sebab itu Kerajaan MADANI memilih untuk mengekalkan SST berbanding GST yang melibatkan cukai secara lebih menyeluruh.
Kita mahu sistem percukaian yang adil dan mengambil kira kemampuan rakyat. Bagi saya, mengurus hasil negara bukan sekadar soal kutipan, tetapi memastikan rakyat terus terbela dan kehidupan mereka tidak semakin terbeban.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hutang negara bukan perkara kecil dan perlu diurus dengan penuh disiplin. Sebab itu, setiap pinjaman mesti digunakan sebaiknya untuk pembangunan negara dan memberi manfaat kepada rakyat, bukan menambah beban generasi akan datang.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia mencatat sejarah apabila jumlah perdagangan negara buat pertama kalinya melepasi RM3 trilion pada 2025, mencecah RM3.062 trilion.
Pencapaian ini mencerminkan keyakinan rakan dagang terhadap Malaysia, termasuk hubungan ekonomi dan pelaburan dengan Taiwan yang terus berkembang.
Kita akan terus memperluas peluang perdagangan, memperkukuh keyakinan pelabur serta mempertahankan kepentingan nasional berlandaskan prinsip dasar luar yang konsisten.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum bergerak ke Melaka, saya hadir ke Parlimen untuk menjawab pertanyaan berkaitan pembangunan dan ekonomi negara, selain menyantuni adik-adik murid yang hadir membuat lawatan.
Seronok melihat wajah ceria dan keterujaan mereka. Semoga kunjungan ini menjadi kenangan manis dan menyemai minat mereka untuk terus belajar serta mengenali institusi demokrasi negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ilmu itu penting, namun adab, rasa hormat dan budi pekerti yang baik tetap menjadi asas pembentukan jati diri seseorang.
Berteraskan semangat menggapai di langit, mengakar di bumi, moga anak-anak kita membesar dengan cita-cita setinggi langit, namun tetap berpaksikan nilai, adab dan akhlak yang mulia.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) 2026 yang diketuai penasihatnya, Tan Sri Barry Goh Ming Choon sambil saya menyatakan sokongan terhadap penganjuran edisi ke-16 persidangan ini sebagai platform memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan jaringan perniagaan kedua-dua negara.
Saya berharap MCEC terus membuka lebih banyak peluang ekonomi bernilai tinggi, termasuk membantu usahawan tempatan dan syarikat Bumiputera menembusi pasaran China, khususnya dalam industri halal. Hubungan erat Malaysia-China perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan eksport serta memperluas pasaran produk tempatan.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh persekitaran perniagaan dan membantu PMKS tempatan melangkah lebih jauh ke pasaran antarabangsa, sekali gus memastikan lebih banyak perniagaan tempatan mendapat manfaat daripada hubungan ekonomi ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengecam keras insiden serangan oleh seorang warga asing terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas di Kepong dan mendoakan agar anggota terbabit segera diberikan kesembuhan.
Sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguatkuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, sama sekali tidak boleh diterima.
Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguatkuasa yang bertugas.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Tahniah Malaysia atas lonjakan tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking 2026, berbanding kedudukan ke-34 pada tahun 2025. Lonjakan ini sekali gus meletakkan negara di kedudukan kedua di ASEAN selepas Singapura.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga perkhidmatan awam, khususnya pasukan di kementerian dan agensi yang selama ini memperkemas proses kerja dan memperluas perkhidmatan digital untuk rakyat.
Melalui Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), kita akan terus memudahkan urusan rakyat dan peniaga dengan memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab. Kemajuan ini mesti dirasai dalam urusan seharian apabila tempoh menunggu kelulusan lebih singkat, maklumat yang sama tidak perlu diserahkan berulang kali dan lebih banyak urusan boleh diselesaikan dalam talian.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu sesi libat urus bersama wakil persatuan kontraktor Bumiputera, perbincangan tertumpu kepada usaha memastikan inisiatif Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan sebaiknya, khususnya oleh kontraktor kecil.
Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan kepada kontraktor Bumiputera G1 hingga G4 kepada RM7.5 bilion, berbanding RM4 bilion tahun ini. Langkah ini bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk membina keupayaan, mengembangkan perniagaan dan melaksanakan projek yang diperlukan rakyat.
Tatacara perolehan turut dipermudah, termasuk menaikkan had lantikan terus bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti kerajaan sehingga RM200,000, selain kemudahan pembiayaan serta langkah menangani kenaikan kos diesel dan bitumen.
Saya mahu peluang ini dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang berdaya saing dan berintegriti. Setiap projek adalah amanah kepada rakyat yang mesti dilaksanakan dengan mutu terbaik, mengikut jadual dan penuh tanggungjawab.
#malaysiamadani
#ekonomimadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
@PerpaduanNegara
🇲🇾 PERSIDANGAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 2026
Pembinaan negara bangsa bukan sekadar satu aspirasi, tetapi tekad bersama seluruh rakyat Malaysia dalam mempertahankan keharmonian, memperkukuh perpaduan dan membina identiti nasional yang utuh. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima khabar duka dari Melaka. Saudara Samivel, wakil calon HARAPAN bagi DUN Asahan telah terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.
Sebagai Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan. Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini.
Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
AGENDA REFORMASI EKONOMI & PENDIGITALAN NEGARA LONJAK MALAYSIA KE TANGGA KE-27 WDAIR 2026
Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026, berbanding tangga ke-34 pada tahun lalu, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.
Pencapaian ini didorong khususnya oleh peningkatan 21 anak tangga dalam Penggunaan AI ke kedudukan ke-14 dunia, Kecekapan melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-28 dan pelaksanaan strategi AI nasional di tangga ke-12.
Malaysia turut mencatat kedudukan ke-18 bagi Pembangunan Tenaga Kerja, kedua dunia bagi graduan sains, kelima bagi modal teroka, keenam bagi eksport berteknologi tinggi dan kelapan bagi insentif pelaburan AI.
Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 (Negara AI 2030) menyasarkan pewujudan sehingga 300,000 pekerjaan baharu berkaitan AI serta sumbangan tambahan kepada pertumbuhan KDNK sehingga 1.2 mata peratusan menjelang 2030.
Melalui Belanjawan MADANI 2027, sebanyak RM30 juta disediakan menerusi MDEC untuk membantu 4,000 PMKS menerapkan AI dan mengautomasi operasi, melatih serta memperakui 5,000 profesional AI, selain menyediakan tambahan 100,000 langganan AI percuma kepada golongan muda.
ANWAR IBRAHIM
11 November 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Datuk Seri Chet Singh Karam Singh, tokoh pembangunan perindustrian Pulau Pinang yang meninggal dunia semalam.
Sebagai Pengurus Besar pertama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), mendiang memainkan peranan penting dalam merintis pembangunan kawasan perindustrian, menarik pelaburan antarabangsa dan menjadikan Pulau Pinang hab industri elektrik dan elektronik (E&E) bertaraf dunia.
Sumbangan mendiang turut membuka peluang pekerjaan, merancakkan ekonomi serta meletakkan asas penting kepada kemajuan industri negara. Segala jasa dan legasi mendiang dalam pembangunan perindustrian dan ekonomi negara akan terus dikenang. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Zaiton Mohd Hassan atas pelantikan sebagai Presiden Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), badan profesional perakaunan bertaraf global.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman luas dan sumbangan beliau dalam bidang kewangan serta profesion perakaunan, termasuk usaha memperluas akses dan peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang ini.
Kepimpinan beliau juga diharap dapat terus memperkukuh standard profesionalisme, memperluas peluang pembangunan bakat serta mempersiapkan profesion perakaunan menghadapi landskap ekonomi dan teknologi yang semakin berkembang.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada lebih ramai anak Malaysia untuk terus berusaha, mengembangkan potensi diri serta melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan sesiapa menyakau dan merompak harta rakyat dan negara. Sikap berkompromi dengan rasuah atas nama jasa ini jauh daripada ajaran Islam.
‘Tolerance for evil’ inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa pelaku rasuah tempatnya di penjara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐊𝐒𝐄𝐒 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒, 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇
Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, menyeluruh dan mampu dicapai terus menjadi keutamaan Belanjawan 2027 menerusi peningkatan peruntukan, peluasan perlindungan kesihatan serta pemerkasaan infrastruktur dan kemudahan rawatan awam.
Antara inisiatif utama yang digariskan ialah:
• Peruntukan KKM RM47.7 bilion – Peningkatan peruntukan bagi memperkukuh kapasiti dan keupayaan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.
• Pelan MediAsas – Bakal dilancarkan pada Januari 2027 bagi memperluas akses rakyat kepada perlindungan dan kemudahan rawatan kesihatan.
• PeKa B40 – Diteruskan dengan peruntukan RM80 juta, merangkumi saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan serta insentif rawatan kanser kepada penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas.
• Penambahbaikan prasarana kesihatan – Peruntukan RM1.2 bilion disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan hospital serta klinik awam demi meningkatkan mutu kemudahan dan keselesaan pesakit.
Keseluruhan inisiatif ini memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, daripada peluasan akses dan perlindungan kesihatan hingga peningkatan kualiti kemudahan rawatan.
“Kesihatan Terpelihara, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.
“Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.”
Riwayat al-Bukhari (3475) -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seronok terima kunjungan @Trevornoah hari ini, kami sempat bicara soal politik, humor dan macam-macam cerita yang diselang-seli gelak tawa.
Saya juga sempat titip beberapa panduan tentang bahan gurauan yang boleh dibawa ke pentas malam ini. Harap tak ada yang terasa!
Apa pun, jangan risau Trevor, kalau apa-apa jadi malam ini, kita crowdfunding ramai-ramai!
😄😂 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawan tetap lawan! ✊
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I welcome the announcement by the SoftBank-led consortium, including Grab and PETROS, to invest in AI Infrastructure Platform in Sarawak and Peninsular Malaysia.
This is a significant moment in the country’s digital transformation and reflects global confidence in Malaysia’s potential to develop and use AI. It supports our ambition to become an AI Nation by 2030, as set out in the National AI Action Plan 2026–2030. The government will work with the relevant state authorities to facilitate this highly anticipated project.
The willingness of global investors like SoftBank and Masayoshi Son to invest in Malaysia reflects strong confidence in our national capabilities, investment climate and political stability.
Integrating SoftBank’s capital and expertise with Grab’s regional AI capabilities and proven track record of deploying operational AI across its ecosystem will significantly enhance Malaysia’s AI infrastructure and global competitiveness.
As Malaysia develops its AI infrastructure, we expect large-scale digital investments to support our sustainability goals. This project must meet applicable federal and state requirements, including those on renewable energy use.
I expect this investment to create skilled jobs for Malaysians and help more of our rakyat build expertise in AI. It should also create opportunities for our local businesses to supply goods and services as Malaysia builds its AI capabilities.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tatkala merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo Malaysia 2026 di MITEC pagi tadi, saya tekankan bahawa kemajuan industri pembinaan mesti dirasai rakyat, terutama melalui penyediaan rumah mampu milik.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita menyasarkan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2030, sebagai sebahagian daripada sasaran sejuta rumah mampu milik menjelang 2035.
Pada masa sama, kita mesti mengimbangi pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar, mengutamakan mutu bahan binaan serta memastikan reka bentuk bangunan indah dan mencerminkan identiti setempat.
Jika pertimbangan ini diketepikan, yang terbina akhirnya hanyalah hutan konkrit yang hanya menyumbang kepada lunturnya kedamaian alam dan mengorbankan kesejahteraan serta kemanusiaan.
Saya mengalu-alukan usaha Kementerian Kerja Raya dan CIDB meneroka teknologi cetakan konkrit 3D. Kerjasama dengan industri mesti membuka ruang pemindahan teknologi, perkongsian ilmu dan latihan kepada tenaga kerja serta kontraktor tempatan.
Saya mahu mereka menguasai teknologi ini dan berupaya membangunkannya sendiri mengikut keperluan negara, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Musibah banjir mengingatkan kita tentang pentingnya keprihatinan, semangat kebersamaan dan kekuatan untuk saling membantu tatkala berdepan ujian.
Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan penduduk, bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dan usaha pemulihan dilaksanakan segera.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍
Keterjaminan makanan negara bergantung pada keupayaan meningkatkan pengeluaran domestik, memperkukuh rantaian bekalan serta memastikan bekalan makanan dapat diakses oleh seluruh rakyat pada harga berpatutan.
Sehubungan itu, Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha memperkasa sektor pertanian dan meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui pelbagai inisiatif yang menyokong pesawah, petani, pengusaha tani serta komuniti luar bandar.
Antara inisiatif utama yang digariskan ialah:
• Jualan Agro MADANI – Menawarkan hasil pertanian segar pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
• Pengedaran barangan keperluan asas – Peruntukan RM250 juta bagi memperluas pengedaran barangan keperluan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman, sekali gus meningkatkan akses masyarakat kepada bekalan harian.
• Peningkatan produktiviti tanaman padi – Pelaksanaan lima musim penanaman dalam tempoh dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan hasil pengeluaran dan memperkukuh bekalan beras negara.
Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan pendekatan strategik Kerajaan dalam memperkukuh kapasiti pengeluaran pertanian domestik, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan serta memperluas akses rakyat kepada bekalan makanan pada harga berpatutan.
“Pengeluaran Dipertingkat, Rantaian Bekalan Diperkukuh, Keterjaminan Makanan Negara Diperkasa”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
BANJIR: PM UMUM BANTUAN TUNAI TAMBAHAN KHAS RM2,500 UNTUK SETIAP KETUA ISI RUMAH DI SELANGOR
Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 untuk Ketua Isi Rumah setiap mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula 10 November 2026.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir, manakala kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.
PEJABAT PERDANA MENTERI
9 November 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor pastinya mengundang keresahan dan kepayahan kepada rakyat, terutama keluarga yang terbeban dengan masalah kerosakan harta benda serta kehilangan kelengkapan asas kediaman.
Justeru, hari ini saya telah berkunjung ke Jeram, Selangor untuk menekuni permasalahan ini, terutamanya dari pasukan pihak berkuasa dan juga rakyat yang terkesan, terutamanya. Saya turut mengumumkan Bantuan Tunai Tambahan Khas sebanyak RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah mangsa banjir yang layak di Selangor dengan pembayaran dijangka bermula esok 10 November 2026.
Sementalahan, pada yang sana, saya telah mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir mesti dipercepatkan. Kita tidak boleh terus membiarkan rakyat berdepan musibah yang sama saban tahun tanpa penyelesaian yang tuntas dan berkesan.
Bagi pihak Kerajaan, ini masalah utama yang mesti kita beri tumpuan, dan tidak semata memberikan bantuan, tetapi memastikan rakyat tidak terus terbelenggu dengan kesusahan yang sebegini rupa hampir setiap tahun.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐑
Inisiatif Kerajaan MADANI terus dibawa lebih dekat kepada rakyat menerusi Program MADANI Kita 2026 bersama komuniti Sungai Balang yang berlangsung di Dewan Kompleks Penghulu.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am saddened by the horrific shooting in Kraków, Poland, which has claimed six innocent lives and left many others injured. Malaysia stands in solidarity with the people of Poland and extends its heartfelt condolences to the bereaved families. We pray for the swift recovery of those injured.
Reports that the attacker was influenced by far-right extremism are deeply troubling. This tragedy underscores the need to confront terrorism in all its forms, including the growing threat of violent right-wing extremism. No ideology can justify the murder of innocent people.
Malaysia is committed to working with the international community to counter extremism and uphold peace and human dignity.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkunjung ke kediaman keluarga kepada Menteri Sumber Manusia YB Ramanan Ramakrishnan dan kemudian ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2026 anjuran MIC dan MiED untuk ikut serta bersama teman-teman dari kalangan masyarakat India. Turut sama Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.
Kepelbagaian budaya ini adalah keunikan kita di Malaysia yang mesti kita rai, pelihara dan lindungi, dan semestinya ia menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat demi kerukunan dan kestabilan negara tercinta ini.
Deepavali Nalvaalthukkal! 🪔
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahniah buat Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Melele yang telah menduduki tempat pertama di Kedah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) 2026.
Tumpang gembira dengan pencapaian hebat anak-anak SMA Nahdhah Hasanah. Pastinya kejayaan ini ditunjangi didikan luar biasa guru-guru dan pengorbanan ibu bapa. Moga terus cemerlang, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PEGUAM NEGARA MOHON PERKENAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG
Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam kes SRC International.
Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 November 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Deepavali hadir membawa sinar kegembiraan, menyemarakkan semangat ‘pesta cahaya’ yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan keburukan serta ilmu membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan keangkuhan.
Dalam masyarakat majmuk yang berteraskan kepelbagaian budaya dan tradisi, nilai saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan harus terus diperkukuh. Jadikan sambutan ini sebagai wadah mempereratkan perpaduan, merapatkan jurang antara kaum serta menyemai nilai ihsan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Semoga Deepavali kali ini menyuntik semangat baharu untuk membina pemikiran yang lebih terbuka, murni dan progresif, sekali gus mengangkat martabat rakyat serta memperkukuh keharmonian negara.
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dengan kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan.
Deepavali Nalvaalthukkal!
=====
தீபாவளி மகிழ்ச்சியின் ஒளியை ஏந்தி வருவதுடன், ‘ஒளித் திருநாள்’ எனப் போற்றப்படும் அதன் உயரிய தத்துவத்தையும் நமக்கு உணர்த்துகிறது. இருள் அகன்று ஒளி பிறப்பது, தீமையை நன்மை வெல்வது, அறியாமையை அகற்றி அறிவொளி பெறுவது என வாழ்வின் உன்னத விழுமியங்களைத் தீபாவளி பறைசாற்றுகிறது.
பல்வேறு கலாசாரங்களையும் பாரம்பரியங்களையும் கொண்ட பல்லின மக்கள் வாழும் நமது நாட்டில், ஒருவரையொருவர் மதித்தல், புரிந்துகொள்ளுதல், வேறுபாடுகளை ஏற்றுக்கொள்ளுதல் ஆகிய நற்பண்புகள் தொடர்ந்து வலுப்படுத்தப்பட வேண்டும். இனங்களுக்கிடையிலான நல்லிணக்கத்தை மேலும் ஆழப்படுத்தவும், சமூகங்களுக்கு இடையிலான இடைவெளிகளைக் குறைக்கவும், குறிப்பாகத் தேவையுடையோரிடம் மனிதநேயத்தையும் பரிவையும் வெளிப்படுத்தவும் இத்திருநாளை ஒரு நல்வாய்ப்பாகப் பயன்படுத்திக்கொள்வோம்.
இத்தீபத் திருநாள், திறந்த மனப்பான்மையும் தூய சிந்தனையும் கொண்ட சமுதாயத்தை உருவாக்குவதற்கான உந்துசக்தியாக அமையட்டும். அதன் வழி, மனித மாண்பை உயர்த்தி, நாட்டின் நல்லிணக்கத்தையும் ஒற்றுமையையும் மேலும் வலுப்படுத்துவதுடன், அனைவரையும் உள்ளடக்கிய வளமான எதிர்காலத்தை நோக்கி ஒன்றிணைந்து பயணிப்போம்.
தீபாவளியைக் கொண்டாடும் அனைத்து மக்களுக்கும் எனது இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்! தீபாவளியின் ஒளி அனைவரது வாழ்விலும் மகிழ்ச்சி, அமைதி, வளம், நலனைத் தொடர்ந்து நிலைபெறச் செய்யட்டும்.
அனைவருக்கும் இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்து!!!
🪔🪔
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di Shah Alam hari ini.
Saya tekankan bahawa pembangunan sesebuah negara tidak harus diukur semata-mata melalui kemegahan gedung-gedung dan mercu pencakar langit, kemajuan teknologi atau limpahan pelaburan semata. Sebaliknya mesti turut berpaksikan usaha dan upaya kita dalam membina dan membentuk insan yang beradab, berakhlak dan memiliki nilai kemanusiaan yang luhur.
Saya tegaskan bahawa keluarga merupakan asas pembentukan masyarakat dan tunjang kekuatan negara. Justeru, gagasan “menggapai di langit, mengakar di bumi” harus menjadi pedoman dalam mendidik generasi muda agar mampu menguasai teknologi dan ilmu baharu, tanpa tercabut daripada akar nilai, adab, kasih sayang dan sahsiah yang mulia.
Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh kebijakan dan prakarsa yang mengangkat kesejahteraan keluarga, termasuk kebajikan ibu dan anak, kemudahan penjagaan, dukungan kepada golongan OKU serta pengiktirafan terhadap peranan penjaga atau caregiver.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri atas kejayaan menganjurkan sambutan yang cukup bermakna ini, di samping komitmen padu dan berterusan beliau dalam mendekati, merangkul dan memperjuangkan kesejahteraan kaum ibu khususnya, serta memperkukuh institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan masyarakat dan negara.
Saya yakin bahawa usaha membina negara yang hebat harus bermula dengan membina keluarga yang bahagia, kerana daripada institusi keluargalah lahirnya generasi yang bakal menentukan wajah dan masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Forum Ilmuan MADANI semalam, saya tegaskan bahawa subsidi masih diperlukan. Ada keluarga yang kais pagi makan pagi, yang belum tentu mampu menyediakan makanan untuk seminggu. Bagi mereka, bantuan Kerajaan penting untuk meneruskan hidup.
Ironinya, ada yang mahu subsidi tertentu ditamatkan atas alasan daya saing dan produktiviti, tetapi pada masa yang sama mendesak supaya syarikat diberi insentif cukai. Satu disebut subsidi, satu lagi insentif. Kedua-duanya bantuan Kerajaan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Apabila rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan hidup rakyat dibangkitkan, pembangkang memilih untuk membisu. Namun dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dan menunggang agama, merekalah yang paling ke hadapan.
Ini yang saya singgung dalam Forum Ilmuwan MADANI tempoh hari. Apabila penyelewengan berbilion ringgit didiamkan, lama-kelamaan kita terbiasa bertolak ansur dengan kejahatan, yakni tolerance for evil. Selagi saya memikul amanah ini, saya tidak akan berkompromi dengan rasuah, kerana pelaku rasuah tempatnya dalam penjara.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Deepavali yang dikenali sebagai Pesta Cahaya membawa mesej tentang harapan, keharmonian dan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Sempena sambutan Hari Deepavali ini, marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh sikap saling menghormati serta menghargai kepelbagaian budaya dan kepercayaan yang menjadi keunikan dan teras kekuatan rakyat Malaysia.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi asas dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan aman sejahtera..
Selamat Hari Deepavali!
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#harideepavali2026
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
@MKNJPM
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
NACSA PANTAU SITUASI KESELAMATAN SIBER NEGARA SECARA BERTERUSAN, TEGASKAN KEADAAN TERKAWAL
#malaysiamadani
#taatsetia
#pemikiranstrategikpuncakemenangan
#keselamatannegaratanggungjawabbersama -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pendirian kita mesti jelas dan tegas: rasuah tetap salah, tanpa mengira siapa yang melakukannya atau setinggi mana kedudukannya.
Kita mahu mendidik generasi yang menjunjung amanah, berintegriti dan berani menolak rasuah. Nilai inilah yang mesti disemai dan dipertahankan demi masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kedudukan Malaysia di tangga ke-40 daripada 133 negara dalam Chandler Good Government Index 2026 merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan memperkukuh keupayaan, integriti dan keberkesanan pentadbiran negara.
Namun, pencapaian ini bukan alasan untuk kita berpuas hati. Masih terdapat ruang yang perlu diberikan perhatian, khususnya dalam memperkukuh penyelarasan antara agensi serta memastikan setiap dasar dan perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Keutamaan Kerajaan MADANI kekal untuk membina institusi yang teguh, mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan setiap usaha pembangunan membawa manfaat nyata kepada rakyat.
Akhirnya, kejayaan sesebuah kerajaan bukan sekadar diukur melalui kedudukan dalam indeks antarabangsa, tetapi melalui perubahan yang dapat dirasai dalam kehidupan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Bitdeer Technologies Group (Bitdeer), Jihan Wu bersama delegasi.
Bitdeer ialah syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur perlombongan Bitcoin. Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan tersenarai di Nasdaq ini turut menerima status Malaysia Digital.
Dalam pertemuan ini, Bitdeer telah menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam transformasi digital. Mereka sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang bagi membangunkan infrastruktur AI bertaraf dunia di negara kita.
Saya tekankan bahawa pelaburan seperti ini perlu membuka peluang pekerjaan dan menyediakan latihan untuk membina kepakaran rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang AI, kejuruteraan dan pengkomputeran termaju.
Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan strategik seperti ini agar pertumbuhan ekonomi digital turut memperkukuh industri tempatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Google baru-baru ini mengumumkan pelaburan tambahan RM61 bilion di Malaysia bagi tempoh 2027 hingga 2028. Ini satu lagi kejayaan Kerajaan MADANI dalam menarik pelaburan berkualiti dan mencerminkan keyakinan terhadap kestabilan negara serta hala tuju ekonomi digital kita.
Pelaburan ini merangkumi pembangunan kampus pusat data baharu di Selangor dan Negeri Sembilan. Saya turut mengalu-alukan komitmen Google untuk meningkatkan kemahiran 800,000 rakyat Malaysia menjelang 2031, termasuk anak muda, usahawan mikro dan pencari kerja.
Saya faham kebimbangan rakyat tentang keperluan elektrik dan air bagi pusat data. Kerana itu Google akan menanggung kos elektrik dan infrastruktur sambungan ke grid bagi pusat datanya, serta merancang untuk menambah lebih 1 gigawatt kapasiti tenaga bersih kepada Grid Nasional. Di Negeri Sembilan, projek takungan dan loji rawatan air yang dirancang pula dijangka menambah bekalan air terawat untuk komuniti setempat.
Bagi saya, ukuran kejayaan pelaburan ini ialah manfaat yang sampai kepada rakyat. Kerajaan MADANI akan memberi perhatian kepada pelaksanaan komitmen ini agar lebih ramai rakyat mendapat peluang pekerjaan bergaji baik, perusahaan tempatan dapat berkembang dan bekalan elektrik serta air turut diperkukuh.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini saya ke Bukit Kiara untuk mempengerusikan Forum Ilmuan MADANI Siri 14 yang membicarakan soal keselamatan dan keterjaminan makanan.
Forum ini menampilkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu,, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Research Institute, Dr Sarena Che Omar, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad.
Forum hari ini antara lain membicarakan persediaan negara menghadapi pergolakan geopolitik yang berpanjangan serta risiko fenomena Super El Niño yang boleh menjejaskan hasil pertanian dan bekalan makanan.
Malaysia mempunyai tanah yang subur dan dikelilingi laut, namun kita masih banyak bergantung pada makanan import. Justeru, kita mesti mempercepat usaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Saya tertarik dengan cadangan supaya kita memberi tumpuan kepada tanaman yang boleh diusahakan secara berdaya maju tanpa terlalu bergantung pada peruntukan Kerajaan.
Dalam sesi soal jawab bersama hadirin, saya turut menjawab pertanyaan mengenai risiko serangan siber seperti yang berlaku di Eropah dan bagaimana serangan seumpamanya boleh menjejaskan bekalan makanan di Malaysia.
Ketika ini, jentera Kerajaan telah diarahkan untuk memperkukuh keupayaan menjangka ancaman dan menangkis serangan dengan pantas. Jika serangan berjaya menembusi pertahanan, kita mesti bersedia memastikan perkhidmatan kritikal negara terus berjalan. Alhamdulillah, setakat ini pasukan keselamatan siber yang dianggotai anak tempatan berjaya menangkis percubaan serangan setiap hari.
Insya-Allah, pandangan dan cadangan yang dilontarkan dalam forum ini akan dipertimbang dengan terperinci. Keutamaan kita adalah untuk memastikan rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mampan dan mencukupi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐒𝐇𝐎𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐓𝐑𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍
MUAR, 7 November 2026 – Lebih 100 buah motosikal daripada pelbagai kategori retro dan moden berhimpun menerusi Sungai Balang Motorshow 2026 di Tapak Parkir Kompleks Sungai Balang, Muar, Johor, hari ini, sekali gus mencerminkan keaktifan dan semangat komuniti permotoran setempat.
Mengangkat tema “Gathering Motor Retro vs Modern”, program anjuran Fendy Motor dan Rakan Permotoran Muar dengan sokongan ZS Event serta Johor Rider Familia (JRF) itu menampilkan kepelbagaian jentera menerusi kategori Motor Open, Retro dan Moden yang menyerlahkan evolusi, kreativiti serta identiti tersendiri dunia permotoran.
Lebih daripada sekadar platform pameran, program ini menjadi ruang pertemuan dan jaringan komuniti yang menghimpunkan peminat permotoran daripada pelbagai generasi untuk berkongsi minat, bertukar pengalaman serta memperkukuh hubungan melalui aktiviti yang diminati bersama.
Penganjuran seumpama ini turut membuka ruang kepada penglibatan komuniti dalam aktiviti rekreasi yang positif, di samping menyemarakkan interaksi sosial dan menghidupkan aktiviti kemasyarakatan di peringkat setempat.
Sungai Balang Motorshow 2026 membuktikan bahawa perbezaan generasi dan cita rasa bukan penghalang untuk menyatukan komuniti, sebaliknya menjadi kekuatan dalam membina kebersamaan dan memperkukuh semangat komuniti.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Alhamdulillah, Malaysia meningkat dua anak tangga ke kedudukan ke-40 daripada 133 negara dalam Chandler Good Government Index 2026. Saya menyambut baik kemajuan ini sebagai dorongan kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk memperhebat reformasi dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat dan perniagaan, selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri.
Melalui Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), setiap kementerian dan jabatan mesti terus memperhebat pelaksanaan reformasi kerenah birokrasi dengan lebih berani dan radikal menerusi pendekatan penyelesaian serta-merta, mempercepat pelaksanaan serta memelihara integriti dalam setiap keputusan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Deepavali Nalvaalthukkal!
🪔
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyempurnakan perasmian Pusat Pengedaran Global (Global Distribution Centre – GDC) baharu Daiso Malaysia Group Sdn. Bhd., satu inisiatif swasta bernilai RM1.2 bilion yang mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap potensi negara sebagai hab logistik dan pengedaran serantau.
Pusat ini akan berfungsi sebagai hab logistik utama Daiso, menghubungkan rangkaian pengeluaran di Jepun, China dan pembekal antarabangsa kepada 27 negara di Asia dan Timur Tengah.
Saya berharap kemudahan ini turut membuka laluan kepada lebih banyak produk buatan Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi rangkaian pengedaran global Daiso. Ini sekali gus memberi peluang kepada pengeluar dan pembekal tempatan memperluas pasaran serta meningkatkan daya saing produk keluaran negara.
Inisiatif berskala besar ini bukan sahaja memperkukuh peranan Malaysia dalam rantaian bekalan dan perdagangan serantau, malah merancakkan sektor logistik serta menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi baharu.
Kita mahu setiap kehadiran pelabur membawa nilai tambah kepada ekonomi domestik, meningkatkan keupayaan industri dan memperluas peluang kemakmuran kepada rakyat.
Keyakinan ini mencerminkan hasil usaha berterusan Kerajaan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif, dasar yang jelas serta ekosistem ekonomi yang berdaya saing.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
“Menggapai di langit, mengakar di bumi.” Inilah falsafah yang harus mendukung sistem pendidikan negara, yakni keberanian meneroka ufuk baharu ilmu dan teknologi, tanpa sekali-kali mengabaikan akar budaya, nilai, adab dan kemanusiaan.
Tatkala menyempurnakan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), saya menegaskan bahawa penguasaan kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan kemahiran teknikal mutakhir merupakan tuntutan zaman. Pelaburan besar seperti RM61 bilion oleh Google serta keperluan ribuan tenaga mahir dalam industri berteknologi tinggi membuktikan betapa mendesaknya institusi pendidikan dan TVET memperkasa latihan, pengkhususan serta keterampilan anak-anak muda agar seiring dengan keperluan industri.
Namun, seperti yang diingatkan oleh pemikir Sepanyol, José Ortega y Gasset menerusi ‘The Revolt of the Masses’, kepintaran dan pengkhususan ilmu tidak sewajarnya melahirkan manusia yang kehilangan kepekaan terhadap nilai dan kemanusiaan atau apa yang disebut sebagai gejala “barbarism of specialization”.
Pendidikan harus turut mengetuk dhamir, menyuburkan akhlak dan membentuk insan yang menghormati martabat sesama manusia, tanpa mengira kaum, agama mahupun darjat.
Walhasil, cita-cita besar kita adalah mewariskan sebuah Malaysia yang maju dan berdaya saing kepada generasi muda, dengan penguasaan teknologi tercanggih, peluang pekerjaan bermutu dan upah yang lebih bermaruah, namun tetap teguh berpaut pada akar nilai, prinsip dan kemanusiaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya bersama rakyat di Taman Bukit Rambai, Melaka, sempena Jelajah Aspirasi MADANI DUN Kelebang, khususnya mendampingi anak-anak muda yang bakal menjadi pewaris masa depan negara.
Saya tegaskan bahawa kekuatan ekonomi negara, keyakinan pelabur dan kestabilan politik mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat. Pelaburan besar seperti RM61 bilion oleh Google serta RM1.5 bilion oleh Daiso membuka ruang pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran anak muda, khususnya dalam bidang teknologi dan TVET. Namun, kemajuan ini tidak bermakna sekiranya persoalan kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas rakyat terus terpinggir.
Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ikhtiar membantu rakyat menerusi STR, SARA, penyasaran subsidi bahan api serta penambahan peruntukan untuk sekolah dan hospital. Semua ini menuntut pengurusan kewangan yang berhemat, tatakelola yang telus dan keberanian memerangi rasuah serta penyelewengan yang sekian lama merugikan negara.
Saya turut mengingatkan bahawa perbezaan politik tidak sewajarnya menghalalkan penghinaan, fitnah atau menyalahguna hujah agama untuk mencerca pihak yang tidak sehaluan. Islam mengangkat kemuliaan akhlak, kejujuran dan amanah, bukannya kebencian dan permusuhan.
Maka, amanah kepemimpinan bukan medan untuk mengaut kekayaan atau mempertahankan kedudukan, sebaliknya wahana membela rakyat, menegakkan keadilan dan menjamin masa depan negara yang lebih bermaruah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sambutan perayaan Hari Deepavali mengingatkan kita tentang pentingnya menyemai kebaikan, saling menghormati dan memelihara keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Di sebalik kepelbagaian budaya dan kepercayaan, kita berkongsi nilai yang sama, iaitu kasih sayang, persefahaman dan keinginan untuk hidup bersama dalam suasana aman dan damai.
Inilah keindahan Malaysia yang harus terus kita pelihara. Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya!
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Deepavali adalah perayaan cahaya yang membawa makna mendalam tentang kemenangan kebenaran mengatasi kebatilan, kebaikan mengatasi kejahatan, serta keadilan mengatasi kezaliman. Semangat inilah yang saya tekankan ketika bersama masyarakat pelbagai kaum dalam Majlis Sambutan Sinar Deepavali MADANI di Machap Umboo, Melaka, malam tadi.
Saya tegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kesediaan kita menghormati tradisi, budaya dan kepercayaan antara satu sama lain, di samping memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang mendapat tempat yang sewajarnya dalam arus pembangunan negara. Prinsip ini turut diterjemahkan melalui ikhtiar Kerajaan MADANI memperluas bantuan STR dan SARA, meningkatkan peruntukan MITRA kepada RM150 juta serta membuka akses pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN kepada masyarakat India yang memerlukan.
Sesungguhnya, cahaya Deepavali harus terus menyuluh tekad kita membina sebuah negara yang bersatu, menolak rasuah dan penyelewengan, serta menjunjung keadilan dan martabat setiap insan. Tiada rakyat yang harus terpinggir, dan tiada kelompok yang harus berasa tersisih daripada cita-cita besar Malaysia MADANI.
Deepavali Nalvaalthukkal! Nandri, vanakkam.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐇 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈
Di sebalik setiap perjalanan dan penghantaran, terdapat usaha serta komitmen pekerja gig yang menjadi sebahagian penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Kebajikan dan masa depan mereka tidak harus dipinggirkan.
Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh komitmen kerajaan dalam meningkatkan perlindungan sosial, meringankan beban kos pekerjaan dan memperluas jaminan kesejahteraan golongan pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing, penghantar p-hailing serta individu yang bekerja sendiri.
Antara inisiatif utama yang diperkenalkan ialah:
• Pakej RM160 juta untuk pekerja gig – Bagi menyokong peningkatan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja gig mulai tahun 2027.
• Bantuan kos penyelenggaraan dan perlindungan – Merangkumi bantuan penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
• Insentif padanan PERKESO – Membantu pekerja gig dan individu bekerja sendiri mendapatkan perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh.
• Insentif padanan KWSP – Sehingga RM600 setahun bagi memperkukuh simpanan persaraan pekerja e-hailing dan p-hailing.
Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih inklusif dalam memastikan pertumbuhan ekonomi turut disertai perlindungan sosial yang sewajarnya. Matlamatnya bukan sekadar membantu pekerja gig menghadapi cabaran kos pekerjaan hari ini, malah membina jaminan kewangan dan masa depan yang lebih terpelihara.
“Setiap Sumbangan Dihargai, Setiap Kebajikan Dilindungi, Masa Depan Lebih Terjamin”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈
Jabatan Perdana Menteri (JPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Tabung Haji, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas kejayaan meraih Anugerah Platinum menerusi inisiatif masing-masing sempena Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap keberkesanan usaha agensi dalam melaksanakan reformasi proses kerja, merungkai kekangan birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, antaranya:
• Lembaga Tabung Haji – Memperkemas proses pengurusan pasport jemaah haji Malaysia bagi memastikan urusan perjalanan jemaah lebih lancar, cekap dan teratur.
• Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan – Memperkenalkan inisiatif Mahkamah Bergerak Kanak-Kanak bagi memperluas akses kepada keadilan serta mendekatkan perkhidmatan kehakiman kepada golongan sasar.
• Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Meningkatkan kecekapan urusan perserahan dan kutipan dengan mengurangkan tempoh menunggu daripada empat jam kepada hanya lima minit, sekali gus mempercepat urusan pelanggan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa reformasi birokrasi yang berkesan bukan sekadar melibatkan penambahbaikan prosedur, tetapi perlu diterjemahkan melalui perubahan ketara dalam mutu, kecepatan dan kemudahan perkhidmatan yang dinikmati rakyat.
JPM akan terus mendukung agenda reformasi secara menyeluruh dengan memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kecekapan tadbir urus serta memastikan setiap penambahbaikan memberi nilai tambah kepada rakyat.
“Reformasi Diperkasa, Birokrasi Dipermudah, Penyampaian Perkhidmatan Dipertingkat, Rakyat Diutamakan”
#reformasikerenahbirokrasi
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
JOHOR BAHRU, 3 November 2026 – Majlis Pengiktirafan Impak Pemerkasaan Industri Kelah Bernilai Tinggi Melalui Inovasi & Ekosistem Living-Lab Bersepadu bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#putera35
#teraju
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Singgah menyantuni para peniaga dan pengunjung di Mega Bazar, Brickfields, yang meriah dengan pelbagai persiapan dan jualan sempena sambutan Hari Deepavali.
Seronok dapat bertemu, bertegur sapa dan berkongsi kemeriahan bersama mereka, sambil mengambil kesempatan bertanyakan persiapan serta harapan menjelang perayaan ini.
Sempena perayaan ini, Kerajaan MADANI menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 berjumlah RM1.1 bilion kepada 5.4 juta penerima secara berperingkat mulai hari ini hingga 6 November 2026.
Saya berharap bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga yang bakal menyambut Deepavali, termasuk lebih 630,000 penerima daripada masyarakat India, selain membantu penerima lain mengurus keperluan harian dan perbelanjaan akhir tahun.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan bantuan seperti STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sampai kepada golongan yang memerlukan agar manfaatnya dapat dirasai rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahniah kepada seluruh warga Hospital Seberang Jaya serta pasukan pakar jantung atas kejayaan memulakan perkhidmatan angiogram dan angioplasti koronari hari ini. Pencapaian ini melakar sejarah buat Hospital Seberang Jaya sebagai hospital daerah pertama di Semenanjung Malaysia yang menjalankan kedua-dua prosedur tersebut.
Januari lalu, saya telah berkunjung ke Hospital Seberang Jaya untuk merasmikan bangunan baharu hospital ini. Perkembangan hari ini tentunya menggembirakan tatkala peningkatan fasiliti telah disusuli dengan peluasan rawatan kepakaran yang amat diperlukan penduduk Seberang Perai dan sekitarnya.
Peluasan perkhidmatan ini juga dijangka dapat memendekkan tempoh menunggu serta mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada doktor, jururawat, petugas kesihatan serta pengurusan hospital dan Kementerian Kesihatan atas kejayaan ini. Kepakaran dan khidmat kalian memberi harapan kepada pesakit serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan awam negara.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keupayaan hospital awam supaya lebih ramai rakyat mendapat rawatan berkualiti dengan lebih pantas demi memelihara nyawa serta kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas pengiktirafan sebagai Brand of the Year bagi kategori Energy-Power (National Tier) di World Branding Awards 2026–2027.
Selama 77 tahun, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara selain turut mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Moga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk TNB terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga dan memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi masa depan Malaysia yang mampan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒, 𝐇𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Pembangunan negara yang seimbang menuntut setiap rakyat, tanpa mengira lokasi dan latar belakang, menikmati akses kepada kemudahan asas serta infrastruktur yang berkualiti.
Seiring dengan aspirasi tersebut, Belanjawan 2027 memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, memperkasa kawasan luar bandar dan memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan negara.
Antara inisiatif utama yang diberi keutamaan ialah:
• Prasarana Asas Desa – Peruntukan RM3.3 bilion bagi memperkukuh penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar.
• Pembangunan Jalan Luar Bandar – Peruntukan RM2.3 bilion bagi memperluas dan menaik taraf jaringan jalan raya, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan serta memudahkan pergerakan penduduk dan aktiviti ekonomi setempat.
• Perluasan Liputan 4G – Memperluas capaian rangkaian 4G ke semua kampung Orang Asli bagi memastikan komuniti ini turut menikmati akses komunikasi dan kemudahan digital.
• Pembangunan Sabah dan Sarawak – Peruntukan Persekutuan masing-masing sebanyak RM18.7 bilion untuk Sabah dan RM16.2 bilion untuk Sarawak pada tahun 2027 bagi memenuhi keperluan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri.
Keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan pendekatan pembangunan yang lebih inklusif dan berpaksikan rakyat. Daripada jalan raya ke jaringan digital, daripada desa ke pedalaman, setiap usaha pembangunan membawa matlamat yang sama, iaitu memastikan manfaat kemajuan negara dapat dinikmati secara lebih adil dan saksama.
Kemajuan negara tidak seharusnya diukur melalui pembangunan di pusat bandar semata-mata, tetapi juga melalui keupayaan memastikan setiap pelosok tanah air menikmati kemudahan, peluang dan kehidupan yang lebih sejahtera.
“Pembangunan Saksama, Kemudahan Terjamin, Kesejahteraan Bersama”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keagungan sesebuah kota tidak diukur semata pada kemegahan gedungnya, atau seni binanya. Sebaliknya, ia menjadi tersergam hebat kerana keluhuran nilai yang dipegang, ketinggian akhlak, dan martabat manusia yang mendiaminya.
Ibn Khaldun dalam Muqaddimah menegaskan bahawa kebangkitan sesebuah tamadun bertunjangkan semangat asabiyyah, atau ‘esprit de corps’, yakni semangat kekitaan, kesatuan dan solidariti yang mendukung pembinaan kota serta negara. Namun, idealisme luhur dan cita murni ini boleh terhakis apabila generasi berikutnya hanyut dengan gemerlapan kuasa, rasuah dan sibuk memunggah kekayaan.
Konsep pemikiran ini turut menemukan kita dengan penelitian oleh sejarawan Amerika Syarikat Arnold Toynbee mengenai kebangkitan dan keruntuhan tamadun, sementara novelis dan pemikir besar Mark Twain mengingatkan bahawa kemegahan struktur atau fizikal kota tidak semestinya mencerminkan kekayaan budaya dan kekuatan nilai dalaman mana-mana masyarakat.
Maka, ini antara penekanan yang saya berikan sewaktu menghadiri Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 serta Peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) di Petaling Jaya pagi tadi.
Sementalahan, pembangunan kota tidak boleh terperangkap dalam perlumbaan mendiri mercu-mercu tanda megah dan pencakar langit sehingga mengabaikan nasib rakyat terbanyak, khususnya golongan miskin, penghuni pinggir kota dan mereka yang masih bergelut mendapatkan perumahan, kemudahan asas serta persekitaran kehidupan yang bermaruah.
Kerangka MADANI menuntut kita untuk terus menggapai di langit, namun tetap mengakar di bumi. Kemajuan teknologi dan pembangunan fizikal mesti berjalan seiring dengan pemantapan nilai dan budaya, akhlak serta keadilan sosial.
Akhirnya, ukuran sebenar kejayaan perancangan bandar bukan pada keindahan dasar yang dirangka, tetapi pada keberkesanan pelaksanaannya dalam mengangkat harakat dan martabat manusia.
Kerana membangunkan kota—pada hakikatnya—adalah membangunkan insan dan jiwa manusia.
#malaysimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu meninjau jualan dan persiapan sambutan Deepavali di Brickfields petang tadi, saya telah umumkan penyaluran bayaran Fasa 4 STR bermula hari ini hingga Jumaat kepada lebih lima juta penerima.
Kerajaan MADANI telah menghamparkan Belanjawan 2027 yang menyentuh setiap lapisan masyarakat tanpa ada yang terpinggir. Ini termasuk komuniti India yang antaranya menerima peruntukan tambahan RM150 juta menerusi MITRA, peningkatan pembiayaan untuk usahawan India di bawah TEKUN dan AIM, peruntukan baik pulih dan pembinaan SJKT, serta peruntukan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam yang turut memanfaatkan komuniti India.
Semoga dukungan ini membantu memperluas peluang meningkatkan pendapatan, menambah baik kemudahan pendidikan dan memelihara kesejahteraan komuniti India di negara ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan ucaptama di program Mantap Malaysia Bersama AI anjuran Google di Universiti Malaya, yang menyaksikan pengumuman pelaburan baharu Google bernilai AS$15 bilion bagi tempoh 2027 hingga 2028. Pelaburan strategik ini dijangka menyumbang purata AS$1.1 bilion setahun kepada KDNK negara serta menyokong lebih 37,000 pekerjaan tempatan setiap tahun sepanjang fasa pembinaan, selain mengekalkan lebih 9,000 pekerjaan setahun apabila kemudahan beroperasi kelak.
Ini merupakan manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi, keupayaan bakat tempatan serta potensi Malaysia sebagai hab teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) terkemuka di rantau ini.
Namun, saya tegaskan bahawa kejayaan pelaburan tidak seharusnya diukur semata-mata melalui besarnya modal yang dibawa masuk, sebaliknya sejauh mana manfaatnya dapat mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat.
Justeru, komitmen Google untuk meningkatkan kemahiran 800,000 rakyat Malaysia menjelang 2031, termasuk anak muda TVET, pendidik, penjawat awam dan usahawan kecil, selain kerjasama dengan lebih 80 entiti tempatan, amat bertepatan dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk memperkukuh keupayaan industri negara, memperluas peluang pekerjaan bermutu serta merapatkan jurang kesenjangan digital.
Sementalahan, pembangunan teknologi mesti turut ditunjangi prinsip ihsan dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam, termasuk komitmen Google menambah kapasiti tenaga bersih melebihi satu gigawatt serta memperkukuh jaminan bekalan air negara.
Dalam kerangka MADANI, teknologi bukan matlamat akhir, sebaliknya wahana untuk memperkasa potensi manusia dan menegak keadilan sosial. Kita tidak mahu revolusi AI sekadar berlegar di kalangan elit, sedang rakyat kebanyakan hanya menjadi pemerhati. Kemajuan sebenar ialah apabila kecanggihan teknologi, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergerak seiring, tanpa ada yang tercicir daripada arus perubahan.
#malaysimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
@MKNJPM
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI (MKN, JPM)
KESIAPSIAGAAN NEGARA DIPERKUKUH, SITUASI KESELAMATAN KEKAL TERKAWAL
#malaysiamadani
#taatsetia
#pemikiranstrategikpuncakemenangan
#keselamatannegaratanggungjawabbersama -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
JOHOR BAHRU, 3 November 2026 – Pertumbuhan ekonomi Johor perlu diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang lebih luas, peningkatan penyertaan syarikat tempatan serta penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya bagi memperkukuh kedudukan syarikat Bumiputera dalam rantaian nilai ekonomi.
Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 yang berlangsung di Johor Bahru.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#putera35
#teraju
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇
Pemilikan rumah bukan sekadar memiliki kediaman, tetapi asas kepada kehidupan yang lebih stabil, selamat dan sejahtera.
Belanjawan 2027 memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam memperluas akses kepada perumahan mampu milik, khususnya bagi pembeli rumah pertama, keluarga muda dan golongan berpendapatan sederhana serta bekerja sendiri melalui sokongan pembiayaan dan penyediaan kediaman.
Antara inisiatif utama yang diketengahkan ialah:
• Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat – Peruntukan hampir RM1 bilion bagi memperluas penyediaan kediaman untuk golongan yang memerlukan.
• Pengecualian penuh duti setem – Bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
• Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) – Jaminan pembiayaan sehingga RM20 bilion yang menyasarkan 80,000 pembeli rumah pertama, termasuk golongan yang berdepan kekangan mendapatkan pembiayaan perumahan.
• Perumahan MADANI dan projek kediaman rakyat – Memperluas pilihan kediaman yang mampu dimiliki serta memenuhi keperluan rakyat.
Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan pendekatan kerajaan yang bukan sahaja meningkatkan bekalan rumah mampu milik, malah menangani halangan kewangan dan memperluas akses kepada pembiayaan perumahan.
Matlamatnya jelas: lebih ramai rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri, membina kehidupan yang lebih terjamin dan menikmati kesejahteraan bersama.
“Memiliki Rumah, Membina Kehidupan, Menjamin Kesejahteraan”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 tengah hari tadi.
Penekanan atau keutamaan terhadap inovasi dan penggunaan teknologi dalam kalangan warga HASiL telah menjadi satu aspek yang dekat di hati sanubari saya. Kita sering gusar dengan perubahan yang dibawa kecerdasan buatan (AI), namun teknologi ini mampu membawa jauh lebih banyak kebaikan kepada umat manusia sekiranya dimanfaatkan dengan bijaksana dan dipandu serta ditangani dengan nilai yang baik, ia mampu mencetus manfaat yang jauh lebih besar kepada umat manusia.
Saya meyakini tanggapan bahawa tamadun yang mampan dan berdaya tahan harus bertunjangkan pada prinsip penegakan hukum, keadilan dan tatakelola yang baik, termasuk dalam perihal dan urusan percukaian. Cukai tidak semata instrumen kutipan hasil negara, tetapu suatu amanah yang menuntut keadilan dalam aspek pungutan, ketelusan dalam pengurusan serta kebijaksanaan dalam mengurus perbelanjaan.
Sementalahan, pelaksanaan e-Invois telah membantu HASiL mengesan ketidakpatuhan, sehingga lebih 97,000 pembayar cukai tampil mengemukakan borang nyata bagi tahun-tahun terdahulu, melibatkan RM1.68 bilion cukai kena dibayar. Perkembangan ini malah membuktikan bahawa pembaharuan sistem dan teknologi mampu memperkukuh pematuhan tanpa bergantung pada peluasan beban percukaian semata.
Ukuran kejayaan sistem percukaian bukan semata pada jumlah hasil yang dikutip, tetapi sejauh mana hasil tersebut diterjemahkan kepada kemakmuran negara dan peningkatan mutu kehidupan rakyat, dan prinsip ini akan terus mendasari ikhtiar Kerajaan MADANI yang membolehkan kami terus menambahhaik prasarana dan pelbagai kemudahan asas buat rakyat, menyediakan bantuan dan menjamin kesejahteraan rakyat, seperti yang dihamparkan di dalam Belanjawan MADANI 2027 yang lalu.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela-sela tugasan di Parlimen, saya disapa oleh seorang pelajar dari SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah, iaitu adik Zahra Mohamad Zelman bersama rakan-rakan sekolahnya.
Saya tersentuh tatkala Zahra menghulurkan sekeping gambar lama yang merakamkan saat saya diraikan oleh almarhum moyangnya, saudara Arshad Ahmad, sewaktu saya baru sahaja memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh buat kali pertama pada tahun 1982.
Sekeping gambar, tetapi menyimpan begitu banyak kenangan dan kisah. Waktu yang cuba dihimbau itu sudah lama berlalu, namun ingatan terhadap insan-insan serta kalangan mereka yang pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang perjuangan kekal di sanubari yang terdalam.
Kepada Zahra dan rakan-rakan, pesan saya untuk teruskan belajar dan kuasai ilmu, mesti berani menyimpan dan mengejar cita-cita dan jangan pernah berhenti berusaha. Saya mendoakan agar perjalanan kalian sentiasa dipermudah dan masa depan terbentang dengan penuh harapan yang bergemerlapan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyantuni penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar sambil bertanya khabar serta mendengar sendiri keadaan mereka sepanjang berada di pusat pemindahan sementara.
Bukan mudah menghadapi keadaan begini, apatah lagi apabila terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda. Semoga semua keluarga yang terjejas terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, bantuan dan keperluan mereka akan terus diberi perhatian.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
PETRONAS Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 sekali lagi membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran, malah membawa limpahan manfaat kepada rakyat dan ekonomi tempatan.
Semangat dan sokongan semua pihak menjadikan penganjuran kali ini lebih bermakna. Tahniah kepada seluruh pihak yang menjayakannya. Semoga momentum ini terus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar kunjungan saya ke Kelantan baru-baru ini. Gembira dapat bertemu orang-orang Kelantan dan menyerahkan bantuan peralatan perniagaan kepada usahawan Kelantan.
Kemudiannya saya ke Pondok Lubok Tapah, melepaskan rindu dan menghimbau kenangan tatkala saya dan Azizah diundang bermalam di sana oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Haji Abdul Rahman lebih dua dekad lalu.
Di sebelah malam, dapat berhimpun dalam majlis selawat dan mendengar tausiah daripada tuan guru sebelum pulang. Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai tugasan di Parlimen, saya singgah menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang kini ditempatkan di Dewan Siantan susulan banjir kilat yang melanda petang semalam.
Saya mengambil kesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri kesulitan yang dihadapi serta melihat keadaan dan keperluan keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Saya turut berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat kawasan berhubung bantuan tambahan kepada keluarga terjejas. Pesanan saya, projek tebatan banjir termasuk pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan perlu dipercepatkan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.
Semoga semua diberikan kekuatan dan ketabahan. Insya-Allah, kita akan terus memastikan kebajikan dan keperluan mereka terbela sepanjang tempoh sukar ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengambil kira perkembangan konflik antarabangsa dan ketidaktentuan geopolitik semasa, Kerajaan akan terus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga kekal mencukupi serta terjamin.
Keutamaan kita adalah memastikan setiap ancaman dapat ditangani dengan pantas dan berkesan demi melindungi keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kesilapan dan kepincangan tatakelola yang lalu tidak boleh dibiarkan terus membebankan negara dan rakyat.
Dalam isu projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP), Kerajaan MADANI berjaya mengurangkan kerugian negara daripada RM8 bilion kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak yang turut memberi manfaat kepada Pulau Pinang.
Prinsip kita jelas, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan penuh tanggungjawab. Sebab itu, kelemahan terdahulu perlu diperbetul dan pembiayaan yang dapat dimanfaatkan semula mesti digunakan sebaiknya bagi memenuhi keperluan asas serta menjamin kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita tidak boleh berkompromi dengan kegiatan penyeludupan, pengedaran dadah dan sindiket jenayah yang merosakkan masyarakat, khususnya anak-anak muda.
Sebab itu, kawalan sempadan perlu dipertingkatkan, keupayaan agensi penguat kuasa diperkukuh dan tindakan mesti meliputi seluruh rangkaian jenayah, daripada penagih dan pengedar hinggalah kepada dalang serta sindiket besar di belakangnya.
Tiada pihak yang harus terkecuali daripada tindakan undang-undang, tanpa mengira kedudukan dan pengaruh.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penghargaan setingginya kepada Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov, atas kunjungan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kunjungan ini membuka ruang pertukaran pandangan, pengalaman dan kepakaran, khususnya dalam usaha memperluas kerjasama bidang kesihatan antara kedua-dua negara.
Terima kasih kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Hospital Bukit Mertajam atas sambutan serta komitmen yang diberikan.
Saya yakin kedua-dua negara dapat memanfaatkan hubungan akrab Malaysia-Rusia yang pastinya akan diterjemahkan secara konsisten di dalam pelbagai lapangan lain yang berkepentingan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
Kredit: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
JOHOR BAHRU, 3 November 2026 – Pertumbuhan ekonomi Johor perlu diterjemahkan kepada peluang perniagaan yang lebih luas, peningkatan penyertaan syarikat tempatan serta penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya bagi memperkukuh kedudukan syarikat Bumiputera dalam rantaian nilai ekonomi.
Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir ketika menyampaikan ucapan pembukaan sempena TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 yang berlangsung di Johor Bahru, hari ini.
Bertemakan “Johor: Menerajui Transformasi, Memacu Pertumbuhan”, simposium anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini menghimpunkan usahawan Bumiputera, peneraju industri, institusi kewangan, pelabur dan agensi kerajaan bagi meneroka peluang pertumbuhan perniagaan, memperluas akses pembiayaan serta membuka pasaran baharu.
Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan bahawa potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) perlu dimanfaatkan bagi memperluas peluang kepada syarikat Bumiputera, termasuk melalui akses kepada kontrak, pemindahan kepakaran, kerjasama strategik dan penyertaan dalam sektor ekonomi bernilai tambah tinggi.
Seiring dengan itu, Belanjawan 2027 menyediakan sokongan bersasar bagi mempercepat perkembangan syarikat Bumiputera, antaranya pembiayaan sehingga RM1 bilion melalui TERAJU, Dana Ciptawan berjumlah RM250 juta oleh Khazanah dan TERAJU serta pelaburan RM2 bilion oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Keseluruhan inisiatif ini menyokong aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) untuk memperkukuh penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera, sekali gus memastikan pertumbuhan ekonomi negara membuka lebih banyak ruang kepada syarikat Bumiputera untuk berkembang, berdaya saing dan meneroka peluang di peringkat serantau serta global.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#putera35
#teraju
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketemu Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP Sports Entertainment Group, Carmelo Ezpeleta dan bertukar pandangan mengenai perkembangan MotoGP serta potensi sukan ini untuk terus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Kami turut berjalan di sekitar litar, menyapa beberapa pelumba serta petugas yang bertungkus-lumus memastikan penganjuran MotoGP kali ini berjalan lancar dan meriah.
Di sebalik kehangatan perlumbaan di Sepang, ada manfaat besar yang mahu kita terus kembangkan, daripada menarik lebih ramai pelancong hingga membuka peluang perniagaan dan merancakkan ekonomi setempat, sekali gus membawa Malaysia lebih dekat kepada peminat sukan permotoran seluruh dunia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Penganjuran PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 akhirnya melabuhkan tirainya. Memang meriah dan penuh debaran menyaksikan aksi pelumba-pelumba terbaik dunia berentap di Litar Antarabangsa Sepang. Pastinya banyak kenangan menarik tercipta sepanjang edisi ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan pelumba yang mengambil bahagian. Terima kasih juga kepada seluruh petugas, penganjur, sukarelawan dan para peminat atas usaha serta sokongan dalam menjayakannya.
Semoga kemeriahan dan semangat sukan permotoran seperti MotoGP ini terus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengharumkan nama Malaysia! Jumpa lagi di Sepang!
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI telah bersetuju melaksanakan penambahbaikan dalam aspek kemajuan kerjaya pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pengiktirafan terhadap amanah dan tanggungjawab besar yang digalas dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
Kesepakatan ini dicapai sewaktu saya mempengerusikan pertemuan khas bersama kepimpinan tertinggi ATM, selaras dengan keperluan memperkukuh keupayaan pertahanan negara dalam mendepani landskap keselamatan dan geostrategik dunia yang semakin kompleks dan mencabar.
Pertemuan ini turut memberi ruang untuk kami meneliti tahap kesiapsiagaan setiap ketumbukan, selain keperluan perolehan dan penyelenggaraan aset pertahanan bagi memastikan keupayaan operasi ATM sentiasa berada pada tahap terbaik.
Saya menghargai pandangan dan maklum balas langsung daripada kepimpinan ATM kerana setiap dasar dan keputusan kerajaan mesti berpaksikan keperluan sebenar di lapangan, bukan sekadar pertimbangan di atas kertas.
Kerajaan MADANI akan terus memberikan perhatian sewajarnya terhadap keperluan dan kebajikan warga ATM. Sesungguhnya, mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air bukan sekadar tanggungjawab pasukan keselamatan, tetapi amanah besar yang mesti kita junjung bersama.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓?
Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada usaha menangani keperluan rakyat, memperkukuh kesejahteraan hidup serta memastikan manfaat pembangunan negara dapat dinikmati secara menyeluruh.
Pelbagai inisiatif dan bantuan yang diumumkan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat merentasi pelbagai lapisan masyarakat.
Apakah pandangan rakyat terhadap Belanjawan 2027 dan sejauh manakah inisiatif yang diumumkan memberi manfaat kepada kehidupan mereka?
Ikuti perkongsian dan reaksi rakyat menerusi video Belanjawan 2027: Apa Kata Rakyat?
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐑𝐈𝐗 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
SEPANG, 1 November 2026 – Deruman enjin, aksi penuh debaran dan sorakan gemuruh penonton mewarnai Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menghimpunkan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#motogp2026
@shamsulazri
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
RM1.5 bilion diperuntukkan bagi bantuan OKU, manakala bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik dinaikkan kepada RM600 sebulan dalam Belanjawan MADANI 2027 bagi memperkukuh kebajikan, meringankan beban keluarga serta memperluas peluang pendidikan dan penjagaan yang bersesuaian.
Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah:
• RM1.5 bilion bagi bantuan OKU untuk menyokong kebajikan dan keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).
• Bantuan penjagaan dinaikkan kepada RM600 sebulan, berbanding RM500 sebelum ini, bagi membantu keluarga dan penjaga menampung kos penjagaan OKU terlantar serta pesakit kronik.
• Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) sebanyak RM200 sebulan bagi membantu memenuhi keperluan murid dan menyokong kelangsungan pendidikan mereka.
• Dua Pusat PERMATA Kurnia baharu di Melaka dan Pahang dirancang bagi memperluas akses kepada kemudahan sokongan dan pendidikan untuk kanak-kanak yang memerlukan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh jaringan perlindungan sosial, menyokong keluarga dan penjaga serta memperluas akses kepada pendidikan dan penjagaan yang bersesuaian.
Setiap individu berhak mendapat peluang untuk berkembang, mencapai potensi diri dan menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. Tiada siapa harus terpinggir daripada arus pembangunan negara.
“Memperkasa Keupayaan, Memperluas Peluang, Menjamin Kesejahteraan”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐆𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
SEPANG, 1 November 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hadir menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus menyemarakkan sokongan terhadap pembangunan sukan permotoran negara.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari serta Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif. Beliau turut menyantuni penonton di kawasan K2 Hillstand sebelum menuju ke grid perlumbaan.
Kemuncak suasana patriotik terserlah menerusi nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku, oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang menyemarakkan semangat kebanggaan nasional dalam kalangan penonton.
Penganjuran MotoGP Malaysia bukan sahaja mengangkat nama negara di persada sukan permotoran antarabangsa, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara sukan bertaraf dunia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#motogp2026
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐑𝐈𝐗 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
SEPANG, 1 November 2026 – Deruman enjin, aksi penuh debaran dan sorakan gemuruh penonton mewarnai Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menghimpunkan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara.
Di sebalik setiap detik yang dirakam, terserlah semangat, keterujaan dan kesepaduan peminat yang menjadikan acara berprestij ini lebih daripada sekadar perlumbaan.
Penganjuran GP Motosikal Malaysia bukan sahaja menyemarakkan industri sukan permotoran, malah memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi acara sukan bertaraf antarabangsa, sekali gus mengangkat nama negara di persada dunia.
Setiap lensa merakam bukan sekadar aksi, tetapi juga semangat dan kebanggaan Malaysia di pentas dunia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#motogp2026
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Singgah ke K2 Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meluangkan masa bersama pemegang Tiket MADANI MotoGP, bertanya khabar dan berkongsi keterujaan mereka menantikan aksi-aksi perlumbaan.
Seronok melihat sambutan para peminat yang turut mengambil kesempatan menikmati pelbagai juadah daripada 30 peniaga tempatan yang berniaga di sini. Selain menambah kemeriahan suasana MotoGP, inisiatif ini juga memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk memperkenalkan jualan mereka kepada lebih ramai pengunjung.
Sekalung penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pihak yang menjayakan inisiatif ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seronok dapat bersembang dan bertanya khabar dengan beberapa penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan yang digerakkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menerusi Belanjawan 2026, sebanyak 70,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diagihkan kepada rakyat sebagai usaha menjaga keselamatan penunggang motosikal dan mengurangkan risiko kecederaan serius.
Pesan saya, pastikan topi keledar ini dipakai dan diikat kemas. Keluar rumah dengan selamat, pulang pun biar selamat.
Topi keledar baharu, semangat pun baharu!
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga luangkan waktu bertemu barisan pelumba muda negara yakni Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi.
Sempat juga ucap tahniah kepada Hakim Danish kerana menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat! Teruskan usaha dan jangan patah semangat, masih ada baki perlumbaan untuk cuba melangkah lebih jauh.
Saya juga titip pesan agar mereka jangan mudah mengalah apabila berdepan cabaran kerana setiap juara juga pernah melalui episod jatuh bangun.
Semoga suatu hari nanti kalian pula menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐌
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Program MADANI Kita 2026 di Dewan Mahligai, Sungai Petani, Kedah, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari.
Program ini menyampaikan 100 Bakul RAHMAH, bantuan wang ihsan kepada 65 mangsa ribut serta 12 unit tablet menerusi inisiatif Sejahtera MADANI kepada golongan B40, selain menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk rakyat.
Komitmen berterusan Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Komuniti penjaja dan peniaga kecil merupakan sebahagian penting daripada denyut nadi ekonomi negara. Selain menyediakan barangan dan perkhidmatan keperluan harian, mereka turut menjadi sumber rezeki kepada ribuan keluarga serta menghidupkan ekonomi setempat.
Dalam Belanjawan 2027, turut diberi perhatian adalah usaha memperluas akses pembiayaan, mempercepat pendigitalan dan meningkatkan kemahiran agar komuniti ini dapat terus berkembang dengan lebih berdaya saing. Inilah antara tekad Waad Nasional, memastikan kemajuan negara turut dirasai hingga ke peringkat akar umbi, selaras dengan semangat menggapai di langit, mengakar di bumi.
Sebagai sokongan kepada komuniti ini, saya turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada KUSKOP untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil, mog ia dapat memperkukuh peranan persatuan dalam menjaga kebajikan serta membantu komuniti penjaja dan peniaga kecil terus berkembang.
Insya-Allah, kita terus berusaha membina sebuah negara yang adil dan makmur, dengan peluang serta kemajuan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu usahawan dan rakyat Kelantan di Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit. Skim ini adalah sebahagian usaha Kerajaan MADANI meningkatkan keupayaan penjaja dan peniaga kecil agar dapat mengembangkan perniagaan serta menambah pendapatan keluarga.
Dalam ucapan, saya tekankan keperluan negara menguasai ilmu dan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), agar kita tidak ketinggalan dalam persaingan dunia. Namun, tatkala menggapai di langit, kita mesti tetap mengakar di bumi dengan berpaksikan nilai, jati diri dan akhlak.
Ilmu dan kepintaran mesti disertai amanah serta budi pekerti. Kita telah menyaksikan skandal besar seperti 1MDB, Tabung Haji dan FELDA yang didalangi mereka yang berilmu dan pintar, namun rendah akal budi serta nilai diri. Akibatnya, kekayaan negara digondol dan rakyat terpaksa menanggung kesannya. Kerana itu Kerajaan MADANI menekankan nilai dan tatakelola dalam usaha membangunkan negara.
Di Kelantan, permohonan bagi program Sejati MADANI Usahawan B40 mencecah 4,000. Bagi tahun 2027, peruntukan geran ini kita tambah sehingga RM200 juta agar manfaatnya dapat disalurkan terus kepada peniaga. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan meningkatkan usaha membantu lebih ramai usahawan, khususnya wanita.
Saya juga menyeru ibu bapa dan guru agar terus mendidik serta membimbing anak-anak dengan ilmu, adab dan kasih sayang. Tanggungjawab membina generasi yang berilmu dan berakhlak bermula di rumah dan diperkukuh di sekolah, demi masa depan bangsa dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini saya kembali menjejak ke Pondok Lubok Tapah dan kediaman Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Haji Abdul Rahman untuk ketemu isteri almarhum, Hajah Kamariah @ Yas Abd Ghani dan seluruh ahli keluarga. Kunjungan ini cukup mengesankan sanubari tatkala lembaran kenangan lalu menderu ke ingatan saat melangkah kembali kembali ke rumah ini.
Saya dan Azizah pernah bermalam di sini atas undangan almarhum. Lebih dua dekad telah berlalu, namun kemuliaan undangan itu masih terasa dekat di hati. Kesudian seorang murabbi menerima kami berteduh di rumahnya menjadi penghormatan yang kami kenang dengan penuh kasih dan takzim sewaktu saya menempa gelora pasang surut politik ketika itu. Nasihat daripada almarhum masih segar dan masih terus memandu langkah saya sehingga hari ini.
Sudah pasti, kerinduan kepada almarhum bertaut dengan kegembiraan menyambung silaturahim bersama keluarga yang beliau tinggalkan.
Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah bagai pohon ilmu yang akarnya mengakar jauh kepada tradisi turath, sedang teduhnya memayungi generasi yang kini disambung oleh anak-anak. Ketokohan beliau cerminan seorang tuan guru, seseorang yang menyerahkan seluruh kehidupannya untuk membimbing ribuan yang lain mengenal dan kembali merasai kebesaran Tuhan.
Semoga Allah SWT merahmati almarhum, melapangkan persemadiannya dan menerima segala pengabdiannya. Semoga setiap hikmah dan akhlak beliau yang menjadi teladan terus diamalkan menjadi aliran pahala yang mengiringinya.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus menyambung legasi dan sumbangan almarhum serta para ulama silam, sekali gus menjadi asas dalam usaha kita mengembalikan maruah umat dan negara, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Skandal besar negara seperti 1MDB, Tabung Haji dan FELDA memperlihatkan bagaimana orang berilmu dan pintar, tetapi rendah akal budi, merosakkan negara dan akhirnya membebankan rakyat.
Justeru, didiklah anak-anak kita supaya bijak menguasai ilmu serta teguh memegang nilai dan amanah. Ilmu dan kepintaran yang tandus amanah dan akhlak hanya akan melahirkan manusia yang rakus dan khianat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Soal pendidikan dan kebajikan rakyat bukan soal politik. Sekolah pondok, guru agama dan anak-anak yang menuntut ilmu di dalamnya juga perlu diberi perhatian dan pembelaan.
Berbeza fahaman tidak bermakna kita berbeza tanggungjawab. Selagi ada yang memerlukan, kita bantu!
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sedar bahawa jawatan saya ini terbatas. Mungkin meninggal dunia, mungkin uzur, mungkin kalah.
Justeru, sementara diberi ruang dan kuasa oleh Allah SWT, saya mahu lakukan sebaik mungkin supaya pemerintahan yang dipimpin oleh orang Islam ini menjadi teladan dalam berlaku adil dan bijaksana serta mengangkat martabat rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MotoGP™🏁
@MotoGP
SO CLOSE FOR MALAYSIA 🥹
What a race from the home hero Hakim Danish in P4!👏
#malaysiangp 🇲🇾 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓
SUNGAI PETANI, 31 Oktober 2026 – Menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan masyarakat dan memperkukuh semangat kebersamaan menjadi antara manfaat yang dibawakan melalui aktiviti Bendang Run sempena Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Sidam, hari ini.
Berlangsung di Dewan Mahligai, Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri, aktiviti ini menawarkan dua pilihan laluan, iaitu lima kilometer dan tiga kilometer, bagi menggalakkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Lebih daripada sekadar aktiviti larian, Bendang Run menjadi wadah untuk memperkukuh interaksi sosial, menyemai semangat kekitaan dan membina komuniti yang lebih aktif serta sejahtera.
Penganjuran ini turut mencerminkan peranan PMK sebagai platform mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penglibatan komuniti secara langsung, di samping memperluas akses kepada perkhidmatan dan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mendidik anak-anak bukan tanggungjawab sekolah dan guru semata-mata. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan mengambil tahu perkembangan, pergaulan dan aktiviti harian anak-anak.
Jangan sampai kita terlalu menyerahkan urusan mendidik kepada orang lain sehingga tidak tahu apa yang dilakukan anak-anak sendiri. Masa depan mereka bermula dengan perhatian, kasih sayang dan bimbingan kita di rumah.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Peruntukan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang tetap berjalan seperti biasa. CSA ini bukan perkara baharu, sebaliknya meneruskan persefahaman yang pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.
Sebaik sahaja Belanjawan diluluskan Parlimen, peruntukan boleh disalurkan segera bagi memastikan keperluan pembangunan di setiap kawasan terus diberi perhatian dan manfaatnya sampai kepada rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan bersama para jemaah.
Usai solat, saya singgah makan tengah hari di Restoran Asam Pedas Masakan Kampung bersama warga setempat. Sambil menikmati juadah, dapat juga beramah mesra dan mendengar sendiri isu serta pandangan mereka mengenai perkembangan semasa. Moga setiap pertemuan membawa manfaat dan kebaikan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini saya menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dan Export-Import Bank of China (CEXIM) bagi menyalurkan semula pinjaman RM5 bilion untuk membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).
Susulan penamatan projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) pada 2018, negara masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman RM8 bilion walaupun kedua-dua projek tidak dilaksanakan.
Menerusi rundingan yang dimuktamadkan Kerajaan MADANI, RM5 bilion daripada pinjaman tersebut dapat disalurkan semula kepada NPWSS. Langkah ini mengurangkan kerugian daripada projek terdahulu dan membolehkan dana dimanfaatkan untuk prasarana asas rakyat.
NPWSS dijangka memperkukuh bekalan air jangka panjang bagi kegunaan rakyat, pertanian dan perindustrian di Perak dan Pulau Pinang. Kemajuan negara harus diterjemahkan kepada keperluan asas yang terjamin dan kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Solat Jumaat bukan sekadar menunaikan tuntutan ibadah, tetapi juga ruang untuk bertemu, bertegur sapa dan mengeratkan silaturahim sesama kita.
Moga setiap pertemuan membawa keberkatan, ketenangan dan kebaikan buat semua.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍, 𝐋𝐔𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀
Belanjawan 2027 terus memberi perhatian kepada kebajikan mahasiswa, pelajar dan graduan melalui pelbagai inisiatif bagi meringankan beban kewangan serta menyokong keperluan pendidikan golongan muda.
Antara inisiatif yang diketengahkan ialah:
• Flysiswa MADANI 2027 – Bantuan tiket penerbangan ditingkatkan kepada RM500 bagi membantu mahasiswa mengurus kos perjalanan.
• Dapur Siswa MADANI – Peruntukan bagi penyediaan kemudahan dapur dan bahan makanan asas di kolej kediaman, yang turut diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
• Menu Kasih Siswa – Penyediaan hidangan untuk mahasiswa pada harga berpatutan, iaitu RM5 bagi membantu mengurangkan perbelanjaan makanan harian.
• Penangguhan bayaran balik PTPTN – Kemudahan penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.
• Bayaran balik minimum PTPTN – Bayaran minimum sebanyak RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan bagi membantu mengurus komitmen kewangan.
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan, kos sara hidup dan komitmen kewangan golongan muda agar mereka dapat meneruskan pengajian serta merancang masa depan dengan lebih baik.
“Ringankan Beban, Perkasa Anak Muda, Bina Masa Depan”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Masih saya ingat tatkala ke Perlis pada April tahun lalu dan Menteri Besar ketika itu bangkitkan mengenai projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, dan saya arahkan penyelesaian segera.
Insya-Allah, tahun ini Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap dan boleh mula digunakan tahun depan. Terbengkalai selama 12 tahun, alhamdulillah Kerajaan MADANI selesaikan dalam kurang dua tahun. Tahniah @FadhlinaComms @KemPendidikan 💪
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am saddened by the passing of former Japanese Prime Minister Yasuo Fukuda, a statesman who devoted much of his public life to advancing understanding, friendship, and cooperation among the nations of Asia.
His steadfast commitment to ASEAN-Japan relations was rooted in the conviction that lasting peace and shared prosperity must be founded upon mutual trust, respect, and a common sense of purpose. In carrying forward the spirit of the Fukuda Doctrine, he upheld a vision of Asia where differences could be bridged through dialogue, and cooperation would prevail over confrontation.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend my deepest condolences to his family and the people of Japan.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari tadi, saya sempat curi masa menekuni karya terbaharu oleh James Marriott, ‘The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society’, yang mengangkat persoalan besar dan mendesak tentang kemerosotan budaya membaca dan menelaah, kedangkalan pemikiran dan masa depan peradaban dalam era dan arus digital masa kini.
Saya turut menghimbau bagaimana pemergian pujangga besar Perancis Victor Hugo pada 1885 yang menyaksikan sekitar dua juta manusia membanjiri kota Paris untuk memberikan penghormatan terakhir. Begitu juga Fyodor Dostoevsky pada 1881, apabila puluhan ribu rakyat mengiringi jenazahnya di Saint Petersburg, dan ia secara tidak langsung membuktikan masyarakat ketika itu menyanjung tinggi kesusasteraan, budaya, tradisi ilmu dan pemikiran. Kedua-dua mereka bukan dari kalangan raja mahupun panglima perang yang menang perang, tetapi tokoh dan sarjana yang pemikirannya telah meresap jauh ke dalam jiwa dan sanubari masyarakat.
Marriott juga mengingatkan bahawa ancaman kepada peradaban bukan semata soal hilangnya akses kepada ilmu, malah berlaku lambakan, tetapi juga lunturnya kecintaan dan kesabaran untuk membaca, merenung, dan berfikir secara kritis dan mendalam.
Kita mungkin semakin kaya dengan maklumat, namun miskin dan papa dalam kebijaksanaan. Justeru, persoalannya bukan sekadar apakah manusia masih membaca, tetapi apakah manusia masih mahu berfikir.
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Majlis Ilmu MADANI hari ini di Seri Perdana, Putrajaya menerima tamu istimewa, Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara, tokoh dakwah dari Indonesia.
Saya menyentuh peri pentingnya majlis ilmu bersama tokoh seperti Ustaz Abdul Somad dalam menyuburkan kefahaman agama, agar cahaya ilmu menerangi akal, menjernihkan hati dan membimbing amal bersandarkan tradisi akliah yang berakarkan ilmu akidah,
Ustaz Abdul Somad dalam tausiahnya menyentuh tema perpaduan dalam jamak budaya dan agama dengan mengambil ibrah serta tauladan dari Rasulullah SAW. Pada bicaranya, khazanah turath menemukan bahasa kehidupan, persoalan agama menjadi hampir dengan denyut keseharian, sehingga orang ramai dapat menimba makna daripada telaga ilmu yang dalam.
Semoga Allah SWT memelihara hikmah Ustaz Abdul Somad dalam lapangan dakwah, mengurniakan kebijaksanaan serta menjambatani ilmunya ke muara hati insan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I am deeply grieved by the tragic loss of life in the train collision in Spain. Our thoughts are with all those who have lost loved ones, and we wish the injured a swift recovery.
Malaysia stands in solidarity with the people of Spain at this difficult time. We also pay tribute to the emergency personnel and others working tirelessly at the scene.
On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our deepest condolences to Prime Minister Pedro Sánchez, the Government and people of Spain, and especially to the families of the victims.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara (MSN) Bil. 2/2026, saya menegaskan peranan penting majlis ini sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.
Sejarah bukan sekadar untuk dihafal, tetapi perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta akan negara.
Dalam mendepani perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), penghayatan sejarah semakin penting agar kemajuan teknologi tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa.
Justeru, sejarah negara perlu terus dipelihara berlandaskan fakta dan penyelidikan sahih, serta disampaikan dengan pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi muda demi membina masa depan negara yang berpaksikan jati diri nasional.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) yang ditandatangani Kerajaan MADANI dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini menjadi landasan untuk memperkukuh kestabilan politik, memastikan kelangsungan urusan pemerintahan serta memberi ruang kepada agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.
Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik. Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Semoga persefahaman ini menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan tiga Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, memperluas perdagangan dan pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang strategik termasuk teknologi digital, kecerdasan buatan dan tenaga hijau.
Pesanan saya agar amanah ini terus memanfaatkan ruang diplomasi untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi, memperkukuh persahabatan dan memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara di peringkat antarabangsa.
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐌𝟑.𝟐𝟏 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
SHAH ALAM, 28 Oktober 2026 - Reformasi bukan sekadar memendekkan prosedur, tetapi memastikan rakyat dan komuniti perniagaan menikmati urusan yang lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, ketika merasmikan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 di Shah Alam hari ini, menegaskan bahawa setiap proses yang dipermudah mesti membawa perubahan nyata kepada rakyat.
Sehingga kini, sebanyak 1,582 projek/program RKB telah didaftarkan, dengan 496 projek siap dilaksanakan dan penjimatan kos beban pematuhan mencecah RM3.21 bilion.
KSN turut menyeru seluruh jentera kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya memperkukuh kerjasama, berani merungkai prosedur yang tidak lagi relevan serta memastikan setiap penambahbaikan memberikan manfaat yang boleh diukur.
Reformasi yang berjaya ialah reformasi yang memulangkan masa, mengurangkan kos dan memudahkan kehidupan rakyat.
“Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi Demi Perkhidmatan Awam yang Lebih Cekap dan Rakyat yang Lebih Sejahtera”
#reformasikerenahbirokrasi
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada Pengerusi SD Guthrie Berhad, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Hajjah Nik Asiah Wan Daud hari ini.
Semoga seluruh keluarga Nik Norzrul Thani diberi kekuatan dan kesabaran tatkala diuji dengan kehilangan ini. Mendoakan Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan ruhnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelaburan bukan sekadar soal keuntungan, tetapi juga tanggungjawab untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan memastikan manfaatnya dirasai oleh rakyat.
Kekuatan GLC dan GLIC terletak pada keupayaannya melihat jauh ke hadapan, dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang negara, termasuk pembangunan Bumiputera, pemeliharaan warisan dan pengukuhan ekosistem ekonomi tempatan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Projek pembangunan ditentukan berdasarkan keutamaan negara, keperluan rakyat setempat dan kemampuan kewangan kerajaan, dengan mengambil kira input pihak yang berkaitan.
Setiap projek perlu memberi manfaat kepada rakyat dan memastikan peruntukan kerajaan digunakan secara berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Amat berdukacita menerima khabar pemergian anggota Unit Perisikan APMM, Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban tatkala menjalankan tugas menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin ke tanah air.
Saya dan Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Ingatan kami juga buat seluruh warga APMM yang kehilangan rakan seperjuangan dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.
Saya amat terkesan dengan pemergian Allahyarham dan kecewa dengan tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara. Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara.
Saya dan seluruh pasukan bertekad untuk bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing serta mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan mereka. Petualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan. Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan.
Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
AI bercakap pasal AI. Dengarkan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐇𝐊𝐇𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍
PUTRAJAYA, 26 Oktober 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.
Penghargaan dirakamkan kepada semua petugas, kontinjen, agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan sambutan ini.
Menjelang HKHM 2027, penyelarasan awal bersama kementerian akan diperkukuh bagi menjayakan program flagship sempena ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara, dengan pengisian bermakna dan penyertaan rakyat yang lebih meluas.
Terima kasih atas komitmen semua. Bersama-sama kita menyemarakkan patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih gemilang.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
My heartiest congratulations to my dear friend, President Luiz Inácio Lula da Silva, on his historic election victory in Brazil. This was a hard-fought contest that has given him a renewed mandate from the Brazilian people to lead their great nation.
His lifelong commitment to social justice, to reducing poverty and to ensuring that the voices of developing countries are heard has earned respect well beyond Brazil. I have always valued our friendship, and I share his conviction that the Global South must have a stronger voice in shaping a fairer international order.
Malaysia looks forward to working closely with Brazil under President Lula’s continued leadership. There is much we can do together: strengthening trade and investment, advancing cooperation between ASEAN and Latin America and giving greater substance to the partnership between our two countries.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈, 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐆𝐀
Kos penjagaan lebih rendah, persaraan lebih terancang, kebajikan warga emas lebih terpelihara. Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh sokongan kepada warga emas, pesara dan keluarga penjaga melalui inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
🔹 RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas.
🔹 Skim i-Emas KWSP dengan pilihan pengeluaran bulanan.
🔹 Penggubalan Rang Undang-Undang Warga Emas.
🔹 Pengurangan cukai perkhidmatan jagaan daripada 8% kepada 6%, dengan pengecualian penuh bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun.
Menghargai Usia, Memelihara Maruah, Menjamin Kesejahteraan.
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo
@bheuujpm
@KPWKM
@kwsp -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
MELAKA, 25 Oktober 2026 – Penjimatan perbelanjaan harian, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kemudahan secara percuma antara manfaat yang dinikmati penduduk menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Ayer Keroh@Hang Tuah Jaya di Dewan Serbaguna PPR Sungai Putat, hari ini.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar mengenai dua rakan media, Nur Afiradina Arshad dan Zahratulhayat Md Arif daripada BERNAMA dan New Straits Times (NST) yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk awal pagi tadi.
Mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang baik dan segera pulih seperti sediakala.
Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk menghulurkan bantuan segera yang diperlukan kepada kedua-duanya.
Moga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor dengan adil dan saksama.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
MELAKA, 25 Oktober 2026 – Penjimatan perbelanjaan harian, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kemudahan secara percuma antara manfaat yang dinikmati penduduk menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Ayer Keroh@Hang Tuah Jaya di Dewan Serbaguna PPR Sungai Putat, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli bin Abd Halim.
Antara pengisian utama ialah Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI, pemeriksaan kesihatan awam dan pergigian, gunting rambut percuma, penukaran minyak hitam motosikal, pemberian topi keledar serta agihan anak pokok. Aktiviti sukan rakyat, e-sukan dan pertandingan komuniti turut menggalakkan penyertaan masyarakat serta mengeratkan hubungan kejiranan.
PMK merupakan platform strategik untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, memperluas akses kepada inisiatif kesejahteraan dan memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh komuniti setempat.
PMK: Manfaat dirasai, kesejahteraan diperkasa, komuniti disantuni.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
BANDAR BARU BANGI, 24 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan serta memperluas manfaat kepada komuniti setempat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐆𝐄𝐑𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐉𝐂 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟒, 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Skuad Hoki Remaja Kebangsaan, Young Tigers, atas kejayaan menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) Edisi Ke-14.
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan kesepaduan pasukan merupakan asas kepada kecemerlangan. Lebih daripada sebuah kemenangan, pencapaian ini mengangkat martabat sukan negara, menyemarakkan semangat patriotisme serta membuktikan keupayaan anak muda Malaysia untuk bersaing dan muncul juara di pentas antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus membawa Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan.
Syabas dan tahniah, Young Tigers! Terus melakar kejayaan, mengharumkan nama Malaysia.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengambil maklum kehadiran keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly untuk menyerahkan surat rayuan kepada saya hari ini, dan amat berdukacita atas pemergian Allahyarham serta memahami kesedihan dan keresahan keluarga yang menantikan jawapan.
Saya dijadualkan menghadiri beberapa rencana di Melaka hari ini dan telah mewakilkan pegawai saya untuk menerima surat tersebut serta mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan keluarga.
Saya juga telah berhubung dengan Ketua Polis Negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini dan menegaskan supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, serta perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu Darul Iman atas kemangkatan adinda, Yang Amat Mulia Dato' Seri Dr Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhum Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.
Mendoakan agar KDYMM Sultan Terengganu serta seluruh kerabat Diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya bertemu warga Melaka ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30), sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI menangani kos sara hidup rakyat.
Dalam ucapan, saya menyentuh kenaikan harga minyak dunia yang mencecah sekitar US$130 satu tong ketika ini. Tatkala banyak negara di seluruh dunia merasai kesannya, alhamdulillah Kerajaan MADANI terus mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95, meskipun kita perlu menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjur mencecah sehingga RM45 bilion setahun.
Dalam keadaan ini, ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan.
Pendirian Kerajaan MADANI jelas: lebih baik Kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita. Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga.
Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah.
Peluncuran NCLAP30 hari ini juga adalah sebahagian ikhtiar kita menangani kos sara hidup, di samping memperluas Jualan Rahmah melalui penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun. Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terus turun padang menyantuni rakyat.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang. Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐋, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈
BANGI, 24 Oktober 2026 – Memperluas akses rakyat kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan, Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 bersama komuniti Sungai Ramal berlangsung hari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, dengan pelbagai aktiviti dan pengisian bermanfaat untuk masyarakat setempat.
Program ini merangkumi aktiviti senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak dan e-sukan, selain perkongsian maklumat mengenai Kempen Internet Selamat, Belanjawan 2027, hala tuju industri fokus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta kesihatan pergigian.
Pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung melalui sesi perkongsian bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, di samping mengunjungi reruai perkhidmatan untuk mengetahui pelbagai inisiatif kerajaan.
Penganjuran PMK mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekati rakyat, memudahkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan serta memperkukuh hubungan bersama komuniti melalui pendekatan yang inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
BUKIT MERTAJAM, 24 Oktober 2026 – Sukan menyatukan komuniti, manakala kebersamaan memperkukuh hubungan antara rakyat dengan kerajaan.
Semangat ini dizahirkan menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Padang Lalang di Ruang Rekreasi Woodhaven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2026.
Pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kekeluargaan dianjurkan, termasuk Larian Ria MADANI, senamrobik, sukan rakyat, pertandingan mewarna, busana tradisional serta cabaran e-sukan Mobile Legends, sekali gus menggalakkan gaya hidup aktif dan penyertaan masyarakat pelbagai lapisan.
Program turut menyediakan perkongsian maklumat oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).
Reruai perkhidmatan agensi kerajaan, Jualan Rahmah MADANI, persembahan pentas dan cabutan bertuah melengkapkan pengisian program. Sesi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang menerusi tema Sahabat MADANI Belia turut membuka ruang interaksi bersama komuniti, khususnya golongan belia.
Penganjuran PMK bersama HSN 2026 mencerminkan komitmen kerajaan untuk mendekati rakyat melalui aktiviti yang menyihatkan, akses kepada maklumat dan perkhidmatan serta hubungan yang lebih erat antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, saya singgah makan tengah hari bersama warga Pandan di Restoran Nasi Cikgu Sue.
Kami sempat berceloteh sambil menjamu selera dan bertanya khabar. Meski tanpa notis lebih awal, mereka hadir menyambut mesra atas semangat ukhuwah dan silaturahmi yang erat.
Terima kasih warga Pandan. Semoga kita diberi kesempatan untuk ketemu lagi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan meraikan kejayaan syarikat-syarikat tempatan menerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan dalam mendepani persaingan global.
Daya cipta dan inovasi merupakan kekuatan utama industri yang mesti terus diperkasa melalui pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendigitalan serta transformasi teknologi. Pemain industri perlu pantas menyesuaikan diri dengan perubahan, meningkatkan produktiviti dan meneroka pendekatan baharu yang lebih berdaya saing.
Jika kita mahu membawa Malaysia ke tahap pembangunan yang lebih tinggi, kita tidak boleh terus terikat dengan pendekatan lapuk. Sebaliknya, kita mesti berani melakukan pembaharuan dan memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan berkesan serta menghasilkan impak yang nyata.
Moga kemajuan sektor perindustrian terus membawa manfaat kepada rakyat melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan peningkatan taraf hidup.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel ini menyusahkan rakyat.
Namun, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pendirian tegas Malaysia menentang kekejaman rejim Israel menuntut kita sentiasa berwaspada terhadap risiko keselamatan negara.
Saya menyeru rakyat untuk bersama-sama mendukung usaha mempertahankan kedaulatan negara serta melindungi keselamatan maklumat kita, kerana tanggungjawab ini memerlukan sokongan dan kesatuan seluruh rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan akan terus menambah baik aplikasi TuJu bagi memudahkan perjalanan rakyat.
Pada masa sama, rakyat boleh menggunakan aplikasi navigasi lain selain Waze yang ditunjangi rejim Israel.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, yang baru-baru ini dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand.
Malaysia sentiasa komited untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam mendukung usaha ke arah keamanan dan kestabilan serantau.
Proses dialog yang berteraskan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan amat penting bagi merintis penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan demi kesejahteraan rakyat di Selatan Thailand.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.
Moga Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.
Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, petang ini saya menerima kunjungan hormat Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Fathurrahman Mahfudz, untuk bertukar pandangan mengenai gerakan dakwah Islam di Malaysia dan Indonesia, perkembangan isu antarabangsa serta cabaran umat masa kini.
Hubungan erat yang terjalin sejak sekian lama ini turut berteraskan legasi tokoh dakwah dan negarawan Indonesia, Mohammad Natsir, serta Buya Hamka, ulama, sasterawan dan pemikir Islam tersohor yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah dan pemikiran Islam di Nusantara.
Saya mendoakan agar DDII terus menyuluh jalan dakwah dan menyuburkan amal bakti agar ilmu menemukan jalannya ke hati, dan khidmat menjangkau mereka yang memerlukan. Semoga setiap ikhtiar menjadi teduh buat yang lelah, harapan buat yang resah, serta manfaat yang berpanjangan buat umat terbanyak.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2026 yang meneliti kemajuan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia. Alhamdulillah, unjuran pencapaian negara meningkat kepada 58 peratus menjelang 2030, berbanding 49 peratus pada tahun lalu, sekali gus mengatasi unjuran global sebanyak 35 peratus.
Perkembangan ini mencerminkan kemajuan usaha negara dalam menjayakan agenda SDG, namun masih banyak yang perlu diperkukuh bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh rakyat.
Mesyuarat turut meneliti kemajuan 10 Fokus Utama SDG yang menyentuh secara langsung kesejahteraan rakyat, termasuk isu malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pemerkasaan orang kurang upaya (OKU), kelestarian alam sekitar, ancaman penipuan serta usaha merapatkan jurang pembangunan antara negeri.
Bagi saya, SDG bukan sekadar soal angka dan sasaran, tetapi komitmen untuk memastikan pembangunan negara benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat, tanpa ada sesiapa yang tercicir atau terpinggir.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan Bil. 3/2026 bagi meneliti pelaksanaan dan perancangan program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.
Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan, jati diri nasional dan semangat kebersamaan mesti terus diperkasa demi membina negara bangsa yang utuh, berteraskan sejarah, nilai dan cita-cita bersama.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇, 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
CHERAS, 22 Oktober 2026 - Akses kesihatan dan pendidikan yang lebih luas, manfaat wakaf yang lebih besar untuk rakyat. Menerusi PuTERA35, projek Wakaf Kesihatan dan Wakaf Pendidikan dipantau bagi memastikan pelaksanaannya mencapai sasaran.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
@MKNJPM
SIDANG MEDIA KESELAMATAN NEGARA BERHUBUNG LARANGAN PENGGUNAAN APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL
Soalan Lazim (FAQ) berhubung larangan
ini boleh dirujuk melalui pautan berikut: www.nacsa.gov.my/faq-waze.php
#malaysiamadani
#taatsetia
#pemikiranstrategikpuncakemenangan -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇, 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Akses kesihatan dan pendidikan yang lebih luas, manfaat wakaf yang lebih besar untuk rakyat. Menerusi PuTERA35, projek Wakaf Kesihatan dan Wakaf Pendidikan dipantau bagi memastikan pelaksanaannya mencapai sasaran serta memberi manfaat berterusan, khususnya kepada golongan Bumiputera.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, mengetuai lawatan pemantauan pelaksanaan kedua-dua projek di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (Hospital Pakar Kanak-kanak UKM), hari ini.
Lawatan merangkumi taklimat Pengurus Dana Wakaf UKM dan tinjauan ke lokasi projek bagi meneliti kemajuan pelaksanaan serta mekanisme pemantauan untuk memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan tercapai.
Inisiatif yang diselaraskan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan pelaksanaan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini turut menyokong pembangunan sosioekonomi serta membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan melalui pemanfaatan wakaf secara berterusan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍, 𝐋𝐔𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀
Pendidikan ialah pelaburan masa depan. Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh sokongan kepada mahasiswa dan graduan menerusi inisiatif yang meringankan kos sara hidup dan komitmen kewangan.
Antara inisiatif utama:
🔹 FlySiswa MADANI RM500 bagi bantuan penerbangan pelajar.
🔹 Menu Kasih Siswa RM5 melalui Dapur Siswa MADANI.
🔹 Penangguhan bayaran balik PTPTN bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.
🔹 Bayaran balik minimum PTPTN RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.
Inilah komitmen Kerajaan untuk menjaga kebajikan anak muda, memperkukuh akses pendidikan dan membuka lebih banyak peluang untuk masa depan yang lebih baik.
Belanjawan MADANI 2027: Manfaat untuk Semua, Kesejahteraan Bersama.
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
@MKNJPM
KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI MENGENAI KESELAMATAN DATA DAN KEDAULATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI
#malaysiamadani
#taatsetia
#pemikiranstrategikpuncakemenangan
#keselamatannegaratanggungjawabbersama -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee, Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas kejayaan tersenarai dalam kelompok 2 peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia raih emas ketiga! Tahniah Datuk Abdul Latif Romly yang meraih pingat emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara lompat jauh T20 lelaki di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Saudara Abdul Latif memperlihatkan daya juang luar biasa apabila tetap memberikan yang terbaik meskipun kurang sihat, hingga berjaya mengekalkan kejuaraan. Semangat saudara membanggakan kita semua! 💪
Kepada atlet-atlet negara yang lain, teruskan berjuang, kekal fokus dan berikan yang terbaik. Ayuh terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia!
🇲🇾 🥇🥇🥇
#malaysiamadani
#kitasemuateammas
#asianparagames2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia continues to view with great concern the escalation of conflict unfolding across the Middle East. In this regard, I have been in close contact with regional leaders including His Royal Highness Crown Prince Mohamed bin Salman of the Kingdom of Saudi Arabia and HIs Excellency Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, Prime Minister of Qatar, as well as other leaders across the Gulf.
These conversations reflect the gravity with which Malaysia regards the present crisis, and the urgency of preventing it from spreading further.
Malaysia’s position is clear. We remain steadfast in our call for peace and justice for the Palestinian people, in our unequivocal condemnation of the genocide in Gaza, and in our opposition to the indiscriminate bombing of southern Lebanon.
That same conviction obliges us to speak with equal clarity and firmness when civilians are attacked elsewhere. Malaysia reiterates its condemnation of the attacks by the Houthis on civilians and civilian infrastructure, including airports and oil and energy installations, whether in Saudi Arabia or in any other GCC state.
The recent attack on King Khalid International Airport in Riyadh, which resulted in the tragic loss of lives of innocent civilians including pilgrims, is a sad reminder of what such violence costs ordinary people.
I wish to emphasise that our concern lies with those responsible for these attacks, not with the Yemeni people, who have endured years of conflict and deserve a lasting political settlement.
It also bears stressing that the security of the Middle East’s sea lanes is paramount. As a trading nation, Malaysia’s prosperity rests upon open and secure maritime routes. I have repeatedly underlined the need for the safe passage of civilian and commercial shipping through the Strait of Hormuz. Malaysia will continue to support diplomatic efforts to de-escalate the crisis and safeguard freedom of navigation.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3 Tahun 2026 bagi meneliti kemajuan ekonomi digital negara serta langkah memperkukuh daya saing Malaysia dalam mendepani perkembangan teknologi.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah pengukuhan infrastruktur digital, penjimatan perbelanjaan ICT Kerajaan dan dapatan kajian MyCC mengenai persaingan dalam ekosistem ekonomi digital.
Saya menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi digital mesti berlandaskan persaingan yang adil, termasuk menangani amalan platform yang boleh membebankan perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), melalui komisen tinggi, terma kontrak yang menyekat dan kawalan terhadap data pengguna.
Kita mahu ekonomi digital yang bukan sahaja menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan, tetapi turut membuka peluang yang adil kepada perniagaan tempatan, memudahkan urusan rakyat serta membawa manfaat yang dapat dirasai bersama.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.
Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.
Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.
Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍, 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍
RM2,500 sebulan sebagai gaji permulaan, RM100 insentif kesukarelawanan peluang untuk belia melangkah lebih jauh.
Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh pembangunan belia dan graduan melalui peningkatan kemahiran, peluasan peluang pekerjaan dalam sektor bernilai tinggi serta Program BUDI Belia bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen untuk melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan.
Perkasa Kemahiran, Luaskan Peluang, Bina Masa Depan.
Belanjawan MADANI 2027: Manfaat untuk Semua, Kesejahteraan Bersama.
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Kelestarian alam sekitar bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab bersama dalam memelihara keseimbangan ekosistem, menjamin kesejahteraan rakyat dan melindungi masa depan generasi akan datang.
Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2026, marilah kita memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam melalui amalan kitar semula, pengurangan sisa, penjimatan tenaga dan pemeliharaan sumber semula jadi. Setiap tindakan yang dilaksanakan secara konsisten mampu mencetuskan perubahan bermakna demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.
Bersama-sama kita memelihara bumi, memperkasa budaya hidup lestari dan memastikan khazanah alam terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Negara 2026!
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐇𝐈𝐊 𝐉𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈
CYBERJAYA, 20 Oktober 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus memperkukuh budaya inovasi dan kecemerlangan organisasi menerusi penganjuran Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) JPM 2026 bertemakan “Memperkukuh Ekosistem Inovasi dan Kecemerlangan Organisasi” di Cyber Event Hall.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, sebagai wadah mengiktiraf pencapaian inovasi, kecemerlangan pengurusan dan amalan terbaik jabatan serta agensi di bawah JPM dalam mempertingkat kecekapan organisasi dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
HIK JPM 2026 turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada pemenang Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Anugerah Inovasi serta pengiktirafan dalam bidang pengurusan aset, sumber manusia, kewangan, projek, teknologi maklumat dan komunikasi serta perakaunan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JPM untuk membudayakan inovasi, memperluas perkongsian amalan terbaik dan memperkukuh keupayaan organisasi dalam menghasilkan penyelesaian yang lebih kreatif, cekap dan berimpak. Usaha ini penting bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan, responsif dan berorientasikan hasil demi manfaat rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐇𝐈𝐊 𝐉𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈
CYBERJAYA, 20 Oktober 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus memperkukuh budaya inovasi dan kecemerlangan organisasi menerusi penganjuran Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) JPM 2026 bertemakan “Memperkukuh Ekosistem Inovasi dan Kecemerlangan Organisasi” di Cyber Event Hall.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.
Perbincangan merangkumi pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pasca-kuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Mesyuarat turut meneliti risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Kerajaan Israel. Sehubungan itu, penggunaan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), digalakkan sebagai alternatif.
Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat. Justeru, Kerajaan memperkukuh ekosistem identiti bersepadu dengan MyKad sebagai kredensial fizikal dan MyDigital ID bagi urusan digital, disokong perlindungan siber yang lebih ampuh termasuk persediaan menghadapi ancaman masa hadapan melalui PQC.
Usaha ini penting bagi memastikan pendigitalan perkhidmatan awam terus memberi manfaat kepada rakyat, tanpa mengabaikan keselamatan, kepercayaan dan kedaulatan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Emas kedua buat Malaysia! 🇲🇾🥇
Tahniah Bonnie Bunyau Gustin yang terus mengharumkan nama negara menerusi kejayaan meraih emas dalam acara powerlifting para lelaki bawah 72 kg di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Moga terus mengukir kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia!
#malaysiamadani
#kitasemuateammas
#asianparagames2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Islamic Development Bank (IsDB) Dr. Muhammad Sulaiman Al Jasser tengah hari tadi, yang mencerminkan keyakinan berterusan terhadap hala tuju pembangunan dan tatakelola Malaysia.
Malaysia diiktiraf atas pengalaman memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan. Kepakaran dan pengalaman ini berpotensi dimanfaatkan oleh negara-negara anggota IsDB.
Saya turut menegaskan kesediaan Malaysia berkongsi kepakaran dan memperluas kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, saya menyambut baik usaha memperkasa Pusat Kecemerlangan IsDB di Kuala Lumpur sebagai hab perkongsian ilmu dan kepakaran.
Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memperluas peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan yang berwibawa, sekali gus membawa kepakaran anak bangsa ke pentas dunia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita tidak mahu kembali kepada zaman tatakelola negara yang lemah, tatkala kuasa disalahgunakan bukan sahaja untuk menekan lawan politik, tetapi juga untuk menentukan siapa yang diberi ruang untuk maju dan siapa yang disekat daripada berjaya dalam dunia perniagaan.
Pengalaman lalu harus menjadi iktibar, apabila sempadan antara kuasa politik, kepentingan perniagaan dan kepentingan peribadi semakin kabur, sehingga mereka yang dekat dengan lingkungan kuasa menikmati kelebihan, sedangkan yang lain terpaksa bersaing di gelanggang yang tidak sama rata.
Persoalannya jauh melangkaui persaingan politik, kerana yang dipertaruhkan ialah keadilan, integriti dan amanah rakyat, serta prinsip bahawa kuasa mesti digunakan untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat, bukannya memelihara kepentingan dan kekayaan segelintir pihak.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam isu FELDA, siasatan mesti dijalankan dengan teliti agar setiap tindakan berlandaskan bukti dan undang-undang. Proses ini mungkin mengambil masa, tetapi itu bukan alasan untuk tidak bertindak.
Pendirian saya jelas, tiada siapa akan dilindungi dan tiada usaha untuk melengah-lengahkan siasatan. Salah laku mesti ditangani dan tindakan diambil tanpa pilih kasih.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terkait jenayah korporat, pendirian Kerajaan jelas dan tegas bahawa tiada sesiapa akan dilindungi, dan undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh.
Penyelarasan antara agensi penguatkuasaan akan diperkukuh agar tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, telus dan berlandaskan undang-undang serta prinsip akauntabiliti.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐓𝐀𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍
Data yang tepat, sahih dan berkualiti merupakan asas kepada perancangan dasar yang berkesan, keputusan yang strategik serta pembangunan negara yang mampan.
Dalam mendepani era digital, statistik berperanan penting dalam menterjemahkan data kepada maklumat bermakna, memperkukuh tadbir urus dan memastikan setiap perancangan pembangunan berpaksikan bukti serta keperluan sebenar rakyat.
Marilah kita bersama-sama membudayakan penggunaan statistik secara bijaksana bagi memacu kemajuan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Selamat Hari Statistik Negara 2026!
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini, saya menegaskan bahawa Belanjawan MADANI tidak semata mengenai perencanaan fiskal atau pengagihan peruntukan, sebaliknya suatu pernyataan amanah dan tanggungjawab untuk mengangkat martabat serta kesejahteraan rakyat.
Empat Belanjawan MADANI yang telah dibentangkan menjadi landasan penting dalam memperkukuh asas ekonomi negara, memperkemas tatakelola kewangan dan melaksanakan pembaharuan fiskal secara berhemah. Penyasaran subsidi, pembendungan ketirisan dan peningkatan kecekapan perbelanjaan membolehkan sumber negara dimanfaatkan dengan lebih adil dan berkesan.
Menerusi Belanjawan 2027, ikhtiar ini diteruskan dengan memberikan tumpuan kepada pengukuhan STR dan SARA, usaha meringankan beban sara hidup serta peluasan peluang ekonomi agar manfaat pertumbuhan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Saya turut mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan bahawa setiap ringgit yang diurus dan setiap hasil yang diselamatkan membawa amanah besar. Kejayaan sesebuah Belanjawan akhirnya bukan semata-mata diukur melalui angka dan pertumbuhan, tetapi sejauh mana ia mampu memperbaiki kehidupan rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih adil dan sejahtera.
Usai, saya menghadiri Majlis Apresiasi Pasukan Belanjawan 2027 bagi menghargai komitmen dan kerja keras seluruh warga yang menjayakan penyediaan Belanjawan MADANI kelima, di samping meluangkan masa beramah mesra bersama mereka.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam merangka Belanjawan 2027, setiap keputusan diteliti dengan mengambil kira kekuatan ekonomi negara, keupayaan kewangan Kerajaan serta kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Kita berusaha sebaik mungkin untuk memastikan hasil negara diurus dengan berhemah, setiap peruntukan membawa manfaat dan tiada golongan yang terpinggir. Belanjawan yang baik bukan sekadar memenuhi harapan hari ini, tetapi turut membina asas yang lebih kukuh untuk masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara yang membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.
Mesyuarat mendengar cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah serta persediaan awal Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.
Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas. NADMA, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Saya turut menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu. Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai.
Pada masa sama, mesyuarat dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman Super El Nino yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan.
Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. NADMA perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti. Nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. Inilah amanah yang mesti kita galas bersama.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Manusia tidak lari daripada dicemuh dan dihina, termasuk penjawat awam.
Jangan mudah goyah atau hilang arah. Teruskan berkhidmat dengan ikhlas, laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan buktikan melalui kerja serta bakti kepada agama, bangsa dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa kejayaan Belanjawan MADANI 2027 bergantung pada keupayaan jentera Kerajaan melaksanakan setiap dasar dengan cekap, pantas, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, beberapa perkara diteliti antaranya cabaran industri pusat data, khususnya kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber.
Pertumbuhan industri ini perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.
Mesyuarat turut meneliti Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) yang bertujuan memastikan sumber digunakan dengan lebih cekap, mengurangkan pembaziran serta menggalakkan penggunaan semula produk dan bahan selama mungkin sebelum menjadi sisa.
Pelaksanaannya memerlukan penyelarasan berkesan antara sektor, kementerian dan agensi bagi memastikan pendekatan ekonomi kitaran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah dan syabas Zuhairie Ahmad Tarmizi. Satu permulaan yang membanggakan apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat negara dalam acara Men’s C4-C5 1000M Time Trial di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Lebih manis, kejayaan Zuhairie turut diserikan dengan rekod baharu temasya yang dileburkannya pada saingan kelayakan!
Teruskan kayuhan dan cipta lebih banyak kejayaan! Seluruh rakyat Malaysia bangga dengan anda!
#malaysiamadani
#kitasemuateammas
#asianparagames2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Dasar yang baik mesti diterjemahkan kepada hasil yang nyata.
PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa kejayaan Belanjawan MADANI 2027 bergantung pada keupayaan jentera Kerajaan melaksanakan setiap dasar dengan cekap, pantas, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Penegasan tersebut disampaikan dalam perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama-sama warga Kementerian Kewangan bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada 19 Oktober 2026. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Perbendaharaan dan seluruh jentera Kerajaan atas komitmen serta pengorbanan dalam merangka belanjawan yang memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan pengurusan fiskal berhemat, pembaharuan institusi, pembanterasan ketirisan dan rasuah serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap. Berteraskan prinsip “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, pembangunan negara perlu terus memacu kemajuan dan inovasi tanpa mengabaikan realiti kehidupan serta keperluan rakyat.
Beliau menyeru seluruh penjawat awam agar menterjemahkan dasar kepada hasil yang nyata melalui pelaksanaan yang pantas, amanah dan bertanggungjawab demi membina Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔, 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍
Pendidikan anak-anak ialah pelaburan untuk masa depan negara. Justeru, Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh sokongan kepada murid dan keluarga melalui inisiatif yang meringankan beban perbelanjaan persekolahan serta menyokong kelangsungan pendidikan generasi muda.
Antara inisiatif utama ialah peningkatan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 bagi setiap murid, yang bakal memanfaatkan kira-kira 5.3 juta murid. Ini bermakna keluarga yang mempunyai empat orang anak yang bersekolah berpotensi menerima bantuan sehingga RM800.
Selain itu, sebanyak RM870 juta diperuntukkan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk menyediakan sokongan pemakanan kepada lebih 800,000 murid. Bagi pelajar Tingkatan Enam, elaun sara hidup sebanyak RM2,500 turut diumumkan bagi membantu memenuhi keperluan pendidikan mereka.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperluas sokongan pendidikan, mengurangkan tekanan kewangan keluarga dan memastikan lebih ramai anak Malaysia mendapat peluang untuk belajar serta membina masa depan yang lebih baik.
Meringankan beban ibu bapa, menyokong pendidikan anak-anak, membina masa depan negara.
Belanjawan MADANI 2027, Manfaat untuk Semua, Kesejahteraan Bersama.
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#pendidikanmadani
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sebalik kehebatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara, terserlah kesungguhan dan jerih perih para penggiat seni yang mencurahkan bakat serta tenaga demi mengangkat martabat seni dan warisan bangsa.
Daripada alunan muzik tradisional, irama zapin, joget dan asli hingga seni wayang kulit serta keindahan busana warisan, semuanya mengajak kita menghayati kekayaan khazanah seni Nusantara yang mesti terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi mendatang.
Tahniah kepada Dato’ Sri Siti dan seluruh pasukan yang menjayakan persembahan penuh makna ini, moga seni dan budaya terus mekar sebagai kekuatan jati diri bangsa.
Salut juga buat para peminat yang tidak berganjak meski hujan membasahi Stadium Bukit Jalil, tanda kecintaan terhadap industri seni dan dukungan yang tidak pernah luntur buat Biduanita Negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#sitizonersThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya ikuti rapat perkembangan masalah kebakaran hutan dan lahan di Indonesia yang turut mengakibatkan jerebu rentas sempadan sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk memaksa penutupan sekolah di beberapa negeri dan kawasan.
Saya memperaku kesungguhan pemerintah Indonesia yang telah mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung permasalahan yang semakin membimbangkan ini. Kita sedar bahawa usaha menangani bencana sedemikian bukan suatu tugas yang mudah, apatah lagi dengan keluasan kawasan terjejas dan tantangan cuaca yang tidak menentu.
Justeru, dalam semangat kebersamaan dan hubungan akrab sesama negara tetangga, Malaysia berpandangan bahawa cabaran rentas sempadan harus ditangani dengan tekad dan tanggungjawab bersama. Malah, kita telah pun mengusulkan mekanisme kerjasama di peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan.
Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini. Semangat kejiranan yang sebenar menuntut kita untuk saling mendukung tatkala berdepan musibah, dengan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat serantau sentiasa menjadi keutamaan.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐓
TANJONG SEPAT, 18 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat menerusi pendekatan turun padang, dialog santai dan penyampaian bantuan secara langsung kepada komuniti setempat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.
Walaupun hujan turun, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Dato’ Sri Siti, hebat juga semangat peminatnya.
Tahniah kepada Dato’ Sri Siti dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa.
Saya sentiasa percaya seni dan budaya dekat di hati rakyat, justeru warisan ini mesti terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda.
Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#sitizoners -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Satu pencapaian yang membanggakan! Tahniah Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan muncul juara beregu perempuan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Satu sejarah baharu buat badminton negara!
Syabas, teruskan momentum dan harumkan nama Malaysia!
#malaysiamadani
#yakinmadani
Foto: Harian Metro -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
𝟑𝟒 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚! 🇲🇾🏸
Tahniah kepada beregu wanita negara, Low Zi Yu dan Genevie Lim, yang melakar sejarah dengan menjuarai acara beregu wanita pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir. Kejayaan ini menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk meraih kejuaraan sulung dalam acara tersebut.
Syabas dan tahniah, Zi Yu dan Genevie! Seluruh rakyat Malaysia bangga dengan kejayaan anda berdua.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐔𝐓, 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
TANJONG SEPAT, 18 Oktober 2026 – Keindahan Pantai Batu Laut menyerlahkan kemeriahan Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 menerusi pelbagai aktiviti rekreasi yang mendekatkan masyarakat dengan alam semula jadi dan mengeratkan hubungan komuniti.
Aktiviti menangkap udang, menjala, mandi laut dan bermain bola tampar mewarnai suasana, manakala aktiviti berkhemah serta bersantai menjadi pilihan pengunjung untuk menikmati keindahan pesisir pantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lebih daripada sekadar ruang rekreasi, suasana ini mencerminkan nilai kebersamaan yang menjadi teras Program MADANI Kita menyatukan masyarakat melalui aktiviti santai, interaksi mesra dan pengalaman bersama komuniti setempat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐎𝐇 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
SUNGAI BULOH, 17 Oktober 2026 - Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Sungai Buloh menjadi wadah mendekatkan kerajaan dengan rakyat menerusi interaksi dua hala, pelbagai aktiviti komuniti dan akses kepada perkhidmatan kerajaan, sekali gus memperkukuh kebersamaan serta kesejahteraan masyarakat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
PULAU PINANG, 17 Oktober 2026 – Memperkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat melalui pendekatan turun padang, memperluas akses kepada perkhidmatan dan menyemarakkan semangat kebersamaan menjadi antara tumpuan Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 bersama komuniti Kebun Bunga, Pulau Pinang.
Berlangsung di FRU, Unit 3, Ayer Itam, program ini menghimpunkan pelbagai pengisian merangkumi kemasyarakatan, kenegaraan dan penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, YB Lee Boon Heng. Turut berlangsung ialah penyampaian Bakul Rahmah, sumbangan kesihatan serta penyerahan anak pokok kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pengisian program.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk segenap lapisan masyarakat, termasuk pameran perkhidmatan agensi kerajaan, sukan rakyat, pertandingan e-sukan, aktiviti mewarna serta sesi Bicara Saku yang dikendalikan oleh agensi berkaitan, antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agrobank dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
PMK terus menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian maklumat, akses kepada perkhidmatan dan penglibatan komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat serta pembangunan masyarakat yang inklusif.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐎𝐇
SUNGAI BULOH, 17 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 terus memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat menerusi pelbagai pengisian yang mendekatkan perkhidmatan, menyantuni komuniti dan menyemarakkan semangat kebersamaan.
Berlangsung di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor, program ini dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, yang turut menyertai Siri Dialog Awam bagi mendengar pandangan serta berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya Senamrobik Komuniti MADANI, Pertandingan Mewarna MADANI, sukaneka dan Interaktif Kenegaraan “Aku Kasih Malaysia”. Program ini turut menyampaikan Bakul Rahmah MADANI serta cek cura kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terpilih.
Sesi tinjauan mesra ke reruai dan aktiviti menyantuni komuniti melengkapkan pengisian program, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekati rakyat, memperkukuh hubungan bersama komuniti dan memastikan manfaat inisiatif kerajaan dirasai oleh masyarakat.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Negeri Perlis Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan.
Turut disentuh ialah cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan bagi memperluas wacana mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini.
Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pertemuan dengan delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diketuai Presidennya, Dato’ Mohd Foad Mat Isa menjadi ruang mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat serta memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan masyarakat yang komited dalam mendukung agenda pembangunan negara, memperkukuh nilai kebersamaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat berjuang buat kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Bawalah semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik. Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara!
#malaysiamadani
#kamisemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima khabar bahawa Editor Kanan Makkal Osai, saudara Rajan Boopalan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami darah beku di kepala.
Beberapa pegawai Pejabat Perdana Menteri telah mewakili saya menziarahi beliau di Hospital Selayang hari ini. Selain bertanya khabar dan menyampaikan salam saya, mereka turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan.
Saya mendoakan agar saudara Rajan diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali pulih seperti sedia kala. Semoga beliau dan keluarga diberi kekuatan untuk mengharungi saat yang mencabar ini. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang ini saya menyempurnakan pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, hasil kerjasama strategik universiti dan GLIC bagi menangani isu penginapan mahasiswa yang sekian lama menjadi cabaran.
Menerusi Belanjawan MADANI 2027, fasa pertama projek ini bakal menyediakan kediaman untuk 10,000 mahasiswa, manakala Projek Vista Kampus akan dilaksanakan di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM.
Saya telah memberikan jaminan bahawa projek ini merupakan keutamaan Kerajaan. Semua jentera berkaitan, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, perlu menyelaras usaha bagi memastikan projek ini disiapkan lebih awal daripada jadual.
Usaha ini mencerminkan komitmen untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta memastikan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
@PerpaduanNegara
KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA🇲🇾
Di Malaysia, rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, bahasa dan agama. Perbezaan bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 Pangkalan Udara Subang -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍, 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐄𝐌𝐀𝐓
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 – Reformasi perkhidmatan awam bukan sekadar perubahan sistem dan proses, tetapi menuntut komitmen setiap warga untuk bekerja dengan lebih cekap, mengurus sumber secara berhemah serta memastikan setiap tindakan menghasilkan nilai dan impak kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍, 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐄𝐌𝐀𝐓
PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 – Reformasi perkhidmatan awam bukan sekadar perubahan sistem dan proses, tetapi menuntut komitmen setiap warga untuk bekerja dengan lebih cekap, mengurus sumber secara berhemah serta memastikan setiap tindakan menghasilkan nilai dan impak kepada rakyat. Semangat ini selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan pembudayaan HEMAT dalam memperkukuh kecekapan, akauntabiliti serta keberkesanan pentadbiran kerajaan.
Penekanan ini dizahirkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, Dato’ Ahmad Suhaimi bin Endut, ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Pentadbiran Am JPM bagi bulan Oktober 2026, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, hari ini.
Perhimpunan ini menjadi wadah untuk menyelaraskan keutamaan organisasi, memperkukuh komunikasi antara kepimpinan dengan warga kerja serta menyemai komitmen bersama dalam melaksanakan tanggungjawab secara cekap, berintegriti dan berorientasikan hasil. Pendekatan ini selari dengan aspirasi ARPA untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam melalui budaya kerja yang lebih responsif, berimpak dan berfokuskan rakyat.
Dalam masa yang sama, prinsip HEMAT perlu diterapkan dalam setiap aspek pengurusan dan penggunaan sumber kerajaan bagi memastikan perbelanjaan dilaksanakan secara berhemah, berdisiplin dan memberikan nilai terbaik kepada kerajaan serta rakyat, tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Kesepaduan komitmen, tadbir urus yang baik dan penggunaan sumber secara optimum menjadi pemangkin kepada pembentukan Pentadbiran Am JPM yang lebih cekap, bertanggungjawab dan berupaya mendukung agenda reformasi perkhidmatan awam negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀
Kesejahteraan rakyat bermula dengan kemampuan memenuhi keperluan harian keluarga. Justeru, Belanjawan MADANI 2027 terus memperkukuh komitmen Kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan bersasar dan peluasan akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan.
Sebanyak RM16 bilion diperuntukkan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat mengurus perbelanjaan harian dengan lebih teratur. Penerima STR yang layak boleh menerima SARA sehingga RM150 sebulan, manakala rakyat berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR layak menerima SARA MADANI sebanyak RM100, dua kali.
Komitmen ini turut diperkukuh melalui peningkatan peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI kepada RM750 juta bagi memperluas peluang rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.
Keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan pendekatan Kerajaan yang memberi tumpuan kepada keperluan sebenar rakyat, memperkukuh kuasa beli isi rumah dan memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih meluas.
“Belanjawan MADANI 2027: Belanja Lebih Terurus, Keluarga Lebih Sejahtera”
#belanjawanmadani2027
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕: 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2026 - Belanjawan yang berkesan bukan sekadar pada peruntukan yang diumumkan, tetapi pada manfaat nyata yang diterima rakyat. Mesej ini menjadi penegasan utama Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, dalam Sesi Khas Pasca Pembentangan Belanjawan 2027 dan Pelancaran Aplikasi MyResQ di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, hari ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, turut menghadiri sesi khas tersebut yang menekankan keperluan mempercepat pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 melalui reformasi perkhidmatan awam yang berorientasikan hasil, cekap dan berintegriti.
Berteraskan tema “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, KSN menegaskan bahawa setiap peruntukan perlu menghasilkan nilai, setiap dasar mesti membawa perubahan dan setiap urusan kerajaan hendaklah memberikan manfaat yang dapat dirasai rakyat.
Sehubungan itu, reformasi perlu dipacu melalui pengukuhan tatakelola dan akauntabiliti, pembangunan bakat berprestasi tinggi, pemudahan urusan rakyat, pendigitalan perkhidmatan serta penyelarasan rentas kementerian dan agensi. Budaya kerja juga perlu beralih daripada berorientasikan proses kepada pencapaian hasil, dengan penekanan terhadap kepantasan pelaksanaan dan kualiti penyampaian.
Pada majlis yang sama, KSN melancarkan aplikasi MyResQ, satu inisiatif yang memanfaatkan teknologi digital untuk memperkukuh tindak balas kecemasan berasaskan komuniti. Dibangunkan oleh pakar perubatan kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama sektor swasta, aplikasi ini menghubungkan individu terlatih dalam bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dengan lokasi kecemasan berhampiran, selain menyediakan pemetaan lokasi peranti defibrilator luaran automatik (AED) bagi membantu mempercepat tindakan menyelamatkan nyawa.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869].
Ahli Kerajaan:
1. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
2. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad
Ahli Kumpulan Pembangkang:
1. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
2. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan, Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa bagi memberikan autonomi kepada Parlimen untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya sendiri. Langkah ini merupakan penanda aras penting dalam reformasi institusi Parlimen, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai tonggak demokrasi berparlimen negara.
Moga amanah yang diberikan kepada keempat-empat Ahli Dewan Rakyat ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kerjasama, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi yang bebas, berwibawa dan mengutamakan kepentingan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah kepada mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikhabarkan baru kehilangan ayahanda tercinta, allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan. Mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan yang tinggi saat ini, selain saya mendoakan agar ruh bapanya diberi keampunan dan diberi tempat yang sangat istimewa di sisi-Nya.
Foto: FMT -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] merupakan satu perkembangan penting dalam usaha kita memaknai reformasi institusi Parlimen, kebebasan Parlimen dan kematangan demokrasi berparlimen negara.
Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak, termasuk kepimpinan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pihak Kerajaan, Bahagian Undang-Undang serta Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang bersama-sama memberikan dukungan bagi menjayakan reformasi ini.
Reformasi ini bukan sekadar soal kebebasan dan bidang kuasa, tetapi juga tanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme warga Parlimen, mutu perbahasan dan adab dalam berbeza pandangan.
Saya berharap kebebasan yang diperkukuh ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan kerjasama semua pihak, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi demokrasi yang matang, berwibawa dan diyakini rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya hadir untuk bersama dengan warga pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dalam majlis peluncuran pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 sebagai ikhtiar Kerajaan MADANI meringankan beban mereka yang sekian lama berdepan pelbagai tantangan, termasuk persaingan industri dan tekanan kos sara hidup.
Pertemuan ini turut mengimbau kenangan sewaktu saya melalui detik-detik paling getir dalam perjuangan reformasi pada tahun 1998. Ketika ramai memilih untuk menjauh, sebahagian pemandu teksi tampil membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jasa dan ketulusan mereka kekal terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini.
Saya turut tegaskan bahawa setiap hasil yang dijana negara harus akhirnya kembali memberi manfaat kepada rakyat. Tatkala kedudukan kewangan negara semakin mengukuh, adalah menjadi kewajiban Kerajaan MADANI untuk memastikan limpahan kemakmuran itu turut dirasai kelompok pekerja yang selama ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara.
Justeru, prinsip inilah yang akan terus mendasari perjuangan Kerajaan MADANI, yakni menghargai setiap sumbangan, membela yang memerlukan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan negara Raja Jordan, Raja Abdullah II, mencerminkan hubungan diplomatik Malaysia-Jordan yang kukuh dan berterusan sejak lebih enam dekad, di samping memperteguh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi dan pertahanan demi kepentingan bersama.
Lawatan ini memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk terus mempererat hubungan persahabatan dan memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini saya menyantuni keluarga besar Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Flotilla Congress 2026 yang menghimpunkan solidariti masyarakat antarabangsa bagi memperjuangkan kebebasan Palestin serta membela hak serta maruah rakyatnya, termasuk di Gaza.
Penderitaan rakyat Palestin bukan soal agama atau bangsa, tetapi soal kemanusiaan dan hak setiap insan untuk hidup bebas, bermaruah serta menentukan nasib sendiri, justeru penjajahan, penindasan dan kekejaman terhadap orang awam tidak boleh dibiarkan berterusan.
Pelancaran Sumud Protocol malam ini menjadi satu langkah untuk menyelaraskan usaha pembebasan Palestin melalui lima jalur gerakan, meliputi perfileman, tindakan ahli parlimen, gerakan masyarakat sivil dan belia, flotila ke Gaza serta Kongres Global.
Resolusi Asas Gerakan Global Sumud yang dimeterai pula perlu diterjemahkan kepada tindakan bersama yang tersusun dan berterusan. Solidariti tidak harus terhenti pada kata-kata, sebaliknya perlu disusuli usaha nyata untuk memastikan hak rakyat Palestin terus diperjuangkan.
Insya-Allah, dengan kesungguhan dan kerjasama masyarakat antarabangsa, kita akan terus mengusahakan keadilan, hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta masa depan yang lebih aman dan bermaruah bagi rakyat Gaza.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, berkesempatan hadir dalam Majlis Ilmu MADANI yang mengangkat penghayatan Tafsir Surah Yusuf menerusi syarahan ulama tersohor dari Türkiye, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani.
Saya turut mengenang jasa dan bimbingan beliau yang memberikan kekuatan ketika saya melalui tempoh sukar dahulu.
Kisah Nabi Yusuf AS bukan sekadar mengajar tentang kesabaran dan keteguhan iman, tetapi turut membawa iktibar besar dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara, khususnya kebijaksanaan mengurus sumber, merancang bekalan makanan serta membina daya tahan ekonomi ketika berdepan kemarau.
Pengajaran ini wajar dijadikan pedoman dalam merangka dasar dan melaksanakan Belanjawan MADANI 2027, dengan kecekapan tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan kemaslahatan ummah sentiasa menjadi keutamaan.
Moga kita terus mengambil iktibar daripada kisah para anbiya, memperkukuh amanah dalam kepimpinan dan menjadikan setiap ikhtiar demi kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi mencerminkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik berasaskan kepentingan bersama.
Kesepakatan yang dicapai wajar diterjemahkan kepada kerjasama yang berterusan dan hasil yang bermakna, demi kepentingan kedua-dua negara serta kesejahteraan rakyat.
🇲🇾 🇪🇬
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan.
Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menghadap Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan Raja Abdullah II ibn Al Hussein sempena Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pertemuan ini membuka ruang untuk kami memperhalusi ikhtiar memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Jordan, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, teknologi baharu serta pembinaan ekosistem semikonduktor. Kami turut membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan pusat pendidikan dan latihan teknikal berteknologi maju, termasuk melahirkan lebih ramai jurutera serta tenaga mahir yang mampu memenuhi tuntutan industri masa hadapan.
Turut disentuh ialah usaha memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan, termasuk potensi perjanjian perdagangan bebas (FTA), penstrukturan semula tarif, pengukuhan rantaian bekalan serta kerjasama dalam sektor tenaga, pengangkutan, industri halal, dan pelancongan.
Dalam membicarakan perkembangan geopolitik Asia Barat, kami senada mengenai keperluan mendesak untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin, termasuk keganasan dan pencabulan hak yang berterusan di Baitulmaqdis serta Tebing Barat. Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan di Syria dan implikasinya terhadap keselamatan serta kestabilan rantau berkenaan.
Saya menegaskan bahawa Malaysia akan terus konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin, di samping memperkukuh penyaluran bantuan kemanusiaan, khususnya kepada penduduk Gaza.
Raja Abdullah II turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian dan peranan Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Semoga pertemuan ini menjadi wahana untuk mengangkat hubungan Malaysia-Jordan ke tahap yang lebih bermakna, bukan sahaja menerusi kerjasama ekonomi dan teknologi, tetapi juga atas landasan kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat.
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Majlis Perancang Fizikal Negara ke-51, mesyuarat meneliti pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal negara, termasuk perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Semua pihak terkait perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi memperkukuh ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluruh, demi manfaat rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyambut keberangkatan Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Raja Abdullah II ibn Al Hussein di Istana Negara sempena Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia.
Saya kemudiannya mengiringi Tuanku Agong menerima Kunjungan Menghadap Raja Abdullah II serta menyaksikan istiadat mewasalkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada baginda.
Tuanku Agong turut menerima darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Jordan iaitu Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, daripada Raja Abdullah II sebelum delegasi kedua-dua negara diraikan dalam Majlis Santapan Negara.
Lawatan ini menzahirkan persahabatan akrab Malaysia dan Kerajaan Hasyimiyah Jordan serta tekad untuk memperkukuh kerjasama dan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.
🇲🇾🇯🇴
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I unequivocally denounce the attack on King Khalid International Airport in Riyadh, which has taken innocent lives and left hundreds injured. I extend my deepest condolences to the families of those killed and wish the injured a swift recovery.
There can be no justification for attacks against civilians and civilian infrastructure. To put innocent lives at risk can only deepen the suffering already wrought by this conflict and carry it into places that should remain beyond its reach.
Malaysia stands in solidarity with the Kingdom of Saudi Arabia and its people at this perilous hour. We remain steadfast in our hope that diplomacy and reason will prevail before the conflict widens still further.
ANWAR IBRAHIM
Kredit: AP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sayang ibu bapa. Sayang guru. Jangan lupa baca buku. Terima kasih anak-anak yang mempamerkan nilai murni dan keindahan budaya Malaysia tatkala kita mengalu-alukan kunjungan Tamu Kenegaraan. 🇲🇾
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini saya berpeluang bersama ribuan anak muda tempatan dan peserta antarabangsa di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2025, wadah penting untuk memperkukuh kepimpinan dan menyemai tanggungjawab generasi muda terhadap masa depan negara.
Saya menitipkan pesanan agar anak muda berani berdiri di pihak yang benar, menentang rasuah, menolak penindasan dan tidak sesekali berkompromi dengan ketidakadilan.
Inilah amanah generasi hari ini yang perlu terus mempertahankan prinsip, menegakkan keadilan dan membawa perubahan demi membina negara yang berintegriti dan bermaruah.
Kerajaan komited untuk membangunkan bakat dan kepimpinan anak muda agar menjadi generasi berwibawa, berpandangan global serta mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan negara dan masyarakat antarabangsa.
Moga anak muda hari ini tampil sebagai pemimpin yang berprinsip, beramanah dan berani, seterusnya memikul tanggungjawab menerajui Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meski tewas kepada India dan terlepas peluang ke Piala Asia Wanita B-17 2027 di China, semangat juang skuad bola sepak remaja wanita negara tetap wajar dihargai.
Syabas atas usaha dan keberanian yang ditampilkan sepanjang kejohanan. Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit lebih kuat dan melakar kejayaan dalam kejohanan akan datang.
Teruskan melangkah, Malaysia! 🇲🇾💪
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah lekas diberi kesembuhan. Berharap YB tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat.
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐊𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
IPOH, 11 Oktober 2026 – Komitmen memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman bencana terus diperkasa menerusi Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Ipoh Convention Centre, Perak.
Majlis bertemakan “MADANI Siaga, Tanggungjawab Bersama” itu telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara.
Penganjuran BKN 2026 merupakan usaha memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana dalam kalangan masyarakat melalui peningkatan kesedaran, pemahaman terhadap risiko serta penglibatan aktif semua pihak. Inisiatif ini turut menekankan kepentingan penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti bagi meningkatkan keupayaan menghadapi bencana serta mengurangkan impaknya terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Kesiapsiagaan bencana bukan sekadar tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya merupakan komitmen bersama yang memerlukan tindakan proaktif, kesedaran berterusan dan kerjasama seluruh masyarakat.
MADANI Siaga, Tanggungjawab Bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Abdelfattah Elsisi
@AlsisiOfficial
غادرت ماليزيا العزيزة، وفي القلب كل المحبة والامتنان والتقدير ، لجلالة الملك السلطان إبراهيم، ودولة رئيس الوزراء د. أنور إبراهيم والشعب الماليزي الرائع، على ما لمسته من حفاوة كبيرة وكرم ضيافة ومشاعر نبيلة، تعكس ما تحمله هذه الدولة المبهجة من نوايا طيبة و محبة عميقة تجاه مصر، تدفع العلاقات المشتركة إلى آفاق ارحب في التعاون الحثيث بين البلدين الشقيقين.
I have departed beloved Malaysia, carrying in my heart immense esteem, gratitude and appreciation for His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, His Excellency Dr. Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia and the wonderful Malaysian people, for the warm hospitality and noble sentiments that have been extended to me, and which reflect the goodwill and deep affection this exuberant country holds towards Egypt, thereby further promoting our joint relations towards broader horizons for close cooperation between the two brotherly nations.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐑𝐔𝐁𝐎𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
MELAKA, 10 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Krubong, Melaka, hari ini menjadi platform mendekatkan rakyat dengan kerajaan melalui penyampaian maklumat, akses kepada perkhidmatan awam serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Presiden El-Sisi kemudiannya meneruskan agenda dengan mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan Malaysia dan Republik Arab Mesir.
Perkongsian Strategik antara kedua-dua negara membuka ruang untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan agrikomoditi, pelancongan, keterhubungan udara serta pemerkasaan wanita.
Saya turut menekankan kepentingan memperkukuh pelaburan syarikat Malaysia di Mesir, khususnya PETRONAS dan PROTON, serta sokongan pihak Mesir bagi memastikan kelancaran operasi dan menjayakan rancangan pengembangan mereka.
Penghargaan khusus saya zahirkan atas kerjasama erat Mesir dalam bidang pendidikan, terutama sumbangan Al-Azhar dalam menyuburkan tradisi keilmuan dan melahirkan ilmuwan di Malaysia melalui pendidikan, biasiswa serta khidmat tenaga pengajarnya.
Saya juga menghargai kunjungan Sheikh Prof. Ali Jum’ah dan Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari yang banyak berkongsi ilmu serta pandangan terkait ajaran Islam dan pendekatan wasatiyyah, berpaksikan kesederhanaan, keseimbangan serta sikap saling menghormati.
Terkait Gaza, saya merakamkan penghargaan atas peranan Mesir dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, seraya menegaskan keperluan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan serta menjamin perlindungan orang awam.
Semoga persahabatan yang berakar kukuh ini terus diperkasa melalui ikhtiar bersama demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media bersama, saya maklumkan bahawa Mesir merupakan rakan penting Malaysia di rantau Arab dan Afrika, dengan potensi besar untuk memperluas perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kesalinghubungan udara serta meneroka peluang dalam sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), pertanian dan farmaseutikal.
Usai, kami menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan.
Pemeteraian MoU ini membuka ruang kepada pertukaran kepakaran, pembangunan kapasiti dan penerokaan peluang baharu yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.
Insya-Allah, segala ikhtiar ini akan diterjemahkan kepada hasil yang nyata, memperluas peluang ekonomi dan membawa manfaat bersama kepada Malaysia dan Mesir.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah malam ini saya akan menghuraikan falsafah dan cetusan idea di sebalik Belanjawan 2027 yang telah saya hamparkan di Dewan Rakyat semalam.
Saya juga akan menjelaskan mengapa Belanjawan MADANI kelima ini mengangkat aspirasi menggapai di langit, mengakar di bumi, dengan tekad memastikan kemakmuran negara dinikmati secara adil serta terus diperluas untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Ikuti kupasan ini dalam Wawancara Khas Belanjawan 2027 yang akan disiarkan di semua saluran media utama pada jam 8.00 malam ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meraikan Presiden El-Sisi dan delegasi dalam jamuan minum petang yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional serta nyanyian oleh JKKN dan Permata Seni, mengetengahkan keunikan dan kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Saya percaya persahabatan Malaysia dan Republik Arab Mesir akan terus mekar, berakar pada rasa saling menghormati serta ikatan sejarah dan keilmuan yang sekian lama terjalin, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum beredar, kami turut menyaksikan pameran automotif yang menampilkan kenderaan keluaran PROTON dan MODENAS, sekali gus mengetengahkan potensi industri automotif Malaysia untuk menembusi pasaran Mesir dan seterusnya ke rantau Afrika.
Moga usaha ini membuka lebih banyak peluang kerjasama, memperkenalkan model kenderaan baharu serta memperkukuh kedudukan jenama automotif negara, termasuk dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan elektrik (EV).
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, dan delegasi berangkat pulang dari Kompleks Bunga Raya, KLIA, selepas selesai lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Moga lawatan ini terus mempererat hubungan persahabatan dan memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Mesir demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita tidak membina negara untuk satu tahun fiskal. Kita membina negara untuk satu generasi. Tugas sesebuah generasi bukan semata-mata menikmati apa yang diwarisi, tetapi juga memperluas apa yang boleh diwariskan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar sempena sambutan kelahiran yang ke-80.
Moga senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan dalam memimpin negeri Sarawak menjadi lebih maju dan makmur.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#segulaisejalai -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐓𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐒𝐍 𝐉𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 10 Oktober 2026 – Semangat kesukanan, daya juang dan kerjasama berpasukan mewarnai aksi Spartans dan Astra Tiger sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Penyertaan ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dan aktif, malah memperkukuh semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja JPM.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟔
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2026 – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 melabuhkan tirainya hari ini menerusi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.
Malaysia terus mencatat kejayaan membanggakan apabila wakil negara, Nur Syakura Mohamad Musa, dinobatkan sebagai johan qariah kategori tilawah wanita, manakala Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali muncul naib johan kategori tilawah lelaki.
Sementara itu, Muhammad Fauji Ridwan dari Indonesia dinobatkan sebagai johan tilawah lelaki.
Penganjuran MTHQA Ke-66 bukan sahaja menjadi medan memperdengarkan keindahan bacaan dan ketelitian hafazan al-Quran, malah memperkukuh ukhuwah Islamiah serta mengangkat martabat al-Quran di persada antarabangsa.
Majlis turut membawa mesej penting agar al-Quran bukan sekadar dibaca dan dihafaz, tetapi terus dihayati serta diamalkan sebagai panduan kehidupan.
Sorotan sekitar Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah MTHQA Ke-66.
#mthqa66 #tilawahalquran #hafazanalquran #jabatanperdanamenteri #malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐑𝐔𝐁𝐎𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
MELAKA, 10 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Krubong, Melaka, hari ini menjadi platform mendekatkan rakyat dengan kerajaan melalui penyampaian maklumat, akses kepada perkhidmatan awam serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.
Berlangsung di Dewan Komuniti Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Kampung Tampoi, program ini menampilkan pelbagai pengisian, antaranya pameran perkhidmatan kerajaan, Kempen Internet Selamat, program kesedaran kesihatan, Jom Uji Minda: Kuiz Santai MADANI, Interaktif Kenegaraan “Aku Kasih Malaysia” serta sesi perkongsian berkaitan keusahawanan dan pembiayaan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil, yang turut menyampaikan amanat, menyaksikan penyampaian cek cura kepada persatuan belia dan persatuan silat, selain menyantuni penerima Bakul Rahmah MADANI serta pengunjung yang hadir.
Penganjuran PMK 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hubungan dengan rakyat, memperluas capaian perkhidmatan serta memastikan manfaat dasar dan inisiatif kerajaan dapat dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐓𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐒𝐍 𝐉𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 9-10 Oktober 2026 – Di sebalik setiap aksi, terpancar semangat juang, kesungguhan dan komitmen pasukan Spartans dan Astra Tiger dalam memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Setia Perdana JPM.
Daripada aksi penuh fokus di gelanggang hingga sorakan dan senyuman kegembiraan bersama rakan sepasukan, setiap detik merakamkan nilai kesukanan, disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan yang menjadi asas kepada pembentukan warga kerja yang cergas, sihat dan berdaya saing.
Lebih daripada sekadar pertandingan, HSN JPM 2026 menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan kebersamaan dan membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan warga JPM. Inilah semangat yang menyatukan warga kerja bersaing secara sihat, meraikan kebersamaan dan melangkah maju sebagai satu pasukan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyambut Tamu Kenegaraan, Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi yang diberi Sambutan Negara sempena Lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 2014.
Saya kemudiannya mengiringi Tuanku Agong menerima Kunjungan Menghadap Presiden El-Sisi sebelum delegasi kedua-dua negara diraikan dalam Majlis Santapan Negara.
Kunjungan ini mencerminkan persahabatan erat Malaysia dan Republik Arab Mesir serta tekad untuk memperkukuh kerjasama dan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai istiadat sambutan di Istana Negara, saya dan Presiden El-Sisi menaiki kenderaan yang sama menuju ke Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.
Kami disambut dengan tarian Bunga Rampai sebagai tanda mengalu-alukan Presiden El-Sisi dalam kunjungan sulung beliau ke Malaysia.
Kami kemudian mengadakan pertemuan empat mata dan berbicara secara terbuka mengenai perkembangan geopolitik serta isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 9–10 Oktober 2026 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlangsung selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi bagi menyemarakkan semangat kesukanan, membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Pada hari pertama, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM turut menyertai Perlawanan Bola Tampar VIP sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran ini. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pada hari ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, yang mewakili beliau di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana JPM.
Mesej “Kebersamaan Ini Tiada Akhirnya – KITA” menjadi inti pati sambutan, menegaskan bahawa sukan bukan sekadar medan menguji kecergasan dan kemahiran, malah ruang membina kesepakatan, merapatkan jurang serta mengukuhkan semangat berpasukan tanpa mengira kedudukan dan jawatan.
Selaras dengan tema HSN 2026, pengenalan sukan baharu melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mencerminkan keterbukaan terhadap inovasi dalam mempelbagaikan aktiviti sukan dan rekreasi, sekali gus menjadikan amalan hidup aktif lebih menarik, inklusif dan relevan dengan perkembangan semasa.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen JPM dalam membina warga kerja yang sihat, cergas dan produktif, dengan semangat kebersamaan sebagai asas kepada persekitaran kerja yang harmoni serta penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
Ayuh, jadikan sukan budaya bersama. Kekal aktif, eratkan silaturahim dan perkukuh semangat KITA!
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Belanjawan 2027 memberi perhatian kepada setiap lapisan rakyat dengan matlamat mengangkat martabat dan memastikan setiap warga Malaysia dapat hidup dengan lebih bermaruah.
Kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, serta turut menjaga kebajikan masyarakat Cina dan India. Sabah dan Sarawak pula menerima peruntukan tertinggi, manakala RM445 juta disediakan untuk meningkatkan kesejahteraan Orang Asli.
Kepelbagaian kaum, agama dan wilayah adalah kekuatan negara. Kita mahu setiap rakyat menikmati hasil kemakmuran secara adil, agar tiada yang tercicir dan setiap daripada kita punya harapan untuk memiliki masa depan yang lebih baik.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing ke Malaysia membuka ruang perbincangan mengenai hubungan dua hala, perkembangan semasa di negara itu serta kesannya terhadap ASEAN.
Insya-Allah, Malaysia akan terus mendukung usaha ASEAN menangani krisis berkenaan menerusi dialog dan pendekatan diplomatik demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan serantau.
🇲🇾 🇲🇲
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keseimbangan fiskal kekal menjadi pertimbangan utama dalam merangka Belanjawan 2027 agar pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dapat diperkukuh secara berterusan.
Meski berdepan konflik Asia Barat dan krisis bekalan global yang melonjakkan kos bahan api dan tenaga, Kerajaan MADANI terus berusaha mengurangkan defisit serta jumlah hutang baharu secara terkawal.
Alhamdulillah, hasilnya nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK menurun daripada 65.2 peratus pada 2025 kepada 64.0 peratus pada 2026, dan dijangka turun lagi kepada 63.7 peratus pada 2027.
Pada masa sama, kita terus giat meningkatkan hasil Kerajaan Persekutuan yang diunjur mencapai RM363.6 bilion tahun ini dan RM380.8 bilion pada tahun depan. Insya-Allah, hasil kemakmuran negara ini akan terus diagihkan secara adil untuk mengangkat martabat dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia. 🇲🇾
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Jom belajar dengan Guru! 🤓📚
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐓𝐇𝐐𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟔𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2026 – Majlis Penutup dan Penganugerahan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa (MTHQA) Kali ke-66 melabuhkan tirai, menandakan berakhirnya sebuah persaingan yang menyatukan para peserta antarabangsa dalam semangat menghayati, membaca dan menghafaz kalam suci Allah SWT.
Lebih daripada sekadar medan menguji keupayaan dan ketekunan, MTHQA menjadi wadah memperkukuh kecintaan terhadap al-Quran, menyemai nilai-nilai Islam serta mengangkat keindahan dan kemuliaan wahyu sebagai panduan kehidupan.
Penganjuran berprestij ini turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memartabatkan al-Quran di persada antarabangsa, di samping mempererat ukhuwah ummah dan menyuburkan nilai kerohanian demi pembentukan masyarakat yang berakhlak dan sejahtera.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kesihatan mental ialah asas penting kepada kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat. Ia menuntut kesedaran, empati serta komitmen bersama untuk memastikan setiap individu mendapat ruang, sokongan dan peluang yang sewajarnya.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita memperkukuh budaya mendengar tanpa menghakimi, memahami tanpa prasangka dan menyokong tanpa stigma. Pengalaman mereka yang berdepan dengan cabaran kesihatan mental wajar didengari, dihormati dan diterjemahkan kepada tindakan yang membawa perubahan bermakna.
Dengar. Fahami. Sokong. Bertindak.
Bersama-sama, kita membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya menyokong kesejahteraan mental setiap insan.
“Suara Pengalaman Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Bermakna”
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026!
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐘𝐔𝐇, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Sukan merupakan wahana penting dalam membina masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera, di samping memperkukuh perpaduan serta semangat kebersamaan rakyat.
Sambutan Hari Sukan Negara 2026 pada 10 Oktober 2026, bertemakan “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)”, mencerminkan potensi teknologi sebagai pemangkin inovasi dan transformasi dalam membudayakan gaya hidup aktif.
Ayuh, jadikan sukan sebahagian daripada kehidupan seharian demi melahirkan masyarakat yang cergas, memperkukuh kebersamaan dan membina negara yang lebih sihat serta sejahtera.
Jom Cergas Bersama, ke arah Negara Bersukan!
Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2026!
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
SARA MADANI Untuk Semua sebanyak RM200 kepada rakyat Malaysia, disalurkan dalam dua fasa iaitu RM100 menjelang Aidilfitri dan RM100 sempena sambutan 70 Tahun Merdeka.
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang meningkat daripada RM100 kepada RM150 sebulan, bersamaan sehingga RM1,800 setahun.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bantuan SARA kini boleh digunakan untuk membeli barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani FAMA seluruh negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seramai 9,000 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2027, manakala Kerajaan tidak lagi akan melaksanakan pengambilan doktor secara kontrak selepas ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Gaji Minimum Kebangsaan naik kepada RM2,000 mulai Jun 2027.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Had pelepasan cukai asas individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 buat kali pertama sejak 2010. Skop pelepasan baharu turut diperluas untuk merangkumi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek, langganan AI, kos haiwan peliharaan angkat, serta rawatan selepas bersalin.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, sempurna sudah pembentangan perencanaan kewangan nasional, Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat dengan semangat “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.
Waad Nasional menjadi payung Belanjawan kali ini, yakni janji bersama untuk mengangkat martabat negara dan rakyat, dengan Kerajaan MADANI memikul amanah, meringankan beban serta membuka peluang, sementara rakyat menggembleng ilmu, usaha dan kecemerlangan.
Setinggi mana pun cita-cita negara, kemajuan mesti berakar pada keperluan rakyat demi kehidupan yang lebih bermaruah serta masa depan yang lebih baik buat generasi mendatang.
Negara ini mesti mekar dan mencakup kepentingan semua, dan saya yakin semua menggarap semangat kolektif ini demi negara tercinta.
🇲🇾💪🏻
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 seorang murid.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan 2027 yang saya bentangkan hari ini merupakan langkah penting dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat setiap warga Malaysia, dengan aspirasi menggapai di langit dan mengakar di bumi.
Alhamdulillah, belanjawan kali ini cukup bermakna tatkala Kerajaan MADANI akhirnya merungkai permasalahan legasi membabitkan doktor kontrak. Usaha menangani tekanan kos sara hidup turut diperkukuh melalui peningkatan kadar gaji minimum serta langkah memastikan para siswazah menerima upah yang bermaruah, di samping pelbagai inisiatif dan reformasi penting yang lain.
Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memperkukuh ekonomi negara dan memastikan hasil kemakmuran dipulangkan secara adil kepada setiap rakyat Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi!
Usai pembentangan Belanjawan MADANI Kelima, saya terus ke Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, yang mengadakan Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Insya-Allah, esok kami akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar pandangan terkait isu serantau dan antarabangsa, selain menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Mesir.
======
Welcome to Malaysia, President Abdel Fattah El-Sisi!
🇲🇾🇪🇬
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Beban PTPTN diringankan, dengan bayaran ditangguhkan bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan dan bayaran minimum hanya RM50 bagi yang bergaji RM2,500 hingga RM3,000.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pengangkutan awam lebih murah dan mampan dengan pengenalan MyKOMUTER50 yang menjimatkan sehingga RM160 sebulan untuk 40,000 pengguna KTM Komuter, serta pas bulanan My50 diteruskan untuk 300,000 pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bantuan khas kewangan RM1,500 disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B ke bawah dan RM750 kepada lebih 1 juta pesara kerajaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan 2027 dirangka melalui proses yang panjang dan teliti, dengan menimbang pandangan pelbagai pihak bagi memastikan keperluan setiap lapisan rakyat diberikan perhatian sewajarnya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang proses ini, termasuk yang menyumbang pandangan, cadangan dan teguran.
Penghargaan khusus buat seluruh pasukan Kementerian Kewangan yang telah bersengkang mata menyiapkan Belanjawan 2027 demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Terima kasih dan salute 🫡.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Belanjawan MADANI Kelima yang saya bentangkan di Dewan Rakyat memperuntukkan RM510 bilion bagi mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat. Manfaatnya mesti dirasai setiap warga Malaysia, tanpa ada yang tercicir.
Antara inisiatif utama:
⚖️ Pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa.
🏥 Insentif untuk petugas kesihatan serta peruntukan bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit.
♿ RM1.5 bilion bagi membela kebajikan golongan OKU.
🛡️ Perlindungan PERKESO diperluas kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.
☪️ RM3.1 bilion bagi memartabatkan syiar Islam.
🩺 9,000 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, menamatkan permasalahan legasi doktor kontrak.
🤝 RM445 juta bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli.
🏘️ RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters polis, doktor, tentera, guru serta bomba.
🌾 Bantuan sehingga RM4,300 sehektar setiap musim untuk pesawah.
🎣 Bantuan untuk nelayan dan pekebun kecil dinaikkan.
🌉 RM34.9 bilion untuk Sabah dan Sarawak, masing-masing RM18.7 bilion dan RM16.2 bilion.
💡 RM3.3 bilion bagi projek jalan luar bandar, lampu jalan serta bekalan air bersih dan elektrik.
Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan MADANI akan bekerja keras memastikan setiap ikhtiar ini diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐒𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
SHAH ALAM, 8 Oktober – Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam 2026 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood.
Dalam ucapannya, KSN menegaskan bahawa pengurusan rekod yang sistematik, berintegriti dan selamat merupakan asas penting kepada tadbir urus yang cekap, telus dan berakauntabiliti, di samping melindungi kepentingan negara.
Sehingga September 2026, sebanyak 18.1 juta rekod telah didaftarkan melalui Digital Document Management System (DDMS) 2.0, melibatkan 463 agensi. Bagi memperkukuh ekosistem pengurusan rekod digital kerajaan, KSN turut mengarahkan pembangunan DDMS 3.0 secara dalaman (in-house) serta memperluas pelaksanaan auditan khas pengurusan rekod di seluruh sektor awam.
Majlis turut menyaksikan pengiktirafan kepada RISDA dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi Anugerah Khas dan Anugerah Arkib Perdana 2026, sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian dalam pengurusan rekod sektor awam.
Pengurusan rekod yang mantap bukan sekadar memastikan maklumat kerajaan terpelihara, malah menjadi pemangkin kepada ketelusan, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dukacita menerima khabar tiga beradik maut ketika dalam perjalanan ke sekolah dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor, hari ini.
Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah. 🤲🏻 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.
Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada jam 3.30 petang ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya bersama para jemaah lain.
Insya-Allah, selepas ini akan terus ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan MADANI Kelima.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sedia ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan MADANI Kelima.
Doakan ia berjalan lancar, Insya-Allah.
Tepian padi ada jerami,
Padi ditampi bawa ke rumah,
Menggapai di langit, mengakar di bumi,
Waad menjalin Belanjawan berhemah.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
SHAH ALAM, 9 Oktober 2026 – Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam Tahun 2026 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, Selangor.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memberikan taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2027 kepada rakan-rakan media tengah hari tadi bagi menjelaskan hala tuju serta ikhtiar Kerajaan MADANI untuk rakyat.
Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan mesti diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.
Saya sedar, pertumbuhan ekonomi sahaja belum memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup. Justeru, Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.
Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, Insya-Allah. Semoga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati Allah SWT.
#malaysiamadani
#belanjawan2027
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan pagi ini dengan menyambut ketibaan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing sempena lawatan beliau ke Malaysia.
Saya dan Presiden Aung Hlaing kemudian mengadakan pertemuan empat mata dalam suasana saling menghormati, sebagai kesinambungan pertemuan kami di Bangkok awal tahun lalu. Di pejabat saya hari ini, kami berbicara secara terbuka mengenai isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
Dalam pertemuan selama setengah jam itu, kami bertukar pandangan mengenai penyelesaian isu pelarian Myanmar di Malaysia, khususnya penghantaran pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah tanpa mengira etnik.
Saya percaya bahawa perbincangan dan rundingan secara langsung dengan Presiden Aung Hlaing serta pimpinan Myanmar penting untuk mencapai penyelesaian yang lebih tuntas dalam isu pelarian. Pendekatan selama ini yang mengehadkan ruang dialog tidak membuahkan hasil, bahkan isu yang berlarutan selama puluhan tahun ini terus meruncing dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
Justeru, ruang perbincangan yang berasaskan sikap saling menghormati dan kepercayaan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengusahakan penyelesaian yang nyata.
=====
President Aung Hlaing and I met one-on-one this morning, continuing the dialogue we began in Bangkok early last year. We spoke openly about matters of shared concern to our two countries.
Our half-hour discussion focused on the plight of Myanmar refugees in Malaysia and the prospects for their voluntary, safe and dignified return, regardless of ethnicity.
I believe direct dialogue and negotiations with President Aung Hlaing and Myanmar’s leadership are essential to securing a lasting resolution. Approaches that have restricted dialogue have borne no fruit. Meanwhile, the refugee issue has continued to worsen over the decades, causing growing concern among Malaysians.
The trust and mutual respect underpinning these discussions must now translate into concrete progress towards an amicable solution.
🇲🇾🇲🇲
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Presiden Min Aung Hlaing kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan Malaysia dan Myanmar serta memperluas kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Perbincangan merangkumi bidang perdagangan, ekonomi, tenaga dan keselamatan, selain usaha menangani jenayah rentas sempadan yang memerlukan penyelarasan serta komitmen bersama.
Saya menekankan kepentingan dialog yang inklusif bagi menjayakan usaha perdamaian dan rekonsiliasi di Myanmar, selain menyatakan kesediaan Malaysia untuk memudah cara proses ini ke arah keamanan yang berkekalan.
Kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan, khususnya perlindungan orang awam dan akses bantuan kemanusiaan yang selamat kepada semua komuniti terjejas. Urusan penghantaran pulang warga Myanmar turut dibincangkan dengan penekanan agar ia dilaksanakan secara sukarela, selamat dan bermaruah.
Berpaksikan Diplomasi MADANI, Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme dan saluran yang tersedia, termasuk melalui ASEAN, bagi memperkukuh hubungan dua hala serta menterjemahkan persefahaman ini kepada tindakan nyata demi keamanan Myanmar, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran bersama di rantau ini.
🇲🇾🇲🇲
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media bersama, saya menegaskan bahawa lawatan ini penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Myanmar, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, malah demi menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.
Kami sepakat memperluas kerjasama yang berteraskan kepentingan rakyat, merangkumi perdagangan dan pelaburan, pendidikan, agromakanan, tenaga, kesihatan serta pembangunan kapasiti, di samping menangani isu-isu yang perlu diberi perhatian secara bersama dan konstruktif.
Malaysia akan terus membuka ruang dialog, membina kepercayaan dan mencari titik persamaan demi kepentingan bersama.
Peranan yang lebih konstruktif juga akan dimainkan dalam memastikan Myanmar kekal terlibat dalam komuniti serantau tanpa prejudis, khususnya melalui kerangka ASEAN.
Insya-Allah, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama usaha yang membawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran kepada rantau ini.
🇲🇾 🇲🇲
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai sidang media bersama, saya dan Presiden Aung Hlaing serta delegasi kedua-dua negara langsung ke Kompleks Seri Perdana untuk menyertai Dialog Kerjasama Malaysia-Myanmar di bawah kelolaan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.
Dialog ini melengkapi usaha memperkukuh persefahaman antara Malaysia dan Myanmar melalui penglibatan ahli akademik, ilmuwan, badan pemikir dan komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Saya tegaskan bahawa segala yang dibincangkan dalam pertemuan empat mata dan rundingan dua hala mesti disusuli tindakan nyata.
Presiden Aung Hlaing dan saya senada bahawa kementerian serta agensi berkaitan perlu bergerak aktif dan terselaras untuk menjayakan kerjasama ini. Ini turut merangkumi usaha merungkai isu pelarian Myanmar di Malaysia.
Kerajaan memberikan sokongan kepada inisiatif dialog ini serta menggalakkan penyertaan lebih luas institusi ilmu dan komuniti perniagaan, agar hasil perbincangan dapat diterjemahkan kepada kerjasama yang membawa manfaat langsung kepada rakyat.
Saya percaya dialog yang terbuka dan tindakan susulan yang bersungguh-sungguh akan memperkukuh kepercayaan antara Malaysia dan Myanmar, sekali gus membuka jalan untuk menyelesaikan isu berbangkit serta memperluas kerjasama yang membawa manfaat nyata kepada rakyat Malaysia.
🇲🇾🇲🇲
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keadaan jerebu yang semakin memburuk amat membimbangkan, terutama kesannya terhadap kesihatan rakyat, justeru Kerajaan MADANI sedang mempergiat usaha menanganinya termasuk melalui operasi pembenihan awan oleh agensi berkaitan.
Saya juga telah menghubungi Presiden Prabowo sebelum ini yang bersetuju mengambil langkah-langkah perlu, dan komitmen ini harus disusuli tindakan segera serta berkesan oleh pihak Indonesia bagi menangani punca jerebu, dengan Malaysia bersedia memberikan kerjasama.
Saya turut meminta Menteri Luar supaya sekali lagi hubungi Sekretariat ASEAN bagi menyegerakan mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN untuk menyelaras tindakan serantau, khususnya memperkukuh usaha Indonesia menangani masalah ini demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri agenda lawatan, kami menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang diserikan dengan persembahan kebudayaan dan warisan seni, mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia dan Myanmar.
Moga segala hasil dan persefahaman yang dicapai sepanjang lawatan ini dapat diterjemahkan kepada langkah susulan seperti yang dirancang, demi memperkukuh hubungan dua hala dan kepentingan bersama.
🇲🇾 🇲🇲
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan yang telah bekerja keras menyiapkannya.
Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#belanjawan2027 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan Malaysia laksanakan penghantaran pulang rakyat Myanmar dengan tertib, berperingkat dan berlandaskan undang-undang serta nilai kemanusiaan.
Proses dilaksanakan melalui rundingan dengan kerajaan Myanmar, secara teratur dan tanpa paksaan. Moga usaha ini dapat disempurnakan dengan tegas dan teratur, demi kepentingan negara serta hubungan dua hala yang baik.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keselamatan dan kebajikan anak-anak di sekolah bukan sekadar soal garis panduan, tetapi menuntut tindakan dan pengawasan yang benar-benar berkesan.
Sekolah, guru, pihak berkuasa pendidikan dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh dipisahkan. Keluarga pula menjadi asas penting dalam memastikan anak-anak sentiasa diberi perhatian, didengar dan dilindungi.
Moga anak-anak kita terus membesar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan membina keyakinan untuk menjadi generasi masa hadapan yang kita banggakan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan, meninggalkan momen istimewa buat rakyat tempatan yang kembali merasai kehangatannya di Litar Antarabangsa Sepang.
Penganjuran ini turut mengangkat imej Malaysia di persada dunia serta membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan.
Penghargaan khusus kepada Bahrain atas persahabatan yang memungkinkan detik bermakna ini. Semoga hubungan erat kedua-dua negara terus mekar.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan perlumbaan ini.
🇲🇾🇧🇭🏁
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah kembali mengimarahkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-66, tahun 1448 Hijri / 2026 Masihi di Kuala Lumpur malam ini. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan penghargaan kepada seluruh hakim dan peserta dari pelbagai negara yang menjayakan majlis ini.
Saya mengimbau persoalan yang dikemukakan ulama Sambas, Syeikh Muhammad Basyuni Imran kepada Sayyid Rashid Rida pada tahun 1929, yang kemudian dijawab Amir Shakib Arsalan menerusi karya monumentalnya pada tahun 1930: “Mengapakah umat Islam mundur dan umat lain maju?” Kemunduran ini dikaitkan dengan kelemahan penguasaan ilmu, kelunturan akhlak serta hilangnya keberanian dan kesungguhan.
Persoalan ini terus menggugah kita hingga hari ini. Kebangkitan umat menuntut pembaharuan ilmu dan perilaku serta penghayatan agama yang menggerakkan usaha dan tanggungjawab. Justeru, ikhtiar islah mesti melampaui kehadiran di majlis seumpama ini dengan menghayati hikmah al-Quran, seraya berani menguasai ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan, berpaksikan akidah yang teguh dan akhlak yang luhur.
Inilah generasi al-Quran yang unik yang mahu kita lahirkan: hatinya berpaut kepada Allah, tekun menuntut ilmu dan membawa rahmah dalam dakwah. Berakar pada khazanah turath Islam serta meneladani kebijaksanaan dan adab para ulama dan ilmuwan, generasi ini mesti berupaya menterjemahkan petunjuk al-Quran untuk menjawab persoalan kehidupan dan memajukan umat.
Firman Allah SWT
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”
(Surah al-Imran : 159)
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐔
6 Oktober 2026 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448H/2026M yang berlangsung hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#mthqa2026
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐔
6 Oktober 2026 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448H/2026M yang berlangsung hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa penghayatan al-Quran tidak seharusnya terbatas kepada membaca dan menghafaz, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pembentukan ilmu, akhlak, sahsiah serta keberanian membawa perubahan.
Dalam mendepani kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), umat Islam juga perlu menguasai ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai, prinsip dan jati diri.
MTHQA Ke-66 berlangsung dari 6 hingga 10 Oktober 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menghimpunkan peserta antarabangsa dalam usaha memperkukuh penghayatan al-Quran serta memperlihatkan wajah Malaysia sebagai negara yang aman, progresif dan menghargai kepelbagaian.
Ilmu diperkasa, akhlak dipelihara, rahmah disemai - membina ummah dan Malaysia yang lebih maju.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#mthqa2026
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐒𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍
Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama warga Perkhidmatan Awam Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur di INTAN Bukit Kiara menjadi wadah strategik untuk memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dengan warga perkhidmatan awam melalui dialog, perkongsian pandangan dan interaksi secara langsung.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐒𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍
Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama warga Perkhidmatan Awam Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur di INTAN Bukit Kiara menjadi wadah strategik untuk memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dengan warga perkhidmatan awam melalui dialog, perkongsian pandangan dan interaksi secara langsung.
Sesi ini turut membuka ruang kepada warga perkhidmatan awam untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea serta membincangkan keutamaan semasa Kerajaan, khususnya pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dalam memperkukuh tatakelola, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera Kerajaan serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pendekatan dialog secara langsung ini mencerminkan komitmen kepimpinan perkhidmatan awam untuk mendengar, menyelaras dan bertindak, bagi memastikan agenda reformasi terus diterjemahkan kepada perubahan yang bermakna dalam penyampaian perkhidmatan dan memberi nilai tambah kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 atas pencapaian sembilan pingat emas, sekali gus menyamai pencapaian terbaik negara di pentas Sukan Asia seperti yang dicatatkan di Guangzhou 2010.
Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi. Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya.
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 bersama-sama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
Saya turut berkesempatan beramah mesra dengan tetamu diraja yang berangkat menyaksikan perlumbaan hari ini, antaranya Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, serta tetamu kehormat yang lain.
Saya menjunjung kasih atas kepimpinan dan kebijaksanaan Tuanku Agong serta hubungan akrab baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, yang memungkinkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.
Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai rakan yang dihormati dan diyakini di persada dunia.
Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Daulat Tuanku!
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, menyampaikan trofi kepada para pelumba dan pasukan yang mengungguli Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
Tahniah kepada Max Verstappen, Kimi Antonelli dan Lewis Hamilton serta pasukan Red Bull Racing atas kejayaan yang diraih dalam perlumbaan yang penuh debaran dan persaingan sengit.
Terima kasih kepada seluruh pelumba dan pasukan atas aksi hebat yang disajikan buat peminat dari seluruh dunia, sekali gus menjadikan perlumbaan di Sepang kali ini kenangan yang cukup bermakna.
🇲🇾🇧🇭🏁
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1
Kredit: Bernama, EPA -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.
Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian. 🇲🇾🐯
Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang. 😉
#yakinmadani
#harimaumalaya
Kredit: FB Malaysia National Football Team -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya merakamkan penghargaan kepada Bahrain atas kepercayaan kepada Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang untuk menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026, sekali gus mempererat persahabatan kedua-dua negara.
Kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC), disertai komitmen seluruh pasukan penganjur, telah memungkinkan perlumbaan ini berlangsung dengan jayanya.
Salut kepada semua yang bertungkus-lumus, daripada pemandu bas, anggota keselamatan dan sukarelawan hingga peniaga serta petugas kebersihan, kerana di sebalik kemeriahan ini ada keringat dan kesungguhan mereka yang wajar kita hargai.
Terima kasih kepada peminat F1 dari seluruh dunia yang hadir, dan terutamanya rakyat Malaysia yang memeriahkan perlumbaan serta menyambut para tetamu dengan penuh kemesraan dan budi bahasa. Kalian telah memperlihatkan wajah Malaysia yang mesra, terbuka dan kaya dengan semangat muhibah.
Semoga kita ketemu lagi di Sepang. Insya-Allah!
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam dunia yang dipengaruhi teknologi, geopolitik dan ekonomi, kuasa perlu sentiasa dipandu oleh prinsip, dibatasi oleh institusi dan digunakan demi kepentingan rakyat.
Krisis Kewangan Asia 1997 mengajar kita bahawa apabila sistem gagal, rakyat yang paling terkesan. Hari ini, cabarannya berubah daripada kecerdasan buatan dan gangguan rantaian bekalan kepada persaingan kuasa besar.
Malaysia akan terus berhubung dengan semua pihak, mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara selain terus memperkukuh institusi, tatakelola dan integriti.
Itu antara intipati ucaptama saya di Khazanah Megatrends Forum 2026 dan harapan saya agar kita bersama-sama terus membina Malaysia yang lebih kukuh, adil dan berdaya tahan, serta memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyat dan generasi akan datang.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Today, on the sidelines of the Khazanah Megatrends Forum 2026, I discussed the current global state of play with distinguished figures from the worlds of technology and academia.
With Dato' Fong Swee Kiang, a Bukit Mertajam native, and a leading player in the semiconductor industry, we were on the same page about the need for Malaysia to move beyond traditional manufacturing and strengthen our capabilities in high-end technology, particularly AI super-cycle.
I also had a stimulating exchange with Professor Charles O'Reilly and Professor Stephen Kotkin. We examined transformative change, and the imperative for institutions to move up their technological value chain. Our broader conversation also considered the evolving geopolitical and economic landscape, including great power rivalry, and what these shifts mean for Malaysia.
I stressed that technological advancement and economic progress must go hand in hand with good governance and strong institutions. There can be no compromise in our fight against corruption and abuse of power.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83, saya tegaskan bahawa amalan tatakelola yang baik perlu terus dipertahankan dan sebarang bentuk pencerobohan tanah tanpa kebenaran tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan negara serta kepentingan rakyat.
Justeru, aspek penguatkuasaan perlu terus diperkukuh, manakala sebarang isu berkaitan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), perlu ditangani dengan segera agar maklumat yang tepat dan telus dapat disampaikan secara menyeluruh dan berkesan.
Tatkala kita mendepani kesan perubahan iklim, urus tadbir tanah tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada keuntungan ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata.
Pengurusan tanah mesti dilaksanakan secara berhemah dan terancang bagi meminimumkan risiko terhadap kelestarian alam sekitar. Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap inisiatif pengurusan tanah dilaksanakan secara bertanggungjawab demi manfaat rakyat terbanyak.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam, sekali gus meraih tempat ketiga serta menamatkan saingan FIFA ASEAN Cup tanpa kalah dan tanpa bolos!
Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada.
Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara! 🇲🇾⚽🔥
Nota kaki: Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa. 😉
#yakinmadani
#harimaumalaya
Kredit: FB Malaysia National Football Team -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Formula 1
@F1
Sepang, you were spectacular 🤩
Thank you ❤️
#f1 #bahraingp -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
🇲🇾 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐈𝐂𝐇𝐈-𝐍𝐀𝐆𝐎𝐘𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑𝟐 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓!
Tahniah diucapkan kepada kontinjen Malaysia yang berjaya menamatkan saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di kedudukan ke-11 dengan kutipan 32 pingat keseluruhan.
🥇 9 emas
🥈 7 perak
🥉 16 gangsa
Pencapaian ini dilakar hasil semangat juang, disiplin, ketekunan dan pengorbanan para atlet yang membawa nama Malaysia ke pentas Asia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kontinjen Malaysia, termasuk para atlet, jurulatih, pegawai dan semua pihak yang memberikan sokongan sepanjang temasya berlangsung.
Terima kasih, wira dan wirawati negara. Anda semua kebanggaan Malaysia!
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆, 𝐈𝐏𝐎𝐇
IPOH, 4 Oktober 2026 – Program MADANI Kita 2026 menyantuni komuniti Buntong melalui interaksi secara langsung, mendengar aspirasi rakyat dan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus bersama rakyat membina komuniti yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI, sambil menyantuni peminat Formula 1 (F1) yang hadir.
Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan menawarkan pelbagai makanan dan minuman, termasuk snek dan makanan ringan.
Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita!
Penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, sebelum perlumbaan bermula di Litar Antarabangsa Sepang.
Kami membincangkan prospek mengembalikan Grand Prix Malaysia dalam kalendar Formula 1 secara tetap, sekali gus menyambut hasrat peminat yang sekian lama menantikan kepulangannya ke Sepang.
Namun, usaha ini memerlukan masa kerana penyusunan kalendar perlumbaan perlu mengambil kira jadual yang padat serta komitmen kontrak dengan negara penganjur sedia ada.
Insya-Allah, perkara ini akan dibincangkan bersama Jemaah Menteri bagi meneliti ruang dan hala tuju yang bersesuaian, dengan mengambil kira kemampuan negara serta manfaatnya kepada ekonomi dan rakyat.
🇲🇾🏁🏎️
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudiannya menghadiri Majlis Makan Malam sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia yang dihoskan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.
Turut berkesempatan beramah mesra dengan Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1 Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown, Prinsipal Pasukan Cadillac Marcin Budkowski serta pelumbanya Valtteri Bottas dan tetamu lain.
Selamat maju jaya kepada semua pasukan dan pelumba untuk perlumbaan esok, semoga ia berjalan lancar serta menyajikan aksi yang mengesankan buat peminat dari seluruh dunia.
🏁🏎️🏁🏎️
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan mengunjungi pit pasukan Mercedes-AMG PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang petang tadi.
Saya diberi taklimat mengenai operasi pasukan serta beramah mesra dengan Prinsipal Pasukan, Toto Wolff dan anak-anak Malaysia yang turut menyumbang kepakaran dalam pasukan ini.
Beraksi di Litar Antarabangsa Sepang tentunya membawa makna istimewa buat Mercedes-AMG PETRONAS, justeru saya ucapkan selamat maju jaya kepada barisan pelumba dan seluruh krew pasukan untuk perlumbaan esok.
🏎️🏎️🏎️
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1
Kredit Foto: Richard Pardon/Mercedes-AMG Petronas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku. Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.
Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆, 𝐈𝐏𝐎𝐇
IPOH, 4 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Buntong, Ipoh berlangsung hari ini di Dewan Orang Rama, Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, sebagai wadah memperkukuh hubungan dan interaksi secara langsung antara kerajaan dengan masyarakat setempat.
Pelbagai pengisian disediakan bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, antaranya tinjauan mesra ke reruai agensi kerajaan, penyampaian Cek Cura Sumbangan Khas YAB Perdana Menteri sempena Program MADANI Kita, Sumbangan Kotak Rahmah MADANI serta hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Berlangsung dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, program ini turut menghimpunkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti setempat, sekali gus mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang terus hadir, mendengar dan menyantuni rakyat di lapangan.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
SEREMBAN, 3 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Kompleks Belia dan Sukan, Seremban, Negeri Sembilan, menghimpunkan komuniti dalam suasana kebersamaan, santunan dan kemakmuran bersama.
Terus mendekati rakyat.
Terus menyantuni komuniti.
Terus menggerakkan agenda MADANI.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
SHAH ALAM, 3 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bersama komuniti Kota Anggerik berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan di Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.
Pelbagai pengisian disediakan, termasuk persembahan silang budaya, penyampaian cek cura kepada persatuan belia dan silat, persembahan silat serta sesi ramah mesra bersama penerima Bakul Rahmah.
Turut berlangsung sesi walkabout ke reruai perkhidmatan agensi Kerajaan, membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus.
Bukan sekadar hadir, tetapi mendengar, mendekati dan menyantuni.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya tidak pernah melihat anak muda hanya sebagai “pemimpin masa hadapan” namun mereka inilah sebahagian daripada kekuatan yang membentuk Malaysia hari ini, dengan keberanian, ilmu dan gagasan yang mereka miliki.
Itu antara amanat saya di Forum Ekonomi Belia (YEF) 2026 dan saya turut menyeru anak-anak muda agar menolak politik adu domba dan sentimen perkauman, sebaliknya tampil sebagai generasi yang memperkukuh perpaduan, menjunjung nilai kemanusiaan dan membina Malaysia yang lebih adil serta bermaruah.
Saya juga menerima baik cadangan YEF untuk mengangkat darjat dan harakat belia, memperluas peluang serta meningkatkan taraf kehidupan rakyat, Insya-Allah cadangan ini akan diteliti menjelang pembentangan Belanjawan MADANI pada 9 Oktober 2026.
Pesanan saya, masa tidak hanya menanti untuk diwarisi, tetapi sedang dibentuk hari ini. Dan anak muda mesti berada di barisan hadapan untuk mencorakkannya.
#belanjawan2027
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengalu-alukan keberangkatan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, ke Malaysia sempena Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Saya menzahirkan penghargaan atas dukungan Bahrain dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang memungkinkan kembalinya F1 ke Sepang buat kali pertama sejak 2017.
Penghargaan juga kepada Bahrain International Circuit, Sepang International Circuit dan Kementerian Belia dan Sukan atas kerjasama erat sejak Julai lalu, hingga persiapan perlumbaan ini berjaya disempurnakan dalam tempoh singkat.
Kami turut memanfaatkan pertemuan ini untuk membincangkan ikhtiar memperkukuh hubungan Malaysia dan Bahrain, termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi serta memacu agenda dua hala secara strategik.
Seiring aspirasi Ekonomi MADANI dan Wawasan Ekonomi Bahrain 2030, kami bertekad memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan pembuatan pintar.
Malaysia mengalu-alukan pelaburan Bahrain, sementara syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC), demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Semoga delegasi Bahrain, seluruh pasukan, pelumba dan para pengunjung menikmati hujung minggu perlumbaan yang lancar dan sempurna.
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍
SEREMBAN, 3 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Kompleks Belia dan Sukan, Seremban, hari ini menghimpunkan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, perkhidmatan dan pengisian santai untuk seisi keluarga.
Program ini menjadi wadah mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat melalui reruai pameran perkhidmatan kerajaan, Jualan RAHMAH dan Jualan Agro MADANI, di samping pelbagai aktiviti komuniti termasuk pertandingan mewarna, futsal, gubahan hantaran serta pakaian beragam kanak-kanak.
Turut disediakan pengisian berbentuk pendidikan dan kemahiran seperti Jom Exchange Al-Quran, E-Sukan, Pocket Talk Kenegaraan dan Keselamatan Internet.
Kemuncak program diserikan dengan penyampaian hadiah pertandingan, agihan Bakul RAHMAH serta Cabutan Bertuah Perdana, sekali gus mencerminkan pendekatan MADANI yang terus menyantuni masyarakat dan menghubungkan kerajaan dengan rakyat secara lebih dekat.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐊
SHAH ALAM, 3 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 bertempat di Dewan Melati Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026 malam tadi.
Walaupun terlepas ke final, semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pasukan negara mampu bersaing dan memberikan yang terbaik.
Perjuangan belum selesai. Fokus kini kepada penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Vietnam. Kekalkan momentum, berjuang hingga wisel terakhir dan bawa pulang kemenangan untuk Malaysia!
🇲🇾🐯⚽
#malaysiamadani
#harimaumalaya
Foto: Malaysia NT -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tengah hari tadi berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Abdullah Zubair, Sungai Besi serta makan tengah hari bersama penduduk setempat.
Usai solat, saya terus meninjau tapak bekas Kuarters TUDM yang terletak bersebelahan dengan masjid. Sebanyak 160 unit kediaman di tapak seluas 10 ekar di Bandar Malaysia ini akan dibaik pulih dan diperuntukkan khas buat golongan profesional muda Melayu yang bekerja di ibu kota. Kediaman ini dijangka sedia didiami menjelang 2027.
Tinjauan hari ini membawa makna tersendiri apabila komitmen mewartakan 50 ekar Tanah Rizab Melayu di Bandar Malaysia, yang saya umumkan ketika Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, kini menjadi kenyataan. Pewartaan ini memastikan tanah yang amat bernilai di tengah-tengah Kuala Lumpur terus terpelihara untuk kepentingan orang Melayu.
Penyerahan tapak 10 ekar ini merupakan fasa pertama pembangunan di kawasan Tanah Rizab Melayu tersebut, dengan tumpuan kepada penyediaan kediaman untuk golongan profesional muda Melayu.
Kerajaan MADANI bertekad memperluas peluang pemilikan kediaman serta mengangkat martabat dan kedudukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera tanpa menjejaskan hak serta peluang kaum lain. Kemakmuran Kuala Lumpur mesti dinikmati bersama secara adil agar setiap warga mempunyai tempat dan masa depan yang bermaruah di ibu kota.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kontinjen negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kini mengumpul sembilan pingat emas, satu pencapaian membanggakan yang menyerlahkan kehebatan dan kesungguhan luar biasa atlet Malaysia dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia.
Tahniah dan syabas kepada para penyumbang emas hari ini:
🥇 Keirin lelaki — Datuk Mohd Azizulhasni Awang
🥇 Skuasy wanita berkumpulan — Aifa Azman, S. Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold
🥇 Skuasy lelaki berkumpulan — Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, C. Ameeshenraj dan Mohammad Syafiq Kamal
Esok, perjuangan memburu emas diteruskan oleh gandingan padel lelaki, Christian Didier Chin dan Aidan Yunus, serta skuad hoki lelaki yang akan beraksi di pentas final.
Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.
🇲🇾🇲🇾🇲🇾
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini berkesempatan hadir bersama anak-anak mahasiswa di Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara 2026 di Putrajaya, di sela-sela kesibukan memuktamadkan Belanjawan Negara.
Pengiktirafan ini membawa amanah besar. Saya tegaskan bahawa universiti tidak boleh menjadi menara gading yang terpisah daripada denyut kehidupan rakyat. Mahasiswa mesti memahami permasalahan masyarakat serta berani tampil membetulkan kepincangan dan membela nasib golongan yang terpinggir.
Ilmu dan kelayakan tinggi sahaja tidak menjamin keluhuran peribadi. Skandal besar negara yang terbongkar kebelakangan ini memperlihatkan bagaimana golongan terdidik turut terjerumus dalam rasuah dan salah guna kuasa. Justeru, kesempatan di universiti mesti dimanfaatkan untuk mengasah fikiran dan memperteguh iman, akhlak serta hati nurani agar prinsip tidak mudah digadai oleh godaan kuasa dan harta.
Saya mencabar Generasi Z untuk mencetuskan kebangkitan semangat baharu dengan kesedaran tinggi untuk berkhidmat, membela nasib rakyat dan menolak kebobrokan. Beranilah menggapai yang di langit, namun tetap mengakar ke bumi dengan iman, akhlak dan jati diri yang teguh. Jadikan ilmu sebagai kekuatan untuk membawa perubahan demi bangsa dan negara.
Manfaatkanlah ilmu dan peluang yang tersedia untuk merapatkan kesenjangan antara kaum, wilayah serta golongan kaya dan miskin agar kemajuan negara dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat.
Tahniah kepada semua penerima anugerah malam ini, khususnya buat saudara Mohamad Amar Aidid Mohd Zain daripada Universiti Utara Malaysia yang dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Negara 2026. Semoga pengiktirafan ini menyemarakkan semangat kalian untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan berpegang teguh pada kebenaran.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar tinjauan saya di Litar Antarabangsa Sepang sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Semoga penganjuran yang bermula hari ini berjalan lancar dan memberi pengalaman yang mengesankan buat peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
"It's lights out and away we go!" 🏎️🏎️🏎️
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.
Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang.
🏎️🏎️🏎️
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏!
Tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini bagi memastikan kesiapsiagaan menjelang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Sepang kembali. Formula 1 kembali. Debaran bermula!
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐅𝟏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀
SEPANG, 1 Oktober 2026 – Di sebalik kemeriahan dan tumpuan dunia terhadap Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, terserlah komitmen barisan petugas dan sukarelawan yang menjadi penggerak penting di sebalik kelancaran penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini.
Daripada pengurusan peminat dan penyelarasan acara kepada aspek keselamatan, pergerakan serta kesiapsiagaan di sekitar litar, setiap tugasan dilaksanakan secara tersusun melalui kerjasama dan koordinasi pelbagai pihak.
Komitmen, disiplin dan profesionalisme seluruh petugas, sukarelawan serta pasukan penganjur mencerminkan kesiapsiagaan Malaysia dalam menguruskan penganjuran acara berskala besar, sekali gus memastikan pengalaman yang lancar, selamat dan teratur buat semua yang hadir.
Di sebalik setiap detik perlumbaan yang menjadi perhatian, terdapat ribuan usaha yang memastikan keseluruhan acara dapat berlangsung dengan baik.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela-sela tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang, saya sempat bercakap dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, bagi berkongsi perkembangan persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026.
Saya turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat Malaysia dan Bahrain dalam menjayakan penganjuran ini, dengan segala persiapan kini giat dilaksanakan bagi menyambut kehadiran peminat dan pengunjung dari seluruh dunia.
Saya menantikan pertemuan dengan Putera Mahkota di Malaysia dalam beberapa hari lagi, insya-Allah, seraya terus memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏!
SEPANG, 1 Oktober 2026 – Tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini bagi memastikan kesiapsiagaan menjelang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Penganjuran ini menyaksikan Sepang kembali menjadi pentas Formula 1 buat kali pertama sejak 2017, menerusi kerjasama antara Formula 1, FIA, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC).
Tinjauan turut diserikan dengan pit lane walk bersama peminat, selain menyantuni sukarelawan dan petugas yang menjadi nadi penting kelancaran penganjuran.
Dengan litar sepanjang 5.543 kilometer dan perlumbaan sejauh 56 pusingan, Sepang sekali lagi bersedia menyajikan aksi Formula 1 di hadapan peminat dari Malaysia dan seluruh dunia.
Sepang kembali. Formula 1 kembali. Debaran bermula!
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
PUTRAJAYA, 1 Oktober 2026 – Sebanyak 13 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerima pengiktirafan menerusi Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran SUK Negeri Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Damar Sari, F8, di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh pengurusan aduan awam sebagai sebahagian daripada usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif, cekap dan berkesan kepada rakyat.
Lebih daripada sekadar saluran maklum balas, pengurusan aduan awam yang sistematik menyediakan ruang penting untuk Kerajaan mengenal pasti isu, meneliti punca, memperkemas proses serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
Majlis ini turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik dan inovasi antara kementerian dengan Pentadbiran SUK Negeri, sekali gus memperkukuh pendekatan penyelesaian isu secara bersama dan berorientasikan hasil.
Selaras dengan pendekatan ARPA, maklum balas rakyat terus diperkasakan sebagai sumber strategik dalam mengenal pasti isu, mempercepat penyelesaian dan mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan daripada aduan kepada tindakan, dan daripada tindakan kepada penambahbaikan.
Kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing, saya merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.
Malaysia dan China telah membina jalinan yang kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, teknologi, pendidikan dan kebudayaan, malah kerjasama strategik seperti ECRL, teknologi 5G, kecerdasan buatan, pelabuhan dan industri nadir bumi turut membuka ruang baharu untuk manfaat bersama.
Saya turut menerima kiriman khas daripada Premier Li Qiang berupa buku mengenai Hangzhou, yang baru-baru ini saya kunjungi dan merupakan kampung halaman beliau. Saya amat menghargai ingatan dan perhatian tersebut.
Kedua-dua negara akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin, serta meneroka bidang-bidang baharu demi kepentingan rakyat, keamanan dan kemakmuran rantau.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang memberi tumpuan kepada usaha membanteras ketirisan wang awam dan salah guna kuasa, khususnya melibatkan Badan Berkanun Persekutuan.
Saya tegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang mesti disertai pembudayaan integriti dan tatakelola baik secara berterusan dalam sektor awam, swasta serta masyarakat.
Justeru, mesyuarat bersetuju supaya kajian undang-undang dilaksanakan bagi merangka dasar, hala tuju tadbir urus serta draf Rang Undang-Undang Khairat untuk mengawal selia entiti amanah dan pendanaan awam. Langkah ini penting bagi memastikan dana yang diamanahkan diurus secara telus dan bertanggungjawab.
Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Pembudayaan Nilai Perkhidmatan Awam. Pada masa sama, dasar bagi Rang Undang-Undang Badan Berkanun dan Entiti Kawalan (Tadbir Urus Kewangan) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini bagi memperkukuh disiplin serta kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan.
Mesyuarat juga bersetuju dengan tujuh resolusi yang dibentangkan semasa Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Kelima pada 25 September lalu.
Kerajaan MADANI akan terus memperteguh integriti perkhidmatan awam dan menutup ruang ketirisan serta salah guna kuasa. Setiap ringgit wang awam adalah amanah rakyat yang mesti dijaga, dan setiap kuasa yang diberikan mesti digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan perbualan telefon dengan sahabat saya, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau serta hubungan Malaysia dan Pakistan.
Saya amat menghargai ingatan dan ucapan takziah beliau atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim, yang memberi makna besar buat kami sekeluarga dalam saat kehilangan ini.
Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Saya merakamkan penghargaan atas peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran, serta menegaskan bahawa ruang dialog dan diplomasi mesti terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan dan membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan.
Saya menyampaikan harapan agar kunjungan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan setelah beberapa kali tertangguh. Saya mengalu-alukan kedatangan beliau pada bila-bila masa yang bersesuaian tanpa perlu terikat dengan aturan protokol rasmi.
Kami turut membincangkan urusan eksport daging yang akan terus disusuli oleh pasukan kedua-dua negara bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas.
Persahabatan Malaysia dan Pakistan harus terus diterjemahkan kepada ikhtiar yang membawa manfaat nyata buat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐊𝐄-𝟓𝟗
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena Ulang Tahun SPRM Ke-59.
Hampir enam dekad melaksanakan amanah, SPRM terus menjadi antara institusi penting negara dalam memperkukuh agenda pencegahan dan pembanterasan rasuah, memperkasa integriti serta memastikan amalan tadbir urus yang baik terus menjadi asas dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam mendukung aspirasi pembaharuan dan pengukuhan institusi, usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus bukan sekadar tanggungjawab sesebuah agensi, sebaliknya merupakan amanah bersama seluruh ekosistem Kerajaan dan masyarakat.
Semoga SPRM terus istiqamah melaksanakan mandat dengan tegas, profesional dan berintegriti, memperkukuh kepercayaan serta keyakinan rakyat, di samping menjadi pemangkin kepada pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam dan seluruh lapisan masyarakat.
Integriti diperkukuh, akauntabiliti dipertanggungjawabkan, kepercayaan rakyat dipelihara.
Selamat Menyambut Ulang Tahun SPRM Ke-59.
Ikhlas daripada
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈
PUTRAJAYA, 1 Oktober 2026 - Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazri.abubakarThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya berkesempatan bertemu para pemenang Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) 2026 Piala Pusingan YAB Perdana Menteri.
Tahniah kepada SM Tshung Tsin Sabah yang muncul juara, serta seluruh pemenang dan finalis yang telah membuktikan kreativiti, daya fikir dan potensi besar dalam bidang STEM.
Penyertaan 18,671 pasukan melibatkan lebih 56,000 pelajar dari seluruh negara memperlihatkan potensi besar anak muda kita yang mesti terus dipupuk demi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan mampu menerajui masa depan negara. Syabas dan teruskan kecemerlangan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi beliau.
PIF merupakan antara dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia, dengan aset di bawah pengurusan melebihi US$900 bilion. Peranannya sebagai pemacu Wawasan 2030 Arab Saudi turut membuka ruang kerjasama yang luas dengan rakan antarabangsa.
Kami bertukar pandangan tentang peluang memperkukuh kerjasama ekonomi Malaysia–Arab Saudi, khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur, pengurusan kemudahan, tenaga dan ekonomi halal.
Beliau turut memaklumkan bahawa syarikat milik penuh PIF, RUA AlHaram AlMakki, sedang meneroka kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan berorientasikan transit di kawasan Jabal Al Kaabah, Makkah. RUA ialah pemaju induk bagi pembangunan King Salman Gate di kota suci itu.
Potensi kerjasama ini adalah manifestasi keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia, di samping membuka peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga mahir kita.
Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran serta memperluas kerjasama di Arab Saudi dan mengambil bahagian dalam projek yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hadir bersama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib di tahun-tahun lampau.
Tentunya sukar untuk kami berdua menghadam hakikat ini bahawa beliau kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap babak indah yang dikongsi bersama kembali terpancar di depan mata hati yang terdalam.
Justeru, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Kak Hasmah. Dalam ingatan ramai, beliau adalah seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap mereka berasa dekat dan dihargai.
Saya dan Azizah mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus kuat dengan ujian-Nya, terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal bakti dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar gembira dari Shanghai apabila kontinjen Malaysia di WorldSkills Competition 2026 berjaya meraih satu pingat gangsa dan 13 Pingat Kecemerlangan. Inilah pencapaian terbaik negara dalam pertandingan ini sejak 1995.
Tahniah kepada 22 anak muda yang telah menampilkan kehebatan dan kemahiran dalam bidang TVET, sekali gus mengharumkan nama negara. Penghargaan khusus buat saudara Sia Xin Wan yang meraih pingat gangsa dalam kategori Pengujian Perisian serta menerima anugerah Best of Nation.
Teruskan mengasah kemahiran dan mengejar kecemerlangan. Kalian kebanggaan negara! 🇲🇾
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima khabar pemergian Guruh Soekarnoputra, putera kepada Presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno, dan adik kepada Ibu Megawati Soekarnoputri.
Saya zahir simpati serta takziah yang setulusnya kepada Ibu Megawati dan seluruh keluarga besar Almarhum.
Al-Fatihah.
🇲🇾🇮🇩 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat.
Daulat Tuanku.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan meningkat daripada 4.75 sen seunit pada 2025.
Bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar ini bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan dengan baik dalam mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran.
Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat.
Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kita kehilangan seorang ibu yang kasihnya menyentuh setiap jiwa. Budi, pesan dan senyuman Kak Hasmah akan terus hidup dalam ingatan. Selamat berehat di negeri abadi, Kak Hasmah. Al-Fatihah.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 75 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya pada pagi ini.
Dalam titah perutusan, Baginda mengingatkan betapa prinsip dan budaya syura perlu menjadi suluh, dan adab mesti menjadi kemudi dalam mengurus perbezaan pandangan, khususnya dalam kalangan umat Islam. Ketika pendapat bersilang dan suara meninggi, kejernihan pertimbangan serta kesantunan budi mesti teguh memimpin peribadi dan perwatakan diri.
Saya telah meminta pihak JAKIM untuk menghadam dan menyebarluas titah Tuanku ini untuk dihayati oleh segenap peringkat masyarakat. Titah ini ialah nasihat berharga buat kami semua dalam pimpinan kerajaan, partai-partai politik, badan dakwah dan masyarakat seluruhnya.
Amanahnya perlu hidup dalam tutur dan tindakan, bermusyawarah dengan lapang dada, menegur dengan hikmah, serta mendengar dengan rendah hati. Tidak berhujah sambil merobek tenunan ukhuwah dan tidak berbeza jalan hingga meruntuhkan jambatan persaudaraan, Insya-Allah.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 2/2026 hari ini, yang memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif dan langkah segera bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah Belanjawan 2027.
Saya turut meneliti perkembangan penguatkuasaan KPDN dalam mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara. Saya arahkan supaya penyelarasan antara agensi diperkukuh supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan geopolitik dunia dan kesannya terhadap harga serta bekalan keperluan asas agar sebarang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan segera dan berkesan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya berkesempatan berbual melalui telefon dengan sahabat saya yang juga Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.
Beliau menyampaikan ucapan takziah atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim. Ingatan dan doa beliau amat bermakna buat kami sekeluarga dalam saat yang berat ini.
Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa isu semasa yang menjadi perhatian bersama.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah saya ucapkan kepada Pearly Tan dan M. Thinaah atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara beregu wanita badminton di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sekali gus menamatkan penantian 12 tahun Malaysia untuk pingat dalam acara ini.
Syabas atas semangat perjuangan yang ditampilkan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin buat Pearly, Thinaah dan atlet-atlet lain untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. 🇲🇾🥉
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan ke Republik Rakyat China memberi ruang kepada saya untuk meneroka dan memperluas kerjasama strategik berlandaskan hubungan diplomatik Malaysia–China yang semakin erat.
Saya yakin persahabatan ini akan terus membuka peluang baharu dalam pelbagai bidang sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mana-mana negara atau tamadun tidak hanya berdiri dengan batu, besi ataupun angka-angka pertumbuhan saban tahun. Malah, ia dibangunkan juga oleh kalangan mereka yang berilmu, berprinsip dan menggarap bahawa setiap kepakaran datang bersama amanah.
Justeru, memang kita digesa untuk mengejar dan menggapai kecemerlangan serta pengkhususan (specialization), namun ilmu yang membeku dalam ruang dogma akhirnya boleh kehilangan makna dan jiwa. Filasuf besar Ortega y Gasset mengingatkan betapa bahaya gejala “barbarism of specialization”, yakni ketika seseorang yang terlalu arif dalam satu bidang, tetapi menjadi asing dalam hal kesedaran terhadap permasalahan masyarakat dan kemanusiaan.
Lantaran itu, ikhtisas harus menemukan dirinya pada nilai. Kepakaran mesti bersanding dengan etika, kecemerlangan dengan itqan fil amal, dan profesionalisme dengan keberanian untuk menyatakan yang benar serta tegas menolak segala bentuk rasuah, ketirisan dan kebobrokan.
Sementalahan, Malaysia tidak akan terangkat hanya kerana kita memiliki kalangan mereka yang pintar. Malaysia akan terangkat apabila kepintaran itu dipadukan dengan hikmah, apabila perbezaan kaum, agama dan wilayah tidak menjadi tembok yang memisah, tetapi menjadi tiang kekuatan yang menyempurnakan wajah dan seri sesebuah bangsa.
Justeru, Hari Ikhtisas Malaysia yang digelar pada 29 September setiap tahun harus kita maknai lebih daripada semata penghargaab. Ia adalah suatu peringatan bahawa ilmu tidak semata jalan ke arah kecemerlangan, tetapi wahana untuk meninggikan martabat negara dan masa depan generasi yang bakal mewarisinya.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.
Kerajaan MADANI mengambil langkah bagi menangani persoalan ini secara lebih tersusun, termasuk melalui penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal.
Hasil rundingan dengan Myanmar, 5,000 pelarian dipersetujui untuk dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat. Hari ini, 1,476 pelarian memulakan fasa pertama setelah melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.
Insya-Allah saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya menerima khabar gembira dari Kanada apabila PETRONAS bersama rakan usaha samanya berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia.
Keputusan ini membuka jalan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion. Pembesaran ini bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.
Tahniah kepada seluruh warga PETRONAS atas kejayaan ini. Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia.
Penghargaan saya kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas sokongan beliau kepada PETRONAS. Saya mengalu-alukan pertemuan bersama PM Carney dan delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama Malaysia-Kanada.
=====
I congratulate the entire PETRONAS team on reaching a final investment decision on Phase 2 of the LNG Canada project in Kitimat, British Columbia.
I thank Canadian Prime Minister Mark Carney for his support for PETRONAS. I welcome the prospect of meeting him and the Canadian delegation to deepen our friendship and expand cooperation between Malaysia and Canada.
🇲🇾🤝🇨🇦
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia memerlukan generasi muda yang berilmu, bersemangat dan teguh jati dirinya untuk mendepani kerencaman serta cabaran yang semakin kompleks.
Merekal inilah yang bakal mewarisi amanah untuk meneruskan pembangunan negara, mempertahankan nilai dan prinsip yang menjadi tunjang Malaysia, serta memastikan negara terus melangkah maju dengan penuh keyakinan dan bermaruah.
Pesanan ini saya titipkan kepada peserta Program MADANI Fellowship Tahun 2026 dan mengingatkan mereka agar memperkukuhkan jati diri dan persiapkan diri untuk memikul amanah yang lebih besar demi masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan perbualan telefon dengan Amir Negara Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani petang ini.
Saya amat menghargai ingatan dan ucapan takziah Sheikh Tamim atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim.
Baginda juga memohon agar saya sampaikan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Kami turut membincangkan perkembangan terkini rundingan damai dan pergolakan di Asia Barat, khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta usaha meredakan ketegangan yang melibatkan Iran.
Kami senada bahawa perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan segala ikhtiar damai diperkukuh demi menghentikan penderitaan rakyat. Malaysia akan terus mendukung usaha diplomatik bersama Qatar dan rakan serantau bagi menjamin keamanan yang berkekalan.
Saya menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia–Qatar terus berkembang, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan, serta merakamkan penghargaan atas undangan Sheikha Moza kepada Azizah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH).
🇲🇾🇶🇦
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Universiti Malaya (UM) atas kejayaan bersejarah sebagai universiti pertama Malaysia yang menembusi kelompok 200 terbaik dunia dalam Times Higher Education World University Rankings 2027, dengan menduduki tempat ke-194.
Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan Universiti Malaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, di samping menyuntik keyakinan bahawa institusi pendidikan tinggi kita mampu bersaing dengan universiti terkemuka dunia.
Justeru, kecemerlangan ini mesti terus diperkukuh dengan budaya ilmu yang subur, kebebasan berfikir serta penyelidikan yang menjawab keperluan masyarakat dan negara. Universiti harus melahirkan generasi yang tajam akal, teguh nilai dan akhlak serta berani meneroka gagasan baharu.
Kejayaan ini harus menjadi pemangkin kepada Universiti Malaya dan seluruh institusi pendidikan tinggi kita untuk terus meningkatkan mutu dan mengangkat martabat ilmu. Semoga Universiti Malaya terus melakar kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi menerima kunjungan hormat daripada delegasi SpaceX di Putrajaya. Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama melalui Starlink, perkhidmatan internet satelit kendalian SpaceX, bagi meluaskan capaian internet, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman.
Saya menghargai peranan Starlink dalam menyokong usaha Kerajaan meluaskan liputan dan meningkatkan mutu capaian internet menerusi JENDELA, termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan Orang Asli di Semenanjung.
Saya turut menyambut baik pengoperasian infrastruktur Point of Presence (PoP) Starlink di Cyberjaya bagi melancarkan trafik data tempatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
Alhamdulillah dalam pertemuan ini, SpaceX telah menyumbangkan 50 unit kit Starlink untuk menyokong kesiapsiagaan bencana negara.
Kemajuan teknologi mesti membawa manfaat yang nyata kepada rakyat. Seiring peluasan capaian internet, keselamatan siber, perlindungan data serta penggunaan internet yang selamat mesti terus diberi keutamaan.
Kita mahu memastikan masyarakat di pedalaman turut menikmati capaian internet yang berkualiti dan selamat agar mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu sesi libat urus Belanjawan 2027 bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera, antara yang dibangkitkan adalah kesulitan dihadapi perusahaan kecil merentas pelbagai industri, khususnya dalam mendepani tekanan kos perolehan dan operasi akibat krisis bekalan global.
Segala pandangan dan cadangan, khususnya berkaitan tekanan kos, akses kepada peluang dan usaha memperkukuh daya saing perusahaan, telah diambil maklum untuk diteliti sewajarnya dalam merangka Belanjawan 2027.
Kerajaan MADANI akan memastikan Belanjawan 2027 ini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas agar rakyat dan perusahaan dapat membina kemampuan serta mengangkat maruah anak watan.
#belanjawan2027
#ekonomimadani
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐃𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 28 September 2026 – Dalam suasana penuh hening dan penghormatan, negara hari ini mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
The Olympic Games™
@Olympics
Malaysia makes history! 🎉
Eain Yow NG and Sivasangari Subramaniam confirm their Olympic places for Malaysia at #la28 with victory in the men's and women's singles respectively at the #asiangames 💪
They become the first-ever squash players to secure Olympic places!⚡️
Squash will make its Olympic debut in Los Angeles at the next Summer Games.
#olympics #squash #roadtola28 #olympicqualifiers #aichinagoya2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐃𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 28 September 2026 – Dalam suasana penuh hening dan penghormatan, negara hari ini mengiringi perjalanan terakhir Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20.
Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dilaksanakan dengan penuh tertib dan penghormatan sebagai tanda penghargaan negara terhadap jasa, khidmat dan sumbangan Allahyarhamah yang telah mewarnai perjalanan sejarah negara.
Suasana hening menyelubungi Pusara Negara ketika jenazah Allahyarhamah disemadikan, disaksikan ahli keluarga, kenalan serta para tetamu yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.
Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah dikenang bukan sahaja sebagai pendamping kepada seorang pemimpin negara, tetapi juga sebagai seorang tokoh yang telah mencurahkan khidmat dan bakti dalam bidang perubatan, kemasyarakatan serta kebajikan.
Pemergian Allahyarhamah meninggalkan satu lembaran kenangan yang panjang dalam sejarah negara. Jasa dan sumbangannya akan terus dikenang oleh generasi hari ini dan akan datang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈
SERI KEMBANGAN, 28 September 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hari ini hadir ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah bagi menziarahi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri, atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Dalam suasana penuh dukacita ini, YAB Perdana Menteri menyampaikan salam takziah dan doa buat Tun Dr. Mahathir sekeluarga agar dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tengah hari tadi saya dapat bertemu keluarga besar alumni UiTM di Shah Alam. Pertemuan ini membawa saya menyingkap sejarah tujuh dekad sebuah institusi yang bermula dengan RIDA, disusuli Maktab MARA dan ITM, sebelum berkembang menjadi UiTM.
Ikhtiar tindakan afirmatif ini telah berjaya memecahkan tembok halangan hingga membolehkan anak petani, nelayan, pesawah serta keluarga miskin melangkah ke bidang profesional, lalu mengubah nasib keluarga dan mengangkat martabat bangsa.
Saya turut mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub, tokoh yang begitu tegas dalam memperjuangkan mutu dan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu. Beliau juga meninggalkan teladan dalam pengurusan yang cekap, bersih dan amanah, yang mengukuhkan kehebatan ITM Jalan Othman.
Mengambil semangat ungkapan Roger Garaudy,“Not to bury the ashes of the dead but to rekindle its flame,” saya bersetuju dengan cadangan menamakan Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman, serta meluluskan RM2.5 juta untuk kampus tersebut. Mudah-mudahan nama beliau terus menyemarakkan tuntutan terhadap kecemerlangan dan integriti dalam kalangan warga UiTM.
Saya turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap agenda Bumiputera. Komitmen ini terbukti tatkala pentadbiran inilah yang telah meningkatkan peruntukan mengurus dan pembangunan UiTM daripada kurang RM2 bilion sebelum ini kepada RM3.08 bilion pada tahun ini. Namun setiap ringgit untuk pendidikan dan agensi Bumiputera mesti dimanfaatkan dengan amanah. Ia tidak boleh dikhianati oleh salah guna kuasa, ketirisan atau amalan sakau.
Pada masa sama, saya meminta alumni UiTM memilih kira-kira 10 tokoh daripada pelbagai disiplin untuk menilai program utama agensi Bumiputera, khususnya UiTM, serta mengemukakan teguran dan cadangan yang jujur. Kita mesti berani mengenal pasti kelemahan sendiri jika mahu mengangkat UiTM menjadi pusat kecemerlangan akademik yang lebih unggul.
Dalam sesi soal jawab, saya mendengar keresahan mahasiswa tentang peluang pekerjaan dan gaji yang setimpal selepas tamat pengajian. Langkah yang lebih tegas untuk menangani soal gaji dan upah sedang diteliti dan, insya-Allah, akan diumumkan dalam Belanjawan akan datang. Saya juga tidak mahu kita terlepas pandang mahasiswa daripada keluarga miskin yang masih bergelut untuk mendapatkan makanan yang mencukupi. Kesulitan asas ini mesti ditangani.
Seorang alumni turut membangkitkan persoalan tatakelola UiTM Holdings yang didakwa mengalami kerugian lebih RM100 juta. Saya mengalu-alukan penelitian bersama pihak alumni dan pengurusan UiTM, dengan kerjasama pejabat saya. Kita perlu memperbaiki sebarang kelemahan dan mengambil tindakan jika siasatan menemukan kecurangan.
Inilah amanah yang saya harapkan dapat dipikul bersama oleh warga UiTM dan alumninya: mempertahankan peluang untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera, memelihara hak serta keharmonian seluruh rakyat, dan memastikan institusi kita ditadbir dengan bersih. Semoga api perjuangan tokoh terdahulu terus menyala melalui ilmu, akhlak dan tindakan kita hari ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tenanglah di sisi-Nya, abang. Moga kita ketemu semula di syurga dalam damai yang abadi.
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, malam ini saya dan Azizah dapat meluangkan waktu bertemu sahabat dan teman lama dalam Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi anjuran WADAH, ABIM dan PKPIM di Bangi. Majlis turut meraikan delegasi The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) yang hadir dalam acara ini.
Dalam menghadapi liku perjuangan bersama dengan gerakan Islam, saya sentuh kembali ucapan Almarhum Siddiq Fadzil bahawa Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.
Gerakan kesedaran atas nama Islam tempang sekiranya hanya berpaksikan semangat kemarahan dan menghalalkan adu domba. Kita harus bangkit dengan tradisi akliah dan tegak dengan idealisme. Gerakan apa pun atas nama Islam akan teruji bukan semata-mata pada slogan tapi kepada pelaksanaan perjuangannya.
Justeru saya menempelak kumpulan yang menunggang nama Islam atau Melayu, riuh melaungkan tentang bangsa tetapi mengetepikan soal akhlak dan idealisme perjuangan. Apa ertinya parti atau gerakan Islam sekiranya bergerak dengan meninggalkan prinsip akhlak, penuh dengan kebencian serta menjadikan fitnah dan cacian sebagai senjata dan wirid harian.
Saya juga sentuh kepentingan usrah dalam gerakan dengan tidak meninggalkan tradisi turath Islami yang juga penting dalam memandu gerakan dan perjuangan. Selain tegas dalam melawan rasuah, menentang pemikiran takfiri serta perjuangan membasmi kemiskinan tegar, gerakan Islam juga harus kekal dengan adab, akhlak dan menghormati kebangsaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari atas kejayaan mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita skuasy di Aichi-Nagoya 2026.
Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik mereka. Hari ini, kedua-duanya mengulangi kejayaan yang sama, sekali gus mencipta sejarah apabila mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang bakal menyaksikan penampilan sulung sukan skuasy di pentas Olimpik.
Dua emas, satu lagi detik membanggakan buat Malaysia. Syabas Eain Yow dan Sivasangari! 🇲🇾👏🏻
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.
Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.
Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.
Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya memulakan tugas pagi ini di ISTAC-IIUM, Kuala Lumpur dengan menghadiri International Future Conference 2026, anjuran Jawatankuasa Tetap bagi Kerjasama Saintifik dan Teknologi Pertubuhan Kerjasama Islam (COMSTECH), dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam kita bicara tentang hari esok, perasaan kita turut diselubungi dukacita menerima khabar pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini. Saya mengajak seluruh hadirin menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dilimpahi rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Sementalahan, saya menghargai ikhtiar OIC-COMSTECH dan UIAM menelaah cabaran masa hadapan, khususnya yang melingkari seputar dunia Islam. Umat mesti memiliki kesungguhan untuk menguasai warisan keilmuannya, menyalakan keberanian untuk bertanya dan menyoal serta kemahuan untuk meneroka wilayah ilmu yang belum terjangkau. Masa hadapan menuntut kita bekerja dan mencipta, dengan fikiran serta jiwa yang merdeka beserta tekad yang menyala.
Saya menegaskan pentingnya berpaut pada akar ilmu turath, menghayati kekayaan akal dan adab yang diwariskan, lalu mengolahnya untuk menjawab persoalan zaman. Akar yang dalam memungkinkan pohon menjulang; begitulah tradisi ilmu membekalkan kekuatan untuk kita melangkah lebih jauh.
Tradisi intelektual Islam tidak pernah sekadar berkisar pada pengajian yang terasing dan eksklusif, sebaliknya tertumpu kepada bagaimana ilmu dapat dijana dan diterap secara bertanggungjawab demi kesejahteraan umat manusia. Hal ini dicerminkan oleh para sarjana agung terdahulu yang memahami bahawa persoalan falsafah, matematik, dan perubatan tidak wajar dipisahkan daripada persoalan tentang tujuan dan matlamat kehidupan.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐁𝐔𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈
PUTRAJAYA, 28 September 2026 – Petugas daripada Perbadanan Putrajaya bersama Angkatan Tentera Darat melaksanakan persiapan bagi Istiadat Pengebumian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, hari ini.
Allahyarhamah diberikan penghormatan melalui Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai tanda penghormatan terakhir atas jasa dan sumbangan beliau kepada negara.
Semoga segala urusan istiadat dipermudahkan dan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 | 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈
Jabatan Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh keluarga serta waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah telah menabur jasa dan mencurahkan khidmat bakti dalam bidang kesihatan, kemasyarakatan serta pembangunan negara.
Segala jasa, sumbangan dan pengabdian Allahyarhamah kepada rakyat dan negara akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna.
Semoga seluruh keluarga dan waris dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐁𝐔𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈
Kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan pada 1.30 tengah hari untuk pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif sebelum dibawa ke Pusara Negara.
#jabatanperdanamenteri
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
ISTIADAT PENGEBUMIAN PEMBESAR NEGARA BUAT ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI
Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi. Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah.
Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah.
Ingatan dan doa saya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM
28 September 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
Himpunan Alumni UiTM 2026 menjadi wadah memperkukuh hubungan antara institusi, alumni dan generasi masa hadapan, selain meraikan legasi tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan tiga perkara utama yang mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan terhadap pengukuhan institusi, pemerkasaan alumni dan pembangunan belia.
🔹 Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya dinamakan semula sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman, sebagai penghormatan terhadap jasa dan legasi tokoh pendidikan tersebut.
🔹 Peruntukan segera RM2.5 juta disediakan bagi kerja-kerja menaik taraf kampus berkenaan demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
🔹 Sumbangan RM200,000 kepada Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) bagi menjayakan dua inisiatif, iaitu Program TUNaS Belia NEET dan Himpunan Mesra Alumni UiTM, masing-masing menerima RM100,000.
Tiga pengumuman ini memperlihatkan pendekatan Kerajaan yang bukan sahaja menghargai sejarah dan legasi, tetapi turut memastikan institusi pendidikan terus diperkasa dan alumni menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan generasi masa hadapan.
Legasi dihargai, institusi diperkasa, generasi masa hadapan dibina.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐎𝐍𝐆
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭, 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭.
PALONG, 27 September 2026 – Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 kembali menyantuni masyarakat setempat melalui penganjuran program selama dua hari bermula hari ini di Kompleks Sukan Komuniti FELDA Palong 6, Wilayah Raja Alias.
Menghimpunkan komuniti FELDA Palong 4, 5 dan 6, program ini menyediakan pelbagai pengisian merangkumi aktiviti kemasyarakatan, kenegaraan serta penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara langsung oleh agensi-agensi Kerajaan.
Lebih daripada sekadar sebuah program, PMK menjadi wadah memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan dengan rakyat melalui pendekatan turun padang mendekati komuniti, memahami keperluan setempat serta memastikan maklumat mengenai inisiatif dan perkhidmatan Kerajaan dapat disampaikan dengan lebih dekat, jelas dan berkesan.
Inilah semangat Malaysia MADANI, 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
DAMANSARA, 26 September 2026 – Semangat kebersamaan mewarnai Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Dewan Komuniti Damansara Damai, Selangor hari ini apabila komuniti setempat bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
SEGAMAT, 26 September 2026 – Kerajaan terus memperkukuh pendekatan turun padang dan mendekati rakyat menerusi Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 di FELDA Wilayah Segamat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazri.abubakarThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
DAMANSARA, 26 September 2026 – Semangat kebersamaan mewarnai Program MADANI Kita (PMK) 2026 di Dewan Komuniti Damansara Damai, Selangor hari ini apabila komuniti setempat bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat.
Pengisian utama Siri Temu Rakyat: Town Hall bersama Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara, YB Tuan Gobind Singh Deo membuka ruang dialog secara langsung bersama masyarakat, selain sesi santuni komuniti dan penyampaian Bakul Rahmah MADANI.
Suasana turut diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menggalakkan penyertaan komuniti, antaranya Senamrobik Komuniti MADANI, Pertandingan Mewarna MADANI, Explorace dan Interaktif Kenegaraan “Aku Kasih Malaysia”.
Turut berlangsung Pocket Talk bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MyDigital ID yang memberikan informasi serta kesedaran berkaitan perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat.
Inilah wajah Malaysia MADANI kerajaan turun mendekati rakyat, rakyat mengambil bahagian dan komuniti bersama-sama membina masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan bersatu.
Kerana MADANI bukan sekadar dasar dan program, tetapi semangat kebersamaan yang diterjemahkan melalui tindakan, penyertaan dan manfaat yang dirasai bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
SEGAMAT, 26 September 2026 – Kerajaan terus memperkukuh pendekatan turun padang dan mendekati rakyat menerusi Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 di FELDA Wilayah Segamat.
Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dalam satu platform bagi membolehkan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada perkhidmatan kerajaan secara lebih dekat dan langsung.
Selain pengisian berbentuk kemasyarakatan, kenegaraan dan aktiviti interaktif, PMK turut membuka ruang kepada komuniti untuk berinteraksi secara dua hala dengan agensi kerajaan, sekali gus memperkukuh kefahaman terhadap pelbagai inisiatif yang disediakan untuk rakyat.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan bukan sekadar sampai kepada rakyat, tetapi hadir lebih dekat dengan kehidupan dan keperluan komuniti.
Kerajaan bersama rakyat. Rakyat bersama MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi saya bersama para tuan guru, ulama dan masyarakat setempat dalam Program Sebarkan Salam dan Pendang Berselawat di Pondok Mujamma’ Ibnu Sunni Al-Talaqqi (MUSHTAQ), Pendang.
Terharu melihat begitu ramai yang hadir untuk mendengar tausiah, menuntut ilmu dan mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Saya memilih untuk mendengar terlebih dahulu pesan para tuan guru kerana setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu dan menghargai pandangan mereka yang bukan sahaja mendalami kitab serta warisan ulama, malah memahami keresahan masyarakat dan cabaran umat.
Sejarah bangsa kita tidak dapat dipisahkan daripada pondok dan pesantren yang terus memelihara iman, mempertahankan ilmu serta mendidik anak bangsa agar tidak kehilangan jati diri ketika tanah air dijajah, maka jasa para tuan guru yang tekun mengajar meski dalam serba kekurangan tidak mungkin kita lupakan.
Sebab itu kita mesti terus mengangkat martabat pendidikan pondok dan mendekatkan generasi muda kepada khazanah ilmu Islam kerana dunia boleh berubah sepantas mana sekalipun, kemajuan hanya membawa kebaikan apabila dipandu oleh iman, akhlak dan rasa tanggungjawab terhadap sesama insan.
Pesan tentang hikmah dan ihsan malam tadi amat dekat di hati saya kerana Islam menuntut kita tegas menegakkan keadilan dan menjaga amanah, namun ketegasan mesti sentiasa disertai kasih sayang agar ilmu menjadikan kita lebih jujur, lebih santun ketika berbeza pandangan dan lebih peka terhadap kesusahan orang lain.
Mudah-mudahan Allah SWT membimbing kita menjadi umat yang teguh imannya, luas ilmunya, indah akhlaknya dan sentiasa membawa rahmat kepada seluruh masyarakat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar dukacita mengenai pemergian tokoh perfileman negara, Tan Sri L. Krishnan, pada usia 104 tahun.
Mendiang merupakan bekas pelajar High School Bukit Mertajam dan antara tokoh terawal yang mencorakkan perkembangan filem Melayu.
Sebagai pengarah, mendiang menghasilkan karya-karya penting pada era 1950-an dan 1960-an bersama Shaw Brothers, Malay Film Productions, Cathay-Keris dan Merdeka Studios.
Antara karya arahan mendiang termasuk Bakti, Keris Sempena Riau dan Selendang Merah. Mendiang turut dikenang kerana membimbing dan menggilap bakat ramai bintang ternama, antaranya Seniman Agung P. Ramlee, Maria Menado, Mustapha Maarof, M. Amin dan Rosnani Jamil.
Lebih enam dekad dalam dunia filem, iklan dan muzik telah meninggalkan legasi besar dalam industri seni dan budaya negara. Pastinya jasa dan sumbangan mendiang dalam memperkaya khazanah seni tanah air akan terus dikenang.
Takziah kepada seluruh keluarga. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan rencana di Kedah dengan merasmikan Skim Usahawan Bangkit di Anak Bukit, sebuah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memperkasa usahawan dan peniaga kecil agar terus berkembang serta meningkatkan pendapatan keluarga.
Peniaga kecil adalah nadi ekonomi rakyat, daripada warung, gerai dan kedai kopi hingga pengusaha restoran, hotel serta pelbagai perniagaan yang menjadi punca rezeki keluarga dan membuka peluang pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat.
Kerajaan MADANI akan terus memudahkan urusan berniaga dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Hampir 2,000 permohonan telah diterima menerusi Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah, selain bantuan peralatan sehingga RM5,000 yang disediakan menerusi Geran Sejahtera MADANI melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Insya-Allah, ikhtiar membela dan mengangkat usahawan serta peniaga kecil akan terus diperkukuh menerusi Belanjawan 2027. Dalam kita membawa masuk pelaburan besar khususnya dalam teknologi, AI dan semikonduktor, kemajuan yang dikejar tidak harus sesekali mengorbankan kelangsungan peniaga kecil tempatan.
Kita mahu pelaburan terus masuk dan ekonomi terus berkembang, tetapi manfaatnya mesti dirasai rakyat serta membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk peniaga kecil kita tumbuh, berdaya saing dan maju.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat.
Bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat, saya meluluskan peruntukan tambahan RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.
Saya turut meluluskan RM250,000 kepada MUSTAQ bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis. Kedua-dua peruntukan ini akan diselaraskan oleh ICU JPM Negeri Kedah.
Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada para pelajar dan terus menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi pelaburan dan kerjasama perdagangan yang bakal mengalirkan limpahan manfaat serta kemakmuran bersama buat rakyat Malaysia dan China.
Penyertaan Malaysia dalam Pertandingan dan Sidang Kemuncak WorldSkills serta Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) telah memperlihatkan keupayaan negara di pentas antarabangsa.
Saya juga telah menyampaikan pendirian tegas Malaysia bahawa dalam mengejar perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi, pasak keinsanan dan nilai tidak boleh diketepikan. Di tengah-tengah persaingan global yang mencetuskan ketidaktentuan, kita harus melangkah ke hadapan menerusi dialog dan kerjasama demi membina dunia yang lebih adil dan saksama.
Hubungan diplomatik Malaysia-China ketika ini berada pada paras tertinggi. Malaysia dan China harus memanfaatkan momentum persahabatan ini untuk terus meneroka peluang dan merintis kerjasama baharu yang lebih gemilang.
Insya-Allah Jelajah Diplomasi MADANI akan terus digerakkan demi rakyat dan pertiwi tercinta, Malaysia.
🇲🇾🤝🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 25 September 2026 – Unit Integriti perlu diperkukuh sebagai rakan strategik kepada pengurusan tertinggi dalam memperkukuh tadbir urus, mengenal pasti risiko rasuah lebih awal serta mendorong penambahbaikan sistem dan proses organisasi secara berterusan.
YBhg. Tan Sri Johari Abdul Ghani, Yang Dipertua Dewan Rakyat, menegaskan bahawa peranan Unit Integriti tidak seharusnya terhad kepada pengurusan aduan, pematuhan dan tindakan susulan selepas berlakunya pelanggaran, sebaliknya perlu bergerak lebih ke hadapan melalui pendekatan pencegahan, pengesanan awal dan pengurusan risiko secara strategik.
Dalam mendepani perubahan teknologi, ekonomi digital, transaksi rentas sempadan, penggunaan data raya dan kecerdasan buatan (AI), organisasi turut berhadapan dengan bentuk serta modus operandi rasuah yang semakin kompleks.
Justeru, pendekatan pencegahan perlu diperkasa berasaskan ilmu, data dan penyelidikan bagi membolehkan risiko dikenal pasti lebih awal, intervensi dilaksanakan secara bersasar dan keberkesanan langkah pencegahan diukur secara berterusan.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi memperkukuh tadbir urus berteraskan data, pengurusan risiko dan tindakan proaktif sebagai pemboleh daya kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berintegriti, cekap dan berkesan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026, hari ini.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pulang ke Cherok Tok Kun dengan hati yang sarat rasa sayu dan hiba, untuk bersama keluarga besar mengiringi dan menitipkan salam terakhir buat Allahyarham Idrus Ibrahim.
Terima kasih atas segala kasih, jasa dan budi yang dicurahkan buat keluarga ini sepanjang hayatmu.
Insya-Allah, kami akan terus melangkah, menguatkan hati meneruskan saki-baki kehidupan, meski kehilangan ini meninggalkan ruang yang tidak mungkin terisi. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menunaikan Solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, bersama keluarga dan jemaah setempat.
Usai solat, kami kemudiannya bersama-sama menunaikan solat jenazah buat abang tersayang, Allahyarham Idrus Ibrahim.
Semoga Allah SWT menerima segala amalnya, mengampuni segala khilaf dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ameen. Thank you, my brother PM @CMShehbaz for your kind words and prayers. My family and I are deeply grateful.
Shehbaz Sharif
@CMShehbaz
Deeply saddened by the passing of Idrus Ibrahim, eldest brother of PM @anwaribrahim. My heartfelt condolences and prayers are with my brother Anwar Ibrahim and his family.
May Allah SWT grant the departed soul a place in Jannah and patience to the bereaved family. Ameen.
إنا لله وإنا إليه راجعون -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bagi pihak seluruh keluarga besar, saya merakamkan setulus penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib bersama isteri, YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah serta teman-teman yang hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Idrus Ibrahim.
Terima kasih atas setiap doa dan kata-kata yang menguatkan kami saat hati masih berat menerima kehilangan ini, sesungguhnya kehadiran kalian amat bermakna buat kami sekeluarga.
Berat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sosok yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup, berkongsi suka dan duka serta meninggalkan kenangan yang akan terus hidup dalam ingatan kami.
Kini yang tinggal hanyalah doa dan rindu yang tidak akan pernah berpenghujung.
Selamat berehat, abangku, damailah di sana dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada skuad sepak takraw negara atas kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih emas dalam acara regu berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Kejayaan ini turut menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di temasya kali ini, sekali gus menjadi satu kemenangan yang cukup bermakna dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Syabas anak-anak Malaysia. Teruskan mengharumkan nama negara!
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝟔𝟑: 𝟏𝟑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝟗 𝐃𝐈𝐌𝐔𝐊𝐓𝐀𝐌𝐀𝐃𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
MA63 bukan sekadar sebuah perjanjian sejarah, tetapi amanah Persekutuan yang terus diperkukuh demi kesejahteraan dan masa depan Malaysia.
Daripada keseluruhan 29 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebanyak 13 perkara telah diselesaikan, termasuk sembilan perkara yang dimuktamadkan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
Antara pencapaian penting yang telah dilaksanakan ialah:
▪️ Pengiktirafan JKR dan JPS Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal;
▪️ Penempatan wakil tetap Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
▪️ Penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Sabah; dan
▪️ Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak.
Setiap kemajuan ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan untuk memastikan perkara yang dipersetujui dalam MA63 terus diterjemahkan melalui tindakan, penyelesaian dan pelaksanaan yang nyata.
MA63 ialah amanah bersama, tanggungjawab Persekutuan dan asas penting dalam memperkukuh kesatuan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak terus berdiri teguh sebagai rakan kongsi dalam sebuah negara yang berdaulat, inklusif dan makmur.
Bersama memperkukuh Persekutuan.
Bersama menjaga amanah MA63.
Bersama membina Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Alhamdulillah, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui lawatan kerja ke United Kingdom dengan membawa pulang perspektif baharu, amalan terbaik serta jaringan strategik global bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing perkhidmatan awam negara di persada antarabangsa.
Sebelum bertolak, saya telah menetapkan beberapa sasaran antaranya usaha meningkatkan kedudukan indeks perkhidmatan awam, pemeteraian memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Universiti Oxford dan RSOG, pemantapan kerangka reformasi perkhidmatan awam dari perspektif global, dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan Kerajaan di luar negara. Alhamdulillah, kesemua sasaran ini berjaya dicapai.
Semoga manfaat dan hasil lawatan ini akan diterjemahkan kepada tindakan dan pembaharuan yang nyata ke arah perkhidmatan awam yang lebih tangkas, berdaya tahan dan sedia masa depan (future-ready).
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shehbaz Sharif
@CMShehbaz
Deeply saddened by the passing of Idrus Ibrahim, eldest brother of PM @anwaribrahim. My heartfelt condolences and prayers are with my brother Anwar Ibrahim and his family.
May Allah SWT grant the departed soul a place in Jannah and patience to the bereaved family. Ameen.
إنا لله وإنا إليه راجعون -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan China sering menampilkan keindahan bunga orkid, khususnya Phalaenopsis atau Orkid Rama-rama, sebagai perhiasan dalam majlis-majlis diplomatik utama mereka.
Hal ini cukup terserlah tatkala saya mengadakan pertemuan dua hala bersama sahabat saya, Premier Li Qiang di West Lake State Guest House, Hangzhou hari ini.
Dalam bahasa Cina, orkid disebut Lán Huā (兰花). Ada suatu ungkapan yang cukup indah, Jīn Lán Zhī Jiāo (金兰之交), yang membawa makna persahabatan sejati — sehati sejiwa, teguh mengharungi ujian serta setia berkongsi suka dan duka.
Falsafah ini berakar daripada kitab klasik Yi Jing (易经), yang mengungkapkan:
“二人同心,其利断金;同心之言,其香如兰。”
Apabila dua insan sehati sejiwa, kekuatannya mampu memotong logam; apabila bicara lahir daripada persefahaman yang sama, harumnya ibarat semerbak bunga orkid.
Ungkapan ini membawa saya merenung perjalanan hubungan Malaysia dan China yang telah menjangkau 52 tahun. Hubungan ini bukan sekadar terikat pada kepentingan perdagangan dan diplomasi, tetapi dipupuk atas rasa saling menghormati, kepercayaan dan persefahaman yang telah teruji merentas zaman.
Seperti orkid yang mekar dan menyebarkan harum, demikianlah persahabatan Malaysia dan China yang harus terus dibaja dan diperkukuh, bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara, tetapi terutama demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
—————————————-
兰花,尤其是蝴蝶兰,向来深受中国政府青睐,经常成为重大外交场合中不可或缺的布置元素。
中文有一句以兰花为名、意义深远的成语——“金兰之交”,象征着同心同德、同甘共苦的深厚友谊。
“金兰之交”出自《易经·系辞上》:
二人同心,其利断金;
同心之言,其香如兰。
昨日,我与中国国务院总理李强于杭州西湖国宾馆举行马中双边会议。眼前盛开的蝴蝶兰,让我深思马中建交 52 载的丰硕成果,绝不仅限于经贸与外交层面的利益,更是历经岁月洗礼与考验的互信、相互尊重与深刻理解。
马中友谊正如需要精心滋养才能持续绽放、散发阵阵芬芳的兰花;不断巩固两国关系,不仅是为了彼此的共同利益,促进两国人民的和平、繁荣与福祉更是重中之重。
🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari tadi, saya dan Premier Li Qiang mengetuai rombongan delegasi masing-masing ke West Lake State Guest House di Hangzhou - sebuah daerah yang juga merupakan kampung halaman Premier Li.
Mesyuarat dua hala Malaysia-China dan majlis jamuan rasmi berlangsung di bangunan bersejarah dengan keindahan landskap klasik Cina, dalam suasana yang cukup mesra dan akrab.
Saya memulakan dengan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan serta kerjasama Kerajaan China dalam menyokong dan memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana di Tibet baru-baru ini, di samping menyampaikan salam takziah atas musibah tersebut.
Bicara kami kemudiannya tertumpu kepada tekad bersama untuk merintis kerjasama baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan berimpak tinggi, di samping memperkukuh serta memantapkan lagi kerjasama membabitkan sektor-sektor yang telah sedia matang.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai isu strategik berkepentingan bersama, merangkumi pembangunan kecerdasan buatan (AI), kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), potensi industri semikonduktor, serta kerjasama bersama Exim Bank China.
Menjelang Perayaan Kuih Bulan yang bakal disambut esok, saya sempat menzahirkan ucapan 中秋节快乐 kepada Premier Li Qiang serta seluruh delegasi China, serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan China atas layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan kerja saya di Shanghai dan Hangzhou.
Walhasil, hubungan erat Malaysia dan China hari ini telah melangkaui kerangka diplomatik biasa. Ia menderu di atas landasan kepercayaan, keikhlasan dan keyakinan bersama, sekali gus mematangkan persahabatan hakiki demi mengalirkan limpahan kemakmuran serta manfaat buat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🫶🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai mesyuarat dua hala di West Lake, saya berkesempatan melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) yang Malaysia dijemput sebagai Negara Tetamu Kehormat.
Penyertaan sulung kita di GDTE kali ini menegaskan hasrat serta cita-cita Malaysia untuk muncul sebagai hab perdagangan digital teraju di rantau ASEAN, sekali gus menjadi jambatan strategik yang menghubungkan Asia Tenggara dan China.
Berpandukan ekosistem teknologi yang kian matang, dasar kerajaan yang menyokong, serta jaringan perusahaan berteraskan teknologi yang semakin berkembang pesat, Malaysia menawarkan pangkalan yang stabil, terhubung luas, dan mesra perniagaan buat rakan kongsi dari China mahupun global demi memeterai kerjasama strategik.
15 peserta yang merangkumi 4 agensi kerajaan dengan syarikat-syarikat berasaskan digital dan teknologi Malaysia telah menyerlahkan keupayaan serta inovasi Malaysia dalam perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), perkhidmatan awan (cloud services), kesihatan pintar, dan e-dagang rentas sempadan.
Saya menyambut baik strategi eksport MATRADE untuk mempelbagaikan pasaran di China dan penawaran produk yang merangkumi barangan serta penyelesaian berasaskan teknologi tinggi, serta berbesar hati melihat mereka mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global, dan melangkah maju ke hadapan dalam meneroka pasaran ekonomi digital China yang amat luas.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menutup tirai lawatan kerja ke Republik Rakyat China, saya bertemu pengamal media Malaysia dan memaklumkan mengenai isu keresahan peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan terhadap persaingan platform e-dagang luar, yang telah saya bangkitkan secara langsung dalam perbincangan dua hala bersama kepimpinan tertinggi China serta dalam sesi pertemuan perniagaan.
Saya memberi jaminan kepada para peniaga yang terkesan bahawa Kerajaan MADANI sedang memuktamadkan langkah-langkah susulan bagi menangani isu ini secara menyeluruh, dan perkara ini akan menjadi antara keutamaan dalam Mesyuarat Kabinet yang akan datang.
Saya menyambut baik komitmen Premier Li Qiang yang menyatakan persetujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik demi memastikan PMKS kita dilindungi dan tidak terus terjejas. Pendirian ini turut disokong dengan jaminan daripada syarikat-syarikat gergasi berkenaan, termasuk pihak Alibaba.
Satu lagi titik kemajuan bermakna ialah persetujuan Kerajaan China terhadap cadangan Malaysia untuk menyambung laluan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga ke Rantau Panjang. Ketersambungan ini bakal memberi impak limpahan ekonomi yang signifikan, terutamanya dalam memakmurkan kawasan luar bandar di Kelantan.
Misi Diplomasi MADANI di Shanghai dan Hangzhou kali ini telah berhasil merekodkan potensi pelaburan bernilai RM28.6 bilion, khususnya dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor, pengarusutamaan kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, serta pembuatan termaju. Di samping itu, potensi eksport ke China turut dicatat sebanyak RM8.2 bilion bagi tempoh satu hingga tiga tahun.
Dalam siri lawatan ini juga, kita diberi pendedahan kepada penerokaan teknologi baharu serta aplikasi AI yang wajar kita pelajari dan timba kekuatannya daripada kemajuan pesat China.
Mengakhiri siri lawatan ini, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh urus setia agensi kerajaan merangkumi Malawakil di China, Wisma Putra, MITI, MATRADE, MIDA, serta pelbagai pihak yang telah menggembleng tenaga menjayakan lawatan kerja ini.
Alhamdulillah, kejayaan lawatan ini telah memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan Malaysia-China serta mempelbagaikan kerjasama yang akan melimpahkan lebih banyak manfaat dan kemakmuran buat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🫶🏼🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rumah Cherok Tok Kun tidak akan lagi sama seperti dahulu. Rumah itu menjadi saksi kenangan keluarga yang terhimpun yakni segala gelak tawa, kisah lampau, susah dan senang yang dilalui bersama.
Hari ini abang saya, saudara Idrus Ibrahim, yang merupakan sosok yang begitu dekat dan paling senior dalam kalangan kami telah kembali menyahut panggilan Ilahi.
Selamat jalan, abang. Kehilangan ini pastinya tidak mudah, apatah lagi seorang yang membesar bersama, berkongsi akar pangkal yang sama dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup sejak sekian lama.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmati rohnya dan memberi darjat yang istimewa kepadanya.
ANWAR IBRAHIMThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tatkala menyampaikan ucaptama di Majlis Peluncuran Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE), saya menegaskan bahawa ketidakseimbangan akibat perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) kini kian melebarkan jurang antara negara kaya dengan negara membangun.
Dalam keghairahan menelusuri pemodenan dan kemajuan teknologi, dunia tidak boleh membiarkan ketaksamaan sosioekonomi terus membelenggu umat manusia.
Ini bukanlah suatu andaian yang direka atau kebimbangan yang dibesar-besarkan. Hakikatnya, ketidaksamaan serta amalan perdagangan yang tidak adil akibat kepincangan jurang digital dan akses AI merupakan permasalahan yang nyata lagi mendesak.
Sistem perdagangan global mestilah kekal terbuka tanpa menjejaskan wewenang kita dalam memelihara kepentingan nasional.
Kini, pengarusutamaan AI dan perdagangan digital berkembang di tengah-tengah kecelaruan ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi, serta kecenderungan menjadikan teknologi sebagai instrumen keselamatan negara.
Lantaran itu, saya mendukung pendirian Presiden Xi Jinping bahawa sebarang inovasi dan kemajuan teknologi pada akhirnya mestilah memberi manfaat hakiki kepada manusia sejagat.
Tanpa perlu berpihak dalam persaingan kuasa-kuasa besar, negara-negara kecil mesti mempunyai keteguhan moral, keberanian, serta kejituan tekad untuk melaungkan suara rasional — membela apa yang benar, adil, saksama, dan berasaskan etika.
Malaysia kekal komited memacu pengarusutamaan AI serta memperkasakan kerangka ini secara merentas sektor — daripada pembuatan, kesihatan, pertanian, logistik, sehinggalah ke bidang pendidikan.
Namun, matlamat akhir kita amat jelas: seluruh kemajuan ini mestilah berpasak kepada nilai kemanusiaan, di mana etika dan tatakelola kekal menjadi tiang seri utama.
一花独放不是春,
百花齐放春满園。
Saya memetik peribahasa Cina ini untuk menuntut kesedaran bahawa kemajuan tidak bermakna sekiranya hasilnya hanya dinikmati oleh segelintir negara, korporat, atau golongan elit. Ekonomi digital yang utuh dan mampan adalah ekonomi yang membolehkan semua negara mengambil bahagian, membolehkan perniagaan bersaing secara adil, serta membolehkan seluruh rakyat mengecapi kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.
Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.
Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.
Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kembali bertemu sahabat saya, Premier Li Qiang di Hangzhou, susulan pertemuan kami di Shanghai baru-baru ini.
Pagi tadi, saya menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima, antara acara kemuncak pada hari ketiga lawatan kerja saya ke Republik Rakyat China. Sebagai Negara Tetamu Kehormat, Malaysia buat julung kalinya membuka Pavilion Malaysia di bawah kelolaan MATRADE.
Premier Li turut mengiringi kami meninjau ruang pameran bertemakan “Menemui Masa Depan AI di GDTE”, yang menampilkan teknologi mutakhir serta pelbagai inovasi baharu.
Di sela-sela lawatan, kami sempat bertukar pandangan mengenai perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) serta cabaran yang hadir bersamanya. Teknologi dan produk AI harus kekal berada di bawah kawalan manusia, bukan manusia yang dikuasainya.
Kami senada bahawa dunia perlu menggembleng kekuatan dan kerjasama, memanfaatkan peluang baharu serta memastikan kemajuan teknologi dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ramai yang bertanya di media sosial saya semalam mengenai siaran langsung perlawanan Harimau Malaya dalam FIFA ASEAN Cup 2026.
Alhamdulillah, saya nak kongsikan berita baik. RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya, bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh esok.
Ayuh, kita beri sokongan padu kepada pasukan negara!
🇲🇾🐯⚽
#malaysiamadani
#harimaumalaya
Kredit: Malaysia National Football Team -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈. 𝐊𝐈𝐍𝐈, 𝐃𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈!
SEPANG, KITA KEMBALI!
Selepas sembilan tahun, Formula 1 kembali ke Malaysia — membawa bersama debaran, keterujaan dan semangat perlumbaan bertaraf dunia ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kini, Sepang kembali bergemuruh.
Persiapan giat dilaksanakan. Kemudahan dipertingkat. Litar kembali bersedia.
Malaysia bersiap untuk kembali menjadi tumpuan dunia F1.
Sepang bersedia. Malaysia teruja. Dunia kembali memandang ke sini.
F1 is coming back. Sepang is ready. Are you?
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026 akan membuka tirai esok di Indonesia dan Hong Kong. Saya masih ingat pengumumannya ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur tahun lalu, tatkala Malaysia mempengerusikan ASEAN. Ketika itu, saya menyaksikan pemeteraian kerjasama antara FIFA dan ASEAN yang membuka jalan kepada penganjuran kejohanan ini.
Insya-Allah, Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat ini, sebelum berdepan dua negara tetangga, Indonesia dan Singapura. Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara. Semoga mereka membawa pulang kejayaan buat Malaysia!
🇲🇾⚽️🐯
#malaysiamadani
#harimaumalaya
#demimalaysia
Kredit: Malaysia National Football Team -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pengurusan kanan dari lima gergasi industri China yakni AgiBot Innovation, ZTE Corporation, Alibaba Group, Geely Automobile Holdings dan Huawei Technologies.
Perbincangan kami berkisar seputar hal meneroka secara mendalam tentang keupayaan pelaburan baharu serta kerjasama strategik dalam sektor berdampak tinggi meliputi sektor robotik humanoid, infrastruktur digital, kecerdasan buatan (AI), teknologi EV, serta e-dagang.
Syarikat AgiBot telah menyatakan komitmen potensi pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang tahun 2035 dengan pewujudam 5,000 peluang pekerjaan. ZTE pula menggariskan inisiatif serta pelaburan bernilai RM170 juta bagi memacu transformasi digital Malaysia, sekaligus membina lebih banyak peluang kerjaya berkualiti buat anak-anak tempatan.
Dalam perbincangan bersama Alibaba Group, usaha memperluas akses pasaran bagi produk Malaysia khususnya keluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan industri halal negara ke pasaran China dan global menerusi ekosistem digital Alibaba turut disentuh.
Lantas, Kerajaan MADANI kekal komited dalam merintis dan menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkasa keupayaan bakat tempatan, serta menjana peluang pekerjaam berkemahiran demi memacu kemakmuran ekonomi rakyat dan tanah air.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya terharu saat menyaksikan karya saya Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times kini telah secara rasmi hadir dalal terjemahan bahasa Mandarin. Ini adalah sebuah usaha yang murni yang saya harapkan dapat memperluas medan pertemuan serta pembenturan pemikiran, budaya dan peradaban.
Buku ini tidak berbentuk memoir atau autobiografi, tetapi merupakan himpunan renungan tentang pengaman mengenai penjajahan dan imperialisme, kebangkitan negara negara merdeka, usaha pencarian serta pemurnian jati diri bangsa, serta usaha dan ikhtiar membina negara bangsa serta masa depannya berpaksikan keadilan, kemanusiaam dan kemakmuran bersama.
Justeru, dalam konteks hubungan Malaysia dan China mengajar kita bahawa perbezaan tidak semestinya menjurus kepada pertentangan. Sejak berabad lamanya, hubungan antara masyarakar dan peradaban kita terbina melalui jalur perdagangan, kebudayaan, sikap saling hormat dan pertukaran ilmu. Dalam dunia yang semakin berantakan disebabkan prasangka dan ketidakyakinan, jambatan kefahaman semacam ini harus terus diperkukuh.
Sementalahan, saya yakin kita tidak harus terperangkap dalam dikotomi Timur atau Barat. Dari Confucius dan Mencius sehingga Shakespeare, termasuk dari tradisi Islam hingga khazanah pemikiran pelbagai peradaban, yang harus kita junjung ialah hikmah yang mengangkat martabat manusia yakni prinsip tegas kepada kebenaran, keadilan, ihsan dan rasa hormat antara insan.
Akhirnya, persoalan besar zaman ini tidak semata tentang siapa muncul dari Timur atau Barat, apa bangsa atau anutannya, tetapi sejauh mana kita mampu kembali menemukan kemanusiaam yang menyatukan kita dan membina kesejagatan yang adil dan saksama untuk semua.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tahniah buat Adeola Fay Robert yang menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi acara karate.
Semoga kejayaan ini membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di bumi Jepun. Teruskan berjuang dan harumkan nama Malaysia!
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di Shanghai, saya langsung ikut serta dalam satu sesi libat urus strategik antara Bank Rakyat bersama dua gergasi teknologi China iaitu Alibaba Cloud dan Lenovo, yang kini sedang meneroka kerjasama dalam bidang teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) serta fintech.
Saya menyambut baik ikhtiar transformasi serta komitmen Bank Rakyat dalam memperkukuh keupayaan digitalnya menerusi usaha meneroka peluang kerjasama yang lebih luas merentasi pelbagai lapangan perniagaan Alibaba, serta mengalu-alukan penglibatan Lenovo sebagai rakan ekosistem dalam Hab Komuniti Fintech Bank Rakyat.
Sinergi strategik ini bakal membuka ruang perkongsian teknologi, kepakaran dan pengalaman yang dapat memperkasa PMKS, gerakan koperasi serta usahawan tempatan, di samping memacu penyampaian perkhidmatan digital yang lebih cekap, inklusif dan berkualiti.
Matlamat kita jelas bahawa setiap kerjasama strategik yang dibina harus membawa limpahan nilai kepada ekonomi negara, meningkatkan daya saing Malaysia dan, akhirnya, yang paling utama adalah memberi serta menjamin manfaat yang bermakna kepada rakyat.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya hadir menyaksikan secara langsung perarakan Kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026, malam tadi atas jemputan Premier Li Qiang.
Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang TVET sambil teguh menjulang bendera Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan.
Saya percaya mereka yang bakal bersaing dengan peserta daripada lebih 60 buah negara dalam 21 bidang kemahiran pastinya akan berjuang sedaya upaya merebut kemenangan.
Saya doakan agar segala usaha gigih mereka tidak sia-sia, sebaliknya membuahkan hasil yang membanggakan dalam misi memburu pingat emas demi tanah air tercinta.
🇲🇾
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memasuki hari kedua lawatan kerja di Shanghai, saya memulakan pagi ini dengan mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China bagi meneroka peluang pelaburan strategik bernilai tinggi di Malaysia.
Perbincangan menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan kimia khusus dan pembuatan termaju.
Saya turut mendengar secara langsung perancangan dan aspirasi pemain industri, termasuk peluang yang mereka lihat di Malaysia serta langkah yang diperlukan untuk merealisasikan pelaburan tersebut.
Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk terus berkembang sebagai hab pelaburan dan pembuatan bernilai tinggi di rantau ini, didukung ekosistem perindustrian yang matang, tenaga kerja berkemahiran, kedudukan strategik serta jaringan rantaian bekalan yang kukuh.
Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan berkualiti yang membawa bersama pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan, pengukuhan penyertaan syarikat Malaysia serta pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan ucaptama di WorldSkills Shanghai 2026, saya sentuh mengenai masa depan sesebuah negara tidak ditentukan semata oleh kecanggihan mesin yang kita ada, limpahan modal yang sampai atau betapa pesatnya teknologi. Sebaliknya, penentu atau indikator utama adalah manusia, yakni ilmu yang dikuasai, kemahiran yang digarap serta nilai yang menjadi pembimbing dalam setiap tindakan.
Maka, atas kesedaran itu, Malaysia sedang memperkukuh TVET 2.0 dengan institusi latihan dan industri, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan, semikonduktor serta tenaga boleh baharu. Kita tidak mahu anak muda sekadar menjadi tenaga kerja kepada perubahan, tetapi menjadi generasi yang menguasai perubahan lantas turut bersama mencorak arah dan masa depan negara.
Saya tinggalkan pesan kepada 22 anak muda Malaysia yang berentap dalam 22 bidang kemahiran di Shanghai bahawa saya berbangga dengan kalian. Yang kita rebutkan tidak semata kemenangan, tetapi keberanian untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia, belajar dari pengalaman dan pulang ke tanah air dengan tekad untuk meninggikan mutu dan standard negara.
Walhasil, kemahiran tanpa nilai akan memunculkan kemajuan yang tempang dan tidak seimbang. Kita mahu generasi yang bukan sahaja pandai dan cekap mengurus serta mengendalikan teknologi, tetapi punya keinsafan tentang keadilan, maruah insan dan tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat serta negara. Kemajuan yang hakiki adalah apabila teknologi mengangkat manusia dan nilai, dan bukan sebaliknya.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai menghadiri Sesi Pleno Pembukaan Persidangan WorldSkills Shanghai 2026, saya dan rombongan Malaysia menuju ke Hangzhou dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.
Beberapa sesi pertemuan telah dijadualkan agar kami meneruskan misi untuk meneroka peluang pelaburan ke Malaysia terutamanya dalam bidang teknologi dan automotif.
Saya juga sempat bertanya khabar dan menyantuni rakan-rakan media delegasi Malaysia yang mengikuti lawatan kerja saya serta menegaskan pendirian Kerajaan MADANI berhubung pelbagai isu semasa dan nasional.
Mentadbir negara bukanlah suatu tugas yang mudah, namun memikul amanah yang sepenting ini menuntut kebijaksanaan serta iltizam.
Saya bertekad untuk mencurahkan segenap kudrat demi tanah air, menumpu pada usaha membaiki dan merombak sistem, amalan dan budaya lampau yang telah merosakkan dan melemahkan negara ini.
Kerajaan MADANI dan Pakatan Harapan kekal konsisten dalam memelihara dan menghormati kedudukan Raja-raja Melayu serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Pendirian ini jelas dan nyata.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, satu lagi khabar gembira dari bumi Jepun! Atlet e-sukan negara, saudara Taj Izrin Aiman Taj Madira, merangkul pingat emas dalam acara Gran Turismo 7 di Sukan Asia Aichi-Nagoya. Ini emas kedua buat kontinjen Malaysia.
Kejayaan ini harus jadi contoh buat anak-anak muda kita. Kalau mahu main game, biarlah sampai mengharumkan nama negara seperti saudara Taj Izrin Aiman! Tahniah, kami bangga dengan kejayaan ini.
Insya-Allah di sela-sela jadual padat lawatan di China, saya akan terus ikuti perkembangan atlet kita. Teruskan berjuang Malaysia!
🥇🥇🇲🇾
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah kepada atlet karate negara, Shahmalarani Chandran atas kejayaan meraih pingat emas ketiga Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya. Detik yang membanggakan buat negara!
Teruskan berjuang, Malaysia!
🇲🇾🥇🥇🥇
#malaysiamadani
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐅𝟏 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
SEPANG, 23 September 2026 - Suasana di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali meriah dengan persiapan bagi menyambut kepulangan Formula 1 (F1) ke Malaysia selepas sembilan tahun, dengan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan dan persiapan tempat giat dilaksanakan.
Kepulangan F1 ke Sepang turut menghidupkan semula suasana perlumbaan bertaraf antarabangsa di litar berkenaan, yang bakal menjadi tumpuan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara.
Menjelang perlumbaan pada 2 hingga 4 Oktober ini, pelbagai persiapan terus dipergiat bagi memastikan kemudahan litar, kawasan penonton serta keperluan operasi berada pada tahap yang ditetapkan untuk penganjuran acara berprestij berkenaan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Jabatan Peguam Negara
@AGCPutrajaya
KENYATAAN MEDIA 22 SEPTEMBER 2026
ISU BERHUBUNG PENGGANTUNGAN TUGAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SEMBILAN
#agckomited
#agcbekerja
#jabatanpeguamnegara
#taatsetia
#malaysiamadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Shanghai, dan langsung memulakan langkah Diplomasi MADANI tatkala malam kian melabuhkan tirainya di bumi China.
Insya-Allah saya akan mengadakan sesi perjumpaan bersama pemain industri, sebelum menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.
Doakan usaha dan ikhtiar delegasi Malaysia dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan demi kemakmuran tanah air kita.
🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berlepas ke China pagi tadi, saya sempat mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah. Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan serta rakyat Nepal atas bencana dahsyat yang melanda negara itu bulan lalu.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Nepal, pihak berkuasa serta pasukan penyelamat yang telah bekerja keras dalam operasi mencari mangsa, termasuk 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui. PM Shah menjelaskan bahawa keadaan di lapangan masih amat rumit, dengan skala bencana dan kemusnahan yang disifatkan seumpama tsunami.
Dalam perbualan ini, saya menyampaikan keresahan dan harapan keluarga 55 rakyat Malaysia yang masih menantikan kepastian mengenai nasib insan tersayang.
Saya turut membangkitkan keperluan mewujudkan suatu mekanisme rasmi sekiranya mangsa tidak dapat ditemukan dan proses pencarian tidak dapat memberikan kepastian. Langkah ini penting bagi membantu keluarga yang terkesan menguruskan perkara berkaitan undang-undang, kewangan dan pentadbiran. Saya akan mengutus surat rasmi kepada PM Shah bagi memperincikan cadangan ini.
PM Shah memberi jaminan bahawa usaha pencarian akan diteruskan sedaya upaya, meskipun keadaan di lapangan semakin mencabar. Saya berharap segala ikhtiar yang digerakkan akan membuahkan hasil dan memberikan kepastian yang amat dinantikan, terutama buat keluarga kesemua 55 rakyat Malaysia yang masih belum ditemui.
Pada masa sama, bicara kami turut menyentuh isu pengambilan pekerja Nepal ke Malaysia, khususnya peranan ejen. Kami senada bahawa proses ini mesti dibersihkan daripada sebarang bentuk eksploitasi dan pengenaan bayaran tidak munasabah yang hanya menguntungkan pihak tertentu. Sistem pengambilan pekerja harus telus dan kompetitif serta melindungi hak dan kebajikan pekerja.
Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia Malaysia dan rakan sejawatnya di Nepal akan segera mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu pengambilan pekerja antara kedua-dua negara. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan jelajah Diplomasi MADANI ke Republik Rakyat China atas jemputan sahabat saya, Premier Li Qiang bagi mengadakan lawatan kerja di Shanghai dan Hangzhou.
Selain mesyuarat dua hala untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama dalam pelbagai bidang strategik antara Malaysia dan China, pertemuan bersama wakil syarikat-syarikat terkemuka bakal diadakan demi menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Malaysia.
Saya juga akan memenuhi undangan ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 untuk memberi sokongan secara langsung kepada anak-anak Malaysia yang bakal bertanding bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Di Hangzhou pula, saya dijadual menjejakkan kaki ke Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di mana Malaysia antara negara tetamu kehormat yang dijemput oleh kerajaan China.
Moga lawatan kerja selama tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membuahkan hasil yang positif buat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🇨🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mendapat khabar duka atas pemergian bekas ADUN Bongawan, Datuk Karim Bujang yang telah kembali ke Rahmatullah.
Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan, serta semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau di tempat terbaik di sisi-Nya.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Melaka untuk acara kebudayaan Cina. Saya sempat meraikan hari ulangtahun kelahiran Ketua Menteri Melaka YAB Dato’ Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang ke-65. Mendoakan beliau diberi kesihatan yang berpanjangan.
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia tidak akan menjadi negara yang besar sekiranya kita terus terperangkap atau terheret dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit.
Menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka semalam, saya tegaskan bahawa kekuatan negara ini terletak pada kesediaan kita menerima hakikat bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.
Inilah Wa’ad Malaysia bahawa janji dan ikrar kita untuk mempertahan hak setiap rakyat, menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing, serta memastikan tiada sesiapa berasa tersisih di bumi sendiri.
Kepelbagaian bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia. Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM bagi sesi 2026–2029.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus memperkukuh usaha membanteras rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dan tadbir urus negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima khabar duka pemergian mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Yahya Lampong yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima amal kebajikan dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan menghayati sebuah karya yang mengangkat seni budaya dan sejarah menerusi pementasan teater muzikal arahan seniman ulung Dato’ M. Nasir, “Mansur dan Liu” di Panggung Sari, Istana Budaya.
Diadaptasi daripada karya agung Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin, pementasan ini menghidupkan kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, yang turut menggambarkan hubungan diplomasi, budaya dan sejarah antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming.
Tahniah dan syabas kepada Dato’ M. Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan yang mengagumkan, sekali gus membuktikan bahawa hasil seni tempatan mampu diangkat ke tahap yang membanggakan dan berpotensi berdiri di pentas antarabangsa.
Kerajaan akan terus memberi dukungan kepada penggiat seni dan industri kreatif agar lebih banyak karya bermutu dapat dilahirkan, sekali gus mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kain sarong bukan sekadar warisan, tetapi sebahagian daripada jati diri dan budaya yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Semoga terus mekar dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai kekuatan dan kebanggaan kita bersama.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima perkhabaran mengenai kebakaran di Taman Desa Tambun yang meragut tiga nyawa daripada sebuah keluarga. Salam takziah saya zahirkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan ini.
Saya telah meminta saudara Mohamad Hairul Amir Sabri mewakili saya menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun juga telah diarahkan untuk membantu segala urusan dan keperluan keluarga, termasuk penempatan sementara, manakala pihak ICU akan membuat penilaian bagi menyegerakan bantuan baik pulih kediaman.
Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Seronok dapat bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat dalam Malaysia Sarong Music Run 2026, meraikan budaya dan warisan yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Kerajaan akan terus menyokong inisiatif untuk memelihara dan memartabatkan warisan kita agar terus hidup serta menjadi kebanggaan generasi akan datang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 (𝐇𝐋𝐂) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐓𝐔𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
NADMA SELARAS OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI LEMBAH KLANG ATASI MASALAH JEREBU | 19 SEPTEMBER 2026
📍 Pangkalan Udara Subang
#nadma
#taatsetia
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#siagabencanatanggungjawabbersama -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
KUANTAN, 19 September 2026 – Program MADANI Kita yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai, Tanjung Lumpur, hari ini meriah dengan penglibatan masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian bersama komuniti.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓
BATU PAHAT, 19 September 2026 – Program MADANI Kita Batu Pahat yang berlangsung di Dewan Jubli Intan hari ini menjadi wadah interaksi langsung antara masyarakat setempat dengan agensi kerajaan menerusi pelbagai pengisian dan perkhidmatan yang disediakan.
Program ini membuka ruang kepada komuniti mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan, berinteraksi dengan agensi terlibat serta memahami dengan lebih dekat perkhidmatan yang disediakan bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Penganjuran MADANI Kita mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, memperkukuh hubungan bersama komuniti dan merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI melalui pendekatan yang inklusif serta berteraskan kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
KUANTAN, 19 September 2026 – Program MADANI Kita yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai, Tanjung Lumpur, hari ini meriah dengan penglibatan masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian bersama komuniti.
Program ini menyediakan ruang interaksi secara langsung antara masyarakat dengan agensi kerajaan dan pihak berkaitan, di samping membuka peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan serta inisiatif kerajaan.
Penganjuran MADANI Kita mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan, memperkukuh keterlibatan masyarakat dan memastikan aspirasi Malaysia MADANI diterjemahkan melalui pendekatan yang lebih dekat dengan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Seri Perdana hari ini menjadi tuan rumah Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bertemakan “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”, sebahagian daripada Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dari 13 September hingga esok.
Saya mengamati pandangan para tuan guru dan asatizah tentang cabaran dunia keilmuan serta peranan turath dalam mendepani tuntutan zaman.
Tradisi turath dan pendidikan pondok mempunyai sejarah penting dalam membina kesedaran serta mempertahankan akidah umat, justeru usaha mengangkat khazanah ilmu ini perlu digerakkan secara lebih sistematik agar terus relevan, termasuk dalam menghadapi perkembangan baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan akan terus membantu dengan upaya yang ada untuk memberi nafas baharu kepada pendidikan pondok dan tradisi turath Islami.
Saya turut melancarkan Ihya’ Ulumuddin karya agung Imam al-Ghazali dalam edisi 20 jilid terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).
Terima kasih dan penghargaan kepada para masyaikh, ulama dalam dan luar negara, khususnya Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah dan Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, atas perkongsian ilmu dan hikmah.
Semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan menjadikannya payung rahmat kepada perkembangan ilmu di Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Turath bukan sekadar warisan ilmu, tetapi akar yang membentuk akidah, pemikiran dan jati diri umat.
Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI), tradisi turath perlu terus diperkasa agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan. Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar lawatan rasmi di Republik Maldives tempoh hari tatkala saya bertemu dengan Presiden Dr Mohamed Muizzu bagi membicarakan hal-hal terkait kepentingan Malaysia dan Maldives.
Semoga hubungan persahabatan dan persaudaraan yang terjalin bertambah erat untuk manfaat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Precint 10.
Saya turut ikut serta menunaikan solat hajat bersama kariah bagi memohon pertolongan dari Allah SWT agar segera menyembuhkan negara dari bencana jerebu yang semakin membimbangkan, di saat kita terus berikhtiar bekerja dan mencari jalan menyelesaikan masalah jerebu ini demi kemaslahatan rakyat seluruhnya.
Saya juga mahu mengajak kesemua kita untuk sama-sama mengurus penggunaan tenaga di saat ini dengan secermat yang mungkin agar setiap kita memainkan peranan sebaiknya, di samping saya di pihak kerajaan bekerja terus membela dan melindungi semua. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai solat Jumaat tadi, saya sempat ketemu pihak media untuk memberi respon segera terkait beberapa isu semasa dalam negara. Dengarkan.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐖𝐀’𝐀𝐃 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
KUCHING, 16 September 2026 – Malaysia dibina atas sebuah wa’ad nasional ikrar, janji dan muafakat untuk bersama membentuk sebuah negara yang teguh, adil dan sejahtera.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KERAJAAN MADANI PERLUAS PERLINDUNGAN BIL ELEKTRIK KEPADA PENGGUNA DOMESTIK SEHINGGA 800 kWj
Kerajaan MADANI hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.
Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax).
Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.
Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.
Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Jabatan Peguam Negara
@AGCPutrajaya
KENYATAAN MEDIA 17 SEPTEMBER 2026
ISU BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
#agckomited
#agcbekerja
#jabatanpeguamnegara
#taatsetia
#malaysiamadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia dibina atas satu waad nasional, yakni ikrar, janji dan muafakat antara pimpinan dan rakyat untuk mempertahankan sebuah Persekutuan yang berdaulat, menegakkan keadilan serta menjamin kesejahteraan untuk semua. Waad inilah yang mesti terus kita pegang teguh dan perkota sebagai amanah bersama.
Justeru, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dilihat sebagai urusan Sabah dan Sarawak semata-mata. MA63 adalah waad serta tanggungjawab nasional dan mesti dijawab secara bersama. Kita sudah berjanji, dan menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk menterjemahkan serta memperkota janji yang menjadi asas pembentukan Malaysia.
Saya bersyukur kerana majoriti rakyat Malaysia terus meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan yang utuh mengatasi kepentingan kelompok. Perbezaan boleh dibicarakan dalam ruang demokrasi, namun ruang itu harus digunakan untuk membina dan memperkukuh negara, bukan meroboh atau merobek ikatan yang telah dibina sekian lama.
Jangan kita izinkan seruan berunsur pemencilan, kesempitan atau kepuakan mengatasi kepentingan negara. Ini bukan soal Semenanjung, Sabah atau Sarawak secara terpisah. Naratif kita adalah naratif nasional, kepentingan kita adalah kepentingan bersama, dan kemajuan Sabah dan Sarawak adalah kemajuan Malaysia seluruhnya.
Inilah semangat Malaysia yang mesti terus kita hidupkan, bukan sekadar dalam ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui ikhtiar dan tindakan yang menjamin keadilan, kesejahteraan serta kemakmuran seluruh rakyat.
Dirgahayu Malaysia! 🇲🇾
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadani
#segulaisejalai -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
SURAT PALSU BERKAITAN KELULUSAN PROJEK INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI)
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah PALSU.
YAB Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut, dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.
Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri. Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.
PEJABAT PERDANA MENTERI
17 September 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐖𝐀’𝐀𝐃 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
KUCHING, 16 September 2026 – Malaysia dibina atas sebuah wa’ad nasional ikrar, janji dan muafakat untuk bersama membentuk sebuah negara yang teguh, adil dan sejahtera.
Sempena sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching, Perdana Menteri menegaskan bahawa semangat wa’ad nasional perlu terus dihayati sebagai landasan bersama dalam memelihara kesatuan, keadilan dan kepentingan seluruh rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, generasi hari ini bukan sahaja perlu memahami sejarah dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam pembentukan Malaysia pada 1963, malah mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesatuan negara, meraikan perbezaan serta menjadikan perbezaan pandangan sebagai kekuatan untuk membina Malaysia yang lebih kukuh.
Dalam konteks ini, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus dilihat sebagai satu amanah dan naratif nasional dengan kepentingan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dirangkum dalam kerangka yang lebih besar, iaitu kepentingan Malaysia secara keseluruhannya.
Kerana Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang terbentuk pada 1963.
Malaysia ialah sebuah wa’ad yang perlu terus dipelihara, diperkuat dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Selamat Hari Malaysia 2026.
Bersama dalam perbezaan. Teguh dalam kesatuan. Malaysia untuk semua.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dalam Amanat Hari Malaysia sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting demi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.
Antaranya termasuk hak pemberian khas untuk negeri Sarawak, penambahbaikan ikhtiar BUDI Diesel untuk rakyat serta Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak.
Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadani
#segulaisejalai -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Aditya Raj Kaul
@AdityaRajKaul
I think the biggest hit from BRICS Summit in India has been Malaysian PM @anwaribrahim’s Instagram Reel Hindi Songs! He rules the BRICS Instagram game!!
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar hari kedua di Delhi semalam, membawa suara dan pendirian tegas Malaysia tatkala berucap di hadapan pimpinan dunia di pentas BRICS.
Berakhir urusan diplomasi di Delhi, saya terbang ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India dan berhimpun bersama kira-kira 2,000 anak-anak pelajar Markaz Saquafathi Sunniya dalam majlis ilmu. Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐈
𝟔𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 bukan sekadar angka. Ia adalah sebuah perjalanan yang ditempa oleh sejarah, disatukan oleh kepelbagaian dan diperkaya oleh warisan yang terus hidup dalam jiwa rakyat.
Dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, setiap wilayah membawa kisah, budaya, tradisi dan pengalaman tersendiri namun semuanya terangkum dalam satu identiti yang kita kongsi bersama Malaysia.
Ada warisan yang terpahat pada bangunan dan tanah. Ada yang hidup melalui bahasa, adat, seni dan budaya. Ada pula yang tidak terlihat, tetapi terus mengalir daripada satu generasi kepada generasi seterusnya nilai, semangat dan rasa cinta kepada tanah air.
Hari Malaysia bukan sekadar mengenang apa yang telah kita lalui. Ia adalah ruang untuk menghargai warisan yang membentuk kita, memahami perjalanan yang menyatukan kita dan menyedari tanggungjawab untuk meneruskannya.
Kerana Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang kita warisi. Malaysia ialah sebuah perjalanan yang kita teruskan bersama.
Selamat Hari Malaysia ke-63 | 16 September 2026
Kita berbeza dalam warna dan cerita tetapi bersatu dalam satu perjalanan bersama Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat tiba di Kuching dan terus bersama-sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu Daripada Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Sarawak.
Kami berdua menyaksikan penyerahan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan kepada Timbalan Premier Sarawak, sekali gus mencerminkan pencapaian signifikan dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain mengiktiraf hak dan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia.
Saya ulangi keyakinan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Sarawak mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk mengurus serta mengendalikan Pelabuhan Bintulu dengan cekap dan sebaiknya, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#segulaisejalai -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENAIKAN BIL ELEKTRIK: KERAJAAN TELITI LANGKAH MITIGASI SEGERA ESOK
Sekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini. Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera.
Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat. Sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.
Namun, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).
Justeru, Kerajaan MADANI akan mengadakan mesyuarat khas esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
ANWAR IBRAHIM
16 September 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini dibina atas suatu waad yakni ikatan antara pemerintah dengan rakyat, antara wilayah dengan Persekutuan, antara kesetiaan dengan keadilan.
Kita harus mengakui bahawa ada ketika perjalanan negara menyimpang, apabila soal kaum diperalat, jurang wilayah dibiarkan melebar, dan perbezaan dijadikan tembok dan garis pemisah.
Maka 16 September adalah iltizam atau janji yang mesti sentiasa diperbaharui bahawa tiada wilayah dianggap terpinggir atau pinggiran, tiada kaum merasa terasing, dan tiada rakyat tercicir dari arus kemajuan. Laut boleh memisahkan kita, tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan.
Selamat Hari Malaysia!
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah. Sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam ini tidak boleh diterima sama sekali.
Malaysia menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi serta menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara.
Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut.
Malaysia menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci.
Semua pihak yang terlibat harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah.
ANWAR IBRAHIM
Foto: AFP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
STATEMENT ON DRONE INCIDENT NEAR MAKKAH AL-MUKARRAMAH
I view with grave concern reports that a drone was intercepted near Makkah al-Mukarramah. Any attempt to threaten the safety and sanctity of Islam's holiest city would be wholly unacceptable.
Malaysia expresses its deep appreciation for the swift action taken by the Kingdom of Saudi Arabia to protect residents and pilgrims in Makkah.
This incident underscores the urgent need to prevent further escalation in the region. Malaysia calls for an immediate end to attacks on civilian sites and to any action that could endanger holy sites. We urge the relevant parties to exercise restraint and pursue a peaceful resolution through dialogue without delay.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐂𝐎𝐁𝐁𝐎𝐋𝐃: 𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀?
Tahukah anda? Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi mendapatkan pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan pembentukan Malaysia.
Ditubuhkan pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan menjalankan tinjauan di kedua-dua wilayah tersebut.
Laporannya yang dikemukakan pada 21 Jun 1962 kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi antara asas penting dalam menilai sokongan rakyat terhadap gagasan Malaysia.
Daripada suara rakyat, lahirlah satu keputusan sejarah yang akhirnya membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Sejarah Malaysia bukan sekadar tentang tarikh, tetapi tentang suara, kesepakatan dan perjalanan bersama membina sebuah negara.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇
Ada insan yang pergi meninggalkan kesan. Ada pula yang pergi meninggalkan jasa yang terus hidup dalam ingatan rakyat.
Lima insan ini dikenang atas khidmat dan pengorbanan mereka dalam membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat, termasuk di kawasan pedalaman Sarawak.
Pemergian mereka susulan insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, merupakan kehilangan yang dirasai bukan sahaja oleh keluarga dan rakan-rakan, tetapi turut menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Sempena Hari Malaysia 2026, marilah kita mengingati mereka sebagai insan yang memilih untuk berkhidmat, menyantuni dan memenuhi amanah demi kesejahteraan rakyat, tanpa mengira jarak dan cabaran.
Jasa mereka adalah sebahagian daripada kisah Malaysia tentang keberanian, kemanusiaan dan kesetiaan kepada amanah.
Semoga jasa dan pengorbanan mereka terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah khidmat kepada rakyat dan negara.
Al-Fatihah bagi yang beragama Islam. Semoga mereka bersemadi dalam kedamaian dan segala jasa mereka kekal dalam ingatan kita bersama.
#jabatanperdanamenteri
#harimalaysia2026
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar hari terakhir di India semalam, di mana saya dan delegasi Malaysia memanfaatkan ruang yang ada untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Kerala, serta menarik syarikat-syarikat di India dan negara Teluk untuk melebarkan sayap di Malaysia.
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, mengadakan pertemuan tertutup di Pejabat Presiden di Malé, yang memberi ruang untuk kami bertukar pandangan secara dekat mengenai isu serantau serta perkara yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
Kami kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan usaha memperluas kerjasama sedia ada, di samping menangani beberapa isu berbangkit.
Perbincangan merangkumi usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan Malaysia-Maldives, serta memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan, pertahanan dan latihan, teknologi digital dan kecerdasan buatan serta industri halal.
Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau, termasuk kesan perubahan iklim yang semakin mendesak. Saya menyatakan dukungan Malaysia terhadap suara tegas Maldives dalam memperjuangkan tindakan iklim yang lebih adil dan berkesan di pentas antarabangsa. Sebagai sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada lebih 1,000 pulau, Maldives berhadapan secara langsung dengan ancaman kenaikan paras laut dan perubahan iklim.
Insya-Allah, kesepakatan yang dicapai akan diterjemahkan kepada langkah susulan yang konkrit demi manfaat rakyat Malaysia dan Maldives.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai mesyuarat dua hala, saya dan Presiden Muizzu menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman yang melambangkan kerjasama erat Malaysia dan Maldives dalam bidang pertahanan serta hal ehwal Islam.
Kami kemudian mengadakan sidang media bersama. Saya memaklumkan cadangan untuk menyegerakan penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives bagi menyelesaikan perkara berbangkit, selain menetapkan langkah konkrit untuk memperluas kerjasama dua hala.
Malaysia turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives Monetary Authority bagi mendapatkan kemudahan kewangan berjumlah US$100 juta. Bank Negara Malaysia dan Maldives Monetary Authority akan memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya. Saya juga akan berbincang dengan PETRONAS mengenai cadangan untuk meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives.
Kami turut senada dalam mendesak pelaksanaan berkesan komitmen antarabangsa bagi menangani perubahan iklim, termasuk penyaluran pembiayaan yang telah dijanjikan kepada negara-negara paling terkesan seperti Maldives.
Malaysia dan Maldives juga akan terus teguh bersama rakyat Palestin serta menolak penjajahan, kekejaman dan pencabulan nilai kemanusiaan di Gaza. Saya menghargai ketegasan Presiden Muizzu dalam menyuarakan keadilan, kebebasan dan hak asasi rakyat Palestin.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia’s position is clear and unequivocal. We will not allow our country to be used as a conduit for any shipment that supports or contributes to Israel’s military capabilities and its atrocities against Palestinians and other innocent lives.
Any suspicious shipment will be subject to inspection and investigation in accordance with Malaysian law. Where a violation is established, decisive action will be taken.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan rangka lawatan rasmi di Maldives dengan menerima kunjungan hormat Naib Presiden Republik Maldives, Hussain Mohamed Latheef.
Pertemuan ini memperteguh persahabatan erat Malaysia-Maldives yang telah lama terjalin berteraskan sikap saling menghormati, nilai-nilai Islam yang dikongsi bersama serta hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara.
Kami bicarakan usaha memperluas kerjasama dalam pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), latihan profesional serta pembangunan modal insan demi menyediakan lebih banyak peluang kepada generasi muda kedua-dua negara.
Saya turut mengalu-alukan pertukaran dua memorandum persefahaman dalam bidang hal ehwal Islam dan pertahanan pada hari ini. Kesepakatan ini akan memperkukuh kerjasama dalam pendidikan Islam, bidang halal, pentadbiran agama dan pembangunan kapasiti, selain latihan ketenteraan serta industri pertahanan.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut menerima kunjungan hormat Yang Dipertua People’s Majlis of Maldives, Abdul Raheem Abdulla, dalam rangka lawatan rasmi ini.
Kami membincangkan usaha mempererat hubungan antara Parlimen Malaysia dan People’s Majlis of Maldives menerusi pertukaran lawatan, perkongsian pengalaman serta kerjasama lebih erat di bawah Persatuan Parlimen Komanwel.
Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia dan Maldives memiliki ruang yang luas untuk saling menimba pengalaman dalam memperkukuh institusi, memantapkan tatakelola serta meningkatkan keupayaan sektor awam.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut menerima kunjungan hormat Menteri Luar Republik Maldives, Iruthisham Adam, dan bertukar pandangan mengenai momentum positif hubungan Malaysia-Maldives.
Persahabatan erat antara kedua-dua negara harus diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat. Justeru, saya menggalakkan pegawai serta komuniti perniagaan Malaysia dan Maldives mengenal pasti peluang khusus dalam perdagangan dan pelaburan, pelancongan, industri halal serta ekonomi digital.
Kami turut membincangkan kerjasama untuk memperkukuh ketahanan iklim dan menjayakan agenda pembangunan mampan, dengan mengambil kira cabaran khusus yang dihadapi Maldives sebagai sebuah negara kepulauan yang sedang rancak membangun.
Insya-Allah, saya akan terus bekerjasama erat dengan Presiden Dr Mohamed Muizzu dan Kerajaan Maldives bagi menggerakkan keutamaan ini serta membawa hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih kukuh dan bermakna.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebagai acara terakhir dalam rangka lawatan rasmi ke Maldives, saya dan delegasi Malaysia diraikan dalam Jamuan Negara yang dihoskan oleh Presiden Muizzu.
Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan tertinggi kepada Presiden Muizzu serta Kerajaan dan rakyat Maldives atas persahabatan tulus dan kepercayaan yang diberikan sepanjang kunjungan singkat kami di sini.
Malaysia dan Maldives mungkin negara yang secara relatifnya kecil, namun kita tidak harus berasa gentar atau rendah diri. Dunia hari ini memerlukan negara-negara kecil yang berjiwa besar, berani mempertahankan kebenaran, menjunjung tadbir urus yang baik serta menolak keangkuhan kuasa yang menindas negara lain.
Saya menyuarakan dukungan teguh Malaysia terhadap perjuangan Maldives menghadapi perubahan iklim. Maldives hampir tidak menyumbang kepada pelepasan karbon dan kemusnahan alam, namun terpaksa menanggung kesannya akibat kerakusan negara-negara perindustrian yang masih gagal menunaikan sebahagian besar komitmen yang diikrarkan dalam beberapa siri persidangan COP.
Atas semangat persahabatan ini, Malaysia bersedia membantu dan berkongsi keupayaan dalam bidang yang dapat memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara. Ini termasuk mempercepat pelaksanaan kemudahan pertukaran mata wang, menyegerakan mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives serta memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan, kesihatan mental dan pemerkasaan orang kurang upaya.
Dalam kerangka MADANI, kemajuan harus sentiasa disertai ihsan dan kepedulian. Kita mahu meneroka ufuk baharu kemajuan menerusi teknologi, pendigitalan dan kecerdasan buatan, namun tetap berakar teguh pada iman, nilai moral serta etika demi mengangkat karamah insaniah.
Meski kunjungan ini singkat, bicara dan muafakat yang terjalin panjang serta bermakna. Insya-Allah, hubungan Malaysia-Maldives akan terus mekar sebagai persahabatan dua negara kecil yang berjiwa besar.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum mengakhiri lawatan rasmi dan berlepas pulang ke tanah air, saya mengadakan sidang media bersama pengamal media Malaysia bagi merangkumkan hasil kunjungan ke Republik Maldives. Meski lawatan ini singkat, perbincangan yang berlangsung cukup panjang, terbuka dan bermakna.
Antara hasil utama ialah persetujuan untuk mempercepat mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Maldives yang akan dihoskan di Kuala Lumpur sebelum akhir tahun ini. Mekanisme ini penting untuk menyelesaikan perkara berbangkit serta menetapkan tindakan konkrit bagi memperluas kerjasama kedua-dua negara.
Malaysia turut bersetuju secara prinsip untuk menyokong permohonan Maldives bagi kemudahan kewangan berjumlah US$100 juta. Bank Negara Malaysia dan Maldives Monetary Authority akan segera memperincikan mekanisme serta proses pelaksanaannya.
Saya juga akan berbincang dengan PETRONAS mengenai cadangan meneroka potensi kerjasama tenaga di Maldives. Pada masa sama, dua memorandum persefahaman dalam bidang pertahanan dan hal ehwal Islam telah dipertukarkan dalam rangka lawatan ini.
Dalam soal pendidikan, Kerajaan akan meneliti beberapa kekangan birokrasi yang dihadapi pelajar Maldives dan keluarga mereka, selain meneroka kerjasama dalam bidang kesihatan mental serta kebajikan golongan kurang upaya.
Malaysia dan Maldives turut senada dalam mendesak pelaksanaan berkesan komitmen antarabangsa bagi menangani perubahan iklim, termasuk penyaluran pembiayaan yang telah dijanjikan. Kami juga kekal teguh memperjuangkan kebebasan dan keadilan buat rakyat Palestin serta menolak penjajahan dan kezaliman di Gaza.
Lawatan ini membuktikan bahawa Malaysia dan Maldives, meski relatif kecil, mampu berdiri dengan suara yang tegas dan jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran, menjunjung tadbir urus yang baik serta menolak keangkuhan kuasa yang menindas negara dan rakyat lain.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Dr Mohamed Muizzu, Kerajaan Maldives dan seluruh rakyatnya atas layanan mesra, persahabatan sejati dan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada seluruh delegasi Malaysia, petugas kedutaan serta semua pihak yang menjayakan lawatan ini.
Saya berlepas pulang ke tanah air dengan penuh pengharapan untuk menterjemahkan segala kesepakatan yang dicapai dalam bentuk tindakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
ޝުކުރިއްޔާ ދިވެހިރާއްޖެ، އަލުން ދިމާވާނެ. 🇲🇻
Buat rakyat Malaysia, Insya-Allah kita bertemu di Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia. 🇲🇾
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati satu detik bersejarah, tetapi menghayati perjalanan sebuah negara yang dibina atas kesatuan, persefahaman dan semangat kebersamaan.
Pada 16 September, kita mengenang pembentukan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat. Kepelbagaian yang ada bukan sekadar warna kepada Malaysia, tetapi merupakan kekuatan yang membentuk jati diri dan identiti kita bersama.
Hari ini, amanah untuk memelihara perpaduan, keharmonian dan kedaulatan negara terus menjadi tanggungjawab bersama. Perbezaan diraikan, persefahaman diperkukuh dan kebersamaan terus disemai demi Malaysia yang lebih kukuh, inklusif
dan sejahtera.
Marilah kita terus melangkah sebagai satu bangsa, satu keluarga dan satu Malaysia dengan tekad memelihara apa yang telah dibina serta bersama-sama mencorakkan masa depan yang lebih gemilang.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
SEPANG, 15 September 2026 – Keadaan jerebu yang menyelubungi beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Lumpur hari ini menjejaskan jarak penglihatan, dengan bangunan, landskap bandar dan laluan utama kelihatan samar dalam suasana udara yang berkabus.
Keadaan tersebut dapat dilihat di beberapa lokasi tumpuan, ketika orang ramai meneruskan urusan harian dalam keadaan jarak pandangan yang terhad.
Fenomena ini turut mengubah wajah persekitaran bandar, menjadikan latar bangunan dan kawasan sekitarnya kelihatan suram serta kabur dalam beberapa rakaman di sekitar Sepang dan Kuala Lumpur.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐂𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄
Tahukah anda? Di kaki Gunung Santubong, Sarawak Cultural Village menghimpunkan kepelbagaian warisan Sarawak dalam satu ruang yang sarat dengan cerita, tradisi dan identiti.
Dibuka secara rasmi pada Februari 1990, kampung budaya seluas tujuh hektar ini menampilkan tujuh rumah tradisional yang mewakili masyarakat Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.
Lebih daripada sekadar replika seni bina, setiap rumah menghidupkan warisan melalui adat, makanan, kraf, muzik dan amalan kehidupan masyarakatnya daripada tenunan pua kumbu dan manik Iban, muzik sape Orang Ulu, kehidupan masyarakat Penan, hinggalah pemprosesan sagu masyarakat Melanau.
Pengunjung turut berpeluang menyaksikan dan mengalami sendiri pelbagai aktiviti tradisional, sekali gus memahami bahawa warisan bukan sekadar untuk dipelihara, tetapi perlu terus dihayati, diwarisi dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.
Inilah wajah Malaysia berbeza budaya, bahasa dan tradisi, namun bersatu dalam sebuah identiti yang dikongsi bersama.
Warisan dipelihara, kepelbagaian diraikan, Malaysia terus disatukan.
Nantikan kisah seterusnya.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazri -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Majlis Tindakan Ekonomi Negara
@officialmten_
Sebungkus sarapan kegemaran, jauh perjalanannya.
Di sebalik keterjaminan bekalan makanan harian kita, ada pelbagai langkah proaktif Kerajaan MADANI yang menampung rantaian bekalan:This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menutup tirai lawatan ke India dengan mengadakan sidang media bersama media Malaysia. Alhamdulillah, lawatan ini melakar kejayaan penting buat Malaysia di pentas antarabangsa dengan suara dan pendirian yang tegas serta kekuatan ekonomi yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan dunia.
Di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, Malaysia tampil membawa suara negara-negara Selatan Global yang menuntut tatanan dunia lebih adil dan saksama. Kita juga terus tegas mempertahankan nasib rakyat Palestin serta menolak penjajahan, keganasan dan sikap membisu terhadap kezaliman.
Pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati tatkala kita mampu berbicara dan bekerjasama dengan pelbagai kuasa berdasarkan prinsip, kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Keyakinan terhadap Malaysia turut diterjemahkan melalui minat syarikat-syarikat utama India untuk menjalin kerjasama dalam sektor automotif, kejuruteraan, kecerdasan buatan dan pembuatan termaju.
Matlamatnya jelas, iaitu membawa masuk pelaburan, mengembangkan bakat tempatan serta mencipta lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat.
Di Kerala, hubungan sejarah dan peradaban yang terjalin sejak sekian lama digerakkan ke arah kerjasama ekonomi yang lebih kukuh. Pertemuan bersama pimpinan negeri serta pemain industri dari India, Malaysia dan Negara Teluk membuka peluang dalam ekonomi digital, kesihatan, pendidikan, pelancongan, logistik dan industri halal.
Kunjungan ke Markazu Saquafathi Sunniyya pula memperlihatkan peranan Malaysia dalam wacana ilmu dan pemikiran Islam. Kami bicarakan keperluan membentuk pendekatan kecerdasan buatan berteraskan nilai agar teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan akhlak, kebebasan akal dan kemanusiaan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan India atas sambutan mesra dan layanan baik sepanjang keberadaan kami di New Delhi dan Kerala. Terima kasih juga kepada seluruh petugas Kedutaan Besar Malaysia di India, anggota delegasi, rakan media serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan dan melancarkan lawatan ini.
Terima kasih India. Saya teruskan misi Diplomasi MADANI di Maldives!
धन्यवाद, भारत। फिर मिलेंगे!
🇲🇾 🤝 🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Republik Maldives malam tadi untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi atas undangan Presiden Dr Mohamed Muizzu.
Doakan misi Diplomasi MADANI ini berjalan lancar, sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Maldives yang telah terbina sejak hampir enam dekad, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Malaysia telah membawa suara dan pendirian yang tegas di pentas BRICS di Indian, di samping terus berusaha membina kekuatan ekonomi dengan menarik minat pelabur untuk meneroka ruang kerjasama baharu di Malaysia.
Insya-Allah, hasil lawatan ke India akan diterjemahkan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.
🇲🇾🤝🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Izzudheen Faalan, Malé pagi ini bagi memulakan rangka lawatan rasmi di Maldives. Ketibaan saya disambut Presiden Dr Mohamed Muizzu sebelum kami bergerak ke Republic Square untuk upacara pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Maldives National Defence Force, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Maldives.
Usai sambutan rasmi, kami menuju ke Pejabat Presiden bagi mengadakan pertemuan bersama delegasi Malaysia dan Maldives.
Kunjungan ini menandai detik penting dalam sejarah persahabatan Malaysia-Maldives yang terjalin sejak hubungan diplomatik dimulakan pada 1968.
Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh ikatan kedua-dua negara serta membuka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat nyata kepada rakyat Malaysia dan Maldives.
🇲🇾🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑?
9 Julai 1963 dan 16 September 1963 merupakan dua tarikh penting dalam lembaran sejarah pembentukan Malaysia.
Pada 9 Julai 1963, Malaysia Agreement 1963 (MA63) ditandatangani di Marlborough House, London.
Namun, 16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasmi, selepas laporan rombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disiapkan pada 14 September 1963.
Pada hari bersejarah itu, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, di hadapan kira-kira 30,000 rakyat.
9 Julai mencatat persetujuan.
16 September menandakan kelahiran sebuah negara.
Hari Malaysia yang kita sambut hari ini bukan sekadar memperingati satu tarikh, tetapi menghayati perjalanan sejarah yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara bernama Malaysia.
Enam dekad lebih berlalu, semangat pembentukan Malaysia terus menjadi asas kepada sebuah negara yang bersatu, berdaulat dan melangkah ke hadapan bersama.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia’s position is clear: occupation, or settler colonialism or even more in point ‘settler terrorism’ cannot become destiny and no life weighs less for where it is lived. Malaysia hopes BRICS will affirm this plainly and unequivocally.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat tiba di Kerala dan langsung ke Markazu Saquafathi Sunniya di Karanthur, dalam rangka Ziarah Mahabbah kepada Syekh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India.
Alhamdulillah, dalam kesempatan kunjungan kali ini, kami sempat bertukar pandangan terkait cabaran kecerdasan buatan yang membuka ufuk baharu ilmu dan kemajuan, namun turut membawa cabaran besar terhadap akidah, iman, akhlak serta kebebasan akal manusia.
Justeru, kami bicarakan keperluan merangka pendekatan AI berteraskan kerangka Islam yang mengimbangi kemajuan teknologi dengan nilai, akhlak dan kemanusiaan. Insya-Allah, perbincangan ini akan diperhalusi bagi memastikan kemajuan kecerdasan buatan dimanfaatkan sebaiknya tanpa mengorbankan akidah, nilai dan kemanusiaan.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di Markaz Saquafathi Sunniya, saya bersama delegasi Malaysia diraikan dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala dan kira-kira 2,000 penuntut ilmu yang dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiwa dan raga dalam menyebarkan dakwah untuk mengangkat martabat umat.
Insya-Allah, Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis. Semoga ikhtiar ini memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kerala, menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan umat yang teguh imannya, luas ilmunya dan luhur akhlaknya.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan misi Diplomasi MADANI di Kerala hari ini dengan menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Kerala, VD Satheesan dalam rangka kunjungan saya ke negeri ini.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai potensi besar Kerala dalam memperkukuh hubungan Malaysia-India, khususnya menerusi kerjasama ekonomi serta peningkatan perdagangan dan pelaburan.
Kami turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan sektor bernilai tinggi. Hubungan perniagaan, pertukaran rakyat dengan rakyat serta jalinan sejarah dan budaya yang erat juga perlu terus diperkasa.
Saya turut mengundang CM Satheesan untuk berkunjung ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan ini dan menterjemahkan segala potensi yang ada kepada kerjasama yang lebih konkrit serta memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar hari kedua di Delhi semalam, membawa suara dan pendirian tegas Malaysia tatkala berucap di hadapan pimpinan dunia di pentas BRICS.
Berakhir urusan diplomasi di Delhi, saya terbang ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India dan berhimpun bersama kira-kira 2,000 anak-anak pelajar Markaz Saquafathi Sunniya dalam majlis ilmu. Alhamdulillah.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudiannya menerima kunjungan hormat Gabenor Kerala, Rajendra Vishwanath Arlekar. Bicara kami pantas menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Kerala yang telah berakar sejak sekian lama menerusi jalinan perdagangan, pendidikan, pergerakan masyarakat serta pertukaran budaya yang terus mempererat hubungan antara rakyat.
Kami turut berbincang mengenai potensi memperluas kerjasama dalam sektor bernilai tinggi, khususnya ekonomi digital, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan, selaras dengan kekuatan serta kepentingan bersama.
Alhamdulillah, kami turut sepakat untuk meneroka usaha meningkatkan hubungan perniagaan, merancakkan aliran pelancongan serta memperbanyak pertukaran antara rakyat agar hubungan erat ini terus berkembang dan membawa manfaat bersama.
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga sempat mengadakan pertemuan bersemuka dengan beberapa pemimpin industri, antaranya dari Majlis Perniagaan UAE-India Cabang UAE (UIBC-UC), termasuk wakil Sharaf Group dan EFS Facilities Services Group, selain wakil Beeah Group bagi meneroka peluang pelaburan, pekerjaan serta kerjasama dengan Malaysia.
Bersama Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral (B) Sharafuddin Sharaf, kami bicarakan minat syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan keupayaan kargo dan logistiknya. Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Eksekutif EFS Facilities Services Group, Tariq Chauhan pula berkongsi perancangan pengambilan pekerja yang membuka peluang buat rakyat Malaysia dalam sektor pengurusan fasiliti.
Saya turut bertemu wakil Beeah Group yang menyatakan hasrat untuk membangunkan kemudahan penjanaan tenaga daripada sisa secara mampan di Malaysia. Kepakaran kumpulan ini dalam kitar semula dan pemerolehan semula bahan daripada sisa di Sharjah berpotensi menyokong usaha negara memperkukuh pengurusan sisa serta peralihan tenaga.
Malaysia mengalu-alukan kerjasama lebih erat dengan komuniti perniagaan UAE dan India. Insya-Allah, peluang yang dibincangkan akan diterjemahkan kepada pelaburan berkualiti, peluang pekerjaan serta manfaat yang nyata buat rakyat dan perusahaan tempatan.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian menghadiri sesi perbincangan bersama wakil hampir 30 syarikat daripada pelbagai industri dari India, Malaysia dan negara-negara Teluk bagi meneroka potensi baharu kerjasama ekonomi.
Syarikat-syarikat ini merangkumi sektor perubatan dan kesihatan, semikonduktor, pembinaan, kecerdasan buatan, teknologi digital dan maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga serta pengangkutan.
Dalam sesi ini, saya menawarkan Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN, sebuah rantau yang aman dengan ekonomi yang terus berkembang. Kekuatan India dalam bidang teknologi dan semikonduktor, apabila digandingkan dengan keupayaan Malaysia, mampu meningkatkan daya saing serta memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Hubungan Malaysia dengan Kerala pula berakar jauh dalam sejarah. Pesisir Malabar pernah menjadi jalur penting pertemuan perdagangan, agama, ilmu dan budaya yang turut mencorakkan peradaban Asia Tenggara. Ikatan sejarah ini harus diterjemahkan kepada kerjasama ekonomi yang lebih kukuh dan bermakna.
Saya mengundang para pelabur Kerala dan negeri-negeri sekitarnya untuk meneroka peluang yang tersedia di Malaysia, di samping menggalakkan syarikat Malaysia memperluas jejak mereka di Kerala dan seluruh India. Insya-Allah, hubungan akrab yang terjalin akan terus diperkasa melalui peluasan perdagangan dan pelaburan demi kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Sheikh Abubakr Ahmad الشيخ أبوبكر أحمد
@shkaboobacker
Honored to extend a warm welcome to the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, during his momentous visit. Strengthening ties of knowledge, culture, and mutual respect.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐈@𝐆𝐎𝐏𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀
IPOH, 13 September 2026 – Program MADANI Kita Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng di Dewan Orang Ramai Rapat Setia menjadi wadah memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara langsung.
Program ini membuka ruang kepada komuniti setempat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan agensi kerajaan, mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif semasa serta menyampaikan pandangan dan keperluan setempat.
Pendekatan turun padang seperti ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus mendekati rakyat, mendengar suara komuniti dan memastikan agenda pembangunan serta kesejahteraan dapat dirasai bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazri.abubakarThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi ke Bharat Mandapam untuk menghadiri pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18. Ketibaan saya disambut sahabat, Perdana Menteri India Narendra Modi, sebelum bersama-sama mendengar ucapan para pimpinan BRICS.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik.
Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih banyak dibelanjakan untuk membayar faedah berbanding berbelanja untuk pendidikan atau kesihatan.
Justeru, sistem pembiayaan antarabangsa perlu lebih adil dan tidak menjerumuskan negara ke dalam hutang yang tidak tertanggung hanya kerana mahu memenuhi keperluan asas rakyat.
Saya turut menekankan keperluan mempercepat inisiatif melalui New Development Bank, memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serta memanfaatkan potensi besar pasaran modal Islam.
Negara-negara BRICS juga harus berganding melalui langkah nyata untuk merungkai amalan perdagangan tidak adil, berkongsi pengalaman pembangunan serta memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan.
Peralihan hijau mesti mengambil kira realiti dan tahap pembangunan setiap negara kerana tidak semua mampu bergerak pada kadar atau melalui jalan yang sama. BRICS memiliki kelebihan geoekonomi menerusi pasarannya yang luas, sekali gus membuka ruang mempelbagaikan perdagangan, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat serta menjana kemakmuran bersama.
Namun, kita tidak boleh berbicara tentang pertumbuhan terangkum selagi peperangan terus melonjakkan harga tenaga dan mengancam laluan laut yang menjadi nadi ekonomi dunia. Pencerobohan Israel di Asia Barat turut menyebabkan negara-negara yang tidak terlibat dalam peperangan ini menanggung akibat melalui inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Pendirian Malaysia jelas: kedaulatan mesti dihormati, orang awam dilindungi dan laluan utama ekonomi dunia tidak boleh dijadikan medan pertempuran.
Malaysia percaya BRICS mesti berani menyatakan pendirian bahawa pendudukan haram, penjajahan serta keganasan tidak boleh terus dibiarkan, dan setiap nyawa manusia wajib dipertahankan tanpa mengira di mana mereka berada.
Bagi Malaysia, autonomi strategik bererti kebebasan menentukan haluan serta keberanian mempertahankan pendirian tatkala diuji. Sebagai Negara Rakan BRICS, Malaysia bersedia menyumbang dengan semangat ini.
=====
Addressed the 18th BRICS Summit in New Delhi today, where I conveyed Malaysia’s appreciation to India for convening this timely session amid profound shifts in the global economic and geopolitical landscape.
We meet at a moment of great contradiction. Technology has rarely advanced faster, yet for much of the developing world, economic uplift remains remote. Too many countries are in debt distress or at serious risk of it, while far too many people live in countries where more is spent on interest than on teaching the young or tending the sick.
No nation should be forced to choose between honouring its debts and honouring its obligations to its people. Financing must therefore be fit for purpose, ensuring that meeting basic needs and providing public goods do not leave countries carrying debts they cannot sustain. Commercial capital also has an important role, provided it is deployed on sound and sustainable terms.
I stressed the need to advance initiatives through the New Development Bank, mechanisms for local currency settlements and the immense potential of Islamic capital markets. We must also act jointly through concrete measures to dismantle unfair trading practices, share our development experience and strengthen technical cooperation and training in emerging fields, including semiconductors and artificial intelligence.
(Full statement on Anwar Ibrahim’s Facebook page)
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah dapat memanfaatkan sepenuhnya hari pertama di Delhi semalam dengan bertemu sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, selain bertemu wakil industri untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan. Untuk Malaysia! 🇲🇾
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Temubual Eksklusif Thanthi TV Bersama Anwar Ibrahim.
youtu.be/YE78NFeF258 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, usai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, saya berlepas meninggalkan New Delhi untuk meneruskan perjalanan ke Kerala. Insya-Allah, saya akan bertemu Mufti Besar India serta menghadiri majlis ilmu di markaz di Karanthur.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan sekali lagi bertemu sahabat baik saya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen India, Rahul Gandhi, pagi tadi sambil bersarapan.
Pertemuan singkat ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan mutakhir antarabangsa dan serantau.
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐈@𝐆𝐎𝐏𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀
IPOH, 13 September 2026 – Program MADANI Kita Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng di Dewan Orang Ramai Rapat Setia menjadi wadah memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara langsung.
Program ini membuka ruang kepada komuniti setempat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan agensi kerajaan, mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif semasa serta menyampaikan pandangan dan keperluan setempat.
Pendekatan turun padang seperti ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus mendekati rakyat, mendengar suara komuniti dan memastikan agenda pembangunan serta kesejahteraan dapat dirasai bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐋𝐎𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓: 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈, 𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
Tahukah anda? Deretan bot, juadah tempatan dan Jalur Gemilang menghidupkan suasana Pulau Sri Tanjung Floating Market, berlatar indah Sungai Kelantan.
Lebih daripada pasar terapung, destinasi ini merangkai alam, budaya dan ekonomi komuniti dalam satu pengalaman yang dekat dengan kehidupan setempat.
Di sinilah pesona Tumpat dapat dirasai sederhana, autentik dan penuh warna warisan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr @AbiyAhmedAli. Hubungan peribadi kami dan persahabatan kedua-dua negara telah mencatat momentum positif susulan kunjungan beliau ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balas saya ke Ethiopia pada tahun lalu.
Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu setelah 43 tahun telah menandakan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara. Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk membuka kedutaannya di Kuala Lumpur.
Saya turut menzahirkan penghargaan atas dukungan Ethiopia terhadap penglibatan Malaysia dalam BRICS. Kami juga sepakat untuk mengadakan Rundingan Dua Hala yang pertama di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi menterjemahkan persetujuan kedua-dua negara kepada tindakan yang nyata.
Potensi kerjasama ini antaranya merangkumi industri halal, pertanian, keterjaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan.
Insya-Allah, momentum ini akan terus dipacu demi hubungan Malaysia-Ethiopia yang semakin kukuh serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇪🇹
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menggunakan kesempatan di New Delhi untuk bertemu wakil DRB-HICOM, SEGULA Technologies India, AWL Agri Business Limited dan Motherson Group bagi membincangkan peluang memperluas pelaburan serta kerjasama industri dalam sektor strategik antara Malaysia dan India.
Pertemuan pertama diadakan bersama wakil DRB-HICOM yang hadir bersama rakan strategik mereka bagi meneroka ruang kerjasama dengan industri automotif di India.
Saya kemudian bertemu kepimpinan SEGULA Technologies India, sebuah syarikat kejuruteraan dan teknologi global, yang menyatakan hasrat untuk menubuhkan Pusat Kejuruteraan Global di Malaysia menjelang akhir 2026. Inisiatif ini berupaya memperkukuh keupayaan kejuruteraan tempatan melalui pengambilan bakat Malaysia serta penerapan kepakaran kecerdasan buatan dalam sektor automotif, aeroangkasa, tenaga dan pembuatan termaju.
Pertemuan bersama AWL Agri Business Limited, antara syarikat utama dalam sektor perniagaan tani di India, pula meneroka usaha meningkatkan pembelian produk daripada pembekal Malaysia. Syarikat itu telah mengimport produk minyak sawit Malaysia bernilai kira-kira RM1.5 bilion, sekali gus membuka ruang untuk memperluas kerjasama dalam minyak sawit, lemak khusus, oleokimia dan produk hiliran lain.
Saya turut bertemu wakil Motherson Group yang berkongsi perancangan untuk mengembangkan perniagaan teknologi maklumat dan penyelesaian digital di Malaysia. Langkah ini akan memanfaatkan kekuatan bakat tempatan, infrastruktur digital serta kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran serantau.
Pertemuan-pertemuan ini mencerminkan keyakinan pemain industri dan pelabur terhadap potensi serta hala tuju ekonomi Malaysia. Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan berkualiti yang memperkukuh industri tempatan, mencipta pekerjaan bernilai tinggi serta memastikan limpahan manfaatnya dapat dirasai rakyat.
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Guru mintak izin nyanyi kejap ok!
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di sela-sela majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi, saya sempat berbicara dengan beberapa sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, antaranya Presiden Mesir, Presiden Indonesia, Presiden Kazakhstan, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Setiausaha Agung PBB serta Ketua Pengarah WTO.
Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat. Keadaan ini menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya para pemimpin dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan.
Insya-Allah, beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam tatkala Presiden Abdel Fattah El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan hadapan.
Bersama Presiden Prabowo Subianto pula, kami turut menyentuh isu kebakaran hutan serta perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama. Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin agar beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh dapat dibincang dan dimuktamadkan.
🇲🇾 🇪🇬 🇮🇩 🇰🇿 🇺🇿 🇺🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Berita AlHijrah
@beritaalhijrah
Dalam kepadatan waktu menghadiri Sidang Kemuncak BRICS, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Seyed Abbas Araghchi dalam satu perbincangan tertutup.
Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negaraThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Anwar undang Ethiopia buka kedutaan di Kuala Lumpur
@anwaribrahim
#bernamanews
#videobernamaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Tehran Times
@TehranTimes79
President @drpezeshkian: The US and Israeli regime failed to achieve any of their objectives in their attack on Iran
In an interview with India Today, President Pezeshkian said:
🔹 For the Strait of Hormuz to be reopened, the United States must stop its blockade and aggression. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐓
TUMPAT, 12 September 2026 – Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan di Pulau Sri Tanjung dan Pulau Haji Nik Mat menjadi wadah mendekatkan kerajaan dengan masyarakat menerusi penyampaian perkhidmatan, perkongsian maklumat dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Pelbagai lapisan masyarakat berpeluang mendapatkan perkhidmatan secara langsung termasuk pemeriksaan kesihatan percuma dan semakan e-Kasih, di samping menikmati Jualan Rahmah MADANI serta menyertai pertandingan mewarna, kuiz interaktif dan cabutan bertuah.
Kemeriahan karnival turut diserikan dengan persembahan Aris Kapilla dan Irfan Mutiara Biru serta pemberian kad SIM percuma kepada 500 pengunjung terawal.
Penganjuran oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan ini turut dilengkapi program Wayang Pacak pada 11 September serta penyerahan mural “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di SMK Pulau Beluru, sekali gus memperluas ruang interaksi dan penyampaian maklumat kerajaan secara lebih dekat, santai dan inklusif kepada masyarakat.
Inilah semangat Malaysia MADANI kerajaan hadir, mendengar dan menyantuni rakyat, di mana sahaja mereka berada.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟏𝟎 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
TUMPAT, 12 September 2026 – Sebanyak 10 keluarga dalam kategori miskin di Pulau Teluk Renjuna dan Pulau Beluru menerima kunjungan serta sumbangan menerusi Sesi Ziarah Kasih MADANI, sempena Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan.
Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan itu turut melibatkan empat agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu ICU Negeri Kelantan, MKN Negeri Kelantan, APM Negeri Kelantan dan YADIM.
Antara sumbangan yang disampaikan termasuk bakul makanan, wang tunai, barangan keperluan asas, lampin pakai buang dan susu dewasa, serta peralatan sokongan seperti kerusi roda, tongkat dan kerusi rehat.
Selain penyampaian bantuan secara terus kepada keluarga yang disantuni, MKN Negeri Kelantan turut menyokong usaha memperkukuh kesedaran keselamatan komuniti menerusi tajaan mural “Kempen Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di SMK Pulau Beluru. Kaunter eKasih turut dibuka bagi membantu masyarakat mendapatkan semakan berkaitan status kemiskinan.
Sesi ziarah diketuai Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Ahmad Ammar Othman, selaku Ketua Rombongan Ziarah Kasih MADANI.
Inisiatif ini mencerminkan pendekatan kerajaan yang terus mendekati masyarakat, memahami keperluan setempat dan memastikan bantuan serta perkhidmatan disampaikan kepada golongan yang memerlukan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
TUMPAT, 12 September 2026 – Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan di Pulau Sri Tanjung menjadi wadah mendekatkan kerajaan dengan masyarakat menerusi penyampaian perkhidmatan, perkongsian maklumat dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Narendra Modi
@narendramodi
Maritime neighbours, close partners and a friendship powered by our people.
Delighted to meet PM Anwar Ibrahim.
India-Malaysia ties are moving into ambitious new areas like semiconductors, critical minerals, clean energy, infrastructure and talent mobility.
Our growing defence partnership, expanding two-way investments and deeper people-to-people links reflect the new momentum in our Comprehensive Strategic Partnership.
India and Malaysia will continue to work together and realise the full potential of this relationship.
Jiran maritim, rakan kongsi rapat dan persahabatan yang diperkukuh oleh hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara.
Amat berbesar hati dapat bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Hubungan India-Malaysia kini berkembang ke bidang-bidang baharu yang lebih bercita-cita tinggi, termasuk semikonduktor, mineral kritikal, tenaga bersih, infrastruktur dan mobiliti bakat.
Kerjasama pertahanan yang semakin kukuh, peningkatan pelaburan dua hala serta hubungan rakyat-ke-rakyat yang semakin erat mencerminkan momentum baharu dalam Perkongsian Strategik Komprehensif India-Malaysia.
India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk merealisasikan sepenuhnya potensi hubungan ini.
@anwaribrahim -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Iran Embassy In Malaysia
@iraninmalaysia
President Masoud Pezeshkian of the Islamic Republic of Iran and Prime Minister Anwar Ibrahim of Malaysia held a meeting on the sidelines of the BRICS Summit, exchanging views on bilateral relations and key regional and international developments.
#iran #malaysia #brics -
Jabatan Perdana Menteri reposted
MFA Russia 🇷🇺
@mfa_russia
💬 President #putin to PM of Malaysia @anwaribrahim:
Next year will mark 6️⃣0️⃣ years of #russiamalaysia diplomatic relations
We approach this significant milestone with a wealth of positive experience of cooperation & a solid foundation for its expansion
t.me/MFARussia/31975 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudian langsung ke Hyderabad House untuk ketemu sahabat, Perdana Menteri @narendramodi. Saya zahirkan penghargaan atas layanan istimewa yang diberikan sejak delegasi Malaysia tiba di New Delhi malam tadi.
Alhamdulillah, kami sepakat untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-India serta memperteguh persahabatan yang berakar daripada sejarah panjang dan hubungan akrab antara rakyat kedua-dua negara.
Bicara kami memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor strategik, khususnya industri semikonduktor. Malaysia dan India memiliki kekuatan yang saling melengkapi dan boleh digembleng melalui kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat serta pelaburan dua hala.
Saya juga membangkitkan keperluan untuk memudah cara dan mempercepat kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat.
Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh persahabatan ini yang saling menguntungkan demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
RussiaNews 🇷🇺
@mog_russEN
You should be sleeping.
During his late-night meeting with Putin, Malaysia’s PM lightheartedly noted the hour. It is currently 11:15 PM in New Delhi. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebaik tiba di New Delhi, saya terus mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin. Pertemuan yang bermula sekitar jam 11 malam itu berlangsung dalam suasana persahabatan serta memberi ruang untuk kami menilai kemajuan hubungan Malaysia-Rusia dan menetapkan beberapa langkah konkrit bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua negara.
Saya membangkitkan keperluan untuk mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia serta kemudahan perjalanan tanpa visa seperti yang telah dipersetujui sebelum ini, bagi merancakkan pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Saya turut menyatakan penghargaan atas dukungan Rusia terhadap kerjasama tenaga bersama Malaysia. Kedua-dua negara mempunyai kekuatan dan kepakaran yang boleh digembleng untuk memperluas kerjasama dalam sektor strategik ini demi kepentingan bersama.
Bicara kami turut menyentuh soal peningkatan kemasukan minyak sawit Malaysia ke pasaran Rusia, di samping meneroka usaha untuk menggandakan nilai perdagangan Malaysia-Rusia.
Yang lebih utama, setiap persetujuan yang dicapai mesti segera diterjemahkan kepada pelaksanaan. Justeru, saya mencadangkan penubuhan mekanisme khas antara Malaysia dan Rusia bagi menyelaras serta mempercepat pelaksanaan semua kesepakatan, dan cadangan ini telah dipersetujui oleh Presiden Putin.
Pada penghujung pertemuan, saya menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Presiden Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia. Insya-Allah, lawatan ini kelak akan membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Rusia yang semakin erat, matang dan saling menguntungkan.
🇲🇾🇷🇺
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India yang memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan antara Putrajaya dan Moscow serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan bersama.
📸 fotoBERNAMA
#bernamanews
#sidangkemuncakpemimpinbrics
#newdelhi
@anwaribrahim -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New Delhi hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.
Pesawat khas yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India Sharifah Ezneeda Wafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia Dr Mohd Shaharin Umar dan Atase Pertahanan Kolonel Dr Nizlan Mohamed.
Berita penuh : www.bernama.com/bm/news.php?id=2606142
#videobernama
#bernamanews
#brics2026
@anwaribrahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑, 𝐏𝐔𝐓𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐁𝐑𝐈𝐂𝐒
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India yang memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan antara Putrajaya dan Moscow serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan bersama.
Ini merupakan pertemuan dua hala pertama Anwar sebaik tiba di sini untuk menyertai sidang kemuncak tersebut, memandangkan Malaysia kini berstatus sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.
Pertemuan itu dijangka menekankan kepentingan mengekalkan hubungan peringkat tinggi antara kedua-dua negara, khususnya ketika Malaysia berusaha mengukuhkan hubungan ekonomi dan strategik dengan ekonomi-ekonomi baharu muncul yang utama.
Malaysia dan Rusia telah menjalin hubungan diplomatik sejak tahun 1967, dengan kerjasama merangkumi bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan, pelancongan, pertahanan serta bidang-bidang lain.
Kedua-dua negara juga telah menyatakan minat untuk memperluas hubungan ekonomi dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu.
#bernamanews
#sidangkemuncakpemimpinbrics
#newdelhi
@anwaribrahimThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Sputnik
@SputnikInt
Putin meets with Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim on sidelines of BRICS summit in India — Sputnik correspondent
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy 💅
🇲🇾🇮🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#gurumadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), saya ditemani Ketua Menteri Sabah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Likas.
Kami turut berkesempatan menjamah hidangan sambil beramah mesra bersama pihak pengurusan masjid, para jemaah dan penduduk sekitar.
Semoga ukhuwah kita terus berkekalan dan semoga kita semua dikurniakan keberkatan pada penghulu segala hari ini, insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berlepas ke New Delhi, India, saya ambil kesempatan santuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah kampung di Numbak, Kota Kinabalu.
Hati saya amat tersentuh tatkala dimaklumkan tragedi ini turut meragut nyawa tiga orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 8 tahun. Kehilangan anak-anak kecil dalam musibah sebegini tentunya meninggalkan luka yang amat dalam, bukan sahaja buat keluarga, malah seluruh komuniti yang turut berkongsi kedukaan ini.
Saya dan Azizah merakamkan salam takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak-anak ini serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga untuk melalui ujian yang amat berat ini.
Bagi meringankan beban mereka yang terkesan, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada 111 ketua isi rumah, selain sumbangan kotak makanan, di samping bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Usaha juga mesti dipercepat bagi memastikan keluarga yang kehilangan tempat berteduh dapat kembali membina kehidupan dalam keadaan yang lebih selamat dan bermaruah, sementara anak-anak yang terkesan dapat segera kembali ke sekolah dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Doa saya dan Azizah, semoga Allah SWT mengangkat kesedihan ini, menguatkan jiwa mereka yang diuji dan menggantikan segala duka dengan sinar harapan yang baharu.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan selain Perdana Menteri Ethiopia.
Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama.
Usai Misi Diplomasi di India, saya kemudian akan terus ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Dr. Mohamed Muizzu.
Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah.
🇲🇾🇮🇳🇲🇻
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝟔𝟑 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐍𝐀𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
KOTA KINABALU, 11 September 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ialah komitmen nasional dan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆
Tahukah anda? Sejak era pemerintahan Brooke pada tahun 1841, bot penambang di Sungai Sarawak menjadi penghubung penting yang merentasi sungai, menghubungkan masyarakat di kedua-dua tebing dengan pusat bandar Kuching.
Lebih 180 tahun kemudian, warisan pengangkutan air ini masih menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat setempat menghubungkan perjalanan, memudahkan urusan dan mendekatkan komuniti.
Dengan tambang sekitar RM1 seorang, perjalanan merentasi kira-kira 300 meter sungai hanya mengambil masa beberapa minit. Dalam kesederhanaannya, bot penambang membawa makna yang lebih besar sebuah warisan yang terus hidup bersama rakyat dan menjadi sebahagian daripada wajah Malaysia.
Di sebalik perjalanan singkat itu, tersimpan kisah sejarah, kehidupan dan identiti masyarakat yang terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Inilah Malaysia berakar pada warisan, bergerak bersama zaman dan terus melangkah ke hadapan.
Nantikan kisah seterusnya.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
STATEMENT ON NEW MEASURES AGAINST THE ISRAELI OCCUPATION
I welcome the joint statement of 8 September 2026 by the Foreign Ministers of twelve Western countries on measures against illegal Israeli settlements. I note in particular that Britain, Canada and France will bring forward measures to ban trade in settlement goods, joining several European countries that have already taken this step.
I also recognise the significance of the statement by British Foreign Secretary Ed Miliband to the House of Commons. The United Kingdom has now formally recognised the unlawfulness of the Israeli occupation as a whole. It has also acknowledged that ethnic cleansing of Palestinians is taking place in areas of the West Bank at the hands of what Mr Miliband rightly calls "settler terrorists". These are significant acknowledgements, grounded in international law and in the realities confronting the Palestinian people.
These steps represent a welcome and overdue shift in the approach of several Western governments. They must now be matched by firm implementation. These governments should use their considerable diplomatic and economic leverage over Israel to press for an end to settlement expansion and forced displacement, accountability for the devastation inflicted on Gaza and unimpeded humanitarian access.
The international community must move beyond statements towards concrete and binding measures that uphold international law, protect the rights of the Palestinian people and secure a just and lasting peace in the Middle East.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝟔𝟑 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐍𝐀𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
KOTA KINABALU, 11 September 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ialah komitmen nasional dan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia.
Antara keputusan utama MTPMA63 ialah persetujuan pada prinsip untuk meningkatkan perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, selain penambahan RM1.5 bilion kepada Sabah sebagai langkah interim berkaitan pembayaran 40 peratus.
MA63 perlu terus diangkat sebagai National Policy, National Commitment dan National Narrative iaitu dasar yang diterjemahkan melalui tindakan, komitmen yang dilaksanakan secara berterusan dan naratif nasional yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.
MA63 bukan sekadar sejarah pembentukan negara ia amanah bersama untuk masa depan Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐆𝐑𝐄𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 𝟏𝟗𝟔𝟑: 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Tahukah anda? Malaysia Agreement 1963 (MA63) telah ditandatangani di Marlborough House, London pada 9 Julai 1963.
Perjanjian bersejarah ini melibatkan Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, sebagai asas penting ke arah pembentukan Malaysia.
Beberapa bulan kemudian, pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk secara rasmi.
Lebih daripada sekadar tarikh dan dokumen, MA63 merupakan sebahagian daripada perjalanan sejarah yang membentuk sebuah negara berdaulat Malaysia.
Kenali sejarahnya. Hayati pembentukannya. Hargai Malaysia sebagai sebuah negara yang dibina atas sejarah, persefahaman dan kebersamaan.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud.
Kami membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dan kebersamaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, termasuk sokongan dalam pelbagai sektor antaranya infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.
Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.
Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan pembangunan negeri Selangor.
Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Dirgahayu Tuanku! -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba di Kota Kinabalu, Sabah dan terus menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
Turut bersama Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta pimpinan kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan.
Sabah dan Sarawak adalah rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan yang terus bersama-sama memperkukuh kestabilan negara serta memantapkan semangat perpaduan dan kebersamaan antara wilayah.
Insya-Allah, perpaduan dan kepercayaan yang terbina ini akan terus menjadi kekuatan dalam menjayakan agenda pembangunan serta menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ma63 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sempat adakan pertemuan singkat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah bagi bertukar pandangan serta membincangkan beberapa isu semasa, khususnya menyentuh kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Saya tegaskan bahawa KEADILAN harus terus memainkan peranan dalam memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, selain memastikan setiap dasar dan ikhtiar yang digerakkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Parti juga mesti bergerak dengan kekuatan seluruh anggota, merapatkan saf dan merangkul sokongan semua lapisan masyarakat agar kita kekal dekat dengan denyut nadi serta aspirasi rakyat.
Pada masa sama, persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang mesti diperkemas dari sekarang dengan kesatuan dan tekad yang jelas.
Insya-Allah, KEADILAN Sabah akan terus menjadi kekuatan yang membawa suara rakyat serta menjayakan agenda perubahan dan reformasi.
#kitakeadilan
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026 di Kota Kinabalu, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada kemajuan pelaksanaan persetujuan di bawah MA63, di samping meneliti beberapa perkara strategik yang menyentuh secara langsung kepentingan serta masa depan Sabah dan Sarawak.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk Inisiatif Pemerkasaan Keselamatan Sempadan Sabah dan Sarawak, Pertambahan Perjawatan serta Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah dan Sarawak, Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, serta pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.
Setiap perkara diteliti secara tuntas dalam semangat Persekutuan yang kukuh, dengan tekad memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak sentiasa dihormati, dipelihara dan diterjemahkan melalui keputusan serta pelaksanaan yang berkesan.
MA63 bukan sekadar lembaran sejarah atau dokumen yang dikenang saban tahun, ia adalah amanah dan iltizam nasional yang mesti kita lunaskan dengan ikhlas, adil dan penuh tanggungjawab.
Apa yang telah dipersetujui harus dilaksanakan, manakala perkara yang masih belum selesai mesti terus dirunding dengan kebijaksanaan, keikhlasan dan semangat muafakat.
Kerajaan Persekutuan akan terus membuka seluas-luasnya ruang perbincangan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, berteraskan semangat perpaduan sebagai rakan dalam Persekutuan, sekali gus memastikan pembangunan dan kemakmuran negara dapat dirasai secara adil dan saksama oleh seluruh rakyat.
Insya-Allah, kita akan ketemu semula di Kuching, Sarawak minggu hadapan bagi meraikan Hari Malaysia, menginsafi sejarah pembentukan negara dan memperteguh tekad untuk membina sebuah Malaysia yang lebih utuh, adil dan sejahtera untuk semua.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ma63 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟕
Demokrasi yang teguh bukan sekadar meraikan perbezaan pandangan, tetapi memastikan setiap pandangan diberi ruang untuk dibahaskan secara matang, terbuka dan berlandaskan kepentingan rakyat serta negara.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Parlimen Malaysia yang ke-67, marilah kita bersama-sama menghargai peranan Parlimen Malaysia sebagai institusi penting dalam memperkukuh demokrasi berparlimen, melaksanakan fungsi semak dan imbang, serta memastikan proses penggubalan undang-undang terus dilaksanakan dengan penuh amanah, tanggungjawab dan berintegriti.
Dengan menjunjung Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, institusi demokrasi perlu terus diperkasa sebagai wadah yang menyatukan kepelbagaian pandangan, membina persefahaman dan menghasilkan dasar serta perundangan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Selamat Menyambut Hari Parlimen ke-67.
“Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Malaysia”
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐏𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐓𝐌
KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Pegawai-pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama wakil agensi di bawahnya hari ini mengadakan kunjungan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐏𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐓𝐌
KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Pegawai-pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama wakil agensi di bawahnya hari ini mengadakan kunjungan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai usaha memperkukuh kompetensi, jaringan profesional serta keupayaan strategik komunikasi kerajaan.
Kunjungan ke institusi media utama negara ini memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi JPM mengenai ekosistem pengurusan berita dan kandungan, proses penerbitan penyiaran, pengurusan media serta pendekatan penyampaian maklumat merentasi platform konvensional dan digital.
Kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara JPM, BERNAMA dan RTM, khususnya dalam memperkukuh ketepatan, kepantasan, kredibiliti dan keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan dalam landskap media yang semakin pantas dan dinamik.
Bagi JPM, jaringan strategik dengan organisasi media bukan sekadar membina hubungan profesional, malah penting dalam memastikan pegawai komunikasi kerajaan sentiasa memahami perubahan landskap media, jangkaan khalayak dan pendekatan kandungan yang lebih relevan serta berimpak.
Inisiatif ini diharap dapat memperkasa keupayaan PRO JPM dan agensi untuk melaksanakan komunikasi yang lebih strategik, responsif dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan yang tepat, diyakini dan dekat dengan masyarakat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝟏𝟐𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈
PUTRAJAYA, 9 September 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), menghadiri Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) yang disempurnakan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Damar Sari, hari ini.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda disambut oleh Ketua Audit Negara, Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Seri Paduka Baginda turut berkenan menandatangani plak 120 Tahun JAN sebagai simbolik sambutan ulang tahun bersejarah institusi berkenaan.
Bertemakan “Menjunjung Amanah: Audit Berkualiti, Meningkatkan Akauntabiliti”, sambutan ini menzahirkan 120 tahun komitmen JAN dalam melaksanakan fungsi pengauditan sebagai institusi audit tertinggi negara, khususnya dalam memperkukuh ketelusan, integriti dan akauntabiliti pengurusan kewangan awam.
Sambutan ini turut mencerminkan komitmen berterusan JAN dalam memperkukuh kewibawaan institusi serta memastikan fungsi pengauditan terus relevan dan berkesan dalam mendukung tadbir urus negara yang baik.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Isu projek pembangunan yang berstatus sakit, lewat daripada jadual serta kelembapan dalam perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan antara yang dibangkitkan dan disentuh sewaktu Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang saya pengerusikan petang tadi.
Saya tekankan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di seluruh negara.
Maka, menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian.
Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selain memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang membawa empat petugas kesihatan KKM dan seorang juruterbang berhampiran Long Lellang, Sarawak petang semalam.
Ingatan serta doa saya dan Azizah bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini. Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa.
Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, Insya-Allah.
Gambar: Bernama -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya baru menghubungi saudara Bee Sham Ahmad, ayahanda kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq, bagi menyampaikan salam takziah dari pihak saya, Azizah dan keluarga kepada seluruh keluarga besar Allahyarham.
Tatkala menghimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam.
Teruji dengan kehilangan amat berat, lebih-lebih lagi buat keluarga dan anak-anak yang jauh masih kecil. Saya titipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ini untuk terus melangkah menghadapi hari-hari mendatang.
Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan memastikan segala bantuan dan keperluan keluarga Allahyarham serta keluarga mangsa lain didukung dan diberi pembelaaan sewajarnya.
Justeru, ingatan dan doa saya, Azizah serta keluarga sentiasa bersama seluruh keluarga dan waris mangsa.
Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada.
Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara.
Al-Fatihah.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya berkesempatan meraikan peserta Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Edisi Ke-51 yang akan berlangsung esok di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Lebih lima dekad, pertandingan ini terus menjadi warisan Tun Abdul Razak Hussein sebagai gelanggang yang menguji keberanian, mempertajam ilmu dan mengasah keupayaan berhujah.
Lebih daripada sekadar pertandingan, ia menjadi ruang untuk anak-anak muda belajar menyusun fikiran, mempertahankan pendirian dan pada masa yang sama menghormati pandangan yang berbeza. Saya kagum melihat anak-anak ini begitu peka terhadap perkembangan semasa, berani mengemukakan persoalan dan kritis dalam menilai pelbagai isu.
Pesanan saya, berbahaslah dengan tegas tetapi penuh adab selain berhujah tanpa membenci dan berbeza pandangan tanpa bermusuhan. Demokrasi yang sihat bukan sekadar keberanian untuk bersuara, tetapi juga kesediaan untuk mendengar dan menghormati perbezaan. Selamat berbahas!
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐀𝐇𝐀𝐒 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐃𝐈 𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐋𝐀𝐍𝐆
Jabatan Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.
Nahas tersebut melibatkan sebuah helikopter yang sedang melaksanakan operasi PDU dengan membawa seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, yang kesemuanya sedang menjalankan amanah dan tugas rasmi ketika kejadian.
Pengorbanan mereka dalam memberikan khidmat kesihatan, khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman, merupakan satu bakti yang amat besar dan tidak ternilai. Jasa serta dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Semoga seluruh keluarga dan waris diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#salamtakziah
#alfatihah
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Dengan penuh dukacita saya merakamkan salam takziah dan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja kepada petugas kesihatan dan krew Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) KKM yang terkorban dalam nahas kemalangan helikopter di STOLport Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat terus menjadi amal jariah yang berkekalan.
Ingatan dan doa saya kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban agar diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi musibah ini.
Al fatihah.
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑: 𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐙𝐀𝐍𝐘𝐀?
Dua tarikh. Dua peristiwa. Satu perjalanan membentuk Malaysia.
Tahukah anda, 31 Ogos dan 16 September memperingati dua detik penting dalam sejarah negara?
31 Ogos 1957 - Menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British iaitu detik lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat.
16 September 1963 - Menandakan pembentukan Malaysia melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam sebuah persekutuan baharu.
Hari Kebangsaan mengingati kemerdekaan. Hari Malaysia meraikan pembentukan sebuah negara.
Dua tarikh yang berbeza, namun kedua-duanya saling melengkapi dalam perjalanan sejarah yang membentuk Malaysia hari ini.
Kerana menghayati sejarah bukan sekadar mengingati tarikh tetapi memahami bagaimana sebuah negara dibina, disatukan dan terus melangkah ke hadapan.
Kenali sejarah. Hargai perjalanan. Hayati Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀, 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
Di sinilah sejarah Malaysia tercipta.
Pada 16 September 1963, Padang Merdeka, Kota Kinabalu menjadi saksi detik bersejarah apabila Allahyarham Tun Fuad Stephens mengisytiharkan penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia.
Lebih daripada sekadar sebuah ruang lapang, Padang Merdeka mempunyai nilai sejarah yang panjang. Pada era pemerintahan British, lokasi ini menjadi antara pusat kegiatan sukan dan perarakan utama, malah pernah berfungsi sebagai stadium sebelum pembinaan Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Nilai warisan tersebut terus dipelihara apabila Padang Merdeka diwartakan sebagai Khazanah Negeri Sabah pada 19 Mei 1999.
Hari ini, Padang Merdeka terus menjadi lokasi penting bagi pelbagai acara rasmi dan sambutan peringkat negeri, menghubungkan sejarah, warisan dan identiti Sabah dalam perjalanan Malaysia yang terus melangkah ke hadapan.
Nantikan kisah seterusnya.
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 8 September 2026 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini menegaskan bahawa kekuatan Kerajaan MADANI bukan sekadar pada dasar yang baik, tetapi pada keupayaan untuk mendengar suara rakyat dan menterjemahkan dasar kepada pelaksanaan yang pantas, berkesan serta memberi manfaat nyata.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐈 𝐂𝐔𝐋𝐓𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄
Di sinilah warisan hidup, budaya bertemu dan jati diri Sabah terus berakar.
Tahukah anda? Mari Mari Cultural Village mengetengahkan kehidupan serta tradisi lima kelompok etnik utama Sabah iaitu Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun.
Keunikan rumah-rumah tradisional yang dibina oleh keturunan suku masing-masing membawa pengunjung menyelami dengan lebih dekat kehidupan, adat dan warisan komuniti yang telah diwarisi turun-temurun.
Daripada demonstrasi pembuatan sumpit, menyalakan api menggunakan buluh dan kaedah memasak tradisional, sehinggalah persembahan kebudayaan, setiap pengalaman di sini membuka ruang untuk kita menghargai kepelbagaian yang membentuk wajah Malaysia.
Kerana Malaysia bukan sekadar sebuah negara yang dihuni pelbagai bangsa dan budaya Malaysia ialah sebuah keluarga yang diperkaya oleh kepelbagaian warisan.
Inilah Malaysia. Berbeza budaya, satu jiwa. Berbilang warisan, teguh dalam kebersamaan.
Sumber: Sabah Tourism Board
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Diberi kesempatan mengenang sosok negarawan, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, seorang tokoh besar yang telah meletakkan asas kukuh dalam pembinaan negara, sekali gus dikenang sebagai Arkitek Pembangunan Negara Bangsa.
Seperti diungkapkan pemikir dan filsuf Perancis, Roger Garaudy, mengenang tokoh silam bukan sekadar nostalgia untuk menyingkap pengalaman lalu, tetapi untuk menyemarakkan kembali obor perjuangan mereka, not to bury the ashes of the dead, but to rekindle its flame.
Saya antara anak muda yang beruntung kerana berkesempatan mengenali Almarhum dari dekat. Di sebalik kedudukannya sebagai negarawan besar, Almarhum sentiasa membugar budaya wacana bersama anak-anak muda, termasuk mendengar keresahan, idealisme dan pandangan kami yang ketika itu adakalanya keras dalam menuntut perubahan.
Almarhum adalah negarawan Melayu yang besar, namun perjuangannya tidak pernah terhenti pada batas kaum. Keprihatinannya terhadap nasib rakyat diterjemahkan menerusi pelbagai pembaharuan institusi serta gagasan Dasar Ekonomi Baru yang antara matlamat utamanya adalah menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Antara pesan Almarhum yang paling saya hadam sebagai anak muda ialah peringatannya mengenai tiga ancaman besar negara, atau 3C, yakni Communism, Communalism and Corruption.
Komunisme ketika itu merupakan ancaman bersenjata, sementara faham perkauman sempit berupaya meretakkan sebuah negara berbilang kaum. Lebih jauh pandangannya apabila seawal dekad 1970-an, Almarhum telah mengingatkan bahawa rasuah yang mula menghinggapi golongan berkuasa merupakan ancaman besar kepada negara.
Pesanan itu terus relevan merentas zaman dan tanggungjawab generasi hari ini bukan sekadar mengenang jasa serta sejarah Almarhum Tun Abdul Razak, sebaliknya menghayati keberanian, integriti serta cita-cita besarnya untuk mengangkat martabat rakyat, membina sebuah negara yang adil, bersatu dan bermaruah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini saya ke Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk bertemu warga kementerian serta para pekebun kecil, selain mendengar sendiri pandangan, keluhan dan permasalahan yang mereka hadapi.
Alhamdulillah, ekonomi negara mencatat pertumbuhan 6 peratus pada suku tahun kedua, melangkaui semua unjuran awal. Sektor perladangan dan komoditi turut menyumbang kepada kekuatan ini, termasuk para pekebun kecil yang secara keseluruhannya memberikan sumbangan besar kepada ekonomi serta hasil negara.
Justeru, suara mereka mesti didengar dan nasib mereka harus terus dibela. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah soal pendapatan, peningkatan mutu dan hasil pengeluaran, kemudahan jalan ladang serta keadaan perumahan pekebun kecil.
Usai perhimpunan, saya bersama Menteri dan pimpinan kementerian mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil pekebun kecil serta pengusaha sektor getah, sawit, koko, lada, kenaf dan perkayuan. Dalam sesi khas ini, saya mendengar secara langsung dan tanpa tapisan isu yang mereka hadapi di lapangan.
Antara yang dibangkitkan termasuklah keperluan meningkatkan kelayakan diesel bagi pekebun kecil, akses yang lebih mudah kepada peruntukan jalan ladang, sumber air alternatif, cadangan memperkukuh perwakilan suara pekebun kecil di Parlimen, serta pertindihan fungsi antara LGM dengan RISDA.
Saya hargai setiap pandangan yang dikemukakan. Beberapa perkara akan segera dibincangkan dalam mesyuarat jemaah Kabinet esok, serta dalam pertemuan saya dengan Menteri Besar serta Ketua Menteri bulan depan.
Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan segera kerana kekangan semasa, namun Kerajaan MADANI akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian mengikut kemampuan. Insya-Allah, sebarang keputusan akan diumumkan dalam Belanjawan 2027.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 8 September 2026 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini menegaskan bahawa kekuatan Kerajaan MADANI bukan sekadar pada dasar yang baik, tetapi pada keupayaan untuk mendengar suara rakyat dan menterjemahkan dasar kepada pelaksanaan yang pantas, berkesan serta memberi manfaat nyata.
Dalam pertemuan bersama warga Kementerian Perladangan dan Komoditi serta wakil pekebun kecil, YAB Perdana Menteri mengingatkan bahawa suara akar umbi perlu terus menjadi panduan dalam memperbaiki dasar dan penyampaian kerajaan.
Semangat “Itqan fil amal” turut ditekankan melaksanakan amanah dengan kecemerlangan, mengelakkan ketirisan serta sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan produktiviti.
Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian kepada pekebun kecil serta sektor agrikomoditi sebagai sebahagian daripada usaha membasmi kemiskinan, memperkukuh ekonomi rakyat dan memacu pertumbuhan negara.
Dengar. Laksana. Perkasa.
Demi rakyat, demi Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀? 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐔𝐍𝐘𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊
Tahukah anda, Sabah dan Sarawak mempunyai detik penting dalam perjalanan sejarah masing-masing sebelum pembentukan Malaysia?
Sarawak mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963, manakala Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963.
Tidak lama kemudian, pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia dibentuk dengan penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Tanggal 16 September bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar. Ia menjadi detik bersejarah yang menyatukan perjalanan, harapan dan masa depan bersama untuk membentuk sebuah negara bernama Malaysia.
Hari ini, apabila kita menyambut Hari Malaysia 2026, marilah kita terus mengenali sejarah yang membentuk negara ini kerana menghayati sejarah bererti menghargai akar pembentukan Malaysia, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh semangat kebersamaan sebagai sebuah bangsa.
Berbeza sejarahnya, bersatu negaranya. Berbilang budayanya, satu Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah pagi tadi bersama keluarga besar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta para pesawah, petani, peladang, nelayan dan pengusaha di MAHA 2026.
Sambutan luar biasa terhadap MAHA membuktikan bahawa pertanian kekal sebagai tonggak penting negara. Tatkala dunia berbicara tentang kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga, kita mesti berani menggapai di langit, namun tetap mengakar ke bumi.
Peningkatan eksport nanas dan berkembangnya pengeluaran bawang tempatan membuktikan kejayaan penggunaan teknologi dalam memacu hasil pertanian negara. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertanian, termasuk dalam Belanjawan Negara akan datang.
Dengan potensi yang begitu besar, saya tidak teragak-agak untuk menyokong penambahan peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada warga tani. Namun, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan cermat dan penuh amanah.
Tatakelola tidak hanya melibatkan orang atasan. Apabila berlaku kebocoran, ketirisan atau salah guna kuasa, yang akhirnya terdera dan menanggung derita adalah petani, pesawah dan nelayan. Kerana itu saya tekad untuk meneruskan usaha membersihkan negara daripada segala kecurangan.
FELDA misalnya menjadi peringatan yang jelas. Institusi yang kita banggakan sebagai antara perusahaan perladangan terbesar dunia kini memerlukan hampir RM1 bilion setahun daripada Kerajaan untuk menanggung hutang akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan terdahulu. Saya tidak sanggup membebankan hutang ini di atas bahu para peneroka yang telah meredah belantara dan membanting tulang, sedangkan mereka bukan punca kerugian tersebut.
Amanah dan pertanggungjawaban inilah yang mesti diteruskan selepas MAHA 2026 melabuhkan tirai. Setiap pelaburan, urus niaga dan kesepakatan yang dicapai harus disusuli dengan tindakan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan edisi membanggakan dalam sejarah penganjuran MAHA ini.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini telah memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan susulan keadaan jerebu.
Perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan pandangan YAB Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya.
Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 September 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐊𝐄𝐒𝐎𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐒𝐈𝐋𝐀𝐀𝐍
Tahukah anda mengapa Kesopanan dan Kesusilaan menjadi prinsip kelima Rukun Negara?
Kesopanan dan kesusilaan bukan sekadar tentang tutur kata dan tingkah laku, tetapi mencerminkan jati diri, keperibadian dan nilai murni rakyat Malaysia.
Dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang, sikap saling menghormati, bertolak ansur dan menjaga tatasusila menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni, bersatu dan saling menghargai.
Kerana kekuatan Malaysia bukan hanya terletak pada kemajuan yang kita capai, tetapi juga pada budi bahasa yang kita amalkan, perbezaan yang kita hormati dan perpaduan yang kita pelihara.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati prinsip kelima Rukun Negara dan menjadikannya amalan dalam kehidupan seharian.
Budi bahasa mencerminkan bangsa.
Kesopanan menyatukan kita.
Kesusilaan memperkukuh Malaysia.
Kesopanan dan Kesusilaan adalah cerminan jati diri rakyat Malaysia dan asas keharmonian negara.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Tahukah anda? Perjalanan sejarah Muzium Sabah bermula pada 15 Julai 1965, apabila ia dibuka secara rasmi di deretan rumah kedai di Gaya Street, sebelum berpindah ke kompleksnya kini yang dirasmikan pada 11 April 1984.
Hari ini, Kompleks Muzium Sabah bukan sekadar menjadi wadah pemeliharaan khazanah sejarah, malah turut menaungi Muzium Tamadun Islam Sabah yang mengangkat kepelbagaian warisan dan perkembangan Islam di Nusantara, Malaysia dan Sabah.
Pengunjung turut berpeluang meneroka galeri yang memaparkan sejarah dan perkembangan Islam, termasuk pameran berkaitan Nabi Muhammad SAW serta perintah-perintah Islam, yang memperkayakan pemahaman terhadap warisan tamadun Islam di rantau ini.
Seiring dengan usaha penambahbaikan kompleks muzium, sebahagian koleksi yang sebelum ini ditempatkan di Muzium Sabah kini dipindahkan secara kekal ke Muzium Tamadun Islam Sabah bagi memastikan khazanah berharga ini terus dipelihara, dihayati dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Lebih bermakna, Galeri Muzium Tamadun Islam Sabah dibuka semula pada 7 Mac 2026, membuka kembali ruang kepada masyarakat untuk mendekati khazanah sejarah, budaya dan warisan Islam yang menjadi sebahagian daripada identiti Sabah.
Daripada sebuah muzium yang bermula di Gaya Street lebih enam dekad lalu, hingga ke institusi warisan yang terus berkembang hari ini, setiap koleksi bukan sekadar menyimpan sejarah tetapi merakam jejak perjalanan, identiti dan jati diri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Kerana setiap khazanah mempunyai cerita.
Dan setiap cerita adalah sebahagian daripada kita.
Nantikan kisah seterusnya.
Sumber: Jabatan Muzium Sabah
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga sempat menghubungi bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, dan bertukar pandangan mengenai cabaran perubahan iklim dunia, khususnya tatkala Malaysia berdepan jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia.
Perbincangan menyentuh komitmen serta langkah yang sedang digerakkan Malaysia dalam melaksanakan peralihan tenaga, daripada kebergantungan kepada bahan api fosil kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan.
Ikhtiar ini selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk membina sebuah negara yang bukan sahaja progresif dan berdaya tahan dari segi ekonomi, tetapi turut bertanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam demi kesejahteraan generasi mendatang.
Saya turut menyampaikan undangan kepada Al Gore untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan serta meneroka ruang kerjasama yang lebih bermakna dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan mempercepat agenda peralihan tenaga negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈
KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Program MADANI Kita Memaknai Harapan Rakyat Bersama Komuniti Lembah Pantai berlangsung meriah hari ini di Dewan Pusat Komuniti Lembah Pantai, menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana santai, inklusif dan penuh interaksi.
Program ini menjadi wadah mendekatkan Kerajaan dengan rakyat melalui perkongsian maklumat mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan, di samping membuka ruang kepada masyarakat menyuarakan pandangan, aspirasi serta keperluan mereka secara langsung.
Penglibatan aktif komuniti serta kehadiran pelbagai agensi dan pihak berkepentingan mencerminkan pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat, responsif dan berteraskan keperluan rakyat.
Inisiatif seumpama ini terus memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan dengan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memastikan suara rakyat sentiasa didengar dan diberi perhatian.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 5 SEPTEMBER 2026
OPA hari ke 3 di Sarawak.
Hujan direkodkn turun di bbrp kwsn sasaran tp blm mcukupi utk tingkatkn paras air di empangan2 utama secara ketara.
Bacaan IPU tnjuk penurunan ketara hari ini, khususnya di Bahagian Serian. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi ini sebelum ke MAHA 2026, saya sempat hubungi sahabat lama yang juga Mantan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang kini berada di Pulau Pinang bagi menghadiri Penang Peace Dialogue.
Saya zahirkan permohonan maaf kerana tidak dapat menyantuni Pak Jokowi secara langsung di sana berikutan rencana bersama golongan petani, penternak, peladang dan komuniti agro di MAHA 2026 yang telah dijadualkan lebih awal.
Kami bertukar khabar dalam suasana penuh mesra, selain saya menzahirkan solidariti kepada saudara-saudara kita di Indonesia susulan bencana gunung berapi serta cabaran jerebu yang sedang dihadapi.
Malaysia dan Indonesia bukan sekadar negara jiran, tetapi dua bangsa serumpun yang diikat sejarah, budaya dan persaudaraan yang akrab. Amanah dan kedudukan boleh silih berganti, namun persahabatan dan rasa hormat akan terus kekal.
Insya-Allah, ikatan ini akan terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta keamanan dan kemakmuran rantau.
🇲🇾🇮🇩
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Kedaulatan Undang-undang, prinsip keempat Rukun Negara?
Kedaulatan Undang-undang membawa maksud bahawa undang-undang merupakan asas yang menjamin kehidupan masyarakat sentiasa aman, teratur dan harmoni.
Setiap rakyat mempunyai hak dan kebebasan yang dilindungi undang-undang, namun kebebasan tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta menghormati hak orang lain.
Yang lebih penting, setiap individu adalah sama di sisi undang-undang dan tertakluk kepada peraturan yang sama dalam memastikan keadilan serta ketertiban terus ditegakkan.
Menghayati prinsip ini bukan sekadar memahami maksudnya, tetapi menjadikan rasa hormat kepada undang-undang sebagai sebahagian daripada jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengamalkan prinsip Kedaulatan Undang-undang demi sebuah Malaysia yang aman, adil, berdaulat dan terus bersatu.
Kedaulatan Undang-undang apabila undang-undang dijunjung, keadilan ditegakkan dan negara terus dilindungi.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Di celah kesibukan menggalas amanah negara, ada waktunya kita perlu berhenti sejenak mendengar denyut nadi rakyat, mengimarahkan rumah Allah dan menimba hikmah daripada mereka yang mengabdikan seluruh kehidupan kepada ilmu.
Semoga langkah yang mendatang sentiasa dalam pimpinan dan rahmat-Nya, serta setiap ikhtiar yang dilaksana dikurniakan keberkatan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
malah menyimpan kisah penting dalam sejarah awal perkembangan bandar ini iaitu Atkinson Clock Tower.
Dibina pada tahun 1905 sebagai tugu peringatan kepada Francis George Atkinson, Pegawai Daerah pertama Jesselton, menara ini merupakan antara struktur bersejarah yang masih kekal hingga ke hari ini.
Pada suatu ketika dahulu, kedudukannya turut berperanan sebagai panduan kepada kapal yang menuju ke Pelabuhan Jesselton. Namun, perubahan landskap bandar selepas penambakan laut pada tahun 1950-an menyebabkan kedudukannya semakin jauh dari garis pantai dan fungsi tersebut tidak lagi diteruskan.
Lebih daripada sekadar sebuah menara jam, Atkinson Clock Tower menjadi simbol yang menghubungkan kita dengan sejarah, perkembangan dan identiti Kota Kinabalu sebuah warisan yang terus berdiri merentas generasi. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐀𝐓𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐍𝐄𝐏𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐑
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
NADMA Malaysia
@mynadma
*OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 4 SEPTEMBER 2026*
📍 Pangkalan Udara Kuching
Hari Kedua Operasi Pembenihan Awan bagi Negeri Sarawak yang diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama MET Malaysia, APM, ATM,TUDM, CAAM dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya.
Beliau merupakan alim kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir, dan antara ulama besar Syafi‘iyyah di al-Azhar, selain menjadi Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie serta Syeikh bagi Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah.
Syeikh merupakan ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi‘ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath. Kekuatan hafazan beliau juga luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadith dan qiraat al-Quran.
Pesanan Syeikh antara lain mengingatkan tanggungjawab kita memelihara turath sebagai khazanah yang menghubungkan kita dengan tradisi keilmuan yang panjang. Keistimewaan al-Azhar, katanya, antara lain terletak pada kekuatan isnad dan kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara turun-temurun. Dalam masa yang sama, teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah tersebut.
Imam al-Syafie Rahimahullah pernah mengingatkan:
“Barang siapa tidak merasakan kepayahan belajar walau sesaat, akan meneguk pahitnya kejahilan sepanjang hayat.”
Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐇𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ketiga Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan?
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara dan menjadi asas kepada sistem pemerintahan serta kehidupan bernegara. Di dalamnya termaktub prinsip, hak dan tanggungjawab yang menjadi panduan dalam membentuk sebuah negara yang aman, adil dan berdaulat.
Keluhuran Perlembagaan menuntut kita untuk memahami, menghormati dan menjunjung Perlembagaan sebagai asas kehidupan bernegara. Penghayatan terhadap prinsip ini bukan sekadar memahami undang-undang, tetapi mencerminkan tanggungjawab kita sebagai warganegara dalam memelihara kestabilan, perpaduan dan keharmonian Malaysia.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama mengenali, memahami dan menghayati prinsip ketiga Rukun Negara.
Kerana apabila kita menjunjung Perlembagaan, kita bukan sahaja mempertahankan undang-undang tertinggi negara, malah turut memelihara asas yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa dan sebuah Malaysia.
Keluhuran Perlembagaan.
Asas negara. Pedoman kita. Tanggungjawab bersama.
𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Rutin makan tengah hari dan solat Jumaat bersama masyarakat diteruskan seperti biasa dan kali ini saya singgah menyantuni warga sekitar di Medan Selera Bukit Indah, Ampang.
Sambil menjamah juadah tengah hari, sempat juga saya bertegur sapa, bertanyakan khabar dan mendengar sendiri beberapa isu yang dibangkitkan sebelum mendengar khutbah serta menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah Masjid Bukit Indah.
Usai solat, saya menyertai para jemaah untuk solat jenazah dan kemudiannya bertegur sapa serta bersalaman dengan hadirin sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan rasmi seterusnya.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.
Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.
PEJABAT PERDANA MENTERI
4 September 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR), Sam Hou Fai, dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2024.
Pertemuan ini memberi ruang untuk memperkukuh hubungan Malaysia dan Macau, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.
Saya juga menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau semalam, dan berharap kesepakatan ini akan menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi yang lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak.
Saya percaya kedudukan strategik Macau dan Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area dapat dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia, sekali gus memperkukuh peranan negara sebagai gerbang kepada perniagaan Macau untuk meneroka pasaran ASEAN.
Di samping itu, kami menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat menerusi pendidikan dan pelancongan, termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Malaysia bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat ini kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan, selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China.
🇲🇾🇲🇴
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐔𝐆𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍, 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
Di sebalik keindahan Kota Kinabalu, berdiri sebuah tugu yang menyimpan kisah keberanian, pengorbanan dan kesetiaan kepada tanah air.
Terletak di Taman Ujana Rimba Tropika, Tugu Pahlawan menjadi simbol penghormatan kepada wira-wira yang telah berjuang mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
Jasa mereka mungkin terpahat pada batu, tetapi pengorbanannya terpahat dalam sejarah dan sanubari kita.
Kerana Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina atas keberanian mereka yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta.
Mengenang jasa. Menghargai pengorbanan. Menjunjung kedaulatan.
Nantikan kisah seterusnya.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Tahukah anda mengapa “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” menjadi prinsip kedua Rukun Negara?
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, institusi Raja mempunyai kedudukan penting dalam sistem pemerintahan serta kehidupan bernegara di Malaysia.
Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada tanah air bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan dan kesungguhan untuk memelihara keamanan serta keharmonian negara.
Pada masa yang sama, hubungan antara Raja, pemerintah dan rakyat berteraskan tanggungjawab serta amanah yang saling melengkapi. Kesepaduan inilah yang menjadi antara asas kepada kestabilan, perpaduan dan keharmonian Malaysia.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati makna prinsip kedua Rukun Negara dan menjadikannya pedoman dalam kehidupan sebagai rakyat Malaysia.
Kerana kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi nilai yang kita junjung, amalkan dan wariskan kepada generasi seterusnya.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Jiwa patriotik, asas Malaysia yang bersatu.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti ini.
Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup.
Saya tegaskan bahawa masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dan Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh MITRA, memperkasa latihan keusahawanan dan TVET serta membuka lebih banyak ruang pembangunan belia melalui program mentor-mentee.
Dalam masa yang sama, segala kelompongan yang masih wujud, termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan, mesti ditangani dengan segera dan berkesan.
Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi dan memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan serta dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran dan membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
Pernah dengar nama “Pasar Filipina” di Kota Kinabalu?
Bagi sesetengah masyarakat dan pengunjung, nama itu bukan sekadar panggilan. Ia berkait rapat dengan sejarah, kepelbagaian komuniti serta hubungan budaya antara Sabah dengan wilayah selatan Filipina yang telah lama terjalin.
Di sinilah pelbagai barangan tempatan menjadi tarikan daripada kraftangan dan mutiara, hinggalah ikan masin serta makanan tradisional. Setiap sudutnya membawa warna tersendiri, mencerminkan kehidupan dan budaya masyarakat setempat.
Hari ini, kawasan ini dikenali sebagai Anjung Kinabalu satu nama yang lebih dekat dengan identiti dan wajah Sabah.
Namun, di sebalik namanya yang berubah, kisah dan warisan tempat ini terus menjadi sebahagian daripada denyut kehidupan Kota Kinabalu.
Nantikan kisah seterusnya.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍
Tahukah anda, mengapa “Kepercayaan kepada Tuhan” menjadi prinsip pertama Rukun Negara?
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Prinsip ini menekankan kepentingan pegangan agama dan kepercayaan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak serta hidup dalam suasana aman dan tenteram.
Dalam masa yang sama, kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan lain turut dihormati. Keharmonian dalam masyarakat dapat dipelihara apabila setiap individu saling menghormati pegangan dan kepercayaan antara satu sama lain.
Kepercayaan kepada Tuhan bukan sekadar prinsip yang dihafal, tetapi nilai yang menjadi sebahagian daripada pembentukan masyarakat yang beradab, harmoni dan bersatu padu.
Ayuh hayati prinsip pertama Rukun Negara dan fahami maknanya dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
Kepercayaan kepada Tuhan, asas membina negara yang harmoni.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Kementerian Kerja Raya Malaysia
@moworksmy
Isu jalan berlubang yang tular baru-baru ini mengingatkan kita bahawa setiap aduan rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan jalan raya sentiasa selamat dan selesa untuk digunakan.
Tidak perlu tunggu Mamdani datang ke Malaysia. 🇲🇾😉This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Santai usai Sambutan Hari Kebangsaan.
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kerajaan MADANI mendengar keluhan para peniaga kecil yang berhempas pulas mencari rezeki sambil mengurus dan menyara keluarga.
Justeru tatkala menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan, saya umumkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi mendukung penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta ibu-ibu yang berniaga dari rumah.
Saya turut umumkan tambahan kemudahan pembiayaan mikro, menjadikan jumlah keseluruhannya RM6 bilion, agar lebih ramai peniaga kecil mendapat modal dan ruang untuk mengembangkan usaha serta meningkatkan pendapatan keluarga.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Saya berbangga kerana kita diberi kesempatan meraikan pengorbanan dan kebebasan, di samping terus merangkul seluruh kekuatan rakyat yang rencam kaum dan agama di bawah panji Jalur Gemilang.
Merdeka! 🇲🇾
#yakinmadani
#merdeka69This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi ke Kuala Lumpur dan sempat singgah sebentar di KL Night Street, Sri Rampai untuk bertemu penduduk setempat serta para peniaga sebelum pulang ke rumah.
Alhamdulillah, dapat santuni orang ramai, anak-anak kecil dan anak muda yang berada di sini. Saya juga mendengar sendiri pandangan serta aduan daripada para peniaga. Insya-Allah saya ambil maklum dan akan teliti apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik kemudahan serta keadaan mereka berniaga.
Terima kasih juga kepada penggiat muzik jalanan atau busker yang menghiburkan saya dengan dendangan merdu lagu Azizah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
STATEMENT ON THE US-IRAN ESCALATION
I am gravely concerned by the renewed escalation between the United States and Iran. The latest exchange of strikes, extending beyond the immediate parties and into other states in the region, threatens to draw the wider Middle East into an even more destructive conflict.
The party with the greatest capacity to shape events bears a particular responsibility to exercise restraint and prevent further escalation. The sovereignty of other states cannot be cast aside. No military objective justifies exposing civilians to an expanding conflict. Economic measures that inflict hardship on civilians and impede diplomatic engagement risk exacerbating rather than resolving this crisis.
I urge the United States and Iran to halt further escalation and return immediately to diplomacy and the understandings reached in June. This conflict can ultimately be resolved only through political and diplomatic means. The world must not be made to pay the price for a wider regional war.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Anak-anak ini adalah wajah masa depan sebuah negara MADANI. Setiap senyuman, impian dan harapan mereka menjadi amanah untuk terus kita santuni dan pelihara.
Insya-Allah, kita akan terus berikhtiar membina Malaysia yang lebih sempurna, agar mereka dapat membesar dalam suasana yang aman, sejahtera dan penuh peluang.
#yakinmadani
#madanibekerjaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐍𝐀𝐌𝐀
Kalau singgah Kota Kinabalu, jangan lupa kenal satu tempat yang memang ada “gaya” tersendiri iaitu Gaya Street!
Tapi tahukah anda? Sebelum dikenali sebagai Gaya Street, kawasan ini pernah dikenali sebagai Bond Street.
Lebih menarik, sebahagian deretan kedai di sini sudah berusia lebih 100 tahun. Bayangkan berapa banyak cerita yang telah dilalui di sebalik dinding dan pintu kedai-kedai lama ini.
Hari ini, Gaya Street masih rancak dan penuh warna. Bila malam tiba, Api-Api Night Food Market pula menghidupkan suasana dengan pelbagai juadah dan penjaja tempatan.
Ada makanan, ada orang berniaga, ada yang datang mencari rezeki dan ada yang sekadar mahu menikmati suasana. Semuanya bertemu di satu tempat.
Itulah Gaya Street.
Daripada sejarahnya yang panjang hinggalah kehidupan masyarakatnya hari ini, Gaya Street memperlihatkan wajah Sabah yang kaya dengan cerita, budaya, makanan dan kepelbagaian.
Satu jalan.
Seribu cerita.
Satu lagi sisi Malaysia yang kita banggakan.
Nantikan kisah seterusnya.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS)
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
JBSNegara
@JBS_Negara
500 Sukarelawan Diperlukan - Ini Masa Anda Berbakti dan Mencipta Pengalaman! 🔥⚡
🇲🇾
Mohon segera di myprofil.iyres.gov.my ! Turun litar, cipta pengalaman dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang menjayakan acara antarabangsa ini! 📸 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐂𝐈𝐓𝐀-𝐂𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Tahukah anda? Rukun Negara bukan sekadar lima prinsip yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Di sebaliknya, terkandung cita-cita besar tentang negara yang ingin kita bina bersama.
Cita-cita itu meliputi perpaduan yang lebih erat, kehidupan demokratik yang terpelihara, masyarakat yang adil, sikap terbuka terhadap kepelbagaian tradisi dan budaya, serta pembentukan masyarakat progresif yang mampu memanfaatkan sains dan teknologi moden.
Untuk mencapainya, seluruh tenaga dan usaha rakyat disatukan berlandaskan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, ayuh kita hayati kembali cita-cita ini. Bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk terus dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian demi membina Malaysia yang lebih bersatu, harmoni dan progresif.
Rukun Negara, cita-cita kita bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐑: 𝐔𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketika ribuan mata tertumpu ke pentas, Jalur Gemilang berkibar dan Dataran Putrajaya bergema dengan sorakan, ada sekumpulan insan yang melihat semuanya melalui lensa.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐑: 𝐔𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐑𝐎𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketika ribuan mata tertumpu ke pentas, Jalur Gemilang berkibar dan Dataran Putrajaya bergema dengan sorakan, ada sekumpulan insan yang melihat semuanya melalui lensa.
Mereka datang lebih awal, pulang lebih lewat. Dari persiapan dan raptai, ketibaan pengunjung hingga kemuncak sambutan, mereka terus bergerak merakam detik, mencari sudut terbaik dan memastikan setiap cerita sampai kepada rakyat.
Buat petugas Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bukan sekadar acara untuk dirakam.
Ia adalah amanah untuk menangkap rasa bangga, terharu dan cinta kepada tanah air.
Ada yang menggalas kamera, ada yang menulis, menyunting dan mengurus kandungan. Peranan berbeza, tetapi tujuannya satu untuk memastikan detik bermakna tidak berlalu begitu sahaja.
Mungkin wajah mereka jarang berada di hadapan kamera. Namun di sebalik setiap foto dan video, ada mata yang memerhati, tangan yang bekerja dan hati yang mencurahkan dedikasi.
Kepada seluruh petugas UKK JPM, terima kasih atas setiap langkah, tenaga, masa dan komitmen.
Di sebalik setiap bingkai, ada cerita.
Di sebalik setiap cerita, ada insan yang memastikan ia terus hidup.
Ini cerita kita.
Cerita di sebalik cerita.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
Di sebalik keindahan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang berdiri megah menghadap Teluk Likas, tersimpan sebuah kisah tentang perubahan dan pembangunan yang menarik untuk dikenang.
Tahukah anda, kawasan yang menjadi tapak masjid ini pada suatu ketika dahulu merupakan pantai dan pesisir laut Kampung Likas?
Pada Julai 1989, kawasan seluas 14.83 ekar itu mula ditimbus. Sedikit demi sedikit, kawasan pesisir berubah wajah, membuka ruang kepada sebuah mercu tanda yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada landskap Kota Kinabalu.
Masjid ini siap pada penghujung tahun 1999 dan dibuka secara rasmi pada 18 Februari 2000, selepas Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya.
Hari ini, setelah puluhan tahun berlalu, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bukan sekadar tempat umat Islam beribadah. Ia menjadi saksi kepada perjalanan sebuah bandar yang terus berkembang, di samping menjadi sebahagian daripada wajah dan identiti Kota Kinabalu, Sabah.
Daripada pesisir laut yang suatu ketika dahulu membentang luas, lahir sebuah mercu tanda yang kini berdiri teguh, mengiringi perjalanan generasi demi generasi.
Begitulah sebahagian kisah dari Sabah yang kita bawa dalam perjalanan menuju Hari Malaysia 2026.
Kerana di sebalik setiap tempat, ada sejarah yang membentuk kita.
Nantikan kisah seterusnya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#harimalaysia2026
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
МИД России 🇷🇺
@MID_RF
🇲🇾 31 августа Малайзия отмечает национальный праздник — #ДеньНезависимости.
🤝 #Малайзия — давний и надёжный партнёр России в #АТР.
🎉 Поздравляем малазийских коллег с национальным праздником! Желаем благополучия и процветания!
t.me/MID_Russia/89449 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Turkish MFA
@MFATurkiye
We extend our heartfelt congratulations to our Comprehensive Strategic Partner Malaysia and the brotherly Malaysian people on their National Day! 🇹🇷 🇲🇾
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
U.S. Embassy Kuala Lumpur
@usembassykl
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Foreign Ministry, Islamic Republic of Iran
@IRIMFA_EN
The Islamic Republic of #iran extends its sincere congratulations to the friendly & brotherly people & Government of #malaysia, @MalaysiaMFA on their Independence Day.
We look forward to further strengthening our warm bilateral relations for the mutual benefit of the two nations. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐓𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Tahukah anda? Rukun Negara bukan sekadar lima prinsip yang dilafazkan, tetapi merupakan asas pembinaan negara yang menggariskan matlamat dan objektif ke arah membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
Pembentukan Rukun Negara bertujuan untuk:
🔹 Memperkukuh perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat;
🔹 Memelihara cara hidup demokratik;
🔹 Mewujudkan masyarakat yang adil;
🔹 Membentuk sikap liberal terhadap tradisi dan kebudayaan yang pelbagai; dan
🔹 Membina masyarakat progresif yang memanfaatkan sains dan teknologi moden.
Lima prinsip Rukun Negara pula menjadi panduan kehidupan bernegara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Memahami Rukun Negara bukan sekadar menghafal prinsipnya, tetapi menghayati nilai dan semangat yang terkandung di dalamnya sebagai pedoman untuk terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan membina masa depan Malaysia yang lebih kukuh.
Rukun Negara asas perpaduan, pedoman kehidupan bernegara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Merdeka360
@merdeka360
[Kenyataan media]
Penjelasan berhubung tatacara jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026
#hkhm2026
#kesejahteraandinikmati
#malaysiamadani
#merdeka360 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐉𝐈𝐖𝐀, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀
Dataran Putrajaya bergema dengan semangat patriotik apabila lebih 100,000 pengunjung bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Inilah wajah Malaysia. Inilah semangat kita.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salut saya kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Daripada anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, para kontinjen, penggiat seni, warga media hinggalah anak-anak dan para sukarelawan, setiap daripada kalian telah memainkan peranan bermakna dalam memastikan sambutan ini berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh jiwa merdeka.
Terima kasih juga kepada seluruh rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak malam tadi demi bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Inilah semangat kebersamaan yang kita dambakan, berhimpun dalam satu tekad, meraikan kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan.
Semangat, disiplin dan kebersamaan yang ditampilkan mencerminkan wajah sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu dan saling melengkapi.
Merdeka! 🇲🇾
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadani
#merdeka69 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi amanah untuk kita pelihara dan sempurnakan demi anak cucu.
Jiwa merdeka ialah jiwa yang menolak kebencian dan perpecahan, memilih perpaduan, keadilan dan ihsan. Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus membina Malaysia yang aman, bermaruah dan lebih baik untuk semua.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Kerajaan MADANI mengembalikan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan buat rakyat serta BUDI Diesel kepada 400 liter, selepas pelarasan sementara sebelum ini susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan konflik di Asia Barat.
Ikhtiar ini dimungkinkan hasil usaha Kerajaan MADANI yang tidak pernah putus mencari jalan untuk membantu rakyat, termasuk memperkukuh kerjasama tenaga strategik dengan negara sahabat seperti Turkmenistan, Rusia dan Jepun demi menjamin keterjaminan bekalan serta memastikan ekonomi negara terus berada di landasan yang kukuh.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Segala ikhtiar untuk mempercepatkan akses kepada rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu mesti terus diperkasa.
Inilah makna pembangunan yang sebenar apabila kemajuan yang dicapai negara diterjemahkan Kerajaan MADANI kepada perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan benar-benar dirasai rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Awal pagi tadi saya bersama ribuan rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dalam suasana yang membanggakan serta rasa kasih dan cinta kepada tanah air.
Perbarisan yang menghimpunkan anggota keselamatan, penjawat awam, anak-anak muda serta pelbagai lapisan masyarakat mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang rencam kaum dan budaya, namun berpadu teguh di bawah satu Jalur Gemilang.
Kemerdekaan yang direbut dan diwariskan para pejuang dan leluhur bangsa tidak semata untuk diingati dan dikenang, tetapi mesti terus diisi dan dismpurnakan dengan keberanian membina negara yang lebih adil, sejahtera dan saksama untuk semua.
Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka!
🇲🇾
#yakinmadani
#merdeka69 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍
Bendera berkibar. Derap kaki bergema. Langit juga turut bersuara.
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Begitulah wajah Dataran Putrajaya hari ini ketika rakyat bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Di hadapan lensa, barisan kontinjen melangkah penuh tertib. Pancaragam mengiringi suasana. Persembahan kebudayaan mencuri perhatian. Di udara, aksi pesawat menambah debar dan keterujaan.
Tetapi, ada cerita lain yang tidak kurang menarik untuk dirakam.
Senyuman peserta. Wajah anak-anak yang teruja. Ketegasan pasukan beruniform. Gelagat pengunjung. Dan momen-momen spontan yang berlaku tanpa skrip.
Kerana di sebalik sebuah sambutan yang besar, ada ribuan cerita kecil yang menjadikannya hidup.
Setiap wajah membawa emosi.
Setiap langkah meninggalkan cerita.
Setiap bingkai menyimpan kenangan.
Inilah sebahagian warna Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dirakam dari sisi yang mungkin terlepas daripada pandangan, tetapi dekat dengan rasa kita sebagai rakyat Malaysia.
Kerana Merdeka bukan sekadar untuk diraikan. Ia untuk dirasai.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑
Tak perlu menunggu dewasa untuk mengenal erti cinta kepada negara. Kadangkala, ia terpancar melalui senyuman kecil dan seragam yang dipakai penuh bangga.
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Di sebalik kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, lensa turut merakam sisi manis anak-anak yang hadir dengan pelbagai pakaian seragam kontinjen, masing-masing dengan gaya dan warna tersendiri.
Daripada pasukan beruniform hingga kontinjen dengan identiti masing-masing, gelagat mereka mencuri perhatian dan menambah warna kepada suasana sambutan di Dataran Putrajaya.
Senyuman, keterujaan dan semangat mereka menjadi antara momen yang menghidupkan suasana ketika ribuan pengunjung bersama-sama meraikan detik istimewa buat Malaysia.
Kecil pada usia, besar pada semangat. 🇲🇾
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Bukan sekadar bersalaman. Bukan sekadar bergambar. Ada detik yang lebih bermakna apabila pemimpin turun sendiri mendekati rakyat.
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Di tengah-tengah lautan lebih 100,000 pengunjung yang memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, meluangkan waktu menyantuni orang ramai, hari ini.
Kehadiran beliau disambut penuh keterujaan. Ada yang bersalaman, beramah mesra dan tidak melepaskan peluang mengabadikan momen bersama YAB Perdana Menteri.
Di sebalik kemeriahan perbarisan dan persembahan, detik spontan antara pemimpin dan rakyat ini turut mencuri perhatian lensa.
Kerana Hari Kebangsaan 2026 bukan sekadar tentang apa yang dipersembahkan di pentas, tetapi tentang rasa kebersamaan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysia.
Satu hari. Satu semangat. Satu Malaysia yang diraikan bersama.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Lebih 100,000 pengunjung memenuhi Dataran Putrajaya hari ini, menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dalam suasana penuh semangat patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini menghimpunkan 10,819 peserta menerusi 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam dan 11 kereta berhias, melibatkan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang awam.
Turut mencuri perhatian ialah penyertaan baharu Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen Kluster Kelestarian Ekonomi Jingga, yang mengambil bahagian buat julung kalinya.
Kemeriahan sambutan diteruskan dengan persembahan “Gema Inovasi MADANI” yang menampilkan 150 peserta pergendangan dan 1,500 peserta grafik manusia, mengetengahkan kepelbagaian alat muzik tradisional daripada pelbagai komuniti dan wilayah di Malaysia.
Langit Putrajaya turut dihiasi aksi pesawat dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum sambutan diakhiri dengan persembahan “Rentak MADANI, Paluan Tradisi” melibatkan 2,350 peserta daripada kumpulan kesenian JKKN, PERMATA Seni Tari, KPM, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta NGO seni dan budaya.
Sambutan turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, serta kehadiran YAB Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet serta Duta dan Konsul Asing di Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐆𝐀
Merdeka diraikan dengan penuh semangat. Namun, di celah lautan manusia, ada yang memilih untuk turut menjaga diri.
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Susulan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya orang ramai memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keadaan jerebu, beberapa pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya dilihat memilih pelitup muka jenis N95.
Bagi mereka, mungkin ia sekadar langkah kecil. Tetapi dalam suasana sambutan yang menghimpunkan orang ramai dalam jumlah yang besar, ia mencerminkan satu kesedaran penting meraikan detik bersejarah negara, sambil tidak mengabaikan kesihatan diri.
Di sebalik sorakan, kibaran Jalur Gemilang dan kemeriahan sambutan, lensa turut merakam sisi lain patriotisme sayang kepada negara bermula dengan menjaga diri sendiri.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Saat kamera merakam, suara pengacara bergema dan persembahan berlangsung di pentas utama, ada pasukan yang terus bekerja di sebalik tabir memastikan setiap suara jelas dan setiap detik dapat sampai kepada rakyat.
Bagi memastikan kelancaran sistem audio, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), disokong anggota teknikal dari tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 12 stesen tower speaker ditempatkan sepanjang laluan kontinjen dari kawasan KBS hingga MOF, selain sokongan audio di pentas utama dan Royal Box.
Lebih dua dekad pengalaman JaPen dalam pengurusan audio sambutan rasmi negara menjadi tunjang kepada kelancaran sistem bunyi pada hari bersejarah ini.
Dalam masa yang sama, BERNAMA, RTM serta agensi dan organisasi media lain turut bergerak merakam, membuat liputan dan menyampaikan setiap detik sambutan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kerana di sebalik setiap gambar, rakaman dan suara yang sampai kepada rakyat, ada mereka yang bekerja tanpa banyak terlihat memastikan cerita Hari Kebangsaan ke-69 dapat dirasai bersama.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝟏𝟒 𝐃𝐄𝐍𝐓𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Dentuman 14 das tembakan kehormatan artileri bergema di Dataran Putrajaya hari ini, mengiringi alunan lagu Negaraku sebagai sebahagian daripada istiadat Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Di sebalik detik tersebut, enam anggota daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (RAD) (Istiadat) dari Kem Sungai Buloh, Selangor memainkan peranan memastikan setiap tembakan dilaksanakan mengikut masa dan protokol yang ditetapkan.
Kesemua tembakan berkenaan dilepaskan menggunakan enam meriam M102 105mm Howitzer yang ditempatkan di tapak letak kenderaan Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA). Setiap sesi tembakan mengambil masa antara satu minit 16 saat, dengan lima hingga enam das dilepaskan bagi setiap sesi.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀 𝐏𝐔𝐓𝐈𝐇, 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Di tengah-tengah lautan warna dan barisan perbarisan, serba putih Kontinjen Siti Khadijah tampil mencuri perhatian di Dataran Putrajaya.
Seramai 47 peserta menyusuri laluan perbarisan sejauh lima kilometer dengan mengenakan telekung, membawa identiti tersendiri yang cukup unik dan penuh tertib.
Setiap langkah mereka bukan sekadar mengundang lensa kamera dan sorakan penonton, tetapi turut menjadi sebahagian daripada wajah kepelbagaian yang mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Dari satu langkah ke satu langkah, mereka membawa bersama semangat kebersamaan, kesatuan dan cinta kepada Malaysia.
Kerana di sebalik setiap warna, pakaian dan gaya yang berbeza, kita tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang.
Berbeza penampilan, satu jiwa.
Berbeza latar, satu Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 – Di sebalik penampilan segak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, terserlah ketelitian dan disiplin yang menjadi sebahagian daripada persiapan setiap anggota.
Lensa merakam detik anggota PDRM memperkemas pakaian dan seragam sebelum mengambil tempat dalam perbarisan. Setiap lipatan, butang dan perincian diberi perhatian bagi memastikan penampilan yang kemas, seragam dan penuh berdisiplin.
Kerana di sebalik setiap barisan yang tersusun, ada persiapan rapi yang melengkapkan sebuah persembahan penuh kebanggaan.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒, 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 - Dalam amanat sempena Hari Kebangsaan ke-69, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kemerdekaan harus dimaknai dengan perpaduan, keadilan, tata kelola yang baik serta usaha memastikan hasil pembangunan negara kembali kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi perjalanan panjang sebuah negara yang ditempa oleh pengorbanan, ketabahan dan kesatuan hati.
Dalam kepelbagaian yang menjadi identiti Malaysia, kita menemukan kekuatan untuk berdiri bersama. Perbezaan bukan batas untuk kita bersatu, sebaliknya menjadi asas yang memperkayakan sebuah negara yang aman, harmoni dan berdaulat.
Hari Kebangsaan mengajak kita menoleh kepada sejarah, menghargai apa yang telah dibina dan melihat ke hadapan dengan keyakinan. Masa depan Malaysia adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul dengan integriti, kesungguhan dan rasa cinta kepada tanah air.
Semoga semangat merdeka terus hidup dalam setiap jiwa dan menjadi kekuatan untuk kita bersama-sama mencorakkan masa depan Malaysia yang lebih teguh dan gemilang.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.”
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hampir tujuh dasawarsa lalu, pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, fajar baharu menyingsing dari ufuk tanah air. Rakyat pelbagai kaum dan agama bergerak sederap dengan satu tekad untuk membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat, adil dan aman.
Pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya itu pengorbanan yang sebesar-besar pengorbanan.”
Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi pula mengungkapkan:
“Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.”
Inilah amanat yang harus kita junjung. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi membina jiwa yang merdeka, menolak perkauman, rasuah, penindasan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
Kini giliran generasi kita menggalas amanah sejarah. Rapatkan saf, teguhkan muafakat dan satukan seluruh tenaga serta ikhtiar.
Kita punyai satu tanah air, kita warisi satu sejarah dan kita bertanggungjawab menjamin satu masa depan, Malaysia yang lebih tangkas, lebih gagah dan dihormati dunia.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ketika konflik di Asia Barat mencetuskan krisis bekalan global pada April lalu, Kerajaan terpaksa mengambil langkah sukar dengan menurunkan sementara had kelayakan asas BUDI MADANI kepada 200 liter sebulan. Alhamdulillah apabila keadaan kini semakin pulih, Kerajaan MADANI mengembalikan had asal tersebut berkuat kuasa 1 September ini.
Ini bermakna lebih 16 juta rakyat Malaysia akan kembali menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menikmati BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.
Semoga langkah ini memberikan sedikit kelegaan serta membantu rakyat mengharungi tekanan kos sara hidup.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tatkala menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan, saya umumkan keputusan Kerajaan MADANI untuk mengembalikan kepada rakyat setiap ringgit yang dirampas daripada mana-mana individu atau syarikat hasil rasuah, salah guna kuasa dan kegiatan haram.
Dana berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh melalui proses undang-undang ini akan disalurkan untuk memperkukuh pendidikan dan kesihatan rakyat. Inilah makna kemerdekaan yang harus kita isi, yakni membebaskan negara daripada kerakusan dan cengkaman rasuah serta mengembalikan kekayaan yang dirampas untuk manfaat rakyat.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀
PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 – Bagi Mohd Ziyad, 9, Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini hadir bersama satu lagi detik istimewa ulang tahun kelahirannya yang diraikan dalam suasana penuh semangat patriotik di Putrajaya.
Bersama lebih 15 anggota keluarganya, Ziyad tiba di Dataran Putrajaya sejak petang bagi menikmati sendiri kemeriahan sambutan yang bakal memuncak esok.
Bagi keluarga Norhidayah, 36, pengalaman menyambut Hari Kebangsaan bukan sekadar menyaksikan acara, tetapi menjadi ruang untuk berkumpul, mencipta kenangan dan menyemai rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan generasi muda.
Turut hadir mencuri perhatian ialah Mohd Yaakop, 62, bersama isterinya dari Bukit Beruang, Melaka. Buat pertama kali, mereka memilih Putrajaya sebagai lokasi meraikan Hari Kebangsaan selepas tertarik dengan kemeriahan sambutan yang disaksikan menerusi YouTube.
“Selama ini kami sambut di Melaka. Bila tengok di YouTube, nampak suasana di Putrajaya menarik, jadi kali ini kami cuba datang sendiri,” katanya.
Daripada seorang anak yang meraikan hari lahirnya dalam suasana patriotik, kepada pasangan yang menempuh perjalanan dari Melaka, setiap langkah mereka menuju Putrajaya membawa satu makna cinta kepada Malaysia diraikan bersama, tanpa mengira usia dan dari mana kita datang.
Malam ini, Dataran Putrajaya bukan sekadar lokasi sambutan. Ia menjadi ruang pertemuan rakyat, tempat kenangan tercipta dan semangat kebersamaan disemarakkan menjelang detik kita meraikan 69 tahun kemerdekaan Malaysia. Kerana setiap sambutan mempunyai cerita. Dan setiap cerita itu adalah sebahagian daripada kisah kita sebagai sebuah bangsa.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Malaysia, tanah air kita.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝟐𝟓 𝐁𝐀𝐒 𝐒𝐇𝐔𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 – Malam ini, Putrajaya bukan sekadar menjadi persinggahan, tetapi titik pertemuan rakyat dari segenap penjuru untuk bersama-sama menyemarakkan jiwa kebangsaan.
Seawal malam, Putrajaya Sentral mula dipenuhi pengunjung dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitar yang hadir dengan satu tujuan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang bakal berlangsung esok.
Sebanyak 25 buah bas shuttle digerakkan malam ini, manakala 70 buah bas shuttle akan beroperasi esok pagi bagi memastikan perjalanan rakyat ke lokasi sambutan di Dataran Putrajaya berlangsung lancar dan teratur.
Di sebalik kesibukan itu, lensa merakam wajah-wajah Malaysia keluarga, sahabat dan generasi muda yang hadir bersama kelengkapan masing-masing, bersedia berkampung demi menyaksikan sendiri detik yang dinanti-nantikan.
Kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang. Ia untuk dirasai, diraikan dan diwariskan.
Esok, kita berhimpun sebagai satu bangsa. Satu jiwa. Satu suara. Satu Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐎𝐕: 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆, 𝐈𝐍𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍!
Bunyi enjin. Deruman aset. Langkah penuh disiplin. Semangat yang membara.
Malaysia, it’s showtime!
Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi pentas yang memperlihatkan kekuatan, kesiapsiagaan dan semangat wira-wira negara.
Kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasukan beruniform lain membawa satu mesej yang jelas keamanan dan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan.
Seperti seruan Mejar Patrick Dinnesh, TUDM, ayuh rakyat Malaysia hadir dan saksikan sendiri kehebatan aset serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang sentiasa bersedia mempertahankan negara.
Saksikan. Hayati. Banggakan Malaysia.
Kerana di sebalik setiap aset dan setiap barisan pasukan keselamatan, ada sebuah amanah besar mempertahankan tanah air yang kita cintai.
Ayuh, Malaysia! Kita raikan kemerdekaan dengan penuh rasa bangga.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒, 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 - Dalam amanat sempena Hari Kebangsaan ke-69, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kemerdekaan harus dimaknai dengan perpaduan, keadilan, tata kelola yang baik serta usaha memastikan hasil pembangunan negara kembali kepada rakyat.
Kerajaan MADANI terus memperkukuh asas ekonomi, menangani kos sara hidup dan memperluas manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, wilayah dan latar belakang.
Enam ikhtiar baharu turut diumumkan meliputi BUDI95, penyelenggaraan sekolah, AI untuk anak muda, pendigitalan kesihatan awam, e-INVOIS serta pembiayaan dan geran untuk peniaga kecil.
Pesanan utama YAB Perdana Menteri jelas rapatkan saf, teguhkan muafakat dan satukan tenaga untuk membina Malaysia yang lebih tangkas, gagah dan dihormati dunia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
Beberapa siri raptai telah dilaksanakan sebagai persiapan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, dengan pelbagai kontinjen, pasukan perbarisan dan petugas terus memperkemas setiap gerakan serta persembahan.
Daripada raptai awal hingga raptai penuh, setiap detik dirakam memperlihatkan kesungguhan dan komitmen peserta dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang hari yang dinanti-nantikan.
Kini, segala persiapan menuju ke kemuncaknya. Esok, Putrajaya bakal menjadi pentas Sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Alhamdulillah🤲.
Perjalanan ilmu sejak 23 Disember 2024, kini telah tiba ke garis pentingnya.
Bersyukur atas anugerah Allah SWT pada pagi ini selesai dengan jayanya menjalani proses kritikal dalam pengajian kedoktoran saya iaitu viva-voce di AHIBS, UTM KL. Penyelidikan tentang usaha melaksanakan reformasi perkhidmatan awam ini merupakan hadiah istimewa saya kepada semua penjawat awam sempena Hari Kemerdekaan ke-69.
Ia memperincikan isu dan cabaran, serta penambahbaikan baharu berteraskan digital dan teknologi AI dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Saya rakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Naib Canselor yang juga pengerusi sesi, Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, dan pasukan AHIBS UTM iaitu Dekan merangkap penyelia, Prof Dr Rosmini Omar, penyelia bersama, Prof Dr Fauziah Sh. Mohamad dan penasihat akademik, Dr Razli Ramli.
Tidak lupa juga pada warga Pejabat KSN terutamanya Dr Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali dan Dr Doris Ong atas bantuan dan dedikasi tinggi yg telah ditunjukkan.
𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀!
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merdeka bererti bebas menentukan haluan sendiri dan yakin akan kekuatan kita sebagai bangsa yang bermaruah dan sebuah negara yang berdaulat.
Segala yang kita kecapi hari ini hadir dengan keringat, darah dan air mata generasi terdahulu. Justeru, peliharalah negara ini sebaik-baiknya.
Pertahankan perpaduan rakyat pelbagai kaum sebagai tunjang kekuatan, dan isilah kemerdekaan dengan keberanian, keyakinan serta jiwa yang benar-benar merdeka.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#malaysiamadani
#kesejahteraandinikmati
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐘𝐓𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Tahukah anda? Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, bersempena dengan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Pengisytiharan ini menjadi antara langkah penting dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina keharmonian dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lebih daripada sekadar lima prinsip untuk dihafaz, Rukun Negara merupakan landasan bersama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati serta menjunjung nilai dan tanggungjawab sebagai warga sebuah negara berdaulat.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita mengenali sejarahnya, memahami maknanya dan menghayati prinsipnya agar terus menjadi pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Rukun Negara asas perpaduan, tunjang keharmonian Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KERAJAAN MADANI HANTAR PASUKAN SMART KE NEPAL, KESAN DAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA
Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda Nepal.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.
Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.
Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.
ANWAR IBRAHIM
30 Ogos 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), menghadiri Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 bersama YB Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia di Dataran Putrajaya, hari ini.
Raptai penuh berkenaan menyaksikan pelbagai kontinjen perbarisan, persembahan serta aset dipamerkan dalam persiapan akhir menjelang Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos 2026.
Antara yang menarik perhatian ialah penglibatan pelbagai agensi, pasukan beruniform dan sektor swasta yang bersama-sama mengisi acara perbarisan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian elemen yang bakal memeriahkan sambutan tahun ini.
Raptai ini menjadi antara persiapan terakhir sebelum Putrajaya kembali bergema dengan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos 2026.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐀𝐊𝐒𝐈, 𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊𝐍𝐘𝐀
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Siapa sangka, di tengah-tengah disiplin dan ketegasan Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, aksi Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia pula mencuri perhatian!
Lincah, tangkas dan sesekali bersahaja setiap gerak-geri anjing K9 bersama anggota pengendali mengundang perhatian penonton di Dataran Putrajaya, hari ini.
Namun di sebalik aksi yang mencuit perhatian, terserlah keserasian, disiplin dan kepercayaan antara Unit K9 dan anggota pengendali yang menjadi kekuatan dalam melaksanakan tugasan. Setiap detik dirakam. Setiap aksi ada ceritanya.
Inilah warna-warni di sebalik lensa Raptai Penuh Hari Kebangsaan ke-69.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑: 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Tegap melangkah, penuh disiplin dan bersemangat waja. Kehadiran 62 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Dataran Putrajaya bukan sekadar mencorakkan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, malah membawa bersama warisan kesatriaan dan tradisi perkhidmatan yang telah berakar dalam sejarah Johor.
Diketuai Leftenan Mohammad Nor Helmi bin Mohamed Amin, kontinjen JMF tampil penuh berwibawa, menzahirkan ketegasan, disiplin dan semangat juang yang menjadi cerminan jati diri pasukan dalam menjunjung amanah serta mempertahankan keselamatan institusi diraja Johor.
Mengiringi kontinjen ialah Pasukan Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang berkekuatan 31 anggota di bawah pimpinan Pengarah Pancaragam, Kapten Rahizat bin Mohd Yassin. Alunan muzik pancaragam yang mengiringi setiap langkah menambahkan lagi kemegahan dan semangat patriotik suasana perbarisan.
Turut dipamerkan aset operasi yang digunakan bagi melaksanakan rondaan keselamatan di kawasan operasi, sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan serta keupayaan pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Lebih daripada sebuah perbarisan, penampilan JMF pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 menjadi simbol kesinambungan sejarah, tradisi dan kesetiaan yang merentas generasi bahawa semangat mempertahankan tanah air dan menjunjung kedaulatan negara sentiasa menjadi amanah bersama.
Warisan dipelihara. Kedaulatan dijunjung. Malaysia terus dimartabatkan.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑: 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Tegap melangkah, penuh disiplin dan bersemangat waja. Kehadiran 62 anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Dataran Putrajaya bukan sekadar mencorakkan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, malah membawa bersama warisan kesatriaan dan tradisi perkhidmatan yang telah berakar dalam sejarah Johor.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Pelbagai kontinjen daripada pasukan keselamatan, penguatkuasaan, sukarelawan hingga sektor swasta tampil dalam Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Daripada ATM, Kastam, SMART dan RELA hingga Shopee dan Grab, setiap kontinjen membawa peranan dan identiti tersendiri, namun bersatu dalam satu barisan demi menjayakan sambutan.
Di sebalik kepelbagaian seragam dan wajah, terserlah satu semangat yang sama kebersamaan, patriotisme dan cinta kepada Malaysia.
Berbeza seragam. Berbeza peranan. Namun, satu hati untuk Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: ‘𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐘𝐄𝐍’ 𝐂𝐔𝐑𝐈 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Dalam kesibukan para peserta membuat persiapan menjelang Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, seekor ‘tetamu istimewa’ pula mencuri perhatian di Dataran Putrajaya hari ini.
Diberi nama ‘King Oyen’, kucing baka American Shorthair ini tampil bergaya dengan busana serba patriotik lengkap berkemeja, bertanjak bermotifkan Jalur Gemilang serta berkaca mata hitam.
Penampilan unik ‘King Oyen’ ternyata mencuri tumpuan pengunjung dan peserta raptai. Gelagatnya yang bersahaja turut dirakam lensa kamera, mencipta saat santai yang menceriakan suasana di sebalik kemeriahan persiapan sambutan.
Daripada barisan peserta hingga si comel ‘King Oyen’, setiap satunya mempunyai cerita tersendiri dalam menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan ke-69. Kerana semangat patriotik hadir dalam pelbagai cara termasuk dengan gaya ‘King Oyen’!
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈𝐀𝐍
Tahukah anda? Rukun Negara dibentuk melalui Majlis Perundingan Negara yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein sebagai satu usaha penting untuk memupuk kembali perpaduan dan keharmonian negara.
Majlis ini turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai latar belakang, termasuk wakil kerajaan negeri, tokoh agama, badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan dan persatuan guru-guru.
Keterlibatan pelbagai golongan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kesepakatan dalam membentuk satu landasan bersama untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Rukun Negara bukan sekadar lima prinsip untuk dihafaz, tetapi merupakan asas jati diri dan nilai bersama yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita menyusuri sejarah pembentukannya, memahami maknanya dan menghayati nilai yang menjadi pegangan bersama dalam membina Malaysia yang aman, bersatu dan berdaulat.
Kenali sejarahnya.
Hayati prinsipnya.
Semarakkan perpaduannya.
Kukuhkan Malaysia kita.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2026 – Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 berlangsung penuh semangat di Dataran Putrajaya hari ini, sebagai persiapan akhir menjelang sambutan penuh bersejarah pada 31 Ogos 2026.
Raptai ini menampilkan penglibatan pelbagai kontinjen dan peserta yang memperlihatkan ketepatan pergerakan, kekemasan formasi serta persembahan yang bakal menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Setiap langkah, formasi dan persembahan yang dipersembahkan mencerminkan disiplin, dedikasi serta semangat patriotisme para peserta dalam memastikan sambutan berlangsung dengan penuh tertib dan meriah.
Raptai penuh ini turut memberikan gambaran awal kepada orang ramai tentang kemeriahan dan pengisian istimewa yang bakal mewarnai Putrajaya pada 31 Ogos nanti.
Ayuh rakyat Malaysia! Bersama-sama kita hadir ke Putrajaya pada 31 Ogos 2026 untuk menyaksikan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 serta menghayati semangat cinta akan negara.
Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan patriotisme. Hayati makna kemerdekaan.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.
Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan.
Saya juga akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat ini yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat. Ikuti amanat ini secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.
Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#amanatperdana -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tanggungjawab kita adalah memastikan kemajuan negara sampai kepada rakyat, khususnya mereka yang masih memerlukan sokongan dan peluang untuk memperbaiki kehidupan.
Kita perlu terus turun ke lapangan, melihat sendiri keperluan rakyat dan memastikan program yang dilaksanakan benar-benar membantu dan sampai kepada yang memerlukan, manakala peluang pula perlu dibuka supaya rakyat boleh berdikari dan meningkatkan pendapatan.
Teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) juga perlu dibawa lebih dekat kepada masyarakat. Melalui NADI, kita mahu anak muda dan usahawan kecil di akar umbi mendapat akses dan kemahiran untuk menggunakan teknologi bagi mengembangkan usaha dan meningkatkan pendapatan.
Inilah amanah yang harus kita pegang, bukan hanya membina negara yang maju, tetapi pada masa yang sama memastikan tiada rakyat yang tertinggal.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈𝐀𝐍
Tahukah anda? Rukun Negara dibentuk melalui Majlis Perundingan Negara yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein sebagai satu usaha penting untuk memupuk kembali perpaduan dan keharmonian negara.
Majlis ini turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai latar belakang, termasuk wakil kerajaan negeri, tokoh agama, badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan dan persatuan guru-guru.
Keterlibatan pelbagai golongan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kesepakatan dalam membentuk satu landasan bersama untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Rukun Negara bukan sekadar lima prinsip untuk dihafaz, tetapi merupakan asas jati diri dan nilai bersama yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa.
Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita menyusuri sejarah pembentukannya, memahami maknanya dan menghayati nilai yang menjadi pegangan bersama dalam membina Malaysia yang aman, bersatu dan berdaulat.
Kenali sejarahnya.
Hayati prinsipnya.
Semarakkan perpaduannya.
Kukuhkan Malaysia kita.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, petang ini, dalam teduh semangat Maulidur Rasul, saya meneruskan siri muzakarah bersama para agamawan untuk mendengar nasihat, menimba hikmah dan menyelami pandangan tentang perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.
Bagi saya, dialog seperti ini bukan sekadar pertemuan tetapi ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman.
Dalam kesempatan yang penuh makna ini, saya turut berpeluang bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah, anakanda kepada ulama besar dan pakar hadis tersohor zaman ini, Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Awwamah.
Saya zahirkan penghargaan atas beberapa kitab karya ayahandanya, sebuah pemberian yang bukan sekadar naskhah bertinta, tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi, menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam.
Semoga pertemuan ini menjadi jalan kecil menuju manfaat yang lebih besar kerana agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan kunjungan ke Pulau Pinang hari ini dengan menunaikan solat Jumaat sambil menyantuni dan bersalaman dengan para jemaah di Masjid Sembilang, Seberang Jaya.
Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan kita bahawa erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga membebaskan jiwa daripada perhambaan hawa nafsu, keruntuhan akhlak, ketamakan dan kepentingan dunia semata-mata.
Usai solat, saya singgah ke Pusat Penjaja Jalan Sembilang yang telah berusia hampir tiga dekad dan kini diuruskan oleh Masjid Sembilang untuk bertemu para peniaga dan orang ramai, selain meninjau sendiri keadaan infrastruktur serta kemudahan di sekitar kawasan ini yang perlu ditambahbaik untuk manfaat masyarakat setempat.
Mudah-mudahan kunjungan ke Pulau Pinang kali ini dipermudah dan membawa manfaat serta kebaikan buat seluruh rakyat.
#malaysiamadani #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah buat Ketua Pembangkang, Dato' Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Mariam Kassim.
Saya dan Azizah mendoakan saudara Hamzah terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga.
Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Bidang pendidikan menerima peruntukan terbesar kerana kita sedang melabur untuk masa depan negara dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi berakhlak, berdisiplin dan mampu berfikir secara kritis.
Justeru, kecemerlangan akademik mesti berjalan seiring dengan nilai, etika dan rasa hormat kepada orang lain. Ilmu yang tidak disertai nilai tidak cukup untuk membina sebuah negara yang maju dan bertamadun.
Pendidikan juga mesti menjadi jalan untuk membuka peluang dan mengubah kehidupan. Setiap anak, tanpa mengira latar belakang keluarga, harus diberi ruang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka.
Inilah yang saya tekankan ketika bersama anak-anak muda dalam sesi Temu Anwar di IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Daripada pendidikanlah kita membina generasi yang berani meneroka bidang masa hadapan seperti AI, teknologi dan semikonduktor, sambil terus menyumbang dalam pendidikan, perkhidmatan awam dan pelbagai lapangan yang membentuk masa depan Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai program petang tadi, saya pulang ke rumah keluarga di Cherok Tok Kun bertemu insan-insan tersayang.
Di sebalik kesibukan dan tanggungjawab, keluarga tetap menjadi tempat untuk bertemu, berbual dan bergurau bersama mereka, walau seketika, ia cukup mengubat penat.
Inilah bahagia yang sederhana, dapat berkumpul bersama keluarga, menikmati waktu bersama dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Tengah Berapit, Bukit Mertajam, saya menyertai Majlis Maulid Akbar Permatang Pauh bersama masyarakat setempat dan ahli kariah, berhimpun dalam suasana penuh selawat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Malam yang indah diisi dengan alunan selawat, nasyid dan tausiah daripada para alim ulama ; Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sahibus Samahah Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Pengasas Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah Abdul Rahim Pendang serta Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan Syeikh Haji Wazir Che Awang Al-Makki.
Daripada majlis seperti inilah kita disegarkan kembali dengan hakikat bahawa kemajuan tidak hanya diukur pada kekuatan ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi juga pada teguhnya akidah, suburnya ilmu dan mulianya akhlak.
Dalam membina Malaysia MADANI, kita mahu negara terus maju dan berdaya saing, namun pada masa yang sama tidak kehilangan akar nilai yang menjadi tunjang kehidupan kita.
Selawat yang kita bawa pulang malam ini mudah-mudahan tidak sekadar tinggal sebagai gema di bibir, tetapi diterjemahkan dalam kehidupan dengan menyantuni yang lemah, merapatkan yang renggang, memuliakan ilmu dan berdiri bersama keadilan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓
Musim cuti sekolah menjadi ruang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, sama ada pulang ke kampung halaman, menikmati percutian mahupun melakukan aktiviti riadah bersama insan tersayang.
Namun, dalam kita menikmati detik kebersamaan, keselamatan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.
Rancang perjalanan lebih awal, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, patuhi had laju dan kekalkan fokus sepanjang pemanduan. Berhenti dan berehat secukupnya di kawasan R&R serta pastikan jarak selamat antara kenderaan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Bagi aktiviti di pantai dan kawasan air, elakkan berenang bersendirian, patuhi arahan serta papan tanda keselamatan dan semak keadaan cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti air. Pastikan aktiviti dijalankan di lokasi yang selamat serta gunakan kelengkapan yang bersesuaian.
Keselamatan diri dan keluarga merupakan tanggungjawab bersama. Jadikan cuti sekolah ini peluang untuk mencipta kenangan yang indah, ceria dan bermakna bersama keluarga, tanpa mengabaikan aspek keselamatan.
Rancang dengan bijak, berhati-hati sepanjang perjalanan dan utamakan keselamatan. Selamat bercuti!
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐃𝐄𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈
𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐣𝐢, 𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik penting dalam sejarah negara apabila keharmonian dan kestabilan masyarakat berbilang kaum diuji. Dalam mendepani cabaran tersebut, Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai satu ideologi kebangsaan yang menjadi landasan bersama dalam memperkukuh perpaduan dan membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, demokratik serta progresif.
Lima prinsip Rukun Negara bukan sekadar susunan kata untuk dihafal dan dilafazkan. Ia merupakan kompas nilai yang membimbing rakyat dalam membina kehidupan bernegara berteraskan kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.
Lebih lima dekad berlalu, nilai yang terkandung dalam Rukun Negara kekal relevan. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, penghayatan terhadap prinsip ini menjadi asas penting untuk memelihara keharmonian, memperkukuh rasa kebersamaan dan membina masa depan Malaysia yang lebih bersatu.
Kenali sejarahnya. Hayati prinsipnya. Amalkan nilainya. Kukuhkan perpaduannya.
Kerana Rukun Negara bukan sekadar untuk dilafazkan ia untuk dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐒𝐈𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐊𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈
PUTRAJAYA, 28 Ogos 2026 – Di sebalik barisan yang tersusun, langkah yang seragam dan disiplin yang tinggi, terselit detik-detik sederhana yang jarang dirakam lensa.
Selepas berjam-jam menjalani raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, para peserta mengambil kesempatan untuk berehat seketika berteduh di bawah redup pepohon, menikmati juadah dan minuman, serta berkongsi ruang rehat bersama rakan seperjuangan.
Dalam suasana yang lebih santai, terpancar sisi manusiawi mereka yang menjadi sebahagian daripada kekuatan di sebalik kelancaran persiapan sambutan. Setiap senyuman, gurauan dan waktu rehat menjadi ruang untuk mengembalikan tenaga sebelum kembali meneruskan latihan.
Dengan Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri sebagai latar, detik-detik kecil ini merakam sebuah cerita yang lebih besar bahawa setiap persembahan yang sempurna bermula daripada komitmen, ketahanan dan kerja berpasukan yang tidak selalu terlihat di hadapan kamera.
Daripada Foodpanda, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, ZUS Coffee hingga TM, setiap peserta hadir dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Mereka berkongsi satu matlamat: memastikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 berlangsung dengan penuh tertib, semangat dan kebanggaan.
Kerana di sebalik sorakan, perbarisan dan persembahan yang bakal disaksikan seluruh rakyat, ada ribuan insan yang terus melangkah, berlatih dan memberikan yang terbaik termasuk dalam detik-detik yang paling sederhana.
Inilah cerita di sebalik lensa. Di sebalik persembahan, ada pengorbanan. Di sebalik kejayaan, ada kebersamaan.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras.
Pelancaran MIKa ini mencerminkan usaha memperkukuh penerapan nilai integriti dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal menerusi pendekatan pendidikan yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan mereka.
Inisiatif ini turut menghimpunkan kepimpinan kerajaan serta agensi berkaitan, termasuk YAB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM).
Pelaksanaan MIKa diharap dapat menjadi asas dalam membentuk generasi yang memahami dan mengamalkan nilai-nilai integriti dalam kehidupan seharian, sekali gus menyokong usaha melahirkan masyarakat yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
KENYATAAN MEDIA MoF
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀, 𝐆𝐄𝐋𝐎𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀
PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Langit Putrajaya diserikan dengan aksi penuh bertenaga Pasukan Aerobatik Krisakti menerusi pertunjukan “Melukis Senja” sempena Merdeka Sunset Air Show, menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Berlangsung di sekitar Monumen Alaf Baru, pertunjukan udara ini menyajikan formasi dan manuver aerobatik yang dinamik, mengukir jejak di dada langit tatkala mentari senja berlabuh.
Namun, di sebalik setiap gerakan dan formasi yang terpahat di langit, tersirat sebuah makna yang lebih besar keberanian, disiplin, kesatuan dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air.
Langit Putrajaya menjadi kanvas. Pesawat menjadi pena. Dan setiap lakaran di udara menjadi lambang semangat Malaysia yang terus terbang tinggi. Inilah wajah Malaysia yang berani, bersatu dan terus melangkah ke hadapan.
Langit kita saksi. Jalur Gemilang kita junjung. Semangat Merdeka kita teruskan.
Demi Malaysia tercinta, ayuh kita semarakkan kebanggaan menjadi anak Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐎𝐕: 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐇𝐎𝐖
“Malaysia, are you ready?”
Di sebalik mikrofon, Mejar Dinnesh, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menghidupkan setiap detik pertunjukan udara dengan suara yang penuh tenaga, sebelum langit Putrajaya bergema dengan deruman enjin dan aksi hebat pesawat.
Daripada debaran menanti hingga sorakan bergema di segenap ruang, setiap detik menjadi sebahagian daripada semangat, kebanggaan dan kecintaan kita kepada tanah air.
Inilah langit Malaysia.
Inilah semangat kita.
Inilah Malaysia yang kita banggakan.
Malaysia, ini langit kita!
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Negara tidak boleh terus bergerak dengan kerangka lama sedangkan dunia pendidikan, ilmu dan teknologi berubah begitu pantas yang menuntut langkah berani dalam melakukan perubahan yang besar dan berani.
Perkara ini saya tekankan ketika menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 di Universiti Malaya malam ini, khususnya mengenai keperluan membentuk kerangka baharu Akta Pendidikan Tinggi yang selari dengan aspirasi transformasi pendidikan negara.
Sementelahan, akta ini tidak seharusnya menjadi instrumen untuk memperkukuh kuasa pihak luar terhadap dunia akademik, sebaliknya memberikan ruang yang lebih luas kepada universiti untuk mengurus tadbir secara berautonomi, memperkasa kebebasan akademik dan bertanggungjawab terhadap perkembangan ilmu.
Saya juga telah mengarahkan agar tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan hukuman semata-mata kerana menyuarakan pandangan atau kritikan kepada pimpinan negara dilepaskan serta-merta.
Sayugia, universiti mesti menjadi medan ilmu, pemikiran dan perbahasan yang bebas, melonggarkan kekangan birokrasi dan berani melakukan perubahan agar pendidikan tinggi negara terus maju serta mampu membentuk masa depan Malaysia.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato' Sri Setia Hajjah Aishah Binti Al-marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.
Mendoakan agar KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat Diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berdukacita menerima perkhabaran mengenai bencana banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan besar di daerah Rasuwa, Nepal.
Saya juga amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan. Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan.
Kerajaan MADANI menerusi KLN akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Foto: EPA -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu menyempurnakan National Innovation & Commercialisation Expo (NICE) 2026, saya menekankan bahawa inovasi mesti terus diperkasa sebagai kekuatan untuk menggerakkan ekonomi, meningkatkan daya saing negara dan membentuk masyarakat yang berilmu serta berpemikiran ke hadapan.
Hasil penyelidikan di universiti tidak seharusnya terhenti di makmal atau di atas kertas. Ia perlu diterjemahkan kepada R&D, dikembangkan dan dikomersialkan melalui sinergi yang lebih kukuh antara universiti, GLIC, industri, sektor swasta dan pelabur.
Dalam hal ini, persoalannya bukan sekadar berapa banyak dana yang disediakan, tetapi sejauh mana dana, kepakaran dan kapasiti yang ada dimanfaatkan secara optimum, dengan tatakelola yang baik, supaya menghasilkan manfaat dan nilai yang nyata kepada negara.
Dalam dunia yang berubah pantas dengan kemajuan kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum dan pelbagai teknologi baharu, kita mesti berani meneroka dan membina keupayaan, termasuk dalam ekosistem universiti. Kita tidak mahu sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi turut mampu mencipta, menguasai dan memanfaatkannya untuk masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐌𝐄𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐒𝐇 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆𝐈 𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Di sebalik deruman enjin yang menggegarkan ruang udara Putrajaya dan ketangkasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membentuk formasi di langit, hadir satu suara yang menjadi penghubung antara kehebatan aksi udara dengan semangat penonton di daratan.
Mejar Dinnesh menggalas amanah sebagai pengacara pertunjukan udara TUDM, mengiringi setiap pergerakan dan formasi pesawat dengan pengumuman yang bertenaga dan penuh semangat.
Daripada kemunculan pesawat di ufuk sehinggalah aksi akrobatik yang mendebarkan, setiap pengumuman bukan sekadar menerangkan aksi, malah menghidupkan suasana dan membawa penonton lebih dekat dengan kehebatan, keberanian serta profesionalisme parajurit udara negara.
Di sebalik setiap aksi di langit, terserlah semangat, disiplin dan kebanggaan sebuah pasukan yang sentiasa siap siaga mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Dari langit Putrajaya, berkibar megah Jalur Gemilang lambang keberanian, perpaduan dan cinta kita kepada tanah air.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Langit Putrajaya hari ini dihiasi aksi penerbangan dan formasi udara yang memukau sempena persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗
PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Langit Putrajaya hari ini dihiasi aksi penerbangan dan formasi udara yang memukau sempena persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Di sebalik setiap lintasan pesawat dan aksi akrobatik yang mengagumkan, terserlah ketepatan, disiplin serta kemahiran tinggi pasukan udara negara dalam memastikan setiap pergerakan dilaksanakan dengan penuh ketelitian.
Setiap formasi yang tersusun dan setiap aksi yang dipersembahkan menjadi cerminan kecekapan serta kesiapsiagaan pasukan yang sentiasa komited memberikan persembahan terbaik buat rakyat Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Wisma Putra
@MalaysiaMFA
#siaranakhbar |
#pressrelease
[099/2026]
UPDATE ON FLOODING IN RASUWA DISTRICT, NEPAL
••••••••••••••••••••••••••••••
PERKEMBANGAN TERKINI BANJIR DI DAERAH RASUWA, NEPAL -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐈𝐃𝐄𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 #𝐆𝐄𝐍𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕
CYBERJAYA, 26 Ogos 2026 – Suara dan idea belia terus diberi ruang dalam pembentukan dasar negara menerusi #genbajet2027, platform yang menghimpunkan pandangan generasi muda dalam mengetengahkan cadangan berkaitan cabaran serta peluang ekonomi semasa.
Inisiatif di bawah seliaan Kementerian Ekonomi dan TERAJU ini turut mendukung aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), dengan menghimpunkan lebih 70 peserta tahun ini, berbanding 50 peserta pada penganjuran sebelumnya.
Lebih daripada sekadar medan mencetuskan idea, #genbajet2027 membuka ruang kepada belia untuk mengasah pemikiran kritis, keupayaan berhujah dan kemahiran merangka cadangan dasar yang kreatif, praktikal serta berimpak kepada rakyat.
Idea yang unik, baharu dan mampan berpotensi diangkat kepada pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dalam penyediaan Belanjawan 2027.
Daripada suara belia, lahir idea untuk masa depan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍: #𝐆𝐄𝐍𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓𝟐𝟎𝟐𝟕
CYBERJAYA, 26 Ogos 2026 – Sesi Akhir #genbajet2027 menghimpunkan 10 finalis yang mengetengahkan idea dan aspirasi generasi muda sebagai input kepada Belanjawan 2027.
Daripada suara mahasiswa, lahir idea untuk masa depan Malaysia yang lebih berdaya saing dan inklusif.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Wahab Alwi, pengasas MRSM dan tokoh yang dikenali sebagai “Bapa MRSM”, yang meninggal dunia pagi tadi.
Sumbangan Allahyarham dalam mencetuskan dan membangunkan gagasan MRSM merupakan satu jasa besar dalam sejarah pendidikan negara, khususnya dalam memperluas peluang pendidikan sains kepada anak-anak bangsa.
Hasil usaha tersebut, MRSM berkembang sebagai sebuah institusi yang membentuk ramai anak Malaysia menjadi insan berilmu, berkemahiran dan berjaya dalam pelbagai bidang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 Telekom Malaysia (TM), saya mengingatkan hadirin bahawa kemajuan sesebuah negara tidak boleh dibina atas budaya rasa selesa dengan pencapaian yang ada.
Kita mesti sentiasa memperbaiki kelemahan, meningkatkan kecekapan dan berani melakukan pembaharuan. Jangan sampai rasa selesa membataskan ikhtiar kita untuk melangkah lebih jauh dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.
Saya turut berpesan kepada para pelajar Universiti Multimedia (MMU) agar melihat sebagai institusi yang mempunyai tanggungjawab besar untuk menerajui masa depan teknologi negara, lantas menjadi medan melahirkan bakat dan pemikiran baharu yang mampu membawa Malaysia melangkah lebih jauh.
TM juga perlu pantas menangkap perubahan teknologi masa hadapan, termasuk ‘quantum computing’ dan keselamatan siber yang semakin penting kepada pertahanan negara. Dengan ilmu, pengalaman dan keberanian anak-anak muda, saya yakin TM mampu terus berkembang, merentas generasi dan zaman, sebagai sebuah syarikat yang dibanggakan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐋𝐎𝐑𝐈𝐀
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 – Di sebalik kemeriahan persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, setiap gerak langkah dan formasi yang dipersembahkan melalui Skuadron Istiadat Berkuda hadir daripada latihan yang penuh disiplin, ketelitian dan kesungguhan.
Bertempat di Tasik Anjung Floria hari ini, anggota Skuadron Istiadat Berkuda menjalani sesi latihan bagi memperkemas setiap pergerakan, formasi dan keserasian antara anggota serta kuda. Setiap derapan bukan sekadar latihan, sebaliknya mencerminkan tahap kesiapsiagaan dan komitmen dalam memastikan persembahan istiadat berlangsung dengan penuh tertib dan berprestij.
Latihan yang dilaksanakan secara berterusan ini menjadi antara persiapan penting bagi memastikan setiap elemen dapat digerakkan dengan lancar, tepat dan teratur apabila tiba detik sambutan pada 31 Ogos nanti.
Dari setiap derapan kuda hingga ke setiap formasi yang tersusun, inilah wajah persiapan di sebalik tabir yang bakal menyemarakkan semangat patriotisme dan kebanggaan rakyat terhadap tanah air.
31 Ogos semakin hampir. Putrajaya terus bersiap menyambut detik penuh bermakna.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐎𝐕: 𝐀𝐓𝐌 𝐓𝐈𝐁𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Putrajaya semakin meriah dengan ketibaan pelbagai aset dan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Dari laluan utama hingga ke kawasan persiapan, setiap pergerakan aset membawa kita semakin dekat kepada detik sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos nanti.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 – Lensa merakam ketibaan pelbagai aset dan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Putrajaya sebagai sebahagian daripada persiapan bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Kehadiran aset dan kenderaan ATM ini bukan sahaja menyemarakkan suasana persiapan di Putrajaya, malah mencerminkan tahap kesiapsiagaan, disiplin dan komitmen warga pertahanan negara dalam memastikan kelancaran sambutan bersejarah negara.
Persiapan ini turut menjadi simbol semangat patriotisme serta kesungguhan seluruh warga ATM dalam bersama-sama mengangkat semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan 2026.
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖
SERDANG, 25 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M berlangsung dengan penuh penghayatan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
#jabatanperdanamenteri
#salammaulidurrasul
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini.
Industri filem mempunyai peranan besar dalam mempertahankan serta memperkasa bahasa, budaya, nilai dan jati diri kita agar generasi muda tidak terputus daripada akar budaya sendiri. Dalam mengejar kemajuan dan teknologi baharu, kita harus berani menggapai ke langit, namun tetap mengakar ke bumi.
Untuk melaksanakan peranan ini, saya percaya keterbukaan dan kebebasan harus diberikan dalam berkarya. Saya khuatir seni, budaya dan sastera akan terkekang serta gagal berkembang sekiranya berdepan terlalu banyak tekanan dan sekatan.
Saya masih mengingati beberapa karya hebat yang pernah berdepan sekatan hanya kerana satu dua babak yang dianggap sensitif oleh pihak tertentu. Pengalaman lalu mengajar kita supaya tidak menilai sesebuah karya secara terlalu sempit sehingga keseluruhan kekuatan, pemikiran dan nilai seninya tenggelam.
Kita pernah melahirkan Seniman Agung P Ramlee yang mengangkat kesedaran dan nilai kemanusiaan serta meruntuhkan tembok prasangka dan faham perkauman sempit menerusi karya yang berani dan kritis. Menghimbau zaman muda, hampir semua filem Melayu keluaran Shaw Brothers dan Cathay-Keris saya ikuti. Banyak lirik dan lagunya masih membekas dalam ingatan.
Sebab itu, saya sedikit bimbang melihat sebahagian generasi baharu, terutama anak-anak yang membesar di kota, semakin terpisah daripada khazanah seni dan akar budaya kita. Namun saya melihat masih ada harapan tatkala cucu-cucu saya mula berubah fikiran dan tertarik untuk menyaksikan lebih banyak filem Melayu selepas menonton Pendekar Bujang Lapok.
Pengalaman kecil ini meyakinkan saya bahawa karya kita tidak ketandusan mutu. Yang diperlukan ialah pendedahan agar generasi baharu berpeluang mengenali, menikmati dan menghargainya. FINAS harus terus mengupayakan anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya malar segar, sekali gus menghubungkan kembali anak-anak kita dengan seni, budaya dan jati diri negara.
Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah industri kita juga sarat dengan kisah pilu para seniman yang berakhir dalam derita dan kesengsaraan akibat sistem yang menekan dan gagal membela mereka. Kemajuan industri harus bergerak seiring dengan kebajikan seluruh penggeraknya, daripada pelakon dan pengarah kepada penulis, kru serta tenaga di belakang tabir.
Kerana itu, Kerajaan MADANI akan terus memastikan dukungan yang diperlukan untuk mengangkat mutu karya, memperkukuh industri dan membela nasib para penggiatnya. Insya-Allah, ini akan menjadi perkara yang dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya mengenang sirah dan perit jerih baginda Nabi SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun yang lalu. Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.
Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan. Bukankah firman Allah SWT menjadi suatu pedoman yang jelas:
“Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.” (Surah Quraysh, ayat 4)
Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah. Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang. Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil.
Hari ini, strategi Baginda SAW kekal menjadi rujukan. Tentunya tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya. Namun kita akan terus berusaha, selagi kudrat dan masa masih tersisa, bagi melakukan perubahan dan islah menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT.
Tiap pemimpin pastinya mendambakan yang terbaik buat seluruh rakyatnya, dan saya juga begitu. Semoga Allah SWT terus memberkati tanah air kita, dan rakyatnya dirahmati dengan kasih sayang dan rezeki yang berkat.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai merasmikan Menara FINAS, saya sempat bertemu dengan beberapa wakil Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) yang membawa suara 13 persatuan di bawah naungannya terkait masa depan industri perfileman negara.
Antara perkara yang dibangkitkan termasuklah soal hak milik intelek bagi karya yang dihasilkan menggunakan dana awam, penyediaan rumah mampu milik untuk penggiat seni, serta peruntukan bagi pembangunan industri perfileman dan latihan.
Saya turut tertarik dengan pandangan mereka berhubung ancaman kecerdasan buatan terhadap mata pencarian karyawan serta kelangsungan syarikat penerbitan. Perkembangan ini menuntut suatu kerangka perlindungan yang jelas agar kemajuan teknologi tidak menghakis hak, kreativiti dan masa depan penggiat seni tanah air.
Insya-Allah, segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi bagi memperkukuh dukungan terhadap industri perfileman, yang merupakan antara wadah penting dalam menghidupkan seni, budaya dan sastera serta membentuk jiwa, pemikiran dan jati diri bangsa.
Tanpa kekuatan seni, budaya dan sastera, kita mungkin melahirkan anak-anak tanpa jiwa, yang terputus daripada akar budaya sendiri dan hanya berbangga dengan identiti yang dipinjam.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya mempengerusikan mesyuarat berkala bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan bagi meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan.
Saya titip beberapa pesanan, antaranya kepentingan untuk terus memperkukuh aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan, supaya setiap dasar, usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan dapat difahami serta dirasai manfaatnya oleh rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih atas keberangkatan Raja Muda Selangor DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mewakili DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ke Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 malam ini.
SUKMA yang dilancarkan pada 1986, 40 tahun lalu, merupakan cetusan ilham saya ketika menjawat Menteri Belia dan Sukan pada 1983. Alhamdulillah, hari ini SUKMA terus menjadi medan menyatukan bakat, semangat dan daya juang anak-anak muda dari seluruh negara, termasuk Brunei Darussalam.
Tahniah kepada Saudari Eliza Tan Ai Shen dari Selangor dan Saudara Cheah Zen Hong dari Pahang yang dinobatkan sebagai Atlet Wanita dan Lelaki Terbaik. Lebih manis, tuan rumah, Selangor muncul Juara Keseluruhan SUKMA XXII. Terima kasih dan tahniah kepada Menteri Besar Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen dan kerja keras menjayakan SUKMA XXII sebagai tuan rumah. Penganjuran yang tersusun dan meriah ini membuktikan keupayaan Selangor mengangkat temasya sukan negara dengan penuh semangat dan kebersamaan.
Syabas kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia. SUKMA bukan sekadar soal pingat, tetapi gelanggang mencungkil bakat dan melahirkan juara. Kepada anak-anak muda, teruskan berjuang dan asah bakat kerana insya-Allah, ada antara kalian yang bakal menggalas nama Malaysia di pentas dunia.
Tahniah semua! Teruskan melangkah dan terus mengharumkan nama negara. 🇲🇾
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah pagi ini hadir dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Saya singgung kepentingan cabaran menghayati sebarang sambutan bukan semata-mata perarakan dan acara, namun lebih dari itu sambutan hanya bermakna sekiranya kita dapat menyuntik semangat baru dengan bukan kekal tahap lama. Oleh dengan itu, risalah dan keteladanan yang dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi panduan bagi umat Islam agar menjadi contoh terbaik dari pelbagai dimensi untuk menonjol wajah Islam yang rahmah dan punya wibawa.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Tokoh Perdana kepada Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim serta Tokoh Maulidur Rasul kepada Maulana Abdul Hamid bin Hj Chin, Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Haji Laman bin Haji Yasim, Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir, Muhammad Mikhael Sathayah, Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin dan Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin.
Firman Allah SWT :
سورة الأنفال: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ﴾ [الأنفال: 24].
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖
SERDANG, 25 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M berlangsung dengan penuh penghayatan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan tahun ini menzahirkan usaha memperkukuh penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW, khususnya melalui pembudayaan nilai amanah, keadilan, ihsan dan rahmah dalam kehidupan seharian.
Pelbagai pengisian telah disusun, antaranya perarakan kontinjen yang diserikan dengan alunan selawat, Program Bicara Khas Wanita serta program-program anjuran masjid utama JAKIM. Mesej dan penghayatan Maulidur Rasul SAW turut diperluas menerusi pelbagai platform media dan digital bagi menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.
Kemuncak sambutan menyaksikan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M, melibatkan seorang penerima Anugerah Perdana dan lapan penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta jasa bakti yang bermakna dalam pembangunan agama, masyarakat dan negara.
Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW terus menjadi wadah untuk menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh pengamalan akhlak dan nilai murni dalam membentuk masyarakat MADANI yang berintegriti, penyayang dan sejahtera.
#jabatanperdanamenteri
#salammaulidurrasul
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐊𝐀𝐇: 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐖
Di bumi Makkah, lahir insan pilihan Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan membawa risalah Islam sebagai rahmat dan petunjuk buat seluruh alam.
Kehidupan Baginda yang sarat dengan ketabahan, kasih sayang, kebijaksanaan dan akhlak yang mulia menjadi teladan sepanjang zaman. Setiap perjuangan, pengorbanan dan ajaran Baginda menjadi pedoman dalam membimbing umat menuju jalan yang diredai Allah SWT.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul, marilah kita menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW bukan sekadar sebagai catatan sejarah, tetapi sebagai sumber inspirasi untuk memperkukuh keimanan, meneladani akhlak Baginda serta menghidupkan sunnah dalam kehidupan seharian.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
#jabatanperdanamenteri
#salammaulidurrasul
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati detik kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, tetapi merupakan wadah untuk kita menghayati kembali risalah Baginda yang membawa cahaya petunjuk, rahmat dan nilai kemanusiaan kepada seluruh alam.
Dalam mendepani cabaran semasa, kecintaan kepada Rasulullah SAW hendaklah dizahirkan bukan sekadar melalui ungkapan dan sambutan, tetapi melalui penghayatan sunnah, pemerkasaan akhlak serta amalan yang mencerminkan nilai amanah, ihsan dan tanggungjawab.
Semoga Maulidur Rasul 1448H menjadi momentum untuk kita memperteguh keimanan, memperhalus budi pekerti dan memperkukuh perpaduan demi membentuk masyarakat yang harmoni serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.
Jadikan kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk terus berakhlak, berbakti dan memberi manfaat kepada sesama insan.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#salammaulidurrasul
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐀 𝐉𝐏𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
PUTRAJAYA, 24 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini meninjau sesi latihan akhir kontinjen Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PA JPM) sebagai persiapan menghadapi Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M.
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini bakal berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Kontinjen PA JPM telah menjalani latihan secara berterusan sejak 17 Ogos lalu bagi memastikan setiap persiapan dilaksanakan dengan disiplin, keseragaman dan komitmen yang tinggi, sekali gus menampilkan persembahan yang terbaik pada sambutan yang penuh bermakna ini.
Lebih daripada sekadar persiapan sebuah kontinjen, penglibatan ini mencerminkan semangat kebersamaan, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta iltizam warga perkhidmatan awam untuk terus menyemarakkan nilai murni, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Semoga segala persiapan kontinjen PA JPM serta seluruh warga kerja yang terlibat dipermudahkan dan berjalan lancar. Bersama-sama kita menyemarakkan sambutan ini dengan penuh penghayatan, kesatuan dan kecintaan kepada agama, bangsa serta tanah air.
#jabatanperdanamenteri
#maulidurrasul1448h
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Terima kasih atas suratnya. Saya harap kehadiran saudara Raimi Ab Rahim yang mewakili saya dapat menceriakan Hari Usahawan Cilik As Sakeenah semalam.
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sampaikan salam saya kepada ibu dan ayah ya.
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya yakin persahabatan Malaysia dan Brunei akan terus mekar dan akrab sambil menggarap semangat tetangga, kerjasama yang erat dan saling hormat antara rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐔@𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑
KOTA KINABALU, 22 Ogos 2026 – Program MADANI Kita 2026 bersama Komuniti Darau@Sepanggar berlangsung meriah di Padang Kampung Warisan.
Pelbagai aktiviti menarik dan pengisian bersama komuniti telah diadakan, mencerminkan semangat kebersamaan serta usaha mendekatkan kerajaan dengan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Diraikan dalam Majlis Santapan Rasmi oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Penghargaan setulusnya buat Negara Brunei Darussalam atas sambutan mesra dan layanan baik kepada saya serta seluruh delegasi Malaysia sepanjang keberadaan singkat kami ini.
Mendoakan Negara Brunei Darussalam kekal menikmati kemakmuran, kesejahteraan dan rakyatnya hidup aman sejahtera di bawah naungan Paduka Seri Baginda Tuanku.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selesai sudah Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27).
Saya bersyukur kerana rundingan kali ini mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan persaudaraan serta kerjasama strategik antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien atas layanan penuh mesra dan kekeluargaan yang diberikan kepada saya, Azizah serta seluruh delegasi Malaysia.
Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Penghargaan juga kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Sabah, kementerian serta agensi yang terlibat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan.
Insya-Allah, hubungan istimewa antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam akan terus diperkukuh demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya sempat bersarapan dan berbincang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang turut ikut serta dalam ALC-27.
Antara yang disentuh termasuk persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu lagi.
Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa perkembangan mutakhir, selain memberi tumpuan kepada ikhtiar memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang lebih adil dan seimbang.
Insya-Allah, hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan saya dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuh atas dasar saling menghormati dan kepercayaan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berangkat ke Istana Nurul Iman, saya dan Azizah sempat luang masa sertai aktiviti santai mewarna batik anjuran PERWAKILAN (Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri) di Brunei.
Aktiviti seperti ini memberi ruang untuk kita menghayati dan menghargai keindahan seni serta warisan batik tempatan, sekali gus memastikan khazanah ini terus subur merentas generasi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K).
Penganugerahan ini amat bermakna dan menjadi lambang keakraban serta persaudaraan istimewa antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
Daulat Tuanku!
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan sesi Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) dengan mengadakan pertemuan empat mata bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Pertemuan ini memberi ruang untuk saya dan Paduka Seri Baginda Tuanku bertukar pandangan secara terbuka dan penuh mesra terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama, berteraskan hubungan akrab, kepercayaan dan persahabatan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai pertemuan empat mata, saya dan Paduka Seri Baginda Tuanku kemudiannya menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pengurusan Bencana antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
Pembaharuan MoU ini juga mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pengurusan bencana, termasuk meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan.
Ikhtiar ini bukan sahaja penting dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah melengkapi inisiatif di peringkat ASEAN dalam mendepani cabaran bencana yang semakin kompleks.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tempoh hari, seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej menjemput saya ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya hari ini. Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.
Tidak mahu hampakan anak-anak, "Uncle Anwar" hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua.
Semoga Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil. Kalau dapat untung, jangan lupa menabung. 😅
Mendoakan anak-anak ini membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat, Insya-Allah.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐔@𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑
KOTA KINABALU, 22 Ogos 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 Darau@Sepanggar berlangsung meriah dengan penglibatan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di Padang Kampung Warisan, hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), yang turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk terus mendekati masyarakat melalui pendekatan turun padang serta memperkukuh penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
Pelbagai pengisian menarik turut disediakan bagi menggalakkan penyertaan komuniti, antaranya pertandingan tarik tali, gusti lengan, e-sukan, reruai agensi kerajaan, Pocket Talk, Santai Patriotik bersama PENTARAMA, Pocket Talk bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta aktiviti pertukaran topi keledar.
Penganjuran PMK 2026 menjadi platform strategik untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dengan masyarakat, di samping memberi peluang kepada komuniti setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan kerajaan dalam suasana yang lebih dekat, santai dan inklusif.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pendekatan kerajaan yang inklusif, responsif dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sempat berhubung menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang bertanyakan perkembangan kesihatan saya.
Saya menghargai doa serta kiriman bunga dan buah-buahan daripada beliau dan memaklumkan bahawa saya kini dalam proses pemulihan.
Kami bertukar pandangan terkait perkembangan semasa di rantau ini dan senada bahawa segala ketegangan mesti ditangani secara cermat menerusi dialog serta diplomasi demi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
Kami juga membincangkan perkembangan hubungan Iran–Amerika Syarikat dan menegaskan pentingnya libat urus berterusan bagi meredakan ketegangan. Selat Hormuz pula mesti kekal terbuka dan selamat bagi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa.
Terkait hubungan dua hala, kami sepakat memperhebat kerjasama perdagangan dan ekonomi yang masih mempunyai potensi besar untuk diteroka, termasuk memperluas eksport daging Pakistan ke Malaysia.
Segala komitmen yang dicapai harus diterjemahkan segera kepada hasil nyata yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Malaysia akan terus mendukung Pakistan sebagai negara sahabat dan rakan penting, insya-Allah.
🇲🇾🇵🇰
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut menerima panggilan daripada Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb yang bertanyakan khabar sebaik menerima berita mengenai keadaan kesihatan saya, seraya menitipkan doa agar dikurniakan kesembuhan dan keafiatan segera.
Saya amat menghargai doa serta ingatan beliau dan memaklumkan bahawa pembedahan telah berjalan lancar, sementara proses pemulihan juga berlangsung dengan amat baik, alhamdulillah.
Kami turut bicara soal kesinambungan usaha dakwah dan pengajian dalam memperluas kefahaman Islam. Pandangan serta bimbingan beliau akan terus menjadi pedoman penting dalam mengangkat tradisi keilmuan Islam yang luhur dan membawa rahmat kepada seluruh umat.
Saya juga menyingkap kembali kunjungan Sheikh al-Azhar al-Sharif ke Malaysia sebelum ini yang meninggalkan kesan amat mendalam kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Insya-Allah, kami berharap dapat kembali bertemu di Kaherah atau Kuala Lumpur bagi meneruskan ikhtiar dakwah dan pengembangan ilmu demi kemaslahatan umat sejagat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi juga, saya berkesempatan berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin (Council of Muslim Elders), Mohamed Abdelsalam, yang bertanyakan khabar serta menitipkan doa susulan keadaan kesihatan saya baru-baru ini.
Dalam perbualan tersebut, saya turut bertanyakan keadaan kesihatan isteri beliau yang kini menerima rawatan di hospital dan mendoakan agar dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera, insya-Allah.
Kami kemudiannya menyentuh hasrat Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb untuk kembali mengunjungi Malaysia, selain beberapa ikhtiar baharu khususnya dalam memperkukuh hubungan Malaysia dengan al-Azhar serta menyuburkan gagasan Islam yang sederhana, bebas dan berwibawa.
Saya amat menghargai persahabatan, dukungan dan kepercayaan yang dizahirkan Mohamed Abdelsalam serta Sheikh al-Azhar al-Sharif.
Saya juga tersentuh dengan penghargaan yang diberikan buat Azizah sebagai sosok wanita teladan atas keteguhan, kesetiaan dan pengorbanannya sepanjang mendampingi perjuangan saya.
Insya-Allah, segala ikhtiar dan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kemaslahatan umat dan kesejahteraan sejagat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋: 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐁𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐀𝐖
Nabi Muhammad SAW menerima amanah kerasulan pada usia 40 tahun, menandakan bermulanya misi agung Baginda dalam menyampaikan risalah Islam serta membimbing umat manusia menuju jalan yang diredai Allah SWT.
Peristiwa bersejarah ini bermula di Gua Hira’ apabila Baginda menerima wahyu pertama melalui Malaikat Jibril AS, iaitu Surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5. Wahyu tersebut menjadi titik awal perjalanan kenabian dan kerasulan Baginda yang membawa perubahan besar kepada peradaban manusia.
Menghayati Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan meneladani akhlak, sifat amanah, kesabaran, kasih sayang dan keteguhan Baginda dalam melaksanakan amanah.
Daripada sejarah kenabian kepada teladan kehidupan marilah kita terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan menterjemahkan sunnah Baginda dalam membina masyarakat yang berakhlak, berintegriti dan saling menghormati.
#jabatanperdanamenteri
#triviamaulidurrasul
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berangkat ke Bandar Seri Begawan ditemani Azizah dan delegasi Malaysia bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27).
Mohon doa teman-teman agar segala urusan dipermudah, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Seri Begawan.
Ketiban saya serta delegasi Malaysia disambut DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan isteri, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
Semoga Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok akan terus memperkukuh hubungan persaudaraan kedua-dua negara.
======
Arrived in Bandar Seri Begawan for the 27th Annual Leaders’ Consultation between Malaysia and Brunei Darussalam (ALC-27).
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#diplomasimadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I unreservedly denounce the Israeli regime’s decision to issue construction tenders for the E1 settlement project. This tract of land east of Jerusalem has long been critical to the viability of a Palestinian state. Building on it would divide the West Bank and gravely undermine the prospect of a contiguous Palestinian homeland.
Israeli settlements in the occupied West Bank are illegal under international law, yet Israel continues to act with utter impunity. Coming amid unprecedented settler violence against Palestinian civilians in the West Bank and the ongoing genocide in Gaza, this decision shows that the Israeli regime has abandoned even the pretence of seeking peace or respecting the will of the international community.
Malaysia stands staunchly with the Palestinian people and their inalienable right to a sovereign, viable, contiguous and independent Palestinian state. Malaysia will take careful note of any international company that chooses to participate in these tenders and will act accordingly.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semasa Sesi Ramah Mesra bersama Pengurus-Pengurus FELDA, saya tegaskan bahawa setiap kelemahan dan permasalahan yang berlaku sebelum ini mesti dijadikan iktibar dan tidak boleh dibiarkan berulang.
Kita tidak boleh terus terperangkap dalam polemik masa lalu. Apa yang lebih penting ialah memastikan setiap penemuan dan kelemahan dikenal pasti, diperbaiki dan disusuli dengan tindakan yang tegas bagi memperkukuh tadbir urus serta pengurusan FELDA.
Kesilapan lalu mesti menjadi pengajaran, bukan warisan. Pengurusan hari ini mesti lebih cekap, berintegriti dan bertanggungjawab, dengan tumpuan yang jelas kepada kepentingan peneroka dan masa depan FELDA.
Kerajaan MADANI komited memastikan FELDA terus diperkukuh, ditadbir dengan baik dan diurus secara amanah, cekap serta berakauntabiliti, supaya institusi ini terus kukuh dan manfaatnya benar-benar kembali kepada peneroka serta generasi akan datang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
@StatsMalaysia
Perdagangan Malaysia mengukuh 37.3% kepada RM364.7 bilion pada Julai 2026, disokong oleh peningkatan eksport dan import.
#statsmalaysia
#statistiknadikehidupan
#statistiksegalanyapasti
#be2026
#banciekonomi2026
#economiccensus2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ke ibu negara pagi tadi untuk bersama ribuan peniaga kecil, usahawan dan anak muda di TikTok Shop Summit Malaysia 2026. Saya zahirkan dukungan Kerajaan MADANI terhadap segala ikhtiar memperluas penyertaan rakyat dalam ekonomi digital yang telah membuka ruang baharu untuk menjana pendapatan, mengembangkan perniagaan dan mengubah kehidupan.
Saya berbangga melihat kejayaan para usahawan dan pencipta kandungan, terutama anak-anak muda yang berani meneroka peluang baharu melalui kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI). Potensi mereka amat besar sekiranya diberikan ruang, kemahiran, latihan dan dukungan yang diperlukan.
Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin dengan memudahkan urusan serta memastikan kemudahan dan bantuan yang tersedia benar-benar sampai kepada anak muda, peniaga kecil dan usahawan baharu yang berdepan kekangan modal, pengalaman serta akses.
Dalam sesi soal jawab, saya mendengar sendiri keperluan dan cabaran yang mereka hadapi, termasuk soal pembiayaan serta persaingan daripada platform dan produk luar negara yang menjejaskan daya saing peniaga dan pengeluar tempatan.
Segala kebimbangan ini akan diteliti dan cadangan yang munasabah akan dipertimbangkan, termasuk menerusi Belanjawan 2027. Pada masa sama, peraturan e-dagang akan diperkukuh bagi melindungi pengguna, menjamin persaingan yang adil dan menjaga kepentingan peniaga tempatan.
Saya turut umumkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia. Insya-Allah, inisiatif ini akan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah, di samping membuka peluang kepada peniaga kecil untuk memasarkan produk pada kos yang lebih rendah dan meningkatkan pendapatan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan bertemu anak-anak muda khususnya pelajar Malaysia daripada pelbagai latar pendidikan luar negara dalam Sesi Temu Anwar dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026.
Nama HAMKA mengingatkan saya kepada sosok ulama yakni sasterawan, Abdul Malik Karim Amrullah, terkenal sebagai pemikir, singa podium dan pahlawan pena. Karya serta pemikirannya meninggalkan kesan besar kepada generasi muda dan mengajar kita tentang pentingnya ilmu, keberanian menyatakan pandangan dan keterbukaan dalam mencambah idea.
Hari ini, anak muda berdepan dunia yang semakin kompleks dimana perbezaan pandangan dan pertembungan idea adalah lumrah, namun ia perlu dipandu oleh ilmu, hujah dan adab, bukan sentimen, kebencian atau kepentingan kelompok.
Saya mendengar pandangan dan nasihat anak-anak dalam pelbagai perkara dan insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu anak-anak muda dari pelbagai isu.
Firman Allah SWT:
فَبِمَا رَحْمَةٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ ١٥٩
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Surah Al-Imran : 159
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya juga sempat luang waktu beramah mesra dengan para atlet serta menonton aksi Muay Thai sempena SUKMA Selangor 2026.
Kagum melihat semangat, disiplin dan keberanian yang dipamerkan anak-anak muda ini.
Semoga suatu hari nanti mereka berpeluang mewakili Malaysia dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#sukma2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀
PUTRAJAYA, 20 Ogos 2026 – Langit Putrajaya kembali meriah dengan aksi memukau Pasukan Aerobatik Krisakti menerusi pertunjukan “Melukis Senja” bersempena Merdeka Sunset Air Show, menjelang sambutan penuh semangat Hari Kebangsaan 2026.
Berlangsung di sekitar Monumen Alaf Baru, pertunjukan udara ini menampilkan formasi dan aksi aerobatik yang dinamik, meninggalkan lakaran indah di dada langit ketika mentari senja berlabuh.
Lebih daripada sekadar pertunjukan udara, setiap gerakan yang terukir di langit menjadi simbol semangat, keberanian dan kecintaan kepada tanah air, menyemarakkan rasa bangga sebagai anak Malaysia serta menghidupkan semangat Malaysia MADANI.
Langit kita saksi, semangat kita terus membara.
Demi Malaysia tercinta, kita raikan Merdeka bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah wa syukrulillah.
Di celah kesibukan jadual harian, saya berkesempatan singgah ke Nasyrul Quran untuk menziarahi tiga tokoh ulama’ besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.
Mereka ialah:
• Tokoh Ulama Hadis Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mustafa al-Nadwi Al-Hasani;
• Syeikh Qurra’ Dunia, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqri’ Syeikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawy; dan
• Grand Custodian bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Fadhil Al-Syeikh Maulana Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.
Kesempatan ini saya gunakan untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di tanah air.
Semoga kunjungan para ulama’ ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama, serta memperkukuh usaha kita membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian, insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 hari ini yang menghimpunkan hampir 400 wakil daripada pelbagai lapangan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan MADANI Kelima.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, termasuk wakil agensi Kerajaan, sektor swasta dan industri, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan antarabangsa.
Kalian membawa suara, keresahan dan harapan pelbagai lapisan masyarakat. Cadangan dan teguran yang dikemukakan akan membantu kita dalam membentuk Belanjawan MADANI yang benar-benar menjawab persoalan rakyat.
Reformasi ekonomi mesti diteruskan, teknologi dan pelaburan baharu mesti dipacu supaya negara tidak ketinggalan. Namun angka pertumbuhan dan pencapaian makro tidak harus menjadikan kita alpa terhadap kesenjangan, kemiskinan serta tekanan kos sara hidup yang masih menghimpit sebahagian rakyat.
Justeru, tatkala kita menggapai di langit, kita mesti kekal mengakar di bumi dan mendengar denyut nadi rakyat di akar umbi. Setiap pandangan akan diperhalusi sebelum Belanjawan 2027 dimuktamadkan, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini.
Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi.
Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tersentuh dengan kisah saudari M. Kavita yang lebih 12 tahun meredah panas dan hujan sebagai pekerja pembersihan demi membesarkan lima anak.
Alhamdulillah, segala penat lelah dan pengorbanannya terbalas apabila kelima-lima anaknya berjaya dalam bidang masing-masing. Pengorbanan beliau turut dihargai menerusi Anugerah Khas dalam Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan SWCorp.
Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya. Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua.
#malaysiamadani
#yakinmadani
Kredit: Astro Ulagam -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Hospital Bukit Mertajam atas pengiktirafan dunia sebagai Green Hospital, sekali gus menjadi satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.
Inilah kejayaan yang membanggakan negara, apabila kecemerlangan perkhidmatan kesihatan berjalan seiring dengan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Syabas dan tahniah!!
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟗𝟗 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐀𝐏𝐌 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍
KAJANG, 18 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Majlis Apresiasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat APM, hari ini.
Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga APM atas dedikasi, komitmen serta prestasi cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab perkhidmatan.
Seramai 99 orang pegawai APM dari seluruh negara menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025, sebagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun berkenaan.
Pengiktirafan ini diharap terus menyemarakkan semangat warga APM untuk mengekalkan kecemerlangan, memperkukuh profesionalisme dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta dedikasi, khususnya dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan awam, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Tahniah dan syabas kepada seluruh penerima APC. Semoga kecemerlangan yang dicapai menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟔𝟗 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐔𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 – Pertandingan Lumba Merdeka 69 berlangsung meriah sebagai salah satu pengisian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟔𝟗 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐔𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 – Pertandingan Lumba Merdeka 69 berlangsung meriah sebagai salah satu pengisian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
Penganjuran ini bukan sekadar menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan, membina semangat setiakawan serta mempererat kerjasama dalam kalangan peserta.
Pelbagai aktiviti eksplorasi dan cabaran yang disediakan turut menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, di samping menuntut kebijaksanaan menyusun strategi, semangat berpasukan serta keupayaan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.
Lumba Merdeka 69 sekali gus memberikan pengalaman yang interaktif dan mencabar, sambil menyemai nilai patriotisme, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan peserta.
Semangat Merdeka disemai, perpaduan diperkukuh, Malaysia MADANI terus dirancakkan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐂𝐆𝐒𝐎 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 17 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), YBrs. Encik Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana.
Kunjungan hormat ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan kerja dan kerjasama strategik antara CGSO dan JPM, di samping mempererat jaringan pengurusan serta pertukaran pandangan berkaitan isu dan perkara berkepentingan bersama.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh sinergi, penyelarasan serta kerjasama antara agensi demi mendukung penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dan berintegriti.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐑𝐀𝐉𝐈𝐔𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑, 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝐗𝐕𝐈𝐈𝐈
PUTRAJAYA, 17 Ogos 2026 – Sesi Lapor Diri YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Ke-XVIII bertempat di Perkarangan Lobi Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐂𝐎𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀: 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Cogan Agama ialah salah satu Alat Kebesaran Diraja Malaysia yang menjadi simbol kemuliaan Institusi Raja Berperlembagaan serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Diperbuat daripada perak dan berukuran 155.04 sentimeter, Cogan Agama berbentuk tongkat bulat berhulu besar. Pada bahagian hulu tertera anak bulan dan bintang pecah lima daripada emas, manakala batang dan hulunya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
Lebih daripada sebuah warisan seni, Cogan Agama mencerminkan keagungan institusi diraja, keluhuran agama serta kedaulatan negara yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
Menghayati Alat Kebesaran Diraja bererti menelusuri sejarah, menghargai warisan dan menyemai rasa cinta serta bangga terhadap negara.
#siritriviaharikebangsaan2026
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazri -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀
KUANTAN, 16 Ogos 2026 – TERAJU Aspirasi Outreach Pahang 2026 menghimpunkan pemain industri, usahawan dan rakan strategik bagi memperluas akses kepada maklumat, panduan serta peluang untuk mengembangkan dan menskalakan perniagaan Bumiputera.
Menerusi inisiatif yang diperkenalkan, TERAJU memberi fokus kepada penskalaan perniagaan, pengukuhan daya tahan serta peluasan akses ke pasaran bagi menyokong pertumbuhan syarikat Bumiputera yang lebih berdaya saing, mampan dan bersedia menembusi pasaran global.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍
KUANTAN, 16 Ogos 2026 – Program Teraju Aspirasi Outreach Pahang 2026 memperluas akses usahawan kepada ekosistem sokongan Kerajaan merangkumi pembiayaan, khidmat nasihat, bantuan teknikal dan pembangunan kemahiran bagi memperkukuh kapasiti serta daya saing perniagaan.
Platform ini turut membuka ruang kepada usahawan untuk meneroka peluang dan kemudahan yang disediakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), di samping memperkasa keupayaan mereka mengembangkan perniagaan secara lebih tersusun, berdaya tahan dan mampan.
Dalam mendepani landskap ekonomi yang pantas berubah, usahawan turut digalakkan memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemangkin pemasaran, inovasi dan peluasan pasaran.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan sokongan pembangunan usahawan terus sampai kepada kumpulan sasaran, sekali gus memperkukuh ekosistem keusahawanan yang inklusif, berdaya saing dan berorientasikan pertumbuhan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐑𝐊𝐈𝐍
JOHOR BAHRU, 16 Ogos 2026 – Saksikan video sorotan Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat Bersama Komuniti Larkin yang berlangsung di Dewan Kampung Melayu Majidee.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk mendekati rakyat, mendengar aspirasi serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
JOHOR BAHRU, 16 Ogos 2026 – Program MADANI Kita (PMK) 2026 Memaknai Harapan Rakyat Bersama Komuniti Larkin yang berlangsung di Dewan Kampung Melayu Majidee menjadi wadah interaksi dan keterlibatan masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian serta aktiviti yang disediakan.
Rangkuman lensa merakam kemeriahan program, interaksi bersama komuniti dan penyertaan masyarakat, sekali gus mencerminkan pendekatan kerajaan yang terus mendekati, mendengar dan menyantuni rakyat secara langsung.
PMK 2026 terus memperkukuh hubungan kerajaan dan rakyat, di samping membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat serta merasai manfaat pelbagai inisiatif kerajaan secara lebih dekat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐎𝐕: 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐑𝐊𝐈𝐍, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔!
Larkin bergema dengan kemeriahan Program MADANI Kita yang menghimpunkan pelbagai aktiviti, pengisian dan interaksi bersama masyarakat.
Bukan sekadar memeriahkan suasana, program ini menjadi wadah untuk rakyat mendapatkan maklumat, menyertai pelbagai aktiviti serta mengenali inisiatif Kerajaan MADANI dengan lebih dekat, mudah dan santai.
Inilah MADANI Kita mendekati rakyat, menyantuni masyarakat dan memastikan manfaat inisiatif Kerajaan terus dirasai.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Formula 1
@F1
Join us for our return to Sepang for the Bahrain Grand Prix! 🇧🇭🇲🇾
Tickets on sale now 👉 f1.com/Bahrain-Malaysia-Tickets
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 15 Ogos 2026 – Persiapan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 kini giat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran acara dan keselesaan para peserta serta pengunjung.
Antara persiapan yang sedang dijalankan termasuk kerja-kerja pemangkasan dahan pokok di sekitar lokasi sambutan serta pemasangan perancah bagi persediaan peserta persembahan teres grafik manusia.
Setiap persiapan dilaksanakan dengan teliti sebagai sebahagian daripada usaha memastikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh semangat patriotisme.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Beberapa minggu lalu, saya maklumkan bahawa Kerajaan sedang pertimbang penjualan Tiket MADANI sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 Oktober ini.
Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, Kerajaan sukacita mengumumkan Tiket MADANI khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara.
Moga inisiatif ini membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman Formula 1 secara langsung di Sepang.
Butiran lanjut akan diumumkan oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat, insya-Allah.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Bahrain Int. Circuit
@BAH_Int_Circuit
The spirit of Bahrain is coming to Malaysia!
Tickets are on sale now for the #f1 Gulf Air #bahraingp in Malaysia, so don’t miss out on your chance to be there for an historic weekend of racing and entertainment!
Book at www.bahraingp.com -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Bank Negara Malaysia
@BNM_official
The performance of the Malaysian economy in the second quarter of 2026 was released today.
For highlights and more, read our report at bnm.gov.my/gdp2q26en
#gdp #2q2026bnmquarterlybulletin -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐂𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔
Jerebu bukan sekadar menjejaskan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya sistem pernafasan.
Sehubungan itu, orang ramai disaran mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka yang sesuai, memastikan pengudaraan dan udara dalam rumah kekal bersih serta mengamalkan kebersihan diri selepas berada di luar.
Pada masa yang sama, sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing dan ikuti nasihat serta arahan pihak berkuasa.
Kesedaran dan tindakan awal penting dalam melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, tatkala ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat, angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dicatat melonjak sebanyak 6% pada suku kedua 2026.
Kadar pertumbuhan ini mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.
Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat. Selain bantuan seperti BUDI MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan MADANI di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi.
Saya menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan bukan sahaja momentum pertumbuhan ini kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀, 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐈𝐊 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
SIK, 13 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan Mahkamah Baharu di Sik, Kedah yang kini berstatus lewat jadual.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada pemantauan kemajuan projek, penelitian isu pelaksanaan serta penyelarasan tindakan penyelesaian bagi memastikan projek dapat dipacu kembali mengikut perancangan.
Pendekatan pemantauan secara langsung dan tindakan susulan yang berfokus mencerminkan komitmen JPM untuk memastikan setiap projek pembangunan kerajaan dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan berimpak, khususnya dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kehakiman kepada masyarakat di daerah Sik.
JPM terus memperkasa penyelarasan dan pemantauan berterusan bagi memastikan setiap pelaburan pembangunan kerajaan memberikan nilai terbaik kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆: 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀, 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐈𝐖𝐀
Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air.
Ramai yang tidak menyedari kesalahan penggunaan bendera serta cara penggantungan yang tidak mengikut tatacara rasmi boleh mencerminkan kurangnya penghormatan terhadap simbol tertinggi negara.
Pastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dengan kedudukan yang betul, bersih, tidak lusuh atau rosak serta digantung mengikut tatacara yang ditetapkan. Setiap perincian mencerminkan sejauh mana kita menghargai lambang kedaulatan negara.
Kerana di sebalik Jalur Gemilang tersimpan sejarah perjuangan, pengorbanan dan semangat sebuah bangsa yang membina Malaysia. Kibarkan dengan bangga. Hormati dengan penuh maruah. Hayati makna di sebalik setiap jalur dan warna.
Jalur Gemilang, lambang kita bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐒𝐎𝐅𝐈𝐀𝐇
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
14 Ogos 2026 (1 Rabiulawal 1448H)
Sembah takzim daripada seluruh warga
Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Lensa merakam suasana sekitar Putrajaya yang diselubungi jerebu, dengan orang ramai termasuk pelancong mengambil langkah berjaga-jaga ketika menjalankan aktiviti di sekitar pusat pentadbiran Kerajaan.
Dalam suasana yang sedikit berbeza, Jalur Gemilang tetap berkibar dan menghiasi ruang-ruang awam di sekitar Putrajaya, menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Walaupun langit tidak secerah kebiasaannya, semangat Bulan Kebangsaan terus menyinar. Setiap kibaran Jalur Gemilang membawa makna yang lebih besar lambang perpaduan, kecintaan kepada negara dan tekad untuk terus bersama membina Malaysia yang harmoni, berdaulat dan sejahtera.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐀𝐆𝐔 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔
Tahukah anda? Negaraku bukan sekadar lagu kebangsaan, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan dan jati diri sebuah negara merdeka.
Melodinya berakar daripada lagu “Terang Bulan”, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak, sebelum dipilih sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Negaraku kemudiannya diperdengarkan buat pertama kali kepada rakyat pada 31 Ogos 1957, mengiringi detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan negara.
Seni katanya digubah oleh Saiful Bahri, yang mengangkat melodi tersebut sebagai karya penuh makna dan semangat patriotisme.
Hari ini, setiap kali Negaraku berkumandang, kita bukan sekadar berdiri menghormati sebuah lagu. Kita berdiri mengenang perjuangan, menghayati kemerdekaan dan memperteguh tekad untuk terus mempertahankan maruah serta kedaulatan Malaysia.
Kerana dalam setiap alunan Negaraku, tersemat kisah sebuah bangsa yang memilih untuk bersatu, berdiri teguh dan melangkah sebagai sebuah negara berdaulat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#lagunegaraku
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Zhu Rongji, former Premier of the People’s Republic of China, has passed away at the age of 97. China has lost one of the great architects of its economic transformation, and I have lost a good friend. It was Zhu’s reforms that helped accelerate China’s extraordinary rise as an economic superpower.
In the 1990s, Zhu and I worked together to deepen economic and financial ties between Malaysia and China. Much of what we built in that era still underpins our relationship today. Yet my own memories of him go well beyond affairs of state. It was Zhu who arranged for me to visit Confucius’s home village, not to mention the majestic Tai Shan, and the historic sites associated with Admiral Zheng He. On another occasion, during a visit to my home library, he surprised me with several Chinese classics he had personally selected. I still have them to this day.
Zhu was a formidable statesman, but I will remember him above all as a man of great character, driven by a fierce sense of duty to his nation. My deepest condolences go to his wife, his children and to the people of China.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AP -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐒𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos 2026 - I-LEAD Park INSARA menjadi platform memperkukuh kompetensi dan kepimpinan warga perkhidmatan awam menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman, pembinaan pasukan dan interaksi melalui Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara dengan Warga Perkhidmatan Awam Zon Sarawak.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐀𝐘𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄
PUTRAJAYA, 12 Ogos 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 menerusi Sesi Flag Off Kembara Merdeka 2026 yang berlangsung di Perkarangan Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana JPM, hari ini.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, back home. 🤲
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐀𝐘𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄
PUTRAJAYA, 12 Ogos 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 menerusi Sesi Flag Off Kayuhan Merdeka 2026 yang berlangsung di Perkarangan Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana JPM, hari ini.
Sesi pelepasan kayuhan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM, bersama warga Pentadbiran Am JPM yang menyertai aktiviti berkenaan.
Kayuhan Merdeka 2026 menjadi wadah memperkukuh semangat patriotisme, kebersamaan dan kecergasan warga JPM, selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat serta menyemarakkan penghayatan Bulan Kebangsaan.
Lebih daripada sekadar aktiviti berbasikal, kayuhan ini mencerminkan semangat warga JPM untuk terus bersatu, cergas dan bersama-sama menghayati makna kemerdekaan, di samping menyuburkan rasa cinta, bangga dan setia kepada tanah air.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐈-𝐋𝐄𝐀𝐃 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍, 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos 2026 – I-LEAD Park INSARA dirasmikan hari ini sebagai platform pembangunan kompetensi yang mengintegrasikan pembelajaran berasaskan pengalaman, pembangunan kepimpinan, pembinaan pasukan serta pengukuhan daya tahan warga perkhidmatan awam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, yang turut menyaksikan demonstrasi aktiviti turun cenuram (abseiling) dan meninjau kemudahan latihan yang disediakan.
Dengan 13 elemen latihan, I-LEAD Park INSARA direka untuk mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta, di samping memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah serta pembuatan keputusan kompetensi penting dalam membentuk penjawat awam yang tangkas, berdaya tahan dan berorientasikan hasil.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang menekankan pembentukan perkhidmatan awam berprestasi tinggi, berintegriti, responsif dan berkeupayaan menghadapi perubahan serta tuntutan semasa.
Dalam lawatan yang sama, YBhg. Ketua Setiausaha Negara turut bersama warga perkhidmatan awam Zon Sarawak menerusi Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara di Dewan Seminar, INSARA. Sesi tersebut menjadi wadah perkongsian, ramah mesra dan interaksi dua hala, diserikan dengan persembahan khas dan tayangan video inspirasi.
Sesi turut menyaksikan simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Jabatan Persekutuan di Sarawak sebagai wadah menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menyatukan warga perkhidmatan awam dalam menghayati Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Membina insan. Memperkasa kepimpinan. Mentransformasi perkhidmatan awam.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#arpa
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.
Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Insya-Allah, saya akan menghadap Kebawah Duli Tuanku pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
🇲🇾🤝🇧🇳
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀
Tahukah anda? Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pemilihannya sebagai bunga kebangsaan dibuat setelah beberapa jenis bunga dipertimbangkan. Bunga Raya dipilih kerana mudah dikenali, menarik dari segi warna dan bentuk, mudah didapati di seluruh negara serta mempunyai nama yang dikenali secara meluas di Malaysia.
Lebih istimewa, lima kelopak Bunga Raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara mencerminkan nilai asas yang menyatukan rakyat dan memperkukuh keharmonian negara.
Bukan sekadar bunga, Bunga Raya ialah lambang identiti, perpaduan dan semangat kebangsaan Malaysia.
Ayuh kita kenali, hargai dan hayati simbol-simbol yang membentuk jati diri negara.
#siritriviaharikebangsaan2026
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#bungaraya
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐌𝐏𝐎𝐒𝐈𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), menghadiri Majlis Perasmian Simposium Perjawatan Sektor Awam 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bertemakan “Meneroka Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam”, simposium ini menjadi platform strategik untuk menilai semula keperluan perjawatan dan kesiapsiagaan tenaga kerja sektor awam dalam mendepani perubahan landskap pekerjaan yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), perubahan demografi, ekonomi hijau, ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan ekspektasi rakyat.
Perbincangan memberi penekanan kepada keperluan merancang perjawatan secara lebih proaktif, prediktif dan berasaskan kemahiran, di samping memperkukuh kompetensi serta keupayaan warga perkhidmatan awam agar kekal relevan, adaptif dan berdaya saing.
Pendekatan ini penting bagi memastikan struktur perjawatan dan bakat sektor awam bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah bersedia menjawab cabaran serta tuntutan perkhidmatan masa hadapan.
Kehadiran YBhg. Datuk TKSUK pada majlis ini mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan JPM terhadap agenda transformasi pengurusan sumber manusia dan perjawatan sektor awam, selaras dengan aspirasi membangunkan perkhidmatan awam yang tangkas, berkeupayaan tinggi dan berpaksikan penyampaian perkhidmatan berimpak kepada rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?
Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.
Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima? -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I was saddened to learn of the devastating earthquake that struck western Colombia yesterday, the most powerful to strike the country in decades. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our condolences to the families of those who have lost their lives, and our sympathies to all those affected.
Malaysia stands in solidarity with the people of Colombia at this difficult time. We pay tribute to the rescue workers and volunteers who continue to search for survivors amid continuing aftershocks, and pray for the swift recovery of the injured and the safe location of those still missing. We join the international community in wishing the Colombian people strength and resilience in the days ahead.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya.
Dirgahayu Tuanku! -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐓𝐔𝐆𝐔 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Tahukah anda? Tugu Negara bukan sekadar sebuah monumen, tetapi simbol pengorbanan dan keberanian para perwira yang mempertahankan keamanan serta kedaulatan tanah air.
Dibina sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur, Tugu Negara menjadi peringatan bahawa keamanan dan kemerdekaan yang dinikmati hari ini lahir daripada pengorbanan yang amat besar.
Lebih daripada mengenang sejarah, Tugu Negara mengingatkan kita tentang amanah untuk generasi hari ini memelihara perpaduan, menjunjung kedaulatan dan mempertahankan keamanan demi masa depan Malaysia.
Semoga semangat patriotisme dan keberanian para perwira negara terus hidup dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.
Jasa dikenang. Pengorbanan diwarisi. Kedaulatan dipertahankan.
Al-Fatihah buat para perajurit yang telah gugur demi tanah air.
Demi Malaysia, demi generasi masa hadapan.
#siritriviaharikebangsaan2026
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#malaysiamadani
#tugunegara
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥𝗢𝗦𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 (𝗣𝗔𝗥𝗔-𝗨𝗠𝗕𝗜𝗟𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔)
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.
Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜𝗔𝗛
Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI
YAB PERDANA MENTERI HARGAI DOA DAN INGATAN, IKUTI BAHAS SIDANG KHAS RCI TABUNG HAJI
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.
Alhamdulillah, keadaan kesihatan YAB Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.
Pada masa sama, YAB Perdana Menteri turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar. Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini
terus dipelihara.
TUNKU NASHRUL ABAIDAH
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
11 Ogos 2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Meninjau dan melihat aliran pengalaman penonton dan kawasan sekeliling Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia pada 2-4 Oktober 2026 🏁🇲🇾
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Tahukah anda? Jata Negara ialah lambang rasmi negara yang mencerminkan kedaulatan, perpaduan, kemakmuran dan identiti Malaysia. Setiap elemen yang terkandung padanya membawa makna yang mendalam, menggambarkan sejarah, sistem pemerintahan serta aspirasi negara dalam memelihara keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
Jata Negara telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952. Reka bentuk yang digunakan pada hari ini pula berkuat kuasa menerusi Warta Kerajaan P.U. (B) 563: Statut-statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990.
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, marilah kita menghayati makna di sebalik Jata Negara serta menghormati setiap lambang kebesaran negara sebagai manifestasi jati diri, perpaduan dan semangat patriotisme. Menghargai simbol negara merupakan sebahagian daripada tanggungjawab setiap warganegara dalam memperkukuh semangat cintakan tanah air dan mengangkat martabat Malaysia di persada dunia.
Kenali Lambang Negara. Hayati Erti Kemerdekaan.
#siritriviaharikebangsaan2026
#jabatanperdanamenteri
#harikebangsaan2026
#malaysiamadani
#jalurgemilang
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍, 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 – Semangat patriotisme warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus disemarakkan menerusi Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bersama Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 di Kompleks Setia Perdana, hari ini.
#sambutanharikebangsaan
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#jalurgemilang
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍, 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 – Semangat patriotisme warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus disemarakkan menerusi Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bersama Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 di Kompleks Setia Perdana, hari ini.
Majlis yang disempurnakan bersama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, turut disertai barisan pengurusan kanan dan warga JPM dalam semangat kebersamaan, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.
Pengisian majlis merangkumi persembahan pembukaan, penyerahan Kit Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Jalur Gemilang bukan sekadar dikibarkan, tetapi dihayati sebagai lambang kedaulatan, perpaduan dan identiti Malaysia.
Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan patriotisme. Teguhkan perpaduan.
#sambutanharikebangsaan
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#jalurgemilang
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.
Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.
𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@anwaribrahim
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan YAB Dato’ Seri dengan usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin negara. Semoga segala urusan dipermudah dan Malaysia terus maju di bawah aspirasi Malaysia MADANI.
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri turut mendoakan agar YAB Dato’ Seri terus dikurniakan kecekalan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT dalam meneruskan usaha membangunkan negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@anwaribrahim
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya dan Azizah diberi kesempatan untuk menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Alhamdulillah, keadaan kesihatan beliau semakin baik, namun masih memerlukan rehat yang secukupnya atas nasihat pasukan perubatan.
Atas dasar persahabatan, kami turut menziarahi bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga sedang menerima rawatan di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut.
Saya dan Azizah mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta terus dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara, insya-Allah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemajuan yang sebenar tidak boleh dicapai dengan mengorbankan bukit-bukau, pantai, hutan dan khazanah alam secara sewenang-wenangnya.
Pembangunan yang merosakkan alam sekitar bukanlah pembangunan yang manusiawi. Sebaliknya Malaysia mesti terus maju dengan berpaksikan keseimbangan antara pembangunan, pemeliharaan alam dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang.
Sewaktu program Hari Landskap Negara 2026 malam ini, saya tinggalkan pesanan tersebut bahawa pembangunan negara tidak boleh hanya diukur melalui kemajuan fizikal semata-mata, tetapi juga pada sejauh mana kita memelihara nilai kemanusiaan dalam membangunkan persekitaran.
Dalam kerangka Islam, manusia itu menggalas amanah untuk memakmurkan bumi, menegakkan negara serta membina masyarakat yang sejahtera. Justeru, landskap dan persekitaran bukan sekadar elemen hiasan, tetapi sebahagian daripada asas pembentukan kota dan negeri yang lestari, indah serta berdaya huni.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menjunjung kasih atas perkenan menerima patik menghadap bagi menyembah maklum berhubung beberapa perkembangan penting yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Titah Baginda Tuanku agar siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji dilaksanakan secara menyeluruh adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi.
Tabung Haji menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat, termasuk petani, penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji. Amanah sebesar ini tidak seharusnya dikhianati. Justeru, sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang.
Baginda Tuanku turut menyentuh perkembangan berkaitan FELDA, dan saya telah menyembah maklum mengenai kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi Kerajaan agar segala penemuan diteliti secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil menurut lunas undang-undang.
Kerajaan MADANI terus berpegang teguh kepada prinsip tatakelola baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban, dengan memastikan keadilan ditegakkan serta setiap pengkhianatan terhadap amanah rakyat dikenakan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat.
Kerajaan MADANI juga akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara melalui penguatkuasaan yang berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara agensi bagi membendung jenayah rentas sempadan, sekali gus memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan akan sentiasa menjunjung titah Baginda Tuanku demi memperkukuh tadbir urus, penguatkuasaan dan keselamatan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah AKPS atas tindakan pantas menyita sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tindakan ini membuktikan ketegasan Malaysia untuk memastikan negara kita tidak sekali-kali menjadi laluan kepada dagangan yang boleh menyokong atau menyumbang kepada kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Kumpulan The Hague serta larangan yang telah berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel dan kapal yang membawa muatan ke Israel daripada menggunakan pelabuhan negara.
Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan undang-undang antarabangsa dalam mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐏𝐏𝐀 𝐗𝐗𝐈 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟏𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 8 Ogos 2026 – Lebih 13,000 peserta dan pengunjung memeriahkan Dataran Putrajaya sempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026 Putrajaya, mencerminkan sambutan positif terhadap inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh kesejahteraan warga kerja.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsuliskandarThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝑱𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑶𝑵 𝑵𝑰𝑮𝑯𝑻 𝑹𝑰𝑫𝑬
PUTRAJAYA, 7 Ogos 2026 - JPM Neon Night Ride bermula di Kompleks Setia Perdana ke sekitar Putrajaya.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@ShamsCharaniaThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin, bekas Ketua Hakim Negara, yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.
Allahyarham telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara, khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya. Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat di Masjid Ar-Rasyidin Alor Gajah, Melaka.
Khutbah Jumaat yang disampaikan mengajak kita menghayati kehadiran Rabiulawal dengan menelusuri sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyuburkan rasa mahabbah terhadap Baginda dalam setiap sisi kehidupan.
Sebelum itu, saya turut singgah menikmati makan tengah hari di Restoran Sultan Salai, Simpang Ampat sambil beramah mesra dengan masyarakat setempat. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan membawa keberkatan buat kita semua, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam lawatan ke Melaka ini, saya meninjau projek penambahbaikan lapang sasar serta tapak projek pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, yang dijangka siap mengikut perancangan.
Hospital ini kelak akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan di samping memastikan akses kepada rawatan yang lebih cepat, selesa serta berkualiti. Penambahbaikan lapang sasar pula akan menyediakan kemudahan latihan yang lebih moden, selamat dan kondusif bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan anggota.
Saya kemudian beramah mesra dan menyantuni warga Kem Terendak dalam Program Semarak Kenegaraan, sambil mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan sahaja terletak pada keupayaan pertahanannya, tetapi juga pada semangat patriotisme, perpaduan dan iltizam untuk terus berbakti kepada tanah air.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027, dengan memberi tumpuan kepada pemodenan aset dan prasarana, peningkatan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta kebajikan anggota yang menjadi benteng utama kedaulatan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, berkesempatan mendengar pesanan ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah sebelum program di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka bermula petang ini.
Pesanan beliau antara lain mengingatkan kita bahawa perpecahan, kebencian dan fahaman melampau hanya membawa kepada kehancuran. Sebaliknya, Islam mengajar kita menjadi rahmatan lil ’alamin dengan menyemai kasih sayang, saling menghormati dan mengutamakan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Semoga kita terus memperkukuh ukhuwah, menghindari perpecahan serta bersama membina Malaysia yang aman, makmur dan diberkati. Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemegahan Malaysia bukan hanya diukur pada pencapaian pembangunan, tetapi pada kekuatan rakyatnya yang hidup bersatu dalam kepelbagaian.
Lebih membanggakan, kebersamaan merentas agama, bangsa, kaum dan latar belakang menjadi tiang seri yang mengukuhkan keamanan serta kemakmuran negara.
Kita mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India serta pelbagai etnik lain, di samping institusi pendidikan termasuk sekolah agama dan Maahad Tahfiz yang berkembang dalam semangat saling menghormati. Keadaan ini tidak datang dengan sendiri, tetapi lahir daripada kesediaan kita untuk menerima kepelbagaian sebagai kekuatan.
Justeru, sewaktu Program Karnival Gelombang MADANI, saya ingatkan hadirin
supaya terus menolak kebencian, prasangka dan perpecahan. Peliharalah keamanan yang kita kecapi hari ini agar Malaysia terus kekal sebagai tanah air yang aman, makmur dan diberkati untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dukacita menerima berita pemergian tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam satu tragedi dipercayai terkena renjatan elektrik di Beaufort, Sabah hari ini.
Saya telah meminta agar siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca kejadian tragis ini. Langkah penambahbaikan perlu diambil supaya tragedi seperti ini tidak berulang.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta warga PDRM. Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐄𝐗𝐂𝐎 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 - Sesi Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Ahli EXCO Majlis TVET Negara sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan TVET yang lebih bersepadu, responsif dan berimpak.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche, bagi meneliti pengalaman dan amalan terbaik Singapura dalam memastikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang dianjurkan dengan cemerlang Oktober depan.
Penganjuran bertaraf dunia ini diyakini mampu membawa limpahan ekonomi yang besar menerusi peningkatan pelancongan, peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan serta mengukuhkan keyakinan pelabur, sekali gus menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Insya-Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah pelanjut perjuangan mahasiswa dan dakwah yang punya jati diri harakah Islamiah. Pada usia 55 tahun ianya bukan sekadar hitungan umur, tetapi garisan perjuangan yang ditulis dengan pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.
Suara dakwah bukan sekadar suara di mimbar, tetapi denyut yang menghidupkan umat; menyantuni mustadh'afin, mendidik generasi, mengangkat martabat insan dan menyalakan obor perjuangan di tengah zaman yang sering gelap oleh kekeliruan.
Semoga pada usia ke-55 ini, ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, akarnya kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat.
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-55 ABIM. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐘𝐀𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – Kerajaan terus memperkukuh agenda transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara menerusi penyelarasan dasar yang lebih strategik, bersepadu dan berorientasikan impak.
Komitmen tersebut dizahirkan menerusi Sesi Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Ahli EXCO Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, sebagai wadah memperkukuh hala tuju pembangunan ekosistem TVET yang lebih responsif terhadap keperluan industri dan cabaran ekonomi masa hadapan.
Dalam amanatnya, YAB Timbalan Perdana Menteri menggariskan penubuhan Pasukan Petugas Strategik TVET 2.0 bersama 10 Jawatankuasa Strategik TVET yang bakal menerajui pelaksanaan inisiatif secara lebih tersusun, menyeluruh dan berfokus kepada pencapaian hasil.
Tumpuan utama merangkumi aspek tadbir urus, kerjasama strategik bersama industri, teknologi masa hadapan, pembiayaan mampan, pembangunan laluan bakat, pengantarabangsaan, penyelidikan dan inovasi, kebolehpasaran graduan serta penyertaan yang lebih inklusif.
Inisiatif ini mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi tuntutan ekonomi masa hadapan.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Sepuluh hari di Glasgow bukan sekadar tempoh sebuah perjuangan, tetapi menjadi pentas yang menyaksikan ketabahan, disiplin dan semangat juang luar biasa Kontinjen Malaysia dalam menggalas amanah mengibarkan Jalur Gemilang serta membawa nama negara ke persada sukan antarabangsa.
Dengan tekad yang tidak pernah luntur, para atlet negara berjaya melangkaui sasaran pungutan pingat yang ditetapkan, di samping mencipta rekod baharu temasya dan menghadiahkan pingat sulung negara dalam beberapa acara.
Setiap pencapaian tersebut bukan hadir secara kebetulan. Di sebaliknya tersimpan ribuan jam latihan, pengorbanan, disiplin, fokus dan keberanian untuk terus bangkit serta memberikan yang terbaik. Bersama para atlet, berdiri teguh para jurulatih dan pegawai kontinjen yang menjadi tulang belakang kepada setiap langkah perjuangan.
Inilah wajah sebenar Wira dan Wirawati Negara bukan hanya ketika berdiri di podium, tetapi dalam setiap detik mereka memilih untuk terus berjuang, membawa harapan dan menyatukan rakyat melalui semangat kesukanan.
Selamat kembali ke tanah air, Kontinjen Malaysia.
Terima kasih kerana telah mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh maruah, mengharumkan nama Malaysia dan membuktikan bahawa semangat yang besar mampu melangkaui batas cabaran. Kejayaan anda adalah kebanggaan kita bersama.
Pingat mungkin menjadi ukuran pencapaian, tetapi semangat juang anda menjadi warisan kebanggaan negara.
Syabas. Tahniah. Terima kasih, Wira dan Wirawati Negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#yakinmadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 - Sarong Walk Merdeka Jabatan Perdana Menteri 2026 berlangsung di sekitar Kompleks Setia Perdana hingga ke Dataran Putrajaya.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆
Satu lambang. Satu identiti. Satu jiwa Malaysia.
Tahukah anda? Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera, tetapi merupakan lambang kedaulatan negara, simbol perpaduan rakyat serta manifestasi identiti dan semangat kebangsaan Malaysia.
Reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu dihasilkan oleh Mohamed bin Hamzah pada tahun 1949, sebelum nama “Jalur Gemilang” diumumkan secara rasmi pada 31 Ogos 1997.
Setiap jalur, warna dan lambang yang menghiasi Jalur Gemilang membawa makna tersendiri mencerminkan sejarah, nilai dan aspirasi sebuah negara yang dibina atas semangat kebersamaan.
Menjelang Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menghayati maknanya, menghargai sejarahnya dan menyemarakkan semangat cintakan negara.
Jalur Gemilang lambang kedaulatan, penyatuan rakyat, kebanggaan Malaysia.
#siritriviaharikebangsaan2026
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#jalurgemilang
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
⚠️ AMARAN: MAKLUMAT PALSU
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off kerana maklumat tersebut adalah PALSU. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐒𝐀𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik setiap helaian sarung, tersimpan sebuah kisah tentang siapa kita sebuah bangsa yang berakar pada warisan, teguh dalam perpaduan dan bangga melangkah sebagai Malaysia.
Di sebalik setiap lensa yang dirakam, terserlah wajah-wajah warga Jabatan Perdana Menteri yang bersama-sama menggayakan busana tradisional sebagai simbol kepelbagaian budaya, identiti dan jati diri Malaysia sempena Program Sarong Walk Merdeka 2026.
Lebih daripada sekadar sebuah acara, Sarong Walk Merdeka 2026 menjadi wadah untuk menzahirkan semangat kebersamaan, memperkukuh apresiasi terhadap warisan budaya serta menyemarakkan rasa cinta dan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dihayati, diraikan dan diwariskan.
Daripada kepelbagaian, kita bersatu. Daripada warisan, kita membina jati diri. Daripada semangat kebersamaan, kita terus Rancakkan MADANI.
Jiwa Merdeka. Warisan Terpelihara. Malaysia Bersama.
#sarongwalkmerdeka2026
#jabatanperdanamenteri
#bulankebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐑𝐎𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan menerusi Program Sarong Walk Merdeka 2026 yang berlangsung bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan JPM 2026 di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.
Program tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Lebih daripada sekadar aktiviti kemasyarakatan, Sarong Walk Merdeka 2026 menjadi wadah untuk menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan kepada negara dalam kalangan warga JPM.
Pemakaian sarung yang menjadi identiti program turut mengetengahkan keunikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan berbilang tradisi, sekali gus menyemarakkan rasa bangga terhadap khazanah budaya bangsa yang menjadi sebahagian daripada jati diri Malaysia.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen warga JPM untuk terus menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh semangat kebersamaan serta menjunjung nilai perpaduan dan keharmonian, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dari warisan, kita bersatu. Dari semangat, kita melangkah bersama. Demi Malaysia tercinta.
#sarongwalkmerdeka2026
#jabatanperdanamenteri
#bulankebangsaan2026
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia yang telah berjuang dengan penuh membanggakan dan semangat juang yang luar biasa di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.
Syabas, wira dan wirawati Malaysia. 🇲🇾
#kitasemuateammas
BERNAMA
@bernamadotcom
Glasgow 2026: Senarai pemenang pingat Malaysia -
commonwealthgames.bernama.com/berita/2589812/glasgow-2026…
#bernamanews -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah mengucapkan tahniah kepada Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial oleh Raja Permaisuri Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana.
Pengiktirafan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan, keupayaan dan sumbangan besar wanita Malaysia yang terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa.
Semoga pengiktirafan ini menjadi ilham kepada lebih ramai wanita untuk terus menyumbang dengan ilmu, kepimpinan dan nilai ihsan dalam membina masyarakat serta menjayakan agenda Malaysia MADANI.
Jentera MADANI pimpinan saya akan terus berusaha memartabatkan peranan wanita, memperluas peluang penyertaan mereka dalam pelbagai bidang, serta memastikan bakat, kepimpinan dan potensi wanita terus diperkasa sebagai antara tunjang utama pembangunan negara.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇
Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.
Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan terhadap pengalaman, kewibawaan dan kepimpinan YBhg. Datuk dalam memperkukuh pengurusan serta tadbir urus JPM.
Seluruh warga JPM mendoakan agar YBhg. Datuk terus menerajui kecemerlangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dan menjunjung amanah dengan penuh integriti dan komitmen demi kepentingan rakyat serta kemajuan negara.
Selamat datang ke Jabatan Perdana Menteri.
Selamat menjalankan amanah.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈
Setiap amanah yang dipikul meninggalkan kesan. Setiap kepimpinan yang dicurahkan meninggalkan teladan. Dan setiap jasa yang disemai, akan terus dikenang.
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib atas segala kepimpinan, dedikasi, komitmen dan khidmat bakti sepanjang melaksanakan amanah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, sumbangan dan kepimpinan YBrs. Tuan telah memberi nilai yang besar dalam memperkukuh pengurusan, tadbir urus serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan JPM.
Sesungguhnya, sebuah organisasi bukan hanya dibina oleh dasar dan sistem, tetapi turut diperkukuh oleh insan yang memimpin dengan amanah, bekerja dengan ikhlas dan meninggalkan teladan untuk diteruskan.
Jasa dikenang. Budi disanjung. Legasi diteruskan.
Semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam setiap langkah seterusnya, serta terus diberikan ruang dan kesempatan untuk menabur bakti demi agama, bangsa dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti.
Selamat maju jaya, YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 4 Ogos 2026 - Sesi Peralihan Tugas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri berlangsung di Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 4 Ogos 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini meraikan satu lagi detik penting dalam kesinambungan kepimpinan pengurusan organisasi menerusi Sesi Clock In dan Clock Out bagi menyambut pelantikan YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM yang baharu, serta meraikan YBrs. Encik Nasaruddin bin Abdul Muttalib yang menamatkan perkhidmatan dalam jawatan tersebut.
Sesi ini bukan sekadar simbolik peralihan tugas, malah mencerminkan kesinambungan kepimpinan dan komitmen JPM dalam memastikan agenda pengurusan organisasi terus diperkasa secara berterusan, cekap dan berintegriti.
JPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Nasaruddin bin Abdul Muttalib atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menerajui pengurusan JPM.
Dalam masa yang sama, JPM mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha dan mendoakan agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi memperkukuh tadbir urus, memperkasa pengurusan sumber manusia serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan muhibah, diserikan dengan kehadiran warga JPM yang bersama-sama meraikan peralihan tugas, kesinambungan kepimpinan dan lembaran baharu dalam pengurusan organisasi.
Selamat menjalankan amanah dan tugas kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha.
Terima kasih atas khidmat bakti, YBrs. Encik Nasaruddin bin Abdul Muttalib.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini.
Lawatan ini bersempena Mesyuarat Ketiga Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) Malaysia–Kemboja yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos 2026. Ia juga menjadi landasan penting menjelang sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia dan Kemboja pada tahun 2027, sekali gus mencerminkan eratnya hubungan persahabatan serta perkongsian strategik yang berkekalan antara kedua-dua negara.
Pertemuan hari ini menjadi ruang untuk kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), industri halal, keselamatan makanan serta pembangunan modal insan, di samping memperkukuh kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan.
Sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia dan Kemboja berkongsi tanggungjawab untuk memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serantau dan merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 demi masa depan yang lebih makmur buat seluruh rakyat di rantau ini.
Moga hubungan Malaysia-Kemboja terus diperkukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.
🇲🇾 🤝 🇰🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 – Merah, putih, biru dan kuning kembali mewarnai ruang-ruang Jabatan Perdana Menteri (JPM), menandakan bermulanya semarak Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di peringkat JPM.
Pemasangan Jalur Gemilang di bangunan-bangunan jabatan yang dilancarkan hari ini di Lobi Setia Perdana 8 bukan sekadar simbolik.
Ia adalah lambang sebuah negara yang kita junjung, sebuah tanah air yang kita cintai dan sebuah Malaysia yang kita bina bersama.
Setiap kibaran Jalur Gemilang mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah yang perlu dipelihara dan diteruskan oleh setiap generasi.
Sebagai warga perkhidmatan awam, semangat patriotisme diterjemahkan melalui kesetiaan kepada negara, integriti dalam melaksanakan amanah dan komitmen memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Ayuh, warga JPM!
Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan semangat kebangsaan. Hayati erti kemerdekaan.
Biarlah setiap sudut JPM dihiasi Jalur Gemilang dan setiap hati warga perkhidmatan awam disemai rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kerana Malaysia bukan sekadar tempat kita berdiri Malaysia ialah tanah air yang kita cintai, kita jaga dan kita perjuangkan bersama.
Jalur Gemilang berkibar, semangat Malaysia terus menyala!
#jabatanperdanamenteri
#bulankebangsaan2026
#kibarkanjalurgemilang
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini melancarkan pemasangan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi satu majlis yang diadakan di Lobi Setia Perdana 8.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Amir Daniel kerana menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara judo di Sukan Komanwel!
Saudara membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat juang mampu mencipta sejarah. Kita semua bangga! 🇲🇾🥇 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀
SELANGOR, 2 Ogos 2026 - Saksikan video sorotan Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat Bersama Komuniti Kota Raja yang berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 28, Shah Alam.
#programmadanikita2026
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#komunitimadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
SHAH ALAM, 2 Ogos 2026 - Di sebalik kemeriahan Program MADANI Kita (PMK) Kota Raja, terserlah komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan manfaat pembangunan dan perkhidmatan awam dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.
Berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 28 (Dewan Kenanga), Shah Alam hari ini, program ini menghimpunkan pelbagai pengisian yang mendekatkan kerajaan dengan komuniti menerusi penyampaian bantuan, pameran agensi, reruai perkhidmatan kerajaan serta aktiviti kemasyarakatan.
Lebih daripada sekadar sebuah program komuniti, PMK Kota Raja menjadi wadah memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat mendengar keperluan, menyampaikan manfaat serta memastikan penyampaian perkhidmatan terus dekat, responsif dan berimpak.
Inilah wajah Malaysia MADANI yang terus diperkasakan kerajaan bekerja, rakyat disantuni dan manfaat dirasai bersama.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐓𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
JOHOR, 1 Ogos 2026 - Program MADANI Kita (PMK) bersama Komuniti Stulang Johor bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Desa Dato' Hajah Hasnah Stulang, Johor.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐂𝐀𝐍
AMPANG, 1 Ogos 2026 - Semangat MADANI disemarakkan di Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor menerusi Program MADANI Kita (PMK) 2026.
Program ini menjadi medan memperkukuh jalinan antara kerajaan dan rakyat melalui perkongsian, perkhidmatan serta penglibatan komuniti demi membina masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan progresif.
Bersama melangkah, bersama membina Malaysia MADANI.
#programmadanikita2026
#malaysiamadani
#komunitimadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐏 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
PUTRAJAYA, 1 Ogos 2026 - Program MADANI Kita (PMK) bersama Komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ada kemerdekaan yang diwarisi, dan ada keamanan yang dibayar dengan darah serta pengorbanan.
Semoga semangat para pahlawan terus menyala dalam setiap usaha membina sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur dan bermaruah.
Al-Fatihah buat mereka yang telah gugur. Pengorbananmu tidak akan kami lupakan.
Selamat Hari Pahlawan.This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Glasgow 2026
@Glasgow_2026
WE’RE NOT CRYING... YOU ARE 🥹
Mohammed Azizulhasni Awang signs off from the Commonwealth Games in the best way possible 🇲🇾 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
The Olympic Games™
@Olympics
This.❤️
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan sahabat lama, Rajmohan Gandhi, yang juga sejarawan dan cucu kepada Mahatma Gandhi.
Kami mengimbau kembali pertemuan dalam persidangan mengenai demokrasi di Asia yang beliau anjurkan di Mumbai pada 2012, di samping bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan sejarah dan ketamadunan Malaysia-India melalui kerjasama akademik, intelektual serta dialog antara tamadun.
Saya turut menjemput beliau berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun hadapan untuk menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan, keharmonian serta kepimpinan berteraskan nilai bersama para ilmuwan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat.
Semoga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini terus diperkukuh.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan bersejarah menamatkan penantian selama 16 tahun untuk bergelar juara Sukan Komanwel menerusi acara keirin lelaki.
Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan, ketabahan dan semangat juang yang tidak pernah luntur, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa serta menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat.
#kitasemuateammas
Glasgow 2026
@Glasgow_2026
GOLD FOR MALAYSIA! 🇲🇾🥇
What a moment for Azizulhasni Awang! 🥹
#glasgow2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Glasgow 2026
@Glasgow_2026
All the emotions as Azizulhasni Awang wins GOLD FOR MALAYSIA! 🥹🇲🇾🥇
#glasgow2026This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya kemudiannya ke Pasir Panjang untuk bertemu anak-anak muda dalam Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Sembilan. Menjelang bulan kemerdekaan, saya tegaskan bahawa keamanan, kestabilan dan keharmonian negara mesti terus dipertahankan daripada dirobek oleh sentimen perkauman dan politik kebencian.
Malaysia ialah tanah air kita bersama. Kita mesti memajukan orang Melayu dan Bumiputera tanpa menekan atau menafikan hak kaum lain. Kita mahu anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli serta rakyat Sabah dan Sarawak sama-sama maju dan berjaya.
Masalah negara bukan terletak pada sesuatu kaum, tetapi apabila amanah diserahkan kepada mereka yang tidak layak, tidak berwibawa dan tidak amanah. Kepintaran mesti disertai akhlak, manakala kuasa mesti dipandu integriti. Justeru, nilailah pemimpin berdasarkan rekod, khidmat dan kejujurannya, bukan sentimen kaum atau hasutan kebencian.
Sejak diberi amanah mentadbir negara, saya dan pasukan terus bekerja keras untuk membantu rakyat serta memperbaiki segala kepincangan yang diwarisi. Tanggungjawab saya adalah membela kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, tanpa mengabaikan orang Cina, India, Orang Asli serta rakyat Sabah dan Sarawak. Kasih kepada negara menuntut kita berlaku adil dan merangkul seluruh rakyat sebagai satu keluarga Malaysia.
Semangat inilah yang mesti diwarisi dan diteruskan oleh generasi muda. Anak muda mesti berani menggapai kemajuan dalam teknologi, kecerdasan buatan dan dunia digital, namun tetap mengakar ke bumi dengan agama, akhlak, budaya dan nilai kemanusiaan.
Inilah makna kemerdekaan yang harus kita hidupkan: sebuah negara yang maju, bersatu dan bermaruah, diterajui oleh generasi berilmu, berani dan amanah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Petang tadi saya dan Azizah bersama keluarga besar Amanah Ikhtiar Malaysia dalam Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan MADANI Negeri Sembilan di Port Dickson, bagi mendukung usaha berterusan memberikan peluang, bimbingan dan bantuan modal kepada golongan miskin sehingga mereka mampu mengubah kehidupan.
Hubungan saya dengan Amanah Ikhtiar bermula sejak 1996 tatkala menerajui Kementerian Kewangan. Sejak itu, saya melihat sendiri keberkesanan program ini membantu rakyat miskin, khususnya kaum wanita, serta kekuatan pengurusannya yang berteraskan amanah dan disiplin.
Apabila diberi amanah mengemudi negara pada penghujung 2022, sokongan kepada Amanah Ikhtiar kembali menjadi antara tumpuan penting. Kerajaan MADANI menyalurkan RM10 juta pada 2023, sebelum meningkat kepada RM230 juta dalam Belanjawan 2026 bagi memperluas bantuan kepada lebih ramai usahawan pelbagai kaum serta mengangkat martabat golongan miskin.
Saya amat menghormati disiplin Sahabat Amanah Ikhtiar yang meminjam dalam jumlah kecil, tetapi tekun membayar semula dalam usaha mengubah nasib diri dan keluarga. Saya juga menghargai dukungan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun yang memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Ikhtiar.
Insya-Allah, selagi diberikan amanah, saya akan terus memberikan perhatian kepada Amanah Ikhtiar dalam Belanjawan Negara. Uruslah institusi ini dengan amanah, pertahankan semangat persahabatan dan teruskan membantu keluarga miskin tanpa mengira kaum demi mengangkat martabat rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈: 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐔𝐍𝐃𝐈, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁
Mengundi bukan sekadar hak, tetapi amanah dan tanggungjawab setiap warganegara dalam memperkukuh sistem demokrasi negara.
Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan keluar mengundi dan menggunakan hak yang telah diberikan.
Setiap undi membawa makna. Penyertaan kita dalam proses demokrasi mencerminkan keprihatinan terhadap masa depan negeri serta turut menyumbang kepada pembentukan hala tuju pembangunan yang lebih baik.
Sebelum hadir ke pusat mengundi, semak maklumat pengundian lebih awal melalui portal rasmi MySPR Semak atau aplikasi MySPR Semak.
Semak maklumat pengundian. Rancang perjalanan. Tunaikan tanggungjawab.
𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐔𝐍𝐃𝐈. 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁. 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.
Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Paduka Baginda dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah menghadiri Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara hari ini, bagi mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong cukup menyentuh hati, mengangkat kembali kisah keberanian tujuh anggota keselamatan yang gugur dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Ulu Legong, Baling, Kedah pada 29 Oktober 1981.
Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Prebet Md Said Adam yang terselamat dalam peristiwa itu, Pegawai Pemerintah 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD), Lt Kol Hamzah Othman, serta waris anggota yang terlibat.
Sesungguhnya, keamanan yang kita nikmati hari ini bukan hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada keberanian, kesetiaan dan pengorbanan para pahlawan negara. Jasa mereka akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amanah untuk kita mempertahankan kedaulatan tanah air.
Selamat Hari Pahlawan 2026. Semoga Allah SWT merahmati roh para pahlawan yang telah gugur, mengurniakan kekuatan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan, serta memelihara Malaysia yang aman, berdaulat dan sejahtera.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan sahabat saya, Sheikh Rached Ghannouchi, yang kini berusia 84 tahun dan masih berada dalam tahanan di Tunisia, dengan rasa dukacita dan kebimbangan yang mendalam.
Lantaran itu, saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Republik Tunisia, Kais Saied, bagi memohon pertimbangan sewajarnya terhadap keadaan kesihatan dan faktor usia beliau, termasuk mempertimbangkan pembebasannya atas dasar ihsan dan belas kasihan.
Rayuan ini dibuat semata-mata atas pertimbangan kemanusiaan, dengan penuh hormat terhadap kedaulatan Republik Tunisia serta proses perundangan negara tersebut. Saya percaya nilai ihsan, belas kasihan dan maruah insan akan sentiasa menjadi pedoman dalam mendepani perkara ini. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐈𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 – Persiapan bagi Program MADANI Kita (PMK) 2026 Bersama Komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya kini giat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran program yang menjadi wadah memperkukuh hubungan dan keterhubungan antara kerajaan dengan masyarakat.
Program ini bakal menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti, merangkumi Senam Harmoni, Unity Fun Walk, Jualan RAHMAH, pameran agensi kerajaan, sukan rakyat, pertandingan komuniti, perkhidmatan potong rambut, pertukaran minyak hitam motosikal serta pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang lain.
Lebih daripada sekadar sebuah program komuniti, MADANI Kita menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, memperluas akses kepada inisiatif yang memberi nilai tambah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang inklusif dan saling menyokong.
Ayuh warga Putrajaya dan seluruh komuniti setempat, bersama-sama memeriahkan Program MADANI Kita 2026. Hadir, sertai dan manfaatkan pelbagai pengisian yang disediakan demi kesejahteraan bersama.
Kerajaan dekat dengan rakyat. Rakyat bersama-sama menjayakan agenda MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐔𝐍𝐃𝐈, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇: 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍
Hari pengundian bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar. Ia adalah ruang untuk setiap warganegara menunaikan tanggungjawab dan menyumbang kepada penentuan masa depan negeri serta negara.
Menjelang hari pengundian, bersedia lebih awal, kenali peraturan dan laksanakan tanggungjawab dengan tertib.
🗳️ SEMAK maklumat pengundian dan pusat mengundi.
🪪 BAWA MyKad sebagai dokumen pengenalan diri.
🛣️ RANCANG perjalanan dan masa ke pusat mengundi.
👔 PATUHI etika berpakaian serta elakkan sebarang unsur atau lambang politik.
🤝 HORMATI petugas, pengundi lain dan peraturan yang ditetapkan.
Di pusat mengundi, setiap tindakan kita mencerminkan kematangan demokrasi.
Jadikan hari pengundian satu pengalaman yang aman, tertib dan harmoni. Patuhi peraturan. Hormati proses. Tunaikan tanggungjawab.
Kerana demokrasi yang kukuh bukan hanya bergantung pada hak untuk mengundi, tetapi turut dibina melalui kesedaran, disiplin dan rasa tanggungjawab setiap warganegara.
Ayuh, kita keluar mengundi dengan penuh kesedaran.
Satu undi kita, satu amanah untuk masa depan Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#satuundisatuamanah
#jomkeluarmengundi
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐒𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 - Keamanan yang kita nikmati hari ini bukan hadir tanpa harga. Di sebalik sebuah negara yang aman dan berdaulat, tersimpan kisah keberanian, kesetiaan dan pengorbanan insan yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi tanah air.
Semangat inilah yang dizahirkan menerusi Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, bertemakan “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”.
Lebih empat dekad berlalu, pengorbanan tujuh perwira yang gugur dalam pertempuran di Ulu Legong, Baling, Kedah pada 29 Oktober 1981 terus dikenang. Mereka merupakan antara wira pasukan keselamatan yang mempertahankan negara dalam perjuangan menentang ancaman pengganas komunis.
Kisah keberanian tersebut dihidupkan menerusi persembahan pantomim “Darah Pahlawan Ulu Legong”, disusuli bacaan sajak “Tujuh Perwira, Sebuah Tanah Air” sebuah penghormatan yang mengangkat keberanian mereka daripada catatan sejarah menjadi teladan buat generasi hari ini.
Jasa mereka mungkin telah berlalu, tetapi semangat mereka tidak pernah berakhir. Hari Pahlawan mengingatkan kita bahawa mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kemakmuran Malaysia bukan sekadar tanggungjawab pasukan keselamatan, tetapi amanah bersama seluruh rakyat.
Ayuh kita terus mengenang jasa, menghargai pengorbanan dan menyemarakkan patriotisme demi memastikan keamanan yang diwariskan oleh para pahlawan terus terpelihara untuk generasi mendatang.
Pahlawan gugur, perjuangan tidak berakhir. Jasa dikenang, negara dipertahankan. Malaysia kekal berdaulat.
#jabatanperdanamenteri
#haripahlawan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kedaulatan dan keamanan yang kita nikmati hari ini adalah hasil tumpahan darah, keringat, dan air mata para pejuang tanah air terdahulu. Tarikh 31 Julai bukan sekadar coretan di kalendar, tetapi merupakan detik bermakna untuk kita semua merenung sejenak, menghargai, dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa bakti mereka yang tidak ternilai.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memelihara keamanan dan keharmonian yang menjadi asas kepada kemakmuran negara. Semoga pengorbanan para pahlawan akan terus terpahat dalam sanubari setiap rakyat sebagai sumber inspirasi untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Malaysia tercinta demi generasi hari ini dan masa hadapan.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#haripahlawan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank menjadi kesempatan untuk saya menegaskan bahawa institusi kewangan merupakan antara tonggak utama yang menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur melalui angka pertumbuhan atau keuntungan, tetapi pada sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Justeru, institusi perbankan perlu memastikan perkhidmatan kewangan yang berkualiti dapat diakses oleh semua.
Kekuatan sesebuah institusi kewangan juga mesti berpaksikan integriti, tatakelola yang baik serta barisan profesional yang amanah dan berakhlak. Tanpa nilai-nilai ini, institusi yang gah juga boleh kecundang.
Dalam mendepani kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum, kita tidak boleh mengabaikan nilai manusiawi. Kemajuan yang sebenar ialah kemajuan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍: 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍
Hari Pahlawan bukan sekadar catatan sejarah, tetapi lambang keberanian, kesetiaan dan semangat juang yang terpahat dalam perjalanan pembinaan sebuah negara merdeka. Di sebalik nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini, tersimpan pengorbanan para pahlawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan maruah tanah air.
Disambut pada 31 Julai setiap tahun, Hari Pahlawan menjadi medan untuk seluruh rakyat mengenang, menghargai dan menzahirkan penghormatan kepada semua perwira dan perajurit yang telah berbakti tanpa mengenal erti lelah. Semangat patriotisme, keberanian dan pengorbanan yang mereka wariskan merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan berdaulat.
Marilah kita bersama-sama menghayati sejarah perjuangan para pahlawan serta menyemarakkan semangat cintakan negara demi memastikan keamanan dan kemerdekaan yang dinikmati hari ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.
#jabatanperdanamenteri
#haripahlawan2026
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada umum, yang membongkar kepincangan serta tindakan yang mengkhianati amanah rakyat hingga menyebabkan kerugian besar kepada Tabung Haji.
Atas prinsip ketelusan dan keterbukaan, laporan ini juga akan dibentang dan dibahaskan dalam sidang khas Parlimen sesegera mungkin.
Susulan pendedahan ini, pihak berkuasa akan segera menjalankan siasatan. Mereka yang terbukti mengkhianati amanah rakyat mesti diheret ke muka pengadilan.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan Aliff Rakib di pejabat hari ini lantas mengucapkan tahniah di atas kejayaan bersejarah muncul sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship baru-baru ini.
Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa. Syabas Aliff Rakib, Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 29 Julai 2026 - Di sebalik setiap langkah yang tersusun dan setiap gerak yang penuh disiplin, terserlah semangat penghormatan serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pahlawan negara.
Raptai penuh Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2026 berlangsung di Dataran Pahlawan Negara hari ini sebagai persiapan akhir menjelang sambutan rasmi pada 31 Julai 2026.
Raptai ini bukan sekadar memastikan kelancaran setiap atur cara dan koordinasi istiadat, malah mencerminkan kesiapsiagaan, disiplin dan komitmen semua pihak dalam menjayakan sebuah istiadat yang sarat dengan nilai patriotisme dan kenegaraan.
Hari Pahlawan mengingatkan kita bahawa keamanan dan kedaulatan yang dinikmati hari ini terbina daripada keberanian, pengorbanan dan kesetiaan insan-insan yang mempertahankan tanah air.
Jasa dikenang. Pengorbanan dihargai. Semangat kepahlawanan terus diwarisi.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
#jabatanperdanamenteri
#haripahlawan2026
#pahlawannegara
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
As the suffering in Gaza continues, the measure of our civilisation is not the sophistication of our technology, but our unwavering commitment to justice, compassion and the sanctity of human life. Let humanity prevail over violence, and peace over conflict.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Peralihan tenaga bukan sekadar perubahan teknologi, tetapi satu ikhtiar untuk menjamin masa depan yang lebih mampan. Ia menuntut keberanian membuat keputusan yang berasaskan ilmu, inovasi dan kerjasama serantau.
ASEAN perlu memperkukuh kerjasama dalam membina sistem tenaga yang selamat, mampu milik dan lestari. Di samping mempercepat pembangunan tenaga boleh baharu, setiap pilihan yang berdaya maju, termasuk tenaga nuklear, wajar dinilai secara objektif berlandaskan piawaian keselamatan tertinggi.
Menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia komited menjamin bekalan tenaga yang stabil, memacu pertumbuhan ekonomi serta mempercepat agenda penyahkarbonan tanpa mengabaikan pemeliharaan alam sekitar.
Di GBA-ASEAN Conference on Energy Transition and Integration, saya berkongsi pendirian Malaysia mengenai masa depan peralihan tenaga rantau ini, di samping merakamkan penghargaan kepada tokoh ekonomi dunia Profesor Jeffrey Sachs di atas perkongsian pandangan yang bernas serta berwawasan.
Semoga wacana seperti ini terus memperkukuh iltizam kita untuk membina masa depan ASEAN yang lebih makmur, berdaya tahan dan lestari.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan perluasan Bantuan Am Persekolahan (BAmP) kepada pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga kurang berkemampuan, sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sokongan kewangan dan memastikan kesinambungan pendidikan golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif, saksama dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Pendekatan ini turut memperkukuh usaha kerajaan memastikan tiada pelajar yang layak tercicir daripada peluang pendidikan, sekali gus menyokong pembangunan modal insan berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan demi masa depan negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐆𝐋𝐀𝐒𝐆𝐎𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔
Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet-atlet negara atas kejayaan menambah kutipan pingat Malaysia di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Setiap pingat yang diraih bukan sekadar simbol kemenangan, malah mencerminkan kegigihan, disiplin, ketahanan mental dan semangat juang tinggi para atlet dalam menggalas amanah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Kejayaan ini turut menjadi manifestasi pembangunan modal insan yang berdaya saing, berdisiplin dan berprestasi tinggi, selain menyemarakkan semangat kebersamaan serta kebanggaan rakyat terhadap pencapaian anak-anak Malaysia.
Semoga momentum kecemerlangan ini terus diperkukuh dan menjadi inspirasi kepada seluruh kontinjen negara untuk melakar lebih banyak kejayaan sepanjang temasya, sekali gus mengangkat nama dan imej Malaysia di persada dunia.
Teruskan berjuang, teruskan mengharumkan nama Malaysia!
#jabatanperdanamenteri
#commonwealthgames
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#glasgow2026
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐒𝐖𝐈𝐓𝐙𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐃: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀
PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 - YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), menerima kunjungan hormat PYT Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia, hari ini.
#jabatanperdanamenteri
#hubunganduahala
#malaysiamadani
#sabahsarawak
#federalisme
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 – Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama-sama Warga Kementerian Bersempena Dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐒𝐖𝐈𝐓𝐙𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐃: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀
PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 - YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), menerima kunjungan hormat PYT Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia, hari ini.
Pertemuan ini membuka ruang perkongsian pengalaman dan pandangan mengenai federalisme, struktur Kerajaan serta hubungan antara wilayah dan Kerajaan Persekutuan.
YB Menteri turut berkongsi perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pencapaian Kerajaan MADANI dalam memenuhi perkara berkaitan Sabah dan Sarawak.
Malaysia MADANI – Membangun Negara, Memperkasa Persekutuan.
#jabatanperdanamenteri
#hubunganduahala
#malaysiamadani
#sabahsarawak
#federalisme
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keamanan yang kita kecapi hari ini bukan suatu kebetulan. Di sebaliknya berdiri anak-anak watan yang menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh disiplin, keberanian dan pengorbanan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini, Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030.
Inisiatif yang dijangka memanfaatkan kira-kira 100,000 belia ini merupakan langkah penting untuk memastikan generasi muda bukan sekadar pengguna teknologi, malah menjadi pencipta nilai, peneroka inovasi dan pemacu kemajuan Malaysia pada masa hadapan.
Sebagai entiti pelaksana teras, AI Malaysia mengemudi Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 untuk memacu adaptasi AI secara selamat dan bertanggungjawab menerusi sokongan Institut Keselamatan AI Malaysia.
Masa depan digital ini milik kita bersama. Ini merupakan permulaan yang sangat penting bagi kesejahteraan, keselamatan dan masa depan negara kita. Ayuh kita berganding bahu memacu masa depan yang inklusif, selamat, dan berdaya saing demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keamanan negara dan kesejahteraan rakyat saling melengkapi. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian kepada kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia sebagai benteng pertahanan negara, di samping memperkukuh peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai nadi pembangunan, keselamatan dan kebajikan masyarakat di akar umbi.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman hari ini, kami menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh, khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan demi manfaat bersama.
Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah cabaran bekalan gas yang sedang dihadapi Bangladesh terkait kekangan bekalan justeru beliau memohon bantuan Malaysia termasuk melalui kerjasama dengan PETRONAS bagi membekalkan LNG untuk membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu.
Dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi, termasuk kemajuan pelaburan melibatkan Axiata serta potensi kerjasama strategik bersama MMC Port dalam memperkukuh hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara.
Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan Bangladesh, berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama yang pragmatik serta iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇧🇩
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Membangunkan sebuah negara yang hebat menuntut kita menguasai ilmu, menguasai teknologi dan menguasai bahasa.
Bahasa Melayu akan terus kita junjung sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu yang menjadi asas pembinaan negara bangsa. Dalam masa yang sama, penguasaan Bahasa Inggeris perlu terus diperkasa agar generasi muda mampu meneroka dunia, mengakses khazanah ilmu serta bersaing dengan penuh keyakinan di pentas global.
Dalam pertemuan bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini, saya turut menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu lebih inklusif dan berpandangan jauh dengan membuka ruang kepada murid menguasai bahasa ketiga seperti Bahasa Cina, Tamil, Arab mahupun Perancis.
Keupayaan menguasai pelbagai bahasa bukan sekadar menambah kemahiran berkomunikasi, malah menjadi nilai tambah yang membuka lebih banyak peluang dalam perdagangan, pelaburan, diplomasi dan pengurusan perniagaan antarabangsa. Inilah bekalan penting untuk melahirkan generasi Malaysia yang berdaya saing, berwibawa dan mampu memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa pelaksanaan meritokrasi dalam sistem pendidikan perlu diseimbangkan dengan prinsip keadilan agar setiap murid mendapat peluang yang saksama berdasarkan kemampuan dan cabaran yang dihadapi.
Beliau berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan dasar pendidikan terus memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti, merapatkan jurang pendidikan serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 - “Menggapai di langit, mengakar ke bumi” bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi tekad Kerajaan MADANI dalam memastikan sistem pendidikan negara terus menjadi pemacu utama pembangunan modal insan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa pendidikan merupakan keutamaan negara dalam mendepani era digital, kecerdasan buatan (AI), STEM dan TVET. Kejayaan Malaysia pada masa hadapan bergantung kepada kesungguhan seluruh warga pendidik dalam membentuk generasi yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global.
Dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, beliau turut menekankan kepentingan memastikan akses pendidikan yang adil dan saksama untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menjunjung nilai ihsan, keadilan dan kemampanan.
Beliau turut mengumumkan bahawa bantuan persekolahan RM150 akan diperluaskan kepada lebih 30,000 pelajar Tingkatan 6, sebagai langkah memastikan kebajikan dan akses pendidikan yang lebih menyeluruh.
Kerajaan akan terus memperkukuh agenda reformasi pendidikan negara agar setiap anak Malaysia memperoleh peluang terbaik untuk mencapai potensi mereka, sekali gus menyumbang kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang maju, bersatu dan berdaya tahan.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#pendidikanmadani
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ramai juga yang tanya, “PMX, ada tak tiket MADANI?” 😅
Insya-Allah kita usahakan. Tapi jangan minta duduk depan starting grid atau paddock. 😄
Tak kira la duduk dekat mana, yang penting kita sama-sama dapat tengok Formula 1 di Sepang. 🏎️🏁🇲🇾This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
"𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑻𝒊𝒅𝒂𝒌 𝑫𝒊𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 𝑺𝒂𝒎𝒂. 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑫𝒊𝒃𝒊𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑴𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒉 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕𝒊."
Di sebalik kepelbagaian bangsa, budaya, bahasa dan kepercayaan, kita disatukan oleh satu tanah air, satu identiti dan satu cita-cita untuk membina masa depan negara yang lebih maju, aman dan sejahtera.
Marilah kita bersama-sama menghayati Teras Hormat dalam Malaysia MADANI dengan menghargai setiap perbezaan, memupuk adab dan kesantunan dalam pertuturan, beretika ketika berinteraksi di media sosial serta sentiasa mengutamakan semangat perpaduan.
Sesungguhnya, apabila budaya saling menghormati terus diperkasakan, perpaduan akan menjadi asas yang mengukuhkan keharmonian masyarakat dan memperkukuh kemajuan Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hubungan akrab antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa telah membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia dan Bahrain apabila negara kita dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix.
Saya menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan dan pandangan jauh Tuanku Agong dalam mencadangkan agar Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Bahrain berhubung penganjuran perlumbaan ini.
Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Bahrain atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia, yang kemudiannya dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain.
Pemilihan Malaysia mencerminkan keyakinan dunia terhadap keamanan, kestabilan, kecekapan dan keupayaan negara kita. Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain serta membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Daulat Tuanku!
🇲🇾🇧🇭
#yakinmadani
#f1This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meninjau beberapa unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang sedang jalani kerja-kerja senggaraan.
Kerja-kerja baik pulih meliputi pembaikan kemudahan asas sedang dijalankan, dan ini penting bagi memastikan anggota dan keluarga mereka dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan kondusif.
Kebajikan dan keselesaan keluarga Angkatan Tentera Malaysia akan terus menjadi keutamaan saya dan jentera MADANI.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan bersama-sama keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Saya tekankan bahawa keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan. Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia.
Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu. Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara.
Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia.
Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur serta dihormati kepada generasi mendatang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀! 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐀𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐆𝐋𝐀𝐒𝐆𝐎𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟔
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Bonnie Bunyau Gustin, Irene Jane Henry, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Kejayaan yang dilakar ini bukan sekadar diukur melalui pingat yang dimenangi, malah mencerminkan keutuhan jati diri, disiplin, ketabahan serta semangat juang yang menjadi asas pembentukan modal insan unggul. Lebih daripada itu, pencapaian ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, mampu bersatu hati membawa nama negara ke persada dunia dengan penuh maruah dan kebanggaan.
Prestasi membanggakan para atlet ini merupakan manifestasi kejayaan ekosistem pembangunan sukan negara yang berteraskan bakat, dedikasi dan sokongan padu daripada jurulatih, keluarga, persatuan sukan serta seluruh Keluarga Malaysia. Semangat kebersamaan inilah yang memperkukuh perpaduan nasional dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan negara.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kejayaan ini memperlihatkan bahawa pelaburan terhadap pembangunan modal insan mampu melahirkan generasi berdaya saing, berintegriti dan berdaya tahan, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya generasi muda, untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, mengangkat potensi diri dan menyumbang kepada kemajuan negara dalam apa jua bidang yang diceburi.
Terima kasih, Wira Negara. Teruskan melakar kejayaan dan mengibarkan Jalur Gemilang demi Malaysia MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#commonwealthgames
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#glasgow2026
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar kunjungan ke Pulau Pinang. Saya berpeluang bertemu anak-anak pelajar serta menyantuni usahawan dan pemain industri, termasuk meluncurkan ikhtiar meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri semikonduktor.
Insya-Allah semua usaha ini akan membuka lebih banyak ruang kepada bakat tempatan untuk mengisi sektor strategik yang akan mencorak masa depan ekonomi negara.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Formula 1
@F1
An iconic circuit, Sepang has delivered some classic F1 moments!
It will join the 2026 calendar to host the Bahrain Grand Prix later this year from 2-4 October
#f1This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Had the opportunity to speak with His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, Crown Prince and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain, as well as Stefano Domenicali, President and CEO of Formula 1.
I extend my deepest appreciation to His Royal Highness, as well as the Government and people of Bahrain, for the trust and confidence they have placed in Malaysia. We are honoured to support the Kingdom of Bahrain, Formula 1 and the FIA in hosting the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix at Sepang International Circuit this year.
This collaboration is more than the staging of a world-class sporting event. It reflects the enduring friendship, mutual trust and close partnership between Malaysia and the Kingdom of Bahrain, while reaffirming Malaysia’s readiness and capability to host major international events.
Malaysia stands ready to welcome Formula 1, the FIA, the teams and fans from around the world back to Sepang. We look forward to showcasing our world-class infrastructure, operational excellence and warm hospitality, while further strengthening the bonds between our two nations through this special occasion. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Formula 1
@F1
BREAKING: Malaysia will host the Bahrain Grand Prix at Sepang International Circuit from 2-4 October 2026
Positioned between the Azerbaijan and Singapore Grands Prix, this event, which is subject to final agreements and official sign-off, will become the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia
#f1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tiba ke ibu negara usai berakhir acara-acara di Pulau Pinang, dan langsung ke Jalan Semarak untuk bersama anak-anak perantau dan seluruh keluarga besar FELDA yang berhimpun sempena 70 Tahun FELDA. Seronok dapat bertemu, bersalaman dan berbual santai dengan mereka yang datang dari pelbagai pelosok tanah air.
Pertemuan secara santai pada malam ini terasa seperti pertemuan sebuah keluarga besar, dapat berkongsi mendengar kisah, pengalaman serta harapan mereka untuk masa depan FELDA.
Dalam pertemuan ini, saya memaklumkan komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan segera tujuh perkara yang diumumkan pada Sambutan Hari Peneroka tempoh hari, dan kemajuannya mesti dilaporkan setiap bulan.
Keutamaan ketika ini termasuk pembinaan perumahan Generasi Kedua, serta isu bekalan elektrik dan air. Bekalan elektrik sedang disegerakan, manakala penyelesaian isu air akan terus diselaraskan bersama kerajaan negeri, termasuk dengan bantuan Kementerian Kewangan jika diperlukan. Pindaan Akta FELDA juga akan dipercepat, dan saya telah arahkan supaya ia dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini.
FELDA pernah menjadi antara model pembangunan luar bandar terbaik di dunia. Amanah ini akan kita pikul dan pelihara dengan integriti, tatakelola yang baik serta penuh tanggungjawab demi masa depan peneroka dan generasi FELDA seterusnya, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selesai meluangkan waktu bersama keluarga besar FELDA, saya ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan Citrawarna 2026, sebuah acara seni dan budaya yang menghimpunkan kepelbagaian tradisi serta warisan dari seluruh negara dalam satu pertunjukan penuh warna-warni.
Selepas kali terakhir dianjurkan tujuh tahun lalu, Kerajaan MADANI kembali menghidupkan Citrawarna bagi mempergiat usaha memelihara warisan budaya yang menjadi tunjang identiti negara, selain memperkenalkan keunikan Malaysia kepada dunia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Teruja menyaksikan persembahan dari setiap negeri yang dibawakan dengan penuh semangat, termasuk randai dan tari piring, zapin dan samrah, dondang sayang serta tarian canggung. Setiap persembahan bukan sahaja menghiburkan, malah mengangkat sejarah dan kisah di sebalik seni tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Lebih menggembirakan apabila acara yang berakar pada sejarah dan identiti kita ini berjaya menghimpunkan rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama menikmati keindahan budaya Malaysia, sekali gus menyuburkan rasa saling menghargai dan memperkukuh semangat perpaduan.
Semoga lebih banyak acara yang mengetengahkan kekayaan seni, budaya dan warisan negara terus diraikan serta mendapat dukungan semua pihak, termasuk sektor swasta agar khazanah ini terus hidup dan diwarisi generasi mendatang.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#citrawarna2026
#visitmalaysia2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah berdukacita menerima berita nahas ini. Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, moga diberikan kekuatan dan ketabahan, manakala yang cedera dikurniakan kesembuhan segera.
Tragedi ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa keselamatan di jalan raya tidak boleh dipandang ringan.
Berita Harian
@bharianmy
Enam sahabat yang maut dalam kemalangan di Jalan Karak Lama di Bentong awal pagi tadi dikatakan keluar makan bersama selepas selesai menghadiri upacara sembahyang di Sungai Kawang bersama ahli keluarga.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1593112/6-maut… -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐔𝐇
PERMATANG PAUH, 25 Julai 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program MADANI Kita bersempena Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Islam mengajar kita menyebarkan kasih sayang, bukan menanam kebencian. Kasih kepada sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama, kepada alam serta seluruh ciptaan-Nya.
Malang sekali apabila ada yang berbicara atas nama agama, tetapi memilih untuk memperkotak-katikkan manusia, memecah belah dan menyemai kebencian antara satu sama lain.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan hari kedua lawatan kerja di Pulau Pinang pagi ini dengan merasmikan Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 yang menghimpunkan anak-anak muda, pekerja, majikan dan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Alhamdulillah, Malaysia terus mencatat pelbagai pencapaian yang membanggakan, namun usah leka atau cepat berpuas hati. Kita mesti berpegang kepada semangat itqan fil amal dengan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam, memperkukuh disiplin, meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengejar kecemerlangan.
Saya turut mengingatkan bahawa masa depan Malaysia tidak mungkin terbina di atas politik kebencian yang memecah-belahkan rakyat. Negara ini hanya akan benar-benar maju apabila setiap anak Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, diberi peluang untuk berjaya serta menyumbang kepada kemakmuran negara.
Kerajaan MADANI juga akan terus memperluas peluang latihan, reskilling dan upskilling agar lebih ramai rakyat memperoleh pekerjaan yang lebih baik serta menikmati pendapatan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kita akan terus memperkukuh tatakelola, meneruskan agenda reformasi dan memastikan hasil negara dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat, bukan disalahgunakan demi mengkayakan diri, keluarga atau kroni.
Dengan iltizam, kerja keras dan kesatuan seluruh rakyat, saya yakin Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara maju yang disegani. Selagi kita berpegang kepada ilmu, kemahiran dan integriti, tiada cita-cita yang terlalu tinggi untuk kita capai bersama, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum ke acara kedua, saya sempat singgah di Stadium Permatang Rawa untuk menyantuni anak-anak istimewa yang sedang menyertai Karnival Sukan. Alhamdulillah, seronok lihat keceriaan dan semangat mereka.
Saya titip pesan agar mereka terus gigih berusaha, percaya kemampuan diri, tekun menuntut ilmu, hormat guru dan sayang ibu bapa. Semoga anak-anak ini terus melangkah dengan berani dalam mengejar cita-cita.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin (STJ) Bukit Mertajam sebagai SMKA yang ke 62, dan meluncurkan Majlis Nuqaba’ Peringkat Kebangsaan bersama keluarga Sheikh Tahir Jalaluddin, anak-anak, guru dan para asatizah yang hadir hari ini.
Saya buka bicara dengan menyinggung pesan pemikir Islam Perancis, Roger Garaudy bahawa menyingkap sejarah tokoh terdahulu bukan sekadar untuk mengenang atau membenamkan masa silam, tetapi untuk menyemarakkan kembali cahaya ilmu dan semangat perjuangannya — “not to bury the ashes of the dead, but to rekindle their flame”.
Sheikh Tahir Jalaluddin bukan sekadar seorang ilmuwan falak, tetapi tokoh pembaharuan yang memainkan peranan besar dalam membangkitkan kesedaran Islam tatkala umat berdepan penjajahan yang bukan sahaja menguasai wilayah dan tanah air, bahkan menakluki jiwa dan pemikiran. Gerakan islah yang dipelopori beliau telah mencetus gerakan kesedaran Islam yang berkembang membebaskan jiwa, pemikiran dan sahsiah masyarakat.
Almarhum Dr Siddiq Fadzil turut mengingatkan bahawa gerakan pembaharuan ini lahir daripada pengaruh tokoh-tokoh besar seperti Sheikh Muhammad Abduh, yang telah memicu api pembaharuan yang berpangkal pada dasar ilmu, bukan semata-mata emosi atau kebencian.
Justeru saya menyeru para guru dan anak-anak agar tidak sekadar mewarisi nama besar Sheikh Tahir Jalaluddin pada bangunan sekolah ini, tetapi mewarisi semangat ilmunya. Yang utama bukan megahnya gedung atau prasarana, tetapi pengisian ilmu, akhlak dan sahsiah. Ujiannya bukan pada kata-kata, tetapi pada amal soleh serta keperibadian anak-anak sebagai insan yang teguh ilmunya, luhur akhlaknya dan tidak hidup dengan budaya cacian serta kata nista.
Saya doakan semoga seluruh keluarga besar SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin diberikan kekuatan hikmah, ilmu atas landasan takwa dalam keberkatan Allah SWT.
Allah SWT Berfirman:
إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
سورة هود :88
"Aku tidak bertujuan melainkan (mendatangkan) perbaikan sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali."
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tatkala merasmikan Penang International Halal Expo (PIHEX), Program MADANI Kita 2026 Permatang Pauh serta Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang petang ini, saya tegaskan bahawa usaha mengangkat martabat Bumiputera tidak pernah bermaksud meminggirkan mana-mana kaum.
Pulau Pinang membuktikan bahawa politik yang stabil, dasar yang jelas serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri mampu memperluas penyertaan ekonomi Bumiputera seiring kemajuan seluruh rakyat.
Industri halal negara pula terus mendapat pengiktirafan dunia. Hampir setiap pertemuan saya dengan pemimpin luar menyentuh hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ini.
Namun, kita tidak boleh bergantung pada pensijilan semata-mata. Ekosistem industri halal mesti diperkukuh agar lebih banyak syarikat tempatan mampu berkembang dan Malaysia kekal sebagai peneraju halal dunia.
Begitu juga dalam sektor semikonduktor. Sebagai hab semikonduktor serantau, Pulau Pinang harus membuka lebih banyak ruang kepada syarikat Bumiputera untuk menyertai rantaian bekalan industri bernilai tinggi melalui kerjasama, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat.
Bagi memulakan ikhtiar ini, saya mengumumkan dana awal RM5 juta untuk Strategi Semikonduktor Bumiputera. Kerajaan, universiti, industri dan semua agensi berkaitan mesti segera menyusun langkah yang terselaras agar lebih ramai usahawan Bumiputera mampu bersaing dalam sektor berteknologi tinggi.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengakhiri kunjungan ke Pulau Pinang dengan merasmikan pembukaan semula Fort Cornwallis, yang memberi makna mendalam bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Usaha memulihara warisan seperti Fort Cornwallis bukan sekadar mengindahkan sebuah kota, tetapi mengembalikan sejarah yang membentuk negara ini.
Seperti diungkapkan Mark Twain, sebuah kota boleh maju dan moden, tetapi akan menjadi gersang jika kehilangan budaya. Kerana itu pembangunan harus berjalan seiring dengan usaha memelihara warisan serta memahami sejarah yang membentuk jati diri negara.
Kita tidak memulihara Fort Cornwallis untuk mengagungkan penjajahan. Sebaliknya, kita memeliharanya supaya generasi hari ini memahami bahawa suatu ketika dahulu, nasib negara pernah ditentukan oleh kuasa asing, bukan oleh rakyatnya sendiri. Sejarah yang pahit dan getir ini harus menjadi pengajaran agar kita tidak mengulanginya.
We must not erase history, nor deny historical facts. But our history must not be dictated by the narrative of our former colonial masters. It must be reclaimed and reconstructed by our own people, to give meaning to the sacrifices, suffering and devotion that shaped this nation, and to make it relevant to our society and our future.
Pengajaran sejarah itu cukup jelas. Tanpa perpaduan, pembangunan, keamanan dan kekuatan pertahanan, orang lain akan menentukan nasib kita. Sebab itu kita harus membina kekuatan dalaman melalui kesatuan dan semangat perpaduan semua kaum, dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan sempit perkauman dan pelampau agama.
Sejak awal pembentukan negara, para pemimpin terdahulu memahami hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang rencam. Justeru Tunku Abdul Rahman memilih moto “Bersekutu Bertambah Mutu”, kerana hanya dengan bersatu kita mampu mengangkat mutu dan martabat negara serta menjamin keadilan untuk setiap rakyat.
Semoga Fort Cornwallis terus menjadi ruang untuk generasi muda memahami harga sebuah perpaduan, harga negara yang bebas dan merdeka, serta bencana apabila kita dijajah. Sejarah bukan sekadar tinggalan batu-bata atau rentetan peristiwa, tetapi coretan pengalaman yang harus mendidik kita tentang tanggungjawab mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐔𝐇
PERMATANG PAUH, 25 Julai 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Program MADANI Kita bersempena Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai.
Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif strategik yang memperkukuh agenda pembangunan industri halal negara, antaranya penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada usahawan industri kotej, penyerahan Pelan Tindakan Pembangunan Bakat dan Syarikat Pemula Bumiputera Industri Semikonduktor 2026–2030, penyerahan Pelan Tindakan Pusat Latihan HALAL MADANI (HALTEC) serta pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa pembangunan ekosistem industri halal negara.
Sejurus selesai majlis perasmian, YAB Perdana Menteri turut melawat reruai pameran yang menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta pemain industri. Antara pengisian utama yang mendapat sambutan pengunjung ialah Jualan RAHMAH, pameran perkhidmatan agensi kerajaan, Unit Pantau MADANI, National Information Dissemination Initiative (NADI) serta pelbagai aktiviti interaktif yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.
Berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026, Program MADANI Kita Permatang Pauh menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara bersepadu. Program ini turut memudahkan orang ramai mengakses pelbagai inisiatif, bantuan, maklumat serta perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan penyampaian perkhidmatan yang cekap, inklusif dan berimpak tinggi kepada kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tahniah Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.
Kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah membuktikan bahawa anak muda Malaysia memiliki keupayaan, keberanian dan iltizam untuk bersaing serta mencipta kejayaan di pentas dunia.
Semoga pencapaian bersejarah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Yakinlah, tiada yang mustahil apabila usaha disertai kesungguhan dan tawakal.
Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam ini saya ke Pulau Pinang dan langsung ke Pusat Konvensyen PICCA untuk bersama pimpinan serta keluarga besar MUKMIN bagi meluncurkan Indian Muslim Transformational Framework 2030 (IMTF2030) dan menyampaikan Mukmin Future Leaders Scholarship (MFLS).
Saya menghargai kesungguhan MUKMIN mengemukakan rencana perubahan yang positif untuk mengangkat martabat masyarakat India Muslim dan memperkukuh sumbangan mereka kepada negara. Usaha ini selaras dengan semangat negara MADANI yang menuntut penyertaan rakyat secara sedar, keberanian untuk menyuarakan pandangan serta kesediaan memikul tanggungjawab bersama.
Saya tegaskan bahawa generasi muda mesti dipersiapkan untuk menguasai kecerdasan buatan, digital, sains dan teknologi baharu. Namun dalam kita menggapai ke langit, meneroka ilmu dan mencipta kemajuan, kita mesti terus mengakar ke bumi, teguh pada akidah, akhlak, budaya dan nilai kemanusiaan. Kemajuan tanpa nilai akan kehilangan arah.
Di sinilah turut terletaknya makna Karamah Insaniah, yakni pengiktirafan terhadap kemuliaan setiap insan. Kita boleh memperjuangkan kepentingan masyarakat sendiri, namun tidak dengan menafikan hak atau merendahkan martabat orang lain. Islam menuntut kita menolak kebencian dan menjunjung nilai kemanusiaan.
Atas semangat itu, saya meluluskan peruntukan segera RM2 juta bagi menyokong usaha MUKMIN membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pengajian serta mengikuti bidang baharu yang strategik.
Insya-Allah, generasi yang tinggi ilmunya dan kukuh nilainya akan mengangkat martabat masyarakat serta membawa Malaysia ke mercu kejayaan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐇𝐈𝐁𝐑𝐈𝐃 (𝐇𝐁𝐇): 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓, 𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇
Bermula 1 Ogos 2026, Kerajaan melaksanakan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang membolehkan penjawat awam yang layak melaksanakan tugasan melalui gabungan tiga (3) hari bekerja di pejabat dan dua (2) hari bekerja dari rumah (BDR).
Dasar ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memodenkan perkhidmatan awam melalui amalan kerja yang lebih anjal, progresif dan berorientasikan prestasi. Pelaksanaannya memberi keseimbangan antara keperluan organisasi dan kesejahteraan warga kerja, tanpa menjejaskan produktiviti, integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Berteraskan prinsip akauntabiliti, kepercayaan dan pengurusan berasaskan hasil (outcome-based), pelaksanaan HBH akan dipantau secara sistematik bagi memastikan setiap penjawat awam terus mencapai sasaran kerja yang ditetapkan serta mengekalkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Inisiatif ini turut menyokong Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih tangkas, cekap, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Maklumat lanjut: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.3 – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH):
docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-bekerja/59/
#haribekerjahibrid
#reformasiperkhidmatanawam
#arpa
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#akukasihmalaysia -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇, 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐔𝐇
PERMATANG PAUH, 24 Julai 2026 – Program MADANI Kita (PMK) membuka tirainya hari ini dengan pelbagai pengisian yang menghimpunkan perkhidmatan kerajaan, pameran interaktif dan aktiviti komuniti dalam usaha mendekatkan dasar serta inisiatif Kerajaan MADANI kepada masyarakat setempat.
Komuniti Permatang Pauh berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan manfaat yang disediakan, antaranya Jualan RAHMAH yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, di samping aktiviti riadah seperti flying fox serta pameran ular yang memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan, pendidikan dan pemuliharaan hidupan liar.
Pengunjung turut memperoleh maklumat secara terus mengenai pelbagai inisiatif kerajaan menerusi reruai Unit Pantau MADANI dan National Information Dissemination Initiative (NADI). Penyertaan agensi-agensi kerajaan ini memperkukuh usaha memperluas penyampaian maklumat, meningkatkan literasi digital serta memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan.
Penganjuran PMK mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan manfaat dasar dan inisiatif kerajaan dapat dirasai secara langsung oleh komuniti. Melalui pendekatan turun padang, program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, malah menjadi platform yang merancakkan pembangunan komuniti, memperluas penyampaian perkhidmatan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pusat Asas Latihan Darat (PUSASDA).
Saya hadir bukan sekadar untuk bertemu, tetapi bagi merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota ATM yang saban hari menggalas amanah besar mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara dengan menambah baik aset serta keupayaan ATM, di samping memastikan aspek kebajikan, kemudahan dan keperluan anggota serta keluarga mereka terus diberi perhatian.
Komitmen ini diterjemahkan menerusi Belanjawan MADANI apabila Kementerian Pertahanan menerima peruntukan tertinggi dalam sejarah, berjumlah RM21.7 bilion bagi tahun 2026, meningkat daripada RM16.1 bilion pada tahun 2022, iaitu sekitar 35 peratus.
Ia juga mencerminkan iltizam kerajaan untuk terus memperkukuh keupayaan pertahanan negara, memodenkan aset ketenteraan serta meningkatkan kesejahteraan seluruh warga ATM.
Sempena Hari Pahlawan yang akan disambut pada 31 Julai ini, kerajaan turut meluluskan bantuan tambahan RM2 juta kepada Tabung Hari Pahlawan sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan para perajurit serta veteran yang telah berbakti mempertahankan kedaulatan negara.
Saya mendoakan agar seluruh warga ATM terus diberikan kekuatan dalam menggalas amanah yang mulia ini. Insya-Allah, kerajaan akan terus berdiri bersama saudara-saudari dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keperluan keluarga sentiasa menjadi keutamaan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, saya manfaatkan dengan menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah di Masjid Qariah Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson.
Semoga setiap langkah yang menemukan kita dalam saf, doa, ukhuwah dan kebersamaan ini terus memperteguh tekad untuk membina sebuah negara yang makmur, aman dan sejahtera, serta membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐑𝐎𝐍𝐓𝐈𝐄𝐑 𝐅𝐄𝐋𝐋𝐎𝐖𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!!
Majlis TVET Negara mempelawa graduan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan untuk menyertai Program TVET Frontier Fellowship, sebuah inisiatif penempatan di institut penyelidikan Kerajaan yang memberi pendedahan kepada penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang teknologi strategik negara.
Program selama 12 bulan ini menyediakan peluang kepada peserta untuk terlibat dalam projek penyelidikan sebenar, dibimbing oleh penyelidik berpengalaman serta meningkatkan kompetensi bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Antara manfaat yang ditawarkan:
✅ Elaun RM3,000 sebulan
✅ Penempatan selama 12 bulan di institut penyelidikan Kerajaan
✅ Penglibatan dalam projek penyelidikan dan pembangunan teknologi
✅ Bimbingan daripada penyelidik dan pakar industri
✅ Pendedahan kepada ekosistem penyelidikan, inovasi dan teknologi strategik negara
Bidang TVET Frontier
• Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
• Kriptologi (Cryptology)
• Peralihan Tenaga (Energy Transition)
• Peralihan Hijau (Green Transition)
Kelayakan
Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang:
• Teknologi
• Sains
• Kejuruteraan
📌 Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut:
LINK: shorturl.at/Jz9kO
📅 Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026 (Jumaat)
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan perintis TVET Frontier Fellowship yang akan menyumbang kepada pembangunan penyelidikan, teknologi dan inovasi negara.
#tvetfrontierfellowship
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam pertemuan bersama ketua-ketua masyarakat India hari ini, saya menegaskan bahawa agenda pemerkasaan mesti memberi keutamaan kepada pendidikan yang berkualiti, kebajikan yang menyeluruh, peningkatan kemahiran serta penyediaan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Saya turut mengingatkan agar MITRA dan semua agensi berkaitan terus turun padang, mendekati masyarakat, mengenal pasti keperluan sebenar di lapangan dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Hanya dengan pendekatan yang berteraskan ihsan, kebertanggungjawaban dan tata kelola yang baik, kita dapat memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus pembangunan negara lantas mempunyai peluang yang adil untuk melakar masa depan yang lebih baik.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat berjuang kepada seluruh kontinjen Malaysia yang bakal menggalas amanah negara di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Berjuanglah dengan semangat yang tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan, kerana kemenangan yang paling bermakna ialah apabila kita memberikan yang terbaik dengan penuh kejujuran dan maruah.
Semoga segala usaha dipermudah, dikurniakan kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Ayuh, demi Malaysia. 🇲🇾
#kitasemuateammas -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dunia hari ini bukan sekadar berdepan krisis ekonomi, tetapi juga krisis nilai dan kemanusiaan. Daripada kezaliman yang berterusan di Gaza, kebangkitan sentimen perkauman, hinggalah perubahan iklim dan sistem ekonomi yang terus memusatkan kekayaan kepada segelintir pihak, semuanya menuntut kita menilai semula makna sebenar kemajuan.
Kemajuan tidak boleh diukur hanya melalui angka pertumbuhan, pelaburan atau kekayaan. Persoalan yang lebih penting ialah: siapakah yang menikmati hasil kemakmuran itu, dan apakah ertinya pembangunan jika manusia terus dipinggirkan serta dinafikan maruah dan harapan?
Perkara ini saya kongsikan sewaktu ucaptama pada Humane Economy Global Discourse 2026: Reclaiming Humanity for Shared Prosperity, justeru perlu ditekankan pada semua bahawa ekonomi ialah wahana untuk memartabatkan insan, bukan matlamat yang diagung-agungkan.
Semangat Malaysia MADANI ialah membina kekayaan tanpa kehilangan kebijaksanaan, memacu inovasi tanpa mengabaikan ihsan, serta mengejar kemajuan tanpa meninggalkan nilai kemanusiaan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Presiden The Genron NPO, Yasushi Kudo lantas pertemuan ini meneruskan perbincangan mengenai usaha memperkukuh Asia Leaders Roundtable sebagai wadah dialog strategik dalam mendepani pelbagai cabaran serantau dan global, di samping mempererat hubungan Malaysia-Jepun.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas layanan mesra sepanjang lawatan rasmi saya ke Jepun pada Jun lalu, malah
Malaysia amat menghargai Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun, yang kekal sebagai antara rakan strategik dan ekonomi terpenting negara.
Saya juga menghargai jemputan untuk menyampaikan mesej video sempena Tokyo Conference 2026 serta mengucapkan terima kasih kepada Yasushi Kudo atas undangan menghadiri Tokyo Conference 2027. Semoga hubungan erat Malaysia-Jepun serta kerjasama bersama The Genron NPO terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur pada pencapaian ekonomi, kecanggihan teknologi atau bangunan yang mencakar langit namun disertai pengukuhan akhlak, nilai kemanusiaan, budaya ilmu dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
Dalam mendepani dunia yang semakin mencabar, Malaysia akan terus terbuka untuk menimba pengalaman dan memanfaatkan amalan terbaik dari seluruh dunia.
Namun, kita tidak boleh menjadi bangsa yang sekadar meniru tanpa pertimbangan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk menentukan haluan sendiri, berteraskan sejarah, budaya, nilai dan jati diri yang menjadi kekuatan negara.
Saya turut mengajak seluruh jentera kerajaan agar terus mengangkat martabat institusi negara dengan bekerja penuh amanah, profesionalisme dan keikhlasan dalam mencorakkan masa depan Malaysia yang lebih berdaulat, berdaya tahan dan bermaruah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan nada saya. Teguran itu bukan kerana marah, tetapi luahan daripada sanubari saya yang mahu melihat martabat dan maruah negara ini diangkat ke tahap tertinggi.
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya dapat bertemu dengan tetamu istimewa Al-’Allamah Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani, ulama nadir asal Mansurah, Mesir dan merupakan salah seorang murid kanan Syeikh Abul Hasan Ali al-Nadwi di Putrajaya hari ini.
Syeikh Dr. Mustafa dikenali kerana peribadi yang menenangkan, seorang ilmuwan yang menekankan persoalan akhlak, hikmah dan kedalaman ilmu khususnya bidang hadis. Pada zaman yang sering mengangkat sensasi mengatasi ilmu, tokoh seperti Syeikh Dr Mustafa menawarkan kita teladan, mengingatkan kita bahawa ilmu dan hikmah hadir bagai embun di waktu subuh diam, lembut, tetapi menghidupkan alam.
Kami bertukar pandangan mengenai hal ehwal semasa serta majlis Ilmu yang melibatkan Syeikh Dr. Mustafa sepanjang berada di Malaysia minggu ini.
Saya zahirkan penghargaan Syeikh Dr. Mustafa atas nasihat serta doa agar Malaysia terus memelihara perpaduan dan membina kemakmuran dalam keberkatan. Kami doakan semoga Allah SWT terus memelihara Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani, memberkati ilmu dan amalnya, serta terus menyambung mata rantai ulama yang membentuk umat dengan kebijaksanaan, kesederhanaan dan kasih sayang.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)] -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semalam saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Jingga (MEJ) Bilangan 1 Tahun 2026.
MEJ ditubuhkan sebagai badan tertinggi untuk memacu ekosistem kreatif negara melalui tadbir urus yang strategik dan kolaboratif.
MEJ juga bertindak sebagai badan penasihat ekonomi jingga kepada Kerajaan dan meneraju dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas ekonomi jingga negara secara menyeluruh.
Fungsi utama MEJ adalah untuk merangka dasar dan strategi nasional berkaitan ekonomi jingga dengan mengenal pasti isu dan potensi sektor ini.
Adalah menjadi hasrat saya agar badan tertinggi ini berupaya memacu anjakan yang inklusif, sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang mendepankan nilai kemanusiaan, daya cipta, serta kemampanan ekonomi.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Setiap amanah dan tanggungjawab hendaklah digalas dengan penuh integriti, menolak sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah, serta sentiasa mengangkat nilai ihsan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berhemah dan berwibawa.
Selamat Hari Imigresen kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. Semoga terus cemerlang dalam memelihara kedaulatan negara, berbakti kepada rakyat dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat daripada lima Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal menggalas amanah mewakili negara di luar negara.
Saya menitipkan pesan agar amanah besar ini dipikul dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab demi memelihara kepentingan negara, memperkukuh hubungan diplomatik serta terus mengangkat martabat dan citra Malaysia di persada antarabangsa.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya menyingkap kembali kisah awal berinteraksi dan berkerjasama dengan Almarhum Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi sewaktu aktif bersama ABIM dalam Majlis Perasmian Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dan Institut Pemikiran Al-Qaradawi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur hari ini.
Mengimbau kenangan perjalanan panjang ini, saya menimba sedikit pengalaman yang boleh saya simpulkan bahawa sosok Al-Qaradawi sebagai pencetus perubahan atau ‘zeitgeist’, penggerak atau semangat zaman yang menzahirkan keterbukaan dalam pemikiran, pendamba pembaharuan dalam menghadapi cabaran kontemporari.
Sewaktu meningkatnya semangat kebangkitan Islam pada sekitar awal 80an, Qaradawi menghantar satu risalah kepada pimpinan ABIM yang menegaskan agar ABIM mengambil jarak dari aliran keras dan kekalkan wasatiyah atau kesederhanaan. Nasihat ini bagi saya amat penting sewaktu meningkatnya semangat dan aliran pemikiran yang tidak terbuka menerima pandangan yang berbeda pada ketika itu.
Dalam mendukung pengembangan dan memperkukuh penyelidikan mengenai sumbangan Al-Qaradawi, saya umumkan sumbangan Kerajaan MADANI sebanyak RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi.
Sudah pasti secara peribadi saya amat terhutang budi kepada Al-Qaradawi sama ada dari segi idea pemikiran, dukungan moral dan persahabatan yang dibina atas asas keikhlasan. Semoga ikhtiar seperti ini akan mendapat barakah, membawa manfaat dan mencerahkan umat.
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
Hasil kesepakatan dan kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, negeri ini kini berada pada landasan yang semakin kukuh untuk muncul sebagai peneraju pertumbuhan, inovasi dan pembangunan yang inklusif.
Setiap ikhtiar digerakkan dengan tekad mengangkat martabat rakyat, memperkasa ekonomi serta menjamin kesejahteraan yang berkekalan.
Transformasi kemajuan yang sedang dilakar ini adalah hasil usaha bersama. Dengan semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai, kita akan terus melangkah sederap memperkukuh perpaduan, merancakkan pembangunan dan membina masa depan yang lebih makmur demi Sarawak dan Malaysia.
Semoga Bumi Kenyalang terus melakar kejayaan, menyemarakkan kemakmuran dan menjadi kebanggaan negara, demi masa depan yang lebih gemilang buat seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia.
#yakinmadani
#segulaisejalai -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan.
🇲🇾
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan anak-anak muda Negeri Sembilan dalam Program Jelajah Rakan Muda di Paroi.
Saya berpesan, usah membiarkan politik kebencian, perkauman atau prejudis memecah-belahkan kita kerana Malaysia hanya akan maju jika kita memilih perpaduan, saling menghormati dan menerima kepelbagaian sebagai satu elemen yang mengikat kita semua.
Pada masa sama, tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh, namun jangan dipisahkan daripada hikmah. Ilmu tanpa nilai boleh melahirkan keangkuhan, sebaliknya ilmu yang dipandu kebijaksanaan akan membentuk insan yang berakhlak, berani mempertahankan kebenaran serta berkhidmat kepada masyarakat.
Akhirnya, ukuran kejayaan bukan hanya pada pangkat atau kekayaan, tetapi pada nilai kemanusiaan yang kita bawa. Jadilah generasi yang berilmu, berintegriti, berjiwa ihsan dan sentiasa memilih untuk menyatukan, bukan memecahkan.
Insya-Allah, jika anak-anak muda terus berpegang kepada prinsip ini, masa depan Malaysia akan terus aman, maju dan bermaruah.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.
Alif Rakib melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang layak merebut gelaran tersebut. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia.
#yakinmadani
Foto: Stadium Astro -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari ini, kita bersama-sama meraikan Hari Sarawak, satu detik bersejarah yang mencerminkan kekuatan, perpaduan serta identiti unik Bumi Kenyalang. Sambutan ini bukan sahaja memperingati perjalanan sejarah Sarawak, malah menjadi lambang semangat kebersamaan, keharmonian dan kecintaan terhadap negeri serta negara yang menjadi asas kepada kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.
Sempena sambutan Hari Sarawak, Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Sarawak atas segala sumbangan, komitmen dan semangat kebersamaan dalam memperkukuh pembangunan negara bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga sambutan Hari Sarawak terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh perpaduan, memelihara warisan yang tidak ternilai serta menyemarakkan tekad dan iltizam dalam membina masa depan yang lebih maju, inklusif dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026
Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#harisarawak2026
#jabatanperdanamenteri
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa setiap pandangan dan pendirian yang dizahirkan adalah berteraskan rasa tanggungjawab, keprihatinan serta komitmen terhadap isu-isu yang memberi impak langsung kepada rakyat dan hala tuju masa depan negara.
Beliau menekankan bahawa nilai kemanusiaan tidak boleh dipisahkan daripada kepimpinan, sebaliknya menjadi tunjang dalam setiap pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan.
Berpandukan prinsip Malaysia MADANI, setiap dasar dan tindakan Kerajaan terus dipacu dengan pendekatan yang inklusif, berintegriti dan berorientasikan kesejahteraan rakyat, agar manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh.
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam jawapan saya di Dewan Negara hari ini, saya menjelaskan bahawa kes eFishery merupakan dakwaan penipuan korporat yang turut menjerat pelabur terkemuka dunia seperti Temasek, SoftBank dan 42XFund. KWAP bukan satu-satunya pelabur yang terkesan.
Walaupun kerugian pelaburan itu telah diambil kira pada 2024, KWAP tetap mencatat keuntungan bersih RM12.9 bilion dengan pertumbuhan nilai dana sebanyak 9.3%, sekali gus mencerminkan pengurusan dana yang profesional dan berhemat.
Melalui ikhtiar GEAR-uP, KWAP bersama GLIC lain akan terus meningkatkan pelaburan dalam syarikat tempatan berpotensi seperti ZUS Coffee, Bateriku dan Lapasar demi menjana pulangan mampan, memperkukuh ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada anak Malaysia.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
Sekitar suasana Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, Kajang.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
Sekitar suasana Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, Kajang.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
SELANGOR, 20 Julai 2026 – Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Dengan Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah bertempat di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, Kajang.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐃𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌, 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam atas komitmen, profesionalisme, kecerdasan dan dedikasi yang menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan agenda reformasi Kerajaan MADANI.
Beliau menegaskan bahawa setiap pencapaian yang dicapai kerajaan merupakan hasil usaha kolektif seluruh jentera perkhidmatan awam yang sentiasa komited menterjemahkan dasar kerajaan kepada pelaksanaan yang berkesan, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berimpak kepada rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, hari ini.
Dalam majlis yang sama, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar turut meluangkan masa mendekati warga perkhidmatan awam melalui sesi interaksi secara langsung. Beliau mendengar sendiri pandangan dan aspirasi para peserta, menjawab pelbagai pertanyaan serta bertukar buah fikiran dalam suasana yang terbuka, santai dan penuh kebersamaan.
Setiap pandangan, cadangan dan maklum balas yang dikemukakan oleh warga perkhidmatan awam disifatkan sebagai input strategik dalam memperkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam, sekali gus mempertingkat kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi negara untuk memperkukuh budaya dialog yang inklusif, mengiktiraf suara warga perkhidmatan awam sebagai rakan strategik pembangunan negara serta memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀
PERAK, 19 Julai 2026 - Program MADANI Kita bertempat di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun.
#programmadanikita
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
PERAK, 19 Julai 2026 - Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#bulankebangsaan2026
#hkhm2026
#kibarjalurgemilang
@MalaysiaPMO
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Lebih USD1.37 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia setakat ini.
#infografikbernama
#bernamanews
#videobernama
#1mdb
@AzalinaOthmanS -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍: 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
Tambun menjadi medan pertemuan antara Kerajaan dan rakyat menerusi Program MADANI Kita bersama Komuniti Tambun yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus mendengar, menyantuni dan menyampaikan perkhidmatan secara lebih dekat kepada masyarakat.
Pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan turut menyediakan perkhidmatan serta inisiatif bermanfaat kepada komuniti, antaranya Jualan Rahmah, pertukaran topi keledar, khidmat potong rambut percuma serta sesi penyampaian maklumat secara bersemuka yang memperkukuh hubungan dan komunikasi dua hala antara Kerajaan dengan rakyat.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), Kerajaan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berfokuskan rakyat.
#programmadanikita
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysia_pmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Perjalanan menuju Malaysia yang lebih maju bermula dengan sebuah tekad yang dikongsi bersama, memelihara perpaduan, memperkukuh keharmonian dan mengisi kemerdekaan dengan tanggungjawab serta kecintaan kepada tanah air.
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini menjadi titik permulaan kepada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang akan digerakkan ke seluruh negara, menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang dalam satu semangat kenegaraan yang utuh.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", sambutan tahun ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan hasil kemajuan dan pembangunan negara terus dirasai secara adil, inklusif dan menyeluruh oleh setiap lapisan masyarakat, sejajar dengan aspirasi membina Malaysia yang makmur, bersatu dan sejahtera.
Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai inisiatif termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang akan dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan, perpaduan dan kebanggaan negara.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar sebagai warisan sejarah, tetapi sebagai amanah untuk terus mempertahankan keamanan, memperkukuh perpaduan dan memastikan kesejahteraan negara terus dinikmati oleh generasi hari ini dan masa hadapan.
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#bulankebangsaan2026
#hkhm2026
#kibarjalurgemilang
#akukasihmalaysia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.
Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik
Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat.
Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat.
wa.me/60378850523
#pmxai
#malaysiamadani
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya telah menerima kunjungan Pengerusi FELDA yang baharu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir di Putrajaya, semalam.
Dalam pertemuan tersebut saya tegaskan bahawa FELDA mesti terus diperkukuh sebagai institusi yang mengangkat martabat peneroka dan keluarga mereka.
Kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi dan kelestarian FELDA, termasuk memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi generasi baharu.
Saya yakin dengan amanah yang dipikul, saudara Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan FELDA bahkan Kerajaan MADANI akan terus memberikan sokongan penuh demi memastikan institusi rakyat ini terus maju dan kekal relevan untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) diketuai Presidennya, Prof ChM Dr Juan Joon Ching.
Kami bertukar pandangan mengenai usaha membangunkan bakat serta meningkatkan kesiapsiagaan golongan profesional dalam era kecerdasan buatan (AI). Ikhtiar ini penting untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan profesional serantau.
Kerajaan menghargai peranan komuniti profesional sebagai rakan strategik dalam memperkukuh daya saing negara, memacu inovasi dan menjayakan agenda MADANI demi kesejahteraan rakyat.
Saya turut menerima jemputan ke Hari Ikhtisas Malaysia yang mengiktiraf sumbangan golongan profesional kepada pembangunan negara.
Mudah-mudahan kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti profesional akan terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai bakat yang berintegriti, berdaya saing dan memimpin Malaysia ke hadapan.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sewaktu bertemu para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti
Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, saya tekankan bahawa amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.
Masa depan negara bergantung kepada barisan kepimpinan dan perkhidmatan awam yang berwibawa, berprinsip serta mampu mengangkat tatakelola yang baik demi Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Asas kepimpinan bermula dengan sikap untuk tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian sendiri. Inilah semangat itqan fil ’amal yakni menyempurnakan setiap amanah dan pekerjaan sebaik mungkin, sambil terus memperbaiki diri dalam ilmu, akhlak, ibadah, pendekatan mengajar dan mutu kerja.
Seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi menjadi teladan yang sentiasa bersedia belajar, menerima perubahan dan meningkatkan kualiti diri.
Dalam dunia yang berkembang pesat dengan kemajuan digital, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga, guru serta bakal pemimpin perlu berani berinovasi, menguasai kemahiran baharu dan menyesuaikan pedagogi dengan tuntutan semasa.
Pandangan ini saya kongsikan dalam sesi dialog Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai hari ini, dan menzahirkan keyakinan generasi muda memiliki potensi besar untuk memimpin perubahan, namun potensi itu hanya akan dapat direalisasikan melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, kerjasama erat dengan industri serta semangat yang tidak pernah luntur untuk terus mengejar kecemerlangan.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran yang hadir di kediaman saya petang tadi.
Saya mendengar permasalahan yang dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.
Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak Polis.
Isu pertikaian tanah ini akan saya bangkitkan bersama Kerajaan Negeri memandangkan ia berada di bawah bidang kuasa negeri.
Saya memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak memanipulasikan perkara ini sebaliknya diselesaikan secara adil dan berhemah mengikut lunas undang-undang.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri Malam Wartawan Malaysia MPI 2026 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pengamal media yang saban hari menggalas amanah menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat kepada rakyat. Tahniah kepada Sinar Harian atas kejayaan meraih Anugerah Kajai, anugerah kewartawanan tertinggi negara.
Dalam ucapan, saya menyentuh cabaran era kecerdasan buatan (AI) dan ledakan maklumat tanpa sempadan, serta menegaskan bahawa kewartawanan yang berteraskan fakta, integriti dan tanggungjawab semakin mustahak. Teknologi harus dimanfaatkan untuk memperkasa penyampaian maklumat, namun tidak boleh menghakis nilai kemanusiaan, kewarasan pertimbangan serta disiplin semakan yang menjadi asas profesion kewartawanan.
Media yang bebas dan bertanggungjawab mempunyai peranan besar dalam membentuk pemikiran masyarakat, memperkukuh demokrasi serta menyuburkan budaya ilmu dan wacana yang sihat.
Teruslah menjadi suara kebenaran, mempertahankan etika dan menggalas amanah ini dengan berani demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media di Bangkok hari ini, saya berkongsi hasil lawatan kerja bersama delegasi Malaysia ke Thailand, termasuk beberapa pencapaian penting dalam kerjasama dua hala susulan pertemuan dengan PM Paetongtarn Shinawatra semalam.
Antara pencapaian paling bermakna ialah termeterainya perjanjian yang telah lama dinanti-nantikan bagi membolehkan pembinaan Jambatan Persahabatan Rantau Panjang-Sungai Golok, yang akan meningkatkan keterhubungan serta menyuntik nafas baharu kepada ekonomi tempatan di kedua-dua belah sempadan.
Saya turut memaklumkan hasil pertemuan dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam, di mana saya menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan keperluan menghentikan pertempuran dan melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan akses bantuan kemanusiaan yang mendesak kepada rakyat Myanmar.
Saya turut menyatakan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua komuniti yang terjejas, tanpa mengira penjajaran politik mahupun geografi, dan beliau menyatakan komitmen terhadap perkara ini.
Saya turut mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN, yang diketuai Dr Thaksin Shinawatra dan dianggotai tokoh-tokoh kanan serantau, sebelum mengadakan pertemuan maya dengan U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar.
Saya akan membentangkan hasil pertemuan ini kepada rakan-rakan pemimpin ASEAN untuk tindakan selanjutnya. Saya percaya usaha mewujudkan keamanan berpanjangan di Myanmar akan lebih berkesan jika digerakkan di bawah kerangka ASEAN tanpa campur tangan pihak ketiga.
Berakhir sidang media, saya langsung ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Alhamdulillah, meskipun singkat namun lawatan kerja ini telah membuahkan hasil yany cukup bermakna untuk persahabatan erat Malaysia-Thailand dan komuniti ASEAN.
====
At a press conference in Bangkok today, I shared the outcomes of my working visit to Thailand, including key developments in our bilateral cooperation following my meeting with PM Paetongtarn Shinawatra yesterday.
A major milestone was the long-awaited agreement of the Rantau Panjang–Sungai Golok Friendship Bridge. This project will boost cross-border connectivity and breathe new life into local economies on both sides.
I also shared the outcome of my meeting with Senior General Min Aung Hlaing, where I underscored the urgent need to end hostilities and extend the ceasefire to allow humanitarian aid to reach the people of Myanmar. He conveyed his commitment to this effort.
This message was echoed in my engagements with the Informal Advisory Group to the ASEAN Chair, led by Dr Thaksin Shinawatra, and during a virtual meeting with U Mahn Win Khaing Than of the National Unity Government (NUG).
ASEAN must create the conditions for all parties in Myanmar to be heard as peace is not the prerogative of any one faction, and the future of Myanmar must be decided by its people. I will be briefing fellow ASEAN leaders on these efforts, which I believe are best advanced within ASEAN’s framework, free from any interference.
🇲🇾🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I mourn today the passing of a dear friend, Professor John L. Esposito, one of the world’s foremost scholars of Islam. I first came to know John in the early 1970s, and our friendship endured for more than five decades since.
John built the intellectual foundations for a deeper understanding of Islam in the West. His contribution to the cause of Muslim-Christian understanding was enormous. He founded Georgetown’s Centre for Muslim-Christian Understanding, edited the “Oxford Encyclopaedia of the Islamic World,” served as President of the Middle East Studies Association of North America, and co-authored, with John Voll, “Makers of Contemporary Islam,” a study of the diverse and often divergent paths taken by modern Muslim political thought. His more accessible works, from “What Everyone Needs to Know About Islam” to his landmark study with Dalia Mogahed, “Who Speaks for Islam?,” carried that same rigour to a far wider audience, particularly after September 11 when the world badly needed it. He built bridges where others were content to build civilisational barriers.
I will remember John as a formidable scholar, yes, but more than that, as a friend whose counsel I valued over many years. John was as generous in private conversation as he was rigorous on the page. And he stuck with me through thick and thin.
On behalf of Malaysia, I extend my deepest condolences to his beloved wife, Jean, and to John’s family, colleagues and students. May his scholarship and the dialogue he spent his life building continue to bear fruit. He was, to the end, a true friend to the Muslim world.
ANWAR IBRAHIM -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, yang meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.
Mesyuarat membincangkan jangkaan fenomena Super El Niño yang diramal melanda Malaysia bermula November 2026. KPKM diminta segera menyediakan langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya terhadap pengeluaran makanan serta memastikan komuniti petani terus dilindungi.
Mesyuarat juga meneliti isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand. Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan. Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan.
Kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik agar pengeluar tempatan terus berdaya saing, sekali gus memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin demi kesejahteraan rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Tengah hari tadi saya dan Azizah berpeluang meraikan 700 anak-anak pelajar Wilayah Persekutuan daripada keluarga memerlukan, yang menerima sumbangan khas menerusi program A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ERM Foundation atas kemurahan hati dan keprihatinan menjayakan program yang cukup bermakna, sekali gus menyemai kasih sayang dan memberi harapan kepada anak-anak ini.
Anak-anak ini turut diraikan dalam sambutan hari lahir yang penuh keceriaan. Senyuman dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka benar-benar mengusik hati.
Saya titipkan pesan agar anak-anak menggunakan ilmu untuk menjadi manusia yang baik, menghormati guru, kasih pada ibu bapa, keluarga dan sahabat, serta berbakti kepada masyarakat. Ilmu yang kita miliki hanya berharga dan bererti jika dipandu akhlak dan ihsan.
Insya-Allah anak-anak harapan negara ini akan membesar sebagai generasi yang cerdas fikiran juga luhur budinya, dan kelak menerajui masa depan Malaysia dengan ilmu, akhlak dan ihsan. Semoga Allah SWT memelihara dan memberkati setiap langkah perjalanan hidup mereka.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara Bilangan 1 2026 bagi memastikan agenda peralihan tenaga negara terus dilaksanakan secara tersusun dan berimpak berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Setakat Disember lalu, kita telah meningkatkan kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara kepada 31 peratus selaras usaha mengurangkan kebergantungan kepada arang batu. Usaha ini diperkukuh melalui kejayaan Skim CRESS yang kini dilengkapi Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).
Dalam sektor pengangkutan pula, pelaksanaan Biodiesel B15 memacu negara ke arah penggunaan bahan api alternatif yang lebih mampan, dan akan diperkukuh dengan hab biobahan api PETRONAS di Pengerang.
Projek elektrifikasi pengangkutan awam pula berjalan mengikut perancangan, termasuk pengoperasian 250 bas elektrik serta liputan 800 kilometer rangkaian rel. Di Sarawak, Fasa 1 pembangunan hab hidrogen bagi Transit Aliran Automatik (ART) dijadual siap hujung tahun ini.
Tatkala ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan terus mencengkam dunia, Malaysia mesti bersiap siaga untuk menjamin keterjaminan tenaga jangka panjang. Justeru, Kerajaan akan mengkaji keperluan serta strategi untuk mewujudkan stok simpanan petroleum negara sebagai langkah memperkukuh daya tahan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80.
Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.
🇲🇾🇧🇳
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Negeri Sembilan terus melakar satu lagi lembaran penting dalam perjalanan pembangunan negara apabila Projek Midport Smart AI Port di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson dimulakan secara rasmi hari ini. Pelabuhan pintar berteraskan kecerdasan buatan ini bukan sekadar memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara maritim strategik di Selat Melaka, malah menjadi wahana baharu untuk meningkatkan kecekapan logistik, mempercepat urusan perdagangan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Tatkala dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan, Malaysia memilih untuk terus mara dengan memperkukuh daya saing melalui teknologi, pendigitalan dan kerjasama erat antara kerajaan dengan sektor swasta. Inilah ikhtiar yang akan memastikan negara terus berupaya menongkah cabaran global, di samping membuka ruang pelaburan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat, khususnya generasi muda.
Yang lebih utama, manfaat pembangunan mesti dirasai secara lebih seimbang. Sebab itu kita mengangkat kawasan yang selama ini tidak berada di arus perdana pembangunan seperti Linggi dan Port Dickson agar muncul sebagai hab ekonomi baharu yang berdaya saing di rantau ini. Agenda MADANI bukan hanya membina infrastruktur, tetapi membina masa depan yang lebih makmur, inklusif dan berdaya tahan untuk seluruh rakyat Malaysia.
#yakinmadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan kami bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama.
Bicara kami turut menyentuh perkembangan positif dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara tertangguh. Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk terus menyelesaikan apa jua isu yang masih berbangkit melalui rundingan yang konstruktif, berlandaskan semangat saling menghormati dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama.
Kami turut menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat. Inisiatif strategik ini bakal memperkukuh perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Semoga hubungan Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇸🇬
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) petang tadi yang antara lain membincangkan kedudukan semasa keterjaminan makanan negara. Alhamdulillah, bekalan makanan ruji ketika ini stabil dan mencukupi. Keutamaan Kerajaan adalah memastikan bekalan terus terjamin, harga makanan kekal terkawal serta kebajikan pesawah dan pengeluar makanan tempatan dipelihara.
MTEN turut memberikan perhatian kepada pengurusan pelarian yang menjadi perhatian rakyat ketika ini. Pendaftaran pelarian secara lebih teratur sedang dilaksanakan, manakala teknologi dan analitik data akan dimanfaatkan bagi membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram.
Kerajaan MADANI berpendirian tegas bahawa tiada mana-mana pelarian yang kebal daripada tindakan undang-undang, termasuk pemegang kad UNHCR. Pelarian yang melakukan jenayah telah pun diambil tindakan, dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan tanpa kompromi selaras dengan undang-undang negara.
Mesyuarat hari ini turut meneliti langkah memperkukuh daya tahan sektor pembuatan yang sedang berdepan tekanan akibat krisis bekalan global. Antara yang diberi perhatian ialah industri plastik yang menjadi penyokong kepada pelbagai sektor strategik termasuk pembungkusan makanan, elektrik dan elektronik, automotif serta peranti perubatan.
Kerajaan mengambil serius pandangan yang dikemukakan oleh pemain industri. Saya telah mengarahkan MITI bersama Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan libat urus lanjut dengan pihak industri bagi merumuskan penyelesaian yang dapat mengurangkan tekanan kos serta memastikan keseluruhan ekosistem pembuatan negara terus berdaya tahan dalam jangka panjang.
#malaysiamadani
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (ZEB) bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membuka lembaran baharu pertumbuhan yang lebih seimbang dan inklusif.
Semuanya dirancang bagi memperkukuh jaringan perdagangan, logistik dan pelaburan serantau dan pada masa yang sama, kita mahu limpahan manfaat ini turut dirasai masyarakat setempat, khususnya melalui pembangunan perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana di kawasan sempadan.
Inilah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk menjadikan wilayah sempadan sebagai pintu pertumbuhan baharu yang membawa lebih banyak peluang pekerjaan, pelaburan dan kemakmuran kepada rakyat.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, keutamaan Kerajaan adalah memastikan rakyat terus dilindungi melalui bekalan yang mencukupi, harga yang munasabah serta kestabilan pasaran.
Pada masa sama, sokongan kepada industri dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) terus diperkukuh, di samping mempelbagaikan sumber bekalan negara bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada satu saluran sahaja.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 𝐋𝐎𝐆𝐎, 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐎𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐀 𝐊𝐄-𝟑𝟒 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟏𝟒
PUTRAJAYA, 13 Julai 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, telah menghadiri Majlis Peluncuran Logo, Maskot dan Tema Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Malaysia 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari di IOI Putrajaya.
Peluncuran logo, maskot dan tema rasmi ini menjadi detik penting dalam persiapan Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar Asia Tenggara. Ia melambangkan aspirasi negara untuk menganjurkan temasya bertaraf antarabangsa yang berteraskan semangat perpaduan, kecemerlangan dan kebersamaan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Penganjuran Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 dijangka menghimpunkan ribuan atlet, pegawai dan kontinjen dari seluruh rantau, sekali gus memperkukuh hubungan serantau melalui semangat kesukanan serta memperlihatkan keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah yang berwibawa di pentas antarabangsa.
Majlis ini turut menyemarakkan semangat rakyat menjelang temasya berprestij tersebut, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa pembangunan sukan sebagai wadah penyatuan rakyat, pembangunan bakat dan pengukuhan imej Malaysia di persada dunia.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi ke atas tamu kenegaraan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara.
Saya kemudiannya menyertai Seri Paduka Baginda dalam pertemuan bersama Presiden Tharman serta delegasi Singapura, sebelum Baginda Tuanku meraikan delegasi dalam Majlis Jamuan Negara.
Semoga hubungan istimewa Malaysia-Singapura akan terus diperkukuh demi kemakmuran rakyat dan negara.
🇲🇾🇸🇬
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
PORT DICKSON, 12 Julai 2026 – Usaha membina sebuah negara yang kukuh tidak hanya bergantung kepada dasar yang dirangka, tetapi turut diperkasakan melalui penghayatan nilai kenegaraan dalam kalangan rakyat.
Seiring aspirasi Malaysia MADANI, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, menghadiri Program MADANI KITA anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, di Dewan Orang Ramai Linggi.
Program ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh semangat kenegaraan, memantapkan perpaduan serta mengeratkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pendekatan yang inklusif dan berteraskan nilai Malaysia MADANI.
Pelbagai pengisian yang melibatkan perkongsian ilmu, interaksi bersama komuniti dan aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman terhadap agenda pembangunan negara, sekali gus menyemai nilai tanggungjawab, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air sebagai asas kepada pembinaan sebuah Malaysia yang lebih maju, bersatu dan sejahtera.
Memperkukuh semangat kenegaraan. Memperteguh perpaduan. Meneruskan agenda Malaysia MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
Kepimpinan yang dekat, aspirasi yang disatukan.
Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kebersamaan antara kepimpinan tertinggi dan penjawat awam sebagai pemacu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
Berteraskan perkongsian aspirasi, pengukuhan nilai serta semangat kebersamaan, program ini memperteguh iltizam untuk membina perkhidmatan awam yang lebih tangkas, berintegriti dan berprestasi tinggi demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#rancakkanmadani
#madanibekerja
#arpa
@malaysiapmo
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈
KEMAMAN, 12 Julai 2026 – Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bukan sekadar suatu dasar, tetapi komitmen berterusan untuk membina sebuah perkhidmatan awam yang lebih tangkas, berintegriti dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.
Menerusi Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Timur, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, menzahirkan keyakinan bahawa kekuatan sebenar perkhidmatan awam terletak pada kesatuan tekad, budaya kerja yang cemerlang serta kesediaan seluruh warga untuk terus menyesuaikan diri dengan keperluan negara yang sentiasa berkembang.
Di wilayah Pantai Timur yang terkenal dengan nilai muafakat, ketahanan dan semangat gotong-royong, warga perkhidmatan awam terus memainkan peranan penting sebagai penggerak dasar serta pemudah cara pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Lebih daripada sebuah pertemuan, sesi ini mencerminkan pendekatan kepimpinan yang mengutamakan keterbukaan, mendengar pandangan dan memperkukuh kebersamaan sebagai asas mempercepat pelaksanaan reformasi. Inilah iltizam yang akan terus memacu sebuah perkhidmatan awam berprestasi tinggi, berdaya saing dan diyakini rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kunjungan Kenegaraan PM Anutin
Charnvirakul ke Malaysia membuka lembaran baharu dalam hubungan yang sekian lama terjalin antara dua negara sahabat.
Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh kerjasama selain bertekad mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dipersetujui agar manfaatnya dapat dirasai rakyat kedua-dua negara.
Semoga hubungan Malaysia–Thailand terus mekar sebagai sebuah perkongsian yang kukuh, stabil dan saling menguntungkan, demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan serantau.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semoga pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand ini membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, hari ini sekali lagi ketemu PM Anutin bagi menyempurnakan pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.
Sejarah telah lama mengikat bumi Malaysia dan Thailand. Ahli geografi Yunani, Ptolemy, pernah menggambarkan wilayah ini sebagai Golden Peninsula, manakala para pedagang silam mengenalinya sebagai Suvarnabhumi, bumi emas yang menjadi nadi perdagangan dan pertemuan tamadun. Berabad kemudian, penyair Inggeris John Milton turut menyebutnya sebagai Golden Chersonese.
Pembukaan jajaran baharu ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk memperkukuh kesalinghubungan, mempercepat aliran perdagangan dan memudah cara pergerakan rakyat.
Sebagai pintu masuk perdagangan darat paling sibuk antara Malaysia dan Thailand, setiap penambahbaikan di Bukit Kayu Hitam–Sadao membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat.
Pertemuan ini turut membuahkan hasil apabila Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Khas Sempadan, menyelesaikan isu-isu teknikal yang tertangguh serta memperkukuh komitmen mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai USD30 bilion menjelang 2027.
Limpahan manfaatnya bukan hanya di kawasan sempadan, malah akan merancakkan pertumbuhan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan serta peluang pekerjaan.
Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang memastikan setiap hubungan strategik diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
Insya-Allah, Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh hubungan demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈 :𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀
Demokrasi yang kukuh bermula dengan penyertaan rakyat.
Tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16, 11 Julai 2026 (Sabtu).
Setiap undi adalah amanah. Setiap suara membawa harapan dan menjadi sebahagian daripada penentu arah tuju pembangunan negeri serta masa depan bersama.
Marilah kita bersama-sama menzahirkan komitmen terhadap nilai demokrasi, memilih dengan bijak dan memperkukuh aspirasi ke arah Johor yang lebih maju, sejahtera dan bersatu.
Buat semakan awal maklumat pengundian anda melalui portal rasmi mysprsemak.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak.
Semak maklumat pengundian. Rancang perjalanan. Tunaikan tanggungjawab.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah.
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
"𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈. 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇. 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐉𝐏𝐌."
Maklumat yang sahih bermula daripada sumber yang rasmi.
Ikuti saluran media sosial rasmi Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai dasar kerajaan, pengumuman rasmi, inisiatif MADANI, program nasional serta pelbagai informasi yang memberi manfaat kepada rakyat.
Ikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp Channel, YouTube dan X.
Imbas kod QR sekarang untuk memastikan anda sentiasa menerima maklumat yang tepat, pantas dan dipercayai.
Kekal berinformasi. Kekal bersama saluran rasmi Jabatan Perdana Menteri.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pendekatan konvensional semata-mata tidak lagi memadai untuk menangkis ancaman baharu yang semakin kompleks, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang berkembang begitu pantas.
Atas sebab itu, kita mesti memperkukuh keupayaan negara bukan sahaja melalui teknologi dan sistem keselamatan yang lebih canggih, malah dengan melahirkan bakat serta generasi muda yang celik digital, berkemahiran tinggi dan memahami cabaran keselamatan masa hadapan.
Keselamatan negara bukan sekadar tanggungjawab agensi penguatkuasaan kerana ia adalah amanah bersama yang menuntut kesedaran serta peranan setiap rakyat, setiap keluarga dan setiap komuniti. Apabila budaya berwaspada dan bertanggungjawab dipupuk di setiap rumah, maka benteng pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh.
Justeru ketikamerasmikan Program Bulan Keselamatan Negara 2026 dan National Cyber Security Summit (NCSS) 2026, saya tekankan bahawa Malaysia perlu bersedia mendepani landskap ancaman baharu dengan ilmu, teknologi, inovasi dan semangat kebersamaan demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menerima kunjungan rasmi TYT Anutin Charnvirakul, Perdana Menteri Thailand, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Pertemuan dua hala tersebut mencerminkan iltizam berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan erat Malaysia–Thailand yang sekian lama terjalin, selain memperluas kerjasama strategik dalam bidang perdagangan dan pelaburan, keterhubungan sempadan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan serta hubungan antara rakyat.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk usaha memperkukuh peranan ASEAN sebagai wadah utama dalam memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau, di samping memastikan rantau ini kekal berdaya tahan, inklusif dan berpaksikan kepentingan bersama.
Lawatan rasmi ini memperkukuh lagi hubungan persahabatan Malaysia–Thailand serta mencerminkan komitmen bersama dalam meneroka peluang kerjasama yang lebih strategik demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan kedua-dua negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀
SEPANG, 9 Julai 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul, yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Istiadat sambutan rasmi tersebut menandakan permulaan lawatan rasmi TYT Anutin Charnvirakul ke Malaysia, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan diplomatik serta kerjasama strategik yang terus diperkukuh antara Malaysia dan Thailand sebagai dua negara jiran yang berkongsi aspirasi ke arah kemakmuran dan kestabilan serantau.
Lawatan rasmi ini turut menjadi wadah penting untuk memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, di samping meneroka peluang baharu yang mampu memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan pembangunan sempadan. Komitmen berterusan kedua-dua negara ini mencerminkan iltizam bersama dalam memacu pertumbuhan yang inklusif, memperkukuh perpaduan serantau serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
JPM kekal komited menyokong segala usaha memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Thailand, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mempertingkat kerjasama serantau yang mampan, progresif dan saling menguntungkan.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
@malaysiapmo
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam sidang media bersama, kami menzahirkan kesepakatan untuk terus memperkukuh dan merealisasikan segala bentuk kerjasama yang telah dipersetujui, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan tekad bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Thailand.
Saya dan PM Anutin turut mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian sebagai langkah penting untuk memperkukuh perdagangan dua hala, menjamin keterjaminan bekalan makanan serta memperluas kerjasama dalam sektor pertanian.
Segala kesepakatan yang dicapai di peringkat tertinggi ini harus disusuli dengan tindakan yang tersusun oleh kementerian dan agensi berkaitan agar setiap inisiatif dapat direalisasikan dengan berkesan.
Insya-Allah, saya menantikan Rundingan Tahunan Malaysia–Thailand yang akan datang di Thailand bagi memastikan momentum kerjasama strategik ini terus diperkukuh, diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, dan membawa manfaat yang lebih besar kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Meraikan ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dalam majlis sambutan rasmi di Kompleks Bunga Raya dan Perdana Putra sempena lawatan beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini.
Lawatan rasmi ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026, atas jemputan saya.
Kunjungan ini mencerminkan keakraban hubungan Malaysia dan Thailand yang telah lama terjalin, di samping membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan PM Anutin kemudian mengadakan pertemuan empat mata di Bangunan Perdana Putra sebelum mempengerusikan mesyuarat dua hala bersama delegasi kedua-dua negara.
Pertemuan ini memperteguh persahabatan yang sekian lama terjalin serta komitmen Malaysia dan Thailand untuk terus memperkukuh Perkongsian Strategik demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kedua-dua negara.
Perbincangan tertumpu kepada kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi perdagangan dan pelaburan, pembangunan sempadan, keselamatan, pertanian dan keterjaminan makanan, pelancongan, industri halal serta industri semikonduktor.
Kami memberi penekanan kepada usaha mempercepat pelaksanaan projek-projek kesalinghubungan serantau, termasuk ASEAN Power Grid, serta memperkukuh kesalinghubungan di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok demi memudah cara pergerakan rakyat dan merancakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan.
Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dipersetujui melalui mekanisme kerjasama sedia ada agar manfaatnya dapat segera dirasai oleh rakyat kedua-dua negara.
PM Anutin juga merakamkan penghargaan atas peranan aktif Malaysia dalam membantu menggalakkan dialog dan usaha damai di rantau ini, termasuk sokongan terhadap proses perdamaian antara Thailand dan Kemboja.
Kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau, termasuk perkembangan di Myanmar serta usaha mengekalkan keamanan di selatan Thailand, berlandaskan semangat ASEAN yang sentiasa mengutamakan dialog, persefahaman dan penyelesaian secara damai.
Hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh berteraskan semangat saling menghormati, kepercayaan dan iltizam untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ini.
🇲🇾🤝🇹🇭
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya berpeluang bertemu 22 orang pemimpin muda dari 12 negara yang sedang menghadiri AZM Global Leaders Kuala Lumpur Summit 2026 di Putrajaya petang ini.
Saya berkongsi pandangan cabaran kepimpinan dalam jamak budaya dan latarbelakang harus disandarkan kepada hikmah, kebijaksanaan dan kesabaran.
Pemimpin juga harus terus belajar dan berasimilasi dengan pendekatan baru tanpa meninggalkan asas penting seperti kepercayaan, nilai dan akhlak.
Saya doakan agar pengasas projek ini Muna AbuSulayman, bersama anak muda yang terpilih terus diberi kekuatan menyempurnakan ikhtiar ini dalam membina jaringan awal merentas negara dan latarbelakang untuk kepentingan bersama akan datang.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya merakamkan penghargaan kepada industri perbankan yang menyahut saranan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keterangkuman kewangan melalui beberapa langkah, termasuk pengenalan Kad Kredit Asas dan pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank mulai 1 Julai 2026.
Kad Kredit Asas akan memberi pilihan kredit yang lebih ringkas, berpatutan dan bertanggungjawab kepada rakyat, manakala pemansuhan caj ATM melibatkan lebih 14,000 ATM di seluruh negara.
Kad Kredit Asas ini memberi keutamaan kepada kos pembiayaan yang lebih rendah ketimbang ganjaran gaya hidup, dengan kadar pembiayaan dihadkan pada 14% setahun ketimbang had tertinggi 18% setahun pada masa ini. Had kredit juga ditetapkan pada paras lebih terkawal bagi menggalakkan penggunaan kredit secara berhemat.
Bagi peminjam dan PMKS yang terkesan akibat krisis bekalan global dan konflik di Asia Barat, bank-bank turut menyediakan bantuan bersasar termasuk penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman, pengurangan ansuran serta pelanjutan tempoh pinjaman.
Setakat ini, lebih RM4.7 bilion pembiayaan telah diproses melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman, manakala kira-kira RM1 bilion telah diluluskan kepada sekitar 1,500 peminjam PKS melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS.
Kerajaan MADANI akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan industri perbankan bagi memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan berpihak kepada rakyat.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat daripada Presiden Global Kejayaan Pelanggan SAP bagi Eropah, APAC, Timur Tengah dan Afrika, Emanuelle (Manos) Raptopoulos, yang mewakili SAP, peneraju global dalam aplikasi perusahaan dan kecerdasan buatan (AI), serta rakan strategik dalam memacu transformasi digital dan pembangunan bakat di Malaysia.
Dalam pertemuan ini, kami membincangkan potensi kerjasama yang lebih erat bagi memperkukuh penggunaan teknologi digital, meningkatkan kecekapan sektor awam dan swasta serta melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi, khususnya dalam kalangan belia dan bakal graduan.
Saya percaya kerjasama strategik antara kerajaan dan syarikat teknologi global seperti SAP mampu mempercepat agenda transformasi digital negara, sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 yang saya pengerusikan hari ini, kami meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh komitmen Malaysia terhadap agenda perubahan iklim selaras dengan Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).
Saya turut menegaskan kepentingan libat urus yang lebih menyeluruh bersama Kerajaan Negeri agar setiap dasar dan strategi dirangka secara inklusif, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa dan peranan negeri.
Kerajaan MADANI kekal fokus dalam memastikan agenda pembangunan negara bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Luar Negara, Majlis Kebangsaan Persekutuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Ali Rashid Al Nuaimi, petang tadi.
Saya menghargai komitmen UAE untuk terus memperkukuh hubungan erat dengan Malaysia, khususnya dalam meneroka bidang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara.
Dalam pertemuan ini, kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik semasa, termasuk berhubung konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran serta implikasinya terhadap rantau ini.
Kami juga menyentuh mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam sektor pertahanan dan tadbir urus.
Saya menyambut baik perkongsian pengalaman UAE yang mewajibkan para menteri serta pengurusan tertinggi kerajaan mengikuti latihan AI bagi memastikan kepimpinan sentiasa bersedia mendepani perubahan teknologi yang semakin pesat.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan UAE demi manfaat bersama serta menyumbang kepada kes manan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐍𝐉𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐔𝐏𝐀 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
Merujuk kepada dakwaan berhubung penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) ingin menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah aset sedia ada milik BIUPA dan bukan kenderaan rasmi baharu YAB Perdana Menteri.
Kenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri sempena lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa.
Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.
Kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh YAB Perdana Menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kenderaan rasmi YAB Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan.
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐑𝐓 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌?
Setiap perjalanan membawa pengalaman yang berbeza, namun matlamatnya tetap sama pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan diyakini oleh rakyat.
Saksikan perkongsian pengalaman sebenar daripada pengguna Laluan LRT Shah Alam yang kini menikmati perjalanan harian yang lebih lancar menerusi rangkaian pengangkutan moden berserta kemudahan sokongan yang dirancang bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan aksesibiliti kepada semua lapisan masyarakat.
Pandangan yang dikongsikan mencerminkan impak pelaksanaan inisiatif kerajaan dalam memperkukuh sistem mobiliti negara, sekali gus memperluas akses rakyat kepada pengangkutan awam yang berkualiti, mampan dan berdaya saing.
Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, pembangunan infrastruktur pengangkutan terus diperkasakan sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup, pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat melalui sistem mobiliti yang lebih bersepadu, efisien dan inklusif.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia beri penghormatan terakhir kepada Khamenei
www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2576513
#bernamanews -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Iran Embassy In Malaysia
@iraninmalaysia
Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Malaysia's Minister of Agriculture and Food Security, attended the funeral ceremony of the martyred Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran and paid his respects.
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Setiap pagi, perjalanan mereka bermula dari destinasi yang berbeza.
Seorang memulakan perjalanan dari Glenmarie. Seorang lagi dari Jambatan Kota. Manakala seorang lagi dari Andalas.
Tiga laluan, tiga kisah, namun satu destinasi yang sama iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Pengoperasian LRT3 Shah Alam Line membuka dimensi baharu mobiliti bandar dengan menyediakan akses pengangkutan awam yang lebih pantas, selesa dan lancar, sekali gus memudahkan warga kampus serta masyarakat menuju destinasi harian mereka.
Lebih daripada sekadar menghubungkan stesen, LRT3 menghubungkan peluang, memperkukuh keterhubungan komuniti dan menyokong pembangunan bandar yang lebih mampan demi kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇, 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑
SHAH ALAM, 2 Julai 2026 – Di sebalik kesibukan rutin harian warga kota, pengoperasian LRT Laluan Shah Alam membuka lembaran baharu dalam landskap pengangkutan awam negara dengan menawarkan perjalanan yang lebih mudah, selesa, pantas dan efisien.
Menerusi inisiatif tambang percuma selama sebulan, orang ramai berpeluang menikmati pengalaman menggunakan sistem pengangkutan awam moden dan bersepadu tanpa sebarang bayaran. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan kos perjalanan harian, malah menggalakkan lebih ramai rakyat beralih kepada pengangkutan awam sebagai pilihan mobiliti yang lebih lestari.
Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, kemudahan tambang percuma bagi LRT Laluan Shah Alam bersama perkhidmatan bas perantara Rapid KL ditawarkan mulai 29 Jun hingga 31 Julai 2026. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan aksesibiliti, memperkasa rangkaian pengangkutan awam serta menghargai sokongan berterusan rakyat terhadap penggunaan pengangkutan awam.
Ayuh manfaatkan peluang ini dan jadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama ke arah mobiliti bandar yang lebih cekap, selamat dan mampan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Penyediaan perumahan penjawat awam kekal menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan anggota perkhidmatan awam.
Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tertinggi Perumahan Penjawat Awam Malaysia (JKT PPAM) Kali Ke-12 Bilangan 2 Tahun 2026 bagi memperkemas dasar dan meneliti permohonan yang benar-benar menepati aspirasi MADANI.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 bagi meneliti hala tuju pendidikan negara merangkumi pendidikan sekolah dan pengajian tinggi.
Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan di peringkat daerah, memperkasa agenda pendidikan Bumiputera serta membina hala tuju bakat STEM demi memenuhi keperluan masa hadapan negara.
Saya menegaskan bahawa Majlis Pendidikan Negara diwujudkan bukan sekadar untuk membuat penyesuaian, tetapi memacu perubahan yang berani dan bermakna agar sistem pendidikan kita kekal relevan dengan tuntutan zaman termasuk penambahbaikan kandungan dan kurikulum, di samping memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tanpa mengabaikan nilai, budaya, bahasa kebangsaan dan akhlak yang menjadi teras Malaysia MADANI.
Pendidikan negara perlu dinilai secara objektif, berpandukan pandangan serta kepakaran pelbagai pihak, agar setiap langkah yang diambil benar-benar mempersiapkan generasi masa hadapan.
Budaya berpuas hati dengan sistem sedia ada tidak boleh menghalang kemajuan dan yang lebih penting ialah kesediaan untuk berubah, berani melakukan pembaharuan dan terus mengangkat mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
📢 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈: 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan baharu dilaksanakan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, meningkatkan tahap keselamatan, memperluas manfaat kebajikan serta memperkemas sistem penyampaian kepada rakyat.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
✅ Pasport Malaysia Baharu
Pasport Malaysia dengan reka bentuk baharu serta 94 ciri keselamatan berteknologi tinggi mula dikeluarkan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan dokumen perjalanan negara.
⛽ Mekanisme Baharu Diesel Bersubsidi (BUDI MADANI)
Individu yang layak kini boleh menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.10 seliter, tertakluk kepada syarat kelayakan dan kuota yang ditetapkan.
📚 Baucar Buku MADANI
Baucar buku bernilai RM100 mula dimanfaatkan oleh kira-kira 2.2 juta pelajar bagi menggalakkan budaya membaca serta memperkukuh ekosistem ilmu negara.
🏧 Pemansuhan Caj Pengeluaran Tunai Antara Bank
Pengguna kad debit tempatan kini boleh membuat pengeluaran tunai di ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 bagi transaksi antara bank.
💻 Pendigitalan Urusan KWSP
Semua pembayaran caruman KWSP dilaksanakan sepenuhnya melalui saluran digital seperti i-Akaun atau ejen yang dilantik, selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
📌 Orang ramai disarankan untuk merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan setiap perubahan ini dimanfaatkan sepenuhnya.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Usai sesi soal jawab di Dewan Rakyat, saya langsung ke lobi Parlimen dan meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu yang akan mula berkuat kuasa esok.
Pasport baharu ini dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan yang memenuhi piawaian antarabangsa bagi memastikan dokumen perjalanan negara kekal selamat serta terus diyakini di peringkat antarabangsa.
Pembaharuan ini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh reformasi perkhidmatan awam serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, di samping memperkukuh keyakinan dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang cekap, progresif dan berwibawa.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀!
Ingatlah bahawa pengiktirafan ini bukan noktah. Ia adalah
amanah baharu. Projek yang berjaya mesti diperluas. Amalan yang berkesan mesti dikongsi dan proses kerja yang masih membebankan mesti terus diperbaiki.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Menghadiri majlis pembukaan 39th Asia Pacific Roundtable anjuran Institute of Strategic & International Studies (ISIS) di Kuala Lumpur malam ini.
Dalam hambatan geopolitik yang tidak menentu, negara yang bijak mencatur kedudukannya di pentas dunia, akan mampu bertahan dan kekal memiliki kelebihan persaingan berbanding yang lain.
Malaysia membuktikan bahawa kesungguhan warganya, komitmen dan kebijaksanaan kepimpinannya, serta keupayaan perkhidmatan awam, swasta dan NGO nya berjaya melonjakkan kedudukan negara dalam Indeks Daya Saing Negara di kedudukan ke-15 terbaik.
Semoga sesi ini pada akhirnya akan membuahkan hasil dan idea baharu ke arah melonjakkan kedudukan Malaysia yang lebih megah di peta global.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
LRT LALUAN SHAH ALAM | Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam berjaya merekodkan 58,865 penumpang pada hari pertama operasinya semalam, jauh melepasi jangkaan awal sebanyak 10,000 pengguna.
#buletintv3 #lrt3 #lepasijangkaanawal #lrtshahalam -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
📢 Penambahbaikan BUDI MADANI mulai 1 Julai 2026
Penerima yang layak boleh menikmati satu peruntukan gabungan sehingga 300 liter sebulan untuk pembelian RON95 pada RM1.99 seliter dan Diesel pada RM2.10 seliter. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Semak kelayakan atau baki terkini di:
🌐 sara.gov.my
📱 Aplikasi MyKasih
#belanjawan2026 #madanibekerja #yakinmadani #malaysiamadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
SARA Bulanan dikreditkan melalui MyKad Bermula 1 Julai 2026 🩵
Lebih menarik, penerima SARA boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli lebih 140,000 pilihan barangan keperluan asas 🛒 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
Mulai 1 Julai, anda boleh mula membeli bahan api bersubsidi menggunakan MyKad✨
🔗 Info lanjut:
www.budimadani.gov.my
#budimadani #malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈
PUTRAJAYA, 29 Jun 2026 – Reformasi bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa pantas, cekap dan berorientasikan keperluan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
PUTRAJAYA, 29 Jun 2026 – Reformasi bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa pantas, cekap dan berorientasikan keperluan rakyat.
Selaras dengan aspirasi tersebut, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB): "Reformasi Satu Kemestian" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Majlis ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan untuk memperkukuh reformasi sektor awam dengan mengiktiraf kementerian, agensi, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta pasukan pelaksana yang berjaya menerjemahkan agenda Reformasi Kerenah Birokrasi kepada penyelesaian yang lebih pantas, proses yang lebih mudah dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Hakikatnya, reformasi bukan sekadar mengurangkan kerenah atau memendekkan prosedur. Reformasi sebenar ialah keberanian mengubah cara bekerja, mempercepat keputusan, menghapuskan halangan yang tidak lagi relevan serta memastikan setiap dasar dan perkhidmatan memberi nilai tambah yang dapat dirasai oleh rakyat dan komuniti perniagaan.
Majlis turut menyaksikan pengiktirafan kepada projek-projek reformasi yang telah mencetuskan impak positif dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebanyak 14 Projek RKB Berimpak Tinggi, 86 Projek RKB Berpotensi Tinggi, 12 penerima Kategori Pencapaian Bilangan Projek RKB Siap Tertinggi serta tiga penerima Anugerah Khas RKB telah menerima penghargaan atas komitmen, inovasi dan kecemerlangan dalam memacu perubahan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh kementerian, agensi, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk terus memperkukuh budaya inovasi dan reformasi, sekali gus mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, berintegriti dan berpaksikan rakyat.
Reformasi yang berjaya bukan diukur melalui banyaknya dasar yang digubal, tetapi melalui perubahan yang benar-benar dirasai manfaatnya oleh rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya meluncurkan BAKAT MADANI di Sendayan, Negeri Sembilan, satu ikhtiar nasional yang digerakkan bersama GLIC, GLC dan PETRONAS bagi membuka peluang kepada 25,000 anak muda serta penerima manfaat sepanjang 2026 hingga 2027.
BAKAT MADANI bukan sekadar membuka ruang latihan dan pekerjaan, tetapi memastikan setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang yang adil untuk mengembangkan potensi dan membina kehidupan yang lebih bermaruah.
Kita sedar tidak semua bermula dari titik yang sama. Justeru, tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah memperluas akses, memperkasa bakat dan memastikan tiada yang tercicir daripada arus kemajuan.
Terima kasih kepada semua rakan strategik yang bersama menjayakan ikhtiar ini. Semoga BAKAT MADANI menjadi pemangkin melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan yakin membina masa depan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#ekonomimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
📌PM @anwaribrahim hari ini lancar Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030)
📌Tujuh teras strategik MD2030 digerakkan melibatkan pelbagai kementerian sebagai pendekatan holistik kerajaan
📌MD2030 sasar 30 peratus kepada KDNK, 500,000 peluang pekerjaan dan RM4.5 bilion penjimatan sektor awam melalui pendigitalan
- Kementerian Digital
#bernamanews #md2030 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Berita Harian
@bharianmy
LRT3 Shah Alam dijangka catat 10,000 penumpang pada hari pertama operasi
#bhnasional Kekerapan tren ketika waktu puncak dikekalkan sekitar lapan minit tanpa sebarang isu teknikal yang serius.
www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/06/1579702/lrt3-s… -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam ketika tinjauan Bernama Radio pagi tadi.
📸 Haqim Hasjuraidi & Amer Hakemi | BERNAMA Radio -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Astro AWANI
@501Awani
Laluan LRT Shah Alam dijangka merekodkan antara 5,000 hingga 10,000 penumpang pada hari pertama operasinya, sekali gus disifatkan sebagai permulaan yang memberangsangkan bagi laluan baharu itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, berkata jumlah tersebut dianggap satu pencapaian yang baik memandangkan hari ini merupakan hari pertama perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.
📸: Astro AWANI/Shahir Omar
#awaninews -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Malaysia Negara AI menjelang 2030 adalah matlamat Malaysia Digital 2030 yang diluncurkan pagi ini oleh YAB Perdana Menteri.
Terdahulu, saya hadir sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan dalam Mesyuarat Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 (MED4IR) yang turut dipengerusikan oleh beliau.
Fokus hari ini kepada inisiatif MyDigital ID, MyGov serta peluasan akses digital di peringkat institusi pengajian tinggi negara. Mesyurat turut setuju dengan usaha membangunkan bakat digital yang lebih komprehensif melalui MyMAHIR National AI Council for Industry.
Saya turut memaklumkan mesyuarat bahawa pelaksanaan inisiatif paperless telah berjaya menjimatkan 116,405 rim kertas melibatkan penjimatan kos sebanyak RM1.99 juta.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), sebelum menyempurnakan peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030): Ke Arah Negara AI.
MD2030 ialah ikhtiar strategik negara untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi era kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data, sekali gus memperkukuh daya tahan Malaysia dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik serta persaingan ekonomi digital global.
Keutamaan kita adalah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan serta memacu Malaysia ke arah sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030.
Dalam mesyuarat ini, saya turut menegaskan bahawa perkhidmatan digital Kerajaan perlu dibangunkan secara dalaman di bawah penyelarasan Kementerian Digital menerusi Jabatan Digital Negara.
Ini penting untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan data negara, mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar serta membangunkan kepakaran digital sektor awam.
Insya-Allah dengan iltizam seluruh jentera Kerajaan MADANI, MD2030 akan menjadi agenda nasional yang mengubah cara kita bekerja, berkhidmat dan membina masa depan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀! 𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌
Mulai 29 Jun hingga 31 Julai 2026, nikmati perjalanan tanpa bayaran di Laluan Shah Alam, termasuk:
🚆 Tren Laluan Shah Alam
🚌 Bas Perantara Laluan Shah Alam
🅿️ Kemudahan Park N' Ride di lokasi terpilih
Inisiatif ini memudahkan perjalanan harian anda di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan lestari.
𝘛𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵. 𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘱𝘪𝘥 𝘒𝘓 𝘖𝘯-𝘋𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Kejayaan pengurusan bencana bukan sahaja bergantung pada perancangan yang rapi, malah memerlukan kepimpinan yang responsif, penyelarasan yang mantap serta tindakan pantas di lapangan. Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, negara akan sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana demi melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan rakyat
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
BATU PAHAT, 28 Jun 2026 – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi bencana terus diperkasakan menerusi Majlis Peluncuran dan Simulasi Pengurusan Operasi Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SK Seri Medan bertemakan "Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama", yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Bencana Negara, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini semalam.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pengurusan bencana yang berkesan bermula dengan tadbir urus yang cekap, tersusun dan bersifat hands-on, sekali gus memastikan setiap tindakan dapat dilaksanakan secara pantas, teratur dan berkesan apabila berlaku sesuatu bencana.
Beliau turut menekankan bahawa aspek kesiapsiagaan perlu sentiasa diberi keutamaan sebagai langkah awal bagi menjamin keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
PPKB SK Seri Medan berkeupayaan menempatkan sehingga 500 mangsa banjir pada satu-satu masa. Selain berfungsi sebagai pusat perlindungan ketika bencana, kemudahan ini juga akan dimanfaatkan sebagai pusat aktiviti komuniti setempat, sekali gus mengoptimumkan penggunaan fasiliti demi manfaat masyarakat.
Pada majlis yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan, agensi penyelamat, pasukan keselamatan serta para sukarelawan, termasuk Southern Volunteers Johor, atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam membantu mangsa bencana tanpa mengira waktu demi kesejahteraan warga Johor.
Peluncuran PPKB SK Seri Medan yang disertai simulasi pengurusan operasi ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem pengurusan bencana negara melalui pendekatan yang lebih proaktif, bersepadu dan berorientasikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Berita RTM
@beritartm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di koridor berkenaan yang merupakan antara laluan paling sibuk di negara ini.
berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senara… -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA RADIO
@Bernama_Radio
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki tren LRT3 dari stesen Seri Andalas ke stesen Johan Setia yang mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit bagi menyempurnakan majlis pelancaran laluan Shah Alam.
Turut mengiringi Perdana Menteri dalam perjalanan berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Turut hadir Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tan Sri Mohd Nasir Ahmad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Amir Hamdan.
Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia merangkumi 20 stesen baharu dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di sepanjang jajaran itu.
#bernamanews
#videobernama
#lrt3 #shahalam
📸VideoBERNAMA -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Buletin TV3
@BuletinTV3
Kerajaan mengumumkan pemberian tambang percuma bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam selama sebulan, bermula esok hingga 31 Julai depan.
#buletintv3 #lrt #pm #prasarana #anwar -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Rapid KL
@myrapidkl
Selamat datang ke Laluan Shah Alam. Pengalaman perjalanan baharu buat anda.
#rapidkl -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Menghadiri Majlis Peluncuran LRT Laluan Shah Alam yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri hari ini.
Satu penghargaan besar buat rakyat apabila YAB PM mengumumkan tambang LRT dan bas perantara Laluan Shah Alam adalah PERCUMA selama 1 bulan bermula esok.
Semoga mod pengangkutan terbaharu ini akan memberi kemudahan kepada lebih 2 juta rakyat malaysia, menjadi pemangkin kepada kelancaran mobiliti masyarakat setempat, sekali gus memacu produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ask Rapid KL
@askrapidkl
🎉 Nikmati tambang percuma di #laluanshahalam !
Naik tren, Bas Perantara LRT dan gunakan kemudahan Park N' Ride Laluan Shah Alam secara percuma dari 29 Jun hingga 31 Julai 2026.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tidak termasuk perkhidmatan Rapid KL On-Demand. #rapidkl -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Burung merpati terbang sekawan,
Datang kenari iring ke selat,
LRT laluan Shah Alam kini dilancarkan,
30 hari tambang percuma dinikmati rakyat.
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam hari ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara yang lebih moden, cekap dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat.
Projek ini bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah membawa limpahan manfaat yang besar kepada jutaan penduduk di sepanjang jajaran.
Dengan perjalanan yang lebih pantas, selesa dan boleh dipercayai, rakyat dapat menjimatkan masa serta kos perjalanan harian, di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.
Pada masa yang sama, LRT3 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui pembangunan berorientasikan transit (TOD), yang akan merangsang pelaburan baharu, memperluas peluang perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan daya saing kawasan-kawasan yang dihubungkan oleh laluan ini.
Jaringan pengangkutan yang lebih baik juga membuka akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan, institusi pendidikan, kemudahan kesihatan dan pelbagai perkhidmatan penting, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh dan saksama.
Justeru sewaktu merasmikan LRT3 Laluan Shah Alam hari ini, saya tekankan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan pembangunan yang berteraskan keperluan rakyat, memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta memastikan kemajuan yang dikecapi memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat, hari ini dan untuk generasi akan datang.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Rapid KL
@myrapidkl
Dari stesen ke destinasi anda, perjalanan anda lebih mudah dan lebih jimat
Perkhidmatan bas perantara dan van Rapid KL On-Demand bagi Laluan Shah Alam sedia menghubungkan anda ke destinasi yang dituju.
#jomnaikbas #rapidkl -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
🎉 Mulai 27 sehingga 30 Jun 2026, rakyat yang layak di Semenanjung Malaysia boleh mendapatkan harga diesel RM2.15 seliter dengan MyKad!
🔗 Info lanjut:
budimadani.gov.my
#budimadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya berpeluang hadir ke Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie Tahun 2026 di Putrajaya yang mengumpulkan para hakim, peguam syarie dan seluruh pemegang taruh yang berada dalam ekosistem sistem keadilan syariah.
Saya singkap pengalaman semasa menjadi Timbalan Menteri dan bersama dengan Almarhum Tan Sri Dr Ahmad Mohamad Ibrahim dalam Badan Perunding Islam untuk mengangkat martabat mahkamah syariah di Malaysia.
Cabaran mengenengahkan peranan institusi mahkamah syariah ketika itu tidak mudah. Tan Sri Ahmad sangat menekankan penguasaan mendalam undang-undang syariah dan sivil dalam mengemukakan rancangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan mahkamah syariah. Saya juga tidak terlepas dari peringatan Tan Sri Ahmad agar membaca dan memahami secara komprehensif mengenai isu ini.
Oleh itu, evolusi perjuangan memperkukuhkan sistem keadilan syariah di Malaysia adalah satu perjalanan panjang yang menuntut kefahaman, hikmah dan kesabaran. Saya yakin kita mempunyai hujah yang kuat dalam meningkatkan kedudukan undang-undang syariah, namun perlu disusuli dengan penjelasan yang tuntas kepada komuniti bukan Islam bahawa ianya tidak menjejaskan urusan agama bukan Islam.
Salah satu yang penting dalam pengurusan keadilan syariah adalah akses golongan yang kurang mampu kepada perkhidmatan representasi guaman dan pembelaan hak di Mahkamah Syariah. Oleh dengan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan sumbangan sebanyak RM 1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk melaksanakan Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS), khusus bagi membantu golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal serta pihak yang tidak berkemampuan.
Semoga usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, kesejahteraan dan keadilan sosial, agar tiada golongan yang tercicir daripada mendapat perlindungan undang-undang serta pembelaan yang sewajarnya.
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝐏𝐌 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐋𝐑𝐓𝟑 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐒𝐎𝐊
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer (km) siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.
Ketua Laluan Shah Alam Mohd Ariffin Idris berkata pembukaan Laluan Shah Alam yang memanfaatkan dua juta penduduk sekitar jajaran itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
📷 FotoBERNAMA
#bernamanews
#bernamaimages
#lrt3 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Mengambil sedikit ruang dan masa di hujung minggu dengan menganalisis beberapa dapatan dari sesi focus group dan survey yang dibuat sebelum ini dalam menyiapkan pengajian kedoktoran yang kini telah masuk ke fasa menyiapkan penulisan.
Saya akui kepadatan jadual dan kesibukan tugas merupakan antara cabaran besar yang perlu saya hadapi dalam menyiapkan pengajian ini. Ini termasuk menulis beberapa artikel ilmiah bagi penerbitan di jurnal antarabangsa dan tempatan.
Namun membujur lalu, melintang patah. Untuk mengalah tidak sesekali. Perjalanan menuntut ilmu harus diteruskan meskipun laluannya panjang dan berliku. Buat mereka yang masih bergelar pelajar, sama-sama kita berjuang meski dalam keterbatasan waktu yang sempit.
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saat dunia berantakan dengan kemelut dan peperangan, persaingan kuasa besar serta ketidaktentuan ekonomi, Malaysia harus memilih jalan yang berbeda, yakni kekal teguh dengan prinsip dan pendirian negara, namun tidak juga alpa terhadap tuntutan zaman.
Sementalahan teknologi berkembang dan semakin canggih, kita tidak boleh terus bergantung kepada sumber atau medan lama semata. Semikonduktor, kecerdasan buatan, pusat data dan teknologi dron bukan lagi medan sampingan, tetapi kini menjadi kekuatan utama negara. Negara yang lambat menyesuaikan diri akan ketinggalan, manakala negara yang berani meneroka akan memimpin dengan gagah.
Justeru, saya menyambut baik inisiatif MyDrone Expo 2026 yang gigih menyemarakkan minat dan cita terhadap teknologi masa depan. Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem yang mendukung daya cipta dan penyelidikan agar Malaysia tidak menjadi pengguna semata, tetapi turut bangkit sebagai pencipta, peneraju dan penyumbang kepada kemajuan dunia.
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Rapid KL
@myrapidkl
Saksikan siaran langsung Majlis Peluncuran Laluan Shah Alam yang akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri @anwaribrahim , Perdana Menteri Malaysia.
Pada 28 Jun 2026 (Ahad) jam 12.30 tengah hari di RTM 1
#laluanshahalam -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
🚫𝐏𝐄𝐍𝐀𝐅𝐈𝐀𝐍!
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa poster mengenai Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang sedang tular bukan diterbitkan atau dikeluarkan oleh JPM.
Poster tersebut turut mengandungi kesilapan fakta apabila memaparkan nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada bahagian tandatangan.
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat rasmi hanya melalui saluran komunikasi rasmi Kerajaan serta tidak menyebarkan poster yang mengandungi maklumat tidak tepat.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
@APMtwiter
#aspirasi
PROGRAM MADANI KITA : MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT
📅Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰Masa : 09:00 pagi hingga 06:00 petang
📍Tempat : Dewan Serbaguna, Kampung Sawah, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan
@jpmgov_ @apmnegeri9 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
📌 Semak kelayakan anda hari ini!
Melalui BUDI MADANI, subsidi bahan api disalurkan secara lebih bersasar kepada rakyat Malaysia yang layak.
✅ Warganegara dengan lesen memandu aktif layak menerima had kelayakan 200 liter sebulan secara automatik. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
⛽️Penyasaran Subsidi Diesel
✅ Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan subsidi benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
𝙆𝙚𝙨𝙚𝙜𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙠𝙨𝙖𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠-𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙇𝙤𝙬 𝙃𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙁𝙧𝙪𝙞𝙩𝙨
Semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) tengah hari tadi, keputusan yang dicapai adalah penyegeraan pelaksanaan projek dan program kecil yang bersifat 𝙡𝙤𝙬 𝙝𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙧𝙪𝙞𝙩𝙨. Kebanyakan projek ini sangat dekat di hati rakyat seperti pembaikan jalan, penyelenggaraan longkang, baik pulih kuarters, bilik-bilik darjah di sekolah, fasiliti kesihatan, serta naik taraf gerai dan pasar awam yang boleh disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja.
Oleh itu, semua KSU telah diarahkan memberi tumpuan kepada lebih 40,000 projek-projek berskala kecil yang telah dikenalpasti dan arahan turun padang bagi memantau rapat dan menyelesaikan sebarang isu di lapangan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) adalah antara komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan cemerlang kedudukan Malaysia dalam Faktor Keberkesanan Kerajaan dalam Indeks Daya Saing Negara 2026.
Petang tadi, saya berbincang bersama pasukan RKB yang diselaraskan MPC dalam menentukan projek-projek yang benar-benar berimpak tinggi untuk diberi pengiktirafan sewajarnya oleh Kerajaan.
Saya selalu menekankan bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh semua pihak untuk memudahkan urusan rakyat mesti diberi pengiktirafan sewajarnya.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari ini saya ke Masjid Jameatus Solehah di Dengkil untuk menunaikan solat Jumaat bersama penduduk serta pelajar tahfiz berhampiran. Usai solat, saya sempat santuni para jemaah dan pelajar, serta bertanya mengenai pengajian dan keadaan sekolah mereka.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam perjalanan saya ke Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain, antara keluhan yang kerap saya dengar adalah mengenai kos sewa rumah yang semakin meningkat dan membebankan penjawat awam.
Kerana itu, Kerajaan akan mempercepat pembinaan kuarters dan perumahan penjawat awam di atas tanah milik Kerajaan di bandar-bandar utama supaya mereka dapat menikmati kediaman yang selesa dengan kadar sewa yang lebih berpatutan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Apa juga hasil tinjauan dan pandangan yang diberikan, kita perlu terus tingkatkan usaha untuk membela kebajikan rakyat. Jangan terkulai dengan pujian, dan usah rebah dek cacian. Terus bekerja 💪
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selagi kudrat masih ada, selagi kekuatan dikurniakan Allah SWT, jasad ini akan terus berbakti buat rakyat dan negara.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇: “𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈, 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐈”
Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Ceramah Maal Hijrah 1448H bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” di Musolla JPM sebagai pengisian sempena sambutan Awal Muharam.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan mengajak warga JPM menghayati erti hijrah sebagai pemangkin transformasi diri ke arah pembentukan peribadi yang berintegriti, berakhlak mulia serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian dan pelaksanaan amanah perkhidmatan awam.
Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni serta menyemarakkan semangat perubahan ke arah kecemerlangan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah 1448H membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat kepada seluruh ummah, serta menjadi titik tolak kepada usaha berterusan dalam memperbaiki diri dan meningkatkan amal kebajikan.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓, 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈
Pastikan maklumat anda sentiasa tepat dan terkini. Jika anda telah berpindah alamat, kemas kini maklumat mastautin pada MyKad serta mohon pertukaran bahagian pilihan raya bagi memastikan urusan pengundian dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut kawasan tempat tinggal semasa.
Hanya 3 langkah mudah:
✅ Kemas kini alamat mastautin pada MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
✅ Layari MySPR, hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Pejabat Pos yang menyediakan perkhidmatan berkaitan.
✅ Isi Borang A bagi permohonan pertukaran bahagian pilihan raya.
Hak mengundi ialah amanah setiap warganegara. Pastikan maklumat anda sentiasa dikemas kini bagi memastikan kelancaran proses demokrasi negara.
🌐 Layari: myspr.spr.gov.my
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐒𝐀
Di tengah-tengah kesibukan dan arus pembangunan Bandar Segamat, masih teguh berdiri sebuah kedai jam lama yang menyimpan seribu satu cerita. Selama 68 tahun, premis sederhana ini menjadi lambang ketekunan, kecekalan dan warisan keluarga yang tidak pernah terhenti.
Segalanya bermula daripada usaha gigih seorang bapa yang membina perniagaan ini dengan penuh dedikasi. Hari ini, legasi tersebut diteruskan oleh anaknya, Encik Lian Fong Chee, bersama isteri tercinta, yang setia memelihara amanah keluarga demi memastikan warisan itu terus hidup.
Ketika banyak kedai tradisional semakin lenyap ditelan perubahan zaman, kedai jam ini terus bertahan sebagai saksi perjalanan masa dan perubahan generasi masyarakat Segamat.
Bagi Encik Lian, membaiki jam bukan sekadar mencari rezeki. Ia adalah satu tanggungjawab untuk memastikan setiap detik terus bergerak, sambil memelihara legasi yang telah diwariskan kepadanya sejak puluhan tahun lalu.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 (𝐌𝐀𝐏) 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 25 Jun 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke-44 yang berlangsung di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI.
Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail selaku Penaung PUSPANITA. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA.
Dalam ucapan perasmiannya, Penaung PUSPANITA menegaskan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perkhidmatan awam, dengan jumlah penjawat awam wanita kini melebihi 786,000 orang atau 59 peratus daripada keseluruhan anggota perkhidmatan awam. Statistik ini mencerminkan sumbangan signifikan wanita sebagai penggerak utama pembangunan dan kemajuan negara.
Beliau turut menekankan kepentingan nilai ihsan sebagai teras dalam setiap gerak kerja organisasi, khususnya dalam usaha memperkukuh agenda kebajikan dan menyantuni masyarakat secara lebih menyeluruh, berterusan serta berimpak tinggi.
Sebagai organisasi yang menjadi wadah penyatuan dan pemerkasaan wanita, PUSPANITA terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan kebajikan, pembangunan komuniti dan sokongan sosial. Penghargaan dirakamkan kepada seluruh kepimpinan serta ahli PUSPANITA atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam memperkasakan peranan persatuan sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam pembangunan negara.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang berlangsung di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka menjadi wadah bermakna dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negara dengan warga perkhidmatan awam.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐏𝐌𝐊) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
JOHOR, 24 Jun 2026 – Program MADANI Kita (PMK) bertempat di Dataran Segamat, Johor.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum terus menjadi asas penting kepada kestabilan dan kemajuan negara. Perkara ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Program MADANI Kita bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Segamat hari ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan bahawa KRT memainkan peranan strategik sebagai platform akar umbi yang menyatukan masyarakat menerusi amalan musyawarah, semangat kejiranan dan kerjasama komuniti. Menurut beliau, institusi KRT bukan sahaja berfungsi memperkukuh hubungan sosial, malah menjadi wahana penting dalam menyemai nilai perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa.
Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan Malaysia berakar daripada asas Melayu, Bumiputera, Islam dan Bahasa Melayu sebagai tonggak negara, yang kemudiannya diperkaya oleh kepelbagaian kaum, budaya dan kepercayaan yang wujud dalam masyarakat. Justeru, rakyat diseru untuk terus memelihara semangat saling menghormati, memahami serta menolak sebarang unsur kebencian, perpecahan dan politik yang boleh menggugat keharmonian negara.
Pada masa yang sama, beliau menekankan bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada keupayaan rakyat, khususnya generasi muda, untuk menguasai ilmu pengetahuan, pendidikan berkualiti dan teknologi baharu, di samping membentuk sahsiah serta akhlak yang terpuji. Beliau berkata, perpaduan yang kukuh akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi, peningkatan daya saing negara dan pengukuhan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.
Sebagai tanda komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan peranan komuniti setempat, Perdana Menteri turut mengumumkan peningkatan peruntukan kepada KRT daripada RM6,000 kepada RM10,000, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027. Langkah ini dijangka memperkukuh pelaksanaan program kemasyarakatan serta memperhebat usaha membina komuniti yang lebih inklusif, harmoni dan sejahtera.
Pengumuman tersebut mencerminkan iltizam kerajaan untuk terus memperkasakan masyarakat akar umbi sebagai rakan strategik dalam menjayakan agenda pembangunan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan perpaduan, kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang berlangsung di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka menjadi wadah bermakna dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negara dengan warga perkhidmatan awam.
Program yang berlangsung dalam suasana santai, terbuka dan penuh mesra ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk mendekati penjawat awam, mendengar pandangan, memahami cabaran serta menghargai sumbangan mereka sebagai tulang belakang pentadbiran negara.
Pendekatan turun padang dan dialog dua hala yang diamalkan bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan warga kerja, malah menzahirkan prinsip bahawa kepimpinan yang berkesan lahir daripada kesediaan menerima pandangan, cadangan dan teguran secara terbuka. Selaras dengan semangat syura dan demokrasi penyertaan, setiap suara diberi ruang untuk didengari demi memperkasakan perkhidmatan awam yang lebih responsif dan berdaya saing.
Dalam masa yang sama, komitmen kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam terus diperkukuh melalui pelaksanaan penyelarasan gaji yang terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam serta penambahbaikan laluan kerjaya yang lebih adil dan berasaskan prestasi. Penjawat awam juga diseru untuk terus menjunjung nilai profesionalisme, integriti dan ketelusan dalam melaksanakan amanah kepada rakyat serta negara.
Kejayaan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa tidak dapat dipisahkan daripada dedikasi, komitmen dan kesungguhan seluruh jentera perkhidmatan awam. Justeru, budaya kecemerlangan berteraskan prinsip itqan fil amal perlu terus dibudayakan, di samping keberanian melaksanakan reformasi yang mampu memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐃𝐈𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐌𝟐.𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kerajaan MADANI terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Sejajar dengan komitmen tersebut, harga diesel bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad akan diturunkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.
Langkah ini dijangka membantu mengurangkan kos pengangkutan serta meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.
Pelaksanaan penurunan harga diesel ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara dengan kadar harga dan mekanisme yang sama, bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia yang layak.
Inisiatif ini mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan dasar yang responsif, inklusif dan berpaksikan keperluan rakyat, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan serta kemakmuran negara.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐎𝐍𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟓 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀: 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila melonjak lapan anak tangga daripada kedudukan ke-23 pada tahun 2025 kepada tangga ke-15 dunia dalam IMD World Competitiveness Index 2026.
Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan dasar dan inisiatif kerajaan dalam memperkukuh daya saing negara, di samping menunjukkan kekuatan institusi, ketahanan ekonomi serta tahap keyakinan yang tinggi dalam kalangan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil dan berdaya maju.
Lebih membanggakan, Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di ASEAN, hanya di belakang Singapura.
Kejayaan ini bukan sekadar peningkatan kedudukan dalam penarafan global, malah menjadi bukti komitmen berterusan seluruh jentera kerajaan, sektor swasta dan rakyat dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian membanggakan ini demi kemajuan dan kemakmuran negara.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#akukasihmalaysia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐁𝐀𝐍𝐆𝐋𝐀𝐃𝐄𝐒𝐇
PUTRAJAYA, 22 Jun 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena lawatan rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Tarique Rahman, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, yang disambut oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Lawatan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Bangladesh dalam memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama berasaskan semangat saling menghormati, kepercayaan serta kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.
Hubungan Malaysia–Bangladesh terus berkembang merentasi pelbagai bidang penting termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, tenaga, pertanian dan pengurusan sumber manusia. Bangladesh merupakan penyumbang terbesar tenaga kerja asing di Malaysia, merangkumi kira-kira 38 peratus daripada keseluruhan pekerja asing di negara ini. Selain itu, Bangladesh turut muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM12.18 bilion.
Istiadat sambutan rasmi ini bukan sahaja menzahirkan keakraban hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, malah menjadi platform penting untuk memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai sektor berkepentingan bersama. Usaha ini selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mendepani cabaran global secara lebih berkesan melalui kerjasama yang erat dan mampan.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima kehadiran Perdana Menteri Bangladesh, @trahmanbnp yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di Putrajaya pagi ini.
Saya menghargai kesudian PM Tarique yang memilih Malaysia sebagai destinasi rasmi pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.
Ini mencerminkan eratnya hubungan persahabatan dan kepercayaan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Bangladesh, serta menjadi penghormatan yang amat bermakna buat negara kita.
Setibanya di Perdana Putra, Tarique dan delegasi disambut dengan istiadat rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan terdiri daripada 105 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dipimpin oleh Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.
Lawatan ini pastinya bakal mengukuhkan hubungan dua hala yang erat selain meningkatkan kerjasama dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama.
//
Welcomed the Prime Minister of Bangladesh, Tarique Rahman, who arrived in Putrajaya this morning for a two-day official visit to Malaysia.
The visit, his first official bilateral engagement abroad since assuming office in February 2026, highlights the strength and significance of Malaysia–Bangladesh relations.
🇲🇾🤝🇧🇩
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐆𝐎𝐋𝐃 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋
TANJONG MALIM, 20 Jun 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekali lagi mengharumkan nama perkhidmatan awam apabila berjaya merangkul Gold Award menerusi inovasi kecerdasan buatan (AI) berimpak tinggi dalam bidang kesejahteraan mental sempena 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) yang berlangsung pada 19 hingga 20 Jun 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Pengiktirafan berprestij ini membuktikan komitmen berterusan JPM dalam memacu agenda transformasi perkhidmatan awam melalui penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan yang berfokuskan kesejahteraan insan. Inovasi yang dibangunkan bukan sahaja memperkukuh sistem sokongan psikologi organisasi, malah membantu pengesanan awal risiko psikologi serta membolehkan intervensi dilaksanakan secara lebih sistematik, responsif dan berasaskan data.
Inovasi tersebut dibangunkan bagi mempertingkatkan ekosistem kesejahteraan mental warga JPM melalui penyediaan akses yang lebih mudah, selamat dan berstruktur kepada perkhidmatan sokongan psikologi. Pendekatan ini selaras dengan keperluan organisasi moden yang menitikberatkan kesejahteraan mental sebagai elemen penting dalam meningkatkan produktiviti, daya tahan dan keseimbangan kehidupan bekerja.
Menurut Ketua Penyelidik Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi), Bahagian Sumber Manusia JPM, Dr. Muhamad Khairul Anwar Kamaruddin, inovasi berkenaan merupakan hasil kerjasama strategik antara Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Teknologi Maklumat JPM bagi menyediakan mekanisme yang lebih efektif dalam menghubungkan warga organisasi dengan perkhidmatan kesejahteraan mental.
Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap keupayaan inovasi JPM, malah menjadi manifestasi kesediaan sektor awam untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan secara beretika, selamat serta berimpak tinggi dalam memperkukuh kesejahteraan organisasi.
JPM akan terus memperluas penerapan teknologi dan inovasi berasaskan data bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, moden dan berorientasikan rakyat. Usaha ini selaras dengan aspirasi MALAYSIA MADANI yang meletakkan kesejahteraan insan sebagai teras pembangunan negara dan kecemerlangan perkhidmatan awam.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#taatsetia
#inovasiperkhidmatanawam
#kesejahteraanmental
#artificialintelligence
#aiforwellbeing
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
SPOTV Malaysia
@SPOTVMY
#motogp - Selepas 10 tahun, akhirnya lagu kebangsaan kita Negaraku berkumandang di dalam MotoGP! #czechgp🇨🇿
Jangan terlepas aksi MotoGP musim 2026!
Langgan Motorsport, atau Monthly & Annual Ultra Packs.
⏭️ onelink.to/spotvmy
#spotvnowThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hasil diplomasi MADANI dan hubungan erat Malaysia-Turkmenistan, PETRONAS diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembangunan antara medan gas terbesar dunia.
Kejayaan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia dan membuka ruang kepada jaminan bekalan tenaga jangka panjang yang memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan ini mencerminkan keberkesanan diplomasi tenaga Malaysia dalam membuka peluang kerjasama strategik baharu, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain tenaga utama yang dihormati dan dipercayai di peringkat global.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Lawatan ini membuktikan eratnya persahabatan Malaysia-Turkmenistan, di samping membuka peluang kerjasama strategik yang lebih luas.
Paling utama, kejayaan diplomasi tenaga negara diterjemahkan melalui pengukuhan peranan PETRONAS serta pemeteraian beberapa perjanjian penting yang bakal memperluas penglibatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas Turkmenistan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Serdar Berdimuhamedov atas komitmen memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Kejayaan memperluas peranan PETRONAS dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global.
Perkembangan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang PETRONAS yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.
Lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.
Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malam tadi saya ke Seremban untuk menghadiri Majlis Makan Malam Rimbunan Hati anjuran Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia bersama sahabat-sahabat lama yang setia bersama dalam perjuangan sejak sekian lama.
Beberapa hari lalu saya berada di Rusia dan Turkmenistan untuk mengadakan beberapa pertemuan penting demi memastikan masa depan negara terus terjamin, khususnya dalam aspek tenaga tatkala dunia berdepan pelbagai ketidaktentuan dan cabaran baharu.
Saya tiba di tanah air sekitar jam 3.30 pagi sebelum meneruskan tugasan di Pulau Pinang dan seterusnya ke Seremban. Keletihan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan amanah untuk memastikan anak-anak kita mewarisi sebuah negara yang aman, stabil dan mempunyai masa depan yang lebih baik.
Saya percaya kepimpinan bukan soal kedudukan atau kemegahan. Ia adalah tanggungjawab untuk berkhidmat dengan ikhlas, menjaga kepentingan rakyat dan melakukan yang terbaik demi negara tercinta.
Masalah sebenar negara bukanlah perbezaan kaum atau agama tetapi rasuah, penyelewengan serta mereka yang meniupkan hasutan kebencian dan perkauman. Kekuatan Malaysia terletak pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bermuafakat, saling menghormati dan bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa yang berkongsi cita-cita serta masa depan yang sama.
Terima kasih atas persahabatan, doa dan sokongan yang tidak pernah putus. Semoga ukhuwah ini terus menjadi sumber kekuatan dalam perjuangan kita untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika.
Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya bukan semata-mata fakta, tetapi nilai dan etika yang mendasarinya.
Sementalahan saya sering mengingatkan bahawa reformasi yang ingin dijelmakan tidak semata soal menggubal dasar baharu, tetapi juga keberanian menerima sanggahan, mempertikai kebiasaan dan membuka ruang kepada pembenturan idea yang sihat.
Dalam karya ‘The Trial of Socrates’, I.F. Stone mengangkat hakikat bahawa kota Athens, tanah kelahiran Socrates, hanya dapat berkembang kerana adanya kebebasan untuk berhujah, menyanggah dan menguji setiap gagasan yang dikemukakan. Kebebasan sebenar menuntut keterbukaan serta kesediaan kita mendengar pandangan yang berbeza.
Sejarah juga turut mengajar bahawa perubahan atau percubaan untuk menterjemah reformasi tanpa hikmah, kesabaran dan keadilan mampu menyimpang dari cita-cita asalnya yang sedia murni. Revolusi Perancis, misalnya, melalui Jacobins yang menjanjikan harapan besar, namun dekad selepas itu menyaksikan perbahasan di bandar-bandar hanya bertumpu soal idealisme dan kebebasan semata, sementara kelompok miskin di desa terus terhimpit berbanding era sebelum revolusi dengan gejala ‘reigns of terror’ terus mendapat tempat dalam kehidupan bernegara.
Begitu juga pengalaman Václav Havel di Czechoslovakia yang memperlihatkan bahawa idealisme semata tidak memadai sekiranya realiti atau permasalahan asas masyarakat yang rencam dan kompleks tidak ditangani dengan bijaksana yang akhirnya menyaksikan negaranya terpecah kepada dua negara (Czechia dan Slovakia). Bukan untuk menakutkan, tetapi saya berkeyakinan reformasi dan perubahan di Malaysia mesti berpaksi pada kesabaran, keberanian, iltizam yang jitu dan menjauhi sikap gelojoh.
Justeru itu, tugas dan tanggungjawab kita memastikan perubahan terus berjalan dan konsisten, dan dalam masa sama mengambil kira serta menggarap persoalan asas masyarakat yang perlu diutamakan. Kerana pada akhirnya, apa guna demokrasi dan kebebasan sekiranya kemiskinan terus membarah dan kesenjangan terus melebar.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Peruntukan dan dana ini adalah sebagai tanda penghargaan serta sokongan berterusan kepada kebajikan pengamal media yang telah banyak berjasa kepada negara, selain membantu organisasi media menyesuaikan diri dengan perubahan landskap digital dan teknologi.
Saya percaya media yang kukuh, berintegriti dan berwibawa merupakan antara tonggak penting dalam membina masyarakat yang bermaklumat serta memperkukuh demokrasi dan perpaduan negara.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Pembangunan yang bermakna bukan sekadar menjulang angka pelaburan atau mempercepat pertumbuhan, tetapi memasitkan hasil kemajuan itu dirasai seluruh lapisan masyarakat. Sebab itulah projek Setia Fontaines Industrial Park di Kepala Batas ini sangat mustahak kerana ia akan menjamin ruang pekerjaan yang berkualiti, memperluas peluang latihan kemahiran, serta menjelmakan pembangunan di kawasan yang selama ini belum menikmati pertumbuhan setara dengan kawasan lain.
Malaysia sedang melangkah ke fasa baharu ekonomi berteraskan teknologi tinggi, semikon, inovasi dan kecerdasan buatan. Namun, sebesar atau secanggih mana pun kepesatan teknologi, tumpuan kita tetap pada manusia bagi melahirkan generasi yang tidak hanya memiliki kemahiran dan kepakaran, tetapi juga nilai, ihsan dan tanggungjawab untuk membina masyarakat yang berukun dan berdaya tahan.
Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap projek pembangunan membawa manfaat yang adil dan saksama kepada rakyat, memelihara kepentingan komuniti setempat serta memperkukuh daya saing negara. Kemajuan yang sebenar ialah apabila peluang pekerjaan, kemudahan hidup dan masa depan yang lebih terjamin dapat dinikmati semua.
#yakinmadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Malaysia berada di tengah-tengah arus perubahan dunia yang semakin dinamik dan dalam suasana ini, keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negara amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menjamin kemakmuran masa depan rakyat.
Amerika Syarikat kekal sebagai antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia, manakala pelaburan dari China, India serta negara-negara Eropah terus mencatat peningkatan yang memberangsangkan lantas perkembangan ini mencerminkan tahap keyakinan tinggi komuniti antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi, kejelasan dasar serta hala tuju pembangunan negara.
Keyakinan tersebut turut diterjemahkan melalui kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia untuk mengendalikan antara pembangunan medan gas terbesar dunia di Turkmenistan. Menerusi perjanjian yang dimeterai, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan terlibat dalam pembangunan dua blok gas utama, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain tenaga yang dihormati di peringkat global.
Perkara-perkara ini saya sentuh ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang, hari ini dan saya
tegaskan bahawa para pelabur tidak hanya menilai kemudahan, insentif dan potensi pasaran yang tersedia, tetapi turut melihat keupayaan Malaysia membina hubungan strategik yang berteraskan kepercayaan, kestabilan serta manfaat bersama untuk jangka panjang.
Insya-Allah, dengan dasar yang konsisten, tadbir urus yang baik dan komitmen berterusan untuk memperkukuh daya saing negara, Malaysia akan terus menjadi destinasi pilihan pelaburan berkualiti tinggi serta hab pertumbuhan ekonomi yang diyakini dunia.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐒𝐄𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐏𝐀
Seorang bapa adalah lambang ketabahan dan tanggungjawab yang tidak pernah luntur dalam mendepani cabaran kehidupan. Dengan kesungguhan dan keikhlasan, mereka memimpin keluarga, mendidik dengan nilai serta menjadi contoh teladan dalam membentuk generasi yang berwibawa.
Sempena Hari Bapa 2026, marilah kita bersama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa henti. Sesungguhnya, peranan mereka amat besar dalam membina keluarga yang harmoni serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
"𝐒𝐞𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐚𝐩𝐚".
Selamat Menyambut Hari Bapa 2026
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#haribapa2026
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Selamat pagi! 早上好 (Zǎoshang hǎo) dari Guangzhou! 🇨🇳
Saya bersama delegasi daripada MRL Sdn Bhd memulakan lawatan kerja ke Guangzhou Metro HQ bagi meninjau operasi serta teknologi pengurusan sistem rel bandar yang bertaraf dunia.
Saya turut diberi taklimat mengenai Control Operations Command Center (COCC), pusat kawalan pintar yang menjadi nadi operasi Guangzhou Metro dalam mengurus dan menyelaras perkhidmatan pengangkutan kepada jutaan penduduk setiap hari.
Delegasi turut mengikuti pembentangan mengenai Guangzhou Metro Intercity Railway Business yang memberi input berguna dalam memperkukuh persiapan penyelenggaraan Projek ECRL ke arah operasi yang selamat, cekap dan mampan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
佩戴ANSARA领带于北京大地
Zài Běijīng de dàdì shàng pèidài ANSARA lǐngdài
Di bumi Beijing, saya berbangga membawa identiti sebagai anak didik MARA dengan mengenakan tali leher ANSARA.
Pagi tadi, saya mengetuai delegasi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dalam Mesyuarat Peringkat Tertinggi Berkala Projek East Coast Rail Link (ECRL) bersama China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Mr Song Hailiang.
Dengan kemajuan fizikal projek ECRL yang kini mencapai 94.22 peratus, mesyuarat ini penting bagi memastikan setiap komitmen dan perancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual, sekali gus memastikan projek strategik ini bersedia dan dijangka beroperasi pada Januari 2027 demi manfaat rakyat dan negara.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Alhamdullilah, tahniah Malaysia dan syabas seluruh warga perkhidmatan awam, swasta dan masyarakat sivil!
Malaysia mencatat peningkatan yang sangat membanggakan dalam IMD World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 apabila naik 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 daripada 70 ekonomi dunia yang dinilai, pencapaian terbaik negara dalam tempoh sedekad.
Tahun lalu kita di kedudukan ke-23 dan tahun 2024 sebelumnya di kedudukan ke-34. Saya masih ingat semasa lawatan kerja pertama saya ke luar negara iaitu di IMD Switzerland, kita telah menyatakan usaha dan komitmen kepada IMD untuk terus memastikan daya saing negara dilonjakkan seiring arahan YAB Perdana Menteri ketika itu.
Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha reformasi melalui Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) dalam memperkukuh tatakelola dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Kita boleh berbangga dengan pencapaian ini, namun tidak boleh berpuas hati. Reformasi mesti terus dipacu demi meningkatkan produktiviti, daya saing dan kesejahteraan rakyat.
Reformasi satu kemestian!
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar STPM 2025 atas kejayaan yang diraih hasil usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh pengajian serta Kementerian Pendidikan Malaysia atas pencapaian PNGK nasional 2.88, yang tertinggi sejak tahun 2013. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga pendidik, ibu bapa serta seluruh ekosistem pendidikan negara.
STPM bukan laluan yang mudah. Ia menuntut disiplin, ketekunan dan daya tahan yang tinggi. Namun pencapaian hari ini membuktikan bahawa dengan usaha yang berterusan dan sokongan yang kukuh, anak-anak Malaysia mampu mencapai kecemerlangan walau dalam apa jua keadaan.
Kisah adik Valencia Tajing dari SMK Saribas, Sarawak yang memperoleh PNGK 4.00 wajar menjadi inspirasi kepada kita semua. Kejayaannya membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk berjaya apabila disertai tekad dan semangat yang tinggi. Semoga kejayaan yang diraih oleh semua pelajar hari ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
PM Anwar seru ASEAN, Rusia perkukuh kerjasama strategik
www.bernama.com/bm/news.php?id=2570070
#bernamanews
#asean #rusia
@anwaribrahim -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sebelum berlepas pulang, saya dan Presiden Serdar Berdimuhamedov menghadiri Forum Malaysia-Turkmenistan yang menghimpunkan pemimpin industri serta komuniti perniagaan kedua-dua negara bagi meneroka peluang kerjasama yang lebih luas dan bermakna.
Saya menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan Turkmenistan hari ini telah berkembang jauh melangkaui sektor minyak dan gas. Berteraskan kepercayaan dan persahabatan yang telah terbina sekian lama, kedua-dua negara kini komited memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pendidikan, TVET, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembangunan modal insan.
Tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-30 kehadiran PETRONAS di Turkmenistan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama yang diasaskan atas rasa hormat, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi mampu melahirkan manfaat yang berkekalan kepada kedua-dua negara.
Saya juga menyentuh karya pujangga agung Turkmenistan, Magtymguly Pyragy, yang mengingatkan bahawa apabila hati, fikiran dan jiwa disatukan oleh tujuan sama, segala cabaran mampu diharungi. Semangat itulah yang menjadi asas hubungan Malaysia dan Turkmenistan hari ini.
Kami berdua kemudian menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen penting, antaranya:
🤝 Perjanjian Rangka Kerja antara Kerajaan Turkmenistan dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama Jangka Panjang bagi Pembangunan Sumber Hidrokarbon Turkmenistan.
🤝 Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement, PSA) bagi Blok 19 dan Blok 20 antara PETRONAS dan State Concern Turkmennebit serta State Enterprise Hazarnebit.
🤝 Perjanjian Kerjasama bagi Pelaksanaan Kajian Seismik 2D untuk Blok-Blok Luar Pesisir Utara antara PETRONAS dan State Concern Turkmennebit.
Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan membuka lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara, sekali gus menjadi contoh bagaimana Negara-Negara Selatan (Global South) dapat membina kerjasama yang saling menguntungkan demi kemajuan dan kemakmuran rakyat.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia telah memberi peluang kepada negara-negara anggota dan Persekutuan Rusia untuk menilai kemajuan hubungan yang telah dicapai.
Sidang kali ini juga memberi penekanan dan fokus kepada hala tuju kerjasama ASEAN-Rusia untuk tahun-tahun mendatang.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari terakhir di Kazan sarat dengan agenda Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang membuka ruang penting untuk memperkukuh kerjasama strategik, memperluas jaringan ekonomi serta memperteguh persefahaman dalam mendepani pelbagai cabaran serantau dan global.
Di setiap sesi dan pertemuan yang berlangsung, Malaysia terus membawa suara yang berteraskan dialog, saling menghormati serta komitmen untuk membina hubungan yang lebih erat berasaskan kepentingan sejagat, keamanan dan kemakmuran yang mampan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di tanah air awal pagi tadi dari Ashgabat, Turkmenistan.
Hari ini saya meneruskan tugas di Pulau Pinang untuk beberapa acara rasmi, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Presiden Berdimuhamedov kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan secara lebih mendalam terkait hubungan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Turkmenistan.
Perbincangan kami merangkumi pelbagai sektor antaranya tenaga, perdagangan dan pelaburan, industri halal, perbankan Islam, pendidikan, penyelidikan, sains dan teknologi, pelancongan serta kesalinghubungan udara.
Mendoakan semoga hubungan antara Malaysia dan Turkmenistan terus diperkukuh demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada, Presiden Serdar Berdimuhamedov di Istana Presiden, Ashgabat, yang mencerminkan keakraban hubungan dua hala serta persahabatan tulen yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dan Turkmenistan.
Usai istiadat, saya dan Presiden Berdimuhamedov meneruskan agenda dengan pertemuan empat mata yang berlangsung dalam suasana penuh keakraban, bagi meneliti secara mendalam hala tuju hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Memulakan hari Jumaat di Ashgabat dengan menghadiri Istiadat meletakkan bunga dan menanam pokok di Independence Monument of Turkmenistan sebagai tanda penghormatan terhadap sejarah, kedaulatan dan perjuangan pembentukan negara ini.
Monumen ini dibina bagi memperingati kemerdekaan Turkmenistan daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991, dan menjadi simbol utama kedaulatan serta identiti negara moden Turkmenistan.
Majlis ini turut mencerminkan hubungan persahabatan yang semakin kukuh antara Malaysia dan Turkmenistan, berteraskan saling hormat, kepercayaan serta komitmen untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, misi di Kazan, Persekutuan Rusia diisi dengan pelbagai siri perbincangan strategik yang cukup bermakna buat negara.
Bermula dengan pertemuan erat bersama Rais Tatarstan, perbahasan di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN, sehinggalah ke meja perundingan empat mata bersama Presiden Vladimir Putin.
Setiap ruang dan peluang di pentas antarabangsa ini diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya demi memastikan manfaat ekonomi kembali kepada rakyat Malaysia.
Misi Diplomasi MADANI diteruskan 🇲🇾🇷🇺
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
“功崇惟志,业广惟勤”
(Gōng chóng wéi zhì, yè guǎng wéi qín)
Kejayaan menuntut iltizam yang tinggi dan usaha yang berterusan.
Sejurus tiba di Nanjing, saya terus menghadiri mesyuarat bersama pihak CRRC Nanjing Puzhen Co bagi pelaksanaan Factory Acceptance Test (FAT) dan Comprehensive Inspection Train (CIT) untuk Projek ECRL.
Semasa pertemuan tadi, saya turut meminta pihak CRRC agar mempercepatkan proses pengeluaran, pengujian dan penghantaran tren bagi memastikan projek ECRL Fasa 1 dapat memulakan operasi mengikut jadual bermula Januari 2027.
Saya menegaskan bahawa setiap aspek pelaksanaan perlu dipantau secara rapi tanpa berkompromi terhadap kualiti dan aspek keselamatan.
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BFM News
@NewsBFM
Moody’s Ratings has raised Malaysia’s outlook to A3 with a stable outlook, citing stronger growth prospects driven by AI-related exports and investment in data centres.
It said global supply chain shifts are also benefiting Southeast Asia, with foreign investment flowing into Malaysia, Vietnam and Thailand as firms diversify away from China.
🧵1
BFM News
@NewsBFM
Malaysia remains among the most resilient emerging market economies in withstanding recent global financial shocks, according to Moody’s Ratings.
It said Malaysia, which holds an A3 sovereign rating, continues to demonstrate strong market stability amid global uncertainty.
🧵1 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi Malaysia dan Persekutuan Rusia.
Saya terlebih dahulu sampaikan salam Tuanku Agong, di samping menzahirkan penghargaan atas layanan mesra dan penghormatan yang sentiasa diberikan kepada Malaysia.
Saya menyentuh usaha memperluas kerjasama ekonomi termasuk menghargai ketetapan Persekutuan Rusia memberikan kerjasama jangka panjang dalam aspek bekalan tenaga dan minyak.
Kami juga bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi baharu, keselamatan siber, digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian
moden dan farmaseutikal.
Perbincangan turut merangkumi usaha memudah cara pergerakan rakyat melalui pemansuhan visa, serta penerokaan mekanisme bagi memperluas perdagangan dan
pelaburan dua hala menggunakan mata wang tempatan (Ringgit dan Ruble).
Pada kesempatan sama, saya memuji pendirian Presiden Putin yang konsisten dan berprinsip dalam menyuarakan pandangan berhubung isu Gaza dan Iran.
Kerajaan MADANI akan terus mengambil langkah strategik dan proaktif bagi memperkukuh keterjaminan tenaga negara, termasuk melalui kerjasama antarabangsa yang mampu menjamin kestabilan, kesinambungan dan daya tahan bekalan tenaga demi kepentingan rakyat.
======
Had a productive meeting with President Vladimir Putin to discuss a wide range of bilateral cooperation, including opportunities to further strengthen collaboration in the energy sector, a strategic area of mutual interest to Malaysia and the Russian Federation.
🇲🇾🇷🇺
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam pertemuan bersama Presiden Putin, saya sekali lagi singkap kisah tiga takhta di Dewan Agung St. Andrew yang pernah menjadi bahan jenaka antara kami.
Rupa-rupanya cerita itu bukan sahaja kekal dalam ingatan, malah menjadi tular hingga ke serata dunia. 😂
Saya sempat berseloroh bahawa walaupun kisah tersebut terus diperkatakan, saya masih tetap dengan pendirian sama yakni Azizah kekal satu-satunya isteri saya. 😘
Di sebalik gurauan itu, pertemuan kami berlangsung dalam suasana cukup mesra dan penuh keakraban, mencerminkan hubungan baik yang terus diperkukuh antara Malaysia dan Persekutuan Rusia.
🇲🇾🇷🇺
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua di Kazan cukup bermakna buat Malaysia. Saya memulakan jadual dengan menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN, sambil mengajak komuniti perniagaan Rusia untuk meneroka peluang pelaburan dan kerjasama strategik bersama Malaysia sebagai pintu masuk ke rantau ASEAN.
Saya kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam sektor tenaga, di samping meneroka potensi kerjasama dalam beberapa bidang strategik lain.
Insya-Allah, segala ikhtiar ini akan terus dipacu demi memperkukuh ekonomi negara serta membawa manfaat yang nyata kepada rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menyampaikan Kenyataan Negara sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, yang menjadi medan penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan Persekutuan Rusia dalam suasana dunia yang kian mencabar dan tidak menentu.
Saya menegaskan bahawa dialog dan diplomasi mesti terus menjadi asas dalam menangani pelbagai konflik serta ketegangan geopolitik yang sedang berlaku. Malaysia kekal berpegang bahawa keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui rundingan, persefahaman dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
Saya turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, digital, sains dan teknologi, kecerdasan buatan (AI), tenaga, keterjaminan makanan, industri halal serta hubungan antara rakyat demi menjana manfaat yang lebih besar kepada negara-negara ASEAN dan Persekutuan Rusia.
Menyentuh perkembangan di Asia Barat, saya sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia yang menuntut agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan dan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri terus dipertahankan.
Malaysia juga mengecam perluasan tindakan ketenteraan rejim Zionis Israel ke Lubnan serta mengutuk sebarang serangan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Saya percaya ASEAN dan Rusia punyai ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama berasaskan hormat, manfaat bersama serta komitmen terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat.
======
Delivered Malaysia’s National Statement at the ASEAN-Russia Commemorative Summit.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#diplomasimadani
#aseanrussia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Semasa sesi Working Lunch bersama Pemimpin-Pemimpin ASEAN dan Rusia, saya menegaskan bahawa setiap kerjasama serantau mesti diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat dan komuniti perniagaan.
Malaysia berpandangan bahawa proses integrasi serantau perlu bersifat terbuka, inklusif, telus dan saling melengkapi, di samping menyumbang kepada keamanan, kestabilan, perdagangan, keterhubungan serta pembangunan.
Saya turut menekankan bahawa kerjasama ASEAN dengan Shanghai Cooperation Organisation (SCO) dan Eurasian Economic Union (EAEU) perlu berteraskan keutamaan ASEAN serta memberi tumpuan kepada hasil yang nyata dan bermakna.
Dalam konteks ASEAN-SCO, Malaysia mengenal pasti jenayah rentas sempadan dan kerjasama tenaga sebagai dua bidang keutamaan yang wajar diperkukuh melalui perkongsian kepakaran, pembinaan kapasiti dan usaha bersama.
Bagi ASEAN-EAEU, Malaysia menggesa agar penglibatan sektor swasta dipertingkatkan, khususnya dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana memperluas akses pasaran, mengadaptasi teknologi serta meningkatkan kemahiran.
Malaysia turut ketengah ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan keterjaminan makanan sebagai bidang strategik yang berpotensi membawa manfaat besar kepada semua pihak.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#diplomasimadani
#aseanrussia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Selesai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, saya dan delegasi Malaysia kini meneruskan perjalanan ke Ashgabat, Turkmenistan.
Alhamdulillah, kunjungan kali ini telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Persekutuan Rusia serta memperluas ruang kerjasama strategik antara ASEAN dan Rusia dalam pelbagai bidang strategik.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Putin, Republik Tatarstan serta semua pihak yang telah memberikan layanan yang cukup mesra kepada delegasi Malaysia.
Terima kasih juga kepada pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan sepanjang berada di Kazan.
🇲🇾🇷🇺
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Misi Diplomasi MADANI diteruskan di Ashgabat, Turkmenistan. Semoga siri pertemuan yang telah dijadualkan sepanjang lawatan rasmi ini dapat berlangsung dengan baik dan membawa manfaat besar buat negara dan rakyat keseluruhannya.
======
Arrived in Ashgabat, Turkmenistan, at the invitation of President Serdar Berdimuhamedov.
This visit presents an important opportunity to further strengthen the longstanding friendship and deepen cooperation between Malaysia and Turkmenistan, while exploring new avenues of partnership for the mutual benefit of our peoples.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah dapat meraikan diaspora Malaysia di Ashgabat. Meski jauh dari tanah air tercinta, semangat dan kehangatan keakraban mereka terasa seperti kita berkumpul di Kuala Lumpur.
Mereka ini adalah duta tidak rasmi negara yang punyai nurani untuk mencipta reputasi dan imej negara, memperluas jaringan dan melonjak maruah negara ke hadapan.
Saya ambil kesempatan untuk kongsi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus merapat serta menyemarak hubungan dengan warga Malaysia yang berada di luar negara dengan memastikan mereka sentiasa terhubung dengan tanah air, dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi dan roh pembangunan bangsa.
Saya juga menjelaskan matlamat kunjungan ke Ashgabat yang bukan hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, tetapi juga usaha memperluas persahabatan antara negara, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
🇲🇾🇹🇲
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Coinvo
@Coinvo
NEW: 🇲🇾 Malaysia PM Anwar Ibrahim says NATO treats them like a "banana republic" but Russia has honored all commitments.
"It's clearly arrogance."This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Alhamdulillah, pencapaian ini membuktikan bahawa usaha reformasi ekonomi, kestabilan politik serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia berada pada landasan yang tepat.
Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, penjawat awam, komuniti perniagaan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada lonjakan daya saing negara ke tangga ke-15 dunia. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras bersama dan tekad untuk mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja kuat demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat.
#malaysiamadani #madanibekerja #yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Shamsul Azri bin Abu Bakar
@shamsulazribakr
[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀]
𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑨𝑺𝑰 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑯𝑰𝑫𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑨𝑾𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑪𝑼 𝑫𝑨𝒀𝑨 𝑺𝑨𝑰𝑵𝑮 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨, 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 𝑲𝑬-𝟏𝟓 𝑫𝑼𝑵𝑰𝑨 𝑫𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑪𝑬𝑲𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑹𝑨𝑱𝑨𝑨𝑵 𝑲𝑬-𝟏𝟒
#malaysiamadani
#yakinmadani
#madanibekerja
#reformasisatukemestian
#taatsetia
©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
RussiaNews 🇷🇺
@mog_russEN
Putin conveyed greetings and best wishes to the Supreme Ruler of Malaysia
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
RT
@RT_com
NATO states treat us 'like a banana republic… either ignorance, but clearly arrogance' — Malaysia's PM Anwar Ibrahim exclusively to RT
While Russia 'honored ALL commitments', despite ‘difficult period' of restrictions
Watch in full tomorrow, June 18thThis media couldn't be displayed. See it on the original post.
RT
@RT_com
War on Iran has had GLOBAL RAMIFICATIONS — Malaysia's PM Anwar Ibrahim speaks to RT's Donald Courter at ASEAN summit
'I've publicly THANKED President Putin and President Xi for taking a position for PEACE'
Watch in full tomorrow, June 18thThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
RT
@RT_com
War on Iran has had GLOBAL RAMIFICATIONS — Malaysia's PM Anwar Ibrahim speaks to RT's Donald Courter at ASEAN summit
'I've publicly THANKED President Putin and President Xi for taking a position for PEACE'
Watch in full tomorrow, June 18thThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang dihoskan Presiden Vladimir Putin.
Majlis ini bukan sahaja menampilkan persembahan kebudayaan Rusia yang kaya dengan sejarah dan warisan, termasuk mencerminkan kepelbagaian tradisi serta sumbangan tamadun Islam dalam membentuk identiti masyarakatnya, malah menjadi medan penting untuk mempererat hubungan persahabatan serta bertukar pandangan dengan para pimpinan yang hadir.
Dalam suasana dunia yang terus berdepan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, ruang interaksi sebegini amat bermakna dalam memperkukuh persefahaman, membina kepercayaan dan meneroka kerjasama yang mampu membawa manfaat kepada negara-negara ASEAN dan Rusia.
======
Attended the ASEAN-Russia Commemorative Summit Gala Dinner hosted by President Vladimir Putin.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#diplomasimadani
#asean -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
PUTRAJAYA, 17 Jun 2026 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M berlangsung dengan penuh kesyukuran dan penghayatan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini, diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Dalam titah baginda, peristiwa hijrah diangkat sebagai manifestasi transformasi yang menyeluruh, bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, tetapi membawa mesej perubahan, pengorbanan, ketabahan serta iltizam untuk memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih bermakna.
Baginda turut menyeru umat Islam agar terus menghayati roh hijrah dengan memperkukuh akhlak, memperluas khazanah ilmu, memperkasa pemikiran serta membentuk gaya hidup yang berteraskan nilai-nilai Islam, selaras dengan tuntutan zaman dan cabaran semasa demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdaya tahan.
Sambutan Maal Hijrah menjadi wadah penting untuk menyemarakkan semangat muhasabah dan pembaharuan, sekali gus memperkukuh tekad dalam membina ummah yang bersatu, harmoni dan progresif berlandaskan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijri 1448H, marilah kita bersama-sama menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus melakar perubahan positif, memperkukuh perpaduan serta menyumbang kepada kemakmuran negara, bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”
#maalhijrah1448h
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇, 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍
Sempena Ma’al Hijrah 1448H, marilah kita menjadikan lembaran tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperbaharui niat, memperkukuh azam, memperbaiki diri serta meneruskan perjalanan kehidupan dengan penuh keikhlasan dalam mencari reda Allah SWT.
Menerusi perkongsian istimewa bersama Syafiq Liow, hayatilah hikmah yang tersirat di sebalik peristiwa agung hijrah Rasulullah SAW, sebuah perjalanan yang sarat dengan pengorbanan, ketabahan dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT. Semangat hijrah tersebut terus menjadi sumber inspirasi dalam membentuk peribadi yang lebih baik serta mendepani cabaran kehidupan masa kini.
Semoga setiap langkah yang diatur ke arah kebaikan, setiap perubahan yang dilakukan dengan penuh keinsafan dan setiap usaha yang dilaksanakan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT menjadi hijrah yang bernilai, diberkati dan diterima di sisi-Nya
Salam Ma’al Hijrah 1448H 🌙✨
#salammaalhijrah
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐄𝐋𝐎𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
PUTRAJAYA, 16 Jun 2026 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini sebagai sebahagian daripada inisiatif pembelajaran luar bilik darjah.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀’𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇
Sempena ketibaan Awal Muharam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih cemerlang, berintegriti dan diberkati.
Hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi suatu pengajaran yang menuntut pengorbanan, kesungguhan dan keazaman dalam memperkukuh perpaduan, mempertingkatkan prestasi serta menyemai nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar rahmat, kesejahteraan dan keberkatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus memperkukuh semangat Malaysia MADANI demi membina negara yang maju, bersatu dan sejahtera.
Salam Ma`al Hijrah 1448H
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#salammaalhijrah
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐄𝐋𝐎𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
PUTRAJAYA, 16 Jun 2026 – Seramai 40 orang pelajar bersama tujuh (7) orang guru pengiring dari SMK Telok Panglima Garang telah mengadakan lawatan akademik ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembelajaran luar bilik darjah melalui pendedahan kepada sistem pentadbiran dan pengurusan sektor awam.
Para peserta telah mengikuti sesi taklimat mengenai peranan, fungsi dan tadbir urus JPM yang disampaikan oleh Encik Muhammad Amirul Nasruddin bin Shapie, dari Unit Komunikasi Korporat, JPM. Selain itu, para peserta juga berpeluang mendengar sesi perkongsian
daripada Encik Mohd Azeed Nazwan bin Zakaria, Penolong Pengarah, Bahagian Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), yang mengupas peranan AKM dalam membentuk generasi belia yang berjati diri, bersemangat patriotik serta memiliki kepimpinan yang berteraskan nilai kenegaraan.
Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih dekat fungsi institusi kerajaan serta proses pentadbiran negara, sekali gus memperluas perspektif mereka mengenai peranan sektor awam dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan negara.
Inisiatif seumpama ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran, malah berupaya menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh kesedaran sivik serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menimba ilmu, membina sahsiah unggul dan menyumbang kepada kemajuan Malaysia pada masa hadapan.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#rancakkanmadani
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐀𝐈𝐑 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐆𝐔𝐆𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
TAWAU, 15 Jun 2025 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan Projek Menaik Taraf Sumber Bekalan Air Mentah dan Loji Rawatan Air (LRA) di FELDA Gugusan Umas, Tawau, Sabah, semalam.
Projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3), Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) ini dilaksanakan menerusi kaedah konvensional perunding. Syarikat Miliquest Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai kontraktor utama melalui proses tender terbuka dan menerima penyerahan tapak projek pada 13 Mei 2024, dengan tarikh siap asal ditetapkan pada 12 Mei 2026.
Walau bagaimanapun, projek ini telah diberikan dua lanjutan masa (Extension of Time – EOT), menjadikan tarikh siap terkini pada 10 Disember 2027. Pelaksanaan projek ini amat signifikan dalam usaha memperkukuh sistem bekalan air bersih serta menangani isu kekurangan bekalan air terawat yang sekian lama dihadapi oleh penduduk FELDA Gugusan Umas.
Ketika ini, kapasiti Loji Rawatan Air Umas adalah sebanyak 4 juta liter sehari (MLD). Melalui pembinaan loji baharu dan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air sedia ada, kapasiti bekalan air terawat dijangka meningkat kepada 5 MLD, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem agihan dan mengurangkan risiko gangguan bekalan air kepada penduduk setempat.
Skop utama projek merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air baharu, penjajaran semula laluan paip dari Muka Sauk Umas, kerja-kerja menaik taraf Muka Sauk Brantian serta pembaikan jajaran paip dari Muka Sauk Brantian ke loji rawatan air.
Dalam perkembangan berkaitan, kejadian runtuhan tebing yang berlaku baru-baru ini telah menjejaskan struktur dan keselamatan saluran paip di tiga lokasi antara Muka Sauk Brantian dan loji rawatan air. Sehubungan itu, pembinaan jambatan paip dikenal pasti sebagai langkah mitigasi yang kritikal bagi menyokong beban saluran paip, mengelakkan kerosakan yang lebih serius serta menjamin kelangsungan bekalan air kepada penduduk di kawasan terlibat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐉𝐏𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍
TAWAU, 15 Jun 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF) Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTC Tawau, semalam.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi meneliti prestasi pelaksanaan serta kemajuan semasa projek-projek FELDA, di samping memantau status terkini setiap projek yang sedang dilaksanakan. Perbincangan turut memfokuskan aspek pencapaian kewangan dan keberkesanan pelaksanaan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan menepati perancangan yang telah ditetapkan demi mencapai matlamat pembangunan yang disasarkan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I welcome the understanding reached between the United States and Iran towards ending hostilities, and the announcement that a memorandum of understanding will be signed in the coming days. I commend the mediation efforts that brought the parties to this point, especially those undertaken by Pakistan.
The reopening of the Strait of Hormuz to international shipping must now be treated as a matter of the highest urgency. The strait is a critical artery for global energy security and international trade. Prolonged disruption would serve no one.
Malaysia urges all parties to act in good faith, proceed without delay and translate this understanding into a durable peace settlement. At this delicate moment, all parties and external actors must refrain from any action that could derail diplomacy and renew hostilities.
Malaysia stands ready to support efforts towards a just and lasting peace, and calls on the international community to sustain this momentum.
ANWAR IBRAHIM
Photo: Reuters -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐏𝐁 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menjadi peringatan penting bahawa kemajuan ekonomi, keharmonian masyarakat dan kestabilan negara hanya dapat dipertahankan melalui semangat perpaduan yang utuh.
Marilah kita terus memupuk sikap saling menghormati, menolak segala bentuk perpecahan serta memperkukuh kesepakatan demi kesejahteraan bersama. Berlandaskan prinsip Rukun Negara, rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu hati dalam menghadapi cabaran dan membina masa depan negara yang lebih gemilang.
Sumber:
Petikan Titah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
🇲🇾 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk persefahaman serta mengukuhkan keharmonian demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Perpaduan Diperkasa, Malaysia Sejahtera.
#malaysiamadani #mingguperpaduan2026 #bersamamembinanegarabangsa #nies #integritimembinanegara #perpaduandiperkasamalaysiasejahtera
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
“Memperkukuh tekad, menyantuni warga perkhidmatan awam.”
Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar yang berlangsung di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sabah (INSABAH) hari ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dengan warga penjawat awam di lapangan.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
🇲🇾 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Perpaduan merupakan teras kepada kestabilan, kemakmuran dan kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Nilai inilah yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu, inklusif dan berdaya tahan.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk persefahaman serta mengukuhkan keharmonian demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Dengan mengangkat tema “Bersama Membina Negara Bangsa”, sambutan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat saling menghormati, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat sebagai asas kepada pembangunan Malaysia yang progresif, inklusif dan mampan.
Selaras dengan aspirasi tersebut, Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (National Integrity Education Strategy – NIES) turut diperkenalkan sebagai usaha strategik untuk membudayakan nilai integriti dalam setiap lapisan masyarakat. Melalui pendekatan pendidikan, kesedaran dan penghayatan nilai murni, NIES berperanan membentuk rakyat yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti, sekali gus memperkukuh perpaduan nasional serta menyokong agenda pembinaan negara bangsa yang berteraskan nilai MADANI.
Semoga semangat perpaduan dan budaya integriti terus diperkasakan sebagai pemangkin kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, makmur dan sejahtera demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Perpaduan Diperkasa, Malaysia Sejahtera.
#malaysiamadani #mingguperpaduan2026 #bersamamembinanegarabangsa #nies #integritimembinanegara #perpaduandiperkasamalaysiasejahtera -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
“Memperkukuh tekad, menyantuni warga perkhidmatan awam.”
Sesi Santai Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar yang berlangsung di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sabah (INSABAH) hari ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dengan warga penjawat awam di lapangan.
Program ini berlangsung dalam suasana santai, terbuka dan konstruktif, yang menyediakan ruang dialog dua hala bagi menyantuni aspirasi warga perkhidmatan awam serta memperkukuh kefahaman terhadap Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam sesi perkongsian, beliau menegaskan bahawa kecemerlangan perkhidmatan awam perlu berteraskan integriti, profesionalisme dan akauntabiliti, di samping pembudayaan kerja berprestasi tinggi yang diperkukuh dengan nilai ihsan serta semangat berkhidmat demi kepentingan rakyat.
Keunikan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang kaya dengan kepelbagaian budaya, geografi dan komuniti menuntut perkhidmatan awam yang lebih responsif, inklusif dan adaptif dalam memastikan penyampaian dasar serta perkhidmatan kerajaan dapat disalurkan secara berkesan hingga ke peringkat akar umbi.
Seiring perubahan semasa, warga perkhidmatan awam terus digalakkan memperkukuh budaya inovasi, kolaborasi rentas agensi serta kesiapsiagaan dalam mendepani cabaran baharu, bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan negara kekal cekap, berkesan dan diyakini.
Ayuh, bersama-sama kita semarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh iltizam dan menyatukan tekad seluruh warga perkhidmatan awam dalam menjayakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.
#sesisantaiksn
#perkhidmatanawam
#malaysiamadani
#berkhidmatuntuknegara
#reformasiperkhidmatanawam -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Narendra Modi
@narendramodi
Thank you Prime Minister Anwar Ibrahim for your warm wishes and kind words.
I deeply value the strong and enduring friendship between India and Malaysia and look forward to working closely with you to further strengthen our partnership for the benefit of our peoples and the region.
@anwaribrahim
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Heartiest congratulations to PM Modi on this historic milestone of becoming India’s longest-serving elected Prime Minister. This achievement stands as a testament to his years of dedicated public service and leadership in advancing India’s development, prosperity and standing on the global stage.
Malaysia values its close and longstanding friendship with India, and I look forward to continuing our cooperation in strengthening bilateral ties and expanding opportunities for our peoples. I wish PM Modi continued success and the people of India continued peace, progress and prosperity.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Hari kedua yang juga hari terakhir lawatan rasmi ke Jepun semalam diisi dengan pelbagai pertemuan dan ikhtiar memperkukuh persahabatan Malaysia-Jepun, serta membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, teknologi dan keterjaminan tenaga.
Alhamdulillah, misi ini berakhir dengan baik. Semoga segala usaha yang dilaksanakan melimpahkan manfaat dan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara kita.
🇲🇾🫶🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 (𝐏.𝐒.𝐌.) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐈𝐒𝐀 𝐁𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐃
𝟏𝟏 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
高市早苗
@takaichi_sanae
本日、マレーシアのアンワル首相 @anwaribrahim と首脳会談を行いました。
マレーシアは、我が国と基本的価値や原則を共有する「包括的・戦略的パートナー」であり、進化した「自由で開かれたインド太平洋(FOIP)」の実現にとって重要なパートナーです。
マレーシアと共に地域を強く、豊かにしていきます。
今回の首脳会談では、「政府安全保障能力強化支援(OSA)」を始めとする「安全保障」、「エネルギー」、「重要鉱物」や「脱炭素」といった「経済・経済安全保障」、「人的交流」、「地域・国際情勢」等の幅広い分野で率直な意見交換を行うことができました。
そして、マレーシアが推進してこられた「東方政策」が、両国間の関係においてこれまで果たしてきた役割を再確認しつつ、知識や専門性を相互に活かし合う関係にアップデートすることで一致しました。
さらに、信頼するパートナーであるマレーシアからのLNGや医療用手袋などの石油関連製品や肥料原料について、引き続きの安定供給を要請したところ、アンワル首相からは、JERAとペトロナスの間で年間最大200万トン20年間のLNG購入に関する新規契約の成立にも触れつつ、マレーシアの最大限のコミットメントを表明していただきました。
また、首脳会談に併せて、両国の省庁間で協力関係を促進するための文書5件が署名されたことを嬉しく思います。
こうした二国間の協力を支える礎は、人と人の交流です。
グローバルな課題解決や持続可能な経済成長のために、各種のプログラムを活用していきます。
来年は、日本とマレーシアの外交関係樹立70周年です。
記念すべき節目に向け、これまで育まれてきた両国の絆を一層強固なものにしていきます。 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
SHIKATA Noriyuki
@JPNAmbMalaysia
Japan-Malaysia Summit Meeting and Luncheon Meeting
On June 10, PM Takaichi @takaichi_sanae held a summit meeting with Dato' Seri Anwar Ibrahim, PM of 🇲🇾 , who was on an Official Working Visit to Japan, followed by Joint Press Announcement & luncheon.
www.mofa.go.jp/s_sa/sea2/my/pageite_000001_00008.html -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Dalam mesyuarat dua hala antara delegasi kedua-dua negara, saya rakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Jepun, @takaichi_sanae atas sambutan mesra dan layanan amat baik sepanjang lawatan rasmi ini. Jepun adalah sahabat lama Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan negara sejak 1970-an.
Dalam pertemuan ini, bicara kami menyentuh usaha memperkukuh Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun serta meneruskan momentum kerjasama yang semakin berkembang antara kedua-dua negara.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai bidang berkepentingan bersama termasuk keselamatan dan kerjasama maritim, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, pembuatan termaju, mineral kritikal, transformasi hijau, ekonomi digital serta keterjaminan tenaga.
Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Myanmar dan Asia Barat, di samping membincangkan hala tuju hubungan Malaysia-Jepun pada masa hadapan.
Saya yakin persahabatan dan kepercayaan yang sekian lama terjalin akan terus membuka ruang kerjasama baharu yang membawa manfaat dan kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara.
=====
I thanked Prime Minister Sanae Takaichi for the warm hospitality extended to me and the Malaysian delegation during this official visit. Japan has long been a close friend of Malaysia and played a pivotal role in our early growth, development and industrialisation.
Our discussions focused on strengthening the Malaysia-Japan Comprehensive Strategic Partnership and expanding cooperation in areas of mutual importance, including security and maritime affairs, artificial intelligence, semiconductors, advanced manufacturing, critical minerals, the digital economy, green transformation and energy security.
We also exchanged views on regional and international developments, including Myanmar and the West Asia, as well as the future direction of Malaysia-Japan relations. I am confident that the trust and friendship between our two nations will continue to deepen in the years ahead.
🇲🇾🫰🇯🇵
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈
Malaysia terus berdiri teguh sebagai sebuah negara yang berteraskan prinsip Perlembagaan, menjunjung keluhuran undang-undang serta memelihara hak dan kepentingan setiap rakyat tanpa mengira latar belakang.
Kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara perlu terus diraikan dengan semangat saling menghormati, memahami dan bertoleransi demi memperkukuh perpaduan nasional serta menjamin keharmonian yang berkekalan.
Marilah kita bersama-sama memelihara nilai kebersamaan, mempertahankan prinsip keadilan dan memperkukuh kesatuan demi masa depan Malaysia yang lebih aman, makmur dan sejahtera.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔𝗔𝗡 - 𝗣𝗠 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥
#tokyo : Pembangunan kecerdasan buatan (AI) mesti berpaksikan etika, nilai kemanusiaan dan pemahaman mendalam masyarakat bagi memastikan kemajuan teknologi kekal inklusif serta mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
📸 fotoBERNAMA
#bernamaimages
#bernamanews
#malaysia
#jepun #ai
@anwaribrahim -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya turut berkesempatan membentangkan aspirasi, hala tuju ekonomi serta potensi pelaburan Malaysia dalam dialog perniagaan bersama 29 pemimpin konglomerat utama Jepun yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Syarikat-syarikat yang hadir merupakan antara peneraju dunia dalam bidang perbankan dan kewangan, semikonduktor, tenaga boleh baharu, infrastruktur serta petrokimia. Pertemuan ini memberi ruang untuk meneroka peluang kerjasama dan pelaburan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Saya turut menegaskan bahawa krisis bekalan global yang melanda dunia sedang mempercepat perubahan dalam landskap ekonomi antarabangsa. Negara yang berjaya menarik industri strategik, teknologi baharu dan pelaburan bernilai tinggi akan berada pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menghadapi cabaran masa hadapan, termasuk dalam memperkukuh keterjaminan tenaga dan daya tahan ekonomi.
Atas dasar itu, Malaysia mesti terus memperkukuh hubungan dengan syarikat peneraju dunia bagi memastikan negara kekal berdaya saing dan berupaya menjadi antara hab utama industri strategik dan teknologi masa hadapan di rantau ini.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan negara melalui dasar yang jelas dan konsisten agar lebih banyak pelaburan berkualiti dapat dibawa masuk ke sektor-sektor strategik negara, sekali gus memperkukuh ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani
#diplomasimadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Heartiest congratulations to PM Modi on this historic milestone of becoming India’s longest-serving elected Prime Minister. This achievement stands as a testament to his years of dedicated public service and leadership in advancing India’s development, prosperity and standing on the global stage.
Malaysia values its close and longstanding friendship with India, and I look forward to continuing our cooperation in strengthening bilateral ties and expanding opportunities for our peoples. I wish PM Modi continued success and the people of India continued peace, progress and prosperity.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 – Komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan perlindungan negara dan memperkasakan tadbir urus perkhidmatan awam terus diperkukuh menerusi penganjuran Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem e-PS serta E-Vetting 3.0.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓
PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 – Komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan perlindungan negara dan memperkasakan tadbir urus perkhidmatan awam terus diperkukuh menerusi penganjuran Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem e-PS serta E-Vetting 3.0.
Majlis yang berlangsung di Kompleks F, Putrajaya itu telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, sekali gus menyaksikan peluncuran Sistem e-PS dan E-Vetting 3.0 sebagai inisiatif transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan perlindungan serta memperkemas proses tapisan keselamatan dalam perkhidmatan awam.
Selaras dengan Aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), khususnya di bawah Teras Penghayatan Nilai dan Tatakelola, usaha memperkukuh keselamatan perlindungan dilaksanakan melalui pembudayaan integriti, akauntabiliti dan pematuhan yang tinggi bagi memastikan kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan sentiasa terpelihara.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang mencapai tahap kecemerlangan dalam pengurusan serta pematuhan keselamatan perlindungan berdasarkan penilaian oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Pengiktirafan ini bukan sekadar menghargai pencapaian organisasi, malah menjadi pemangkin kepada pembudayaan kecemerlangan, profesionalisme dan integriti dalam sektor awam, sekali gus memperkukuh ekosistem keselamatan perlindungan negara yang lebih berdaya tahan, cekap dan diyakini.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈
PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 – Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bertempat di Menara Komunikasi, Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐖𝐀
Masyarakat yang maju dan bersatu tidak dibina atas dasar keturunan, kekayaan, pangkat atau perbezaan warna kulit, sebaliknya berteraskan nilai kemanusiaan, akhlak mulia serta ketakwaan kepada Tuhan.
Dalam sebuah negara yang majmuk, sikap saling menghormati, menghargai kepelbagaian dan mengutamakan kebaikan bersama merupakan asas penting dalam memperkukuh perpaduan serta memelihara keharmonian negara.
Marilah kita terus menyemai nilai murni, memperkukuh integriti dan mengangkat martabat insan melalui amalan kebaikan yang menjadi pemangkin kepada kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 8 Jun 2026 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa komunikasi yang berteraskan nilai kemanusiaan, perpaduan dan saling menghormati perlu terus diperkukuh sebagai tunjang utama dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan progresif.
Berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, beliau menekankan bahawa Malaysia dibina atas landasan Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Sehubungan itu, setiap lapisan masyarakat perlu menghormati pilihan rakyat serta menolak sebarang bentuk diskriminasi, prasangka dan sentimen perkauman yang boleh menggugat perpaduan serta keharmonian negara.
Menurut beliau, prinsip Li Ta’arafu yang menekankan nilai saling mengenali, memahami dan menghargai kepelbagaian perlu diterjemahkan dalam budaya komunikasi yang matang, berhemah dan berteraskan nilai murni. Beliau turut mengingatkan bahawa kemuliaan seseorang tidak diukur berdasarkan keturunan, warna kulit atau kedudukan, sebaliknya dinilai melalui integriti, akhlak dan ketakwaan.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha pemantauan dan pengesanan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Penggunaan teknologi ini, katanya, perlu disokong dengan mekanisme pelaporan awam yang lebih efektif bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan.
Mengakhiri ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Komunikasi atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kementerian itu akan terus memainkan peranan strategik dalam memperkukuh komunikasi kerajaan demi memelihara kesejahteraan rakyat dan memacu kemajuan negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I wish to express my deepest concern following the powerful earthquake that struck off the southern Philippines earlier this morning. Our thoughts and prayers are with the Filipino people. Malaysia stands ready to render whatever assistance may be required.
I am equally mindful of the impact felt closer to home, with tremors reaching parts of Sabah, Malaysia. I assure all Malaysians that the Government is monitoring the situation closely, and our emergency services are on full alert.
Malaysia and the Philippines are close friends and ASEAN partners. I pray for the safety and well-being of all those affected, wishing them strength and courage in the difficult days ahead.
ANWAR IBRAHIM
Photo: AFP -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 7 Jun 2026 – Tirai Cabaran TVET sempena Hari TVET Negara 2026 rasmi dilabuhkan menerusi Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Hab 5 sekaligus meraikan bakat, kreativiti serta kemahiran luar biasa yang dipamerkan oleh para peserta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari seluruh negara.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md., yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang TVET Drone Soccer League dan Future Skills Showcase sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, inovasi, komitmen serta daya saing yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Penganjuran kedua-dua pertandingan ini bukan sekadar medan persaingan, malah menjadi platform strategik untuk menyerlahkan potensi generasi TVET dalam menguasai teknologi baharu, mengasah kemahiran masa hadapan serta memupuk budaya inovasi yang selari dengan keperluan industri dan pembangunan negara.
Sepanjang Cabaran TVET berlangsung, para peserta telah membuktikan bahawa bidang TVET mampu melahirkan modal insan yang bukan sahaja kompeten dari segi teknikal, malah kreatif, berfikiran kritis dan bersedia menghadapi landskap pekerjaan yang semakin dinamik.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas pencapaian cemerlang serta semangat kesukanan, profesionalisme dan dedikasi yang dipamerkan. Kejayaan ini menjadi simbol kecemerlangan ekosistem TVET negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing tinggi dan mampu memacu Malaysia ke arah ekonomi berasaskan teknologi serta inovasi.
"TVET Pilihan Utama Kerjaya"
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔?
Dengarkan sendiri pandangan dan pengalaman para pengunjung pada hari terakhir Hari TVET Negara 2026. Ketahui apa yang paling menarik perhatian mereka sepanjang program berlangsung serta manfaat yang diperoleh melalui pelbagai pameran, aktiviti interaktif dan peluang kerjaya yang ditawarkan.
Setiap maklum balas yang dikongsikan mencerminkan sambutan positif terhadap penganjuran program ini dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di Malaysia.
Jadi, adakah para pengunjung bersetuju agar Hari TVET Negara diteruskan dan diadakan lagi pada tahun hadapan? Saksikan perkongsian mereka dan ketahui sendiri mengapa program ini wajar diteruskan demi melahirkan lebih ramai tenaga mahir serta membina masa depan negara yang lebih gemilang.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#haritvetnegara2026
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
E-𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐑𝐈 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀
PUTRAJAYA, 7 Jun 2026 – Hari TVET Negara 2026 terus membuktikan komitmennya dalam memenuhi aspirasi serta minat generasi muda apabila e-sukan menjadi antara tarikan utama yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Platform ini bukan sahaja membuka ruang kepada belia untuk mengasah bakat dan berdaya saing secara sihat, malah menyerlahkan potensi besar industri e-sukan sebagai pemacu ekonomi digital negara.
Penganjuran aktiviti e-sukan pada acara ini turut mengubah persepsi masyarakat bahawa permainan video hanyalah sekadar hiburan. Hakikatnya, e-sukan kini telah berkembang menjadi industri profesional yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya bernilai tinggi, termasuk sebagai atlet profesional, jurulatih, penganalisis permainan, pencipta kandungan, pengurus pasukan serta pelbagai bidang lain yang berkaitan dengan teknologi dan industri kreatif.
Lebih daripada sekadar pertandingan, e-sukan berperanan sebagai medium pembangunan bakat yang mampu memupuk disiplin, semangat berpasukan, pemikiran strategik serta daya saing dalam kalangan belia. Pada masa yang sama, ia menjadi platform yang mengukuhkan perpaduan dan membuka peluang kepada generasi muda untuk meneroka bidang inovasi, teknologi dan ekonomi digital.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, penyertaan e-sukan dalam Hari TVET Negara 2026 mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berfikiran kreatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta ekonomi masa hadapan.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐘𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄𝐉𝐎𝐁𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 7 Jun – Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs yang berlangsung sempena Hari TVET Negara 2026 menjadi platform strategik dalam memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja negara dengan menawarkan hampir 3,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai latar belakang.
Berlangsung di Dataran Putrajaya dari 5 hingga 7 Jun 2026, karnival anjuran MYFutureJobs itu menghimpunkan pelbagai majikan daripada sektor strategik yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya mengikut kemahiran, kelayakan dan minat pengunjung.
Lebih daripada sekadar pameran kerjaya, karnival ini turut menyediakan peluang kepada pencari kerja untuk menghadiri sesi temu duga secara langsung, mendapatkan khidmat nasihat kerjaya, memperkemas resume serta membina rangkaian profesional yang mampu meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran pekerjaan yang semakin dinamik.
Karnival ini beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang, terbuka kepada orang ramai dan menjadi antara pengisian utama Hari TVET Negara 2026 dalam memperkukuh sinergi antara institusi latihan, industri serta bakal tenaga kerja mahir negara.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa ekosistem TVET sebagai pemacu pembangunan modal insan, sekali gus memastikan graduan dan pencari kerja mempunyai akses kepada peluang kerjaya yang berkualiti serta memenuhi keperluan industri semasa.
Orang ramai disaran agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs dan mengambil langkah proaktif ke arah membina masa depan kerjaya yang lebih cemerlang, mampan dan berdaya saing.
"TVET Pilihan Utama Kerjaya."
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#tvetdiperkasanegarasejahtera -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆, 𝐓𝐎𝐍𝐉𝐎𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀
PUTRAJAYA, 7 Jun 2026 – Cabaran TVET muncul sebagai antara tarikan utama sempena Hari TVET Negara 2026 apabila berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya sepanjang penganjuran program dari 5 hingga 7 Jun 2026.
Menerusi pelbagai pertandingan dan demonstrasi kemahiran yang dianjurkan, Cabaran TVET bukan sahaja mempamerkan bakat peserta, malah menyerlahkan keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan teknikal, kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar. Platform ini turut membuktikan bahawa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, inovatif dan bersedia memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.
Antara tarikan yang paling mencuri tumpuan ialah ‘TVET Drone Soccer League’, sebuah pertandingan berteknologi tinggi yang menggabungkan elemen sukan, kejuruteraan, automasi dan pengendalian dron. Pertandingan ini bukan sahaja menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami potensi teknologi dron dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran dan aplikasi industri.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai demonstrasi teknologi serta ‘Future Skills Showcase’ yang mengetengahkan kemahiran masa hadapan, inovasi digital dan teknologi terkini merentasi pelbagai sektor. Pameran ini memberi gambaran jelas mengenai landskap pekerjaan baharu yang semakin dipacu oleh kemajuan teknologi dan transformasi industri.
Sambutan Hari TVET Negara 2026 masih diteruskan sehingga hari ini. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan hari terakhir penganjuran dan bersama-sama menyaksikan kehebatan bakat tempatan serta menyokong usaha memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi sebagai pemacu kemajuan negara.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓, 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 𝐌𝐂𝐈𝐄𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐑𝐌𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐓𝐀
BANGI, 6 Jun 2026 – Malaysia dan China terus memperkukuh hubungan strategik dalam pembangunan modal insan apabila Malaysia-China Industry-Education Alliance (MCIEA) dilancarkan sebagai platform kerjasama yang menghubungkan institusi pendidikan, industri dan rakan teknologi bagi memperkasakan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET kini telah berkembang menjadi agenda strategik negara yang menghubungkan pendidikan, industri, teknologi dan pembangunan bakat bagi memenuhi tuntutan ekonomi global yang semakin pesat berubah.
Menurut beliau, penubuhan MCIEA mencerminkan komitmen kukuh Malaysia dan China dalam mempererat integrasi antara industri dan pendidikan, di samping mempercepat pemindahan teknologi dalam bidang berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, pembuatan pintar, teknologi kenderaan elektrik (EV), semikonduktor, logistik serta teknologi digital.
Sebagai pemangkin kepada kerjasama tersebut, tiga inisiatif berimpak tinggi dengan nilai keseluruhan hampir RM30 juta telah diumumkan bagi memperluas peluang pembangunan bakat TVET negara.
Inisiatif pertama melibatkan 1,000 biasiswa bernilai hampir RM18 juta yang ditawarkan kepada graduan TVET Malaysia untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di institusi TVET terkemuka di China, sekali gus membuka laluan kepada pendedahan akademik dan teknologi bertaraf antarabangsa.
Selain itu, sebanyak 2,000 peluang latihan antarabangsa bernilai lebih RM10 juta akan disediakan melalui program mobiliti, peningkatan kemahiran (upskilling), latihan semula (reskilling) dan Train-The-Trainer dalam bidang AI, robotik, automasi industri, pembuatan pintar, EV, semikonduktor, keselamatan siber serta ekonomi digital.
Dalam masa yang sama, institusi dan industri dari China turut menyumbang peralatan latihan TVET bernilai hampir RM2 juta bagi memperkukuh keupayaan latihan, mempercepat pemindahan teknologi dan meningkatkan kesiapsiagaan institusi TVET Malaysia dalam memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Katanya lagi, pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut diyakini mampu memperluas akses kepada teknologi maju, meningkatkan pendedahan antarabangsa graduan TVET serta memperkukuh daya saing bakat tempatan untuk memenuhi permintaan sektor industri berpertumbuhan tinggi.
Kerjasama strategik melalui MCIEA turut membuktikan bahawa TVET kini menjadi platform penting dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab bakat dan inovasi yang berdaya saing di peringkat serantau.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 6 Jun 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#haritvetnegara2026
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗪𝗜𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
Di sebalik setiap hebahan yang disampaikan kepada masyarakat, di sebalik setiap visual yang mencuri perhatian, dan di sebalik setiap liputan yang mengangkat kejayaan TVET negara, berdirinya sekumpulan petugas media yang komited, berdedikasi dan tidak mengenal penat lelah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh wira komunikasi dan petugas media yang telah mencurahkan tenaga, idea serta kepakaran dalam menjayakan sambutan Hari TVET Negara 2026.
Komitmen anda bukan sahaja memastikan maklumat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan, malah turut memperkukuh agenda pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu pembangunan modal insan negara.
Setiap rakaman, penulisan, rekaan grafik, dokumentasi serta penyampaian maklumat yang dihasilkan merupakan sumbangan bermakna dalam mengangkat martabat TVET ke tahap yang lebih tinggi dan berimpak.
Terima kasih atas dedikasi yang luar biasa. Anda bukan sekadar petugas media, malah penghubung penting antara aspirasi TVET dan seluruh rakyat Malaysia.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 - 𝐓𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 6 Jun 2026 – Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memulakan hari kedua Sambutan Hari TVET Negara 2026 dengan kemunculan istimewa dalam sesi wawancara secara langsung menerusi program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran dari Dataran Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, beliau menegaskan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini telah melepasi status sebagai laluan alternatif, sebaliknya muncul sebagai teras utama pembangunan modal insan negara dalam menghadapi perubahan landskap pekerjaan global yang semakin dipacu oleh teknologi, automasi dan kecerdasan buatan (AI).
Beliau menekankan bahawa TVET berperanan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri semasa, malah mampu mencipta nilai tambah kepada ekonomi negara serta membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti dan berdaya saing.
Menurut beliau lagi, perkembangan positif ekosistem TVET negara kini jelas terserlah melalui peningkatan minat golongan muda yang semakin yakin memilih bidang ini sebagai laluan pendidikan dan kerjaya.
Perkembangan ini mencerminkan keyakinan masyarakat serta industri terhadap keupayaan TVET dalam membentuk tenaga kerja masa hadapan yang lebih kompeten dan progresif.
Kerajaan MADANI, tambah beliau, akan terus memperkukuh agenda TVET secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia memiliki barisan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya tahan serta bersedia mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Baharu dan ekonomi digital global.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐆𝐓𝐏𝐂 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 6 Jun 2026 – Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) hari ini melancarkan secara rasmi GITC TVET Placement Centre (GTPC), sebuah platform strategik nasional yang menjadi pemangkin kepada penempatan bakat mahir TVET melalui penyepaduan kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan.
Bertemakan “Empowering Skills, Connecting Opportunities”, GTPC diwujudkan bagi memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dengan menyelaras peluang latihan industri, Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning - WBL), program perantisan serta penempatan pekerjaan yang memenuhi keperluan sebenar industri.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
GTPC dibangunkan sebagai platform bersepadu yang menghubungkan bakat TVET dengan peluang kerjaya, latihan industri, WBL dan program perantisan secara lebih sistematik dan berkesan. Pada masa yang sama, platform ini membantu majikan mendapatkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, selain menyokong penyedia latihan dalam menyelaraskan pembangunan bakat dengan permintaan pasaran pekerjaan.
Pelancaran GTPC turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sinergi antara sektor awam dan swasta bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompetitif serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.
Majlis ini turut menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan libat urus strategik yang menghimpunkan ahli Lembaga Pengarah GITC, Majlis Pakar, rakan strategik industri serta pelbagai pemegang taruh utama TVET negara, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐇𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
PUTRAJAYA, 6 Jun 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pelaksanaan TVET 2.0, sebuah inisiatif strategik yang memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran berteknologi tinggi, pemerkasaan kerjasama strategik bersama industri serta pembentukan modal insan yang berteraskan nilai, integriti dan akhlak.
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, berkata kejayaan Malaysia muncul sebagai antara penanda aras TVET di rantau ASEAN membuktikan keberkesanan dasar yang jelas, pelaksanaan yang konsisten serta komitmen berterusan kerajaan dan pemain industri dalam memperkukuh ekosistem latihan kemahiran negara.
Menurut beliau, TVET 2.0 dirangka bagi memastikan sistem latihan negara sentiasa relevan dan responsif terhadap perkembangan teknologi global, termasuk kecerdasan buatan (AI), kriptologi serta peralihan tenaga, yang menuntut kemahiran baharu bagi memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan.
Sebagai tanda komitmen kerajaan terhadap transformasi ini, sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan dimanfaatkan bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0. Inisiatif ini disertai syarat kerjasama yang lebih erat antara pihak industri dan Majlis TVET Negara bagi memastikan penyelarasan dasar serta pelaksanaan yang lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa TVET kini telah berkembang menjadi laluan utama kepada pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan, mobiliti sosial dan pembinaan masa depan yang lebih mampan untuk generasi muda.
Beliau memaklumkan bahawa enrolmen TVET meningkat daripada hampir 350,000 pelajar pada tahun 2020 kepada lebih 450,000 pelajar pada tahun 2025, manakala hampir 57 peratus lepasan SPM dan setara pada tahun 2025 memilih laluan TVET sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya. Pada masa yang sama, kadar kebolehpasaran graduan TVET yang mencecah 95.9 peratus menjadi bukti kukuh terhadap keyakinan industri dan masyarakat terhadap kualiti serta keberkesanan pendidikan TVET.
TVET 2.0 turut memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih responsif, fleksibel dan berorientasikan hasil bagi memenuhi keperluan industri, khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti semikonduktor, aeroangkasa, kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau, tenaga boleh baharu serta kenderaan elektrik (EV).
Transformasi ini bukan sekadar memperkukuh sistem latihan kemahiran negara, malah meletakkan Malaysia pada landasan yang lebih kukuh untuk muncul sebagai hab kemahiran serantau yang mampu melahirkan tenaga kerja berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia menerajui ekonomi masa hadapan.
"TVET Pilihan Utama Kerjaya"
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔?
Dengarkan sendiri perkongsian mereka tentang Hari TVET Negara 2026 serta manfaat yang ditawarkan dalam memperkasa kemahiran, membuka peluang kerjaya dan membentuk masa depan yang lebih cemerlang.
Setiap pengalaman yang dikongsikan membuktikan bahawa TVET bukan sekadar laluan pendidikan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat, peningkatan kompetensi dan kejayaan masa hadapan.
“𝑻𝑽𝑬𝑻 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝑼𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂”
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakrThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝟔𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, 5 Jun 2026 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai laluan pendidikan dan kerjaya pilihan apabila kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 650,000 pelajar mengikuti program TVET di 1,395 institusi TVET di seluruh negara menjelang 31 Disember tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran tersebut didorong oleh peningkatan ketara penyertaan pelajar dalam bidang TVET yang semakin mendapat pengiktirafan sebagai platform utama melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Menurut beliau, seramai kira-kira 587,000 pelajar telah mengikuti program TVET pada tahun lalu berbanding hanya sekitar 121,000 pelajar ketika Majlis TVET Negara mula diwujudkan. Peningkatan hampir lima kali ganda itu membuktikan tahap keyakinan yang semakin tinggi dalam kalangan ibu bapa, pelajar dan industri terhadap potensi TVET sebagai pemacu masa depan negara.
Beliau berkata, perkembangan positif tersebut turut mencerminkan kejayaan pelbagai inisiatif kerajaan dalam memperkasakan ekosistem TVET, termasuk usaha memperkukuh kerjasama strategik dengan industri bagi memastikan latihan yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.
Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak pameran sempena Hari TVET Negara 2026 (HTN 2026) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Dataran Putrajaya.
Bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk pameran teknologi dan inovasi, seminar industri, karnival kerjaya, program keusahawanan, demonstrasi kemahiran serta pelbagai aktiviti interaktif yang mengetengahkan potensi sebenar TVET.
“TVET Pilihan Utama Kerjaya”
#htn2026
#jompilihtvet
#haritvetnegara2026
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐈-𝐏𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
PUTRAJAYA, 5 Jun 2026 – Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong, hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung penuh istiadat di Dataran Pahlawan Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐈-𝐏𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐅𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
PUTRAJAYA, 5 Jun 2026 – Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong, hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung penuh istiadat di Dataran Pahlawan Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut dengan nyanyian lagu Negaraku serta 21 das tembakan kehormatan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Sejurus itu, Seri Paduka Baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan yang melibatkan 25 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Istiadat penuh gemilang ini diteruskan dengan perarakan lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, merangkumi Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Setiap panji yang diarak melambangkan kedaulatan, maruah dan tradisi ketenteraan negara yang dipelihara sejak sekian lama.
Panji-panji tersebut merupakan anugerah tertinggi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada rejimen dan kor dalam ATM, sekali gus menjadi simbol ketaatan, kesetiaan serta pengorbanan tidak berbelah bahagi warga tentera kepada Raja dan negara.
Walaupun berlangsung dalam keadaan cuaca hujan renyai, istiadat yang bermula tetap berjalan dengan tertib, teratur dan penuh disiplin, diserikan dengan persembahan lagu-lagu patriotik oleh gabungan Pancaragam Pusat ATM yang menambah suasana kebesaran majlis.
Majlis diakhiri dengan laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan serta bacaan doa. Seri Paduka Baginda kemudian berangkat meninggalkan majlis pada dalam suasana penuh hormat dan istiadat.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍
PUTRAJAYA, 5 JUN 2026 – Pameran 𝐓𝐕𝐄𝐓 Dan Kolaborasi Industri 2026 : Memperkukuh Jaringan, Memperkasa Kemahiran yang berlangsung sempena Hari TVET Negara 2026 menjadi medan strategik yang menghimpunkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agensi kerajaan serta rakan industri dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan bakat negara.
Penyertaan pelbagai pihak bukan sahaja mempamerkan inovasi, teknologi dan kepakaran terkini, malah membuka ruang kepada pembentukan kerjasama yang lebih erat antara institusi pendidikan dan industri. Sinergi ini penting bagi memastikan program TVET sentiasa relevan dengan keperluan pasaran kerja serta mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi tuntutan industri masa hadapan.
Melalui platform ini, peserta turut berpeluang meneroka teknologi baharu, berkongsi amalan terbaik serta menjalin rangkaian profesional yang dapat memperluaskan peluang latihan, penempatan industri dan kerjaya kepada graduan TVET.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan TVET sebagai pemacu pembangunan modal insan negara, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan generasi yang kompeten, inovatif, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat global.
TVET bukan sekadar laluan pendidikan, tetapi pemangkin kepada masa depan kerjaya yang lebih cerah dan pembangunan negara yang mampan.
"𝑻𝑽𝑬𝑻 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝑼𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂"
#htn2026
#jompilihtvet
#haritvetnegara2026
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐄𝐌𝐀𝐑 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐌𝐁𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang ditubuhkan pada tahun 2013 memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak daripada golongan kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak jalanan, anak yatim piatu, individu tanpa dokumen pengenalan diri serta mereka yang terpinggir di sekitar kawasan Chow Kit.
SBJK terus menjadi wadah pendidikan inklusif yang mendokong aspirasi “Pendidikan Untuk Semua” (Education for All), dengan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti serta bimbingan yang berterusan demi masa depan yang lebih baik.
Sepanjang lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar dan guru, selain menyantuni warga sekolah dalam suasana penuh mesra, prihatin dan bermakna. Lawatan ini turut mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap pembangunan sosial dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara ini.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈! - 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum Hari TVET Negara 2026 membuka tirainya di Dataran Putrajaya. Acara berskala nasional ini bakal menghimpunkan pelbagai institusi TVET, pemain industri dan agensi kerajaan bagi memperkenalkan peluang pendidikan, latihan kemahiran serta kerjaya kepada rakyat.
Hari TVET Negara 2026 merupakan platform terbaik untuk meneroka laluan kerjaya berasaskan kemahiran, mengenali teknologi terkini industri serta mendapatkan maklumat secara terus daripada institusi dan organisasi yang terlibat dalam pembangunan modal insan negara.
📅 𝟓 – 𝟕 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 – 𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Ayuh bersama-sama memeriahkan Hari TVET Negara 2026 dan menyaksikan sendiri bagaimana TVET menjadi pemacu pembangunan bakat serta pilihan utama kerjaya masa hadapan.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#haritvetnegara2026
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
BERNAMA
@bernamadotcom
#putrajaya Raptai penuh Istiadat Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Pahlawan, Presint 1 hari ini berjalan lancar.
Raptai tersebut sebagai persediaan untuk acara sebenar yang akan berlangsung pada Jumaat ini. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Kem. Sumber Manusia
@mykesuma
🚨 3 HARI LAGI!
TVET kini menjadi pemacu utama industri masa depan melalui bidang Semikonduktor, Smart Manufacturing, Ekonomi Digital dan Green Skills. Terokai peluang kerjaya berkemahiran tinggi di Hari TVET Negara 2026.
📍 Dataran Putrajaya 📅 5–7 Jun 2026
#htn2026 -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈! - 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Debaran semakin terasa menjelang Hari TVET Negara 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya dalam satu platform yang komprehensif untuk rakyat.
Program ini menjadi medan terbaik untuk mengenali dengan lebih dekat ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk peluang pengajian, pembangunan kemahiran serta laluan kerjaya yang relevan dengan keperluan industri semasa.
📅 𝟓 – 𝟕 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 – 𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Jangan lepaskan peluang untuk meneroka masa depan kerjaya berasaskan kemahiran dan menyaksikan sendiri peranan TVET sebagai pilihan utama kerjaya negara.
#tvetpilihanutamakerjaya
#jabatanperdanamenteri
#haritvetnegara2026
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Kem. Sumber Manusia
@mykesuma
🚨 Cabaran TVET menanti anda di Hari TVET Negara 2026!
Terokai Future Skills Showcase, sertai aktiviti Mini Pentas, saksikan TVET Drone Soccer League 2026 dan Galeri Gemilang WorldSkills Malaysia.
📍 Dataran Putrajaya 📅 5–7 Jun 2026 ⏰ 9.00 pagi–10.00 malam
#htn2026 -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Keluar Sekejap
@keluarsekejap
Walaupun Selat Hormuz dibuka semula, pemulihan bekalan minyak dunia tidak berlaku serta-merta. Faktor logistik, keselamatan dan kapasiti simpanan menjadikan proses ini jauh lebih rumit.
Episod ini ditaja oleh ENERtec Asia . Dengar dan tonton episod 201 di semua platform!This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar kunjungan ke Sabah kelmarin bagi meraikan Pesta Kaamatan. Terima kasih atas sambutan yang begitu mesra dan meriah daripada rakyat Sabah. Semangat muafakat, kebersamaan serta kekayaan budaya yang diraikan sepanjang sambutan ini akan terus membekas dalam ingatan.
Kotobian om Kounsikahan Tadau Tagazo do Kaamatan.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya dan Azizah hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Di bawah naungan Tuanku, negara terus melangkah dengan penuh tertib dan keyakinan, berpaksikan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Kerajaan MADANI tertegak dan kukuh dengan kesetiaan dan perpaduan rakyat yang rata-rata dipupuk semangat serta tekad untuk membina negara meski berdepan badai akibat Perang Teluk dan tempiasan kegawatan ekonomi.
Insya-Allah, prakarsa bagi menjamin pengagihan adil kepada semua negeri dan wilayah; terutamanya kalangan miskin dan terpinggir akan terus diperhebat dengan panduan dan naungan Tuanku.
Patik mewakili Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Seri Paduka Baginda yang bijaksana, dan yang sentiasa menjadi lambang penyatuan dan keluhuran negara.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri reposted
ASEAN
@ASEAN
Today, Malaysians celebrate the birthday of the Yang di-Pertuan Agong, a moment to honour the nation’s unity and shared identity. The occasion highlights the enduring role of the King in upholding peace and harmony, as well as the strong bond between the monarchy and the people. It is a day that celebrates the solidarity and shared humanity of Malaysians.
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐌𝐞𝐫𝐚𝐟𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀
𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
sempena
𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
pada
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝟭𝟱 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
sembah takzim daripada
𝗦𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#daulattuanku
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari Wesak bukan sekadar perayaan keagamaan, malah simbol penyatuan nilai kemanusiaan, kedamaian dan keharmonian yang merentasi perbezaan.
Hari Wesak menjadi lambang keindahan perpaduan, tatkala kepelbagaian diraikan dalam semangat saling menghormati, memahami dan menghargai antara satu sama lain.
Semoga sinar keamanan dan kesejahteraan terus mekar, sekali gus memperteguh tekad bersama dalam membina Malaysia yang aman, makmur dan bersatu padu.
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#hariwesak2026
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Keunikan budaya, kemurnian tradisi serta semangat kebersamaan yang diwarisi turun-temurun menjadi lambang kekuatan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah mencerminkan rasa syukur, perpaduan serta penghargaan terhadap warisan adat yang terus dipelihara dengan penuh kebanggaan.
Semoga sambutan yang diraikan ini membawa limpahan kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada seluruh masyarakat yang menyambutnya. Dalam kepelbagaian budaya, kita terus dipaut oleh semangat muafakat, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas keharmonian Malaysia tercinta.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026.
𝐊𝐨𝐭𝐨𝐛𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐮 𝐓𝐚𝐠𝐚𝐳𝐨 𝐃𝐨 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐆𝐚𝐲𝐮 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐍𝐲𝐚𝐦𝐚𝐢, 𝐋𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐚!
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#pestakaamatandanharigawai
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐓𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 (𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔
Wartawan bukan sekadar menyampaikan berita, bahkan menjadi amanah besar dalam membentuk pemikiran masyarakat, memperkukuh perpaduan serta memelihara kestabilan negara. Dalam era ledakan maklumat tanpa sempadan, media yang berintegriti menjadi benteng utama dalam memastikan setiap laporan berlandaskan fakta, kebenaran dan etika profesional.
Sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada seluruh pengamal media yang terus komited menyampaikan informasi secara telus, berwibawa dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta negara.
Sesungguhnya, kredibiliti media lahir daripada integriti yang dipertahankan, keberanian yang dizahirkan dan kepercayaan yang dipelihara. Semoga institusi media negara terus menjadi suara yang mendidik, menyatukan serta memperkukuh demokrasi berteraskan nilai kebenaran dan profesionalisme.
HAWANA 2026
“Media Berintegriti Teras Kredibiliti”
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hawana2026
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀: 𝐒𝐘𝐈𝐀𝐑 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓
BATU PAHAT, 27 Mei 2026 – Semangat Aidiladha terus menyatukan masyarakat apabila Program Ibadah Korban sempena Aidiladha 1447H yang berlangsung di Masjid Kampung Pasir Panjang, Seri Gading, disambut dalam suasana penuh harmoni, muafakat dan kebersamaan.
Tradisi gotong-royong yang menjadi tunjang kehidupan masyarakat setempat jelas terserlah sepanjang program berlangsung apabila penduduk kampung berganding bahu menguruskan ibadah korban, sekali gus memperkukuh ukhuwah merentasi generasi.
Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan melibatkan 35 bahagian peserta, dengan proses penyembelihan dikendalikan oleh Imam Masjid Kampung Pasir Panjang, Ustaz Hairul Faizee Saidin. Kehadiran anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman turut menambah kemeriahan sambutan Aidiladha, di samping menghidupkan kembali nilai kebersamaan dan semangat saling membantu dalam komuniti.
Lebih bermakna, Masjid Kampung Pasir Panjang yang berusia lebih satu abad ini bukan sekadar menjadi pusat ibadah, malah terus menjadi simbol penyatuan masyarakat dan warisan tradisi yang dipelihara sejak penubuhan kampung sekitar tahun 1908 oleh masyarakat Banjar di Mukim 5, Seri Gading.
Program ini mencerminkan bahawa ibadah korban bukan sahaja menzahirkan tuntutan agama, tetapi turut menjadi medium memperkukuh silaturrahim, menyemai nilai ihsan dan memelihara semangat muafakat dalam kalangan masyarakat.
Semoga tradisi yang sarat dengan nilai kebersamaan ini terus dipelihara sebagai warisan bermakna yang menghubungkan generasi hari ini dan masa hadapan.
#jabatanperdanamenteri
#salamaidiladha2026
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆
Keseronokan beriadah di kawasan pantai dan laut perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab serta keutamaan terhadap aspek keselamatan. Setiap langkah pencegahan yang diambil mampu mengelakkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan diri serta keluarga sentiasa terpelihara.
Antara langkah penting yang perlu diamalkan ialah tidak berenang bersendirian, sentiasa mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan, memeriksa ramalan cuaca sebelum melakukan aktiviti air, serta menggunakan krim pelindung matahari bagi melindungi kulit daripada cuaca panas melampau.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar berenang berhampiran kawasan pantai yang selamat, mengelakkan tindakan berlari atau terus terjun ke dalam air, serta memakai pakaian renang yang bersesuaian demi keselesaan dan keselamatan sepanjang beriadah.
Keselamatan bukan sahaja tanggungjawab individu, malah merupakan tanggungjawab bersama. Jadilah pengunjung kawasan pantai dan laut yang berhemah demi memastikan setiap kunjungan kekal selamat, ceria dan bermakna.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟏𝟎 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi manifestasi pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Dalam menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai ihsan, menyemai semangat kebersamaan serta mempererat ukhuwah demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.
Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyak amal kebajikan serta menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat kurniaan-Nya.
Salam Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#harirayaaidiladha
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 | 𝟗 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sempena ketibaan Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, munajat serta amalan kebajikan sebagai tanda pengabdian dan ketaatan kepada Allah SWT. Hari yang penuh kemuliaan ini merupakan detik terbaik untuk memperkukuh keimanan, menyucikan hati serta memohon keampunan dan rahmat-Nya tanpa batas.
Sesungguhnya, wukuf di Arafah bukan sekadar rukun agung ibadah haji, malah menjadi simbol penyatuan ummah, pengorbanan dan kepatuhan yang tulus kepada perintah Ilahi. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, peluang melaksanakan puasa sunat Hari Arafah wajar dimanfaatkan kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT.
Semoga Hari Arafah kali ini membawa sinar keberkatan, ketenangan jiwa dan kekuatan rohani kepada seluruh umat Islam, di samping menyemarakkan nilai ihsan, kasih sayang serta perpaduan demi membina masyarakat MADANI yang berteraskan akhlak, integriti dan kesejahteraan sejagat.
Salam Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hariarafah
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Sekitar tinjauan saya di Pasar Tani Taman Melawati bagi menyantuni orang ramai termasuk penjaja, peniaga kecil dan usahawan mikro.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha membantu usahawan kecil dan melindungi rakyat, Insya-Allah.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadaniThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam merungkai krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.
Kerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Atas pertimbangan tersebut, Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
Terkait dengan jaminan kesihatan rakyat, secara keseluruhannya, bekalan ubat masih stabil dan KKM akan terus memantau dengan rapi sebarang cabaran rantaian stok mahupun harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
Apa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.
#malaysiamadani
#madanibekerja
#yakinmadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋
PUTRAJAYA, 25 Mei 2026 – Taklimat Krisis Bekalan Global bertempat di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐌 𝐉𝐏𝐌
PUTRAJAYA, 25 Mei 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Taklimat Krisis Bekalan Global di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana bagi meningkatkan kesedaran serta persiapan kendiri warga Pentadbiran Am JPM dalam menghadapi cabaran ekonomi dan ketidaktentuan global semasa.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Faidz bin Sanusi, Ketua Komunikasi Korporat, JPM dengan memberi penekanan terhadap isu semasa melibatkan gangguan rantaian bekalan global, ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim serta kesannya kepada kestabilan harga, keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat.
Program ini turut memberi pendedahan mengenai kepentingan kesiapsiagaan, komunikasi berkesan serta kerjasama strategik dalam memastikan negara kekal berdaya tahan mendepani sebarang cabaran pada masa hadapan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
I have received encouraging indications from leaders in West Asia that negotiations towards a framework agreement between the United States and Iran, including the reopening of the Strait of Hormuz, are proceeding on a progressive trajectory. I view these developments with earnest optimism.
Malaysia notes the constructive roles played by Bahrain, Egypt, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Saudi Arabia, Türkiye and the UAE in facilitating this process. We also welcome President Trump’s personal engagement in pursuing a negotiated outcome. We hope all parties will seize this opportunity and carry the negotiations through to a successful conclusion.
We urge all parties to come to an inclusive framework agreement that consolidates the current ceasefire, ensures safe passage through the Strait of Hormuz, and addresses the legitimate security interests of all nations in the region.
Malaysia stands ready to support any multilateral effort that contributes to lasting peace and stability in West Asia.
ANWAR IBRAHIM
Photo: EPA -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋: 𝐀𝐏𝐀 𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍?
Kenaikan harga minyak dunia akibat krisis bekalan global bukan sahaja memberi kesan kepada sektor tenaga, malah turut memberi tekanan kepada kos kehidupan rakyat.
Apabila harga bahan api meningkat, kos pengangkutan untuk menghantar barangan ke seluruh negara juga bertambah. Dalam masa sama, sektor pertanian dan industri makanan turut berdepan peningkatan kos operasi termasuk penggunaan jentera, baja, logistik dan pengeluaran.
Kesan rantaian ini akhirnya mempengaruhi harga makanan dan barangan harian di pasaran.
Golongan isi rumah serta peniaga kecil antara yang paling terkesan apabila kuasa beli semakin terhad dan pengurusan kewangan harian menjadi lebih mencabar.
Kerajaan terus komited melaksanakan pendekatan yang berhemah, bersasar dan responsif bagi mengurangkan beban rakyat, di samping memastikan kestabilan harga serta bekalan keperluan asas negara sentiasa terjamin.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Saya sedar tiada manusia yang sempurna, dan masih ada kekurangan yang sentiasa saya muhasabah. Namun amanah ini tetap saya galas dengan seluruh jiwa raga, kerana setiap langkah yang diambil adalah demi memastikan masa depan bangsa dan tanah air sentiasa terbela.
This media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋, 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑
Kelestarian tidak memerlukan perubahan yang drastik. Ia bermula dengan amalan kecil yang dilakukan secara konsisten setiap hari.
Dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global, setiap tindakan bijak mampu membantu mengurangkan pembaziran sumber, menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
Mulakan dengan langkah mudah:
💻 Tutup komputer selepas digunakan.
💡 Tutup suis lampu apabila tidak diperlukan.
🥤 Gunakan botol tumbler bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
🛍️ Pilih beg kitar semula sebagai alternatif kepada beg plastik.
Perubahan kecil mungkin nampak sederhana, namun apabila diamalkan bersama, kesannya mampu membawa perubahan yang besar kepada negara dan bumi yang kita kongsi.
Setiap pilihan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih lestari.
#krisisbekalanglobal
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMOThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋
Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel sebagai pendekatan bantuan bersasar demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan peningkatan kos operasi harian.
Melalui inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan berserta tambahan RM100 bagi membantu meringankan beban berkaitan penggunaan diesel, khususnya melibatkan sektor pengangkutan, perusahaan kecil serta aktiviti ekonomi harian.
Pelaksanaan bantuan secara bersasar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap bentuk bantuan disalurkan dengan lebih efektif, telus dan memberi impak langsung kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Kerajaan akan terus komited memperkukuh kesejahteraan rakyat, menstabilkan ekonomi serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat pembangunan negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi Tahun 2026 di Masjid Negara.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmoThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – Suasana tenang ketika kira-kira 500 tetamu menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi Tahun 2026 di Masjid Negara petang tadi.
Majlis yang berlangsung selepas Solat Fardhu Asar itu dipimpin oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Fadly Abdul Rahman dan dihadiri barisan kepimpinan kerajaan, ketua jabatan, pegawai kanan agensi, wakil diplomatik asing serta pegawai Istana Negara.
Alunan bacaan Yasin dan doa yang bergema di ruang utama Masjid Negara bukan sahaja menjadi lambang kesyukuran rakyat, malah mencerminkan rasa kasih, taat setia dan penghormatan terhadap institusi Raja yang menjadi payung perpaduan negara.
Penganjuran majlis ini turut menjadi medan menyatukan hati dan doa seluruh rakyat Malaysia agar Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan keafiatan, kebijaksanaan serta kesejahteraan dalam memayungi rakyat dan menerajui negara ke arah kemakmuran yang berterusan.
Semoga institusi Raja terus kekal utuh dan menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kemakmuran kerajaan MADANI.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri reposted
United Nations
@UN
.@antonioguterres strongly condemns the Israeli authorities’ decision to establish military facilities at the @UNRWA Sheikh Jarrah compound in East Jerusalem, calling the unprecedented & escalatory measures a breach of the inviolability of UN premises.
www.un.org/sg/en/content/sg/statements/2026-05-20/stateme… -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Kementerian Ekonomi - Laman Rasmi
@EkonomiMalaysia
𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟
𝗜𝗻𝘁𝗶 𝗣𝗮𝘁𝗶 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗬𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 | 𝟭𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Taklimat ini merangkumi prestasi ekonomi semasa yang kekal kukuh serta status terkini krisis bekalan global, di samping langkah strategik Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi, mengurus tekanan kos sara hidup dan melindungi kesejahteraan rakyat.
Antara tumpuan utama:
➤ Prestasi KDNK suku pertama 2026 yang melepasi unjuran serta kekal lebih baik berbanding beberapa negara serantau
➤ Pergerakan pasaran global melibatkan minyak, LNG, arang batu dan prestasi pasaran saham
➤ Inflasi yang kekal terkawal serta pelaksanaan bantuan bersasar seperti BUDI MADANI Diesel, IPKP dan SKDS
➤ Sokongan pembiayaan kepada PKS melalui dana BNM serta jaminan pembiayaan
➤ Keutamaan strategik kerajaan dalam menjamin dan mengoptimumkan bekalan, mengekang kenaikan harga serta memanfaatkan peluang baharu
➤ Pengukuhan sistem pemantauan melalui Dashboard Krisis Bekalan Global
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan bersasar, berhati-hati dan berfokus dalam memastikan kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#kementerianekonomi
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia -
Jabatan Perdana Menteri reposted
Ministry of Finance🇲🇾
@MOFmalaysia
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN
-
Jabatan Perdana Menteri reposted
Wisma Putra
@MalaysiaMFA
[LATEST] |
[TERKINI]
#pressrelease |
#siaranakhbar
[053/2026]
MALAYSIA STRONGLY CONDEMNS ISRAEL’S INTERCEPTION
OF THE GLOBAL SUMUD FLOTILLA
••••••••••••••••••••••••••••••
MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA PEMINTASAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA OLEH REJIM ZIONIS ISRAEL
#wismaputra -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 (𝐁𝐃𝐑) 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈
Bermula 15 April 2026, Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dikuatkuasakan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam serta menyokong kelestarian sumber negara. Pelaksanaan ini melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun, dan pengaturan waktu kerja fleksibel turut diperluaskan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC/GLIC).
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan tadbir urus, malah berperanan penting dalam penggurangan penggunaan bahan api, seterusnya memastikan kestabilan dan keupayaan bekalan tenaga serta mengurangkan perbelanjaan melalui langkah penjimatan berhemah
Dengan memanfaatkan teknologi digital dan pengurusan masa yang efisien, warga kerja diseru untuk terus mengekalkan tahap produktiviti, integriti dan profesionalisme yang tinggi dalam pelaksanaan dasar ini.
Orang ramai disaran untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐓𝐌 𝐊𝐄-𝟖𝟎
Menjangkau lapan dekad penuh kecemerlangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal sebagai institusi penyiaran utama negara yang unggul dalam menyampaikan maklumat sahih, mendidik masyarakat serta menyatukan rakyat merentasi pelbagai latar belakang. Keupayaan RTM mengadaptasi perubahan landskap media membuktikan RTM masih kekal relevan sebagai peneraju komunikasi strategik negara.
Komitmen berterusan terhadap penyampaian kandungan berkualiti, berintegriti dan berimpak tinggi menjadikan RTM terus diyakini sebagai suara rasmi yang mencerminkan aspirasi Malaysia. Semoga RTM terus unggul, progresif dan berdaya saing dalam mendepani era digital, demi memperkukuh jati diri bangsa dan kesejahteraan negara.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#harirtmke80
@shamsulazribakr
@malaysiapmo -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍
𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
(𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍) -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓: 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐎𝐍𝟗𝟓
Bermula 30 September 2025, subsidi bersasar RON95 dilaksanakan bagi memastikan manfaat sampai kepada warganegara. Harga ditetapkan pada RM1.99/liter untuk warganegara manakala RM2.60/liter untuk bukan warganegara.
Setiap warganegara layak menikmati sehingga 300 liter sebulan dengan pengecualian khas kepada pemandu e-hailing yang boleh memohon kuota lebih tinggi. Kaedah pelaksanaan turut dipermudah melalui terminal pam minyak, kaunter serta aplikasi digital.
Pelaksanaan ini dibuat secara berperingkat bermula dengan Polis dan Tentera pada 27 September, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September dan seterusnya kepada semua warganegara pada 30 September 2025.
#jabatanperdanamenteri
#budimadaniron95
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga YAB Dato’ Seri dikurniakan usia yang berkat, dipermudah segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Kami turut mendoakan agar terus cekal dan sihat sejahtera dalam menakhoda negara ke arah kegemilangan Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#jabatanperdanamenteri
#rancakkanmadani
#malaysiamadani
#madanibekerja
#taatsetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah dilancarkan semalam oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Alamanda Putrajaya.
-
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Saksikan Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mac Tahun 2024
🗓️ 18 Mac 2024 (Isnin)
🕰️ 8.00 pagi
📍Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
Siaran secara langsung boleh diikuti melalui saluran Facebook JPM -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
TAHUKAH ANDA?
Sumber: Arkib Negara Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#hkhm2023
#tekadperpaduanpenuhiharapan -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐒𝐀𝐋
Sumber: Arkib Negara Malaysia
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#hkhm2023
#tekadperpaduanpenuhiharapan -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Sorotan Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
#haripahlawanThis media couldn't be displayed. See it on the original post. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi HKHM 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negara’.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani -
Post not available here, view on XPost not available here, view on X
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Orang ramai dijemput memeriahkan #pod2023 yang bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya mulai 2 hingga 5 Mac 2023.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani
@zukiAli_
@MalaysiaPMO
@putrajayacorp -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
#jabatanperdanamenteri
#malaysiamadani -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
9 Julai 2021 - Sekitar Sesi Clock In YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pagi ini.
#jabatanperdanamenteri
#jpm -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA KEDAI.
Patuhi SOP yang ditetapkan. Bersama kita memerangi wabak COVID-19.
#jabatanperdanamenteri
#kitateguhkitamenang
#andapatuh
#andapeduli
#covid19
#disiplinkendiri
#hapuscovid19
#normabaharu -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
[INFOGRAFIK]
SOP DEEPAVALI SEMASA TEMPOH PKPP DAN PKPB.
Sumber: @mkn_rasmi
.
.
#patuhisop
#deepavali
#jabatanperdanamenteri
#kitajagamalaysia
#penjarakanfizikal
#physicaldistancing
#kekalselamat
#staysafe -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
SILA RUJUK JADUAL PERGERAKAN RENTAS NEGERI YANG DILULUSKAN OLEH PDRM BAGI MELANCARKAN PERJALANAN ANDA KE DESTINASI.
Anda tidak perlu ke Balai Polis sekiranya telah mendaftar melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya boleh mula bergerak mengikut tarikh yang telah dinyatakan. -
Jabatan Perdana Menteri
@jpmgov_
INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
#jabatanperdanamenteri
#jpm
#covid19
#perintahkawalanpergerakan
#malaysiabebascovid19
#dudukrumah
#socialdistance
#keepcalmstayhome




















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































